"# Cara Guna\n1.\n Sila mencari satu perkataan sahaja pada setiap carian umum.\n2.\n Elak menggunakan imbuhan (seperti \nmen-\n, \nber-\n, \ndi-\n, \n-i\n, \n-kan\n dan lain-lain).\n3.\n Pastikan perkataan Bahasa Melayu itu sah dan diterbitkan oleh DBP, iaitu Kamus Dewan Pusaka dan Bahasa.\n4. \nSumber utama kamus dewan online ini merujuk kepada kamus dewan edisi keempat daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), hak cipta DBP Malaysia." "a go go\nsejenis tarian yang diiringi muzik pop yang rancak yang popular pada 1960-an." "a I\nhuruf pertama abjad Rumi." "a II\n1.\n [kata seru] untuk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan:\nitu dia, ~, macam itulah caranya!;\n2.\n [kata seru] untuk menunjukkan terlupa akan sesuatu:\nnama bukunya \u2026 ~, nanti saya cuba ingatkan!" "a.n.\n[kependekan] atas nama." "A.S.\n[kependekan] Amerika Syarikat." "A.T.\n[kependekan] Asia Tenggara." "a/k\n[kependekan] anak kepada:\nIve ~ Rini." "a/l\n[kependekan] anak lelaki (kepada):\nManiam ~ Muniandy." "a/p\n[kependekan] anak perempuan (kepada):\nKumari ~ Gopal." "AA\n[kependekan] Asia-Afrika." "AB\n[kependekan] anggaran belanja." "aba I\n= aba-aba\n [Indonesia] kata(-kata) perintah dalam latihan tentera (senaman) dan lain-lain:\nSatu \u2026, ~ Wit dari kerusinya." "aba II\n~-daba \nhama, kuman." "abad\njangka masa seratus tahun (atau satu daripada jangka masa seratus tahun yang berurutan yang dimulai dengan kejadian yang terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun:\ndalam ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara;\n beberapa ~ yang lampau \nbeberapa ratus tahun yang lalu;\n \n~ kedua puluh \njangka masa dari tahun 1901 hingga ke tahun 2000;\n \n~ emas \nzaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang);\n \n~ pertengahan \n= \n~ tengah \nzaman dalam sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M);\n \n~ al-abid \nkekal selama-lamanya;\nberabad-abad\n beratus-ratus tahun;\n \nsudah ~ lamanya\n sudah beratus-ratus tahun lamanya." "abadi\n[Arab]\n1.\n ada permulaan yang tiada pengakhiran (berkenaan (dengan) masa, kehidupan, kenangan dan sebagainya):\nkehidupan akhirat adalah kehidupan yang ~;\n 2.\n wujud atau berterusan untuk selama-lamanya (sepanjang hayat dan sebagainya), tidak berkesudahan, kekal:\nkeamanan yang ~;\n kasih sayang\n \nyang ~;\n mengabadikan\n1.\n menjadikan abadi, mengekalkan:\nkasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya;\n2.\n menjadikan peringatan (kenangan) yang kekal:\nhasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan;\n sebuah tugu untuk ~ jasa askar-askar yang terkorban;\n terabadi\n dapat diabadikan (dikekalkan):\ndengan usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat;\n keabadian\n kewujudan yang abadi, kekekalan:\n~ kasih sayang seorang ibu;\n ~ perdamaian dan keamanan;\n pengabadian\n perihal mengabadikan, pengekalan." "abadiah, abadiat\n[Arab] abadi." "abah I\narah, tuju:\ntak tentu ~nya;\n mengabah\n menuju;\nmengabahkan\n mengarahkan, menujukan:\n~ kapal ke tempat yang tertentu." "abah II\nayah, bapa (biasanya sebagai kata panggilan oleh seorang anak kepada bapanya)." "abah-abah\n[Jawa] alat, perkakas, tali-temali;\n~ kuda \nalat kuda (seperti tali kekang, pelana, dan sebagainya);\n \n~ perahu \ntali-temali perahu;\n \n~ tenun\n alat (perkakas) tenun." "abai\ncuai, lalai;\n \ntidak ~ dari\n tidak cuai (lalai) dari;\nmengabaikan\n1.\n tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kepada (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan:\n~ anak isteri;\n ~ tugas dan tanggungjawab;\n2.\n memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi:\n~ tunjuk ajar dan nasihat orang;\n mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan;\n3.\n tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yang disediakan, dan lain-lain), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan:\nsayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan;\n terabai\n tidak diberi perhatian (berkenaan (dengan) seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan;\nketerabaian\n keadaan terabai:\n~ sesuatu kelompok;\n keabaian\n perihal abai;\npengabaian\n perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dan lain-lain);\npengabai\n (orang yang sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kepada sesuatu (seperti tugas, tanggungjawab, dan sebagainya)." "abaimana\n(Sanskrit) [sastera lama] dubur, kemaluan." "abaka\nsejenis tumbuhan (pokok) yang seratnya dibuat tali belati, \nMusa textilis." "abalone\nsejenis siput daripada genus \nHaliotis\n yang boleh dimakan." "abang I\n1.\n saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang (biasanya seibu seayah dengannya);\n2.\n panggilan khususnya kepada saudara tua laki-laki, adik-beradik;\n3.\n panggilan kepada seseorang lelaki yang lebih tua sedikit;\n4.\n panggilan kepada suami;\n~ angkat\n orang lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sebagai anak oleh ibu bapanya;\n \n~ ipar \nabang kepada isteri (atau suami) seseorang;\n \n~ kandung \nabang yang seibu dan seayah dengan seseorang;\n \n~ tiri \nabang kepada seseorang yang merupakan anak kepada ibu atau ayahnya hasil daripada perkahwinan yang terdahulu (dengan suami atau isteri yang lain);\nberabang\n1.\n mempunyai abang (biasanya abang kandung);\n2.\n memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang;\nberabangkan\n mempunyai seseorang sebagai abang:\n~ seorang yang pengasih dan bertimbang rasa." "abang II\n[Jawa] merah." "abar\nabar-abar\n1.\n dinding;\n2.\n penghalang, penyekat:\n~ kemajuan masyarakat;\n berabarkan\n mempunyai (sesuatu) sebagai dinding atau penyekat, berdindingkan:\nrumah yang ~ buluh;\n mengabar\n1.\n mengurangkan, meredakan:\nubat yang dapat ~ keadaan payah orang sakit\n;\n2.\n menghalang, menyekat:\npertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat." "abau\nsejenis kura-kura, labi-labi;\n \nmain ~\n main tampuk labu." "ABC\n1.\n abjad Rumi:\nbudak itu sudah pandai membaca ~;\n 2.\n [kependekan] air batu campur." "Abd.\n[kependekan] Abdul." "abdas\n(Parsi);\nberabdas\n mandi hadas." "abdi\norang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yang diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan;\n \n~ negara\n [Indonesia] pegawai kerajaan;\nmengabdi\n1.\n menjadi abdi (hamba):\norang kulit hitam dari Afrika pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat;\n2.\n berlaku seperti abdi, menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kepada atau untuk kepentingan seseorang atau sesuatu):\nrela ~ kepada negara;\n mengabdikan\n1.\n menjadikan abdi, menghambakan, memperhamba:\n ~ tawanan perang\n;\n ~ diri kepada negara\n;\n2.\n menggunakan sepenuhnya:\ntenaganya diabdikannya kepada negara\n;\npengabdian\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengabdi atau mengabdikan:\ntetapi Allah tidak membebani manusia dengan kemestian-kemestian yang banyak untuk melakukan ~;\n ~ seseorang kepada negara sebagai tanda cintanya terhadap negara;\n pada zaman dahulukala, ~ rakyat oleh raja sering berlaku." "abdikasi\nturun dari takhta kerajaan dengan kehendak (kerelaan) seseorang raja itu sendiri." "abdomen\n(Biologi) rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yang berisi organ-organ (seperti perut, usus, buah pinggang, dan hati)." "abese\n[Indonesia] abjad tulisan Rumi." "abet\n[Jakarta] tingkah laku;\nmengabet\n bertingkah laku;\n bisa ~\n tahu bertingkah laku." "abiad\n[Arab] [sastera lama] putih;\n \nfidah yang ~ \nperak yang putih." "abid\n[Arab] orang yang menghambakan diri kepada Allah dengan beribadat kepada-Nya." "abidin\n[Arab] jamak bagi abid." "abilah\n(Parsi) cacar air, jeluntung;\n \n~ Peringgi \npenyakit sifilis, penyakit raja singa." "ABIM\nakronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia." "abintara\n[sastera lama] pesuruh raja;\n bentara." "abiogenesis\n(Biologi) penjanaan (secara hipotesis) benda hidup daripada benda bukan hidup." "abjad\n1.\n huruf-huruf dalam sesuatu bahasa yang disusun mengikut urutan yang tertentu (seperti A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi);\n \nmenurut (urutan) ~ \nmenurut urutan huruf dalam abjad;\n2.\n urutan atau susunan huruf Arab (dengan setiap huruf mempunyai nilai angka untuk menyatakan tahun dan lain-lain, misalnya alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dan lain-lain);\nmengabjadkan\n menyusun (perkataan dan lain-lain) menurut abjad:\n~ nama semua peserta;\n pengabjadan\n perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan (senarai nama dan lain-lain) mengikut urutan abjad." "ablasi\n(Biologi) pembuangan tisu atau organ tubuh secara pembedahan." "abnormal\n1.\n tidak seperti yang biasanya terdapat (berlaku dan sebagainya), luar biasa:\nkeadaan yang ~;\n2.\n [Indonesia] agak gila;\nkeabnormalan\n keadaan yang menyimpang daripada kebiasaan, keadaan tidak normal, keadaan luar biasa." "abnus\n[Arab] [sastera lama] kayu hitam." "aboi\n[Cina] panggilan kepada kepala atau pembesar orang Cina." "abon\n[Jawa] sayatan daging yang dibubuh rempah dan digoreng." "abonemen\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n langganan;\n2.\n wang langganan;\n3. = berabonemen\n berlanggan." "abrak\n[sastera lama] batu cermin, mika." "abrar\n[Arab] golongan orang yang soleh." "abras\n[Arab]\n1.\n menghidapi penyakit kusta;\n2.\n penyakit kusta." "abrit\nabrit-abritan\n [Jakarta] berlari tunggang-langgang." "absah\n[Indonesia] sah (berkenaan (dengan) surat keterangan dan lain-lain);\nmengabsahkan\n mengesahkan (keputusan, persetujuan, dan lain-lain);\nkeabsahan\n keadaan sah, kedudukan yang sah, kesahan:\n~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yang berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya;\n pengabsahan\n pengesahan." "absen\n[bahasa percakapan] tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dan lain-lain);\nmengabsen\n [Indonesia] memanggil nama-nama orang untuk mengetahui atau menentukan siapa yang tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dan lain-lain):\nguru ~ murid-murid pada waktu masuk sekolah." "abses\nbengkak yang bernanah." "absolusi\n[Indonesia] pengampunan dosa (dalam agama Roman Katolik)." "absolutisme\nprinsip yang menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin dan sebagainya) mestilah mempunyai kuasa yang mutlak atau tidak terbatas." "abstrak\ntidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad:\nkesetiaan adalah sesuatu yang ~;\n mengabstrakkan\n menjadikan sesuatu abstrak;\nkeabstrakan\n perihal atau sifat abstrak:\nkematangan seseorang pelukis boleh dilihat dalam ciri-ciri ~\n \nlukisannya." "abstraksi\nproses membentuk gagasan atau konsep umum dengan memilih ciri-ciri umum daripada contoh-contoh yang khusus:\n dalam kebanyakan kes, pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yang dikaji." "absurd\nmustahil, tidak masuk akal, bertentangan dengan fikiran yang waras:\n sesungguhnya adalah ~ untuk berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia." "abtar\n[Arab]\n1.\n [sastera lama] kudung;\n 2.\n terputus rahmat Allah." "abu I\n1.\n sisa sesuatu yang telah hangus dibakar atau terbakar:\n~ daripada ranting dan daun kering yang dibakar boleh dijadikan baja;\n ~ dapur;\n ~ rokok;\n2.\n debu, serbuk;\n~ kayu \n(Perhutanan) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat daripada kalsium, kalium, dan magnesium) yang terdapat di dalam kayu;\n \n~ logam \n(Perhutanan) bahan lebihan logam yang tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain;\nseperti ~ di atas tunggul \n(peribahasa) [Minangkabau] dengan mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negeri Sembilan);\n \nsudah jadi ~ arang \n(peribahasa) sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi;\n \nterpegang di ~ hangat\n (peribahasa) [Minangkabau] baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;\nabu-abu\n [Indonesia] warna kelabu;\nmengabu\n menjadi abu, menyerupai abu;\nmengabui\n1.\n membubuh abu (pada sesuatu);\n2.\n = \n~ mata \nki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yang sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya:\nbeliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yang cuba ~ mata orang ramai;\n keabu-abuan\n berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan." "abu II\nkalah (dalam permainan congkak dan lain-lain)." "abu III\nsuatu pangkat di Siam." "abu-abu\nikan ~ \n[Indonesia] sejenis ikan laut." "abuh I\nriuh, sibuk." "abuh II\n[Jawa] bengkak;\n \nsakit ~ (abuh-abuhan) \nsakit dengan bengkak-bengkak pada kaki (tubuh dan sebagainya)." "abuk\nmengabuk\n [Jawa] mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya." "abuk-abuk\n= \n~ sagu \nsejenis penganan yang dibuat daripada biji-biji sagu (gula melaka dan lain-lain)." "abun-abun\nangan-angan;\n \ngila di ~\n (peribahasa) mengangan-angankan sesuatu yang tidak mungkin tercapai (terhasil)." "abung\nlimau ~ \nlimau bali, limau besar." "abur\nmengabur\n membuang-buang (wang dan lain-lain), menghamburkan, membazirkan, memboroskan;\npengabur\n orang yang membuang-buang atau membazirkan (wang), pemboros." "abus\n1.\n bahagian atau pecahan yang terkecil;\n2.\n duit syiling zaman dahulu yang terendah nilainya;\n3.\n sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai nilai." "abuya\n[Arab]\n1.\n ayah;\n2.\n panggilan hormat kepada orang yang ajarannya (biasanya ajaran agama Islam) atau pendapatnya diikuti." "abvolt\nunit ukuran voltan elektrik yang bersamaan dengan 1 x 10-8 volt." "abyad\n[Arab] \n abiad." "Ac\nsimbol kimia bagi aktinium." "acah\nberacah-acah\n bermain-main, bersenda-senda:\n~ dengan maut;\n mengacah\n melakukan gerak untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan;\nmengacah-acah\n mengacah berulang kali:\nlembaga itu semakin hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak;\n acahan\n perbuatan mengacah." "acak I\n[Minangkabau];\n acak-acak\n terburu-buru, tergesa-gesa." "acak II\n[Jakarta];\nmengacak\n melakukan sesuatu tidak dengan peraturan, mengacaukan;\nacak-acakan\n kacau-bilau, tidak teratur." "acan I\nmengacan\n melakukan gerak pukulan atau serangan untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan." "acan II\nmengacan\n mengharapkan, mencita-citakan." "acan III\n[Kedah] mengusik seseorang (dengan tujuan untuk bergurau)." "acang\n[Indonesia] perkakas untuk mengukur keadaan air dalam dandang." "acang-acang\n[Minangkabau] pesuruh, orang kepercayaan;\n \n~ alat \norang yang mengatur peralatan;\n \n~ (dalam) negeri \norang yang dipercayai orang (penduduk) sekampung atau senegeri." "acap I\n= acap-acap\n kerap kali, sering kali." "acap II\n1.\n penuh dengan air, terendam dalam air (kayu dan lain-lain), tergenang oleh air (padang, sawah, dan lain-lain);\n2.\n terbenam dalam-dalam (kaki dalam lumpur, mata keris pada tubuh seseorang, dan lain-lain);\nmengacapi\n menggenangi, merendam (dengan air)." "acap kali\nbeberapa kali, berulang-ulang, kerap kali, sering kali:\ndia masih melakukannya walaupun sudah ~ ditegur." "acar I\nsejenis makanan yang dibuat daripada buah-buahan atau sayur-sayuran dengan bahan-bahan lain dan diasamkan dengan cuka (dimakan dengan nasi);\n jenis-jenis acar:\n~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~ telur;\nmengacar\n membuat acar." "acar II\n= acaran\n [Kedah] tempat membuang kotoran dapur, limbah;\n \nkain dalam ~ dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi \n(peribahasa) sudah rosak betul, tidak dapat dibaiki lagi (berkenaan (dengan) akhlak perempuan jahat dan lain-lain)." "acara I\n1.\n susunan perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat (perundingan dan sebagainya), agenda;\n2.\n rancangan atau susunan rancangan untuk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dan lain-lain), program:\nsatu jawatankuasa khas akan menyusun ~ yang akan diadakan pada hari ulang tahun itu;\n3.\n kegiatan (persembahan dan lain-lain) biasanya dalam sesuatu program:\ncarilah jalan untuk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial;\n ~ kemuncak \nkegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yang teristimewa) dalam sesuatu program;\n4.\n [Indonesia] perkara untuk dibicarakan (di mahkamah), kes;\n perbicaraan sesuatu kes (dalam mahkamah):\n~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi;\nberacara\n1.\n mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya);\n2.\n [Indonesia] memeriksa (membicarakan) perkara di mahkamah;\nmengacara\n [Indonesia] menjatuhkan keputusan hukum;\nmengacarai\n1.\n mengelolakan atau mengendalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dan sebagainya):\nseorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu;\n 2.\n [Indonesia] memulai percakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan):\nEngkau kecewa, aku ~ percakapan;\n mengacarakan\n1.\n menjadikan sebagai salah satu acara, memasukkan ke dalam susunan acara (rancangan):\npancaragam itu akan diacarakan pada malam penghabisan;\n2.\n [Indonesia] mengadukan (perkara);\npengacara\n1.\n [Indonesia] peguam bela;\n2.\n orang yang mengendalikan persembahan acara-acara (dalam sesuatu pertunjukan, majlis, dan lain-lain), juruacara." "acara II\n[Jawa];\nmengacarakan\n menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dan lain-lain)." "acaram\n[sastera lama] cincin bertunang, cincin tanda." "acau\nmengacau\n mengigau;\naco." "aci I\nditerima, jadi, sah, (dalam permainan, pertaruhan, dan lain-lain);\n \ntidak ~ \ntidak jadi, tidak sah;\n \nlebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat\n lebih kurang sedikit janganlah diambil berat;\nmengacikan\n mengakui sebagai aci atau sah, mengesahkan." "aci II\nbatang logam tempat roda berpusing, gandar roda;\n~ engkol\n batang logam berputar yang menyambungkan engkol dengan rod penyambung untuk menukar gerakan turun naik kepada gerakan berpusing pada enjin pembakaran dalaman;\n \n~ pacu\n batang logam yang memacu dan menghubungkan satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam kenderaan bermotor;\n ~ sesondol \nbatang logam panjang yang mempunyai sesondol untuk menggerakkan rangkaian injap pada enjin pembakaran dalaman;\naci-aci\n kayu panjang untuk menggulung layar." "aci III\n(Tamil) kakak (biasanya sebagai panggilan kepada perempuan India yang lebih tua)." "aci IV\n[Pulau Pinang];\n~ lut \nmain sembunyi (sejenis permainan budak-budak), cekup puyuh." "aci V\ntepung (sagu, ubi kayu, dan lain-lain)." "aci-aci\n[Indonesia] andai, misal, umpama;\n \n~nya \nseandainya, seumpamanya, kalau-kalau;\nmengaci-acikan\n memisalkan, mengumpamakan, mengandaikan;\naci-acian\n sesuatu yang terbayang dalam fikiran, gambaran angan-angan:\nsudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid itu." "acik\nnama timang-timangan bagi anak yang kedua bongsu." "acita\n(Hindustan) beras." "aco\nmengaco\n [Jawa]\n1.\n mengigau;\n2.\n berkata tidak keruan (yang bukan-bukan)." "acu I\nmengacu\n1.\n membuat gerak laku untuk mengancam atau menakut-nakuntukan (seperti mengangkat atau menghalakan senjata hendak menikam dan sebagainya);\n2.\n =\n mengacu-acu\n memikir-mikirkan (sesuatu yang hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak berbuat sesuatu);\n3.\n menunjuk atau menarik perhatian (kepada), merujuk:\ndalam syarahannya ia selalu ~ kepada bukunya\n;\nmengacukan\n1.\n menghalakan (senjata) ke arah seseorang untuk mengancam atau menakut-nakuntukannya, mengacungkan, menunjukkan sebagai mengancam (genggaman tangan dan lain-lain):\nkeris terhunus diacukan ke perut Panglima Awang;\n2. = mengacu-acukan\n menganjurkan, merancang-rancangkan:\nsudah lama ia mengacu-acukan langkah ini." "acu II\nmengacu\n membentuk (kuih, peluru, dan lain-lain) dengan menuang bahan cecairnya ke dalam sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda kereta api, dan lain-lain);\nacuan\n1.\n bekas yang mempunyai bentuk tertentu untuk dituangkan sesuatu bahan cecair:\n~ kuih;\n ~ agar-agar;\n ~ peluru;\n2.\n alat (seperti kerangka, pemidang, dan sebagainya) untuk sesuatu:\n~ sepatu;\n3.\n [kiasan] sesuatu yang dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu:\nproses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kepada sikap sebenar yang akan diwarisi;\n ~ kalimat \npola kalimat." "acu III\nmengacu = mengacukan\n memakai sesuatu (seperti baju, kasut, dan sebagainya) seketika untuk mengetahui sama ada muat atau tidak (sedap dipakai atau tidak dan sebagainya)." "acu IV\nsejenis tumbuhan (pokok), mendarah (rengas, penarahan) daun besar, \nKnema hookeriana." "acuh\npeduli, mengambil berat, mengendahkan;\n \ntak ~ \ntidak peduli;\n \n~ tak\n \n~ \n(hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian (kpada sesuatu), kurang peduli, endah tak endah:\nsikap ~ tak ~ ini merugikan perjuangan kebangsaan;\n mengacuhkan\n mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan:\ntidak ~ larangan orang tua-tua;\n acuhan\n sesuatu yang diendahkan, sesuatu yang menarik minat atau perhatian;\nketidakacuhan\n sikap tidak mengendahkan sesuatu." "acum\nmengacum\n \n1.\n menghasut supaya bermusuhan dan sebagainya:\ndicarinya akal untuk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan;\n2.\n mengajak berkelahi, menentang:\n~ lawan;\n3.\n [Kedah] mengadu pada seseorang;\nacuman\n1.\n hasutan;\n2.\n tentangan;\npengacum\n1.\n penghasut;\n2.\n penentang, orang yang menentang." "acung I\n[Indonesia] ;\nmengacung\n menunjuk ke atas, diangkatkan ke atas:\ntangannya ~;\n mengacungkan\n menghalakan (sesuatu ke arah seseorang), menunjukkan (tangan dan lain-lain):\n~ senjata;\n ~ tangan;\n pengacungan\n perbuatan mengacungkan:\n ~ senjata." "acung II\n[Minangkabau];\nmengacung\n menyepak, menendang." "AD\n[Indonesia] [kependekan] Angkatan Darat." "ad hoc\n(Latin) berkenaan sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal:\n jawatankuasa ~." "ad interim\n(Latin) untuk sementara waktu:\nkabinet ~;\n tindakan ~." "ad rem\n(Latin) berkaitan atau bertepatan dengan sesuatu perkara dan sebagainya (berkenaan (dengan) jawaban dan lain-lain), tepat benar." "ad valorem\n(Undang-undang) duti yang dikenakan mengikut nilai barang." "ada\n1.\n boleh didapati (ditemui, dilihat, dan sebagainya), bukan khayalan atau rekaan, wujud:\nada orang yang mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yang mengatakan ianya khayalan manusia;\n tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang;\n2.\n boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dan sebagainya) di sesuatu tempat:\ngula dan kopi ~ di dalam almari itu;\n dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai;\n3.\n telah sedia, telah terkumpul dan sebagainya (untuk diberi perhatian dan sebagainya):\n~ banyak surat yang perlu ditandatangani;\n ~ kerja penting yang belum diurus lagi;\n4.\n mempunyai:\nRazi ~ banyak barang mainan;\n tidak ~ cita-cita;\n5.\n (masih) hidup, belum meninggal dunia:\nibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal;\n dia sudah tak ~ \ndia sudah meninggal dunia;\n6.\n benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan untuk menguatkan kata kerja selepasnya):\ndia ~ pergi ke sekolah petang tadi;\n saya ~ menerima surat daripadanya;\n7.\n hadir (digunakan sebagai menjawab panggilan guru dan lain-lain sewaktu memastikan kedatangan murid dan lain-lain);\n8.\n apakah (digunakan untuk melembuntukan pertanyaan):\n~ encik melihat adik saya\n~ gula, ~ semut \n(peribahasa) kalau orang kaya banyaklah kawannya;\n \n~ air, ~ (adalah) ikan\n = \n~ padang, ~ belalang \n= \n~ batang, ~ cendawan tumbuh \n(peribahasa) di mana pun kita duduk, ada rezeki;\nada-ada;\n ~ saja \na) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dan lain-lain:\n ~\n \nsaja yang menyebabkan penderitaannya;\n jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan;\n \nb) selalu ada sesuatu yang ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dan sebagainya):\nA~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!;\nseada-adanya\n = \nseadanya\n (sekadar atau setakat) apa-apa yang ada:\n hidangan ~ sudah sedia;\n adakah\n1.\n apakah ada (untuk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada):\nsoalnya, ~ terdapat novel karangannya?\n 2.\n benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak):\n~ kekalahannya tahun ini lebih besar daripada kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam \n(peribahasa) perselisihan yang telah ada tidak perlu diperbesar lagi;\nadakan\n mana ada, mana boleh, masakan:\n~ kucing bertanduk;\nadalah\n1.\n [sastera lama] sesungguhnya (digunakan pada permulaan ayat, kenyataan, dan sebagainya):\n~ makam ini dikurniai raja kepada aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kepada aku;\n2.\n ialah (untuk menghubungkan sesuatu yang diperkatakan dengan huraian, penjelasan dan sebagainya yang mengenainya):\nhadiah itu ~ untuk murid terpandai;\nadanya\n1.\n perihal ada (berlaku, terdapat, dan sebagainya), wujudnya:\n~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi;\n2.\n demikianlah halnya:\nmereka itu seperti adik-beradik ~;\n ada-adanya, ada-adanyakah\n mana boleh, mungkinkah:\n~ ayam berkaki tiga;\nadapun\n mengenai, perihal:\ndapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pada umumnya menceritakan hal manusia juga;\nberada\n1.\n ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dalam sesuatu keadaan:\nhidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan;\n sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura;\n2.\n berharta, kaya:\nkeluarganya boleh dikatakan ~ juga;\n berada-ada = ada-berada\n ada sesuatu yang tersembunyi (seperti sebab, maksud, dan lain-lain);\n \nkalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah\n (peribahasa) tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa;\nkeberadaan\n keadaan (sifat) berada:\n semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain\n;\nmengada-ada\n1.\n berkata (meminta, berfikir, membuat, dan lain-lain) yang bukan-bukan:\njangan kamu ~ saja;\n2.\n bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dan sebagainya) seperti menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dan sebagainya (membuat orang meluat):\nsejak pulang\n \ndari luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak seperti orang Barat;\n3.\n [Indonesia] melebih-lebihkan (sesuatu yang diperkatakan), membuat-buat, berbohong:\naku tak percaya sebab dia suka ~;\n4.\n menyusahkan (suka meminta yang bukan-bukan dan sebagainya):\nah, ~nya orang ini, apa kehendak kau?;\nmengadakan\n1.\n menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan:\nTuhanlah yang ~ seluruh alam ini;\n2.\n mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dan sebagainya), menyediakan:\n~ wang yang diperlukan;\n peruntukan belanjawan untuk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik;\n3.\n mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (seperti seminar, mesyuarat, kenduri, dan lain-lain), menganjurkan serta mengurus sesuatu:\n~ kursus bahasa-bahasa asing;\n ~ kempen kebersihan;\n mengada-adakan\n mengadakan atau menimbulkan dan sebagainya sesuatu (seperti cerita, alasan, dan lain-lain) yang sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka:\ndia sengaja ~ cerita itu untuk mendapatkan simpati daripada kawan-kawannya;\n keadaan\n1.\n hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pada sesuatu ketika atau jangka waktu:\npesakit itu berada dalam ~\n \ntenat;\n ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan;\n ~ hidup kaum nelayan;\n ~ cuaca;\n2.\n rupa (sifat, kedudukan, dan sebagainya) sesuatu sebagaimana yang dapat dilihat:\nseorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan\n;\n ~ tubuhnya tegap sasa;\n3.\n suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat):\n~ di situ pada waktu malam senyap sunyi;\nberkeadaan\n (berada) dalam keadaan (kedudukan, suasana, dan lain-lain\n)\n:\npada tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya;\n di hadapan gadis dia ~ canggung;\npengadaan\n perihal mengadakan sesuatu:\n ~ kelas agama pada waktu petan\ng." "adab\n1.\n tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan:\ndia seorang yang tinggi ~nya;\n kami berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~, supaya tidak berlaku langgar bahasa;\n \n2.\n cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu:\n ~ pergaulan;\n ~ makan;\n ~ tertib \nbudi bahasa dan tingkah laku (yang halus dan sopan);\n \nbalik\n \n~\n [sastera lama] tiada adab, biadab, kurang sopan;\n ilmu ~ \npengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya);\nberadab\n1.\n mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan:\nkelakuannya seperti orang tidak ~;\n2.\n telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun:\nbangsa-bangsa yang ~;\nmengadabi\n beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain, menghormati:\n~nya sebagai orang yang sopan;\nmemperadabkan\n menjadikan beradab (bertamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pada aspek jasmani dan rohani:\n~ bangsa-bangsa yang terkebelakang;\n peradaban\n keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dan sebagainya), tamadun:\njangan membuang yang halus dan tinggi yang terdapat dalam ~ Barat\n;\nberperadaban\n telah mencapai peradaban (yang maju), bertamadun:\ndunia yang sofistikated lagi ~ ini." "adad\n[Arab] bilangan, jumlah." "adagio\n(Seni Muzik) lagu yang dimainkan dengan rentak yang perlahan dan lemah gemalai." "adai\n~\n \u2013\nbadai\n tudung saji yang bersulam." "adakala\nada waktunya (ketikanya, kalanya), kadangkala, sekali-sekali:\n~ dia menang, ~ pula dia kalah." "adalat\n[Arab] keadilan." "Adam\n= \nNabi ~\n manusia yang pertama dijadikan Tuhan;\n \nanak ~ \n= \nbani ~\n = \ncucu ~ \nketurunan Adam, manusia, insan;\n \nkulit ~\n pangkal kuku jari yang berwarna putih dan berbentuk bulan sabit." "adan\nfirdaus, syurga." "adang I\nadang-adang\n penyekat (yang memisahkan, mengasingkan, dan sebagainya):\ntiap-tiap meja disekat dengan satu ~;\n ~ pintu \npenyekat di muka pintu;\nmengadang\n1.\n = \nmengadangi\n menahan (seseorang) daripada dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dengan mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dan sebagainya), menghalang(i), menyekat:\nHamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk;\n2.\n menyekat laluan (di jalan raya):\nmereka ~ jalan dengan meletakkan tong-tong kosong;\n sebatang pokok yang tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas;\n3.\n menunggu dengan tujuan hendak menyergap (menyerang hendap):\nmerancang untuk ~ musuh\n;\n 4.\n menuju, memaksudkan, menghadapi;\n5.\n menempuh (bahaya, kesukaran, dan sebagainya);\nmusuh jangan diadang, selisih jangan dicari\n (peribahasa) pertelingkahan atau perselisihan janganlah dicari-cari;\n \nsungguhpun kawat yang dibentuk, ikan di laut yang diadang\n (peribahasa) sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yang dituju;\nmengadangkan\n menggunakan sebagai adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan):\ndiadangkannya lengannya;\n pengadangan\n1.\n tempat untuk mengadang;\n2.\n perbuatan mengadang;\npengadang\n1.\n penghalang, perintang (di jalan dan lain-lain), sekatan;\n2.\n orang yang mengadang (menghalang atau menyekat orang lain);\n3.\n penyamun dan sebagainya yang mengadang (menunggu dan menyerang hendap)." "adang II\n[Indonesia] ;\n \n~\n \u2026 \n~\n \u2026 kadang \u2026 kadang \u2026;\n~ makan ~ tidak \nkadang makan kadang tidak;\nadang-adang\n kadang-kadang." "adap\nadap-adapan\n \nnasi ~\n nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di upacara perkahwinan)." "adaptasi\npenyesuaian dengan keadaan dan sebagainya yang baru atau berbeza:\n~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan;\n seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya untuk mengimbangkan tuntutan keperluan dengan kemampuan diri;\nberadaptasi\n membuat penyesuaian:\nstruktur biologi yang berbeza itu ~ secara fungsiannya dengan jenis-jenis persekitaran yang berbeza\n;\nmengadaptasi\n membuat adaptasi:\norang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab;\n drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita;\n seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku daripada yang tidak normal atau tidak rasional kepada yang lebih rasional dan logik\n;\npengadaptasian\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengadaptasi sesuatu;\npengadaptasi\n orang yang membuat adaptasi (penyesuaian), orang yang menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni):\nMuhammad Uthman Jalal dianggap sebagai ~ yang paling berpengaruh, tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi." "adapun\nada." "adar I\nmengadar\n bermalam di rumah orang, bertandang." "adar II\nsangat tua." "adas\n1.\n = \n~ landi \n=\n ~ pedas\n sejenis tumbuhan (herba), \nFoeniculum vulgare;\n2.\n = \n~ cina \n= \n~ manis\n sejenis tumbuhan (herba), \nAnethum graveolens." "adat\n1.\n peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi), lembaga:\n~\n \nMinangkabau;\n ~ Perpatih;\n ~ Rembau;\n2.\n cara yang sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan:\n~ air cair, ~ api panas;\nkurang ~ \ntidak sopan, kurang ajar;\n \nmembawa ~ \nhaid (datang bulan);\n \nmengisi ~\n menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban;\n \ntahu ~\n sopan;\n \ntak tahu ~ \ntidak sopan, kurang ajar;\n \n~ dunia \nsifat dunia, kebiasaan di dunia;\n \n~\n \ngelanggang \n=\n ~ menyabung \nperaturan menyabung (ayam);\n \n~ istiadat \nberbagai-bagai adat (peraturan) yang dituruti;\n \n~ menyerambi\n adat menjamu bakal menantu laki-laki;\n \n~ resam \nadat kebiasaan;\n~ bersendi syarak, syarak bersendi ~\n (peribahasa) segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama;\n \n~ diisi, lembaga dituang \n(peribahasa) [Minangkabau] mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan;\n \n~ gajah terdorong \n(peribahasa) orang yang berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya;\n \n~ lama pusaka usang \n(peribahasa) [Minangkabau] adat yang tidak berubah-ubah sejak dahulu;\n \n~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak \n(peribahasa) jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;\n \n~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung \n(peribahasa) tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya:\n hidup dikandung ~ mati dikandung tanah \n(peribahasa) setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati;\n \nhilang ~ tegal muafakat \n(peribahasa) adat lama itu boleh diubah asal dengan muafakat;\nberadat\n1.\n mempunyai adat, tahu sopan santun;\n2.\n melakukan sesuatu secara adat;\nmengadatkan\n menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan;\n \nadat yang diadatkan \nadat yang ditetapkan;\nteradat\n sudah menjadi adat atau kebiasaan;\n \nadat yang ~\n adat yang terjadi kerana kebiasaan." "adawat\n[Arab] permusuhan, benci." "ADD\n[kependekan] Akhbar Dalam Darjah." "addin\n[Arab] al-Din." "adegan\n[Jawa] bahagian daripada babak (sandiwara, wayang):\nia berlakon dengan baik dalam ~ di atas kapal;\n \n~ ranjang\n (bahagian daripada) babak asmara di atas katil (dalam lakonan sandiwara, wayang gambar, dan sebagainya) yang menimbulkan keghairahan:\ntingkah laku yang bertentangan dengan Islam digambarkan dalam hubungan seks dan ~ ranjang." "adem\n[Jakarta]\n1.\n sejuk;\n2.\n hambar, tawar (makanan);\n3.\n tenang (fikiran, hati);\nmengadem\n menyejukkan diri (di tempat dingin)." "adhesi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n daya tarik-menarik antara molekul dua zat yang berlainan;\n2.\n ucapan setuju, ucapan sokongan." "adi I\n(Sanskrit) [sastera lama] yang pertama, yang terutama, yang tertinggi:\npahlawan ~;\n pendekar ~\n." "adi II\n[Arab] mengikut adat, biasa, lazim." "adi III\n[Brunei] adik;\nadi-beradi\n = \nseperadian\n pertalian adik-beradik dalam sesuatu keluarga." "adiabatik\n(Kimia) berkenaan sesuatu proses dalam sistem kimia yang tidak melibatkan sebarang kemasukan atau keluaran haba." "adib\n[Arab]\n1.\n beradab, berbahasa, bersopan;\n2.\n sasterawan, pujangga." "adicita\n[Indonesia] ideologi." "adik\n1.\n saudara kandung (laki-laki atau perempuan) yang lebih muda;\n \n~ bongsu \nadik yang termuda;\n \n~ kandung \n=\n ~ seibu sebapa \nanak kepada ibu dan bapa seseorang yang lebih muda daripadanya;\n \n~ seayah \nadik berlainan ibu\n;\n ~ seibu \nadik berlainan ayah;\n2.\n panggilan (khasnya kepada saudara kandung atau saudara mara yang lebih muda atau kepada isteri dan amnya kepada orang yang lebih muda);\n~ ipar\n adik lelaki atau perempuan kepada suami atau isteri seseorang;\n \n~ sanak ayah\n anak saudara lelaki ayah (yang lebih muda);\n \n~ sanak ibu\n anak saudara perempuan ibu (yang lebih muda daripadanya);\n \n~ sepupu\n anak (yang lebih muda) kepada adik atau kakak ayah atau emak seseorang;\n \nbulan\n \n~ Maulud\n bulan Rabiulakhir;\nberadik\n1.\n mempunyai atau ada adik:\nbiarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi;\n2.\n bersaudara kandung:\nkami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah;" "adik-beradik, adik kakak\n1.\n (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara:\nmereka lima ~ \nmereka lima bersaudara;\n \nbergaduh ~ dalam pembahagian harta pusaka\n;\n2.\n (berlaku) sebagai saudara, antara atau selaku adik dengan abang (atau kakak):\nmari kita bicarakan ~ dahulu;\n beradik kakak\n selaku adik dan kakak;\nmemperadik\n memandang (memanggil, menyebut) adik." "Adika\n[Perak] gelaran orang besar:\nDato Seri ~ Raja." "adikara\n[sastera lama]\n1.\n kekuasaan, berkuasa;\n2.\n sewenang-wenang." "adikarya\nkarya agung yang dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa, misalnya \nHikayat Hang Tuah\n dalam masyarakat Melayu." "adikong\n(daripada Perancis \naide-de-camp\n) pembantu peribadi kepada pembesar (seperti sultan, perdana menteri, dan lain-lain)." "adikuasa\nkuasa utama, kuasa tertinggi:\ndunia memang sudah berubah sejak ~ Soviet Union hilang taring." "adikudrati\nyang di luar kekuasaan alam (Roman Katolik)." "adil\n1.\n menyebelahi pihak yang benar (berkenaan (dengan) sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dan sebagainya):\nraja yang ~;\n tindakan yang ~;\n hakim itu ~ keputusannya;\n2.\n meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul (berkenaan (dengan) sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dan sebagainya):\npelantikan seseorang yang ahli dalam bidangnya adalah satu pelantikan yang ~;\n3.\n menepati hak seseorang atau sesuatu:\nkadar taksiran mestilah ~ dan tidak menjadi satu beban kepada penduduk;\n para pekerja mendapat layanan dan ganjaran yang ~, setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan kepada organisasi;\n4.\n tidak menyebelahi mana-mana pihak (berkenaan (dengan) layanan terhadap seseorang dan sebagainya), tidak berat sebelah:\ntugas ibu bapa ialah berlaku ~ dalam sesuatu pemberian kepada anak-anak dengan tidak melebihkan seorang daripada yang lain;\nmengadili\n menimbangkan dengan saksama serta memutuskan (dalam mahkamah dan sebagainya), memeriksa dan menghukum orang dengan adil:\n~ dan menghukum orang-orang yang melanggar undang-undang;\n keadilan\n sifat (perbuatan, tindakan, dan lain-lain) yang adil:\n~ seseorang raja atau pemerintah;\n ia menuntut ~\n ia menuntut penyelesaian yang adil;\n \nmenciptakan ~ masyarakat\n mengadakan susunan dan keadaan yang adil bagi kehidupan dalam masyarakat;\nketidakadilan\n perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dan sebagainya) tidak adil;\nperadilan\n segala yang berkaitan dengan perkara pengadilan:\nselalunya ahli sains membuat ~ moral kepada rakan-rakan mereka\n;\npengadilan\n1.\n mahkamah, majlis, dan sebagainya yang mengadili:\naku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan;\n2.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengadili, perbicaraan serta keputusan oleh pengadil:\npenjahat-penjahat perang dijatuhi hukuman mati dalam ~ di mahkamah Nuremberg;\n3.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengadili sesuatu pertandingan dan sebagainya:\n~ pertandingan pakaian aneka ragam;\n pengadil\n1.\n orang yang mengadili sesuatu perkara, hakim:\n jikalau orang yang membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan;\n ~ litar \npengadil yang beredar ke beberapa tempat (bandar dan sebagainya) untuk menjalankan perbicaraan;\n2.\n orang yang mengadili pertandingan atau perlawanan (seperti bola sepak, tinju, dan lain-lain)." "adinda\n[bahasa halus] adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dalam surat-menyurat dan sebagainya)." "ading\n[sastera lama] adik." "adiningrat\n[Jawa] gelaran bangsawan yang tertinggi." "adipati\n[Jawa]\n1.\n [sastera lama] raja, kepala daerah;\n2.\n gelaran bupati (sebelum perang)." "adipos\n(Perubatan) mengandungi lemak atau menyerupai lemak;\n \ntisu ~ \ntisu yang dipenuhi lemak." "adiposuria\n(Perubatan) kewujudan lemak dalam air kencing." "adipsia\n(Perubatan) keadaan abnormal yang menyebabkan seseorang mengelak daripada minum (tidak terasa dahaga)." "adiraja\n[sastera lama]\n1.\n (suatu) gelaran;\n \nMaharaja A~;\n2.\n [Indonesia] ark\n hak ~ \nhak melakukan kekuasaan yang tertinggi;\ndiraja." "adiratnasl\npermata yang mulia (ki bagi perempuan yang cantik)." "adisejuk\n(Kimia) berkenaan cecair yang menyejuk atau dijadikan sejuk sehingga ke bawah takat sejuk beku tanpa cecair itu membeku." "adiwangsa\nbangsa utama (mulia)." "adiwarna\n[sastera lama] amat bagus, amat indah." "adjektif\nkata sifat." "adjudikasi\n(Undang-undang) proses undang-undang dalam menyelesaikan sesuatu pertelingkahan;\nteradjudikasi;\n \nhak ~ \nhak yang telah diiktiraf dalam prosiding kehakiman dan pentadbiran." "adjuster\n(Ekonomi) pelaras." "administrasi\n[Indonesia-Belanda] pentadbiran, tatausaha, pengurusan:\n~ negara;\n ~ perniagaan." "administratif\n[Indonesia-Belanda] yang berkaitan dengan pentadbiran;\n \nhukuman ~ \nhukuman yang dikenakan oleh jabatan (tidak dipecat tetapi diturunkan pangkat atau dikenakan sesuatu hukuman lain)." "administrator\n[Indonesia-Belanda] pentadbir, penatausaha." "admiral\nkepala angkatan laut, laksamana." "adob\nbata yang dibuat daripada campuran tanah liat dengan jerami yang dijemur untuk dijadikan bahan binaan." "adoi\n[kata seru] aduh;\nmengadoi, mengadoi-adoi\n mengeluh(-ngeluh), mengaduh(-aduh):\nsekonyong-konyong ia ~ dan mengerang." "adopsi\n[Indonesia-Belanda] pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri, pengambilan sebagai anak angkat." "adpertensi\n[Indonesia-Belanda] iklan (dalam surat khabar dan lain-lain)." "adpis\n[Indonesia-Belanda] nasihat:\nlagaknya lagak orang pintar, ~nya tepat-tepat;\n= advis." "adpisir\n[Indonesia-Belanda] penasihat." "adpokat\n= avokado." "adrenal\n(Biologi) berkenaan sesuatu yang berdekatan dengan atau berkaitan dengan ginjal." "adrenalina\n(Biologi) hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan atau lari." "adrenosklerosis\n(Perubatan) pengerasan struktur kelenjar." "adres\n[bahasa percakapan] alamat (tempat tinggal);\nmengadreskan\n mengalamatkan (surat dan lain-lain kepada)." "ADRI\n[Indonesia] akronim bagi Angkatan Darat Republik Indonesia." "adu domba\nmengadu domba, mengadudombakan, memperadudombakan\n memperlagakan seseorang (sesuatu golongan dan lain-lain) dengan yang lain:\n parti-parti yang tidak bertanggungjawab hendak ~ orang Melayu dengan orang Cina;\n mereka hendak menjajah negeri kita dengan jalan memperadudombakan kita sama kita;\n pengadu domba\n orang atau pihak yang mengadu domba(kan), orang atau kumpulan lain:\nada ancaman komunis, ada bahaya dadah, antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat." "adu I\nberadu\n1.\n berlanggar, berlaga, berhantuk(an), terhantuk:\nmotokar itu ~ dengan kereta lembu;\n terdengar gelas ~;\n kepalanya ~ dengan dinding;\n2.\n bertarung, berlaga, bersabung:\nayam yang sedang ~;\n3.\n bertanding, berlawan (untuk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu);\n \n~ cantik\n bertanding untuk menentukan siapa yang paling cantik;\n \n~ tenaga \nbertanding untuk menentukan siapa yang kuat;\n \n~ nasib \nmencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan;\nmengadu\n1.\n mempertemukan (dua benda), meletakkan dan sebagainya berdekatan, mendekatkan (untuk membandingkan dan sebagainya);\n2.\n menyentuhkan (gelas dan lain-lain), menghantukkan (gelas, kepala, dan lain-lain), melagakan:\n ~ kepala ke dinding;\n ~ tuntung jarum\n (peribahasa) menyatukan fikiran yang sukar itu sangat susah;\n3.\n memperlagakan, menyabung:\n~ ayam;\n 4.\n mempertandingkan, memperlawankan:\n~ layang-layang;\n ~ tenaga \nmempertandingkan kekuatan;\n5.\n memberitahu seseorang mengenai sesuatu (yang tidak menyenangkan dan sebagainya) untuk mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati, dan sebagainya):\ndia ~ kepada ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya;\n dia tidak ~ kepada sesiapa tentang layanan buruk yang dialaminya itu;\n6.\n meminta keadilan:\n~ kepada hakim;\n ~ lidah\n berbantah;\n \n~ nasib \n=\n ~ untung \nmencuba untung, beradu nasib;\nmengadukan\n1.\n mengemukakan perkara dan lain-lain (kpada hakim, parlimen, dan lain-lain), memberitahukan sesuatu (yang tidak baik atau tidak menyenangkan) untuk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dan sebagainya):\nparlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yang patut diketahui oleh kerajaan;\n penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yang dihadapi kepada pegawai daerah;\n2.\n memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kepada orang atau pihak tertentu untuk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya, dan sebagainya):\ndiadukannya ayahnya kepada Jepun;\n memperadu-adukan\n memperadudombakan;\naduan\n1.\n pertandingan, perlumbaan:\n ~ kuda;\n2.\n yang diadu, sabungan:\nayam ~;\n3.\n hal atau perkara yang diadukan (diberitahukan):\n segala ~ itu sedang disiasat oleh polis;\nperaduan\n pertandingan:\nia telah berjaya menjadi johan syarahan dalam ~ yang dianjurkan oleh syarikat itu;\npengaduan\n1.\n perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang);\n2.\n perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dan lain-lain;\npengadu\n1.\n orang yang suka mengadu untuk mendapatkan pertolongan (simpati dan sebagainya);\n2.\n orang yang mengemukakan aduan." "adu II\nberadu\n tidur (berkenaan (dengan) raja);\nperaduan\n tempat tidur;\n \nbilik ~ \nbilik tidur (raja)." "aduh\n[kata seru] kata yang menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan):\n~, sakitnya perut saya!\n mengaduh, mengaduh-aduh\n mengatakan aduh, mengeluh (kerana kesakitan dan lain-lain):\nsuara yang ~ itu suara orang kena tikam;\n teraduh\n mengaduh dengan tiba-tiba;\n= adoi." "aduhai\n[kata seru] kata untuk melahirkan rasa sedih (rintihan dan sebagainya):\n~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda." "aduk\nmengaduk\n1.\n mengacau, mengarau:\ntidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa\n;\n ~ gulai;\n2.\n = \nmengaduk-aduk\n membongkar-bongkar dengan tidak tentu:\n~ buku;\nteraduk-aduk\n kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (berkenaan (dengan) seperai dan lain-lain);\nadukan\n barang yang (telah) diaduk, campuran (simen dan lain-lain);\naduk-adukan\n campur aduk;\npengadukan\n perihal (proses atau perbuatan) mengaduk:\npengacauan boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan;\n pengaduk\n alat untuk mengaduk:\nsampel dan campuran penyejuk diaduk selalu dengan ~." "adun I\nmengadun\n meramas (menguli) tepung dengan air (santan, susu, dan lain-lain);\nmengadunkan\n mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dan lain-lain dengan unsur yang lain:\n~ unsur realiti dengan yang bukan realiti;\n Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yang baik untuk diadunkan dalam teknik sastera yang menarik;\n adunan\n tepung yang telah diadun untuk membuat kuih;\npengadunan\n proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan sesuatu:\n~ warna yang menarik dalam corak yang mempesonakan;\npengadun\n alat untuk mengadun:\n ~ warna." "adun II\n[sastera lama] elok (kerana berhias):\n ~-temadun \n[Minangkabau] indah-indah, berjenis-jenis warnanya;\nberadun\n berdandan, berhias, bersolek:\nsetelah mandi, puteri pun ~;\n baginda makan sirih yang beradun-adun;\nmengadunkan\n mendandankan, menghiasi, mempersolekkan:\n~ pengantin;\n adunan\n hiasan, alat berdandan:\nsangatlah berkenan kepada hatinya ~ kekasihnya." "ADUN III\nakronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (iaitu wakil rakyat peringkat negeri yang dipilih melalui pilihan raya)." "adverba\n(Linguistik) kata yang menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata adverba lain." "advertensi\n[Indonesia-Belanda] iklan." "advis\n[Indonesia-Belanda] nasihat;\nadpis." "advokat I\n[Indonesia-Belanda] peguam, peguam bela." "advokat II\n= avokado." "aedes\n(Biologi) sejenis nyamuk, misalnya \nAedes aegypti, \nyang membiak di dalam air bertakung yang menjadi pembawa penyakit demam denggi." "aerial\nalat yang menjadi sebahagian daripada sistem televisyen dan radio untuk menerima atau memancarkan gelombang elektromagnet." "aeroangkasa\n1.\n atmosfera bumi dan ruang yang melampauinya;\n2.\n berkaitan dengan roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dan sebagainya yang terbang atau beroperasi dalam ruang angkasa lepas:\nindustri ~." "aerob\n(Biologi) organisma yang dapat hidup hanya dengan adanya oksigen dari udara." "aerobatik\npersembahan kecekapan, ketangkasan, dan kemahiran mengendalikan penerbangan pesawat udara." "aerobik\n1.\n senaman yang penuh bertenaga untuk meningkatkan bekalan oksigen dalam darah serta memperkuat jantung dan paru-paru, biasanya dilakukan dengan gerak-geri seperti tarian dan diiringi muzik yang rancak:\nada ~kah hari ini?;\n \ntarian ~ \nsejenis tarian yang bercorak (bersifat) senaman;\n2.\n (Biologi) berkaitan dengan atau memerlukan oksigen bebas:\npengudaraan diperlukan untuk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma ~;\nberaerobik\n melakukan aerobik:\n beberapa cara untuk menguruskan badan seperti\n \n~\n." "aerobiologi\nkajian tentang mikroorganisma, spora dan sebagainya yang dibawa angin, terutamanya yang menyebabkan penyakit." "aerodinamik\n1.\n ilmu sains yang mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara (seperti kereta, kapal terbang, dan sebagainya);\n2.\n berkenaan sesuatu benda (seperti kapal terbang, kereta, dan sebagainya) yang mempunyai bentuk yang dapat melalui udara dengan mudah dan laju:\n bentuk kereta yang ~ membangkitkan keanggunannya." "aerodrom\nlapangan terbang yang kecil, biasanya digunakan oleh pesawat udara persendirian untuk berlepas dan mendarat." "aerofobia\nperasaan takut kepada tiupan angin." "aerogram\nsurat yang dikirim khas melalui pos udara, surat udara." "aerolit\nsejenis tahi bintang yang mengandungi bahan silika." "aerologi\nkajian tentang atmosfera, termasuklah lapisan-lapisan atasnya." "aerometer\n(Fizik) alat untuk mengukur berat atau ketumpatan udara atau gas." "aeronautik\nkajian tentang aspek-aspek penerbangan." "aeroponik\nkaedah atau teknik menanam tumbuh-tumbuhan yang digantung di dalam persekitaran rumah hijau dengan menyemburkan larutan nutrien pada akar yang terjulur di udara:\nsistem ~ hanya memerlukan tong gentian, pengepam dan paip getah;\n ~ adalah salah satu konsep menanam tumbuh-tumbuhan di dalam persekitaran rumah hijau." "aerosfera\nseluruh atmosfera yang menyelubungi bumi." "aerosol\nampaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara." "aerotaksis\npergerakan mikroorganisma ke kawasan yang beroksigen (aerotaksis positif) atau menjauhi kawasan tersebut (aerotaksis negatif)." "aerotropisme\ngerak balas tumbuhan yang mengarah ke kawasan yang beroksigen." "afagia\n(Perubatan) keengganan atau ketidakupayaan untuk makan atau menelan." "afakia\n(Perubatan) ketiadaan kanta mata secara semula jadi atau disebabkan kemalangan, kecederaan dan sebagainya." "afal\n[Arab] (jamak kepada fiil) kelakuan, perbuatan:\norang itu baik ~nya." "afasia\n(Perubatan) keadaan tidak berupaya untuk memahami atau mengungkapkan sesuatu ujaran yang disebabkan oleh penyakit atau kecederaan pada otak." "afdal\nlebih utama, terutama:\nmengerjakan perkara-perkara yang ~;\nkeafdalan\n perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya:\npuluhan ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dalam hadis juga dinyatakan ~ berfikir." "afdeling\n[Indonesia-Belanda] bahagian." "afektif\nberkaitan dengan perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir):\n untuk memperkembang minat dan motivasi membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif mereka." "afelion\ntitik dalam orbit tempat sesuatu komet atau planet berada paling jauh dari matahari." "aferesis\n(Linguistik) pengguguran satu huruf atau suku kata di awal perkataan, misalnya apabila huruf \nh\n dalam \nhujung\n digugurkan menjadi \nujung \ndan suku kata \nbu\n dalam \nbukan\n digugurkan menjadi \nkan." "afesis\n(Linguistik) pengguguran vokal awal yang tidak bertekanan bagi sesuatu kata, misalnya apabila vokal awal \na\n dalam \nabang \ndigugurkan menjadi \nbang." "afghani\nunit mata wang Afghanistan." "afiat\n[Arab]\n1.\n pulih, sihat;\n \nsihat dan ~ = sihat wal ~\n sihat (tidak uzur);\n2.\n kesihatan;\nmengafiatkan\n [sastera lama] memulihkan, menyihatkan;\nkeafiatan\n keadaan sihat, kesihatan:\ndalam ~ dan keselamatan yang sempurna." "afid\nsejenis serangga kecil daripada famili Aphididae yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya." "afidavit\nkenyataan atau keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seseorang pegawai bertauliah:\npeguam berkata beliau tidak menerima ~ terbaru dan syarikat berkenaan gagal mengemukakan maklumat mengenai kedudukan sebenar kapal itu." "afiliasi\ngabungan, pertalian:\ndua orang sarjana ini memerihalkan latihan sains dan ~ mereka dengan badan penyelidikan;\nberafiliasi\n mempunyai perhubungan atau pertalian:\nlembaga keilmuan yang mengkaji masalah\n \npolitik sebaiknya tidak ~ dengan kekuatan sosiopolitik." "afiniti\n(Kimia) kecenderungan sesuatu atom atau sebatian untuk bertindak atau berpadu dengan atom atau sebatian lain yang mempunyai juzuk kimia yang berbeza." "afonia\n(Perubatan) kehilangan suara yang disebabkan oleh penyakit larinks, kerosakan saluran suara dan sebagainya." "aforisme\n(Linguistik) ungkapan yang tepat, ringkas, dan jelas yang mengandungi atau melahirkan suatu kebenaran umum, pepatah, bidalan, peribahasa (seperti bersatu teguh bercerai roboh)." "Afrikaans\nsalah satu bahasa rasmi Republik Afrika Selatan:\nbahasa ~.\nAfrikaner\n orang kulit putih di Republik Afrika Selatan yang berasal daripada keturunan Belanda dan bertutur dalam bahasa Afrikaans." "afrit\n[Arab] satu golongan jin yang jahat, ifrit:\nsedang kita leka bersuka ria, datanglah jin ~ hendak menyusahkan kita." "afro\npotongan rambut yang berbentuk bulat, keriting halus, tebal dan panjang, seperti rambut sesetengah orang kulit hitam:\n rambut potongan ~." "afrodisiak\nbahan yang dapat membangkitkan nafsu syahwat." "afsun\n[arkaik] pesona." "AFTA I\nakronim bagi\n Asean Free Trade Area\n (Kawasan Perdagangan Bebas Asean)." "afta II\n(Perubatan) ulser kecil yang lazimnya terjadi di dalam mulut akibat jangkitan kulat." "afwah\n[Arab] tuah (orang yang keramat):\ndengan ~ maulana menolong hamba mungkin tercapai segala yang dicitakan." "Ag\nsimbol kimia bagi argentum." "aga I\n(Turki) gelaran bangsawan." "aga II\nangkuh, sombong:\nibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu;\n beraga\n berlagak, memperlihat-lihatkan diri;\nmengagakan\n membanggakan:\nsesungguhnya kedua-dua orang tua itu dapat ~ anaknya;\nkeagaan\n keangkuhan, kesombongan:\nsekaliannya ada, menjadi ~ bagi yang punya;\nperaga\n \nraga III." "agah I\nberagah\n berpandang muka mengajak berkelahi:\nsementara mereka ~, polis pun tiba;\nberagah-agah, beragah-agahan\n berpandangan muka hendak berkelahi, berhadap-hadapan hendak bersabung (berkenaan (dengan) ayam);\nmengagah\n1.\n memandang muka atau menentang mata (mengajak berkelahi dan lain-lain):\n~ lawan;\n2.\n melakukan sesuatu untuk membuat bayi ketawa:\nanak itu ketawa kerana diagah-agah;\n 3.\n mengeluarkan bunyi yang belum berupa patah-patah perkataan (berkenaan (dengan) bayi):\nanak kecil itu sudah pandai ~;\n4.\n mempertemukan muka (supaya berkelahi):\n~ ayam sabungan." "agah II\n[Kelantan], [Terrenganu] bersifat sombong:\nkalau kamu masuk kampung orang, jangan ~ sangat." "agak I\n1.\n kira, sangka, rasa:\n~ saya dia sudah keluar tadi;\n ~ gerangan \njika kiranya;\n2.\n boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan):\nmenghadapi kesukaran yang ~ besar;\n ~ lama juga di sana;\nagak-agak\n1.\n barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya:\n~ hari ini hujan;\n2. = agaknya\n gerangan, kiranya:\napa ~ maksudnya datang ke mari?\nberagak, beragak-agak\n1.\n ragu-ragu, sangsi:\nmelanggar kota itu jangan ~;\n2.\n mempunyai tujuan (niat) untuk, bermaksud, berniat:\nia ~ untuk pergi ke Mekah;\n3.\n awas-awas, hati-hati:\n mengatakan sesuatu dengan tidak ~;\n mengagak, mengagak-agak\n1.\n mengira-ngira (dengan berdasarkan dugaan atau pertimbangan kasar), menaksir:\nia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa\n;\n orang yang pandai ~ dan mengagih \norang yang bijaksana;\n2.\n memaksudkan, meniatkan:\nlain yang diagak, lain yang kena;\nmengagakkan\n1.\n membuat kesimpulan (berdasarkan dugaan atau tekaan sahaja), menduga, menyangka:\nkeadaan lebih sulit daripada yang diagakkan;\n2.\n menentukan (dengan hati-hati):\n~ biaya negeri;\nmengagak-agihkan\n1.\n mengagak dan mengagihkan, menerangkan, memberitahukan, menjelaskan;\n2.\n suka mencela;\nteragak\n1.\n terfikir (timbul sesuatu fikiran dengan tiba-tiba atau dengan sepintas lalu), terlintas di hati:\nada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu;\n2.\n [Minangkabau] ingin sangat:\nia ~ pulang ke negerinya;\nteragak-agak\n berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak):\nsaya tidak akan ~ untuk mengambil tindakan;\nagakan\n apa yang diagakkan, dugaan, sangkaan:\n~ ini mungkin benar\n." "agak II\npokok ~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok), \nVitex peralata." "agal I\nsejenis penyu besar." "agal II\n[Jawa] serat pokok ibus." "agam I\n[sastera lama] besar, tegap:\nterlalu ~ tubuhnya." "agam II\ntidak ada akhir, larut;\n \nberkepanjangan bagai ~ \n(peribahasa) perbuatan (perkataan) yang berlarut-larut;\nberagaman\n berlarutan, tidak berkesudahan:\nberpestalah sejauh impian ~." "agama\n1.\n kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanTuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa:\n~ Islam, ~ Kristian;\n orang yang memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin;\n ~ langit \nagama yang bukan ciptaan manusia;\n 2.\n kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain (yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa);\nberagama\n1.\n mempunyai agama, menganut sesuatu agama:\norang Melayu ~ Islam;\n2.\n mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pada agama, beribadat:\nmemang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yang tidak berdasarkan agama kita;\n3.\n [bahasa percakapan] terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja:\n~ kepada harta benda;\nmengagamakan\n menjadikan sesuatu sebagai agama;\nkeagamaan\n perihal agama, (hal-hal) yang berkaitan dengan agama:\nsastera ~;\n semangat ~." "agamani\n[Indonesia] warak." "agamawan\norang (golongan) yang mempunyai ketaatan, pegangan, dan latar belakang agama yang kuat:\ngerakan Islam yang dipelopori oleh tokoh ~ dalam perkembangan nasionalisme Melayu." "agan\nberagan\n [Minangkabau] bermaksud, berniat, sengaja;\n mati ~ \nmati bukan kerana penyakit (tetapi kerana rindu, sedih, dan lain-lain);\nmengagan, mengagan-agan\n mengganggu, menggoda, mengusik." "agar I\nsupaya, semoga:\nawak harus bersekolah ~ pandai." "Agar II\n(dalam gelaran):\nSeri ~ Diraja." "agar-agar\n1.\n sejenis tumbuhan (lumut laut), \nEucheuma spp.;\n 2.\n lumut laut yang sudah diproses (dibersihkan dan sebagainya) dan boleh dimasak untuk dibuat kuih atau penganan;\n3.\n sejenis kuih." "agarik\nsejenis kulat yang biasanya terdapat pada lukisan cat." "agas I\nsejenis serangga kecil yang sangat mengganggu." "agas II\ntali ~\n tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yang sedang bersalin berpegang." "agas III\n= akas I." "agen\nsesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dan sebagainya):\n~ pendebungaan;\n ~ kimia;\n ~ pengoksidaan\n agen yang mendermakan oksigen kepada unsur atau sebatian lain sewaktu tindak balas kimia;\n \n~ penurunan \nagen (unsur, sebatian, dan lain-lain) yang menyingkirkan oksigen daripada unsur atau sebatian atau menambahkan hidrogen atau mendermakan elektron kepada unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia." "agenda\n1.\n susunan perkara yang dikemukakan untuk dibincangkan (dalam mesyuarat):\nmesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik;\n2.\n [arkaik] buku catatan." "agensi\n1.\n organisasi perniagaan dan sebagainya yang mengendalikan sesuatu perkhidmatan:\n~ pekerjaan;\n ~ pembantu rumah;\n2.\n pejabat ejen;\n3.\n organisasi pentadbiran kerajaan;\n~ pelancongan\n badan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, seperti menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dan sebagainya untuk orang ramai yang ingin melancong;\n \n~ penarafan\n badan yang membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dan sebagainya sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing." "aghlaf\n[Arab]\n1.\n tidak bersunat;\n2.\n kafir." "agih\nbahagi, beri;\nberagih\n berbahagi (harta dan lain-lain);\nmengagih;\n \nsuarang diagih\n [Negeri Sembilan] harta yang diperoleh selama perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua);\nmengagihkan\n membahagikan, memberikan:\n ia ~ rokok buatan luar negeri kepada kami;\nmengagih-agihkan\n membahagi-bahagikan:\ndi sinilah letaknya keperluan perancangan supaya sumber-sumber yang terhad dapat diagih-agihkan mengikut keutamaan keperluan;\npengagihan\n perbuatan dan sebagainya mengagihkan, pembahagian:\nharta yang diketepikan oleh pemilik itu dipegang dalam bentuk amanah bagi ~ berterusan kepada penerima\n;\n ~\n \nkuasa \npembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kepada golongan-golongan tertentu dan sebagainya;\nperagih\n pembahagian, pemberian:\napa ~ mentua kepada pengantin itu?" "agihan\napa yang diagihkan atau dibahagikan:\ndari segi ~ tanah tani, sektor tanaman dagangan menguasai sektor pertanian." "aging-aging\nsejenis tumbuhan (pokok), ari(ng)-aring, daun dakelin, dawah, keremak jantan (hutan), \nEclipta alba." "agitasi\n[Indonesia-Belanda] hasutan (supaya memberontak dan lain-lain)." "agitator\n[Indonesia-Belanda] penghasut, perisau." "aglosia\n(Perubatan) ketiadaan lidah sejak lahir." "aglutinasi\n1.\n (Perubatan) penggumpalan sel darah, atau mikrooganisma seperti bakteria, akibat tindakan antigen dan antibodi dalam darah;\n2.\n (Linguistik) penambahan imbuhan pada kata atau kata akar untuk menunjukkan fungsi tatabahasa, misalnya \nmem-\n, \nper-\n, dan \n-kan \ndalam \nmempertemukan\n." "aglutinin\n(Perubatan) antibodi yang menyebabkan sel bakteria tertentu melekat antara satu dengan lain untuk membentuk gumpalan yang akan dimusnahkan oleh sel darah putih." "aglutinogen\n(Perubatan) bahan yang bertindak sebagai antigen yang merangsang penghasilan aglutinin tertentu dalam darah." "AGMARIS\nakronim bagi \nAgriculture Marketing Information\n \nSystems\n (Sistem Maklumat Pemasaran Pertanian)." "agnostik\norang yang berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yang berupa kebendaan sahaja yang boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yang abstrak tidak mungkin:\nmereka itu terdiri daripada skeptik, ~, ateis, dan peragu." "Agong\nYang di-Pertuan ~\n gelaran untuk Ketua Negara Malaysia." "agorafobia\n(Psikologi) ketakutan yang amat sangat terhadap tempat yang luas dan lapang." "agrafia\n(Perubatan) keadaan tidak berupaya untuk menulis akibat kecederaan pada otak." "agraria\n[Indonesia-Belanda] urusan tanah (pertanian, perkebunan, dan lain-lain)." "agraris\n[Indonesia-Belanda] (berasaskan, berkaitan dengan, bersifat, dan sebagainya) pertanian:\nInggeris tidak begitu suka mengganggu masyarakat Melayu yang dianggap masyarakat ~." "agregat I\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] enjin untuk membangkitkan tenaga elektrik." "agregat II\n dia mendapat ~ yang baik dalam peperiksaan SRP." "agresi\n[Indonesia-Belanda] pencerobohan (oleh sesebuah negeri terhadap negeri lain)." "agresif\ncenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dan sebagainya) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dan sebagainya) yang lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dan sebagainya);\nkeagresifan\n perihal atau keadaan agresif:\n keyakinan dan ~ mereka terhadap fahaman liberal\n;\npengagresif\n orang, terutamanya negara yang melakukan tindakan yang agresif." "agresor\n[Indonesia-Belanda] pihak (negara dan lain-lain) yang memulakan serangan atau pencerobohan, penyerang (yang memulakan persengketaan dan sebagainya)." "agro-\nawalan asing \nberkaitan dengan pertanian, tanah, atau ladang, misalnya dalam \nagrokimia \ndan \nagroteknologi\n." "agroekologi\nkajian saintifik tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitaran, khususnya di kawasan pertanian." "agroekonomi\nekonomi yang berasaskan atau berkaitan dengan pertanian." "agroindustri\nindustri yang berkaitan dengan aktiviti pertanian." "agrokimia\nbahan ~\n bahan kimia yang digunakan untuk tujuan pertanian, misalnya racun serangga." "agrologi\nkajian saintifik tentang tanah dan potensi daya pengeluarannya dari segi pertanian (tanaman dan sebagainya)." "agronomi\nsains pertanian atau cabang ilmu pertanian yang berkaitan dengan pengelolaan tanah untuk menghasilkan tanaman." "agrostologi\ncabang botani yang berkaitan dengan kajian tentang rumput." "agroteknologi\nteknologi yang berkaitan dengan pembangunan pertanian." "aguk\n1.\n perhiasan yang tergantung pada kalung pengantin (bentuk bulat bagi laki-laki, bentuk bulan sabit bagi perempuan);\n2.\n buah rantai, loket." "agul\nagul-agul\n [Indonesia] angkuh, sombong;\nmengagulkan\n membanggakan, memegahkan, menyombongkan." "agun\n[Indonesia] cagar, sandar(an);\nmengagunkan\n mencagarkan, menggadaikan;\nagunan\n cagaran, gadaian, jaminan." "agung I\n1.\n (paling) besar, terutama:\nbalai ~;\n layar ~;\n tiang ~;\n2.\n yang tertinggi:\npemerintah ~;\n3.\n teristimewa, terkemuka, terutama:\nAllahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yang ~;\n Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia;\n tamu ~;\n4.\n yang terbuka kepada dan untuk dihadiri oleh semua ahli (berkenaan (dengan) mesyuarat, persidangan, dan sebagainya):\npersidangan ~ UMNO;\n mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP;\nmengagungkan\n menjadikan (menganggap dan sebagainya) agung, membesarkan, memuliakan, meninggikan:\nal-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu;\nmengagung-agungkan\n selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan;\nkeagungan\n kebesaran, kemuliaan, ketinggian:\n~ Abdullah sebagai pengarang terletak pada konsepsinya yang moden;\n pengagungan\n perbuatan dan sebagainya mengagungkan:\nantara yang menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujukan dalam bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris." "agung II\nteragung, teragung-agung\n terhantuk (kepala, buah-buahan);\n= ragung." "agus\n[Indonesia]\n1.\n sejenis gelaran:\nmas ~;\n2.\n [sastera lama] bagus, elok, mulia." "agut\nmengagut-agut\n [Minangkabau] kehabisan nafas (seperti ikan yang hampir mati), mengap-ngap." "agut-agut\n=\n \nburung ~\n burung butbut." "ah\n[kata seru] kata untuk menyatakan kehairanan (tidak setuju, keluhan, runsing):\n~, itukah yang kaumaksudkan!;\n ~, seganlah aku!;\n ~, mengapa budak-budak itu tidak dapat berfikir!" "aha\nkata seru untuk menunjukkan tanda faham, hairan, atau sedar akan sesuatu:\n~, ini ideanya!" "ahad I\n[Arab]\n1.\n satu, esa:\nAllahu A~;\n2.\n pertama;\n \nhari A~ \nhari pertama dalam seminggu selepas hari Sabtu, hari minggu;\n 3.\n minggu;\n \nse~\n seminggu, sejumaat." "ahad II\n[Arab] perjanjian;\nmengahadkan\n1.\n menikahkan:\nmaka kadi pun tampillah ke hadapan ~ kedua-duanya\n;\n2.\n memeterai perjanjian." "ahadiat\n[Arab] [sastera lama] ketunggalan (Tuhan)." "ahai\n[kata seru] kata untuk menarik perhatian:\nsaya tak senang kalau tak lalu di muka rumah saudari, ~!" "ahem\n[kata seru] kata untuk menarik perhatian." "ahi\nahai." "ahkam\n[Arab] (jamak bagi hukum) hukum, undang-undang." "ahlan\n= \n~wasahlan \n[Arab] selamat datang." "ahli I\n1.\n anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dan lain-lain):\n~ parti politik;\n ~ persatuan sejarah;\n2.\n orang yang mahir atau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang, pakar:\n~ bahasa;\n ~ muzik;\n ~ sains;\n3.\n sangat mahir, pakar:\nkalau fasal menghias, dia memang ~;\n~ bahasa \norang yang mahir atau mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang bahasa;\n \n~ bersekutu \nanggota (persatuan dan lain-lain) yang tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yang sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih untuk memegang sesuatu jawatan);\n \n~ biasa \nanggota (persatuan dan lain-lain) yang mempunyai taraf dan hak-hak ahli yang sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih untuk memegang sesuatu jawatan);\n \n~ falak \norang yang pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dan sebagainya bulan, bintang, dan lain-lain)\n;\n ~ falsafah\n = \n~ fikir \norang yang mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yang bijaksana (yang berkaitan dengan alam, kehidupan, manusia, dan lain-lain);\n \n~ gusti\n orang yang pandai dan juga sering kali bergusti;\n \n~ juri \nsalah seorang daripada sekumpulan orang yang dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yang dibicarakan dalam mahkamah;\n \n~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dan lain-lain)\n orang yang pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dan lain-lain);\n \n~ kehormat \nahli yang keanggotaannya diberi sebagai suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yang tidak dibayar);\n \n~ linguistik \norang yang mengkaji atau mengajarkan linguistik;\n \n~ majlis tempatan \nwakil rakyat yang menjadi anggota majlis yang mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan;\n \n~ parlimen \nanggota parlimen (orang yang menduduki kerusi di Parlimen sebagai wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya );\n \n~\n \nsains\n orang yang arif dalam salah satu cabang ilmu sains (seperti botani) yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kajian bidang ini;\n \n~ sukan \norang yang berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dalam sukan;\n \n~\n \nterapi\n orang yang mahir dalam sesuatu jenis terapi;\n \n~ tetap \nahli yang sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (seperti jawatankuasa dan lain-lain);\n \n~ tinju \norang yang pandai bertinju dan selalu berlawan tinju;\nmengahlikan;\n \n~ diri\n memahirkan diri dalam sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yang dilakukan, dan lain-lain), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli:\nmula-mula ia ~ dirinya dalam ilmu fikah;\nkeahlian\n1.\n kemahiran dalam sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dan lain-lain):\npenterjemah\n \nyang baik memerlukan ~ seorang pengarang;\n2.\n perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sebagai ahli, keanggotaan:\n~nya dalam kelab ini telah\n \ndibatalkan\n;\nberkeahlian\n mempunyai keahlian:\n mereka yang ~ dalam ilmu sains moden." "ahli II, ahlil, ahlu, ahlul\nkaum, orangnya (terutama dalam rangkaian kata Arab);\n \n~ bait \nisi rumah;\n \n~ kitab \nkaum yang berkitab suci (orang atau kaum yang mengikuti ajaran agama yang terkandung di dalam kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur);\n \n~ kubur\n orang-orang yang telah meninggal dunia;\n \n~ nujum \norang yang pandai meramalkan sesuatu (dengan melihat bintang, tapak tangan, dan lain-lain);\n \n~ suluk \norang yang faham atau melakukan suluk;\n \n~ sunah (waljamaah) \nkaum Islam yang menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW." "ahmak\n[Arab] bodoh, dungu:\norang yang ~;\n fikiran yang ~." "ahmar\n[Arab] merah." "aho\n[kata seru] kata untuk menyatakan hairan (terkejut)." "ahram\n[Arab] (majmuk daripada haram) piramid:\nkita teringat kepada ~-~ yang didirikan oleh Firaun." "AI\n[kependekan] \nartificial intelligence \n(kecerdasan buatan)." "ai I\n[kata seru] kata untuk menyatakan kehairanan:\n~, sudah lama di sini!" "ai II\nia, setuju:\n siapa yang bersetuju akan usul itu berkata ~." "aib\n1.\n rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan;\n \nmemberi ~ \nmemberi malu, mencela (nama baik keluarga dan sebagainya);\n \nmenaruh ~ \nberasa malu\n;\n2.\n cacat, salah:\ntiap-tiap benda yang murah tidak dapat tidak ada ~nya;\n mengaibkan\n1.\n memberi aib, mencela, mencerca:\nia selalu ~ jirannya;\n \nperbuatan yang\n \n~\n;\n2.\n menghina, menodai (nama baik), memberi malu:\nkadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam;\n keaiban\n cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu:\nhal itu merupakan suatu ~.\nAidiladha\n =\n Hari Raya ~\n hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah setiap tahun Hijrah, Hari Raya Haji, Hari Raya Korban." "Aidilfitri\n=\n Hari Raya ~ \nhari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), Hari Raya Puasa." "AIDS\nakronim bagi \nacquired immune deficiency syndrome \n(sindrom kurang daya tahan penyakit) iaitu penyakit atau keadaan yang dianggap disebabkan oleh sejenis virus yang menjadikan sel-sel putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit." "aikido\nsejenis seni mempertahankan diri (dalam masyarakat Jepun)." "aileron\n(Kejuruteraan) bahagian sayap kapal terbang yang berengsel yang gunanya untuk mengimbangi dan mengawal kapal terbang semasa penerbangan." "ain I\n1.\n huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70);\n2.\n huruf ke-19 abjad Jawi." "ain II\n[Arab]\n1.\n mata, mata air;\n2.\n inti, penting, sejati." "ain-al-banat, ainulbanat\n[Arab] [sastera lama] sejenis kain yang elok." "air I\n1.\n cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dalam keadaan yang murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa);\n2.\n kumpulan cecair (seperti yang terdapat di dalam sungai, tasik, laut, dan sebagainya):\nbanjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya;\n3.\n cecair yang terdapat dalam buah-buahan, perahan, jus:\n~ tebu;\n ~ limau;\n4.\n = \nbatang ~\n sungai;\n \nke batang ~\n ke sungai;\n \nanak ~ \nanak sungai;\n5.\n minuman:\n~ teh;\n ~ kopi;\n6.\n cecair yang rupanya seperti air;\n7.\n campuran air atau sesuatu cecair dengan bahan(-bahan) lain;\n~ abu \nair yang mengandungi zat daripada abu;\n \n~ alas\n air masin (di muara sungai);\n \n~ ampuh\n air bah;\n \n~ anggur\n minuman yang dibuat daripada buah anggur;\n \n~ api \n=\n ~ keras \nasid;\n \n~ atar\n sejenis minyak wangi;\n \n~ bah \nbanjir;\n \n~ bakat \n= \n~ berolak \npusaran air;\n \n~ batu \n= \n~ beku \nais\n;\n ~ batu campur \nsejenis minuman sejuk yang dibuat daripada air batu kisar yang dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dan lain-lain\n;\n~ batu kering\n karbon dioksida yang disejukkan dan merupakan ketul-ketul;\n \n~ belanda = ~ soda\n air yang bercampur dengan karbon dioksida;\n \n~ berat \n(Kimia) molekul air yang terdiri daripada dua atom deuterium dan satu atom oksigen;\n~ besar \n[bahasa halus] najis, tahi;\n \n~ buah \nair perahan buah-buahan, jus;\n \n~\n \nbujang\n minuman seperti teh, kopi dan sebagainya yang dihidangkan kepada tetamu tanpa kuih, biskut dan sebagainya;\n \n~ dakelom = ~ dakelong \n= \n~\n \nkolong\n = \n~\n \nkelonyor\n sejenis minyak wangi \n(eau-de-cologne)\n;\n \n~ emas\na) lapis emas, dakwat emas;\n b) benang emas;\n \n~ galian \nair mineral;\n \n~\n \ngula\n air yang dibuat terlalu manis dengan gula;\n \n~ hempedu \nair yang dikeluarkan oleh hempedu;\n \n~ hidung \nhingus;\n \n~ hidup \nmaulhayat;\n \n~ kandang\n [Indonesia] air dari kotoran kandang;\n \n~ kapur\n larutan akueus kalsium hidroksida;\n \n~ kecil\n = \n~ kemih\n air kencing;\n \n~ kelonyor \n= \n~ kolong\n air dakelom;\n \n~ kosong\n air minuman yang tidak dibubuhi apa-apa pun seperti teh, kopi, gula dan sebagainya;\n ~ kumbahan \nair basuhan;\n \n~ lata = ~ terjun \nair yang jatuh (di lereng gunung dan lain-lain);\n \n~\n \nlembut\n (Kimia) air yang tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dengan sabun;\n \n~ lemoned\n sejenis minuman (biasanya dalam botol);\n \n~ liat \n(Kimia) air yang mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dengan sabun;\n \n~ liat kekal \n(Kimia) air yang kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan;\n \n~ liat sementara \n(Kimia) air yang kandungan garamnya hilang apabila dididihkan;\n \n~ limun\n [Indonesia] air lemoned;\n \n~ liur\n air yang keluar di dalam mulut;\n \n~ mandi\na) air untuk mandi;\n b) sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan;\n \n~ mani\n air dan benih yang keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak;\n \n~ marga jiwa\n = \n~ merta jiwa\n = \n~ utama jiwa\n =\n ~ maulhayat \nair yang memberi hidup (dalam cerita dahulukala);\n \n~ mata \nair yang keluar dari mata (apabila menangis dan lain-lain);\n \n~ mata air \nair yang keluar dari punca air dalam tanah;\n \n~ mati \na) limbahan di pantai yang airnya tidak mengalir;\n b) surut timpas;\n c) air yang sudah dimasak dan sudah sejuk;\n ~ mawar \nair yang harum baunya (dibuat daripada bunga mawar);\n \n~ (me)lata \nair terjun yang kecil;\n \n~ mentah \nair yang belum ditapis (dibubuhi klorin dan sebagainya) hingga layak digunakan oleh manusia\n;\n ~ mineral\n air semula jadi yang mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sebagai air minuman;\n ~ minum \nair untuk diminum;\n \n~ muka \na) permukaan air;\n b) rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan);\n c) [kiasan] maruah, harga diri;\n~ mukjizat \nair yang mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan;\n ~ paip \nair yang telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dan sebagainya dengan menggunakan paip;\n \n~ pancur \n[Kedah] air paip;\n \n~ pankreas\n cecair yang dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas;\n \n~ pasang \nair naik (paras air laut yang naik);\n \n~ pasang keling \nair pasang besar;\n \n~ payau \nair yang kandungan garamnya lebih rendah daripada air laut, tetapi lebih tinggi daripada air tawar (terutama air di sekitar muara);\n \n~ penghabluran \n(Kimia) air yang wujud dalam sebatian berhablur dalam perkadaran tertentu, misalnya 5 molekul air dalam kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O;\n \n~ perak\n dakwat perak;\n \n~ perut \ncecair yang dikeluarkan oleh perut;\n \n~ pokok (tanaman)\n cecair yang terdapat dalam pokok;\n \n~ raksa \nsejenis logam cair yang rupanya seperti timah (digunakan dalam termometer dan lain-lain), merkuri;\n \n~ sebak \nair bah;\n \n~ sembahyang \na) air yang boleh digunakan untuk bersuci jika hendak bersembahyang;\n b) keadaan sudah bersuci tubuh untuk bersembahyang;\n \n~ sembilan \nair untuk memandikan mayat;\n \n~ seni \n[bahasa halus] air kencing;\n \n~ serani\n air permandian (baptis) orang Kristian;\n \n~ setaman \nair yang dibubuhi bunga-bungaan (untuk menujuh bulan dan lain-lain);\n \n~ suci \n[Indonesia] (Katolik) air yang sudah disucikan (diberi berkat);\n \n~ suling\n air yang (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali);\n \n~ surut \nair turun (lawan air pasang), paras air laut yang turun;\n \n~ susu \nair yang keluar dari susu (tetek) manusia dan haiwan;\n \n~ talkin \nair yang disiram ke atas kubur (orang yang baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan;\n \n~ tanah \nair yang terbit dari tanah;\n \n~ tawar \nair biasa (bukan air masin dan lain-lain);\n \n~ tepung tawar \nair yang telah dimanterai (untuk ubat dan lain-lain);\n \n~ terjun\n air yang jatuh ke bawah (di lereng gunung dan lain-lain), air lata;\n \n~ tetuban \n= \n~ tuban \nair yang keluar mendahului bayi lahir;\n \n~ timah \nlapis timah;\n \n~ timpas \nair surut yang serendah-rendahnya;\n \n~ tolak bala \nair untuk menjauhkan penyakit dan lain-lain;\n \n~ tulen \nair yang bebas daripada bahan terlarut atau terampai;\n \n~ wangi \nair yang berbau harum;\n \n~ wuduk \nair sembahyang;\n \n~ Yasin \nair yang sudah dibacakan surah Yasin;\n \n~ zamzam \nair dari telaga zamzam di Mekah;\n \nberhabis ~ \n[Indonesia] terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap;\n \ntelah jadi ~ \nhabis (wang, modal, dan lain-lain);\n~ beriak tanda tak dalam\n (peribahasa) orang yang sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya);\n \n~ besar batu bersibak \n(peribahasa) perselisihan yang besar akan mencerai-beraikan orang yang bersahabat atau bersaudara;\n \n~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga \n=\n ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap \n(peribahasa) anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya);\n \n~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok\n (peribahasa) perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan;\n \n~ dicincang tiada putus \n=\n ~ ditetak tiada akan putus\n (peribahasa) kerana perbalahan orang yang sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai;\n \n~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam \n=\n ~ diminum sembiluan\n (peribahasa) dikatakan berkenaan orang yang dalam kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum;\n \n~ mata jatuh ke perut \n(peribahasa) berdukacita dengan tiada ketara;\n \n~ mudik sungai semua teluk diranai \n(peribahasa) orang yang boros tiada memilih barang, mana yang melintas dibelinya;\n \n~ pun ada pasang surut\n (peribahasa) untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti;\n \n~ sama ~, sampah ke tepi jua\n (peribahasa) jika kita mencampuri pergaduhan orang yang bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yang tersisih dari mereka;\n \n~ setitik dilauntukan, tanah sekepal digunungkan\n (peribahasa) membesar-besarkan perkara yang kecil;\n \n~ tenang jangan disangka tiada buaya\n (peribahasa) orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut;\n \n~ tenang menghanyuntukan\n (peribahasa) orang yang pendiam dapat melakukan pekerjaan yang payah-payah;\n \n~ yang dingin juga yang dapat memadami api\n (peribahasa) kata yang lemah lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah (dapat menghilangkan dendam);\n \nada ~ adalah ikan \n(peribahasa) barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri);\n \nadakah dari telaga yang jernih mengalir ~ yang keruh\n (peribahasa) adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yang keji;\n \nbagai ~ di daun keladi\n (peribahasa)\na) tiada lekat pengajaran;\n b) tiada tetap hatinya (pendiriannya);\n \nbagai ~ titik ke batu \n(peribahasa) amat sukar hendak memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan degil;\n \nbagai membendarkan ~ ke bukit \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;\n \nbagai menampung ~ dengan limas pesuk \n(peribahasa) pengajaran yang lekas sekali dilupakan (orang yang dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu);\n \nbagai minum ~ bercacing\n (peribahasa) hal orang yang enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan;\n \nbakarlah ~ ambil abunya \n(peribahasa) benda yang mustahil boleh diperoleh;\n \nbermain ~ basah, bermain api letup \n(peribahasa) setiap pekerjaan ada akibatnya;\n \nbuang ~ keruh, ambil ~ jernih\n (peribahasa) memulai penghidupan baru;\n \nbukan ~ muara yang ditimba, sudah disauk dari hulunya\n (peribahasa) bukan khabar angin, tetapi didapati dari pangkalnya (sumbernya) yang benar;\n \ndimandikan dengan ~ segeluk\n (peribahasa) diberi pertolongan yang tiada bererti;\n \nmenepuk ~ di dulang\n (peribahasa) menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga;\n \nmengadu ~ dengan garam \n(peribahasa) kasih yang sia-sia (tidak sempurna);\n \nmerajukkan ~ di ruang (hendak karam ditimba juga)\n (peribahasa) marah yang tiada sampai, apabila perlu ditolong juga;\n \nsekali ~ bah, sekali pasir berubah, sekali ~ gedang (besar), sekali tepian beranjak\n (peribahasa) lain kepala (ketua) lain kemahuannya;\n \nselama ~ hilir, selama gagak hitam\n (peribahasa) tetap selama-lamanya;\n \nseperti ~ dalam kolam (terenang)\n (peribahasa) dikatakan kepada orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya;\n \ntak ~ hujan ditampung, tak ~ peluh diurut, tak ~ talang dipancung \n(peribahasa) segala daya upaya dilakukan asal maksud tercapai;\n \nterbit ~ kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa \n(peribahasa) mahu melakukan sesuatu kerana dipaksa;\n \nterseberang pada ~ besar \n(peribahasa) terpelihara daripada bahaya besar;\n \numpama ~ digenggam tak tiris \n(peribahasa) perihal orang yang kikir;\nberair\n1.\n mengandungi air (berkenaan (dengan) kolam, sungai, buah-buahan, dan lain-lain);\n2.\n mengeluarkan air atau cecair;\nmengair\n1.\n menjadi air;\n2.\n menjadi seperti air (rata, jernih);\nmengairi\n1.\n memberi (menyalurkan, membekalkan) air ke (sawah dan lain-lain), menggenangi (sawah dan lain-lain);\n \n~ sawah orang \n(peribahasa) menguntungkan orang lain;\n2.\n [bahasa percakapan] memberi minum;\nkeairan\n1.\n basah, tergenang (digenangi) air;\n2.\n bocor (dimasuki air);\n3.\n [sastera lama] kena luka;\nperairan\n1.\n laut yang termasuk dalam (diiktiraf sebagai sebahagian daripada) kawasan atau wilayah sesebuah negara:\nkapal penyeludup itu tertangkap di ~ Malaysia;\n2.\n [Indonesia] urusan mengenai persediaan air;\npengairan\n perihal (usaha dan sebagainya) mengairi (kawasan pertanian);\nsepengairan\n yang mendapat air dari satu sungai:\nkawasan atau daerah ~\n." "air II\n~\n \nanjing\n sejenis tumbuhan (pokok), menserah putih, \nHomalium caryophyllaceum." "ais\nair yang dibekukan, air batu;\n \n~\n \nkering \nsejenis bahan pendingin makanan yang dibuat dengan menyejatkan karbon dioksida cecair dengan cepat." "aisberg\n(Geografi) bongkah ais yang sangat besar yang hanyut terapung-apung di dalam laut." "aising\ncampuran gula dengan mentega serta putih telur dan lain-lain, yang digunakan untuk menghiasi atau menyalut kuih (untuk menyedapkan lagi rasanya);\nberaising\n dibubuhi aising, bersalut dengan aising;\nmengaising\n membubuh (menyalut, menghias, dan sebagainya dengan) aising (pada kek dan sebagainya);\npengaisingan\n perihal mengaising (kek dan sebagainya)." "aiskrim\nsejenis penganan manis yang sejuk (dibuat daripada campuran berbagai-bagai bahan dan dibekukan)." "aiwan\n(Parsi) [sastera lama] balai tempat menghadap." "aiya\n[bahasa percakapan] kata untuk menyatakan rasa tidak setuju, keberatan, dan sebagainya." "aja I\n[bahasa percakapan] [kependekan] sahaja:\ndia gila joget ~." "aja II\nsebutan bagi puteri bangsawan (Deli)." "ajab\n[Arab] [sastera lama] hairan." "ajahan\nikan ~\n sejenis ikan;\njahan." "ajaib\n1.\n sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dan sebagainya):\nsuatu kejadian yang sungguh ~;\n barang-barang ~;\n2.\n [sastera lama] sesuatu yang menghairankan, sesuatu yang aneh (luar biasa);\n \n~-khanah \nmuzium;\nmengajaibkan\n1.\n menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan:\nkejadian itu sungguh ~;\n2.\n menganggap (memandang sebagai) ajaib:\ntak guna ~ kuasa Tuhan;\nkeajaiban\n1.\n sifat (keadaan dan sebagainya) ajaib, keganjilan, keanehan, keluarbiasaan;\n2.\n sesuatu yang ajaib (menakjubkan), kejadian dan lain-lain yang pelik (aneh dan sebagainya), keanehan, keganjilan:\nsaya menyaksikan bermacam-macam ~ yang belum pernah saya lihat." "ajak I\nmengajak\n1.\n menjemput (mempelawa dan sebagainya) seseorang dan lain-lain supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dan sebagainya) atau turut melakukan sesuatu, menjemput, menyarankan kepada (untuk berbuat sesuatu), menganjurkan, menjemput (makan dan sebagainya):\nMalaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah;\n ia ~ isterinya berpindah ke Brunei;\n Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya;\n dia ~ kami makan;\n2.\n membangkitkan hati (untuk melakukan sesuatu), mencabar (untuk):\n~ berdebat;\n ~ bertumbuk;\n ajakan\n pelawaan atau jemputan untuk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dan lain-lain), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran);\npengajak\n orang yang mengajak, pendorong, perangsang." "ajak II\n[Minangkabau] sama dengan, seakan-akan, seperti;\nmengajakkan\n1.\n menyifatkan (memandang) seperti;\n2.\n menunjukkan (menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu." "ajal\nbatas hidup yang telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji (akan mati):\nsebelum ~ berpantang mati;\n sudah sampai ~nya\n sudah sampai ketikanya ia mati;\n \nmenemui ~\n mati;\n \nmenghadapi\n \n~\n menghadapi saat-saat akan mati." "Ajam\n[Arab] [sastera lama] orang Islam yang bukan bangsa Arab, misalnya orang Islam di Iran, Turki." "Ajami\n[Arab] [sastera lama] berkaitan dengan Ajam." "ajan\n[Minangkabau];\nmengajan;\n \n~ anak\n meneran kuat-kuat supaya anak lahir;\n \ntuah diajan tahi yang keluar\n (peribahasa) kalau kemuliaan terlalu dicari-cari, nama buruk yang diperoleh;\n= ejan I, rejan I." "ajar\ntunjuk ~ \npetunjuk supaya diketahui (diikut dan lain-lain) sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu:\nitulah hasil daripada tunjuk ~ cikgu dahulu;\nberajar\n (telah) diajar (dididik) dengan budi bahasa (cara-cara kesopanan dan sebagainya), berpendidikan, beradat:\nbudak-budak itu tidak ~;\nbelajar\n berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dan lain-lain), menuntut ilmu pengetahuan dan lain-lain, menjalani latihan, dan sebagainya:\n~\n \nbahasa Inggeris;\n ~ cara-cara berniaga;\n ~ bertukang;\nmengajar\n1.\n menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada:\n~ orang menggunakan senjata;\n2.\n membaiki kelakuan dengan memberi nasihat dan sebagainya, mendidik:\nia ~ anaknya supaya jangan nakal;\n3.\n membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dan sebagainya yang telah diperolehnya:\nmusim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dengan membazir;\n kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha;\n4.\n memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu);\nitik diajar berenang \n= \ntak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai \n(peribahasa) mengajar orang yang lebih banyak pengalaman;\nmengajari\n mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), melatih (seseorang):\nanak-anak yang masih kecil janganlah diajari bersolek;\n guru yang ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah;\nmengajarkan\n mengajar sesuatu (kpada seseorang dan lain-lain), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya):\nsiapa ~ hitungan yang sesulit ini;\n ia ~ cara-cara mengendalikan mesin tersebut kepada pekerja-pekerja baru;\n guru yang ~ sesuatu mata pelajaran;\n ajaran\n1.\n segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk:\nmempercayai keramat adalah bertentangan dengan ~ agama;\n tidak melupakan ~ guru;\n ~ sesat\n ajaran yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam;\n2.\n teori, mazhab:\n~ Darwin;\n ~ Imam Shafie;\n3.\n hukuman (pukulan dan lain-lain) untuk menjerakan:\nsudah beberapa kali ia\n \ndiberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya;\npengajaran\n1.\n perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan, dan lain-lain):\n~\n \nbahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan;\n2.\n segala sesuatu (cara, perbuatan, dan lain-lain) yang diajarkan, ajaran:\ndiperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir;\n3.\n peringatan, pedoman:\npengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya;\n supaya mereka dapat mengambil ~ daripada tanda-tanda kebesaran-Nya;\npelajaran\n1.\n segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh):\nmereka diseru supaya menggunakan ~ yang ada pada mereka untuk faedah masyarakat;\n2.\n proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan):\nbeberapa orang pelajar dari sekolah tersebut akan melanjuntukan ~ mereka di luar negeri;\n 3.\n yang berkaitan dengan pengajaran ilmu pengetahuan:\nmasalah ~;\n~ dewasa \npelajaran bagi orang dewasa (yang tidak bersekolah sebelumnya);\n \n~ percuma \npelajaran yang tidak dikenakan bayaran (kpada pelajar);\n \n~ sekular \npelajaran yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dengan bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi:\nperkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi;\nberpelajaran\n mempunyai pelajaran, berpendidikan:\nceramah\n \nitu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kepada para peminat;\npembelajaran\n proses (kegiatan) belajar;\npengajar\n1.\n ajaran:\ntidak mendapat petunjuk dan ~;\n2.\n orang yang mengajar (seperti guru, pensyarah, dan sebagainya):\npada masa ini, sangat kekurangan tenaga ~;\npelajar\n orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu):\n~ sekolah menengah;\n ~ universiti;\nmempelajari\n belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam:\nkami telah ~ cara-cara pemberitaan akhbar itu;\n ~ ilmu sains;\nterpelajar\n telah mendapat pelajaran, berpelajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi);\n \nkaum (golongan) ~ \norang cerdik pandai;\npemelajaran\n proses mempelajari:\ntaraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris." "ajar-ajar\n[sastera lama] pertapa, pendeta." "aje\n[bahasa percakapan] sahaja:\nfikirnya, dia ~ yang betul;\n kau ~ yang pergi." "ajeh\n(Rompin, Endau) saya, aku." "ajek\n[Minangkabau] wajik." "ajeng\n[Jawa] gelaran bagi puteri bangsawan yang belum berkahwin." "ajengan\n(Sunda) [arkaik] orang terkemuka (terutama guru agama Islam), kiai." "aji I\n[Jawa] [sastera lama] raja, ratu:\nsang ~;\n kakang ~\n panggilan permaisuri kepada raja;\n \n~ mahkota \nraja yang merdeka." "aji II\n[Jawa] harga, nilai." "aji III\n[Jawa] hikmat, mantera (yang menyebabkan sakit dan lain-lain)." "aji IV\n[Terengganu], [Kelantan] permainan dam:\nlepas main ~, kamu kena beli keropok lekor." "aji-aji\nsejenis ikan laut, \nSeriolina nigrafasciata." "ajir\n[Arab] orang upahan, buruh." "ajnabi\n[Arab] lelaki (bukan saudara dekat) yang sah dikahwinkan dengan seseorang perempuan." "ajnas\n[Arab] (jamak bagi jenis) macam-macam." "ajrih\n[Jawa] hormat, (rasa) segan:\nkota kecil itu dipandang dengan penuh ~." "aju\nmengajukan\n1.\n mengemukakan (usul, permintaan, sanggahan, dan lain-lain), memajukan:\ndia ~ pertanyaan itu dengan kata-kata yang manis;\n2.\n membawa ke hadapan (pasukan dan lain-lain), memajukan:\n~ pasukan cadangan;\n ajuan\n sesuatu yang diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan;\npengajuan\n perihal (perbuatan) mengajukan:\nini hanya mungkin diterima dengan baik melalui ~ istilah yang betul dan tepat;\n= maju" "ajuk I\nmengajuk\n memperolok-olok atau mengejek (dengan meniru cakap atau tingkah laku seseorang):\nia menjerit-jerit menurut caranya sendiri yang tidak dapat diajuk orang;\n tidak baik ~ orang tempang berjalan;\n ajukan\n perihal mengajuk, ejekan." "ajuk II\nmengajuk\n1.\n menduga (dalamnya laut dan lain-lain):\ndalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu;\n2\n. menguji untuk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran):\ndalam mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga;\n ajukan\n dugaan, ujian, terkaan;\nkeajukan\n diketahui dalam (isi hati, perasaan);\n \ndalam sudah ~, dangkal sudah keseberangan \n(peribahasa) telah diketahui benar isi hatinya." "ajun I\n= terajun\n menyimpang (dari sasaran), sipi, terlambat (dari jadual dan sebagainya):\npekerjaan mereka sangat ~." "ajun II\n[Minangkabau];\nmengajun\n bercadang, bermaksud;\nbelum diajun telah bertarung\n (peribahasa) belum dimulai sudah mendapat rintangan;\n \nmuda diajun,\n \nkikir diperbuat \n(peribahasa) disebut berkenaan orang yang mahu bersuka-suka, tetapi tidak mahu merugi untuk bersuka-suka itu." "ajung I\njong, perahu Cina;\nbak ~ berat sebelah \n(peribahasa) dikatakan terhadap pertimbangan atau keputusan yang tidak adil;\n \ndari ~ turun ke sampan\n (peribahasa) mundur dalam kedudukan." "ajung II\n[Indonesia-Belanda] pembantu:\n~ inspektor." "ajutan\npegawai tentera yang menolong panglima atau ketua angkatan tentera dalam urusan-urusan pentadbiran." "ak\n[kependekan] anak:\nAbon ~ Jatim." "akad\n[Arab] janji, perjanjian;\n \n~ jual beli\n perjanjian jual beli;\nberakad\n mengikat perjanjian." "akad nikah\nperjanjian dalam perkahwinan;\nmengakadnikahkan\n mengijabkabulkan, menikahkan:\nputeri itu telah diakadnikahkan baginda dengan anakanda baginda." "akademi\n1.\n sekolah tinggi (pusat pengajian) yang mengajarkan sesuatu pengetahuan (keahlian dan sebagainya);\n2.\n persatuan atau yayasan (untuk memajukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dan lain-lain)." "akademia\ndunia atau kehidupan akademik:\nmalanglah andainya para ilmuan kita sampai kehilangan khalayak kerana terlalu asyik menyendiri di dunia ~ menara gading mereka." "akademik\n1.\n mengenai atau berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi);\n2.\n bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam):\nanak muda itu memulakan penganalisaan yang ~." "akademikus\n[Indonesia-Belanda] orang yang berpendidikan dari pusat pengajian tinggi (lepasan universiti dan sebagainya)." "akademis\n[Indonesia-Belanda] akademik:\nsoal-soal ~;\n perbincangan ~." "akah\n(Pattani) sejenis penyu." "akaid\n[Arab] (jamak bagi akidah) rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini;\n \nilmu ~ \npengetahuan tentang ajaran (kepercayaan)." "akak\n[bahasa percakapan] kakak:\ntentu ~ sudah cukup mengkaji buruk baiknya." "akal\n1.\n budi, fikiran:\nceritanya termakan oleh ~;\n2.\n daya upaya, ikhtiar;\n \nmenjalankan bermacam-macam ~\n menjalankan bermacam-macam ikhtiar;\n3.\n muslihat, tipu daya:\nitu ~nya sahaja;\n~ budi \nfikiran yang sihat;\n \n~ bulus \n=\n ~ kancil = ~ ubi\n tipu muslihat yang licin;\n \n~ dua jengkal \nberasa diri sama dengan orang lain;\n~ geladak \ntipu muslihat yang jahat;\n \n~ melintas \nfikiran yang mendatang;\n \n~ sari \n[sastera lama] satu hari nanti;\n ~ sejengkal\n berasa diri lebih daripada orang lain;\n \n~ tiga jengkal \nberasa diri kurang daripada orang lain;\n~ akar berpulas tak patah\n (peribahasa) orang yang pintar tidak mudah kalah dalam bersoal jawab;\n \n~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba \n(peribahasa) tidak ada usaha yang serta-merta jadi sempurna;\n \nilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yang lalai \n(peribahasa) janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan;\n \nlubuk ~ tepian ilmu \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang pandai;\nakal-akal\n pura-pura, dibuat-buat:\ndia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah;\nseakal;\n \n~-akal = ~ budi \n=\n sebudi ~\n sekuat-kuatnya, dengan segenap tenaga dan fikiran;\nberakal\n mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar):\nmanusia ialah makhluk yang ~;\nmengakali\n1.\n mencari akal (ikhtiar) untuk melakukan sesuatu:\ndiakalinya agar dapat mengahwini puteri itu;\n2.\n menipu, memperdaya:\ntidak baik ~ cikgu;\nmengakalkan\n mencarikan ikhtiar (daya upaya);\nterakalkan\n dapat difikirkan oleh akal:\napakah yang diliputi dan yang ~?" "akan\n1.\n bagi, buat, pada, untuk:\nbeli buku ~ daku;\n2.\n untuk menyatakan sesuatu kemungkinan (hendak terjadi sesuatu), untuk menyatakan jangkaan tentang sesuatu (kejadian, perlakuan, perkembangan, dan lain-lain), dijangkakan:\nPerdana Menteri ~ tiba pada pukul 10.00 pagi;\n penyakit itu ~ merebak jika penduduk-penduduk di daerah itu tidak disuntik segera;\n hari ~ hujan;\n3.\n kata sendi yang menghubungkan kata kerja tak transitif dengan frasa nama (kadang-kadang dipendekkan menjadi \nkan\n):\nlupa ~ orang tua;\n tidak sedar ~ dirinya;\n4.\n adapun, perihal, mengenai, tentang:\n~ sekarang anak kita pun sudah besarlah;\n ~ harta peninggalan ayahnya itu \u2026;\nakan-akan\n mirip benar, hampir ada persamaan (pada rupa, sifat, dan lain-lain):\nwajahnya ~ wajah arwah datuk saya;\n barangkali dia bukan anak raja, tidak ada ~ langsung dengan Seri Negeri;\nseakan-akan\n sama benar, seolah-olah, seperti:\npemilihan pengerusi\n \nitu ~ pemilihan presiden suatu negara;\nmengakan\n [arkaik] bermaksud (hendak), mengarah:\n~ untuk mencapai sesuatu tujuan;\nmengakankan\n [arkaik] memisalkan, mengumpamakan;\nkeakanan\n waktu yang akan datang." "akang\nkakang, abang, kakak." "akantus\nsejenis tumbuhan herba atau renek daripada genus \nAcanthus \nyang banyak dijadikan tanaman hiasan, daunnya besar berduri dan bunganya berwarna putih atau keungu-unguan." "akapnia\n(Perubatan) kekurangan karbon dioksida di dalam darah atau tisu badan." "akar I\n1.\n bahagian tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tumbuh ke dalam tanah;\n jenis-jenis akar:\n~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang;\n2.\n asal usul, asal keturunan:\nsaya\n \nsedar akan ~ diri saya sebagai seorang Filipina;\n3.\n [Indonesia] = \n~ kata \ninti kata yang menjadi pangkal erti beberapa kata:\nkata majmuk terdiri daripada dua atau lebih ~ kata;\n4.\n [Indonesia] = \n~ bilangan \nbilangan yang diperoleh daripada huraian bilangan lain dengan kuasa tertentu;\n misalnya \u00d64 = 2;\n 3\u00d6 125 = 5;\n 5\u00d6243 = 3;\n~ banir\n akar yang tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (seperti akar pokok bakau);\n \n~ gantung \nakar yang bergantung (seperti akar pokok beringin);\n \n~ jangkang \nakar yang menyokong jenis-jenis pokok (seperti pokok bakau) yang tumbuh di kawasan berpaya;\n \n~\n \nlarat\n akar yang tampak di atas tanah (seperti akar pokok bakau);\n \n~\n \nrambut\n bahagian yang halus-halus pada akar atau hujung akar;\n \n~\n \nserabut\n akar yang berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (seperti akar pokok buluh);\n \n~ sokong \nakar yang tumbuh pada buku yang hampir dengan tanah atau yang tumbuh pada dahan, dan fungsinya menyokong pokok (seperti akar pokok ara);\n \n~ tunjang \nakar pada pokok-pokok tertentu yang tumbuh lurus ke bawah ke dalam tanah (untuk menegapkan pokok dan lain-lain);\n \n~ udara \nakar yang tumbuh di atas permukaan tanah atau yang terdedah di udara (seperti akar anggerik);\n \n~\numbi \na) akar tunjang;\n b) keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh:\nsaya membezakan antara landasan dengan warisan atau\n \n~ umbi kebudayaan Melayu;\n membongkar dan mencabut keburukan dengan ~ umbinya sekali;\n c) golongan biasa atau bawahan yang merupakan teras kepada sesebuah gerakan atau pertubuhan politik;\n~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung)\n (peribahasa) daripada perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang;\n \nbergantung pada ~ lapuk\n (peribahasa) mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah;\n \njikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakuntukan ribut\n (peribahasa) orang yang banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain;\n \nkalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya\n (peribahasa) kalau pandai, dengan satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain;\n \ntiada rotan ~ pun berguna \n(peribahasa) sementara belum ada yang lebih baik bolehlah dipakai yang ada dahulu;\nberakar\n1.\n mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya:\nbenih itu\n \nsudah ~;\n2.\n = \nberurat ~ = ~ umbi \ntelah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput):\npendapat yang demikian sudah ~ dalam dirinya\n;\n3.\n = \nberurat ~\n sudah beranak cucu (menetap dan lain-lain):\nia sudah ~ di Singapura;\n4.\n = \n~\n \numbi\n bertapak atau berasas kepada (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang:\nteori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pada tradisi peribumi;\n berakarkan\n mempunyai sesuatu sebagai akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan:\nbaginya amalan yang ~ animisme itu perlu dikikis;\nmengakar\n (menjadi) mendalam atau teguh (berkenaan (dengan) pendirian, pegangan, dan lain-lain):\nkecenderungan ini semakin ~ dalam masyarakat." "akar II\n~ asam riang\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar iangiang, akar kerayung, \nVitis hastata;\n ~ gasing putih \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), gasing-gasing, \nPericamphylus glaucus (incanus);\n ~ sekentut\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), daun kentut-kentut, kesimbukan, \nPaederia foetida." "Akar III\n= Agar II." "akarat\n[Arab] tanah yang dimiliki." "akas I\npantas, cekatan, pandai, tangkas:\n~ bernyanyi;\n ~ menari." "akas II\n(Sanskrit) \n angkasa." "akas III\n[Arab] kebalikan, lawannya;\n \nbalik ~ \na) terbalik;\n b) [Kedah] hidup kembali." "akasa\nangkasa." "akasia\nsejenis pokok renek yang mempunyai bunga kecil berwarna kuning atau putih, biasanya terdapat di negara beriklim panas." "akaun\n1.\n rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan yang melibatkan pembayaran (penerimaan dan sebagainya) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dan sebagainya) wang pada ruang debit dan kredit buku kira-kira;\n2.\n penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dan lain-lain) yang melibatkan pembayaran atau penerimaan wang;\n3.\n simpanan wang di bank dan rakaman yang berkaitan dengannya;\n~ bank \nakaun yang dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yang menggunakan perkhidmatan sesebuah bank;\n \n~ beku \nakaun yang urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yang berkenaan;\n \n~ bersama \nakaun bank untuk sekurang-kurangnya dua penama dengan masing-masing berhak mengeluarkan simpanan daripada akaun itu;\n \n~ lapuk \nakaun pinjaman yang tidak dibayar dan kemungkinan untuk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira;\n \n~ luput \nakaun yang tempoh matangnya telah tamat atau berlalu;\n \n~ pendapatan dan perbelanjaan \nakaun yang meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan untuk satu tempoh perakaunan;\n \n~ penerima sahaja \narahan pada cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan;\n \n~\n \nsemasa \nakaun (simpanan) yang tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dengan cek;\n \n~ simpanan \nakaun yang dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yang wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja;\n \n~ T \nakaun yang mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dengan debit pada ruang kiri dan kredit pada ruang kanan;\n \n~ untung rugi \nakaun yang menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian untuk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan;\nperakaunan\n yang berkaitan dengan akaun:\nprinsip-prinsip ~;\n prosedur ~." "akauntabiliti\nkeadaan apabila seseorang perlu menjelaskan sesuatu perkara yang dipertanggungjawabkan kepadanya, kebertanggung-jawaban:\nmereka yang mempunyai kepakaran perlu diberi kebebasan mengkritik keputusan mahkamah untuk memastikan ~ institusi kehakiman." "akauntan\norang yang mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan dan lain-lain) kira-kira kewangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi, dan lain-lain) dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai kedudukan kewangan tersebut dari semasa ke semasa;\n~ awam \na) akauntan yang memberikan perkhidmatan profesional kepada orang awam;\n b) akauntan yang menjadi ahli sesebuah badan atau institut akauntan awam;\n \n~ berkanun \nakauntan terlatih yang menjadi ahli persatuan akauntan profesional bertauliah;\n \n~ kos \nakauntan yang mengendalikan dan menyimpan segala rekod yang berkaitan dengan kos dan perbelanjaan sesuatu perniagaan." "akbar\n[Arab] maha besar, terbesar;\n \nAllahu~\n Allah yang Maha Besar." "aken\n(Biologi) buah kering yang tidak pecah semasa matang, berbiji tunggal dan mempunyai kulit biji yang boleh tercerai daripada perikarpanya, misalnya buah bunga matahari, salad dan strawberi." "akhbar\n1.\n [Arab] (jamak bagi khabar) berita, warta;\n2.\n surat khabar, harian;\n \n~ tempatan \nsurat khabar yang diterbitkan di dalam negeri atau wilayah tempat ia diedarkan." "akhdar\n[Arab] hijau." "akhiar\n[Arab] lebih baik." "akhir\n1.\n kemudian sekali, penghabisan:\nperkataan itu terdapat pada baris ~ halaman itu;\n ikhtiarnya yang ~;\n peringkat ~ pelaksanaan projek;\n ~ minggu\n hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad);\n \n~ musim \npenghujung musim;\n \n~ zaman \na) [sastera lama] zaman sekarang ini;\n b) penghabisan;\n2.\n \n= ~ sekali \n=\nterakhir\n paling kemudian, terkemudian (sekali):\nitulah kali ~ saya bertemu dengannya;\n3.\n yang diadakan terkemudian sekali (sebagai penamat):\npertandingan ~;\nakhirnya\n1.\n =\n ~ kelak \n=" "akhir-akhirnya\nkesudahannya;\n2.\n yang belakang sekali, belakang, kemudian (lawan awal):\ndia merenungi pusaran hidupnya yang sukar dicari titik awal dan ~;\n pada akhir-akhirnya ini \nkebelakangan ini;\n \n~ kelaknya \n[sastera lama] akhir-akhirnya;\nakhir-akhir\n kebelakangan;\n \n~ ini\n pada waktu kebelakangan ini;\nberakhir\n1.\n habis, selesai, tamat, habis tempohnya:\nmesyuarat\n \ntelah ~;\n2.\n =\n ~ dengan \n=\nberakhirkan\n berkesudahan dengan:\npesta itu ~ dengan perkelahian;\n mengakhiri\n menghabisi, menyudahi, menamatkan:\ndia ~ pidatonya\n \ndengan ucapan, Merdeka!;\n Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dengan doa yang panjang;\n mengakhirkan\n1.\n menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan:\ndia ~ adiknya;\n2.\n mengundurkan (waktu dan lain-lain):\n~ jam;\n terakhir\n paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali:\nbarangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal;\nakhiran\n penambahan atau imbuhan pada akhir sesuatu perkataan (mis \nan, i\n, \nkan\n pada perkataan seperti \ntumbuhan, mengasihi, mendalamkan, \ndan lain-lain);\nberakhiran\n mempunyai akhiran;\nkeakhiran\n kesudahan, penghabisan:\nia sudah berada di titik ~\n \nhidupnya;\n keterakhiran\n perihal paling kemudian atau terkemudian:\n keterdahuluan dan ~ adanya alam;\npengakhiran\n perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan:\n~ mesyuarat;\npengakhir\n sesuatu yang mengakhiri (menamatkan), penamat:\ntetapi\n \nanda di Amerika Syarikat berpendapat yang ini ~ kerja." "akhirat\n[Arab] alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yang kekal (sesudah hari kiamat), alam yang baqa;\n \ndunia ~ \na) dunia dan akhirat;\n b) (untuk) selama-lamanya:\nminta maaf dunia ~;\nkeakhiratan\n segala sesuatu yang berkaitan dengan akhirat." "akhirulkalam\n[Arab] sebagai penutup, akhirnya (biasanya dipakai sebagai penutup surat, huraian, dan lain-lain)." "akhlak\n[Arab] (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat:\nanak itu sudah rosak ~nya;\n ilmu ~\n pengetahuan berkenaan kelakuan (tingkah laku) manusia;\n \npegawai ~ \npegawai yang mengawasi anak-anak yang telah melakukan kejahatan tetapi tidak dipenjarakan;\nberakhlak\n mempunyai akhlak:\nkehidupan ~." "akhtaj\n[Arab] [sastera lama] (orang yang) takluk." "akhwan\n[Arab] [sastera lama] saudara-saudara;\nikhwan." "aki I\ndatuk, nenek:\ntok ~;" "aki II\n[Indonesia-Belanda] alat penghimpun elektrik (dipakai pada enjin motokar dan lain-lain), bateri." "akibat\n1.\n kesan buruk daripada sesuatu peristiwa (perbuatan dan lain-lain), kesudahan (yang tidak baik), padah:\nrakyat yang terpaksa menanggung pelbagai ~ peperangan;\n rumah tangga yang porak-peranda ialah antara ~ yang disebabkan oleh perjudian dan minuman keras;\n2.\n disebabkan (didatangkan dan sebagainya) oleh, (sebagai) kesudahan dr:\nkepalanya pening ~ minum arak;\n kerosakan besar harta benda ~ banjir;\nakibatnya\n akhirnya, hasilnya, kesudahannya:\napakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini?\nberakibat\n1.\n berakhir dengan, berkesudahan:\nperkelahian itu ~ dengan kematian;\n2.\n berpunca:\nsuatu perbuatan yang ~ daripada yang lain;\nmengakibatkan\n mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya atau berlakunya sesuatu peristiwa dan lain-lain (yang buruk):\nserangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh;\n persengketaan yang mungkin ~ peperangan." "akidah\n[Arab] rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini." "akik I\n= \nbatu ~\n sejenis batu berwarna yang biasanya dijadikan permata cincin;\n \n~ disangka batu\n (peribahasa) terhina orang kerana salah sangka." "akik II\nperkakas tenun." "akikah\n[Arab] penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yang dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pada hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran kepada Allah;\nberakikah\n;\n \nhari\n \n~\n hari ketika mengadakan akikah;\nmengakikahkan\n;\n \n~\n \nanak\n mengadakan akikah untuk anak." "akil\n[Arab] berakal, cerdik, pandai;\n \n~ baligh \ncukup umur, dewasa (berdasarkan pertimbangan agama Islam)." "akit I\n[Kelantan] angkat." "akit II\n= \n~ sulai \nsejenis tumbuhan (pokok), kelat lapis, membatu merah, mengkirai, mensirah, titimah (rengga), \nIlex cymosa\n." "aklamasi\n[Indonesia-Belanda] pernyataan menyetujui sesuatu usul dan sebagainya dengan bersuara sahaja atau secara lisan (tidak dengan mengundi)." "akliah\n[Arab] berkenaan akal fikiran (bukan perasaan):\nMumford\n \nmasih yakin dengan kemampuan ~ dan kebijaksanaan manusia;\n sebuah autobiografi yang menerangkan pengalaman-pengalaman Imam al-Ghazali yang terpenting dalam bidang ~ dan rohaniah." "aklimasi\nBiologi) penyesuaian (fisiologi dan tingkah laku) sesuatu organisma terhadap perubahan sekitaran." "akmal\n[Arab] paling sempurna:\nTuhan yang A~." "akne\n(Perubatan) sejenis penyakit kulit berupa bintik merah atau bengkak-bengkak kecil seakan-akan jerawat yang tumbuh pada muka dan leher, biasanya di kalangan remaja." "akolia\n(Perubatan) ketiadaan (kekurangan) rembesan hempedu." "akoluria\n(Perubatan) ketiadaan pigmen hempedu di dalam air kencing." "akomodasi\n1.\n tempat untuk makan dan tidur (dalam perjalanan), penginapan;\n2.\n penyesuaian:\npendekatan yang kerap dibincangkan dalam konteks negara kita ialah asimilasi dan ~;\nmengakomodasikan\n melakukan penyesuaian supaya sesuatu selaras, secocok dan sebagainya dengan sesuatu keadaan (keperluan dan sebagainya):\nsebagai anggota masyarakat minoriti, mereka tidak dapat tidak terdesak untuk ~ budaya ibunda dengan budaya tempatan yang lebih menonjol." "akordion\nsejenis alat muzik yang dimainkan dengan menekan-nekan bahagian-bahagiannya yang tertentu (dengan jari)." "akrab I\nlebih dekat, karib:\nsahabat yang ~;\nmengakrabkan\n mempererat, mengaribkan (persahabatan);\nkeakraban\n perhubungan atau pertalian yang sangat erat, perhubungan (pertalian) yang akrab atau karib:\nmereka masyarakat yang sedang kehilangan ~ dengan kesenian rakyat mereka yang tradisional;\n panggilan itu kedengaran agak lembut dan penuh tanda ~." "akrab II\n[Arab] bintang kala (rasi, gugusan bintang)." "akreditasi\nproses kawalan kualiti secara luaran terhadap kursus pengajian dalam sesebuah institusi pendidikan bagi menjamin dan meningkatkan kualiti:\nproses ~ ini mampu membawa perubahan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini;\n Lembaga A~ Negara;\nmengakreditasi\n memberikan akreditasi kepada sesebuah institusi dan sebagainya:\nusaha yang rapi sedang dibuat untuk ~ beberapa buah IPTS yang sedia ada." "akrilik\n1.\n berkenaan bahan, pakaian, atau gebar yang dibuat melalui proses kimia;\n2.\n sejenis cat yang digunakan oleh pelukis." "akrobat\norang yang membuat pertunjukan gerak badan dan sebagainya (di sarkas dan lain-lain) yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran (seperti membuat lompatan-lompatan yang sukar, berayun di kayu buaian yang tinggi, berjalan di atas tali yang direntangkan, dan lain-lain)." "akrobatik\ngerakan badan seperti yang dapat dilakukan oleh akrobat:\npenjaga gol Jordan itu terpaksa melakukan ~\n \ndalam usaha menyelamatkan pintu golnya." "akrofobia\n(Psikologi) perasaan takut yang amat sangat apabila berada di tempat yang tinggi." "akronim\nkependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan (mis RISDA, MARA);\nmengakronimkan\n menjadikan bentuk akronim;\npengakroniman\n perihal atau proses membentuk akronim." "akru\nterakru\n1.\n (Ekonomi) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit (berkenaan (dengan) belanja, faedah, aset dan sebagainya):\naset ~;\n faedah ~;\n2.\n (Undang-undang) perlu dijelaskan atau diserahkan kepada empunya hak atau tuntutan:\napa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang ~ kepada orang itu." "aksam\n[Arab] sumpah." "aksara\n1.\n huruf;\n2.\n (Komputer) huruf, angka, dan lain-lain yang dapat dilambangkan dengan kod komputer." "aksen\n(Linguistik)\n1.\n tekanan suara (bunyi) pada kata atau suku kata;\n2.\n cara seseorang dari sesebuah daerah (negeri dan sebagainya) menyebut kata-kata, loghat, pelat, telor;\n3.\n tanda diakritik;\nmengaksenkan\n menyebut sesuatu kata atau suku kata dengan menekankan suara:\nsuku kata yang diaksenkan;\n pengaksenan\n perihal atau perbuatan mengaksenkan:\n~ sesuatu kata atau suku kata." "aksentologi\nkajian secara sistematik tentang tekanan bunyi suara." "aksep\n[Indonesia-Belanda] surat pengakuan hutang." "akses\n1.\n (Komputer) proses atau cara untuk mencapai (memperoleh, menggunakan dan sebagainya) sesuatu data, maklumat dan sebagainya, capaian:\npengguna akan diberi ~ internet secara automatik;\n pemohon dipercayai mempunyai ~ kepada rahsia negara;\n2.\n peluang untuk mendekati seseorang:\nahli sosiologi tidak mudah memperoleh ~ kepada anggota masyarakat kelas atas;\nmengakses\n mendapat atau memperoleh akses kepada sesuatu (fail komputer, data, maklumat dan sebagainya):\nsistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dengan lebih mudah dan cepat;\n dengan cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dengan menggunakan kad pintar." "aksesori\n1.\n bahagian yang merupakan tambahan kepada sesuatu alat dan lain-lain (bukan sesuatu yang perlu ada padanya):\n~ kereta\n;\n2.\n barang yang melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita, seperti beg tangan, kasut, rantai, dan sebagainya." "aksi\n1.\n gerakan (perkumpulan politik dan lain-lain), gerak langkah:\nperkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan;\n2.\n [Indonesia] tindakan bersenjata:\n~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia;\n3.\n tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak:\nia memukul bantal dengan kedua-dua belah tangannya, satu ~ yang menampakkan kesal;\n ~ sebagai orang kaya;\n \nbanyak ~ \nsangat berlagak, suka berlagak;\n 4.\n elok (pakaian, tingkah laku):\n~ benar songkoknya;\n beraksi\n1.\n bertindak, bergerak melakukan sesuatu:\npasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas;\n2.\n berlagak, bertingkah laku (yang menunjuk-nunjuk), bergaya:\ndatangnya lambat, hendak ~ agaknya;\n3.\n berpura-pura, buat-buat:\n~ sahaja hendak menolong." "aksiom\npernyataan yang diterima umum (tidak dibuktikan tetapi ternyata daripada pengalaman sebagai suatu kebenaran) dan menjadi asas bagi sesuatu huraian." "akta\n1.\n undang-undang (yang digubal dan diluluskan oleh parlimen dan sebagainya);\n2.\n surat sijil:\n~ guru;\n3.\n surat keterangan yang disahkan oleh suatu badan rasmi atau badan pemerintah:\n~ notaris;\n ~ syarikat \nundang-undang yang mengawal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang, dan pembubaran syarikat;\nmengaktakan\n menjadikan sebagai akta (undang-undang):\nperkara itu perlu dikaji dengan teliti sebelum diaktakan." "aktentas\n[Indonesia-Belanda] beg tempat surat-surat;\n \nimportir ~\n [kiasan] pengimport yang tidak sungguh-sungguh (mencari keuntungan dengan menjual lesen import)." "aktif\n1.\n giat (bekerja, berusaha), cergas:\nia sedang ~ dalam pergerakan politik;\n ahli-ahli jawatankuasa yang ~;\n2.\n (Linguistik) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek;\n \nayat ~ \nayat yang subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis \nia memukul anjing)\n;\nmengaktifkan\n membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan:\n~ kembali parti yang hampir mati;\n keaktifan\n kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dan sebagainya):\nkerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita;\n pengaktifan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) mengaktifkan." "aktinium\n(Kimia) sejenis unsur logam berwarna putih perak, bersifat radioaktif." "aktinoterapi\n(Perubatan) perawatan pesakit dengan menggunakan sinaran cahaya." "aktivis\norang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif:\ndua puluh tahun\n \nbukanlah waktu yang pendek bagi seseorang, apalagi bagi seorang tokoh yang menjadi ~ gerakan kemerdekaan semenjak usia muda." "aktivisme\namalan yang berteraskan tindakan kekerasan untuk mencapai tujuan politik." "aktivitet\n[Indonesia-Belanda] aktiviti." "aktiviti\nkegiatan:\npegawai daerah ini giat dalam ~ sosial, sukan dan budaya;\nberaktiviti\n melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan." "aktor\n1.\n pelakon lelaki yang membintangi sesuatu filem (televisyen, radio);\n2.\n orang yang berperanan dalam sesuatu kejadian, pelaku." "aktres\npelakon wanita yang membintangi sesuatu filem (televisyen, radio)." "aktual\nyang sebenarnya:\nbagaimanapun keperluan itu ialah sesuatu yang berpotensi, belum lagi sesuatu yang ~." "aktuari\norang yang pakar memperhitungkan risiko (premium polisi insurans, bayaran dividen, kadar anuiti, dan lain-lain) untuk sesebuah syarikat insurans." "aktuil\n[Indonesia-Belanda] sedang menarik perhatian orang banyak, baru, hangat (berita dan lain-lain):\npokok perbincangan yang ~." "aku\nkata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kepada Tuhan atau di antara orang yang rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yang perlu dihormati);\nberaku\n memakai kata aku (dalam perbualan dan lain-lain);\n \n~ berengkau\n memakai kata aku dan engkau;\nberaku-akuan\n1.\n saling memakai kata aku;\n2.\n saling menerima atau berjanji akan setia sebagai (saudara dan sebagainya):\nmereka bukanlah sebagai orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat;\nmengaku\n1.\n membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dan lain-lain):\npencuri itu sudah ~;\n2.\n = \n~\n \ndirinya\n mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dan lain-lain), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dan lain-lain);\n3.\n menanggung, menyanggupi:\nsiapa yang ~ biayanya? \n4.\n menganggap (sebagai), menerima sebagai:\n~ anak;\n ~ bapak;\n ~ hartanya;\n5.\n membanggakan (memegahkan) diri:\ndi mana-mana, ia ~ saja;\nmengakui\n1.\n mengaku akan (kesalahan dan lain-lain):\nia ~ segala kesilapannya;\n2.\n menganggap sebagai sah atau sesungguhnya ada (berlaku dan sebagainya), mengiktiraf:\nAmerika dan Jepun telah ~ Malaysia;\n3.\n menyatakan berhak ke atas:\njangan kamu ~ ini kepunyaan kamu;\n4.\n memasuki (berkenaan (dengan) syaitan, jin, dan lain-lain):\nsakit diakui jin;\nmemperakui\n mengesahkan:\nlantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang;\nmemperakukan\n1.\n memberikan sokongan (untuk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan):\ndia ~ dua hari cuti;\n2.\n mengemukakan (menyarankan dan sebagainya) sebagai baik (sesuai dan sebagainya):\n~ beberapa buah buku untuk diterjemahkan;\nteraku\n diakui:\nmazhab Hanafi merupakan salah satu daripada empat mazhab yang ~ dalam agama Islam;\nakuan\n1.\n segala sesuatu yang diakui:\n~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah;\n2.\n hantu jamuan (yang menolong pawang);\n \norang ~ \norang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);\nkeakuan\n sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri:\nkerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;\nperakuan\n1.\n proses memperakukan sesuatu;\n2.\n sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dan sebagainya):\n~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;\npengakuan\n1.\n perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui:\ndia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan;\n ~ iman \nperihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pada Allah;\n \nsurat ~ hutang \nsurat yang menyatakan bahawa seseorang berhutang;\n 2.\n pengesahan, pengiktirafan;\n mendapat ~\n mendapat pengesahan." "aku janji\njanji atau pengakuan yang menjadi asas untuk melaksanakan sesuatu tindakan (tugas, tanggungjawab, kewajiban dan sebagainya):\nmulai tahun depan, ~ akan dikuatkuasakan ke atas seluruh kakitangan awam;\n kementerian mengeluarkan surat ~ sebagai syarat kelulusan sebelum guru dibenarkan mengikuti PJJ;\n mengaku janji\n membuat aku janji:\nseseorang yang ~ untuk menjalankan kerja pembinaan tanpa didaftarkan sebagai kontraktor berdaftar dianggap melakukan kesalahan." "akua\n(Kimia) berkenaan air atau larutan akueus." "akua regia\nKimia) campuran yang sangat mengakis dan terdiri daripada satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat." "akuafobia\nperasaan takut yang keterlaluan terhadap air seperti laut, sungai dan sebagainya." "akuakultur\npenternakan atau pemeliharaan hidup-hidupan laut (baik haiwan mahupun tumbuhan) untuk menjadi makanan manusia:\nmemberi tumpuan kepada pembangunan ~ seperti ternakan kerang (ikan dalam sangkar, udang dalam kolam dan kepah)." "akualung\nalat bantu pernafasan mudah alih yang digunakan oleh penyelam dan sebagainya." "akuamarin\n1.\n sejenis batu permata yang berwarna hijau kebiru-biruan;\n2.\n warna hijau kebiru-biruan." "akuan\n[Brunei], [kata seru] mengaku." "akuanaut\norang yang terlatih untuk menyelam atau menjelajah di bawah air." "akuarel\nsejenis lukisan (catan) yang dihasilkan dengan cat air yang nipis dan lut sinar." "akuarium\n1.\n peti kaca tempat memelihara ikan;\n2.\n bangunan tempat mempamerkan ikan dan binatang-binatang lain yang hidup di dalam air atau berhampiran dengan air (seperti kura-kura, ular, dan sebagainya)." "Akuarius\nlambang kesebelas dalam zodiak, yang berlambangkan orang sedang menuang air." "akuatik\n(Biologi) berkenaan sesuatu yang tumbuh atau hidup di dalam atau di atas air:\ntumbuhan ~ merupakan tumbuhan yang hidup dan membiak dalam air." "akuatin\n1.\n teknik atau proses membuat goresan pada plat tembaga dengan menggunakan asid nitrik;\n2.\n gambar atau cetakan yang dihasilkan dengan teknik (proses) ini." "akueduk\n(Kejuruteraan)\n1.\n paip besar atau terusan yang menyalurkan bekalan air ke sesuatu tempat (bandar, kawasan perladangan dan sebagainya);\n2.\n binaan seperti jambatan panjang yang merintangi lembah atau tanah rendah untuk menopang paip atau saluran air." "akueduktus\n(Biologi) saluran yang menyalurkan bendalir tubuh di dalam sesuatu organ atau struktur tubuh." "akueus\n(Kimia) berkenaan sesuatu larutan yang pelarutnya air." "akuifer\n(Geologi) bahagian bawah tanah yang terdiri daripada kerikil atau batu berliang yang mengandungi air." "akuk\n[Minangkabau] penyakit ayam (yang menyebabkan ayam meringkuk atau terlentok);\nterakuk\n mengantuk;\nterakuk-akuk\n terangguk-angguk (kerana tidur atau terlalu mengantuk)." "akuk-akuk\npemetik senapang, picu." "akulturasi\npenyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain:\nselagi satu kebudayaan bertembung dengan satu kebudayaan yang lain, selagi itulah proses ~ dan asimilasi akan berlaku;\n mengakulturasi\n menyerapkan unsur-unsur kebudayaan daripada sesuatu budaya kepada budaya lain:\nTV berperanan ~ penonton-penontonnya\n." "akumen\nkebolehan memahami, menilai, dan memutuskan sesuatu dengan cepat dan jelas, misalnya dalam soal perniagaan, kepintaran." "akumulator\n(Fizik) peranti yang menyimpan elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri." "akupunktur\nsuatu kaedah perubatan (yang berasal daripada suatu amalan perubatan di negeri China) untuk menyembuhkan penyakit dengan cara mencucuk tempat-tempat tertentu pada kulit dengan hujung jarum:\nseorang pesakit sedang menjalani rawatan ~." "akur I\n(ber)setuju, menerima (sesuatu kedudukan dan sebagainya):\nsaya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi;\nmengakuri\n menyetujui, menerima:\nteorinya diakuri segenap ahli penyelidik;\n Keimen Baunka Shidosa harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun;\nmengakurkan\n1.\n mencocokkan, menyesuaikan;\n2.\n mendamaikan (orang bertengkar dan lain-lain);\nkeakuran\n persetujuan, persesuaian, kecocokan:\nsaling mengerti dan ~ diperlukan dalam satu pertubuhan." "akur II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah, jelur kait, \nIlligera appendiculata." "akus\n(Sanskrit) kusa gajah, besi kuasa [Kedah]." "akustik\n1.\n kajian saintifik tentang bunyi;\n2.\n (Fizik) berkenaan bunyi atau deria pendengaran." "akut\nberkenaan penyakit yang muncul dengan tiba-tiba, teruk keadaannya, dan agak singkat tempohnya:\nleukemia\n \n~\n." "akwal\n[Arab] (jamak bagi kaul) perkataan;\n \nafal dan ~ \nperbuatan dan perkataan." "al\n[Arab] kata penentu (mendahului kata nama) yang bererti \nitu\n (terdapat pada perkataan seperti \nalmarhum, alkisah, alhasil, albahri \ndan\n alalam).\nAl\n simbol kimia bagi aluminium." "al-Adl\n[Arab] Yang Maha Adil (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Ahad\n[Arab] Yang Maha Tunggal (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Akhir\n[Arab] Yang Akhir dan Tiada Kesudahan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Ali\n[Arab] Yang Maha Tinggi (Luhur) (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Alim\n[Arab] Yang Maha Mengetahui (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Amin\n[Arab] gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW kerana sifatnya yang amanah serta boleh dipercayai:\nkerana sifatnya yang amat jujur, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran ~." "al-Awwal\n[Arab] Yang Awal dan Tiada Permulaan (satu daripada 99 nama Allah." "al-Azim\n[Arab] Yang Maha Agung (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Aziz\n[Arab] Yang Maha Berkuasa dan Perkasa (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Badik\n[Arab] Yang Maha Menciptakan Sesuatu yang sebelumnya tiada (satu daripada 99 nama Allah)." "al-bai bithaman ajil\nkonsep perbankan Islam yang merujuk kepada penjualan barang dengan bayaran yang tertangguh." "al-Bais\n[Arab] Yang Membangkitkan Manusia (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Baqi\n[Arab] Yang Berkekalan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Bar\n[Arab] Yang Menjadi Sumber Kebaikan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Barik\n[Arab] Yang Maha Pencipta Makhluk (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Basir\n[Arab] Yang Maha Melihat (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Basit\n[Arab] Yang Maha Melapangkan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Batin\n[Arab] Yang Menyembunyikan Kewujudan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Dar\n[Arab] Yang Mendatangkan Kemudaratan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Din\n[Arab] cara hidup yang diredai Allah:\npelbagai pihak mengambil kesempatan sempena Ramadan al-mubarak untuk menganjurkan\n \npelbagai aktiviti bagi merealisasikan Islam sebagai ~." "al-Fadil\n[Arab] panggilan hormat bagi orang yang mempunyai ketinggian atau kelebihan ilmu dalam bidang agama:\n~ Ustaz Ali." "al-Fatihah\n[Arab] surah pertama (bab pertama) dalam al-Quran." "al-Fattah\n[Arab] Yang Maha Pembuka (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Ghaffar\n[Arab] Yang Maha Mengampuni (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Ghafur\n[Arab] Yang Maha Sedia Mengampuni (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Ghani\n[Arab] Yang Maha Kaya dan Tidak Memerlukan Sesuatu Apa pun (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Hadi\n[Arab] Yang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Hafiz\n[Arab] Yang Maha Memelihara (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Hai\n[Arab] Yang Maha Hidup (satu daripada 99 nama Allah)." "al-haj\nhaji: \nTunku Abdul Rahman Putra ~." "al-Hakam\n[Arab] Yang Maha Menentukan Hukuman (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Hakim\n[Arab] Yang Maha Bijaksana (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Halim\n[Arab] Yang Maha Penyantun dan Penyabar (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Hamid\n[Arab] Yang Maha Layak Menerima Pujian (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Haq\n[Arab] Yang Maha Benar (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Hasib\n[Arab] Yang Maha Menghitung Amalan Makhluk (satu daripada 99 nama Allah)." "al-ijarah\nkonsep perbankan Islam yang merujuk kepada persetujuan bahawa bank sebagai pemilik aset, memajakkan aset berkenaan kepada pelanggan untuk suatu tempoh tertentu, dengan bayaran sewa yang dipersetujui antara kedua-dua belah pihak." "al-Jabbar\n[Arab] Yang Maha Perkasa (satu daripada 99 nama Allah):\nKhalik ~;\n Malik ~." "al-Jalil\n[Arab] Yang Maha Memiliki Sifat Keagungan Yang Tiada Pada Makhluk (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Jamik\n[Arab] Yang Maha Penghimpun (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Kabir\n[Arab] Yang Maha Besar (Gah) (satu daripada 99 nama Allah)." "al-kafalah\nkonsep perbankan Islam yang merujuk kepada jaminan satu pihak bahawa satu pihak yang lain akan menunaikan kewajibannya." "al-Karim\n[Arab] Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Kasyaf\n[Arab] Yang Menyingkap Hijab (membuka rahsia alam) (salah satu nama Allah)." "al-Khabir\n[Arab] Yang Maha Sedia Mengetahui (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Khafid\n[Arab] Yang Maha Merendahkan Darjat Seseorang (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Khaliq\n[Arab] Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Kitab\n[Arab] al-Quran, Kitabullah." "al-Latif\n[Arab] Yang Maha Lemah Lembut dan Mengetahui Segala Sesuatu Sehalus-halusnya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Majid I\n[Arab] Yang Maha Dimuliakan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Majid II\n[Arab] Yang Maha Sempurna (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Malik\n[Arab] Yang Maha Memiliki Segala Kekuasaan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Manik\n[Arab] Yang Maha Menegah dan Menolak (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Masih\nIsa ~\n Nabi Isa as." "al-Matin\n[Arab] Yang Maha Teguh Kekuatan-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muakhir\n[Arab] Yang Mentakhirkan Wujudnya Sesuatu (satu daripada 99 nama Allah)." "al-mubarak\n[Arab] yang beroleh berkat:\nRamadan ~." "al-Mubdik\n[Arab] Yang Maha Memulakan Sesuatu (satu daripada 99 nama Allah)." "al-mudarabah\nkonsep kewangan (perbankan) Islam yang bermaksud pihak pemodal membiayai pengusaha dengan pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama." "al-Mughni\n[Arab] Yang Maha Mengayakan Makhluk Sehingga Tidak Memerlukan Apa-apa (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muhaimin\n[Arab] Yang Maha Mengawal (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muhit\n[Arab] Yang Maha Melingkungi Segala-galanya (salah satu nama Allah)." "al-Muhsi\n[Arab] Yang Maha Mengira (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muhyi\n[Arab] Yang Maha Menghidupkan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muid\n[Arab] Yang Maha Mengembalikan Ciptaan-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muiz\n[Arab] Yang Maha Memuliakan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Mujib\n[Arab] Yang Maha Memakbulkan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Mukmin\n[Arab] Yang Maha Melimpahkan Keamanan dan Kesejahteraan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Mumit\n[Arab] Yang Maha Mematikan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muntaqim\n[Arab] Yang Membalas Dengan Seksa (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muqaddim\n[Arab] Yang Memulakan Wujudnya Sesuatu (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muqit\n[Arab] Yang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muqsit\n[Arab] Yang Maha Adil dan Saksama (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muqtadir\n[Arab] Yang Maha Berkuasa Menentukan Sesuatu (satu daripada 99 nama Allah)." "al-murabahah\nkonsep kewangan (perbankan) Islam yang bermaksud penjualan barangan (yang dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kepada pembeli yang membayarnya secara ansuran dengan harga yang melebihi harga asal mengikut persetujuan bersama." "al-Musawwir\n[Arab] Yang Maha Menentukan Bentuk Rupa Makhluk-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Mutaali\n[Arab] Yang Maha Tinggi dan Suci (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Mutakabbir\n[Arab] Yang Maha Memiliki Segala Kebesaran (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Muzil\n[Arab] Yang Maha Menghina Musuh-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Nafik\n[Arab] Yang Memberikan Kebaikan dan Kemanfaatan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Nur\n[Arab] Cahaya Yang Menerangi (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Qabid\n[Arab] Yang Maha Pengekang (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Qadir\n[Arab] Yang Maha Berkuasa (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Qahhar\n[Arab] Yang Maha Gagah Perkasa (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Qawi\n[Arab] Yang Maha Berkuasa (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Qayyum\n[Arab] Yang Berdiri Sendiri (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Quddus\n[Arab] Yang Maha Suci (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Quran\nkitab suci agama Islam." "al-Rafik\n[Arab] Yang Maha Meninggikan Darjat (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Rahim\n[Arab] Yang Maha Pengasih kepada semua makhluk (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Rahman\n[Arab] Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi Rahmat (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Raqib\n[Arab] Yang Maha Mengawasi (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Rasyid\n[Arab] Yang Memberi Petunjuk Kepada Kebenaran (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Rauf\n[Arab] Yang Maha Pemberi Kasih Sayang (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Razzaq\n[Arab] Yang Maha Memberi Rezeki (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Sabur\n[Arab] Yang Maha Penyabar (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Salam\n[Arab] Yang Maha Sejahtera (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Samad\n[Arab] Yang Kekal dan Menjadi Tempat Bergantung Sekalian Makhluk (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Samik\n[Arab] Yang Maha Mendengar (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Syahid\n[Arab] Yang Maha Menyaksikan Segala Kebenaran (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Syakur\n[Arab] Yang Maha Menggandakan Balasan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Tawwab\n[Arab] Yang Sentiasa Menerima Taubat (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Wadud\n[Arab] Yang Maha Mengasihi orang yang beriman kepada-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Wahhab\n[Arab] Yang Maha Pemberi (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Wahid\n[Arab] Yang Maha Esa (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Wajid\n[Arab] Yang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang Dikehendaki-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-wakalah\nkonsep perbankan Islam yang merujuk kepada suatu keadaan apabila satu pihak, misalnya pelanggan menamakan satu pihak yang lain, misalnya bank untuk bertindak bagi pihaknya." "al-Wakil\n[Arab] Yang Maha Pelindung (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Wali I\n[Arab] Yang Maha Memberikan Pertolongan (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Wali II\n[Arab] Yang Maha Memiliki dan Memerintah Segala Sesuatu (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Waris\n[Arab] Yang Kekal Memusakai (setelah musnahnya alam ini) (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Wasik\n[Arab] Yang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya (satu daripada 99 nama Allah)." "al-Zahir\n[Arab] Yang Menzahirkan Kewujudan (satu daripada 99 nama Allah)." "ala carte\n(Perancis) hidangan masakan yang tersenarai pada menu, yang boleh dipilih secara berasingan mengikut kesukaan pelanggan pada harga yang telah ditetapkan." "ala I\nalah IV." "ala II\n[Arab] atas, akan, kepada, pada;\n ~ kadarnya \nmenurut kesanggupannya, sekadarnya." "ala III\n[Arab] tinggi;\nterala\n [sastera lama] termulia, tertinggi:\nbarang lakunya ~ daripada raja-raja yang lain." "ala IV\n(Perancis) secara, menurut gaya (yang dilakukan dan sebagainya oleh):\nketawanya, cakapnya, dan langkahnya ~ orang Inggeris;\n teknik menyediakan kepingan kayu yang mengandungi huruf-huruf ini dikenali sebagai percetakan ~ China." "alabangka\n(Portugis) linggis, perejang." "alabaster\nsejenis batu putih yang digunakan untuk membuat patung, barang hiasan dan sebagainya." "alaf\n[Arab]\n1.\n seribu, alfu;\n2.\n masa yang lamanya 1000 tahun, seribu tahun, milenium;\n \n~ baru \ntempoh masa selepas alaf terdahulu. \nal-Afu\n (al-Afuw) [Arab] Yang Maha Pemaaf (satu daripada 99 nama Allah)." "alah I\nkalah, tewas:\ntidak diketahui siapa yang ~ dan siapa yang menang;\n~ bisa tegal (kerana) biasa \n(peribahasa) segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa;\n \n~ limau oleh benalu \n(peribahasa) orang yang lama terdesak oleh orang yang baru;\n \n~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak menepati janji hingga bergaduh;\n \n~ membeli menang memakai \n(peribahasa) tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya);\n \n~ menang tak tahu, bersorak boleh \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yang akan kalah;\n \n~ sabung menang sorak \n(peribahasa) biarpun kalah, namun cakap masih besar;\n \ntak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja \n(peribahasa) peperangan (atau perkelahian) yang tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja;\nberalah\n, \nmengalah\n tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dan lain-lain), dengan sengaja (atau pura-pura) kalah:\ntidak semestinya orang yang ~ itu kalah;\nberalahan;\n \ntidak ~ \ntidak ada yang kalah (dalam pertandingan), seri;\nmengalahi\n1.\n mengalah kepada;\n \nalah-~ \nsaling mengalah;\n2.\n menaklukkan, mengatasi:\nsuratan ~ segala-galanya;\nmengalahkan\n menaklukkan, menundukkan, melebihi:\ndengan kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya;\n teralahkan\n dapat atau boleh dialahkan:\nmemang bapak anak jantan tak ~ badai;\nalahan\n1.\n yang sudah dialahkan;\n2.\n biasa kalah;\n3.\n kekalahan apabila (sewaktu) berjudi;\nkealahan\n perihal alah, kekalahan, ketewasan;\nperalahan\n kemenangan, perampasan;\npengalahan\n perihal (perbuatan) mengalahkan." "alah II\nsensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dan lain-lain) hingga boleh menimbulkan kesan yang tidak baik pada kesihatan seseorang:\n~ terhadap penisilin;\nalahan\n perihal alah, keadaan alah, alergi." "alah III\nmengalah\n membendung (sungai untuk mengambil ikan), menebat, mengempang;\nalahan\n1.\n parit-parit yang dikeringkan, bekas alur sungai;\n2.\n bendungan, empangan, tebat." "alah IV\n[kata seru] kata untuk menyatakan kesal atau rasa tidak senang (menunjukkan keberatan, ketika memujuk atau menggesa, dan lain-lain):\n~ , menyusahkan aku saja !\n;\n \n~, janganlah begitu !;\n ~ mak !" "alahai\n[kata seru] kata untuk menyatakan rasa terkilan, kesal, dan sebagainya;\n \n~, anak emak!" "alai I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), beka, bereksa, gedayung, kedaung, \nParkia javanica;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), batai, jemerelang, sena laut, \nPeltophorum dasyrachis." "alai II\n~-balai;\nhalai-balai." "alai III\n~-belai \nbujukan, cumbuan." "alai IV\nmengalai\n [Brunei] menari, meronggeng." "alaihi\n[Arab] atasnya, padanya, baginya;\n \niblis ~ laknat\n iblis yang dikutuki Tuhan, laknat bagi iblis." "alaihissalam\n[Arab] damai atau kesejahteraan padanya (biasanya digunakan atau disebuntukan sesudah menyebut nama nabi, seperti Sulaiman alaihissalam, Daud alaihissalam, dan lain-lain)." "alaika\n[Arab] atasmu, padamu." "alaikum\n[Arab] atasmu, padamu, bagimu;\n \n~ assalam, assalamu~\n damai atau kesejahteraan padamu (sekalian)." "alak I\n[Kelantan] galakan (lembu berlaga);\nmengalak\n menggalakkan, menggesa:\nkalau tidak dialak, kerja itu tidak akan siap." "alak II\n[Minangkabau];\nsealak-alak\n sesedang-sedangnya, secukupnya." "alakulihal\n[Arab] dalam segala hal, dalam hal apa pun:\n ~ , para nabi mempunyai ilmu yang luas sekali." "alala\nsejenis lagu rakyat Sepanyol." "alalbahalal\nalalbihalal halalbihalal." "alalia\nketidakupayaan bertutur yang berpunca daripada kerosakan pada alat artikulasi luaran (bukan pada sistem saraf pusat)." "alam I\n1.\n dunia, bumi:\nnamanya termasyhur di seluruh ~;\n bencana ~ \nbencana yang berlaku di muka bumi (seperti banjir, gempa, dan lain-lain);\n2.\n segala yang ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yang ada, dan lain-lain):\nTuhan menjadikan ~ ini dalam masa enam hari;\n ilmu ~ \na) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (seperti keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dan lain-lain), geografi;\n b) [Indonesia] fizik;\n 3.\n lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yang tertentu atau sejenis:\n~ remaja;\n ~ kanak-kanak;\n ~ Minangkabau;\n ~ haiwan;\n4.\n bidang atau lingkungan kegiatan (minat dan lain-lain):\n~ persuratan Melayu;\n ~ pembacaan kanak-kanak;\n ~ persuratkhabaran;\n5.\n [Indonesia] segala daya (kekuatan dan sebagainya) yang seakan-akan mengatur isi dunia:\ndi negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yang kuat dialah yang berkuasa;\n~ arwah\n tempat roh-roh;\n \n~ baqa \ndunia yang kekal, akhirat;\n~ barzakh\n alam yang tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat);\n \n~ fana \ndunia yang tidak kekal;\n \n~ fikiran \nbidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir);\n \n~ nabatah \n= \n~ tumbuh-tumbuhan\n segala macam tumbuh-tumbuhan;\n \n~ samar\n alam barzakh;\n \n~ semesta \nseluruh alam;\nlah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak \n(peribahasa) berasa sangat malu sehingga tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi;\nsealam\n mempunyai alam yang sama:\nMalaysia ~ dengan Indonesia;\nkealaman\n perihal alam, sifat atau keadaan alam:\npengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar." "alam II\nmengalami\n merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dan lain-lain), menanggung:\nselama hampir tiga tahun yang lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi;\npengalaman\n apa yang telah dialami (dirasai, ditempuh, dan lain-lain):\norang itu telah banyak ~nya;\nberpengalaman\n mempunyai pengalaman (yang luas):\npenasihatnya ialah seorang yang ~;\n pegawai yang ~ dalam bidang pentadbiran." "alam III\nbendera, panji-panji." "alamak\n[kata seru] alah mak." "alamang\nsejenis pedang;\nlamang." "alamar\n[arkaik];\npenguasa ~\n pemegang kekuasaan memerintah;\namar I." "alamas\n[arkaik] intan." "alamat\n1.\n sesuatu yang dianggap (ditafsirkan dan sebagainya) sebagai menandakan bahawa sesuatu kejadian dan lain-lain yang baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda:\ndia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~;\n2.\n [sastera lama] matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan:\nbeberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena;\n3.\n butir keterangan (seperti nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dan lain-lain) yang menunjukkan tempat tinggal seseorang:\npastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dengan terang dan lengkap pada sampul surat;\n4.\n (Komputer) kod pengenalan unik yang digunakan sebagai nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dan lain-lain dalam sesuatu sistem komputer;\n5.\n [arkaik] nama buku dan lain-lain:\n~ buku ini dituliskan dengan huruf besar;\n6.\n bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan:\nburung berkicau ~ hari nak siang;\n~ tunduk \nbendera putih tanda menyerah (kalah);\n alamatnya\n tandanya:\n jika ada negara yang mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama;\nberalamat\n1.\n mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda):\nmimpi yang ~ buruk;\n awan gelap biasanya ~ turunnya hujan;\n2.\n mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan);\n \nmenembak ~, berkata bertujuan \n(peribahasa) tiap perbuatan harus ada maksudnya;\n3.\n mempunyai atau bertulis dengan alamat (keterangan tempat tinggal):\nsetiap sampul surat hendaklah ~ dengan terang dan bersetem;\nmengalamati\n membubuh alamat pada:\n~ surat;\nmengalamatkan\n1.\n menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa:\nmatahari telah condong ke barat sebagai ~ hari sudah petang;\n2.\n menujukan (surat dan lain-lain):\n~ surat kepada ahli-ahli pertubuhan." "alamatulhayat\n[Arab] tanda hidup (berupa surat, cenderamata dan lain-lain)." "alamiah\nbersifat semula jadi, natural:\n undang-undang ~ yang tidak bertulis." "alamin\n[Arab] (jamak bagi alam) alam ghaib dan alam syahadah;\nRabbulalamin." "alan\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, \nShorea albida;\n ~ batu\n sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dibuat papan, kayu kumai, papan panel, dan lain-lain), empenit, meraka, meraka alan, sengawang, seriagawan, \nShorea sp.;\n ~ bunga\n sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dibuat papan lapis, papan panel, kayu kumai, dan lain-lain), meranti bunga, \nShorea sp." "alan-alan\npelawak, badut." "alang I\n1.\n nama timang-timangan bagi anak yang ketiga;\n2.\n tidak terlalu besar (tua dan lain-lain) dan tidak pula terlalu kecil (muda dan lain-lain), sedang, sederhana, tanggung(-tanggung);\n \nkeris ~\n keris yang sedang atau sederhana panjangnya;\n \nsaudara yang ~\n saudara yang bukan bongsu dan bukan sulung;\n3.\n sedikit, kurang:\nmasalah tersebut memakan masa dan tenaga yang bukan ~;\n \n~ kepalang\n sedikit, tidak cukup, tanggung(-tanggung);\n \nbukan ~ kepalang \nbukan sedikit, sangat, terlampau;\nalang-alang, alang-alangan\n1.\n setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati:\nbekerja ~;\n2.\n sedikit, kurang:\nbukan ~\n bukan sedikit, terlalu, sangat;\n~ berminyak biar licin \n= \n~ mandi biar basah \n= \n~ berdakwat biar hitam\n (peribahasa) kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan;\n \n~ menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan \n(peribahasa) kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya;\nalangkah\n \n1.\n kata yang melahirkan rasa kagum, hairan, dan sebagainya:\n~ cantiknya bunga-bungaan di taman itu;\n2.\n betapa:\n~ (baik buruk, besar, kecil, dan lain-lain)." "alang II\n1.\n (me)lintang;\n \nmenarik garis ~ \nmenarik garis melintang;\n2.\n kayu yang dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding):\nsupaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu;\n3.\n dinding, penyekat (bilik dan sebagainya):\n~ rumah;\n~ balai \npenyekat balai;\n \n~ jambatan \nbahagian yang melintang pada jambatan di pelabuhan;\n \n~ mahligai\n penyekat di mahligai;\n \n~ muka \npapan melintang antara dinding perahu atau pada belat (tempat berjalan)." "alang III\n= alangan\n [arkaik] hadiah, pemberian;\n \n~ berjawab, tepuk berbalas\n (peribahasa) kebaikan dibalas dengan kebaikan, kejahatan dengan kejahatan pula." "alang-alang\n[Jawa] sejenis rumput yang tinggi, lalang." "alap I\n[Selangor] sopan, santun:\nlemah lembut ~ santun." "alap II\nmengalap\n [Kedah], [Jawa] mengambil (mengait, menjolok) buah-buahan dengan galah yang memakai pisau atau kait di hujungnya." "alap-alap\n[Jawa]\n1.\n helang belalang, burung rajawali;\n2.\n [kiasan] pencuri, penyeluk poket;\n \n~ sepeda \npencuri basikal." "alaqah\n[Arab]\n1.\n darah beku yang membesar menjadi janin (bakal bayi, bakal manusia, lembaga);\n2.\n hati kecil:\ndizahirkannya kepada ~nya di dalam hatinya." "alar\nanak sahaya hutang-hutangan, anak hamba." "alarem\n[Indonesia-Belanda] tanda bahaya." "alas I\n1.\n sesuatu yang menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yang lain, tempat berdiri sesuatu, asas, dasar;\n \n~ cawan \ntempat diletakkan cawan, piring;\n \n~ tiang \nasas tempat berdirinya tiang;\n2.\n kain dan sebagainya yang digunakan untuk menutup sesuatu (seperti meja dan lain-lain), lapik, tutup;\n \n~ bantal \nsesuatu yang ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung);\n3.\n (Kejuruteraan) bahagian-bahagian di dalam enjin yang memusingkan suatu gandar atau yang memegang gandar yang berpusing;\n~ baju \nlapik baju;\n \n~ cap\n [arkaik] wang yang harus dibayar kepada pegawai Sultan yang membuat naskhah;\n \n~ kaki \nsesuatu (seperti tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dan sebagainya);\n \n~ kata\n [kiasan] kata pendahuluan;\n \n~ kubur \norang yang memikul kesalahan orang lain;\n \n~ meja \nlapik meja, kain penutup meja;\n \n~ muatan \ntolak bara (pemberat sebagai pengimbang) di bawah muatan perahu;\n \n~ perut\n makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar;\n \n~ peti\n tutup peti;\n \n~ rumah \nark asas rumah (dasar rumah);\n \n~\n \nternang\n bokor tempat diletakkan bekas air (seperti teko dan lain-lain);\n \njadi ~\n \ncakap \nuntuk sagu hati kerana jasa yang telah disumbangkan;\nberalas\n1.\n memakai alas, berlapik:\ncawan yang tidak ~;\n meja\n\u2013\nmeja itu belum ~ lagi;\n2.\n mempunyai asas (sebagai bukti, keterangan, dan sebagainya), berasas:\nkata-katanya tidak ~;\n3.\n [kiasan] (berkenaan (dengan) cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan;\nberalaskan\n1.\n mempunyai (menggunakan) sesuatu sebagai alas, berlapik:\nmeja yang ~ kain putih;\n mangkuk yang ~ piring kuih;\n2.\n mempunyai (menggunakan dan lain-lain) sebagai asas, atas asas atau dasar, berasaskan:\nia ditangkap ~ bukti-bukti yang nyata;\n mengalas, mengalasi\n memberi beralas, memberi berlapik, berlaku sebagai alas (lapik) kepada:\nia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya;\n ~ perut\n makan pagi;\n \ndialas bagai memengat \n(peribahasa) apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu;\nmengalaskan\n1.\n menjadikan (meletakkan sebagai) alas:\n~ sehelai tikar di bawah meja;\n2.\n mengasaskan (mendasarkan) pada:\n~ tuduhan-tuduhan pada cakap orang sahaja;\nalasan\n1.\n asas, dasar:\nkepentingan bersama adalah ~ untuk menubuhkan suatu parti;\n2.\n sesuatu (bukti, keterangan, dan lain-lain) yang dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dan lain-lain), sebab:\n apa ~ ia bertindak demikian?;\n jawatankuasa itu mempunyai ~ untuk membuat keputusan itu;\n3.\n yang dijadikan sebagai alas:\njalankan jentera di tengah-tengah kayu ~;\nberalasan\n mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas:\nia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan;\n tuduhan-tuduhan yang tidak ~." "alas II\n[Jawa] hutan:\n~ yang sunyi." "alas III\npengalasan\n [Jawa] [arkaik] segolongan tertentu pegawai istana, pesuruh istana." "alat I\n1.\n barang apa yang diperlukan atau digunakan untuk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu:\nseseorang tukang kayu memerlukan ~ seperti gergaji, ketam, penukul, dan berbagai-bagai lagi;\n2.\n [kiasan] orang atau sesuatu yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu maksud atau matlamat (seseorang, sesuatu golongan, dan lain-lain):\ndia dianggap orang ~ penjajah;\n kemudahan dan sebagainya yang boleh dijadikan ~ untuk menjayakan rancangan;\n3.\n bahagian tubuh manusia atau haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yang mengerjakan sesuatu, organ;\n~ bunyi-bunyian\n = \n~ muzik \nperkakas yang boleh mengeluarkan bunyi yang berirama (untuk dimainkan lagu);\n \n~ ganti\n alat untuk menggantikan sesuatu alat yang sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi (pada mesin, jentera, pesawat, dan lain-lain);\n \n~ hawa dingin\n penyaman udara;\n \n~ kebesaran \n= \n~ kerajaan\n = \n~ perintah \nkelengkapan upacara raja-raja;\n \n~ kekuasaan\n = \n~ negara \nsegala sesuatu untuk menjalankan kekuasaan negara;\n \n~ kelamin\n bahagian pada tubuh manusia atau binatang untuk melakukan hubungan jenis;\n \n~ kelengkapan\n segala alat yang kesemuanya sekali memenuhi keperluan sesuatu (lengkap bagi sesuatu);\n \n~ mengajar\n kelengkapan untuk mengajar;\n \n~ pencernaan \nbahagian tubuh untuk mencernakan makanan;\n \n~ pencium\n hidung;\n \n~ pendengar(an)\n telinga;\n ~ perang \n=\n ~ senjata \nkelengkapan perang;\n \n~ perasa \nbahagian tubuh untuk merasa;\n ~ raja\n kelengkapan yang dipakai oleh raja (seperti ketur, kendi, kipas, dan lain-lain);\n \n~ solek\n barang-barang yang digunakan untuk menambah kecantikan (terutamanya wajah seseorang perempuan), mekap;\n \n~ tukang kayu \nperkakas yang dipakai tukang kayu;\n \n~ tulis \nalat yang diperlukan untuk menulis, misalnya pensel, pen, kertas, dakwat, dan sebagainya;\nberalatkan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai alat;\nmengalati, memperalati\n membekali atau melengkapi dengan alat (senjata dan lain-lain):\n~ rumah;\n ~ angkatan tentera;\nmengalatkan\n1.\n melengkapkan (dengan) alat;\n2. = memperalat;\nmemperalat\n menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat (untuk mencapai sesuatu tujuan):\n~ orang untuk mencapai maksudnya;\nalatan, peralatan\n bermacam-macam alat:\ndiperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan." "alat II\n[Minangkabau] jamuan, perjamuan;\n \nacang-acang ~ \norang yang mengatur jamuan;\nberalat\n mengadakan upacara adat (perkahwinan, perjamuan, dan lain-lain), mengadakan jamuan (untuk), berjamu:\nia hendak ~ mengahwinkan anaknya;\nmemperalatkan\n mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan:\ntidak\n \nsedikit dikeluarkan wang untuk ~ anaknya;\nperalatan\n perjamuan, upacara adat:\n~ kahwin." "alau\nburung\n \n~\n sejenis enggang." "alban\n= leban I." "albatros\nsejenis burung laut daripada genus \nDionedea \ndan \nPhobetria \nyang berwarna putih, besar dan bersayap panjang yang banyak terdapat di persisiran pantai Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik." "albedo\n(Fizik) nisbah antara cahaya yang dipantulkan ke semua arah dengan cahaya yang jatuh ke atas suatu planet atau satelit." "albino\n(Biologi) organisma (terutamanya manusia dan haiwan) yang kekurangan pigmen pada rambut (bulu) dan kulit, yang mengakibatkan bahagian yang berkenaan kelihatan luar biasa putih." "albion\ntanah) Inggeris." "album\n1.\n buku tempat menaruh gambar-gambar (setem dan lain-lain):\n~ yang mengandungi gambar-gambar pada hari perkahwinannya;\n2.\n piring hitam yang mengandungi beberapa buah lagu:\npenyanyi yang telah berjaya menghasilkan beberapa buah ~." "albumen\n(Biologi) putih telur." "albumin\nkumpulan protein ringkas yang larut dalam air yang terdapat dalam putih telur, plasma darah, dan lain-lain." "aldehid\n(Kimia) kumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal -CHO (mis formaldehid dan asetaldehid)." "aleban\n= leban I." "alegori\nsesuatu karya (cerita, puisi dan sebagainya) yang menggunakan watak, peristiwa dan lain-lain sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan) sesuatu yang lebih mendalam:\nMantiq al-Tair merupakan sebuah ~ yang dipilih untuk dibicarakan sebagai satu pengenalan kepada karya sufi;\nmengalegorikan\n mengubah sesuatu karya (cerita dan sebagainya) menjadi alegori, mengubah sesuatu dalam bentuk alegori." "alegreto\n(Seni Muzik) lagu yang dimainkan dengan rentak yang agak cepat dan rancak (lebih perlahan sedikit daripada alegro)." "alegro\n(Seni Muzik) lagu yang dimainkan dengan rentak yang cepat dan rancak." "aleja\n leja\n." "aleksia\n(Perubatan) keadaan tidak berupaya membaca atau memahami bahasa bertulis akibat kecederaan atau kecacatan semula jadi pada bahagian tertentu otak." "alem\n[Jakarta];\nmengalem, ngalem\n memuji-muji, memanjakan;\naleman\n manja." "alergen\n(Perubatan) bahan protein atau bukan protein yang boleh menyebabkan alahan." "alergenik\n(Perubatan) berkaitan dengan alergen." "alergi\nkeadaan sensitif terhadap sesuatu (makanan, ubat, dan lain-lain) sehingga boleh menimbulkan kesan atau perkembangan yang tidak baik pada kesihatan, alahan." "alfa I\n= alfu." "alfa II\nhuruf pertama dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u0391,\u03b1." "alfabet\n[bahasa percakapan] abjad." "alfabetologi\nkajian tentang tulisan abjad." "alfalfa\nsejenis tumbuhan yang digunakan sebagai makanan untuk haiwan ternakan, sayur-sayuran dan lain-lain, \nMedicago sativa." "alferes\nalperes I" "alfiah\nbandar di pantai selatan India;\n \nkopiah ~\n sejenis kopiah yang tinggi." "alfu\n[Arab] seribu;\n \n~ lailah wa lailah\n seribu satu malam;\n= alaf." "alga\nkumpulan tumbuhan paling ringkas (terdiri daripada satu sel atau berbilang sel), kebanyakannya hidup di dalam air dan tumbuhan ini penting dalam rangkaian makanan (mis rumpai laut)." "algebra\ncabang matematik yang menggunakan huruf-huruf dan tanda-tanda (lambang-lambang) sebagai mewakili angka atau kuantiti." "algisid\nbahan kimia untuk menghapuskan atau membunuh alga, racun alga." "algoja\nalgojo\n." "algojo\n(Portugis)\n1.\n orang yang menjalankan hukuman mati, pelebaya, pertanda;\n2.\n [kiasan] orang yang bengis dan kejam." "algologi\nkajian tentang alga, termasuklah aspek morfologi, anatomi, proses pertumbuhan dan ekologinya." "algoritma\n1.\n satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer):\n golongan profesional meminati teknik berfikir secara analitis yang menggunakan pelbagai teori dan ~;\n2.\n (Komputer) cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau objektif." "alhamdulillah\n[Arab]\n1.\n segala pujian bagi Allah;\n2.\n ungkapan menandakan rasa syukur:\n~, kita telah mendapat kemerdekaan." "alhasil\n[Arab] kesudahannya, hasilnya, akhirnya:\n~, dia sendiri juga yang menanggungnya;\n ~ simposium itu tidak dapat mencatatkan apa-apa yang bernas kecuali salah seorang peserta bangun dan membetulkan beberapa fakta;\nhasil." "ali baba\ncara perusahaan yang memakai nama Melayu atau kelihatan saja dimiliki atau diuruskan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina atau bangsa asing yang lain:\nyang\n \nmendapat keuntungan ialah orang asing melalui cara ~;\nmengalibabakan\n menjual hak-hak yang khas bagi orang Melayu kepada orang Cina atau bangsa asing yang lain:\nada orang Melayu yang ~ hak-hak mereka." "ali I\n[Arab] tinggi;\nmengali\n memperlihatkan diri untuk menarik perhatian." "ali II\ngula ~\n gulali, sejenis penganan." "ali-ali\nhumban tali, tali pelontar batu;\n \nanak ~\n = \nbatu ~\n batu yang dilontarkan dengan ali-ali;\n \nmembuang\n \n~\n melontar batu dengan ali-ali;\nmengali-ali\n membuang batu dengan menggunakan ali-ali." "alias\n1.\n disebut juga, sama dengan (digunakan pada nama seseorang yang mempunyai lebih daripada satu nama):\nKasim ~ Hasyim bin Samad;\n2.\n (Komputer) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dalam sistem komputer." "alibi\nbukti atau keterangan (bahawa seseorang yang dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah:\nketika dituduh, ia tidak mempunyai ~." "alif I\n1.\n huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu);\n 2.\n huruf pertama abjad Jawi;\n \ntahun\n \n~ \ntahun yang pertama daripada daur kecil atau windu;\n~ gantung \n= \n~ kecil\n alif untuk pengganti tanda tasydid;\n \n~ saksi\n alif yang menyaksikan huruf a;\n \ntegak seperti ~ \ntegak lurus;\n \nberbilang dari esa, mengaji dari\n \n~ \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaknya dari permulaan (menurut peraturan)." "alif II\n[Arab] sahabat, teman." "alif-ba-ta\nabjad Arab." "alifatik\n(Kimia) berkenaan sebatian organik yang molekulnya terdiri daripada atom-atom karbon yang tersusun lurus atau bercabang." "aligator\nsejenis reptilia besar yang rupanya seakan-akan buaya, biasanya boleh ditemui di tasik dan sungai di Amerika dan China." "alih\npindah, tukar, ubah;\n \n~ kata \n= \n~ kecek\n tukar percakapan (mempercakapkan yang lain);\nberalih\n1.\n bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, pergi (ke tempat lain):\ndia ~ dari situ apabila orang itu berjalan menghampirinya;\n2.\n berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dan lain-lain yang lain):\ndari\n \nSingapura, dia ~ ke Kuala Lumpur;\n pusat kuasa politik ~ dari Yedo ke ibu kota purba Kyoto;\n3.\n bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dan lain-lain yang lain):\npandangannya ~ kepada laki-laki itu;\n perbualan mereka ~ ke perkara lain pula;\n4.\n berganti, bertukar, berubah;\n \nangin ~ \nangin berganti (bertukar) arah;\n \nzaman ~ musim bertukar\n keadaan selalu berubah, tidak ada yang tetap (segala sesuatu hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman);\n~ akal\n berubah pendapat (fikiran);\n \n~ angin\n berkunjung (pergi) ke tempat lain untuk meluaskan pandangan atau pengalaman dan sebagainya;\n \n~ haluan\n berganti (bertukar) haluan;\n \n~ hari\n menjadi petang;\n \n~ musim\n berganti musim (mis dari musim kering ke musim hujan dan lain-lain);\n \n~\n \nrumah\n berpindah rumah;\n \ntimur ~ sebelah barat \n(peribahasa) laki-laki menurut perintah perempuan;\nmengalih\n1. = mengalihkan\n mengubahkan duduk (letak dan sebagainya) sesuatu, memindahkan:\nia ~ baldinya yang kelimpahan air;\n ~ haluan menuju ke barat pula;\n ~ pandangan;\n2.\n mengganti, mengubah, menukar:\nsi Ali ~ percakapan ke perkara lain pula;\n mereka ~ usaha mereka kepada aspek lain, iaitu al-Sunah;\n~ bentuk\n mengubah bentuk;\n \n~ kerja\n menukar kerja;\n \n~\n \nnama\n mengganti nama;\n \n~ sila\n berpindah duduk;\n~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan\n = \n~ kain payah juga ke ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja\n (peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang hendak membalikkan perkataannya;\nperalihan\n perihal beralih atau bertukar (daripada satu pucuk pimpinan kepada pucuk pimpinan yang lain, daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain dan sebagainya), pergantian, pertukaran (keadaan dan lain-lain);\n \n~ kekuasaan \npertukaran kekuasaan;\n \n~\n \nzaman\n pertukaran zaman (masa) dengan perubahan keadaan hidup dan lain-lain;\npengalihan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengalihkan, pengubahan, penggantian, pemindahan (kuasa dan lain-lain)." "alih bahasa\npertukaran daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, penterjemahan;\nmengalihbahasakan\n menterjemahkan." "alih-alih\ndengan tidak disangka-sangka, tetapi:\nkatanya ia sakit, ~ saya berjumpa dengannya di pasar." "alik\nberulang-~ \nberbolak-balik, pulang balik:\nkerjanya\n \nberulang-~ saja antara Kuala Lumpur dan Singapura;\nulang-alik." "alim I\n1.\n mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa:\nmeminta petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama daripada orang yang ~;\n ~ ulama\n pakar-pakar agama Islam;\n2.\n patuh kepada ajaran agama (Islam) serta rajin beribadat, soleh:\nayahnya seorang\n \nyang ~;\n3.\n [bahasa percakapan] sangat baik sifat dan akhlaknya (seperti orang alim):\nnampaknya ~, rupanya orang bangsat;\n ~-~ kucing \npura-pura alim;\nkealiman\n1.\n perihal (sifat) mengetahui dengan mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama);\n2.\n kepatuhan kepada ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat, kesolehan;\n3.\n [bahasa percakapan] kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak)." "alim II\nsejenis damar yang dipakai untuk ubat." "alimbubu\n[Minangkabau] pusaran angin." "alimentari\nberkenaan makanan yang terlibat dengan penghadaman dan penghadamannya:\nsalur ~." "alimiat\nzaman ketika manusia telah mengerti dan tahu, lawan zaman jahiliah." "alimoni\n(di kalangan suami isteri bukan Islam) bayaran saraan daripada suami kepada isteri atau sebaliknya dalam masa kedua-duanya sudah bercerai atau sudah berpisah tetapi belum bercerai secara sah." "alin\nmengalin\n mengurut (memijit) badan orang sakit dengan memakai tepung adunan kuning yang bercampur putih telur untuk mengeluarkan penyakit;\nalinan\n pengalin;\npengalin\n benda untuk mengalin:\ntepung ~." "alinea\n(Latin) baris baru pada tulisan, baris permulaan, paragraf (perenggan)." "aling I\naling-aling, alingan, aling-alingan\n [Indonesia] sesuatu yang dipakai untuk menutup (melindungi) supaya jangan kelihatan;\n main tedeng ~\n melakukan sesuatu dengan diam-diam (dengan sembunyi-sembunyi);\n tedeng ~\n sesuatu yang dipakai untuk menutup maksud (perbuatan) yang kurang baik;\nmengalingi\n menutup supaya jangan kelihatan:\ninduk ayam itu ~\n \nanaknya supaya jangan disambar helang." "aling II\nulang-~;\nulang." "alip I\npenyepit ~ \npenyepit yang digunakan oleh pandai atau tukang emas." "alip II\nlip-alipan\n [arkaik] main cari-carian." "alir I\nengalir\n1.\n bergerak berterusan (berkenaan (dengan) air, cecair, tenaga elektrik, dan lain-lain):\nair sungai ~ ke laut;\n darah ~ keluar daripada luka di kepalanya;\n2.\n bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (berkenaan (dengan) air mata, peluh, dan lain-lain):\nair matanya ~ juga dalam suram-suram cahaya;\n3.\n bergerak melalui atau menerusi kawat (berkenaan (dengan) arus atau tenaga elektrik);\n4.\n bergerak keluar atau masuk (dari sebuah negara ke negara lain dan sebagainya), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain):\nemas ~ ke luar negeri;\nmengaliri\n [Indonesia] mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dan lain-lain):\nair bendungan\n \nitu dapat ~ daerah yang luas;\nmengalirkan\n1.\n menyebabkan (menjadikan) mengalir, menyalurkan (air dan lain-lain) ke:\nmaksud bendungan ini ialah untuk ~ air ke sawah;\n pertempuran yang ~ darah;\n2.\n menyebabkan bergerak (di air), menghanyuntukan:\n~\n \nrakit\n;\n3.\n menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dan sebagainya), mengarahkan;\naliran\n1.\n gerakan mengalir (berkenaan (dengan) air, tenaga elektrik, dan lain-lain):\n~ air sungai menuju ke laut;\n \n~\n \ntenaga elektrik\n;\n2.\n gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dari sebuah negara ke negara lain dan sebagainya):\n~ emas ke luar negeri;\n3.\n saluran (seperti paip air, dawai elektrik, dan lain-lain) tempat mengalirnya sesuatu:\n~ sungai itu selalu berpindah-pindah;\n4.\n haluan pemikiran (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dan lain-lain);\n \n~ falsafah moden \npandangan (haluan) falsafah moden;\n \n~ komunis \npendapat atau pemikiran komunis;\n \n~\n \nzaman \npandangan hidup masa tertentu;\n5.\n jalan (cerita dan sebagainya):\ncerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dengan kisah peperangan Kedah;\n6.\n arah perkembangan, kecenderungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan):\n~ puisi tahun enam puluhan;\n ~ pasaran getah;\n7.\n yang termasuk dalam sesuatu golongan yang khusus atau tertentu (berkenaan (dengan) pembahagian atau pengelasan pelajar atau pelajaran dan sebagainya):\nsekolah menengah ~ Melayu;\n pelajar-pelajar ~ sains;\n~ tunai \npenerimaan dan pembayaran wang tunai;\nberaliran\n berhaluan pendapat (politik, pandangan hidup dan lain-lain):\nlunas itu ~ untuk mendirikan suatu negara sosialis;\npengaliran\n perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dan lain-lain);\n pemindahan (emas, modal dan sebagainya):\n~ air ke sawah padi;\n ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan;\npengalir\n sesuatu yang (digunakan untuk) mengalirkan." "alir II\nsejenis pancing untuk menangkap buaya;\n \nmenahan ~\n memasang tali alir;\nmengalir\n menangkap buaya dengan tali alir." "alir III\n[Minangkabau] licin (permukaan)." "alis\nbulu yang berupa lengkung di atas mata, (bulu) kening;\n \n~nya seperti seraut jatuh\n alis yang indah sekali (cantik bentuknya)." "alit I\ncelak;\nmengalit\n membubuh alit (celak) pada, mencelak;\n \n~ mata \nmencelak mata;\n \n~ bibir \nmembubuh gincu pada bibir, memerahkan bibir;\npengalit\n alat untuk mengalit:\nbibir dibentuk dengan pensil ~ dan seterusnya disapu gincu" "alit II\ntali ~ \ntali gasing." "alit III\n[Jawa] [arkaik] kecil." "aliterasi\n(Linguistik) pengulangan bunyi atau huruf pertama (pada) beberapa perkataan yang berturutan (dalam sesuatu baris, terutamanya dalam sajak) seperti \nderup derap." "aljabar\n[Arab] algebra." "alkah\n[Arab] [arkaik] \nalaqah." "alkali\n(Kimia) bahan yang meneutralkan asid untuk membentuk garam dan boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru;\nberalkali\n berkaitan dengan, mempunyai sifat, atau mengandungi alkali:\nlarutan ~;\n garam ~;\n mengalkalikan\n menjadikan atau menyebabkan beralkali;\nkealkalian\n darjah sesuatu larutan akueus itu bersifat alkali;\npengalkalian\n perihal (proses atau perbuatan) mengalkalikan." "alkalimeter\nalat untuk mengukur kepekatan alkali dalam larutan." "alkalimetri\nteknik pengukuran banyaknya kandungan alkali atau bes dalam sesuatu larutan." "alkaloid\n(Biologi) sebatian semula jadi yang mengandungi nitrogen, yang biasanya terdapat di dalam tumbuhan, dan digunakan dalam ubat-ubatan." "alkamar\n[Arab] bulan;\nkamar II." "alkana\n(Kimia) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yang atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal." "alkari\n[arkaik] batu lak, laka, lakri, malau gari (kari)." "alkatipa\n[arkaik] permaidani;\nkatifah." "alkena\n(Kimia) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yang atom-atom karbonnya mempunyai satu ikatan ganda dua atau lebih." "alketip\n alkatipa, katifah." "alkimi\n[Arab] ilmu kimia." "alkimia\nilmu kimia pada peringkat awal perkembangannya, yang merangkumi tempoh di antara kurun 500 SM sehinggalah abad ke-17." "alkisah\nkata yang digunakan ketika memulakan sesuatu cerita atau riwayat dan bermakna, kisahnya, ceritanya;\nkisah." "alkohol\n1.\n cecair yang mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dalam minuman keras dan lain-lain);\n2.\n minuman keras;\nberalkohol\n mengandungi alkohol:\njangan minum minuman ~ atau bergas;\n elakkan merawat luka dan calar dengan larutan ~." "alkoholisme\nketagihan minuman keras (alkohol)." "alkoholometer\nalat untuk mengukur tahap kandungan alkohol dalam cecair." "alkoholuria\n(Perubatan) kehadiran alkohol di dalam air kencing." "alkonya\n(Portugis) nama keluarga." "alku\norang yang mencari pelacur untuk pelanggan lelaki (atau sebaliknya), barua, jaruman, ketolol, muncikari." "alkuna\n(Kimia) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yang mempunyai ikatan ganda tiga antara atom-atom karbonnya." "Allah\n[Arab] Tuhan (Yang Esa);\n~ Azzawajalla \nAllah Yang Maha Agung;\n \n~ Subhanahuwataala \nAllah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi;\n \nkerana\n \n~\na) oleh kehendak Allah;\n b) dengan percuma (untuk mendapat pahala sahaja);\n \ndibuat kerana ~ menjadi murka ~ \n(peribahasa) dilakukan dengan maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik)." "Allahuakbar\n[Arab] Allah yang Maha Besar." "Allahumma\n[Arab] Ya Allah, Ya Tuhanku;\n \nlabaika ~ labaika! \nkerana-Mulah ya Tuhanku, kukerjakan ini!\nAllahyarham\n [Arab] kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan daripada keluarga diraja) yang telah meninggal:\n~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara.\nAllahyarhamah\n [Arab] kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan daripada keluarga diraja) yang telah meninggal." "allamah\n[Arab] [arkaik] mahir, sangat pandai:\npensyarah-pensyarah yang ~." "alma mater\nsekolah, maktab atau universiti yang pernah menjadi tempat belajar seseorang." "almaktub\nkitab suci." "almalun\n[Arab] [sastera lama] terkutuk." "almanak\n1.\n kalendar tahunan yang mengandungi senarai hari bulan dengan maklumat lain (seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dan lain-lain);\n \n~ nautika \nbuku tahunan yang memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dan sebagainya;\n2.\n buku yang berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yang perlu diketahui umum." "Almarhum\n[Arab] kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal." "Almarhumah\n[Arab] kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang perempuan Islam, biasanya pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal." "almari\nsejenis perabot yang bertingkat-tingkat dan berpintu untuk menyimpan pakaian (barang-barang dan lain-lain)." "almas\n[Arab] intan." "almukhalis\n[Arab] [arkaik] juruselamat, penyelamat." "aloe vera\n1.\n sejenis tumbuhan yang termasuk dalam famili Liliaceace, daunnya yang panjang tirus, tebal dan lembut mengandungi gel yang mempunyai khasiat ubat-ubatan, lidah buaya;\n2.\n bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini yang mengandungi vitamin dan mineral, biasanya digunakan untuk membuat barangan kosmetik." "alofon\n(Linguistik) bunyi yang berlainan yang terhasil daripada satu fonem (bunyi), misalnya /k/ dalam \nkita \ndan \nkata." "alogami\n(Biologi) persenyawaan silang pada tumbuhan berbunga." "alograf\n(Linguistik) lambang tulisan yang berlainan yang merujuk kepada grafem yang sama, misalnya \nM\n dan \nm\n daripada grafem < M >." "aloi\nlogam yang merupakan gabungan dua logam atau lebih (mis gangsa, loyang, dan lain-lain) atau satu logam dengan bahan bukan logam (mis keluli)." "alokasi\n[Indonesia-Belanda] penentuan banyaknya barang dan lain-lain yang disediakan untuk sesuatu tempat (pembeli dan lain-lain), peruntukan." "alon\nalon-alon\n [Jawa] lambat-lambat, perlahan-lahan." "along I\nnama timang-timangan bagi anak yang sulung." "along II\n[bahasa percakapan] orang yang memberikan pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yang sangat tinggi, dan biasanya akan bertindak ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar." "alongan\n[Jawa] kolam, tasik." "alonim\nnama lain bagi seseorang atau sesuatu, misalnya \nMat \nadalah alonim bagi \nMuhammad." "alopati\nkaedah merawat penyakit dengan cara mencetuskan keadaan yang berbeza daripada punca sebenar yang menyebabkan penyakit berkenaan." "alopesia\n(Perubatan) ketiadaan rambut atau bulu pada kawasan kulit yang biasanya berambut atau berbulu." "alot\n[Jakarta] tidak mudah putus, liat." "alotrop\n(Kimia) pelbagai bentuk sesuatu unsur yang menunjukkan ciri alotropi (mis karbon mempunyai alotrop grafit, intan, dan karbon amorfus)." "alotropi\n(Kimia) kewujudan sesuatu bahan (seperti karbon, sulfur, mangan, dan lain-lain) dalam pelbagai bentuk dengan sifat fizik dan kimia yang berbeza." "alpa\nlalai, kurang mengendahkan;\n \njanganlah ~ akan kewajibanmu \njanganlah lalai akan kewajibanmu;\nmengalpakan\n melalaikan, mengabaikan, melupakan:\n~ kewajiban\n;\nkealpaan\n kelalaian, kelengahan:\nharap dimaafkan ~ saya." "alpaka\nsejenis haiwan mamalia di Amerika Selatan yang rupanya seakan-akan \nllama\n dan bulunya yang panjang dapat dijadikan bahan pakaian, \nLama pacos." "alpeniti\n(Portugis) peniti." "alperes I\n(Portugis) [sastera lama] leftenan muda, pegawai rendah:\nadapun si Talib itu peranakan Minangkabau jadi ~ di dalam negeri Bantan." "alperes II\nsejenis ikan laut:\n~ batu, ~ jawa." "alpiah\nalfiah." "alpukah\n[arkaik] daya usaha, inisiatif, kehandalan." "ALRI\nakronim bagi Angkatan Laut Republik Indonesia." "altar\n1.\n tempat mempersembahkan korban, mazbah;\n2.\n meja yang digunakan semasa upacara Perjamuan Suci di gereja." "alter ego\n(Latin)\n1.\n (Psikologi) personaliti kedua seseorang, aku yang kedua;\n2.\n sahabat yang rapat atau karib yang boleh dipercayai." "alternatif\n1.\n pilihan yang merupakan kemestian (keharusan);\n \nhanya ada satu ~ \nhanya ada satu pilihan (jalan) sahaja;\n2.\n satu pilihan antara dua kemungkinan." "alternator\npengulang-alik." "alti\n[arkaik] cerdik pandai." "altimeter\nsejenis alat yang biasanya dipasangkan pada pesawat terbang untuk menentukan atau mengetahui tinggi pesawat terbang itu dari aras laut." "altitud\nketinggian sesuatu tempat (kawasan) yang biasanya diukur dari aras laut." "alto\n(Seni Muzik)\n1.\n nada suara nyanyian yang paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yang paling rendah bagi wanita;\n2.\n penyanyi dengan suara nyanyiannya paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yang paling rendah bagi wanita." "altruis\norang yang bersikap lebih prihatin terhadap kebahagiaan dan kebajikan orang lain." "altruisme\nsifat atau prinsip suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain daripada diri sendiri." "altruistik\nbersikap lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang lain daripada kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri." "alu I\npenumbuk padi dan sebagainya, antan;\n(bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk dicampakkan \n(peribahasa) [Minangkabau] dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan);\n \n(bagai) dihentak ~ luncung\n (peribahasa) [Minangkabau] dialahkan oleh orang yang tidak pandai atau yang lemah;\n \nbak ~ pencungkil duri \n(peribahasa) [Minangkabau] tidak mungkin dapat dilakukan;\n \norang yang selancaran ~, atap yang berjahit, bendul bertekan \n(peribahasa) [Minangkabau] perkauman yang dekat menurut adat." "alu II\nmengalu-alukan\n1.\n menyambut kedatangan tamu dan lain-lain (dengan hormat dan mesra):\nbekas murid ~ kedatangan cikgu;\n2.\n menyambut baik sesuatu (seperti bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dan lain-lain):\npersatuan itu ~ pengumuman yang dibuat oleh Menteri itu;\n3.\n mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk):\nia ~ kepalanya keluar tingkap untuk melihat siapa yang memanggil." "alu-alu\nsejenis ikan laut tropika yang agak besar dan bergigi tajam yang dianggap berbahaya kepada manusia, tenuk, \nSphyraena barracuda\n." "alum I\n[Jawa] layu;\nmengalum\n menjadi layu, merana." "alum II\n(Kimia) sejenis garam sulfat berganda bagi natrium dan kalium (digunakan untuk membuat samak, bahan ubat, dan lain-lain), tawas." "alumina\n(Kimia) aluminium oksida semula jadi." "aluminium\nsejenis logam yang ringan (rupanya seperti timah putih)." "alumni\nsiswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti." "alun\nombak yang memanjang dan tidak memecah, ombak yang bergulung-gulung:\nperahu itu berayun-ayun dilenggang ~;\nberalun, beralun-alun\n1.\n berombak memanjang:\nair laut yang ~;\n padi di sawah ~\n \n-alun ditiup\n \nangin\n;\n2.\n berbentuk tinggi rendah seperti ombak (berkenaan (dengan) rambut), berombak-ombak, ikal:\nbahan-bahan pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~;\n3.\n berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (berkenaan (dengan) suara);\nmengalun,\n \nmengalun-alun\n1.\n mengombak memanjang, mengombak membuai-buai;\n2.\n berirama tinggi rendah, beralun:\nsuara azan ~ ke udara;\nmengalunkan\n menjadikan sesuatu (suara, lagu, dan lain-lain) beralun (berirama tinggi rendah):\n~ suara menyanyikan sebuah lagu asli;\nalunan\n1.\n perihal (keadaan atau gerakan dan sebagainya) mengalun:\nolengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening;\n2.\n irama atau rentak tinggi rendah:\n~ suara biduanita yang terkenal." "alun-alun\n[Jawa] tanah lapang di muka keraton (istana) atau kabupaten." "alung\n1.\n sejenis permainan guli (permainan kanak-kanak);\n2.\n [kata seru] kata yang digunakan dalam permainan guli ketika hendak melemparnya." "alur\n1.\n lekuk memanjang (pada tanah, kayu, dan lain-lain), lurah;\n \n~ di dalam redang \ntempat lalu perahu di dalam redang;\n2.\n [Minangkabau] jalan (aturan adat) yang benar;\n3.\n jalan (aturan, landasan, dan sebagainya) yang diikuti ke arah sesuatu matlamat dan lain-lain:\nsudah jelas ~ matlamat perjuangan;\n~ air \naliran air (semacam parit kecil);\n \n~ bibir \n= \n~ hidung \nlekuk di bibir atas di bawah hidung;\n \n~ kapal \nriak air di belakang sesebuah kapal yang sedang bergerak, keracak;\n \n~ sungai \ndasar sungai yang lekuk dalam dan memanjang;\n \n~ tanggam \nsejenis lurah sambungan pada perkakas kayu;\n \n~ tenggala \nalur yang terjadi apabila membajak;\n \n~ tengkuk \nlekuk di tengkuk;\n \n~ bertempuh, jalan berturut \n(peribahasa) dilakukan menurut adat (kebiasaan yang lazim);\nberalur\n1.\n ada alurnya, berlekuk, berlurah:\n laras senapang itu ~;\n2.\n [Minangkabau] bermesyuarat (mencari jalan yang benar);\n \nhabis ~ maka beralu-alu \n(peribahasa) jika dengan jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan;\nmengalur-alur\n (menjadi) seperti alur;\n \ndadanya ~ \ndadanya seperti alur (ia kurus sekali);\naluran\n1.\n = \nalur-aluran\n lekuk memanjang (di sungai dan lain-lain);\n2.\n = \n~ adat \n[Minangkabau] jalan adat yang sebenarnya (yang betul)." "alur-alur\nsejenis tumbuhan (pokok di pantai laut), \nSuaeda maritima." "alusi\nperbuatan membayangkan atau merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung." "alusmitai\nhalwa rambut." "aluvium\n(Geologi) tanah halus yang subur hasil daripada mendapan lumpur, pasir, selut dan sebagainya semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai, dan muara, lanar." "alveolus\n(Biologi)\n1.\n pundi udara yang halus dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida;\n2.\n rongga dalam rahang tempat tertanamnya akar gigi." "alwah\n[Arab] kayu gaharu." "alwat\nalwah." "am I\n1.\n berkaitan dengan semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kepada orang atau golongan tertentu), umum (lawan khas):\nhari kelepasan ~;\n kebajikan ~;\n orang ~ \norang kebanyakan, orang banyak, orang biasa;\n 2.\n tidak terbatas atau terkhusus kepada sesuatu bidang (lapangan dan sebagainya) tertentu:\npengetahuan ~ ;\n perkara-perkara ~;\nmengamkan\n menyediakan dan sebagainya untuk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhususkan)." "Am II\nsimbol kimia bagi amerisium." "amah\nperempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah, orang gaji." "amal\n1.\n apa sahaja yang dilakukan, perbuatan, pekerjaan:\nbanyak ~, sedikit bicara;\n2.\n perbuatan baik (yang mendatangkan faedah kepada orang lain):\nbersedekah ialah satu daripada ~ kebajikan;\n~ ibadat \nperbuatan mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan oleh ajaran agama (seperti bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dan lain-lain);\n \n~ jariah \nperbuatan yang diredai Allah untuk kepentingan atau faedah masyarakat (seperti berderma, menolong orang dalam kesusahan, dan lain-lain), kebajikan kepada orang ramai;\nberamal\n1.\n berbuat amal, berbuat kebajikan:\nia seorang yang suka ~\n;\n2.\n = \n~ ibadat \nmengerjakan amal ibadat:\ntebal imannya dan rajin ~\n;\n3.\n melakukan sesuatu sebagai suatu kebiasaan;\nmengamalkan\n1.\n melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sebagai suatu kebiasaan):\npemuda itu ~ falsafah hidup baharu;\n ~ segala yang telah dipelajari;\n kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen;\n2.\n membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan):\n~ bangun pagi-pagi dan bersenam;\n ~ makan buah-buahan tempatan;\namalan\n1.\n sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan;\n \npada ~nya \nyang sebenarnya berlaku atau terdapat, pada praktiknya, pada kebiasaannya:\npada ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yang dibenarkan bergerak dalam sesebuah ladang;\n2.\n perbuatan baik, kebajikan;\npengamalan\n1.\n perihal mengamalkan:\n ~ sistem perhambaan;\n2.\n kesungguhan hati mengerjakan sesuatu;\n3.\n pelaksanaan;\npengamal\n orang yang bergiat dalam sesuatu profesion (sebagai pekerjaan sehari-harinya):\n~ perubatan;\n ~ undang-undang." "amalgam\n(Kimia) aloi merkuri dengan satu atau lebih bahan lain, untuk menampal gigi, membuat cermin, dan lain-lain;\n \n~ zink \naloi merkuri dan zink." "amali\nberkenaan pelaksanaan prinsip atau teori (yang dipelajari dan sebagainya), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dan sebagainya:\nselain mengikuti kuliah, bakal guru itu juga menjalani pelbagai latihan ~." "amaliah\n[Arab] berkaitan dengan amalan:\nantara dua keutamaan ilmiah dan ~." "aman\n1.\n bebas daripada keadaan kacau-bilau (seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan, dan sebagainya), sentosa, tenteram:\nia menghendaki hidup ~ dan sejahtera;\n negeri yang ~;\n2.\n bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan, damai, tenang, tenteram:\nsuasana yang ~;\n3.\n amanah, pesan:\nbegitulah ~ raja kepada puteranya;\nmengamankan\n1.\n menjadikan aman (tenteram, tenang), menyentosakan, menenteramkan:\nrundingan-rundingan itu bertujuan untuk ~ keadaan di Timur Tengah yang sentiasa bergolak;\n untuk ~ perasaannya yang kacau, ia membaca buku agama\n;\n 2.\n menyerahkan kepada orang supaya selamat, mengasingkan (dalam tahanan):\n~\n \npenjahat dalam penjara;\nkeamanan\n keadaan yang aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman:\nkerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat;\n ~ pada akal fikiran;\npengamanan\n perbuatan (usaha dan sebagainya) mengamankan, penenteraman;\npengaman\n orang (pihak) yang mengamankan." "amanah\n1. = amanat\n sesuatu yang dipercayakan kepada orang (diserahkan untuk disimpan dan lain-lain):\nbungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang;\n2.\n kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang;\n3. = amanat\n keamanan, ketenteraman:\nbahagia dan ~;\n4.\n kepercayaan, boleh dipercayai, jujur;\n \npecah ~ \nperbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dan lain-lain (dengan menipu dan sebagainya);\n \norang ~ \norang yang boleh dipercayai;\n5.\n (Ekonomi) hak yang boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah untuk mendapatkan faedah daripada sesuatu harta;\n6.\n (Ekonomi) peraturan yang menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah;\n \n~ saham \nskim pelaburan yang dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur:\nA~ Saham Bumiputera;\n \nA~ Saham Mara;\n \nA~\nSaham Nasional;\n 7.\n [arkaik] pesan, amanat;\nberamanah\n [arkaik] beramanat;\nmengamanahkan\n1.\n mempercayakan (menyerahkan kepercayaan) kepada, menyerahkan (untuk disimpan, dilakukan sesuatu, dan sebagainya):\nlombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yang diamanahkan oleh raja;\n barang dagangan yang diamanahkannya kepada Nakhoda Jaya;\n2.\n [arkaik] mengamanatkan;\npengamanahan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mengamanahkan:\npenyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kepada pembawa adat;\npengamanah\n orang atau badan dan sebagainya yang memegang (menguruskan, melaksanakan, dan lain-lain) sesuatu amanah, pemegang amanah:\n~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut." "amanat\n[Arab]\n1.\n pesanan, wasiat, nasihat:\nitulah ~ orang tuanya kepadanya;\n penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sebagai suatu ~ Khalifah yang wajib ditaati;\n2.\n amanah;\nberamanat\n menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan;\nmengamanatkan\n memberikan amanat kepada, menyampaikan pesanan, menasihati:\nPerdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan." "amang I\ntahi bijih timah, kotoran pada bijih timah dan lain-lain:\nkurang elok karangnya kerana banyak ~ di dalamnya;\n ~ bijih." "amang II\nmengamang, mengamang-amang, mengamangi\n menakuti (dengan mengacukan senjata), mengancam, menggugat:\ndiambilnya kerisnya lalu diamanginya lawannya." "amangku\n[Jawa] yang menjaga, yang memelihara;\n \nA~ Buana \nyang menjaga dunia (gelaran Sultan Jogjakarta);\n= mangku." "amangkurat\n[Jawa] amangku buana (gelaran Sultan Mataram)." "amansari\nsejenis penganan yang dibuat daripada kacang hijau dan nyiur." "amanuensis\n[Indonesia-Belanda] pembantu yang ahli dalam makmal kimia atau fizik (terutama di sekolah)." "amar I\n[Arab] perintah, suruhan (Tuhan, raja):\nmenurut ~ Allah;\n ~ makruf (nahi mungkar) \nperintah supaya mengerjakan perbuatan atau amalan yang baik (dan menjauhi perbuatan atau amalan yang jahat);\nmengamarkan\n memerintahkan, menyuruhkan;\namaran\n1.\n perintah, suruhan;\n2.\n peringatan (yang keras):\nmembuang kerja dengan tidak memberi ~ terlebih dahulu;\n ~ lisan \nperingatan keras yang diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi)." "amar II\ngelaran:\nSeri A~ Diraja." "amarah\nmarah:\ntidak dapat menahan nafsu ~." "amat I\nsangat:\n~ mahal;\n ~ terkejut;\n ~ sangat \ntersangat, terlampau, terlalu;\nmemperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan\n memperhebat, mempersangat:\n~ pukulan;\nteramat\n tersangat, terlampau sangat:\nyang ~ mulia;\nkeamatan\n1.\n keadaan yang amat sangat;\n2.\n darjah (kekuatan, kehebatan, dan sebagainya) yang amat tinggi." "amat II\nmengamati, mengamat-amati\n \n1.\n memerhatikan benar-benar, melihat dengan teliti:\nia ~ muka tunangannya;\n2.\n meneliti, mengawasi:\nsegala gerak-geri orang yang dicurigai diamat-amati oleh polis;\npengamatan, pengamat-amatan\n pengawasan, penelitian:\ndaripada ~ saya yang sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yang bersalah;\npengamat\n pengawas." "amatur\nberkenaan kegiatan (seperti sukan, kesenian, dan lain-lain) yang dilakukan sebagai suatu kegemaran dan bukan untuk mencari wang:\npelakon ~ sandiwara;\n pemain bola ~." "amaturisme\nfaham bahawa sesuatu kegiatan, misalnya sukan, dilakukan bukan untuk mendapatkan ganjaran wang, tetapi untuk kepuasan dan keseronokan." "amaun\nbanyaknya, jumlah:\nkomoditi yang memerlukan ~ bahan yang berbeza untuk pengeluarannya akan mempunyai berlainan nilai." "ambah\n[Indonesia-Belanda] pertukangan:\nsekolah ~." "ambah-ambah\n[Jakarta] penyakit sampar." "ambai I\nsejenis tangguk penangkap ikan, belat langgai;\nmengambai\n menangkap ikan (udang dan lain-lain) dengan ambai, menangguk." "ambai II\nberambai-ambai\n bercucuran, berpercikan:\nair matanya ~;\nmengambai-ambaikan\n memercikkan (air dan lain-lain)." "ambai-ambai I\nsejenis tumbuhan (bendalu), \nRafflesia hasseltii." "ambai-ambai II\nsejenis ketam." "ambak\n[Minangkabau] tambak;\nmengambak\n menambak, menggalang;\n \nsubur kerana dipupuk, besar kerana diambak \n= \nbesar diambak, tinggi dianjung \n(peribahasa) [Minangkabau] besar (tinggi) kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah." "ambal I\nhamparan, permaidani." "ambal II\nberambal-ambalan\n berarak-arakan;\nambalan\n perarakan, kumpulan (orang berarak), pasukan." "ambal III\nmengambal\n melihat dengan ekor mata, menjeling." "ambal IV\nmengambal\n [Minangkabau] menambak, menimbun tanah." "ambalela\n[Jawa];\naksi ~ \nlagak hendak menentang (tetapi sebenarnya tidak melawan);\nbalela." "ambang I\n1.\n balak (kayu) yang melintang di atas (pada pintu atau jendela), kayu palang (antara dua tiang dan lain-lain);\n \ndi ~ pintu \ndi muka pintu:\njangan duduk di ~ pintu pada waktu senja;\n2.\n waktu atau peringkat sejurus sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan (sesuatu peristiwa, pengalaman, dan lain-lain):\norang Melayu sudah berada di ~ perubahan;\n pertunangan menjalin ikatan dua insan yang bakal menempuh ~ perkahwinan;\n sudah di ~ pintu \nsudah dekat sekali (saatnya, terjadinya sesuatu);\nmengambang\n merintangi, menahan." "ambang II\nmengambang, mengambang-ambang, terambang, terambang-ambang\n terkatung-katung atau terapung-apung (di udara), melayang-layang:\nbulan mulai ~ di langit sebelah timur;\n=\n \nkambang\n." "ambar\n[Arab] sejenis barang yang harum baunya (ada yang berasal dari perut ikan laut, ada dari sejenis damar);\n jenis-jenisnya:\n~ batu, ~ kuning, ~ ikan, ~ kesturi, ~ bunga, ~ darah." "ambasador\nduta besar." "ambat\npengambat\n [Brunei] sejenis alat (kayu, rotan, dan lain-lain) untuk memukul." "ambau I\npelampung perahu, gandung (bambu yang dipasang di kiri kanan)." "ambau II\nmengambau\n [Minangkabau]\n1.\n terjun;\n2.\n [kiasan] menyerah (kerana telah putus ikhtiar);\nterambau\n terjatuh." "ambek\nmengambek\n [Jawa] marah, merajuk:\nsi adik mesti ~;\nambekan\n1.\n nafas, bernafas;\n2.\n pemarah, lekas marah, giat;\n3.\n perangai, tabiat." "ambelar\n[Jakarta] tali yang dipakai pada sejenis permainan guli sebagai tanda." "ambelas, ambeles\n[Jawa] \n1.\n masuk ke dalam (air, lumpur dan lain-lain);\n2\n. hilang lenyap." "ambelu\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPsychotria ovoidea." "amben I\n[Jawa] emban, ikat pinggang." "amben II\n[Jawa] balai-balai, geta." "amberal\n[Indonesia-Belanda] admiral, laksamana." "amberol\n[Jakarta] runtuh, roboh." "amberuk\n[Jakarta] runtuh, roboh." "ambet\n[Jakarta] lampin, bebat (kanak-kanak yang baru lahir)." "ambi\n[Kelantan] hati-hati, ingat-ingat;\nberambi\n berhati-hati, beringat-ingat." "ambien\nberkenaan keadaan persekitaran." "ambiguiti\nkesamaran yang memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan:\npuisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ~ yang ketara." "ambil\njangan ~ berat \njangan pedulikan sangat;\n \ntidak ~ pusing \ntidak peduli;\nambil-mengambil, berambil-ambilan\n1.\n saling mengambil, saling menerima;\n2. = seambilan\n kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dan lain-lain);\nmengambil\n1.\n memegang (memungut, memetik, dan lain-lain) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dan lain-lain, menerima dan menyimpan sesuatu:\ndia ~ surat yang saya berikan itu dan menyimpannya di dalam laci;\n2.\n memegang dan menarik dan sebagainya keluar (dari saku, beg, dan lain-lain):\n~ wang dari kocek;\n dia ~ sebentuk cincin dari kotak itu;\n3.\n pergi ke sesuatu tempat dan kembali dengan membawa sesuatu atau seseorang yang dikehendaki (diperlukan dan sebagainya), mendapatkan atau memperoleh (sesuatu yang diperlukan):\n~ rotan di hutan;\n ~ air di perigi;\n dia ke hospital untuk ~ ubat;\n pergi ke sekolah untuk ~ anak;\n4.\n memperoleh (membawa pergi dan sebagainya) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuannya atau dengan tidak mendapatkan kebenarannya:\nsiapa agaknya yang telah ~ fail yang terletak di atas meja itu tadi? \n5.\n menerima seseorang dalam sesuatu hubungan yang tertentu:\ndia sedia ~ Milah sebagai isterinya;\n ~ Ahmad sebagai rakan kongsi\n \nperniagaan;\n6.\n menuliskan (keterangan, penjelasan, dan sebagainya), mencatatkan:\nseorang pegawai polis sedang ~ keterangan daripada beberapa orang yang menyaksikan kejadian itu;\n7.\n mengurangi:\ndelapan diambil dua menjadi enam;\n8.\n menerima (untuk belajar, bekerja, dan sebagainya):\nsyarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera;\n 9.\n mempelajari, mengikuti:\nseseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran;\n \n10.\n menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dan lain-lain):\nkalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu;\n \n11.\n menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dan lain-lain):\nkisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman;\n~ akan saudara \nmenganggap seperti saudara;\n \n~ anak \na) memungut anak, mengambil untuk dijadikan anak;\n b) (Sumatera) peraturan perkahwinan dengan si isteri tidak perlu keluar dari rumah orang tuanya;\n \n~ angin\n menghirup hawa yang baik;\n \n~ bahagian\n turut serta, menyertai;\n ~ bena \npeduli, mengambil endah;\n \n~ berat \nmemberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (kpada atau terhadap sesuatu atau seseorang);\n \n~ berkat \nmengambil tuah atau pengaruh baik (daripada orang tua, orang suci, dan lain-lain);\n \n~ contoh = ~ ibarat \na) memberi sebagai umpama;\n b) mencontohi;\n \n~ di hati \n= \n~ ke hati \nmemasukkan di hati;\n \n~ gambar\n membuat (menghasilkan) gambar dengan menggunakan kamera;\n \n~ haluan \nmenentukan haluan, mengarah;\n \n~ hati \na) memikat hati;\n b) berasa tersinggung, berasa kecil hati;\n \n~ ingatan \nmemasukkan ke dalam ingatan;\n \n~ jalan\n mengikuti (menempuh) sesuatu jalan;\n \n~ keputusan \nmemutuskan, menentukan;\n \n~ kesempatan \n= \n~ peluang \nmenggunakan kesempatan (dengan sebaik-baiknya);\n \n~ kira \nmempertimbangkan, memperhitungkan;\n \n~ langkah \na) mulai hendak berjalan (berlari, melompat, dan lain-lain);\n b) mulai bertindak;\n \n~ masa\n menggunakan (memerlukan, memakan) masa;\n \n~ menantu \nmenjadikan menantu;\n \n~ muka \nberbuat sesuatu dengan maksud supaya dipuji;\n \n~ nyawa \nmenyebabkan mati, mematikan;\n \n~ oper\n [Indonesia] menerima daripada orang lain (untuk dipakai, diberi, dan lain-lain);\n \n~ panjang \na) menjadikan urusan panjang;\n b) memaafkan kesalahan-kesalahan;\n \n~ peduli \n= \n~ pusing\n mempedulikan, menghiraukan;\n \n~ pekerja (kakitangan, pegawai) \nmenerima atau mendapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru;\n \n~ ringkas (simpan, singkat) \nmeringkaskan, mengikhtisarkan;\n \n~ semangat\n menarik semangat daripada badan orang (berkenaan (dengan) bomoh dan lain-lain);\n \n~ sempena \nmengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dan sebagainya) sesuatu yang baik;\n \n~ senang \nmenganggap senang (mudah) sahaja;\n \n~ tahu \nmencari maklumat (khabar) berkenaan sesuatu, mengetahui;\n \n~ tanah \na) = \n~ kota\n = \n~ negeri \nmerampas (tanah, kota, negeri);\n b) upacara dalam perayaan Hassan Husain;\n \n~ teladan \nmencontohi, mengambil contoh;\n \n~ tindakan\n mulai bertindak;\n \n~ ujian \na) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dan lain-lain);\n b) [Indonesia] memberi peperiksaan, memeriksa (guru dan lain-lain);\n \n~ untung \nmemperoleh (mendapatkan) keuntungan daripada sesuatu jualan;\n \n~ upah \nmengerjakan (melakukan) sesuatu untuk orang lain dengan atau untuk mendapat upah;\nmengambilkan\n mengambil untuk:\nia ~ anaknya buah-buahan;\nambilan\n yang diambil, sesuatu (hasil) yang diambil:\ntemasya Safar ialah ~ daripada adat Hindu;\n salah ~ \nsalah sangka;\npengambilan\n1.\n perbuatan (usaha, cara, dan sebagainya) mengambil, pemungutan, pengutipan:\nkita terpaksa menambah ~ orang-orang baru;\n2.\n pendapat, pengetahuan;\n \nsepanjang ~ saya\n sepanjang pengetahuan saya;\npengambil\n orang yang mengambil;\n \n~ bahagian \norang yang mengambil bahagian, peserta." "ambil alih\nmengambil alih\n menggantikan orang atau pihak lain mengendalikan (menguasai dan sebagainya) sesuatu;\npengambilalihan\n hal (perbuatan, tindakan) mengambil alih:\n~ tanah daripada petani telah dibuat." "ambin\nkain (tali dan lain-lain) untuk menggendong barang atau mengikat anak yang digendong;\nberambin\n;\n \n~ lutut\n duduk dengan lutut diikat dengan tali yang dikalungkan di leher;\nmengambin\n menggendong dengan ambin;\nambinan\n barang yang diambin, gantungan." "ambing I\nputing susu." "ambing II\n= umbang-ambing." "ambisi\n[Indonesia] keinginan (keghairahan) mendapatkan sesuatu kedudukan (pangkat dan lain-lain)." "ambivalen\nmempunyai perasaan yang bertentangan terhadap seseorang, sesuatu atau keadaan (seperti rasa benci dan rasa sayang kepada seseorang pada masa yang sama)." "amboi\n[kata seru] kata untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan lain-lain) atau untuk mengusik seseorang:\n~, lajunya kereta ini!;\n ~ , cantik sungguh awak hari ini!" "ambon\npisang ~ \nsejenis pisang yang besar dan manis, pisang embun." "ambring\nambring-ambringan\n [Jakarta] tidak keruan, tidak menentu (hilang akal dan lain-lain)." "ambu-ambu\n1.\n sejenis ikan laut, air kurik, kayu, tongkol (coreng), \nEuthynnus alleteratus;\n2\n. sejenis ikan laut, air semambu, tongkol, \nGermo sibi." "ambuh\n[Jakarta] [arkaik] sudi;\nembuh I." "ambul\nmengambul\n1.\n memantul, menganjal, melambung kembali (seperti bola yang dilemparkan ke tanah dan lain-lain);\n2\n. tenggelam serta timbul kembali." "ambulan\n(Perubatan) berupaya untuk berjalan, bukan setakat terbaring sahaja (berkenaan (dengan) pesakit)." "ambulans\nkenderaan yang digunakan khas untuk membawa orang sakit atau cedera (ke hospital)." "ambung I\nkeranjang atau karung yang digunakan untuk membawa barang di atas belakang;\n \nmasuk ~ tak masuk bilang\n (peribahasa) kalau mengerjakan sesuatu yang besar, yang kecil-kecil tidak diperhatikan;\nmengambung\n membawa dengan ambung." "ambung II\n mengambung, mengambungkan\n1.\n melambungkan, melemparkan ke atas:\n ~ bola;\n2.\n mengumbang-ambingkan:\n kapal itu diambung-ambungkan gelombang seperti tempurung;\n ~ diri \na) menghempaskan diri;\n b) meninggikan diri, menyombong;\n3. = mengambung-ambungkan\n mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung, memuja-muja:\nsuka diambung-ambungkan orang." "ambung III\n[Jawa];\nmengambung\n mencium." "ambung-ambung\nsejenis tumbuhan (pokok kecil yang hidup di pantai), merambung, pelampung, \nScaevola frutescens." "ambur I\nmengambur\n [Minangkabau] terjun (ke dalam air);\nhambur II." "ambur II\n[Brunei] tabur, hambur;\n \npadi ~ \nsejenis padi yang ditanam secara dihambur atau ditabur benihnya." "ameba\n(Biologi) sejenis hidupan satu sel yang senantiasa berubah bentuknya, terdiri daripada berbagai-bagai jenis (hidup dalam air atau juga dalam tubuh binatang dan manusia sebagai parasit)." "ameboid\n(Biologi) berkaitan dengan atau menyerupai ameba, sama ada dari segi bentuk, struktur atau pergerakan." "amek\n[Indonesia] ambil." "ameliorasi\n(Linguistik) perubahan makna sesuatu kata daripada makna yang kurang elok kepada makna yang lebih baik, misalnya \ncanggih\n yang dahulunya bermakna \nterlalu banyak bercakap\n berubah kepada \nmoden dan\n \nhebat." "amen\nmengamen\n [Jakarta] berjalan dari rumah ke rumah sambil bernyanyi dan bermain muzik:\ndia pergi ~;\npengamen\n orang yang mengamen:\nia temui satu rombongan ~ keroncong." "amende\n[bahasa percakapan] apa benda\n." "amendemen\n[Indonesia] usul pindaan rang undang-undang yang dibahaskan dalam parlimen dan lain-lain." "amenorea\n(Perubatan) ketiadaan (terhentinya) haid secara abnormal." "Amerika\n= \n~ Syarikat\n negara di Amerika Utara yang ibu negaranya Washington D.C;\nmengamerikakan\n membuat, menyebabkan, atau menjadikan seseorang atau sesuatu mempunyai (mengikut, menyerap dan sebagainya) ciri atau nilai hidup (budaya, adat dan sebagainya) Amerika:\nbeliau menyifatkan sebarang penarikan semula sekatan senjata akan ~ konflik di negara Balkan itu;\n keamerikaan\n hal yang berkaitan dengan ciri-ciri (nilai, amalan, adat, dan sebagainya) kehidupan, budaya dan sebagainya orang Amerika:\nsarjana sastera di Amerika Syarikat kini lari kepada teori yang berkembang di Eropah dengan meninggalkan ~ yang melekat pada ideologi baru;\n pengamerikaan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) mengamerikakan:\nini bukanlah bermakna bahawa proses ~ tidak ditanggap sebagai ancaman kepada identiti budaya pada satu-satu tahap.\nAmerikanisme\n (amrikanisme) budaya (amalan hidup) orang Amerika Syarikat." "amerisium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "amfetamina\n(Perubatan) sejenis dadah sintetik yang digunakan, terutamanya sebagai perangsang." "amfibia\njenis binatang berdarah sejuk (seperti katak) yang hidup di dalam air pada peringkat awal hayatnya dan di darat kemudiannya (setelah besar);\n \nkapal terbang ~\n kapal terbang yang dapat mendarat di air dan di darat;\n \nkereta kebal ~\n kereta kebal yang dapat berjalan di darat dan di air." "amfiteater\n1.\n sejenis bangunan yang bentuknya bulat atau bulat bujur dan tidak berbumbung dengan tempat duduk bertingkat-tingkat di sekeliling ruang yang terbuka, biasanya digunakan sebagai tempat persembahan acara hiburan, bersukan dan sebagainya;\n2.\n deretan tempat duduk bertingkat-tingkat di dalam dewan, panggung dan sebagainya yang disusun dalam bentuk separa bulat." "amfiun\n[Arab] candu." "amfoterik\n(Kimia) berkenaan sesuatu bahan (seperti aluminium hidroksida) yang mempunyai kedua-dua ciri asid dan bes." "amil I\n[Arab] orang yang diberi tauliah (kuasa) untuk memungut zakat (dan berhak menerima zakat)." "amil II\nsejenis siput laut." "amilase\n(Biologi) enzim yang menghuraikan kanji dan glikogen menjadi gula ringkas seperti glukosa." "amilolisis\n(Biologi) pencernaan kanji atau bahan berkanji menjadi gula." "amin\n[Arab]\n1.\n perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa):\ndoa itu diakhiri dengan mengucapkan ~;\n bertadah ~ \nbertadah tangan sambil mengucapkan amin;\n2.\n orang yang dapat dipercayai dengan sesuatu amanah;\nmengamini, mengaminkan\n1.\n menutup doa atau menyahut bacaan doa dengan mengucapkan amin:\nlebai pun membaca doa dan semua yang hadir ~;\n2.\n [kiasan] membenarkan, mengiakan, menyetujui:\napa yang dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya." "amin-amin\nsejenis tumbuhan (pokok), \nSebastiana chamaelea;\n ~ buah\n sejenis tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan, \nPhyllanthus niruri." "amino\n(Kimia) mengandungi atau terdiri daripada satu atom nitrogen dan dua atom hidrogen (NH2) (berkenaan (dengan) bahan kimia dan sebagainya):\nasid ~;\n kumpulan ~." "amir\n[Arab]\n1.\n orang yang memegang perintah, pemimpin;\n \n~ al-bahar\n = \namirulbahar\n laksamana;\n \n~\n \nalmukminin, amirulmukminin \npemimpin sekalian orang Islam (gelaran khalifah dan sultan yang besar-besar);\n \n~ haji \n= \n~ al-haj \n= \namirulhaj \npemimpin jemaah haji;\n2.\n [arkaik] gelaran wakil Sultan Riau di Pulau Tujuh." "amirulbahar\n[Arab] laksamana;\namir." "amirulhaj\n[Arab] pemimpin jemaah haji;\namir." "amirulmukminin\n[Arab] pemimpin umat Islam;\namir." "amit I\n[Jawa] \npengamitan\n pemberian mempelai kepada mentua tatkala meninggalkan rumah mentuanya." "amit II\n[kata seru] makanan ringan yang tidak mengenyangkan dan dimakan semasa berehat:\npenjualan ~ di kantin sekolah perlu dikawal kerana boleh menjejaskan kesihatan pelajar." "amko\n[arkaik] [Indonesia] sejenis motokar kecil (dipakai sebagai teksi)." "amma\n[Arab] [sastera lama] adapun, akan;\n= ammabakdahu." "ammabakdahu\n[Arab] ammabakdu." "ammabakdu\n[Arab] adapun kemudian daripada itu (digunakan dalam surat)." "ammeter\n(Fizik) alat untuk menyukat arus elektrik." "ammi\nbuta huruf;\n= ummi II." "ammonia\n(Kimia) gas yang tidak berwarna, berbau sengit dan menusuk hidung, merupakan sebatian daripada hidrogen dan nitrogen (digunakan dalam pembuatan baja dan lain-lain);\nterammonia\n telah bercampur dengan ammonia." "AMN\n[kependekan] Ahli Mangku Negara (pingat yang dikurniakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong)." "amnesia\nkehilangan daya ingatan." "amnesti\npengampunan (pembebasan daripada hukuman) biasanya kepada orang yang telah melakukan kesalahan terhadap negara (seperti memberontak dan sebagainya)." "amnion\n(Biologi) selaput paling dalam yang menyelaputi embrio mamalia, burung dan reptilia." "amoi\n[Cina] anak perempuan, gadis (biasanya digunakan sebagai panggilan kepada gadis Cina)." "amonit\nfosil cangkerang yang berbentuk lingkaran." "amor\n(Latin) anak dewi Venus (dewi percintaan)." "amorfus\n(Kimia) berkenaan pepejal (seperti jelaga, kaca, dan lain-lain) yang bukan hablur atau tidak dapat membentuk hablur." "ampai\n1.\n panjang (tinggi) dan ramping, lampai;\n2.\n = \njari\n \n~ \nsejenis rotan untuk menyesah (memukul);\n3. = ampaian\n tali (dawai dan sebagainya) yang diregangkan atau galah tempat menjemur pakaian:\ndia menjemur pakaian di ~ di belakang rumah\n;\nmengampai\n1.\n bergantung seperti di ampai(an);\n2.\n menjemur:\n~ tembakau;\nmengampaikan\n1.\n menggantungkan (menyangkuntukan) pada ampaian untuk menjemur (pakaian dan lain-lain), menyidaikan, menyampaikan:\n~ pakaian yang sudah dicuci;\n2.\n menyampirkan:\n~ kain;\n3\n. menyandarkan:\n~ dirinya pada tembok;\nterampai\n1.\n tergantung seperti di ampaian, tersidai;\n2.\n tersampir;\n3.\n tersandar(kan);\n4.\n tidak mendap, terapung;\n \n~ jemur \n[Minangkabau] waktu pagi kira-kira pukul lapan;\nampaian\n1.\n bahan yang terampai di dalam cecair;\n2.\n (Kimia) serakan zarah-zarah di dalam cecair atau gas;\n \n~ koloid \nserakan zarah-zarah pepejal yang halus di dalam cecair." "ampai-ampai\n1.\n sejenis binatang laut yang badannya seperti agar-agar (berjurai-jurai tepinya);\n ubur-ubur;\n2.\n = \npohon\n \n~ \nsejenis tumbuhan (pokok)." "ampama, ampamar\n[bahasa percakapan] penyampai rahsia kepada polis dan lain-lain, hantu mata-mata." "ampang I\nbendung;\n \n~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit\n (peribahasa) dikatakan berkenaan persahabatan yang sudah putus dan tidak akan berbaik lagi atau berkenaan pekerjaan yang tidak alang kepalang;\n=\n \nempang I." "ampang II\nringan, mudah." "ampe\n[Jawa] sampai." "ampean\n[Jawa] gundik, selir." "ampek\n[Jakarta] bengik, mengah." "ampel\n[Jawa] buluh, bambu." "ampela\n[Jakarta] empedal ayam." "ampere\n(Fizik) unit sukatan arus elektrik." "ampiar\nampere." "ampit\nanak ~ \nsejenis ikan darat, ikan pelaga, sempilai." "amplifier\nalat yang dihubungkan pada mikrofon (pada pesawat radio dan sebagainya) untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat." "amplitud\n(Fizik) nilai mutlak maksimum yang dicapai oleh sesuatu gangguan pada gelombang atau mana-mana kuantiti yang berubah mengikut kala tertentu." "amplop\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sampul surat;\n2.\n wang rasuah (yang dibubuh di dalam sampul surat)." "ampo\n[Jawa] napal (sejenis tanah merah yang boleh dimakan)." "ampu I\nmengampu\n1.\n [sastera lama] menahan di bawah (dengan telapak tangan), menyokong dari bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dan sebagainya):\nkain baju\n \ndiampu oleh hamba raja\n;\n2.\n [sastera lama] = \nmengampukan\n memerintah (negeri, kerajaan):\nyang pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh;\n3.\n [kiasan] mengangkat, menyanjung (untuk menyukakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya):\nsiapa yang pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu daripadanya;\n ~ bodek \n[bahasa kasar] mengangkat (supaya mendapat sesuatu);\npengampu\n1.\n penahan, penyangga, penyokong;\n \n~ susu\n baju dalam perempuan, coli, kutang;\n2.\n orang yang memerintah negeri;\n3.\n orang yang menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua;\n4.\n orang yang mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yang mengampu." "ampu II\n[Minangkabau] empu;\n \n~ kaki \nibu jari kaki." "ampuh I\n[Jawa] bertuah, mujarab, sakti:\nkeris yang ~;\nkeampuhan\n kesaktian, kemujaraban:\naku terbangun daripada ~ doa yang diucapkan oleh hati pasrah." "ampuh II\n[Minangkabau]\n1.\n bah, banjir, lembak, sebak;\n \nair ~\n air bah;\n2.\n hanyut:\npadinya ~ oleh banjir;\nmengampuhkan\n menggenangi, melembak;\n \n~ sawah \nmengairi sawah;\nkeampuhan\n tergenang oleh air, kebanjiran, kegenangan." "ampuh III\npengampuh\n \nlayar ~ \nlayar yang tertinggi letaknya." "ampuk I\n[kata seru] tidak kena pada sasaran dari arah yang dilepaskan:\nbola yang di atas botol itu tidak jatuh kerana tembakan peluru gabusnya ~." "ampuk II\nburung ~ \nsejenis burung, burung sentali, burung teteguk, burung tukang besi." "ampul I\nmengampul\n menjadi besar, mengembang (seperti kacang direndam dan lain-lain)." "ampul II\n[Sabah] berkenaan kayu (papan dan lain-lain) yang ringan, lembut, dan dapat timbul di permukaan air." "ampun\nkebebasan daripada hukuman (kerana dosa atau kesalahan yang telah dilakukan), maaf:\nmeminta ~ atas segala kesalahan;\nmengampuni\n memberi ampun (kpada seseorang), memaafi (seseorang):\nbaginda mempunyai kuasa untuk ~ orang salah;\nmengampunkan\n memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dan sebagainya seseorang):\nmudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya;\n terampun\n telah atau dapat diampuni atau diampunkan:\ndia menangis kerana dosanya dengan emak dan ayah belum lagi ~;\n jika orang yang berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~;\nampunan\n1. = keampunan\n ampun maaf:\nmenunggu-nunggu ~ daripada orang tuanya;\n2.\n = \npengampunan\n;\npengampunan\n pembebasan daripada hukuman dan tuntutan:\n~ kepada pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri;\npengampun\n yang suka mengampuni:\nTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~." "ampung\napung." "amput\nmengamput\n [bahasa kasar] bersetubuh;\namputan\n [bahasa kasar]\n\n\n1.\n kemaluan perempuan;\n2.\n gundik." "amputasi\n(Perubatan) pemotongan sebahagian anggota badan seperti kaki atau tangan, dalam sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk." "amra I\n[bahasa percakapan] tukang (pandai) senjata." "amra II\n(Sanskrit)\n1.\n sejenis mempelam (rupanya seperti kedondong);\n2.\n kedondong;\n \n~ jangan disangka kedondong \n(peribahasa) sebelum kita mencuba janganlah kita sangka sesuatu itu buruk kerana rupanya saja." "amril\nkertas empelas." "amsal\n[Arab] (jamak bagi misal) seperti, umpama." "amtenar\n[Indonesia-Belanda] pegawai." "amuh\n[Minangkabau] [arkaik] mahu, suka." "amuk\nberamuk\n1. = mengamuk\n;\n2.\n [sastera lama] = \nberamuk-amuk\n bertempur (berjuang, bertarung, dan sebagainya) menentang musuh, bertikam:\nmaka\n \nsegala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dengan Feringgi;\n3.\n berkecamuk, kacau, bergelora;\n \n~ fikirannya \nkacau fikirannya;\nberamuk-amukan\n saling beramuk (bertarung), bertempur-tempuran, bertikam-tikaman;\nmengamuk\n1.\n menyerang dengan membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata, dan lain-lain) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yang ditemui:\norang yang ~ itu akhirnya tertangkap;\n2.\n [kiasan] berkecamuk, menjadi-jadi, menghebat:\ntaufan ~;\n penyakit taun ~;\n di sana sini guntur ~;\n3.\n membuat kacau (mengganggu orang ramai dan sebagainya) dengan hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan):\norang minyak ~ lagi;\n4.\n membentak-bentak, marah-marah (secara kasar):\nminta duit pada emaknya, kalau tak dapat, ~;\nmengamukkan\n menyuruh (membiarkan) mengamuk:\n~\n \ntentera dengan musuh;\npengamukan\n perihal (perbuatan dan lain-lain) mengamuk atau mengamukkan;\npengamuk\n orang yang mengamuk (menyerang orang dan lain-lain)." "amung\n[Jawa];\nteramung\n satu-satunya, tunggal:\nsaudara yang ~." "amung-amung\nsejenis ikan laut, gerepoh, \nCaranx ignoblis." "amunisi\npeluru, roket, misil, bom dan sebagainya yang biasanya ditembakkan atau dilancarkan daripada sesuatu senjata." "ana\n[Arab] saya, aku." "anaam\n[Arab];\nbahar al\n\u2013\n~\n samudera kesenangan (nama laut di syurga)." "anabolisme\n(Biologi) pembinaan sebatian kompleks daripada bahan ringkas dengan menggunakan tenaga, misalnya pembinaan protein daripada asid amino." "anaerob\n(Biologi) organisma yang tidak memerlukan oksigen atmosfera atau udara untuk hidup." "anaerobik\nberkenaan proses biologi yang berlangsung tanpa oksigen." "anafora\n(Kesusasteraan) pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan beberapa kalimat atau klausa yang berturut-turut agar memperoleh kesan tertentu." "anafrodisiak\n(Perubatan) bahan yang boleh menyebabkan kurangnya atau hilangnya keinginan nafsu syahwat." "anaglif\nsejenis hiasan atau arca yang berbentuk timbulan." "anagogi\n(Kesusasteraan) tafsiran terhadap kata-kata atau karangan yang bercorak mistik atau rohaniah." "anagram\nkata atau frasa yang terbentuk dengan menukarkan susunan huruf dalam kata atau frasa (mis \nbola\n kepada \nloba\n):\nbentuk ~ memerlukan kemahiran untuk mengolahnya." "anai-anai\nsejenis serangga seperti semut, putih warnanya, membuat sarang dalam tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dalam order Isoptera;\nbusut juga ditimbun oleh ~ \n(peribahasa) orang kaya juga yang bertambah kekayaannya atau orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan;\n \nsebagai ~ bubus \n(peribahasa) berduyun-duyun, berkerumun (melihat sesuatu dan lain-lain)." "anak I\n1.\n manusia atau binatang yang masih dalam kandungan atau yang baru lahir:\nseseorang ibu yang sedang mengandung perlu menjaga kesihatannya supaya ~nya yang di dalam kandungan juga sihat;\n ~ kecil yang baru berumur dua bulan;\n2.\n baka yang diturunkan oleh ibu dan bapa:\n~ mereka kesemuanya perempuan;\n3.\n kanak-kanak, budak:\n~\n \nitu sudah ke sekolah;\n4.\n binatang yang masih kecil:\n~ monyet;\n ~ gajah;\n ~ burung;\n ~ ikan;\n5.\n pokok kecil yang tumbuh pada umbi atau rumpun pokok yang besar, pokok yang baru tumbuh:\n~ lengkuas;\n ~ pisang;\n6.\n orang yang berasal dari (sesuatu tempat atau sesebuah negeri):\n~ Melaka;\n ~ Siam;\n7.\n anggota (kumpulan pekerja dan lain-lain), kakitangan, pekerja:\n~ perahu;\n8.\n bahagian yang kecil pada sesuatu benda:\n~ tangga;\n9.\n sesuatu yang kecil daripada yang lain:\n~ bukit;\n~ Adam\n manusia;\n \n~ air\n sungai kecil;\n \n~\n \nalang \nanak ketiga;\n \n~ ali-ali \nbatu humban;\n \n~ angin \nangin yang lembut;\n \n~ angkat \nanak yang diambil dan dijadikan sebagai anak sendiri;\n \n~ anjing \na) anjing yang masih kecil;\n b) bahagian bawah buah (jantung) betis;\n \n~ asak \nboneka, patung;\n \n~ ayam \na) ayam yang masih kecil;\n b) alat muzik (digunakan dalam permainan makyung dan lain-lain);\n \n~ baju \nbaju dalam;\n \n~ bangsawan \npelakon (wayang) bangsawan;\n \n~ batu \nbatu kecil;\n \n~ bedil \npeluru;\n \n~ bilik \nruangan kecil yang ditambah pada bilik;\n \n~ bini\n anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang);\n \n~ bongsu \nanak yang termuda;\n \n~ buah \na) orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga (negeri dan lain-lain);\n b) orang yang temasuk dalam sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang;\n c) pekerja di kapal (kapal terbang dan lain-lain);\n \n~ bukit \nbukit kecil;\n \n~ bulan \nbulan sebagaimana yang kelihatan pada hari pertama sesuatu bulan Hijrah;\n \n~ busur \npeluru busur, anak panah;\n \n~ cucu \na) anak dan cucu;\n b) keturunan, zuriat;\n \n~ dacing \n= \n~ timbangan \nbatu (besi) pada sejenis timbangan untuk menentukan berat;\n \n~ dagang \norang asing;\n \n~ damak\n peluru sumpitan;\n \n~ dapat\n anak yang dijumpai di jalan;\n \n~ dara \nanak perempuan yang agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis;\n \n~ dayung \norang yang mendayung perahu;\n \n~ didik \nseseorang, organisasi dan sebagainya yang dididik (dilatih, dibimbing dan sebagainya) supaya mahir atau terampil dalam sesuatu bidang;\n \n~ emas \na) anak abdi yang diambil jadi anak oleh tuannya;\n b) [Indonesia] anak yang diambil sebagai anak oleh orang asing;\n c) orang yang dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa);\n \n~ gadis \nanak dara;\n \n~ gahara \nanak raja daripada permaisuri;\n \n~ galuh \n[Jawa] puteri;\n \n~ gampang \nanak yang lahir di luar nikah;\n \n~ genta \nbahagian genta (loceng) sebagai pemukul (yang membunyikan);\n \n~ gobek \npelocok (antan) pada gobek;\n \n~ guam \norang yang menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat) perundangan daripada peguam untuk urusan sesuatu kes;\n \n~ gugur \nanak yang lahir mati sebelum genap bulannya;\n \n~ gundik \nanak raja daripada gundik;\n \n~ halal \nanak yang sah (lahir hasil perkahwinan yang sah);\n \n~ haram \n[bahasa kasar] anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah antara ibu bapanya, anak sundal;\n \n~ hitam \nanak yang ketujuh;\n \n~ jantan \na) [bahasa percakapan] anak lelaki;\n b) orang (lelaki) yang berani;\n \n~ jari \njari tangan;\n \n~ jati \nseseorang yang dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dan sebagainya);\n \n~ jentera \njari-jari jentera;\n \n~ joget \npenari joget;\n \n~ kalimat \n[Indonesia] ayat yang bergantung pada ayat lain;\n \n~ kandung \nanak sendiri;\n \n~ kapal \npekerja kapal (kapal terbang);\n \n~ kati \nanak dacing;\n \n~ kemanakan \nanak (dr) saudara;\n \n~ kembar \ndua (tiga dan lain-lain) anak yang lahir bersama-sama dari satu kandungan;\n \n~ kencing \n[bahasa kasar] anak haram;\n \n~ keti\n bola kayu yang dipakai dalam sejenis permainan;\n \n~ kolong \n[Indonesia] [bahasa kasar] anak serdadu (zaman kolonial);\n \n~ komidi \npelakon;\n \n~ kunci\na) alat untuk membuka kunci (diputarkan pada mangga dan lain-lain);\n b) [kiasan] petua untuk mencapai sesuatu:\n~\n \nkunci pada kebanyakan pengetahuan\n;\n \n~ lidah \nbahagian kecil di belakang lidah (dalam kerongkongan);\n \n~ limpa \nkelenjar yang mengeluarkan hempedu;\n \n~ luar nikah \nanak yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yang sah antara ibu bapanya;\n \n~ lumpang \npelocok pada lumpang;\n \n~ mata \nbulatan kecil di tengah-tengah mata;\n \n~ meja\n laci meja;\n \n~ merah \nanak yang baru lahir;\n \n~ muda \na) orang yang masih muda, pemuda;\n b) anak yang kelapan;\n \n~ murid \na) anak yang masih belajar di sekolah;\n b) murid kepada seseorang guru;\n \n~ negeri \na) orang yang berasal atau dilahirkan di sesebuah negeri;\n b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan;\n \n~ ngah \nanak yang kedua;\n \n~ panah \npeluru panah, anak busar;\n \n~ pandak \nanak yang keempat;\n \n~ panggung \npelakon (wayang bangsawan, sandiwara);\n \n~ panjang \nanak yang kelima;\n \n~ pelor \npeluru;\n \n~ penakan \nanak daripada saudara;\n \n~ perahu\n pekerja dalam perahu, kakitangan perahu;\n \n~ piara \nanak yang dipelihara orang;\n \n~ piatu \nanak yang tidak beribu bapa;\n \n~ pisang \n[Minangkabau] anak mamak (menurut keturunan laki-laki);\n \n~ pungut \nanak yang diambil jadi anak sendiri;\n \n~ putih \nanak yang keenam;\n \n~ rambut \nrambut di pelipis;\n \n~ ronggeng \npenari ronggeng;\n \n~ saku \nkocek kecil;\n \n~ sanak\n = \n~ saudara \nanak daripada saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang;\n \n~ sasian \n[Minangkabau] murid;\n \n~ sekolah \nanak murid (di sekolah);\n \n~ semang \norang yang bekerja (menumpang) pada orang lain;\n \n~ sulung \nanak yang tertua;\n \n~ sumbang \nanak yang lahir daripada perempuan yang tidak boleh dikahwini;\n \n~ sundal\n bk \na) anak haram;\n b) kata makian yang kasar;\n \n~ sungai \nsungai kecil yang bermuara pada sungai besar;\n \n~ susuan \na) anak yang masih menyusu;\n b) anak orang lain yang disusui;\n \n~ syarikat \nsyarikat yang sebahagian besar saham dan kepentingannya yang lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain;\n \n~ syarikat bersama\n dua syarikat atau lebih yang dikuasai oleh syarikat induk yang sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung;\n \n~ syarikat milik penuh \nsyarikat yang seluruh saham yang diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain;\n \n~ tangan \njari tangan;\n \n~ tangga \ntempat berpijak pada tangga;\n \n~ tanggung \nanak yang hampir dewasa;\n \n~ tari \npenari;\n \n~ taruhan\n anak yang paling dikasihi;\n \n~ tekak\n anak lidah;\n \n~ telinga \nbahagian kecil di depan daun telinga;\n \n~ tempatan \norang yang berasal dari sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing);\n \n~ teruna \npemuda;\n \n~ timbangan \nanak dacing;\n \n~ tonil \n[Indonesia] pelakon;\n \n~ tunggal \nanak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi);\n \n~ ubat \na) orang sakit yang sedang dirawat;\n b) anak yang dibesarkan dengan ubat;\n \n~ wang \nbunga wang;\n \n~ wayang \npelakon (wayang, bangsawan);\n \n~ watan \nanak negeri (bukan orang asing);\n \n~ yatim \na) anak yang tidak berbapa;\n b) (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa;\n \n~ yatim piatu \nanak yang sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu;\n~ baik menantu molek \n(peribahasa) kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda;\n \n~ di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui \n= \n~ di riba diletakkan, kera di hutan disusui \n(peribahasa) menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan;\n \n~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing \n(peribahasa) anak orang besar biasanya jadi orang besar juga;\n \n~ kunci jahat, peti derhaka \n(peribahasa) kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak;\n \n~ orang ~ orang juga \n(peribahasa) seseorang yang asing bagi kita akan tetap asing juga;\n \n~ seorang menantu malim \n(peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang beruntung mempunyai anak perempuan;\n \n~ seorang penaka tidak \n(peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang mempunyai sesuatu barang yang tidak ada gantinya;\n \n~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng \n(peribahasa) bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yang diutamakan;\n \nbagai ~ sepat ke tohor \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang bermalas di tempat orang lain;\n \nbagai menggantang ~ ayam \n= \nbagai menyukat ~ ayam masuk empat keluar lima\n (peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang tidak mungkin dilakukan;\n \ndengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan \n(peribahasa) mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan;\n \nkalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri \n(peribahasa) kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang;\n \nkasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan \n= [Minangkabau] \nsayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan \n(peribahasa) yang disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan;\n kecil-kecil ~ harimau \n(peribahasa) kecil tetapi berbahaya juga;\n \nkecil-kecil ~, kalau sudah besar onak \n(peribahasa) anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran;\n \nmenggerek bagai ~ nangoi \n(peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang beranak banyak tetapi malas mencari nafkah;\n \nrosak ~ oleh menantu \n(peribahasa) mendapat kerugian kerana perbuatn orang kepercayaan atau yang dikasihinya;\n seperti ~ ayam kehilangan ibunya \n(peribahasa) berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan);\n \nseperti ayam patuk ~nya\n = \nseperti kerbau menanduk ~ dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujung\n (peribahasa) memarahi anak atau kekasih bukanlah kerana benci, tetapi kerana hendak mengajar;\n \ntergising-gising bagai ~ tiada diaku \n= \nterkesot-kesot bagai ~ tidak diaku \n(peribahasa) mendekati orang yang tidak mahu dihampiri oleh kita;\nanak-anak\n1.\n banyak budak:\n~ sudah ramai berkumpul di depan sekolah;\n \n2.\n budak kecil, kanak-kanak:\ndia masih ~ lagi;\n \n3.\n boneka, patung;\nanak-anakan\n boneka, patung;\n \n~ mentimun \nanak angkat yang dijadikan isteri;\nberanak\n1.\n melahirkan anak, bersalin:\nisterinya baru ~;\n dukun ~\n bidan;\n \nsakit ~\n sakit sewaktu melahirkan anak;\n2.\n mempunyai anak:\nmereka sudah ~ dua orang;\n3.\n dengan (bersama dengan) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dan lain-lain orang) berserta dengan anak:\norang itu tinggal tiga ~ di rumah itu;\n mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu;\n belum ~ sudah berbesan (dahulu) \n= \nbelum ~ sudah ditimang\n (peribahasa) keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang;\nanak-beranak\n1.\n sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka):\ndialah yang membantu kami ~;\n2\n. \nsuami atau isteri serta anak-anak;\nberanakkan\n1.\n mempunyai sebagai anak(nya):\ndia malu ~ seorang penjahat;\n2.\n melahirkan (seseorang):\nnenekku berumur enam belas tahun sewaktu ~ bapaku;\nmenganak;\n \n~ semang\n menjadi anak semang, memburuh;\n \n~ sungai \nmenyerupai anak sungai, mengalir banyak-banyak (peluh, darah, dan lain-lain), banyak sekali (minuman dan lain-lain);\nmemperanakkan\n melahirkan:\nia berasal dari Bentan, tetapi diperanakkan di Melaka;\n lain orang ~, lain dipanggil bapa \n(peribahasa) keuntungan tidak selamanya didapat oleh orang yang berhak menerimanya;\nanakan\n1.\n bunga wang;\n2.\n boneka, patung;\nkeanak-anakan\n berlaku (berkelakuan) seperti anak-anak:\ntabiat yang ~;\nperanakan\n1.\n keturunan anak negeri dengan orang asing:\n~ Cina;\n \n2.\n yang dilahirkan di:\npemuda-pemuda ~ Melaka;\n3.\n rahim (tempat bayi dalam perut), kandungan:\nsakit ~." "anak II\n~ penak \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVentilago oblongifolia." "anak III\n~ pertang \nsejenis ikan laut, \nEpinephelus amblycephalus;\n ~ tamban jepuh \nsejenis ikan laut, \nSpratelloides spp.;\n ~ tapah \nsejenis ikan, \nKryptopterus bicirrhis." "anak pinak\nanak cucu;\nberanak pinak\n mempunyai keturunan." "anak tiri\nanak kepada isteri atau suami (seseorang) daripada perkahwinannya yang terdahulu;\nmenganaktirikan\n memperlakukan seseorang sebagai anak tiri." "anakanda\n[bahasa halus], [bahasa dalam] anak (biasanya digunakan dalam surat-menyurat)." "anakhoda\n[sastera lama] \nnakhoda." "anakonda\nsejenis ular besar tidak berbisa yang terdapat di kawasan tropika Amerika Selatan yang menjerut mangsanya hingga mati, \nEunectus murinus." "anakronisme\n1.\n seseorang (sesuatu) yang ketinggalan zaman;\n 2.\n kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, dan lain-lain pada zaman yang sebenarnya." "analgesia\n(Perubatan) keadaan tidak berasa sakit semasa sedar." "analgesik\n(Perubatan) ubat yang dapat meredakan rasa sakit tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran." "analis\n[Indonesia-Belanda] jurucerakin, pakar kimia yang menjalankan penyelidikan (membuat analisis di makmal dan sebagainya)." "analisa\nanalisis." "analisir\n[Indonesia-Belanda];\nmenganalisir\n menganalisis." "analisis\npenyelidikan atau penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam:\n~ natrium klorida;\n menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yang lama, penelitian dan ~ yang tajam dalam semua segi;\n~ kos faedah \n(Ekonomi) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dengan faedah atau keuntungan perusahaan tersebut\n;\n ~ kualitatif \n(Kimia) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik untuk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dan lain-lain;\n ~ kuantitatif \n(Kimia) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik untuk menentukan kuantiti setiap juzuk yang diketahui terdapat di dalam sesuatu sebatian atau larutan;\n \n~ nisbah\n (Ekonomi) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yang diperoleh daripada maklumat kewangan organisasi tersebut;\n \n~ penyata kewangan \n(Ekonomi) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat daripada kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan lain-lain;\n \n~ pulang modal \n(Ekonomi) penilaian banyaknya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran untuk menentukan untung rugi keluaran tersebut;\n \n~ sistem \n(Komputer) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem untuk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara untuk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dengan berkesan;\n \n~ volumetri \n(Kimia) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu;\nmenganalisis\n melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dan lain-lain):\ndarah harus diambil daripada kedua-dua ibu bapa untuk dianalisis;\n bahkan buku tatabahasa yang ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap;\n ~ teks yang digunakan sebagai data;\npenganalisisan\n perbuatan (proses) menganalisis:\npengumpulan dan ~ maklumat;\n ~ sebuah cerita yang mudah;\npenganalisis\n orang (pihak) yang menganalisis:\nkaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat." "analitis\nbersifat analisis\n." "analog\n1.\n sesuatu yang merupai sesuatu yang lain;\n2.\n berkenaan sifat alat yang pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yang berubah-ubah (seperti voltan, arus, dan lain-lain) untuk mewakili nombor." "analogi\nkias, perbandingan (yang memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya);\n \nmenurut ~ \nmenurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan);\nberanalogikan\n menggunakan (mempunyai) sesuatu sebagai analogi:\nkesimpulan yang ~ fakta-fakta yang belum pasti kesahihannya;\nmenganalogikan\n menggunakan (mempunyai) sesuatu sebagai analogi." "analogus\n(Biologi) mempunyai fungsi (organ atau bahagian) yang sama tetapi berbeza asal usulnya." "ananas\nnanas." "anang\n[sastera lama] anakku." "anani\n[Arab] hanya mementingkan diri sendiri:\nsifat ~ tidak sepatutnya wujud dalam kehidupan bermasyarakat, lebih-lebih lagi sesama Islam." "anaptiksis\n(Linguistik) penyisipan vokal di antara dua konsonan untuk menyederhanakan struktur suku kata, misalnya penyisipan vokal \ne \ndalam perkataan \nputra \nmenjadi \nputera \ndan \ne \ndalam perkataan \nsri\n menjadi \nseri." "anarki\n1.\n keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yang teratur):\nkalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~;\n2.\n kekacauan atau porak-peranda (dalam negeri dan lain-lain)." "anarkis\norang yang hendak mewujudkan (menimbulkan) anarki, orang yang suka menimbulkan keadaan kucar-kacir (dalam sesebuah negeri dan sebagainya)." "anarkisme\nfahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan:\nkejujuran Moleire terhadap pembentukan masyarakat Perancis ialah dengan membetulkan fatalisme dan ~ yang terdapat dalam masyarakat.\n \nanasir\n1.\n zat yang empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yang menurut pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala-galanya di seluruh alam;\n2.\n segala yang terdapat di dunia, makhluk;\n3.\n bahagian daripada suatu keseluruhan, anggota dan lain-lain daripada sesuatu golongan (perkumpulan, masyarakat dan sebagainya):\nmasyarakat bandar telah dipengaruhi oleh ~-~ Barat;\n berwaspada terhadap tindak-tanduk ~-~ jahat;\n4.\n unsur, faktor." "anatomi\nkajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dan sebagainya hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh." "anbia\n[Arab] (jamak bagi nabi) (segala) nabi, nabi-nabi:\npenghulu segala ~." "anca\n[Indonesia] [arkaik] rintangan, kerugian (kerana kekeliruan dan lain-lain)." "ancak\ntalam daripada anyaman tempat menyajikan barang-barang untuk hantu;\n \nmembuang ~ \n[Minangkabau] menyajikan barang-barang dalam ancak untuk hantu." "ancak-ancak\n[Minangkabau]\n1.\n tidak mempedulikan buruk baik (untung ruginya dan sebagainya), lalai;\n2.\n olok-olok, main-main:\nancamannya dianggap orang sebagai ~ sahaja;\nmengancak-ancak\n mengerjakan pekerjaan yang sia-sia, bermain gila, mengolok-olok, bermain-main sahaja." "ancala\n[Indonesia], [sastera lama] gunung." "ancam\nmengancam\n1.\n menakut-nakuti dengan jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yang membahayakan (menyusahkan, merugikan, dan sebagainya), mengugut:\norang itu ~ hendak membunuh lawannya;\n2.\n meletakkan (menyebabkan berada) dalam keadaan akan mengalami atau ditimpa bahaya (kesusahan dan sebagainya), membahayakan:\npenduduk Bali sudah beberapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung;\n kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani;\n3.\n [bahasa percakapan] kata yang mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (seperti gadis, muzik, bunga, dan lain-lain);\nmengancamkan\n mengancam dengan sesuatu:\nia ~ parangnya kepada orang yang hendak mendekatinya;\nterancam\n berada dalam keadaan menghadapi bahaya dan sebagainya, diancam (oleh):\nsudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut;\n manuskrip yang masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan;\nancaman\n sesuatu yang mengancam atau diancamkan, bahaya dan sebagainya yang mungkin menimpa:\nmereka menghadapi ~ daripada musuh luar dan dalam;\nketerancaman\n keadaan terancam\n;\npengancaman\n perihal (perbuatan) mengancam:\n~ itu dilakukan secara halus;\n pengancam\n orang yang mengancam." "ancang-ancang\n[Jawa] langkah sebelum (melompat dan lain-lain), persiapan untuk berbuat sesuatu), anju:\nnama dan pekerjaan hanya suatu ~ untuk mendapatkan berita yang lebih banyak;\nmengancang-ancang\n mengambil langkah (akan melompat dan lain-lain), menganju." "ancer-ancer\n[Jawa] tanda, alamat;\n \ntanggal (hari) ~ \nhari yang telah ditetapkan;\n \n~ jangka waktu \nrancangan jangka waktu." "ancoa\n[Cina] bagaimana." "ancu I\nrakit Rembau." "ancu II\ngelegar (yang menyokong lantai rumah)." "ancuk\nberancuk\n [bahasa kasar] bersetubuh;\nmengancuk\n berancuk." "ancung\n[Cina] pasu yang bertutup (untuk mengisi halia)." "anda I\n~ musang \nkantung tempat jebat (kesturi)." "anda II\nkata ganti diri kedua (tidak membezakan taraf, tingkat dan umur)." "andai I\n= andai-andai\n misal, umpama;\nandainya, seandainya, andaikan\n misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata:\n~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini;\nberandai-andai\n bercakap-cakap, berunding;\nmengandaikan\n menganggap mungkin terjadi, memisalkan, mengumpamakan:\ncubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yang akan kaulakukan?\nterandaikan\n dapat diandaikan:\n tidak ~ adanya perbezaan antara dua hak yang serupa;\nandaian, andai-andaian\n contoh atau misalan (yang tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yang dikemukakan untuk menjelaskan sesuatu hujah (untuk dijadikan bandingan dan lain-lain):\ncakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dalam hal-hal serupa itu;\n berandaian\n mempunyai atau membuat andaian." "andai II\n= randai II." "andai kata\nandainya, seandainya, andaikan." "andak I\nnama timang-timangan bagi anak yang keempat atau kelima." "andak II\n[arkaik] singkatan bagi pandak;\nmengandak, mengandakkan\n1.\n memendekkan;\n \n~ layar \nmenggulung layar supaya jadi kecil;\n2.\n mengurangi;\n \n~ belanja \nmengurangi belanja;\npengandak\n sesuatu yang digunakan untuk mengandakkan (memendekkan);\n \ntali ~\n tali untuk mengandakkan layar." "andaka\n(Sanskrit) seladang, lembu hutan, banting." "andal\n1.\n boleh dipercayai;\n2.\n boleh dijamin mutu atau kualitinya:\ndata yang terakam haruslah ~\n;\nmengandalkan\n1.\n menaruh harapan atau kepercayaan kepada:\nmereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman\n;\n2.\n menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dan lain-lain);\nandalan\n apa-apa yang boleh diandalkan;\nkeandalan\n keadaan atau hal andal:\n bank data bergantung pada ~ data\n;\nketerandalan\n keadaan (hal) dapat diandalkan:\n~ merupakan keperluan segera bagi andaian ramalan yang sebenar." "andalas\nsejenis tumbuhan (pokok) yang baik kayunya." "andam I\n~ surai \nanak rambut yang dipepat;\n \nmak ~ \na) perempuan yang mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan;\n b) perempuan yang kerjanya menyolek pengantin;\n \npak ~ \norang lelaki yang kerjanya seperti mak andam;\n \ntukang ~ \norang yang kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam);\nbagai anak dara mabuk ~ \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang kelihatan letih lesu dengan tidak berpenyakit;\nberandam\n1.\n memepat rambut di dahi, memepat janggut;\n2.\n mempunyai rambut (janggut) yang dipepat;\nmengandam\n memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut, dan lain-lain);\n \n~ pengantin \nmengandam dan mencantikkan pengantin (dengan menyolek muka, mendandan rambut dan lain-lain);\nandam-mengandam\n hal yang berkaitan dengan mengandam:\nMilah hendak belajar ~;\nandaman\n hasil mengandam:\n~ rambutnya menarik;\npengandam\n tukang andam (mak andam ataupun pak andam)." "andam II\n[Minangkabau];\n~ karam \nhilang sama sekali, habis semuanya;\nmengandam\n mengurung, memingit;\nandaman\n yang dikurung (dipingit), pingitan;\n \nanak ~ \nanak gadis yang dikurung (dipingit)." "andan I\nputih seluruh tubuh kerana tidak ada warna kulit, bulai, sabun." "andan II\n[Minangkabau] berkerabat (bersanak) dekat kerana perkahwinan dan bukan kerana darah keturunan (berkenaan (dengan) perempuan)." "andang\nsuluh (daripada daun nyiur yang kering), jamung." "andang-andang I\nkayu pada tiang perahu (kapal) untuk menggantungkan layar:\n~ atas;\n ~ bawah." "andang-andang II\n[Jawa] tahi lalat." "andapita\n[Jakarta] [arkaik] sejenis penganan." "andar\nmati ~ \na) mati dengan tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya);\n b) mati dengan tidak disembelih (berkenaan (dengan) binatang)." "andartu\ngelaran atau panggilan yang bermaksud anak dara tua:\napa tujuan perkahwinan aku ini? Adakah kerana tidak ingin digelar ~?" "andas I\ntempat menaruh sesuatu yang hendak ditempa atau dipotong, landasan;\nmengandaskan\n membuat atau memakai seperti andas." "andas II\n(Biologi) tulang kecil yang terdapat dalam bahagian tengah telinga mamalia (di antara dua tulang kecil yang lain)." "andeka I\n(Sanskrit) daulat (tidak dipakai pada raja Islam);\n \nkena ~ \nditimpa daulat, kena bencana kerana menderhaka kepada orang yang berkuasa;\nberandeka\n berdaulat:\n memang hakikatnya, raja berdaulat penghulu ~." "andeka II\n[Jawa];\nmengandeka\n [sastera lama] bertitah." "anderak\n[arkaik],\n anderik\n lubang untuk menangkap gajah." "anderiguru\n(Bugis) kepala (dalam tentera), hulubalang." "andesit\n(Geologi) sejenis batuan gunung berapi yang berwarna perang atau kekelabu-kelabuan." "andewi\n[Indonesia-Belanda] sejenis sayur, \nCichorium endivia." "andi I\n[sastera lama] tuan, tuanku:\ndaulat tuanku ~ batara, mana titah patik junjung." "andi II\ngelaran bangsawan Makasar." "andikara\nadikara\n." "andiko\n[Minangkabau];\npenghulu ~ \npenghulu adat; \nandeka I." "andil\n[Indonesia-Belanda] saham." "andilau\n[Minangkabau] sejenis tumbuhan (pokok), \nCommersonia bartramia;\n tercincang puar bergerak ~ \n(peribahasa) apabila seseorang dihina saudara-maranya akan turut tersinggung pula;\n= endilau." "anding\nikan ~ \n= \nbelanak ~\n sejenis ikan, \nLiza subviridis." "andong\n[Jawa] kereta kuda (sewaan)." "androesium\norgan pembiakan jantan pada bunga yang terdiri daripada beberapa stamen." "androfobia\n(Psikologi) perasaan tidak berminat, tidak suka atau benci kepada lelaki." "androgen\n(Biologi) hormon yang merangsangkan perkembangan dan pemeliharaan sifat sekunder jantan seperti pertumbuhan misai." "andropaus\n(Perubatan) peringkat kemerosotan hormon testosteron bagi lelaki, yang biasanya berlaku apabila usia meningkat tua." "anduh\nkain yang digantung pada leher untuk mengampu tangan yang cedera (patah, retak, dan lain-lain);\nberanduh\n memakai atau menggunakan anduh:\ntangan kanannya yang patah itu masih kelihatan ~;\nmenganduh\n mengikat sesuatu supaya tergantung atau tidak jatuh terkulai, mengampu:\ndoktor terpaksa ~ kaki pesakit yang tercedera dalam kemalangan itu\n;\n \n~ kajang \nmerentangkan tali tempat digantungkan kajang;\nanduhan\n tali tempat sekoci bergantung di kapal;\npenganduh\n kayu (kulit kayu) yang dilekatkan pada tangan (kaki) yang patah." "anduk\n[Indonesia-Belanda] tuala mandi." "andun\n[sastera lama] pergi ke;\n \n~ perang \npergi berperang." "andung I\nsejenis tumbuhan (pokok), jenjuang, lenjuang, \nCordyline fruticosa." "andung II\nsejenis pokok nibung." "andung III\nbuluh ~ \nsejenis buluh." "andur\nkereta kerbau." "aneh\ntidak seperti yang biasa dilihat (didengar dan sebagainya), pelik, ganjil (berkenaan (dengan) benda, perbuatan, dan lain-lain):\n~ sangat kelakuannya;\n kejadian yang ~;\nmenganehkan\n menganggap aneh, menimbulkan rasa hairan, menghairankan:\nsungguh ~ apa yang dikatakannya itu;\nkeanehan\n1.\n sesuatu yang aneh, sifat (ciri dan sebagainya) yang aneh:\ntiap-tiap bahasa mempunyai ~ sendiri;\n2.\n perihal aneh, keluarbiasaan, keganjilan:\norang ramai masih bercakap-cakap tentang ~ kejadian itu;\npenganehan\n perihal menganehkan." "aneka\nbanyak (jenisnya dan lain-lain), berbagai-bagai, berjenis-jenis, bermacam-macam:\nsekolah ~ jurusan;\n \nserba ~ \nbermacam-macam, berbagai-bagai (jenis);\nberaneka\n berjenis-jenis, bermacam-macam:\nbuku ini mengandungi latihan ~;\nkeanekaan\n kepelbagaian." "aneka ragam\nbermacam-macam ragam (pertunjukan);\nberaneka ragam\n berbagai-bagai (jenis ragam);\nkeanekaragaman\n sifat (ciri, keadaan, dan sebagainya) yang beraneka ragam:\npada kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya yang unik dan menarik." "aneka warna\n1.\n berbagai-bagai warna;\n2.\n aneka ragam;\nberaneka warna\n berbagai-bagai warna;\nmenganekawarnakan\n menjadikan sesuatu beraneka warna;\nkeanekawarnaan\n keadaan beraneka warna:\nupacara majlis itu mencerminkan ~ perhiasan." "anekdot\nkisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa);\nberanekdot\n mengandungi unsur anekdot:\nucapan yang ~\n." "anemer\n[Indonesia-Belanda] pemborong pekerjaan (membuat rumah dan lain-lain), kontraktor." "anemia\n(Perubatan) penyakit yang diakibatkan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam sel darah merah, ataupun perdarahan yang berlebihan." "anemofili\n(Biologi) pendebungaan yang dibantu oleh angin." "anemograf\nalat untuk merakamkan arah dan kelajuan angin pada kertas." "anemologi\nkajian tentang angin." "anemometer\n1.\n alat untuk mengukur kelajuan dan hala tiupan angin;\n2.\n alat untuk mengukur kadar pergerakan bendalir (seperti gas)." "anemometri\nteknik mengukur kelajuan dan arah angin." "anemone\nsejenis tumbuhan taman atau tumbuhan liar yang bunganya berbentuk seperti bintang berwarna putih, ungu atau merah." "anemotropisme\n(Biologi) gerak balas tumbuhan terhadap arah angin dan persekitaran." "anestesia\n(Perubatan) kehilangan rasa pada tubuh (sebahagian atau seluruh) apabila dikenakan ubat bius;\n~ am \nkeadaan tidak sedar dan tidak berasa sakit pada keseluruhan tubuh akibat ubat bius;\n \n~ setempat \nkehilangan rasa sakit pada bahagian tubuh tertentu akibat ubat bius." "anestesiologi\ncabang perubatan yang berkaitan dengan kajian anestesia dan anestetik." "anestetik\n(Perubatan) bahan (ubat) yang menyebabkan tubuh badan tidak sensitif (kpada rasa sakit, sentuhan, dan sebagainya), ubat bius." "aneurisme\n(Perubatan) bengkak atau gelembung pada arteri yang disebabkan oleh penyakit, kecederaan dan sebagainya." "anfas\n[Arab] lebih berharga." "ang\n[Minangkabau] engkau." "angabaya\nanggabaya." "angabehi\nngabehi." "angah I\nnama timang-timangan bagi anak yang kedua." "angah II\n[Minangkabau];\nterangah\n payah, tercengang (tidak dapat berkata-kata);\nengah." "angan\n1.\n fikiran, ingatan, menungan;\n \ntidak masuk ~ \n= \ntidak lalu ~ \ntidak masuk akal;\n2.\n [Minangkabau] maksud, niat;\n~ lalu, faham tertumbuk \n(peribahasa) menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar;\nangan-angan\n1.\n ingatan, fikiran;\n \njalan ~ \njalan fikiran;\n \nsakit ~ \ntidak betul fikiran;\n2.\n gambaran atau bayangan dalam fikiran (seseorang yang sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yang timbul dalam menungan):\nbunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh;\n3.\n cita-cita:\n~nya menjadi doktor;\n4.\n sesuatu (harapan dan lain-lain) yang tidak mungkin tercapai (berlaku dan sebagainya), khayalan:\nitu bukan ~ tetapi kenyataan;\n5.\n [Minangkabau] maksud, niat:\nbukan\n \n~nya hendak memalukan orang tuanya;\n~ hati \nkata dalam hati;\n \n~ Mat Jenin \nharapan (atau mengharapkan sesuatu) yang mustahil;\n \nmabuk di ~ \n= \ndimabuk ~ \nmengharapkan sesuatu yang tidak mungkin tercapai;\n~ menerawang langit\n (peribahasa) mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi-tinggi;\n \n~ mengikat tubuh\n (peribahasa) menyusahkan diri kerana cita-cita yang terlampau tinggi;\nberangan-angan\n1.\n mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan):\nia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar;\n2. = mengangan, mengangan-angan\n membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dalam fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun:\nkadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi;\n3.\n [Minangkabau] bermaksud, berniat:\ntidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya;\nmengangankan, mengangan-angankan\n1.\n mencita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini:\ngadis itulah yang diangan-angankan untuk dijadikan isterinya\n;\n2.\n membayangkan dalam fikiran, mengkhayalkan;\nterangan-angan\n1.\n terfikir, terniat;\n2.\n terbayang dalam fikiran, terlukis dalam khayalan." "angap\nmenarik nafas dengan susah dan cepat-cepat (seperti ikan di darat), ngap-ngap." "angau\nasyik terbayang, terkenang dan sebagainya akan seseorang, terutamanya apabila dilamun perasaan cinta atau keinginan yang amat sangat terhadap seseorang:\nShida betul-betul membuatku ~;\n aku dicap sebagai budak ~ dan aku selalu dikatakan berkhayal sewaktu belajar oleh guru yang mengajar aku;\n gila ~;\n sakit ~.\n mengangaukan\n menyebabkan atau menjadikan angau:\nentah apa yang ~nya sehari dua ini, kerana semua kerjanya tidak beres." "angga\nberangga\n bercabang (berkenaan (dengan) tanduk rusa)." "anggabaya\n[Jawa] [arkaik];\nratu ~\n gelaran orang yang berkuasa." "anggai\n[sastera lama] [arkaik] isyarat, semboyan." "anggak\n[Jawa] congkak, sombong." "anggal I\n1.\n ringan (muatan perahu), lawan sarat:\nperahu yang ~;\n2.\n ringan (penyakit):\nsakitnya telah ~;\n3.\n senggang, tidak banyak kerja, lapang:\nmasa yang ~ bagi kami;\nmenganggali, menganggalkan\n meringankan;\n \nperahu yang sarat dianggali \nki (dikatakan mengenai) ayam yang temboloknya terbuka dalam perlagaan." "anggal II\npara gantung." "anggan I\n(Palembang) [arkaik] perkahwinan dengan janda (bekas isteri) saudara." "anggan II\n[Minangkabau] enggan." "anggap I\nmenganggap\n memandang (sesuatu atau seseorang) sebagai, berpendapat bahawa:\nmereka ~ dia orang yang tidak boleh diharap;\n buku itu dianggap paling penting untuk membantu pelajarannya;\nanggapan\n kesimpulan (sikap) terhadap seseorang atau sesuatu, pandangan, pendapat, sangkaan:\nbuku itu membayangkan ~ hidup orang-orang terpelajar;\n ~ umum\n pendapat umum;\n \npada ~nya \npada sangkaannya (pandangannya);\nberanggapan\n mempunyai anggapan (bahawa), menyangka, berpendapat:\nmungkin ada orang yang ~ poster samalah seperti hiasan dinding atau jambangan bunga." "anggap II\n[sastera lama];\nberanggap\n berganti, bergiliran (menari dan lain-lain):\nanak-anak muda itu menari ~;\nberanggap-anggapan\n bergiliran mengajak atau menjemput menari (minum dan lain-lain):\nsampai tengah malam mereka ~ menari;\nmenganggap\n menjemput (mengajak) menari dan lain-lain dengan memberi isyarat:\nhulubalang itu pun dianggap oranglah;\nmenganggapkan\n mengunjukkan (minuman dan lain-lain);\nanggapan\n ajakan, jemputan (menari dan lain-lain)." "anggar I\nanggar-anggar\n lebih kurang, kira-kira:\nisi besen itu dengan air ~ setengah;\nmenganggar, menganggarkan\n mengira(kan) secara kasar sahaja, mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dan lain-lain) secara kasar:\nadalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga perlima penduduk dunia tinggal di Asia;\n jawatankuasa itu menganggarkan perbelanjaan yang diperlukan lebih daripada RM5000;\nanggaran\n1.\n jumlah yang dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar:\nberi ~ berapa liter minyak diperlukan untuk perjalanan 1000 km;\n ~ pendapatan dan perbelanjaan negara;\n2.\n lebih kurang, kira-kira:\nia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi;\n3.\n [Indonesia] peraturan;\n~ belanja \nkira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dan lain-lain);\n ~ belanjawan \nkira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan;\n \n~ dasar\n peraturan pokok yang menjadi dasar peraturan lain (pada pertubuhan dan lain-lain);\n \n~ rumah tangga \n[Indonesia] peraturan yang menghuraikan atau melengkapkan anggaran dasar;\npenganggaran\n proses mengira (menghitung) secara kasar;\npenganggar\n orang yang menganggar sesuatu." "anggar II\n[Indonesia] permainan (perkelahian) dengan memakai pedang:\nbermain ~;\nberanggar\n bermain anggar, berkelahi dengan memakai pedang;\n \n~ lidah\n berbantah;\n \n~ pena \nberbantah dengan tulisan, berpolemik." "anggar III\nrumah tempat perhentian (di ladang dan lain-lain)." "anggar IV\n[Indonesia-Belanda] \n1.\n gudang tempat menyimpan kapal terbang;\n2\n. gudang besar di pelabuhan;\n3\n. jambatan, pangkalan pelabuhan." "anggar V\nkayu tempat burung bertengek dalam sangkar." "anggar VI\nteranggar-anggar\n [arkaik] terlanggar-langgar." "anggara\n[arkaik] buas, ganas (binatang);\n \nsetua ~ \nbinatang buas;\n angkara." "anggerik\nsejenis tumbuhan (bendalu) berbunga dalam famili Orchidaceae, orkid;\n jenis-jenisnya:\n~ bulan,~ merpati\n dan lain-lain." "anggerka\n[arkaik];\nbaju ~ \nsejenis baju panjang (dipakai di bawah baju kot)." "anggit\nmenganggit\n \n1.\n menyemat atap (rumbia, nipah, dan lain-lain);\n2.\n memasang kulit pada gendang dengan rotan;\n3.\n [Jawa] mengarang, menggubah, mereka:\n~ muzik;\nanggitan\n1.\n segala sesuatu yang dianggit;\n2.\n [Jawa] karangan, gubahan, rekaan." "angglap\n[Jakarta] = \nmengangglap\n mencuri, tidak membayar (hutang dan lain-lain)." "anggota\n1.\n bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki:\nduduk membongkok tidak menyenangkan ~ badannya;\n2.\n ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain):\n~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu;\n ~ perwakilan asing;\n ~ polis;\n ~ tentera;\nberanggota\n mempunyai anggota;\nberanggotakan\n mempunyai sebagai anggota atau ahli;\nmenganggotai\n menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain):\npertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pelbagai seni;\n Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial;\nkeanggotaan\n perihal menjadi anggota, kedudukan (hak) sebagai anggota, keahlian:\nkomunis China menuntut ~nya diterima dalam Bangsa-Bangsa Bersatu;\n ~ negara itu dalam pertubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yang lain." "anggu\n[arkaik] \nperanggu." "angguk\n1.\n gerakan ke bawah (haluan kapal dan lain-lain);\n2.\n gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dan lain-lain);\n \n~ bukan, geleng ia \n(peribahasa) lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak);\nberangguk = mengangguk;\nberangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk;\nmengangguk\n menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang):\n~ mengiakan;\n mereka ~ bersetuju;\nmengangguk-angguk\n1.\n turun naik:\nhaluan perahu pun ~;\n2.\n mengangguk berkali-kali:\nmereka semua ~ tanda setuju;\nmenganggukkan\n menggerakkan (kepala) ke bawah:\nia ~ kepalanya;\nmengangguk-anggukkan\n menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali:\nia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapannya;\nterangguk-angguk\n1.\n turun naik (berkenaan (dengan) haluan kapal);\n2.\n mengangguk-anggukkan kepala dengan tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dan sebagainya), tersengguk-sengguk:\nkepalanya ~ mendengar cakap ibunya;\nanggukan\n gerakan mengangguk:\n~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya;\npengangguk\n;\n \ntali ~ \nsejenis tali pada perahu." "anggul\nmenganggul, beranggul\n \n1.\n mengangkat kepala (lawan menundukkan kepala);\n2.\n terangkat haluan (kapal, perahu dan lain-lain);\nteranggul-anggul\n turun naik (haluan perahu dan lain-lain, terangguk-angguk." "anggun I\nelok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya):\nelok bentuk mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya;\n begitu ~ baju baldu hitam yang berpotongan kebaya itu;\nkeanggunan\n keelokan, ketampanan:\nia tersenyum mengagumi ~ perkembangan fikirannya sendiri." "anggun II\nanghun." "anggung I\nmenganggung, menganggungkan\n [sastera lama] menaikkan, mengangkat." "anggung II\n~ gaya \n[Minangkabau] terkeliru, bingung." "anggup\n~-anggip \nark bergerak-gerak turun naik (mengangguk-angguk, terkulai-kulai);\n \n~ bagai rumput tengah jalan \n(peribahasa) kehidupan yang melarat (sakit, miskin, dan lain-lain)." "anggur I\n1.\n = \npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat);\n2.\n = \nbuah ~ \nbuah pokok anggur;\n \n~ kering \nbuah anggur yang dikeringkan, kismis;\n \n~ meriam \npecahan besi untuk peluru meriam;\nair ~ \na) perahan buah anggur;\n b) minuman keras dan lain-lain yang dibuat daripada buah anggur;" "anggur II\nmenganggur\n tidak bekerja, tidak mempunyai pekerjaan:\ndi kampung itu banyak anak muda yang ~;\npengangguran\n perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan:\nkerajaan bercadang hendak mengurangkan ~ dengan memesatkan pembangunan negara;\n ~ bermusim \npengangguran yang terdapat (berlaku) pada jangka masa tertentu (disebabkan keadaan cuaca yang tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan dan lain-lain);\npenganggur\n orang yang menganggur." "anggur III\nkeratan cabang atau batang untuk ditanam di tempat lain;\nmenganggur\n1.\n mengalih, menganjak (tanaman dan lain-lain);\n2.\n mengerat cabang untuk ditanam;\n3.\n menanam keratan cabang;\n dianjak layu, dianggur mati \n(peribahasa) suatu nasihat atau kebenaran yang tidak boleh diubah lagi;\nangguran\n anggur, keratan cabang untuk ditanam." "anggur IV\nanggurlah\n [sastera lama] lebih baik (daripada), biarlah:\njika begitu rupanya Galuh Daha ini, ~ tiada beristeri seumur hidupku.\nanggut;\n menganggut, beranggut\n turun naik (haluan perahu dan lain-lain), mengangguk." "anghun\n[Cina] sejenis tembakau merah." "angin\n1.\n udara yang bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya):\n~ kencang sekali hari ini;\n2.\n hawa, udara;\n \nmengambil ~ \nberjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yang bersih;\n3.\n gas yang terdapat atau berkumpul dalam perut dan usus:\nperutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~;\n membuang ~ \nkentut;\n4.\n [kiasan] desas-desus, khabar yang belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi:\nada ~ yang dia akan datang ke mari;\n5.\n [kiasan] kosong, hampa, sia-sia:\ncakap ~;\n6.\n kemungkinan, peluang, kesempatan:\nmenantikan ~ baik;\n7.\n sifat atau perangai yang tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yang nyata):\ndia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram;\n~ ahmar \nkeadaan yang timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yang mengakibatkan kehilangan kemampuan untuk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok;\n \n~ badai \nangin ribut;\n \n~ barat (barat daya dan lain-lain) \nangin yang datang dari barat (barat daya dan lain-lain);\n \n~ bohorok \n(Sumatera) angin kering dan panas yang turun dari pergunungan;\n \n~ (sorong) buritan \nangin yang datang dari buritan;\n \n~ cekang kelat \n= \n~ tegang kelat\n angin kencang;\n \n~ darat \nangin yang datang dari darat;\n \n~ ekor duyung \nangin yang datang dari berbagai-bagai jurusan;\n \n~ gila \nangin yang tidak tentu arahnya;\n \n~ gunung-gunungan \nangin besar;\n \n~ haluan \nangin yang datang dari depan perahu;\n \n~ hulu timur \nangin tepat dari timur;\n \n~ indera bayu \n[sastera lama] angin ribut;\n \n~ kelambu menunggal \nangin utara yang membawa hujan;\n \n~ kelambu sebelah \nangin utara yang tidak kencang dan tidak membawa hujan;\n \n~ kepala\n angin utara timur laut;\n \n~ lalu \nki khabar yang tidak tentu benar salahnya;\n \n~ langkisau \nangin puting beliung;\n \n~ laut \nangin yang datang dari laut;\n \n~\n \nlintang \nangin kuat yang bertiup melintangi arah laluan kenderaan;\n~ membakat \n= \n~ menebing\n = \n~ menumbuk kurung \n= \n~ tumbuk kurung \nangin yang tepat dari buritan dengan ombak yang tinggi;\n \n~ musim \nangin yang datang menurut musim tiap-tiap tahun;\n \n~ paksa\n angin yang baik untuk belayar;\n \n~ pancaroba \nangin yang tidak tentu arahnya;\n \n~ pasang\n pasang-pasang;\n~ pengarak pagi \nangin pada waktu dinihari;\n \n~ puting beliung \n= \n~ puyu(h) \nangin yang berpusing-pusing;\n \n~ ribut\n angin besar (bertiup dengan kencang), taufan;\n \n~ sakal\n angin yang berlawanan dengan arah perahu;\n \n~ salah \nangin yang tidak baik;\n \n~ sapu-sapu \n= \n~ sepoi-sepoi (bahasa);\n ~ selembubu ~ selung bubu \nangin yang berpusing;\n \n~ sendalu \nangin yang sedang ;\n \n~ sepoi-sepoi (bahasa, basa)\n angin yang bertiup lembut;\n \n~ sorong buritan \n= \n~ turutan \nangin buritan;\n \n~ taufan \nangin puting beliung;\n \n~ tegang kelat \n[sastera lama] angin kencang:\nmaka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pada sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat;\n ~ temberang buritan (haluan) \nangin yang serong dari buritan (haluan);\n \n~ tenggara mandi \nangin keras dari tenggara;\n \n~ tikus \n= \n~ tukus \nangin pada awal angin tenggara;\n \n~ timba ruang \nangin keras dari sisi perahu;\n \n~ yahum\n angin tumbuk kurung;\n~ berputar, ombak bersabung \n(peribahasa) dikatakan berkenaan suatu perkara yang sangat sukar diselesaikan;\n \n~ bersiru kami tahu\n (peribahasa) [Minangkabau] kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah;\n \n~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam\n (peribahasa) (Lampung) khabar-khabar yang ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan);\n \nke mana ~ yang deras, ke situ condongnya\n = \nseperti sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang tidak tetap pendiriannya;\n \nkalau tiada ~ bertiup takkan pokok bergoyang \n= \ntak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang \n(peribahasa) tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal;\n \ntahu di ~ turun naik\n (peribahasa) orang-orang yang arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang;\nseangin\n sedikit sahaja, sekelumit;\nangin-angin\n1.\n desas-desus, khabar yang belum sah;\n 2.\n gelagat;\nangin-anginan\n panas baran, lekas marah;\nberangin\n1.\n ada angin:\nhari panas dan tidak ~;\n2.\n diketahui orang sedikit-sedikit:\nsetelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis;\n ~ keluar\n terbuka rahsia (khabar dan lain-lain);\nberangin-angin\n duduk di tempat yang ada angin (supaya sejuk):\nkedua-duanya pun ~ di beranda;\nmengangin\n1.\n [arkaik] menjadi angin (hilang lenyap);\n2.\n bertiup angin;\n3.\n menumpah-numpahkan padi daripada nyiru supaya yang hampa ditiup angin dan terpisah daripada padi yang berisi:\npetani itu sedang ~ padi;\nmengangini\n memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin, mengipasi;\nmenganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan\n menaruhkan di tempat yang berangin (untuk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi:\ntembikar itu dikeluarkan dari tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk;\n2.\n membayang-bayangkan, menyatakan dengan samar-samar:\nisterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dengan anak saudaranya;\nterangin\n1.\n kena angin;\n2.\n tampak angin-anginnya (gelagatnya);\nterangin-angin\n tersiar khabar angin (desas-desus);\nperanginan\n1.\n tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya);\n2.\n = \ntempat ~ \n= \nkawasan ~ \ntempat untuk beristirahat yang biasanya agak jauh dari bandar (seperti di tepi pantai, di puncak bukit, dan sebagainya)." "angioma\n(Perubatan) sejenis tumor yang selnya membentuk salur darah atau salur limfa." "angioplasti\n(Perubatan) teknik pembedahan untuk membaiki atau memulihkan saluran darah yang rosak (tersumbat dan sebagainya)." "angiosperma\n(Biologi) tumbuhan yang bijinya terdapat di dalam ovari." "angka I\n1.\n tanda (lambang) yang menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor;\n2.\n [Indonesia] markah:\nberapa ~mu untuk membaca?\n~ abjad \n(Komputer) aksara yang hanya merangkumi angka dan huruf dalam sesuatu sistem tulisan;\n \n~ Arab \nangka yang bermula dari 0, 1, 2 dan seterusnya, yang berbeza daripada angka Rumawi;\n \n~\n \nbulat\n = \n~ penuh\n angka yang tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif;\n \n~ dua\n tanda nombor 2 (yang tidak digunakan lagi dalam penulisan sekarang) yang menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2);\n \n~ ganda \nangka yang menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan;\n \n~ ganjil \nangka seperti 3, 5, 7, dan seterusnya yang apabila dibahagikan dengan 2 akan berlebih satu;\n \n~ genap \nangka seperti 2, 4, 6, dan seterusnya yang apabila dibahagikan dengan 2 tidak berlebih;\n \n~ kandungan \nhasil daripada mendarab dengan dua atau lebih sesuatu angka lain;\n \n~ pecahan \nangka yang terdiri daripada pengatas dan pembawah (mis 3/4, 5/6, dan sebagainya);\n \n~ pengisi \nangka-angka yang boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dengan tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15);\n \n~ penuh \nangka bulat;\n \n~ Roman \nangka yang bermula dari I, II, III, IV dan seterusnya, yang berbeza daripada angka Arab;\n \n~ Rumawi\n angka Roman;\n \n~ sial \nangka yang kononnya membawa kesialan (mendatangkan sesuatu keburukan dan sebagainya);\nangka-angka 1. = perangkaan;\n \n2.\n [Indonesia] bilangan,hitungan dengan angka;\nberangka-angka, berangka-angkaan\n termenung-menung memikirkan sesuatu;\nmengangkakan\n memberi berangka, memberi bernombor;\nperangkaan\n1.\n butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (seperti penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dan lain-lain) yang dikumpulkan secara bersistem dengan menggunakan angka, statistik:\n~ mengenai penghasilan barang utama;\n2.\n = \nilmu ~\n pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dan sebagainya perangkaan, statistik." "angka II\n[sastera lama] sangka, anggap, fikir;\nmengangka\n menyangka, menganggap, memikir:\ndiangkanya kakang berubah cita." "angkak\n[Pulau Pinang];\nterangkak-angkak\n angkuh, congkak, pongah." "angkali\nangka yang ditulis di hadapan rangkaian algebra (mis angka 3 dalam 3xy)." "angkar\n[Jawa] angker." "angkara\n1.\n perbuatan yang jahat (bengis, buas, ganas):\nberbuat ~ kepada sesama manusia;\n2.\n buas, ganas:\nbinatang yang ~;\n 3.\n= \n~ murka \nmementingkan diri sendiri, serakah, tamak:\nselama ada orang yang ~, tidak aman harta benda orang;\n4.\n [sastera lama] perbuatan kurang ajar (terhadap isteri orang dan lain-lain), cabul:\nberbuat ~ akan anak gadis orang." "angkasa\n1.\n udara, awang-awang, langit:\nbintang-bintang menghias ~;\n2.\n lapisan udara yang mengelilingi bumi;\n \n~ lepas \n= \n~ luar \nruang di luar lapisan udara yang mengelilingi bumi;\nmengangkasa\n terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit)." "angkasawan\norang yang terlatih untuk menyertai misi ke angkasa lepas (menuju ke bulan dan lain-lain):\nJohn Glenn ialah ~ Amerika yang pertama mengedari bumi di angkasa lepas\n." "angkat\n1.\n meninggikan, menaikkan ke atas:\n~ tangan;\n2.\n yang dijadikan atau diakui seperti (anak, ayah, dan lain-lain):\nabang ~ ;\n anak ~;\n3.\n [arkaik] kali (kekerapan) membawa:\nsudah tiga ~ minuman;\n4.\n turunan:\nse~ \nseumur, sebaya (dengan);\n~ berat \n= \n~ besi \nsukan atau latihan jasmani dengan mengangkat besi;\n \n~ kaki \na) melarikan diri, cabut lari;\n b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dan sebagainya) dengan tergesa-gesa;\n \n~ sembah \nmelakukan sembah;\n \n~ sumpah \nbersumpah;\n \ndari jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata \n(peribahasa) jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita;\nangkat-angkat\n yang boleh (dapat) diangkat-angkat:\njambatan ~;\nberangkat\n1.\n mula meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain, bertolak:\nrombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang;\n2.\n mulai menjadi (besar, dewasa, dan lain-lain):\nanak itu sudah ~ dewasa;\n orang yang ~ hamil sering didatangi perasaan yang aneh-aneh;\nmemberangkatkan\n menyuruh berangkat:\nkeesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota;\nkeberangkatan\n perihal berangkat (bertolak), berangkatnya:\ndia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku;\nmengangkat\n1.\n menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan:\nia ~ panggang dari api;\n beberapa orang murid ~ tangan untuk menjawab soalan guru;\n2.\n membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain:\ndiangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi;\n ~ beg-beg masuk ke dalam kereta;\n3.\n melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat):\nhendak ~nya menjadi pengerusi;\n peristiwa dan tindakan penting yang ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan;\n4.\n (mulai) melakukan (menyatakan dan lain-lain):\n~ sumpah;\n5.\n mengambil sebagai, mengakui sebagai (anak dan lain-lain):\nia telah diangkat anak oleh penghulu;\n6.\n [Indonesia] menangkap dan membawa pergi:\nsemalam ia diangkat oleh polis;\n7.\n [kiasan] memuji (kerana hendak menyukakan hati):\npandailah kau ~ dia;\n~ bicara \n[Indonesia] mulai berpidato;\n \n~ hadas \nmenyucikan diri daripada hadas kecil atau hadas besar;\n \n~ suara \nmeninggikan suara;\n \n~ tabik \nmemberi hormat;\n \n~ wuduk \nmenyucikan diri dengan mengambil air sembahyang;\nmengangkat-angkat\n1.\n mengangkat berulang kali;\n2.\n [kiasan] meninggi-ninggikan, memuji-muji (untuk menyukakan hati):\njangan engkau suruh aku ~ orang;\nmengangkati\n berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat;\nmengangkatkan\n mengangkat untuk:\ntolong angkatkan saya peti itu sebentar;\n \n~ topinya akan memberi hormat;\n angkatan\n1.\n berat yang diangkat:\n~nya lebih daripada 200 paun;\n2.\n pasukan tentera (dengan alat kelengkapan), bala tentera:\n~ bersenjata Malaysia;\n3.\n pengiriman pasukan (tentera):\n~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai;\n4.\n [arkaik] = \npengangkatan, keangkatan\n pelantikan:\n~ beliau sebagai duta telah disahkan;\n5.\n [Indonesia] yang diangkat atau dilantik, lantikan (berkenaan (dengan) jawatan, pangkat):\njawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan;\n6.\n golongan orang yang mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dan sebagainya) yang sama:\nUsman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan 50 atau Asas 50;\n7.\n golongan orang yang sebaya, generasi:\n~ muda;\n8.\n[sastera lama] selengkap;\n \npakaian ~ \na) selengkap pakaian kebesaran;\n b) pakaian kebesaran;\n c) pakaian seragam;\n~ baru \ngenerasi baru (penganut aliran zaman baru);\n \n~ bersenjata \nkeseluruhan tentera sesebuah negara (yang terdiri daripada tentera darat, tentera laut, dan tentera udara);\n \n~ darat \ntentera darat;\n \n~ laut\n tentera laut, armada;\n \n~ muda \npara pemuda;\n \n~ perang \nbala tentera yang berperang atau sedia untuk berperang;\n \n~ raja (adiraja, diraja) \nkereta yang membawa jenazah raja;\n \n~ udara\n tentera udara;\nperangkat, perangkatan\n1.\n kelengkapan, perlengkapan, peralatan;\n \n~ adat \nalat perlengkapan adat;\n2.\n = \nkeangkatan\n [arkaik] keberangkatan;\nseperangkat\n,\n seperangkatan\n1.\n selengkap, sepemakai;\n2.\n [arkaik] segolongan;\npengangkatan\n perihal (perbuatan, cara, dan sebagainya) mengangkat (dengan berbagai-bagai erti);\npengangkat\n1.\n alat untuk mengangkat;\n2.\n orang yang mengangkat;\n3.\n orang yang suka memuji-muji." "angkatap\nangka atau kuantiti yang tetap nilaiannya (dalam rangkaian algebra), pemalar." "angkawan\n[arkaik] perangkawan." "angkel\n[Indonesia]\n1.\n wang yang diberikan kepada seseorang yang masuk serdadu (zaman kolonial);\n2.\n mengikat kontrak baru (sehabis kontrak lama)." "angker\n[Jawa]\n1.\n kelihatan menyeramkan kerana dipercayai berhantu (berkenaan (dengan) pokok besar, rumah besar, dan lain-lain);\n2.\n kelihatan menakuntukan (berkenaan (dengan) air muka seseorang)." "angket\n[Indonesia-Belanda] penyelidikan mengenai sesuatu yang menjadi kepentingan umum (biasanya dilakukan dengan surat pertanyaan)." "angkin\n[Cina] ikat pinggang perempuan yang dibuat daripada kain." "angkit\nangkit-angkit\n \nbelat ~ \nbelat atau bidai di muka rumah yang boleh digulung-gulung;\nmengangkit\n mengangkat (periuk dan lain-lain dari atas tungku dan lain-lain)." "angklung\nalat bunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh." "angkor\nbesi ~\n besi untuk memutarkan enjin motokar supaya berjalan (digunakan pada motokar zaman dulu)." "angkubah\nsesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dan sebagainya) yang tidak tetap (boleh berubah), variabel." "angkuh I\nmempunyai sifat atau watak suka meninggi diri, congkak, sombong, pongah, tinggi hati:\norang yang sombong dan ~;\n sifat ~;\nmengangkuhkan;\n \n~ diri \nmembuat diri kelihatan angkuh, menyombongkan diri, meninggi-ninggikan diri;\nkeangkuhan\n sikap yang angkuh, ketinggian hati, kecongkakan:\n~ golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat." "angkuh II\n[Minangkabau] rupa, serupa (dengan);\n \n~ terbawa, tampan tinggal\n (peribahasa) baik rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yang pesolek)." "angkuk\nbentuk kepala pada perahu kolek." "angkul-angkul\npengikat tali temberang yang berlubang dua." "angkung I\nsejenis permainan judi dengan kad." "angkung II\nkereta beroda dua yang ditarik orang." "angkup I\n= \nsepit ~ \npenyepit untuk memegang barang yang kecil-kecil;\nangkup-angkup I.\n [Indonesia] lidah-lidah penutup lubang pada pompa dan sebagainya, katup (pada pompa dan sebagainya);\n2.\n = \n~ besi\n sejenis penyepit;\nmengangkup\n memegang (menyepit) dengan angkup;\nterangkup-angkup\n terbuka tertutup berulang-ulang." "angkup II\nalat yang digunakan untuk mengukur garis pusat tembikar dan lain-lain;\n \n~\n \npokok\n angkup bersenggat yang digunakan untuk menentukan garis pusat balak atau pokok." "angkus, angkusa\nsejenis tongkat berkait untuk mengemudikan gajah, kusa (gajah)." "angkut I\nberangkut\n mengangkat dan membawa (berkali-kali):\nempat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis;\nmengangkut\n1.\n mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat):\nia menolong ibu bapanya ~ kayu api;\n2.\n membawa dari satu tempat ke tempat lain (berkenaan (dengan) kenderaan dan lain-lain), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dengan menggunakan alat pengangkutan:\nbeberapa buah lori ~ kayu balak\n \nmenuju kilang papan;\n petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yang berhampiran;\nangkutan\n barang yang diangkut:\nlori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak;\npengangkutan\n pembawaan (barang-barang dan lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain:\n~ barang-barang itu harus didahulukan;\n ~ awam \nsistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan;\npengangkut\n orang yang mengangkut, alat untuk mengangkut:\n~ barang." "angkut II\n~ besi\n = \nangkut-angkut\n sejenis tumbuhan (pokok), jelunut, mendarung gajah, \nSommersonia bartramia." "angkut-angkut\nsejenis lebah dalam famili Eumemidae\n." "anglap\n[Jawa] = \nmenganglap\n mencuri, tidak membayar hutang." "anglo\n[Indonesia], [Cina] dapur arang." "anglong I\n[Jawa] bercakap tidak keruan." "anglong II\n= anglung." "anglung\n[Cina] rumah peranginan, pavilion." "angon\n[Jawa];\nbocah ~ \nbudak gembala;\nmengangon\n menggembalakan;\nangonan\n binatang yang digembalakan." "angot\n[Jawa] sakit (kembali), sakit gila (mengacau dan sebagainya)." "angpau\n[Cina] wang dalam sampul kecil yang diberikan sebagai hadiah pada hari Tahun Baru Cina dan lain-lain." "angsa I\nsejenis itik besar, \nAnser spp.\n;\n ~ besar, Anser albifrons\n." "angsa II\n ~ laut \nsejenis burung\n, Sula leucogaster plotus." "angsal\n[Jawa] dapat, mendapat." "angsama\n[Melaka] barua." "angsana\nsejenis tumbuhan (pokok), \nPterocarpus indicus;\n \n= sena." "angsang\n[Jawa] insang." "angsoka\nsejenis tumbuhan (pokok yang berbunga), \nPavetta indica." "angun\n[Brunei];\nmengangun\n menjaga dan menunjuk ajar pengantin sehingga majlis perkahwinan selesai;\npengangun\n perempuan (biasanya golongan tua) yang mengajar selok-belok berumah tangga;\npengangunan\n tempat tidur pengantin." "angur\n[Jawa], [sastera lama] lebih baik \u2026 (daripada), biarlah, remaklah:\n~lah beta mati." "angut\nmengangut\n terkejap, terlelap, tidur sebentar, mengantuk." "anhu\n[Arab] [arkaik] daripadanya (lelaki):\nradhiallahu~ \ndiperkenankan Allah atasnya." "ani\nmengani\n memasang lungsin (pada alat tenun);\nanian\n bahagian daripada alat tenun (tempat dipasang lungsin)." "ani-ani\n[Jawa] pisau pemotong padi, tuai." "aniaya\nperbuatan yang menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan:\nraja yang berbuat ~ akan dibenci rakyat;\nmenganiaya, menganiayai\n melakukan aniaya, menindas, menyeksa:\napabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan daripada kadi;\nteraniaya\n telah dianiayai, diseksa, ditindas:\nfakir miskin tiadalah ~ di negeri itu;\n Allah tetap berada di pihak yang ~;\npenganiayaan\n perbuatan menganiayai, penyeksaan, penindasan:\ndalam perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga;\npenganiaya\n orang yang menganiayai, penyeksa, penindas." "animasi\n1.\n perbuatan (proses, hasil daripada) menjadikan sesuatu kelihatan hidup;\n2.\n seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yang kelihatan hidup;\nmenganimasikan\n menjadikan sesuatu gambar (kartun dan sebagainya) kelihatan bergerak atau hidup:\ngambar kartun yang dianimasikan;\n penganimasian\n perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan." "animis\nyang menganut atau berpegang pada animisme:\norang-orang ~ di pedalaman pulau Borneo." "animisme\nkepercayaan bahawa setiap benda (batu, kayu, dan lain-lain) mempunyai semangat (roh)." "animistik\nberkaitan dengan atau bersifat animisme." "animo\nhasrat, keinginan, perhatian:\nsangat kurang ~ untuk mendengar muzik klasik." "aning-aning\nsejenis penyengat besar." "anion\n(Kimia) ion bercas negatif." "anis\n[Indonesia] sejenis tumbuhan (herba), adas manis, adas cina, \nAnethum graveolens." "anja\n[Minangkabau];\nberanja-anja, teranja-anja\n manja;\n \nmasa kecil teranja-anja, sudah besar terbawa-bawa, lalu tua berubah tidak \n(peribahasa) apa yang biasa dikerjakan semasa kecil susah dapat diubah kalau sudah tua." "anjak\nberanjak\n \n1.\n (berpindah, beralih) sedikit dari sesuatu tempat, berengsot:\njangan ~ dari tempatmu;\n2.\n bergerak meninggalkan sesuatu tempat:\nketika subuh tiba barulah dia ~ dari beranda dan masuk ke kamarnya;\nmenganjak, menganjakkan\n menggerakkan sesuatu dari sesuatu tempat, mengengsotkan:\ndia ~ gelas itu ke tengah meja;\n dianjak layu, dianggur (dicabut) mati \n(peribahasa) tidak dapat diubah lagi (keputusan);\nanjakan\n hasil menganjak, engsotan;\n \n~ gaji \npergerakan gaji daripada tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi dalam Sistem Saraan Malaysia (berkenaan (dengan) pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);\npenganjakan\n perbuatan menganjak, pengengsotan;\npenganjak\n bahagian daripada suatu perkakas untuk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek." "anjal\nmudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut perubahan (harga, daya, dan lain-lain) kenyal, elastik:\npermintaan yang ~;\nmenganjal\n mempunyai keupayaan untuk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan:\nkatil spring ~ apabila kita tidur di atasnya;\n menganjalkan\n menyebabkan atau menjadikan menganjal:\ngerakan ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan;\nkeanjalan\n perihal anjal, kekenyalan, keelastikan;\nketakanjalan\n keadaan atau perihal tidak anjal:\n~ kadar faedah." "anjang I\n[kependekan] panjang." "anjang II\npanggilan kepada saudara dalam sesuatu keluarga." "anjang-anjang I\nsejenis ikan laut, \nPentapodus setosus." "anjang-anjang II\nsejenis ketam." "anjang-anjang III\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nElaeocarpus spp." "anjar\n[Arab] [arkaik] sauh, jangkar." "anjiman\n[sastera lama] kapal kompeni Inggeris yang belayar ke Asia Timur." "anjing\n1.\n sejenis binatang yang menyalak (ada yang dipelihara untuk menjaga rumah dan sebagainya dan ada yang liar);\n2.\n [kiasan] barua, tali barut, angsama, muncikari, jaruman, pinang muda:\ndia menjadi ~ musuh kerajaan;\n~ air \nmemberang, berang-berang, \nLutra spp\n.;\n \n~ ajak \n= \n~ geladak\n anjing yang tidak dipelihara;\n \n~ arau \nanjing belang putih hitam;\n \n~ hitam \nki orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kepada umum;\n \n~ hutan \nanjing liar yang hidup dalam hutan, \nCuon alpinus\n;\n \n~ koreng \nanjing yang bergaris-garis kuning dan hitam;\n \n~ kumbang \n= \n~ lotong \nanjing yang berwarna hitam;\n \n~ ladang\n anjing belang hitam dan kuning tua;\n \n~ laut\n sejenis mamalia laut, \nHalichoerus grypus\n;\n \n~ langsat\n anjing yang berwarna kuning langsat;\n \n~ nibung\n anjing yang berwarna kuning kecoklat-coklatan;\n \n~ pandan \nanjing yang berwarna merah;\n \n~ penghidu \nanjing yang dilatih khas untuk mengesan dadah, menjejaki penjenayah dan sebagainya;\n \n~ polis \nanjing yang terlatih untuk membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dan sebagainya;\n \n~ sabun \nanjing yang berwarna putih;\n \n~ serigala \nsejenis anjing liar yang hidup dalam hutan;\n \n~ sokom \nanjing yang berbintik-bintik hitam;\n \n~ tanah\n sejenis serangga, \nGryllotalpa vulgaris\n;\n \n~ tarikan\n sejenis anjing yang digunakan oleh orang Eskimo untuk menarik heretan mereka dan sebagainya;\n~ galak, babi berani \n(peribahasa) berani sama berani, kuat sama kuat;\n \n~ diberi makan nasi bilakan kenyang \n(peribahasa) sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat;\n \n~ ditepuk menjungkit ekor\n (peribahasa) orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong;\n \n~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang \n(peribahasa) orang yang tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman);\n \n~ itu meski dirantai dengan rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis \n(peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya;\n \n~ mengulangi bangkai\n (peribahasa) laki-laki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat dan lain-lain);\n \n~ menyalak bukit mahukah runtuh \n= \nbeberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh \n(peribahasa) bagaimanapun orang yang jahat mencela orang yang baik tidak akan ada akibatnya;\n \n~ tiada bercawat ekor\n (peribahasa) sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang;\n \nbagai ~ beranak enam \n(peribahasa) dikatakan kepada perempuan yang kurus sekali kerana melahirkan anak;\n \nbagai ~ melintang denai \n(peribahasa) seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya;\n \nbagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah \n(peribahasa) orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa;\n \nbagai ~ tersepit di pagar \n(peribahasa) seseorang yang dalam kesusahan serba salah halnya;\n \nbangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga \n(peribahasa) orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yang jahat;\n \nbagai disalak ~ bertuah \n(peribahasa) tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (berkenaan (dengan) anak-anak yang tidak dapat ditolak kehendaknya);\n \nmelepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) \n(peribahasa) menolong orang yang tidak tahu membalas budi;\n \nsebagai ~ terpanggang ekor \n(peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang mendapat kesusahan yang amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan;\n \nseperti ~ berebut tulang \n(peribahasa) dikatakan kepada orang tamak yang merebuntukan harta;\n \nseperti ~ berjumpa pasir \n(peribahasa) orang yang selalu ria hati kerana mendapat benda yang disukainya;\n \nseperti ~ beroleh bangkai \n(peribahasa) dikatakan kepada orang tamak yang mendapat sesuatu dengan mudahnya;\n \nseperti ~ dengan kucing\n (peribahasa) ibarat orang yang selalu berbantah;\n \nseperti ~ kedahuluan\n (peribahasa) [Minangkabau] seseorang yang didahului oleh orang yang lebih mulia (kaya) dalam hal meminang gadis dan lain-lain;\n \nseperti ~ kepala busuk\n (peribahasa) orang yang telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga;\n \nseperti ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam \n(peribahasa) orang yang melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan;\n \nseperti ~ menggonggong bangkai \n(peribahasa) dikatakan kepada orang laki-laki yang membawa perempuan jahat;\n \nseperti ~ menggonggong tulang \n(peribahasa) orang tamak yang hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yang habis;\n \numpama ~ makan muntahnya\n (peribahasa) orang yang tamak itu tidak membezakan yang baik dengan yang jahat." "anjing-anjing I\nbuah betis." "anjing-anjing II\n= \n~ perahu \nalat untuk menggulung layar pada perahu." "anjing-anjing III\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCynometra cauliflora." "anjing-anjing IV\n= \nburung ~ \n[Perak] burung pekaka, raja udang." "anjir\n[Arab] sejenis tumbuhan (pokok), \nFicus carica." "anju\n[Minangkabau]\n1.\n ancang-ancang, acu;\n2.\n maksud, tujuan;\nmenganju\n mengacu, memulai;\nanjur I." "anjung\nbahagian rumah yang ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah);\n \n~ peranginan\n anjung tempat mengambil angin;\nanjung-anjung, anjungan\n panggung yang tinggi di buritan perahu;\nberanjung, berperanjung\n mempunyai anjung:\nadalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung;\nmenganjung\n1. = menganjungkan\n memegang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi:\n~ layang-layang yang hendak dinaikkan\n;\n2. = menganjung-anjung, menganjung-anjungkan\n memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung:\nia orang yang suka dianjung;\n3.\n menuju (perahu dan lain-lain):\nperahu itu pun ~ ke tengah laut;\nmenganjungkan diri bagai sepasin \n(peribahasa) [Minangkabau] dikatakan kepada orang yang hina tetapi hendak melagakkan diri;\n \ntinggi dianjung, besar dilambuk \n(peribahasa) [Minangkabau] kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya;\nanjung-anjungan\n puji-pujian yang berlebih-lebih:\nia tak termakan oleh ~ itu." "anjur I\nmaju ke depan, tonjol;\n \n~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) \n(peribahasa) tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dengan maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh;\nberanjur\n mulai berjalan (melangkah dan lain-lain);\nmenganjur\n1.\n keluar ke hadapan dari bahagian yang utama, menjulur, menonjol (ke depan):\nbumbung hadapan rumah dibuat ~ ke hadapan;\n2.\n beranjur;\nmenganjuri\n mendahului (dalam sesuatu pekerjaan, usaha, dan lain-lain):\ndialah yang ~ rombongan tunjuk perasaan;\nmenganjurkan\n1.\n memajukan (menyorong, menghulur) ke depan:\njangan dianjurkan badan keluar tingkap;\n2.\n mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan:\npengerusi ~ supaya mogok makan;\n3.\n mengadakan:\n~ ceramah;\nteranjur\n [arkaik] terlanjur;\nanjuran\n1.\n sesuatu yang dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan:\n~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik;\n2.\n sesuatu (majlis dan sebagainya) yang diadakan oleh seseorang (persatuan dan sebagainya):\npesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan;\n penganjuran\n perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) menganjurkan:\nkita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu untuk generasi muda kita sekarang ini;\n ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak;\npenganjur\n1.\n orang yang mendahului sesuatu (berjalan dan lain-lain):\ndua orang pemuda berjalan di depan sebagai ~;\n2.\n orang yang menganjuri sesuatu usaha dan sebagainya (pemimpin, pemula, dan lain-lain):\n~ rakyat;\n3.\n orang yang mengadakan sesuatu majlis dan sebagainya, promoter:\n~ pertunjukan pentas." "anjur II\nganjur, hela, tarik;\nmenganjur\n mengganjur, menghela, menarik;\n \n~ diri \nmenarik diri;\n \n~ surut\n menarik kembali, memundurkan." "anoa\nsejenis kerbau hutan yang kecil (Sulawesi), \nBubalus depressicornis\n." "anod\n(Kimia) \n1.\n elektrod positif dalam sel elektrolisis atau tiub nyahcas;\n 2.\n bahagian hujung yang negatif pada sel atau bateri." "anofeles\n(Biologi) nyamuk tiruk." "anok\n[Kedah] sejenis alat yang dipasang pada kerbau untuk menarik padi." "anoksemia\n(Perubatan) kekurangan oksigen dalam darah." "anom\n[sastera lama] muda dan kacak:\nengkau aku ambil jadi warga dalam kerana sayang aku membunuh engkau ini kerana rupamu kedua bagus dan ~ tanpa tanding." "anomali\npenyimpangan daripada peraturan (jenis atau bentuk) yang biasa, ketakwajaran:\n ini membolehkan tribunal itu menyelesaikan ~ yang berbangkit berikutan dengan pelaksanaan SSB." "anomi\n(Antropologi) tiadanya nilai sosial atau moral pada diri seseorang, sesuatu kumpulan atau masyarakat." "anomia\n(Perubatan) kehilangan daya mengingati nama sesuatu objek yang dikenali." "anona\n[arkaik] \nnona II." "anonikia\n(Perubatan) ketiadaan kuku sejak lahir." "anonim\nnama samaran." "anorak\n(Eskimo) sejenis jaket kalis air yang mempunyai tudung kepala, biasanya dipakai untuk melindungi seseorang daripada hujan, kesejukan dan sebagainya." "anoreksia\n(Perubatan) kehilangan selera makan." "anorkisme\n(Perubatan) ketiadaan buah zakar (satu atau kedua-duanya sekali) sejak lahir." "anosmia\n(Perubatan) kehilangan deria bau." "anotasi\nnota yang ditambahkan pada teks (biasanya penulisan sastera) sebagai penerangan;\nberanotasi\n mempunyai anotasi:\nbeberapa teks yang ~;\n bibliografi ~;\n menganotasi\n membuat catatan tambahan kepada buku (teks, manuskrip dan sebagainya) untuk memberikan penjelasan atau keterangan lanjut;\npenganotasian\n perihal (perbuatan atau proses) menganotasi.\nAnsar\n [Arab] = \nkaum ~\n orang Madinah yang menyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dalam perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali." "ansur\nberansur, beransur-ansur\n \n1.\n sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dengan) berdikit-dikit:\nhutang itu dibayar ~;\n keberaniannya datang ~;\n dengan ~, guru menambah pengetahuan murid-murid;\n dengan berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib;\n2.\n sedikit demi sedikit bertukar kepada sesuatu keadaan, semakin:\ntenaganya ~ pulih;\n demamnya ~ kebah;\n hari ~ gelap;\n3.\n bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak):\nmereka mulai ~\n \ndari tempat itu;\n4.\n bergerak (berengsot dan sebagainya) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan:\nmereka ~ ke depan;\nmengansur\n1.\n melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit):\n~ hutang;\n ~ kerja;\n2.\n bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit:\nmereka ~ ke depan\n;\nmengansuri\n [arkaik] membayar (hutang dan lain-lain) dengan beransur-ansur;\nmengansurkan\n1.\n memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sebagai ansuran atau bayaran berdikit-dikit (untuk menyelesaikan hutang dan lain-lain);\n2.\n menyorongkan ke hadapan;\nansuran\n wang (bayaran) untuk menyelesaikan hutang dan lain-lain secara beransur-ansur, wang yang diansurkan:\nradio itu dibelinya dengan ~ RM30.00 sebulan;\npengansuran\n perbuatan mengansurkan (hutang dan lain-lain)." "anta I\n[sastera lama] sifat, keadaan;\n~-beranta \na) beraneka sifat (keadaan);\n b) awang-awang;\n \n~kesuma \na) berbunga-bunga (baju dan lain-lain);\n b) baju terbang." "anta II\n[Arab] kamu (merujuk kepada seorang lelaki)." "antaboga\n[arkaik] sejenis naga besar, hantu bumi." "antagonis\norang (pihak) yang kuat menentang orang (pihak) lain." "antagonisme\npertentangan antara dua pihak (orang, kumpulan, dan sebagainya)." "antagonistik\nmenentang (seseorang atau sesuatu pihak) dengan hebat:\nitu akan hanya mendapat reaksi negatif, ~ dan lebih buruk lagi." "antah I\nbutir-butir padi dalam beras atau nasi, gabah;\n~ berkumpul sama ~, beras bersama beras \n= \nbersisih ~ dengan beras\n (peribahasa) terasing orang miskin (hina) daripada orang kaya (mulia);\n \njanjian ~ tiada ceruh \n(peribahasa) nasib yang malang tidak akan baik, malang juga selamanya;\n \nlaksana ~ melukut (lemukut), lapar sangat baru berguna \n(peribahasa) barang sesuatu yang tidak berharga dan kurang baik berguna juga dalam masa kekurangan;\n \ntidak tahu ~ terkunyah \n(peribahasa) tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yang tidak patut." "antah II\nnegeri ~-berantah\n [sastera lama] negeri anu (negeri khayalan sahaja)." "antakesuma\nbaju ~ \nsl\n1.\n baju daripada cita berbunga-bunga;\n2.\n baju sakti." "antan\npenumbuk padi, alu;\n~ patah lesung hilang \n(peribahasa) tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan);\n \nbagai ~ pencungkil duri \n= \ncanggung seperti ~ dicungkilkan duri \n(peribahasa) melakukan pekerjaan yang sia-sia;\n \nbertelingkah ~ di lesung, ayam juga yang kenyang\n (peribahasa) berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yang beruntung;\n \nbertelingkah bagai ~ di\n \nlesung\n (peribahasa) orang yang sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya." "antap I\npadat, berat;\n \nmerentang ~ \nmencari jalan yang sependeknya;\nantep\n." "antap II\n[Minangkabau] tenang, diam, senyap;\nmengantapkan\n menenangkan, mendiamkan (anak menangis dan lain-lain):\nantapkanlah anakmu itu." "antar\n[bahasa percakapan] hantar." "antar-\n[Indonesia] \nawalan asing\n dalam lingkungan atau hubungan yang satu dengan yang lain, misalnya \nantarbenua \ndan \nantarkelompok,\n antara." "antar-antar\npenumbuk yang panjang (alu, antan, dan lain-lain);\n~ gobek\n anak gobek, pelantak gobek;\n \n~ senapang \npelantak." "antara\n1.\n sela, jarak (di tengah dua benda):\ndua pokok itu, ~nya\n \ntiga depa;\n2.\n berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dan sebagainya):\n~ pukul 3.00 dan 4.00 petang;\n ~ kuning dan hijau;\n ~ tidur dengan jaga;\n3.\n selang waktu, masa dari satu saat ke saat lain:\nsejam ~nya datanglah ia;\n4.\n di tengah-tengah kumpulan (golongan dan lain-lain):\npilih ~ dua ini;\n5.\n = \ndi ~ \ndalam ruang yang memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dan sebagainya):\n~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil;\n jarak ~ filem dan arca;\n6.\n yang melibatkan, berkaitan, dan sebagainya dengan:\nperhubungan ~ bahagian-bahagian;\n perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih;\n kerjasama ~ kita;\n perlanggaran ~ dua buah kereta;\n perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu;\n7.\n dalam lingkungan:\nkanak-kanak yang berumur ~ lima hingga sepuluh tahun;\n ~ satu hingga dua minggu;\n diajarkan ~ sepuluh hingga dua puluh nama benda;\n8.\n kepada setiap orang dan sebagainya, di kalangan:\nbarang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka;\n9.\n termasuk dalam sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dan sebagainya):\nitulah ~ beberapa perkara yang perlu dilaksanakan;\n \n10.\n sementara, dalam pada itu:\ningat ~ belum kena;\n11.\n tentang, dekat dengan, tidak jauh dr:\nselepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha;\n \n12.\n kira-kira, lebih kurang:\n~ sepuluh orang tertangkap kerana merompak;\n ~ lain \n= \n~nya \nsalah satu daripada (hal-hal dan lain-lain);\nberantara\n1.\n mempunyai antara (selang, sela):\nrumah ini ~ empat meter dengan rumah itu;\n2.\n tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta:\nperubahan itu dibuatnya dengan ~;\n tiada ~ lagi \ntidak berhenti-henti, terus-menerus;\n \ndekat tak tercapai, jauh tak ~\n (peribahasa) sesuatu yang dekat dengan kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya;\nmengantara\n menjadi orang tengah;\nmengantarai\n1.\n membuat antara, memisahkan:\nada suatu sungai yang ~ kedua-dua negeri itu;\n2.\n bertindak sebagai orang tengah, menjadi pengantara:\nia yang ~ perselisihan itu;\nperantaraan\n1.\n perihal mengantarai (bertindak sebagai orang tengah):\ndalam pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia diminta ~ dari negeri Siam;\n2.\n penghubung (antara dua orang dan lain-lain):\nsaya kirim surat ini dengan ~ kawan saya;\n3.\n = \ndengan ~\n dengan jalan, melalui:\nkursus itu diberikan dengan ~ radio;\n4.\n [arkaik] hubungan (pertalian, pergaulan):\n~ dengan majikannya sudah kurang baik;\npengantaraan\n tindakan mengantarai (menjadi orang tengah):\npergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dengan ~ Tok Penghulu;\npengantara, perantara\n orang tengah, penghubung (dalam perundingan dan lain-lain):\ndia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman." "antara muka\n(Komputer) bahagian (peranti, sambungan, dan lain-lain) yang menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dan lain-lain yang berlainan untuk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan;\n~ analog \nsambungan pada komputer yang boleh menerima peranti analog;\n \n~ bas \nlitar atau peranti yang berfungsi memadankan atau menyambungkan alat lain pada sistem bas;\n \n~ bersiri \nantara muka yang membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal;\n \n~ Centronics \nantara muka piawai untuk menyambungkan komputer dengan pencetak selari;\n \n~ digital \nsambungan yang membolehkan komputer menerima peranti digital;\n \n~ pengguna \npenentuan dan peraturan komputer yang membolehkan pengguna mudah berinteraksi dengan komputer;\npengantaramukaan\n proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung." "antarabangsa\n1.\n antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara:\nmenggalakkan persefahaman ~;\n perhubungan ~;\n perdagangan ~;\n2.\n berkenaan atau berkaitan dengan dua atau lebih negara atau warganegaranya:\nmahasiswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~;\n3.\n ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal untuk beberapa negara:\nmahkamah ~;\n undang-undang ~;\n4.\n dimiliki atau dikaitkan dengan pertubuhan dan sebagainya yang mempunyai ahli-ahli dalam dua atau lebih negara:\npertubuhan ~;\n pergerakan ~;\n5.\n boleh digunakan oleh semua negara:\nperairan ~;\n6.\n diterima oleh beberapa negara besar sebagai tinggi tarafnya:\nhotel ber taraf~;\nmengantarabangsakan\n menjadikan sesuatu (hak, isu, dan sebagainya) bersifat antarabangsa:\n ada pihak-pihak tertentu yang cuba ~ pergolakan politik negara itu\n;\nkeantarabangsaan\n keadaan sesuatu yang bersifat antarabangsa:\nsikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia;\npengantarabangsaan\n perbuatan (proses) mengantarabangsakan:\n wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pembangunan dan ~." "antarbenua\n[Indonesia] dalam hubungan antara satu benua dengan benua yang lain." "antardaerah\n[Indonesia] dalam hubungan antara satu daerah dengan daerah yang lain." "antari\nbaju ~ \nbaju panjang yang dipakai oleh orang naik haji." "antarkelompok\n[Indonesia] dalam hubungan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain." "antarnegara\n[Indonesia] dalam hubungan antara satu negara dengan negara yang lain, antarabangsa." "antarpulau\n[Indonesia] dalam lingkungan pulau-pulau." "Antartika\ndaerah Kutub Selatan." "antasid\n(Perubatan) bahan beralkali yang dapat melegakan keadaan asid yang berlebihan di dalam perut." "antat I\n[sastera lama] hantar;\nmengantat\n menghantar:\nYang Dipertuan pun menyuruh ~ sirih dengan perhiasan." "antat II\nsejenis tumbuhan (pokok), kenanga hutan, lidah-lidah, pacal kuning, \nAlangium ebenaceum." "anteken\n[arkaik] [Indonesia-Belanda] surat berdaftar." "antelas\nkain ~ \nsejenis sutera India yang berkilat (satin);\natlas II." "antelop\nbinatang berkaki dan bertanduk panjang yang seakan-akan rusa, dan boleh berlari pantas (terdapat di Afrika dan Asia)." "anten\n[Indonesia] ;\nmengantenkan\n mengahwinkan;\npengantin I." "antena\nalat untuk memancarkan atau menangkap gelombang radio, aerial." "antenatal\nsebelum bersalin, semasa mengandung:\n kehamilan yang tidak mendapat jagaan ~ yang lengkap." "anteng\n[Jawa] senang (hati), senyap." "antep\n[Jawa] berat, antap;\nmengantepi\n1.\n mempercayai, memegang teguh pada, sangat setia kepada;\n2.\n membiarkan, mendiamkan sahaja." "anter I\n(Biologi) bahagian stamen yang mengandungi debunga, cepu debunga." "anter II\n[Indonesia] hantar." "anterior\n(Biologi) \n1.\n terletak berhampiran dengan bahagian hadapan, atau di bahagian hadapan sesuatu struktur yang lain, pada tubuh:\nsesungut terletak di bahagian ~ lipas;\n2.\n terletak paling jauh dari batang utama (berkenaan (dengan) bahagian bunga atau daun)." "antero\nseantero\n seluruh, segenap:\n~ dunia." "anteseden\n1.\n sesuatu (peristiwa, keadaan dan sebagainya) yang berlaku atau wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dan sebagainya) yang lain, yang masing-masing berkaitan antara satu sama lain:\nsatu lagi ~ harga diri ialah pencapaian akademik;\n2.\n (Linguistik) kata, frasa, atau klausa yang dirujuk oleh kata ganti nama yang mengikutinya, misalnya \nShuhada \nialah anteseden bagi \ndia \ndalam ayat \nmeskipun Shuhada lulus peperiksaan itu, dia gagal mendapat tempat di universiti." "anti\n\u2013 \nawalan asing\n tidak menyetujui, melawan, membantahi, menentang, misalnya \nantikerajaan\n dan \nantisosial." "anti I\ntidak suka:\n jangan ~ pada pembangunan;\n tunjuk perasaan ~-Rusia." "anti II\n[Arab] kamu (merujuk kepada seorang perempuan):\nMunirah, ~ dengarlah dulu cakap ana ni." "antiagama\nmenentang agama." "antiaparteid\ndasar menentang (tidak menyokong) sistem politik di Afrika Selatan yang mengasingkan orang daripada berbagai-bagai kaum melalui undang-undang." "antibakteria\nbersifat menentang atau membasmi bakteria:\nminyak itu mempunyai kesan ~." "antibiotik\n(Perubatan) sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain seperti bakteria (digunakan dalam rawatan penyakit berjangkit pada manusia, binatang, dan tumbuhan)." "antibodi\n(Perubatan) sejenis bahan yang terbentuk dalam darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yang memudaratkan atau membahayakan tubuh." "antidadah\nmenentang segala kegiatan dan amalan yang berkaitan dengan najis dadah (seperti penghasilan, pengedaran, penggunaan dan lain-lain najis dadah):\npakar-pakar dan pejuang ~;\n kempen ~ \nusaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah." "antidepresan\n(Perubatan) yang digunakan untuk melegakan kemurungan." "antidiuretik\n(Perubatan) bahan yang menghalang pengeluaran air kencing." "antidot\n1.\n ubat penawar;\n2\n. sesuatu (usaha, tindakan, dan lain-lain) yang mengubah atau mengatasi sesuatu situasi yang kurang baik." "antiemetik\n(Perubatan) bahan yang mencegah muntah atau melegakan rasa loya." "antienzim\n(Biologi) bahan yang dapat merencatkan aktiviti sesuatu enzim." "antigen\n(Perubatan) bahan (protein) yang apabila disuntikkan ke dalam tubuh merangsangkan pengeluaran antibodi." "antih\nmengantih\n memintal benang;\npengantihan\n perbuatan mengantih, pemintalan benang." "antihero\nantiwira." "antihistamina\nubat yang digunakan untuk mengurangi atau mencegah kesan histamina, terutamanya dalam merawat alahan." "antijenayah\nmenentang kegiatan jenayah:\ngerakan ~ di Sabah." "antik\n1.\n berasal dari zaman dahulu atau lampau sebagai perbandingan dengan zaman moden:\nkedai itu menjual barang-barang ~\n;\n2.\n = \nbarang-barang\n \n~ \nbarang-barang seperti perabot atau hasil seni lain yang dihasilkan dalam zaman lampau yang dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya):\npenggemar ~;\nkeantikan\n sifat antik:\n~ perabot itu dapat dikesan daripada reka bentuknya." "antikarat\nmencegah atau mengelakkan berlakunya karat:\nminyak ini juga mempunyai kuasa melawan pemburukan dan mengandungi ciri-ciri khas ~." "antikerajaan\nmenentang (tidak menyokong) kerajaan:\nanasir-anasir ~." "antiketuk\nsejenis bahan yang ditambahkan kepada bahan api kenderaan bermotor untuk mencegah atau mengurangkan bunyi bising enjinnya." "antiklimaks\nkeadaan yang menjunam atau turun secara tiba-tiba kesannya (keistimewaannya dan lain-lain) daripada suatu keadaan atau aliran yang memuncak, penurunan yang berbeza sama sekali daripada aliran memuncak sebelumnya." "antikuiti\nbarang purba seperti bangunan, karya seni dan lain-lain." "antimalaria\nbahan yang dapat mencegah atau menyembuhkan demam malaria." "antimangkin\n(Kimia) bahan yang mengurangkan atau memusnahkan tindakan mangkin." "antimikosis\n(Perubatan) bahan yang dapat merencatkan pertumbuhan kulat yang menyebabkan penyakit." "antimoni\nsejenis unsur logam (pepejal putih) yang digunakan untuk membuat aloi dan semikonduktor." "antimoniamis, antimon\n[Indonesia] \nantimoni." "antimun\n[arkaik] \nmentimun I" "antinasional\nberkenaan (orang, pihak) yang menentang negara:\nbeliau membantah dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan memberikan gambaran bahawa beliau seorang ~." "anting\nbatu ~\na) batu (timah dan lain-lain) yang tergantung pada tali sebagai pemberat (pada jangka dan lain-lain);\n b) orang yang bergantung pada sisi perahu supaya jangan terbalik;\n \n~ neraca \n[Indonesia] batu timbang yang ringan-ringan;\nanting-anting\n1.\n subang yang bergantung-gantung;\n2.\n bandul (pada jam, alat penduga, dan lain-lain);\nmenganting\n bergantung berayun-ayun." "anting-anting\nburung ~\n sejenis burung, burung hamba kera, burung sawai, \nDissermurus paradiseus." "antinovel\n(Kesusasteraan) karya prosa yang menolak penggunaan unsur novel konvensional atau tradisional, terutamanya dari segi pembentukan plot." "antioksidan\nbahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan." "antipati\nrasa benci, rasa tidak suka:\nmenaruh ~ pada seseorang." "antipeluh\nbahan yang digunakan pada kulit untuk mengurangkan atau mencegah perpeluhan, terutamanya di bawah ketiak." "antipiretik\nubat yang dapat mengurangkan atau menyembuhkan demam." "antiplot\ntidak secocok atau bertentangan dengan plot:\nmalah drama mereka nampaknya seperti ~." "antipode\n[Indonesia]\n1.\n sebelah bumi yang berlawanan dengan tempat kita;\n2.\n [kiasan] lawan." "antirasisme\namalan atau dasar yang menentang rasisme dan menggalakkan toleransi kaum." "antireumatik\n(Perubatan) bahan yang dapat mencegah atau melegakan gejala reumatisme." "antisepsis\n(Perubatan) pemusnahan bakteria dan lain-lain (yang menyebabkan penyakit)." "antiseptik\nbahan kimia (seperti iodin, alkohol, asid borik, dan lain-lain) yang digunakan untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit (pada luka, alat perkakas pembedahan, dan lain-lain)." "antiserum\n(Perubatan) serum darah yang mengandungi antibodi melawan antigen tertentu, digunakan untuk merawat atau melindungi seseorang daripada sesuatu penyakit." "antisiklon\nkawasan yang tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di sekelilingnya sehingga menghasilkan keadaan cuaca yang tenang." "antisipasi\nperkiraan atau bayangan tentang hal-hal yang akan terjadi." "antisosial\n1.\n tidak suka bergaul dengan orang lain (masyarakat):\n mereka yang ~ akan hanya merenggangkan diri mereka daripada arus pembangunan masyarakat;\n2\n. bertentangan dengan atau berbahaya kepada peraturan atau adat (sesebuah masyarakat)." "antitesis\n1.\n sesuatu yang benar-benar berlawanan atau bertentangan;\n \nBoyle meragui segala sesuatu yang merupakan ~ kepada prinsip keyakinan dalam agama;\n2.\n penggunaan kata atau ungkapan seperti berjuang atau menyerah dalam frasa, ayat, dan lain-lain yang sama untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang." "antitoksin\n(Perubatan) sejenis zat dalam tubuh yang dapat melawan racun penyakit." "antivirus\nbersifat menentang atau membasmi virus:\nubat ~;\n perisian ~." "antiwira\n(Kesusasteraan) watak utama (wira) dalam sesebuah novel, cerita, filem, drama dan sebagainya yang tidak memiliki sifat yang lazimnya dikaitkan dengan seseorang wira, seperti keberanian dan kepimpinan." "antologi\nkumpulan karya prosa (seperti cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yang dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan seseorang pengarang, bunga rampai;\nmengantologikan\n menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya seperti cerpen untuk dijadikan sebagai antologi:\n karya-karya mereka telah pun diantologikan oleh penerbit untuk tatapan umum\n." "antonim\n(Linguistik) kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain, misalnya \ntinggi\n lawan \nrendah\n." "antonimi\n(Linguistik) hubungan antara antonim." "antraks\n(Perubatan) penyakit berjangkit akibat bakteria \nBacillus anthracis \nyang lazimnya menyerang haiwan ternakan yang seterusnya boleh menjangkitkan bakteria tersebut kepada manusia." "antrasit\nsejenis batu arang yang sangat keras, tidak mengeluarkan banyak api atau asap apabila dibakar tetapi menghasilkan haba yang sangat panas." "antre\n antri\n [Indonesia], [bahasa percakapan] berdiri berderet-deret." "antropogeni\nkajian tentang asal usul manusia." "antropoid\n1.\n menyerupai bentuk manusia (berkenaan (dengan) cimpanzi, monyet dan sebagainya);\n2.\n makhluk yang berbentuk seakan-akan manusia, misalnya gorila atau cimpanzi." "antropologi\npengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta kepercayaannya), kaji manusia." "antropomorfisme\n1.\n kepercayaan bahawa Tuhan bersifat sama seperti manusia (dari segi rupa bentuk, perasaan, atau kelakuan);\n 2.\n kepercayaan bahawa sesuatu haiwan atau objek mempunyai perasaan, sama seperti manusia." "antroposentrisme\npandangan yang menganggap manusia sebagai faktor yang paling penting dalam alam semesta." "antui\n= \n~ hitam \n= \n~ kuning\n = \n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDrepananthus pruniferus." "antukar\nsejenis burung, \nRallina fasciata (Rallus striatus gularis)." "antul\nmengantul\n melambung kembali, melenting, memantul, mengambul, menganjal." "antun\n[sastera lama] anggun, kacak;\n \norang ~ \npesolek;\nberantun\n berhias, bersolek:\nsedikit bekerja, banyak ~." "antung-antung\nsejenis bakul tergantung (tempat menaruh barang)." "antup\n[Jawa] sengat;\nmengantup\n menyengat." "antus\nantusan\n [arkaik] [sastera lama] utusan." "anu\n1.\n (orang, benda, dan lain-lain) yang tidak disebut namanya (dengan disengajakan, kerana terlupa, dan sebagainya):\nsi ~ nak datang;\n dengan hajat ~;\n2.\n (Matematik) kuantiti tertentu yang belum diketahui nilainya." "anugerah\npemberian berupa hadiah dan sebagainya yang tinggi dan besar nilainya (daripada Allah, pemerintah atau negara, dan lain-lain), kurniaan:\nmendapat ~ Allah;\n A~ Sastera Negara;\nmenganugerahi\n memberi anugerah kepada seseorang, mengurniai:\nAllah ~nya seorang anak lelaki;\nmenganugerahkan\n memberikan sesuatu sebagai anugerah, mengurniakan:\nKe bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kepada beliau;\nanugerahan\n sesuatu yang dianugerahkan;\npenganugerahan\n pemberian anugerah:\nbeliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yang lain." "anugeraha\n[arkaik] \nanugerah." "anuiti\n(Ekonomi) pembayaran wang kepada seseorang pemegang kuasa dengan jumlah dan jarak waktu tertentu;\n~ biasa \nanuiti yang dibayar atau diterima pada penghujung setiap tempoh tertentu;\n \n~ hayat \nanuiti yang dibayar kepada pewaris sepanjang hidupnya dan akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia;\n \n~ sampai tempoh \nanuiti yang dibayar atau diterima pada awal setiap tempoh tertentu." "anulus\nruang, bahagian dan sebagainya yang berbentuk seperti cincin." "anum\n[Jawa] [sastera lama] muda." "anumerta\ngelaran (pangkat dan sebagainya) yang diberikan sesudah seseorang meninggal dunia." "anur\nandur." "anuresis\n(Perubatan) keadaan tidak dapat kencing walaupun air kencing telah dihasilkan oleh buah pinggang dan tersimpan di dalam pundi kencing." "anuria\n(Perubatan) kegagalan menghasilkan air kencing, yang biasanya berpunca daripada kerosakan buah pinggang." "anut\nmenganut, menganuti\n menerima sesuatu ajaran (aliran, fahaman, dan sebagainya) sebagai pegangan yang teguh, mengikut, menurut, memeluk (agama):\nada daripada perbuatan-perbuatan kita telah pun menjadi adat resam yang kita anuti sejak lama;\n ~ agama Islam;\n beliau ~ fahaman realisme sosialis;\nanutan\n keyakinan yang dianut, ikutan, turutan:\nagama Islam telah lama menjadi ~ penduduk-penduduk di negara itu;\npenganutan\n perihal (perbuatan) menganuti:\nbidang kita ialah menumpukan perhatian kepada ~ agama sebagai fenomena sosial;\npenganut\n pengikut (ajaran, aliran), pemeluk (agama)." "anyal\n[Jawa] ngeran, sebal." "anyam\ncorak anyaman;\n jenis-jenisnya:\n~ kudai \n= \n~ selang dua, ~ gila, ~ pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar;\nmenganyam\n1.\n menjalin silang-menyilang (untuk membuat tikar, bakul, dan lain-lain):\n~ bakul;\n ~ ketupat;\n ~ tikar;\n2.\n menjalin atau memintal (rambut), mendandan:\n~ rambut;\nanyam-menganyam\n pekerjaan menganyam;\nanyaman\n1.\n hasil menganyam, barang yang dianyam;\n2.\n kerja menganyam;\npenganyam\n orang yang kerjanya menganyam." "anyang I\n[sastera lama]\n1.\n makanan daripada daging (kerang dan lain-lain) mentah yang dibubuhi rempah-rempah dan dimakan mentah-mentah;\n2.\n buah-buahan mentah dengan cabai dan garam;\nmenganyang\n membuat anyang." "anyang II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nElaeocarpus grandiflora." "anyar\n[Jawa] [arkaik] baru." "anyel\nanyal." "anyelir\n[Indonesia-Belanda] bunga teluki." "anyih\nonyah-~\nonyah." "anyur\nbuah ~ \nbahagian daripada kepala gajah di bawah rahang bawah yang menyerupai bola." "aorta\n(Biologi) saluran besar dalam sistem salur nadi yang menyalurkan darah dari bilik jantung sebelah kiri ke salur nadi seluruh anggota dan organ-organ (kecuali paru-paru), salur nadi agung." "aortitis\n(Perubatan) radang aorta." "apa\n1.\n kata untuk menanyakan nama (jenis, sifat, dan lain-lain) sesuatu:\n~ yang kaubeli tadi?\n2.\n pengganti sesuatu yang kurang tentu (kurang terang):\ntidak terdengar ~ yang kaucakapkan;\n3.\n = \n~lah \nkata untuk menghaluskan suruhan:\n belikan ~ saya sebungkus rokok;\n4.\n = \n~kah \nkata untuk menanyakan sesuatu (bukan manusia):\n~ kereta itu rosak? \n5.\n atau:\nya\n \n~ tidak;\n~ akal\n bagaimana akal, apa yang harus dibuat;\n \n~ boleh buat \napa yang hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi;\n \n~ daya \ntidak ada kuasa lagi;\n \n~ khabar \na) bagaimana keadaanmu;\n b) ada khabar barukah;\n \n~ lacur\n [Indonesia] ya bagaimana lagi (apa boleh buat);\n \n~ macam \napa khabar;\n \n~ pasal\n apa sebab;\n \n~ sahaja \n= \n~ saja \n= \nbarang ~ \n= \nsegala ~\n tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu;\n \n~ tidaknya \nmemang ya;\n \n~ ubahnya \nserupa;\n \nkena ~ \na) apa yang dialami atau dideritai;\n b) mengapa, kenapa;\napatah\n lebih-lebih lagi, apalagi:\nsaya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yang miskin itu;\napa-apa\n1.\n barang apa, segala apa, segala sesuatu:\ntidak memberikan ~ perhatian;\n2.\n sesuatu:\n ada ~ yang ingin kamu tahu lebih lanjut\n \nmengenai pelajaran hari ini?\nberapa\n kata yang menanyakan banyaknya;\nmengapa\n1.\n apa sebab, kena apa:\n~ kamu berhati dengki?\n 2.\n apa yang diperbuat:\n~ kamu di dalam bilik itu?\nmengapai, mengapa-apai\n melakukan sesuatu terhadap:\ndiapainya maka ia menangis?\nmengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan\n1.\n melakukan apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan:\ntetapi hendak diapakan, emak sayang padanya;\n2.\n melakukan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap:\nakan kutuntut bela kepada raja yang mempengapakan suamiku;\n dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya sekiranya adiknya tidak dijumpai." "apa-apa\nsejenis tumbuhan (pokok seperti pokok durian), \nNeesia spp." "apabila\nsemasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala:\n~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan;\n dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yang semakin tenat." "apai\ngapai." "apakala\n[sastera lama] apabila, bilamana, ketika." "apalagi\nlebih-lebih (lagi), terlebih-lebih pula, tambahan pula, apatah lagi:\ndengan kereta saja ia sudah mabuk, ~ dengan kapal terbang." "apam\nsejenis penganan yang biasanya dibuat daripada tepung beras yang dicampurkan dengan ibu roti dan dikukus;\n~ balik \nsejenis apam yang dibakar dan ditaburi kacang, gula, dan sebagainya di atasnya dan dilipat dua;\n \n~ dewa \n= \n~ lenggang \napam yang dibakar dengan melenggangkannya dalam sejenis belanga;\n \n~ Malaysia\n sejenis apam yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dan sebagainya dan dikukus;\n \n~ mangkuk \nsejenis apam yang dikukus dalam mangkuk-mangkuk kecil;\n \n~ manis \nsejenis apam yang berwarna-warni yang dibuat daripada campuran tepung beras, aiskrim soda, dan sebagainya dan dikukus;\nmengapam\n1.\n memasak apam;\n2.\n menyerupai apam." "apar\n[Minangkabau] tempat tukang besi bekerja, dapur tukang besi;\n \nkampung ~ \nkampung pandai besi." "aparteid\ndasar membezakan warna kulit (biasanya antara kulit putih dengan kulit hitam), dasar diskriminasi terhadap orang berkulit hitam (di Afrika Selatan)." "apartmen\npangsapuri." "apas I\n[sastera lama] anggun, kocak, tampan." "apas II\n[Jakarta] sial, celaka." "apatetik\nbersikap tidak ambil peduli (acuh tak acuh, endah tak endah, dan sebagainya)." "apati\nsikap tidak menaruh minat atau sikap tidak endah terhadap sesuatu yang wajar diberi perhatian." "APEC\nakronim bagi \nAsia Pacific Economic Cooperatio\nn (Kerjasama Ekonominomi Asia Pasifik)." "apeh\napek." "apek\n[Cina] panggilan kepada lelaki (agak tua) berbangsa Cina." "apeks\nbahagian puncak atau hujung sesuatu yang tirus:\n~ paru-paru;\n ~ daun." "apel\n[Indonesia-Belanda] minta banding." "apendektomi\npembuangan apendiks secara pembedahan." "apendiks\n(Biologi) umbai usus yang terdapat di persimpangan usus kecil dengan usus besar dan terletak di sebelah kanan abdomen." "apendisitis\n(Perubatan) radang apendiks yang ditandai rasa sakit di abdomen dan disertai rasa loya, muntah, dan demam." "aperitif\nminuman beralkohol, terutamanya wain, yang diminum sebelum makan untuk membuka selera." "apertur\nbukaan yang mengawal banyaknya cahaya yang masuk ke dalam kamera." "apes\napas II." "api\n1.\n nyalaan daripada sesuatu yang dibakar atau yang terbakar:\n~ kebakaran itu kelihatan menjulang-julang;\n2.\n kepanasan (haba) yang digunakan untuk memasak terutama daripada penunu dapur yang dinyalakan:\nletakkan kuali di atas ~;\n3.\n kebakaran (biasanya diucapkan dalam keadaan cemas):\n ~! ~! Hamid berteriak! \n4.\n [bahasa percakapan] elektrik:\nbil ~;\n5.\n [bahasa percakapan] mancis api atau pemetik api (untuk menyalakan rokok, cerut, paip, dan sebagainya);\n6.\n [kiasan] sesuatu perasaan (seperti marah, suka, rindu, cinta, dan sebagainya), semangat atau harapan yang meluap-luap di dalam hati (fikiran):\n~ percintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya;\n meniupkan ~ perjuangan;\n ~ perkauman;\n \n~ lancip \n[Indonesia] api yang lebih panas daripada api biasa;\n~ luka \n[Indonesia] demam kerana luka;\n \n~\n \nneraka \napi seksaan dalam neraka;\n~ itu pada tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan \n(peribahasa) kejahatan yang kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum berbahaya;\n \n~ kecil baik padam \n(peribahasa) kejahatan itu harus diperangi semasa kecil;\n \n~ padam puntung berasap \n(peribahasa) perkara yang telah selesai tetapi timbul kembali;\n \n~ padam puntung hanyut \n(peribahasa) [Minangkabau] perkara yang sudah putus tidak ada sambungannya lagi;\n \nbagai ~ dengan asap \n(peribahasa) tidak dapat dipisahkan;\n \nbagai rabuk dengan ~, asal berdekat menyalalah ia \n(peribahasa) dikatakan kepada dua orang yang sentiasa berbantahan;\n \nbermain ~ latur (letup) \n(peribahasa) barang siapa yang melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak;\n \nbersuluh menjemput (minta) ~\n (peribahasa) bertanyakan sesuatu yang diketahui;\n \ndi mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar \n(peribahasa) setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya;\n \ndi mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal\n (peribahasa) di mana kita mati, di situlah dikuburkan;\n \nkalau tak ada ~, masakan ada asap \n(peribahasa) tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal;\n \nmeletakkan ~ di bumbungan \n(peribahasa) sengaja mencari bahaya;\n \nseperti ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi \n(peribahasa) suatu marabahaya yang berlaku pada orang yang lemah, tidak berdaya menolaknya;\n \nseperti ~ makan (dalam) sekam \n(peribahasa) sesuatu yang berlaku dengan diam-diam;\n \nseperti meniup ~ di atas air \n(peribahasa) melakukan pekerjaan yang hampir tidak memberi harapan akan berhasil;\n \nseperti rabuk dengan ~ \n(peribahasa) dua orang yang bertujuan sama dalam suatu perkara hanya menanti peluang yang baik saja lagi untuk dikerjakan;\n \nsudah ke tengah makan ~ \n(peribahasa) [Minangkabau] suatu perselisihan yang susah didamaikan;\napi-api\n1.\n = \nanak ~ \n= \nbatang ~ \nmancis;\n2.\n tali api;\nberapi\n1.\n mengandungi api, mengeluarkan api:\npuntung rokoknya masih ~;\n gunung ~;\n2.\n [kiasan] menjadi semakin meluap-luap (berkenaan (dengan) kemarahan, semangat, dan sebagainya):\nkemarahannya tambah ~;\n bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ \n(peribahasa) perempuan yang ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan;\nberapi-api\n1.\n merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang:\nmatanya ~, hilang pertimbangan dari hatinya;\n2.\n (dengan) berkobar-kobar, (dengan) bersemangat:\nsaya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan;\n3.\n marah sekali:\ncikgu ~ di sekolah tadi;\nmengapi\n menjadi seperti api atau menyerupai api;\nmengapikan, mengapi-apikan\n menghasut (hasut):\nmereka ~ Hindun supaya melawan ibunya;\nmemperapikan\n memanggang;\nperapian\n tempat menyalakan api untuk memanaskan ruang, bilik dan sebagainya, pendiangan;\npengapi\n orang yang mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut." "api-api I\nsejenis serangga, kunang-kunang." "api-api II\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Verbenaceae yang banyak terdapat di hutan paya bakau, \nAvicennia spp.;\n ~ bulu, Avicennia lanata;\n ~ ludat, Avicennia officianlis;\n ~ jambu, Avicennia marina;\n ~ putih, Avicennia alba." "apiari\ntempat memelihara dan membiakkan lebah." "apik\nrapi dan bersih serta sangat baik:\npekerjaannya ~ sekali." "apikultur\npemeliharaan dan pembiakkan lebah." "apilan\n[sastera lama] papan tebal yang digunakan seperti perisai pada meriam (dalam kapal)." "aping\n(Sunda) apit;\nmengaping\n mengapit." "apion\n[arkaik] gasing." "apit\n1.\n berada di antara dua benda (orang dan lain-lain), tercepit, terhimpit;\n2. = apitan\n perkakas untuk menyepit (menghimpit);\n3. = pengapit\n orang yang mengiring raja, ajutan, barang yang di kiri kanan sesuatu;\n~ cina \na) rotan untuk menyepit jari murid yang nakal;\n b) barang yang dihimpit atau disepit;\n \n~ kanan (kiri) \npemain (dalam permainan sepak takraw) dalam barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri);\n \n~ khutbah \nhari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yang jatuh pada hari Jumaat dan dengan ini khutbah dibaca dua kali pada hari tersebut;\n \n~ lempang \na) papan yang di atas lunas (pada perahu);\n b) pengiring raja, ajutan;\n \n~ tempang\n papan yang menutup rangka perahu, badan perahu;\napit-apit\n perangkap tikus (harimau dan lain-lain);\nberapit\n1.\n berada di antara dua benda (orang dan lain-lain);\n \nduduk ~ \nduduk di antara dua orang;\n2.\n berdekatan, berhimpit, bersanding;\n \nbintang ~\n dua bintang yang berdekatan letaknya;\nmengapit\n1.\n menyepit, menghimpit, menindih;\n \n~ minyak \nmemerah minyak;\n2.\n menempatkan di antara dua benda (orang dan lain-lain), mengiringi di kiri kanan:\nsemasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh dua orang polis;\n diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali\n (peribahasa) perempuan yang tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula diceraikan;\nmemperapitkan\n merapatkan, menghimpitkan;\napitan\n1.\n perkakas untuk menghimpit (mengempa, menyepit):\n~ minyak;\n ~ tebu;\n2.\n (Linguistik) awalan dan akhiran yang diberi serentak pada sesuatu kata (mis ke \u2026 an, pe \u2026 an, dan lain-lain);\npengapitan\n perihal mengapit;\npengapit\n1.\n perkakas untuk mengapit;\n2.\n picitan (dengan jari);\n3.\n orang di kiri kanan pengantin;\n4.\n pembantu, ajutan, apit." "apit-apit I\nsejenis lebah." "apit-apit II\n=\n \nburung ~ \nsejenis burung pipit, ciak tanah, laki padi, lancar-lancar, seri lancar, ciak (pipit) padang, \nAnthus novaeseelandiae malayensis." "apkir\n[Indonesia-Belanda] tidak dapat dipakai, ditolak, ditampik;\nmengapkir\n menolak, menampik;\napkiran\n barang yang tidak dipakai, tampikan." "aplikasi\nkegunaan (pada praktiknya);\nmengaplikasikan\n menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pada amalan:\nmereka mengetahui beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dalam sesi yang baru dimulainya;\npengaplikasian\n perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu." "aplus I\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] bergilir (orang berkawal, bertugas, dan lain-lain);\nmengaplus\n mengganti (pengawal dan lain-lain)." "aplus II\n[Indonesia-Belanda] tepuk tangan (tanda setuju dan lain-lain)." "apnea\n(Perubatan) keadaan terhentinya pernafasan beberapa ketika." "apodia\n(Perubatan) kecacatan sejak lahir yang dicirikan dengan ketiadaan kaki (sebelah atau kedua-duanya sekali)." "apogi\ntitik dalam orbit bulan atau satelit, ketika bulan atau satelit berada paling jauh dari bumi." "apoi\nsejenis tumbuhan (pokok), bedanan jantan, jolok hantu, mempenai bukit, \nArthrophyllum ovalifolium." "apokope\n(Linguistik) pengguguran bunyi atau huruf, sama ada satu atau lebih di hujung kata. \napolog\n cerita dongeng yang mengandungi unsur pengajaran, yang wataknya terdiri daripada haiwan atau objek yang beraksi sebagai manusia." "apologetik\nbersifat menyesali sesuatu perbuatan yang telah terlanjur:\nnada suaranya yang ~ itu mungkin menunjukkan dia telah menyedari kesilapannya itu." "apologia\nhujah seseorang untuk membela atau mempertahankan pendapat atau tindakannya tentang sesuatu perkara." "apologis\norang yang mempertahankan sesuatu (pendapat, kepercayaan, tindakan dan sebagainya) dengan hujah." "apopleksi\n(Perubatan) penyakit yang menyebabkan seseorang jatuh pengsan kerana kerosakan pada salah satu pembuluh darahnya di bahagian otak." "aposisi\n(Linguistik) kata atau frasa yang menjelaskan kata atau frasa yang mendahuluinya, misalnya \nFadzli\n dalam frasa \nkawannya, Fadzli,\natau\n Bapa Kemerdekaan \ndalam frasa\n Tunku Abd Rahman, Bapa Kemerdekaan, ." "apotek\n[Indonesia-Belanda] rumah ubat, kedai ubat." "apoteker\n[Indonesia-Belanda] ahli ubat." "apraksia\n(Perubatan) ketidakupayaan mengkoordinasi pergerakan akibat kecederaan otak." "apresiasi\n1.\n penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dan lain-lain seseorang atau sesuatu pihak);\n2.\n pengiktirafan serta penghayatan nilai dan lain-lain (sesuatu karya) sastera atau seni:\nkegiatan ~ sastera seperti deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota;\n ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah;\nmengapresiasi\n1.\n memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dan lain-lain), menghargai;\n2.\n mengiktiraf dan menghayati nilai dan lain-lain sesuatu karya sastera atau seni:\npengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan menikmatinya dengan lebih bermakna dan berkesan." "APRI\nakronim bagi Angkatan Perang Republik Indonesia." "aprikot\n1.\n = \nbuah ~\n buah sejenis pokok yang isinya berwarna oren kekuning-kuningan seperti buah pic;\n \npokok ~\n pokok yang menghasilkan buah aprikot, \nPrunus armeniaca;\n2.\n warna oren kekuning-kuningan." "April\nbulan keempat dalam Tahun Masihi yang mengandungi 30 hari." "aprit\naprit-apritan\n [Jakarta] berlari tunggang-langgang;\nabrit." "apron I\nkain yang dipakai, biasanya oleh tukang masak, untuk menutupi bahagian depan pakaian supaya tidak menjadi kotor." "apron II\nkawasan berpermukaan keras di terminal yang khusus untuk meletakkan pesawat udara dan kegunaan memunggah dan memuatkan barang." "aptitud\nkemahiran atau kebolehan semula jadi seseorang, bakat:\nujian ~." "apum\napam." "apung\n1.\n terkatung, tidak tenggelam di air;\n \nbatu ~ \nbatu yang tidak tenggelam (sangat ringan);\n2. = apung-apung\n segala yang terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dan lain-lain);\n \n~ buih\n timbul tenggelam;\n \nlaksana ~ dipermainkan ombak \n(peribahasa) peri kesusahan anak dagang yang miskin di rantau orang;\nberapung, berapung-apung\n1.\n bermain-main di atas air (dengan perahu dan lain-lain);\n2. = terapung-apung\n;\nberapungan\n terkatung-katung dengan banyak, berserak di atas permukaan air:\nnampak banyak kayu ~;\nmengapung\n1.\n timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air (tidak tenggelam):\nsesudah beberapa hari hilang, mayat orang yang tenggelam itu ~ pula;\n2.\n melayang ke atas, terbang ke udara:\nketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara;\nmengapungkan\n membuat supaya mengapung di permukaan air atau udara:\nanak itu ~ mainannya di atas air;\nterapung\n tidak tenggelam;\nterapung-apung\n terkatung-katung:\ndarah yang ~ di atas air;\n~ tak hanyut, terendam tak basah \n(peribahasa) tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara);\n \n~ sama hanyut, terendam sama basah \n(peribahasa) kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung;\n \nasal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam \n(peribahasa) kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka;" "apungan\n1.\n sesuatu yang berapung atau terapung-apung:\nyang ada hanya ~ ais yang sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan;\n2.\n (Ekonomi) situasi yang membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertukaran wang tanpa campur tangan daripada kerajaan:\nkecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan untuk ~ lebih bebas;\n keapungan\n keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung;\npengapungan\n proses (perbuatan, usaha dan sebagainya) mengapung atau mengapungkan:\n~ bangkai kapal yang tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yang besar\n." "apuran\n[Jakarta] longkang (parit) untuk membuang air kotor." "apus\nbuluh ~ \nsejenis tumbuhan (buluh), aur kuning, \nBambusa aspera." "aqidah\nakidah." "aqiqah\nakikah." "Ar\nsimbol kimia bagi argon." "ar-rahn\nkonsep perbankan Islam yang merujuk kepada kaedah pembiayaan yang melibatkan penyerahan aset sebagai cagaran sesuatu hutang." "ara\n1.\n sejenis tumbuhan (yang termasuk jenis fikus):\n~ akar, ~ batu,~ buluh, dan lain-lain;\n2.\n sejenis tumbuhan (bukan jenis fikus);\n \n~ batu \ndandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, \nAgeratum conyzoides;\n ~ bukit \npokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, \nPimeleodendron griffithianum;\n ~ lumut \nakar kami;\n gurah peria(t), tukul takal, \nCroton caudatum;\n ~ songsang \nnyarang songsang, \nAchyranthus aspera;\nbagai menanti ~ hanyut \n(peribahasa) menanti sesuatu yang mungkin datang tetapi lambat, ataupun yang tidak datang-datang;\n \nmenanti ~ tidak bergetah \n(peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat;\n \npinjam (hutang) kayu ~ \n(peribahasa) jikalau meminjamkan wang kepada orang besar jangan diharap akan kembali;\n \ntinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki \n(peribahasa) melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pada perasaan." "Arab\n1.\n bangsa yang berasal dari semenanjung besar barat daya Asia;\n2.\n bahasa yang dituturkan oleh bangsa ini, yang merupakan bahasa al-Quran;\nmengarabkan\n menjadikan atau menyebabkan seseorang atau sesuatu mengikut atau bertukar kepada ciri (nilai, pengaruh dan sebagainya) Arab:\nkita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu;\nkearaban\n (yang) memperlihatkan ciri (pengaruh dan lain-lain) Arab:\nsyair dagang, syair Burung Pingai, dan lain-lain mempunyai isi yang ~." "arabes\n1.\n corak hiasan pada catan, ukiran kayu dan sebagainya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yang disusun dengan garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat;\n2.\n kedudukan penari balet yang berdiri di atas sebelah kaki sementara kaki yang sebelah lagi terangkat lurus mengufuk ke belakang dan kedua-dua belah tangannya lurus menganjur ke depan." "aragonit\n(Kimia) kalsium karbonat semula jadi." "arah\n1.\n hala, jurusan:\nia mencari ~ datangnya suara itu;\n2.\n maksud, tujuan:\nbercakap tidak tentu ~;\n ~ aliran \narah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun);\n \n~ ke\n = \nke ~\n hala ke, menuju ke, menghadap ke;\nsearah\n sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan;\narah-arah\n [Minangkabau] serupa, hampir sama;\nberarah\n mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan:\n~ ke selatan;\nmengarah\n1.\n menghadap ke sesuatu arah, menghala:\npintu kota itu ~ ke sebelah barat;\n2.\n membawa kita ke sesuatu arah (berkenaan (dengan) jalan, jambatan, dan sebagainya), pergi ke sesuatu arah (berkenaan (dengan) orang, kenderaan, dan sebagainya), menuju:\nsebuah jambatan ~ ke Banting;\n berjalan ~ ke Kajang;\n3.\n memberi tekanan pada sesuatu hal, berat, condong:\nperbincangan mereka ~ kepada hal yang lebih berat seperti masalah kemiskinan orang-orang Melayu;\n4.\n mengepalai, mengetuai:\n~ peperangan melawan pengganas komunis;\n5.\n mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni seperti drama (filem dan sebagainya):\nbeliau telah ~ beberapa buah filem Melayu;\n6.\n menyuruh kenderaan dan sebagainya mengikut sesuatu jalan (berkenaan (dengan) polis lalu lintas dan sebagainya):\npolis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup;\nmengarah-arahi\n1.\n menyamai, menyerupai:\nrupanya ~ ayahnya;\n2.\n mengecamkan, menandai (melihat untuk mengenal):\n~ rupa orang;\nmengarahkan\n1.\n menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan:\nperempuan itu ~ pandangannya pada anaknya;\n2. = mengarah-arahkan\n [arkaik] memaksudkan, memperamat-amati benar:\n~ keuntungan saja;\n3.\n memberi petunjuk, memberi perintah:\npolis diarahkan bersikap sopan;\nterarah\n1.\n terhala, tertuju, dimaksudkan:\nkata-katanya itu ~ kepada lawannya;\n2\n. telah ditentukan arahnya (tujuannya):\nperancangan dan perkembangan yang ~;\narahan\n1.\n pimpinan, pengawasan:\nfilem ~ pengarah Hussain Haniff;\n2.\n petunjuk, perintah:\nduta itu berkata, ~ mengenai\n \nperkara ini sedang ditunggu dari Kaherah;\n \n~ bank \n(Ekonomi) arahan pelanggan kepada bank untuk membuat pembayaran bagi pihaknya kepada bank lain;\n3.\n [arkaik] orang yang menjadi pembantu;\npengarahan\n1.\n perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan:\n~ peluru berpandu;\n2.\n perihal mengarah (memberi tekanan pada sesuatu, condong terhadap sesuatu, dan sebagainya):\n~ kepada sesuatu sumber itu bergantung pada sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial;\npengarah\n1.\n orang yang kerjanya mengarah (filem, drama, dan sebagainya);\n2.\n orang yang dipilih untuk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dan sebagainya):\nP~ Perkhidmatan dan Perjawatan;\n~ bukan eksekutif \npengarah sesebuah syarikat yang bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dalam menasihati pengarah-pengarah lain;\n \n~ eksekutif \nahli lembaga sesebuah syarikat yang juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yang mempunyai tanggungjawab tertentu, misalnya yang berkaitan dengan kewangan dan pengeluaran;\n \n~ urusan \nketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat;\nkepengarahan\n perihal (sifat, bakat, kebolehan dan sebagainya) yang berkaitan dengan pengarah:\nsediakanlah diri dengan ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi." "arai I\nukuran isi padu yang bersamaan dengan dua cupak atau 2.27 liter:\nmaka disantap oleh bendahara, habis nasi segantang dan susu se~ dan sakar secupak itu habis." "arai II\n[Minangkabau], [Negeri Sembilan] mayang:\n~ pinang." "arak I\nsejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras;\n \nkaki ~ \norang yang kuat minum arak;\npengarakan\n tempat membuat arak." "arak II\nberarak, berarak-arakan\n \n1.\n berjalan beramai-ramai dan beriring-iring:\nsetelah itu ~lah mereka berkeliling negeri;\n2.\n bergerak beriring-iring:\nawan sudah mulai ~ ke Timur;\n3.\n datang (timbul) satu demi satu silih berganti (berkenaan (dengan) pelbagai kenangan dan sebagainya):\nbermacam-macam kenangan yang ~ dalam ingatannya;\n~ tidak berlari\n (peribahasa) perbuatan bersama-sama yang menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan;\n \nelok arak di hari panas \n(peribahasa) orang yang sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai;\nmengarak\n1.\n mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai:\nesoknya disediakan perarakan untuk ~ jenazah Raden Menteri ke\n \nistana;\n ~ pengantin;\n2.\n [sastera lama] bergerak terdahulu (dalam iringan), mendahului:\nbintang Timur ~ siang;\narakan, arak-arakan\n pawai;\nperarakan\n1.\n iring-iringan yang mengarak sesuatu, pawai:\n~ tidak dapat dibawa kerana hujan;\n2.\n usungan (kereta dan lain-lain) untuk mengarak:\nRaden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~;\n3.\n kumpulan orang yang berarak:\n~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;\n~ haram \nperarakan yang diadakan tanpa kebenaran pihak yang berkuasa (seperti polis dan sebagainya);\n \n~ raksasa \nperarakan yang diadakan secara besar-besaran;\npengarak\n1.\n orang dan lain-lain yang mengarak;\n2.\n orang atau sesuatu yang mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan;\n \nangin ~ hujan \nangin yang mendahului hujan." "arakian\narkian." "araknid\nhaiwan daripada kelas Arachnida yang mempunyai empat pasang kaki dan mata ringkas, seperti labah-labah, kala jengking dan hama." "aral\n[Arab] halangan, gendala, rintangan:\nkalau tidak ada ~, saya akan datang;\n ~ gendala \n= \n~ melintang\n = \n~ menggalang \nhalangan yang datang;\nmengaralkan\n menyebabkan ada aral, merintangi, menggendalakan:\n~ sesuatu maksud." "aram I\nmengaram\n menaruh dendam, mempunyai niat hendak membalas." "aram II\naram-aram, pengaram\n [arkaik] rangka tempat orang berdiri kalau membuat tembok dan lain-lain:\npekerjaan ini dilakukan siang malam, itulah sebabnya ~ berpasang lampu." "aram III\n~-temaram \nkabur, suram (bulan dan lain-lain):\nbulan pun ~-temaram seperti belas akan orang yang bercerai." "arang I\n1.\n benda hitam yang rapuh, sisa kayu yang terbakar;\n2.\n = \n~ kayu \nsejenis bahan api yang dibuat dengan membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dalam udara yang terhad;\n~ batu \n= \nbatu ~ \narang keras yang digali dari dalam tanah, batu bara;\n \n~ batu lembut \nsejenis arang batu yang mengandungi hidrokarbon dan jirim yang menyerupai tar (terbakar dengan mengeluarkan nyalaan yang berwarna kuning dan berasap);\n \n~ batu muda \narang batu yang belum cukup matang dan belum boleh dilombong;\n \n~ besi \nbatu bara yang telah atau setengah terbakar;\n \n~ para-para \njelaga, sulang asap;\n \n~ periuk \njelaga pada periuk;\n~\n \ndi kening \n= \n~ di muka \n(peribahasa) mendapat malu;\n \n~ habis besi binasa\n (peribahasa) pekerjaan yang tidak membawa hasil sedikit pun;\n \n~ itu jikalau dibasuh dengan air mawar sekalipun tiada akan putih \n(peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya;\n \nberkerat rotan, berpatah ~ \n(peribahasa) perselisihan yang tidak dapat diperbaiki lagi;\n \nbintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~\n (peribahasa) orang yang suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari;\n \njika tiada tersapu ~ di muka, daripada hidup baiklah mati\n (peribahasa) lebih baik mati daripada hidup menanggung malu;\n \nkalah jadi abu, menang jadi ~ \n(peribahasa) kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi);\n \nmembasuhkan ~ yang terconteng di muka \n(peribahasa) menghilangkan malu;\n \nterpijak benang ~, hitam tapak \n(peribahasa) perbuatan jahat, jahat akibatnya;\nmengarang\n menjadi arang, menjadi hitam seperti arang;\nmengarangkan\n menjadikan arang;\npengarangan\n1.\n perihal menjadi arang;\n2.\n tempat membuat arang." "arang II\n[Minangkabau] mulut." "arang III\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok dan kayunya), \nDiospyros spp." "ararut\nsejenis tumbuhan (pokok), sagu belanda, ubi garut, ubi karut, \nMaranta arundinacea." "aras I\n1.\n hingga ke, sampai ke, paras, takat;\n \n~ pinggang \nsetinggi pinggang;\n2.\n muka (air dan lain-lain):\nberapa meter padu air mesti dipamkan ke dalam kolam yang panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya ~ air naik satu meter;\n ~ air \nmuka air;\n3.\n tingkat:\nnaik lif hingga ke ~ lima;\n~ bumi \nkedudukan yang sama aras dengan permukaan bumi;\n \n~ dada \n(Perhutanan) ketinggian (1.3 meter) yang lazimnya digunakan sebagai piawai untuk mengukur lilit, garis pusat, dan luas pangkal pokok hidup;\n \n~ laut \naras purata permukaan laut berbanding dengan permukaan daratan;\n \n~ tinggi \nketinggian sesuatu tempat (kawasan) yang biasanya diukur dari aras laut, altitud;\nmengaras\n menyentuh, mencapai, sampai ke;\n \n~ awan \nsampai ke awan." "aras II\n[sastera lama] raja dalam bahaya (seruan untuk permainan catur)." "aras III\n~ kerdan \nark sejenis penganan." "Arasy\n[Arab] singgahsana Allah yang tidak dapat diketahui hakikatnya oleh akal manusia dan hanya dapat diyakini kebenarannya." "arau I\nberbintik-bintik, berbelang-belang;\nanjing ~ \nanjing belang;\n \n~\n \nbatu\n bintik-bintik putih di atas dasar gelap;\n \n~ hujan panas\n bintik-bintik merah di atas dasar putih." "arau II\nmengarau\n mengaduk, mengacau;\nkarau." "arau III\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Euphorbiaceae, lidah-lidah, kayu mapa, mentulang, odopon putih, \nAustrobuxux spp., Cephalomappa spp., Drypetes spp." "araz\naraznya\n [sastera lama] aral:\n kalau-kalau bertemu dengan ~, jadi tiada sampai seperti kehendak Duli Yang Dipertuan itu." "arbaa\n[Arab]\n1.\n empat;\n2.\n hari Rabu (hari yang keempat dalam seminggu)." "arbab\n[Arab] sejenis biola (memakai dua atau tiga tali), rebab." "arbei\n[Indonesia-Belanda] sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya boleh dimakan), \nFragaria nesca." "arbitraj\nusaha membeli barang di suatu tempat untuk dijualkan di tempat lain bagi mendapatkan keuntungan;\n \nsi ~ \norang yang melakukan usaha tersebut." "arbitrari\n1.\n tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis dan sebagainya), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang:\npemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang ~ kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya;\n2.\n (Linguistik) berkaitan dengan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar." "arbitrasi\ntimbang tara." "arboreal\nberkaitan dengan (hidup di, atau tinggal di) pokok:\ntumbuh-tumbuhan ~;\n monyet ~." "arboretum\nkawasan yang ditanami dengan spesies pokok tertentu untuk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan, dan penyelidikan." "arborikultur\npenanaman pokok, terutamanya untuk menghasilkan kayu balak." "arca\n1.\n patung yang menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat daripada kayu, batu, dan sebagainya):\nmemahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia;\n2.\n bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera, imej:\nmelihat ~ diri sendiri di dalam cermin;\n3.\n bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal:\ndia lantas bangun menghampiri almari pakaiannya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah;\n4.\n bentuk cahaya yang ditumpukan pada retina mata, imej:\nmata manusia menyimpan ~ sesuatu benda yang baru sahaja dipandang dalam tempoh yang pendek;\n5.\n gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan di dalam karya sastera (terutama dalam puisi), imej;\n6.\n (Komputer) gambar atau lambang kecil pada paparan komputer yang digunakan sebagai wakil sesuatu objek;\nmengarcakan\n menghasilkan arca (patung):\ntukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;\nkearcaan\n bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca:\nbentuk puncak ini agak ~ sedikit;\npengarcaan\n proses menghasilkan arca\n;\npengarca\n pembuat (pereka, pengukir) arca:\nZafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yang paling giat berkarya." "ardi I\n[sastera lama] gunung." "ardi II\n[Arab], [sastera lama] bumi, tanah." "are\n[Indonesia-Belanda] ukuran luas, 100 m2." "arek\n[Jawa] anak:\n~ Surabaya." "aren\n[Jawa] enau, kabung." "arena\n1.\n gelanggang (permainan dan sebagainya):\n~ badminton;\n2.\n lapangan, gelanggang:\n~ politik tanah air;\n memajukan lagi ~ sukan negara;\n3.\n gelanggang (pertempuran dan sebagainya), medan:\nkawasan itu menjadi ~ pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara yang bermusuhan itu." "ares\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n penangkapan;\n2.\n hukuman (tidak boleh keluar rumah dan lain-lain);\nmengares\n1.\n menahan, menangkap;\n2.\n menghukum." "arestasi\n[Indonesia-Belanda] penahanan, penangkapan." "argari\n(Hindustan) gari, belenggu tangan." "argentum\n(Kimia) sejenis unsur logam, perak." "argon\n(Kimia) sejenis gas nadir yang digunakan dalam lampu elektrik." "argot\nbahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku." "argus\nsejenis binatang, tikus belanda, marmut." "ari I\nkulit ~ \nkulit luar, kulit selaput." "ari II\nular ~ \nsejenis ular yang berbisa." "ari III\n[Jawa], [sastera lama] adik, adinda." "ari-ari\nbahagian bawah perut yang di bawah sekali (ke atas sedikit daripada kemaluan)." "aria\n[Jawa]\n1.\n gelaran putera raja;\n2.\n [sastera lama] kata bujukan:\n~ ningsun.\nAries\n lambang pertama dalam zodiak, yang berlambangkan biri-biri jantan." "arif\n1.\n yang mengetahui (biasanya dirujuk kepada seseorang yang memahami sesuatu dengan mendalam atau luas pengetahuannya):\nsaya mengangguk lagak doktor yang sudah ~ akan penyakit yang dihidapi kanak-kanak itu;\n ia ~ akan hal-hal tersebut;\n ~ bijaksana \narif lagi pandai;\n2.\n bijaksana, berasaskan pemikiran yang mendalam:\nhal inilah yang wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~;\n3.\n [Arab] orang yang mendapat makrifat daripada Allah.\nmengarifi\n arif akan, memahami:\n sebagai seniman, dia sewajarnya ~ apa yang berlaku di sekitarnya;\nmengarifkan\n menjadikan arif;\nkearifan\n perihal arif:\nmereka meminta nasihatnya kerana ~nya." "arifin\n[Arab] (jamak bagi arif) orang yang mendapat makrifat daripada Allah." "arih\nmengarih, mengarihkan\n \n1.\n menghulurkan (tangan dan lain-lain) hendak memeluk dan lain-lain:\nia ~ tangannya ke muka;\n2.\n [Minangkabau] menambatkan, mengikat:\n~ kerbau." "arik I\nmengarik\n [sastera lama] meraih, merengkuh:\n ~ pengayuh." "arik II\n[Arab] tidak boleh tidur, jaga." "arik III\nmengarik\n mengerik." "aring I\nkerawang di pangkal mata keris." "aring II\nsejenis jerat atau jebak yang terdiri daripada tali pencerut, penjerut." "aring-aring\nsejenis tumbuhan (pokok), urang-aring, rumput migus (kunang putih, bin), keremak jantan (hutan), daun dakelin, \nEclipta alba." "ariningsun\n[Jawa], [sastera lama] adikku, adindaku (perempuan)." "arip\nsangat mengantuk:\n~ sangat mata kekanda." "aris I\nbahagian tepi (kelim) layar dan sebagainya yang dibuat daripada rotan (tali dan lain-lain);\nberaris\n ada aris, berhias dengan aris." "aris II\n[arkaik] getah pokok yang sudah beku." "aris III\n[Kelantan] tali pukat yang melampung." "arisan\nkutu (pengumpulan wang)." "aristokrasi\npemerintahan oleh kaum bangsawan." "aristokrat\n1.\n kaum bangsawan;\n2.\n penganut faham bahawa pimpinan pemerintahan harus dipegang oleh kaum bangsawan (orang kaya-kaya dan orang-orang yang tinggi martabatnya)." "arit I\n[Jawa] sabit, penyadap;\nmengarit\n menyabit (rumput)." "arit II\ntombak ikan;\npiarit." "aritmetik\nsains tentang nombor yang melibatkan proses tambah, tolak, bahagi, dan darab, kira-kira:\nmencampur, menolak, mendarab, dan membahagi angka termasuk dalam bidang ~." "aritmia\n(Perubatan) denyutan jantung yang tidak normal." "arjuna\n[sastera lama]\n1.\n dewa-dewa Hindu yang termasyhur kerana kepahlawanan mereka;\n2.\n [kiasan] lelaki yang dikasihi (sama ada kekasih, suami, dan sebagainya):\naduhai, ~ kekasihku!" "arka\n ~ elektrik \ncahaya yang berkilau yang terhasil di udara akibat ternyahnya cas elektrik di antara dua elektrod atau litar elektrik bertekanan tinggi yang terputus." "arkaik\n1.\n kuno, sudah ketinggalan zaman;\n 2.\n sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan (dengan) kata, ungkapan, dan sebagainya):\nal-Kindi menggunakan istilah yang tidak begitu dikenal atau bersifat ~." "arkaisme\ncara kuno (berkenaan (dengan) pemakaian kata, bentuk kata, dan ayat)." "arkan\n[Arab] [arkaik] (jamak bagi rukun) rukun-rukun." "arked\nlaluan atau lorong berbumbung atau bertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya." "arkeografi\nkajian tentang dokumen bertulis yang kuno." "arkeologi\nkajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan (terutama kebudayaan prasejarah) dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba;\n \nahli ~ \norang yang pakar dalam bidang arkeologi." "arketaip\nmodel asal sesuatu mesin, sistem dan lain-lain yang menjadi contoh, prototaip." "arkian\n[sastera lama] sesudah itu, maka:\n~, tersebutlah pula putera baginda Tuanku Malim Deman besarlah sudah." "arkib\n1.\n kumpulan naskhah (piagam) yang disimpan;\n2.\n tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara;\n3.\n (Komputer) tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama;\nmengarkib\n (Komputer) menyalin atur cara atau data ke dalam cakera, pita, dan lain-lain untuk penyimpanan jangka panjang;\nmengarkibkan\n menyimpan sesuatu bahan (rekod, dokumen, dan sebagainya) di arkib:\ntradisi-tradisi itu didokumentasikan bukan untuk diarkibkan;\nkearkiban\n segala yang berkaitan dengan fungsi (kegiatan,urusan, dan sebagainya) arkib:\n anugerah itu sebagai sumbangannya dalam bidang ~." "arkitek\n1.\n jurubina;\n2.\n [kiasan] perancang atau pencipta sesuatu." "arkus\nargus." "arloji\n[Indonesia-Belanda] jam kecil:\n~ saku;\n ~ tangan." "armada\n1.\n angkatan laut yang terdiri daripada kapal-kapal perang;\n2.\n kapal-kapal dagang (dari sesuatu negara)." "armadilo\nsejenis binatang kecil daripada famili Dasypodidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang, biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika." "armistis\nperjanjian yang dibuat antara negara yang sedang berperang untuk melaksanakan gencatan senjata dan membincangkan langkah berdamai, perjanjian gencatan senjata." "arnab\nsejenis binatang mengerip yang menyerupai kucing tetapi lebih panjang telinganya, kelinci, kucing belanda, \nOryctolagus spp\n." "arnal\n[Indonesia-Belanda] sejenis tusuk kundai." "aroma\nbau (terutama bau yang menyedapkan daripada rempah, pokok, dan sebagainya);\nberaroma\n ada aroma, berbau sedap:\nmasakan yang ~ itu ialah masakan India." "aromaterapi\nsejenis rawatan yang menggunakan minyak harum yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan untuk melegakan rasa tegang, sakit dan sebagainya." "aromatik\n(Kimia) berkenaan sebatian organik yang berkaitan dengan benzena." "arombai\nsejenis perahu di Ambon." "arpus\nsejenis damar untuk menguatkan tali (seperti tali penggesek biola)." "arsenik\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang digunakan untuk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik, dan sebagainya." "arson\n(Undang-undang) perbuatan membakar harta (rumah, bangunan dan sebagainya) dengan sengaja, sama ada bermotifkan niat jahat atau untuk menuntut pampasan insurans." "arteri\nsaluran darah yang membawa darah yang mengandungi oksigen keluar dari jantung untuk mengalir ke seluruh badan." "arteriol\n(Biologi) arteri kecil." "arteriosklerosis\n(Perubatan) keadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal, dan hilang kekenyalan." "articok\nsejenis sayur hijau yang mempunyai daun tebal yang tersusun seperti kelopak bunga, \nCynara scolymus\n." "artifak\nbarang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman." "artifisial\nbukan asli, buatan, tiruan." "Artik\ndaerah Kutub Utara." "artikel\n1.\n fasal dalam kitab undang-undang;\n2.\n karangan (dalam surat khabar, majalah, dan lain-lain), makalah, rencana." "artikulasi\n1.\n cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas;\n2.\n penyataan idea atau perasaan terutamanya dengan kata-kata;\nmengartikulasikan\n menyatakan idea atau perasaan terutamanya dengan kata-kata:\n rasa kecewanya tidak diartikulasikan." "artileri\n1.\n pasukan tentera yang bersenjata meriam;\n2.\n meriam (biasanya beroda)." "artis\n1.\n orang yang kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni (terutama lukisan);\n2.\n penghibur (seperti penyanyi, penari, dan lain-lain);\n \n~ rakaman \npenyanyi atau pemuzik yang merakamkan persembahannya dalam sesebuah album dengan syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu." "artisan\npekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, tukang:\nAntonio Pobello ialah seorang ~ berbangsa Itali yang mula-mula sekali membuat kasut dengan menggunakan tangan\n." "artistik\n1.\n sangat indah (dikerjakan dan sebagainya dengan perasaan kesenian):\nia gemar melihat benda-benda yang ~;\n2.\n berasaskan (berkaitan dengan, menunjukkan, dan sebagainya) nilai-nilai seni:\ntanpa bantuan segala ini, sesebuah filem akan mengecewakan dari segi ~." "artralgia\n(Perubatan) rasa sakit pada sendi." "artritis\n(Perubatan) radang pada sendi atau tisu sendi." "artrologi\nkajian tentang sendi." "artropod\n(Biologi) haiwan tanpa tulang belakang (termasuk krustasea, serangga, araknid dan lipan) daripada filum Arthropoda yang mempunyai badan bersegmen, anggota bersendi, dan rangka luar." "aru\ngelaran bangsawan Bugis, raja, puteri;\narung I." "aru-aru\nhantu ~;\nhantu I" "aruan\nharuan." "aruda\nsejenis tumbuhan (herba), daun inggu, \nRuta graveolens." "aruh\nmengaruh\n \n1.\n (Perubatan) mencetus atau mempercepat proses bersalin (biasanya dengan memberi ubat);\n2.\n (Fizik) menghasilkan arus elektrik atau daya gerak elektrik secara pengaruhan;\naruhan\n (Fizik) sifat sesuatu litar elektrik yang beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dalam litar yang sama atau dalam litar lain yang berdekatan;\npengaruhan\n (Fizik) proses memindahkan sifat elektrik (magnet) dari satu litar (atau jasad) ke litar (jasad) yang lain tanpa melalui sentuhan fizikal;\npengaruh\n (Fizik) induktor." "aruk I\nmengaruk\n melakukan tarian perang (adat orang Bugis sebagai menunjukkan kesetiaan kepada raja)." "aruk II\nmengaruk\n \n1.\n mengacaukan (gajah liar yang menggemparkan binatang-binatang jinak, kerbau yang mengacau lumpur, dan lain-lain);\n2.\n melakukan sesuatu yang menimbulkan kegemparan (kekacauan, gangguan, dan lain-lain), menggemparkan;\npengaruk\n orang yang mengaruk." "arun I\nmengarun\n mengacau, mengaduk (nasi, pulut, dan lain-lain)." "arun II\n[Minangkabau] harum." "arung I\n(Bugis) gelaran, raja, puteri;\naru." "arung II\narungan \nharung I." "arus\n1.\n gerakan air atau udara:\n~ deras air sungai;\n2.\n = \n~ elektrik \ngerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir;\n \n~ terus \n= \n~ searah \n[Indonesia] aliran elektrik yang tetap haluan dan kuasanya;\n ~ ulang-alik \n= \n~ bolak-balik \n[Indonesia] aliran elektrik yang haluan dan had kuasanya bertukar-tukar;\n3.\n pergerakan kenderaan (manusia dan lain-lain) yang tidak putus-putus:\nmenantikan redanya ~ lalu lintas di jalan;\n hilang dalam ~ orang banyak yang meninggalkan stadium;\n4.\n [kiasan] aliran, perkembangan:\nsesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara berasingan daripada kedudukannya dalam ~ penceritaan;\n ~ sejarah;\n ~ zaman;\n ~ perubahan fesyen;\n ~ pembangunan;\n5.\n = \n~ hidup (penghidupan) \nperjalanan hidup, kehidupan:\ndia tidak lagi menghanyuntukan diri ke dalam ~ kota;\n~ air mata \nair mata yang mengalir dengan tidak putus-putus;\n \n~ dingin\n =\n ~ sejuk\n arus yang membawa udara yang dingin (sejuk);\n \n~ lautan \narus yang bergerak di kawasan lautan;\n \n~ panas \narus yang membawa udara yang panas;\n ~ pasang surut \narus yang disebabkan oleh gerakan pasang surut;\n \n~ perdana \nperkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dan sebagainya):\ntiada kawasan di negeri yang disisihkan daripada ~ perdana pembangunan;\nberarus\n ada arusnya:\nair yang melaut itu rupanya tenang tetapi pada setengah-setengah tempat ~." "arwah\n[Arab] (jamak bagi roh)\n1.\n roh atau jiwa orang yang telah meninggal dunia:\nkenduri untuk ~ saudara-maranya;\n2.\n semangat:\nhilang ~ku melihat nahas kereta itu;\n3.\n (kata yang digunakan apabila menyebut seseorang yang telah meninggal) Allahyarham, Almarhum:\n~ ayahnya;\n ~ Pak Mat;\nmengarwahkan\n membaca doa (mengadakan kenduri) untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia." "as I\n[Indonesia-Belanda] gandar, pasak, sumbu:\nkereta itu patah ~nya;\nberas\n mempunyai as:\nkaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik." "as II\n[Indonesia-Belanda] daun pakau yang tertinggi nilainya." "As III\nsimbol kimia bagi arsenik." "as IV\n[kependekan] alaihissalam." "asa I\nharap(an);\n \nputus (berputus) ~ \ntidak menaruh harapan lagi (akan berjaya, memperoleh sesuatu, dan sebagainya), putus harapan;\nasa-asaan\n harap-harapan, selalu berharap (mengharapkan);\nmengasakan\n mengharapkan." "asa II\n= esa." "asa III\n[Minangkabau]\n1.\n sangka;\n2.\n sengaja;\nmengasa\n1.\n menyangka;\n2.\n menyengaja." "asabah\n[Arab] waris yang berhak mendapat pusaka tanpa ditetapkan bahagiannya, tetapi berhak menerima semua harta atau baki yang ada setelah setiap waris menerima bahagian masing-masing, atau ia mungkin langsung tidak mendapat apa-apa sekiranya waris yang lain telah menghabiskan semua pusaka berkenaan." "asabat\n[Arab] urat yang menyebabkan kita dapat merasa (melihat dan lain-lain), saraf;\n \nperang ~ \nperang saraf (perang saling menggertak, saling menakuti);\n \nsakit ~ \nsakit saraf." "asad\n[Arab], [sastera lama] singa, (sering kali juga) harimau;\n \n~ pahlawan \npahlawan yang berhati singa." "asah I\ngosok (untuk menajamkan, meratakan, melicinkan, dan lain-lain):\n~ bulat, ~ lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang \n(cara-cara mengasah gigi);\n \ncalak-calak ganti ~ \n(peribahasa) barang apa yang dipakai untuk sementara sebelum ada yang lebih baik;\nberasah\n sudah diasah, sudah digosok (dicanai dan sebagainya);\nmengasah\n1.\n menajamkan, mengilir:\n~ pisau;\n2.\n mencanai, menyerodi:\n~ batu cincin;\n3.\n menggosok (untuk meratakan, melicinkan, dan lain-lain):\n~ gigi;\n4.\n memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dan sebagainya):\nkeputusan yang baik dapat digunakan untuk ~ kecenderungan seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan;\n ~ bakat \nmemupuk dan mengembangkan bakat;\n \n~ budi \n= \n~ otak \n= \n~ fikiran \nmempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dan sebagainya);\n \n~ hati \nmemanaskan hati;\n \nbelakang parang sekalipun jika diasah tajam juga\n (peribahasa) berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;\nasahan\n1.\n yang telah diasah;\n2.\n yang digunakan untuk mengasah:\nbatu ~;\npengasahan\n perihal (perbuatan dan lain-lain) mengasah;\npengasah\n1.\n alat untuk mengasah;\n2.\n orang yang mengasah." "asah II\n[arkaik] sah." "asah III\n[Arab] \n= asahhu." "asahan\n= sahan." "asahhu\n[Arab] lebih benar (berkenaan (dengan) suatu pendapat ulama yang lebih kuat daripada pendapat lain):\nmenurut kaul yang ~, haram suami menafikan anaknya itu." "asai\n1.\n sejenis binatang kecil yang memakan kayu, bubuk:\nrumah papan yang telah dimakan ~;\n2.\n lapuk (dimakan bubuk)." "asak\npadat, sesak;\n \nse~ nasi\n penuh mulut dengan nasi;\nberasak 1. = berasak-asak\n = \nberasak-asakan\n berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal):\norang ~ menaiki bas;\n mereka ~ hendak membeli tiket;\n2.\n berpindah, berengsot, bergeser:\npagi tadi ia tidak ~ dari tempatnya;\nmengasak\n1.\n mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal:\npada masa dahulu, meriam diasak dengan sabut sebelum dicucuh;\n 2.\n mendesak, menolak (dan menghimpit):\ndi belakang mereka orang ramai ~ ke hadapan;\n3.\n menganjak, memindahkan;\n4.\n [kiasan] menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan:\npertanyaan demi pertanyaan ~ benak Matakob;\ndiasak layu, dicabut mati \n(peribahasa) sesuatu yang tetap dan tidak dapat diubah lagi;\n \nsebagai ayam diasak malam \n(peribahasa) tidak berdaya lagi;\nmengasakkan\n1.\n memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan:\n~ kekabu ke dalam bantal;\n2.\n mendesakkan:\ndia ~ dirinya di antara orang ramai yang berkumpul itu;\nasakan\n perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan:\n dalam ~ orang ramai yang tidak ketentuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja." "asal\n1.\n mula(nya), yang mula-mula (pertama) sekali:\nadapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata;\n bentuk ~ bangunan itu dikekalkan;\n rancangan ~;\n2.\n tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan:\ndari mana ~nya budak ini? \n3.\n = \n~ saja (sahaja) \n= \nasalkan = ~-asalkan \na) dengan syarat, apabila:\nkau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai;\n buatlah apa yang patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain;\n \nb) sebaik saja, setiap \u2026 saja:\n~ dapat gaji terus berjoli;\n~ ada kecil pun jadi (pada)\n (peribahasa) kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai);\n \n~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan \n(peribahasa) tabiat orang tidak akan berubah;\n \n~ berisi tembolok senang hati \n(peribahasa) apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati;\n \n~ ditugal adalah benih \n(peribahasa) janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan;\n \nusul menunjukkan ~ \n(peribahasa) kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya);\n \nusul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan \n(peribahasa) dalam segala hal, haruslah ditilik puncanya;\nberasal\n1.\n bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di):\norang itu ~ dari Kedah;\n2.\n keturunan (dr):\nraja itu ~ dari raja Melaka;\n3.\n berbangsa, keturunan baik-baik:\norang yang ~;\nmengasalkan\n = \n~ kepada \nmemulangkan kepada, mengembalikan kepada (asal, keadaan semula);\ndiasalkan\n = \n~ oleh \ndisebabkan (oleh);\nasalan\n (Matematik) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pada garis satah atau dalam ruang." "asal usul\n1.\n salasilah, asal keturunan (seseorang);\n2.\n peringkat awal atau permulaan:\nahli sains yang cuba mengkaji ~ manusia;\n3.\n sebab yang mula-mula, punca:\n ~ pertikaian yang berlarutan;\n mengasalusulkan\n menghuraikan asal usul:\nkisah yang ~ raja-raja Kedah yang tersebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa\n." "asali\n[Arab] \n1.\n yang asal, yang semula;\n2\n. berasal, berbangsa;\n= asli." "asam I\n1.\n segala sesuatu yang masam rasanya:\ndia suka benar makan ~;\n2.\n berasa seperti rasa cuka, masam (seperti rasa mangga muda):\n~ benar buah ini;\n~ arang\n [Indonesia] asid karbonik;\n \n~ belerang \n[Indonesia] asid sulfur;\n \n~ garam\na) berbagai-bagai jenis asam berserta garam:\nsegala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dan lain-lain;\n \nb) [kiasan] berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka);\n \n~\n \nko \n[Kedah] sejenis buah masam yang dikeringkan, asam masin;\n \ntahu ~ garam \ntahu selok-belok sesuatu;\n~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gunung) bertemu dalam belanga = laksana garam dengan ~ \n(peribahasa) kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan);\n \nsudah se~ dan segaramnya \n(peribahasa) sudah tidak ada celanya (pekerjaan, perbuatan);\n \nsudah banyak makan ~ garam \n(peribahasa) sudah banyak pengalaman;\nmengasam\n membersihkan (sesuatu) dengan asam:\n~ keris;\nmengasami\n membubuh asam pada;\nmengasamkan\n merendam (bahan makanan tertentu) dalam cuka atau asam supaya masam, menjeruk;\nasaman, asam-asaman\n buah-buahan yang diasamkan (dijeruk)." "asam II\nsejenis tumbuhan (pokok);\n \n~ belanda \nsejenis tumbuhan (herba dan buahnya), \nHibiscus sabdariffa;\n ~ jawa \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang digunakan dalam masakan), \nTamarindus indica;\n akar ~ kumbang \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar kucing suci, \nEmbelia ribes." "asang\n[Brunei], [kata seru] insang." "asap\n1.\n gas yang kelihatan keluar dari benda yang dibakar (berkepul-kepul dan sebagainya naik ke udara);\n2.\n = \n~ air \nwap;\n~ api\n asap yang keluar dari api;\n \n~ air mata \n= \n~ tangis\n gas pemedih mata;\n \n~ belerang \nasap dari belerang (gunung berapi);\n \n~ kemenyan \nasap yang keluar apabila kemenyan dibakar;\nbelum dipanjat ~ kemenyan \n(peribahasa) belum berkahwin;\n \nmenggantang ~ (mengukir langit)\n (peribahasa)\na) melakukan perbuatan yang sia-sia;\n b) berangan-angan (akan sesuatu yang tidak mungkin dicapai);\nberasap\n1.\n mengeluarkan asap, ada asap;\n2.\n diselubungi oleh kabus;\ndapur tidak ~\n (peribahasa) miskin sekali;\n \ntelah ~ hidungnya \n(peribahasa) telah beroleh keuntungan sesudah lama menderita kekurangan;\nmengasap\n1.\n menjadi asap;\n2. = mengasapi\n;\nmengasapi\n1.\n mengenakan asap pada sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dan lain-lain);\n2.\n memasak (mengeringkan, mengharumkan, dan sebagainya) dengan asap:\nperempuan itu mengangkat tempat bara untuk ~ rumahnya;\n~ daging\n mengeringkan daging dengan asap;\n \n~ pakaian \nmengharumkan pakaian dengan mengenakan asap dupa;\npengasapan\n perihal (perbuatan) mengasapi;\nperasap, perasapan\n tempat membakar kemenyan dan lain-lain, pedupaan:\nia menyuruh aku memasang ~ dan memasukkan sedikit setanggi." "asar\n[Arab]\n1.\n = \nwaktu ~ \nwaktu bayang-bayang kayu dan sebagainya sama panjang dengan kayu dan sebagainya yang menjadi pengukurnya hingga terbenam matahari;\n2.\n = \nsembahyang ~ \nsembahyang fardu pada waktu asar;\n~ rendah \npetang hari semasa matahari sudah rendah (lebih kurang pukul lima petang);\n \n~ tinggi \npetang hari masa matahari masih tinggi (lebih kurang pukul tiga petang)." "ASAS I\n~ 50 \nakronim bagi Angkatan Sasterawan 1950." "asas II\n1.\n alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan):\n\n\n~ rumah sudah siap;\n2.\n sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dan lain-lain), dasar:\n\n\npemerintahan negara dengan sistem demokrasi sebagai ~nya;\n\ntuduhan yang tidak mempunyai ~;\nberasas\n mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya):\n\n\ntuduhan melulu\n \nyang tidak ~;\n\n~ kepada \n= \nberasaskan\n;\nberasaskan\n menggunakan (bersandarkan) sesuatu sebagai asas, berdasarkan:\n\n\nsistem ekonomi yang ~ kapitalisme;\n\ntuduhan yang ~ bukti yang nyata;\nmengasaskan\n\n\n1.\n menyandarkan (meletakkan) pada sesuatu sebagai asas, mendasarkan:\n\n\nsegala usaha diasaskannya pada kepentingan negara;\n2.\n membangunkan (pada peringkat permulaannya), memulakan penubuhan, mendirikan:\n\n\nbeliaulah yang ~ GPMS pada tahun 1954;\n\n\nterasasnya\n telah diasaskan:\n\n\ndari situlah ~ dinasti ke-26;\npengasasan\n perbuatan (proses dan sebagainya) meletakkan sesuatu pada sesuatu asas:\n\n\n~ prinsip kebebasan ini amat penting;\npengasas\n orang yang mengasaskan (memulakan perubahan) sesuatu:\n\n\npertubuhan itu tidak mencapai tujuan yang dikehendaki oleh ~nya." "asasi\nmenjadi dasar, yang menjadi pokok:\nundang-undang ini tidak mengganggu hak-hak ~ rakyat lain." "asasinat\npengasasinatan\n (Undang-undang) pembunuhan dengan tujuan merebut kuasa, biasanya kuasa politik." "ASB\n[kependekan] Amanah Saham Bumiputera." "asbab\n[Arab] (jamak bagi sebab) sebab-sebab." "asbak\n[Indonesia-Belanda] tempat abu rokok." "asbestos\nbahan yang dijadikan kepingan-kepingan yang dapat menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan untuk bumbung atau siling rumah." "asbut\ncampuran asap dengan kabut;\nberasbut\n dikelubungi atau dilitupi asbut." "ASCII\nakronim bagi \nAmerican Standard Code for Information Interchange \natau (Kod Piawai Amerika bagi Saling Tukar Maklumat)." "ase\ndaging ~ \n[Indonesia] daging cencang dengan rempah-rempah." "ASEAN\nakronim bagi \nAssociation of Southeast Asian Nations \n(sebuah gabungan yang dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih erat, terutamanya dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial)." "aseksual\n(Biologi)\n1.\n tidak melibatkan aktiviti atau hubungan seks;\n2.\n tidak mempunyai alat jantina atau organ seks yang jelas;\n3.\n tidak melibatkan percantuman sel pembiakan jantan dengan sel pembiakan betina:\npembiakan ~." "asep\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] keterangan yang menyatakan hendak membayar." "asepsis\n(Perubatan) keadaan yang bebas daripada organisma patogen." "aseran\n[Jakarta] pemarah, lekas marah, kasar (bahasa)." "asese\n[Indonesia-Belanda] setuju, muafakat." "aset\n1.\n wang tunai dan harta benda (seperti tanah, bangunan, dan lain-lain) yang dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dan lain-lain);\n2.\n ciri, sifat istimewa, dan lain-lain yang bernilai atau berguna (pada seseorang dan lain-lain);\n~ benar \n(Ekonomi) aset berbentuk fizikal, seperti bangunan dan jentera, yang tidak mudah ditukarkan kepada wang tunai;\n \n~ berisiko \n(Ekonomi) aset bank yang nilainya tertakluk kepada perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, misalnya saham syarikat;\n ~ bersih \n(Ekonomi) lebihan jumlah nilai aset daripada jumlah liabiliti atau tanggungan;\n \n~ bukan kewangan \n(Ekonomi) aset yang tidak merupakan tuntutan untuk menerima sejumlah tetap wang tunai seperti mesin, bangunan, tanah, dan lain-lain;\n \n~ cair \n(Ekonomi) wang atau aset lain yang boleh ditukarkan dengan segera kepada tunai;\n \n~ cepat \n(Ekonomi) aset semasa yang boleh ditukarkan kepada wang tunai dalam tempoh yang singkat (biasanya satu bulan);\n \n~ fizikal \n= \n~ ketara \n(Ekonomi) aset seperti tanah, bangunan, kereta, mesin, dan lain-lain yang benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat);\n ~ kewangan \n(Ekonomi) aset yang merupakan tuntutan untuk menerima sejumlah tetap wang tunai;\n \n~ modal \n(Ekonomi) aset ketara dan tak ketara yang digunakan untuk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi;\n \n~ pasif \n(Ekonomi) aset yang tidak menjanakan pendapatan;\n \n~ semasa \n(Ekonomi) wang atau aset lain yang mudah ditunaikan atau dijual;\n \n~ tak ketara \n(Ekonomi) aset yang tidak wujud secara fizikal (seperti paten, hak cipta, dan lain-lain) tetapi memberi hak kepada pemiliknya untuk menerima bayaran atau faedah lain;\n \n~ terakru \n(Ekonomi) aset daripada hasil yang telah diperoleh, tetapi bayarannya belum diterima\n;\n ~ tetap \n(Ekonomi) aset yang digunakan berterusan dalam aktiviti sesebuah organisasi;\n \n~ tunai \n(Ekonomi) aset dalam bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dan sebagainya yang boleh digunakan untuk bayaran serta-merta." "asetaldehid\n(Kimia) sejenis cecair yang tidak berwarna, meruap, dan digunakan sebagai pelarut dan agen penurunan." "asetat\n(Kimia) garam atau ester daripada asid asetik." "asetilena\n(Kimia) gas hidrokarbon tidak tepu yang tidak berwarna yang digunakan sebagai bahan api (mis pada api oksiasetilena)." "asetisisme\ncara hidup yang langsung tidak mementingkan kenikmatan, keselesaan atau kemewahan hidup duniawi." "aseton\n(Kimia) sejenis sebatian organik yang digunakan sebagai pelarut." "asfal\n[Arab] [arkaik] yang lebih rendah, hina." "asfalt\nsejenis bahan yang hitam dan lekit seperti tar yang digunakan untuk melapisi jalan (sebagai bahan penampal bocor dan lain-lain);\nberasfalt\n mempunyai lapis (dilapisi) asfalt:\njalan itu belum ~;\nmengasfalt\n membubuh asfalt pada (jalan)." "asfar\n[Arab]\n1.\n putih kuning;\n2.\n kuning (warna kuda)." "asfiksia\n(Perubatan) keadaan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen di dalam darah, sehingga ada kalanya boleh menyebabkan kematian." "ashab\n[Arab] (jamak bagi sahib) kawan, sekutu." "asi I\n[Arab] menderhaka, melawan (tidak mengikut)." "asi II\nbenar, sah;\n \ntidak masuk ~ \ntidak masuk hitungan." "asi III\n[sastera lama] perhatian;\n \nmengambil ~ \nmengendahkan, mempedulikan;\nmengasi\n mengendahkan, mempedulikan;\n \ntidak ~\n tidak mengendahkan;\n= aci I." "asi IV\n[Jakarta];\nasian\n bernasib baik, dapat beroleh untung (kerana nasib baik), mujur;\n= rasi." "asid\n(Kimia) bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 7, bersifat mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kepada warna merah;\n~ amino \nsejenis asid organik yang merupakan unit asas protein;\n \n~ asetik = ~ etanoik \nsejenis asid organik lemah, terdapat dalam cuka;\n \n~ askorbik \nsejenis asid yang terdapat semula jadi dalam buah-buahan sitrus (seperti limau, oren, lemon, dan lain-lain), dan sayur-sayuran, vitamin C;\n \n~ barbiturik \nasid organik yang dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang tidur;\n \n~ benzoik \nbahan berhablur berwarna putih yang digunakan sebagai pengawet makanan;\n \n~ borik \nasid lemah yang digunakan sebagai antiseptik dan dalam pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca;\n \n~ formik \nasid tanpa warna yang dahulunya diperoleh daripada sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dalam pencelupan tekstil, penghasilan insektisid dan sebagainya;\n \n~ hidroklorik \nsejenis asid kuat yang sangat mengakis;\n \n~ karboksilik \nkumpulan asid organik (seperti asid asetik) yang terdapat semula jadi di dalam haiwan dan tumbuhan;\n \n~ klorik \nasid tanpa warna yang mempunyai ciri pengoksidaan yang kuat;\n \n~ kuat\n asid yang tercerai sepenuhnya menjadi ion di dalam larutan;\n \n~ laktik \nasid yang terdapat dalam susu masam, digunakan sebagai bahan perisa dan pengawet makanan;\n \n~\n \nlemah\n asid yang tidak tercerai sepenuhnya menjadi ion di dalam larutan;\n \n~ lemak \nasid karboksilik yang wujud semula jadi di dalam lemak atau minyak haiwan dan sayuran;\n \n~ linoleik \nasid lemak yang digunakan untuk membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dan sebagainya;\n \n~ maleik \nasid berhablur yang tidak berwarna, yang digunakan untuk membuat resin sintetik dan sebagai pengawet minyak dan lemak;\n \n~ mineral\n asid tak organik yang diperoleh daripada bahan mineral melalui proses kimia;\n \n~ nitrik \nsejenis asid kuat yang sangat mengakis dan sangat reaktif;\n \n~\n \nnukleik\n sejenis asid yang terdapat dalam semua sel hidup;\n \n~\n \norganik\n kumpulan sebatian organik yang dapat menderma proton kepada bes;\n \n~ sitrik \nsejenis asid yang banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus;\n \n~\n \nsulfurik\n sejenis asid kuat yang sangat mengakis dan sangat reaktif;\n \n~ sulfurus \nasid lemah yang tidak stabil, yang terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dalam air, dan digunakan sebagai bahan pengawet dan peluntur;\n \n~ tartarik \nasid yang terdapat dalam banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan untuk membuat serbuk penaik dan sebagainya;\n \n~ urik \nsejenis asid organik yang terdapat dalam air kencing;\nberasid\n mengandungi asid;\nmengasid\n menjadi asid;\nmengasidkan\n menjadikan asid;\nkeasidan\n banyaknya asid dalam sesuatu larutan;\npengasidan\n proses mengasidkan." "asidimeter\nalat untuk mengukur banyaknya kandungan asid dalam sesuatu larutan." "asidimetri\nteknik mengukur kuantiti asid yang terdapat dalam sesuatu larutan." "asiduria\n(Perubatan) keadaan adanya asid dalam air kencing." "asik\n1.\n [Kelantan] panjang di sebelah bawah (teraju layang-layang);\n2.\n bergerak-gerak (layang-layang), tidak tetap." "asimetri\nkeadaan bentuk yang tidak simetri." "asimilasi\n1.\n proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup;\n2.\n [Indonesia] paduan bunyi (konsonan) seperti \nahlul-nujum \nmenjadi \nahlun-nujum;\n3.\n pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (seperti pemaduan unsur-unsur daripada kebudayaan yang berlainan menjadi satu kebudayaan);\nberasimilasi\n berpadu menjadi satu;\nmengasimilasikan\n1.\n menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup:\njasad kita melalui kuasa ghaib yang maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yang diterimanya;\n2.\n menjadikan berasimilasi (berpadu, menyerap, dan lain-lain), menyerapkan ke dalam suatu kesatuan (paduan dan sebagainya) yang lebih besar;\nterasimilasi\n telah diasimilasikan atau berasimilasi:\nglukos ~;\npengasimilasian\n proses mengasimilasikan sesuatu:\nbagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yang sukar\n." "asimptomatik\ntidak menunjukkan sebarang gejala bagi sesuatu penyakit (berkenaan (dengan) pesakit)." "asin I\nmasin, (be)rasa garam;\n \nmerasai ~ garam \nsudah banyak pengalaman;\nmengasini\n membubuh garam (supaya masin) pada;\nmengasinkan\n menjadikan asin;\nasinan\n buah-buahan atau sayur-sayuran yang diasinkan;\nkeasinan\n perihal asin, rasa asin, kemasinan:\n~ air laut." "asin II\n[Minangkabau] menang (dalam permainan galah panjang)." "asin-asin\nsejenis tumbuhan (pokok renek), cekur (manis), \nSauropus albicans." "asindeton\n(Linguistik) deretan kata (frasa, klausa, ayat) yang tidak menggunakan kata hubung, misalnya \nsaya datang, saya melihat, saya menang." "asing\n1.\n berlainan, terpisah, tersendiri;\n \nberasa diri ~ (di sesuatu tempat) \nberasa diri terpisah atau bukan sebahagian daripada tempat yang berkenaan;\n2.\n berasal (datang) dari daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri:\nbanyak bangsa ~ di negeri ini;\n tanaman modal ~;\n3.\n bukan dari dunia ini:\nmakhluk ~;\n4.\n tidak seperti yang biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dan lain-lain):\namalan-amalan yang ~ bagi masyarakat Melayu;\nasing-asing\n terpisah-pisah, tersendiri-sendiri:\nbarang-barang itu dinilai ~;\nberasing\n1.\n menyisih, memisahkan diri (dr):\nanak ini ~ dari kawan-kawannya;\n2.\n berubah, menjadi lain:\nkasihnya sudah ~;\nberasingan,\n \nberasing-asingan\n tidak bersatu (bercantum dan sebagainya), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan:\nkertas soalan itu terbahagi kepada dua bahagian yang ~;\n pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yang rapat antara kedua-duanya;\nmengasing\n berasing;\nmengasingkan\n1.\n = \nmemperasingkan\n memisahkan (dari yang lain), menyisihkan:\nAfrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih daripada orang yang berwarna;\n ~ diri\n menyisihkan (memencilkan) diri;\n2.\n menempatkan (membuang) ke tempat yang terpisah atau terpencil:\ndia pernah diasingkan ke Boven Digul;\nterasing\n terpisah, tersisih, terpencil;\nketerasingan\n1.\n perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya:\nsatu lagi faktor yang perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan;\n2.\n keanehan, keganjilan, keluarbiasaan:\n~ perasaan itu ada hubungan dengan darahnya sendiri;\nkeasingan\n sifat dan lain-lain yang berlainan daripada yang lain, kesendirian, kelainan:\ntiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yang istimewa;\npengasingan\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan;\n2.\n perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri:\nChina mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk;\n \nal-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pada ~ diri;\n3.\n tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan:\ndari tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh\n." "asisten\n[bahasa percakapan] pembantu, penolong." "askar\n1.\n tentera, serdadu, perajurit:\nseorang ~ payung terjun telah mati kerana kecederaan;\n2.\n pasukan tentera:\nbeberapa batalion ~ kerajaan telah dikejarkan ke medan perang." "askomiset\n(Biologi)kumpulan kulat dalam kelas Ascomycetes, termasuk kulapuk, kulat, dan kulat pereput kayu." "asli\n1.\n berkenaan orang yang asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri;\n \norang ~ \npenduduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang);\n2.\n berkenaan sesuatu yang berasal dari sesebuah negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dan sebagainya asing):\nlagu ~;\n baju ~;\n3.\n berkenaan bawaan sejak lahir:\nsifat-sifat ~;\n4.\n tulen (bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain):\ngetah ~;\n gas ~;\n5.\n berkenaan yang asal (bukan saduran atau terjemahan):\nkarangan ~;\n naskhah yang ~;\n6.\n [Indonesia] berkenaan yang asal (bukan salinan):\nijazah ~ \nijazah asal (bukan salinan);\n7.\n berasal, keturunan orang baik-baik;\n \nanak-anak ~\n bukan sebarang orang;\nkeaslian\n perihal (sifat dan lain-lain) asli, ketulenan, kejatian:\n~ naskhah ini tidak perlu disangsikan." "asma\npenyakit sesak nafas, penyakit bengik, lelah." "asmara\ncinta, kasih, cinta berahi;\n \nbermain ~ \nbercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan;\nberasmara\n1.\n bercinta-cintaan, berkasih-kasihan:\nmereka sedang mabuk ~;\n2.\n bercumbu-cumbuan;\nkeasmaraan\n1.\n jatuh cinta, dalam percintaan, kasmaran;\n2.\n asmara, cinta berahi:\nangkatan muda yang masih hijau dan gila ~ sahaja." "asmaradana\nberasmaradana\n bercumbu-cumbuan." "asmaradanta\n[sastera lama] putih (berkenaan (dengan) gading, gigi):\ngiginya ~ dan bibirnya merah tua, terlalu manis seperti laut madu." "asmaraloka\n(Sanskrit) [sastera lama] alam percintaan, dunia cinta kasih." "Asmaul Husna\n[Arab] sembilan puluh sembilan nama Allah yang teragung, termulia, dan terindah." "ASN\n[kependekan] Amanah Saham Nasional." "asnad\n[Arab] (jamak bagi sanad) rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yang digunakannya untuk sampai kepada matan." "asnaf\n[Arab] golongan yang berhak menerima zakat:\nsumber zakat disumbangkan kepada individu Islam yang termasuk dalam ~ yang lapan;\n selain mengagihkannya mengikut ~ tertentu, ia juga disalurkan untuk kemudahan institusi pelajaran." "aso\n[Jawa];\nmengaso\n melepaskan lelah, beristirahat:\nmarilah kita ~ sebentar;\npengasoan\n peristirahatan." "asok\n[Kedah] pasangan menari (makyung dan lain-lain)." "asonansi\n(Linguistik) pengulangan bunyi vokal dalam deretan kata seperti \nsecupak\n dan \nsesukat,\n atau \npokok\n dan \ntokoh." "asor\n[Jawa] rendah, hina, alah." "asosiasi\nperkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan, pertalian:\nkoleksi pelukis yang menggunakan bahan akrilik menampakkan ~ pelihatan Ghafar terhadap alam dengan teliti;\n begitu juga jikalau disebut imej air, ~ fikirannya akan cepat mengenangkan air zamzam;\nmengasosiasikan\n mengaitkan, menghubungkan, mengadakan (menunjukkan) pertalian:\nwarna hanya boleh diasosiasikan dengan objek yang lain." "asparagus\nsejenis tumbuhan yang pucuknya dibuat sayur, \nAsparagus officinalis." "aspek\nsegi, sudut, bahagian (untuk diberikan perhatian dan sebagainya): \nmereka kurang sekali memerhatikan ~ sosial dalam kesusasteraan;\n masalah tersebut perlu ditinjau pada segala ~nya." "aspero\nsejenis ubat berupa pil untuk sakit demam (sakit kepala dan lain-lain)." "aspiran\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] calon (yang mencita-citakan sesuatu)." "aspirasi\nkeinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dan lain-lain sesuatu), cita-cita:\nseperti yang ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah;\nmengaspirasikan\n mempunyai keinginan yang kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan:\n terdapat jurang pemisah antara pemimpin yang berorientasikan Barat dengan umat yang rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam." "aspirin\nsejenis ubat untuk demam (sakit kepala dan lain-lain)." "asrama\n1.\n bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat, dan lain-lain), hostel;\n \n~ putera (puteri) \nasrama yang khusus untuk pelajar-pelajar lelaki (perempuan);\n2.\n rumah tempat tinggal pertapa, biara;\n3.\n [Indonesia] berek (polis, tentera, dan lain-lain);\nberasrama\n mempunyai asrama:\nsekolah ~ penuh;\nmengasramakan\n menempatkan dalam asrama." "asrar\n[Arab] (jamak bagi sir) rahsia." "assalamualaikum\n[Arab] selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan)." "asta\n(Sanskrit) lapan (dalam kata majmuk)." "astaga\n[Indonesia], [bahasa percakapan] astaghfirullah." "astaghfirullah\n[Arab] Ya Allah, ampunilah aku (disebuntukan juga sebagai menyatakan kehairanan, terkejut, dan sebagainya)." "astagina\n[Jawa] [arkaik] (pelajaran) pertukangan tangan." "astaka\npentas khas yang dibina untuk sesuatu tujuan, terutamanya untuk acara tilawah al-Quran;\n \nbalai ~ \n[sastera lama] sejenis balai dalam istana (tidak berdinding dan digunakan untuk upacara dan sebagainya):\nraja pun berangkat naik ke atas gajah dan diarak terus ke ~." "astakona\nsl\n1.\n segi lapan, sudut lapan;\n2.\n segi banyak;\nberastakona\n berbentuk segi lapan atau segi banyak." "astana\nistana." "astatin\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang radioaktif dalam siri halogen yang wujud secara semula jadi." "asterisk\nsimbol berbentuk bintang (*) yang digunakan dalam tulisan atau cetakan sebagai tanda rujukan silang kepada sesuatu catatan." "asteroid\nsatu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dan Musytari." "astigmatisme\n(Perubatan) kekaburan pelihatan akibat ketakseragaman lengkungan pada kanta mata atau kornea." "astrafobia\nperasaan takut yang keterlaluan pada kilat dan guruh." "astringen\nsejenis bahan yang boleh mengecuntukan kulit (tisu tubuh dan sebagainya)." "astro-\nawalan asing\n1.\n berkaitan dengan angkasa lepas, misalnya \nastronautik;\n2.\n berkaitan dengan jasad cakerawala atau bintang, misalnya \nastrofizik." "astrobiologi\ncabang biologi yang berkaitan dengan kajian tentang kemungkinan wujudnya kehidupan di planet lain." "astrobotani\ncabang botani yang mengkaji kemungkinan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di planet lain." "astrofizik\nkajian tentang struktur kimia dan fizikal pada objek (bintang, planet, dan lain-lain) yang terdapat di angkasa." "astrokimia\nkajian kimia tentang jasad samawi dan rantau ruang angkasa sekitarnya." "astrolab\nalat yang digunakan oleh ahli astronomi zaman pertengahan untuk mengukur altitud bintang, matahari dan sebagainya dan sebagai alat bantu pandu arah dalam pelayaran." "astrologi\nilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang-bintang)." "astronaut\nangkasawan." "astronautik\nkajian tentang prinsip asas fizik yang berkaitan dengan penerbangan ke angkasa lepas." "astronomi\nilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang)." "asu\nanjing;\n \ngigi ~ \ngigi taring." "asuh\nmengasuh\n1.\n memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik (anak kecil):\nsemenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih berhati-hati kalau berada di negeri orang;\n2.\n mengelola dan melatih, memimpin, membimbing:\nPapua Timur masih diasuh oleh Australia;\n asuhan\n1.\n peliharaan dan didikan, jagaan:\nsemasa kecil dia dalam ~ neneknya;\n2.\n awasan dan tunjuk ajar, bimbingan;\npengasuhan\n perbuatan atau hal mengasuh;\n pengasuh\n orang yang (kerjanya) mengasuh: \ndicarilah ~ untuk anak raja itu;\n ~ bunga \ndaun-daun kecil yang tidak sempurna yang terdapat pada tangkai (sebelah bawah) bunga." "asuh-asuh\nsejenis ikan, dalu-dalu, gertak lantai, landuk, \nLethrinus nebulosus." "asung\n[Minangkabau];\nmengasung\n menghasut (supaya marah, berdendam, dan sebagainya);\nasungan\n hasutan;\npengasung\n penghasut." "asuransi\n[Indonesia-Belanda] insurans;\nmengasuransikan\n mempertanggungkan (rumah, jiwa, dan lain-lain) kepada perusahaan insurans, menginsuranskan." "aswad\n[Arab] hitam;\n \nhajarulaswad \nbatu hitam di Kaabah." "asyhadu\n[Arab] saya mengakui (percaya, yakin);\n \n~ an lailahaillallah \nsaya mengakui tiada Tuhan yang lain melainkan Allah." "asyik\n1.\n menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan):\nraja itu sedang ~ kepada tuan puteri;\n2.\n sedang sibuk, leka (dengan sesuatu), khayal (melakukan sesuatu):\nkalau dah ~ berbual lupa akan makan;\n ~ maksyuk \na) berkasih-kasihan;\n b) orang yang sedang berkasih-kasihan, sepasang kekasih;\n c) Tuhan dan hamba-Nya;\n3.\n [Arab] orang yang menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pada Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya;\nasyik-asyik\n balik-balik, sering kali:\n~\n \nperkara itu juga yang dibangkitkannya;\nmengasyikkan\n1.\n menimbulkan berahi (pada seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pada):\nRohani dengan baju yang pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya;\n2.\n membuat atau menyebabkan asyik (leka dan sebagainya), melekakan, mengkhayalkan:\nkisah itu cukup ~;\n buku cerita yang ~ pembaca;\nkeasyikan\n kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu):\nmereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman;\nkeasyik-asyikan\n sangat asyik (berahi, leka, dan lain-lain)." "asyikin\n[Arab] (jamak bagi asyik) para asyik." "Asyura\nhari ~ \nhari yang kesepuluh dalam bulan Muharam yang disambut oleh orang Islam dengan berpuasa sunat (berkenduri tahlil dan sebagainya)." "At\nsimbol kimia bagi astatin." "atak\n[Minangkabau];\nmengatak\n mengatur." "ataksia\n(Perubatan) kegagalan pelarasan otot kawal sehingga menyebabkan pergerakan otot menjadi tidak teratur dan tersentak-sentak." "atap\n1.\n penutup rumah bahagian atas (untuk melindungi penghuni dari hujan dan panas), bumbung:\n~ rumah itu sudah tua;\n2.\n benda yang dibuat daripada sesuatu bahan (seperti daun rumbia dan lain-lain) dipakai untuk menutup bahagian atas rumah, bahan yang dijadikan bumbung:\n~ genting lebih mahal daripada ~ rumbia;\nberatap\n mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya:\npondok itu belum ~;\n beratapkan\n mempunyai atau dipasangkan sesuatu (seperti rumbia, genting, dan sebagainya) sebagai atapnya atau bumbungnya:\nrumah papan ~ genting;\nmengatap\n membubuh atap, memasang atap;\nmengatapi\n membubuh atap pada, memberi beratap:\n~ rumah." "atar\nair ~ \n= \nminyak ~ \nsejenis minyak wangi;\n \norang ~\n juruubat, orang yang membuat ubat." "atas\n1.\n (pada) tempat atau paras dan sebagainya yang lebih tinggi, lawan bawah:\ndari ~ bukit itu nampak laut;\n tingkat ~;\n bibir ~;\n2.\n pihak yang berkuasa:\nperintah daripada ~;\n3.\n kerana, dengan:\ndia meletakkan jawatan itu bukan ~ kemahuannya;\n4.\n mengenai, tentang, akan, berkaitan dengan, terhadap:\nbeliau puas hati ~ kemajuan yang telah dicapai;\n tidak mengaku salah ~ tuduhan yang dimajukan;\n5.\n berdasarkan, berasaskan:\nkeputusan itu dibuat ~ beberapa pertimbangan;\n ~ soal-soal yang dibincangkan oleh pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik;\n6.\n mengikut, menurut, berdasarkan:\nmaka dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dengan Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim;\n~ angin \n= \nnegeri ~ angin \nnegeri-negeri yang dipandang sebagai asal angin (seperti India, Iran, Arab, dan juga Eropah);\n \n~ sungai \nhulu sungai;\ndi atas\n1.\n pada bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah):\nletakkan bungkusan itu ~ meja;\n suatu kesimpulan boleh dibuat berdasarkan huraian yang diberikan ~;\n2.\n lebih tinggi daripada:\n~ harga itu, tidak sanggup saya membelinya;\nke atas\n1.\n ke bahagian (tingkat, tempat, dan sebagainya) atas, ke sebelah atas:\nangkat peti ini ~ meja;\n dia baru naik ~, ke tingkat lima;\n2.\n (dan) lebih (daripada sesuatu paras, jumlah, dan sebagainya), dan tinggi daripada itu:\ngaji seribu ~;\nberatas-atasan\n = \natas-mengatasi;\nmengatas\n1.\n naik ke atas:\ndebu ~;\n2.\n meninggi (diri):\nbukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja;\n3.\n [Indonesia] meminta pertimbangan (keterangan dan lain-lain) daripada orang yang lebih tinggi;\natas-mengatas\n selalu hendak ke atas;\nmengatasi\n1.\n melebihi, mengalahkan:\ndicarikan akal bagaimana ~ lawannya dalam pertemuan itu;\n2.\n menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dan lain-lain);\natas-mengatasi\n saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi:\ndi sekolah kami, murid-murid saling ~;\nmengataskan\n melebihkan, meninggikan:\nia selalu ~ negerinya;\nteratas\n terletak (berada dan lain-lain) di atas sekali;\natasan\n (orang, golongan, pihak) yang lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dan lain-lain):\nhal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;\npengatasan\n perihal mengatasi atau mengataskan;\npengatas\n (Matematik) nombor atas pecahan yang menunjukkan berapa bahagian pecahan yang ada:\ndalam pecahan 6/7, nombor 6 disebut ~." "atase\npegawai yang diperbantukan pada kedutaan untuk menguruskan tugas-tugas khas:\n~ militer;\n ~ kebudayaan." "atau\n1.\n kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan, disebut juga:\naskar ~ tentera;\n binatang ~ haiwan;\n2.\n kata hubung yang bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dan lain-lain):\nair limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat;\n mereka menghinanya dengan meludahinya ~ memakinya;\n3. = ataupun\n baik \u2026. mahupun:\nbesar ~ kecil;\n tua ~ muda;\n mahal ~ murah." "atawa\natau." "ateis\norang yang tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan." "ateisme\nfahaman atau kepercayaan yang tidak mengakui kewujudan Tuhan." "ateistik\nberpendirian (bersikap) tidak mengakui kewujudan Tuhan." "atelas\natlas II." "atendan\n1.\n pekerja lelaki di hospital yang membuat kerja-kerja rencam (seperti menjaga kebersihan di rumah sakit, membawa makanan untuk pesakit, menolong pesakit, dan sebagainya);\n2.\n pembantu drebar lori, kelindan;\n3.\n orang yang bertugas menjaga kereta di sesuatu tempat letak kereta dan mengutip bayaran daripada empunya kereta, jaga kereta." "ati-ati\nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat), \nColeus atropurpureus.\nAtid\n malaikat yang menulis segala kejahatan seseorang." "atip\nmengatip\n [sastera lama] menyusun, mengatur." "atlas I\nbuku yang mengandungi peta-peta (gambar rajah dan maklumat-maklumat lain tentang negeri-negeri)." "atlas II\n[Arab], [sastera lama] sejenis kain halus yang berkilat;\nantelas." "atlas III\ntulang ruas yang pertama." "atlet\norang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan." "atletik\nberbagai-bagai jenis olahraga (terutamanya yang memerlukan kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan seperti berlari, melompat, berenang, dan lain-lain), sukan." "atlit\natlet." "ATM\nkepv\nAutomated Teller Machine \n(Mesin Teler Automatik, iaitu mesin yang memberikan khidmat juruwang secara automatik)." "atma\njiwa, nyawa;\n \n~\n \njuita\n [sastera lama] kata cumbuan." "atmometer\n(Fizik) alat pengukur kadar penyejatan air." "atmosfera\nlapisan udara yang melingkungi bumi (yang terdiri daripada bahan-bahan gas)." "atol\n(Geologi) terumbu karang yang berbentuk seperti cincin yang melingkungi sesuatu lagun, pulau cincin." "atom\n1.\n bahagian atau unit yang terkecil daripada unsur kimia yang boleh terlibat dalam sesuatu perubahan kimia:\nsatu molekul air terdiri daripada dua ~ hidrogen dan satu ~ oksigen;\n bom ~ \nbom yang diledakkan dengan tenaga atom;\n \nperang ~ \nperang yang mempergunakan bom (senjata) atom;\n \nzaman ~ \nzaman moden (zaman sudah adanya bom atom);\n2.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] (dipakai untuk menyatakan sesuatu yang moden, baru atau luar biasa);\n \nikat pinggang ~\n ikat pinggang yang dibuat daripada plastik;\n \npulpen ~\n pen yang tidak perlu diisi dakwat." "atop\n[Jawa] [arkaik] sedawa." "atos\n[Jawa] [arkaik] keras." "atribut\n1.\n sifat (ciri) khusus pada seseorang atau sesuatu benda:\n kenyataan itu harus terdiri daripada jisim dan ~nya\n;\n 2.\n sesuatu yang menjadi lambang atau simbol:\n sifat yang kita anggap sebagai ~ yang memberi sifat kepada golongan orang bujang;\n 3.\n kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dan lain-lain) daripada berbagai-bagai tingkat kualitatif;\n4.\n (Komputer) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem;\n5.\n (Komputer) kata yang menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer." "atrium I\nlaman bahagian dalam sesebuah seni bina Romawi, gereja, dan juga bangunan moden yang tinggi." "atrium II\n(Biologi) jantung." "atui\n[Pulau Pinang] atau." "atuk\n[bahasa percakapan] datuk;\n \n~ moyang\n [arkaik] datuk nenek, nenek moyang." "atun\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), bayur laut, dungun, pelir kambing, \nHeritiera littoralis." "atung\nteratung-atung\n terkatung-katung;\nkatung I." "atur cara\n1.\n jadual pelbagai acara (kegiatan dan sebagainya) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dan lain-lain):\n~ persidangan adalah mengikut aktiviti jawatankuasa dan kumpulan tertentu;\n masing-masing mempunyai ~ dan rancangan-rancangan tersendiri;\n2.\n (Komputer) urutan arahan berkod yang dimasukkan ke dalam komputer yang membolehkan data diproses (oleh komputer);\npengaturcaraan\n (Komputer) proses membuat atur cara komputer:\ndalam pendekatan ~, pelajar\n \ndidedahkan kepada peranan komputer;\npengatur cara\n1.\n orang yang mengendalikan sesuatu majlis:\n~ majlis;\n2.\n (Komputer) orang yang menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur cara supaya data yang berkaitan boleh diproses oleh komputer." "atur huruf\npenyusunan huruf menjadi perkataan atau blok perkataan untuk tujuan pencetakan:\npada peringkat ~;\n mengatur huruf\n menyusun huruf menjadi perkataan atau blok perkataan dalam proses pencetakan:\nmereka hanya menjalankan tugas ~, membuat filem, membuat plat, mencetak dan menjilid;\n pengatur huruf\n1.\n orang yang kerjanya mengatur huruf;\n2.\n mesin yang digunakan untuk mengatur huruf:\nmesin ~." "atur I\natur-atur;\n \nkayu ~ \nkayu mainan kanak-kanak yang disusun untuk membentuk sesuatu (seperti rumah dan lain-lain);\nberatur\n1.\n berada (berdiri dan sebagainya) dalam barisan:\npara peserta sudah ~ di padang untuk upacara penyampaian hadiah;\n2.\n berada dalam susunan yang baik (berkenaan (dengan) barang, benda), tersusun (baik-baik):\nperkakas dapur ~ dengan baik;\nmengatur\n1.\n meletakkan (sesuatu) dalam susunan yang baik atau sebagaimana yang diingini:\n~ pasu bunga di taman;\n ~ buku di rak;\n2\n. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dengan baik, dan sebagainya):\n~ persiapan untuk menyambut Hari Kebangsaan Negara;\n apa guna mencampuri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur;\nmengaturkan\n mengatur untuk;\nteratur\n1.\n telah diatur (dengan baik), sudah disusun baik-baik, tersusun:\ndia melihat-lihat buku-buku yang ~ di rak;\n2.\n tidak kelam-kabut (kucar-kacir dan sebagainya):\nsegala-galanya dijalankan dengan ~ dan rapi setelah mereka merancangkannya dengan sempurna;\naturan\n1.\n cara mengatur, susunan:\n~ buku dalam perpustakaan ini, menurut cara Dewey;\n2.\n segala yang telah ditentukan atau ditetapkan untuk diturut, peraturan:\nmembuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya;\n3.\n adat sopan santun, ketertiban:\ntidak tahu ~ \ntidak tahu adat;\n4.\n = \n~nya\n [Indonesia] sebetulnya, sebenarnya:\n~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;\nberaturan\n1.\n dengan aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik;\n2.\n tahu adat (sopan santun);\nketeraturan\n keadaan yang teratur, ketertiban:\n~ gerak laku;\n \n~ dan alam tabii tidak meninggalkan kesan yang mendalam;\n peraturan\n1.\n segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan sebagainya) dan harus diturut atau dipatuhi:\nsetiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat;\n ~ lalu lintas;\n ~ mesyuarat;\n ~ kerajaan \nperaturan (ketentuan, garis panduan, dan sebagainya) yang dibuat oleh kerajaan;\n2.\n [sastera lama] hubungan keluarga (kepada);\nberperaturan\n ada peraturannya, beraturan:\nkerja yang tidak ~;\npengaturan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengatur(kan).\npengatur\n1.\n orang yang mengatur, orang yang menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu:\n~ huruf\n;\n2.\n alat untuk mengatur." "atur II\n[Minangkabau];\nmengatur(kan)\n mencucuk:\n~ hidung kerbau." "atur III\n[Jawa] \nmengaturi\n [arkaik] memberi kepada, menyilakan supaya;\nmengaturkan\n1.\n menyampaikan, mempersembahkan, memberi:\n~ surat kepada \nmenyampaikan surat kepada;\n2.\n mengucapkan, mengatakan:\n~ selamat datang." "au I\n[kata seru] kata untuk menyatakan kesakitan (ketakutan atau keadaan terkejut)." "Au II\nsimbol kimia bagi aurum." "aubade\nalu-aluan dengan muzik atau nyanyian (pada pagi-pagi hari)." "audiens\npara penonton (pembaca, pendengar, dan sebagainya) yang menjadi tumpuan sesuatu ciptaan atau persembahan seni atau sastera:\nia kurang diminati kerana ~ gagal memahami daya tarikannya yang aneh;\n persekitaran membentuk aksi dan kehidupan watak-watak sewaktu mereka berkomunikasi dengan ~." "audio\n1.\n berkaitan dengan bunyi atau pendengaran:\ndaripada satu bahasa perhubungan melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka;\n2.\n berkaitan dengan bunyi atau penghasilan semula bunyi:\nselalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu;\n ia membawa konsep baru pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video." "audio-\nawalan asing\n berkaitan dengan bunyi atau pendengaran, misalnya \naudiometer \ndan \naudiologi." "audiogram\nrakaman dalam bentuk graf yang dihasilkan oleh audiometer untuk menunjukkan tahap ketajaman pendengaran seseorang." "audiologi\nkajian (secara saintifik) tentang pendengaran." "audiometer\nalat untuk mengukur kepekaan bunyi, terutama untuk menguji pendengaran." "audiometri\npengukuran daya pendengaran, misalnya dengan menggunakan audiometer." "audiovisual\nyang) melibatkan atau menggunakan pendengaran dan pelihatan (berkenaan (dengan) usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dan lain-lain), pandang dengar." "audit\n(Ekonomi) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun);\n~ awal \naudit yang mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yang diaudit itu berakhir;\n \n~ baucar \npemeriksaan dokumen asal (seperti invois, surat perjanjian, pesanan belian, dan lain-lain) untuk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat;\n \n~ bebas \naudit yang dilakukan oleh juruaudit luar untuk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi;\n \n~ berkala \naudit yang dilakukan oleh juruaudit luar untuk setiap tempoh perakaunan tertentu (seperti setiap setengah tahun dan setahun);\n \n~ berkanun \naudit bebas yang dilakukan pada sesebuah organisasi seperti yang diperuntuk oleh undang-undang;\n \n~ bersama \naudit yang dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih;\n \n~ dalam \n= \n~ dalaman \npemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul;\n \n~ hujung tahun \naudit yang tertumpu pada penentuan tepat tidaknya baki akaun yang terdapat dalam kunci kira-kira;\n \n~ personel \n(Tadb) audit pada sumber manusia dalam sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yang meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dengan pekerjaannya, kesesuaian gaji dengan tugas yang dilakukan dan sebagainya;\nmengaudit\n memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun):\nkira-kira yang telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima;\npengauditan\n pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun)." "auditorium\ndewan (ruang dalam bangunan dan sebagainya) untuk para penonton." "auh\nau." "auk\n[Indonesia] bunyi anjing menyalak." "auksin\n(Biologi) hormon penggalak dan pengawal pertumbuhan (pada tumbuhan)." "aula\n[Indonesia] ruangan besar untuk berapat atau mengadakan upacara (dalam gedung sekolah tinggi dan lain-lain)." "aulia\n[Arab] (jamak bagi wali) orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat pertolongan-Nya dengan dirapatkannya pada kehadiran-Nya." "aum I\n= ngauman\n bunyi harimau atau singa;\nmengaum\n berbunyi menderam (berkenaan (dengan) harimau, singa):\nkambing mengembek, harimau ~;\nmengaum-aumkan\n [bahasa percakapan] menggembar-gemburkan, menceritakan ke sana ke mari." "aum II\n[Kedah] borong semua." "aung\nbunyi meraung;\nmengaung\n meraung." "aungan\n[Jawa] hubungan." "auns\nunit ukuran berat yang bersamaan dengan 1/16 paun atau 28.349 gram." "aup\n[Perak] mati, mampus:\nterlangkup ~ sama sekali." "aur\nbuluh, bambu;\n jenis-jenisnya:\n ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin, dan lain-lain;\nbagai ~ dengan tebing\n (peribahasa) dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan;\n \nseperti ~ ditarik songsang\n (peribahasa) banyak sangkut-pautnya hingga susah hendak dilaksanakan." "aura\nsuasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri seseorang atau sesuatu." "aurat\n[Arab]\n1.\n bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum Islam);\n2.\n kemaluan;\n3\n. telanjang." "AURI\nakronim bagi Angkatan Udara Republik Indonesia." "aurora\nfenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu;\n~ australis \naurora yang kelihatan pada waktu malam di sekitar Kutub Selatan;\n \n~ borealis \naurora yang kelihatan pada waktu malam di sekitar Kutub Utara." "aurum\n(Kimia) sejenis unsur logam yang tidak reaktif dan banyak digunakan untuk membuat barang-barang kemas, emas." "Austronesia\nsemua pulau yang terletak di Lautan Pasifik Selatan dan Tengah, termasuk Irian, Polinesia, Melanesia, Australia, dan New Zealand:\n bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa ~ yang terdiri daripada lebih kurang 4000 bahasa." "auta\n[bahasa percakapan] borak (tidak sungguh-sungguh), temberang." "autarki\nperihal atau cara yang tidak bergantung pada negeri lain tentang keperluan-keperluan dalam negeri, perihal mencukupi keperluan sendiri." "autentik\ndapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan, dan sebagainya):\nmakalah ~." "autisme\n(Psikologi) gangguan mental yang mula muncul pada peringkat kanak-kanak yang menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat." "autistik\nmenderitai autisme:\nkanak-kanak ~." "auto\n[Indonesia-Belanda] kereta, motokar;\n \n~ gerobak\n lori;\nberauto\n berkenderaan dengan motokar, berkereta;\n= automobil." "autobiografi\nriwayat hidup yang ditulis sendiri." "autobis\n[Indonesia-Belanda] bas." "autofokus\ndapat memfokuskan sesuatu objek secara automatik (berkenaan (dengan) kanta kamera):\nkamera ~." "autogami\n(Biologi) pensenyawaan sendiri oleh tumbuhan berbunga." "autogiro\npesawat udara yang menggunakan kipas untuk menghasilkan daya angkat tanpa menggunakan enjin." "autograf\n1.\n tandatangan seseorang, biasanya orang yang terkenal;\n2.\n = \nbuku ~ \nbuku kecil untuk menyimpan tandatangan orang yang terkenal atau kata-kata nasihat dan sebagainya oleh sahabat handai untuk kenang-kenangan;\n3.\n naskah (manuskrip) asal yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri." "autografi\n1.\n penulisan tentang sesuatu yang dibuat dengan tulisan tangan penulisnya sendiri;\n2.\n penghasilan semula sesuatu ilustrasi atau tulisan." "autokarpa\n(Biologi) buah yang terhasil daripada penswasenyawaan, misalnya buah manggis." "autokiu\nalat yang memaparkan skrip (tidak dapat dilihat oleh penonton) yang boleh dibaca oleh seseorang semasa rakaman rancangan televisyen, misalnya siaran berita atau ucapan di khalayak ramai." "autoklaf\nbekas berdinding tebal, berpenutup, dan digunakan untuk mensterilkan alat-alatan perubatan." "autokrasi\n1.\n pemerintahan oleh orang atau individu yang mempunyai kuasa penuh (tidak terhad);\n2.\n negara yang diperintah oleh individu yang mempunyai kuasa penuh." "autokrat\npemerintah yang mempunyai kuasa penuh (kuasa mutlak)." "autokratik\nberasaskan atau mempunyai kuasa penuh (berkenaan (dengan) pemerintah, pemerintahan, pengurusan, dan sebagainya):\namalan pengurusan yang berbentuk ~ dan birokratik." "autolisis\n(Biologi) pemusnahan sel atau tisu oleh tindakan enzimnya sendiri." "automasi\nsistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yang pada keseluruhannya membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dengan sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia:\ntahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~;\n mengautomasikan\n menjadikan sesuatu sistem (proses dan sebagainya) berjalan secara automasi:\nbeberapa langkah sedang diambil untuk ~ sistem pengeluaran yang sedia ada;\n pengautomasian\n perihal atau proses mengautomasikan:\n~ Pusat Sumber Sekolah." "automatik\nberkenaan sesuatu yang bergerak atau melakukan sesuatu dan sebagainya dengan sendirinya (alat, mesin, dan sebagainya);\n \nsecara ~\na) dengan sendirinya, dengan (hampir) tidak perlu dikendalikan oleh tenaga manusia (berkenaan (dengan) alat, mesin, dan sebagainya), dilaksanakan (hampir) sepenuhnya dengan penggunaan alat-alat tertentu dan bukan tenaga manusia (berkenaan (dengan) kerja dan sebagainya);\n b) dengan tidak berfikir-fikir dan sebagainya terlebih dahulu (berkenaan (dengan) sesuatu tindakan dan sebagainya);\n c) dengan tidak perlu dilakukan (diuruskan, diselesaikan, dan sebagainya) sesuatu terlebih dahulu (berkenaan (dengan) kedudukan, perjalanan, dan sebagainya sesuatu);\nmengautomatikkan\n menjadikan sesuatu automatik;\npengautomatikan\n perihal (proses, tindakan dan sebagainya) menjadikan sesuatu automatik." "automobil\nkereta, motokar." "automotif\nberkenaan kenderaan bermotor." "autonom\n[Indonesia-Belanda] mengurus (mengendalikan) pemerintahan dan sebagainya sendiri." "autonomi\npemerintahan (pentadbiran,pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dan sebagainya) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);\nberautonomi\n mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa sendiri:\nsebuah institusi penyelidikan yang ~ dan bebas mengenai perpaduan kaum hendaklah ditubuhkan;\n jelas bahawa rancangan Amerika adalah untuk mewujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin." "autoped\n[Indonesia-Belanda] basikal yang disorong dengan kaki (permainan anak-anak)." "autoplasti\n(Perubatan) penggantian tisu yang rosak kerana cedera, berpenyakit dan sebagainya, dengan tisu yang diambil daripada bahagian lain tubuh pesakit itu sendiri." "autopsi\n(Perubatan) pembedahan dan pemeriksaan mayat untuk menentukan atau mengetahui sebab-sebab kematian;\nmengautopsi\n melakukan autopsi." "autoritarian\n1.\n berpegang teguh pada peraturan dan undang-undang;\n 2.\n orang yang percaya akan ketaatan sepenuhnya terhadap autoriti." "autoritarianisme\nfaham (pendirian, prinsip, dan sebagainya) yang mengutamakan taat setia kepada pihak yang berkuasa di sesebuah negara." "autoritatif\n1.\n diiktiraf (diakui, diterima) sebagai yang benar atau yang boleh dipercayai dan dijadikan pegangan:\npada umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dalam kamus yang ~ dalam bahasa yang berkenaan;\n makalah yang ~ tentang masalah yang dihadapi peniaga-peniaga kecil;\n2.\n (penuh) berkuasa, berwibawa." "autoriti\n1.\n kuasa atau hak (untuk memberi perintah, mengawal, membuat keputusan, dan sebagainya):\n beliau mempunyai ~ untuk mewujudkan dan menetapkan hukum;\n 2.\n sumber (orang, buku, dan sebagainya) sebagai sumber maklumat tentang sesuatu yang boleh diterima atau dipercayai:\nkamus merupakan salah satu ~ yang sahih dalam kajian ini\n;\nberautoriti\n mempunyai autoriti." "autosom\n(Biologi) semua kromosom yang terdapat di dalam nukleus sel kecuali kromosom yang menentukan jantina sesuatu organisma." "auzubillah\n[Arab] aku berlindung kepada Allah daripada kejahatan atau bencana (biasanya daripada iblis dan syaitan)." "avant-garde\n(Perancis) bersifat baru dan progresif (berkenaan (dengan) idea, kesenian, kesusasteraan dan sebagainya):\nsebuah lukisan ~." "avgas\nsejenis bahan api yang digunakan oleh pesawat udara." "avikultur\npemeliharaan dan penternakan burung." "avionik\nsains elektronik yang diterapkan dalam bidang penerbangan." "avisenian\nsejenis tumbuhan (pokok bakau) daripada genus \nAvicennia." "avokado\nsejenis tumbuhan tropika yang buahnya berbentuk bulat lonjong, berkulit hijau atau kehitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yang tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan,\n Persea spp.\n:\nbuah ~." "awa I\npinang ~ \npinang yang telah dipotong kedua-dua hujungnya dan dibelah empat (untuk dimakan)." "awa II\n[Terengganu] musim:\nsekarang ini ~ orang bermain wau bulan." "awa-\n[Indonesia] \nawalan asing\n hilang atau bebas, misalnya \nawahama." "awah\n[kata seru] ruang panjang yang menjadi lorong tempat lalu lalang di bahagian tengah rumah, seperti di rumah panjang." "awahama\n[Indonesia] tanpa hama, bebas daripada hama;\nmengawahamakan\n membebaskan daripada hama." "awai I\n[Indonesia] [arkaik];\nmengawai\n melambaikan (tangan)." "awai II\n[Minangkabau] [arkaik];\nmengawai\n memegang, meraba;\nawat III." "awai III\n[Minangkabau] kecewa:\nia memandang kami dengan agak kecewa \u2026 lebih-lebih ~ lagi ketika kami tidak bermohon kepadanya." "awak\n1.\n badan, tubuh;\n \n~ kapal\na) badan kapal;\n b) anak buah kapal (perahu dan lain-lain);\n \n~ perahu\n anak buah perahu;\n2.\n kata ganti diri kedua, engkau, kamu:\napa kerja ~ sekarang?;\n ~ kalian \nkamu sekalian\n3.\n diri (sendiri);\n \n~ sama ~\n sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar);\n \norang ~\n [Minangkabau] orang kita sendiri;\nperawakan\n bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan:\nwalaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat menerimanya." "awal\n1.\n sebelum waktu yang biasa (yang dijangkakan, ditetapkan, dan sebagainya), terlebih dahulu (daripada yang lain):\ndia datang ke pejabat ~;\n kereta api tiba ~ sedikit daripada jadualnya hari ini;\n2.\n bahagian yang mula-mula (cerita dan lain-lain), lawan akhir:\nceritakan dari ~ hingga akhir\n;\n3.\n permulaan (sesuatu jangka waktu):\npada ~ tahun ini;\n~ mula \nmula-mula sekali;\n \n~ bermula \u2026 \npada permulaannya\u2026;\nberawalkan\n bermula dengan, mempunyai (sesuatu) sebagai unsur yang mula-mula:\nbentuk-bentuk dasar kata yang ~ konsonan;\nmengawalkan\n membawa ke waktu atau tarikh yang lebih awal, mempercepat;\nterawal\n1.\n lebih awal (dahulu) daripada yang dijangkakan (ditetapkan dan sebagainya);\n2.\n paling awal;\nawalan\n imbuhan di depan kata dasar (seperti me, ber, ke, per, ter);\nberawalan\n mempunyai awalan." "awam\n1.\n berkenaan (melibatkan dan sebagainya) orang ramai sebagai suatu keseluruhan:\nkepentingan ~;\n2.\n untuk atau terbuka kepada semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa untuk golongan dan sebagainya tertentu):\ntempat ~;\n kenderaan ~;\n kemudahan ~;\n3.\n bukan tentera atau polis dan sebagainya;\n \nperkhidmatan ~ \nperkhidmatan kerajaan yang tidak berkaitan dengan tentera atau polis;\n \norang ~ \na) orang preman (bukan anggota tentera atau polis);\n b) orang kebanyakan;\n c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa);\nmengawamkan\n1.\n mengumumkan, memberitakan kepada orang banyak;\n2.\n menganjurkan, mengesyorkan;\npengawam\n penganjur." "awan\n1.\n wap air yang bergumpal-gumpal di udara (kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit):\ncahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi;\n2.\n corak ukiran;\n~ bakat kuning \nawan yang kekuning-kuningan;\n \n~ bakat merah \nawan yang kemerah-merahan;\n \n~ belanda \nukiran yang berbentuk daun-daun;\n \n~ berarak \na) awan yang bergerak;\n b) ukiran yang berupa daun yang berbelit;\n \n~ berjentera \nukiran yang berupa bulatan-bulatan;\n \n~ berkeluk\n = \n~ lingkungan \nukiran yang berupa separuh bulatan;\n \n~ bersilap \nukiran yang berlekuk-lekuk;\n \n~ biji timun \nukiran seperti biji timun;\n \n~ bunga cengkih \nukiran seperti bunga cengkih;\n \n~ cina\n ukiran yang berlekuk-lekuk;\n \n~ dandan\n = \n~ dendan\n = \n~ selimpat \nukiran seperti anyaman;\n \n~ gelugur \nukiran yang berjalur-jalur;\n \n~-gemawan \nberbagai-bagai rupa awan;\n \n~ hitam \nmendung;\n \n~ jawa\n ukiran yang separuhnya berupa daun-daun;\n \n~ kelarai \nukiran yang berupa petak-petak;\n \n~-kemawan\n awan yang berkepul-kepul;\n \n~ kerawang\n ukiran yang tembus;\n \n~ larat \na) awan yang berpindah-pindah dibawa angin;\n b) sejenis ukiran yang coraknya berkait-kait;\n \n~ mengandung hujan \n= \n~ mendung \nawan hitam, mendung;\n \n~ pengarak angin \nawan yang menandakan akan datang angin;\n \n~ pintal \nukiran yang berbelit-belit;\n \n~ pucuk rebung \nukiran yang merupai pucuk rebung;\n \n~ tali air \nukiran yang lurus-lurus;\n \n~ telepok\n ukiran yang menyerupai bunga teratai;\nberawan\n diliputi awan:\nlangit tidak ~;\nmengawan\n1.\n menjadi atau tampak seperti awan, menyerupai awan:\nburung bangau yang terbang itu putih ~ di udara;\n2.\n meninggi, membumbung tinggi (seperti menuju ke awan):\nkemuncak gunung itu tinggi ~;\n3.\n terlalu tinggi (berkenaan (dengan) hasrat, cita-cita, dan sebagainya):\napa yang aku kehendaki itu jauh ~, tak mudah tercapai;\nmerawan\n berada di atas awan, setinggi awan." "awang I\npanggilan kepada orang muda (terutama kepada anak sulung);\n \n~ dan dayang \nhamba laki-laki dan hamba perempuan;\nperawangan\n [sastera lama] orang muda-muda yang menjadi hamba raja:\noleh baginda yang laki-laki digelar awang dan yang perempuan digelarnya dara, itulah asal segala ~ dan perdaraan." "awang II\n~-gemawang \n= \nawang-awang\n = \nawang-awangan\n [sastera lama] ruang antara langit dan bumi, udara, angkasa;\n(masih) di ~\n masih belum tentu atau belum pasti lagi, tidak dapat diharapkan;\n hidup di ~\n hidup mewah (seperti orang besar atau orang kaya);\n \nserasa di atas ~\na) tinggi sekali;\n b) berasa bahagia atau senang;\nmengawang\n1.\n naik tinggi ke udara, meninggi:\nbelon-belon itu ~ sesudah dilepaskan;\n2.\n memikirkan yang tinggi-tinggi, berkhayal:\nfikirannya ~;\n3.\n berbuat sesuatu dengan tidak menentu atau berhati-hati (memukul, berkata, dan lain-lain), merambang, mengaur;\nperawangan\n lingkungan awang-awang." "awangku\n[Brunei]\n1.\n gelaran untuk anak lelaki bujang yang bapanya keturunan pengiran:\nA~ Idris;\n2\n. \npanggilan timang-timangan untuk anak lelaki yang bapanya bukan pengiran." "awar\nkerosakan pada kapal atau muatannya." "award\n(Undang-undang) keputusan yang dibuat oleh hakim atau penimbang tara." "awas\n1.\n tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dengan baik:\nmata pemburu itu ~ sekali;\n2.\n kebolehan yang luar biasa untuk menilik (melihat) sesuatu yang ghaib, tajam tiliknya;\n3.\n (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada:\nkita harus ~ akan gerak-geri mereka;\n ~, jalan raya sedang dibaiki;\nberawas, berawas-awas\n berhati-hati (dengan melihat-lihat ke sana sini dan sebagainya), beringat-ingat, berjaga-jaga:\nharus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu;\nmengawas = mengawasi;\nmengawasi\n1.\n memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dan sebagainya seseorang), mengamati (untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak baik dan sebagainya):\nbeberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yang disyaki itu;\n ia ~ anaknya yang sedang bermain-main di pantai;\n2.\n menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati:\nsengaja diupah orang untuk ~ rumah itu siang dan malam;\n3.\n memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau berjalan dengan baik dan sebagainya):\n~ pelaksanaan sesuatu projek;\n ~ perjalanan mesyuarat;\npengawasan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengawas(i), penjagaan, pemeriksaan:\nbudak itu sekarang di bawah ~nya;\n mereka masih di bawah ~ polis;\n projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat;\npengawas\n orang yang mengawasi, orang yang menjaga;\n \n~ hutan \norang yang mengawasi hutan." "awat I\n[Kedah], [bahasa percakapan] mengapa, apa pasal:\n~ hang tak datang kelmarin?" "awat II\ntanah yang tidak kena oleh tenggala." "awat III\n[arkaik] \nmengawat\n memegang, menjawat." "awau\nsejenis kera, ungka." "awda\n[Brunei] singkatan bagi awang dan dayang." "awek\n[bahasa percakapan] panggilan yang biasa dihubungkan dengan seorang gadis." "awet\ntahan lama, tidak lekas (mudah) rosak;\n \nmakanan ~ \nmakanan yang tahan lama;\nmengawet, mengawetkan\n membuat supaya tahan lama (tidak busuk, rosak, dan sebagainya), memelihara atau mengekalkan (kesegaran dan sebagainya sesuatu):\n~ makanan;\npengawetan\n perihal (proses, perbuatan, dan sebagainya) mengawet;\npengawet\n bahan yang digunakan untuk mengawetkan." "awet muda\nsentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar;\nmengawet muda\n membuat supaya (sentiasa) kelihatan muda, mengelakkan atau melambatkan penuaan diri seseorang:\nsari Aloe Vera terkenal dengan khasiatnya untuk ~." "awewe\n(Sunda) perempuan." "awewek\nhantu ~ \nsejenis hantu." "awi\n(Sunda) buluh, bambu." "awur I\nmengawur\n menabur, menghambur;\nmengawuri\n menaburi, menghamburi;\nmengawurkan\n menaburkan, menghamburkan." "awur II\nmengawur\n merambang, membabi buta;\nawur-awuran\n dengan merambang (membabi buta)." "aya I\nsejenis ikan laut, tongkol;\njenis-jenisnya:\n~ hitam, Thunnus tonggol\n;\n \n~ jepun, Katsuwonus pelamis\n;\n \n~ kurik, Euthynnus affinis\n;\n \n~ selasih, Auxis thazard\n;\n \n~\n \ntuna, Thunnus albacares\n." "aya II\n(Tamil) bapa, ayah (panggilan kepada lelaki India yang tua)." "ayah I\n(lebih halus daripada) bapa;\n \n~ bonda \nibu bapa, orang tua;\nberayah\n mempunyai ayah:\nia tidak ~ semenjak kecil lagi;\n ~ kepada\n menyebut (menganggap) ayah kepada;\nberayahkan\n mempunyai (seseorang yang dinyatakan) sebagai ayah:\n~ seorang yang pengasih dan penyayang;\n ~ guru;\nkeayahan\n sifat yang dimiliki sebagai ayah, kebapaan:\n sememangnya dia mempunyai naluri ~ yang cukup tajam\n." "ayah II\namah, pengasuh (orang India)." "ayahan\n[Jawa] kewajiban, tugas." "ayahanda\n(lebih halus daripada) ayah (lazim digunakan dalam surat-menyurat atau sastera lama)." "ayak\nalat untuk menapis (menyerkai) barang yang halus (seperti tepung dan sebagainya);\n umpama ayakan dawai \n(peribahasa) membuat sesuatu tidak dengan cermat;\nmengayak\n1.\n menapis dengan ayakan (dengan cara menggoyang-goyangkannya):\n~ tepung;\n2.\n [arkaik] berjalan bergoyang-goyang ke kiri kanan:\n~ seperti itik;\n ayakan\n ayak;\npengayakan\n1.\n perbuatan atau cara mengayak;\n2.\n [Jakarta] ayakan;\npengayak\n1.\n orang yang mengayak;\n2.\n ayak." "ayak-ayak\nsejenis serangga yang panjang kakinya (biasanya hinggap di air) dalam famili Tipulidae, katih-katih." "ayal\n[Indonesia]\n1.\n lalai, lengah:\njangan ~ menolong orang yang kemalangan;\n2.\n ragu-ragu, bimbang;\nberayal-ayalan\n berlambat-lambat, berlengah-lengah, bertangguh-tangguh." "ayam I\n1.\n sejenis unggas yang biasanya diternak;\n2.\n daging ayam:\nkari ~\n;\n \nsup\n \n~\n;\n~ aduan \nayam sabung(an);\n \n~ air, Porphyrio porphyrio\n;\n \n~ alas \nayam hutan;\n \n~ bacul \nayam sabung yang penakut;\n ~ (bulu) balik\n ayam yang bulunya terbalik;\n \n~ bangkas \nayam jantan yang borek (berbintik-bintik putih);\n \n~ belanda \nsejenis unggas besar yang diternak, \nMeleagris gallopavo;\n ~ belorong\n ayam jantan yang putih;\n \n~ beroga\n = \n~ burga \nayam hutan;\n \n~ betina\n ayam jenis betina(jenis yang boleh bertelur);\n \n~ biang \nayam betina yang sudah bertelur;\n \n~ biring \nayam jantan yang kuning kakinya;\n \n~ bogel \nayam yang (hampir) tidak berbulu, ayam togel;\n \n~ daging\n ayam yang diternak khusus untuk dagingnya (bukan untuk mendapatkan telur);\n \n~ dara \nayam betina yang hampir bertelur;\n \n~ denak \n= \n~ hutan \nayam liar, \nGallus gallus;\n ~ didik \nanak ayam yang tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yang memeliharanya;\n \n~ golek \na) (daging) ayam yang dipanggang seekor-seekor;\n b) sejenis masakan yang daging ayamnya dimasak seekor-seekor;\n \n~ hitam = ~ selasih \nayam yang bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu;\n \n~ itik \nberbagai-bagai jenis ayam dan itik yang dipelihara (ayam, itik, angsa, dan lain-lain);\n \n~ jalak\n ayam jantan yang rupanya seperti perling dan kakinya kuning;\n \n~ jantan\n ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur);\n \n~ kampung \nayam yang diternak secara yang biasa dilakukan di kampung, \nGallus gallus domestica\n;\n \n~ kasi\n = \n~ kebiri \n= \n~ kembiri \nayam yang dikembiri;\n \n~ katik\n sejenis ayam yang kecil;\n \n~ kenantan\n = \n~ cenantan \n= \n~ sinantan\n ayam jantan yang putih;\n \n~ koci\n sejenis ayam yang berasal dari Cochin China (Vietnam, Kemboja);\n \n~ lemba \nayam yang rendah badannya;\n \n~ mandul\n ayam betina yang tidak bertelur;\n \n~ mei, Gallicrex cinerea;\n ~ meluruh \nayam yang bulunya sedang luruh (gugur);\n \n~ mutiara , Numida meleagris\n;\n \n~ panggang \ndaging ayam yang dipanggang;\n \n~ paya\n, \nGallinula chlorophus\n;\n \n~ pega \nburung tatera, \nLophura ignita rufa;\n ~\n \npencen\n ayam yang tidak bertelur lagi;\n \n~ penelur \n= \n~ telur \nayam yang diternak terutamanya untuk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya);\n \n~ peranggang \n= \n~ potongan \nayam yang dipelihara untuk disembelih;\n \n~ percik \nayam panggang yang disaluti sos yang diperbuat daripada santan dan rempah ratus;\n \n~ pilas\n ayam jantan yang hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik);\n \n~ piru\n sejenis ayam belanda;\n~ pupuh \nayam aduan (sabungan) yang tidak memakai taji;\n \n~ sabung(an) \nayam jantan untuk disabung;\n \n~ sebandung \nayam kembar yang menetas dari sebutir telur;\n \n~ serama \nsejenis ayam peliharaan yang kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek;\n \n~ sinantan \nayam kenantan;\n \n~ tambatan\n [kiasan] orang yang dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dalam sesuatu perlawanan, seperti bola sepak dan sebagainya;\n \n~ tedung \nayam jantan hitam yang besar dan tegak bulu suanya;\n~ baru belajar berkokok\n (peribahasa) baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan;\n \n~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya \n(peribahasa) orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri;\n \n~ bertelur di atas padi mati kelaparan \n(peribahasa) orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah;\n \n~ ditambat disambar helang, (padi\n \nditanam tumbuh lalang) \n(peribahasa) untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang yang berkuasa);\n \n~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada \n(peribahasa) kejahatan yang sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yang nyata;\n \n~ itik raja pada tempatnya\n (peribahasa) setiap orang itu adalah penting pada tempatnya sendiri;\n \n~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya \n(peribahasa) perangai daripada baka yang asal tidak akan berubah juga;\n \n~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kepada mata orang banyak) \n(peribahasa) perihal pekerjaan yang dilakukan dengan terang dan nyata dan diketahui orang;\n \n~ tak patuk, itik tak sudu \n(peribahasa) dikatakan kepada seseorang yang hina atau sesuatu yang tidak berharga;\n \n~ terlepas, tangan bau tahi \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang mengerjakan perbuatan yang dilarang itu akhirnya mendapat malu;\n \n~ tidur senang dalam reban, musang yang susah beredar keliling \n(peribahasa) orang yang berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang;\n \nbagai ~ dimakan tungau \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang kurus dan pucat kerana kena penyakit;\n \nbagai ~ mabuk tahi \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang pucat lesi dan lemah kerana sakit;\n \nbagai ~ mengarang (mengeram) telur\n (peribahasa) keelokan merah muka seseorang perempuan;\n \nseperti ~, kais pagi makan pagi, kais petang\n \nmakan petang\n (peribahasa) perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan;\nayam-ayaman\n1.\n ayam tiruan (untuk permainan);\n2.\n ayam-ayam." "ayam II\nsejenis ikan;\n \n~ hutan\na) \nEuxiphippops sextriatus;\n \nb) \nPomacanthus annularis\n;\n \n~ laut, Abalistes spp\n." "ayam-ayam\nsejenis burung yang menyerupai ayam, ayam mei, \nGallierex cinerea." "ayan I\nzink, timah sari." "ayan II\nsawan babi, (penyakit) gila babi." "ayang-ayang\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang dibuat ubat), \nLasianthus longifolius." "ayap\n[sastera lama] makan atau minum (digunakan berkaitan dengan orang biasa), lawan santap (digunakan bagi raja);\nayapan\n makanan (diberi oleh raja kepada orang biasa);\nkeayapan\n kekenyangan setelah diberi makan (minum) oleh raja." "ayat\n1.\n satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud, kalimat:\nmuka surat 97 ~ 5;\n \nterdapat beberapa perkataan yang sukar dalam ~ yang berkenaan;\n2.\n beberapa kalimat yang merupakan kesatuan maksud (dalam al-Quran dan lain-lain):\n~ al-Kursi surah \u2026;\n3.\n [Indonesia] bahagian fasal undang-undang, artikel:\nfasal 12 ~ 2." "ayatollah\n[Arab] gelaran bagi pemimpin agama puak Syiah." "ayeng\nayeng-ayengan\n [Jakarta] pergi ke sana ke mari." "ayir\n[arkaik] ikan tongkol." "ayu I\n1.\n cantik dan lemah lembut orangnya (berkenaan (dengan) perempuan):\ngadis ~;\n2.\n lemah lembut dan menarik (berkenaan (dengan) gerak-geri dan sebagainya);\nkeayuan\n perihal (sifat dan sebagainya) ayu." "ayu II\n[Jawa] [arkaik] kakak." "ayuh\n[kata seru] kata untuk menyatakan marilah:\n~, lekas pergi!" "ayuhai\n[seruan]\n1.\n kata untuk memanggil orang, wahai;\n2.\n kata untuk menyatakan rasa duka." "ayuk\nbk;\nmengayuk\n bersetubuh;\nayut." "ayum\nmengayum\n [arkaik] membantu (orang yang berbuat jahat);\nayuman\n bantuan (wang dan lain-lain) kepada orang yang berbuat jahat." "ayun\ngerak ke sana ke mari, goyang, buai;\nayun-temayun\n [sastera lama] bergantung dan berbuai-buai;\n \nmatahari ~ \nmatahari mulai turun (hari mulai petang);\nberayun, berayun-ayun\n berbuai(-buai), bergantung dan berbuai:\nbudak-budak ~ pada dahan-dahan pokok yang rendah itu;\nmengayun\n1.\n berayun, berbuai(-buai):\ndahan yang patah itu ~ pada dawai telefon;\n2.\n turun (berkenaan (dengan) matahari);\n \nmatahari sudah ~\n sudah petang;\n3.\n menggerakkan (tangan, senjata, dan lain-lain) sewaktu hendak memukul, menggerakkan untuk mengenakan (pukulan, senjata, dan lain-lain);\n \n~ tangan\n hendak memukul;\nmengayunkan\n menggerakkan:\n~ tangan sewaktu menari;\n ~ langkah\n;\nterayun-ayun\n terbuai-buai:\nseolah-olah kakinya ~ di udara;\n ayunan\n1.\n buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi);\n2.\n gerakan berbuai (buah jam), buaian jam;\n3.\n gerakan mengayun (tangan dan lain-lain);\n4.\n penghumban, ali-ali." "ayunda\n[Indonesia] kekanda (perempuan);\nyunda." "ayut\n[arkaik];\nmengayut\n [bahasa kasar] bersetubuh;\nayuk." "azab\n1.\n hukuman, seksaan (yang dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yang dideritai seseorang);\n2.\n susah sekali, sengsara:\nkehidupan mereka sangat ~;\nmengazab\n menghukum (dengan seksaan), menyeksa:\norang yang durjana akan diazab di neraka;\n mengazabkan\n menimbulkan kesengsaraan (kesusahan yang amat sangat), menyengsarakan;\nkeazaban\n seksaan, kesengsaraan, kesusahan yang amat sangat:\n~ yang dideritai oleh orang awam dalam masa peperangan." "azal\n[Arab] kekal (kekekalan) pada masa yang lampau, tidak bermula." "azalea\nsejenis pokok renek daripada genus \nRhododendron \nyang mempunyai bunga besar berwarna merah muda, ungu, kuning atau putih." "azali\n[Arab] sejak dahulukala, sejak permulaan zaman:\nnasib tiap-tiap orang telah tertulis pada suratan ~;\n mereka menyangka bahawa alam ini wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya;\nkeazalian\n keadaan atau perihal azali:\n~ ilmu." "azam I\nkemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya):\ndengan melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;\nberazam\n mempunyai azam, bertujuan (dengan sesungguhnya), bercita-cita kuat (untuk melakukan atau mencapai sesuatu):\nkerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;\nmengazamkan\n mencita-citakan, mahukan (dengan sesungguhnya):\nuntuk mencapai cita-cita yang diazamkan;\n keazaman\n kemahuan, keinginan yang sangat kuat:\n Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara\n." "azam II\nteramat mulia;\n \nisimal ~ \nnama yang teramat mulia (nama Allah)." "azamat\nhebat, ramai (kuat, sangat) sekali:\nterlalu ~ tempik sorak rakyat Pasai." "azan\npanggilan untuk bersembahyang, bang:\n~ subuh bergema masuk ke seluruh kampung;\nmengazankan\n melaungkan azan (menyeru orang Islam mendirikan solat)\n." "azazil\n[Arab] syaitan." "azim\n[Arab] besar, mulia." "azimat\nbahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yang dipakai pada bahagian tertentu tubuh (seperti di pinggang) yang dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana, dan sebagainya." "azimut\n(Fizik) arah mengufuk suatu titik di langit dari suatu titik di bumi (biasanya disukat mengikut arah jam dari 0\u00ba pada titik rujukan melalui 360\u00ba)." "aziz\n[Arab] (yang) terhormat, (yang) termulia, (yang) sangat berharga." "Azzawajalla\n[Arab] Yang Maha Agung (Allah);\n \nTuhan ~\n Allah Yang Maha Agung." "b\n1.\n huruf kedua abjad Rumi;\n2.\n [kependekan] bin:\nAli ~ Musa." "B I\n[kependekan] Bersara;\n \nBrig-Jen (~) \nBrigedier-Jeneral (Bersara)." "B II\nsimbol kimia bagi boron." "B.I.\n1.\n [kependekan] Bahasa Indonesia;\n2.\n [kependekan] Bank Indonesia." "B.L.\n[kependekan] Barat Laut." "BA\n[kependekan] \nBachelor of Arts\n (Sarjana Muda Sastera)." "ba I\n1.\n huruf kedua abjad Arab (mempunyai nilai dua);\n2.\n huruf kedua abjad Jawi." "ba II\ntahun keenam daripada satu windu." "ba III\nKI anak pinang yang digunakan untuk melekatkan tali pada hidung lembu (kerbau)." "ba IV\nKI cukup, pada:\n~lah beri wang kepadanya, aku telah beri sepuluh ringgit bulan ini." "ba V\nsedikit sahaja:\nmereka tidak begitu pandai membuat rumah, hanya ~ boleh.\nBa\n simbol kimia bagi barium." "baada\n[Arab] [arkaik] sesudah;\n \n~ isyak \nsesudah sembahyang isyak." "bab\n1.\n [Arab] pintu;\n \n~ al-mandeb\n pintu air mata;\n2.\n bahagian(-bahagian) dalam sesebuah buku yang selalunya diberi tajuk atau dinombori (seperti I, II, III, dan sebagainya):\nbuku itu mengandungi sepuluh \n~\n; \n3.\n hal mengenai sesuatu, fasal:\n~-~ perkahwinan dan perceraian diserahkan kepada mahkamah syariah." "baba I\n[Jakarta] bapa;\n= babe." "baba II\n1.\n segolongan kaum Cina di Malaysia (yang kebanyakannya terdapat di Melaka) yang bertutur dalam bahasa Melayu dialek Baba sebagai bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu:\nberketurunan ~;\n~ Melaka; \n2.\n orang lelaki yang berketurunan Baba:\n~ dan Nyonya." "babad\n[Jawa] sejarah, tambo, riwayat:\n~ Tanah Jawa." "babah\nbaba I." "babai\n[bahasa percakapan]\n1.\n selamat jalan (diucapkan kepada orang yang berpergian);\n2.\n selamat tinggal (diucapkan oleh orang yang berpergian)." "babak I\n1.\n bahagian daripada suatu lakonan (sandiwara):\nlakonan ini dimainkan dalam tiga ~; \n2.\n adegan:\n~ sedih; \n3. = babakan\n bahagian tertentu daripada musyawarah (pertandingan dan lain-lain);\n \n~ pertama (dalam perlawanan bola sepak dan lain-lain) \nseparuh masa pertama;\nmembabakkan\n membahagi-bahagikan sesuatu cerita (drama dan sebagainya) kepada beberapa babak, mengisahkan (mempersembahkan dan sebagainya) dalam bentuk babak:\nperistiwa-peristiwa dalam novel itu dibabakkan; \nperistiwa inilah yang kita babakkan;\npembabakan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) membabakkan (kisah, peristiwa, dan sebagainya dalam drama dan lain-lain):\napabila disebut konsep ~, dengan sendirinya juga minta dibincangkan konsep adegan dan drama." "babak II\nmembabak\n menahan darah daripada mengalir keluar:\n~ luka pada dahinya." "babak III\n= babakan\n [Jawa] kulit kayu (yang dikobak dari pokoknya)." "babak IV\n~-belur\n melecet (kaki dan lain-lain)." "babal\n[Jakarta] putik nangka, kebabal." "babang\nterbabang\n terbuka luas (berkenaan (dengan) mulut, luka, dan lain-lain), ternganga." "babar\nmembabar\n membentang, mengembang;\nmembabarkan\n1.\n membentangkan, mengembangkan (layar dan lain-lain), menebarkan:\nPak Kaduk pun ~ layar perahunya; \n2.\n memperkembangkan, meluaskan:\nnegara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yang berjiran;\n3.\n membentangkan, menjelaskan, memaparkan:\nia telah ~ pendapatnya kepada rakyat;\nterbabar\n1.\n telah dibabarkan, terkembang, terbentang, tertebar:\nlayarnya ~; \n2.\n berada dalam kumpulan yang banyak dalam satu kawasan yang luas:\nsekawanan ikan kelihatan ~ luas di laut; \n3.\n terpancar ke merata-rata:\ncahaya perada itu ~ ke segenap penjuru bilik itu;\npembabaran\n1.\n perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran;\n2.\n perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan) pengembangan, peluasan;\n3.\n perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan." "babas\nmembabaskan\n membawa, menghanyuntukan, menyeret:\nkeinginan untuk bebas kadang-kadang dapat ~ orang kepada keliaran;\nterbabas\n1.\n tidak sengaja menyimpang daripada jalan atau matlamat yang dituju (kerana tidak dapat mengawal kereta, perahu, dan sebagainya yang dipandu):\nperahu itu ~ terlalu jauh ke barat; \nkeretanya ~ ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik; \n2.\n salah arah, menyimpang daripada atau tidak mengenai matlamat:\njangan lupa tikamanmu itu biarlah membunuh jangan ~\n;\n 3.\n [kiasan] menyimpang daripada kebiasaan (tujuan asal dan sebagainya):\ndia perlu dibimbing supaya tidak ~ ke lembah kejahatan." "babat I\ngolongan, jenis, tara:\nkalau bersahabat, cari sama ~;\nsebabat\n sama babat, setara, setaraf." "babat II\nmembabat\n menebas (pokok-pokok dan lain-lain), memangkas (semak, belukar, dan lain-lain):\nsemak-semak di pekarangan rumah saya perlu dibabat." "babat III\nperut lembu (kerbau dan lain-lain):\nsoto ~." "babat IV\n[Minangkabau] bebat." "babe\n[Jakarta] bapa;\nbaba I." "babi buta\nmembabi buta\n melakukan sesuatu dengan tidak berfikir lebih dahulu (mengamuk, merambang, dan lain-lain):\nmusuh terus menyerbu dengan~;\npembabibutaan\n perihal melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang:\n keperluan memenuhi sebarang kehendak yang dicita-citakan akan mendorong ~ tindakan." "babi I\n1.\n sejenis binatang mamalia yang berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam);\n2.\n [bahasa kasar] kata makian yang digunakan kerana marah (tersangat benci akan seseorang, sesuatu, dan sebagainya);\n3.\n nama kartu (dalam permainan ceki);\n~ alu \ntenuk;\n \n~ balar\n babi putih;\n \n~ bodoh = ~ janggut \nsejenis babi\n, Sus barbatus;\n~ duyung \nsejenis binatang laut yang bentuk badannya menyerupai babi;\n \n~ hutan \nbabi yang liar\n;\n~ laut \nsejenis binatang laut yang berbulu-bulu;\n \n~ nangoi \nsejenis babi hutan yang kecil;\n \n~ rantai \n= \n~ tunggal \nbabi hutan yang tidak berkawan;\n \n~ rusa \nsejenis babi hutan yang bertaring panjang, \nBabyrousa babyrussa\n;\n \n~ tanah \nsejenis binatang kecil yang makan semut;\n bagai ~ merasa gulai\n (peribahasa) dikatakan kepada orang yang hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dan lain-lain);\nmembabi\n \n~ jalang\n berzina, bermukah." "babi II\n~ kurus \nsejenis tumbuhan (pokok), beras-beras, kasir, kedondong matahari, kempas roman, pauh kijang, \nTrigonochlamys griffithii; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), getang-getang, ketumbi padang, tutup bumi paya, \nSynedrella nodiflora." "babil\n[arkaik]\n1.\n degil, tegar, keras kepala, kepala batu, pembantah, pelawan:\n~ sangat budak ini; \n2.\n berani dan tabah:\nperwira-perwira ~;\nberbabil\n bertengkar, berbantah;\nkebabilan\n perihal (sifat, sikap) suka membantah, kedegilan, ketegaran:\nperistiwa itu membakar seluruh ~ku;\nperbabilan\n perihal berbabil, pertengkaran, perbantahan." "babit\nmembabitkan\n melibatkan seseorang (negara dan lain-lain) dalam sesuatu perkara:\napabila sesebuah negara Komanwel bertelingkah atau berperang, negara itu tidak akan ~ negara-negara Komanwel lain;\nterbabit\n terlibat, tersangkut (dalam sesuatu perkara), terseret:\napabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun ~ sama;\n~ dalam persengketaan orang lain;\nketerbabitan\n perihal terlibat (tersangkut, terseret) dalam sesuatu perkara:\n kita mengenali mereka kerana jawatannya atau kerana ~nya dalam kegiatan di luar bidang tugas;\npembabitan\n perihal membabitkan:\ndia merasakan ~nya dalam pertandingan badminton antarabangsa sudah mencukupi." "babon\n[Jawa]\n1.\n induk ayam, ayam betina;\n2.\n induk;\n3.\n [arkaik] naskhah asli." "babu\n[Jawa] perempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah, orang gaji, amah;\n \n~ cuci \nbabu yang kerjanya mencuci pakaian dan lain-lain;\n \n~ dalam\n = \n~ jongos\n babu yang mengurus bilik;\n \n~ tetek \nbabu yang menyusui anak;\nmemperbabu\n memperlakukan (menganggap) seperti babu:\n~ bini." "babuk\nnyanyuk:\nbelum tua sudah ~." "babun\nsejenis beruk besar yang terdapat di Afrika dan Asia, bermuncung seperti anjing dan biasanya berekor pendek, \nPapio spp\n." "babut\n[Jawa] permaidani." "baca\nruang ~\n bilik tempat membaca;\nmembaca\n1.\n memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya:\n~ akhbar (buku, novel, surat, dan sebagainya); \n2.\n mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, dan sebagainya secara lisan (dengan kuat):\nia ~, adik-adiknya mendengar;\n~ khutbah \nberkhutbah;\n \n~ al-Quran \nmengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dengan kuat dan berlagu, mengaji al-Quran;\n3.\n memahamkan makna sesuatu (seperti tanda, huruf, dan sebagainya) tidak dengan mata tetapi dengan jari-jari:\n~ Braille; \n4.\n melihat dan mencatatkan angka yang ditunjukkan pada meter (termometer dan sebagainya):\n~ meter elektrik;\n5.\n membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dan sebagainya) seseorang dengan melihat seseorang secara luaran sahaja:\ndaripada tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya;\n~ isi hati seseorang; \nbagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? \n6.\n mengucapkan baris-baris sajak dengan penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi:\n~ sajak; \n7.\n meneliti garis-garis pada tapak tangan untuk meramalkan nasib seseorang:\ndia pandai ~ tapak tangan;\nmembacai\n1.\n membaca berkali-kali, mempelajari;\n2.\n [Jawa] menyindir-nyindir;\nmembacakan\n membaca untuk:\nia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;\nterbaca\n membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dan sebagainya) lalu membacanya:\nsaya ada ~ tentang gejala yang serupa ini dalam alam bahasa Jepun;\n keterbacaan\n darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;" "bacaan\n1.\n bahan untuk dibaca:\ndi kapal itu, disediakan juga ~;\n \n~ ringan \nbahan bacaan yang kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yang serius atau yang (agak) sukar difahami;\n2.\n cara membaca:\n~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa;\n3.\n hasil yang dibaca:\njika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yang rendah, enjin hendaklah dihentikan; \n4.\n yang digunakan untuk membaca:\nbilik ~; \nbahan ~;\npembacaan\n1.\n perbuatan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) membaca (buku, akhbar, majalah, dan sebagainya):\nHikayat Panji Semirang yang diusahakan ini ialah hasil daripada ~ hikayat-hikayat tulisan tangan;\n~ akhbar dalam waktu pejabat tidak dibenarkan; \nsuatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yang lebih luas di kalangan orang ramai; \n2.\n perbuatan, perihal membaca (meter dan sebagainya):\n~ meter dibuat setiap awal bulan; \n3.\n perbuatan membaca (mendeklamasi):\nselain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;\npembaca\n orang yang membaca:\nmajalah ini banyak mempunyai ~nya;\n \n~ pruf\n orang yang tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yang didapati." "bacak I\n[Jakarta] lunak kerana banyak airnya (tanaman dan lain-lain), basah." "bacak II\n[Minangkabau] berbintik-bintik;\n \nayam ~ \nayam yang bulunya berbintik-bintik." "bacang\nembacang." "bacar\n1.\n lancar (bercakap, biasanya dalam erti yang kurang baik), lancap;\n \n~ mulut\n lancang berkata-kata (biadab) tanpa memikirkan akibatnya kepada orang yang mendengar, kesat bahasa;\n2.\n peramah:\nisterinya itu ~ orangnya;\nkebacaran\n perihal bacar, kelancapan:\ndia dibenci kerana ~nya." "bacin\nbau busuk (seperti bau ikan busuk dan sebagainya)." "bacok\n[Jakarta] tetak, tikam:\nsesudah kena ~, ia pun tersungkur;\nmembacok\n menetak, menikam:\n~ orang dengan parang;\nbacokan\n tetakan, tikaman;\npembacokan\n perihal membacok, penetakan, penikaman." "bacuk\nbekas tempat menakung cecair (daripada buluh dan lain-lain):\nPak Lebai pun sampailah ke ~ niranya." "bacul\ntidak bersemangat (untuk melawan, berlaga, dan lain-lain), penakut, pengecut:\ntidak berjiwa, lemah dan ~; \nayam ~ \nayam jantan yang tidak mahu berlaga;\nkebaculan\n sifat lemah semangat, sifat penakut:\nbaginda tersenyum mendengar ~ saudagar itu." "bacut\n[Jakarta], [bahasa kasar] mulut." "bad\n(Parsi) [arkaik] angin;\n \nbala ~ \ndi atas angin;\n \nzir~ \ndi bawah angin." "bada I\n= \n~ pisang \npisang goreng." "bada II\n[Minangkabau];\nterbada, terbada-bada; \ntidak ~ \ntidak terhingga (sangat, hebat):\ntidak ~ banyaknya." "bada III\n[Kelantan];\nberbada\n terlanggar (sesuatu) kerana terdampar (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain):\nperahu itu ~ dengan batu karang." "bada IV\n= \n~ seluang \nsejenis ikan darat, seluang, \nRasbora heteromorpha." "badai I\n1.\n angin ribut (yang kuat dan tiba-tiba datangnya), taufan:\ndi tengah laut, kapal itu ditimpa ~; \n2.\n keadaan perasaan (fikiran dan sebagainya) yang amat tidak tenteram, keributan, kekacauan:\n~ di hatiku masih belum reda; \ndunia yang penuh ~;\nmembadai\n1.\n bertiup kencang (berkenaan (dengan) angin ribut), bertiup seperti badai:\nangin ~ dan ombak pun sebesar-besar rumah tingginya; \n2.\n seperti badai, amat sangat:\nsedu-sedan mereka masih ~ juga;\n3.\n [kiasan] menyebabkan perasaan (fikiran dan sebagainya) menjadi amat tidak tenteram:\nduka ~ jiwanya." "badai II\n1.\n membuat sesuatu tanpa izin;\n2.\n asal sahaja, hentam kromo, sapu semua;\n \nmereka ini ~ semua saja \nmereka ini sapu semua sahaja." "badai III\nterbadai\n tersadai." "badai IV\nadai-~; \nadai." "badak I\nsejenis binatang mamalia dalam famili Rhinocerotidae\n,\n yang berkulit tebal dan bersumbu;\n~ air \nsejenis binatang mamalia yang besar dalam famili Hippopotamidae, \nHippopotamus amphibius;\n~ air kerdil, Choeropsis liberiensis;\n~ gajah \n= \n~ raya \n= \n~ sumbu \nsejenis badak, \nRhinoceros\n \nsondaicus;\n~ kerbau = ~ berendam = ~ sumatera \nbadak yang bersumbu dua, \nDicerorhinus sumatrensis;\n~ tampung = ~ murai \ntenuk, cipan, \nTapirus indicus \n;\n~ makan anak \n(peribahasa) membuang anak sendiri;\n \nanak ~ dihambat-hambat\n (peribahasa) dengan sengaja mencari bahaya;\n \nsayang anak ~ tampung, cucu konon ~ raya \n(peribahasa) hairan, seseorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja." "badak II\nkuih ~\n = \ncucur ~\n sejenis kuih gorengan yang kulitnya dibuat daripada campuran tepung gandum dan ubi keledek dan intinya daripada campuran kelapa parut dan bahan-bahan lain (seperti cili, udang, dan lain-lain)." "badal\n[Jawa]\n1.\n wakil (bagi orang naik haji dan lain-lain);\n2.\n ejen (perusahaan dan lain-lain)." "badam I\n= \nbuah\n \n~\n sejenis tumbuhan (buahnya berbentuk bujur),\n Prunus spp\n.." "badam II\n= \nbunga ~ \nmerah-merah pada kulit (tanda penyakit kusta)." "badaman\n(Sumatera) [arkaik] bungkusan kain." "badan\n1.\n tubuh, jasad (manusia):\npakaian yang dibawanya hanya yang lekat di ~nya; \n2.\n pokok tubuh (selain anggota dan kepala):\n~nya gemuk tetapi kakinya kurus; \nsusuk ~ \nkeadaan bentuk badan dari segi fizikal, susuk tubuh;\n \ntidak sedap ~ \ntidak (berapa) sihat;\n \n~ tengah naik\n badan sedang membesar;\n3.\n bahagian yang (ter)utama daripada sesuatu:\n~ baju;\n~ kereta; \n4.\n diri (sendiri);\n \n~ malang \ndiri orang yang malang;\n5.\n kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu:\n~ penasihat;\n~ amanah;\n6.\n bahagian utama (penting) ucapan (buku, dokumen, dan sebagainya) dan tidak termasuk pendahuluan (penutup, lampiran, dan sebagainya), isi;\n7.\n agensi, pertubuhan:\nFELDA ialah sebuah ~ kerajaan;\n~ berkanun; \n~ amanah \nbadan untuk menyelenggarakan harta dan lain-lain bagi faedah seseorang atau sesuatu golongan;\n \n~ berkanun \nagensi kerajaan yang ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu;\n \n~ kehakiman \nbadan yang diberi kuasa untuk mentafsirkan undang-undang;\n~ boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak \n(peribahasa) walaupun menjadi atau bersifat seperti hamba atau orang lemah terhadap orang yang berkuasa, namun hatinya tidak begitu;\n \nhancur ~ dikandung tanah, budi baik terkenang juga \n(peribahasa) budi bahasa yang tidak akan dilupakan orang;\n \nrosak ~ kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku \n(peribahasa) kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar;\nberbadan\n mempunyai badan:\ngadis itu ~ langsing;\n~ dua \nhamil;\nmemperbadankan\n menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sebagai perbadanan;\nperbadanan\n agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjalankan (melaksanakan) fungsi yang tertentu:\n~-~ yang bebas seperti Lembaga Lektrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang; \nP~ Kewangan Antarabangsa; \nP~ Kemajuan Ekonominomi Negeri; \nP~ Perfileman Nasional;\npemerbadanan\n penubuhan sebagai perbadanan." "badang\nnyiru yang besar (yang digunakan untuk menjemur bahan-bahan makanan supaya tahan lebih lama, untuk membawa barang, dan lain-lain);\n \n~ jarang\n [Kelantan]\na) pandai mengajar tetapi tidak pandai membuat;\n b) mulut yang tidak dapat menyimpan rahsia." "badani, badaniah\n[Arab] berkenaan badan, jasmani:\nperubahan-perubahan di lapangan ~ dan rohani; \nnafsu-nafsu syahwat ~; \nperhubungan ~ \npersetubuhan." "badar I\nsejenis ikan kecil (seperti ikan bilis);\nberoleh ~ tertimbakan\n (peribahasa) mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka;\n \nmelonjak ~, melonjak gerundang\n (peribahasa) meniru-niru orang yang besar (kaya, mulia)." "badar II\n= bada I." "badar III\n[Arab] (bulan) purnama (dipakai untuk menggambarkan kecantikan)." "badar IV\n~ sila\n = \nraja ~\n [sastera lama] sejenis kain putih yang halus." "badar V\nbatu ~ \nsejenis batu hablur untuk permata cincin (batu dari Badar, tempat Nabi Muhammad s.a.w beroleh kemenangan)." "badari, badau\nsejenis ikan yang memakan anaknya;\n \nbapak ~ \n[Indonesia] pemimpin yang memakai nama pengikutnya untuk mendapatkan keuntungan." "badi\n1.\n kesan buruk yang dialami oleh seseorang seperti sakit (demam dan sebagainya) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu):\nterkena ~ kerbau; \n2.\n kelakuan luar biasa yang didapati pada masa dilahirkan (biasanya menyerupai sesuatu jenis binatang seperti kera, anjing, dan sebagainya, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu), kenan:\nbudak itu mempunyai ~ kera;\nberbadi\n1.\n mempunyai kelakuan yang serupa dengan, menyerupai:\nbudak itu ~ seekor kera;\n2.\n suka berlumba-lumba:\ntanamkan semangat ~ di jiwa kita untuk kemajuan." "badik I\nsejenis pisau kecil yang digunakan sebagai senjata." "badik II\n[Perlis];\n~ jagung \nputik jagung." "badik III\nmembadik\n [Perlis] menyepak bola dari belakang." "badminton\nsejenis permainan yang dimainkan dengan raket dan bulu tangkis yang dipukul mengatasi jaring tinggi, dan melibatkan dua atau empat pemain." "baduk\n(ukuran badan) tidak seperti biasa, boyak." "badung I\n[sastera lama] \ncaping I." "badung II\nbendung." "badut I\npelawak dalam sarkas (wayang dan sebagainya) yang berpakaian (bermekap dan berkelakuan yang sungguh melucukan), alan-alan;\nmembadut\n berlaku seperti badut, menjadi badut (dalam sarkas, wayang, dan sebagainya);\nmembadut-baduntukan\n membuat lebih lucu (lawak) seperti badut:\n Pak Tua ~ diri dan melebih-lebihkan kesakitan yang dialaminya\n." "badut II\nsejenis ikan laut, inggu, \nAmphiprion spp\n." "Badwi\n1.\n bangsa pengembara di tanah Arab;\n2.\n segolongan penduduk di bahagian selatan Banten (Jawa Barat)." "bafta, baftah\n[sastera lama] kain belacu yang halus." "bagai\n1.\n jenis, macam:\nbeberapa ~ ukiran yang dibuatnya; \n2.\n banding, sama, persamaan:\nkecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya; \n3. = bagaikan\n serupa jika dibandingkan dengan sesuatu, seperti, semacam, umpama:\n~ kera mendapat bunga; \nhatinya ~ dihiris-hiris;\nsebagai\n1.\n untuk, bagi:\nbeliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan;\n2.\n jadi, menjadi, selaku:\n mengangkatnya ~ pengerusi; \n3.\n bertindak seperti, selaku:\n~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan daripada mereka;\n~ lagi \n= \n~ pula \ndemikian pula, lebih-lebih lagi:\n~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya;\n~nya\na) lain-lain serupa (semacam) itu:\nbuah nanas, buah mangga, dan ~nya;\nb) sepatutnya:\ndiperlakukan dengan ~nya;\npersebagaian\n [Kelantan] perumpamaan;\nberbagai\n berbanding, bersamaan:\nRaja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yang amat baik parasnya, tiada ada ~ pada masa itu;" "bagaimana\n1.\n kata tanya (menanyakan hal), betapa:\n~ keadaan budak yang sakit itu sekarang? \n2.\n dengan cara apa, dengan jalan apa:\nparlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan;\n~ juga \nbagaimanapun;\nsebagaimana\n seperti (yang dikehendaki dan lain-lain), sama (halnya) dengan, seperti mana:\nsekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yang dikehendaki;" "bagaimanapun\nbiar apa pun yang terjadi;\ndibagaimanakan\n dipengapakan." "bagak I\n1.\n bangga, besar hati;\n2.\n [Minangkabau] berani." "bagak II\n[Perak] tidak cukup akal." "bagal I\n[arkaik]\n1.\n terlampau besar (kuat);\n2.\n kasar." "bagal II\n[arkaik] tangkai mayang (nyiur)." "bagan I\n1.\n tiang-tiang rumah yang baru didirikan, tiang-tiang dan kayu-kayu palang tempat menjemur ikan;\n2.\n (gambar) lakar;\n \npeta ~ \n[Indonesia] peta lakar;\n3.\n (gambar) rancangan:\noleh sebab ketiadaan ~ waktu itu, kita menjadi tidak jelas, kabur tentang hari depan, dari segi politik;\n~ pengajaran bahasa \nrancangan pengajaran bahasa;\n4.\n pangkalan:\nbalak ditarik ke panglong, ke ~ atau ke kilang;\nberbagan\n1.\n mempunyai bagan;\n2.\n berpangkalan:\nmereka selamat sampai ke pantai tempat nelayan Cina ~." "bagan II\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok), mempelasari (hari), (m)empelas hari, pelasari, \nAlyxis lucida." "bagang\n1.\n sejenis ikan laut, \nChelmon rostratus; \n2.\n sejenis ikan laut, \nHeniochus acuminatus; \n3.\n sejenis ikan laut, \nChaetodon ocellatus; \n4.\n sejenis ikan laut, \nCoradian chryzonus." "bagar I\n= begar." "bagar II\n[Minangkabau];\n~ kambing \n= \ngulai ~ \nsejenis gulai daging yang tidak menggunakan santan tetapi air sahaja;\nmembagar\n membakar, memasak." "bagas\n1.\n (berkenaan (dengan) angin) kencang, kuat:\nangin paksa sedang kencang ~ ; \n2.\n (berkenaan (dengan) badan) tegap, kuat;\nkebagasan\n keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan:\nbaju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya." "bagasi\n1.\n barang-barang muatan (kereta api dan lain-lain);\n2.\n gerabak barang (kereta api);\n3.\n tempat barang pada basikal (motokar dan lain-lain);\n4.\n beg pakaian dan lain-lain yang dibawa dalam sesuatu perjalanan." "bagat I\nberbagat\n berbintik-bintik hitam di badan." "bagat II\nikan ~ = ~ mamong \nsejenis ikan laut, cupak, \nCaranx sexfasciatus." "bagau\nrumput ~\n sejenis tumbuhan (herba), jerangau padang, \nXyris indica." "baghal\n[Arab] binatang hasil daripada pengawanan antara kuda betina dengan keldai jantan." "baghi\n[Arab] orang yang zalim, penderhaka." "bagi\n1.\n a) untuk, buat, guna:\nbuku ini sebenarnya ~ adikmu; \nb) untuk (daripada pihak):\n~ kami, itu yang sesenang-senangnya;\n c) untuk,sebagai:\nia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang;\n \n~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; \n2. = bahagi\n penggal atau belahan daripada sesuatu benda;\nmembagi\n [bahasa percakapan]\n1.\n memberi izin:\ntidak dibaginya saya balik ke kampung; \n2.\n membelahkan (memecahkan menjadi beberapa bahagian);\nmembagikan, membagi-bagikan\n memberi, mengagih-agihkan;\nterbagi\n dibagi;\n \nhabis ~\n [Indonesia] (bilangan) yang apabila dibagi tidak ada sisanya;\nbagian\n [bahasa percakapan] hasil membagi;\nkebagian\n [Jakarta]\n1.\n mendapat bahagian;\n2.\n [bahasa percakapan] bagai, seperti;\nbahagi." "bagih\n[Kelantan] penghalauan hantu dari badan orang sakit (seperti dalam permainan puteri);\nberbagih\n berubat menghalau hantu dari badan orang yang sakit:\n tradisi lama seperti berpuar, ~, dan sebagainya mempunyai unit tersendiri." "baginda\nkata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul." "bagis\n[kata seru] upacara berubat atau menyembuhkan penyakit secara berjin:\n apabila ditimpa penyakit yang teruk, dilakukan ~ atau berubat cara berjin\n." "bagor\n[Jawa] anyaman kasar daripada daun rumbia." "baguh\nsejenis ikan laut, \nPuntuis lateristriga\n." "baguk I\nsejenis ikan laut, mayung, \nArius spp.\n;\n \n~ hitam\n, sejenis ikan laut, pulutan, \nArius spp\n." "baguk II\n[Perak] bagur." "bagul\n[Indonesia] [arkaik];\nmembagul\n menggendong, mendukung." "bagung I\nbesar lagi berat:\nparang ~." "bagung II\n(Sunda) [arkaik] babi hutan." "bagup\nbakup." "bagur\n(berkenaan (dengan) manusia, binatang) lekas menjadi besar (gemuk) dan tinggi, luar biasa besar dan tingginya." "bagus\n1.\n berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik:\nbarang itu masih ~ walaupun telah lama disimpan; \n2.\n sangat cantik:\nparasnya yang ~ menawan hati putera raja itu; \n3.\n digunakan sebagai kata pujian:\n~, awak telah menjalankan pekerjaan itu dengan baik sekali;\nmembaguskan\n membuat jadi bagus;\nmemperbagus\n membuat supaya lebih bagus:\nhendaklah dia ~ hatinya;\n kebagusan\n perihal bagus." "bah I\n= \nair ~\n banjir, air besar;\n \nmusim ~ \nmusim banjir;\n \nsalangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang \n(peribahasa)\na) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua;\n b) pada masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dalam masa tiada pekerjaan." "bah II\n[kependekan] babah." "bah III\n[Kelantan] bawah." "bah IV\n[kependekan] bahasa." "bahadi\n= badi." "bahadur\n[sastera lama]\n1.\n pahlawan, kesateria;\n2.\n gagah berani." "bahaduri\n[sastera lama] berani, gagah perkasa;\n \nbintang ~ \npingat tanda keberanian." "bahagi\nbelahan daripada sesuatu benda:\nbenda itu dikerat menjadi empat ~; \ndua ~\n [sastera lama] dua pertiga;\n \ntiga ~ \n[sastera lama] tiga perempat;\nmembahagi\n1.\n membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yang sama):\nkeuntungan itu dibahagi dua;\n2.\n memecahkan dan memberikan kepada:\nhasil kutipan itu dibahagi rata kepada rumah-rumah anak yatim piatu;\n3.\n memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dengan sesuatu bilangan atau angka lain:\nlapan dibahagi empat;\n~ konkrit\n mencari beberapa kali sesuatu angka yang terdapat di dalam angka lain;\nmembahagikan\n1. = membahagi\n membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian:\nBanjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kepada dua bahagian tetapi juga kepada dua iklim; \nsastera Melayu dapat dibahagikan kepada sastera lama dan sastera moden; \n2.\n menjadikan terpisah, memisahkan:\nSelat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dengan Sumatera; \n3.\n memberikan;\nmembahagi-bahagikan\n1.\n membahagi dan memberikan kepada beberapa orang yang lain, mengagih-agihkan:\n~ barang rampasan; \n2.\n memberikan sesuatu (seperti surat edaran , risalah, dan sebagainya) kepada setiap orang yang ada di sesuatu kawasan:\n~ risalah;\nterbahagi\n dibahagi, dibahagikan;\nbahagian\n1.\n hasil daripada membahagi:\ndibahagikan kepada tiga ~; \n2.\n penggal (buku, cerita, dan lain-lain):\n~ terakhir buku itu tidak menarik; \n3.\n hak atas barang yang dibahagi, habuan:\n~ saya belum saya terima lagi;\n4.\n sesuatu (benda, alat, dan lain-lain) yang menyempurnakan barang yang lain:\n~ tubuh; \n5.\n unit dalam sesuatu jabatan (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan fungsi tertentu:\n~ kewangan; \n6.\n untung nasib:\n setiap hamba mempunyai ~nya masing-masing;\nsebahagian\n setengah, segolongan;\npembahagian\n perihal membahagi(kan):\ndalam ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan daripada mendapat habuannya;\npembahagi\n1.\n yang membahagi(kan);\n2.\n (Matematik) bilangan yang dipakai untuk membahagi;\n \n~ dua \n(Matematik) garis yang membahagi dua sesuatu sudut;\n \n~ persekutuan terbesar\n [Indonesia] bilangan terbesar yang dapat membahagi beberapa bilangan lain." "bahagia\n1.\n suasana senang dan aman, aman damai serta gembira:\nmaka hiduplahmereka berdua dengan aman ~;\n2. = berbahagia\n beruntung:\nmoga-moga ~lah engkau kelak;\nmembahagiakan\n membuat bahagia, mendatangkan bahagia:\ntidak sanggup ia ~ suaminya;\nkebahagiaan\n perasaanbahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan:\n membanting tulang kerana hendak memberi ~ kepada isterinya.\nBahai\n kepercayaan agama yang diasaskan pada tahun 1863 oleh Baha\u2019ullah, yang menekankan nilai semua agama dan perpaduan umat manusia." "bahak I\nterbahak-bahak\n tertawa dengan kuat dan tidak tertahan-tahan (kerana terlalu geli hati), tertawa gelak-gelak:\nmendengar jawabanku, Hasni ketawa ~." "bahak II\n[Jawa] helang laut." "bahala\nbencana, kemalangan;\nbala II." "bahalan\n[Indonesia] [arkaik] bengkak bernanah pada celah kangkang." "baham I\nmembaham\n \n1.\n makan dengan gelojoh:\nharimau itu ~ kambing yang menjadi mangsanya; \n2.\n melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (seperti memukul, menyeksa, dan sebagainya), membahan:\ndia ~ pencuri itu dengan sebatang kayu; \n3.\n memamah (makan) makanan dengan mulut tertutup;\n \n~ tanah \na) memakan tanah;\n b) [bahasa kasar] mati, mampus." "baham II\n[Jakarta] geraham." "bahan\n1.\n serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu;\n \nbesar kayu besar ~nya \n(peribahasa) banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan;\n2.\n sesuatu atau beberapa benda (barang dan sebagainya) yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan:\nemak sedang membeli ~ pembuat kuih;\n~ rujukan\n terbitan yang dijadikan rujukan (untuk pembelajaran, pengkajian, dan lain-lain);\n3.\n hal-hal yang akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dalam ucapan, dan lain-lain):\nia sedang mencari ~-~ untuk bercakap dengan lawannya; \n4.\n barang-barang yang akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dan lain-lain);\n5.\n benda (alat):\nMaimun belajar menggunakan ~ -~ perhiasan;\n~ aktif permukaan \n(Kimia) sejenis bahan dalam serbuk pencuci yang menyebabkan pembentukan buih;\n \n~ api \nbahan (seperti kayu, arang batu, minyak, dan sebagainya) yang digunakan untuk menghasilkan haba atau tenaga;\n \n~ api fosil\n bahan api daripada sumber semula jadi (seperti arang batu, minyak, dan gas asli) yang terhasil daripada penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu;\n \n~ asli \nbahan-bahan yang terdapat dalam alam semula jadi (seperti bahan galian, air, dan lain-lain);\n \n~ bakar\n benda yang dipakai untuk membakar (dalam enjin dan lain-lain);\n \n~ baku \n[Indonesia] benda yang terutama dipakai dalam industri;\n \n~ galian \nbenda yang diambil dari dalam tanah;\n \n~ kasar\n benda yang masih kotor (belum dibersihkan);\n \n~ makanan\n barang-barang untuk makanan;\n \n~ mengakar\n benda tempat tumbuhan dapat berakar;\n \n~ mentah\n barang-barang (seperti hasil tanaman, galian, dan sebagainya) yang digunakan dalam perusahaan dan sebagainya untuk menghasilkan barang lain;\n \n~ pakaian \nkain untuk dibuat pakaian;\n \n~ peledak (peletus)\n benda-benda yang dapat diledakkan (mesiu dan lain-lain);\n \n~ penyubur\n benda yang boleh menyuburkan tumbuhan;\n \n~ perantara \n(Kimia) sebatian organik yang terbentuk di antara bahan mula dengan hasil akhir dalam tindak balas sintesis kimia;\n \n~ petrokimia\n sebatian organik yang diperoleh daripada petroleum atau gas asli;\n \n~ rumah\n barang-barang pembuat rumah;\n \n~ sel penapis \n(Biologi) benda-benda yang membentuk sel penapis;\n \n~ tambah \n(Kimia) sesuatu bahan yang dicampurkan ke dalam bahan utama, lazimnya dalam kepekatan yang rendah untuk tujuan tertentu;\n \n~ uji \n(Kimia) bahan yang digunakan dalam analisis kimia untuk menghasilkan tindak balas dalam makmal, reagen;\nmembahan\n1.\n menarah, membelah, merimbas (kayu);\n2.\n menghentam, memukul:\nia hendak ~ adiknya;\nperbahanan\n kumpulan berbagai-bagai bahan atau data untuk kajian (penyelidikan dan sebagainya\n)\n:\n penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ untuk kajiannya." "bahana I\n1.\n bunyi kuat:\n~ meriam berdentum; \n2.\n dengung, deru, gema:\n~ anak panah; \n3.\n bising, suara riuh rendah:\n~ tentera berjalan; \n4.\n [sastera lama] kata, suara;\n \nmenteri yang muda menghambur ~;\nmembahana\n1.\n menjadi bergema, bergaung, dan lain-lain kerana sesuatu bunyi;\n 2.\n [kiasan] menjadi jelas, terang, menjadi nyata:\nmasalah ini terus ~ melalui risalah-risalah teologi;\nmembahanakan\n menyebabkan menjadi bahana." "bahana II\n[sastera lama] \n1.\n berbeza;\n2.\n luar biasa, amat (elok, besar, dan lain-lain):\nparas adinda terlalu ~, lemah lembut sedang perdana; \n= behena." "bahana III\n1.\n kerana, sebab:\ntubuh Si Tenggang kurus dan lemah oleh ~ kerap dilawati penyakit; \n2.\n sesuatu yang timbul disebabkan daripada sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dan sebagainya), terutamanya yang kurang baik atau yang buruk, kesan, akibat:\nengkau tunggulah ~ perbuatan jahatmu itu; \nkuncupan aktiviti ekonomi negara yang berterusan akan menimbulkan pelbagai ~, seperti meningkatnya pengangguran dan merebaknya masalah hutang lapuk." "bahang I\nhawa panas, kehangatan (yang terbit daripada api, panas tubuh, dan lain-lain):\ntidak tertahan ~ api;\nberbahang\n menjadi panas (hangat):\nkabus tebal sudah nipis dan beransur-ansur lesap kerana hawa sang suria telah mula ~;\nmembahang\n1.\n menerbitkan kepanasan, (menjadi) sangat panas:\ndebu di jalan berterbangan apabila dihembus angin yang bertiup ~ bara; \n2.\n [kiasan] memerahkan (muka) kerana panas:\nmarahnya ~ muka;\nmembahangi\n mengenakan (menimpakan) hawa panas pada, membawa bahang pada:\ncahaya matahari boleh masuk tetapi tidak ~ ruang di dalam rumah." "bahang II\n[Perak] bahagian, hak, kepunyaan." "bahantara\n(Komputer) bahan seperti pita, cakera, kertas, dan lain-lain tempat data disimpan." "bahar I\n[sastera lama] laut, sungai besar, danau besar;\n \namir al ~\n raja laut (laksamana);\n \nakar ~ \nsejenis karang, \nAntipathes abies." "bahar II\n[arkaik] \nbahara." "bahara\n[sastera lama] timbangan berat (beratnya berlainan dan bergantung pada barang yang ditimbang):\ndiperbuatnya sepohon kayu mas dan buahnya daripada permata, kira-kira se~ mas harganya." "bahari I\n[sastera lama]\n1.\n kuno, dahulukala;\n \nzaman ~ \nzaman dahulukala;\n2.\n bertuah (keris):\nkeris ~." "bahari II\n[sastera lama] indah, elok, molek:\nputeri yang ~." "bahari III\n[arkaik] berkenaan laut." "baharu\nbaru;\nmembaharui\n1.\n membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain) supaya sesuatu itu menjadi baharu:\njalan itu sudah dibaharui; \n2.\n mengulangi lagi:\ndia tidak ~ pertanyaannya; \n3.\n memulakan sesuatu semula:\nrakyat membuka kampung untuk ~ hidup masing-masing; \n4.\n menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dengan yang baru atau yang mempunyai tempoh kuat kuasa dan sebagainya yang baru:\npokok ini tidak payah ~ daunnya;\n~ lesen memandu;\nmemperbaharu\n menjadikan sesuatu lebih baharu;\nkebaharuan\n sifat-sifat baru, anasir-anasir baru:\nsatu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan daripada karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia;\npembaharuan\n perihal (perbuatan dan lain-lain) membaharui:\nmereka ini hendak membawa satu ~ dalam agama Islam; \nmereka hanya cenderung kepada isi sehingga yang dimaksudkan oleh mereka sebagai ~ ialah ~ isi belaka;\npembaharu\n orang yang membawa pembaharuan:\nA. Latiff Mohidin merupakan ~ dalam perpuisian Melayu." "baharu-baharu\nsejenis ikan laut, \nDrepane punctata." "baharullah\n[Arab] laut (Allah):\ntempuhlah lautan ~ yang luas itu; \n=\nbahar I." "bahas\npenyelidikan, pengupasan, perbincangan;\n \nilmu ~ \npengetahuan tentang mencari kebenaran (cara berfikir yang benar) dengan jalan bertukar fikiran;\nberbahas, berbahas-bahasan\n berbincang dengan seseorang atau pihak yang lain mengenai sesuatu perkara dengan mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), berdebat:\nmereka ~ mengenai kesalahan bahasa;\nmembahaskan\n1.\n membincangkan sesuatu dengan mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan:\npersidangan untuk memilih usul-usul yang akan dibawa dalam sidang agung untuk dibahaskan; \n2.\n mengupas, mengkritik, membantah:\nkenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;\nbahasan\n1.\n kritik, penyelidikan;\n2.\n = \nperbahasan;\nperbahasan\n1.\n perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan:\ndalam ~ itu, acap kali dikemukakan pendapat yang bukan-bukan;\n~ mengenai rang undang-undang; \n2.\n peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri daripada tiga orang) yang membahaskan sesuatu tajuk (secara formal):\n~ peringkat akhir antara Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kursiah akan disiarkan secara langsung melalui televisyen;\npembahasan\n perihal membahaskan;\npembahas\n orang yang membahaskan (sesuatu perkara), orang yang mengambil bahagian dalam (peraduan) perbahasan:\n~, baik pencadang mahupun pembangkang, terdiri daripada dua orang Melayu dan dua orang bukan Melayu." "bahasa I\n1.\n sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya):\n~ Melayu;\n~ Tagalog; \n2.\n percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun;\n \nkurang ~\n kurang sopan;\n \ntidak tahu ~ \ntidak sopan santun;\n~ alamiah\n \n= ~ tabii \nbahasa yang digunakan oleh manusia dalam keadaan semula jadi;\n \n~ asing \nbahasa selain bahasa ibunda, yang biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya;\n \n~ badan \n= \n~\n \ngerak-geri = ~ tubuh \ncara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dan sebagainya, bukan melalui pertuturan;\n \n~ baku \nbahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya (seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dan lain-lain) dan diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, bahasa standard;\n \n~ basahan \n= \n~ hari-hari\n bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari;\n \n~ besar\n bahasa yang sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yang tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia;\n \n~ buatan\na) = \n~ rekaan\n bahasa yang menggunakan peraturan dan gaya yang direka bentuk khusus oleh manusia untuk kegunaan tertentu (seperti dalam komputer);\n b) = \n~ dunia;\n~ dagang\n bahasa perdagangan;\n \n~ bumiputera \nbahasa peribumi;\n \n~ daerah \nloghat daerah;\n \n~ dalam \nbahasa kehormatan (bahasa yang dipakai di istana);\n \n~ dunia \na) bahasa yang dipakai oleh jumlah orang yang amat besar bilangannya di merata dunia (seperti bahasa Inggeris);\n b) = \n~ buatan \nbahasa rekaan yang disyorkan dipakai di seluruh dunia (seperti bahasa Esperanto);\n \n~ halus \nbahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis \nmeninggal dunia \nuntuk menggantikan perkataan \nmati\n dan sebagainya);\n \n~ hidup \nbahasa yang masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat;\n \n~ ibu (ibunda) \nbahasa sendiri yang dipakai sejak kecil;\n \n~ ilmu \nbahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi;\n \n~ isyarat \ncara berkomunikasi yang tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yang lazim dalam sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota;\n \n~ (kacuk-)kacukan \n= \n~ pasar \na) bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul;\n b) bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan), pijin;\n \n~ kasar\n bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan);\n \n~ kebangsaan\n bahasa yang diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain;\n \n~ kedua \nbahasa yang (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yang diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang;\n \n~ kesat \nbahasa kasar yang digunakan untuk percakapan atau tulisan yang menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya;\n \n~ kiasan \nperkataan atau ungkapan yang digunakan dalam makna yang berlainan daripada makna sebenar atau makna biasa perkataan itu;\n \n~ komputer\n = \n~ pengaturcaraan\n bahasa buatan untuk mengarang atur cara komputer;\n \n~ lisan\n bahasa seperti yang digunakan sewaktu bercakap;\n \n~ mati \nbahasa yang tidak digunakan lagi (secara aktif) dalam masyarakat;\n \n~ Melayu kuno\n bahasa Melayu yang digunakan pada zaman dahulu;\n \n~ moden \nbahasa yang masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, misalnya bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris;\n \n~ nadaan \nbahasa yang pola nadanya membentuk sebahagian daripada struktur kata dan bukannya struktur ayat dan bersifat pembeza makna contohnya bahasa Cina dan bahasa Thai;\n \n~ Oceania \nbahasa yang dituturkan di Australia dan di pulau-pulau Lautan Pasifik;\n \n~ penghantar (pengantar)\n bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atau dalam perundingan (mesyuarat dan sebagainya);\n \n~ penyatu \nbahasa persatuan;\n \n~\n \nperaga \nbahasa utama yang saling melengkapi bahasa kedua (seperti bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris);\n \n~ perantaraan\n bahasa yang digunakan dalam perhubungan (percakapan dan lain-lain) antara orang-orang yang berlainan bahasa ibunda masing-masing (mis kerana berlainan bangsa);\n \n~ percakapan \nbahasa hari-hari;\n \n~ perdagangan \nbahasa yang digunakan dalam dunia perdagangan;\n \n~ peribumi \nbahasa yang dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dalam komuniti berkenaan, misalnya bahasa Iban;\n \n~ persatuan \nbahasa yang berperanan penting menyatukan masyarakat, terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya, agama dan sebagainya;\n \n~ persuratan \nbahasa yang digunakan dalam penulisan dan karya kesusasteraan;\n ~ rasmi\n bahasa pentadbiran kerajaan;\n \n~ rojak \n[bahasa percakapan] bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris);\n \n~ sasaran \nbahasa yang menjadi tumpuan atau hasil terjemahan daripada bahasa yang lain;\n \n~ standard \nbahasa baku;\n \n~ sukuan \nbahasa yang digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak;\n \n~ sumber\na) bahasa yang merupakan (bahasa) asal kata pinjaman;\n b) bahasa yang akan diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain;\n \nilmu ~ \na) pengetahuan tentang selok-belok bahasa;\n b) tatabahasa;\n~ dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli \n(peribahasa) hendaklah menjaga budi bahasa walau daripada kaum yang hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga);\n \n~ menunjukkan bangsa \n(peribahasa) daripada budi bahasa, orang dapat menilai kita;\nberbahasa\n1.\n mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa:\norang Kemboja ~ Khmer; \nkemampuan ~ seorang penutur; \n2.\n mempunyai budi bahasa yang baik, berbudi bahasa:\nia seorang yang ~;\nmembahasakan, memperbahasakan\n1.\n melahirkan dengan perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan:\nbahasa Melayu bukan sahaja diperbahasakan di Semenanjung Malaysia, tetapi di seluruh kepulauan Nusantara; \n2.\n menyebut, memanggil:\ndahulu Abdul Fakar dibahasakannya abang Fakar; \n3.\n menegur, mempersilakan dengan hormat:\nmereka ~ tamu agung itu duduk di tempat terhormat;\nkebahasaan\n hal dan sebagainya yang berkaitan dengan bahasa:\nsoal-soal ~ dibincangkan dalam seminar itu; \nmeninjau masalah-masalah ~;\nperbahasaan\n1.\n peribahasa;\n2.\n pertuturan:\npakaian dan ~nya telah bertukar;\npembahasaan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) melahirkan idea, gagasan dan sebagainya dengan menggunakan bahasa:\nteori ini menunjukkan bahawa pengarang adalah manusia luar biasa yang mempunyai kebolehan menggunakan setiap dimensi ~;\nperbahasa\n1. = perbahasaan\n peribahasa;\n2.\n adat sopan santun." "bahasa II\nbahawa:\nsaya tahu ~ ia malas; \n= basa I." "bahasa III\nagak, sedikit;\n \nangin sepoi-sepoi ~ \nangin yang bertiup lemah lembut;\n \ngila-gila ~\n agak gila;\n= basa IV." "bahau\n[Perlis] makan." "bahawa I\n1.\n kata hubung yang menjelaskan isi atau huraian kalimat pokok (yang sebelumnya atau sesudahnya), bahasa:\npemerhati-pemerhati berkata ~ dengan letupan bom atom, China hendak meluaskan lagi pengaruh politiknya di Asia dan Afrika; \n2.\n pembuka kalimat pokok, sungguh-sungguh, adapun:\n~ ia kaya sungguh; \n3. = sebahawa\n [sastera lama] keadaan(nya), sifat(nya), adanya:\nkelakuan puteri itu manis se~;\nbahawasanya\n1.\n bahawa;\n2.\n bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya." "bahawa II\n[Perlis] ingin." "bahaya\nsesuatu yang (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dan lain-lain):\ndalam nahas kereta itu, ia sendiri yang terlepas daripada ~;\n~ api \n= \n~ kebakaran\n bencana yang boleh disebabkan oleh api;\n \n~ bencana \nberbagai-bagai bencana;\n ~ kelaparan\n sesuatu yang boleh menyebabkan kelaparan;\n \n~ maut \nsesuatu yang menyebabkan mati;\n \n~ rugi\n kemungkinan rugi;\n menempah ~\n sengaja melakukan sesuatu yang sudah diketahui boleh mendatangkan bahaya;\nberbahaya\n boleh mendatangkan bahaya, dalam (terancam oleh) bahaya:\njanganlah dikerjakan pekerjaan yang ~;\n keberbahayaan\n perihal atau keadaan yang berbahaya:\n ~ itu tersembunyi dalam pembinaan tamadun Barat;\nmembahayakan\n mendatangkan bahaya:\ndi bandar itu ada tempat yang ~, tempat banyak orang kena rompak; \nmerokok ~ kesihatan." "baheula\n(Sunda) [bahasa percakapan] zaman dahulu, kuno." "bahkan\n1.\n malahan, tetapi juga, lebih-lebih lagi:\nmereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, ~ merosakkan adat istiadat Melayu; \n2.\n [sastera lama] saya, ya:\nsembahnya ~." "bahlul\nbangang, bodoh, tongong:\nengkau betul-betul ~, tak ada cita-cita." "bahrulhayat\n[Arab] laut kehidupan." "bahtera\n[sastera lama] kapal besar;\nmelayarkan ~ hidup \nki menjalani kehidupan sehari-hari;\n \nmengendalikan ~ rumah tangga \nmengendalikan kehidupan berumah tangga atau berkeluarga." "bahu\n1.\n bahagian badan antara leher dan pangkal lengan, pundak;\n \nmengangkat ~ \n[bahasa percakapan] menyatakan tidak tahu;\n2.\n bahagian perantaraan pada suatu torak (pada tempat torak itu dikecilkan);\n \n~ jalan \nbahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan);\n memikul di ~, menjunjung di kepala \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat;\n \ntangan mencencang (menetak, memetik) ~ memikul \n(peribahasa) siapa yang bersalah harus menanggung akibatnya;\nmembahu\n memikul, menyauk, menyangga;\nbahu-membahu\n bersama-sama (mengerjakan sesuatu), tolong-menolong:\nmereka ~ memberikan bantuan." "bai\n[bahasa percakapan] panggilan kepada orang Benggali (lelaki);\n \n~ serbat \nBenggali yang menjual serbat." "baiah\n[Arab]\n1.\n perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa;\n2.\n sokongan terhadap perjanjian yang dibuat (mis dengan menyebut nama Allah sebagai tanda sokongan)." "baid\n[Arab] jauh, lawan karib (dekat);\n \nkarib (dan) ~ \nsanak saudara." "baiduri\nsejenis batu permata yang terdapat dalam pelbagai warna atau tanpa warna, sama ada lut sinar atau legap, biasanya terdapat dalam batu igneus atau kawasan kolam air panas, opal;\n~ bulan \nbaiduri yang agak gelap warnanya;\n \n~ pandan \nbaiduri yang hijau warnanya;\n \n~ sepah \nbaiduri yang mempunyai ukiran akar atau kayu;\n \n~ Yaman \nbaiduri yang kuning warnanya." "baih\npembaih\n kayu pelontar." "baik\n1.\n memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dan sebagainya), elok (lawan buruk):\nyang ~ dipakai, yang buruk dibuang; \nbuku ini ~ dibaca oleh kanak-kanak; \n2.\n memuaskan hati dari segi rupa (mutu, kegunaan, dan lain-lain), elok:\ncantuman baka yang ~; \nmendidik anaknya dengan ~; \n3.\n tidak jahat (kelakuan dan lain-lain):\n~ budi pekertinya; \n4.\n pulih, sembuh:\nlukanya belum ~; \n5.\n sangat sesuai dan rapat (berkenaan (dengan) perhubungan, persahabatan, dan sebagainya):\ndia berkawan ~ dengan Aminah; \n6.\n = \nbaiklah\n ya (menyatakan persetujuan):\nambil buku itu! B~ mak; \n7.\n biar, walau;\n \n~ kawan mahupun (ataupun) lawan \nbiar kawan, biar lawan;\n~ hati\n suka menolong, mudah simpati dan pengasih;\n \n~ sangka\n rasa muhibah;\n buat ~ berpada-pada, buat jahat jangan sekali \n(peribahasa) membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat;\nbaik-baik\n1.\n (sebagai pesanan) berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu, hati-hati:\npandulah ~ kerana jalan itu bengkang-bengkok; \n2.\n dengan rapi (menjaga atau memelihara sesuatu):\nsimpan barang ini ~; \n3.\n dengan teliti (melakukan sesuatu):\ntali itu diikatkan ~ supaya tidak tanggal; \nbaca ~ perenggan ini;\nsebaik\n1.\n serupa baik dengan, sama baik dengan:\npenselmu tidak ~ pensel saya; \n2. = sebaik-baik\n demi, serta, baru saja:\npencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang;\nsebaiknya\n yang baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya:\n~ engkaulah yang bercakap dengan cikgu;\nsebaik-baiknya\n1.\n yang paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya;\n2.\n yang amat (sangat) baik:\nkesempatan mencari keuntungan ini diambil ~ oleh orang asing;\nberbaik, berbaik-baik\n tidak bermusuhan (bertengkar dan lain-lain):\norang kampung tertanya-tanya mengapa dia ~ dengan orang yang sejahat itu;\n~ semula\n berdamai;\nberbaiki\n [sastera lama] = \nmembaiki\n:\nbendahara pun mengerahkan sekalian orang berlengkap dan ~ alat;\nmembaik\n =\n membaik pulih;\nmembaiki\n membetulkan:\njalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan; \njikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan \n(peribahasa) janganlah kita kusuntukan pekerjaan yang tidak dapat kita selesaikan;\nmembaikkan\n1.\n membuat jadi baik, memulihkan;\n2.\n menganggap lebih baik:\ndia ~ kelakuan anaknya; \n3.\n mendatangkan kebaikan (faedah dan lain-lain) kepada;\n \nserta sepucuk surat diberi, ~ maksud paduka seri \nuntuk membawa faedah bagi maksud paduka seri;\nmemperbaik\n menjadikan bertambah baik:\nrancangan-rancangan untuk ~ taraf ekonomi orang Melayu;\nmemperbaiki\n [sastera lama] berbuat baik kepada:\nTuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba;\nkebaikan\n1.\n perbuatan baik:\napabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dengan ayahnya, kerana ayah, untuk ayah; \n2.\n sifat baik:\ntidak sanggup saya membalas ~ budinya; \n3.\n faedah:\ndi kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru untuk ~ rakyat;\nperbaikan\n1.\n perihal (keadaan dan sebagainya) menjadi bertambah baik, perihal makin baik;\n2.\n hasil membaiki:\nsegala usul, pindaan, dan ~ dengan ulasannya secepat-cepatnya disampaikan kepada pakar; \nbuku ini merupakan ~ buku-buku jenisnya yang terdahulu;\npembaikan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membaikkan atau membaiki;\n \n~ tanah \nperbuatan membaiki tanah supaya lebih subur;\npembaik\n orang yang (kerjanya) membaiki (membetulkan sesuatu):\n~ kereta." "baik biak\nmembaik biak\n memperbanyak (tanaman, haiwan) serta memperbaiki mutunya;\npembaikbiakan\n perihal (usaha dan sebagainya) membaik biak:\nteknik baru boleh dimajukan untuk memperoleh hasil yang lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan;\npembaik biak\n sesuatu yang membaik biak:\nwalau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sebagai ~ tumbuhan." "baik pulih\nmembaik pulih\n membaiki serta memulihkan sesuatu (jentera, pesawat, dan lain-lain) sehingga dapat digunakan atau dapat berfungsi dengan sempurna:\nperkhidmatan ~ kapal;\n pembaikpulihan\n perihal (perbuatan, proses, kerja dan sebagainya) membaik pulih:\n~ bangunan yang dianggap bersejarah itu sedang giat dijalankan." "bailif\npegawaiyang menyampaikan writ dan saman, membuat tangkapan, dan memastikan bahawa hukuman dijalankan." "bairup\nboya." "bait I\n[Arab] [arkaik] rumah." "bait II\n1.\n sajak dua baris;\n2.\n bahagian sajak, rangkap;\nberbait\n bersajak (dua baris)." "bait III\n(Komputer) unit data atau saiz daftar (dalam sistem komputer) yang ditafsirkan sebagai kata yang panjangnya lapan bit." "Baitulharam\n[Arab] Kaabah, Baitullah." "Baitullah\n[Arab] rumah Allah (masjid di Mekah)." "baitulmal\n[Arab] perbendaharaan." "Baitulmuqaddis\n[Arab] Jerusalem." "baj\nsejenis bot besar yang bahagian bawahnya datar untuk membawa barang atau muatan yang berat di terusan, sungai dan sebagainya." "baja I\nbahan untuk menyuburkan tanaman, yang mengandungi zat seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang dihasilkan secara semula jadi atau buatan;\n~ buatan \n[Indonesia] = \n~ tiruan\n baja yang dibuat daripada bahan kimia;\n \n~ campuran \nbaja yang terdiri daripada dua atau lebih zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yang dicampurkan secara fizikal untuk memperoleh gabungan zat yang dikehendaki;\n \n~ cecair \nbaja dalam bentuk cecair;\n \n~ dagang = ~ dagangan \nbaja yang dibuat di kilang daripada bahan mentah bukan organik;\n \n~ fosfat \nbaja yang mengandungi fosfat, biasanya digunakan untuk meningkatkan kandungan fosfat dalam tanah;\n \n~ hijau\n (Pertanian)\na) tumbuh-tumbuhan hijau yang dibajak supaya bercampur dengan tanah (tempat ditanami sesuatu jenis tanaman) dan dijadikan baja;\n b) baja yang belum mengalami sebarang kerosakan;\n \n~ kandang\n [Indonesia] baja daripada tahi lembu (kerbau, kuda, dan lain-lain);\n \n~ kimia \nbaja yang dibuat daripada atau yang menggunakan bahan-bahan kimia;\n \n~ kompos \nbaja daripada sisa organik yang terurai;\n \n~ sebatian \nbaja yang mengandungi dua atau tiga zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yang dihasilkan melalui proses kimia;\n \n~ tunggal\n baja yang mengandungi salah satu zat, sama ada nitrogen, fosforus atau kalium;\nmembaja, membajai\n membubuh baja, memberi baja:\n~ tanah;\npembajaan\n perbuatan (kerja, proses) membaja(i)." "baja II\n= \nbesi ~\n sejenis besi yang keras;\nberbaja\n berlapis baja, dikeraskan dengan baja;\n \njika pisau tidak ~, makin dikikir bertambah tumpul \n(peribahasa) jika anak tidak berpembawaan, makin diajar bertambah bodoh;\nmembaja\n1.\n = \nmembajai\n mengeraskan besi dengan cara memanaskan dan menyejukkannya kembali:\nbesi ini telah dibaja dan dikeraskan mengikut patutnya;\n2.\n [kiasan] sangat keras (seperti besi baja):\nhatinya telah ~;\nterbaja\n menjadi keras, menjadi kuat:\ndalam hari berlari, ~ kasih di hati." "baja III\nbahan penghitam gigi (daripada campuran minyak dan arang tempurung);\nberbaja\n telah dihitamkan dengan baja (berkenaan (dengan) gigi):\ngiginya baru wilis ~, pucat manis warnanya durja." "bajaj\nsejenis kenderaan awam bermotor dan beroda tiga yang digunakan untuk mengangkut penumpang (biasanya dua atau tiga orang) di Indonesia." "bajak I\nalat untuk menggemburkan tanah, tenggala, luku;\n \n~ batas \nbajak untuk membuat batas;\n~ selalu di tanah yang lembut\n (peribahasa) yang selalu menderita ialah orang yang lemah;\n \n~ sudah terdorong ke bencah\n (peribahasa) sudah terlanjur;\n \ndahulu ~ daripada jawi\n (peribahasa) yang patut dahulu dikemudiankan, yang patut kemudian didahulukan;\nmembajak\n menggemburkan tanah dengan bajak, menenggala, meluku:\n~ sawah;\n~ balas \nmembajak untuk kali yang kedua, pugar kedua;\npembajakan\n perbuatan (kerja, proses, usaha) membajak, penenggalaan;\npembajak\n1.\n orang yang kerjanya membajak, penenggala;\n2.\n alat untuk membajak, tenggala:\njentera ~." "bajak II\n= \n~ laut\n perompak, penyamun (di laut), lanun;\n \nbagai ~ wangkang makan diangkat \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang suka kena puji;\nmembajak\n merompak;\npembajakan\n perompakan (di laut)." "bajana\n= bejana." "bajang I\n1.\n hantu yang berkuku panjang dan suka mengganggu perempuan yang sedang mengandung atau kanak-kanak;\n2.\n = \nlidah ~\n = \nkuku\n \n~\n tanggam penyambung kayu (menyerupai ekor burung layang-layang)." "bajang II\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar asam tebing darat, akar ketam, akar meroyan sembang, daun ketam, serundang, \nAnadendrum montanum." "bajang-bajang\nsejenis tumbuhan (rumpai), kemucup, kemuncup, \nChrysopogon aciculatus." "bajau I\nmembajau\n memukul." "Bajau II\nsuku kaum peribumi yang ketiga terbesar di Sabah, yang terbahagi kepada dua golongan, iaitu Bajau Laut yang tinggal di timur Sabah dan Bajau Darat di barat Sabah, yang masing-masing bertutur dalam dialek yang berbeza, dan kegiatan utama mereka ialah bertani, menternak serta menangkap ikan." "bajet\n[bahasa percakapan] belanjawan." "baji\n1.\n kayu (besi) lancip untuk membelah kayu;\n2.\n pasak untuk merapatkan sesuatu (yang renggang);\n~ dahan membelah dahan \n(peribahasa) membuat kebajikan kepada orang dengan perbelanjaan orang itu sendiri;\n \nbersua ~ dengan matan\n = \ntahan ~ oleh keldai\n (peribahasa) kuat sama kuat, berani sama berani;\nmembaji\n1.\n membelah dengan baji;\n2.\n merapatkan (menguatkan) dengan baji." "baji-baji\nsejenis ikan laut yang panjang, \nPlatycephalus spp." "bajik\nkebajikan\n sesuatu yang membawa kebaikan, perbuatan baik, kebaikan:\nberbuat ~ kepada orang." "bajing\n[Jawa] tupai, \nSciurus notatus." "bajingan\n[Indonesia] penjahat, pencuri." "baju\npakaian untuk menutup badan;\n ~ alang\n baju kurung yang berlengan pendek;\n \n~ anggerka\n [arkaik] baju dalam cara India;\n \n~ antakesuma\n = \n~ layang\n [sastera lama] baju untuk terbang;\n \n~ antari\n = \n~ lantari\n [arkaik] baju seperti baju anggerka (cara Arab);\n \n~ ayat\n = \n~ pelias\n [arkaik] baju belah yang berazimat;\n \n~ bajang\n = \n~ bersayap\n [arkaik] baju belah yang menyerupai ekor burung layang-layang;\n \n~ basterop\n [Indonesia] baju yang tidak ada kolar dan lengan;\n \n~ belah bakung\n [arkaik] baju yang berlengan pendek (berbelah di bahu);\n \n~\n \nbelah benian\n = \n~ bunian\n sejenis baju belah;\n \n~ belah Bentan\n = \n~ Bentan\n = \n~ Mintan\n [arkaik] baju belah yang pergelangan lengannya berbelah;\n \n~ besi\n baju daripada besi (dipakai dalam peperangan);\n \n~ beskat\n = \n~ weskot\n baju yang dipakai di bawah baju kot;\n \n~ bidadar\n [arkaik] baju kot pengantin baru;\n \n~ bakdung\n [arkaik] baju yang berbutang di belakang;\n \n~ Cina \nbaju potongan Cina;\n \n~ dalam\n anak baju;\n \n~ hujan \nsejenis baju labuh daripada bahan kalis air, misalnya plastik yang dipakai untuk melindungi seseorang daripada dibasahi air hujan;\n \n~ jas\n [Indonesia] kot;\n \n~ (kanji) perak\n = \n~ kanji perap \n= \n~ kain jiperak \nark anak baju;\n \n~ Johor \na) baju Melayu yang tidak berkolar;\n b) baju kurung;\n \n~ kebaya \nbaju perempuan, yang pendek dan berbelah di bahagian dada;\n \n~ kemeja\n baju potongan Eropah;\n \n~ kepuk\n baju yang berleher tinggi;\n \n~ kuntum\n sejenis baju potongan Melayu;\n \n~ kurung \nbaju yang tidak berbelah dada;\n \n~ kutang \nanak baju (perempuan);\n \n~ maskat\n [arkaik] baju dalam yang diikatkan di belakang;\n \n~ Melayu \nbaju laki-laki potongan Melayu;\n \n~ monyet\n [Indonesia] sejenis baju anak-anak (baju dan seluar bersambung);\n \n~ panas\na) = \n~ sejuk \nb) anak baju;\n \n~ pendapan \n= \n~ pendepan\n = \n~ pendipun \n= \n~ mendipun\n = \n~ jipun \nark baju Sumatera yang dihiasi bunga daripada emas perada;\n \n~ pesak sebelah\n [arkaik] baju belah yang dadanya dua lapis;\n \n~ pokok\n [arkaik] baju belah yang tidak berlengan;\n \n~ rantai\n sejenis baju besi daripada rantai kecil-kecil;\n \n~ sejuk\n = \n~ panas\n baju yang dipakai untuk memanaskan badan;\n \n~ seroja \n= \n~ teratai\n [arkaik] baju Sumatera yang berbunga benang emas;\n \n~ sikap \nsejenis baju Jawa berlengan panjang;\n \n~ songsong\n \nbarat \n[sastera lama] baju antakesuma;\n \n~ tapung\n sejenis baju Bugis;\n \n~ Teluk Belanga\n baju Melayu;\n \n~ toro\n [arkaik] baju Jawa yang dipakai oleh pelayan;\n~ indah dari balai, tiba di rumah menyarungkan\n (peribahasa) hukum yang telah putus dan tidak boleh dibanding lagi;\n \nbagai memakai ~ sempit\n (peribahasa) perbuatan yang tidak sesuai dengan keadaan diri;\n \nmengukur ~ di badan sendiri \n(peribahasa) kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dengan darjat orang lain);\n \nmencabik ~ di dada\n (peribahasa) meceritakan aib sendiri;\nberbaju\n memakai baju;\nmembajui\n mengenakan (memakai) baju kepada:\n~ boneka\n." "bajul\n[Jakarta]\n1.\n buaya;\n2.\n [kiasan] penjahat, pencuri;\nmembajul\n menjadi jahat (seperti menjadi pencuri, pengganggu perempuan, dan lain-lain)." "bak I\nsebagai, seperti:\n~ kata orang tua-tua, tak ada gading yang tak retak." "bak II\n[Indonesia-Belanda] sejenis kotak besar (tempat sampah, air, dan lain-lain), kolam (tempat air di bilik mandi)." "bak III\n[Cina] dakwat Cina." "bak IV\nbunyi menampar (barang jatuh dan lain-lain)." "bak V\n[bahasa percakapan] beri, kasi:\n~ aku barang yang engkau pegang itu." "bak VI\n[Kelantan] besar atau bengkak (berkenaan (dengan) kaki, betis)." "baka I\n1.\n keluarga (yang menurunkan), asal keturunan (ayah dan lain-lain);\n2.\n benih (haiwan atau tumbuhan);\nmembuang ~ \nmenyimpang daripada sifatnya (asalnya) yang turun-temurun, mencemarkan nama baik keluhurannya (orang tua dan lain-lain);\n \nsaka ~\n (keluarga) yang menurunkan, (sifat-sifat) keturunan, turun-temurun;\npembakaan\n perihal memperkembang baka." "baka II\n[Kelantan], [Terrenganu] sejenis tumbuhan (pokok), inai-inai, \nErythroxylon cuneatum." "bakai\n[Kedah] awal, permulaan, pertama (perbuatan dan lain-lain);\n \nmandi ~\n mandi dengan jalan membasuhkan kaki dahulu dan sedikit demi sedikit naik ke atas hingga basah seluruh badan." "bakak\nkain ~\n [arkaik] kain merah atau biru yang berpetak-petak." "bakal\n1.\n seseorang yang akan menjadi atau dijadikan (isteri, suami, presiden, ketua, dan lain-lain), calon:\n~ suami;\n2.\n akan, hendak:\nseminar yang ~ diadakan di DBP; \n3.\n [Jawa] untuk, buat:\nwang ~ beli pakaian;\nmembakalkan\n mengerjakan pada tingkatan yang awal sekali, membuat bentuk yang kasar (dahulu), merancang;\npembakalan\n perihal membakalkan." "bakam\nsejenis batu permata, sejenis batu delima." "bakap\nsejenis ikan laut, \nOphiocephalus spp." "bakar\nbahan ~\n barang-barang yang akan dinyalakan (seperti minyak tanah dan sebagainya);\n \nikan ~\n ikan panggang;\n \nkayu ~\n kayu api;\n~ tak berapi\n (peribahasa) menaruh cinta tidak dengan sebenarnya;\n \n~ tak berbau\n (peribahasa) maksud jahat yang tersembunyi;\nmembakar\n1.\n menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dengan api:\n~ kayu;\n~ sampah;\n2.\n memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang, dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang:\n~ pisang;\n3.\n memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dan lain-lain) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar:\n~ kuih;\n~ kapur;\n4.\n [kiasan] membuatkan seseorang marah atau meradang,:\nKalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran, ia ~ hati isterinya; \n5.\n [kiasan] menyemarakkan sesuatu perasaan (seperti semangat, cinta, dan sebagainya):\ngadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yang ~ jiwa orang muda itu;\n~ semangat; \n6.\n menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar:\npanas yang kian terik dan ~ kulit kepala; \ndibakar tiada hangus\n (peribahasa) tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dan lain-lain);\nmembakarkan\n membakar sesuatu untuk:\nia ~ anaknya ikan asin;\nterbakar\n1.\n sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dan lain-lain), habis dibakar;\n2.\n [kiasan] menghangat, marah:\nemak ~, lalu dilemparkannya kayu kepada saya;\n~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu \n(peribahasa) kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;\nkebakaran\n1.\n kejadian sesuatu (rumah dan lain-lain) yang sedang terbakar:\n~ besar yang dahsyat telah berlaku pagi ini;\n2.\n terbakar;\n \n~ janggut \n[Indonesia] [bahasa percakapan] bingung tidak keruan;\npembakaran\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) membakar:\n~ mayat;\n2.\n [arkaik] tempat membakar:\n~ kapur;\npembakar\n1.\n orang yang kerjanya membakar sesuatu:\n~ meriam;\n2.\n yang membakar;\n \nbom ~\n [Indonesia] bom yang membakar;\n \nzat ~\n [Indonesia] oksigen;\n3.\n (alat) yang digunakan untuk membakar sesuatu:\nacuan ~ kuih." "bakarat\nsejenis permainan judi dengan daun terup." "bakat I\n1.\n kebolehan semula jadi:\n\n\nia memang mempunyai ~ seniman;\n\n~ terpendam \nbakat atau kebolehan (dalam bidang seni, penulisan dan lain-lain) yang belum diketahui atau diperlihatkan kepada orang umum;\n2.\n orang yang mempunyai kebolehan semula jadi:\n\n\nbaik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi;\n3.\n bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dan lain-lain):\n\n\nluka itu meninggalkan ~;\n4.\n alamat, tanda bakal terjadi sesuatu:\n\n\nawan hitam di langit ~ hujan;\nberbakat\n\n\n1.\n mempunyai kebolehan semula jadi:\n\n\nmurid yang ~\n;\n 2.\n berbekas:\n\n\nkepalanya ~ kerana ia memakai songkok;\nmembakat\n\n\n1.\n meninggalkan bakat (bekas, tanda):\n\n\nbuih air laut yang~ di pantai; \n2.\n mengalamatkan, menandakan:\n\n\nmerah di Timur ~ terbitnya matahari." "BAKAT II\nakronim bagi Badan Kebajikan Angkatan Tentera\n." "bakau\nsejenis tumbuhan (pokok di pantai), berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, tengar, lenggadai putut, beus, bangkita, \nRhizophora spp., Ceriops spp., Bruguiera spp.; \njenis-jenisnya:\n~ akik \n= \n~ akit;\n~ bakap\n \n= ~ belukap\n = \n~ gelukap\n = \n~ hitam\n = \n~ jangkar\n = \n~ kurap\n = \n~ minyak dan lain-lain;\n \n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok) di kawasan yang bergunung-gunung, \nIllicium cambodianum." "bakawali\nsejenis bunga;\n \nputeri ~\n puteri yang menjelma dari bunga." "bakbat\n[Kelantan] bunyi seperti bunyi buah yang ranum gugur dengan banyak." "bakca\npundi-pundi, uncang." "bakdul\n(Hindustan) tali kalung kuda." "bakelit\nsejenis resin dan plastik sintetik yang digunakan sebagai penebat elektrik untuk membuat barang-barang plastik, alat penerima telefon, dan lain-lain." "baken\n[Kelantan] bangkang, bantah." "bakeri\n1.\n tempat (kilang) membuat roti (kek, pastri dan sebagainya);\n2.\n kedai yang membuat dan menjual roti (kek, pastri dan sebagainya)." "bakhil\nkikir, kedekut, lokek:\nwalaupun dia kaya, dia sungguh ~;\nkebakhilan\n perihal (sifat) bakhil, kekikiran, kelokekan:\n orang yang dipelihara daripada ~." "baki I\n[Arab] kekal:\nTuhan yang ~;\nbaqa." "baki II\n1.\n lebihan daripada sesuatu yang telah digunakan:\n~ santan itu dicampurkan kemudian; \n2.\n jumlah yang tinggal (setelah ditolak);\n \nsaki-~\n yang masih ada lagi;\nberbaki\n mempunyai baki, berlebih:\ngajinya yang tiga puluh ringgit akan ~ lima belas kalau ia mengansur hutang." "baki III\n[Indonesia-Belanda] dulang, talam." "bakiak I\n[Cina] sejenis terompah." "bakiak II\n[Kedah] susu yang berbau busuk akibat terlalu lama disimpan." "bakik\nsejenis tumbuhan (pokok lada yang daunnya dijadikan pengganti daun sirih), \nPiper betle." "bakir\nsusu atau santan yang sudah basi." "bakit\n[Kelantan] bau kuat yang keluar dari makanan." "bakmi\n[Cina] sejenis makanan yang rupanya panjang-panjang seperti laksa." "bako\n[Minangkabau] keluarga daripada pihak ayah;\n \nmencari ~\n mencari menantu laki-laki;\nbaka I." "bakon\ndaging babi yang telah digarami atau disalai." "baksi\n[arkaik];\nlayar ~\n layar yang dipasang di tiang belakang (kapal, perahu);\nmembaksi\n memasang layar baksi." "baksis\n[arkaik] upah, hadiah (wang dan lain-lain):\norang-orang Bugis juga sanggup berperang dengan diberi upah tetapi mahu ~ yang banyak." "baksut\npeluru ~ \nsejenis peluru senapang." "baktan\n[Kelantan] kerana, sebab." "baktau\nbatau." "bakteremia\n(Perubatan) kehadiran bakteria di dalam darah." "bakteria\norganisma seniyang hidup dalam tanah, air, bahan organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit;\n~ denitrifikasi\n (Biologi) bakteria tanah yang menukarkan nitrat kepada nitrit dan akhirnya kepada nitrogen dalam keadaan tanpa oksigen;\n \n~ nitrifikasi\n (Biologi) bakteria tanah yang mengoksidakan garam ammonium kepada nitrit, dan nitrit kepada nitrat." "bakteriofaj\n(Biologi) virus yang menjangkiti bakteria." "bakteriologi\ncabang ilmu sains yang mengkaji bakteria." "bakteriotoksin\n1.\n toksin yang dihasilkan oleh bakteria;\n2.\n toksin yang membunuh bakteria." "bakterisid\nbahan yang berupaya membunuh bakteria, racun bakteria." "bakteriuria\n(Perubatan) kehadiran bakteria dalam air kencing." "bakti\nperbuatan baik untuk menyatakan setia (kasih, hormat, dan lain-lain), jasa:\nmembuat ~ kepada negara;\nberbakti\n berbuat bakti (kepada), berjasa:\n~ kepada nusa dan bangsa;\nmembaktikan\n memberikan sesuatu untuk tanda bakti, mengabdikan (menghambakan) dalam membuat sesuatu yang berfaedah:\n~ harta dan tenaga kepada tanah air;\n kebaktian\n perbuatan baik (bakti), rasa setia (kasih, hormat, dan lain-lain):\njikalau demikian, sia-sialah ~ku;\npembaktian\n perihal membaktikan." "baku I\n1.\n [Jawa] berkenaan sesuatu yang pokok, yang dasar, yang benar;\n \nmakanan ~\n makanan utama;\n \nharga ~\n harga pokok;\n2.\n berkenaan sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dan lain-lain) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dan sebagainya yang lain (berkenaan (dengan) bahasa, sebutan, ejaan, dan sebagainya), standard:\nbahasa Melayu ~; \nsebutan ~ bahasa Melayu;\nmembakukan\n menjadikan baku (standard), menstandardkan:\nusaha-usaha ~ ejaan Rumi bahasa Melayu;\n~ sebutan kata dalam bahasa Melayu;\n kebakuan\n sifat atau keadaan baku (berkenaan (dengan) bahasa, sebutan, ejaan dan sebagainya):\npertandingan pidato itu juga menitikberatkan ~ bahasa dari segi sebutan dan tatabahasa;\npembakuan\n usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan):\nkecekapan sistem ini dapat mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa;\n~ ejaan dan sebutan." "baku II\n[Indonesia] [arkaik] saling;\n \n~ hantam \nsaling memukul." "bakuh\ntanda palang yang dibuat oleh bomoh pada dahi kanak-kanak sebagai tangkal." "bakuk I\nsejenis burung, lengkua, \nButreron capellei magnirostris." "bakuk II\n= \n~ daun \nsejenis ikan laut, jemedi, \nThryssa setirostris;\n~ daun \na) = \n~ minyak\n sejenis ikan laut, kasai minyak, \nThryssa mystax; \nb) sejenis ikan laut, \nThryssa dussumierii; \nc) sejenis ikan laut, jemedi, \nThryssa kammalensis." "bakul I\nbekas (tempat menaruh barang) yang dianyam (daripada rotan, buluh, dan lain-lain), keranjang;\n \n~ tepak\n [Kelantan] bakul yang tiada mempunyai bucu;\nmembakulkan\n membuang atau memasukkan ke dalam bakul." "bakul II\n[Jawa] perempuan yang berniaga secara kecil-kecilan." "bakul sampah\nbakul tempat membuang sampah;\nmembakulsampahkan\n membuang atau memasukkan ke dalam bakul sampah:\ntelah beberapa kali ketua pemberita ~ berita-berita yang ditulisnya." "bakung\nsejenis tumbuhan (herba yang bunganya berwarna putih), tembaga suasa, \nCrinum defixum." "bakup\nbengkak pada muka (kelopak mata) kerana kena tinju dan lain-lain, bagup, balut:\nmata ~; \nmukanya bengkak ~\n." "bakut\n[Brunei] [kata seru] tambak." "bal I\n= \n~ lampu \n[bahasa percakapan] mentol lampu." "bal II\n[Indonesia-Belanda] bola." "bal III\n[Indonesia-Belanda] bandela, karung (beras dan lain-lain)." "bala I\npasukan (biasanya pasukan tentera);\n ~ bantuan \npasukan yang didatangkan untuk membantu;\n \n~ keselamatan\n [Indonesia] badan yang dibentuk berupa ketenteraan gunanya untuk menyelamatkan orang yang berdosa (Kristian);\n \n~ seribu \n[sastera lama] sejenis mantera;\n \n~ tentera\n segenap pasukan tentera dengan alat senjata." "bala II\nkejadian buruk yang menimpa diri seseorang (seperti kemalangan dan sebagainya) atau sesuatu tempat (seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau, dan sebagainya), bencana, malapetaka:\nbanjir besar yang melanda bandar raya itu merupakan ~ kepada penduduk di kawasan itu; \n(doa, mandi, kenduri) tolak ~ \n(doa, mandi, kenduri) yang dilakukan untuk menghindarkan diri daripada ditimpa bala;\n \n~ lalu dibawa singgah \n(peribahasa) dengan sengaja mencari kesusahan dan lain-lain;\n= bahala." "bala III\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), asam nyamuk, petala bumi, \nSantaloides floridum\n." "bala IV\n[Kelantan] biar, benarkan:\n~ ia bermain di tempat itu\n." "balad\n[Arab] kota, negeri." "balada\nlagu atau puisi yang panjang yang mengisahkan sebuah cerita, mempunyai baris yang diulang di hujung setiap rangkap." "balaghah\n[Arab] petah, fasih (bercakap)." "balah\nberbalah\n berbantah, bertengkar:\nbudak-budak ini sentiasa ~ sesama mereka;\nberbalahan, berbalah-balahan\n saling berbalah, berbantah-bantah, bertengkar-tengkaran;\nmembalah\n membantah:\njangan ~ nasihat orang tua;\nmemperbalahkan\n mempersoalkan kesahan, kebenaran, dan lain-lain:\n kawasan yang diperbalahkan tidak ada gunanya dijadikan punca pertentangan tentera;\nperbalahan\n perihal berbalah, perbantahan, pertengkaran:\nmereka itu sengaja mencari ~." "balai I\n1.\n gedung, rumah (untuk awam), pejabat;\n2.\n rumah (gedung, bangunan) dalam lingkungan istana;\n~ adat \nrumah tempat dilakukan upacara adat;\n \n~ agung \na) = \n~ kota \ngedung tempat pentadbiran bandaran;\n b) = \n~ besar\n rumah besar tempat menghadap raja;\n \n~ angin \n= \n~ bayu\n = \n~ peranginan \nrumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin);\n \n~ angkat-angkat\n tempat nobat (bunyi-bunyian) raja;\n \n~ apit \n= \n~ tengah\n rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan);\n \n~ astaka \npanggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara;\n \n~ bendul\n = \n~ mentor(a)\n balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja;\n \n~\n \nberlepas \ndewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain);\n \n~ bertingkat\n balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol);\n \n~ bomba\n bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alat-alat memadamkan api ditempatkan;\n \n~ buana \ntempat berkorban pada upacara menyemah negeri;\n \n~ cerap \nbangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya;\n \n~ dagang\n [Indonesia] [arkaik] pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara);\n \n~ derma\n rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja;\n \n~ desa \n[Indonesia] balai raya;\n \n~ gading\n balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana;\n \n~ gambang = ~ kambang\n balai yang di atas air untuk berangin atau mandi;\n \n~ gendang \nrumah tempat tabuh masjid;\n \n~ kecil \nbalai menghadap yang kecil;\n \n~ kembang\n = \n~ sari\n balai dalam taman;\n \n~ kesihatan\n = \n~ pengubatan\n [Indonesia] klinik;\n \n~ ketibaan\n dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dari kapal terbang (kapal dan lain-lain);\n ~ larangan\n rumah di istana tempat puteri-puteri;\n \n~ lelang\n [Indonesia] rumah tempat melelong barang;\n \n~ limas\n balai yang atapnya berbentuk piramid;\n \n~ lintang\n = \n~\n \nmelintang \nbalai yang letaknya di sebelah kanan istana;\n \n~ luar\n tempat rakyat menunggu di luar istana;\n \n~ madat\n rumah tempat berkawal;\n \n~ menghadap\n = \n~ penghadapan \nbalai (sementara) tempat menghadap raja;\n \n~ pancalogam\n [sastera lama] balai yang dibuat daripada marmar;\n \n~ pancapersada \nbalai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja);\n \n~ (nan) panjang \nbalai tempat menghadap undang (di Rembau);\n \n~ perbujangan \nbalai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dalam istana kurang kerana upacara besar);\n \n~ perguruan tinggi\n [Indonesia] [arkaik] universiti;\n \n~ pertemuan\n [Indonesia] rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain;\n \n~ paseban\n = \n~ pistaka \nbalai besar;\n \n~ polis\n bangunan tempat polis bertugas;\n \n~ raya\n balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat;\n \n~ rendah\n [Indonesia] (gedung) dewan rakyat;\n \n~ serong\n balai yang letaknya serong dari istana;\n \n~ surung\n anjung pada rumah yang berbumbung lima;\n \n~ tinggi\n [Indonesia] (gedung) dewan negara;\nbalai-balai\n1.\n balai kecil yang digunakan oleh bomoh (pada masa mengubati orang dan lain-lain);\n2.\n [Jawa] bebalai." "balai II\n= sebalai, balai-balai\n sejenis tumbuhan (pokok), pauh punggah, \nAralidium pinnatifidum." "balai III\nburung ~\n sejenis burung, burung tirjup, \nLanius tigrinus." "balairung, balairuang\n= \n~ seri \ntempat raja dihadap rakyat." "balaisah\n[Kelantan] tempat sembahyang, surau:\n azan subuh berkumandang dari ~." "balak\n= \nkayu ~\n batang pokok-pokok besar yang sudah dipotong;\nmembalak\n menghasilkan kayu balak (menebang pokok besar, memotong dahan-dahannya, dan lain-lain);\nterbalak-balak\n [Perak] terapung-apung (di atas air);\npembalakan\n kerja-kerja (usaha) membalak:\nbeliau dipercayai menghasut kaum Penan supaya menentang kerajaan tentang operasi ~ yang dijalankan di kawasan kaum Penan itu;\npembalak\n orang yang mengusahakan pembalakan." "balalaika\nalat muzik Rusia (bertali tiga) yang badannya berbentuk segi tiga." "balam I\nsejenis burung, merbuk, ketitir, tekukur, \nGeopelia striata;\n \nbagai ~ dengan ketitir \n(peribahasa) perihal dua orang yang tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri." "balam II\nbalam-balam, berbalam, berbalam-balam, membalam\n nampak kurang jelas:\nberbalam-balam wajahnya diselubungi kabus pagi;\nmembalamkan\n menjadikan kelihatan berbalam-balam:\n~ pandangan." "balam III\nsejenis tumbuhan (pokok);\n \n~ beringin\n sejenis tumbuhan (pokok), \nPayena leerii;\n~ merah\n sejenis tumbuhan (pokok), \nPalaquium gutta; \ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nPouzolzia zeylanica (indica)." "balan I\nbatu dan lain-lain yang menghalang aliran air di sungai." "balan II\npenyakit bengkak pada umbi usus, apendisitis." "balang I\nbekas seperti botol (besar dan agak luas mulutnya), tempat menyimpan air (barang-barang makanan dan lain-lain)." "balang II\nperahu ~\n = \nsampan ~\n [sastera lama] perahu layar yang bertiang dua." "balang III\nmembalang\n menghumban, melempar;\nbalang-balang\n sejenis senjata yang dibaling, bebalang." "balang IV\n[Jawa] belalang." "balang V\nbahagian sarung keris yang lurus." "balap\n[Indonesia] lumba, pacu:\nkuda ~; \nsepeda ~\n basikal perlumbaan;\nmembalap\n berlari kencang, berlumba;\nbalapan\n1.\n pacuan, perlumbaan;\n2.\n padang perlumbaan, gelanggang pacuan." "balar\nberkenaan binatang atau manusia yang lahir tanpa bahan pewarna semula jadi pada rambut dan kulit yang menyebabkan rambut dan kulit menjadi putih, bulai, sabun, salih:\nkerbau ~\n;\nberbalar, berbalar-balar\n mempunyai tempat (bahagian) yang putih-putih pada kulit:\nkulitnya ~." "balas I\n1. = balasan\n a) jawaban;\n b) ganjaran, hukuman:\nmenuntut ~; \n2.\n \nmembalas\n:\nsuara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya untuk ~ berbicara; \nada hujan ada panas, ada hari boleh ~ \n(peribahasa) akan datang masanya untuk membalas perbuatan jahat;\nberbalas\n1.\n menjawab, menyahut:\nmaka ~lah suara dari dalam rumah;\n2.\n dijawab:\ncintanya tidak ~;\n3.\n balas-berbalas:\nkeduaduanya pun ~ pantunlah; \nberbalas-balas\n balas-membalas;\nberbalasan\n berbalas, mendapat balas, bersambutan:\nperkataan yang demikianlah yang saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;\nberbalas-balasan\n saling membalas, bersahut-sahutan:\nserta serdadu berbaris-barisan dengan meriam ~;\nmembalas\n1.\n menjawab:\n~ surat; \n2.\n memberi sesuatu sebagai imbangan (tenaga dan lain-lain);\n3\n. membuat seseorang menderita atas kesalahan yang telah dilakukan:\n~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yang telah dilakukan;\n~ bidan\n melakukan sesuatu yang setimpal;\n \n~ dendam \nmemberi balas untuk memuaskan hati;\n \n~ budi\n = \n~ guna\n = \n~ jasa\n = \n~ kebaikan\n berbuat kebaikan sebagai tanda terima kasih atas kebaikan yang telah diterima;\n \n~ sakit hati\n melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati;\n \n~ salam \nmenjawab salam;\n \n~ serangan \nmenyerang balik;\nbalas-membalas\n saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;\n balasan\n1.\n jawaban:\nberulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~;\n2.\n tanda terima kasih (atas kebaikan yang telah diterima), sesuatu (kebaikan dan sebagainya) yang dilakukan atau diberikan sebagai membalas (perbuatan dan sebagainya seseorang):\nrupanya begini ~ engkau terhadap ibumu;\n3.\n ganjaran, hukuman:\nbegitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yang berhati dengki;\npembalasan\n perihal (perbuatan, tindakan) membalas;\npembalas\n1.\n orang yang membalas;\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk membalas:\ninilah bingkisan ~ surat saudara\n." "balas II\nbahan berat seperti plumbum atau besi jongkong yang dibawa dalam kapal untuk memperbaik kestabilan kapal terutamanya yang tidak membawa kargo, tolak bara, pengimbang kapal, pemberat." "balas III\n[Perlis] curi." "balas IV\n[Kelantan] bagai, macam, seperti." "balasan\n[arkaik] balsam." "balast\nkelikir, batu lancur, dan lain-lain yang digunakan sebagai asas jalan atau landasan kereta api." "balau I\nsejenis tumbuhan (pokok), gambir-gambir, kenar, keranji, me(r)limau, pasak perahu, pokok rongga, \nAglaia ordoratissima." "balau II\nembalau I." "balau III\nkacau-balau." "balau IV\nmembalau\n mengupas (kelapa), membuang duri (kulit durian)." "baldi\nsejenis bekas bertangkai yang dibuat daripada zink atau plastik yang digunakan untuk mengisi air (merendam pakaian cucian dan lain-lain)." "baldu\nsejenis kain yang dibuat daripada sutera, kapas, nilon, dan sebagainya (berbulu-bulu halus pada sebelah luarnya dan berkilat-kilat)." "bale\n[Indonesia] balai." "balela\n[Jawa] [arkaik] menderhaka, melawan perintah;\n= ambalela." "balerina\npenari balet wanita." "bales\nmembales\n [Indonesia], [bahasa percakapan] memutar balik (kereta dan lain-lain)." "balet\n= \ntarian ~\n tarian klasik Barat yang lemah gemalai (yang biasanya menceritakan sesuatu kisah)." "balgham, balgam\n[Arab] dahak." "bali\n[Minangkabau] [arkaik];\ndarah ~ \npenakut." "balian\n[sastera lama] bomoh." "baligh\n[Arab] = \nakil ~\n cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9 \u2013 12 tahun bagi perempuan dan 12 \u2013 15 tahun bagi lelaki);\nkebalighan\n perihal baligh (cukup umur, dewasa)." "balighah, balighat\n[Arab] dewasa (perempuan)." "balik I\n1.\n kembali, pulang:\nbudak-budak belum ~ lagi;\n2. = sebalik\n sebelah yang lain, sebelah sana:\naliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan;\n3.\n songsang, berlawanan arah;\n \nbulu ~\n bulu ayam yang songsang;\n~ adab\n tidak tahu adat;\n \n~ akas\n [Kedah] kembali hidup;\n \n~ andar\n balik kosong (daripada mengail dan lain-lain);\n \n~ belah\na) songsang;\n b). [Terengganu] tidak mengikut susunan yang betul:\nkamu susun buku itu ~ belah betul;\n \n~ bokong \nbahagian dalam menjadi di luar, songsang (baju dan lain-lain);\n \n~ gagang\n [kiasan] berpihak kepada lawan;\n \n~ gelisah\n [Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada beras pulut;\n \n~ jungkir \n(berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas;\n \n~ kekat\n arus (pasang) berubah;\n \n~ kerak\n kahwin lagi dengan bekas isteri;\n \n~ kuang\n kepala ke bawah (bergantung dan lain-lain);\n \n~ mazhab\n taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yang lain);\n \n~ mata\na) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dan lain-lain);\n b) main sunglap;\n \n~ modal \nmendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal;\n \n~ nama\n [Indonesia] penukaran surat hak milik (tanah dan lain-lain);\n \n~ pongkang\n yang di bawah jadi di atas;\n \n~ rujuk\n kahwin balik dengan isteri yang telah diceraikan;\n \n~ sakit\n = \n~ pais \n[Kelantan] jatuh sakit semula;\n \n~ sedar\n siuman, sedar daripada pengsan;\n \ndi ~ belakang(an)\n = \n~ pembelakangan\n di belakang orang;\nsebalik\n \ndi ~\n pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara:\ndalam kelucuan pemerihalan ini, jelas kepada kita mesej di ~nya; \napakah motif di ~ keinginan ini?\nsebaliknya\n berlawanan dengan atau berbeza sama sekali daripada (sesuatu yang telah dikatakan atau disarankan);\nbalik-balik\n [bahasa percakapan] kerap melakukan perkara yang sama:\n~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;\nberbalik\n1.\n berubah arah:\nperkataannya ~; \n2.\n menjadi berubah duduknya atau letaknya (yang di muka menjadi di belakang, yang di bawah menjadi di atas, dan lain-lain):\nkeretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; \n3.\n berpusing kembali, berpaling:\nia ~ melihat isterinya;\n4.\n kembali (ke tempat semula, ke rumah, dan lain-lain):\nhamba hendak ~ ke Bentan;\n 5.\n [kiasan] merujuk kembali (kepada), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpada sesuatu):\ncara mereka menghubungkan sastera dengan masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kepada ideologi dan sikap masing-masing;\n~ hati \nberubah pendirian;\n \n~ mudik\n = \n~ muka\na) bertukar haluan (fikiran dan lain-lain);\n b) berubah pihak, membelot;\nberbalik-balik\n selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;\nmembalik\n1.\n berbalik kembali (arahnya):\nbola itu ~ sesudah kena tiang;\n2.\n menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang):\ndibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;\nmembalik-balik\n1.\n membalik berulang kali:\ndibalik-baliknya kertas di atas meja itu; \n2.\n membuka-buka (buku dan lain-lain):\nsambil bertenggong, ia ~ buku yang tebal itu;\n3.\n berulang-ulang (memikir dan lain-lain):\nair matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;\nmembaliki\n1.\n balik kepada sesuatu (untuk mengambil sesuatu, berbaik dengan isteri, dan lain-lain);\n2.\n [arkaik] melepaskan diri daripada tanggungjawab;\nmembalikkan\n1.\n memulangkan, mengembalikan:\nia menyuruh ~ wang itu;\n2.\n mengubah letak atau arah sesuatu kepada yang berlawanan dengan asalnya atau sebelumnya:\nkerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yang sukar; \n3.\n menyebabkan berubah (bertukar dan sebagainya) sama sekali:\nmengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku?\n4.\n menghantar kembali, melantunkan:\nlantai, siling, dan dinding dibina daripada bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yang memukulnya;\n~ kepala \nmelihat ke belakang;\n \n~ muka \nmemalingkan muka;\n \n~ perkataan\n membelit-belitkan perkataan;\n \n~ punggung\n membelakangi, tidak mahu melihat;\nterbalik\n menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yang di hadapan menjadi di belakang atau yang di atas menjadi di bawah):\nkereta itu ~; \nbajunya ~;\n~ akal\n gila;\n \n~ iman\n bertukar iman;\n \n~ mata\n [Indonesia] [bahasa percakapan] terlampau lama melihat;\n \n~ niat\n bertukar niat;\nmenterbalikkan\n menjadikan (membuat menjadi) terbalik:\nmenggaris dengan dakwat dilakukan dengan ~ kayu pembaris; \nsuaranya boleh ~ iman seorang lelaki;\nketerbalikan\n perihal terbalik:\n ~ peranan dalam perhubungan ibu bapa dengan kanak-kanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dalam situasi lakon;\nkebalikan\n sebalik daripada, sebaliknya, lawan(nya):\nbenderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss;\n~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;\npembalikan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) membalik(kan)." "balik II\n~ adap \nsejenis tumbuhan (pokok menjalar),\na) \nMussaenda mutabilis;\nb) \nMussaenda glabra; \n(daun) ~ angin \nsejenis tumbuhan (pokok),\na) tapu, sedangar, \nMallotus barbatus; \nb) \nMallotus marcrotachyus; \nc) \nMallotus paniculatus; \nakar ~ adap \nsejenis tumbuhan (pokok), akar kupur, \nRubus glomeratus\n." "baling I\nbatu dan lain-lain yang dibubuh pada tali dan dilemparkan dengan menghayunkannya terlebih dahulu mengelilingi kepala:\ndatangnya terlalu deras seperti ~;\nbaling-baling\n1.\n kincir angin (penunjuk arah angin dan lain-lain);\n2.\n alat yang rupanya seperti kincir untuk menjalankan kapal atau kapal terbang;\n \n~ angin\n [Indonesia] kipas angin;\n \n~ di atas bukit \n= \nhati bagai ~\n (peribahasa) tidak tetap pendirian (hati dan lain-lain);\nberbaling\n berkisar seperti baling-baling;\nmembaling\n1.\n melempar (dengan baling);\n2.\n melempar:\ngadis-gadis menyambut dan menanam anak-anak padi yang dibaling oleh teruna-teruna;\nmembalingi\n melempari dengan baling, melempari:\nia ~ rumah lawannya dengan batu;\n balingan\n hasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan:\nlelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu; \naktiviti olahraga seperti ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati;\npembaling\n1.\n alat untuk membaling;\n2.\n orang yang membaling:\nia mengintip ~ batu itu." "baling II\n[Perak] cerpelai." "balistik\nkajian tentang kesan gerak atau daya luncuran objek yang ditembakkan atau dilepaskan ke udara (seperti peluru meriam, peluru berpandu) termasuk momentum dan daya kekuatan." "balkon\n[Indonesia-Belanda] balkoni." "balkoni\n1.\n anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat (sebagai tempat berangin);\n2.\n tempat duduk di tingkat atas pada panggung wayang." "baloi\n[Kedah]\n1.\n seimbang, sepadan:\nupah itu tidak ~ dengan kerjanya;\n2.\n balasan (yang setimpal), bela:\nmenuntut ~ atas kezaliman orang; \nair ~ \nair yang tidak mengalir;\nberbaloi\n berpadanan, seimbang:\ngadis itu tidak ~ dengannya;" "balok I\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kayu balak;\n2.\n tanda pangkat ketenteraan;\n \n~ not\n baris-baris melintang pada not muzik." "balok II\n[Indonesia-Belanda];\nhuruf (tulisan) ~\n huruf (tulisan) cap." "balon\n[Indonesia-Belanda] belon;\n \n~ lampu \nbal lampu;\nbalonan, balon-balonan\n1.\n belon permainan anak-anak;\n2.\n = \n~ sabun \ngelembung sabun;\n3.\n berita yang dilancarkan untuk mengetahui pendapat orang (golongan) tertentu." "balong\n[Indonesia] kolam ikan, empang." "balsa\nsejenis pokok tropika di Amerika yang kayunya ringan, biasanya digunakan untuk membuat rakit, \nOchroma lagopus." "balsam\nsalap yang dibuat daripada ekstrak pokok tertentu, digunakan untuk melegakan atau menghilangkan rasa sakit." "balu I\nperempuan yang menjadi janda kerana kematian suami." "balu II\nguruh:\nmendayu-dayu guruh ~\n." "balu III\n[Perak] lali, hilang perasaan, tidak peduli lagi." "baluarti\n[sastera lama] benteng, dinding tembok (batu)." "baluh I\n1.\n bingkai gendang;\n2. = baluhan\n rangka tempat duduk di atas gajah;\n \nbagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar sebab ~ kulit ada di batangnya \n(peribahasa) orang yang bersubahat dengan orang jahat akhirnya akan binasa walaupun keturunan orang baik-baik." "baluh II\n[Kelantan] rumah kecil tempat menyimpan padi, kepuk, rengkiang padi." "balui\nbaluian\n [arkaik] tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah, seri;\nbaloi." "baluk I\n~ liat\n [Perlis] pemalas." "baluk II\nsejenis perahu muatan." "balun I\n[bahasa percakapan];\nmembalun\n1.\n membantai, memukul, menyebat:\ndialah yang ~ kepalaku setelah membunuh sahabatku; \nombak ~ pantai;\n2.\n [bahasa kasar] membantai (makan):\ndia ~ nasi ini sampai habis." "balun II\n~ hijau\n sejenis tumbuhan (pokok), gerenggung, kedondong hutan, kerantai, tengkorak lang, \nAglaia griffithii\n." "balung I\n1.\n daging tumbuh yang merah di atas kepala ayam (terutama ayam jantan) dan lain-lain;\n2.\n hantu yang berupa ular besar dan melancar di air, hantu bidai." "balung II\n~ ayam \nsejenis tumbuhan (pokok), janda baik, melumak, pinang baik, \nPentace triptera;\n~ hijau \nsejenis tumbuhan (pokok), \nEpiprinus malayanus; \nbunga ~ ayam\n sejenis tumbuhan (pokok) yang berbunga." "balur I\nsejenis batu seperti kaca, hablur;\nmembalur\n menjadi hablur, menghablur." "balur II\n1.\n kulit yang tebal (pada tengkuk lembu dan lain-lain);\n2.\n dendeng (daging yang dikeringkan)." "balur III\n= balar." "balur IV\n[Kedah] jalur bekas kena pukul." "balur V\n~ liat\n pemalas, orang yang sangat malas." "balus-balus\nsejenis ikan laut, puntung damar,\na) \nSillago maculata; \nb) \nSillago sihama." "balut I\nbarut, pembungkus, pembebat (luka dan lain-lain);\n \n~ ketupat \ndaun nyiur pembungkus ketupat;\nmembalut\n membarut, membebat, membungkus:\n~ luka;\nmembaluti\n membungkus:\ntubuhnya merupakan segumpal daging dibaluti sehelai kain;\nmembaluntukan\n menggunakan sesuatu untuk membalut, membungkuskan, membaruntukan:\nia mengoyak kain selendangnya lalu dibaluntukan pada betisnya yang luka;\nbalutan\n bungkusan, bebatan:\nia meraba-raba ~ kain putih yang membendung keliling perutnya;\npembalutan\n perbuatan membalut;\npembalut\n sesuatu yang dipakai untuk membalut:\nkain ~ luka." "balut II\nbengkak (pelupuk mata), bakup, bagup:\nmata tuan puteri itu ~ bekas menangis." "balut-balut\n[Perak] sejenis bubu untuk menangkap ikan." "BAM\n[kependekan] \nBadminton Association of Malaysia\n (Persatuan Badminton Malaysia)." "bam I\n1.\n kayu lintang untuk meneguhkan tiang kapal;\n2.\n kayu lintang pada hujung pengayuh;\n \npatah kemudi dengan ~nya\n (peribahasa) tidak ada harapan lagi." "bam II\nbunyi rendah (bunyi gendang dan lain-lain)." "bam III\n(bahasa kanak-kanak) berbaring." "bambang I\nlebar dan bulat, luas terbentang;\nterbambang\n, \nbersebambangan\n terbentang luas, terpampang:\nbulan ~;\nbambangan\n pintu masuk (kuala dan lain-lain):\nada sebuah kapal berlabuh di ~ kuala." "bambang II\nikan ~(an)\n sejenis ikan laut, merah pucat, \nLutjanus sanguineus." "bambu\nbuluh, aur;\n~ suda\n buluh atau bilah buluh yang diruncingkan sebagai ranjau:\n serangan dibuat terhadap kampung-kampung yang hanya berbentengkan ~ suda; \nsenapang ~ \nki orang yang besar cakap tetapi tidak berbahaya\n." "bambun\n[Kedah] sejenis binatang mamalia dalam genus \nHerpestes\n, cerpelai;\n \n~ besar = ~ kelabu,\n \nHerpestes edwardsii;\n~ ekor pendek, Herpestes brachyurus;\n~ jawa, Herpestes javanicus;\n~ kecil, Herpestes auropunctatus\n ." "bambungan\n[Jawa] [arkaik];\norang ~\n orang yang berkeliaran." "bamiyah\nsejenis masakan yang dimakan dengan roti." "bampar\nbar (daripada logam, getah, dan lain-lain) biasanya di bahagian depan atau belakang sesebuah kenderaan, untuk menyerap kejutan atau meminimumkan kerosakan dalam perlanggaran." "ban I\n[Indonesia-Belanda] = \n~ luar\n tayar;\n~ angin \n= \n~ balon\n = \n~ hidup\n = \n~ pompa\n tayar yang diisi udara;\n \n~ buta\n = \n~ mati\n = \n~ pejal\n tayar yang tidak berangin;\n \n~ dalam\n tiub." "ban II\n[Indonesia-Belanda] pita." "ban III\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n jalan (kereta api dan lain-lain);\n2.\n landasan terbang (di lapangan terbang);\n3.\n padang bola sepak." "ban IV\nroti kecil yang manis dan bulat yang mungkin mengandungi bahan tambahan seperti kismis, rempah, dan lain-lain." "ban V\n= batas." "ban VI\n[Kelantan];\n~ dengar\n mendengar dengan cermat." "banal\nkasar (tidak elok), biasa, (perkara) sehari-hari." "banang\n[arkaik] besar (dalam nama benda):\nduku ~; \njolong-jolong ~ \n= \npuput ~\n sejenis ikan laut;\n siput ~." "banar I\n~ babi\n sejenis tumbuhan (pokok), \nSmilax helferi\n." "banar II\nsinar-~\n bersinar-sinar, terang-benderang." "banat I\n[Kedah]\n1.\n hulu, pedalaman, udik:\nkau orang ~; \n2.\n hutan yang tidak dimasuki orang;\n \nrimba ~\n = \nhutan ~\n belantara." "banat II\n[arkaik];\nmembanat\n memukuli, memalu." "banat III\n= ain-al-banat." "bancah\n[Minangkabau] bencah." "bancang\nmembancang\n sl\n1.\n merintangi (dengan tali dan lain-lain);\n2.\n menghalang." "bancau\nmembancau\n mengacau (pasir, simen, air, dan lain-lain)." "bancet\n[Jakarta] sejenis katak kecil." "banci I\nperhitungan (bilangan penduduk, lalu lintas, dan lain-lain):\nmenurut ~ tahun 1982, penduduk negeri itu berjumlah dua juta orang;\nmembanci\n1.\n menghitung, mengira (penduduk, lalu lintas, dan lain-lain):\nPejabat Tanah sedang ~ orang yang mendirikan rumah di kawasan itu; \n2.\n [Perak] membahagi sama banyak;\nbancian\n hasil daripada membanci;\npembancian\n kerja-kerja membanci:\n~ penduduk telah dijalankan di negara ini;\npembanci\n orang yang ditugasi untuk membanci." "banci II\n1.\n bersifat lelaki dan perempuan, tidak lelaki dan tidak perempuan;\n2.\n lelaki yang berkelakuan seperti perempuan (atau sebaliknya);\n3.\n [arkaik] lemah syahwat;\n4.\n [arkaik] bomoh yang berpakaian cara perempuan (di Sulawesi)." "banci III\nsejenis perkakas pertukangan kayu." "bancuh\nberbancuh\n sudah atau telah dibancuh;\nmembancuh\n1.\n mencampurkan atau menggaulkan bahan-bahan menjadi satu atau sebati, mengadun (adunan kuih dan lain-lain), mengaduk:\nibu sedang ~ adunan kuih; \n2.\n mengocok (daun terup, kad, dan lain-lain);\nbancuhan\n sesuatu yang dibancuh;\npembancuhan\n perbuatan membancuh;\npembancuh\n1.\n orang yang membancuh;\n2.\n alat untuk membancuh." "bancut I\nterbancut\n tersembul, terpersil (mata)." "bancut II\n[Jakarta] bantut." "banda\nurusan, pasal:\napa ~ kau di rombongan ini?" "bandai\nsejenis gong kecil kaum Iban." "bandan I\n[arkaik] sejenis tarian." "bandan II\nikan ~\n sejenis ikan laut, \nSparus hasta." "bandan III\n[Jakarta] sejenis burung." "bandang I\n1.\n sejenis ikan laut, menangin, \nChanos chanos; \n2.\n sejenis ikan darat, ikan bulan, \nMegalops cyprinoides\n." "bandang II\npenyakit ~\n sampar haiwan." "bandar I\ntempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kota;\n~ kembar \nbandar yang menjalin hubungan istimewa dengan bandar lain, yang biasanya terletak di negara yang berbeza;\n \n~ pelabuhan\n bandar yang merupakan pelabuhan;\n \n~ satelit\n bandar atau bandar raya yang bergantung pada industri tempatan tetapi mempunyai perkaitan ekonomi dengan bandar berdekatan yang lebih besar;\n \n~ taman \nbandar yang pembangunannya dirancang secara sistematik, dihiasi dengan taman rekreasi awam dan pokok yang subur serta dilengkapi dengan kemudahan jalan raya yang lebar;\n \n~ tinggal \nbandar yang dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi;\n \ndatuk ~ \norang yang mengetuai majlis sesebuah bandar raya;\n \nluar ~\n kawasan yang terletak jauh dari kawasan bandar, kampung, desa;\n \npinggir ~\n kawasan di sekeliling kawasan bandar;\n \npusat ~\n kawasan di dalam bandar tempat tertumpunya pejabat-pejabat (bangunan-bangunan kerajaan, gedung membeli-belah, dan sebagainya);\n \n~ terbuka dagangan murah, badan sudah tua \n(peribahasa) keinginan (pekerjaan) datang waktu kita tidak berwang (lemah);\nbandaran\n segala sesuatu berkenaan bandar:\nmajlis ~\n;\nkebandaran\n1.\n segala yang berkaitan dengan fungsi, keistimewaan yang ada dalam sesebuah bandar:\nkeempat-empat negeri ini lebih ~ berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia;\n2\n. bersifat seperti orang bandar (moden, canggih, dan lain-lain):\n gaya hidup golongan elit lebih ~;\nmembandarkan\n menjadikan sesuatu (kawasan luar bandar) bersifat bandar;\nperbandaran\n1.\n yang berkaitan dengan bandar (pada pelbagai aspek seperti pentadbiran dan lain-lain):\nkawasan ~ Kuala Lumpur; \n2.\n [arkaik] pabean, pejabat pelabuhan;\npembandaran\n usaha dan sebagainya menjadikan sesuatu kawasan atau daerah dan penduduknya berubah kepada corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran (seperti perindustrian, pembangunan, dan lain-lain), urbanisasi:\nmereka seolah-olah dapat melihat alam semula jadi yang sebenarnya telah luput akibat proses ~." "bandar II\n= \n~ air\n = \nbandaran\n parit, tali air:\n~ sawah itu sudah ditutup;\n~ sampah \nparit tempat membuang sampah;\n \nupah lalu ~ tak masuk\n (peribahasa) tidak sedikit pun mendatangkan hasil;\nmembandarkan\n mengalirkan (air ke);\n \n~ air ke bukit \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia." "bandar III\n[Indonesia]\n1.\n orang yang dilawan oleh pemain-pemain lain dalam permainan judi (rolet dan lain-lain);\n2.\n ki\na) orang yang mengendalikan sesuatu gerakan secara sulit;\n b) orang yang memberi modal dalam pekerjaan-pekerjaan yang tidak baik." "bandar raya\nbandar yang besar lagi penting (seperti London, Tokyo, Singapura, Kuala Lumpur, dan lain-lain) yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih, kota raya." "bandea\n(Portugis) [arkaik] talam." "bandel\n[Jakarta];\nmembandel\n tidak mahu menurut, tidak mendengar (kata orang), keras kepala." "bandela\nhimpunan jerami, kertas, dan sebagainya yang dibungkus atau diikat untuk disimpan atau diangkut:\nlaksamana pun menjunjung anugerah berpuluh-puluh ~ kain dagangan;\n pembandela\n alat untuk membuat bandela;\n \n~ asak\n alat membuat bandela yang menekan." "banderik\n[Jakarta] sejenis minuman yang dibuat daripada air yang dimasak dengan halia dan lain-lain;\n sejenis serbat." "bandering\n[Jakarta] batu yang diikat pada tali untuk menghumban batu itu;\nmembandering\n melempar batu yang diikat pada tali, melemparkan bandering." "banderul\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pita cukai (pada rokok, cerutu, dan lain-lain);\n \nharga ~\n harga yang tercatat pada pita cukai, harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan." "banding\n1.\n imbang, tara;\n \ntiada ~nya \ntidak ada yang menyamainya, tiada taranya;\n2.\n [Indonesia] rayuan (ulang bicara);\n \nnaik ~\n meminta ulang bicara;\nsebanding\n seimbang, setara, setanding, setaraf:\nkemajuan kaum wanita haruslah ~ dengan kemajuan kaum lelaki;\nberbanding\n1.\n dibandingkan:\npenduduk daerah ini bertambah ~ dengan tahun lalu; \n2.\n = \nberbandingan;\nberbandingan\n1.\n ada bandingnya, (taranya):\nkebaikannya tiada ~; \n2.\n seimbang, sebanding, sepadan:\nkekuatannya ~ dengan besar badannya;\nmembanding\n1.\n [bahasa percakapan] membandingkan;\n2.\n [Minangkabau] merayu (ulang bicara);\n3.\n [Minangkabau] memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;\nmembandingi\n mengimbangi, menyamai:\nkita membeli senjata-senjata itu untuk ~ kekuatan musuh;\nmembandingkan, memperbandingkan\n melihat (menunjukkan dan sebagainya) persamaan dan perbezaan antara dua benda:\ndia ~ sastera Melayu dengan sastera Eropah;\nperbandingan, bandingan\n1.\n imbangan, perimbangan, persamaan;\n2.\n ibarat:\nmereka ialah cermin ~ hidup; \nkata-kata ~;\n3.\n = \nbanding\n [Indonesia] rayuan (ulang bicara), pertimbangan;\npembandingan\n perbuatan membandingi atau membanding(kan);\npembanding\n1.\n orang yang membandingkan;\n2.\n alat untuk membandingkan." "bandit\nperompak, terutamanya anggota geng bersenjata;\nmembandit\n menjadi bandit." "bandos\n[Jakarta] sejenis kuih yang dibuat daripada ubi kayu;\nbebandos\n." "bandot\n[Jakarta]\n1.\n kambing jantan;\n2.\n [bahasa percakapan] laki-laki (orang tua) yang gila perempuan." "bandu\n[sastera lama]\n1.\n kawan, sahabat;\n2.\n sanak saudara." "banduan\norang yang ditahan dalam penjara (kerana melakukan jenayah atau sehingga dibicarakan di mahkamah)." "banduk\n[Kedah] pemalu." "bandul\nbuah jam;\nberbandul\n1.\n mempunyai (ada) bandul;\n2.\n berayun;\nmembandul\n1.\n mengayun;\n2.\n mengekal (serangan dan lain-lain);\nbandulan\n1.\n ayunan;\n2.\n benda berat yang digantung untuk memberatkan sesuatu." "bandung\ndua benda yang dirangkaikan, pasang;\n \ndapur ~ \ndapur kembar (hanya diperbolehkan oleh Yamtuan di Seri Menanti);\nsebandung\n sepasang, dua serangkai;\n \nayam ~\n dua anak ayam yang keluar dari satu biji telur;\n \nrumah ~\n dua buah rumah yang dijadikan (bercantum menjadi) satu;\n \ntelur dua ~, pecah satu pecah kedua \n(peribahasa) orang yang satu hati, sehidup semati." "bandusa\n[sastera lama] usungan mayat." "bandut\n= pembandut\n tali pengikat benda yang hendak disambung (kerana patah dan lain-lain);\nmembandut\n mengikat barang yang hendak disambung (kerana patah dan lain-lain)." "bang I\nseruan atau panggilan untuk bersembahyang, azan;\nmengebangkan\n menyerukan azan (pada telinga anak yang baru lahir), mengazankan." "bang II\nsingkatan bagi abang." "bang III\nbunyi benda yang jatuh (meletup dan lain-lain)." "bang IV\n[Kedah] memasang telinga, mendengar (percakapan yang tidak perlu didengar)." "bangai\nterbangai\n terbengkalai, tertinggal (pekerjaan, benda, perempuan, dan lain-lain)." "bangan\nsejenis ikan laut, delah, \nCaesio erythrogaster." "bangang I\nbodoh, dungu:\n~nya orang ini\n." "bangang II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nLitsea polyantha." "bangar I\nbusuk (bau longkang dan lain-lain);\n \nbusuk ~\n sangat busuk." "bangar II\nhingar-~ \nhingar bingar;\nhingar." "bangas\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMemecylon garcinioides;\n~ merah\n sejenis tumbuhan (pokok),\na) \nOsmelia maingayi; \nb) \nMemecylon garcinioides; \nc) \nMemecylon minutiflorum;\n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok), medang kawan, merbatu, \nAngelesia splendens." "bangat I\ncepat, lekas, segera:\ndia menyudahkan kerjanya dengan ~ supaya dapatlah dia pergi menonton\n;\n \nlambat ~ \nlambat-laun, lama-kelamaan;\nsebangatnya\n selekasnya, secepatnya:\npada bicara ayahanda ~ pun setahun maka boleh kembali;\nmembangatkan\n mencepatkan, menyegerakan, melekaskan:\n~ kerja." "bangat II\n[Jakarta] amat sangat, terlalu:\nlambat ~ dia datang mendapatkan engkau;\nkebangatan\n keterlaluan;\n= banget." "bangau\nsejenis burung yang berkaki dan berleher panjang dalam genus \nEgretta \ndan genus yang berkaitan;\n \n~ batu , Egretta sacra\n;\n \n~ besar, Egretta alba\n;\n \n~ cina, Egretta eulophotes\n;\n \n~ kecil, Egretta garzetta\n;\n \n~ kendi, Egretta intermedia\n;\n \n~ kerbau, Bulbulcus ibis;\n~, ~, minta aku leher, badak, badak, minta aku daging\n (peribahasa) iri hati melihat kekayaan (kelebihan) orang;\n \nberapa tinggi terbang ~,\n \nakhirnya hinggap di belakang kerbau juga\n = \nsetinggi-tinggi terbang ~, hinggap ke bubungan juga \n(peribahasa) walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga, walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga." "bangbang\n[Jawa] [sastera lama] merah:\nberpayung ~ mas." "bangbung I\nbunyi tambur dan sebagainya." "bangbung II\nsejenis kumbang yang makan umbut nyiur." "banget\n[Jawa] sangat, amat sangat;\nbangat II." "bangga I\n1.\n megah;\n2.\n besar hati:\nsaya berasa ~ kerana mendapat kawan yang begitu setia;\nberbangga\n1.\n berasa megah;\n2.\n berasa besar hati:\nanak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita;\nmembangga\n [arkaik] berbangga;\nmembanggakan\n1.\n memegahkan:\napakah yang hendak dibanggakan dengan gelaran warisan yang diterimanya itu? \n2.\n menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati:\nkeputusan yang dicapai sungguh ~ kita semua;\nkebanggaan\n1.\n kemegahan:\npahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air; \n2.\n rasa besar hati." "bangga II\n[Jawa] [arkaik] membangkang, menentang." "banggi I\n[Jawa] derhaka." "banggi II\n= banji." "bangir\n[Jawa] mancung (hidung)." "bangka\nkeras dan kaku, bangkar;\n \ntua ~ \nsangat tua." "bangkah I\n[arkaik] bangka, bangkar." "bangkah II\n1.\n tanda (belang) pada dahi;\n2.\n [kiasan] penjahat yang terkenal." "bangkai\n1.\n binatang yang sudah mati:\n~ kucing;\n2.\n [bahasa kasar] mayat manusia:\n~ Hang Jebat;\n~ bernyawa \nki\na) orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya, mayat hidup;\n b) seseorang yang tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga:\nakhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dalam keluarga mereka; \n3.\n [kiasan] sesuatu yang telah tua dan rosak:\n~ kereta;\n~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru\n (peribahasa) kejahatan yang besar itu tidak dapat disembunyikan;\n \nada ~ adalah hering \n(peribahasa) di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yang jahat pula;\n \nmenjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit\n (peribahasa) mengaibkan diri sendiri;\npebangkai\n (Biologi) binatang yang memakan bangkai binatang lain atau bahan organik yang reput (mis burung reng, dubuk, dan lain-lain)." "bangkal\nsejenis tumbuhan (pokok), mertas (kuning), pompom paya, \nCtenolophon parvifolius." "bangkang I\nmembangkang\n membantah, menyanggah, menentang:\npekerja-pekerja ~ majikan mereka;\nbangkangan\n perkara yang dibangkang:\nparti itu telah mengemukakan ~ keras terhadap rancangan kerajaan;\npembangkang\n1.\n orang yang membantah (melawan, menentang):\nparti-parti ~ mencela tindakan kerajaan; \n2.\n [arkaik] orang yang merintangi kemajuan." "bangkang II\njarak antara dua tanduk, cakah, cakang;\n \nkala ~ \nsejenis kala yang letak sepitnya berjauhan;\n \nketam ~ \nsejenis ketam yang letak kedua-dua sepitnya berjauhan;\n \ntanduk ~ \ntanduk yang tumbuhnya lurus ke kiri dan ke kanan." "bangkang III\nterbangkang\n [arkaik] terbengkalai, terbangai." "bangkar\nkeras dan kaku:\nbibirnya menjadi ~ kerana terlanjur melepaskan nama ayah; \ntikar ~\n tikar yang kasar anyamannya." "bangkas\nperang kekuning-kuningan atau putih berbintik-bintik merah atau hitam (ayam dan lain-lain)." "bangkau\n[sastera lama] lebih daripada biasa banyaknya." "bangkih I\n[Minangkabau] belang putih pada dahi kuda." "bangkih II\nsejenis tumbuhan (pokok), kelat merah, sedung, \nEugenia claviflora." "bangking I\nsejenis peti yang bentuknya seperti buah delima dibuat daripada tembaga atau kayu." "bangking II\nbongkang-~;\nbongkang." "bangkir I\n= bongkar-bangkir." "bangkir II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n orang yang mengusahakan bank;\n2.\n [bahasa percakapan] orang yang memberikan sokongan dalam hal kewangan." "bangkit\n1.\n jaga daripada tidur;\n2.\n berdiri daripada duduk atau tidur:\nia ~ daripada duduk;\n3.\n hidup kembali:\n~ dari kubur; \n4.\n naik (ke udara):\ndebu ~ ke udara;\n5.\n terbit, datang (keadaan, perasaan dan lain-lain);\n \n~ gilanya\n datang gilanya;\n \n~ marahnya\n terbit marahnya;\n \n~ hatinya \ntimbul keberaniannya;\n6.\n kembang, muai (adunan):\nkek yang saya buat tidak ~; \n7.\n sedar dan bergerak untuk mencapai kemajuan, sedar dan maju;\nberbangkit\n1.\n timbul atau terbit (berkenaan (dengan) perasaan, perkara dan sebagainya);\n \nperkara ~ \nperkara (hal atau soal) yang ditimbulkan dalam mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yang lalu;\n2.\n berbalik (berkenaan (dengan) penyakit);\nmembangkit\n1.\n menggerakkan supaya bangkit, mengangkat:\n~ lukah yang ditahan;\n2.\n menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dan lain-lain):\n~ marah; \n3. = membangkit-bangkit\n membongkar perkara yang lama, mengungkit:\nmereka bertengkar ~ hal-hal yang sudah lampau;\n4.\n [Minangkabau] memungut (menggali) hasil kebun dan lain-lain;\nmembangkitkan\n1.\n membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati):\ndi padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah daripada mati; \n2.\n mengangkat ke atas:\n~ pedang ke udara; \n3.\n menimbulkan:\n~ semangat orang-orang muda;\n~ selera;\nbangkitan\n1. = bangkit-bangkitan\n soal lama yang dibongkar-bongkar;\n2.\n [Minangkabau] hasil tanaman;\n3.\n ucapan-ucapan bomoh untuk membangkit orang halus (dalam permainan puteri);\nkebangkitan\n1.\n kebangunan, kesedaran serta kegiatan yang membawa kemajuan:\n~ bangsa Asia;\n~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yang mampu melahirkan tamadun besar; \n2.\n pemberontakan:\nmereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sebagai satu ~ dari dalam negeri;\npembangkitan\n perihal (perbuatan, kegiatan, dan sebagainya) membangkitkan sesuatu atau seseorang;\npembangkit\n1.\n orang yang membangkitkan (perkara lama dan lain-lain);\n2.\n alat yang membangkitkan;\n \n~ tenaga elektrik\n [Indonesia] alat yang membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa." "bangkot\n[Jakarta] sudah besar (tua)." "bangku\n1.\n tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar, dibuat daripada kayu, batu, dan sebagainya untuk dua orang atau lebih;\n2.\n tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar atau tempat letak tangan, disokong oleh tiga atau empat kaki, biasanya untuk seorang;\n3.\n meja yang berkaki tempat bertukang (menggergaji dan lain-lain);\n~ lipat \nbangku yang dapat dilipat;\n \n~ kaki \nbangku kecil dan rendah tempat meletakkan kaki semasa duduk di atas kerusi." "bangkuh\nsejenis tumbuhan (pokok), jambu arang, \nEugenia claviflora." "bangkung\nsejenis tumbuhan (pokok), cempedak, \nArtocarpus champeden." "bangkut\ntidak menjadi besar, kerdil (orang, pokok, dan lain-lain);\n \ntanduk ~ \ntanduk yang tidak menjadi besar." "banglas\n[arkaik] tidak terganggu (pandangan), luas." "banglo\n= \nrumah ~ \nrumah sebuah (tidak berangkai dan sebagainya) yang besar dan mempunyai kawasan yang tersendiri." "bangor\n[Jakarta] nakal." "bangpak\n[Cina] buruk, jahat." "bangsa I\n1.\n jenis manusia daripada satu asal keturunan:\n~ Melayu; \nilmu ~ \npengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dan lain-lain) sesuatu bangsa;\n2.\n kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan:\n~ Malaysia; \n3.\n macam, jenis:\nsetelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh ~; \n4.\n jantina, jenis kelamin;\n5.\n darjat tinggi, keturunan mulia:\nbahasa menunjukkan ~ ; \nrosak ~ kerana laku;\nsebangsa\n1.\n serupa bangsa, satu bangsa:\n~ dan setanah air; \n2.\n semacam, sejenis:\nayam ialah ~ unggas;\nberbangsa\n1.\n termasuk dalam bangsa:\njurutaip itu ~ Cina; \n2.\n daripada keturunan orang baik-baik (bangsawan dan lain-lain):\norang berasal lagi ~; \n3.\n [Minangkabau] berkerabat:\nsaya ~ dengan isterinya;\nmembangsakan\n [arkaik] menganggap sebagai bangsa (kerabat dan lain-lain);\nkebangsaan\n1.\n yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional:\nsemangat ~; \n2.\n dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian, dan sebagainya:\npakaian ~; \nbunga ~; \nbahasa ~; \n3.\n yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara:\nlagu ~;\nberkebangsaan\n mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan:\ndari mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yang tulen." "Bangsa II\n~-~ Bersatu \npertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara-negara merdeka yang bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa." "bangsai\n1.\n rapuh dan buruk (kayu, rumah tua, dan lain-lain), lapuk;\n2.\n [kiasan] kurus kering (badan dan lain-lain), tidak berisi (padi);\n \nnibung ~ bertaruk muda \n(peribahasa) orang tua yang kemuda-mudaan." "bangsal\n1.\n rumah panjang (untuk gudang dan lain-lain);\n2.\n tempat panjang yang beratap (di pasar);\n3.\n berek;\n4.\n [Jawa] balai (di istana)." "bangsat I\n1.\n orang jahat (pencuri dan lain-lain):\napa guna mempedulikan si ~; \n2.\n [Minangkabau] (orang) miskin." "bangsat II\n[Kedah] mengembara, merantau:\nanak-anak ini hendak pergi ~ ke serata tempat." "bangsat III\n[Jawa] kutu busuk, kepinding." "bangsawan\n1.\n (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia:\nseorang ~ yang bernama Datok Alam Tujuh; \n2.\n = \nkomedi ~ \n= \nwayang ~ \nsandiwara yang disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu):\npanggung ~; \nanak ~ \na) anak orang bangsawan;\n b) pelakon komedi bangsawan;\nmembangsawankan\n mengubah sesuatu cerita dalam sesuatu bentuk (seperti bertulis, lisan, dan sebagainya) ke dalam bentuk bangsawan:\n~ Hikayat Si Miskin;\nkebangsawanan\n1.\n kedudukan yang bersifat bangsawan:\n sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan;\n~ turunan; \n2.\n [kiasan] sifat kemuliaan:\n~ fikiran." "bangsi\n1.\n serunai (daripada buluh), suling;\n2.\n sejenis serunai daripada batang padi;\n3.\n harmonika, genggong." "bangta\n(Acheh) [Perak] gelaran anak raja." "bangun I\n1.\n bangkit (daripada duduk, tidur, dan lain-lain):\nsekali jatuh, sekali ia ~; \njatuh ~ \nki kegagalan dan kejayaan seseorang (sesebuah negeri dan sebagainya);\n2.\n jaga (daripada tidur), bangkit:\npagi-pagi aku ~; \n3.\n jaga (tidak tidur):\nketika awak pulang saya masih ~;\n4.\n siuman (daripada pengsan):\nsetelah pengsan, ia tidak ~ lagi; \n5.\n sedar, insaf (akan kedudukannya):\npada masa ini, bangsa Afrika sudah mulai ~;\n6.\n bangkit, muai (adunan):\ntepung ini tidak mahu ~; \n7.\n menjadi cair(minyak yang beku):\npanaskan minyak ini supaya ~;\nmembangun\n1.\n bangun berdiri, bangkit, naik (awan dan lain-lain):\npelangi ~\n;\n2.\n berkembang dan meningkat maju:\nnegara-negara yang sedang ~;\nmembanguni\n1.\n [sastera lama] bangun daripada tidur untuk melakukan sesuatu tindakan;\n2.\n [Jakarta] membangunkan (dari tidur);\nmembangunkan\n1.\n menyuruh seseorang yang sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejuntukan:\nsetiap hari ibunya ~nya pada pukul enam pagi; \n2.\n menyebabkan seseorang yang sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dan sebagainya), membangkitkan, mengejuntukan:\ndentuman yang kuat itu ~nya daripada tidur;\n3.\n membina, mendirikan, membuat:\nbendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; \nbandar itu dibangunkan di atas kawasan yang mengandungi bijih; \nmengutip derma untuk ~ madrasah;\n 4.\n membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan:\n~ negara;\n~ bangsa; \n5.\n membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan:\n~ minat;\n~ hasrat untuk berdikari;\nterbangun\n terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dan lain-lain):\ndia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya;\nbangunan\n sesuatu yang dibangunkan (seperti gedung, rumah, kedai, dan lain-lain):\n~ lama;\nkebangunan\n kebangkitan, keinsafan, kesedaran:\n~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;\npembangunan\n1.\n perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dan sebagainya);\n2.\n usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan):\n~ luar bandar;\n~ sistem;\n pembangun\n orang yang membangunkan, pembina." "bangun II\n1.\n bentuk, tokoh:\n~ badannya sesuai dengan suaranya yang besar itu; \n2.\n = \nbangun-bangun\n rupa, perawakan, sikap:\n~nya baik;\n3.\n susunan, susuk (sesuatu benda dan lain-lain):\nmempelajari ~ permukaan bumi." "bangun III\n[sastera lama] denda, ganti rugi (kerana membunuh atau merugikan orang);\nmembangun\n membayar denda atau ganti rugi, mengganti kerugian:\nmembunuh tidak ~." "bangun IV\nbangun-bangun\n pelangi." "bangus\n[Jakarta] muncung babi." "bani I\n[Arab] anak (cucu), keturunan:\n~ Adam;\n~ Israel;\n= banu." "bani II\nakar ~\n sejenis tumbuhan (sakat), akar kul, akar banuk, \nDissochaeta rafflesiana." "banian\n[sastera lama] peti (kecil) tempat menyimpan barang-barang berharga:\nHang Isa pantas memohonkan emas barang tiga kati dan kain barang tiga ~; \n=benian I" "baning\nsejenis kura-kura, \nGeochelone emys;\nmembaning\n memukul gong yang dibuat daripada kulit kura-kura." "banir\nakar yang keluar ke atas tanah seperti papan (pada pangkal pokok beringin dan lain-lain);\n \ntinggi ~ tempat berlindung\n (peribahasa) tiap-tiap hal yang istimewa itu ada faedahnya asal tahu menggunakannya;\nberbanir\n mempunyai banir." "banit\n~ kijang \nsejenis tumbuhan (pokok), kayu belinci, kayu tapis, \nXylopia malayana." "banjang\n[arkaik] sejenis pagar di laut untuk menangkap ikan." "banjar I\nbaris, deret, jajar;\nsebanjar\n1.\n sebaris, sederet:\n~ pokok nyiur; \n2.\n [sastera lama] sebaya, seumur;\nberbanjar\n berbaris\n,\n berderet:\nkami berdiri ~ di hadapan guru besar\n;\n berbanjar-banjar, berbanjaran\n berbaris-baris, berderet-deret;\nmembanjarkan\n menyusun berbanjar-banjar:\n~ kerusi dengan teratur\n;\nbanjaran\n sesuatu yang berderet kedudukannya, barisan, deretan:\n~ gunung; \nB~ Titiwangsa." "Banjar II\nsuku bangsa campuran yang berasimilasi daripada Melayu, Jawa, Ngaju, Maayan dan Bukit, yang berasal dari Kalimantan Selatan, Indonesia." "banji\n[Cina] sejenis kisi-kisi daripada kayu atau tembikar yang dipasang pada langkin." "banjir\n1.\n keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas, bah, air bah:\nkawasan itu sering dilanda ~;\n \n~ kilat \nbanjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka;\n2.\n banyak sangat:\ndalam musim menuai, ~ padi di kampung ini;\nmembanjir\n seperti banjir, datang dengan banyaknya:\norang ~ datang melihat drama itu;\nmembanjiri\n1.\n menggenangi, mengempohi (sawah dan lain-lain):\ndalam musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; \n2.\n mendatangi seperti banjir, datang banyak-banyak:\npada pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dari Jawa;\nbanjiran\n sesuatu yang muncul (tersebar) banyak-banyak:\n kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kepada tiga sasaran;\nkebanjiran\n1.\n ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir;\n2.\n [kiasan] dipenuhi oleh (manusia, barang, dan lain-lain)." "banjo\nalat muzik bertali yang panjang lehernya, badannya seperti deram dan dipetik dengan jari atau plektrum." "bank\n1.\n institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran:\nmenyimpan wang di sebuah ~ tempatan; \n2.\n bekalan, simpanan atau rizab untuk kegunaan pada masa depan atau apabila diperlukan:\n~ data;\n~ mata;\n~ darah;\n~ asing \nbank yang beroperasi di negara lain selain negara asal tempat bank tersebut diperbadankan;\n \n~ darah \ntempat menyimpan darah untuk kegunaan di hospital dan sebagainya;\n \n~ data \npusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data;\n \nB~ Dunia = B~ Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan \nbank yang menjamin pinjaman atau memberi pinjaman kepada negara anggota (untuk pemulihan dan pembangunan ekonomi);\n \n~ eksport-import \nbank yang memberi atau menjamin pinjaman untuk perdagangan antara negeri sendiri dengan negeri-negeri lain;\n \n~ Islam \nbank yang urus niaga kewangan dan pengagihan dananya berdasarkan syariat Islam;\n \n~ jurubank \nbank yang berperanan sebagai jurubank kepada sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan;\n \n~ kerajaan \nbank yang menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negeri-negeri di Amerika Syarikat;\n \n~ konsortium \nsekumpulan bank yang bergabung untuk memberikan pinjaman jangka sederhana dalam jumlah yang besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa;\n \n~ koperasi \nbank yang dimiliki oleh ahli, yang menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kepada ahli tersebut;\n \n~ luar pesisir \nbank asing yang beroperasi di sesebuah negara dengan menikmati pengecualian cukai daripada negara berkenaan, misalnya bank luar pesisir di Labuan;\n \n~ mata \npusat simpanan kornea dan selaput tetuban untuk tujuan pemindahan kornea mata;\n \n~ negara \n= \n~ pusat \nbank yang mengawasi perjalanan ekonomi negara dengan cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dan lain-lain) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain;\n \n~ pembangunan \nbank yang menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun untuk diberikan pinjaman kepada pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara;\n \n~ perdagangan \nbank yang menyimpan wang orang ramai dan lain-lain serta memberi pinjaman dengan mengenakan bayaran faedah;\n \n~ pertanian \nbank yang ditubuhkan khusus untuk membantu para petani mendapatkan bantuan kewangan untuk memulakan atau menjalankan kegiatan atau perusahaan pertanian;\n \n~ saudagar\n bank yang memberi perkhidmatan (seperti memberi pinjaman dan sebagainya) kepada badan dan perniagaan sahaja;\n \n~ simpanan\n bank yang menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan;\nperbankan\n aktiviti yang berkaitan dengan bank atau urus niaga bank:\nsistem ~ Islam." "bankrap\n(berada dalam keadaan) tidak berupaya hendak menyelesaikan hutang, muflis:\nsyarikat itu ~ akibat kerugian besar yang dialaminya\n;\nmembankrapkan\n menyebabkan (menjadikan) bankrap, menyebabkan menjadi bankrap (atau muflis);\nkebankrapan\n keadaan atau kejadian bankrap, kemuflisan:\nkesannya terhadap sektor pengilangan berasaskan eksport sangat teruk, menyebabkan ~ dan pengangguran." "bankuet\njamuan besar penuh istiadat untuk ramai orang, biasanya untuk menghormati seseorang." "banta\n(Acheh) [Perak];\nanak ~ \nanak Sultan Perak yang ditempatkan pada sesuatu keluarga untuk diasuh." "bantah\nperkelahian, pertengkaran;\n \n~-bentah \n= \n~-bentuh \nbermacam-macam pertengkaran;\nberbantah\n berkelahi, bertengkar (mulut);\nberbantah-bantah\n berselisihan:\njika kamu ~ dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kepada al-Quran dan Sunah;\nmembantah\n menentang, melawan (pendapat):\ndia tidak ~, hanya air matanya yang menitik;\nmembantahi\n tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah:\nkerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yang tertentu;\nmembantahkan, memperbantahkan\n berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan:\napa yang kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;\n terbantahkan\n dapat dibantah:\nprinsip yang tidak ~;" "bantahan\n1.\n sanggahan, sangkalan:\nkalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; \n2.\n suka membantah:\n~ sekali anak ini;\nperbantahan\n pertengkaran, perdebatan:\npada suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;\npembantahan\n perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;\npembantah\n1.\n orang yang membantah;\n2.\n suka membantah." "bantai\nmembantai\n \n1.\n menyembelih, memotong:\n~ kerbau; \n2.\n memukul, menghentam:\ndibantainya orang itu dengan laras senapang;\n3.\n [bahasa percakapan] makan, menggasak (makanan):\napa yang ditunggu lagi, mari kita bantai apa yang sudah dimasak;\nbantaian\n1.\n landasan tempat menyembelih (binatang);\n2.\n binatang yang disembelih:\nkerbau ~;\n3.\n pukulan, hentaman;\npembantaian\n1.\n perihal menyembelih;\n2.\n tempat menyembelih (binatang);\npembantai\n orang yang menyembelih, tukang sembelih." "bantal\n1.\n galang kepala atau alas tempat duduk yang dibuat daripada kain dijahit seperti karung dan diisi dengan kekabu, sabut, span, dan sebagainya;\n2.\n galang, alas (pada perkapalan);\n~ budak \nsejenis penyakit pada perempuan yang baru melahirkan anak;\n \n~ galang \na) = \n~ kepala \nbantal tempat meletakkan kepala apabila tidur);\n b) = \n~ golek\n = \n~ peluk\n bantal bulat yang panjang;\n \n~ sandar\n bantal yang dipakai untuk bersandar;\n \n~ seraga \nbantal bulat yang bersulam;\n \n~ suari \nbantal empat persegi berkerawang (sebagai penghias);\nlepas ~ berganti tikar \n(peribahasa) laki-laki yang berkahwin dengan saudara atau keluarga isterinya yang meninggal;\n \nmata tidur ~ berjaga \n(peribahasa) perempuan yang berbuat jahat ketika suaminya lengah;\n \norang mengantuk disorongkan ~ \n(peribahasa) mendapat sesuatu yang diperlukan dengan tidak disangka-sangka;\nbantal-bantal\n1.\n benda yang menyerupai bantal;\n2.\n bantal kecil tempat jarum (peniti dan lain-lain);\nberbantal, berbantalkan\n memakai bantal;\n \n~ lengan \na) menggunakan lengan sebagai bantal;\n b) seketiduran, tidur bersama-sama dengan kekasih;\nmembantalkan, memperbantalkan\n menggunakan sesuatu sebagai bantal;\nbantalan\n benda yang menyerupai bantal (balak penghalang landasan kereta api), bantal-bantal, palang, sengkang;\npembantal\n benda yang dipakai sebagai penahan (lapik dan lain-lain misalnya pada orang yang burut):\n~ itu akan membesarkan burut." "bantam\npetinju kelas ~\n petinju yang beratnya antara 51 kg hingga 53.5 kg sekiranya profesional, atau antara 51 kg hingga 54 kg sekiranya amatur." "bantang\nbunting." "bantar\nmembantar\n mencegah penyakit dan lain-lain." "bantat I\npantat." "bantat II\n(berkenaan (dengan) kek dan sebagainya) keras dan padat, tidak gebu dan tidak kembang." "bantau\njaring untuk menangkap burung, pukat tanah." "banteng\nbanting II." "banter\n[Jakarta] cepat, kencang, keras (suara, bunyi, dan lain-lain);\nmembanter\n \n~ biola \nmenegangkan tali biola." "banteras\nmembanteras\n membasmi, menghapuskan, memerangi:\n~ buta huruf;\npembanterasan\n perihal atau perbuatan membanteras, pembasmian;\npembanteras\n orang yang membanteras." "banting I\nmercun ~\n mercun yang berbunyi kalau dihempaskan ke tanah;\nmembanting\n1.\n menghempas:\nombak ~; \n2. = membantingkan\n menghempaskan (sesuatu):\nia balik ke rumah dan ~ diri di tempat tidurnya;\n 3.\n menjadikan bergoyang (bergoncang);\n~ cucian \nmemukulkan cucian;\n \n~ harga\n [Indonesia] menurunkan harga;\n \n~ padi\n memukulkan batang-batang padi pada dinding kepuk supaya padi itu terpisah dari batangnya dan terkumpul di dalam kepuk;\n \n~ setir \n[Indonesia] memutar stering (motokar);\n \n~ tulang \nbekerja keras (mati-matian);\nmembanting-banting\n menggoyang-goyang, menghayun-hayun:\n~ kaki seraya berpantun;\nterbanting\n [kiasan] tercampak ke bawah, terhempas:\n suaranya telah bergema ke hutan-hutan bakau dan ~ di tebing-tebing sungai;\nbantingan\n hempasan, goncangan;\npembantingan\n perihal membanting;\npembanting\n (orang, alat dan sebagainya) yang membanting:\nmesin ~ padi." "banting II\nsejenis lembu hutan, seladang, \nBos banteng." "banting III\nsejenis perahu Acheh yang bertiang dua." "bantu\nguru\n \n~\n [Indonesia] guru penolong;\n \nkata kerja ~ \n[Indonesia] kata kerja (seperti \nsudah, telah, pernah, masih, sedang, belum, akan, \ndan sebagainya) yang digunakan sebagai penolong kata kerja lain;\nberbantu\n mempunyai (mendapat) bantuan:\nia hidup bersendirian dan tiada ~;" "bantun I\nmembantun\n mencabut dengan akar-akarnya:\n~ rambut;\nmembantuni\n mencabuti;\nterbantun\n tercabut." "bantun II\nsebantun\n sejenis tumbuhan (pokok), medang pupoi, meroyan (jali) batu, urat rusa, \nVitex coriacea." "bantut I\nterhalang atau tersekat (pekerjaan, pertumbuhan pokok, dan lain-lain), tidak dapat mencapai kejayaan (kerana terhalang dan sebagainya);\nmembantut,\nmembantuntukan\n menyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dengan menimbulkan halangan atau rintangan:\napa halangan yang telah ~ perniagaan mereka?; \nrasuah akan ~ usaha pembangunan negara;\n terbantut\n terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh (berkembang, mencapai kejayaan atau kemajuan, dan lain-lain), tidak jadi, tidak selesai;\nkebantutan\n perihal atau keadaan bantut;\npembantutan\n perihal atau (perbuatan) membantut(kan) atau menyebabkan terbantut." "bantut II\n[Perlis] ikan bakar (yang dimasukkan rempah-rempah)." "banu\n[Arab] anak, keturunan;\nbani I." "banuan\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nAporosa nigricans." "banuk\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar batu pelir kambing, \nSarcolobus globosus;\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar kul, akar bani, \nDischidia rafflesiana;\n \nakar ~ jantan\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCynanchum ovalifolium." "banyak\n1.\n bukan sedikit, tidak sedikit:\n~ orang yang mempunyai cita-cita tinggi; \n2.\n bilangan, jumlah:\nberapa ~ wang yang kauterima\n?\n3.\n sangat, sungguh:\n~ lagak;\n~ aksi \nmembuat-buat supaya nampak elok;\n \n~ bicara \n= \n~ cakap\n = \n~ mulut \nsuka berleter;\n \n~ cantik\n [kata seru] ungkapan untuk menyatakan kemarahan, atau digunakan sebagai gurauan dan lain-lain;\n \n~ lemak \na) mempunyai atau diselaputi lemak yang banyak (berkenaan (dengan) bahagian tubuh):\nalat itu digerakkan di bahagian yang ~ lemak selama kira-kira 15 minit;\n b) [kiasan] berkelakuan yang keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (berkenaan (dengan) perilaku seseorang):\nSekarang kau dah ~ lemak.\n;\n \n~ sedikitnya\na) jumlahnya, banyaknya;\n b) barang sedikit;\nsebanyak\n sama banyak:\ntidak ada wangku ~ itu; \nsedikit ~ \nsekurang-kurangnya;\nbanyak-banyak\n1.\n dalam jumlah yang banyak:\npagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli sayur ~; \n2.\n sungguh-sungguh, amat sangat:\nterima kasih ~;\nsebanyak-banyaknya\n sebanyak mungkin:\n~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit;\nberbanyak-banyak\n beramai-ramai, bersama-sama dalam bilangan yang banyak:\nmereka menyerbu ~\n;\nmembanyaki\n1.\n memperbanyaki;\n2.\n menyerang (mengerjakan, mendatangi dan sebagainya) beramai-ramai, memperamaikan;\nmemperbanyaki\n menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak:\n~ ahli agar parti menjadi kuat;\nmembanyakkan\n1.\n menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak:\ndia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kepada sekolah-sekolah Melayu; \n2.\n = \nmemperbanyakkan\n mendarabkan, mengalikan, menggandakan:\n~ 25 dengan 4;\n memperbanyak\n menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;\nterbanyak\n paling banyak, terlampau banyak:\nparti itu mempunyai suara yang ~ dalam parlimen;\nbanyakan\n [Jakarta] barangkali, mungkin sekali;\nkebanyakan\n1.\n jumlahnya, banyaknya:\nbukan ~ tetapi nilainya yang penting;\n2.\n sebahagian besar, yang terbanyak:\nkerajaan mendapat sokongan daripada ~ ahli parlimen; \n3.\n biasa:\ndia bukan kuli ~, tetapi seorang yang mempunyai cita-cita tinggi; \norang ~ \norang biasa;\n4.\n biasanya, amnya:\nRaja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yang ~nya kita istilahkan sebagai cerita-cerita pelipur lara;\n5.\n [Jakarta] sangat banyak, terlampau banyak;\nperbanyakan\n pergandaan, perkalian;\n \nmelakukan ~ \nmendarab;\npembanyakan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) membanyakkan:\nsalah satu syor yang terkandung dalam penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan." "banyo\n[Indonesia-Belanda] sejenis alat muzik (rupanya seperti gitar)." "banyol\n[Jakarta]\n1.\n jenaka, lawak;\n2.\n = \nbanyolan\n tukang lawak;\nmembanyol\n berjenaka, berlawak." "banyu\ncairan yang dibuat daripada air nyiur dan bakaran besi tua atau arang tempurung (untuk menghitamkan gigi atau mencelup kain);\n \n~ lebah \n[sastera lama] air madu." "banyun\nbanyu." "bap\nbunyi benda jatuh;\n debap." "bapa\n1.\n ayah;\n \nibu ~ \norang tua;\n2.\n saudara laki-laki ibu atau bapa:\n~ ngah; \n3.\n panggilan kepada orang tua sebagai tanda hormat kepadanya;\n4.\n perintis jalan, pelopor:\nDato\u2019 Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya;\n5.\n [Indonesia] orang yang dipandang sebagai orang tua (seperti guru, ketua kampung, dan sebagainya);\n~ angkat \norang yang tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sebagai bapa sendiri;\n \n~ ayam\na) ayam jantan;\n b) bapa yang tidak mempedulikan anaknya;\n c) lelaki yang memperdagangkan pelacur;\n \n~ balar\n [Terengganu] kerbau jantan yang balar;\n \n~ besar\n datuk;\n \n~ cik \na) adik laki-laki bapa atau emak;\n b) panggilan anak-anak kepada orang laki-laki dewasa;\n \n~ kecil\n = \n~ muda \nbapa cik;\n ~ Suci \nPaus (di Rom);\n ~ saudara \nabang atau adik lelaki kepada ibu atau bapa;\n \n~ tiri \nsuami emak (bukan bapa kandung);\n \n~ tunggal \nlelaki bergelar ayah yang membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dan sebagainya;\nsebapa\n mempunyai bapa yang sama (tetapi berlainan emak), seayah;\nberbapa\n1.\n mempunyai bapa, berayah:\nsejak kecil lagi dia sudah tidak ~;\n2.\n menganggap seseorang sebagai bapa, berayah;\n3.\n menyebut bapa;\nberbapakan\n mempunyai seseorang (yang berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dan sebagainya yang dinyatakan) sebagai bapa, berayahkan:\n~ seorang Inggeris;\n~ seorang polis;\n~ seorang yang pembengis;\nkebapaan\n sifat sebagai bapa, keayahan:\ndia menunjukkan sifat-sifat ~ yang tulen." "bapai\n[sastera lama] bapa." "bapak\n[bahasa percakapan] bapa." "bapanda\n[arkaik] ayahanda." "bapang\n[arkaik] bapa (panggilan)." "bapet\n[Jakarta]\n1.\n buruk, tidak baik;\n2.\n tidak mempunyai wang." "baptis\nupacara merenjis air pada seseorang atau mencelupnya ke dalam air, menerimanya sebagai ahli Gereja Kristian dan (biasanya) memberikan nama kepadanya (di samping nama keluarganya);\nmembaptis, membaptiskan\n menerima seseorang sebagai ahli Gereja Kristian: \ndia tidak pernah ke gereja walaupun masa lahirnya dia telah dibaptiskan;\n pembaptisan\n perihal (perbuatan, upacara) membaptis(kan)." "bapuk\n[bahasa percakapan] laki-laki yang lebih bersifat keperempuanan, pondan." "baqa\n[Arab] tidak berubah (selama-lamanya), kekal:\nmeninggalkan dunia yang fana dan pulang ke alam ~;\n kebaqaan\n perihal (keadaan) baqa:\n jika seseorang telah benar-benar merindui Tuhan, maka kefanaannya akan tenggelam dalam ~ Tuhan." "baqarah\n[Arab] lembu betina:\nsurah al-B~." "bar I\nbatang besi dan lain-lain;\n~ pengagih \n(Fizik) logam yang membahagi-bahagi aliran elektrik;\n \n~ perangkai plumbum \n(Fizik) timah hitam yang merangkaikan anak-anak bateri dalam bateri kepuk." "bar II\nkaunter, ruang, dan lain-lain tempat minuman (terutamanya minuman keras) disajikan." "bara I\n= \n~ api \nserpihan (arang batu, kayu) yang bernyala dalam api yang hampir padam;\n \nbatu ~\n arang batu;\n(bagai) terpijak ~ hangat \n(peribahasa) gelisah kerana sesuatu perkara;\n \ngenggam ~ api biar jadi arang \n(peribahasa) jika melakukan pekerjaan yang" "bara II\ngajah ~ \n[Perak] gajah ganas;\nbarak I." "bara III\n[Terengganu] kembara." "baragajul\n(Sunda) [arkaik] (orang yang) suka membangkitkan marah orang;\n= bergajul." "barah\n1.\n sejenis bisul besar yang bernanah;\n2.\n ketumbuhan berbahaya pada kulit atau pada tisu di dalam tubuh yang disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak mengikut kadar yang normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen seperti bahan kimia dan virus), kanser;\n3.\n sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dan lain-lain) yang sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular;\n~ batang \nbarah di pertemuan paha dan badan;\n \n~ batu\n barah yang keras seperti batu (dekat dubur);\n \n~ bir \nbarah dekat dubur;\n \n~ bunyi \nbarah di dada;\n \n~ cika \nbarah di dalam perut;\n \n~ empong \nbarah di ari-ari;\n \n~ gajah \nbarah di dalam perut;\n \n~ kelawar \nbarah di bawah ketiak;\n \n~ kepala beruang \nbarah pada bahu atau lutut;\n \n~ kepala harimau \nbarah di bawah mata kaki;\n \n~ kundur buruk \nbarah di perlipatan lutut;\n \n~ nangka \nbarah di betis;\n \n~ raja \nbarah yang sangat sakit;\n \n~ sisik \nbarah yang selalu mengelupas;\n \n~ sisip \nbarah di bawah tulang rusuk;\n \n~ tetek\n barah pada susu, mastitis;\n \n~ tiarap \nbarah yang menyebabkan luka di dalam;\n \n~ ular = ~ batang;\nmembarah\n menjadi barah:\njeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dalam jiwa." "barai I\nsejenis siput air tawar, \nLingular spp\n." "barai II\nterbarai\n jatuh bertebaran:\nbuah langsat yang dikendongnya itu ~ apabila karung itu koyak." "barak I\ngarang, ganas, hebat, kasar, kuat;\n \npatah ~ \nhilang garang, menjadi jinak (gajah);\nbara II." "barak II\n[Kelantan] banyak." "barakan\n[Jawa] pergi berkunjung beramai-ramai dari rumah ke rumah, biasanya pada hari raya untuk bertakbir." "barakuda\nikan) alu-alu." "baran I\nhutan yang berpaya-paya, hutan rawa:\nbabi ~." "baran II\npemarah, lekas marah;\n \npanas ~\n cepat naik darah, lekas marah, sangat pemarah:\npemuda itu mempunyai resmi yang panas ~." "barang\n1.\n benda:\napabila ada ~ dibelikan suami janganlah ~ itu tertanggal dari badan lagi; \n2.\n (segala) sesuatu, apa sahaja:\nSerang Sakar pembengis dan kasar ~ cakapnya; \n3.\n lebih kurang, kira-kira:\nada ~ tiga musim antaranya maka datanglah kapal itu;\n4.\n agar, mudah-mudahan:\nia meminta doa kepada Tuhan ~ dianugerah-Nya akan mereka tempat yang kebajikan; \n5.\n baik, walau:\n~ ke mana pergi dibawanya anaknya;\n6.\n semestinya, sepatutnya, sewajarnya:\nitu sudah ~ tentu;\n~-~ antara \n(Ekonomi) barang-barang yang digunakan untuk membawa barang-barang lain;\n \n~ apa \nsegala sesuatu, apa sahaja;\n \n~ bahan \n[Indonesia] barang yang akan dibuat sesuatu;\n \n~ baki \n(Ekonomi) barang-barang sebuah syarikat dan lain-lain yang disenaraikan serta nilainya, inventori;\n \n~ besi\n (\nlogam, tanah, dan lain-lain)\n barang yang dibuat daripada besi (logam, tanah, dan lain-lain);\n \n~ bila (kala) \nsesuatu waktu, bila-bila saja;\n \n~ cetak(an) \nbarang-barang yang dicetak (seperti buku, majalah, dan lain-lain);\n \n~ dagangan \nbarang-barang yang akan dijual;\n \n~ ekonomi \nbarang-barang yang terbatas banyaknya dan boleh dijualbelikan;\n \n~ gelap\n barang yang tidak sah (barang curian, barang seludupan);\n \n~ kemas (perhiasan, persolekan) \nbarang yang dipakai untuk kecantikan;\n \n~ kes \n(Undang-undang) objek, dokumen dan sebagainya yang dikemukakan dalam mahkamah sebagai bukti untuk sesuatu kes perbicaraan ;\n \n~ mewah\n barang-barang yang dipakai untuk kemegahan (kecantikan);\n \n~ modal\n (Ekonomi) barang-barang yang dipakai untuk menghasilkan barang lain;\n \n~ orang \nsebarang orang;\n \n~ pakaian \nsegala macam pakaian;\n \n~ pecah belah (pecahan \nark\n) \nbarang tembikar;\n \n~ pembantu\n (Ekonomi) barang-barang yang menambah pendapatan;\n \n~ penanding \n(Ekonomi) barang-barang yang menandingi atau boleh jadi pengganti kepada barang lain;\n \n~ penggenap \n(Ekonomi) barang-barang yang menambah penggunaan barang lain kalau ditambah penggunaannya;\n \n~ pusaka \nbarang peninggalan orang tua dan lain-lain;\n \n~ runcit\n barang yang dijual sedikit-sedikit;\n \n~ seni \nhasil kesenian;\n \n~ sesuatu \nsegala sesuatu, segala apa;\n \n~ siap\n barang yang sudah diproses untuk jualan;\n \n~ siapa \nsesiapa saja;\n \n~ tetap \nharta benda yang tidak dapat dipindah-pindahkan (rumah, tanah, dan lain-lain);\n \nada wang ada ~ \nkalau sanggup membayar tentu mendapat barang yang lebih baik;\nbarang-barang\n1.\n barang;\n2. = sebarang;\nsebarang\n biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja;\n \nbukan ~\na) bukan yang biasa sahaja;\n b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain);\n c) bukan apa-apa;\nbarangan\n (Ekonomi) benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan." "barangas\nsejenis siput, \nPatella spp\n." "barangkali\nboleh jadi, mungkin, mudah-mudahan:\n~ betul kata engkau itu;\nkebarangkalian\n (Matematik) pengukuran kemungkinan berlakunya sesuatu (perkara, hal) dinyatakan sama ada dalam bentuk pecahan atau peratusan." "barap\n[arkaik]\n; \npembarap\n pegawai marga di bawah pesirah (di Palembang)." "baras\n[Arab] penyakit kusta." "barat I\n1.\n mata angin, arah tempat matahari terbenam, lawan timur:\ngaris khatulistiwa melintang dari timur ke ~; \n2.\n (biasanya dalam huruf besar)\na) Eropah dan benua Amerika;\n b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika;\n3.\n [Pahang], [Kelantan];\norang ~ \norang Kelantan;\n~-~ daya \nmata angin antara barat dan barat daya\n;\n~-~ laut \nmata angin antara barat dan barat laut\n;\n~ daya \nmata angin antara barat dan selatan;\n \n~ daya semata selatan \nmata angin antara barat daya dan selatan;\n \n~ gunung berendam \nbarat tepat;\n \n~ laut \nmata angin antara barat dan utara;\n \n~ laut semata ~ \nmata angin antara barat laut dan barat;\n \n~ tepat\n barat benar-benar;\nmembaratkan\n menjadikan (sesebuah negara dan sebagainya) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dan lain-lain orang Barat:\ngerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;\nkebaratan, kebarat-baratan\n meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dan lain-lain) orang Barat, berlaku seperti orang Barat:\ninilah yang terjadi kepada pelajar yang terlalu ~;\npembaratan\n perbuatan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) menjadikan (sesebuah negara dan sebagainya) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dan lain-lain orang Barat:\npemodenan yang berasaskan tamadun Barat;\n \nini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dalam sistem budaya orang Cina." "barat II\nsesat;\n \nsesat ~ \nsesat benar." "barat-barat\nikan ~\n sejenis ikan laut,\na) \nAlutera spp.;\nb) \nMonocanthus spp.; \nc) \nTriacanthus spp." "barau-barau I\nsejenis ikan darat, sebarau, \nHampala macrolepidota." "barau-barau II\n~ bukit = bebarau bukit\n sejenis burung, \nHypsipetes macclellandii; \nburung ~\n sejenis burung, \nPycnonotus zeylanicus." "barbar\n[Indonesia-Belanda] tidak beradab (orang, bangsa, dan lain-lain)." "barbarisme\n1.\n cara atau perbuatan yang tidak beradab;\n2.\n [Indonesia] pemakaian (pembentukan) kata-kata dengan cara bahasa asing (tidak sesuai dengan jalan bahasa sendiri)." "barbeku\n1.\n jamuan di tempat terbuka (seperti perkarangan rumah dan lain-lain) dengan hidangan daging, ayam, udang, dan lain-lain yang dipanggang;\n 2.\n daging, ayam, udang dan lain-lain yang dipanggang dan dimakan di tempat terbuka;\nmembarbeku\n memanggang daging, ayam, udang, dan lain-lain di tempat terbuka." "barbiturat\nsejenis dadah yang boleh menenangkan keresahan (juga digunakan sebagai ubat tidur)." "barbur\nbunyi seperti bunyi barang jatuh ke dalam air;\n \norang ~ \npemboros (orang yang suka membuang-buang wang)." "bardi\n[arkaik] sejenis tumbuhan (pokok kecil) yang tumbuh di tepi Sungai Nil (daunnya seperti penyapu)." "bareh\nhutang;\nberbareh\n berhutang." "bareng\n[Jawa];\nberbareng, berbarengan\n bersama-sama, serentak (dengan), bertepatan (dengan);\nmembarengi\n bersama-sama dengan, mengiringi, menyertai." "baret\n[Jakarta] tergores pada kulit." "bari I\npapan penutup lubang peraka (pada perahu)." "bari II\n[Jakarta] sambil;\nsembari." "bari III\nbahari I." "bari IV\n[Kelantan] cerita (lama)." "bari-bari\nsejenis lalat kecil yang selalu mengerumuni buah-buahan." "barid\n[Arab] utusan, suruhan." "barik I\ngaris-garis atau belang-belang (pada marmar, kayu, dan lain-lain), bintik-bintik (mis telur merbah);\n \nnaik ~ \nterbit tabiatnya;\nberbarik-barik\n bergaris-garis, berbintik-bintik." "barik II\npokok ~ sisik putih \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDesmodium triflorum." "baring\nberbaring\n \n1.\n merebahkan badan pada sesuatu (seperti katil, bangku panjang, dan sebagainya) biasanya dalam keadaan menelentang:\nmembaca buku sambil ~ di atas sofa;\n~ mengiring \nberbaring dengan sisi tubuh kena pada lantai dan sebagainya;\n2.\n = \nberbaring-baring\n merebahkan badan seperti keadaan ketika tidur (untuk merehat-rehatkan badan):\nselepas makan tengah hari, dia ~ di serambi rumahnya;\nbersebaringan\n berbaring bersama-sama di tempat yang sama;\nmembaringkan\n meletakkan badan dalam keadaan berbaring:\nperempuan itu ~ anaknya di atas tikar;\nterbaring\n terletak (berada) dalam keadaan berbaring:\nsesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan;\nperbaringan\n tempat berbaring (seperti katil, pangkin, tilam, dan sebagainya):\nketika itu aku di ~ kerana diserang demam kepialu." "baris\n1.\n banjar atau deret yang merupakan garis lurus (pokok, huruf, dan lain-lain):\ndia menangis setelah membaca dua tiga ~;\n2.\n [arkaik] = \nbarisan\n pasukan;\n \n~ Sipahi; \n3.\n [bahasa percakapan] = \nberbaris\n:\naskar itu sedang ~; \n4.\n garis, gores:\nperkataan yang diturunkan pada kad harus dibubuh ~ di bawahnya; \n5.\n tanda vokal dalam bahasa Arab;\n \n~ di atas \nfathah;\n \n~ di bawah\n kasrah;\n \n~ di hadapan \ndammah;\n6.\n = \n~ sajak\n deret (untaian) kata-kata yang merupakan satu bahagian daripada bait dalam sajak;\n~ gilir\n (Komputer) kumpulan atau senarai tindakan, kerja, dan lain-lain yang tersusun dalam satu baris untuk diproses satu persatu;\n \n~ laksamana \ngarisan yang dianggap mempunyai hikmat;\n \n~ mati \ntanda bunyi mati;\nsebaris\n (berada) dalam satu baris, sederet:\nrumahnya terletak ~ dengan rumah kakak iparnya;\n menyebariskan\n menyusun atau meletakkan sesuatu sebaris:\n~ ubin di sepanjang tepi tembok;\npenyebarisan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menyebariskan;\nberbaris\n1.\n tersusun dalam baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar:\ndi kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah;\n2.\n berdiri (berjalan dan sebagainya) beramai-ramai dalam baris tertentu:\nmereka sedang belajar ~; \n3.\n mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris:\nayat yang ~ di bawahnya;\nmembaris\n1.\n [sastera lama] berdiri (berjalan dan sebagainya) beramai-ramai dalam baris yang tertentu;\n2.\n merupakan baris;\n3.\n menembak:\nkemudian ditariknya meriam, dibarisnya kepada Panglima Selampit;\nmembarisi\n1.\n berdiri (berjalan dan sebagainya) dalam baris-baris tertentu:\norang ramai ~ jalan untuk melihat perarakan itu;\n2.\n berada dalam deretan:\nbeberapa biji jerawat ~ hidungnya;\nmembariskan\n1.\n menyusun (mengatur) dalam barisan;\n2.\n menyuruh (melatih) berjalan dalam barisan;\n3.\n membuat baris dengan sesuatu:\nia ~ dakwat merah di buku itu; \n4.\n membubuh (meletakkan) baris (pada tulisan Arab):\n~ huruf-huruf al-Quran supaya mudah dibaca; \n5.\n mengemukakan:\npengarah itu ~ artis-artis baru dalam filem arahannya; \nia hanya ~ Dharmawijaya bersama-sama A. Samad Said, Salmi Manja, A. Wahab Ali, Kemala dan Jihaty Abadi\n;\nbarisan\n1.\n banjaran, deretan, jajaran:\n~ bukit; \n2.\n pasukan:\n~ pemain Malaysia;\n~ penyerang; \n3\n. pertubuhan (pergerakan) yang ditubuhkan dengan tujuan dan peranan yang tertentu;\nB~ Pembebasan Palestin;\n~ belakang \npasukan yang berada di garis belakang pertempuran;\n \n~ depan \npasukan yang berada di garis depan pertempuran;\n \n~ kehormatan\n pasukan untuk menghormati kedatangan orang besar;\n \n~ pemadam kebakaran \n[Indonesia] pasukan ahli bomba;\n \n~ teras \n[Indonesia] pasukan induk;\nperbarisan\n1.\n perihal berbaris:\nupacara ~ tamat latihan tentera; \n2.\n kumpulan orang yang berbaris:\nmemeriksa ~;\n~ raksasa;\n~ raksasa \nperbarisan yang diadakan secara besar-besaran;\npembaris\n = \nkayu ~ \nkayu lurus bersenggat yang dipakai untuk membuat baris atau mengukur sesuatu." "bariton\n(Seni Muzik) suara lelaki antara bes dan tenor." "barium\n(Kimia) sejenis logam lembut yang berwarna putih perak." "barkas\n[Indonesia-Belanda] sejenis kapal yang kecil." "barli\n1.\n tumbuhan bak pokok padi, yang ditanam untuk bijirin dan makanan ternak;\n2.\n bijirin yang dihasilkan oleh tumbuhan ini, digunakan untuk membuat bir, wiski, dan lain-lain." "barograf\nbarometer yang merakamkan bacaannya secara automatik." "barogram\nrakaman tekanan atmosfera yang dihasilkan oleh barograf." "barok\ngaya yang halus dan indah, terutamanya dalam seni bina, seni lukis, muzik dan sebagainya, yang sangat popular di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18." "barometer\n1.\n alat untuk menyukat tekanan udara, jangka tekanan;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang dijadikan ukuran bagi mengetahui perubahan atau perkembangan sesuatu (situasi, pendapat umum, harga pasaran dan sebagainya):\ngagasan itu dijadikan ~ untuk mengukur sama ada sesebuah negara itu bermusuhan atau sebaliknya; \nperkembangan terbaru dalam arena politik mewujudkan ~ baru tentang perpaduan antara wilayah di negara itu." "baron\n1.\n anggota taraf terendah dalam kedudukan bangsawan di Britain;\n2.\n orang bangsawan di Eropah." "barong\nbarongan\n [Jawa] sejenis tarian yang penarinya memakai topeng binatang." "barongsai\nsejenis barongan Cina." "barter\nperdagangan dengan cara tukar-menukar barang." "baru I\n1.\n belum (tidak) ada sebelumnya, (yang) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dan sebagainya):\nnegara-negara ~; \nkereta jenis ~; \nmajalah ~;\n 2.\n belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dan sebagainya):\ncara-cara ~; \n3.\n belum dipakai lagi atau belum lama dipakai:\nbasikal ~; \nkasut ~; \n4.\n belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dan lain-lain) sebagai:\nmurid ~; \nketua ~; \n5.\n masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dan sebagainya):\nikan ~; \n6.\n moden:\nangkatan ~; \n7.\n belum berapa lama lagi (dahulu):\nsaya ~ datang; \n8.\n apabila saja, sesudah:\n~ digertak dia sudah lari; \n9.\n pada masa itulah, pada ketika tertentu (berikutan dengan sesuatu dan lain-lain):\nselepas saya jelaskan ~ dia sedar; \n10.\n kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dan sebagainya (kerana belum sering digunakan, terpelihara dengan baik, dan lain-lain);\nbaru-baru\n \n~\n \nini\n tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini:\n kita menyokong perbahasan itu dalam Perhimpunan Agung UMNO ~ ini;\nmembarukan\n menjadikan baru, membetulkan sesuatu supaya seperti baru:\n hasratnya untuk ~ gaya itu sendiri." "baru II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang berbunga), baru-baru, bebaru, \nHibiscus tiliaceus;\n~ gunung \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHibiscus similis;\n~ landak \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHibiscus mutabilis; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), \nThespesia populnea." "baru-baru\nsejenis tumbuhan (pokok yang berbunga), baru, bebaru, \nHibiscus tiliaceus." "barua\n1.\n orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman;\n2.\n kata makian." "baruh I\n1.\n bawah:\ndi ~ bukit; \n2.\n tanah yang di sebelah bawah (hilir, dekat pantai):\norang ~; \n3.\n [Kelantan] sawah:\npadi ~." "baruh II\n[Johor] cempedak." "barung I\nsejenis tempat yang beratap tempat berjual, warung;\nbarung-barung\n [Minangkabau] pondok di sawah." "barung II\nsejenis tumbuhan (pokok), kunkuman jantan, obak, sito, \nElaeocarpus robustus." "barus\nkapur ~\n sejenis bahan berwarna putih yang diambil daripada sejenis pokok, yang baunya mencucuk hidung dan biasanya digunakan untuk membuat ubat atau digunakan ketika memandikan dan membungkus mayat (dalam masyarakat Islam)." "barusan\n[Jakarta] baru saja, belum lama lagi." "barut I\nkain pembalut (luka dan lain-lain), kain untuk membebat (perut anak yang baru lahir atau ibu yang baru melahirkan anak);\n~ kereta \nkain pembebat anak yang baru lahir atau perempuan yang baru melahirkan anak (yang berupa kain tebal yang berjahit dengan tali-tali untuk mengikat perut);\n~ panjang \nkain pembebat perut perempuan yang baru melahirkan anak (dibuat daripada kain yang panjangnya lebih kurang 5 ela);\nberbarut\n memakai barut, dibalut dengan barut:\nsapukan ramuan khas pada seluruh permukaan perut sebelum ~;\nmembarut\n memakaikan barut, membalut (membebat) dengan barut:\n~ perut anaknya;\npembarutan\n perbuatan membarut;\npembarut\n pembalut, pembebat." "barut II\n[Minangkabau];\nmembarut\n menggosok, mengurap, melumas, menyapu." "barzakh\n[Arab];\nalam ~ \n(dalam agama Islam) alam tempat roh orang mati berada sementara menunggu hari dibangkitkan semula di Padang Mahsyar, alam kubur:\nia pun menghembuskan nafas yang penghabisan lalu kembali ke alam ~." "barzanji\nberzanji\n." "bas I\nsejenis kenderaan besar yang membawa penumpang yang beroperasi, biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu;\n \n~ ekspres \nbas untuk perjalanan jauh yang singgah hanya di beberapa bandar besar saja atau di tempat-tempat makan;\n \n~ kilang\n bas yang disediakan khas untuk membawa pekerja yang berulang-alik ke tempat kerja mereka (di kilang dan sebagainya);\n \n~ mini \nbas pendek (kecil) yang dibenarkan membawa penumpang antara 16 hingga 20 orang saja;\n \n~ persiaran \nbas yang digunakan khas untuk membawa pelancong bersiar-siar;\n \n~ sekolah\n bas yang digunakan untuk membawa kanak-kanak sekolah berulang-alik ke sekolah mereka pada hari-hari persekolahan;\n \n~ sewa\n \nkhas\n bas yang ditempah khas untuk satu-satu perjalanan (seperti untuk membawa rombongan melawat ke sesuatu tempat);\n \n~ troli \nbas yang dijalankan dengan kuasa elektrik." "bas II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kepala pekerja (mandur, majikan, dan lain-lain);\n2.\n pemborong pekerjaan." "bas III\n[Indonesia-Belanda] nada yang rendah (pada muzik), bes." "bas IV\n(Komputer) kumpulan talian selari yang menyambungkan dua atau lebih peranti untuk membolehkan kawalan, perhubungan, dan pertukaran maklumat dilakukan dengan menggunakan talian yang sama." "basa I\n[Minangkabau] bahawa." "basa II\n[Indonesia] (Kimia) bes." "basa III\nsopan santun, tingkah laku yang baik:\nsejak hari ini hendaklah engkau habisi segala hutang budi hutang ~;\nbasa-basi\n [Minangkabau] adat istiadat, sopan santun:\nsukar mencari seorang perempuan yang indah ~nya seperti Khatijah;\nberbasaan\n bermanis mulut, memperlihatkan sopan santun:\nmereka itu sama-sama mengadu ~ bermanis mulut, memperlihatkan kebaikan budi masing-masing." "basa IV\nagak, sedikit:\nangin sepoi-sepoi ~; \n= bahasa III." "basah\n1.\n mengandungi air, lawan kering:\nbajuku ~; \n2.\n masih baru, belum dikeringkan:\ngetah (daging, ikan) ~;\nkena tangkap ~ = tertangkap ~ \nditangkap kerana berkhalwat;\n ~ kuyup \n= \n~ jejeh \n(\njeruk\n) [Kelantan] basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya;\ndirendam tak ~\n (peribahasa) orang degil dan kikir yang tidak dapat dibaiki;\n \nsudah ~ kehujanan \n(peribahasa) kemalangan yang bertimpa-timpa;\nberbasah-basah, berbasahan\n membiarkan diri basah:\nkalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dalam hujan begini;\nmembasahi\n menyebabkan menjadi basah:\nair mata ~ pipinya;\nmembasahkan\n menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dan lain-lain) air:\n~ rambut;\n~ tekak\n minum air (sedikit);\nbasahan\n1.\n (sesuatu) yang dipakai pada masa mandi:\nkain ~; \n2.\n (sesuatu) yang dipakai hari-hari:\ngelang ~; \nbaju ~;\n3.\n sesuatu yang telah menjadi perkara biasa:\nminuman keras sudah menjadi ~ kepada setengah-setengah orang; \nsahaja ~ \n(peribahasa) sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yang tidak baik;\nkebasahan\n keadaan basah:\nia sedang menggosok-gosok senapang yang ~ sedikit kerana peluh; \nbahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;\nkebasah-basahan\n agak basah:\n bulu kucing itu~;\npembasahan\n perihal (perbuatan) membasahkan." "basal\nsejenis penyakit bengkak-bengkak pada badan atau sembap (kerana sakit beriberi)." "basalt\n(Geologi) batu igneus berwarna gelap yang terdiri daripada feldspar dan lain-lain danbiasanya piroksena, yang berasal daripada gunung berapi." "basau\ntidak empuk, tidak gebu (berkenaan (dengan) keledek dan lain-lain)." "basi I\n1.\n sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi (berkenaan (dengan) makanan yang disimpan terlalu lama dan tidak dipanaskan semula):\nsayur lemak semalam sudah ~; \n2.\n tidak baru, sudah lama (berkenaan (dengan) khabar dan lain-lain):\nada kalanya berita itu dimuatkan ketika sudah ~;\n3.\n tidak manjur, tidak mustajab (berkenaan (dengan) mantera dan lain-lain):\ndoanya ~ sahaja;\nmembasikan\n menjadikan basi, membiarkan jadi basi." "basi II\n1.\n wang persediaan (cadangan dan lain-lain);\n2.\n jumlah wang yang dipotong jika menukar wang besar;\n3.\n potongan harga kalau membeli banyak;\n4.\n lebihan (baki) wang;\n5.\n bahagian tepi kain dan lain-lain yang dilebihkan (lebih kurang satu inci) ketika mencantumkan dua keping kain dan lain-lain;\nmembasikan\n1.\n mengadakan basi (wang persediaan);\n2.\n mengadakan basi (potongan harga);\n3.\n mengadakan basi (kain dan lain-lain)." "basi III\nsejenis pinggan." "basi IV\nbasa-~;\n \nbasa III." "basikal\nsejenis kenderaan beroda dua yang ditunggang dengan mengayuh pedalnya;\nberbasikal\n menunggang basikal:\nbudak itu ~ ke sekolah." "basil\n[Indonesia-Belanda] sejenis kuman." "basilus\n(Biologi) bakteria yang berbentuk batang, sesetengahnya boleh mengakibatkan penyakit pada haiwan vertebrat atau pada serangga." "basinet\nbakul daripada anyaman rotan yang mempunyai tudung di bahagian atasnya, digunakan untuk membuai atau membawa bayi." "basir\n[Arab]\n1.\n penglihat mata hati;\n2.\n ark terang, nyata kelihatan:\nlampu pelita kurang ~\n." "basis\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n asas, dasar;\n2.\n garis dasar, tapak;\n 3.\n pangkalan (angkatan laut, angkatan udara)." "baskom\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] baldi tempat air cuci muka." "basmi\nmembasmi\n menghapuskan, membanteras, memerangi:\n~ buta huruf;\npembasmian\n perihal (tindakan, usaha, dan sebagainya) membasmi;\npembasmi\n orang (alat dan lain-lain) yang membasmi." "bastar\n[Indonesia-Belanda] keturunan daripada mamak dan bapa yang tidak sebangsa (sejenis)." "basuh\ncuci, kumbah:\nair ~ tangan;\n \nnaik ~ kaki\n = \ntak payah ~ kaki tangan \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;\nmembasuh\n1.\n membersihkan sesuatu dengan air, mencuci:\n~ kain;\n~ beras;\n2.\n [kiasan] menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci:\n~ dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan;\n3.\n [bahasa percakapan] memarahi dan meleteri seseorang:\naku ~ dia cukup-cukup tadi; \n4.\n menghapuskan, menyapu bersih:\n~ orang yang antiperpaduan;\nbasuhan\n (sesuatu) yang dibasuh, cucian;\npembasuhan\n perihal (perbuatan) membasuh, pencucian;\npembasuh\n1.\n orang yang kerjanya membasuh, pencuci;\n2.\n alat yang digunakan untuk membasuh, pencuci:\nmesin ~ kain;\n ~ balai (meja) \nbelanja bicara;\n \n~ mulut\n minuman atau penganan sesudah makan nasi;\n \n~ tangan \nupah yang diberikan kepada orang yang disuruh bekerja." "basuk\nsejenis pokok yang kuning kayunya." "basun\nsejenis alat muzik tiup daripada kayu yang menghasilkan bunyi bernada rendah yang dimainkan dalam orkestra." "basung I\n1.\n sejenis akar kayu yang ringan (seperti gabus);\n \nkayu ~\n kayu yang ringan, kayu gabus;\n2.\n [kiasan] tidak berisi, tidak mengandungi sesuatu yang penting;\n \nbuah ~ \nomong kosong, borak." "basung II\ndaun yang digulung seperti pembuluh untuk membungkus sagu." "basung III\n[arkaik] dua dozen, dua puluh empat." "basung IV\n[Minangkabau];\nmembasung\n menendang tinggi-tinggi (bola);\nbasungan\n tendangan yang tinggi." "basut\n[arkaik] pancaran air;\nmembasut, berbasut\n memancar, memancut." "bata I\n1.\n = \nbatu ~ \nbongkah segi empat bujur yang dibuat daripada tanah liat dan dibakar, digunakan untuk tujuan pembinaan:\nrumah yang dibuat daripada ~;\n \nmembakar ~;\n2.\n sesuatu yang mempunyai bentuk bata:\n~ emas;\n~ garam;\n~ timah." "bata II\nbata-bata, terbata-bata, kebata-bataan\n ragu-ragu, bimbang:\nia agak terbata-bata menyambut tamu yang tidak disangka-sangka datangnya itu." "batai\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nParaserianthes spp.; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCassia timorensis; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDerris dalbergioides;\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), \nPeltophorum ferrugineum." "batak I\n[sastera lama] pengembara, nomad;\nmembatak\n1.\n mengembara, bertualang;\n2.\n merompak, menyamun, merampas;\npembatak\n penyamun, perompak." "Batak II\norang ~ \na) orang asli;\n b) suku bangsa yang hidup di Sumatera;\n \nbersesalan bagai ~ lari \n(peribahasa) jikalau di dalam suatu kelompok terjadi bencana, maka satu menuduh yang lain yang bersalah." "batal\n1.\n tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh:\nsah ~ terserah pada lembaga; \nkerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~;\n2.\n tidak jadi, gagal, tidak berhasil:\nniatnya hendak pulang ~ kerana kematian anaknya;\n3.\n tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (berkenaan (dengan) cek, tiket, dan sebagainya);\nmembatalkan\n1.\n menyatakan tidak sah (berlaku lagi):\nparlimen berhak ~ undang-undang; \n2.\n meniadakan, menggagalkan, mengurungkan:\nAmerika Syarikat ~ bantuannya kepada negara-negara yang prokomunis;\n terbatal\n dibatalkan:\nperjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi;\npembatalan\n perihal (tindakan, perbuatan, dan sebagainya) membatalkan:\nparlimen menyetujui ~ undang-undang itu;\npembatal\n (sesuatu) yang membatalkan;\n \nkuasa ~\n kuasa yang membatalkan." "batalion\n1.\n unit tentera yang terdiri daripada tiga kompeni atau lebih:\npada tahun 1937, hanya ada lima ~ tentera di Tanah Melayu; \n2.\n [bahasa percakapan] (sesuatu) kumpulan yang ramai:\ndia membawa satu ~ kawannya ke rumah pada hari raya." "batan\n batu -~; \n batu" "batang I\n1.\n bahagian pokok yang tumbuh daripada akar:\ntebu menyimpan gula dalam ~; \n2.\n tangkai (cangkul, dayung, dan lain-lain):\n~ joran; \n3.\n benda yang panjang:\nbesi ~; \n4.\n benda yang panjang dan bulat:\n~ kaki;\n5.\n penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang:\nse~ jalan; \n6.\n [arkaik] bangkai, mayat;\n \nsudah menjadi ~ \nsudah mati;\n~ air \nsungai;\n \n~ bersih \n(Perhutanan) batang pokok yang lurus dan tidak bercabang;\n \n~ dacing\n lengan dacing (kayu panjang pada dacing yang memakai mata);\n \n~ dayung \ntangkai dayung;\n \n~ hari \na) tengah hari;\n b) pokok aliran sungai;\n \n~ hidung \nbahagian yang keras pada hidung, lembaga hidung;\n \n~ kalam \ntangkai pena;\n \n~ leher \nleher antara kuduk dan kepala;\n \n~ lengan \nlengan bahagian atas;\n \n~ palsu \nbatang yang terbentuk daripada kelopak (pisang);\n \n~ tenggorok \nmerih;\n \n~ tubuh \na) tubuh tanpa anggota;\n b) diri, peribadi;\n \nse~ kara (karah, karang, kacang) \ntidak bersanak saudara;\nada ~, cendawan tumbuh\n (peribahasa) di mana juga kita duduk ada rezeki kita;\n \nangkat ~, keluar cacing gelang-gelang \n(peribahasa) mengerjakan pekerjaan orang yang terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh;\n \ndi mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh \n(peribahasa) di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan;\n \nkena ~ hidung\n (peribahasa) berasa terkena (tersindir, terhina, dan lain-lain);\n \nsepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya\n (peribahasa) bagaimana sekalipun perkataan yang benar itulah pangkalnya;\n \nsungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas \n(peribahasa) pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yang diingat, tetapi dari awal sampai ke akhirnya;\n \nterkena pada ikan bersorak, terkena pada ~ masam \n(peribahasa) hal orang berkawan yang mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;\nberbatangkan\n mempunyai batang yang dibuat daripada unsur lain:\n pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;\nmembatang\n menjadi batang, menyerupai batang:\ngedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;\nbatangan\n alangan kayu dan lain-lain di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dan lain-lain):\nada pun ~ Pahang pada masa itu dua lapis." "batang II\nmembatang\n mengeja sambil membaca." "batara\nbetara." "batas\n1.\n garis pinggir sesuatu bidang (daerah dan lain-lain):\nsampai di sinilah ~ kebun saya; \n2.\n permatang (sawah, tempat menanam):\nsatu jenis orkid tidak boleh ditanam di atas ~;\n3.\n had atau paras sesuatu yang paling tinggi, matlamat atau ketentuan (yang tidak boleh dilampaui):\npekerjaan yang diberikan melewati ~ kemampuannya; \n4.\n hingga, sampai:\ndari pinggir leher hingga ~ perut;\n~ ban \n[Kedah] tanah yang ditambak (tempat berjalan);\n \nberjalan sampai ke ~, belayar sampai ke pulau\n (peribahasa) sesuatu usaha hendaklah kepada yang dimaksudkan;\nberbatas\n1.\n mempunyai batas, mempunyai permatang:\ntanah yang belum ~ itu tidak dapat ditanami padi;\n~ dengan \nberbataskan;\n2.\n berhad, tersekat:\nkekuasaan yang tiada ~;\nberbatasan\n mempunyai batas (sempadan) yang sama:\nsawah saya ~ dengan sawahnya;" "batat\n[Kedah], [Perlis] tidak mahu empuk, tidak mahu gembur." "batau\nbarua, jaruman." "batela\n[arkaik] [sastera lama] sejenis perahu yang bertiang dua;\n= batil III." "bater\n(ERT) bancuhan daripada tepung, telur, dan susu atau air untuk membuat lempeng atau menyalut daging, sayur-sayuran dan sebagainya sebelum digoreng." "bateri I\ndua sel atau lebih yang disusun secara bersiri atau selari untuk menghasilkan daya gerak elektrik:\n~ kereta; \nradio ini mempunyai enam ~;\n~ kering \nbateri elektrik yang terdiri daripada dua atau lebih sel kering;\nberbateri\n mempunyai bateri, ada baterinya, menggunakan bateri:\nlampu picit ~ tiga." "bateri II\nunit tentera yang dilengkapi dengan meriam dan kenderaan:\nsatu trup ~ telah bergerak ke Pos Legap.\nBateq\n (batq) penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Negrito, yang tinggal di pedalaman utara Pahang, barat Terengganu dan selatan Kelantan." "bati\nsebati\n (amat) sesuai atau mesra, bersatu padu (sehingga sukar memisahkan atau mengasingkannya):\nbau itu sudah ~ benar dengan hidungnya;\nbersebati\n sudah menjadi sebati;\nmenyebatikan\n menjadikan sebati;\nsebatian\n campuran dua unsur atau lebih menjadi satu;\nkesebatian\n perihal atau keadaan sebati;\npenyebatian\n perbuatan atau proses menyebatikan." "batih\n[Jawa] seisi rumah, keluarga (yang terdiri daripada anak isteri dan lain-lain)." "batik\n= \nkain ~ \nkain yang bercorak (dilukis atau ditera dengan lilin dan dicelup);\n \n~ cap\n batik yang dicap (dicetak);\n~ Kelantan\n batik yang dibuat di Kelantan;\n \n~ Semarang \na) batik buatan Semarang;\n b) (peribahasa) janda yang lebih cantik daripada semasa gadis;\n \n~ tulisan (suratan) \nbatik yang ditulis (disurat) dan bukan dicap;\n \n~ Yogya\n batik yang dibuat di Yogya;\n \numpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau\n (peribahasa) makin lama makin bertambah baik;\nmembatik\n membuat batik (dengan tangan):\nusaha ~ semakin mendapat tempat yang baik di Terengganu;\nbatikan\n hasil membatik:\nanak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;\npembatikan\n1.\n tempat membuat (perusahaan) batik;\n2.\n cara membuat batik;\npembatik\n pengusaha (pembuat) batik." "batil I\nbekas (daripada tempurung, perak, tembaga, dan lain-lain) yang berbentuk tempurung." "batil II\n[Arab]\n1.\n batal, sia-sia;\n2.\n tidak benar;\n3.\n palsu;\n4.\n lawan pada hak;\nkebatilan\n perihal tidak benar, lawan kebenaran:\nhanya dengan berbuat demikian, ~ akan hapus dan kebenaran akan muncul; \nberani berjuang dan berjihad untuk menegakkan kebenaran dan menentang ~." "batil III\n[arkaik] [sastera lama] sejenis perahu yang bertiang dua." "batimetri\npengukuran kedalaman lautan untuk menentukan keadaan rupa bumi lantai lautan dan sebagainya." "batin I\n1.\n (dalam) hati, perasaan dalam hati:\nia dukacita dalam ~nya; \ndi peringkat itu, ~nya bercanggah lagi; \n2.\n (berkenaan (dengan)) jiwa:\npenyakit ~; \n3.\n tersembunyi, ghaib, tidak kelihatan:\npertalian ~;\nberbatin\n bercakap (membaca) dalam hati;\nmembatinkan\n menyembunyikan, merahsiakan;\nkebatinan\n1.\n perihal batin;\n2.\n = \nilmu ~\n ilmu batin, tasawuf." "Batin II\nketua (kampung) orang asli." "batiniah\n[Arab] bersifat kebatinan:\nhidup itu akan sempurna kalau terdapat keseimbangan antara keperluan-keperluan lahiriah dan ~." "batir-batir\nperhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas." "batis\n[Indonesia-Belanda] sejenis kain yang putih dan halus." "batisfera\nalat atau kapal selam kecil berbentuk sfera yang digunakan untuk membuat pemerhatian terhadap hidupan laut dan sebagainya di dasar laut." "batitermograf\nalat yang digunakan untuk mengukur suhu di dalam lautan. \nbatok\n [Jawa]\n1.\n tempurung;\n2.\n [Indonesia] sukatan beras (lebih kurang satu kal);\n \n~ kepala \ntengkorak." "baton\n1.\n kayu pendek yang dibawa dan diserahkan oleh seorang pelari kepada pelari yang berikutnya;\n2.\n tongkat kecil yang digunakan oleh pemimpin orkestra untuk memberi arahan kepada pemuzik." "batu\n1.\n bahan galian pepejal yang bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dalam air);\n2.\n sejenis permata (untuk mata cincin dan lain-lain);\n \n~ kecubung \nsejenis permata yang berwarna ungu kebiru-biruan;\n3.\n sejenis permata buatan (dipakai dalam jam dan lain-lain):\njam tangan 17 ~;\n4.\n penjodoh bilangan bagi gigi:\nse~ gigi; \n5.\n ukuran jarak:\nkampungku letaknya 10 ~ dari sini;\n6.\n buah (dalam permainan catur):\ntidak dapat kami bermain catur lagi kerana beberapa ~ hilang; \n7.\n [Indonesia] bateri (lampu picit):\nlampu picit tiga ~; \n8.\n [kiasan] keras:\nberhati ~;\n~ air \n= \n~ kali \n= \n~ sungai\n batu yang terdapat di sungai-sungai;\n \n~ ajuk \nbatu (timah dan lain-lain) pada tali kail untuk pemberat;\n \n~ alas \ntempat tiang rumah berdiri;\n \n~ ali(-ali) \nanak ali-ali;\n \n~ ambar\n sejenis batu yang terdapat di pantai (dibuat paip dan lain-lain);\n \n~ amzil\n batu canai (asuhan);\n \n~ anggur \nasaman yang diambil daripada buah-buahan;\n \n~ anting\n batu (timah dan lain-lain) pada tali untuk pemberat;\n \n~ api \na) batu pencetus api (pada pantik api dan lain-lain);\n b) [kiasan] penghasut;\n \n~ apung \nbatu yang ringan dan tidak tenggelam dalam air;\n \n~ arang\n = \n~ bara \narang yang diambil dari dalam tanah;\n \n~ asah(an) \nbatu untuk mengasah perkakas (pisau dan lain-lain);\n \n~ asas \na) batu dasar tempat mendirikan sesuatu (rumah dan lain-lain);\n b) [kiasan] dasar;\n \n~ badar \nbatu hablur untuk mata cincin;\n \n~ bata \nbata;\n \n~-batan \na) berbagai-bagai jenis batu;\n b) batu karang;\n \n~ belanda \npermata buatan;\n \n~ bersurat = ~ bertulis \nbatu yang berpahat dengan huruf-huruf tulisan kuno;\n \n~ berani \n= \n~ semberani\n besi atau bijih besi yang mempunyai tenaga untuk menarik besi lain;\n \n~ besi \nsejenis batu yang keras, granit;\n \n~ bintang \na) sejenis batu yang berasal daripada bintang gugur;\n b) sejenis batu yang mengandungi hablur;\n \n~ canai\n gerinda;\n \n~ dacing \n= \n~ timbang \ntimah (besi dan lain-lain) pada dacing untuk menimbang berat barang;\n \n~ dapur \n= \n~ tungku\n batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak;\n \n~ duga \nbatu (timah dan lain-lain) untuk menduga dalamnya laut;\n \n~ geliga\n batu yang terdapat dalam tubuh binatang (ular, landak, dan lain-lain) yang mempunyai khasiat untuk menawar bisa dan lain-lain;\n \n~ giling \nbatu tempat menggiling rempah dan lain-lain;\n \n~ hampar \nbatu yang lebar dan rata;\n \n~ hempedu \nketulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu sehingga boleh menyebabkan rasa sakit;\n \n~ hidup \nbatu yang mempunyai kekuatan ghaib;\n \n~ jemala \n= \n~ kepala \nkepala;\n \n~ johor \nhablur;\n \n~ kail \nbatu timah;\n \n~ kapur \nbatu yang mengandungi kapur;\n \n~ karang \nkarang laut;\n \n~ kawi\n mangan;\n \n~ kerikil \n= \n~ kelikir \nbatu kecil-kecil;\n \n~ ketapakan \n= \n~ tapakan \na) batu tumpuan;\n b) [kiasan] dasar;\n \n~ kisaran \nbatu khas untuk mengisar tepung, rempah, dan lain-lain;\n \n~ koral\n = \n~ kolar \n[Jakarta] batu karang (laut);\n \n~ kulansing\n batu besi;\n \n~ lada\n kerikil yang halus;\n \n~\n \nladung \nbatu ajuk;\n \n~ lengan\n otot pada pangkal lengan;\n \n~ lod\n (Geologi) bijih besi yang mempunyai kuasa magnet;\n \n~ loncatan \na) batu yang digunakan sebagai landasan melompat;\n b) [kiasan] orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu;\n \n~\n \nluru\n alat tempa yang berupa batu sungai atau granit licin, digunakan untuk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan;\n \n~ marmar \nbatu kapur berhablur yang boleh digilap dan digunakan untuk binaan dan ukiran;\n \n~ merah \ntanah liat (batu) yang merah;\n \n~ meroyan \nsejenis penyakit perempuan yang baru melahirkan anak;\n \n~ nautika \nunit ukuran jarak di laut yang bersamaan dengan 1852 m (6080 kaki);\n \n~ nisan \nbatu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati;\n \n~ pasir \nbatuan yang terbentuk daripada pasir yang mampat, biasanya digunakan sebagai bahan binaan dan sebagainya;\n \n~ pejal \nbatu besi;\n \n~ pelinggam \nsejenis marmar;\n \n~ penghalang\n halangan;\n \n~ pualam \nmarmar;\n \n~ sempadan \nbatu untuk menandakan sempadan;\n \n~ sendi \na) batu alas;\n b) [kiasan] dasar, asas;\n \n~ sarawak \nsejenis galian (bijih) yang mengandungi belerang dan antimoni;\n \n~ seremban\n batu yang digunakan dalam permainan seremban;\n \n~ tanda \na) batu yang menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yang lain;\n b) peristiwa penting dalam sejarah, kehidupan, dan lain-lain:\n peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita;~ tara \nbatu sempadan;\n \n~ timbul \nbatu apung;\n \n~ tolak bara \n[sastera lama] batu pemberat yang digunakan sebagai pengimbang dalam perahu:\nmaka oleh Semerluki, diambilnya suatu ~ tolak bara, dicampakkannya di Selat Ungaran;\n~ tulis \na) [Indonesia] papan batu;\n b) batu bertulis, batu bersurat;\n \n~ ubin \nbatu yang dipakai untuk lantai rumah;\n \n~ ujian \na) batu tempat menguji emas;\n b) percubaan,cabaran;\n~ bulat tak bersanding\n = \n~ hitam tak bersanding\n (peribahasa) orang yang kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dan sebagainya, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu);\n \n~ direbus masakan empuk \n(peribahasa) orang yang bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar;\n \n~ jatuh ke lubuk\n (peribahasa) hilang lenyap;\n \n~ kecil berguling naik, ~ besar berguling turun \n(peribahasa) orang yang hina menjadi mulia kerana harta dan orang yang berasal menjadi hina kerana tidak berharta;\n \n~ pelesing \n(peribahasa) orang yang kecil tetapi berhati keras;\n \n~ pun empuk, jangan hati manusia \n(peribahasa) perkataan yang lemah lembut boleh menawan hati;\n \n~ yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya \n(peribahasa) orang yang keras hati itu hanya dapat dipujuk dengan kata yang lemah lembut;\n \n~ yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut \n(peribahasa) orang yang selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yang tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya;\n \nberbunyi ~, berbunyilah dia \n(peribahasa) orang yang tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya;\n \nlempar ~ sembunyi tangan \n(peribahasa) melakukan sesuatu (kejahatan dan lain-lain) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu;\n \nmencampakkan ~ keluar\n (peribahasa) menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri;\n \nmuncung penuh air, perut berisi ~ \n(peribahasa) tidak dapat mengatakan sesuatu (berkenaan (dengan) kesalahan orang) kerana telah terhutang budi;\n \npatah ~ hatinya \n(peribahasa) habis seluruh kemahuannya (minatnya) untuk meneruskan pekerjaan dan lain-lain;\n \ntiada terkajang ~ di pulau \n(peribahasa) tidak terlayan kehendak semua orang;" "batuk\n1.\n = \nberbatuk\n mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya;\n2.\n bunyi seseorang batuk:\nadikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; \ntidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya; \n3.\n penyakit (keadaan) yang menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang:\nubat untuk melegakan ~;\n~ barah\n batuk yang berdahak;\n \n~ barah angin \nbatuk yang tidak berdahak;\n \n~ darah \nbatuk dengan mengeluarkan darah;\n \n~ jerih\n = \n~ lelah \nsesak nafas, senak;\n \n~ kecil\n berdeham;\n \n~ kering\n batuk yang tidak berkahak (kerana T.B.);\n \n~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) \nbatuk keras yang bertalu-talu;\n \n~ rejan\n batuk yang keras (pada anak-anak);\n \nmelepaskan ~ di tangga \n(peribahasa) melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh;\nberbatuk\n batuk;\nmembatukkan\n batuk dengan sengaja (kerana sesuatu, misalnya untuk mengeluarkan dahak dan lain-lain);\n \n~ darah \nbatuk dan mengeluarkan darah;\nterbatuk-batuk\n batuk dengan tidak tertahan-tahan." "batung\nsejenis siput." "bau I\nsesuatu yang tercium oleh hidung (seperti wangi, hanyir, dan lain-lain):\nsambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya;\n~ setahun pelayaran\n sangat busuk baunya;\n \n~ daun semberu\n [Kelantan] kaum kerabat yang jauh;\n \nada ~-~ bacang \nada pertalian saudara (tetapi sudah jauh);\n \nsudah tercium ~nya \nki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dan lain-lain);\n~ busuk tidak berbangkai \n(peribahasa) fitnah (celaan) yang tidak beralasan;\n ayam terlepas, tangan ~ tahi \n(peribahasa) orang yang hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu;\n \njauh ~ bunga, dekat ~ tahi \n(peribahasa) berkasih-kasihan itu lebih kekal dari jauh daripada berdekatan;\n \numpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya\n (peribahasa) orang yang menunjukkan sesuatu yang berharga kepada orang yang tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;\nsebau\n1.\n serupa baunya;\n2.\n [kiasan] agak serupa (sifatnya dan sebagainya), sesuai dengan, sejenis;\n \nseragam ~\n sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain);\nberbau\n1.\n mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk):\njanganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; \n2.\n tercium bau, terhirup bau:\ndari jauh ~ olehku asap setanggi;\n3.\n bersifat, mempunyai unsur:\npidatonya itu ~ perkauman;\n4.\n [kiasan] mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dan lain-lain);\n~ dua \n(peribahasa) dikatakan kepada orang yang telah berbuat kesalahan secara sulit;\n \nbakar tiada ~\n (peribahasa) menyatakan tidak percaya pada cerita orang;\n \nbersuris bagai pasir, ~ bagai membacang\n (peribahasa) kejahatan yang sudah cukup bukti dan keterangan;\n \ntiada ~ telunjuk saya \n(peribahasa) menyatakan tidak percaya pada sesuatu cerita (khabar dan lain-lain);\nmembaui\n1.\n mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau):\nanjing itu ~ bangkai;\n2.\n menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani:\nmereka sampai ke tempat persembunyian yang tidak dapat dibaui oleh Jepun;\nterbau\n1.\n tercium bau, terhidu bau:\n~ oleh sang kancil harimau datang; \n2.\n diketahui (orang), terbongkar:\nakhirnya ~ juga apa yang telah dibuatnya;\nbauan, bau-bauan\n segala yang berbau wangi, minyak wangi atau bunga yang harum dan lain-lain:\nbanyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;\npembau\n (Biologi) deria badan yang berfungsi untuk membaui sesuatu:\n saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~." "bau II\n[Indonesia] ukuran luas tanah (500 tombak persegi atau 78 850 kaki persegi atau 0.73 hektar)." "baucar\n1.\n dokumen yang menunjukkan bahawa wang telah dibayar bagi barang-barang dan lain-lain yang telah diterima:\nsemua perbelanjaan runcit hendaklah dibuat melalui buku, dan pembayaran hendaklah disokong oleh ~ ataupun resit;\n 2.\n dokumen yang boleh ditukarkan dengan barang-barang atau perkhidmatan tertentu;\n ~ hadiah;\n~ diskaun." "baud\n(Komputer) unit ukuran penghantaran simbol sesaat dalam perhubungan data bersiri, dengan satu simbol dikira sebagai satu bit, dan unit ini dikatakan mewakili satu bit per saat." "bauk\nbulu yang tumbuh pada pipi di depan telinga, jambang." "bauksit\nbahan bak tanah liat yang menjadi sumber utama aluminium." "baulu\n= \nkuih ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung, telur, dan gula;\n ~ cermai\n kuih baulu yang kecil-kecil berbentuk seperti buah cermai;\n \n~ gulung \nbaulu yang disapu jem (krim dan sebagainya) dan digulung." "baun I\nbatang yang terdiri daripada daun (mis rumput-rumput)" "baun II\n[Minangkabau] bau;\nmembauni\n membaui." "baung\nsejenis ikan darat, \nMystus nemurus;\n~ akar \nsejenis ikan darat, \nMystus planiceps (Macrones nigriceps);\n~ baru \nsejenis ikan darat, \nAmbluceps mangois;\n~ pisang \nsejenis ikan\n, Mystus nigriceps." "baur I\ncampur;\n \ncampur ~ \ncampur aduk, kacau;\nberbaur\n1.\n beraduk, bercampur:\nteriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dalam kebisingan manusia seramai itu; \n2.\n bergaul (dengan), bercampur:\ntidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dengan segala bangsa; \n3.\n berkahwin, hidup seperti suami isteri:\nkami sudah 10 tahun ~; \n4.\n mempunyai unsur, berbau, bersifat:\nceramahnya ~ politik;\n~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam \n(peribahasa) orang yang bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yang lain;\n \n~ pangkal perceraian \n(peribahasa) orang yang bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;\nmembauri\n menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri:\nia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; \npenulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yang turut mengembangkan kebudayaan Melayu;\nmembaurkan\n1. = menyebaurkan\n mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan:\njangan dibaurkan tepung beras dengan tepung gandum;\n2. = memperbaurkan\n membiarkan bercampur (bergaul):\ntidak baik ~ laki-laki dengan perempuan begitu rupa;\n3. = memperbaurkan\n [kiasan] mengahwinkan:\norang tuanya hendak ~ dia dengan sepupunya;\nterbaur\n sudah berbaur, tercampur, teraduk:\nyang pahit biasanya ubat, dan di dalam manis itulah biasanya ~ racun;\nbauran\n campuran, adukan;\nperbauran\n1.\n perihal berbaur, percampuran, pergaulan;\n2.\n perkahwinan;\npembauran\n pencampuran, pengadukan." "baur II\nbatang dan lain-lain (yang melentik pada suatu alat), tangkai;\n~ anggah\n = \n~ kail \n= \n~ taut \ntangkai kail, joran;\n \n~ panah \nkayu (buluh) tempat merentangkan tali panah." "baur III\n[arkaik] sejenis pedang kebesaran." "bausastera\n[Jawa] kamus." "bausuku\n[Jawa] [arkaik] tenaga pekerja, pekerja-pekerja wajib (untuk kerajaan)." "baut\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sejenis besi untuk menyambungkan kayu (memutar skru dan lain-lain);\n2.\n [Jawa], [bahasa percakapan] tukang pukul (yang dipelihara oleh tauke untuk menakut-nakuntukan pekerja)." "bawa\nberbawaan\n berbandingan (dengan), berpadanan (dengan), sesuai dengan:\nwarna kain samping ~ dengan warna bajunya;\nmembawa\n1.\n mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung:\npakaian yang dibawanya hanya yang lekat di badan; \n2.\n memimpin (mengiringi dan sebagainya) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat:\n~ anak ke sekolah; \n3.\n mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan:\nmasa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; \nbuangkanlah apa yang ada pada kita yang ~ kepada rosaknya agama Islam; \nkereta api yang ~ maut; \n4.\n melibatkan, memasukkan (dalam sesuatu perkara):\njanganlah dibawa-bawa orang tua saya dalam perkara ini;\n5.\n hingga, sampai:\npakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit; \ndari petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat;\n6.\n [bahasa percakapan] memandu kenderaan\n.~ adat \n= \n~ bulan \nhaid, datang bulan;\n \n~ alamat \nmemberi alamat, menandakan;\n \n~ aturan sendiri \n[bahasa percakapan] menurut kesukaan sendiri;\n \n~ berat \nmengandung, hamil;\n \n~ diri \na) mengembara, melarikan diri;\n b) menyesuaikan diri (dengan keadaan):\nia dapat ~ diri di mana-mana; \nc) mengakibatkan, menyebabkan:\npemilihan pengerusi tidak ~ perubahan apa pun dalam parti;\n \n~ duduk\n menjemput duduk;\n \n~ gelak \nmengakibatkan orang tertawa;\n \n~ halnya \nmengembara mencari penghidupan;\n \n~ hati \na) mencurahkan isi hati;\n b) = \n~ masuk hati \nmenjadikan kecil hati;\n c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dan lain-lain), merajuk;\n \n~ hidup \nmerantau mencari penghidupan;\n \n~ iman \nberiman kepada Allah dengan memeluk agama Islam;\n \n~ ke air \nmembawa anak mandi;\n \n~ kacau \nmengakibatkan kacau;\n \n~ kakinya \npergi tidak tentu hala;\n \n~ lari \nmelarikan;\n \n~ makna \nmengandungi sesuatu maksud;\n \n~ malu \nmemalukan;\n \n~ mati \na) menyebabkan mati;\n b) membawa sampai ke kubur;\n \n~ mulut\na) datang hanya untuk bercakap-cakap dan makan-makan;\n b) menceritakan hal seseorang kepada orang lain;\n \n~ nasib \npergi mencari penghidupan;\n \n~ nyawa\n menyelamatkan diri;\n \n~ perut\n datang untuk makan sahaja;\n \n~ salah \nsalah faham (mengerti);\n \n~ singgah \nmenyilakan singgah;\n \n~ soal\n mengemukakan soal;\n \n~ tempurung \nmeminta sedekah;\n \n~ untung \na) mendatangkan untung;\n b) pergi mencari penghidupan;\n \ndibawa arus \nhanyut\n; \ndibawa ke muka pengadilan\n dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan;\n \ndibawa ke tengah \ndikemukakan kepada pihak-pihak tertentu yang boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yang dikemukakan itu;\nmembawakan\n1.\n membawa untuk seseorang:\nSalina ~ anaknya kopi dan roti; \n2.\n menyampaikan, membaca, menyanyikan:\ndua tiga orang daripada mereka ~ lagu Arya Mala;\nterbawa\n1.\n (tidak sengaja) membawa atau dibawa:\nfail lain pula yang ~ ke bilik mesyuarat; \n2.\n = \n~ masuk\n = \nterbawa-bawa\n terlibat, tersangkut:\njangan-jangan saya pun ~ dalam perkara ini; \n3.\n sanggup dibawa:\nsaya tak ~ bungkusan seberat ini; \n4. = terbawa-bawa\n terpengaruh, kena pengaruh:\nmereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yang hampir baligh ~ oleh suasana yang tidak keruan; \npenterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing;\nbawaan\n1.\n benda yang dibawa:\nsekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; \nmasing-masing meletakkan ~nya; \n2.\n harta benda yang dibawa pada masa kahwin:\n~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; \n3.\n buah tangan:\nsetiap kali dia datang ada saja ~nya; \n4.\n pengaruh, akibat:\nmudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; \n5.\n = \npembawaan; \n6.\n yang dibawa oleh:\nbeberapa jenis penyakit ~ air dan udara; \nkulat patogen \n~\n tanah;\npembawaan\n1. = bawaan\n sifat semula jadi:\nsusah hendak mengubah ~ semula jadi; \n2.\n perihal membawa:\n~ barang-barang itu dilakukan pada malam hari;\nberpembawaan\n mempunyai sesuatu sifat semula jadi;\npembawa\n1.\n orang yang membawa (mengangkat dan sebagainya) sesuatu;\n \n~ berita \n= \n~ khabar\n orang yang membawa khabar;\n \n~ suara \njuruacara, jurubicara;\n \nse~ kakinya \nke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja;\n2.\n orang yang mendatangkan sesuatu atau yang menyebabkan berlakunya (timbulnya dan sebagainya) sesuatu:\nia menganggap Hamzah Fansuri sebagai ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yang rasional;\n~-~ peradaban India; \n3.\n [Negeri Sembilan] barang yang dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai:\ncari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; \n4.\n orang dan lain-lain yang menyebarkan sesuatu (seperti penyakit, kuman, dan sebagainya):\n~ kuman taun." "bawab\n[Arab] penunggu (penjaga) pintu." "bawah\n1.\n terletak separas dengan permukaan tanah (berkenaan (dengan) bahagian bangunan, rumah, dan sebagainya):\npejabatnya terletak di tingkat ~ bangunan itu; \n2.\n ruang kosong yang terletak di antara tiang rumah atau kaki almari (meja, kerusi, dan sebagainya):\n~ rumah itu boleh dijadikan stor;\n~ angin \ntempat angin datang;\n \nnegeri ~ angin \nKepulauan Melayu;\n \n~ duli\n = \n~ cerpu \n= \n~ kadam\n = \n~ kaus \nkata kehormatan kepada raja;\n \nke ~ duli baginda \nkpada baginda;\n \n~ sedar \na) lubuk hati (perasaan yang dalam-dalam);\n b) tidak sedar sepenuhnya;\n \n~ tanah \na) di bawah permukaan bumi, dalam tanah;\n b) sulit, gelap (berkenaan (dengan) gerakan dan lain-lain);\n \n(di) ~ tangan \na) di bawah kuasa (pengaruh dan lain-lain);\n b) tidak dengan secara rasmi atau umum (penjualan dan lain-lain);\ndi bawah\n1.\n di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga (mis di taman, di perkarangan, dan sebagainya):\nkanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; \n2.\n di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan lain-lain):\n~ meja \n3.\n yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya) yang berikutnya:\nsila rujuk pada rajah ~; \nbaca petikan ~; \n4.\n kurang daripada:\nkanak-kanak ~ umur 12 tahun; \n5.\n berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya):\nkakitangan ~ jagaannya; \norkestra ~ pimpinan Johari Saleh; \norang ~ \norang yang lebih rendah (pangkat, kedudukan, dan sebagainya);\n~ harga \nlebih murah daripada harga yang sebenarnya;\n \n~ ketiak\n di bawah pengaruh (orang tua dan lain-lain);\n \n~ lindungan \ndilindungi oleh;\n \n~ penilikan\n ditilik oleh;\n \n~ perintah \ndiperintahkan oleh;\n \n~ umur \nbelum dewasa;\nke bawah\n1.\n ke tempat yang lebih rendah;\n2.\n ke paras (peringkat dan sebagainya) yang lebih rendah;\nmengebawahkan\n merendahkan, menurunkan;\nterkebawah\n bawah sekali, terendah:\nawak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yang ~;\nmembawah\n [arkaik] bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang;\nmembawahi\n [kiasan] menjadi dasar pada sesuatu, mendasari:\nakal budi suci ~ akal budi biasa;\nmembawahkan\n memimpin (bawahan dan lain-lain), menguasai (daerah dan lain-lain);\nterbawah\n1.\n terendah;\n2.\n =\n ~ oleh \ndipimpin oleh;\nbawahan, sebawah, sebawahan\n1.\n orang di bawah, orang yang di bawah perintah, orang rendahan:\nia mencatat nama-nama ~nya yang hadir pada hari Minggu; \n2.\n (golongan) yang bawah (rendah):\nmasyarakat Melayu terbahagi kepada tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~\n;\npembawah\n (Matematik) nombor bawah pecahan (menunjukkan berapa bahagian sesuatu dibahagikan)." "bawak\n[Minangkabau] belulang, kulit kerbau." "bawal I\nsejenis ikan laut yang agak lebar badannya;\n~ hitam\n = \n~ kedewasa \nsejenis ikan laut, \nParastromateus niger;\n~ putih\n = \n~ cermin \nsejenis ikan laut, \nPampus argentues;\n~ tambak \nsejenis ikan laut, \nPampus chinensis." "bawal II\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), akar serau malam, akar tapak gajah, kacip fatimah, \nPhyllagathis rotundifolia." "bawang\nsejenis tumbuhan (bebawang) yang umbinya dimakan;\n~ benggala\n = \n~ bombai \n= \n~ cina\n sejenis bawang, \nAllium fistulosum;\n~ merah \nsejenis bawang yang berwarna merah keungu-unguan, bawang kecil, \nAllium cepa;\n~ putih \nbawang kecil yang berwarna putih dan kuat baunya, \nAllium sativum; \nmakan ~ \nki marah (di dalam hati);\n \nrosak ~ ditimpa jambak \n(peribahasa) rosak kerana kesalahan kaum atau diri sendiri;\nmembawang\n [kiasan] makan bawang, marah." "bawang-bawang\nbebawang." "bawasir\nbuasir." "bawat I\npayung ~ \n[sastera lama] payung kebesaran." "bawat II\n1.\n luyu, ruyu, rudu (berkenaan (dengan) mata);\n2.\n berumbai, berjumbai (tali)." "bawel\n[Jawa] suka berleter, cerewet." "baya\numur, usia;\nPak Saleh sudah agak ~ \nsudah agak berumur;\n \nseparuh ~\n = \nsetengah ~\n setengah umur;\nsebaya\n1.\n seumur, sama umurnya:\nanak-anak muda yang ~;\n2.\n sama (besar, tinggi, dan lain-lain):\nrumah-rumah dalam kelompok itu kelihatan ~ belaka; \nditanamnya anak pisang yang hampir ~ tingginya dengan dia sendiri." "bayak\n1.\n terlalu besar atau gemuk (tetapi kurang tinggi);\n2.\n besar perut, boyot;\nkebayakan\n perihal bayak (gemuk dan kurang tinggi), besarnya (perut), buncitnya (perut)." "bayam\nsejenis tumbuhan (herba) yang dibuat sayur;\n~ duri \nsejenis tumbuhan (herba), \nAmaranthus spinosus;\n~ putih \nsejenis tumbuhan (herba), \nAmaranthus viridis;\n~ selasih \nsejenis tumbuhan (herba), \nAmaranthus gangeticus." "bayan I\nsejenis burung nuri\n Psikologittacula spp;\n~ api, Psikologittacula alexandri;\n~ budiman, Psikologittacula eupatria;\n~ lepas, Psikologittacula krameri; \nniat hati nak getah ~, sudah tergetah burung serindit \n(peribahasa) lain yang diingini, lain yang didapat (diingini adik tetapi mendapat kakak)." "bayan II\nikan ~(-bayan) \nsejenis ikan laut, \nBodianus spp., Choerdon spp., Scarus spp., Thallosoma spp.\n, dan lain-lain." "bayan III\n[Arab] nyata, terang;\n \nilmu ~\n pengetahuan yang menerangkan erti dan maksud perkataan-perkataan dalam al-Quran;\nmembayankan\n [sastera lama] menerangkan, menghuraikan, menjelaskan;\nterbayan\n nyata, jelas, terang." "bayang\n= bayang-bayang\n1.\n tempat yang tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda:\njangan engkau makan dalam ~;\n2.\n lembaga gelap yang wujud pada suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar:\n~ orang; \n3.\n gambar pada c" "bayangkara, bayangkari\n[sastera lama] pasukan pengawal." "bayar\n~ waktu terima\n bayaran dibuat secara tunai sewaktu barangan diserahkan kepada pembeli;\nberbayar\n dijelaskan, dilunaskan:\nhutangnya di kedai itu belum ~ lagi;\nmembayar\n1.\n memberi wang untuk harga barang yang diterima (untuk menyelesaikan hutang, sebagai upah kepada seseorang, dan lain-lain):\n~ gaji;\n~ hutang;\n~ bil elektrik; \n2.\n menunaikan (janji, kaul, dan lain-lain):\n~ niat; \n3.\n membalas (kebaikan dan lain-lain):\n~ budi;\n~ ansur \nmembayar sedikit-sedikit;\n \n~ derau \nmembalas budi (pertolongan beramai-ramai);\n \n~ di belakang \nmembayar sesudah menerima barang dan lain-lain;\n \n~ di muka\n membayar sebelum menerima barang dan lain-lain;\n \n~ hajat \n= \n~ kaul \n= \n~ nazar \n= \n~ niat \nmelepaskan (menunaikan) hajat (kaul dan lain-lain);\n \n~ kontan \n[Indonesia] = \n~ tunai\n membayar pada ketika menerima barang;\nmembayarkan\n1.\n memberikan (wang dan lain-lain) untuk membayar:\ndengan apa engkau ~ harta orang yang telah rosak itu?;\n~ nyawa \nmengorbankan nyawa;\n2.\n membayar untuk:\nkami terpaksa ~ dia bil elektriknya itu;\nterbayar\n1.\n mampu (berupaya) membayar;\n2.\n dibayar:\nkegigihan dan usahanya selama ini sudah ~ dengan berbagai-bagai anugerah yang diterima;\nbayaran\n1.\n (wang) yang dibayar:\nmereka dikenakan ~ RM5.00 seorang; \n2.\n (orang) yang dibayar:\nserdadu ~;\n3.\n gaji, upah, biaya:\npada akhir bulan kami menerima ~;\npembayaran\n perihal (tindakan dan sebagainya) membayar, penjelasan (harga barang dan lain-lain), pelunasan (hutang):\n~ harus dilakukan pada akhir bulan;\npembayar\n1.\n orang yang membayar:\npemerintahlah ~ segala wang belanja selama aku belajar;\n~ cukai; \n2.\n wang (harta dan lain-lain) yang digunakan untuk membayar:\nwang ~ hutang." "bayas\nsejenis tumbuhan (palma), \nOncosperma horrida." "bayi I\nanak kecil yang baru dilahirkan;\n~ biru \nbayi yang dilahirkan dengan keadaan kulitnya yang kebiruan akibat kekurangan oksigen dalam darah, biasanya berpunca daripada masalah jantung;\n \n~ tabung uji \nbayi yang lahir hasil daripada persenyawaan di luar tubuh dalam tabung uji." "bayi II\n[Brunei] babi." "bayinah, bayinat\n[Arab] [arkaik] keterangan, bukti yang nyata." "bayonet\nsenjata tajam seperti pisau yang dipasangkan pada hujung senapang, sangkur;\nmembayonet\n menikam dengan bayonet, menyangkur." "bayu I\n[sastera lama] angin yang bertiup perlahan-lahan dan lembut;\nbalai ~ \nbalai peranginan;\n \ndipuput ~ \nditiup bayu." "bayu II\n= kebayuan\n berubah rasa (kerana basi);\nbayuan\n makanan (minuman yang basi)." "bayu III\n[sastera lama] hamba, sahaya." "bayuh\n[arkaik] hak perempuan yang bermadu atas suami, giliran perempuan yang bermadu menerima suaminya." "bayung I\nsejenis golok." "bayung II\nsulur ~ \nsejenis ukiran sulur bakung." "bayung III\n[Jakarta] sayur (daun kacang panjang)." "bayur\nsejenis tumbuhan (pokok), \nPterospermum spp.;\n~ bukit, Schoutenia spp." "bazar\nkelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang (seperti kain, buku, dan lain-lain)." "bazir\nmembazir\n berlebih-lebihan sehingga terbuang:\nkenduri kahwin yang dibuat secara besar-besaran adalah ~ saja;\n membazirkan\n menggunakan sesuatu dengan berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang:\njangan ~ air dalam musim kemarau;\n~ masa dan tenaga;\n \npembaziran\n perbuatan membazir(kan) (wang, masa, tenaga, dan sebagainya):\n~ air berlaku di kebanyakan rumah;\n~ sifar \ntidak berlaku sebarang pembaziran;\npembazir\n orang yang suka membazir(kan)." "bazuka\npelancar roket yang disandang pada bahu untuk menembak roket yang boleh memusnahkan kereta kebal dan sebagainya." "BB\n[kependekan] Bangsa-Bangsa Bersatu (pertubuhan untuk keamanan dan kerjasama antarabangsa)." "BBC\n[kependekan] \nBritish Broadcasting Corporation \n(Perbadanan Penyiaran British)." "Be\nsimbol kimia bagi berlium." "bea\n1.\n wang yang dibayar oleh pemilik kapal dan lain-lain;\n \n~ pelabuhan \nwang yang dibayar oleh pemilik kapal untuk kegunaan pelabuhan;\n2.\n [Indonesia] cukai yang dikenakan ke atas barang yang dieksport;\n~ meterai \n[Indonesia] cukai yang merupakan setem;\n \n~ warisan \ncukai ke atas harta benda yang diwarisi." "bearing I\narah kompas dari satu tempat (berhubung dengan satu tempat lain):\nmengambil ~ kompas." "bearing II\nbahagian mesin tempat bahagian lain berputar atau bergelangsar." "bearis\n(Ekonomi) mengalami kejatuhan harga saham (berkenaan (dengan) pasaran saham);\nbebal\n tumpul otak, bodoh;\n \nsalah ~ \nbermacam-macam kesalahan;\nbebalan\n perbuatan (sikap) bebal;\nkebebalan\n kebodohan." "bebalai\n[Jawa] sejenis tempat duduk atau tempat tidur yang dibuat daripada buluh (kayu), amben." "bebalang\nsejenis senjata yang dibaling, balang-balang." "bebaling\nbaling-baling." "beban\n1.\n barang yang dibawa (di atas kuda, keldai, dan lain-lain) atau dipikul;\n \nkuda ~ \nkuda untuk mengangkat beban, kuda muatan;\n2.\n tanggungan (kewajiban) yang berat:\ndia menjadi ~ kepada kedua-dua orang tuanya; \nkenaikan harga barang merupakan satu ~ kepada orang ramai; \n3.\n tanggungan daripada kenaikan cukai;\n~ berat senggulung batu\n (peribahasa) tanggungan yang sangat berat;\n \n~ sudah di pintu \n(peribahasa) beban sudah dekat untuk dibawa (anak perempuan yang sudah patut dipersuamikan);\n \nbesar senggulung daripada ~\n (peribahasa) besar belanja daripada pendapatan;\n \nibarat ~ belum lepas dari bahu (kepala) \n(peribahasa) belum lepas daripada tanggungan;\n \nseberat-berat ~, di atas kepala\n \njua\n (peribahasa) betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu);\n \nseberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan \n(peribahasa) walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu;\n \ntiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas\n (peribahasa) mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri;\nmembebani\n memberi beban (tanggungan yang berat) kepada, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban:\n~ murid dengan kerja rumah; \nkebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yang berat;\nmembebankan\n memberikan beban:\n tugas yang berat dibebankan kepadanya; \nkerja yang ~;" "bebanan\nbeban;\npembebanan\n perbuatan membebani atau membebankan." "bebandos\n[Jakarta] sejenis penganan;\n= bandos." "bebang\nterbebang, kebebangan\n berasa susah hendak membuang air besar (air kecil);\n \nmati ~\n mati kerana tidak dapat keluar (anak yang hendak lahir);\n \ngajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan\n (peribahasa) hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri binasa." "bebangun\nsejenis tumbuhan (pokok), bangun-bangun, hati-hati, \nColeus ambonicus." "bebar\nkacau-bilau dan riuh-rendah:\norang ramai itu menjadi ~ apabila berlaku gegaran di bangunan itu;\n berbebar, berbebaran\n bergerak (berlari, terbang, dan sebagainya) dengan tidak berketentuan: \nkelelawar ~ dalam gua itu." "bebarau\nbarau-barau (burung)." "bebaru\nsejenis tumbuhan (pokok yang berbunga), baru, baru-baru, \nHibiscus tiliaceus." "bebas\n1.\n tidak terhalang (untuk bergerak, bercakap, dan lain-lain), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa:\nangkasa ~; \ndunia ~; \npolitik ~; \nsetiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; \n2.\n lepas daripada kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dan lain-lain):\nia ~ daripada kewajiban memberi belanja kepada bekas isterinya; \ntidak seorang pun ~ daripada cukai;\n3.\n merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain):\nnegara-negara ~ menjadi ahli B.B.;\n~ cukai \ntidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dan lain-lain);\n \n~ tol \na) tidak dikenakan bayaran untuk panggilan telefon:\nsyarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol;\nb) tidak dikenakan bayaran untuk menggunakan jalan raya, jambatan dan lain-lain:\nkerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;\nmembebaskan\n1.\n memberi keadaan bebas (untuk bergerak, bercakap, dan lain-lain), memberi keleluasaan, melepaskan:\nbaru beberapa hari dibebaskan daripada tahanan, ia sudah mencuri lagi; \n2.\n melepaskan daripada kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dan lain-lain):\ntidak patut ia ~ diri daripada tanggungjawab terhadap gadis itu;\n3.\n memerdekakan (daripada kekuasaan lain):\nangkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani daripada tangan Fasis; \n4.\n memberhentikan (daripada tugas atau jawatan):\npegawai itu dibebaskan daripada jawatannya;\nkebebasan\n perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan:\nKedah mencari ~ negerinya daripada takluk orang-orang Siam;\n~ akhbar \nkebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dan sebagainya) tanpa dikongkong atau disekat;\npembebasan\n perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan:\nnegara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yang diduduki musuh;\npembebas\n orang (alat dan lain-lain) yang membebaskan:\nkuman ~ nitrogen." "bebat\nkain dan lain-lain untuk membalut;\nmembebat\n membalut:\ndia ~ luka itu;\npembebatan\n perbuatan membebat;\npembebat\n1.\n orang yang membebat;\n2.\n benda untuk membebat." "bebatai\nsejenis tumbuhan (pokok), beksa, bereksa, \nCassia timoriensis." "bebawang\norgan pembiakan vegetatif yang merupakan tunas bawah tanah, terdiri daripada batang yang sangat pendek dan dikelilingi beberapa lapis daun tebal yang berisi makanan simpanan;\n \n~ gantung \nsejenis bebawang yang pembiakannya terjadi daripada benih yang gugur dari bunga." "bebayuh\n[kata seru] beroleh hak atau giliran seseorang perempuan yang bermadu daripada suaminya:\n timbul konsep ~ yang berpunca daripada sistem kepercayaan orang Melanau\n." "bebe I\n[Indonesia] = \nbaju ~ \ngaun (baju perempuan cara Barat)." "bebe II\n[Indonesia-Belanda] pegawai perkhidmatan awam." "bebe III\n[Kedah] bayi, anak kecil yang masih menyusu." "bebeh\n[Kedah];\nmembebeh, terbebeh\n terunjur keluar (bibir sebelah bawah)." "bebek I\n[Jakarta] itik;\nmembebek\n berlaku seperti bebek (mengikut pendapat atau kata orang dengan tidak berfikir, beristeri banyak, dan lain-lain);\npembebek\n orang yang suka mengikut kelakuan (cakap dan lain-lain) orang lain." "bebek II\nembek (bunyi kambing, biri-biri);\nmembebek\n mengembek;\n \nmasuk kandang kambing ~, masuk kandang kerbau menguak \n(peribahasa) harus pandai menyesuaikan diri pada setiap keadaan;\nbebekan\n embek." "bebel I\nmembebel\n1.\n mengeluarkan kata-kata secara yang tidak tersusun atau yang sukar difahami, mengomel;\n2.\n berleter;\nmembebelkan\n membebel tentang;\nbebelan\n kata-kata yang dikeluarkan oleh orang yang membebel, omelan." "bebel II\n[Jakarta] sukar mengerti, sukar belajar;\nbebal." "bebelak\nsejenis tumbuhan (pokok), kesuma bukit, menarung gajah, \nTrichospermum kurzii." "bebenah\n[Jakarta] berkemas-kemas, mengemas-ngemas, merapikan, membersihkan." "bebenang\n1.\n garis timbul yang berlilit-lilit di sekeliling bahagian luar skru atau bahagian dalam nat, ulir;\n2.\n sesuatu yang kelihatan seperti benang:\n tuala yang tepinya dihiasi ~ perak." "beber\nwayang ~ \n[Jawa] sejenis wayang yang dipertunjukkan dengan cara membuka gambar-gambar yang terlukis pada kain putih yang bergulung;\nmembeber\n membuka (gulungan, payung, dan lain-lain);\nmembeberkan\n1.\n mengembangkan (bendera, layar, dan lain-lain), membentangkan:\njong itu telah ~ layarnya; \n2.\n membentangkan:\nketerangannya ~ betapa banyaknya perubahan itu;\n3.\n membuka (rahsia dan lain-lain):\ndia suka ~ rahsia orang;\nbeberan\n bentangan;\npembeberan\n perbuatan membeber(kan)." "beberapa\nlebih daripada dua tetapi tidak banyak:\n~ hari sebelum kemalangan itu berlaku;\n~ buah buku." "beberas\nsejenis tumbuhan (pokok), kedondong matahari, kijai, beras-beras,\n Trigonochlamys griffithii." "beberat\nbenda berat yang dilemparkan atau diangkat sebagai senaman olahraga." "beberek\nberek-berek (sejenis burung)." "bebesaran\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMorus alba;\nbesaran." "bebeti\nsejenis tumbuhan (pokok), beti-beti, \nFlueggia virosa;\nbeti." "bebiri\nbiri-biri." "bebodoran\n[Indonesia] [arkaik] pelawak, badut." "bebola\nsesuatu (objek dan sebagainya) yang berbentuk bulat seperti bola;\n~ ikan\n isi ikan yang digaul dengan telur dan lain-lain dan dibentuk bulat-bulat kecil;\n ~ mata\n biji mata;\n \nalas ~ \nbebola logam yang bergerak dalam suatu gelang di sekeliling suatu batang dalam suatu mesin supaya batang itu bergerak dengan lebih mudah dan kurang bergeseran." "beboreh\n= boreh." "bebotok\nbotok, botok-botok." "bebuas\nsejenis tumbuhan (pokok renek), buas-buas, bebuat, \nPremna integrifolia;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok renek), buas-buas bukit, \nViburnum sambucinum." "bebuat\nsejenis tumbuhan (pokok renek), bebuas." "bebulan\nbulan-bulan (sejenis tumbuhan)." "bebuli\nobjek atau bahagian sesuatu alat yang bentuknya bulat, seperti bonjolan yang terdapat pada termometer." "bebulu\nbulu-bulu." "bebuluh\nbuluh-buluh." "bebusuk\nsejenis tumbuhan, bereksa, busuk-busuk, \nCassia spp\n." "bebuta\nsejenis tumbuhan (pokok), buta-buta, kayu mati buta, \nExcoecaria agallocha." "beca I\nsejenis kenderaan beroda tiga untuk seorang atau dua penumpang yang dikayuh oleh seseorang;\n\n\ntukang ~\n orang yang mengayuh beca;\nberbeca\n menaiki (menumpang) beca." "beca II\n[Terengganu] bengkak dan bernanah, khususnya pada kaki:\n\n\nkuku jari mak cik yang kena duri nibung semakin ~." "becah\n= bencah." "becak I\n1.\n bintik, rintik, kurik;\n2.\n kotoran;\nberbecak-becak\n1.\n berbintik-bintik, berintik-rintik, berkurik-kurik:\nbajunya ~; \n2.\n kotor:\nseluarnya ~ kena lumpur." "becak II\n1.\n berlumpur, lecah:\npadang agak licin dan \n~\n kerana hujan sejak beberapa hari\n;\n \ntidak hujan lagi ~, inikan pula hujan \n(peribahasa) semasa senang sahaja sudah susah, apa lagi semasa susah;\n2.\n tanah lembut yang berair, lumpur, selut:\nmereka sanggup berkorban apa saja walaupun terpaksa meredah ~ dan menghidu bau busuk di kawasan itu; \npenduduk terpaksa berjalan kaki menyusur liku-liku jalan yang dilitupi ~ dan lopak;\nmembecakkan\n mengotori dengan lumpur, melecahkan:\nhujan lebat ~ jalan tanah merah di situ." "becang\n~-becok \nbunyi bising dan hingar bingar." "becar\n[sastera lama] silau (kerana sinar matahari)." "becek\n[Indonesia] becak, berlumpur (dan berair)." "becok\nbercakap dengan bising dan tidak henti-henti:\nmereka ~ bercerita tentang hal masing-masing;\n~ mulut \nsuka bercakap;\nkebecokan\n ~ mulut\n perihal becok (mulut):\nada kesedihan yang tersimpan di sebalik keriuhan dan ~ mulutnya." "becokok\n[Jakarta] sejenis buaya kecil, buaya katak." "becuk\nsejenis ikan laut, \nPseudodat moluccanus." "becus\n[Jakarta];\ntidak ~ \ntidak cekap, tidak rapi." "beda\nbeza." "bedah\n1.\n pecah, rabak, sobek (berkenaan (dengan) bendungan dan lain-lain):\nkerana hujan lebat, empangan itu telah ~; \n2.\n berkaitan dengan (terlibat di dalam, digunakan untuk) pembedahan:\ndoktor ~; \nilmu ~; \nperkakas ~;\nmembedah\n1.\n membelah mana-mana bahagian badan untuk membuang atau merawat bahagian yang berpenyakit:\nkalau tidak dibedah, penyakitnya itu tidak akan sembuh;\n2.\n membelah bahagian tubuh (biasanya binatang untuk melihat isi di dalamnya untuk tujuan pembelajaran):\n~ arnab;\npembedahan\n perbuatan (proses dan lain-lain) membedah:\nuntuk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~;\n~ itu mengambil masa tiga jam\n;\n~ jantung terbuka \npembedahan besar ke atas jantung pesakit dengan pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu;\n \n~ kosmetik \npembedahan yang dilakukan untuk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupa seseorang;\n \n~ mikro \nmikrosurgeri;\n ~ plastik \npembedahan untuk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yang cacat, berpenyakit, atau kurang cantik;\npembedah\n1.\n orang (doktor) yang membedah;\n2.\n alat untuk membedah." "bedah siasat\n1.\n pemeriksaan secara pembedahan dan sebagainya yang dilakukan ke atas mayat atau bangkai binatang untuk mengetahui atau mengenal pasti punca kematiannya, post-mortem:\nmayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah untuk ~; \nlaporan ~ menunjukkan darah dua lelaki itu mengandungi alkohol; \n2.\n analisis, kajian semula, perbincangan dan sebagainya sesuatu peristiwa (perlawanan dan sebagainya) yang baru berlaku, terutamanya untuk melihat punca kegagalannya dan sebagainya, post-mortem:\nparti itu akan membuat ~ ekoran daripada kekalahan besar dalam pilihan raya kecil baru-baru ini; \npihaknya akan melakukan ~ untuk meneliti perkara yang berlaku sepanjang kejohanan itu;\n membedah siasat\n melakukan bedah siasat:\nbeberapa pegawai dihantar untuk ~ bangkai gajah terbabit; \nberapa kali prestasi pasukan bola itu hendak dibedah siasat?" "bedak I\nbahan berbau harum (biasanya berupa serbuk halus) yang dipakai pada kulit (terutamanya pada muka);\n~ air \nbedak yang sudah bercampur air;\n \n~ batu\n = \n~ buku\n bedak yang berketul;\n \n~ dingin \n[Indonesia] bedak sejuk;\n \n~ muka\n bedak yang dipakai untuk mencantikkan muka;\n \n~ panas \nsejenis bedak untuk ubat;\n \n~ podar \nbedak yang halus (seperti tepung);\n ~ sejuk \nbedak yang dibuat daripada tepung beras (dihancurkan dalam air sebelum dipakai);\n \n~ siam \nbedak air yang wangi;\nberbedak\n dibubuhi (disapu) bedak:\nmukanya belum ~ lagi;\nmembedaki\n membubuh (menyapu) bedak pada:\ndia mengambil sedikit bedak untuk ~ mukanya;\nmembedakkan\n membubuhkan atau menyapukan bedak pada:\ndia ~ bayi itu." "bedak II\n[Kedah];\nmembedak\n membahagi." "bedal I\npukul:\nular itu mati kena ~;\nmembedal\n1.\n memukul, menghentam:\ndia dibedal perompak-perompak itu sehingga pengsan; \n2.\n memakan hingga habis:\nkuih-kuih itu habis dibedalnya; \n3.\n [kiasan] menentang (pendapat, dan lain-lain):\nsaya tak bermaksud untuk ~ sesiapa pun dalam masalah ini\n;\n4.\n mengambil buah dengan cara memukul dengan galah." "bedal II\n[Jakarta] lepas dan lari (berkenaan (dengan) kuda dan lain-lain)." "bedama\n[Jawa], [sastera lama] sejenis parang." "bedan\n= bedan-bedan\n1.\n bengkak-bengkak merah pada kulit (bekas kena pukul atau kena garu);\n2.\n bintat-bintat merah pada kulit kerana terkena ulat bulu;\nberbedan, berbedan-bedan\n ada bedan:\nbadannya ~ apabila terkena ulat bulu yang berbis" "bedara\nbidara." "bedaru\ndaru." "bedat\nbedata\n sejenis tumbuhan (pokok), berembang, gedaba, pedada, \nSonneratia caselaris." "bedaya\n[Jawa] [arkaik] penari wanita di istana." "bedebah\nkata makian:\nanak ~; \nsi ~." "bedebuk\ndebuk." "bedegap\n[Indonesia] [arkaik] kuat, tegap." "bedegong\n[Indonesia] [arkaik] keras kepala, tidak beradat." "bedel\n[Jawa] belah, bedah;\nmembedel\n melakukan pembedahan, membedah." "bedeng\n1.\n berek (rumah sementara untuk pekerja-pekerja dan lain-lain);\n2. = bedengan\n batas (untuk menanam sayur dan lain-lain);\n3.\n batas, permatang (sawah)." "bedil I\nsenjata (seperti senapang, meriam, dan sebagainya):\n~ pekatu;\n~ pemuras;\n~ pengatu;\n~ tegadas;\n~-bedal\n bermacam-macam bedil;\n \n~ besar\n [sastera lama] meriam;\n \nmenghadapkan ~ pulang \n(peribahasa) merugikan kaum keluarga sendiri;\n \nmenjual ~ kepada lawan \n(peribahasa) mencelakakan diri sendiri;\n \nseletus ~ berbunyi, mencelur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan \n(peribahasa) kata yang sepatah dapat menggemparkan orang di mana-mana (jika hendak berkata-kata, fikirlah dahulu supaya jangan menjadi heboh);\nberbedil-bedilan\n berbalas-balas tembakan, bertembakan, bertembak-tembak:\nkedua-dua pasukan itu ~ untuk beberapa jam;\nmembedil\n menembak dengan bedil, memasang bedil:\nmusuh ~ kota itu dari laut;\nbedilan\n hasil membedil, tembakan:\nserangan-serangan tersebut dimulakan dengan ~-~ hebat dari dua buah kapal;\npembedilan\n perbuatan membedil;\npembedil\n orang yang tugasnya membedil." "bedil II\n~ lalat \nsejenis tumbuhan (pokok renek), balun hijau, bulu-bulu, meletup api, pokok tepuk lalat, \nDiospyros argentea." "bedooh\n[Terengganu] melampau, keterlaluan:\nbersopanlah sedikit makan nasi, mak tengok ~ sangat." "beduan\nsejenis nyanyian rakyat dari negeri Perlis yang diiringi bunyi-bunyi gendang." "bedudak\n[Jawa] ular beludak." "beduk\nsejenis gendang besar di surau, masjid, dan lain-lain, tabuh." "bedukang\nsejenis ikan laut, belukang, pedukang, \nArius leiotetocephalus." "bedung\n= bedungan\n kain untuk membalut badan bayi;\nmembedung\n membalut dengan bedung:\nbayi itu dibedung dengan kemas;\nterbedung\n dibalut dengan bedung." "beg\nbekas untuk mengisi, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku, dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain;\n~ baju \n= \n~\n \npakaian\n beg tempat pakaian;\n \n~\n \nbimbit\na) beg kecil berbentuk empat segi yang digunakan untuk membawa dokumen;\n b) = \n~\n \njinjit \nbeg yang dijinjit atau dijinjing;\n \n~ buku \n= \n~ sekolah \nbeg untuk mengisi buku-buku sekolah;\n \n~ diplomatik \nbeg atau bekas yang berisi surat rasmi, barang dan sebagainya yang dihantar kepada atau daripada sesebuah kedutaan, biasanya tidak diperiksa oleh pihak berkuasa kastam dan sebagainya;\n \n~ duit \n= \n~ saku \n= \n~ wang \nbeg kecil untuk mengisi wang;\n \n~ galas = ~ sandang \nbeg yang digalas pada bahu;\n \n~ kepit \nsejenis beg tidak bertali yang biasanya dibawa dengan mengepitnya di celah ketiak atau dipegang dengan tangan;\n \n~ surat \nbeg tempat surat;\n \n~ tangan\n beg perempuan yang dijinjing di tangan atau digalas di bahu." "bega I\nberbega, membega\n berkeliling (berjalan, terbang, dan lain-lain);\nbegar\n." "bega II\nmembega\n membidik, mengacu, mengarah." "bega III\n[Negeri Sembilan];\nmembegakan\n memperlihatkan sebagai keterangan:\nperkataan ini terbit daripada ibarat tangkai padi, yang langgak atau kelihatan, maka yang itulah saja dituai yakni dibegakan;\n membega, membega-bega\n menggerak-gerakkan atau membetul-betulkan bahagian-bahagian sesuatu mesin dan lain-lain supaya berjalan dengan baik." "begahak\nsejenis ikan darat, gerahak, \nBelodontichthys dinema." "begak\npesolek, kacak, segak." "begal\n[arkaik] penyamun;\nmembegal\n menyamun, merampas (di jalan);\npembegalan\n penyamunan, perampasan." "begana I\n[Jawa] sejenis nasi yang bercampur lauk-pauk." "begana II\n~-begini\n berhelah, berdalih." "begandering, begandring\n[Indonesia] [arkaik] [bahasa percakapan] mesyuarat, sidang." "begap\n1.\n tegap dan besar (tubuh dan lain-lain);\n2.\n besar dan kuat (kaki bangku dan lain-lain)." "begar I\n1.\n keras (walaupun direbus atau diperam), tidak mahu empuk;\n2.\n tidak dapat berubah lagi (tabiat dan lain-lain), tegar hati." "begar II\nberbegar, membegar\n berkeliling (berjalan, terbang, dan lain-lain), berlegar;\nmembegari\n mengelilingi (berjalan, terbang, dan lain-lain)." "begawan\ngelaran bagi pendeta atau pertapa (yang berbahagia, yang mulia)." "begenuak\n[Kedah] terlalu banyak." "begian-begian\nbegini-begini (mempercakapkan orang dan lain-lain):\nsi anu pemalas, si anu dipukul oleh suaminya, si anu ~." "begini\nbagai ini, macam ini, seperti ini:\ntulislah ~;\n sebegini\n sebanyak ini, sekian ini;\nbegini-begini\n memperkatakan seseorang dan lain-lain secara umum tanpa penjelasan:\ndatuk nenek kami dahulu adalah ~;\nmembeginikan\n membuat (memperlakukan) seperti ini:\nsaya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan;\nbeginian\n [Jakarta] seperti ini, demikian ini." "begitu\n1.\n bagai itu, macam itu, seperti itu:\ndahulu pun ~ juga; \n2.\n amat sangat, terlalu:\nmereka hidup ~ mewah;\n~ benar \namat sangat, terlampau sangat:\n~ benar lokek orang itu;\n~juga \ndemikian juga:\nanak itu rajin, ~ juga adiknya;\n~pun \na) meskipun begitu;\n b) begitu juga;\nsebegitu\n1.\n seperti itu, sebagai itu, begitu:\nsengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; \n2.\n sangat, terlalu;\n \n~ banyak \nsangat (terlalu) banyak;\nmembegitukan\n membuat (memperlakukan) seperti itu:\nsaya tidak suka dibegitukan." "begol\nsejenis trompet yang digunakan oleh tentera." "begonia\nsejenis tumbuhan taman daripada genus \nBegonia \nyang daun dan bunganya berwarna terang." "begpaip\nsejenis alat muzik yang popular di Scotland." "begu\n[Indonesia] sejenis hantu (hutan)." "beguk\npenyakit) bengkak pada leher akibat pembesaran luar biasa kelenjar tiroid, serah beruk, bengkak cantik, degum." "begum\ngelaran kepada wanita Islam yang berkedudukan (di beberapa negara Islam tertentu, terutamanya Pakistan)." "begundal\n[Jakarta] abdi, kakitangan." "begung\n[Terengganu] tanah yang lebih tinggi dari sekitarnya." "beguri\n[Kelantan], [Terrenganu] jualan (belian) yang pertama pada sesuatu hari." "begut\n(Seni Muzik) sejenis seruling buluh puak Jahut (rumpun bangsa orang asli dari suku Senoi) di Pahang." "behavioris\npenganut behaviorisme." "behaviorisme\ndoktrin yang menekankan bahawa satu-satunya cara yang sah untuk mengkaji psikologi manusia atau haiwan adalah dengan memerhatikan tingkah lakunya." "behena\nsl\n1.\n amat penting, luar biasa, istimewa:\nada orang yang berdosa kepada Raja Mahmud, salahnya pun tiada apa ~; \n2.\n hirau, peduli, acuh:\nRaja Inayat Shah pun tiadalah ~ menyelenggara istiadat peperangan, seperti adat dahulukala." "bejana\nbekas (air dan lain-lain), balang, jambang;\n \n~ berhubungan \n[Indonesia] balang yang berhubungan antara satu sama lain." "bejat\n1.\n [Jawa] rosak (barang anyaman dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi;\nmembejatkan\n merosakkan;\nkebejatan\n kerosakan, keburukan." "bejelak\n[Kelantan] sangat lapar." "bejemo\n[kata seru] sejenis adat perkahwinan (diadakan di satu tempat sahaja)." "bek I\nbuyi kambing atau biri-biri;\nmengembek\n mengeluarkan bunyi bek;\nbebek II." "bek II\n[Jakarta] ketua kampung, lurah." "bek III\n(Suk) pemain atau kedudukan barisan pertahanan (berkenaan (dengan) permainan bola sepak, hoki dan sebagainya):\nia pandai bermain bola sepak, biasanya sebagai ~." "beka I\nsejenis kuih;\nbingka." "beka II\n berbeka, berbeka-beka\n [sastera lama] bercakap-cakap, bermesyuarat." "beka III\n[Minangkabau] [arkaik] kelak." "beka IV\nsejenis pokok renek yang boleh dibuat ulam dan ubat." "bekah\n[Kelantan] cabik (pada jahitan), sobek." "bekak\nsejenis tumbuhan, merelang, pasak telinga, lantupak, segera, \nAmoora spp\n." "bekal\n1.\n persediaan yang dibawa dalam perjalanan (seperti makanan, wang, dan lain-lain):\nmenyediakan ~ untuk musim sejuk; \n2.\n segala yang mungkin berguna pada masa depan:\n ilmu dicari untuk ~ hidup;\nberbekal\n mempunyai bekal, membawa bekal:\nia datang ke mari ~ pakaian di badan;\n berbekalkan\n mempunyai sesuatu sebagai bekal:\n~ ilmu di dada;\nmembekali\n memberi bekal kepada:\nanak itu dihanyuntukan di dalam sebuah perahu, dibekali dengan sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya;\nmembekalkan\n memberikan bekal, menyediakan sesuatu sebagai bekal:\nsebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan;\nbekalan\n benda-benda yang dipakai (disediakan) sebagai bekal, (benda-benda) persediaan:\n~ makanan hanya sebanyak yang terlarat dibawa;\n bekal-bekalan\n bermacam-macam bekal;\nperbekalan\n bekalan;\npembekalan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membekalkan:\nia menghentikan ~ makanan untuk masyarakat kota;\npembekal\n orang yang memberi (menyediakan) bekal:\npasukan ~;\n~ modal\n orang yang memberi modal." "bekalembaga\nbahagian daripada biji, endosperma." "bekali\n[Kelantan], [Terrenganu] barangkali." "bekam I\nmembekam\n \n1.\n mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu;\n2.\n [Jakarta] mencengkeram, mencekau;\nterbekam\n dibekam;\npembekaman\n perbuatan (cara) membekam;\npembekam\n1.\n orang yang melakukan kerja membekam;\n2.\n alat untuk membekam." "bekam II\nmembekam\n memendamkan (perasaan dan lain-lain), menyembunyikan:\nhatinya ~ rasa sedih." "bekas I\n1.\n tanda-tanda yang ditinggalkan, kesan:\n~ tapak kaki di pasir;\n~-~ kudis itu menghodohkan kakinya;\n~-~ darah yang terdapat pada bajunya; \n2.\n dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi:\n~ suami; \nduduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; \n3.\n akibat (daripada sesuatu):\nperkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yang mengaibkan;\n~ luka\n parut (sesudah sembuh luka);\n \n~ tangan\na) tandatangan;\n b) tulisan tangan;\n c) hasil buatan sendiri;\n d) pukulan;\n \n~ tubuh\n pakaian yang sudah dipakai;\nberbekas\n mempunyai bekas (tanda dan lain-lain):\ntangannya masih ~ tanah;\nmembekas\n meninggalkan bekas:\nkesan-kesan yang diterimanya ~ dalam sekali pada jiwanya;\nmembekaskan\n membuat bekas, meninggalkan bekas:\nkata-katamu itu ~ kesan pada hatinya." "bekas II\ntempat menyimpan (menaruh) sesuatu;\n \n~ sirih \ntempat sirih." "bekasam\npekasam." "bekat\npenuh ~ \npenuh sesak." "bekatul\n[Jakarta] serbuk halus daripada kulit padi, dedak." "bekeng\n[Kelantan] perengus, lekas marah." "beker I\nsejenis jam yang berbunyi (untuk menjagakan orang)." "beker II\n[Indonesia-Belanda] piala." "bekil\nsejenis ikan laut." "bekoi\nsejenis tumbuhan, telinga badak, rambai-rambai, \nCrypteronia spp\n." "beksa\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), sebusuk (hutan), terkap bumi, \nCassia nodosa;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), batai, bebatai, bereksa, \nCassia timorientasis." "beksan\n[Jawa] tarian Jawa." "beku\n1.\n pejal, keras (berkenaan (dengan) benda cair):\ndi kutub, air laut ~ sepanjang tahun; \n2.\n [kiasan] kaku, tidak bergerak:\nyang ~ dan tidak selaras dengan zaman moden; \nbahasanya usang dan ~; \nmodal untuk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; \n3.\n ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak:\n parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan\n \n~ sementara;\n~ otak \n= \n~ fikiran \ntidak mudah faham;\nmembeku\n menjadi beku:\ndarah yang keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~;\nmembekukan\n1.\n menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal:\ndalam masa seminggu sahaja , sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah;\n2.\n menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dan lain-lain) buat sementara:\npeminjaman wang untuk membeli kereta telah dibekukan pada bulan lalu;\n~ jawatan \nmenghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu;\nkebekuan\n perihal (keadaan) beku:\nkeadaan ini boleh membawa kita keluar daripada ~ fikiran;\npembekuan\n perihal atau perbuatan membeku(kan):\nbatu-batan di negeri-negeri yang berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya;\npembeku\n bahan yang digunakan untuk membekukan sesuatu." "bekuan\n[Kelantan] panas." "bekuk\n[Indonesia] ;\nmembekuk\n1.\n melengkokkan (mematahkan) benda yang keras;\n2.\n = \n~ batang leher\n menangkap (pencuri, perompak, dan lain-lain):\nseorang pengawal merampas senjata api dan seorang lagi ~ perompak itu;\n3.\n memperdayakan, menipu;\npembekukan\n pelengkokan, penangkapan, penipuan." "bekuku\nbekukung." "bekukung\nsejenis ikan laut, \nSparus hasta." "bekwah\n[Kelantan], [Terengganu] kenduri arwah." "bel canto\n(Seni Muzik) gaya nyanyian yang menekankan keindahan nada suara." "bela I\nberbela\n terpelihara, berjaga:\nmisainya tidak ~;\n berbelakan\n [sastera lama] memeliharakan, menyelamatkan:\nmaka orang pun semuanya datanglah ~ harta dalam istana;\nmembela\n1.\n memelihara:\n~ ayam dan itik;\n~ anak sehingga dewasa;\n2.\n memelihara makhluk halus seperti pelesit, hantu, dan lain-lain;\nterbela\n dibela:\nharta itu tidak ~ daripada bahaya api;\nteperbela\n [sastera lama] dapat dibela (dengan sungguh-sungguh):\nmaka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;\nbelaan\n yang dibela (orang, binatang, dan lain-lain), peliharaan:\nkerbau itu ~ jiran saya; \naku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;\nkebelaan\n [sastera lama] belaan, yang dibela:\n segala raja akan ditanyai Allah daripada segala ~nya, daripada segala rakyatnya;\npembelaan\n perihal membela, pemeliharaan;\npembela\n orang yang membela:\n~ itik." "bela II\nmencari ~\n = \nmengambil ~\n = \nmenuntut ~ \nmenuntut balas (dengan cara membunuh pembunuh, memukul orang yang telah memukul orang lain, dan lain-lain);\nmembela\n1.\n membunuh diri untuk ikut mati:\nbersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yang telah ~ kematian\n \nsuami mereka;\n2.\n membalas membunuh dan lain-lain:\n mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; \n3.\n melindungi, menyelamatkan, mempertahankan:\naku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin seperti aku; \njikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; \ntradisi ~ rakyat;\n~ diri \nmempertahankan diri(daripada tuduhan, dakwaan, dan sebagainya);\nterbela\n dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan):\nnasib bangsa Melayu tidak ~ pada zaman penjajahan;\npembelaan\n perihal membela:\nsi miskin tetap menderita tanpa ~ yang sewajarnya;\npembela\n orang yang membela;\n \n~ uri\n pemain terakhir dalam permainan gasing." "belabas\n[sastera lama] sejenis kain sutera berbenang emas." "belabat\n[sastera lama] sejenis pedang:\nDato Batin Alam pun mengambil ~ dua bilah." "belabik\n[Kelantan] munasabah, masuk fikiran." "belacak\nsejenis ikan yang terdapat di kawasan pantai dan dapat bergerak di darat (selut) dengan menggunakan sirip, \nPeriophthalmus spp." "belacan\nsejenis bahan makanan yang dibuat daripada udang atau ikan kecil-kecil yang ditumbuk lumat, digunakan untuk menyedapkan masakan, terasi;\nbagai ~ dikerat dua \n(peribahasa) hal yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak;\n \nseperti kera kena ~ \n(peribahasa) sangat gelisah." "belacu\nkain mentah (kain putih)." "beladau\nsejenis golok:\nnyiur itu ditetaknya dengan ~." "beladung\nladung II." "belaga\nikan ~ \nsejenis ikan darat, sepilai, pelaga, \nBetta splendens." "belah bahagi\nberbelah bahagi\n(bagi)\n tidak tetap atau teguh (pendirian, perasaan, dan sebagainya) pada sesuatu tumpuan, berbahagi, berpecah:\nrakyat Malaysia harus bersatu padu dan jangan ~;\n membelahbahagikan\n menyebabkan atau menjadikan berbelah bahagi:\n aku tidak pernah ~ kasihku padamu." "belah I\n1.\n retak, celah:\ndi antara bangsa-bangsa itu ada pangsa dan ~ bagi; \n2.\n pecah dua (tiga dan lain-lain):\nbagai pinang ~ dua; \n3.\n bahagian, sisi, pihak:\ndia membeliakkan kedua-dua ~ matanya;\n~ bagi \ncerai-berai, tidak bersatu;\n \n~ batang \nsejenis jerat babi;\n \n~ betung \nbelah yang panjang di tengah-tengah;\n \n~ buluh \ngaris-garis lebar memanjang (pada kain);\n \n(baju) ~ dada \nbaju yang terbuka di bahagian depan;\n \n~ kangkung \nsejenis jahitan;\n \n~ ketupat\n potongan wajik;\n retak menanti ~ \n(peribahasa)retak perselisihan yang akan menjadi besar;\nsebelah\n1.\n setengah, separuh, seperdua, sebahagian (daripada sepasang,dua benda):\nberi aku nyiur ~; \ncinta itu tidak datang dari ~ sahaja;\n2.\n bahagian, jurusan, arah:\npada ~ petang; \norang tuanya tinggal di ~ hilir; \n3.\n dekat, samping:\norang ~ (rumah);\nsebelah-menyebelah\n pada kedua-dua belah (sisi, pinggir):\nkeriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; \ngambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar;\n1.\n retak, celah:\ndi antara bangsa-bangsa itu ada pangsa dan ~ bagi; \n2.\n pecah dua (tiga dan lain-lain):\nbagai pinang ~ dua; \n3.\n bahagian, sisi, pihak:\ndia membeliakkan kedua-dua ~ matanya;\n~ bagi \ncerai-berai, tidak bersatu;\n \n~ batang \nsejenis jerat babi;\n \n~ betung \nbelah yang panjang di tengah-tengah;\n \n~ buluh \ngaris-garis lebar memanjang (pada kain);\n \n(baju) ~ dada \nbaju yang terbuka di bahagian depan;\n \n~ kangkung \nsejenis jahitan;\n \n~ ketupat\n potongan wajik;\n retak menanti ~ \n(peribahasa)retak perselisihan yang akan menjadi besar;\nsebelah\n1.\n setengah, separuh, seperdua, sebahagian (daripada sepasang,dua benda):\nberi aku nyiur ~; \ncinta itu tidak datang dari ~ sahaja;\n2.\n bahagian, jurusan, arah:\npada ~ petang; \norang tuanya tinggal di ~ hilir; \n3.\n dekat, samping:\norang ~ (rumah);\nsebelah-menyebelah\n pada kedua-dua belah (sisi, pinggir):\nkeriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; \ngambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar;\nbersebelah, bersebelah-sebelahan\n bersampingan, berdekatan:\nia tidur ~ bilik dengan kakaknya;\nmenyebelah\n berpihak kepada:\nkalau ia tidak setuju dengan aku itu tidak mengapa, tetapi janganlah ia ~ kepada lawanku;\nmenyebelahi\n menyebelah kepada:\n dia sentiasa ~ pihak yang benar;\nmenyebelahkan\n1.\n memisahkan, mengesampingkan:\ntiap bulan ia ~ sebahagian daripada pendapatannya untuk membayar hutang; \nkerajaan Afrika Selatan bertujuan ~ orang Eropah dengan orang-orang yang berwarna; \n2.\n menempatkan diri (pergi, duduk) di sebelah:\nia duduk ~ emaknya;\nberbelah\n ~ hati \ntidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu;\n hatinya berbelah-belah \n= \nhatinya ~ balik\n tidak tetap pendiriannya;\nmembelah\n1.\n memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian:\n~ kayu api; \nserambut dibelah tujuh \nkecil sekali, sedikit sekali;\n2.\n menukarkan keadaan, memecahkan:\nsatu letupan ~ kesunyian malam; \nhalilintar ~ bumi (udara) \nsangat kuat bunyinya;\n 3.\n [bahasa percakapan] membedah;\nterbelah\n terbahagi, terpecah:\n Laut Merah yang ~ menjadi jalan yang terbentang;\nbelahan\n1.\n celah (retak) panjang:\n~ di tembok; \n2.\n bahagian (kepingan) sesudah dibelah:\n~ terbesar daripada nyiur itu, disimpannya untuk esok; \nhatinya balik ~ \nhatinya berbalik-balik;\n3.\n = \n~ diri\n = \n~ hati \n= \n~ jiwa \nkekasih, isteri;\n4.\n perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dengan syarat hasilnya dibahagi dua:\n ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; \n5.\n [Minangkabau] keluarga, sanak:\nbapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung;\n~ (sel) \nperihal memperbanyak sel;\npembelahan\n1.\n perihal membelah:\npermusuhan antara kedua-dua golongan akan mengakibatkan ~ Pulau Cyprus; \n2.\n [bahasa percakapan] pembedahan;\npembelah\n alat untuk membelah." "belah II\nsebelah\n \nikan ~ \nsejenis ikan laut,\na) \nPseudorhombus arsius; \nb) \nPseudorhombus javanicus\n." "belahak\nmembelahak, terbelahak\n \n1.\n berdaham-daham seakan-akan hendak berdahak;\n2.\n sendawa:\naku sudah kenyang sampai ~." "belai I\n= belaian\n hasil perbuatan membelai:\nia terkenang akan pujuk cumbu, pangku dan ~ manja isterinya;\nmembelai, membelai-belai\n1.\n mengusap-usap (dengan kata-kata pujukan atau perasaan kasih sayang):\nia turut menangis sambil ~-belai rambut Sarinah yang lepas terurai; \n2.\n [kiasan] membuat berasa seronok dan tenteram:\nmuzik yang ~ jiwanya;\n3.\n meniup dengan perlahan-lahan sehingga bergoyang-goyang sedikit:\ndaun-daun bergoyang-goyang dibelai angin." "belai II\nbelu-~ \nberleter." "belai III\n~ besar \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ipuh batang, \nStrychnos pubescens;\n~ hitam\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ipuh, \nStrychnos ovalifolia." "belai IV\n[Terengganu] biar, tidak apa." "belak\n1.\n belang pada kayu (disebabkan urat kayu);\n2.\n belang-belang putih pada kulit (penyakit kulit);\nberbelak-belak\n1.\nberbelang-belang pada kayu;\n2.\n berbelang-belang pada kulit." "belaka\nsemuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya):\nmanusia di dalam hutan itu habis mati ~; \nia bercakap sangat manis, pada hal hanya cakap dusta ~." "belakai\n[Terengganu] belaka." "belakang I\n1.\n bahagian badan di sebalik dada, bahagian yang dianggap sebagai lawan hadapan:\norang itu kena tikam di ~nya dengan pisau;\n~ parang \na) bahagian yang tidak tajam (lawan mata);\n b) [Kelantan] orang yang bodoh;\n \n~ tangan \nlawan telapak tangan;\n2.\n tempat (arah) yang berlawanan dari hadapan:\n surut ke ~; \n3.\n (pada) masa yang terkemudian (terakhir):\nia yang datang paling ~; \nbayarannya ~ kira;\n ~ hari \nkemudian hari (kelak);\n \n~ kapal \nburitan;\n~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam \n(peribahasa) biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga;\n \nbalik ~ lain bicara \n(peribahasa) kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dan lain-lain kawan);\ndi belakang\n1.\n di tempat (arah) yang berlawanan dari hadapan:\nrumahnya ~ rumah saya; \nia berdiri ~ pintu; \n2.\n kemudian, kelak, sesudah(nya):\nkesusahan hitung ~; \nakan menyusul suratku ~;\n~ mata \n(bila orang) tidak melihat, dengan tidak dilihat orang;\nke belakang\n1.\n ke jurusan belakang (surut, mundur, dan lain-lain):\nmenoleh ~; \n2.\n ke bahagian belakang rumah (ke dapur dan lain-lain):\nia minta diri pergi ~ untuk menjemput isterinya; \n3.\n [bahasa halus] buang air besar atau kecil:\nsaya hendak ~ sekejap;\nmengebelakangkan\n1.\n menempatkan ke belakang, memundurkan:\njam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; \n2.\n mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dan lain-lain):\napabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan;\nterkebelakang, terbelakang\n1.\n ketinggalan, tercicir, kurang maju:\naku hendak meninggikan taraf orang kampung yang sangat ~ itu;\n2.\n terakhir, terkemudian:\nberita yang ~ diterima hari ini;\nberbelakang-belakangan\n saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dan lain-lain), lawan berhadap-hadapan:\nmereka berdiri ~ mempertahankan diri; \nrumah teres itu ~;\nmembelakang\n1.\n dengan belakang ke (duduk, berdiri, dan lain-lain):\nia duduk ~ ke pintu;\n2.\n berada (tinggal) di belakang:\njangan kamu ~ saja;\nmembelakangi\n1.\n mengarahkan belakang kepada, lawan menghadapi:\nTahir duduk ~ teman-temannya dalam bilik itu; \n2.\n mensia-siakan, tidak menghiraukan:\nwalaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan;\nbelakang-membelakangi\n saling membelakangi, saling menghalakan belakang kepada yang lainnya:\nSalmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;\n membelakangkan\n1.\n = \nmemperbelakangkan\n menempatkan di belakang, lawan mendahulukan:\nsaya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; \n2.\n mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan:\n mereka ~ janji;\nbelakangan\n1. = kebelakangan\n = \n~ ini\n sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini:\npergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya; \n2.\n kesudahannya, akhirnya, kemudian:\nmula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; \n3.\n [Jakarta] (lebih) belakang:\nsiapa yang datang ~ tidak mendapat apa-apa;\nketerbelakangan\n perihal terbelakang:\n Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sebagai ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia;\npembelakangan\n1.\n perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan;\n2.\n [Minangkabau] belakang." "belakang II\n~ ular\n sejenis tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, leban bunga, \nAllophylus ternatus." "belaking\n1.\n minyak tar;\n 2.\n bahan berwarna hitam untuk menggilap kasut." "belalah I\nmakan dengan gelojoh, melahap, memajuh;\nbelalahan\n gelojoh." "belalah II\n[Kelantan] tidak payah, tidak usah, biarkan." "belalai I\nhidung yang panjang pada gajah dan lain-lain:\n~ tenuk;\n~ kupu-kupu;\n~ gajah\n;\n \nmati gajah tiada dapat ~nya, mati harimau tiada dapat belangnya \n(peribahasa) orang dagang itu tiada sama haknya dengan anak negeri." "belalai II\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait hitam besar, kait-kait jantan, kuku lang, \nUncaria sclerophylla." "belalak I\nbeliak, jegil;\nmembelalak, terbelalak\n terbuka luas-luas (mata), terbuka besar-besar, terbeliak:\nmatanya ~ memandang lawannya;\nmembelalakkan\n membuka (mata) luas-luas, membeliakkan (mata):\nBasir terdiam dan ~ matanya kepada Shahar;\nbelalakan\n pandangan dengan mata membelalak." "belalak II\n~ mata \nsejenis ikan laut, perupuk, puput, tiruk, beliak mata, \nPellona ditchela." "belalang I\nsejenis serangga yang bersayap dan berkaki panjang;\n jenis-jenisnya:\n~ bajang;\n~ daun;\n~ hijau;\n~ jarum;\n~ kunyit;\n~ mekah;\n~ padi;\n~ patung;\n~ pelesit;\n~ ranting;\n~ rusa; \npak ~\n orang yang selalu mujur dengan tidak sengaja (ramalannya selalu benar dengan tidak disengajakan);\n~ dapat menuai\n (peribahasa) mendapat keuntungan dengan tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan);\n \n~ telah menjadi helang\n (peribahasa) orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia;\n \nbagai mencari ~ atas akar \n(peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang mustahil mendatangkan hasil;\n \nmata ~ belum pecah, sudah hendak membuta\n (peribahasa) dikatakan kepada orang yang hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang)." "belalang II\nbelalak;\nmembelalang\n membelalak;\nmembelalangkan\n membelalakkan (mata):\nkalau kelihatan orang agak bodoh, ia ~ matanya." "belalang III\nakar ~ puak\n sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga sapung, medang kelelawar, akar pulai puak, \nPittosporum ferrugineum." "belalang IV\nikan ~ \nsejenis ikan laut, ikan terbang, \nExocoetus spp." "belam I\nkurang terang, samar;\nbalam II." "belam II\n~ api\n puntung yang menyala (ditinggalkan agar dapat dipakai apabila memerlukan api)." "belam III\n[arkaik];\nmembelamkan\n memasukkan (menjejalkan dan lain-lain)." "belan\n[arkaik] kancing (pintu dan lain-lain);\nmembelan\n memasang kancing pintu (pagar dan lain-lain)." "belan-belan\n[Kelantan] sambil, seraya." "belanak\nsejenis ikan laut;\n~ rapang anjing \nsejenis ikan laut, \nMugil dussumierii;\n~ putih \nsejenis ikan laut, \nMugil longimanus." "belanar\n[Kelantan], [Terrenganu] banyak, terlalu banyak." "Belanda\n1.\n = \nnegeri ~ \nnegeri yang letaknya di Eropah Barat;\n2.\n = \norang ~ \npenduduk negeri Belanda;\n3.\n = \nbahasa ~\n bahasa penduduk Belanda;\n \n~ hitam\n [Indonesia], [bahasa percakapan] orang Negro;\nbagai ~ minta tanah\n (peribahasa) (sesudah) diberi sedikit, minta lagi banyak;\n \nseperti ~ kesiangan\n (peribahasa) bertingkah laku seperti orang Belanda;\n tidak mati oleh ~ \n(peribahasa) orang yang telah kaya betul tidak akan jatuh miskin lagi (walaupun rugi dalam perniagaan dan lain-lain);\nmembelandakan\n1.\n menjadikan bersifat seperti orang Belanda;\n2.\n menterjemahkan ke dalam bahasa Belanda;\n3.\n [Indonesia] menyamakan haknya dengan warganegara Belanda;\nkebelanda-belandaan\n [Indonesia] bertingkah laku seperti orang Belanda, kebarat-baratan." "belandang\n[Jawa] [arkaik];\nmembelandang\n berlari cepat-cepat." "belandar\n[Jawa] [arkaik] balak melintang sebagai penyangga atap atau papan jambatan dan lain-lain." "belandawi\n[arkaik] Belanda (kata sifat)." "belandong\n[Jawa] penebang kayu (di hutan);\nbelandongan\n1.\n penebangan kayu (di hutan);\n2.\n kayu yang telah ditebang." "belang I\n1.\n jalur-jalur yang lain warnanya daripada warna dasar:\nkucing ~; \nkuda ~; \npak ~\n harimau;\n2.\n [kiasan] noda, cacat, perangai (yang buruk);\n \nmenunjukkan ~nya \na) memperlihatkan sifatnya (yang sebenar);\n b) memperlihatkan kekuasaannya;\n harimau menunjukkan ~nya \n(peribahasa) orang yang memperlihatkan kekuasaannya;\n \norang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan ~nya\n (peribahasa) orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;\nberbelang\n mempunyai belang:\ntapak catur ~ putih hitam;\n berbelang-belang\n mempunyai belang yang banyak." "belang II\nbelok, kelok;\nberbelang; \n~-belok \nberkelok-kelok." "belanga\nperiuk yang dibuat daripada tanah (untuk memasak sayur dan lain-lain);\n \nmemancing dalam ~\n (peribahasa) mencari keuntungan pada keluarga (sahabat) sendiri." "belangah\n[arkaik];\nterbelangah\n ternganga, terbuka lebar." "belangkan\nsejenis tumbuhan (pokok), kangkatung, katung, kekatung, keranji kepoyang,\na) \nCynometra inaequifolia; \nb) \nCynometra polyandra." "belangkas I\nsejenis ketam (betina) yang besar dan berekor seperti sangkur (biasanya didapati berpasang-pasangan), \nLimulus moluccanus;\nekor ~ \npedang (sangkur dan lain-lain) yang berbentuk ekor;\n \nyu ~\n sejenis ikan laut, kebas, pari karas, pari serban, \nNarke dyteryangia;\nmacam ~\n [kiasan] selalu berdua-duaan (pemuda-pemudi dan lain-lain);\n \nbagai keroncor dengan ~ \n(peribahasa) sepakat." "belangkas II\nsejenis golok (bentuknya seperti belangkas)." "belangkas III\npokok telur ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), culan, \nAglaia adorata; \ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), daun mangkuk, semangkuk, \nNothopanax scutellarium." "belangkin\nbelaking." "belangko\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n tidak diisi (borang dan lain-lain), kosong;\n2.\n borang." "belanja\n1.\n wang untuk membeli (membayar) sesuatu:\nkerajaan telah banyak mengeluarkan ~ untuk kebajikan masyarakat;\n2.\n wang untuk keperluan sehari-hari (untuk membeli bahan makanan dan lain-lain):\nbarang kemasnya dijual untuk dijadikan ~; \n3.\n wang yang dibayar sebagai upah atau gaji atas khidmat seseorang:\n~ bidan; \n4.\n [bahasa percakapan] = \nberbelanja\n membeli barang-barang:\nia sedang ~ di pasar; \n5.\n [bahasa percakapan] = \nmembelanjai\n~ dapur \na) = \n~ hangus \npemberian daripada pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan (walinya dan lain-lain) untuk biaya perkahwinan;\n b) = \n~ pasar \n= \nwang ~\n wang untuk membeli bahan makanan hari-hari;\n \n~ hidup \nwang untuk membeli barang keperluan hidup;\n \n~ mati\n [arkaik] gaji yang telah ditentukan;\n ~ pos \nwang untuk membiayai perbelanjaan mengirimkan sesuatu melalui pos;\n \n~ terakru \n(Ekonomi) perbelanjaan yang telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pada akhir tempoh perakaunan;\nberbelanja\n1.\n membeli barang-barang (untuk keperluan rumah tangga):\nmereka ~ untuk persiapan Hari Raya Puasa; \n2.\n mengeluarkan wang (untuk membayar dan lain-lain):\nbukannya sedikit kerajaan ~ untuk sekolah-sekolah;\nmembelanjai\n1.\n mengeluarkan wang untuk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara:\nsiapa yang ~ adiknya jika ia tiada di sini? \n2. = belanja\n mengeluarkan wang untuk orang lain bukan sebagai tanggungjawab tetapi hanya untuk suka-suka atau untuk merapatkan perhubungan (dengan rakan-rakan, adik-beradik, dan lain-lain):\ndia ~ kawan-kawannya makan di Kajang;\nmembelanjakan\n mengeluarkan wang untuk sesuatu keperluan:\nsedang dibuat rang undang-undang berkenaan dengan hal ~ wang negara;\nbelanjaan\n [Jawa]\n1.\n benda-benda yang dibeli (di pasar dan lain-lain);\n2.\n berbelanja;\nperbelanjaan\n perihal berbelanja:\nkerana banyak membeli buah-buahan dari luar negeri, ~ makin meningkat; \nsegala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan;\npembelanja\n orang yang suka berbelanja (biasanya secara boros)." "belanjawan\n1.\n perhitungan banyaknya wang yang akan diterima (sebagai pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan:\nmenteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; \n2.\n peruntukan wang untuk sesuatu keperluan atau untuk sesuatu jangka waktu:\nperdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini." "belantah\nmentah (nasi yang tidak cukup masak), jelantah." "belantan\nsejenis kayu pendek yang digunakan untuk memukul (selalunya digunakan oleh polis), cokmar, gada, tembung;\nmembelantan\n memukul dengan belantan, menggada, menembung:\npolis ~ perusuh yang enggan bersurai." "belantara\n1.\n sangat luas (berkenaan (dengan) hutan, laut, padang dan sebagainya):\nlebih kurang lima, enam, tujuh hari, mereka akan belayar dalam laut ~;\n \nhutan ~\n = \nrimba ~\n rimba raya, hutan yang luas dan tebal;\n \npadang ~ \nark\na) padang pasir;\n b) padang dan hutan;\n2.\n hutan yang luas:\nsegala kenderaan telah dapat melalui bukit dan ~ dengan kemajuan yang dicapai; \n3.\n [kiasan] keadaan (jahil, ragu-ragu dan sebagainya) yang keterlaluan:\npendapatnya memanglah berhasil menebas ~ keraguan." "belantik I\nsejenis perkakas untuk menangkap binatang dan biasanya dibuat daripada tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat);\n~ batang \nbelantik yang dibuat daripada buluh yang dilubangkan di samping;\n \n~ bidas\n = \n~ embat \n= \n~ terbang \nbelantik yang menjerat kaki binatang;\n \n~ pangkung \nbelantik yang menyebabkan binatang kena pukul di kepala;\n \n~ parak \n= \n~ parap \n= \n~ paut \nbelantik yang menyebabkan binatang terkena tombak;\n \n~ pesawat\n belantik yang menyebabkan binatang kena peluru senapang." "belantik II\nbintang ~\n bintang tiga beradik (dalam Orion)." "belantik III\n[Jawa] perantara dalam berjual beli (ternakan), cengkau." "belantuk\nsejenis ikan darat, ketutu, \nOxyeleotris marmoratus." "belar\n[arkaik];\nselar-~ \n= \nmembelar\n berkeliaran (ke sana ke mari)." "belarak\n[Jawa] daun kelapa yang kering." "belas I\nhiba, turut bersedih, kasihan:\nmereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu;\n~ kasihan \nbelas dan kasihan;\nberbelas\n = \n~ hati\n;\n berasa belas hati;\n~ kasihan \nberasa belas dan kasihan:\nbarangkali kerana kita berdekatan dan sama-sama senasib maka kita sama-sama ~ kasihan;\nmembelaskan\n = \n~ hati \nmenyebabkan rasa belas:\nbanyak cerita yang ~;\npembelas\n (orang yang) mudah atau selalu berbelas hati:\nJamilah sejak kecil merupakan seorang gadis yang ~ hingga ia tidak tergamak mengusir kucing pun." "belas II\nkata pelengkap untuk menyebut bilangan antara 11 hingga 19;\nse~\n sepuluh dan satu;\n \ndua ~ \nsepuluh dan dua;\nbelasan\n bilangan antara 11 hingga19;\n \npemuda-pemuda ~ tahun \npemuda-pemuda yang berumur antara 11hingga19 tahun;\nberbelasan, berbelas-belas\n dalam jumlah antara 11 hingga 19:\ndalam suratnya ~ tahun yang telah lalu, disebutnya perkara ini;\nkesebelasan\n pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11 orang):\npertandingan antara pasukan Polis dengan ~ Pulau Pinang." "belasah\nsebat, sesah;\nmembelasah\n1.\n memukul dengan kuat, menyebat, menyesah:\n~ orang dengan rotan; \ntiba-tiba belakangku dibelasah, berdebup bunyinya; \n2.\n [kiasan] mengalahkan dengan teruknya." "belasting\n[Indonesia-Belanda] cukai, bea." "belasungkawa\n[Jawa] pernyataan turut berdukacita, (ucapan) takziah:\nia banyak menerima surat ~ akan kematian anaknya itu." "belasut\n= membelasut\n menjawab dengan suara keras, melawan." "belat I\n1.\n bidai, kerai;\n2.\n sejenis bidai untuk menangkap ikan;\n jenis-jenisnya:\n~ Betawi, ~ kelong, ~ duduk = ~ kering = ~ Kedah \n= \n~ kumbang, ~ langgai, ~ lengkung \n= \n~ pantai \n= \n~ teluk, ~ parit \n= \n~ sungai, ~ puk; \n3.\n [Minangkabau] bilah-bilah buluh (papan) untuk membalut tulang yang patah;\n ~ hanyut \ncakap kosong;\nmembelat\n membalut dengan belat:\ntangannya yang patah itu dibelat oleh bomoh." "belat II\nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat), jarum hutan, meroyan, segading jantan, \nIxora grandifolia." "belat III\n~-belit \nputar belit;\nbelit." "belata\nsejenis ikan laut, \nSelar spp." "belati\n[sastera lama] datang dari negeri asing (dibuat di negeri asing);\n pisau ~ \nsejenis pisau (buatan Eropah);\n \ntali ~\n tali buatan Eropah." "belatik\n1.\n sejenis burung, burung jelatik, \nPadda oryzivora; \n2.\n sejenis burung, burung belatuk." "belatuk\nsejenis burung dalam famili Picidae, jelatuk, pelatuk;\n ~ ara, Pigaus xanthopyangaeus;\n~ biji nangka\n, \nMicropternus brachyurus;\n~ gunung\n, \nPicus canus;\n~ hijau\n, \nPicus vitatus;\n~ mas\n, \nPicus puniceus;\n~ merah\n, \nPicus miniaceus;\n~ pinang, Dinopium javanense;\n~ punggur\n, \nBlythipicus\n \nrubiginosus\n;\n \n~ raja, Picoides cathpharius\n;\n \n~ rotan\n, \nPicus viridanus; \npunggur tumbang, ~ menumpang mati \n(peribahasa) terlibat dalam kesalahan orang lain." "belatung\n[Jawa] sejenis ulat kecil-kecil, terdapat pada bangkai yang telah busuk, berenga." "belau I\nbelau-belau, berbelau-belau\n (berkenaan (dengan) warna dan lain-lain) mengaburkan mata." "belau II\nikan ~ \nsejenis ikan." "belau III\n[Indonesia-Belanda] biru;\nkebelauan\n kebiru-biruan." "belawak\n[Kelantan] berdusta, berbohong;\n lawak I." "belawan\nsejenis tumbuhan (pokok), kayu rajah, pokok belang rimau, \nTerminalia citrina." "belebas I\n1.\n kayu (buluh dan lain-lain) yang memanjang untuk menguatkan dinding;\n2.\n = \n~ tenun \nkayu panjang yang menghubungkan kedua-dua tapak ani;\n3.\n kayu penggaris (pembaris), mistar;\n4.\n kayu yang menahan pukulan (tetakan)." "belebas II\n= \nburung ~\n sejenis burung, itik air, \nNettapus coromandelianus." "belebat I\nlepat (ubi, pisang, dan sebagainya)." "belebat II\nlangkah-langkah pendahuluan pada permainan pencak (sebelum dimulai pencak yang sebenarnya)." "belebau\n[Kedah] pukul." "beleber\n[Kelantan] merepek, berleter \n leber I." "beleda\n[Kelantan] agar-agar (masakan)." "beledang\nsejenis ikan laut yang panjang;\n \n~ kering \nki orang yang tinggi kurus." "beleduh\n[Kedah] besar pada pandangan mata;\nterbeleduh\n terpampang jelas pada pandangan:\n kereta Mercedes ~ berhenti di petak khas kereta\n." "beleh\n[Kelantan] kecil (tubuh kerana penyakit), susut." "belek I\n[Indonesia-Belanda] kaleng, tin." "belek II\n[Jawa];\nmembelek\n membedah, membelah." "belek III\nmembelek, membelek-belek\n memerhati dengan teliti, mengincar, memeriksa:\nia menghunus goloknya dan membelek-beleknya sebentar." "belek IV\n[Jawa] sakit mata (merah dan berair)." "belekek\n[Jakarta] sejenis burung, berkek, burung rawa." "belekok\n[Jawa] sejenis burung bangau putih yang kecil." "belelang\nbelalak, beliak;\nterbelelang\n terbelalak, terbeliak:\nmatanya ~ oleh murkanya." "belelek\nbelalak, beliak;\nterbelelek\n terbelalak, terbeliak:\nmatanya ~, mulutnya melopong." "belembang I\n[Minangkabau] [arkaik] berkas:\nijuk se~." "belembang II\n[Kelantan] banyak, terlalu banyak." "belemin\n[Kelantan] berminyak, berkilat." "belenceh\n[Kedah] giat, rajin." "belencong\nsejenis lampu yang dipakai dalam pertunjukan wayang kulit." "beleng\n[Minangkabau];\nberbeleng\n berpusing, berputar;\n \ntunggal ~ \nseorang diri, tidak mempunyai saudara, sebatang kara;\nmembeleng-beleng\n memusing-musingkan." "belengas\nberair dan melekit, berlengas;\nlengas." "belenggu\n1.\n alat untuk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari, sengkela:\npolis itu membawa ~ dan melekatkannya di tangan Yusuf; \n2.\n [kiasan] sesuatu yang dianggap seperti mengikat (kebebasan dan lain-lain):\nmerdeka itu ertinya terlepas daripada ~ menjadi anak jajahan;\nmembelenggu\n1.\n melekatkan (mengenakan) belenggu pada, menggari:\nkedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu; \n2.\n [kiasan] mengikat kebebasan:\nhasrat penjajah untuk ~ fikiran rakyat; \n3.\n menyekat, menghalang:\nadat-adat yang ~ kemajuan;\n4.\n memikat (hati dan lain-lain):\nparasnya yang cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yang memandangnya;\nterbelenggu\n1.\n terikat (dengan belenggu);\n2.\n tersekat atau terkongkong kebebasan untuk melakukan sesuatu:\nada manusia bebas, ada yang ~; \n3.\n terpikat:\n~ oleh kata-katanya yang lemah lembut;\nkebelengguan\n rasa (keadaan) terbelenggu:\nkemerdekaan individu dan masyarakat serta negara daripada setiap ~ isme-isme boleh diatasi sehingga semuanya dapat tunduk kepada Allah\n;\npembelengguan\n perbuatan membelenggu:\nkemerdekaan yang melepaskan sebarang bentuk atau rupa penaklukan, ~, dan penindasan." "belengkok\n[Jakarta] lengkung, berkelok;\nmembelengkokkan\n melengkungkan, mengelokkan;\nbelengkokan\n selekoh (jalan)." "belengkong\nmelengkung, berkelok;\nterbelengkong\n terkelok, terlengkung:\nSeman ~ di kerusi rotan itu." "belengset\nterlipat keluar (pelupuk mata sebelah bawah)." "belentung\nsejenis katak." "belepas\nsejenis perahu (besarnya sedang)." "belera\nsejenis papan tipis untuk memadatkan atau mengerapkan tenunan (pada perkakas tenun)." "belerang\nsejenis benda keras kuning yang mudah hancur (mudah terbakar dengan mengeluarkan nyala yang biru), sulfur;\n \n~ bang \nsejenis berangan (tuba tikus)." "belerong\n[Minangkabau] [arkaik] kedai tempat berjualan di pasar." "beles\n[Terengganu] kuyu (mata)." "beli\nmembeli\n \nberjual ~\n menjual dan membeli;\nberbeli\n (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar:\nikan juga tidak pernah ~; \nambil sajalah, tak usah ~;\nberbeli-belian\n1.\n saling membeli;\n2.\n [arkaik] berbelanja:\n~ di pasar;\nmembeli\n1.\n memperoleh barang dengan membayar (harganya):\nanak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; \n2.\n mencapai (memperoleh) sesuatu dengan usaha yang keras (dengan pengorbanan):\nijazah itu saya beli dengan usaha siang dan malam;\n~-belah \nmembeli berbagai-bagai jenis barang;\nalah (kalah) ~ menang memakai\n (peribahasa) barang yang baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai;\n \ngajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli \n(peribahasa) pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil untuk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat;\n \nmahal dibeli, sukar dicari\n (peribahasa) benda yang tidak mudah didapat (jarang ada);\nmembelikan\n1.\n membeli untuk:\nia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan;\n2.\n menggunakan wang untuk membeli sesuatu:\nwang tiadalah banyak, saya hematkan dari sedikit ke sedikit, itulah yang dibelikan rumah;\nterbeli\n1.\n mampu (sanggup) membeli, sanggup dibeli;\n2.\n tidak sengaja telah membeli sesuatu:\n~ barang tiruan;\n3.\n makan suap, menerima sogokan;\nbelian\n1.\n benda yang sudah dibeli:\nkita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli untuk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; \nbudak ~ \nhamba (yang dibeli);\n2. = beli-belian\n [bahasa percakapan] membeli-beli, berbelanja;\n \nharga ~ \nbayaran barang pada masa membeli;\npembelian\n1.\n perihal (perbuatan) membeli:\npembicaraan mereka beralih kepada ~ tanah;\n~ dapur gas; \n2.\n benda yang dibeli:\ntilam itu ~ ibunya;\npembeli\n1.\n orang yang membeli:\nada ~ datang ke rumahnya untuk membeli sayur-sayuran; \n2.\n alat (wang dan lain-lain) untuk membeli:\nwang itu untuk ~ makanan." "belia\n1.\n muda;\n \nmuda ~ \nsangat muda (muda remaja);\n2.\n pemuda;\n3.\n golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi:\nkelab ~." "beliak\nmembeliak, terbeliak\n terbuka besar-besar (mata), terbelalak:\nmatanya terbeliak oleh sebab terlalu hairan;\nmembeliakkan\n membuka (mata) besar-besar, membelalakkan:\nSalina menggertak budak itu dengan ~ matanya." "belian I\n[sastera lama] pawang, bomoh;\n \nhantu ~ \nharimau yang mempunyai kekuatan ghaib." "belian II\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya keras), \nEusideroxylon zwageri." "beliau\nkata ganti diri ketiga (untuk orang tua atau orang yang dihormati):\nmentuaku seorang pendiam, ~ tidak suka anak-anaknya terlampau banyak bercakap." "belibas\nsejenis ikan laut, \nSiganus oramin." "belibat\npengayuh yang berdaun dua;\n gelibat I, kelibat I." "belibis\nsejenis burung yang menyerupai itik (tetapi kecil), \nDendrocyangna javanica." "belida\nsejenis ikan darat, \nNotopterus notopterus, Notopterus chitalia; \napa kurang pada ~, sisik ada, tulang pun ada \n(peribahasa) orang yang mempunyai segala-galanya (kekayaan, rupa, dan lain-lain)." "beligat\nbahagian alat tenun yang dipasang untuk menegangkan benang loseng." "beligo, beligu\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok memanjat dan buahnya), \nBenincasa cerifera." "belikas\ngulungan benang;\nlikas." "belikat\n= \ntulang ~ \nsepasang tulang berbentuk segi tiga (leper) yang terdapat pada bahagian belakang bahu." "beliku\nselekoh (sungai dan lain-lain), kelok;\nliku I." "belimbing\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya);\n jenis-jenisnya:\n~ batu \n= \n~ manis \n= \n~ sayur \n= \n~ segi, Averrhoa carambola;\n~ besi \n= \n~ buluh \nsejenis belimbing (buahnya kecil-kecil, masam rasanya dan biasanya digunakan dalam masakan), \nAverrhoa bilimbi\n dan lain-lain;\n2.\n bersanding-sanding (menurut panjangnya seperti belimbing):\nawan ~\n." "belin\nsejenis ikan laut, belut moray, tuna, \nEchidna spp., Lycodontis spp., Muraena spp." "belindan\n[Kelantan] kayu atau batu segi empat bujur yang diletakkan di atas kubur." "beling\n1.\n [Indonesia] pecahan kaca (barang pecah belah);\n2.\n tembikar, barang pecah belah." "belingas\nmembelingas\n memandang tidak tetap (kerana kecemasan dan lain-lain):\nmatanya ~." "belingkang\n[arkaik];\nterbelingkang\n bergelimpang." "belingut\n[arkaik];\nterbelingut\n tergeliat, terpecok." "belinjau\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), belingar, \nGnetum gnemon; \nemping ~\n emping yang dibuat daripada buah belinjau." "belinjo\n[Indonesia]\n1.\n belinjau;\n2.\n [bahasa percakapan] peluru (senapang, pistol, dan lain-lain)." "belintan\n[Perlis] sejenis pisau besar." "belintang\nlintang;\nberbelintang, berbelintangan\n terletak melintang:\npokok kayu itu ~ di tengah jalan;\nmembelintangkan\n meletakkan melintang:\n~ papan di jambatan;\nterbelintang\n terlintang." "belir\n[Perak] berlebih-lebih, melewati batas." "belit\n1.\n lilit (lingkaran tali, ular, dan lain-lain);\n2.\n belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dan lain-lain);\n \nputar ~ \n= \npusing ~\n = \nbelat-~\n [bahasa percakapan] berputar-putar (tidak jujur);\nberbelit\n berlilit: \nseekor ular ~ di dahan itu;\n berbelit-belit\n1.\n berlilit-lilit:\nsulur-suluran ~ pada tiang pagar itu; \n2.\n berkelok-kelok, berpusing-pusing:\njalan ke pergunungan itu sangat ~; \n3.\n berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau:\nfikiran yang timbul begitu kusut, yang datang berkacau-kacau, ~;\nmembelit\n1.\n melilit, melingkar:\ndi pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus;\n2.\n membebat, melibat, menjebak:\ndengan jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan;\nmembeliti\n melingkari, mengelilingi:\nsebuah jalan ~ kawasan itu;\nmembelitkan\n melilitkan (sesuatu):\nanak gajah itu ~ belalainya pada ekor ibunya;\nterbelit\n1.\n terlilit, terlingkar;\n2.\n terbebat, terjebak, terlibat;\nbelitan\n hasil daripada membelit (melilit), lilitan, lingkaran:\nmembuka ~ tali pada tiang itu;\npembelit\n1.\n tali (kain dan sebagainya) yang digunakan untuk membelit sesuatu;\n2.\n [kiasan] penipu, pendusta:\nkau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~." "belitung\nsejenis ikan laut, golok, \nCoryphaena hippurus; \nsiput ~\n sejenis siput, \nCerithidea obtusa\n." "beliung\nsejenis kapak yang matanya melintang (perkakas tukang kayu);\nbagai ~ dengan asahan \n(peribahasa) sangat ikrab;\n \nbertemu ~ dengan ruyung \n(peribahasa) kuat sama kuat (berani sama berani);\n \nhilang jasa ~, timbul jasa rimbas \n(peribahasa) hilang jasa seseorang kerana orang lain;\n \nkilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan \n(peribahasa) hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yang bijaksana." "beliut\nberpilin, bengkok (pisau dan lain-lain);\nliut." "belo\n \nngaco ~\n [Jakarta] bercakap dengan tidak tentu hala." "belodok\n1.\n sejenis ikan laut;\n \n~ karang\n sejenis ikan laut, \nHalichoeres nigrescens;\n~ kerapu \nsejenis ikan laut, belontok, \nGabius sadanundio;\n~ lubang \nsejenis ikan laut, belontok, \nGobius caninus; \n2.\n terpersil (mata), tersembul." "beloh\n[arkaik] bodoh, dungu." "belok I\n[Indonesia-Belanda] pasung (untuk membelenggu kaki);\nmembelok\n membelenggu dengan belok;\npembelokan\n [arkaik] rumah pasung, penjara." "belok II\n[Jakarta] besar dan lebar (mata)." "belok III\ntakal besar, kapi, kerek." "belok IV\nselok-belok." "belok V\nkelok, liku, bengkok, tidak lurus:\nbelang-~;\nberbelok\n berkelok, berganti hala:\nBasir melambatkan skuternya dan ~ ke pekarangan;\nberbelok-belok\n1.\n berkelok-kelok, berliku-liku:\njalan yang ~; \n2.\n selalu berbelok:\ndia turun bukit ~;\nmembelok\n menukar hala, memusing:\nbas yang mereka tumpangi ~ masuk ke kampung;\nmembelokkan\n mengubah hala (haluan), mengelokkan:\ndia ~ skuternya dan memberhentikannya di hadapan hotel;\nbelokan\n selekoh, kelok;\npembelokan\n1.\n perihal atau perbuatan membelok(kan);\n2.\n belokan, selekoh." "belokok\nsejenis ikan laut, \nUranoscopus spp." "belolok\nbuah enau, buah kabung, beluluk;\n \ndengar kata enggang, makan buah ~\n (peribahasa) jangan suka mendengar hasutan orang nanti mendapat kesukaran." "belom I, belon\n[Indonesia], [bahasa percakapan] belum." "belom II\nbesar jika dibandingkan dengan umurnya, lekas besar." "belon\n1.\n bola daripada getah tipis yang diisi dengan udara, digunakan sebagai mainan kanak-kanak atau hiasan;\n 2.\n bola besar yang diisi dengan udara panas atau gas yang lebih ringan daripada udara untuk dinaikkan dan diapungkan di udara, biasanya ada bakul besar untuk membawa penumpang dan sebagainya.\nbelonggok\n sejenis tumbuhan (pokok), gajus hutan, medang kapas, medang tahi ayam, medang tanduk, \nAlseodaphne peduncularis." "belongkang\nsejenis perahu sungai untuk mengangkut barang." "belongkeng\nsejenis siput kecil yang boleh dimakan, \nEllobium sp." "belongsong\nkelongsong, sampul, pembungkus;\n \nkain ~ \nsejenis kain (tenunan)." "belontok\nsejenis ikan;\nbelodok." "belot\n= \nberbelot, membelot\n1.\n berpihak kepada musuh (menderhaka):\norang yang telah ~ akan dipecat daripada jawatannya; \n2.\n berlaku tidak setia (tidak jujur), berpaling hati:\nia tidak mahu mengenang-ngenangkan lagi kisah ~ terhadap isteri tuanya;\n3.\n meninggalkan agama dan lain-lain, murtad:\ndia telah ~ daripada ajaran Islam;\npembelotan\n perbuatan membelot,penderhakaan;\npembelot\n orang yang mengkhianati (orang lain dan lain-lain), penderhaka:\ndi hadapan kita ini ada dua orang ~ yang telah menyamar diri ke dalam kumpulan kita." "belota\n[Perak] kenduri selepas menuai." "belu\n~-belai\na) berleter;\n b) pujuk, cumbu." "beluam\nuncang, bungkusan kain." "belubur I\ntempat menyimpan beras yang dianyam daripada daun sang (sejenis rumbia)." "belubur II\nberlonggokan, bertimbun." "beludak\nular tedung, ular senduk." "beludar\nsejenis apam." "beluduh\nbesar pada pandangan mata;\nbeleduh." "beluh\nmembeluh\n [Kedah], [Kelantan] menenggala (sawah dan lain-lain), membajak." "beluhan\n[arkaik] \nbaluh I." "belujur\nberbentuk silinder." "belukang\nbedukang." "belukap\n= \nbakau ~\n sejenis tumbuhan (pokok), bakau hitam, bakau jangkar, \nRhizophora mucronata." "belukar\ntanah yang ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil;\n \nhutan ~\n hutan kecil;\n~ sudah menjadi rimba \n(peribahasa) kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi;\n \nbersesapan ~ \n(peribahasa) pekerjaan yang tidak sempurna." "beluku\n[Jawa] [arkaik] bajak, tenggala;\n \nbintang ~\n [arkaik] bintang belantik." "belukut\n[arkaik] melukut, lemukut." "belulang\n1.\n kulit yang kering (keras) dan tidak disamak, kapal;\n \n~ kering\n = \ntinggal tulang ~\n kurus kering;\n2.\n kulit yang tebal dan keras (pada tangan dan lain-lain):\nkerana banyak memikul, terdapat ~ pada bahunya;\nberbelulang\n berkulit tebal dan keras, kapalan:\ntelapak tangannya kesat dan ~." "beluluk\n[Jawa]\n1.\n putik buah kelapa, mumbang;\n2.\n buah enau, belolok." "belum\nmasih tidak, lawan sudah:\nkakaknya ~ bersuami; \nbudak itu ~ ada;\n~ lagi \nmasih belum;\n \n~ lama ini \nbaru-baru ini;\n~ disuruh sudah pergi, ~ dipanggil sudah datang \n(peribahasa) orang yang faham akan maksud sesuatu isyarat;\n \n~ duduk sudah berlunjur \n(peribahasa) perbuatan yang melampaui had (melakukan pekerjaan yang sebenarnya belum sampai lagi masanya);\nsebelum\n sewaktu belum, pada waktu belum:\n~ mandi pagi, dia bersenam; \nkita seharusnya berusaha ~ terlambat." "belumpai\n[arkaik] belum sampai, belum pernah." "beluncas\nlarva rama-rama atau kupu-kupu, ulat bulu." "belungkang\n[Jawa]\n1.\n pangkal pelepah nyiur;\n2.\n nyiur muda yang telah terbelah." "belungkur\nsejenis ikan laut, conor, \nSaurida spp." "belungsing\n[arkaik];\nmembelungsing\n mengherdik, menghamun." "belunjur\nmengunjur (kaki);\nlunjur, unjur." "beluntas\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPluchea indica." "belur\nbabak ~ \nbabak IV." "beluru\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang akarnya dibuat ubat), akar belerang, \nEntada phaseoloides." "belus I\nlonggar dan mudah celus (lulus) seperti cincin di jari dan lain-lain." "belus II\n[Indonesia-Belanda] blaus." "belut\nsejenis ikan yang panjang (seperti ular) dan licin (hidup dalam lumpur),\n Monopterus albus;\n~ laut, \nbelin\n, Echidna spp.;\n~ kena ranjau (getah)\n (peribahasa) orang yang cerdik kena tipu;\n \nbagai ~ digetir (diketil) ekor\n (peribahasa) cepat sekali;\n \nbagai menyukat ~ hidup\n (peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;\n \nbagai ~ diregang \n(peribahasa) orang yang tinggi dan kurus (atau sakit pinggang);\n \nlicin bagai ~\n (peribahasa) tiada mudah ditipu (cerdik);\n \nseperti ~ pulang ke lumpur \n(peribahasa) orang yang telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;\nberbelut\n [Minangkabau] menangkap belut;\nbagai si kudung pergi ~ \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia kerana tidak berkeupayaan melakukannya;\n \nkena kecipak orang ~\n (peribahasa) tidak terlibat (mendapat kesulitan) dalam perkara orang lain." "beluting\n[Kedah], [Perlis], [Pulau Pinang] kotor." "bemak\n[Perak] acuan batu jalan." "bembam\nmembembam\n membakar dalam bara atau abu hangat (ubi, ikan, dan lain-lain);\n \n~ bukan terung \n(peribahasa) perihal orang yang bercakap besar mengenai dirinya." "bemban I\nsejenis bubu untuk menangkap ikan yang diikat pada tongkat." "bemban II\nsejenis tumbuhan (pokok yang batangnya dibuat bakul, bidai, dan lain-lain), \nDonax arundastrum; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), \nCyperus diffusus." "bemban III\nsejenis ikan darat, \nOmpok bimaculatus." "bembar\n[Indonesia], [bahasa percakapan] mimbar." "ben\n[bahasa percakapan] pancaragam." "bena I\nendah, hirau, peduli:\n\n\njanganlah buat tidak ~ kepada budak itu;\n\n~ tak ~\n endah tak endah (tidak berapa peduli);\nmembenakan\n menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan:\n\n\ntidak ~ musuh datang." "bena II\n[sastera lama] ombak, air bah;\n\n\nair ~ \nair pasang." "benah I\nsejenis serangga yang merosakkan tumbuh-tumbuhan, \nNephotettix bipunctata." "benah II\n[Jakarta];\nberbenah\n berkemas-kemas (tempat tidur dan lain-lain);\nmembenahi\n mengemaskan (tempat tidur dan lain-lain), mengatur;\npembenahan\n perihal membenahi, pengaturan:\n saya mampu melakukan ~ dan pembersihan diri." "benak I\n1.\n sumsum (isi tulang):\n~ tulang; \n2.\n = \notak ~ \notak (isi kepala):\nyang pasti dalam ~ku ialah aku tidak melaporkan hal itu;\nmenghisap (mencarak, mencucup) ~ \nki menghisap darah (mengambil banyak keuntungan daripada orang);\n \nmembelah ~ \n(berkenaan (dengan) sinar matahari) panas sekali;\nberbenak\n berotak;\n \ntidak ~\n tidak mempunyai otak, bodoh sekali." "benak II\n1.\n bengap, pekak (duit syiling);\n2.\n = \n~ hati\n bodoh, dungu." "benalu\nbendalu." "benam\nmasuk ke dalam (air dan lain-lain), tenggelam;\nberbenam, membenam\n1.\n menenggelamkan diri, tenggelam:\nia melompat ke dalam air dan membenam beberapa waktu; \napakah yang membenam dalam air? \n2.\n menghilangkan diri, bersembunyi:\nmahu rasanya dia ~ saja dalam biliknya dari pagi hingga ke petang untuk membaca;\nmembenamkan\n1.\n menenggelamkan, memasukkan ke dalam air dan lain-lain:\nsuatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dalam perut bumi; \n2.\n menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan:\nkerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; \n3.\n [kiasan] memasukkan ke dalam jel;\nterbenam\n1.\n tenggelam, masuk:\nmatahari ~ di ufuk barat; \n2.\n terpendam:\nharta ~;" "benaman\nhasil membenam, membenamkan atau terbenam:\npelabuhan bertaraf antarabangsa dulunya hanya berupaya menampung kapal dengan \n~\n 14.5 meter.\npembenaman\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) membenamkan." "benang\n1.\n tali halus daripada kapas, sutera, dan lain-lain yang digunakan untuk menjahit atau menenun;\n2.\n = \n~ skru \ngeligir berpilin pada skru;\n~ arang \nbenang yang dihitamkan untuk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu);\n \n~ emas \nbenang berupa dawai halus yang berwarna seperti emas untuk menyulam atau menenun;\n \n~ mentah \nbenang yang belum dipintal;\n \n~ nanas \nbenang yang dibuat daripada serat nanas;\n \n~ pakan\n benang pada torak tenun;\n \n~ pancarona \nbenang yang berwarna macam-macam;\n \n~ raja \npelangi;\n \n~ sari \na) bahagian yang menghubungkan stigma dan rahim bunga;\n b) = \n~ serbuk \n[Indonesia] tangkai tempat sari (serbuk bunga);\nbagai ~ dilanda ayam \n(peribahasa) kusut masai;\n \nmenegakkan ~ basah\n (peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang mustahil berhasil;\n \nmelanggar ~ hitam \n(peribahasa) melanggar pantang larang, melanggar adat resam;\n sehari selembar ~, lama-lama jadi kain \n(peribahasa) sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;\nberbenang\n1.\n mempunyai benang;\n2.\n mempunyai benang skru;\nmembenang\n1.\n merupakan benang;\n2.\n [kiasan] tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan;\n3.\n = \nmembenangkan\n membuat benang skru;\npembenangan\n perihal atau perbuatan membuat benang (skru);\npembenang\n (Kejuruteraan) alat untuk membuat benang skru." "benar\n1.\n tidak salah, betul:\nejaannya ~; \nsalah ~nya; \n2.\n tepat (tidak berbeza daripada keadaan sebenarnya), memang demikian halnya, sungguh, sah:\nkalau ~ dia yang memukul adikku, tentu kuadukan kepada bapanya; \n3.\n amat, sangat, sekali:\nramai ~ orang pergi ke pantai;\nsebenarnya\n1.\n yang merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya:\norang yang sentiasa menyerukan pembelaan wanita yang ~ menganiaya mereka; \n2.\n yang dikira betul, sebetulnya:\nejaan yang ~ ialah pameran bukan pamiran; \n3.\n begitulah, demikianlah, sungguhlah:\n~lah seperti kata cikgu itu; \n4.\n sewajarnya, sepatutnya;\nsebenar-benarnya\n sesungguh-sungguhnya, sebetul-betulnya:\nmereka hendaklah ~ menimbangkan dan menguji apa jua ajaran agama dengan adil;\nbenar-benar\n sungguh-sungguh, betul-betul, amat sangat:\nkata-katanya itu ~ meninggalkan kesan di hatiku;\nberbenar, berbenar-benar\n [Minangkabau] berterus-terang;\nmembenar, membenar-benar\n [Minangkabau]\n1.\n berbenar;\n2.\n meminta bantuan;\nmembenari\n [Minangkabau] memujuk, mengelon;\nmembenar-benari\n mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh;\nmembenarkan\n1.\n membetulkan:\ndia cuba ~ kata-katanya yang telah terlanjur itu; \n2.\n menganggap benar, menganggap sah:\nkhabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; \n3.\n mengiakan, menyetujui:\nHilmi mengangguk ~ kata-kata itu; \n4.\n memper-bolehkan, mengizinkan:\nempunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama;\nmemperbenar\n [sastera lama] membenarkan;\nkebenaran\n1.\n perihal benar (sesuatu), sebenarnya:\n~ pepatah ini dapat diuji; \nhanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; \n2.\n izin:\nkedai ini didirikan dengan tidak berlesen atau bersurat ~;\n3.\n sesuatu yang benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya):\naku percaya pada suatu masa dia akan kembali semula kepada ~ dan kenyataan;\n~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; \n4.\n [Jakarta] kebetulan;\nketidakbenaran\n perihal atau perbuatan tidak benar;\npembenaran\n perihal atau perbuatan membenarkan:\n ~ pandangan ini dari sudut agama." "benara I\n[sastera lama] tukang cuci, dobi, benatu;\nmembenara\n [sastera lama] mencuci pakaian." "benara II, benarah\n[arkaik] menara." "benatu\ndobi, tukang cuci." "benbarang\n[Perak] barang-barang." "bencah\ntanah yang berlumpur, paya:\nbanyak sekali ~ di pantai sebelah Barat; \nsawah ~\n sawah yang diairi;\nberbencah, berbencah-bencah\n berpaya(-paya):\ntanah di belakang rumahnya ~." "bencana\n1.\n (mara) bahaya, kecelakaan:\nmelihat ~ yang menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami;\n~ alam \nbencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dan lain-lain);\n2.\n kesukaran, pengkhianatan, penipuan:\nbanyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; \nhendak seribu daya, benci seribu ~\n (peribahasa) membuat sesuatu dengan kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan daripada kebalikannya;\nmembencanai\n [arkaik] menyukarkan, mengkhianati, menipu;\nmembencanakan\n membuat (membawa) bencana;\nkebencanaan\n sesuatu yang mendatangkan bencana, kecelakaan:\n humanisme Barat yang mendatangkan ~ dalam kesenian dan ilmu pengetahuan\n." "bencat\nterhenti, tertahan;\nrencat." "benci\ntidak suka:\nada orang yang ~ melihat kita aman damai dalam rumah tangga;" "benci-membenci\nsaling menaruh perasaan benci terhadap satu sama lain:\nsikap ~ ini memang ditegah oleh Islam; \napabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain;\nkebenci\n [Minangkabau] ubat dan lain-lain untuk menjadikan benci:\ndicarikannya pekasih atau ~ kian kemari, dituntutnya ilmu sihir kepada dukun-dukun yang pandai;\nkebencian\n1.\n perihal benci (rasa, sifat benci):\nlama-lama ~ itu hilang begitu saja; \n2.\n sesuatu yang dibenci;\npembenci\n1.\n orang yang membenci;\n2.\n sesuatu untuk membuat orang benci:\nubat ~." "benda\n1.\n barang:\n~ apa yang diletakkannya di atas meja itu? \n2.\n barang yang berharga, harta:\nharta ~; \n3.\n setiap yang dapat diraba dan dilihat, jasad;\n \n~ hidup \nsegala yang hidup;\n4.\n [bahasa percakapan] hal, peristiwa, kejadian:\napa ~; \ntidak ada ~;\n~ cair \nbenda yang berubah bentuk menurut tempatnya;\n \n~ galian\n bahan (benda) yang diambil dari dalam tanah;\n \n~ mati \nbenda yang tidak bernafas (bergerak dan lain-lain);\n \n~ rencam \nbenda yang terdiri lebih daripada satu jenis jirim;\n \n~ rentung \nbenda yang telah menjadi arang;\n \n~ tara \nbenda yang dijadikan ukuran (dan lain-lain), piawai;\n \n~ tunggal \nbenda yang terdiri daripada satu jenis jirim;\nberbenda\n [arkaik] berharta, berada, kaya;\nmembendakan\n menjadikan (menganggap) benda;\nkebendaan\n1.\n segala yang berupa benda (barang berharga dan lain-lain):\nmasyarakat yang gila ~; \n2.\n bersifat (berupa) benda:\nkeperluan ~; \nmemberi sokongan semangat dan ~; \n3.\n bersifat gila akan harta benda:\nmanusia sekarang terlalu ~;\nperbendaan\n perihal mengumpulkan barang-barang (harta benda dan lain-lain)." "bendahara\n1.\n [sastera lama] orang yang memegang harta benda kerajaan;\n2.\n perdana menteri, wazir;\n3.\n menteri dalam permainan catur;\nperbendaharaan\n1.\n khazanah (tempat simpanan harta benda negara):\npejabat ~; \n2.\n kekayaan (harta benda, barang-barang, dan lain-lain):\njika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; \nImam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yang amat banyak kepada kita;\n~ kata-kata Melayu \nkeseluruhan kata-kata Melayu." "bendaharawan\npegawai yang menyelenggarakan kewangan." "bendahari\n1.\n [sastera lama] orang yang memegang harta benda kerajaan;\n \npenghulu ~ \nketua bendahari;\n2.\n pengurus wang kesatuan dan lain-lain." "bendal\nmembendalkan\n menghambat:\nperutnya yang gendut itu selalu ~ simpati kami." "bendala\n[sastera lama] tempat membawa mesiu (tentera)." "bendalir\n(Fizik)\n1.\n benda mengalir (seperti cecair atau gas) yang berubah-ubah bentuknya menurut bentuk bekas yang mengandunginya;\n2.\n cecair dalam badan haiwan atau tumbuh-tumbuhan:\n~ tubuh;\n~ brek \nbendalir yang digunakan dalam sistem brek hidraulik;\n \n~ serebrospina \n(Perubatan) bendalir jernih tidak berwarna yang terdapat dalam kawasan saraf tunjang dan otak." "bendalu\n1.\n pokok yang tumbuh pada pokok lain dan menghisap makanan daripada pokok itu;\n2.\n [kiasan] orang yang bergantung hidup pada orang lain." "bendang\nsawah;\n \ntanah ~\n tanah sawah." "bendar\nparit (di sawah dan lain-lain), longkang;\n \nmenaikkan ~ sondai \n(peribahasa) mempertahankan yang tidak mungkin dapat dipertahankan;\nmembendarkan\n mengalirkan sesuatu (air);\n \nbagai ~ air ke bukit \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;\nbandar II." "bendari\n[sastera lama] tukang masak di kapal." "bendasing\nbahan dalam kuantiti yang kecil yang terdapat dalam bahan lain sehingga boleh menjejaskan mutu bahan yang lain itu:\nsebarang ~ atau kekotoran akan merendahkan mutu getah yang dipasarkan." "bendawat\n[arkaik] bandut (meriam)." "bende\n[Jawa] canang." "bendel\n[Indonesia-Belanda] berkas (surat-surat dan lain-lain);\nmembendel\n1.\n [bahasa percakapan] memberkas (menyusun menjadi satu) surat-surat;\n2.\n [bahasa percakapan] menjilid (buku dan lain-lain)." "bender I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] penjilid (buku)." "bender II\nbendi (sejenis sayur)." "bendera\nsepotong kain (biasanya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau sebagai isyarat, panji-panji;\n~ kebangsaan\n bendera yang menjadi lambang sesebuah negara;\n \n~ putih \nbendera yang dinaikkan sebagai tanda menyerah;\n \n~ setengah tiang \nbendera dinaikkan setengah tiang tanda berdukacita\n; \ndi bawah ~\n dalam perlindungan (dilindungi oleh)." "benderang I\n= \npembawa ~\n [sastera lama] orang yang membawa tombak di kiri kanan raja:\nkelima Tun Lekir ~ kanan, keenam Tun Lekiu ~ kiri; \ntombak ~ \ntombak yang dibawa di kiri kanan raja (tangkainya dihiasi dengan bulu kambing)." "benderang II\n= \nterang-~ \nsangat terang;\n \nbulan ~ \nbulan terang;\nmembenderangi\n menerangi:\ntugasmu yang sebenar ialah ~ alam buana ini." "benderung\nlorong di antara dua buah gedung;\n \nbalairung ~ seribu \nbalairung yang mempunyai seribu lorong." "bendi I\n= \nkacang ~ \n= \nsayur ~\n sejenis tumbuhan (herba dan buahnya), kacang lendir, \nHibiscus esculentus." "bendi II\nsejenis kereta kuda yang beroda dua:\n~ telah menanti di halaman, aku berangkat lagi;\nberbendi, membendi\n [arkaik] naik bendi." "bendir\nsejenis canang, gong kecil." "bendo\n[Jawa] sejenis parang." "bendok\n(Sunda) tengkolok yang sudah siap diikat." "bendoro\n[Jawa] gelaran bangsawan, tuan besar." "bendul\n1.\n balak yang dipasang (memanjang) pada tiang rumah;\n \nlurus macam ~ \nki sangat jujur;\n2.\n = \n~ pintu \nbalak yang melintang di bawah pintu:\nia melangkah ~ masuk ke dalam bilik tidur;\n~ jendela \nrangka jendela;\n3.\n = \nbalai ~\n sejenis balai tempat raja bermesyuarat:\nadapun sekarang Raja Muda ini hendak duduk di ~ kita, sementara mamak Bendahara dan Temenggung memperbuat istana; \nPak Si B~ \nPak Pandir." "bendung\n= bendungan\n permatang untuk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;\nmembendung\n1.\n menghalang arus air, mengempang:\nsungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; \n2.\n [kiasan] menghalangi, menahan, merintangi:\nAmerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; \nundang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;\nterbendung\n terempang, terhalang, tertahan;\npembendungan\n perihal (usaha dan sebagainya) membendung, pengempangan;\npembendung\n1.\n orang yang membendung;\n2.\n alat untuk membendung, pengempang." "benefisiari\n(Undang-undang) orang yang berhak mewarisi harta, wang, dan lain-lain si mati menurut wasiatnya." "benet\nbayonet;\nberbenet\n mempunyai atau membawa benet:\ndia ditahan oleh seorang polis hutan yang dilengkapi dengan senapang ~." "beng\n[bahasa percakapan] (berkenaan (dengan) minuman) dibubuhi air batu (ais):\nteh O ~; \nkopi O ~." "bengah\n[arkaik]\n1.\n duduk dengan tegak;\n2.\n bongkak, sombong, pongah." "bengal\n1.\n pekak sebentar kerana kena tampar dan lain-lain;\n2.\n bingung, teringa-inga (kerana sakit dan lain-lain):\nkepala saya masih ~ lagi;\n3\n.\n \ntidak mendengar kata orang, keras kepala;\n4.\n [Jakarta] nakal, jahat." "bengang I\n= terbengang\n ternganga, terbuka besar-besar;\nbuah ~ \nbuah yang terbelah dua kalau masak;\n \n~ sebelah \nterbuka sebelah untuk mengeluarkan bijinya (buah);\n \nkena si ~ \nterdiam kerana hairan;\nmembengang\n mengangakan, me" "bengang II\n1.\n berdesing dalam telinga, berdengung dalam telinga;\n2.\n [bahasa percakapan] geram dan sakit hati:\naku ~ betul melihat telatahnya; \n3.\n buntu:\n kepalanya ~ memikirkan masalah itu." "bengang III\n[Jawa] sakit (penyakit) kencing nanah." "bengang IV\n[Kelantan] (amat) sangat;\n \npanas ~ \nsangat panas." "bengap\n1.\n pekak (kerana masuk air dalam telinga dan lain-lain);\n2.\n tidak nyaring atau jernih bunyi (wang syiling dan lain-lain);\n3.\n sukar bercakap (kerana malu dan lain-lain), gagap;\n 4.\n bodoh kerana sukar mengerti dan mempelajari sesuatu:\n kalau ~ sangat, tentu ITM tidak menerimakau\n." "bengawan\n[Jawa] paya, sungai besar." "benge\n[Kelantan] sakit dalam telinga kerana suara kuat;\nmembenge\n menyakitkan telinga (suara kuat)." "benggal\n~-benggil \nbengkak-bengkak, bincul-bincul, bincut-bincut;\nbenggil\n." "Benggala\nsebuah negeri di India." "Benggali\nbangsa yang berasal dari Benggala, India." "benggil\nbengkak, bincul;\nbenggal." "benggol I\nbincul, bincut, benjol." "benggol II\n[Indonesia] wang tembaga yang berharga 21/2 sen, gobang." "benggol III\n[Indonesia] = \nbenggolan\n kepala penjahat (samseng dan lain-lain)." "bengik\nsesak nafas (berkenaan (dengan) penyakit asma)." "bengis I\n1.\n tidak berbelas kasihan, kejam, zalim:\npembunuhan yang ~; \n2.\n pedas, tajam:\nkata-kata yang~;\nmembengis\n bangkit bengis, berlaku bengis:\ndiam\u2026 suara Majid ~;\nmembengisi\n memperlakukan dengan bengis (kejam):\nkalau tidak dibengisi masih berlarut-larutan anak-anak itu mengganggu kita;\nkebengisan\n perihal bengis, kekejaman, kezaliman:\n~ tentera musuh itu membangkitkan kemarahan rakyat;\npembengis\n1.\n orang yang bengis;\n2.\n bersifat bengis:\ndia menjadi manusia yang agresif dan ~." "bengis II\nmarah, gusar;\nmembengis\n jadi marah, bangkit marah;\nmembengisi\n memarahi;\npembengis\n pemarah:\n dia ~ orangnya." "bengit\nbengik, sesak nafas." "bengkah\nmembengkah\n memangkah (gasing dan lain-lain)." "bengkak\n1.\n benjol pada tubuh (kerana penyakit dan lain-lain), bincul:\n~ tangannya sudah mulai berkurang;\n2.\n menjadi benjol (bincul):\nmukanya kembang dan ~;\n~-bengkil\n bengkak-bengkak, benggal-benggil;\n \n~ hati\n sebal hati;\n \n~ gedobong \n[Kelantan] bengkak yang besar dan berbahaya;\n \nlain ~, lain bernanah\n (peribahasa) orang lain yang bersalah orang lain yang menanggung akibatnya;\nmembengkak\n menjadi bengkak:\ntanda-tanda penyakit ini ialah rasa mual, sakit punggung, sesak nafas dan kaki ~;\nmembengkakkan\n menyebabkan (menjadikan) bengkak;\npembengkakan\n perihal (proses dan sebagainya) membengkak:\npenggunaan air ini dapat membantu mengurangkan ~;\n~ leher ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat." "bengkal I\nkebengkalan\n tercekik (oleh makanan)." "bengkal II\n~-bengkil \nbenggal-benggil." "bengkalai\n= terbengkalai\n1.\n terabai, terlantar, tersia-sia:\nbanyak pekerjaannya yang terbengkalai; \n2.\n [arkaik] terdiam, senyap:\nduduk terbengkalai;\nmembengkalaikan\n mengabaikan, mensia-siakan." "bengkalis\nsejenis ikan laut, terubuk." "bengkang I\n~-bengkong \nbengkok-bengkok." "bengkang II\n~-bengkok\n berkelok-kelok, berliku-liku." "bengkang III\nsejenis kuih;\n=\n \nbingka\n." "bengkap\n[Indonesia-Belanda] kulit pembalut kaki (di atas kasut)." "bengkar\nmembengkar\n kembang, mekar, terbuka." "bengkarak\nrangka, tulang-belulang." "bengkaras\nsejenis tumbuhan (pokok), medang melukut, merkaras, \nNorrisia malaccensis." "bengkarung\nsejenis binatang kecil bersisik, cengkarung, kadal." "bengkatak\nsejenis biawak, komodo." "bengkawan\n1.\n bilah buluh yang digunakan sebagai tulang atap rumbia (nipah dan lain-lain);\n2.\n penjodoh bilangan bagi atap:\n50 ~ atap\n." "bengkawang\nsejenis tumbuhan (pakis), \nGleichenia linearis." "bengkayang\nsangat kenyang." "bengkel\n1.\n tempat membaiki kereta dan lain-lain:\nsyarikat\n \nkerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta; \n2.\n kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja);\n3.\n mesyuarat (perbincangan dan sebagainya) secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dan sebagainya) tentang sesuatu:\n~ penulisan cerita kanak-kanak;\nberbengkel\n mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok):\nmereka sering ~, berseminar dan sebagainya untuk menyiapkan projek penulisan itu;\nmembengkelkan\n membincangkan sesuatu dalam perbincangan berkelompok;\nperbengkelan\n urusan atau aktiviti berbengkel." "bengkeng\nbengis, garang, pemarah:\nguru baru itu ~ orangnya;\nmembengkengi\n memarahi, mencela;\n anak sendiri disayangi, anak tiri dibengkengi \n(peribahasa) tidak adil (menguntungkan orang yang disayangi);\nkebengkengan\n perihal (sifat) bengkeng, kebengisan, kegarangan." "bengkil I\nbengkak-~; \nbengkak." "bengkil II\n[arkaik];\nterbengkil-bengkil\n berpayah-payah (mengerjakan sesuatu), bersusah payah:\nia berkayuh mudik menongkah air surut itu dengan ~." "bengkok I\n[Jawa] tanah yang diberikan kepada ketua kampung dan lain-lain sebagai gaji." "bengkok II\n1.\n berkelok, lengkung, tidak lurus:\njalan yang ~; \n2.\n [kiasan] tidak jujur, curang:\norang yang berakal ~ akhirnya tidak selamat juga;\nmembengkok\n menjadi bengkok, berbelok, berkelok:\nia memutar-mutarkan misai lebatnya yang ~ ke atas seperti tanduk kerbau;\nmembengkokkan\n menjadikan bengkok, mengelokkan, membelokkan:\njalan yang mudah untuk mengikir permukaan yang lebar ialah dengan cara ~ puting kikir;\npembengkokan\n perihal atau perbuatan membengkokkan:\n~ besi;\npembengkok\n alat untuk membengkokkan sesuatu;\n=\n \nbengkang II." "bengkol\n[Jakarta] bengkok;\n=\n \npengkol." "bengkong I\nbengkang I." "bengkong II\n[Jawa] tukang sunat (khatan)." "bengkongkong\nsejenis ikan laut, kuku, \nAcanthopagrus berda." "bengku\nsejenis tumbuhan (pokok yang banyak getah, dan buahnya dibuat minyak), ketor, medang ketor, surin, \nGanua motleyana\n." "bengku-bengku\ntongkat (kayu bercabang) penyokong jerubung perahu." "bengkuang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok seperti pandan), mengkuang, \nPandanus\n \natrocarpus;\n2.\n [Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok memanjat, umbinya manis), sengkuang, \nPachyrhizus erosus." "bengkudu\n= mengkudu." "bengkuk\n= benguk I." "bengkunang\nsejenis pelanduk besar, napuh, \nTragulas rapu." "bengkung I\nbengkok (keris, pisau, dan lain-lain);\nberbengkungan\n bengkok-bengkok:\ntombak ~;\n= bengkang II." "bengkung II\nkain pembebat perut (pinggang dan lain-lain):\nperut hendaklah setiap hari diikat dengan ~;" "bengoh\n[arkaik] bekerja mati-matian." "bengot\nherot, genjang, serong." "bengu\n[Jakarta] bau (berbau) busuk." "benguk I\nmasyanghul, sedih hati, murung." "benguk II\nbeguk, degum." "benguk III\nkacang ~ \n= \nkara ~ \nsejenis kacang yang besar." "bengul\n[Jakarta] bengkak (mata sesudah menangis dan lain-lain), balut, bakup." "benian I\n= \npeti ~ \nsejenis peti (tempat menyimpan barang-barang berharga, pakaian);\nbanian." "benian II\nbaju ~ \nbaju dalam." "benigna\n(Perubatan) tidak serius, tidak berulang-ulang dan tidak susah untuk pulih (berkenaan (dengan) tumor atau ketumbuhan):\njanganlah kamu risau, doktor kata ketumbuhan pada tengkuknya itu bersifat ~ sahaja." "benih\n1.\n biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit:\npadi yang baik itu disimpan untuk dijadikan ~; \n2.\n benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh):\nsperma atau ~ jantan;\n~ cacar; \n3.\n punca, sumber:\npelajaran ialah ~ kemajuan; \n4.\n keturunan daripada:\n~ orang bangsawan; \n5.\n sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit:\n~ kemesraan;\n~ yang baik tak memilih tanah \n= \njika asal ~ yang baik jatuh ke laut menjadi pulau \n(peribahasa) orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya;\n \nasal ditugal adalah ~ \n(peribahasa) tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dalam mengerjakan pekerjaan yang baik;\nberbenih\n mempunyai benih;\nmembenih\n mulai wujud (timbul) sesuatu perasaan (keadaan dan sebagainya):\nperasaan cinta sedang ~;\nmembenihkan\n menghasilkan sesuatu: \n~ kejayaan;\n pembenihan\n proses menanam benih, penyemaian:\n~ awan telah dibuat sebagai kaedah mengurangkan kesan gelora puting beliung." "bening\n1.\n jernih, hening:\nmatanya berkaca ~; \nselaput ~ \n[Indonesia] selaput mata bahagian depan;\n2.\n (berkenaan (dengan) suasana) hening, sunyi senyap:\nsuasana menjadi ~ seketika;\nmembeningkan\n1.\n menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan;\n2.\n menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan;\nkebeningan\n keadaan bening (jernih, hening):\n~\n \nmalam." "benitan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), lempunai, mempenai, \nXylopia caudata; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), bedara emping, kelayu hitam, tampung kecil, \nArytera littoralis; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nGoniothalamus ridleyi." "benjol\nbengkak pada dahi, bincut:\nia kena pukul hingga ~-~ ;\nberbenjol\n beroleh (menjadi) benjol:\nrambutnya banyak yang melekap pada dahinya yang ~." "bensol\n[Indonesia-Belanda] minyak kapal terbang." "benta I\nsejenis bisul dalam daging (pada bibir atas)." "benta II\nsejenis tumbuhan (rumput), \nLeersia hexandra.\nmembentak\n mengherdik, menengking:\nwanita itu ~ kepada kuli yang mengangkut barangnya;\nbentakan\n suara atau kata-kata yang keras dan kasar (untuk memarahi seseorang), herdikan, tengkingan." "bentala\n[sastera lama] bumi, tanah." "bentan I\nberbalik sakit (sesudah agak sembuh):\nada beberapa hari lamanya Sultan Alaudin pun adalah baik sedikit, maka baginda santap nasi susu lalu ~." "bentan II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCerbera manghas." "bentang I\nmembentang\n tampak luas dan rata, menghampar:\nsesampai di puncak bukit tampak laut ~ di hadapan mereka;\n membentangi\n menghamparkan sesuatu di:\njikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar masuk menghadap, pada tempatnya duduk itu dibentangipermaidani;\n membentangkan\n1.\n menghamparkan, membeberkan:\nia melabuh sauhnya seraya ~ kajang untuk berbaring-baring melepaskan jerihnya; \nPak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; \n2.\n memaparkan, menghuraikan, menerangkan:\nperingatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kepada mereka itu; \n3.\n menyampaikan sesuatu (kertas kerja dan lain-lain):\nkertas kerja ini telah dibentangkan pada seminar Bahasa dalam Pendidikan ke-IV;\nterbentang\n terbuka luas, terhampar:\n sawah padi yang ~ luas;\npembentangan\n1.\n perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan;\n2.\n perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan;\npembentang\n orang yang membentangkan sesuatu:\n~ kertas kerja." "bentang II\nsejenis kereta tarik (tidak beroda) yang ditarik oleh binatang seperti kerbau dan lain-lain." "bentangur\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCalophyllum spp.;\n~ ara\n = \n~ mumut \n= \n~ pasir \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCalophyllum kunstleri;\n~ batu \n= \n~\n \nbesar\n = \n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCallophyllum pulcherrimum;\n~ belalang \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCallophyllum lanigerum;\n~ bunga \n= \n~ jantan \n= \n~ laut\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCallophyllum inophyllum\n." "bentar I\nsebentar\n \n1.\n sekejap, sejurus, tidak lama:\nkita berhenti ~;\n2\n. [Jakarta] nanti;\n \n~ malam \nnanti malam;\n \n~ ini \n= \n~ tadi \nbaru saja;\n \n~ juga \ndengan segera;\n \n~ lagi\n sekejap lagi;\n \n~ \u2026 ~ \nkadang-kadang \u2026 kadang-kadang;\nsebentar-sebentar\n sekejap-sekejap, kerap kali:\n~ aku menggosok mata." "bentar II\n[Minangkabau];\nberbentar\n berjalan berkeliling, berbegar, beredar;\n \nmengambil jalan ~\n tidak mengikut jalan yang langsung (terus);\nmembentari\n mengelilingi, mengedari:\nkuda itu lari ~ lapangan;\nmemperbentarkan\n menyuruh berjalan (berlari) dalam lingkungan (kuda);\nperbentaran\n lingkungan tempat kuda berbentar (beredar)." "bentara\n1.\n [sastera lama] pesuruh raja (yang menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan);\n \n~ dewan \npegawai yang ditugaskan untuk menunjukkan tempat kepada orang awam dalam dewan;\n \n~ kanan \nbentara yang berdiri di kanan raja;\n \n~ kiri\n bentara yang berdiri di kiri raja;\n \n~ mahkamah \npegawai yang ditugaskan untuk menunjukkan tempat kepada orang awam dalam mahkamah;\n 2.\n [Indonesia] pegawai tidak bertauliah (tentera)." "bentaus, bentawas\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok);\nmentaus." "benteh\nbentes." "benteng\n1.\n tembok (daripada batu, tanah, dan lain-lain) untuk mempertahankan kota dan lain-lain daripada serangan musuh:\n~ serupa itu dengan mudah dapat ditembusi musuh;\n2.\n tempat yang diperkuat dengan tembok:\nSingapura merupakan ~ pertahanan Sekutu dalam Perang Dunia Kedua; \n3\n.\n tembok atau binaan yang dipertinggi (daripada tanah dan lain-lain) untuk menahan air atau menyokong jalan atau landasan kereta api;\n4.\n tempat yang bertembok di sekeliling tempat tinggal tentera, kubu:\npada malam hari, tentera Belanda tidak dibenarkan keluar ~; \n5.\n pertahanan terhadap ancaman, faktor (unsur) yang mempertahan atau melindungi sesuatu:\nMalaysia dianggap sebagai ~ demokrasi di Asia Tenggara;\n 6.\n tir (nama sejenis buah catur);\nberbenteng\n mempunyai benteng;\nberbentengkan\n menggunakan sesuatu sebagai benteng;\nmembentengi\n memperkuat (menahan dan lain-lain) dengan benteng, mempertahankan, melindungi:\nketenangan adalah senjata yang ~ diri daripada menyerlahkan sifat-sifat buruk manusia." "bentes\nmain ~ \nsepak-menyepak dengan tulang betis (suatu permainan);\nberbentes\n bermain bentes;\nmembentes\n menyepak tulang betis orang dengan tulang betis sendiri:\nSuhud dapat menangkap pergelangan tangan Lat dan ~ kakinya;\nterbentes\n tersentuh betis pada sesuatu:\nbeberapa orang ~ jatuh tertiarap;\n pembentes\n orang yang suka membentes." "bentet\n[Jakarta] rekah, retak, terbelah." "bentik\n[arkaik] betik." "bentil\n= \n~ susu \nputing susu, hujung susu." "bentok\n[Jakarta];\nkebentok\n terlanggar;\nbentrok." "bentonit\nsejenis tanah liat yang berasal daripada abu gunung berapi, digunakan dalam industri binaan, farmaseutikal, dan kertas." "bentos\nhaiwan dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di dasar laut atau tasik." "bentrok\nberbentrokan\n berlanggar, berselisih, bertengkar, bertentangan:\nanak itu selalu ~ dengan abangnya;\n membentrokkan\n1.\n melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan:\nia ~ keretanya pada tiang lampu; \n2.\n membuat orang berselisih, melagakan, mengadudombakan:\n~ anak dengan bapa;\nbentrokan\n perselisihan, pertentangan, pertengkaran:\n~ antara kedua-dua mereka itu sudah diselesaikan oleh orang tua mereka;\n pembentrokan\n perihal membentrokkan." "bentuk\n1.\n lengkung, lentur:\n~ busur panah; \npedang ~; \n2.\n penjodoh bilangan untuk barang yang melengkung:\nse~ cincin; \n3.\n bangun, rupa, perawakan:\napi begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; \n4.\n cara, gaya, corak, susunan:\n~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan;\n~ pemerintahan;\n membentuk\n1.\n melengkung, melentur:\n~ seperti kail;\n2\n. menjadikan atau membuat supaya melengkung;\n3.\n menjadikan sesuatu mengikut bentuk yang tertentu, membuat sesuatu dengan bentuk atau rupa yang tertentu;\n4.\n membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun:\n~ kata terbitan yang baru;\n~ syarikat kerjasama;\n~ kabinet baharu;\nterbentuk\n dibentuk:\nbatu-batu seperti batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; \ntidak ~ \ntidak terdidik, tidak terajar;\nbentukan\n sesuatu yang sudah dibentuk;\n \nkata ~ \n[Indonesia] kata terbitan, kata buatan (baru);\npembentukan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membentuk:\nia berazam untuk mengambil peranan dalam ~ masyarakat baru;\npembentuk\n orang atau alat yang membentuk." "bentulu\nsejenis ikan darat, \nBarbichthys laevis." "bentur I\nmembentur\n melentur (dahan kayu dan lain-lain)." "bentur II\nberbenturan\n berlanggaran, berhantukkan, bertumbukan;\nmembenturkan\n melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan;\nterbentur\n1.\n terlanggar, terhantuk, tertumbuk:\nkakinya ~ batu; \n2.\n terhalang, terhambat, gagal:\nmaksudnya selalu ~;\nperbenturan\n perihal berbenturan, pertentangan, perlanggaran:\n ketegangan dalam kehidupan bangsa yang sedang berkembang, diakibatkan oleh ~ antara aspirasi ekonomi moden dengan aspirasi kebudayaan." "benturung\nsejenis musang (rupanya seperti beruang kecil), tenturun, binturung, \nArctictis binturong." "bentus\n[Jawa];\nterbentus\n terhantuk, terlanggar." "benua\n1.\n daratan yang sangat luas (Asia, Eropah, Amerika, Afrika, dan Australia):\n~ Eropah; \n2.\n negeri, tanah:\n~ China;\n~ Arab; \nseperti burung gagak pulang ke ~ \n(peribahasa) orang pulang merantau jauh yang tidak bertambah pengetahuannya;\nkebenuaan\n bersifat benua:\niklim ~ terlalu panas dan terlalu sejuk." "benuang I\nkerbau ~ \nsejenis kerbau besar;\n \nrusa\n \n~\n sejenis rusa besar." "benuang II\nsejenis tumbuhan (pokok) yang kayunya lembut dan ringan, \nSterculia alata." "benum\nmembenum\n [Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] melantik (mengangkat) dalam sesuatu jabatan:\ndibenum menjadi pegawai;\n benuman\n1.\n lantikan, pengangkatan;\n2.\n orang yang dilantik." "benyai\n1.\n benyek, lembik (dan berair) seperti nasi yang banyak air (buah yang terlampau masak);\n2.\n lemah (tidak bertenaga), lenyai, letih, tidak ada nafsu kerja." "benyek\nlembik dan berair (nasi dan lain-lain)." "benyot\nbengut, herot, genjang." "benyut\nbenyot." "benzena\n(Kimia) sejenis cecair yang tidak berwarna, beracun, diperoleh daripada petroleum, digunakan sebagai pelarut dan untuk membuat bahan kimia lain (seperti racun serangga)." "benzin\n=\n minyak\n \n~\n1.\n petrol:\nderum enjin kereta memekakkan telinga manakala bau ~ pula mengganggu hidung\n;\n2.\n sejenis minyak tanah:\nminyak ~ lampu gasolin itu yang mengalir keluar dan tumpah ke atas permaidani di bawahnya, dijilat api." "benzina\n(Kimia) campuran hasil sulingan petroleum, yang mudah meruap dan mudah terbakar, digunakan terutamanya sebagai pelarut atau bahan api motor. \nbeo\n (bo) = \nburung ~ \nsejenis burung yang dapat diajar bercakap beberapa perkataan, tiung;\nmembeo\n meniru perkataan (cakap) orang lain:\njangan engkau ~ orang sahaja;\npembeo\n orang yang membeo (meniru orang lain)." "bepang , bepa\nsejenis kuih yang dibuat daripada beras pulut." "bera I\n1.\n merah yang agak hitam pada muka (kerana malu dan lain-lain);\n2.\n malu, aib;\nmembera\n dengan muka yang merah (kerana malu dan lain-lain)." "bera II\n[Perak] hitam legam." "bera III\n[Kelantan] bunyi seperti bunyi benda-benda halus (beras, pasir, dan lain-lain) ditabur." "berabe\nberabai\n [Indonesia] rumit, sukar (mengerjakan sesuatu dan lain-lain), berselok-belok." "berahi\n1.\n kasih (cinta) yang amat sangat:\nmakin lama ia memandang gadis itu makin bertambah ~nya; \n2.\n rasa suka akan seseorang (dengan bernafsu), ghairah:\ndaripada matanya, jelas kelihatan perasaan ~nya terhadap wanita itu; \n3.\n sangat suka:\n~ berceloteh dan berleter;\n~ mendengar bunyi-bunyian;\nmemberahikan\n1.\n mencintai dengan amat sangat, berahi akan:\nlaksamana dalam negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan; \n2.\n membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan:\nMinah pun muda juga dan masih ada daya penarik yang ~;\nkeberahian\n perihal berahi, keghairahan;\npemberahi\n orang yang mudah berahi." "berai\ncerai-~ \nbercerai-berai, berpecah-pecah, berpisah-pisah;\nberberai\n bercerai, berpecah, berpisah:\nsebagai pemimpin, kamu harus cuba memelihara keutuhan umat agar tidak ~;\nberberaian\n berceraian, bercerai-cerai:\n laungan itu\n \nbergema dan ~ pecahannya;\nmemberai-beraikan\n1.\n mencerai-ceraikan, memecah-mecahkan, memisah-misahkan;\n2.\n menyebarkan (khabar);\ncerai." "beraja\n[Jakarta] bintang beralih." "berak\nbk\n1.\n najis yang keluar dari dubur, tahi;\n2.\n buang air besar;\n~ air \nbuang air besar yang cair;\n \n~ darah \nbuang air besar dengan mengeluarkan darah;\n \nsiapa mengaku ~ di tengah jalan \n(peribahasa) apabila sesuatu kejahatan yang dibuat secara sulit diketahui orang, yang membuatnya tidak akan mengaku;\nmemberaki\n1.\n membuang air besar pada, mengotori dengan najis:\n~ tempat makan sendiri;\n2.\n ki menipu, mengkhianati:\n~ kawan sendiri; \n3.\n ki menghinakan dengan sangat;\nterberak\n terkeluar najis (tahi), berak:\nkerana terlalu banyak makan asam, dia ~ dalam seluar;\nterberak-berak\n terlalu kerap berak:\ndia ~ kerana makan asam terlalu banyak ." "berakah\n[sastera lama] cakap besar, sombong:\nyang pertama masuk, Tun Isap namanya, ialah menghulu-hulukan orang masuk itu dengan pantasnya, tetapi sekali juga ia masuk tiada lagi masuk, takut ia, dinamai orang Tun Isap B~." "beraksa I\n= \npokok ~ \n= \nkayu ~ \nsejenis pokok beringin;\n= beksa, bereksa." "beraksa II\n= \nkuda ~ \n[sastera lama] kuda yang dapat terbang." "berakya\n[Kelantan] nakal, jahat." "beram\nsejenis minuman keras (air tapai)." "berambang\n[Jawa] bawang merah." "berambi\n[Kelantan] berhati-hati, beringat-ingat, cermat, teliti." "berambung\nsejenis tumbuhan (pokok), merambung bukit, \nVernonia javanica." "berambur\n[Kedah] terburai." "beramin\nbakul ~ \nsejenis bakul yang digantungkan supaya tidak dapat dihinggapi tikus." "beran\n[Kedah] bintik-bintik merah pada badan semasa kena demam campak." "berancai\nterberancai\n cerai-berai, terbongkar (terombak):\nbasikal itu ~." "beranda\n1.\n ruang terbuka yang berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah:\nkerusi dan meja telah teratur di ~ muka untuk menerima tetamu; \n2.\n [arkaik] sejenis bilik dalam perahu." "berandal\n[Jawa] pengganas, penjahat, perompak;\nmemberandal\n berbuat jahat, ganas." "berandang\nnyata (tampak), mudah tampak." "berang\nmarah (yang amat sangat), gusar:\nia masuk dengan muka yang ~; \nHasyim membentak dengan ~;\nmemberang\n menjadi sangat marah:\ntidak diduga sama sekali abangnya\n \nakan ~ begitu rupa;\nmemberangi\n memarahi;\nkeberangan\n perasaan marah yang amat sangat, kegusaran:\ndia terketar-ketar ~;\npemberang\n pemarah." "berang-berang\nsejenis binatang, anjing air, \nLutra sumatrana;\n= memerang." "berangai\n[arkaik];\nmati ~ \nmati suri (kelihatan sudah mati tetapi sebenarnya tidak);\n \nperahu ~ \nsejenis perahu perompak." "berangan I\nsejenis tumbuhan (pokok);\n~ antah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nQuercus oidocarpa;\n~ bukit \n= \n~ duri \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCastanopsis megacarpa;\n~ landak \nsejenis tumbuhan (pokok), \nQuercus spicata;\n~ makan \n= \n~ padi \nsejenis tumbuhan (pokok) \ncastonopsis inermis; \nakar ~, \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kayu laka, \nDalbergia parviflora." "berangan II\nracun tikus." "berangas\nsejenis siput kecil yang melekat pada kayu dalam air laut." "berangasan\n[Jawa] mudah naik darah, pemarah." "berangsang\nmemberangsang\n amat marah, menunjukkan kemarahan (seseorang), memarahi:\nAwak ini betul bodoh, ia ~ ke telinga orang itu;\nmemberangsangkan\n1.\n membangkitkan keberanian (semangat dan lain-lain), memberanikan:\nia sukacita mendengar kata-kata tabib yang ~ hatinya; \n2.\n membangkitkan kemarahan (perasaan marah);\npemberangsang\n1.\n pemarah;\n2.\n minuman (makanan) untuk memberangsangkan;\n= rangsang I." "berangta\n[Jawa], [sastera lama] berahi, (jatuh) cinta." "berangus\n[Indonesia] salut muncung anjing (agar tidak dapat menggigit), berongsong;\nmemberangus\n1.\n membungkus muncung anjing dengan berangus, memberongsong;\n2.\n [kiasan] melarang akhbar diterbitkan, melarang orang bercakap (menyatakan pendapat);\npemberangusan\n perihal (perbuatan, tindakan) memberangus." "berani I\n1.\n gagah (bukan pengecut), perkasa:\nadikku ialah seorang yang ~; \n2.\n tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dan lain-lain):\nfikiran ini tidak ada orang yang ~ menafikan;\n~ lalat \nberani di belakang lawan (kalau berhadapan takut);\n \n~ mati \ntidak takut mati;\n \n~ udang \ntidak tetap hati, cemas hati;\n \nbarisan (pasukan) ~ mati\n tentera yang berani mengorbankan jiwanya;\n~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah dengan keberanian;\n \n~ malu, takut mati \n(peribahasa) pengecut;\n \n~ menjual, ~ membeli \n(peribahasa)\na) apa-apa yang dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain);\n b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga;\n \n~ pegang, ~ tanggung \n= \nbarang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan \n(peribahasa) tiap-tiap yang dicakapkan akan berani pula dikerjakan;\nmemberanikan\n1.\n memberangsangkan, menggalakkan:\nkemenangan itu ~ lagi orang-orang Islam; \n2.\n = \nmemberani-beranikan\n menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani:\nSaya tidak akan bimbang dengan tidak bersebab, katanya dengan hati yang diberani-beranikan;\nkeberanian\n kegagahan, keperkasaan:\ndia mendapat pangkat itu dengan ~ dan pengorbanan;\npemberani\n sangat berani, orang yang sangat berani." "berani II\nbatu ~\n = \nbesi ~ \nbesi yang mempunyai tenaga untuk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik);\n= semberani II." "beranta\nsejenis perahu sungai." "berantakan\n[Jawa] cerai-cerai, kacau, tidak teratur:\nmejanya ~." "berantas\n[Indonesia] ;\nmemberantas\n membanteras;\npemberantasan\n perihal (tindakan, usaha dan sebagainya) memberantas:\n~ buta huruf\n." "berantuk\n[Kelantan] tidur (nyenyak)." "berapa\n1.\n (kata tanya) untuk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dan lain-lain):\n~ jumlahnya?;\n~ harga buku itu? \n2.\n sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya):\ndia boleh mengambil hartaku ~ dia suka; \n3.\n bagaimana, betapa:\ntengoklah ~ berbahagianya mereka di sini;\n~ pun \nbagaimanapun, betapa pun;\n4.\n = \nseberapa\n sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya):\ntidak ~ lama." "berarakan\n[Jakarta] berserak-serak, cerai-berai." "beras\n1.\n padi yang sudah dikupas kulitnya dan sedia untuk dimasak:\ndiambilnya ~ dan ditanaknya nasi; \n2.\n buah yang berbutir-butir (gandum, jagung, kopi, dan lain-lain), biji-bijian;\n~ basah \n= \n~ kumbah \n= \n~ lembap \nki sesuatu yang tidak berguna;\n \n~\n \nbasmati\n sejenis beras panjang yang ditanam di India dan Pakistan dan digunakan untuk memasak nasi beriani, nasi minyak, dan sebagainya;\n \n~ belanda \nsejenis padi-padian, barli;\n \n~ bertih \npadi yang digoreng (dengan tidak memakai minyak);\n \n~ ceruh \n= \n~ sosoh\n beras yang telah dibersihkan dengan selaputnya sekali;\n \n~ giling \nberas yang dikupas dengan penggilingan;\n \n~ goreng\na) beras yang digoreng;\n b) sejenis ukiran pada bakul;\n \n~ hancur \n= \n~ patah \nberas yang hancur;\n \n~ kepala \nberas yang terbaik;\n \n~ ketan \n[Indonesia] = \n~ pulut\n beras yang melekat kalau ditanak;\n \n~ kertas \n=\n ~ ketas \n= \n~ petas\n berbagai-bagai jenis beras;\n \n~ kunyit \nberas yang dikuningkan dengan kunyit;\n \n~ meja \nberas yang putih (baik);\n \n~ merah \n= \n~ perang \nberas yang berselaput merah atau keperangan (tidak diputihkan);\n \n~ pecah kulit \nberas yang masih berselaput;\n \n~ rebus \nberas yang setengah dimasak;\n \n~ sosoh \nberas yang diputihkan dengan cara menyosoh;\n~ terdorong ke Tiku \n(peribahasa)\na) perihal barang yang mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar;\n b) gadis yang tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut;\n \nkalau tiada ~, kerja tiada deras \n(peribahasa) jika tidak ada daya, terimalah nasib;\n \nseperti ~ lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual \n(peribahasa) sesuatu yang tidak berharga (kurang baik):\ntak ~, antah dikisik \n(peribahasa) untuk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya;\n \ntaruh ~ dalam padi \n(peribahasa) nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;\nberberas\n mempunyai beras;\n \ntak ~ akan ditanak\n (peribahasa) tidak ada kepandaian untuk dipertunjukkan (dalam keramaian dan lain-lain)." "beras-beras I\nsejenis tumbuhan (pokok), kedondong matahari, kijai, beberas,\n Trigonochlamys griffithii." "beras-beras II\nsejenis ikan laut, \nKyphosus spp." "beraso\nsejenis cecair penggilap barang-barang logam supaya berkilat semula;\nberberaso\n1.\n telah dibubuhi beraso:\nkain buruk yang ~ itu disapukan pada bekas tembaga itu; \n2.\n telah dicuci dengan beraso:\npiala itu sudah ~;\nmemberaso\n menggosok dengan beraso, membubuh beraso:\njari-jari roda basikal yang sudah diberaso itu digosoknya juga." "berat\n1.\n tekanan benda (apabila ditimbang), ukuran timbangan (sesuatu):\ncuba timbang supaya diketahui ~ barang itu; \n2.\n tidak ringan, mempunyai tekanan yang kuat (kalau ditimbang):\ntidak terpikul olehku benda yang ~ itu; \n3.\n sukar (dilakukan, diselesaikan, dan sebagainya), sulit, susah:\nkira-kira serupa itu terlampau ~ bagi murid-murid sekolah rendah; \nkerja dan tanggungjawab yang ~; \n4.\n amat sangat, kuat:\ndia sakit ~;\n5.\n menyebelah, memihak;\n \n~\n \npada (kepada)\n memihak kepada;\n \n~ sebelah \nmenyebelah kepada satu pihak (tidak adil);\n6.\n berkenaan novel, drama, dan lain-lain yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya):\nnovel Salina karya A. Samad Said ialah sebuah novel yang ~;\n7.\n berkenaan kesalahan dan lain-lain yang tidak boleh dianggap ringan atau kecil, serius:\nmembunuh ialah satu kesalahan yang ~; \nazab seksa yang ~;\n 8.\n berkenaan sikap (pendirian dan sebagainya) yang sungguh-sungguh:\nMohd Affandi memberi perhatian yang ~ kepada masyarakat dalam tulisannya\n \nini\n;\n9.\n berkenaan makanan yang (sangat) mengenyangkan:\nmakanan ~ biasanya membuat kita mengantuk;\n~ atom \nberat sesuatu atom berbanding dengan berat satu atom hidrogen;\n ~ hati \na) enggan, tidak sampai hati:\n~ hati ibunya hendak melepaskan Maimunah; \nb) cenderung (memikirkan, menyangka, dan lain-lain):\n~ hati Ina menyangka bahawa suaminya dalam kemalangan;\n~ kepala \na) sukar mengerti, sukar belajar;\n b) susah hati;\n c) sakit kepala\n;\n~ lidah \n= \n~ mulut \npendiam, kurang ramah;\n \n~ mata \n(lekas) mengantuk;\n \n~ otak \nsusah hati;\n \n~ siku\n = \n~ tangan \nenggan bekerja (menolong), malas;\n \n~ telinga \npekak, kurang jelas pendengaran;\n ~ tulang \nmalas;\n~ sama dipikul, ringan sama dijinjing \n(peribahasa) baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat);\n \nberapa ~ mata memandang, ~ lagi bahu memikul \n(peribahasa) betapa juga susah orang yang melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang menanggungnya;\n \nnan ~ tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing\n (peribahasa) orang yang sangat tua dan lemah;\nberberat\n mempunyai berat:\nnanas sarawak ~ sehingga 12 kilogram;\nmemberat\n1.\n menjadi berat:\ndia berasa sesuatu yang ~ di dalam dadanya;\n2.\n tampak berat, seakan-akan berat:\nsusu kambing itu tergayut-gayut dan ~;\n~ isi \n[Kelantan] telah penuh berisi tetapi belum masak (padi, rambutan, dan lain-lain);\nmemberati\n1.\n memberi beban (kepada), membebani:\nbaiklah aku pergi, mudah-mudahan aku tidak lagi akan ~ keluarga di rumah ini; \n2.\n menambah beban, menyusahkan:\nhal rumah tangga ~ fikirannya;\nmemberatkan\n1.\n menjadikan berat (beban, kesalahan, tuduhan, dan lain-lain):\nurusan yang semacam ini ~ beban saya; \nketerangan saksi itu ~ kesalahannya; \n2.\n membebankan (menyerahkan kepada):\npekerjaan itu tidak boleh diberatkan kepada seseorang sahaja; \n3.\n menganggap penting (tinggi, mulia, dan lain-lain), mengutamakan, mementingkan:\nsoal taraf lebih diberatkan daripada kepentingan negara; \ntulisan kritikan sastera Melayu yang ~ aspek agama;\nmemperberat\n menambah berat, memberatkan lagi;\nterberat\n [sastera lama] dipandang (dianggap) berat (tinggi, mulia, dan lain-lain):\npada bicara patik, baik juga duli paduka Betara menyambut paduka anakanda itu supaya ~ pada mata orang sekalian;\nkeberatan\n1.\n beratnya (benda, perkara, dan lain-lain):\nkalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; \n2.\n kesukaran, kesulitan:\ntak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; \n3.\n [Jakarta] terlampau berat, melebihi (muatan):\ntak terangkat olehnya kerana ~;\n 4.\n mengandung sarat;\n5.\n tidak rela (kerana susahdan lain-lain), tidak suka, enggan:\nia agak ~ menemanisaya;\nberkeberatan\n keberatan;\npemberatan\n perihal memberati atau memberatkan;\npemberat\n benda (seperti batu, timah, dan sebagainya) untuk memberatkan sesuatu." "berbagai-bagai, bagai-bagai\nbermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dan lain-lain) yang berlainan:\nia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara daripada musuhnya;\nmembagaikan\n [Minangkabau] = \nmemperbagai-bagaikan\n memperolok-olokkan;\npelbagai, perbagai, perbagai-bagai\n berbagai-bagai, beberapa jenis:\ntarian Timur lebih ditekankan kepada perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pada mutu dinamik ~ tarian itu;\nmempelbagaikan, memperbagaikan\n menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis:\nselama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; \nini satu langkah untuk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pada pertanian;\nkepelbagaian\n perihal berbagai-bagai jenis:\n~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; \nsesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;\npempelbagaian\n perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dan lain-lain):\n ~ keluaran." "berbantu-bantuan\nsaling membantu antara satu sama lain:\n jika perkara itu tidak berkehendak ~, maka wajiblah dikerjakannya sendiri;\nberbantukan\n menggunakan sesuatu atau seseorang bagi membantu melaksanakan sesuatu (tugas, kerja dan sebagainya):\npemelajaran membaca yang ~ multimedia sangat menarik dan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca;\nmembantu\n memberi pertolongan, menolong, menyokong:\nkeluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dengan modal;\nmembantui\n menolongi:\nsebarang kerja yang boleh dan patut dibantuinya;\nmemperbantukan, membantukan\n menjadikan penolong:\ntentera itu diperbantukan oleh negara-negara sahabat untuk mempertahankan Malaysia;\n bantuan\n sesuatu yang diberikan atau dilakukan untuk membantu, pertolongan, sokongan:\nbeberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi daripada Amerika Syarikat;\n~ guaman \nbantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kepada orang yang tidak mampu membiayai kos khidmat peguam;\npembantuan, perbantuan\n perihal (usaha, kegiatan, dan sebagainya) membantu:\nkekayaan yang diperoleh bukanlah kerana kecerdikannya tetapi lantaran perbantuan isterinya;\npembantu\n orang (alat dan lain-lain) yang membantu, penolong:\nanaknya seorang sahajalah yang merupakan ~nya;\n~ rumah \nseseorang, biasanya perempuan, yang bekerja di rumah orang untuk membuat kerja seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan lain-lain, orang gaji." "berbataskan\nmempunyai sesuatu sebagai batas:\nnegeri itu di sebelah utara ~ laut;\nmembatas\n menjadi (seperti) batas (ceraian, sekatan, dan lain-lain):\nsebuah jalan ~ antara kedua-dua bidang sawah itu;\nmembatasi\n1.\n membuat batas, memberi batas:\nsungai itu ~ taman;\n2.\n mengantarai, memisahkan, menceraikan:\ntirai itu ~ tempat laki-laki dan perempuan; \n3.\n mengehadkan, menyekat, merintangi:\nsoal menambah atau ~ keturunan harus dipertimbangkan masak-masak; \n4.\n menghuraikan, (dengan tepat) memberi definisi:\n~ makna kata maujud;\nterbatas\n terhad, tersekat, tidak luas:\npengorbanan yang saya maksudkan bukan hanya ~ kepada harta benda sahaja;\n keterbatasan\n perihal (keadaan dan sebagainya) terbatas:\ndalam ~ waktu, saya hanya dapat mengemukakan apa yang menarik perhatian saya;\n~ ruang untuk pelakon bergerak;\n \n~ pengetahuan;\n~ kefahaman orang awam;\nbatasan\n1.\n batas, sempadan;\n2.\n sesuatu atau keadaan yang menyekat:\ndalam ~-~ yang ada, pengarang telah cuba memilih esei-esei yang membincangkan isu-isu ekonomi yang dianggap penting; \n3.\n huraian makna sesuatu, definisi;\nperbatasan\n sempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan:\npasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-Selangor;\npembatasan\n perihal (tindakan dan sebagainya) membatasi:\n~ kelahiran anak telah mulai dijalankan di India;\npembatas\n orang atau sesuatu (seperti alat dan lain-lain) yang membatasi:\nmereka tetap dalam kesukaan dan kegembiraan yang tidak mengenal ~ waktu." "berbatu\ndilitupi atau mempunyai batu:\nkereta itu melalui jalan yang ~ kerikil;\nberbatu-batu\n banyak batu jaraknya:\nmereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar;\n membatu\n1.\n menjadi keras (seperti batu):\ntanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau; \n2.\n berdiam diri, tidak mahu bercakap:\nmereka bersikap ~ dan membisu; \n3.\n melontari dengan batu:\nkedai si Ah Kau dibatu orang pada malam hari;\nmembatui\n membubuh batu (di jalan, kubur, dan lain-lain);\nmembatukan\n \n~ diri \nmendiamkan diri, tidak mahu bercakap, membatu;\nbatuan\n (Geologi) gumpalan atau ketulan bahan galian, seperti arang batu, batu kapur, granit, dan lain-lain yang membentuk sebahagian daripada kerak bumi;\n \n~ enapan\n batuan yang terbentuk daripada pengumpulan enapan yang dibawa oleh air, udara, dan lain-lain.\nperbatuan\n jarak dalam batu yang dilalui oleh kenderaan bermotor dalam sesuatu tempoh masa." "berbenci-bencian\nsaling membenci:\n perasaan bermusuh-musuhan dan ~;\nmembenci\n benci akan, tidak menyukai:\nsaya rasa saya ~nya lebih daripada saya menyukainya;" "berbengkung\nmemakai bengkung:\nTun Tahar menukar pakaiannya dengan pakaian warna merah, ~, dan berdestar merah juga;\nmembengkung\n membebat atau membalut dengan bengkung:\nselepas bertungku, sediakan pula kelengkapan untuk ~ perut;\n terbengkung\n1.\n terlilit dengan bengkung;\n 2.\n [kiasan] terbelenggu (tidak bebas):\n manusia ingin keluar daripada kesempitan hidup yang dirasakan ~ oleh tradisi." "berbuah\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), \nDissochaeta celebica." "berbulu\nsejenis tumbuhan (pokok) bulu-bulu, pianggu jantan, \nPellacalyx axillaris." "bercak\n[Jawa] borek, berbintik-bintik." "bercat\n= \nikan ~\n sejenis ikan darat, haruan." "berdanur\n[Kedah] kotor dan berdaki." "berdene\n[Kedah] berlendir (pada kudis yang masih bernanah)." "berdikari\nberdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain untuk menolongnya:\nbelajar hidup ~\n." "berdus\nbuncit (perut)." "berecak\n[Kelantan] ombak besar, gelombang." "berecek\n[Kelantan] melakukan sesuatu berdikit-dikit (beransur-ansur)." "berek\nbangunan atau kumpulan beberapa buah rumah untuk tempat tinggal anggota tentera atau polis:\n~ polis." "berek-berek I\nsejenis burung (biasanya terbang malam),\na) \nMerops leschenaulti;\nb) \nMerops philipinus;\n~ laga siang, malam sekelelapan\n (peribahasa) nampaknya berselisih sahaja, tetapi batinnya mereka seia sekata." "berek-berek II\n[Kelantan] berterusan, tidak putus-putus." "bereke\n[Kelantan] bersama-sama (berjalan), turut serta." "bereksa\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), beka, gedayang, kedaung, \nParkia javanica;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), busuk-busuk, sebusuk (hutan), \nCassia nodosa;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), sebatai, \nCassia timoriensis; \nbeksa, beraksa I" "beremban\nkayu melintang (untuk menguatkan pagar, empang, dan lain-lain);\n \n~ bukit \n= \n~ darat\n sejenis tumbuhan (pokok), pedada bukit (darat), \nDuabanga sonneratioides." "berembang\nsejenis tumbuhan (pokok yang tumbuh di tepi pantai), berombang, gedalu, \nSonneratia alba; \nbuah ~ \na) buah pokok berembang;\n b) bulatan pada puncak tiang." "berembas\n[Kelantan] bergelut." "berembau\n[Perak] kepuk (tempat menyimpan padi)." "beremi\nsejenis tumbuhan (herba yang tumbuh di tempat yang berair), \nLimnophila aromatica." "berenas\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar kecubung air, akar setebal, \nTrichosporum radicans." "berenga\nulat kecil-kecil (putih) yang terdapat pada bangkai yang telah busuk:\n~ pun memutih pada segenap badannya." "berengau\n[sastera lama] sejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup." "berenggil\n[arkaik] terpersil." "berengus\n[Jakarta] [arkaik] misai, kumis." "berengut\nmemberengut\n bersungut-sungut, merengus;\nrungut\n." "berentang\nmemberentang\n menyentak (supaya lepas), merentak;\nmemberentangkan\n1.\n menyentakkan, merentakkan;\n2.\n menghimpunkan segenap tenaga." "berentuh\n[bahasa kasar] tidur." "berenuak\n[Perlis] banyak." "bereo\n[Jakarta] jambang dan jan ggut, berewok." "berepas\n[Kelantan] bercerai (kanak-kanak dengan orang tua)." "bererot\n[Jakarta], \nbererotan\n berduyun-duyun, beriring-iring." "beres I\n[Minangkabau] [arkaik] sangat sejuk." "beres II\n1.\n teratur, rapi, tidak kacau:\nkehidupan kau masih belum ~ lagi; \n2.\n selesai (perselisihan, hutang, dan lain-lain):\npertikaian dengan adiknya belum ~ lagi; \nhutang telah ~; \ntahu ~ \n[bahasa percakapan] tidak usah gaduh (semuanya akan beres);\nmembereskan\n1.\n mengusahakan dan sebagainya supaya teratur (sempurna, kemas, dan sebagainya), mengatur, merapikan:\n~ semua yang perlu untuk mesyuarat; \n2.\n menyelesaikan (perselisihan, hutang, dan lain-lain):\nhutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi;\nkeberesan\n kerapian, ketertiban, keselesaian;\npemberesan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membereskan." "beret I\n[Jakarta]\n1.\n sangat pemilih;\n2.\n banyak permintaan." "beret II\nsejenis topi yang berbentuk bulat dan leper, dibuat daripada sejenis kain." "beret III\n[Jakarta] lecet (melecet), tergores kulit." "berewok\n[Jakarta] (ber)jambang, bauk." "bergajul\n1.\n orang yang berkelakuan jahat;\n2.\n orang yang membuat orang jadi marah." "bergas\n[Jawa] [arkaik] gagah, kacak." "bergedel\nmakanan yang dibuat daripada ubi kentang dan daging yang dilumatkan bersama, dibentuk bulat-bulat kecil, dan digoreng." "berguk\n[sastera lama] selubung yang menutup muka dan badan seperti yang dipakai oleh perempuan yang naik haji, layah." "berhala\npatung dewa-dewa;\n \nmenyembah ~\n menyembah patung;\nmemberhalakan\n memuja, mendewakan:\nkalau aku cintakan tanah air, maka bukanlah aku ~nya." "beri I\nmemberi\n1.\n menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang (untuk disimpan, digunakan atau untuk sesuatu keperluan):\nkerani itu ~ saya dua helai borang kosong untuk diisi; \ndia ~ adiknya sebuah buku cerita;\n2.\n [bahasa percakapan] tidak menghalang seseorang melakukan sesuatu, membenarkan, mengizinkan, merelakan:\nsaya tidak diberinya masuk;\n3.\n mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan:\n~ malu;\n~ bercat; \n4.\n menunjukkan, membuka:\n~ jalan; \n5.\n = \n~ bahagian\n [bahasa percakapan] memukul:\nawas kau, nanti aku beri;\n6.\n kenyal, menganjal:\ntanah liat yang lembut, ~ dan menganjal;\n~ bertenggang \nmemberi kelonggaran (kesempatan) untuk berikhtiar;\n \n~ hati\na) memanjakan;\n b) memberanikan hati;\n \n~ hormat (salam, selamat) \nmengucapkan hormat (salam, selamat);\n \n~ izin\n mengizinkan;\n \n~ muka\n memanjakan;\n \n~ telinga\n sudi mendengar(kan);\n \n~ barang kepada tangan kera\n (peribahasa) menyerahkan sesuatu kepada orang yang akan merosakkannya;\nmemberikan\n1.\n menyerahkan sesuatu kepada:\nada orang yang sudi ~ sesuap nasi kepadanya;\n 2.\n melakukan sesuatu untuk (faedah) orang lain:\n~ pelajaran;\n~ pertolongan;\n~ layanan yang istimewa; \n3.\n menyatakan sesuatu kepada orang lain seperti yang diperlukan atau dikehendaki:\n~ taklimat fatwa;\n 4.\n mendatangkan, menghasilkan:\nmakanan yang ~ tenaga;\n~ kesan;\npemberian\n1.\n =\n berian\n sesuatu (benda dan lain-lain) yang diberikan:\nia menolak ~ majikannya;\n2.\n perihal memberikan:\n~ hadiah;\n \n~ ampun;\n~ bantuan \nsumbangan kerajaan untuk menutup (mencukupi) sebahagian daripada perbelanjaan (jabatan, perbadanan, dan lain-lain);\n \n~ percuma \npemberian dengan tidak meminta bayaran;\npemberi\n1.\n orang yang memberi;\n \n~\n \nsewa \norang yang pendapatannya terdiri daripada hasil sewa tanah (rumah dan lain-lain);\n2.\n suka memberi, murah hati;\n3.\n [sastera lama] pemberian." "beri II\n1.\n sejenis tumbuhan (herba dan buah), \nFragaria spp.; \n2.\n sejenis buah yang menyerupai buah \nFragaria spp. \n(seperti tomato, limau, dan lain-lain)." "beria\n[Pahang] \n1.\n sungguh-sungguh;\n 2.\n tenat (penyakit dan lain-lain)." "beriang\n[arkaik] biawak air, \nVaranus salvator\n." "beriani\n= \nnasi ~\n nasi yang dimasak dengan rempah-rempah (lauk, minyak sapi, dan lain-lain)." "beriberi\nsejenis penyakit akibat kekurangan vitamin B1, yang menjejaskan saraf, menyebabkan sakit, bengkak, dan lumpuh." "berida\ntua (orang dan lain-lain):\ndia bangsawan ~ yang tahu akan harga dirinya\n." "berik\n[arkaik] sejenis kapal layar." "berilium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang digunakan untuk membuat aloi yang ringan dan tahan kakis." "berinda\nseberinda\n1.\n sekeluarga, segolongan;\n2.\n sekalian, seluruh." "bering-bering\nsejenis canang (dipakai dalam permainan menora, makyung, dan lain-lain)." "beringas\ngalak, ganas, garang, liar." "beringin\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), ara, waringin, \nFicus benjamina; \n2.\n = \n~ songsang\n gambar pokok terbalik pada bulan." "beringis\nmemberingis = beringisan\n [arkaik] menyeringai, mengernyih." "berisik\n[Jakarta]\n1.\n riuh (suara orang ramai);\n2.\n mendesing dalam telinga." "berit\n[Kelantan] tidak mahu besar (tubuh kanak-kanak)." "berita\n1.\n maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dan lain-lain) yang disampaikan (sama ada secara lisan atau dengan surat dan sebagainya), khabar, warta:\nsemenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; \n2\n. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio);\n~ acara \nlaporan berkenaan sesuatu perkara;\n \n~ angin \nkhabar yang belum pasti, desas-desus;\n \n~ kawat \nberita yang diterima melalui kawat (telegram);\n \n~ negara\n majalah kerajaan yang rasmi;\n \n~ perdana \nberita yang disiarkan pada waktu siaran yang dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pada waktu itu);\n \n~ sepekan \nmajalah mingguan;\nberberita\n [sastera lama] mengkhabarkan, memberitahukan:\nsetelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: Siapa yang ~ ke Melaka?;\nmemberitakan\n mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan:\nJepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;\npemberitaan\n1.\n perihal mengkhabarkan:\nkami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; \n2.\n maklumat, laporan, siaran:\nkami berterima kasih atas ~mu; \n3.\n [arkaik] laporan mengenai sesuatu perkara;\npemberita\n orang yang memberitakan, juruberita, juruwarta:\nPerdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar." "beritahu\nmemberitahu\n memberi khabar kepada seseorang supaya tahu, memaklumi:\nia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing;\nmemberitahukan\n memberitakan, memaklumkan:\nia tidak ~ hal ini kepada sesiapa pun;\npemberitahuan\n1.\n perihal memberitahukan;\n perbuatan (tindakan dan sebagainya) memaklumkan (mengumumkan dan sebagainya);\n 2.\n maklumat, kenyataan, pengumuman:\n~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia;\npemberitahu\n orang yang memberitahu." "berkas I\nikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dan lain-lain):\nmembeli beberapa ~ kayu api;\n~ pembuluh\n gabungan saluran yang mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan;\nmemberkas\n1.\n mengikat menjadi satu ikatan:\ntebu itu diberkas dalam ikatan sepuluh-sepuluh; \n2.\n [kiasan] menangkap, menahan:\nperintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;\nmemberkaskan\n mengikatkan:\nbasikal kami diberkaskan di belakang motokar;\nterberkas\n terikat dalam satu ikatan, tergabung;\npemberkasan\n1.\n perbuatan memberkas (mengikat);\n2.\n perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dan sebagainya), penangkapan:\ndalam ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen." "berkas II\nsejenis ikan laut, cupak, \nCaranx sexfasciatus, Caranx ignobilis." "berkat\n1.\n rahmat, restu, sempena:\nhai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; \nmengambil ~; \n2.\n dengan pengaruh (akibat, sebab), sebagai hasil (manfaat dan sebagainya) daripada:\ndia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; \n3.\n mujur, berbahagia:\ndalam bulan puasa yang ~ ini, kita meminta doa kepada Allah;\n~ afwah\n = \n~ tuah \ndengan afwah (tuah);\nmemberkati\n memberi sempena (rahmat, restu):\nsemoga engkau diberkati Tuhan dalam penghidupanmu; \nsami itu ~ mereka dengan membaca mantera;\nkeberkatan\n sesuatu amalan yang mendatangkan berkat." "berkelium\n(Kimia) sejenis unsur logam radioaktif dalam siri aktinid yang diperoleh daripada pembedilan amerisium dengan ion helium." "berkik\nsejenis burung tetiruk, \nCapella sternurs." "berkil\nsejenis ikan laut, \nLutjanus erythropterus." "berko\n[Indonesia] lampu basikal (bernyala kerana arus elektrik)." "berkuk\nburung ~\n sejenis burung, lengkua, punai lengguak, \nButreron capellei magnirostris." "berlau\n[arkaik] biru \nbelau III." "berlian\nbatu permata yang berkilau daripada karbon tulendalam bentuk hablur:\ncincin~." "berlik\nberdalih;\nlik." "berma\n[sastera lama] merah." "bermat\nsejenis perahu layar yang bertiang satu." "bernam\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), kenidai bukit, memputeri, mengerai, \nGlochidion sericeum." "BERNAMA\nakronim bagi Berita Nasional Malaysia." "bernas\n1.\n berisi penuh (padi, susu, dan lain-lain):\nanak-anak padi tumbuh dengan subur, rumpunnya besar, buahnya lebat dan ~; \n2.\n subur dan banyak hasilnya (tanaman padi):\ntanamannya ~; \n3.\n [kiasan] berisi (ucapan dan lain-lain):\nkemukakanlah fikiran yang bernilai dan ~;\nkebernasan\n perihal bernas, bernasnya:\n~ isi atau fakta." "beroci\nsejenis kain sutera halus (dari Baroch, Gujarat)." "beroga\nayam ~ \nayam hutan;\n= ayam." "beroi\nsejenis ikan laut,\n Pristis suspidatus." "berok\n= \nturun ~\n [Jakarta] burut." "berokna\n[Kelantan] serba tidak kena, bersalahan." "berombong\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAdina rubescens." "berona\n[Kelantan] menyusahkan atau meragam (kereta, orang, dan lain-lain), buat pasal." "berondong\n[Jakarta];\nmemberondong, memberondongkan\n1.\n melepaskan tembakan dengan tidak putus-putus, menghujani dengan peluru;\n2.\n memukul bertubi-tubi;\nberondongan\n berdentam-dentam, berdetus-detus (bunyi senapang dan lain-lain)." "berong\n[arkaik] serong." "berongsang\n[Minangkabau];\nmemberongsang\n meradang, marah-marah." "berongsong\n1.\n pembungkus buah-buahan (supaya jangan dimakan binatang);\n2.\n salut muncung anjing (agar tidak menggigit);\nmemberongsong\n1.\n membungkus (buah-buahan) dengan berongsong;\n2.\n menyalut muncung anjing dengan berongsong." "beronok I\nbeberapa jenis teripang:\n~ landak;\n~ pisang." "beronok II\nsejenis penganan sagu yang bersaluntukan kelapa parut." "berontak\n1.\n meronta-ronta (hendak melepaskan diri):\nia ~ hendak melepaskan tangannya yang dipegang oleh dua orang polis; \n2. = memberontak\n;\nmemberontak\n1.\n melawan pihak berkuasa atau kerajaan:\norang Belanda yang bermazhab Protestan ~ melawan kekuasaan Sepanyol;\n2.\n menunjukkan kemarahan atau penentangan terhadap sesuatu perkara:\nsikap majikan yang tidak bertimbang rasa itu membuat Hasyim ~; \nia memaparkan perasaan peribadinya dengan gaya yang memperlihatkan pergolakan jiwanya yang ingin ~;\npemberontakan\n perihal atauperbuatan memberontak (penentangan terhadap kerajaan dan lain-lain):\nkerajaan mengenakan perintah berkurung akibat ~ itu;\n~ menentang penindasan;\npemberontak\n1.\n orang atau kumpulan yang memberontak, penentang kerajaan, dan lain-lain:\nia bekas ~ yang telah dibebaskan; \n2.\n suka melawan (menentang)." "beronyeh\n1.\n bermain di sungai;\n2.\n berendam hingga merah mata." "berot\nherot, berkelok, meliuk." "beroti\nbilah kayu (untuk mengapit dinding dan lain-lain)." "bersat\n1.\n tersalah masuk (berkenaan (dengan) makanan yang masuk ke saluran pernafasan dan lain-lain);\n2.\n tersesat, salah jalan, tersalah masuk (jalan, rumah, dan sebagainya)." "bersia\nsejenis ikan laut, \nSetipinna taty\n." "bersih\n1.\n tidak kotor:\npakaiannya sentiasa ~; \n2.\n bebas daripada pencemaran udara dan lain-lain, tidak mengandungi unsur-unsur dan sebagainya yang boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan:\nmenyedut udara ~ di kawasan pergunungan; \nmeminum air yang ~; \n3.\n [kiasan] jujur dan ikhlas, suci, murni:\nhati yang ~;\n4.\n [kiasan] bebas daripada amalan yang tidak baik (seperti rasuah, penyelewengan, dan sebagainya):\nmewujudkan sebuah kerajaan yang ~, cekap, dan amanah; \n5.\n [kiasan] bebas daripada anasir yang tidak baik (seperti pengaruh, tuduhan, dan sebagainya):\n~ daripada pengaruh budaya kuning;\n~ daripada tuduhan menerima rasuah; \n6.\n (berkenaan (dengan) pendapatan, keuntungan, dan sebagainya) yang tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dan sebagainya):\nkeuntungan ~;\n membersihkan\n1.\n menjadikan sesuatu bersih (dengan cara membasuh, menyapu, dan lain-lain):\n~ longkang;\n~ sayur-sayuran sebelum dimasak; \n2.\n menjadikan bersih (daripada sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan:\n~ diri daripada segala dosa; \n3.\n [kiasan] menjadikan bersih (bebas daripada anasir yang tidak dikehendaki), membebaskan:\n~ jabatan-jabatan kerajaan daripada amalan rasuah;\n~ bandar itu daripada sarang kongsi gelap; \n4.\n menghapuskan anggapan (tuduhan dan lain-lain) yang tidak baik pada diri seseorang:\n~ nama yang tercemar oleh fitnah;\nkebersihan\n1.\n keadaan bersih (tidak kotor):\nmenjaga ~ sekolah;\n2.\n perihal bersih (udara, air):\n~ udara yang menyihatkan badan; \n3.\n perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian:\n~ hati nurani;\npembersihan\n1.\n perbuatan membersihkan:\n~ kawasan yang dilanda banjir;\n2.\n perbuatan membersihkan (daripada pencemaran udara dan lain-lain):\n~ udara;\n3.\n perbuatan membersihkan (hati), penyucian:\n~ jiwa dengan cara bertapa; \n4.\n perbuatan (tindakan, gerakan, dan sebagainya) membersihkan (anasir yang tidak baik):\ngerakan\n \n~ di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi sarang komunis; \npembersih\n1.\n orang (alat) yang membersihkan sesuatu:\n~ udara; \n2.\n (orang yang sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan:\ndia memang ~ orangnya." "bersil\n= membersil\n terpersil, terkeluar, tersembul." "bersin\n= terbersin\n mengeluarkan udara dengan tiba-tiba lagi keras daripada hidung dan mulut (kerana selesema dan lain-lain)." "bersit\n= membersit\n terpersil keluar dengan tiba-tiba;\nmembersitkan\n menjadikan terpersil." "bersut\nmasam muka, merengut;\nmembersut\n1.\n bermasam muka, memandang dengan muka marah;\n2.\n mendengkus (anjing, kucing, dan lain-lain)." "bertam I\nsejenis tumbuhan (pokok palma yang daunnya dibuat atap), \nEugeissona tristis." "bertam II\nsejenis burung, \nMelanoperdix n. nigra." "bertas\n= terbertas\n tanggal jahitan (baju dan lain-lain);\nmembertaskan\n menanggalkan jahitan (baju dan lain-lain)." "bertih I\npadi yang digoreng (direndang) tanpa minyak dan dibuang kulitnya:\nkemudian barulah dijamu puteri itu, ditabur ~ dan beras kunyit serta dipercik tepung tawar; \nseperti ~ digoreng \n= \nseperti ~ direndang \nbunyi senapang yang tidak berputusan;\nmembertih\n1.\n menjadi bertih:\npadi sudah mulai ~ di dalam kuali;\n2.\n berbunyi seperti bertih digoreng:\ntembakan yang ~ berlarut-larutan sehingga dinihari." "bertih II\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nAntigonon spp.; \nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), seringan (laut), \nDodonea viscosa." "bertimun\nmentimun I." "bertuh\n[Pulau Pinang] berlaga, berlanggar, bersentuh." "berua\n[kata seru] barua." "beruang\nsejenis mamalia buas (yang besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dalam famili Ursidae;\n \n~ matahari, Helarctos malayanus;\n~ perang, Ursus arctos;\n~ putih = ~ kutub, Thalarctos maritimus; \nempedu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), embalau, lada barau, \nBrucea amarissima (sumatrana)." "beruas\nsejenis tumbuhan (pokok), manggis hutan, \nGarcinia hombroniana." "berudu\nlarva katak atau kodok yang mempunyai badan yang bulat, panjang ekornya, dan insang luar;\n~ besar di kubangan, buaya besar di lautan \n(peribahasa) tiap-tiap orang besar di tempatnya;\n \nkerap sang ~ hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan \n(peribahasa) tiada berdaya mencapai yang dicita-citakan." "berujul\n[Jawa] sejenis bajak." "beruk\nsejenis kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), \nMacaca nemestrina;\n~ ekor singa, Macaca silenus;\n~ Jepun, Macaca fuscata;\n~ kentui, Macaca artoides;\n~ hantar hasil \n= \nserah ~ \nbeguk, degum;\n \nbagai ~ kena ipuh \n(peribahasa) menggeliat-geliat kerana kesakitan;\n \nberhakim kepada ~\n (peribahasa) meminta hukum kepada orang yang tamak;\n \nbertukar ~ dengan cigak \n(peribahasa) menukar yang lama dengan yang baru padahal sama juga buruknya;\n \nmabuk kerana ~ berayun \n(peribahasa) asyik memerhatikan sesuatu yang tidak berguna dengan menghabiskan masa." "berumbun\n[Minangkabau];\nterberumbun\n dalam keadaan tinggi dan besar, tersergam:\ndi sana sini ~ bukit dan gunung yang hijau biru warnanya." "berumbung\nsejenis tabung." "berunai\nsejenis tumbuhan (pokok), peruan hitam, \nAntidesma alatum;\n \n~ air \nsejenis tumbuhan (pokok), bagas merah, medang kemantan, \nOsmelia maingayi." "berungut\n= memberungut\n merengut, bersungut-sungut;\nmemberunguti\n merengut kepada;\n= berengut." "berunsai\ntarian tradisional suku Bajau di Sabah." "beruntus\n[Jakarta] bintik-bintik pada kulit." "berup\ntanda segi tiga kecil yang diikuti oleh angka yang menunjukkan ketinggian sesuatu tempat di dalam peta (\u25b3):\n\n\u25b3\n698 ialah ~ yang tingginya 698 meter." "berus I\nalat yang dibuat daripada bulu serabut, plastik, dan sebagainya yang dilekatkan pada kayu, plastik, dan sebagainya, digunakan untuk membersihkan (menyapu, mengecat, dan sebagainya) sesuatu:\nlantai itu digosok dengan ~ dawai; \nmewarnakan lukisan dengan ~;\n ~ gigi \nberus khas untuk menggosok gigi;\n \n~ rambut \nberus khas untuk merapikan rambut;\nberberus\n1.\n mempunyai (ada) berus;\n2.\n telah diberus;\nmemberus\n1.\n membersihkan dengan berus:\nsebelum mandi dia ~ giginya;\n2.\n merapikan dan lain-lain dengan berus:\nia memakai seelok-elok pakaian dan ~ rambutnya;\npemberusan\n perbuatan memberus;\npemberus\n orang yang memberus." "berus II\nsejenis tumbuhan (pokok), bakau belukap, bosang, \nBruguiera cylindrica (caryophylloides)." "berus-berus\nsejenis tumbuhan (pokok), mempulut, pulut-pulut, \nKandelia rheedei\n." "berwari\n[Minangkabau] alkisah, maka (tersebutlah\u2026)." "berzanji\n1.\n sejenis nyanyian untuk memuji Nabi Muhammad SAW:\npada majlis itu, diadakan bacaan al-Quran, ~, dan qasidah;\n 2.\n karya prosa berirama (gurindam, puisi) bernada puji-pujian tentang riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, ciptaan Jaafar al-Barzanji (yang sering dibaca pada Hari Maulidur Rasul)." "bes I\n(Kimia) sebatian yang bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air;\n~ kuat \nbes yang tercerai sepenuhnya menjadi ion di dalam larutan;\n \n~ lemah\n bes yang tercerai separa menjadi ion di dalam larutan." "bes II\n1.\n (suara danalat muzik)nada muzik rendah;\n2.\n penyanyi atau alat muzik yang bernada rendah." "besa\n[bahasa percakapan] biasa." "besan\n1.\n hubungan yang terjalin antara ibu bapa mentua denganibu bapa sendiri;\n2.\n ibu bapa kepada menantu;\n~ sebantal\n besan antara dua suami isteri yang mengahwinkan anak masing-masing (anak si suami dengan anak tirinya);\n \nipar ~ \nsuami atau isteri ipar;\nberbesan\n menjadi besan, berhubungan sebagai besan:\ndia tidak sudi ~ dengan saya yang miskin ini;\n \nbelum beranak sudah ~ \n(peribahasa) membahagi-bahagi keuntungan yang belum lagi di tangan;\nberbesankan\n menjadikan seseorang sebagai besan:\nsaya tidak mahu ~ kamu berdua." "besar\n1.\n tidak kecil (ukurannya):\nbangunan parlimen ~ dan tinggi; \nkereta ~; \nbertubuh ~; \n2.\n penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dan sebagainya) tertinggi:\ndi depan sekali tempat orang-orang ~; \nguru ~\n guru yang tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah);\n \nkerani ~ \nkerani yang tertinggi (ketua kerani);\n \nmarkas ~ \nmarkas tertinggi;\n3.\n dewasa:\nanak-anaknya sudah ~;\n4.\n ukuran (lebarnya, panjangnya, tingginya, luasnya, dan lain-lain):\n~ badannya dua kali badan saya; \n5.\n banyak:\nprojek ini menelan belanja yang ~; \nbergaji ~; \n6.\n kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri-negeri lain:\nraja yang ~ lagi adil;\n7.\n mempunyai kegiatan perniagaan yang meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (berkenaan (dengan) syarikat, perusahaan, dan sebagainya):\nsebuah syarikat yang ~ di Malaysia; \nperusahaan yang ~;\n8.\n menelan belanja yang banyak dan ramai bilangan jemputannya (berkenaan (dengan) kenduri, majlis, sambutan, dan sebagainya):\nkenduri ~;\n9.\n amat penting (berkenaan (dengan) hajat, niat, tugas):\nmereka datang membawa hajat yang ~;\n10.\n sukar diatasi:\nmasalah ~ yang memeningkan kepala;\n~ akal\n [sastera lama] banyak akal, pandai;\n \n~ cakap \nbanyak berbicara, sombong, angkuh;\n \n~ empat di balai \nkeempat-empat pembesar di Perak dan Minangkabau;\n \n~ hati\na) bangga, gembira;\n b) bongkak, sombong;\n \n~ kepala \na) keras kepala, bengal;\n b) bongkak, sombong;\n \n~ mulut \nbanyak cakap, sombong;\n \n~ panjang\n dewasa;\n \n~ perut \na) gelojoh, pelahap;\n b) hamil;\n~ kayu ~ bahannya \n= \n~ periuk ~ keraknya\n (peribahasa) banyak penghasilan banyak pula belanjanya;\n \n~ pasak daripada tiang \n(peribahasa) lebih besar belanja daripada pendapatan;\nberbesar; \n~ hati \nberasa besar hati, berasa bangga (gembira);\nberbesar-besar\n menjadi-jadi, makin bertambah;\nmembesar\n1.\n nampak besar:\ntiba-tiba saya terhenti, di dalam gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya;\n2.\n menjadi besar:\ntiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup seperti makan, bernafas, dan ~; \n3.\n berlagak seperti orang besar, meyombong, bongkak;\nmembesarkan\n1.\n menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar:\nlubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; \n2.\n memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dan lain-lain):\nayahku dibesarkan di Melaka; \n3.\n menganggap tinggi (penting dan lain-lain);\n4.\n meluaskan:\n~ tanah jajahan;\n~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya;\n5.\n menambah bilangan ahli (anggota dalam sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dan sebagainya):\n~ pasukan tentera; \n6.\n memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan:\n~ Nabi Muhammad SAW;\n~ api \nmenambah besar nyala api;\n \n~ diri \nbercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri;\n \n~ hati\n menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan;\n \n~ lampu \nmenambah besar nyala lampu;\n \n~ mata \nmembelalakkan mata, membuka mata besar-besar;\n \n~ modal\n menambah modal;\n \n~ semangat\n memberanikan;\nmembesar-besarkan\n menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (seperti kejayaan, kesusahan, cerita, dan sebagainya) daripada keadaan yang sebenarnya:\nia ~ kekayaannya;\n~ kesalahan orang;\n~ perkara yang kecil;\n memperbesar\n menjadikan lebih besar, membesarkan lagi:\nrumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi;\n terbesar\n1.\n yang sangat (amat) besar, yang besar sekali;\n2.\n tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar daripada yang dikehendaki atau yang sepatutnya:\ndia memotong baju itu ~ sedikit;\nbesar-besaran\n = \nsecara ~ \n1.\n dengan cara (upacara dan sebagainya) yang besar (berkenaan (dengan) sambutan, majlis perkahwinan, dan sebagainya):\nperkahwinan diraja itu disambut secara ~; \n2.\n dalam bilangan yang banyak:\nkemasukan orang asing secara ~; \nmenternak ayam secara ~; \n3.\n banyak dan luas pasarannya:\nberniaga secara ~; \n4.\n meluas dan bersungguh-sungguh (berkenaan (dengan) kempen, gerakan, dan sebagainya):\nkempen antidenggi dijalankan secara ~;\nberbesaran, berbesar-besaran\n secara besar-besaran;\nkebesaran\n1.\n perihal (sifat dan lain-lain) besar, kemuliaan, kehormatan:\nsurat itu dijemput Raja Pasai dengan sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; \npakaian ~\n pakaian yang dipakai ketika istiadat besar-besar;\n \npayung ~ \npayung istiadat raja-raja;\n2.\n [Jakarta] terlalu besar;\npembesaran\n1.\n perbuatan membesarkan (sesuatu):\n~ tempat letak kereta;\n2.\n perbuatan membesarkan (bilangan):\n~ pasukan Bulan Sabit Merah; \n3.\n perihal (proses) menjadi besar, proses membesar:\n~\n \nbahagian akar pokok;\npembesar\n1.\n orang yang berpangkat tinggi:\nbaginda bertitah di hadapan ~ dan rakyat sekalian; \n2.\n [Indonesia] ketua daerah (pejabat dan lain-lain);\n3.\n alat untuk membesarkan sesuatu;\n \n~ suara \nalat penguat suara." "besaran\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat atau untuk makanan ulat sutera), \nMorus alba;\n= bebesaran." "besbol\nsejenis permainandi atas padang yang mempunyai empat tapak yang diatur dalam bentuk daiman, yang dimainkan dengan bet dan bola di antara dua pasukan yang terdiri daripada sembilan pemain setiap satunya." "besek\n[Jawa] sejenis bakul yang berbentuk segi empat dan bertutup." "besel\n[Jawa] wang tumbuk rusuk." "besen\nsejenis mangkuk besar (daripada logam dan lain-lain) tempat membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain." "besengek\n[Jawa] sejenis masakan daging ayam." "beser\n~ mani\n [Indonesia] penyakit yang menyebabkan selalu keluar air mani;\nmembeser\n kerap membuang air kecil:\nanak kecil itu ~ saja\n." "beset\n[Jakarta] terkelupas (kulit);\nmembeset\n menguliti, mengelupas kulit." "besi\n1.\n logam berwarna putih perak (bersifat magnet, mulur, tertempakan, berat, mudah berkarat) yang terdapat dalam batu igneus;\n2.\n perkakas (alat) yang dibuat daripada besi;\n~ angkor \nalat (besi) pemutar (untuk menghidupkan enjin);\n \n~ baja \nbesi yang sangat keras, keluli;\n \n~ batang (lantak) \nbesi yang berbatang-batang;\n \n~ berani \n= \n~ semberani \nbesi yang mempunyai tenaga untuk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik);\n \n~ dabus \nalat tajam daripada besi yang digunakan dalam permainan dabus;\n \n~ kawi \nbesi yang mengandungi kekuatan (kesaktian);\n \n~ kurasani\n = \n~ kersani \nbesi yang baik (dari Khorasan di Parsi);\n \n~ lantai (pepat, plat, lempeng) \nbesi yang berkeping-keping;\n \n~ lemah \nbesi yang lembut;\n \n~ melela\n besi hitam (yang tidak berkurai);\n \n~ merah \nbesi yang dibakar dan merah seperti bara;\n \n~ pamor \nsejenis baja putih yang ditempa pada keris dan lain-lain (yang menimbulkan kurai);\n \n~ putih \ntimah;\n \n~ tanah \nbesi yang kurang baik;\n \n~ tempa \n= \n~ tempaan \n= \n~ tempawan \nbesi yang ditempa;\n \n~ tua\n senjata tajam (keris dan lain-lain) yang telah usang;\n \n~ tuang\n = \n~ tuangan \n= \n~ cor \n= \n~ cetak \nbesi yang dituang (dicetak);\n \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya berat dan keras);\n~ baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) \n(peribahasa) perbuatan yang baik itu tetap terpuji selamanya;\n \nasal ~ pengapak kayu, asal emas menjadi penduk\n (peribahasa) asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya;\n \ndahulu parang, sekarang ~ \n(peribahasa) dahulu sayang, sekarang benci;\n \nmemegang ~ panas \n(peribahasa) berbuat suatu pekerjaan yang tidak tetap (dengan khuatir dan ketakutan);\n \nsedencing bagai ~, seciap bagai ayam \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat);\nmembesi\n seperti besi (sangat keras)." "besi tiga\nperkakas muzik daripada logam yang merupakan segi tiga, kerincing." "besikan\nsejenis ikan laut, kaci, \nPlectorhyncus lineatus." "besikur\nsejenis ikan laut, kaci, mandi abu, tebal bibir, \nPlectorhyncus pictus." "besin\nsejenis ikan laut, \nEngraulis spp." "besing\ndesing, lesing." "besit\nmembesit\n memukul dengan lidi, rotan, tali pinggang, dan lain-lain (yang panjang dan mudah lentur);\npembesit\n orang yang membesit." "beskat, beskap\n[arkaik] = \nbaju ~ \nsejenis baju kot pendek." "beslah\n[Indonesia-Belanda];\nmembeslah\n1.\n merampas, menyita:\nsegala harta benda kaum pemberontak telah dibeslah; \n2.\n [kiasan] memperoleh (mengambil, membeli, dan lain-lain);\npembeslahan\n perihal atau perbuatan membeslah." "beslit, besluit\n[Indonesia-Belanda] surat tauliah, sebagaimana surat keputusan (pengangkatan dan lain-lain)." "besok\n[bahasa percakapan]\n1.\n esok hari, hari selepas hari ini:\nlebih baik ~, pukul 10.00 saya jemput dia;\n~ pagi \nesok pagi-pagi hari;\n \n~ petang \nesok petang-petang hari;\n2.\n = \n~ lusa \npada masa yang akan datang, kelak:\napabila sudah ada wang ~, bolehlah dibayar sewanya." "besot\n[Jakarta] terkelupas kulit, beset." "bestari\n1.\n cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yang baik;\n \nmuda ~ \nmuda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dan lain-lain);\n2.\n beroperasi dengan berbantukan komputer, teknologi maklumat dan sebagainya (berkenaan (dengan) sistem, sekolah dan sebagainya):\nsekolah ~;\nmembestarikan\n menyebabkan atau menjadikan bestari:\npelbagai langkah sudah diambil untuk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yang berkaitan dengan pengurusan;\nkebestarian\n perihal memiliki ciri-ciri bestari (seperti berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan):\n~ sesuatu bangsa yang tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain;\npembestarian\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) membestarikan:\n~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dalam sains dan teknologi." "bestel\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n = \nmembestel\n memesan (barang dan lain-lain untuk dibeli);\n2.\n pengiriman barang-barang (di stesen);\nbestelan\n pesanan, barang kiriman." "besteler\n[Indonesia-Belanda] orang yang menghantar surat, posmen." "bestir\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pimpinan (kesatuan dan lain-lain)." "besusu\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat, umbinya boleh dimakan), \nPachyrrhizus erosus." "besut I\nmembesut\n membersihkan logam daripada kotoran." "besut II\nmembesut\n menyembur (air, darah, dan lain-lain);\nmembesuntukan\n menyemburkan (air, darah, dan lain-lain);\npembesutan\n perbuatan menyemburkan (air, darah, dan lain-lain)." "besuta\n[sastera lama] sejenis kain sutera halus." "bet\nalat daripada kayu dan lain-lain untuk memukul bola dalam permainan (seperti pingpong, kriket, besbol, dan lain-lain)." "beta I\nkata ganti diri pertama untuk raja;\n \nsahabat ~\n sahabat hamba, tuan hamba;\nberbeta\n menggunakan beta (kalau bercakap dan lain-lain)." "beta II\nhuruf kedua dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol B, \u03b2." "betagur\n~ batu \nsejenis tumbuhan (pokok), bentangur (mentangur) batu, pelawan paya, tangkut, \nCaliphyllum canum." "betah\n1.\n tahan (menderita dan lain-lain), tabah:\ndia tidak ~ lagi tinggal bersama mentuanya;\n2.\n sudah sesuai (tinggal di tempat baru dan lain-lain):\nsesudah setahun, baru ~ saya tinggal di sini;\n3.\n [sastera lama] sembuh:\nluka sudah ~ tetapi parutnya tinggal jua;\nmembetahkan\n menjadikan tahan (tabah dan lain-lain)." "betahak\n[Jakarta] belahak, bersendawa." "betak-betak I\nsejenis penyakit kulit." "betak-betak II\ncobak-cabik, sobek-sobek." "betapa\n1.\n peri, alangkah:\nsekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut;\n~ senangnya hati anak negeri; \n2.\n sesuai dengan, seperti:\nmaka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; \n3.\n bagaimana, dengan cara apa:\n~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; \n4.\n meskipun:\n~ dicarinya, tidak juga ditemukan." "betara\n1.\n [sastera lama] dewa:\ndewa-dewa dan ~;\n2.\n gelaran untuk dewa atau raja:\n~ Bisnu;\n~ Majapahit." "betari I\n[sastera lama] gelaran untuk dewi." "betari II\nsejenis tumbuhan bak padi, \nSorghum spp." "betas\nbertas (jahitan dan lain-lain), sobek (kain dan lain-lain), retak (pecah);\nmembetas\n bertas (jahitan dan lain-lain), memecahkan (kulit yang keras dan sebagainya)." "betat\n[Kelantan], [Terrenganu] lambat." "betek\nsejenis ikan laut, \nCaranx armatus." "betemak\nsejenis burung hutan, pungguk, \nNinox scutulata malaccensis." "betet\n[Jawa] sejenis burung bayan." "beti I\n~ air \n= \nbeti-beti\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nFlueggia virosa." "beti II\n= \ntanda ~\n bukti yang dapat dilihat (berkenaan (dengan) kesalahan dan lain-lain);\nterbeti\n terbukti, ada bekasnya:\nsah kata adat, apabila tertanda ~." "beti-beti\nhamba raja yang terdiri daripada kaum perempuan." "betik I\nsejenis tumbuhan tropika (pokok dengan buahnya), yang isi buahnya berwarna kuning atau jingga dan sedap dimakan, papaya;\n \n~ belulang \n= \n~ bubur\n = \n~ rambai\n sejenis betik, \nCarica spp." "betik II\n[Minangkabau];\nterbetik\n tersiar (berita dan lain-lain):\npernah juga ~ berita bahawa dia telah mati dibunuh." "betik III\nbintik;\nberbetik-betik\n berbintik-bintik." "betika\nsemangka, tembikai." "betina\n1.\n binatang yang melahirkan anak atau mengeluarkan telur:\nkuda ~; \nayam ~; \n2.\n bahagian tumbuh-tumbuhan yang memutikkan buah;\n3.\n [bahasa percakapan] panggilan kesat kepada wanita yang kelakuannya menyimpang daripada norma masyarakat:\nmemang kau ~ pisau cukur;\n 4\n. \nlawan jantan:\n embun ~; \nkasau ~; \nketam ~; \nkokmot ~; \nbaik jadi ayam ~ supaya selamat \n(peribahasa) tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat;\nkebetinaan\n perihal (sifat) betina." "beting\ntimbunan pasir yang besar dan panjang di muara (di laut dan lain-lain):\n~ ini menjadi halangan kepada pelayaran di sungai;\nberbeting\n mempunyai beting:\nmuara sungai itu ~;\nmembeting\n merupakan beting;\nterbeting\n terdampar di beting." "betis I\nbahagian berisi di belakang kaki di bawah lutut (antara lutut dan buku lali);\n \nbuah ~ \n= \njantung ~ \n= \nperut ~\n daging di belakang tulang kering, anjing-anjing;\n \ntulang ~ \ntulang kering (antara lutut dan kaki);\ndiberi ~, hendak paha \n(peribahasa) diberi sedikit, hendak banyak;\nmembetis\n berjalan kaki:\nsetiap hari dia ~ ke sekolah." "betis II\nsejenis tumbuhan (pokok), belian, \nPalaquium spp." "beton\n[Indonesia-Belanda] konkrit (dinding dan lain-lain);\n \n~ bertulang \nbeton yang dikuatkan dengan besi di dalamnya." "betot\n[Jakarta];\nmembetot\n mencabut (dengan paksa), menarik." "betuk I\nsejenis ikan darat, puyu, \nAnabas scandens." "betuk II\nhangus oleh api." "betul\n1.\n benar, tidak salah:\nbarangkali ~ kata engkau itu; \n2.\n tepat, langsung:\nbuah itu jatuh ~ di atas kepala saya; \npukul satu ~; \n3.\n sungguh, sangat:\ndia sudah gila ~;\n~lah budak ini; \n4.\n sejati, tulen:\ndua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; \nbongkok baru ~, (buta baru celik) \n(peribahasa) angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat;\nsebetulnya\n sebenarnya, sesungguhnya, nyata:\nitu ~ begitu;\nbetul-betul\n1.\n benar-benar, sungguh-sungguh:\ndemokrasi ~ diamalkan di sini; \n2.\n sudah sempurna, cukup, benar-benar:\nbiarkan air itu mendidih dan ~ masak; \ngaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; \n3.\n tepat benar:\ndia berdiri ~ di hadapan saya; \n4.\n dengan baik dan sempurna, elok-elok:\nsikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;\nberbetul\n ark\n1.\n membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dan lain-lain):\nTun Tuah pun tersangkut pada tirai paseban itu, lalu ~; \n2.\n sesuai, cocok:\nbeta hendak pertaruhkan diri beta yang dagang ini kepada anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pada fikiran nenek;\nberbetulan\n bertepatan (dengan), selaras (dengan), sesuai (dengan):\nletakkan mata gergaji itu ~ dengan tebal kayu yang hendak dibelah;\nmembetuli\n1.\n menujui, mengarahkan, mengenai sasaran:\nPanji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pada ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan; \n2.\n membaiki:\nsambil bangun ia ~ kain sarungnya;\nmembetulkan\n1.\n membaiki (kerosakan, kesalahan, dan lain-lain):\nia ~ duduknya;\n~ ejaan yang salah;\n~ jam tangannya; \n2.\n membenarkan, menganggap betul:\npembunuh itu ~ segala tuduhan;\nkebetulan\n1.\n dengan tidak sengaja, dengan tidak disangka-sangka:\ncerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~;\n 2\n. keadaan (kejadian) yang terjadi secara tidak diduga:\n ini satu ~ saja; \n3.\n tepat atau kena benar (dengan tidak sengaja), pada ketika yang sama (dengan):\nsaya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;\nberkebetulan\n bersamaan masanya (halnya dan lain-lain):\nLouis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;\npembetulan\n perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) membetulkan:\n~ kesalahan itu boleh dibuat nanti." "betung I\n1.\n besar:\nbuluh ~; \nkatak ~;\n 2. \n=\n buluh ~\n sejenis buluh yang besar, \nDendrocalamus asper;rumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), \nDaemonorhops didymophyllus; \ntebu ~\n sejenis tebu besar;\n~ ditanam aur tumbuh \n(peribahasa) diharapkan yang baik, kiranya dapat yang buruk;\n \n~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang \n(peribahasa) orang (anak bujang atau orang dagang) yang bebas dan tidak ada ikatan apa-apa;\n \nbagai membelah ~ \n= \nmemijakkan ~ sebelah \n(peribahasa) tidak adil atau berat sebelah (berkenaan (dengan) pendirian dan lain-lain);\n \nbereda\n \n(berteduh) di bawah ~\n (peribahasa) pertolongan yang tidak memadai;\nmembetung\n membuat atau membubuh paip untuk saluran air (najis dan lain-lain);\npembetungan\n1.\n kerja-kerja membetung;\n2.\n sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah:\nKerajaan Pusat memutuskan untuk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;\npembetung\n1.\n sesuatu yang berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya seperti buluh untuk menyalurkan air dan sebagainya:\nbulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat\n;\n2.\n saluran atau parit daripada konkrit dan lain-lain bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api:\nmasalah kekurangan ~ dikenal pasti sebagai punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat\n;\n3.\n saluran paip bawah tanah untuk menyalirkan najis, kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesan dan sebagainya:\nmereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yang tersumbat itu." "betung II\nkatak ~ \nsejenis katak yang kuat bunyinya;\n \nbagaimana hari takkan hujan, katak ~ dalam telaga berteriak selalu \n(peribahasa) selalu pergi ke rumah orang dengan tidak berhad tentu mempunyai maksud yang tersembunyi." "betung III\nsejenis ikan laut, songsong laut, selar papan, selar malam, \nAlepes melanoptera\n." "betutu I\nsejenis ikan darat, \nBarbichthys laeris." "betutu II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nEurya japonica." "betutu III\ndaging ayam yang telah diambil tulangnya (tetapi masih utuh)." "bewok\n[Jakarta] jambang, bauk;\nberewok." "beza\n1. = perbezaan\n keadaan atau sifat yang tidak sama antara satu daripada yang lain, kelainan, ketidaksamaan:\nbanyak sekali ~ antara kedua-dua orang tua itu; \n2.\n selisih (pada ukuran dan lain-lain):\nsatu ela dengan satu meter tidak jauh ~nya;\n~ keupayaan\n (Fizik) kerja melawan daya elektrik yang dilakukan untuk menggerakkan satu unit cas dari satu titik ke titik yang lain;\nberbeza\n berlainan:\npemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ daripada pemerintahan mengikut kaedah persatuan;\nberbeza-beza, berbezaan\n berlain-lain, berlainan:\nadat itu mempunyai tafsiran yang ~ antara ahli-ahli penganutnya;\n membeza\n mengkhusus dari segi bentuk ciri atau fungsi (berkenaan (dengan) sel);\nmembezakan\n1.\n menunjukkan atau menyatakan apa yang berbeza antara beberapa perkara:\ntahu ~ yang buruk daripada yang baik; \n2.\n mengesan perbezaan yang terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali:\npada waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dengan warna biru; \ntidak dapat ~ yang mana karya asli dan yang mana karya tiruan; \n3.\n = \nmembeza-bezakan\n memberi layanan yang tidak sama antara satu sama yang lain:\ndia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya;\n memperbezakan\n menjadikan dua unsur (benda, perkara) berbeza antara satu sama lain\n;\nperbezaan\n1.\n beza, kelainan, ketidaksamaan:\nada ~ antara negeri-negeri Melayu yang ber sekutu dengan negeri-negeri yang tidak bersekutu; \n2.\n selisih;\n \n~ upah\n selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dengan buruh (golongan) lain;\npembezaan\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) membezakan:\n~ gaji laki-laki dan perempuan; \npemerhati politik biasanya membuat ~ antara kuasa gergasi dan kuasa kecil;\n 2.\n (Biologi) perkembangan sel bukan khusus (seperti sel embrio haiwan) menjadi sel khusus (seperti sel pada organ tertentu);\npembeza\n (orang, benda) yang membezakan." "bezantara\njulat." "bgn.\n[kependekan] bangunan." "Bhd.\n[kependekan] Berhad:\nBank Bumiputra Malaysia ~." "bhg.\n[kependekan] bahagian." "bhs.\n[kependekan] bahasa." "Bi I\nsimbol kimia bagi bismut." "bi II\nsingkatan bagi bibi." "biadab\n1.\n tidak ada budi bahasa, tidak beradab:\nanaknya bersikap kurang ajar dan ~; \n2.\n tidak bertamadun, belum maju:\nmasih ada lagi bangsa yang ~ pada masa ini;\nkebiadaban\n perihal (kelakuan dan sebagainya) biadab." "biadat\ntidak bersifat kemasyarakatan (tidak suka bergaul dengan orang)." "biadi\n[Minangkabau] sejenis cacing dalam perut, \nOxyris vermicularis." "biah I\n[Arab] tempat sembahyang orang Yahudi." "biah II\n[Arab] persekitaran:\n~ mereka itu besar sekali pengaruhnya terhadap sikap;\n~ solehah." "biak baka\npembiakbakaan\n (Biologi) pengacukan haiwan atau tumbuhan untuk tujuan tertentu (biasanya untuk menghasilkan baka yang lebih baik);\n~ dalam \npenghasilan anak dengan mengacukkan individu-individu yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat;\n \n~ luar\n pengacukan haiwan atau tumbuhan dengan mengacukkan individu-individu yang tidak mempunyai hubungan keluarga yang rapat." "biak I\nmenjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya), peridi:\nmereka mempunyai ternak yang ~;\n(ber)kembang ~ \nmenjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya);\n \nmemamah ~ \nmemamah makanan untuk kedua kalinya (lembu dan sebagainya);\nmembiak, berbiak\n = \n~ kembang \nmenjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya), berkembang biak:\nayam jenis itu ~ dengan cepat;\nmembiakkan\n membuat supaya menjadi biak:\ndia bermaksud hendak ~ ayam itu dalam reban ini; \nair yang bertakung akan ~ nyamuk;\nbiakan\n benda (ternak dan lain-lain) yang dibiakkan;\npembiakan\n perihal atau perbuatan membiak(kan):\npada masa ini dia bertugas dalam rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah;\npembiak\n benda (ternak dan lain-lain) yang membiakkan, hasil daripada membiakkan ternak dan lain-lain." "biak II\nsejenis tumbuhan, ketum, \nMitragyna\n \nspeciosa\n." "biak III\n[Minangkabau] basah;\nmembiaki\n membasahi." "biang I\n1.\n induk (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya);\n \nayam ~ \ninduk ayam;\n \n~ jari \n= \n~ tangan\n ibu jari;\n \n~ lebah \ninduk lebah;\n2.\n [Jakarta] jenis yang murni (asli);\n \n~ ayam\n ayam jenis yang asli (bukan campuran);\n3.\n pati, sari;\n \n~ cuka \npati daripada cuka;\n \n~ roti\n ragi untuk membuat roti;\n4.\n pokok pangkal, asal mula:\nberjudi adalah ~ segala kejahatan;\n~ keladi \na) umbi keladi;\n b) orang (hal dan lain-lain) yang menjadi punca kejahatan." "biang II\ngatal (perempuan dan lain-lain), gasang:\n pemuda lawa yang ~ itu\n." "biang III\n[Minangkabau] hampir tembus;\n \n~-~ kain\n [kiasan] lupa-lupa ingat;\n \n~ menanti tembus\n (peribahasa) perkara yang hampir putus (perceraian dan lain-lain)." "biang IV\n~-biut \nbergeliang-geliut, berkelok-kelok." "biang-biang\nsejenis ikan laut, kasai janggut, \nSetipinna taty." "bianglala\n[Jakarta] pelangi, benang raja." "biaperi\n[sastera lama] saudagar, pedagang." "biar\n1.\n agar, supaya:\nberilah aku wang, ~ aku beli baju itu; \n2.\n lebih baik (daripada):\n~ mati daripada menanggung malu; \n3.\n = \n~lah \ntidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan:\n~ mati anak, jangan mati adat;\n~ mati (dan lain-lain) ~ hidup (dan lain-lain) \nbaik mati (dan lain-lain) mahupun hidup (dan lain-lain):\n~ besar, ~ kecil\n \nasal ada;\n~ begitu\n walau begitu;" "biar-biar\nsejenis cacing kecil (dalam perut), \nFilaria loa;\n~ naik ke mata \n(peribahasa) jangan dilalaikan sesuatu yang akan mendatangkan bahaya kepada diri sendiri." "biara\ntempat pertapa tinggal sebagai satu komuniti atas ikrar keagamaan." "biarawan\n[arkaik] pertapa lelaki yang tinggal dalam biara." "biarawati\n[arkaik] pertapa perempuan yang tinggal dalam biara." "biarnya\nbiarpun;\nbiarpun\n meskipun;\nmembiarkan\n1.\n mengabaikan, tidak mempedulikan:\nair matanya yang mengalir itu dibiarkannya saja; \n2.\n merelakan, mengizinkan, tidak melarang:\ndia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu;\nterbiar\n1.\n terabai, terbengkalai, terlantar:\nsungguh kasihan, adinda, akan bapa yang menderita dan anak yang ~;\n2.\n ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu:\nsuasana itu ~ begitu saja;\nketerbiaran\n keadaan terbiar:\nsekiranya berlaku kebuntuan atau ~;\n kebiaran\n terbiar:\npada zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dalam hal ini cerita pendek, adalah sesuai dengan keadaan ~ itu; \nlima enam helai kertas yang ~." "bias\n= membias\n membelok dari arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dalam air, dan lain-lain):\ndengan takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei;\nmembiaskan\n membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dari asal;\nterbias\n terbelok dari arah asal:\ngelombang haba ~ dan berbalik seperti gelombang cahaya;\nbiasan\n1.\npenyimpangan dari arah asal (seperti hujan dihembus angin, sinar cahaya dalam air, dan lain-lain):\napabila cahaya itu melintas daripada satu perantaraan yang hening kepada yang lain dinamakan ~; \n2.\n bayangan perasaan:\n~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka;\n pembiasan\n perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan." "biasa\n1.\n seperti sediakala, seperti yang sudah-sudah:\nkeadaan huru-hara di negeri itu pulih seperti ~; \nkelakuannya tidak seperti ~ pada hari itu; \n2.\n kerap kali atau selalu terjadi, lazim:\nkekalahan merupakan perkara ~ dalam pertandingan; \nseperti ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; \n3.\n tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dan sebagainya):\ndia tidak kekok lagi bergaul dengan orang-orang kenamaan kerana sudah ~;\n4.\n tidak istimewa daripada yang lain:\ncorak batik itu ~ sahaja;\n5.\n seperti yang selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (berkenaan (dengan) sesuatu keadaan dan sebagainya):\nsuhu ~ badan manusia;\n6.\n sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dan sebagainya), pernah:\nsaya ~ tidur di masjid; \nluar ~ \nberlainan daripada biasa;\n \nalah bisa tegal (kerana, oleh) ~\n (peribahasa) segala kesukaran dan sebagainya tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dan sebagainya sesuatu);\nbiasanya\n seperti yang selalu dilakukan atau yang sudah teradat, selalunya:\nkursus itu ~ dijalankan selama dua minggu;\nmembiasakan\n1.\n menjadikan umum (lazim, teradat, dan lain-lain):\npepatah ini ialah mengenai perkara yang telah teradat atau peraturan yang sudah dibiasakan; \n2.\n menjadikan biasa (untuk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa:\nBasir berdiri sebentar untuk ~ pemandangannya di dalam dewan yang kelam itu;\n~ diri bergaul dengan orang atasan; \n3.\n menjadikan biasa (dengan keadaan cuaca, suasana, dan sebagainya), menyesuaikan:\ndia tidak dapat ~ dirinya dengan cuaca yang terlalu panas di Mekah;\nterbiasa\n telah menjadi biasa (umum, lazim, dan lain-lain):\ndi negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dalam adat;\n keterbiasaan\n perihal (keadaan) terbiasa;\nkebiasaan\n hal yang biasa dilakukan:\nadat ~; \nsudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu untuk datang tepat pada awal bulan;\n~nya\n adatnya, biasanya;\npembiasaan\n perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman." "biasiswa\nwang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajarannya (biasanya di maktab atau di universiti);\nberbiasiswa\n mempunyai biasiswa." "biat\n[sastera lama] kawasan, tempat:\nsekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suatu ~." "biawak\nsejenis binatang yang menyerupai buaya (tetapi lebih kecil);\n jenis-jenisnya:\n~ air\n = \n~ riang-riang \nsejenis biawak yang besar, geriang, keriang, \nVaranus salvator;\n~ bunga = ~ puru, Varanus nebulosus;\n~ kudung \nsejenis biawak pohon, jiawang, jawang, \nVaranus dumerili;\n~ serunai\n sejenis biawak yang bahagian kepalanya panjang menjulur, \nVaranus rudicollis;\n~ kudung masuk kampung \n(peribahasa) tersesat ke kampung musuh atau pencuri yang dikenali oleh orang ramai;\n \nbila pula ~ duduk \n(peribahasa) hal sesuatu yang mustahil;\n \nmendukung ~ hidup\n (peribahasa) melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri;\nmembiawak\n berjalan dan lain-lain seperti biawak, menggelincir:\nmaka diseru oleh Naina Ishak, katanya, Hai Hang Hamzah, mengapa maka tuan hamba lari ~?" "biawas\n= \njambu ~\n sejenis tumbuhan (pokok), jambu biji, \nPsikologidium guajava." "biaya\n1.\n belanja, ongkos (untuk sesuatu):\nselain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; \n2.\n bantuan kewangan daripada kerajaan untuk menutup sebahagian daripada perbelanjaan sesuatu pertubuhan dan lain-lain;\nmembiayai\n membelanjai, mengongkosi:\ndiperlukan modal dalam negeri untuk ~ perusahaan;\nmembiayakan\n membelanjakan, mengongkoskan:\nmaka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu daripada mereka itu;\nbiayaan\n (yang) dibiayai oleh:\ninstitusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang;\npembiayaan\n perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai:\n~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara;\npembiaya\n orang atau pihak yang membiayai:\ndi belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yang bertindak sebagai pelindung, penaung, dan ~nya." "bibi\n1.\n [Indonesia] panggilan kepada orang perempuan yang agak tua, mak cik;\n2.\n [sastera lama] panggilan kepada orang yang sudah bersuami, nyonya." "bibinda\nbibi (lebih hormat)." "bibir\n1.\n salah satu daripada dua bahagian luar pinggir mulut;\n2.\n tepi (cawan, mangkuk, dan lain-lain):\n~ belanga;\n~ cawan;\n~ sumur\n ;\n \n~ hutan\n;\n \n~ jalan\n;\n \n~ mata\n;\n \n~ tabir\n;\n \n~ telaga\n;\n3.\n [kiasan] mulut, cakap (kata-kata dan lain-lain):\njanji-janjinya hanya di ~ saja;\n \n~ manis \ncakap manis;\n \nberat ~ \n= \ntebal ~\n (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut;\n \ndi ~ mata \na) di tepi mata;\n b) di depan mata (dekat sekali);\n \ndi ~ sahaja\n di mulut sahaja;\n \npanjang ~ \nsuka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dan lain-lain);\n~ saya bukan diretak panas \n(peribahasa) kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sebagai yang diramalkan);\n \napa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah\n (peribahasa) banyak janji, tetapi tidak ditepati;\n \njadi buah ~ \n(peribahasa) tidak lepas daripada sebutan orang;\n \nmenghapus ~ \n(peribahasa)\na) orang yang sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yang diharapkannya (sebab terlalai);\n b)sampai ke perjamuan pada masa selesai;\n \npanjang ~ orang memperkatakan si polan\n (peribahasa) tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yang tidak baik;\nberbibir\n mempunyai bibir:\n~ tebal." "bibit I\n1.\n sesuatu untuk disemai atau ditanam supaya menjadi tumbuh-tumbuhan, sesuatu yang akan membesar menjadi hidupan, benih (tanam-tanaman, ternakan):\nkacang itu sempat membiak ~ dalam masa beberapa bulan sahaja; \npadi ~\n padi untuk dijadikan benih;\n2.\n sesuatu yang akan menyebabkan terjadinya atau timbulnya sesuatu, tanda-tanda permulaan sesuatu:\nkemiskinan dan kesengsaraan menjadi tanah semaian yang subur untuk iblis dan syaitan menanamkan ~ kekufuran pada manusia; \npergaulan mereka akhirnya menumbuhkan ~ kasih sayang yang tiada taranya;\nmembibitkan\n menyebabkan timbul bibit (kasih sayang, cinta, dan sebagainya), menimbulkan, menerbitkan:\npertemuan itu telah ~ kemesraan antara mereka berdua." "bibit II\nmembibit\n memegang (menjinjing) dengan jari:\nbarang itu harus dibungkus dan diikat dengan sempurna supaya senang dibibit dan dibawa pulang;\npembibit\n orang yang membibit sesuatu, pembimbit;\nbimbit." "bibliofil\norang yang suka mengumpul atau meminati buku, pencinta buku." "bibliografi\n1.\n senarai terbitan (buku dan lain-lain) tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang :\n~ manuskrip Melayu Lama;\n2.\n senarai buku, makalah, dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya." "bic\nsejenis pokok besar daripada genus \nFagus \nyang mempunyai daun berkilat dan kulit kayunya licin berwarna kelabu:\nkayu ~." "bicana\nbijana." "bicara\n1.\n pendapat:\nbenar sekali seperti kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; \n2.\n fikiran, muslihat, akal budi:\nlain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; \n3.\n mesyuarat:\nsetelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; \n4.\n (ber)cakap, (ber)kata:\nMaskam tidak banyak ~; \n5.\n perkara di mahkamah:\ndia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;\nberbicara\n1.\n bercakap:\ndia membiarkan sahaja suaminya itu ~; \n2.\n bermesyuarat:\nkeputusan itu dicapai selepas mereka ~;\n3.\n mengemukakan pendapat (fikiran dan lain-lain):\n~\n \ntentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli;\nmembicarakan\n1.\n mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan:\nakan terbit pula sebuah buku yang ~ novel-novel sebelum perang;\n2.\n mengadili sesuatu perkara di mahkamah:\nperkara itu harus diadukan kepada polis dan dibicarakan di mahkamah;\nperbicaraan\n pengadilan sesuatu perkara di mahkamah:\nbintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir;\npembicaraan\n1.\n percakapan, perbincangan:\n~ mereka beralih kepada perkara lain; \n2\n. \n[Indonesia] pengadilan perkara di muka hakim;\npembicara\n1.\n orang yang berbicara (berceramah dan lain-lain);\n2.\n [arkaik] pengacara, penasihat." "bicarawara\nrancangan televisyen atau radio yang mengandungi temu bual antara hos dengan tetamu undangan berkaitan dengan tajuk tertentu, rancangan temu bual." "bicokok\n[Jakarta]\n1.\n sejenis buaya kecil;\n2.\n [bahasa percakapan] pengikut penjahat, penjahat, penipu." "bicu\nalat untuk mengangkat barang yang berat." "bicut\n[Kelantan] berparut-parut (pada muka dan lain-lain), berjerawat, bopeng." "bida I\n1.\n singkatan bagi bidadari;\n2.\n dayang-dayang dalam istana." "bida II\ntawaran sejumlah bayaran (harga) tertentu oleh bakal pembeli dan sebagainya bagi sesuatu yang dijual, seperti dalam jualan lelong:\nharga yang dibayarnya melebihi dua ~ daripada harga pasaran sebelumnya;\n membida\n menawarkan harga tertentu untuk sesuatu (kontrak, kerja dan sebagainya):\ndia sudah ~ kontrak bernilai RM 700 juta;\n pembidaan\n perbuatan membida:\n~ itu akan bermula sebentar lagi;\n pembida\n orang (syarikat, firma dan sebagainya) yang membida." "bidaah\n1.\n pembaruan, terutamanya dalam agama Islam ( ada yang diterima dan ada yang bercanggah dengan agama Islam);\n2.\n pembohong, penipu." "bidadari\n1.\n dewi di syurga atau di kayangan;\n2.\n [kiasan] perempuan yang cantik rupawan." "bidai I\n1.\n sejenis tirai yang dibuat daripada bilah (buluh, rotan, dan lain-lain) yang dijalin (kerai, terai, belat, dan lain-lain);\n2.\n bilah (buluh dan lain-lain) untuk membandut tangan yang patah dan lain-lain;\nberbidai-bidai\n bergaris panjang-panjang yang selari;\nmembidai\n1.\n memasang bidai (pada rumah dan lain-lain);\n2.\n membandut dengan bidai." "bidai II\n[Indonesia] tempat berhenti dalam permainan (kasti dan lain-lain)." "bidak\nbuah catur yang terendah nilainya (bergerak dengan satu langkah ke depan tetapi memakan lawannya secara menyerong)." "bidal I\n= bidalan\n kata-kata yang sering kali disebut, dan yang mengandungi nasihat, peringatan, dan sebagainya." "bidal II\n1.\n sarung jari pada logam, didal;\n2.\n (Kejuruteraan) bahagian gerudi tempat memasukkan mata gerudi." "bidan\norang (biasanya perempuan) yang mempunyai kemahiran untuk membantu ibu sewaktu melahirkan anak;\n~\n \nkampung\n wanita di kampung yang mempunyai kemahiran untuk menolong seseorang ibu melahirkan anak (sungguhpun tidak terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan);\n \n~\n \nkerajaan \nbidan yang berkhidmat dengan kerajaan (terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan);\n \n~\n \ntarik = ~ terjun \na) bidan yang dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu;\n b) orang yang diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yang sepatutnya tidak ada atau tidak hadir);\n bebas ~ (balas, berlimau) \nkenduri selepas empat puluh hari bersalin;\n \njikalau beranak ikut kata ~\n (peribahasa) jika kita berkehendak sesuatu daripada orang lain, hendaklah kita turut apa yang dikatakannya;\nberbidan\n memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak;\n \nberanak tiada ~ \n(peribahasa) mendapat susah kerana kebodohan sendiri;\nberbidankan\n menggunakan perkhidmatan seseorang sebagai bidan:\ndia melahirkan anak sulungnya dengan ~ bidan kampung sahaja;\nmembidani\n menolong orang bersalin:\nupah bidan untuk ~ isterinya saja sudah sebanyak tiga puluh ringgit;\n kebidanan\n hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi bidan, atau tugas dan tanggungjawab sebagai bidan:\nilmu ~; \npakar ~;\nperbidanan\n perihal bidan." "bidang I\n1.\n permukaan yang datar (batasnya tertentu):\nmaka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang;\n2.\n ukuran lebar sesuatu (seperti kain, tikar, dan lain-lain):\nkain ini ~nya 39 inci atau satu meter; \n3.\n lebar:\ndadanya ~; \n4.\n ukuran panjang (kira-kira lima hasta):\ndua ~; \n5.\n penjodoh bilangan bagi benda yang luas (seperti tanah dan sebagainya):\ndi tengah-tengah se~ sawah; \n6.\n kegiatan yang diceburi, lapangan:\nberkecimpung dalam ~ seni lakon; \n7.\n bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dan sebagainya) yang tertentu, lapangan, jurusan:\nmelanjuntukan pelajaran dalam ~ kejuruteraan awam; \n8.\n bahagian daripada permukaan sesuatu yang datar dan mempunyai keluasan yang tertentu:\nkotak itu mempunyai enam ~;\n~ kuasa \nketentuan-ketentuan yang menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yang ada pada atau yang boleh digunakan oleh seseorang;\n \n~ tugas \nbutir-butir mengenai tugas seseorang;\nmembidangkan\n membentangkan (kulit dan lain-lain) pada bingkai;\n \n~ dada \nmembusungkan dada;\nbidangan\n [arkaik] bidang, petak;" "bidang II\n[sastera lama] sejenis perahu perang:\nmaka segala lancang kenaikan baginda pelang peraduan, jong pebujangan, ~ kekayuhan serta jong penanggahan." "bidar\n= \nsampan ~\n [sastera lama] perahu (perang)." "bidara\n= \n~ cina \nsejenis tumbuhan (pokok), \nZizyphus jujuba." "bidari\n[Indonesia] [arkaik] batas (tempat berhenti) dalam permainan kasti;\nbidai II." "bidas I\nmembidas\n1.\n memantul (balik):\nsetelah saya lepaskan, dahan itu ~;\n2.\n menembus (pertahanan musuh dan lain-lain):\nserangan itu diperhebat lagi supaya dapat ~ pertahanan musuh;\n3.\n mengecam:\nmenteri itu memberi jawaban sambil ~ pihak pembangkang;\nbidasan\n1.\n gerakan membidas;\n2.\n serangan, serbuan;\n3.\n kecaman;\npembidas\n sejenis lembing yang dilepaskan dengan alat yang memantul." "bidas II\n[Kelantan], [Terrenganu]\n1.\n lastik:\nbudak itu suka bermain ~; \n2.\n melastik:\nMamat mengajak Ali ~ burung punai.\nBidayuh\n suku kaum peribumi yang keempat terbesar di Sarawak, yang tinggal di merata daerah (terutamanya di Kuching dan Serian) dan juga dikenali sebagai Dayak Darat." "bidet\nsejenis besen rendah yang boleh diisi air untuk membasuh bahagian kemaluan dan punggung." "bidi\n[Kelantan];\nmembidi\n1.\n membela, mendidik;\n2.\n memaut, membentuk (dengan cara memanaskan)." "bidik\nmembidik\n1.\n mengarahkan sesuatu (senapang dan lain-lain) ke sasaran :\n dia betul-betul sudah ~ batang tubuh salah seorang pengiring musuhnya\n;\n2.\n mengarahkan pandangan dengan tetap kepada sesuatu;\nmembidikkan\n mengarahkan kepada;\nterbidik-bidik\n terkedip-kedip (mata), terkejap-kejap;\npembidikan\n perbuatan membidik;\npembidik\n alat untuk membidik." "bidis I\n[Selangor] berganjak atau beralih tempat (dalam permainan guli dan lain-lain)." "bidis II\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput),\na) rumput ekor anjing, \nSaccolepis angusta; \nb) rumput kemani, \nSaccolepis myosuroides." "biduan\npenyanyi lelaki:\nmaka segala ~ yang baik suaranya pun menyanyilah." "biduanda\nbudak kundang, budak raja, juak-juak, hamba (suruhan) raja:\nbaginda \u2026 membuat segala anak tun-tun akan ~ kecil, pekerjaannya akan membawa segala alat raja." "biduanita\npenyanyi perempuan:\n~ itu menyampaikan lagu Madah Pujangga." "biduk\nsejenis perahu (untuk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai);\n \nbersatu ~ dengan \nbekerjasama dengan;\n~ kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju \n(peribahasa) suatu pekerjaan yang dikerjakan tanpa kepandaian payah berhasil;\n \n~ lalu kiambang bertaut\n (peribahasa) lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik;\n \n~ pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai \n(peribahasa) perihal suatu perusahaan yang bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir;\n \n~ satu, nakhoda dua \n(peribahasa)\na) orang yang menduakan suami;\n b) suatu pekerjaan yang ketuanya dua orang;\n \n~ serempu\n sejenis perahu yang dibuat dengan lunas panjang dan lekuk;\n \n~ upih pengayuh bilah\n (peribahasa) tiada berdaya untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan;\n \nlain ~ lain digalang\n (peribahasa)\na) lain disoal lain dijawab;\n b) lain yang berbuat salah, lain pula yang tertuduh;\n \npacak mencerca ~ orang, ~ sendiri tak terkayuh\n (peribahasa) kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak tampak;\n \nseperti ~ dikayuh hilir \n(peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang sedia digemarinya;\n \nterkatung-katung macam ~ patah kemudi \n(peribahasa) peri sengsara di rantau orang dan tidak ada orang yang menolong;\n \ntertumbuk ~ dikelokkan, tertumbuk kata difikiri \n(peribahasa) kalau sesuatu pekerjaan terbantut, hendaklah dicari jalan lain;\n \ntertumpang di ~ tiris\n (peribahasa) terikat (tersekutui) pada pekerjaan yang merugikan;\n \ntiada ~ karam sebelah\n (peribahasa) apabila seseorang mendapat kesusahan, kaum keluarganya menderita juga;\nberbiduk\n naik biduk." "bidur\n[sastera lama]\n1.\n bongkah timah yang beratnya tiga paun atau 1.36 kg;\n2.\n kati (juga dipakai sebagai mata wang)." "bienial\n(Biologi) tumbuhan (seperti lobak merah, rumput jarum, dan lain-lain) yang melengkapkan kitar hidupnya dalam masa dua tahun." "bifstik\nkepingan daging yang boleh dipanggang, digoreng, dan lain-lain, yang dipotong daripada bahagian daging pejal lembu." "bigami\namalan beristeri atau bersuami dua." "bigamis\norang yang beristeri atau bersuami dua." "bighair\n[Arab] [arkaik] kecuali, lain daripada;\nghair." "bigu\n[arkaik] pendeta (Buddha);\nbiku I." "bihun\n[Cina] sejenis mi halus yang dibuat daripada tepung beras." "bija I\n[Minangkabau] biji, benih." "Bija II\n(bahagian daripada) gelaran:\nSeri ~ Diraja;\n= Bijaya." "bijak\n1.\n (sangat) pandai, cerdik, pintar:\nkau ~, kaulah seniman yang tahu menikmati kesenian alam; \n2.\n pandai bercakap, petah lidah;\n3.\n sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan:\nberjimat-cermat pada zaman inflasi ialah satu langkah yang ~;\n~ bestari \nbenar-benar bijak;\n golongan ~ pandai \ncendekiawan;\nkebijakan\n perihal bijak, kecerdikan, kepintaran:\nsesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka." "bijaksana\nberakal budi, arif, pandai dan berhati-hati, cerdik:\nBendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang ~;\nmembijaksanakan\n menjadikan seseorang bijaksana:\nsajak ini tidak ~ pembaca untuk menggunakan daya renung yang lebih dinamik;\nkebijaksanaan\n perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi:\nmereka menjalankan tugas ini dengan penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian; \nkemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah." "bijan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya mengandungi minyak), ginjili, lenga, til, \nSesamum orientale; \n2.\n biji kecil berwarna keputih-putihan daripada pokok bijan yang digunakan sebagai bahan makanan dan juga menghasilkan minyak untuk masakan dan sebagainya:\nminyak ~\n;\n \nminyak ~\n minyak lenga;\n \nmenaburkan ~ ke tasik tiada akan tumbuh \n(peribahasa) perbuatan yang sia-sia;\nberbijan\n mengandungi bijan:\nbiskut ~." "bijana\n[arkaik];\njana ~\n = \ntanah ~\n tempat kelahiran." "Bijaya\n(bahagian daripada) gelaran;\n \nSeri ~ Adiraja\n juga disebut Seri Bija Diraja;\nBija II" "biji I\n1.\n bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah:\n~ durian;\n~ rambutan; \n2.\n buah yang kecil-kecil:\n~ padi;\n~ kacang;\n3.\n = \n~ kemaluan\n [Indonesia] buah pelir;\n4.\n [bahasa percakapan] kelentit;\n5.\n penjodoh bilangan (bagi benda kecil dan lain-lain):\nberi aku beberapa ~ daripada buah itu;\n6.\n [Indonesia] markah:\nmurid itu mendapat ~ yang tinggi untuk hitungan;\n~ benih \nbiji yang dijadikan benih;\n \n~ berkepak\n biji yang mempunyai kepak atau sayap;\n \n~ buah\na) isi buah yang dapat ditanam;\n b) = \n~ butir (percakapan, perbualan) \nisi percakapan;\n \n~ mata \na) bulatan mata;\n b) [kiasan] kekasih;\n \n~ minyak \nbiji yang mengandungi minyak;\n \n~ timun \nsejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris);\nbagai meramas ~ cempedak \n(peribahasa) sungguh-sungguh untuk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik;\n \nmenanam ~ atas batu\n (peribahasa) sia-sia memberi nasihat kepada orang yang tidak mempedulikannya;\n \ntertanam di ~ hampa\n (peribahasa) yang ditanam bukan biji yang bernas (usaha yang tidak akan berhasil);\nsebiji\n [bahasa percakapan] betul-betul spt:\nfilem itu ~ macam filem Mr. Os;\nberbiji\n mempunyai biji (berkenaan (dengan) buah):\nbuah gajus ~ di luar;\nberbiji-biji\n1.\n mempunyai banyak biji (berkenaan (dengan) buah):\njambu batu ~ kecil; \n2.\n seperti ada biji:\ndia berasa tengkuknya ~;\nmembiji\n [Indonesia] memberi markah;\nbiji-bijian\n segala buah yang berbutir kecil-kecil (seperti padi, gandum, jagung, kacang, dan lain-lain), padi-padian." "biji II\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, \nRoucheria griffithiana." "biji III\n~ durian \nsejenis ikan laut,\n Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.;\n~ nangka \nsejenis ikan laut\n, Upeneus spp., Parupaneus spp." "biji IV\n= Bijaya." "bijih\nbatu (tanah, pasir, dan sebagainya) yang mengandungi logam;\n~ besi\n bijih yang mengandungi besi;\n \n~ timah\n bijih yang mengandungi timah;\nberbijih\n mengandungi bijih:\ntanah ~\n." "bijirin\n(Pertanian) biji-bijian (seperti gandum, barli, jagung, padi, dan sebagainya) yang dijadikan bahan makanan asas." "bika\nbengkang, bingka." "bikar I\nbekas daripada kaca, berbentuk silinder, tidak bertutup dan berbibir (digunakan di dalam makmal untuk membuat percubaan kimia):\nsekarang ambil dua biji ~ yang besar dan isi separuh dengan air." "bikar II\nbingkai, tepi:\nsemua ~ saji diperbuat daripada rotan;\n berbikar\n mempunyai tepi (bingkai)." "bikin\n[bahasa percakapan]\n1.\n buat:\nitu kita ~ sendiri;\n2.\n menjadikan;\n \n~ besar\n membesarkan;\n \n~ mati\n membunuh;\n \n~ rendah\n merendahkan;\nmembikin\n menyebabkan, membuat:\ndesir angin ~ hatinya rindu;\nbikinan\n buatan:\nlelaki dan perempuan ialah dua jenis manusia ~ Tuhan;\npembikinan\n perihal atau perbuatan membikin, pembuatan:\nabang telah berkongsi mendirikan sebuah syarikat ~ batik;\npembikin\n orang (syarikat dan sebagainya) yang membikin sesuatu." "bikini\npakaianyang terdiri daripada semacam coli dan seluar dalam, yang dipakai oleh wanita untuk berenang atau berjemur;\nberbikini\n memakai bikini:\nbanyak iklan menggunakan gambar wanita ~." "bikir I\n[Arab] (anak) dara, gadis." "bikir II\nsejenis tumbuhan (pokok), beka, biji lunang, boli, merulai, \nOroxylum indicum." "biksu\n[arkaik] [sastera lama] sami atau pertapa (Buddha)." "biksuni\n[arkaik] sami perempuan." "biku I\n[arkaik] [sastera lama] sami atau pertapa (Buddha)." "biku II\n1.\n lipatan pada tepi kain (baju dan lain-lain) untuk perhiasan;\n2\n. tepi peti dan lain-lain yang berukir;\nberbiku-biku\n berlipat-lipat pada tepi, berukir-ukir pada tepi." "biku III\n[Kelantan] bingkai bulat tempat menegangkan kain, ram (apabila menyulam dan lain-lain)." "biku-biku\nsejenis tumbuhan (pokok), benak, medang tanduk, serunai, \nBhesa spp." "bikung\n[Kelantan] sejenis kudis pada betis." "bil\npenyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yang telah diterima:\n~\n \nair\n;\n \n~ elektrik;~ muatan kapal\n dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (berkenaan (dengan) barang yang dihantar kepada pengirim, sebagai kontrak antara kedua-dua pihak dan sebagai dokumen hak milik penama barang tersebut);\n \n~ perbendaharaan \n(Ekonomi) bon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu;\nmengebil\n menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kepada atau untuk:\npihak syarikat akan ~ anda kemudian;\nmengebilkan\n menyediakan (membuat) bil untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan:\nsistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dengan betul atau sebaliknya;\npengebilan\n perihal (perbuatan, proses dan sebagainya) mengebil atau mengebilkan:\npihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; \napa yang dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dalam ~ kepada pengguna komersial." "bila\n1.\n kata yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika) mana:\n~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; \nbarang ~\n sebarang masa;\n2.\n pada masa apa:\nkalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah;\n bila-bila\n = \n~ masa\n pada sebarang masa (waktu, ketika):\n~ saja hari akan hujan." "bilabial\n(Linguistik)\n1.\n berkenaan dua bibir;\n 2.\n bunyi atau sebutan yang dihasilkan oleh dua bibir (tentang konsonan seperti p, b, m)." "bilad\n[Arab] [arkaik] negeri." "bilah\n1.\n kepingan buluh (kayu, rotan, dan lain-lain) yang dibelah panjang dan tipis:\nlayang-layang itu mempunyai alat pendengung yang dibuat daripada ~ kayu dan daun mengkuang; \n2.\n benda yang menyerupai bilah buluh dan lain-lain (pisau, keris, dan lain-lain):\n~ pisau itu terjatuh di atas tanah; \n3.\n penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang, dan lain-lain):\ndi atas baju itu terletak se~ parang yang sudah dijampi; \numpama ~ atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga\n (peribahasa) orang yang bodoh atau daif sekalipun ada gunanya." "bilai I\n[Minangkabau] sambung, tepi yang disambungkan;\nmembilai\n1.\n menyambungkan (kain dan lain-lain), menambah tepi, menyisip lantai (membaiki);\n2.\n menyalut (gigi dan lain-lain):\n~ gigi dengan emas;\n3.\n menambah yang kurang (pidato dan lain-lain)." "bilai II\nbilur;\nberbilai\n ada bilainya, berbilur." "bilak\n= \n~ mata \nsejenis tumbuhan (pokok), maja, \nAegle marmelos." "bilal\norang yang kerjanya meneriakkan azan apabila masuk waktu sembahyang, tukang bang, tukang azan, mudin, muazin:\nsuara azan yang dilaungkan oleh ~ masjid kedengaran sayup-sayup." "bilamana\napabila, apakala, ketika." "bilamasa\nbilamana." "bilang I\n1.\n [bahasa percakapan] hitung(an), kira(an) jumlah (banyak) barang;\n \ntidak masuk ~\n tidak masuk kira;\n2. = sebilang\n setiap, tiap-tiap;\n \n~ bulan\n tiap-tiap bulan;\n3.\n = \nberbilang;\nberbilang\n1.\n lebih daripada satu banyaknya;\n \nmasyarakat ~ bangsa (kaum)\n masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa atau kaum (seperti Melayu, Cina, India, dan lain-lain di Malaysia);\n \n~ ringgit \nbanyak ringgit;\n2.\n dihitung atau dikira jumlahnya:\nbarang-barang itu belum ~ jumlahnya lagi;\n \n~ dari esa, mengaji dari alif\n (peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari pangkalnya;\nmembilang\n1.\n menghitung (mengira) satu demi satu:\nbibirnya bergerak-gerak bagai lebai ~ tasbih; \n2.\n memperhitungkan, memperkirakan, memerhatikan:\ntiada pula sunyi orang ~ harapan kalau-kalau ia masih hidup; \napabila ia melompat, maka sekalian kami lihat seperti gunung api, tiada ~ lawannya; \nkadang-kadang Nordin termenung membilang-bilang nasibnya;\nmembilangkan\n membilang (menghitung, mengira) untuk;\nterbilang\n1.\n terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan:\nperahu pun tiada ~ banyaknya; \n2.\n terkenal, terkemuka:\nsebuah kampung yang ~ kaya; \nbanyak sudah pahlawan ~ pihak China yang telah rebah ke bumi; \n3.\n dimaklumi (sebagai mempunyai sesuatu sifat):\ndia memang ~ sebagai orang yang lekas naik radang;\nbilangan\n1.\n jumlah (banyak) barang dan lain-lain:\norang yang mengasihi kau lebih ramai ~nya daripada manusia yang membenci kau; \nhasil darab ini ialah suatu ~ genap;\n2.\n lingkungan, golongan:\nia termasuk ~ orang pandai-pandai; \n3.\n nasib yang sudah tertentu, waktu yang sudah tertentu;\n \nitu memang sudah ~nya \nitu memang sudah nasibnya;\n \nsudah sampai ~nya \nsudah sampai ajalnya;\nsebilangan\n sejumlah, sebanyak:\n~ besar kuli itu datang dari negeri China;\nkebilangan\n termasuk bilangan, terkenal dan lain-lain:\nmereka pergi ke sebuah restoran yang ~ dalam kota Betawi;\npembilangan\n perbuatan membilang, pengiraan, penghitungan:\n~ undi dilakukan pada sebelah petang;\npembilang\n1.\n orang yang kerjanya membilang;\n2.\n [Indonesia] bilangan yang di atas pada suatu pecahan." "bilang II\n[bahasa percakapan] cakap, bercakap:\nNarto tak ~ dia hendak lari; \nemak ~, jangan pergi\n;\nmembilang\n [bahasa percakapan] mengatakan;\n \napa yang hendak dibilang \napa yang hendak dikatakan;\nmembilangi\n memberitahu, memberi nasihat;\nmembilangkan\n memberitahukan, mengatakan;\nperbilangan\n peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau undang-undang atau nasihat yang dapat dijadikan pegangan." "bilang-bilang\n[Minangkabau] sejenis tumbuhan (pokok renek), gelang;\n \nrendah ~ diseluduki (disuruki), tinggi kayu ara dilangkahi \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu atau berhubungan dengan seseorang hendaklah sebagai yang semestinya." "bilar\nrabun mata (pada waktu petang hari), buta ayam." "bilas I\nberbilas\n sudah dibilas;\nmembilas\n membasuh atau mencuci sesuatu (tubuh, pakaian dan lain-lain) untuk kali kedua dan seterusnya sehingga bersih:\n setelah tujuh kali membasuh dengan air biasa, barulah dibilas dengan air yang ditapis;\nbilasan\n perihal membilas:\nsewaktu menghabiskan ~ kain baju itu, fikirannya tidak aman;\npembilasan\n proses membilas;\npembilas\n bahan atau alat untuk membilas:\n untuk menghilangkan kotoran, cuba campurkan secamca besar cuka ke dalam tiga gayung air ~\n." "bilas II\nkabur (mata)." "bilateral\nmelibatkan dua pihak:\nsebenarnya masyarakat ini pada asasnya bersifat ~ (menitikberatkan lelaki dan perempuan); \nlawatan itu bertujuan untuk menyelesaikan beberapa masalah ~." "bilau\nkacau-~ \nkacau-balau;\n=\n \nkacau." "bilazim\n(Psikologi) tidak seperti keadaan yang lazim, tidak normal, abnormal:\nseorang pakar psikologi menggunakan prinsip pembelajaran dalam usahanya untuk mengubah tingkah laku ~." "bilberi\nsejenis pokok renek daripada genus \nVaccinium \nyang tumbuh di kawasan paya dan hutan pergunungan Eropah Utara, mempunyai buah kecil berwarna biru tua yang boleh dimakan." "bilga\n1.\n bahagian yang melengkung di antara kawasan bawah kapal dengan dinding sisi;\n2.\n ruang takung kotoran yang terdapat pada bahagian bawah kapal." "bilhak\n[Arab] sebenarnya, sesungguhnya." "biliard\nsejenis permainan yang dimainkan di atas meja segi empat panjang dengan memukul bola-bola kecil antara satu dengan lain atau ke dalam jaring dengan kayu panjang;\nkayu\n \n~\n kayu panjang untuk memukul bola biliard;\n \nmeja ~\n meja segi empat panjang yang mempunyai enam lubang (pada penjuru dan tepi bahagian tengah meja) untuk bermain biliard." "bilik I\n1.\n ruang dalam rumah (bangunan dan sebagainya) yang bersekat dengan dinding dan berpintu, kamar:\ndia masuk ke dalam ~;\n2.\n ruang yang tersekat, petak kecil;\n \n~ jantung\n dua ruang pada bahagian bawah jantung untuk mengedarkan darah dalam tubuh, ventrikel;\n~ air\n = \n~ mandi \nruang tempat mandi (membuang air, membasuh dan lain-lain);\n \n~ baca(an)\n ruang di perpustakaan dan lain-lain tempat membaca;\n \n~ (ber)solek\n ruang tempat (pengantin dan lain-lain) bersolek;\n \n~ dapur\n ruang tempat memasak;\n \n~ gelap \nruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar;\n \n~ gerakan\n bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dan lain-lain);\n \n~ kawalan \nbilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dan sebagainya;\n \n~ kebal \nbilik khas yang kukuh binaannya, biasanya digunakan untuk menyimpan wang atau barang berharga:\npeti keselamatan itu di \n~\n syarikat kewangan itu;\n~ kuliah\n ruang tempat memberi kuliah di universiti;\n \n~ lokar \nbilik yang disediakan dengan lokar untuk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dan sebagainya, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dan lain-lain;\n \n~ makan\n ruang tempat makan;\n \n~ mayat \nbilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris untuk dikebumikan dan sebagainya;\n \n~ menanti = ~ menunggu \nbilik yang dikhaskan untuk menunggu (giliran, kapal terbang, dan sebagainya) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dan sebagainya);\n \n~ pengawal \nbilik khas tempat petugas (polis, warden dan sebagainya) berkawal;\n \n~ persalinan\n bilik kecil tempat menyalin pakaian;\n \n~ rehat\n ruang tempat berehat;\n \n~ tamu \na) bilik di rumah yang dikhaskan untuk tetamu beristirahat (tidur dan sebagainya);\n b) bilik di sesebuah institusi yang dikhaskan untuk tetamu dan warga institusi berbincang dan sebagainya;\n c) bilik tempat tetamu menginap di hotel;\n \n~ tidur\n ruang tempat tidur;\nberbilik\n mempunyai bilik, berkamar:\nrumah pangsa ~ dua;\nberbilik-bilik\n mempunyai banyak bilik." "bilik II\n[Jawa] tepas." "bilingualisme\n1.\n pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, kedwibahasaan;\n2.\n kefasihan bertutur dalam dua bahasa, kedwibahasaan." "bilion\n1.\n (di Britain) satu juta juta, ditulis sebagai 1 000 000 000 000 atau 1012;\n 2.\n (di AS) satu ribu juta, ditulis sebagai 1 000 000 000 atau 109;\nberbilion, berbilion-bilion\n beberapa bilion, beberapa banyak bilion." "bilionair\norang yang wangnya (hartanya) dianggarkan satu bilion atau lebih." "bilirubin\n(Biologi) pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan hemoglobin, yang boleh mengakibatkan penyakit demam kuning sekiranya kepekatannya meningkat." "bilirubinemia\n(Perubatan) kehadiran bilirubin di dalam darah." "bilis I\n[Kelantan]\n1.\n kecil, halus;\n2.\n hampir padam (pelita), malap;\n3.\n hampir tertutup (mata), mengantuk;\n4.\n tidak terkenal, tidak tinggi (taraf, kedudukan):\npenulis-penulis ~ yang masih mencari tempat." "bilis II\nsakit dan merah (berkenaan (dengan) mata)." "bilis III\nikan ~ \n1.\n sejenis ikan laut, \nAnchoviella indica\n;\n2.\n sejenis ikan laut, \nEngraulis indica;\n3.\n sejenis ikan laut, \nStolephorus indicus;\n~ tembaga\n sejenis ikan laut,\na) \nAnchoviella commersonii\n;\n b) \nEngraulis commersonii; \nc) \nStoplehorus commersonii\n." "bilis IV\nrumput ~ jantan\n sejenis tumbuhan (rumpai) yang terdapat di sawah-sawah, rumput sumbu, \nCyperus haspan." "bilit\n[kata seru] bilik (pengantin)." "biliuria\n(Perubatan) kehadiran bilirubin di dalam air kencing." "biluk\n[arkaik] belok." "bilur\nbekas pada kulit akibat dipukul dengan sesuatu yang tajam atau nipis seperti cemeti, rotan, dan lain-lain;\nberbilur\n ada bilurnya, berbekas bilur:\nbelakangnya ~ dipukul bapanya dengan rotan." "bilut\nsejenis ikan darat, \nCeretoglanis scleronema\n." "Bimasakti\njaluran cahaya malap yang terentang di langit pada waktu malam yang terdiri daripada jutaan bintang, nebula, dan sebagainya." "bimbang\nberasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yang tidak diingini berlaku, khuatir, risau:\nperasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; \nseluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; \ntak usah ~, gula di dalam mulut, bila hendak telan, telan\n (peribahasa) apa yang dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dalam milik kita;\nberbimbang\n;\n \n~ hati\n berasa bimbang (khuatir, risau);\nmembimbangkan\n menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan:\nugutan perempuan itu ~ hatinya; \npandangannya itu ~ Hilmi;\nkebimbangan\n perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan:\nsetelah kejadian itu, dia tetap dalam ~." "bimbing\nberbimbing\n \n~ tangan\n berpegang (tangan), berpimpin, berpandu:\n~ tanganlah ia dengan gadis itu;\nberbimbingan\n, \nberbimbing-bimbingan; \n~ tangan\na) berpegangan tangan;\n b) bekerjasama;\nmembimbing\n1.\n memegang tangan dan memandu, memimpin:\nia segera keluar ~ anaknya yang rupa-rupanya sakit; \n2.\n [kiasan] memberi petunjuk (huraian dan lain-lain), memimpin:\nkeperluan besar untuk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak; \nagama Islam ~ manusia ke jalan yang benar;\nbimbingan\n perbuatan membimbing (memberi petunjuk, huraian, dan lain-lain), pimpinan:\nmereka belajar muzik di bawah ~ seorang guru muzik yang terkenal;\npembimbing\n orang yang membimbing, pemandu." "bimbit\nmembimbit\n \n1.\n membimbing:\naku kurang mengerti bagaimana engkau orang Timur telah berani membimbit-bimbit dan mengepit-ngepit tangan aku; \n2.\n menjinjing:\nAli ~ bakul untuk ke pasar;\nbimbitan\n sesuatu yang dibimbit;\npembimbit\n orang yang membimbit sesuatu." "bin I\n1.\n anak laki-laki kepada (digunakan pada nama orang):\n Ali ~ Abdullah; \n2.\n [bahasa percakapan] nama bapa:\nsudah sahlah dia, namanya, ~nya dan tempat tinggalnya serupa betul; \n3.\n [bahasa percakapan] untuk menyatakan amat sangat (dipakai pada perkataan-perkataan yang sama ertinya):\nganjil ~ ajaib; \nhairan ~ takjub;\nberbin\n [bahasa percakapan] memakai nama ayah (di belakang nama sendiri):\nnama Mat dengan tiada ~;\nberbinkan\n mempunyai (memakai) nama seseorang (ayah angkat dan sebagainya) sebagai nama ayah:\nwalaupun dia dipelihara oleh bapa angkatnya sejak kecil lagi, Ahmad masih ~ ayah kandungnya sendiri; \nmembinkan\n memberikan atau membubuh nama bapa kepada anak lelaki:\nhukum ~ atau membintikan anak angkat kepada bapa angkat adalah haram di sisi Islam; \n= ibnu." "bin II\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), aring-aring, keremak jantan (hutan), urang-aring, \nEclipta alba." "bina\nbangunan:\n aku jumpa dia di atas ~ stesen;\n \ntapak ~ \ntapak bangunan;\n seni ~\na) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan;\n b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pada zaman atau di tempat tertentu:\nseni ~ Islam;\nmembina\n1.\n membuat sehingga terdiri sesuatu (seperti rumah, bangunan, jalan raya, dan lain-lain), membangunkan, mendirikan:\nkerajaan ~ rumah murah untuk golongan yang berpendapatan rendah;\n2.\n membantu dalam proses menjadi besar:\nmakanan yang ~ badan; \n3.\n mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan:\n~ negara;\n4.\n mewujudkan, membentuk:\n~ satu masyarakat baru;\n~ sikap baru;\n~ rumah tangga yang bahagia;\n5.\n mengembangkan:\n~ plot cerita;\n6.\n memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (seperti bahasa dan lain-lain):\n~ bahasa Melayu; \n7.\n mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dan sebagainya) sesuatu:\nteguran yang ~;\nterbina\n1.\n dibina, terbangun, terdiri:\nbangunan-bangunan tinggi yang ~ di bandar raya Kuala Lumpur;\n2.\n terbentuk daripada beberapa unsur (bahan dan lain-lain):\nbumi yang ~ daripada batu-batan dan logam yang keras;\n3.\n [kiasan] (sudah) wujud:\nmemupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta;\nbinaan\n1.\n benda yang dibina, bangunan, susunan;\n \n~ jantung\n susunan (bentuk) jantung;\n2.\n pembentukan;\n \n~ nitrat \npembentukan nitrat oleh kuman, penitratan;\n \n~ tulang \npembentukan tulang;\npembinaan\n1.\n perbuatan (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membina (mendirikan, membangunkan):\n~ jambatan\n;\n2.\n pembangunan:\n~ negara;\n3.\n perihal membina (tubuh dan sebagainya):\nzat-zat yang membantu ~ tubuh; \n4.\n perbuatan membina (bahasa):\n~ bahasa;\npembina\n orang (syarikat dan lain-lain) yang membina (mendirikan, membangunkan, dan sebagainya) sesuatu:\n~ bangunan;\n~ negara." "binal\n[Jawa] = \nbinal-binalan\n1.\n bengal, keras kepala;\n2.\n liar (berkenaan (dengan) binatang)." "binantu\n[Minangkabau] menantu." "binar\n[arkaik];\nberbinar-binar\n1.\n bersinar-sinar (air, mata, dan lain-lain):\ndari jauh air sungai di kuala itu kelihatan ~; \nmatanya naik ~;\n2.\n berkunang-kunang (pelihatan dan lain-lain)." "binasa\n1.\n habis rosak atau hancur sama sekali, musnah:\nrumah-rumah kedai itu ~ dijilat api;\n2.\n [kiasan] mengalami bencana atau keburukan (seperti mendapat kesusahan besar, penyakit, dan lain-lain), musnah:\ndadahlah yang menyebabkan kehidupannya ~; \nsebabmulut badan ~; \narang habis besi ~, tukang hembus penat saja \n= \ntuba ~, ikan tak dapat\n (peribahasa) perbuatan yang tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi;\nmembinasakan\n1.\n menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan:\ngajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu;\n2.\n [kiasan] menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan:\narak dan judi yang ~ dirinya; \n3.\n [kiasan] membunuh, memusnahkan:\n~ musuh;\nkebinasaan\n perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan:\n~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pada tanam-tanaman;\npembinasaan\n perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan:\n~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kepada sejarah negara;\npembinasa\n orang (benda) yang membinasakan:\nkapal ~; \ntenaga ~\n." "binatang\nmakhluk yang bernyawa dan tidak berakal (seperti kucing, anjing, kuda, dan lain-lain), haiwan;\n~ angkara \nbinatang buas;\n \n~ buruan\n binatang yang diburu (untuk dagingnya);\n \n~ berdarah panas\n (Biologi) binatang yang suhu badannya tetap;\n \n~ berdarah sejuk\n (Biologi) binatang yang suhu badannya berbeza daripada suhu persekitarannya;\n \n~ dua alam \nbinatang yang mula-mulanya hidup dalam air dan kemudiannya di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia;\n \n~ hidup-hidupan\n binatang ternak;\n \n~ kerip\n = \n~ mengerip \nbinatang yang mengerip (mempunyai gigi depan yang tajam), rodensia;\n ~ loceng\n binatang halus yang berbentuk loceng (\nvorticella\n);\n \n~ lunak\n binatang yang berbadan lunak dan berkulit keras, moluska;\n \n~ maging \nbinatang yang makan daging, karnivor;\n \n~ maserba\n binatang yang makan serba makanan, omnivor;\n \n~ maun\n binatang yang makan tumbuhan, herbivor;\n \n~ menceruh \nbinatang yang memamah biak;\n \n~ reptilia \nbinatang berdarah sejuk yang merayap atau menjalar (seperti ular, buaya, dan lain-lain);\n \n~ susu \nbinatang yang menghasilkan susu;\n \n~ ternak\n binatang yang diternak;\n \n~ tahan palu, manusia tahan kias \n(peribahasa) mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan (sindiran);\nkebinatangan\n bersifat seperti binatang (buas, ganas, dan sebagainya), kehaiwanan:\ndia didorong oleh nafsu ~ sewaktu melakukan pembunuhan itu; \nnilai-nilai kemanusiaan dan ~ mulai berombak dalam dirinya." "binau\n[Kedah] pinar." "binawah\n[Minangkabau] binatang (makian)." "binca\njerami tempat tidur binatang (kuda dan lain-lain)." "bincacak\nbincacau\n [Minangkabau] [arkaik];\nanak ~\n anak yang terkutuk." "bincang I\nberbincang, berbincang-bincang\n bertukar-tukar pendapat antara satu dengan yang lain mengenai sesuatu perkara yang penting:\nmereka sedang ~ tentang masalah kewangan persatuan;\nmembincangkan\n memperkatakan, membicarakan:\ntidaklah dapat saya terangkan dan bincangkan satu persatu isi undang-undang jenayah;\nperbincangan\n perihal berbincang:\ndi situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian;\npembincang\n orang yang membincangkan sesuatu:\nsebelum ~-~ memberikan pendapat masing-masing, ketua sidang memberikan ucapan pembukaan\n." "bincang II\n~-bincut\n penuh bisul kecil-kecil (kepala)." "bincang III\n~ ayam\n sejenis simpul (tali dan lain-lain)." "bincang IV\npincang I." "bincu I\ngincu;\nmembincu\n menggincu:\nbibir tipis merah tanpa dibincu itu mengorak senyum lagi\n." "bincu II\n= bincul." "bincul\nbenjol (pada kepala dan lain-lain)." "bincut\nbenjol (pada kepala)." "bindam\n[arkaik] lebam dan bengkak-bengkak (kerana dipukul dan lain-lain)." "bindeng\n[Jawa] sengau." "bindil\nsejenis sel (pada tumbuh-tumbuhan atau binatang) yang boleh mengeluarkan sesuatu seperti enzim dan lain-lain." "bindu\nalat untuk melarik kayu (gading dan lain-lain) yang dipusing;\nmembindu\n melarik dengan bindu." "bing I\n[Kelantan] bunyi seperti bunyi orang rebah." "bing II\nbata ~\n batu ubin." "bingal\nbengal, degil." "bingar\nbising;\n \nhingar ~ \nriuh-rendah;\nmembingarkan\n menimbulkan keadaan bingar (bising), membisingkan;\nkebingaran\n perihal bingar, kebisingan:\n~ bunyi titikan air hujan bercampur baur dengan bunyi daun pisang mengepak-ngepak dipukul angin." "bingas\nbengis, beringas, lekas marah, pembengis." "bingit I\n1.\n tuli sekejap (kerana terdengar bunyi atau suara nyaring atau terlalu bising):\n~ telinga mereka kerana teriak anak-anak itu; \n2.\n tidak sedap, kurang senang:\n~ telinganya mendengar leteran ibunya;\nmembingitkan\n menyebabkan berasa bingit:\nderuman jentera di kilang itu ~ telinga;\nkebingitan\n perihal bingit:\n~ bunyi enjin kapal terbang itu memekakkan telinganya." "bingit II\n[Minangkabau] iri hati, dengki." "bingka\nsejenis kuih (penganan) yang dibuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum, dan sebagainya dengan santan, gula dan dibakar, bengkang;\n \n~ ubi\n bingka yang dibuat daripada ubi kayu dan bahan-bahan lain." "bingkah\n= bingkahan\n bongkah;\nberbingkah-bingkah\n berbongkah-bongkah;\nmembingkahi\n menjadikan berbingkah-bingkah (dengan jalan memukul atau mencangkul)." "bingkai\ntepi sesuatu benda yang dibuat daripada kayu (rotan dan lain-lain) yang dibuat di keliling sesuatu benda (gambar dan lain-lain) supaya kuat, simpai (roda):\n~ cermin;\n~ mata\n tepi mata;\nberbingkai\n mempunyai bingkai:\npemuda yang berkaca mata putih ~ tebal;\nmembingkaikan\n memberi berbingkai, memasang bingkai." "bingkas\n= berbingkas\n, \nmembingkas\n1.\n melenting, menganjal:\nkecubung rebah, petikan ~;\n2.\n bangun (berdiri, meloncat, dan lain-lain) dengan cepat:\nia pun ~ daripada tidurnya; \nia ~ melepaskan diri daripada pegangan orang itu." "bingkatak\n[Minangkabau] sejenis buaya katak." "bingkis\n[sastera lama] barang kiriman, buah tangan:\nmaka Pra Chau berkirim surat dengan ~;\nmembingkis\n mengirimkan buah tangan (bersama-sama dengan surat);\nbingkisan\n1.\n bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yang biasanya disertai surat:\ndia menerima ~ daripada kawannya yang berada di luar negeri; \n2.\n surat;\n3.\n (Komputer) set bit yang mengandungi semua atau sebahagian daripada data yang dikirim dalam satu blok melalui rangkaian penghantaran data." "bingo\nsejenis permainan judi yang seakan-akan loto." "bingung\n1.\n kehilangan akal, tidak tahu apa yang hendak dibuat, gugup:\ndia hampir ~ sejak terbongkarnya kisah anaknya ditahan kerana mencuri; \n2.\n bodoh, dungu, tolol;\n \n~ alang\n (orang yang) ada masa-masanya fikirannya buntu serta-merta dan tidak dapat melakukan sesuatu dengan betul;\nyang ~ makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga \n(peribahasa) penipu selalu mengakali orang yang bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yang tidur;\n \n~ tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut\n (peribahasa) orang yang bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang;\nmembingungkan\n menjadikan hilang akal (gugup dan lain-lain):\nleteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya;\nkebingungan\n1.\n perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati:\nleteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya;\n2.\n (dalam keadaan) bingung:\nsemua seperti ~, seperti hilang semangat;\npembingungan\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) membingungkan;\n2.\n tempat yang membingungkan." "bini\n(kurang halus) isteri:\n~nya yang pertama telah meninggal;\n~ aji \n[sastera lama] gundik raja;\n \n~ gahara \n[sastera lama] isteri yang sah;\n \n~ gelap \n= \n~ simpan \ngundik (perempuan yang tidak dikahwini);\n \n~ muda \nisteri kedua (ketiga, keempat);\n \nhilang ~ boleh dicari, hilang budi badan celaka\n (peribahasa) akal itu hendaklah dipelihara, kerana jikalau akal hilang dapat membawa kebinasaan;\nbini-bini\n [Brunei] perempuan, wanita;\nbini-binian\n1.\n suka berkahwin (berkenaan (dengan) orang laki-laki), kerap kali berkahwin;\n2.\n bini yang tidak sah, gundik;\n \norang ~, beranak takboleh disuruh \n(peribahasa) pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi;\nberbini\n mempunyai bini, sudah berkahwin (berkenaan (dengan) laki-laki):\nsedangkan orang yang tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yang berpendapatan besar; \napa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh \n= \nelok ~ orang tua , perut kenyang pengajar dapat \n(peribahasa) orang yang berkahwin dengan janda (perempuan tua) selalu manja pada isterinya (cemuh kepada orang berbini tua);\nberbinikan\n berkahwin dengan (bagi laki-laki);\nmembinikan\n bersetubuh dengan:\nmaksud cicak jantan tercapai, ~ cicak yang dikejarnya itu;\nmemperbini\n menjadikan bini, mengahwini:\nsaja akan diperbininya juga puteri itu oleh Patih Gajah Mada;\n memperbinikan\n mengahwinkan:\nanak laki-lakinya itu hendak diperbinikannya dengan anak orang kaya;\npebinian\n [Brunei] isteri." "binjai\nsejenis tumbuhan (pokok dan buah), \nMangifera caesia." "binjat\n[Minangkabau] [arkaik];\nmembinjat\n mengangkat." "binokular\nalat yang terdiri daripada sepasang teleskop kecil untuk melihat objek jauh agar kelihatan lebih besar dan lebih jelas." "binomial\n1.\n (Matematik) ungkapan yang terdiri daripada dua unsur (mis \nx\n + \ny\n);\n 2.\n (Biologi) nama haiwan atau tumbuhan yang terdiri daripada dua unsur (untuk pengelasan mengikut genus dan spesies)." "bintal\nbintil." "bintalak\n[Minangkabau] [arkaik] batas ladang." "bintang I\n1.\n salah satu cakerawala (yang beribu-ribu banyaknya) yang mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pada waktu malam:\ndi langit tiada bulan yang mengambang dan tiada ~ yang mengerlip; \n2.\n gugusan bintang yang merupakan lukisan (benda atau binatang):\n~ biduk;\n~ pari; \n3.\n rasi (dua belas gugusan bintang dalam mintakulburuj atau garis lengkung di langit):\n~ mayang \n(virgo);\n4.\n nasib, untung;\n \n~nya sudah jatuh \nnasibnya sudah mulai buruk;\n5.\n pingat (tanda kebesaran atau jasa):\nbeliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kepada masyarakat; \n6.\n benda (lukisan) yang menyerupai bintang:\nbendera bulan ~;\n~ tanjung; \n7.\n orang yang terkemuka (terkenal) dalam lapangan sukan (filem dan lain-lain):\n~ bola sepak;\n~ filem;\n~ radio;\n~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) \nbintang yang kelihatan terang pada petang dan dinihari;\n \n~ belantik (tiga beradik) \ngugusan bintang tiga buah yang tampak besar dan terang;\n \n~ beralih \n= \n~ gugur \nbintang yang berpindah atau jatuh;\n \n~ berapit\n dua bintang yang berdekatan;\n \n~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) \nbintang yang tampak seperti berekor atau berasap;\n \n~ beredar (siarah, sayarat)\n planet yang berada di cakerawala seperti planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dan lain-lain;\n \n~ biduk (jong) \ngugusan tujuh bintang yang kelihatan di langit Hemisfera Utara\n;\n~ dua belas \nzodiak;\n \n~ gandingan \npelakon yang digandingkan dengan pelakon lain yang sama pentingnya dalam sesebuah filem;\n \n~-gemintang (-kemintang, -mintang) \nberbagai-bagai bintang;\n \n~ hati \nkekasih;\n \n~\n \nkala\n sejenis gugusan bintang;\n \n~ laut\n sejenis binatang laut (bentuknya seperti bintang);\n \n~ mayang \nsejenis gugusan bintang;\n \n~ pari (tohok) \ngugusan bintang yang berupa salib;\n \n~ sapu \nbintang berasap;\n \n~ tanjung \n[Indonesia] tanda pangkat tentera atau polis yang menyerupai bintang (daripada emas atau perak);\n \nB~ Tiga \ngolongan komunis yang hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pada masa kekalahan Jepun;\n \n~ tujuh \ngugusan bintang yang tujuh banyaknya;\n \nilmu ~ \nilmu falak, astronomi;\n~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar \n(peribahasa) kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar;\n \nsepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu \n(peribahasa) tempat menambatkan kasih sayang yang sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya);\nsebintang\n serasi, sesuai, secocok;\nberbintang\n ada bintang, mempunyai (memakai dan lain-lain) bintang:\nlangit tiada ~;\n~ gelap\n bernasib buruk, sial;\n \n~ naik \nbaru mula mujur;\n \n~ terang \nbernasib baik, mujur;\nberbintang-bintang\n1.\n banyak bintangnya (di langit dan lain-lain):\nlangit bersih ~; \n2.\n = \nbintang-bintangan\n berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata):\napabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; \n3.\n =\n bintang-bintangan\n berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dan lain-lain):\ndia mendongak melihat atap rumah yang ~ itu;\nmembintangi\n memainkan peranan sebagai bintang (filem, sandiwara, dan sebagainya):\nseniwati yang ~ peranan Puteri Bidasari;\nbintangan\n1.\n bintang tiruan;\n2.\n [arkaik] gugusan bintang;\nperbintangan\n ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan)." "bintang II\n~\n \nberahi \nsejenis tumbuhan (rumpai), peria bulan, uban kayu, \nCardiospermum halicacabum;\n~ kuning, \na) = \n~\n \nmerah \nsejenis tumbuhan (pokok), akar bunga, cempaka hutan, \nMussaenda mutabilis; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), \nHippocrates macrantha." "bintang III\n[kata seru] bekas yang berbentuk seperti besen dan bertudung (tempat menaruh bawaan dan lain-lain)." "bintangur\nsejenis tumbuhan (pokok), penaga laut, bakakol, entangor, \nCalophyllum spp\n." "bintara\n[Indonesia] pegawai rendah (tentera)." "bintat\nbengkak kecil pada kulit, biasanya gatal dan merah warnanya, akibat gigitan serangga, alahan, dan lain-lain." "binti I\n1.\n anak perempuan kepada (digunakan pada nama orang):\nAminah ~ Abdullah; \n2.\n [bahasa percakapan] nama ayah:\nsusah nak memastikan sama ada dia itu lelaki ataupun perempuan sebelum mendengar bin ataupun ~nya;\nberbinti\n mempunyai binti:\ndia menulis namanya sahaja dengan tidak ~;\n berbintikan\n mempunyai (memakai) nama seseorang (bapa angkat dan sebagainya) sebagai nama ayah:\nFatimah ~ bapa angkatnya;\n membintikan\n memberikan atau membubuh nama bapa kepada anak perempuan:\nsetiap umat Islam yang mengambil anak angkat perempuan perlu \n~\n anak tersebut dengan nama bapa kandungnya." "binti II\n[arkaik] \n= biti." "binti-binti\n1.\n sejenis burung, raja udang, \nAlcedo meninting verrauxii; \n2.\n sejenis burung, pekaka api, \nCeyx erithacus erithacus." "bintik\n1.\n titik pada kulit (kerana kena panas dan lain-lain);\n2.\n titik pada sesuatu benda:\nair hitam yang banyak ~ buih naik dari dalamnya;\n~ perang \nsejenis penyakit pokok (kelihatan bintik-bintik perang);\nberbintik, berbintik-bintik\n adatitik-titik, bertitik(-titik):\nmukanya pucat tiada ~ warna apa pun; \npeluh berbintik-bintik halus terpancar keluar dari dahinya." "bintil\n1.\n bengkak-bengkak kecil pada kulit (kerana digigit nyamuk dan lain-lain);\n2.\n butir kecil (pada akar kekacang dan lain-lain);\nberbintil\n menjadi atau berbentuk bintil:\nberus yang terlalu rapat matanya akan menyebabkan maskara bergumpal atau ~; \nbaja sebatian ~;\n berbintil\n\u2013\nbintil\n berupa atau berbentuk banyak bintil:\nakar pohon yang rimbun itu timbul dan ~; \nnajis kambing yang sihat dikatakan ~ dan pejal." "bintit\n= bintat." "bintuh\nsejenis bubu (tangguk) untuk menangkap ketam (udang dan lain-lain);\n jenis-jenisnya:\n~ cacat, ~ campak." "bintul\nbintil (kerana digigit nyamuk)." "bintur\nbintuh." "binturung\nsejenis musang (rupanya seperti beruang kecil), \nArctictis binturong\n." "binuang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nOctomeles sumatrana." "bio-\nawalan asing\n berkaitan dengan benda-benda hidup, berkaitan dengan kehidupan (terutamanya manusia), misalnya \nbiologi\n dan\n biografi." "bioastronautik\nkajian tentang kesan astronautik terhadap kehidupan haiwan atau tumbuh-tumbuhan." "biocerakin\n(Biologi) kaedah menentukan kesan biologi sesuatu bahan, faktor, dan lain-lain dengan menggunakan organisma hidup." "biodata\nmaklumat ringkas tentang diri seseorang (penulis, penceramah, dan lain-lain), seperti nama, kelulusan, sumbangan, dan sebagainya:\nPenemuan memuatkan 30 buah sajak dengan ~ singkat para penyumbangnya." "biodegradasi\nproses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan, kertas, daun dan lain-lain secara semula jadi oleh mikroorganisma seperti bakteria;\nterbiodegradasikan\n dapat diuraikan atau direpuntukan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria:\ncecair pencuci lantai itu menggunakan bahan ~ yang lebih selamat." "biodiversiti\nkewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka:\nSarawak merupakan salah satu tempat di dunia yang memiliki ~ tertinggi;\n berbiodiversiti\n mempunyai biodiversiti:\nbatu karang merupakan suatu ekosistem marin yang ~ tinggi dan perlu dikawal dan dijaga." "bioekologi\nkajian ekologi yang memberikan penekanan yang sama pada haiwan dan tumbuhan." "bioenergetik\nkajian tentang perubahan bentuk tenaga dalam organisma hidup." "biofizik\nkajian tentang proses biologi yang berdasarkan prinsip fizik." "biofizikal\nberkenaan biofizik:\naspek-aspek ~." "biogas\ngas yang dihasilkan melalui tindakan bakteria ke atas bahan buangan organik, dan digunakan sebagai bahan api." "biogenesis\n(Biologi) teori yang menyatakan bahawa organisma terbentuk hanya daripada benda hidup sahaja." "biogeografi\nkajian geografi berkenaan taburan tumbuhan dan haiwan dan sebab-sebab terjadinya taburan itu." "biografi\n1.\n riwayat atau kisah hidup seseorang;\n2.\n cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang." "biojisim\n(Biologi) jumlah jisim keseluruhan organisma hidup yang terdapat pada sesuatu kawasan." "biokimia\nsains yang melibatkan kajian tentang proses-proses kimia yang berlaku pada benda-benda hidup." "bioklimatologi\nkajian tentang kesan keadaan iklim terhadap organisma hidup." "biola\nalat muzik yang dimainkan dengan penggesek, rupanya seperti violin, tetapi lebih besar sedikit dan mengeluarkan bunyi yang lebih rendah;\n tak dan menggesek ~ hendak menari dahulu \n(peribahasa) berbuat sesuatu sebelum sampai masanya;\nberbiola\n1.\n mempunyai biola;\n2.\n bermain (menggesek) biola:\n engkau bersuling, aku ~." "biolinguistik\ncabang linguistik yang mengkaji keadaan biologi dalam perkembangan dan penggunaan bahasa di kalangan manusia, termasuk dari segi sejarah bahasa sesuatu bangsa dan perkembangan bahasa pada diri individu." "biologi\nsains yang berkaitan dengan struktur, fungsi, perkembangan, taburan, dan proses hidup pada benda hidup." "biom\n(Biologi) kawasan geografi yang luas yang di dalamnya terdapat komuniti haiwan dan tumbuhan yang serupa dari segi bentuk." "biometeorologi\nkajian tentang kesan keadaan cuaca terhadap organisma hidup." "biometri\n= biometrik\n kajian tentang data biologi secara analisis statistik." "bionik\n1.\n mempunyai kuasa yang luar biasa (seperti kekuatan, kepantasan, dan sebagainya) lebih daripada keupayaan manusia biasa;\n2.\n (Komputer) ilmu yang berkaitan dengan reka bentuk dan pembuatan perkakasan elektronik yang fungsi atau kendaliannya serupa dengan fungsi atau kendalian sesuatu sistem biologi." "biopendar\n(Biologi) penghasilan cahaya oleh organisma tertentu (seperti kelemayar, kunang-kunang, dan lain-lain)." "biopsi\n(Perubatan) pengasingan sel, tisu, atau cecair tubuh daripada pesakit untuk mengkaji ciri-ciri sesuatu penyakit atau untuk mengesan bahagian tubuh yang mengalami jangkitan." "bioritma\n(Biologi) sesuatu kitaran proses biologi yang berlaku berulang kali yang dikatakan mempengaruhi aktiviti intelektual, fizikal dan emosi seseorang." "BIOS\nakronim bagi \nBasic Input/Output System (Sistem Input/Output Asas)." "biosains\nsains tentang ilmu biologi." "biosatelit\nsatelit yang direka bentuk untuk membawa haiwan atau tumbuhan bagi tujuan kaji selidik." "biosfera\nbahagian bumi dan atmosfera yang boleh dihuni oleh benda-benda hidup." "biosid\nbahan kimia beracun yang boleh membunuh organisma hidup." "biosintesis\npenghasilan molekul kompleks dalam organisma hidup." "bioskop\n[Indonesia-Belanda] wayang gambar." "biot\n[Perak] degil." "biota\n(Biologi) tumbuhan dan haiwan yang terdapat di sesuatu kawasan." "bioteknologi\nkegiatan atau kajian yang menggunakan mikroorganisma, sistem biologi, atau proses biologi dalam industri pengeluaran dan perkhidmatan untuk menghasilkan produk seperti antibiotik, vaksin, keju dan lain-lain." "biotelemetri\ncara mengesan pergerakan sesuatu haiwan dengan memasang alat pengesan pada haiwan berkenaan." "bip\nbunyi ~ \nbunyi nyaring yang ringkas seperti yang keluar dari alat elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan sebagainya, biasanya sebagai isyarat tentang sesuatu\n." "bir\nsejenis minuman keras;\n~ draf \nbir yang disimpan di dalam atau disajikan dari tong;\n \n~ halia \nminuman berperisa halia, yang tidak beralkohol atau yang mengandungi sedikit alkohol;\n \n~ hitam \nsejenis bir yang berwarna hitam." "bira\n[Kelantan] tepi." "birah\n1.\n sejenis tumbuhan (herba), \nAlocasia indica;\n~ air\n sejenis tumbuhan (herba), \nAglaonema marantifolium;\n~ hitam \n= \n~ kilang \nsejenis tumbuhan (herba), \nAlocasia denudata;\n~ kecil \nsejenis tumbuhan (herba), \nTyphonium roxburghii;\n~ keladi\n sejenis tumbuhan (herba), \nColocasia esculentum;\n~ putih\n sejenis tumbuhan (herba), \nAlocasia spp.; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nFagraea crenulata; \n3.\n [kiasan] gatal, gasang;\nseperti ~ tumbuh di tepi lesung \n(peribahasa) perihal budak yang lekas besar (subur badan);\nkebirahan\n kegatalan." "birai\n1.\n selusur (pagar pada titi dan lain-lain), langkan:\n~ masjid; \n2.\n tepi, bingkai:\n~ kain; \n3.\n tepi muka surat yang tidak bercetak (bertulis);\n \n~ hias \na) (Seni bina) corak atau hiasan timbul pada pertemuan antara dinding dengan siling, biasanya dibuat daripada plaster paris, kornis;\n b) ukiran hiasan pada tepi perabot, tingkap dan sebagainya;\n c) hiasan pada birai buku." "biram\n[sastera lama]\n1.\n gajah:\n~ berjuang; \n2.\n ular yang berkepala pada kedua-dua pangkal badannya (dalam cerita dongeng);\n3.\n merah." "biramani\nkalung manik emas yang bercampur dengan manik lain." "biras\nhubungan saudara antara dua orang (sama ada lelaki atau perempuan) yang berkahwin dengan dua adik-beradik;\nberbiras\n mempunyai hubungan saudara selaku biras." "birat\n1.\n parut di bibir (bekas kurap, luka, dan lain-lain);\n2.\n bekas kena pukul dengan rotan dan lain-lain;\nberbirat\n mempunyai bekas kena pukul dengan rotan dan lain-lain:\ntapak tangannya ~ dicium rotan." "birdi\n(dalam permainan golf) skor yang kurang satu pukulan di bawah par:\ndia menyudahkan sembilan lubang pertama dengan lima ~; \ndia membuat ~ pada lima lubang pertama." "biri-biri\nsejenis binatang ternak (seperti kambing) yang berbulu tebal, diternak untuk bulu atau dagingnya, \nOvina spp." "birih\nbirai, tepi." "biring I\nsejenis penyakit kulit (berbintik-bintik dan gatal), ruam:\nleher anaknya penuh dengan ~ keringat;\n~ panas \nbiring kerana kena panas;\n \n~\n \npeluh \n= \n~ keringat \nbiring kerana peluh." "biring II\nmerah kekuning-kuningan (berkenaan (dengan) bulu ayam);\n ayam ~ \nayam (jantan) yang berbulu biring;\n \n~ sangka naning \nwarna serupa tabuhan (ayam);\n \n~ sikunani \n[Minangkabau] sejenis ayam yang tidak dapat dialahkan." "biring III\ntepi (pada paip tempat menyambung paip lain dan lain-lain);\ntembereng." "biring IV\n= \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nHedyotis pinifolia." "birit\n[Jakarta] pantat;\nterbirit, terbirit-birit\n1.\n terberak-berak, tercirit-cirit;\n2.\n lari dengan cepat (kerana ketakutan dan lain-lain)." "biro\njabatan atau agensi (terutama yang menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai):\nB~ Guaman Negara." "birokrasi\n1.\n sistem pemerintahan atau pentadbiran yang dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yang tidak dipilih oleh rakyat);\n2.\n cara pemerintahan atau pentadbiran dengan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa yang besar;\n3.\n cara pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan;\nmembirokrasikan\n1.\n mengamalkan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh para pentadbir;\n 2\n. [kiasan] mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yang banyak peraturan (kerenah dan lain-lain):\ntindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;\npembirokrasian\n perihal membirokrasikan sesuatu:\n ~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia." "birokrat\n1.\n pegawai yang bertindak secara birokrasi;\n2.\n anggota birokrasi." "birokratik\nberdasarkan (bersifat) birokrasi, secara birokrasi:\namalan pengurusan yang dahulunya berbentuk autokratik dan ~." "birsam\n[Indonesia] sejenis penyakit radang pada selaput dada." "biru I\nwarna seperti warna langit (ketika hari terang) atau laut;\n \n~ langit \nbiru seperti warna langit;\n \n~ laut \nbiru seperti warna laut;\n \n~ lebam \nbiru gelap;\n \n~ merak \nwarna biru kehijauan yang terang;\n \n~ muda \nbiru keputih-putihan;\n \n~ nila \nwarna biru tua keunguan;\n \n~ tua \nbiru gelap;\nmembiru\n menjadi biru, tampak (kelihatan) biru:\nkemuncak Gunung Ledang yang tadinya ~ telah diselaputi awan;\nmembirukan\n menjadikan (mewarnakan) biru;\nkebiru-biruan, kebiruan\n agak biru, sedikit biru." "biru II\nharu-~;\n \n= haru." "biru-biru\nlipat-lipatan (pada tepi kain, tirai, dan lain-lain);\nmembiru-biru\n [sastera lama] [arkaik] dilipat-lipat:\nkain, baju, destar dibiru-biru." "bis I\n[Indonesia-Belanda] peti surat;\ndibiskan\n [bahasa percakapan] dimasukkan ke dalam peti surat." "bis II\n[Indonesia-Belanda] = \noto~\n bas (motokar untuk mengangkut orang banyak)." "bis III\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n dua kali, sekali lagi, diulang (nyanyian dan lain-lain);\n2.\n tambahan pada fasal undang-undang." "bisa I\n1.\n bahan beracun yang terdapat pada sesetengah jenis binatang (seperti ular, kala, labah-labah, dan sebagainya), yang dipindahkan kepada mangsanya dengan cara mematuk (menggigit, menyengat, dan sebagainya);\n2.\n kesan yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat (daripada senjata seperti keris, tombak, peluru, dan sebagainya):\n~ keris Taming Sari; \n3.\n kesan yang menyakitkan atau membahayakan yang diakibatkan oleh benda-benda tajam (seperti paku, kuku, taring, buluh, dan sebagainya):\n~ paku berkarat; \n4.\n terlalu sakit sehingga tidak tertahan (berkenaan (dengan) sengatan, patukan, tikaman, penyakit, dan sebagainya):\naduh, ~nya penyakitku ini! \n5.\n [kiasan] menyakitkan hati atau perasaan (berkenaan (dengan) kata-kata), pedas:\nmulutnya memang ~\n;\n~ kawi \nkekuatan ghaib (seperti tulah dan sebagainya) yang menimpa orang kerana melanggar adat dan sebagainya;\n \nadakah hilang ~ ular menyusup di bawah akar \n(peribahasa) orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri;\n \nalah ~ tegal biasa \n(peribahasa) bahaya hilang kerana kebiasaan;\n \npisau senjata tiada ~, ~ lagi mulut manusia\n (peribahasa) lebih sakit lagi dilukai dengan kata-kata daripada dengan senjata;\nberbisa\n mengandungi bisa;\nkebisaan\n kena bisa, menderita kerana kena bisa:\nDang Suala pun sangatlah kesakitan ~ bedil itu." "bisa II\n[Indonesia] boleh, dapat, mungkin:\ntenaga masih ~ dipergunakan; \nsaya ~ melanjuntukan sekolah;\n~ jadi; \nmana ~ kita menang;\nsebisanya\n sedapat-dapatnya;\nkebisaan\n kesanggupan, kecekapan." "bisa III\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar katup-katup, akar memali, \nSphenodesma triflora." "bisai\n[sastera lama] elok, molek, pesolek:\nanak muda yang ~; \nseperti ~ makan sepinggan \n(peribahasa) berpatutan benar." "Bisaya\nsuku kaum peribumi di Sarawak dan Sabah." "biseks\n(Biologi) mempunyai organ pembiakan jantan dan betina pada organisma (tumbuhan dan haiwan) yang sama, misalnya cacing, jagung dan tumbuhan berbunga. \nbiseksual\n (bisksual) cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita (berkenaan (dengan) orang)." "bisektris\n bisektrise\n (bisktrise) [Indonesia-Belanda] garis lurus yang membahagi dua sudut." "biseps\n(Biologi) otot yang terdapat di bahagian depan lengan atas yang berfungsi untuk membengkokkan lengan." "bisik\n= bisikan\n;\nbisik-bisik\n desas-desus:\nada ~ mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi;\nberbisik, berbisik-bisik\n1.\n bercakap dengan suara yang perlahan (kpada seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya):\ndia memanggil dengan suara yang sangat perlahan, seperti orang ~ bunyinya; \n2.\n = \nbisik-bisik\n secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang):\nmereka berbincang dengan cara bisik-bisik; \n3.\n [kiasan] berhembus dengan bunyi yang perlahan (berkenaan (dengan) angin):\nmalam yang hening, terdengar angin ~;\n~ kedengaran, berimbau kelampauan \n(peribahasa) sangat dekat antara orang yang bercakap dengan orang yang mendengar;\nmembisiki\n bercakap kepada seseorang dengan berbisik, memberitahu sesuatu kepada orang secara diam-diam:\nsegera datang kawan saya ~ saya;\nmembisikkan\n1.\n memberitahukan dengan berbisik, memberitahukan dengan diam-diam:\nia membongkok dan ~ sesuatu ke telinga anaknya; \n2.\n mengucapkan sesuatu dengan suara yang perlahan:\n~ kalimah syahadat;\n~ doa;\n3.\n mengilhamkan (dalam hati);\nbisikan\n1.\n sesuatu yang dibisikkan;\n2.\n perihal membisiki atau membisikkan;\n \n~ hati \nkata hati;\n \n~ gajah\n [Kelantan] bisikan yang dapat didengar orang lain;\n3.\n ilham;\npembisik\n1.\n orang yang berbisik;\n2.\n [Indonesia] orang yang mengatakan apa yang harus diucapkan oleh pemain dalam sandiwara;\n3.\n orang yang membacakan skrip (drama, teater, filem dan sebagainya) dengan perlahan kepada pelakon yang terlupa akan dialog semasa pementasan, penggambaran dan sebagainya diadakan." "bising\n1.\n bunyi yang memekakkan telinga, riuh, hingar:\n~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar; \nwalaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang; \n2.\n pekak telinga (kerana riuh dan lain-lain):\n~ telingaku;\nmembising\n berbunyi bising:\ndari rumah kedengaran bunyi gelak ~;\nmembisingi\n menyebabkan bising pada seseorang:\nbapanya selalu ~ ibunya;\nmembisingkan\n menyebabkan bising;\nkebisingan\n perihal bising." "biskop\n[Indonesia] pembesar agama Katolik, uskup." "biskut\nsejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup." "bismillah, bismillahi\n[Arab] dengan nama Allah." "bismut\n(Kimia) sejenis unsur logam yang digunakan untuk membuat ubat, kosmetik, aloi, dan lain-lain." "bismutinit\n(Kimia) sejenis mineral berwarna kelabu yang terdiri daripada sulfida bismut, yang merupakan sumber bismut." "bison\nsejenis binatang liar seperti kerbau (terdapat di Amerika Utara) yang pendek tanduknya, bahagian depannya besar dan belakangnya berponok, \nBison bison." "bissawab\nwallahualam ~ \n[Arab] dan Allah yang lebih mengetahui yang sebenarnya." "bistro\n(Perancis) restoran kecil." "bisu\ntidak dapat bercakap (kerana rosak alat pertuturan atau kerana tuli sejak lahir), kelu, gagu;\n \n~ tuli \nbisu dan tuli;\n \nfilem ~ \nfilem yang tidak bersuara;\nbagai si ~ berasian, terasa ada terkatakan tidak \n(peribahasa) tidak dapat mengatakan sesuatu walaupun tahu;\n \nyang ~ penggera (penghalau) ayam \n(peribahasa) seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya;\nberbisu\n berdiam diri, tidak mahu bercakap;\nmembisu\n berdiam diri, tidak mahu bercakap, tidak memberi khabar:\nia diam ~;\nkebisuan\n1.\n keadaan bisu:\n~nya berpunca daripada kerosakan organ pertuturannya; \n2.\n keadaan sunyi sepi kerana orang-orang yang berada di sesuatu tempat itu membisu:\ndalam ~ itu, aku mulai berasa hairan dan bingung;\npembisuan\n perihal (sikap) membisu:\n ~ orang-orangnya ditafsirkan sebagai satu persetujuan." "bisul\nbengkak yang bernanah dan bermata pada kulit;\n~ gusi \nbengkak merah yang mengandungi nanah pada gusi gigi;\n \n~ lada \nsejenis bisul kecil yang amat sakit;\n \n~ sabut \nbisul besar yang banyak matanya;\n \n~ selinap \nbisul yang tidak pecah (tetapi lama-kelamaan lisut);\n \nsebagai ~ hampir memecah \n(peribahasa) kesulitan yang hampir diatasi." "bit I\nsejenis tumbuhan (sejenis ubi);\n~ gula \nbit putih yang dibuat gula;\n \n~ merah \nsejenis bit merah yang dibuat sayur." "bit II\n(Komputer) [kependekan] \nbinary digit \n(digit perduaan)." "bitara\ntiada taranya, hanya satu-satunya." "bitbit\nburung ~ \nsejenis burung, burung pitpit, burung mati anak, \nCacomantis merulinus threnodes." "biti\n~ perwara \n= \nbiti-biti\n hamba perempuan di istana." "biting\n[Jawa] penyemat yang dibuat daripada lidi atau buluh (untuk menyemat daun pembungkus)." "bitis\nsejenis tumbuhan (pokok), kayu belian\n, Madhuca spp." "bito\n[Kelantan] sejenis alat untuk menangkap ketam." "bitu\n[Indonesia] bocor, pancit (tayar)." "bitumen\nbahan melekit yang berwarna hitam yang diperoleh daripada petroleum (biasanya digunakan untuk membuat jalan)." "biuku\nsejenis kura-kura, \nNotochelys platynota; \nmata ~ \nmata yang suram (tidak berseri-seri)." "biul\n[bahasa percakapan] tidak begitu waras fikiran, kemamar, sewel:\ndia menjadi ~ setelah lamarannya meminang Zaleha ditolak." "bius\n1.\n = \nubat ~ \nsejenis ubat yang boleh melalikan atau membuat seseorang tidak sedar diri (pengsan dan sebagainya):\nmacam orang telah kena ~; \n2.\n keadaan tidak sedar diri (kerana dibius):\nsedar daripada ~;\nmembius\n menyebabkan berasa lali atau tidak sedar dengan memberi ubat bius:\n~ pesakit supaya tidak sedar;\nkebiusan\n1.\n perihal bius (tidak sedar);\n2.\n menjadi tidak sedar kerana dibius;\npembiusan\n perihal (proses, perbuatan, dan sebagainya) membius." "biut I\n[arkaik] tidak mahu sembuh-sembuh (penyakit)." "biut II\n[arkaik];\nbiang-~ \ngeliang-geliut, incang-incut." "biwa\nsejenis gitar tradisional orang Jepun." "bkn\n[kependekan] berkenaan (dengan)." "Bkt.\n[kependekan] Bukit:\n~ Cina." "Black Maria\nsejenis kenderaan polis yang berupa van atau trak untuk mengangkut banduan ke penjara dan sebagainya." "blangkon\n[Jawa] sejenis tengkolok jawa." "blaster\n[Indonesia] ;\n \nanak ~ \nanak campuran (peranakan)." "blaus\nbaju pendek wanita, panjangnya hingga ke pinggang atau lebih panjang lagi." "blazer\njaket (biasanya berwarna khas dan berlencana), dan dipakai oleh anggota sesebuah kumpulan (institusi, kelab, dan sebagainya)." "Bld.\n[kependekan] Belanda." "blefarisme\n(Perubatan) spasma kelopak mata yang menyebabkan kelipan mata yang berterusan." "blefaritis\n(Perubatan) radang kelopak mata." "blefaroplasti\n(Perubatan) pembedahan plastik ke atas kelopak mata." "blok I\ngabungan (negara, parti, dan lain-lain) yang sama kepentingannya dan yang bertindak ke atas isu tertentu:\nkedua-dua negara yang berselisih itu bersabit dengan ~-~ dunia; \nperselisihan antara ~ Barat dan ~ komunis." "blok II\nbongkah kayu, logam atau bahan lain yang mempunyai reka bentuk timbul terguris, atau terukir, digunakan untuk mencetak atau mengecap kulit buku dan lain-lain." "blok III\n1.\n bangunan besar yang di dalamnya terdapat beberapa unit rumah, pejabat, asrama, kedai dan sebagainya dibina secara bertingkat-tingkat atau berderetan:\nhampir semua penghuni di ~ 135 telah pun lena dibuai mimpi\n;\n2.\n [Indonesia] daerah perumahan (bahagian) kampung (kota dan lain-lain);\n3.\n [Indonesia] gulungan kain, kayu." "blok IV\nmemblok\n [bahasa percakapan] merintangi pergerakan (perjalanan dan sebagainya) sesuatu, menghalang, menyekat:\nkotak-kotak besar yang bertaburan itu telah ~ jalan kenderaan; \nkeretanya tidak dapat keluar kerana telah diblok oleh kereta lain." "blokade\n[Indonesia-Belanda] pengepungan sesuatu daerah (pelabuhan dan lain-lain) sehingga perhubungannya dengan dunia luar terputus;\nmemblokade\n mengepung sesuatu daerah (pelabuhan dan lain-lain) sehingga perhubungannya dengan dunia luar terputus." "blokir\n[Indonesia] ;\nmemblokir\n1.\n mengepung sesuatu daerah (pelabuhan dan lain-lain);\n2.\n menahan supaya tidak dapat keluar masuk dan lain-lain (wang dalam bank dan lain-lain);\npemblokiran\n perihal (tindakan dan sebagainya) memblokir." "blues\n(Seni Muzik) sejenis muzik berirama perlahan dan sayu yang berasal dari kalangan orang kulit hitam di Amerika Syarikat." "blurb\nketerangan ringkas penerbit tentang isi sesebuah buku pada jaket, kulit belakang buku, dan lain-lain ." "BMA\n[kependekan] \nBritish Military Administration\n (Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu ketika tamat Perang Dunia Kedua)." "BMKN\n[Indonesia] [kependekan] Badan Mesyuarat Kebudayaan Nasional." "Bn.\n[kependekan] batalion." "bo\n[Kelantan] sudah, jangan lagi." "bo-lui\n[Cina], [bahasa percakapan] tidak mempunyai wang." "bob\n[bahasa percakapan] gaya rambut untuk wanita dan kanak-kanak yang rambutnya dipotong pendek dengan sekata di sekeliling kepala." "bobek\n[Kelantan] merepek." "bobok I\nmembobok\n menggelobok, merobok (apabila botol kosong dibenamkan ke dalam air)." "bobok II\ntidur (untuk kanak-kanak):\ntidurlah, ~lah, anakku;\nmembobokkan\n menidurkan (kanak-kanak)." "bobok III\n[Jawa];\nmembobok\n membuat lubang (pada buluh, tembok, dan lain-lain)." "bobok IV\n[Kelantan] tidak ada tujuan (perbuatan, perkataan)." "bobol\n[Jakarta] rosak dan hanyut (bendungan, jambatan, dan lain-lain)." "bobos I\ntembus (berlubang besar) kerana pecah (sobek dan lain-lain);\nmembobos\n menembus." "bobos II\nsakit cirit." "bobot\n[Jawa] berat sesuatu:\nberapa kati ~nya?" "bobotok\n[Minangkabau] sejenis lauk." "bobrok\n[Jawa] rosak, binasa:\nrumah yang sudah ~; \nmasyarakat yang serba ~ ;\nmembobrokkan\n merosakkan, menghancurkan:\nkorupsi ~ negara itu;\nkebobrokan\n perihal bobrok:\n~ negara itu disebabkan oleh keadaan ekonomi yang merosot; \nRizal dikatakan telah berjaya menyedarkan rakyat Filipina yang tertindas tentang ~ hidup di bawah tekanan kolonialisme." "bocah\n[Jawa] anak, budak;\n \n~ angon \nbudak gembala." "boceh\n[Kelantan] buncit, berperut besar." "bocok\nkain (sejenis kelambu) penutup buaian kanak-kanak." "bocong\n1.\n sejenis kendi, buyung\n 2.\n [Kelantan] termos." "bocor\n1.\n lubang tiris (atap, perahu, dan lain-lain), lubang pancit (tayar):\natap ini sudah ada ~nya; \nmembunuh ~ \nmenutup lubang tiris;\n2.\n berlubang hingga air atau angin dapat tembus, tiris:\natap ini sudah ~ benar; \n3.\n terbuka rahsia, sudah diketahui orang (rahsia dan lain-lain):\nkertas peperiksaan tahun ini ada yang ~;\n4.\n [bahasa percakapan] selalu buang air;\n \n~ mulut \ntidak dapat menyimpan rahsia, tidak dapat menutup mulut;\nmembocorkan\n1.\n menjadikan bocor (tiris dan lain-lain);\n2.\n menjadikan diketahui orang (rahsia dan lain-lain):\nada orang yang telah ~ rahsia itu;\nbocoran\n1.\n lubang yang menyebabkan air atau angin dapat keluar (masuk);\n2.\n air yang keluar atau masuk melalui benda yang bocor;\nkebocoran\n1.\n perihal bocor:\nsiapa yang bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? \n2.\n mengalami bocor:\nsampan itu tidak dapat belayarkerana ~;\npembocoran\n perihal (perbuatan) membocorkan:\n~ rahsia;\npembocor\n orang yang membocorkan (rahsia)." "bodek\n1.\n [bahasa kasar] kemaluan laki-laki;\n2.\n = \nsakit ~ \nburut:\nburut atau ~ ialah penyakit pasang-pasang; \n3.\n [bahasa percakapan] mengangkat, mengampu, mencari muka:\ndia kuat ~, sebab itu dapat naik pangkat;\n membodek\n menyanjung, memuji dan sebagainya seseorang dengan tujuan mendapatkan sesuatu daripadanya, mengampu:\nsesiapa yang pandai ~ ketua, barangkali dialah yang akan mendapat penghargaan;\n pembodek\n orang yang suka membodek, pengampu." "bodi I\n[sastera lama] sejenis pokok beringin:\nmaka diikut oleh baginda ke atas bukit, maka bertemu di bawah ~; \ndaun ~ \na) daun beringin;\n b) sejenis ukiran (hiasan pada pelamin)." "bodi II\n[bahasa percakapan] badan (orang, kereta, dan lain-lain)." "bodoh\nsukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol:\n~ sangat budak ini; \nmasa ~ \n[Indonesia]\na) tidak acuh, tidak menghiraukan:\ndalam hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~;\nb) perkara awak (bukan soal saya):\nitu masa ~ awak;\n~ alang \nagak bodoh;\n \n~ sepat \nnampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak;\n \n~ sombong\n tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dan sebagainya orang lain;\nsebodoh-bodoh\n bagaimana (betapa) bodoh sekalipun:\n~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dengan begitu sahaja;\nmembodohkan\n1.\n menjadikan bodoh, membiarkan bodoh:\nbudak itu dibodohkan oleh emak tirinya dengan tidak memasukkannya ke sekolah; \n2.\n menganggap bodoh;\n3.\n mengakali, menipu:\naku hendak tahu apa maksudmu ~ aku;\nkebodohan\n1.\n perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan;\n2.\n [Jakarta] kesalahan, kekeliruan;\nkebodoh-bodohan\n agak bodoh." "bodok\nsakit kusta (pada peringkat permulaan)." "bodong I\n[Jawa] bujal;\n \njeruk ~ \nlimau nipis." "bodong II\n[arkaik] angin badai." "bodor\n(Sunda);\n \ntukang ~ \ntukang lawak;\nbodoran\n lakonan selingan yang mengalih perhatian orang daripada lakonan yang utama." "boga\n[sastera lama] kesukaan;\n \nsempana pergam ~ \nnama sejenis kapal untuk bersenang-senang." "bogam\nkepingan emas dan lain-lain yang kecil-kecil untuk perhiasan tajuk." "bogang\n[arkaik];\ntelanjang ~\n telanjang bulat." "bogel\n1.\n tidak memakai sebarang pakaian, telanjang:\ndia dijumpai mati dalam keadaan ~; \ntelanjang ~ \ntelanjang bulat;\n \nbunga ~ \nbunga yang tidak mempunyai ranggi;\n2.\n tidak mempunyai sebarang hiasan (di badan, di dalam bilik, di rumah, dan sebagainya):\ndia ~ saja, tidak ada satu pun barang kemas di badan; \nruang tamunya ~ saja;\n berbogel\n bertelanjang:\nanaknya yang masih kecil ~ lagi;\nmembogelkan\n menelanjangkan:\ndia ~ anaknya sebelum memandikannya;\nkebogelan\n dalam keadaan bogel." "bogem\n[Jakarta];\n~ mentah\n [bahasa percakapan] tinju, kepalan tangan." "bogi\n= \nkereta ~ \nsejenis kereta kuda." "bogot\n[arkaik] buruk sekali;\n \nhitam ~ \nhitam sangat." "boh\nbunyi lembu;\nmengeboh\n mengeluarkan bunyi boh (berkenaan (dengan) lembu)." "bohemian\norang (terutamanya orang seni) yang cara hidupnya tidak mengikut adat kebiasaan masyarakat di sekelilingnya." "bohjan\n[bahasa percakapan] gelaran remaja lelaki yang suka melepak, berpelesiran, berfoya-foya, dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat:\nmasyarakat rimas melihat anak-anak muda yang tak tentu hala, menjadi bohsia, ~ dan penagih dadah." "bohlam\n[Indonesia], [bahasa percakapan] bal elektrik." "bohong\nberlainan daripada yang sebenarnya (cerita, keadaan, dan lain-lain), dusta, karut, palsu:\nia membuat pengaduan ~; \ncakap ~;\n~ sunat \n[bahasa percakapan] berbohong dalam perkara kecil yang terpaksa dilakukan, yang kononnya bertujuan untuk menjaga hati sesuatu pihak, mengelakkan sebarang masalah dan sebagainya;\nberbohong, membohong\n bercakap bohong, berdusta:\ndengan Anisah dia tidak pernah ~;\nmembohongi\n bercakap bohong kepada, mendustai:\nboleh jadi ia telah ~ aku;\nmembohongkan\n1.\n menganggap bohong, mengatakan bohong;\n2.\n [Indonesia] menyangkal, mengingkari:\ndibohongkannya segala keterangan saksi itu;\nkebohongan\n perihal bohong, sesuatu yang bohong;\npembohongan\n perbuatan membohong(i) atau membohongkan, pendustaan;\npembohong\n1.\n orang yang suka membohong;\n2.\n suka membohong." "bohorok\n= \nangin ~ \nsejenis angin yang kencang (di Sumatera Timur)." "bohsia\n[bahasa percakapan] gelaran remaja perempuan yang suka berpelesiran, berfoya-foya, melepak, dan sering terlibat dalam kegiatan maksiat:\nawek ~; \ngadis ~." "boi I\nbudak suruhan (lelaki), pelayan." "boi II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar biji, akar musiang, ipuh akar putih, \nRoucheria griffithiana." "boikot\nmemboikot\n enggan berurus dengan (seseorang, organisasi, dan lain-lain), biasanya untuk menyatakan rasa tidak bersetuju atau memaksa individu atau institusi yang berkenaan menerima syarat tertentu, memulaukan:\ndia menyuruh orang ~ kedai-kedai yang menjual barang dengan harga yang mahal; \nnegara itu ~ semua sidang Majlis Keselamatan;\npemboikotan\n perbuatan (tindakan dan sebagainya) memboikot, pemulauan:\n~ ke atas barang-barang keluaran negara asing;\npemboikot\n orang (syarikat, negeri, dan lain-lain) yang memboikot, pemulau." "bojeng\n[Kelantan] berambut panjang." "bok I\n[Johor], [Kedah] tilam." "bok II\n1.\n [bahasa percakapan] peti, kotak;\n2.\n sejenis tempat yang dipagar (ditaruh kanak-kanak)." "bok III\n[Jawa] singkatan bagi embok (emak)." "bok IV\n[Kedah] batang (pancing, kail)." "bokca\nsejenis uncang (tempat membawa bekal, makanan, dan lain-lain)." "boke\n[Jakarta] miskin sangat, papa." "bokeh\n[Kelantan];\nmembokeh\n1.\n mencabut pokok dengan akar-akarnya;\n2.\n mencungkil (untuk membuka sesuatu)." "bokek\nboke." "boket\n[Indonesia-Belanda] karangan bunga." "bokoh\n[arkaik] lemah, lembut." "bokong\n1.\n = \nbalik ~ \nterbalik (yang di muka ke belakang dan lain-lain), salah mengerjakan (terbalik daripada aturan yang sebenarnya);\n \nbaju ~ \nbaju yang butangnya di belakang;\n \nkerja balik ~ \nkerja yang dimulakan pada bahagian yang terbalik;\n2.\n punggung;\n3.\n [Jakarta] belakang;\nmembokong\n [Jakarta]\n1.\n membaca terbalik (dari belakang ke muka);\n2.\n melakukan sesuatu secara sulit, menyerang dari belakang;\npembokongan\n penyerangan dari belakang (dengan diam-diam)." "bokop\n[arkaik] bakup, bengkak (muka, terutamanya pada bahagian di sekitar mata)." "bokor\nsejenis pinggan yang bertepi lebar (biasanya daripada logam)." "boksing\n[bahasa percakapan] perlawanan tinju, pertinjuan." "boksu\n[Cina] pendeta Cina (Kristian)." "bol\njambu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), jambu bubul, jambu dersana, jambu melaka, \nEugenia malaccensis." "bola\nbenda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dalam permainan atau sukan;\n~ air \n[Indonesia] sejenis permainan bola sambil berenang, polo air;\n \n~ biliard \nsejenis permainan memukul bola-bola dengan kayu di atas meja;\n \n~ golek\n sejenis permainan (judi) dengan bola-bola di atas meja yang memakai lubang-lubang dan nombor-nombor;\n \n~ jaring \nsejenis permainan antara dua pasukan yang terdiri daripada tujuh orang pemain wanita setiap pasukan;\n \n~ karan \nsejenis permainan bola golek yang memakai karan;\n \n~ keranjang \nsejenis permainan antara dua pasukan yang terdiri daripada lima orang pemain setiap pasukan;\n \n~ kiu \nbola yang ditonjol dengan kiu (dalam permainan snuker atau biliard);\n \n~ lampu \n[Indonesia] bal lampu;\n \n~ sepak \nsejenis permainan antara dua pasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain, biasanya di padang segi empat bujur yang mempunyai tiang gol di kedua-dua hujungnya;\n \n~ sodok (tojok) \n[Indonesia] bola biliard;\n \n~ tampar \nsejenis permainan antara dua pasukan dengan enam orang pemain setiap pasukan, yang menampar bola melangkaui jaring di tengah gelanggang;\n \n~ tampel \n[Indonesia] permainan tenis;\n \n~ tangan\n sejenis permainan bola dengan tangan;\n \n~ tangkis \nsejenis permainan dengan memukul tangkai bulu tangkis, badminton;\n \n~ tongkat \n[Indonesia] sejenis permainan bola di padang yang dipukul dengan kayu, hoki." "bolah\n[Kelantan];\nterbolah-bolah\n tercengang-cengang." "bolai\nbonglai." "bolak\n1.\n [sastera lama] terbalik, salah, keliru:\n~kah kata aku, tiada didengarnya? \n2.\n \n= \nbolak-balik" "bolak-balik\n1.\n ulang-alik, pergi balik:\nbas itu pergi ke Singapura ~\n;\n2\n. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit:\ncakapnya ~ ;\n berbolak-balik\n berbalik-balik, berulang-ulang:\n fikiran itu masih ~ dalam kepalanya;\nmembolak-balikkan\n1.\n membalik-balikkan, mengolak-alikkan:\nsudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya;\n2.\n memutarbelitkan:\ndicubanya ~ perkara itu." "bolang\n~-baling \nbaling-baling." "bole\n[Kelantan], [Terengganu] hampir buta;\n \nmalam ~ \nmalam buta." "boleh I\n1.\n dapat, mampu (berkeupayaan):\ndengan wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang;\n~ dikatakan \ndapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan;\n \napa ~ buat \napa yang hendak dibuat (tidak ada jalan lain);\n2.\n tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan:\nsesudah makan mereka ~ bermain-main;\ntak ~ jadi \ntidak mungkin, mustahil;\n \n~ juga \na) dapat juga, mungkin juga;\n b) [bahasa percakapan] agak baik juga;\n \n(tak) ~ niaga \n(tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain daripada yang dinyatakan (berkenaan (dengan) cek yang dikeluarkan dan sebagainya);\n \n~ tahan \na) dapat tahan;\n b) [kiasan] agak baik, tidak buruk;\nseboleh-bolehnya\n sedapat mungkin, sekuasanya:\ndia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri;\nmembolehkan\n mengizinkan, memungkinkan:\ntempoh jawatannya terlampau pendek untuk ~ dia membuat sesuatu yang berguna;\nkebolehan\n kelayakan, kecekapan:\nmereka mendapat pekerjaan menurut ~ masing-masing;\nberkebolehan\n mempunyai kelayakan (kecekapan):\nlebih ramai lagi wanita yang ~ tampil ke muka untuk memasuki barisan menjaga keselamatan." "boleh II\n[sastera lama] beroleh:\ntitah raja, ~kah keris itu?\nbolehnya\n [arkaik] [Jakarta] pendapatannya." "boleh jadi\nbarangkali, mungkin;\nkebolehjadian\n kebarangkalian, kemungkinan:\nindividu menilai ~ yang terhasil daripada berbagai-bagai tindakan." "boleh terima\nkebolehterimaan\n perihal atau keadaan boleh diterima:\njika berada di luar batas ~, cari jalan untuk membuat penyelarasan." "boleh ubah\npemboleh ubah\n sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dan sebagainya) yang tidak tetap (yang perlu diambil kira dalam sesuatu perhitungan), variabel." "bolen I\n[Kelantan], [Pahang] terbuka luas-luas (mata), terbelalak." "bolen II\n[Perak] bogel, telanjang." "bolero I\nsejenis jaket singkat yang berlengan atau tanpa lengan, tidak berbutang atau tidak berzip di depannya, yang biasanya dipakai oleh wanita." "bolero II\n1.\n sejenis tarian Sepanyol;\n2.\n muzik yang mengiringi tarian ini. \nboli\n sejenis tumbuhan (pokok), beka, kedaung, tulur, \nParkia javanica." "boling\nsejenis permainan yang menggunakan bola berat yang digolekkan melalui lorong khas untuk menjatuhkan seberapa banyak pin yang tersusun." "bologna\nsejenis sosej besar yang disalai, yang dibuat daripada campuran daging dan sebagainya." "bolong I\nhitam." "bolong II\n[Jawa] berlubang (tembus) seperti paip dan lain-lain;\n ~ melompong \n[bahasa percakapan] kosong sama sekali;\n \nsiang hari ~ \n[bahasa percakapan] siang hari benar;\n sundal ~ \nlangsuir, puntianak;\n \ntengah hari ~\n [bahasa percakapan] tengah hari benar;\n wang ~ \nark duit syiling yang berharga lima sen (yang berlubang di tengah);\nberbolong-bolong\n berlubang-lubang (tembus)." "bolong III\ntabung buluh tempat membawa air, perian." "bolor I\n1.\n kotor:\nkotor ~;\n2.\n [Terengganu] gelojoh." "bolor II\nTr\n1.\n buta;\n2.\n kelabu (berkenaan (dengan) mata), tidak jernih." "bolos I\ntidak mempunyai sesuatu apa di badan (rambut, bulu, perhiasan, dan lain-lain)." "bolos II\n= membolos\n [Jakarta]\n1.\n tidak masuk sekolah (kerja dan lain-lain):\nsudah dua hari ia ~ tetapi orang tuanya tidak tahu; \n2.\n melepaskan diri, melarikan diri:\ndengan kawalan semacam ini, seorang tahanan pun tidak dapat ~;\nmembolosi\n menem" "bolos-bolos\nikan ~\n sejenis ikan laut, \nSillago spp." "bolot\nmembolot\n \n1.\n membalut, membungkus (dengan tergesa-gesa):\nbadan dan kepala mereka dibolotnya dengan daun ribu-ribu; \n2.\n memenangi, `menggondol, memperoleh:\ndia telah berjaya ~ hampir-hampir semua hadiah; \nmereka itu ~ getah orang kampung dengan bayaran yang amat rendah;\npembolotan\n perihal atau perbuatan membolot (membalut, menggondol, memperoleh, dan lain-lain):\nketua-ketua Ghee Hin tidak berasa senang melihat ~ pajak oleh ketua-ketua orang Kek;\npembolot\n orang (kumpulan, pasukan, dan sebagainya) yang membolot." "bolsak\n[Indonesia-Belanda] tilam, kasur." "bolt\nbatang logam yang berkepala pada satu hujungnya dan berbenang skru pada hujung yang satu lagi (digunakan untuk mencantumkan dua benda)." "bolus\n(Biologi) gumpalan makanan yang telah dikunyah dan sedia untuk ditelan atau yang melalui esofagus." "bom I\nsenjata yang meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dari kapal terbang, dilemparkan dengan tangan, atau ditembakkan dengan meriam;\n \npesawat ~ \n= \npelempar ~ \nkapal terbang untuk menjatuhkan bom;\n~ api \nbom yang direka khas untuk memulakan sesuatu pembakaran;\n \n~ asap \nbom yang apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dalam operasi polis atau tentera;\n \n~ atom\n = \n~ zarah \n= \n~ zat air \nbom yang daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu;\n \n~ hidrogen \nbom yang daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen;\n ~ hidup \nbom yang belum meletup;\n \n~ jangka\n = \n~ waktu \nbom yang ditentukan saat meledaknya;\n \n~ lakur \nsejenis bom yang melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen;\n \n~ laut\n bom yang dilemparkan ke dalam laut (untuk menghancurkan kapal selam);\n \n~ logik \n(Komputer) atur cara haram yang tersembunyi di dalam sistem komputer yang boleh mengganggu operasi komputer;\n \n~ napalm\n bom api yang dibuat daripada petrol yang berbentuk jeli;\n \n~ nuklear \n(Fizik) bom yang daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (seperti uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (seperti nukleus deuterium dengan nukleus tritium);\n \n~ pembakar\n bom yang mengeluarkan api (untuk membakar);\n \n~ pemedih mata\n bom yang diledakkan untuk memedihkan mata orang (dalam tunjuk perasaan yang haram dan lain-lain);\n \n~ petrol \nbom yang dibuat daripada botol yang berisi minyak petrol dengan sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan;\n \n~ plastik \nbom yang menggunakan bahan letupan plastik;\n \n~ tangan \nbom yang dilemparkan dengan tangan;\n \n~ tarik \nbom yang diledakkan dengan jalan menarik;\nmengebom\n menjatuhkan bom pada sesuatu, memusnahkan dengan bom:\ntentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain;\npengeboman\n perihal (tindakan) mengebom:\nHitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris;\npengebom\n = \nkapal terbang ~ \nkapal terbang yang digunakan untuk mengebom." "bom II\ntempat ayam berlaga di gelanggang." "bom III\n1.\n kayu memanjang di muka kereta (tempat lembu dan lain-lain menarik kereta);\n2.\n [Indonesia] jambatan pelabuhan, pelabuhan." "bomba\n1.\n alat untuk mengepam air dan lain-lain, pam:\nair telaga itu dinaikkan ke atas dengan ~; \n2.\n pasukan yang bertugas untuk memadamkan kebakaran;\n \nahli ~ \norang yang bertugas memadamkan kebakaran;\n \nkereta ~ \nkereta yang digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran;\n \nperkhidmatan ~ \nperkhidmatan untuk memadamkan kebakaran;\nkebombaan\n segala urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan bomba:\n dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba." "bombardemen\n[Indonesia-Belanda] pengeboman." "bombardir\n[Indonesia-Belanda];\nmembombardir\n1.\n mengebom, menjatuhkan bom banyak-banyak (ke sesuatu sasaran);\n2.\n menaikkan pangkat (dalam perkhidmatan) dengan sesuka hati (tidak memandang kelayakan, kecekapan, dan sebagainya)." "bombastik\nbanyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas:\nArena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~." "bombin\n= \nikan inggu ~ \n1.\n sejenis ikan laut, \nHolocanthus spp.; \n2.\n sejenis ikan laut, \nAmphirion spp." "bomoh\ntabib yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang, dukun;\n \n~ mencari orang sakit\n (peribahasa) orang yang menawarkan diri dengan tidak diminta;\nberbomoh\n menggunakan khidmat bomoh untuk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dan sebagainya;\nberbomoh-bomoh\n menggunakan khidmat beberapa bomoh untuk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dan sebagainya:\nada yang sampai ~ untuk menundukkan lawannya;\nkebomohan\n perihal berubat secara tradisional dengan bomoh atau dukun;\nperbomohan\n yang berkaitan dengan bomoh (amalannya, selok-belok kerjanya, dan sebagainya):\nkepercayaan warisan seperti magis dan ~; \nmemperoleh kepakaran dalam ilmu ~." "bon\n1.\n sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yang menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah;\n2.\n [Indonesia] surat kecil (pengakuan mengambil barang yang akan dibayar kemudian):\n~ jati;\n ~ jati \nbon yang paling terjamin;\n \n~ kerajaan \nbon yang diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko;\n \n~ pelaksanaan \n(Ekonomi) dokumen yang merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yang dikeluarkan bagi pihak kontraktor kepada pemberi kontrak untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak;\n \n~ perbendaharaan \nbon yang diterbitkan oleh kerajaan dengan tempoh matangnya yang lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun;\n \n~ syarikat \nbon yang diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko." "bona fide\n(Latin)\n1.\n sebenar, asli:\npelancong ~; \n2.\n ikhlas, jujur:\nperjanjian ~." "bonak\nsejenis tumbuhan (pokok), benak, biko-biko, medang tanduk, \nKurrimia paniculata." "bonang I\n[Jawa] sejenis alat gamelan, sejenis gong." "bonang II\n= \nikan ~ \nsejenis ikan laut, tudung periuk, \nPlatax teira\n." "bonanza\nsumber kekayaan atau kemakmuran yang diperoleh (biasanya secara mengejut atau tidak disangka-sangka), durian runtuh." "bonbon\n[Indonesia-Belanda] gula-gula." "bonceng\n[Jakarta];\ntukang ~\n orang yang turut serta makan (menumpang dan lain-lain) dengan tidak mengeluarkan wang;\nmembonceng\n1.\n menumpang naik motosikal (basikal dan sebagainya):\nbolehkah saya ~ pulang? \n2.\n turut serta makan (bersuka-suka dan lain-lain) dengan tidak mengeluarkan belanja dan lain-lain:\nbanyak yang ~ hasil perjuangan orang lain;\nmemboncengkan\n menyuruh (memberi) menumpang;\nterbonceng\n diboncengkan, disertakan (dengan tidak sengaja);\nboncengan\n tempat untuk membonceng, tempat menaruh barang (di basikal dan sebagainya);\npembonceng\n orang yang membonceng." "boncol\nbonjol, bincul, bincut." "bond\n[bahasa percakapan] polis." "bonda\n[bahasa halus] ibunda (biasanya digunakan dalam surat-menyurat), emak." "bondok\nbonggol, kelasa, ponok." "bondol\n[Indonesia] sejenis burung, pipit uban." "bondong\n[Minangkabau] kumpulan, tompok;\n \n~ air, ~ ikan \n(peribahasa) turut-turutan (pekerjaan orang kaya hendak ditiru oleh orang miskin);\nberbondong-bondong\n berduyun-duyun:\npenumpang-penumpang ~ naik ke geladak;\nberbondongan\n berduyun-duyun:\n burung bangau terbang ~ mengarah ke selatan." "bondot\n[Jakarta] berkas, ikat (padi dan lain-lain);\nmembondot\n memberkas, mengikat." "boneka\n1.\n anak patung, anak-anakan;\n2.\n patung (mis orang atau binatang) yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya, atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya;\n3.\n [kiasan] orang atau negeri yang tindak-tanduknya dikawal oleh kuasa atau pengaruh luar:\nmereka semua ~ penjajah; \npemerintah ~ \npemerintah yang dibentuk dan dikuasai oleh negara lain;\nmembonekakan, memperboneka, memperbonekakan\n mempermainkan (memperlakukan, menganggap, dan lain-lain) seperti boneka:\nkerajaan itu dibonekakan oleh negara-negara asing." "bonet\n1.\n topi daripada kain yang diikatkan di bawah dagu, biasanya dipakai oleh bayi;\n2.\n tutup enjin (kereta)." "bong I\nbunyi seperti bunyi peti jatuh dan lain-lain." "bong II\n[Kelantan] gelanggang (ayam, lembu, dan lain-lain);\n \nketua ~ \npengadil di gelanggang." "bong III\n[Jawa] tukang sunat (khatan), mudim." "bong IV\n[Cina] perkuburan Cina." "bong V\n[Terengganu] alat untuk mengupas kelapa:\n ia tidak berapa pandai mengupas kelapa dengan ~." "bong VI\n[Terengganu] corot dalam kelas:\ndalam kelas ini dia mendapat nombor ~." "bong VII\n[Terengganu] kayu yang diletakkan pada dek perahu besar untuk menahan dan menguatkan tiang layar:\ntolong pasangkan ~ pada tiang layar itu." "bongak I\nsombong, angkuh, pongah;\nmembongak\n menyombong, meninggi-ninggikan diri." "bongak II\n[arkaik] bohong, dusta." "bongak III\n[Minangkabau] bodoh." "bongak IV\n[Kelantan] tanah yang tinggi (daripada sekelilingnya)." "bongbong\nsejenis tumbuhan (pokok), kesinga, mersinga, \nCarallia brachiata." "bonggo\nsejenis gendang kecil yang berkembar dua yang dipukul dengan tangan." "bonggol\n1.\n bonjol pada batang pokok, bongkol, bonjol;\n2.\n benjol besar pada belakang binatang seperti unta dan sebagainya untuk menyimpan lemak dan air, bondok, ponok:\nunta menyimpan makanannya dalam ~ yang ada di belakangnya;\n~ kecil \nbonggol yang kecil (pada pokok dan lain-lain), bintil;\n \n~ kem\n roda panjang yang menyebabkan gerakan keluar masuk (turun naik dan lain-lain);\nberbonggol, berbonggol-bonggol\n berbenjol-benjol:\nrupanya seperti tiang yang berbonggol-bonggol yang tinggi hanya beberapa kaki saja;\nmembonggol\n membonjol:\nseorang lelaki berperut besar dengan urat lehernya ~ duduk di sisi Usamah." "bongkah\npotongan, ketulan sesuatu (tanah, batu, kayu dan sebagainya) yang agak besar, bingkah;\n \n~ V\n bongkah yang berbentuk V;\nberbongkah-bongkah\n berbonggol-bonggol (jalan dan lain-lain)." "bongkak\npongah, sombong, angkuh:\nkau jangan takbur dan ~;\nkebongkakan\n perihal (sifat dan sebagainya) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan:\nia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya." "bongkang\n= terbongkang\n terlentang membujur, terlantar (terbaring);\n \n~-bangking \nbergelimpangan." "bongkar I\nmembongkar\n1.\n mengangkat ke atas, menaikkan:\n~ sauh; \n2.\n menurunkan muatan dari kapal (kereta api dan lain-lain), memunggah:\n~ muatan;\n3.\n merombak (bangunan, enjin, dan lain-lain):\nhabis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar; \n4.\n membuka dengan paksa (pintu, peti, dan lain-lain):\npencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dengan ~ pintu peti besi;\n5.\n mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu:\n~ kain baju di dalam almari itu untuk mencari kunci laci; \n6.\n membuka (rahsia dan lain-lain):\n~ rahsia;\n~ misteri pembunuhan itu; \n7.\n membangkitkan perkara-perkara lama:\nsuka sekali ~ yang lama-lama;\nterbongkar\n telah dibongkar;\nbongkaran\n hasil membongkar, benda yang sudah dibongkar;\nkebongkaran\n [Jakarta] kemasukan pencuri, kecurian;\npembongkaran\n perbuatan membongkar;\npembongkar\n orang yang bertanggungjawab membongkar sesuatu." "bongkar II\n~ cerah \n[Perak] fajar menyingsing." "bongkar-bangkir\nkacau-bilau, cerai-berai;\nmembongkar-bangkirkan\n mencerai-beraikan, mengacau-bilaukan." "bongkas\n1.\n terjungkit hujung (atau pangkal):\ndi situ ada sepokok kayu yang ~; \n2.\n [kiasan] bangkit dengan cepat daripada berbaring (tidur):\nia ~ dari tempat tidurnya dan terus pergi ke bilik kapten;\nterbongkas\n terjungkit." "bongkeng\nterapung dalam air dengan tertelungkup (mayat orang dan lain-lain)." "bongkok\n1.\n melengkung di bahagian belakang (berkenaan (dengan) badan):\nsegala rakyat kecil besar, tua muda, ~ tempang pun berkampunglah; \n2.\n = \nmembongkok\n menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah;\n~ sabut \nbongkok seperti bentuk sabut;\n \n~ udang\n bongkok pada tengah belakang;\n~ baru betul (buta baru celik) \n(peribahasa) jikalau orang baru memperoleh kemuliaan dan kesenangan maka ia pun mengada-ada;\n \n~ kail nak mendapat (mengena)\n (peribahasa) tipu muslihat itu ialah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri;\n \ndi mana kayu ~, di sanalah hendak meniti \n(peribahasa) orang yang bodoh mudah kena tipu;\n \ntak tahu di ~ tidur \n(peribahasa) tidak tahu akan kekurangan diri sendiri;\n \ntakkan ~ sebab menyorok \n(peribahasa) tidak hina mengerjakan pekerjaan yang dipandang rendah jika untuk maksud yang baik;\n \nyang ~ juga dimakan sarung \n(peribahasa) yang bersalah juga yang akan menanggung dosa;\nmembongkok\n1.\n menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah:\ndia ~ sedikit seperti memberi hormat; \n2.\n merendahkan diri kepada, sangat hormat:\n~ kepada orang besar;\nmembongkokkan\n menyebabkan badan membongkok, melengkungkan badan:\n~ badan memberi hormat;\nterbongkok-bongkok\n dengan membongkok-bongkok:\nia ~ membuka kasutnya." "bongkol\n1.\n bonggol;\n2.\n kepala tongkat (payung, tiang, dan lain-lain) yang merupakan bulatan." "bongkong I\nsejenis tumbuhan;\nbangkung." "bongkong II\nbongkol, bonggol." "bongkong III\n[Minangkabau] bodoh." "bongkot\n[Jawa] pangkal batang kayu, punggur." "bonglai\nsejenis tumbuhan (herba yang akarnya dibuat ubat), bolai, \nZingiber cassumunar." "bongok\n1.\n terlalu gemuk sehingga tidak seimbang dengan tinggi, besar tetapi pendek;\n2.\n [Minangkabau] bodoh, dongok." "bongor\nsejenis tumbuhan (pokok) yang berbunga ungu (kayunya dipakai untuk rumah dan lain-lain), \nLagerstroemia speciosa; \nmerah ~ \nungu." "bongsai\n[Jakarta] sejenis bakul kecil." "bongsoi\nsejenis tumbuhan (pokok), penawar hitam, \nGoniothalamus macrophyllus." "bongsor\n[Jakarta] bongor, besar dan tinggi (badan)." "bongsu\n1.\n yang paling muda (berkenaan (dengan) anak), terkecil, lawan sulung;\n \nanak ~ \n= \nsi ~ \nanak yang termuda;\n \nbapak ~ \n= \npak su \nbapa saudara yang termuda;\n \nemak ~\n = \nmak su \nemak saudara yang termuda;\n2.\n yang akhir sekali tumbuh;\n \ngeraham ~ \ngeraham yang terakhir tumbuh." "bonjol\nbonggol, bengkak;\nmembonjol\n menyerupai bonjol:\nbibirnya ~ manakala suntil itu disematkan lebih kukuh." "bonsai\n1.\n seni atau teknik membentuk pokok hiasan yang kerdil dengan cara menanamnya dalam pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dan sebagainya;\n2.\n pokok yang dikerdilkan sebagai hiasan, dengan menanamnya dalam pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dan sebagainya;\nmembonsaikan\n menjadikan sebagai bonsai:\npokok-pokok yang belum dibonsaikan." "bonus\n1.\n bayaran tambahan pada gaji dan lain-lain sebagai pemberian (ganjaran);\n2.\n bayaran faedah kepada pemegang polisi syarikat insurans atau pemegang saham;\n \n~ saham\n ganjaran kepada kakitangan dalam bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yang murah)." "bonyok\nbonyor." "bonyor\nlunak dan terlalu masak (buah), lunak dan agak buruk (ikan, makanan, dan lain-lain)." "bopeng\ncacat yang berupa lubang-lubang kecil (pada muka dan lain-lain), capuk, borek (kerana penyakit cacar)." "bopet\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sejenis almari tempat menyimpan makanan (minuman dan lain-lain);\n2.\n tempat dijual makanan serta minuman dan lain-lain (di stesen dan lain-lain)." "bopong\n[Jakarta];\nmembopong\n menatang dengan kedua-dua belah tangan." "bor\n[Indonesia-Belanda] gerudi, jara, penggerek;\nmengebor\n menggerudi, menggerek lubang;\npengeboran\n1.\n perihal mengebor;\n2.\n tempat mengebor (untuk mencari minyak dalam tanah);\npengebor\n orang yang mengebor (menggerudi), penggerudi." "bora\nangin kencang timur laut yang sejuk dan kering yang bertiup menuruni gunung di pantai timur Adriatik." "borak\nperbualan mesra, tidak formal, biasanya tentang hal-hal yang tidak serius atau tidak penting:\ndia meneruskan ~nya lagi;\nberborak, berborak-borak, memborak\n berbual(-bual) kosong, bergebang:\nramai juga orang sedang ~ di situ;\nmemborakkan\n bercakap besar (membongak) tentang sesuatu:\ndia selalu ~ kekayaannya;\npemborak\n (orang yang) suka berborak." "boraks\n(Kimia) serbuk putih yang digunakan dalam pembuatan kaca dan sebagai agen pembersih." "borang I\nkertas bercetak yang padanya ada ruang untuk dimasukkan maklumat yang dikehendaki atau diminta:\n~ cukai pendapatan; \nmengisi ~ untuk memohon pekerjaan." "borang II\n[Jakarta] ranjau." "borat\n[Kelantan] merebak (penyakit dan lain-lain), menjalar." "borat II\n(Kimia) garam atau ester asid borik." "borci\n[arkaik] sejenis kertas emas yang dipakai dalam sulaman dan lain-lain." "bordir\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] suji, tekat, sulam;\nmembordir\n menyuji, menekat, menyulam;\nbordiran\n sujian, sulaman, tekatan." "bordu\n[arkaik] bibir perahu, dinding pada tepi perahu." "boreal\n(Geografi)\n1.\n berkaitan dengan angin utara;\n2.\n berkaitan dengan utara atau kawasan di sebelah utara." "boreh\n[Jawa] sejenis bedak basah yang kuning warnanya." "borek\n1.\n berbintik-bintik putih (pada bulu ayam dan lain-lain):\nayam ~ ; \n2.\n bopeng, capuk:\nmuka ~; \nbapa ~, anak rintik \n(peribahasa) anak itu menurut baka ayahnya." "boreng\nperbuatan mengorek untuk mencari bahan galian;\nmemboreng\n mengorek untuk mencari bahan galian:\njurutera-jurutera telah ~ di setengah-setengah tempat dataran itu." "borgol\n[Jakarta] gari, belenggu (tangan);\nmemborgol\n menggari, membelenggu (tangan);\npemborgolan\n penggarian, pembelengguan." "boria\nsejenis kesenian tradisional di kalangan orang Melayu Pulau Pinang yang berupa lakonan (lawak jenaka) dan diikuti dengan nyanyian yang diiringi tarian berkumpulan." "borik\n(Kimia) berkaitan dengan atau mengandungi boron:\nasid ~." "boring\n[bahasa percakapan] bosan, jemu:\nisteri mana yang tidak ~ kalau suami jarang berada di rumah." "borjuis\n1.\n orang daripada kelas pertengahan;\n2.\n (mengikut teoriMarxisme) orang yang tergolong dalam kelas pertengahan yang memiliki kebanyakan harta dalam sistem kapitalis;\n3.\n orang yang perangai dan pandangannya dipengaruhi oleh nilai atau kepentingan golongan kelas pertengahan." "boroh\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n jaminan, barang tanggungan (hutang dan lain-lain);\n2.\n penanggung, penjamin;\nmemborohi\n menanggung (hutang dan lain-lain), memberikan tanggungan." "boroi\n[Kedah] buncit (perut)." "borok\n[Indonesia]\n1.\n kudis yang bernanah dan busuk;\n2. = berborok, borokan\n berpenyakit borok;\n3.\n [kiasan] keburukan." "boron\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang terdapat semula jadi(terutamanya dalam boraks)." "borong\nsecara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli, pekerjaan, dan lain-lain);\n \njual ~ \njual keseluruhannya;\n \npedagang ~ \norang yang berdagang secara besar-besaran (bukan pedagang runcit);\nmemborong\n1.\n membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran:\ndiborongnya habis segala barang dagangan yang datang dari negeri China; \n2.\n melakukan pekerjaan secara keseluruhan hingga selesai:\n~ pembuatan jalan;\nmemborongkan\n1.\n menjual keseluruhannya:\nhasil kebun telah diborongkannya kepada seorang saudagar Cina;\n2.\n memberi pekerjaan kepada seseorang untuk dikerjakan seluruhnya:\npembangunan gedung ini diborongkan kepada orang yang telah memasukkan tawaran;\nborongan\n1.\n pembelian (penjualan dan lain-lain) secara keseluruhan:\nbarang ini tidak dijual satu persatu tetapi ~; \n2.\n pekerjaan dan lain-lain yang diborongkan:\nnilai pekerjaan mesti menurut ketentuan dalam perjanjian ~, kalau tidak bangunan itu dirombak kembali;\npemborongan\n perihal atau perbuatan memborong(kan);\npemborong\n1.\n orang yang membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran:\nhasil kebun itu dijualnya kepada seorang ~; \n2.\n orang yang melakukan pekerjaan keseluruhannya:\nkontrak mendirikan bangunan itu diberikan kepada seorang ~ Melayu." "boros\n1.\n terbuka, terurai, lepas (tali yang diikatkan);\n2.\n tidak hemat, suka mengeluarkan wang berlebih-lebih, suka memakai barang-barang berlebih-lebih:\nia hidup terlalu joli dan ~; \nkalau ~ lekas kerugian\n (peribahasa) orang yang boros itu akhirnya beroleh kesusahan;\nberboros\n berlaku boros:\nmereka menjaga diri daripada ~ atau berhutang;\nmemboroskan\n mengeluarkan (membelanjakan) wang berlebih-lebihan (membuang-buang wang), menggunakan barang-barang dan lain-lain berlebih-lebihan (dengan cara yang membazir):\nsejak orang tuanya meninggal, ia banyak ~ harta benda;\nkeborosan\n keadaan boros, sifat boros;\npemborosan\n perihal boros atau memboroskan, perbuatan memboroskan (wang, barang, dan lain-lain);\npemboros\n orang yang boros atau bertabiat boros." "bortel\nbortol\n [Indonesia-Belanda] sejenis lobak merah." "bos I\n[Indonesia-Belanda] (se)bungkus yang berisi beberapa batang (rokok dan lain-lain)." "bos II\n[bahasa percakapan] orang yang berkuasa, mengawal, mengarahkan atau memberi perintah kepada orang bawahan (pekerja dan sebagainya), ketua, majikan:\nia bersuara macam seorang ~;\n berboskan\n mempunyai seseorang sebagai bos:\nberuntunglah dia dapat ~ orang yang baik hati dan bertimbang rasa." "bosan\nsudah tidak suka lagi, jemu, boyak:\nsaya sudah ~ makan daging; \ndia sudah ~ akan isterinya;\n~ mendengar kisah yang sama berulang kali;\nmembosankan\n menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan:\npidato-pidato serupa ini sangat ~;\nkebosanan\n1.\n perihal bosan, kejemuan, keboyakan:\n~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit;\n2.\n [Jakarta] kekenyangan;\npembosan\n mudah (lekas) bosan." "boseta\n(Portugis) [arkaik] bakul (peti) kecil." "bosman\n[Indonesia-Belanda] anak buah kapal yang mengurus alat perkakas kapal." "bosor I\nberlubang (tembus), pecah dan berlubang." "bosor II\nrakus, pelahap." "bot\nsejenis kenderaan kecil yang bergerak di atas air, yang biasanya membawa sejumlah kecil penumpang;\n~ bomba \nbot yang digunakan oleh perkhidmatan bomba untuk memadamkan kebakaran di laut (kapal dan sebagainya);\n \n~ laju \nbot berkuasa tinggi yang berupaya bergerak dengan laju sekali;\n \n~ nelayan \nbot yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan, udang dan sebagainya;\n \n~ penyelamat \nbot yang digunakan untuk operasi menyelamatkan orang di laut dan sebagainya;\n \n~ ronda\n bot yang digunakan untuk meronda (biasanya oleh pasukan polis atau kastam)." "bota\n[arkaik] gergasi, raksasa." "botak I\n1.\n tidak berambut (di kepala manusia);\n2.\n tidak berbulu (di kepala binatang);\nmembotak\n menjadi botak:\nkepalanya mulai ~;\nmembotakkan\n menjadikan botak:\ndia ~ kepalanya; \npenyakit itu telah ~ kepalanya;\nkebotakan\n perihal botak." "botak II\nburung ~ \nsejenis burung yang paruh dan kakinya panjang, \nLeptoptilos javanicus\n." "botani\ncabang biologi yang berkaitan dengan kehidupan tumbuh-tumbuhan." "botoh I\n[Jakarta] bagus, molek (bentuknya)." "botoh II\n[Jawa]\n1.\n penjudi, penyabung (ayam dan lain-lain);\n2.\n [arkaik] pelerai, pengadil." "botok\n= botok-botok\n sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus." "botol\nbekas daripada kaca dan lain-lain tempat menyimpan cecair (seperti minyak, minuman, dan lain-lain);\n \n~ air panas \ntermos;\nberbotol\n diisi (dijual dan sebagainya) dalam botol;\n \nminuman ~;\nberbotol-botol\n banyak bilangan botol:\n~ minuman dibahagi-bahagikan kepada kanak-kanak pada majlis itu;\nmembotolkan\n mengisi ke dalam botol:\n~ minuman;\npembotolan\n proses (kerja) membotolkan sesuatu." "botor\nkacang ~\n sejenis tumbuhan (herba memanjat yang buahnya dibuat sayur, ulam, dan sebagainya), kacang kelisa, \nPsophocarpus tetragonolobus." "botulin\n(Biologi) sejenis toksin yang dihasilkan oleh bakteria \nClostridium botulinum\n dalam makanan dan sebagainya yang tidak diawet dengan sempurna, sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan yang teruk." "botulisme\n(Perubatan) sejenis keracunan makanan yang teruk yang disebabkan oleh botulin dalam makanan yang tidak diawet dengan sempurna." "boulevard\nlebuh hias." "bovin\n(Biologi) berkaitan dengan lembu:\nserum ~\n." "boya\nbenda terapung berwarna terang yang diikatkan pada rantai atau tali panjang ke dasarlaut, digunakan untuk menunjukkan jalan kepada kapal atau bot, atau untuk menandakan bahaya:\ndicubalah mengikat kapal itu pada ~." "boyak I\n1.\n tiada rasanya, atau tidak sedap rasanya lagi kerana sudah kering atau busuk (tembakau dan lain-lain):\ntembakau yang sudah ~;\n2.\n jemu:\nia berasa ~ tinggal di tempat itu;\nkeboyakan\n kebosanan." "boyak II\norang yang gemuk dan buncit." "boyan\n1.\n sejenis ikan laut, \nLabridae spp.; \n2.\n sejenis ikan laut, \nCallyodontidae spp." "boyas\nbuncit, gendut." "boyo\n[Indonesia] kayu yang menghubungkan lunas dengan haluan atau buritan (perahu dan lain-lain)." "boyong\n[Jawa];\nberboyong\n berpindah tempat (bersama-sama):\npada masa kesukaran penduduk tempat itu ~ ke daerah lain;\npemboyongan\n pemindahan (penduduk) ke tempat lain." "boyot\nbuncit, gendut;\nmemboyot\n menonjol (perut) kerana buncit:\nmasuklah kerani besar yang perutnya ~;\nterboyot\n tertonjol (perut), terjendul." "BP\nkep\n1.\n Balai Pustaka;\n2.\n Badan Pusat." "BPN\n[Indonesia] [kependekan] Biro Perancang Nasional." "BPR\nkep Badan Pencegah Rasuah." "BPS\n[Indonesia] [kependekan] Biro Pusat Statistik." "Br\nsimbol kimia bagi bromin." "bra\nsejenis baju dalam wanita untuk menutupi buah dada, coli." "bradikardia\n(Perubatan) penurunan denyutan jantung pada kadar yang luar biasa perlahannya." "Brahman, Brahmin\n1.\n kelas (kasta) pendeta di India, orang yang termasuk dalam kelas pendeta;\n2.\n [sastera lama] pendeta Hindu." "Brahmani\n[sastera lama] Brahman wanita." "Braille\nsistem tulisan bagi orang buta yang terdiri daripada titik-titik timbul yang mewakili aksara tertentu, dan dapat dibaca secara menyentuhnya dengan jari." "brakilogi\n(Linguistik) bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya \nBERHENTI\n dan\n BERI LALUAN \npada papan tanda jalan raya." "braktea\n(Biologi) sejenis daun pelindung kecil, ada kalanya jelas dan terang warnanya, yang terletak di bawah bunga, pengasuh bunga." "brandi\nsejenis minuman keras yang disuling daripada wain atau jus buah yang diperam." "brankar\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] usungan untuk mengangkut orang sakit dan lain-lain." "brankas\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] peti besi (tempat menyimpan wang dan lain-lain)." "brankia\n(Biologi) insang (pada haiwan akuatik)." "bras\n(Seni Muzik) kumpulan alat tiup seperti trompet dan trombon yang diperbuat daripada perunggu;\n \npancaragam ~ \npancaragam yang memainkan bras dan alat genderang." "brasben\n[bahasa percakapan] pancaragam bras." "bredel\nmembredel\n [Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] memberangus (akhbar dan lain-lain)." "brek\nalat untuk menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan kenderaan (kereta, basikal, dan lain-lain):\napabila ia menekan ~, keretanya berhenti;~ angin\n brek yang menggunakan udara mampat, terutamanya pada kenderaan berat seperti lori dan bas;\n \n~ gelendong \nsistem brek kenderaan yang kepingan logam melengkungnya menekan permukaan dalam gelendong logam yang berputar apabila membrek;\n \n~ hidraulik \nsistem brek kenderaan bermotor yang menggunakan tekanan hidraulik;\n \n~ kaki \nbrek yang ditekan dengan kaki untuk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dan sebagainya);\n \n~ piring = ~ cakera \nsistem brek kereta dan sebagainya yang menggunakan geseran sepasang pad yang ditekan pada cakera brek yang berputar pada hab roda;\n \n~ tangan \na) brek kenderaan (seperti kereta, lori dan sebagainya) yang dikendalikan dengan tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak;\n b) brek pada hendal motosikal (basikal dan sebagainya) yang dikendalikan dengan tangan;\nmembrek\n menekan (menarik) brek:\ndrebar ~, dan lori itu terhenti di tepi jalan;\nmembrekkan\n menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dengan menekan (menarik) brek:\nia ~ keretanya tidak berapa jauh dari simpang empat." "brengan\nsejenis mesingan ringan (dioperasi dengan gas dan digunakan dalam Perang Dunia II)." "brevet\n[Indonesia-Belanda] ijazah (untuk jurupandu kapal terbang), surat izin." "Brig.\n[kependekan] Brigedier." "briged\ndivisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (mis batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong." "brigedier\npegawai yang mengetuai sesuatu briged (pangkatnya lebih tinggi daripada kolonel);\n \n~ jeneral\n pegawai yang berpangkat antara kolonel dan mejar jeneral." "brij\nsejenis permainan daun terup." "briofit\n(Biologi) sejenis tumbuhan kecil daripada filum Bryophyta, berdaun hijau, tidak berakar, dan lazimnya tumbuh di merata-rata habitat lembap di seluruh dunia, misalnya lumut." "briologi\ncabang botani yang berkaitan dengan kajian tentang briofit." "bris\ntempat yang lebih tinggi daripada geladak (kapal), tempat memberi perintah kepada anak buah." "brisan\n[Indonesia-Belanda];\nbom ~ \nbom yang mudah meledak." "brisik\nbising, ramai (suara dan lain-lain)." "broked\nsejenis kain tebal, berat, biasanya daripada sutera dan ada corak di atasnya." "broker\norang yang kerjanya membeli dan menjual saham, wang asing, atau barang-barang untuk orang lain;\n ~ insurans \norang yang mengendalikan urus niaga pembelian dan penjualan (polisi) insurans bagi pihak-pihak yang terlibat;\n \n~ saham \norang yang menguruskan pembelian dan penjualan saham bagi pihak lain;\n \n~ tanah \norang yang mempertemukan penjual dengan bakal pembeli atau sebaliknya dalam urusan jual beli tanah;\npembrokeran\n aktiviti yang berkaitan dengan urus niaga broker." "brokoli\nsejenis tumbuhan yang berupa kubis bunga, \nBrassica oleracea italica\n." "bromal\n(Perubatan) cecair sintetik yang berminyak dan berwarna kekuning-kuningan, digunakan dalam perubatan sebagai ubat penenang." "bromat\n(Kimia) garam atau ester asid bromik." "bromida\n(Kimia) sebatian yang terdiri daripada bromin dengan unsur lain." "bromin\n(Kimia) unsur bukan logam dalam kumpulan halogen yang merupakan cecair mudah meruap, berwarna merah tua, yang wujud semula jadi dalam air laut, dan digunakan dalam pengeluaran bahan kimia." "bronkiol\n(Biologi) cabang salur bronkus yang paling kecil (dalam paru-paru)." "bronkitis\n(Perubatan) radang pada salur bronkus (dalam paru-paru)." "bronkus\n(Biologi) salah satu daripada dua cabang utama batang tenggorok (dalam paru-paru)." "bros\n[Indonesia-Belanda] sejenis perhiasan daripada emas dan lain-lain yang dipakai di dada." "brosur\nrisalah (yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu)." "brutal\n[bahasa percakapan] kasar, kejam, atau ganas (berkenaan (dengan) tindakan, perbuatan dan sebagainya):\ndia perlu meninggalkan kehidupan yang ~ dan penuh bahaya itu." "bruto\n[Indonesia-Belanda] (hasil, pendapatan, keuntungan, berat dan lain-lain) kasar, lawan bersih." "BSc\n[kependekan] \nBachelor of Science\n (Sarjana Muda Sains)." "bsj\n[kependekan] batu sejam (berkenaan (dengan) kelajuan kenderaan):\nlori itu dipandu pada kelajuan 50 ~." "BSKL\n[kependekan] Bursa Saham Kuala Lumpur." "BSN\nkep\n1.\n Bank Simpanan Nasional;\n2.\n Biro Siasatan Negara." "bt. I\n[kependekan] binti." "Bt. II\n[kependekan] Batu:\n\n\n~ 18, Jasin, Melaka.\nBtg.\n [kependekan] Batang:\n\n\n~ Berjuntai, Selangor." "bto.\n[Indonesia] [kependekan] bruto." "bu I\nsingkatan bagi ibu." "bu II\n[Indonesia] singkatan bagi babu (sewaktu memanggil)." "bu III\nbunyi sorak berbentuk ejekan yang ditujukan kepada seseorang atau sekumpulan orang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, tidak setuju, benci, dan sebagainya:\ndewan itu hingar bingar dengan suara ~ yang dijeritkan oleh para hadirin yang tidak berpuas hati;\n mengebu\n menyorakkan atau memekikkan bu kepada seseorang dan sebagainya:\nada di kalangan anggota parti yang kelihatan mengejek serta ~ Presiden mereka; \npemain bola sepak itu dibu kerana tendangan bolanya tersasar jauh dari gawang." "buah\n1.\n bahagian tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik (biasanya berbiji):\npokok ini sudah ada ~nya;\n2.\n biji yang agak besar dan keras:\n~ kemiri;\n~ keras; \n3.\n benda yang menyerupai buah tertentu;\n \n~ bidara \na) manik yang menyerupai buah bidara;\n b) gula-gula yang menyerupai buah bidara;\n \n~ berembang \na) bulatan pada puncak tiang bendera dan lain-lain;\n b) bekas kapur yang menyerupai buah berembang;\n \n~ melaka\na) buah pokok melaka;\n b) sejenis kuih, onde-onde;\n4.\n bahagian (badan manusia dan lain-lain) yang menyerupai buah;\n \n~ betis \njantung betis, daging pada betis;\n \n~ lengan\n otot besar pada lengan atas;\n5.\n bermacam-macam benda bulat;\n \n~ baju \nbutang;\n \n~ guli\n kelereng;\n6.\n penjodoh bilangan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu):\nse~ rumah; \nbeberapa ~ kerusi; \n7.\n [kiasan] hasil sesuatu perbuatan (usaha dan lain-lain), akibat:\nsegala usahanya tidak memberi ~; \n8.\n [kiasan] bahan, pokok, pangkal;\n \n~ cakap \na) pokok percakapan;\n b) hasil percakapan;\n 9\n. pergerakan atau teknik dalam seni silat untuk mematahkan serangan lawan:\n~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajariny\na;\n~ agregat \n(Biologi) buah yang terbentuk daripada bunga tunggal (seperti strawberi) atau daripada beberapa bunga (seperti nanas);\n \n~ benar\n = \n~ sebenar\n (Biologi) buah yang terbentuk daripada ovari sahaja (mis buah betik);\n \n~ bengang \n(Biologi) buah yang kelopaknya pecah (apabila masak);\n \n~ bibir \nsebut-sebutan orang;\n \n~ butir\n pokok pembicaraan (perbincangan dan lain-lain);\n \n~ catur\n anak catur (benda kecil-kecil yang digunakan dalam permainan catur);\n \n~ dacing \nbatu penimbang;\n \n~ dada\n susu, tetek;\n \n~ fikiran \npendapat;\n \n~ hati\n orang yang dikasihi, jantung hati;\n \n~ hidup \nbuah yang masih segar;\n \n~ kalam \nkarangan, tulisan;\n \n~ kalengan \n[Indonesia] buah dalam tin;\n \n~ kering \na) buah yang dikeringkan;\n b) (Biologi) buah yang perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang;\n \n~ kesenian\n hasil kesenian;\n \n~ ketot \nbuah bantut;\n \n~ kumpuan \nbuah majmuk;\n \n~ lidah\n buah yang kelopaknya pecah dari pangkal ke hujung;\n \n~ majmuk \nbuah yang terjadi daripada rangkaian bunga;\n \n~ mata \na) biji mata;\n b) orang yang dikasihi;\n \n~ melaka \n(kuih) onde-onde;\n \n~ mimpi \nsesuatu yang dimimpikan;\n \n~ mulut\n percakapan (perbualan) orang, buah bibir;\n \n~ palsu\n (Biologi) buah yang terbentuk daripada bahagian lain bunga, bukannya daripada ovari (mis buah gajus);\n \n~ pantat \nkedua-dua belah bahagian punggung;\n \n~ pelir\n biji dalam kantung kemaluan lelaki;\n \n~ pembicaraan \na) pokok pembicaraan;\n b) hasil pembicaraan;\n c) sebut-sebutan orang;\n \n~ pena \nbuah kalam;\n \n~ perut\n [Minangkabau] orang-orang yang menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yang turun-temurun daripada nenek perempuan);\n \n~ pinggang \n(sepasang) organ perkumuhan yang terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing dan mengawal osmosis;\n \n~ remia \n[Kedah] sejenis buah seperti kundang tetapi lebih kecil bentuknya;\n \n~ sepudung \nbeberapa buah yang terbit daripada satu bunga;\n \n~ serahim \nbuah yang terjadi daripada satu bunga;\n \n~ sesentul \nbuah yang seperti buah epal, mempunyai biji pada terasnya;\n \n~ sulung \nbuah yang pertama (permulaan);\n \n~ susu \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), markisah, \nPassiflora laurifolia;\n~ tahun \nsesuatu yang jarang terdapat;\n \n~ tangan\na) hasil pekerjaan;\n b) barang yang dibawa dari perjalanan, oleh-oleh;\n \n~ tanjung \nsejenis kuih;\n \n~ tasbih \na) butir-butir pada tasbih;\n b) sejenis tumbuhan (herba), \nCanna orientalis;\n~ undi \nark buah dadu;\n \n~ zakar\n buah pelir;\n~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin \n(peribahasa) tidak berdaya untuk mencapai yang dicita-citakan (diharapkan);\n \n~ yang manis berulat di dalamnya \n(peribahasa) mulut manis biasanya mengandung maksud yang jahat;\n \nbagai ~ keras di dalam sekul \n(peribahasa) bercakap dengan tergopoh-gopoh;\n \ndi mana ~ masak, di situ burung banyak tampil\n (peribahasa) kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun;\n \nlaksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri \n(peribahasa) barang yang telah tua itu dengan sedikit tenaga rosaklah ia;\n \nsebab ~ dikenal pohonnya\n (peribahasa) daripada pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya;\nsebuah\n satu buah;\nmenyebuahkan\n menjadikan satu;\nberbuah\n1.\n mempunyai buah, menghasilkan buah:\nrambutan saya sudah ~; \n2.\n [kiasan] memberi hasil (akibat dan lain-lain):\nkahwin yang tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; \n3.\n berbintil-bintil halus (pada rambut kerana tidak dikeringkan dengan baik);\nberbuah-buah\n [kiasan] menjadi-jadi:\nratap yang ~;\nberbuahkan\n mendapat (mempunyai) sebagai buah:\npadi itu ~ emas;\nmembuahi\n1.\n [Indonesia] menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dengan gen betina;\n2. = membuah-buahi\n mencampuri, menambah-nambah:\ndia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dengan ratap;\nmembuahkan\n menghasilkan, menerbitkan (hasil dan lain-lain):\nmemang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; \npersefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; \nMelur cuba ~ senyuman;\nbuah-buahan\n1.\n buah tiruan;\n2.\n bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah;\npembuahan\n perihal membuahi (penghamilan)." "buai\nayun;\nberbuai\n1.\n terayun sama ada ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan, berayun:\ngugusan buah di pohon itu ~ ditiup angin;\n2.\n menaiki buaian:\nanak kecil itu ~ bersama kawan-kawannya;\nberbuai-buai\n berbuai berulang-ulang, berayun(-ayun):\nbadannya yang gemuk kelihatan ~ apabila dia berjalan;\nmembuai\n1.\n menggerakkan sesuatu hingga berbuai-buai:\nalun besar ~ kapal; \n2.\n mengasyikkan, melekakan, melenakan:\nhanyut dibuai khayalan; \nmatanya dihalakan ke hadapan dan perasaannya tiba-tiba dibuai kesedihan;\nmembuaikan\n1.\n mengayunkan buai:\n~ anak sehingga terlena; \n2\n. menyebabkan berbuai:\n angin yang bertiup lembut ~ janggutnya;\nterbuai-buai\n terus berbuai beberapa kali, terayun-ayun;\nbuaian\n1.\n tempat tidur anak kecil yang boleh diayun atau tempat kanak-kanak berayun, ayunan;\n2.\n bandul loceng;\n \n~ digoncang, anak dicubit\n (peribahasa) menyelimuti perbuatan (maksud) yang jahat." "buak I\nbunyi seperti bunyi air yang memancar daripada mata air (air mendidih dan lain-lain), bual;\nmembuak\n memancar keluar, membual:\ntempat kena peluru itu, darah ~ keluar;\n membuak-buak\n1.\n memancar keluar dengan banyaknya seperti air mata air dan sebagainya hingga melimpah:\ndarah ~ keluar membasahi jari-jemari tangannya; \n2.\n [kiasan] berkobar-kobar dan semakin kuat semangat, perasaan, keinginan dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu, meluap-luap, melonjak-lonjak:\nrasa ingin turut membantu Umi ~ dalam benakku; \nrasa marahnya ~; \n3.\n [kiasan] terdapat sangat banyak (tentang orang, harta dan sebagainya), berlimpah-limpah:\nkesenangan ~, tetapi kami kehilangan kasih sayang;\nterbuak\n terpancar keluar:\n tumit itu dikisar-kisarnya sehingga debu berkisaran dan ~ naik." "buak II\nsejenis tumbuhan (herba), \nSalomonia cantoniensis." "buak III\n[Minangkabau] [arkaik] mengolah, bertingkah, tidak tetap pendirian." "bual\n1.\n bunyi seperti bunyi air yang memancar dari mata air (air mendidih dan lain-lain), buak, gelegak;\n2.\n pancaran (luapan) air (daripada mata air atau air mendidih):\n~ air mendidih;\n3.\n omong kosong, borak:\njemu aku mendengar ~ mereka;\nberbual, berbual-bual 1. = membual\n memancar keluar (air daripada mata air dan lain-lain), menggelegak, meruap:\ndi tempat itu kadang-kadang tampak minyak yang membual dari dalam tanah; \n2.\n bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong:\nkalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu;\n~ kosong\n bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yang tidak penting, beromong-omong kosong;\nmembualkan\n, \nmemperbualkan\n berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan:\nia sedang sibuk ~ kepandaiannya;\nbualan\n bual;\nperbualan\n1.\n perihal berbual (membual), percakapan:\n~ mereka terhenti seketika; \n2.\n bahan untuk berbual, perkara yang dibualkan (dipercakapkan), percakapan:\nkisah itu menjadi ~ orang ramai;\npembual\n (orang yang) suka berbual." "buana\n[sastera lama] dunia, jagat, bumi:\nmaka tersebutlah pula kisah tentang Betara Kala yang pada ketika itu sedang mengedari jagat ~\n." "buang\n~ air besar \nbhberak;\n \n~ air kecil \n[bahasa halus] kencing;\n \n~ angin \nkeluarnya angin biasanya berbau busuk dari perut melalui dubur, kentut;\n \n~ kerja\n hukuman memberhentikan atau memecat seseorang daripada kerja atau jawatannya;\n \n~ negeri (daerah) \nhukuman yang dikenakan ke atas seseorang dengan memaksanya keluar dari sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya;\n \nhukuman ~\n hukuman pengasingan (ke tempat yang jauh dan terasing);\nmembuang\n1.\n mencampakkan, melemparkan:\ndalam permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; \ndicegah ~ sampah di sini;\n2.\n menghapuskan, menghilangkan:\nakhiran kan pada akhir perkataan ini harus dibuang; \n3. = membuang-buang\n memboroskan, membazirkan, mensia-siakan:\ntidak perlu ~ wang serupa itu;\n~ tenaga; \n4.\n menghukum dengan jalan mengasingkan ke tempat yang jauh (terasing):\nraja itu hendak ~ puteranya yang derhaka ke tempat yang jauh; \n5.\n menghentikan (sesuatu tabiat dan lain-lain):\ntabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung;\n~ adat \ntidak mengendahkan adat;\n \n~ agama \nkeluar daripada agama;\n \n~ aksi \n[Indonesia] membuat-buat supaya elok kelihatan;\n \n~ arang (di muka)\n menghilangkan malu (aib);\n \n~ baka \nmencemarkan nama baik keluarga;\n \n~ belakang \na) lari (melarikan diri);\n b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu);\n \n~ bicara\n (membebaskan seseorang daripada dakwaan (mahkamah dan lain-lain);\n \n~ bini\n menceraikan bini;\n \n~ buruk\n luruh buahnya yang tidak elok (pokok);\n \n~ cangerai \nmembuang sial;\n \n~ dadu\n melemparkan dadu (dalam permainan);\n \n~ darah\n membekam (mengeluarkan darah);\n \n~ diri \na) menjauhkan diri ke tempat lain;\n b) menarik (mengasingkan) diri;\n c) membunuh diri;\n \n~ hamil\n menggugurkan anak (yang dalam kandungan);\n \n~ hidup \nmenghukum buang;\n \n~ hingus\n mengeluarkan hingus dari dalam hidung;\n \n~ langkah\na) berjalan, berlari;\n b) melangkah ke belakang (dalam permainan pencak);\n \n~ malu\na) menghilangkan aib;\n b) membalas dendam (menebus malu);\n c) menyunati (anak dan lain-lain);\n \n~ masa (tempoh, waktu)\n mensia-siakan masa;\n \n~ mata (pandang) \nmelayangkan pandang, memandang-mandang;\n \n~ muka \na) berpaling (kerana tidak hendak melihat);\n b) tidak mempedulikan;\n \n~ mulut \nmengatakan sesuatu dengan samar-samar (tidak terus terang);\n \n~ nahas\n menolak bala (dengan mandi safar);\n \n~ nyawa \na) mati;\n b) menebus dengan nyawa, mengorbankan nyawa;\n \n~ pelawa\n mengajak, mempelawa;\n \n~ sepanjang adat\n mengeluarkan daripada adat;\n \n~ sauh\n menjatuhkan sauh;\n \n~ sial \nberbuat sesuatu supaya hilang sial;\n \n~ sifat\n (Palembang) melukai orang sehingga cacat;\n \n~ sikap (tingkah)\n berjalan dan lain-lain dengan dibuat-buat;\n \n~ tabiat\n berkelakuan lain daripada biasa;\n \n~ tangan\n mengayun tangan untuk memukul dan lain-lain (dalam pencak);\n \n~ tunang\n [kata seru] memutuskan pertunangan;\n \n~ ubat (tembakan)\n menembak dengan tidak tentu sasaran;\n \n~ undi\n menentukan sesuatu dengan undi;\n \nlaut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah\n (peribahasa) orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan;\nmembuangkan\n membuang untuk orang lain;\nterbuang\n1.\n sudah dibuang;\n2.\n sia-sia, tidak berguna;\nterbuang-buang\n tersia-sia;\nbuangan\n1.\n sesuatu yang dibuang (sampah dan lain-lain);\n2.\n (orang) yang dibuang (dihukum buang);\n3.\n berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri:\nkami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dalam ~; \nkerajaan ~ \nkerajaan yang dibentuk di negeri luar (untuk melawan kerajaan yang ada);\npembuangan\n1.\n perihal membuang(kan);\n2.\n tempat membuang (sampah dan lain-lain);\n3.\n tempat hukuman (orang yang dihukum buang);\npembuang\n orang yang membuang sesuatu." "buapak\n[Negeri Sembilan] ketua perut yang bertanggungjawab untukmenyelesaikan perselisihan faham dalam perut di bawah jagaannya." "buar\n[arkaik] boros, tidak hemat." "buari\ndendeng." "buas\n1.\n ganas, galak:\nbinatang yang ~;\n2.\n bengis, kejam, zalim:\nhatta sekali persetua pencuri terlalu ~ dalam negeri Melaka; \n3.\n tidak terkawal:\nuntuk memuaskan nafsu ~;\nmembuas\n mengganas, berlaku bengis:\nperompak-perompak sangat ~ pada masa ini;\nkebuasan\n kebengisan, keganasan, kezaliman:\nmenahan nafsu ~." "buas-buas\n~ bukit\n = \nbebuas bukit\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nViburnum sambucinum." "buasir\npenyakit yang disebabkan urat darah pada dubur membengkak, puru sembilik, hemoroid." "buat\n1.\n [bahasa percakapan] = \nberbuat\n, \nmembuat\n:\ndia tu sehari dua ini ~ duit betul;\n2.\n untuk, bagi:\n~ sementara; \nrumah ini didirikan bukan ~ kita laki-laki; \nwang ~ beli baju; \n3.\n dijadikan sebagai:\n~ penghibur di kala sunyi;\n~ kawan (teman);\nberbuat\n1.\n mengerjakan (melakukan) sesuatu:\n~ baik (jahat, salah, dan lain-lain); \nia tidak ~ apa-apa; \n2.\n [sastera lama] = \nmembuat\n:\nmaka Sultan Mansor Shah memberi titah pada Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; \nmaka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar;\n~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali \n(peribahasa) berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat;\n \n~ kerja seperti Mak Jujai \n(peribahasa) orang yang selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai;\nmembuat\n1.\n =\n memperbuat\n membikin, membentuk, mencipta:\n~ rumah, ~ surat; \n2.\n mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan:\napa yang hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur;\n3.\n menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan:\n~ bagus;\n~ buruk;\n~ malu;\n~ marah;\n~ takut;\n~ bodoh \na) membodohkan;\n b) berpura-pura bodoh;\n4.\n memperlakukan (orang dan lain-lain):\nsaya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu;\n5.\n menggunakan untuk, memakai untuk:\njanganlah kain itu dibuat baju;\n6.\n = \nmembuat-buat\n berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan:\nsenyuman yang dibuat-buat;\n~ mahu, menuras tidak\n (peribahasa) orang yang mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya;\nmembuatkan\n membuat sesuatu untuk:\nia ~ adiknya segelas minuman;\nmemperbuatkan\n membuat (dengan usaha):\n bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara;\nterbuat\n dibuat (daripada):\ndinding rumah itu ~ daripada papan peti susu;\nterperbuat\n telah dibuat (dikerjakan dan lain-lain);\n \njika yang baik ~ bersilang cerana datang, jika yang buruk ~ bersilang telunjuk di bibir \n(peribahasa) perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan;\nbuatan\n1.\n hasil pekerjaan:\nkasut ~ tempatan; \nbaju ~ sendiri;\n 2.\n sesuatu yang dikerjakan, kerja:\ntak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; \n3.\n cara (pekerjaan) membuat:\nrumah ini baik ~nya; \n4.\n yang dibuat (manusia), dari alam (tidak asli):\nbaja ~ ; \nbunga ~; \n5.\n hasil ilmu ghaib:\npenyakitnya ini ~ orang; \n6. = buat-buatan\n yang dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura:\nsakit ~; \ntidur ~; \nbukan ~ \nbukan main-main, amat sangat;\nperbuatan\n segala yang dibuat, kerja, tindakan:\ndibuatnya segala ~ yang salah;\n~ siapa ini?; \nia melarat kerana ~nya sendiri;\npembuatan\n perihal (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membuat:\nperjanjian ini mengehadkan ~ kapal perang oleh Jepun;\npembuat\n (orang dan lain-lain) yang membuat:\nkilang ~ paku." "buaya I\n1.\n sejenis reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air:\nCrocodilus spp.; \njenis-jenisnya:\n~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus;\n~ jolong-jolong\n = \n~ jenjulung, Tomistoma schlegeli;\n~ serunai, Crocodilus siamensis;\n2.\n = \n~ darat\n [kiasan] lelaki yang suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai;\n \nadakah ~ menolak bangkai\n (peribahasa) orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk membuat kejahatan;\n \nair tenang, jangan disangka tiada ~ \n(peribahasa) orang yang tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dan lain-lain);\n \nbergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau \n(peribahasa) perbuatan yang sia-sia itu ditertawakan orang;\n \nkalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil \n(peribahasa) kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil;\n \ntak akan terlawan ~ menyelam air\n (peribahasa) tidak mungkin kita melawan orang yang kaya (berkuasa, pandai, dan lain-lain);\n \ntak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) \n(peribahasa) tidak usah diajar orang yang sudah tahu;\nmembuaya\n1.\n menyerupai buaya, merangkak, meluncur;\n2.\n berkelakuan seperti buaya darat;\nmembuayai\n1.\n menipu, mengakali;\n2.\n menggertak;\nkebuayaan\n sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan:\nia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dalam novelnya." "buaya II\n= \nbuaya-buaya\n balak tempat menegakkan tiang perahu." "buaya III\nburung ~ \nsejenis burung, burung raja udang, pekaka, \nPelargopsis amauroptera." "bubar\n1.\n cerai-berai (orang ramai yang berkumpul dan lain-lain), berserak-serak, bersurai:\npenunjuk-penunjuk perasaan ~ setelah polis mendapat bantuan lagi; \n2.\n habis, selesai (mesyuarat, sekolah, dan lain-lain), usai:\nketika ia sampai, mesyuarat baru saja ~;\n3.\n selesai tugas, berhenti (kabinet, pertubuhan, dan lain-lain):\nsyarikat kerjasama itu ~ kerana ahli-ahli tidak menunaikan tanggungannya;\nmembubarkan\n1.\n menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan:\ntunjuk perasaan itu dibubarkan polis; \n2.\n menghabiskan (tugas dan lain-lain), menghentikan (mesyuarat dan lain-lain), meniadakan:\nbaginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen;\npembubaran\n perihal (tindakan dan sebagainya) membubarkan:\n~ Dewan Rakyat;\n~ syarikat;\n~ Parlimen \n(Undang-undang) perihal membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan;\npembubar\n1.\n orang dan lain-lain yang membubarkan;\n2.\n (Ekonomi) orang yang menyelenggarakan pembubaran sesuatu syarikat dan lain-lain." "bubo\n(Perubatan) radang dan bengkak nodus limfa, biasanya bernanah, terutamanya di bahagian ketiak dan pangkal paha." "bubu\nbeberapa jenis alat penangkap ikan (berupa bakul yang membolehkan ikan masuk tetapi menghalangnya keluar);\n jenis-jenisnya:\n~ batang (panjang, tidur), ~ diam (duduk), ~ jantung, ~ tadah; \nmenahan ~ \n= \nmemasang ~\n menempatkan bubu dalam air untuk menangkap ikan;\n \n~ duduk jiwaku hilang\n (peribahasa) sia-sia melawan orang yang lebih daripada kita (hanya menyusahkan diri sendiri);\nmembubu\n1.\n berbentuk bubu, menyerupai bubu;\n2.\n menangkap ikan dengan bubu." "bubuh\nmembubuh\n1.\n menaruh, meletakkan sesuatu:\ntanah ini boleh disuburkan semula dengan ~ baja;\n~ harga \nmenaruh (menentukan) harga;\n2.\n menaruhkan, menambahkan:\n rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; \njangan lupa ~ tanda ringgit dan titik;\n3.\n menulis, memasukkan (dalam surat, laporan, dan lain-lain), menempatkan (huruf, tanda, dan lain-lain dalam tulisan):\nsegala kelakuan perang itu dibubuhnya dalam surat itu;\n~ angka dua\n memberi berangka dua;\n \n~ awalan dan akhiran \nmemberi berawalan dan berakhiran;\n \n~ koma \nmenempatkan koma;\n \n~ tandatangan\n menandatangani;\nmembubuhi\n menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dengan:\nbajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yang lain warnanya;\nbubuhan\n1.\n sesuatu yang dibubuh;\n2.\n [Indonesia] bunyi atau rangkaian bunyi yang dibubuh pada kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan);\npembubuhan\n penaruhan, penempatan, penambahan:\n~ tandatangan pada surat." "bubuk I\n1.\n serbuk pada benda-benda yang lapuk:\n ~ kayu\n;\n 2\n. serbuk daripada benda yang ditumbuk:\n~ kopi;\nmembubuk\n menumbuk hingga halus:\n~ kopi." "bubuk II\nsejenis binatang berkulit keras (sejenis kumbang) yang suka makan (kayu, buluh, beras, dan lain-lain):\nkayu itu tidak dapat dipakai lagi kerana sudah dimakan ~." "bubuk III\n[arkaik];\nmembubuk\n merebus." "bubul I\nsejenis bisul pada tumit (orang) atau pada kuku kuda;\n jenis-jenisnya:\n~ bubuk, ~ gantang, ~ malai, ~ sarang, dan lain-lain." "bubul II\nmembubul\n membaiki jala (jaring dan lain-lain) yang sobek:\n~ pukat." "bubul III\n[Indonesia] ;\nmembubul\n naik ke atas (membumbung), keluar (timbul) banyak-banyak bersama-sama." "bubun-bubun\n[Minangkabau] ubun-ubun (kepala)." "bubung\nbubungan\n bahagian rumah yang di atas sekali untuk rumah yang atapnya berbentuk huruf V terbalik:\nsetinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke ~ juga." "bubur\nsejenis makanan (daripada beras, jagung, kacang hijau, dan lain-lain) yang lunak dan berair;\n~ Asyura\n bubur daripada campuran berbagai-bagai bahan yang dibuat pada hari Asyura, iaitu hari yang ke-10 dalam bulan Muharam;\n \n~ ayam \nbubur nasi yang mengandungi daging ayam;\n \n~ kacang hijau\n bubur daripada campuran kacang hijau, gula, dan lain-lain;\n \n~ kanji (ayam) \nbubur nasi (ayam) yang dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain;\n \n~ lambuk \nsejenis bubur nasi yang dicampurkan dengan sayur-sayuran, isi ikan, dan lain-lain\n;\n~ sumsum \nbubur daripada tepung beras;\nkurang-kurang ~, lebih-lebih sudu\n (peribahasa)\na) perkara kecil yang dibesar-besarkan orang;\n b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar;\n \nnasi sudah menjadi ~ \n(peribahasa) sesuatu (perbuatan dan lain-lain) yang sudah terlanjur." "bubus I\ntidak berambut (di kepala), botak." "bubus II\n= membubus\n berterbangan keluar dengan ramai, keluar dengan ramai:\nbagai anai-anai ~\n." "bubut I\n= \ntali ~\n = \nbubutan\n tali penegak tiang (perahu dan lain-lain) untuk mengukuhkan tegak tiang (perahu dan lain-lain);\n \nlayar bubutan \nlayar segi tiga (dipasang searah dengan tali bubutan dekat tiang agung)." "bubut II\n= bubutan\n [Indonesia] alat yang memusingkan besi untuk dibulatkan dan dihaluskan;\nmesin ~ \nbubut;\n \ntukang ~\n orang yang mengerjakan besi dengan bubut;\nmembubut\n mengerjakan besi dengan bubut;\npembubut\n1.\n alat untuk membubut," "bubut III\nmembubut\n mencabut (bulu, janggut, rumput, dan lain-lain)." "bubut IV\nsejenis burung, \nCentropus spp.,\n butbut;\n ~ kecil \nsejenis burung, \nCentropus bengalensis.\nbubut V\n sejenis tumbuhan (pokok renek), tapak kerbau, \nClerodendron villosum." "bucu\npenjuru, sudut:\n~ meja;\n~ bilik;\nberbucu\n berpenjuru, bersudut;\n \n~ enam\n bersudut enam." "budak\n1.\n anak, kanak-kanak:\n~ sekolah\n;\n2.\n hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos:\njanganlah kauperlakukan aku sebagai ~mu;\n~ belian \nhamba yang diperoleh dengan membeli;\n \n~ dalam \nhamba istana;\n \n~ kundang \nbiduanda;\n \n~ pejabat\n penyelenggara pejabat, peon;\n \n~ raja \nbudak (orang) suruhan raja;\n \n~ suruhan \nbudak yang disuruh-suruh;\n \n~ tanggung\n orang yang belum dewasa tetapi tidak juga muda;\n \nbagai ~ sapu hingus\n (peribahasa) dikatakan kepada orang yang beroleh malu dalam sesuatu majlis;\n \nmembekali ~ lari \n(peribahasa) dua kali rugi;\nbudak-budak\n kanak-kanak:\nmacam ~ merajuk kena pujuk; \nbukan ~ makan pisang \n(peribahasa) bukan orang yang dapat dipermain-mainkan (diperdayakan);\nberbudak\n [sastera lama] bersama budak:\nmaka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; \ndua ~\n berdua dengan seorang budak;\nberbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan\n seperti budak-budak (kelakuan dan lain-lain), keanak-anakan:\nmaka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan;\nmembudak\n [bahasa kasar] memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya:\ndengan keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kepada orang;\nmembudakkan\n, \nmemperbudak\n memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan seperti hamba:\ndia bukan seperti kita, dia tidak diperbudak wang;\n memperbudak-budakkan\n memperlakukan seseorang seperti budak-budak (yang dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dan sebagainya):\nskuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dalam pertandingan itu; \ndia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior;\nperbudakan\n perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak):\nengkau telah terlepas daripada kongkongan ~;\npembudakan\n perihal (perbuatan) membudak(kan):\n~ orang yang lemah oleh yang kuat." "budaya\n1.\n tamadun, peradaban:\n~\n \nIslam;\n2.\n kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya):\n~ kuning;\n3.\n bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju (akal budi):\nantropologi ~;\n~ kuning\n budaya Barat yang dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif;\n \n~ rakyat \ncerita, adat, pakaian, tingkah laku dan sebagainya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa;\nberbudaya\n mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju:\nbangsa yang ~;\nmembudaya\n menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan:\n hukuman moral ini belum ~ di negara ini;\nmembudayakan\n1.\n mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dan lain-lain) supaya berbudaya\n: berfikir secara ilmiah bertujuan untuk ~ masyarakat; \n2\n. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dan lain-lain) yang baik supaya berbudaya atau beradab;\nkebudayaan\n keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi):\nMelaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat;\n pembudayaan\n proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dan lain-lain):\n ~ ilmu di kalangan pelajar penting untuk pembinaan negara." "budayawan\nahli dalam bidang kebudayaan:\npara ~ memberi pengertiannya sendiri.\nBuddha\n agama yang diasaskan oleh Sidharta Gautama." "budek\n[Jawa] [arkaik] tuli;\n \nsurat ~ \nsurat buta, surat terbang." "budi\n1.\n akal, kebijaksanaan:\npendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; \nsungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; \n2.\n = \n~ pekerti\n perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak:\nwah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dari atas takhta kerajaannya; \n3.\n sifat baik, perbuatan baik, kebajikan:\nbanyak benar ~ emak kepada kami; \nberhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ \nberasa berterima kasih terhadap kebaikan orang;\n \nmengenang ~\n tidak lupa akan kebaikan orang;\n \nmembalas ~\n membalas kebaikan seseorang (dengan memberi bantuan dan sebagainya);\n \nmenabur ~\n sering membuat kebaikan;\n \nmenanam (bertanam) ~\n berbuat kebaikan (jasa dan sebagainya) kepada orang;\n4.\n bicara, daya upaya:\napa ~ kita untuk menentang kekejamannya?~ bahasa \ntingkah laku dan pertuturan;\n \n~\n \nbicara \na) akal;\n b) kebebasan membuat pertimbangan yang sewajarnya daripada seseorang yang dianggap berkuasa (berwibawa) dalam sesuatu hal:\n segala-galanya bergantung pada ~ bicara Ketua Pengarah;\nkurang ~\n \nteraba-raba, tidak ilmu suluh padam\n (peribahasa) orang yang kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan;\n \nsebab ~ boleh kedapatan\n (peribahasa) kelakuannya sendiri yang menyebabkan kerugian (kerosakan);\nsebudi\n \n(dengan) ~ akal \ndengan segala daya upaya, dengan bersungguh-sungguh;\nberbudi\n1.\n berakal, bijaksana;\n2.\n = \n~ pekerti\n berkelakuan baik, sopan;\n3.\n baik hati, pemurah;\n~ (diri) bagai pisang lebat \n(peribahasa) mendapat bencana kerana angkuh;\nmemperbudikan\n [Minangkabau] memperdayakan, menipu." "budidaya\n[Jawa] usaha yang bermanfaat dan memberi hasil;\n \n~ ikan." "budiman\nberbudi, berakal, bijaksana:\nkeempat-empat hulubalang itu terlalu perkasa lagi ~;\nkebudimanan\n ketinggian tingkat bijaksana (murah hati):\n A. Samad Said terkenal dengan ~ hatinya kepada teman-teman penulis." "budu\nsejenis pekasam ikan;\n \nkalau kubuka tempayan ~, baru tahu \n(peribahasa) kalau kubuka rahsiamu tentu akan malu dan lain-lain." "buduk\nsejenis penyakit kusta." "budur\nterpersil keluar (mata dan lain-lain)." "buenam\nbongkah yang mempunyai enam muka." "bufet\nhidangan pelbagai jenis makanan dan minuman (biasanya dihidangkan di atas meja secara layan diri) untuk dinikmati oleh tetamu." "bugar\nsegar-~ \nsangat sihat;\nkebugaran\n1.\n hal subur (tentang tumbuhan):\nbenih itu lebih besar dan akan tumbuh sebagai pokok-pokok yang rendah dan penuh\n \n~;\n 2.\n hal sihat dan segar (tentang tubuh manusia)." "bugi-bugi\nsejenis tarian Barat yang banyak memerlukan pergerakan badan." "Bugis\nsuku bangsa yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia, yang terkenal sebagai pelaut." "bugu\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), sirih (kerakap) rimau, \nPiper porphyrophyllum\n." "buhuk\nbeguk, gondok." "buhul, buhur\n[Minangkabau] simpul, ikatan (tali dan lain-lain):\ntidak boleh terbuka lagi buhurnya;\nmembuhul\n menyimpul, mengikat (tali);\n~ jangan membuku, mengulas jangan mengesan\n (peribahasa) merahsiakan sesuatu hendaklah sempurna;\n \nmengebat erat-erat, ~ mati-mati\n (peribahasa) membuat perjanjian hendaklah dengan sempurna;\nbuhulan\n simpulan, ikatan:\nia menggumpalkan ~ kainnya kukuh-kukuh." "bui I\n[Indonesia-Belanda] jel, penjara;\ndibui\n dijel, dipenjarakan." "bui II\npelampung di laut sebagai isyarat bagi kapal." "buih\ngelembung-gelembung udara pada cecair, busa;\n \nkalau pandai meniti ~, selamat badan ke seberang \n(peribahasa) kalau keras kemahuan nescaya tercapai maksud;\nberbuih\n, \nmembuih\n mengeluarkan buih, ada buihnya, berbusa:\nsabun ~ apabila dicampurkan air;\n~ mulut\n [kiasan] tidak berhenti-henti memperkatakan ( orang, peristiwa, sesuatu hal, dan lain-lain);\nmembuihkan\n menjadikan berbuih:\nair lembut mudah ~ sabun;\npembuihan\n perihal membuih(kan), pembusaan." "bujal\n1.\n tersembul (pusat), tersempal;\n2.\n [Perlis] pusat yang tersembul." "bujam\nbekas (sirih dan lain-lain) yang dibuat daripada mengkuang dan lain-lain yang dianyam." "bujang I\n1.\n tidak beristeri, tidak (belum) bersuami:\nsahabat-sahabat lelaki yang masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya;\n2.\n orang (laki-laki atau perempuan) yang sudah dewasa (sudah boleh berkahwin):\ndi mana ~ yang tadi itu;\n3.\n janda (perempuan);\n \n~ jalang \nperempuan jalang;\n \n~ bercerai \njanda yang diceraikan suaminya;\n \n~ talang\n janda yang tidak mempunyai anak;\n4.\n pelayan, pembantu rumah, jongos:\nlampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; \n5.\n [kiasan] tidak berkawan, bersendirian;\n \nkatil ~\n katil untuk satu orang;\n \nkopi (air) ~ \nkopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dan lain-lain);\n6.\n [bahasa kasar] kemaluan laki-laki;\n \n~ dan khunsa\n jenis pokok yang bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pada pokok yang berlainan;\n \n~ serta khunsa \njenis pokok yang bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pada pokok yang sama;\n \n~ sabilillah \n[sastera lama] tentera dalam perang suci;\nbak ~ jolong berkeris (bersubang) \n(peribahasa) orang yang sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yang baru diperoleh;\n \nbak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak \n(peribahasa) orang yang menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan);\nmembujang\n1.\n hidup dengan tidak (belum) berkahwin:\nhidup ~ takkan semuanya lengkap;\n2.\n bekerja sebagai bujang (pembantu rumah):\nia ~ kepada orang kaya;\n3.\n [Kelantan] bersetubuh dengan pelacur;\npembujangan\n perihal membujang, hidup membujang:\ndalam Islam, tidak digalakkan ~\n." "bujang II\npebujangan, pembujangan, perbujangan\n ;\n \nbalai perbujangan\n sejenis balai di istana;\n \njong ~ \nsejenis jong kerajaan;\n \npedang perbujangan \nsejenis pedang kerajaan Perak." "bujang III\n ~ semalam \nsejenis tumbuhan (herba), rumput tahi babi, \nTarenna fragrans." "bujangga\n1. = bujanggi\n [sastera lama] orang yang pandai, cerdik pandai;\n2.\n [sastera lama] pendeta, pertapa:\njogi berhaman ~; \n3.\n sasterawan, pengarang sajak (syair dan lain-lain):\ndan dialah yang menjadi kidung bagi segala dalang dan ~; \npujangga." "bujuk I\n= bujukan\n pujuk;\nmembujuk\n memujuk;\nterbujuk\n terpengaruh dengan pujuk rayu dan kata-kata manis:\n semuanya telah dibebaskan sebelum sultan itu cukup ~ untuk berangkat pulang\n;\npembujukan\n pemujukan:\nteknik-teknik ~ diplomasi;\npembujuk\n orang yang membujuk;\n= pujuk." "bujuk II\nsejenis ikan darat, \nChanna lucius; \nseperti ~ lepas daripada bubu \n(peribahasa) dengan cepat menghilang sesudah terlepas sengsara." "bujur I\n1.\n = \n~ telur = bulat ~ \nmempunyai bentuk seperti bentuk telur ayam,lonjong:\nmengapa raga ini ~ ?; \nmuka ~; \nsegi empat ~ \n(Matematik) rajah segi empat yang mempunyai empat sudut tepat;\n2.\n panjang (bidang, bongkah, dan lain-lain):\nlipat tepi lintang kain dahulu, kemudian tepi ~ kain supaya rata; \nruang tamu itu ~nya 6.7 meter dan lebarnya 4.5 meter;\n~ sangkar \n[Indonesia]\na) empat persegi tepat;\n b) persegi;\n \n10 meter ~ sangkar \n10 meter persegi;\n \n~ sirih \nbulat memanjang (seperti daun sirih);\n \n~ songsang \nbulat melebar, lawan bujur sirih;\n \n~ telur \n= \nbulat ~ \nbulat panjang (seperti telur), lonjong, penjong;\n \n~ lalu, lintang patah \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu haruslah menurut aturannya;\nmembujur\n1.\n terletak memanjang:\n banjaran gunung itu ~ dari utara ke selatan Tanah Melayu; \nmayat itu ~ kaku; \n2.\n mengikut panjang atau memanjang:\npotong melintang atau ~;\n~ jari \nmenyambung tangan dengan mempertemukan hujung jari;\nmembujurkan\n meletakkan mengikut panjang atau secara memanjang:\nmereka ~ mayat itu ke arah kiblat;\nterbujur\n terletak (terbaring) membujur;\n \n~ lalu, terlintang patah \n(peribahasa) perintah yang tidak dapat dialang-alang (terpaksa diturut)." "bujur II\nmujur." "buk\nbunyi seperti bunyi buah gugur ke tanah, debuk, lebuk." "buk-bak\nbunyi seperti buah durian jatuh." "buka\n1.\n ukuran panjang dan lebar sesuatu, luas:\nsebuah gua yang luas, ~nya tiga puluh hasta dari kiri ke kanan dan tiga hasta dari atas ke bawah; \nruang tamu itu ~nya 7m 5m; \n2.\n jarak lintang sesuatu:\n~ jalan itu tiga depa; \njambatan yang sedang dibina itu ~nya 10 meter;\nberbuka\n = \n~ puasa \nmengakhiri puasa dengan makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib;\nmembuka\n1.\n menjadikan tidak tertutup (bertutup):\n~ almari;\n~ bungkusan;\n~ mata;\n~ peti;\n~ pintu;\n~ tabir; \n2.\n menanggalkan, melucuntukan:\n~ baju\n \n(pakaian)\n;\n \n~ kupiah\n \n(songkok, topi, dan lain-lain);\n \n~ kasut;\n3.\n melepaskan, menguraikan, menetaskan:\n~ buhul;\n~ simpul;\n~ tali;\n4.\n membentangkan, mengembangkan:\n~ tangan; \n5\n. [bahasa percakapan] menghidupkan (lampu, kipas, radio, dan sebagainya) dengan memetik suisnya, memasang;\n6.\n menebang-nebas (untuk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka;\n \n~ hutan\n menebang kayu-kayan untuk dijadikan tempat menanam dan lain-lain;\n \n~ jalan \na) menebas semak dan lain-lain untuk membuat jalan;\n b) membenarkan orang (kenderaan dan sebagainya) lalu, memberi jalan;\n c) [kiasan] pertama-tama mengerjakan sesuatu (yang memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori;\n d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yang dipohon dan sebagainya), memberikan panduan;\n \n~ kebun \nmenebas semak dan lain-lain untuk dijadikan kebun;\n \n~ negeri \nmenebas hutan untuk dijadikan negeri;\n \n~ tanah \nmenebas hutan untuk mendapat tanah bagi pertanian;\n7.\n memberikan, mengadakan (peluang dan lain-lain):\n~ peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk; \n8.\n memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dan sebagainya);\n \n~ bicara = ~ kata \nmemulakan bicara\n;\n \n~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang)\n memulai mesyuarat dan lain-lain;\n \n~ kedai (toko, perusahaan , sekolah) \nmemulakan kegiatan kedai dan lain-lain;\n \n~ serangan \nmemulakan serangan;\n9.\n mendedahkan, memperlihatkan:\n~ hati;\n~ rahsia (tembelang);\n~ warna;\n~ faal \nmelihat tenung (untuk meramalkan);\n10.\n menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (seperti makan dan lain-lain):\n~ selera (nafsu dan sebagainya); \n10.\n mengumumkan dengan rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia untuk digunakan dan sebagainya), merasmikan:\nMenteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu;\n12.\n membenarkan (memberi peluang kepada) orang ramai untuk menyertai (menyaksikan dan sebagainya):\npameran ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam;\n~ hati \nmenimbulkan perasaan ingin akan sesuatu;\n ~ langkah seribu \nlari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dan sebagainya);\n \n~ mata \na) meluaskan pandangan serta pengalaman dengan melawat tempat orang;\n b) menyedarkan, menginsafkan;\n \n~ mulut \na) bercakap, berkata-kata, mengeluarkan kata-kata;\n b) mengadukan hal kepada seseorang yang difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dan sebagainya);\n \n~ pintu \nki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat;\n \n~ telinga \nmendengar baik-baik;\nmembukai\n1.\n membuka untuk:\ntidak dibukai pintu untuk ia masuk; \n2.\n membuka banyak kali:\n~ segala beg untuk pemeriksaan kastam;\nmembukakan\n1.\n membuka:\n~ mata;\n2.\n membuka untuk:\ndia ~ suaminya pintu dibukakan oleh isterinya dan ia pun masuk;\nterbuka\n1.\n tidak tertutup (bertutup), terdedah;\n2.\n terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dan sebagainya);\n3.\n terkembang, terbentang (layar, payung, dan sebagainya);\n4.\n terluang, ada (peluang pekerjaan dan sebagainya), tersedia:\npeluang pekerjaan ~ luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar;\n5.\n telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dan sebagainya), terdedah, terbongkar:\n rahsianya telah ~;\n6.\n tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja;\n \nrapat ~\n rapat yang boleh dihadiri oleh setiap orang;\n \nrumah ~ \nrumah yang dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pada hari-hari perayaan tertentu seperti Hari Raya Aidil Fitri dan sebagainya);\n \nsurat ~ \nsurat kepada orang tertentu tetapi dihantar untuk disiarkan dalam akhbar (sebagai menyatakan bantahan dan sebagainya);\n \n~ kepada \ndibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yang dinyatakan dan sebagainya);\n7.\n secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi;\n \nperang ~\n perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dan sebagainya);\n8.\n terus terang (sikap, kelakuan);\n9.\n senang dan lega (fikiran, hati, dan sebagainya), lapang:\nfikiran yang ~;\n10.\n luas:\npandangan yang ~; \nlaut ~\n laut yang luas;\n11.\n mudah menerima (pengaruh luar dan sebagainya), terdedah:\nmasyarakat di pinggir bandar lebih ~ kepada pengaruh kemajuan di bandar; \n12.\n timbul keinginan untuk melakukan sesuatu (seperti makan dan sebagainya):\n~ nafsu (selera);\n~ di hati \nterasa (timbul, terlintas) dalam hati (sanubari);\n \n~ rezeki, \nmudah mendapat rezeki, murah rezeki;\n dengan tangan ~\na) dengan murah hati;\n b) dengan senang hati, dengan rasa gembira;\nketerbukaan\n perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kepada apa sahaja pengaruh (unsur, ransangan, dan lain-lain);\nbukaan\n (Fizik) lubang (biasanya bulat) pada kamera (teropong kembar dan sebagainya) yang mengawal banyaknya cahaya yang masuk;\nperbukaan\n makanan dan minuman yang disajikan untuk berbuka puasa;\npembukaan\n perihal atau perbuatan membuka, permulaan;\npembuka\n1.\n orang yang membuka;\n2.\n alat untuk membuka (sesuatu):\n~ botol;\n~ surat; \n3.\n awal, permulaan:\n~ kata;\n~ jalan \na) perintis, pelopor;\n b) sesuatu yang memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan);\n \n~ jalan fikiran\n sesuatu yang menimbulkan kesedaran:\npetunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yang sebenar;\n \n~ langkah \nsesuatu yang memulakan (kegiatan dan lain-lain);\n \n~ mata \nsesuatu yang menyedarkan orang atau pihak yang tertentu daripada kesilapan, kekurangan atau sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini:\nkebangkitan pemain senior yang menyerlah dalam beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa;\n \n~ pintu \nsesuatu yang memberi kesempatan kepada, sesuatu yang merintis jalan kepada;\n \n~ selera \nmakanan yang boleh mendatangkan selera." "bukan\n1. = bukannya\n sebenarnya tidak, berlainan daripada yang sebenarnya:\nanak itu ~ bodoh tetapi malas; \nini ~ kali pertama ia datang ke mari;\n~ begitu cara membuat kerja; \n2.\n untuk menyatakan pertanyaan yang mengeraskan dugaan (pada akhir ayat):\nini bukumu, ~?~ barang-barang(sebarang)\n bukan biasa (sahaja);\n \n~ buatan (kepalang, main) \namat sangat;\n \n~ logam \nunsur yang lain daripada logam;\nbukankah\n = \nbukantah\n apakah bukan;\nsebukan\n \nseia ~ \nseia sekata;\nbukan-bukan\n1.\n mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar:\nfitnah yang ~; \nmemikirkan perkara yang ~; \nbertanya yang ~; \nmelepaskan kata nista yang ~; \n2.\n amat sangat:\n~ bodohnya;\nmembukankan\n menafikan, memungkiri, mengingkari:\nmereka ~ ajaran Nabi Muhammad." "bukat\nkeruh, kotor (air dan lain-lain):\nangkasa seluruhnya diliputi oleh awan hitam ~." "bukau\nlembah;\n \nbukit ~ \nbukit dan lembah." "bukit I\nkawasan tanahyang tinggi tetapi tidak setinggi gunung;\n \n~ bukau \nbukit dan lembah;\n \n~ kaki \nbukit yang rendah di sekitar kaki gunung;\n \n~ pasir \ntimbunan pasir kering yang terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun;\n \nanak ~ \nbukit kecil;\n~ jadi paya, paya jadi ~\n (peribahasa) orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap);\n \n~lah tinggi, lurahlah dalam \n(peribahasa) seseorang yang telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi;\nberbukit\n mempunyai bukit;\n \n~ di balik pendakian \n(peribahasa) lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran;\nberbukit-bukit\n mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya:\nkawasan itu ~;\nmembukit\n menyerupai bukit:\ngelombang yang~;\nperbukitan\n lapisan bumi yang berbukit-bukit, kawasan yang berbukit-bukit:\n perkebunan tehdi ~." "bukit II\nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), rumput kuran (keladi) \nFimbristylis miliacea." "bukram\nsejenis kain kejur yang digunakan untuk mengeraskan bahagian tertentu pakaian, buku dan sebagainya." "buksinator\n(Biologi) otot pipi yang nipis dan leper." "bukti\nketerangan yang nyata, tanda kebenaran, dalil:\ndalam perbicaraan, pihak yang menuduh berkewajiban memberi ~ atau dalil yang menunjukkan pihak yang dituduh telah berbuat salah; \nsurat inilah sebagai ~ bahawa ia telah meminjam wang daripada saya;\n~ diri\n [Indonesia] keterangan tentang kenyataan diri;\n \n~ nyata diri \n[Indonesia] kad pengenalan;\n \n~ saksi\n penyaksian, bukti yang dikemukakan oleh saksi;\nberbukti\n mempunyai bukti:\nkesalahan yang telah ~;\n berbuktikan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai bukti:\npertukaran nama itu dibenarkan dengan ~ dokumen-dokumen sokongan yang sah sahaja;\nmembuktikan\n1.\n menyungguhkan (meyakinkan) dengan bukti:\npersetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri; \n2.\n menyatakan kebenaran sesuatu dengan bukti:\nguru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat; \n3.\n memperlihatkan:\ndalam mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;\nterbukti\n ternyata dengan bukti:\nnyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dari segi undang-undang;\npembuktian\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membuktikan." "buku I\n1.\n tempat pertemuan dua ruas (buluh, tebu, dan lain-lain), sendi (jari, tangan, kaki dan lain-lain):\n~ buluh;\n~ jari; \n2.\n bongkah kecil-kecil (gula, tanah, dan lain-lain), tampang (tembakau);\n3.\n penjodoh bilangan untuk benda yang berbongkah:\nse~ sabun;\n \n~ benang \ngelendong;\n \n~ kaki\n buku pada jari kaki;\n \n~ lali \nmata kaki;\n \n~ lima \ntangan yang digenggam, tinju;\n~ sendi\n sendi (dalam erti yang umum);\n~ dalam hati \n(peribahasa) yang terasa dalam hati;\n \nbertemu ruas dengan ~ \n(peribahasa) sesuai benar;\n \ncari umbut kena ~\n (peribahasa) dicari baik, tetapi dapat yang tidak berguna;\n \njangan sangat pemilih, takut terkena ~ buluh\n = \npilih-pilih ruas, terpilih pada ~ \n(peribahasa) janganlah terlalu memilih;\n \norang bertemu ~ \n(peribahasa) orang yang selalu dalam perselisihan kalau bergaul;\nberbuku\n1.\n mempunyai buku:\nbuluh ~; \n2.\n berbongkah kecil-kecil:\ngula itu ~ kerana terkena air;\nmembuku\n,\n terbuku\n1.\n menjadi bongkah-bongkah kecil:\ntepung ~ apabila kena air;\n2.\n terganggu perasaan (dalam hati):\nsejak itu ~lah dendam dalam hatinya; \nbiarlah aku bercakap melepaskan apa yang ~ dalam hatiku;\nperbukuan\n sendi, persendian." "buku II\nhelaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis;\n~ akaun\n set rekod (termasuk lejar, invois, perjanjian, surat-menyurat, dan lain-lain) dalam perakaunan untuk mencatatkan semua urus niaga sesebuah organisasi;\n \n~ catatan\n buku tempat ditulis catatan;\n \n~ harian \na) buku catatan kira-kira jual beli hari-hari;\n b) buku catatan harian (pada kapal dan lain-lain);\n \n~ hitam \nbuku yang mencatatkan nama-nama orang yang dianggap berbahaya dan lain-lain;\n \n~ jualan harian\n rekod khas setiap jualan barang niaga yang dicatat buat pertama kalinya;\n \n~ kecil\n buku yang kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu;\n \n~ kedatangan \nbuku yang menandakan kehadiran murid ke sekolah setiap hari;\n \n~ kerja\n buku yang mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu hal yang diajarkan serta soalan-soalan yang perlu dijawab oleh pelajar;\n \n~ kosong \nbuku yang belum bertulis (bercetak) apa-apa di dalamnya;\n \n~ laporan \nbuku yang mengandungi laporan (tentang kerja dan sebagainya);\n \n~ latihan \n= \n~ rampaian\n buku untuk murid sekolah membuat latihan (berhubung dengan sesuatu pelajaran);\n \n~ panduan \nbuku yang menjadi panduan dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan;\n \n~ pelawat \nbuku yang mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat;\n \n~ putih \nbuku yang mengandungi keterangan kerajaan tentang sesuatu;\n \n~ rujukan \nbuku tempat mencari keterangan yang lebih lanjut;\n \n~ sekolah \nbuku yang dipakai oleh murid (pelajar) sekolah;\n \n~ simpanan bank \nbuku yang dikeluarkan oleh bank kepada pelanggannya, yang mengandungi rekod kira-kira simpanan pelanggan di dalam bank;\n \n~ teks \nbuku yang digunakan oleh pelajar sebagai buku rujukan yang standard untuk sesuatu mata pelajaran tertentu;\n \n~ terpakai \nbuku yang sudah digunakan oleh seseorang dan dijual kembali;\n \n~ tulis \nbuku kosong untuk menulis;\n \n~ tunai\n buku yang mencatatkan wang tunai yang diterima dan dikeluarkan;\n \ntidak masuk ~\n [bahasa percakapan] tidak masuk kira;\nmembukukan\n1.\n mencatat(kan) dalam buku:\nsegala penjualan mesti dibukukan;\n2.\n menerbitkan sebagai buku atau dalam bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku:\nkerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yang kemudian akan dibukukan; \nkertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan;\nkebukuan\n seperti bahasa tulisan (formal):\n perkataan itu agak ~ bunyinya;\npembukuan\n1.\n perihal mencatat dalam buku:\n~ hasil urus niaga mestilah dilakukan setiap hari\n;\n2.\n penerbitan (pengeluaran dan sebagainya) dalam bentuk buku:\n~ puisi juga diberi perhatian oleh para penerbit." "bukung\n[Jawa]\n1.\n tidak berekor;\n2.\n berambut pendek (perempuan)." "bukur I\n[Minangkabau] cukur." "bukur II\n[Jawa] butir (gula, garam, dan lain-lain)." "bukut\nmembukut\n1.\n menutup, membungkus;\n2.\n [kiasan] mendiamkan (tidak menghebohkan) sesuatu perkara, merahsiakan;\npembukut\n penutup, pembungkus." "bulai\nbalar, sabun." "bulan I\n1.\n satelit semula jadi bumi yang bergerak mengelilingi bumi sekali dalam 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari:\n~ bercahaya pada malam hari; \nkapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~;\n2.\n masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari):\n~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam; \n3.\n masa yang lamanya 1/12 tahun Masihi (pada 12 bulan dalam setahun):\nsaya akan ke Singapura dalam ~ Ogos;\n~ adik maulud \nRabiulakhir;\n \n~ apit\n = \n~ berapit \n= \n~ terapit \nZulkaedah;\n \n~ arwah \nSyaaban;\n ~ bahasa \nbulan (yang tertentu atau yang ditetapkan) yang pada sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan;\n \n~ bintang\n gambar bulan dan bintang sebagai lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pada bendera);\n \n~ datang \n= \n~ muka\n bulan selepas bulan ini;\n \n~ gerhana (kapangan, dimakan rahu) \ntidak tampak bulan kerana berada dalam bayangan bumi;\n \n~ haji \nZulhijah;\n \n~ kenduri apam \nRejab;\n \n~ madu \nmasa pengantin baru menikmati perkahwinannya dengan berpergian ke tempat lain;\n \n~ mati \nbulan gelap;\n \n~ maulud \nRabiulawal;\n \n~ muda \nbulan (yang tampak) antara 1 hingga 10hb;\n \n~ nahas \nSafar;\n \n~ purnama \nbulan penuh (14 hingga15hb);\n \n~ puasa \nRamadan;\n \n~ raya\n Syawal;\n \n~\n \nsabit \nbulan yang nampak seperti sabit;\n \nB~ Sabit Merah \npertubuhan sukarela antarabangsa di negara-negara Islam (yang berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yang sama fungsinya dengan Palang Merah;\n \n~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun)\n Muharam;\n \n~ susut (tua, surut) \nbulan yang nampak bertambah kecil (sesudah 20hb);\n \n~ timbul\n bulan terbit;\n \ndatang (melihat, membawa, mendapat) ~\n mendapat kain kotor, datang kotor, haid;\n~ dipagar bintang \n(peribahasa) sudah patut benar, sangat cocok;\n \nbagai ~ empat belas \n(peribahasa) peri keelokan muka perempuan;\n \n(bagai) ~ kesiangan \n(peribahasa) pucat (tidak jernih, terang);\n \njirus bagai ~ akan habis \n(peribahasa) makin lama makin kurang (modal dan lain-lain);\n \nseperti ~ dengan matahari\n (peribahasa) sudah sepadan (sejodoh dan lain-lain);\n \nseperti ~ dimakan Rahu\n (peribahasa) menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya;\n \n(seperti) kejatuhan ~ \n(peribahasa) menyatakan keuntungan yang besar;\n \nsiang bagai hari, terang bagai ~ \n(peribahasa) sudah terang sekali (kesalahan dan lain-lain);\nbulan-bulan, bulan-bulanan\n1.\n benda (gambar dan lain-lain) yang seperti bulan;\n2.\n sasaran (untuk menembak dan lain-lain);\nberbulan\n1.\n mempunyai bulan;\n2.\n hingga sebulan (lamanya):\npekerjaan ini dilakukan hingga ~;\n3. = bulanan\n:\ngaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;\nberbulan-bulan\n hingga beberapa bulan (lamanya):\ntelah ~ hal itu berlaku;\nmembulan\n merupakan bulan, tampak seperti bulan;\nbulanan\n (berlaku atau diadakan) setiap bulan:\ngaji ~; \npenyata ~." "bulan II\nsejenis ikan laut, \nMegalops cyprinoides." "bulan-bulan\nsejenis tumbuhan (pokok), senduk(-senduk), sesenduk, \nEndospermum malaccense." "bulang I\n1.\n kain dan lain-lain yang dililitkan pada kepala;\n \n~ bidang\n sejenis tengkolok hitam;\n \n~ hulu \na) ikat kepala, tengkolok;\n b) [sastera lama] kekasih;\n \ntali ~\n tali yang dililitkan di kepala sebagai ganti kain;\n2.\n pengikat taji;\n~ atas \ncara mengikat taji yang sama parasnya dengan susuh;\n \n~ bugis \ncara mengikat taji pada jari belakang;\n \n~ cipai \ncara mengikat taji pada jari yang tertegap;\n \n~ dagang \ncara mengikat taji pada kaki kiri sepanjang susuh;\n \n~ golok\n cara mengikat taji antara jari;\n \n~ jangkil \ncara mengikat taji pada jari yang terkecil;\n \n~ kanan \ncara mengikat taji pada kaki kanan sepanjang susuh;\n \n~ lepas \ncara mengikat taji pada jari yang tertegap;\n \n~ luar \ncara mengikat taji di atas jari kecil;\n \n~ panggang \ncara mengikat taji di atas taji;\n \n~ tiga jari\n cara mengikat taji pada ketiga-tiga jari muka;\n \n~ tunjuk \ncara mengikat taji pada jari depan yang di luar;\n \n~ sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya\n (peribahasa) sama kuat (kalah menangnya bergantung pada nasib);\nbulang-bulang\n sesuatu yang dililitkan pada kepala;\nberbulang\n1.\n berlilit pada kepala, bertengkolok:\nia ~ kain sutera; \n2.\n berikat taji:\nayam yang ~;\nmembulang\n1.\n melilitkan pada kepala:\nia ~ kain pada kepalanya; \n2.\n mengikat taji pada kaki ayam dengan tali:\nayam pun dibulang oranglah;\nterbulang\n terikat taji;\n \n~ ayam betina \n(peribahasa) orang yang dianggap berani dan lain-lain, tetapi teryata sebaliknya;\nbulangan\n lilitan (ikatan);\npembulang\n (orang dan lain-lain) yang membulang;\n \nkerbau ~ tali \n(peribahasa) orang yang berbalik-balik fikirannya (tiada tetap hati)." "bulang II\n~-baling \nbaling-baling." "bulang III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga kertas, \nBougainvillea; \n2. = bulangan\n sejenis tumbuhan (pokok), \nGmelina spp.;\n ~ akar \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nSmythea paciflca;\n~ gajah (hitam, kecil, tikus)\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nCanthium horridum\n." "bular\nputih pada mata (sejenis selaput);\n \nbuta ~ \nbuta kerana selaput putih pada mata." "bulat\n1.\n seperti bola bentuknya:\nmatanya yang ~ dan merah menentang mukaku;\n2.\n bundar seperti talam atau duit syiling;\n3.\n lengkap seluruhnya (tidak pecah dan lain-lain), dengan keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu:\nseluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya; \nkepercayaan yang ~;\n~ bujur \n= \n~ panjang \n= \n~ telur\n bulat memanjang (lonjong);\n \n~ cekung\n lekuk yang melengkung;\n \n~ cembung \ncembung yang melengkung;\n \n~ fikiran \ntetap (teguh) fikiran;\n \n~ geter\n [Kelantan] bulat benar (sungguh);\n \n~ hati \na) lurus hati;\n b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh;\n \n~ kata \n= \n~ muafakat\n semuafakat, seia;\n \n~ leting \n[Kedah] betul-betul bulat;\n \n~ lurus\n panjang bulat seperti buluh;\n \n~ mata \nbiji mata;\n \n~ pipih \nbulat dan pipih (seperti duit syiling);\n \n~ suara \nsemuafakat;\n \n~ tekad\n tetap hati;\n \n~ torak \nbulat lurus;\n nombor ~ \nbukan nombor pecahan;\n \ntelanjang ~\n tidak bertutup sesuatu apa pun;\n~ air\n \noleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat\n (peribahasa) [Minangkabau] kata sepakat tercapai dengan mesyuarat;\n \n~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan \n(peribahasa) [Minangkabau] sudah semuafakat benar-benar;\nsebulat\n dengan sangat bulatnya:\nkeputusan ~ suara; \nmereka telah ~ pakat akan pindah dari sana;\nbulat-bulat\n1.\n berbentuk bulat;\n2.\n = \nbulat-mulat\n dengan keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dengan begitu sahaja:\nular itu menelan ~ seekor anak kambing; \nMenteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;\nmembulat\n1.\n nampak bulat:\nsegulung rambut pendek ~ seperti sanggul;\n2.\n menjadi bulat:\nperutnya yang ~ semakin jelas kelihatan;\nmembulati\n mengambil seluruhnya;\nmembulatkan\n1.\n membuat bulat (bundar);\n~ tinju \nmengepalkan tangan;\n2\n. menjadikan padu, memadukan;\n \n~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dan lain-lain) \nmenetapkan fikiran dan lain-lain, mengarahkan fikiran dan lain-lain kepada;\n ~ muafakat \nmenyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dengan pendapat yang bulat;\nbulatan\n sesuatu yang bulat, lingkaran:\n~ bumi; \nbuatlah satu ~ dalam segi tiga itu;\nkebulatan\n perihal bulat, kepaduan:\n~ fikiran (muafakat, tekad, dan lain-lain);\nberkebulatan\n mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu:\nhendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kepada anak-anak kita;\npembulatan\n proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dan lain-lain):\n pengiraan yang melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan." "bulbul\n[sastera lama] sejenis burung yang pandai bernyanyi." "buldan\n[Arab] [arkaik] (jamak bagi bilad) bandar-bandar, negeri-negeri;\n= umulbuldan." "buldozer\ntraktor yang mempunyai bilah lebar daripada logam, digunakan untuk meratakan dan memindahkan (tanah dan lain-lain)." "buletin\n1.\n laporanberita di radio atau televisyen;\n2.\n pengumuman rasmi tentang sesuatu perkara yang (dianggap) penting kepada orang ramai;\n3.\n surat khabar atau risalah (yang dikeluarkan dari semasa ke semasa) oleh sesuatu pertubuhan dan sebagainya:\nkumpulan ini terdiri daripada buku-buku dan ~-~ berkenaan konsep dan prinsip koperasi." "buli\n1.\n perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru;\n2. = membuli\n mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, menakuntukan dan sebagainya orang yang berkenaan;\npembuli\n orang yang membuli orang lain:\nmahkamah telah menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara ke atas seorang kontraktor yang menjadi ~ di jalan raya." "buli-buli\n1.\n botol (guci) kecil:\n~ dakwat; \n2.\n bahagian (alat) yang menyerupai bal lampu, bebuli:\n~ jangka suhu; \n3.\n pundi (gelembung) dalam tubuh manusia (binatang dan lain-lain) tempat udara (air, saraf, dan lain-lain);\n~ kencing \ngelembung kencing dalam tubuh;\n \n~ madu \npundi yang mengandungi madu pada bunga;\n \n~ udara \ngelembung tenggorok (pundi yang berisi udara dalam paru-paru)." "bulion\njongkong emas atau perak sebelum diproses menjadi duit syiling, barang kemas dan sebagainya." "bulir\nbahagian tumbuhan bijirin, seperti gandum atau barli yang mengandungi biji, bijirin atau isi rung:\n~ padi;\n~ enjelai;\nmembulir\n \n~ kain \nmenggulung kain hingga tirus." "bulis\n(Ekonomi)\n1.\n mengalami kenaikan harga saham (berkenaan (dengan) pasaran saham):\nempat daripada lima petunjuk teknikal beralih ~; \n2.\n pelabur yang percaya bahawa harga pasaran saham sedang meningkat." "bulsak\n[Indonesia-Belanda] tilam, kasur." "bulu I\n1.\n rambut halus pada tubuh manusia dan binatang:\n~ betis;\n~ kucing; \n2\n. rambut yang berkarang-karang (melekat-lekat) pada burung dan lain-lain:\n~ burung; \n3.\n miang pada tumbuhan-tumbuhan (daun dan lain-lain);\n~ ayam \na) bulu pada tubuh ayam;\n b) penyapu daripada bulu ayam (untuk menyapu habuk);\n c) sejenis layar;\n d) sejenis jahitan;\n \n~ babi \na) bulu pada tubuh babi;\n b) sejenis teripang yang kulitnya berduri-duri, \nEchinus spp.\n;\n \n~ balik \nbulu yang terbalik (pada ayam);\n \n~ biri-biri \nbulu biri-biri untuk dibuat kain dan lain-lain;\n \n~ kapas \nbulu yang halus-halus;\n \n~ keluli \nbesi yang halus-halus dan panjang;\n \n~ kening \nalis;\n ~ keras (kasar) \nbulu pada binatang lunak yang digunakan untuk berjalan;\n \n~ kuduk \na) bulu pada tengkuk;\n b) surai (pada kuda, singa);\n \n~ lai daun \nbulu pada daun;\n \n~ mata\n bulu pada tepi mata;\n \n~ pahat\n bulu yang sangat halus pada burung;\n \n~ peka \nbulu yang lekas merasai sesuatu (pada tumbuhan);\n \n~ roma \nbulu yang halus pada tubuh manusia;\n \n~ tangkis \nbola tangkis, badminton;\n \n~ tengkuk\n bulu kuduk;\nberganti (bertukar) ~ \nki berganti pendirian (sikap dan lain-lain);\n \nmemilih (memandang) ~ \nki melihat kedudukan (keturunan) orang;\n \nmemperlihatkan (menunjukkan) ~ \nki memperlihatkan tabiat (maksud dan lain-lain) yang sebenarnya;\n \nberdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya)\n [kiasan] berasa ngeri (seram);\ncarik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula \n(peribahasa) orang yang bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan;\n \nisi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita \n(peribahasa) yang baik-baik dapat oleh orang, yang tidak berharga bagi kita;\n \nterlayang-layang bagai ~ sehelai \n(peribahasa) ringan pada pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);\nsebulu\n1.\n mempunyai bulu yang sama (serupa);\n2.\n [kiasan] sehaluan, sepakat, setuju:\nia tidak ~ dengan abangnya;\nkesebuluan\n perihal sebulu (sehaluan, setuju, dan lain-lain):\nSunarto bertanya dengan suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;\nberbulu\n mempunyai bulu;\n~ hati\n tidak baik hati, dengki;\n \n~ mata melihat\n benci (tidak suka) melihat;\n \nkepala sama ~, pendapat berlain-lain \n(peribahasa) lain orang lain fikirannya;\n \ntiada ~ lagi \n(peribahasa) tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali)." "bulu II\n~ empusi\n = \n~ pusi \nsejenis tumbuhan (pakis), penawar jampi, \nCibotium barometz;\n \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nLophatherum miliacea." "bulu III\n~ ayam \na) sejenis ikan laut (ikan bilis), \nCoilia spp.;\nb) sejenis ikan darat, \nOreyangaster spp." "bulu-bulu\nsejenis tumbuhan (pokok), mata keli, pianggu jantan, \nPellacalyx avillaris." "buluh\nsejenis tumbuhan yang batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur;\n jenis-jenisnya:\n~ akar \na) sejenis buluh, \nDendrocalamus pendulus; \nb) sejenis buluh, \nDinochloa scandens;\n~ batu\n = \n~ tumpat\n sejenis buluh, \nDendrocalamus strictus;\n~ betung \nsejenis buluh, \nDendrocalamus asper;\n~ cina\n sejenis buluh, \nBambusa nana;\n~ gading \nsejenis buluh, \nBambusa vulgaris;\n~ kasap \nsejenis buluh, \nOchlandra ridleyi;\n~ peleting\n buluh tempat pupul benang (pada alat tenun);\n \n~ perindu \na) sejenis buluh, \nBambusa magica; \nb) sejenis seruling;\n ~ sembilang (semilang) \nsejenis buluh, \nDendrocalamus giganteus; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai besar), \nThysanolaena maxima;\nberniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap\n (peribahasa) mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja);\n \nmenebas ~ serumpun \n(peribahasa) merosakkan nama seluruh keluarga;\n \nseperti ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari \n(peribahasa) bunyi suara yang sangat sedih;\n \nseperti pohon ~ ditiup angin\n (peribahasa) perihal orang yang lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;\nbuluh-buluh\n sesuatu yang menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;\npembuluh\n1.\n buluh-buluh;\n2.\n = \n~ darah \nsaluran darah;\n~ agung \nsaluran besar yang menyalurkan darah dari seluruh badan ke jantung, vena kava;\n \n~ labuhan hati\n saluran darah dari bahagian usus ke hati, vena labuhan hati;\n \n~ paru-paru \nsaluran darah yang beroksigen dari paru-paru ke jantung, vena pulmonari." "bulukan\n[Jakarta] sudah bercendawan (benda yang telah lama disimpan)." "bulur\n= kebulur, kebulur-kebelai, kebuluran\n kelaparan:\n harapkan gaji suaminya, kebuluranlah dua tiga hari dalam sebulan; \nmati kebuluran \nmati kelaparan\n;\nmengebulurkan\n menyebabkan kebuluran (kelaparan):\nBriggs menggunakan strategi pep" "bulus I\n1.\n dapat masuk, lulus, tembus;\n2.\n kena pukulan (dalam permainan pencak dan lain-lain)." "bulus II\n1.\n gondol, tidak berbulu, tidak berdaun (beranting);\n2.\n tidak beranak (mandul);\n3.\n miskin, papa." "bulus III\nsejenis labi-labi;\n \nakal ~\n pandai menipu." "bulus-bulus\nsejenis ikan laut, \nSillago spp\n." "bum I\npekaki layar." "bum II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kayu palang penutup pelabuhan;\n2.\n pelabuhan." "bumantara\n[sastera lama] angkasa, udara." "bumban\n[sastera lama] karangan bunga (daun-daunan) sebagai perhiasan kepala." "bumbu\n[Indonesia]\n1.\n bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, cabai, asam, halia, dan lain-lain) yang digunakan untuk memasak lauk-pauk (supaya sedap rasanya);\n 2.\n [kiasan] sesuatu (unsur, faktor) yang menyedapkan cereka atau karangan:\ndisadurnya ceritera Yunani lama dan ceritera Persia Kuno, dengan memberikan ~ di sana sini, agar sedap dibaca;\nberbumbukan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai bumbu:\nmasakan yang mewah dengan santan dan banyak ~ rempah ratus menerbitkan aroma harum yang tersendiri;\nmembumbui\n1.\n membubuh bumbu pada, merempahi:\n~ ikan sebelum dimasak;\n 2.\n menambah-nambahi (supaya menarik dan lain-lain):\nhuraiannya yang berbunga dan berwarna kadang-kadang dibumbui kisah-kisah yang nyaman." "bumbun I\npondok kecil tempat pemburu mengintai buruannya." "bumbun II\n[Minangkabau] rimbun, rendah." "bumbun III\n[Minangkabau] longgok (padi, tanah, dan lain-lain);\nmembumbun\n melonggokkan (padi, tanah, dan lain-lain), menimbun, menumpukkan." "bumbunan\nubun-ubun." "bumbung I\n= bumbungan\n bahagian atas sebelah luar rumah, kereta, dan sebagainya yang menahan hujan dan cahaya matahari daripada masuk ke dalam, atap;\n \n~ limas \nbumbung yang berbentuk piramid;\n \nharga ~\n (Ekonomi) harga maksimum sesuatu barangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa;\n \nkuda-kuda ~ \nkayu penyangga balak bumbungan;\n \ntulang ~\n balak yang memanjang di puncak rumah;\nmembumbung\n naik ke atas, mengepul ke atas (asap dan lain-lain), meninggi:\nasap naik ~ tinggi; \nkhayalanmu dapat ~ setinggi langit." "bumbung II\ntabung (buluh), pembuluh." "bumerang\nsekeping kayu leper dan bengkok yang digunakan oleh penduduk asli Australia sebagai senjata perburuan." "bumi\n1.\n planet tempat kita tinggal, yang ketiga jauhnya dari matahari, dunia:\nedaran ~ yang mengakibatkan angin tergelencong; \nbulan mengedari ~;\n 2.\n permukaan bumi, tanah:\nmereka hidup di ~ Melaka;\n~ berputar, zaman beredar \na) masa berjalan terus;\n b) keadaan selalu berubah menurut masa;\n \nB~ Kenyalang \npanggilan bagi negeri Sarawak;\n \nilmu ~ \n[Indonesia] ilmu alam;\ndi mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung \n(peribahasa) mematuhi peraturan dan lain-lain tempat yang didiami;\n \n~ mana yang tiada kena hujan \n(peribahasa) manusia mana yang tiada membuat kesilapan (kesalahan);\n \nbagai ~ dengan langit \n(peribahasa) sangat berbeza (tabiat dan lain-lain);\n \nbiar pecah perut, ~ merekah \n(peribahasa) menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu;\n \njadi ~ langit \n(peribahasa) orang yang diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya;\n \nsebesar-besar ~, ditampar tak kena \n(peribahasa) betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;\nmembumi\n [arkaik] mendiami salah satu tempat;\nmembumikan\n (Fizik) memasukkan (dawai elektrik dan lain-lain) ke dalam bumi;\nmengebumikan\n menanam, menguburkan:\njenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;\npengebumian\n perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan." "bumi hangus\npemusnahan segala yang berguna bagi musuh;\nmembumihanguskan\n menjadikan bumi hangus, memusnahkan hingga tidak dapat dipakai oleh musuh." "bumiputera\nanak negeri, peribumi;\nmembumiputerakan\n menjadikan sesuatu bersifat, milik dan sebagainya bumiputera, memperibumikan:\nada saranan untuk ~ beberapa syarikat asing yang beroperasi di negara ini;\nkebumiputeraan\n perihal bumiputera,yang berkaitan dengan sifat-sifat bumiputera, keperibumian." "bun\n[arkaik] sejenis peti kecil daripada tembaga dan lain-lain (tempat sirih dan lain-lain)." "buna\nsejenis ikan laut." "buncah\n[Minangkabau] gelisah, rusuh hati, bingung, kacau;\nmembuncah\n1.\n menimbulkan kegelisahan (rusuh dan lain-lain):\nperkara itu ~ dalam ingatannya;\n 2. = membuncahkan\n menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran, dan lain-lain):\nhal yang ~ hati." "buncis\n= \nkacang ~\n sejenis tumbuhan (herba), kacang kara, kacang pendek, \nPhaseolus vulgaris." "buncit\n1.\n besar perut, gendut:\nkerana kesenangan hidup, perutnya makin bertambah ~;\n 2.\n [bahasa kasar] mengandung, bunting:\nLijah sudah ~ lima bulan;\nmembuncit\n menjadi buncit, nampak buncit:\nwalaupun dia memakai baju kurung, nampak perutnya yang ~;\nmembuncitkan\n1.\n membesarkan (perut), menggenduntukan:\n~ perut;\n 2.\n [bahasa kasar] menyebabkan mengandung, membuntingkan." "bundai\n[sastera lama] bonda." "bundak\n[Minangkabau] [arkaik] kacau, haru-biru;\nmembundak\n mengacau, menyebabkan haru-biru:\nair dibundak-bundaknya dengan kedua-dua tangannya supaya yang di bawah naik ke atas." "bundar I\nbujur seperti bentuk bulat yang dileperkan, buntar:\npenumpang sekarang menyaksikan laut yang ~ seperti dulang raksasa;\nmembundar\n nampak bundar, merupakan bundar;\nmembundarkan\n menjadikan bundar;\nbundaran\n sesuatu yang bundar." "bundar II\nberus (untuk membersihkan pakaian dan lain-lain)." "bundel\n[Jawa] simpul, ikatan." "bunduk\n(Parsi) anak haram." "bunduki\n[sastera lama] sejenis wang emas (Venice)." "bundung\nsejenis penyakit bengkak pada leher binatang (lembu, kerbau, dan lain-lain)." "bung I\n[Pahang], [Indonesia] abang." "bung II\nbunyi seperti bunyi gendang." "bunga I\n1.\n bahagian tumbuhan untuk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum:\n~ jambu;\n~ melati;\n~ raya;\n 2.\n lukisan (pada kain dan lain-lain);\n \n~ pamor \nlukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris;\n3.\n = \n~ tayar \nbahagian permukaan tayar yang rupanya seperti hiasan (ukiran atau corak);\n4.\n = \n~ wang \nbayaran (tambahan) yang dikenakan ke atas atau diperoleh daripada wang yang dipinjamkan, keuntungan kerana meminjamkan wang, faedah, anak wang:\n~ yang dikehendaki oleh pinjaman Amerika sebanyak 5% itu seharusnya tidak perlu;\n 5.\n [kiasan] sesuatu yang dianggap cantik (indah dan lain-lain) yang dapat disifatkan seperti kembang:\nkecantikan parasnya sudah cukup untuk menjadikan dia ~ majlis dalam perkumpulan;\n 6.\n alamat atau tanda akan bermulanya sesuatu peristiwa dan lain-lain:\npengetahuan yang diperolehnya itu subur mengeluarkan bukan setakat ~-~ kekacauan malah menghasilkan juga penyelewengan;\n~ angin \nribut permulaan;\n \n~ api \na) nyala api yang berterbangan (meloncat);\n b) = \nkembang ~ \nsejenis mercun yang mengeluarkan api yang merupakan bunga (lukisan dan lain-lain);\n ~ bahasa\n ungkapan yang terdiri daripada kiasan (simpulan bahasa dan peribahasa) untuk memperindah percakapan;\n \n~ baki hutang\n (Ekonomi) bunga atau bahagian pinjaman yang belum dilunaskan;\n \n~ bangsa \npemuda harapan bangsa;\n \n~ barah (puru, kusta) \nbintik putih-putih pada kulit tanda mulai dihinggapi penyakit barah dan lain-lain;\n \n~ betina \nbunga yang berpistil sahaja;\n \n~ biasa \n= \n~ tepat\n bunga mudah yang dikira berdasarkan 360 hari setahun;\n \n~ bibir \na) kata-kata yang manis;\n b) buah mulut;\n \n~ buatan\n bunga yang dibuat daripada kertas (plastik dan lain-lain);\n \n~ butang \nsejenis tumbuhan (herba), pokok serunai, serunai laut, \nWedelia bifiora;\n~ dua jantina \nbunga yang stamen dan pistilnya terdapat pada kuntum bunga yang sama;\n \n~ dulu betina\n bunga yang pistilnya lebih dahulu masak daripada stamen;\n \n~ dulu jantan \nbunga yang stamennya lebih dahulu masak daripada pistil;\n \n~ jantan\n bunga yang berstamen;\n \n~ karang \nsejenis tumbuh-tumbuhan pada karang;\n \n~ kehidupan \nkesenangan hidup;\n \n~ kekasar \nsejenis tumbuhan (pokok yang berbuah), gajus (kajus), jambu monyet (golok, iros, terung), \nAnacardium occidentale;\n~ kertas\na) bunga yang dibuat daripada kertas (untuk perhiasan rambut dan lain-lain);\n b) sejenis tumbuhan (pokok yang berbunga), \nBougainvillea spp.;\n~ ketar \nbunga kertas pada dawai (perhiasan rambut pengantin perempuan);\n \n~ kuku\n bahagian yang putih pada pangkal kuku;\n \n~ kundai (sanggul, sisir) \nbunga buatan untuk perhiasan kundai (sanggul, sisir);\n \n~ lagu \npatah lagu yang biasanya terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu;\n \n~ (se)lengkap \nsekuntum bunga yang mempunyai salut, ranggi, stamen dan pistil;\n \n~ mas \na) bunga yang dibuat daripada emas;\n b) sejenis bunga daripada emas yang dahulu diberikan oleh Sultan Kedah sebagai ufti kepada raja Siam;\n \n~ mudah \n(Ekonomi) bunga yang dikira dengan mendarabkan kadar bunga tahunan dengan jumlah pokok;\n \n~ padi\na) bunga pokok padi;\n b) sejenis jahitan;\n \n~ pasir \npasir halus-halus yang terapung di permukaan air;\n \n~ pending\n tepi pada bakul;\n \n~ rampai \na) beberapa jenis bunga harum yang dicerai-ceraikan kelopaknya dan dicampur dengan daun pandan yang dihiris halus-halus;\n b) kumpulan cerita yang baik-baik;\n c) lagu-lagu pilihan;\n \n~ raya\na) sejenis tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, \nHibiscus rosa sinensis; \nb) perempuan jalang;\n \n~ sejantina\n bunga yang stamen dan pistilnya terdapat pada kuntum bunga yang berlainan;\n \n~ sena\na) bunga pokok sena;\n b) [Kelantan] nira nyiur sewaktu mulai menggelegak (pada masa membuat gula melaka);\n \n~ serunai \na) bunga teluki;\n b) sejenis tumbuhan yang berbunga kuning, \nWeldelia biflora; \nc) [Melaka] cincin yang dibawa sewaktu pergi meminang sebagai tanda bertanya;\n \n~ sinar\n ranggi pada jenis bunga matahari;\n \n~ sirih \n[Perlis] sirih pengantin;\n \n~ tanah \nlapisan tanah sebelah atas yang subur;\n \n(akar) ~ tanjung\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perah, akur, \nIlligera appendiculata;\n~ telur\n telur yang dihadiahkan kepada tetamu yang hadir dalam sesuatu majlis perkahwinan (biasa diberi bertangkai dan disertai dengan hiasan bunga atau diberi berbekas);\n~ bukan sekuntum \n= \nkalau ~ tidak sekuntum \n= \n~ tak sekaki, kumbang tak seekor \n(peribahasa) laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini;\n \n~ dipersunting, sudahnya akan layu \n(peribahasa) sesuatu yang dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang);\n \n~ dipetik, perdu ditendang \n= \n~nya dipersunting, pangkalnya diberaki\n (peribahasa) isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci);\n \n~ gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur \n(peribahasa) setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua);\n \n~ kembang berbalik kuncup \n(peribahasa) mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar;\n \n~ yang harum itu ada durinya \n(peribahasa) yang megah itu ada juga celanya;\n \n~ yang layu balik kembang \n(peribahasa) tatkala ternyata kebenaran seseorang yang tertuduh;\n \nbuang ~ ke jirat \n(peribahasa) berbudi kepada seseorang yang tidak mengenang (memerlukan) budi orang;\n \ndi mana ~ yang kembang, di situ kumbang yang banyak \n(peribahasa) di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki;\n \nkalau dicampak ~, tak akan dibalas dengan tahi \n(peribahasa) kalau kita berbuat baik kepada orang, tidak akan dibalasnya dengan kejahatan;\n \nlaksana ~ dedap, sungguh merah berbau tidak\n (peribahasa) orang yang elok dan tampan tetapi tiada berbudi;\n \nlaksana kera dapat ~ \n(peribahasa) tiada dapat menghargai barang yang bagus;\n \nlempar ~ dibalas dengan lempar tahi\n (peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;\n \nsayang ~ layu di pohon \n(peribahasa) perihal seorang gadis yang tiada bersuami hingga tua;\n \nsebab kasih akan ~ setangkai, dibuang ~ seceper\n (peribahasa) kerana kasih seseorang disia-siakan orang yang banyak;\n \numpama kasihkan ~ seceper, terbuang ~ sekaki \n(peribahasa) kerana kasihan kepada orang banyak, disia-siakan kaum yang seorang;\n \nseperti ~, sedap dipakai layu dibuang\n (peribahasa) dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dan lain-lain);\nbunga-bungaan\n1.\n berbagai-bagai jenis bunga:\nditanamnya kayu-kayuan dan ~; \n2.\n bunga buatan (lukisan dan lain-lain);\n 3.\n pemolek (hiasan):\npertuturan yang penuh dengan ~;\nberbunga\n1.\n mempunyai (mengeluarkan) bunga:\npokok durian sudah mulai ~;\n 2.\n =\n berbunga-bunga\n berhias dengan gambar atau lukisan bunga:\nkain hitam ~ merah;\n 3.\n =\n berbunga-bunga\n mengandungi (terhias dengan) kata-kata yang indah:\nbahasanya ~;\n 4.\n [kiasan] berhias (disertai) dengan:\nwajahnya ~ senyuman yang manis;\n 5.\n mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah:\npinjaman yang tidak ~;\n 6.\n (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dan lain-lain):\nsegala usaha dan jerih kita sudah ~;\n 7.\n ada bunganya (berkenaan (dengan) tayar):\nkeempat-empat tayarnya masih ~;\n 8.\n bertanda corak timbul (yang dibuat dengan mesin):\ngetah asap ~;\nmembunga\n1.\n menyerupai bunga;\n 2.\n membuat corak timbul (pada getah keping) dengan menggunakan mesin;\nmembungai 1. = membunga-bungai\n menghias dengan bunga, memperelok dengan bunga;\n 2.\n memberi bunga (wang dan lain-lain);\n 3.\n menghias:\nsetiap wajah dibungai senyuman;\nmembungakan\n meminjamkan dengan syarat mendapat bunga:\n~ wang;\nmemperbungakan\n membungakan (wang);\nkebungaan\n bentuk hiasan yang berbunga:\n perhiasan digabungkan dengan latar belakang dekoratif ~." "bunga II\n~ air\n sejenis ikan laut, bilis,\na) \nStolephorus spp.; \nb) \nEngraulis spp." "bungar\n[arkaik] = \nbungaran\n yang pertama sekali (buah, bunga, telur, dan lain-lain)." "bungkal\n1. = bungkalan\n bongkah, gumpal:\n~ tanah liat;\n 2.\n anak timbangan, timah dan lain-lain pemberat jala:\n~ jala;\n 3.\n sukatan berat (emas dan lain-lain) yang bersamaan dengan 16 mayam atau 53.9 gram:\nemas se~;\n~ genap menahan cuba, emas baik menahan uji \n(peribahasa) keutamaan sifat seseorang dapat dicuba dan diuji;\n \nmengambil ~ kurang \n(peribahasa) berasa tersinggung oleh perkataan orang." "bungkam\ntidak bersuara (bercakap dan lain-lain), diam:\nketika datang guru, murid-murid semua ~; \nakhbar-akhbar ~ tentang perkara itu;\nmembungkam\n menjadikan tidak bersuara, menutup mulut:\nperaturan itu diadakan untuk ~ akhbar-akhbar; \nbagaimanakah anda ~ kritikannya ?\nkebungkaman\n keadaan bungkam, kesenyapan, kebisuan:\n jiwa Hidayah bergetar dalam ~ yang mencengkam daging dan tulang-temulangnya;\npembungkaman\n perihal atau perbuatan membungkam;\npembungkam\n alat untuk membungkam (azimat dan lain-lain)." "bungkau\nsejenis alat muzik tradisonal kaum Kadazan yang dibuat daripada buluh." "bungkil\n[Jawa] hampas kacang yang sudah diambil minyaknya." "bungkin\n[Kedah] tertimbun." "bungkup\nsejenis tumbuhan (pokok), \nBruguiera spp." "bungkus\n1.\n = \npembungkus\n bahan (kertas, kain, daun) untuk membalut sesuatu:\ndaun ~ nasi;\n 2. = bungkusan\n benda yang dibalut (dengan kertas, kain, daun, dan lain-lain):\nse~ kain;\n~-bingkis \nberbagai-bagai jenis benda yang dibalut;\n \nbesar ~ tak berisi \n(peribahasa) orang yang besar cakap dan tidak berisi;\nberbungkus\n berbalut:\ndi tangannya ada benda-benda ~;\nmembungkus\n1.\n membalut:\npermata itu dibungkus dengan kain baldu;\n 2.\n menyembunyikan, merahsiakan:\nmereka pandai benar ~ rahsia hati masing-masing;\n 3.\n menangkap, memberkas (pencuri dan lain-lain);\n~ tulang dengan daun talas\n (peribahasa) menyembunyikan rahsia dengan tidak hati-hati (mudah saja diketahui orang);\n \nsepandai-pandai ~, yang busuk berbau juga \n(peribahasa) perbuatan yang salah itu lambat-laun akan ketahuan juga;\nmembungkusi\n menyelubungi:\nkeheningan malam itu terasa ~ diri kami;\npembungkusan\n perbuatan (proses) membungkus;\npembungkus\n1.\n bahan (kertas, kain, daun, dan sebagainya) untuk membungkus sesuatu;\n 2.\n orang (syarikat dan sebagainya) yang membungkus;\n3\n. sesuatu yang digunakan untuk atau dalam kerja membungkus:\nmesin ~ gula-gula." "bunglon\n[Indonesia]\n1.\n sejenis bengkarung yang dapat bertukar warna (menurut tempat ia berada);\n 2.\n orang yang tidak berpendirian tetap (sekali berpihak ke mari, sekali berpihak ke sana);\nmembunglon\n bertukar-tukar pihak." "bungsil\n[arkaik] putik nyiur, mumbang." "buni I\nbunyi;\nmembunikan\n membunyikan." "buni II\nsembunyi;\nmembunikan\n menyembunyikan;\nterbuni\n tersembunyi;\nbunian\n \norang ~\n orang halus (dalam hutan dan lain-lain)." "buni III\nsejenis tumbuhan (pokok), berunai, \nAntidesma bunius." "bunjai\n[Minangkabau] jumbai, rumbai;\n= gunjai." "bunker\n1.\n kubu pertahanan di bawah tanah, biasanya dibina daripada konkrit dan keluli;\n2.\n kontena besar untuk menyimpan bahan api:\n~ arang batu; \n3.\n (dalam permainan golf) kawasan berpasir di padang golf yang dijadikan halangan." "buntak\n1.\n gemuk dan pendek;\n 2.\n [Minangkabau] bundar." "buntal I\nbuncit, gembung, buntar." "buntal II\nbeberapa jenis ikan yang menjadi gembung kalau dipegang;\n jenis-jenisnya:\n~ batu = ~ kotak = ~ peti, Lactoria spp., Tetrosomus spp.;\n~ duri = ~ landak, Diodon spp, Chilomycterus spp.;\n~ pisang, Amblyrhynchotes spp., Arothron spp., Chelonodon spp.; \nbagai ~ kembung \n= \nmelabuh-labuh bagai ~ ditiup \n(peribahasa) sombong." "buntal III\nbuntel." "buntang I\n1.\n terbeliak, terbuka luas-luas (berkenaan (dengan) mata):\n~ matanya memandang dengan rasa penuh curiga;\n 2.\n [kiasan] tinggal sia-sia, terlantar, terbiar:\nladang dan tanam-tanaman mereka ditinggalkan ~ sahaja kerana lari ke tempat lain;\nmembuntang\n1.\n = \nberbuntang, terbuntang\n terbuka luas-luas, terbeliak (mata):\nmatanya terbuntang tiada terkelip;\n 2.\n terapung-apung di air (berkenaan (dengan) ikan dan lain-lain);\nmembuntangkan\n1.\n membuka luas-luas (mata), membeliakkan;\n2\n. membentangkan;\n 3.\n mengapungkan." "buntang II\n[Minangkabau] bangkai." "buntang III\nbahagian daripada perkakas tenun." "buntar\nbulat, bundar;\n \n(tengah) ~ bayang-bayang (membayang) \ntengah hari benar;\n \n~ dikeping, suarang diagih \n(peribahasa) [Minangkabau] harta persyarikatan dibahagikan, tetapi harta pembawaan dipulangkan." "buntat\nbatu hempedu, batu yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan lain-lain;\n \n~ hendak jadi gemala (kemala) \n(peribahasa) tidak tahu diuntung." "buntel\n[Jawa] bungkus;\nmembuntelkan\n membungkus;\nbuntelan\n bungkusan." "buntet\n[Jawa] buntu." "buntil\nkarung daripada kain:\nsebuah ~ besar yang berisi penuh; \nkopral itu meletakkan ~nya ke tanah; \nterlampau duka terurah ~, terlampau suka terurah rahsia\n (peribahasa) apabila berdukacita, terjual barang simpanan, apabila bersukacita, terbuka rahsia;\nbuntilan\n buntil." "bunting\n1.\n mengandung (biasanya dipakai untuk binatang), hamil:\nkambing itu sudah ~;\n 2.\n batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar:\npatah dua tiga batang, pokok padi tengah ~;\n~ bantang (besar) \nbunting yang sudah besar;\n \n~ harimau \n(orang yang suka) marah-marah semasa bunting;\n \n~ jolong\n mengandung untuk pertama kali;\n \n~ kecil \nbunting yang masih kecil;\n \n~ kerbau\n bunting yang lamanya lebih daripada sembilan bulan;\n \n~ padi \nperi kecantikan betis perempuan;\n \n~ pelamin \nmengandung pada bulan pertama berkahwin;\n \n~\n \nsarat (tua) \nbunting sudah genap bulan;\nmembunting\n menjadi (nampak) bunting:\nbetisnya ~ padi;\nmembuntingi\n menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan :\nia telah ~ gadis itu;\nmembuntingkan 1\n. \nsedang mengandung (di dalam perut):\npada masa itulah makmu ~ engkau; \n2.\n menyebabkan bunting, membuntingi:\n siapa yang telah ~ kau?\nbuntingan\n kandungan;\npembuntingan\n proses (perbuatan) membuntingkan anak." "buntu\nmati (jalan dan lain-lain), tertutup (pintu dan lain-lain), terhalang, tersekat;\n \nfikiran ~ \ntidak berfikir panjang lagi;\n \njalan ~ \na) jalan mati;\n b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat;\n \nusus ~\n usus yang tersekat hujungnya;\nmembuntukan\n membuat buntu;\nkebuntuan\n perihal (keadaan) buntu." "buntung\n[Indonesia]\n1.\n kudung (kaki, tangan, ekor, dan lain-lain);\n \nbaju (kemeja) ~\n baju (kemeja) yang tidak berlengan;\n 2.\n mendapat kerugian (kemalangan dan lain-lain);\nmembuntungkan\n mengudungkan." "buntur\nlebih daripada kenyang (makan), bosan, muak." "buntut I\n1.\n bahagian badan di antara belakang dan kaki, punggung:\nmenteri mengepalakan gajah, dan bentara di ~ gajah;\n~ kapal\n buritan;\n 2.\n bahagian bawah sebelah luar periuk, kuali, dan lain-lain (yang menyentuh permukaan lain);\n3.\n lanjutan (sesuatu perkara), akibat:\nperkara itu belum habis lagi, ada ~nya;\nberbuntut\n1.\n mempunyai buntut:\nbintang ~;\n 2.\n ada akibatnya (lanjutannya), berekoran;\nberbuntut-buntut\n (dengan) yang satu (seorang) mengikuti di belakang yang lain, beruntun-runtun, berderet-deret:\nberjalan ~;\nmembuntut\n1.\n mengikutseseorang atau sesuatudari belakang;\n2.\n [kiasan] mengikut:\nYang salahnya, kita sering ~. Tidak berfikir sendiri;\n membuntuti\n mengikut, mengekori:\nia ~ ibunya ke mana-mana;\n membuntuntukan\n mengarahkan punggung pada sesuatu atau seseorang:\n ibu memalingkan badannya, ~ aku." "buntut II\n(kayu) ~ baung \nsejenis tumbuhan (pokok renek), daun sekentut, temberak hutan, \nLasianthus oblongus." "bunuh\n~ diri \nmengambil nyawa sendiri dengan sengaja;\n hukum ~\n hukum mati (dengan dipancung, digantung, ditembak, dan lain-lain);\nberbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan\n ark, \nbunuh-membunuh\n mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan):\npada zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;\nmembunuh\n1.\n mematikan, menghilangkan nyawa:\ndia dituduh ~ kawannya;\n 2.\n memadamkan (api, tulisan, dan lain-lain), menghapuskan (sesuatu), melupuntukan:\nsebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; \nia ~ perkataan yang telah ditulisnya; \nTuan Hess ~ maksud Encik Ramli; \nsikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri;\n 3.\n menutup (menampal) tempat yang bocor;\nterbunuh\n mati (akibat kemalangan, dibunuh, dan sebagainya);\nbunuhan\n1.\n (orang dan lain-lain) yang dibunuh;\n 2.\n bahagian lukah yang di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap);\npembunuhan\n perbuatan membunuh;\npembunuh\n1.\n orang yang membunuh;\n 2.\n alat atau sesuatu yang digunakan untuk membunuh:\nubat ~ serangga;\n~ bersiri \norang yang membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dalam kejadian yang berurutan." "bunut I\n= \n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), \nPternandra coerulescens." "bunut II\nhujan ~ \nhujan rintik-rintik." "bunyi I\n1.\n sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar selain suara manusia:\n~ senapang;\n~ burung;\n 2.\n suara alat muzik atau orang menyanyi (laras nada):\n~ biola; \nalat ~;\n 3.\n lafaz, sebutan, pengucapan (dengan alat pertuturan):\ndua perkataan ini sama sahaja ~nya; \n4.\n bacaan (surat dan lain-lain), isi (surat, permintaan, dan lain-lain):\napa ~ surat ayah kita?; \nsungguhpun permintaan itu kecil ~nya, tetapi berat juga untuk memenuhinya;\n~ bahasa \n[Indonesia] bunyi yang dipakai dalam sesuatu bahasa;\n ~ cina karam \nki bising sangat (riuh sangat);\n \n~ geser \nbunyi yang terjadi kerana udara keluar melalui celah yang sempit dan lain-lain, geseran;\n \n~ kembar (rangkap) \n[Indonesia] dua bunyi yang diucapkan merangkap satu bunyi (bunyian dan lain-lain);\n \n~ letus \nbunyi yang terjadi kerana udara keluar dengan tiba-tiba (bunyi p dan lain-lain), letusan;\n ~ sengauan\n bunyi yang keluar melalui hidung (bunyi ng dan lain-lain);\nbagai ~ siamang kenyang \n(peribahasa) banyak cakap kerana mendapat kesenangan;\n \nkerana mendengar ~ \n(peribahasa) terpedaya kerana mendengar berita baik;\n \nsetengah bagai ~ enggang, setengah bagai ~ kuau \n(peribahasa) pendapat orang bermacam-macam (berlain-lainan);\nsebunyi\n serupa bunyinya:\nkata ~; \nsurat ini ~ dengan surat yang sudah kita terima;\nberbunyi\n1.\n mengeluarkan bunyi, memberi bunyi:\nbertepuk sebelah tangan manalah boleh ~; \ngenderang serunai pun ~lah;\n 2.\n bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya:\nsurat itu ~ seperti berikut;\nberbunyi-bunyi\n berbunyi berulang-ulang;\nmembunyikan\n1.\n menjadikan berbunyi, memainkan alat muzik:\n~ loceng;\n 2.\n melafazkan, menyebut:\n~ perkataan dengan jelas;\nbunyi-bunyian\n alat muzik." "bunyi II\nberbunyi\n [sastera lama] bersembunyi:\nmaka Sita Dewi pun ditaruhnya ~ juga;\nmembunyikan\n [sastera lama] menyembunyikan ." "bupala\n[sastera lama] raja." "bupati\n[Indonesia]\n1.\n kepala daerah (bahagian daripada provinsi);\n 2.\n pegawai istana yang tinggi (di Yogyakarta dan Surakarta)." "bura\nsembur, hembus (dengan keras);\nnaga ~\n [sastera lama] sejenis naga yang menyemburkan api dan bisa;\n \nular ~\n ular mura (ular yang suka menyembur dan berbisa);\nmembura\n menyembur:\nsembur ~ dari mulutnya;\nmemburakan\n1.\n menyemburkan:\n~ ubat nyamuk.\n 2.\n [kiasan] pecah berderai (cerai-berai)." "burai\nberburai, terburai\n \n1.\n berderai, bertaburan:\ntiba-tiba terlanggar batang hanyut, rakitnya terburai;\n 2.\n terurai dan kusut (rambut dan lain-lain);\n 3.\n [kiasan] pecah (rahsia, persahabatan, dan lain-lain);\nmemburaikan\n memecahkan:\nhujan ~ takungan." "burakah\n[Minangkabau] sombong." "buraksa I\n= bereksa." "buraksa II\n= beraksa II." "buram I\nburam I\n rancangan (surat, tulisan, gambar, dan lain-lain), rang, draf." "buram II\n1.\n muram, suram, kabur, kabut (kaca);\n 2.\n tidak jernih, tidak cerah (mata)." "buran\nsejenis binatang laut, \nActinia spp\n." "burangsang, buransang\n[Minangkabau] marah." "buraq\nsejenis binatang dari syurga yang ditunggang oleh Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj." "buras I\nbual, borak, cakap angin, obrol;\nmemburas\n1.\n memujuk dengan kata yang muluk-muluk;\n 2.\n berbual, berborak, mengobrol;\nmemburaskan\n membualkan, memborakkan, mempercakapkan;\npemburas\n pembual, pemborak." "buras II\nsejenis penganan yang terbungkus dalam daun pisang (dibuat daripada beras dan santan)." "buras III\n[arkaik];\nmemburas\n menghapus(kan)." "burat\n[Jawa] boreh." "burdah\n[Arab]\n1.\n sejenis jubah yang dibuat daripada bulu domba;\n 2.\n = \nzikir ~ \n= \nmaulud ~\n berzanji (nyanyi puji-pujian untuk Nabi pada bulan Maulud)." "bureng\n[Jawa] muram, kabur, kabut." "buret\ntiub kaca yang bersenggat dan berpili untuk menyukat cecair." "burger\nkepingan daging kisar (yang sudah dibubuhi rempah) yang digoreng atau dipanggang, biasanya dimakan dengan roti." "burhan\n[Arab] bukti, dalil." "buri\n[Jawa], [sastera lama] belakang, punggung." "burit\n1.\n punggung, (bahagian) belakang, buntut;\n2.\n dubur;\n \nmain\n \n~ \nbersetubuh sesama lelaki;\n3.\n [Kedah], [Perak] kemaluan perempuan;\nmemburit\n bersetubuh sesama lelaki;\nburitan\n1.\n bahagian belakang perahu (bot, kapal dan sebagainya);\n 2.\n bahagian belakang binatang seperti lipas." "burka\n[Arab] sejenis kain selubung pada muka dan badan, berguk, merguk." "buron, buronan\n[Indonesia] orang yang diburu polis, buruan polis;\npemburon, pemburonan\n pelarian." "bursa\ntempat memperjualbelikan saham dan lain-lain:\nB~ Saham Kuala Lumpur;\n~ komoditi \ntempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, seperti kelapa sawit, getah dan koko;\n \n~ opsyen \ntempat memperdagangkan sama ada opsyen untuk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, misalnya Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yang terdapat di Malaysia." "buru\nburu-buru\n bergegas-gegas, cepat-cepat:\nseorang doktor ~ dipanggil;\nberburu\n mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar:\napabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;\nberburu-buru\n1.\n berkejar-kejar, berkejar beramai-ramai:\n orang kampung riuh ~ pencuri yang lari itu;\n 2.\n bergesa-gesa, bergegas:\npenumpang ~ naik bas;\nmemburu\n1.\n mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu (orang, binatang, dan lain-lain):\n~ binatang;\n~ pencuri; \n2\n. \nmeluru atau bergegas untuk mendapatkan sesuatu:\n ia menanggalkan kasut terus ~ ke dalam;\n 3.\n berikhtiar sekuat tenaga untuk mencapai sesuatu:\naku tidak akan ~ dan berlumba-lumba untuk mencapai kedudukan yang tinggi;\n~ kekayaan (pangkat, wang) \nberikhtiar mendapat kekayaan dan lain-lain;\n ~ selamat \nberikhtiar agar selamat;\n \n~ masa (waktu) \nberikhtiar agar jangan terlambat;\n 4. = memburu-buru, memburu-burukan\n menggesakan, mempercepat:\ntak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi;\nterburu\n = \nkeburu\n [Jakarta]\n1.\n (dapat) dikejar:\ntak akan ~ oleh kau kereta itu; \n2.\n [Jakarta] [kiasan] melampau sangat (menghendaki sesuatu dan lain-lain):\n~ nafsu (hati);\nterburu-buru\n dalam keadaan tergesa-gesa:\n fikirkan dengan tenang, jangan ~;\nburuan\n orang, binatang atau sesuatu yang diburu:\nagama juga merupakan ~ jiwa yang berterusan;\n \norang ~ \norang yang dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan);\n \nbinatang ~\n binatang yang diburu;\nperburuan\n1.\n binatang yang diburu:\n~ banyak di hutan ini;\n 2.\n perkakas (kelengkapan dan lain-lain) untuk berburu:\nanjing ~;\n 3.\n perihal (perbuatan) berburu:\nmaka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~;\n 4.\n tempat berburu;\npemburuan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) memburu;\nperburu\n orang yang berburu (binatang):\nadapun Seri Teri Buana dengan segala laki-laki ~;\n~ gajah \norang yang berburu gajah;\npemburu\n1.\n orang yang memburu;\n2.\n alat (kelengkapan dan lain-lain) untuk berburu;\nanjing ~ \nanjing untuk memburu;\n \nhantu ~\n [sastera lama] hantu yang mempunyai rupa anjing;\n \nkapal (kapal terbang) ~ \nkapal (kapal terbang) yang kecil dan laju untuk mengejar kapal (kapal terbang) musuh." "buruh\norang yang bekerja untuk mencari makan, pekerja:\nramai orang India yang bekerja sebagai ~; \nKementerian B~; \nkaum ~ \ngolongan pekerja;\n~ kasar\n buruh yang lebih memerlukan tenaga fizikal daripada keupayaan mental dalam pekerjaannya;\n \n~\n \nmahir\n buruh yang mempunyai kepakaran khusus yang diperoleh daripada latihan profesional dalam bidang tertentu, misalnya jurutera;\n \n~ paksa \norang yang dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yang sewajarnya;\n \n~ separuh mahir\n buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan atau latihan separuh profesional, misalnya jurukimpal;\nberburuhkan\n mempunyai, mengupah, atau menggunakan seseorang sebagai buruh:\n sektor perladangan dan binaan terpaksa ~ orang asing;\nmemburuh\n bekerja sebagai buruh:\nsiangnya dia ~, malamnya dia belajar bahasa Inggeris;\nburuhan\n upah memburuh;\nperburuhan\n1.\n tenaga (usaha) buruh:\nmembawa masuk orang India ialah satu jalan mengadakan ~ murah;\n 2.\n perihal buruh atau memburuh:\nperkara ~." "buruj\n[Arab]\n1.\n kota, benteng:\n~ kota negeri Baghdad;\n 2.\n nama gugusan bintang." "buruk\n1.\n tua dan rosak (busuk), tidak cantik:\nZaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; \nkalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong;\n 2.\n tidak baik, jahat:\nperangai yang ~; \npendedahan yang menyingkap tujuan ~ mereka; \n3.\n tidak menyenangkan, merosot:\nekonomi yang semakin ~;\n~ ambil\n salah terima, menganggap kurang baik;\n \n~ hati \njahat (hati);\n \n~ laku \ntidak baik kelakuan;\n \n~ makan\n lahap, rakus;\n \n~ mulut \nkasar mulut;\n \n~ perut \na) banyak makan;\n b) mudah kena sakit;\n \n~ pok\n [Kelantan], [Terengganu] buruk sekali;\n \n~ sangka \nsalah sangka (terima);\n \n~ siku \na) sudah memberi sesuatu kepada orang tetapi mengambilnya balik;\n b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang;\n~ muka, cermin dibelah \n(peribahasa) kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kepada orang lain;\n \n~ perahu ~ pangkalan\n (peribahasa) tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja);\n \n~ tak tahu akan hinanya \n(peribahasa) tidak insaf akan kekurangan diri sendiri;\n \n~-~ (bak) embacang\n (peribahasa) pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pada orang yang elok rupa sahaja;\n \nbiar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati \n(peribahasa) pakaian yang elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dengan budi bahasa yang halus;\n \ntiada ~ yang tiada elok \n(peribahasa) orang yang berselisih itu akan berbaik juga;\n \ntiada elok yang tak ~\n (peribahasa) orang yang berbaik-baik itu akan berselisih juga;\nberburuk, berburuk-buruk\n bermusuhan, berselisihan;\nmemburuk\n menjadi buruk (busuk dan lain-lain):\nsekarang dia terpisah daripada golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;\nmemburukkan\n1.\n menjadikan buruk (busuk dan lain-lain):\nhujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu;\n 2.\n = \nmemburuk-burukkan\n mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca:\nlekas sekali tuduhan datang ~ Ida; \nmereka telah menggunakan isu-isu yang berunsur negatif dengan tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;\nkeburukan\n1.\n kekurangan, kelemahan, kepincangan:\nberikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar;\n2.\n hal yang tidak baik (tentang orang atau sesuatu):\n~ orang yang telah meninggal, terkubur dengan jasadnya; \nbercerita tentang ~ keluarga sendiri;\npemburukan\n perihal memburukkan." "burun\n[arkaik] gurun;\n \nkambing ~\n sejenis kambing liar." "burung I\n1.\n binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang), unggas:\n~ berkik;\n~ dara;\n~ gereja;\n~ hantu;\n 2.\n [kiasan] kemaluan laki-laki (biasanya dipakai untuk kanak-kanak);\n~ bedil \n[Kelantan] pelatuk (alat penjentik peluru);\n \n~ beo \n[Indonesia]\na) tiung;\n b) orang yang bercakap menurut kata orang;\n \n~ pemangsa\n burung yang makan binatang lain;\n \n(bagai) ~ serindit \ndikatakan kepada orang yang memakai pakaian yang sangat hijau;\n \n~ timang \n[Kelantan] anak kesayangan;\n~ gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya \n(peribahasa) orang yang sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi;\n \n~ terbang dipipiskan lada \n(peribahasa) belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya;\n \n~ yang liar jangan dilepaskan, khabar yang mustahil jangan didengarkan\n (peribahasa) jangan dipercayai khabar yang tidak diketahui dengan sah kebenarannya;\n \ndengarkan cerita ~, anak di pangku dilepaskan\n (peribahasa) meninggalkan urusan sendiri untuk mengurus hal orang lain;\n \nharapkan ~ terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan \n(peribahasa) kerana mengharapkan keuntungan besar yang tidak tentu, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan;\n \nibarat ~, mata lepas badan terkurung\n (peribahasa) walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan;\n \nibarat ~, mulut manis jangan dipakai \n(peribahasa) kata yang manis-manis selalu mengandungi semu (orang yang bodoh lekas terpengaruh olehnya);\n \nkuat ~ kerana sayap \n(peribahasa) tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri;\n \nlaksana ~ diam dalam sangkar\n (peribahasa) hal seseorang yang tiada bebas;\n \nmembadai ~ atas langit, merendah diharap jangan\n (peribahasa) janganlah mengharap-harap benda yang susah didapat itu;\n \nsatu sangkar dua ~ \n(peribahasa) dua orang perempuan memperebuntukan seorang laki-laki;\n \numpama ~, tumpang beramai kawan yang banyak \n(peribahasa) orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;\nburung-burungan\n burung buatan." "burung II\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nRhinacanthus nasutus;" "burut\nsejenis penyakit (isi perut turun dan biasanya kantung kemaluan menjadi besar), sakit pasang-pasang, sakit bodek, sakit ulur-ulur;\n \ntiada beban batu digalas, tiada ~ diampu-ampu\n (peribahasa) tidak ada kerja (kesusahan) mencari kerja (kesusahan)." "busa\ngelembung udara yang kecil dan padat pada permukaan cecair (sebab dikocak dan lain-lain), buih:\nmaka laut itu pun menjadi putihlah sebab ~nya; \nmengeluarkan ~;\nberbusa\n berbuih:\nDolah menayangkan gelasnya yang ~;\nmembusa\n mengeluarkan busa." "busa II\n[Minangkabau] hembusan, sembur:\npertimbangannya sendiri pun dikalahkan oleh hembus ~ orang lain;\nmembusa\n menghembus-hembus, meniup, menyembur:\n~ api; \nnafasnya ~ \nterengah-engah;\nmembusakan\n menghembuskan, meniupkan, menyemburkan;\npembusa\n1.\norang yang meniup, peniup;\n2\n. alat untuk meniup, peniup." "busana\n1.\n pakaian yang lengkap dan indah-indah, perhiasan;\n2.\n sl sejenis gelaran;\n \nNara B~\n gelaran batin Candan." "busar\nbusur;\n \ngergaji ~\n gergaji yang gagangnya menyerupai busar;\nmembusar\n mengerjakan sesuatu dengan menggunakan busar;\n \n~ kapas \nmembersihkan kapas dari bijinya dengan memakai busar;\n \nputih seperti kapas dibusar \n(peribahasa) sangat putih." "busat\nmembusat\n memancar (air dan lain-lain):\nair panas yang ~ keluar dari bumi." "buset\n[Jawa] kera;\n \nsakit ~ \nark berak darah." "busi I\n[arkaik] dedak, sekam." "busi II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pangkal cahaya yang berbentuk lilin pada lampu elektrik atau gas;\n2.\n alat untuk mencetuskan api pada enjin gas." "busjaket\nsejenis baju seperti jaket." "bustan\n[sastera lama] kebun bunga, taman." "busu\npanggilan kepada bapa saudara, emak saudara, anak dan sebagainya yang bongsu." "busuk\n1.\n berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dan lain-lain):\nbangkai yang sudah ~; \nbau ~;\n2.\n jahat, dengki, khianat;\n \n~ budi \ntidak baik budi;\n~-bangar \n= \n~-lahak\n sangat busuk;\n \n~ hati\n jahat hati;\n \n~ kohong \n[Kelantan] sangat busuk;\n \n~ mulut \na) nafas berbau tidak sedap;\n b) suka memaki (memakai perkataan yang kotor-kotor);\n~ tak tahu dibaunya\n (peribahasa) tidak insaf akan kekurangan dirinya;\n \nmana ~ yang tiada berbau\n (peribahasa) tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga;\n \ntelah ~ maka dipeda\n (peribahasa) sudah terlambat baru dikerjakan;\nmembusuk\n menjadi busuk:\nbenda-benda organik yang mereput atau ~ seperti longgokan sampah;\nmembusukkan\n1.\n menjadikan busuk:\ncara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dengan rumput atau daun-daun yang dibusukkan; \n2.\n memburukkan (orang dan lain-lain), memfitnah, mencelakan:\ndialah yang ~ nama gurunya; \ntak guna ~ kawan sendiri;\nkebusukan\n1.\n perihal busuk (berbau tidak sedap):\nmereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; \n2.\n perihal busuk (hati):\ndia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;\npembusukan\n perihal membusukkan." "busuk-busuk\nsejenis tumbuhan (pokok), bereksa, bebusuk, sebusuk, \nCassia nodosa." "busung\n1.\n gembung perut (kerana penyakit):\npenyakit ~; \n2.\n gembung kerana penuh berisi (air dan lain-lain):\nbuah dada gadis itu ~; \nkepala ~ \nkepala menjadi besar kerana berisi air;\n3.\n timbunan pasir di muara sungai, gosong;\n~ air \npenyakit busung kerana perut berisi air;\n \n~ darah \npenyakit busung kerana tidak datang bulan;\n \n~ kencing \nbusung kerana penyakit pada gelembung kencing;\n \n~ muka \nmuka bengkak (bakup);\nmembusung\n1.\n menjadi busung, menggembung:\nperutnya ~ akibat penyakit itu; \n2.\n meninggi (pasir dan lain-lain), merupakan busung:\nlumpur yang dibawa air sungai itu ~ di muara; \ndengan dada ~ \nki dengan perasaan megah (sombong);\nmembusungkan\n menggembungkan;\n \n~ dada \na) membesarkan dada;\n b) [kiasan] menyombongkan diri, membanggakan diri:\nMat Akil ~ dada;\nterbusung\n menjadi busung;\npembusungan\n perihal terjadinya busung." "busur\n1.\n kayu (buluh dan lain-lain) yang dilengkungkan dan direntangkan tali untuk melepaskan anak panah;\n \nanak ~ \nanak panah;\n \ntali ~ \ntali yang direntangkan pada busur;\n2.\n alat untuk membersihkan kapas daripada bijinya (dibuat daripada kayu dan lain-lain yang dilengkungkan dan direntangkan tali);\n3.\n [Kelantan] kayu dan lain-lain yang direntangkan tali dan dipasang pada layang-layang supaya berbunyi;\nmembusur\n1.\n lengkung seperti busur;\n2.\n memanah dengan memakai busur;\n3.\n membersihkan kapas dan lain-lain dengan busur." "busut\n1.\n tanah yang melonggok sptbukit tetapi lebih rendah, bukit kecil:\nia beredarlah dari situ lalu pergi duduk di atas sebuah ~; \n2.\n sarang anai-anai yang merupakan bukit kecil:\n~ semut;\n~ betina \nbusut yang besar dan bulat;\n \n~ jantan \nbusut kecil dan lancap;\nmembusut\n menjadi seperti busut:\nkerak nasi ~ jantan." "busyel\nunit sukatan untuk biji-bijian, buah-buahan, cecair dan sebagainya yang boleh memuat 8 gelen atau 36.4 liter." "but\n= \nkasut ~\n kasut yang menutupi kaki (melebihi bahagian atas mata kaki) bertapak dan bertumit keras atau tebal, dibuat daripada kulit atau getah." "buta\n1.\n tidak dapat melihat:\nsekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~;\n2.\n tidak terang melihat;\n \n~\n \nrabun \n= \n~ radam \nmata kabur;\n3.\n [kiasan] tidak tahu (menulis, membaca, dan lain-lain), tidak dapat mengenal (warna, huruf):\nKarim memang ~ bahasa Inggeris; \n4.\n dalam erti tidak ada (mempunyai) sesuatu;\n \ngaji (wang)\n \n~ \ngaji tanpa bekerja;\n \nperigi ~\n perigi yang tidak berair;\n \nsurat ~ \nsurat tanpa nama si pengirim;\n5.\n kata untuk menyatakan amat sangat;\n \ngelap ~ \nsangat gelap;\n \nmalam ~\n malam yang sangat gelap;\n \npagi-pagi ~\n pagi-pagi sangat;\n \nsepeser ~ pun tidak ada \nsesen pun tidak ada;\n~ angka \ntidak pandai atau tidak tahu mengira;\n \n~ ayam \na) rabun (kabur mata) waktu senja;\n b) petang hari (sesudah waktu senja);\n \n~\n \nbelalang \nbuta tetapi mata tidak rosak;\n \n~ belengset\n buta dengan kelopak mata bahagian bawah terkeleweh;\n \n~ bular\n buta kerana mata berselaput;\n \n~ celik \n= \n~ cemik\n = \n~ cemer\n buta dengan biji mata yang tidak rosak;\n \n~ hati \na) tidak berhati perut, kejam;\n b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan);\n \n~ kayu \n[bahasa percakapan] buta huruf;\n \n~ kesip \n= \n~ pecah\n buta dengan biji mata yang pecah (rosak);\n \n~ komputer \ntidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer;\n \n~ larangan \ntidak dapat melihat jauh;\n \n~ malam \nbuta pada malam hari;\n \n~ mereluh\n buta langsung;\n \n~ perut \na) [bahasa percakapan] tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dalam melakukan sesuatu perbuatan);\n b) [kiasan] asal makan saja (tidak peduli rasa makanan);\n \n~ rengga\n [Kelantan] bermacam-macam jenis buta;\n \n~ siang\n buta pada siang hari;\n \n(mem)buta tuli \ntidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa;\n \n~ warna \ntidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu;\nbagai si ~ pergi bergajah \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan);\n \nbongkok baru betul, ~ baru celik \n(peribahasa) orang yang hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada;\n \norang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli \n= s\npt si ~ baru melihat\n (peribahasa) sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan);\n \norang ~ diberi bersuluh \n(peribahasa) perbuatan yang sia-sia;\n \nseperti orang ~ kehilangan tongkat \n(peribahasa) berada dalam kesukaran;\n \nsi ~ membilang bintang di langit\n (peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia;\n \nyang ~ peniup lesung \n(peribahasa) walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya;\nmembuta\n1.\n berpura-pura buta;\n2.\n [bahasa kasar] tidur:\nsaya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; \n3.\n = \n~ tuli\n = \nbuta-butaan\n tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati);\nmembutakan\n membuat buta, mengakibatkan buta:\nperompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; \nkau pula hendak ~ hati aku;\nkebutaan\n perihal buta, keadaan buta." "buta huruf\ntidak pandai membaca dan menulis;\nkebutahurufan\n perihal (keadaan) tidak boleh membaca dan menulis." "buta-buta\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), bebuta, \nExcoecaria agallocha; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), pong-pong, \nCerbera manghas." "butal\n[Kelantan] sejenis ikan." "butala\n[sastera lama] bumi, tanah." "butana\n(Kimia) gas yang dihasilkan daripada petroleum, digunakan dalam bentuk cecair sebagai bahan api untuk memanaskan sesuatu, memasak dan sebagainya." "butang\n1.\n benda kecil, biasanya bulat dibuat daripada logam, plastik, dan lain-lain, digunakan untuk mengancing pakaian atau sebagai hiasan, buah baju, kancing baju (pakaian);\n \n~ cangkuk \nbutang yang terdiri daripada cangkuk dan penyangkutnya;\n \n~ katup \nbutang yang terdiri daripada dua belah dan ditutup dengan cara menekan yang satu di atas yang lain;\n \nlubang ~\n lubang yang dibuat pada pakaian untuk melekatkan (mengenakan) butang;\n2.\n benda kecil pada alat (pesawat dan sebagainya) yang bentuknya atau rupanya seakan-akan butang pada pakaian dan ditekan untuk menghidupkan atau menggerakkan alat (pesawat dan sebagainya) yang berkenaan;\nberbutang\n1.\n mempunyai (memakai) butang (berkenaan (dengan) baju, skirt, seluar, dan sebagainya):\nbajunya ~ di belakang; \n2.\n berpasang butangnya:\ndia membiarkan bajunya terbuka, tidak ~;\nberbutangkan\n menggunakan sesuatu sebagai butang:\nbaju kurungnya ~ mutiara;\nmembutangkan\n1.\n memasangkan butang (pada pakaian dan sebagainya dengan cara menjahitkannya);\n2.\n memasangkan (mengenakan, melekatkan) butang (untuk mengatup):\ndia ~ kotnya;\npembutangan\n perbuatan (cara) membutangkan." "butang-butang\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nNaravelia laurifolia." "butanol\n(Kimia) sejenis alkohol tidak berwarna yang digunakan dalam pembuatan sebatian organik dan sebagai pelarut untuk lakuer, resin dan sebagainya." "butarepan\n[Jawa] [arkaik] cemburu (suami atau isteri)." "butbut\nsejenis burung, \nCentropus spp., \nbubut;\n ~ besar, Centropus rectungius;\n~ carik anak, Centropus sinensis." "butek\n[Jawa] keruh." "butena\n(Kimia) sejenis gas yang tidak berwarna dan baunya menusuk hidung, yang biasanya digunakan dalam pembuatan sebatian organik, butilena." "butik\nkedai kecil yang biasanya menjual pakaian wanita yang terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (seperti rantai leher, gelang, cincin, dan sebagainya)." "butilena\n(Kimia) sejenis gas yang tidak berwarna dan baunya menusuk hidung, yang biasanya digunakan dalam pembuatan sebatian organik, butena." "butir I\n1.\n biji yang kecil-kecil:\n~ padi;\n~ beras; \n2.\n benda yang kecil-kecil (seperti intan dan lain-lain);\n3.\n penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat:\nse~ telur; \ndua ~ peluru;\n4.\n bahagian kecil-kecil daripada sesuatu (benda, perkara, dan lain-lain):\ndia seperti mata-mata gelap yang hendak mengetahui ~-~ keterangan tentang diri seseorang;\n~ tanah \nbongkah tanah yang kecil-kecil;\n \n~ debit\n (Ekonomi) perkara yang ditulis dalam ruang kiri kira-kira perniagaan;\n \n~ kredit\n (Ekonomi) perkara yang ditulis dalam ruang kanan kira-kira perniagaan;\nberbutir\n berbentuk atau berupa butir (biji kecil-kecil): \ntaburkan racun ~ itu sama rata ke atas pokok atau di sekeliling pangkal pokok; \ntiada ~\n [Kelantan] tidak terang;\nberbutir-butir\n1.\n berupa atau berbentuk banyak butir:\nsagu rendang yang ~; \n2.\n beberapa banyak butir:\ndia memberikan ~ emas itu kepada orang lain;\nmembutirkan\n1.\n menyatakan dengan butir-butir, menceritakan dengan teliti:\nEncik Ramli ~ sebiji-sebiji pendapatnya; \n2.\n [kiasan] menghasilkan:\nempat pemain wanita turut dipilih dengan harapan dapat ~ satu lagi pingat untuk negara; \nujian itu ~ pulangan yang agak lumayan;\n butiran\n huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dengan menyatakan hal yang kecil, perincian:\nsetiap aduan perlulah ada ~ fakta untuk memudahkan kerja penyiasatan itu; \nmereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan;\npembutiran\n perihal memberi (menyebut) segala butir (tentang sesuatu keterangan)." "butir II\n~ nangka \na) sejenis ikan laut, biji nangka, \nLutianus nematophorus, Parupereus luteus, Pseudopeneus luteus, Upeneus spp.;\nb) [Kelantan] sejenis kuih berkuah (dibuat daripada beras pulut)." "butirapuh\nbongkah (tanah) yang kecil-kecil." "butuh I\n[bahasa kasar] kemaluan laki-laki." "butuh II\n[Indonesia]; \nmembutuhkan, membutuhi\n memerlukan:\npekerjaan ini ~ modal yang besar;\naku tak ~ wang;\nkebutuhan\n sesuatu yang diperlukan, keperluan." "butul\n[Jawa];\nbutulan; \njalan ~ \njalan tembusan (jalan sisi atau belakang);\n \npintu ~ \npintu di sisi rumah dan lain-lain." "butung\nsejenis tumbuhan (pokok), buntun, pertun, putat laut, \nBarringtonia asiatica; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rizom), \nKllinga monocephala." "butut\n[Jawa] aus, usang, tua (pakaian dan lain-lain)." "buya\nsingkatan bagi abuya:\nB~ Hamka." "buyar\n[Jawa] mengalir ke segala jurusan, meresap berkembang, berserak, bercabang-cabang (fikiran);\n \nkertas ~ \nkertas kembang;\nmembuyarkan\n membuat buyar." "buyung I\nbekas air yang besar perutnya (dibuat daripada tanah liat);\n \nmak ~\na) (gelaran yang biasanya dirujuk bagi) perempuan hamil;\n b) ibu ayam, muncikari;\n \npecah ~ tempayan ada\n (peribahasa) laki-laki atau perempuan tidak seorang sahaja (hilang yang satu ada gantinya yang lain);\nberbuyung-buyung\n banyak buyung:\nsetiap hari dia menyimpan air minuman ~." "buyung II\n[Minangkabau] budak laki-laki (panggilan)." "buyur\n[Jawa];\nmembuyur\n menyiram." "buyut\n1.\n orang tua atau ibu bapa kepada moyang ;\n2. = buyutan\n, \nkebuyutan\n sudah menggigil (terketar-ketar) kerana terlalu tua, sudah tua sekali;\n3.\n tempat yang keramat." "c I\nhuruf ketiga abjad Rumi." "C II\nsimbol kimia bagi karbon." "ca I\nhuruf keenam abjad Jawi." "Ca II\nsimbol kima bagi kalsium." "cabai I\nsejenis buah yang berasa pedas (digunakan dalam masakan), cili, lada, \nCapsicum spp.;~ acung \n= \n~ seberang \n= \n~ selasih\n sejenis tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, \nCapsicum annuum;\n~ burung\n = \n~ melaka \n= \n~ rawit \nsejenis tumbuhan (herba yang buahnya kecil-kecil dan pedas rasanya), lada api (burung, cina, kecil, kerawit, ketek), cili padi, \nCapsicum frutescens;\nkecil-kecil ~ melaka \n= \nkecil-kecil ~ rawit \n(peribahasa) sungguhpun kecil, tetapi garang (berani);\n \nsiapa makan ~ dialah berasa pedas \n(peribahasa) siapa yang bersalah dialah yang berasa tersindir (siapa yang berbuat salah dialah yang menanggung akibatnya);\nkecabaian\n berasa panas atau pijar pada tempat yang kena cabai;\n \nseperti orang ~ \n(peribahasa) tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dan sebagainya)." "cabai II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPiper longum;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kalung, \nPiper lanatum;\n~ jawa (alas panjang, sulah) \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang buahnya pedas), lada panjang, \nPiper retrofractum." "cabai III\nburung ~ \nsejenis burung kecil yang berkepala merah." "cabak I\nsejenis burung (seperti burung layang-layang) yang terbang pada malam hari sahaja." "cabak II\nkoyak yang luas (besar);\n= cabik I." "cabang I\n1.\n bahagian yang tumbuh dari batang atau dahan pokok:\ndaun tumbuh di ~; \n2.\n bahagian hujung yang berpecah seperti dua jari terbuka (berkenaan (dengan) galah, lembing, tongkat);\n \nbesi ~ tiga \ntrisula;\n3\n. bahagian atau bahagian kecil pada tanduk rusa dan sebagainya;\n4.\n bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dan sebagainya) yang berpecah dari bahagian yang utama:\n~ jalan; \nsungai itu banyak ~nya; \n5.\n cawangan:\nMalayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; \n6.\n bahagian atau bahagian kecil daripada sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dan sebagainya):\nbotani ialah ~ biologi; \nbahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; \n7.\n golongan masyarakat:\nia dilahirkan dalam kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas;\n~ buaya \n= \n~ perahu \nkayu bercabang pada rangka badan perahu;\n \n~ guling \ncabang pada haluan atau belakang perahu;\n \n~ tenggorok \nbahagian kecil dari batang tenggorok, bronkiol;\nbercabang\n1.\n mempunyai cabang, tumbuh cabangnya:\npokok pinang memang tidak ~; \n2.\n berpecah kepada bahagian (kumpulan dan sebagainya) kecil:\njalan itu ~ tiga;\n \nsatu kumpulan ~ ke haluan lain untuk memulakan kajian perbandingan;\n 3.\n berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dan sebagainya):\n~ hatinya (fikirannya, ingatannya); \nlidah ~ \ntiada boleh dipercayai apa katanya;\nbercabang-cabang, cabang-bercabang\n1.\n tumbuh banyak cabang;\n2.\n berpecah kepada banyak bahagian kecil;\n 3.\n berdolak-dalik:\n membuat kenyataan yang ~;\nmencabangkan\n (berkenaan (dengan) pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dengan melekapkan benih pada pohon atau mencantum;\nmempercabangkan\n menjadikan bercabang(-cabang);\npercabangan\n1.\n perihal bercabang atau tumbuh cabangnya;\n2.\n tempat yang bercabang (jalan, sungai, dan sebagainya), persimpangan:\n~ jalan." "cabang II\n~ tiga\n = \nakar tiga\n \n~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lonjong, \nTrichosanthes celebica; \nakar ~ lima \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar papan, kangkung gajah, \nVitis lanceolaria; \nakar ~ tujuh \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar carik biawak, akar kayah asam, \nVitis polystachya." "cabar I\n= \n~ hati \ntawar hati, takut, penakut:\n~nya segala orang muda-muda ini;\nmencabar\n1.\n menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, mempersoalkan, mempertikaikan:\nkeputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; \n2.\n mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani:\nbeliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; \ndia ~ saya bertinju dengannya; \n3.\n menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dan lain-lain (berkenaan (dengan) pekerjaan, tugas, usaha, dan sebagainya):\npekerjaan itu sungguh ~; \nperanan DBP menjadi lebih ~ lagi;\ncabar-mencabar\n (perbuatan) saling mencabar (antara satu dengan lain):\n~ adalah suatu bentuk provokasi yang mesti dielakkan;\nmencabarkan\n menawarkan hati, menghilangkan keberanian, menjadikan takut;\ntercabar\n kena cabar (dipersoalkan):\ndia tidak rela kelelakiannya ~;\ncabaran\n1.\n hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan);\n2.\n ajakan (untuk berlawan dan sebagainya);\n3.\n sesuatu (unsur, faktor, dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain):\npekerjaan yang penuh dengan ~;\n kecabaran\n ketawaran hati, ketakutan;\npencabar\n orang (pihak, golongan, dan sebagainya) yang mencabar:\n~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata;\n~ kepada golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kepada kumpulan etnik lain." "cabar II\n[Minangkabau]\n1.\n kurang hati-hati, kurang ingat-ingat, lalai;\n2.\n kurang hemat, boros." "cabau\n[Minangkabau];\nmencabau\n mencakar." "cabik I\n1.\n koyak, carik (pada kain dan sebagainya);\n \ncobak-~ \nkoyak-koyak, robek, sobek;\n2.\n penjodoh bilangan untuk sesuatu yang dikoyakkan, helai:\nse~ kain;\n cabik-cabik\n koyak-koyak, robek, sobek;\nmencabik\n mengoyak, mencarik, menyobek;\nmencabik-cabik\n mengoyak-ngoyak, mencarik-carik, menyobek-nyobek;\nmencabikkan\n mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan;\nmencabik-cabikkan\n mengoyak-ngoyakkan, mencarik-carikkan, menyobek-nyobekkan;\ncabikan\n carikan, koyakan, sobekan;\npencabikan\n perihal atau perbuatan mencabik(kan)." "cabik II\n~ hantu\n sejenis tumbuhan (pokok), akar belalang puak, \nPittosporum ferrugineum." "cabir\nkoyak panjang;\nbercabiran\n cabir di sana sini, koyak-koyak panjang:\nseluar dan baju kertasnya itu ~ diterbangkan oleh angin;\n= cobar." "cabit\n= cabik I." "cabo\n[Jakarta] jalang, sundal." "cabuh\n[Minangkabau] rusuh, huru-hara, heboh, kacau;\n= cabur I." "cabuk I\nsejenis penyakit, pekung." "cabuk II\nsejenis ikan laut, \nChirocentrus dorab." "cabuk III\n= cambuk." "cabuk IV\n1.\n buruk dan tidak berguna lagi:\nkasut yang sudah ~ dibuangnya\n;\n2.\n [bahasa percakapan] rendah kedudukannya atau kurang dikenali (dihormati, disegani dan sebagainya):\naku hanyalah seorang pegawai ~; \n3.\n rendah nilainya atau kurang bermutu (berkenaan (dengan) sesuatu benda):\naku naik kereta ~ saja, lainlah engkau." "cabul I\n1.\n keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (berkenaan (dengan) perbuatan, tindakan, pertuturan, dan lain-lain):\nkata-kata ~; \ngambar ~; \nsastera ~; \n2.\n melanggar adat dan kebiasaan (berkenaan (dengan) kelakuan dan sebagainya), (sangat) buruk:\napa sahaja yang dibuatnya ~ belaka; \n3.\n melanggar larangan (pantang);\n ~ di hutan (laut) \nmengeluarkan perkataan-perkataan yang memarahkan hantu-hantu hutan (laut);\n \nperempuan ~ \nperempuan jalang, perempuan sundal, pelacur;\nbercabul\n1.\n berbuat cabul;\n2.\n berjangkit dan merebak (berkenaan (dengan) penyakit), bermaharajalela (berkenaan (dengan) kejahatan, peperangan, dan sebagainya):\nahli-ahli siasah yang bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~;\nmencabul, mencabuli\n1.\n menodai, mencemari (kehormatan perempuan dan lain-lain):\nmaka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya;\n~ kehormatan (seseorang gadis) \nmenodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis);\n2.\n memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dan sebagainya):\ntujuan NATO ditubuhkan ialah untuk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah daripada dicabuli oleh Soviet;\nkecabulan\n perihal cabul;\npencabulan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dan lain-lain):\nlangkah-langkah untuk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan;\npencabul\n orang (pihak) yang mencabul(i) hak, kehormatan, dan sebagainya orang (pihak) lain." "cabul II\norang yang terlalu pendek;\n= cebol." "cabur I\nkecaburan\n kekacauan, rusuhan;\ncabuh." "cabur II\n[Minangkabau] \n= cebur." "cabut I\n1.\n tarik;\n2.\n keluar (pergi, lari) dari sesuatu tempat:\nanak abang itu jangan abang ~ dari sekolah supaya ada pelajarannya sedikit;\n~ lari \nlari meninggalkan sesuatu tempat dengan segera;\nbercabut\n (telah) dicabut, terbantun, terhunus;\nmencabut\n1.\n menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) daripada sesuatu:\n~ rumput;\n~ ubi kayu;\n~ keris;\n~ pistol;\n~ bulu ayam;\n~ uban;\n~ gigi;\n~ paku;\n~ nyawa \nki mengambil nyawa orang, mematikan;\n2.\n mengambil daripada kumpulan atau tompokan (daun terup dan sebagainya), menarik (undian dan lain-lain):\n~ daun;\n \n~ nombor bertuah \nmengambil satu nombor daripada kumpulan untuk menentukan yang bertuah memenangi sesuatu hadiah;\n ~ \nundi\n memilih dengan mengundi;\n \n~ undian (loteri) \na) menarik undian (loteri);\n b) menang loteri;\n \n~ untung \nmendapat (menarik, memperoleh) keuntungan;\n3.\n menarik kembali (apa yang telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dan lain-lain):\nia tidak mahu ~ usulnya itu; \n4.\n membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan:\nsesuatu revolusi harus ditujukan untuk membongkar dan ~ keburukan dengan akar umbinya sekali; \n5.\n memetik, mengutip (daripada karangan dan sebagainya):\npuisi ini dicabut daripada majalah tersebut;\nmencabuti\n mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus);\nmencabuntukan\n mencabut (sesuatu) untuk orang lain, menarikkan:\nAbu ~ kami beberapa perdu ubi keledek untuk dibawa pulang;\ntercabut\n1.\n sudah dicabut;\n2.\n dapat (boleh) dicabut:\nkeris itu tidak ~ daripada sarungnya;\ncabutan\n1.\n apa yang (sudah) dicabut, diambil dari sesuatu;\n \n~ bertuah \nundian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu;\n2.\n petikan (daripada karangan dan sebagainya);\npencabutan\n perihal (perbuatan, tindakan, dan sebagainya) mencabut, penarikan (kembali), pembatalan, penghapusan;\npencabut\n orang yang (alat untuk) mencabut;\n \n~ paku \nalat untuk mencabut paku." "cabut II\nkomisen, dalal, upah;\n \n~ sepuluh satu\n dalam tiap-tiap sepuluh (sen, ringgit, dan lain-lain), satu (sen, ringgit dan lain-lain) diambil sebagai komisen." "cabut III\nmain ~ \nsejenis permainan terup, main dua puluh satu." "caca I\nsejenis masakan daripada sayur-sayuran dan lain-lain yang berkuahkan cuka;\n \n~ anak ikan \ncaca yang dicampur dengan ikan kecil, pekasam anak ikan." "caca II\nsejenis bubur yang isinya dibuat daripada adunan tepung (yang diwarnai dengan pelbagai warna, digunting, dan dikeringkan)." "caca III\nsejenis irama dan tarian Barat." "cacah I\ncorak atau gambar yang dilukis pada kulit badan dengan cara melukai atau mencucuk-cucuknya dengan benda tajam dan diwarnai, tatu:\ntubuhnya dipenuhi dengan ~ bunga terung;\nbercacah\n bergambar pada kulit dengan mencucuk atau melukakan kulit dengan benda yang tajam dan mewarnainya;\nmencacah\n1.\n mencucuk-cucuk kulit dengan jarum atau benda yang tajam;\n2.\n membuat gambar pada kulit dengan mencucuk atau melukakannya dengan benda tajam dan diwarnai;\n3.\n menyuntik;\n4.\n [kiasan] menggarap sesuatu dengan cara menyelidik dan menganalisis secara mendalam:\npersoalan itu dicacah secara cermat dan dengan penuh keilmuan;\npencacahan\n perihal (perbuatan) mencacah:\n~ pengalaman melalui manipulasi matematik; \npencacah\n1.\n orang yang mencacah;\n2.\n alat (jarum dan sebagainya) untuk mencacah:\njarum ~." "cacah II\nsejenis tumbuhan (pokok), lempoyan, \nStereospermum fimbriatum." "cacah III\n[Jawa];\nmencacah\n mencencang halus-halus:\n~ daging." "cacah IV\n[Jawa]\n1.\n bilangan, jumlah;\n \n~ jiwa \nbanyaknya penduduk (di sesuatu daerah);\n2.\n catatan tentang bilangan penduduk, banci;\nbercacah\n mempunyai bilangan penduduk;\n \n~ jiwa seribu orang \nbanyaknya penduduk ialah seribu orang." "cacah V\n[Jawa] [arkaik] petani yang menjadi anggota desa." "cacah VI\n[Minangkabau] cecah." "cacak I\ntegak (galah, tiang, dan lain-lain);\n \n~ lari \nlari tergesa-gesa atau cepat-cepat;\nmencacak\n berdiri tegak lurus;\n \n~ tonggak \nberdiri dan terdiam sebentar;\nmencacakkan\n1.\n menanam sesuatu tegak (di tanah dan lain-lain):\n~ tiang bendera;\n~ belat \nmenahan belat;\n2.\n mendirikan, menegakkan:\npelita minyak yang dicacakkan di tepi jalan itu menerangi kegelapan;\ntercacak\n1.\n terdiri (berdiri) tegak:\njambul ~ di atas kepala; \n2.\n tertanam, terpancang tegak:\ntali itu tergantung pada galah yang ~ di tanah; \n3.\n terbenam (tertanam) ke dalam sesuatu (tanah, badan, dan lain-lain);\n \n~ seperti lembing tergadai \n(peribahasa) terdiri tegak dan tercengang-cengang." "cacak II\n[Minangkabau];\nmencacak\n1.\n mencubit;\n2.\n menyeluk saku (kocek);\npencacak\n penyeluk saku (kocek)." "cacamarba\nmengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian:\nakibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan ~ yang meremehkan peranan kebudayaan Melayu yang sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional." "cacamerba\ncacamarba." "cacang I\nsejenis tumbuhan (herba), kerak-kerak, sumpu cacing, \nBonnaya veronicifolia;\n~ layar \nsejenis tumbuhan (yang tumbuh di air, bunganya berwarna biru), kelayar, \nMonochoria hastata." "cacang II\n[Kelantan], [Terengganu] cacak;\nbercacang\n berdiri (tegak):\ntidak guna kita ~ di tengah panas ini;\nbercacangan\n penuh sesak orang berdiri." "cacap\nsejenis air pelebat rambut (dibuat daripada air batang pisang, air akar empelas, dan lain-lain);\nmencacap\n1.\n membasahi rambut dengan cacap;\n2.\n [Jawa] membasahi kepala, mengusap-usap kepala;\nmencacapi\n [arkaik] menggenangi, merendami." "cacar I\nsejenis penyakit virus yang mudah berjangkit yang berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pada kulit, ketumbuhan;\n~ air \ncacar yang mengandungi air, cengkering, jeluntung;\n \n~ ayam \nsejenis penyakit ayam;\n \n~ betul \n= \n~ nanah \ncacar yang mengandungi nanah;\n \n~ lembu \nsejenis penyakit virus yang mudah berjangkit yang menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kepada manusia);\n \n~ monyet \nsejenis cacar yang kecil-kecil;\n \n~ palsu \ncampak;\nbercacar\n ditanam benih cacar (untuk mencegah penyakit cacar), bercungkil;\nmencacar\n menanam benih cacar dalam tubuh, mencungkil;\npencacaran\n perihal mencacar, pencungkilan." "cacar II\n[arkaik] [Terengganu] lincah." "cacat\nkekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pada badan (benda, perbuatan, akhlak, batin, dan lain-lain), cela;\n \nbarang ini ~ sedikit \nrosak (kurang elok) sedikit;\n \napa ~nya kalau kita menjemput dia\n apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjemput dia;\n \n~nya sedikit, lampu di situ agak terang \nsayang lampu di situ agak terang;\n \n~ akal \ntidak waras;\n \n~ anggota \ncacat pada anggota (seperti tidak bertangan dan lain-lain);\n \n~ cedera (cela, cida) \nbermacam-macam cacat;\nbercacat\n mempunyai cacat, bercela;\nmencacat\n mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela:\nbangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya;\n mencacati\n1.\n menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dan sebagainya):\njangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; \n2.\n mencabul, menodai:\n~ nama baiknya sendiri;\n~ undang-undang \nmelanggar undang-undang;\nmencacatkan\n menjadikan atau menyebabkan cacat:\nrokok juga boleh ~ bayi;\ntercacat\n tercela;\ncacatan\n celaan, kecaman, kritik:\njika mendapati apa-apa perkara yang tidak munasabah dalam cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~;\nkecacatan\n perihal (keadaan, sifat, dan sebagainya) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yang menjejaskan sesuatu):\n~ ini tidak zahir pada mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya;\n~ pada anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya;\n~ sembahyang fardu yang tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dan lain-lain;\npencacat\n orang yang suka mencacat(i), pencela, pencerca." "cacau\n1.\n kacau, keliru, tidak tetap (fikiran, hati, perbuatan, dan lain-lain);\n2.\n menyebut atau melakukan sesuatu dengan tidak tentu perasaan dan fikiran;\n3.\n [arkaik] gugup (kebingungan dan lain-lain);\nmencacau\n menyebut atau melakukan sesuatu dengan tidak tentu fikiran dan perasaan, meracau;\ncacauan\n yang disebut semasa mencacau, racauan:\ntiada seorang pun yang dapat mengerti ~ Yusof itu;\npencacau\n azimat untuk mengelirukan atau membingungkan orang." "caci\ncela, cerca, nista;\n \n~ maki\n kata yang keji dan kotor;\nbercaci-cacian\n saling mencaci, saling mencela, saling mencerca, saling menghina;\nmencaci\n1.\n mengatakan keburukan orang, mencela, menghina:\ndia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain; \n2.\n = \n~ maki \nmemaki-maki dengan kata-kata yang keji dan kotor;\ncaci-mencaci\n (perbuatan) saling mencaci (antara satu sama lain):\nuntuk menenangkan keadaan, elakkan sebarang perbuatan ~ dan cabar-mencabar;\ntercaci\n dicaci, terkeji:\n sifat-sifat yang ~;\n cacian\n celaan, cercaan, nistaan;\npencaci\n orang yang mencaci." "cacibar\nsejenis burung, taptibau, \nEurostopodus temminckii." "cacil\n[arkaik] sangat kecil (kalau dibandingkan dengan pasangannya atau lain-lain)." "cacing\nbeberapa jenis binatang yang bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yang hidup dalam air, tanah, perut manusia atau binatang, dan lain-lain);\n~ benang \n= \n~ gelang \ncacing halus yang biasanya hidup dalam tanah di lautan, daratan, dan padang pasir;\n \n~ filaria \ncacing yang hidup dalam sistem limfa manusia yang boleh menyebabkan penyakit untut;\n \n~ kerawit \n= \n~ keruit\n cacing yang hidup dalam usus manusia dan binatang;\n \n~ kermi \ncacing dalam usus;\n \n~ parasit \ncacing yang mendapat makanan dari usus binatang dan manusia;\n ~ pita \n= \n~ pipih \ncacing panjang dan leper yang berwarna putih kelabu (hidup dalam usus binatang atau manusia);\n \n~ rambu \ncacing yang halus-halus;\n \n~ tanah \ncacing bulat panjang yang licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dalam tanah yang lembap);\n~ hendak menjadi naga \n(peribahasa) orang yang kecil-kecil hendak menjadi orang besar-besar;\n \n~ kepanasan \n(peribahasa) tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dan lain-lain);\n \n~ naik ke mata \nkelakuan yang melampau;\nmencacing\n sangat kurus (badan);\ncacingan\n menderita sakit kerana banyak cacing dalam perut." "cadai I\nmencadai\n bergurau-gurau, bermain-main, berolok-olok." "cadai II\nkain basahan mandi." "cadak I\ncondong (berkenaan (dengan) tiang)." "cadak II\n[Johor] berbeza." "cadang\nbercadang\n mempunyai niat untuk melakukan sesuatu (seperti pergi melancong dan lain-lain), berniat, berhajat, bertujuan:\nmereka ~ untuk pergi melancong ke Bali;\nmencadangkan\n1.\n mengemukakan sesuatu pendapat untuk dipersetujui (dipertimbangkan dan sebagainya), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan:\nMenteri Buruh akan\n \n~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yang ketiga;\n2.\n mencalonkan:\ndengan tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; \nAli ~ Jamal sebagai setiausaha kehormat persatuan itu; \n3.\n menyediakan (menyimpan) sesuatu (untuk digunakan apabila perlu):\nseramai tiga puluh ribu orang dicadangkan untuk memperkuat pertahanan negara; \n4.\n menguntukkan (harta, wang, dan sebagainya) untuk penggunaan sesuatu atau seseorang:\nkawasan tanah itu dicadangkan untuk bekas-bekas perajurit; \n5.\n mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka:\n~ strategi serangan;\ncadangan\n1.\n sesuatu yang dicadangkan, anjuran, usul, saranan:\nsetelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan;\n~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; \n2.\n persediaan (wang, harta, benda, dan lain-lain) untuk digunakan apabila perlu, dana;\n3.\n rancangan, rencana:\n~ lima tahun;\n~ balas \ncadangan yang diberikan sebagai tindak balas kepada cadangan yang terdahulu;\n \n~ penimbal \n(Ekonomi) himpunan bahan mentah untuk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi;\n \n~ wang tunai \n= \n~ modal \n(Ekonomi) persediaan harta (saham, wang, dan sebagainya);\npencadangan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencadangkan;\npencadang\n orang yang mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dan lain-lain), pengusul, penyaran, pencalon." "cadar\n1.\n kain penutup kepala atau muka perempuan;\n2.\n = \nkain ~ \nkain penutup tilam;\n \nmemasang (membentangkan) ~ \nmenutup tilam dengan cadar;\nbercadar\n memakai cadar, bertutup atau berpasang dengan cadar:\ntilam itu belum ~;\nbercadarkan\n mempunyai sesuatu sebagai cadar:\n~ kain batik." "cadas\n(Sunda) lapisan tanah yang keras (terjadi daripada pasir atau tanah);\nwadas\n." "cadi\nkayu atau buluh yang dipasang di kiri kanan perahu supaya seimbang (jangan bergolek), katir." "cadik I\n= cadi." "cadik II\n[Minangkabau] cerdik." "cadir\n= cadar." "caduk I\n[Jawa] rabun (mata)." "caduk II\nmencaduk\n mengangkat atau menaikkan sesuatu (seperti belalai gajah atau kepala ular yang hendak mematuk);\ntercaduk\n terangkat (seperti kepala ular atau belalai gajah)." "cadung\nbercadung-cadung\n tumbuh (benih yang ditanam)." "cadur\npakaian labuh atau jubah wanita Islam (termasuk kerudung) yang biasa dipakai di Timur Tengah yang menutupi aurat seluruh anggota badan (kecuali muka dan tapak tangan):\nkaum wanita Iran yang berpakaian ~ masih boleh bergerak dengan cergas ketika memikul senjata." "cagak I\n1.\n cabang (kayu dan lain-lain);\n \n~ jalan \nsimpang jalan;\n2.\n kayu (galah, tongkat, dan lain-lain) yang hujungnya bercabang untuk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dan lain-lain);\n3.\n penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dan lain-lain);\n4.\n [Indonesia] tiang telefon;\n5.\n sokongan, tunjangan, pertolongan;\n \n~ hidup \n[Indonesia] bunga wang yang harus dibayar kepada seseorang semasa hidupnya atau untuk beberapa tahun;\n6.\n [Kelantan] pengandar rumput:\ndia memotong rumput dua ~ sehari untuk lembunya;\n7\n. alat (daripada kayu, buluh, logam) yang bulat, panjang, kukuh, dan ringan yang digunakan sebagai penyidai kain;\nbercagak\n1.\n bercabang;\n2.\n memakai cagak (sokong dan lain-lain);\n \ntulang ~ \ntulang pipi;\nmencagak\n menyokong (menahan, menopang, dan lain-lain) dengan cagak;\nmencagakkan\n menaruh sesuatu di atas cagak;\ntercagak\n tertopang dengan cagak." "cagak II\nmencagak\n \n1.\n menopang, menahan dengan cagak;\n2.\n menunjang, menyokong;\n 3.\n kelihatan jelas di mata kerana tegak (mencuar dan lain-lain);\n 4.\n tangkas pergerakan badan dan petah berkata-kata;\nmencagakkan\n menanam pancang di tanah, memancangkan;\ntercagak\n terpancang." "cagar\n= cagaran\n1.\n barang yang dijadikan sebagai taruhan apabila berhutang, barang yang digadaikan, rungguh(an);\n2.\n cengkeram, bayaran pendahuluan, wang muka;\n \n~ alam \nkawasan simpanan (bagi mergastua);\nbercagar, bercagaran\n bersandar pada atau disokong oleh sesuatu;\nbercagarkan\n mempunyai sesuatu taruhan sebagai jaminan berhutang, bersandarkan:\npinjamannya ~ sekeping tanah pusaka;\nmencagarkan\n memberikan sesuatu sebagai cagaran hutang, menggadaikan, merungguhkan:\nia ~ tanah dan bangunan kedainya;\npencagaran\n perbuatan mencagarkan:\n ~ tanah." "cagu\nsejenis penyakit bernanah pada kuku jari." "cagun\n[Minangkabau];\nmencagun\n timbul, muncul." "cagut\npatuk, catuk, pagut;\nmencagut\n mematuk, mencatuk, memagut." "cah\n[seruan]\n1.\n kata untuk menyatakan perasaan tidak suka (menghina, mengejek, dan lain-lain);\n2.\n kata untuk menggertak kerbau (supaya lebih cepat berjalan)." "cahang\ntidak ada rasa (makanan), tawar, campah." "cahar\ncair (terutama berkenaan tahi);\n \nsakit ~ \nsakit cirit-cirit;\nmencahar\n mencuci perut dengan memakan ubat pencuci perut;\npencahar\n ubat pencuci perut, julap." "cahaya\n1.\n pancaran yang datangnya dari objek yang bersinar (matahari, lampu, api, dan lain-lain) yang membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dan lain-lain) dilihat, sinar:\n~ bintang; \n2.\n kilauan (emas, intan, berlian, dan lain-lain):\n~ permata; \n3.\n seri, kejernihan (air muka);\n \n~ mata \na) kilau mata, sinar mata;\n b) kekasih, buah hati;\n c) anak;\n \n~ muka \na) rupa air muka;\n b) seri yang kelihatan pada muka;\n 4\n. penyuluh (kpada rohani), petunjuk:\n sesungguhnya telah datang kepada kamu ~ kebenaran daripada Allah;\nbercahaya\n memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang:\nbintang-bintang ~ dengan sangat terangnya; \nmuka Tuan Bujang ~ seperti bunga raya;\nmencahayai\n memberi cahaya kepada, menerangi, menyinari, menyuluh:\nbulan purnama ~ sekalian alam dengan sinarnya yang lembut;\nmencahayakan\n1.\n mengeluarkan atau memancarkan cahaya, menyinarkan;\n2.\n menjadikan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan:\nberlian boleh dicuci untuk ~nya;\npencahayaan\n1.\n perihal mencahayakan, penyinaran;\n2.\n penggunaan alat, perkakas yang mengeluarkan cahaya dan penghasilan cahaya yang sesuai bagi usaha pementasan atau penggambaran:\nseorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kepada pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yang lain." "caing I\ncuang-~ \n= \ncaing-caing\n koyak-koyak, cabik-cabik, robek-robek, rabit-rabit;\nmencaing-caing\n mengoyak-ngoyak, mencabik-cabik, merobek-robek, merabit-rabit.\nmencaingkan\n menjadikan cabik, merobekkan." "caing II\n(Sunda) sukatan padi (= 200 ikat)." "cair\n1.\n tidak keras dan tidak seperti gas (boleh mengalir seperti air), encer, tidak pekat:\nair raksa ialah benda yang ~; \nsusu ~; \nlogam kalau dipanaskan menjadi ~; \n2.\n [kiasan] bocor (berkenaan (dengan) rahsia, berita, dan lain-lain);\n3.\n menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dan sebagainya):\nkekerasan hatinya ~ seperti lilin terkena bahang api; \n4.\n (Ekonomi) mudah ditukarkan kepada wang tunai;\n~ loler \n[Kelantan] terlalu cair;\n \n~ otak \npandai;\nmencair\n menjadi cair:\nlapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat;\nmencairkan\n1.\n menjadikan sesuatu cair, mengencerkan:\npemanasan itu ~ minyak yang beku;\n2.\n (Ekonomi) menukarkan aset kepada wang tunai:\npara pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yang terbeku selama setahun; \n3.\n [kiasan] menjadikan perasaan (semangat dan sebagainya) berkurang atau lemah:\nsuara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi;\ncairan\n sesuatu benda yang sudah dicairkan, enceran;\nkecairan\n1.\n perihal cair;\n2.\n (Ekonomi) kebolehan untuk menukarkan sesuatu aset kepada wang tunai dengan mudah dan cepat;\n3.\n (Ekonomi) adanya pembeli dan penjual yang mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pada harga yang berpatutan untuk mengekalkan keadaan pasaran yang stabil;\npencairan\n1.\n proses mencair atau mencairkan;\n2.\n (Ekonomi) proses menukarkan (menjual) aset kepada tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat;\npencair\n bahan (seperti air dan sebagainya) untuk mencairkan sesuatu." "cais\n[arkaik] tali kekang, kendali." "caj\n1.\n bayaran yang perlu untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli:\nkenaikan ~ perkhidmatan sebanyak 500 peratus yang dikenakan oleh LKIM;\n 2.\n mengenakan harga (pada barang, perkhidmatan):\napa fasal kau ~ lebih? \n3.\n pertuduhan (dalam mahkamah)." "cak I\nbunyi seperti bunyi orang makan atau binatang berjalan di lumpur." "cak II\n~ padang (tanah) \nsejenis burung seperti burung pipit, apit-apit, laki padi, lancar-lancar, pipit padang, seri lancar, \nAnthus novaeseelandiae malayensis;\n~ padi \nsejenis burung, ciak, pipit padi, pipit uban, \nMunia m. maja;\n \n~ raya \nsejenis burung, tempua, \nPloceus philippinus infortunatus;\n~ tinting \nsejenis burung, laki padi, main angin, \nCisticola juncidis malaya\n." "cak III\nukuran besar yang dihitung menurut besarnya lingkungan hujung jari kedua-dua belah tangan (jari telunjuk bertemu jari telunjuk, ibu jari bertemu ibu jari)." "cak IV\n[Kelantan] cangkul." "cak V\n[bahasa percakapan] kata untuk mengagah (kanak-kanak, bayi)." "caka\n[Minangkabau] tadi." "cakah\n1.\n lebar (berkenaan (dengan) sudut, cabang, kangkang kaki, dan lain-lain);\n \nsudut ~ \nsudut yang luasnya lebih daripada 90? tetapi kurang daripada 180?;\n2.\n tidak melengkung (berkenaan (dengan) tanduk), lurus ke kiri dan ke kanan, kedua-dua hujungnya berjauhan;\nmencakah\n1.\n berjalan dengan kaki terkangkang:\nberjalan ~; \n2.\n melebarkan (cabang dan lain-lain)." "cakak I\n[Minangkabau] kelahi, perkelahian;\nbercakak\n berkelahi, berbantah;\npencakak\n suka berkelahi;\n= cekak III." "cakak II\n[Terengganu] terdaya, berupaya:\nsaya sudah tidak ~ hendak mendaki bukit ini kerana terlalu tinggi." "cakal\n~ bakal \n[Jawa] orang yang mula-mula membuka kampung." "cakalele\ntarian perang (di Maluku dan Minahasa)." "cakap besar\nkata-kata atau bicara yang membesar-besarkan diri sendiri;\nbercakap besar\n suka mengeluarkan kata-kata atau bicara yang membesar-besarkan diri sendiri." "cakap I\nbicara, kata, kecek, tutur;\n~ angin\n cakap yang tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong);\n \n~ mulut \nbahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari (tidak dalam tulisan);\n~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar \n(peribahasa) cakap sahaja yang besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yang dilakukan;\n \ndengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk \n(peribahasa) sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dengan betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya;\n \nmengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja \n(peribahasa) memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kepada orang yang tiada tentu;\nbercakap\n1.\n berkata, berbicara, bertutur:\nperlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yang pokok seperti kebebasan ~; \nwakil kita pandai ~ sahaja; \n2.\n berbahasa:\n~ Melayu \n3.\n berbual, berborak, bersembang;\nbercakap-cakap\n1.\n berbual-bual, beromong-omong;\n2.\n bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu:\nterpulanglah kepada sarjana-sarjana di Malaysia sendiri untuk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja;\nmencakapi\n [arkaik] mengajak berkata (dengan), menegur, menyapa;\nmencakapkan, mempercakapkan\n1.\n membicarakan, memperkatakan:\nO, itukah yang hendak dicakapkan tadi!; \napa yang dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? \n2.\n menceritakan, memberitahukan, mengkhabarkan:\nkalau Idah cakapkan pada Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; \n3.\n mengucapkan, menyebuntukan, menggunakan bahasa:\nbahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih daripada 100 juta manusia;\npercakapan, cakapan\n1.\n pertuturan:\nsegala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; \n2.\n pembicaraan, perbualan, perundingan:\nkemudian daripada itu ~ antara kedua-duanya melarat kepada beberapa perkara yang lain; \n3.\n apa-apa yang dicakapkan." "cakap II\n1.\n [Indonesia] sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melakukan sesuatu, cekap;\n2.\n elok, cantik, rupawan;\n3.\n [Minangkabau] tangkas, lekas, pantas, cekap;\nbercakap\n [sastera lama] sanggup, berani (mengerjakan sesuatu):\nmaka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~;\nmempercakap, mempercakapkan\n [Indonesia] menjadikan cakap (mahir, dapat, mampu) untuk melakukan sesuatu, mempercekap;\nkecakapan\n1.\n kesanggupan, kemampuan, kecekapan;\n2.\n [Indonesia] kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu);\n3.\n [Minangkabau] kepantasan membuat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan;\n= cekap." "cakar I\n1.\n kuku yang panjang, runcing, dan melengkung (pada burung, ayam, harimau, kucing, dan lain-lain):\nanjing mempunyai ~ tetapi lembu tidak, melainkan kuku; \n2.\n garis bekas kena kuku, kesan kena garu;\n3.\n = \npencakar\n ~ ayam\na) tulisan tangan yang amat buruk;\n b) sejenis kuih yang dibuat daripada ubi kayu atau keledek yang diracik;\n \n~-balar \ngaris-garis atau cakar-cakar yang banyak dan tidak menentu (calar-balar);\n \n~ besi \na) sepit besi untuk memegang besi yang dibakar dan lain-lain;\n b) pencakar yang dibuat daripada besi;\nbercakar, bercakaran, bercakar-cakaran\n1.\n (berkenaan (dengan) binatang) berkelahi dengan menggunakan cakar;\n2.\n [kiasan] berkelahi, bertengkar:\nkita sering ~ sesama sendiri;\nmencakar\n1.\n menggaru (dengan cakar);\n2.\n [arkaik] mengais, mencari makan (berkenaan (dengan) ayam dan lain-lain);\npercakaran\n perihal bercakar (bercakaran, bercakar-cakaran);\npencakar\n1.\n penggaru, kukur;\n2.\n alat untuk menarik (mengumpulkan) sampah dan lain-lain;\n \n~ awan \n= \n~ langit \nbangunan yang bertingkat-tingkat dan tinggi." "cakar II\n~ bebek = ~ itik \nsejenis tumbuhan (herba), tapak itik, \nAcanthus ebracteatus." "cakatan\n= cekatan." "cakau\n= cekau." "cakawari\n[arkaik] datuk kepada moyang (mengikut tertib anak, bapa, datuk, moyang, buyut, cakawari), cilawagi." "cakduh\n[Kelantan] tidak sempurna (perbuatan)." "cakela\n(Hindustan) [arkaik];\nrumah ~ \nrumah pelacuran." "cakera\n1.\n = \ncakeram\n [sastera lama] roda;\n2.\n = \ncakeram\n senjata yang bulat pipih dan tajam tepinya:\nselapis panah dan selapis dadap dan selapis ~;\n3.\n besi yang pipih bulat yang dilemparkan dalam pertandingan sukan;\n4.\n (Komputer) sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer;\n~ keras\n (Komputer) sejenis cakera yang dapat menyimpan banyak data;\n \n~ liut\n (Komputer) sejenis cakera magnetik yang ringan dan fleksibel untuk menyimpan data, biasanya terdapat dalam saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket;\n \n~ optik\n (Komputer) sejenis cakera yang menggunakan teknologi laser untuk merakamkan data pada cakera;\n \n~ padat\n (Komputer) sejenis cakera magnetik yang mempunyai ketumpatan perakaman yang tinggi, dengan storan yang lebih besar." "cakerawala\n1.\n langit, lengkung langit;\n2.\n peredaran bintang-bintang dan lain-lain di langit;\n3.\n bintang-bintang di langit (seperti bulan, matahari, dan lain-lain);\n4.\n kaki langit, tepi langit." "cakerawati\n[sastera lama] kerajaan (negara), pimpinan tertinggi (negara dan lain-lain)." "cakiah\nterompah kayu." "caklempong\nsejenis alat bunyi-bunyian tradisional yang berupa gong-gong kecil daripada perunggu yang berbentuk periuk dan berbusut di tengah-tengah permukaannya, geloneng, celempong, telempong." "cakmau\n= camau." "cakna\n[Terengganu] ambil peduli, ambil berat:\nsemenjak emak kau meninggal, sayalah yang ~ makan minum ayah kau." "cakoi\n[Cina] sejenis penganan daripada adunan tepung gandum yang digoreng." "cakruk\n[Jawa] pondok kecil tempat menunggu bas, berjualan dan lain-lain yang biasanya terdapat di tepi jalan:\nsecara logik, mewujudkan sebuah syarikat untuk membina masjid, surau, jalan kampung dan ~ tentulah tidak menguntungkan." "caku\npisau lipat." "cakuk\n= cangkuk I." "cakup I\nmencakup\n1.\n menangkap dengan mulut (tangan dan lain-lain);\n2. = mencakup-cakup\n membuka-buka mulut seperti mengambil udara;\npencakup\n alat menangkap tikus (babi dan lain-lain), perangkap." "cakup II\n[Jawa] [arkaik];\nmencakup\n1.\n menyauk atau mencedok (dengan tangan);\n2.\n = \nmencakupi\n [kiasan] merangkumi beberapa hal dan sebagainya, meliputi:\nseminar itu ~ semua aspek dalam bidang pendidikan bahasa dan sastera;\nmencakupkan\n menyaukkan;\ncakupan\n1.\n perihal menyauk sepenuh genggaman tangan: \n2.\n liputan, rangkuman, lingkungan:\npendekatan ini agak berbeza dan terpisah daripada kebiasaan disiplin ~nya." "cakus I\nmencakus\n mengambil sedikit-sedikit (makanan)." "cakus II\nmencakus\n menggalas." "cal\n[bahasa percakapan] selendang, mafela, sal, syal, cala." "cala I\n= cal." "cala II\ncola-~; \n= cola." "calabikang\nsejenis kuih." "calai\n[Kedah];\nmencalai\n berlari (binatang)." "calak I\nkeletah bercakap, lancang mulut, bercakap ikut suka hati sahaja." "calak II\nmencalak\n cemerlang, bercahaya, bersinar:\nmatahari ~." "calak III\n[Minangkabau] celak." "calak IV\n[Minangkabau] sejenis asah;\n \n~ ganti asah, menanti tukang belum datang \n(peribahasa) menggunakan apa yang ada sementara menunggu yang lebih baik lagi (dipakai untuk sementara waktu sahaja);\nmencalak\n menggosok, melampas, mengasah." "calak V\n[Terengganu] mencuit (sesuatu) dengan kuat dengan menggunakan hujung jari." "calang I\n= pencalang." "calang II\n1.\n tidak banyak daun (pada pokok), gondol;\n2.\n [kiasan] tidak dihiasi." "calang-calang\nbukan ~ \nbukan sebarang, bukan alang-alang:\npesertanya ramai, pengerusinya pula bukan ~ orang." "calar\ngaris bekas kena sesuatu yang tajam (seperti cakar, jarum, duri, dan lain-lain);\nbercalar\n mempunyai calar, bergaris, bergores:\nYusof balik ke rumah dengan mukanya yang ~;\nmencalarkan\n membuat calar (pada sesuatu), menggoreskan;\ntercalar\n1.\n tergaris, tergores;\n2.\n [kiasan] menjadi rosak, menjadi tidak baik." "calar-balar\nbanyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar;\nmencalar-balarkan\n menyebabkan atau menjadikan calar-balar:\npenyental yang kasar boleh ~ kristal." "calat I\nmencalat\n menarik kulit kemaluan lelaki (supaya lepas daripada takuknya)." "calat II\n[Perlis], [Perak] habis:\nnasi seperiuk itu dimakannya hingga ~." "calet\n= \nchalet." "calik\n[Minangkabau] pandang, lihat;\nbercalik-calikan\n berpandang-pandangan;\nmencalik\n memandang, melihat;\npencalikan\n pemandangan, pelihatan." "caling I\n= culang-caling." "caling II\n[Jakarta] taring." "calit\n1.\n tanda seperti cat (kapur dan lain-lain) yang telah disapukan atau dipalitkan sedikit, palit;\n2.\n [bahasa percakapan] tanda berbentuk V pada pakaian seragam anggota polis atau tentera yang menunjukkan pangkat (hingga ke taraf sarjan sahaja):\ndengan satu ~ di lengan, saya mula berasa selesa memakai pakaian seragam;\n~ api \nmancis api, gores api;\nbercalit\n kotor kerana kena sesuatu seperti lumpur dan sebagainya, berpalit;\nmencalit\n menyapu, menggores:\nkedengaran orang ~ mancis api dari dalam bilik;\nmencalitkan\n memalitkan, menggoreskan:\ndicubanya ~ cat yang sudah dicampurnya itu di atas sehelai kertas;\n~ arang ke muka \n(peribahasa) mencemarkan nama baik seseorang (mengaibkan)." "calo I\n[bahasa percakapan] pergi." "calo II\n[Jakarta] orang yang mencarikan penumpang untuk kereta dan lain-lain." "calon\n1.\n orang yang akan, atau dicadangkan untuk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (seperti bakal pegawai dan lain-lain);\n \n~ guru \norang yang sedang dididik untuk menjadi guru;\n \n~ menantu\n bakal menantu;\n2.\n orang yang dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, pengerusi, dan lain-lain):\nsemua\n \n~, walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yang sama dalam pilihan raya Persekutuan;\n \n~ bebas\n seseorang yang bertanding dalam pilihan raya tanpa mewakili mana-mana parti politik;\n3.\n orang yang akan mengambil peperiksaan atau ujian;\nmencalonkan\n mencadangkan nama seseorang untuk dipilih, mengemukakan sebagai calon;\npencalonan\n perihal atau perbuatan mencalonkan, pengemukaan nama seseorang sebagai calon:\nYang di-Pertuan Agong boleh dipilih semula dengan syarat semua Raja Melayu yang lain menolak ~ untuk jawatan tersebut;\npencalon\n orang (pihak) yang mencalonkan atau mengemukakan calon:\n~ hendaklah mengemukakan satu nama sahaja." "calu\n(Hindustan) pelayaran tetap yang berulang-alik (berkenaan (dengan) kapal)." "calui\n[Cina] [bahasa percakapan] makan duit, makan suap." "calung\n1.\n bekas yang dibuat daripada buluh untuk mengambil air;\n2.\n pencedok air (minyak dan lain-lain);\n3.\n bekas menakung susu getah, cawan getah." "cam\n= mengecam\n kenal atau ingat kembali rupa dan sebagainya seseorang atau sesuatu yang telah dilihat atau didengar sebelumnya;\nmengecamkan\n1.\n memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dengan sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak):\ncamkanlah apa yang sedang berlaku itu;\n2.\n mengingati, meyakini:\ncamkan bahawa larutan itu menjadi panas semasa gas itu larut; \n3.\n mengesan, mengetahui:\nbau binatang yang jauh dapat dihidunya dan dicamkannya di mana adanya binatang itu;\npengecaman\n perihal atau perbuatan mengecam(kan), pengamatan." "camar I\nsejenis burung, \nSterna hirundo;\n~ besar berjambul \nsejenis burung,\n Sterna bergii;\n~ hitam\n sejenis burung,\n Childonias niger;\n~ jambu\n sejenis burung,\n Sterna dougallii;\n~ kecil\n sejenis burung \nSterna\n \nalbifrons." "camar II\n[Minangkabau] sangat gemar (makan), lahap." "camat\n[Indonesia] pegawai daerah (kecil), penolong pegawai daerah, asisten wedana;\nkecamatan\n1.\n daerah yang diketuai oleh camat;\n2.\n pejabat camat." "camau\nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya digunakan untuk menghapuskan merah-merah pada kulit dan akarnya untuk mengubat kencing nanah), cakmau, \nDracaena angustifolia." "cambah\n1.\n tumbuhan yang baru keluar dari biji benih dan sebagainya;\n \n~ kelapa \ntumbuh kelapa, tombong kelapa;\n2.\n [Kelantan], [Terengganu] tauge;\nbercambah\n1.\n mula tumbuh (berkenaan (dengan) biji benih dan sebagainya);\n2.\n mempunyai cambah;\n3.\n muncul, terbit, lahir:\nMinah menjeling tajam, kemudian ~ juga sebuah senyuman di bibirnya; \nusianya yang mendekati empat puluhan dan masih membujang itu membuatkan ~ suatu harapan; \n4.\n ada banyak, ada (terdapat) di merata-rata tempat:\ndi surau dan madrasah yang ~ di tanah air kita ini;\nmencambahkan\n menjadikan bercambah:\n~ biji benih;" "cambahan\nmunculnya, terbitnya, lahirnya:\ndia tersenyum, diulit ~ bibit kelegaan di hatinya;\npercambahan\n perihal bercambah (biji benih):\nkeinginan untuk mencegah ~ senjata nuklear;\npencambahan\n perbuatan mencambahkan;\n= kecambah." "cambai\n~ batu \nsejenis tumbuhan (pokok), \nPolychroa javanica; \nakar ~ hantu \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kemunting (bukit), senduduk halus, \nAnplectrum divaricatum." "cambang\nbulu atau rambut di pipi, jambang, tali tudung;\n \n~ bauk \ncambang dan bauk;\nbercambang\n mempunyai cambang, memakai cambang;\n= jambang II." "cambuk\n1.\n tali yang bertangkai untuk menyebat, menggertak binatang, dan sebagainya, cemeti, sambuk;\n2.\n [kiasan] penggalak, perangsang:\npenghinaan yang biasa didengarnya dari mulut orang di Ambon telah menjadi ~ baginya akan menyelidiki suku bangsanya yang asli itu sedalam-dalamnya;\nmencambuk\n1.\n menyebat dengan cambuk;\n2.\n [kiasan] mengerah agar menurut (bekerja dan lain-lain);\npencambukan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mencambuk." "cambung\n[Minangkabau] mangkuk besar bekas mengisi gulai (nasi atau buah dan lain-lain)." "camca\n[Cina] sudu." "camdik\n= sindir." "camik\n[Terengganu] mencampuri urusan orang lain:\ntidak baik kita ~ urusan orang lain." "campa\nharimau ~ \nharimau koreng yang garang dan berbahaya." "campadang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nTriumfetta pilosa; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nTriumfetta bartramia (rhomboidea)." "campah\ntawar, hambar;\n \n~ cahang \nterlalu tawar, tawar hambar." "campak I\nbuang, lempar;\n~ batu \nki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya;\n \n~ buang \na) membuang barang sesuka hati;\n b) tidak menghargai sesuatu barang;\n c) lembing yang dibuat daripada kayu;\n \n~ bunga\n sejenis permainan kanak-kanak;\n \numpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi\n (peribahasa) perbuatan yang baik dibalas dengan yang jahat;\nmencampak\n membuang, melempar;\n \n~ wang \nmenaburkan wang untuk orang miskin;\nmencampakkan\n melemparkan, membuangkan:\nsemuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; \nia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dari atas pohon itu;\ntercampak\n1.\n terlempar, terpelanting:\nia pun ~ di atas tanah; \n2.\n sampai ke tempat yang jauh (terasing), terbuang:\nmereka sekarang ~ ke sebuah pulau yang kecil dan terpencil." "campak II\nsejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan penghidapnya demam dan bintil-bintil merah tumbuh pada kulit." "campang I\nbercampang\n \n~-camping \ncabik-cabik:\nbaju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin, berkeping-keping ke sana ke mari ~-camping." "campang II\nmencampang\n mengayuh perahu di haluan." "campian\n[bahasa percakapan] johan, juara." "campin\n1.\n pantas, tangkas, handal:\npemain bola yang ~; \n2.\n cekap, bijak, mahir, pandai:\nseorang peguam yang ~." "camping\ncompang-~ \nkoyak-koyak, cobak-cabik;\n= compang." "campung I\npenggal (hujung sesuatu), kudung;\nmencampung\n memenggal atau memancung hujung sesuatu, mengudungkan." "campung II\n[Minangkabau]\n= cempung II." "campur\n1.\n \n= bercampur\n bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dalam satu kumpulan;\n \nlogam ~ \ndua atau lebih jenis logam yang disatukan;\n2.\n (dalam ilmu hisab) ditambah kepada atau disatukan dengan (angka yang dinyatakan):\ndua ~ tiga, jumlahnya lima; \nkira-kira ~ \nkira-kira yang menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah;\n~ bicara\n = \n~ mulut \nmasuk campur (dalam hal orang dan lain-lain);\n \n~ tangan \na) mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain);\n b) terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain;\nbercampur\n1.\n bergaul (berbaur, berkacau, dan lain-lain) menjadi satu:\nasid ini banyak ~ dengan air; \n2.\n [bahasa percakapan] (berkenaan (dengan) pasangan suami isteri) bersama dalam hubungan suami isteri:\nia ~ dengan Rusiah baru tiga musim; \n3.\n berkawan, bergaul:\nwanita Cina itu sudah lama ~ dengan orang Melayu;\n~ bicara \n= \n~ mulut\n masuk campur dalam (hal orang dan lain-lain);\n \n~ dengan rata \nbergaul dengan betul-betul sebati;\n \n~ gaul \nbergaul, bermesra, bersahabat dengan;\n \n~ kasih \nberkasih-kasihan, cinta-mencintai;\n \n~ tangan \ncampur tangan;\n~ dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak\n (peribahasa) bercampur dengan orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga;\n \nminyak dengan air adakah ~\n (peribahasa) orang baik kalau bercampur dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat;\nbercampuran\n bercampur-campur, bercampur aduk;\nmencampuri\n1.\n menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur:\nsusu itu jangan dicampuri air; \n2.\n bercampur dengan:\nbenda apa yang ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; \nemas yang sudah dicampuri logam; \n3.\n turut campur dalam sesuatu urusan (hal orang dan lain-lain):\nnegeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yang tertentu dengan tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; \n4.\n bergaul (bersama) dengan:\ngolongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; \n5.\n mengadakan hubungan kelamin:\n semasa dalam ihram suami tidak boleh ~ isteri;\nmencampurkan\n1.\n menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur:\nkedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; \n2.\n menjadikan bercampur dua atau lebih benda (hal):\njangan dicampurkan barang itu; \n3.\n menghubungkan atau mengaitkan:\nsaya tidak ada perhubungan dengan pemerintah, tidak ada niat saya ~ nya; \n4\n. \nmenaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi;\ntercampur\n sudah bercampur, tergaul, terkacau;\ncampuran\n1.\n sesuatu yang bercampur;\n2.\n benda-benda yang dicampurkan atau untuk dicampurkan;\n3.\n gabungan, sebatian;\npercampuran\n1.\n perihal bercampur atau bercampur aduk:\nwalau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dengan ciri-ciri moden tetap berlaku dalam hidup masyarakat di mana-mana; \n2.\n pergaulan:\ndia sudah mabuk kepayang akibat ~ yang terlalu bebas itu; \n3.\n perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri:\nia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dalam ~nya dengan isterinya itu;\n \n~ tangan \nperihal turut campur tangan;\npencampuran\n proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kepada sesuatu yang lain:\n ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan." "campur aduk\nsangat beraduk, campur baur;\nbercampur aduk\n sudah bergaul (berkacau, berbaur, dan lain-lain) betul, bercampur (bergaul dan lain-lain) dengan tidak berketentuan;\nmencampuradukkan\n menjadikan bercampur aduk:\nfilem Melayu itu kerap dicampuradukkan dengan pelbagai rupa kebudayaan; \nkadang-kadang mereka ~ penggunaan istilah Melayu itu dalam konteks politik yang berbeza." "campur baur\n= campur aduk;\nbercampur baur\n bercampur aduk;\nmencampurbaurkan\n mencampuradukkan." "camuk I\n[Minangkabau] tikam, amuk;\nmencamuk\n menikam, mengamuk." "camuk II\nbercamuk\n tidak teratur, bersepah-sepah, berselerak:\nkain baju di dalam almari itu ~ ditariknya;\nkecamukan\n keadaan tidak teratur, kecelaruan:\npersoalan tersebut menimbulkan ~ dan ketidaktentuan dalam sistem perkhidmatan." "camur\nmencamurkan\n menghamburkan (menaburkan ke mana-mana)." "can I\n[bahasa percakapan] peluang, harapan, kesempatan baik:\naku tak kasi ~ kepada si Murad tu." "can II\n= bercan\n [bahasa percakapan] bercinta, berkasih:\nsedang anak tuk penghulu tidak berani ~ dengan anaknya, ini pula saya, sekolah Melayu sahaja." "cana\nsejenis tumbuhan (pokok), merbatu layang, merjagung, sauh hutan, songkok harimau, \nParinanium corymbosum (griffithianum)." "canai\nbatu\n \n~ \nbatu yang digunakan untuk mengasah sesuatu, batu asah;\n \n~ fikiran \nsesuatu yang menambah pengetahuan atau memajukan fikiran (seperti buku, pendapat, dan lain-lain);\nmencanai\n1.\n mengasah sesuatu dengan batu canai;\n2.\n melicinkan, meratakan, mengilatkan;\n3.\n menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis:\n~ pastri; \n4.\n membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan:\nundang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan ~ surat-surat khabar supaya bersesuaian dengan demokrasi terpimpin; \nseperti dicanai rupanya\n (peribahasa) cantik atau elok rupanya;\ntercanai\n sudah dicanai (dibentuk, disesuaikan):\nperkara ini ~ menjadi suatu penjelmaan yang tersendiri;\ncanaian\n1.\n perihal mencanai;\n2.\n sesuatu yang telah dicanai;\n3.\n [kiasan] latihan;\npencanai\n1.\n orang yang kerjanya mencanai (mengasah), pengasah;\n2.\n alat untuk mencanai (menggelek adunan kuih):\npapan\n \n~." "canak\n[arkaik];\nmencanak\n mencuar, tegak memanjang." "canang\ngong kecil (untuk memberi alamat, menyerantakan, dan lain-lain):\nbaginda bertitah menyuruh titir ~ pemanggil;\nmencanangkan\n1.\n mengumumkan kepada orang ramai (dengan memukul canang dan lain-lain), menyerantakan;\n2.\n menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan:\nkanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu;\npencanang\n orang yang mencanangkan sesuatu (berita, kejadian, dan sebagainya)." "canar\n~ babi \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar semenjuh, banar babi,\na) \nSmilax helferi; \nb) \nDioscorea spp.;\n~ bokor (gede, gengge, minyak) \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar (kelona, berunuh, lampu bukit), \nSmilax megacarpa." "cancang I\ntercacak, terdiri tegak lurus, mencuar." "cancang II\n[Minangkabau] cencang." "cancang III\n[Jawa];\nmencancang\n menambat." "cancut\n[Jawa];\nbercancut\n menyingsingkan lengan baju atau kain (bersiap untuk melawan, bekerja, dan sebagainya);\nmencancuntukan\n menyingsingkan lengan baju atau kain." "canda I\n1.\n kelakuan;\n2.\n [Jakarta] gurauan, kelakar;\n3.\n [Minangkabau] rupa:\npernahkah aku melakukan yang buruk rupanya dan salah ~nya?\nbercanda\n1.\n berkelakuan, bertingkah;\n2.\n [Jakarta] bergurau, berkelakar:\ndia turut ~ dan bergurau hanya sekadar perlu." "canda II\ntak ~ \ntidak peduli, tidak endah, tidak hirau." "canda III\n~ peti\n [sastera lama] sejenis peti atau kotak tempat menyimpan wang (barang-barang kemas dan lain-lain):\nsuatu pun tiada pusaka beta tinggalkan akan dia melainkan emas empat buah ~ peti." "canda IV\n[sastera lama] sejenis tombak pendek." "candak\ntarik (tali kail)." "candal\n1.\n buruk, hina, jahat;\n2.\n janggal:\n~ rupanya." "candan I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nAquilaria hirta;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nWikstroemia candolleana\n." "candan II\nkecindan." "candang\nberani ~ \nterlalu berani." "candat\n1.\n sauh yang bercabang banyak;\n2.\n sejenis serampang untuk menikam sotong (ikan);\n3.\n sejenis kail yang banyak matanya;\nmencandat\n menangkap sotong dengan candat:\n~ sotong." "candawara\nrancangan (televisyen, radio dan sebagainya) berbentuk permainan yang dipertandingkan yang memerlukan peserta menjawab, membuat sesuatu dan sebagainya untuk menang." "candelier\nlampu gantung hiasan yang mempunyai banyak cabang mentol atau lilin, jurai-jurai kaca, dan sebagainya." "candi I\nbangunan purba yang dibuat daripada batu (tempat orang Hindu atau Buddha menyembah berhala, menyimpan abu mayat, dan lain-lain)." "candi II\nsuka bercanda, keracak." "candik I\n[sastera lama] gundik yang lebih rendah kedudukannya daripada gundik biasa." "candik II\nsejenis jaring untuk menangkap ikan." "candik III\nsejenis burung." "candik IV\n[Kedah] menyindir." "candit\nsesuatu yang lentik dan lebar hujungnya (sauh, pemetik senapang, dan lain-lain)." "candu\n1.\n sejenis bahan yang disediakan daripada biji bunga popi (boleh digunakan secara terkawal untuk menghilangkan rasa sakit atau menyebabkan tidur tetapi berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal sebagai dadah untuk mengkhayalkan diri dan sebagainya);\n \n~ mentah \ncandu yang belum dimasak atau diproses sehingga sedia untuk digunakan;\n2.\n = \n~ rokok\n cecair yang pekat hitam yang keluar dari rokok atau lubang paip yang dihisap;\n3. = mencandu\n ketagih (suka, gemar) akan sesuatu:\napabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; \nsejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa;\n \nseperti orang pemakan ~, dengan ~ sampai mati \n(peribahasa) sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan;\nmencandu\n1.\n seperti candu (lekat-lekat);\n2.\n ada candunya:\npaipnya tak pernah dibersihkan hingga ~;\nmencandui\n1.\n menjadikan ketagih (gemar, asyik):\nkalau saya tidak dicandui oleh keinginan untuk jadi wartawan, tentulah saya tidak lekas-lekas meninggalkan bangku sekolah; \n2.\n meracuni, memperdayakan, menipu:\nbukan maksud kami hendak ~ rakyat;\nkecanduan\n ketagihan:\nlagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yang ~ filem-filem Hindustan;\npencandu\n1.\n penghisap candu;\n2.\n [kiasan] penggemar, peminat." "candung\nsejenis parang yang mata dan hulunya berpadu dan dibuat daripada besi." "cang I\nbunyi kuat dan tinggi (seperti bunyi kereta api)." "cang II\nsejenis kuih berupa nasi yang dibungkus dengan daun buluh." "cang III\nsejenis jaring untuk menangkap ikan, tangkul." "cang IV\n1.\n tegang, cekang (berkenaan (dengan) tetek yang berisi susu);\n2.\n cukup besar (berkenaan (dengan) buah)." "cang V\nmenunggang (kuda dan lain-lain)." "cang VI\nkata seru gembala gajah (menyuruh gajah mengangkat kaki)." "cang VII\ngenting tempat memerangkap babi." "cangah\n[Minangkabau];\nmencangah\n, \ntercangah\n terbuka luas, terlopong." "cangak I\nmencangak\n melihat dengan memanjangkan leher dan mengangkat muka;\ntercangak-cangak\n melihat ke sana sini dengan tidak tentu arah." "cangak II\n[Jawa] sejenis burung bangau." "cangak III\n[Perlis] cucuk rambut, pin rambut." "cangal\nsejenis tumbuhan (pokok), pelawan, \nTristania whiteana." "cangap\n1.\n cabang pada hujung galah (kayu dan lain-lain);\n2.\n takuk pada hujung atau pangkal galah (batang dan lain-lain)." "cangcang\n[Jakarta];\nmencangcang\n menambat(kan)." "cangerai\nnasib tidak baik, sial;\n \nbuang ~ \nbuang sial." "cangga\ncenangga." "canggah I\n1.\n galah (besi, kayu, dan lain-lain) yang hujungnya bercabang (digunakan sebagai senjata, untuk mengait, dan lain-lain);\n2.\n dahan yang bercabang dua;\nbercanggah\n1.\n memakai canggah;\n2.\n bercabang;\n3. = bercanggahan\n bertentangan (pendapat, perkara, keputusan, dan lain-lain):\nkenyataan yang dikeluarkan itu ~ dengan pendapat mereka; \npemakaian bahasa setengah-setengah penulis ~ dengan tatabahasa;\nmencanggah\n menjalankan perahu dengan canggah;\nmencanggahi\n berbeza daripada, bertentangan dengan:\nmaklumat itu ~ kesahan dasar itu;\npercanggahan\n perihal bercanggah (pendapat dan lain-lain):\n~ pemikiran tentang konsep ketuhanan." "canggah II\ncucu kepada cucu." "canggah III\n[Kelantan] pergi (ke sesuatu tempat) dengan susah payah." "canggai\n1.\n kuku (jari tangan) yang dibiarkan panjang;\n2.\n kuku yang dibuat daripada emas atau perak untuk hiasan jari (dalam tarian dan lain-lain)." "canggal\n~ puteri\n sejenis tumbuhan (pokok), kedi, leban condong, melampai bukit, mengkedi, \nEngelhardtia nudiflora." "canggih I\nterlalu banyak bercakap." "canggih II\n1.\n moden dan kompleks (alat), sofistikated:\nwalau bagaimanapun ~ peralatan yang dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yang mengerjakannya tidak menguasai bidang yang mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; \n2.\n hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dan lain-lain):\n Liyana kelihatan begitu ~;\n 3.\n tugas dengan berkesan, sesuai dengan perkembangan masa:\n wanita ~;\nmencanggihkan\n menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dan lain-lain) canggih;\nkecanggihan\n perihal (sifat, keadaan, dan sebagainya) canggih:\n~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak;\npencanggihan\n perbuatan mencanggihkan sesuatu:\n peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu." "canggit\nconggang\n\u2013\n~; \n= conggang." "canggu\n= cagu." "canggung I\n1.\n kurang biasa atau kurang senang menggunakan (melakukan) sesuatu, kekok, kaku, janggal:\ndari kecil lagi dia diajar menari, sebab itulah apabila dia menari, tidak ~ nampaknya; \n2.\n berasa kurang senang (tidak bebas), segan-segan atau malu-malu (kerana tidak biasa bercampur atau tidak tahu adat resam orang):\nanak raja itu terasa serba kekok dan ~, tidak tahu apa yang hendak dibuatnya; \n3.\n kurang elok atau sempurna (pada pandangan atau pendengaran), tidak kena pada tempatnya, agak janggal:\nbahasa karangannya begitu ~ hingga tidak dapat disiarkan; \nkenalanku ada yang cantik dan tidak akan ~ jadi isterimu; \n4.\n serba kekurangan (berkenaan (dengan) kehidupan, pengetahuan, dan lain-lain):\nbagaimana aku dapat hidup senang, kalau serba ~ seperti ini; \n5. = tercanggung\n [Minangkabau]\na) berasa sepi (kerana tidak berteman dan lain-lain);\n b) kurang senang (kecewa dan lain-lain):\nhendaklah diusahakan supaya pembeli jangan ~;\n~ bagai antan dicungkilkan duri \n(peribahasa) perbuatan yang bukan-bukan, tidak kena pada tempatnya;\nkecanggungan\n1.\n perihal canggung (kekok, kaku, janggal), kekekokan, kekakuan, kejanggalan;\n2.\n perihal canggung (segan-segan atau malu-malu):\n~nya jelas pada gerak-gerinya;\n3.\n perihal canggung (kurang elok atau sempurna pada pandangan atau pendengaran):\n~ bahasanya memperlihatkan kecetekan pengetahuannya tentang tatabahasa bahasa Melayu." "canggung II\ndahan atau batang kayu mati yang timbul tenggelam di air;\n \nbagai kera dapat ~ \n(peribahasa) tidak renggang-renggang dari tempat menerima pertolongan." "canggung III\nsejenis lagu dan tarian (di utara Malaysia)." "canggung IV\nsejenis alang tempat (ayam dan lain-lain) bertenggek." "cangip\ncungap-~ \ntercungap-cungap, termengah-mengah." "cangit\ncongak-~ \nmendongak dan menundukkan muka berkali-kali;\n= congak II." "cangkaliwang\nbercangkaliwang\n berkeadaan serabut, tidak keruan:\ningatannya dalam perjalanan itu ~." "cangkang I\nmenjawab dengan keras dan biadab apabila dimarahi." "cangkang II\n[arkaik] kulit telur." "cangkat\n1.\n bukit kecil, anak bukit;\n \n~ sama didaki lurah sama dituruni \n(peribahasa) sama-sama merasai kesusahan atau kesenangan;\n2.\n (berkenaan (dengan) air) tidak dalam, cetek, tohor." "cangkau\ncengkau." "cangkel\n[Jakarta] (ter)sangkut;\nmencangkelkan\n menyangkuntukan, menggandingkan." "cangkelong I\n[Jawa];\npipa ~ \npaip tembakau;\n \n~ candu \npenyedut untuk menghisap candu." "cangkelong II\n[Jawa] sejenis beg yang boleh disangkuntukan di bahu." "cangkerang\n1.\n kulit luar yang keras (pada kerang dan lain-lain);\n 2 [Jakarta] selongsong (lampu bateri dan lain-lain)." "cangkering\nsejenis tumbuhan (pokok yang akarnya dibuat ubat beriberi), \nErythrina fusca." "cangkih\n~-mangkih\n = \ncongkah-~ \ntidak teratur (rata dan lain-lain);\n= congkah." "cangking\nmencangking\n mengangkat sesuatu ke atas dengan dua belah tangan sambil berjalan, menjinjing." "cangkir I\ncawan;\n \n~ piring\na) cangkir dan piring;\n b) barang-barang tembikar." "cangkir II\njari cakar yang di belakang (burung, ayam, dan lain-lain)." "cangkriman\n[Jawa]\n1.\n teka-teki;\n2.\n penerka." "cangku\nbroker;\n= cengkau." "cangkuk I\n= pencangkuk\n1.\n sesuatu yang melengkung seperti kait (gancu dan lain-lain):\nbuatlah ~ pada dawai itu supaya dapat disangkuntukan; \n2.\n alat untuk mengancing baju yang dibuat daripada besi kecil yang dilengkungkan;\nbercangkuk\n memakai cangkuk;\nmencangkuk\n mengenakan cangkuk, mengait:\nhabislah segala tubuhnya dicangkuk oleh sekalian onak dan duri;\nmencangkukkan\n mengaitkan:\n~ mata taut pada belakang rusa itu;\ntercangkuk\n terkait." "cangkuk II\n= cangkukan\n1.\n dahan kayu yang dibalut supaya tumbuh akar untuk ditanam;\n2.\n [kiasan] palsu;\nmencangkuk\n menjadikan dahan berakar dengan membalutnya dengan sabut berisi tanah, mengetut." "cangkuk III\nsejenis ubat daripada bunga yang dikeringkan." "cangkuk IV\n[Minangkabau] pekasam ikan." "cangkul\nalat untuk memecahkan (menggemburkan dan lain-lain) tanah, pacul:\n~ burung \n[Pahang] linggis (alabangka);\n \nmenjual tangkai ~ sekah \n(peribahasa) menceritakan (membualkan) hal yang tidak ada kebenarannya;\nmencangkul\n1.\n memecahkan (menggemburkan dan lain-lain) tanah dengan cangkul, memacul;\n2.\n [kiasan] membolot (mengambil) sesuatu (wang, harta, dan lain-lain):\nagen-agen gelaplah yang ~ wang;\n~ angin \nmengomong-omong kosong." "cangkum\nmencangkum\n merangkum, memeluk." "cangkung\nbercangkung, mencangkung\n duduk dengan kaki berlipat tetapi punggung tidak mencecah lantai, bertinggung." "cangkup\nmencangkup\n memakan dengan memasukkan atau melemparkan makanan ke mulut dengan tangan." "canguk\nmencanguk, tercanguk\n duduk (berdiri dan lain-lain) dengan kepala dan leher tertunduk ke depan;\n= languk." "cangut\nmenonjol dalam keadaan menghereng (seperti hulu keris yang terselit di bengkung)." "canseleri\n1.\n pejabat canselor;\n2.\n bangunan yang menempatkan pejabat canselor." "canselor\n1.\n ketua kehormat sesebuah universiti;\n \nnaib ~ \nketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti;\n2.\n ketua kerajaan di beberapa buah negara Eropah (seperti Jerman, Austria, dan lain-lain)." "cantas\nbercantas\n (telah) dicantas:\npokok-pokok hiasan yang sudah ~ itu kini kelihatan lebih kemas;\nmencantas\n1.\n memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] memotong atau mengurangkan sesuatu (seperti perbelanjaan) yang tidak perlu atau berlebihan:\nperbelanjaan yang tidak perlu terpaksa dicantas kerana kurangnya pendapatan yang dijangkakan pada tahun depan;\n 3.\n [kiasan] mengeluarkan atau menggugurkan sesuatu daripada senarai tertentu:\nnamanya dicantas daripada senarai pemain bola sekolah;\ntercantas\n1.\n dicantas dengan tidak sengaja, terpangkas:\nbanyak anak pokok durian di dalam semak itu yang ~ semasa kerja menebas dibuat; \n2.\n [kiasan] dikeluarkan atau digugurkan daripada senarai (kumpulan, pasaran dan sebagainya):\nnamanya ~ daripada senarai peserta yang terpilih;\ncantasan\n hasil mencantas;\npencantasan\n proses (perbuatan, kerja dan sebagainya) mencantas:\n~ pokok pagar itu baru sahaja selesai;\n pencantas\n1.\n orang yang mencantas;\n2.\n alat untuk mencantas sesuatu (ranting, kayu dan lain-lain)." "cantel\n[Jawa];\njarum (peniti) ~\n jarum penyemat;\nmencantelkan\n menyangkuntukan;\ncantelan\n tempat menyangkuntukan sesuatu, sangkutan." "cantengan\n[Jawa] sejenis penyakit pada hujung jari." "canterik\n[Jawa] murid pendeta, pengikut." "cantik I\nsangat menarik apabila dipandang (berkenaan (dengan) orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dan lain-lain), sangat elok (bagus, molek):\ngadis yang ~; \nbarang-barang perhiasan yang ~; \nbagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dengan ikhlasnya;\nbercantik-cantik\n menghias muka supaya cantik, bersolek;\nmencantikkan\n menjadikan cantik;\nmempercantik\n menjadikan makin cantik;\nkecantikan\n perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dan lain-lain), kemolekan, keindahan;\npencantik\n yang menjadikan (kelihatan) cantik, yang mencantikkan:\ncairan ~ yang luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek." "cantik II\n[Minangkabau] biang, gasang, gatal." "cantil\nlayar kecil bersegi tiga (pada kolek)." "canting I\n1.\n alat daripada tembaga yang digunakan sebagai bekas lilin cair untuk melukis corak pada kain;\n \n~ cap\n alat untuk mencetak kain;\n2.\n pencedok kecil (untuk mencedok minyak dan lain-lain);\n3.\n pencedok air (dibuat daripada buluh dan lain-lain)." "canting II\nbatu pemberat pada sauh (untuk menambahkan berat sauh)." "canting III\ncanting-canting\n conteng-conteng." "cantis\ncantis-cantis\n conteng-conteng." "cantol\n[Jawa] kait, pengait;\nmencantol, mencantoli\n mengait (pada), menyangkut (pada)." "cantum\nbercantum\n \n1.\n bertaut semula (seperti luka yang sudah baik dan lain-lain);\n2.\n bertemu dan melekat atau bersambungan (seperti zip, bulu ayam, dan lain-lain);\n3.\n bergabung, bersambung:\ntiap-tiap kawasan ~ dengan kawasan yang di sebelahnya; \n4.\n ada memuat atau berisi (karangan dan lain-lain);\n \ncarik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga\n (peribahasa) perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga;\nmencantum\n1.\n menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum;\n2.\n menyemat (dengan jarum dan lain-lain);\n3.\n memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pada pokok lain (untuk mendapat pokok yang lebih baik);\nmencantumkan\n1.\n merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dan lain-lain), memauntukan, melekatkan, menyatukan, memadukan, menempelkan;\n2\n. menyematkan (dengan jarum, pin, dan lain-lain);\n3.\n menikamkan:\ndicantumkannya keris pusaka itu pada dada terus ke belikat\n;\n4.\n memasukkan atau menyertakan (dalam majalah, acara, dan lain-lain):\nnama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dalam surat edaran;\ntercantum\n1.\n sudah dicantumkan;\n2\n. termasuk atau termuat (dalam majalah, acara, dan lain-lain);\n3.\n tersemat atau terkandung dalam hati (cita-cita dan lain-lain);\ncantuman\n1. = percantuman\n perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan:\naku akan terus berjuang untuk ~ Singapura dengan Tanah Melayu; \n2. = percantuman\n perihal mencantumkan bahagian-bahagian yang berlainan menjadi satu (motokar dan lain-lain);\n3.\n barang apa yang dicantumkan atau untuk dicantumkan:\nbiasanya barang-barang ini digunakan hanya sebagai ~ yang tidak kekal; \n4.\n perihal memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pada pokok lain." "cantung\ncentung." "Cap Goh Mei\nsuatu perayaan kaum Cina yang disambut pada hari ke-15 Tahun Baru Cina:\npaluan gendang tarian singa sempena ~ bagaikan silih berganti dengan laungan penyokong parti yang bertanding." "cap I\n1.\n alat untuk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dan lain-lain) dengan menekankannya di atas kertas (surat dan lain-lain), tera:\n~ ini dibuat daripada getah; \n2.\n cetak, cetakan;\n \nhuruf ~\n huruf cetak (bukan huruf tulisan);\n \nkain ~ \nkain yang dicetak (tidak dibatik);\n \ntukang ~ \ntukang mencetak buku;\n3.\n bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dan lain-lain) yang dibuat dengan cap:\ntiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima; \n4.\n tanda yang berupa gambar dan lain-lain (untuk barang dagangan dan lain-lain):\nDatuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam; \n5.\n [kiasan] ciri, sifat (keadaan, watak, dan lain-lain);\n \ndengan demikian kelihatan ~nya \nkeadaannya yang sebenarnya;\n~ batu \ncetakan yang dibuat dengan batu, litograf;\n \n~ dagang(an) \ntanda (gambar, nama, dan lain-lain) yang digunakan dalam perdagangan (pada barang-barang dan lain-lain);\n \n~ jari \nbekas tekanan jari (untuk ganti tandatangan atau untuk mengenali orang yang memiliki jari itu);\n \n~ kempa \n[sastera lama] tera (cap) diraja kerajaan Melayu;\n \n~ mohor\na) cap kerajaan (tera kerajaan):\nSultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kepada Raja Melewar; \nb) cap pada mata wang;\nmengecap\n1.\n membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap;\n2.\n mencetak (buku, surat khabar, kain, dan lain-lain):\nsurat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dengan huruf-huruf kasar di muka hadapannya; \n3.\n memberi bertanda:\nbilangan gigi gear itu ada dicap pada gear tersebut; \n4.\n [kiasan] menganggap sebagai, menuduh atau menamai:\nAmerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; \nkita boleh ~ dia sebagai sasterawan nakal; \ncap-mengecap\n segala usaha cetakan, cetak-mencetak;\nmengecapkan\n menerakan, mencetakkan;\npengecapan\n1.\n [arkaik] perihal (perbuatan, kerja, dan lain-lain) mengecap(kan);\n2.\n percetakan;\n3.\n perusahaan cap-mengecap, pencetakan." "cap II\nsejenis ukuran besar kira-kira secekak (ibu jari bertemu dengan hujung salah satu daripada jari lainnya)." "cap III\nbunyi orang makan atau mengunyah makanan, atau bunyi orang (binatang) berjalan di lumpur." "cap IV\nmengecap\n mengocok (daun terup), menggaul." "capa I\nsejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat), capu, sembung, \nBlumea balsamifera." "capa II\nsejenis permainan judi." "capah I\n[Minangkabau] cakah;\nmencapah\n1.\n berpecah daripada suatu tumpuan lalu berserak ke berbagai-bagai arah yang berlainan (berkenaan (dengan) sinar cahaya, pemikiran dan lain-lain);\n2.\n menjadi semakin lebar atau besar bukaannya apabila semakin ke hujung atau ke hadapan (berkenaan (dengan) bukaan kaki, jari kaki, jari tangan dan lain-lain):\njari-jari tangan dan kakiku ~ ke hadapan;\n pencapahan\n perihal atau proses mencapah." "capah II\nbekas bulat seperti dulang (dibuat daripada kayu);\n= capar." "capah III\nmeja bundar kecil yang boleh berputar, digunakan untuk menempa atau melagang, meja tempa." "capah IV\nsejenis tumbuhan (pokok), cempening, kasap, pecah periuk babi, tapak kerbau, \nClerodendron villosum." "capai I\nmencapai\n \n1.\n hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dan lain-lain);\n2.\n bertemu dengan, sampai ke:\nJerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; \nia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; \n3.\n mendekati, memikat (hati dan lain-lain):\ndengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; \n4.\n menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dan lain-lain), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dan lain-lain):\nia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; \n5.\n mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha:\nbagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh;\ntercapai\n (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana;\ntercapaikan\n dapat dicapai:\n mereka tidak akan ~ maksud aku;\nsepencapai\n sedapat (sehingga, sejauh) tangan mencapai, sejengkau;\ncapaian\n (Komputer) proses memasuki ruang simpanan untuk menyimpan atau memperoleh kembali data dalam komputer;\npencapaian\n apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi:\nPemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; \nisi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel." "capai II\ncarut-~ \nberbagai-bagai carut;\n= carut." "capai III\npayah, lelah;\nkecapaian\n keletihan;\n= capek\n." "capak I\n[sastera lama] tidak mengendahkan (menghiraukan, mempedulikan);\nmencapak\n memandang ringan (mudah, hina, lemah, dan lain-lain), mengabaikan:\napa susahnya ~ kerja orang;\ntercapak\n tidak diendahkan, terabai, terbiar." "capak II\ntercapak\n duduk (dengan kaki terkangkang seperti menaiki motosikal):\nPak Pandir duduk ~ pada dahan kayu itu meratah ikan salai;\n= celapak I." "capak III\n[Minangkabau];\nmencapak, mencapak-capak\n mengecap-ngecap (berkenaan (dengan) mulut sewaktu makan);\n= cepak." "capak IV\nsejenis tumbuhan (pokok), singa tampu, \nMelochia umbellata." "capal\nsejenis selipar yang dibuat daripada kulit dan rupanya seakan-akan selipar jepun, cerpu." "capang\npanjang dan melengkung (berkenaan (dengan) tanduk atau misai), panjang dan lebar (berkenaan (dengan) telinga)." "capar\nsejenis pasu (dibuat daripada kayu);\n= capah II." "capati\nsejenis roti nipis yang dibuat daripada tepung atta (asalnya dari India)." "capcai\nC\n1.\n sejenis makanan Cina (sayur dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] campur aduk." "capek\n[Jawa] penat, lelah;\n \n~ hati\n bersusah hati;\n= capai III." "capelin\n[Jawa] tudung kepala yang tirus bentuknya (dibuat daripada buluh yang dianyam), capil, caping." "caperon\nwanita yang lebih tua atau sudah berumur yang menemani atau mengawasi gadis atau wanita muda dalam sesuatu majlis sosial dan sebagainya." "capgome\n= Cap Goh Mei." "capik\n1.\n tempang kakinya atau jalannya (kerana cacat kaki);\n2.\n lumpuh (berkenaan (dengan) kaki dan tangan);\nmencapikkan\n menyebabkan capik:\nkemalangan jalan raya itu telah ~ kakinya;\ntercapik-capik\n (berjalan, berlari, dan sebagainya) dengan incang-incut (seperti orang yang capik kakinya), tertempang-tempang:\ndia berjalan ~ selepas tersepak batu itu;\nkecapikan\n perihal capik:\n~ kakinya tidak menghalangnya daripada menyertai perlumbaan jalan kaki itu." "capil\n[Jawa] capelin." "caping I\n1.\n penutup yang nipis (seperti penutup lubang kunci dan lain-lain);\n2.\n penutup kemaluan kanak-kanak perempuan yang dibuat daripada emas atau perak (bentuknya seperti daun sirih)." "caping II\n[Jawa] tudung kepala, capelin." "caping III\nlapik buku lali (dibuat daripada upih dan lain-lain yang dipakai dalam permainan sepak raga)." "caping IV\n~ kera\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sesudu bukit, \nHoya diversifolia." "caping V\nsejenis ikan laut, \nCaranx carangus." "capjiki\n[Cina] sejenis judi yang dimainkan dengan memakai undi dua belas huruf (angka)." "caplak\n[Jakarta]\n1.\n kutu anjing (kucing);\n2.\n pikat, lalat kuda (kerbau dan lain-lain)." "caplok\n[Jawa];\nmencaplok\n1.\n mencakup (seperti mulut buaya menangkap makanan), mencengkam;\n2.\n [bahasa percakapan] mengambil hak orang (harta, negeri, dan lain-lain), merampas, merebut." "capoi\n~ mulut \n[Kedah] bercakap lepas-lepas." "capu\n= capa I." "capuk\n1.\n tompok(-tompok) pada sesuatu permukaan (seperti pada kulit muka, kain, dan lain-lain), borek;\n2. = bercapuk(-capuk)\n mempunyai (banyak) capuk;\nbercapuk, bercapuk-capuk\n mempunyai atau menampakkan (banyak) capuk (berkenaan (dengan) kulit dan lain-lain), bertanda capuk (berkenaan (dengan) kulit, kain, dan lain-lain):\nmukanya bercapuk-capuk akibat sesuatu penyakit kulit; \nbeberapa helai pakaian lembap yang ditimbunkan sahaja semalaman itu ~ di beberapa tempat;\nmencapukkan\n menjadikan bercapuk atau bercapuk-capuk:\ndia ~ kertas putih dengan cat air." "car\n[Kelantan] limbah, pelimbahan." "cara\n1.\n aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu:\nkalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; \n2.\n gaya (seperti bentuk, fesyen, rupa, dan lain-lain):\ncerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare;\n3.\n laku, macam, ragam, seperti:\nelok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; \n4.\n adat resam, keadaan (aturan) yang lazim dilakukan, kebiasaan:\ntiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yang tertentu dan berhubung dengan ini pula terdapat larangan-larangan;\n5.\n dalam bahasa atau loghat:\nbertanya ~ Cina;\nsecara\n1.\n dengan cara (jalan dan lain-lain):\nayah dan ibunya dibunuh ~ kejam;\n~ kasar dapat dijelaskan sebabnya; \n2.\n sebagai, selaku:\nhadapilah musuhmu ~ pahlawan;\ncara-cara\n1.\n berbagai-bagai cara;\n2.\n aturan-aturan, contoh-contoh;\n3.\n upacara." "carah\n[Minangkabau];\nbercarah\n sedikit-sedikit;\nmencarah\n1.\n memotong sedikit-sedikit atau kecil-kecil;\n2.\n menjual berpotong-potong;\nmencarahkan\n menjual sedikit-sedikit." "carak\n[Kelantan] tempat yang digenangi air." "carak I\nmencarak\n \n1.\n kelihatan muncul (berkenaan (dengan) matahari);\n2.\n membuka dan melihat daun terup." "carak II\nmencarak\n1.\n meminum air dengan mencucurkannya ke mulut;\n2.\n memakan (menghisap) telur dari kulitnya;\n \n~ benak \nmengambil untung dengan berlebihan, menghisap darah." "caram\n1.\n cincin tanda;\n2.\n cengkeram, panjar, wang pendahuluan." "caran\n[Minangkabau];\nbercaran\n bertengkar, berkelahi mulut." "carang I\nbahagian seperti ranting yang melingkar-lingkar yang tumbuh pada batang pokok menjalar (labu, sirih, dan lain-lain);\nbercarang-carang\n mencuar-cuar, bercerancangan:\n~ seperti tanduk rusa;\nmencarang\n1.\n seperti carang;\n2.\n memetik sirih carang." "carang II\nmencarang\n menjadi panas (berkenaan (dengan) cahaya matahari)." "carat\n= carak II." "carca\n[Kelantan] sejenis kuih (dibuat daripada pulut atau tepung gandum)." "cari\n1.\n [bahasa percakapan] berusaha untuk mendapat (menjumpai dan lain-lain) sesuatu:\ndi serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; \n2.\n [Minangkabau] harta milik (pencarian);\n \n~ bagi \nharta pencarian yang dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai);\nbercari\n [Minangkabau] dicari (berkenaan (dengan) persetujuan);\n kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ \n(peribahasa) janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan;\nbercari-cari\n dicari-cari, diada-adakan, dibuat-buat:\nperkara yang ~;\nbercari-carian\n saling berusaha mencari;\nmencari\n1.\n berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yang hilang atau tidak diketahui mana perginya;\n2.\n mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan):\ndia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai;\n~ akal (fikiran, jalan)\n berusaha mendapat cara untuk mencapai tujuan;\n \n~ bala \n= \n~ susah \nmembuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan;\n \n~ daya upaya \n= \n~ ikhtiar \nberusaha sungguh-sungguh;\n \n~ enaknya (senangnya) sahaja \ntidak memikirkan susahnya (hanya memikirkan enaknya sahaja);\n \n~ fasal\n = \n~ gaduh\n = \n~ lantaran\n = \n~ perkara \n= \n~ salah\n = \n~ sebab \n= \n~ selisih \n= \n~ seteru \nberbuat sesuatu untuk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dan lain-lain);\n \n~ helah (alasan)\n memikirkan sesuatu untuk dijadikan sebab atau alasan (melakukan atau tidak melakukan sesuatu);\n \n~ hitungan \nmenyelesaikan soalan hitungan (kira-kira);\n \n~ kesalahan\n = \n~ salah\n berusaha untuk mengetahui kesalahan orang;\n \n~ ketam (burung, udang, dan lain-lain) \nmenangkap ketam (burung, udang, dan lain-lain);\n \n~ laba (untung, wang) \nberusaha (bekerja) untuk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) untuk memperoleh rezeki;\n \n~ muka\n melakukan sesuatu dengan tujuan mendapat pujian (daripada majikan dan lain-lain);\n \n~ nama \nberbuat sesuatu (berusaha) untuk mendapat nama (sanjungan, kemasyhuran) daripada orang;\n \n~ punca \nberusaha untuk mengetahui sebab-sebab (kejadian, perselisihan, dan lain-lain);\n \n~ tahu \nhendak tahu akan hal sesuatu;\n \nenau ~ sigai \n(peribahasa) perempuan mencari laki-laki;\nmencari-cari\n1.\n mencari dengan bersungguh-sungguh, terus mencari:\ndia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; \n2.\n sengaja mengadakan (helah, sebab, dan lain-lain), mengada-adakan (hal, alasan, dan lain-lain);\nmencarikan\n mencari sesuatu untuk:\nBatin Itam itulah yang amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya;\ntercari-cari\n (sedang) mencari dengan sungguh-sungguh, (sedang) giat mencari;\ncarian\n sesuatu yang dicari;\n \n~ bujang \nharta yang diperoleh sebelum berkahwin;\npencarian\n1.\n perihal mencari:\ntahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; \n2.\n = \nmata ~ \npekerjaan yang dibuat sehari-hari untuk penghidupan:\n~ orang di sana menoreh getah; \n3.\n pendapatan, hasil pekerjaan:\n~nya yang sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti;\npencari\n1.\n orang yang mencari sesuatu yang abstrak (kebenaran, haluan, dan lain-lain):\n~ kebenaran ini diumpamakan seperti orang buta; \n2.\n orang yang mendapatkan nafkah (rezeki dan lain-lain) untuk menyara keluarga:\nlelaki dikatakan bekerja sebagai ~ nafkah." "cari gali\nkegiatan atau usaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas dan sebagainya) dengan menggerudi jauh ke dalam tanah atau dasar laut:\nkatanya, nisbah penemuan dalam satu-satu usaha ~ di Malaysia adalah satu penemuan dalam enam usaha ~;\n \nborang ini mengandungi butir-butir keluaran dan ~ yang lalu;\nmencari gali\n berusaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas dan sebagainya) dengan menggerudi tempat tertentu di daratan atau di dasar laut:\nbagi Malaysia, kepentingan strategi ketenteraan dititikberatkan lebih daripada kepentingan ~ minyak;\npencari gali\n orang yang kerjanya mencari gali (minyak, emas dan sebagainya)." "carik I\n1.\n cabik, robek, sobek, koyak memanjang;\n2. = carikan\n cabikan;\n3.\n helai, keping:\nse~ kertas; \nsirih se~;\nbercarik-carik\n carik di sana sini, cabik-cabik:\nhabislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya;\nmencarik\n mencabik, mengoyak;\nmencarik-carik\n mencabik-cabik, mengoyak-ngoyakkan." "carik II\n[Jawa] jurutulis, kerani." "carik III\nakar ~ puteri\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar keladi enggang, akar puding rimba, lakum laut, \nVitis cinnamomea." "carik IV\n~ kapan \nsejenis burung hantu, \nStrix seloputo." "caring\n[arkaik];\nmencaring\n melanggar (hak)." "carta\n1.\n peta yang disediakan untuk membantu pelayaran atau penerbangan;\n2.\n helaian yang memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dan lain-lain) dalam bentuk graf, jadual, atau gambar rajah;\n~ alir \n= \n~ aliran \n(Komputer) gambar rajah atau perwakilan grafik yang digunakan untuk menunjukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau untuk memaparkan langkah-langkah pemprosesan yang dilakukan;\n \n~ pai\n sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik untuk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dan lain-lain dalam bentuk bulatan yang dibahagi-bahagikan;\n \n~ palang\n sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik yang menggunakan jalur yang sama lebar secara menegak atau mendatar untuk mewakili maklumat atau data;\nmencartakan\n1.\n merakamkan sesuatu maklumat dalam bentuk carta:\n~ perubahan suhu setiap dua hari;\n 2.\n [kiasan] merangka atau menyusun sesuatu gagasan secara teratur:\npenubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air;\npencartaan\n perihal (proses atau perbuatan) mencartakan:\n~ pergerakan harga barang keperluan asas;\npencarta\n (Ekonomi) orang yang menggunakan carta tertentu untuk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pada masa hadapan." "carter\n[bahasa percakapan] sewa bas, kapal terbang, dan lain-lain bagi tempoh, tujuan, dan orang tertentu." "cartis\npencarta." "cartisme\npendekatan dalam analisis sekuriti (saham) yang menggunakan analisis teknikal." "caruh\n= ceruh I & II." "caruk I\nmencaruk\n \n1.\n menoreh pohon (untuk mengambil getah, damar, dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] mengupas kulit kayu." "caruk II\n1.\n alur;\n2.\n ceruk, teluk kecil;\nbercaruk\n berteluk, berceruk:\npantainya yang ~;\n= ceruk I." "caruk III\ngelojoh, lahap, rakus;\nmencaruk\n makan dengan gelojoh, melahap, merakusi." "carum\n= caruman; \nbercarum\n ada carumannya:\nbiaya tua ~;\nmencarum\n membuat bayaran atau sumbangan (kpada kumpulan wang bersama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain):\ndia tidak lagi ~ dalam KWSP;\n mencarumkan\n memasukkan (modal, wang) ke dalam sesebuah syarikat:\ndia ~ RM200 sebulan ke dalam syarikat insurans;\ncaruman\n1.\n bayaran dari semasa ke semasa (kpada kumpulan wang bersama dan lain-lain), yuran;\n2.\n sumbangan bulanan menerusi potongan gaji kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (untuk membiayai keperluan selepas bersara);\n \n~ tetap \ncaruman yang dibuat pada waktu-waktu tertentu (mis pada hujung setiap bulan) dan secara berterusan;\npencaruman\n perihal (perbuatan) mencarum;\npencarum\n orang yang mencarum." "carut\nperkataan yang keji dan kotor (cabul):\nperkataan hamun dan maki, ~ dan cabul;\n~-capai = ~-marut \nberbagai-bagai perkataan yang keji dan kotor;\nbercarut, bercarut-carut\n mengeluarkan perkataan yang keji dan kotor:\nsampai beliau ~;\n~ bungkang\n [Minangkabau] mencarut-carut, memaki-maki;\nmencarut, mencarut-carut\n mengeluarkan perkataan yang keji dan kotor, memaki-maki:\nkadang-kadang ~ dan meludah;\nmempercaruti\n memaki-maki orang dengan perkataan yang keji;\ncarutan\n (perkataan, kata-kata) yang keji dan kotor, (kata-kata) yang cabul:\npenyair menjauhkan kata-kata ~ yang kasar;\npencarut\n1.\n suka mencarut;\n2.\n orang yang suka mencarut." "cas I\nmengecas\n menahan dengan kaki atau menyepak kaki orang (untuk menjatuhkannya):\norang itu pun rebah apabila dicas ketingnya;\nmengecaskan\n menjatuhkan dengan menahan (menyepak) kaki orang." "cas II\nmelanggar pantang (larangan)." "cas III\njumlah tenaga elektrik yang tersimpan di dalam sesuatu, misalnya kapasitor dan sebagainya:\n~ elektrik;\n bercas\n telah dicas:\nbateri-bateri yang ~;\n mengecas\n mengalirkan arus elektrik ke dalam bateri yang lemah untuk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama:\n~ bateri;\n pengecasan\n proses atau perbuatan mengecas:\nkemajuan teknologi kini membolehkan ~ bateri dibuat sekali lagi atau dua kali sahaja sebulan;\n pengecas\n alat yang digunakan untuk mengecas:\ndia mengecas baterinya dengan menggunakan ~ elektrik." "cas IV\n[Kedah], [Pulau Pinang] galak dan gelitak (berkenaan (dengan) perempuan)." "cas V\n[Kedah] permainan sembunyi-sembunyi (di kalangan kanak-kanak)." "cascus, cascusan\n[bahasa percakapan] banyak cakap." "casis\n1.\n rangka yang menyokong badan kenderaan (mis kereta):\nnombor ~; \n2.\n rangka yang padanya terletak bahagian-bahagian elektrik radio, TV, dan lain-lain." "cat\n1.\n sejenis cecair berwarna yang disapukan pada dinding dan lain-lain (untuk melindungi permukaannya, menjadikannya kelihatan elok);\n2.\n sejenis bahan yang dicampuri cecair, digunakan dalam lukis-melukis;\n~ air\n cat yang dicairkan dengan air;\n \n~ alis\n penghitam (kening);\n \n~ bakar\n [Indonesia] cat yang disemburkan;\n \n~ batik \n[Indonesia] bahan yang digunakan untuk mewarnai kain batik;\n \n~ bibir\n gincu bibir;\n \n~ minyak \ncat yang dicairkan dengan minyak;\nbercat\n memakai cat, diwarnai dengan cat:\nsekeping papan ~ biru muda;\nmengecat\n memberi bercat, mewarnai (permukaan seperti dinding dan lain-lain) dengan cat:\nsekaliannya dicat dengan air emas;\n~ dan menghiasi rumah;\ncatan\n lukisan (dengan cat):\nstudionya dipenuhi dengan ~ terbarunya;\n~ minyak \nseni lukis (gambar atau lukisan) yang menggunakan cat minyak;\npengecatan\n kerja (perbuatan dan lain-lain) mengecat (rumah dan lain-lain);\npengecat\n orang yang kerjanya mengecat (rumah, bangunan, dan lain-lain)." "catak I\n[Jawa] pikat." "catak II\n[Kelantan];\ntercatak\n terduduk:\ndia rebah ~ sewaktu melompat tadi." "catak III\n[Kelantan] rendah." "catang I\n[Cina] bekas teko (dibuat daripada rotan)." "catang II\nsejenis tumbuhan (pokok), cereh rambih, kenidai badak, \nMicrodemis casearifolia." "catas\n= cantas." "catat\nmencatat\n1.\n menulis atau merakamkan sesuatu (dalam buku dan lain-lain) untuk peringatan (perhatian pada masa hadapan dan lain-lain):\nseorang setiausaha harus dilantik untuk ~ minit mesyuarat itu; \ncara-cara untuk ~ pengeluaran wang;\n2.\n membuat, merintis, memelopori:\nhari ini, hari yang paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; \n3.\n mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dan lain-lain):\nia telah ~ kemenangan dalam pertandingan itu;\nmencatatkan\n1.\n menuliskan atau merakamkan sesuatu (dalam buku, fail, dan lain-lain) untuk peringatan (tatapan pada masa hadapan dan lain-lain):\nRaja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; \ntuan rumah itu ~ nama-nama orang yang berderma; \n2.\n mendaftarkan (diri, nama);\n3.\n menuliskan (merakamkan) untuk:\ntolong catatkan saya nama ahli-ahli yang hadir;\ntercatat\n sudah dicatat (tertulis, termaktub):\norang Yahudi sedia mengetahui darihal itu sebagaimana yang ~ dalam kitab mereka;\ncatatan\n yang telah dicatat, peringatan;\n~ bawah \n= \n~ kaki\n keterangan pada bahagian bawah muka surat, nota kaki;\n \n~ harga \nketerangan berkenaan harga barang;\n \n~ jiwa \ndaftar bilangan penduduk (banci);\n \n~ rapat \n[Indonesia] laporan ringkas berkenaan apa-apa yang dibicarakan dalam mesyuarat;\npencatatan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencatat(kan);\npencatat\n1.\n orang yang membuat catatan;\n2.\n alat yang digunakan untuk mencatat." "catit\n= catat." "catu\nbahagian (makanan dan lain-lain) yang ditentukan jumlah atau banyaknya;\nbercatu\n berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) untuk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup seperti air dan barang makanan);\nmencatu\n1.\n menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu:\nmakanan biasa dicatu dalam keadaan perang; \n2.\n membahagi-bahagikan sesuatu dengan jumlah (banyaknya) yang telah ditentukan:\nsebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang;\nmencatukan\n membahagikan sesuatu dengan jumlah (banyaknya) yang telah ditentukan atau dengan sedikit-sedikit;\ncatuan\n catu;\npencatuan\n perihal (tindakan dan sebagainya) mencatu(kan), pembahagian catu." "catuh\nsejenis tumbuhan (pokok), bujang semalam bukit, temuras, \nArdisia oxypylla." "catuk I\nmencatuk\n1.\n mematuk (memagut) dengan muncung atau paruh:\nbudak itu dicatuk ular;\n2.\n mengatuk (melukai, menetak, menakuk, dan lain-lain) dengan hujung benda yang tajam:\n~ batang getah; \njangan dicatuk dengan yang tajam, cencang dengan yang majal \n(peribahasa) menasihati orang jangan dengan perkataan yang tajam-tajam, tetapi dengan lembut dan berulang-ulang kali." "catuk II\nalat menyerupai tukul besi besar yang agak tajam hujungnya (untuk memecahkan batu dan lain-lain)." "catuk III\ntercatuk\n duduk dengan kepala tertunduk sedikit:\nPuan Maryamah memandang hampir ke setiap wajah yang ~ di hadapannya." "catuk IV\n1.\n sebanyak isi senduk (tempurung);\n2.\n sukatan beras (1/8 cupak)." "catung\n= centong." "catur I\nsejenis permainan untuk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur;\nbuah ~ \nbuah dalam permainan catur;\n papan ~ \npapan berpetak-petak (64 petak) yang dipakai dalam permainan catur;\nbercatur\n1.\n bermain catur:\nleka ia ~ juga dengan Si Kembang Cina; \n2.\n bercorak seperti petak-petak papan catur:\nkain ~;\nmencatur\n [kiasan] menjadikan politik (ekonomi dan lain-lain) sebagai permainan:\nkini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yang berbentuk moden;\nmempercaturkan\n [kiasan] memperlakukan siasah (ekonomi dan lain-lain) seperti catur:\nyang dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yang sedang mengalami kepupusan identiti;\ncaturan\n sulam yang berpetak-petak;\npercaturan\n1.\n tempat bermain catur: \n2.\n perihal bercatur (permainan catur);\n3.\n [kiasan] permainan (siasah) politik:\nPakistan memainkan peranan baru dalam ~ politik di Asia;\npencatur\n1.\n orang yang bermain catur:\nKejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai \n~\n remaja untuk mencipta nama; \n2.\n [kiasan] orang atau pihak yang mencatur atau mempercaturkan:\nbeliau menjadi \n~\n orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya." "catur II\n(Sanskrit) empat (digunakan dalam kata-kata majmuk):\n~ tunggal;\n~ wangsa." "catut I\n1.\n penyepit (untuk mencabut janggut dan lain-lain);\n2.\n pencabut paku dan lain-lain, kakaktua;\nmencatut\n mencabut dengan menggunakan catut." "catut II\n1.\n = \ntukang ~ \n= \npencatut\na) orang yang berniaga dalam pasar gelap;\n b) orang yang berniaga dengan mengambil untung yang melampau-lampau;\n2.\n orang yang mencari wang (keuntungan) dengan jalan haram (seperti makan suap dan lain-lain);\nharga ~ \nharga yang lebih tinggi daripada harga rasmi, harga gelap;\n \npolitik (tukang) ~ \n[bahasa percakapan] cara-cara atau tindak-tanduk yang bertujuan untuk mencari laba dengan sebanyak-banyaknya;\nmencatut\n1.\n berniaga secara gelap, menjadi pencatut;\n2.\n menjual sesuatu dengan mengambil untung yang melampau-lampau;\n3.\n menipu, membelit;\n4.\n mempergunakan nama orang (pangkat, kuasa, dan lain-lain) untuk mendapat keuntungan sendiri;\ncatutan\n hasil atau keuntungan yang diperoleh daripada kerja mencatut;\npercatutan\n perihal berniaga secara gelap (tidak sah, haram dan lain-lain);\npencatutan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencatut;\npencatut\n tukang catut." "cau I\ngelaran Siam." "cau II\n[bahasa percakapan] pergi, beredar." "cauk\ncaung, cawak." "caul\nkain ~ \na) sejenis kain halus (asalnya dari sebuah bandar di pantai barat India);\n b) selendang sutera." "caung\nkempung atau cekung (berkenaan (dengan) pipi) kerana tidak bergigi atau kurus, cauk, cawak." "cauvinis\n1.\n bersifat menunjukkan pendirian atau semangat yang keterlaluan (melampau) dalam memperjuangkan kepentingan kaum atau golongan tertentu:\ntuduhan ini biasanya kurang tepat dan tidak berasas, malah menimbulkan sikap ~ di kalangan pelbagai kaum; \n2.\n orang yang menunjukkan cauvinisme." "cauvinisme\n1.\n sikap setia pada negara yang keterlaluan:\nmereka bertanggungjawab atas kebangkitan berbagai-bagai bentuk ~ dan sosialisme; \n2.\n rasa cinta yang keterlaluan kepada sesuatu (kumpulan, tujuan, tempat, dan lain-lain).\nCaw.\n [kependekan] Cawangan." "cawak I\ncaung, lekuk, cauk;\n \n~ pipi\n lekuk di pipi (lesung pipit);\nbercawak\n berlekuk kecil." "cawak II\ntali kulit yang dipasang pada leher anjing." "cawan\nbekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) untuk minum kopi dan lain-lain, cangkir:\n ~ kopi;\n~ pinggan \nperkakas-perkakas tembikar;\nbercawan-cawan\n beberapa banyak cawan:\nsudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga." "cawang\nbahagian daripada sesuatu yang lebih besar, cabang;\n \n~ tenggorok\n cabang batang tenggorok;\ncawangan\n1.\n bahagian (daripada pertubuhan, persatuan, syarikat, dan sebagainya):\npersatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan cawangan-cawangannya di negeri lain; \n2.\n cawang;\npencawang\n stesen tempat arus (voltan) elektrik yang diterima dari stesen penjana diubah bentuk untuk disalurkan kepada pengguna." "cawas\npengayuh buluh pada rakit (dipakai di tempat air dalam);\nmencawas\n mengayuh (dengan cawas)." "cawat I\nkain (kulit kayu dan lain-lain) penutup kemaluan;\n \n~ besi \nsejenis alat yang dipakai oleh wanita pada zaman dahulu untuk menghalang mereka daripada melakukan hubungan seks di luar nikah:\nsejak awal abad kedua belas lagi, ~ besi telah dimanfaatkan oleh suami yang mencurigai kesetiaan isteri mereka\n;\nbercawat\n memakai cawat;\n \n~ ekor\n (berkenaan (dengan) anjing) menutup lubang dubur dengan ekor dan dikepit di antara kaki belakang;\n \nsepuluh jong masuk, anjing ~ ekor juga \n(peribahasa) betapa pun kemajuan perubahan yang berlaku dalam negeri, tetapi kita (dia, mereka) tetap seperti keadaan yang lama juga;\nmencawatkan\n mengikat (kain dan lain-lain) menjadi cawat." "cawat II\n~ udi \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVitis simplex." "cawi-cawi\nsejenis burung, \nDicrurus spp." "cawis\n[Jawa], [sastera lama] sedia;\nbercawis\n bersedia:\nbaiklah yayi Aji kembali ke karangan ~ kerana petang sekarang kakang mulai berjaga-jaga.\nCd\n simbol kimia bagi kadmium." "CD-ROM\n(Komputer) [kependekan] \ncompact disc read-only memory\n (cakera padat-ingatan baca sahaja)." "Ce\nsimbol kimia bagi serium." "cebak\nmencebak\n menggali (tanah, barang galian):\n~ tanah;\n~ timah;\ncebakan\n1.\n galian;\n2.\n barang apa yang dicebak, barang galian." "cebar\n~-cebur\n bunyi cebur-cebur di air (berulang-ulang kali)." "cebeh\npecah atau terpotong sedikit, serpih." "cebek\nmencebek\n membawa sesuatu dengan lengan diluruskan ke bawah, membimbit." "cebelus\nmencebeluskan\n memasukkan ke dalam lubang dan lain-lain;\ntercebelus\n terperosok." "ceber\nmenceber\n mencebik;\nmenceberkan\n mencebikkan, mengejek:\nmereka bersorak-sorak ~ dia." "cebet\nmencebet\n membawa sesuatu dengan lengan diluruskan ke bawah, membimbit:\ntangannya ~ sebuah baldi." "cebik\nmencebik\n menyorongkan bibir bawah ke depan (seperti orang mengejek atau hendak menangis), menjebik:\ndia bertanya mengejek dengan ~;\nmencebikkan\n1.\n menyorongkan bibir bawah ke depan (kerana marah, benci, dan sebagainya):\nAh, bekerja buat apa! katanya dengan ~ bibirnya; \n2.\n menghina (mengejek dan lain-lain) dengan bibir mencebik:\nkalau hendak dicebikkan orang, cakaplah macam itu;\ntercebik-cebik\n mencebik seperti hendak menangis:\nia ~ menahan air matanya;" "cebikan\nhasil perbuatan mencebik, apa-apa yang dicebikkan:\ndia bertanya dengan ~ kecil; \n= sebik." "cebil\n= cebik." "cebir I\nkoyak kecil, carik, cebis;\n \nse~\n secarik, secebis." "cebir II\n= ceber." "cebis\ncarik, cebir, serpih;\n \nse~ \nsecebir, secarik;\nmencebis\n mencarik, memotong sedikit;\ncebisan\n barang apa yang sudah dicebis, potongan kecil, serpihan." "cebok\n1.\n pencedok air;\n2. = bercebok\n membasuh punggung (kemaluan) selepas buang air besar (air kecil):\nmereka keluar sebentar untuk memberinya kesempatan ~;\nmencebok\n1.\n mencedok (dengan cebok, gayung, dan lain-lain);\n2. = menceboki\n membersihkan punggung (kemaluan) selepas buang air besar (air kecil):\n~ punggung adik kecilnya." "cebol\norang yang terlalu pendek;\n \nseperti si ~ hendak mencapai bulan \n= \nsi ~ rindukan bulan \n(peribahasa) ingin melakukan (mendapat) sesuatu yang tidak mungkin tercapai;\n= cabul II." "cebong\n[Jawa] berudu." "cebur\nbunyi seperti bunyi benda dibuang ke air;\nmencebur\n1.\n terjun ke air;\n2.\n membuat bunyi cebur;\nmenceburi\n memasuki serta giat dalam (sesuatu bidang kegiatan), melibatkan diri dalam, melibati:\nsebahagian besar ahli mahukan koperasi ~ bidang perniagaan yang lebih menguntungkan;\nmenceburkan\n1.\n membuang (mencampakkan) sesuatu ke air;\n2.\n menyebabkan termasuk ke dalam sesuatu atau berada dalam sesuatu keadaan (biasanya yang tidak menyenangkan):\nini telah ~ Islam ke dalam proses pensekularan yang tidak masuk akal;\n \n~ diri \na) terjun ke dalam (air dan lain-lain);\n b) memasuki atau mencampuri (politik, hal orang, dan lain-lain):\n~ diri dalam lapangan sukan;\ntercebur\n1.\n termasuk (terjatuh) ke dalam air (telaga dan lain-lain);\n2.\n termasuk ke dalam (kesengsaraan, kehinaan, persengketaan, dan lain-lain):\nkau orang perempuan, senang ~ ke lembah kehinaan;\npenceburan\n perihal (perbuatan) menceburi sesuatu bidang kegiatan:\nbidang pentadbiran dan pengurusan semakin pesat berkembang dengan ~ para cendekiawan pada masa itu." "cecadu\nsejenis kelawar yang memakan buah;\n~ gajah \nsejenis kelawar, \nCynopterus sphinx;\n~ gua \nsejenis kelawar, \nEonycteris spelea;\n~ madu \nsejenis kelawar, \nMacroglossus lagochilus." "cecah I\nsececah\n \n1.\n sekejap, sebentar:\nsetelah bertutur-tutur ~, Rijnhaard mohon diri akan pulang; \n2.\n sedikit, secolek:\nbukan hendak banyak, hanya ~ sahaja;\nbercecah\n sedikit-sedikit, berdikit-dikit;\nmencecah\n kena (sedikit) pada, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dan lain-lain):\nusap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut;\n~ bumi\n menjejak (memijak) bumi;\n \nhati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah \n(peribahasa) banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit;\nmencecahkan\n mengenakan (menyentuhkan, mencelupkan) sedikit sesuatu pada:\ntangannya mematahkan goreng pisang dan ~nya ke piring gula;\ntercecah\n terkena (tercelup) sedikit, kena sedikit pada:\napabila ~ saja kopi panas itu di lidahnya, dirasanya menjadi bertambah panas hingga air matanya kelihatan tergenang-genang." "cecah II\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nStaurogyne setigera." "cecair\nbahan yang cair sifatnya dan dapat mengalir dengan bebas tanpa bentuk tertentu, misalnya air dan minyak, cairan:\napabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~;\n mencecairkan\n menukarkan bentuk sesuatu (pepejal atau gas) menjadi cecair, menjadikan cecair:\nsuhu yang sangat tinggi diperlukan untuk ~ kaca;\n pencecairan\n proses mencecairkan:\n~ gas." "cecak I\nbelang kecil-kecil atau bintik-bintik:\n~-~ hitam putih pada bajunya." "cecak II\n[Minangkabau];\nmencecak\n1.\n mencubit;\n \n~ tonggak \nmemulakan memahat tiang rumah dengan mengadakan istiadat;\n2.\n mencuri, mencopet;\npencecak\n pencuri, pencopet." "cecap\nmencecap\n \n1.\n menjilat dan mengemam (mengecap) makanan untuk merasa manisnya (masinnya dan lain-lain):\nsebelum disaji, dicecapnya gulai itu; \n2.\n [kiasan] merasai, menikmati:\n~ kebahagiaan hidup." "cecar\n[Jakarta];\nmencecar\n terus-menerus memukuli (menanyai dan lain-lain)." "cecawi\ncawi-cawi." "cece\n[Jakarta] piut (anak daripada cicit)." "ceceh I\nkemaluan kanak-kanak lelaki." "ceceh II\nmenceceh\n bercakap kosong (berkenaan (dengan) perkara yang bukan-bukan dan lain-lain), merepek, mericau:\nkarang asyik ~ kerja tak siap." "cecekik\nsejenis jerat untuk menjerat leher binatang, cekik-cekik." "ceceng\nmenceceng\n lari seperti anjing kena pukul\n=cenceng." "cecer I\n= cecar." "cecer II\n= cicir." "cecewe\nsejenis burung, ceketing, cerewit, duit-duit, \nLobivanellus indicus atronuchalis." "cecincin\nsesuatu yang berbentuk seperti cincin:\n~ kunci;\n \nselnya kelihatan berbentuk seperti ~ apabila dilihat dengan menggunakan mikroskop." "cecok\n= cekcok." "cecunguk\n1.\n (Sunda) lipas;\n2.\n [Indonesia] [bahasa percakapan] mata-mata gelap (pada zaman penjajahan)." "cedak\n[Pahang] sejenis tudung yang dibuat daripada mengkuang (untuk melindungi sesuatu atau seseorang daripada hujan)." "cedas\n[Kedah], [Kelantan]\n1.\n cepat, cergas, segera;\n2.\n segar, sihat." "cedera I\n1.\n cacat, cela (sedikit):\ntuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; \n2.\n luka (patah tulang dan sebagainya):\ntiga orang telah ~ dalam kemalangan itu; \n3.\n menderita, merana, celaka, rugi:\nkena ~ \n[Minangkabau]\na) didatangi musuh dengan tiba-tiba, digeledah dengan tiba-tiba;\n b) dianiayai (dicelakakan) orang;\n c) menderita kerana pekerjaan berat dan lain-lain;\nmencedera\n [Minangkabau] mendatangi (menggeledah) dengan tiba-tiba;\nmencederakan\n menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dan sebagainya):\nmereka telah ~ beberapa orang musuh;\ntercedera\n1.\n mendapat cedera (luka, patah, dan sebagainya):\nayah Hilmi ~ dalam satu serangan;\n2.\n [Minangkabau] merana;\nkecederaan\n keadaan cedera (luka, patah tulang, dan sebagainya):\nbermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~." "cedera II\npertelingkahan, perselisihan, pertengkaran;\nbercedera\n bertelingkah, berselisih, bertengkar;\nkecederaan\n hal atau keadaan cedera;\npercederaan\n hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran." "cedera III\n1.\n mungkir janji, tidak setia, berkhianat;\n2.\n pembunuhan (penyerangan dan lain-lain) dengan tidak berterang-terangan (tipu daya);\nmencedera, mencederakan\n1.\n mengkhianati;\n2.\n membunuh (menyerang dan lain-lain) dengan diam-diam (tipu daya);\nkecederaan\n khianat, keadaan tidak setia;\npencederaan\n perihal (perbuatan) mencedera(kan)." "cedera IV\n[sastera lama] \ncendera I." "ceding I\n(berkenaan (dengan) kanak-kanak, pokok, binatang, dan lain-lain) kecil, kurus, kerdil;\n \n~ padi \ntunas padi." "ceding II\n[Terengganu] melompat-lompat:\njangan ~ di atas lantai licin ini, nanti kamu jatuh." "cedok\nmencedok\n1.\n mengaut atau mengambil dengan senduk (cebok, gayung, dan lain-lain):\n~ gulai dengan sudu;\n2.\n [kiasan] mengambil atau meniru (daripada karangan, ciptaan orang lain, dan lain-lain):\nahli-ahli diminta menghantar ciptaan sendiri dengan tidak ~ karangan orang lain; \nrancangan-rancangan itu dicedok daripada rancangan-rancangan yang telah lalu;\n cedokan\n [kiasan] yang dicedok, hasil mencedok:\n~ dan ikutan daripada falsafah Greek;\n pencedokan\n perihal atau perbuatan mencedok atau meniru hasil karya (ilmu, idea dan sebagainya) pihak lain:\nusaha ini mampu menyelesaikan masalah ~ ilmu dari luar;\npencedok\n1.\n alat untuk mencedok;\n2.\n (ERT) alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya." "cedong\ncedok." "ceduk\ncekung (pipi, mata, dan lain-lain);\n \nmukanya ~ \nmukanya cekung (dahi dan dagunya jendul ke depan)." "cedung\nmencedung\n menanam (semula) padi semaian dan lain-lain." "cef\ntukang masak utama di hotel, restoran dan sebagainya, ketua jurumasak. \ncega\n (cga);\nbercega\n berjaga-jaga, berhati-hati;\nmencega\n menjaga, meneliti supaya tidak terperangkap dan lain-lain." "cegah\ntegah, halang;\nmencegah\n menghalang (menegah, menolak, dan lain-lain), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dan lain-lain):\nsentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; \ntidak berjaya ~ peperangan;\ntercegah\n terkawal (terlarang, terhalang, dan lain-lain);\ncegahan\n larangan (tegahan dan lain-lain):\nibunya tidak mendengar ~nya; \npakatan yang ada berjaya menjalankan fungsi ~;\npencegahan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan):\n~ dengan cara kimia;\npencegah\n1.\n alat untuk mencegah;\n2.\n orang (badan dan sebagainya) yang mencegah:\npasukan ~ rusuhan; \npasukan kastam bahagian ~ penyeludupan." "cegak I\n1.\n tegak;\n2.\n [arkaik] (berkenaan (dengan) badan) gagah, kuat." "cegak II\n1.\n kuat dan tangkas, gembira;\n2.\n sembuh dan segar kembali (daripada sakit)." "cegar I\naliran air yang deras di sungai (yang dasarnya terdiri daripada batu hampar)." "cegar II\nsegar." "cegar III\n1.\n sejenis burung, \nEnicurus leschenaulti frontalis;\n2.\n sejenis burung, kelicap belukar, \nEnicurus ruficapillus;\n~ besar \nsejenis burung, \nEnicurus schitacous." "cegat I\ntercegat\n tertegak, berdiri tegak, tercancang:\nberdiri ~ bagai patung; \nkami berdua ~ di tangga itu;\ntercegat-cegat\n sebentar-bentar berdiri tegak, terdiri-diri:\nsejak tadi mereka berdiri ~ menunggu bas." "cegat II\n[Jakarta];\nmencegat\n mengadang (di jalan dan lain-lain), memegat, menahan;\npencegatan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencegat." "ceguk\nteguk." "ceh\n[Terengganu] menyalakan api dengan menggunakan mancis:\ntolong ~, aku hendak hisap rokok." "cek I\nperintah bertulis kepada bank supaya membayar wang sebanyak yang dinyatakan;\n~ berpalang\n cek yang mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun pihak yang dituliskan namanya pada cek yang berkenaan;\n \n~ kembara\n cek yang dibeli daripada bank dan boleh ditukar di luar negara untuk mendapatkan mata wang asing;\n \n~ kosong \ncek yang amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya;\n \n~ lambung \n= \n~ tendang \ncek yang tidak dapat dijelaskan kerana pihak yang mengeluarkannya tidak mempunyai wang yang cukup dalam akaun berkenaan;\n \n~ luar \ncek yang bank pembayarnya berada di luar kawasan penjelasan bank pelanggan yang menerbitkan cek berkenaan;\n \n~ luput \ncek yang sudah lepas tarikh lakunya;\n \n~ pembawa \ncek yang boleh ditunaikan oleh pembawanya;\n \n~ tempatan \ncek yang bank pembayarnya berada di kawasan penjelasan yang sama dengan bank pelanggan yang menerbitkan cek itu;\n \n~ terbuka = ~ tunai\n cek (tidak berpalang) yang boleh ditukarkan kepada wang tunai oleh sesiapa saja yang mengemukakannya kepada bank." "cek II\n[bahasa percakapan] memeriksa ada tidaknya atau benar tidaknya (barang, kira-kira, dan lain-lain)." "cek III\n1.\n [Kelantan] panggilan pada ayah atau emak;\n2.\n [Pulau Pinang] saya (dipakai oleh orang yang lebih muda apabila bercakap dengan orang yang lebih tua);\n3.\n [Kedah], [Pulau Pinang] awak, engkau, kamu (dipakai oleh orang tua apabila membahasakan orang muda atau kanak-kanak);\n \n~ wa \n[Kelantan] nenek, datuk." "cek IV\n~ mek molek \n[Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada keledek yang dilenyek, berbentuk lonjong, berisi gula pasir, dan digoreng." "ceka\n[Kelantan];\nmenceka\n memegang kuat dengan tangan, mencengkam." "cekah\n= bercekah\n merekah, pecah-pecah (berkenaan (dengan) buah-buahan, kulit, dan lain-lain);\nmencekah\n1.\n = \nbercekah;\n \n2.\n memecahkan (dengan mengapit kedua-dua belah tangan):\n~ buah manggis;\n3.\n melebarkan (membuka) sudut (kangkang dan lain-lain)," "cekak I\nukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan jari lain:\nberilah aku sirih se~;~ rambut \nalat daripada plastik dan sebagainya untuk mengikat atau mencekak rambut supaya kelihatan lebih kemas dan terurus;\n baju ~ musang\n baju yang berleher tinggi;\n \npinggang se~ jari manis \nsebesar yang terpegang oleh ibu jari dan jari manis;\nbercekak\n \n~ pinggang \nmemegang kiri kanan pinggang dengan kedua-dua belah tangan;\nmencekak\n1.\n memegang sesuatu dengan mempertemukan ibu jari dengan jari tengah (jari telunjuk atau jari-jari lain):\ntukang sampan itu pun ~ dayung; \n2.\n memegang pinggang, sama ada dengan sebelah tangan atau kedua-duanya;\n3.\n mencengkam leher dengan kuat:\n~ leher musuhnya;\n4.\n menggunakan alat, misalnya cekak rambut untuk menolak rambut ke belakang supaya kelihatan kemas." "cekak II\ngamak, harapan:\nbuat saya, tidak ada ~ lagi untuk lulus peperiksaan." "cekak III\n[Minangkabau] kelahi;\nbercekak\n berkelahi;\n= cakak." "cekal I\n= \n~ hati\n tetap (teguh) hati, tahan menderita, tabah:\nhatinya makin bertambah-tambah tetap dan ~;\nmencekalkan; \n~ hati \nmenjadikan hati cekal, menabahkan hati;\nkecekalan\n ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati." "cekal II\n[arkaik];\nmencekal\n1.\n mencekau;\n2.\n menangkap (orang, pencuri, dan lain-lain)." "cekam I\nmencekam\n mencengkam;\n= cengkam." "cekam II\ntugal (untuk membuat lubang sewaktu menanam padi huma);\nmencekam\n1.\n menugal;\n2.\n membuat bonggol-bonggol pada tilam dengan jahitan (supaya tidak melepek)." "cekam III\nsejenis penyakit pada kuku (kaki)." "cekang\n1.\n tegang, kaku (berkenaan (dengan) badan, mayat);\n2.\n terbuka luas:\nkedua-dua belah matanya ~ memerhatikan setiap gerak-geri." "cekap\n1.\n boleh, dapat, mampu, sanggup:\nsetelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dari rumah itu;\n2.\n dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dan lain-lain) dengan cepat dan sempurna, pandai, mahir:\nada beberapa ekor monyet yang betul-betul ~ bermain tunggang balik; \nkerja demikian memerlukan pekerja yang tekun dan ~; \nia juga cukup ~ menyumpit; \n3.\n elok, cantik, rupawan:\nmahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dengan gadis yang ~ itu; \n4.\n lekas, pantas, tangkas:\ntangan Mawi lebih ~, pantas seperti kilat;\nbercekap\n [sastera lama] sanggup, berani (mengerjakan sesuatu);\nmencekapkan\n menjadikan (bertambah) cekap;\nmempercekap\n menjadikan lebih (bertambah) cekap;\nkecekapan\n1.\n kesanggupan, kemampuan;\n2.\n kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja dan lain-lain) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu);\n3.\n kepantasan membuat sesuatu (berfikir dan lain-lain);\nketidakcekapan\n perihal (sifat dan sebagainya) tidak cekap." "cekar\n[Kelantan];\nmencekar\n mencakar." "cekarau\n[Minangkabau] sejenis tumbuhan yang hidup di air (lubang batangnya besar);\n \n~ besar\n (peribahasa) suka menyombong (bercakap sombong)." "cekat\ncekatan;\ncekatan\n pantas bekerja (mengerti dan lain-lain), cekap membuat sesuatu:\nia bekerja mengayun cangkulnya penuh ~; \nmereka itu ~ sekali melakukan kewajibannya;\nkecekatan\n kepantasan, kecepatan, kecekapan (melakukan sesuatu)." "cekati\n[Kelantan] pembelah pinang, kacip." "cekau\nmencekau\n \n1.\n menangkap (memegang, mengambil) dengan tangan (cakar, mulut);\n2.\n [kiasan] cari, ambil:\ndi mana aku hendak ~ malam-malam buta ini?" "cekcok\n= \nbercekcok\n bertengkar, berselisih, berkelahi;\nmempercekcokkan\n mempertengkarkan:\napa yang dipercekcokkan itu?\npercekcokan\n pertengkaran, perselisihan, perkelahian:\nramai orang yang mengetahui ~ yang berlaku." "cekel I\n= cekal II." "cekel II\nlokek, kikir;\n \n~ berhabis, lapuk berteduh\n (peribahasa) terlampau sangat kikir tidak ada faedahnya, akhirnya harta akan habis jua;\n= ceker." "cekel III\n[Jawa], [sastera lama] murid pendeta." "ceker\n1. = menceker\n mengais-ngais (seperti ayam);\n2.\n lokek, kikir;\n= cekel I." "cekera\n[Kelantan] mengagak:\nbolehkah awak ~ berapa ramai penduduk di sini?" "cekerau\n= cekarau." "cekering\n= cengkering I." "ceketing\nsejenis burung, duit-duit, cirimit, taitut, \nLobivanellus indicus atronuchalis." "ceki\n= \nmain ~ \nsejenis permainan judi dengan menggunakan daun (kad kecil-kecil);\n \ndaun ~\n = \nkartu ~ \nkad kecil untuk permainan ceki (120 helai semuanya)." "cekibar, cekiber\n[Jakarta] cicak terbang (kubin)." "cekih\nmembuka (kulit kerang, lokan, dan sebagainya);\ntercekih\n terbuka sedikit (kulit kerang, lokan, dan sebagainya)." "cekik I\nmencekik\n1.\n mencengkam leher hingga tidak boleh bernafas:\nia membunuh perempuan itu dengan ~ lehernya; \n2.\n [kiasan] menekan, memeras, menindas, menyeksa, menyengsarakan:\nmereka dicekik kemiskinan; \nmereka mendoakan agar kemarau jangan ~ mereka; \n3.\n [bahasa kasar] makan;\n \n~ darah \nmemeras (wang, tenaga, dan lain-lain);\ntercekik\n1.\n dicekik: \n2.\n tersangkut makanan di kerongkong (tekak);\n3.\n [kiasan] tertekan (oleh kemiskinan dan lain-lain), berada dalam kesusahan yang amat sangat:\njanganlah kita lupakan golongan yang kehidupannya ~ dan sentiasa berhempas-pulas untuk menyambung hidup sehari-hari;\ncekikan\n perihal mencekik;\npencekik\n orang yang mencekik, alat untuk mencekik;\n \n~ darah\n pemeras, penindas." "cekik II\nbercekik\n \n~-merih \n[Minangkabau] bertengkar (berbantah) dengan kerasnya;\nmempercekikkan\n mempertengkarkan, memperbantahkan." "cekik-cekik\nsejenis jerat untuk menjerat leher binatang, cecekik." "ceking\n[Jakarta] genting, sangat kurus." "cekit I\n[arkaik];\nmencekit\n mematuk, mengambil sedikit-sedikit." "cekit II\n[Kelantan];\nmencekit\n menyindir." "cekodok\n[bahasa percakapan] sejenis cucur yang dibuat daripada adunan tepung dengan pisang yang digoreng." "ceku\n[arkaik];\nmenceku\n menekankan barang-barang tajam (kuku, jarum, peniti, dan lain-lain) pada benda-benda yang lembut." "cekuh I\nmencekuh\n memegang (mengambil) dengan tangan:\napa dicekuh semua tak kena; \ndicekuhnya parang itu." "cekuh II\ncekap, mahir." "cekuk I\n~-cekik \na) tercekik-cekik (seperti orang lemas);\n b) bercekik-cekikan;\nmencekuk\n menekan (leher dan lain-lain)." "cekuk II\nubat yang dimasukkan ke dalam mulut dengan paksa;\nmencekuk\n memberi minum ubat dengan paksa;\nmencekukkan\n memasukkan ubat ke dalam mulut dengan paksa:\nibu ~ ubat air ke dalam mulut Hasnah." "cekuk III\nlekuk, cekung." "cekuk IV\n~ manis \nsejenis tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, \nSauropus albicans;" "cekup I\nmencekup\n \n1.\n menutupkan tapak tangan atas sesuatu, menangkap (lalat, belalang, dan lain-lain) dengan tapak tangan;\n2.\n [kiasan] menawan atau menangkap (orang dan lain-lain)." "cekup II\nmencekup\n \n1.\n mencakup (dengan mulut);\n2.\n mengambil dengan hujung jari, mencekup." "cekup III\n~ puyuh \nsejenis permainan kanak-kanak." "cekup IV\nsejenis burung;\n~ belukar \nsejenis burung\n, Phylloscopus reguloides;\n~ dahan \nsejenis burung\n, Phylloscopus coronatus." "cekur I\ncekung\n lekuk atau cengkung (mata, pipi, dan lain-lain), lekuk melengkung di tengah-tengah (cermin dan lain-lain):\n\n\njika permukaannya melengkung ke dalam, cermin itu dinamakan cermin ~." "cekur II\nsejenis tumbuhan (umbinya dibuat ubat), \nKaempferia galanga;\n\n~ manis\n sejenis tumbuhan (daunnya boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, \nSauropus albicans;\n~ jerangau berbau lagi \n= \n~ jerangau belum habis lagi \n(peribahasa) masih mentah lagi (belum matang), masih muda benar;\n\n\nmemanjat pokok ~ boleh mati jatuh \n(peribahasa) menerima kesusahan (hukuman) yang berat daripada kesalahan yang sedikit." "cekut\nsecekut\n sebanyak yang dapat dicekut, sejemput:\ndia mengambil ~ nasi lalu disuapkannya ke dalam mulut anak itu;\nmencekut\n mengambil (mencekup, memegang) sedikit dengan hujung jari yang dikatupkan:\nanak itu ~ sedikit nasi lalu memakannya." "cela I\n1.\n kekurangan, cacat, cedera:\ntidak ada cacat ~nya sedikitpun;\n2.\n aib, noda (berkenaan (dengan) perbuatan dan lain-lain);\n3.\n kecaman, kritik:\npuji dan ~ tidak bercerai;\nbercela\n mempunyai cela (cacat dan lain-lain);\nmencela\n mengecam, mengkritik (dengan memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat:\nmengapa kau ~ dia?\n cela-mencela\n saling mencela, caci-mencaci;\n \ntercela\n tercacat, dapat (patut) dicela:\nkelakuannya tidak ~;\ncelaan\n kecaman, kritikan (yang memburuk-burukkan sahaja), cacian;\nkecelaan\n1.\n cela, cacat, kecacatan;\n2.\n keaiban:\nmendatangkan ~ kepada keluarga;\nberkecelaan\n bercacat, dapat (patut) dicela;\npencelaan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencela;\npencela\n orang yang mencela, pengkritik (yang suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci." "cela II\n[Minangkabau] sejenis kain kasar;\n= cele." "celadang\n[Kedah] bakul bersegi empat (tempat padi)." "celaga I\ntangkai kemudi, bam kemudi." "celaga II\n[arkaik] \n= jelaga." "celagi\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), asam jawa, \nTamarindus indica; \n2.\n sejenis tumbuhan (herba), \nXyris anceps." "celaguri\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), seleguri, \nSida rhombifolia." "celah\n1.\n tempat yang terluang (sela, renggang) di antara dua benda;\n \n~ dinding \ntempat yang terbuka di antara dua papan pada dinding (sela-sela dinding);\n \n~ jari \nruang di antara jari (sela-sela jari);\n2.\n sampuk, perkataan (cakap) yang menyelang atau memenggal (perkataan orang):\njemputlah minum, ~ isterinya; \n3.\n masa terluang (antara dua pekerjaan dan lain-lain):\n tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; \n4\n. ruang yang terluang:\n sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular;\n~ daun \nsudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok;\n \n~ suara \n[Indonesia] lubang dalam halkum yang menerbitkan suara;\n ditaruh di ~ gigi pun tak cukup \nki sangat sedikit (berkenaan (dengan) makanan dan lain-lain);\nmencelah\n1.\n masuk di celah (orang dan lain-lain), berada di celah-celah:\nperempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yang sedang berkelahi itu; \n2\n. memotong cakap orang, menyampuk:\nbelum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; \nsaya tidak mahu ~ kata-katanya;\n3.\n mulai masak dengan perubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (berkenaan (dengan) buah-buahan seperti rambutan, langsat dan duku);\nmencelah-celah\n masuk melalui celah-celah (orang ramai dan sebagainya)." "celak I\n[Minangkabau];\nbercelak, mencelak, tercelak\n bercahaya, berkilat, bersinar." "celak II\nhabuk hitam (biru) untuk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata):\n\n\n~ mata;\n\npensel ~ \nsejenis pensel untuk mewarnai kening dan keliling mata;\nbercelak\n memakai celak;\nmencelak, mencelaki\n menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dengan celak." "celaka\n1.\n malang (berkenaan (dengan) nasib seseorang), sial, tidak baik:\nnasibnya sungguh ~; \n2.\n sesuatu yang menyebabkan penderitaan (kesusahan dan lain-lain), kemalangan, kesialan:\napabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong; \n3.\n makian, keparat, jahanam, bedebah:\nanak sial, anak ~! \n4.\n seruan untuk menyatakan kemarahan (kekecewaan dan lain-lain):\nah! C~! Apalah nasib;\n~ tiga belas \nmalang sekali\n;\nmencelakakan\n menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dan lain-lain):\nlubang itu digali orang untuk ~ kita; \ndia ~ setiap orang yang berkawan dengannya;\nkecelakaan\n bencana, kemalangan, kesusahan, malapetaka:\nhidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; \npolis tidak ada di tempat ~ itu; \nperempuan itu mati kerana ~." "celam\n~-celum \nkeluar masuk (rumah dan lain-lain), sebentar ke sana sebentar ke sini (bebas saja ke sana sini), celas-celus." "celana\nseluar:\n~ dalam;\n~ panjang \n(\npendek dan lain-lain);\n bercelana\n memakai celana, berseluar:\n~ biru tua." "celanat\n[bahasa percakapan] kata makian, celaka." "celang\nmencelang\n terbuka luas (berkenaan (dengan) mata), terbeliak, terbuntang:\nmatanya ~;\n mencelangkan\n membuka (mata) luas-luas, membuntangkan, membeliakkan:\nadik tidak berani bersuara apabila ayah ~ matanya." "celangak I\nterbuka luas (berkenaan (dengan) pintu dan lain-lain);\nmencelangakkan\n membuka luas-luas." "celangak II\n~-celinguk\n [Jakarta] menengok-nengok ke kiri kanan (kerana berasa hairan, asing, dan lain-lain)." "celangap\n[Jakarta] terbuka atau ternganga (berkenaan (dengan) mulut)." "celapak I\nmencelapaki\n mengangkangi:\nlembu itu ~ dan menanduk dia;\nmencelapakkan\n mengangkangkan:\ndia ~ anak kecil itu di pinggangnya;\ntercelapak\n (jatuh, duduk) terkangkang: \njatuhlah ia ~ pada belakang ikan alu-alu." "celapak II\n[Kedah] cepat-cepat, lekas-lekas, (dengan) segera:\npenyamun-penyamun itu ~ masuk ke rumah Pak Ali." "celar, celari\n[arkaik];\nkain ~ \nsejenis kain (sarung) sutera yang bersulam benang emas pada tepinya." "celaru\nbercelaru\n tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dan lain-lain), kacau-bilau:\nrancangan kita yang ~ ini;\nmencelarukan\n menyebabkan celaru, mengacau-bilaukan:\n~ fikiran;\nkecelaruan\n perihal bercelaru (berkenaan (dengan) keadaan, fikiran, dan lain-lain), keadaan kacau-bilau:\n~ yang wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan." "celas\n~-celus \nkeluar masuk (rumah dan lain-lain), celam-celum." "celat\n[Jakarta];\nmencelat\n1.\n melompat jauh (tinggi);\n2.\n [kiasan] melambung tinggi (berkenaan (dengan) harga)." "celatu\nkelekatu." "celatuk\n[arkaik];\nbercelatuk\n berbual-bual (berjenaka, bersenda gurau, dan lain-lain)." "celau\n[Pahang] celaka, sial." "celawagi\ncilawagi." "cele\n[Jawa] kain cita yang berpetak-petak coraknya;\n= cela." "celebuk\nbunyi seperti bunyi batu dan lain-lain jatuh ke dalam air." "celebur\ncelebuk." "celedang\n~-celedok \nark kuat (berayun-ayun) lenggangnya, lenggang-lenggok." "celedok\nceledang." "celeguri\n~ padang \nsejenis tumbuhan (pokok renek yang akarnya dibuat ubat), seleguri, \nSida rhombifolia." "celek\n[Jakarta] celup." "celek I\n[Minangkabau] buta sebelah." "celek II\ntercelek\n timbul, kelihatan, tampak:\nsekali digosoknya, dua tiga panau ~." "celekati\n(Tamil) kacip (untuk membelah pinang)." "celekeh\n= selekeh." "celempong\nsejenis alat bunyi-bunyian seperti gong kecil (geloneng), telempong." "celempung I\nmencelempung\n terjun ke air, mencebur, mencempung;\ncempung II." "celempung II\nsejenis alat bunyi-bunyian yang memakai dawai (seperti kecapi rupanya)." "celen\n[bahasa percakapan] mengajak berlawan, mencabar." "celeng\n[Jawa] babi hutan;\n \n~ menurun\n gaya memakai destar (tengkolok)." "celengan\n1.\n tabung pekak, tempat menyimpan wang:\nwang itu dimasukkannya ke dalam ~ bambu; \n2.\n tabungan, wang yang disimpan." "celengap\ntercelengap\n tidak bertutup, terbuka sahaja (periuk dan lain-lain)." "celengkak\n~-celengkok\n berbelok-belok;\n= celengkang." "celengkang\n~-celengkok \nberbelok-belok, bengkang-bengkok;\n= celengkak." "celengkok\n= celengkak, celengkang." "celepa\nberbagai-bagai bentuk bekas rokok (tembakau dan lain-lain) yang dibuat daripada logam dan lain-lain;\nselepa." "celepik I\nbunyi seperti bunyi cicak (benda kecil dan lain-lain) jatuh ke lantai." "celepik II\nsudut kertas (kain) yang berlipat." "celepuk I\nbunyi seperti bunyi orang jatuh dalam lumpur." "celepuk II\n[Jawa] burung jampuk." "celerek\n[Kelantan];\nbercelerek\n1.\n (berkenaan (dengan) pakaian) meleret;\n2.\n bertaburan, bersepah-sepah." "celetuk\n[Jawa];\nmenceletuk\n mencampuri (mencelah) bercakap, menyampuk." "celi\n1.\n [Jakarta] tajam mata;\n2.\n (Sunda) teliti." "celici\ntamak, lahap." "celih\nmalas-malas, segan-segan." "celik huruf\nboleh (dapat) membaca dan menulis, tidak buta huruf;\nkecelikan huruf\n keadaan atau sifat celik huruf:\nMalaysia berusaha supaya tidak ketinggalan dari segi ~ penduduknya." "celik I\n1.\n (berkenaan (dengan) mata) terbuka:\nsemalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; \n2.\n = \n~ mata\n sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan):\nbaru ~ mata orang Melaka; \n3.\n boleh melihat, tidak buta;\n4\n. [kiasan] (berkenaan (dengan) matahari) terbit atau keluar:\ndari ~ matahari hinggalah ke malam;\n5\n. kenal akan yang benar (betul):\n akal yang ~; \nhati yang ~;\n~ budaya \ndapat memahami dan menghayati hakikat budaya:\npeningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika;\n~ komputer \npandai atau tahu menggunakan komputer;\nmencelikkan\n1.\n = \n~ mata \nmembuka mata;\n2.\n [kiasan] menyedarkan, menginsafkan:\nsudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan;\ntercelik\n [sastera lama] dapat dilihat, kelihatan, tampak:\nsekali digosoknya, tiga empat panau ~;\nkecelikan\n perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dan sebagainya:\nrancangan ini mampu mempertingkat tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum." "celik II\nsejenis ikan laut, \nMegalaspis cordyla;~ mata \nsejenis ikan laut, \nPomadasys maculatus." "celika\n[Kelantan] enggan atau malas melakukan sesuatu." "celinguk\ncelangak II." "celis\nmencelis\n mencencang (membelah) halus-halus (kecil-kecil)." "celober\n[Kelantan]: \nbercelober\n koyak-koyak, corek-corek." "celomes I\nmerana, menderita (kerana berpenyakit)." "celomes II\nbanyak cakap, cerewet." "celomok\n= tercelomok\n coreng-moreng (muka)." "celonet\nhujung yang menjungkit atau terangkat naik, conet." "celopar\n1.\n banyak cakap, cerewet;\n2.\n = \n~ mulut \nbercakap ikut sesuka hati sahaja;\nkeceloparan\n perihal celopar:\ndia berharap agar Irwan telah pulih daripada tersinggung akibat ~ mulut Abon." "celoreng I\nalat bunyi-bunyian (gamelan) yang dibuat daripada logam." "celoreng II\n[Kelantan];\nberceloreng\n comot:\nmuka budak itu ~ dengan hingus." "celorong\n~-celoreng \n(berkenaan (dengan) baju askar) yang coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yang kehijau-hijauan." "celoteh\npercakapan yang tidak tentu pokok pangkalnya (tidak keruan), ocehan;\nberceloteh\n bercakap-cakap (dengan tidak tentu pokok pangkalnya atau tidak keruan), berbual-bual, mengoceh:\nia tidak bekerja tetapi ~ saja." "celoteng\n[Kelantan] kotor (kerana terkena lumpur dan lain-lain)." "Celsius\nskala suhu yang merakamkan takat sejuk beku air pada 0?C dan takat didih air pada 100?C." "celuk\n[Jakarta];\nmenceluk\n memasukkan tangan ke dalam sesuatu untuk mengambil barang, menyeluk." "celum\n~-celam; \ncelam." "celung I\nkandang yang sempit untuk gajah atau kerbau;\nmencelung, mencelungkan\n memasukkan ke dalam celung." "celung II\n[Jakarta] cengkung atau cekung (pipi)." "celung III\n~-celang \nbunyi seperti bunyi terompah (angklung dan lain-lain)." "celung IV\nsejenis burung, burung kambing, \nPlatysumurus leucopterus." "celungap\n[Selangor] buruk makan, lahap, rakus, lapar sangat." "celup\n[kiasan] tiruan, palsu, tidak asli;\n \norang putih ~ \norang yang hendak berlagak dan lain-lain seperti orang putih;\ntayar ~ \ntayar tua yang telah dibaharui bunganya;\n \ntukang ~ \norang yang kerjanya mewarnai kain dan lain-lain;\nbercelup\n1.\n berlapis (bersalut);\n \n~ emas \nberlapis air emas;\n2.\n [sastera lama] bercelur;\n \n~ minyak \nbersumpah dengan memasukkan jari ke dalam minyak yang menggelegak untuk menentukan kesalahan orang;\nmencelup\n1.\n memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dalam benda yang cair:\nsebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dalam telur; \n2.\n memberi berwarna dengan memasukkannya ke dalam air berwarna (kain dan lain-lain):\n~ kain; \n3.\n [kiasan] membentuk (fikiran, faham, semangat, dan lain-lain), melatih, mengajar:\nmereka dicelup di Oxford dan di Cambridge;\ncelupan\n hasil mencelup;\npencelupan\n perbuatan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) mencelup:\n~ kain;\npencelup\n air dan lain-lain yang berwarna untuk mencelup." "celupak\n[Jawa] [arkaik] pelita berupa mangkuk kecil yang dibuat daripada tanah dan diisi dengan minyak kelapa." "celur\nsumpah ~ \nsumpah dengan mencelupkan tangan ke dalam air atau minyak yang menggelegak;\nbercelur\n \n~ minyak \n[sastera lama] bersumpah dengan mencelupkan tangan ke dalam minyak menggelegak;\n \n~ tangan\n bersumpah dengan mencelupkan tangan ke dalam air (minyak) menggelegak;\nmencelur\n memasukkan (mencelupkan) sesuatu (seperti sayur dan sebagainya) untuk beberapa ketika ke dalam air panas (supaya lembut dan sebagainya):\n~ sayur;\n celuran\n1.\n hasil mencelur;\n2.\n yang digunakan untuk mencelur:\nbubuh sedikit garam ke dalam air ~;\n penceluran\n perihal (perbuatan atau proses) mencelur:\n~ sayur-sayuran." "celurut\n[Jakarta] sejenis tikus kecil, tikus kesturi, cencorot." "celus\nboleh lulus (masuk, lepas) ke dalam sesuatu (melalui lubang dan lain-lain), dapat lepas (keluar);\n \n~-celas \nkeluar masuk, celum-celam;\nmencelus\n masuk (ke dalam lecah dan lain-lain);\ntercelus\n termasuk (ke dalam lecah dan lain-lain)." "celutak\n[Jawa] gemar makan barang yang tidak patut dimakan." "celutuk\nsejenis burung seperti kedidi atau berkik." "cema\n[Minangkabau] tuduh;\nmencema\n menuduh, mengadukan (kpada hakim);\ntercema\n tertuduh." "cemabai\n[Johor];\nbercemabai\n bercarik-carik (berkenaan (dengan) kain dan lain-lain), berjerabai." "cemahang\npenyakit atau akibat buruk (kerana sumpah gajah, pohon kayu, dan lain-lain)." "cemak\n[Terengganu], [Kelantan];\n~ mana\n banyak mana, berapa banyak." "cemamai\nbercemamai\n koyak-koyak, bercarik-carik (berkenaan (dengan) kain dan lain-lain)." "cemamar\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), cama, (se)cerek, kemantu hitam, semeru, \nClausena excavata; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), cerek-cerek, secerek, senaguh, \nMicromelum hirsutum; \n3.\n = \n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), cerek-cerek, cerek putih, kayu saga, kematu, tetimah jantan, \nMicromelum minutum (pubescens)." "cemamping\nkoyak-koyak, compang-camping." "cemangi\nyu ~ \nsejenis ikan yu." "cemangkih\ncemongkah-~ \ncongkah-cangkih;\n=cemongkah." "cemani\n[Jawa] hitam seluruhnya (hingga ke tulang-tulangnya);\n \nayam ~ \nayam yang hitam seluruhnya, ayam selasih." "cemantung\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), kelupung air (burung), \nFicus alba;\n~ gajah (maja) \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), kuku balam, petaling tanduk, \nAporosa prainiana;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), lempedu burung, medang asam, \nElaeocarpus mastersii." "cemar I\n1.\n tidak bersih, kotor;\n2.\n [kiasan] tidak murni atau tidak baik (berkenaan (dengan) nama, perkataan, dan lain-lain):\nnama ayahnya kini sudah ~; \nmembawa ~ \ndatang bulan (haid);\nbercemar\n mengotorkan diri;\n \n~-cemar \nmerendahkan (mengotorkan) diri (dengan bercampur dengan orang yang lebih hina dan lain-lain):\nmengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dengan si Jebat;\n~ duli \n= \n~ (-cemar) kaki \n[sastera lama] mencemar duli:\nsilalah tuanku dengan Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yang putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan;\n \n~ kain \ndatang bulan (haid);\nmencemar\n \n~ duli \n[bahasa halus] (digunakan pada sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke:\nbaginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dengan rombongannya;\nmencemari\n1.\n mengotori:\nsampah-sarap yang ~ tempat ini; \n2.\n menodai, mencabuli (nama dan lain-lain):\ngadis itu ~ kesucian dirinya;\nmencemarkan\n1.\n menjadikan cemar, mengotorkan;\n2.\n [kiasan] memburukkan (nama dan lain-lain), mengejikan:\nkau ~ nama keluargamu; \nberbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita;\ntercemar\n dicemar;\nkecemaran\n1.\n kekotoran;\n2.\n keburukan (nama dan lain-lain), kekejian: ia\n hendak melindungi keluarganya daripada ~ yang dilakukan oleh orang lain;\npencemaran\n perbuatan mencemarkan (mengotorkan), pengotoran;\n \n~ alam \nperbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah-sarap dan sebagainya;\n \n~ bahasa \npenggunaan bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat;\npencemar\n1.\n orang yang mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dan lain-lain);\n2.\n bahan atau alat yang mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dan lain-lain):\ngas ini, seperti ~ yang lain, amat berbahaya." "cemar II\n~ hantu \nsejenis tumbuhan yang hidup di atas pokok-pokok lain, bendalu, \nCassytha filiformis." "cemara I\n1.\n bulu ekor kuda (lembu dan lain-lain) yang dijadikan rambu perhiasan pada tombak (parang dan lain-lain):\n~ tombaknya seperti bunga lalang; \n2.\n bulu ekor kuda (lembu dan lain-lain) yang diberi bertangkai untuk dijadikan kipas (menghalau lalat dan lain-lain);\n3.\n rambut tambahan (daripada rambut, nilon, dan lain-lain) yang digunakan untuk memperbesar sanggul;\n4.\n sesuatu yang menyerupai bulu ekor kuda (seperti bulu jagung dan sebagainya);\n \n~ babi\n sejenis tangkal." "cemara II\nkayu (pohon) ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang halus-halus daunnya), ru, \nCasuarina spp." "cemas\n1.\n = \n~ hati\n berasa takut dan risau (gelisah, bimbang):\ndia ~ menanti kelahiran anak sulungnya; \n2. = cemas-cemas\n hampir-hampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris:\nmasa terlanggar itu, ~ dia tersungkur;\nbercemas\n menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang);\nmencemaskan\n menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakuntukan, membimbangkan, merisaukan:\nsikapnya yang kasar itu ~ aku;\ntercemas\n gelisah, bimbang, khuatir;\nkecemasan\n1.\n ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran:\nmereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; \n2.\n keadaan bahaya, darurat:\nsetiap saat mereka berada dalam keadaan bahaya dan ~;\npencemas\n1.\n lekas berasa cemas;\n2.\n orang yang lekas berasa cemas, penakut." "cemat I\nsauh ~ \nsauh terbang (sauh yang dilemparkan untuk menarik sesuatu seperti perahu dan lain-lain);\n \ntali ~ \ntali penarik perahu dan lain-lain;\nmencemat\n menarik pukat (perahu dan lain-lain) dengan tali yang diikatkan padanya:\nmereka bergilir-gilir ~ pukat tarik itu ke darat." "cemat II\nsemat atau pin untuk mencantumkan dua bahagian daripada sesuatu alat dan lain-lain." "cembang\nbesar dan kembang ke hujung." "cembeng I\n[Cina] suatu hari besar di kalangan orang-orang Cina (pada hari itu mereka menziarahi kubur sanak saudara mereka, mencuci dan bersembahyang di kubur itu beramai-ramai)." "cembeng II\nmudah menangis, kememeh." "cemberut\n[Jakarta] masam (air muka)." "cembul\n1.\n tempat gambir (pinang, kapur, dan lain-lain) yang dibuat daripada logam (ditaruh dalam tepak atau puan);\n2.\n = \n~ pedang \nkepala hulu pedang yang bulat mungkum bentuknya;\n \n~ dapat tutupnya \n= \nlaksana ~ dengan tutupnya \n(peribahasa) bersetuju (sesuai) benar antara satu dengan yang lain (cocok sekali)." "cembung I\nkembung (melengkung) bulat seperti pada bahagian luar bola (pipi, cermin, dan lain-lain), lawan cekung." "cembung II\n~-cembungan \n= \nnama ~-cembung(an) \nnama timang-timangan." "cemburu\n1.\n iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dan lain-lain);\n2.\n kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dan lain-lain), curiga:\nhatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dengan temannya;\n3.\n hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dan lain-lain dikotori atau dinodai):\nmereka menjaga adat resam mereka dengan perasaan ~;\n~ buta \ncemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli;\nbercemburu\n berasa cemburu;\nmencemburui\n1.\n iri hati akan;\n2.\n mencurigai, mengesyaki;\n3.\n menjaga:\norang Melayu sangat kuat berpegang pada agama dan ~ agama mereka;\nmencemburukan\n1.\n iri hati (akan seseorang atau sesuatu):\napa benar yang dicemburukan oleh mereka itu; \n2.\n menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka)\n;\ncemburuan\n1. = bercemburuan\n saling cemburu;\n 2.\n iri hati;\nkecemburuan\n1.\n perihal cemburu;\n2.\n kecurigaan, syak;\npencemburu\n (orang yang) bersifat cemburu." "ceme\n= cemeh I." "cemeeh\n[Minangkabau] ejekan, hinaan, cemuhan;\nmencemeehkan\n mengejek, menghinakan, mencemuh." "cemeh I\n1.\n buta mata sebelah;\n2.\n buta yang tidak pejam matanya." "cemeh II\nsejenis permainan judi dengan daun terup kecil." "cemeh III\n[Terengganu] keadaan mata yang tidak dapat celik dengan selesa (kerana kurang tidur dan lain-lain):\nSamad baru bangun tidur. Matanya masih ~ lagi." "cemek I\n= cemeh I." "cemek II\n[arkaik];\nremeh-~ \nremeh-temeh." "cemeki\n= jemeki." "cemekian\nsejenis tumbuhan (pokok yang bijinya dibuat julap), cengkian, jemekian, jemikian, \nCroton tiglium." "cemengkian\ncemekian." "cemer\n= cemeh I." "cemerkap\ntidak cermat (dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan lain-lain), kasar;\nkecemerkapan\n keadaan (sifat) cemerkap;\n kelalaian:\ntiga orang daripada mereka berasa kecewa oleh sebab ~ sahabat mereka." "cemerlang\n1.\n bersinar (bercahaya) dengan terang, berkilauan, gilang-gemilang:\nbintang-bintang ~ pada malam itu;\n2.\n [kiasan] indah (elok) sekali:\njangan lekas percaya pada janji-janji yang ~ dan kata-kata yang bergula;\n3.\n [kiasan] (berkenaan (dengan) kejayaan, keputusan peperiksaan, dan sebagainya) sangat baik:\nkejayaan ~;\nmencemerlangkan\n menjadikan sesuatu cemerlang, menggemilangkan:\ncita-citanya untuk ~ seni budaya tempatan akan menjadi kenyataan;\nkecemerlangan\n [kiasan] keelokan, keindahan, kegemilangan:\nnyanyian itu menyimpan sejarah ~ Islam." "cemeti\ncambuk, pecut, penyebat (kuda dan lain-lain);\n \n~ dewa (malaikat)\n petir;\nmencemeti\n menyebat dengan cemeti, mencambuk, memecut:\nmaka oleh Patan itu dicemetinya kuda itu." "cemetuk\n[arkaik] pemberian (yang diberi mengikut adat);\nbercemetuk\n memberikan sesuatu mengikut adat." "cemidu\nbercemidu\n malu-malu, pemalu." "cemiduk\npemalu, penyegan." "cemik\nmencemik\n mencebikkan bibir sedikit (untuk mengejek, menghina, dan lain-lain):\ndia ~ apabila memandang kami;\nmencemikkan\n1.\n = \n~ bibir \nmencebikkan bibir sedikit (untuk mengejek, menghina, dan lain-lain);\n2.\n mengejek (menghinakan dan lain-lain) dengan mencemik;\ncemikan\n ejekan." "cemo\n[Kelantan];\ncemo-cemo\n makan banyak-banyak." "cemomot\nkotor (pada muka), comot, cemong, jemuas." "cemong\n[Jakarta] kotor (pada muka), comot, coreng-moreng." "cemongkah\n~-cemangkih\n tidak rata, ada yang terjongket, congkah-cangkih." "cemoyang\n[Perak];\nbercemoyang\n1.\n berbunyi bising (seperti bunyi anak ayam dan lain-lain);\n2.\n (berkenaan (dengan) anak dan lain-lain) banyak atau ramai bilangannya:\nanak ~." "cempa\n1.\n cempaka;\n2.\n \n= padi ~ \nsejenis padi." "cempaka I\nsejenis tumbuhan (pokok yang wangi bau bunganya),\na) \nGardenia spp.; \nb) \nMichelia champaca; \nc) \nPlumeria spp.;\n~ biru \nsejenis tumbuhan (pokok), bunga kemboja, bunga kubur, \nPlumeria acutifolia;\n~ hutan \na) sejenis tumbuhan (pokok), \nGardenia griffithii; \nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga akar kuning, \nAllamanda cathartica." "cempaka II\nsejenis permata yang kuning muda warnanya." "cempala I\n[arkaik] [sastera lama] mudah (suka) melakukan sesuatu yang tidak senonoh, lancang;\n~ mulut\n lancang mulut (seperti mudah mencerca orang dan lain-lain);\n \n~ tangan \nlancang tangan (seperti suka menampar dan lain-lain)." "cempala II\n[Jawa] kayu pemukul (dipakai oleh dalang untuk memukul kotak wayang)." "cempana\njempana." "cempedak\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya seperti nangka), \nArtocarpus champeden;\n~ air \nsejenis tumbuhan (pokok), \nArtocarpus kemando;\nbagai bunyi ~ jatuh \n(peribahasa) kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pada orang yang gemuk jatuh);\n \ndaripada ~ baiklah nangka\n (peribahasa)\na) daripada tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah;\n b) kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga;\n \nseorang makan ~, semua kena getahnya\n (peribahasa) seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga;\n \ntanam ~ tumbuh nangka \n(peribahasa) apa yang diperoleh lebih daripada apa yang diharapkan." "cempek\n[Minangkabau] cebeh-cebeh pada tepinya, sompek, serpih." "cempelik\nsejenis permainan judi dengan memakai dua keping duit syiling yang dilambung ke atas." "cempelung I\nbunyi seperti bunyi barang jatuh di air, cempung;\nmencempelung\n membuang atau terjun ke dalam air;\nmencempelungkan\n menceburkan, mencempungkan." "cempelung II\nsejenis perahu yang memakai dayung." "cempenai\nsejenis tumbuhan (pokok renek), buah letus, daun bisa hati, kayu lampilan, \nArdisia littoralis; \n= mempenai." "cempeng\n[Minangkabau] [arkaik] cabik-cabik pada tepi, sompek." "cempening\nsejenis tumbuhan (pokok), capah, kasap, tapak kerbau, pecah periuk babi, \nClerodendron villosum." "cempera\n[arkaik];\nbercempera\n berpecah belah ke sana sini, bertempiaran, bercerai-berai:\norang-orang berjudi itu pun ~ lari; \nmereka akan lari ~ setelah mendapat bahagian masing-masing." "cemperai\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nChamperia griffithii;\n~ ayam (batu, hitam) \nsejenis tumbuhan (pokok), \nGomphandra lanceolata;\n~dadih \nsejenis tumbuhan (pokok renek), jintih putih, mata keli para, perincen, \nUrophyllum streptopodium." "cemperas\nsejenis ikan darat, temperas, cerecek, \nCyclocheilichtys apogon." "cemperling\nsejenis burung, perling, \nAplonis strigatus." "cempiang\n[arkaik]\n1.\n samseng;\n2.\n pendekar." "cemping\nperca (cebis) kain." "cempo\n[Jawa] sejenis padi, cempa." "cempoa\nsempoa." "cempung I\nmencempung\n membawa sesuatu (dengan memeluknya):\nia kelihatan keluar ~ Wan Intan dengan tangannya." "cempung II\nbunyi seperti bunyi sesuatu jatuh ke air;\nmencempung\n1.\n berbunyi cempung sewaktu jatuh ke air;\n2.\n terjun ke air, mencebur, mencempelung;\nmencempungi\n1.\n mencebur ke;\n2.\n memasuki (mencampuri) hal orang dan lain-lain;\nmencempungkan\n membuangkan (memasukkan) ke air, menceburkan:\nHamid mencuba ~ Tukwan, tetapi tidak ada tenaga;\n~ diri \nturut campur dalam hal (pergerakan dan lain-lain)." "cempurit\n[Jakarta] tangkai pada tangan boneka wayang kulit (untuk menggerak-gerakkannya dan lain-lain)." "cempurna\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), simpuh air, \nWormia suffruticosa." "cemuas\n[arkaik] jemuas." "cemucup\nkemuncup." "cemuh\nmencemuh, mencemuhkan\n mengejek, mencela, menghina:\nmasyarakat akan ~nya; \nwanita yang nampaknya dicemuhkan itu sebenarnya disukainya;\n cemuh-mencemuh\n saling mencemuh:\n tidak dibenarkan ~ antara satu sama lain;\ncemuhan\n ejekan, celaan, hinaan." "cemuih\n[Kedah] jemu, bosan." "cemuk I\nmencemuk\n memukul (dengan tongkat dan lain-lain), mengebas;\n \ngada-gada cemuk-~ \ngada-gada kebas-mengebas." "cemuk II\nkulit kacang (petai dan lain-lain)." "cemus\njemu, jelak." "cena\n1.\n tanda, bukti;\n2.\n parut, bekas luka yang sudah baik (pada ayam sabungan sebagai tanda tidak pernah dikalahkan), (berkenaan (dengan) ayam sabungan dan lain-lain) sudah sihat kembali;\nkecenaan\n sudah ada tandanya (buktinya), sudah terbukti." "cenak\n[arkaik];\ntulang ~ \ntulang selangka." "cenama\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), cerek hitam, \nClausena excavata." "cenana\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nArtabotrys suaveolens." "cenangau\nsejenis serangga seperti belalang (busuk baunya), jenangau, pianggang." "cenangga\n(Sanskrit) cacat pada tubuh sejak dilahirkan lagi." "cenangkas\npedang yang lurus." "cenayang\n[arkaik] bomoh (pawang) yang boleh berhubung dengan orang halus (hantu)." "cencada, cencadu\ncengkadak." "cencala I\nsejenis burung, merbah gila, murai gila, \nRhipidura javanica." "cencala II\n[sastera lama] lancang mulut;\n= jenjala." "cencaluk\nsejenis makanan yang dibuat daripada udang geragau (sejenis udang halus) yang diasinkan dalam air garam dan diawet untuk beberapa lama." "cencang I\ntetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dan lain-lain);\n \n~ dua segeragai \n(peribahasa) dengan sekali lalu dua pekerjaan dibuat;\nbercencang\n sudah dicencang;\nmencencang\n1.\n menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus:\n~ daging; \n2.\n [kiasan] membunuh dengan menetak dengan parang dan sebagainya:\n~ mangsanya dengan sebilah parang;\nair dicencang, tiada putus \n(peribahasa) perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga;\n \n~ memampas, membunuh membangun\n (peribahasa) yang bersalah mesti diberi hukuman yang sewajarnya;\n \nsepandai-pandai ~, landasan juga yang habis \n(peribahasa) walaupun banyak pertolongan, orang yang membuat kenduri (kahwin) juga yang banyak berhabis;\ntercencang\n tertetak;\n ~ puar, tergerak andilan \n(peribahasa) seorang dianiaya, semua kaumnya marah;\ncencangan\n sesuatu yang sudah dicencang;\npencencang\n alat untuk mencencang:\n~ sayur." "cencang II\n[Minangkabau];\n~ latih\n sawah (ladang) yang dibuka sendiri (jadi hak milik orang yang membukanya);\nmencencang\n = \n~ melatih\n membuka tanah untuk dijadikan ladang." "cencang III\n~ rebung \nsejenis ikan laut, \nClupeioides lile." "cencaru\nsejenis ikan laut, celek, keras ekor, kerongan, tegap, \nMegalaspis cordyla;\n~ makan petang \n(peribahasa) pekerjaan yang lambat tetapi hasilnya baik." "cencawan\ntempurung lutut." "cencawi\ncawi-cawi." "cenceng\nmencenceng\n lari seperti anjing kena pukul;\n= ceceng." "cencodak\nsejenis ikan laut, todak, \nTylosurus spp." "cencorot, cencurut\ntikus kesturi;\n jenis-jenisnya:\n ~ gunung,\n \nCrocidura monticola;\n~ hutan, Crocidura fuliginosa;\n~ rumah, Suncus murinus;\n~ tanah, Talpa micrura." "cenda\n[Negeri Sembilan] jenis, macam." "cendala\n[sastera lama] orang yang hina, keji, atau buruk." "cendana\n~ janggi\n sejenis tumbuhan (pokok yang merah warna kayunya), \nPterocarpus spp.;\n~ kering\na) kayu cendana yang tidak berbau lagi;\n b) [kiasan] orang yang tidak berguna;\n \n~ kuning \n= \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang wangi baunya dan kuning warna kayunya), \nSantalum album; \nsudah gaharu ~ pula (sudah tahu bertanya pula)\n (peribahasa) pura-pura tidak tahu." "cendang\n[Minangkabau] juling." "cendara\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok), penarahan hitam, pendarahan cili, \nKnema oblongifolia." "cendarah\nsejenis tumbuhan (pokok), \nKnema spp.;\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok), rahan, kemarahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, \nKnema laurina;\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), \nKnema malayana;\n~ padi\n sejenis tumbuhan (pokok), gerahan, merbatu kecil, penarahan padi, \nKnema missionis." "cendarahan\n~ tanduk \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), penarahan tanduk, \nKnema curtisii." "cendarik\nsejenis tumbuhan (pokok bunga anggerik), sakat panggang daun, \nCymbidium finlaysonianum." "cendas\n[Kelantan];\nmencendas\n menendang, menerajang." "cendawan\nsejenis kulat yang pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur;\n jenis-jenisnya:\n~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun;\nbagai ~ kememeh \n(peribahasa) mudah sahaja menangis;\n \nbagai ~ disesah (dibasuh)\n (peribahasa) pucat lesi rupanya;\n \nbagai ~ tumbuh \n(peribahasa) terlalu banyak pada sesuatu masa;\n \ndi mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak \n(peribahasa) di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan;\nbercendawan\n ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk." "cendayam\n[sastera lama] elok, cantik." "cendekel\ncendeker\n (cendkr) lokek (suka mengenakan atau merugikan orang lain)." "cendekia\nberakal, cerdik, pandai;\ncerdik ~ \ncerdik pandai, terpelajar, intelektual;\n \nkaum cerdik ~ \nkaum terpelajar, kaum intelek;\nkecendekiaan\n segala sifat yang berkaitan dengan cendekia, kecerdikan:\nmelalui pendedahan tersebut, pelajar akan memperoleh pengalaman ~." "cendekiawan\norang (golongan, kaum dan sebagainya) yang cerdik pandai, orang atau golongan terpelajar, intelektual:\npenulis mengharapkan teguran dan kritikan membina daripada ~ dan ilmuwan;\nkecendekiawanan\n hal (sifat, keterampilan dan sebagainya) berhubung dengan cendekiawan:\nbuku tersebut memaparkan ~ pemimpin itu sebagai orang yang ada visi dan prihatin terhadap Asia." "cendera I\n[sastera lama]\n1.\n bulan;\n2.\n dewa atau setengah dewa:\nmambang dewa, ~ dan indera\n." "cendera II\n[sastera lama] lena atau nyenyak (tidur):\nmaka raja pun tidurlah di ribaan Hang Jebat terlalu sangat ~nya; \n= jendera." "cendera III\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), balung hijau, cendur, jarak hitam, menot, \nEpiprinus malayanus." "cenderadurja\ncenderamata." "cenderahati\ncenderamata." "cenderai\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nGrewia spp.;\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok),\na) \nGrewia fibrocarpa; \nb) = \n~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok), \nGrewia miqueliana; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok), \nGrewia umbellata; \ncenerah." "cenderamata\n1.\n sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata;\n2.\n kekasih, buah hati." "cenderamulia\n[sastera lama] sejenis tumbuhan (pokok)." "cenderasa\n[sastera lama] sejenis pedang yang sakti." "cenderasari\n[sastera lama] sejenis burung." "cenderasuri\n[sastera lama] sejenis tumbuhan (pokok)." "cenderawasih\n1.\n [sastera lama] burung dewata;\n2.\n sejenis burung yang indah warna bulunya dalam famili Paradisiaedae." "cenderu\nsejenis tumbuhan (pokok), \nDiplanthera bancana." "cenderung\n1.\n tidak tegak, condong, senget;\n2.\n menaruh minat (keinginan, kasih, dan sebagainya) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kepada:\nia lebih ~ membaca novel; \n3.\n berpihak kepada, memilih pihak, menyebelahi, condong:\nhakim yang adil tidak ~ kepada pihak mana pun; \n4.\n [sastera lama] lereng bukit (jurang, tebing, dan lain-lain) yang curam:\n~ yang tinggi lagi terjal;\nmencenderungkan\n menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pada sesuatu:\ndalam artikel ini, tumpuan akan diberikan kepada peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yang ~ mereka kepada penyalahgunaan dadah;\nkecenderungan\n kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (berkenaan (dengan) bakat, hati):\npendapat pentafsir itu bergantung pada ~nya; \nkaedah mengajar ini mesti disesuaikan dengan ~ kanak-kanak;\nberkecenderungan\n menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau untuk melakukan sesuatu):\nsudah ada kes yang menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yang sudah biasa dengan kehidupan huru-hara itu ~ untuk mencipta fenomena serupa itu di sini." "cenderus\nmembersihkan minyak (supaya tidak berbau perat)." "cendol\nsejenis minuman sejuk yang terdiri daripada campuran isi berwarna hijau (dibuat daripada tepung beras dan air pandan) dicampur dengan santan dan air gula melaka." "cendorong\n[Minangkabau] cenderung." "cenduai I\njampi, mantera (guna-guna) untuk memikat hati wanita;\n \nminyak ~ \nminyak pengasih (guna-guna) untuk memikat hati wanita." "cenduai II\npara ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), sakar bigus, \nTylostylis rigida." "cenduk\n[bahasa percakapan] senduk." "cenekah\nsejenis kera yang panjang ekornya, tekah, \nHylobates leuciscus." "ceneker\ntipu atau helah (dalam permainan)." "cenela\nalas kaki seperti selipar yang bersulam dan lain-lain pada penutup jarinya, kasut tekat." "cenerah, cenerai\nsejenis tumbuhan (pokok), jeneri, \nGrewia tomentosa\n." "cenerul\nbercenerul\n tertawa berdekah-dekah, tertawa dengan kuat." "ceng I\nseruan supaya gajah memasukkan kakinya ke dalam sengkela." "ceng II\n[Cina] air gula, air gula (sisa daripada penghabluran air tebu)." "cengal\n= \n~ batu\n = \n~ emas \n= \n~ sabut \n= \n~ siput \nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya keras dan elok untuk dibuat rumah dan lain-lain), \nBalanocarpus heimii;\n~ kampung \n= \n~ pasir\n sejenis tumbuhan (pokok besar), \nHopea odorata." "cengam I\nmencengam\n1.\n menangkap dengan mulut (seperti buaya menangkap mangsanya), mencakup;\n2.\n [bahasa kasar] makan." "cengam II\n= cingam." "cengang\nbercengang, bersicengang\n hairan, kehairanan:\n~ semua orang di keliling melihat mereka berkelahi;\nmencengangkan\n menimbulkan rasa hairan, terkejut bercampur pelik (kerana melihat sesuatu kejadian yang luar biasa atau di luar dugaan dan sebagainya):\nkebolehan luar biasa kanak-kanak itu ~ orang ramai;\ntercengang, tercengang-cengang\n berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga):\nmereka ~ apabila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka;\nmentercengangkan\n menyebabkan tercengang." "cengap\nmencengap\n \n1.\n menangkap dengan mulut;\n2.\n mengap-mengap." "cengcong\nbanyak bicara, cerewet, tingkah;\n \nbanyak ~ \nbanyak olah (tingkah)." "cenge\ngarang, bengis." "cengek\n[Kelantan] ternaik (terangkat, terjungkit) ke atas sedikit (berkenaan (dengan) hidung, bibir, dan lain-lain)." "cengeng\n1.\n suka menangis (merengek), mudah menangis;\n2.\n mudah terusik (terharu dan lain-lain)." "cenggang\nbercenggang\n berenggang, berjauhan:\nkedua-duanya tidak pernah ~." "cenggeh\n[Kedah] tenggek." "cenggek\ntenggek." "cenggeret\ntonggeret." "cenggong\nbercenggong\n bertinggung;\n= tinggung." "cenggung\ntercenggung\n tercengang, termenung, melengung." "cengi\n(berkenaan (dengan) bunyi sebutan) seakan-akan sengau." "cengih\n(Palembang) lada burung, cili api." "cengil\nkeras dan pedas (berkenaan (dengan) percakapan), garang." "cengis I\nbau busuk (seperti hangit serta masam)." "cengis II\n[arkaik];\nmencengis-cengis\n malu-malu (seperti tidak tahu apa yang hendak dibuat), agak bingung, hairan." "cengit\n[Kelantan] \n= cengis I." "cengkadak, cengkadu, cengkaduk\nsejenis serangga seperti belalang yang hijau warnanya dan panjang kakinya, sentadu, mentadak, ketenun." "cengkal I\n[Jawa] ukuran panjang yang bersamaan dengan 12 kaki atau 3.66 meter, tombak." "cengkal II\n[Jawa] penongkat kain yang dipakai oleh kanak-kanak yang dikhatankan." "cengkam I\n= cengkaman\n1.\n pegangan (genggaman) dengan kuku atau cakar, cengkeraman:\nia tidak dapat melepaskan dirinya daripada ~ beruang itu; \nMawi menguatkan ~ tangannya pada rambut Zaini; \n2.\n kekuasaan yang menindas, (memeras, menekan, menyebabkan penderitaan, dan sebagainya):\nseluruh rakyat telah menderita sewaktu dalam ~ Jepun; \nhasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas daripada ~ cirit-birit;\nmencengkam\n1.\n memegang kuat-kuat dengan kuku (cakar), mencengkeram:\nrambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; \n2.\n mengapit (menyepit), mencantumkan kain dan lain-lain (dengan menjahit);\n3.\n [kiasan] menguasai (memeras, menindas):\nperjuangan sekarang adalah untuk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara;\nmencengkamkan\n menekankan (kuku, cakar, dan lain-lain) untuk mencengkam;\npencengkam\n (Kejuruteraan) sejenis alat untuk mencantumkan atau melekatkan alat-alat lain:\n~ rata;\n~ U." "cengkam II\ndaun ~ harimau \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), pokok tapak rimau, \nTrevesia cheirantha." "cengkang\n[arkaik] \n= cekak I." "cengkaruk\nsejenis kuih yang dibuat daripada nasi yang dikeringkan (dicampur dengan gula dan santan)." "cengkarung\nsejenis binatang (reptilia) seperti cicak, bengkarung." "cengkau I\nmencengkau\n mengambil (memegang) dengan tangan (cakar);\n= cekau." "cengkau II\n[Cina] orang yang mencarikan pembeli atau penjual barang, broker." "cengkedi\nsejenis hantu, pengaruh atau kuasa hantu." "cengkeh\n[Kedah];\n~ kuap \njengkang-jengkot, tempang." "cengkek\n[arkaik] ramping atau genting di tengah." "cengkela\njenggala." "cengkelat\n= sengkelat." "cengkeling\nbersilang serta bertindih kaki atau tangan;\n \n~ bagai ular dipukul\n (peribahasa) bengkang-bengkok (berbelit-belit);\nsengkeling." "cengkelong\n[Jawa];\nmencengkelong\n mengurangi (wang dan lain-lain)." "cengkenik, cengkenit\nsejenis kutu pada kambing (anjing dan lain-lain)." "cengkera\ncengkung, lekuk (pada pipi atau mata)." "cengkeram I\ncengkam;\nmencengkeram\n1.\n mencengkam atau memegang (dengan kuku atau cakar);\n2.\n [kiasan] menguasai;\nmencengkeramkan\n mengenakan kuku (tangan dan lain-lain) untuk mencengkeram, mencengkamkan;\ncengkeraman\n cengkaman." "cengkeram II\nwang pendahuluan (muka) yang diberikan sebelum membeli (melakukan) sesuatu;\nmencengkeramkan\n meletakkan (memberikan) barang sebagai cengkeram." "cengkerama\n1.\n [sastera lama] perjalanan untuk bersuka-suka (bersiar-siar dan lain-lain);\n2.\n percakapan (perbualan, senda gurau, dan lain-lain) untuk bersuka-suka atau bersenang-senang;\nbercengkerama\n1.\n [sastera lama] pergi (berjalan-jalan) untuk bersuka-suka (bersenang-senang, bertemasya, dan lain-lain);\n2.\n bercakap-cakap (berbual-bual, bersenda gurau, dan lain-lain) untuk berseronok:\ngadis itu sudah dibiarkan oleh orang tuanya berhandai-handai, bersenda gurau, dan ~ dengan agak bebas." "cengkeran\ndapur kecil, keran, anglo." "cengkerawak\nsejenis burung, burung barau-barau, cucak rawa, \nPycnonotus zeylanicus." "cengkerawang\n[Kedah] tidak beraturan (keruan), tinggi rendah." "cengkerik\nsejenis serangga, jengkerik, keridik." "cengkering I\nsejenis tumbuhan (pokok), \nErythrina fusca; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nHedyotis glabra\n." "cengkering II\nsejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus, cacar air, jeluntung." "cengkeru\nsejenis tumbuhan (herba yang tumbuh di tempat-tempat berair), \nEnhydra fluctuans." "cengkerung\ncengkung atau lekuk (pada pipi, mata, dan lain-lain)." "cengki I\nsudah tentu, memang, patut." "cengki II\nbernasib baik atau selalu mendapat apa yang dikehendaki (dalam permainan daun terup)." "cengkiak\n= kiak-kiak." "cengkian\n= cemekian." "cengkih\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang bunganya wangi atau buahnya mempunyai bau yang wangi, pedas rasanya, dibuat rempah, dan lain-lain), \nEugenia aromatica; \n2.\n gambar ukiran yang berupa bunga cengkih (pada barang-barang perak dan lain-lain);\n3.\n nama daun terup besar yang gambarnya seperti bunga cengkih (daun terup kelawar)." "cengking\nbunyi kuat serta nyaring (seperti bunyi anjing kena pukul)." "cengkir\n[Jawa] kelapa muda." "cengkok I\nbengkok;\n \n~-beledok \nbengkang-bengkok (jalan dan lain-lain)." "cengkok II\nsejenis kera, cigak;\n= cengkuk." "cengkol\nbengkok (berkenaan (dengan) tangan)." "cengkolong\n[arkaik] \n= cengkelong." "cengkuang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nDracontomelum magniferum." "cengkuas I\nmencengkuas\n mengambil (membawa) sesuatu (dengan mengandarnya pada hujung tongkat dan lain-lain)." "cengkuas II\n(berkenaan (dengan) muka) tidak bercukur, banyak janggut, ramus." "cengkuk\nsejenis kera." "cengkung I\nlekuk, cekung (mata, pipi, dan lain-lain), cengkerung:\nlaki-laki yang ~ mukanya itu;\n~-mengkung \nsangat cengkung." "cengkung II\nbunyi kuat serta besar (seperti bunyi anjing menyalak);\n \n~-cengking \nbermacam-macam bunyi (seperti bunyi anjing), dengkung-dengking." "cengkurai\n[sastera lama];\n \nkain (sutera) ~ \nsejenis kain cindai." "cengkut\n[Pahang] hangus." "cengkuyung\nsejenis siput besar, kulitnya digunakan untuk menggosok (melicinkan) kain;\n= tengkuyung." "cengli\npatut, memang, sudah semestinya, tentu sekali, masuk akal." "cengut\n[Minangkabau];\nmencengut, tercengut\n tercengang (melengung, kehairanan, dan lain-lain), kecewa." "cenohom\nsejenis tumbuhan (herba, daunnya yang berbau sedap biasanya dibubuh dalam gulai), cendohom, kesum, \nPolyangorum flaccidum." "cenok\n1.\n sejenis burung, burung kerak, \nRhinortha chlorophaea; \n2.\n \n= ~ karang \nsejenis burung, \nCarpocaccyx renauldi;\n3.\n sejenis burung, kaduk api, \nPhaenicophaeus javanicus." "cenonot\n1.\n bahagian atas punggung ayam (tempat bulu ekor tumbuh);\n2.\n tulang tongkeng." "centadu\ncengkadak." "centaka\n[sastera lama] sejenis burung, jentayu." "centang I\n~-perenang \ntidak bersusun (beraturan), lintang-pukang." "centang II\n[Jawa] [arkaik];\nmencentang\n memberi tanda pada tulisan untuk peringatan." "centang III\nmencentang\n memukul, menampar." "centawan\nsejenis tumbuhan (pokok yang dibuat ubat), \nConocephalus amoenus." "centayu\n= jentayu." "centeng\n[Indonesia]\n1.\n jaga atau penjaga bangunan (gudang dan lain-lain);\n2.\n mandur di ladang-ladang syarikat (persendirian);\n3.\n [arkaik] pengawas (pemeriksa) penjualan candu." "centet\n[Jakarta]\n1.\n menjadi kecil (pendek dan lain-lain), menyentap, susut;\n2.\n menjimatkan, menghematkan." "centil\nsentil I." "centong\n1.\n pencedok yang tangkainya seperti gayung dan lain-lain;\n2.\n = \n~ nasi \nsenduk nasi;\nmencentong\n mencedok dengan centong." "centung\njambul (pada kepala burung dan lain-lain), hujung rambut yang berikat." "cenua\n[Kelantan] sejenis tangkal (guna-guna) untuk membuat orang jatuh kasih, ubat pengasih." "cenuk\n[Kedah];\nminyak ~ \nminyak yang diperoleh daripada pohon tengkawung, minyak kawang." "cenung\ntercenung, tercenung-cenung\n termenung(-menung), termangu-mangu:\nsekalian cucu kembali ~ dan berpandangan sesama sendiri apabila memikirkan perkara itu." "cenuram\n[Kedah] lurah (lereng bukit dan lain-lain yang curam)." "CEO\n[kependekan] \nChief Executive Officer \n(Ketua Pegawai Eksekutif, iaitu pegawai tertinggi yang menerajui pengurusan sesebuah syarikat, perbadanan dan sebagainya)." "ceongsam\n[Cina] sejenis pakaian wanita Cina berbelah di tepi dan berleher kepuk;\nberceongsam\n berpakaian ceongsam." "cepak\nbunyi seperti bunyi orang makan, cecap;\nmencepak, mencepak-cepak\n mengecap-ngecap (ketika makan atau minum):\n dia ~ kesedapan." "cepat\n1.\n laju, deras, kencang, pantas (berkenaan (dengan) gerakan, waktu, kejadian, dan lain-lain):\n langkahnya makin ~; \njentera tersebut berpusing dengan ~nya;\n~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; \n2\n.\n lebih lekas atau terdahulu (berkenaan (dengan) jam):\n jam ini ~ empat minit;\n3.\n lekas, segera:\ndia yang ~ sekali pergi ke sekolah\n;\n ~ bangun pagi\n;\n ~ kaki \npantas berjalan;\n ~ kaki, ringan tangan\n pantas dan rajin bekerja dan lain-lain;\n ~ kiri \nkidal;\n ~ lidah (mulut, muncung, paruh\n) mudah mengeluarkan perkataan dengan tidak difikirkan lebih dahulu;\n \n~ marah \nlekas marah;\n~ sigap \npantas atau tangkas (perbuatan dan lain-lain);\n ~ tangan\n suka mencuri;\n \n~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan\n (peribahasa) jika melakukan sesuatu dengan tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan\n;\nsecepat\n ~ kilat \nsangat cepat (seperti kilat);\n \n~ mungkin\n seberapa cepat yang dapat, selekas mungkin\n;\ncepat-cepat\n dengan pantas sekali, dengan sangat cepat:\nMak Limah ~ mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurungnya yang lusuh; \nmereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat untuk pergi ke sekolah;\n secepat-cepatnya\n secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya;\nbercepat-cepat, bersecepat, bersicepat.\n1.\n berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat;\n2\n. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa:\ntak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang;\n mencepat\n menjadi cepat;\nmencepatkan\n1.\n melakukan (mengerjakan dan lain-lain) dengan cepat, menderaskan, mengencangkan:\n aku pun ~ langkahku;\n2\n. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu:\n rumah yang ~ mereka kaya;\nmempercepat\n menjadikan lebih cepat;\ncepatan\n kadar perubahan laju gerakan sesuatu dalam unit masa tertentu, pecutan;\nkecepatan\n1.\n cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dan lain-lain), kelajuan:\n ~ putaran jentera itu dikendurkan; \nia menjalankan keretanya dengan ~ 50 km sejam;\n 2.\n [Jakarta] terlalu cepat;\npencepatan\n perihal mencepatkan;\npencepat\n alat untuk mencepatkan atau mempercepat gerakan sesuatu." "cepatu\n[arkaik] \n= sepatu I." "cepeh\nterjuntai ke bawah (berkenaan (dengan) tanduk)." "cepek\n[Kelantan] lemah, lumpuh, tidak kuat." "cepelat\n[Kelantan] tidak sopan (manis)." "cepeng\n[Jakarta] setengah sen, peser, rini." "ceper\n1.\n (berkenaan (dengan) dulang, piring, dan lain-lain) tidak mungkum, leper;\n 2\n. sejenis perkakas seperti dulang (piring) biasanya daripada logam;\n~ penyejat \nradas makmal yang berbentuk mangkuk dan digunakan untuk menyejatkan cecair;\n \n~ Petri\n radas makmal yang bulat leper dan tohor, lazimnya untuk membiakkan mikroorganisma;\nberceper\n memakai (beralaskan) ceper." "ceperas\n= lencana." "cepiau\nsejenis topi biasanya dipakai oleh anggota tentera, polis, dan lain-lain." "cepit\n= sepit I." "ceplok\n[Jawa] bulatan yang diwarnai dan lain-lain untuk perhiasan (seperti bunga bantal dan lain-lain)." "cepoh\ncacat pada kaki kerana bengkak dan lain-lain." "cepol\n[Jawa] tercabut, terbantun (barang yang melekat dan lain-lain), rosak;\nmencepol\n1.\n menumbuk (kepala dan lain-lain);\n2.\n menarik dengan paksa." "ceporah\n[Kelantan] kotor pada mulut (seperti berlumur lumpur dan lain-lain)." "cepu\n1.\n sejenis cembul untuk tempat tembakau dan lain-lain (dibuat daripada perak, kayu, dan lain-lain);\n2.\n sejenis kotak daripada mengkuang dan lain-lain (untuk membawa makanan, pakaian, dan lain-lain);\n \n~ debunga\n bahagian stamen yang mengandungi debunga, anter;\n \nbagai ~ dengan tudung\nnya (peribahasa) sesuai benar (cocok sekali)." "cepua\nberubah warna muka (kerana malu dan lain-lain)." "cepuah, cepuas\nkotor (seperti kena arang dan lain-lain), comot." "cepuh\nmencepuh\n mencelup sesuatu dalam benda cair yang panas." "cepuk I\nsejenis kotak kecil (dibuat daripada kayu, logam, dan lain-lain) sebagai bekas makanan (tembakau dan lain-lain)." "cepuk II\n1.\n bunyi seperti bunyi orang menghempas kain sewaktu membasuh dan lain-lain;\n2.\n pukulan;\nmencepuk, mencepuk-cepuk\n1.\n menepuk-nepuk air;\n2.\n memukul:\ndicepuk dengan kasut." "cepulan\nsejenis tumbuhan (herba), letup-letup,\n Physalis minima." "cepumas\njumlah nilai hadiah (biasanya berupa wang terkumpul) yang terbesar yang mungkin dimenangi dalam sesuatu permainan, pertaruhan, dan sebagainya." "cera\n[Kelantan] kurang sedap untuk dimakan, kurang masak (empuk dan lain-lain)." "cerabah\ntidak elok dipandang (tidak kemas, kasar, dan lain-lain), ceroboh." "cerabai\n= jerabai." "cerabih\nmencerabih\n berceloteh." "ceracah\n= cacah I." "ceracak\nberceracakan, menceracak\n mencuar ke atas (tajam-tajam), bercerancangan:\nriak-riak air lembut melanggar tiang-tiang jejambat yang ~ di sekitar kapal itu; \ntunggul-tunggul yang hitam tampa\nk \n~." "ceracam\nmenceracam\n membabi buta." "ceracap I\n[sastera lama] alat bunyi-bunyian seperti canang kecil atau buluh yang dihantuk-hantukkan." "ceracap II\nmata kail yang ada kait di hujungnya." "ceracat\n[Kelantan] sejenis alat untuk menangkap ikan." "ceracau\nmenceracau\n mencacau, mengigau, merepek;\npenceracau\n orang yang suka cerewet (membebel)." "ceraco\n[Minangkabau] cerca." "ceragah\n[Kelantan] ceranggah." "cerah II\n ~ muntah\n [Kelantan] penyakit taun." "cerah l\n1.\n terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu, langit, dan lain-lain):\n hari sudah\n~; \n2.\n jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain);\n3.\n tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit):\n kulitnya\n~; \n4.\n berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka):\nwajah Cikgu Seman belum ~ betul; \n5.\n [kiasan] baik, bahagia, elok:\n kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah\n~; \n6.\n [kiasan] berakal, cerdik:\n mujurlah Abang Mat tu ~ sikit;\n~ ceria\n terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain);\n ~ kulit \ntidak hitam (dan tidak putih benar);\nmencerahkan\n1.\n menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan:\n cahaya lilin ~ ruang yang kecil itu;\n2.\n menjadikan cerah (jernih), menjernihkan:\n ~ kaca\n;\n 3.\n menjadikan cerah (tidak hitam):\n~ kulit;\n4.\n menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan:\n berita itu ~ wajahnya yang tadinya agak muram; \n5.\n menjadikan cerah (baik, elok, dan sebagainya), membahagiakan (kehidupan dan sebagainya):\n ~ kehidupannya sekeluarga; \npelaburan ini akan ~ pertumbuhan ekonomi;\n kecerahan\n perihal cerah;\npencerahan\n perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu;\npencerah\n bahan yang mencerahkan (kulit dan sebagainya):\nkrim atau losen ~ kulit." "cerai\n1.\n pisah, sarak;\n2.\n tidak sebagai suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sebagai suami isteri, talak:\n ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu; \n~ susu\n sudah berhenti menetek;\n ~ taklik \ncerai antara suami isteri dengan janji (seperti gugurnya talak dengan sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran);\n ~ tembilang\n cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal;\nbercerai\n1.\n tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah:\n malam ini kita berkampung, malam esok kita ~;\n2.\n terputus hubungan atau pertalian sebagai suami isteri:\n mereka yang menjalani perkahwinan yang dipaksa-paksa seperti itu, ~ juga akhirnya;\n~ susu \nberhenti menetek;\n \n~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi \n(peribahasa) perhubungan jenis lelaki perempuan yang tidak sah (seperti pelacuran dan lain-lain)\n;\nbercerai-cerai, bercerai-ceraian\n berpecah-pecah, berpisah-pisah;\nmenceraikan\n1.\n =\n memperceraikan\n a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi:\n jiwa paman akan beta ceraikan dengan badan paman; \nbaiklah kepalaku perceraikan dengan badanku;\nb) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dan lain-lain);\n2.\n memutuskan perhubungan sebagai suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak:\n Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya;\n3.\n memberhentikan (anak daripada menetek), menyapih, menyarak;\nmencerai-ceraikan\n menjadikan atau menyebabkan bercerai-cerai, memisah-misahkan:\ngunakan dua garpu untuk \n~\n daging yang telah direbus;\n tercerai\n terpisah, tidak terkumpul, terasing:\n bahan-bahan untuk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini;\n ceraian\n1.\n bahagian atau fasal kecil (dalam undang-undang, penyata, surat perjanjian, dan lain-lain);\n2.\n bahagian daripada tulisan (cetakan dan lain-lain) yang nampak tercerai daripada bahagian lain, perenggan;\nperceraian\n1.\n perpisahan, perpecahan;\n2.\n perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);\npenceraian\n perihal (perbuatan) menceraikan." "cerai-berai\n1.\n berpisah-pisah (berselerak, berpecah-pecah) ke sana sini (dengan tidak tentu arah), porak-peranda;\n2.\n berpisah daripada bersatu sebagai suami isteri, putus pertalian sebagai suami isteri;\nbercerai-berai\n berpisah-pisah;\nmencerai-beraikan\n menyebabkan cerai-berai (porak-peranda dan lain-lain), memecah-belahkan: \njanganlah kamu mengikut jalan-jalan lain daripada Islam kerana jalan-jalan itu ~ kamu daripada jalan Allah." "cerak\n[Kelantan] tentu, pasti." "ceraka I\nalat pengukup pakaian dan lain-lain (dibuat daripada rotan dan lain-lain)." "ceraka II\nsejenis tumbuhan (herba), jarak,\n Plumbago zeylanica;\n~ merah\n sejenis tumbuhan,\n Plumbago rosea." "cerakin I\nsejenis peti yang berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah." "cerakin II\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Croton tiglium." "cerakin III\nmencerakin, mencerakinkan\n1.\n menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dan lain-lain) untuk mengetahui sebab-sebab (kedudukannya dan lain-lain):\n ia diakui sebagai tokoh yang pertama ~ dasar-dasar ini;\n2.\n menghuraikan sesuatu bahan kepada bahagian-bahagiannya (seperti unsur dan lain-lain);\n3.\n menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dan lain-lain) sesuatu kepada bahagian-bahagiannya:\n prisma yang pertama ~ cahaya putih dan prisma yang kedua menghasilkanny\na\n;\ncerakinan\n1.\n penyelidikan (untuk mengetahui hal-hal, peristiwa, dan lain-lain), penyiasatan;\n2.\n uraian (penyelidikan) kimia (untuk menentukan kandungan sesuatu dan lain-lain);\n ~ fizik (kimia\n) uraian (penyelidikan) yang menggunakan kaedah fizik (kimia);\npencerakinan\n perihal (usaha, proses, dan sebagainya) mencerakin(kan);\nanalisis\n." "ceramah\n1.\n suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap;\n2.\n ucapan membicarakan sesuatu perkara (seperti bahasa, politik, dan lain-lain), syarahan:\n ~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yang istimewa sekarang;\n berceramah\n memberi (menyampaikan) ceramah:\n ketika saya sampai, ia sudah ~\n;\nmenceramahkan\n membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai:\n ia ~ masalah politik dunia\n;\npenceramah\n orang yang berceramah, pembicara:\n sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatny\na." "cerana I\nsejenis bekas tempat sirih dan lain-lain (bentuknya bulat atau bujur seperti dulang berkaki dan dibuat daripada logam);\n \n~ biduk\n cerana yang rupanya seperti biduk." "cerana II\nsejenis penyakit seperti ketumbuhan yang berbahaya pada badan (boleh merebak ke bahagian lain)." "cerancang\n(Perhutanan) bahagian kayu yang pecah atau kumpulan selumbar yang tertinggal pada tunggul atau pada bahagian bawah pangkal balak selepas pokok ditebang;\nbercerancang, bercerancangan\n mencuar-cuar tajam atau tinggi, berceracakan:\n hutan itu kira-kira lima ekar telah dibuka dan bercerancangan tunggul-tunggul kayu." "cerang\n[sastera lama] kawasan dalam hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yang sudah ditebang pokoknya atau yang tinggal sedikit sahaja pokok-pokoknya." "cerangga\nkurang sempurna pada anggota badan sejak dilahirkan:\n oleh sebab ~ pada kedua-dua belah kakinya, dia sukar mencari pekerjaan." "ceranggah\nberceranggah\n1.\n (berkenaan (dengan) tanduk rusa) bercabang-cabang;\n2.\n (berkenaan (dengan) barang yang panjang-panjang seperti pancang, tiang, dan lain-lain) mencuar-cuar ke atas." "ceranguk\nberceranguk\n duduk dengan kepala mendongak sedikit:\n ia hendak menghiburkan hati cucu-cucu yang ~ di sekelilingnya." "cerani\nsejenis kain putih tipis dan halus (kasa)." "cerap\n kuran\ng \n~ \nkurang periksa, kurang memerhatikan;\n \ntak ~\n tidak endah, tidak tahu;\nmencerap\n1.\n memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pada;\n2.\n [Indonesia] menerima sesuatu dalam hati dengan pancaindera, menanggap;\ntercerap\n dapat dicerap oleh pancaindera;\ncerapan\n sesuatu yang diterima dengan pancaindera (seperti yang didengar, dilihat, dan lain-lain), tanggapan;\npencerapan\n perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dan lain-lain)." "cerapu\nsejenis tumbuhan (pokok), cekau, cepu, cupak, mencupu\n, Garcinia prainiana." "ceras\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Phyllanthus reclinatus." "cerat I\nmuncung atau mulut pada cerek (paip air, teko, dan lain-lain) tempat keluar air;\nmencerat\n1.\n menuangkan air dan lain-lain melalui cerat;\n2.\n mengalir atau memancar dari cerat;\n3.\n minum dari cerat;\nceratan\n cerat yang kecil." "cerat II\n[Kelantan], [Terengganu] pasti, tentu." "ceratai\n[arkaik] [Minangkabau];\nmempercerataikan\n mengumpat (menceritakan hal orang ke sana ke mari)." "ceratuk\nberceratuk, berceratukan\n duduk (ramai-ramai), nampak seperti beratur banyak-banyak:\n beberapa orang ~ di dalam bilik itu\n;\n tengok ~ cawan-cawannya di situ; \nkira-kira tiga belas buah rumah limas ~ di lereng anak bukit." "cerau\nbunyi seperti bunyi air hujan yang lebat;\nbercerau-cerau\n berbunyi seperti bunyi air hujan yang turun dengan lebat (berkenaan (dengan) air yang jatuh mencurah dan sebagainya):\n ya! Dapat tengok kerbau ragut rumput, tengok kerbau kencing ~." "cerawat\n[sastera lama] sejenis panah api." "cerbak\n[Jawa] makan sebarang apa saja makanan, buruk makan, lahap, rakus." "cerbis\njatuh pada tepinya (seperti tebing sungai dan lain-lain)." "cerca\n= cercaan\n celaan, cacian:\n jangan melanggar adat supaya tidak menimbulkan ~ daripada masyarakat kampung;\n~ maki\n caci maki;\nmencerca, mencercai\n mengeluarkan kata-kata keji untuk menghina (mengejek dan sebagainya), mencaci, mencela:\n mereka" "cercah\n[arkaik];\n se~ mata\n selayang pandang, sececah mata." "cercak I\nbintik-bintik pada kulit, borek (bopeng) yang kecil-kecil, bercak." "cercak II\nsejenis alat bunyi-bunyian, ceracap." "cercap\n[arkaik];\n mencercap\n (berkenaan (dengan) ikan) berloncat-loncatan keluar." "cerdas\n1.\n sempurna akal (untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain), cerdik, pandai, pintar:\n manusia ialah binatang yang ~ sekali; \nrakyat memerlukan pimpinan yang ~;\n2.\n sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya (seperti sihat, tangkas, dan lain-lain):\nsukan itu menjadikan tubuh ~;\nmencerdaskan\n menyebabkan cerdas:\nusaha itu dilancarkan untuk ~ penduduk luar bandar yang terkebelakang; \nsukan itu dapat ~ tubuh\n;\nkecerdasan\n kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan)." "cerdik\n1.\n dapat mengerti dengan cepat, berakal, pandai:\n Ali seorang pelajar yang ~;\n2.\n banyak akal, licik, tahu tipu muslihat, pandai putar belit;\n~ buruk (busuk)\n pandai (suka) menipu;\n \n~ pandai (cendekia)\n (orang) cerdik lagi pandai, (orang) terpelajar;\n~ bagai ekor kerbau\n (peribahasa) orang yang melakukan sesuatu yang bodoh dan merugikan diri sendiri;\n kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang ~ pandai \n(peribahasa) orang yang cerdik itu dapat mempertahankan yang salah menjadi benar (yang buruk menjadi baik);\n \nsiapa ~ tinggi naik, siapa calak menang berhitung\n (peribahasa) orang yang pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya;\nsecerdik-cerdik\n bagaimana (betapa) cerdik sekalipun:\n~ dia, akhirnya tertipu juga;\nmencerdikkan\n1.\n menjadikan (seseorang) cerdik, memandaikan:\nilmu tidak turun dari langit untuk ~ insan;\n2.\n menjadikan sistem komputer lebih canggih dan cekap: \nkajian lanjut perlu dilakukan untuk ~ komputer supaya dapat memahami bahasa;\nkecerdikan\n1.\n kepintaran, kepandaian;\n2.\n kecurangan, kelicikan." "cere\n padi\n \n~ \nsejenis padi, padi radin,\n Oryza sativa." "cerecek\nsejenis ikan air tawar, tempua,\n Cyclocheilichthys apogon." "cerek I\n I\n1.\n bekas air minum yang bermuncung (bercerat) biasanya dibuat daripada gangsa;\n 2.\n bekas yang bercerat untuk menjerang air dibuat daripada kaleng (aluminium dan lain-lain);\n3.\n alat untuk menyiram bunga dan lain-lain." "cerek II\nsejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya dibuat ubat), secerek, sicerek, semuru\n, Clausena excavata;\n~ jantan\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), embalau, hempedu, beruang, lada pahit,\n Brucea amarissima (sumatrana);\n~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok), cemamar,\n Micromelum minutum." "cerek III\n[Kelantan] sejenis alat bunyi-bunyian dalam permainan makyung (menora)." "cerek IV\n[Kelantan];\nhujan ~ \nhujan rintik-rintik (renyai-renyai)." "cereka\ncerita (kisah dan sebagainya) yang dikarang dan bukannya yang berasaskan kejadian atau peristiwa yang sebenarnya telah berlaku, cerita rekaan, fiksyen;\n ~ sains \ncereka tentang pengembaraan di angkasa lepas, dunia khayalan, kehidupan di planet lain dan sebagainya berdasarkan penemuan saintifik atau yang dijangkakan pada masa depan;\n \nfilem\n \n~ \nfilem yang berasaskan atau yang menunjukkan cereka;\nmencerekakan\n1.\n menjadikan cerita (kisah, dan lain-lain);\n2.\n menceritakan atau mengisahkan sesuatu:\nperistiwa itu dicerekakan oleh ayahnya sewaktu dia masih kecil\n;\npencerekaan\n perihal (perbuatan) mencerekakan sesuatu (cerita, teks, dan lain-lain):\nkritikan ini mengambil kira unsur ~ teks sastera\n." "cerekarama\ncerita (yang berasaskan kisah atau peristiwa sebenar atau rekaan) yang difilemkan, filem yang mengisahkan atau menceritakan sesuatu:\n ~ ini mengisahkan kehidupan pemaju perumahan." "cerelis\n bentangor\n \n~ \nsejenis tumbuhan (pokok), bentangor batu,\n Calophyllum floribundum\n." "cerengkan\ntidak memberi penuh minat (perhatian) pada kerja." "ceret\n~\n \nbudak \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Croton argyratum;\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok), lidah kerbau, sembung hutan, sekaca lima,\n Clerodendron deflexum\n;\n ~ murai\n sejenis tumbuhan (pokok)\n, Glycosmis malayana\n;\n pokok ~ murai\n sejenis tumbuhan (herba), pokok genda rusa,\n Staurogyne setigera." "ceretek\nberceretek\n berselerak: \nkadang-kadang sambil menyepak tong-tong yang ~ di jalanan, dia terfikir juga kebodohannya." "ceretet\n[Kedah] \nberceretet\n berderet (benda, orang):\nbudak-budak itu duduk ~." "cerewet\n1.\n banyak cakap (ada sahaja yang tidak kena), suka berleter (mencela, bersungut, dan lain-lain):\n kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dari rumah itu;\n2.\n berselok-belok dan memerlukan banyak kerja yang kecil-kecil (berkenaan (dengan) pekerjaan dan lain-lain), kalut, ruwet:\n orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat\n;" "cergas\n1.\n bertenaga dan giat (berkenaan (dengan) orang, tubuh, otak, dan sebagainya), aktif:\n Aminah kanak-kanak yang ~;\n2.\n pantas, cepat:\n mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah;\n3.\n banyak menjalankan atau terlibat dalam kegiatan dan sebagainya, giat, aktif:\n mengambil bahagian ~ dalam aktiviti sukan sekolahnya\n;\n sebuah jawatankuasa yang ~;\n4.\n banyak kegiatannya menjual dan membeli (berkenaan (dengan) pasaran saham);\n5.\n (masih) mengeluarkan wap dan lahar (berkenaan (dengan) gunung berapi), aktif:\n gunung berapi Etna masih ~;\nmencergaskan\n1.\n menjadikan cergas (tubuh, otak, dan sebagainya):\nsenaman boleh ~ otak;\n2.\n menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan:\n mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dalam latihan itu;\n3.\n menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan:\n ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya;\n 4.\n menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham;\nkecergasan\n1.\n perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dan sebagainya):\nmenjaga ~ fikiran dan badan setiap hari;\n2.\n perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan:\n ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pu\ns\nat itu;\n3.\n perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan:\n~nya dalam pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan;\n4.\n perihal cergas (pasaran saham);\n5.\n perihal cergas (berkenaan (dengan) gunung berapi), keaktifan." "ceri I\n gelan\ng \n~ \nsejenis gelang (daripada kaca)." "ceri II\n= ceria II." "ceri III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya berwarna merah, kuning, atau hitam yang biasanya dimakan mentah atau diawet dan digunakan untuk membuat biskut, kek, dan sebagainya), \nPrunus spp\n.;\n2.\n sejenis tumbuhan, kekut, kerkuk, kerkup siam,\n Muntingia calabura\n." "ceria I\n1.\n bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu):\nruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dengan pokok bunga;\n2.\n riang, gembira (perwatakan):\ndia begitu ~ hari ini setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut;\n3.\n menarik (pakaian dan lain-lain):\n pakaian yang dipakainya kelihatan ~ sesuai dengan tubuh badannya yang langsing;\n4.\n [sastera lama] tidak bernoda, suci, murni;" "ceria II\nucapan (kata-kata) tertentu (sebagai jampi) yang dibaca sewaktu menabalkan raja, kata-kata yang merupakan adat kebiasaan yang diucapkan kepada raja (sebagai menyatakan kesetiaan)." "ceria III\nmenceria\n mendidik, memelihara." "cericap\nsejenis burung, burung kelicap." "ceridau, ceridauan\nbunyi riuh (bising) seperti bunyi orang berkelahi (ketawa beramai-ramai dan lain-lain);\nberceridau, berceridauan\n berbunyi riuh (seperti orang berkelahi, ketawa beramai-ramai, dan sebagainya):\n ~ bunyinya mereka itu bergurau senda." "ceriga\n[sastera lama] sejenis pedang pendek." "cerin\n[Kelantan] kering (kulit yang kena matahari dan lain-lain)?;\n= cering." "cering\nkering." "cering-cering\nrasa seperti hendak demam." "cerit\nmencerit\n menjerit." "cerita\n1.\n kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dan lain-lain):\n masing-masing termenung mendengarkan ~nya;\n2.\n karangan atau lakonan yang mengisahkan peristiwa (kejadian dan lain-lain) baik rekaan atau betul-betul terjadi:\n~ dalam buku itu sangat menyedihkan; \n3.\n [kiasan] cakap kosong, kata-kata yang tiada kebenarannya:\n ah, itu cuma ~ saja!~ berbingkai\n cerita yang mempunyai banyak cerita lain seperti hikayat Bakhtiar dan lain-lain;\n \n~ binatang \ncerita rekaan berkenaan binatang (seperti cerita Sang Kancil dan lain-lain);\n \n~ jenaka \na) cerita yang menggelikan hati;\n b) (Kesusasteraan) cerita rakyat yang menggelikan hati, misalnya \nPak Pandir\n dan \nAbu Nawas\n;\n \n~ pendek\n cerita yang pendek (tetapi membentangkan sesuatu kisah yang lengkap), cerpen;\n \n~ rakyat \ncerita rekaan yang disukai ramai pada zaman dahulu dalam sesuatu masyarakat yang diturunkan daripada generasi kepada generasi secara lisan;\n \n~ rekaan \ncerita tentang sesuatu perkara yang lahir hasil daripada daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka;\n \n~ tamsilan\n cerita kiasan yang mengandungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya);\n \ndengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan\n (peribahasa) kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia-siakan;\n \nbercerita\n mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual:\n mereka asyik ~ tentang hal-hal yang aku tidak mengerti;\n~ panjang\n [kiasan] menyatakan isi hati;\nmenceritai\n bercerita kepada:\naku diceritai mamak perkara itu; \nmenceritakan\n1.\n mengisahkan sesuatu kepada:\n demikianlah diceritakan oleh yang empunya cerita;\n2\n. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dan lain-lain) sesuatu:\n saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya;\nceritaan\n [Jakarta] cerita;\npenceritaan\n perihal menceritakan:\n cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa;\npencerita\n orang yang bercerita:\n akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu\n." "ceritera\ncerita." "ceriwit\nsejenis burung, ceketing,\n Lobivanellus indicus atronuchalis\n." "cerkas\ncergas." "cerkau\ncekau." "cerlak\n[Kelantan] peluang, kesempatan." "cerlang I\ncahaya terang;\n ~ cemerlang \nbercahaya terang;\nmencerlang\n bercahaya, berkilau;\nkecerlangan\n [kiasan] keelokan, keindahan." "cerlang II\n[Kelantan];\n ~-cerlak\n \n(-cerlok)\n berlat-lat (berselang-selang)." "cerlih\nsejenis tupai yang kecil,\n Callosciurus spp\n." "cerling I\n[arkaik];\nmencerling\n mengerling." "cerling II\nsejenis burung, burung perling, cemperling,\n Aplonis strigatus\n." "cerlok\ncerlang II." "cerlung\nmencerlung\n memandang dengan mata yang terbeliak, menatap dengan tajam." "cermai\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya kecil-kecil dan masam), cermela,\n Cicca acida;\n2\n. = ~ belanda\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), \nEugenia michelii;\n3\n. = ~ burung\na) sejenis tumbuhan (pokok),\n Leptonychia heteroclita (glabra\n)\n;\nb) sejenis tumbuhan (herba),\n Indigofera hirsuta." "cermak\ntulah, kerama." "cermat\n1.\n dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti:\n kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dengan ~ sebelum mengambil keputusan itu;\n2.\n hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros:\nkalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya;\nbercermat\n berhati-hati, berteliti:\n kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa;\nmencermati\n mengecamkan, memerhatikan dengan sungguh-sungguh;\nmencermatkan\n1.\n melakukan sesuatu dengan cermat (teliti, hati-hati);\n 2.\n menghematkan, menjimatkan:\n ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja;\nkecermatan\n1.\n perihal bercermat, ketelitian;\n 2.\n perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan:\n kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pada ~ mereka menggunakan air." "cermela\ncermai;\n \n~ hutan\na) sejenis tumbuhan (pokok renek),\n Phyllanthus gomphocarpus\n;\n b) sejenis tumbuhan (pokok renek), asin-asin, cekur (cekuk) manis,\n Sauropus androgynus\n." "cermi\nsejenis cacing dalam usus (perut), cacing kermi." "cermin I\n1.\n = ~ muka\n kaca (biasanya dicat dengan raksa dan lain-lain di bahagian belakangnya) untuk melihat rupa muka sendiri, kaca muka:\n ia menggantungkan ~ itu di dalam bilik tidur\n;\n2.\n kaca, gelas:\nia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yang dilingkungi ~ tebal; \n3.\n ki\n = ~ perbandingan\n sesuatu yang dijadikan contoh (pelajaran, teladan) untuk diikuti dan lain-lain:\n tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid;\n4.\n [kiasan] sesuatu yang menggambarkan (membayangkan) keadaan lahir atau batin (seperti perasaan, fikiran, dan lain-lain):\n sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan\n;\n~ bantal\n cermin kecil pada bantal seraga;\n ~ cekung \ncermin yang melengkung ke dalam;\n \n~ cembung\n cermin yang melengkung ke luar seperti bahagian luar bola;\n ~ mata\n kaca mata;\n ~ melengkung\n cermin yang cekung (cembung);\n \n~ pembesar\n kanta yang digunakan untuk melihat sesuatu dengan lebih besar;\n \n~ penghidupan\n sesuatu yang boleh menjadi contoh (teladan, pelajaran) untuk hidup;\n \n~ sisi\n cermin yang dipasangkan pada sisi kanan atau pada kedua-dua sisi kenderaan (untuk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yang datang dari belakang);\n \n~ tangan \ncermin kecil yang mempunyai tangkai pemegang;\n \n~ telinga\n [Indonesia] alat untuk melihat dalam telinga;\n \n~ terus\n [sastera lama] cermin yang digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) untuk mengetahui atau meramalkan sesuatu;\n \n~ wasiat\n cermin yang sakti atau hikmat;\n \nburuk muka ~ dibelah\n (peribahasa) kerana kesalahan sendiri, orang lain yang dipersalahkan;\nbercermin\n1.\n melihat muka sendiri dalam cermin (air jernih dan lain-lain):\n ia memakai pakaian sambil ~;\n2.\n memakai cermin, ada cerminnya, berkaca:\nalmari pakaian biasanya ~;\n~ mata\n memakai cermin mata;\n3.\n [kiasan] mengambil teladan (contoh, pelajaran):\nkenapa kita mesti ~ kepada orang jahat; \n4.\n [kiasan] meneliti, memeriksa;\n \n~ bangkai \nmendapat (menanggung) malu;\n jangan ~ di air keruh\n (peribahasa) jangan diturut teladan yang buruk;\nmencermini\n melihat pada cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dan lain-lain):\n bukan dicermini mukanya dahulu\n;\nmencerminkan\n membayangkan sesuatu yang lahir atau batin (seperti sesuatu keadaan, pergolakan, perasaan, sikap, dan lain-lain), menggambarkan:\n akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina\n;\n muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dan lain-lain;\nmempe(r)cermin\n1.\n menggunakan sesuatu sebagai cermin;\n2.\n =\n mempercerminkan\n selalu melihat (menyaksikan):\nhatinya telah kian renggang daripada nafsu kepada wang berbilang, kepada pangkat kehormatan yang selalu dipercerminkan daripada Tuan Direktornya\n;\ntercermin\n tergambar, terbaya\nng\n:\ndaripada ciptaan seninya yang bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya;\ncerminan\n gambaran, bayangan:\n ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sebagai ~ setengah-setengah manusia;\npencerminan\n perihal mencerminkan:\n begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial\n." "cermin II\n ~ batu\n sejenis tumbuhan (herba), \nPentasacme caudatum\n." "cermin III\n1.\n sejenis ikan laut, caping, sagai,\n Caranx carangus\n;\n2.\n sejenis ikan laut, betek, rambai,\n Caranx armatus\n;\n3.\n sejenis ikan laut, ebek, rambai landih, sagai\n, Caranx gallus \n(\nAlectis indica\n)." "cerna\n[arkaik]\n1.\n hancur jadi sebati (bercampur, satu);\n2.\n (berkenaan (dengan) makanan dalam perut), hadam, hancur jadi cair, larut;\nmencerna\n menjadi hancur (luluh);\nmencernakan\n1.\n menghadamkan, menghancurkan (makanan hingga jadi larut atau cair untuk diserapkan ke dalam darah):\n kerja ~ makanan itu tamat di dalam usus kecil;\n2.\n memasukkan atau menyerapkan (ke dalam fikiran, jiwa, hati, dan lain-lain):\nRamli terpegun ~ buah tutur yang dipungutnya sepotong demi sepotong dengan bersusah payah;\ntercerna\n1.\n sudah dicernakan (dihadamkan, diserapkan, dan sebagainya), terhadam;\n 2.\n terserap:\ndengan demikian, adat kebiasaan ~ dalam bentuk tulisan;\nketercernaan\n perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dicernakan, keterhadaman;\npencernaan\n proses mencernakan (makanan dalam perut), penghadaman:\nsoal ~ makanan dapat diatasi dengan pertolongan ubat." "cero\n[Kelantan], [Terrenganu] cair:\nkenapa teh ni ~?" "ceroboh I\n1.\n tidak senonoh atau tidak sopan (berkenaan (dengan) kelakuan, perbuatan, dan sebagainya), melanggar tatasusila, biadab:\n berlaku ~ terhadap anak gadis orang; \n2.\n keji, hina;\nmenceroboh\n1.\n berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya):\n engkau berani ~ memegang tangan anakku!\n;\n dialah orangnya yang selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang;\n2.\n masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya):\n pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; \nmencerobohi\n1.\n melakukan perbuatan ceroboh (curang, tidak senonoh, dan lain-lain) terhadap (seseorang), berlaku biadab terhadap perempuan untuk mencemarkan kehormatannya dan sebagainya, mencabuli:\n jadi kau yang masuk ke bilik Aida dan cuba hendak ~nya tadi?\n2.\n memasuki kawasan orang atau wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan hendak mengganggu, menyerang, mendudukinya, dan sebagainya):\nbangsa yang berniat jahat sahaja yang ~ negeri orang; \nmempertahankan tanah air daripada dicerobohi tentera asing;\nceroboh-mencerobohi\n saling mencerobohi:\nsatu tempoh kestabilan dan tidak ~ selama 40 tahun\n;\nkecerobohan\n perihal ceroboh, kecabulan, kebiadaban, ketidaksopanan (kelakuan, tindakan);\npencerobohan\n perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan:\n kita mesti mempertahankan diri daripada ~ musuh\n;\n kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini\n;\n penceroboh\n orang (negara dan lain-lain) yang menceroboh(i)." "ceroboh II\n[Jakarta]\n1.\n tidak hati-hati, tidak ingat-ingat, tidak cermat (teliti);\n2.\n gabas, kasar, tidak rapi atau kemas (perbuatan)." "cerobong I\npaip (pembuluh) tempat keluar asap (pada kapal, kereta api, kilang, dan lain-lain), serombong;\n= terobong." "cerobong II\nsejenis tudung kepala (topi)." "cerocok\n1.\n sejenis alat, kerocok, orok-orok;\n2.\n [Minangkabau] paip, pembuluh, serombong, cerat." "ceroi\n[Kedah] cair (masakan yang berkuah)." "ceroma\nsejenis tumbuhan (herba), akar lubang, akar ulam tikus,\n Mikania scandens\n." "cerompong\nmuncung meriam (senapang)." "ceronggok\nberceronggok\n duduk berkumpul ramai-ramai:\n mereka itu duduk ~ dengan hati yang amat masyanghul\n." "cerongkah\n~-cerongkeh\n tidak teratur, congkah-cangkih." "ceropong\n= cerompong." "cerot\n[Pulau Pinang] seruan untuk menyuruh gajah memasukkan kakinya ke dalam sengkela (pasung)." "cerotok\n= ceratuk." "cerpa\nterpa (terkam)." "cerpelai\nsejenis binatang daripada jenis musang,\n Herpestes spp\n." "cerpen\ncerita pendek:\n Harun tidak sahaja menulis novel, tetapi juga mengarang ~\n;\n peraduan mengaran\ng\n ~; \nbercerpen\n menulis cerpen:\n sejak akhir-akhir ini dia ~ pula;\nmencerpenkan\n menghasilkan cerpen atau menulis karya kreatif yang berbentuk cerita pendek;\npencerpenan\n proses mencerpenkan sesuatu, penulisan cerita pendek:\nketerampilan pengarang tersebut terserlah dalam bidang ~." "cerpenis\npenulis cerpen:\n keadaan masyarakat selalu menjadi bahan-bahan sindiran ~ kita\n;\n Ishak Hj. Muhammad ialah seorang ~." "cerpu\nsejenis lapik kaki (seperti terompah) yang dibuat daripada kulit;\n ke bawa\nh \n~ \nke bawah duli." "ceru\n= cerul." "cerua\n gelama ~ \nsejenis ikan gelama,\n Pseudosciaena aneus\n." "cerubah\n[Kedah] sejenis senjata lama." "cerucah, cerucuh\n[sastera lama] sejenis perahu." "cerucuk\n1.\n batang (kayu, besi, konkrit, dan lain-lain) yang ditanam untuk menguatkan asas (tapak) sesuatu bangunan atau struktur lain;\n2.\n tembok pengempang ombak;\n3.\n pancang-pancang yang dipacak di tepi laut;\n4.\n pangkalan di pelabuhan, jeti;\n5.\n ceracak, cerancang;\nmencerucuk\n menanam cerucuk." "cerucup\n1.\n sejenis rumput yang tajam-tajam sarung buahnya (bunganya), kemuncup,\n Chrysopogon aciculatus\n;\n2.\n runcing, tajam, lancip;\nmencerucup\n bercerancangan, mencuar-cuar tajam." "ceruh I\nsudah ditumbuk bersih-bersih hingga putih (berkenaan (dengan) padi dan lain-lain):\n beras itu belum\n \n~; \nmenceruh\n menumbuk bagi kali yang keduanya supaya ceruh:\n~ beras." "ceruh II\ncuram, jeruh." "ceruh III\n[Terengganu] heboh." "ceruk I\n1.\n sudut (penjuru, pojok, pelosok) dalam bilik (rumah dan lain-lain):\n duduk di ~ dapur;\n2.\n lubang, liang, ruang (pada dinding, dalam tanah, dalam timbunan barang, dan lain-lain), gua, celah, sela;\n ~ gunung\n lembah gunung;\n3.\n lekuk (pada geladak kapal, jalan, dan lain-lain);\n4.\n teluk yang kecil;\n 5.\n penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dan lain-lain);\n \ndi seluruh ~ rantau\n di merata tempat, di mana-mana;\n \n~-meruk\n bermacam-macam ceruk;\nmenceruk\n1.\n membuat ceruk dalam tanah;\n2.\n masuk ke dalam (dekat) ceruk;\nceruk-menceruk\n mencari ke semua ceruk;\nterceruk\n berada (duduk) di ceruk (penjuru);\n= caruk II." "ceruk II\n[Kelantan] sabit (penyabit);\nmenceruk\n menyabit." "cerul\nperul, pesai, serul." "cerun\n1.\n curam, terjal;\n2.\n lereng bukit (tebing dan lain-lain) yang curam:\ndi ~ bukit di Mysore, terdapat kebun kopi yang luas\n;\nbercerun\n mempunyai cerun;\nkecerunan\n keadaan cerun (curam, terjal), keterjalan." "ceruncup\ncerucup." "cerung I\n ~-cerang \nbunyi seperti gelang kaki berhantuk-hantukan." "cerung II\n[Kelantan];\n bercerung\n bermuafakat, bekerjasama, berkongsi." "cerunyas\npecah-pecah, hancur:\n ia menggigit-gigit pangkal cerutunya yang memang telah ~." "cerup\nbunyi seperti bunyi orang menghirup bubur (air dan lain-lain)." "cerurut\ncencorot." "cerut I\nmencerut\n1.\n mengikat (mengecut, membelit) di sekeliling sesuatu kuat-kuat, menjerut:\n ~ leher;\n2.\n [kiasan] (berasa) sakit bagai dicerut:\n perutnya mula berasa ~ kerana lapar;\n 3\n.\n menyekat hingga sukar berkembang (maju dan sebagainya):\n pada masa yang sama, pihak kerajaan tidak ~ pertumbuhan ekonomi;\ncerutan\n hasil (perbuatan) mencerut:\nkelihatan ular besar itu melonggarkan sedikit ~nya pada rusa yang sudah tidak bermaya lagi;\npencerutan\n perbuatan mencerut;\npencerut\n tali (orang dan lain-lain) yang mencerut." "cerut II\n[Kelantan], [Terengganu] sabit (penyabit);\nmencerut\n memotong dengan cerut, menyabit:\n~ rumput\n." "cerut III, cerutu\nsejenis rokok yang dibuat daripada daun tembakau kering yang digulung, serutu;\nmencerut\n menghisap cerut." "cet I\n[kata seru] kata untuk menyatakan perasaan tidak suka (gemar), cis." "cet II\n[kependekan] cetakan." "cetai\nbercetai-cetai\n koyak-koyak, cabik-cabik, cabak-cabik;\nmencetai-cetai\n mengoyak-ngoyak, mencabik-cabik." "cetak\n1.\n cap (tanda, huruf, dan sebagainya) pada kertas atau kain;\n mesin ~\n mesin untuk mengecap buku dan lain-lain;\n2.\n =\n cetakan\n acuan (untuk membuat kuih dan lain-lain);\n ~ kuih \nacuan kuih;\n~ blok \nkaedah mencetak yang menggunakan blok kayu atau logam yang diukir dengan berbagai-bagai corak dan sebagainya untuk dicap pada kertas, kain dan sebagainya;\n ~ semula = ~ ulang\n cetakan kali kedua dan lain-lain dengan tidak ada perubahan daripada cetakan pertama (buku dan lain-lain);\n \nbagaimana ~ begitu kuihnya\n (peribahasa) anak menurut kelakuan (sifat) bapanya (sesuatu itu menurut asalnya);\nbercetak\n dicap:\n kad hari raya yang ~ comel;\nmencetak\n1.\n mengecapkan tulisan (gambar) pada kertas dan lain-lain (untuk membuat buku, surat khabar, dan lain-lain):\n mengikut kebiasaan, penerbit ~ sesebuah buku itu sebanyak 5000 naskhah;\n2.\n mengecapkan lukisan pada kain:\n ~ batik; \n3.\n menuang sesuatu (logam dan lain-lain) dalam acuan, membuat sesuatu dengan acuan:\ntimah dari lombong dicetak sebelum dijual\n;\n ~ kuih;\n4.\n membuat (menjaringkan) gol (dalam permainan bola sepak), memperoleh kemenangan (dalam perlawanan, perang, dan lain-lain), memperoleh keuntungan:\n sebelum rehat kelab kami telah ~ dua gol;\nmencetakkan\n mencetak sesuatu untuk, menyuruh mencetak, menerbitkan sesuatu (buku dan lain-lain);\ncetakan\n1.\n (buku, majalah, dan lain-lain) yang dicetak (diterbitkan), terbitan, sesuatu yang dicetak, hasil mencetak (kain dan lain-lain):\n ~ yang pertama buku itu ialah dengan huruf jawi; \n2.\n acuan (kuih dan lain-lain);\n3.\n [kiasan] sesuatu yang sudah dibentuk;\npercetakan\n tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku (majalah dan lain-lain), pejabat cetak;\npencetakan\n kerja-kerja (proses, urusan) mencetak;\npencetak\n1.\n orang (syarikat perniagaan dan lain-lain) yang mencetak;\n2.\n orang yang kerjanya mencetak, tukang cetak;\n3.\n alat-alat yang dipakai untuk mencetak;\n \n~ warna \nalat yang boleh mencetak teks, carta, lukisan dan sebagainya dalam berbagai-bagai warna pada kertas." "cetak rompak\nperbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis, pemuzik, penyanyi dan sebagainya, tanpa kebenaran, tanpa membayar royaliti kepada mereka dan sebagainya:\nmasalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar keset;\n mencetak rompak\n menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (seperti pita video, perisian komputer, kaset dan sebagainya) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya untuk tujuan memperoleh keuntungan:\npolis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; \nbeberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa;\n pencetak rompak\n orang atau sindiket yang menjalankan kegiatan cetak rompak." "cetar\n~-cetir\n bunyi cemeti (sambuk, pecut, dan lain-lain)." "cetas\nbunyi seperti bunyi orang menggores mancis." "cetek\n1.\n tidak dalam (berkenaan (dengan) sungai dan lain-lain), tohor, cangkat, dangkal:\n binatang ini hidup di air yang ~ dekat pantai;\n 2.\n tidak dalam atau tidak tinggi (berkenaan (dengan) ilmu pengetahuan), dangkal:\n pengetahuannya tentang perkara itu amat ~; \ndalam menyelam ~ bertimba\n (peribahasa) hasil yang sedikit itu digunakan dengan berpada-pada;\nmencetekkan\n menjadikan cetek, menohorkan, mendangkalkan, mencangkatkan:\n ~ sungai; \nkecetekan\n1.\n perihal (keadaan) cetek (berkenaan (dengan) sungai, telaga, dan sebagainya), ketohoran, kedangkalan, kecangkatan;\n2.\n perihal cetek (pengetahuan), kedangkalan:\n ~ pengetahuannya jelas pada hujah-hujahnya\n." "ceteng\nmenceteng\n menjinjing." "cetera I\n[sastera lama] payung kebesaran kerajaan seperti payung iram-iram (ubur-ubur dan lain-lain);\n ~ jantung \n[Indonesia] urat pipih yang menyekat rongga dada dan rongga jantung." "cetera II\ncerita, ceritera:\n demikian mula ~nya;\n menceterakan\n menceritakan:\n adapun diceterakan oleh orang yang punya cetera ini\n." "ceterawara\ncerita sandiwara yang mempunyai satu babak (tidak ada selingan antara adegan-adegannya)." "ceteri\nkhemah, tenda (di kapal dan lain-lain)." "ceteria\n[sastera lama] anak raja-raja, kesateria:\n maka duduklah segala orang kaya-kaya, dan segala ~, sida-sida, bentara hulubalang, masing-masing pada martabatnya\n." "ceteris paribus\n(Latin) (Ekonomi) faktor (hal) lain tidak berubah." "ceti I\n1.\n peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yang mengenakan bunga yang tinggi;\n \n~ haram\n along;\n 2.\n orang India dari Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga)." "ceti II\ntali barut (menghubungkan perempuan dengan laki-laki), muncikari, pinang muda, barua, jaruman, alku, ibu ayam;\nmenceti\n menjadi tali barut (menghubungkan perempuan dengan laki-laki)." "cetok\n[Jakarta]\n1.\n sejenis tudung kepala (seperti terendak cina);\n2\n. = topi ~\n sejenis topi yang dibuat daripada gabus, topi keras." "cetok I\nparuh;\nmencetok\n mencatuk, memagut, mematuk." "cetok II\nsejenis alat yang dipakai oleh tukang tembaga (loyang)." "cetok III\n[Jawa] keri." "cetong\n[Kelantan], [Terengganu] bekas air minum dan lain-lain (dibuat daripada logam), kole." "cetum\n[Kelantan] sapu tangan (kain dan lain-lain) yang dipakai untuk membungkus dan membawa sesuatu;\nmencetum\n membungkus dengan memegang keempat-empat bucu sapu tangan atau kain untuk membawa sesuatu." "cetus\nbunyi seperti bunyi besi digoreskan ke batu dan lain-lain;\n ~ api \n[Minangkabau] pemetik api (daripada batu, besi, sabut, dan lain-lain), teker;\n \nbak ~ api\n (peribahasa) (orang yang) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dan lain-lain);\nmencetus\n1.\n meletus (melompat) ke luar (berkenaan (dengan) bunga api), mengeluarkan bunga api;\n2\n.\n = ~ api\n membuat api dengan menggunakan cetus api (gores api dan lain-lain);\n 3.\n [Minangkabau] (berkenaan (dengan) kuda dan lain-lain) menggigit orang dengan diam-diam;\n4.\n [Minangkabau] [kiasan] mencari-cari kesalahan;\nmencetuskan\n1.\n menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api);\n2.\n menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dan lain-lain) dengan sekonyong-konyong, menerbitkan:\n hasrat mereka untuk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi; \nlawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yang akan membuka lembaran baru\n;\ntercetus\n berlaku (terjadi, timbul) sesuatu keadaan (kejadian, peristiwa dan sebagainya):\nperkelahian itu ~ akibat perasaan dendam yang sudah lama terpendam;\n cetusan\n1.\n apa yang ditimbulkan (dilahirkan dan lain-lain), sesuatu yang terbit daripada, pancaran, jelmaan:\n tulisan itu adalah satu ~ perasaannya; \n2\n. = ~ api\n cahaya api yang berkilat dan lain-lain, bunga api yang terbit;\npencetusan\n perihal mencetuskan atau menerbitkan (sesuatu):\n ~ idea-idea baru di kalangan intelektual di universiti tidak mungkin berlaku jika pensyarah, mahasiswa, atau siswazahnya tidak banyak membaca;\npencetus\n sesuatu yang mencetuskan:\n~ idea." "cewang\n[Minangkabau] [arkaik] belum ada ketetapan fikiran, tidak tetap hati." "cewe\n1.\n nama samaran bagi binatang (reptilia dan lain-lain) yang pantang disebut nama betulnya;\n2.\n [Kelantan] ular;\n~ angin\n rusa;\n ~ aum (mengaum\n) harimau;\n \n~ bek\n kambing;\n \n~ bok\n lembu;\n \n~ ceblek\n ular;\n ~\n \ncek\n tikus;\n \n~ deras\n kuda;\n \n~ duri\n landak;\n ~ epek\n badak;\n ~ gigi jarak (panjang)\n buaya;\n \n~ keng \nanjing;\n ~ kerek\n monyet;\n ~ kerek nyiur\n tupai;\n ~ kuning\n sami Buddha;\n \n~ untut\n gajah;\n ~ wak\n kerbau;\n ~ yong \nkucing." "ceweh I\n= cewe" "ceweh II\n[Terengganu] sial." "cewek\n[bahasa percakapan]\n1.\n [Indonesia] perempuan yang masih muda;\n2.\n teman wanita." "cewi\n[Kelantan], [Perlis] suka menunjuk-nunjuk, suka menggaya (memakai pakaian yang cantik-cantik dan lain-lain)." "Cf\nsimbol kimia bagi kalifornium." "CGPA\n[kependekan] \nCumulative Grade Pointer Average \n(purata nilai gred kumulatif, iaitu sistem pengiraan himpunan markah pelajar di institusi pengajian tinggi tertentu):\nkursus itu ditawarkan kepada lulusan Diploma ITM dan UTM yang mendapat tidak kurang daripada 2.5 \n~\n." "chalet\nsejenis rumah yang dibuat daripada kayu sebagai tempat penginapan sementara untuk pecuti atau pelancong:\ntempat menginap tidak menjadi masalah kerana di pantai-pantai ini terdapat banyak ~." "champagne\nsejenis wain putih dibuat di provinsi lama Champagne di Perancis." "Che Wong\npenduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang tinggal di pinggir daerah Raub dan Temerloh Pahang." "CHOGM\nakronim bagi \nCommonwealth Heads of Government Meeting \n(Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel)." "ci I\nukuran berat sebanyak 1/10 tahil atau 3.78 gram (bagi menimbang candu)." "ci II\n(Sunda) sungai." "ci III\n[seruan]\n1.\n [Kedah] kata untuk memanggil gajah;\n 2.\n [Kelantan] kata untuk menyuruh lembu (kerbau) berjalan dan lain-lain." "CIA\nkep\n Central Intelligence Agency \n(Agensi Perisik Pusat, iaitu agensi Amerika Syarikat yang tugasnya ialah mendapatkan dan mengumpulkan maklumat rahsia terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan negara)." "cia I\n[kependekan] lanca (beca)." "cia II\n[Kelantan] anak daripada cicit." "ciabit\n ubi\n \n~ \nsejenis tumbuhan yang berumbi, ubi jabet, ubi ciapet, \nDioscorea pentaphylla\n." "ciah-ciah\n[Selangor] berkelakuan bebas atau berbuat sesuka hati saja (pada tempat yang berpenunggu dan lain-lain)." "ciak I\nbunyi seperti bunyi anak ayam (burung);\n \n~-ciap = ~-miak \nbermacam-macam bunyi ciak." "ciak II\n= cak II." "ciak III\n[Cina] [bahasa percakapan] makan." "ciak IV\n[Cina] anak daripada cicit." "cialat\n[Kelantan] [bahasa percakapan] celaka." "ciang I\n[Cina] menunggangi, menaiki." "ciang II\n= cang IV." "ciap\nbunyi seperti bunyi anak ayam (burung);\n \n~-miap\n bermacam-macam bunyi ciap;\n \nse~ bagai ayam, sedencing bagai besi\n (peribahasa) sama-sama susah, sama-sama senang (seia sekata);\nmenciap, menciap-ciap\n berbunyi ciap(-ciap)." "ciap-ciap\nsejenis burung, cicit, siul\n, Rollulus roulroul\n." "ciapit\nsejenis tumbuhan (pokok), gading jantan, semangkuk jantan,\n Coffea malayana\n." "ciar\nmenciar-ciar\n memekik-mekik (bunyi seperti bunyi kanak-kanak menangis);\nterciar-ciar\n terpekik-pekik, terkuak-kuak:\n anak kecil itu menangis ~ kerana lapar susu\n." "ciarik\n akar\n \n~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar riang-riang rimba, \nVitis wrayi; \nakar ~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Mallotus repandus\n." "cias\ntidak sabar, meradang." "ciau I\nmenciau\n berkayuh (mengayuh) sambil berdiri (dengan menggunakan pengayuh panjang)." "ciau II\nterciau\n terselak (hingga nampak anggota seperti melukah):\n kain ~\n." "ciau III\nperiuk tanah tempat memasak air dan lain-lain." "ciau IV\n= ciu I." "cicah I\n= cecah I." "cicah II\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Bignoniaceae, \nStereospermum spp\n." "cicak\nsejenis reptilia kecil (badan dan ekornya panjang dan kakinya empat),\n Hemidactylus spp\n.;\n~ kubin\na) sejenis reptilia, \nDraco volans\n;\n b) [kiasan] (orang yang) sangat kurus;\n \n~ terbang\n sejenis reptilia\n, Ptychozoon kuhli\n;\n seperti ~ makan kapur\n (peribahasa)\na) beroleh malu kerana kesalahannya sendiri;\n b) bersenang hati (gembira)." "cici\n= cicit I." "cicih\nrumput\n \n~ \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput buah, rumput macap merah, rumput sabut,\n Daemonorhops hystrix\n;\n rumput\n \n~ = rumput ~ minyak\n sejenis tumbuhan (rumput), rumput duduk, rumput kusum,\n Daemonorhops calicarpus\n;\n rumput ~ landak\n sejenis tumbuhan (rumput), rumput air, rumput cernang (jernang)." "cicik I\njijik, meluat;\nmencicik\n menganggap cicik, membenci, menghina:\norang miskin jangan dicicik\n." "cicik II\n[arkaik];\n mencicik\n1.\n mendesing, mendesis (bunyi air mendidih dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] mengalir keluar (peluh)." "cicil I\n[Jawa];\n mencicil\n mengansur, membayar beransur-ansur;\ncicilan\n ansuran:\n tiga ringgit sedikit sekali tuan, dengan apa saya bayar ~ sepeda saya\n;\npencicilan\n perihal mencicil, pengansuran." "cicil II\n[Jawa];\n mencicil\n membelalak (mata), melihat dengan mata yang terbelalak." "cicinda\n[bahasa halus] cicit." "cicip I\n= cecap." "cicip II\nmencicip\n berbunyi seperti bunyi burung dan lain-lain, mencicit, menciap." "cicir\ntumpah atau jatuh sedikit-sedikit (berkenaan (dengan) barang yang berbiji-biji atau kecil-kecil);\nberciciran\n tertumpah atau jatuh sedikit-sedikit dan bertaburan;\n \nyang dikejar tak dapat, yang dikandung (dikendong\n) \n~ \n(peribahasa) apa yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis;\nmencicirkan\n menaburkan sedikit-sedikit, menyebabkan cicir (berciciran);\ntercici\nr\n1.\n tertumpah berciciran;\n2.\n jatuh (hilang) di tengah jalan (wang dan lain-lain yang dibawa);\n3.\n tertinggal (di belakang) daripada kumpulan atau daripada teman-temannya;\n4.\n [kiasan] ketinggalan (dalam proses kemajuan dan sebagainya), ditinggalkan oleh orang (negara dan lain-lain) yang terus mencapai kemajuan atau kejayaan;\nkeciciran\n ketinggalan (dalam proses kemajuan dan sebagainya), tercicir." "cicit I\nanak kepada cucu." "cicit II\nmencicit\n berbunyi seperti bunyi anak burung dan lain-lain." "cicit III\nburung\n \n~ \nsejenis burung, burung ciap-ciap, burung siul, \nRollulus roulroul\n." "cicunguk\n= cecunguk." "CID\n[kependekan] \nCriminal Investigation Department\n (Jabatan Siasatan Jenayah)." "cida\ntercida\n terkehel (bahu dan lain-lain)." "cigak\n[Minangkabau] kera;\n \nbertukar beruk dengan\n \n~ \n(peribahasa) tidak ada perubahan (sama sahaja halnya)." "cih\n[kata seru] kata untuk menyatakan marah (jijik, tidak suka, dan lain-lain):\n ~ celaka kau Hitam!" "cik I\nsingkatan bagi kecik (kecil):\n pak\n \n~ \na) bapa saudara yang muda sekali;\n b) panggilan yang biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpada bapa kawannya atau orang yang sebaya dengan bapanya)." "cik II\nsingkatan bagi encik (biasanya digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali):\n C~ Aminah\n." "cik III\n[Minangkabau] tahi." "cik IV\n[kata seru] kata untuk menghalau anjing dan lain-lain." "cika I\nsakit perut serta muntah-muntah dan buang air (kerana salah makan), kedadak." "cika II\n~ mas \nsejenis tumbuhan (herba),\n Acalypha indica\n." "cikah\n= kera." "cikalang\nsejenis ikan laut, tongkol." "cikar\npedati (ditarik oleh kuda atau lembu)." "cikerak I\n[Jawa];\n cikerak-cikerak\n melompat-lompat kesukaan (sukacita), jingkrak." "cikerak II\n[Jakarta] sejenis bakul sampah." "cikgu\n1.\n guru:\ndia ingin menjadi ~;\n2.\n panggilan bagi guru:\nC~ Fatimah." "cikih\nsejenis tumbuhan (pokok), kulim,\n Dysoxylum costulatum\n." "cikil\n= cekel I." "cikok\n[sastera lama] senduk:\nmaka laksamana pun mengambil sayur kangkung, disuapnya dengan ~ emas\n." "cikori\nsejenis tumbuhan berbunga biru yang ditanam yang daunnya dapat dibuat salad dan akarnya dapat digunakan sebagai pengganti kopi, \nCichorium intybus." "cikrak\n= cikerak I & II." "ciku\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), sauh menila,\n Achras zapota." "cikun\n[Minangkabau];\n bercikun-cikun\n bermuafakat dengan diam-diam atau bersembunyi-sembunyi." "cikutan\n[Jakarta] tersedu-sedu." "cilap I\n[arkaik];\n tercilap-cilap\n terkelip-kelip." "cilap II\nmencilap\n mencuri;\n= cilok." "cilawagi\n[sastera lama] nenek moyang tingkat yang kelima, datuk kepada moyang (orang tua, datuk, moyang, buyut, cilawagi), cakawari." "cili\ncabai, lada,\n Capsicum spp\n;\nmencili\n [bahasa percakapan] menyentalkan, menenyehkan atau menyapukan cili, terutamanya pada mulut seseorang:\ndah dicilinya mulut anaknya yang celupar itu." "cilik\nkecil:\ntujuh model ~ menggayakan pakaian tradisional Melayu." "cilim\n= culim." "cilok\n[Minangkabau];\n mencilok\n mencuri;\npencilok\n pencuri;\n= cilap II." "cimcili\nsejenis burung murai." "cimni\n[bahasa percakapan] corong (daripada kaca) pada lampu minyak, setom." "cimpanzi\nsejenis mawas Afrika yang berbulu gelap tetapi lebih kecil daripada gorila, \nPan troglodytes\n." "cimplong\n dadu\n \n~ \n[Indonesia] sejenis permainan dadu." "cin\n[Perak] [kata seru] kata untuk menyuruh gajah berjalan perlahan-lahan." "Cina I\nbangsa yang nenek moyang mereka berasal dari negeri China (Tiongkok), Tionghua;\n~ buta\n [kiasan] lelaki yang menikahi seseorang perempuan yang telah ditalak tiga oleh suaminya, kemudian diceraikannya supaya perempuan tersebut dapat berkahwin semula dengan bekas suaminya, muhalil;\n ~ peranakan \na) keturunan orang Cina dengan orang dari bangsa lain;\n b)\n = ~ peranakan Malaya\n orang Cina yang dilahirkan di Malaya;\n memperjuali orang ~ penjahit\n (peribahasa) mengajar orang yang sudah memang pandai;\nkecinaan\n yang berkaitan dengan orang atau bangsa Cina:\n lukisan berus cina menggambarkan estetika ~." "cina II\n~ maki\na) sejenis tumbuhan (pokok), gelam bukit,\n Leptospermum flavescens;\nb) sejenis tumbuhan (pokok), cucur (hujan) atap, daing (Kelantan), rempah gunung (Pahang), timur tasik,\n Baeckia frutescens; \nakar\n \n~ \na) sejenis tumbuhan (pokok) akar berimbung, akar kacang betina (purai), akar sesudu,\n Taeniochlaena griffithii;\nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kuning (kunyit-kunyit), \nLimacia oblongata; \nakar ~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok), akar selupat,\n Iodes velu tina; \nakar ~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga jengkal,\n Neuropeltis racemosa; \nbunga ~\n sejenis tumbuhan (pokok dan bunganya yang berwarna putih atau kuning yang biasanya berbau wangi),\n Gardenia augusta; \nkayu\n \n~ \nsejenis tumbuhan (pokok), jati bukit, se(n)tada, \nPodocarpus neriifolius\n." "cinabeng\n[bahasa kasar] celaka, sial." "cinca\nsejenis kain tenun yang halus dan berbunga-bunga, kimkha, kingka." "cincai\n[Cina] [bahasa percakapan];\n ~lah\n tak apalah, lebih kurang sajalah;\ncincai-cincai\n tidak sungguh-sungguh (tidak teliti, tidak rapi), sembarangan." "cincang I\n= cencang I." "cincang II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit,\n Allophylus glaber;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu,\n Allophylus ternatus\n." "cincau\n[Cina]\n1.\n sejenis agar-agar yang dibuat dengan membekukan air daripada daun sejenis tumbuhan\n (Cyclea barbata)\n, sejenis lengkong (dimakan dengan air batu);\n2\n. = air\n \n~ \nsejenis minuman manis yang mengandungi potongan agar-agar air daun cincau, air lengkong;\n3.\n tumbuhan (air daunnya boleh dibekukan untuk dibubuh dalam minuman),\n Cyclea spp\n." "cincilai\nsejenis burung murai, cimcili." "cincin I\n1.\n sejenis perhiasan jari seperti gelang yang biasanya dibuat daripada logam yang berharga (berpermata atau tidak);\n2.\n benda berlingkar yang rupanya seperti gelang kecil;\n~ belah rotan\n cincin tidak berpermata yang bulat di luar dan datar di dalamnya;\n \n~ berapi \ncincin yang permata besarnya diapit oleh dua permata kecil;\n \n~ bindu \ncincin yang dibentuk di atas bindu;\n \n~ bunga nyiur\n cincin yang berupa simpai;\n \n~ cap\n cincin yang memakai cap (untuk mengecap);\n \n~ garam sebuku\n cincin satu permata;\n ~ ikat balai\n cincin yang memakai satu permata segi empat bujur;\n ~ kahwin\n cincin yang diberikan oleh suami kepada isteri pada hari perkahwinan;\n \n~ keraj\naan cincin diraja;\n ~ ketering\n cincin yang boleh dikeluarkan permatanya;\n ~ limas(an)\n cincin satu permata yang berbentuk piramid;\n ~ mata tiga \ncincin yang dihiasi tiga biji permata;\n ~ mohor\n cincin untuk mengecap;\n ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal \ntiga cincin yang berbentuk rantai berlingkar;\n \n~ pertunangan = ~ tanda\n;\n ~ tahui = ~ tany\na cincin yang diberikan kepada ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar;\n \n~ tanam\n cincin yang tidak timbul permatanya;\n \n~ tanda\n cincin yang diberikan sebagai tanda pertunangan;\n \n~ tapak gajah\n cincin yang atasnya datar dan berbentuk segi lapan;\n~ emas takkan tampan bermata kaca\n (peribahasa) gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang miskin dan hodoh;\n bagai si kudung mendapat\n \n~ \n(peribahasa) berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yang tidak pernah diperoleh;\n \nseperti ~ dengan permata\n (peribahasa) sama padan, cocok benar." "cincin II\n akar\n \n~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar nyamuk jantan, akar nyirih, akar tulang daing padang,\n Connarus grandis\n." "cincong\n[Indonesia] ;\n bercincong\n melakukan perbuatan yang sia-sia seperti banyak bercakap:\norang banyak terhenti daripada ~ sesama sendiri." "cincu\nketua atau wakil tuan punya kapal." "cinda\nsingkatan bagi cicinda." "cindai I\n1.\n sejenis kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa):\n Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pada bahunya\n;\n2.\n bengkung (ikat pinggang, sabuk) daripada kain cindai;\n~ betina = ~ sari\n cindai yang agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya;\n ~ hari \nsejenis cindai kembang;\n ~ jantan\n cindai yang halus dan besar corak bunganya;\n \nmati berkapan ~ \n(peribahasa) mati dengan nama yang baik (dipuji, dihormati, dan lain-lain)." "cindai II\n[Minangkabau];\nsi ~\n pontianak." "cindaku\n[Minangkabau] orang yang boleh menjadi harimau jadi-jadian." "cindil\n[Jakarta] anak tikus." "cindur\n~ mata \n1.\n cenderamata, tanda mata;\n2.\n kekasih." "cing\n1.\n [kata seru] kata untuk memanggil kucing:\n ~, ~!\n2\n. bunyi seperti bunyi wang syiling jatuh ke batu, ting;\n decing." "cingah\n= cingangah." "cingam\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), sebasah,\n Scyphiphora hydrophyllacea\n." "cingangah\n[Minangkabau] [arkaik];\n tercingangah\n terbuka luas, ternganga." "cingau\nsejenis tumbuhan (pokok renek)\n, Popowia tomentosa\n." "cingge\n[Cina] perarakan kebudayaan sekumpulan orang (khususnya orang Cina di Pulau Pinang) yang secara bergilir-gilir menjulang dan mengimbangi sebatang tiang (besar, panjang) yang diikat bendera besar (bersegi tiga)." "cingkambon\n[kata seru] permintaan tambahan (seperti emas, kain putih, dan lain-lain) selain alat-alat yang tertentu oleh pihak gadis kepada pihak yang meminang." "cingkat\nbuah kelapa muda, cengkir." "cinta\n1.\n perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, orang tua, kebebasan, dan lain-lain):\n walaupun ~nya kepada keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi;\n2.\n perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan:\n~ kepada suaminya masih tinggal bersarang dalam hati; \nbarangkali kau masih ~ pada tunanganmu;\n3.\n [sastera lama] perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dan lain-lain):\n tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya;\n4.\n perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu:\n putera raja itu amat sangat ~ akan burung yang dilihatnya itu\n;\n~ berahi\n terlalu sangat cinta (asyik maksyuk);\n ~ kasih\n sangat cinta dan kasih (kasih sayang);\n ~ monyet \ncinta yang hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja;\n \n~ pandang pertama \ncinta yang timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya;\ncintakan\n cinta akan, mencintai;\nbercinta\n1.\n menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan:\nelakkan daripada ~ sebelum lulus pelajaran; \n2.\n berasa rindu;\n3.\n [kiasan] berat rasa hati untuk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yang kurang menyenangkan):\nkami sangat ~ untuk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yang sangat sesak;\nbercintakan\n1.\n menaruh cinta atau kasih kepada, berahi kepada:\nsebagai laki-laki yang ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; \n2.\n berperasaan rindu akan, ingin akan:\n ia ~ benda yang sukar diperoleh;\n3.\n [sastera lama] berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu:\ntujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; \njanganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu;\nbercinta-cintaan\n1.\n cinta-mencintai, berkasih-kasihan:\n baru hendak ~ dengan seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina;\n2.\n bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan):\n sebelum hari malam, dia ~ dengan tunangannya; \nmencinta\n1.\n menaruh cinta atau kasih (kepada);\n2.\n [sastera lama] berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal;\nmencintai\n1.\n mengasihi, menaruh cinta pada:\n ia ingin ~ dan dicintai\n;\n2.\n merindukan (hendak memperoleh sesuatu dan lain-lain), mengharap-harapkan, menginginkan:\n tidak ada orang yang tak ~ duit; \ntercinta\n (yang) dicintai (dikasihi, disayangi):\n engkau pisahkan aku dari anakku yang ~; \nkecintaan\n1.\n perasaan cinta, kasih, kesayangan:\nyang mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yang diikat oleh kesetiaan; \nseluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kepada bahasa kebangsaan;\n2.\n yang dicintai (dikasihi), kekasih:\n pemuda ~nya bekerja sebagai wartawan;\n3.\n [sastera lama] kerinduan kesedihan, kebimbangan;\n4.\n [sastera lama] menanggung cinta (sedih dan lain-lain);\npercintaan\n1.\n perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan):\nkahwin itu ialah kemuncak ~;\n2.\n [sastera lama] perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dan lain-lain), kesedihan, kesusahan:\n maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah\n;\npencinta\n orang yang meminati dan mencintai sesuatu:\n ~ sastera;\n~ buku." "cintamani\n[sastera lama]\n1.\n sejenis permata bertuah yang boleh menolong tercapainya cita-cita;\n2\n. = ular\n \n~ \nsejenis ular yang mendatangkan kebahagian kepada orang yang mendapatnya (terutama orang yang sedang berada dalam alam percintaan)." "cintamula\nsejenis tumbuhan (pokok), geronggang semut,\n Ouratea crocea\n." "cintan\n[bahasa percakapan] cinta." "cintuh\n= sentuh." "ciok\n[arkaik] bunyi seperti bunyi burung, ciak, ciap." "cip I\nbunyi seperti bunyi burung pipit dan lain-lain, ciak, ciap;\nbercip\n\u2013\ncip\n berbunyi cip-cip." "cip II\n= mikrocip." "cip III\n~ biru \n(Ekonomi) saham mewah." "cipai\nsejenis kera, \nSemnopithecus melalophos\n." "cipan I\n[sastera lama] sejenis senjata seperti kapak." "cipan II\nsejenis binatang, tenuk, tapir;\n= kipan." "ciplak\njiplak." "cipoa\n= sempoa." "ciprah\nsejenis tumbuhan (pokok renek), cemperai,\n Champereia griffithii\n." "cipta\nangan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan;\n daya ~\n kebolehan fikiran untuk mereka sesuatu (karya seni dan lain-lain);\nmencipta\n menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi (khayalan):\n untuk dapat ~ cerita yang baik, diperlukan fantasi; \nguru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak;\nmenciptakan\n1.\n mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dengan fikiran (kekuatan batin):\n dunia diciptakan oleh Tuhan dengan kuasanya yang Maha Besar;\n2.\n mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadikan) sesuatu yang baru:\n Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yang sama rata;\n3.\n membuat (menjadikan) sesuatu daripada bahan-bahan yang lain:\n daripada keledek pula ia ~ hasil-hasil seperti sebatian getah yang berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dan lain-lain; \n4.\n menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dan lain-lain):\n hanya dengan bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yang bernilai\n;\n kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yang mengagumkan manusia;\ntercipta\n sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud;\nciptaan\n sesuatu yang diciptakan, hasil kesenian:\n lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee; \nia tidak mengharapkan siapa-siapa pun membeli atau memuji ~nya yang tergantung di bilik pameran itu;\npenciptaan\n perihal (usaha dan sebagainya) mencipta(kan);\npencipta\n (orang) yang menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan):\n ~ fesyen pakaian." "cir\n[kata seru] kata untuk mengejek (menghina dan lain-lain)." "circir\nsejenis loceng atau genta kecil." "ciri I\nsifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya daripada yang lain);\n \n~ seks sekunder\n (Biologi) ciri haiwan jantan (atau betina) yang membezakannya daripada haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yang membezakannya daripada wanita, akibat pengaruh hormon;\nbercirikan\n mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yang tertentu):\nsajak kucing pula dianggapnya lebih ~ prosa daripada puisi;\nmencirikan\n menjadi ciri (kepada), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu:\n kepelbagaian yang ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; \nkerumitan sentiasa ~ proses perubahan yang dihadapi oleh sebarang sistem;\npencirian\n perbuatan mencirikan sesuatu:\nteori ini bergantung pada ~ kebenaran\n." "ciri II\n[sastera lama] doa atau mantera yang dibaca sewaktu raja ditabalkan:\nBatala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana\n." "cirit\n1.\n tahi cair;\n2.\n keladak, endap-endap, hampas;\n3\n. = ~-birit\n sakit terberak-berak;\n~ bintang \ntahi bintang, bintang beralih (gugur);\n ~-birit (-mirit)\n (sakit) terberak-berak atau buang-buang air;\n \n~ kopi (madat, min\nyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak);\nmenghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya\n (peribahasa) menginginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh;\n termakan (di) ~ berendang\n (peribahasa) termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang;\nmencirit\n terberak cair;\nmenciriti\n mengeluarkan cirit di, mengotori dengan cirit:\n maka ia turun ke kolam hamba yang dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya; \nmenciritkan\n memberakkan;\n ~ tunjang\n [Minangkabau] beranak;\ntercirit\n terkeluar cirit, terberak cair." "cis I\n[kata seru] kata untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dan lain-lain);\nmengeciskan\n mencemuh, mengatakan cis (kepada):\n kerana perbuatan kau yang keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini\n." "cis II\n senapan\ng \n~ \n[bahasa percakapan] senapang yang menggunakan patrum kecil." "cit I\nbunyi seperti bunyi anak burung dan lain-lain." "cit II\nkain cita;\n= encit." "cit III\n[kata seru] kata untuk menyuruh gajah datang dekat." "cit IV\n ~\n \nku\n sejenis ikan darat,\n Carassius auratus\n." "cita I\n1.\n rasa, perasaan;\n2.\n keinginan, hasrat;\n3.\n gagasan, idea;\n4.\n [sastera lama] cipta, angan-angan, fikiran:\n kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~;\n5.\n cinta, rindu (akan):\n jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda;\ncita-cita\n1.\n harapan, hasrat, keinginan (yang kuat):\n seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dengan anak bininya;\n~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak;\n2\n. maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan:\n aku rintang pekerjaannya itu dengan ~ yang luhur\n;\nbercita-cita\n1.\n ada cita-citanya, mempunyai cita-cita:\n kita bukan hidup sebagai haiwan yang tidak ~;\n 2.\n berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan):\nsebagai pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yang bebas dan aman makmur;\nmencita\n [sastera lama] menciptakan, mewujudkan sesuatu dengan kuasa batin (sakti):\nmasing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dalam laut; \npucuk dicita ulam mendatang \n(peribahasa) yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki;\nmencita-cita, mencita-citakan\n1.\n mengangankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan:\ndia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yang dicita-citakan itu akan musnah;\n2.\n membayangkan dalam fikiran, menggambarkan (melukiskan) kepada:\n dalam ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yang akan dibentuk untuk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat\n." "cita II\nsejenis kain daripada kapas untuk dibuat pakaian (berbunga-bunga atau berwarna)." "cita rasa\n1.\n rasa seperti sedap (lazat dan sebagainya);\n2.\n kegemaran dan pilihan, kegemaran dan kecenderungan:\n setiap penonton mempunyai keinginan, ~ atau pandangan yang tertentu, khusus untuk sesebuah rancangan terbitan RTM;\nbercita rasa\n mempunyai cita rasa;\nbercitarasakan\n mempunyai atau berdasarkan sesuatu sebagai cita rasa:\nadalah bagus sekiranya perlumbaan ini ~ budaya Malaysia." "citah\nsejenis binatang liar di Afrika yang bertompok seperti harimau bintang, \nAcinonyx jubatus\n." "citra\n1.\n [sastera lama] gambar, lukisan, arca.\n2.\n gambaran atau imej peribadi seseorang (barangan, organisasi, dan lain-lain):\nyang menarik tentang cerita tersebut ialah usaha Arena Wati untuk membina ~ wanita;\nbercitra\n memiliki atau mempunyai gambaran tentang peribadi seseorang (barangan dan lain-lain);\ncitraan\n kaedah (cara) membentuk gambaran seseorang atau sesuatu;\nkecitraan\n hal (sifat) yang berkaitan dengan citra;\npercitraan\n perihal bercitra:\npelbagai aspek sastera seperti tema, plot, ~ dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan novel itu\n." "ciu I\nsejenis tikar tebal tiga rangkap yang dihias dengan emas (perak);\n \njikalau kita duduk di atas ~ emas sekalipun, namun hati tiada senang\n \njua \n(peribahasa) jika hati tidak suka, bagaimana senang pun, tetap berdukacita juga." "ciu II\nsejenis minuman keras, arak." "cium\n= ciuman;\nbercium\n1.\n menyedut dengan hidung antara satu dengan lain (untuk menyatakan rindu, sayang, dan lain-lain):\n semuanya berpeluk ~ dengan Indrajit; \n2.\n berkucup;\nbercium-ciuman\n saling menyedut dengan hidung atau saling mengucup (untuk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dan sebagainya):\n cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan\n \n~\n;\nmencium\n1.\n menyedut sesuatu dengan hidung (untuk mengetahui bau):\nkalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini;\n2.\n menyedut pipi (ubun-ubun dan lain-lain) orang dengan hidung:\n maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dengan tangisnya;\n3\n. melekatkan atau mengenakan bibir pada sesuatu, mengucup;\n4.\n [kiasan] mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dan lain-lain), mengetahui sesuatu hal yang terselindung (dirahsiakan dan lain-lain), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dan lain-lain:\n belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yang sebenar;\n5.\n [bahasa percakapan] melanggar, berantuk, terbentur (pada):\nkalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti;\n 6.\n menikmati:\n melainkan tidak akan ~ bau syurga\n;\nmenciumi\n1.\n mencium berulang kali:\n dia ~ anaknya untuk melepaskan perasaan rindu dendamnya;\n2.\n [kiasan] menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara:\n mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yang disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu;\ntercium\n1.\n dapat mencium, mendapat bau;\n2.\n mencium atau dicium dengan tidak sengaja;\n 3.\n [kiasan] mendapat tahu (maklumat, keterangan, dan lain-lain), telah diketahui:\n telah ~ olehnya jejak kita;\nciuman\n1.\n sedutan dengan hidung;\n2.\n kucupan;\nperciuman\n perbuatan bercium;\npenciuman\n1.\n perihal (perbuatan) mencium(i);\n2.\n pencium:\n~ Si Tenggang sangat tajam;\npencium\n1.\n deria bau, pancaindera untuk mencium:\n tiap-tiap manusia memiliki hidung sebagai alat ~;\n2.\n orang yang mencium." "ciur\n= ciu I." "ciut I\nbunyi seperti bunyi engsel pintu sewaktu pintu dibuka dan lain-lain;\nberciut, berciut-ciut, menciut, menciut-ciut\n berbunyi ciut(-ciut):\nmenciut bunyi tayar keretanya menggigit aspal\n." "ciut II\n[Jakarta]\n1.\n sempit, picik, tidak luas (lapang);\n2.\n menjadi sempit (picik, pendek, susut)." "Cl\nsimbol kimia bagi klorin." "clila\n~-clili \n[Jawa], [bahasa percakapan] malu-malu dengan melihat-lihat ke kiri dan ke kanan." "cm I\n[kependekan] sentimeter." "Cm II\nsimbol kimia bagi kurium." "co I\n[Kedah] cuba." "Co II\nsimbol kimia bagi kobalt." "coang I\nbercoang, bercoangan, mencoang\n kelihatan tegak menganjur ke atas (seperti pancang, jermal, dan lain-lain), kelihatan mencuar(-cuar);\nmencoangkan\n menganjurkan ke atas, mengunjukkan sesuatu kepada;\ntercoang\n tertegak menganjur ke atas, tercuar." "coang II\n[Minangkabau];\n mencoang-coang\n ulang-alik tidak tentu arah yang dituju, (berjalan dan lain-lain) ke sana sini (mundar-mandir)." "cobak I\n[bahasa percakapan] cuba." "cobak II\n~-cabik\n cabik-cabik, koyak-koyak, robak-robak." "cobar\n~-cabir \ncabir-cabir, cabik-cabik, koyak-koyak." "cobek I\ntempat menggiling lada (seperti piring rupanya), cuik;\n anak ~\n penggiling untuk cobek." "cobek II\ncabek, sobek, cubit." "cobeng\n[Kelantan], [bahasa percakapan] kemaluan kanak-kanak perempuan." "COBOL\nakronim bagi \nCommon Business Oriented Language \n(Bahasa Tertuju Perniagaan Sepunya)." "cobong\n[Terengganu], [Kelantan] bengkak, benjol;\n bengkak ~\n terlalu bengkak." "cocoh\n1.\n [Kelantan] cucuk;\n2.\n [Terengganu] hasut;\nmencocoh\n [kiasan] menumbuk rusuk, memberi makan suap." "cocok\n1.\n sesuai benar, kena benar, sepadan (dengan):\n namanya telah ditukarnya dengan nama yang ~ dengan kehinaannya; \n2.\n setuju, bersefahaman, sepakat:\n mereka tidak ~ lagi untuk hidup sebagai suami isteri;\n3.\n sama benar, tidak berbeza:\n kita tidak akan bertemu dengan dua fikiran yang ~ tentang lukisan ini selagi fikiran itu dilahirkan oleh dua orang manusia;\n4.\n tepat, betul:\n jamnya tidak ~;\n5.\n setuju di hati, suka:\napabila ~ rasanya, bolehlah dipesan barang ini dengan segera;\n6.\n serasi:\n ubat ini tidak ~ dengannya\n;\nsecocok\n sesuai (dengan), setuju:\n sesungguhnya perbualan secara begini, sangat tidak sebulu dan ~ dengan Jamilah\n;\nmencocokkan\n1.\n menyesuaikan, menjadikan supaya cocok (setuju dan lain-lain);\n2.\n membandingkan dan lain-lain untuk mengetahui cocok tidaknya (sesuai tidaknya dan lain-lain);\n3.\n memusingkan jarum jam supaya cocok (betul masanya), membetulkan jam;\nkecocokan\n perihal cocok, kesesuaian, kesamaan:\nperkenalan yang sekali ini, entah lantaran ~ tabiat, makanya dia selekas itu benar karib dengan gadis itu;\nketaksecocokan\n keadaan tidak secocok:\n~ antara dua sistem nilai\n." "cocol I\n[Jakarta];\n mencocol\n mencecah (sambal, seri kaya, dan lain-lain);\nmencocolkan\n mencecahkan (pada)." "cocol II\n[arkaik];\n mencocol\n menganjur (menonjol), mencuar." "cocor\nmencocor\n menyodok atau menyungkit (bola) dengan hujung kasut (kaki)." "codak\nmencodak\n menganjur tegak ke depan (berkenaan (dengan) kepala ular, kepala orang sewaktu berenang, dan lain-lain), mendongak;\nmencodakkan\n mendongakkan (menganjurkan) kepala;\ntercodak\n terdongak (tertonjol) ke depan." "codang\ncodak." "codet\n[Jakarta] bekas luka (di muka, dahi, dan lain-lain)." "codot\n[Jakarta] sejenis kelawar yang memakan buah-buahan." "cogah\n[Minangkabau] [arkaik] cagah, elok, bagus (berkenaan (dengan) pakaian dan lain-lain), kaya." "cogak\n[Kelantan] permainan kejar-mengejar." "cogan\n1.\n panji-panji atau lencana sebagai lambang (semboyan):\n~ dibawa di hadapan raja; \n2.\n cogan kata;\n~ alam\n tombak kerajaan yang berhiaskan emas pada mata dan batangnya, jogan." "cogan kata\nkata atau ungkapan ringkas yang menarik dan mudah diingat yang mengandungi unsur ideologi, pegangan hidup, perjuangan dan sebagainya sesuatu organisasi (kempen, pengiklanan dan sebagainya), kata-kata semboyan, moto, slogan:\n~ \u2018Bahasa Jiwa Bangsa\u2019;\ncognac\n (koniak) sejenis minuman keras (khususnya dari daerah sekitar bandar Cognac, Perancis) yang disuling daripada wain putih." "cogo\n[Jawa] (orang) bodoh." "cogok\ntercogok\n tertegak;\n= terconggok" "cok I\n ~ sanggul\n cucuk sanggul, cucuk rambut." "cok II\nsejenis burung pipit, cak;\n \n~ padang\n sejenis burung,\n Pericrocotus divaricatus\n." "cok III\n[Kedah], [bahasa percakapan] kemaluan anak lelaki." "cok IV\n ~-cit\n bermacam-macam bunyi seperti bunyi burung dan lain-lain." "cok V\ninjap dalam karburetor enjin petrol yang mengurangkan kemasukan udara ke dalam enjin dan memudahkannya untuk dihidupkan." "cok VI\n[Kelantan], [Terrenganu] cangkul yang lurus." "cokak\n[Kelantan]\n= congkak III." "cokar\n= jogar." "cokeh\n[Kelantan], [Terengganu];\n mencokeh\n1.\n mencungkil, menyungkit;\n2.\n mengandar (memikul) sesuatu pada hujung kandar dan lain-lain;\nmencokehkan\n mencungkilkan, menyungkitkan:\nbeberapa kali pulasan itu ~ tanah yang berketul dan berkematu." "cokek\n[Jakarta] majlis tarian yang memakai gamelan." "cokeng\n tercokeng\n menganjur tegak lurus, berdiri terpacak." "cokera\n(Hindustan) budak suruhan, bujang, boi, pelayan." "coket\nmencoket\n mengambil sedikit, mencolek." "coklat\n1.\n sediaan makanan yang dibuat daripada biji koko panggang yang dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa;\n2.\n minuman yang dibuat dengan membancuh coklat dengan air panas atau susu;\n3.\n gula-gula yang dibuat daripada, atau disalut dengan, coklat;\n4.\n = \nwarna ~ \nwarna perang tua;\n \nwarna ~ tua \nwarna coklat yang sangat gelap;\nkecoklatan\n kelihatan agak coklat:\nlantai mozek berwarna ~\n." "cokmar\n1.\n [sastera lama] sejenis batang besar dan berat yang kepalanya dibuat berduri-duri dan digunakan sebagai senjata;\n2.\n sejenis batang daripada logam yang berukir indah, digunakan sebagai tanda kebesaran atau kekuasaan dalam upacara tertentu (seperti sewaktu memulakan sidang parlimen, upacara diraja, dan sebagainya)." "cokoh\ntercokoh\n termenung, melengung;\n dudu\nk \n~ \nduduk melengung." "cokok I\nmencokok\n mencebur (mencempung) air sewaktu mandi." "cokok II\nbunyi jeritan (teriakan) orang latah;\nmencokok\n menjerit (orang latah), memekik." "cokok III\n[Minangkabau];\n mencokok\n menangkap (ayam, ikan, dan lain-lain)." "cokok IV\n paran\ng \n~ \nsejenis parang yang cengkok." "cokok V\npencokok\n orang yang jahat, penipu, bicokok." "cokol\n[Jakarta];\n bercokol\n1.\n duduk berkumpul beramai-ramai (di);\n2\n. [kiasan] (berkenaan (dengan) kumpulan penyamun dan lain-lain) tinggal (di), bersarang (di);\nmencokolkan\n meletakkan periuk (cerek dan lain-lain) di atas dapur (anglo dan lain-lain)." "cokola\n[arkaik] coklat." "cokot\n[Jawa];\n mencokot\n menggigit, menyengat." "cola\n~-cala\n omong (cakap) kosong, borak." "colar\n~-calar\n cakar-balar, calar-balar." "colek I\nsecolek\n1.\n sebanyak yang disentuh (diambil, dicalit) dengan hujung jari;\n2.\n sedikit sangat, sececah:\ndia beri kuih ~ sahaja kepada adiknya\n;\nmencolek\n1.\n menyentuh (mengambil, mencalit, dan lain-lain) dengan hujung jari:\n kelihatan ia ~ dinding dengan telunjuk kanannya;\n2.\n mencecah kuah (manisan dan lain-lain);\n3.\n mencungkil dengan hujung jari (bilah dan lain-lain) untuk mengeluarkan atau mengambil sesuatu:\n~ tahi telinga dengan rokok daun;\n4.\n menggores (memantik) dengan bilah gores api dan lain-lain;\n5\n. menyentuh (menggamit) dengan hujung jari;\n ~ gamit\n memegang-megang (menyentuh-nyentuh, menggeletek, dan lain-lain) seperti pada masa bersenda gurau dan lain-lain;\n \n~ hati \nmenggelikan hati;\npencolek\n;\n ~ api \n[Kelantan] mancis, korek api." "colek II\n[Minangkabau];\n mencolek\n menghasut, menaikkan darah, menimbulkan kemarahan." "colek III\n[Kelantan], Tr\n1.\n buah-buahan yang dicecah dengan pencecah;\n2.\n sejenis sambal yang cair untuk dicecah dengan buah-buahan, keropok, dan lain-lain." "colet\n= colek I." "coli\nbaju dalam perempuan untuk mengampu buah dada, kutang." "colok I\n1.\n suluh yang dibuat daripada kain buruk yang dililitkan pada kayu dan lain-lain dan dicelup ke dalam minyak;\n2\n. bilah yang dibubuhi damar (belerang dan lain-lain) untuk dibuat suluh;\n3\n. belang putih pada ekor anjing yang hitam;\n4\n. [Terengganu] mancis api;\n5\n. bilah yang disalut dengan campuran habuk kayu, tanah liat, dan lain-lain untuk dibakar ketika menyembah tokong dan lain-lain (biasanya digunakan oleh orang Cina);\nmencolok, mencoloki\n menyuluhi dengan colok." "colok II\nmencolok\n1.\n mencucuk (menusuk);\n2\n. = ~ mata\na) mencucuk mata;\n b) [kiasan] tampak jelas, kelihatan jelas benar;\n c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu:\n apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja." "colok III\n[Minangkabau] celup;\n jatuh (turun\n) \n~ \nki jatuh (turun) darjat (kedudukan dan lain-lain), jatuh miskin;\nmencolok\n mencelup." "colong\n[Jakarta];\n mencolong\n =\n nyolong\n mencuri." "colot\n[Jakarta];\n mencolot\n melompat (meloncat) seperti katak. \ncom\n [Kedah] masam muka." "comber\ncomberan, pe(n)comberan\n tempat membuang air kotor, longkang, pelimbahan." "comblang\n[Jakarta] orang tengah, ibu ayam, pinang muda, muncikari." "combol\ntombol (pada pintu)." "combong\n[Jakarta] pisau yang ada lubang pada bilahnya (dianggap bertuah)." "comek I\nbulu yang tumbuh di antara dagu dan bibir bawah." "comek II\nsejenis sotong (cumi-cumi)." "comel I\n1.\n cantik dan menarik (berkenaan (dengan) kanak-kanak);\n2.\n cantik dan menarik serta kecil orangnya (berkenaan (dengan) gadis atau wanita), kecil molek;\n3.\n kecil dan cantik (berkenaan (dengan) benda, binatang, dan sebagainya) kecil dan cantik;\nmencomelkan\n menjadikan comel;\nkecomelan\n perihal comel." "comel II\n1.\n perkataan yang diucapkan dengan tidak tentu biji butirnya (seperti perkataan orang berleter, menggerutu, dan sebagainya);\n 2.\n =\n pencomel\n suka merungut (mengomel, berleter), pengomel, peleter;\nmencomel\n mengucapkan perkataan yang tidak tentu biji butirnya (seperti orang yang sedang berleter, menggerutu, dan sebagainya), merungut, mengomel;\nmencomeli\n, merunguti, mengomeli, meleteri;\ncomelan\n sungutan, leteran, omelan." "comok\n[Terengganu] comot." "comor\nkotor sekali, comot;\nmencomor\n [Kelantan] menyapu (cat dan lain-lain), melumurkan:\n rumahnya dicomor dengan cat putih\n." "comot I\nkotor sekali (seperti berlumuran lumpur, arang, dan lain-lain):\n pakaian mereka ~ dan kotor kena tanah;\n~-momot\n sangat kotor;\nmencomotkan\n menjadikan atau menyebabkan comot:\ntangannya yang berlumuran dengan minyak telah ~ baju dan mukanya;\n kecomotan\n perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) comot." "comot II\n[Jakarta];\nmencomot\n menggenggam (mengambil) dengan mengaup dengan kelima-lima jari:\n ~ nasi\n." "compang\n ~-camping\n koyak-koyak (berkenaan (dengan) kain, baju, dan lain-lain), cabik-cabik, cobak-cabik:\n menyamar memakai baju ~-camping\n." "compeng\nkoyak-koyak pada tepinya (berkenaan (dengan) pakaian, kain, dan lain-lain)." "compes\ncompis\n sumbing-sumbing pada tepinya (pinggan, piring, dan lain-lain)." "compoh\n[Cina] tukang masak di kapal." "compor\nharimau congkok (campa)." "concong\nmenconcong\n berjalan terus dengan tidak memandang-mandang ke kiri kanan, menonong." "condak\n ~-candik\n tidak teratur (tersusun), congkah-cangkih:\n buah kepayang ~-candik, dengan sedahan dipanjat dik beruk\n." "condong\n1.\n senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung:\n palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; \nmatahari ~ (ke barat)\n matahari sudah turun;\n 2.\n [kiasan] suka pada, menyebelahi (memihak) kepada, cenderung:\n dia ialah sasterawan yang lebih ~ kepada faham kebangsaan tidak fanatik;\n~ yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan\n [Minangkabau] (peribahasa) ketua yang akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dalam kesusahan;\n ~ ditumpil, lemah dianduh \n[Minangkabau] (peribahasa) orang yang dalam kesusahan wang (akal dan lain-lain) diberi pertolongan;\n ~ yang akan menimpa\n [Minangkabau] (peribahasa) pekerjaan yang mendatangkan celaka;\n ke mana ~, ke mana rebah\n [Minangkabau] (peribahasa) pekerjaan yang sudah dilakukan sebagaimana yang seharusnya atau menurut adat;\nmencondong\n menjadi condong:\nmeriam besi itu ~ ke arah baruh\n;\n mencondongkan\n memiringkan, menyengetkan, mencenderungkan:\nia ~ badannya ke arah aku;\n~ hatinya\n \nkpada \nki memihak kepada, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kepada;\ntercondong\n condong;\nkecondongan\n1.\n perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah):\n~ tiang elektrik itu semakin teruk;\n2.\n kecenderungan, minat." "conek\nkonek, kemaluan budak lelaki." "conet\n1.\n sejenis alat pembiakan yang terdapat pada sesetengah binatang seperti lipas (ikan yu, dan lain-lain);\n2.\n =\n menconet\n terangkat (tercuat) sedikit (hujung misai dan lain-lain)." "cong I\n[Kelantan], [kata seru] kata untuk menyuruh lembu mengangkat kakinya." "cong II\n(Palembang) terung." "cong III\n[bahasa percakapan] temberang." "congah\nangkuh, pongah, sombong." "congak I\nkira-kira (taksiran) yang dibuat dalam kepala sahaja (tidak dengan menuliskan pada kertas atau menggunakan alat pengira):\n pada ~nya, hutang yang bertabur itu tidak kurang daripada lima ribu; \nangka-angka itu dapat dicampurkan dengan ~ sahaja;\n mencongak\n1.\n menghitung atau mengira dalam kepala sahaja (tidak dengan mengira-ngira pada kertas atau menggunakan sesuatu alat pengira):\n ayat yang di dalam kurungan itu menunjukkan taakul yang mesti dibuat dengan ~ sahaja, tidak payah dituliskan;\n2.\n mengagak (meneka, menduga):\n dia tidak dapat ~ apa yang akan jadi pada masa hadapan." "congak II\n~-cangit\n mendongak dan menundukkan muka berkali-kali;\nmencongak\n menaikkan (mengangkat) kepala atau muka ke atas, mendongak:\n dia ~ memandang kepada aku;\nmencongakkan\n mendongakkan kepala (muka)." "congcong\n~ hari\n sejenis tumbuhan (rumpai), cenderung hari, condong hari, jenduang hari, rumput sepagi, rumput tahi babi, \nVernonla cinerea\n." "congeh\n= tercongeh\n terbuka luas, ternganga:\nlukanya ~." "congek I\n[Jakarta]\n1.\n sakit telinga yang bernanah;\n2.\n pekak, tuli." "congek II\n[Kelantan];\n ~-cakdong\n sejenis permainan kanak-kanak, jongkang-jongket." "conget\nterconget\n menganjur keluar, tidak rata." "conggang\n ~-canggik = ~-canggit = ~-conggek\n = \n~ congget\n turun naik (punggung dan lain-lain) sewaktu berjalan dan lain-lain." "conggek\n= conggang." "congget\n tercongget-congget\n bergerak turun naik (ekor burung dan lain-lain)." "conggok\ntegak (dengan kepala tidak tunduk);\nberconggok\n berdiri atau duduk tegak:\npara pelajar yang ~ di depan telah hebat memberi riak dalam jiwa\n;\nmenconggokkan\n menegakkan;\nterconggok\n tertegak." "congkah\n~-cangkih = ~-mangkih\n tidak teratur (seperti mencuar ke sana sini, tinggi rendah, dan lain-lain), tidak keruan, tidak tentu hala;\nmencongkah\n menggali:\n jikalau ditanam pun, habis dicongkah oleh babi\n." "congkak I\nsombong, bongkak, pongah;\n ~-bongkak = ~-bongkah\n terlalu congkak, terlalu sombong;\n \nkerana ~ badan binasa\n (peribahasa)\na) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka;\n b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka;\nkecongkakan\n kesombongan, kebongkakan, kepongahan." "congkak II\nsejenis binatang seperti kerang atau lokan;\n jenis-jenisnya:\n~ baiduri, ~ kedah, ~ putih\n dan lain-lain." "congkak III\n= \nmain\n \n~ \nsejenis permainan yang menggunakan kayu bujur yang berlubang-lubang dan buah-buahnya daripada biji saga (buah gorek, kulit lokan, dan lain-lain), atau lubang-lubang yang dikorek di tanah;\nbuah ~ \nbiji saga (buah gorek, kulit lokan, dan lain-lain) yang digunak" "congkang\n~ kelalak\n songsang kalak, tidak tentu arah, tidak teratur, lintang-pukang." "congkar\n ~-cangkir\n tidak keruan, congkah-cangkih." "congki\n[Cina] sejenis permainan seperti permainan catur." "congklang\n[Jakarta];\n bercongklang, mencongklang\n berlari deras (berkenaan (dengan) kuda):\n dalam perlumbaan itu, semua kuda ~ untuk cuba mengatasi satu sama lain\n." "congkok\nmacan\n \n~ \nharimau compor (campa)." "congkong I\n[Minangkabau];\nmencongkong\n mencangkung." "congkong II\n[Minangkabau] rumah tempat berkawal, rumah jaga, gardu." "congo\n[Jakarta] pencuri, tukang copet." "congok\nmencongok\n duduk atau berdiri tegak, berconggok;\ntercongok\n mencongok:\nmalam itu dia duduk ~ di depan televisyen." "congol\n[Jakarta];\nmencongol\n menyembul (menonjol) keluar (dari lubang dan lain-lain), menjengul:\n sebuah Opel biru ~ keluar dari pintu pagar buluh." "congong\n[Perak] bingung, bodoh." "congor\n[Jakarta] jongor." "conor\n1.\n sejenis ikan laut\n, Saurus myops; \n2.\n sejenis ikan laut,\n Saurida tumbil;\n3\n. sejenis ikan laut,\n Trachinocephalus myops\n." "conteng\ncoreng, coret, calit, palit;\nberconteng-conteng\n bercoreng-coreng (dengan cat, arang, dan lain-lain), bercalit-calit, berpalit-palit:\n papan hitam itu dilihatnya penuh ~ dengan kapur; \nmenconteng\n mencoreng (dengan cat, arang, kapur, dan lain-lain), mencalit, memalit:\n adik saya suka sangat ~ buku saya\n;\n ~ arang di muka\n (peribahasa) memberi malu (aib);\nmencontengkan\n mencorengkan, memalitkan:\n ia asyik ~ cat di papan itu;\nterconteng\n1.\n sudah diconteng, tercoreng;\n2.\n [kiasan] mendapat malu (aib);\ncontengan\n hasil menconteng:\nkertas yang putih\n \nbersih itu menjadi comot dengan ~;\n penconteng\n orang yang menconteng atau mencontengkan." "contoh\n1.\n benda (sebahagian benda-benda) yang sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dengan semua benda daripada jenisnya, benda yang dapat mewakili benda lain kerana sama sifat-sifatnya:\n jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja;\n2.\n benda yang lain, benda untuk ditiru, model:\n guru membuat ~ di papan hitam untuk murid-murid;\n 3.\n acuan, cetakan;\n4.\n perbuatan (kelakuan, hal) yang menjadi teladan:\n tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid;\nmengambil ~ kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang\n (peribahasa) sesuatu yang hendak ditiru itu biarlah daripada contoh yang telah memberi hasil yang baik;\n bagaimana ~, begitulah kuihnya\n (peribahasa) anak itu menurut sifat atau teladan daripada orang tuanya;\nmencontoh\n mengambil jadi contoh, meneladan, meniru:\n kelakuan buruk jangan dicontoh; \nmencontohi\n1.\n membuat sesuatu dengan mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani:\n guru hendaklah dari mula menunjukkan tabiat yang baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; \nkita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW;\n2.\n [arkaik] memberi contoh kepada;\nmencontohkan 1. mencontoh; \n2.\n =\n mempercontohkan\n memberikan sesuatu sebagai contoh, menjadikan contoh:\n masalah ini samalah seperti seseorang melihat sebuah rumah yang saya contohkan dahulu;\ncontohan\n yang menjadi contoh: \nHang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya;\n percontohan\n1.\n benda-benda yang dijadikan contoh (seperti barang dagangan dan lain-lain);\n nombor\n \n~ \nnombor contoh (penerbitan, majalah, dan lain-lain);\n2.\n benda untuk ditiru, model:\ndesa ~\n." "contong\n[Jawa] daun atau kertas pembungkus yang berbentuk kon, kelongsong (kacang dan lain-lain)." "cop I\n[Kedah]\n1.\n sejenis alat untuk menggali tanah;\n2.\n sejenis alat yang digunakan untuk mengupas kelapa." "cop II\n[Kedah] meniup (lilin, pelita minyak tanah) dengan menggunakan mulut, menghembus." "copak\n ~-capik \n(berjalan) pincang." "copeh\n[Terengganu] bilangan yang sedikit:\nbawa ~ kertas, saya hendak menulis\n." "copeng\ncuping;\ncopengan\n potongan atau kepingan kecil, serpihan:\ndia ternampak ~ kertas ketika berjalan\n." "copet\n, = tukan\ng \n~ \npencuri (wang dalam saku, barang-barang yang dipakai, dan lain-lain), penyeluk saku;\nmencopet\n mencuri (wang dalam saku), menyeluk saku;\nkecopetan\n kehilangan barang (wang) kerana kena curi, kecurian;\npencopetan\n perihal mencopet (barang-barang yang dipakai dan lain-lain), pencurian;\npencopet\n orang yang mencopet, penyeluk saku." "coplok\n[Jawa] tanggal atau tercabut (gigi, paku, dan lain-lain), copot." "copong\n[Terengganu] corong suara:\npada masa dahulu tok bilal menggunakan ~ untuk azan\n." "copot\n[Jawa] tanggal, tercabut, terlepas;\nmencopot, mencopoti, mencopotkan\n1.\n menanggalkan (baju, kasut, dan lain-lain):\n ~ pakaian; \n2.\n mencabut (gigi, paku, dan lain-lain):\n ~ tonggak;\n3.\n melepaskan (daripada ikatan dan lain-lain);\n 4.\n [bahasa percakapan] melucuntukan, memecah, membebaskan (daripada jawatankuasa, dan lain-lain):\n semua yang terlibat dalam pemberontakan itu akan dicopot; \npencopotan\n1.\n perihal (perbuatan) mencopot;\n2.\n pemecatan." "cor\n[Jawa] [arkaik];\n besi ~ \nbesi yang dituang;\n tukang\n \n~ \ntukang yang menuang besi dan lain-lain;\ndicor\n dituang (logam, besi, dan lain-lain)." "corak I\n1.\n ragi atau bunga-bunga pada kain (barang anyaman, tenunan, dan lain-lain):\n besar-besar ~ kain batiknya;\n~ damdam\n corak yang berpetak-petak empat segi (corak tapak catur);\n2.\n warna (bunga-bunga) pada tanah kain (bendera dan lain-lain):\n kain itu berwarna hijau dan ~nya merah;\n3.\n [kiasan] rupa (bentuk, sifat, dan lain-lain):\n hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu;\nbercorak\n1.\n berbunga-bunga (barang tenunan, anyaman, dan lain-lain), beragi:\nkain ~;\n2.\n berwarna-warna (berbunga-bunga) pada tanah kain (bendera dan lain-lain):\n kain merah yang ~ putih;\n3.\n [kiasan] berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dan lain-lain):\n menimbulkan perselisihan yang ~ perkauman; \nfilem Indonesia ~ ketimuran;\nmencoraki\n menjadi corak pada (bagi), menjadi ciri asas pada (bagi), mewarnai:\npergantungan ~ hubungan antara negara membangun dengan negara perindustrian Barat\n;\nmencorakkan\n1.\n memberi bercorak:\n kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan;\n2.\n [kiasan] membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dan lain-lain sesuatu) memberikan sifat-sifat yang tertentu kepada:\n perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan;\npencorakan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencorakkan;\npencorak\n orang (faktor, unsur dan sebagainya) yang menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dan sebagainya) sesuatu:\nkita merupakan ~ masyarakat yang telah diamanahkan untuk membela nasib dan masa depan anak-anak." "corak II\n~-carik\n koyak-koyak, cobak-cabik." "corat\n~-coret = ~-carit\na) garis-garis yang tidak tentu hala rupanya;\n b)\n = gambar ~-coret\n gambar yang dilukis secara kasar dengan garis-garis, gambar yang jangan tidak sahaja rupanya (seperti karikatur, sketsa, peta lakar, dan lain-lain);\n c) \n= tulisan ~-coret\n tulisan yang tidak elok dan tidak sungguh-sungguh;\n d)\n = tulisan ~-coret\n karangan (seperti cerpen, esei, dan lain-lain) yang ditulis jangan tidak atau untuk gambaran ringkas sahaja (tidak tinggi nilai seninya, isinya, dan lain-lain);\n e) pementasan atau drama pendek yang tidak tinggi mutunya (seperti untuk hiburan atau selingan sahaja);\n= coret I." "corek\ngaris panjang, boreng, coret;\nmencorek\n1.\n menggaris, mencoreng;\n 2\n. memotong atau membatalkan tulisan (perkataan yang salah) dengan menggariskannya, mencoret." "coreng I\ngaris kasar panjang, conteng;\n ~-moreng\n penuh dengan coreng;\nbercoreng, bercorengan, bercoreng-coreng, bercoreng-corengan\n mempunyai banyak coreng (kotor) yang tidak tentu rupanya:\n tembok bilik mandi itu ~;\nbercoreng-moreng\n kotor penuh berconteng-conteng;\nmencoreng\n menggaris kasar panjang, menconteng:\n gambar-gambar calon yang terpampang di situ sudah dicoreng-coreng dengan arang;\nmencorengkan\n menggariskan, mencontengkan, mencoretkan;\ntercoreng\n terconteng;\n \nmalu ~ di muka (dahi) \n(peribahasa) mendapat malu besar." "coreng II\n1.\n sejenis ikan laut,\n Euthynnus alleteratus\n." "coreng III\n(Pattani) sejenis musang,\n Prionodon spp\n." "coreng IV\n ~ atap\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), tasik timbul\n, Leucopogon malayanus\n." "coreng V\n[Terengganu] cucur atap:\nMinah berteduh di bawah ~\n." "coret I\ngaris panjang;\n corat-~ \na) garis-garis yang tidak tentu hala;\n b) gambar yang dilukis dengan garis-garis (jangan tidak sahaja rupanya);\n c) tulisan yang tidak elok;\n d) karangan yang ditulis jangan tidak atau untuk gambaran ringkas;\n e) pementasan pendek;\nmencoret\n1.\n menggaris panjang;\n2.\n mencorek, membatalkan atau memotong tulisan (perkataan yang salah) dengan coret;\n3.\n membuat sketsa (lakonan dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] menghapuskan, meninggalkan, tidak mengira atau tidak memasukkan dalam perkiraan;\ncoretan\n sketsa, gambaran (lukisan) ringkas:\n inilah kisahnya satu ~ hidup gadis kota;\npencoretan\n perihal atau perbuatan mencoret;\n= corat." "coret II\n[Minangkabau];\nmencoret\n menyembur, memancur." "coriang\n[Kedah] belang harimau." "coro\n[Jawa] lipas." "corong\n1.\n saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya untuk menuang air (minyak dan lain-lain) supaya jangan tumpah;\n 2\n. = ~ bicara (suara\n) alat yang berbentuk kelongsong untuk menguatkan suara;\n3\n. = ~ asap\n salur tempat asap keluar, cerobong, serombong;\n4\n. = ~ lampu\n salur kaca untuk melindungi nyala lampu, cimni lampu;\n5.\n teropong (untuk melihat jauh);\n6\n. alat penguat suara, mikrofon;\n~ Baermann \n(Biologi) radas yang digunakan untuk mengasingkan organisma kecil daripada suatu sampel (biasanya tanah);\n \n~ dengar\n alat untuk mendengar yang dipakai oleh orang yang agak pekak;\n \n~ radio\n alat yang menangkap suara untuk disiarkan melalui radio;\n \n~ telefon\n gagang telefon;\nmencoron\ng\n1.\n bersinar dengan terangnya (berkenaan (dengan) lampu, matahari, dan lain-lain);\n2.\n menyuluhi (menerangi) dengan lampu corong;\nmencorongkan\n1.\n menyinarkan, menerangkan;\n2.\n memancarkan (cahaya, suara, dan lain-lain)." "corot I\nmuncung atau cerat (cerek dan lain-lain);\n \n~ pelita\n tempat sumbu pelita;\nmencorotkan\n memancarkan, memancurkan (air dan lain-lain)." "corot II\nterkebelakang (dalam perlumbaan dan lain-lain), tertinggal di belakang sekali;\npencorot\n orang yang terkebelakang (tiba paling lewat) sekali." "cota\nkayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, tongkat waran, belantan, martil." "cotek I\nbercotek-cotek\n sedikit-sedikit, beransur-ansur." "cotek II\n[Kelantan]\n1.\n tempat yang tertinggi sekali (seperti kemuncak bukit dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] yang tertinggi (teratas)." "cotet\n1.\n [Kedah] sedikit sahaja (berkenaan (dengan) siput, kondai, dan lain-lain);\n 2\n. conet." "cotok\nparuh ayam (burung dan lain-lain);\nsalah ~ melantingkan \n(peribahasa)\na) sesuatu perbuatan yang salah itu harus dibetulkan;\n b) melakukan sesuatu pekerjaan itu hendaklah dengan sewajarnya, kalau tidak kesusahan akibatnya;\n salah ~ berkudung paruh, salah telan belah perut\n (peribahasa) kesalahan akan dihukum dengan sewajarnya atau menurut adat yang ditentukan;\nmencotok\n mencatuk, memagut, mematuk:\n ayam ~ makanan\n." "coulomb\n(Fizik) banyaknya tenaga elektrik yang dialirkan oleh arus elektrik sebanyak satu ampere dalam satu saat." "cowok\n[bahasa percakapan]\n1.\n [Indonesia] lelaki yang masih muda;\n2.\n teman lelaki." "CPU\n[kependekan] \nCentral Processing Unit \n(Unit Pemprosesan Pusat)." "Cr\nsimbol kimia bagi kromium." "Cs\nsimbol kimia bagi sesium." "Cu\nsimbol kimia bagi kuprum." "cu I\n[kependekan] bongsu;\n pak\n \n~ \npak bongsu (pak cik);\n \nmak\n \n~ \nmak bongsu (mak cik)." "cu II\nciu (sejenis minuman keras)." "cu III\n[kata seru] kata untuk menyuruh gajah berenang." "cua\n[arkaik] kecewa, tidak senang." "cuaca\nkeadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara, dan lain-lain) di sesuatu tempat pada sesuatu ketika tertentu:\n~ baik;\n~ gelap;\n~ terang; \nmendengar laporan keadaan ~ melalui radio; \nilmu kaji ~ \npengetahuan berkenaan keadaan udara." "cuah\n[Kelantan];\n mencuah\n mencurah, membuang." "cuai\n1.\n tidak hati-hati dalam membuat sesuatu, lalai, abai:\n orang yang menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka\n;\n2\n. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga;\nmencuaikan\n1.\n mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dan lain-lain):\n rumah tangga yang dicuaikan kerana berkhidmat kepada tanah air;\n2.\n menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dan lain-lain);\nkecuaian\n perihal cuai, kelalaian:\nnahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu;\npencuaian\n perihal mencuaikan, pelalaian:\nnahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu." "cuak I\ntakut, cemas, gentar;\nmencuakkan\n menyebabkan cuak, menakuntukan, mencemaskan:\nfilem itu memaparkan beberapa banyak babak yang ~ hati;\nkecuakan\n perasaan cuak (takut, cemas, gentar), ketakutan:\ndi wajah askar itu, terbayang ~ akan kebesaran Allah." "cuak II\nbinatang (kerbau, gajah, dan lain-lain) yang digunakan untuk memikat." "cuak III\n[Perak] siram, simbah." "cual I\n[Perak] jatuh kerana lalai, cubih." "cual II\nsutera yang belum selesai dipintal (dalam peringkat pertamanya)." "cuang\n= coang I." "cuani\n[arkaik] sejenis kain." "cuar\nmencuar, tercuar\n menganjur ke atas (seperti tiang layar, pancang, dan lain-lain), menganjur memanjang ke depan (seperti kaki, tongkat, dan lain-lain);\ncuaran\n1.\n benda yang mencuar;\n2.\n (Biologi) unjuran yang keluar dari sesuatu struktur organisma (manusia, binatang atau tumbuhan), misalnya bonjolan tulang." "cuat\nmencuat, tercuat\n menganjur tegak ke depan dan lain-lain (seperti ekor ayam, rokok di bibir, dan lain-lain)." "cuba\n1.\n haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sebagai mengajak atau menyuruh secara halus):\n ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu;\n~ marah budak-budak itu;\n2.\n [kata seru] kata untuk menyatakan marah (kesal dan lain-lain):\n ~, apa yang telah kauperbuat!\n3\n. = ~ kalau\n sekiranya, seandainya:\n ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi;\ncuba-cuba\n hanya menguji-uji saja (untuk mengetahui dan lain-lain):\n percaya dengan tiada ~;\nmencuba\n1.\n berusaha untuk membuat (memperoleh, melakukan, dan lain-lain) sesuatu:\n Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; \nia akan ~ melawan perasaannya sendiri untuk kepentingan kasih dan anak;\n 2.\n memeriksa untuk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidaknya, baik buruknya, dan lain-lain):\n kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; \nelok dicubalah rokok orang pekan ini; \nsebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu;\n 3.\n =\n mencubai\n menguji sesuatu (kebolehan, nasib, kesetiaan, dan lain-lain):\n merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; \ndisuruh baginda ~ kuat dengan Badang;\nmencubakan\n1.\n memeriksa untuk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidaknya, dan lain-lain), mencuba:\nsilakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan;\n2.\n menguji (memeriksa) sesuatu dengan menggunakannya:\n elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dalam perbincangan itu nanti;\ncubaan\n1.\n sesuatu yang dialami (dilakukan) untuk mencuba (menguji), ujian, dugaan:\n kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; \n2.\n usaha (untuk mencapai sesuatu):\n pada kurun ke-20 telah ada ~ untuk memahami Islam;\n percubaan\n1.\n usaha untuk melakukan (menjayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu:\n dalam ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya\n;\n 2.\n usaha (perbuatan dan sebagainya) yang belum pernah dilakukan sebelumnya, eksperimen:\n~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yang amat menggalakkan; \nRamli Isin juga merupakan pengkritik yang memberi perhatian kepada karya-karya yang bersifat ~;\n3.\n penyelidikan dan usaha untuk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu:\n beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yang baru ini; \nkebun\n~; \n4.\n usaha atau perbuatan untuk mencuba sesuatu (untuk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dan lain-lain), ujian:\n ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; \nsebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan;\npencubaan\n perihal (usaha dan sebagainya) mencuba (kan)." "cubadak\n= cempedak." "cuban\n1.\n sejenis jarum besar daripada buluh (tanduk dan lain-lain) untuk menyirat jala (jaring dan lain-lain);\n2.\n alat (daripada kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga) yang digunakan untuk menggulung benang emas;\n3.\n alat yang berbentuk seperti buah kana tempat melilitkan benang untuk membuat tating." "cubih\n[Negeri Sembilan] jatuh kerana lalai, cual." "cubik\n= cobek II, cubit." "cubit\n= cubitan;\n siapa kena ~, dialah yang berasa sakit\n (peribahasa) siapa yang berbuat salah, dialah yang menanggung kesusahannya;\nsecubit\n sebanyak yang dapat disepit dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, sedikit sahaja, sekelumit;\n<" "cubung\n= kecubung I." "cubung-cubung\nberenga lalat (pada bangkai dan lain-lain)." "cuca I\njampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka dan lain-lain;\nmencuca\n menjampi (untuk menundukkan musuh, mengubati luka, dan lain-lain)." "cuca II\nmencuca\n [sastera lama] mencerca." "cucak\n = ~ rawa\n sejenis burung, barau-barau, cengkerawak." "cuci\n~ calat \nbersih sebersihnya;\n \n~ darah\na) membersihkan darah dengan memakan ubat;\nb) membersihkan darah dengan menggunakan sejenis mesin (darah yang beredar ditapis melalui membran separa telap dalam mesin tersebut untuk membuang keluaran buangan), dialisis;\n ~ mata \na) membersihkan mata dengan air dan lain-lain;\n b) melihat-lihat perempuan dan lain-lain untuk menyeronokkan hati;\n \n~ muka\na) membasuh muka;\n b) [Indonesia] tempat air untuk membasuh muka;\n ~ perut \na) julap, urus-urus, pencahar;\n b) membersihkan perut dengan julap dan lain-lain;\n ~ tangan\na) membersihkan tangan;\n b) [Indonesia] tempat air basuh tangan;\n c) tidak mahu terlibat dalam hal orang;\nbercuci\n [kiasan] bersunat, berkhatan;\nmencuci\n1.\n membersihkan dengan air, membasuh:\n ~ pinggan mangkuk;\n~ kain;\n2.\n membersihkan (mengesat atau menyapu dengan penyapu bulu ayam, dan lain-lain):\n setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon;\n~ filem\n menjadikan filem negatif daripada filem dan positif (gambar) daripada filem negatif;\n \n~ mata \ncuci mata;\nmencucikan\n1.\n mencuci sesuatu untuk orang lain;\n2.\n memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci:\n saya pergi ~ baju tadi;\n3.\n [kiasan] menyunatkan, mengkhatankan;\ncucian\n1.\n barang-barang yang dicuci (seperti kain, baju, dan lain-lain);\n 2.\n cara mencuci, hasil mencuci:\n ~nya tidak bersih;\npencucian\n1.\n perihal (perbuatan) mencuci;\n2.\n tempat mencuci;\npencuci\n1.\n orang yang mencuci, tukang cuci;\n2.\n alat (benda dan lain-lain) yang digunakan untuk mencuci;\n ~ mulut\n benda manis (seperti buah-buahan dan sebagainya) yang dimakan selepas makan nasi dan lain-lain." "cuci maki\ncaci maki, berbagai-bagai cercaan (celaan dan lain-lain);\nmencuci maki\n memaki-maki." "cucu\nketurunan peringkat kedua (iaitu seperingkat selepas anak), anak kepada anak seseorang;\n ~ Adam\n manusia;\n ~-cicit = anak\n \n~ \nketurunan;\nbercucu\n mempunyai cucu;\n \n~-cicit\n mempunyai cucu dan cicit (mempunyai keturunan);\n beranak\n \n~ \nmempunyai anak yang kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan)." "cucuh\nmencucuh\n1.\n memasang, menyalakan (api dan lain-lain):\n ~ pelita;\n~ meriam\n memasang meriam;\n2.\n mengenakan api, besi panas, dan sebagainya pada:\nyang paling sedih apabila mak \n~\n abang dengan kayu api berbara;\nmencucuhkan\n1.\n memasangkan, menyalakan:\n Seman \n~\n api tersebut pada rokok di mulutnya;\n2.\n mengenakan (api, besi panas, dan sebagainya) pada sesuatu:\nAfandi ~ besi panas pada tangan Mazlan;\n cucuhan\n1.\n hasil mencucuh atau mencucuhkan:\ndoktor mengesahkan terdapat banyak bekas ~ puntung rokok pada badannya; \n2.\n (Fizik) bunga api yang terhasil daripada palam pencucuh untuk memulakan pembakaran;\npencucuhan\n perihal (perbuatan, proses dan sebagainya) mencucuh atau mencucuhkan:\nsistem ~;\n pencucuh\n1.\n orang yang mencucuh, tukang cucuh;\n ~ meriam\n pembakar meriam;\n2.\n alat untuk mencucuh:\n palam ~;\n 3.\n [kiasan] penghasut." "cucuk I\n1.\n sesuatu yang tajam yang digunakan untuk menusuk dan lain-lain (seperti jarum, cuban, penyemat, dan lain-lain);\n ~ hidung \ntali yang ditusukkan pada hidung lembu (kerbau dan lain-lain), keluan;\n ~ rambut (sanggul)\n penyemat rambut, tusuk kondai;\n2.\n penjodoh bilangan untuk barang yang ditusuk dengan lidi (tali dan lain-lain):\n sepuluh sen se~; \nenam belas ~ sate;\n3.\n suntik (untuk memasukkan ubat dan lain-lain ke dalam badan):\n ia menggosok-gosok bekas kena ~;\n bercucuk\n ~ ikan\n [arkaik] berderet rapat-rapat, bersesak-sesak;\n \n~ tanam (tanah)\n bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dan lain-lain;\nmencucuk\n1.\n menusuk (dengan barang yang tajam seperti peniti, lidi, pin, dan lain-lain), menebuk, menikam (dengan keris, pisau, dan lain-lain), mencacah (dengan jarum):\n ia masih ~ rojak dengan sebilah garpu; \n2.\n melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dan lain-lain);\n dicucuk orang hidung = seperti kerbau dicucuk hidung\n (peribahasa) menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah);\n3.\n menyuntik (untuk memasukkan ubat dalam badan):\n untuk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; \n4.\n merangkai-rangkaikan (menganggit) dengan cucuk (tusuk):\n ~ atap;\n5.\n [kiasan] menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahah orang:\n dialah yang ~-cucuk orang itu hingga mereka bergaduh; \n6.\n [kiasan] menusuk atau masuk ke dalam:\nbau nasi lemak yang ~ hidung;\n~ hati\n ki\na) menyakiti hati;\n b) memilukan hati;\n ~ mata \na) mencolok mata;\n b) [kiasan] sangat nyata, tampak benar, mudah tampak;\n c) [kiasan] menyakiti hati, memberi malu;\nmencucuk-cucuk\n1.\n mencucuk berulang kali:\nmereka akan ~ lengan mereka dengan anak batu sehingga luka; \n2.\n berasa sakit seperti dicucuk-cucuk dengan jarum, duri dan sebagainya:\nbisa di dadanya ~; \nberasa sakit yang ~;\ncucuk-mencucuk\n [kiasan] saling menghasut:\nhindarilah sifat-sifat yang keji dan jijik seperti fitnah-memfitnah, ~, dengki-mendengki dan sebagainya daripada kehidupan kita;\nmencucukkan\n menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dan lain-lain:\n~ anak mancis ke dalam cerut;\ntercucuk\n tertusuk, tertembus;\n \n~ hidung \n(\nmata\n) (peribahasa) [Minangkabau] tertipu kerana kebodohan (seperti membeli barang yang tidak elok dengan harga yang tinggi);\ncucukan\n hasil perbuatan mencucuk, tusukan;\npencucuk\n1.\n cucuk;\n2.\n [kiasan] penghasut, pengacum, batu api." "cucuk II\n[Jawa]\n1.\n paruh, patuk;\n2.\n barisan (pasukan) yang terdepan:\nPatih Karma Wijaya berjalan dahulu menjadi\n \n~." "cucunda\n[bahasa halus] cucu (digunakan dalam surat-menyurat atau berkaitan dengan golongan istana):\n Raja Tua terlalu kasih akan ~ baginda\n." "cucung\n[bahasa percakapan] cucu." "cucup\nmencucup\n menghisap, mengucup;\n \n~ benak \nki menghisap darah (memeras orang)." "cucur I\naliran (pancaran) ke bawah (air dan lain-lain):\ntanah yang dibelinya dengan harta ~ peluhnya sendiri;\nbercucuran\n mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah:\n seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai;\nmencucuri\n1.\n menuang air dan sebagainya pada, menyirami, menjirus:\ndia ~ kakinya yang berlumpur dengan air; \n2.\n melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang:\nTuhan ~ makhluk-Nya dengan rahmat; \nsemoga Allah ~ kita dengan rahmat dan hidayah-Nya;\n mencucurkan\n1.\n mengalirkan turun, memancarkan, memancurkan;\n \n~ air mata \nmenangis;\n 2.\n memberikan (mengurniakan dan sebagainya) banyak-banyak, melimpahkan:\nsemoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yang sangat dikasihi; \ncucuran\n aliran ke bawah, pancaran, pancuran;\n ~ atap \nhujung atap tempat air hujan jatuh;\n \n~ harta\n pembahagian harta kepada waris (kewarisan harta)." "cucur II\n[Kelantan], [Terrenganu];\n mencucurkan\n memulangkan wang (baki daripada membeli barang)." "cucur III\nkuih daripada tepung dan bahan-bahan lain yang digoreng." "cucur IV\nmuncung atau jongor perahu;\n layar\n \n~ \nlayar yang di depan sekali, jib." "cucur V\n (daun) ~ atap\n sejenis tumbuhan (pokok renek),\n Baeckia frutescens; \natap\n \n~ = rotan (atap) ~\n sejenis rotan,\n Calamus castaneus\n." "cucur VI\nsejenis burung, burung segan,\n Batrachostomus auritus." "cucut I\nikan yu." "cucut II\nmencucut\n mencucup, mengucup, menghisap." "cuduk\nsejenis tumbuhan (pokok kecil),\n Thoteea parviflora." "CUEPACS\nakronim bagi \nCongress of Unions of Employees in the Public and Civil Services\n (Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam)." "cuh\n[kata seru] kata untuk menghalau binatang atau untuk menggalakkan anjing (pemburu)." "cuik I\nalat seperti piring untuk menggiling lada dan lain-lain;\n cobek I." "cuik II\n[Jakarta];\nikan ~\n ikan yang diasinkan dan dikukus;\nmencuik\n mengasinkan dan mengukus ikan." "cuil\nmencuil\n menyentuh dengan hujung jari untuk menyatakan sesuatu, mencuit." "cuit\nbercuit-cuit\n bergerak-gerak cepat seperti menggamit-gamit (berkenaan (dengan) jari);\n \n~ gamit\n sentuh-menyentuh dengan hujung jari (sewaktu berseloroh dan lain-lain):\ndia telah pandai pula bertepuk tampar dan ~ gamit dengan tetamu-tetamu yang hidung belang;\nmencuit\n mencuil, menggamit, menyentuh dengan hujung jari:\n terkejut saya dicuitnya;\ntercuit\n [kiasan] tersentuh jiwa (hati dan lain-lain) kerana sesuatu:\nhati penulis ~ ketika melawat khemah pelarian itu;\n cuitan\n sentuhan dengan hujung jari (sewaktu berseloroh, sebagai memberi isyarat, dan lain-lain)." "cuk\n[Jakarta] jentik-jentik." "cuka\ncairan yang masam rasanya (biasanya dibuat daripada nira kabung, nyiur, dan lain-lain);\n ~ belanda\n cuka yang dibuat daripada anggur dan lain-lain melalui proses kimia, asid asetik;\n \n~ getah\n asid untuk membekukan getah, asid formik;\n ~ jawa\n cuka yang dibuat daripada nira;\nminum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari \n(peribahasa) bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu;\nmencuka\n [kiasan] menjadi masam seperti cuka (berkenaan (dengan) wajah, muka) kerana marah, geram, dan lain-lain:\nCik Zabedah mengekorinya dengan wajah ~\n." "cukai\n1.\n bayaran (bea, sumbangan) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dan lain-lain) untuk perbelanjaan negara dan lain-lain:\n~ belian;\n~ eksport;\n2.\n =\n cuke\n [Indonesia] bahagian daripada hasil tanah persendirian yang dikutip oleh tuan tanah;\n~ belian \ncukai tak langsung yang dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yang bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kepada peruncit yang akan membayar cukai kepada kerajaan;\n \n~ eksport \ncukai yang dikenakan ke atas barang yang dieksport;\n \n~ hiburan \ncukai yang dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (seperti kelab malam, pawagam, dan sebagainya);\n \n~ jalan \ncukai yang dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor;\n \n~ jualan \ncukai yang dikenakan terhadap barangan yang dijual yang bebannya terletak secara langsung pada pembeli;\n \n~ korporat \ncukai syarikat;\n \n~ laba harta tanah\n cukai terhadap laba daripada penjualan harta tanah;\n \n~ langsung \ncukai yang dikenakan terus kepada pembayar cukai yang akan menjelaskannya kepada kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah);\n \n~ pelindung\n cukai atas barang-barang import untuk melindungi barang-barang tempatan (untuk mengelakkan persaingan yang boleh mengancam pengeluaran barang-barang tempatan);\n \n~ pendapatan\n cukai yang dikenakan terhadap pendapatan;\n \n~ perkhidmatan\n cukai yang dikenakan pada barang seperti makanan dan minuman, atau perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dan lain-lain;\n \n~ pintu\n cukai yang dikenakan terhadap pemilik rumah;\n \n~ progresif \ncukai yang kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi;\n \n~ regresif \ncukai yang kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi;\n \n~ syarikat\n cukai yang dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat;\n \n~\n \ntak langsung \ncukai yang dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dan lain-lain);\n \n~\n \ntanah \ncukai yang dikenakan atas pemilikan tanah;\n \n~ tersembunyi \ncukai tak langsung yang dibayar oleh pengguna dengan menaikkan harga barang yang dijual tanpa pengetahuan pengguna;\n \n~ warisan \ncukai yang dikenakan terhadap orang yang menerima harta pusaka;\nbercukai\n dikenakan cukai:\n baran\ng \n~;\n mencukai\n mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai daripada:\n negara boleh mendapat wang dengan ~ orang ramai;\npercukaian\n yang berkaitan dengan cukai:\n seperti biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata;\n pencukaian\n1.\n perbuatan (prinsip dan sebagainya) mencukai, pengenaan cukai terhadap:\n~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia\n;\n2.\n yang berkaitan dengan cukai-mencukai:\n karya asli dalam bidang ~ di Malaysia yang pertama ditulis dalam bahasa Malaysia\n." "cukal\nsejenis tumbuhan (herba yang hidup di tempat-tempat basah)\n, Hyangrophila phlomoides\n." "cukam\n= cekam II." "cuke\n= cukai." "cuki I\nsejenis permainan yang memakai buah dan papan (seperti dam);\n papan\n \n~ \npapan untuk permainan cuki;\nbercuki\n bermain cuki." "cuki II\n[Jakarta]\n;\n~ mai\n [bahasa kasar] puki makmu." "cukin\n1.\n kain kecil (untuk menutup dada sewaktu makan);\n2\n. kain basahan yang pendek (biasanya dipakai ketika mandi)." "cukir\n= cungkil." "cukit\n= garpu." "cuku\nakar gambir yang dikeringkan." "cukup\n1.\n tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dan lain-lain), sampai jumlahnya (besarnya dan lain-lain), pada:\n pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yang datang terlalu banyak;\n2.\n sampai betul, genap (masa, usia, dan lain-lain):\nhari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal;\n~ bulan \na) genap sembilan bulan (mengandung);\n b) akhir bulan (hari gaji);\n \n~ umur \nsudah akil baligh, sudah dewasa;\n3.\n lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya):\n putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; \nrumah itu ~ dengan perabotnya sekali;\n4.\n sudah pada dengan itu (begitu) sahaja:\n kesukaan anaknya kepada Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu;\n5.\n sangat, lebih daripada yang memadai atau yang dijangka:\n badanku terasa ~ penat; \nmukanya ~ masam\n;\n6.\n tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang:\n hasil yang diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua;\n~ keperluan sendiri\n tidak perlu apa-apa dari luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri);\n7.\n [bahasa percakapan] tidak kekurangan, agak kaya, berada:\n ayahnya orang yang ~;\n secukup; \n~ hidup\n cukup untuk membiayai perbelanjaan hidup sahaja;\nmencukupi\n1.\n memadai, lengkap (keperluan, keinginan, dan lain-lain):\n binatang itu memerlukan makanan yang ~; \napabila sudah diperolehnya habuan-habuan yang ~, tinggallah mereka setahun dua di darat;\n2.\n tidak kurang (untuk sesuatu hal, keperluan, dan lain-lain):\n buku kecil ini tentulah tidak ~ untuk menerangkan segala-galanya; \npendapatannya tidak ~ untuk keperluan hidup diri dan keluarga;\n3.\n bagi menjawab atau membalas (biasanya berkenaan jawaban dalam surat-menyurat):\n~ surat tuan;\nmencukupkan\n menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menambah supaya cukup:\n untuk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dengan lebih keras lagi; \nkerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi;\n kecukupan\n ada apa yang diperlukan, tidak kekurangan:\norang datang begitu banyak sehingga meja dalam restoran itu tidak ~; \norang boros tentu saja tidak ~ belanja;\n berkecukupan\n tidak kekurangan, cukup segala yang diperlukan;\nketidakcukupan\n perihal tidak cukup:\n alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi." "cukur I\npisau\n \n~ \na) pisau untuk mencukur rambut (janggut dan lain-lain);\n b) [kiasan] perempuan yang menghabiskan wang (harta) lelaki;\n tukan\ng \n~ \norang yang menggunting (memotong) rambut (janggut dan lain-lain), tukang gunting;\nbercukur\n1.\n memotong (membersihkan) jambang dan lain-lain dengan pisau cukur;\n2\n. sudah dibersihkan (dipotong) jambang dan lain-lain dari muka;\nmencukur\n1.\n memotong (membersihkan) rambut dan lain-lain dengan pisau cukur dan lain-lain:\n baru petang semalam, jambangnya dicukur;\n2.\n [bahasa percakapan] mengalahkan (menewaskan) dengan teruknya (terutama dalam perlawanan bola sepak);\n \n~ kepala\n (peribahasa) perbuatan yang memalukan keluarga;\npencukuran\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mencukur;\npencukur\n1.\n pisau dan lain-lain untuk mencukur;\n2.\n orang yang mencukur, tukang cukur." "cukur II\n (rumput) ~ kerbau\n sejenis tumbuhan (rumput)\n, Cyperus bancarus." "cula I\n1.\n sumbu yang tumbuh pada hidung atau muncung (badak dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] azimat (rupanya seperti sumbu badak dan lain-lain):\n ~ dibeli oleh bapaku sekati emas; \nberkeris berhulu\n \n~." "cula II\n[Kelantan] tanda (akan kalah), alamat (akan kalah)." "culak I\nsejenis tumbuhan (pokok), colak, \nCallicarpa maingayi." "culak II\n~-caling \ntidak tentu arah, tidak tentu hala, tidak keruan." "culak III\nmenculak\n tegak menganjur ke atas, mencuar." "culan\nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya digunakan untuk mengharumkan air teh), pacar cina, pacar culam, pokok telur belangkas,\n Aglaia ordorata\n." "culang-caling\ntidak keruan, tidak teratur;\nberculang-caling\n berkeadaan tidak tentu arah, bercelaru:\ngarisan-garisan yang ~ tanpa hujung pangkal." "culas I\nmalas, tidak cergas:\n~ bekerja." "culas II\n[Kelantan] liar (binatang)." "culas III\n[Minangkabau] curang, tidak jujur." "culia\nsaudagar India dari Malabar." "culik I\n= culik-culik\n sejenis burung yang keluar pada waktu malam\n Chalcococcyx honorata." "culik II\n1.\n [sastera lama] sejenis hantu yang mencuri kanak-kanak;\n2.\n =\n penculik\na) orang yang mencuri (melarikan) kanak-kanak;\n b) orang yang mencuri (melarikan, menangkap) orang untuk dilarikan (dibunuh, diminta wang bagi menebusnya, dan lain-lain);\nmenculik\n mencuri (melarikan) kanak-kanak atau orang dewasa (untuk dibunuh, diminta wang tebusannya, dan lain-lain):\n Chiang Kai Shek pernah diculik oleh seorang daripada panglima tenteranya;\npenculikan\n perihal atau perbuatan menculik." "culim\n1.\n sejenis paip tembakau atau candu;\n2.\n paip (tembakau atau candu) yang dihisap." "culin\n[Kedah], [Perlis];\nseculin\n sedikit." "cuma I\nhanya, melainkan, semata-mata:\n mereka datang ~ dengan tulang delapan kerat saja; \naku tidak berkata apa-apa ~ menggangguk saja;\ncuma-cuma, percuma\n1.\n tidak ada faedahnya (gunanya, manfaatnya), sia-sia:\n~ emak berkata begitu; \nbukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka;\n2.\n tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar:\n kelas yang dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dengan ~; \nbercuma\n [arkaik] sia-sia, tidak ada faedah;\nmempercumakan\n1.\n mensia-siakan, menganggap tidak penting (berguna), membuang-buang (masa dan lain-lain);\n2.\n memberikan sesuatu dengan percuma." "cuma II\n~ padang\n sejenis tumbuhan (pokok), remang panas, \nBreynia coronata." "cuman\n[Jakarta] cuma." "cumbu\n1.\n kata-kata manis yang dituturkan (sewaktu memujuk, berkasih-kasihan, dan lain-lain), pujukan:\n tegur sapa dan bujuk ~ sekarang ini dilakukannya pula kepada isteri mudanya;\n2.\n senda gurau, lawak jenaka, kelakar:\n ~ pelawak;\nbercumbu-cumbu, bercumbu-cumbuan\n1.\n =\n bercumbuan\n saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih-kasihan dan lain-lain), bercengkerama:\n ia berjumpa dengan sepasang merpati yang sedang asyik ~;\n2\n.\n berjenaka, berkelakar, bersenda gurau:\n orang masih ~ juga di dekat puadai, terutama anak-anak gadis;\nmencumbu\n mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dan lain-lain), membujuk:\n Amiruddin ~ mesra, tangannya menyapu rambut Hawa;\nmencumbui\n mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan dan lain-lain) kepada:\nHitam ~ Mazni dengan hiburan-hiburan yang menggelikan hati Mazni;\n cumbuan\n1.\n ucapan-ucapan manis, bujukan, pujukan:\n suami harus selalu memikat hati isteri dengan kata-kata merdu, dengan ~ atau ciuman-ciuman mesra;\n2.\n senda gurau, kelakar;\npercumbuan\n perihal (perbuatan) bercumbu-cumbu(an)." "cumi-cumi\n1.\n sejenis binatang seperti sotong, cumik, comek, \nLoligo spp.;\n2.\n [kiasan] [bahasa percakapan] penjahat, pengkhianat, ejen musuh." "cumik\ncumi-cumi." "cuming\n[Jakarta], [bahasa percakapan] cuma, hanya." "cun I\n[Cina] ukuran panjang bersamaan dengan satu persepuluh kaki atau 3.05 sentimeter." "cun II\n[bahasa percakapan]\n1.\n kata yang mengandungi konotasi padan, anggun, dan sebagainya untuk dikaitkan dengan sesuatu sifat seperti merdu, cantik:\nWah, ~lah rambut awak! \n2.\n tepat mengenai sasaran." "cunam I\nkapur sirih, kapur makan." "cunam II\nsejenis penyepit kecil, pinser." "cunda\nsingkatan bagi cucunda." "cundang I\nmencundang, mencundangi\n menawan:\n beruang, singa, beruk, dan hantu semuanya boleh kucundangi; \n= kecundang I." "cundang II\n[Minangkabau] hasutan;\nmencundang\n menghasut, mengeluarkan perkataan yang menimbulkan marah." "cundrik\n[Jawa] sejenis pisau yang rupanya seperti pisau belati atau badik." "cung I\n= cong II." "cung II\n[kependekan] kacung." "cungah\n ~ padi\n sejenis tumbuhan (pokok), cendera hantu, kesumba jantan, julung putih, julung rambai ayam\n, Ostodes macrophylla." "cungap I\n[bahasa percakapan]\n = ~-cangip\n =\n cungapan\n terngap-ngap, terengah-engah;\nmencungap, tercungap-cungap\n bernafas kencang (melalui mulut dan hidung) kerana kepenatan dan lain-lain, terngap-ngap (susah bernafas), mengap-ngap, terengah-engah:\nTom pun tersendat-sendat nafasnya serta ~ seperti orang mengah; \nMuthusami tercungap-cungap berlari keluar dari dalam belukar;\ncungapan\n perbuatan mencungap:\n ~nya kedengaran cepat\n." "cungap II\n[Selangor] sejenis sumpit daripada mengkuang atau pandan (untuk menyimpan barang-barang dapur)." "cunggang\n~-cunggit\n tidak rata (tentang jalan dan lain-lain), tinggi rendah." "cunggit\n[Kedah] terangkat di bahagian hujung:\npapan itu ~\n." "cungkil I\n= pencungkil\n benda (seperti bilah, lidi, dan lain-lain) yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu dari lubang;\n \n~ gigi\n bilah untuk mengeluarkan sisa makanan dan lain-lain dari gigi, korek gigi;\nbercungkil\n1.\n telah dikeluarkan dari lubang dengan penyungkil dan lain-lain" "cungkil II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), belakang ular, cincang, leban bunga, tumbit kayu, \nAllophylus ternatus;\n2\n. sejenis tumbuhan (pokok kecil) cincang, kabau, semincang, terentang,\n Allophylus glaber." "cungkup\n[Jawa] rumah di kuburan." "cungo\n= congo." "cunguk\n= cecunguk." "cungur\n= jongor." "cunia\nsejenis perahu yang agak besar (untuk mengangkut barang-barang)." "cunut\n= cenonot." "cup I\nbunyi seperti bunyi tongkat dan lain-lain yang dicelupkan ke air dan lain-lain." "cup II\n[seruan]\n1.\n kata untuk menyatakan berhenti sebentar (dalam permainan);\n2.\n kata untuk menyuruh diam;\n3.\n kata untuk menyatakan sesuatu sudah dipilih (diambil)." "cup III\n[Kedah] menempah (sesuatu) secara tidak rasmi." "cupai\n[Minangkabau];\nmencupaikan\n tidak mengendahkan, melalaikan, melengahkan;\ntercupai\n lalai, terlengah." "cupak I\n1.\n ukuran isi untuk beras dan lain-lain (suku gantang):\n maka disantap oleh Bendahara habis nasi segantang dan susu searai dan sakar se~;\n2\n. = ~ asli\n [Minangkabau] adat daripada datuk nenek;\n~ sudah tertegak, suri sudah terkembang \n(peribahasa) [Minangkabau] telah lama adat berdiri bagi tiap-tiap pekerjaan;\n kalau se~ tidak boleh jadi segantang\n (peribahasa) sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi;\n lenggang-lenggok bagai ~ hanyut\n (peribahasa) lenggang dan langkah yang lemah lembut;\n membawakan ~ ke negeri orang \n(peribahasa) [Minangkabau] mamakai adat sendiri di negeri orang;\nmencupak\n menyukat dengan cupak." "cupak II\nkepala paip, kepala pengudut (candu)." "cupak III\nsejenis ikan laut, gerepoh, kerepuh, pulas keladi,\n Caranx spp." "cupar I\nsuka mengeluarkan kata-kata yang tidak elok (bercakap lepas saja);\nmencupar\n mengeluarkan kata-kata dengan sesuka hati saja (sembarangan saja)." "cupar II\n[Jakarta] terlalu lokek dan selalu campur tangan dalam kerja isteri (kerja dapur)." "cupet\n[Jawa] pendek, singkat, tidak sampai, sempit, picik;\nkecupetan\n kesempitan, kepicikan." "cupil\ndekat tepi sangat." "cuping\nkeping kecil;\n \nse~ \nsekeping;\n ~ hidung\n bahagian pada kiri kanan lubang hidung;\n ~\n \ntelinga\n bahagian bawah daun telinga;\n \nrasa pedih ~ telinga \n(peribahasa) marah mendengar sesuatu perkataan dan lain-lain." "cupit\n= supit." "cuplik\n[Jawa];\n mencuplik\n mengutip (karangan dan lain-lain), memetik;\ncuplikan\n kutipan, petikan." "cupu I, cupu-cupu\n1.\n cepu, kotak;\n2.\n lubang lesung, lubang tempat kaki tiang dipasang." "cupu II\nsejenis tumbuhan (pokok), cerapu, mencupu,\n Garcinia prainiana." "cupul\n1.\n tidak cukup panjang, pendek sedikit, singkat;\n2.\n longgar (ikatannya, belitannya)." "cur\nbunyi seperti bunyi menggoreng pisang (air turun dari pancuran dan lain-lain)." "cura I\nkelakar, seloroh, olok-olok;\n \nberbuat ~\n berkelakar, bermain-main, berseloroh:\n kalau tuan buat ~, harus tuan tidak dapat balik ke negeri;\nbercura; \ntidak\n \n~ \ntidak main-main, dengan sungguh-sungguh, melakukan (menganggap) sesuatu dengan betul-betul (benar-benar)." "cura II\n[Minangkabau];\nbercura\n \n~-bura\n =\n bercura-cura\n mengeluarkan kata-kata keji." "curah\nmencurah\n1.\n mengalir dengan deras dan banyak, mencucur:\nhujan turun ~ dari langit;\n2.\n [kiasan] datang dengan banyaknya:\ntentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; \napabila harga getah naik, wan\ng \n~; \nmencurah-curah\n1.\n mengalir dengan deras, banyak dan dalam tempoh yang agak lama:\nhujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; \n2.\n [kiasan] datang dengan banyaknya dan tidak putus-putus:\nmudah-mudahan ia beroleh rezeki yang ~;\n mencurahi\n1.\n mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dengan banyaknya:\n hujan lebat ~ seluruh negeri;\n2.\n [kiasan] memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak:\nTuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat;\nmencurahkan\n1.\n mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dengan banyaknya;\n \nmendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan\n (peribahasa) kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan;\n2.\n [kiasan] mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dan lain-lain):\nia ~ segala perasaan dukanya kepada kakaknya;\n3.\n [kiasan] memberikan banyak-banyak, menyumbangkan:\n apakah tidak ada kewajiban bagiku untuk ikut serta ~ tenaga?\n4.\n menumpukan, memusatkan (fikiran):\n biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kepada perempuan;\ntercurah\n dicurahkan, ditumpukan, tertumpah:\n bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~;\ncurahan\n1.\n yang dicurahkan;\n2.\n aliran (air) yang jatuh atau turun dengan deras, aliran mencurah:\n bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yang banyak; \n3.\n [kiasan] sesuatu yang diberikan (disumbangkan) dengan banyak dan berterusan:\nsetiap usaha memerlukan ~ tenaga untuk mencapai matlamatnya;\npencurahan\n perihal atau perbuatan mencurahkan." "curai\n1.\n tercerai, terurai, tidak bersatu (berikat);\n2.\n jelas, terang;\nmencuraikan\n1.\n menguraikan, menceraikan;\n2.\n menerangkan, menjelaskan;\ntercurai\n terbuka, terurai:\nbungkusan itu pun ~, terlihatkan oleh Adnan isinya;\n curaian\n huraian, penjelasan." "curam\nterjal, cerun, sangat menurun (hampir tegak):\n tebing sungai itu sangat ~;\nmencuram\n menjadi curam, beransur-ansur curam:\n benua itu ~ dari dataran pantainya hingga ke rusuk benuanya;\ncuraman\n permukaan (tanah dan lain-lain) yang curam (seperti tebing sungai dan lain-lain), lerengan:\n dia menuruni ~ bukit itu menuju ke tasik untuk mengambil air;\nkecuraman\n keadaan curam, kecondongan." "curang I\n1.\n tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati:\n orang-orang yang munafik senantiasa berhati ~;\n 2.\n tidak setia (khianat) kepada suami (isteri, tunangan dan sebagainya) dengan menjalin hubungan cinta dan sebagainya dengan orang lain;\nmencurangi\n1.\n menipu, membohongi, mengakali;\n2.\n berlaku tidak setia kepada (suami, isteri dan sebagainya):\ndia ~ gadis itu;\nkecurangan\n keadaan curang, ketidakjujuran:\n~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan\n;\n \nsaya mempunyai bukti yang kukuh mengenai \n~\n suami saya itu." "curang II\n= jurang." "curat\nceret, muncung (cerek dan lain-lain);\nmencurat\n memancar dengan derasnya, memancut." "curi\nberinai\n \n~ \nistiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja);\n maling\n \n~ \nbermacam-macam perbuatan mencuri;\ncuri-curi\n (dengan) diam-diam, secara rahsia:\n mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing;\nmencuri\n1.\n mengambil kepunyaan orang tidak dengan kebenarannya, memaling:\n kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul;\n2. = mencuri-curi\n membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia):\n ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; \ndia telah ~ pergi bersama-sama kawannya;\n~\n \nhati\n memikat hati;\n ~ masa\n menggunakan masa bekerja untuk hal lain;\n \n~ pandang \nmemandang dengan cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain;\n \n~ pekerja\n mengambil atau menarik pekerja (yang sedang berkhidmat dengan) sesebuah syarikat dan lain-lain tanpa kerelaan majikannya;\n \n~ tulang \nmengelakkan pekerjaan dengan tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja);\ncurian\n barang (apa) yang dicuri, hasil mencuri;\nkecurian\n1.\n kehilangan harta benda dan lain-lain kerana kena curi, kemalingan:\n ~lah baginda tujuh biji peti yang berisi emas; \n2\n. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai;\npencurian\n perihal (perbuatan) mencuri;\npencuri\n orang yang mencuri, maling." "curiah\n[Minangkabau] suka berbual-bual, peramah." "curiga I\n[sastera lama] keris." "curiga II\n1.\n syak wasangka, waswas, sangsi:\n mereka berasa ~ terhadap sesiapa yang membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru;\n2.\n berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu);\nmencurigai\n menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kepada, mengesyaki:\n kita harus ~ orang-orang yang seperti ini; \nguru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dalam parti politik;\ncuriga-mencurigai\n mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai:\ntimbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dengan bukan Melayu\n; \nmencurigakan\n membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi):\nadakah gerak-geri yang ~?\n kecurigaan\n1.\n perihal curiga;\n2.\n syak wasangka:\n yang menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yang banyak." "curik\n[sastera lama] pisau atau parang." "curu\n[Minangkabau];\nmencuru\n buang-buang air, berak-berak cair." "cus\n1.\n bunyi seperti bunyi angin keluar dari tiub bola (bara api disiram air dan lain-lain);\n2.\n kata untuk menyatakan sesuatu gerakan yang deras seperti angin dan lain-lain." "cutak\n(Sunda) [arkaik] daerah;\n kepala\n \n~ \npegawai daerah." "cutam\nhasil pertukangan perak yang ukirannya diwarnai dengan sejenis benda hitam (rupanya seperti jadam)." "cutel\n[Jawa] tamat, selesai, habis (cerita dan lain-lain)." "cuti\n1.\n hari kelepasan, libur:\n31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia;\n2.\n masa yang dibenarkan untuk tidak bekerja (untuk berehat, dirawat kerana sakit, dan lain-lain), libur;\n~\n \nam\n hari kelepasan umum untuk seluruh negara (seperti hari raya, hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, dan lain-lain);\n \n~ belajar \ncuti yang diberikan kepada seseorang pekerja untuk melanjuntukan pelajaran, sama ada dengan bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji;\n \n~ bersalin \ncuti bergaji selama satu tempoh yang ditetapkan yang diberikan kepada seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak;\n \n~ sakit \ncuti yang diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja;\n~ tahunan \nsejumlah cuti rehat bergaji penuh yang berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun;\n \n~ tanpa gaji \ncuti yang dibenarkan kepada seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji;\n \n~ umum \ncuti am;\nbercuti\n1.\n tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur;\n2.\n tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur:\n Pulau Pinang ialah tempat orang pergi untuk bersiar-siar sewaktu\n \n~; \npercutian\n cuti, perihal bercuti:\n dalam ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; \nmajikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran;\npecuti\n orang yang (sedang) bercuti." "cwt\n[kependekan] \nhundredweight \n(unit ukuran berat yang bersamaan dengan 112 paun atau 50.8 kg di Britain, dan 100 paun atau 45.4 kg di Amerika Syarikat)." "czar\n(Rusia) (gelaran bagi) maharaja Rusia atau kaisar sebelum berlaku revolusi pada tahun 1917." "czarina\n(Rusia) (gelaran bagi) isteri maharaja Rusia sebelum tahun 1917." "d\nhuruf keempat abjad Rumi." "d/a\n[kependekan] dengan alamat." "da\n[kependekan] uda atau muda." "dab\n[Arab] sejenis binatang padang pasir, seakan-akan biawak kecil, yang dianggap mempunyai khasiat perubatan, selalunya dikaitkan dengan peningkatan tenaga batin lelaki." "daba I\nhawa-~; \n= hawa I." "daba II\n[bahasa percakapan] kolar baju:\n~mu ni digigit lipas." "dabah\n= zabah." "dabak\n[Minangkabau];\nmendabak\n datang dengan tiba-tiba (dengan tidak disangka-sangka):\nhujan ~." "dabal I\n[arkaik] pundi-pundi yang dilekatkan pada tali pinggang untuk menaruh peluru." "dabal II\n[Indonesia] ;\n \n~\n \ntengah tiang\n sejenis pakaian orang laki-laki (dipakai pada majlis jamuan dan sebagainya)." "dabal III\n~ bes\n sejenis alat muzik bertali." "dabat\n[arkaik] [sastera lama] binatang." "dabbatulardi\n[sastera lama] binatang melata yang ada di bumi:\nketahui olehmu itulah ~ yang dikeluarkan Allah pada akhir zaman." "dabik\nmendabik\n \n~ dada \nmenepuk (menampar) dada menunjukkan keberanian atau kebanggaan:\nia ~ dadanya dan mencabar sesiapa saja untuk menentangnya;\npendabik\n \n~ dada \norang yang takbur atau angkuh:\nkekayaannya menjadikan dia ~ dada di muka ramai." "dabing\n1.\n penukaran pertuturan dari satu bahasa ke bahasa yang lain dalam filem, alih bahasa;\n2.\n perihal (proses, kerja) memasukkan bunyi (suara, muzik dan sebagainya) ke dalam filem dan sebagainya, alih suara;\nmendabing\n1.\n membuat dabing, mengalih bahasa;\n2.\n membuat dabing, memasukkan bunyi (suara, muzik, dan sebagainya) ke dalam filem dan sebagainya, mengalih suara." "dabir\n[sastera lama] jurutulis, penulis." "dabung\nberdabung\n berasah (berpepat) gigi;\n \ngadis itu belum ~ lagi \ngadis yang masih muda (belum berasah gigi);\nmendabung\n mengasah (memaras, memepat) gigi." "dabus\n= \npermainan ~ \n= \npertunjukan ~ \npertunjukan kekebalan dengan mencuba melukai diri;\n \nanak ~ \norang yang mengambil bahagian dalam permainan dabus;\n \nbesi ~ \n= \nmata ~\n sejenis besi tajam untuk melukai atau menusuk diri (dalam permainan dabus);\n \nkhalifah ~ \npemimpin permainan dabus;\n \n~ rantai \nrantai besi yang merah pijar warnanya dan dipakai dalam permainan dabus;\nberdabus\n memperlihatkan permainan dabus, mempertunjukkan kekebalan:\npendekar leka bersilat, khalifah leka ~." "dacing\nsejenis alat penimbang (yang terdiri daripada batang yang berskala atau bersenggat, batu penimbang serta tempat meletak barang);\nanak (buah, batu) ~\n logam pada dacing sebagai pengimbang berat (ketika menimbang);\n \nlidah ~\n jarum (pada dacing) yang menunjukkan keseimbangan timbangan;\n \n~ palingan tangan, lidah palingan hati \n(peribahasa) tidak sama antara cakap dengan niat;\nberdacing\n1.\n [sastera lama] bertimbang:\nsudah terkampung semuanya lada maka ~lah ke kapal; \n2.\n menggunakan dacing (sebagai alat penimbang barang);\n3.\n mempunyai dacing;\nmendacing\n menimbang dengan dacing." "dad\n1.\n huruf ke-15 abjad Arab (mempunyai nilai 800);\n2.\n huruf ke-16 abjad Jawi." "dada I\n1.\n bahagian tubuh yang di hadapan terletak di antara perut dengan leher;\n2.\n = \nbuah ~ \nsusu (tetek) perempuan;\n3.\n = \nrongga ~ \nruang dada yang mengandungi jantung dan paru-paru;\n \nmembusungkan ~ \nki membanggakan diri, memperlihatkan lagak sombong;\n4.\n bahagian yang bertentangan dengan tulang belakang buku;\n~ akhbar \nhalaman hadapan akhbar;\n \n~ ayam \n= \n~ burung \ndada yang bergembung ke atas;\n \n~ bidang \ndada yang lebar;\n \n~ lapang\n [kiasan] sabar, tidak pemarah;\n \n~ lega \nki senang hati;\n \n(dengan) ~ terbuka \n(dengan) rela, (dengan) ikhlas;\n~ manusia tidak dapat diselam \n(peribahasa) fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga;\n \nbelah ~ lihatlah hati\n (peribahasa) berkata dengan benar;\n \nseluas ~ tuma \n(peribahasa) terlalu sempit;\n \ntepuk ~ tanya selera \n(peribahasa) berfikir dahulu sebelum membuat keputusan;\n \ntiba di ~ dibusungkan, tiba di perut dikempiskan \n(peribahasa) perlakuan yang tidak adil;\nberdada\n mempunyai dada yang penuh (berisi);\nberdada-dadaan\n berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang;\nmendada\n1.\n = \nberjalan ~ \nberjalan dengan membusungkan dada, berjalan dengan sikap angkuh atau perasaan megah:\ndia berjalan ~ dengan tidak memandang ke kiri dan ke kanan;\n2.\n menahan (menangkis) dengan dada;\n3.\n berdada-dadaan;\n \nperang ~ \nperang (pertempuran) seorang lawan seorang;\ndadaan\n bahagian badan sebelah perut (hadapan)." "dada II\n~ ruan \nsejenis tumbuhan (pokok), petaling air, \nHomalium frustescens." "dadah\n1.\n ubat-ubatan;\n 2.\n bahan (seperti ganja, heroin, marijuana, dan sebagainya) yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan (merosakkan kesihatan, membawa maut, dan lain-lain);\npendadah\n tempat menyimpan dadah (ubat-ubatan)." "dadak I\nmendadak\n (dengan) tiba-tiba, (dengan) tidak disangka-sangka, (dengan) serta-merta:\nia berangkat dengan ~; \nperubahan ~;\n~ sontak \nsangat tiba-tiba, serta-merta." "dadak II\n= kedadak I & II." "dadap I\n[sastera lama] perisai bulat yang dibuat daripada rotan atau kulit kayu." "dadap II\nsejenis tumbuhan (pokok);\n= dedap." "dadar\n1.\n = \nkuih ~ \nsejenis kuih biasanya berinti kelapa yang kulitnya dibuat daripada tepung gandum bercampur telur dan lain-lain;\n2.\n = \ntelur ~ \ntelur yang dipukul dan digoreng nipis;\nmendadar\n membuat dadar;\n \n~ telur \nmenggoreng nipis-nipis telur yang sudah dipukul." "dadek\n[Minangkabau] [arkaik];\nterdadek\n tersesat." "dadi\n[arkaik] dadih." "dadih\nair susu (kerbau, lembu, dan lain-lain) yang pekat atau telah dikentalkan;\n \nkepala ~ \nbahagian dadih yang di sebelah atas;\n \n~ darah \ndarah yang pekat (kental);\n \n~ jalang \nsusu yang baik;\n \n~ kering \nmentega;\n \n~ pekat \nsusu yang pekat (kental);\n \nmengajar orang tua makan ~ \n(peribahasa) mengajar orang yang lebih pandai." "dadu I\n1.\n sejenis kiub yang bertanda titik (dari satu hingga enam) pada kesemua permukaannya (biasanya digunakan dalam perjudian);\n2.\n = \n~ putar \n= \n~ pusing \n= \n~ sintir \nsejenis alat judi yang boleh diputarkan (dipusing);\n3.\n kiub (benda berbentuk segi empat yang mempunyai enam permukaan)." "dadu II\nwarna) merah muda:\nbunga raya ~; \npipinya yang berwarna ~." "daduh\nmendaduh, mendaduhkan\n menidurkan anak dengan bernyanyi, mengulit(kan), mendodoikan, mendondong;\ndadung." "daduk\nmendaduk\n meminta sedekah, mengemis;\npendaduk\n peminta sedekah, pengemis." "dadung\nberdadung\n bernyanyi untuk menidurkan anak, berulit;\nmendadung, mendadungkan\n menyanyikan anak supaya tidur, mengulit(kan), mendodoikan, mendondong;\ndaduh." "daeng\ngelaran Bugis." "daerah\n1.\n lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara):\nSabah dan Sarawak termasuk dalam ~ Malaysia;\n2.\n bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yang mempunyai sempadannya untuk kemudahan pentadbiran:\nnegeri Melaka terbahagi kepada tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah;\n~ Temerloh; \npegawai ~ \npegawai kanan kerajaan yang mengurus pentadbiran sesebuah daerah (dalam bidang-bidang tertentu);\n3.\n kawasan yang mempunyai iklim (penduduk, hasil dan lain-lain) yang sama:\n~ hawa panas;\n~ orang asli;\n4.\n kawasan yang berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dan lain-lain):\n~ darurat;\n~ tentera; \n5.\n [kiasan] skop, bidang:\n menyimpan rahsia termasuk dalam ~ amanah;\n~ mata air \ndaerah yang mendapat (bekalan) air dari mata air;\n \n~ pedalaman \ndaerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu;\n \n~ seberang laut(an) \ndaerah jajahan;\n \n~ sungai \nkawasan yang mendapat air dari sungai;\n \n~ takluk \ntanah jajahan;\n \n~ tidak bertuan \ndaerah yang tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan);\nsedaerah\n1.\n berasal dari (berada atau terletak di) daerah yang sama;\n2.\n mengenai satu daerah sahaja, setempat;\nkedaerahan\n yang tertumpu pada atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menyeluruh):\nia perlu menyingkirkan faham ~nya; \npengajaran dalam ilmu kesihatan harus bersifat ~." "dafah\n[Arab], [sastera lama] hantaran perkahwinan:\nia mengarak ~ yang indah-indah seperti raja kahwin." "dafnah\n[arkaik] sejenis tumbuhan (pokok kecil) yang daunnya dibuat mahkota pahlawan." "dafodil\nsejenis bunga kuning berbentuk loceng, yang bertangkai panjang yang terdapat di negara yang mempunyai empat musim." "daftar\nsusunan (nama, barang, dan lain-lain) yang ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai:\n~ buku;\n~ istilah baru;\n~ nama pengundi;\n~ hitam \nsenarai orang yang dianggap berbahaya (disyaki jahat);\nberdaftar\n mempunyai daftar, termasuk (tercatat) dalam daftar;\n \nsurat\n \n~\n surat yang telah dicatatkan dalam daftar (untuk layanan istimewa dalam urusan pengirimannya);\nmendaftar, mendaftarkan\n memasukkan (mencatatkan) dalam daftar, mengurus supaya tercatat dalam daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yang diperlukan):\npara peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; \nibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yang layak masuk ke sekolah;\nterdaftar\n sudah tercatat (tertulis) dalam daftar;\npendaftaran\n perihal mendaftarkan, tindakan atau urusan dan sebagainya mencatatkan (merakamkan) dalam daftar:\nKesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kerajaan; \npejabat ~ \npejabat tempat mendaftar (untuk kelahiran, kematian, dan sebagainya);\npendaftar\n pegawai yang bertanggungjawab tentang (atau yang mengurus) pendaftaran, orang yang mendaftar(kan)." "daga I\n~-dagi \nberbagai-bagai perbuatan menentang perintah;\nmendaga\n menentang (membantah) perintah;\n=dahagi I." "daga II\n[arkaik] haus;\n= dahaga I." "dagang I\n1.\n (berasal) dari tempat lain atau dari luar negeri (berkenaan (dengan) orang, barang, dan lain-lain), asing:\ndengan perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; \nanak ~ \norang asing, orang yang berasal dari tempat (negeri) asing;\n \nberas ~ \nberas yang diimport dari luar negeri;\n \norang ~\na) orang asing;\n b) orang yang berniaga, saudagar;\n \npegawai ~\n pegawai yang bertugas di negeri orang;\n2.\n orang yang merantau atau mengembara, perantau:\nakan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; \norang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; \n3.\n perniagaan, jual beli:\naku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; \ntanaman ~\n tanaman yang hasilnya diperniagakan;\n4.\n barangan untuk diperniagakan, barang jualan:\nmaka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah;\n~ melarat\n orang yang merantau dan hidup menderita di tempat orang;\n \n~ piatu \norang asing seorang diri (sebatang kara);\n \n~ senteri \nberbagai-bagai orang asing yang mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dan lain-lain);\nlaki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan \n(peribahasa) urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain;\n \nperahu bertambatan, ~ bertepatan \n(peribahasa) melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempatnya;\nberdagang\n1.\n menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dengan pembeli atau penjual dari tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli:\nmereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; \ndia memperoleh banyak keuntungan dengan ~; \n2.\n = \n~ diri \nhidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain:\nsungguh-sungguh tidak disangka orang luar yang datang ~ ini menghitamkan kampung yang putih bersih itu;\nmendagangkan, memperdagangkan\n menjadikan (barang dan lain-lain) sesuatu untuk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing):\nrupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sebagai menjual kambing, lembu, atau ayam itik; \nNakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain;\ndagangan\n barang-barang yang diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing):\npada ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak;\n~ bersambut \na) dagangan yang diambil dengan berhutang;\n b) dagangan yang diamanahkan;\n \n~ cergas \nurus niaga di pasaran saham dan sebagainya yang secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yang besar;\n \n~ keluar\n barang yang dieksport;\n \n~ lembap \nurus niaga di pasaran saham dan sebagainya yang sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat untuk memasuki pasaran atas sebab tertentu;\n \n~ masuk\n barang yang diimport;\n \n~ bersambut yang dia jual \n(peribahasa) cerita dari orang lain yang diceritakannya kembali;\nperdagangan\n perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara):\ncukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; \nusaha-usaha untuk memajukan ~ antara negara-negara yang sedang maju;\n ~ antarabangsa \nperdagangan antara negara-negara di dunia ini;\n \n~ bebas\n perdagangan antarabangsa yang tidak dikenakan sebarang sekatan seperti kuota atau tarif terhadap barang import dari sesebuah negara;\n ~ entrepot\n perdagangan mengimport barang untuk dieksport semula (seperti yang dijalankan di pelabuhan seperti Singapura, Hong Kong, dan lain-lain);\n \n~ gelap \nperdagangan yang dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dan lain-lain);\npedagang\n orang yang menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dengan negeri asing), orang yang berdagang, saudagar:\nkapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan daripada merapati pantai negeri Jepun;\n~ borong \npedagang yang menjual dagangan secara borong kepada pekedai;\n \n~ kecil \npedagang yang berdagang dengan modal yang kecil;\n \n~ perantara \npedagang yang menjual barang-barang daripada saudagar besar kepada saudagar kecil, pedagang yang berlaku sebagai orang tengah;\n \n~ runcit\n orang yang menjual barang-barang terus kepada umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dengan sedikit-sedikit." "dagang II\n[Minangkabau];\nmendagang\n memikul, mengusung;\ndagangan\n barang-barang yang dipikul;\npedagang\n benda (seperti kandar) yang digunakan untuk memikul." "dagel\n[Jawa];\ntukang ~ \n= \ndagelan\n orang yang berjenaka, pelakon yang membuat orang ketawa, pelawak;\nmendagel\n melawak, berjenaka (untuk membuat orang ketawa)." "dagi\ndaga-~ \nberbagai-bagai perbuatan menentang perintah;\nmendagi\n menentang (membantah) perintah;\npendagi\n orang yang menentang perintah;\n= daga I, dahagi I." "daging\n1.\n isi (pada manusia atau binatang) di antara kulit dengan tulang:\n~ lembu;\n~ kambing;\n~ paha\n daging pada paha;\n2.\n isi buah yang lembut (bahagian di antara kulit dengan biji buah):\nbuah embacang itu tebal ~nya; \n3.\n tubuh manusia (sebagai imbangan jiwa dan batin);\n~ asap \ndaging yang dikeringkan dan diawet dengan asap;\n \n~ asin\n daging yang digarami;\n \n~ basah\n daging yang baru (dari binatang yang baru disembelih);\n \n~ batang pinang \ndaging (lembu, kerbau dan sebagainya) lembut dan kurang lemak (berkualiti tinggi) daripada bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dengan tulang paha;\n \n~ kain \nsusunan benang pada kain;\n \n~ kancing \nhujung daging yang keras dan liat;\n \n~ menempel \nketuat, mata ikan;\nbangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ \n(peribahasa) iri hati melihat kelebihan orang lain;\n \nsebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga \n(peribahasa) membersihkan nama kaum kerabat daripada celaan;\nberdaging\n1.\n mempunyai daging, gemuk;\n2.\n ki kaya;\n \n(sudah) tidak ~ lagi \nsudah kurus benar atau sudah jatuh miskin;\nmendaging\n1.\n menjadi (seperti) daging:\nisi durian itu sudah mula ~ ayam; \n2.\n mulai sembuh (berkenaan (dengan) luka dan sebagainya):\nlukanya sudah mula ~;\nterdaging\n1.\n sampai ke daging (berkenaan (dengan) hirisan dan sebagainya);\n2.\n [kiasan] sangat melukai hati." "dagu\n1.\n bahagian muka di sebelah bawah mulut;\n \n~nya seperti lebah bergantung \nki dagu yang cantik;\n2.\n bahagian sesuatu yang menyerupai dagu;\n \n~ keris\n hujung ganja keris;\n \nseperti janggut pulang ke ~\n (peribahasa) kena pada tempatnya." "dagun\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), akar mentadu, akar putat, \nGnetum tenuifolium." "dah I\nsingakatan bagi sudah:\n~ lama kami cari rumah, tidak dapat." "dah II\ntugas, dinas." "dahaga I\n1.\n berasa kering kerongkong dan hendak minum, haus;\n2.\n keinginan keras hendak minum, haus;\n \nmelepaskan (menghilangkan) ~ \nminum (banyak-banyak) sehingga tidak haus lagi;\n3.\n ki sangat ingin akan sesuatu:\nanak kecil itu begitu ~ akan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya; \nanak-anak Melayu yang ~ akan ilmu pengetahuan;\nberdahaga\n menanggung rasa dahaga:\n dia sentiasa mengasingkan diri daripada orang ramai dan sentiasa berlapar dan ~;\nmendahagai\n dahaga akan, sangat inginkan, mahukan (sesuatu) dengan amat sangat:\nia ~ pujukan mesra;\n~ kasih sayang;\nmendahagakan\n menyebabkan berasa dahaga (haus), menghauskan;\nkedahagaan\n perihal dahaga, kehausan, keinginan (akan sesuatu)." "dahaga II\n~-dahagi; \ndahagi I." "dahagi I\npertentangan terbuka terhadap pihak berkuasa;\n \ndahaga-~ \nberbagai-bagai pertentangan terhadap pihak berkuasa;\nmendahagi\n menentang pihak berkuasa;\npendahagi\n orang yang menentang pihak berkuasa." "dahagi II\n[Kedah], [Perlis] degil:\nbudak itu ~ sangat." "dahak\ngelema (lendir) yang keluar dari kerongkong ketika batuk, kahak;\nberdahak, mendahak\n mengeluarkan dahak, berkahak, mengahak." "daham\nbatuk kecil biasanya disengajakan (kerana hendak menarik perhatian orang dan sebagainya);\nberdaham\n berbatuk kecil (mengeluarkan bunyi hem, hem):\napabila terdengar ayahnya ~, Ahmad terhenti daripada bermain-main; \ndeham" "dahan I\nbahagian yang tumbuh dari batang pokok;\n \n~ pembaji batang \n= \nbaji membelah ~ \n(peribahasa) berbudi kepada orang dengan menggunakan perbelanjaan orang itu sendiri;\nberdahan\n mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya:\npokok yang ~." "dahan II\n= pendahan." "dahanam\n[Kedah], [Kelantan] bunyi yang kuat, bergempa;\nberdahanam\n berbunyi dengan kuat." "dahar\nmendahar\n1.\n (Sunda) makan;\n2.\n [Jakarta] santap." "dahara\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nFicus recurva." "dahat\n[Kelantan] palang, salib." "dahi\n1.\n bahagian muka di antara kening dengan kaki rambut:\n~nya berkerut; \nbulu ~ \nkening;\n \n~nya kiliran taji\n [kiasan] dahinya licin;\n \n~nya sehari bulan \nki kaki rambutnya melengkung seperti bulan sehari;\n2.\n [kiasan] bahagian depan (sesuatu) yang boleh disifatkan sebagai dahi;\n \n~ layar \nkayu pada tiang untuk menguatkan layar;\nbiar ~ berluluk asal tanduk mengena \n(peribahasa) biar bersusah payah asal maksud tercapai;\n \nsiapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga \n(peribahasa) siapa pun yang berkuasa, aku tetap menghormatinya." "dahiat\n[Arab] kecelakaan, kemalangan." "dahina\n[sastera lama] (siang) hari." "dahlia\ntumbuhan (berasal dari Amerika Tengah) yang akarnya berumbi dan bunganya berwarna-warni, \nDahlia pinnata." "dahri, dahriah\n[Arab];\nkaum ~ \nkaum yang mempercayai bahawa alam ini sedia wujud (tiada penciptanya)." "dahsyat\n1.\n menakuntukan, mengerikan:\nmencapai sesuatu dengan membunuh orang ialah cara yang sangat ~ dan mengerikan; \nkemalangan jalan raya yang ~;\n2.\n [Kelantan] takut (ketakutan), ngeri:\ntakut dan ~lah ia;\n3.\n hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dan lain-lain):\n~ betul engkau ini, engkau lebih tolol daripada adikmu; \nletupan yang ~ kuatnya;\n~ betul harga barang-barang di kedai itu;\nmendahsyat\n menghebat, menjadi-jadi: \npeperangan semakin ~;\nmendahsyatkan\n1.\n menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakuntukan, mengerikan:\nkeadaan yang sebenarnya sangat ~ hatinya;\n2.\n menghebatkan, memburukkan, menerukkan:\nkejadian-kejadian demikian ~ lagi keadaan;\nmemperdahsyat\n1.\n menjadikan bertambah takut atau ngeri;\n 2\n. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat;\nkedahsyatan\n1.\n ketakutan, kengerian;\n2.\n kehebatan:\n~ serangan yang dilancarkan; \n3.\n kehairanan, keajaiban:\nmereka melihat keindahan dan ~ dunia di sekeliling mereka." "dahuk\n[Kedah] terlalu ingin akan hak orang lain (lebih buruk daripada tamak atau haloba)." "dahulu\n1.\n yang telah lepas (berlalu), yang telah lampau, yang lalu:\nbeberapa hari ~; \ntiga tahun ~; \nzaman ~ \n(pada) zaman atau jangka masa yang sudah lama berlalu;\n2.\n pada masa (waktu) yang telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya:\n~ dia berkhidmat dengan kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank;\n~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang;\n3.\n pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika:\nkita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; \nberehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; \n4.\n lebih awal (daripada sesuatu), sebelum;\n \n~ daripada itu \nsebelum itu;\n \nkelmarin ~ \nhari sebelum kelmarin, dua hari yang lalu;\n5.\n (yang) paling depan, di hadapan sekali:\ndia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; \n6\n. paling awal, pertama sekali (lebih awal daripada yang lain):\ndia yang sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yang kedua pula sampai;\nberdahuluan, berdahulu-dahuluan, dahulu-mendahului\n berkejar atau berlumba hendak sampai (dapat dan lain-lain) dahulu:\nkedua-dua budak itu ~ ke ribanya;\nmendahului\n1.\n membuat (melakukan dan sebagainya) lebih awal atau dahulu daripada (lawan, saingan, dan sebagainya):\nRusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; \n2.\n melakukan (sesuatu) lebih awal daripada segala sesuatu yang lain, memulai:\n~ ucapan dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;\nmendahulukan\n1.\n membuat sesuatu lebih awal daripada yang lain:\n perintah Allah harus didahulukan daripada kerja sendiri; \n2.\n memberikan keutamaan (layanan terawal dan sebagainya) kepada:\norang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua;\nterdahulu\n1.\n yang lebih dahulu atau lebih awal, yang mula-mula, yang sudah ada (bergiat dan sebagainya) sebelum golongan dan sebagainya yang sekarang ini:\nsetengah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yang ~; \n2.\n sebelum (yang lain), lebih awal daripada yang lain:\nsiapa yang datang ~ mendapat tempat di hadapan;\nkedahuluan\n1.\n perihal terdahulu;\n2.\n [Jakarta] didahului, terlambat, terlewat;\nketerdahuluan\n perihal terdahulu:\n~ Allah atas alam;\npendahuluan\n1.\n permulaan;\n \nkata ~ \nketerangan di permulaan buku oleh pengarangnya;\n2.\n = \nbayaran ~\n bayaran (yang merupakan sebahagian daripada harga sesuatu) yang dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;\npendahulu\n1.\n orang dan lain-lain yang mendahului;\n 2.\n yang terdahulu:\nyang memperbezakan sistem antarabangsa sezaman daripada sistem-sistem ~nya\n." "dahulukala\npada) zaman atau jangka masa yang sudah lama berlalu." "dai\n[Arab] pendakwah." "daif\ncacat, hina, lemah:\norang yang ~;\nmendaifkan\n memandang rendah (hina), menghinakan:\ntidak guna ~ orang yang lemah;\nkedaifan\n perihal daif, kehinaan, kekurangan, kelemahan." "daih\nmendaih\n [Kedah] menghalang (menahan) kaki seseorang supaya jatuh:\ndia ~ kaki saya." "daik\nbenteng atau tembok, biasanya dibuat daripada tanah untuk membendung air." "dail\ncakera pada telefon yang ditandai dengan nombor yang diputar sewaktu menghubungi seseorang;\nmendail\n memutar dail atau menekan butang bernombor pada telefon sewaktu hendak menghubungi seseorang." "daim\n[Arab] abadi, kekal selama-lamanya." "daiman\n1.\n lambang berbentuk wajik berwarna merah pada daun terup;\n2.\n daun terup yang mempunyai lambang ini." "daing I\n= daeng." "daing II\nikan (daging ) yang dikeringkan;\nminta darah pada ~ \n(peribahasa) meminta pertolongan daripada yang tidak berupaya menolong." "daisi\nsejenis bunga kecil, biasanya tumbuh liar di negara Eropah, berwarna putih dengan tengahnya berwarna kuning." "daitia\n= datia." "dajal\n[Arab]\n1.\n makhluk yang akan muncul untuk menyesatkan manusia sebelum terjadi kiamat, tetapi akhirnya dapat dibunuh oleh Nabi Isa as;\n2.\n [kiasan] (orang yang) berperangai jahat (penipu dan lain-lain), buruk (berkenaan (dengan) sifat, kelakuan);\n \n~ sungguh fiilnya \nburuk sungguh perangainya;\n \nanak ~ \nanak yang jahat." "dajat\n[Kedah] ejek, perli, usik." "dak\n[kependekan] tidak;\n \nbuat ~\n buat tidak tahu;\n \n~-dek \n[Kelantan] tidak sedikit pun, bukannya;\n \n~-keneh\n [Kelantan] bukankah begitu, iakah." "daka, dakah\n[Arab] papan penutup liang lahat;\n \nmengarak ~ \nperubahan perangai bagai orang yang hampir mati." "dakap\n~ diri\n [kiasan] orang yang malas bekerja;\nberdakap\n berpeluk (untuk melepaskan rindu dendam dan sebagainya);\n \n~ tubuh \n= \n~ tangan \na) berpeluk tubuh;\n b) tidak bekerja, tidak membuat apa-apa;\nberdakap-dakapan\n saling berdakap, berpeluk-pelukan:\ndua orang kekasih yang ~ di tempat sunyi;\nmendakap\n memeluk;\ndakapan\n pelukan;\nsependakap\n sepemeluk:\npohon itu ~ besarnya." "dakar\n1.\n berani, cekal hati:\npendekar yang ~; \n2.\n berani membuat sesuka hati, degil, keras kepala:\nengkau terlalu ~;\nberdakar-dakar; \ncakapnya ~ \ncakapnya besar." "dakelin\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), ari-aring, aring-aring, dawah, keremak hutan, rumput kunang putih, \nEclipta alba." "dakhil\n[Arab]\n1.\n yang di dalam (tidak zahir), yang mengenai batin;\n \npenyakit ~ \npenyakit batin, penyakit dalam badan;\n2.\n [arkaik] terlalu karib, rapat benar." "daki I\nkotoran yang melekat pada badan (pakaian dan lain-lain);\n \nmembuang ~\n membersihkan daripada daki;\n \n~ dunia\n harta dunia (yang tidak boleh dibawa mati);\nnyamuk ditepuk menjadi ~\n (peribahasa) tidak berfaedah melawan orang lemah, kerugian yang bertimpa datangnya." "daki II\nmendaki\n \n1.\n memanjat (gunung, bukit, dan sebagainya):\npengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; \n2.\n menuju ke puncak (gunung, bukit, dan sebagainya) atau ke bahagian yang makin tinggi:\njalan kecil yang berliku ~ bukit Seri Melaka; \n3.\n makin menaik atau meninggi:\nmemandu kereta mengikut jalan yang ~;\nmendakikan\n memanjatkan, menaikkan, memajukan;\nterdaki\n dapat mendaki (didaki):\ndia tidak ~ bukit yang setinggi itu;\npendakian\n1.\n perihal atau perbuatan mendaki, pemanjatan;\n2. = dakian\n tempat yang mendaki (menaik):\ntidak usah kita tertawa pada waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;\nberpendakian\n mempunyai tempat mendaki:\ndi sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;\npendaki\n orang yang mendaki;\n \n~ gunung\n orang yang mendaki gunung." "dakon\n[Jawa];\n(ber)main ~ \nbermain congkak." "dakron\ntanda dagang untuk sejenis gentian tekstil sintetik:\nSamad berseluar ~ coklat." "daksina\n[sastera lama] selatan;\n \ndari ~ datang ke paksina \ndari selatan hingga ke utara." "daktil\n1.\n (Biologi) jari tangan atau jari kaki;\n2.\n (Kesusasteraan) ruas pola irama yang terdiri daripada satu suku kata panjang (bertekanan) yang diikuti oleh dua suku kata pendek (tak bertekanan)." "daktilitis\n(Perubatan) radang pada jari tangan atau kaki." "daku\naku (terutama apabila perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n):\nakan ~; \ndengan ~; \nmaafkan ~." "dakwa\naduan (tuntutan, tuduhan) yang dikemukakan di mahkamah;\nkena ~ \ndituntut (dituduh) dalam perkara;\n \n~-dakwi \nberbagai-bagai aduan (tuntutan, tuduhan);\nberdakwa\n sl\n1.\n sedang dalam pembicaraan, berbicara:\nmaka Naina Sura Dewana pun ~ dengan Raja Mendaliar; \n2.\n sedang dalam urusan perkara (sedang dituntut hakim dan lain-lain), sedang menghadapi tuntutan (tuduhan), berperkara:\nkerana sebab ~ ini tuan hamba mengupah hamba;\nmendakwa\n1.\n mengemukakan tuduhan (aduan, tuntutan) terhadap seseorang dan lain-lain ke mahkamah (untuk pengadilan), mengemukakan (seseorang dan lain-lain yang dituduh) di mahkamah (untuk dibicarakan):\nsesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara boleh didakwa di mahkamah;\n2.\n mengatakan atau mengemukakan sesuatu sebagai satu kenyataan atau kebenaran, mengaku:\norang Quraisy ~ agama merekalah yang benar; \nmereka ~ telah melihat beberapa orang awam ditembak mati oleh pemberontak itu;\nmendakwai\n menuntut (hak dan lain-lain);\nmendakwakan\n menuntut (sesuatu), menuduhkan;\nterdakwa\n orang atau pihak yang didakwa (dituntut mahkamah);\ndakwaan\n1.\n tuduhan (tuntutan, aduan) yang dikemukakan untuk diadili (di mahkamah):\nsesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah dimajukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis;\n2.\n sesuatu yang dikatakan (dikemukakan dan sebagainya) supaya diterima sebagai satu kenyataan atau kebenaran:\nbeliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dalam satu sidang akhbar;\npendakwaan\n perbuatan mendakwa, pengemukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan):\nInspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu;\npendakwa\n (orang, pihak) yang mendakwa:\npihak ~ dijangka akan memanggil lebih daripada 20 orang saksi;\n~ raya \npegawai yang mendakwa bagi pihak kerajaan\n." "dakwah\n1.\n kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerimasesuatu kepercayaan;\n \ngolongan ~ \ngolongan (kumpulan) yang bergiat dalam dakwah;\n \n~ songsang \n[bahasa percakapan] penyampaian atau penyebaran ajaran yang bertentangan dengan syariat-syariat Islam;\n2.\n [bahasa percakapan] patuh kepada (mengikut) ajaran agama Islam dengan lebih sempurna (sebagaimana yang kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dan lain-lain):\ndulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi sekarang ini sudah ~;\nberdakwah\n menjalankan kegiatan menyebarkan sesuatu kepercayaan;\nmendakwahi\n berdakwah kepada:\nTok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yang berambut panjang itu;\nmendakwahkan\n menyebarkan sesuatu kepercayaan:\nRasulullah ~ Islam sebagai Din yang menjamin tamadun manusia;\npendakwahan\n perihal mendakwahkan, penyebaran atau penyampaian ilmu agama:\n tamadun yang tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas daripada menjadi objektif ~ golongan fundamentalis;\npendakwah\n orang (golongan) yang berdakwah." "dakwat\n1.\n cecair berwarna (merah, hitam, dan sebagainya) yang digunakan untuk menulis, tinta;\n \n~ emas \ntinta berwarna emas;\n2.\n cecair berwarna hitam yang dikeluarkan oleh sotong, kurita, dan lain-lain (untuk menyembunyikannya daripada pemangsa);\n \nbagai ~ dengan kertas \n(peribahasa) tidak pernah bercerai (seperti suami isteri yang saling mencintai);\nberdakwat\n1.\n ada atau berisi dakwat:\npen saya tidak ~; \n2.\n dilumuri dakwat;\n \nalang-alang ~ biarlah hitam\n (peribahasa) berbuat sesuatu jangan alang kepalang." "dakyah\n= diayah." "dal I\n1.\n huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat);\n2.\n huruf kesembilan abjad Jawi." "dal II\ntahun kelima dalam daur kecil (windu)." "dal III\nkacang ~\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), kacang kayu, \nCajanus cajan." "dala\nsejenis tumbuhan (pokok), kelumbai, \nCrataeva macrocarpa." "dalal\n1.\n [Arab] orang tengah, wakil penjual, ejen;\n \n~ surat khabar\n wakil penjual surat khabar;\n2.\n bayaran (biasanya peratusan) yang dibayar kepada ejen, jurujual yang menjalankan perniagaan atauyang memberikan perkhidmatan, komisen:\n~ antara 15% hingga 25% daripada harga buku diberikan kepada penjual." "dalalah I\n[Arab] perempuan yang mendapat upah kerana menemukan laki-laki dengan perempuan, barua, jaruman, pinang muda." "dalalah II\n[Arab] penerangan yang benar tentang Quran (tentang makna dan sebagainya yang terdapat di dalamnya);\ndalil." "dalalat\n[Arab] (ajaran) yang salah atau sesat." "dalam I\n1.\n jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dari permukaan (air, tanah, dan sebagainya), jarak (jauhnya) ke tengah dari tepi atau pinggir sesuatu:\n~ perigi itu kira-kira empat meter;\n2.\n jauh ke bawah atau ke dasar dari permukaan (air, tanah, dan lain-lain) atau jauh ke tengah dari tepi atau pinggir (hutan dan lain-lain), jauh jaraknya di antara paras permukaan dengan dasar, tidak cetek:\nlubang itu ~ sungguh; \njangan suka berenang di tempat yang ~;\n3.\n bukan sedikit, tidak sempit, lebih daripada sekadar yang perlu sahaja:\ndia mempunyai pengetahuan yang ~ tentang hal itu; \n4.\n mengandungi makna yang tidak mudah difahami (berkenaan (dengan) perkataan, ungkapan, dan sebagainya), lebih daripada yang terzahir:\nperkataan ini ~ maknanya; \n5.\n tidak ceper (leper), jeluk (berkenaan (dengan) pinggan atau piring);\n6.\n bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dan lain-lain) yang lawannya luar:\ndiambilnya sepucuk surat dari ~ laci itu dan dihulurkannya kepada saya; \ndia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; \n7.\n yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu (seperti negeri, keluarga, dan lain-lain) itu sendiri:\nurusan ~ negeri; \nmasalah ~ keluarga; \n8.\n yang tidak nampak atau ketara dari luar:\npenyakit ~; \n9.\n yang dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya:\nbaju ~; \nseluar ~;\n~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba)\n (peribahasa) berpada dengan yang sedikit;\nsedalam\n mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yang dinyatakan):\ndigalinya lubang ~ kira-kira dua meter;\nsedalam-dalamnya\n1.\n seberapa dalam yang mungkin:\nmenggali ~; \n2.\n dengan seberapa teliti atau terperinci:\nperlu difikirkan ~ cadangan yang dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;\nberdalam-dalam\n makin menjadi dalam (merebak, meluas, dan sebagainya), menjadi-jadi;\nmendalam\n1.\n menjadi dalam atau lebih dalam (berkenaan (dengan) lubang dan sebagainya), bertambah dalam:\nlukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; \n2.\n menjadi kukuh dan tidak mudah luput (berkenaan (dengan) perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dan lain-lain), menjadi berat, melarat (berkenaan (dengan) penyakit dan lain-lain):\nperasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; \nkebencian yang ~; \ntradisi lama di kampungku terlalu ~; \n3.\n sampai ke peringkat yang terperinci (berkenaan (dengan) kajian dan sebagainya), luas dan teliti (meliputi banyak aspek):\nkajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;\nmendalami, memperdalami\n berusaha untuk mengetahui (sesuatu) dengan lebih luas dan terperinci dengan mempelajari (mengkaji, menyelidik, dan sebagainya) dengan teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dan sebagainya tentang sesuatu):\nmereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab untuk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; \nmasing-masing ~ bidang yang diminatinya;\nmendalamkan\n1.\n menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dan lain-lain):\nbeberapa orang pekerja sedang ~ telaga;\n2. = memperdalam\n [kiasan] menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dan sebagainya):\nia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; \nperkembangan profesional memberi fokus kepada intelektualisme, iaitu kepada memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;\ndalaman\n1.\n isi perut;\n2.\n yang tersembunyi dan tidak mudah difahami (berkenaan (dengan) makna ayat, kata-kata, dan sebagainya):\nkita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yang diucapkannya itu; \n3.\n (yang) berkaitan dengan atau perlu diuruskan dan sebagainya oleh sesuatu organisasi itu sendiri;\n \nstruktur ~ \n(Linguistik) (dalam tatabahasa generatif) gambaran yang diandaikan terdapat dalam struktur sesuatu ayat pada peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungaan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);\nkedalaman\n1.\n perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dan lain-lain):\nkedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; \n2.\n [arkaik] terlalu dalam;\npedalaman\n daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu:\ndia menjadi orang yang paling berpengaruh di daerah ~; \npenjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;\npendalaman\n perihal mendalamkan, tindakan (proses dan lain-lain) mendalamkan." "dalam II\n1.\n antara, di kalangan:\n~ mereka yang bertiga belas itu ada yang bergirang-girang; \n2.\n di dalam (bukan di luar lingkungan dan sebagainya sesuatu):\n~ Wilayah Persekutuan;\n~ bidang mata pelajaran tersebut;\n3.\n sambil:\n~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; \n4.\n pada waktu (tertentu):\nkita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; \ndia masih ~ pantang lagi;\n~ idah \nmasa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yang baru menjadi janda);\n \n~ negeri \n(dalam) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja;\n \n~ tangan\n dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;\n~ dua tengah tiga \n(peribahasa) tidak jujur;\n \nkilat di ~ kilau \n(peribahasa) tujuan (maksud) yang terkandung dalam percakapan atau tingkah laku." "dalam III\n[sastera lama] istana, kawasan istana raja:\nbahasa ~ \nbahasa yang digunakan di kalangan raja atau golongan istana (seperti beradu, santap, dan lain-lain);\n \nbudak ~ \npesuruh raja;\nkedalaman\n [sastera lama] istana, rumah-rumah dalam kawasan istana;\n \nbahasa ~ \nbahasa kehormatan untuk raja-raja." "dalang\n1.\n tukang cerita (dalam wayang kulit), orang yang memainkan wayang kulit (dengan menggerak-gerakkan patung yang menjadi watak cerita sambil bercerita):\n~ itu pun berwayanglah lakon Pendawa Jaya; \n2.\n [kiasan] orang yang memimpin (mengatur langkah dan sebagainya) sesuatu gerakan secara sulit atau dengan sembunyi-sembunyi:\nsiapakah ~nya di belakang gerakan ini?;\n~ politik \norang yang merancang, mengatur, memimpin dan sebagainya sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi:\n terlalu banyak ~ politik yang bermain di sebalik tabir politik parti;\nmendalang\n memainkan wayang kulit:\npada perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang untuk ~;\nmendalangi\n memimpin (mengatur langkah dan sebagainya) sesuatu gerakan secara sulit atau dengan sembunyi-sembunyi:\norang yang ~ pemberontakan itu sedang dicari-cari;\nmendalangkan\n1.\n bermain (mempertunjukkan) wayang kulit;\n2. = mendalangi\n;\npendalangan\n perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang)." "dalca\nsejenis masakan cara India (gulai daging, udang, dan sebagainya bercampur kacang dal, terung, ubi kentang dan lain-lain)." "daldaru\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPsychotaria sarmentosa." "dalfin\n= dolfin." "dali-dali\nsejenis tumbuhan (pokok), bayam badak, \nStrombosia javanica." "dalih\nalasan (jawaban) yang diberikan untuk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri daripada sesuatu tugas (tanggungjawab dan sebagainya), helah, muslihat:\nitu cuma satu ~nya sahaja; \nhendak seribu daya, tak hendak seribu ~ \n(peribahasa) jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya;\nberdalih\n memberi alasan atau helah (untuk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri daripada sesuatu tugas, tanggungjawab, dan sebagainya):\njangan engkau hendak ~ pula Kasim; \napabila disoal dia cuba ~;\nberdalih-dalihan\n tuduh-menuduh (kata-mengata) untuk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dengan menyalahkan yang lain);\nmendalihkan\n mengemukakan (mengatakan) sesuatu sebagai dalih, menggunakan helah:\nia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi;\npendalih\n orang yang suka berdalih." "dalik I\n= dolak-dalik." "dalik II\nlicin ~;\n \nlicin I." "dalil\n1.\n keterangan (yang menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yang berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, alasan (bagi sesuatu kebenaran):\nkami tidak mempunyai ~ untuk menunjukkan kebenaran kenyataan yang kedua itu; \n2.\n tanda, alamat;\n \n~ al-hayat \ntanda hidup (surat dan lain-lain);\nberdalil\n mempunyai dalil, beralasan, mentafsirkan (Quran);\nberdalilkan\n berdasarkan atau menggunakan sesuatu sebagai dalil:\nbeliau memberikan pendapat yang ~ hadis;\nmendalilkan\n menerangkan (mempertahankan pendapat) dengan dalil:\ndia ~ setiap hujahnya;\npendalilan\n perihal mendalilkan:\n~ yang sopan dan pencapaian yang intelektual akan menghala ke satu perjalanan yang cerah\n." "daling\nsuling-~ \ntunggang-langgang;\n= suling III." "dalu I\n[Jakarta] = \nkedaluan\n terlalu masak (berkenaan (dengan) buah-buahan), ranum." "dalu II\n= dalu-dalu, dedalu\n sejenis tumbuhan (pokok), \nHenslowia umbellata;" "dalu-dalu, dedalu\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), dalu;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nSalix tetrasperma;\n~ api laut\n sejenis tumbuhan (pokok), kepala beruk, \nHydnophytum formicarium;\n~ umping \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), api-api, selarapi, seri sebulan, \nViscum orientale\n." "daluang\n[arkaik] [sastera lama] kain daripada kulit kayu;\n \n= jeluang." "dalung\ndulang besar yang berkaki (dibuat daripada logam):\nsama santap di atas ~ perak, pinggan emas, mangkuk suasa." "daluwarsa\n= kedaluwarsa." "dam I\n1. = damdam\n sejenis permainan untuk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yang berpetak-petak segi empat (seperti papan catur);\n \nbuah ~ \nkepingan-kepingan yang digunakan (digerakkan) ketika bermain dam;\n \npapan ~ \npapan yang digunakan dalam permainan dam (berpetak-petak segi empat);\n2.\n bercorak tapak catur." "dam II\ndenda yang dikenakan kepada jemaah haji yang melanggar peraturan-peraturan tertentu sewaktu mengerjakan haji." "dam III\nbunyi seperti bunyi gendang." "dam IV\n[Perlis] ganja." "damah\n= damas." "damai\n1.\n tidak berperang atau serang-menyerang (berkenaan (dengan) perhubungan antara negara, puak dan lain-lain), tidak bermusuhan atau berselisihan (berkenaan (dengan) perhubungan antara manusia);\n \nhidup (aman) ~\n hidup dalam keadaan yang bebas daripada permusuhan (perselisihan, pertikaian, dan sebagainya);\n \nmenyelesaikan sesuatu secara ~ \nmenyelesaikan sesuatu tanpa kekerasan (menerusi perundingan dan sebagainya);\n \nkeadaan ~\n keadaan tidak berlaku peperangan (permusuhan, pertelingkahan, dan sebagainya);\n \nrundingan ~\n rundingan (biasanya melibatkan pihak-pihak yang bertelingkah) yang bertujuan mewujudkan keadaan damai;\n2.\n berbaik semula (tidak bermusuhan, tidak berseteru);\n \nmenyorong ~ \n(minta) berbaik semula;\n3.\n tenteram, tenang (berkenaan (dengan) suasana, keadaan, perasaan, dan sebagainya):\nwaktu telah larut malam baru terdapat suasana ~; \nmalam begitu ~;\nberdamai\n1.\n berbaik semula (tidak lagi bergaduh, berperang, bermusuhan, dan sebagainya), berhenti berperang (bermusuhan):\nkedua-dua pihak yang bermusuhan itu telah pun ~; \n2.\n bermuafakat, berunding:\nmengenai sewa rumah, kita boleh ~; \nharga ~\n harga yang boleh dirundingkan;\nmendamaikan, memperdamaikan\n1.\n membaikkan dua pihak (negara dan sebagainya) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dan sebagainya) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dan sebagainya):\nAmerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dengan Malaysia; \n2.\n membincangkan atau merundingkan untuk mencapai persetujuan:\nsebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya;\nkedamaian\n1.\n keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya):\nhidup dalam ~ dan kemakmuran; \n2.\n keadaan yang aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan:\nhari itu dia berdoa supaya getar perasaan yang mengocak ~ jiwanya akan hilang;\nperdamaian\n perihal (keadaan) berdamai:\nrundingan yang akhirnya membawa ~ di kalangan puak-puak yang bersengketa dan sering bertempur itu;\npendamaian\n perihal (usaha dan sebagainya) mendamaikan, penyelesaian keadaan bermusuhan (berperang, berselisih faham, dan lain-lain):\nkongres ~ sedunia itu berjalan dengan meriah;\npendamai\n orang (negara, pihak) yang mendamaikan atau berusaha untuk mendamaikan:\nKemboja dan negeri Thai pernah bertindak sebagai ~ dalam sengketa Malaysia dengan Indonesia; \njaksa ~\n orang yang dilantik untuk mengawasi kedamaian (keamanan) sesuatu kawasan." "damak\n= \nanak ~ \ndawai atau buluh dan lain-lain (yang tajam hujungnya dan bergabus pangkalnya) yang digunakan sebagai peluru bagi sumpitan, anak sumpitan;\nmendamak\n1.\n menyumpit dengan berpelurukan damak;\n2.\n mulai berduri (berkenaan (dengan) putik durian);" "damak-damak\n= dedamak\n = \n~ bulu\n sejenis tumbuhan (pokok), cenderai rimba, \nGrewia globulifera;\n~ asam \n= \n~ bulu \nsejenis tumbuhan (pokok), cenderai asam (hutan, paya, rimba), \nGrewia fibrocarpa;\n~ air \nsejenis tumbuhan (pokok), jelawi, medang selusuh, \nGrewia florida;\n~ bulu \na) = \n~ asam \nsejenis tumbuhan (pokok), \nGrewia fibrocarpa; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), cenderai gajah, \nGrewia latifolia." "damal\nlambat (berkenaan (dengan) perahu)." "daman\ntali kelat pada perahu." "damar I\n1.\n bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok (biasanya digunakan sebagai bahan kalis air);\n \n~ batu \ndamar yang keras;\n~ daging \ndamar yang merah;\n \n~ hitam \ndamar yang hitam;\n \n~ mata kucing \ndamar yang gilap (berkilat) warnanya;\n2.\n suluh dan lain-lain (terutama yang memakai damar);\n3.\n lampu, pelita;\nberdamar\n1.\n memakai damar;\n2.\n [kiasan] merah muka kerana marah (kena tampar dan lain-lain):\n~ muka budak itu ditempeleng abangnya; \n3. = \nmendamar\n mencari (mengumpul) damar;\nmendamari\n menerangi;\npedamaran\n1.\n tempat mencari (tempat yang banyak) damar;\n2.\n suluh daripada damar;\npendamar\n orang-orang yang kerjanya mencari (mengumpul) damar:\n~ telah kehilangan hutan untuk mendamar." "damar II\n[Minangkabau] sejenis tumbuhan (pokok), buah keras, kemiri;\n~ degun \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCanarium hirsutum;\n \n~ kijai \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCanarium secundum;\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), \nParashorea stellata;\n~ minyak\n sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Araucariaceae, kauri malaya, mengilau (Sabah), bindang (Sarawak), \nAgathis borneensis.\nberdamar\n bermain buah keras." "damas\n[Kelantan], [Pahang], [Terengganu] habis wang kerana boros." "damat\n[bahasa percakapan] terlalu bising;\nazamat, gamat I." "damba I\nterlalu ingin (hendak, mahu) akan sesuatu:\npada masa ini wanita Malaysia ~ akan hak yang sama dengan kaum lelaki;\nmendambakan\n terlalu inginkan (hendakkan, mahukan) sesuatu:\n~ perdamaian yang abadi;\nperdambaan\n sesuatu yang diinginkan (dimahukan), keinginan, kemahuan." "damba II\n[arkaik] \nmendamba\n merebahkan diri pada, memeluk." "damba III\n[Minangkabau] tidak bercakap-cakap kerana runsing hati." "dambar\n[Minangkabau] lamban (lambat membuat sesuatu), tidak tangkas." "dambin\n[Minangkabau]\n1.\n bunyi (benda besar) jatuh, dambun, debum, degum, debak;\n2.\n terlalu gemuk (besar, berisi) menyebabkan serba-serbi lambat;\nberdambin\n berdambun, berdebum, berdegum, berdebak:\nguni beras itu jatuh ~." "dambun\n[Minangkabau] dambin, debum, degum;\nberdambun\n berdambin, berdebum, berdegum." "damdam\n= dam I." "dami I\nsesuatu (barang, buku, dan lain-lain) yang digunakan sebagai contoh bagi barang dan lain-lain yang sebenarnya:\n~ buku yang akan diterbitkan." "dami II\n[Jawa] jerami." "damik\n[Minangkabau];\nmendamik\n menepuk, menampar, mendabik;\n \n~ dada\n menepuk (mendabik) dada." "dammah\n[Arab] tanda bacaan huruf Arab yang menandakan bunyi /u/, baris di hadapan." "dampak\nkesan yang ketara sama ada positif atau negatif, impak:\npenonjolan bakat baru ini tidak akan bermakna sama sekali sekiranya kelahiran mereka tidak memberi ~ yang besar;\nmendampak\n melanggar, membentur." "dampar\nmendampar\n mengalir ke pantai (berkenaan (dengan) air laut), menghempas (berkenaan (dengan) ombak), membanting, memukul (pantai):\nombak ~ ke pantai;\n mendamparkan\n menghempaskan (ke pantai, darat, dan lain-lain), melemparkan, mencampakkan:\nsetelah berhari-hari terapung-apung di laut, perahu itu pun didamparkan ombak ke pantai;\nterdampar\n tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain):\nsebuah perahu ~ di pantai itu." "dampil\nberdampil\n (duduk) rapat-rapat hingga bersentuhan:\nduduk ~;\nmendampilkan\n meletakkan (mendudukkan) supaya rapat (bersentuhan), merapatkan (bersentuhan):\nMinah ~ dirinya di sisi Osman, kekasihnya; \nsampannya didampilkannya pada sebuah perahu." "damping I\n1.\n dekat:\njauh di mata, ~ di hati; \n2.\n rapat, karib, dekat (berkenaan (dengan) hubungan persahabatan, persaudaraan, dan sebagainya):\npersahabatannya itu semakin lama semakin rapat dan ~; \nkerabat yang ~;\nberdamping, berdampingan\n1.\n berada dekat dengan atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat:\ndia hanya ingin ~ dengan Busu; \n2.\n bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu):\ndia harus ~ serapat-rapatnya dengan saudaranya dalam usaha menyelesaikan masalah itu;\nmendampingi\n1.\n berada rapat dengan atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani:\napabila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; \ndi majlis itu dia sentiasa ~ gadis yang dicintainya itu;\n2.\n datang atau pergi untuk berada dekat dengan atau di sisi (seseorang), menghampiri hingga berada di sisi;\n3.\n berada di kalangan (rakyat dan lain-lain), tidak menyisihkan (mengasingkan) diri daripada, bergaul dengan:\nwakil rakyat perlu ~ rakyat; \n4.\n mendekatkan atau menghampirkan diri dengan:\nmereka tidak ~ al-Quran sebagai kitab petunjuk;\nmendampingkan\n1.\n meletakkan (mendudukkan dan sebagainya) berdekatan, merapatkan:\nkedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; \n2.\n mengeratkan hubungan:\nnegeri di utara masih ~ diri dengan monarki Chow;\nkedampingan\n [arkaik] kerapatan, kekariban (perhubungan dan sebagainya), keeratan;\nperdampingan\n perihal berdamping:\noleh sebab ~nya yang ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya.\n pendampingan\n perihal mendampingi atau mendampingkan:\nkelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal;\npendamping\n orang yang sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan nasihat, semangat, panduan dan sebagainya):\nkedudukan wanita sebagai ~ suami\n;\n \n~ bahasa \norang yang turut serta dalam sesuatu perbincangan dan sebagainya untuk memberikan nasihat, panduan dan sebagainya dari segi linguistik atau kebahasaan." "damping II\n[Minangkabau] berpencak beramai-ramai membuat sebuah lingkungan disertai nyanyian." "damping III\n[bahasa percakapan] (amalan) menjual barang (biasanya dengan banyaknya) dengan harga yang jauh lebih murah di negeri orang daripada di negeri sendiri, lambakan." "dampit\ndegil, keras kepala." "damprat\nmendamprat\n [Jakarta] memaki hamun, mencaci maki;\ndampratan\n caci maki, celaan (keras)." "damuih\n[Perlis] kotor." "dan I\n1.\n kata yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat):\nsaya ~ dia; \nada orang yang menyanyi ~ ada pula yang menari;\n~ juga \nserta;\n2.\n selanjutnya, seterusnya (biasanya pada permulaan ayat sebagai meneruskan sesuatu yang telah diperkatakan terlebih dahulu);\n \n~ lagi \ntambahan lagi." "dan II\n[bahasa percakapan] sempat;\n \ntak ~\n tidak sempat;\n \ntak ~-mengedan\n tidak sempat apa-apa;\n \ntak ~ menggesek biola menari dahulu \n(peribahasa) berbuat sesuatu sebelum masanya;\ndan-dan\n serta-merta, (dengan) tidak berlengah-lengah:\napabila gurunya memanggil, ~ dia datang." "dana\n1.\n kumpulan wang untuk sesuatu tujuan atau kegunaan:\n~ untuk membantu mangsa bencana alam; \n2.\n [sastera lama] pemberian, sedekah, derma;\n3.\n [sastera lama] dermawan, pemurah (hati);\n~ amanah\n harta yang dikendalikan oleh pemegang amanah;\n \n~ asing \ndana amanah yang keseluruhan pelaburannya terdiri daripada syer syarikat asing;\n \n~ bersama \ndana yang dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak pemegang saham;\n \n~ khas \ndana yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu, misalnya pelaburan dan bantuan;\n \n~ pencen\n dana yang ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan untuk membayar pencen kepada pekerjanya;\n \n~ tunai \nsimpanan atau pelaburan yang mudah ditukarkan kepada bentuk tunai;\n \n~ tunai runcit \ndana yang kecil untuk membuat pelbagai pembayaran tunai yang kecil (seperti membeli surat khabar, tambang teksi, dan lain-lain);\nmendanai\n memberikan atau menyediakan dana untuk atau kepada:\nkerajaan pusat telah berhenti ~ projek yang melibatkan penggunaan tisu janin." "danai\n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok renek), senduduk kenyur (rimba), \nAnplectrum glaucum." "danasiswa\n[Indonesia] (kumpulan) wang untuk membantu pelajar (mahasiswa) yang tidak mampu, biasiswa." "danau I\nkawasan berair yang luas yang dikelilingi tanah (daratan), tasik:\nD~ Toba; \nular ~ \na) ular sawa;\n b) pelangi." "danau II\nmendanau\n berlaku sumbang (dengan perempuan tempat menumpang tinggal)." "danawa\n[sastera lama] gergasi, raksasa." "dandan I\nhiasan (seperti pakaian, solekan, dan lain-lain):\n~nya sungguh menarik hati;\nberdandan\n1.\n berhias (diri), bersolek:\npetang itu dia kelihataan lebih ~; \n2.\n berpintal rambut (perempuan):\ngadis sekarang lebih gemar mengeritingkan rambut daripada ~;\nmendandan, mendandani\n1.\n menghiasi (dengan mengenakan pakaian, solekan, dan lain-lain):\ndia selalu ~ pengantin di majlis perkahwinan;\n2.\n memperlengkapi:\nmereka pun ~ kapal untuk belayar; \n3.\n membaiki, membersihkan (menjaga atau menguruskan supaya elok):\nbatang-batang kacang yang menjalar itu kelihatan seperti semak-semak yang sudah didandani; \njalan-jalan raya yang sudah lama tidak didandani;\n4.\n menjalin (memintal) rambut;\ndandanan\n hiasan, pakaian perlengkapan;\npendandan\n orang yang pekerjaannya (profesionnya) mendandan (menghiasi) orang:\n~nya seorang lelaki." "dandan II\ntambahan pada geladak perahu (supaya lebih luas);\nmendandani\n memasang dandan pada geladak perahu:\npatik dandani kapal ini bukan tempat penggawa menghadap, tetapi tempat berperang." "dandan III\n1.\n = \ntali ~ \nsejenis tali yang besar;\n2.\n kabel." "dandang I\n1.\n sejenis periuk besar yang biasanya dibuat daripada tembaga untuk mengukus nasi;\n2.\n sejenis tangki tempat air dan lain-lain dipanaskan untuk mengeluarkan wap dalam enjin, untuk membekalkan air panas." "dandang II\nsejenis perahu yang dibuat daripada batang kayu;\n \njika tak lalu ~ di air, di gurun dirangkakkan (ditanjakkan) \n(peribahasa) menggunakan segala daya usaha untuk mencapai maksud." "dandang III\nsejenis burung, gagak;\ndendang I." "dandelion\nsejenis tumbuhan kecil dan liar daripada genus \nTaraxacum \nyang bunganya besar berwarna kuning terang dan tepi daunnya bertakik-takik." "dandi I\n1.\n [sastera lama] sejenis gendang kecil, tambur;\n2.\n sejenis alat bunyi-bunyian, kecapi:\nmemetik ~." "dandi II\nbelang kecil, cecak;\n \nharimau ~ \nharimau yang berbelang-belang." "dang I\n[sastera lama] gelaran kepada wanita yang tinggi kedudukannya (dalam istana dan lain-lain);\n \nD~ Merduwati \n(nama) ibu Hang Tuah." "dang II\n[arkaik] kukus (nasi dan lain-lain);\ndidang\n dikukus." "dangai\nsejenis kuih (dibuat daripada tepung pulut, kelapa, dan gula, dan dibakar)." "dangau\npondok kecil di sawah atau ladang (tempat menjaga tanam-tanaman dan lain-lain):\ndia selalu menunggu durian di ~;\n perdangauan\n kawasan letaknya dangau\n: tapak ~ itu mesti diselamatkan." "dangdut\n1.\n irama lagu pop Melayu (yang melebihkan bunyi gendang);\n2.\n orkes atau kumpulan muzik Melayu;\nberdangdut\n berjoget (menari) mengikut rentak dangdut:\ndi kota itu, kamu boleh berdisko atau ~, semuanya ada." "dangir\n[Jakarta];\nmendangir\n menggemburi tanah (supaya boleh ditanami)." "dangka I\nberdangka\n [arkaik] menyangka, menganggap." "dangka II\nterdangka-dangka\n [sastera lama] mendekati (pantai, darat, dan lain-lain), merapati." "dangkal I\n1.\n tidak dalam (berkenaan (dengan) perigi, sungai, dan lain-lain), cetek, tohor:\nsungai yang ~; \n2.\n tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (berkenaan (dengan) pengetahuan seseorang), cetek:\nsaya tidak berani mengatakan yang dia ~ dalam hal tersebut; \npemikiran yang ~; \npengetahuan yang ~ tentang politik;\nmendangkalkan\n1.\n menjadikan dangkal (tidak dalam), mencetekkan;\n2.\n memandang (menganggap) dangkal;\nkedangkalan\n perihal dangkal:\nmemang ternyata ~ pemikiran itu." "dangkal II\n[Jakarta]\n1.\n keras mengkal (dan busuk di dalam, berkenaan buah-buahan);\n2.\n tidak subur (berkenaan (dengan) tanah), kering (tidak berair), usang;\n3.\n [kiasan] keras hati, kurang sopan;\n4.\n [kiasan] alang kepalang, terbengkalai (berkenaan (dengan) pekerjaan dan lain-lain);\ndangkalan; \nsial ~ \nsial sekali, sangat sial." "dangkung\nsejenis penyakit kusta." "dangla\n~ hantu \nsejenis tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu (kepayang) hitam, \nCrataeva macrocarpa." "danguk\nberdanguk, mendanguk, terdanguk\n (duduk) dengan bertopang dagu dan kepala mendongak sedikit." "dansa\ntarian cara Barat;\n \ndewan ~ \ndewan tari-menari (cara Barat);\n \n~-dansi\n berbagai-bagai jenis tarian cara Barat;\nberdansa\n menari cara Barat;\n \n~-dansi\n menari-nari cara Barat, menari berbagai-bagai jenis tarian Barat." "dansanak\n[Minangkabau] sanak saudara, keluarga;\n \n~ kandung\n saudara kandung;\n \n~ ibu (bapa) \nsaudara sepupu;\nberdansanak\n bersanak saudara, bersaudara pupu;\n \n~ anjing \nadik-beradik seibu tetapi lain bapa;\n \nawak nan tidak ~\n sebatang kara." "dansing\n[bahasa percakapan] sejenis tarian Barat (seperti \nwaltz\n, \nfoxtrot\n, dan sebagainya);\nberdansing\n menari tarian Barat (seperti \nwaltz\n, \nfoxtrot\n, dan sebagainya)." "danta\n[sastera lama] gading, gigi, putih seperti gading;\n \n~ yang terupam \ngading yang dikilatkan." "danu I\n[arkaik] danau, kolam, tasik." "danu II\nular ~ \npelangi." "danuh\n[arkaik] pemanah (nama gugusan bintang yang kesembilan dalam bintang dua belas)." "danur I\nair yang keluar daripada bangkai (mayat) yang telah busuk." "danur II\nberdanur\n [bahasa percakapan] sangat kotor kerana penuh atau berpalit dengan daki dan sebagainya (berkenaan (dengan) tubuh, pakaian, dan lain-lain)." "dap\nsejenis gendang atau tambur yang mempunyai pemukul." "dapa\n[sastera lama] hamba yang dikirimkan sebagai hadiah kepada bakal mentua." "dapat\n1.\n boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu:\ndia sedang mencari orang yang ~ menyelesaikan kerja itu dengan sempurna; \nubat yang ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pada kulit; \n2.\n [bahasa percakapan] beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dan lain-lain), menanggung, ditimpa (sesuatu yang tidak baik seperti malu dan lain-lain);\n3.\n bertemu, bersua, menemui:\ncari dia sampai ~; \ntidak juga dia ~ barang yang hilang itu; \nanak ~ \nanak yang diambil (dipungut) di jalan;\n4.\n berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki):\ndengan kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; \n5.\n faham (sesuatu yang diajarkan, dipelajari, dan sebagainya):\nNadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati;\n \n~ angin\n mendengar risik-risik (desas-desus);\n~ durian runtuh \n= \n~ harta karun \n= \n~ harta timbul\n (peribahasa) mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah atau dengan tidak disangka-sangka;\n \nlepas putih hitam tak ~ \n(peribahasa) apa yang diharapkan tidak dapat, sedangkan yang ada pula hilang;\n \n~ terpijak \nmemperoleh sesuatu dengan mudah atau dengan tidak perlu berusaha;\nsedapat\n sesudah dapat (menerima):\n~ sahaja telegram itu dia pun segera pulang;\n~ mungkin\n seboleh-bolehnya, seboleh mungkin, seberapa dapat (boleh);\nsedapat-dapatnya\n seberapa dapat, sedapat mungkin, seboleh-bolehnya:\n~ rumah itu diatur dengan sebaik-baiknya; \nsemua pihak telah berusaha ~ untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah;\nberdapat\n1.\n [Minangkabau] padan, patut, sesuai;\n2. = berdapatan\n bersua (dengan), berjumpa (dengan):\nkami ~ dengan dia di bandar;\nmendapat\n1.\n beroleh, memperoleh:\n~ keuntungan yang besar;\n~ faedah daripada membaca buku-buku ilmu pengetahuan; \n2.\n memperoleh, menerima, diberi:\nmereka masing-masing ~ hadiah; \npekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; \n3.\n menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dan lain-lain), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dan lain-lain), memperoleh:\n~ rahmat daripada Allah;\n~ kesenangan hidup;\n~ penyakit;\n~ nama buruk; \n4.\n menerima (surat, berita, dan lain-lain):\ndia kelihatan bermenung setelah ~ telegram daripada ayahnya; \n5.\n menemui, menjumpai, memperoleh:\n~ barang yang dicari;\n~ penyelesaian yang sebaik-baiknya;\n~ hati \nki menerima atau memperoleh cinta (daripada seseorang);\n \n~ khabar \nmenerima (mendengar) khabar;\n \n~ malu \nmenanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dan sebagainya);\n \n~ tempat\n diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dan sebagainya), diterima (sebagai berhak dan sebagainya);\n \n~ sama berlaba, kehilangan sama merugi \n(peribahasa) hidup yang seia sekata;\nmemperdapat, perdapat\n mendapat dengan usaha, memperoleh:\nkalau perempuan itu diperdapat dengan mudah, saya takut kalau-kalau dilepaskannya dengan mudah pula;\nmendapati, dapati\n1.\n memperoleh:\nelaun itu menjadi tambahan kepada gaji yang mereka dapati; \npejabat-pejabat yang menerima hasil, harus menaksir berapa banyak hasil yang boleh mereka dapati pada tahun hadapan;\n2.\n menemui, menjumpai, melihat (secara kebetulan):\napabila saya sampai di rumah itu saya ~ dua orang pemuda sedang memanjat pintu pagarnya; \ndia ~ ibunya sedang berbual-bual di luar; \n3.\n mengetahui (hasil daripada penyiasatan, penyelidikan, pengkajian dan sebagainya), membuat kesimpulan (berdasarkan kajian, penelitian, dan sebagainya):\ndia didapati menghidap penyakit malaria; \nmahkamah ~ yang dituduh bersalah;\nmendapatkan\n1.\n pergi bertemu atau berjumpa dengan, pergi atau datang kepada (seseorang):\nWan Intan berlari ~ suaminya;\n2.\n mendapat, memperoleh (menerusi usaha):\nkepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; \n3.\n [sastera lama] mengunjungi, menziarahi:\nmaka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; \n4.\n mengunjungi (sebagai permulaan dalam surat), menjelang, menemui:\n~ kekanda yang diingati;\nterdapat\n ada (kelihatan), didapati, diketemui, diperoleh:\nsesudah diperiksa kebunnya ternyata masih ~ rumput-rumput tumbuh di beberapa tempat;\ndapatan\n1.\n [arkaik] sesuatu yang didapati (diperoleh), perolehan;\n \n~ tinggal\n harta yang didapati semasa kahwin dan menjadi hak isteri apabila bercerai;\n2.\n sesuatu yang didapati atau diketemui (hasil daripada kajian, penyelidikan, dan sebagainya), penemuan:\nmenyediakan laporan tentang beberapa ~ daripada kajian yang telah dijalankan;\nkedapatan\n didapati, dijumpai, diketahui:\nmanakala ia balik, ~ rumahnya sunyi; \napabila kerjanya itu hendak dipangku oleh orang lain, ~ kira-kira wangnya terkurang sebanyak dua puluh ringgit; \nmuka berpandangan, budi ~, kasih bagai lama juga \n(peribahasa) anggapan (perasaan) yang tidak berubah kepada seseorang walaupun ia berlaku serong;\npendapatan\n1.\n jumlah wang yang diperoleh dalam jangka waktu tertentu (sebagai hasil daripada mata pencarian, kerja yang dilakukan, dan sebagainya), hasil yang terdiri daripada gaji dan lain-lain yang diperoleh:\n~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan;\n~ kasar \npendapatan sebelum ditolak potongan-potongan daripada gaji dan sebagainya (kerana bayaran tertentu);\n2.\n (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelumnya), dapatan:\n~ Baird dalam lapangan televisyen memberi banyak faedah kepada semua orang;\nberpendapatan\n mempunyai atau beroleh pendapatan:\ngolongan yang ~ rendah;\npendapat\n1.\n kesimpulan yang dibuat atau diperoleh daripada berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran:\n~ Hussain dalam hal tersebut bertentangan dengan pendirian ayahnya;\n~ umum \npendapat orang ramai;\n2.\n orang yang mula-mula memikirkan (mendapatkan, menciptakan) sesuatu yang baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu:\n~ utama dalam hal televisyen ialah Mr. Baird dari Scotland;\nberpendapat\n mempunyai pendapat (pandangan);\nbersependapat\n sama-sama berpendapat." "daperas\n= dapra." "dapra\nsesuatu yang menyerupai bantal yang dipasang di lambung (di rusuk) kapal dan sebagainya supaya tidak bersentuhan dengan pangkalan dan sebagainya:\nsebuah ~ digunakan di bahagian hadapan kalau kapal hendak merapat atau hendak bertolak\n." "dapur\n1.\n bahagian rumah tempat memasak;\n2.\n alat untuk memasak (nasi, gulai, dan lain-lain), tempat membakar (roti, kapur, dan lain-lain);\n \nbelanja ~ \nperbelanjaan untuk keperluan makanan sehari-hari;\n \norang ~ \n[bahasa percakapan] isteri atau orang perempuan yang menguruskan penyediaan makanan sehari-hari;\n \norang se~ \nseisi rumah( kaum keluarga);\n~ arang\n dapur yang menggunakan arang sebagai bahan pembakar;\n \n~ basah \ndapur tempat melakukan kerja masak-memasak yang biasanya banyak menggunakan air;\n \n~ elektrik \n= \n~ karan \ndapur yang menggunakan kuasa elektrik;\n \n~ gas \ndapur yang menggunakan gas sebagai bahan bakar;\n \n~ kayu \ndapur yang menggunakan kayu sebagai bahan pembakar;\n \n~ kering \ndapur yang hanya digunakan untuk menyediakan makanan ringan atau menghidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering);\n \n~ minyak tanah\n dapur yang menggunakan minyak tanah sebagai bahan pembakar;\n \n~ umum \ndapur tempat menyediakan makanan untuk orang ramai (dalam keadaan darurat dan sebagainya)." "dapur-dapur\n1.\n bahagian yang di luar daripada sesuatu benda;\n \n~ bedil\n [sastera lama] tempat menaruh ubat bedil pada senapang kuno;\n2.\n bahagian badan (yang tertentu);\n \n~ bahu \nbahagian di bawah bahu;\n \n~ susu \nbahagian di bawah susu (buah dada)." "dar I\n[Arab] (dalam kata majmuk) tempat kediaman, daerah, negeri (negara), alam;\n \n~ al-baqa\n tempat yang baqa (iaitu akhirat);\n \n~ al-fana\n tempat yang tidak kekal (iaitu dunia);\n \n~ al-harab \nnegara yang belum memeluk agama Islam;\n \n~ al-Islam \nnegara yang sudah memeluk agama Islam;\n \n~ al-jalal \nsyurga yang terindah;\n \n~ al-salam \na) alam yang aman;\n b) syurga ketujuh." "dar II\n~-dor \n= \n~-dur \n[Jakarta] berdetasan, berdentuman." "dara I\n1.\n tidak pernah (masih belum) melakukan persetubuhan dengan lelaki, gadis, perawan;\n \nanak ~ \na) perempuan yang sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan;\n b) [Minangkabau] pengantin perempuan;\n \nanak ~ sedang \ngadis yang sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin;\n \nanak ~ sunti \ngadis yang baru baligh (antara 9 \u2013 13 tahun) tetapi terlalu muda untuk berkahwin;\n \nanak ~ sunting \ngadis yang sudah layak bersuami;\n \n(sudah) hilang ~nya \n= \nsudah tidak ada ~ lagi \nsudah disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi;\n2.\n sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya):\nayam ~; \nnyiur ~;\nbagai anak ~ mabuk andam \n(peribahasa) lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit;\n \nbagai anak ~ sudah berlaki \n(peribahasa) gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor;\nkedaraan\n keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan;\nperdaraan\n1.\n [sastera lama] gadis-gadis dalam istana;\n2.\n perihal masih gadis, kedaraan." "dara II\nburung ~ \nburung merpati." "darab\n1.\n pukulan:\nmaka daripada ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pendekar itu; \n2.\n perkalian, kali-kali;\n \nsifir ~ \nsifir kali-kali (mis 2 1, 2 2, 2 3, dan seterusnya);\nmendarab, mendarabkan\n mengalikan, memperkalikan:\nbagaimanakah memperoleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dengan 10?\n pendaraban\n proses mendarab atau mendarabkan sesuatu;\npendarab\n angka yang didarabkan dengan angka lain, angka perkalian, pengali (dalam kira-kira)." "darah daging\n1.\n anak kandung;\n2\n.\n kaum kerabat sendiri;\nmendarah daging\n menjadi sebati:\ndia masih ingat pepatah yang telah ~ dengan bahasa Melayu." "darah I\n1.\n cecair berwarna merah yang mengalir dalam tubuh manusia atau binatang:\norang yang cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; \n2.\n [kiasan] keluarga, sanak saudara, keturunan;\n \npertalian ~ \nhubungan kekeluargaan atau keturunan;\n3.\n [kiasan] sifat (kebolehan) semula jadi, bakat:\n~ seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya;\n4.\n [kiasan] semangat, jiwa:\n~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; \n(sudah) menjadi ~ daging \na) \n(sudah) mendarah daging \n(sudah) sebati dengan atau meresap di dalam jiwa:\najaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; \nb) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri;\n~ gemuruh \nmudah gugup, lekas hilang ketenangan;\n \n~ hidup \ndarah yang masih cair (belum beku);\n \n~ ikan \nwarna merah tua;\n \n~ lintah\n pekat, kental, likat (berkenaan (dengan) air kopi dan lain-lain);\n \n~ manis \nmudah mendapat bahaya atau kecederaan (berkenaan (dengan) orang yang bertunang dan lain-lain);\n \n~ mati \ndarah yang sudah beku;\n \n~ muda \nsemangat atau perasaan orang muda;\n \n~ panas \npemarah, lekas marah;\n \n~ putih \nketurunan orang bangsawan;\n \n~ raja \nketurunan raja-raja;\n \n~ tinggi \nsejenis penyakit yang menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi;\n~ baru setampuk pinang \n(peribahasa) masih terlalu muda;\n \nbersukat ~lah baru kuberi\n (peribahasa) biar mati daripada menyerah kalah;\n \nbersukat ~ bertimbang daging \n(peribahasa) melawan sampai mati;\n \nmenakik ~ di batu (dialu) \n(peribahasa) kerja yang sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit);\n \nminta ~ pada dabung (daing)\n (peribahasa) minta bantuan daripada orang yang tidak berupaya membantu;\nsedarah\n1.\n satu keturunan, sama asalnya:\nbukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dengan kita; \n2.\n [kiasan] sejenis, sebangsa, serupa:\nkalimat itu senafas dan ~ dengan kalimat-kalimat yang lain;\nberdarah\n1.\n berkenaan sesuatu peristiwa (kemalangan, pertempuran, dan lain-lain) yang mengakibatkan kecederaan atau kematian:\nkejadian ~ 13 Mei 1969; \n2.\n mempunyai darah, lazimnya merujuk pada pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk:\n binatang mamalia ~ panas; \n3\n. mengeluarkan (mengalirkan) darah:\nluka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; \n4.\n ada (terdapat) darah yang melekat atau menyerap (pada kain, pisau, dan lain-lain):\nkain pembalut itu penuh ~; \n5.\n berketurunan, daripada keturunan:\n~ bangsawan;\n~ raja; \n6.\n bersifat, bersemangat, berjiwa:\norang Melayu memang ~ perwira; \n7.\n berkebolehan semula jadi, berbakat:\n~ seni;\n~ bali\n [Minangkabau] penakut;\n \n~ dingin \n[Indonesia] berdarah sejuk;\n \n~ hangat \n[Indonesia] berdarah panas;\n \n~ hati \nsakit hati;\n \n~ panas \na) mempunyai darah yang panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (berkenaan (dengan) mamalia);\n b) pemarah;\n \n~ putih \nberketurunan bangsawan (orang baik-baik);\n \n~ sejuk\n mempunyai darah yang berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;\nmendarah\n seperti darah;\n \n~ daging \n(menjadi) sebati, meresap ke jiwa:\nkerja demikian sudah ~ daging dengannya;\n~ lintah \n(menjadi) pekat atau kental;\nmendarahi\n melumuri (menyapu dengan) darah;\nperdarahan\n keadaan keluar darah atau berdarah akibat cedera atau penyakit:\nterdapat sebilangan mereka yang hamil anak sulung yang mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran\n;\npendarahan\n [Indonesia] pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah:\ngangguan yang agak berbahaya ialah terjadinya ~ pada perempuan; \njika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yang luar biasa;\n~ dalam (luar) \n[Indonesia] pengeluaran darah di dalam (di luar) tubuh;\npendarah\n sakti (sudah banyak dipakai untuk melukai orang):\nkeris ~; \nketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dengan bisanya dan ~nya dan tajamnya." "darah II\n~ belut\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, tampu rengat, \nMezoneuron sumatranum; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kenanga, akar sugi-sugi, \nDesmos chinensis; \nkayu ~ belut \nsejenis tumbuhan (pokok), tampal besi, \nPhyllanthus reticulatus; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput lilit kain, \nCentotheca lappacea." "darai\n[Kedah] pondan, ponen, banci, kedi, papak." "daraji\n= derji." "daras\nmendaras\n1.\n mengaji Quran;\n2.\n mempelajari (menyelidiki) dengan tekun;\npendarasan\n perihal mengaji (mempelajari, menyelidiki, dan lain-lain);\nderas II." "darat I\n1.\n tanah (sebagai lawan laut atau air), tanah (sebagai lawan udara);\n \nangkatan ~ \n= \ntentera ~ \ntentera yang bergerak (bertempur dan sebagainya) di darat;\n2.\n kawasan tanah yang tertinggi (lawan baruh):\njalan yang di sebelah ~ sana lebih baik daripada jalan ini; \n3.\n kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lawan pantai):\nanak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi;\n~-darau \nkawasan-kawasan yang tertinggi atau yang terletak di pedalaman;\n \ndi laut angkatan, di ~ kerapatan \n(peribahasa) kekuatan di laut bergantung pada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung pada persatuan;\nmendarat\n1.\n turun dari kapal (perahu dan sebagainya) dan naik ke darat:\ntentera Jepun sudah ~ di Jawa; \n2.\n turun ke tanah dari udara (berkenaan (dengan) kapal terbang):\nkapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yang tebal; \n3.\n pergi ke kawasan (daerah) pedalaman:\nsetibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~; \n4.\n [Minangkabau] pergi melalui (jalan) darat:\nlebih selamat kita ~ sahaja daripada belayar;\nmendarati\n naik ke darat (di sesuatu tempat):\nBujang berjalan perlahan-perlahan meredah di dalam semak-semak menuju ke kawasan yang biasa didaratinya; \nTanah Melayu sudah didarati Jepun;\nmendaratkan\n menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat:\nAmerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat; \njuruterbang itu berjaya juga ~ kapal terbangnya walaupun cuaca amat buruk;\ndaratan\n kawasan tanah yang luas (lawan laut dan pulau):\nmereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yang kecil terpencil jauh dari ~;\npendaratan\n1.\n perihal mendarat atau mendaratkan:\nkita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yang begitu banyak; \n2.\n tempat mendarat atau mendaratkan:\norang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dari ~ perahunya;\npendarat\n alat (peralatan, perkakas) untuk mendarat atau mendaratkan:\nkapal ~." "darat II\n[Kelantan] bodoh, dungu." "dari\n1.\n sendi kata yang menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dan lain-lain):\nsaya berlepas ~ Ipoh pagi tadi;\n~ mana hendak ke mana?; \ndia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; \nberbilang ~ esa; \n2.\n sendi kata yang menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu:\n~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi;\n~ kecil lagi;\n~ sehari ke sehari;\n~ dahulu hingga sekarang;\n3.\n sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yang diukur:\nkampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; \n4.\n sendi kata yang menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dan lain-lain):\npasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; \nusaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi;\n5.\n sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dan lain-lain):\ndia berasal ~ Medan; \nsurat ~ London; \ndia mengangkat air ~ perigi ke dapur;\nsedari\n sejak dari, bermula dari:\nhidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi." "dari-dari\nlabi-labi, kedari." "darihal\nberkenaan dengan, tentang, mengenai:\ntuliskan sebuah karangan ~ kucing; \nsebuah rencana ~ kemalangan di jalan raya." "daripada\n1.\n sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang yang memberi (mengirim dan sebagainya):\ndia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; \nhadiah ~ seorang sahabat yang karib; \n2.\n sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dan sebagainya:\npetikan ~ karya Usman Awang; \nair ~ telaga itu berkuman; \nditerjemahkan ~ bahasa Arab; \n3.\n sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) bahan dan sebagainya yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu:\njambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; \nbarang-barang ~ getah; \n4.\n sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dan lain-lain) yang terlibat dalam sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dan lain-lain):\nSelat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; \nreka bentuk yang dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yang disediakan dahulu; \n5.\n sendi kata yang digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dan sebagainya):\nharga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; \nbilangan pelajar yang lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; \n6.\n sendi kata yang digunakan sebelum menyatakan atau menyebuntukan unsur (akibat dan lain-lain) yang hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dan sebagainya):\nmempertahankan diri ~ serangan musuh; \nmenjauhkan diri ~ bahaya; \nlangkah-langkah untuk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; \n7.\n sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dan sebagainya sesuatu tindakan (kesimpulan dan lain-lain):\n~ apa yang saya dengar, pemandu lori itu yang patut dipersalahkan; \nmasjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu; \n8.\n sendi kata yang memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dengan sesuatu keseluruhan atau jumlah dan sebagainya:\nsatu ~ sebab-sebab; \nhanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dalam peperiksaan itu; \nsepertiga ~ keuntungan yang diperoleh dijadikan modal." "darjah\n1.\n tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah:\nadik saya bersekolah baru dalam ~ tiga; \n2.\n paras (untuk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dan lain-lain), peringkat, tingkatan, taraf:\npembangunan ekonomi untuk meninggikan ~ kehidupan rakyat;\n~ mutu yang dicapai;\n3.\n satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yang dilambangkan dengan tanda selepas angka:\nsatu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90); \nair membeku pada suhu 0 ~ Centigrade (0C)\n \natau 32 ~ Fahrenheit (32F); \n4.\n [arkaik] darjat (taraf kedudukan dalam masyarakat);\nberdarjah\n1.\n berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu):\njawatan tersebut memerlukan orang yang ~ sembilan; \n2.\n [arkaik] = \nberdarjah-darjah\n berdarjat(-darjat), bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat):\norang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dalam masyarakat." "darjat\n1.\n tingkatan atau taraf kedudukan dalam masyarakat (sebagaimana yang biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dan lain-lain), tingkatan kedudukan (dalam pengertian yang luas), martabat:\nayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya;\n2.\n [arkaik] taraf (besar kecilnya dan lain-lain), darjah, tingkatan:\ndenda yang dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yang dilakukan; \n3.\n [Indonesia] darjah:\nsekolah yang sama ~nya dengan S.M.A; \n4.\n [Indonesia] unit ukuran (sudut, suhu):\nsudut 45 ~; \n15 ~ C; \n5.\n [Indonesia] gelaran kepada pelajar yang lulus dalam peperiksaan peringkat universiti;\nsedarjat\n sama parasnya atau tingkatannya dan sebagainya (berkenaan (dengan) pangkat, kedudukan, keturunan, dan lain-lain) sama darjatnya, setaraf;\nberdarjat\n1.\n berkedudukan atau bertaraf tinggi (dalam masyarakat), berpangkat:\nkatanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yang ~, aku diterajangnya; \n2. = berdarjat-darjat\n mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat):\nmasyarakat yang masih ~-darjat;\nmendarjatkan\n1.\n menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan);\n2.\n membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan;\n \n~ baka \nmembaikkan mutu baka;\nmenyedarjatkan\n menjadikan sama darjatnya, menyamakan darjatnya (tingkatannya, kedudukannya), menyetarafkan;\npendarjatan\n perbuatan mewujudkan darjat (dalam sesebuah institusi dan lain-lain):\nsistem ~ politik." "darji\n= derji." "darma\nkemestian, kewajiban." "darmabakti\n[Indonesia] (berbuat) bakti kepada negara dan lain-lain." "darmawisata\n[Indonesia] = \nberdarmawisata\n1.\n melawat sambil belajar beramai-ramai;\n2.\n berkelah, bertemasya." "daru\n= daru-daru, dedaru\n sejenis tumbuhan (pokok), kayu darat, \nUrandra corniculata." "Darul Aman\nKedah." "Darul Ehsan\nSelangor." "Darul Iman\nTerengganu." "Darul Khusus\nNegeri Sembilan." "Darul Makmur\nPahang." "Darul Naim\nKelantan." "Darul Ridzuan\nPerak." "Darul-Arqam\nrumah sahabat Nabi Muhammad SAW tempat mengadakan mesyuarat dan digunakan sebagai markas menyebarkan ajaran Islam secara bersembunyi-sembunyi." "darulakhirat\n[Arab] alam akhirat." "darulbaqa\n[Arab] alam yang kekal, akhirat." "darulfana\n[Arab] alam yang tidak kekal (dunia ini)." "darulharab, darulharbi\n[Arab] negeri yang belum (memeluk agama) Islam." "darulislam\n[Arab] negeri yang sudah (memeluk agama) Islam." "daruljalal\n[Arab] syurga yang terindah." "darun\n[Minangkabau] bunyi serentak yang kuat;\nsedarun\n serentak (berbunyi, bersuara, dan lain-lain)." "darurat\n1.\n keadaan yang mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yang berlaku dengan tiba-tiba atau dengan tidak disangka-sangka), kesukaran yang timbul dengan tidak disangka-sangka (seperti bahaya, kekurangan makanan, dan lain-lain):\ndalam keadaan ~ begini barulah orang ramai ingat akan Tuhan; \n2.\n keadaan yang serba sulit (huru-hara, tidak aman, dan sebagainya) yang disebabkan oleh ancaman musuh (peperangan dan lain-lain):\nketika ~ di Malaya diisytiharkan, ayah saya bertugas sebagai anggota polis di sebuah bandar yang terpencil; \nundang-undang ~ \nundang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan dalam masa darurat;\nmendaruratkan\n1.\n menjadikan darurat;\n2.\n memaksa." "darussalam\n[Arab]\n1.\n alam yang aman;\n2.\n syurga ketujuh." "darwis\n[Arab] orang yang sengaja hidup miskin untuk mendapatkan kesempurnaan jiwa, fakir." "das I\n1.\n bunyi tembakan senapang (meriam dan sebagainya);\n2.\n penjodoh bilangan untuk tembakan meriam (senapang dan sebagainya):\nketibaan baginda Sultan disambut dengan tembakan meriam 21 ~." "das II\n[Kedah] menghalang (menahan) kaki orang supaya jatuh." "dasa\nsepuluh, puluh." "dasalumba\n[Indonesia] pertandingan (sukan) yang terdiri daripada sepuluh acara atau jenis sukan, dekatlon." "dasar\n1.\n bahagian yang di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dan sebagainya):\nmutiara didapati di ~ laut; \n2.\n bahagian yang di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (seperti kuali, botol, dan lain-lain):\nserbuk kopi itu mendap ke ~ gelas;\n~ kuali yang hitam seperti arang; \n3.\n lantai:\nrumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; \n4.\n lapisan yang di bawah sekali (pada gambar, kain, dan lain-lain), latar:\n~ kain batik pada umumnya berwarna perang; \ncorak yang terdiri daripada kuntum-kuntum bunga pada ~ yang berwarna gelap;\n5.\n sifat, perangai (yang sudah sebati dengan seseorang):\ndia pantang ditegur memang begitu ~nya;\n6.\n pertimbangan (cara, sistem, dan lain-lain) yang pokok berkenaan sesuatu, asas, prinsip, teras:\nVietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia untuk mempelajari ~-~ perang gerila; \napakah ~nya pendapat tuan itu? \n7.\n pendirian yang menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dan lain-lain), polisi:\n~ kerajaan;\n~ sesebuah parti politik;\n~ ekonomi negara;\n8.\n yang menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok:\nsetelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; \n9.\n [Indonesia] memang, sebenarnya:\nsudah ~ pencuri; \n10.\n kertas dan sebagainya yang dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas untuk menggunting pakaian;\nberdasar\n1.\n ada (memakai, mempunyai) dasar:\nkain songket itu ~ biru; \n2.\n berasas, bersandar:\n~ keterangan-keterangan yang diterima, memang orang itu bersalah; \n3.\n [arkaik] = \nberdasarkan\n;\nberdasarkan\n berasaskan, bersandarkan, berlandaskan:\ntulisan saya itu ~ berita yang tersiar di sebuah akhbar; \ntuduhan yang ~ bukti-bukti yang nyata;\nmendasar\n bersifat dasar atau asas:\n keperluan-keperluan yang paling ~ bagi zamannya;\nmendasari\n menjadi dasar atau asas kepada:\nkonflik antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yang ~ drama ini adalah cukup dramatik; \nkita akan dapat melihat ideologi yang ~ penulisannya;\nmendasarkan\n menggunakan (memakai) sebagai dasar:\nperkahwinan harus didasarkan pada cinta dan kasih sayang;\n pendasaran\n proses menjadikan sesuatu dasar:\n situasi masyarakat yang saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara." "dasau\n[Perak] bekas air daripada tempurung kelapa." "dasawarsa\nmasa sepuluh tahun, dekad:\nproses itu sahaja mungkin mengambil masa satu ~; \nperayaan ~ \nperayaan yang diadakan pada tahun kesepuluh tertubuhnya dan sebagainya sesuatu, perayaan ulang tahun yang kesepuluh." "dasi\n[Indonesia] tali leher;\n \n~ kupu-kupu\n tali leher kupu-kupu;\nberdasi\n memakai dasi (tali leher)." "dastur\nlayar ~ \nlayar kecil sebagai tambahan kepada layar besar." "dasun\nsejenis bawang putih, \nAllium sativum; \nsebagai~ tunggal \n[sastera lama] bentuk hidung yang cantik;\nmendasun\n seperti dasun;\n \n~ tunggal \nbentuk hidung yang cantik." "data\nbutir atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat kajian (analisis atau kesimpulan);\n \n~ sandar \n(Komputer) salinan pendua maklumat dalam komputer, yang disimpan dalam disket, cakera dan sebagainya untuk tujuan keselamatan." "datafon\n(Komputer) peranti yang membolehkan perhubungan data dijalankan melalui rangkaian talian telefon." "datang\n1.\n sampai, tiba (di sesuatu tempat):\nsetelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; \nhari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; \n2.\n bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat:\ndia melambai-lambaikan tangan dan terus ke tempat kami sedang duduk; \n3.\n pergi (berjalan, bergerak, dan sebagainya) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau untuk menemui seseorang dan sebagainya):\nsaya akan mencuba ~ dua kali seminggu; \n4.\n berasal (dr):\ndia ~ dari Kedah; \n5.\n hingga, sampai (berkenaan (dengan) jangka masa dan sebagainya):\nadapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; \n6.\n muncul, timbul:\ntiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya;\n~ seleranya hendak makan;\n7.\n [arkaik] = \n(yang) akan\n \n~\n yang akan tiba, hadapan, kemudian (berkenaan (dengan) jangka masa dan sebagainya);\n \nmasa ~ \nkelak, kemudian, kemudian nanti;\n \nminggu ~ \nminggu hadapan;\n~ akal\n datang (mendapat) ilham;\n \n~ bulan \n= \n~ haid \nturun atau keluar darah haid (pada perempuan);\n \n~ hati\n sampai hati, tergamak;\n~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) \n(peribahasa) datang dengan baik pergi pun hendaklah dengan baik juga;\n \n~ seperti ribut, pergi seperti semut\n (peribahasa) sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya;\n \n~ tak berjemput, pulang tak berhantar \n(peribahasa) tetamu yang tidak penting;\ndatang-datang\n1.\n setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang:\n~ dia ke mari hendak makan; \n2.\n selalu (kerap) datang:\n~lah ke rumah apabila senang;\nberdatang\n \n~ sembah \n[sastera lama] berkata-kata dengan raja (orang besar-besar) dengan bahasa halus:\nmaka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya;\nberdatangan\n datang beramai-ramai, datang dari berbagai-bagai tempat;\nmendatang\n1.\n datang (timbul, berlaku, dan lain-lain) dengan tiba-tiba:\nsiapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; \njika ada aral ~; \n2.\n (yang) datang dari tempat lain (tidak asli):\npenyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yang didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yang sudah sedia ada; \norang ~ \norang yang datang atau berasal dari negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli);\n3.\n [arkaik] terbitan;\n \nkata-kata ~ \nkata-kata terbitan;\n4.\n akan datang:\nkalaulah perjanjian pada masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata;\npucuk dicita ulam ~\n (peribahasa) yang diperoleh lebih baik daripada yang dikehendaki;\nmendatangi\n1.\n datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi:\nsejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; \nrakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; \n2.\n datang untuk menyerang (memeriksa, menangkap, dan lain-lain):\nSultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; \npolis telah ~ rumah beliau malam tadi; \n3.\n menimpa (berkenaan (dengan) bala, penyakit, dan sebagainya);\n \ndidatangi penyakit \nditimpa (kena) penyakit;\n4.\n [Indonesia] [arkaik] menjadikan kata terbitan (dengan memberi awalan atau akhiran);\ndatang-mendatangi\n saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawat-melawati;\nmendatangkan\n1.\n membawa (memasukkan, memanggil) dari tempat lain:\nair tambahan ini didatangkan dari kolam dan terusan air; \npihak universiti akan ~ beberapa orang pensyarah dari luar negeri; \n2.\n menyebabkan (mengakibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dan lain-lain) sesuatu, menimbulkan:\ndemokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kepada negara kita; \nmoga-moga usaha ini akan ~ faedah kepada kita bersama; \npeperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata;\nkedatangan\n1.\n perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya:\n~ orang-orang Minangkabau itu disambut dengan mesra; \n2.\n diserang (musuh dan sebagainya), ditimpa (kemalangan dan lain-lain), didatangi:\n~ gerombolan penjahat;\n~ musuh;\n~ bencana;\n~ bulan \ndatang bulan (haid);\npendatangan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mendatangi atau mendatangkan;\npendatang\n1.\n orang mendatang, orang asing yang datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain;\n \n~ haram \n[bahasa kasar] pendatang tanpa izin;\n \n~ tanpa izin \norang asing yang memasuki sesebuah negeri lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri tersebut;\n2.\n tiang atau penyokong untuk menguatkan (meneguhkan);\n3.\n perasaan yang timbul dalam hati (terlebih dahulu), gerak, firasat." "datar\nsama) rata (berkenaan (dengan) tanah, permukaan, nada, dan lain-lain), tidak tinggi rendah;\n \ntanah ~ \ntanah rata (tidak berbukit-bukit);\n \n~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin \n(peribahasa) keputusan yang adil;\nsedatar\n1.\n sama rata:\ngarisan-garisan lurus ~ yang selari dengan satu garisan yang sama adalah selari sama sendiri; \n2.\n tidak mendalam (berkenaan (dengan) pengetahuan dan sebagainya);\n \n~ saja lurah dengan bukit\n (peribahasa) tidak membezakan antara kaya dengan miskin;\nmendatar\n1.\n (seakan-akan) rata:\npadang yang ~; \n2.\n selari dengan permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas):\ngaris ~; \n3.\n bergerak dari satu tangga gaji ke satu tangga yang lebih tinggi dalam peringkat yang sama dalam Sistem Saraan Baru (berkenaan (dengan) pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia):\nada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara melintang, menegak, ~ atau statik;\nmendatarkan\n menjadikan datar, meratakan:\nkawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah;\ndataran\n1.\n kawasan (tempat, tanah) yang datar:\n~ tinggi Tibet;\n2.\n [arkaik] padang, lapangan;\nkedataran\n keadaan (sifat dan sebagainya) datar, kerataan;\npendataran\n perihal atau perbuatan mendatarkan (meratakan)." "dati\npengerahan tenaga (untuk keperluan raja)." "datia\n[arkaik] gergasi, raksasa." "Datin\ngelaran bagi isteri seseorang yang telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato);\n \n~ Seri \ngelaran bagi isteri seseorang yang bergelar Datuk Seri (Dato\u2019 Seri)." "dating\n[bahasa percakapan] janji temu dengan seseorang yang berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dengan teman wanitanya untuk keluar makan, menonton wayang gambar dan sebagainya):\nselepas hanya dua kali ~, dia muncul di depan pintu rumah, tanpa diundang;\n berdating\n bertemu atau keluar dengan seseorang yang berlainan jantina (mis teman lelaki atau wanita) untuk keluar makan, menonton wayang gambar dan sebagainya:\nmereka terus bernikah tanpa perlu ~.\nDato\n gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu (sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara);\n~ Seri\n gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu;\n \n~ Sri \ngelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu." "datu I\n1.\n [arkaik] raja, ratu;\n2.\n [Minangkabau] tukang ubat-ubatan (ramuan), bomoh;\n3.\n [Jakarta] orang yang keramat, orang yang telah meninggal;\nkedatuan\n1.\n [arkaik] kerajaan, pemerintahan;\n2.\n [Minangkabau] tari-tarian." "Datu II\ngelaran kehormatan di Sabah (sebagai anugerah)." "datuk I\n1.\n bapa kepada ayah atau ibu seseorang;\n2.\n panggilan oleh seseorang terhadap bapa kepada ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain yang sedemikian tuanya, aki, kakek;\n \n~ nenek \nnenek moyang, leluhur;\n3.\n [arkaik] panggilan orang ramai kepada anggota polis atau panggilan mata-mata kepada pegawai atasannya;\n4.\n [Minangkabau] penghulu adat;\n5.\n hantu (puaka, penunggu) sesuatu tempat:\n~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yang lalu di situ; \n6.\n topekong, berhala, atau dewa (kpada orang Cina yang mempunyai kepercayaan tertentu);\n \nrumah ~\n rumah berhala;\n7.\n [bahasa percakapan] sebutan bagi harimau;\n~ betina \n[sastera lama] ketua dayang-dayang dalam istana;\n \n~ kayu\n [arkaik] pegawai dan kakitangan jabatan hutan;\nmendatukkan\n menjadikan (memanggil) datuk:\nTok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya." "Datuk II\n1.\n gelaran kehormat kepada orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi (yang biasanya menjadi pembesar negeri):\n~ Bendahara;\n~ Paduka Raja;\n~ Panglima;\n~ Temenggung;\n2.\n gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu (sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara);\n~ Bandar \nketua pentadbiran sesebuah bandar raya;\n ~ Patinggi\n gelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu;\n \n~ Seri \ngelaran kehormat yang dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu." "datung\n[arkaik] [sastera lama] datuk (kakek)." "dauk\nputih keabu-abuan (berkenaan (dengan) warna kuda);\n jenis-jenisnya:\n~ bertitik, ~ cempaka, ~ macan, ~ ruyung." "daulat\n1.\n bahagia, kebahagiaan (pada raja-raja yang memerintah);\n \n~ dirgahayu\n mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia;\n2.\n ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dan sebagainya);\n3.\n kuasa (raja, kerajaan);\n4.\n [arkaik] tulah;\n \nditimpa ~ \nkena tulah (raja);\n \n~ tuanku \na) benar tuanku, ya tuanku;\n b) berbahagialah tuanku;\nberdaulat\n1.\n bertuah, berbahagia;\n2.\n mempunyai kuasa (yang tertinggi):\nraja yang ~; \n3.\n (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri:\nnegara yang merdeka dan ~; \n4.\n mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa:\nbahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;\nmendaulat\n1.\n menjunjung (mengabdi, berkhidmat kepada raja);\n2.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] merampas (kekuasaan dan lain-lain) dengan tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (seperti raja dan lain-lain) dari kedudukannya dengan paksaan:\nRaja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir;\nmendaulatkan\n menjadikan berdaulat, memberi hak (kuasa dan lain-lain), menjadikan berwibawa:\nperjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru;\nkedaulatan\n kekuasaan yang tertinggi:\n~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan;~ rakyat \ndemokrasi;\n \n~ undang-undang \nkedudukan undang-undang sesebuah negara sebagai kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat;\npendaulatan\n perihal atau perbuatan mendaulatkan:\n~ Bahasa Kebangsaan;\npendaulat\n1.\n [bahasa percakapan] orang yang mendaulat;\n2.\n orang atau pihak yang mendaulatkan:\nkononnya negara itu dianggap sebagai ~ demokrasi." "daun I\n1.\n bahagian tumbuh-tumbuhan yang biasanya leper dan nipis, berwarna hijau, dan tumbuh di dahan;\n2.\n benda yang berhelai-helai (berkeping-keping nipis-nipis):\n~ rokok;\n~ terup;\n3.\n bahagian sesuatu yang lebar lagi nipis:\n~ kipas;\n~ pintu;\n ~ ceding \n[Kelantan] pelengkap (penguat) sesuatu;\n \n~ dayung\n bahagian yang lebar di hujung dayung (pengayuh);\n \n~ kaki \n[Kelantan] taraf yang paling rendah;\n \n~ kipas\n bahagian kipas angin yang berkeping-keping;\n \n~ kentut-kentut \nsejenis tumbuhan (herba) yang daunnya dijadikan ubat, akar sekentut, \nPaederia foetida;\n~ meja \npapan di atas meja;\n \n~ neraca (dacing)\n piring neraca (dacing);\n \n~ padi\n sejenis pisau kecil;\n \n~ parsli \nsejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yang digunakan sebagai perisa atau hiasan dalam masakan, \nPetroselinum crispum\n;\n \n~ pintu \npapan pintu yang boleh dibuka tutup;\n \n~ rampas\n [Kelantan]\na) daun yang dipungut kali yang terakhir;\n b) kaum yang dikuasai orang lain;\n \n~ sari salut \nranggi dan kelopak bunga dikira sekali;\n \n~ sisik \ntumbuhan kecil (pada pokok) yang melindungi tunas;\n \n~ tapak anjing \n[Kelantan] daun tumbuh-tumbuhan yang mula-mula bercambah;\n \n~ telinga \nbahagian telinga yang di luar;\n \n~ tingkap\n papan tingkap yang boleh dibuka tutup;\n \nmakan se~ \n[sastera lama] makan bersama-sama di sesuatu tempat (sebelum masuk perang dan lain-lain sebagai tanda seia sekata);\n~ dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga \n(peribahasa) tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang;\n \n~ nipah dikatakan ~ labu\n (peribahasa) salah faham yang terbit kerana malas bertanya;\n \n~nya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga \n(peribahasa) akan ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi pengetahuannya, yang berguna tinggal dan yang tidak berguna terbuang;\n \nbagai kucing main ~\n (peribahasa) peri kehebatan seseorang;\nberdaun\n mempunyai daun, tumbuh (bercambah) daunnya;\nmendaun\n menjadi seperti daun;\n \n~ kayu\n [kiasan] banyak seperti daun kayu;\n \n~ kunyit \nki tidak berguna.\ndaunan\n daun (terutamanya digunakan dalam karya sastera)." "daun II\n=\n \ntengas ~ \nsejenis ikan darat, \nAcrossocheilus deauratus;\n~ baharu \nsejenis ikan laut, \nEphippus orbis." "daun III\n burung ~ \nsejenis burung, \nChloropsis sonnorati zosterops." "daung\n[Kelantan];\npanjang ~ \nsangat panjang." "daup-daup\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, \nBauhinia cornifolis; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, \nBauhinia flammifera; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, \nBauhinia bidentata." "daur\njangka masa tertentu;\n ~ besar\n jangka masa 120 tahun;\n \n~ kecil \njangka masa lapan tahun, windu." "dawah\nsejenis tumbuhan (rumpai), aring-aring, daun dakelin, keremak hutan (jantan), rumput kunang putih, \nEclipta alba." "dawai\ntali daripada logam (digunakan untuk mengikat sesuatu atau membuat pagar, bakul, dan lain-lain), kawat;\n~ duri \ndawai berduri yang dibuat pagar;\n \n~ gelang (kasar) \nark dawai telegraf;\n \n~ hidup \ndawai yang mengalirkan arus elektrik;\n \n~ ketegangan tinggi \nkawat yang mengaruskan tenaga elektrik yang tinggi;\n \n~ mata punai \ndawai yang dianyam (digunakan untuk membuat kandang ayam dan lain-lain);\n \numpama ayakan ~ \n(peribahasa) pekerjaan seseorang yang tidak cermat;\nmendawai\n memasang dawai atau kawat:\n dia mempunyai kemahiran membaiki barang-barang elektrik dan ~;\nmendawaikan\n memasang dawai elektrik (pagar, dan lain-lain):\n punca kebakaran tersebut akibat tindakan ~ lampu secara haram;\n pendawaian\n proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai:\nTenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dengan meter baru untuk memperbaik sistem ~nya;\n pendawai\n orang yang kerjanya memasang dan menyelenggarakan dawai elektrik, kabel elektrik dan sebagainya." "dawai-dawai\nsejenis tumbuhan (pokok), sedawai, \nSmilax calophylla." "dawang\n[Kelantan] kawasan (keping) tanah." "dawas\n[Kelantan], [Terrenganu] berkurang (bisa, mutu, dan lain-lain)." "daya I\n1.\n kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan:\n~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; \nusaha-usaha untuk meninggikan ~ pengeluaran;\n~ berfikir; \n2.\n akal, ikhtiar, jalan (untuk sesuatu);\n \nhabis segala ~\n habis ikhtiar;\n \nseribu ~ \nbermacam-macam akal (ikhtiar);\n3.\n muslihat, tipu;\n \ntipu ~ \ntipu muslihat;\n~ batin \nkekuatan batin;\n \n~ cipta \nkeupayaan (kebolehan) mencipta;\n \n~ fikir \nkekuatan atau keupayaan untuk menggunakan akal fikiran;\n \n~ ghaib \nkuasa ghaib (seperti kesaktian dan sebagainya);\n \n~ gerak\n kekuatan untuk bergerak;\n \n~ ingatan \nkekuatan atau keupayaan fikiran untuk mengingat sesuatu atau seseorang;\n \n~ juang \nkemampuan untuk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dengan gigih;\n \n~ kuda \n(Fizik) unit untuk mengukur tenaga (enjin dan lain-lain), kuasa kuda;\n \n~ penarik (tarik) \nkekuatan (kebolehan) untuk menarik sesuatu (benda, orang, dan lain-lain);\n \n~ tahan \nkemampuan untuk mempertahankan diri atau bertahan daripada sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dan sebagainya);\n \n~ usaha\n = \n~ utama \nkegiatan (usaha) untuk memelopori sesuatu;\nsedaya\n =\n sedaya upaya;\nberdaya\n1.\n mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya:\nmereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; \n2.\n mempunyai kemampuan (keupayaan):\naku tidak ~ membalas budinya; \ntujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yang rumit; \n3.\n mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar);\nmemperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan\n menjalankan tipu daya (muslihat), menipu:\napabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami seperti yang sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan;\nmendayai\n1.\n menipu, mengakali;\n2.\n mempengaruhi;\n3.\n memberi tenaga (kekuatan dan sebagainya);\nterdaya\n termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan:\njangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; \nhanya lima sen minyak untuk pelita itu sahaja yang ~ oleh mereka setiap petang;\nterperdaya\n terkena tipu daya (muslihat), tertipu;\nkedayaan\n kebolehan membuat sesuatu;\nperdayaan\n tipu daya, tipu muslihat:\ntidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti;\npendayaan\n perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan." "daya II\nbarat ~ \nmata angin atau arah di antara barat dengan selatan." "daya maju\nkeupayaan untuk maju dan berkembang:\n~ projek penternakan ikan air tawar itu semakin memberangsangkan\n berdaya maju\n berkemampuan untuk maju dan berkembang:\nseharusnya usahawan bumiputera perlu lebih ~ dan berdaya saing dalam menghadapi dunia perniagaan yang begitu kompetitif dan mencabar." "daya saing\nkemampuan untuk bersaing;\nberdaya saing\n mempunyai daya saing:\nsyarikat-syarikat yang ~." "daya upaya\n1.\n kekuatan, kemampuan, keupayaan, ikhtiar;\n 2.\n akal;\nsedaya upaya\n seberapa yang dapat diusahakan, (dengan) segenap akal atau sepenuh ikhtiar;\nberdaya upaya = berdaya." "dayah\n[arkaik] inang pengasuh, orang yang mengasuh (menyusu) anak." "dayang\n1.\n [sastera lama] gadis, perawan;\n2.\n panggilan timang-timangan untuk anak-anak perempuan;\n3. = dayang-dayang\n gadis-gadis pelayan di istana:\ndia tersandar di katil seperti raja yang dikerumuni oleh inang dan ~;\n pendayangan\n dayang-dayang di istana;\npendayang\n1.\n [sastera lama] perempuan(-perempuan) muda;\n2.\n [arkaik] perempuan jalang, pelacur:\nhai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu!" "dayangku\n[Brunei]\n1.\n gelaran untuk anak perempuan bujang yang bapanya keturunan pengiran:\nD~ Mariam; \n2.\n panggilan timang-timangan untuk anak perempuan yang bapanya bukan pengiran." "dayu\nmendayu\n1.\n = \nmendayu-dayu\n sayu (-sayu), sayup-sayup kedengaran (berkenaan (dengan) bunyi yang berirama, suara, dan sebagainya);\n2. = mendayu-dayu\n berbunyi sayu-sayu atau sayup-sayup:\nbiola ~ melagukan Seri Mersing; \n3.\n = \nmendayukan\n menyanyikan (lagu yang sayu) untuk menidurkan anak, menguliti (menyanyikan) anak supaya tidur, mendondong." "dayuh\n[Minangkabau];\nterdayuh\n \n~ hati \nberasa sedih (sayu, rawan, dan sebagainya) hati, berasa terharu." "dayuk\n[Minangkabau];\nterdayuk\n \n~ pinggang \nterliuk pinggang." "dayung\n1.\n sejenis alat yang berdaun pada hujung batangnya untuk menggerakkan perahu (sampan dan sebagainya), pengayuh;\n \nanak ~ \norang yang mengayuh (perahu);\n \nbatang ~ \ntangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya);\n \ndaun ~\n bahagian (papan) yang pipih pada hujung dayung;\n2.\n ridip pada dada ikan;\n3.\n [Indonesia] pengayuh pada basikal (untuk menggerakkannya);\n \n~ batang \ndayung yang panjang batangnya;\n \n~ burit\n dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dan sebagainya);\n \n~ gebeng \ndayung yang daunnya sudah dipakukan pada hujung batangnya;\n \n~ haluan \ndayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dan sebagainya);\n \n~ kebas (kibas)\n dayung yang panjang dan lebar daunnya;\n \n~-mayung \nberbagai-bagai jenis dayung;\n \n~ merpati sekawan \ndayung yang daunnya berwarna putih;\n \n~ peminggang\n dayung yang di bahagian pertengahan perahu (sampan dan sebagainya);\n \n~ tudung belanga \ndayung yang bulat daunnya;\n \nsekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau \n(peribahasa) sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai;\nberdayung\n1.\n berperahu (berkapal, bersampan, dan lain-lain) dengan menggunakan dayung, menggerakkan perahu dan sebagainya dengan menggunakan dayung, berkayuh:\nsesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dari tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; \n2.\n [Indonesia] berkayuh basikal;\nmendayung\n1.\n menggerakkan (perahu dan sebagainya) dengan menggunakan dayung, mengayuh (dengan dayung):\nsukan-sukan yang diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dan lain-lain; \n2.\n [Indonesia] mengayuh basikal;\nmendayungkan\n1.\n menggerakkan (perahu, sampan, dan lain-lain) dengan dayung, mengayuhkan;\n2.\n [Indonesia] mengayuhkan basikal;\npendayung\n1.\n orang yang mendayung, anak dayung;\n2.\n alat untuk mendayung, pengayuh, dayung." "dayus\nhina dan keji (sifat atau perbuatan):\nhanya laki-laki ~ sahaja yang membenarkan isterinya mencari wang dengan jalan tidak halal;\nmendayus\n menghinakan, mengejikan, merendahkan, mencerca;\nkedayusan\n perihal (sifat) dayus:\nyang kekal dalam masyarakat yang jahil itu ialah kebatilan, ~, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki." "DBKL\n[kependekan] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur." "DBP\n[kependekan] Dewan Bahasa dan Pustaka (badan berkanun yang mempunyai tugas dan tanggungjawab membina, memajukan dan memperkembang bahasa Kebangsaan dan sastera serta melaksanakan tugas-tugas lain)." "DC\n[kependekan] \nDiplomatic Corps\n (Kor Diplomat)." "DDT\n[kependekan] \ndichloro-diphenyl-trichloroethane \n(dikloro-difenil-trikloroetana, iaitu sejenis racun serangga)." "de facto\n(Latin) pada hakikatnya, pada kenyataannya, sebenarnya;\n \nkerajaan ~ \nkerajaan yang pada hakikatnya benar-benar berkuasa (sama ada sah atau tidak dari segi undang-undang);\n \npegawai ~ \n(Undang-undang) pegawai yang memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang." "de jure\nmenurut undang-undang, sah di sisi undang-undang;\n \npemerintah ~ \npemerintah yang sah menurut hukum." "DEB\n[kependekan] Dasar Ekonominomi Baru." "debab\n[bahasa percakapan] gemuk, tambun, berisi." "debah\nmendebah\n menyembelih;\nzabah." "debak\nbunyi seperti bunyi orang bertumbuk (barang jatuh dan sebagainya);\n \n~ debuk \nbunyi debak berkali-kali (seperti orang bertumbuk, buah-buahan atau barang-barang jatuh dan sebagainya);\ndebuk." "debam I\nbunyi seperti bunyi benda berat jatuh." "debam II\nsejenis ikan laut, \nAcanthurus spp., Naso spp., Siganus guttatus, Zebrasoma spp." "deban\nbunyi seperti bunyi barang jatuh." "debap\nbunyi seperti bunyi kena tampar atau barang yang ringan jatuh, bunyi bap-bap;\nberdebap-debap\n berbunyi bap-bap:\njantungnya ~ kedengaran memukul dadanya." "debar\ndenyut (jantung, nadi):\n~ jantungnya makin cepat; \ndebaran jantung saya berkurang selepas mendengar penjelasannya;\nberdebar, berdebar-debar\n berdenyut-denyut atau bergerak-gerak agak pantas (berkenaan (dengan) jantung, kerana seseorang itu terperanjat, ketakutan, dan sebagainya):\nketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun ~;\nmendebarkan\n menjadikan atau menyebabkan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dan sebagainya):\npenulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yang ~ jantung hati; \nsaya baru saja mendapat berita yang ~;\n debaran\n1.\n debar;\n2.\n (Perubatan) denyutan jantung yang terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi;\nperdebaran\n denyutan (jantung, nadi) yang agak kencang, debaran." "debas\nbunyi seperti bunyi hembusan nafas dan lain-lain." "debat\nbahas, perbahasan:\nmajlis ~ pada malam itu tidak jadi diadakan;\nberdebat, berdebat-debatan\n bertukar fikiran (biasanya yang bertentangan) atau berbantahan berkenaan sesuatu perkara, berbahas:\nmahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan untuk ~ di muka umum;\nmendebat\n membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dan lain-lain) dengan mengemukakan alasan atau hujah, membahas;\nmendebatkan, memperdebatkan\n mendebat tentang sesuatu, membahaskan, memperbantahkan:\nketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik;\nperdebatan\n pertukaran fikiran biasanya yang bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dan lain-lain) dengan masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dan sebagainya), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan:\n~ mengenai perincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pada hari Khamis;\npendebatan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mendebatkan atau memperdebatkan:\nsoalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan;\npendebat\n orang yang berdebat (mendebat), pembahas." "debek\n1.\n [Kelantan] tidak bertanduk (berkenaan (dengan) lembu, kerbau), dogol;\n2.\n bodoh, lemah." "debentur\nsurat akuan yang dikeluarkan oleh syarikat, agensi kerajaan dan sebagainya sebagai tanda penerimaan wang yang dipinjamkan kepadanya pada kadar bunga yang tetap sehingga pinjaman itu dijelaskan." "debik I\nbunyi seperti bunyi orang menepuk sesuatu;\nmendebik\n menepuk, menampar;\n \n~ mata parang\n (peribahasa) melawan orang yang berkuasa." "debik II\n[arkaik] embek (bunyi kambing);\nberdebik\n mengembek (berkenaan (dengan) kambing)." "debing\nbunyi seperti bunyi gendang (beduk dan sebagainya)." "debit\n1.\n catatan jumlah wang yang dikeluarkan daripada akaun bank seseorang;\n2.\n ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat;\nmendebitkan\n mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun:\njika seseorang itu berhutang kepada kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu." "debitur\n[Indonesia-Belanda] orang yang berhutang, orang yang meminjam wang." "debu\n1.\n tanah kering atau bahan lain dalam bentuk serbuk halus yang menutupi bumi, permukaan benda, atau yang berterbangan ditiup angin:\n~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu; \n2.\n [sastera lama] patik, hamba;\n \n~ tuanku\n hamba tuanku;\nberdebu\n ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dan sebagainya) debu yang berterbangan:\njalan-jalan yang ~;\nmendebu\n menjadi seperti debu (menjadi halus);\n \ncakap ~\n cakap (pertuturan) yang keluarnya bertalu-talu;\nmendebukan\n menjadikan atau menyemburkan dalam bentuk debu:\noleh yang demikian, telah diciptakan alat yang boleh menyemburkan atau ~ racun kulat;\npendebu\n alat untuk mendebukan (racun kulat dan lain-lain)." "debuk\n1.\n bunyi seperti bunyi orang meninju (menampar dengan kuat, barang jatuh ke tanah, dan lain-lain);\n2.\n pukulan (tumbukan) yang kuat (di badan):\nbudak itu kena ~ di belakangnya;\nberdebuk-debuk\n berbunyi merobok (membobok dan sebagainya):\ndia pun lemas dan tempayan itu pun ~ masuk air langsung tenggelam;\n= debak." "debum\nbunyi seperti bunyi benda besar jatuh;\nberdebum\n berbunyi debum (kerana jatuh)." "debun\nbunyi yang hampir dengan bunyi debap." "debung I\nbunyi seperti bunyi gendang (beduk dan sebagainya) atau bunyi buah kelapa (durian dan lain-lain) jatuh." "debung II\nbekas sirih yang diperbuat daripada mengkuang dan lain-lain, lopak." "debunga\n(Biologi) benih bunga jantan yang akan bersenyawa dengan benih bunga betina, serbuk halus yang terdapat pada bunga;\nmendebungakan\n memindahkan debunga dari alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma):\npeladang-peladang Jepun tidak menanti kumbang untuk ~ pokok pic tetapi menggunakan serbuk yang khas untuk tujuan ini;\nterdebunga\n (telah) didebungakan (oleh):\nbunga-bunga yang ~ oleh serangga mempunyai ranggi yang berwarna-warni;\npendebungaan\n (Biologi) pemindahan debunga dari alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma);\n \n~ angin \npendebungaan yang dilakukan oleh angin;\n \n~ biasa \n= \n~ semula jadi \npendebungaan yang dilakukan oleh alam (seperti angin, air, binatang, dan lain-lain);\n \n~ kacuk \npendebungaan silang;\n \n~ sendiri \npendebungaan yang berlaku antara bunga pada pokok yang satu oleh serangga, angin dan sebagainya;\n \n~ serangga\n pendebungaan yang dilakukan oleh serangga;\n \n~ silang \npemindahan debunga dari anter suatu bunga ke stigma bunga pokok yang lain oleh serangga, angin dan sebagainya." "debup\nbunyi seperti bunyi barang (besar atau berat) jatuh." "debur\n1.\n bunyi seperti bunyi barang besar jatuh ke air (orang dicampakkan ke air dan sebagainya);\n2.\n bunyi seperti bunyi ombak memecah ke pantai:\ndegupan jantungnya makin kencang dan hebat macam ~ ombak memukul pantai;\nberdebur\n berbunyi debur-debur:\npada waktu malam, hanya terdengar suara ombak ~ sahaja di situ;\nmendebur\n berdebur;\ndeburan\n1.\n (bunyi) pukulan ombak ke pantai, bunyi seperti bunyi barang besar jatuh ke air;\n2.\n [kiasan] perasaan (keadaan) yang berkecamuk:\ndengan hati yang berdamba bergetar, maka melangkahlah dia perlahan-lahan menahan ~ di lubuk hatinya;\nberdeburan\n berdebur-debur:\ndi situ air selalu ~ dengan ombaknya buru-memburu ke pantai." "debus\n1.\n bunyi hembusan angin, bunyi seperti bunyi burung mengibaskan kepaknya (daun kayu ditiup angin dan lain-lain);\n2.\n tidak kena memangkah (dalam permainan gasing);\n3.\n tidak mendapat atau menghasilkan sesuatu apa:\nbeberapa kali si Kantan menebar jalanya, terkadang-kadang lekat dan terkadang-kadang ~;\nberdebus\n berbunyi seperti bunyi angin berhembus (burung mengibaskan sayap, daun-daun kayu ditiup angin, dan lain-lain)." "debut I\nbunyi seperti bunyi angin keluar dari lubang yang sempit (seperti bola kena paku dan sebagainya)." "debut II\npertama kali memperlihatkan diri kepada umum (dalam sandiwara, permainan, dan lain-lain)." "decak\n[Kelantan] melompat dengan sebelah kaki." "decap\nbunyi seperti bunyi orang mengecap makanan;\nberdecap-decap\n berbunyi seperti bunyi orang mengecap makanan;\nmendecap-decap\n membunyikan decap (kerana hairan, pelik, dan lain-lain)." "deceh\n= decap." "decik\n= decit." "decing\nbunyi seperti bunyi duit syiling dijatuhkan ke batu dan lain-lain;\n= cing." "decip\nbunyi seperti bunyi unggas:\ndi celah ~ unggas, Haji Idris bersuara perit." "decit\n= decitan\n bunyi seperti bunyi anak burung (anak ayam, tikus, dan lain-lain);\nberdecit, mendecit\n berbunyi seperti bunyi anak ayam (anak burung, tikus, dan lain-lain):\nburung-burung yang malang itu berlompatan, sekali-sekala ~." "decuh\n~-decah\n bunyi air (cecair) berkocak." "decup\nbunyi cup-cup seperti bunyi benda kecil yang padat jatuh ke air;\nberdecup\n berbunyi seperti bunyi benda kecil yang padat jatuh ke air:\nanak-anak ikan ~-decup menangkap kelekatu yang jatuh ke kolam itu." "decur\nbunyi seperti bunyi air memancar;\nmendecur\n1.\n berbunyi seperti air memancar;\n2.\n memancur." "decus\n= desus." "decut\nbunyi seperti bunyi anak kecil menghisap botol susu;\nberdecut\n berbunyi seperti bunyi anak kecil menghisap botol susu:\nanak itu menghisap botol susunya ~-decut." "dedah\nmendedahkan\n \n1.\n membuka (kain dan sebagainya);\n2.\n menyebabkan atau membiarkan kelihatan (sesuatu yang seharusnya tertutup atau terselindung), membukakan (tidak bertutup), menampakkan (sesuatu yang seharusnya tidak kelihatan:\npenjual makanan janganlah hendaknya ~ makanan yang dijual mereka sehingga dihinggapi lalat; \ndia terpaksa ~ mukanya pada pelanggan-pelanggan di kedai itu untuk mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang; \n3.\n [kiasan] membawa kepada pengetahuan umum (biasanya sesuatu keburukan atau kecurangan), membentangkan atau memaparkan (sesuatu) kepada pengetahuan umum:\nmenteri itu ~ beberapa hal yang selama ini tidak diketahui umum; \nindeks itu juga ~ beberapa kekurangan yang sebenar; \n4.\n menyebabkan atau menjadikan (seseorang) mengetahui atau memahami sesuatu;\nterdedah\n1.\n terbuka (berkenaan (dengan) pintu, tingkap):\npintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; \n2.\n tidak tertutup (berkenaan (dengan) badan, makanan, dan lain-lain):\npenjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; \npahanya ~; \n3.\n berada dalam keadaan terbuka kepada (pengaruh sesuatu dan sebagainya):\npada dasarnya orang Melayu makin ~ kepada dunia luar;\nketerdedahan\n perihal (keadaan) terdedah:\n teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yang wujud dalam negeri;\ndedahan\n1.\n sesuatu yang didedahkan;\n2.\n hasil mendedahkan;\npendedahan\n1.\n perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan, memperlihatkan):\npersajakan pada masa ini lebih cenderung kepada ~ perkara-perkara dan perasaan yang jelik dan tidak menyenangkan;\n2.\n kegiatan, proses, dan sebagainya yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dulunya asing kepadanya:\noleh sebab itu orang-orang Melayu yang mendapat ~ yang terendah kepada bahasa Inggeris akan tersisih daripada aktiviti politik negaranya sendiri; \nkursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa." "dedai\nberdedai-dedai\n berjalan berduyun-duyun (berturut-turut, berbuntut-buntut, dan lain-lain) dengan tidak beraturan:\npasukan keselamatan telah menyerang hendap pengganas komunis yang ~ di kaki bukit." "dedak I\nkulit padi yang menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;\nbagai padi hendakkan ~, bagai laki hendakkan kendak\n (peribahasa) orang yang suka menolak pemberian yang baik dan lebih suka membuat pekerjaan buruk;\n \nminta ~ kepada orang mengubik \n(peribahasa) minta bantuan pada orang yang tidak mampu menolong." "dedak II\nberdedak, mendedak\n bersesak-sesak, berapat-rapat (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain)." "dedak III\nberdedak\n menaruh perasaan dendam atau sakit hati, berdendam:\nmemang sudah lama hati saya ~ melihat lagak lakumu dalam negeri ini." "dedali\n= dali-dali." "dedalu\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), dalu-dalu;\n2.\n semua jenis pokok menumpang;\nseperti ~ api hinggap di pohon kayu; \nhinggap di batang, batangnya mati, hinggap di ranting, rantingnya patah \n(peribahasa) apabila orang yang jahat bercampur dengan orang yang baik-baik, akhirnya rosaklah orang yang baik-baik itu;\n=\n \ndalu II." "dedap\n= \n~ batik\nsejenis tumbuhan (pokok), \nErythrina subumbrans;\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, \nErythropsis fulgens;\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, \nHibiscus tiliaceus; \nlaksana bunga ~, merah ada berbau tidak \n(peribahasa) orang yang rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa;\ndadap II." "dedar I\nberasa panas-panas badan (seperti hendak demam)." "dedar II\nmendedar\n [Kedah] mengejar." "dedari\n= dari-dari." "dedaru\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Icacinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dan lain-lain, samala (di Sabah), \nCantleya corniculata." "dedas I\nbunyi (seperti bunyi) letusan yang kecil-kecil;\nmendedas\n berbunyi dengan berdetas." "dedas II\n[Kelantan] rasa tidak puas kencing." "dedau\nmendedau\n [arkaik] berteriak (menjerit) dengan kuat." "dedaun\npelbagai jenis daun, bak daun:\n~ keladi\n \nair yang melilit di tiang tangga menyulitkannya\n;\ndedaunan\n daun-daunan." "dedaup\n= daup-daup." "dedawai\n= dawai-dawai." "dedeh\n= dedes I." "dedek\n[Jakarta] \n= dedak I." "dedel\n[Jakarta] tetas, retas (jahitan, kelim, dan lain-lain);\nmendedel\n menetas, meretas (jahitan, kelim, dan lain-lain)." "dedeman\nbentuk seperti bentuk potongan wajik." "dedemit\n[Jakarta] hantu;\ndemit." "deder\n[Kelantan] cuai, lalai." "dedes I\n1.\n potong (kerat, hiris) tipis-tipis (berkenaan (dengan) daging dan lain-lain);\n2.\n [Kelantan] habis, kikis, licin;\nmendedes\n1.\n memotong (mengerat, menghiris) tipis-tipis;\n2.\n [Kelantan] menghabiskan (mengikis)." "dedes II\n[Indonesia]\n1.\n musang;\n2.\n kesturi." "dedikasi\n1.\n pengabdian diri, masa, dan lain-lain sepenuhnya kepada sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dan lain-lain);\n2.\n inskripsi atau pengumuman yang ditambah pada awal buku, gubahan muzik, dan lain-lain yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu;\nberdedikasi\n menunjukkan atau memberikan dedikasi:\ndiharapkan bimbingan ini akan lebih merangsang mereka untuk menjadi penulis yang lebih ~ terhadap seni dan masyarakat;\nmendedikasikan\n menujukan sesuatu (mesej sesebuah buku, gubahan muzik, dan lain-lain) kepada seseorang atau sesuatu sebagai tanda penghormatan atau kasih sayang:\nsaya ingin ~ buku ini kepada Dewan Bahasa dan Pustaka." "deduit\nduit-duit (sejenis pokok keladi)." "deduksi\n1.\n kesimpulan atau rumusan yang dibuat daripada maklumat atau fakta yang ada;\n2.\n perihal (perbuatan, kaedah, dan sebagainya) membuat kesimpulan dengan berdasarkan maklumat atau fakta yang ada;\nmendeduksikan\n1.\n membuat kesimpulan (penemuan dan lain-lain) daripada keadaan yang umum kepada yang khusus:\n pengujian ini dilakukan dengan ~ penemuan itu daripada hipotesis tersebut;\n 2.\n merumuskan fakta (kaedah) berdasarkan maklumat yang ada." "deduktif\nberkenaan kesimpulan (rumusan) yang dibuat berdasarkan deduksi:\nkeutamaan mestilah diberikan pada pendekatan ~ secara betul dan cekap." "dedulang\nsejenis tumbuhan (pokok renek);\n= dulang IV." "deejay\n[bahasa percakapan] DJ." "Deepavali\nhari perayaan bagi penganut agama Hindu." "defendan\norang atau pihak yang didakwa atau dituntut dalam mahkamah undang-undang:\nmahkamah boleh melaksanakan budi bicaranya dan memerintahkan pihak ~ supaya memberikan maklumat yang diminta oleh plaintif; \nmahkamah membebaskan semua ~." "defensif\nbersikap mempertahankan pandangan (hak dan lain-lain):\n dia bersikap ~ terhadap warisannya." "defile\n[Indonesia-Belanda] perbarisan (perarakan) tentera;\nberdefile\n berbaris (berkenaan (dengan) tentera)." "definisi\nkenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dan lain-lain, takrif:\nsebahagian besar perkataan dalam kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti;\nberdefinisi\n mempunyai definisi, bertakrif;\nmendefinisikan\n memberikan definisi, mentakrifkan:\n~ istilah;\npendefinisian\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mendefinisikan, pemberian definisi, pentakrifan." "definitif\n[Indonesia-Belanda] pasti dan muktamad, pasti dan dapat memutuskan, dapat dipertanggungjawabkan dan layak menjadi pegangan:\npendekatan ini saya gunakan untuk memperoleh sesuatu yang ~ mengenai sastera dalam konteks tempatan dan kebangsaan." "defisit\nkekurangan hasil pendapatan berbanding dengan perbelanjaan yang diperlukan (berkenaan (dengan) anggaran belanjawan dan sebagainya)." "deflasi\npenurunan aktiviti ekonomi yang menyebabkan penurunan tingkat output, guna tenaga, pelaburan, perdagangan, keuntungan dan harga lebih rendah." "deformasi\nperubahan bentuk (tubuh dan lain-lain) daripada yang baik kepada yang kurang baik." "degam\nbunyi seperti bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dengan kuat dan lain-lain);\nberdegam, mendegam\n berbunyi seperti bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dengan kuat, dan lain-lain):\nsesudah dia masuk, pintu bilik itu pun ~ ditiup angin." "degan\n[Jawa] nyiur muda." "degap I\nbunyi seperti bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi degupan jantung dan lain-lain):\nsambil mendukung kedua-dua adiknya, ~ -~ dia naik ke rumah;\n~-degup \nbunyi degap berulang kali;\ndegap-degap\n degap-degup;\nberdegap-degap\n berbunyi degap-degap:\nmelihat peristiwa yang mengerikan itu, ~ hatinya; \n= degup." "degap II\n[arkaik] \nberdegap\n segak, tegap:\nkedua-dua pemuda yang menaiki motosikal itu sama-sama ~ badannya." "degap III\n[Terengganu];\nberdegap\n tinggi (matahari):\nAllah, kita terlewat, matahari ~ sudah!" "degar\nbunyi seperti bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dan lain-lain);\n~-~ merapati =~-~ perapatkan \n(peribahasa) perselisihan (dalam hal keluarga, suami isteri) yang tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi perhubungan;\nberdegar-degar\n1.\n berbunyi degar beberapa kali;\n2.\n [kiasan] besar dan bersemangat (berkenaan (dengan) percakapan seseorang):\ncakapnya dengan kita selalu berdentum ~; \ncakap ~, tahi sangkut di gelegar\n (peribahasa) cakap sahaja yang besar tetapi tidak ada apa yang dikerjakan." "degil\nbersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu:\nbudak itu memang ~, makin dilarang makin lagi dibuatnya;\nberdegil\n berkeras hati (tidak mahu berganjak daripada pendirian dan sebagainya), enggan menurut perintah (suruhan, tegahan, dan lain-lain):\nanak itu tetap ~ mengatakan bukan dia yang mencuri;\nkedegilan\n perihal (sifat, sikap, dan sebagainya) berdegil, ketegaran, kekerasan hati:\nkerana ~ merekalah maka mereka menjadi mangsa kemalangan bom itu;\npendegil\n orang yang degil sifatnya:\nsuaminya itu seorang yang sombong lagi ~." "deging\n[Jakarta];\nbe(r)deging\n berkeras hati, tidak mahu mengalah." "degradasi\n(Kimia) proses penguraian sebatian yang kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas (lebih kecil):\nbahan kimia kerap kali dicampurkan ke dalam bahan solekan untuk menghalang ~ akibat sinaran matahari." "deguk\nbunyi seperti bunyi orang meneguk air;\nteguk." "degum I\nbunyi (seperti bunyi) tembakan meriam:\nsekali letup, tiga ~nya;\n~-degam\n bunyi degum berkali-kali;\ndegum-degum\n degum-degam." "degum II\n[Perak] beguk, serah beruk." "degung\n1.\n bunyi (seperti bunyi) gong;\n2.\n (Sunda) sejenis gamelan." "degup\n1.\n bunyi seperti bunyi benda jatuh ke tanah;\n2.\n bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras;\nberdegup\n berbunyi degup:\nHaji Ibrahim juga cuba menguasai kegusaran Ahmad walaupun dalam dirinya sendiri ~ debaran-debaran bimbang." "degur\nbunyi seperti bunyi ombak memukul pantai dan sebagainya." "deh\n[Jakarta] [bahasa percakapan] sudah(lah)." "dehak\nbe(r)dehak\n [Kedah] terperanjat." "deham\nbunyi ham-ham seperti bunyi batuk kecil yang tertahan-tahan;\nberdeham, mendeham\n membuat bunyi deham atau berbatuk kecil yang tertahan-tahan (untuk menarik perhatian dan lain-lain):\napabila sampai di halaman rumah, dia pun ~ sedikit sebagai tanda dia sudah datang." "dehem\n= deham, daham." "dek I\n[Indonesia], [bahasa percakapan] kain selimut." "dek II\n1.\n geladak:\nselepas jam tiga petang, aku duduk di ~ sambil melunjurkan kaki bermalas-malas; \n2.\n (Perhutanan) pelantar tempat kayu balak diturunkan dari lori atau kereta api, biasanya di sisi kilang." "dek III\nkerana, oleh: \nlalu gegak gempitalah seluruh isi bumi Malaysia ~ kegigihan pendiayah." "deka-\nawalan asing \nsepuluh, misalnya \ndekaliter \ndan \ndekagram." "dekad\njangka masa sepuluh tahun, dasawarsa." "dekade\n[Indonesia-Belanda] dekad." "dekaden\nmerosot atau mundur (dibandingkan dengan keadaan sebelumnya yang begitu baik);\nkedekadenan\n kemerosotan (nilai, mutu, dan sebagainya) berbanding dengan keadaan sebelumnya (berkenaan (dengan) tamadun, kesenian, dan sebagainya)." "dekadensi\n[Indonesia-Belanda] kemerosotan (nilai, mutu dan sebagainya) atau kemunduran berbanding dengan keadaan sebelumnya (berkenaan (dengan) tamadun, kesenian, dan sebagainya)." "dekagon\npoligon yang mempunyai sepuluh sisi." "dekagram\nukuran berat yang bersamaan dengan sepuluh gram." "dekah, dekahan\nketawa dengan suara yang tinggi, ketawa terbahak-bahak:\nhilai dan ~ ketawa kakak mengganggu fikiranku; \ntiba-tiba terdengar dekahan ketawa dari bilik itu;\nberdekah-dekah\n ketawa (tertawa) dengan suara yang tinggi atau nyaring (kerana terlalu geli hati), terkekeh-kekeh:\nkadang-kadang cerita itu begitu lucu sehingga kami ketawa ~." "dekahedron\nbongkah yang mempunyai sepuluh permukaan yang rata." "dekak\n[Perlis] pandai, bernasib baik." "dekak-dekak\nsejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yang berupa pemidang dengan bola-bola atau butir-butir kecil (yang digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa." "dekaliter\nukuran isi padu yang bersamaan dengan 10 liter atau 0.01 meter padu." "dekam\nberdekam, mendekam\n \n1.\n duduk bersedia untuk melompat (menerkam), duduk seperti kucing (harimau) ketika hendak menangkap mangsanya, bertelut;\n2.\n [bahasa percakapan] selalu berada di rumah, tinggal lama di satu-satu tempat, berpengap, meringkuk:\ndalam masa cuti sekolah, dia berdekam di rumah sahaja; \n3.\n [bahasa percakapan] melekat, kekal (dalam ingatan dan lain-lain):\nkemalangan ngeri yang kulihat tempoh hari masih mendekam di kepalaku." "dekameter\nukuran panjang yang bersamaan dengan 10 meter." "dekan I\nsejenis tikus buluh, \nRhizomys sumatrensis;\n~ kecil, Rhizomys pruinosus; \nbagai ~ di bawah pangkal buluh\n (peribahasa) seseorang yang pandai menyimpan rahsia." "dekan II\nketua sesuatu fakulti di universiti." "dekang\nbunyi seperti bunyi burung mencatuk kayu (zink dan lain-lain):\n dari jauh kedengaran bunyi ~ burung yang memecah kedamaian senja kampung Talan\ng;\nberdekang-dekang\n mengeluarkan bunyi dekang berkali-kali:\nburung-burung tukang galak ~ sepanjang malam." "dekap I\ndakap." "dekap II\n[Minangkabau] dekat, hampir;\nmendekap\n1.\n mendekat \n2.\n melekat;\nmendekapkan\n mendekatkan;\nmemperdekap\n menjadikan lebih dekat, memperdekat." "dekar\nmendekar\n [arkaik] bermain pedang;\npendekar\n1.\n orang yang pandai bermain senjata;\n2.\n askar dan lain-lain yang gagah berani, pahlawan." "dekat\n1.\n tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir:\nrumahnya ~ dengan kedai; \nbudak itu datang dan duduk ~ saya; \nSungai Siput letaknya ~ sahaja dengan Kuala Kangsar;\n2.\n hampir (berkenaan (dengan) waktu, masa, jumlah, dan lain-lain):\nsiang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; \nwang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; \n3.\n [bahasa percakapan] kata yang menunjukkan tempat, di:\nmakan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu; \n4.\n tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu):\npeperiksaan akhir tahun sudah ~; \n5.\n rapat (berkenaan (dengan) hubungan persahabatan, persaudaraan, dan lain-lain), karib:\npenghulu kampung itu ~ benar dengan anak buahnya; \ndia itu saudara ~ saya;\n~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk \n(peribahasa) perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya;\n \n~ tak tercapai jauh tak berantara \n(peribahasa) sesuatu yang diinginkan tetapi tidak berdaya untuk mendapatkannya;\ndekat-dekat\n dekat (tidak jauh) antara satu dengan yang lain, rapat-rapat;\nberdekat\n1.\n berada (duduk dan sebagainya) dekat atau hampir (dengan yang lain atau antara satu dengan yang lain):\nmereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran;\n2.\n [sastera lama] berhubungan rapat, berapat, berbaik;\n3.\n [kiasan] = \nberdekat-dekat, berdekat-dekatan\n bergandingan, bercampur:\nkesukaan itu selalu ~ dengan kedukaan;\n berdekat-dekat, berdekat-dekatan\n1.\n (berada, duduk, dan sebagainya) dekat antara satu dengan yang lain, berapat-rapat:\napabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; \n2.\n [kiasan] bergandingan, berdekat;\nberdekatan\n1.\n berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran:\nrakit itu kemudiannya dihanyuntukan ke dalam sungai yang ~; \nkejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yang ~; \n2. = berdekat-dekatan;\n \n3.\n dekat (dengan sesuatu), berhampiran (dengan);\nmendekat\n1.\n pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kepada seseorang:\nbasikal penjual mi goreng itu semakin ~; \n2.\n hampir tiba atau sampai:\nsemua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dengan serta-merta kerana serangan musuh telah ~; \n3.\n mahu berbaik-baik;\nmendekati\n1.\n pergi (datang) dekat kepada, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dengan:\nsaya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; \n2.\n hampir tiba pada (masanya dan lain-lain), menuju ke (waktunya):\nsetiap saat yang berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; \n3.\n (hendak) berbaik-baik, berhubungan erat dengan:\nAmerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba untuk ~ negara-negara yang baru muncul; \n4.\n hampir mencapai (berkenaan (dengan) umur dan lain-lain):\nusianya sudah ~ empat puluh tahun; \n5.\n mengambil langkah dan sebagainya untuk melaksanakan tugas dan sebagainya atau mengatasi masalah:\nada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; \n6.\n seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai):\ngambaran yang ~ kenyataan;\nmendekatkan\n1.\n meletakkan dan sebagainya supaya dekat atau berhampiran dengan, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan:\ntong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dengan air; \n2.\n menjadikan erat atau rapat (berkenaan (dengan) perhubungan antara dua orang dan lain-lain), merapatkan:\nsifat-sifatnya yang demikian itu ~ dia padaku; \nagama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kepada arus intelektual dunia;\nmemperdekat\n menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dan lain-lain), mempererat, merapatkan lagi:\nhajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu;\nterdekat\n dekat sekali, paling dekat:\npelabuhan besar negara asing yang ~ dengan Malaysia ialah Singapura;\nkedekatan\n perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dan sebagainya) yang dekat dengan, kehampiran:\npada hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dengan realiti;\n~ penggunaan bahasanya kepada bahasa sehari-hari;\npendekatan\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mendekati atau mendekatkan:\n ~ diri kepada Allah;\n2.\n kaedah (cara, langkah-langkah, dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dan lain-lain):\ndalam beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kepada ~ yang digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka." "dekatlon\n(Suk) pertandingan untuk peserta lelaki yang dilangsungkan selama dua hari, terdiri daripada 10 acara, iaitu lumba lari 100 meter, lompat jauh, lumba lari 400 meter, lontar peluru, lompat tinggi, lari berpagar 110 meter, lempar cakera, lombol bergalah, merejam lembing dan lumba lari 1500 meter." "deket\n[Kelantan] melekat (buah-buahan dan lain-lain)." "dekih\nmendekih, mendekih-dekih, terdekih, terdekih-dekih\n tertawa kecil." "dekil\n[Jakarta] selekeh, berdaki, kotor." "deking\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n [bahasa percakapan] tempat berlindung, lindungan, perlindungan;\n2.\n [bahasa percakapan] cagaran:\nketika meminjam wang tempoh hari, tanahnya dijadikan ~; \n3.\n [bahasa percakapan] pelindung, penaung;\ndideking\n1.\n [bahasa percakapan] dihalangi, disekat;\n2.\n dilindungi, dinaungi." "dekit\nberdekit, berdekit-dekit\n ketawa kecil:\nMidah tidak menjawab pertanyaanku, hanya ketawa ~ sambil menundukkan kepalanya." "deklamasi\npembacaan sajak dan sebagainya dengan irama suara, gaya dan penuh perasaan:\n~ sajak;\n berdeklamasi\n membaca (sajak dan lain-lain)\n;\nmendeklamasikan\n membacakan (menyampaikan) sajak dan lain-lain untuk didengari:\n dia telah ~ sajaknya sejak setahun yang lalu;\n pendeklamasian\n perihal atau perbuatan mendeklamasikan:\n~ sajak;\n pendeklamasi\n orang yang mendeklamasikan sajak, puisi dan sebagainya:\nbeliau juga mendapat pengiktirafan sebagai penulis dan ~ puisi tanah air." "deklarasi\n1.\n wang biaya (perjalanan dan lain-lain);\n2.\n pernyataan yang ringkas dan jelas (tentang sesuatu)." "deknu\n[Kelantan] di sana, di sesuatu tempat yang lain." "dekor\n1.\n [Indonesia-Belanda] perlengkapan pentas (seperti tirai, hiasan, dan lain-lain) untuk pertunjukan sandiwara;\n2.\n gaya atau keseluruhan alat hiasan yang memberikan wajah tertentu kepada sesuatu tempat (seperti bilik, rumah, dan sebagainya):\nsesuai dengan struktur pembinaannya, ~ banglo berwajah antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yang dikehendaki oleh tuannya." "dekorasi\n1.\n hiasan, gambar hiasan;\n2.\n bintang kehormatan yang dianugerahkan kerana bakti (jasa)." "dekoratif\nberkenaan sesuatu yang digunakan sebagai hiasan:\npemilihan kata-katanya bukan sebagai sesuatu yang ~ ataupun simbolik." "dekret\n[Indonesia-Belanda] dekri." "dekri\nperintah (undang-undang dan lain-lain) yang dibuat oleh pihak berkuasa, raja, pemerintah, dan lain-lain;\n~ mutlak \nperintah muktamad daripada mahkamah yang menamatkan atau membubarkan sesebuah perkahwinan sepenuhnya (berkenaan (dengan) orang bukan Islam);\n \n~ nisi \nperintah mahkamah supaya sesebuah perkahwinan dibatalkan dalam tempoh masa yang tertentu melainkan ada sebab yang munasabah untuk menghalangnya (berkenaan (dengan) orang bukan Islam);\nmendekrikan\n memerintahkan: \npemerintah ~ wujudnya satu badan kerajaan yang akan ditubuhkan mengikut bentuk-bentuk tertentu." "dekron\ndakron." "dekstrin\n(Biologi) bahan melekit yang digunakan sebagai agen pemekat dalam makanan, dan sebagai gam." "dekstrosa\n(Perubatan) gula yang sering diberikan kepada pesakit secara suntikan ke dalam vena untuk mengatasi masalah kekurangan air tubuh atau untuk menggantikan cecair dan zat makanan yang hilang semasa pembedahan." "deku\nberdeku\n [Jakarta] bertelut, duduk berlutut." "dekuh I\n= \n~-dekah \nbunyi seperti bunyi orang ketawa;\nberdekuh\n = \n~-dekah \nberbunyi seperti bunyi orang ketawa." "dekuh II\n[Kelantan];\nputik ~\n masih putik benar (berkenaan (dengan) buah-buahan)." "dekuk\nberdekuk-dekak\n berbunyi seperti bunyi orang berjalan memakai terompah:\n Ummu Abdu muncul dengan terompahnya yang ~ bentuk-bentuk tertentu." "dekunci\nsejenis tumbuhan (pokok), temu kunci, \nGastrochilus pandurata." "dekung\ndegung." "dekus\nberdekus, mendekus\n mengeluarkan bunyi yang menghembus-hembus (bunyi kucing, harimau, dan lain-lain), mendengus." "dekut\nbunyi seperti bunyi burung punai (tekukur dan lain-lain);\nberdekut\n mengeluarkan bunyi kut untuk memikat burung (ikan dan lain-lain):\nPak Hamid kaki ~. Pak Hamid tak takut bermalam di hutan;\nmendekut\n memanggil (burung dan lain-lain yang hendak dipikat) dengan mengeluarkan bunyi tertentu:\nruak-ruak mesti didekut setiap malam." "delah\nsejenis ikan laut, bangan, merah cina, \nCaesio spp.;\n~ karang \nsejenis ikan laut, pinang-pinang\n, Gymnocaesio spp." "delak\ndelik I." "delamak\nsejenis kain (yang bersulam) untuk penutup (pembalut) tudung saji." "delan\nriak kecil yang disebabkan oleh ikan (dalam air)." "delap\n[Jawa] [arkaik] tidak tahu malu." "delapan\nlapan, angka (bilangan) tujuh ditambah satu;\n \n~ belas \n18;\n \n~ puluh \n80." "delat\nberdelat-delat\n [Pahang] berkelip-kelip, berkilat-kilat." "delegasi\n1.\n rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan (persidangan dan sebagainya), perwakilan;\n2.\n tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas, tanggungjawab, dan sebagainya) kepada seseorang lain (mis kepada penolong dan sebagainya);\n3.\n [Indonesia] pemindahan wang atau hutang kepada orang lain;\nmendelegasikan\n mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas dan tanggungjawab, dan sebagainya) kepada seseorang lain (mis kepada penolong dan sebagainya)." "delegat\n[Indonesia-Belanda] wakil, urusan." "delemak\n= delamak." "deleman\n= delman." "deler\n[Indonesia-Belanda] anggota Dewan Hindia pada zaman penjajahan." "deli\ndelik I" "delik\n[Indonesia-Belanda] perbuatan yang melanggar undang-undang;\n \nkena ~ \n[bahasa percakapan] didakwa kerana melanggar undang-undang." "delik I\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMemecylon caloneuron;\n~ air \na) sejenis tumbuhan (pokok kecil), bangas putih, delima burung, \nMemecylon dichotomum; \nb) = \n~ bangas\n = \n~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), medang nasi-nasi, \nMemecylon edule;\n~ bukit \n= \n~ limau manis\n = \n~ tembaga \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), medang berunit (bunut), \nAnisophyllea apetala;\n~ jambu putih \nsejenis tumbuhan (pokok renek), api-api hutan, kelat batu, \nMemecylon coeruleum." "delik II\n[Jawa];\nmendelik\n terbuka luas (seperti mata orang yang memandang dengan marah), membelalak (berkenaan (dengan) mata), menyalang:\ndekat mereka terdiri mandurnya, masing-masing dengan tongkat semambu sambil mata ~, kumis melintang di atas bibirnya;\nmendeliki\n memandang dengan mata terbelalak pada." "delima\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPunica gramnatum;\n~ burung \nsejenis tumbuhan (pokok renek), daun pekan, delik air, \nMemecylon dichotomum;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, \nGardenia tubifera;\n~ merekah \nwarna bibir yang elok;\n \nbatu ~ \nsejenis permata (berwarna merah muda);\n \nwarna ~\n warna merah muda;\n \nseperti daun ~ dengan bunganya \n(peribahasa) hidup yang tidak berguna." "delinggam\nsedelinggam." "delinkuen\nbersikap melanggar undang-undang (yang tidak serius) atau melakukan perkara yang tidak diterima masyarakat." "delman\nsejenis kereta kuda yang beroda dua." "delta I\nlanar yang berbentuk segi tiga di muara sungai:\ndi kuala sungai itu terjadi suatu ~ bertentangan dengan Pulau Trinidad." "delta II\nhuruf keempat dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u0394, \u03b4." "deltiologi\npengumpulan dan kajian tentang poskad." "deluang\n= jeluang." "delujur\n= jelujur." "delung\n[arkaik];\nmendelung\n cengkung atau lekuk (berkenaan (dengan) mata)." "delusi\npendapat (idea, kepercayaan, dan lain-lain) yang silap atau mengelirukan:\ndia mengalami ~ kebesaran." "delut\njelut." "dem\n[bahasa percakapan] timbunan kereta rosak atau tua." "dema\n[Perak] mereka (semua)." "demagog\npemimpin politik yang cuba mendapatkan sokongan orang ramai melalui ucapan dan hujahnya yang penuh emosi tetapi tidak munasabah atau tidak rasional." "demagogi\nkaedah atau amalan penguasaan politik dengan membangkitkan atau mengapi-apikan perasaan rakyat secara yang tidak rasional:\n masyarakat yang dipimpin oleh seseorang pemimpin yang menguasai fahaman ~ akhirnya mencetuskan Perang Dunia Kedua\n." "demah I\nbenda (seperti pasir, air, dan lain-lain yang dipanaskan) untuk menuam bahagian badan yang sakit;\nmendemah\n menekankan demah pada bahagian badan yang sakit, menuam:\npada malam itu juga kaki yang bengkak itu didemah dan diurut." "demah II\n[Kedah] tumbuh." "demam\n1.\n penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa;\n2.\n kenaikan suhu tubuh yang melebihi suhu biasa:\nsemalam saya ~, saya tidak pergi kerja;\n3.\n ki keghairahan untuk sementara waktu:\n~ pop enam puluhan;\n~ berselang (berlat, berganti hari) \ndemam yang tidak terus-menerus;\n \n~ cupak\n [Kelantan] demam tubuh tetapi pesakit masih berselera untuk makan;\n \n~ denggi \ndemam akibat virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk \nAedes;\n \n~ denggi berdarah \ndemam denggi yang berbahaya (boleh membawa maut);\n \n~ dingin (gigil, ketar, sejuk) \ndemam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil);\n \n~ kepialu \ndemam kerana sejenis penyakit yang disebabkan oleh kuman dalam makanan atau air yang kotor;\n \n~ ketulangan \ndemam yang disertai oleh rasa sengal-sengal tulang;\n \n~ kuning \nsejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pada hempedu);\n \n~ merah \nsejenis penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria \nStreptococcus pyogenes\n yang dicirikan dengan demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pada kulit;\n \n~ panas\n demam dengan suhu badan yang tinggi;\n \n~ puyuh\n demam pura-pura (bukan sebenarnya demam);\n \n~ reumatik \npenyakit yang menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pada sendi;\n \n~ selesema (sesa-sesa)\n demam yang menyerang saluran-saluran pada paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza;\n \n~ skarlet \ndemam merah;\nmendemamkan\n menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam:\nesoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yang memandang;\nterdemam, terdemam-demam\n menjadi (kena) demam:\nkanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu." "deman\n[Jawa] [arkaik] demen." "demang\n1.\n ketua daerah;\n2.\n [sastera lama] gelaran ketua daerah:\nD~ Lebar Daun." "demap\n[arkaik] pelahap, gelojoh, pajuh, rakus." "demarkasi\ngaris ~\n garis sempadan yang memisahkan dua daerah yang dikuasai oleh angkatan tentera yang bermusuhan." "dembam\nbunyi seperti bunyi buah nyiur jatuh dan sebagainya;\nberdembam\n jatuh dengan berbunyi dembam." "demberang, demberangan\nbunyi seperti bunyi tembakan senapang (bedil dan sebagainya)." "dembun\nbunyi seperti bunyi benda berat jatuh (bunyi menepuk tilam dan lain-lain);\nberdembun, berdembun-dembun\n berbunyi seperti bunyi benda berat jatuh." "demdem\nsejenis peluru yang boleh menyebabkan maut atau cedera parah;\ndumdum\n." "demek\n[Jakarta] belum kering benar, lembap." "demen\n[Jawa] rasa suka akan seseorang atau sesuatu seperti muzik, memancing dan sebagainya." "demi\n1.\n sebaik sahaja (didengar, dilihat, dan lain-lain), pada ketika:\ndia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yang menimpa anaknya; \n2.\n dengan, atas (nama Tuhan dan lain-lain, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dan sebagainya);\n \n~ Allah, saya berkata benar; \n3.\n kerana, untuk:\n~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka berbagai-bagai rancangan pembangunan yang besar dijalankan; \n4.\n yang satu (seorang) mengikuti yang lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yang lainnya);\n \ndilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu;\nberdemi\n;\n \n~ Allah \nbersumpah dengan (atas) nama Allah." "demi-finale\n[Indonesia-Belanda] setengah (separuh) akhir (berkenaan (dengan) pertandingan, perlawanan dan sebagainya)." "demik\n[Minangkabau];\nmendemik\n menampar (menepuk) dengan tapak tangan." "demikian\nbegitu, begini, seperti itu (ini);\n \n~lah halnya \nbegitulah halnya;\n \noleh yang ~\n oleh (hal) yang begitu;\n \ndalam ~ itu \nketika itu;\n \ntak ~ mahal \ntidak begitu mahal;\nsedemikian\n seperti (sebagai) itu, sebegitu:\nEsah telah bertahun hidup ~; \nkalau ~ indah \nkalau sebegitu indah." "demiliterisasi\npembebasan daripada hubungan-hubungan (sifat-sifat dan lain-lain) ketenteraan, penarikan tentera daripada sesuatu daerah dan lain-lain (untuk menjadikannya bebas daripada kekuasaan dan sebagainya tentera);\nmendemiliterisasikan\n membebaskan daripada hubungan-hubungan (sifat-sifat dan lain-lain) ketenteraan (berkenaan (dengan) pemerintahan, pentadbiran, wilayah dan lain-lain)." "demis\npipih (berkenaan (dengan) hidung)." "demisioner\n[Indonesia-Belanda] yang sudah tamat tempoh perkhidmatan tetapi masih bertugas, sementara menanti ganti (berkenaan (dengan) kabinet dan lain-lain)." "demit\n= dedemit\n orang halus, orang bunian." "demo I\n[arkaik] sejenis kereta yang beroda tiga." "demo II\n[Kelantan] awak." "demo III\n[bahasa percakapan] demonstrasi." "demobilisan\nbekas anggota askar yang telah ditamatkan perkhidmatannya." "demobilisasi\npenamatan perkhidmatan (bagi tentera yang dikerah ketika perang);\nmendemobilisasikan\n menghapuskan (menamatkan) pengerahan tentera, menghentikan (menamatkan perkhidmatan) tentera yang dikerah ketika perang." "demografi\nkajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dan sebagainya) dalam tempoh waktu tertentu:\n faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja\n." "demokrasi\n1.\n pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya;\n \n~ berparlimen (perwakilan) \npemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan;\n2.\n unit politik atau sosial yang pada dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya;\n3.\n keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;\nberdemokrasi\n mengamalkan atau berasaskan prinsip-prinsip demokrasi;\nmendemokrasikan\n menjadikan berdemokrasi, menjadikan sesuatu berasaskan demokrasi;\npendemokrasian\n perihal (tindakan, proses, dan sebagainya) mendemokrasikan:\n~ pilihan raya;\n~ pendidikan \npeluang mendapat pendidikan bermutu\n." "demokrat\npenyokong demokrasi atau prinsip-prinsip demokratik." "demokratik\n1.\n dicirikan dengan, terbit daripada, berkaitan dengan prinsip-prinsip demokrasi;\n2.\n menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa;\nmendemokratikkan\n menjadikan demokratik." "demokratis\n[Indonesia] demokratik." "demonstran\n[Indonesia-Belanda] penunjuk perasaan." "demonstrasi\n1.\n penerangan, peragaan, dan lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dan lain-lain;\n2.\n tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dan lain-lain:\npara pelajar membuat kacau dan mengadakan ~;\nberdemonstrasi\n menunjuk perasaan (kerana memprotes dan lain-lain);\nmendemonstrasikan\n menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (seperti mesin, alat solek, dan lain-lain) atau cara-cara melakukan sesuatu;\npendemonstrasian\n proses atau perbuatan mendemonstrasikan sesuatu:\n ~ itu memang mustahil dilakukan pada waktu ini." "demonstratif\ncenderung melahirkan perasaan sendiri:\ndia seorang yang ~." "demonstrir\n[Indonesia-Belanda];\nmendemonstrir\n mendemonstrasikan." "demoralisasi\n[Indonesia-Belanda] kemerosotan atau kejatuhan taraf akhlak." "dempak I\n1.\n tidak runcing atau tidak lancip (berkenaan (dengan) haluan perahu, topi, rumah, dan lain-lain);\n2.\n pepat, lebar bilahnya (berkenaan (dengan) pisau dan lain-lain);\n3.\n bongok, gemuk pendek (berkenaan (dengan) tubuh badan dan lain-lain)." "dempak II\nberdempak\n bertembung, bersua, bertemu:\napabila ~, Jamilah menegur dan Busu pun terhenti." "dempang I\nbunyi seperti bunyi benda kosong (tong dan lain-lain) jatuh;\nberdempang-dempang\n1.\n berbunyi (beberapa kali) seperti bunyi tong kosong jatuh;\n2.\n [kiasan] berbual, berborak." "dempang II\ndamping, rapat, dekat:\nmaka bahtera itu pun ~ ke pulau." "dempek\nmenumpang (naik) kereta (basikal dan lain-lain)." "dempet I\n[Jakarta];\nberdempet\n berapat-rapat, berhimpit(-himpit), terlalu dekat (berdampingan);\nkedempet\n terhimpit, tersepit." "dempet II\nrapat melekat seperti pisang kembar;\nberdempet\n berapat-rapat, berdekat-dekat, berdampingan, berhimpit;\nmendempetkan\n mendekatkan rapat-rapat, merapatkan hingga bertemu (bercantum, melekat):\ndia ~ pipinya ke pipi budak itu;\nterdempet\n dalam keadaan berdempet, terlekat:\ndia sudah bersiap hendak ke situ dengan parangnya ~ di pinggangnya." "dempir\nbunyi yang nyaring seperti bunyi canang dan lain-lain." "dempit\nkepit, sepit, rapat;\n \n~\n \ntidak bersanggit, ditambat tidak bertali\n (peribahasa) lelaki perempuan yang bersekedudukan dengan tidak bernikah." "dempuk\nberdempuk\n berlanggar (dengan), bertumbuk (dengan);\nterdempuk\n terlanggar (pada), tertempuh (pada), terhantuk (pada):\nbahunya ~ pada pintu istana." "dempul\ngala-gala yang biasanya diperbuat daripada campuran kapur dan minyak jarak (untuk menutup lubang pada kayu dan lain-lain);\nmendempul\n menutup lubang (celah) dengan dempul." "dempung\nbunyi seperti bunyi benda jatuh ke air dan sebagainya." "demuduk\nsejenis ikan laut, berkas, \nCarangoides spp." "demukut\n[Kedah] temukut." "demut\nterdemut-demut\n perlahan-lahan (berkenaan (dengan) gerakan, gerak-geri), lambat-lambat, terembut-embut (gerakan nafas dan lain-lain), terkemut-kemut." "den I\n[Jawa] singkatan bagi raden." "den II\n[Minangkabau] aku, saya." "dena\ndina II." "denah I\nrajah, bagan, peta." "denah II\nhantu ~ \nsejenis hantu yang menyebabkan kaki menjadi bengkak." "denai\nbekas jejak binatang di hutan (semak, belukar, dan lain-lain):\n~ babi;\n~ gajah; \nikut ~ \nberjalan mengikut jejak binatang;\nbagai anjing melintang ~ \n(peribahasa) seseorang yang sombong (gembira);\n \nbagai ~ gajah lalu \n(peribahasa) kerosakan yang besar;\nberdenai\n mempunyai denai:\nlereng bukit yang ~." "denak\n1.\n burung atau binatang pemikat (untuk menarik burung atau binatang yang hendak diperangkap dan sebagainya), umpan:\nDolah batuk menguku-nguku macam ~ tekukur melawan; \nayam ~ \na) ayam hutan;\n b) ayam katik;\n \n~ penunggul\n (burung) pemikat yang dilekatkan pada tunggul kayu;\n \nseperti ~ mencari lawan\n (peribahasa) seseorang yang gagah dan berani. \n2.\n [Kedah] telur yang digunakan untuk mengumpan ayam supaya bertelur." "dencang\nbunyi yang bergemerencang (seperti bunyi pedang yang bersentuhan)." "dencing\ndecing, denting." "denda\n1.\n hukuman berupa wang, sejumlah wang yang (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan seperti melanggar peraturan, undang-undang, dan lain-lain):\nsetelah membayar ~, orang itu dilepaskan; \n2.\n hukuman (biasanya berkaitan dengan kesalahan yang agak kecil):\n~ atas murid yang datang lambat;\nmendenda\n1.\n menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dengan memutuskan supaya yang bersalah membayar sejumlah wang:\nmahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yang didapati bersalah; \n2.\n menghukum (biasanya berkaitan dengan kesalahan yang agak kecil):\nayahnya ~nya kerana kecuaiannya itu; \ndidenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang \n(peribahasa) denda pada nama sahaja, yang dikehendaki hanyalah perdamaian;\ndendaan\n1.\n hukuman berupa wang, denda:\n~ hakim itu sangat berat; \n2.\n wang yang dibayar sebagai memenuhi hukuman, wang dari denda:\ntiap-tiap ~ yang dikutip dijadikan sebahagian daripada hasil negeri;\npendendaan\n perihal (perbuatan) mendenda." "dendalu\ndedalu." "dendam\n1.\n = \n~ berahi \nperasaan cinta dan kasih yang amat sangat terhadap seseorang:\nSi Bidin rupanya ada menaruh ~ pada Esah; \n2.\n = \n~ hati\n perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat):\norang duduk di kampung memang tolong-menolong, tidak boleh menaruh ~;\n~ benci \n= \n~ kesumat\n rasa dendam dan benci yang mendalam;\n \nmembalas ~ \n= \nmelepaskan ~ \nmelakukan sesuatu yang tidak baik sebagai membalas kejahatan seseorang dan memuaskan dendam hati yang terpendam;\n \nmenaruh ~ \nmenyimpan (memendam) perasaan ingin membalas perbuatan jahat seseorang;\n \nrindu ~ \nperasaan rindu yang amat sangat;\nberdendam\n menaruh dendam:\nKarim memang sudah lama ~ hendak membinasakan Pak Sudin;\nberdendam-dendaman\n saling menaruh dendam;\nmendendam, mendendami\n menaruh dendam pada:\nPanglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yang digelarnya lanun itu; \ndendam ~ \nsaling menaruh dendam;\ndendam-mendendam\n saling mendendami;\nmendendamkan\n menaruh dendam mengenai sesuatu hal (perbuatan dan sebagainya):\norang-orang itu sudah lama ~ hal orang-orang berasmara di tempat itu;\ndendaman\n perasaan dendam:\ntidak pula timbul ~ dalam hatinya terhadap orang yang mengkhianatinya;\nkedendaman\n perasaan dendam, dendam:\n~nya terhadap gadis itu makin mendalam;\npendendam\n (orang yang) suka berdendam, (orang yang) suka menaruh dendam:\nbudak itu bukan sahaja seorang yang degil tetapi juga seorang yang ~." "dendan\n= dandan I & II." "dendang I\nsejenis burung, gagak, \nCorvus macrorhynchos;\n~ laut \nsejenis burung, \nSula leucogaster; \nburung ~ air \n= \n~ laut \nsejenis burung, kosa, \nPhalcrocorax carbo;\n~ (meng)gonggong telur \n(peribahasa) perempuan hodoh berpakaian cantik;\n= dandang III." "dendang II\n1.\n sejenis kumbang yang hitam, \nCantharis hirsticornis; \n2.\n sejenis kumbang yang perang kemerah-merahan, \nIllectica testaceae." "dendang III\n= dandang II." "dendang IV\nnyanyian (lagu yang dinyanyikan) untuk bersuka-suka atau menghiburkan hati;\n \ndengan ~ \nki dengan mudah sahaja;\nberdendang, berdendang-dendang\n bernyanyi (berlagukan) dendang, bernyanyi (-nyanyi) untuk bersenang-senang hati:\nmereka terus ~ dan berpantun;\norang ~ di pentasnya, orang beraja di hatinya \n(peribahasa) tiap-tiap orang berkuasa di tempat masing-masing;\n \nsambil ~ biduk hilir \n(peribahasa) membuat dua tiga pekerjaan dengan sekali gus;\nmendendangkan\n menyanyikan dendang (untuk bersuka-suka hati), menyanyikan (lagu yang menghiburkan):\nsuara burung hantu bersahut-sahutan di tengah rimba ~ lagu disahuti dengan suara pungguk yang lanjut sayu; \nkedengaran di radio, biduan P. Ramlee sedang ~ lagu Merak Kayangan;\ndendangan\n (lagu dan sebagainya) yang didendangkan oleh seseorang:\nlagu merdu ~ biduanita Saloma." "dendeng I\ndaging tipis yang dirempahi dan dikeringkan:\n~\n \ndaging rusa;\nmendendeng\n membuat dendeng." "dendeng II\nmendendeng\n1.\n menayangkan atau menunjukkan (gambar, surat, dan lain-lain) tetapi tidak diberi pegang:\ndia ~ gambar kawannya kepada saya; \n2.\n melindungi (menutupi) dengan sesuatu benda yang lebar;\nterdendeng\n tertayang atau tergantung (berkenaan (dengan) gambar, cermin, dan lain-lain):\ngambarnya ~ di dinding bilik tidurnya." "denderam I\nsejenis tumbuhan (pokok), meneram, mengeram, neram, \nDipterocarpus oblongifolius." "denderam II\nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda ataubulat leper yang berlubang di tengah, peniaram." "dendrokronologi\npentarikhan umur sesuatu pokok dengan menghitung gelang pada keratan rentas batang pokok berkenaan." "dendulang\nsejenis tumbuhan (pokok renek);\ndulang IV." "dener\n[Kelantan] keadaan yang basah (berair, lembap, dan lain-lain), berair, basah." "dengak\n[arkaik];\nterdengak\n terdongak (kepala)." "dengan I\n1.\n (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh):\nsaya pergi menonton wayang ~ adik saya; \nseorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; \n2.\n kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dan lain-lain) atau alat dan sebagainya yang digunakan:\nAhmad membelah durian ~ parang; \nkerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yang erat daripada semua pihak; \nmenambah ilmu pengetahuan ~ membaca; \n3.\n melawan, menentang:\nbergaduh ~ adiknya; \nberperang ~ musuh; \n4.\n kata yang menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dan sebagainya):\nAhmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; \nmenjerit ~ sekuat hati; \nmenghadapi masalah ~ tenang; \n5.\n oleh, kerana, atas;\n \n~ nama Allah \natas nama Allah;\n \n~ yang demikian\n oleh yang demikian;\n6.\n kata untuk menyatakan hubungan kesesuaian (kecocokan, keselarasan, dan sebagainya):\ntindakan yang diambil sesuai ~ keadaan; \nsependapat ~ saya; \n7.\n kata yang menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dan sebagainya):\nramai pelajar yang lulus ~ mendapat gred dua;\n8.\n kata yang menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dan lain-lain):\nSukor akan berbincang ~ dia sebelum membuat keputusan; \nbarangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dalam Rintisan;\n9.\n [bahasa percakapan] pada:\n~ dia semua boleh." "dengan II\n1.\n [sastera lama] sahabat, kawan, teman;\n2.\n [Minangkabau], [sastera lama] hamba, sahaya:\nDatuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; \n3.\n [sastera lama] saya, aku." "dengap\nberdengap\n \n1.\n berdenyut kencang (berkenaan (dengan) jantung), berdebar:\nselepas berlari berkeliling padang itu beberapa kali, jantungnya mulai ~; \n2.\n sesak nafas;\nmendengap\n mendenyut-denyut (berkenaan (dengan) jantung dan lain-lain):\nkepalanya ~ selalu." "dengar\npanggil tak ~ \nki jauh (sekali);\n \ncorong ~\n [Indonesia] corong alat mendengar;\n \nsalah ~ \nsalah menangkap (percakapan, kata-kata yang dituturkan, dan lain-lain);" "dengar-dengar\nmenurut khabar yang diterima, menurut yang diketahui:\n~nya Idah selalu bergaduh di sana;\n~ angin \nmenurut khabar angin;\nberdengar\n [Minangkabau] didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan);\nmendengar\n1.\n menangkap (bunyi, suara) dengan telinga:\npada mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; \n2.\n mendapat (khabar, berita, dan lain-lain), mendapat tahu:\nsetelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; \n3.\n memberikan perhatian kepada kata-kata dan sebagainya seseorang (untuk mengikutnya, mempertimbangkannya, dan sebagainya), mempedulikan, mengikut (kata, suruhan, dan lain-lain):\nkerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya;\n~, mengingat (menimbangkan) memutuskan \n[Indonesia] (digunakan berkaitan dengan) proses membuat sesuatu keputusan (resolusi);\n \ndengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk \n(peribahasa) hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan mendengar cakap orang;\n \ndidengar ada, dipakai tidak\n (peribahasa) tidak mengikut nasihat;\nmendengarkan, mendengari\n1.\n mendengar akan (sesuatu):\nfikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; \nkemudian Datuk Ujang menceritakan kisah yang pernah didengarinya daripada seorang komunis yang ditawan; \n2.\n mengendahkan, mempedulikan, mengikuntukan (nasihat, bujukan, dan lain-lain):\njangan kamu dengarkan sangat cakap orang;\n memperdengarkan\n1.\n melakukan sesuatu (seperti memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dan sebagainya) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dan sebagainya) melalui radio:\nHamzah sering diundang untuk ~ gesekan biolanya dalam majlis yang besar-besar;\n2.\n menyiarkan (mengemukakan dan sebagainya) supaya diketahui umum atau orang lain:\nkeluhan para isteri tentang kelakuan suami yang keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah;\nterdengar\n1.\n (sudah) didengar:\napabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; \n2.\n dapat (boleh) didengar:\nsebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; \n3.\n [kiasan] sanggup (tahan) didengar:\ntenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; \n4.\n didengar, diketahui:\nberita itu sudah ~ merata-rata;\nterdengar-dengar\n seolah-olah (masih) mendengar, seolah-olah belum luput dari telinga;\ndengar-dengaran\n1.\n mempedulikan, mengendahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dan sebagainya):\njangan tuanku ~ akan sembah orang yang tiada sebenarnya;\n2.\n perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan seperti terdengar-dengar:\ncuma ~ saya sahaja agaknya;\nkedengaran\n1.\n (dapat) didengar, terdengar:\ndari jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; \n2.\n diperoleh berita, diketahui:\nsetelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah;\npendengaran\n1.\n pancaindera untuk mendengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga):\nkalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; \n2.\n perihal mendengar(kan), apa yang dapat didengar:\nKak Bedah mengangkat kepalanya untuk menjelaskan ~nya;\npendengar\n1.\n alat (perkakas, benda) untuk mendengar(kan);\n2.\n orang yang mendengar (bunyi, percakapan, dan sebagainya):\n~\n \nradio; \n3. = pendengaran\n pancaindera untuk mendengar;\n4.\n [Indonesia] mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah." "denggi\n= \ndemam ~ \npenyakit virus yang berjangkit melalui gigitan oleh nyamuk \nAedes, \nyang dicirikan dengan sakit kepala, demam, sakit pada sendi dan ruam." "dengih\nbunyi seperti bunyi orang menahan kesakitan (biasanya senak perut), bunyi seperti orang sesak nafas;\nterdengih-dengih\n kembang kempis dadanya (seperti orang yang memikul barang yang sangat berat), mengeluarkan bunyi dengih." "dengik I\ndengih." "dengik II\n[Jawa];\nmendengik\n memandang dengan mengeluarkan kepala (di jendela dan sebagainya), menjenguk." "denging, dengingan\nbunyi dengung yang halus:\ndengarkah detak nadiku bagai ~ jutaan lebah?\nberdenging, mendenging, mendenging-denging\n berbunyi denging di telinga (sebab percakapan yang pedas-pedas dan lain-lain):\nberdenging-denging telinga Pak Haji Samad mendengar sindiran orang-orang muda itu." "dengkang I\nbunyi seperti bunyi katak;\n\n\nsi dengkang\n[sastera lama] [arkaik] katak:\n\n\nsi ~ berbunyi malam;\nberdengkang-dengkang\n\n\n1.\n berbunyi seperti bunyi katak;\n2.\n (tertawa dengan) berdekah-dekah (kuat):\n\n\nnakhoda tertawa ~." "dengkang II\n~-dengkol \nbengkang-bengkok (tangan, pokok, dan lain-lain)." "dengkel\n1.\n tidak berisi (buah-buahan seperti durian dan lain-lain), kering, tidak berair (berkenaan (dengan) buah-buahan);\n2.\n kaku atau bengkak pada buku lali." "dengket\n[Perlis] berjalan dengan sebelah kaki." "dengki\n1.\n = \nkedengkian\n kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat, niat jahat yang terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati):\ntiada aku mengadakan segala perkataan ini oleh sebab ~; \ndifitnahkannya pemuda itu kerana ~nya;\n2. = berdengki\n menaruh perasaan benci (niat jahat dan sebagainya) terhadap seseorang kerana cemburu atau iri hati yang amat sangat:\napalah gunanya kita ~ sesama kita;\nberdengki-dengkian\n saling berdengki;\nmendengki\n dengki pada (terhadap), menaruh kebencian (niat jahat) terhadap seseorang (kerana berasa iri hati yang amat sangat):\ntidak ada gunanya kamu ~ kawan-kawanmu sendiri;\ndengki-mendengki\n saling berdengki:\nsemua penduduk Madinah tidak harus bermusuh-musuhan dan ~ antara satu sama lain;\npendengki\n (orang yang sifatnya) suka mendengki:\nAhmad itu ~ sungguh orangnya." "dengkik\n1.\n kedengkik, sangat kurus, kurus kering (dan lemah);\n2.\n tidak dalam (berkenaan (dengan) pengetahuan), cetek." "dengking\nbunyi seperti bunyi salakan anjing kesakitan (kerana dipukul dan sebagainya);\nberdengking, mendengking\n menjerit atau berteriak (seperti salakan anjing);\nmendengking-dengking\n mendengking berulang kali:\nanjing itu ~ kesakitan apabila terkena balingan batu." "dengkis\nsejenis ikan laut, \nSiganus spp.;\n~ gebang \nsejenis ikan laut, \nAcanthurus dussumierii;\n~ lada, Siganus jarus." "dengkol\n1.\n bengkok (lengan dan lain-lain), cengkol;\n2.\n [kiasan] telor, pelat." "dengkot\npendek sebelah kakinya (kerana cacat, cedera dan sebagainya) sehingga menyebabkannya berjalan terhincut-hincut, tempang:\nkaki kanannya ~ sedikit akibat kemalangan kereta yang dialaminya itu;\nberdengkot-dengkot\n berjalan terhincut-hincut kerana dengkot, berjengkot:\nlelaki itu ~ mengheret kakinya;\nterdengkot-dengkot\n (berjalan) dengan keadaan kaki yang dengkot, terhincut-hincut:\norang itu ~ berjalan ke gigi air untuk mengutip bola." "dengkul I\n[arkaik] \ndengkol." "dengkul II\n[Jawa] lutut;\nmendengkul\n melutut, berlutut." "dengkul III\n[Jawa], [bahasa percakapan] bohong, dusta, palsu;\nberita (khabar, radio) ~\n [bahasa percakapan] berita palsu;\n \nmodal ~ \n[bahasa percakapan] modal pada cakap sahaja, modal kosong;\n \nsaksi ~ \nsaksi yang palsu." "dengkung\nbunyi kung kung (bunyi seperti bunyi jeritan anjing yang dipukul atau bunyi besi dipalu dan lain-lain);\nberdengkung, mendengkung\n berbunyi kung kung, mengeluarkan bunyi dengkung;\nberdengkung-dengkung\n berdengkung (berbunyi dengkung) berulang kali." "dengkur\n1.\n bunyi seperti bunyi nafas yang kuat (dari orang yang sedang tidur), keruh;\n2.\n bunyi kur kur (kerana kesakitan yang amat sangat):\nterdengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~ yang kuat;\nberdengkur\n, \nmendengkur\n1.\n mengeluarkan dengkur (ketika tidur), berkeruh, mengeruh:\ntidur ~; \n2.\n tidur dengan nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur:\napabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~;\ndengkuran\n dengkur, bunyi mendengkur:\nFauzi dengan mulutnya ternganga, melepaskan ~ pula seperti bunyi harimau menantikan mangsanya." "dengkus\nbunyi seperti bunyi menarik (menghembuskan) nafas dengan hidung;\nberdengkus, mendengkus\n mengeluarkan bunyi dengkus." "dengkut\n= dengkur, dengut I." "dengu\n= dungu." "denguh\n= lenguh I." "denguk\nterdenguk\n tergerak-gerak ke kiri ke kanan dan sebagainya (kepala lembu, kerbau, dan lain-lain) ketika makan rumput." "dengung\nbunyi yang bergema seperti bunyi kumbang (kapal terbang, gong yang dipalu, dan lain-lain);\nberdengung, berdengung-dengung, mendengung\n berbunyi (bersuara) bergema:\nmotokar meluncur berdengung-dengung;\nmendengungkan\n1.\n mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema):\ngong yang dipalu itu pun ~ bunyi yang memekakkan telinga;\n2. = mendengung-dengungkan\n [kiasan] menghebah-hebahkan, menyebarkan (berita):\npihak musuh sering mendengung-dengungkan keburukan yang berlaku dalam negeri kita;\ndengungan\n1.\n bunyi yang berdengung (mendengung), dengung:\n~ pukulan gong sayup-sayup kedengaran dari tempat kami; \n2.\n [bahasa percakapan] propaganda, diayah:\nsegala ~ yang dilaungkan oleh pihak musuh tidak memberi bekas apa-apa kepada kita." "dengus\nbunyi hembusan nafas yang kuat (seperti bunyi hembusan nafas lembu, kerbau, dan lain-lain):\nkantuknya masih menyerkap seluruh anggotanya, kuapnya seperti ~ lembu jantan;\nberdengus, mendengus\n1.\n mengeluarkan bunyi seperti bunyi hembusan nafas lembu (kerbau dan lain-lain);\n2.\n menghembuskan nafas dengan kuat (berbunyi);\n3.\n melahirkan perasaan marah (menghina dan sebagainya) dengan dengus:\napabila kecil menyembah-nyembah hendak meminta wang, apabila besar bapak sendiri dianggap sepi, Pak Sudin ~." "dengut I\nbunyi yang bergema memanjang (seperti bunyi burung puyuh, gong yang dipalu, dan lain-lain):\n~ puyuh bersahut-sahut di dalam lembah;\nberdengut, mendengut, terdengut\n mengeluarkan bunyi dengut, berbunyi dengut (berkenaan (dengan) puyuh, gong yang dipalu, dan lain-lain)." "dengut II\n[Kelantan] tidak cergas (akal fikiran), lambat menangkap ajaran, dan lain-lain." "denim\nsejenis kain kapas tahan lasak, biasanya berwarna biru, yang digunakan untuk membuat jean dan sebagainya:\nseluar ~." "dening\n[Kelantan];\nsedening\n sepasang (lembu, kerbau, dan lain-lain)." "denitrifikasi\nproses penyingkiran nitrat atau nitrogen, misalnya penyingkirannya daripada tanih oleh tumbuh-tumbuhan." "denotasi\n(Linguistik)\n1.\n makna eksplisit sesuatu perkataan, lawan konotasi;\n 2.\n hubungan semantik antara satuan bahasa dengan benda (simbol dan lain-lain)." "denotatif\n(Linguistik) berkaitan dengan denotasi:\n simbol tersebut mempunyai kuasa ~." "densimeter\nalat untuk mengukur ketumpatan." "densiti\nukuran kepadatan, ketumpatan." "dentam\nbunyi seperti bunyi besi dipukul (pintu ditutup dengan kuat, mercun dibakar, dan lain-lain);\n \n~-dentum \nbunyi dentam yang berulang-ulang;\nberdentam\n berbunyi dentam:\npintu itu tadi ~ ditiup angin;\ndentaman\n bunyi dentam." "dentang\ndentangan\n bunyi seperti bunyi besi dipukul (letupan yang kuat dan lain-lain);\nberdentang\n berbunyi seperti bunyi besi dipukul dan lain-lain:\nsungguh geram hati Baki, ~ botol ubat itu dilemparkannya ke dalam tong sampah;\nberdentang-dentang\n berbunyi dentang berkali-kali." "dentin\n(Perubatan) bahan berkapur seakan-akan tulang keras yang mengelilingi rongga pulpa gigi dan membentuk sebahagian besar struktur gigi." "denting\ndentingan\n bunyi seperti bunyi duit syiling jatuh ke batu dan lain-lain;\nberdenting\n berbunyi ting seperti bunyi duit syiling jatuh ke batu." "dentum\nbunyi seperti bunyi meriam atau bom dan lain-lain (lebih kuat daripada dentam);\nberdentum\n berbunyi seperti bunyi meriam dan lain-lain:\ndia terperanjat apabila mendengar petir ~;\n berdentum-dentum\n berbunyi dentum berulang kali:\nbunyi meriam ~ diselangi oleh bunyi senapang yang menggerutup;\ndentuman\n bunyi dentum (seperti bunyi meriam):\nkami diberi kesempatan untuk berehat, tetapi telinga kami dipekakkan oleh ~ meriam;\n berdentuman\n saling berdentum:\n guruh ~, sesekali kilat sabung-menyabung." "dentung\nbunyi seperti bunyi guruh (tong atau gendang dipalu dan lain-lain);\nberdentung\n berbunyi seperti bunyi guruh dan lain-lain;\nberdentung-dentung\n berbunyi dentung berulang kali:\nterdengar lagu Melayu asli dari gesekan biola dan ditingkah pula dengan gendang ~." "dentur I\nbunyi seperti bunyi letupan kecil." "dentur II\n(Perubatan) gigi palsu." "denyar\nberdenyar\n mengilat (cahaya), memancar;\ndenyaran\n kilat cahaya yang bergerak dengan cepat." "denyut\ngerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dan lain-lain);\n \n~ jantung \ngerakan kembang kempis atau debaran jantung;\n \n~ nadi \ngerakan nadi;\nberdenyut, mendenyut\n bergerak turun naik atau kembang kempis (seperti gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain):\napabila jantung itu ~, maka darah pun mengalir; \nhatinya mendenyut menahan kemarahannya;\ndenyutan\n gerakan kembang kempis atau turun naik (berkenaan (dengan) nadi, ubun-ubun, jantung, dan lain-lain), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut:\nsenaman boleh menderaskan ~ jantung." "deodoran\nbahan yang dipakai pada badan untuk menghilangkan bau peluh dan lain-lain." "dep I\nmendep\n [Indonesia], [bahasa percakapan] tidak meneruskan sebagaimana sepatutnya (sesuatu hal, pekerjaan, usul, dan lain-lain), menahan (surat dan lain-lain), memeram." "Dep II\n[Indonesia] singkatan bagi Departemen." "depa I\nukuran) panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan (empat hasta atau kira-kira enam kaki);\nmendepa\n mengukur dengan depa (dengan mendepangkan tangan):\nkuli-kuli itu sedang ~ kawasan yang mesti mereka kerjakan untuk hari ini;\nmendepakan\n merentangkan atau menghulurkan (tangan) lurus-lurus ke kanan dan ke kiri, mendepangkan:\nsatu daripada gerak badan yang dilakukan ialah dengan ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan." "depa II\n[Kedah], [Perlis], [Pulau Pinang] mereka semua, dema." "depak I\n[Jakarta];\n mendepak\n1.\n menyepak, menendang:\npengganas-pengganas telah ~ orang-orang yang membantah kehendak mereka; \n2.\n [kiasan] memberhentikan (daripada jawatan, perkumpulan, dan lain-lain), memecat:\nahli itu telah didepak daripada persatuannya kerana tidak patuh kepada undang-undang persatuan;\npendepakan\n perihal atau perbuatan mendepak." "depak II\nbunyi seperti bunyi hentakan kaki kuda berjalan (buku jatuh ke lantai dan lain-lain);\nberdepak-depak\n berbunyi depak berulang-ulang;\nmendepakkan\n membunyikan depak dengan lidah." "depan\nhadapan, muka:\ndari rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; \nminggu (bulan dan lain-lain) ~ \nminggu (bulan dan lain-lain) yang akan datang;\ndi depan\n di hadapan, di muka:\n~ markas besar itu terletak sebuah jip yang sudah tua;\nke depan\n1.\n ke hadapan, ke muka, mara;\n2.\n selanjutnya, seterusnya, hingga pada;\nterkedepan\n berada (jauh) di depan atau di hadapan (dalam proses kemajuan dan sebagainya), sudah maju:\nuntuk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ daripada tamadun yang sedang didudukinya; \nseseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata daripada pengadil-pengadil yang ~;\n depan-depan\n secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka):\nkalau tidak boleh bercakap secara ~ dengan pasangan, telefonlah sahaja; \nkalau ingin menegurnya, tegurlah ~ secara baik;\nberdepan\n bertemu (bersua) muka, berhadapan:\nperasaanku senang sekali apabila ~ dengan anak-anak itu;\nberdepan-depan\n berhadap-hadapan, bersemuka;\nmendepan\n menghadap (menghala, mengarah) ke:\nibunya tidak berbaju, hanya berkemban gantung sahaja dan separuh dadanya terbuka ~ angin;\nmendepani\n1.\n berada di depan sesuatu:\n tinggallah Masniah keseorangan yang sedang ~ Mat Deli dengan degup jantungnya yang kencang;\n2.\n berusaha tidak mahu ketinggalan;\n mendahului:\n Adi dirasakan begitu besar ~nya dalam setiap bidang;\nmengedepankan\n mengutarakan, mengemukakan:\n~ permohonan kepada pihak yang berkenaan;\nterdepan\n (yang) di depan sekali:\naskar-askar kita yang di medan perang ~ semuanya berjaga-jaga." "depang\nmendepang\n1.\n merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri:\nkedua-dua belah tangannya ~ dari tiang ke tiang pintu; \n2. = berdepang\n terentang atau terhulur lurus (kedua-dua belah tangan) ke kiri dan ke kanan:\ndia dipaksa berdiri di tengah panas dengan tangannya ~;\nmendepangkan\n merentangkan kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri:\ndia ~ kedua-dua belah tangannya sambil melonjak dengan sekuat-kuat hatinya;\nterdepang\n terentang (tangan) ke kanan dan ke kiri, berdepang;\ndepangan\n hasil mendepang atau mendepangkan." "depap\ndebap." "Deparlu\n[Indonesia] akronim bagi Departemen Luar Negeri." "departemen\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n jabatan (bahagian dalam pentadbiran negara yang menguruskan tugas dan tanggungjawab tertentu);\n2.\n (bangunan) tempat tugas-tugas tertentu pentadbiran negara dijalankan." "depati\n[arkaik] ketua daerah;\ndipati." "depek\n[Terengganu];\nberdepek\n bersungut, berungut, berleter." "Deperindra\n[Indonesia] akronim bagi Departemen Perindustrian Rakyat." "Depernas\n[Indonesia] akronim bagi Dewan Perancang Nasional." "depersonalisasi\n(Psikologi) keadaan luar biasa apabila seseorang berasa kehilangan identiti peribadinya." "Depertan\n[Indonesia] akronim bagi Dewan Pertahanan Nasional." "depoh\n1.\n gudang atau tempat menyimpan barang-barang;\n2.\n pusat latihan untuk rekrut dan pengganti:\nsetelah dua tahun Amin berlatih di ~ polis Singapura, dia ditukarkan ke Kuala Lumpur." "depong\n[Terengganu] (meng)angkat (orang)." "deposit\n1.\n simpanan wang di bank atau institusi yang serupa;\n \n~ tetap \nsimpanan wang yang tertentu lamanya (atau untuk jangka masa yang ditetapkan) dengan mendapat bayaran faedah;\n2.\n wang yang disimpan di bank atau institusi yang serupa;\nmendepositkan\n menyimpan wang di bank atau institusi yang serupa untuk mendapatkan faedah atau untuk keselamatan;\npendeposit\n penyimpan wang di bank:\n pekerja yang diberhentikan kerja mempunyai hak yang sama seperti ~ CCB ." "deposito\n[Indonesia-Belanda] deposit." "depositori\n(Ekonomi) badan yang diamanahkan untuk menyimpan sesuatu (seperti dokumen, wang, sekuriti, bon dan sebagainya) untuk tujuan keselamatan:\npara pemilik sekuriti perlu memindahkan sekuriti mereka ke dalam akaun Sistem D~ Pusat (CDS) masing-masing." "depot\ndepoh." "depresi\nkeadaan ekonomi yang meleset (apabila penghasilan, perniagaan, perdagangan, dan sebagainya berada di paras kegiatan yang rendah), kemerosotan ekonomi." "depu I\n1.\n sejenis ikan darat, \nGlyptothorax majus; \n2.\n sejenis ikan darat, \nAcrochordonichthys ichnosoma; \n3.\n sejenis ikan laut, gedepu, semaram karang, \nSynanceja verrucosa." "depu II\n= \n~ pelanduk \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nWikstroemia ridleyi." "depuk\n[Perlis] sudip nasi, penggembur nasi." "depun\nkelim atau lipatan tambahan (sebagai perhiasan) pada pakaian;\nmendepun\n membuat depun:\n~ jubah." "depus\nbunyi seperti bunyi hembusan angin;\nberdepus-depus\n berbunyi (mengeluarkan bunyi) depus berulang kali." "deputasi\n[Indonesia-Belanda] wakil (perutusan) yang berhak berunding atau bertindak atas nama orang lain." "dera\n1.\n pukulan (dengan rotan, cemeti, dan sebagainya) sebagai hukuman;\n2.\n = \nmendera;\n \n3.\n [kiasan] seksa (hati, fikiran, dan lain-lain);\n4.\n denda, hukuman:\ndia kena ~ lima puluh ringgit kerana mencuri;\nmendera\n1.\n memukul (dengan rotan, cemeti, dan sebagainya) sebagai hukuman:\norang-orang salah itu telah didera; \n2.\n [kiasan] menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dan lain-lain);\n \n~ diri \nmenyeksa diri (sendiri);\n3.\n mendenda, menghukum:\npencuri itu telah didera di tengah panas;\nderaan\n hukuman, pukulan, seksaan, dera:\npukul sepuluh tepat barulah budak-budak itu lepas daripada ~;\n penderaan\n perbuatan mendera:\n kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut;\npendera\n orang yang mendera\n: ~ kanak-kanak yang tidak berdosa." "derahan\nsejenis tumbuhan (pokok), penarahan hitam (samak), cendarah hitam, kemarahan, \nKnema laurina." "derai I\nbunyi seperti bunyi air (hujan) yang jatuh menitik;\nberderai, berderai-derai\n berbunyi seperti bunyi air (hujan) yang jatuh menitik." "derai II\nberderai, berderai-derai\n \n1.\n berlanjutan atau berpanjangan dengan tidak teratur:\nsesekali terdengarlah gelak ketawa ~ daripada anak-anak muda yang sedang belajar bersilat; \nkita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; \n2.\n dengan banyak dan tidak menentu (berkenaan (dengan) buah, daun, dan lain-lain yang gugur atau jatuh ke tanah);\n3.\n berduyun-duyun dengan tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dengan teratur (berkenaan (dengan) orang ramai yang meninggalkan sesuatu tempat):\norang berderai-derai keluar dari gereja;\n4.\n berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (berkenaan (dengan) tanah dan lain-lain):\nbuah bidara dalam bakul itu jatuh ~ ke tanah; \nketul-ketul tanah itu hancur ~ dalam genggamannya; \n5.\n (jatuh) bertitik-titik (berkenaan (dengan) air mata dan lain-lain), menitis (titik demi titik):\nbila tersentuh, air yang bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; \nkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi\n (peribahasa) orang yang bercakap besar sedang keluarganya melarat;\nderaian\n perihal berderai-derai." "derajang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nLepisanthes kunstleri." "derajat\ndarjat." "derak\nbunyi seperti bunyi dahan patah (buluh dibelah, daun pintu bersanggit, dan lain-lain), bunyi berkertak;\n \n~-derik \nbunyi derak berulang kali;\nberderak\n berbunyi berkertak, mengeluarkan bunyi derak;\n \n~-derik\n berderak berulang kali;\nberderak-derak\n berbunyi berkertak-kertak, berderak berulang kali;\nmenderak-derak, menderak-derakkan\n mengeluarkan bunyi kertak (dengan geraham), membunyikan kertak (dengan geraham), berteriak:\ngembiralah, pekiklah, dan derak-deraklah suara itu agar kamu mencapai kepuasan yang setinggi-tingginya;\nderakan\n bunyi derak (kertak)." "derak-derik\nbunyi derak berulang kali;\nberderak\n\u2013\nderik\n berderak berulang kali." "deraka\n[bahasa percakapan] derhaka." "deram I\n = deraman\n bunyi yang kuat menggegar seperti bunyi gendang besar (aum harimau, guruh, dan lain-lain);\n \n~-derum \nbunyi deram yang berulang kali;\nberderam = menderam\n berbunyi dengan kuat (seperti bunyi gendang besar, guruh, enjin kereta, dan lain-lain), berge" "deram II\ngendang (perkakas muzik)." "deram-deram\ndenderam II." "derana\n[arkaik] sabar." "derang I\nbunyi seperti bunyi gendang besar atau tambur atau bunyi pinggan mangkuk (duit syiling dan sebagainya) jatuh;\nberderang, menderang\n berbunyi seperti bunyi gendang besar (tambur dan lain-lain), berbunyi seperti bunyi pinggan mangkuk dan sebagainya jatuh:\nbunyi barang-barang kaca jatuh ~ dan bunyi kerusi meja jatuh terbalik, legum-legam." "derang II\nberderang\n mulai terang (hari), mulai pagi:\nsaya tidak menyuruh pulang, hari sudah ~ siang; \nakal ~\n terang (terbuka) akal;\nbenderang II." "derap I\n1.\n bunyi seperti bunyi orang berjalan serentak (air hujan jatuh ke atap dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] bunyi letupan bedil;\nsederap\n serentak:\nketiga-tiga beranak itu ~ bangun menjengah tingkap;\nberderap, menderap\n1.\n berbunyi seperti bunyi orang berjalan serentak (air hujan jatuh ke atap dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] berbunyi seperti letupan bedil:\nberdentum bedil yang besar, ~ bedil yang kecil." "derap II\nberlari cepat (kuda dan lain-lain);\nmenderapkan\n melarikan (menyebabkan kuda berlari) dengan kuat:\njoki ~ kudanya keliling padang." "deras I\n1.\n cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dan sebagainya):\narus sungai itu sangat ~; \n2.\n lekas (perbuatan), cepat:\nkatalah ~, saya nak tahu; \ntolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; \n3.\n lebat (hujan):\nhujan semakin ~ turun;\n4.\n [Kedah] kuat (bunyi, suara):\nMengapa sampai berkata begitu\u2026? sergah Masri agak ~ daripada biasa;\n~ datang dalam kena\n (peribahasa) membuat sesuatu dengan tergesa-gesa akan mendatangkan kerugian;\n \n~ seperti anak panah \nterlalu cepat;\nsederas\n1.\n sama deras (laju, cepat), selaju, secepat:\ndia berjalan tidak ~ kawannya;\n2.\n dengan kelajuan atau kecepatan (tertentu mengikut masa), selaju:\ndia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam;\nmenderas\n1.\n bergerak (mengalir, berjalan, dan sebagainya) dengan deras:\nRos mengesat-ngesat air matanya yang keluar ~;\n2.\n turun dengan derasnya (lebatnya):\nhujan ~ dan guruh sahut-menyahut;\nmenderaskan, memperderas\n1.\n membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dan sebagainya), mempercepat:\nsenaman boleh ~ denyutan jantung; \nkerja yang elok diperderas, kerja yang buruk diperlambat; \n2.\n memperkuat (bunyi, suara, dan sebagainya);\nkederasan\n1.\n perihal deras, kelajuan, kecepatan:\noleh sebab ~ Tun Hamzah mengamuk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; \n2.\n kadar pergerakan (dalam sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan:\nlori itu dipandunya dengan ~ 60 kilometer sejam;\npenderasan\n1.\n perbuatan menderaskan (melajukan, mencepatkan), pencepatan, pelajuan;\n2.\n perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dan sebagainya), penguatan;\n3.\n [arkaik] bahagian yang deras arusnya (sungai);\npenderas\n1.\n alat (perkakas) untuk menderaskan (mencepatkan gerakan dan lain-lain), pencepat, pelaju;\n2.\n lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru:\nengkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yang benar dengan yang salah." "deras II\nmenderas\n1.\n mengulang membaca Quran (untuk memahirkan pembacaan);\n2.\n mengulang kaji (pelajaran):\ntiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yang dipelajarinya di sekolah." "deras III\nbunyi seperti bunyi orang memijak sampah atau pasir." "deras IV\n~ malam \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar keremak, \nRuellia repens." "derat\n[Kelantan];\nmenderat\n berjalan dengan tidak tentu tujuan, merayau-rayau." "derau I\nbunyi seperti bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yang dibawa angin, dan lain-lain);\nberderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau\n1.\n berbunyi seperti bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yang dibawa angin, dan lain-lain):\nkemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; \n2.\n [kiasan] tersentak (perasaan), tersirap (darah):\n~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar;\n3.\n tercetus dan berpanjangan bunyinya (berkenaan (dengan) ketawa), berderai:\ntiba-tiba terdengar ketawa ~ dari dalam bilik guru;\nderauan\n1.\n bunyi yang berderau (menderau):\ndi luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dengan bunyi desiran daun-daun kayu yang bergeser; \n2.\n cetusan (ketawa) yang berpanjangan, deraian." "derau II\nberderau\n bergotong-royong (bertolong bantu, bekerjasama) mengerjakan sawah:\ndi Kedah, penanaman padi dibuat secara ~." "derawa\n[arkaik];\ngula ~ \nair gula." "derek I\nbaris, deret." "derek II\n= \nmesin ~\n [Indonesia] kren untuk memunggah barang dari kapal dan lain-lain, takal;\n \nmobil ~ \n[Indonesia] kereta yang dilengkapi alat untuk memunggah barang;\nmenderek\n memunggah barang dengan derek." "deres\n[Jawa];\nmenderes\n menyadap, menoreh." "deresi\n[Indonesia] gerabak penumpang (kereta api), kereta penumpang (bas)." "deret\n1.\n = \nderetan;\n \n2.\n bersambung antara satu unit dengan yang lain menjadikan satu bangunan yang panjang (berkenaan (dengan) kumpulan rumah atau kedai):\nmasalah perumahan diatasi dengan mendirikan rumah-rumah ~; \nmereka berjalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; \n3.\n kumpulan huruf atau perkataan yang berada dalam baris (yang satu di belakang atau di samping yang lain), baris:\nAli memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun;\nsederet\n (berada) dalam satu barisan, sebaris:\n~ rumah kedai itu musnah dijilat api;\nberderet\n1.\n berbaris (yang satu di belakang atau di samping yang lain):\nPaduka Liku duduk ~ dengan Mahadewi; \nkanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; \n2.\n = \nberderet-deret,\n \nberderetan\n berbaris (berjajar) panjang-panjang beruntun-runtun:\nmangsa kebakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; \n3.\n [bahasa percakapan] banyak (anak):\ndia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah;\nmendereti\n berderet pada, membarisi:\nkami melalui bandar yang didereti rumah batu yang tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat;\n menderetkan, memperderetkan\n menjadikan (menyusun) berderet-deret, membariskan:\nbatu-bata itu dideretkan di keliling taman;\nderetan\n1.\n barisan:\n~\n \nbukit;\n~ kedai; \n2.\n deret (huruf, perkataan);\n3.\n rentetan, siri:\n~\n \nperistiwa yang sama." "dergama\n[Jawa] fitnah." "derhaka\n1.\n tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dan lain-lain), menentang kekuasaan yang sah:\nanak yang ~ dimurkai Allah; \nisteri yang ~ kepada suami; \n2.\n = \norang ~ \n= \npenderhaka\n orang yang mengkhianati negara (Tuhan, suami, dan lain-lain):\norang yang memasuki perkumpulan haram itu dianggap sebagai ~; \nanak kunci jahat, peti ~ \n(peribahasa) suami yang jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya;\nberderhaka\n berlaku derhaka, berkhianat:\norang-orang yang ~ kepada ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak;\nmenderhaka\n melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dan lain-lain):\nkesalahan seperti ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah;\nmenderhakai\n menderhaka terhadap atau kepada seseorang dan sebagainya:\n~ kedua-dua ibu bapa tergolong dalam dosa besar;\n kederhakaan\n hasil perbuatan menderhaka:\n para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah;\npenderhakaan\n perbuatan menderhaka:\nAbdullah bin Saba telah memainkan peranan yang besar dalam ~ terhadap Sayidina Othman;\npenderhaka\n orang yang menderhaka:\ndalam tempoh sebulan sahaja ~ -~ yang melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir." "derham\n[arkaik] mata wang emas atau perak (masa dahulu);\n= dirham." "deria\nalat perasa (pencium, pendengaran, pelihatan, dan lain-lain):\n~ bau;\n~ dengar;\nmenderia\n mengesan (bau, rasa, dan sebagainya):\nhidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala;\n kederiaan\n peralatan tubuh yang berkaitan dengan fungsi organ deria, seperti saluran kederiaan, saraf kederiaan:\n maklumat itu diperoleh dari dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~;\nderiaan\n kesan daripada menderia;\npenderia\n alat yang dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dan sebagainya, sensor:\ncahaya yang keluar dari lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik." "derik I\nbunyi seperti bunyi papan bersanggit (lebih kecil daripada derak)." "derik II\nmenara yang dibina di atas telaga minyak yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan gerudi." "deril I\n[Indonesia] sejenis kain yang hampir sama dengan linen dan pelbagai warna." "deril II\n[Indonesia] tembakan serentak (senapang, meriam);\nmenderil\n menembak (senapang, meriam) dengan serentak;\npenderilan\n penembakan yang serentak." "dering I\n1.\n bunyi seperti bunyi giring-giring (loceng kecil, loceng basikal, telefon, dan lain-lain):\n~ telefon rumah orang sebelah jelas terdengar dari rumah saya; \n2.\n bunyi yang nyaring (seperti bunyi cengkerik, gajah, dan lain-lain):\napabila aku terjaga, malam sudah sunyi senyap, hanya ~ cengkerik sahaja yang kedengaran;\nberdering, berdering-dering, mendering\n1.\n berbunyi seperti bunyi giring-giring (loceng, telefon, dan lain-lain):\nbunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah; \n2.\n berbunyi dengan nyaring (seperti bunyi cengkerik, gajah, dan lain-lain):\nmasuk dalam kawan gajah ~;\nderingan\n bunyi berdering:\n~ loceng basikal yang menjemukan semakin berkurang bila hari meningkat petang." "dering II\nsejenis tumbuhan (pokok), medang buaya (kelarah, mantu), \nCryptocarya griffithiana." "deringo, deringu\nsejenis tumbuhan (pokok) jerangau, \nAcorus calamus." "deris\nbunyi seperti bunyi kain dikoyak (rumput kering dipijak dan lain-lain);\nberderis, menderis\n berbunyi seperti bunyi kain dikoyak dan lain-lain." "derisip\n[Kedah] orang yang buta celik." "derit\nbunyi seperti bunyi lantai pelupuh dipijak (engsel yang tidak berminyak dan lain-lain);\nberderit, menderit\n berbunyi seperti bunyi lantai pelupuh dipijak dan lain-lain." "derita I\nkesusahan (kesakitan, keseksaan, dan sebagainya) yang dialami:\nsejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan;\nmenderita\n1.\n menanggung kesusahan (kesakitan, keseksaan, dan sebagainya):\ndia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; \n2. = menderitai\n menanggung, mengalami:\norang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yang teruk; \nkerugian yang mereka deritai amatlah banyak;\nmenderitakan\n membuat seseorang mengalami derita;\nterderita, terderitakan\n dapat dideritai (ditanggung), tertanggung, tertahan:\nbukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya;\nderitaan\n perkara yang diderita (seperti kesakitan, kesusahan, dan lain-lain):\n~nya kali ini lebih berat daripada yang sudah-sudah;\npenderitaan\n1.\n perihal menderita, penanggungan:\ningin dia mengadukan ~ batinnya itu kepada kawannya; \n2.\n deritaan;\npenderita\n1.\n orang yang menderita;\n \n~ cacat \norang yang cacat;\n \n~ sakit paru-paru \norang yang menghidap sakit paru-paru;\n2.\n [Indonesia] pelengkap (benda) yang menjadi tujuan kata kerja (perbuatan) dalam ayat:\ndalam ayat dia menyepak bola, bola ialah ~nya." "derita II\n~ dapur\n sejenis tumbuhan (herba), cempaka hutan, menjulung bukit, \nGomphostemma crinitum." "derivasi\nproses pengimbuhan yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar, penerbitan kata." "derja\n[arkaik] \n= durja." "derjana\n= durjana." "derjat\n= darjat." "derji\n[sastera lama] tukang jahit." "derma\nbantuan yang berupa wang (kpada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas, sedekah (kpada orang miskin dan lain-lain):\npertunjukan amal itu ialah untuk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir;\n~ bakti\n bantuan yang dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan;\n ~ kilat \nderma yang dipungut dengan serta-merta untuk sesuatu bantuan kecemasan\n;\nberderma, menderma\n memberi derma:\nWan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit;\nmendermakan\n memberikan sesuatu dengan ikhlas:\ndia telah ~ sebahagian daripada gajinya untuk anak-anak yatim;\npendermaan\n perihal atau perbuatan mendermakan:\nsurat itu mengesahkan ~ yang telah diterima oleh pihak perkumpulan itu;\npenderma\n orang yang menderma." "dermaga\n1.\n tembok batu sebagai penahan ombak (di pelabuhan);\n2.\n binaan yang diperbuat daripada kayu atau batu tempat kapal berlabuh untuk memuatkan atau menurunkan barang-barang muatan." "derman\n[arkaik] [Jawa] banyak (anak, faedah, untung, dan lain-lain)." "dermasiswa\nwang bantuan untuk pelajar-pelajar (universiti) yang tidak mampu (lebih rendah daripada biasiswa)." "dermatitis\n(Perubatan) radang pada kulit yang dicirikan dengan kulit yang kemerah-merahan dan mengelupas." "dermatologi\ncabang perubatan yang berkaitan dengan kulit dan segala penyakit yang berkaitan dengannya." "dermawan\n1.\n orang yang suka menderma (pemurah hati);\n2.\n suka atau selalu menderma (bersedekah):\nseseorang raja yang gagah berani, limpah murah lagi ~ akan dikasihi rakyat;\nkedermawanan\n perihal dermawan, kemurahan (keikhlasan) hati, ketulusan (kebaikan) hati sesama manusia." "dermis\nlapisan kulit di bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, dan lemak." "dersana\nsejenis pokok jambu." "dersik\nbunyi seperti bunyi angin, desir." "deru\nbunyi seperti bunyi tiupan angin yang kuat (ribut, guruh, dan lain-lain):\n~ desau ombak menghempaskan diri pada batu karang terdengar dengan jelas;\nberderu, menderu, menderu-deru\n1.\n berbunyi seperti bunyi angin bertiup (ribut, guruh, dan lain-lain):\ntidak lama kemudian menderulah kereta api tiba; \n2.\n berduyun-duyun (datang, pergi, dan sebagainya):\nmenderu-deru orang ramai keluar menonton pertunjukan itu;\n deruan\n deru:\nbunyi ~ enjin motokar di jalan raya mengganggu fikirannya." "deruih\n[Perak] nakal (kanak-kanak)." "deruji\nkisi-kisi, jerjak." "deruk\nbunyi yang lebih besar daripada derak." "derum I\nmenderum\n merendahkan badan dengan berlutut (gajah, unta, dan lain-lain):\nmaka gajah baginda pun ~ di depan balai ruang;\nmenderumkan\n menyuruh menderu, menyuruh merendahkan badan (gajah, unta, dan lain-lain):\nmaka raja pun ~ gajahnya, dan makhdum pun dibawa baginda naik gajah." "derum II\nbunyi seperti bunyi guruh terdengar dari jauh (enjin kereta dan lain-lain):\n~ enjin kereta yang hingar bingar sudah semakin berkurangan pada telinga Kamal;\nsederum\n pada ketika yang sama, serentak (berbunyi, bercakap, menjawab, dan lain-lain);\nberderum, menderum\n berbunyi seperti bunyi guruh terdengar dari jauh:\nguruh yang ~ itu berlanjut-lanjut bunyinya;\nderuman\n bunyi menderum, bunyi derum:\n~\n \nhujan di waktu itu telah membuat saya kurang mendengar apa-apa yang dikatakannya." "derum III\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), geronggang, gonggang, penaga hitam, \nCratoxylon arborescens." "derun\nderum:\n~ kereta sayup-sayup terdengar dari bukit itu;\nmenderun\n berbunyi seperti bunyi air terjun dan lain-lain, menderum." "derung I\nmenderung\n menderum (gajah dan lain-lain)." "derung II\nderum (bunyi seperti bunyi guruh);\nberderung-derung\n berderum-derum." "derup\nbunyi seperti bunyi derap (orang berjalan dengan langkah yang serentak dan lain-lain)." "derus\nbunyi seperti bunyi barang digesek (daging disayat dan lain-lain)." "derut\nbunyi yang hampir sama dengan derus." "desa\n1.\n kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah pedalaman (kawasan hulu atau pelosok negeri):\nsudah lama dia berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya untuk berbuat demikian; \nguru ~ \n[Indonesia] guru sekolah kampung (rakyat);\n \nsekolah ~ \n[Indonesia] sekolah kampung (rakyat);\n2.\n [sastera lama] daerah, kawasan, tempat:\ntandang ~ \npergi ke merata-rata tempat;\nmendesa\n [sastera lama] melalui (merentasi) desa:\njikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari;\nkedesaan\n seperti orang desa (sifatnya, orangnya);\npedesaan\n kawasan desa:\nkawasan kampus tetap UKM adalah hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~ Bangi;" "desah\nbunyi seperti bunyi benda digosok (air hujan yang jatuh ke daun-daunan, nafas orang sakit lelah, dan lain-lain);\nberdesah\n berbunyi seperti benda digosok dan lain-lain;\nmendesah\n1.\n berdesah;\n2.\n melahirkan rasa marah (tidak puas hati dan sebagainya) disertai dengan desah;\ndesahan\n bunyi mendesah:\n~\n \nroda-rodanya kian menokok kesayuan hati yang pergi dan yang tinggal." "desak I\nberdesak\n bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit):\norang ~ ketika hendak masuk stadium untuk menonton bola sepak;\nberdesak-desakan\n bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dan lain-lain):\nseorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~;\nmendesak\n1.\n menolak (menyorong, mendorong) dengan badan, mengasak:\npintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dari belakang hendak cepat; \n2.\n mengasak (menghimpit, menghambat) hingga mundur (undur, lemah, dan lain-lain):\ntentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; \n3.\n meminta (menuntut) dengan sungguh-sungguh:\nkerajaan pusat telah didesak supaya membanyakkan lagi biasiswa untuk pelajar-pelajar Melayu; \n4.\n (berkenaan (dengan) sesuatu hal, keadaan, perkara) yang memaksa, (berkenaan (dengan) sesuatu hal) yang penting sekali:\nsoal yang sangat ~ dalam penyamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah;\n5.\n hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat):\nwaktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; \n6.\n menghasut, mengacum:\ntentulah ada orang yang ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku;\n7.\n mendorong, mempengaruhi, memberangsang:\ndengan sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil\u2026;\nmendesakkan\n meminta dengan paksa, menuntut dengan sungguh-sungguh:\norang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja;\nterdesak\n1.\n tertekan, terdorong:\nraksa di dalam salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah daripada paras raksa yang berada di sebelah luar salur; \n2.\n terasak, terhimpit:\nketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yang menjerit kerana ~;\n3.\n susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit:\nkehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; \n4.\n terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi:\ndia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa;\n5.\n terpaksa, mesti, tidak boleh tidak:\nbukan kerana apa, melainkan kerana ~; \n6.\n didesak;\ndesakan\n1.\n tekanan (tolakan) yang kuat:\npintu itu pecah kerana ~ orang ramai dari luar; \n2.\n permintaan (tuntutan) yang keras (seolah-olah memaksa):\ndia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini;\n3.\n dorongan (hajat, kasad) yang sungguh-sungguh:\n~ untuk mencari adikku yang lari itu telah surut kembali;\n keterdesakan\n keadaan (perihal) terdesak):\n ~ boleh membawa kesan dalam proses membuat keputusan;\npendesakan\n perihal atau perbuatan mendesak atau mendesakkan;\npendesak\n orang yang mendesak (meminta sesuatu dengan sungguh-sungguh):\ngolongan ~." "desak II\nbunyi seperti bunyi kertas direnyuk-renyukkan, keresek-keresek;\nberdesak, mendesak\n berbunyi seperti bunyi kertas direnyuk-renyukkan." "desar\nbunyi seperti bunyi bara atau besi panas kena air, bunyi seperti bunyi hujan lari di atas atap;\nberdesar, mendesar\n1.\n berbunyi desar;\n2.\n [kiasan] ngeri, tersirap darah, marah:\n~ darah saya melihat gelagat pemuda yang kurang sopan di tepi jalan itu." "desas\nbunyi seperti bunyi orang berjalan kaki (di tempat yang berpasir):\n~ kaki makin dekat, tentu ada orang datang;\nberdesas\n berbunyi seperti bunyi orang berjalan kaki di tempat yang berpasir:\nkami pun pergi berjalan kaki, dan bunyinya yang ~ jelas terdengar dalam keadaan yang sunyi senyap itu;\nmendesas-desaskan\n mendesas-desuskan." "desas-desus\n1.\n suara orang berbisik-bisik:\ndari lorong yang gelap itu terdengar ~ dua orang berbisik-bisik; \n2.\n khabar angin, cakap-cakap orang (yang belum sah):\nkedua-duanya sudah sepasang, sejodoh, demikian ~ orang;\nmendesas-desuskan\n menyebar-nyebarkan berita (khabar) angin, membisik-bisikkan, mendesas-desaskan:\nsekali-kali tidak pernah aku mengumpat-umpat mereka seperti yang didesas-desaskan itu;\n \ndesus\n." "desau\nbunyi seperti bunyi ombak memecah di pantai (hujan lebat menimpa daun-daun dan lain-lain);\nberdesau, mendesau\n berbunyi seperti bunyi ombak memecah di pantai dan lain-lain." "desawan\norang yang tinggal (menetap) di desa:\n Usop ialah ~ yang menyara hidupnya sendiri sama ada ke laut atau ke ladang." "desentralisasi\nperihal memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan negeri (daerah) yang bersekutu oleh kerajaan pusat, pengagihan kuasa pusat." "desersi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n lari daripada perkhidmatan tentera;\n2.\n pembelotan, perihal memihak kepada musuh." "desert\n[bahasa percakapan] pembasuh mulut, pencuci mulut." "desertir\n[Indonesia-Belanda] orang yang lari daripada perkhidmatan tentera (memihak kepada musuh)." "desi\n\u2013 (dsi) \nawalan asing \nsatu persepuluh, misalnya \ndesigram \ndan \ndesimeter." "desibel\nunit ukuran yang digunakan untuk menunjukkan keamatan bunyi." "desigram\nukuran berat yang bersamaan dengan 1/10 gram." "desik\nbunyi seperti bunyi ranting patah (daun kering ditiup angin dan lain-lain)." "desiliter\nukuran isi padu yang bersamaan dengan 0.1 liter atau 104 meter padu." "desimal\nperpuluhan." "desimeter\nukuran panjang yang bersamaan dengan 1/10 meter." "desing\nbunyi seperti bunyi angin yang kencang (peluru yang ditembak, baling-baling yang dilempar, dan lain-lain);\nberdesing, mendesing\n1.\n berbunyi seperti bunyi angin yang kencang dan lain-lain:\nangin ~ di sela-sela daun kelapa; \nsuara keridik dan belalang sahaja yang kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; \n2.\n [kiasan] = \n~ telinga \ntimbul rasa marah (sakit hati dan sebagainya apabila mendengar kata-kata yang mencabar, mencerca, dan sebagainya):\n~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin;\nberdesing-desing, mendesing-desing\n1.\n berdesing (mendesing) berulang-ulang atau berterusan;\n2.\n [kiasan] masih terngiang-ngiang (terdengar-dengar) di telinga (berkenaan (dengan) kata-kata dan sebagainya), teringat-ingat:\nAku tahu ibu, umur perajurit tidak panjang,\n \n~ kata itu di telinga ibu tua, seperti angin mendesing-desing di daun kayu;\ndesingan\n bunyi yang mendesing (berdesing)." "desir\nbunyi seperti bunyi daun kayu ditiup angin (wap yang keluar dari cerek, pasir ditiup angin, dan lain-lain):\nangin laut mulai bertiup dan terdengarlah ~ daun kayu di tepi pantai;\nberdesir, mendesir\n berbunyi seperti bunyi daun kayu ditiup angin (wap keluar dari cerek dan lain-lain):\ndaun buluh ~ ditiup angin petang;\ndesiran\n bunyi yang berdesir (mendesir):\nderauan hujan berselang-selang dengan ~ daun kayu." "desis\nbunyi seperti desus tetapi lebih kecil;\nberdesis\n berbunyi desis;\nmendesis\n1.\n berdesis;\n2.\n berkata dengan perlahan-lahan, berbisik, membisik:\nbibirnya ~, Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun;\nmendesis-desis\n mendesis berulang-ulang, berbisik-bisik, membisik-bisik:\nsekali-sekali terdengar juga suara bibir Bok Karta ~ membaca kulhu dan fatihah;\ndesisan\n bunyi berdesis (mendesis)." "desit\nbunyi seperti bunyi orang menghisap (menyedut) dari celah gigi;\nberdesit, berdesit-desit\n berbunyi seperti bunyi orang menghisap dari celah gigi:\nmulutnya berdesit-desit mengeluarkan serpihan dari celah-celah giginya yang berlubang." "desiun\n[Perlis] laju (kereta, basikal, dan lain-lain)." "deskripsi\nketerangan yang bertujuan untuk menyampaikan gambaran mental tentang sesuatu yang dialami." "deskriptif\nbertujuan untuk memberikan deskripsi:\nkebanyakan karangannya bersifat ~." "despot\npemerintah mutlak, pemerintah kuku besi." "despotisme\npemerintahan seorang despot, pemerintahan kuku besi\n." "destar\nsetangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala:\n~ beranting-anting;\n~ berapi-api \ndestar untuk penari-penari;\n \n~ bertatah \ndestar yang disematkan perhiasan;\n \n~ hitam berkotak \ndestar untuk penghulu adat;\n \n~ pelangi \ndestar yang beraneka warna;\n \n~ tebu setuntung \ndan lain-lain;\n~ habis, kopiah luluh \n(peribahasa) perihal menanggung kerugian (kesusahan dan lain-lain) yang besar (berat dan lain-lain);\n \n~ hancur, kopiah hancur \n(peribahasa) perihal perbuatan yang kurang hemat;\nberdestar\n memakai destar." "destinasi\ntempat yang dituju dalam perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu (surat, barang, dan lain-lain yang dikirim):\n surat-surat itu dikirimkan melalui pos bukan sahaja ke ~ dalam negeri, malah ke tempat-tempat lain di luar negeri juga." "destruktif\nmerosak." "desuk\nbunyi yang hampir serupa dengan desak." "desup\nbunyi benda terbenam dalam lumpur dengan laju (keras)." "desur\nbunyi yang hampir sama dengan desar dan desir;\nberdesur\n berbunyi desur:\nkudengar tiupan angin yang kencang, ~ memukul sayap kapal terbang\n." "desus\n~-desis \n= \nberdesus, berdesus-desus, mendesus, mendesus-desus\n bunyi seperti bunyi orang berbisik;\nmendesuskan\n membisikkan;\n= desas-desus." "desut\nbunyi seperti bunyi angin yang kencang (orang meniup api dan sebagainya);\nmendesut\n berbunyi seperti bunyi angin yang kencang (orang meniup api dan sebagainya)." "detak\nbunyi seperti bunyi jantung berdenyut;\n~ jantung \nbunyi denyut jantung, debar jantung;\n \n~ hati \nki perasaan (fikiran, kata hati) yang mendatang;\nberdetak, berdetak-detak\n1.\n berbunyi seperti bunyi jantung berdenyut;\n2.\n [kiasan] terfikir, terasa, terpendam:\nAishah sengaja tidak mahu menunjukkan apa yang sedang ~ dalam hatinya;\nmendetakkan\n membunyikan tak tak dengan lidah;\ndetakan\n bunyi berdetak:\ndalam dadanya terasa ~ jantung." "detap\nbunyi seperti bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dan sebagainya);\nberdetap\n berbunyi seperti bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dan sebagainya):\nLamid membuka matanya lebar-lebar apabila terdengar ranting ~ dipijak orang;\n mendetap-detapkan\n membunyikan hentakan kasut sewaktu berjalan:\n gadis itu ~ kakinya ke lantai dan mengetuk-ngetukkan jarinya ke meja;\ndetapan\n bunyi berdetap:\n~ kasutnya semakin cepat kedengaran menghampiri rumah itu." "detar\nbunyi seperti bunyi benda yang bergetar (bergegar, bergentar, dan sebagainya);\nberdetar, mendetar\n berbunyi seperti bunyi benda bergetar (bergegar, bergentar, dan sebagainya)." "detas\nbunyi seperti bunyi benang putus (kulit telur pecah, air hujan menitik ke atap, dan sebagainya);\nberdetas, berdetas-detas\n berbunyi seperti bunyi benang putus (kulit telur pecah, air hujan menitik ke atap, dan sebagainya):\nair hujan mula turun berdetas-detas ke atas atap rumah." "detasemen\n[Indonesia-Belanda] sepasukan (sebahagian) daripada askar (polis) yang bertugas di sesuatu tempat." "detasir\n[Indonesia-Belanda];\nmendetasir\n [bahasa percakapan] menukarkan seseorang pegawai ke sesuatu tempat kerana tugas yang tertentu." "detektif\npegawai polis yang menyiasat kejadian jenayah, mata-mata gelap;\n \ncerita (roman) ~ \ncerita berkenaan penyiasatan jenayah." "detente\n(Perancis) pengenduran ketegangan (konflik dan lain-lain) antara negara-negara dalam hubungan antarabangsa." "detergen\nbahan atau campuran bahan yang bertindak sebagai pencuci dalam sabun, syampu, dan lain-lain;\n \n~ lembut \ndetergen yang boleh terurai secara biologi." "determinisme\n(Kesusasteraan) gerakan sastera dan seni yang beranggapan bahawa semua perkara yang berlaku (termasuk yang dipilih manusia) telah ditentukan oleh hukum alam:\nkemudian etos dikembangkan menjadi ~ sosial." "detik\n1.\n bunyi seperti bunyi jam dan lain-lain;\n \n~ jantung \na) bunyi denyut jantung;\n b) [kiasan] getaran hati (kalbu);\n \n~-detak\n khabar (berita);\n2.\n saat (1/60 minit), waktu atau masa (yang singkat sekali):\nakhirnya orang tua itu kembali tenang setelah termenung beberapa ~; \n3.\n waktu, masa (secara am):\n31 Ogos merupakan ~ yang bersejarah bagi rakyat Malaysia;\nberdetik\n1. = mendetik\n berbunyi seperti bunyi jam dan lain-lain:\npensel yang di atas meja itu jatuh ~; \n2.\n berkata (di dalam hati):\nmelihat kejadian itu, hatinya ~, manusia ini tidak waras otaknya;\n3.\n berdebar (berkenaan (dengan) perasaan):\nhatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya;\nterdetik\n1.\n berbunyi detik;\n2.\n [kiasan] terdengar (diketahui, diberitakan, dan lain-lain):\nsekarang ~ pula berita-berita yang mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi;\n terdetikkan\n dapat terdetik:\n kenikmatan Firdaus yang tidak pernah ~ dalam hati manusia;\ndetikan\n detik (jam, jantung, dan lain-lain)." "detil\n[bahasa percakapan] terperinci:\nsegala keterangan telah diberikan secara ~\n." "deting\nbunyi seperti bunyi gitar, dencing." "detoksifikasi\npenyingkiran racun atau toksin daripada sesuatu bahan." "detup\nbunyi benda meletup (letup-letup kecil);\ndetus, letup I." "detus\nbunyi seperti bunyi letupan senapang (mercun dan lain-lain);\nberdetus\n berbunyi seperti bunyi letupan senapang dan lain-lain." "deuterium\n(Kimia) isotop unsur hidrogen, hidrogen berat." "devaluasi\nperihal menurunkan nilai mata wang untuk memperbaiki kedudukan ekonomi negara." "devian\n(Psikologi) seseorang yang perangainya menyimpang daripada normal;\n \n~ seks \nseseorang yang menunjukkan kelakuan seks yang luar biasa." "devisa\n[Indonesia-Belanda] alat pembayaran luar negeri (yang ditukar dengan mana-mana mata wang luar negeri)." "dewa\n1.\n sesuatu yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa terhadap alam dan manusia;\n yang-yang:\nmembakar colok untuk memuja ~; \n2.\n [kiasan] orang (sesuatu) yang dipuja-puja:\nwang juga akan ~nya;\n~ pujaan hatinya telah mati ditembak pengganas;\nmendewakan, mendewa-dewakan, memperdewakan\n memuja-muja seperti dewa:\nmasih banyak lagi pegawai kerajaan yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris;\nkedewaan\n1.\n (hal) mengenai dewa:\nagama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; \n2.\n tempat (kediaman) dewa-dewa;\npendewaan\n perihal atau perbuatan mendewakan:\n~ bahasa Inggeris dan kelulusan Inggeris masih diamalkan oleh pihak-pihak tertentu." "dewadaru\nsejenis tumbuhan (pokok), daru-daru, dedaru, kayu darat, \nUrandra corniculata." "dewala, dewal\n[arkaik] [sastera lama] dinding atau tembok keliling kota dan lain-lain." "dewan\n1.\n balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (seperti persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dan lain-lain):\nTuan Syed Nasir telah memberi ceramah berkenaan dengan Bahasa Kebangsaan di D~ Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar; \n2.\n perbadanan (institusi, lembaga, dan lain-lain) yang bertanggungjawab (bergiat, berkuasa, dan lain-lain) dalam sesuatu bidang kegiatan dan sebagainya:\nD~ Rakyat sedang membahaskan anggaran belanjawan; \nD~ Bahasa dan Pustaka; \nD~ Bandaraya; \nD~ Perniagaan; \n3.\n [sastera lama] mahkamah tinggi;\nD~ Keadilan \nmajlis tertinggi berkenaan adat di Negeri Sembilan;\n \nD~ Keamanan\n [Indonesia]\na) Majlis Keselamatan B.B.;\n b) = \nD~ Keamanan Nasional \ndewan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawasi (menjaga) keamanan negeri;\n \nD~ Menteri \n[Indonesia] jemaah menteri, kabinet;\n \nD~ Moneter\n [Indonesia] lembaga yang berkewajiban menasihati dan mengawasi kewangan negara;\n \nD~ Nasional \n[Indonesia] majlis yang mewakili masyarakat untuk memberi nasihat kepada kerajaan;\n \nD~ Negara \na) majlis mesyuarat tertinggi yang anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;\n b) [Perak] majlis tertinggi berkenaan adat;\n \nD~ Negeri \nmajlis mesyuarat negeri;\n \n~ penasihat \n[Indonesia] majlis yang memberi nasihat;\n \n~ pengawas(an) \n[Indonesia] dewan yang bertugas untuk mengawas kerja pengurus perkumpulan (persatuan, dan lain-lain);\n \n~ perancang\n [Indonesia] majlis yang merancang pembangunan negara;\n \nD~ Perwakilan Rakyat \n[Indonesia]\na) = \nD~ Perwakilan Rakyat Pusat \nDewan Rakyat;\nb) = \nD~ Perwakilan Rakyat Daerah\n Dewan Undangan Negeri;\n \n~ pimpinan \n[Indonesia] dewan yang memimpin parti (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain);\n \nD~ Rakyat \nmajlis tertinggi yang membuat undang-undang (menentukan dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya);\n D~ Undangan Negeri (Persekutuan) \nmajlis perwakilan rakyat negeri-negeri." "dewana\n[sastera lama] gila (berahi), edan kesmaran." "dewangga\n= \nkain ~ \n(ERT) kain yang ditekat atau disulam dengan benang berwarna-warni untuk membuat pelbagai corak atau gambar yang menarik, biasanya digantung di dinding dan sebagainya sebagai perhiasan;\n \nsutera ~ \nkain sutera yang bercorak indah." "dewani\n[arkaik]\n1.\n berkenaan dewan;\n2.\n ahli dewan." "dewasa\n1.\n sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar:\norang ~ dikenakan bayaran masuk yang lebih tinggi daripada kanak-kanak; \n2.\n sudah cukup besar (berkenaan (dengan) binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya):\nlipas yang sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; \n3.\n pada masa, pada ketika, pada waktu:\nadat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan ~ ini; \n4.\n [kiasan] sudah banyak pengalaman dan pengetahuannya, matang:\nkini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sebagai sebuah negara merdeka;\n mendewasa\n menjadi dewasa:\n ia dilahirkan dan ~ pada zaman perang;\nmendewasakan\n1.\n menjadikan dewasa (manusia, binatang, dan sebagainya), membesarkan;\n2.\n menjadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dan sebagainya):\nRazman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pandangannya sambil ~ fikirannya;\nkedewasaan\n perihal (keadaan yang) dewasa (matang), kematangan:\ndia belum lagi mencapai ~nya;\n~nya ternyata pada fikiran-fikiran bernas yang dikemukakannya;\npendewasaan\n1.\n perihal atau proses mendewasakan (membesarkan dan sebagainya), pembesaran:\nproses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yang dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; \n2.\n perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pengalaman, dan sebagainya), pematangan:\n~ sastera bererti kepelbagaian tema yang diterokai dan kepelbagaian aliran teknik dalam penulisannya." "dewata\nsl\n1.\n dewa;\n \ndewa ~\n = \nSang yang ~\n [sastera lama] peri yang berkuasa;\n \nD~ Mulia Raya \n[sastera lama] dewa yang tertinggi;\n2.\n perihal (bersifat) dewa;\n \nburung (manuk, paksi, unggas) ~ \n[sastera lama] burung cenderawasih;\nmendewatakan\n mendewakan;\nkedewataan\n kedewaan." "dewek\n[Jawa] [arkaik] [bahasa percakapan] sendiri, diri sendiri;\n \naku ~\n aku sendiri." "dewi\n1.\n dewa perempuan:\n~ Dermadewi;\n~ Pertiwi; \n2.\n [kiasan] jantung (buah) hati (berkenaan (dengan) perempuan yang cantik);\nkedewian\n sifat seperti dewi, tentang dewi:\n wajahnya menyerlahkan sifat kemanusiaan dan juga ~." "dgn\n[kependekan] dengan." "di I\n1.\n kata sendi nama yang menunjukkan tempat dan lain-lain:\nketika cuti sekolah, Busu lebih suka duduk ~ rumah daripada berjalan-jalan;\n~ atas;\n~ bawah; \n2.\n pada, dalam:\nwajah Mawi terbayang ~ mata Aini;\n~ hari kemudian; \n3.\n [Minangkabau] pada, kepada, akan, oleh, dari;\n \ndatang ~ air \ndatang dari sungai." "di II\nawalan yang membentuk kata kerja pasif (diri ketiga):\ndia mati dibunuh perompak." "di III\n[kependekan] adi;\n \ndipati\n adipati;\n \ndiraja \nadiraja." "dia\nkata ganti diri ketiga (untuk menegaskan atau merendahkan), ia:\n ~ yang mengambil bola itu, bukan saya\n;\n \n~ orang\n [bahasa percakapan] mereka semua;\n \nitu ~ \na) itu orangnya;\n b) itulah bendanya (perkaranya), itulah keadaan yang sebenarnya;\nmendiakan\n menyebut dia (dengan tujuan menghina, memandang rendah, dan sebagainya terhadap seseorang)." "diabetes\nkeadaan yang dicirikan dengan perembesan dan perkumuhan air kencing yang berlebihan, penyakit kencing manis." "diaforesis\n(Perubatan) perpeluhan yang berlebihan." "diafragma\n1.\n tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen pada mamalia;\n2.\n alat yang mengehadkan bukaan lensa atau sistem optik;\n3.\n cakera atau kon yang bergetar pada alat seperti telefon, mikrofon, dan lain-lain;\n4.\n alat pencegah kehamilan pada wanita." "diagnosis\nperbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya;\nmendiagnosis\n mengenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya, membuat diagnosis." "diagnostik\nberkenaan diagnosis:\nujian ~\n." "diagonal\n[Indonesia-Belanda] pepenjuru." "diagram\n[Indonesia-Belanda] gambar rajah." "diah\ndiat I." "diaken\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n ulama Kristian (Katolik) yang martabatnya rendah sedikit daripada paderi;\n2.\n kakitangan yang menguruskan hal orang miskin dalam agama Kristian (Protestan)." "diakoni\n[Indonesia-Belanda] dewan tempat menguruskan hal orang miskin dalam agama Kristian." "diakritik\n(Linguistik);\n \ntanda ~\n tanda yang dipakai untuk memperbezakan bunyi-bunyi yang berlainan bagi sesuatu huruf:\ndalam ejaan baru, tanda ~ di atas e bagi melambangkan e pepet ditiadakan." "diakronik\nmeninjau sesuatu hal daripada sudut sejarah perkembangannya (berkenaan (dengan) kajian, penyelidikan, dan sebagainya);\n \nkaji bahasa ~ \npengkajian perkembangan bahasa." "dialek\nsatu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain):\n~ Kelantan;\n~ Kedah;\n~ sosial \n(Linguistik) variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, misalnya bahasa istana." "dialektik\nseni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan:\ntentu sahaja engkau tidak mengerti soal ini, kerana engkau tidak berfikir secara ~." "dialektologi\nkajian tentang dialek." "dialisis\n(Kimia) proses memisahkan sebatian yang terlarut berasaskan kadar resapan sebatian itu melalui membran separa telap;\nmendialisis\n memisahkan sesuatu (sebatian dan sebagainya) secara dialisis." "dialog\n1.\n kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen:\npengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; \n2.\n karya sastera dalam bentuk perbualan;\n3.\n perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya:\nsatu majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dengan wakil rakyat mereka; \nkami mengadakan ~ dengan pengusaha hotel, pemandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga;\nberdialog\n mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka:\nmereka ~ dengan wakil-wakil dari Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol." "diam I\n1.\n tidak bercakap (bersuara dan lain-lain), senyap:\nBadri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yang hendak dicakapkan; \nterbuang dalam ~ \ndisingkirkan dengan senyap-senyap;\n2.\n tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa:\nsedangkan benda yang ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yang bergerak;\n~ tak ~ \ndengan senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan;\n \n~ macam batang kayu\n [kiasan] tidak bergerak-gerak;\n \n~ membatu \nki tidak bercakap-cakap (membisu);\n~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil \n= \nbukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi \n(peribahasa) diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja;\n \nkalau tak bermeriam, baiklah ~ \n(peribahasa) orang yang miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak;\n \nyang disangka tidak menjadi, yang ~ boleh ke dia \n(peribahasa) orang yang bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain;\nsediam\n sama (seperti, macam) senyapnya:\nmereka diam ~ kuburan di waktu subuh;\ndiam-diam\n dengan tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit:\ndengan ~ sahaja dia keluar dari negeri Daha;\n~ lepu \n(peribahasa) pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali;\n \n~ ubi (berisi) \n(peribahasa) pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan;\nberdiam\n = \n~ diri \n= \nberdiam-diam\n1.\n tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dan lain-lain):\nmereka berdua ~ sebentar; \ndi dalam berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; \n2.\n [kiasan] tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan:\nkita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri;\nberdiamkan\n \n~ diri \nberdiam diri:\nia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu;\nmendiami\n tidak menegur (menyapa dan lain-lain), memulau:\nkami diami sahaja orang-orang yang membelot kepada persatuan kami;\nmendiamkan, memperdiamkan\n1.\n membuat (menjadikan, membiarkan) diam:\nibu ~ adikku yang merengek; \n2.\n menjadikan tidak bergerak, mematikan untuk seketika (benda bergerak dan lain-lain):\ngelora marah itu didiamkannya sahaja;\n3.\n tidak mengendahkan (mempedulikan, ambil tahu, dan lain-lain), tidak menghebohkan:\npihak Berikat tidak boleh ~ serangan yang dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yang kecil; \nada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya;\nterdiam\n tidak bersuara (bergerak dan lain-lain) lagi:\nDatuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; \nmelihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~;\npendiam\n (orang yang) tidak suka bercakap-cakap:\nZaini itu seorang murid yang ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya." "diam II\ntinggal (duduk, berumah, bertempat) di:\nsaya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri;\n~ berdagang \ntinggal (hidup) merantau;\n \n~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak \n(peribahasa) hal orang yang tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yang ramai;\nmendiami, mengediami\n [arkaik] bertempat tinggal di, berumah di, menduduki:\nmulai daripada tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yang didiami oleh orang Jepun sahaja; \ntidak ada siapa yang sanggup ~ rumah itu;\nkediaman\n = \ntempat ~ \ntempat tinggal (duduk dan lain-lain), rumah (pondok, gua, dan lain-lain) yang diduduki:\nsetelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; \ndi sana sini terdapat rumah-rumah yang besar tersergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya." "diameter\ngaris pusat (pada bulatan)." "dian I\npelita yang dibuat daripada lilin;\nmendiani\n menerangi (dengan dian)." "dian II\nburung kaki ~ \nsejenis burung, \nTringa totanus eurhinus." "diang\nberdiang\n berada dekat api (unggun api, dapur) untuk memanaskan badan:\ndi musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja;\n~ di abu dingin\n (peribahasa) pertolongan yang sia-sia (tidak berguna);\n \nsambil ~ nasi masak \n(peribahasa) sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;\nmendiang\n memanaskan atau memasak sesuatu dengan meletakkannya dekat dengan api:\npagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai; \nbagai pucuk pisang didiang \n(peribahasa) lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dan lain-lain;\nmendiangkan\n memanaskan (badan, tangan, dan lain-lain) dekat api:\n kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api;\npendiangan\n tempat berdiang, (dapur jingkir) untuk berdiang." "diar\n[Minangkabau];\nmemperdiarkan\n membiarkan sahaja, tidak mempedulikan." "diarea\n(Perubatan) penyakit buang air besar (najis cair) yang terlalu kerap pengulangannya, cirit-birit." "diari\nbuku yang mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian." "diarki\npemerintahan oleh dua negara, individu, dan lain-lain." "diaspora\n1.\n penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama, warga sebuah negara yang sama dan sebagainya:\npengkajian tentang \n~\n Cina di wilayah lain di Indonesia jauh kurang mendapat perhatian;\n2.\n kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain:\npenentang ini mewujudkan \n~\n di kalangan bangsa, puak atau keturunan mereka." "diastase\n(Biologi) enzim (amilase) yang terdapat pada barli bercambah, kentang, dan lain-lain." "diastole\n(Perubatan) tempoh pengembangan ventrikel jantung yang berlaku antara bunyi yang kedua dengan bunyi yang pertama pada jantung." "diat I\n[Arab] [sastera lama] denda (pampasan) yang harus dibayar kerana melukai atau membunuh orang dan lain-lain:\nberapa dapat kamu keluarkan ~ akan Abdullah?\nmendiatkan\n membayar diat:\npatut engkau diatkan nyawa anak memerang itu." "diat II\npendiat\n [sastera lama] kubu (perangkap) gajah." "diatonik\n(Seni Muzik) berkenaan penggunaan not yang bertepatan dengan tanda nada sahaja." "diayah\npenyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dan sebagainya) untuk mendapat sokongan, propaganda:\nanasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam untuk mengembangkan ~ mereka;\nmendiayahkan\n menyebarkan diayah, mempropagandakan;\npendiayahan\n perbuatan menyebarkan diayah;\npendiayah\n orang yang menjalankan kegiatan diayah:\n~ komunis perlu diawasi." "dibab\n[Perak] tampar sayang (geram dan lain-lain);\nmendibab\n menampar kerana sayang (geram dan lain-lain)." "dibaja\n[sastera lama] = \nkain ~ \nsejenis kain sutera yang halus." "didaktik\nbermaksud mengajar:\nsajak ini bersifat ~." "didaktisisme\nunsur pengajaran dalam sesebuah karya sastera yang memberikan pendidikan (terutamanya dari segi moral, etika, atau soal-soal keagamaan)." "didal\nsarung jari daripada logam dan lain-lain (untuk melindungi hujung jari ketika menjahit), jidal." "didih\nmendidih; \nberdidih\n ark\n1.\n meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, menggelegak:\nair di dalam kawah itu sedang ~; \n2.\n [kiasan] marah sekali (berkenaan (dengan) perasaan):\nHayati makin radang, ~ rasa darahnya; \n3.\n [kiasan] berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (berkenaan (dengan) semangat);\nmendidihkan\n1.\n memasak (memanaskan) air dan lain-lain hingga mendidih;\n2.\n menjadikan berkobar-kobar (semangat):\nkeberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah keperwiraan dalam jasad bangsanya;\npendidihan\n perihal atau proses mendidih(kan)." "didik\n1.\n pelihara, jaga (dengan hati-hati), ajar;\n \nayam ~ \nayam yang tidak beribu (dipelihara daripada kecil);\n2.\n [sastera lama] [bahasa dalam] anak-anak yang baru remaja:\nharta yang Duli Tuanku kurniakan dahulu, sekarang sudah dihabiskan oleh ~ itu untuk bersuka ria;\nmendidik\n menjaga (memelihara dan sebagainya) dan melatih (mengajar dan lain-lain) baik-baik:\n~ kanak-kanak bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan;\nterdidik\n mendapat latihan (pengajaran dan lain-lain), terlatih:\nsebelum perang dahulu banyak mahasiswa kita yang ~ di tanah Inggeris;\ndidikan\n1.\n kaedah mendidik:\nsalah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; \n2.\n yang dididik (diajar, dilatih, dan lain-lain):\nmasa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; \n3. = pendidikan;\npendidikan\n1.\n perihal mendidik:\n~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; \n2.\n = \nilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik \npengetahuan mendidik:\nia mahu mendalami lagi pelajarannya dalam hal ~ kanak-kanak;\n3.\n didikan, latihan, ajaran:\nmerosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah;\nberpendidikan\n mendapat pendidikan (latihan):\nkaum intelek Melayu yang ~ Barat masih ragu-ragu akan kemungkinan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi;\npendidik\n orang yang mendidik, guru:\nsekarang Ali bertugas sebagai ~ di sebuah sekolah di Kelantan;\n kependidikan\n hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan pendidik." "didis\n[Jawa] [arkaik];\nmendidis\n mencari kutu, mengutui." "didong\n1.\n [arkaik] orang Perancis, orang Eropah (asing);\n2.\n peranakan, bercampur darah:\nBelanda ~; \n3.\n = \nkomedi ~ \nark sejenis wayang patung;\n4.\n [arkaik] pertunjukan tari-menari dan muzik." "diesel\n1.\n = \nenjin ~\n = \nmesin ~ \nsejenis enjin pembakaran dalam yang nyalaannya dihasilkan oleh bahang daripada gas yang dimampatkan;\n lokomotif ~ \n[Indonesia] kereta api berenjin diesel;\n2.\n = \nminyak ~ \nminyak galian yang digunakan sebagai bahan api oleh enjin diesel." "diesius\n(Biologi) berkenaan tumbuhan yang organ pembiakan jantan dan betinanya tidak terdapat pada pokok dan bunga yang sama." "diestrus\n(Biologi) tempoh ketika tiada aktiviti pembiakan berlangsung bagi haiwan yang mempunyai beberapa kitar estrus dalam sesuatu musim membiak." "diet\n1.\n makanan dan minuman yang biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang;\n2.\n jenis dan banyaknya makanan yang ditetapkan untuk seseorang atau seseekor binatang untuk tujuan tertentu (seperti mengawal berat badan dan lain-lain): \n~ seimbang; \npakar ~ \npakar dalam kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pengawalan makanan;\nberdiet\n makan dan minum mengikut peraturan yang ditetapkan:\ndia terpaksa ~ untuk mengurangkan berat badannya." "dietetik\nkajian saintifik tentang diet dan pemakanan." "dif\n[Arab] jemputan atau tetamu khas dalam majlis:\nsegala ~ yang hadir telah mengambil tempat duduk masing-masing." "difteria\n(Perubatan) sejenis penyakit berjangkit (biasanya menjangkiti kanak-kanak) yang diakibatkan oleh bakteria \nCorynebacterium diptheriae, \nyang dicirikan dengan demam, sakit kerongkong, dan gangguan pernafasan." "diftong\n(Linguistik) gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti \nai\n, \nau\n, dan \noi\n." "difusi\nperihal meresapkan atau menyebarkan (pengetahuan, kebudayaan, dan sebagainya), resapan;\nberdifusi\n meresap (masuk ke dalam bahasa, kebudayaan lain, dan sebagainya):\nsesuatu bahasa itu dikatakan ~ jika ia bergerak dan menyebar ke dalam bahasa lain." "digit\nmana-mana satu angka Arab dari kosong hingga sembilan, angka, nombor:\n4204 mengandungi empat ~;\n~ perduaan\n digit sifar atau satu dalam sistem perduaan;\nberdigit\n mempunyai digit, digital:\njam ~." "digital\n(Komputer) beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data;\nmendigitalkan\n menukarkan (data dan sebagainya) kepada bentuk digital supaya dapat diproses secara langsung oleh komputer;\npendigitalan\n proses (perihal, perbuatan dan sebagainya) mendigitalkan." "diglosia\n(Linguistik) kewujudan dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa mengikut situasi, yang satu lebih tinggi statusnya apabila berada dalam situasi formal berbanding dengan yang satu lagi dalam situasi tidak formal." "digniti\n1.\n sifat yang mulia, kemuliaan, kebesaran:\nmereka menganggap kerja mereka sebagai satu profesion yang mempunyai maruah dan ~ tersendiri;\n 2.\n kedudukan (gelaran, pangkat, dan lain-lain) yang tinggi\n: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri." "digraf\ndua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti \nng\n, \nny\n, \nsy\n), dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap." "dik\nsingkatan bagi adik:\njangan menangis ~, sekejap lagi emak pulang." "dikara\n[sastera lama] indah, mulia;\nadikara." "dikau\nengkau atau kamu (digunakan jika perkataan sebelumnya berakhirkan huruf n):\nakan ~; \ndengan ~." "dikir\n1.\n ucapan (doa) untuk memuji-muji Rasul, biasanya dengan berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi);\n2.\n lagu atau nyanyian dengan berpantun yang dilakukan beramai-ramai;\n \n~ barat \n[Kelantan] lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun;\n \n~ jelotah \nsejenis tarian berserta dengan dikir beramai-ramai dalam upacara mengirik padi selepas menuai;\nberdikir\n mengucapkan puji-pujian kepada Rasul (dengan berlagu):\ndatang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud;\n~ barat \n[Kelantan] bernyanyi (berlagu) dengan berpantun beramai-ramai;\npendikir\n orang yang melagukan dikir;\nzikir." "dikit\nsedikit\n tidak banyak (berkenaan (dengan) bilangan, nilai, kadar, dan lain-lain), tidak seberapa:\nberilah kami ~ kuih itu;\n~ pedas\n agak pedas;\n \n~ hari lagi\n tidak lama lagi;\n \n~ sebanyak \nlebih kurang;\n~ hujan banyak yang basah \n(peribahasa) kecelakaan yang kecil membawa akibat yang besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar);\n \n~ kerja banyak berantun \n(peribahasa) perihal kemalasan seseorang (orang yang tidak mahu berusaha membuat sesuatu);\nsedikitnya\n1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya\n sekurang-kurangnya, yang paling kurang;\n2.\n jumlahnya yang sedikit;\n \nbanyak ~ \nbanyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit);\nsedikit-sedikit\n1.\n setiap kali sedikit;\n \n~ lama-lama jadi bukit\n (peribahasa) sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga;\n2.\n walaupun sedikit;\nmenyedikit\n berkurang (sedikit-sedikit);\nberdikit-dikit\n1.\n sedikit demi sedikit:\nwangnya telah dikumpulkan secara ~; \n2.\n berhemat, berhati-hati (berkenaan (dengan) wang dan lain-lain):\nmereka boleh hidup sederhana dengan ~;\nmendikit-dikitkan, menyedikitkan,\n mengecilkan (mengurangkan) belanja dan lain-lain, menjadikan sedikit:\nmereka hendak ~ belanja supaya dapat menyimpan wang;\nmempersedikit\n menjadikan lebih sedikit;\ntersedikit\n yang paling sedikit." "diko\n[Indonesia] cat kereta dan lain-lain;\nmendiko\n menyemburkan cat (pada kereta dan lain-lain)." "dikotiledon\ntumbuhan daripada kumpulan Dicotyledonae yang mempunyai dua daun biji benih dan daun yang uratnya berselerak." "dikotomi\npembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dan lain-lain) dalam sesuatu hal yang saling bertentangan:\ndasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~;\n~ ini tidak terbatas kepada dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan." "diksa\n[arkaik];\nberdiksa\n dilantik (sebagai pendeta Buddha)." "diksi\n(Linguistik) pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dan lain-lain) secara bertulis atau lisan." "diktat\n[Indonesia-Belanda] catatan yang dibuat oleh pelajar ketika mengikuti pelajaran." "diktator\npemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim:\nrakyat negara yang diperintah oleh seorang ~ jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi;\nkediktatoran\n1.\n pemerintahan oleh diktator:\npemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; \n2.\n kuasa mutlak atau tertinggi." "diktatorial\n1.\n [berkenaan (dengan)] pemerintahan yang bercirikan diktator;\n2.\n cenderung untuk menjadi diktator." "dikte\n[Indonesia-Belanda] menyalin (menulis) rencana, menulis tepat-tepat apa yang dibaca (diucapkan) oleh orang lain;\nmendikte\n1.\n meminta (menyuruh) orang menulis apa-apa yang dibaca (diucapkan);\n2.\n menyuruh orang berbuat sesuatu dengan tidak membantah, menyuruh menurut sahaja;\nmendiktekan\n1.\n menyuruh tulis apa-apa yang dibaca (diucapkan);\n2.\n menyuruh dengan paksa, memerintahkan:\napabila anakanda dapat memahamkan huraian kami ini, anakanda tidak akan berasa didiktekan sahaja oleh orang tuamu ini." "diktum\n1.\n kenyataan rasmi yang dikemukakan oleh seseorang yang ada autoriti;\n2.\n pepatah yang menghuraikan sesuatu aspek hidup secara yang menarik:\n ahli teologi Muslim menggunakan ~ ini untuk mematahkan kecaman pihak musuh\n." "dil\nbuah ~ \nsejenis bola yang keras;\n \n(ber)main ~ \nbermain bola keras dengan menggunakan tongkat seperti dalam permainan hoki." "dila, dilah\n[arkaik] suluh, lampu." "dilam\nsejenis tumbuhan (herba), \nHemigraphis platycarpos." "dilema\nkeadaan yang menyebabkan sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif (benda, orang, situasi, dan lain-lain) atau lebih;\n keadaan serba salah:\nini kerana Soviet Rusia sendiri kini berada dalam ~ berkaitan dengan pelibatannya di Afghanistan." "dim I\nukuran (satuan) panjang lebih kurang 1/12 kaki atau 25.4 mm, inci." "dim II\nlampu ~ \n[Indonesia] lampu kecil di depan kereta." "dim sum\nsejenis makanan masyarakat Cina yang diperbuat daripada adunan tepung berisi inti daging, sayur dan sebagainya yang dikukus." "dimensi\n1.\n ukuran saiz sesuatu (seperti tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat:\ndalam rajah yang kamu lukis itu, tunjukkan ~nya; \ncara ideal ialah audiovisual dan tiga ~;\n2.\n aspek:\napakah ~ baru yang harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kecemerlangan itu akan menjadi sesuatu yang hakiki dan abadi?\nberdimensi\n mempunyai dimensi;\nmendimensi\n mengambil ukuran, mengukur." "dimiti\n(Tks) sejenis fabrik daripada kapas yang mempunyai corak berjalur-jalur dan sebagainya yang timbul, biasanya digunakan untuk membuat cadar, langsir dan sebagainya." "dimpit\ndempet." "din\n[Arab] agama;\n \nhari ~ \n= \nYaumiddin \nhari kiamat." "dina I\nhina-~; \nhina." "dina II\n~hari\n [sastera lama] dinihari." "dinamik I\nbertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan:\npembangunan masyarakat yang lebih ~ harus mendapat perhatian yang tajam daripada orang ramai;\nmendinamikkan\n menjadikan dinamik;\nkedinamikan\n keadaan atau sifat dinamik." "dinamik II\ncabang ilmu mekanik yang berkaitan dengan daya dan hubungannya dengan gerakan jasad." "dinamis\n[Indonesia-Belanda] \n= dinamik I." "dinamisir\n[Indonesia-Belanda];\nmendinamisir\n [bahasa percakapan] menjadikan (membuat, menyebabkan jadi) dinamik." "dinamisme\nsifat dinamik:\nkami berharap reka bentuk baru ini memberi suasana segar kepada majalah ini dan memancarkan ~ baru yang terdapat padanya; \nmakalah ini bertujuan menyerlahkan aspek kreativiti dan ~ dalam bahasa pengiklanan." "dinamit\nbahan letupan yang kuat (boleh menghancurkan batu-batu);\nmendinamit\n menghancurkan (meleburkan, merosakkan) dengan dinamit." "dinamo\nsejenis alat untuk menukar tenaga mekanik kepada tenaga elektrik, terutamanya yang mengeluarkan arus terus." "dinar\n[sastera lama]\n1.\n kepingan wang emas;\n2.\n mata wang." "dinas\n[Indonesia]\n1.\n jabatan (kerajaan yang mengurus tugas tertentu):\n~ kehaiwanan;\n2.\n sesuatu yang bersangkutan dengan jabatan:\npakaian ~; \nrahsia ~; \nikatan ~ \nperjanjian untuk bekerja dengan kerajaan apabila tamat belajar;\n3.\n masa berkhidmat (dengan kerajaan, syarikat, dan lain-lain);\n4.\n sedang bertugas (bekerja)." "dinasti\n1.\n jurai raja-raja pemerintah yang berasal daripada satu keturunan (keluarga):\nmengikut suatu rekod daripada ~ Ming, Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dalam tahun 1403; \n2.\n tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yang berasal daripada satu keturunan." "dinda\nsingkatan bagi adinda." "dinding\n1.\n penutup (penyekat) ruang, bangunan, bilik, dan lain-lain yang dibuat daripada kayu, bata, dan lain-lain;\n \nsebuah gambar tergantung di ~; \nlampu ~ \nlampu yang disangkuntukan di dinding;\n2.\n sesuatu yang menyerupai dinding:\n~ abdomen;\n~ kambi\n papan (kayu) pada kaki dinding;\n \n~ sel \nselaput yang menyelaputi sel;\n \n~ tepas \ndinding yang dibuat daripada pelepah daun kumbar;\n~ teretas, tangga terpasang \n(peribahasa) bukti yang cukup untuk menyatakan sesuatu hal;\n jadi ~ tasak peti permainan \n(peribahasa) orang harapan raja dan orang besar-besar;\nberdinding, berdindingkan\n menggunakan (memakai) dinding:\nrumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu;\nmendinding\n1.\n memasang (melekatkan) dinding:\nayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; \n2.\n berupa dinding, seperti dinding:\nbukit-bukit yang dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya;\nmendindingi\n merupakan dinding (untuk menyekat, melindungi, menahan, menutup, merintang, dan lain-lain), menjadi dinding pada:\npokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yang mandi daripada pelihatan orang ramai; \npakatan SEATO ditubuhkan untuk ~ kemaraan kuasa Komunis;\nmendindingkan\n menggunakan sesuatu seperti dinding;\n \n~ tangan \nmeletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dan lain-lain;\nterdinding\n tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung:\njikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi;\npendindingan\n perihal atau perbuatan mendinding(i) atau mendindingkan;\npendinding\n penutup, penyekat, penghalang, pelindung:\nagama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan ~ daripada godaan hawa nafsu;\ndoa ~ \ndoa untuk melindungi diri daripada mara bahaya;\n \nkain ~ miang, wang ~ malu \n(peribahasa) berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pada tempatnya." "dines\ndinas." "ding\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ali (dedingin), \nSmilax myosotiflora." "dingin\n1.\n tidak panas (hangat), sejuk:\nhari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; \n2.\n [kiasan] tidak meriah (sambutan keramaian dan sebagainya):\nsambutan perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini agak ~ jika dibandingkan dengan tahun yang sudah-sudah;\n3.\n [kiasan] tidak mengambil berat (berkenaan (dengan) layanan), tidak mesra (berkenaan (dengan) perhubungan dan sebagainya), sepi:\nsejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ terhadapnya; \nhubungan ~ \nhubungan (antara orang, negara, dan lain-lain) yang tidak erat dan mesra;\n4.\n [kiasan] basi (berkenaan (dengan) berita, cerita, dan sebagainya), kasip;\n5.\n menghilang (berkenaan (dengan) kemarahan), reda;\n \nperang ~ \nperselisihan dengan tidak menggunakan kekerasan senjata;\n~ hati \ntidak riang (berminat, bersemangat, dan lain-lain);\n \n~ kepala\n berfikiran tenang dan waras;\n \n~-~ panas\n sekejap dingin sekejap panas;\n \n~ tangan \nselalu berhasil membuat pekerjaan (seperti bertanam, mengubat, dan lain-lain);\n \nnasi tak ~ pinggan tak retak \n(peribahasa) perihal cermatnya melakukan sesuatu;\nmendingin\n1.\n menjadi (terasa) dingin:\napabila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; \n2.\n [Minangkabau] tidak berapa sihat, kurang sihat;\n \ntidak menghangat ~ \n(peribahasa) tidak ambil peduli;\nmendingini\n1.\n = \nmendinginkan\n menjadikan dingin:\nterasa olehku air matanya ~ pipiku;\n2.\n [arkaik] berubat (untuk menyihatkan badan);\nmendinginkan\n1.\n menjadikan (membuat supaya) dingin:\nklorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; \n2.\n [kiasan] menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dan lain-lain):\ndia hendak ~ otak serta memperlihatkan dia orang yang terpandang dan terhormat;\nkedinginan\n1.\n kesejukan, kena sejuk:\ndia meraba-raba mencari selimut untuk melindungi diri daripada ~; \n2.\n keadaan yang dingin:\nmereka menyalakan tungku pemanas bilik untuk mengimbangi ~ yang bermaharajalela itu;\npendinginan\n perihal atau perbuatan mendinginkan;\npendingin\n1.\n alat (perkakas, bahan, dan sebagainya) untuk mendinginkan:\nair batu kering sangat-sangat berguna sebagai ~ kerana tidak meninggalkan cecair;\n~ udara\n alat untuk mendinginkan udara;\n \nlemari ~ \n[Indonesia] peti ais (air batu);\n2.\n [kiasan] lekas marah, pemarah:\nMariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya terlambat dari biasa." "dingin beku\nmenjadi) beku kerana terlampau sejuk (berkenaan (dengan) cecair seperti air dan lain-lain);\nmendinginbekukan\n menjadikan beku dengan menyejukkan berlebih-lebihan:\ncecair karbon dioksida ini mudah didinginbekukan menjadi pepejal;\nterdingin beku\n (telah) menjadi beku kerana terlampau disejukkan." "dingkelik\n[Jawa] bangku tempat letak kaki." "dingkis\n1.\n = \nikan ~\n sejenis ikan laut, \nSiganus spp.; \n2.\n = \n~ gebang \nsejenis ikan laut, \nAcanthurus dussumierri." "dingkit\n[Minangkabau];\nberdingkit-dingkit\n berasak-asak, bersesak-sesak, bertolak-tolak." "dingo\nsejenis anjing liar di Australia, \nCanis dingo." "dini\nrotan ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nFlagellaria indica." "dinihari\nfajar belum menyinsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar:\npertempuran itu mula berlaku pada waktu petang dan melarat hingga waktu ~; \nhulu ~ \nlebih kurang pukul 3.30 pagi." "dinis\n[arkaik] [bahasa percakapan] dinas, dines." "dinosaur\nreptilia pupus (kebanyakan bersaiz besar) daripada order Saurischia dan Ornithischia." "diod\n(Kejuruteraan) peranti semikonduktor yang membolehkan aliran arus satu arah sahaja dan banyak digunakan dalam litar elektronik sebagai penerus atau pemangkas." "dioksida\n(Kimia) oksida yang mengandungi dua atom oksigen:\nkarbon ~.\nDip.\n [kependekan] diploma." "dipan\n[Indonesia-Belanda] sejenis bangku panjang yang rendah." "dipati\nadipati." "diploma\nsijil) kelayakan yang biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih khusus sifatnya daripada ijazah:\ndia baru lulus daripada latihan pertanian dan ~nya terpampang di dinding rumahnya; \ndia mengikuti kursus ~ pendidikan di Universiti Malaya;\nberdiploma\n sudah mendapat diploma." "diplomasi\n1.\n seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa:\nkemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para diplomatnya; \nwakil-wakil\n \n~\n [Indonesia] wakil-wakil negara asing seperti duta (kuasa usaha dan lain-lain);\n2.\n seni dan kemahiran berurus dengan seseorang tanpa menyinggung perasaanya:\nlicin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yang tidak membayar hutang;\nberdiplomasi\n1.\n mengurus hubungan antarabangsa;\n2.\n mengendalikan seseorang dengan berhati-hati (tidak dengan terlalu berterang-terangan)." "diplomat\n1.\n pegawai kanan (duta dan lain-lain) yang dilantik untuk mewakili negaranya dalam hubungan antarabangsa;\n2.\n orang yang mahir berurus dengan seseorang tanpa menyinggung perasaannya:\nsuruhanjaya itu telah juga menyediakan rangka perjanjian tentang keutamaan dan hak para ~." "diplomatik\n1.\n berkenaan hubungan antarabangsa:\nkenyataan pejabat negara ini telah menggemparkan kalangan ~ British; \nbanyak negara telah mengadakan hubungan ~ antara satu sama lain;\n 2.\n [bahasa percakapan] dengan berhati-hati (samar-samar) apabila mengatakan sesuatu." "diplopia\n(Perubatan) kecacatan pelihatan yang menyebabkan satu objek dilihat berganda." "dipsomania\n(Psikologi) keinginan yang keterlaluan untuk minum minuman keras." "dirah\nbaju ~ \n[sastera lama] baju besi;\n= zirah." "diraja\n1.\n [sastera lama] kependekan daripada adiraja;\n \nraja ~ \n[sastera lama] raja yang maha mulia;\n \nangkatan raja ~,\n \npanca raja ~ \n[sastera lama] jenazah untuk raja-raja;\n2.\n hak (milik, dinaungi oleh) raja:\n Askar Melayu D~; \ntitah ~\n titah rasmi yang disampaikan oleh raja." "direksi\n[Indonesia-Belanda] pemimpin (sesuatu perniagaan dan lain-lain), majlis pemimpin (perniagaan dan lain-lain)." "direktif\narahanyang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau pihak atasan:\nPerdana Menteri telah memberitahu para pemberita yang beliau telah pun mengirimkan ~ kepada wakilnya di Bangsa-Bangsa Bersatu." "direktorat\nbahagian dalam sesebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menjalankan tugas atau fungsi tertentu:\n~ ini juga menjalankan penyelidikan mengenai penyakit dan kesan sampingan penggunaan baja dan racun ke atas tanaman." "direktori\n(Komputer) fail yang mengandungi maklumat seperti nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera." "direktur\n[Indonesia-Belanda] pengarah, ketua (pemimpin tertinggi) dalam sesuatu badan atau perusahaan, ketua sekolah menengah (lanjutan dan lain-lain)." "dirgahayu\n[sastera lama] (mudah-mudahan) lanjut usia, panjang umur." "dirham\n1.\n [arkaik] kepingan wang perak;\n2.\n unit mata wang Maghribi dan Emiriah Arab Bersatu;\n3.\n mata wang kecil yang digunakan di Libya (1000 dirham bersamaan dengan 1 dinar)." "diri I\n1.\n batang tubuh, orang seorang, empunya badan:\napalah nasib ~ku ini merantau di tempat orang, pandai-pandai membawa ~; \nnama (peng)ganti ~ \n[Indonesia] kata ganti (aku, engkau, dan lain-lain);\n \nnama ~\n nama khas (Ali, Busu, Perak, dan lain-lain);\n2.\n sendiri (bukan orang lain), badan sendiri:\nmembunuh ~; \nmenyerah ~; \nmemohon ~ \nmeminta izin hendak pulang atau beredar;\n3.\n [sastera lama] awak, kamu, engkau (semua):\nhai Dang Saji, Dang Merdu! Bermainlah ~ barang rupanya di hadapan Tun Tuah ini;\nkedirian\n [arkaik] peribadi." "diri II\nberdiri\n1.\n tegak di atas kaki, tidak berbaring (duduk, mencangkung, dan sebagainya), bangkit dan tegas:\nsetelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ untuk bersembahyang; \nkami terpaksa ~ sahaja dalam dewan itu kerana kerusi yang disediakan tidak mencukupi; \n2.\n (telah) diadakan atau ditubuhkan (berkenaan (dengan) negara, pertubuhan, dan lain-lain), telah ada:\nDBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; \n3.\n \n= ~ atas \nberdasarkan, berasaskan, (bergantung, bersandar) pada:\nberjaya tidaknya rancangan yang baru itu ~ atas sokongan yang diterima daripada orang ramai;\n~ atas kaki sendiri\n tidak bergantung pada orang lain;\n4.\n = \n~ atas = ~ daripada \nberasal (bermula, terbitnya, terjadi) daripada;\n~ di belakang (pemerintah) \nmenyokong atau berpihak (kpada pemerintah);\n \n~ (bertegak) lutut\n duduk dengan lutut didirikan (ditegakkan);\n \n~ sendiri \ntidak bergantung pada orang lain;\n \n~ sama tegak, duduk sama rendah \n(peribahasa) sama setaraf, sejajar dengan;\nmendirikan\n1.\n menjadikan berdiri, menegakkan:\ntiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; \n2.\n membina (rumah, bangunan, dan sebagainya), membangunkan:\npenduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; \n3.\n menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dan lain-lain):\npenduduk kampung kami sebulat suara bersetuju untuk ~ sebuah kedai syarikat;\n~ rumahtangga \nberkahwin;\nterdiri\n1.\n (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri:\nperempuan muda yang sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; \nberhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; \n2.\n telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun:\ndi kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah;\n3.\n [sastera lama] dapat bertahan:\nmaka segala rakyat Indera Puri Negara dengan hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kepada Sardal dan Kamdakata;\n \n~ daripada \nterbentuk (terjadi, terjalin) daripada:\nmereka yang menyerang dan merompak itu ~ daripada pemuda-pemuda yang telah rosak akhlak; \npenaja perkumpulan ini hanya ~ daripada dua orang sahaja;\n dirian\n (Perhutanan) jumlah pokok (kayu balak) yang terdapat dalam suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dalam isi padu per unit keluasan;\npendirian\n1.\n pegangan (berkenaan (dengan) fahaman, pendapat, dan lain-lain) untuk menimbang atau menilai sesuatu:\nmenjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kepada peraturan; \n2.\n perihal mendirikan sesuatu:\nketika mengikir, tentukan ~ yang betul alat yang hendak dikikir itu; \n3.\n pembinaan, pembangunan:\n~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; \n4.\n dasar (sikap, keputusan, dan sebagainya) yang dijadikan pegangan untuk memandang atau menilai sesuatu hal:\nMalaysia tetap dengan ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; \n5.\n [arkaik] bangunan, binaan;\n6.\n [arkaik] lembaga, perbadanan, pertubuhan;\nberpendirian\n mempunyai pendirian, berpegang teguh (pada sesuatu pendapat, fahaman, dan sebagainya):\nsaya masih ~ bahawa Karl Marx telah membuat suatu ramalan yang meleset;\npendiri\n1. = sependiri\n sepanjang (setinggi) orang berdiri;\n2.\n penaja sesuatu perkumpulan (perbadanan dan lain-lain);\n 3\n. orang yang mendirikan atau mengasaskan sesuatu:\nsemua ahli teori ini ialah ~ teori sastera Barat\n." "dirigen\n[Indonesia-Belanda] pemimpin orkes." "diris\nmendiris\n menyiram, mengairi;\npendiris; \n~ hati \nark penyejuk hati;\n= dirus, jirus I." "dirus\nmendirus\n menyiram:\ntiap-tiap petang kalau tidak hujan, Busu ~ pokok bunganya;\nmendiruskan\n menyiramkan:\nmaka diambil oleh Raja air mawar tujuh buyung, maka disiramkan serta didiruskan pada tubuh laksamana;\npendirusan\n1.\n perihal atau perbuatan mendirus, penyiraman;\n2.\n tempat atau bilik mandi;\n= diris, jirus I." "dis I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] dinas (tentera)." "Dis II\n[kependekan] Disember." "disakarida\n(Biologi) sekumpulan karbohidrat yang terdiri daripada dua gula monosakarida, misalnya maltosa dan sukrosa." "diseksi\n(Perubatan) pemotongan dan pengasingan tisu." "Disember\nbulan yang kedua belas tahun Masihi (bulan ini mengandungi 31 hari)." "disenteri\nsejenis penyakit yang dicirikan oleh cirit-birit, biasanya keluar lendir dan darah." "disertasi\npengolahan bertulis yang panjang dan terperinci tentang sesuatu perkara yang diserahkan untuk mendapatkan ijazah tinggi." "disfasia\n(Perubatan) gangguan pertuturan yang disebabkan ketakupayaan menyelaraskan dan menyusun perkataan dalam ayat." "disfemisme\n(Linguistik) ungkapan atau kata yang kasar untuk menggantikan ungkapan atau kata yang halus (lembut, sopan dan sebagainya)." "disfonia\n(Linguistik) (Perubatan) ketidakupayaan atau kesukaran untuk mengeluarkan bunyi pertuturan." "disfungsi\n(Perubatan) keadaan tidak dapat berfungsi dengan sempurna (berkenaan (dengan) sesuatu organ atau bahagian tubuh):\n~ hati dan buah pinggang." "disgrafia\n(Perubatan) ketidakupayaan untuk menulis dengan betul disebabkan oleh kerosakan pada bahagian otak." "disharmoni\n1.\n canggung, janggal, tidak secocok;\n2.\n kecanggungan, kejanggalan." "disimilasi\n(Linguistik) proses atau hasil dua bunyi yang berubah (menjadi tidak sama) akibat pengaruh satu bunyi ke atas satu bunyi yang lain, mis \narbor\n daripada bahasa Latin yang bermaksud \npokok\n menjadi \narbol\n dalam bahasa Sepanyol, dan \nepta\n daripada bahasa Greek Kuno yang bermaksud \ntujuh\n menjadi \nefta\n dalam bahasa Greek Moden." "disinfeksi\n(Perubatan) pembasmian kuman yang boleh menyebabkan penyakit, biasanya dengan menggunakan disinfektan." "disinfektan\n(Perubatan) agen (bahan) pembunuh kuman yang digunakan untuk mensterilkan sesuatu (seperti radas pembedahan dan makmal)." "disinflasi\n(Ekonomi) proses mengurangkan atau berlakunya pengurangan kadar inflasi yang tinggi." "disiplin\n1.\n latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib:\n~ ketenteraan yang ketat;\n2.\n peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik:\nguru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar ~; \n3.\n kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan:\nmereka sentiasa menunjukkan ~ yang baik untuk menjaga nama baik sekolah mereka; \n4.\n hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan:\ntindakan ~ akan dikenakan terhadap pemandu bas yang tidak cermat; \n5.\n bidang atau lapangan kajian:\nfonemik adalah satu ~ dalam bidang linguistik;\nberdisiplin\n patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain):\ntentera meriam Portugis yang ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; \nkejayaan sesuatu usaha yang dilakukan bergantung pada kumpulan pekerja yang cekap, berdedikasi dan ~;\nmendisiplinkan\n membuat supaya berdisiplin:\nibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab ~ kanak-kanak.;\npendisiplinan\n perbuatan mendisiplinkan:\n~ penulis kepada tatasusila kepujanggaan;\npendisiplin\n orang (biasanya yang ada kuasa) yang mendisiplinkan orang lain:\n menggunakan kekuasaan sebagai ~ bagi seseorang." "disipliner\n[Indonesia-Belanda] berdisiplin." "diskaun\npotongan daripada harga atau nilai penuh sesuatu barang atau perkhidmatan;\nmendiskaun\n memberikan diskaun;\npendiskaunan\n perihal mendiskaun." "disket\nkepingan magnetik daripada plastik yang digunakan untuk merakamkan data dan sebagainya dengan komputer, cakera liut:\ndifahamkan lebih 3000 ~ mengandungi maklumat perikanan negara yang dikumpulkan sejak tiga tahun lalu musnah dalam kebakaran itu." "disko\nsejenis kelab malam atau tempat hiburan untuk pengunjungnya (biasanya anak-anak muda) menari mengikut muzik pop yang biasanya kuat dan rancak;\n \nmuzik (tarian) ~ \nsejenis muzik (tarian) rancak yang biasanya dimainkan (ditarikan) di disko;\nberdisko\n menari mengikut rentak muzik disko:\nmereka asyik ~ hingga hampir ke waktu Subuh." "diskonto\n[Indonesia-Belanda] potongan harga yang diberikan kerana pembayaran yang dibuat sebelum waktunya." "diskriminasi\nperlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dan sebagainya:\n~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; \nperkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja;~ harga \npengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan;\n \n~ kaum \nlayanan yang berbeza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dan sebagainya;\n \n~ ras \ndiskriminasi kaum;\n \n~ sosial \nperihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat;\nberdiskriminasi\n berbeza tindakan atau layanan terhadap sesama anggota masyarakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain:\npara pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media\n;\nmendiskriminasikan\n membeza-bezakan (dari segi layanan):\ngolongan ini telah didiskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka." "diskriminatif\nbersifat membeza-bezakan (dari segi layanan):\npemberian kredit telah dibuat secara ~ sekali." "diskus\nsejenis piring bulat dan berat daripada logam, kayu, dan sebagainya yang dilemparkan sejauh-jauhnya dalam salah satu acara sukan cakera." "diskusi\nperbincangan mengenai sesuatu hal:\nmajlis ~ yang mula-mula diadakan oleh PENA bertempat di Kuala Lumpur;\nberdiskusi\n berbincang:\nsetiap hari mereka ~ tentang persoalan-persoalan dalam pelajaran mereka;\nmendiskusikan\n membincangkan sesuatu hal:\nperkara yang akan didiskusikan nanti bukanlah mengenai soal novel." "dislalia\n(Perubatan) ketidakupayaan bertutur dengan sempurna disebabkan oleh kecacatan pada alat pertuturan luar." "disopia\n(Perubatan) gangguan atau cacat pelihatan." "disorientasi\nproses atau keadaan yang mengelirukan atau membingungkan berhubung dengan masa, tempat dan identiti:\njuruterbang mengalami ~ dan tidak dapat mengawal helikopternya; \nsesungguhnya budaya lepak hanya satu manifestasi kecil dari gejala yang lebih besar, iaitu ~ budaya." "dispareunia\n(Perubatan) kesakitan atau kesukaran semasa bersetubuh bagi wanita." "dispensari\ntempat mendapatkan ubat." "dispensasi\n[Indonesia-Belanda] kekecualian daripada sesuatu kewajiban atau larangan." "dispepsia\n(Perubatan) rasa sakit dalam perut dan di sekitar sudu hati, biasanya disebabkan oleh ketidakhadaman makanan." "disprosium\n(Kimia) sejenis unsur logam." "distaksia\n(Perubatan) kesukaran mengawal pergerakan yang menyebabkan kaki dan tangan menggeletar dan sukar untuk berjalan seperti biasa." "distingtif\n(berkenaan (dengan) ciri, sifat dan sebagainya) jelas membezakan sesuatu daripada sesuatu yang lain, tersendiri:\nbahasa Austronesia tidak selalu memperlihatkan ciri-ciri yang ~ dalam penentuan kategori gramatis; \npotensi untuk berjaya banyak bergantung kepada ilmu pengetahuan yang diamalkan dan kualiti individu yang ~." "distosia\n(Perubatan) proses bersalin yang sukar dan lambat disebabkan oleh pelbagai masalah, seperti kontraksi rahim yang tidak berkesan dan ketaknormalan saiz fetus." "distribusi\n[Indonesia]\n1.\n pembahagian (pengedaran) barang-barang;\n2.\n catuan barang-barang;\nmendistribusikan\n1.\n membahagi-bahagikan (menghantar, mengedarkan) barang-barang (kpada wakil-wakil penjual, pekedai-pekedai runcit dan lain-lain);\n2.\n mencatu barang-barang." "distrik\n1.\n kawasan yang diketuai oleh seorang pegawai daerah;\n2.\n [Indonesia] kawasan yang tertentu dalam sesuatu hal (seperti daerah pemilihan dan lain-lain)." "disulfida\n(Kimia) sebarang sebatian yang mengandungi dua atom sulfur yang terikat pada radikal atau unsur, misalnya karbon disulfida CS2." "disuria\n(Perubatan) rasa sakit atau kesukaran semasa kencing." "dito\nsama seperti yang tersebut dahulunya atau sebelumnya." "diuresis\n(Perubatan) pembuangan air kencing secara berlebihan." "diuretik\n(Perubatan) berkenaan sesuatu yang bertindak untuk meningkatkan aliran kencing." "diurnal\n(Biologi)\n1.\n berkenaan bunga yang kembang pada siang dan kuncup pada malamnya;\n2.\n berkenaan haiwan yang aktif pada waktu siang dan tidur pada malamnya." "dius\nkedudukan seri dalam permainan (tenis, pingpong, dan lain-lain) yang memerlukan seorang pemain mendapatkan dua mata berturut-turut untuk memenangi permainan." "dius II\nsejumlah wang yang kena dibayar sebagai yuran (seperti untuk keahlian sesuatu persatuan)." "diva\npenyanyi wanita yang sangat masyhur atau terkenal:\nnamanya kini terserlah sebagai ~ pop." "diversifikasi\nperbuatan atau hal mempelbagaikan pengeluaran dan lain-lain." "diversiti\nkeadaan (sifat, bentuk dan sebagainya) yang berbagai-bagai, kepelbagaian:\npembiakan hidupan liar semakin terjejas dan ini sekali gus mengancam ~ hutan kita." "dividen\nbahagian keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham dalam sesuatu syarikat;\n~ bonus \ndividen tambahan yang berupa saham atau tunai kepada dividen yang telah diisytiharkan sebelumnya;\n \n~ saham \ndividen yang diterima oleh pemegang saham yang berupa tambahan saham (bukan dalam bentuk tunai)." "divisi\n[Indonesia-Belanda] ketumbukan tentera." "divisyen\n1.\n unit tentera yang merupakan sebahagian daripada kor, biasanya terdiri daripada 10 000 \u2013 15 000 orang anggota dan dibahagikan kepada tiga briged;\n2.\n kelompok yang terdiri daripada beberapa pasukan dalam sesuatu liga (bola sepak dan sebagainya):\npasukannya gagal mengalahkan pasukan sulung dalam ~ ini." "diwangsa\nadiwangsa\n." "DJ\n[kependekan] \ndisc joskey\n (orang yang memperkenalkan dan memainkan lagu (muzik) dalam rancangan di radio, disko dan sebagainya, biasanya petah berceloteh untuk menarik perhatian pendengar, penonton atau pengunjung)." "DK\n[kependekan] Darjah Yang Utama Kerabat Diraja (yang dianugerahkan oleh seseorang raja kepada raja lain atau kepada seseorang anggota kerabat baginda)." "dll\n[kependekan] dan lain-lain." "dlm\n[kependekan] dalam." "DMN\n[kependekan] Darjah Utama Seri Mahkota Negara (yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada raja-raja dan ketua-ketua negara asing dan lain-lain)." "DNA\n[kependekan] \ndeoxyribonucleic acid\n (juzuk utama yang membentuk bahan genetik (bahan penentu ciri-ciri kebakaan) kebanyakan organisma hidup, termasuk sesetengah virus yang terkandung di dalam nukleus sel organisma yang berkenaan)." "doa\n1.\n permohonan (permintaan) kepada Tuhan:\n~ Aini supaya Murad berbahagia dalam hidupnya; \n2.\n kebaikan (yang dipinta) dengan restu daripada Tuhan:\ndia memohon ~ agar anaknya lulus dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia; \n3.\n potongan ayat terutama daripada Quran (hadis dan sebagainya) yang dibaca untuk memohon sesuatu kebaikan daripada Tuhan:\nsetiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagai-bagai ~;\n~ arwah \ndoa yang dibaca (sewaktu sembahyang mayat dan lain-lain) untuk orang Islam yang telah meninggal dunia dan ditujukan juga kepada orang-orang yang masih hidup;\n \n~ musafir \ndoa yang dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dalam perjalanan supaya dijauhkan daripada sebarang kemalangan dan sebagainya;\n \n~ panjang umur \ndoa yang dibaca (oleh orang Islam) untuk memohon kepada Tuhan supaya dilanjuntukan usia;\n \n~ pendinding\n doa yang dibaca (oleh orang Islam) untuk menjauhkan diri daripada bahaya;\n \n~ pengasih \njampi untuk membuat orang kasih pada kita;\n \n~ restu \ndoa (permintaan) yang diharapkan mendapat berkat daripada Tuhan;\n \n~ selamat\n = \n~ kesyukuran \ndoa kerana mengucap syukur kepada Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat;\n \n~ tolak bala \ndoa yang dibaca selepas bersembahyang untuk meminta kepada Tuhan supaya dijauhkan daripada sebarang bala (seperti wabak penyakit dan sebagainya);\nberdoa, mendoa\n meminta (memohon) kepada Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa:\nbangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kepada Tuhan; \naku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kepada kebaikan dan menjauhkan aku daripada kejahatan;\nmendoakan\n memohonkan sesuatu kepada Tuhan:\naku ~ semoga kau berbahagia selalu; \ndia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya." "doang\n= doangan\n [Jakarta] hanya, sahaja, jua, semata-mata." "dobel\n[Indonesia] berpasangan (rangkap), kembar, dua kali;\nmendobel, mendobelkan\n membuat (menjadikan) berpasangan (seperti melipat, mengembarkan dan lain-lain), merangkapkan." "dobi\n= \ntukang ~ \norang yang kerjanya mencuci dan menggosok kain baju pelanggannya di rumahnya (tempatnya) sendiri, benara, benatu, penatu;\n \nhantar ~\n menghantar pakaian ke kedai dobi untuk dibasuh dan digosok;\nberdobi\n telah dibasuh dan di" "doble\n[Indonesia] tembaga dan lain-lain yang bersalut emas." "dobol I\n= dobel." "dobol II\n[Jakarta] berlubang atau bocor (karung, guni, dan lain-lain)." "dobolo\n[arkaik];\nbermain ~ \nbermain terup (dua puluh satu)." "dobrak\n[Jakarta];\nmendobrak\n1.\n memecahkan (merosakkan) pintu dan lain-lain:\nsaya terpaksa ~ pintu bilik saya kerana kehilangan kunci; \n2.\n melanggar (barisan musuh dan lain-lain), merempuh;\npendobrakan\n1.\n perihal atau perbuatan merosakkan atau memecahkan pintu (pagar dan lain-lain);\n 2.\n penggemburan (barisan pertahanan musuh dan lain-lain)." "dodekagon\npoligon yang mempunyai dua belas sisi. \ndodekahedron\n (dodkahdron) bongkah yang mempunyai dua belas permukaan yang rata." "dodet\n[Jakarta];\nmendodet\n membelah (membedah) perut dan lain-lain." "dodoi\nlagu (nyanyi) yang didendangkan untuk menidurkan anak, dondong, pengulit:\nmaka Pangkulun pun minta halal segala dukung kilik, ~ dan lala serta air susu daripada ibunya;\nmendodoikan\n melagukan (menyanyikan) untuk menidurkan anak, mendondong, mengulitkan:\ndari jauh kedengaran suara itu ~ anaknya dengan pantun-pantun tua;\n dodoian\n dodoi:\n~ yang sumbang juga berguna kepada bayi yang mendengar perubahan rentak dan nada." "dodok\n[arkaik] [Jawa] bercanggung, bertinggung;\n \nberlaku ~ \nark berjalan dengan bercanggung." "dodol\n= \nkuih ~ \nsejenis penganan yang dibuat daripada campuran tepung pulut, gula melaka, dan santan (kadang-kadang dicampurkan durian) yang dimasak sambil dikacau sehingga kental." "dodol II\nmangga ~ \n[Indonesia] sejenis mempelam." "dodong I\n[arkaik] sejenis golok (parang)." "dodong II\n[Minangkabau];\nterdodong\n tersodor, terlajak, terlanjur." "dodor\nkedodoran\n [Jakarta] longgar (pakaian), tidak kemas." "dodos\n[arkaik];\nmendodos\n menarah (untuk melicinkan papan), mengetam." "dodot\nsejenis kain (daripada batik atau cindai) yang dipakai sebagai pakaian istana atau dalam majlis tertentu (oleh pengantin dan sebagainya)." "dogan\nsejenis burung hantu, \nBubo sumatranus\n." "dogel\ntidak berbulu atau tidak berekor (berkenaan (dengan) ayam), togel." "dogeng\n[arkaik] dogel." "doger\nsejenis tarian Sunda." "dogma\nkepercayaan atau sistem kepercayaan (agama dan lain-lain) yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian." "dogmatik\n1.\n (berkenaan (dengan) orang) berkeras memperjuangkan pandangan peribadinya tanpa menghiraukan bukti yang ada dan mempertimbangkan pandangan lain yang mungkin benar:\nmereka tidak dapat dipengaruhi oleh pendapat atau kata-kata ~;\n 2.\n berpegang pada dogma;\nkedogmatikan\n sifat dogmatik." "dogmatis\n[Indonesia-Belanda] dogmatik." "dogmatisme\nfahaman yang berdasarkan dogma." "dogol I\n1.\n tidak bertanduk (lembu dan lain-lain), tidak berambut (manusia), botak, tidak berbalung (ayam);\n 2. = berdogol\n berbenjol, berbencot;\nmendogolkan\n membotakkan (kepala);\nkedogolan\n1.\n perihal dogol, kebotakan (kepala);\n 2.\n [bahasa percakapan] perihal bodoh, kebodohan." "dogol II\nbodoh, tolol, bebal." "doh\ntepung yang telah dicampurkan air dan lain-lain dan diuli untuk dibuat roti, pastri, dan sebagainya." "dohok\n[Minangkabau];\nterdohok\n terlajak (ke depan), terlangsung (hendak jatuh), terdorong;\n \n~ muncung \nterlanjur cakap, terlepas cakap." "doili\nlapik kek, hidangan dan sebagainya di atas pinggan yang dibuat daripada kertas, linen dan sebagainya yang berupa seperti renda." "dok I\nlimbungan (untuk menyangga kapal yang akan dibaiki);\n~ apung\n [Indonesia] dok yang terapung;\n \n~ basah \ndok yang dipenuhi air bagi membolehkan kapal terapung;\n \n~ darat\n [Indonesia] dok di darat;\n \n~ kering \ndok yang airnya boleh dipam keluar untuk membolehkan kerja membaik pulih bahagian bawah kapal dijalankan." "dok II\ndidok\n [bahasa percakapan] [Indonesia] ditembak mati." "dokar\n[Indonesia] sejenis kereta yang beroda dua, delman;\nberdokar\n naik dokar." "doket I\ndokumen yang menyenaraikan (merekodkan) barang yang dihantar, fail yang diterima atau diserahkan, kerja yang dibuat dan sebagainya, biasanya dijadikan sebagai bukti penerimaan, penyerahan dan sebagainya;\nmendoketkan\n memasukkan atau mencatatkan butiran penerimaan, penyerahan dan sebagainya dalam doket." "doket II\n[Terengganu] terpacak:\n\n\nlembing yang aku rejamkan tadi ~ pada batang pisang." "doklat\n[Kelantan] zaman purba, lama." "dokoh\nsejenis loket yang berupa kepingan yang lebar daripada emas dan berhias dengan batu permata di tengahnya (biasanya berbentuk bulat bagi lelaki dan menyerupai bulan sabit bagi perempuan), aguk;\n \n~ sehari bulan \ndokoh yang berbentuk bulan sabit." "dokok-dokok\n= \nkuih ~ \nark sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung beras, kelapa, gula, dan pisang yang dibungkus dalam daun pisang dan dikukus." "dokong\nsejenis tumbuhan (pokok) yang buahnya seperti langsat tetapi kulitnya lebih tebal\n, Lansium domesticum\n." "doktong\n[Terengganu] keluar rumah tanpa memaklumkan tujuannya:\nAli siang malam tiada di rumah, suka benar dia ~." "doktor\n1.\n orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan:\nlima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London;\n2.\n orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pengajian:\n~ Bahasa dan Kesusasteraan;\n~ ilmu hukum;\n~ bedah \ndoktor yang berkelayakan untuk melakukan pembedahan;\n \n~ falsafah\n ijazah yang tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan yang menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yang terdiri daripada para profesor;\n \n~ gigi\n doktor yang ahli dalam hal gigi dan penyakit gigi;\n \n~ gula\n [Indonesia] ahli dalam perusahaan gula;\n \n~ haiwan \n= \n~ binatang \n[bahasa percakapan] doktor yang mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya;\n \n~ jiwa \ndoktor yang pakar dalam penyakit jiwa;\n \n~ mata \ndoktor yang pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi;\n \n~ pakar \ndoktor yang mempunyai kepakaran khusus dalam sesuatu bidang perubatan;\n \n~ pakar kanak-kanak\n = \n~ anak\n [Indonesia] doktor yang pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pediatrik;\n \n~ udara \ndoktor yang memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman, dengan menaiki pesawat terbang;\n \n~ veterinar \ndoktor haiwan;\nkedoktoran\n1.\n hal-hal yang berkenaan ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik berkenaan penyakit, cara mengubatinya, dan lain-lain), perubatan;\n \nmahasiswa ~\n mahasiswa yang belajar untuk menjadi doktor;\n \npengetahuan (ilmu) ~ \npengetahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dan lain-lain);\n2.\n kelulusan tertinggi dalam dunia kesarjanaan yang dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi." "doktoral\n[Indonesia-Belanda];\n \nujian ~\n peperiksaan sebelum yang terakhir di universiti (peringkat yang terakhir ialah untuk mendapat gelaran doktor)." "doktoran\n[Indonesia-Belanda] wanita yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor)." "doktorandus\n[Indonesia-Belanda] lelaki yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor)." "doktrin\nprinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat diterima:\n~ Monroe;\n~ Karl Marx;\n mendoktrinkan\n menerapkan atau menanamkan sesuatu doktrin (untuk dijadikan pegangan):\n fakta yang sama dinyatakan oleh Ajikik pada zaman Jepun untuk ~ drama demi kepentingan strategi." "dokumen\nsesuatu yang bertulis atau bercetak (seperti sijil kelahiran, sijil kematian, dan lain-lain) yang digunakan sebagai rekod atau bukti:\nsalinan-salinan ~ yang telah dirampas itu ada menyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan;\nmendokumenkan\n1.\n mencatatkan sesuatu sebagai dokumen:\nnegara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif untuk \n~\n semua penemuan itu\n;\n2.\n membuktikan (menunjukkan) dengan dokumen, memberi maklumat berupa dokumen untuk menerangkan atau membuktikan sesuatu;\npendokumenan\n perihal (proses, tindakan dan sebagainya) mendokumenkan." "dokumentar\n[Indonesia-Belanda] dokumentari." "dokumentari\ntayangan (filem, televisyen) atau acara radio yang memaparkan (menceritakan) maklumat (fakta) sebenar tentang sesuatu (perkara, subjek, dan lain-lain):\nfilem ~." "dokumentasi\nhimpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yang dapat digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dan lain-lain), perbahanan:\nH.B. Jassin mempunyai ~ sastera Indonesia yang lengkap; \nfilem ~ \n[Indonesia] filem dokumentari;\nmendokumentasikan\n mengusahakan (dengan mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dan sebagainya) sehingga tersedia sebagai dokumentasi:\npersatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan dokumentasi sendiri untuk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; \nseseorang pengumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yang boleh menjadi bahan kajian penting untuk generasi akan datang;\npendokumentasian\n usaha (kegiatan, proses, dan sebagainya) mendokumentasikan:\n~ cerita rakyat;\n~ sastera Iban." "dol I\n[arkaik] sejenis gendang." "dol II\n[arkaik] tiang kapal." "dol III\n[bahasa percakapan] longgar atau tidak ketat (paku, skru, dan lain-lain)." "dolak-dalik\n(cakap atau pendirian yang) tidak tetap atau selalu bertukar-tukar, cakap berbalik-balik;\nberdolak-dalik\n bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yang sama):\ndia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yang sebenar tentang dirinya diketahui orang." "dolar\nmata wang (di Amerika Syarikat, Kanada, dan lain-lain);\n \nnegara ~\n negara yang menggunakan mata wang Amerika Syarikat dalam perdagangan." "dolat\n[bahasa percakapan] daulat." "doldrum\n(Geografi) zon angin tenang yang berhampiran dengan khatulistiwa." "dolfin\nikan lumba-lumba." "doli\npelantar beroda boleh gerak yang menopang kamera untuk penggambaran filem, televisyen dan sebagainya." "dolim\n[arkaik] \n= lalim." "dolok I\n[arkaik] gunung." "dolok II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] batang kayu yang belum dibelah." "dolomit\n(Kimia) sejenis mineral karbonat yang merupakan sumber penting magnesium." "domah\npendomah\n \nraja ~\n = \nraja penomah \n[sastera lama] hadiah (pemberian, ganjaran) yang dibawa oleh utusan." "domain\n1.\n kawasan yang dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dan sebagainya) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala:\ndia tidak akan keluar dari ~ kekuasaan itu; \n2.\n lapangan atau bidang (seperti kegiatan, pemikiran, pengetahuan dan sebagainya), mandala:\ntumpuan hanya akan diberikan kepada perspektif pendidikan dan penerbitan buku dalam ~ sains dan teknologi sahaja; \nruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; \n3.\n (Komputer) kumpulan medan bagi fail dalam model sistem pengurusan pangkalan data;\n4.\n (Komputer) kawasan liputan bagi masalah yang hendak diselesaikan." "domba\nkambing kibas;\nmengadu domba = adu domba." "domestik\n1.\n berkenaan hal (urusan dan lain-lain) dalam negeri:\npara penulis harus menulis tentang masalah ~ di sekitar mereka\n;\n 2.\n berkenaan kegiatan rumah tangga:\n tugas ~ termasuk dalam dunia keluarga yang tidak sepatutnya dijalankan oleh agensi lain." "dominan\n1.\n berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yang (berkuasa, berpengaruh, dan sebagainya):\nkita sering terjumpa cerita yang mengisahkan bagaimana suatu kaum yang lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sebagai buffer dalam suatu pertembungan; \nterdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; \n2.\n (Biologi) berkenaan sifat yang lebih kuat pengaruhnya yang diwarisi daripada salah satu induk (ibu bapa bagi manusia):\nwarna perang pada rambutnya merupakan sifat ~ yang diwarisi daripada ibunya; \n3.\n (Biologi) berkenaan banyaknya spesies tertentu dalam sesuatu kawasan." "dominasi\nmendominasi\n menguasai, mengenakan atau menimpakan kekuasaan terhadap:\nmari kita tinjau bagaimana golongan yang bertanah dan berharta di desa ~ majoriti petani yang miskin." "domine\n[Indonesia-Belanda] pendeta Protestan." "dominggo\n(Portugis) [arkaik] minggu." "dominion\nnegara yang berkerajaan sendiri dalam Komanwel selain United Kingdom:\n~ Kanada;\n~ New Zealand." "domino\n1.\n bongkah leper, berbentuk segi empat bujur yang permukaannya ditandai dengan titik-titik dari 1 hingga 6 seperti pada permukaan dadu;\n2.\n sejenis permainan yang menggunakan 28 domino." "domisil\ntempat menetap atau kediaman seseorang (terutamanya yang rasmi);\nberdomisil\n bermastautin:\n pada zaman kemerdekaan, ibu bapanya ~ di Singapura\n." "domol\n1.\n muncung (anjing, babi, dan lain-lain);\n 2.\n [kiasan] muka:\nsudah sebulan Cikgu Mat tidak menunjukkan ~nya ke mari;\nberdomol\n bermuncung (berkenaan (dengan) anjing, babi, dan lain-lain):\ndia meraba mukanya, masih ~ seperti babinya, diraba kepalanya, masih bertanduk seperti kambing." "dompak\nberdompak\n lompat-melompati serta tendang-menendang (sewaktu berkelahi, berjuang, dan sebagainya);\nmendompak\n berdiri atau melonjak-lonjak di atas kaki belakang dengan kaki depan diacu-acukan (berkenaan (dengan) kuda), mendongkak:\nseekor kuda ~ sambil meringkik-ringkik." "dompet\nbekas duit daripada kulit (plastik dan lain-lain):\nia membuka ~nya kemudian menghulurkan wang upah kepada kuli itu;\n~nya kempis\n [bahasa percakapan] sudah tidak berwang lagi." "domplangan\n[Jakarta] jongkang-jongket (permainan kanak-kanak)." "don\n[Kedah] (buat) acuh tak acuh." "donasi\n[Indonesia-Belanda] derma (sumbangan) berupa wang kepada persatuan (pertubuhan dan lain-lain);\n \nanggota ~ \npara penderma." "donat\n= \nkuih ~ \nsejenis kuih berbentuk gelang yang dibuat daripada tepung gandum, yis, dan lain-lain yang digoreng dan disalut dengan gula halus, kuih keria cara barat." "donatir\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] orang yang menderma, penderma." "doncang\nmendoncang\n [Minangkabau] melompat." "dondang\n= dondangan\n [arkaik] buaian atau enjutan (tempat menidurkan anak);\n \nkain ~ (dondangan) \nkain buaian;\nmendondang, mendondangkan\n membuai-buaikan (mengenjut-enjuntukan) anak dalam buaian." "dondang sayang\nsejenis nyanyian (lagu) Melayu yang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi dengan berbalas-balas pantun mengikut irama muzik yang tertentu (untuk bersuka-suka);\nberdondang\n \nsayang\n \n1.\n bernyanyi dondang sayang:\nleka membuang masa bersuka-suka ~ sayang;\n 2.\n [kiasan] membuat sesuatu dengan sesuka hati (kerana tidak ada orang yang ditakuti seperti ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dan sebagainya)." "dondon\nwarna atau corak;\nsedondon\n sama warna atau corak;\n \npakaian ~\n pakaian yang sama warna atau corak." "dondong\nnyanyian (lagu) untuk menidurkan anak, dodoi, pengulit;\nmendondong\n menyanyikan lagu untuk menidurkan anak, mendodoikan, mengulitkan:\nsejak kecil, dia telah didondong dan dibuaikan oleh ibunya." "dong I\n[Jakarta] kata (pelembut, pemanis, dan lain-lain) yang dipakai di akhir kalimat:\njangan lekas marah ~." "dong II\nunit mata wang Vietnam." "dongah\ndongak." "dongak\nmendongak, terdongak\n1.\n terangkat sedikit ke atas (berkenaan (dengan) kepala, muka, dan lain-lain), tercongak:\nkapal yang kena bom itu ~ kian tegak dan akhirnya meluncur tenggelam; \nkepalanya ~ dan pandangannya terlekat ke siling;\n 2.\n memandang (menoleh, menengok) ke atas:\nia pun ~ ke langit dan memejamkan matanya;\n~ rupa kerbau jantan kemudian \n(peribahasa) orang yang memperlihatkan keangkuhannya;\nmendongakkan\n mengangkatkan muka (bahagian hadapan atau hujung sesuatu benda) ke atas, mencongakkan:\nZaini yang tunduk ketika itu mencuba ~ kepalanya." "dongan\n[Indonesia] [arkaik] sahabat, kawan." "dongeng\n1.\n = \ncerita ~ \ncerita khayalan (yang diada-adakan kejadiannya):\n~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak;\n~ dewata \ndongeng mengenai dewa-dewa;\n \n~ ibarat\n dongeng yang mengandungi ibarat;\n2.\n [kiasan] sesuatu (seperti berita, cakap-cakap, dan lain-lain) yang tidak benar:\napa yang diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata;\nberdongeng\n [kiasan] bercakap tentang sesuatu yang tidak benar:\nsaya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu;\nmendongeng\n1.\n membuat (menyampaikan) cerita dongeng:\nibu selalu ~ pada waktu kami hendak tidur;\n2.\n [kiasan] bercerita atau meminta yang bukan-bukan:\nibunya hari-hari ~, mengecek, dan memujuk dia supaya berkahwin;\nmendongengkan\n [kiasan] menyampaikan (menceritakan) kisah yang bukan-bukan:\nbermacam-macam kisah yang didongengkannya apabila ia pulang dari luar negeri;\nkedongengan\n unsur-unsur yang berkaitan dengan kisah khayalan:\n kadar ~ lebih tinggi dalam filem tersebut;\ndongengan\n cerita (yang karut, bohong, dan lain-lain):\nkekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata." "dongkak\n[Minangkabau];\nmendongkak\n melompat-lompat, mendompak." "dongkel\n[Jawa] penyungkit, tuil, tuas;\nmendongkel\n menyungkit, menuil, menuas." "dongking\n[Perak] kurus (badan)." "dongkok\npendongkok\n = \n~ keris\n gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris." "dongkol I\n1.\n tidak bertanduk (berbalung dan lain-lain), dogol;\n2.\n bertanduk tetapi melengkung ke bawah (berkenaan (dengan) lembu, kerbau, dan sebagainya)." "dongkol II\n[Jakarta];\nmendongkol\n berdendam, sakit (bengkak) hati:\nia sugul dan ~ menahan perasaan yang membakar dadanya;\nkedongkolan\n perasaan mendongkol, kedendaman:\ndi hatinya, bertimpa-timpa kemarahan dan ~." "dongkrak\npengumpil atau penyungkit untuk menaikkan kereta dan lain-lain, jek, bicu;\nmendongkrak\n1.\n mengumpil atau menyungkit dengan dongkrak;\n2.\n [bahasa percakapan] [kiasan] mengangkat-angkat atau memuji-muji (orang);\n3.\n [bahasa percakapan] membantu (menolong)." "dongok\n1.\n tidak seimbang (berkenaan (dengan) bentuk badan), gemuk pendek;\n2.\n tolol, bodoh, tongong, dungu." "donia\n(Portugis) isteri orang besar-besar, mem:\nmaka permaisuri pun bercakap-cakap dengan segala para puteri dan ~ sekalian." "donor I\n[Indonesia-Belanda] penderma darah." "donor II\n[Terengganu], [Kelantan];\nberdonor\n bergelimang, bergelumang, lecak." "dop\n[Indonesia-Belanda];\n~ roda \n[Indonesia] penutup roda." "dopis\n[Indonesia], [bahasa percakapan] ubat bedil atau penggalak (senapang)." "dor I\nbunyi seperti bunyi senapang." "dor II\n[arkaik] daur." "dorang\n[Jawa] ikan bawal." "dorm\nbilik tidur besar yang mempunyai beberapa banyak katil di asrama sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya." "dorman\n(Biologi) berkenaan jangka masa ketika aktiviti biologi haiwan atau tumbuhan berkurang." "dormitori\ndorm." "dorna\n[Jakarta] orang yang suka membuat orang bertelingkah dan lain-lain, penghasut, pengacum;\nmendornai\n membuat orang bertelingkah dan lain-lain, menghasut, mengacum, mengadu domba." "doro\n[Minangkabau];\nberdoro\n meluncur (turun)." "dorong\nmendorong\n \n1.\n menyorong (ke depan), menolak (dari belakang ke depan), tampil (ke depan):\nkereta yang kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan; \n2.\n [kiasan] memberangsangkan, mempengaruhi, menyebabkan (jadi sesuatu):\ntidak pernah saya ketemui orang yang sanggup menolong dan ~ saya melanjuntukan pelajaran saya seperti Pak Man itu; \nkeinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya untuk bekerja di kapal; \napa yang diutarakan mereka dalam mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yang meruap-ruap di dada mereka; \nkeengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yang banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh;\ndorong-mendorong\n bertolak-tolakan;\nmendorongkan\n menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka):\ndia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium;\nterdorong\n1.\n terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan:\nPanglima Hitam telah ~ lalu jatuh; \n2.\n [kiasan] terlanjur (melakukan sesuatu yang tidak baik), terlajak:\nsesudah ~, baru timbul rasa sesal pada dirinya;\n~ lidah (mulut, kata) \nki terlepas (terlajak) cakap;\n3.\n terpaksa (terpengaruh, tertarik) untuk melakukan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong:\ntiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ untuk mencurahkan segala isi hatinya;\n~ kaki badan merasa, ~ lidah emas padahannya\n (peribahasa) kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya;\ndorongan\n1.\n sorongan, tolakan, asakan;\n2.\n [kiasan] galakan, anjuran, desakan, perangsang:\nmasyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yang bertentangan faham; \ndia berjaya kerana ~ yang kuat daripada ayahnya sendiri;\nketerdorongan\n keadaan (perihal) terdorong:\n ~ orang untuk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi;\n pendorongan\n perihal atau perbuatan mendorong;\npendorong\n1.\n (benda) yang mendorong (menyorong, menganjur, dan lain-lain), penyorong, penolak;\n2.\n [kiasan] sesuatu atau orang yang mendorong, penggalak, pemberangsang:\ntidak ada ~ yang kuat untuk orang bukan Melayu supaya bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Kebangsaan." "dorongarah\n(Biologi) gerakan bahagian-bahagian pokok (seperti akar, daun dan lain-lain) yang disebabkan oleh cahaya matahari, tarikan bumi, atau air." "dorsal\nberkaitan dengan atau terletak di bahagian belakang badan haiwan:\nsirip ~." "DOS\nakronim bagi \ndisk operating system \n(sistem pengendalian cakera)." "dos I\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kotak daripada kertas tebal;\n2.\n kertas tebal, kadbod, kardus." "dos II\nkuantiti tertentu ubat terapeutik yang diambil pada sesuatu masa;\n \n~ maut \ndos yang melebihi sukatan ubat dan sebagainya yang ditetapkan yang boleh menyebabkan kematian kepada manusia, binatang dan sebagainya." "dosa\n1.\n perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama:\nsegala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; \nlebih baik mati dengan tidak berpahala daripada hidup bergelumang ~; \n2.\n perbuatan atau kelakuan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip moral:\nperbuatannya itu adalah satu ~ yang besar terhadap keluarga mereka; \nmenebus ~\n berikhtiar supaya dosa dapat diampunkan;\n~ kering \ndosa (kesalahan) yang sengaja dilakukan walaupun diketahui hukumannya dari segi agama;\nberdosa\n1.\n melakukan dosa:\norang yang ~ akan menerima balasannya;\n 2.\n bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dan sebagainya):\nlain orang yang ~ lain pula yang dituduh;\npendosa\n orang yang berdosa:\n sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sebagai orang yang fasiq." "dosej\n1.\n amaun dos ubat;\n2.\n pemberian dos." "dosen\n[Indonesia-Belanda] guru di perguruan tinggi, pensyarah." "dosimeter\nalat untuk mengukur dos sinar (seperti sinar-X)." "dosir I\n[Indonesia-Belanda] [arkaik];\nmendosir\n mengajar di perguruan tinggi." "dosir II\n[Indonesia-Belanda] fail surat-surat berkaitan dengan sesuatu perkara." "dosis\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sukatan;\n2.\n sukatan ubat yang patut dimakan sekali." "dosonok\nsejenis tumbuhan (pokok), kemancing, langga air, \nDysoxylon angustifolium." "dot\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] puting getah (untuk menyusui anak-anak kecil);\ndidot\n disusui dengan dot." "doti\nkain (biasanya berwarna putih) yang diikat di pinggang untuk menutupi bahagian atas dari lutut." "dotong\n[Terengganu];\nberdotong\n bertandang." "dotot\n[Perak] ketot (kanak-kanak), bantut." "doyak\nsejenis sotong." "doyan\n[Jakarta] suka, endah;\n \ntak ~ \ntidak endah (tidak suka)." "doyen\nketua (para diplomat asing dan lain-lain)." "doyok\n1.\n [Kedah] bodoh, lembap;\n2.\n [Terengganu] gemuk gedempol:\nmacam mana dia hendak berlari? Badannya ~." "doyong\nmendoyong\n miring, condong, senget;\n \n~ sebelah \nsenget sebelah." "dozen\ndua belas jumlahnya;\nberdozen = berdozen-dozen\n banyak dozen (jumlahnya):\ndia membeli ~ susu cair untuk anaknya." "DPN\n[Indonesia] [kependekan] Dewan Perancangan Nasional." "DPPMM\n[kependekan] Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Malaysia." "DPR\n[Indonesia] [kependekan] Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen)." "dr I\n[kependekan] dari." "Dr. II\n[kependekan] doktor." "Dra.\n[Indonesia] [kependekan] doktoranda (perempuan)." "draf\n1.\n tulisan (nota, surat, karangan, dan sebagainya) atau lukisan yang disediakan secara kasar pada peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi):\n~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih; \nmereka ditugaskan menyusun ~ kamus dwibahasa; \n2.\n perintah bertulis untuk bayaran wang oleh bank, terutamanya daripada satu bank kepada satu bank lain;\n \n~ bank\n draf yang dikeluarkan oleh bank;\nmendraf\n membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dan sebagainya):\ndia sedang ~ surat untuk dihantarkan kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri;\nmendrafkan\n mendraf sesuatu untuk:\nsaya tidak keberatan ~ mereka perjanjian itu; \npendrafan\n perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau menyediakan draf:\nkerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat dijalankan;\n pendraf\n orang yang membuat atau menyediakan tulisan (nota, surat, karangan, dan lain-lain) yang dibuat secara kasar:\nbeberapa latihan intensif telah dijalankan untuk para ~ entri kamus baru itu." "dram I\nbekas besar berbentuk silinder yang digunakan untuk mengisi sesuatu (bahan api, air, dan lain-lain):\n~ minyak." "dram II\nalat genderang yang terdiri daripada silinder berongga yang hujungnya diregang dengan kulit binatang dan dipukul dengan penukul, tangan, dan lain-lain." "drama\n1.\n karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara:\nmereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; \nseni ~ \nseni mengenai sandiwara (seperti cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dan sebagainya);\n2.\n [Indonesia] lakonan yang mengharukan (sedih);\n3.\n [kiasan] situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora:\nsuatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dengan perompak-perompak itu;\n~ bacaan \ndrama yang lebih sesuai untuk dibaca daripada dilakonkan;\n \n~ komedi \ndrama yang lucu;\n \n~ muzikal \ndrama dengan iringan muzik (nyanyian dan tarian);\n \n~ pentas \ndrama yang dilakonkan di atas pentas;\n \n~ radio\n drama yang dilakonkan melalui corong radio yang memberi tekanan pada suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar untuk menimbulkan kesan pada cerita;\n \n~ rakyat\n drama yang mengisahkan cerita-cerita rakyat;\n \n~ satira \ndrama yang membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran;\n \n~ televisyen \ndrama yang dilakonkan untuk ditayangkan di kaca televisyen;\n \n~ wira \ndrama yang mengisahkan keperwiraan atau keberanian seseorang pahlawan;\nberdrama\n1.\n mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara:\nmereka ~ untuk mengutip derma bagi tabung persatuan;\n2.\n [kiasan] bertutur atau bertingkah laku dengan agak berlebihan:\napabila ramai orang di situ, mulailah dia ~;\nmendramakan\n menjadikan drama, mempersembahkan dalam bentuk drama:\nboleh juga diadakan acara-acara seperti ~ sebahagian daripada kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dan sebagainya;\npendramaan\n perihal (usaha, perbuatan, dan sebagainya) mendramakan." "dramatari\ndrama dengan babak tarian (sebagai suatu persembahan)." "dramatik\n1.\n mempunyai lagak (gaya dan sebagainya) yang sesuai untuk drama (berkenaan (dengan) percakapan dan sebagainya):\npercakapannya penuh ~; \n2.\n boleh menimbulkan kesan pada jiwa (sama ada suka, sedih, marah dan sebagainya):\ndia menceritakan kisah ~ yang menimpa dirinya." "dramatis\n1.\n penulis drama;\n2.\n pelakon drama, dramawan." "dramatisasi\nmendramatisasikan\n \n1.\n mengolah sesebuah tulisan (cerita, dan lain-lain) menjadi bentuk drama;\n2.\n mempersembahkan atau menggambarkan sesuatu secara dramatik:\ninilah yang sebenarnya telah ~ pemilihan teologi dalam Islam\n;\n 3.\n menonjolkan kepentingan (keseriusan) sesuatu peristiwa (keadaan, dan lain-lain) secara yang agak keterlaluan." "dramaturgi\nseni dan teknik penyusunan (pementasan, penulisan) sesebuah karya drama." "dramawan\n[Indonesia] pelakon drama, pelakon dalam sandiwara." "drastik\nketerlaluan, terlalu keras (berkenaan (dengan) sesuatu tindakan dan lain-lain)." "drebar\npemandu kenderaan:\nPak Mat bekerja sebagai ~ kereta tuan besar itu." "drel\ntembakan serentak (senapang, meriam);\nmendrel\n menembak (senapang, meriam) dengan serentak;\npendrelan\n penembakan serentak." "dresar\norang yang membantu doktor bedah semasa pembedahan." "dril\nsejenis kain kapas yang tebal dan kukuh, biasanya digunakan untuk membuat seluar dan sebagainya." "dron\n1.\n (Biologi) lebah jantan yang hanya berfungsi untuk mengawan dengan ratu lebah;\n2.\n pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang. \ndropsi\n (Perubatan) longgokan bendalir serum yang tidak normal dalam tisu atau rongga tubuh." "drpd\n[kependekan] daripada." "Drs.\n[Indonesia] [kependekan] doktorandus (lelaki)." "drumlin\n(Geologi) bukit yang berbentuk bujur dan panjang yang terbentuk daripada puing glasier." "dsb\n[kependekan] dan sebagainya." "dst\n[kependekan] dan seterusnya." "Dt.\n[kependekan] Datuk." "dua\n(jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dengan tiga;\n~ belas \n(jumlah) sepuluh dicampur dua (12);\n ~ kalimah\n kalimah syahadat;\n \n~ puluh\n (jumlah) sepuluh didarabkan dengan dua (20);\n \n~ ratus \n(jumlah) seratus didarabkan dengan dua (200);\n \n~ sejoli \ndua orang kekasih yang sangat rapat;\n \n~ serangkai \ndua orang yang terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama);\n \n~ tahun ketiga \nlewat dua tahun tetapi belum genap tiga;\n \nangka ~ \nark tanda pergandaan (kata berulang);\n \nmain ~ puluh satu \nsejenis permainan terup;\n~ badan senyawa \n(peribahasa) karib sekali;\n \n~ kali ~ empat\n = \n~ kali lima sepuluh \n= \nseperti lima belas dengan tengah ~ puluh \n(peribahasa) sama sahaja;\n \nantara ~ tengah tiga \n(peribahasa) orang sakit yang hampir mati;\n \ndalam ~ tengah tiga \n(peribahasa) tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yang tidak tetap, bimbang;\ndua-dua\n1.\n = \nberdua-dua\n tiap-tiap kali dua (orang dan lain-lain), dalam kelompok-kelompok dua:\nia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; \n2.\n = \ndua-duanya\n dua kesemuanya:\n~(nya) sama sahaja;\nberdua\n bersama-sama (dua orang), bersama dengan seorang lagi:\nIsmail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; \nsaya ~ dengan adik saya pergi memancing petang semalam;\n~ hati \nki tidak jujur, mencabangkan kasih;\n \nkaram ~ basah seorang\n (peribahasa) dua orang bersalah, hanya seorang yang dihukum;\nberdua-dua =\n \ndua-dua;\nberduaan, berdua-duaan\n berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua:\nkerana berasa kurang sedap berada ~ dalam bilik dengan seorang gadis, maka dia pun keluar;\nmendua\n1.\n menjadi dua (berkenaan (dengan) fikiran, perbuatan, dan lain-lain):\nbunyi gendang itu hanya segelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; \ndengan tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun;\n~ hati \nbimbang;\n \n~ kali\n membuat dua kali, mengulangi perbuatan;\n2.\n kencang berlari (kuda);\nmenduai\n menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua:\nkalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dengan yang lain;\n~ isteri \nmengambil isteri kedua;\n \n~ laki\n berkhianat kepada suami (isteri yang bermukah);\nmenduakan\n menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami):\npertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dalam hatinya;\n~ Allah \nmenganggap (melakukan spt) ada yang berkuasa selain Allah;\nmenyeduai\n [Minangkabau] mengurus ternak (sawah dan lain-lain) orang dengan berbahagi keuntungan;\nmenyeduakan\n [Minangkabau] menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dan lain-lain) dengan berbahagi keuntungan:\n~ sawah;\nperdua\n1. = seperdua\n setengah, satu daripada dua;\n \nseperdua umur (baya) \nseparuh umur;\n2.\n perkongsian (tanaman dan lain-lain);\nberperdua\n berbahagi dua, berkongsi dua:\nAnuar menyerahkan seekor kerbau betina kepada Bibah untuk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung;\nmemperdua\n1.\n membahagi dua (untung, hasil, dan lain-lain):\nkeuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; \n2.\n mengusahakan ternak (sawah dan lain-lain) orang dan hasilnya dibahagi dua:\nsaya tidak sanggup untuk ~ sawah saya yang sebidang itu;\nmemperduakan\n1. = menduakan\n;\n2.\n menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dan lain-lain) dengan berbahagi keuntungan, memawahkan;\nkedua\n1.\n (peringkat, bilangan, dan lain-lain) yang nombor dua:\npertunjukan yang ~ ialah tayangan filem Hindustan; \n2.\n = \nkedua-dua, kedua-duanya, keduanya\n dua-dua(nya):\nkedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya; \nkemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;\nkeduaan\n keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur:\n ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam;\npenduaan\n perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dan lain-lain), pemawahan;\npendua\n1.\n benda yang dijadikan cadangan (kapit, teman) seperti keris dan lain-lain:\nkeris tempa Melaka yang panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; \n2.\n yang dibuat serupa dengan yang asal (berkenaan (dengan) salinan dan sebagainya);\n \nkertas ~\n kertas untuk membuat salinan surat dan lain-lain dengan menggunakan sejenis alat;\n mesin ~ \nmesin untuk membuat salinan-salinan surat dan sebagainya." "duai\nipar\n\u2013\n~ \nadik-beradik (saudara) kepada suami atau isteri, ipar-lamai." "duak\nsejenis tumbuhan (pokok), \nHeynea trijuga; \n= juak VI." "dualam\n(binatang) yang hidup di air dan di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia." "dualapan\n[sastera lama] delapan, lapan." "dualis\n[Indonesia-Belanda] bentuk kata yang menyatakan dua (jamak yang mengatakan banyaknya dua)." "dualisme\n1.\n faham yang berasaskan dua prinsip yang saling bertentangan seperti antara kebaikan dan kejahatan, dan antara terang dan gelap;\n2.\n keadaan apabila wujud dua sifat yang ketara saling bertentangan pada diri seseorang. \nduane\n [Indonesia-Belanda] tempat memungut cukai, kastam, pabean;\n \nkantor ~\n pejabat kastam." "dubalang\n[Minangkabau] pengawas keamanan kampung;\nhulubalang." "dubes\n[Indonesia] akronim bagi duta besar." "dubilah\n~ setan\n [bahasa percakapan] kata yang menunjukkan kehairanan, kata seruan." "dubuk\n[arkaik] [Indonesia] sejenis binatang liar yang memakan bangkai, \nHyaena crocutus (striata)." "dubur\nbahagian pada punggung tempat najis dikeluarkan, jubur, pelepasan." "duda\nlelaki yang kematian isterinya atau sudah bercerai daripada isterinya;\nmenduda\n menjadi duda, membujang (akibat perceraian atau kematian isteri):\ndua perkahwinannya berakhir dengan perceraian dan kini dia ~." "dudi\n[kata seru] kemudian." "dudu\nmendudu, mendudu-dudu\n bergerak (berjalan, berenang, berlari, dan sebagainya) beriringan, bergerak terus dengan tidak menoleh-noleh:\nkerbau jalang datang ~ mengejar kami." "duduk\n1.\n beristirahat di atas punggung (seperti bersila, bersimpuh, dan lain-lain):\nsaya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; \nanak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; \n2.\n tempat letaknya:\nskru itu tidak betul ~nya, senget; \n3.\n terletak, berada:\nsebuah lampu yang ~nya 3 meter dari lantai; \nrumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; \n4. = kedudukan\n keadaan yang sebenarnya (berkenaan (dengan) sesuatu hal dan lain-lain):\npekerjaan berternak kuda lain ~nya dengan bercucuk tanam;\n5.\n tinggal (di), diam (di), menetap, berumah:\nmaka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; \nsudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; \n6.\n terus berada (di sesuatu tempat), tinggal:\nmalam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya seperti biasa; \n7.\n berkahwin, bernikah, bersatu:\nTun Teja sudahlah bertunangan dengan raja Pahang dan hampirlah akan ~; \n8.\n hampas (kopi, teh, dan lain-lain);\n9. = terduduk\n termendak atau mengendap (berkenaan (dengan) serbuk kopi, teh, bauran, dan lain-lain);\n10.\n mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dan sebagainya), berada:\ndia adalah salah seorang wakil rakyat yang ~ dalam Majlis Tertinggi Keselamatan Dalam Negeri; \n11.\n [bahasa percakapan] sedang (melakukan sesuatu):\ndia ~ termenung seorang diri;\n~ menjahit (membaca, menulis, \ndan lain-lain\n);\n~ antara dua sujud \nduduk selepas sujud yang pertama (di dalam sembahyang orang-orang Islam);\n \n~ berapit\n duduk di antara dua orang;\n \n~ berjuntai \nduduk di tempat yang tinggi dengan menjuntaikan kaki;\n \n~ berlutut\n duduk dengan kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut;\n \n~ bernama bunga sekuntum \nduduk berlutut ketika mengangkat sembah;\n \n~ bersila\n duduk dengan melipatkan dan menyilangkan kaki;\n \n~ bersimpuh (bertimpuh)\n duduk dengan melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang;\n \n~ bertindih lutut\n duduk di atas kerusi dengan sebelah lutut diletakkan di atas lutut yang satu lagi, bersila panggung;\n \n~ bertinggung \nmencangkung;\n \n~ perut \nmengandung;\n~ berkelompok, tegak berpusu \n(peribahasa) orang yang duduk pada tempat selayaknya dalam sesuatu majlis;\n \n~ berkisar tegak berpaling \n(peribahasa) mungkir janji atau tidak menepati cakap;\n \n~ di ambung-ambung taji \n(peribahasa) orang yang selalu dalam kerunsingan;\n \n~ di dalam tabir langit-langit berbau tembelang \n(peribahasa) perempuan yang berkurung dalam rumah tetapi kejahatannya diketahui orang;\n \n~ dalam duri yang banyak, bersandar di tiang rengas \n(peribahasa) hidup yang serba salah kerana menghadapi bencana;\n \n~ dengan cupak gantang \n(peribahasa) ketua yang adil;\n \n~ dengan sukatan \n(peribahasa) orang yang kaya;\n \n~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak \n(peribahasa) orang yang sentiasa membuat kerja;\n \n~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi \n(peribahasa) orang yang sama sedarjat;\n \n~ sehamparan, tegak sepermatang \n(peribahasa) orang yang sedarjat dalam adat;\n \n~ seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang \n(peribahasa) fikiran yang diperoleh daripada perbincangan lebih bernas daripada fikiran yang bersendiri;\n \n~ seperti kucing, melompat seperti harimau\n (peribahasa) orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir;\n \nbelum ~ sudah berlunjur \nmenganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yang belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai;\n \njikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga \n(peribahasa) jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga;\nduduk-duduk\n berehat-rehat (mengambil angin dan sebagainya):\nsewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok;\nberdudukan\n sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dan sebagainya):\norang-orang yang ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yang baru memasuki ruang itu;\nmenduduki\n1.\n mengambil tempat duduk, duduk di:\ntikar terbentang diduduki; \n2.\n = \nmengeduduki\n mendiami, tinggal di:\nbeberapa orang datang ke bilik yang diduduki orang baru itu; \nrumah itu sudah lama tidak diduduki orang; \n3.\n menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dan lain-lain:\npenyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; \n4.\n mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian:\nmereka telah ~ peperiksaan itu dalam bahasa Inggeris pada tahun lalu;\n5.\n duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dan sebagainya):\nbeliau akan ~ kerusi dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; \n6.\n [kiasan] memikat hati seseorang:\npemuda itu telah berjaya ~ hatinya yang kosong selama ini;\nmendudukkan\n1.\n meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk:\nmaka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yang dua belas tingkat; \ndia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; \n2.\n mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara;\n3.\n mengahwinkan, menikahkan:\nmaka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dengan anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;\nterduduk\n1.\n terjatuh duduk, duduk dengan tiba-tiba dan tidak sengaja;\n2.\n mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dan lain-lain);\nkedudukan\n1.\n tempat tinggal (yang didiami);\n2.\n tempat letaknya:\n~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yang menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yang begitu penting di Asia; \n3.\n keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pada masa tertentu), situasi:\n sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yang sebenarnya kepada penduduk-penduduk di situ;\n~ politik (ekonomi \ndan sebagainya\n); \n4.\n tingkatan taraf (martabat, darjat, dan sebagainya):\n tiap-tiap orang ada harapan untuk mendapat pangkat dan ~ yang tinggi dalam negaranya;\nsekedudukan\n1.\n sama tarafnya (martabatnya, darjatnya);\n2.\n bersetubuh:\n ada suami yang terus membunuh laki-laki yang ~ dengan isterinya sendiri;\nbersekedudukan\n1.\n bersetubuh:\n terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dengan orang tua bangka itu nanti;\n2.\n tinggal bersama (seperti suami isteri) tanpa bernikah:\nCik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dengan Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak;\nberkedudukan\n1.\n mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada:\n jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pada nombor 0;\n2.\n mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dan sebagainya), bertaraf, berdarjat, bermartabat:\n dia ~ tinggi di mata masyarakat;\npendudukan\n perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dan lain-lain):\n dalam masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai;\npenduduk\n orang yang menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dan lain-lain):\ntidak ada seorang pun daripada ~ kampung itu yang berani keluar melihat pembunuhan itu;\n berpenduduk\n mempunyai penduduk:\n Malaysia ~ lebih daripada 14 juta orang dalam tahun 1984;\nkependudukan\n segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dan sebagainya):\n aspek ~ dibincangkan dalam simposium itu." "dudur\nsejenis tumbuhan (palma), \nCaryota mitis;\n~ kijang\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar tanduk hitam,\n Strophanthus dichotomus; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumput),\n Daemonorhops spp." "dudut\nmendudut\n1.\n mencabut:\n kalau Raden Asan suka mengumpat orang lain, nanti lidah Raden Asan akan didudut dari kerongkongan;\n2.\n menghirup (minuman), meneguk, menyedut:\n dia ~ kopinya yang masih panas; \n3.\n menghisap (rokok), menyedut (udara dan sebagainya)." "duet\ngubahan muzik (lagu dan sebagainya) yang dinyanyikan atau dimainkan oleh dua orang;\nberduet\n1.\n berpadu suara (dua orang) menyanyikan sebuah lagu;\n2.\n berdua memainkan sebuah lagu." "duga akal\npermainan atau pertandingan untuk menguji pengetahuan seseorang (peserta) tentang perkara tertentu dengan mengajukan beberapa soalan kepadanya, kuiz;\nmenduga akal\n menguji pengetahuan seseorang (peserta) tentang perkara tertentu dengan mengemukakan beberapa soalan kepadanya." "duga I\n1.\n =\n batu ~ \npengukur dalamnya laut (sungai dan lain-lain) daripada batu atau timah yang bertali;\n tali ~\n tali pengukur dalamnya sungai (laut dan lain-lain);\n2.\n agak, sangka, teka:\n bayaran yang saya terima itu lebih besar jumlahnya daripada yang saya ~;\nmenduga\n1.\n mengukur dalamnya laut (sungai dan lain-lain), mengajuk:\n laut yang dalam boleh diduga;\n2.\n mengagak, meneka, meramalkan, menyangka:\n dari tadi dia ~ yang perkara itu akan berlaku; \n3.\n menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui:\n kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yang diadakan untuk ~ kedudukan pelajaran kami;\nterduga\n1.\n telah diduga, boleh (dapat) diduga;\n2.\n tersangka, terhitung, terjangka:\n lantikan Encik Ahmad sebagai Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali;\n dugaan\n1.\n agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan:\n sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku;\n 2.\n cubaan, ujian:\n hanya beberapa orang sahaja yang lulus ~ kelayakan untuk jawatan tersebut; \n3.\n hasil daripada menduga;\n~ Allah = ~ Tuhan \nsesuatu musibah, kesukaran dan sebagainya yang berlaku untuk menguji keimanan atau kesabaran seseorang;\n \n~ hidup \nki kejadian yang sukar yang terpaksa dihadapi dengan tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup;\n \n~ syaitan \nujian yang berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yang tidak baik (seperti melakukan rasuah, pecah amanah, dan lain-lain);\npendugaan\n perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan;\npenduga\n alat (perkakas) untuk menduga (mengajuk);\n batu ~\n batu duga." "duga II\n[Minangkabau];\nberduga\n, \nbersiduga\n berlumba, berlawan;\nmenduga\n melawan, menyaingi." "dugal I\nrasa hendak muntah, loya, mual;\nmendugalkan\n meloyakan, memualkan, memuakkan." "dugal II\n[Jawa] [arkaik] tidak senonoh (perangai), nakal." "dugal III\n[Sabah], [kata seru] gastritis:\npengidap ~ dinasihati supaya selalu minum air dan dilarang berlapar." "dugang\n=\n tali ~ \ntali penahan (tiang penyokong) pokok supaya jangan rebah;\nmendugang\n menahan dengan tali (menyokong dengan tiang) supaya jangan rebah (tumbang)." "dugas\nmendugas\n berjalan dengan gopoh-gapah:\n apabila didengar anaknya menjerit, baginda pun ~ naik." "dugong\nsejenis mamalia laut yang rupanya seakan-akan paus kecil dan mempunyai kaki sirip, \nDugong dugon,\n (babi) duyung." "duha\n[Arab] = \nwaktu ~ \nwaktu pagi sehingga menjelang tengah hari;\n \nsembahyang ~\n sembahyang sunat dalam waktu duha." "duit\n1.\n wang:\n kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; \nberapa ~ \nberapa harganya;\n2.\n [Kedah], [Perak], [Pulau Pinang] sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan):\n lima belas ~ \nlima belas sen;\n3.\n wang tembaga zaman penjajahan;\n4.\n = \n~ syiling \nwang yang dibuat daripada kepingan logam (seperti tembaga, perak, dan sebagainya);\n~ ayam \na) duit bergambar ayam (pada zaman penjajahan);\n b) wang yang dibayar oleh seseorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal;\n \n~ curai \n= \n~ kecil\n = \n~ pecah\n duit syiling yang nilainya kurang daripada satu ringgit;\n \n~ kocek \nwang yang dibawa ke mana-mana untuk dibelanjakan apabila diperlukan;\n \n~ kopi\na) wang yang diberikan kepada pemilik rumah (kedai dan lain-lain) yang akan disewa rumahnya (kedainya dan lain-lain);\n b) = \n~ rokok \n= \n~ teh\n wang yang diberikan kepada seseorang untuk memastikan mendapat sesuatu yang diminta, wang suap (sogok);\n \n~ (wang) luar \npendapatan yang diperoleh hasil daripada membuat kerja luar;\n \n~ padang\n yuran permainan (di sekolah-sekolah dan lain-lain);\n \n~\n \npoket\n wang sekadar perbelanjaan diri sendiri;\n \n~\n \nraya\n duit yang diberi, terutamanya kepada kanak-kanak pada hari raya;\n \n~ syiling \nwang yang dibuat daripada kepingan logam;\nberduit\n1.\n mempunyai duit, berwang:\n ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; \nmenjual berduit-duit\n menjual beruncit-runcit;\n2.\n [kiasan] mempunyai banyak wang, kaya:\norang ~, mewah hidupnya;\nduitan\n mata ~ \n(orang yang) hanya memikirkan tentang wang, tamak akan wang:\n perempuan yang mata ~." "duit-duit I\n burung ~\n sejenis burung, burung ceketing, taitut,\n Vanellus indicus." "duit-duit II\n=\n pokok ~\n sejenis pokok keladi yang menjalar pada pokok atau ditanam di dalam pasu (sebagai hiasan) yang daunnya berbentuk hati dan berwarna hijau bercampur kuning air." "duk\nsingkatan bagi duduk." "duka\n(perasaan hati yang) susah atau sedih, dukacita:\n jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah;\n~ lara \n= \n~ nestapa \nsusah (sedih) hati yang amat sangat;\nberduka\n = \n~ hati \nbersusah atau bersedih hati, berdukacita:\n dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; \ndia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya;\nberdukakan\n [sastera lama] berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka:\n mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yang sedang gering;\nmendukakan\n menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, mendukacitakan:\nsikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya;\nkedukaan\n1.\n perihal (sesuatu) yang mendukakan, kesedihan, kesusahan hati, kedukacitaan:\n pada pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku;\n2.\n [arkaik] dalam perkabungan, dalam kesedihan." "dukacarita\n[Indonesia] [arkaik] cerita (lakonan) yang sedih." "dukacita\n1.\n duka, susah (sedih) hati:\n pada wajah baginda kelihatan tanda-tanda yang menunjukkan baginda sedang dilamun ~;\n2. = berdukacita\n berasa sedih atau susah hati, berduka:\n dia sangat ~ atas kematian tunangannya; \nturut (ikut) ~ \nsama (turut) bersedih;\nmendukacitakan\n menyebabkan timbul rasa dukacita, mendukakan, menyedihkan atau menyusahkan hati:\n hari itu merupakan hari yang sangat ~nya; \nkemalangan yang menimpa keluarganya sungguh ~nya;\nkedukacitaan\n perasaan dukacita atau sesuatu yang mendukacitakan, kedukaan, kesedihan, kesusahan hati." "dukan\n[arkaik] kedai, bangsal (tempat berjualan)." "dukana\ntinggi nafsu, kuat syahwat, gasang, gangsang." "dukat\n[sastera lama] wang emas atau perak." "duktus\n(Biologi) saluran dalam tubuh yang mengalirkan cecair dan sebagainya:\n~ air mata." "duku I\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya seperti langsat tetapi kulitnya lebih tebal),\n Lansium domesticum;\n~ langsat \nbuah daripada pokok hasil cantuman pokok duku dan langsat." "duku II\n[bahasa percakapan] = \nmenduku\n mengetuk kepala dengan buku jari, meluku, menyekeh:\n dia ~ kepala adiknya kerana tidak tahu mengeja." "dukuh\nkampung kecil yang terpencil, dusun;\npendukuhan\n kelompok dukuh, perkampungan kecil." "dukun\norang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya), bomoh, pawang;\n \n~ beranak \nbidan;\nberdukun\n1.\n berubat dengan (cara) dukun, berbomoh, berpawang:\n bukan sedikit orang yang ~ dengannya;\n2.\n bekerja sebagai dukun, berbomoh, berpawang:\n sekarang tidak banyak lagi orang yang ~;\nmendukuni\n mengubati dengan cara berdukun:\n banyak juga orang yang sakit berat setelah didukuni oleh puteri itu menjadi baik;\nperdukunan\n yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun:\n di rantau sebelah sini, gejala dan kegiatan perbomohan atau ~ sudah menjadi rempah dalam kehidupan." "dukung I\n kain ~\n kain penggendong atau pengambin (anak dan lain-lain);\nberdukung\n duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang:\n anak monyet berpegang teguh dan ~ pada ibunya ke mana sahaja ibunya pergi;\nmendukung\n1.\n membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya:\n perempuan itu ~ anaknya;\n2.\n menggendong:\n dia memasukkan barang-barang itu ke dalam kain dan ~nya; \n3.\n [kiasan] memikul atau menyokong dan berusaha dan sebagainya untuk menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dan sebagainya):\n bahawasanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; \nmereka tidak teragak-agak lagi untuk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan; \ndalam konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; \n4.\n membantu bersama-sama, menyokong:\n parti yang memerintah didukung oleh majoriti rakyat; \n5.\n mengemukakan atau menyampaikan (maksud dan sebagainya):\n pemilihan kata-kata dalam cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya;\n~ biawak hidup \n(peribahasa) perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yang naka;\n didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan \n(peribahasa) menolong orang yang tidak kena pada tempatnya;\ndukungan\n1.\n sesuatu yang didukung:\n maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan;\n2.\n keadaan didukung:\n anaknya yang keempat dalam ~ dan anaknya yang kelima dalam kandungan; \n3.\n tempat mendukung (seperti pada pinggang, belakang, di atas tangan, dan sebagainya):\n anaknya tertidur di atas ~nya; \n4.\n sokongan, pertolongan, bantuan:\n kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yang kuat daripada pihak Bangsa-Bangsa Bersatu;\npendukungan\n1.\n perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dan sebagainya);\n2.\n perihal mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya):\n dalam semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia;\npendukung\n1.\n orang yang mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dan sebagainya);\n2.\n orang yang mendukung (menggendong), penggendong, pembawa;\n3.\n sesuatu yang digunakan untuk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa:\n Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; \n4.\n orang (persatuan dan sebagainya) yang mendukung (sesuatu cita-cita dan sebagainya), sesuatu yang menyokong (menjadi sumber kekukuhan dan sebagainya):\n persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan untuk mewujudkan satu generasi muda yang berdedikasi dan berhemah tinggi; \n5.\n orang yang mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman:\n~ faham liberal mendapat sambutan yang kuat daripada rakyat yang cinta kebebasan; \n6.\n sesuatu yang mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka:\n susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sebagai ~ rasa pencipta." "dukung II\n~ anak \nsejenis tumbuhan (pokok), amin buah, rami buah, turi hutan,\n Phyllantus niruri." "dukut\n[Jawa] [arkaik] rumput." "dulang\n1.\n sejenis talam daripada kayu (kadang-kadang berkaki):\n pada dicecah dengan kuku, biar terletak di atas ~;\n2.\n talam;\n \n~ alas \ntalam untuk pengalas makanan dan lain-lain;\n \n~ pelanda \ntalam pelimbang emas (bijih dan lain-lain);\nbagai ~ dengan tudung saji \n(peribahasa) sesuatu yang berpadanan (seperti suami isteri yang sama elok parasnya dan lain-lain);\n lain ~ lain kaki, lain orang lain hati \n(peribahasa) tiap-tiap orang berbeza kesukaannya;\n mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yang lebih \n(peribahasa) mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada yang dicela;\nberdulang\n mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam:\n hidangan itu dibawa ke dalam tanpa ~;\n berdulang-dulang\n beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya):\nsekawah nasi dan ~ lauk musnah dalam banjir kilat itu;\nmendulang\n melanda (melimbang) emas atau bijih dengan dulang:\nbanyak orang yang didapati ~ bijih di anak-anak sungai dalam kawasan hutan simpan;\npendulangan\n perbuatan mendulang, pelimbangan;\npendulang\n1.\n dulang untuk melanda (melimbang);\n2.\n orang yang kerjanya mendulang (emas, bijih, dan sebagainya)." "dulang II\n[Minangkabau];\nmendulang\n membumbung berkepul-kepul (asap dan lain-lain)." "dulang III\n[Jawa];\nmendulang\n menyuapkan makanan kepada anak-anak." "dulang IV\nsejenis tumbuhan (pokok), bereksa, tengguli,\n Cassia fistula;\ndulang-dulang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), petai belalang, petai laut,\n Desmodium umbellatum;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), bungau, ceremai antan, ubah paya,\n Glochidion obscurum." "dulapan\n[sastera lama] lapan." "duli\n1.\n [sastera lama] abu, debu (yang melekat pada kaki):\n maka hancur luluhlah segala menjadi ~;\n2.\n [bahasa dalam] baginda:\n maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah kepada sekalian yang hadir; \n3.\n kaki;\n \nbercemar ~ \n[bahasa dalam] pergi, berjalan;\n ke bawah ~ tuanku \nkpada baginda;\nmata ~ \nbuku lali;\n menjunjung ~ \na) menyembah, sujud kepada raja;\n b) mengerjakan perintah raja;\nberduli\n1.\n [sastera lama] berdebu;\n2.\n [bahasa dalam] pergi ke, bercemar." "dulsimer\n(Seni Muzik) sejenis alat muzik yang dipalu." "dulu\n[bahasa percakapan] dahulu." "dulu betina\n bunga ~ \nbunga yang pistilnya masak lebih dahulu daripada stamen." "dulu jantan\n bunga ~ \nbunga yang stamennya masak lebih dahulu daripada pistil." "dumbel\nalat senaman yang terdiri daripada satu batang besi, plastik dan sebagainya yang pendek dan terdapat pemberat pada kedua-dua hujungnya, digunakan untuk membina otot lengan dan bahu." "dumdum\nsejenis peluru yang meledak apabila kena pada sasarannya dan boleh menyebabkan maut atau kecederaan parah;\ndemdem." "dumka\nsejenis lagu rakyat Rusia." "dumping\n=\n \ndamping III." "dumung\n[Jawa], [sastera lama] ular yang bisa dan berwarna hitam." "dunak\n[Jawa] sejenis bakul besar." "dungari\n1.\n sejenis kain kapas yang kasar, digunakan terutamanya untuk membuat pakaian lasak dan sebagainya:\nseluar ~;\n2.\n pakaian yang terdiri daripada seluar dan kain penutup dada yang bertali dua dari bahagian atasnya hingga ke belakang pinggang seluar:\ngaun bercorak dan ~ denim nampak kemas, sesuai untuk si comel manis." "dungas\n[arkaik];\nmendungas\n mendungus, mendengkus." "dungkul\nsejenis hantu." "dungu\ntongong, bebal, bodoh, tolol, dongok;\nmendungukan\n menjadikan dungu, membodohkan, membebalkan;\nkedunguan\n perihal dungu, kebodohan, kebebalan, ketololan." "dungun\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Heritiera littoralis;\n~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Juglandaceae, paar, teraling, \nEngelhardtia spp. \n(terutama \nE. serrata \ndan \nE. spicata\n)." "dunia\n1.\n bumi dan segala yang terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki):\n lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yang terkaya di ~; \nitulah kekasihnya ~ dan akhirat;\n2.\n perihal hidup, kehidupan:\n~ hari ini penuh dengan penindasan dan kepura-puraan; \n3.\n segala manusia yang hidup di bumi:\n seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; \n4.\n bidang, lapangan, alam:\n dalam ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; \n5.\n bahagian dunia (negara dan lain-lain), masyarakat:\n~ sebelah sini masih lagi dalam keadaan huru-hara;\n~ barat;\n~ akhirat \nsepanjang masa, di dunia dan di akhirat:\n~ kanak-kanak \nperihal hidup kanak-kanak:\n~ luar \nmasyarakat (negeri dan lain-lain) luar:\n~ ramai\n masyarakat ramai (umum):\n~ sukan \nlapangan sukan;\n~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit\n (peribahasa) bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan;\n memakai ~ berganti-ganti, yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti\n (peribahasa) baka yang turun-temurun tidak akan putus;\nsedunia\n yang mengenai (melibatkan) negeri-negeri di seluruh dunia:\npameran dagangan ~;\nberdunia\n1.\n hidup atau berada di dunia;\n2.\n bersuka-suka di dunia, sangat berusaha mencari harta dunia:\n kebanyakan mereka yang ~ itu habis harta benda mereka tergadai; \n3.\n [kiasan] bergaul, bercampur, berkawan, bersahabat:\n dia asyik berkurung di dalam bilik, tidak ~ langsung dengan orang;\nkeduniaan\n1.\n perihal dunia, kehidupan di dunia:\n dia manusia biasa yang mempunyai perhitungan sendiri mengenai kemanusiaan dan ~;\n2.\n harta benda dunia, kesenangan hidup di dunia:\n banyak orang yang khayal dengan ~ semata-mata." "duniawi\nkeduniaan:\n ahli-ahli siasah dan pemimpin negara memberikan corak hidup ~ yang tertentu kepada kita;\nkeduniawian\n1.\n bersifat dunia, mengenai sesuatu yang tidak kekal;\n2.\n perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dan sebagainya)." "duniawiah\n[arkaik] keduniaan." "duodenum\nbahagian pangkal usus kecil, terletak di antara perut dan jejunum (tali perut)." "duopoli\n(Ekonomi) pasaran satu komoditi atau perkhidmatan yang dikuasai oleh dua penjual, pembekal, atau pengeluar sahaja." "dup\n[Indonesia-Belanda];\ndidup\n disiram dengan air suci dalam agama Kristian, dibaptiskan." "dupa\nkemenyan (setanggi dan sebagainya) yang harum baunya apabila dibakar;\nmendupai\n membakar dupa;\npedupaan, pendupaan, perdupaan\n tempat membakar (menyimpan) dupa:\nkemudian Sutan Balun pun meminta ~." "dupak\nmendupak\n menyepak, menendang." "dupleks\n1.\n (berkenaan (dengan) rumah) berangkai dua, berkembar;\n2.\n (berkenaan (dengan) pangsapuri dan sebagainya) mempunyai dua tingkat bagi setiap unit;\n3.\n (Komputer) (berkenaan (dengan) sistem) mempunyai dua set unsur berguna yang dapat digunakan serentak atau secara sokongan;\n \n~ penuh \n(Komputer) kemampuan menghantar dan menerima data melalui talian komunikasi secara serentak dan dua hala melalui dua saluran yang berasingan." "duplikasi\npertindanan pelaksanaan tugas dan sebagainya:\nini boleh menyebabkan berlaku ~ di beberapa kementerian dari segi fungsi dan bidang kuasa;\nmenduplikasikan\n1.\n membuat salinan atau lembaran kedua;\n 2.\n menyebabkan berlaku pertindihan tugas (kerja dan lain-lain) yang dilaksanakan oleh orang (agensi dan sebagainya) tertentu\n: keseragaman asas desa belum lagi ~ keseragaman asas kota." "duplikat\n[Indonesia-Belanda] salinan surat dan lain-lain." "duplo\n[Indonesia-Belanda] rangkap dua, dua sekali (surat dan lain-lain), dwilipat." "dur\n[Arab] mutiara." "dura I\n[sastera lama] risau, susah hati, gelisah:\n dilipurkannya hatinya yang ~ dengan membaca buku cerita." "dura II\n[sastera lama] jauh:\n nampaknya hampir tetapi ~." "dura mater\n(Biologi) lapisan selaput paling luar yang teguh yang menutupi otak dan saraf tunjang." "duralumin\nsejenis aloi aluminium yang ringan dan kuat yang mengandungi tembaga, silikon, magnesium dan mangan, dan digunakan dalam pembuatan kapal terbang." "durat\n[Arab] (jamak bagi dur) mutiara." "duren\n[Jakarta] durian." "dures\n(Undang-undang) kekerasan, ugutan, ancaman dan sebagainya (yang salah di sisi undang-undang) yang dipaksakan ke atas seseorang supaya melakukan sesuatu (membuat pengakuan dan sebagainya) yang bertentangan dengan kemahuannya:\npengakuan itu dibuatnya dalam keadaan ~." "durhaka\nderhaka." "duri I\n1.\n bahagian tajam yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan atau binatang:\n~ rotan;\n~ landak;\n~ ikan \ntulang ikan;\n2.\n [kiasan] kesusahan atau kesukaran yang dihadapi;\n~ di hutan siapa pertajam \n(peribahasa) kekuasaan Tuhan itu tidak ada batasnya:\nadakah ~ dipertajam\n (peribahasa) perselisihan tidak perlu diruncingkan lagi;\n bagai ~ dalam daging \n(peribahasa) hal yang selalu menyusahkan orang:\nair diminum rasa ~, nasi dimakan rasa sekam\n (peribahasa) terlalu bersedih hati;\nberduri\n mempunyai duri:\n kawat ~ \nkawat berpintal yang diberi berduri daripada kawat yang tajam-tajam;\nberduri-duri\n1.\n berduri banyak;\n2.\n [kiasan] banyak rintangan (kesulitan dan lain-lain);\nmenduri\n1.\n seperti duri:\n tajamnya ~ landak;\n2.\n [kiasan] menyakiti (menyusahi dan lain-lain) hati:\n~ hatiku melihat perangainya yang tidak senonoh; \nkata-kata yang ~ \nkata-kata yang menyakiti hati." "duri II\n akar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar bedara laut,\n Randia fasciculata." "duri III\n1.\n sejenis ikan laut,\n Arius spp.;\n~ otek, Arius utik;\n2.\n sejenis ikan laut,\n Ketengus typus; \n3.\n = \n~ muncung \nsejenis ikan laut,\nOsteiogeneiosus militaris." "durian\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya berkulit tebal dan berduri),\n durio spp.;\n~ api\n = \n~ daun\n = \n~ tanah \nsejenis tumbuhan (pokok) \nDurio macrophyllus;\n~ burung \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Durio pinangianus;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Durio malaccensis;\n2.\n = \n~ belanda (eropah)\n = \n~ mekah \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Annona muricata; \n3.\n = \n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), dungun,\n Brownlowia argentata\n;\n \n~ tembaga \nbuah durian yang isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap daripada isi durian yang lain-lain;\nberuang bagai ~, bernabu bagai cempedak \n(peribahasa) sudah berantara (berjarak) seperti saudara yang telah jauh;\n dapat ~ runtuh \n(peribahasa) mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau dengan tidak bersusah payah;\n masak ~ masak manggis \n(peribahasa) perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia daripada lelaki;\n seperti ~ menunjukkan pangsa \n(peribahasa) orang yang gemar menunjukkan kebesaran dirinya;\n seperti mentimun dengan ~\n (peribahasa) orang yang lemah (bodoh, miskin) melawan orang yang kuat (cerdik, kaya)." "durias\nsejenis kain yang halus." "duriat\nzuriat." "durja\n[sastera lama] (air) muka, wajah:\n wahai aria ningsun ~ yang berseri; \nbermuram ~ \nbermasam muka, bermuram (kerana susah hati, sedih, dan sebagainya)." "durjana\n1.\n jahat (berkenaan (dengan) kelakuan, perbuatan, dan sebagainya), keji:\n dia mendendami lelaki ~ yang telah menodai kesucian kekasihnya; \nmelakukan (berbuat) ~ \nmelakukan perbuatan jahat;\n2.\n derhaka (terhadap negara, bangsa, agama, dan sebagainya):\n ada golongan pelampau yang ~ terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belahkan rakyat berbilang bangsa di negara ini;\nmendurjanakan\n mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan, dan sebagainya):\n segeralah berakhir perang yang ~ ini;\nkedurjanaan\n perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian:\n kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah;\npendurjanaan\n perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan:\n~ terhadap nusa dan bangsa." "dursila\n(Sanskrit) berkelakuan buruk (jahat dan lain-lain);\n \nperbuatan ~ \n[Indonesia] perbuatan yang salah." "duru\n[Minangkabau];\nberduru, berduru-duru\n berduyun-duyun:\n maka baginda pun pergilah berduru-duru dengan orang-orangnya menyelongkar rumah Pinang Peribut." "dusanak\ndansanak." "dusi\n[Minangkabau];\nmendusi\n belum jaga betul daripada tidur, masih berasa mengantuk sesudah bangun daripada tidur." "dusin\n[Jakarta];\nmendusin\n1.\n jaga daripada tidur (sekejap):\n dia tidur nyenyak betul, sepicing pun tidak ~;\n2.\n bangun, sedar:\n selepas sepuluh minit barulah dia ~ dari pengsannya; \n3.\n mengerti akan, menyedari, menginsafi:\n dia tidak dapat ~ maksud yang tersembunyi di sebalik kata-kata itu." "dusta\n1.\n bohong, tidak benar:\n katanya dia sedang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata;\n2. = berdusta\n berkata yang tidak benar:\n masih kecil lagi sudah pandai ~;\nmendusta\n membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar;\nmendustai\n membuat dusta kepada, berbohong kepada, membohongi:\n tidak baik kita ~ orang tua kita;\nmendustakan\n menganggap dusta (tidak benar, bohong):\n janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu;\nkedustaan\n perihal dusta, sesuatu yang dusta, kebohongan:\nkejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat;\npendustaan\n perihal mendustai, pembohongan:\n~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW;\npendusta\n orang yang suka berdusta, pembohong." "dustur\n[arkaik] undang-undang, peraturan." "dusun I\n1.\n kampung yang terpencil, dukuh;\n orang ~ \norang kampung (desa);\n2.\n kebun buah-buahan:\n~ yang sudah tua tidak lagi dapat mengeluarkan hasil yang memuaskan;\nberfikiran ~nya itu alam ini, belalang disangkakan helang \n(peribahasa) orang yang terlalu sempit (terhad) pengetahuannya:\njikalau kerana sebuah ~ maka binasa negeri, haruslah ~ itu dibuangkan \n(peribahasa) orang yang menyebabkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan;\nberdusun\n mempunyai dusun (buah-buahan);\npedusunan\n kawasan dusun, kumpulan dusun." "Dusun II\nsuku kaum di Sabah." "duta\n1.\n utusan:\n raja ~ \n[sastera lama] ketua utusan;\n2.\n = \n~ besar\n pegawai diplomatik yang tertinggi pangkatnya yang dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing untuk tinggal menetap di sana (selama beberapa tahun) sebagai wakil kerajaannya;\n3.\n wakil yang dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dan sebagainya) ke negara asing (mis untuk menggalakkan pelancongan, pelaburan, dan sebagainya):\n kumpulan kebudayaan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dihantar ke Paris sebagai ~ penggalakan pelancongan ke Malaysia;\n~ kecil \nkanak-kanak yang dihantar ke luar negeri sebagai duta (untuk menggalakkan pelancongan dan sebagainya);\n~ pengembara \n[Indonesia] wakil negara yang pergi ke negara-negara lain untuk menguruskan sesuatu hal;\nkedutaan\n pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas:\n di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yang terbesar sekali;\nperdutaan\n [arkaik] perutusan ke luar negeri;\npeduta, penduta\n [arkaik] [sastera lama] timbalan (penolong) ketua dalam sesuatu utusan:\napa nama raja dutanya dan siapa ~nya?" "duti\ncukai yang dikenakan oleh kerajaan terutamanya atas barangan import;\n~ eksais\n duti yang dikenakan pada barang yang dikilangkan di dalam negeri;\n \n~ eksport\n duti yang dikenakan pada barang yang dieksport;\n \n~ import\n duti yang dikenakan pada barang yang diimport;\n \n~ kastam\n duti yang dikenakan pada barang yang diimport atau yang dieksport oleh sesebuah negara;\n \n~ setem\n duti yang dikenakan pada dokumen (seperti surat perjanjian, dokumen pindah hak milik, dan lain-lain) yang bayar dengan membeli dan mematikan setem." "duyun\nberduyun-duyun\n (datang, pergi, dan sebagainya) beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong:\n ketika itu orang sedang ~ pergi ke tempat kerja masing-masing; \npagi-pagi lagi, orang sudah ~ menuju ke Stadium Merdeka." "duyung\n=\n babi ~ \nsejenis binatang laut, \nDugong dugon." "duyung II\n angin ekor ~\n angin yang tidak tetap arah tiupannya." "duyung III\nwanita yang kononnya berbadan separuh manusia dan separuh ikan (bahagian ekor) dan tinggal di laut;\n air mata (minyak tangis) ~ \nark air yang dipercayai boleh dibuat ubat pengasih (guna-guna);\n minyak ~, perendang ~ \n(peribahasa) melawan guru dengan ilmunya atau menghabiskan harta tuan atau ibu bapanya sendiri." "DVD\n[kependekan] \ndigital video disc\n (cakera video digital, iaitu cakera yang boleh menyimpan filem atau muzik yang lebih banyak dan lebih berkualiti berbanding dengan cakera padat)." "dwi\n\u2013 \nawalan asing\n dua, misalnya \ndwibahasa\n." "dwiarah\n(bergerak, mengalir, dan sebagainya) dalam dua arah yang berlawanan." "dwiatom\n(Kimia) sebatian atau molekul yang terdiri daripada dua atom." "dwibahasa\n1.\n yang ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa:\n majalah Reader\u2019s Digest telah menerbitkan edisi ~nya; \nkamus ~\n;\n2.\n boleh bertutur dalam dua bahasa (biasanya dengan darjah kefasihan yang sama):\n kebanyakan orang Malaysia ~;\n berdwibahasa\n menggunakan dua bahasa:\n kebanyakan mereka ~ di rumah dan di asrama; \nkita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yang maju;\nmendwibahasakan\n membuat (menyusun, menghasilkan dan sebagainya) sesuatu penerbitan (buku, risalah dan sebagainya) dalam dua bahasa:\ntindakan sedang diambil untuk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan;\nkedwibahasaan\n1.\n pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme;\n2.\n kefasihan bertutur dalam dua bahasa, bilingualisme." "dwibahasawan\norang yang boleh bertutur dalam dua bahasa dengan fasih." "dwibelah\ndwipihak, dwisisi." "dwibudaya\nmempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yang utama (seperti kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yang diamalkan di Kanada)." "dwibulanan\n(berlaku atau muncul) setiap dua bulan:\n mesyuarat ~; \nmajalah ~." "dwicabang\nmempunyai dua cabang (pecahan), dwipecahan:\npengelasan ~." "dwicekat\ndapat menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan tangan kanan dengan sama cekap;\nkedwicekatan\n perihal (keadaan atau sifat) dapat menggunakan kedua-dua belah tangan kanan dan kiri dengan sama cekap." "dwicekung\ncekung pada kedua-dua permukaannya (berkenaan (dengan) kanta)." "dwicembung\ncembung pada kedua-dua permukaannya (berkenaan (dengan) kanta)." "dwidarma\ndua kemestian atau kewajiban." "dwidaun\nmempunyai dua daun." "dwidewan\n(mengenai sistem pemerintahan) yang mempunyai dua dewan (seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam Parlimen Malaysia)." "dwifokus\nmempunyai dua fokus yang berbeza:\n kanta ~." "dwifungsi\ndua tugas." "dwiganda\n[Indonesia] kembar dua, dwilipat, duplo." "dwiguna\nmempunyai dua kegunaan." "dwihuruf\n(Linguistik) dua huruf yang melambangkan (mewakili) satu bunyi (seperti \nng\n, \nny\n, \nsy\n), dwilambang, huruf rangkap, digraf." "dwijantina\n(Perubatan) mempunyai kedua-dua alat kelamin (berkenaan (dengan) individu)." "dwilambang\n(Linguistik) dwihuruf, huruf rangkap, digraf." "dwilipat\n[arkaik] [Indonesia] rangkap dua, dua sekali (surat dan lain-lain), duplo, dwiganda." "dwilogam\nterdiri daripada dua logam:\n unsur ~;\n kedwilogaman\n (Ekonomi) sistem kewangan yang menggunakan dua jenis logam, terutamanya emas dan perak, pada nilai relatif tetap sebagai sandaran nilai mata wang:\npenggunaan secara serentak kedua-dua logam emas dan perak ini sebagai wang disebut ~." "dwimatra\npuisi yang terdiri daripada dua kaki matra (iaitu dua pasang kaki yang bertekanan)." "dwimingguan\n(berlaku atau muncul) setiap dua minggu:\n laporan ~; \nakhbar ~." "dwimodul\ndua modul." "dwimolekul\nmelibatkan atau mempunyai dua molekul:\nkebanyakan tindak balas bersifat ~." "dwimusim\nyang berlaku (hidup dan sebagainya) dalam masa dua tahun:\n tanaman ~." "dwipaksa\n[Indonesia] kata kerja yang boleh bertugas dalam bentuk aktif dan juga pasif (mis \nsampah masuk matanya \ndan\n matanya masuk sampah)." "dwipartisan\nberkaitan dengan atau terdiri daripada dua parti atau kumpulan politik yang berlainan:\nresolusi tersebut difailkan oleh satu kumpulan ~ yang terdiri daripada lima penggubal undang-undang." "dwipecahan\ndwicabang." "dwipihak\nantara (melibatkan) dua pihak, dwibelah, dwisisi:\n perjanjian ~." "dwipurwa\n(Linguistik) pengulangan suku kata pertama pada kata akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada suku kata pengulang (mis \njejari\n daripada \njari\n, \nbebenang\n daripada \nbenang, \ndan \nsesendi\n daripada \nsendi\n), penggandaan suku kata pertama." "dwiseksual\n1.\n mempunyai organ pembiakan jantan dan betina pada organisma (tumbuhan dan haiwan) yang sama, misalnya cacing, jagung dan tumbuhan berbunga, biseks;\n2.\n cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita (berkenaan (dengan) orang), biseksual;\nkedwiseksualan\n perihal (keadaan dan sebagainya) dwiseksual, kedwijantinaan." "dwisisi\ndwipihak, dwibelah." "dwistandard\nberkenaan prinsip yang membenarkan lebih banyak kebebasan kepada seseorang atau sesuatu kumpulan daripada orang atau kumpulan lain:\n kami tidak mengamalkan ~ dalam menguatkuasakan undang-undang." "dwisuku\n(Linguistik) = \n~ kata \nmempunyai dua suku kata (berkenaan (dengan) perkataan), bersuku kata dua." "dwitahunan\n(berlaku atau diadakan) setiap dua tahun:\npameran itu merupakan suatu acara ~." "dwitunggal\n[Indonesia] dua tetapi seakan-akan satu juga." "dwiwarna\n[Indonesia] ;\n Sang D~\n Sang Merah Putih, bendera Republik Indonesia." "Dy\nsimbol kimia bagi disprosium." "DYMM\n[kependekan] Duli Yang Maha Mulia." "e I\nhuruf kelima abjad Rumi." "e II\n[kata seru] kata untuk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dan lain-lain):\n~ , tengok rumah terbakar di sana!;\n~, jaga baik-baik titi itu licin!;\n~, tak malu budak telanjang!" "e-dagang\nproses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan) melalui rangkaian komputer atau internet:\nmanfaat ~ ini boleh dinikmati oleh semua golongan pedagang dan orang biasa selaku pengguna." "e-mel\nmaklumat, mesej dan sebagainya yang dihantarkan secara elektronik dari satu terminal komputer ke terminal komputer yang lain;\nmeng-e-melkan\n menghantar maklumat, mesej dan sebagainya dengan menggunakan e-mel." "EAEC\n[kependekan]\n East Asia Economic Caucus \n(Perundingan Ekonominomi Asia Timur)\n." "ebam\n([arkaik] sejenis bekas air daripada tembikar yang panjang bulat dan bertutup." "ebek I\npenudung jendela (seperti bidai dan lain-lain) untuk melindungi sesuatu ruang daripada panas matahari." "ebek II\nsejenis ikan laut, \nAlectis spp." "ebeng\nmengebeng\n menari berhadap-hadapan dengan atau bersama-sama dengan wanita joget yang diberi bayaran." "eber\n[Kelantan]\n1.\n gelambir, pial (ayam);\n2.\n kain dan lain-lain tudung jendela atau pintu, langsir;\n3.\n bahagian dinding yang menganjur keluar.[" "ebi\n[Cina] udang kering." "Ebola\n= \ndemam ~\n sejenis penyakit bawaan virus yang dicirikan oleh perdarahan yang teruk dari rongga tubuh dan pemusnahan tisu dalaman yang akhirnya boleh menyebabkan kematian." "ebonit\ngetah hitam (biasanya keras) yang terhasil dengan mencampurkan getah asli dengan sulfur pada suhu dan tekanan tinggi." "ebro\nsejenis kenderaan sewa (dua atau empat rodanya)." "ece\n[Jawa];\nmengece\n mengejek, mempersendakan." "ecek\n[bahasa percakapan] pura-pura;\necek-ecek\n bukan sungguh-sungguh (betul-betul), olok-olok;\n \nperang\n \n~\n perang olok-olok." "eceng\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (herba yang boleh dimakan bunganya), \nLimnocharis flava." "ecer I\n[Kelantan];\nmengecer\n1.\n menjelejehkan (air, minyak, dan lain-lain), menaburkan di sana sini;\n2.\n [kiasan] menyebarkan atau menceritakan (rahsia dan lain-lain) ke sana ke mari, mengheboh-hebohkan. \n3.\n meratakan sesuatu:\nPak Man sedang ~ simen di hadapan rumahnya." "ecer II\n[Jawa];\nmengecerkan\n menjual sedikit-sedikit, menjual (secara) runcit;\neceran\n perihal menjual barang sedikit-sedikit:\npedagang ~ di pinggir jalan; \nharga ~ \nharga menjual barang sedikit-sedikit, harga (jualan) runcit." "ECG\n[kependekan] \nelectrocardiogram \n(elektrokardiogram)." "edafologi\nkajian tentang pengaruh tanah terhadap benda hidup, terutamanya tumbuhan, termasuklah penggunaan baja dan pemuliharaan taraf kesuburan tanah." "edah\n= idah II." "edan\n(dan) [Jawa] gila:\nentah gadis itu telah ~ entah sekadar berkelakar, ia tidak tahu;\n~ kesmaran \n[sastera lama] gila cinta (berahi), mabuk cinta." "edar\nberedar, mengedar\n ark\n1.\n bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar:\nbumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yang tertentu; \nbintang ~ \nbintang siarah, planet;\n2.\n berpindah-pindah dari tangan ke tangan:\nsurat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari dahulu; \n3.\n berundur dari tempat seseorang itu berada (untuk pulang, pergi ke tempat lain, dan lain-lain), berpindah (beralih) tempat:\ntamat sahaja pertandingan itu, maka penonton pun ~ pulang;\n~ dari meja makan ke tempat rehat; \nzaman ~ musim berubah \n(peribahasa) keadaan sesuatu itu berubah-ubah dari masa ke masa;\nmengedari\n1.\n (bergerak) mengelilingi, melegari:\nbumi ~ matahari;\n2.\n menjelajahi:\n~ dunia dengan basikal; \n3.\n menjalani sekitar:\ndibawanya saya ~ jalan-jalan raya di Kuala Lumpur;\nmengedarkan, memperedarkan\n menyampaikan sesuatu daripada seorang kepada seorang lain dan seterusnya, mengelilingkan, menyebarkan:\nsetiausaha kami telah ~ surat undangan mesyuarat kepada semua ahli; \npelayan dalam jamuan itu ~ pinggan berisi kuih kepada tetamu sekalian; \nborang yang diperedarkan dahulu mesti dikembalikan pada hujung bulan ini;\n~ wang \nmengeluarkan wang untuk digunakan oleh rakyat;\nedaran\n1.\n = \nperedaran\n sesuatu siri perubahan (berkenaan (dengan) keadaan, benda, dan lain-lain) yang berulang-ulang atau yang akan kembali kepada keadaan asalnya;\n \n~ air \nedaran air menjadi wap, wap menjadi awan, awan menjadi hujan (air);\n \n~ melambung meleset \n(Ekonomi) perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan makmur menjadi meleset, kemudian makmur kembali;\n2.\n (sesuatu) yang diedarkan:\nsurat ~;\nperedaran\n1.\n perihal beredar, gerakan yang berkeliling:\n~ matahari; \n2.\n perjalanan dari satu tempat ke tempat lain;\n3.\n perpindahan (wang) dari tangan ke tangan (dalam masyarakat);\n4.\n perkembangan daripada suatu keadaan kepada yang lain:\n~ hidup;\n~ dunia \n= \n~ zaman \nperkembangan atau perubahan dunia (masa);\npengedaran\n perihal (usaha, kegiatan, dan sebagainya) mengedarkan:\n~ risalah;\npengedar\n1.\n (Kejuruteraan) alat untuk menyampaikan arus elektrik ke palam penyala silinder;\n2.\n penjual barang-barang kepada penjual runcit atau pembeli:\n~ buku." "edema\n(Perubatan) kewujudan air yang berlebihan pada ruang antara tisu tubuh sehingga menyebabkan bahagian yang berkenaan kelihatan bengkak." "edik\nperintah, pengisytiharan, dan lain-lain yang formal oleh pihak yang berkuasa." "edisi\n1.\n versi tertentu buku yang dicetak pada satu-satu masa:\n~ Dewan Bahasa dan Pustaka; \n2.\n bentuk teks yang diterbitkan:\n~ kulit keras; \n3.\n keluaran surat khabar atau majalah berkala untuk masa atau tempat tertentu:\nsurat khabar ~ pagi." "edit\nmengedit\n menyunting (karangan, buku, dan sebagainya);\npengeditan\n proses (kerja dan sebagainya) mengedit, penyuntingan;\npengedit\n orang yang mengedit, editor." "editor\norang yang memperbaik (memperkemas) dan menyediakan karangan (makalah, buku, dan sebagainya) untuk dicetak, penyunting, pengedit:\nmereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan pembaca;\n~ kopi \neditor yang menyunting manuskrip dari segi ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa, dan gaya penulisan sesuai dengan gaya penerbit." "editorial\n1.\n berkenaan dengan editor (dari segi tugas, tanggungjawab dan sebagainya):\njawatankuasa ~; \n2.\n rencana khas dalam akhbar dan sebagainya yang ditulis oleh editor, pengarang, atau penerbitnya untuk mengutarakan pandangan atau ulasan tentang sesuatu persoalan semasa, lidah pengarang, rencana pengarang." "EDP\n[kependekan] \nelectronic data processing\n (pemprosesan data elektronik)." "ee\n[kata seru] kata untuk menarik perhatian (kerana hairan, terkejut, dan lain-lain):\n~ , jaga-jaga sikit ya!;\n~, kalau tak silap, itu Encik Nasir!" "EEC\n[kependekan] \nEuropean Economic Community \n(Komuniti Ekonominomi Eropah)." "efek I\nkesan:\nrancangan luar bandar jelas kelihatan ~nya di kampung-kampung." "efek II\n[Indonesia-Belanda] surat yang boleh dicagarkan (seperti bon, surat saham, dan lain-lain)." "efektif\nada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (berkenaan (dengan) ubat):\nsatu sistem perkhidmatan awam yang ~ tidak akan wujud semata-mata kerana pelaksanaan disiplin yang kuat sahaja." "efemeral\n(Biologi) berkenaan tumbuhan yang menyelesaikan kitar hidupnya dalam jangka masa yang pendek, terutama tumbuhan di padang pasir." "efendi\n(Turki) tuan (sebutan bagi golongan bangsawan)." "efisien\nberkenaan individu, organisasi, mesin, dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga);\nkeefisienan\n perihal atau keadaan efisien, kecekapan, keterampilan:\n rasuah mengakibatkan turunnya ~ dalam pentadbiran." "efloresens\n(Biologi) proses berbunga atau tempoh berbunga." "efluen\n(Kimia) sisa buangan cecair (seperti bahan kimia, kumuhan, dan sebagainya) dari kilang, atau kumbahan yang mengalir keluar ke dalam sungai atau laut." "EGA\n[kependekan] \nenhanced graphics adapter\n (penyesuai grafik tertingkat)." "egah I\nmulia;\nmengegahkan\n;\n \n~ diri \nmemuliakan diri." "egah II\nmengegah\n berjalan dengan mengangkat bahu ke depan (kiri dan kanan berganti-ganti)." "egalitarian\n1.\n berkenaan egalitarianisme;\n2.\n orang yang mendukung atau menganut egalitarianisme." "egalitarianisme\nfahaman bahawa semua orang sama rata, dan dengan itu mestilah mendapat hak dan peluang yang sama:\n dalam keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat ciri-ciri ~ yang mendasari bentuk keluarga demokratik\n." "egat\n[arkaik];\nmengegatkan\n mengeratkan." "egerang\n[Jawa] jangkungan, kaki kayu." "ego\npersepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya:\ndan sebagai hamba yang sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sebagai manusia berkembang dan mengukuh kuat; \nbeliau mengakui bahawa perasaan ~nya sangat kuat;\nkeegoan\n perihal mementingkan diri sendiri:\nia menceritakan segala kesenangannya, dan lebih jauh daripada itu memperlihatkan ~nya." "egois\n1.\n orang yang suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta bermegah-megah:\nsebagai ~, kita tidak suka dikritik." "egoisme\n(Psikologi) sikap (kelakuan) yang mementingkan diri sendiri atau menganggap diri sendiri lebih penting daripada orang lain." "egoistik\nberkenaan orang yang mementingkan diri sendiri." "egol\n[Jakarta];\nmengegol\n mengungkit, mengumpil." "egomania\nsifat atau perasaan terlalu sayang akan diri sendiri dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja." "egos\n[Jakarta];\nmengegosi\n mengelak sesuatu, menghindari (dengan berbelok, menyisir, dan lain-lain);\nmengegoskan\n1.\n membelokkan untuk mengelakkan sesuatu (kereta dan lain-lain);\n2.\n mengelakkan (pukulan, tikaman, dan lain-lain)." "egosentrik\n(Psikologi) bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain)." "egosentrisisme\nsifat atau sikap mementingkan diri sendiri sahaja tanpa mengendahkan kepentingan orang lain." "egotisme\n(Psikologi) perihal mementingkan diri sendiri." "eh\n[kata seru] kata untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain):\n~, dulu di sinilah dia tinggal! Sudah dipindahkan dia agaknya?" "ehem\n1.\n bunyi batuk kecil;\n2.\n [kata seru] kata untuk menyatakan tahu akan sesuatu (rahsia dan lain-lain):\n~, aku tahulah!" "ehwal\nhal, kejadian:\n~ semasa." "einsteinium\n(Kimia) unsur radioaktif bersimbol Es dan bernombor atom 99." "eja\nmengeja\n membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan:\n~ perkataan sama ialah s-a-m-a;\n ejaan\n kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf:\npenyelarasan ~ khususnya tertumpu pada kata-kata pinjaman (tatanama ubat, bahan kimia, batu, bakteria, virus, kulat, dan lain-lain);\npengejaan\n perihal mengeja." "ejan I\nmengejan\n meneran (apabila membuang air besar, ketika perempuan hendak bersalin, dan lain-lain);\n= rejan I." "ejan II\n[Minangkabau];\nmengejan, mengejan-ejan\n memaksa (-maksa), mencari-cari." "ejek\nmengejek\n mempersendakan (mempermainkan, mentertawakan) orang (dengan mengajuk, mengeluarkan kata-kata yang memarahkan dan lain-lain), memperolok-olokkan, mencemuh, menghina, menyindir:\nengkau yang ~ dia tadi, sebab itulah ditempelengnya engkau;" "ejek-mengejek\nsaling mengejek antara satu sama lain;\nberejekan\n ejek-mengejek:\n antara mereka saling ~;\nejekan\n perbuatan mengejek, cemuhan, olok-olok (untuk menghina), sindiran:\nsaya sudah lali dengan ~ mereka semua." "ejen\n1.\n orang (syarikat dan sebagainya) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual:\nbarang-barang gudang kalau dibeli daripada ~nya tentu lebih murah; \n2.\n orang yang diupah (digaji) untuk melakukan sesuatu untuk orang lain (pemerintah dan lain-lain):\nbeberapa orang ~ musuh telah ditangkap sebelum mereka sempat melakukan kerja menyerobot;\n~ provokasi \nejen rahsia yang digaji untuk memprovokasi orang yang disyaki melakukan perbuatan salah." "ejing\nsejenis permainan." "ek\n[bahasa percakapan] berlagak (menunjukkan kemegahan, keangkuhan, dan sebagainya):\nwalaupun dia tidak mempunyai kerja, dia selalu ~." "eka\n\u2013 (Sanskrit) \nawalan asing\n esa, satu, tunggal, misalnya \nekabahasa\n." "ekaatom\n(Kimia) mempunyai satu atom." "ekabahasa\n1.\n (berkenaan (dengan) kamus) dalam satu bahasa (keseluruhan kandungannya, iaitu perkataan dan lain-lain yang ditakrif, takrif, serta maklumat lain yang diberikan):\nKamus Dewan ialah kamus ~;\n2.\n (berkenaan (dengan) orang) mengetahui atau boleh bertutur dan sebagainya dalam satu bahasa sahaja (biasanya bahasa ibundanya);\nberekabahasa\n dapat bertutur dalam satu bahasa sahaja:\nkelas peralihan untuk murid-murid yang ~ Melayu." "ekafungsi\nmempunyai satu fungsi." "ekahala\nmempunyai atau mengikut satu hala sahaja." "ekamatra\n1.\n mempunyai satu dimensi, berukuran satu;\n2.\n baris puisi yang mempunyai satu kaki matra sahaja." "ekapaksi\nmempunyai satu paksi." "ekar\nukuran luas yang bersamaan dengan 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegi." "ekasuku\n(Linguistik) mempunyai satu suku kata (berkenaan (dengan) perkataan)." "ekawarna\nmempunyai satu warna." "ekeh\n[Minangkabau];\nterekeh-ekeh\n terngap-ngap, termengah-mengah." "ekistik\n(Geografi) kajian tentang petempatan manusia." "eklektik\ndipilih atau diperoleh yang terbaik daripada berbagai-bagai sumber yang berlainan (berkenaan (dengan) idea, gaya, kepercayaan, objek dan sebagainya):\npendekatan ~; \nkaedah ~." "eklektisisme\namalan atau prinsip memilih sesuatu (objek, idea, gaya, kepercayaan, sistem dan sebagainya) daripada berbagai-bagai sumber agar memperoleh pilihan yang terbaik." "ekografi\npemeriksaan struktur (organ atau tisu) dalaman tubuh dengan teknik ultrabunyi." "ekogram\nrakaman yang dibuat secara ekografi." "ekokardiografi\npemeriksaan jantung dengan menggunakan teknik ultrabunyi." "ekokardiogram\nrakaman yang dihasilkan secara ekokardiografi." "ekolalia\n1.\n (Psikologi) kecenderungan seseorang mengulangi atau meniru kata-kata yang baru sahaja dituturkan oleh orang lain secara spontan disebabkan faktor seperti kerosakan otak dan penyakit mental;\n2.\n perbuatan meniru kata-kata orang lain oleh kanak-kanak yang baru belajar bercakap." "ekologi\n1.\n kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya;\n2.\n hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran:\nkeseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana." "ekonometri\npenerapan ilmu matematik dan statistik bagi menyelesaikan masalah dan teori ekonomi." "ekonomi\n1.\n ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan:\nbeberapa orang penuntut ~ sedang membantu Kementerian Buruh menyelidiki keadaan pengangguran sekarang ini; \nahli ~\n orang yang pakar dalam bidang ekonomi;\n2.\n sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan, dan lain-lain) sesebuah negara:\nlangkah-langkah perlu diambil dengan segera untuk mewujudkan ~ yang lebih menguntungkan rakyat jelata; \n3.\n keadaan kekayaan atau kebendaan:\npertentangan kaum pasti menghancurkan ~ negara yang maju ini; \n4.\n [bahasa percakapan] urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang, dan lain-lain) dalam rumah tangga;\n5.\n [bahasa percakapan] hemat, kehematan;\n~ campuran \nsistem ekonomi yang sebahagian sumbernya dikawal oleh sektor awam dan sebahagian lagi oleh sektor swasta;\n \n~ kebajikan\n cabang ekonomi yang memperhitungkan asas-asas ekonomi dari segi kebajikan masyarakat;\n \n~ kewangan \ncabang ekonomi yang membincangkan soal kewangan dan peranannya dalam ekonomi;\n \n~ makro\n makroekonomi;\n \n~ mikro\n mikroekonomi;\n \n~ pertanian\n cabang ekonomi mengenai pengeluaran (pembahagian dan lain-lain) hasil pertanian;\n \n~ politik\n cabang ekonomi yang menganalisis ekonomi berdasarkan pendekatan politik;\n \n~ tak stabil \nekonomi yang tidak tetap (pengeluarannya dan lain-lain);\n \n~ terbuka \nekonomi yang melibatkan perdagangan sesebuah negara dengan negara yang lain;\n \n~ tertutup \nekonomi yang tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu tidak wujud aktiviti import dan eksport barang dan faktor pengeluaran;\nberekonomi\n1.\n mengerjakan sesuatu dengan berdasarkan asas-asas ekonomi;\n2.\n berhati-hati (menggunakan wang dan lain-lain), berjimat, berhemat, bercermat;\nberekonomikan\n berdasarkan sesuatu sebagai sumber ekonomi:\n sistem politik yang berideologikan nasionalisme dan ~ kapitalisme\n;\nkeekonomian\n1.\n keadaan berekonomi;\n2.\n [bahasa percakapan] kecermatan, kehematan;\nperekonomian\n hal atau kegiatan ekonomi." "ekonomik\nberkenaan sesuatu yang menghasilkan keuntungan atau tidak merugikan, atau yang tidak melibatkan atau tidak menggunakan perbelanjaan, dan sebagainya yang membazir:\nusaha yang dijalankan setakat ini masih menghadapi banyak masalah, seperti saiz ladang yang tidak ~." "ekonomis\n[Indonesia], [bahasa percakapan] tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan." "ekopelancongan\npelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi (seperti flora, fauna, pantai, tasik, sungai dan lain-lain):\npelbagai kajian dijalankan untuk menjadikan Tasik Bera sebagai pusat penyelidikan dan ~." "ekopraksia\n(Psikologi) kecenderungan meniru gerak-geri seseorang secara spontan." "ekor I\n1.\n bahagian yang di belakang sekali pada tubuh binatang (biasanya seperti menganjur keluar dari tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan):\n~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung; \nburung merak mempunyai ~ yang cantik; \n2.\na) penjodoh bilangan untuk binatang:\ndua ~ burung punai; \nempat ~ lembu; \nb) [bahasa kasar] penjodoh bilangan untuk anak:\nanak empat ~ tu, siapa yang menjaganya? \n3.\n sesuatu yang menyerupai ekor:\n~ layang-layang itu gunanya ialah supaya layang-layang itu tidak terjal; \n4.\n bahagian yang paling belakang (pada perarakan dan lain-lain):\n~ perarakan itu baru saja lalu di sini; \n5.\n [bahasa kasar] pengikut, penganut;\n6. = ekoran\n akibat (perkembangan dan sebagainya) daripada sesuatu peristiwa dan lain-lain, lanjutan:\nperbincangan kali ini sebenarnya ialah ekoran daripada ceramah yang kita dengar dahulu; \ntindakan yang buruk seperti itu takkanlah tidak ada ~nya nanti;\n~ belangkas \na) bayonet yang rupanya seperti ekor belangkas;\n b) cucuk sanggul yang rupanya seperti ekor belangkas;\n \n~ buaya \nsejenis alat yang digunakan untuk membuat keris;\n \n~ cicak \nrambut yang berjuntai di antara telinga dan pipi;\n \n~ kuda \n(fesyen) rambut perempuan yang diikat dan berjuntai di belakang seperti ekor kuda;\n \n~ lipas \nrambut pada lubang tengkuk;\n \n~ lotong \nsejenis meriam kecil yang hujungnya (pada bahagian belakangnya) seperti ekor lotong;\n \n~ mata \nsudut mata kiri (kanan) yang di sebelah luar;\n \n~ negeri\n hujung kampung yang di sebelah hilir;\n \n~ pipi\n bahagian pipi yang di bawah sekali;\n \n~ pulau \nhujung pulau yang di sebelah hilir;\n \n~ tikus \nkikir yang panjang dan bulat (tidak bersegi);\n~ anjing beberapa pun diurut akan dia, tiada juga betul \n= \nlurus-lurus ~ anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya \n= \nhabis sepasu minyak ~ anjing, tidak akan lurus \n= \nhendak meluruskan ~ anjing\n (peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu bagaimanapun hendak diperbaiki tetap jahat juga;\n \nbagai lintah dipotong ~ \n(peribahasa) sesuatu yang dilakukan dengan pantas;\n \ntiada tentu ~ kepala \n(peribahasa) rupa orang yang gemuk dan buruk;\nberekor\n1.\n mempunyai ekor, ada ekor;\n2.\n [kiasan] berterusan akibatnya (kesannya dan sebagainya), berpanjangan, berlanjutan:\nbaik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke dalam mahkamah;\nberekor-ekor\n berikut-ikut (berturut-turut) memanjang, berlarut-larut:\nkesal yang dirasa di hatinya ~ pula;\nberekoran\n \n~ daripada \nterbit atau berlaku sebagai perkembangan daripada sesuatu peristiwa, perkembangan, dan sebagainya yang telah berlaku, lanjutan daripada;\nmengekor\n1.\n bergayut (bergantung) seperti ekor;\n2.\n mengikut:\nCikgu Midah ~ di belakangnya;\n3.\n mengikut atau menurut(i) sahaja (sesuatu yang dilakukan oleh seseorang), meniru:\npenulis kita ~ sahaja, menurut jalan yang sudah ditebang dan ditebas oleh tokoh-tokoh sastera yang lain; \nkami angkatan baru pantang ~\n;\nmengekori\n mengikut(i) atau menyertai dari belakang:\nLeman hanya membuntut orang tua itu seperti anak manja ~ ibunya;" "ekor II\n~\n \nangin\n sejenis tumbuhan (herba), daun sejumbuk, \nPlantago major;\n~ kucing \nsejenis tumbuhan (herba), \nDysophylla auricularia;\n~ kuda \na) sejenis tumbuhan (pokok), jati bukit, \nDacrydium beccarii;\nb) sejenis tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, \nCernonia cinerea;\n~ kuning \nsejenis tumbuhan (herba), \nUtricularia flexuosa;\n~ landak\n sejenis tumbuhan (herba), \nStaurogyne comosa;\n~ tupai\n sejenis tumbuhan (pokok), \nJusticia betonica; \npokok ~ anis\n = \npokok ~ anjing \n= \npokok ~ kucing\n sejenis tumbuhan (pokok), \nUraria crinita; \n(pokok) ~ anjing \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pokok korat tanah, \nUraria lagopoides." "ekor III\nmurai (merbah) ~ gading \nsejenis burung, \nTerpsiphone paradisi." "ekor IV\n IV\n; \n~ pedang, \nsejenis ikan laut\n, Xiphophorous spp." "ekoran\nakibat atau perkembangan seterusnya yang timbul daripada sesuatu peristiwa dan lain-lain, lanjutan (daripada sesuatu yang telah berlaku);\npengekoran\n perbuatan dan sebagainya mengekori (menerima dan mengikuti sahaja):\ndia tidak dapat menerima realiti begitu sahaja, dia membantah ~ tersebut;\npengekor\n pengikut, penganut." "ekosistem\nsistem yang melibatkan interaksi antara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan, dan sebagainya) dengan alam persekitarannya yang tidak bernyawa\n." "ekotip\n(Biologi) kumpulan tumbuhan atau haiwan dalam sesuatu spesies, yang menyesuaikan diri untuk hidup dalam keadaan persekitaran tertentu." "eksais\ncukai atas barang-barang yang dikeluarkan dan digunakan di dalam negeri;\n \njabatan (pegawai) ~ \njabatan (pegawai) yang mengurus dan menjaga pemungutan eksais." "eksantema\n(Perubatan) demam yang dicirikan dengan letusan pada kulit, misalnya demam campak." "eksekutif\n(orang atau golongan) yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi (syarikat perniagaan dan lain-lain)." "eksemplar\n[Indonesia-Belanda] helai, (se)buah buku:\nberi saya buku itu satu ~." "eksentrik\naneh (berkenaan (dengan) perlakuan, idea dan lain-lain):\norang yang ~;\nkeeksentrikan\n perihal (sifat atau keadaan) eksentrik." "ekshibit\n(Undang-undang) barang kes." "eksisi\n(Perubatan) pembuangan sesuatu organ (struktur, tisu dan sebagainya) badan secara pemotongan semasa pembedahan." "eksistensi\nkewujudan:\n mereka ketika itu menghadapi penyerbuan buruh asing dan mengetepikan ~ penduduk tempatan\n." "eksistensialis\norang yang menganut falsafah eksistensialisme." "eksistensialisme\nfahaman (falsafah) moden yang menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap manusia (pada akhirnya) bertanggungjawab atas segala tindak-tanduknya:\ndrama tragedi menggarap persoalan yang serius seperti soal-soal prinsip hidup yang berhubung dengan takdir, dan mempersoalkan ~." "ekskavasi\nkegiatan penggalian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala." "eksklusif\nberkenaan (tempat, orang, dan lain-lain) yang bertaraf tinggi (dalam masyarakat):\nrestoran ~;\nkeeksklusifan\n keadaan eksklusif:\n karya reka yang lebih halus dan indah yang menggambarkan keunikan, ~, dan keaslian usaha seni pertukangan\n." "ekskursi\nperjalanan beramai-ramai ke tempat yang tidak jauh (untuk beristirahat, meninjau-ninjau, dan lain-lain), darmawisata;\nberekskursi\n berjalan atau berpergian beramai-ramai ke tempat yang tidak jauh (untuk melihat-lihat tempat dan lain-lain), berdarmawisata." "eksodus\nperpindahan penduduk (meninggalkan kampung halaman, negeri, kota, dan sebagainya) secara beramai-ramai." "eksogami\n1.\n (Antropologi) adat atau perbuatan mengahwini seseorang daripada suku kaum lain;\n2.\n (Biologi) penyatuan dua gamet yang berasal daripada dua induk yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang jauh atau tidak mempunyai hubungan kekeluargaan." "eksokarpa\n(Biologi) epikarpa." "eksosfera\nlapisan paling luar atmosfera bumi yang letaknya kira-kira 400 km di atas permukaan bumi." "eksoterma\n(Kimia) berkenaan proses atau tindak balas kimia yang membebaskan haba." "eksotik\n1.\n berasal dari luar negeri, asing;\n2.\n luar biasa keistimewaannya (fesyen, masakan, dan lain-lain):\nrestoran itu kerap menghidangkan masakan yang ~;\nkeeksotikan\n keadaan eksotik:\nhasil sastera itu mendapat perhatian dunia kerana ~nya yang berhubungan dengan penikmatan." "eksotika\n(sesuatu seperti fesyen, makanan dan lain-lain yang) luar biasa keistimewaannya:\nfilem mereka selalu memberikan gambaran klise tentang ~ Dunia Ketiga;\n \n kereta ~." "eksotisisme\n(Kesusasteraan) keanehan yang tergambar pada aspek latar, peristiwa dan watak yang mempesonakan atau mengasyikkan." "ekspatriat\n(orang) yang tinggal di negara asing:\npegawai ~." "ekspedisi\n1.\n penghantaran atau pengiriman tentera untuk sesuatu tindakan dan lain-lain;\n2.\n perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat untuk menyiasat (mencari, menemui, dan lain-lain)." "eksperimen\n1.\n ujian atau penyelidikan, terutamanya yang dirancang untuk membuktikan sesuatu hipotesis;\n2.\n percubaan pada sesuatu yang baru dan berbeza;\nbereksperimen\n membuat eksperimen:\ndia merupakan dramatis yang terus ~;\nmengeksperimenkan\n melakukan eksperimen (terhadap seseorang atau sesuatu):\n keupayaan Adi ~nya dalam sajak-sajaknya amat berkesan." "eksperimental\nberkenaan (berasaskan, bersifat) eksperimen, bersifat percubaan." "eksperimentalis\norang yang menjalankan eksperimen:\n Galileo ialah seorang ~ besar dan juga seorang ahli matematik\n." "eksperimentasi\nperihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) membuat atau melakukan eksperimen, biasanya dalam bidang seni seperti seni lukis, seni teater dan sebagainya:\n fesyen ini merupakan \n~\n terhadap keupayaan pereka fesyen tempatan.\neksplisit\n (ksplisit) (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat:\narahan yang ~; \nKemala secara implisit dan ~ mempertentangkan unsur kesetiaan dengan pengkhianatan dan ketidakjujuran;\nmengeksplisitkan\n menjadikan eksplisit:\n semua pembicara adat berusaha ~ konsep ini." "eksploit\nmengeksploit\n mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan sebagainya secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri;\npengeksploit\n orang yang mengeksploit seseorang atau sesuatu." "eksploitasi\n1.\n perbuatan (tindakan dan sebagainya) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan sebagainya secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri:\nsememangnya sudah ada peraturan tertentu untuk mengelakkan ~ terhadap pekerja asing; \nlangkah tertentu mestilah diambil dengan segera untuk memastikan gejala rasuah dan ~ harga rumah tidak terus berleluasa; \n2.\n perbuatan (tindakan, usaha dan sebagainya) mengerjakan, memajukan dan sebagainya sumber-sumber alam dan sebagainya dengan sebaik-baiknya untuk mendatangkan keuntungan, faedah dan sebagainya:\nprojek ini dianggap sebagai suatu ~ lombong-lombong terbiar untuk dijadikan tempat menternak ikan air tawar secara besar-besaran yang menguntungkan;\nmengeksploitasi\n melakukan eksploitasi:\npastikan tiada majikan yang mengambil kesempatan untuk ~ pekerja berikutan kemelut ekonomi yang melanda negara kini; \npenduduk luar bandar harus pandai ~ peluang perniagaan yang sedia ada;\n mengeksploitasikan\n mengeksploitasi;\npengeksploitasian\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mengeksploitasi:\n~ wanita dapat dilihat menerusi iklan yang menjatuhkan martabat wanita secara halus; \nmaklumat yang terkini dapat diperoleh melalui ~ segala kemudahan teknologi maklumat yang tersedia di pasaran;\npengeksploitasi\n pihak (orang, badan dan sebagainya) yang mengeksploitasi." "eksplorasi\npenjelajahan ke lapangan untuk memperoleh sesuatu:\n melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan cara untuk belajar." "ekspo\nsingkatan bagi eksposisi." "eksponen\n(Matematik) simbol yang ditulis di atas dan di kanan simbol lain untuk menunjukkan setakat mana simbol yang terkemudian itu dinaikkan nilainya, seperti dalam x3." "eksport\n1.\n penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negeri untuk tujuan perdagangan:\nekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang; \ndalam hal ~ kita banyak bergantung pada bahan-bahan mentah;\n2.\n barang-barang atau perkhidmatan yang dihantar ke luar negeri:\nhasil daripada buah-buahan adalah ~ utama negeri itu;\n~ berkembang \n(Ekonomi) eksport yang semakin bertambah;\n \n~ semasa \n(Ekonomi) eksport yang sedang berjalan pada masa ini (sekarang);\n 3.\n (Komputer) menghantar keluar maklumat atau data daripada suatu atur cara dalam bentuk yang boleh dibaca oleh atur cara lain;\nmengeksport\n, \nmengeksportkan\n mengirimkan barang-barang dan lain-lain ke luar negeri:\ndari pelabuhan ini mudah pula ~ barang-barang itu ke pasaran luar; \nsemua negara yang moden mesti mengimport dan ~ barang-barang dagangan;\npengeksportan\n perihal atau perbuatan mengeksport;\npengeksport\n orang (syarikat dan lain-lain) yang mengeksport." "eksposisi\n1.\n pameran (terutamanya keluaran perindustrian, kerja tangan), ekspo;\n2.\n pernyataan (komen, penjelasan bertulis dan sistematik) tentang sesuatu perkara:\nsejarah kesusasteraan ini merupakan suatu ~ persambungan dan perubahan alam fikiran." "ekspres\nsegera, cepat, pantas;\n \nbas (kereta api) ~\n bas (kereta api) yang tidak singgah-menyinggah atau yang cepat tiba dalam perjalanan jauh." "ekspresi\npelahiran maksud (perasaan dan sebagainya) dengan kata-kata (gerak-geri dan lain-lain):\ntanpa menonjolkan simbol yang berlebihan ~nya, dan tanpa mempedulikan teknik persembahan;\nmengekspresikan\n menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran, dan lain-lain." "ekspresif\nberkenaan sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dan lain-lain) yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas:\nsama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih memperlihatkan kesan ~." "ekspresionis\norang atau golongan yang mengikuti faham ekspresionisme." "ekspresionisme\ngaya penulisan, lukisan, muzik, dan sebagainya yang cuba melahirkan pengalaman seniman dari sudut emosi (bukan berdasarkan fakta yang nyata)." "ekstasi\nsejenis dadah berbahaya berbentuk pil yang bertindak sebagai perangsang (menimbulkan rasa gembira dan bertenaga yang luar biasa) dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh merosakkan sistem saraf pusat." "ekstensif\nluas liputannya." "ekstra\ntambahan:\npelakon ~." "ekstradisi\n(Undang-undang) pengembalian penjenayah oleh sesebuah negara ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara itu supaya penjenayah tersebut dapat dibicarakan di negara berkenaan;\nmengekstradisi\n melakukan ekstradisi:\nAmerika Syarikat tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan khusus kepada kerajaan Malaysia untuk ~ mana-mana pengganas." "ekstrak\nkeluaran bahan tertentu daripada sesuatu bahan tumbuhan, haiwan, dan lain-lain:\n~ vitamin C daripada buah oren;\n mengekstrak\n mendapatkan (jus dan sebagainya) secara menghancurkan, menekan, menyuling dan sebagainya:\n~ jus daripada nanas;\n pengekstrakan\n proses (perbuatan atau tindakan) mengekstrak:\n~ protein daripada kacang soya;\n pengekstrak\n1.\n alat atau mesin untuk mengekstrak:\nkakitangan loji pandu itu juga berjaya mencipta ~ cecair tekanan rendah dengan kerjasama pakar dari Switzerland; \n2.\n (Kimia) bahan untuk memisahkan sesuatu sebatian daripada campuran, atau memisahkan gabungan beberapa sebatian daripada tisu atau dadah mentah:\nasid itu merupakan pelarut, pencuci dan ~ untuk bahan organik." "ekstranei\n[Indonesia-Belanda] orang yang mengambil peperiksaan (sekolah menengah dan lain-lain) dengan tidak mengikuti pelajaran (sekolah menengah dan lain-lain) secara rasmi." "ekstrapolasi\nproses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan:\n pengitlakan semesta sains mesti dilihat sebagai suatu ~;\n mengekstrapolasi\n melakukan atau membuat ekstrapolasi." "ekstrasel\n(Biologi) berlaku atau terletak di luar sel." "ekstravaganza\nbentuk persembahan hiburan yang besar-besaran, canggih, berwarna-warni, mahal dan sebagainya:\nramai pelancong asing yang membanjiri negara untuk menyaksikan perarakan ~ kebudayaan terbesar di Asia itu." "ekstrem\nketerlaluan, melampau;\nkeekstreman\n perihal (keadaan) ekstrem." "ekstremis\norang (golongan) yang sikapnya (pendiriannya) dalam sesuatu hal (seperti politik) melampaui batas kesederhanaan, pelampau:\nsesetengah orang telah mencanangkan rasa kurang senang mereka terhadap pelantikan itu kerana beliau dianggap sebagai ~." "ekstremisme\nfaham (sikap, perlakuan, dan sebagainya) yang ekstrem;\n \n~ agama bukan lagi merupakan ancaman terbesar di Malaysia." "ekstrinsik\nberasal atau bertindak dari luar." "ekstrovert\n(Psikologi) orang yang berminat terhadap hal yang berlaku di sekitarnya (di luar dirinya, dan tidak mengikut emosi) serta suka bergaul dengan orang lain, orang yang berfikiran terbuka." "ektoparasit\n(Biologi) parasit yang hidup pada permukaan luar tubuh perumahnya, misalnya kutu kepala." "ekuestrian\nberkaitan dengan aktiviti menunggang kuda:\nsukan ~." "ekuinoks\nsatu daripada dua ketika setiap tahun (pada 21 Mac atau 23 September) apabila matahari melintasi khatulistiwa lalu menjadikan siang dan malam sama panjangnya di serata tempat di dunia." "ekuiti\npemilikan saham biasa (dalam sesebuah syarikat):\ndalam projek usaha sama, jika ~ sesebuah syarikat dapat dikuasai oleh pengusaha tempatan, ini tidak bermakna bahawa pengawalan teknologi yang diimport juga dapat dikuasai sepenuhnya." "ekzema\nradang pada kulit yang dicirikan dengan rasa gatal dan lecur." "ekzos\npaip yang menyalurkan gas dan lain-lain keluar dari enjin sesebuah kenderaan." "ela\nukuran panjang yang sama dengan 36 inci atau 91 sentimeter;\n \n~ Piawai Diraja \nukuran panjang ela yang ditetapkan oleh undang-undang British \n(Imperial Standard Yard)." "elak\nmengelak\n1.\n menjauhkan diri daripada kena pukulan (tikaman dan lain-lain), menghindar, menyisi:\nsetelah puas ia ~, tibalah gilirannya pula untuk menyerang lawannya; \n2.\n menjauhkan atau membebaskan diri daripada melakukan (atau terpaksa melakukan) sesuatu (tanggungjawab dan lain-lain):\nia pura-pura ~ dan mempelawa orang lain membacakan doa selamat itu; \nsaya tidak akan ~ kalau diminta berbuat demikian; \ntetapi kerajaan Amerika telah mengambil sikap berlengah-lengah, ~, dan bertangguh-tangguh selama tiga tahun;\nmengelakkan\n menjauhkan atau menghindarkan diri daripada kena bahaya (tanggungjawab dan lain-lain), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dan lain-lain:\nia hendak ~ dirinya daripada pandangan teman-temannya itu; \nPanglima Hitam melompat ~ tikaman itu;\nterelak\n dapat (boleh) dielakkan;\nterelakkan\n dapat dielakkan:\n munculnya cahaya daripada matahari yang tidak ~;\n pengelakan\n perihal menjauhkan atau menghindarkan diri daripada tanggungjawab atau membebaskan diri daripada terpaksa melakukan sesuatu perkara;\npengelak\n orang yang mengelak atau menggelakkan diri daripada sesuatu:\n pelabur institusi lebih bersikap sebagai ~ risiko terhadap saham spekulatif;\n~ cukai." "elang\n= helang.\n bebenang itu yang boleh berubah-ubah memberikan jaringan ini sifat ~ bak getah." "elastik\nboleh kembali kepada bentuk asal selepas diregang (dikembangkan dan sebagainya), anjal, kenyal;" "elastin\n(Biologi) protein berwarna kuning yang menjadi unsur utama tisu penghubung dalam haiwan, seperti tisu paru-paru." "elastis\n[Indonesia-Belanda] elastik." "elat\nmengelat\n melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menipu (dalam permainan dan lain-lain), mencuri tulang;\npengelat\n orang yang suka mengelat." "elaun\nbayaran yang diberikan kepada seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas):\n~ ahli Dewan Rakyat telah dinaikkan;\n~ anak \nelaun untuk dibelanjakan ke atas anak;\n \n~ bermalam \nelaun yang diberikan kerana terpaksa bermalam di sesuatu tempat (kerana menjalankan tugas);\n \n~ buku \nelaun untuk membeli buku;\n \n~ harian \nelaun yang diberikan kepada pegawai kerajaan yang bertugas di luar ibu pejabatnya bagi tempoh yang melebihi lapan jam tetapi kurang daripada 24 jam;\n \n~ hitungan batu \nelaun perjalanan yang dikira mengikut jauh perjalanan (dengan kereta);\n \n~ keraian \nelaun untuk atau kerana meraikan seseorang;\n \n~ kerja malam \nelaun kerana kerja yang terpaksa dilaksanakan pada malam hari;\n \n~ lebih masa \nelaun kerana kerja yang terpaksa dilaksanakan di luar masa pejabat;\n \n~ luar negeri\n = \n~ seberang laut\n elaun kerana bekerja di luar negeri;\n \n~ makan \nelaun untuk perbelanjaan makan;\n \n~ pakaian \nelaun untuk membeli pakaian tertentu;\n \n~ pemangku \nelaun yang diberikan kerana memangku sesuatu jawatan;\n \n~ perjalanan \nelaun untuk membiayai perbelanjaan perjalanan pekerja yang menjalankan tugas rasmi;\n \n~ perumahan \nelaun untuk membayar sewa rumah dan sebagainya;\n \n~ sara hidup \nelaun yang diberikan kepada pekerja sebagai tambahan kepada gajinya untuk menampung perbelanjaan hariannya;\n \n~ susah payah \nelaun kerana terpaksa menghadapi kesusahan sewaktu menjalankan tugas;\n \n~ tanggungan kerja \nelaun yang diberikan kerana melaksanakan kerja dan tanggungjawab petugas atau jawatan lain di samping menjalankan tugas asasi seseorang." "ele\n[Terengganu]\n1.\n cicir, berciciran;\n2.\n menyeret-nyeret dengan memegang pada hujung (ular untuk menakuntukan kanak-kanak)." "elefantiasis\n(Perubatan) penyakit yang menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, untut." "elegan\ntampan, rapi, anggun:\n dia kelihatan begitu ~ dengan mengenakan pakaian yang dicipta khas oleh pereka fesyen\n." "elegi\nlagu, puisi, atau karya lain yang menyatakan kelebihan, rintihan, terutamanya kepada orang yang mati." "eleh\n[kata seru] kata untuk memperkecil-kecil seseorang:\n~ , ingat dia lawa!" "elektif\nbersifat pilihan (berkenaan (dengan) mata pelajaran sesuatu kursus dan sebagainya):\ndi Universiti Teknologi Mara terdapat bahasa Jerman yang dijadikan sebagai mata pelajaran ~ wajib." "elektoral\nberkenaan pilihan raya:\n semangat 46 membuat pakatan ~ dengan PAS." "elektrifikasi\n[Indonesia-Belanda] perlengkapan atau pemasangan tenaga elektrik pada jentera dan lain-lain;\nmengelektrifikasi\n melengkapi atau memasang dengan tenaga elektrik." "elektrik\nsatu bentuk tenaga yang digunakan untuk menghasilkan cahaya, kepanasan, dan lain-lain;\nkeelektrikan\n selok belok elektrik:\n dia mengambil satu kursus dalam ~;\npengelektrikan\n proses (atau perihal) memasang atau melengkapkan sesuatu (jentera, mesin dan sebagainya) dengan tenaga elektrik:\n~ kereta api." "elektro-\nawalan asing \nberkaitan dengan tenaga (proses) elektrik, misalnya \nelektrolisis\n dan \nelektrokimia." "elektroanalisis\n(Kimia) analisis kimia secara elektrolisis." "elektrod\n(Fizik) pengalir elektrik yang melaluinya arus elektrik keluar masuk sesuatu bahan (seperti elektrolit, leburan logam, dan lain-lain) atau peranti (seperti tiub elektronik dan lain-lain);\n \n~ hidrogen piawai = ~ piawai \n(Kimia) elektrod yang digunakan untuk menentukan keupayaan elektrod lain." "elektrodinamik\ncabang ilmu fizik yang berkaitan dengan saling tindakan daya elektrik dengan daya mekanik." "elektroensefalograf\nalat untuk merakamkan aliran arus elektrik pada otak, biasanya digunakan untuk mengesan tumor otak dan sebagainya." "elektroensefalogram\nrakaman aliran arus elektrik pada otak yang diperoleh daripada elektroensefalograf." "elektrofon\nalat muzik yang bunyinya dihasilkan secara elektronik." "elektrokardiograf\nalat untuk merakamkan gelombang arus dan voltan yang terhasil daripada denyutan jantung." "elektrokardiogram\nrakaman yang dibuat oleh elektrokardiograf." "elektrokimia\ncabang kimia berkenaan hubungan keelektrikan dengan tindak balas kimia." "elektrolisis\n1.\n (Kimia) pengaliran arus elektrik melalui elektrolit untuk menjana gas, membentuk endapan logam pada elektrod, dan lain-lain;\n2.\n (Perubatan) pemusnahan tisu hidup, seperti akar rambut dan tumor, dengan arus elektrik." "elektrolit\n(Kimia) larutan atau bahan lebur yang mengalirkan arus elektrik." "elektromagnet\n(Fizik) besi yang menjadi magnet apabila arus elektrik dialirkan melalui dawai yang dililitkan padanya." "elektromagnetisme\n(Fizik)\n1.\n kemagnetan yang dihasilkan oleh arus elektrik;\n2.\n cabang fizik yang berkaitan dengan kemagnetan yang terhasil daripada saling tindakan medan elektrik dengan medan magnet." "elektron\n(Fizik) zarah yang lebih kecil daripada atom dan mempunyai cas negatif;\n~ bebas \nelektron yang tidak terikat pada atom atau molekul, dan bebas bergerak di bawah pengaruh medan elektrik atau magnet;\n \n~ valens\n elektron dalam petala atom paling luar, yang terlibat dalam pembentukan ikatan kimia ketika atom-atom itu membentuk sebatian;\n \n~ volt \nunit tenaga yang bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan satu elektron melalui beza keupayaan satu volt." "elektronegatif\n(Kimia) berkenaan atom, molekul, dan lain-lain yang cenderung memperoleh atau menarik elektron." "elektronik\n1.\n berkenaan elektron;\n2.\n berkenaan (penggunaan) alat yang dibina (dijalankan) dengan kaedah (prinsip) teknologi elektron:\nbarang-barang ~; \n3.\n cabang fizik dan teknologi yang berkaitan dengan gerak laku, pembangunan, aplikasi dan sebagainya litar dan peranti elektronik." "elektropositif\n(Kimia)\n1.\n mempunyai cas positif;\n2.\n mempunyai kecenderungan untuk membebaskan elektron." "elektroskop\nalat untuk mengesan cas elektrik dan beza keupayaan elektrik." "elektrostatik\n(Fizik) cabang bidang fizik yang mengkaji pengaliran arus elektrik statik." "elektroteknik\npenggunaan tenaga elektrik pada bermacam-macam alat." "elektroterapeutik\ncabang sains perubatan yang berkaitan dengan penggunaan elektroterapi." "elektroterapi\n(Perubatan) perawatan penyakit dengan menggunakan arus elektrik (biasanya untuk meredakan rasa sakit, terutamanya yang diakibatkan oleh kecederaan)." "elemen\n1.\n anasir;\n2.\n sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur:\nini disebabkan antara kedua-dua faktor itu terdapat ~-~ yang kuat tetapi berlawanan; \n3.\n [Indonesia] alat untuk menimbulkan tenaga elektrik secara kimia." "elips\nbentuk bulat bujur (seakan-akan bujur telur):\nstadium yang berbentuk ~ ini mempunyai kawasan seluas 76 000 meter persegi\n." "elipsis\n1.\n tiga titik berurutan (\u2026) yang menandakan pengguguran kata dalam teks;\n2.\n (Linguistik) pengguguran sebahagian kata dalam suatu ungkapan, tetapi dapat difahami dalam konteks berkenaan, misalnya bagi soalan \nSudah makan?,\n dijawab\n Sudah \nsahaja." "elit\nkaum (golongan) ~ \ngolongan yang dianggap berpengaruh, intelek, dan sebagainya:\ndalam hubungan ini, golongan ~ dan badan politik mempunyai peranan penting." "elitis\n1.\n berkaitan dengan golongan elit;\n2.\n orang yang percaya kepada atau menyokong elitisme." "elitisme\n1.\n kebanggaan diri menjadi salah seorang daripada anggota kumpulan elit:\n~ menjadikan mereka pekerja yang tidak baik;\n 2.\n kepimpinan oleh sesuatu kumpulan elit\n." "elk\nsejenis rusa besar yang terdapat di Eropah Utara, Amerika Utara dan Asia Utara." "elm\nsejenis pokok yang terdapat di hemisfera utara (mis negara Eropah), daripada genus \nUlmus \nyang daunnya lebar dan bergerigi tepinya, kayunya keras dan berat." "elok\n1.\n cantik, menarik:\nrupanya sangat ~; \ntulisannya ~ dan kemas;\n2.\n baik, bagus:\ncuaca sangat ~ hari ini; \nikan banyak mengandungi protein, oleh itu ~lah dimakan selalu;\n~ buruknya \nbaik ataupun buruknya (sesuatu);\n \n~ basa kan bakal hidup, ~ budi kan bakal mati \n(peribahasa) kalau elok tegur sapa akan jadi kesayangan orang sewaktu hidup, kalau elok budi akan jadi kenang-kenangan sesudah mati;\nseelok\n sama elok dengan, sebaik;\nseelok-elok\n pada waktu, sebaik:\n~ Timah bersalin sahaja, ia pun diceraikan;\nseelok-eloknya\n yang paling eloknya, sebaik-baiknya:\n~, wang yang lebih itu disimpan di bank;\nmengelokkan\n1.\n menjadikan elok (cantik), mencantikkan:\n~ rumahnya menjelang hari raya; \n2.\n menjadikan elok (baik, bagus), membaguskan, membaikkan:\n~ kelakuan orang; \nmemperelok adat resam kita;\n memperelok\n menjadikan lebih elok;\nkeelokan\n1.\n perihal elok (cantik), kecantikan:\nia sekali-kali tidak terpengaruh oleh kecantikan atau ~ seorang perempuan; \n2.\n perihal elok (baik, bagus), kebaikan, kebagusan:\nmustahak dijaga ~ perjalanan enjin." "elon I\n[Jakarta];\nmengelon, mengeloni\n memeluk (anak yang hendak tidur) sambil berbaring mengiring." "elon II\nmengeloni\n memihak atau menyebelahi (kepada), memenangkan (satu pihak sahaja)." "elus\n[Jawa];\nmengelus, mengelus-elus\n1.\n mengusap-usap, membelai-belai, menyapu-nyapu dengan perlahan-lahan (untuk memujuk dan lain-lain):\ntangannya yang bertelekan di atas tangan kerusi ~ rambutnya ke belakang;\n2.\n memujuk(-mujuk), memperlakukan dengan baik (untuk mempengaruhi dan sebagainya);\nelusan\n1.\n usapan, belaian;\n2.\n pujukan." "elusif\nberkenaan seseorang yang sukar difahami atau yang suka mengelak." "em\nunit ukiran linear yang sama dengan saiz poin yang digunakan (enam poin em bermakna enam poin lebar)." "emak\norang yang melahirkan seseorang, ibu." "emang\n(Sunda) pak cik , paman." "emansipasi\n1.\n pembebasan daripada perhambaan;\n2.\n pemberian hak yang sama dalam hukum (wanita mendapat hak yang sama dengan lelaki)." "emas I\n1.\n sejenis logam berwarna kuning yang mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai, dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] mata wang (mengandungi 1/16 tahil emas):\nbagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; \npada masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; \n3.\n [kiasan] sesuatu yang tinggi mutunya (mulia, berharga, dan lain-lain):\nmasa itu ~; \n4.\n [kiasan] wang, wang suap, harta dunia;\n~ bertitik\n [sastera lama] emas yang dicanai:\ntangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik;\n~ juita \n[sastera lama] kekasih, buah hati;\n \n~ kahwin \nmas kahwin, mahar;\n \n~ kerajang\n perada;\n \n~ kertas\n emas yang berhelai-helai;\n \n~ lanar \nemas yang halus seperti pasir yang terdapat dalam lanar;\n \n~ lantak \nemas yang dituang (dicetak) berbatang-batang;\n \n~ liplap \nemas tiruan;\n \n~ lombong \nemas yang berada dalam batu-batu keras (diperoleh daripada lombong);\n \n~ mentah \nemas yang belum dikerjakan;\n \n~ muda \nemas yang kuning pucat dan rendah mutunya;\n \n~ putih \naloi emas yang berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum;\n \n~ sepuluh\n mutu emas tulen (emas yang 24 karat);\n \n~ tempawan \na) emas yang ditempa;\n b) [sastera lama] gelaran (panggilan) pada perempuan yang cantik atau yang dikasihi;\n \n~ tua\n emas yang sejati, tidak bercampur;\n \n~ urai \nemas yang halus-halus seperti pasir rupanya;\n~ berpeti, kerbau berkandang \n(peribahasa) harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masing-masing;\n \nbermimpi mendapat ~ takkan membuat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung \n(peribahasa) sesuatu pertelingkahan itu anggaplah seperti mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan);\n \nhutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati \n(peribahasa) budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup;\n \nkerana ~ memas, kerana padi menjadi \n(peribahasa) kerana kekayaan, apa yang dimaksudkan dapat dicapai;\n \nmenyeberangi jambatan ~ \n(peribahasa) berjuang untuk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh;\n \npeti yang berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang \n(peribahasa) ilmu pengetahuan yang baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja;\n \nseperti ~ yang sudah tersepuh \n(peribahasa) putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan;\n \ntak ~ bungkal diasah\n (peribahasa) segala daya upaya dilakukan untuk mencapai maksud;\n \nwalau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga \n(peribahasa) walau bagaimana sekalipun diajar orang yang biadap, perangainya yang kurang baik kelak akan kelihatan jua;\nberemas\n1.\n memakai emas;\n2.\n mempunyai emas:\nsegala orang yang ~, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; \n3.\n [kiasan] berharta, berwang:\nkalau ada ~, hidup, tiada ~, mati \n(peribahasa) kalau ada pencarian yang tetap akan senanglah kehidupan;\nmengemas\n seperti emas, menyerupai emas:\npadi kuning ~;\nmengemasi\n1.\n melapisi dan lain-lain dengan emas;\n2.\n menyuap, menumbuk rusuk:\nsegala orang yang diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;\nkeemasan\n yang disalut (dilapisi dan lain-lain) emas, yang dibuat daripada emas:\nkedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yang ~; \npeluang ~ \npeluang yang paling baik;\nperemasan\n1.\n barang-barang emas;\n2.\n lapis emas;\n \nadat ~ \n[sastera lama] adat berkenaan perjanjian untuk mengahwinkan kanak-kanak dengan orang yang tertentu apabila ia sudah besar." "emas II\n[Jawa]\n1.\n panggilan yang sama dengan tuan;\n2.\n panggilan yang mesra (seperti daripada isteri kepada suami dan lain-lain);\n \n~ merah \npanggilan kepada kekasih." "emas III\nsejenis ikan darat (biasanya dijadikan peliharaan), \nCarassius auratus\n." "emat\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] sukatan atau ukuran (baju, seluar, dan lain-lain)." "embacang\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang sangat kuat baunya), \nMangifera foetida;\n~ buruk kulit\n = \nbusuk-busuk ~ \n(peribahasa) nampaknya tidak pandai (buruk dan lain-lain) tetapi yang sebenarnya pandai (baik dan lain-lain);\n \nberbau bagai ~\n (peribahasa) sudah terdengar-dengar berita atau rahsia mengenai perbuatan jahat (maksud yang tidak baik);\n= bacang, macang." "embah\n[Jawa] nenek." "embak\n(berlaku, terjadi, dan lain-lain) pada suatu ketika, sekali gus, semuanya." "embal\nlembap, belum kering betul;\nembalan\n air dan lain-lain yang menyebabkan udara (tanah dan lain-lain) lembap:\ntanah ini datangnya dari gunung berapi dan boleh menyimpan ~." "embalau I\nbahan seperti damar yang dihasilkan oleh kelulut dan digunakan untuk membuat piring hitam, bahan penebat, varnis, untuk melekatkan keris (parang dan lain-lain) pada hulunya dan lain-lain, lak." "embalau II\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), lada pahit, \nBrucea amarissima." "emban I\nkain pembalut badan (dada, susu, perut), tali pengikat atau pembebat perut kuda." "emban II\n[Jawa] pengasuh." "embar\n(Sunda) [arkaik];\nmengembarkan\n menyiarkan atau menyebarkan maklumat (undang-undang dan lain-lain)." "embara\n= kembara." "embarang\n= embarau." "embarau\nban atau tambak (daripada tanah, batu, dan lain-lain) yang kuat, atau kayu yang dicacak di tepi sungai atau laut." "embargo\n1.\n perintah daripada kerajaan yang melarang kapal perdagangan masuk atau keluar dari pelabuhan (biasanya dalam masa permusuhan);\n2.\n larangan mengeksport barang dagangan yang tertentu dan lain-lain ke sesuatu negara (biasanya dalam masa permusuhan dan lain-lain)." "embaru\nsejenis tumbuhan (pokok), baru(-baru), bebaru, dedap laut, \nHibiscus tiliaceus." "embas\nagak serupa dengan, seakan-akan." "embat\nmengembat\n menyebat atau memukul dengan benda seperti rotan dan lain-lain." "embek\nbidai dan lain-lain untuk melindungi sesuatu daripada cahaya matahari." "embek I\n1.\n bunyi seperti bunyi kambing;\n2.\n [bahasa percakapan] kambing;\nmengembek\n mengeluarkan bunyi embek (kambing dan lain-lain)." "embek II\n[bahasa percakapan] bibi(k)." "embel I\n[Jakarta] paya yang penuh dengan berbagai-bagai tumbuhan." "embel II\n[Jawa];\nembel-embel, embel-embelan\n tambahan yang kecil-kecil (tidak begitu penting);\nmengembel-embeli\n menambahi dengan sesuatu yang kecil-kecil atau tidak begitu penting." "ember\n[Indonesia] sejenis timba (daripada besi dan lain-lain) untuk menimba air, baldi." "embih\n[arkaik] panggilan kepada anak perempuan baik-baik." "embok\n[Jawa]\n1.\n emak;\n2.\n = \n~ ayu \nkakak." "embol\n[Indonesia] ;\nmengembol\n berbenjol, berjendul." "embrat\n[Jakarta] sejenis perkakas seperti cerek besar untuk menyiram pokok bunga dan lain-lain." "embrio\n(Biologi) \n1.\n kandungan ibu dari satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan, mudigah, janin;\n2\n. janin haiwan pada peringkat awal pembesaran sebelum lahir:\n pemindahan ~ daripada seekor haiwan ternakan kepada haiwan yang lain\n." "embriogenesis\nembriogeni." "embriogeni\nproses pembentukan dan perkembangan embrio." "embriologi\n(Biologi) salah satu cabang ilmu perubatan yang mengkaji perkembangan embrio." "embriotomi\npemotongan anggota fetus yang tersekat untuk memudahkannya keluar dari rahim." "embuai\n[sastera lama] panggilan kepada dayang istana (perempuan yang bekerja di istana)." "embuh I\nmahu, ingin:\nmaka Bendahara Seri Maharaja berkata, Budak-budak ~kah memandang emas?;\nembuh-embuhan; \n~ tuah\n untung-untungan." "embuh II\nembuh-embuhan\n sungguhpun, meskipun." "embun\n1.\n wap air yang turun pada waktu malam (kerana sejuk);\n2.\n wap air yang telah mengendap menjadi titik-titik (pada daun dan lain-lain);\n~ asap \nkabus atau embun halus seperti asap pada malam hari;\n \n~ betina \n= \n~ rintik\n embun yang kecil-kecil titiknya;\n \n~ jantan \n= \n~ lebat \nembun yang besar titiknya;\n \n~ pagi\n kabut pada waktu pagi;\n \nkering ~\n waktu apabila embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi);\nseperti ~ di hujung rumput\n (peribahasa) tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dan lain-lain);\n \nseperti ~ di atas daun \n(peribahasa) selalu berubah (maksud, niat, tujuan);\nberembun\n1.\n diliputi embun, disaput embun:\nrambutnya masih ~; \n2.\n tidur di luar rumah dan lain-lain (pada malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dan lain-lain pada malam hari (hingga kena embun):\nia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam;\nmengembun\n1.\n menjadi embun, menjadi titik-titik air yang halus:\nmalam sudah sejuk dan udara mulai ~; \n2.\n seperti embun, menyerupai embun;\nmengembuni\n mengenai sesuatu dengan bertitik-titik:\nair matanya ~ gambar suami yang terletak di depannya;\nmengembunkan, memperembunkan\n meletakkan atau mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena embun:\n~ mengkuang pada waktu malam." "embun II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nLecananthus erubescens;" "embun III\npisang ~\n sejenis pisang yang besar dan manis, pisang bunga." "embun-embun\nsejenis tumbuhan (pokok renek), ambung-ambung, buas-buas laut, \nScaevola frutescens." "embut\nmengembut\n menarik atau mengangkat tali (kail dan lain-lain) perlahan-lahan;\nmengembut-embut, terembut-embut\n bergerak-gerak turun naik (seperti nadi, ubun-ubun kanak-kanak, dan lain-lain), bergembut-gembut, terkemut-kemut, berdenyut-denyut." "emeri\nsejenis batuan berwarna hitam kekelabu-kelabuan yang keras dan kasar (biasanya dijadikan serbuk) yang digunakan untuk mencanai, menggilap, melicinkan dan sebagainya sesuatu." "emeritus\nberkenaan seseorang yang telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sebagai suatu penghormatan:\nprofesor ~\n." "emetik\n(Perubatan)\n1.\n menyebabkan muntah (berkenaan (dengan) ubat);\n2.\n ubat muntah." "emfisema\n(Perubatan)\n1.\n keadaan pundi udara dalam paru-paru yang membesar sehingga menyebabkan pesakitnya sukar bernafas;\n2.\n bengkak yang disebabkan oleh terdapatnya udara yang sangat banyak di dalam tisu badan." "emigran\norang yang meninggalkan negerinya untuk menetap di negeri lain." "emigrasi\nperpindahan ke negeri lain untuk menetap di situ;\nberemigrasi\n meninggalkan negeri sendiri untuk menetap di negara lain." "emisi\npemancaran, penyinaran (cahaya, sinaran, dan sebagainya)." "emolien\nsediaan atau bahan yang mempunyai kesan yang melembuntukan dan menyamankan apabila disapu pada kulit." "emolumen\nwang atau bayaran yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan, gaji." "emong\n[Jawa];\nmengemong\n mengasuh." "emosi\nperasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut, dan lain-lain:\nmasalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yang kurang sihat; \nada juga beberapa perkara lagi yang perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis;\n beremosi\n mempunyai emosi:\npeluang komunikasi seperti itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~." "emosional\ncenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaan:\npada waktu begini, perasaan muda-mudi amat sensitif dan ~ sekali." "emotif\nberhubungan dengan emosi:\n pembangunan merupakan suatu perkataan yang ~ sifatnya." "empal\n[Jawa] daging goreng." "empang\n[Perak];\nempang-empang\n gila bahasa, agak ganjil (kelakuan atau perangai)." "empang I\n1.\n = \nempangan, pengempang\n tambak dan lain-lain untuk menahan arus atau aliran air (untuk sesuatu keperluan supaya tidak terjadi banjir dan lain-lain), bendung, tebat:\nempangan moden telah dibina untuk menahan air bagi mengeluarkan kuasa elektrik; \n2.\n kolam tempat memelihara ikan, tambak, tebat;\n3.\n [kiasan] penghalang, perintang:\nmalangnya, kesatuan kita itu saja ~ jalannya;\n~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit \n(peribahasa)\na) perselisihan yang tidak dapat dibaiki atau didamaikan lagi;\n b) aturan (perintah) yang tidak boleh diubah (dilalui);\nberempangan\n mempunyai empangan:\nsungai yang ~;\n mengempang\n1.\n menggalangkan atau melintangkan sesuatu (mis dengan mendirikan tembok, benteng dan sebagainya) untuk menahan aliran air sungai dan sebagainya, membendung (dengan membina empangan), menebat:\nlembah-lembah sungai yang kecil telah diempang di kawasan bukit ini untuk dijadikan kolam air;\n2.\n berada atau terletak dalam keadaan melintang (hingga menghalang perjalanan, lalu lintas, dan lain-lain), melintangi:\njalan raya itu penuh sesak dengan kereta kerana ada sebuah motokar rosak ~ jalan;\n3.\n [kiasan] menahan, menghalang, menghambat:\nlajunya tidak dapat diempang;\n terempang\n terbendung, tertebat, tertahan;\n \ntiada ~ peluru oleh lalang \n(peribahasa) kemahuan orang yang berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yang lemah;\npengempangan\n perihal atau perbuatan mengempang, pembinaan empangan, pembendungan, penebatan:\nteknologi ~ yang cuba diutarakan oleh Ibu al-Haitham tersebut tidak jauh bezanya daripada teknologi yang dihasilkan di Barat sekarang ini;\n pengempang\n empang(an)." "empap\n[Minangkabau]\n1.\n campak, lempar, hempas;\n2. = berempap\n bermain judi dengan melambungkan atau melemparkan wang ke atas;\n \npergi ~ pulang eban \n[Minangkabau] (peribahasa) (perihal berjudi) tidak menang, tidak kalah (pulang modal);\nmengempapkan\n menghempaskan, menjatuhkan kuat-kuat;\nterempap\n jatuh terhempas atau tertiarap." "empar\nmengempar\n hanyut keluar dari arah yang dituju (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain), menyerong keluar, bergerak (berpusing) keluar dari pusatnya;\n \nberjalan ~\n berjalan dengan kaki membuang (melangkah) keluar;\nmengemparkan\n (Fizik) memisahkan pepejal daripada cecair atau memisahkan campuran cecair yang mempunyai graviti tentu yang berbeza secara putaran mendatar yang laju:\ndengan cara ~ darah beku ini, bahan tersebut dapat diperah keluar;\n pengemparan\n (Fizik) pemisahan pepejal daripada cecair atau pemisahan campuran cecair yang mempunyai graviti tentu yang berbeza secara putaran mendatar yang laju;\npengempar\n;\n \nalat ~\n sejenis mesin yang berputar ligat (untuk mengasing-asingkan benda-benda pejal daripada cecair atau cecair daripada cecair yang lain)." "empat\nbilangan tiga dicampur satu (4, IV);\n \n~ belas \nbilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV);\n \n~ puluh\n empat kali sepuluh (40, XL);\n \n~ ratus \nempat kali seratus (400, CD);\n \n~ besar \nempat negara yang berkuasa (empat orang dan lain-lain yang berpangkat);\n \n~ likur \nark 24;\n \n~ penahap (penjuru) alam \n= \n~ tepas dunia \nempat arah yang ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat);\n \n~ persegi \nbidang yang empat seginya dan mempunyai sisi yang sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90 (segi empat sama);\n \n~ ratus serba dua\n pemberian daripada pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan yang banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain);\n \n~ segi \nbidang yang seginya atau sempadannya empat;\n~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela \n(peribahasa) pertuturan orang yang bijak itu selalu tidak diketahui ertinya;\n \n~ susu dua perut \n[sastera lama] (peribahasa) tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dan lain-lain);\nberempat\n yang empat jumlahnya, berjumlah empat:\nhari yang berikutnya orang ~ itu telah keluar;\nberempat-empat\n tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dan lain-lain) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya:\nsemua harus beratur ~; \nmereka pergi ~;\nmengempat\n;\n \n~ puluh hari \nberkenduri arwah (untuk orang mati) pada hari yang keempat puluh setelah ia meninggal;\nmengempatkan\n menjadikan empat (isteri dan lain-lain):\nkekanda sendiri telah rela ~ isteri kekanda Sultan;\nperempat\n;\n \nse~ \n= \nsatu ~ \nsatu daripada empat bahagian yang sama banyak, suku (1/4);\nmemperempat\n membahagi kepada empat bahagian;\nkeempat\n (peringkat, bilangan, dan lain-lain) yang nombor empat;\nkeempat-empat\n kesemuanya yang empat jumlahnya, empat (orang dan lain-lain) sekali;\nperempatan\n1.\n simpang empat jalan;\n2.\n bahagian yang terdiri daripada suku sesuatu, suku bahagian daripada sesuatu." "empati\ndaya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain:\nkemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yang dikaji, dan rasa ~ terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara\n;\n \nperkembangan sifat ~ terhadap orang yang menghadapi masalah dadah\n." "empayar\n1.\n negeri-negeri (biasanya luas) yang di bawah pemerintahan seseorang atau sesebuah negeri yang berdaulat;\n2.\n pemerintahan beraja (atas alasan sejarah, prestij, dan lain-lain) yang mempunyai maharaja (bukan raja) sebagai ketua negara;\n3.\n satu kumpulan syarikat yang biasanya dikawal oleh seorang yang berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu:\nMcDonald berusaha membina ~ makanan segera;\nberempayar\n mempunyai empayar (yakni ada negeri-negeri yang tertakluk di bawah pemerintahannya)." "empedal\n= hempedal I." "empedu\n= hempedu." "empek I\nmengempek\n terlalu ingin (akan sesuatu)." "empek II\n[Cina] bapa;\nempek-empek\n orang lelaki yang sudah tua benar, kakek-kakek." "empelas\nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya kesat dan digunakan untuk melicinkan kayu dan lain-lain), \nTetracera assa;\n~ hari \na) sejenis tumbuhan (pokok yang wangi bau bunga dan kulitnya), akar bagan, mempelasari, pelasari, pulasari, \nAlyxia lucida; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), pelasari, pulasari, \nAlyxia forbesii; \nkertas ~ \nkertas pasir;\nberempelas\n sudah dilicinkan (dengan empelas):\ndi bawah muka pintu tempat Bendahara duduk itu, ada disediakan usungan yang telah ~;\nmengempelas, mengempelasi\n melicinkan dengan daun (kertas) empelas;\npengempelas\n;\n \nalat ~ \nsesuatu yang digunakan untuk mengempelas." "empenak\n[arkaik] \npujuk ~ \npujukan dan kata-kata manis untuk menyukakan hati dan lain-lain;\nmengempenak\n menyukakan (menyenangkan) hati orang, memanjakan anak, dan lain-lain." "empening\nmempening." "emper\n[Jawa]\n1.\n = \nemperan\n serambi (di depan, di rusuk, atau di belakang rumah);\n2.\n atap tambahan yang bersambung dengan rumah ibu, sengkuap." "emping\nsejenis kudap-kudapan yang dibuat daripada padi muda atau daripada buah belinjau (yang disangai dan ditumbuk tipis-tipis);\n \n~ belinjau \nemping yang dibuat daripada buah belinjau;\nmengemping, memperemping\n membuat emping, menumbuk (untuk membuat emping):\nterdengar bunyi antan nyaring bertingkah, itulah tandanya orang sedang ~;\nperemping\n;\n \nmasak ~ \n(berkenaan (dengan) padi) belum masak betul dan elok untuk dibuat emping;\npengemping\n = \nlesung ~ \nlesung tempat membuat emping." "empirik, empirikal, empiris\n[Indonesia-Belanda] berdasarkan (bergantung pada) pemerhatian atau eksperimen, bukan teori:\nkaedah yang digunakan adalah melalui kajian-kajian ~ dengan pengumpulan data." "empirisisme\ndoktrin bahawa pengalaman praktis (bukan teori) adalah asas pengetahuan." "empis\npagar untuk melorongkan binatang masuk ke dalam perangkap." "empoh\n(berkenaan (dengan) air sungai dan lain-lain) melimpah, bah, banjir, sebak;\nmengempoh, mengempohi\n menggenangi, mengairi:\nair hujan ~ tanah-tanah yang rendah;\nkeempohan\n perihal diempoh(i), keairan;\npengempohan\n pengairan, penggenangan." "empok\n[Jakarta]\n1.\n kakak;\n2.\n panggilan kepada orang perempuan;\nempok-empok\n orang perempuan." "emporium\nkedai besar yang menjual pelbagai barang (termasuk makanan, pakaian, peralatan dapur, peralatan sukan, dan lain-lain)." "empos\n[Jakarta];\nmengempos, mengemposi\n1.\n menghembus, meniup;\n2.\n memeram (pisang dan lain-lain) dengan memanaskannya dengan karbida dan lain-lain;\nemposan\n buah-buahan yang masak dengan diempos." "empoyan I\ngelendong tempat menggulung tali kail (pancing), kili-kili;\n= lempoyan." "empoyan II\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), mengkoyan, tempoyan, \nRhodamnia trinervia." "empu I\n[sastera lama]\n1.\n tuan;\n2.\n orang yang mahir (ahli) dalam sesuatu (terutama dalam membuat keris);\nmengempukan\n memerintah:\nsetelah beberapa lamanya ~ negeri Aceh, maka Raja Muzafar Shah pun hilang." "empu II\n~ jari \nibu jari tangan;\n \n~ kaki \nibu jari kaki." "empu III\n[kata seru] yang empunya, pemilik." "empuan\nperempuan;\n \nengku (tengku) ~ \npanggilan kepada permaisuri (isteri raja);\n \ndatuk ~ \npanggilan kepada isteri datuk (orang besar)." "empuk I\n1.\n (berkenaan (dengan) makanan seperti ubi rebus dan lain-lain) lembut dan senang dikunyah;\n2.\n gebu, tidak keras dan tidak lisut:\nisteri mudanya terbaring di tilam ~; \nmukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; \n3.\n (berkenaan (dengan) kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput;\n4.\n (berkenaan (dengan) suara) sedap bunyinya, merdu;\n \nbatu pun ~, jangankan hati manusia \n(peribahasa) hati manusia yang keras dapat dilembuntukan dengan perkataan yang manis dan lemah lembut;\nmengempukkan\n menjadikan empuk (melembuntukan dan lain-lain);\nkeempukan\n keadaan empuk, kegebuan:\naku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya." "empuk II\n[Perak];\nmengempuk\n memukul (dengan sesuatu)." "empul\n[arkaik];\nmengempul\n (berkenaan (dengan) perahu) terumbang-ambing (terapung-apung) tidak boleh mara kerana datang angin atau arus dari depan." "empulur I\nisi atau bahagian yang lembut dalam batang tumbuh-tumbuhan jenis palma, seperti kelapa, pinang, dan lain-lain;\n= mempulur II." "empulur II\n~ rimba \nsejenis tumbuhan (pokok), bungkal, simpuh gajah, \nRandia anisophylla;\n= mempulur I." "empunya\n1.\n pemiliknya, tuannya:\nharta pulang ke ~; \n2. = empunyai\n [arkaik] mempunyai, memiliki:\ntiap-tiap orang Lampung ada ~ kebun lada yang berisi seribu dua batang lada; \nbarang siapa ~ untung, ia beroleh Sita Dewi; \nyang ~ \n(orang) yang punya (tuannya, pemiliknya);\n= punya." "emsi\n[bahasa percakapan] pengacara majlis, juruacara majlis." "emu\nsejenis burung besar yang tidak dapat terbang, bentuknya seakan-akan burung unta (terdapat di Australia ), \nDromaius novaehollandiae." "emulsi\n(Kimia)\n1.\n koloid yang merupakan campuran dua atau lebih cecair yang tidak bercampur sepenuhnya, misalnya susu;\n 2.\n bahan peka cahaya yang terdapat pada permukaan filem fotografi;\n \ncat ~ \nsejenis cat yang pigmennya terampai, biasanya dalam resin sintetik, yang tersebar dalam air sebagai emulsi;\npengemulsian\n1.\n proses mencampurkan dua atau lebih cecair yang tidak bercampur sepenuhnya dengan menggoncang campuran tersebut;\n2.\n proses menambahkan bahan kimia kepada sesuatu emulsi untuk mengekalkan keadaan emulsinya;\npengemulsi\n1.\n bahan kimia yang ditambahkan kepada bahan lain dalam keadaan emulsi, seperti makanan, untuk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dan sebagainya tidak berubah, misalnya lesitin dalam marjerin;\n2.\n alat, seperti mesin pengisar untuk membuat emulsi secara mengaduk atau menggoncang campuran dua atau lebih cecair." "emunggai\nlemunggai." "en I\nukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em." "En. II\n[kependekan] Encik." "enak\n1.\n sedap, nyaman (rasa dan lain-lain):\nnasi lemak yang dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; \nmakanan yang ~; \n2.\n senang (badan, hati, dan lain-lain):\ngurunya memerhatikan muka mereka dengan pandangan yang kurang ~; \nCik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol;\n~ hati\n senang hati;\n \ntak ~ badan \nsakit sedikit;\nseenak\n sama enaknya (dengan);\nseenaknya\n sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati:\ntidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yang terbang dengan ~ sahaja menuju ke selatan;\nberenak-enak\n bersenang-senang, melakukan sesuatu dengan senang hati:\nia sedang ~ duduk di kebun bunga itu;\nmengenakkan\n1.\n menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan:\nmasukkanlah sedikit pati rasa untuk ~ lagi masakan itu; \npendengarannya janggal dan tidak ~; \n2.\n menyatakan (berpura-pura) enak:\nmakanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu;\nterenak\n1.\n yang paling enak;\n2.\n memperoleh kesedapan (kesenangan dan lain-lain);\nenak-enakan\n makanan dan lain-lain yang enak-enak, sedap-sedapan;\nkeenakan\n1.\n kesedapan;\n2.\n kesenangan, keseronokan;\n3.\n [Jakarta] menjadi terbiasa (biasanya hal yang kurang baik):\njangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dengan orang lain." "enakmen\nundang-undang atau statut." "enam\nbilangan lima dicampur satu (6, VI);\n \n~ belas \nbilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI);\n \n~ likur \n[sastera lama] [arkaik] dua puluh enam (26, XXVI);\n \n~ puluh\n bilangan yang besarnya enam kali sepuluh (60, LX);\nberenam\n berjumlah enam (orang dan lain-lain), enam (orang dan lain-lain) jumlahnya:\njangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah;\nkeenam\n yang nombor enam:\nkeempat, hulubalang yang bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yang bernama Panta Suta, ~, hulubalang yang bernama Sutama;\nkeenam-enam\n semua yang jumlahnya enam:\n~ murid itu pun pulang ke rumah." "enamel\n1.\n lapisan cat dan lain-lain yang berkilat pada permukaan logam dan lain-lain (untuk menghindarkannya daripada berkarat dan lain-lain);\n2.\n lapisan luar yang keras pada gigi." "enap I\nsesuatu yang bercampur dengan air dan lain-lain dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan;\nmengenap\n turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap;\nmengenapkan\n membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan;\nenapan\n1.\n enap;\n tanah ~ \ntanah yang telah bercampur dengan air dan mendak;\n2.\n (Geografi) bahan yang terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yang terdiri daripada campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dan sebagainya;\n3.\n pepejal yang terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa;\npengenapan\n proses mengenap atau mengenapkan." "enap II\n[Minangkabau] diam;\nmengenap, mengenap-enapkan\n memikirkan atau mempertimbangkan dengan teliti (sungguh-sungguh)." "enau\nsejenis tumbuhan (pokok), aren, kabung, \nArenga saccharifera;\n~ memanjat (mencari) sigai\n (peribahasa) perempuan mendapatkan (mencari) lelaki;\n \n~ sebatang dua sigainya \n(peribahasa)\na) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya;\n b) seorang perempuan yang menduakan suami;\n \nbagai ~ dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing \n(peribahasa) tidak semuafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja;\n \nmati ~ tinggal di rimba \n(peribahasa) jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi." "enca\n~-benca \nbercerai-cerai, bersepah-sepah." "encal I\nencal-encal\n terloncat-loncat (kanak-kanak yang dipegang kedua-dua belah telinganya dan diangkat ke atas ke bawah) turun naik." "encal II\nencal-encal\n [sastera lama] jangan tidak sahaja, tidak sungguh-sungguh atau hati-hati (berbuat sesuatu dan lain-lain)." "encang I\nencal (terloncat-loncat)." "encang II\nmengencang\n memukul (memalu) sesuatu dengan kerasnya." "encer\n[Jakarta]\n1.\n tidak keras dan tidak seperti gas, cair;\n2.\n bercampur air, tidak pekat atau kurang patinya (berkenaan (dengan) cecair yang mengandungi sesuatu zat);\n3.\n menjadi cair;\n4.\n lekas menerima pelajaran, lekas faham;\nmengencerkan\n menjadikan encer (cair, larut), mencairkan, melaruntukan;\nenceran\n cairan, larutan." "encik\n1.\n panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali;\n2.\n panggilan kepada ibu (bagi sesetengah orang);\n3.\n gelaran yang digunakan sebelum nama orang lelaki (yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku, dan sebagainya):\nE~ Ramli;\n~ laki-laki\n laki-laki yang menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah;\n \n~ perempuan \nisteri, nyonya rumah, orang rumah;\n 4.\n [Jakarta] panggilan kepada orang Cina asli;\nencik-encik\n seorang Cina asli;\nberencik\n menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap:\nmemang Hamid apabila bercakap dengan aku selalu ~; \nAh, jangan ~ juga lagi dengan saya, Suyono!\nmemperencik\n memanggil encik (kpada seseorang):\nsekarang engkau yang patut saya perencik." "encit\n[Cina] sejenis kain cita." "encok\n[Jakarta]\n1.\n kaku atau kejang (pada kaki atau tangan);\n2.\n sejenis penyakit sengal (sakit) pada sendi tulang dan otot." "encot\n[Jakarta] incut, tempang, capik;\n= incut." "enda\n~-semenda \n[Minangkabau] bermacam-macam perhubungan kekeluargaan yang terbit daripada perkahwinan:\nsegala famili, baik saudara ayah, baik daripada pihak ibu, ~-semenda, ipar besan, terutama keluarga yang perempuan, hendaklah hadir melepas mempelai itu." "endah\n= \n~ akan \npeduli (akan), acuh:\nsedikit pun dia tidak ~ akan nasihat kawan-kawannya;\n~ tak ~ \ntidak peduli langsung;\n \ntak ~ \ntidak peduli, tidak acuh;\nmengendahkan\n memberi perhatian kepada, memandang penting (mustahak, berharga, dan lain-lain), mempedulikan, mengacuhkan:\ndia tidak ~ larangan orang tuanya;\nperendahan\n perhatian, penghargaan:\nsegala adat lembaga bangsa Timur dapat ~ di kalbunya;\npengendahan\n perihal atau perbuatan mengendahkan." "endak\n[bahasa percakapan]\n1.\n hendak;\n2.\n tidak." "endal\nmengendal\n1.\n menganjal, memantul;\n2.\n mengasak, memadat, menjejal." "endan\nmengendan\n menolak (orang dan lain-lain) dengan badan (tangan dan lain-lain)." "endang\n[sastera lama]\n1.\n orang perempuan yang bertapa;\n2.\n anak perempuan atau isteri orang yang bertapa." "endap\nendap-endap, endapan\n sesuatu yang bercampur dengan air dan lain-lain dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar;\n \nendapan darah \nkentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);\nmengendap\n turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak;\nmengendapkan\n membiarkan supaya mengendap (mendak);\n= mendap, enap I." "endas\n[Jawa] [arkaik] kepala." "endasan\nlapik atau landasan (untuk memotong dan lain-lain)." "endemik\npenyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu." "endemiologi\nkajian tentang berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengan penyakit endemik." "endeng\nmengendeng\n menunjuk-nunjuk:\njanganlah ~ kuih itu kepada orang lain. Nanti diminta orang." "enderia\n= deria." "endilau\nsejenis tumbuhan (pokok)." "endodontik\ncabang ilmu pergigian yang berkaitan dengan penyakit pulpa gigi, termasuklah diagnosis, perawatan dan pencegahannya dan sebagainya." "endogami\n1.\n (Antropologi) perkahwinan sesama suku;\n2.\n (Biologi) pendebungaan antara dua bunga pada tumbuhan yang satu." "endok\n[Jawa] telur." "endokarditis\n(Perubatan) radang endokardium." "endokardium\n(Perubatan) membran yang melapisi rongga jantung dan membentuk sebahagian daripada injap." "endokarpa\n(Biologi) lapisan paling dalam, biasanya keras, pada perikarpa buah tertentu, misalnya tempurung kelapa." "endokrin\n(Biologi) berkenaan perembesan hormon oleh sesuatu organ atau struktur secara terus ke dalam darah atau limfa;\n \nkelenjar\n \n~\n kelenjar (seperti kelenjar adrenalina, kelenjar tiroid, dan lain-lain) yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah." "endokrinologi\nkajian tentang kelenjar endokrin dan rembesan hormonnya." "endolimfa\n(Perubatan) bendalir di dalam labirin bermembran yang terdapat di dalam telinga." "endon\n[Jakarta];\nmengendon, ngendon\n menumpang tidur (tinggal) di rumah orang (buat beberapa hari lamanya);\nendonan\n orang yang mengendon atau menumpang tidur;\n= endong." "endong\nmengendong\n menumpang tidur (bermalam) di rumah orang;\n= endon." "endoparasit\n(Biologi) parasit yang hidup dalam tubuh perumahnya, misalnya cacing pita." "endors\nmengendors\n [bahasa percakapan] mengakui (dokumen, cek, perjanjian dan sebagainya) sah dengan menurunkan tandatangan dan sebagainya;\n endorsan\n1.\n (Ekonomi) catatan di belakang cek sebagai tanda penerimaan:\n~ cek; \n2.\n(Undang-undang) catatan di belakang atau di bawah sesuatu dokumen;\n3.\n (Undang-undang) catatan di belakang writ, dokumen mahkamah dan sebagainya bagi menandakan dokumen telah disampaikan kepada orang berkenaan." "endoskop\nalat untuk memeriksa bahagian dalam organ yang berongga, seperti pundi kencing dan usus." "endoskopi\npemeriksaan bahagian dalam organ tubuh yang berongga dengan endoskop." "endosperma\n(Biologi) tisu pada kantung embrio tumbuhan berbiji, yang lazimnya menyimpan bahan makanan yang terurai semasa proses percambahan." "endoterma\nberkenaan proses atau tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran luar." "enduk\n[Jawa], [arkaik] panggilan kepada orang (anak) perempuan atau isteri." "endul\n[arkaik] buaian;\nberendul\n berayun di atas atau di dalam buaian:\n adat ~." "endus\n[Jakarta];\nmengendus\n1.\n mencium atau menghidu (bau);\n2.\n [kiasan] mencium, mulai menyedari atau mendapat tahu akan sesuatu (rahsia, gelagat, maksud, dan lain-lain):\nkonflik inilah yang sampai bocor dan diendus oleh orang surat khabar; \naku sendiri memang sudah ~nya sejak tadi lagi;\nterendus\n [kiasan] tercium, diketahui:\nYusof ragu sebentar, takut kalau-kalau ~ bahawa apa yang dikatakannya itu sekadar ingin memulai pembicaraan saja." "endut I\n[bahasa percakapan] teman lelaki atau teman wanita;\nberendut\n1.\n bertemu atau keluar dengan endut untuk berbual-bual mesra, makan dan sebagainya;\n2.\n mempunyai endut." "endut II\nendut-endutan\n [Indonesia], [bahasa percakapan] bergerak-gerak, berdenyut-denyut, berdebar-debar." "enek\n[Jakarta] berasa seperti hendak muntah, muak, mual." "enema\n(Perubatan)\n1.\n pemasukan cecair ke dalam dubur, terutamanya untuk memudahkan buang air besar;\n2.\n cecair yang dimasukkan ke dalam dubur, terutamanya untuk memudahkan buang air besar." "enes\n[Jawa];\nmengenes\n merana kerana berasa sedih atau pilu dalam hati;\nmengeneskan\n memilukan, menyedihkan." "enga\n[Jakarta] tahu (faham, sedar akan)." "engah\nengah-engah, mengengah-engah, terengah-engah\n \n1.\n mengap-ngap, tercungap-cungap, termengah-mengah:\nsetibanya di atas jambatan, ia menurunkan barang-barang itu dengan terengah-engah; \n2.\n [kiasan] tergesa-gesa, cepat." "engak\n[Indonesia] bingung, termangu-mangu." "engap\n[Jakarta];\nengap-engapan\n terengah-engah, tercungap-cungap." "engas\n[Jakarta] bau busuk." "engeh\n= engah." "enggak I\n[Jakarta] tidak:\naku ~ takut." "enggak II\ntempat pulut (seperti burung rupanya), katang-katang." "enggan\ntidak mahu, tidak suka:\njika seperti itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; \nia ~ berjalan dengan Ramli;\n~ jikalau \n[sastera lama] kecuali (melainkan, jika tidak);\n~ seribu daya, mahu sepatah kata \n(peribahasa) jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya;\nenggan-enggan\n hendak tidak hendak, mahu tidak mahu;\nmengenggankan\n tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan:\nrasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjuntukan pekerjaan itu;\nkeengganan\n ketidaksudian, ketidakmahuan:\n~nya untuk ikut serta dalam pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; \nmereka ~ untuk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dari kampung mereka." "enggang I\nsejenis burung dalam famili Bucerotidae (yang ada cula di atas paruhnya yang besar), burung jawa;\n~ belantara \nsejenis burung\n, Rhyticeros plicatus;\n~ belukar = ~ buluh \nsejenis burung, \nAnorrhinus galeritus;\n~ bulu = ~ jambul putih \nsejenis burung, \nBerenicornis comatus;\n~ papan\n sejenis burung, \nBuceros bicornis;\n~ lilin = ~ kenyalang \nsejenis burung, \nBuceros rhinoceros;\n~ apa kepada ~, orang apa kepada orang \n(peribahasa) susah senang kita, kita yang merasakannya, susah senang orang tinggallah pada orang (masing-masing menjaga sendiri);\n \n~ lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya \n(peribahasa) menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dan lain-lain kejadian itu;\n \nburung pipit sama ~ , (mana boleh sama terbang) \n(peribahasa) perhubungan atau perjodohan yang tidak sama padan, manakan boleh selamat;\n \nmakanan ~ hendak dimakan oleh pipit \n(peribahasa) hendak melakukan sesuatu yang bukan padan dengan taraf (kesanggupan dan lain-lain);\n \n(men)dengar(kan) cakap ~\n (peribahasa) mendengarkan cakap orang atau musuh binasa sudahnya;\n \npipit meminang anak ~ \n(peribahasa) orang yang miskin (kecil-kecil dan lain-lain) meminang anak orang kaya (besar-besar dan lain-lain) tentu tidak munasabah;\n \nselama ~ mengeram \n(peribahasa) lama benar;\n \nyang ~ sama ~ juga, yang pipit sama pipit juga\n (peribahasa) berkaum (berkahwin dan lain-lain) elok dengan yang sama pangkat (kedudukan, taraf, dan lain-lain)." "enggang II\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nKnema geminata." "enggat\nsenggat, had, hingga, takat." "enggeh\n[Jawa] ia." "engget\n[Jakarta];\nmengengget\n mengait (buah dan lain-lain)." "enggil\n[arkaik];\nberenggil, berenggilan\n bergerigis, bergerigi." "enggokan\n[Jawa] selekoh atau kelok (jalan, sungai, dan lain-lain)." "engkah I\n[Cina] perekat, gam (untuk melekatkan kayu)." "engkah II\nengkah-engkah, engkah-engkahan\n \n1.\n belum empuk, masih keras, setengah masak (benda yang direbus);\n2.\n mengkal, belum masak betul (buah-buahan)." "engkak\n[Jawa] burung gagak, \nCorvus spp." "engkap\nengkap-engkip, terengkap-engkip\n turun naik (seperti rumput dipijak);\n \n~ bagai rumput di tengah jalan \n(peribahasa) hidup merana kerana sakit atau miskin." "engkau\nganti nama diri kedua (untuk orang yang setaraf atau yang lebih rendah, digunakan juga untuk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak;\n lawan aku;\nsi engkau\n [sastera lama] orang yang disebut engkau, orang rendahan:\njikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dengan titah tuanku patik sekalian pertuanlah;\nberengkau\n menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap untuk menunjukkan hubungan yang mesra dan tidak formal:\ntapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya." "engkerurai\n(Seni Muzik) sejenis alat tiup kaum Iban." "engkil\nterengkil\n benggal-benggil (berkenaan (dengan) kulit batang kayu)." "engkip\nengkap-~; \n= engkap." "engko I\n[Cina] abang, kakak." "engko II\n[bahasa percakapan] berkawan, bersekutu atau berpakat (dengan), berkongsi berniaga;\nengkoan\n [bahasa percakapan] syarikat perdagangan bersama, perniagaan bersama." "engkoh\n[Perak];\n~nya \nrupa-rupanya." "engkol\nsejenis alat untuk memusing (menghidupkan) enjin kereta dan lain-lain;\nmengengkol\n memutarkan engkol (untuk menghidupkan enjin kereta dan lain-lain)." "engkong\n[Cina] [bahasa percakapan] datuk laki-laki, kakek." "engku\n1.\n sebutan kepada orang yang berketurunan raja:\n~ puan; \n2.\n sebutan kepada orang yang dihormati (guru dan lain-lain):\nYang mana ~ Datuk?, tanya Sultan Baginda; \n3.\n [Minangkabau] pak cik, paman, mamak;\n4.\n [Minangkabau] sebutan kepada datuk;\nberengku\n menggunakan perkataan engku (apabila bercakap-cakap):\nmasyarakat pun sudah berpatik, ~ kepada mereka." "engkuk\nsejenis burung yang bunyinya kuk, kuk." "engkunai\nsejenis tumbuhan (pokok) yang kuat kayunya." "engsel\n1.\n sejenis sendi besi yang menyambungkan daun pintu (tingkap dan lain-lain) dengan jenangnya dan lain-lain (sehingga daun pintu dan lain-lain boleh dibuka tutup);\n2.\n alat pengubah arah rel (pada jalan kereta api), wisel;\nberengsel\n ada engselnya, bersendi:\ntengkorak itu melekat seperti ~ pada tulang belakang." "engsot\nberengsot, berengsot-engsot\n1.\n bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot;\n 2\n. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dari garis tepi, inden,\n tidak ~ daripada bibir \n(peribahasa) selalu disebut-sebut;\nmengengsot\n1.\n berengsot:\nia ~ menuju ke meja itu; \n2. = mengengsotkan\n menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan." "enigma\nseseorang atau sesuatu yang membingungkan." "enjak I\nmengenjak\n memijak;\nmengenjak-enjak\n memijak-mijak, menghentak-hentakkan kaki." "enjak II\n[bahasa percakapan] sejak." "enjal\nmengenjal\n1.\n mengisi penuh-penuh atau menjejal mulut (dengan makanan);\n2.\n jatuh terperenyuk;\n3.\n memantul." "enjelai\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) daripada jenis padi, \nCoix lachrymajobi;\n \nbagai tidur di atas ~ \n(peribahasa) sangat gelisah (kerana risau dan lain-lain)." "enjet\nbergaya atau geliang-geliut (sewaktu berjalan atau bergerak)." "enjin\nmesin untuk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kepada daya atau gerakan mekanik;\n~ diesel\n = \n~ penyalaan mampatan \nenjin yang menggunakan minyak diesel dan benzina untuk bahan apinya;\n \n~ gas \nenjin yang menggunakan gas mudah terbakar, seperti gas asli dan gas arang batu sebagai bahan api;\n \n~ haba \nenjin untuk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik;\n \n~ pembakaran dalam \nenjin yang membakar bahan api dalam silinder dan menukarkan tenaga haba yang terhasil terus kepada tenaga mekanik;\n \n~ petrol \nenjin pembakaran dalam yang menggunakan minyak petrol sebagai bahan api;\n \n~ stim \n= \n~ wap \nenjin yang digerakkan (dijalankan) oleh kuasa wap." "enjot\n[Jakarta] turun naik, jungkang-jungkit, unggang-unggit." "enjut\nenjut-enjut\n \n~ semut\n sejenis permainan kanak-kanak;\nmengenjut\n1.\n menggerakkan perlahan-lahan, menarik atau mengangkatnya perlahan-lahan, menggerakkan turun naik;\n2.\n = \nmengenjut-enjut\n turun naik\n:\n \ndidengarnya anak-anak dara itu ketawa riang, ketawa yang pada mulanya ~, kemudian memanjang-manjang pula;\nterenjut-enjut\n (bergerak dan lain-lain) turun naik (tinggi rendah):\nia berjalan ~; \nbahunya ~;\nenjutan\n gerakan (goncangan) turun naik:\n~ bas itu memuakkan tekak juga." "enkerabab\n(Seni Muzik) sejenis kordofon dua tali kaum Iban." "enkeratong\n(Seni Muzik) sejenis kordofon empat tali atau lebih kaum Iban." "enkeromong\n(Seni Muzik) sejenis gong perunggu kecil kaum Iban." "enklaf\n1.\n (Geografi) sebahagian daripada wilayah sesebuah negara yang dikelilingi seluruhnya oleh wilayah negara asing, mengikut perspektif orang yang di luar wilayah tersebut;\n2.\n (Antropologi) sekumpulan orang yang berbeza dari segi budaya, sosial, intelektual dan sebagainya daripada kumpulan orang di sekeliling mereka." "enologi\nkajian tentang wain." "enom\n[Jawa] [arkaik] muda." "enrolmen\nbilangan orang yang mendaftarkan diri sebagai pelajar di institusi (kolej dan sebagainya):\napabila pelajar baru mendaftar pada Julai ini, ~ pelajar akan meningkat sehingga melebihi sepuluh ribu." "ensefalitis\n(Perubatan) radang pada otak yang disebabkan oleh agen jangkitan (seperti bakteria, virus atau parasit), ataupun yang disebabkan kecederaan." "ensiklopedia\nbuku, biasanya dalam banyak jilid, yang mengandungi maklumat am tentang segala cabang pengetahuan atau maklumat tuntas tentang sesuatu cabang pengetahuan." "ENT\n[kependekan] \near, nose and throat\n(iaitu telinga, hidung dan tekak):\npakar ~." "entah\n1.\n = \nentahkan\n tidak tahu:\nsiapa dia? ~; \nmacam mana perkara ini mahu diselesaikan? ~lah; \nentahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yang hilir, angin yang lalu dan burung yang terbang; \n2.\n kalau-kalau, barangkali, boleh jadi:\n~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; \njikalau Paduka Tuan mau melanggar pada malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; \n3.\n sama ada \u2026 atau \u2026:\n~ setuju, ~ tidak, kita buat juga;\nentah-entah\n1.\n kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan:\n~ dia sudah tidak ada lagi di situ; \n2.\n = \nberentah\n;\n3.\n [arkaik] keturunan yang kelima atau keenam;\n4.\n [arkaik] kiraan atau hitungan nilai wang yang terkecil sekali;\nberentah\n mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan);\nentah-berentah\n [Minangkabau] anu (tidak diketahui dengan tepat, hanya khayalan semata);\n \nnegeri ~ \n[sastera lama] negeri anu." "entang\n[Kedah];\ntak ~ \ntidak peduli, tidak endah." "entang I\n[Perak];\ntak ~\n tidak peduli, tidak endah, tidak hormat:\nbudak-budak itu tak ~ pada siapa-siapa pun." "entang II\n[Perak];\nentangkan\n sementang, walaupun, sungguhpun." "entang III\n[bahasa percakapan] tentang." "entar\n[Jakarta]\n1.\n singkatan bagi sebentar;\n2.\n nanti;\n \n~ malam \nnanti malam." "entat\n[Kedah];\nterentat\n tidak boleh menjadi besar (buah-buahan dan lain-lain), terbantut." "ente\n[Arab] [Jakarta] engkau." "entek\nmengentek\n menampi atau mengindang (beras dan lain-lain)." "enten\n[Indonesia-Belanda];\nmengenten\n menempelkan potongan pohon atau tampang pada pohon lain (supaya bercabang), mencantumkan." "enteng\nringan, mudah;\nmengentengkan\n meringankan, memudahkan;\nmengenteng-entengkan\n menganggap mudah (ringan):\nG. Eton ~ bidang ini;\n entengan\n sesuatu yang dianggap ringan atau mudah:\nhasil sastera itu ~ sahaja, sulitnya tidak seberapa;\nkeentengan\n keringanan, kemudahan." "enteritis\n(Perubatan) radang pada usus (terutamanya usus kecil) yang dicirikan dengan cirit-birit." "enterostomi\n(Perubatan) pembentukan bukaan kekal secara pembedahan dari luar tubuh ke dalam usus melalui dinding abdomen, untuk dijadikan sebagai dubur buatan dan sebagainya." "enterotomi\n(Perubatan) sebarang pembedahan pada usus." "enterozoa\n(Biologi) parasit haiwan yang terdapat di dalam usus." "entigis\n[kata seru] bahagian sungai yang paling hulu:\n kawasan ~ sungai Rejang akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan." "entiti\nsesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri:\nseterusnya sebagai data kajian, sastera harus diamati sebagai ~ yang bebas daripada konteks sejarah." "entomofili\n(Biologi) pendebungaan yang dilakukan oleh serangga." "entomologi\nkajian tentang serangga\n." "entong\n[Jakarta] panggilan kepada anak lelaki." "entot\n[Jakarta];\nmengentot\n [bahasa kasar] bersetubuh (dengan)." "entre\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] belanja masuk (untuk melihat sesuatu pertunjukan), wang pertaruhan (seperti yang dibayar dahulu ketika menjadi ahli persatuan dan lain-lain)." "entrepot\n1.\n gudang untuk barang-barang perdagangan;\n2.\n pusat perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yang menjadi tempat mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan." "entri\n1.\n perkara (butiran, maklumat, dan lain-lain) yang dimasukkan ke dalam sesuatu senarai (rakaman dan lain-lain):\nsemua ~ disusun mengikut susunan abjad;\n2.\n karya (ciptaan dan lain-lain) yang dikemukakan untuk menyertai sesuatu pertandingan dan sebagainya:\ndaripada beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13 buah sahaja yang berjaya memenangi hadiah anjuran ESSO-GAPENA; \n3.\n kata atau ungkapan utama dalam kamus yang disusun mengikut urutan abjad yang disertai takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dan sebagainya, kata masukan." "entrisme\namalan menyusup masuk ke dalam sesebuah pertubuhan politik yang sedia ada dengan tujuan mengubah ideologi atau dasarnya dan sebagainya." "enuresis\n(Perubatan) keluarnya kencing secara luar kawal, terutamanya sewaktu tidur." "enzim\n(Biologi) bahan kimia yang terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan, dan lain-lain) yang menyebabkan perubahan kepada bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri:\nair liur mengandungi ~ yang boleh menghancurkan kanji dalam makanan untuk dijadikan gula yang boleh larut." "enzimologi\nkajian tentang enzim." "eolit\nbatu yang digunakan sebagai alat untuk memotong, merodok dan sebagainya pada Zaman Batu Awal." "EON\nakronim bagi Edaran Otomobil Nasional Berhad." "epak\nmengepak\n [Indonesia] mengambil hak atas sesuatu yang mendatangkan hasil (faedah) dengan membayar wang (sewa dan cukainya), memajak.\nmengepakkan\n menyewakan atau memajakkan hak buat masa tertentu atas tanah (bangunan, dan lain-lain) yang mendatangkan hasil (faedah) dengan bayaran tertentu;\npengepakan\n perbuatan mengepak(kan);\npengepak\n orang yang mengepak." "epal\nsejenis pokok yang buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau, merah atau kuning dan boleh dimakan." "epek I\ntiang belat tempat mengikat bahagian atas dan bawah bidang belat." "epek II\n[Jawa] sejenis ikat pinggang." "epentesis\n(Linguistik) penyisipan sesuatu huruf atau bunyi ke dalam kata, terutamanya kata pinjaman, tanpa perubahan maknanya supaya sesuai dengan bunyi bahasa peminjam itu, misalnya penyisipan huruf \ne \ndalam kata \ngelas." "epidemik\ntercetusnya sesuatu penyakit yang menghinggapi banyak orang dalam sesuatu daerah pada sesuatu masa, wabak." "epidemiologi\nkajian tentang penyakit epidemik." "epidermis\nlapisan kulit yang paling luar." "epidiaskop\nprojektor untuk menayangkan gambar benda-benda legap atau lut sinar." "epididimis\n(Biologi) tiub berlingkar di belakang testis, tempat laluan, simpanan, dan pematangan sperma." "epifenomena\nfenomena sekunder atau tambahan." "epifit\n(Biologi) tumbuhan herba yang menggunakan tumbuhan lain atau benda (seperti dinding bangunan) untuk mendapatkan sokongan fizikal (tanpa mendapatkan makanan daripada tumbuhan yang ditumpangi), misalnya anggerik, lumut." "epifora\n(Linguistik) pengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat dalam rangkap atau ayat yang berturutan untuk mencapai kesan stilistik tertentu, misalnya rima di akhir baris dalam rangkap syair." "epiglotis\n(Biologi) struktur rawan nipis dekat pangkal lidah yang berfungsi menutup bukaan larinks semasa proses menelan supaya makanan atau minuman tidak termasuk ke dalam paru-paru." "epigoni\norang yang meneruskan dan memperkembang karya-karya seniman daripada angkatan yang telah lalu." "epigraf\n1.\n tulisan yang terdapat pada tugu, bangunan, dan sebagainya, prasasti;\n2.\n petikan yang dicetak pada bahagian awalan buku atau pada permulaan bahagian atau bab buku yang menggambarkan tema buku yang berkenaan." "epigrafi\nkajian tentang prasasti." "epigram\n1.\n puisi (sajak) yang pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir;\n2.\n ungkapan atau perkataan yang pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir." "epik\n1.\n puisi (sajak) panjang yang menceritakan bakti seseorang pahlawan (biasanya pahlawan dalam sejarah atau legenda);\n2.\n karya sastera, filem, dan lain-lain yang menjadikan bakti kepahlawanan sebagai perkara sesebuah epik:\nia telah berjaya menarik perhatian kita untuk melihat Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah ~ kebangsaan yang tinggi nilainya." "epikarpa\n(Biologi) lapisan paling luar pada perikarpa buah tertentu. \nepilepsi\n (pilpsi) (Perubatan) sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang tidak sedar dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak, (penyakit) gila babi, sawan." "epileptik\nberkenaan penyakit epilepsi:\npesakit ~." "epilog\n1.\n bahagian akhir sesebuah karya atau drama yang memberi komen atau ringkasan tentang karya yang berkenaan;\n2.\n ucapan ringkas atau puisi yang diungkapkan oleh seseorang pelakon kepada penonton pada penghujung sesebuah persembahan drama." "epimenorea\n(Perubatan) kedatangan haid yang terlalu sering dan tidak teratur dengan jangka masa kitar kurang daripada 28 hari." "episiotomi\n(Perubatan) pembedahan yang dibuat pada bukaan faraj semasa melahirkan anak supaya bayi mudah dikeluarkan." "episod\nsatu bahagian daripada sesebuah karya sastera atau drama yang muncul dalam beberapa bahagian selama satu-satu tempoh." "episode\n[Indonesia-Belanda] episod." "epistaksis\n(Perubatan) perdarahan dari hidung." "epistemologi\nteori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan." "epitaf\npenyataan ringkas memperingati orang yang meninggal dunia atau peristiwa yang lalu (pada batu nisan atau monumen)." "epitome\norang atau benda yang merupakan contoh atau teladan yang unggul sesuatu sama ada dari segi kualiti, kelas dan sebagainya." "epizoit\n(Biologi) haiwan yang melekap pada badan haiwan lain tetapi tidak mendapatkan makanan daripada haiwan yang ditumpanginya." "epok I\nsejenis kampit kecil bertutup yang dianyam daripada mengkuang dan lain-lain untuk bekas sirih (pinang dan lain-lain)." "epok II\nII; \nberepok\n berada dalam pelukan atau pegangan (seperti anak kecil dalam pelukan ibunya);\nmengepok\n memeluk (biasanya kanak-kanak)." "epok-epok\nsejenis kuih yang berintikan sayur." "epolet\ntanda pangkat dan lain-lain yang dipakai di bahagian bahu pakaian seragam, terutamanya pakaian seragam tentera." "eponim\nnama tempat, institusi dan sebagainya yang terbit daripada nama seseorang." "epos\npuisi (sajak) pahlawan yang diperturunkan dari mulut ke mulut." "EPRD\n[kependekan] \nEducational Planning and Policy Research Division \n(iaitu Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, iaitu salah satu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab menyelidik dan menyediakan perancangan dasar pendidikan kebangsaan)." "epsilon\nhuruf kelima dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol E, \u03b5." "epsom\ngaram ~\n serbuk putih (magnesium sulfat hidrat) yang digunakan sebagai julap." "Er\nsimbol kimia bagi erbium." "era\n1.\n jangka masa tertentu (yang lama) dalam sejarah:\npenelitian rekod dari ~ penjajahan dan revolusi; \n2.\n jangka masa tertentu yang dianggap mempunyai sesuatu keistimewaan:\nbeberapa pandangan untuk ~ baru perjuangan;\n~ perkembangan seni lukis; \nboleh dikatakan tahun 1920-an dan 1980-an merupakan ~ peluasan penjajahan Amerika." "erak I\n[arkaik] lelah." "erak II\nbererak, mengerak\n1.\n berpisah atau bercerai (daripada), bergerak perlahan-lahan;\n2.\n berurai atau menjadi lepas dan terbuka (lingkaran rotan dan lain-lain);\nmengerak, mengerakkan\n1.\n menguraikan, melepaskan atau membuka (lingkaran rotan, dawai, dan lain-lain);\n2.\n menceraikan atau memisahkan." "eram\nmengeram\n1.\n duduk di atas telur supaya panas dan menetas (berkenaan (dengan) ayam dan sebagainya):\nhanya ayam betina sahaja yang ~;\n2.\n duduk mengendap (seperti harimau, kucing, dan lain-lain yang hendak menangkap mangsanya);\n3.\n [kiasan] selalu duduk di rumah atau di sesuatu tempat sahaja:\nkalau ~ di rumah sahaja manalah nak tahu hal orang;\n4.\n [Minangkabau] lendut, rendah, lekuk (lantai, jalan, dan lain-lain);\n \nselama enggang ~ \n(peribahasa) terlalu lama;\nmengerami\n mengeram di atas sesuatu (biasanya telur);\n~ telur orang\n (peribahasa) mengahwini perempuan yang telah mengandung;\n \nseumpama telur sesarang dierami induknya\n (peribahasa) perihal anak-anak yang sama-sama berjaya kerana diberi layanan dan pemeliharaan yang saksama;\nmengeramkan\n menjadikan telur dierami, menetaskan (dengan mengerami);\npengeraman\n perihal (perbuatan) mengerami;\npengeram\n = \nmesin ~\n sejenis alat yang mengeluarkan haba untuk menetaskan telur." "erang\n= erangan\n keluhan atau rintihan (kerana kesakitan dan lain-lain):\nia mendengar terus-menerus ~ isterinya pada malam sepi itu;\nmengerang\n1.\n mengeluh kerana kesakitan, merintih:\nia mendengar suara ayahnya ~ kesakitan;\n2.\n [kiasan] men" "erang I\n[sastera lama] hitam, biru kehitam-hitaman." "erang II\n~-erot\n tidak lurus, herot-berot, bengkang-bengkok." "erat\n1.\n kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dan lain-lain):\nAmiruddin menggenggam tangan Hawa ~; \ndi sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yang masih ~ menyusu; \n2.\n kukuh, teguh (janji dan lain-lain), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dan lain-lain):\nia memegang nasihat itu dengan ~nya; \nperhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;\nmengeratkan\n1.\n menjadikan (genggaman, ikatan, dan lain-lain) erat:\nsebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah;\n2.\n menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dan lain-lain;\nmempererat\n menjadikan lebih erat:\nmenggunakan sukan sebagai alat untuk ~ tali persahabatan; \ndia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;\nkeeratan\n keteguhan, kekariban (dalam persaudaraan, ikatan, dan lain-lain):\nsaudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam;\npengerat\n seseorang atau sesuatu yang mengeratkan:\n ~ hubungan." "erau\nmengerau\n menziarahi (ke rumah orang mati)." "erbium\n(Kimia) sejenis unsur nadir bumi yang digunakan dalam peranti laser dan pembuatan aloi." "ercis\n[Indonesia-Belanda] sejenis kacang kara." "ere\n[Kelantan],[Terengganu] kehendak, kemahuan:\nkamu jangan ikut ~ dia sangat, nanti dia mengada-ngada." "ereh\n[Jawa], [arkaik];\nmengereh\n memerintah, mengemudikan." "ereksi\nkeadaan zakar yang membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat." "erepsin\n(Biologi) sejenis enzim dalam usus kecil." "erg\nunit tenaga dalam sistem metrik." "ergonomik\nkajian tentang hubungan antara pekerja dengan persekitaran tempat kerja, seperti aspek-aspek kejenteraan, peralatan, dan keadaan kerja." "ergosterol\n(Biologi) sterol yang terdapat dalam kulat, yis dan sebagainya dan menghasilkan vitamin D apabila terkena sinaran ultraungu." "erik\nmengerik\n memekik, menjerit, mendering (berkenaan (dengan) gajah), merengkik (berkenaan (dengan) kuda)." "eritrosit\n(Biologi) sel darah merah." "erong I\nI; \nerong-erong\n = \nlubang ~ \nlubang tempat mengalirkan air (dalam kapal, empang, dan lain-lain)." "erong II\n[Kedah], [Kelantan];\nmengerong\n menggunting serong." "erot I\n[Jakarta];\nbererot, bererotan\n berduyun-duyun, berderet-deret, berjejal-jejal." "erot II\n[bahasa percakapan] herot:\nerang-~." "erotik\nmembangkitkan nafsu syahwat, mengghairahkan, memberahikan:\npenjualan majalah lucah yang penuh dengan gambar yang ~ hendaklah dicegah segera." "erotika\nkarya berbentuk buku, gambar dan sebagainya yang membangkitkan nafsu syahwat." "erotisisme\n(Perubatan)\n1.\n naluri atau keinginan seks;\n2.\n keadaan memberahikan, keberahian." "erpah\ntanah ~ \n[bahasa percakapan] tanah sewa yang disewakan turun-temurun (dengan had waktu yang tertentu)." "erti\n1.\n maksud yang terkandung dalam sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dan lain-lain), makna:\nkata pekerja telah digunakan sebagai pengganti kata kuli pada zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dalam masyarakat bahasa Indonesia; \n2.\n [kiasan] guna, faedah, kepentingan:\nlebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kepada penghidupan kita sekarang;\n~ kata \nmakna (konsep) kata, maksud, takrif;\n \n~ kiasan \nerti yang dilambangkan (bukan erti yang biasanya atau sebenarnya);\n \n~ (yang) mendatang \nerti lain yang terbit daripada sesuatu makna asal;\nseerti\n serupa atau sama ertinya;\n \nkata ~ \nkata yang ertinya sama atau hampir-hampir sama dengan kata (kata-kata) yang lain;\nbererti\n1.\n mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna:\nseringkali apa yang diucapkannya tidak ~ sama sekali;\n2\n. ertinya, bermakna, bermaksud:\nini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dalam pertubuhan dunia itu; \n3.\n berguna, berfaedah, mustahak, penting:\nbagi kita yang sudah lama menderita ini, bantuan yang sebanyak itu tidak ~ langsung; \n4.\n sebenarnya, sama halnya dengan:\nmembiarkan sahaja kampung yang dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kepada anasir jahat;\n keberertian\n keadaan bererti:\n ~ sosial daripada iltizam mereka yang sentiasa berubah\n;\nmengerti\n mengetahui atau memahami erti (kepentingan dan lain-lain) yang terkandung (dalam perkataan, ucapan, perbuatan, dan lain-lain):\nia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yang dilihatnya;\ndimengerti\n difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya):\nbuku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi untuk ~ akan isinya;\nmengertikan\n1.\n menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan:\nbatu nisan itu mempunyai tulisan yang tidak dapat diertikan; \nmaka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; \nkalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju;\n2.\n membuat atau menjadikan (orang dan lain-lain) mengerti;\nertian\n tafsiran;\npengertian\n1.\n fahaman, tanggapan (gambaran) berkenaan sesuatu:\nkecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dalam kira-kira; \n2.\n erti, gagasan, idea, konsep:\nmengikut ~ sains, istilah pernafasan itu meliputi segala proses mengubah tenaga; \n3.\n persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi):\ntidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; \n4.\n penerangan, penjelasan:\nperkataan baik digunakan untuk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan." "eru\nsejenis tumbuhan (pokok), cemara, \nCasuarina equisetifolia; \n= ru." "es\n[Indonesia] ais, air batu;\n \n~ lilin \n(\nloli\n) ais krim batang;\ndies\n dimasukkan (disejukkan) dalam ais." "esa\nsatu, tidak lebih dan tidak kurang daripada satu, tunggal;\n \nkurang ~ empat puluh \ntiga puluh sembilan;\n \nTuhan yang ~\n Tuhan yang hanya satu;\n~ hilang, dua terbilang\n (peribahasa) terus berusaha dengan keazaman hingga tercapai cita-cita;\n \nberbilang dari ~, mengaji dari alif \n(peribahasa) membuat sesuatu itu hendaklah dimulai dari permulaannya;\nmengesakan\n membuat (menjadikan, menganggap, dan lain-lain) satu:\naku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya;\nesa-esaan\n keseorangan, berasa sunyi;\nkeesaan\n perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal:\n~ Tuhan." "esak\nsakit ~ \nsejenis penyakit susah bernafas;\nmengesak, teresak, teresak-esak\n tersedu-sedu (menangis):\ntiba-tiba dia ~, dia menangis; \nJaliah menangis teresak-esak seorang diri;\nesakan\n sedu-sedan:\nMinah makin kuat menangis, ~nya makin kencang." "ESCAP\nakronim bagi\n Economic and Social Commission for Asia and the Pacific \n(Suruhanjaya Ekonominomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik)." "escudo\nunit mata wang utama Portugal." "esei\nkarangan prosa (yang biasanya lebih pendek daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk:\nmenurut definisi Encyclopedia Britannica, ~ ialah satu karangan yang berpatutan panjangnya." "eseis\npenulis esei." "esek I\ndemam ~ \nsejenis penyakit demam yang menyebabkan kulit kering dan bersisik." "esek II\ndaun ~ nanah \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar pisang-pisang jantan, \nUvaria purpurea." "eselon\n1.\n tingkat pangkat (kedudukan) dalam sesuatu organisasi, masyarakat dan sebagainya:\n~ atasan; \n2.\n formasi yang terdiri daripada beberapa kapal terbang, kapal atau trup dan sebagainya yang bergerak berturut-turut dan ke sisi antara satu sama lain dalam susunan seperti tangga." "esen\nbahagian yang paling penting daripada sesuatu perkara (benda dan lain-lain), sari:\n putar mentega dan masukkan ~ vanila." "esensi\nhal (unsur) yang pokok, inti:\n kita dapat menerima hal ini sebagai ~ daripada apa yang mungkin disebut kepercayaan \u2018statis\u2019." "eskalator\ntangga bergerak untuk membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan." "eskapisme\ntindakan atau kecenderungan melarikan diri daripada kenyataan dengan menumpukan fikiran kepada sesuatu perkara lain (biasanya yang kurang baik) daripada masalah yang dihadapi sebagai langkah untuk mencari ketenangan:\n ada juga yang berkarya kerana tekanan jiwa, lalu dicurahkan pada kertas sebagai suatu ~\n." "eskatologi\ncabang teologi atau kepercayaan agama yang berkaitan dengan berakhirnya dunia." "eskot\npengiring (bersenjata ataupun tidak) untuk melindungi (menghormati) seseorang." "esofagus\n(Biologi) bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut." "esok\n1.\n hari selepas hari ini, besok:\n~ kita ke Pulau Pinang;\n~nya\n hari selepas hari itu;\n2.\n kemudian hari, nanti, kelak;\n \n~ lusa \na) esok atau lusa;\n b) esok atau pada suatu waktu yang akan datang nanti;\nberesok\n esok, besok;\n \n~nya \nesoknya;\nmengesokkan\n = \n~ hari \nmenangguhkan hingga esok;\nkeesokan; \n~ harinya \n= \n~nya \nesoknya." "esoterik\nhanya difahami, diketahui atau dihayati oleh sebilangan kecil orang sahaja (berkenaan (dengan) faham, kepercayaan, puisi dan lain-lain):\npuisi ~.\nEsperanto\n (speranto) bahasa buatan antarabangsa yang sebahagian besarnya berdasarkan kata-kata yang dikongsi oleh bahasa-bahasa utama di Eropah." "espionaj\nperbuatan mengintip bagi mendapatkan rahsia politik (ketenteraan, perindustrian, dan sebagainya) dengan menggunakan pengintip:\n sesuai dengan cerita penyiasatan dan ~\n." "esplanad\nkawasan lapang yang rata dan panjang, tempat orang bersiar-siar atau berjalan-jalan, biasanya di tepi laut. \nesprit de corps\n (spri de ko) (Perancis) semangat setia kawan di kalangan ahli sesuatu kumpulan." "estafette\n[Indonesia-Belanda] perlumbaan lari (berenang) berganti-ganti." "ester\n(Kimia) sebatian yang terbentuk daripada tindak balas antara asid dengan alkohol." "estet\n1.\n ladang atau kebun (getah, kelapa, dan lain-lain) yang luasnya lebih daripada seratus ekar;\n2.\n kawasan yang sudah dimajukan dengan pembinaan bangunan (kilang dan sebagainya);\n \n~ perindustrian \nkawasan yang dimajukan untuk keperluan perindustrian." "estetik\nberkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (terutamanya dalam bidang seni):\nsebenarnya, pertelingkahan ini adalah antara nilai ~ yang dihubungkan dengan akademi abad ke-19." "estetika\ncabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa, dan lain-lain." "estetisisme\nfahaman bahawa prinsip estetik mendasari semua penilaian yang dibuat oleh manusia." "estriol\n(Biologi) hormon estrogen yang terdapat semula jadi dalam air kencing wanita hamil." "estrogen\n(Biologi) hormon seks yang merangsang perubahan pada organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder pada mamalia betina." "estrus\n(Biologi) tempoh berlakunya pembentukan ovum pada haiwan betina (tempoh ini berbeza-beza antara spesies haiwan yang berlainan)." "eta\nhuruf ketujuh dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol H, \u03b7." "etak\nsejenis kerang sungai, gayam\n, Asaphis spp." "etalase\n[Indonesia-Belanda] sejenis tingkap di kedai untuk mempamerkan barang-barang dagangan." "etanol\n(Kimia) nama saintifik bagi alkohol." "etanolamina\n(Kimia) sejenis sebatian organik berbentuk cecair likat, tidak berwarna, berbau seperti ammonia dan larut campur dalam air, aseton dan metanol, biasanya digunakan sebagai pelarut, untuk membuat detergen, cat emulsi dan penggilap." "etek\n[Minangkabau] panggilan kepada emak saudara yang bongsu, bibi, mak cik." "eter\n(Kimia)\n1.\n cecair mudah terbakar, meruap, digunakan sebagai pelarut dan ubat bius;\n2.\n sebatian organik yang diterbitkan daripada alkohol dengan menyingkirkan air." "etika\n1.\n ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral;\n2.\n prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dan lain-lain);\n \n~ perubatan\n nilai dan garis panduan yang harus dipatuhi oleh para doktor dalam pengamalan perubatan masing-masing;\nberetika\n mempunyai atau berpegang kepada etika, berakhlak, bermoral:\namalan yang tidak ~ itu perlu dihentikan segera." "etiket\n1.\n kertas yang bertulis dengan nama (alamat dan lain-lain) yang ditampalkan pada botol dan lain-lain;\n2.\n adat dan peraturan berkenaan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu):\nwanita bangsa kita belum mahir tentang ~ yang lazim di rumah-rumah orang besar." "etil\n(Kimia) radikal hidrokarbon monovalen yang terbit daripada etana." "etimologi\ncabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata." "etimon\n(Linguistik) bentuk kata yang menjadi sumber penerbitan bentuk kata lain, misalnya kata Austronesia Purba *\nhijav\n menjadi sumber kepada kata \nhijau\n (Melayu), \nijo\n (Jawa) dan \nhilau\n (Tagalog)." "etiologi\n1.\n kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit;\n2.\n kajian atau falsafah tentang sebab-musabab." "etnik\nberkenaan bangsa manusia:\nia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu kaum; \nmasyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama." "etno-\nawalan asing \nras, etnik atau budaya, misalnya \netnografi \ndan \netnologi." "etnobotani\nkajian tentang pengetahuan dan adat resam sesuatu suku bangsa yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya." "etnogeni\ncabang etnologi yang berkaitan dengan asal usul ras." "etnografi\ncabang antropologi yang berkaitan dengan pemerian saintifik tentang masyarakat manusia." "etnolinguistik\ncabang linguistik antropologi yang mengkaji sikap penutur terhadap bahasanya, khususnya bentuk yang digunakan untuk mewujudkan keakraban:\nberdasarkan kajian ~, bahasa Bajau merangkumi dialek campuran." "etnologi\ncabang antropologi yang mengkaji rumpun (suku, kumpulan) bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dengan yang lain." "etnomuzikologi\nkajian tentang muzik pelbagai etnik dan budaya." "etnosentrik\ncenderung menganggap masyarakat (budaya dan sebagainya) sendiri lebih unggul daripada masyarakat (budaya dan sebagainya) lain:\ninilah pemikiran ~ yang menganggap tamadun dan budaya barat lebih tinggi dan maju." "etnosentrisme\n(Antropologi) pandangan atau sikap yang percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul daripada golongan atau kebudayaan etnik lain." "etok\n[Kelantan], [Terrenganu] sejenis kerang sungai, gayam, \nAsaphis spp.: kalau kamu rebus ~ itu, jangan lupa bubuh serai." "etologi\nkajian saintifik tentang kelakuan binatang." "etos\nsifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dan lain-lain:\npelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita.\nEu\n simbol kimia bagi europium." "eufemisme\nungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar, misalnya \nbuang air kecil\n untuk \nkencing\n." "eufoni\n(Linguistik) gabungan bunyi yang menyenangkan, terutamanya dalam ucapan." "eufonium\n(Seni Muzik) sejenis alat tiup yang mempunyai empat injap." "euforia\n1.\n (Perubatan) keriangan yang berlebihan yang boleh dicetuskan oleh dadah atau penyakit mania;\n2.\n rasa gembira yang amat sangat:\nkita boleh menjadi ghairah dan tenggelam dalam ~ wawasan 2020." "eugenik\nkajian kaedah untuk menghasilkan ras manusia yang lebih baik melalui pembiakan berpilih." "euglena\nsejenis protozoa air tawar yang ada ciri tumbuhan juga, \nEuglena spp\n." "eulogi\nucapan (secara lisan atau tulisan) yang memuji atau menyanjung pencapaian seseorang atau sifat peribadinya yang luhur." "euro\nunit mata wang bagi negara anggota Kesatuan Eropah." "eurodolar\nmata wang Amerika Syarikat yang didepositkan di bank di luar Amerika Syarikat, terutamanya di Eropah, untuk tujuan perdagangan." "europium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang lembut, mulur, mudah bertindak balas, berwarna putih perak, dan digunakan dalam televisyen warna dan laser." "euroyen\nmata wang Jepun yang didepositkan di bank di Eropah untuk tujuan perdagangan." "eutanasia\n(Perubatan) perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab." "evasif\nsikap mengelak diri daripada sesuatu tanggungjawab, tindakan, dan sebagainya:\n sikap ~ setengah-setengah ahli kumpulan boleh menjejaskan kemajuan kerja yang telah dirancangkan." "evolusi\n1.\n perubahan secara beransur-ansur pada haiwan atau tumbuhan, daripada satu generasi kepada generasi lain;\n2.\n perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pada bentuk yang lebih kompleks:\n sudah terbukti bahawa sesuatu masyarakat itu menerima perubahan, sama ada secara ~ atau revolusi;\nberevolusi\n berkembang secara beransur-ansur:\nbulu dikatakan berasal daripada struktur epidermis yang ~ daripada sisik reptilia." "ewa\n[Jawa] segan, enggan, tidak suka." "ewah\n[kata seru] kata untuk memuji, menyindir, menghina dan sebagainya seseorang." "ex gratia\n(Latin) (Undang-undang) diberikan atau dibuat sebagai suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang:\nbayaran ~." "ex officio\n(Latin) (Undang-undang) atas dasar, memandangkan atau disebabkan jawatan." "ex parte\n(Latin) (Undang-undang) bagi pihak atau kepentingan sebelah (satu) pihak sahaja:\nsebelum ini beliau telah mendapat perintah sementara hak penjagaan anak dalam permohonan secara ~ pada bulan lepas." "Exco\nakronim bagi\n1.\n \nExecutive Councillor \na) Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik, sama ada oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri di Malaysia untuk menganggotai badan eksekutif kerajaan negeri;\n b) ahli jawatankuasa sesebuah pertubuhan atau persatuan, biasanya yang besar;\n2.\n \nExecutive Council \na) badan eksekutif yang membuat dasar bagi kerajaan negeri;\n b) jawatankuasa pertubuhan atau persatuan." "eyang\n[Jawa] datuk, nenek." "f I\nhuruf keenam abjad Rumi." "F II\n[kependekan] Fahrenheit (ukuran suhu):\n 80~." "F III\nsimbol kimia bagi fluorin." "fa\n1.\n huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80);\n2.\n huruf ke-22 abjad Jawi." "faal\n[Arab] alamat (sesuatu yang akan terjadi), tanda-tanda;\n membuka ~\n melihat tenung (untuk meramalkan sesuatu);\nmemfaalkan\n meramalkan (dengan melihat tanda-tanda)." "faal II\n[Arab]\n1.\n perbuatan, kerja;\n \n~ iman (taubat) \ndoa menyatakan iman (taubat);\n2.\n [Indonesia] kerja atau fungsi alat tubuh (seperti jantung dan lain-lain)." "fabel\n1.\n cerita pendek yang bertujuan untuk menyampaikan pengajaran moral, biasanya berwatakkan binatang;\n2.\n cerita atau legenda tentang watak atau peristiwa sakti atau mitos." "fabrik\nkain yang dibuat daripada benang dengan cara menenun dan sebagainya." "fadihat\n[Arab] aib, cela, nista;\nmemfadihatkan\n mengaibkan, mencela, menistakan:\n jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat." "fadil\n[Arab] mulia, berpangkat tinggi, terkemuka (kerana berilmu):\n ulama yang ~." "fadilat\n[Arab] kemuliaan, ketinggian, kelebihan (dalam beribadah):\n~\n \nsembahyang sunat subuh\n." "faedah\n1.\n guna, manfaat:\n apa ~nya mencintai orang yang tidak mencintai kita; \n2.\n bayaran yang dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga:\n kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun;\n~ terakru \nfaedah terkumpul yang belum dijelaskan;\nberfaedah\n berguna, bermanfaat, memberi keuntungan:\n nampaknya tidaklah ~ negara yang berjiran menentang satu sama lain." "fagosit\n(Biologi) sejenis sel, seperti sel darah putih, yang dapat memusnahkan mikroorganisma atau benda asing seperti bakteria untuk melindungi tubuh daripada terkena jangkitan." "faham\n1.\n =\n fahaman\n pengetahuan dalam fikiran mengenai sesuatu, pengertian:\n~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; \n2.\n fikiran atau anggapan dan sebagainya yang menjadi pegangan seseorang, pendapat:\n~ mereka saling bercanggah;\n3.\n tahu dan mengerti benar akan sesuatu:\naku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; \n4.\n kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu:\n~\n \nkomunisme\n;\n~ kapitalis \nfaham yang menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme;\n \n~ kapitalis laissez-faire \nfaham yang menganjurkan kegiatan ekonomi yang bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan);\n \n~ sosialis\n faham yang menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan);\n \n~ sosialis Marx\n faham sosialis yang disebarkan oleh Karl Marx;\n \n~ taakul \nfaham yang menganggap pemikiran yang dapat diterima, yang merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dan lain-lain);\n~nya bagai getah cair \n(peribahasa) [Minangkabau] tidak tetap pendirian;\n \nangan lalu ~ tertumbuk\n (peribahasa) [Minangkabau] kemahuan ada tetapi tidak berdaya;\nsefaham, sefahaman\n1.\n sependapat, sekeyakinan:\nmereka sehaluan dan sefahaman; \n2.\n setuju (dengan);\nbersefahaman\n bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju:\nsetiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain;\nkesefahaman\n keadaan sefaham:\n pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~\n;\npersefahaman\n perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan:\ndengan perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;\nberfaham 1. = berfahaman\n mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dan lain-lain):\nrakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan daripada ~ kenegaraan; \n2.\n bijaksana, berbudi, berakal:\nia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;\nmemahami\n1.\n tahu dan mengerti benar akan sesuatu:\ndia dapat ~ setiap pelajaran yang diajarkan oleh gurunya dengan baik; \n2.\n menyelami perasaan seseorang:\nibunya amat ~nya;\n3.\n memandang, menganggap:\ndia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sebagai suatu kebengisan;\nmemahamkan\n1.\n memberitahu (supaya difahami):\nMingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; \n2.\n mengecamkan (supaya difahami):\nlihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;\nkefahaman\n keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dan sebagainya):\noleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yang sebenarnya ialah ~ pelajar;\nketidakfahaman\n perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami:\n itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;\npemahaman\n perihal memahami, apa yang difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan:\nkesan yang paling ketara yang saya peroleh daripada kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sebagai tatacara hidup yang lengkap." "faharasat\n(Parsi) (nombor) senarai (daftar), katalog." "Fahrenheit\nskala suhu yang menunjukkan takat sejuk beku air pada 32?F dan takat didih 212?F." "fail\n1.\n kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dan sebagainya disimpan secara tersusun:\nsurat-surat itu disimpannya hati-hati dalam ~;\n 2\n. \nmaklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dan sebagainya;\n 3.\n (Komputer) sekumpulan data atau maklumat yang berkaitan dan sebagainya yang mempunyai nama tertentu dan dianggap sebagai suatu unit storan;\nberfail-fail\n beberapa banyak fail:\ndia perlu menyemak ~ surat yang ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti;\nmemfailkan\n1.\n memasukkan ke dalam fail, menyimpan dalam fail:\ntiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; \n2.\n mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dan sebagainya) secara rasmi supaya dapat didaftarkan:\nkami akan ~ notis untuk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; \ndia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;\n pemfailan\n proses (perbuatan dan sebagainya) memfailkan:\nsistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dalam komputer;\n~ surat penting harus dibuat secara sistematik." "fajar\n1.\n dinihari, subuh;\n \n~ sidik\n dinihari benar, menjelang pagi;\n2.\n cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit;\n \n~ menyingsing (merekah) \nmulai pagi hari." "fajir\n[Arab] lelaki yang jahat pekerti yang suka melakukan maksiat (seperti penzina dan tukang sihir)." "fajirah\n[Arab] perempuan yang jahat pekerti yang suka melakukan maksiat." "fakir\n[Arab]\n1.\n (orang yang) berpendapatan kurang daripada pendapatan orang miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian):\ntiap-tiap hari Jumaat, baginda mengurniakan sedekah kepada ~ dan miskin;\n2.\n [sastera lama] saya (yang miskin ini):\napa kerja tuan datang ke rumah ~? \n3.\n orang yang sengaja atau dengan kerelaan sendiri mengalami atau menanggung serba kekurangan dalam hidupnya untuk mendapat kesempurnaan batin:\nbaginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana;\n~ miskin\n golongan yang sangat berkurangan (sangat miskin):\n bantuan makanan juga akan diberikan kepada ~ miskin;\nkefakiran\n perihal (keadaan) fakir." "faks\ndokumen dan sebagainya yang dihantar melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dan sebagainya;\nmemfakskan\n menghantar faks:\nmesej penting ini akan difakskan kepada semua pemimpin parti." "faksimile\nsalinan yang betul-betul menyerupai yang asal, seperti gambar atau teks." "fakta\n1.\n sesuatu yang benar-benar berlaku;\n2.\n sesuatu yang benar dan boleh dibuktikan;\n3.\n maklumat tentang seseorang atau sesuatu;\n \n~ adjudikasi \n(Undang-undang) perkara fakta berkaitan dengan pihak-pihak dalam prosiding pentadbiran berbanding dengan fakta-fakta perundangan." "faktografi\n(Linguistik) proses merakamkan data tentang semua aktiviti peristilahan seperti orang perseorangan, organisasi, kegiatan, pusat pengajian tinggi, dan statistik untuk tujuan dokumentasi dan rujukan." "faktor\n1.\n unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil:\nkekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yang menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yang kukuh; \n2.\n (Matematik) nombor yang menjadi pembahagi kepada sesuatu nombor lain dengan tepat atau tanpa baki, misalnya 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah faktor bagi 15;\n~ pengeluaran\n (Ekonomi) faktor fizikal yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha;\n \n~ pertengahan pengeluaran\n faktor yang menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh);\n \n~ utama pengeluaran\n dua faktor (tanah dan buruh) yang menghasilkan barang-barang;\npemfaktoran\n1.\n (Ekonomi) kaedah mengambil alih risiko hutang yang belum dibayar dengan mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan);\n2.\n (Matematik) perbuatan mencari faktor kepada sesuatu nombor." "faktual\nberdasarkan kenyataan:\n bersedia memberikan pendapat yang ~ dan ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan." "faktur\n[Indonesia-Belanda] senarai nama barang yang dijual (dikirim) dengan butir tertentu (seperti harga, banyaknya, dan lain-lain)." "fakula\n(Ast) kawasan cerah pada permukaan matahari, yakni kawasan yang 10 peratus lebih cerah pada sekeliling permukaan matahari." "fakultas\n[Indonesia] fakulti." "fakultatif\n[Indonesia-Belanda] tidak diwajibkan (pelajaran dan lain-lain)." "fakulti\n1.\n sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti:\n~ perubatan;\n~ sains; \n2.\n wakil fakulti untuk sesuatu pertandingan dan lain-lain:\npertandingan bola sepak yang akan diadakan minggu depan ialah antara ~ perubatan dengan ~ pertanian; \n3.\n kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad:\nhanya manusia sahajalah yang mempunyai kesemua ~ ini; \nmanusia itu ialah sejenis makhluk bermasyarakat yang selalu menggunakan ~ pemikiran yang kritis untuk meneliti dan mendalami masalah masyarakatnya." "falah\n[Arab] kemenangan, kejayaan." "falak\n[Arab]\n1.\n bulatan langit, lengkung langit, cakerawala;\n2.\n = \nilmu ~ \nkajian saintifik tentang bintang, matahari, bulan, dan planet yang terdapat dalam alam semesta;\n \nahli ~ \norang yang ahli dalam ilmu falak." "falkon\nsejenis burung pemangsa daripada famili Falconidae yang terbang pantas dan boleh dilatih untuk memburu burung dan haiwan kecil lain." "falsafah\npengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain;\n \nahli ~ \norang yang ahli dalam falsafah, ahli fikir;\nberfalsafah\n memikirkan secara mendalam tentang sesuatu:\nsekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan kemanusiaan;\nkefalsafahan\n segala hal (sifat, ciri) yang berkaitan dengan falsafah:\n yang penting, adanya nada ~ di dalamnya." "FAM\n[kependekan] \nFootball Association of Malaysia\n (Persatuan Bolasepak Malaysia)." "FAMA\nakronim bagi \nFederal Agricultural Marketing Authority\n (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)." "famili\n1.\n keluarga:\ndalam ~ saya, anak yang diharapkan saya seorang; \n2.\n kerabat, sanak saudara:\nhampir tiap bulan datang ~ku dari kampung; \n3\n. salah satu kategori pengelasan benda hidup antara order dengan genus;\nberfamili\n berkeluarga, berkerabat, bersanak saudara:\naku sekarang telah kenal hidup ~." "fana\n[Arab] tidak kekal, lawan baqa;\n \nberpindah dari negeri yang ~ ke negeri yang baqa \nmeninggal;\nmemfanakan\n [sastera lama] meniadakan, memusnahkan:\nmaha suci bagi Allah yang tinggi ketuhanan-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya dan lagi akan difanakan-Nya segala makhluk kemudian dijadikan-Nya;\nkefanaan\n perihal (keadaan) tidak kekal\n." "fanatik\n(orang yang) keterlaluan pada sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dengan keagamaan):\nHj. Samad sangat ~ dalam hal agama;\nkefanatikan\n perihal fanatik:\nseniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia." "fanatisisme\nkeyakinan (kepercayaan) yang amat kuat terhadap sesuatu." "fani\n[Arab], [sastera lama] dapat musnah (rosak, mati);\n= fana." "fantasi\n1.\n imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan:\nuntuk dapat mencipta cerita yang baik, diperlukan ~; \n2.\n ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan:\npada kesimpulannya, semua drama adalah ~; \n3.\n sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya);\n \nsapu tangan ~\n sapu tangan untuk perhiasan;\n \nsaku ~ \nsaku yang tidak digunakan (hanya untuk perhiasan sahaja);\nberfantasi\n berkhayal, berangan-angan;\nmemfantasikan\n mengkhayalkan,mengangan-angankan." "fantastik\n1.\n penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata:\ntidak ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; \ndrama sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; \n2\n. \nbagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan." "FAO\n[kependekan] \nFood and Agricultural Organisation\n (Pertubuhan Makanan dan Pertanian)." "faqih\n[Arab] orang yang ahli dalam ilmu fiqah atau bidang-bidang lain yang diiktiraf dalam pengajian Islam:\nseorang ulama adalah seorang ~." "farad\n(Fizik) SI unit bagi kapasiti arus elektrik." "faraid\n[Arab];\nhukum (ilmu) ~\n hukum (ilmu) berkenaan dengan pembahagian pusaka (dalam agama Islam)." "faraj\n[Arab] kemaluan perempuan." "faraq\n[Arab] perbezaan, kelainan;\n jauh ~\n jauh bezanya;\n= fariq." "fardu\norang Islam, yang apabila dilaksanakan oleh seseorang antara mereka, yang lain bebas daripada tanggungjawab itu, misalnya mengebumikan mayat;\nmemfardukan\n menjadikan fardu, mewajibkan:\nsesungguhnya Allah SWT telah ~ ibadat puasa pada bulan Ramadan, bukan pada bulan-bulan lain\n." "faringitis\n(Perubatan) radang pada farinks." "farinks\n(Biologi) bahagian salur makanan yang terletak di antara mulut dan esofagus." "fariq\n[Arab] berbeza, berlainan, terpisah;\n= faraq." "Farisi\npenganut aliran agama Yahudi zaman dahulu." "farmakologi\nsains atau kajian tentang ubat-ubatan, termasuk sifat, tindakan, dan kegunaannya." "farmakopeia\nbuku yang mengandungi senarai ubat, disertai dengan maklumat tentang kegunaan, kaedah penyediaan, dos, dan formula setiap ubat yang disenaraikan." "farmaseutikal\nberkaitan dengan ubat-ubatan atau farmasi:\nindustri ~." "farmasi\n1.\n kemahiran dan kegiatan (kerja) membancuh dan menyediakan ubat-ubatan;\n \nahli ~ \norang yang terlatih dalam bidang farmakologi, juruubat;\n2.\n tempat ubat dan bahan-bahan perubatan diberikan, dispensari." "farsakh\n[Arab], [sastera lama] ukuran panjang yang sama dengan 3 batu atau 4.8 kilometer." "Farsi\n[sastera lama] Persia, Iran;\nParsi II." "fasa\nperingkat atau tahap dalam rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan, kegiatan, kemajuan, dan lain-lain):\nprojek tersebut dilaksanakan dalam dua ~, dan ~ pertama dimulakan pada tahun 1984." "fasad\n[Arab] kerosakan, kebinasaan, keburukan." "fasakh\n[Arab]\n1.\n pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak sahihnya nikah (seperti perkahwinan adik-beradik seibu sebapa);\n2.\n pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu (seperti suami gila, lemah tenaga batin, dan sebagainya) atas aduan isteri;\nmemfasakhkan\n membatalkan atau membubarkan ikatan perkahwinan (oleh mahkamah atau kadi):\nseseorang isteri boleh memohon perintah Mahkamah Syariah supaya ~ perkahwinan mereka jika ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak." "fasal\n[Arab]\n1.\n bahagian daripada bab seksyen tertentu dalam dokumen undang-undang:\nbab yang pertama terdiri daripada lima belas ~; \npada ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua; \n2.\n pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara:\nyang dibincangkan itu ~ yang tidak penting; \napalah kakanda gaduhkan ~ itu; \n3.\n berkenaan hal, mengenai, perihal:\n~ itu, serahkan saja pada aku; \n4.\n kerana, sebab:\nterkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;\n~ timbang tara \n(Undang-undang) fasal yang dibuat dalam perjanjian untuk membolehkan pihak yang terlibat merujuk kepada penyelesaian timbang tara." "faset\n1.\n permukaan yang diasah rata (pada permata atau kaca);\n2.\n segi, sudut (daripada sesuatu perkara)." "fasid\n[Arab]\n1.\n rosak, binasa;\n2.\n batil (tidak sah):\nwalaupun kandungan itu hasil daripada nikah ~." "fasih\n1.\n lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah;\n \n~ lidah \n= \nberlidah ~ \nlancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata;\n2.\n lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dalam sesuatu bahasa lain), petah:\n~ berbahasa Perancis;\nmemfasihkan\n menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dalam sesuatu bahasa), memetahkan;\nkefasihan\n perihal fasih, kepetahan:\n~nya bertutur dalam bahasa Melayu membanggakan kami;\n~ berkata-kata." "fasik\nfasiq." "fasilitator\norang yang membimbing (memandu) sesuatu program pembelajaran dan pengajaran\n: guru harus berperanan sebagai ~ supaya pelajar dapat dipimpin untuk menghasilkan sesebuah karangan yang baik." "fasilitet\n[Indonesia-Belanda] kemudahan (untuk mengerjakan sesuatu dan lain-lain)." "fasiq\n[Arab]\n1.\n tidak mempedulikan perintah Allah:\ngolongan yang ~; \n2.\n berdosa besar, buruk (jahat) perangai:\njangan gila hendak membuat kerja yang ~ itu; \n3.\n orang yang berdosa besar (buruk kelakuan, jahat);\nmemfasiqkan\n menganggap (mengira, mengatakan, dan lain-lain) fasiq;\nkefasiqan\n perihal fasiq, kejahatan, kegilaan:\nhijrah daripada kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kepada ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan\n." "fasis\npenganut faham nasional yang didasarkan pada pemerintahan yang bertindak atas kekuasaan daripada hak-hak demokratik." "fasisme\nsistem (pandangan) politik puak pelampau yang berhaluan kanan yang bersifat diktator (seperti yang kelihatan di Itali buat pertama kali antara 1922 hingga 1943)." "fatal\n[Indonesia-Belanda] celaka, untung malang (kemalangan) yang tidak dapat dielakkan." "fatalis\norang yang berserah atau bergantung sepenuhnya pada nasib." "fatalisme\nkepercayaan bahawa perjalanan hidup manusia itu ditentukan oleh nasib dan di luar kawalan manusia:\nkejujuran Moleire terhadap pembetulan masyarakat Perancis ialah dengan membetulkan ~ dan anarkisme yang terdapat dalam masyarakat." "fatalistik\ncenderung, percaya atau berpegang kepada nasib:\nsebagai khalifah Allah, masyarakat Islam tidak boleh bersikap ~, sebaliknya harus aktif, dinamik, kreatif dan produktif." "fatamorgana\n1.\n sesuatu yang bersifat khayalan \n2.\n sejenis logamaya." "fatan\n[Arab] cerdik, pandai." "fatanah\n[Arab] bijaksana (salah satu sifat Rasulullah SAW yang wajib dipercayai)." "fathah\n[Arab] tanda bacaan huruf Arab yang menandakan bunyi /a/, baris di atas." "fatimah\nakar (kacip, kunci, selusuh) ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), pokok pinggang, tadah matahari, \nLabisia pothoina; \npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), akar seru malam, bawal hutan, \nPhyllagathis rotundifolia." "fatir\n[Arab] [arkaik] tidak beragi (roti)." "fatom\nunit untuk mengukur kedalaman sesuatu (seperti laut, lombong dan sebagainya) yang bersamaan dengan 1.83 meter (atau 6 kaki)." "Fattah\n[Arab];\nya ~ alkulub\n ya Pembuka segala hati (Allah)." "fatwa\n[Arab] keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak);\nberfatwa\n memberikan (mengeluarkan) fatwa:\npemimpin yang jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan;\nmemfatwakan\n memberikan fatwa." "faul\n1.\n perbuatan, tindakan dan sebagainya yang melanggar sesuatu peraturan dalam permainan atau sukan:\nsetiap ~ yang dilakukan oleh pemain akan dicatatkan oleh pengadil; \npemain itu telah melakukan banyak ~; \n2.\n batal kerana tidak mematuhi peraturan dalam permainan atau sukan (berkenaan (dengan) pukulan, dan lain-lain);\n pukulan ~ \npukulan yang menyalahi peraturan sukan atau permainan seperti badminton, tae kwan do dan sebagainya." "fauna\n(Biologi) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu:\nhutan lembap tropika mengandungi setengah daripada hidupan liar, flora, dan ~ di dunia ini." "faundri\n(Kejuruteraan) tempat logam atau kaca dileburkan dan dijadikan benda yang mempunyai bentuk tertentu:\n~ besi." "FBI\n[kependekan] \nFederal Bureau of Investigation\n (sebuah agensi pengadilan di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dengan penyiasatan kes jenayah)." "Fe\nsimbol kimia bagi ferum." "Feb\n[kependekan] Februari." "Februari\nbulan kedua dalam tahun Masihi yang biasanya mengandungi 28 hari (dalam tahun lompat ada 29 hari)." "federal\n[Indonesia-Belanda] yang bersekutu (negeri-negeri dan lain-lain);\nkaum ~ \norang yang menganut (menghendaki) faham negara yang berbentuk persekutuan;\n negara ~ \nnegara yang dibentuk daripada negeri-negeri yang bersekutu." "federasi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n gabungan badan-badan perhimpunan;\n2.\n persekutuan (negeri-negeri)." "FELCRA\nakronim bagi \nFederal Land Consolidation and Rehabilitation Authority\n (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan)." "FELDA\nakronim bagi \nFederal Land Development Authority\n (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)." "feldspar\nbatu berhablur yang berwarna putih atau merah." "feloni\n(Undang-undang) jenayah yang sangat berat di sisi undang-undang, seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya." "felt\nsejenis fabrik yang agak tebal dan kuat, diperbuat daripada bulu biri-biri dan sebagainya yang dimampatkan." "feminin\n1.\n berkaitan dengan ciri-ciri wanita atau kewanitaan:\ntugas-tugas seumpama itu amat sesuai dengan sifat mereka yang lemah lembut dan ~; \n2.\n (Linguistik) berkaitan dengan kata yang memiliki ciri yang dikaitkan dengan keperempuanan." "feminis\npenyokong feminisme." "feminisme\ngerakan atau faham yang menuntut persamaan hak wanita seperti yang dinikmati oleh kaum lelaki." "femur\n(Biologi) tulang yang paling panjang dan paling besar di dalam tubuh, yang bersendi dengan lutut di bawah dan pelvis di atas, tulang paha." "feng syui\nseni (dalam tradisi masyarakat Cina) menentukan kedudukan dan reka bentuk sesebuah kubur, bilik, bangunan dan sebagainya agar dapat membawa tuah kepada penghuninya dan sebagainya:\nsebagai seorang yang pakar dalam bidang ~, perkara pertama yang dilakukannya adalah meninjau persekitaran luar dan dalam hotel tersebut; \nmengikut amalan ~, pintu masuk apa-apa bangunan pun tidak elok menghadap ke hospital." "fenobarbiton\n(Perubatan) sejenis ubat penenang yang digunakan untuk merawat epilepsi dan penyakit sukar tidur." "fenol\n(Kimia)\n1.\n kumpulan sebatian organik aromatik yang mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil;\n2.\n sebatian organik aromatik, berbentuk hablur putih, dan digunakan untuk membuat minyak wangi, pencelup, dan lain-lain." "fenologi\nkajian tentang sesuatu fenomena pada organisma berhubung dengan faktor iklim dan faktor lain, misalnya perpindahan burung disebabkan oleh faktor iklim, dan pembungaan yang berlaku pada masa tertentu dalam setahun atau sehari." "fenomena\n1.\n sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan:\n~ alam semula jadi;\n~ sejarah; \n2.\n sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik." "fenomenon\nfenomena\n." "fenotip\nciri yang kelihatan pada sesuatu organisma, yang terhasil daripada saling tindakan antara gen organisma dengan sekitaran." "feret\nsejenis binatang kecil seakan-akan memerang yang dipelihara untuk membunuh tikus, menghalau arnab dan sebagainya." "feri\nsejenis bot atau kapal untuk mengangkut penumpang, kenderaan, dan lain-lain menyeberangi sungai, selat, dan sebagainya." "fermentasi\npenapaian:\n gas yang dikeluarkan akibat tindak balas\n \n~\n ." "fermi\n(Fizik) unit ukuran panjang yang bersamaan dengan 10-15meter, digunakan untuk mengukur jarak (dalam bidang fizik nuklear atau fizik atom)." "feromon\n(Biologi) bahan seperti hormon yang dirembeskan oleh haiwan tertentu, yang mempengaruhi kelakuan haiwan lain dalam spesies yang sama." "ferum\nunsur logam yang digunakan untuk membuat keluli, besi." "ferus\nberkaitan dengan atau mengandungi besi:\n~ oksida." "festival\n1.\n kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dan lain-lain) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dengan konsep dan tujuan yang tersendiri, pesta:\nF~ Filem Malaysia ke-11; \n2.\n perayaan keagamaan (kebudayaan dan sebagainya) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu peristiwa dan sebagainya, pesta:\nF~ Kuih Bulan." "fesyen\ngaya pakaian, kosmetik, tingkah laku, dan lain-lain, (terutamanya yang terbaru) yang menjadi kegemaran ramai:\nberbagai-bagai ~ rambut dapat kita lihat hari ini;\nberfesyen\n menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain):\nseperti gadis-gadis lain, Rosnani gemar ~;\nmemfesyenkan\n membuat atau membentuk mengikut fesyen:\njangan sekali ~ rambut yang tidak sesuai dengan raut wajah, umur, atau tempat." "fetisy\n(Psikologi)\n1.\n objek yang sangat merangsang keinginan atau keghairahan nafsu syahwat seseorang;\n2.\n sesuatu, misalnya gambar seseorang yang dipuja, dan barang tertentu, yang boleh menimbulkan kegilaan atau perasaan yang tidak rasional pada seseorang." "fetisyisme\n(Psikologi)\n1.\n kesukaan atau kegemaran yang sangat kuat terhadap sesuatu objek atau aktiviti yang dapat merangsang keghairahan nafsu syahwat;\n2.\n pemujaan sesuatu objek seperti kasut, baju dan rambut, yang melambangkan seseorang yang dikasihi." "fetor\n fetur\n (ftur) (Portugis) [sastera lama] kepala perwakilan syarikat perdagangan, orang yang ketiga daripada perwakilan syarikat perdagangan." "fetus\n(Biologi) anak haiwan viviparus (haiwan yang melahirkan anak) yang belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pada manusia anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan sehingga saat kelahiran)." "feudal\nberasaskan (bersifat, berkaitan dengan) feudalisme;\nkefeudalan\n keadaan feudalisme:\nsifat ~ Tikus Rahmat semalam jelas semasa dia menjadi pemimpin." "feudalisme\n1.\n sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan;\n2.\n sistem pembahagian tanah kepada kaum bangsawan di Eropah pada zaman dahulu (dengan kaum petani yang mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kepada kaum bangsawan yang menjadi tuan punya tanah)." "feudalistik\nberasaskan (bercorak, bersifat) feudalisme, feudal:\nunsur-unsur budaya ~ harus ditinggalkan, termasuk pendewaan seseorang tokoh." "fi I\n(Undang-undang) bayaran yang dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional, seperti khidmat guaman, perancangan dan sebagainya." "fi II\nhuruf ke-21 abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u03a6, \u03c6." "fibril\n(Biologi)\n1.\n struktur bebenang halus yang terdapat pada gentian otot;\n2.\n serabut akar yang paling halus." "fibrin\n(Biologi) protein tak larut yang terbentuk daripada fibrinogen semasa penggumpalan darah." "fibrinogen\n(Biologi) sejenis protein globulin yang larut di dalam darah, bertukar menjadi fibrin semasa proses penggumpalan darah oleh tindakan enzim trombin." "fibroid\nsejenis ketumbuhan yang tidak mengakibatkan barah (benigna)." "fibrosis\n(Perubatan) pembentukan tisu berserat pada sesuatu struktur atau organ akibat kecederaan, inflamasi dan sebagainya." "fibula\n(Biologi) tulang betis yang terletak di sebelah luar (tulang) tibia." "FIDA\nakronim bagi \nFederal Industrial Development Authority \n(Lembaga Pembangunan Perindustrian Persekutuan)." "fidah\n[Arab] [sastera lama] perak." "fidyah\n1.\n denda sebab tidak mengerjakan sesuatu fardu:\n ~ untuk puasa;\n2.\n denda atau ganti rugi yang mesti dibayar kerana melukai atau membunuh orang, diat." "fidzah\n[Arab] \n= fidah\n." "FIFA\nakronim bagi \nFederation of International Football Associations\n (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa)." "figura\nperwakilan (representasi) (terutamanya bentuk manusia) dalam lukisan atau ukiran:\n ini dilambangkan oleh ~ yang bersendirian pulang, memikul sebuah bakul." "figuratif\nmenunjukkan makna (perkataan, rangkai kata, dan sebagainya) yang lebih abstrak atau imaginatif daripada makna biasanya, bersifat kiasan atau lambang:\nsejauh mana keberhasilan seseorang penulis skrip itu mengolah dialognya sebagai bahasa kreatif yang sifatnya imaginatif, dan ~." "fiil\n[Arab]\n1.\n perbuatan, kerja;\n \nkata ~ \nark perbuatan;\n2.\n kelakuan, perangai:\nSultan Mahmud terlalu baik ~nya." "fikir\n1.\n ingatan, angan-angan, akal:\n~ itu pelita hati; \ndaya ~ \ndaya atau keupayaan (untuk) berfikir;\n \n~ sebelit\n = \nkurang ~ \ntidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik);\n \ntak habis ~\n tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu);\n \nahli ~ ahli falsafah\n;\n2.\n anggapan, pendapat, sangka, kira:\npada ~nya, tidak akan kita datang;\n~ku \nsangkaku, pada sangkaanku;\nberfikir\n menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu dan sebagainya), mempertimbangkan (dalam ingatan):\nia ~ bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya; \nia pun ~ lalu berkata;\n~ panjang \nmempertimbangkan baik-baik;\nberfikir-fikir\n berfikir dengan mengambil kira berbagai-bagai faktor dengan agak lama, misalnya untuk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dan sebagainya:\nMastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yang harus dihubunginya;\nberfikirkan\n berfikir mengenai sesuatu;\nmemikir\n1.\n berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu:\nia kelihatan mengeruntukan kening seolah-olah ~ sesuatu; \n2.\n menyangka, menganggap:\napa yang kau fikir tidak aku tahu persoalannya;\nmemikiri\n memikir;\nmemikirkan\n1.\n menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dalam fikiran):\nMariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; \nmereka yang bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini;\n2.\n mengenangkan:\naku banyak ~ masa depanku;\n3.\n mengendahkan, mempedulikan, memandang penting:\nkalau jadi ia berkahwin dengan gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;\n memikir-mikirkan\n memikirkan sesuatu perkara dengan mengambil kira berbagai-bagai faktor dengan agak lama, misalnya untuk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dan sebagainya:\nsedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain;\nterfikir\n teringat, termasuk akal, tersangka:\ntidak ~ pada diriku kejadian seperti ini akan menimpanya;\nfikiran\n1.\n daya berfikir, akal, ingatan;\n \nhilang ~ \nhilang akal;\n \nkurang (panjang, tajam) ~\n kurang (panjang, tajam) akal;\n \nsakit ~ \ngila;\n2.\n hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat:\nitu bukan ~nya sendiri; \napa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; \nmendapat ~ \nmendapat muslihat;\n3.\n niat, cita-cita, angan-angan:\ntidak ada ~ hendak bekerja; \n4.\n perhatian, minat:\nsangat sedikit ~nya pada pelajaran; \nmenaruh ~\n menaruh perhatian;\nsefikiran\n sependapat, sefaham;\nberfikiran\n mempunyai fikiran (akal dan lain-lain);\npemikiran\n perihal berfikir (memikir):\nbahasa Melayu sejak lama telah berkembang sebagai alat perkembangan ~ bangsa Melayu;\n~ lateral\n cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan;\npemikir\n orang yang berfikir, ahli fikir." "fikologi\ncabang botani yang berkaitan dengan kajian tentang alga." "fikrah\n[Arab] daya berfikir, pemikiran:\nhubungan ~nya dengan realiti sejarah sosial dan politik." "fiksyen\n1.\n karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek, cereka;\n2.\n cerita yang diada-adakan;\nmemfiksyenkan\n menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi." "fil marsyal\npegawai yang berpangkat tertinggi dalam angkatan tentera British dan beberapa angkatan tentera negara lain." "filamen\n1.\n tangkai stamen yang mempunyai cepu debunga;\n2.\n dawai halus (biasanya tungsten) dalam mentol lampu elektrik." "filantropi\nrasa kasih sayang terhadap manusia, kedermawanan." "filaria\n(Perubatan) sejenis cacing parasit daripada famili Filariidae yang hidup di dalam darah dan tisu haiwan vertebrat yang mengakibatkan penyakit filariasis, biasanya disebarkan oleh serangga tertentu seperti nyamuk dan sebagainya." "filariasis\n(Perubatan) sejenis penyakit yang menjejaskan sistem limfa akibat serangan cacing filaria." "filateli\nkegemaran mengumpul dan mengkaji setem (pos)." "filem\n1.\n benda tipis daripada seluloid yang dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif);\n2.\n gambar bergerak yang ditayangkan pada layar, biasanya di pawagam, wayang gambar:\nmereka selalu berbicara tentang cerita ~;\n~ bicara\n wayang bersuara (wayang gambar yang pelakon-pelakonnya berkata-kata);\n \n~\n \nberwarna \nwayang gambar dalam warna-warni;\n \n~ bisu \nwayang gambar yang pelakon-pelakonnya tidak berkata-kata tetapi hanya beraksi;\n \n~ dokumentari \nfilem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara (peristiwa, aktiviti dan sebagainya) tertentu;\n \n~ lucah \nfilem yang banyak menayangkan adegan seks;\nmemfilemkan\n menjadikan filem, membuat cerita dalam bentuk filem:\nsyarikat perfileman itu akan ~ kisah hidup P. Ramlee;\nperfileman\n (segala hal) mengenai filem (wayang gambar):\nperusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; \nmasalah ~." "filet\npotongan atau kepingan isi ikan, atau daging (lembu, ayam dan sebagainya) yang tidak bertulang:\n~ ikan." "filharmonik\nberkaitan dengan persembahan, penghayatan dan sebagainya orkestra, muzik dan sebagainya:\ndewan ~; \norkestra ~." "filogeni\n(Linguistik) kajian tentang sejarah dan perkembangan bahasa berdasarkan beberapa tahap." "filologi\n1.\n kajian ke atas bahan-bahan bertulis (biasanya karya sastera) dan penentuan kebenaran atau ketulenan (keaslian) bentuknya dan maknanya;\n2.\n istilah lama bagi linguistik sejarah dan perbandingan, terutamanya yang berdasarkan bahan tulisan dan kesusasteraan." "filsafat\n= falsafah." "filsuf\nahli fikir, ahli falsafah." "filum\n(Biologi) kategori utama dalam pengelasan haiwan dan tumbuhan." "FIMA\nakronim bagi \nFood Industries of Malaysia\n (Industri Makanan Malaysia)." "finale\nbahagian terakhir sesebuah lagu, muzik, lakonan dan sebagainya." "finalis\n[bahasa percakapan] peserta dalam peringkat akhir sesuatu pertandingan, peserta akhir:\ndalam acara perseorangan lelaki, bekas juara dan ~ 1997 tersungkur awal." "finansul\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] perihal wang." "fiord\n(Geografi) teluk yang kecil, sempit dan panjang serta bertebing tinggi." "fiqah\n[Arab] = \nilmu ~ \npengetahuan tentang hukum dalam agama Islam." "fir\nsejenis pokok tirus yang daunnya seperti jarum,\n Abies spp." "firajullah\n[Arab] hiburan Allah." "firasat\n1.\n = \nilmu ~ \npengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang:\nmaka diketahui oleh sultan dengan ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; \n2.\n perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu:\nsaya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; \n3.\n tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) yang dapat menggambarkan kelakuan orang:\nmenurut ~nya, ia orang yang tinggi hati;\n berfirasat\n1.\n berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yang ada:\naku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya;\n2.\n meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yang ada:\nkawan pasangannya harus pandai ~." "firaun\nraja Mesir (pada zaman purbakala)." "firdaus\n1.\n syurga kedua;\n2.\n taman kesenangan (tempat Adam dan Hawa)." "firdausi\n[sastera lama] seperti taman firdaus (sangat indah)." "firma\nsyarikat perniagaan atau perusahaan." "firman\namaran, kata perintah (terutamanya Tuhan):\n~ Allah kita ingatkan;\nberfirman\n bersabda, bertitah memberi amaran:\nTuhan telah ~ Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku istijabkan.;\ndifirmankan\n diberi amaran, disabdakan, dititahkan." "firus\n= \nbatu ~\n sejenis batu permata yang warnanya kebiru-biruan." "fisiognomi\n1.\n roman muka yang dapat menggambarkan kelakuan atau keperibadian seseorang;\n2.\n seni menilai kelakuan atau keperibadian seseorang daripada roman mukanya." "fisiologi\n1.\n cabang ilmu sains berkenaan fungsi organisma;\n2.\n proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma:\nperlu juga disebuntukan tentang kajian beliau berkenaan dengan ~ mata dan masalah pelihatan." "fisioterapi\nrawatan terhadap seseorang yang mengalami kelumpuhan atau gangguan saraf (otot) secara senaman, urut, atau dengan menggunakan cahaya, haba, dan lain-lain." "fiskal\n1.\n pegawai kehakiman (lebih rendah daripada jaksa);\n2.\n berkenaan kewangan atau hasil pendapatan kerajaan (seperti cukai dan lain-lain)." "fitnah\ntuduhan (khabar, kisah, dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan lain-lain:\nia bercerai kerana ~ orang;\nmemfitnah, memfitnahkan\n membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak:\nwartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yang ~ dan memburukkan kerajaan;\nfitnah-memfitnah\n saling memfitnah:\n ~ dalam masyarakat yang akan membawa kepada porak-peranda;\npemfitnahan\n perihal atau perbuatan memfitnah;\npemfitnah\n orang (pihak) yang membuat fitnah:\norang yang mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri." "fito\n\u2013\n awalan asing \nberkaitan dengan atau menunjukkan tumbuhan, misalnya \nfitopatologi \ndan \nfitogenesis." "fitoekologi\ncabang ekologi yang berkaitan dengan hubungan antara tumbuh-tumbuhan dengan persekitarannya." "fitogenesis\ncabang botani yang berkaitan dengan asal usul dan evolusi tumbuh-tumbuhan." "fitogeografi\nkajian tentang taburan tumbuh-tumbuhan dari segi geografi." "fitokimia\ncabang kimia yang berkaitan dengan tumbuhan-tumbuhan, termasuklah komposisi dan proses kimianya." "fitopatologi\nkajian tentang penyakit tumbuh-tumbuhan." "fitososiologi\nkajian tentang komuniti tumbuh-tumbuhan, termasuk asal usul dan perkembangannya." "fitotoksin\n(Biologi)\n1.\n toksin yang diperoleh daripada tumbuhan;\n2.\n bahan yang boleh merosakkan atau memudaratkan tumbuhan, terutamanya yang dihasilkan oleh parasit." "fitrah I\n= \nzakat ~ \n[Arab] zakat (berupa beras, wang, dan lain-lain) yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam menyumbangkannya dalam bulan puasa (sebelum 1 Syawal);\nberfitrah\n membayar (mengeluarkan) fitrah;\nmemfitrahkan\n mengeluarkan fitrah untuk." "fitrah II, fitrat\n[Arab]\n1.\n tabii, bakat, pembawaan:\nmemang ~ manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pada ahli keluarga sendiri\n;\n2.\n perasaan keagamaan." "fitratullah\n[Arab] kejadian yang termeterai dalam ketetapan Allah." "fitri\nyang) berkaitan dengan fitrah." "fitur\nciri (bentuk, sifat) yang tertentu:\nkita tidak peka kepada ~ alam kebendaan ini." "fius\n1.\n peranti untuk menyekat arus elektrik yang mengalir melalui sesuatu litar apabila arus melebihi nilai tertentu;\n2.\n peranti mekanikal atau elektronik untuk mencetuskan sesuatu letupan." "fiuslaj\n(Kejuruteraan) badan kapal terbang, roket, peluru berpandu dan sebagainya ." "fizik\ncabang ilmu sains yang mengkaji sifat-sifat jirim dan tenaga (seperti haba, cahaya, bunyi, graviti, magnetisme) dan perkaitan antara semua unsur ini." "fizikal\n1.\n berkenaan badan, jasmani:\nlatihan ~;\n2.\n berkenaan kebendaan atau keadaan alam semula jadi:\ngeografi ~." "flaks\ntumbuhan herba atau pokok renik daripada genus \nLinum\n yang ditanam untuk mendapatkan biji dan gentiannya yang dijadikan benang dan ditenun menjadi kain linen." "flamingo\nsejenis burung tropika daripada famili Phoenicopteridae, berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu, biasanya hidup di kawasan berair." "flanel\n(pakaian daripada) kain bulu yang ringan dan lembut:\naku memakai ~ putih dan pergi ke tamannya." "flanelet\n(Tks) kain flanel tiruan yang diperbuat daripada kapas." "flebitis\n(Perubatan) radang pada vena." "fleksi\n(Linguistik)\n1.\n perubahan bentuk kata mengikut perbezaan waktu, jantina, jumlah, dan sebagainya, seperti yang berlaku pada bahasa Inggeris (mis \ntry\n dan \ntried\n);\n2.\n (proses) penambahan imbuhan pada kata akar atau dasar." "fleksibel\n1.\n boleh diubah atau disesuaikan (dengan mudah):\nini merupakan suatu proses yang ~;\n2.\n mudah berubah (sikap, keputusan, dan lain-lain) mengikut keadaan baru dan lain-lain, luwes:\npemimpin yang baik haruslah mempunyai nilai yang ~ dalam dirinya, iaitu sanggup menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan.\nkefleksibelan\n keadaan fleksibel, keluwesan." "fleksibiliti\nperihal (keadaan atau sifat) fleksibel, kefleksibelan:\nkeadaan itu bukan sahaja menggambarkan ketiadaan ~ dalam pelaksanaan projek." "flo\n(Geografi) kepingan ais yang berapung di permukaan laut dan sebagainya." "floem\n(Biologi) tisu tumbuhan yang berfungsi mengangkut makanan yang dihasilkan oleh tumbuhan." "flora\n(Biologi) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa." "floret\nsejenis pedang penusuk yang dipakai dalam permainan anggar." "florin\nbekas wang logam Inggeris yang bernilai dua syiling." "flos\nsejenis benang yang berlilin untuk membersihkan celah-celah gigi:\n~ gigi." "flotila\n1.\n kumpulan kecil kapal;\n2.\n kumpulan kapal yang terdiri daripada kapal yang kecil, terutamanya kapal perang." "flu\n[bahasa percakapan] [kependekan] influenza, demam selesema." "fluorida\n(Kimia) sebatian yang mengandungi fluorin dengan unsur lain (dicampurkan dengan ubat gigi untuk mencegah karies gigi);\npemfluoridaan\n proses memasukkan fluorida (ke dalam bekalan air dan lain-lain)." "fluorin\n(Kimia) gas berwarna kuning pucat, yang menyerupai klorin, berbau sengit, dan beracun." "flut\nsejenis seruling yang diperbuat daripada logam, kayu, dan sebagainya dalam bentuk tiub panjang dan berlubang-lubang di tepinya." "FMC\n[kependekan] \nFederation of Malaya Certificate of Education\n (Sijil Pelajaran Persekutuan)." "fobia\nketakutan yang amat sangat akan sesuatu." "fokus\n1.\n (Fizik) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan;\n2.\n tumpuan (perhatian, perbincangan, dan sebagainya):\n ada parti politik dan persatuan yang cuba memberi ~ kepada masalah ini;\nberfokus\n berpusat, tertumpu:\n bahasa yang kompleks yang kelihatan ~ pada isu atau tema semasa;\nmemfokuskan\n1.\n menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pada satu titik, menumpukan:\n apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; \n2.\n memberikan tumpuan (perhatian dan sebagainya) kepada, menumpukan perhatian kepada, menonjolkan:\n drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya;\n terfokus\n terarah pada suatu tujuan (sasaran, perhatian dan sebagainya), tertumpu:\nmataku ~ pada sehelai sapu tangan merah yang kini berada di genggaman pengetua; \nkomitmen yang lebih ~ terhadap penggunaan sumber;\npemfokusan\n perbuatan memfokuskan:\n~ kepada sasaran ini ditinggalkan kepada para pengkritik." "folikel I\nkantung kecil (rongga) yang sempit pada tubuh yang mempunyai fungsi perkumuhan, perkembangan, atau perlindungan:\n ~ rambut." "folikel II\nbuah kering berbiji banyak yang pecah pada satu sisi bijinya untuk melepaskan biji." "folio\n(Percetakan)\n1.\n sukatan besar buku (satu lembar kertas cetak yang dilipat dua sehingga mempunyai empat muka);\n2.\n lembar yang terdiri daripada muka kiri dan kanan yang mempunyai satu nombor;\n3.\n nombor halaman yang tercetak." "FOMCA\nakronim bagi \nThe Federation of Malaysian Consumer Association\n (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia)." "fomen\npekerja kanan yang mengawasi pekerja-pekerja lain, mandur." "fomes\nsejenis cendawan." "fon I\nkumpulan rupa bentuk set aksara yang terdiri daripada huruf pelbagai rupa dan saiz yang boleh dicetak atau dipaparkan." "fon II\n~ telinga \na) alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu, muzik dan sebagainya;\n b) peranti (dengan satu penerima) yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran." "fonem\n(Linguistik) unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata." "fonemik\n(Linguistik)\n1.\n berkenaan fonem. \n2.\n kajian linguistik tentang fonem." "fonetik\nilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya." "fonik\n(Linguistik) kaedah mengajar membaca dengan melatih pelajar menghubungkaitkan bunyi tertentu dengan lambang tertentu." "fonografi\nsistem tulisan yang mewakili bunyi berdasarkan simbol tertentu." "fonologi\n(Linguistik) kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa:\nkata-kata daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem ~ Melayu." "fonometrik\n(Linguistik) analisis dan huraian bahasa lisan yang berdasarkan kaedah fonologi, fonetik dan statistik." "fonostilistik\n(Linguistik) cabang stilistik yang berkaitan dengan penyelidikan fungsi pengungkapan bunyi, misalnya penggunaan onomatopeia dalam puisi." "fonotaktik\n(Linguistik) kajian dan sistem penyusunan fonem dalam urutan bagi sesuatu bahasa.\nFoochow\n suku kaum Cina yang berasal dari daerah Foochow dan Fukien, China dan tinggal di merata tempat di dunia." "forensik\nberkenaan pengetahuan perubatan yang diperlukan dalam pengadilan (mis, untuk menentukan punca sesuatu kematian)." "formal\nmenurut peraturan (bentuk, ciri-ciri, cara, dan sebagainya) tertentu (yang sudah diterima atau yang dianggap wajar dan sebagainya), menurut aturan, menurut adat kebiasaan, rasmi:\n berpakaian ~; \nmengajar nahu secara ~;\nmemformalkan\n menjadikan formal;\nkeformalan\n perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) formal:\nlaras ialah penggunaan bahasa yang ditentukan oleh beberapa faktor sosial, antaranya ialah taraf ~ situasi sewaktu bahasa digunakan;\npemformalan\n perbuatan (proses) memformalkan sesuatu." "formaldehid\n(Kimia) gas beracun, tidak berwarna, berbau sengit, digunakan sebagai pengawet dalam sintesis kimia dan dalam pembuatan resin sintetik." "formalin\n(Kimia) larutan berair yang terdiri daripada 37% \u2013 50% formaldehid, yang digunakan sebagai bahan pengawet:\nbau ~ yang tengik itu tidak lagi mengganggu deria kelompok yang sedang membongkok rapat ke abdomen mayat tersebut." "formalis\nindividu atau golongan yang patuh kepada ketentuan (peraturan dan lain-lain) yang ditetapkan." "formalisme\nkepatuhan (sifat patuh) kepada ketentuan dan peraturan yang ditetapkan." "formalistik\nterlalu berpegang kepada bentuk (ketentuan dan sebagainya) yang telah ditetapkan:\npendekatan ~; \ntinjauan ~ ." "formaliti\ntindakan (langkah dan sebagainya) yang perlu dipatuhi mengikut peraturan (kelaziman) yang telah ditetapkan:\n borang permohonan itu hendaklah diserahkan kepada majikan sebagai suatu ~ bagi setiap pemohon pekerjaan baru." "formasi\nsusunan (sekumpulan orang atau benda) dengan bentuk tertentu sambil melakukan pergerakan\n: selepas itu diperkenalkan pula ~ 4-4-2 serta 3-3-4, sistem piramid\n \ndan sebagainya;\n~ penerbangan \ncorak atau pola penerbangan yang terbentuk oleh dua buah pesawat udara atau lebih yang terbang bersama-sama, biasanya dilakukan sebagai pertunjukan dan sebagainya." "format\n1.\n bentuk dan rupa serta ukuran (saiz) tertentu sesebuah naskhah yang dicetak;\n2.\n gaya atau susunan sesuatu rancangan penerbitan (mis siri TV) yang dipersembahkan;\nmemformatkan\n menyediakan (mengatur dan sebagainya) mengikut sesuatu format:\nteks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun;\n pemformatan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) memformatkan:\npara penterjemah banyak menghabiskan masa membuat kerja penyuntingan, ~ dokumen, dan kerja yang berkaitan dengan leksikografi." "formatif\nyang berpengaruh untuk membentuk sesuatu (tabiat, budi pekerti, dan lain-lain):\npertuturan orang dewasa mempunyai fungsi ~ yang penting dalam memperkembang proses mental kanak-kanak." "formatir\n[Indonesia-Belanda] pembentuk (kabinet dan lain-lain)." "formika\nlapisan penggilap perabot kayu, seperti bahagian atas meja tulis, yang dibuat daripada bahan plastik (dengan corak yang berwarna-warni)." "formula\n1.\n (Kimia) seperangkat simbol yang terdiri daripada huruf, atau huruf dan angka yang menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, misalnya formula untuk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus;\n2.\n (Matematik) aturan, prinsip, hubungan dan sebagainya matematik yang dinyatakan dalam bentuk simbol, rumus;\n3.\n kaedah (cara, tindakan, rancangan dan sebagainya) untuk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dan sebagainya) atau menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya dengan sebaik-baiknya:\nnegara-negara anggota berbincang untuk mencari ~ paling mujarab untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang mencengkam dunia; \nsaya tidak ada ~ tertentu untuk mencapai matlamat ini; \n4.\n senarai bahan, arahan dan sebagainya dalam menghasilkan sesuatu ubat dan sebagainya;\n5.\n pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dan sebagainya:\nF~ Satu;\n \nF~ Tiga; \nF~ 2000;\n~ am \n(Kimia) formula yang melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dengan menggunakan lambang sebagai ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sebagai CnH2n+2);\n \n~ empirik = ~ empiris \n(Kimia) formula paling ringkas untuk menyatakan bilangan relatif atom yang bergabung dalam satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena);\n \n~ kimia \n(Kimia) perlambangan untuk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dengan menggunakan simbol-simbol;\n \n~ molekul \n(Kimia) formula yang menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yang terdapat dalam sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol);\n \nF~ Satu \nperlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yang sangat berprestij;\n \n~ struktur \n(Kimia) formula yang menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dalam sesuatu molekul sebatian;\nberformulakan\n berdasarkan atau mempunyai sesuatu sebagai formula:\npenyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yang terlibat." "formulasi\nhuraian atau penjelasan yang ringkas dan tepat, rumusan;\nmemformulasikan\n menyatakan sesuatu dengan ringkas dan tepat, merumuskan:\n Manheim ~ suatu epistemologi yang bersesuaian dengan pengetahuan." "formulir\n[Indonesia-Belanda] borang." "forseps\npenyepit (seperti yang digunakan oleh doktor dan lain-lain)." "forte\n(Seni Muzik)\n1.\n kuat bunyinya (bersimbol \nf\n);\n2.\n rangkap lagu yang dimainkan dengan kuat." "fortepiano\npiano jenis lama yang popular pada abad yang ke-18." "fortis\n(Linguistik) konsonan yang dihasilkan dengan otot yang tegang, misalnya bunyi /t/, /k/ dan /s/." "fortisimo\n(Seni Muzik)\n1.\n sangat kuat bunyinya (bersimbol \nff\n);\n2.\n rangkap lagu yang dimainkan dengan sangat kuat." "FORTRAN\nakronim bagi \nformula translator\n (penterjemah formula, iaitu sejenis bahasa komputer yang kerap digunakan dalam bidang saintifik, matematik, dan kejuruteraan yang dapat ditukarkan ke dalam bentuk formula)." "forum\n1.\n perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam:\nBerita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dalam bahasa Kebangsaan; \n2.\n perantaraan untuk perbincangan terbuka, misalnya majalah;\n 3.\n tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka." "forwad\n(Suk) pemain atau kedudukan barisan penyerang (berkenaan (dengan) permainan bola sepak, hoki dan sebagainya)." "fosfat\n(Kimia) garam asid yang banyak mengandungi fosforus (digunakan sebagai baja)." "fosfin\n(Kimia) gas mudah terbakar, tidak berwarna, larut sedikit dalam air, dan berbau busuk, digunakan sebagai racun perosak." "fosfor\n(Fizik) cecair atau bahan hablur yang berpendar cahaya, dan digunakan dalam pembuatan lampu pendar fluor, televisyen, radar, tiub sinar katod, dan lain-lain." "fosforus\n(Kimia) unsur bukan logam yang berwarna kuning dan mudah terbakar (kelihatan berkilat-kilat dalam gelap) yang digunakan untuk membuat racun tikus, baja, mancis, dan lain-lain." "fosil\ntinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yang kini mengeras dan tertanam di dalam bumi (batuan dan sebagainya):\nmengenal dan menghuraikan hal purba daripada keterangan ~ dan bukti lain;\n terfosil\n telah menjadi fosil:\nrangka binatang yang ~." "fotalgia\n(Perubatan) rasa sakit yang kuat pada mata akibat pancaran cahaya." "foto\n1.\n gambar yang diambil dengan kamera:\n~ orang tuanya masih ada dalam simpanannya; \n2.\n [Indonesia] kamera;\nmemfoto\n mengambil gambar dengan kamera." "fotofit\n1.\n gambar seseorang, biasanya yang dikehendaki polis, yang terhasil daripada cantuman beberapa potongan lukisan atau gambar foto yang menggambarkan wajah orang berkenaan;\n2.\n teknik atau kaedah menyediakan gambar seperti\n1.\n di atas." "fotofobia\nperasaan takut atau tidak suka yang keterlaluan kepada cahaya (tempat yang sangat terang dan sebagainya)." "fotogenik\nmenarik (cantik, manis, sesuai dan sebagainya) dalam gambar foto (berkenaan (dengan) seseorang), makan gambar:\ndia memang sangat ~ orangnya." "fotograf\ngambar yang diambil dengan kamera, gambar foto." "fotografi\nseni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf." "fotogravur\n1.\n proses mengecap gambar dengan menggunakan plat yang disediakan secara kaedah fotostat. \n2.\n cetakan yang terhasil daripada sesuatu plat." "fotokimia\ncabang kimia yang berkaitan dengan interaksi tenaga sinaran dengan proses-proses kimia." "fotokopi\nsalinan fotografi bahan bertulis, bercetak, atau grafik;\nmemfotokopi\n menghasilkan fotokopi." "fotolisis\n(Biologi) penguraian molekul oleh tindakan cahaya." "fotolitografi\n(Percetakan) proses atau teknik mencetak litograf dengan menggunakan plat yang disediakan atau dibuat secara fotografi." "fotometer\n(Fizik) alat untuk mengukur keamatan cahaya." "fotometri\n(Fizik) pengukuran keamatan cahaya." "fotomikrograf\ngambar foto sesuatu objek yang dibesarkan dengan menggunakan mikroskop." "fotomikrografi\nseni (proses) menghasilkan fotomikrograf." "fotomorfosis\n(Biologi) perubahan struktur tumbuhan selepas terdedah pada cahaya yang kuat." "foton\n(Fizik) seunit kuantum sinaran elektromagnet yang merupakan zarah yang tidak berjisim dan yang tidak bercas." "fotopeka\nfotosensitif." "fotosel\nperanti yang digunakan untuk mengesan dan mengukur cahaya (dan sinaran elektromagnet lain) dengan menukarkan cahaya atau sinaran itu kepada arus elektrik." "fotosensitif\n(Fizik) peka terhadap sinaran elektromagnet, terutamanya cahaya:\nkertas ~." "fotosintesis\n(Biologi) sintesis sebatian organik daripada karbon dioksida dan air dengan menggunakan tenaga suria yang diserap oleh klorofil;\nmemfotosintesiskan\n menukarkan karbon dan air menjadi makanan melalui proses fotosintesis." "fotostat\n1.\n mesin yang digunakan untuk membuat salinan foto bahan-bahan bertulis (bercetak, grafik);\n2.\n salinan yang dibuat oleh fotostat;\nmemfotostat\n membuat atau menghasilkan salinan (daripada bahan bertaip, bercetak, dan sebagainya) dengan menggunakan fotostat:\nkita boleh ~ rencana yang terdapat pada sebuah majalah yang baru sahaja diterbitkan." "fototaksis\n(Biologi) pergerakan organisma sebagai gerak balas terhadap cahaya\n." "fototerapi\n(Perubatan) perawatan penyakit dengan menggunakan cahaya, misalnya perawatan penyakit kuning pada bayi yang baru lahir." "fototipografi\n(Percetakan) proses pencetakan yang melibatkan penggunaan fotografi." "fototopografi\n(Geografi) proses menyediakan atau membuat peta topografi daripada gambar foto." "fototrof\n(Biologi) organisma yang menggunakan cahaya suria sebagai sumber tenaga untuk mensintesiskan sebatian organik." "fototropisme\n(Biologi) pergerakan tumbuhan yang berlaku sebagai gerak balas terhadap rangsangan cahaya\n." "foya\nberfoya-foya, foya-foya\n bersuka-suka, beria-ria, berpesta-pesta (dengan menghabiskan masa dan wang):\nbekerja itu dapat membendung hawa nafsu ~ yang timbul jua sesekali dalam hatinya;\n kefoya-foyaan\n keadaan bersuka ria atau bersenang-senang:\n pemerintahan tidak seharusnya berorientasikan kemewahan dan ~." "foyer\nruang legar:\npembayaran untuk kad berkenaan sudah dibuat di ~ Dewan Syed Putra." "fragmen\nbahagian daripada sesuatu (novel, lakonan, peristiwa, dan lain-lain), petikan, penggalan:\nia hanya berhasrat memaparkan ~-~ daripada sesuatu peristiwa dan konflik." "fraksi\n[Indonesia-Belanda] kelompok yang terdiri daripada beberapa wakil rakyat dalam parlimen (biasanya daripada satu parti)." "fraktur\n(Perubatan) patah (retak, pecah) tulang." "franc\n(Perancis) unit mata wang yang standard bagi Perancis, Belgium, Switzerland, dan negara-negara yang bertutur dalam bahasa Perancis." "francais\nhak atau kebenaran istimewa yang diberikan (dengan syarat dan bayaran tertentu) oleh syarikat induk (pemilik) kepada pengusaha untuk memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan;\nmemfrancaiskan\n memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang, syarikat dan sebagainya:\nsyarikat itu merancang untuk ~ produk keluarannya kepada individu atau syarikat yang berminat." "francaisi\norang (syarikat, firma dan sebagainya) yang diberi francais, pemegang francais:\n~ berpeluang menjalankan perniagaan dengan kaedah pengurusan yang terbukti kejayaannya; \nsyarikat itu menawarkan peluang kepada mereka yang berminat menjadi ~ pasar raya mini ikannya." "francaisor\nsyarikat induk yang memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada pengusaha:\n~ itu benar-benar ingin melihat kejayaan semua francaisinya." "frankfurter\nsejenis sosej salai yang dibuat daripada daging kisar, biasanya dihidangkan bersama-sama roti ban." "frasa\nkumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa." "fraseologi\n(Linguistik)\n1.\n cara menggunakan kata atau frasa dalam tulisan atau lisan;\n2.\n ungkapan yang digunakan oleh orang atau kelompok tertentu seperti nelayan atau pedagang." "fraud\n(Undang-undang) pernyataan palsu yang dibuat untuk mendapatkan faedah." "fraude\n[Indonesia-Belanda] penipuan, terutamanya dengan memalsukan sesuatu urusan supaya dapat menggelapkan wang dan sebagainya." "Freemason\nahli pertubuhan rahsia (disebut \nFree and Accepted Masons\n) yang berikrar untuk menjalinkan persaudaraan dan sikap saling membantu antara sesama ahli dan menggunakan lambang tertentu untuk mengenali satu sama lain." "frekuensi\n1.\n perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dan lain-lain), kekerapan:\n~ penggunaan kata tersebut dalam sistem korpus DBP adalah tinggi; \n2.\n (Fizik) kadar getaran, ayunan, kitaran dan sebagainya yang berlaku pada setiap saat bagi sesuatu fenomena yang berkala, biasanya diukur dalam unit hertz:\nrangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;\n~ ambang\n (Fizik) frekuensi cahaya yang paling rendah, yang dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pada permukaan logam tertentu;\n ~ audio \n(Fizik) frekuensi yang dapat didengar oleh telinga manusia (dalam julat 20 \u2013 20 000 hertz);\n \n~ radio \n(Fizik) frekuensi yang digunakan untuk komunikasi atau siaran radio (dalam julat 10 kilohertz \u2013 300 000 megahertz);\n \n~ rendah\n (Fizik) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dalam julat 30 \u2013 300 kilohertz, dengan jarak gelombang 1 \u2013 10 meter;\n \n~ tinggi \n(Fizik) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dalam julat 3 \u2013 30 megahertz, dengan jarak gelombang 10 \u2013 100 meter;\nberfrekuensi\n mempunyai atau menggunakan frekuensi:\npenggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis." "frenologi\nkajian tentang bentuk dan saiz tengkorak seseorang untuk mengetahui perlakuan, kelakuan, kebolehan dan sebagainya.\nFreon\n (fron) kumpulan (jenama) sebatian yang digunakan sebagai bahan penyejuk dalam peti sejuk dan sebagainya." "fresko\n(Seni Lukis)\n1.\n teknik membuat lukisan pada dinding atau siling yang diplaster, dengan menggunakan cat air sebelum plaster itu mengering;\n2.\n lukisan yang dihasilkan dengan teknik\n1.\n di atas." "fret\n(Seni Muzik) bilah penentu ruang nada pada alat muzik bertali, seperti gitar dan mandolin, untuk mengawal nada bunyi yang dihasilkan." "frigat\nkapal perang peronda laju yang sederhana besarnya (biasanya digunakan untuk melindungi kapal-kapal lain)." "frikatif\n(Linguistik) konsonan yang dihasilkan dengan bunyi geseran apabila udara dipaksa keluar melalui saluran udara yang sempit, misalnya penghasilan bunyi huruf \nS, Z \ndan\n F\n." "FRIM\nakronim bagi \nForest Research Institute Malaysia \n(Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)." "friz\n(Seni bina) jaluran reka bentuk, ukiran dan sebagainya yang terdapat di bahagian atas dinding." "fros\n(Geografi)\n1.\n keadaan yang wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0?C atau 32?F) sehingga terbentuknya hablur air yang halus-halus, ibun;\n2.\n hablur ais yang halus-halus berwarna putih yang melitupi permukaan tanah, objek dan sebagainya, yang terbentuk daripada embun atau wap air yang beku, terutamanya pada waktu malam, ibun beku;\nberfros\n dilitupi atau diselaputi fros:\ncermin tingkap rumahnya ~ kerana cuaca di luar sangat sejuk." "frugivor\n(Biologi) haiwan yang makanan utamanya terdiri daripada buah-buahan." "fruktosa\ngula yang terdapat di dalam madu dan buah-buahan." "fuad\n[Arab] hati, kalbu;\n \n~ al-zakiah \nhati yang jernih (dipakai dalam surat dan lain-lain)." "fucuk\ntauhu kering yang nipis." "fulkrum\n(Fizik) suatu tempat (titik) pada palang, jasad dan lain-lain (sebagai pengimbang, penyokong dan sebagainya), sangga tuas." "fulus\n[Arab]\n1.\n kepingan wang tembaga;\n2.\n [bahasa percakapan] wang." "fundamental\nbersifat dasar, sangat penting, asas, pokok:\n menaruh perhatian pada hubungan yang lebih ~ daripada hubungan yang banyak nampak pada kulitnya." "fundamentalis\nindividu atau kumpulan, biasanya pergerakan keagamaan yang berjuang mengembalikan cara hidup yang asal menurut tuntutan agama." "fundamentalisme\nkeakuran yang kuat terhadap sesuatu ajaran (tuntutan agama atau tuntutan beragama):\n~ Islam." "fungisid\nracun kulat." "fungivor\n(Biologi) haiwan yang makanan utamanya terdiri daripada kulat." "fungsi\n1.\n tugas, jawatan:\nkalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah;\n2.\n kerja (bahagian tubuh dan lain-lain), tugas, peranan:\napakah ~ paru-paru dalam tubuh manusia?;\nberfungsi\n mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas:\nJPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya untuk terus maju dan ~ kepada masyarakat;\n fungsian\n yang dilihat dari segi fungsi:\n rangka rujukan teorinya yang berkenaan analisis ~ itu amat berkesan." "fungsional\nyang mempunyai atau diberi tugas-tugas tertentu." "fungsionalisme\nprinsip dalam seni bina, reka bentuk dan sebagainya yang menekankan bahawa bentuk sesuatu bangunan dan sebagainya hendaklah ditentukan oleh fungsi dan kegunaannya:\nfalsafah ~ boleh dikatakan berasal daripada ungkapan Louis Sullivan, yakni reka bentuk mengikut kegunaan." "fungus\nkulat." "fuqaha\n[Arab] (jamak bagi faqih) orang yang ahli dalam ilmu fiqah:\nkebanyakan ~ Islam mengatakan bahawa tidak gugur cerai orang yang mabuk." "fur\n[kependekan] furlong." "furlong\nukuran panjang yang bersamaan dengan 220 ela (1/8 batu atau 201 meter)." "furqan\n[Arab] hal (benda) yang membezakan kebenaran daripada kepalsuan;\n \nal-F~ \nnama lain bagi al-Quran." "furuk\n[Arab] persoalan cabang dalam kewajiban agama:\nperbezaan pendapat tentang jumlah rakaat solat tarawih itu bukanlah mengenai ajaran pokok tetapi mengenai masalah ~." "furun\n[Arab] dapur (tempat membakar roti dan lain-lain)." "fusi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n gabungan daripada beberapa pertubuhan (parti dan lain-lain);\n2.\n campuran daripada larutan bermacam-macam benda yang menjadi satu." "fusili\n(ERT) sejenis mi Itali yang bentuknya berpintal-pintal." "fusta\n[sastera lama] perahu (kapal);\n= pusta." "futsal\nsejenis permainan bola sepak yang terdiri daripada lima orang pemain sepasukan, yang gelanggangnya sebesar gelanggang bola keranjang." "futur\n[Arab] sarapan." "futuris\nindividu atau golongan yang cenderung melihat impian dan pengertian masa depan melalui ciri-ciri kemajuan:\n ~ Islam mesti menjadi golongan yang setanding dengan pejuang Islam klasik\n." "futurisme\ngerakan seni yang muncul di Itali pada tahun 1909 untuk menggantikan nilai estetik tradisional dengan ciri yang menekankan penggunaan teknologi moden." "futuristik\nberkenaan idea yang mengarah (menuju) ke masa depan:\n rancangan pembangunan itu haruslah lebih ~." "g I\nhuruf ketujuh abjad Rumi." "G. II\n[kependekan] Gunung:\n\n\n~ Kinabalu;\n\n~ Tahan." "ga I\nhuruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000)." "Ga II\nsimbol kimia bagi galium." "gaba-gaba\n[Indonesia]\n1.\n perhiasan daripada daun-daun (terutamanya daun nyiur):\njalan menuju ke balai raya itu dihiasi dengan ~ daripada daun nyiur;\n2.\n pintu gerbang kehormatan yang dihiasi dengan daun nyiur dan lain-lain;\n3.\n atap pondok daripada daun kabung atau rumbia;\nmenggaba-gabai\n menghiasi dengan gaba-gaba." "gabah I\nbutir) padi yang kulitnya belum terkupas, antah." "gabah II\ngegabah." "gabai I\n[Minangkabau];\nmenggabai\n menghulurkan tangan (untuk mencapai sesuatu), mencapai, menggapai;\ngapai." "gabai II\n[Kedah] sesuatu yang lebar dan rata (tapak kaki dan lain-lain)." "gabai-gabai\n[Minangkabau] perhiasan sanggul yang dibuat daripada emas." "gabak I\n[Minangkabau] buruk cuaca, mendung (alamat akan hujan), redup, suram;\n \nhari ~\n hari redup;\n \n~ di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas \n(peribahasa) tanda-tanda akan berlakunya sesuatu." "gabak II\n[Jawa] penyakit campak." "gabal\nkasar (hasil pekerjaan dan lain-lain), tidak halus buatannya;\ngabas I." "gabardin\nsejenis kain yang kukuh dan agak tebal, yang digunakan terutamanya untuk membuat kot." "gabas I\nkasar buatannya, tidak kemas (pekerjaan dan lain-lain);\ngabal." "gabas II\n[Minangkabau] gopoh-gopoh, buru-buru, gesa-gesa;\nmenggabas\n menggesa-gesakan;\ntergabas\n terburu-buru, tergesa-gesa, tergopoh-gopoh:\nkerana takut, penuntut itu membuat pekerjaannya dengan ~." "gabas III\n[Kelantan];\ngabas-gabas\n lebih kurang, secara kasar." "gabenor\n1.\n gelaran yang tidak digunakan lagi bagi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri (ketua negeri) Pulau Pinang dan Melaka;\n2.\n ketua sesebuah negeri di Amerika Syarikat:\n~ California; \n3.\n orang yang dilantik (oleh raja dan sebagainya) untuk menjadi ketua sesebuah negeri atau wilayah (biasanya tanah jajahan);\n \n~ jeneral\n ketua pemerintah negeri jajahan (tertentu);\n4.\n [Indonesia] ketua pemerintah provinsi, penyelia, pengurus, ketua (yayasan, bank, dan lain-lain);\n5.\n orang yang mengetuai sesebuah organisasi atau institusi:\nG~ Bank Negara Malaysia." "gabir\n[Minangkabau] canggung, kekok." "gableg\n[Jawa] [arkaik];\ntidak ~\n tidak mempunyai." "gabra\n[bahasa percakapan] keadaan tidak tentu arah, kelam-kabut:\ndia kelihatan ~ apabila dimarahi oleh ibunya\n." "gabuih\n[Kedah];\nmenggabuih\n menyapu (mengeringkan) dengan kain, mengelap." "gabuk I\n[Jawa]\n1.\n tidak berbuah, hampa (berkenaan (dengan) padi dan lain-lain);\n \n~ besar \ntidak berisi tetapi besar;\n2.\n tidak dapat beranak, mandul (berkenaan (dengan) perempuan)." "gabuk II\n[Minangkabau];\nmenggabuk\n melingkungi (seperti mega mendung), meliputi:\nteman hidup ialah orang yang mengerti akan kepahitan hidup yang dihantarkan dan digabuk oleh kesusahan dari kecilnya." "gabuk III\n[Pulau Pinang] gemuk pendek, montok, montel." "gabung\nikat, berkas:\ntiga ~ tebu;\nbergabung\n1.\n terikat dalam satu berkas, berikat:\nbatang-batang tebu yang ~; \n2.\n bersama-sama menjadi atau bertindak sebagai satu kumpulan (golongan):\nrakyat daripada berbagai-bagai kaum ~ untuk menyuarakan ikrar kebangsaan; \n3.\n bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu:\nkalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dengan parti kami;\nmenggabung\n1.\n mengikat (beberapa batang tebu dan lain-lain) menjadi satu, memberkas;\n2.\n = \nmenggabungkan\n;\nmenggabungkan\n1.\n mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas);\n2.\n mencantumkan (menyekutukan) dalam satu kumpulan atau golongan yang lebih besar, menyatukan:\nlangkah-langkah yang diambil untuk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; \nia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan;\n~ diri dengan\n menyekutukan diri dengan, bersatu dengan, menyertai:\norang-orang muda diminta ~ diri dengan angkatan bersenjata Malaysia;\ntergabung\n1.\n terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dalam satu ikatan);\n2.\n terikat (tercantum) dalam satu kumpulan (golongan) yang lebih besar;\ngabungan\n1.\n berkas, ikat(an):\nlidi-lidi yang diikat ini agak besar ~nya; \n2.\n persatuan yang terjadi daripada ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan:\nG~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung;\n3.\n cantuman atau satuan yang terdiri daripada dua atau beberapa unsur dan sebagainya:\n~ pemikiran antara ahli profesional daripada berbagai-bagai organisasi dan institusi;\npergabungan\n perihal bergabung (bercantum atau bersekutu):\n~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;\npenggabungan\n perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yang besar):\nmesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur." "gabung jalin\nmenggabungjalinkan\n menggabungkan (mencantumkan) dan menjalinkan:\ndi peringkat sekolah menengah, pengajaran bahasa Malaysia digabungjalinkan antara ketiga-tiga aspek, iaitu lisan, bacaan kefahaman, dan penulisan;\npenggabungjalinan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menggabungjalinkan:\nguru-guru kurang pasti dengan konsep ~ seperti yang disarankan dalam sukatan pelajaran; \nprinsip pedagogi seperti ~ kemahiran bahasa dan penegasan terhadap penggunaan yang bermakna." "gabus I\n1.\n [sastera lama] kayu ringan dan lembut daripada pokok \nAlstonia scholaris\n (digunakan sebagai pengilir pisau, pengesat kaki, pelampung, dan lain-lain);\n2.\n penyumbat yang dibuat daripada gabus;\n \ntopi ~ \ntopi yang berlapis dengan gabus;\nmenggabus\n menggosok (mengilir dan lain-lain) dengan kayu gabus:\n~ taji;\npenggabus\n penggosok, pengasah, pengilir." "gabus II\nsejenis ikan haruan, \nOphiocephalus striatus; \ntelur ~\n sejenis penganan." "gad\n[bahasa percakapan] pengawal, penjaga." "gada\npemukul yang bulat panjang (dibuat daripada kayu dan lain-lain), belantan;\nbergada\n berlawan dengan gada;\nmenggada\n memukul dengan gada;\npenggada\n gada." "gada-gada\nsejenis bendera kecil di puncak tiang kapal (perahu dan sebagainya) untuk mengetahui arah angin." "gadah\nsama ~ \nsama besar (dari hujung ke pangkal)." "gadai\n1.\n pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dalam tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik orang yang memberi pinjaman);\n \n~ gelap \ngadai tanpa izin;\n2.\n = \nbarang ~ \nbarang yang diserahkan sebagai cagaran hutang;\n \nmenebus ~\n menebus barang yang menjadi cagaran hutang;\n \nmenjual ~\n menjual barang dengan syarat barang itu dapat ditebus dalam tempoh tertentu;\n \n(kedai) pajak ~ \n= \nrumah ~ \ntempat meminjam wang dengan menyerahkan sesuatu sebagai cagaran;\n \nsurat ~ \nsurat yang menandakan hutang dengan cagaran barang;\n \n~ terdorong kepada Cina \n(peribahasa) terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;\nbergadai\n mendapatkan pinjaman dengan memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran:\ndia sanggup ~ untuk membiayai persekolahan anaknya;\n~ golok (bergolok)\n berikhtiar mendapatkan sesuatu dengan bergadai;\n \n~ nyawa \nmempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang boleh menyebabkan maut untuk atau kerana seseorang atau sesuatu;\nmenggadai\n1.\n [Indonesia] menerima cagaran untuk wang yang dipinjamkan;\n2. = menggadaikan\n:\n~ tanah;\n~ nyawa \nbergadai nyawa;\n \n~ terdorong ke pajak, sehari sebulan juga \n(peribahasa) sesuatu perbuatan yang terlanjur walaupun kecil akibatnya sama seperti yang besar juga;\nmenggadaikan\n1.\n menyerahkan sesuatu (tanah dan lain-lain) sebagai cagaran hutang:\nkeadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; \n2.\n menyerahkan atau meletakkan sesuatu dalam keadaan terancam atau sebagai cagaran untuk mendapatkan sesuatu faedah dan sebagainya, mempertaruhkan:\ndia sedih raja ~ imannya;\ntergadai\n telah digadai;\n \norang ~ \norang yang menjadi jaminan hutang;\n \ntercacak bagai lembing ~ \n(peribahasa) tertegun kehairanan;\ngadaian\n barang yang tergadai;\npenggadaian\n perihal (perbuatan) menggadai;\npegadaian\n rumah gadai, pajak gadai;\npenggadai\n orang yang menjalankan pekerjaan menggadai." "gadai janji\n(Ekonomi)\n1.\n perjanjian peminjaman sejumlah wang daripada bank, syarikat kewangan dan sebagainya bagi membeli rumah atau harta benda dengan rumah atau harta benda yang berkenaan dijadikan cagaran;\n2.\n dokumen yang diberikan oleh peminjam kepada pemberi pinjam dalam bentuk lien kepada harta yang dijadikan cagaran terhadap pinjaman yang diberi sehinggalah pinjaman berkenaan dibayar semula;\n~ kedua \n(Ekonomi) gadai janji yang dibuat terhadap harta yang masih digadai janji dengan pihak lain;\n \n~ pertama \n(Ekonomi) gadai janji utama yang memberikan tuntutan pertama terhadap harta yang menjadi cagaran;\nmenggadai janji\n mencagarkan harta benda secara gadai janji kepada pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dan sebagainya) untuk mendapatkan pinjaman:\ndia terpaksa ~ rumahnya kepada bank untuk membiayai pelajaran anaknya di seberang laut;\n penggadai janji\n orang yang meminjam wang dan menggadai janji hartanya kepada pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dan sebagainya) sebagai cagaran." "gadamala\nsejenis tumbuhan (rizom), lengkuas, \nLanguas galanga." "gadang I\n[Minangkabau] besar;\nmenggadang\n bersikap angkuh (congkak)." "gadang II\n[Jakarta];\nbergadang\n berjaga sepanjang malam." "gadang III\nsejenis penampi (beras, kacang, dan lain-lain) yang bulat dan besar, badang." "gadang-gadang\nsejenis ikan laut, tudung tempayan, tudung periuk, \nPlatax spp." "gadi\n[Pulau Pinang] sejenis kereta sorong." "gadik I\n[Pulau Pinang] sebati;\nbergadik\n bersebati, bercampur aduk:\ndiulinya tepung itu hingga ~ betul." "gadik II\n[Kelantan] kental." "gading I\n1.\n taring gajah:\nkeris berhulu ~; \n2.\n = \nwarna ~ \nwarna putih kekuning-kuningan (seperti warna gading);\n \naur (buluh, nyiur) ~ \naur (buluh, nyiur) yang berwarna kekuning-kuningan;\n3.\n [sastera lama] sepasang pengapit yang mengiringi pengantin;\n~ pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? \n(peribahasa) apa yang ditentukan tidak mungkin diubah lagi;\n \nbagai tanduk bersendi ~\n (peribahasa) sepasang yang elok dan padan;\n \npucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah \n(peribahasa) orang yang malas bekerja padahal ia tidak sakit;\n \nseperti ~ dilarik \n(peribahasa) rupa yang cantik dan bersih;\n \nsudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) \n(peribahasa) sebab mendapat yang baru, yang lama (atau kurang sempurna) dibuang;\n \ntak ada ~ yang tak retak \n(peribahasa) tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna;\nbergading\n mempunyai gading, memakai gading;\n \ntelah mati yang ~ \n(peribahasa) telah meninggal orang yang berkuasa;\nmenggading\n1.\n menyerupai gading (nyiur yang baru tumbuh);\n2.\n menikam dengan gading." "gading II\n~ betina\n sejenis tumbuhan (pokok), \nAporosa aurea;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), \nEria teretifolia;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, \nXanthophyllum affine;\n~ tulang \nsejenis tumbuhan (pokok), \nRandia racemosa; \nseri ~ \nbunga yang ada sangkut-pautnya dengan taman asmara." "gading-gading\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDiplospora malaccense;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nGreenia corymbosa; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nPrismatomeris malayana;\n~ rimba \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nTarenna wallichii." "gading-gading I\n1.\n tulang rusuk pada lambung perahu;\n2.\n lingkaran pada roda." "gadis I\n1.\n anak perempuan yang sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara:\npemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dengan seorang ~;\n2.\n masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki):\nwalaupun sudah lama bergaul mesra dengan laki-laki ia masih tetap ~; \nsudah hilang ~nya \nbukan anak dara lagi;\n3.\n [Indonesia] tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara:\nayam ~ ; \nkuda ~;\n~ besar \ngadis yang berumur kira-kira 18 tahun;\n \n~ kecil\n gadis muda yang berumur kira-kira 13 tahun;\n \n~ sunti\n anak dara kecil yang belum baligh;\n \n~ tanggung\n gadis yang sedang besarnya\n;\n \n~ tua \nperawan yang sudah tua;\nbagai ~ julung bersubang \n(peribahasa) angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dan lain-lain);\n \nbagai ~ julung menumbuk \n(peribahasa) rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan;\n \nseperti ~ sudah berlaki\n (peribahasa) anak dara yang kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dan lain-lain);\nbergadis\n masih perawan;\n \ntidak ~\n tidak perawan lagi;\nmenggadis\n masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin;\nkegadisan\n perihal gadis, kedaraan, keperawanan:\nmeskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;\nkegadis-gadisan\n bertingkah laku sebagai gadis." "gadis II\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCinnamomum parthenoxylon." "gado-gado\n[Jawa]\n1.\n sejenis makanan daripada sayur-sayuran, tempe, tauhu dan sebagainya yang digaul dengan kuah kacang;\n2.\n campur baur, tidak teratur." "gadu\n~ gajah\n sejenis tumbuhan (pokok), mentua pelanduk besar, sambau jangkang, \nTrigonostemon longifolius." "gaduh I\n1.\n gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dan lain-lain):\npetani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; \n2.\n pertengkaran, perkelahian;\n \nmembuat ~ \na) bertengkar, berkelahi;\n b) membuat bising (gempar);\n3.\n selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram:\nhampir setiap hari ia ~ sakit saja;\nbergaduh\n1.\n berkelahi, bertengkar:\nbaiklah berhati-hati jangan sampai ~ dengan orang itu; \n2.\n membuat gempar (bising):\norang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dengan sengitnya; \n3.\n campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau:\nkalau bangsa-bangsa dalam negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;\nbergaduhan\n saling bergaduh:\n kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;\nmenggaduhkan\n1. = menggaduh\n, mengacau (kan), mengganggu:\norang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; \n2.\n mengkhuatirkan, merunsingkan:\nperkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;\nkegaduhan\n perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;\npergaduhan\n perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan." "gaduh II\n[Kelantan] terburu-buru, tergesa-gesa." "gaduh III\n[Kedah] bersusah payah:\ntak usah ~." "gaduk\n[Minangkabau] angkuh, congkak, sombong;\nbergaduk\n berlagak, menyombongkan diri;\n \n~-gaduk diri, saku-saku diterbangkan angin \n(peribahasa) orang yang suka bercakap sombong tetapi poket kosong;\nmenggaduk\n menyombong;\nmenggaduki\n menyombong kepada." "gadung I\nsejenis tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dalam air atau dibancuh dengan abu basah, boleh dimakan), \nDioscorea hispida;\nhijau ~\n hijau muda (seperti warna daun gadung);\n \nmabuk ~\na) mabuk kerana makan gadung;\n b) gila berahi;\n~ cina \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nSmilax cina;\n~ jantan \n= \nakar ~ tikus \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, \nSmilax helferi;\n~ kasturi \nsejenis anggerik (orkid), \nEpidendrum spp.;\n~ lilin \n= \n~ mabuk \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nDioscorea hispida;\n~ samak\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVitis cinnamomea;\n~ seberang \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nSmilax helferi." "gadung II\n[Jawa];\ngadungan\n tiruan, jadian, palsu;\nharimau ~\n = \nmacan ~ \nharimau jadian (manusia yang menjelma sebagai harimau);\n \nwartawan ~\n wartawan palsu." "gae\n[Minangkabau] tua;\n \norang ~ \norang tua." "gaek\n[Jakarta] sangat tua." "gaet\n[Jakarta] kait;\nmenggaet\n1.\n mengait;\n2.\n [kiasan] menipu (wang), memperdayakan (untuk mencari keuntungan)." "GAFIM\nakronim bagi Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia." "gaga\n[Jawa] huma, ladang padi:\npadi ~ \npadi huma." "gagah\n1.\n kuat, mempunyai tenaga, bertenaga:\ndatuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; \n2.\n berani, perkasa:\nperajurit yang ~ berani menemui ajalnya di medan perang;\n~ berani\n (perkasa) sangat berani;\n3.\n besar dan tegap (badan), begap:\ngadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yang ~ di sampingnya; \n4.\n bangga, megah:\ndia berasa ~ dapat masuk ke universiti;\nbergagah-gagahan\n1.\n mengadu kekuatan;\n2.\n beradu megah;\nmenggagah\n1.\n mengerjakan sesuatu dengan sepenuh tenaga;\n2.\n = \n~ pinggang \nbersikap gagah dengan bercekak pinggang;\nmenggagahi\n1.\n memaksa, mengerasi, menguasai:\nkubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; \n2.\n memperkosa, merogol:\ndia dihukum kerana ~ seorang gadis;\nmenggagahkan\n membuat gagah (berani, kuat, dan lain-lain), memberanikan, memaksakan;\n \n~ diri, \n= \n~ hati \nmemberanikan diri;\nkegagahan\n perihal gagah:\ndalam ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; \npintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu." "gagai\nmenggagai\n memanjat (pokok dan lain-lain) dengan cara memeluknya dengan kaki dan tangan." "gagak\n1.\n sejenis burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk\n;\n~ paruh besar, Corvus macrorhynchos;\n \n~ hutan = ~ paruh rampai\n, \nCorvus enca; \n2.\n = \n~ gunung \nsejenis burung, \nCissa chinensis; \n3.\n = \n~ paruh emas \nsejenis burung, \nUrocissa flavirostris;\n~ bersuara murai\n (peribahasa) seorang yang hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yang baik;\n \n~ lalu punggur rebah\n (peribahasa) orang yang ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kepada yang lemah);\n \nketika ~ putih bangau hitam \n(peribahasa) pada zaman dahulukala;\n \nselama hitam ~, selama air mengalir jua\n (peribahasa) kekal abadi (selama-lamanya);\n \nseperti burung ~ pulang ke benua \n(peribahasa) walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya." "gagal\ntidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dan sebagainya yang dikehendaki) tidak jadi, kecewa:\nusaha-usaha untuk menamatkan konfrontasi ~ belaka;\n~ dalam peperiksaan;\nmenggagalkan\n menjadikan tidak berhasil, mengecewakan:\nrundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;\ntergagal\n tidak berhasil atau berjaya:\nkalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;\nkegagalan\n perihal gagal." "gagang\n1.\n tangkai (bunga, gayung, dan lain-lain), hulu (keris, tombak, dan lain-lain);\n2.\n [Minangkabau] pucuk ranting atau batang pokok yang melata (melilit), sulur;\n~ pena \nbatang pena;\n \n~ senapang (telefon) \npemegang senapang \n~ telefon \npemegang telefon;\n \nseperti sirih pulang ke ~nya \n(peribahasa) orang yang kembali kepada asalnya;\nmenggagang\n mempunyai sulur." "gagap I\n= menggagap\n tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap (mis \nm-m-ma-malam \nuntuk \nmalam)\n;\n \norang ~ \norang yang bertutur tertahan-tahan;\nbergagap-gagap\n bercakap dengan tertahan-tahan;\ntergagap-gagap\n terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk:\ndengan suara yang ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya;\n kegagapan\n perihal (sifat atau keadaan) gagap:\ntahap ~ berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain bergantung pada keadaan tekanan sosial yang dihadapinya." "gagap II\n[Jakarta] mencari sesuatu dengan meraba-raba (dalam gelap), menggagau(-gagau)." "gagar\n[Kelantan] cari, raba, geladah;\nmenggagar\n meraba-raba, merayau." "gagas\nmenggagas\n memikirkan sesuatu;\ngagasan\n buah fikiran yang dijadikan saranan, idea:\nkerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo; \ndasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dalam masyarakat." "gagau I\nmenggagau\n meraba-raba (dalam gelap dan lain-lain), mencari sesuatu dengan meraba-raba:\norang buta itu ~ laci meja;\ntergagau-gagau\n meraba-raba (kerana buta, gelap, dan lain-lain)." "gagau II\n[Minangkabau];\nbergagauan\n berteriak-teriak dengan tidak menentu;\nsegagau\n serupa gagaunya, sama-sama tidak menentu:\nkini, yang ~ dengannya cuma seorang sahaja\n;\ntergagau\n berteriak dengan tiba-tiba (kerana takut dan lain-lain)." "gagu\n[Jakarta] bisu;\nmenggagu\n membisu." "gaguk\ntergaguk-gaguk\n tertahan-tahan kata-katanya, tergagap-gagap." "gah\n[sastera lama]\n1.\n kemasyhuran, kemuliaan:\nmaka masyhurlah ~nya merata negeri; \n2.\n keangkuhan, kebanggaan;\n \n~ dan takbur\n kesombongan;\n3.\n ki, [bahasa percakapan] menjadi buah pertuturan orang, termasyhur:\nmaka ~lah ke seluruh dunia akan kehandalan pahlawan itu; \n4.\n kelihatan hebat:\n syarikat pengilangan yang ~ dari segi fizikalnya." "gaham I\n[Minangkabau] gertak(an), ugutan;\nmenggaham\n menakuntukan, mengancam, menggertak." "gaham II\n~ badak\n sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Euphorbiaceae, gelugur hutan, medang lempung, gangulang (di Sabah), merbulan (di Sarawak), \nBlumeodendron spp." "gahar\nmenggahar\n1.\n menggonyoh, menggosok kuat-kuat (supaya bersih);\n2.\n [Kelantan] berkelahi mati-matian." "gahara\nketurunan raja yang lahir daripada permaisuri;\n \nanak ~\n anak raja daripada permaisuri;\n \nsama ~ \nketurunan yang sedarjat." "gahari\ntidak kurang dan tidak lebih, sedang;\nugahari." "gaharu\nkayu yang harum (berasal daripada pokok tengkaras, \nAquilaria malaccensis\n)\n;\n \n~ badak \nsejenis tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, \nPhyllochlamys wallichii;\n~ dibakar kemenyan berbau \n(peribahasa) orang yang menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang;\n \nseperti buku ~ \n(peribahasa) memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya;\n \nsudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) \n(peribahasa) orang yang berlagak tidak tahu." "gai\nsejenis tali pada perahu (untuk menguatkan tiang perahu)." "gail I\ngual -~;\ngual." "gail II\n tergail\n kena kail, terpancing." "gaing\nkayu runcing yang dipasang pada dasar perahu (di haluan atau buritan)." "gait\n= penggait = gaitan\n benda yang berlengkok pada hujungnya untuk menarik sesuatu, kait atau pengait;\nmenggait\n1.\n menarik buah (perahu dan lain-lain) supaya dekat, mengait:\nhendak dipanjat kerengga, mahu pula digait galah tidak sampai;" "gajah\n1.\n sejenis mamalia dalam famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading);\n \n~ Asia = ~ India\n, \nElephas maximus;\n~ Afrika, Loxodonta afrikana;\n \nilmu (hikmat, mantera) ~ \nmantera yang menjadikan gajah jinak;\n2.\n buah catur yang jalannya menyerong;\n3.\n sesuatu yang besar;\n \nbadak ~ \nbadak yang besar;\n \nnyamuk ~ \nnyamuk yang besar;\n~ bara \ngajah hitam;\n \n~ barat \npermainan untuk kanak-kanak;\n \n~ guling \nperhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati;\n \n~ lalang \ngajah yang sudah jinak (tidak liar);\n \n~ laut \nsejenis anjing laut, \nMirounga spp.\n;\n \n~ menung \na) binatang yang besar (terutamanya dalam cerita);\n b) sejenis usungan berbentuk ikan laut untuk pengantin;\n \n~ menyusu \natap tambahan atau yang disambung pada rumah, sengkuap;\n \n~ mina \na) walrus;\n b) sejenis perhiasan (makara);\n \n~ patah \npermainan teka-teki;\n \n~ tunggal \ngajah yang tidak bersama-sama kawannya (sangat liar);\n \nseperti ~ putih \nsesuatu yang mahal tetapi tidak berguna:\n kebanyakan perbadanan awam adalah seperti ~ putih di bumi Afrika;\n~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga \n(peribahasa) orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya;\n \n~ dialahkan oleh pelanduk\n (peribahasa) orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah;\n \n~ dipandang seperti kuman \n(peribahasa) orang yang naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya;\n \n~ ditelan ular lidi\n = \n~ mati dicatuk katak \n(peribahasa) anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan;\n \n~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu yang mustahak dengan tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yang tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi;\n \n~ mati kerana gadingnya\n (peribahasa) seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya;\n \n~ mati meninggalkan tulang \n(peribahasa) jasa baik seseorang yang mati dikenang juga;\n \n~ mati tulang setimbun \n(peribahasa) orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya;\n \n~ seekor gembala dua \n(peribahasa)\na) seorang perempuan yang menduakan suaminya;\n b) dua orang memimpin satu pekerjaan;\n \n~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah\n = \n~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit\n (peribahasa) kalau orang besar-besar yang berselisih, rakyat yang mendapat susah;\n \n~ turun di tengah rumah \n(peribahasa) menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar);\n \nbangkai ~ bolehkah ditutup dengan nyiru \n= \nseperti ditempuh ~ lalu \n(peribahasa) kejadian yang besar tidak dapat disembunyikan;\n \nseperti ~ masuk kampung \n(peribahasa) seseorang yang melakukan sesuatu sekehendak hatinya;\n \nseperti ~ putih ditambat \n(peribahasa) seseorang yang merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya;\n \nseperti ~ rompong belalai\n (peribahasa) raja yang kehilangan kuasanya;\nmenggajah\n tampak seperti gajah, kelihatan besar;\ngajah-gajahan\n1.\n = \nmain ~\n main catur;\n2.\n = \nsakit ~ \npenyakit yang menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut;\nbergajah\n menaiki gajah:\n bala tentera ~." "gajai\n[Minangkabau];\nmenggajai\n melepaskan;\ntergajai\n terlepas, tidak terikat lagi, tidak ada sangkut-pautnya:\npada suatu waktu sangkutan hatinya ~ dan ia benci melihat anak muda yang pandai bercakap itu." "gajak\nsikap dan langkah, tingkah laku, gerak-geri." "gaji\nupah yang tetap, bayaran yang tetap untuk pekerjaan;\nhari ~ \nhari pembayaran gaji;\n \nmakan ~\n bekerja untuk mendapat gaji;\n \norang ~ \npembantu rumah tangga yang diberi gaji, pembantu rumah, amah;\n \n~ bulan (minggu, hari)\n upah kerja yang dibayar setiap bulan (minggu, hari);\n \n~ buta\n gaji yang diterima tanpa bekerja (keras);\n \n~ mati \ngaji yang telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dalam tangga gaji seseorang pekerja:\nsebagai pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih daripada RM1000 sebulan;\n~ pokok \ngaji yang menjadi dasar dengan tiada tambahan elaun dan sebagainya;\nbergaji\n mendapat gaji:\n~ besar;\nmenggaji\n memberi (membayar) gaji, mengambil sebagai pekerja:\nia ~ penolongnya sangat rendah; \norang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja daripada ~ orang luar;\ngajian; \norang ~ \na) hamba, bujang, babu;\n b) orang pinjaman atau sewaan (dengan kontrak dan lain-lain);\n \nhari ~\n hari gaji;\npenggajian\n urusan menggaji:\n majikan perlu mengemukakan permohonan kepada Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian i\ntu." "gajih\n[Jawa] lemak." "gajul\n[arkaik] [Indonesia] orang yang tidak baik tingkah lakunya, bergajul;\npergajulan\n [bahasa percakapan] penjahat." "gajus\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya berbiji di luar), jambu golok, jambu ketereh, jambu monyet, kajus, janggus, \nAnacardium occidentale;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), belonggok, \nAlseodaphne penduncularis." "gak I\nbunyi burung gagak." "gak II\n[Jakarta] tidak, enggak." "gak III\n[Kelantan] tempat membakar roti atau bata." "gala I\nsejenis damar;\ngala-gala, gegala\n pakal yang dibuat daripada damar dan lain-lain;\n \n~ lembut \nminyak tar;\nbergala\n direkat dengan gala;\n tiada ~ lagi\na) bercerai-cerai (tulang dan lain-lain), tidak terikat erat;\n b) [sastera lama] sangat berlebih-lebihan." "gala II\nsegala-gala\n seluruhnya, semuanya." "gala-gala I\n[Minangkabau] kelulut, tebuan kecil." "gala-gala II\n[bahasa percakapan] gara-gara." "galaba, galabah\n[arkaik] pilu, duka, sedih." "galagasi\n[Jakarta] labah-labah." "galah\n1.\n kayu panjang (untuk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dan lain-lain);\n2.\n sejenis tombak atau lembing pemburu babi hutan;\n \n~ canggah \ngalah yang bercabang hujungnya;\n \n~ jemur \nkayu yang dipasang melintang antara dua tiang dengan pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sebagai tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain;\n ~ pancang (unjam) \ngalah yang ditancapkan untuk menambat perahu;\n \n(main) ~ panjang\n permainan kanak-kanak (dengan membuat petak-petak atau garis-garis di tanah);\n \n~ sanggamara \ngalah yang berkait untuk menolak atau meraih perahu;\nbagai ~ dijual \n(peribahasa) [Minangkabau] sudah habis hartanya (kerana berjudi dan lain-lain);\n bagai ~ di tengah arus \n(peribahasa)\na) sangat gementar;\n b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dan lain-lain);\nbergalah\n menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dan sebagainya) dengan memakai galah;\n \nsegan ~ hanyut serantau \n(peribahasa) kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dalam kehidupan;\nmenggalah\n amat tinggi:\ntinggi ~;\nmenggalah(kan)\n menolak (sampan) dengan memakai galah;\nsepenggalah\n sepanjang atau setinggi galah;\n matahari ~ tingginya \nlebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi." "galai I\n[sastera lama] sejenis kapal;\nghali." "galai II\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Goniothalamus tapis." "galak I\n1.\n berangsang, ganas, garang, suka melawan:\n anjing yang ~; \n2.\n kuat dan memuncak (berkenaan (dengan) tangisan):\n ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya:\n3.\n tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif):\n kameranya ~ merakam; \nkegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; \n4.\n [Kelantan] gembira, ria;\n5.\n [Kedah], [Pulau Pinang] mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (berkenaan (dengan) lelaki suka mengusik perempuan dan sebagainya, berkenaan perempuan suka bergaul bebas dengan lelaki dan sebagainya), gatal;\nmenggalak\n menjadi galak (berangsang, ganas, dan lain-lain), menjadi sangat marah (berani dan sebagainya);\nmenggalakkan\n1.\n membangkitkan marah:\n~ ayam sabungan; \n2.\n memberi semangat, memberi dorongan:\n tunangannya ~ dia melanjuntukan pelajarannya;\ngalakan\n dorongan, desakan:\n ia memberi ~ kepada belia supaya menjadi ahli sukan;\npenggalakan\n perihal atau perbuatan menggalakkan:\n mereka membincangkan ~ industri kecil;\npenggalak\n orang yang menggalakkan (memberi semangat, mendorong):\n raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan;\n~ akar \nbahan kimia untuk membanyakkan akar." "galak II\npenggalak\n ubat bedil dalam persumbuan meriam lama (senapang dan lain-lain)." "galak III\nkerap;\n \n~ kali \nkerap kali." "galaksi\ngugusan bintang yang terpisah jauh dari satu sama lain dalam alam semesta:\nbintang itu pula berkelompok-kelompok membentuk kumpulan yang dinamakan ~." "galaktosa\n(Kimia) gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa." "galang I\nbenda melintang untuk landasan (penunjang, penopang, dan lain-lain);\n~ dapur \na) papan di sekeliling tempat memasak;\n b) sejenis tumbuhan, gading;\n \n~ ganti \npengganti;\n \n~ geta \n[Kedah] gelegar;\n \n~ kepala \nbantal (kepala);\n \n~ perahu \nbalak untuk menyangga perahu;\nbergalang\n1.\n menggunakan galang (bantal, landasan, dan lain-lain);\n \n~ tanah \nberbantal tanah;\n2.\n berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dengan galang;\nmenggalang\n1.\n diberi galang (landasan, ganjal, dan lain-lain), menyokong, menunjang:\n~ kepala dengan bantal;\n~ perahu; \n2.\n [Indonesia] memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dan lain-lain):\n menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk ~ parti sendiri; \n3.\n menghalang:\n barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan dituruntukan sahaja;\nmenggalangkan\n1.\n membuat sesuatu sebagai galang:\n~ paha di bawah kepala orang sakit;\n~ batang leher \nki sanggup berkorban;\n2.\n meletakkan (perahu dan sebagainya) di atas galang:\n sampan yang bocor itu akan digalangkan;\ntergalang\n1.\n digalang, berganjal;\n kapal ~ \nkapal yang terletak di atas galang;\n lidah ~ \nki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dan lain-lain);\n2.\n terhalang, tersekat;\ngalangan\n1.\n tempat membaiki kapal di darat, landasan;\n2.\n halangan, sekatan:\n ketiadaan wang adalah satu ~ yang besar untuk meneruskan pelajaranku; \n3. = galang-galangan\n permatang sawah;\npenggalang\n sesuatu yang digunakan untuk menggalang, perintang." "galang II\nsejenis tumbuhan (herba),\n Spilanthes acmella;\n~ dapur \nsejenis tumbuhan (pokok), \nVitex longisepala;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Goniothalamus giganteus." "galanggasi\n[Jakarta] \n= galagasi." "galar\n[Jawa] pelupuh yang digunakan sebagai tikar." "galas\n1.\n kayu yang dipikul di bahu untuk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar;\n2.\n beban yang dikandar dengan galas (kayu);\n3.\n barang jualan yang dijajakan dengan cara berkandar;\n~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua\n (peribahasa) pekerjaan yang tidak menguntungkan;\n \n~ terdorong kepada Cina \n(peribahasa) sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik;\n bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yang lebih \n(peribahasa) pekerjaan yang senang tetapi susah hendak melakukannya;\n dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan \n(peribahasa) zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi;\n sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu \n(peribahasa) sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dan lain-lain);\nmenggalas\n1.\n memikul barang-barang dengan galas (kandar), mengandar;\n2.\n menyandang (bungkusan dan lain-lain) di atas bahu, memikul:\n ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg;\n3.\n menjajakan barang dagangan;\n orang ~ \npenjaja;\n4.\n [kiasan] memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dan sebagainya):\n dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;\npenggalasan\n1.\n perihal menggalas, perdagangan;\n2.\n tempat berdagang;\npenggalas\n penjaja, pedagang kecil." "galau\nkebisingan, kekacauan;\nbergalau\n terlalu ramai dan sibuk, kacau-bilau:\n bunyi suara orang ~ datang dari arah belakang rumah; \ntiada sesuatu pun dapat dikatakannya walaupun di dalam dadanya bergelora perasaan yang ~ dan bergolak;\n~ orang di pasar \nsangat ramai;\n fikirannya ~ \nfikirannya keliru;\nkegalauan\n1.\n kebisingan, kekalutan:\n tatkala berhadapan dengan ~, berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram\n;\n 2.\n kekeliruan:\n~\n \nfikiran." "galei\n=\n pruf ~ \n(Percetakan) pruf cetakan pada kertas panjang untuk diteliti dan dibuat pembetulan sebelum dipotong-potong mengikut ukuran muka surat yang dikehendaki." "galena\n(Geologi) sejenis mineral berwarna kelabu yang merupakan sumber utama plumbum." "galengan\n[Jawa] permatang sawah;\ngalang I." "galeri\nbangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dan sebagainya:\n satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah." "galgal\nterburu-buru dan kasar (berkenaan (dengan) kelakuan, pekerjaan, dan lain-lain), lekas marah: \norang yang ~." "gali I\nbergali\n [Pahang] = \nmenggali\n mengorek (kubur);\nmenggali\n1.\n membuat lubang dalam tanah dengan menggunakan alat, mesin, dan lain-lain (untuk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dari dalam tanah, dan lain-lain), mengorek, menambang;\n \n~ kubur (longkang, lubang, dan lain-lain) \nmembuat kubur (longkang, lubang, dan lain-lain) dengan menggali tanah;\n \n~ ubi (emas dan lain-lain) \nmengeluarkan atau mengambil ubi dan lain-lain dari dalam tanah;\n2.\n [kiasan] menyelidiki, mendalami:\n mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; \nmenjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia;\n~ lubang menutup lubang \n(peribahasa) menebus hutang dengan meminjam wang;\n nan digali dalam, nan digantungkan tinggi\n (peribahasa) yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan;\ngalian\n bahan yang dikeluarkan dari tanah dengan menggali:\n tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yang lain; \nbahan ~ \nhasil lombong;\ngali-galian\n bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yang digali;\npenggalian\n perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menggali:\n~ kesan-kesan lama;\npenggali\n1.\n orang yang menggali (membuat) lubang;\n2.\n alat untuk menggali (seperti tembilang dan lain-lain);\n diam ~ berkarat \n(peribahasa) pengetahuan yang tidak dipakai akan hilang." "gali II\nsejenis kapal yang digerakkan oleh dayung atau layar yang digunakan pada zaman dahulu atau pada zaman pertengahan sebagai kapal perang atau kapal dagang." "galias\nsejenis gali besar yang digunakan sebagai kapal perang di laut Mediterranean dari kurun ke-15 hingga ke-18." "galibut\nsejenis perahu (gali yang kecil), jalibut." "galik I\n[Kelantan] suka, gembira." "galik II\n golak -~ \nberputar balik, berbalik-balik." "galing\n= galing-galing\n [Jawa] sejenis tumbuhan (herba), kepialu,\n Vitis trifolia." "galir\n1.\n longgar kerana haus (berkenaan (dengan) kunci, skru), tidak sendat:\n mesin ini tidak berjalan betul kerana skrunya sudah ~;\n2.\n [kiasan] fasih, lancar (bercakap), cepat bergerak." "galium\n(Kimia) sejenis unsur logam bersimbol Ga yang diekstrak daripada bauksit atau bijih zink, biasanya digunakan untuk membuat aloi yang digunakan dalam termometer suhu tinggi, dan untuk membuat sebatian yang digunakan sebagai semikonduktor." "galon\n[Indonesia] gelen." "galu-galu\n[Minangkabau] padi yang hampir masak (baik untuk dibuat emping)." "galuh\n1.\n [sastera lama] perak;\n2.\n permata (intan) sebagai sebutan untuk puteri raja." "galuk\n= geluk." "galur\nalur;\n susur-~ \nsalasilah, asal usul;\nbergalur-galur\n beralur-alur, berjalur-jalur;\nmenggalur\n mencari punca atau asal:\nmakna yang boleh digalur daripada falsafah mistik dalam Islam;\nmenggalur-galur\n memeriksa, mengusut (hingga kepada asalnya);\nmenggalurkan\n menguraikan sampai kepada asalnya;\npenggaluran\n perihal menggalurkan." "galut\n[Perak] selalu." "galvani\nbesi ~ \nbesi yang disalut dengan lapisan zink supaya tahan karat;\nmenggalvani\n menyalut besi (keluli dan sebagainya) dengan lapisan zink untuk melindunginya daripada berkarat:\nproses ~ kepingan besi;\n penggalvanian\n proses atau perbuatan menggalvani." "galvanometer\n(Fizik) alat untuk mengesan atau mengukur arus elektrik." "gam I\ndegam (bunyi meriam dan lain-lain)." "gam II\n[Kedah] tiba-tiba, dengan serta-merta." "gam III\nbahan perekat yang diperoleh daripada damar;\nbergam\n dilekatkan (dicantumkan, disapu dan sebagainya) dengan gam:\nkertas dinding itu sudah ~;\n mengegam\n menghalang sesuatu atau seseorang daripada bergerak, bergiat, dan sebagainya:\nsesetengah artis telah digam;\nmengegamkan\n melekatkan atau memperekatkan dengan gam." "gama\nhuruf ketiga dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u0393, \u03b3." "gamak\n1.\n agak, kira, sangka:\n ini tuan puteri ~nya; \ntidak ~ \ntidak ragu-ragu;\n2.\n sanggup, sampai hati:\n sampai ~ ia menipu aku;\n~-~ seperti orang menyambal\n (peribahasa) membuat keputusan tentang perbuatan dan lain-lain dengan diagak-agak saja;\nmenggamak-gamak\n1.\n memegang-megang untuk mengagak besar (berat) sesuatu, mengagak-agak:\n digamak-gamaknya benda itu lalu ia membayar harganya; \n2.\n memegang-megang untuk mengancam, mengacu-acu (senjata dan lain-lain):\n~ hulu keris;\ntergamak\n sampai hati, sanggup, teragak:\n masakan ~ ia membiarkan seorang daripada ahli keluarganya itu diseksa Jepun; \ntidak ~\na) tidak teragak, tidak terkira;\n b) tidak ragu-ragu, tidak teragak-agak;\n c) tidak sampai hati, tidak sanggup:\n barangkali Ismail tidak ~ melihat Jamilah, sepupunya itu menangis." "gamaka\n(Seni Muzik) bunga lagu dalam muzik India." "gamam\n1.\n tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan lain-lain:\ndia menjadi ~;\n2.\n = \ntergamam\n gelisah, ragu-ragu:\ndia menegur dengan suara ~;\n tergamam\n menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun,:\n dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~;\n kegamaman\n dalam keadaan gamam." "gaman\n[Jawa] [arkaik] senjata." "gamang\n1.\n takut melihat ke bawah dari tempat yang tinggi, gayat:\n sungguh ~lah ketika melihat jurang yang amat dalam itu; \n2. = tergamang\n berasa sepi:\n ia ~ sepeninggalan ibunya;\npenggamang\n orang yang lekas gamang, penggayat;\n \norang ~ mati jatuh, orang pendingin mati hanyut \n(peribahasa) [Minangkabau] orang yang takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya." "gamat I\nbising, riuh-rendah:\n Dewan Rakyat ~ dengan gelak ketawa hari ini;\nmenggamatkan\n menyebabkan gamat pada telinga, membisingkan, memekakkan:\n pekik sorak ~ suasana;\n kegamatan\n keadaan gamat, kebisingan:\n ~ kelas reda secara mendadak." "gamat II\nsejenis binatang laut seperti teripang tetapi lebih pendek dan lebih kurus (biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu, dan digunakan untuk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh, bersalin, dan sebagainya), \nHolothuria spp.;\nair ~ \nair daripada gamat yang diawetkan;\n \nibu ~ \ngamat yang diawet atau disimpan sehingga menjadi kecut dan mengeluarkan air." "gamat III\n[arkaik];\nbergamat\n berlagu, bernyanyi;\nmenggamat; \n~ lagu \nmelagukan." "gamat IV\n kayu ~\n kayu keramat yang dipakai sebagai cap kerajaan." "gamat V\n akar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Pterisanthes cissoides." "gamba\n~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Cardiopteris lobata." "gambang I\nsejenis alat muzik (dibuat daripada bilah-bilah kayu atau gangsa yang panjangnya tidak serupa);\n \n~ keromong \ngamelan khas Betawi untuk mengiringi drama rakyat Betawi." "gambang II\n balai ~;\nbalai I." "gambar\n1.\n lukisan, foto;\n tukang (pandai) ~ \norang yang kerjanya mengambil gambar, jurugambar;\n kantur ~\n [Indonesia] pejabat tempat membuat gambar peta;\n2.\n tiruan sesuatu benda yang dibuat dengan menggunakan kamera, foto;\n3.\n [sastera lama] patung;\n~ angan-angan \ngambar yang dikhayalkan;\n \n~ bagan \ngambar yang dibuat dengan garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar;\n \n~ bumi \npeta bumi;\n \n~ cermin \n[Indonesia] bayangan pada cermin;\n \n~ denah \ngambar bagan;\n \n~ ejekan (sindiran) \ngambar orang yang dibuat ganjil dengan sengaja sebagai sindiran;\n \n~ hidup \n=\n wayang ~ \n=\n komidi ~\n wayang gelap, gambar bergerak yang ditayangkan;\n \n~ mati \n= \n~ sorot\n wayang gelap yang tidak bergerak;\n \n~ sisip \n= \n~ selit \nkepingan lut sinar yang diberi bergambar untuk ditayangkan pada tirai;\n \n~ tempel \n[Indonesia]\na) gambar yang dilekatkan pada kertas (kad, kain, dan lain-lain);\n b) gambar iklan yang dilekatkan pada tembok dan lain-lain;\n \n~ timbul \ngambar yang dibuat timbul pada batu dan lain-lain;\nbergambar\n1.\n mempunyai gambar, dihiasi dengan gambar:\n buku bacaan ~; \nkad ~; \n2.\n mengambil gambar dengan kamera:\n para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;\nmenggambar\n melukis (membuat) gambar :\n ia suka ~ pemandangan;\nmenggambari\n memberi bergambar, menghiasi dengan gambar:\n kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;\nmenggambarkan\n1.\n membuat gambar untuk:\n guru ~ muridnya seekor singa; \n2.\n melukiskan, membayangkan:\n lukisan ini ~ penderitaan rakyat yang miskin; \ndapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pada hari itu bersuka ria; \n3.\n mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dan sebagainya:\npepatah ini ~ satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dalam kehidupan sehari-hari\n;\ntergambar\n terbayang, terlukis:\n dalam fikirannya ~ wajah anak muda itu;\ngambaran\n1.\n gambar, lukisan;\n2.\n kisah (keterangan, bayangan, dan sebagainya) tentang sesuatu keadaan dan sebagainya;\npenggambaran\n1.\n perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dan lain-lain);\n2.\n kegiatan (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dan sebagainya;\npenggambar\n orang yang menggambarkan, pelukis." "gambar foto\ngambar yang dihasilkan dengan menggunakan kamera, foto." "gambar rajah\nsketsa, rangka atau pelan yang menerangkan sesuatu (hal, perkembangan, dan lain-lain)." "gambas\n[Jawa] ketola." "gambir\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar),\n Uncaria gambir; \n2.\n bahan yang diperoleh daripada pokok gambir untuk dimakan dengan sirih dan pinang (untuk menyamak kulit dan lain-lain);\n~ air\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Hippocratea macrantha;\n~ badak\n = \n~ jantan\n sejenis tumbuhan (pokok),\n Maesa ramentacea;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Uncaria cordata;\n~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Uncaria lanosa." "gambir-gambir\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kenar, keranji bulan, me(r)limau, pasak perahu, pokok rambutan pacat jantan, temilang,\n Aglaia odoratissima;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait,\n Combretum sunaicum." "gamboj\nsejenis damar yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok tertentu, biasanya digunakan sebagai sumber pigmen kuning, dan sebagai julap." "gambuh\n1.\n sejenis tarian;\n2.\n penari gambuh;\nbergambuh\n menari gambuh." "gambus\n1.\n sejenis kecapi Arab yang bertali enam (dimainkan dengan iringan gendang);\n2.\n =\n orkes ~ \n[Indonesia] pancaragam yang terdiri daripada gambus, harmonium dan sebagainya yang memainkan lagu-lagu Arab;\nlagu ~ \nlagu yang dimainkan oleh pancaragam gambus;\n tarian ~\n tarian dengan iringan gambus." "gambut\nlembut dan tidak padat (tanah):\n nanas ditanam di tanah ~ atau di ladang getah yang ditinggalkan." "gamelan\nseperangkat alat muzik yang berasal dari Jawa, yang terdiri daripada beberapa jenis alat yang dipalu seperti saron, bonang, gambang, gong, dan lain-lain." "gamen\n[bahasa percakapan] kerajaan, pemerintah." "gamer\nteragak-agak (hendak membuat sesuatu kerana malu dan lain-lain)." "gamet\n(Biologi) sel pembiakan." "gamik\n[Minangkabau];\nmenggamik\n memberi isyarat (menyentuh) dengan jari;\ngamit." "gamis\n[Arab] kemeja:\n wanita itu memakai gaun biru dengan ~ putih;\n bergamis\n memakai gamis:\nseorang lelaki yang berkopiah putih , ~, dan bercelana panjang mendekati Tipah." "gamit\nisyarat memanggil dengan jari:\n ibarat ~ sudah berkecapi, ibarat kata sudah berjawab;\nbergamit-gamitan\n1.\n saling memberi isyarat dengan jari;\n2.\n saling menyentuh dengan jari:\n kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling;\nmenggamit\n1.\n memberi isyarat dengan jari (untuk memanggil);\n2.\n menyentuh jari, mencuit;\n \n~\n \nkecapi\n memetik kecapi;\nmenggamitkan\n menyentuhkan jari, melambaikan (tangan) untuk memanggil dan lain-lain:\n kanak-kanak itu ~ tangannya seperti meminta sesuatu;\ngamit-gamitan\n sesuatu yang sering kali disebut-sebut orang, buah mulut orang:\n menjadi ~ orang." "gampang\n[Jawa] mudah;\n anak ~ \nanak haram;\nmenggampangkan\n memudahkan, menganggap ringan;\ngampangan\n [Jakarta] lebih mudah;\ngampang-gampangan\n dengan cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dengan bersungguh-sungguh." "gampar I\n[Jakarta];\nmenggampar\n menampar, meninju." "gampar II\n[Jawa];\ngamparan\n terompah daripada kayu." "gamuh\nsejenis kendi (teko dan lain-lain) yang tidak bercerat." "gamut\n(Komputer) julat keseluruhan jenis warna yang boleh dipaparkan oleh paparan komputer." "ganal\nganal-ganal\n \n~ mati\n seolah-olah mati, seperti mati rupanya." "ganang\n gunung-~ \nbermacam-macam gunung, pergunungan." "ganar I\n[Minangkabau] bingung." "ganar II\npenembak meriam." "ganas\n1.\n liar dan suka menyerang, mengamuk, membunuh dan sebagainya (berkenaan (dengan) binatang), buas:\n harimau (buaya) yang ~;\n2.\n cenderung merosakkan harta benda, mencederakan orang dan sebagainya (berkenaan (dengan) orang):\n orang gila itu semakin hari semakin ~;\nmengganas\n1.\n berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dan lain-lain):\n samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini;\n2.\n menjadi semakin hebat, menjadi-jadi:\nwabak taun ~;\nmengganasi\n berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas terhadap (seseorang):\n wanita sepatutnya dihormati sebagai seorang insan, seperti lelaki, dengan itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;\nkeganasan\n perihal ganas, kebuasan, kegarangan;\npengganasan\n perbuatan mengganas:\n anasir-anasir subversif melakukan ~ di sempadan;\npengganas\n orang yang mengganas:\n~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung." "gancang\ncepat (tindakan, gerakan, dan lain-lain), tangkas, cergas, pantas." "gancaran\n[Jawa] karangan yang tidak bersajak, prosa." "gancu\n1.\n pengancing daripada logam, plastik, dan lain-lain yang dilekatkan pada satu hujung tali pinggang dan lain-lain, digunakan untuk mengancing tali pinggang dan lain-lain atau sebagai hiasan. \n2.\n galah yang mempunyai kait pada hujungnya;\nmenggancu\n mengait sesuatu dengan gancu." "ganda I\n1.\n =\n sekali ~ \nsatu kali lebih banyak daripada yang asal (mis empat menjadi lapan);\n2.\n lipat, kali (banyaknya dan lain-lain):\n sekali (dua kali, tiga kali) ~ \nsatu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (daripada jumlah asal);\n berlipat ~ \nbeberapa kali lebih banyak daripada jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya;\n~ menaik \n(Matematik) rangkaian angkatap yang disusun menurut angka ganda yang bertambah besar;\n \n~ menurun\n (Matematik) rangkaian angkatap yang disusun menurut angka ganda yang bertambah kecil;\nberganda\n bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak daripada jumlah asal, berlipat (banyaknya):\n hasil padi ~;\nberganda-ganda, ganda-berganda\n berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak daripada jumlah asal (atau sesuatu jumlah):\n mendapat keuntungan yang ~; \nmenari ~\n menari berkali-kali (berulang kali);\nmenggandakan, mempergandakan\n memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dan sebagainya yang asal:\n jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; \njanganlah awak ~ kata itu lagi \njanganlah mengulang kata itu lagi;\nmemperganda-gandakan\n melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali;\ngandaan 1. = penggandaan;\n \n2.\n = \npergandaan;\npergandaan\n1.\n perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak daripada jumlah asal;\n2.\n (Linguistik) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya);\npenggandaan\n perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);\npengganda\n angka untuk menggandakan angka lain." "ganda II\n[sastera lama] bau (yang harum), bau-bauan." "ganda III\n[Jakarta]\n1.\n lawan (yang tidak sepadan);\n2.\n berani melawan (meskipun lawan yang lebih kuat dan lain-lain)." "gandal\n= gandalan, penggandal\n halangan, rintangan." "gandam\nbahan pewarna yang digunakan untuk mewarnakan kayu dan lain-lain tanpa menghilangkan ira kayu dan sebagainya;\nmenggandam\n membubuh (meletakkan, menyapu, dan sebagainya) gandam pada kayu dan lain-lain." "gandan\n[Indonesia] ;\n gebar ~\n kain selimut daripada sutera dan lain-lain." "gandang\nsejenis tumbuhan (pokok), ganding, kesinga, merpuing, mersinga,\n Carallia brachiata." "gandapura\nsejenis tumbuhan (pokok yang bijinya dibuat minyak wangi),\n Hibiscus belamoschus." "gandar I\n1.\n kayu untuk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar;\n2.\n tangkai (pada timba telaga, pada tenggala);\n3.\n batang dacing;\n4.\n = \n~ roda \nbatang besi (kayu dan sebagainya) tempat roda berpusing;\n pasak (poros) roda, aci;\n \n~ cincin \npencengkam batu pada cincin;\nmenggandar\n memikul, mengandar, menggalas;\ngandaran\n barang (beban) yang dipikul, pikulan, kandaran:\n maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu." "gandar II\n[Jakarta];\nmenggandar\n mengenderai (kereta, basikal, dan lain-lain);\ngandaran\n kenderaan, kenaikan." "gandaria, gandariah\nsejenis tumbuhan (pokok yang berbuah),\n Bouea macrophylla." "gandarusa\nsejenis tumbuhan (herba yang daunnya dipakai untuk ubat),\n Gendarussa vulgaris." "gandasuli\nsejenis tumbuhan (pokok yang harum bunganya),\n Hedychium coronarium." "gandek\n[Jawa] utusan, suruhan raja." "ganden\n[Jawa] tukul daripada kayu, pemukul." "gandewa\n[Jawa] busur (panah)." "gandi I\n[sastera lama] busur (panah);\n main ~ \nbermain panah." "gandi II\n[sastera lama] tukul, pemukul;\ngandin." "gandik\n1.\n perhiasan pengantin perempuan, permaisuri dan sultanah yang dipakai pada dahi;\n2.\n perhiasan pada hulu keris." "gandin\ntukul kayu, pemukul." "ganding I\nbergandingan, berganding\n1.\n berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan):\n Ismail ~ dengan Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; \n2.\n berangkaian, berhubungan, berpautan:\n gerabak-gerabak kereta api yang bergerak ~; \n3.\n berkaitan, berhubungan, bersangkutan:\n hal-hal yang ~ dengan sesuatu perkara; \n4.\n bekerjasama, tolong-menolong:\n masyarakat yang berbilang bangsa harus ~ untuk mencapai kemakmuran;\n~ tangan \na) berpegangan tangan;\n b) bekerjasama, bahu-membahu;\n \n~\n \ntenaga\n menggunakan tenaga bersama untuk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dengan erat);\nmengganding\n1.\n menarik sesuatu yang diikat di samping atau di belakang:\n sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; \n2.\n memegang tangan, memimpin:\n orang buta itu diganding oleh seorang budak;\nmenggandingkan, mempergandingkan\n1.\n menghubungkan, memauntukan, mempertalikan:\n kereta yang rosak itu digandingkan dengan sebuah lori; \n2.\n menghubungkan, mengaitkan:\n kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dengan keadaan ekonomi negara; \n3.\n membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan:\n sampan itu digandingkan dengan motobot;\ngandingan\n benda yang digandingkan (di samping atau di belakang)." "ganding II\n[Minangkabau];\ngandingan\n banding, tanding;\nbergandingan\n berbanding dengan, berlawanan, bersaingan;\nmenggandingkan\n membandingkan." "ganding III\nsejenis tumbuhan (pokok), gandang,\n Carallia brachiata." "gandrung I\n[Jawa] sangat rindu (berahi), sangat mengingini." "gandrung II\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok) yang buahnya seperti jelai,\n Andropogon sorghum." "gandu\nsejenis buah berwarna hitam yang berbentuk bulat pipih dan dipakai dalam permainan lecek." "ganduh I\n[Minangkabau] imbuh, tambah, tokok;\nberganduh\n bertukar dengan mendapat tambahan (wang dan lain-lain);\nmemperganduhkan, memperganduh-ganduhkan\n menukarkan sesuatu dengan tambahan." "ganduh II\n[Minangkabau];\nberganduh\n bercampur, beraduk." "gandul\n[Jawa];\nmenggandul\n bergantung;\nmengganduli\n1.\n bergantung pada;\n2.\n menggantungkan pada;\ngandulan\n benda yang digantung (kerongsang pada rantai leher dan lain-lain)." "gandum\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), terigu,\n Trificum sativum; \ntepung ~ \ntepung terigu (untuk membuat roti dan lain-lain)." "gandung\nbuluh (kayu) yang dipasang di kiri kanan perahu (supaya tidak terbalik atau untuk menambah muatan), ambau;\nbergandung\n1.\n berambau (memakai gandung);\n2.\n mempunyai muatan yang diletakkan di gandung;\nmenggandung\n memuat barang dengan memakai gandung." "gandus\nsejenis kuih (dibuat daripada tepung beras, kelapa, dan lain-lain);\n seri ~ \nsejenis penganan." "gang I\nsejenis pahat (yang dipakai oleh tukang tembaga)." "gang II\n[Indonesia-Belanda] lorong kecil (di kampung-kampung dalam bandar)." "ganggang I\nberganggang\n \n1.\n sedang disalai (dengan api);\n2.\n berdiang;\nmengganggang\n menyalai, memanggang:\n daun yang hendak dikeringkan itu diletakkan di dalam dulang dan diganggang atas api." "ganggang II\n[Minangkabau]\n1.\n ruang di antara dua benda, celah:\n~ pintu;\n2.\n renggang (tidak rapat):\n hubungan mereka sudah mulai ~;\nberganggang\n1.\n bercelah, merenggang:\n sambung kayu itu mulai ~\n;\n2.\n bercerai (berkenaan (dengan) suami isteri):\n laki bini itu sudah ~;\nmengganggang\n menjadi bercelah, merenggang:\n papan ~;\n mengganggangkan\n merenggangkan, menjadikan bercelah:\n~ pintu." "ganggang III\nsejenis lumut yang tumbuh dalam air dan lain-lain." "ganggu\nmengganggu\n \n1.\n mengusik, mengacau:\n pekerjaan orang jangan diganggu; \n2.\n mengusik, mempermain-mainkan, menggoda (perempuan):\n tidak baik awak ~ murid perempuan itu; \n3.\n menghalangi, mencegah, memacetkan, merusuh:\n batuknya ~ ia bercakap;\n~ keamanan\n merosakkan keamanan;\nterganggu\n terusik, tercegah, terhalang:\npasukan keamanan nampaknya ~ oleh pengganas-pengganas di hutan;\ngangguan\n1.\n perbuatan mengganggu (mengusik dan sebagainya), usikan, godaan;\n2.\n sesuatu yang mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dan sebagainya), halangan;\n~ fikiran \nkeadaan jiwa (perasaan atau minda) yang tidak tenteram, cemas, bercelaru dan sebagainya akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran;\n \n~ mental \n(Perubatan) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yang berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pada otak, yang seterusnya mengganggu fungsi otak;\n \n~ seksual \nperlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dan sebagainya yang berunsur seks, misalnya kata-kata lucah, meraba dan sebagainya, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita;\npenggangguan\n perihal atau perbuatan mengganggu;\npengganggu\n orang dan lain-lain yang (suka, selalu) mengganggu." "ganggu-gugat\nmengganggu-gugat\n mengganggu dan mendakwa, memperkarakan, mendakwa dan memperkarakan:\nraja yang berkuasa tidak boleh diganggu-gugat." "ganggut\nmengganggut\n mencabut, merenggut." "ganglion\n(Biologi) kelompok jasad sel saraf yang biasanya terletak di luar saraf pusat." "gangren\n(Perubatan) kematian tisu secara meluas akibat terputusnya bekalan darah, yang biasanya diikuti dengan serangan bakteria, kelemayuh." "gangsa I\naloi yang terdiri daripada tembaga dan timah;\n= kangsa." "gangsa II\nangsa (sejenis itik besar)." "gangsal\n[arkaik] ganjil (lawan genap);\ngasal." "gangsang\ngasang I." "gangsar\nsejenis keridik, cengkerik." "gangsi\n[arkaik];\nmenggangsi\n mengukup (pakaian), mendupai, mengasapi." "gangsir I\n[Jawa] \ngangsar." "gangsir II\nmenggangsir\n menggali lubang dalam tanah." "ganih I\n[arkaik] gading gajah betina." "ganih II\n[Minangkabau];\nkain ~ \nkain putih." "ganja I\nsejenis tumbuhan yang daun dan bunganya yang kering dihisap seperti tembakau sebagai dadah yang mengkhayalkan, \nCannabis sativa." "ganja II\nbahagian keris di antara mata dan hulunya;\n \n~ iras \n= \n~ menumpu\n ganja yang bersambung dengan bilahnya;\n \n~ datang \n= \n~ rawan \nganja yang dilekatkan pada bilahnya." "ganja-ganja\nsejenis tumbuhan (herba), \nClerondendron indicum." "ganjak\nberganjak\n1.\n beralih, beranjak, berengsot:\ndia tidak mahu ~ dari tempatnya; \n2\n. \nki berubah (pendirian dan sebagainya):\ndia teguh dengan pendiriannya yang lama, tidak ~ sedikit pun;\nmengganjak, mengganjakkan\n mengalihkan, menganjakkan, mengubah tempat, mengensotkan:\npeti besi tidak dapat diganjak oleh seorang sahaja;\nterganjak\n teralih, teranjak, terengsot;\n \ntidak ~ \na) tidak teralih;\n b) [kiasan] tidak dapat diubah lagi." "ganjal\nalas (tiang, landasan kereta api, dan lain-lain), sempal (tempat yang longgar, puting parang dengan lubang hulu, dan lain-lain);\nmengganjal\n membubuh ganjal:\ntiang balai itu diganjal dengan batu;\nterganjal\n memakai ganjal, ketat (tidak longgar), kukuh (tidak goyah)." "ganjar\nmengganjar, mengganjari\n \n1.\n membalas jasa dengan hadiah, menghadiahi:\nkerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yang telah berjasa kepada tanah air; \n2.\n memberi balasan, memberi hukuman:\npengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;\nmengganjarkan\n1.\n menghadiahkan;\n2.\n memberikan balasan;\nganjaran\n1.\n hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-lain):\nPatih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis;\n2.\n balasan (untuk perbuatan jahat dan lain-lain):\ndia akan mendapat ~ pada kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya." "ganjat\ntegang (kulit gendang, urat-urat), regang." "ganjil\n1.\n ajaib, aneh, pelik:\nkelakuannya agak ~ akhir-akhir ini;\n2.\n tidak genap (bilangan), gasal:\nnombor bulat yang bukan nombor genap dinamakan nombor ~\n;\nmengganjil\n berlaku ganjil (lain daripada biasa):\ndia itu selalu ~ saja daripada orang lain;\nmengganjilkan\n1.\n menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dan sebagainya);\n2.\n membuat orang menganggap aneh (ajaib dan lain-lain):\npakaiannya yang sungguh ~;\n \nkeluar tak ~ masuk tak menggenapkan \n(peribahasa) hal (orang) yang tidak mendapat perhatian dalam masyarakat;\nkeganjilan\n perihal ganjil, keanehan, keajaiban." "ganjur I\n[sastera lama] tombak;\nmengganjur, mengganjuri\n menombak(i)." "ganjur II\n[Minangkabau] tarik, hela, mundur;\nberganjur\n mengundurkan diri:\npegawai itu ~ diri untuk mengelakkan perkelahian; \nberganjur-ganjur surut \nki bersikap maju mundur;\nmengganjur\n menarik, merenggut (tali wau dan lain-lain), menarik diri, mengundurkan:\ndia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut." "gantal\n[Jawa] daun sirih yang sudah digulung." "gantang\n1.\n sukatan atau ukuran banyak yang sama dengan 4 cupak atau 4.54 liter (lazimnya untuk beras);\n2.\n alat untuk menyukat (beras dan lain-lain);\nmelukut di tepi ~ \n(peribahasa) perkara kecil yang tidak mendapat perhatian;\n \nmengisi ~ pesuk\n (peribahasa) membuat pekerjaan yang tidak menguntungkan;\n \nsecupak tak akan jadi se~ \n(peribahasa) sesuatu yang tetap dan sukar diubah lagi;\nmenggantang\n menyukat dengan gantang;\n \n~ asap \nmengingini sesuatu yang sukar dicapai;\n~ anak ayam\n (peribahasa) membuat pekerjaan yang amat susah;\n \npenuh sudah bagai ~ \n(peribahasa) cukup (benar-benar) penuh." "gantang-gantang\npatrum (tempat ubat bedil) yang dibuat daripada buluh." "gantar\n(Sunda) galah." "ganteng I\n[Jawa] cantik, elok dan gagah, tampan." "ganteng II\n[Jakarta] kental, beku." "ganti\n1.\n silih, penukar, pampasan:\nambillah buku cerita ini sebagai ~ tengok wayang; \n2. = pengganti\n wakil:\nkalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau; \n3.\n [bahasa percakapan] beralih, bertukar, berubah (tempat dan lain-lain);\n~ nama \n(Linguistik) kata untuk menyebut diri (saya, engkau, dan lain-lain);\n \n~ tikar \nkahwin dengan adik atau kakak isteri yang telah mati;\n \n~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan \n(peribahasa) untuk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dengan muafakat;\nberganti\n bertukar, berubah, beralih menjadi;\n \n~ nama \nbertukar namanya;\n \n~ pakaian \nbertukar pakaian;\n \nhari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) \nselepas hari dan lain-lain ini hari dan lain-lain kemudiannya pula;\n \nsatu ~ satu \nsatu demi satu bertukar, bergiliran;\n \nsilih ~ \n= \nsaling ~\n = \nganti-~ \nbergilir-gilir atau bertukar-tukar;\nberganti-ganti, bergantian\n bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti:\nseseorang yang berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda\n secara \n~;\nmengganti\n1.\n menukar (dengan yang lain, yang baru, dan lain-lain), menjadikan berganti:\npegawai ini perlu diganti dengan seorang yang lebih cekap; \n2.\n memberikan sesuatu kepada seseorang dan lain-lain sebagai cara memulangkan barang dan sebagainya yang sudah dihilangkan (dirosakkan dan sebagainya), memberi (membayar) ganti rugi:\nsaya tidak dapat ~ pen awak yang sudah hilang itu; \n3.\n mengambil tempat seseorang untuk menjalankan sesuatu tugas dan lain-lain:\nmengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dalam mesyuarat itu?;\nmenggantikan\n menjadi ganti:\nanak negeri yang pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang;\ngantian\n sesuatu yang dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yang lain;\npergantian\n pertukaran, peralihan, perubahan (kpada sesuatu yang lain);\npenggantian\n perihal atau perbuatan mengganti(kan):\nmereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung;\npengganti\n benda atau orang yang menjadi ganti:\nbiarlah pantunku ini sebagai ~ penawar hatimu; \nsejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya." "ganti rugi\nwang atau barang untuk silihan kerugian, pampasan;\nmengganti rugi\n memberikan sesuatu atau membuat bayaran untuk mengatasi atau melupuntukan kerugian yang dialami oleh seseorang dan sebagainya." "gantih\n[Minangkabau];\nmenggantih\n memintal benang (dengan rahat)." "ganting I\ngula ~ \ngula kasar;\ngula I." "ganting II\n[sastera lama] nama sejenis perahu lama:\nmaka baginda pun menyuruh berlengkap perahu akan menyerang Singapura, seratus delapan puluh banyaknya jong, lain daripada itu berapa ratus buah ~." "gantri\nstruktur keluli yang tinggi yang menopang kren, tanda isyarat di landasan kereta api dan sebagainya." "gantung\nhukum ~\n hukuman mati dengan mencerut leher dengan tali (yang terikat pada tiang);\n \njambatan ~ \ntiti yang tidak bertiang;\n \nkahwin ~ \n= \nnikah ~ \nperkahwinan yang belum lagi diumumkan (diraikan) dengan upacara persandingan;\n \nlampu ~ \nlampu yang disangkut (tidak berdiri);\n \npusaka ~ \nwaris yang belum diketahui pemiliknya;\n \n~ kemudi\n [sastera lama] cukai yang dikenakan di pelabuhan;\n \n~ layar \n[sastera lama] hadiah kepada orang yang menyelamatkan kapal yang hendak karam;\nbergantung\n1.\n bersangkut, bergayut, berpaut;\n \ndagu bagai lebah ~ \ndagu yang cantik;\n2.\n bersandar (pada orang dan lain-lain), berharap pada pertolongan (orang dan lain-lain), di bawah pengaruh orang dan lain-lain:\nkehidupannya ~ pada belas kasihan Dato Ujang; \npertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pada hujan;\n~ di ekor anjing\n (peribahasa) orang yang sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan;\n \n~ di hujung rambut \n(peribahasa) nasib yang tidak tetap;\n \n~ kepada rambut sehelai \n(peribahasa) dalam keadaan yang amat berbahaya;\n \n~ pada tali rapuh \n(peribahasa) mengharapkan pertolongan daripada orang dan lain-lain yang lemah;\n \n~ tidak bertali, bersalai tidak berapi\n (peribahasa)\na) isteri yang ditinggalkan tetapi tidak diceraikan;\n b) peri seorang gundik yang tidak sah;\nbergantung-gantung\n bergantung banyak-banyak di sana sini:\njemuran yang ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan;\nbergantungan\n bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak:\nia memerhatikan gambar-gambar yang ~ di dinding;\nmenggantung\n1.\n menghukum mati dengan mencerut leher dengan tali yang terikat pada tiang;\n \n~ diri\n membunuh diri dengan menceruntukan tali pada leher;\n2.\n memasang (kelambu, tirai, dan lain-lain) dengan menyangkuntukan tali dan lain-lain pada sesuatu:\n~ kelambu;\n~ langsir;\n3.\n menunda (perkara dan lain-lain) hingga waktu yang lain (untuk mendapat butir-butir yang lebih lanjut):\nperkara itu digantung untuk sementara waktu;\n4.\n menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dan sebagainya atau tidak dapat bertindak (bergiat dan sebagainya) sehingga diputuskan secara muktamad;\n~ kerja (pekerjaan) \ntidak membenarkan atau menahan seseorang daripada melaksanakan tugas atau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan);\n \n~ lesen\n menjadikan lesen (memandu, berniaga, dan sebagainya) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;\n \n~ raket\n berhenti sama sekali atau bersara daripada bermain sesuatu permainan yang menggunakan raket (seperti badminton, tenis, dan sebagainya):\nselepas ~ raketnya, nama beliau terus hilang dari dada akhbar; \ndigantung tinggi dibuang jauh \n(peribahasa) tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);\nmenggantungi\n1.\n menjadikan (sesuatu) sebagai tempat menggantungkan (sesuatu):\npokok ru itu digantungi dengan lampu yang berbagai-bagai warnanya; \n2.\n menggantung berulang-ulang;\nmenggantungkan\n1.\n menyangkuntukan pada paku dan lain-lain atau mengikatkan pada sesuatu dan sebagainya supaya terletak pada tempat yang tinggi, menjadikan bergantung:\nia ~ semua kad Hari Raya pada tali yang direntang; \n2.\n menyandarkan (nasib, pekerjaan, dan lain-lain) pada, mengharapkan (pertolongan dan lain-lain) daripada, meletakkan (harapan dan sebagainya):\nmereka ~ harapan hari depan mereka pada kejayaan Hanifah dalam pelajarannya;\ndigantungkan tinggi, digalikan dalam \n(peribahasa) perjanjian yang dibuat dengan syarat-syarat yang teguh;\n \n~ kain kotor di muka pintu \n(peribahasa) perihal perbuatan yang pandir yang memberi malu pada diri sendiri;\nmempergantungi\n menjadikan (seseorang) tempat bergantung:\naku masih terkatung-katung dengan tiada tempat bergantung tetapi dipergantungi pula oleh orang lain;\ntergantung\n1.\n telah digantung, tersangkut, terpaut:\nlampu itu ~ di loteng; \n2.\n diserahkan, terserah (pada):\nhukuman yang akan dikenakan ~ pada hakim;\ngantungan\n1.\n sesuatu yang digantung(kan);\n2.\n alat untuk menyangkut (menggantungkan) sesuatu;\nkebergantungan\n perihal (keadaan) bergantung (pada):\nsikap ~ pada orang lain;\nketergantungan\n keadaan atau sifat (masih) bergantung (pada sesuatu):\nini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas daripada ~ pada keluarga.\n ketidakbergantungan\n perihal ( keadaan) tidak bergantung pada:\n ~ politik kawasan yang berpisah-pisah;\npergantungan\n1.\n alat atau tempat untuk menggantung;\n2.\n tempat bergantung (mis orang yang dipercayai atau yang boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan;\n3.\n perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pada sesuatu):\njelaslah ~ pada beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara;\npenggantungan\n1.\n perihal menggantung;\n2.\n tempat menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang:\n~ kain baju itu letaknya berhampiran dengan katil;\npenggantung\n digunakan untuk menggantungkan sesuatu:\n tali ~ seluar." "ganu\npelangi (cahaya)." "ganyah\nmengganyah\n1.\n menggosok atau menyental kuat-kuat:\ntutup mulutmu, nanti aku ganyah dengan sambal; \n2.\n [Kedah] memakai (kain dan lain-lain) selalu:\nkain songket itu tidak boleh diganyah." "ganyang\nmengganyang\n1.\n [Jawa] memakan mentah-mentah, memamah, mengunyah;\n2.\n membinasakan, memusnahkan, menghancurkan:\noperasi Indera Khas telah dilancarkan untuk ~ unit penggempur keenam ini." "ganyar\nganyut." "ganyir\n[Kelantan] senang, mudah." "ganyong\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (herba yang umbinya sedap dimakan), \nCanna edulis." "ganyut\n1.\n tidak lunak (walaupun direbus), basau, engkah-engkah, ganyar;\n 2.\n sangat tua:\nCu Hawa sudah tua dan ~." "gap\nbunyi degupan jantung, bunyi seperti mengetuk meja;\n= degap I." "gapa I\n[Kelantan] apa benda." "gapa II\n[Jawa] cekatan, tangkas, tidak berasa kaku;\nkegapaan\n ketangkasan, kecekatan." "gapah I\ngopoh-~ \nterburu-buru, tergesa-gesa;\ngopoh." "gapah II\n= gapa II." "gapai\nbergapaian\n berhulur-hulur tangan (untuk mencapai atau memegang sesuatu);\nmenggapai\n menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu:\ntidak ada jalan lain bagiku melainkan ~ tempat bergantung pada benda-benda yang terapung;\nmenggapai-gapaikan\n menghulurkan tangan mencari-cari tempat pegangan:\nia ~ tangannya tetapi perahu itu sudah terlampau jauh dari tempatnya;\ntergapai-gapai\n terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu):\nBidin ~ dalam laut yang sedang berkecamuk itu." "GAPENA\nakronim bagi Gabungan Persatuan Penulis Nasional." "gapil\nsuka campur (dalam hal orang lain), suka mengganggu;\n \n~ tangan \nsuka campur tangan, suka mengusik;\n \n~ mulut \n= \nmulut ~ \ncerewet atau suka menyampuk dan lain-lain;\nmenggapil\n1.\n mengambil (memegang) dengan tidak sengaja;\n2.\n mencampuri (hal orang)." "gapis\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Leguminosae, \nSaraca declinata, S. indica; \ndan \nS. thaipingensis;\n~ akar\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar tuba, tuba benar, tuba jenu, tuba putih, tuba rimba, tuba tudung, \nDerris elliptica;\n~ tanjung \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nCroton griffithii." "gapit\n[Jawa] penyepit (untuk menguatkan anyaman), sepit;\nmenggapit\n mengapit dengan sepit, menyepit." "gaplek\n[Jawa] ubi kayu yang sudah dijemur sampai kering;\n \ntepung ~\n tepung ubi kayu." "gapura\npintu gerbang (istana, kuil, dan lain-lain);\n~\n \nilmu\n [kiasan] institusi, pertubuhan, dan lain-lain yang berjuang membina dan mengembangkan ilmu:\nilmu sastera berkembang bukan sahaja dari ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian\n." "gar\nbunyi guruh (meriam dan lain-lain);\n \n~, ~ kata gelegar, rasuk juga menahannya \n(peribahasa) dalam sesuatu perkara jangan terlalu percaya pada kata orang (kerana akibatnya nanti ditanggung sendiri);\ndegar." "gara I\ngahara." "gara II\n[Minangkabau] \n= garah.\n daripada:\n~ judi ini ia jadi melarat." "gara-gara\n1.\n bencana, huru-hara, kegemparan, kehebohan:\ndaripada ~ serangan udara maka orang ramai di bandar Brunei mesti membuat lubang perlindungan; \n2.\n akibat" "garah I\n[Minangkabau];\ngarah-garah\n senda gurau, lawak jenaka;\nbergarah, bergarah-garah\n bermain-main, berjenaka, bergurau senda;\nmempergarahkan\n memperolok-olokkan." "garah II\n[Minangkabau];\nmenggarah\n menakuntukan (burung di sawah), menghalau, mengusir:\nkulitnya merah ditimpa panas ketika ia ~ unggas di sawah." "garaj\nbangunan atau bahagian bangunan tempat menyimpan kenderaan." "garam\n1.\n bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yang diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sebagai perasa dan pengawet makanan), natrium klorida;\n2.\n (Kimia) sebatian kimia yang diperoleh daripada tindakan asid atas logam;\n3.\n sejenis pupuk;\n~ abu \nalkali;\n \n~ asid \n(Kimia) garam yang mempunyai satu atau lebih hidrogen yang boleh diionkan, misalnya kalium hidrogen sulfat;\n \n~ bes \n(Kimia) garam yang terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dengan ion negatif lain, misalnya plumbum (II) klorida hidroksida;\n \n~ dapur \ngaram untuk masakan;\n \n~ darat \n= \n~ galian \ngaram dari dalam tanah;\n \n~ hempedu \n(Biologi) garam yang terdapat dalam hempedu, gunanya untuk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan;\n ~ jantan \nbuku garam;\n \n~ kontang \n(Kimia) garam yang air penghablurannya telah disingkirkan, misalnya kuprum(II) sulfat;\n \n~ laut \ngaram dari air laut;\n \n~ siam \ngaram yang halus seperti gula pasir;\n \n~ terhidrat \n(Kimia) garam yang mempunyai air penghabluran;\n \nmerendang ~ \nbunyi mendedas;\n \nbanyak makan ~ \n= \ntahu diasin ~ \n= \nbanyak menelan ~ hidup \nmempunyai banyak pengalaman hidup;\n~ dikulumnya tak hancur\n (peribahasa) seorang yang pintar menyimpan rahsia;\n \n~ jatuh di air \n(peribahasa) cepat meresap atau segera dimengerti (berkenaan (dengan) nasihat, pelajaran, dan lain-lain);\n \n~ tumpah apakah tempatnya \n(peribahasa) kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan;\n \ndicecah orang bagai ~ \n(peribahasa) [Minangkabau] hal perempuan yang tidak lama bersuami, lalu bercerai;\n \nmembuang ~ ke laut\n (peribahasa) membuat pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah;\n \nsebagai ~ dengan asam \n(peribahasa) sudah padan benar (seperti suami isteri);\n \nsayang ~ sececah, busuk kerbau seekor \n(peribahasa) kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak;\n \nsudah seasam se~nya \n(peribahasa) tiada bercela;\nbergaram\n1.\n mengandungi (dibubuh) garam;\n2.\n [kiasan] senang, berbahagia:\nmereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; \n3.\n menjadi seperti garam;\nmenggaram\n1.\n menjadi masin;\n2.\n menjadi seperti garam;\n3.\n menghasilkan garam (membuat, menggali);\n4.\n [Minangkabau] menjilat-jilat (binatang ternak);\nmenggarami\n1.\n memberi bergaram, mengasinkan;\n2.\n [kiasan] merempahi, menambah-nambahi:\nlangkah-langkah perlu diadakan untuk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri;\nmenggaramkan\n membuat jadi garam (air laut dan lain-lain);\npegaraman\n tempat membuat garam;\npenggaraman\n perihal atau proses membuat (membubuh) garam." "garam-garam\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nRoucheria griffithiana." "garan I\n[Jawa] tangkai, hulu (pisau dan lain-lain)." "garan II\n[arkaik] gerangan." "garang I\n1.\n suka atau lekas menyerang dan sebagainya (apabila marah dan sebagainya), bengis, galak:\nanjing itu cukup ~; \nguru yang ~ menakuntukan murid; \n2.\n [Minangkabau] suka, gemar;\n \n~ makan \nkuat makan;\n3.\n kencang (berkenaan (dengan) angin dan lain-lain), hebat:\nangin bukit tiba-tiba bertiup ~; \n4.\n terang dan bercahaya (berkenaan (dengan) warna), sangat cerah:\nkalau dulu orang gemar cara mekap yang natural, dalam tahun 1983 penggunaan warna yang ~ muncul pula;\nmenggarang\n1.\n menjadi garang (berkenaan (dengan) anjing dan lain-lain), membuas, mengganas, menggalak;\n2. = menggarangkan\n memberanikan, mengganaskan;\nmenggarangkan\n1.\n menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan;\n2.\n menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah:\nwarna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembuntukan atau ~ warna-warna yang bersebelahan;\n kegarangan\n perihal garang:\n lambang api jelas membawa suasana ~ dan kegigihan." "garang II\n[Jawa];\nmenggarang\n memanggang, memanaskan (mengeringkan di atas api):\n~ tembakau;\ngarangan\n \ntembakau ~ \ntembakau yang dikeringkan dengan diganggang." "garang III\ngarangan\n [Minangkabau] \ngerangan." "garap\nmenggarap\n mengusahakan, mengerjakan:\nmenyelesaikan ~ tanah;\n menggarapkan\n mengolahkan:\nlebih mencabar seandainya penulis ~ watak-watak seperti Murni dan Mei Mei dalam konteks peleraian masalah;\ntergarap\n dapat diselesaikan (diusahakan):\n dia tahu ada sesuatu yang penting dalam hidup ini, namun tak ~ sampai sekarang;\ngarapan\n sesuatu yang diusahakan, usaha, kerja;\npenggarapan\n perbuatan menggarap (mengusahakan, menyelesaikan) sesuatu." "garau\nkasar dan besar (suara), garuk, parau." "gardin\n[Indonesia-Belanda] tirai (jendela dan lain-lain)." "gardu\n[Indonesia] rumah sentri, rumah pengawal." "garebek\n[Jawa] hari raya Islam (setahun tiga kali);\n \n~ Maulud \n(12 Rabiulawal);\n \n~ Puasa \n(1 Syawal);\n \n~ Besar \n(10 Zulhijah)." "garedeng\n[Minangkabau] rumbai-rumbai (perhiasan kelambu dan lain-lain)." "gari I\nsepasang gelang daripada logam untuk membelenggu pergelangan tangan penjahat dan lain-lain, belenggu;\nbergari\n telah dibelenggu dengan gari;\nmenggari\n membelenggu dengan gari." "gari II\n[Kelantan];\nbergari\n masih terang mata (walaupun orangnya sudah tua):\nmatanya masih ~." "garing I\nkeras tetapi rapuh (keropok, roti, dan lain-lain), kering dan mudah hancur, rangup;\nmenggaringkan\n menjadikan garing:\nbiarlah ikan itu digoreng lama sedikit untuk ~nya." "garing II\n[arkaik] ambung, keranjang (rotan dan lain-lain)." "garing III\nsejenis ikan darat, sengaring, tambera, \nLabeobarbus tambra; \n= karing." "garing-garing\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCnestis palala." "garis bawah\ngaris yang dibuat di bawah sesuatu perkataan (rangkai kata, ayat, dan lain-lain) yang menunjukkan pentingnya perkataan (rangkai kata, ayat, dan lain-lain) yang berkenaan;\nmenggarisbawahi\n1.\n membuat garis bawah pada sesuatu perkataan (rangkai kata, ayat, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] memberi penekanan, mementingkan:\npenulis ~ peringatan Elwood agar kita tidak memisahkan kebenaran\n." "garis I\n1.\n tanda yang panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan, garisan:\nmelukis dari ~ A ke ~ B; \n2.\n calar:\n~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; \n3.\n kedut pada kulit muka;\n4.\n tanda yang panjang halus pada tapak tangan;\n5.\n (dalam beberapa permainan) tanda yang dibuat untuk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan;\n6.\n baris pertahanan (kubu dan lain-lain), garisan:\npasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; \n7.\n had, batas, ketentuan:\nkita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yang telah ditentukan;\n~ akhir \nbaris penghabisan dalam perlumbaan;\n \n~ bahagi\n garis yang membahagi dua sesuatu sudut;\n \n~ belakang \nbarisan yang tidak terlibat langsung dalam medan perang;\n \n~-~ besar\n perkara-perkara yang mustahak;\n \n~ depan \na) barisan yang paling depan;\n b) garis pertahanan yang menghadapi musuh;\n \n~ haluan \n= \n~ panduan \npanduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan;\n \n~ miring \ngaris yang condong ke bawah dan menyerong;\n \n~ pemisah\n garis (batas, sempadan, panduan) yang memisahkan sesuatu dengan yang lain;\n \n~ pusat \ngaris yang menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan;\n ~ rentas \ngaris yang menghubungkan dua titik pada bulatan;\n \n~ sendeng \n(Matematik) hipotenus;\n \n~ sentuh \ngaris yang menyentuh suatu titik pada lilitan bulatan;\n \n~\n \nsinggung\n garis yang bersentuhan (terlalu rapat)\n;\n~ tegak \ngaris lurus yang membuat sudut 90 dengan garis yang lain;\n \n~ tengah\n [Indonesia] garis pusat;\nbergaris\n mempunyai garis:\nkad ~;\nbergaris-garis\n banyak garisnya;\nmenggaris\n membuat garis;\nmenggariskan\n1.\n membuat garis pada (sesuatu), menandakan (sesuatu) dengan garis:\n~ perkataan-perkataan yang dieja salah; \n2.\n menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci):\nRancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama;\ngarisan\n1.\n tanda yang halus panjang pada sesuatu permukaan yang tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis:\nbeberapa ~ berwarna hijau terdapat pada kertas itu;\n2.\n coret panjang yang dibuat untuk menandai batas atau sempadan, garis:\ndia menendang bola itu keluar ~; \n3.\n barisan kubu untuk bertahan, deretan benteng untuk mempertahankan kawasan yang dikuasai, garis:\npasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh;\n~ bujur\n (Geografi) garis di peta dari kutub utara sampai ke kutub selatan;\n \n~ lintang \n(Geografi) garis di peta yang selari dengan khatulistiwa;\n \n~ pusat \ngaris pusat;\n \n~ rentas \ngaris rentas;\n \n~ sejajar = ~ selari \ndua garis yang sama jarak antaranya;\npenggaris\n = \nkayu ~ \nkayu berskala untuk membuat garis atau mengukur panjang garis dan lain-lain;\n \n~\n \npenamat\n garis yang menandakan tempat berakhirnya perlumbaan." "garis II\n[Minangkabau];\npitis ~\n wang keping (Inggeris)." "garis kasar\n1.\n garis yang dilukis secara kasar;\n 2.\n rangka, catatan ringkas, maklumat-maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci);\nmenggariskasarkan\n menerangkan sesuatu dengan tidak terperinci:\n perniagaan kecil boleh digariskasarkan." "garison\n1.\n pasukan tentera yang berpangkalan di sesuatu tempat (bandar, kota, dan sebagainya);\n2.\n tempat (bandar, kota, dan sebagainya) yang menjadi pangkalan sesuatu pasukan tentera." "garit I\nkesan daripada membuat garis dengan benda tajam, gores;\nmenggarit\n membuat garit, menggores;\npenggarit\n alat yang tajam untuk membuat garit pada permukaan logam dan lain-lain." "garit II\n[Minangkabau] gerak;\nmenggarit\n bergerak;\nmenggaritkan\n menggerakkan." "garizah\n[Arab] naluri." "garnet\nsejenis batu bernilai yang lut sinar, berwarna merah tua, hijau atau kuning, yang dijadikan sebagai batu permata." "garong\n[Jakarta]\n1.\n pencuri, perompak;\n2.\n \nkucing ~\n kucing hutan;\nmenggarong\n menyamun, merompak:\nrumah itu digarong oleh tiga orang pencuri;\npenggarongan\n perompakan." "garpu\nalat untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut, memegang makanan, dan sebagainya yang tangkainya seperti tangkai sudu tetapi hujungnya bercabang-cabang." "garu I\nsejenis alat (sisir) untuk menggaruk tanah dan lain-lain;\n \n~ bajang\n parut macam bekas digaruk pada paha perempuan sesudah melahirkan anak;\nbergaru\n bergaruk, menggaruk-garuk:\nmurid itu ~ kerana diserang agas;\nmenggaru\n1.\n menggaruk (tanah dan lain-lain);\n2.\n mencakar-cakar dengan kuku:\n~ kepala;\ntergaru-garu\n tergaruk-garuk;\npenggaru\n penggaruk (tanah dan lain-lain)." "garu II\n gaharu." "garuk I\nalat untuk mengeruk-ngeruk (mencakar-cakar), perkakas menyiang padi (bergigi seperti sisir), garu;\n \nseperti ~ dengan sisir \n(peribahasa) hal dua orang bersaudara yang berlainan sifat;\nbergaruk, bergaruk-garuk\n mengeruk-ngeruk atau mencakar-cakar badan (kerana gatal);\nmenggaruk\n1.\n mencakar-cakar (dengan kuku dan lain-lain), menyisir (tanah):\ntuan itu berhenti ~ kepalanya; \n2.\n [kiasan] mengumpulkan harta (dengan jalan yang tidak patut dan sebagainya):\ntanah jajahan diperlukan untuk ~ kekayaannya; \nmenggaruk-garuk kepala \nki dalam kesusahan dan lain-lain;\nhendak ~ tidak berkuku\n (peribahasa) ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya;\n \ntidak ada orang ~ keluar badan\n (peribahasa) orang biasanya berpihak (pada kaum dan lain-lain) kalau timbul pergaduhan;\n \nkini gatal besok digaruk \n(peribahasa) pertolongan yang datang terlambat;\nmenggarukkan\n mengeruk dengan, mengeruk untuk;\ntergaruk-garuk\n tergaru-garu:\n~ adik Ayu kerana gatal digigit nyamuk;\ngarukan\n hasil daripada menggaruk, bekas-bekas digaruk;\npenggaruk\n alat untuk mengeruk, garu." "garuk II\ngarau, parau:\nsuaranya ~ sungguh." "garuk III\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nWillughbeia coriacea." "garung I\nloceng buluh yang digantung pada kerbau (lembu atau kambing) supaya tuannya tahu tempat binatang itu berada;\n \ntarian ~ \nsejenis tarian di negeri Kelantan yang ditarikan berpasang-pasang dan diiringi oleh alat-alat muzik seperti tetawak, serunai, seruling, canang, gendang, dan lain-lain." "garung II\n[Minangkabau];\nmenggarung\n meraung, menggeru." "garut I\nbergarut\n bergesek, bergosok;\nmenggarut\n1.\n menggaru (sampai lecet), menggaruk, menggores (keras-keras);\n2\n. mencakar-cakar tanah (dengan kuku dan lain-lain), menggaruk:\nbinatang tersebut hanya ~ rumput di tepi-tepi jalan." "garut II\nubi ~ \nsejenis umbi yang boleh dimakan." "gas\n1.\n bahan seperti udara, bukan cecair dan bukan pepejal;\n2.\n gas yang dikeluarkan daripada batu arang dan mudah terbakar;\n \nkilang ~ \nkilang yang mengeluarkan gas daripada arang;\n3.\n wap minyak benzin (petrol);\n \nlampu ~\n lampu yang memakai gas untuk nyalanya;\n~ adi = ~ lengai = ~ nadir \n(Kimia) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yang tidak reaktif dan sangat stabil dari segi kimia;\n \n~ air mata \n= \n~ pemedih mata \ngas yang menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan untuk mengawal rusuhan;\n \n~ asli \ngas yang diperoleh dari kerak bumi;\n \n~ ketawa\n sejenis gas (nitrus oksida) yang digunakan sebagai ubat pelali;\n \n~ petroleum cecair \n(Kimia) gas butana atau propana yang dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dalam tabung gas;\n \n~ sahih = ~ tak sempurna \n(Kimia) gas yang mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yang tidak menunjukkan sifat gas unggul;\n \n~ sempurna = ~ unggul \n(Kimia) gas hipotesis yang molekul-molekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain." "gasak\n[bahasa percakapan] ikut suka (hati), biar (untuk melakukan sesuatu), lantak;\nmenggasak\n1.\n melantak, memukul keras-keras:\nia digasak oleh lawannya hingga pengsan; \n2.\n menghentam, mengerjakan dengan keras-keras, makan (lari dan lain-lain) dengan cepat-cepat:\nbiarlah ia ~ sendiri rojak itu; \n3.\n merebut dengan kekerasan:\ndia yang ~ duit saya dari dalam saku; \n4.\n [bahasa kasar] bersetubuh dengan (perempuan);\nmenggasakkan\n melantakkan, memasukkan (dengan keras):\n~ baji." "gasal\nganjil (tidak genap), angka yang tidak boleh dibahagi dua (3, 5, 7, dan sebagainya);\n \nempat ~, lima genap, dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela \n(peribahasa) tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya." "gasan\n[Kelantan] bermain kasar, berkelakuan tidak sopan." "gasang I\n1.\n sangat suka bersetubuh, sangat bernafsu;\n2.\n [Kelantan] kasar (kelakuan), bengis;\n3.\n [Perak] memakai barang dengan tidak cermat;\nkegasangan\n perihal sangat suka bersetubuh: \n~ lelaki." "gasang II\n[Minangkabau] tergesa-gesa;\ngesa." "gasar\nganas dan kasar;\n \norang ~ \norang yang ganas dan kasar (tidak bertamadun, tidak beradab)." "gaser\n[Kelantan] kasar (perbuatan dan lain-lain)." "gasi-gasi\n[arkaik] gergasi." "gasing I\nalat permainan daripada kayu dan berpaksi yang dapat dipusingkan dengan tali;\nbergasing\n bermain gasing." "gasing II\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCyclea laxiflora." "gasing-gasing\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kelempenang, mempenang, akar gasing putih, \nPericamphylus glaucus (incanus)." "gasir\ngangsir II." "gasket\n(Kejuruteraan) kepingan leper daripada bahan lembut yang diletakkan di antara dua permukaan logam (supaya ketat dan tidak ditembusi cecair atau gas)." "gasolin\nminyak petrol." "gasometer\nsejenis tangki besar tempat menyimpan gas yang hendak disalurkan kepada pengguna melalui paip." "gasor\n[Kelantan] urut, picit, ramas;\nmenggasor, menggasorkan\n memicit." "gaster\n(Biologi) bahagian salur pencernaan berbentuk kantung yang terletak di antara esofagus dan usus kecil, perut besar." "gastrektomi\n(Perubatan) pembuangan seluruh atau sebahagian gaster secara pembedahan." "gastrik\n[bahasa percakapan] gastritis." "gastrin\n(Biologi) hormon yang dirembes oleh lapik perut yang merangsang rembesan jus gaster." "gastritis\n(Perubatan) radang pada membran mukus yang melapik perut, akibat pengambilan makanan yang tidak menentu, tekanan emosi atau bakteria." "gastroenteritis\n(Perubatan) radang perut dan usus." "gastroenterologi\nkajian tentang perut dan usus serta penyakit yang berkaitan dengannya." "gastronomi\nkajian, seni atau amalan memilih, menyediakan atau memakan makanan yang baik." "gastroskop\nsejenis alat optik yang digunakan untuk memeriksa bahagian dalaman perut." "gastrostomi\n(Perubatan) pembentukan bukaan tiruan pada gaster secara pembedahan untuk menyalurkan makanan masuk apabila saluran makanan yang normal tidak dapat berfungsi." "gat\n\u2013 gad. gatal\n1.\n (be)rasa tidak enak pada kulit hingga menimbulkan keinginan untuk menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dan sebagainya atau kudis, luka, dan sebagainya):\njariku ~ benar, barangkali akan mendapat wang; \n2.\n menyebabkan rasa gatal (keran" "gatalbirah\nsejenis burung, burung kekek, \nAnthracoceros malayanus." "gatih\n[Kelantan] berputar-putar, berpusing-pusing;\nmenggatih\n mengayuh (beca atau basikal);\npenggatih\n1.\n alat untuk mengayuh (basikal, beca);\n2.\n orang yang mengayuh (beca, basikal)." "gatik\n[Kelantan] bersama, berserta." "gatra\n[Indonesia] kata atau kumpulan kata yang merupakan kesatuan dalam ayat." "GATT\nakronim bagi\n General Agreement on Tariffs and Trade\n (Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan)." "gauk\n1.\n burung gagak;\n2.\n bunyi gagak;\nmenggauk\n berbunyi seperti bunyi gagak." "gaul\ncampur, baur, kacau;\nbergaul\n1.\n bercampur (dengan), beraduk;\n2.\n berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dengan orang lain, berkawan, bersahabat:\nbegitulah aku ~ dan bermain dengan kawan-kawanku; \nkau harus ~ dengan rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;\nmenggaul\n mengaduk, mencampur:\ntanah itu mestilah digaul dengan baja;\nmenggauli, mempergauli\n mencampuri, berkawan secara mesra dengan:\nyang digauli Juriah orang muda-muda belaka;\nmenggaulkan\n mencampurkan:\nkapur perekat dibuat dengan ~ kapur mati, pasir dan air;\npergaulan\n perihal bergaul, percampuran (persahabatan dan lain-lain):\n~nya di sekolah disukai oleh guru besar;\n~ hidup \nperihal hidup bergaul, kemasyarakatan." "gaun\nsejenis baju perempuan cara barat yang anggun atau untuk pakaian formal;\nbergaun\n memakai gaun:\ndia ~ putih." "gaung I\nbunyi (suara) yang memantul, gema;\nbergaung\n bergema, berkumandang:\n suara itu ~ masuk menujah telinga." "gaung II\njurang yang dalam;\nmenggaung\n mengorek (lubang dan lain-lain), menggali." "gawai I\n[Jawa] kerja, tugas;\npegawai\n orang yang menjalankan tugas;\npegawai." "Gawai II\n[kata seru] perayaan atau pesta keagamaan dan adat orang Iban;\n Hari ~\n hari kebesaran orang Iban." "gawal\nkeliru, salah, silap." "gawang I\n1.\n dua tiang terpancang yang disambung di atasnya dengan kayu palang;\n2.\n tiang gol (untuk bola sepak dan lain-lain);\n \npenjaga ~\n penjaga gol." "gawang II\nmenggawangkan\n melambai-lambaikan tangan (untuk mengusir binatang dan lain-lain);\ntergawang\n berkeadaan menggawangkan tangan." "gawar\ntanda rintangan atau larangan (tali dan lain-lain);\ngawar-gawar\n tali rotan yang digantung sebagai tanda menegah orang datang dan lain-lain (kerana penyakit yang berjangkit dan sebagainya)." "gawat\nberbahaya, genting, tegang:\nperdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;\nmenggawatkan\n menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dan lain-lain), menggentingkan (keadaan dan lain-lain):\nkekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;\nkegawatan\n keadaan gawat, kegentingan, ketegangan:\njelas sekali masyarakat yang didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dalam ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; \nhanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu." "gay\nlelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual." "gaya\n1.\n sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang;\n2.\n kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yang menarik perhatian:\nwanita itu ada ~; \n3.\n cara, jalan, laku:\nbukan begini ~nya memikat hati orang; \n4.\n cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang:\ngedung ini dibangunkan ~ barat;\n~ hidup orang Malaysia pada peringkat integrasi nasional;\n~ bahasa \ncara pemakaian bahasa;\n \nilmu ~ bahasa \npengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat;\n5.\n irama dan lagu, langgam:\n~ muzik itu sama dengan lagu-lagu Hindustan; \n6.\n elok, rupawan:\ngadis Sumatera Timur yang ~; \n7.\n daya (untuk bergerak, bekerja, dan lain-lain), kuasa, tenaga:\nkalah ~\n kalah kuat;\n8.\n [Kelantan] pujuk, muslihat, tipu;\n~ bawa \ncara menulis dan lain-lain sendiri;\n \n~ bebas \ngaya berenang yang membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yang khusus seperti gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang;\n \n~ hidup \ncara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dengan agak sederhana, mewah dan sebagainya);\n \n~ tarik\n [Indonesia] kekuatan yang menarik (sesuatu benda);\n \n~ tulis \ncara mengarang;\n~ sahaja, rasanya wallah \n(peribahasa) rupanya sahaja yang elok tetapi kelakuannya buruk;\n \nbiar kurang garang, asal lebih ~ \n(peribahasa) biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok;\ngaya-gayanya\n rupa-rupanya, agaknya;\nbergaya\n1.\n menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap:\ndia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; \nlangkahnya ~ \nlangkahnya teratur baik;\n2.\n menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yang tertentu:\nsajak ini ~ realis dan romantis; \n3.\n berdaya, berkekuatan, bertenaga:\nia tidak ~ lagi berhadapan dengan adiknya;\nmenggaya\n melagak:\nia ~-gaya pula di depan cermin;\nmenggayakan\n1.\n menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dan lain-lain), memperagakan:\nkebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis;\n~ lenggang; \n2.\n melagukan, mengiramakan:\nmasing-masing berlumba ~ kata-kata indah; \n3.\n membangkitkan daya (kuasa);\npenggayaan\n cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan:\nmasih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dalam cara baru; \npertandingan itu tidak memberi erti dari segi pengukuhan dan ~ bahasa." "gayal\nkenyal, liat, melenting." "gayam I\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya boleh dimakan), \nInocarpus edulis." "gayam II\nsejenis kerang sungai, etak\n, Asaphis spp." "gayang\nbergoyang-goyang ke kiri kanan (tidak dapat berdiri tegak), terhuyung-hayang." "gayat\nberasa ngeri atau pusing (melihat ke bawah atau ke dalam dari tempat yang tinggi), gamang;\npenggayat\n orang yang mudah berasa gayat." "gayau\nmain ~ \npermainan yang menggunakan buah bulat pipih." "gayem\n[Jawa];\nmenggayem\n mengunyah makanan." "gayu\n[Negeri Sembilan] tua (orang, pokok)." "gayuh I\nbergayuh\n bergantung rendah (buah-buahan dan lain-lain);\n= gayut." "gayuh II\n[Jawa] [arkaik];\nmenggayuh\n mencapai (tujuan, cita-cita, dan lain-lain)." "gayuk\nmenggayuk\n mencengkau, mencapai." "gayun\nmenggayun\n membuaikan, mengayun, menggoncangkan." "gayung I\npencedok air daripada tempurung dan sebagainya yang bertangkai, sibur." "gayung II\n1.\n [sastera lama] sejenis tongkat yang dipakai sebagai senjata;\n2.\n pukulan, tetakan, tikaman, dan lain-lain (dengan senjata);\n \nmain ~ \nbersilat (bertinju dan lain-lain);\n3.\n = \nilmu ~\n sejenis mantera untuk menyakitkan (membunuh dan lain-lain) orang dari jauh;\n~ bersambut kata berjawab\n (peribahasa) mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang;\n \n~ tua, ~ memutus \n(peribahasa) cakap orang tua-tua biasanya benar;\nbergayung\n bersilat (bertikam dan lain-lain);\norang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang \n(peribahasa) sama arif dan bijaksana;\nmenggayung\n1.\n menetak, menikam, menombak dan lain-lain (dengan senjata);\n2.\n mengucapkan mantera untuk membunuh musuh dan lain-lain." "gayut\nbergayut\n bergantung (lampu dan lain-lain), berpaut (kera dan lain-lain), berpegang kuat-kuat:\nbudak itu ~ pada dahan kayu;\nbergayutan\n bergayut banyak-banyak:\nlampu-lampu hijau merah ~ di sekeliling masjid;\nmenggayuti\n1.\n menyangkut sesuatu pada:\n rantai itu ~ kakiku sewaktu di penjara;\n2\n. [kiasan] menjadi beban kerana tanggungan dan lain-lain:\n sejak kematian suami, tugas mendidik anak telah ~ dirinya;\nmenggayuntukan\n menyangkuntukan, menggantungkan:\nia ~ songkok pada sangkutan di dinding;\ngayutan\n sangkutan, cantelan;\nsenggayut." "gaz\n[arkaik] ukuran panjang (kira-kira 33 inci atau 83.82 sentimeter)." "gazebo\nsejenis pondok kecil tanpa dinding, yang terletak di taman rekreasi, di halaman rumah dan sebagainya, tempat orang berehat, menikmati pemandangan sekeliling dan sebagainya." "gazel\nsejenis antelop kecil daripada famili Antilopinae yang terdapat di Afrika atau Asia." "gazet I\nmenggazet\n mewartakan, mengumumkan, atau mengisytiharkan (secara sah dalam media rasmi):\nIreland digazet sebagai sebuah republik." "gazet II\ntreler (sedutan filem)." "gazetir\n(Geografi) indeks yang menerangkan nama geografi dan sebagainya. \nGB\n [kependekan] gigabait." "Ge\nsimbol kimia bagi germanium." "gear\nsusunan roda-roda bergigi dalam enjin yang membolehkan kuasa dihantar dari satu bahagian ke bahagian lain untuk menukar kelajuan atau arah pergerakan;\nmenggear\n menggunakan gear." "gebah\n(Sunda);\nmenggebah\n menakuntukan, menggertak, menghalau." "gebal\n[Kelantan];\nmenggebal\n menganyam, menyusun:\nibu pandai ~ tikar." "gebang I\n[Jawa] sejenis tumbuhan (palma), \nCorypha utan." "gebang II\nbergebang\n berbual, bersembang:\npada setiap mesyuarat yang mereka adakan, mereka cuma ~-gebang saja." "gebar I\n= \nkain ~\n (kain) selimut." "gebar II\n[Kelantan] bimbang." "gebeng I\nperahu ~ \nperahu yang mempunyai bilik yang kecil." "gebeng II\n[Kelantan] besar (lebar) daripada biasa;\n \ndayung ~ \ndayung yang daunnya (papan lebar) dipakukan pada batangnya." "geblek\n[Jakarta] bodoh, tolol." "geblok\n[Jakarta]\n1. = segeblok\n segulung kain (28 \u2013 30 ela atau 25 \u2013 27 meter);\n2.\n sebungkus wang kertas." "gebok\n[Jakarta];\nmenggebok\n memukul (dengan kayu dan lain-lain)." "gebos\n[Jakarta];\nmenggebos\n memaki, mengherdik, menengking." "gebrak\n[Jawa];\nmenggebrak\n memukul keras-keras (meja dan lain-lain)." "gebu I\n1.\n lembut (ubi dan lain-lain), gembur (tanah);\n2.\n penuh berisi, licin dan halus kulitnya:\npipinya yang ~." "gebu II\n[Indonesia] ;\nmenggebu\n menyala, berkobar (perang, pemberontakan, semangat, dan lain-lain)." "gebuk I\n[Jakarta];\nmenggebuk\n memukul." "gebuk II\n[Pahang] sejenis kotak berbentuk bulat dan panjang." "gecar I\n1.\n keluar air liur (kerana melihat makanan yang sedap-sedap dan sebagainya);\n2.\n cair (bubur, darah, dan lain-lain)." "gecar II, gecer\n[Jakarta];\nmenggecarkan\n menakuntukan, menggetarkan." "gedabah\nperhiasan rambut berbentuk segi tiga yang dibuat daripada emas." "gedabak\nbunyi seperti bunyi barang berat jatuh ke tanah (kaki dihentak-hentak ke lantai dan lain-lain);\ngedebak." "gedabang\n1.\n sejenis ikan laut, nyiur-nyiur, \nMonodactylus argenteus; \n2.\n sejenis ikan laut, \nPsettus argenteus; \n3.\n = \nkekek ~ \nsejenis ikan laut, kapak, \nMene maculata." "gedabir\nkulit atau daging bawah leher lembu (orang tua dan lain-lain) yang kelihatan berjuluran (kendur), gelambir, gelabir." "gedabu\nsejenis tumbuhan (pokok), \nSonneratia griffithii." "gedabung\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput mata burung puding, tebu salah, \nPhragmites communis." "gedak\n~-geduk \nbunyi gendang, tong berantukan." "gedang I\n[Minangkabau] besar;\n \nrumah ~\n rumah keluarga;\n~ gerundang di kubangan, ~ ikan raya di lautan \n(peribahasa) orang-orang berpangkat di tempatnya masing-masing;\n \n~ kayu, ~ dahannya \n(peribahasa) kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya;\n \n~ sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung \n(peribahasa) membanggakan diri kerana kelebihan yang tidak ada;\nmenggedangkan\n membesarkan." "gedang II\nmenggedangkan\n [sastera lama] meluruskan (apa-apa yang bengkok);\nkedang I." "gedayang\nsejenis tumbuhan (pokok), bereksa, \nParkia javanica." "gedayung\ngedayang." "gede\n[Jawa] besar." "gedebak\n~-gedebuk\n = \n~-gedebur \nbunyi seperti buah-buahan gugur (kaki dihentak ke tanah, jantung yang berdenyut keras);\nmenggedebak\n jatuh dengan bunyi gedebak, mendenyut keras-keras:\nhatinya yang marah ~ pada tulang-tulang rusuknya;\ngedabak." "gedebang\n~-gedebung \nbunyi seperti bunyi orang memukul (menghentam) dinding dan lain-lain." "gedeber\n[Kelantan] kecut, kedut." "gedebuk I\ngedebak." "gedebuk II\n[Jawa] (kulit) batang pisang." "gedebung I\n1.\n kain empat persegi untuk pembungkus sirih atau tembakau;\n2.\n tabung bambu." "gedebung II\ngedebang-~; \ngedebang." "gedebur\ngedebak-~;\ngedebak." "gedegah\n~-gedeguh \nbunyi seperti barang berat jatuh ke tanah dan lain-lain." "gedeguh\ngedegah -~;\ngedegah." "gedegun\nbunyi atau berbunyi kuat seperti bunyi orang menghentak kaki ke lantai dengan kuat (menghentam pintu dan sebagainya)." "gedehok\n[Kedah] bangsal sementara yang didirikan untuk orang memasak dan menghidangkan makanan ketika mengadakan kenduri kahwin." "gedek I\n[Jawa] buluh yang dianyam untuk dinding rumah (pagar dan lain-lain), anyaman sasak." "gedek II\n[Kelantan];\ngedek-gedek\n (buah) mata kucing." "gedembai\nsejenis hantu (barang siapa ditegurnya menjadi batu);\nkelambai\n." "gedemi\n1.\n sejenis ikan laut, kedemi, \nRemora spp.\n;\n2.\n sejenis ikan laut, kemi, \nEcheneis naucrates\n." "gedempol\ngemuk:\nbadan ~; \norang yang gemuk ~;\ngemuk\n." "gedempong\ngemuk ~ \nsangat gemuk, gemuk sekali." "gedempung\nbunyi gong atau gendang." "gedeng\n[Jawa] berkas padi yang sudah dituai." "gedepu\ndepu I." "gedik\n[bahasa percakapan] = \ntergedik-gedik\n lincah (berkenaan (dengan) gadis);\nbergedik-gedik\n bergerak-gerak, terketar-ketar;\nmenggedik-gedikkan\n menggerak-gerakkan (bahagian badan seperti kaki dan lain-lain sewaktu mengelamun);\nkegedikan\n keadaan (sifat) gedik:\n~\n \ntubuh badannya yang montok." "gedoboh\nlonggar dan besar (baju dan lain-lain)." "gedogan\n[Jawa] kandang kuda." "gedombak\nsejenis gendang kecil yang berkulit sebelah (dalam pertunjukan makyung dan menora)." "gedor\n[Jakarta];\nmenggedor\n1.\n mengetuk keras-keras (pintu dan lain-lain):\nia pergi ~ pintu bilik Hasan dengan marahnya;\n2.\n merampas, merompak;\ngedoran\n1.\n ketukan keras di pintu dan lain-lain;\n2.\n hasil rampasan;\npenggedoran\n perihal atau perbuatan menggedor;\npenggedor\n perompak, penyamun." "gedubang\nsejenis kelewang Acheh;\nkedubang\n." "geduk\n[Terengganu] beduk, tabuh." "gedung\nrumah besar daripada batu, bangunan untuk pejabat dan lain-lain;\n~ arca \n= \n~ gajah \n[Indonesia] muzium (di Jakarta);\n \n~ bicara \na) gedung tempat bermesyuarat;\n b) gedung mahkamah;\n \n~ diskaun \n(Ekonomi) institusi kewangan yang membeli bil perbendaharaan atau instrumen kewangan jangka pendek yang lain dengan harga diskaun;\n \n~ ilmu \ninstitusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (seperti universiti atau maktab);\n \n~ kesenian\n [Indonesia] bangunan untuk pertunjukan hasil-hasil seni (seperti tarian, sandiwara, dan lain-lain), balai budaya;\n \n~ komedi\n [Indonesia] gedung tempat pertunjukan sandiwara;\n \n~ penjelasan \nrumah penjelasan;\n \n~ putih \nistana Presiden Amerika Syarikat;\n \n~ senjata \ntempat menyimpan senjata;\n ~ terbitan \n(Ekonomi) institusi kewangan yang mencari modal untuk syarikat swasta yang mantap yang mahu menjadi syarikat milik awam, dengan mengeluarkan saham bagi pihak mereka." "geduyut\nbergeduyut\n melentur, melengkung." "gegabah\n[Jakarta] sangat berani, tergesa-gesa, kurang hati-hati, kasar (tabiat)." "gegadan\nlayak, patut, tertib." "gegai\ntidak kukuh (perahu, bangunan, dan lain-lain)." "gegak\nbising, riuh;\n \n~ gempita \nriuh-rendah, sangat ramai." "gegala\ngala-gala, damar;\ngala I\n." "gegaman\n[Jawa] senjata." "gegambir\ngambir-gambir." "gegancu\ngerigi pada roda yang berkait pada rangkaian rantai atau lubang-lubang pada filem, kertas dan sebagainya:\nbersihkan roda ~ dan pintu filem untuk mengelakkan kerosakan filem." "geganti\n(Kejuruteraan) bahagian tengah roda." "gegap I\ntergegap-gegap\n terhenti-henti bercakap, gagap." "gegap II\ngegak, bising, riuh;\n \n~ gempita\n riuh-rendah." "gegar\ngentar, goncang, goyang;\nbergegar\n bergoyang, bergoncang:\nrumah itu pun ~ akibat letupan bom;\nmenggegar\n menggeletar, menggetar, gemuruh:\nbunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yang berdekatan;\nmenggegarkan\n menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan:\nsatu letupan ~ kapal itu; \njeritan hatiku yang amat ~ jantung;\ntergegar\n tergoncang, tergoyang:\nkerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila;\ngegaran\n perihal bergegar:\nrumah itu roboh kerana ~ gempa;\npenggegar\n unsur (orang atau alat) yang menggegarkan sesuatu:\n beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang." "gegas I\nbergegas, bergegas-gegas\n membuat sesuatu cepat-cepat, bercepat-cepat:\nkerja orang muda biasanya ~, kerja orang tua berjujai;\nmenggegas, menggegaskan\n mempercepat, menyegerakan, mendesak supaya cepat;\ntergegas-gegas\n dalam keadaan bergegas." "gegas II\npenutup lubang peraka (pada kapal dan lain-lain), bari." "gegas III\n[Kelantan];\nmenggegas\n mengerat bulu (sayap ayam dan lain-lain) supaya tidak boleh terbang." "gegas IV\n(Kejuruteraan) sambungan (kayu dan lain-lain):\njuru~;\nbergegas\n bersambung dengan gigi penyambung." "gegasing\ngasing-gasing." "gegat\nsejenis serangga yang suka makan kain (kertas dan lain-lain), ngengat;\n \nubat ~\n kapur barus atau naftalena dalam berbagai-bagai bentuk seperti bebola yang digunakan untuk menghalang gegat daripada merosakkan kain (kertas dan lain-lain)." "gegau\ntergegau\n [sastera lama] tercengang, terkejut, terperanjat." "gegek\n[Kelantan] suka." "gegelang\nsesuatu yang bentuknya seperti gelang." "gegelema\nbenda yang pekat dan melekat;\n= gelema\n." "gegeli\ngeli-geli (sejenis tumbuhan)." "gegelung\n1.\n sesuatu yang berbentuk gelung:\nwanita dari Myamar itu memakai \n~\n di keliling lehernya; \n2.\n (Fizik) dawai berpilin berpenebat nipis yang digunakan untuk mewujudkan medan magnet;\n \n~ aruhan \n(Fizik) alat untuk menghasilkan arus ulang-alik yang bervoltan tinggi daripada bekalan arus terus yang bervoltan rendah." "gegendang\nsesuatu yang fungsinya atau bentuknya seperti gendang;\n \n~ telinga\n (Biologi) membran keras yang menghantarkan getaran gelombang bunyi daripada bahagian telinga luar ke bahagian telinga tengah." "gegep\n[Indonesia] penyepit." "geger\n1.\n gempar, hingar bingar, huru-hara;\n2.\n [Kelantan], [Terengganu] bising;\n \njangan ~ \njangan bising;\nbergeger\n bergentar, bergegar, bergema;\nmenggeger\n menjadi geger (gempar, huru-hara, dan lain-lain);\nmenggegerkan\n menggemparkan, menyebabkan kacau-bilau:\npenembakan di panggung wayang ~ orang-orang di sekitarnya;\ngegeran\n bunyi bising (riuh rendah), bunyi hingar bingar:\ntak lama lagi ~ mesin bancuh simen yang membingitkan telinga akan lenyap pula;\nkegegeran\n perihal geger, kehebohan, kegemparan." "gegerit\nakar ~ jantan (merah, putih) \nbeberapa jenis tumbuhan (pokok memanjat), \nUrceola spp." "gegetar\nbunga perada (emas dan lain-lain) yang mudah menggetar, dipakai sebagai perhiasan di kepala pengantin perempuan." "gegetun\n[Jakarta] hairan, kecewa." "gegiring\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nCrotalaria verrucosa." "geiser\n(Geologi)\n1.\n mata air yang darinya terpancut air panas dan wap;\n2.\n pancutan air panas dan wap dari mata air." "geisya\n(Jepun) wanita Jepun yang terlatih sebagai teman penghibur lelaki, seperti untuk menari, menyanyi, berbual-bual, minum-minum dan sebagainya." "gejala\n1.\n tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat, petanda:\n~-~ keburukan akhlak kanak-kanak sudah mulai nampak; \n2.\n (Perubatan) perubahan dalam fungsi badan seseorang yang menunjukkan tanda-tanda adanya sesuatu penyakit yang berkaitan:\n~-~ demam denggi ." "gejolak\nnyala api yang besar (berkobar-kobar);\nbergejolak\n menyala-nyala (api, perasaan, dan lain-lain), berkobar-kobar (nafsu dan lain-lain)." "gejos\n[Jakarta] bunyi mendesis atau mendesir (seperti bunyi besi panas kena air);\n \nbarang ~ \nbarang palsu;\nmenggejos, menggejoskan\n menyebabkan bunyi desir (desis), mendesirkan, mendesiskan." "gejuju\n[Minangkabau];\nmenggejuju\n naik ke atas bergumpal-gumpal (awan, asap, dan lain-lain)." "gel\nbahan kental yang berupa seakan-akan agar-agar, yang digunakan terutamanya untuk membentuk fesyen rambut;\n \n~ silika\n silika berbentuk butir-butir yang digunakan sebagai bahan penyerap air." "gela\n[Pahang];\nbergela\n bocor (perahu)." "gelabah\n[arkaik] sedih, susah hati, gelisah, tidak tentu arah;\nmenggelabah\n berada dalam keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah:\nramai yang ~ menunggu arahan untuk membayar cukai yang telah ditentukan;\nkegelabahan\n keadaan tidak tentu arah, keadaan resah gelisah." "gelabir\nkulit yang kendur pada leher lembu (orang tua dan lain-lain), gelambir, gedabir." "gelabur\nmenggelabur\n mencebur ke dalam air, mencempung." "gelabut\n[Kelantan] sibuk, runsing, tidak tenteram." "geladah\nmenggeladah\n memeriksa dengan teliti (rumah, orang, dan lain-lain) untuk mencari sesuatu (barang curian dan lain-lain):\nberminggu Peringgi ~ segala ceruk rantau bandar Melaka;\ngeledah." "geladak I\nlantai kapal, dek;\npenumpang ~\n penumpang yang tidak menyewa bilik;\n \nrumah\n \n~\n kabin yang berbentuk rumah di atas geladak kapal." "geladak II\n1.\n = \nanjing ~ \nanjing liar (tidak dipelihara orang);\n2\n. [bahasa kasar] penjahat;\n \nperempuan ~ \npelacur (perempuan jalang)." "geladak III\nmenggeladak\n bergemuruh, berbunyi dengan kuat:\nbunyi letupan ~ di angkasa; \nketawanya ~ lagi." "geladir\n[Jakarta] lendir." "gelagah\nsejenis tumbuhan yang rupanya seperti tebu, \nSaccharum spontaneum;\n~ boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga , orang berbuah dia tidak \n(peribahasa) meniru-niru perbuatan orang lain kerana hendakkan keuntungan tetapi sia-sia belaka." "gelagak\ngelegak." "gelagapan\n[Jakarta] tergagap-gagap, bingung." "gelagar\nbergelagar\n berdegum-degum (meriam), berdentum, bergemuruh." "gelagat\n1.\n tanda (akan terjadinya sesuatu):\nmelihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; \n2.\n tingkah laku, gerak-geri:\n~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya." "gelak\ntertawa besar:\nkerana lucu ia ~ terbahak-bahak;~ manis\n tertawa dengan senyum;\n \n~ nabi\n senyum yang mengejek;\n \n~ sumbing \nketawa yang tidak sungguh-sungguh;\n \n~ tertawa \n= \n~-~ ketawa \ntertawa kuat-kuat;\nmenggelakkan\n menertawakan, mengejek-ejek:\nmereka itu ~ dan mengejek-ejek dia;\ntergelak\n tertawa dengan tidak sengaja;\n \nbagai ~ sedang kematian\n (peribahasa) [Minangkabau] keadaan yang susah." "gelakak\ntertawa terbahak-bahak." "gelalar\nmenggelalar\n merentak-rentak (seperti anjing yang tertambat), merenggut-renggut (dengan maksud hendak melepaskan diri)." "gelam I\nsejenis tumbuhan (pokok), kayu putih, \nMelaleuca leucadendron;\n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), \nLeptospermum flavescens; \ntikus ~ \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nEugenia grata." "gelam II\nsejenis burung, burung pucung bendang, \nIxobrychus cinnamomeus." "gelama\nikan ~\n sejenis ikan laut dalam famili Seiaenidae\n;\n~ batu \n= \n~ hitam\n = \n~ keling, Johnius spp.;\n~ bongkok, Johnieops sina;\n \n~ kuning dada \n= \n~ papan \n, \nNibea soldado;\n~ cerua\n = \n~ pisang \n= \n~ rapang, Pennahia macrocephalus\n;\n \n~ perak, Pennahia pawak;\n~ jarang gigi = ~ tengkerong, Otolithes spp." "gelamai\npenganan seperti dodol (dibuat daripada tepung pulut, gula, dan santan);\nmenggelamai\n memasak gelamai;\n \ntidak mudah ~, kurang haru cirit kambingan terlampau haru berlantingan \n(peribahasa) [Minangkabau] kalau tidak hati-hati mengerjakan sesuatu tentu tidak selamat." "gelambir\nkulit yang kendur pada leher lembu (orang tua dan lain-lain), gedabir;\nbergelambir\n1.\n mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya:\nperut Tuk Wan yang tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~;\n2. = menggelambir\n menyerupai gelambir, terayun-ayun seperti gelambir." "gelandang\n[Indonesia] ;\nbergelandangan\n1.\n berkeliaran, bertualang, berjalan-jalan tanpa tujuan:\ntindakan patut diambil untuk mengawal orang-orang muda yang ~ di jalan-jalan raya;\n 2\n. [kiasan] merana:\n di sinilah letaknya harapan yang bakal memberi sinar pada hatinya yang ~;\ngelandangan\n1.\n = \norang ~ \norang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap;\n 2.\n tidak tentu tempat kediamannya atau pekerjaannya:\nseorang intelektual, yang menggunakan bahasa Indonesia, yang hidup secara ~." "gelandang II\n[Indonesia] hafbek." "gelandang III\n[Jawa];\nmenggelandang\n menyeret (dengan paksa), menghela." "gelang I\n1.\n sesuatu yang berupa bulatan (lingkaran), cincin besar;\n2.\n perhiasan berupa bulatan yang dipakai pada tangan atau kaki;\n~ bajang \ngelang sebagai tangkal (dibuat daripada benang hitam);\n \n~ benzena \n(Kimia) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yang membentuk gelang heksagon dalam satu satah;\n \n~ dayung \ngelang nipis yang hujungnya seperti sudu;\n \n~ kana \ngelang sebagai perhiasan untuk anak-anak atau pengantin;\n \n~ keroncong\n gelang kaki yang bergemerencing;\n \n~ kunci \ngelang untuk menggantungkan anak kunci;\n \n~ mayang\n = \n~ cerai \ngelang halus-halus yang dipakai banyak-banyak, gelang berurai;\n \n~ pertumbuhan \n(Biologi) \na) lapisan kayu yang tumbuh dalam satu musim pertumbuhan, dan kelihatan seperti gelang apabila pokok ditebang;\n b) lapisan pada cangkerang moluska dan pada sisik ikan yang menandakan pertumbuhan yang sudah berlaku;\n \n~ rantai\na) mata rantai;\n b) gelang yang berupa rantai;\n \n~ tahunan \n(Biologi) \na) lapisan pertumbuhan yang terjadi dalam setahun dan digunakan untuk mengira umur pokok;\n b) gelang yang menandakan pertumbuhan pada cangkerang;\n~ tidak laga sebentuk, laga keduanya\n (peribahasa) suatu kejadian seperti perkelahian dan lain-lain tidak berasal daripada satu pihak saja;\n \nbagai menambah ~ bini\n (peribahasa) [Minangkabau] pemberian kepada orang yang sudah mempunyai benda yang sama;\ngelang-gelang\n1.\n benda yang bentuknya seperti gelang;\n2.\n = \n~ raya \nsejenis cacing dalam perut manusia (binatang);\n3.\n = \n~ tanah \nsejenis cacing yang hidup dalam tanah;\nmenggelang\n (Pertanian) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati;\npergelangan\n1.\n = \n~ tangan\n bahagian tangan dekat buku tangan;\n2.\n = \n~ kaki \nbahagian kaki dekat buku kaki." "gelang II\nrotan ~ \nsejenis tumbuhan (palma), rotan cincin (duduk, jelutung, kemunting, kerai, perupuh, segera), \nDaemonorhops geniculatus." "gelang III\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok melata), sepit-sepit, \nSesuvium portulacastrum;\n~ pasir\n sejenis tumbuhan (herba), rumput beremi, segan jantan, \nPortulaca oleracea." "gelang IV\n[Minangkabau];\nbergelang-gelang\n gilang-gemilang." "gelanggang\n1.\n tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dan lain-lain);\n2.\n medan perang (pertempuran, pertarungan, dan sebagainya);\n \n~ perang \nmedan perang;\n3.\n lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang:\n institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yang kritis; \ntak pernah masuk ~ bergong \n(peribahasa) tercengang-cengang (kehairanan);\nbergelanggang\n1.\n memakai gelanggang;\n2.\n [kiasan] bertempur;\n3.\n berlingkaran:\nair matanya mulai ~ di tepi matanya;\n~ mata orang banyak \n(peribahasa) sudah terang dan nyata sekali;\nmenggelanggang\n mengadakan tempat untuk menyabung ayam:\nhendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor." "gelangsar\nmenggelangsar\n meluncur ke muka, menggelincir." "gelangsir\ngelangsar." "gelantang I\n[Jakarta];\nmenggelantang\n menjemur pakaian yang masih bersabun di tempat yang panas;\nkelantang I\n." "gelantang II\nguling-~; \nguling." "gelanting\ngelantung\n bergantung berayun-ayun, bergayut, kontang-kanting;\nbergelantungan\n bergantungan, bergayutan." "gelap\n1.\n tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang:\nhari mulai ~ lebih kurang pada pukul tujuh malam; \nkeadaan di tempat itu ~; \n2.\n tidak jelas atau belum jelas (berkenaan (dengan) sesuatu hal, perkara, kedudukan, dan lain-lain):\nhal itu masih ~ bagi saya; \n(masih) dalam ~ \n(masih) belum faham benar atau tahu dengan jelas akan sesuatu;\n3.\n tidak cerah (berkenaan (dengan) kehidupan atau masa depan seseorang dan sebagainya), menghadapi kesulitan;\n4.\n (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia;\n \nbarang ~ \nbarang yang diimport (dijual dan lain-lain) secara gelap;\n \nmata-mata ~ \nampama (pengintip rahsia, polis rahsia);\n \npasar ~ \ntempat berjual beli barang-barang haram (yang ditegah oleh kerajaan);\n~ buta \n= \n~ -guguk \n= \n~ -gelita\n = \n~-gelemat\n = \n~-katup\n = \n~-pekat\n sangat gelap;\n \n~ fikiran \n= \n~ mata \na) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dan sebagainya (sehingga mengamuk, memukul, dan sebagainya);\n b) pitam:\ndia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata;\n \n~ hati\n sukar (tidak mudah) belajar;\nbergelap\n berada dalam gelap (tidak memakai lampu):\npada malam hari peraturan ~ dijalankan;\nbergelap-gelap\n tidak dengan terus terang;\nmenggelap\n1.\n menjadi gelap;\n2.\n lenyap, melenyapkan diri;\n3.\n menjadi gelap mata;\nmenggelapkan\n1.\n menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dengan mematikan lampu dan lain-lain):\njangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; \n2.\n menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dan lain-lain), menyulitkan, menyusahkan:\nkata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya;\n3.\n menghilangkan atau mencuri (barang yang diamanahkan orang dan lain-lain):\nia telah ~ wang kesatuan; \n4.\n menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dan lain-lain):\npihak penjajah telah ~ pengiriman berita;\nkegelapan\n1.\n perihal gelap, keadaan gelap:\nia keluar dari rumahnya dalam ~ malam; \nsuasana politik dunia sekarang masih dalam ~; \n2.\n berada dalam gelap:\nkalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; \n3.\n menjadi gelap mata;\nkegelap-gelapan\n1.\n agak gelap;\n2.\n menjadi gelap mata;\npenggelapan\n perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dan lain-lain):\norang yang terlibat dalam ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap." "gelar I\n= gelaran\n1.\n panggilan (sebutan) seperti Tengku (Raja, Tun, Datuk, dan lain-lain);\n \n~ kehormat\n gelar yang diberi kerana jasa seseorang;\n2.\n nama julukan (yang ada hubungannya dengan sifat atau keadaan seseorang dan lain-lain, seperti si bopeng, si bahlul, si kedekut, dan lain-lain);\nbergelar\n memakai gelar:\norang yang dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya;\nmenggelar, menggelari\n memberi gelar, memberi nama julukan dan lain-lain:\nkalau Sultan ~ orang, maka baginda diadap orang seperti adat utusan datang." "gelar II\n[Jawa];\nmenggelar\n membentangkan, menghamparkan (tikar dan lain-lain)." "gelar III\n[Pahang] sebab." "gelas\n1.\n bekas untuk minum (sirap, air, dan lain-lain) yang tidak bertangkai, biasanya dibuat daripada kaca:\n~ anggur; \n2.\n kaca:\ncincin-cincin itu bermata batu atau ~;\nbergelas-gelasan\n [Minangkabau] melagakan layang-layang (berusaha memotong tali lawan) dengan tali yang dilekatkan serbuk kaca;\nmenggelas\n melekatkan serbuk kaca pada tali layang-layang." "gelatak I\n= geletak\n." "gelatak II\ncerewet, lidah panjang, banyak mulut." "gelatak III\nmenggelatak\n menggeletek, mencubit-cubit, menggelikan." "gelatang\n[Jakarta] \ngelantang I." "gelatik\n[Jakarta] \njelatik." "gelatin\nsejenis bahan yang jernih warnanya (tidak mempunyai bau atau rasa) yang dibuat daripada tulang-tulang dan kulit binatang yang direbus." "gelatuk\nmenggelatuk\n menggeletuk (gigi dan sebagainya kerana kesejukan atau ketakutan), gementar:\nMamat menggigil kerana takut, giginya ~;\n~ sekalian sendi anggotanya oleh kesejukan." "gelawai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nBuchanania sessilifolia." "gelayangan\n[Jakarta] berkeliaran, merayau, bergelandangan." "gelayaran\n[Jawa] terhuyung-hayang." "geldik\n[Kelantan] lentik, kedik." "gelebah\n[sastera lama] sedih, duka, gelisah;\n= gelabah." "gelebak\nmenggelebak\n bunyi seperti bunyi nyiur gugur (buku jatuh dan sebagainya)." "gelebap\ngelebak." "gelebar I\ntergelebar\n jatuh berserak (cerai-berai)." "gelebar II\ntergelebar\n berkibar-kibar (bendera dan lain-lain)." "gelebat\ndayung yang kedua-dua belah hujungnya berdaun, kelibat." "gelebek\n[Kelantan] terturun ke bawah (bibir), herot." "geleber\nmenggeleber\n, \ngeleberan\n [Indonesia] terkelepai (gelambir, pial ayam, dan lain-lain), terkulai ke bawah (bendera dan lain-lain):\nia meraba-raba perut kambingnya yang ~ itu." "gelebuk\nbunyi barang jatuh dan lain-lain." "gelebung\n~ buaya \n[Kelantan] sejenis penganan (dibuat daripada tepung pulut, nyiur muda, dan gula)." "geleca\n[arkaik] sejenis tilam nipis." "gelecah\ntergelincir, tergeliat, tersalah langkah." "gelecak\ngelegak." "gelecek\ngelecak\n (gelcak);\nmenggelecek\n menggelangsar, menggelincir;\ntergelecek\n tergelangsar, tergelincir:\nmasa kawan ~ dalam sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dalam sungai." "gelecok\n[Negeri Sembilan] tergelincat, melanting, melencong." "geledah\nmenggeledah\n memeriksa dengan tujuan mendapatkan sesuatu (barang curian, senjata haram, dan lain-lain), menyelongkar (rumah dan lain-lain), menggeladah:\nsesudah ~ sekolah itu, pihak polis menemui lima pucuk senapang;\npenggeledahan\n perihal atau perbuatan menggeledah, pemeriksaan:\n~ rumah itu tidak memberi hasil apa-apa;\npenggeledah\n orang yang menggeledah." "geledang\nmenggeledang\n mendepangkan tangan." "geledek\n[Jakarta] petir, guruh;\nmenggeledek\n berbunyi seperti geledek, gemuruh." "geleding\nmenggeleding\n meledung (papan, kayu dan lain-lain), melendut." "geleduh\n= beleduh." "geledur\nmenggeledur\n berlipat-lipat (seperti kulit perut orang gemuk dan lain-lain)." "gelegak\nmenggelegak\n \n1.\n mendidih dan berbunyi (seperti air), membual:\nair sedang ~ di dapur;\n2.\n [kiasan] naik darah (marah):\napabila ia terusik dalam bulan puasa, darahnya lekas ~; \n3.\n [kiasan] bergelora:\nhatinya begitu ~ dengan kemarahan;\nmenggelegakkan\n mendidihkan." "gelegar I\nbunyi gemuruh (meriam, letupan bom, dan lain-lain);\n \n~ buluh \ncakap besar (tetapi kosong belaka);\nmenggelegar\n bergemuruh (guruh, letupan, dan lain-lain)." "gelegar II\nkayu (balak) yang menyangga lantai, jeriau." "gelegata\nsejenis penyakit kulit, bedan-bedan, bengkak-bengkak atau bintil-bintil pada badan kerana panas dan lain-lain." "gelehah\n[Kelantan];\ntergelehah\n tersalah urat (tulang)." "gelehok\n[Kedah];\nbergelehok\n berlubang besar." "gelek I\ntarian ~ \ntarian dengan gerakan tubuh yang liang-liuk;\nmenggelek\n1.\n berguling, bergolek, berbalik-balik:\nguli yang sedang ~ itu disekatnya; \n2.\n menggiling, menggilas, menindih sampai pipih (hancur):\nsiapa tahu kalau-kalau dia digelek kereta;\n3.\n menggiling di antara dua belah tapak tangan supaya menjadi bulat (lilin, tanah liat dan lain-lain), menggentel:\nlengannya seperti lilin digelek; \n4.\n melenggok-lenggokkan atau menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti;\ntergelek\n kena gelek, tergilas, terlindas;\ngelekan\n1.\n gerakan tubuh (punggung dan sebagainya) yang liang-liuk, terutamanya ketika menari:\npenari itu menari dengan ~ yang mempesonakan; \n2.\n perbuatan atau hasil menggelek:\n ~ eloklah dibuat selepas rumput dipotong;\npenggelek\n penggiling." "gelek II\n[Minangkabau];\nmenggelek\n mengelokkan badan dan lain-lain untuk mengelakkan pukulan dan lain-lain, mengelak;\nmenggelekkan\n mengelakkan (diri)." "gelekak\nmenggelekak\n melekang, terkelupas (cat, kulit, dan lain-lain), terkelopak." "gelekek\nmenggelekek\n tertawa terkekek-kekek." "gelekok\n[Kelantan] bengkang-bengkok (ular dan lain-lain)." "gelelok\n[Kelantan] bengkang-bengkok." "gelema\ndahak;\ngegelema\n." "gelemaca\n(Biologi) benda pekat yang memenuhi ruangan mata (antara kanta dengan retina)." "gelemair\n(Biologi) benda cair di hadapan kanta mata." "geleman\ngeman, gugup, takut;\n \ngeli-~ \njijik." "gelemat I\ngeladak perahu di sebelah haluan dan buritannya." "gelemat II\ngelap-~ \n[Kelantan] = \nkelam-~ \n[Kedah] sangat gelap, gelap-gelita." "gelemayar\nkelemayar I." "gelembai\nkelambai." "gelember\n= \ngelemberan\n [Jakarta] gelambir." "gelembung\n1.\n sesuatu yang berisi udara, bola-bola air (sabun, buih, dan lain-lain);\n2. = gelembungan\n bola-bola getah permainan budak-budak, belon;\n \n~ paru \n[Indonesia] gelembung dalam paru-paru;\nbergelembung, menggelembung\n menjadi kembung kerana berisi udara dan lain-lain;\ngelembung-gelembungan; \nmain ~ \npermainan membuat gelembung-gelembung daripada air sabun dan lain-lain." "gelembur\nmenggelembur\n menggelambir, berkerut-kerut (kulit orang tua dan lain-lain)." "gelempung I\nbunyi rebana (gendang dan lain-lain);\nbergelempung\n berbunyi (rebana, gendang, dan lain-lain)." "gelempung II\nsejenis kapas untuk membalut luka." "gelen\nunit sukatan cecair yang bersamaan dengan 4.55 liter;\nbergelen-gelen\n banyak gelen (air, minyak dan sebagainya):\nbiasanya dia membeli ~ minyak petrol untuk enjin sampannya sebelum turun ke laut." "gelenang I\nI; \ntergelenang\n tergenang (air mata dan lain-lain)." "gelenang II\nalat muzik gamelan yang terdiri daripada tiga buah gong kecil." "gelencong\ntergelencong\n menyimpang, terpesong:\nangin barat daya ialah angin timuran tenggara yang ~ dari selatan khatulistiwa." "gelendong I\nsesuatu (daripada kayu, buluh, dan lain-lain) tempat benang dan lain-lain digulung, kumparan:\n~ filem dibuat daripada logam atau plastik, dan terdapat dalam beberapa saiz dan corak." "gelendong II\n[Kelantan] kendur, bengkok, tidak lurus." "geleng\n= \ngelengan\n gerakan ke kiri ke kanan atau sebaliknya (kepala);\n \n~ seperti si patung kenyang \n(peribahasa) berjalan dengan sombongnya, sombong;\nbergeleng, bergeleng-geleng\n bergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya;\nmenggeleng\n = \n~ kepala \nmenggoyang kepala ke kiri ke kanan atau sebaliknya;\nmenggelengkan\n menggoyangkan kepala tanda tidak setuju (tidak mahu, hairan, kasihan, dan lain-lain) :\napabila anak-anaknya sudah ~ kepala, tidak mahu minum lagi, barulah Dolah meneguk teh;\ntergeleng\n tergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya:\n dia memastikan kepalanya yang ~ itu tidak menerima apa yang dikatakan oleh Pak Ciknya." "gelenggang\nsejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat kurap, kayap dan lain-lain), daun kurap, \nCassia alata." "gelentang\nguling-~ \n= \ngolek-~\n berguling-guling, berbalik-balik, bergolek-golek." "gelentar\nmenggelentar\n gementar, menggigil, berdegup-degup (hati dan lain-lain);\n= geletar\n." "gelenting\nmenggelenting\n melentur, melenting, menjadi bengkok;\nlenting I\n." "gelentok\nmenggelentok\n terkulai, melentok:\n ayam kepunyaannya terkapai-kapai, lantas ~ jatuh mati\n." "gelenyar I\nmenggelenyar\n semut-semutan, kebas." "gelenyar II\n[Kelantan] tidak duduk diam, meronta-ronta, gatal, perasaan seperti digigit (berkenaan (dengan) badan dan lain-lain)." "gelenyeh\n[Kelantan]\n1.\n tumpul (pisau dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] gatal (perempuan dan lain-lain)." "gelepai\nmenggelepai\n terkulai ke bawah (dahan yang patah, bendera yang basah, dan lain-lain), terkelepai;\nkelepai\n." "gelepak\nmenggelepak\n bergantung terkulai (seperti layar yang tidak ditiup angin dan lain-lain), bergantung mengelepai." "gelepar\nmenggelepar, menggelepar-gelepar\n menggelupur, bergerak-gerak mengibas-ngibaskan sayap:\nsetelah beberapa kali ~, ayam yang disembelih itu pun mati;\nmenggeleparkan, menggelepar-geleparkan\n menggerak-gerakkan sayap." "gelepik\nmenggelepik\n menggelepak, bergantung terkulai." "gelepok\nkotor kerana kena lumpur, berlumpur." "gelepot\ngelepok\n." "gelepung\nbunyi barang jatuh ke dalam air, cempelung, celempung." "gelepur\nmelompat dan memukul-mukulkan sayap (ayam berlaga dan lain-lain);\n \ntinggi ~ rendah laga \n(peribahasa) sombong (banyak bercakap tanpa hasil);\nmenggelepur\n melawan dengan memukul-mukulkan sayap serta kaki (ayam dan lain-lain);\n= kelepur." "gelesai\nmenggelesai\n menggelepar (burung dan lain-lain), menggerak-gerakkan kepak." "gelesek\nmenggelesek\n menggosok, menggesek-gesek (kasut, biola, dan lain-lain)." "geleser I\nI; \nmenggeleser\n bergerak-gerak terus-menerus, menggelepar-gelepar." "geleser II\nII; \nmenggeleser\n mulai berpusing (roda dan lain-lain)." "geleta\nsejenis buyung atau kendi yang berleher panjang." "geletah\n[Kelantan] gelenyar." "geletak I\nmenggeletak, tergeletak\n terbaring, terlantar di atas tanah dan lain-lain:\n\n\napabila dipukul, rebahlah ia ~ di atas lantai." "geletak II\n[Terengganu] berkeinginan sangat:\n\n\ndia ~ hendak berkahwin kerana sudah lama membujang." "geletar\nmenggeletar\n gementar (kerana ketakutan, demam, dan lain-lain), menggentar, bergentar (gitar, suara, dan lain-lain):\ntakutlah ia, ~ segala sendi anggotanya;\nmenggeletarkan\n menyebabkan sesuatu menggeletar:\nrasa takutnya pada suara itu ~ seluruh tubuhnya;" "geletas\n[Kelantan] gatal (perempuan), galak." "geletek\n1.\n perbuatan mencuit (mencubit) supaya jadi geli;\n2.\n [kiasan] hasutan, galakan (supaya jadi berani), rangsangan;\n \nhilang geli kerana ~\n (peribahasa) sesuatu yang kurang menyenangkan itu hilang apabila menjadi kebiasaan;\nmenggeletek\n1.\n mencuit (mencubit) supaya jadi geli:\norang tua cepat melatah apabila digeletek;\n2.\n menghasut, menggalakkan, memberangsangkan:\nkalau tidak digeletek, perkelahian mungkin tidak akan timbul." "geletik\nmenggeletik\n \n1.\n bergerak liat-liut (seperti ulat), menggelepar, meronta-ronta;\n2.\n berbunyi seperti bunyi jam (tik, tik, tik) dan lain-lain;\n3.\n berdebar-debar (jantung), bergerak (hati):\nhatinya ~ mendengar khabar itu." "geleting\nmenggeleting\n berbunyi keleting (loceng dan lain-lain)." "geletis I\nmenggeletis\n berputar-putar dengan cepat, menggeliat, bergerak-gerak (geliang-geliut)." "geletis II\nmenggeletis\n gatal, miang." "geletuk\nmenggeletuk\n berbunyi macam bunyi gigi bersentuhan (kerana menggigil dan lain-lain)." "gelewak\n[Kelantan], [Terengganu] \nkelewak\n." "geli I\n1.\n rasa badan kalau digeletek;\n2.\n rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dan lain-lain):\n~ ia melihat kelakuan anaknya;\n3.\n berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dan lain-lain);\n4.\n berasa jijik dan seram melihat sesuatu seperti ular, lintah, dan lain-lain;\n5.\n berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yang kotor dan busuk;\n \n~-geman = ~-geleman\n jijik;\n \n~ hati\n rasa hendak ketawa;\n \nhabis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa\n (peribahasa) kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;\nmenggeli\n [Minangkabau] memberanikan (ayam yang berlaga);\n~ induk ayam \n(peribahasa) memberanikan seorang penakut;\nmenggelikan\n1.\n= \n~ hati\n menimbulkan gelak ketawa;\n2.\n menimbulkan rasa geli:\nmaka banyak perkara yang ~ telah disaksikan;\nkegelian\n1.\n perihal geli, perasaan geli:\ncerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku;\n2.\n berasa geli:\nbenda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;\npenggeli\n orang yang mudah berasa geli (kalau digeletek);\n \n~ hati\n sesuatu yang menggelikan hati, lawak jenaka." "geli II\nbuah ~ \n= \ngeli-geli\n buah pinggang, ginjal." "geli-geli\nsejenis tumbuhan (tumbuh dalam paya), bekil, segeli, \nLasia spinosa." "geliang\n~-geliat\n = \n~-geliut\n gerakan berkelok-kelok seperti belut dipegang kepalanya;\nmenggeliang\n bergerak geliang-geliut:\n~ bagai ular dipukul." "geliat\n~ -geliut \ngeliang-geliut;\nmenggeliat\n1.\n merentang-rentangkan anggota badan (apabila bangun daripada tidur dan lain-lain):\nbaru saja bangkit, ia menguap dan ~ sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas;\n2.\n memulas-mulas (benda yang kaku, ketat, dan lain-lain);\nmenggeliatkan\n menyebabkan (diri seseorang) menggeliat:\nPak Tua ~ diri untuk bebas daripada ikatan;\ntergeliat\n terpelecok, salah urat, terkilir (kaki, tangan, dan lain-lain)." "gelibar\nmenggelibar\n berkibar (bendera, layar, dan lain-lain)." "gelibas\nsejenis ikan laut, dengkis, \nSiganus spp." "gelibat I\ndayung yang kedua-dua hujungnya mempunyai daun;\nkelibat I\n." "gelibat II\n[Kelantan] hilang, lenyap (orang yang lari)." "gelibir\nmenggelibir\n melengkung ke bawah dan tebal (bibir gajah dan lain-lain)." "gelicau\nmenggelicau\n berkicau, mencicit, mencecit (burung)." "geliga\nsejenis batu hikmat yang dapat menghilangkan bisa dan lain-lain (didapati dalam tubuh binatang seperti ular, landak, dan lain-lain);\nbergeliga\n1.\n mempunyai geliga;\n2.\n cerdik dan pintar;\n \notaknya ~\n pandai, cerdik;\nkegeligaan\n perihal pandai, cerdik." "geligah\n[Kelantan];\nbergeligah\n berkerutu, kasar, bopeng, tidak licin (muka, permukaan jalan, dan lain-lain)." "geligi\nmenggeligi\n menggigil." "geligin\nkayu pada perkakas tenun tempat menggulung benang, gelendong benang." "geligir\nbergeligir\n berkerutu (langit-langit keras dan lain-lain)." "geligis I\nmenggeligis\n gementar, menggigil (kerana demam, kesejukan, ketakutan, dan lain-lain)." "geligis II\n[Kelantan] bengkang-bengkok, berliku-liku;\ngerigis\n." "geligit\nmenggeligit\n menggigit berkali-kali." "gelignit\nsejenis bahan letupan yang sangat kuat, yang digunakan untuk meletupkan batu, bukit dan sebagainya." "geligut\n[Kelantan] menggigil (kerana kesejukan, ketakutan)." "gelimang\nbergelimang, bergelimangan\n berlumur dengan lumpur dan lain-lain;\ngelumang." "gelimbir\nberkelepai (pipi orang tua dan lain-lain), terkulai." "gelimir\nselaput daging, sejenis kulit ari." "gelimpang\nbergelimpangan\n berbaringan di lantai, tanah, dan lain-lain dengan tidak teratur, bergulingan, menggeletak:\nanak itu tidur ~ saja di atas tikar getah;\nmenggelimpang\n bergulingan (orang terlalu letih dan lain-lain), terbaring, terlantar;\ntergelimpang\n tergeletak, terlantar." "gelimun\nbergelimun\n \n~ selimut\n berselubung, berselimut;\nmenggelimuni\n menyelimuti:\n~ kepala." "gelincat\ntergelincat\n \n1.\n memantul balik, melenting (rotan dan lain-lain);\n2.\n silap urat, tergeliat." "gelincik\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nMyrica farquhariana." "gelincir\nmenggelincir\n hampir jatuh kerana terpijak sesuatu yang licin, menggeluncur, meleset;\nmenggelincirkan\n menyebabkan menggeluncur;\ntergelincir\n1.\n tergeluncur, tergeser kerana licin, terlepas dari landasan (kereta api);\n2.\n mulai turun (matahari);\n3.\n [kiasan] terlanjur, terlepas (cakap);\n \n~ lidah\n terlepas kata, salah mengatakan sesuatu;\ngelinciran\n (Geologi) retak pada kerak bumi yang menyebabkan muka bumi ternaik atau terturun." "gelincuh\ntergelincuh\n tersandung, tersentuh, tertarung (kaki)." "gelinding\n= gelindingan\n roda;\nbergelinding, bergelindingan\n berguling-guling:\nseperti sekeping wang yang ~;\nmenggelinding\n berguling;\nmenggelindingkan\n menggulingkan:\ncerita Raja Sisyphus yang mengangkat batu dari kaki bukit ke atas, ~ batu itu ke bawah, mengangkat batu itu lagi ke atas." "gelinggam\nsejenis cat merah yang dibuat daripada tumbuhan." "gelinggaman\n[Minangkabau] geli-geman;\ngeli I\n." "gelingsir\nbergelingsir, menggelingsir\n menggelincir, melincir, turun (matahari dan lain-lain);\nmenggelingsirkan\n menjadikan bergelingsir:\nmaka Tun Tuah pun segeralah ~ tangan bajunya." "gelinjang\nmenggelinjang\n berkinja-kinja, melonjak-lonjak, meloncat-loncat (kerana suka dan lain-lain), mendompak-dompak (kuda)." "gelintang\ntergelintang\n terbaring, menggeletak, tergelimpang:\nanjing yang ditembak itu jatuh ~ di atas tanah." "gelintar\nmenggelinta\n r berkeliling mencari sesuatu." "gelintin\nbergelintin\n kental, pekat." "gelintir\n1.\n [Jawa] butir, biji;\n2.\n orang (sebagai penjodoh bilangan);\nsegelintir\n sekumpulan kecil (manusia):\nmereka berusaha untuk mempersalahkan seluruh kaum kerana dosa ~ manusia." "gelinya\nsejenis perhiasan pada cuping telinga." "gelinyau\nmenggelinyau\n gatal, gelisah (seperti anak baru lahir)." "gelip\n= kelip." "gelipar\ntergelipar\n terbeliut (mata pisau dan lain-lain)." "gelis\n(Sunda) cantik (gadis dan lain-lain)." "gelisah\ntidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dan lain-lain), risau:\nhari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yang belum pulang lagi; \nresah ~\n sangat gelisah;\nmenggelisah\n berlaku (bertindak) gelisah, berada dalam keadaan gelisah:\nia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~;\nmenggelisahkan\n menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan:\nkeluarnya Singapura daripada Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;\nkegelisahan\n perihal gelisah, perasaan gelisah:\ninilah punca penderitaan dan ~ jiwa." "gelisar\n[Kelantan] gelisah." "gelita\ngelap-~\n sangat gelap;\nkegelitaan perihal (keadaan) gelita:\n~ akal\n;\ngelap." "gelitak\nmenggelitak\n menggelikan, menggaru supaya menjadi geli, menggeletek." "gelitar\nmenggelitar\n menggeletar, meronta-ronta." "geliting\ngeletek." "geliung\nsejenis kapal layar yang besar di Eropah yang digunakan sebagai kapal perang atau kapal dagang dari kurun ke-15 hingga ke-18." "geliut\ngeliang\n, \ngeliat." "gelobak\n[Kelantan]\n1.\n luka parah;\n2.\n koyak, rosak." "gelobok\nmenggelobok\n berbunyi seperti bunyi air dituang ke dalam sesuatu bekas." "gelobor\nsangat labuh dan longgar (baju)." "gelocak I\nberkocak-kocak (air)." "gelocak II\n[Kelantan] melecet (kulit), terkelupas (luka, cat, dan lain-lain)." "gelodak\nmenggelodak\n menggelegak (semangat, perasaan, dan lain-lain):\nlapangan puisi ialah salah satu saluran tempat mengucapkan bantahan, kebencian, keriangan, dan perasaan jiwa yang ~;\nmenggelodakkan\n menyebabkan menggelodak:\n percintaan yang digelodakkan oleh perasaan marah, sedih, dan pilu;\n kegelodakan\n keadaan menggelodak:\n itulah ~ rasanya." "gelodar I\nmenggelodar\n menggelepar-gelepar hendak melepaskan diri, meronta-ronta." "gelodar II\nberlumpur, keruh, kotor." "gelogok I\nmenggelogok\n \n1.\n menggelegak;\n2.\n minum banyak-banyak dan terus masuk ke kerongkong hingga berbunyi, menggogok;\n3.\n melimpah, tertuang banyak-banyak (melimpah-limpah)." "gelogok II\n[Minangkabau] ancaman, ugutan;\n \nsalah ~ \nmembuat sesuatu dengan terburu-buru;\n \nsalah ~ hulu malang, pandai bertenggang hulu baik \n(peribahasa) hati-hatilah membuat pekerjaan kalau menginginkan keuntungan." "gelohok\ntergelohok\n terbuka luas." "gelohong\n[Terengganu] terbuka (pintu rumah dan lain-lain)." "gelojak\nnyala api yang berkobar-kobar;\nbergelojak, menggelojak\n menyala-nyala, berkobar-kobar;\ngejolak\n." "gelojoh\n1.\n lahap, rakus:\nterlalu ~ pada makanan; \n2.\n gopoh dan kasar, tidak cermat:\njanganlah engkau buat sesuatu kerja itu dengan ~ dan gopoh;\nkegelojohan\n keadaan (sifat) gelojoh:\n~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua." "gelokak\nterkelupas (kulit kayu dan lain-lain), tidak melekat (kapur, cat, dan lain-lain)." "gelombang\n1.\n ombak laut yang bergulung-gulung panjang, ombak besar:\nlaut mengganas dengan ~;\n~nya membukit berlapis-lapis;\n~ dua belas \n[Minangkabau] sejenis tarian pedang;\n2.\n = \nriak ~ \n[Indonesia] aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dan sebagainya) yang bergerak dalam satu perantaraan:\nradio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter;\n~ bunyi; \n3.\n gerakan (tindakan dan sebagainya) yang dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dan lain-lain):\n~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; \n4.\n gerakan atau aliran (manusia dan lain-lain) dalam kumpulan yang besar, dan meliputi kawasan yang luas:\n~ pertama manusia yang dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sebagai Proto Malaya; \n~ elektromagnet \n(Fizik) gelombang tenaga yang dirambat dalam medan elektromagnet;\n \n~ haba \n(Fizik) gelombang udara panas yang besar dan bergerak perlahan;\n \n~ mikro \n(Fizik) gelombang elektromagnet yang sangat pendek dengan jarak gelombang antara 1 \u2013 300 mm, digunakan terutamanya dalam perhubungan radio dan radar, memasak dan sebagainya, mikrogelombang;\n \n~ panjang \n(Fizik) gelombang radio yang jarak gelombangnya lebih daripada 1000 meter;\n \n~ pendek \n(Fizik) gelombang radio yang jarak gelombangnya antara 10 \u2013 100 meter;\n \n~ radio \n(Fizik) gelombang tenaga elektrik yang bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yang frekuensinya antara 10 KHz \u2013 300 000 MHz;\n \n~ sederhana \n(Fizik) gelombang radio yang jarak gelombangnya antara 100 \u2013 1000 meter;\nbagai ~ dua belas \n(peribahasa) hebat (pendekar apabila menarikan pedang);\n \nsama naik bak ~, sama turun bak ke pencong \n(peribahasa) dua hal atau kejadian yang sama keadaannya;\nbergelombang\n1.\n = \nmenggelombang\n berombak panjang-panjang, mengombak;\n2.\n berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dan lain-lain):\nserangan-serangan itu datang ~-gelombang." "gelomor\nmenggelomor\n mengotorkan, mencemari." "gelompar\nmenggelompar\n melompat, meloncat (cepat)." "gelondeng\n[Terengganu] melekat kuat." "geloneng\nsejenis gong kecil dalam permainan gamelan." "gelong\n[Kedah]\n1.\n (barisan dan lain-lain) yang tidak betul;\n2.\n tidak waras (bagi manusia)." "gelonggang\ntali leher (untuk anjing dan lain-lain), kalung." "gelonggong\n[Kelantan]\n1. = bergelonggong\n berlubang (seperti nyiur yang ditebuk tupai dan lain-lain);\n2.\n lubang tempat ikan tinggal (dalam sungai dan lain-lain);\n3.\n bukan perawan lagi (perempuan)." "gelongsong\nkelongsong." "gelongsor\ncerun licin daripada kayu dan sebagainya, tempat seseorang atau sesuatu meluncur turun;\nmenggelongsor\n menggeluncur (di atas lantai licin dan lain-lain), meluncur turun (dari pohon, tiang, dan lain-lain), menggelincir." "gelontor\nmenggelontor\n \n1.\n menyimbah dengan banyak air (supaya hanyut);\n2.\n [bahasa kasar] minum banyak-banyak." "gelopak\nmenggelopak\n terkelopak, terkelupas, terlelas (kulit kayu dan lain-lain)." "gelora\n1.\n ombak yang melambung hebat, air laut yang bergelora dengan hebat, banjir besar;\n2.\n = \nmusim ~ \nmusim hujan dan badai, musim air bah;\n3.\n perasaan yang bergolak (tidak tenang);\n \n~ hati\n perasaan hati yang bergolak-golak;\nbergelora, menggelora\n1.\n bergelombang besar, mengombak;\n2.\n sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat):\nsemangat kebangsaan telah ~;\nmenggelorakan\n membangkitkan, mengobarkan (semangat dan lain-lain), menaikkan perasaan." "gelorah, gelorat\ngelora\n." "gelosang\n[Minangkabau];\nmenggelosang\n menggesa-gesa, menyuruh (kerjakan dan lain-lain) lekas-lekas." "gelosok\n~-gelusang \n= \nmenggelosok\n menggosok-gosok, memulas dengan keras (kain cucian dan lain-lain)." "gelotak\nmenggelotak\n mengupas buah yang berkulit keras (nyiur dan lain-lain);\nkelotak." "geluduk\n[Jawa] guruh." "geluga\ngelinggam." "gelugur\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya beralur-alur kulitnya dan boleh dimakan), \nGarcinia atnoviridis; \nasam ~ \nasam keping;\n2\n = \nawan ~ \nalur (sebagai ukiran);\nbergelugur\n mempunyai ukiran gelugur." "gelugut\n1.\n bunyi kertak (gigi dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] bunyi gendang:\nbunyi gendang itu hanya se~;\nbergelugut, menggelugut\n1.\n menggigil (kerana kesejukan, demam, dan lain-lain), berkertak (gigi):\n~ dagu kerana terlampau sejuk;\n2.\n [sastera lama] mengeluarkan bunyi gelugut:\ndong, dong, dong, ~ bunyi gendang larangan." "geluh I\ntanah liat." "geluh II\n[Pulau Pinang];\n~ leher\n sembelih." "geluk\nbekas air daripada tempurung;\n \ntudung ~ \nsejenis bakul;\n \nbagai ~ tinggal di air \n(peribahasa) orang yang melarat hanya menunggu bantuan orang." "gelulung\n[Kelantan] bergulung (daun pisang dan lain-lain)." "gelulur\nmelincir turun (seluar dan lain-lain)." "gelumak\n~ susu\n sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat), lempedu (mempedu) tanah, rumput kerak nasi, \nCuranga felterrae (amara)." "gelumang\nbergelumang\n berlumur (dengan lumpur dan lain-lain), penuh dengan kotoran dan sebagainya;\n~ dengan noda dan dosa \nbanyak noda dan dosanya, sudah banyak berbuat noda dan dosa;\ngelimang." "gelumat I\ngelemat I." "gelumat II\n[sastera lama] bising, riuh-rendah." "gelumbak\nsejenis tumbuhan (herba), \nPlocoglottis foetida." "gelumpung\nakar ~\n sejenis tumbuhan (akar memanjat), akar saut, akar timun dendang, mentimun paya, pedendang, \nAdenia acuminata." "geluncur\nmenggeluncur, tergeluncur\n meluncur turun (seperti pada permukaan yang curam);\ngeluncuran\n gerakan meluncur turun (pada permukaan yang curam dan sebagainya):\ntasik terbentuk melalui berbagai-bagai proses, antaranya melalui hakisan seperti ~ air batu." "gelundang\n[Terengganu] cair." "gelung I\n1.\n lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dan lain-lain);\n2.\n kelok, ikal (rambut dan lain-lain);\n \nsanggul ~\n kondai, sanggul;\nbergelung\n melengkung, berlingkar:\nular ~; \ndawai yang ~ itu mesti diluruskan sebelum dipakai;\nmenggelung\n1.\n melengkung hingga menjadi gelung (rotan dan lain-lain);\n2.\n membuat sanggul;\nmenggelungkan\n melingkarkan, melengkungkan;\ntergelung-gelung\n terlingkar-lingkar;\ngelungan\n lingkaran (dawai, rotan, dan lain-lain)." "gelung II\n[Kedah] kumpulan (orang jahat dan lain-lain)." "gelung III\n[Kelantan]\n1.\n bendang (petak-petak);\n2.\n lorong bencah, jalan sempit." "gelung IV\n[Kelantan] harapan, gamak (menjadi sesuatu dan lain-lain)." "geluntur\ncacing besar dan merah warnanya." "gelup I\nmenggelup\n gugur atau tanggal (gigi)." "gelup II\nbekas air seperti mangkuk kecil, sangku." "gelupar\ngelupur\n." "gelupas\nmenggelupas\n terkelupas (kulit, cat, dan lain-lain), terlelas." "gelupur\nmenggelupur\n bergerak-gerak sambil memukul-mukulkan sayap dan lain-lain (ayam berlaga dan lain-lain), menggelepar." "gelusang\ngelosok-~ \nmemulas (menggosok) keras-keras;\ngelosok\n." "gelut I\ngomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dan lain-lain);\n \nadu ~ \nperlawanan bergomol;\nbergelut\n1.\n peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (seperti orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (untuk menunjukkan kekuatan seseorang dan lain-lain);\n2.\n berkelahi:\nia luka kerana ~ dengan tiga orang perompak; \n3.\n bertungkus-lumus atau bergiat dengan hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dan sebagainya):\nsuatu fakta penting untuk penghidupan dalam dunia yang ~ dan berlumba-lumba ini;\n~ dengan maut; \nbagai tupai ~ \n(peribahasa) perihal kehebatan langkah dan lain-lain seorang pendekar;\nmenggelut\n memeluk hendak menghempas (menggulingkan dan lain-lain);\npergelutan\n1.\n perihal bergelut, perlawanan bergelut;\n2.\n perkelahian;\n3.\n usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan:\nmereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yang ditimba daripada ~ menyara hidup." "gelut II\n[Perak] giat mengerjakan sesuatu, sibuk." "geluyur\nkeluyur\n." "gem\n[bahasa percakapan] tamat, selesai (permainan dan lain-lain), menang." "gema\n1.\n bunyi yang berbalik, gaung, kumandang:\nkelawar tidak boleh melihat dalam gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suara-suara inilah yang menyebabkan ia tidak terlanggar pada apa-apa; \n2.\n [kiasan] kejadian sebagai akibat suatu kejadian lain:\n~ daripada ceramah Profesor Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi;\nbergema, menggema\n bergaung, berkumandang, bertalun:\nsuara radio ~ di dalam ruangan itu;\nmenggemai\n membuat gema pada:\nsuara azan ~ seluruh daerah itu;\nmenggemakan\n menjadikan bergema." "gemai\n[Kedah] padi yang diketam, diikat-ikat, dan diirik." "gemak\nmenggemak, menggemak-gemak\n memegang-megang (hendak mengetahui besar, berat, dan lain-lain):\nia ~ ayam itu sebelum membelinya;\ngamak\n." "gemal\nbanyak yang terdapat dalam secekak jari;\n \nse~ \nsebanyak yang dapat dipegang dengan cekak jari, secekak:\nse~ padi;\nbergemal-gemal\n banyak cekaknya, bercekak-cekak;\nmenggemal\n memegang dengan cekak jari." "gemala\nbatu yang bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal daripada ular, naga, dan lain-lain);\n \n~ hikmat \nsejenis batu sakti;\n \nbuntat hendak menjadi ~ \n(peribahasa) orang kecil hendak menjadi orang besar." "gemalai\n1.\n melambai-lambai (berkenaan (dengan) daun nyiur dan lain-lain), berayun-ayun;\n2.\n lemah dan manis (gerak tubuh dan lain-lain);\n \nlemah ~\n melenggok-lenggok manis (gerak tubuh seseorang gadis);\nbergemalai\n melambai-lambai (ditiup angin):\ndaun-daun kelapa ~ dipupuk bayu." "gemam\ngumam, kemam." "geman\ntakut, ngeri;\n \ngeli-~;\ngeli I\n." "gemang I\nbesar (benda yang bulat torak), bayak." "gemang II\n[Minangkabau] ngeri, takut;\n \ngopoh-~ \ngugup;\npenggemang\n penakut;\ngamang." "gemang III\nsejenis ikan laut, sembilang, \nPlotosus spp." "gemap\ntergemap\n tercengang, tergamam:\nketika mendengar berita itu, ~lah ia." "gemar\nsuka benar (berbuat sesuatu):\nia ~ berenang;\nbergemar\n bergembira, bersuka ria;\nmenggemari\n menyukai benar akan:\nhikayat ini sangat laku kerana digemari orang;\nmenggemarkan\n menggembirakan, menyukakan hati;\nkegemaran\n kesukaan, kegembiraan:\nbarang-barang ~ perempuan;\npenggemar\n orang yang menggemari, peminat:\nmemang sudah biasa majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya." "gemas\n1.\n sangat kesal, amat jengkel (marah, benci, dan lain-lain):\n~ hatinya melihat orang yang tidak menaruh belas kasihan itu;\n2.\n benci bercampur sayang;\nmenggemaskan\n menimbulkan rasa gemas." "gemaung\nbergaung, berkumandang, bergema." "gemawan\n1.\n = \nawan-~ \nbermacam-macam rupa awan;\n2.\n berarak (awan), melayang:\nawan putih ~ lalu." "gemba\n[Kelantan] kembung pipi (kerana ada sesuatu di dalam mulut)." "gembadak\nsejenis tumbuhan (pokok renek), gaharu badak, \nPhyllochlamys wallichii." "gembak I\njambak, rambut pada dahi kuda, rambut yang dipanjangkan pada ubun-ubun budak;\ngombak\n." "gembak II\n[Kelantan] berombak (rambut dan lain-lain)." "gembala I\n1.\n orang yang menjaga atau memelihara ternakan (kambing, lembu, dan lain-lain);\n \n~ kuda \npemelihara kuda;\n2.\n [kiasan] penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin;\nbagai ~ diberi keris\n (peribahasa) orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna baginya;\n \ngajah seekor ~ dua \n(peribahasa) satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yang mencintai seorang perempuan);\nbergembala\n mempunyai gembala (orang yang memelihara);\n \nternak ~ parak berpagar \n(peribahasa) harta benda harus dijaga;\nmenggembala\n menjaga, memelihara, memimpin:\nanak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka;\npenggembalaan\n1.\n perihal menggembala;\n2.\n = \ntanah ~ \ntempat menggembala binatang;\npenggembala\n orang yang menggembala, gembala." "gembala II\n~ gajah \nsejenis burung, burung kambing, \nPlatysumarus leucopterus; \nburung ~ kera \nsejenis burung, \nEupetes macrocerus; \nburung ~ kerbau \nsejenis burung, \nAcridotheris tristis; \nburung ~ pelanduk \nsejenis burung, \nPitta sordida; \nburung ~ rimau \nsejenis burung, burung kesumba, \nHarpactes oreskios." "gembar-gembur\n= bergembar-gembur\n bersorak-sorak, berseru-seru:\nbuatlah kerja awak, jangan asyik ~ saja; \nbuah ~\n cakap besar, borak;\nmenggembar-gemburkan\n menyorak-nyorakkan, menyeru-nyerukan, melaung-laungkan:\napa gunanya semboyan palsu itu digembar-gemburkan; \nkeburukan Pak Kasa sentiasa digembar-gemburkan, terutama oleh watak Dogol." "gembel\n[Indonesia] \njembel." "gembeng\n[Indonesia] mudah (lekas) menangis." "gembereng\n[Jawa] canang yang tidak bertombol di tengahnya." "gembira\n1.\n = \nbergembira\n sangat suka, sangat girang, besar hati:\nSaya suka, saya ~, katanya; \n2.\n = \nnaik ~ \n= \nbergembira\n bangga dan berani, marah:\nmendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; \n3 = kegembiraan\n;\nmenggembirakan\n1.\n menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan:\nkenangannya melayang kepada hari Natal yang ~ itu; \nsampaikan berita yang ~ kepada orang yang beriman;\n2.\n memberanikan, menggiatkan;\nkegembiraan\n keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian:\ndia menceritakan kejayaannya kepada adik-adiknya dengan ~; \ntidak ada kata-kata yang hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; \nmereka dalam ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah." "gembleng I\nmenggembleng\n\n\n1.\n [Jawa] menempa (besi) supaya menjadi tipis atau keras;\n2.\n [kiasan] menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (menghasilkan, memperteguh, dan sebagainya) sesuatu:\n\n\npenduduk kampung itu ~ tenaga untuk membina jambatan itu;\n\nbank mempunyai peranan penting bagi ~ modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan;\n\nmengikut Paul Postal, tatabahasa transfomasi-generatif ~ ciri-ciri utama tatabahasa tradisional;\ngemblengan\n paduan, penyatuan:\n\n\nkisah keluarga itu dipaparkan dalam penceritaan yang tersusun kemas dengan ~ unsur-unsur ketegangan yang memanjang;\npenggemblengan\n perihal (perbuatan, usaha) menggembleng:\n\n\nuntuk mencapai kemajuan, ~ tenaga amat perlu." "gembleng II\n[Jawa];\nbergembleng\n bersatu padu, berpadu menjadi satu;\ntergembleng\n menjadi satu, dipersatukan;\npenggemblengan\n perihal atau perbuatan mempersatukan:\n\n\n~\n \nideologi dan budaya\n." "gembok\n[Jawa] repuh-repuh, induk kunci (yang tergantung)." "gembol I\n[Jawa];\nmenggembol\n membawa sesuatu dalam kain (kocek dan lain-lain)." "gembol II\nmenggembol\n kembung dan berisi (berkenaan (dengan) pipi), tembam." "gembong\n[Jawa]\n1.\n harimau;\n2.\n jago, juara, samseng;\n3.\n orang yang terkemuka, pemuka." "gembos\n[Jawa];\nmenggembos\n menjadi kempis (tiub dan lain-lain)." "gembreng\ngembereng\n." "gembuk\nsejenis tumbuhan (herba), \nAdenosma caeruleum." "gembul I\nbongkol, bonggol (pokok), kelasa (unta)." "gembul II\n(Sunda) selalu berasa lapar, makan banyak." "gembung I\n= bergembung\n kembung, menjadi besar (kerana penuh dengan air, udara, dan lain-lain);\n \nperut ~\n kemasukan angin atau kena penyakit basal;\n \nbergembung dada \nberasa bangga (girang);\nmenggembung\n menjadi gembung;\nmenggembungkan\n mengembungkan, membusungkan (dada dan lain-lain);\n= kembung I\n." "gembung II\nikan ~ \nsejenis ikan laut." "gembur I\ngembar-gembur." "gembur II\ntidak padat, berderai-derai (tanah, pasir, dan lain-lain), lembut, lunak;\n \nsakit ~-~ \nbasal, busung air;\nmenggemburkan\n mencangkul (tanah) supaya gembur;\npenggembur\n alat untuk menggemburkan tanah;\n \n~ putar \nalat penggembur tanah yang berputar." "gembut I\nbergembut-gembut, menggembut\n bergerak turun naik (seperti ubun-ubun anak yang baru lahir), berdenyut-denyut." "gembut II\n[Pulau Pinang] bekas sirih yang dibuat daripada emas." "gemelentam\nbunyi dentam berkali-kali (seperti bunyi meriam dan lain-lain)." "gemeletak\nbunyi seperti bunyi gigi berkertak." "gemeletap\nbunyi seperti bunyi kaki (apabila orang berlari)." "gemeletek\ngementar keras, menggigil." "gemeletuk\ngemeletak." "gemelugut\nmenggigil keras (kerana ketakutan, demam, dan lain-lain), gelugut." "gemendit\nikat pinggang (daripada kulit, kain, dan lain-lain), kendit." "gementam\nberdentam-dentam (bunyi meriam dan lain-lain)." "gementar\ngentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dan lain-lain):\njangan berasa ~ melihat kekuatan seteru." "gemercak\nbunyi seperti bunyi air keluar dari pancuran dan lain-lain." "gemercik\nbunyi seperti bunyi air memercik." "gemerencang\nbunyi seperti bunyi pedang berlaga.\nmenggemerencangkan\n menyebabkan keadaan menjadi bising:\n bunyi papan kekuncinya ~ suasana selama beberapa jam\n." "gemerencing\n= bergemerencing\n berbunyi seperti bunyi rantai besi dan lain-lain bersentuhan:\npintu pagar besi yang ~." "gemerencung\nbunyi lebih lembut daripada gemerencang." "gemeresak\nbunyi berdesir (seperti pakaian direnyuk-renyukkan dan lain-lain)." "gemeresik\nbergemeresik\n menggeresek (seperti kain, kertas, dan lain-lain direnyuk-renyukkan):\npohon-pohon ~ dipuput bayu laut." "gemeretak, gemeretap\nbunyi seperti bunyi hujan menimpa atap dan lain-lain:\nmesin taip kedengaran ~ seperti bertih digoreng dari dalam biliknya." "gemeretik\nbunyi seperti bunyi bertih direndang." "gemeretuk\nbunyi gigi bersentuhan kerana menggigil (ketakutan dan lain-lain), bunyi orang merendang bertih." "gemeretup\ngemeretuk." "gemerlap\n= gemerlapan, bergemerlapan\n berkilat-kilat, berkilauan:\npakaiannya penuh bertabur dengan permata yang ~; \ndi sana sini gemerlapan cahaya lampu neon; \npermata intan berlian yang bergemerlapan sinar-menyinar cahayanya." "gemi, gemi-gemi\nsejenis ikan laut, gedemi, kedemi, tapak kasut, \nRemora spp.." "gemia\nrumia." "gemik\n[Minangkabau];\nmenggemik\n memanggil seseorang dengan menguitkan jari, menggamit." "gemilang\nbercahaya terang-benderang, cemerlang:\n ia mengenang-ngenang zaman ~nya;\nkegemilangan\n keadaan bercahaya terang-benderang, kecemerlangan:\nkekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram;\ngilang." "gemilap\ngilap-~ \nbercahaya, berkilap, berkilauan." "geming\n[Jakarta];\nbergeming\n berdiam sahaja, tidak bergerak." "Gemini\nlambang ketiga dalam zodiak, yang berlambangkan budak kembar." "geminte\n[Indonesia] bandar raya, kota praja." "gemirang\ngembira, suka ria;\ngirang." "gemirap\nberdebar-debar (hati), tidak tenteram (hati)." "gemologi\nkajian tentang batu permata." "gempa\ngoncangan (bumi), lindu;\n~ bumi \ngoncangan (gerakan) bumi;\n \n~ laut \ngegaran laut yang disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut;\n \n~ sunting\n bunga ketar yang menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan;\nmenggempakan\n menggoncangkan, menggegarkan dengan keras (tanah dan lain-lain):\nletupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya." "gempak\n[bahasa percakapan] cepat tersentuh atau melatah terhadap sesuatu (berita, peristiwa, dan lain-lain)." "gempal\ngemuk sedang (berkenaan (dengan) tubuh), padat berisi:\ntubuhnya ~ dan berdaging pejal." "gempar\nheboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dan lain-lain):\nmaka orang pun ~lah berlarian ke sana sini;\nmenggemparkan, mempergemparkan\n ark\n1.\n menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan:\nberita ini ~ seluruh dunia;\n2.\n [Pulau Pinang] menakuntukan, mengancam:\ntidak ada gunanya awak ~ saya lagi;\ntergempar\n dengan mendadak, dengan sangat tiba-tiba:\nsidang ~;\nkegemparan\n1.\n perihal atau rasa gempar;\n2.\n mengalami keadaan gempar:\ndia tersungkur di hadapan orang ramai yang ~." "gempita\nriuh, gempar;\n \ngegak-~ \nriuh-rendah;\ngegak\n." "gempul\ngempul-gempul\n mengap-ngap, berkempul-kempul." "gempur\ndiserang dan dibinasakan, dihancurkan:\nkena ~;\nmenggempur\n menyerang dan membinasakan (musuh, pertahanan dan lain-lain), menghancurkan:\nkapal terbang pengebom telah ~ kubu-kubu komunis di utara Malaysia;\npenggempuran\n perihal atau perbuatan menggempur:\ndua jurusan ~ direncanakan;\npenggempur\n (orang, pasukan, dan lain-lain) yang menggempur;\n \npasukan ~\n pasukan yang paling depan dalam perang." "gemuk\n1.\n tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun:\nbadannya ~ dan gagah; \n2.\n lemak, minyak;\n \n~ lembu\n lemak lembu;\n \nminyak ~ \n[Indonesia] minyak pelicin mesin (roda dan lain-lain);\n3.\n [Indonesia] subur, mengandungi banyak baja (tanah);\n4.\n baja, pupuk;\n~\n \ngedempol\n = \n~ gedempong\n sangat gemuk;\n \n~ gempal\n gemuk tegap (badan);\n \n~ metuk \n[Kelantan] gemuk dan sihat;\n \n~ membuang lemak, cerdik membuang kawan \n(peribahasa) [Minangkabau] enggan bergaul dengan saudara-mara;\nmenggemukkan\n1.\n menyebabkan sesuatu menjadi gemuk;\n2.\n membajakan;\nkegemukan\n perihal gemuk, keadaan gemuk:\n~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak;\n penggemukan\n perihal (proses, perbuatan, dan sebagainya) menggemukkan;\npenggemuk\n sesuatu yang menyebabkan menjadi gemuk." "gemulah\n[Kelantan] almarhum (orang yang telah meninggal), arwah." "gemulai\n= \nlemah ~\n lemah lembut (berkenaan (dengan) gerak anggota badan dan sebagainya):\ndua jenis tarian yang lemah ~ menjadi persembahan hiburan yang paling menawan hati pada malam itu." "gemulung\n= \ngulung-~\n bergulung-gulung (asap rokok, ombak, dan lain-lain), melingkar-lingkar;\n \ngajah ~\n gajah yang gadingnya bergulung." "gemuntur\nguntur." "gemuruh\n1. = bergemuruh\n berbunyi seperti guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dan lain-lain):\nrakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; \nucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yang bergemuruh; \n2.\n berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya), agak gementar:\nsetiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dalam kejohanan penting;\n kegemuruhan\n keadaan tidak tenteram, keributan\n: berlaku suatu ~ drama sejarah pada awal-awal tahun 1950-an." "gen\nsebahagian daripada juzuk sel pada benda hidup, yang mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yang berkenaan\n." "genah\n[Jawa];\ntidak ~ \ntidak layak, tidak patut." "genahar\nkeran besar (dibuat daripada tanah);\n \n~ gunung \nkawah (gunung berapi)." "genak\n[Kelantan] tempayan (yang mulutnya luas) untuk menyimpan beras." "genang\nbergenang, menggenang, tergenang\n tidak mengalir, bertakung (air), berlinang (air mata):\nair di sawah itu ~, tidak meresap masuk ke dalam bumi; \nair matanya mulai menggenang; \nperempuan itu mengesat air mata yang ~ itu;\nmenggenangi\n menjadikan penuh berisi air, menjadikan tergenang, mengairi:\nairnya meluap ke luar tebing dan ~ daerah-daerah persawahan di sekitarnya; \nmatanya digenangi air;\nkegenangan\n keadaan terendam atau terbenam dalam air;\npenggenangan\n perihal atau perbuatan menggenangi." "genap\n1.\n cukup, penuh (tidak kurang), lengkap:\nsetelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal;\n2.\n tidak ganjil (angka 2,4,6, dan sebagainya):\nnombor rumah di sebelah kanan ~;\ndibilang ~, dipagar ganjil \n(peribahasa) apa yang nampak pada zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi;\n \nempat gasal, lima ~ \n(peribahasa) tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya;\n \nmasuk tak ~, keluar tak ganjil\n (peribahasa) orang yang tidak berguna dalam pergaulan masyarakat;\nsegenap\n seluruh, sekalian, semua:\nseluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan;\n~ tempat;\nmenggenapi\n menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup):\nmaka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yang di bawah itu naik ~ dia;\nmenggenapkan\n mencukupkan, melengkapkan:\nperkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab untuk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;\npenggenap\n tambahan untuk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap;\n \nbarang-barang ~\n (Ekonomi) barang-barang untuk melengkapkan penggunaan barang lain." "gencar\ngencer\n." "gencat\n1.\n macat, terhalang, terhenti (kemajuan, pekerjaan, dan lain-lain);\n2.\n bantut, kerdil (pokok, orang, dan lain-lain);\nmenggencat\n menghentikan, membantuntukan;\n \n~ senjata\n menghentikan?tembak-menembak;\nmenggencatkan\n menyebabkan tergencat:\nsistem pertanian tradisional hanya akan ~ usaha petani untuk menambahkan pendapatan mereka\n;\ntergencat\n terhenti, terbantut:\n kalau pokok itu dianjak, tidak dapat tiada ia akan ~ dan layu;\ngencatan\n;\n \n~ senjata (perang) \nkeadaan berhenti bertempur, keadaan terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau tembak-menembak, peletakan senjata." "gencel\nunting-unting, rambu-rambu (pada pakaian kebesaran dan lain-lain);\n \nse~ tali \nseutas tali." "gencer\n[Jakarta]\n1.\n tidak putus-putus, terus-menerus (bunyi tembakan, ombak, dan lain-lain);\n2.\n sangat cepat." "gencet I\n[Jawa];\nmenggencet\n menghimpit, menekan, menjepit, menindih, menindas;\ntergencet\n terhimpit, terjepit, tertindas, tertindih;\ngencetan\n himpitan, tekanan, tindasan." "gencet II\n[Jawa] dempet, kembar (pisang, jari, dan lain-lain)." "gencir\ngelincir." "gencok\n[Kedah];\nbergencok\n menari, berjoget." "gencuk\n[Pulau Pinang];\nmenggencuk\n menumbuk padi dengan memutarkan antan." "gendak\n[Jawa] perempuan belaan, gundik;\nbergendak, bergendakan\n bersuka-sukaan (dengan perempuan), berzina;\nmenggendaki\n berzina dengan;\nkendak\n." "gendala\nhalangan, rintangan, aral:\nsudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan;\nmenggendalakan\n menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalang-halangi, merintangi:\nkesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan;\n tergendala\n terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dan lain-lain):\nkalau anaknya yang kecil itu bangun kerjanya akan ~;\nkegendalaan\n1.\n sesuatu yang menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dan sebagainya), halangan:\nmungkin ada sesuatu ~ di jalan; \n2.\n keadaan tergendala (terhalang kemajuan dan lain-lain):\nprojek yang dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yang lama, terutamanya dari segi perolehan tapak bangunan." "gendang I\n1.\n sejenis alat muzik daripada kayu bulat panjang yang berongga dan direntang dengan kulit (pada hujung pangkalnya);\n \n~ nobat \ngendang yang dipakai untuk nobat;\n \n~ perang\n gendang yang digunakan semasa berperang;\n \njuru~ \norang yang memukul gendang;\n2.\n langgam (pukulan) gendang sebagai isyarat, cara memukul gendang;\n \n~ arak-arakan \ncara memukul gendang sewaktu berarak;\n ~ berangkat\n gendang yang menyatakan raja berangkat;\n \n~ keling \n= \n~ merdangga\n gendang yang disandang pada leher dan dipukul dengan kayu;\n \n~ kembali\n gendang yang dipukul sebagai isyarat untuk menyatakan raja kembali;\n \n~ melela \n= \n~ serama \ngendang yang sebelah dipukul dengan kayu, dan yang sebelah lagi dipukul dengan tangan;\n \n~ pendengar \n[Indonesia] selaput telinga yang menerima suara;\n \n~ perhentian \n= \n~ galanjur\n gendang yang dipukul sebagai isyarat untuk menyatakan orang harus berhenti;\n \n~ raya \n[Kedah] beduk (tabuh);\nbagaimana bunyi ~, begitulah tarinya \n(peribahasa) patuh pada segala perintah;\n \nsitu juga ~ berbunyi \n(peribahasa) sentiasa sama sahaja (tidak berubah);\ngendang-gendang, gendangan\n sejenis selaput, kulit ari;\nbergendang\n memukul gendang;\n \n~ paha \nbersuka-suka kerana penderitaan orang lain;\n~ deras \n(peribahasa) berkuasa (bermaharajalela);\n \nbak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh \n(peribahasa) keuntungan yang diterima secara berlebih-lebihan." "gendang II\ngulung (berkenaan (dengan) kertas);\nsegendang\n satu gulung;\n \n~ kertas \nsegulung kertas." "gendang III\nsejenis ikan laut, \nParapercis spp\n." "gendeh\nbergendeh-gendeh\n [sastera lama] bergendong-gendong, buntil:\ncuba hang tengok duit depa ~." "gendeng I\n[Indonesia] ;\n \nroda ~ \nroda penggerak mesin." "gendeng II\n[Minangkabau] sendeng, condong, miring, senget;\nbergendeng-gendengan\n berjalan beriring-iring;\nmenggendengkan\n memiringkan, mencondongkan;\ntergendeng\n1.\n terletak senget;\n2.\n [kiasan] turun harga, agak murah (barang-barang)." "gender\n1.\n jantina:\npelantikannya adalah berasaskan pencapaian, sumbangan dan kebolehannya, bukannya kerana ~; \n2.\n (Linguistik) golongan jenis kata dalam tatabahasa sesuatu bahasa seperti maskulin, feminin dan neuter." "genderang\n1.\n sejenis gendang besar;\n \n~ serama\n gendang dua muka (yang sebelah dipukul dengan tangan dan yang sebelah lagi dipukul dengan pemukul):\nmaka lalu ~ pun dipalu orang;\n2.\n tambur." "gendi\nkendi I." "gending\n[Jawa] lagu gamelan." "gendir\n[Jawa] alat bunyi-bunyian gamelan." "gendis\ngula kabung." "gendit\n[Pulau Pinang] \nkendit\n." "gendola\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPassiflora quadrangularis." "gendon\nsejenis berenga, ulat kecil-kecil yang terdapat pada bangkai (rotan dan lain-lain)." "gendong\nmenggendong\n1.\n mendukung (di belakang, di pinggang, dan lain-lain) dengan kain yang disangkuntukan ke leher:\n~ anak;\n2.\n [Terengganu] mendukung di belakang, mengencang;\ngendongan\n1.\n benda yang digendong;\n2.\n kain untuk menggendong;\npenggendong\n orang yang menggendong." "gendung\n[Kelantan] gembung (saku dan lain-lain) kerana berisi sesuatu." "gendut\n1.\n buncit, boyot;\n2.\n [Indonesia] bunting." "genealogi\nkajian salasilah." "geneng\n[Minangkabau] manja, gagah, elok;\n \nkalau nak ~ di tepian, bawa labu kecil liang, rasakan penuh ditumpahkan\n (peribahasa) perihal orang yang hendak memperlihatkan ketinggian diri pada orang ramai." "generalisasi\nkesimpulan umum tentang sesuatu (peristiwa, fenomena) yang dibuat tanpa berdasarkan bukti yang lengkap:\nKlapper memaparkan ~ tentang kesan komunikasi massa\n;\nmenggeneralisasikan\n merumuskan atau membentuk kesimpulan umum tentang sesuatu perkara:\nramai orang suka ~ hal ini." "generalisimo\npemerintah tertinggi angkatan tentera bersekutu yang terdiri daripada angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara." "generasi\n1.\n kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama, angkatan:\nperbuatannya itu akan menjadi teladan kepada ~ yang akan datang; \nkalaulah begini keadaannya dalam dua atau tiga ~ lagi pun bangsa kita akan tetap mundur;\n~ baru \nangkatan baru;\n2.\n tahap atau peringkat kemajuan atau perkembangan:\ndengan kemajuan besar-besaran, kita telah melalui empat ~ komputer." "generatif\n1.\n dapat menghasilkan sesuatu:\nkebolehan menggunakan pengetahuan ~ ini membolehkan pakar mengemukakan hipotesisnya tentang penyakit itu; \n2.\n berkaitan dengan pembiakan:\nsel ~." "generator\nalat yang mengeluarkan tenaga elektrik (gas dan lain-lain)." "generik\n1.\n (yang) umum;\n2\n. berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu kelompok (golongan dan lain-lain)." "genesis I\ntitik permulaan atau asal usul sesuatu (idea, tamadun, dan lain-lain):\n~\n \ntentang kategori asas manusia dalam pemikiran\n." "Genesis II\nversi pertama Kitab Perjanjian Lama (Wasiat Lama) yang menghuraikan kejadian dunia." "genetik\n(Biologi)\n1.\n kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen;\n2.\n berkenaan pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu." "geng\nkumpulan pekerja, penjenayah, dan lain-lain, gerombolan:\nrupanya ia sudah masuk ~ perompak." "genggam\nkepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang;\n \n~-~ bara \nmemegang-megang sahaja;\nsegenggam\n banyak yang dapat dipegang dalam kepalan tangan:\n~ tanah (beras);\n~ digunungkan, setitik dilauntukan \n(peribahasa) sangat dihargai;\nmenggenggam\n1.\n memegang dalam genggam (kepalan tangan):\n~ pisau; \n2.\n [kiasan] menguasai, memerintah:\nbanyak negeri di bawah angin ini yang digenggamnya;\n \n~ rahsia \nmenyimpan rahsia;\n~ erat, membuhul mati \n= \nmemegang erat, ~ teguh\n (peribahasa) memegang suatu keputusan dengan tidak berubah lagi;\n \ndigenggam tiada tiris \n(peribahasa) paling hemat dengan wang dan lain-lain;\n \ngenggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan \n= \njangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan \n(peribahasa) memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan);\nmenggenggamkan; \n~ tangan \nmengepalkan tangan;\ntergenggam\n tercengkam, terkepal;\nbarang ~ jatuh terlepas \n(peribahasa) apa yang sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan);\ngenggaman\n1.\n kepalan tangan;\n2.\n benda yang digenggam dalam tangan;\n3.\n = \ndalam ~\n di bawah perintah (kekuasaan)." "genggang I\ncelah, renggang;\ntergenggang\n terbuka, terkuak:\nlantaran bagusnya bujukan mereka, ~lah pintu hatinya." "genggang II\nsejenis kain yang bercorak berjalur-jalur atau dam;\n \n~ lapis\n sejenis kuih yang dibuat daripada tepung." "genggayang\nsejenis tumbuhan (pokok dan daunnya dibuat ubat sakit kepala)." "genggeng I\nsejenis siput, \nNautilus pompilius." "genggeng II\n[Kelantan];\ntergenggeng\n terpaku, terpacak (kerana bingung)." "genggong\nsejenis alat muzik yang dibuat daripada besi (dawai dan sebagainya), dan dibunyikan dengan memetik lidahnya sambil menekannya pada mulut, harmonika, bangsi." "genggulang\nbuluh yang dibelah pangkalnya untuk dibuat sangka-sangka (tempat pemujaan atau semahan pawang)." "gengseng\nsejenis periuk besar daripada logam tempat memasak nasi dan lain-lain." "gengsi\n1.\n kaum kerabat, sanak-saudara, keturunan;\n2.\n kehormatan dan pengaruh." "gengster\nahli atau anggota kumpulan penjenayah atau samseng." "gengsterisme\nkegiatan gengster:\nmasalah gejala samseng dan ~ di kalangan pelajar mendapat perhatian umum." "genih, genik, genis\ngading gajah betina." "genit\n1.\n [Indonesia] suka bergaya, banyak tingkah, keletah:\ngadis manis tetapi ~; \n2.\n kecil dan lincah lagi menarik (berkenaan (dengan) gadis);\nkegenitan\n perihal genit." "genital\n(Biologi) berkenaan organ pembiakan atau alat kelamin." "genitalia\n(Biologi) organ dan struktur pembiakan (manusia dan haiwan) yang biasanya terdapat pada luar tubuh." "geniteri\nsejenis tumbuhan (pokok), \nElaeocarpus ganitrus." "genius\nsangat pintar (cerdik):\n dia memang ~;\n kegeniusan\n keadaan atau sifat genius, kecerdikan (kepintaran) yang luar biasa:\n ~nya hampir sama seperti manusia dalam bidang ketenteraan." "genjah\n[Jawa];\npadi ~ \npadi yang cepat berbuah, padi radin." "genjak I\n[Kelantan];\n~ telur\n pemukul telur (untuk membuat kuih);\nmenggenjak\n memukul adunan (tepung, telur, gula, dan lain-lain) supaya naik." "genjak II\nganjak\n." "genjala\ntangkai kemudi, celaga." "genjang\n1.\n herot, bengot, serong;\n \n~-genjot \nerang-erot, menyerong-nyerong;\n2.\n segi empat selari;\ngenjangan\n (Perhutanan) perubahan bentuk permukaan keratan rentas kayu, yang asalnya berbentuk segi empat bujur, menjadi bentuk genjang yang herot semasa proses pengeringan kayu." "genjer\n[Indonesia] sejenis tumbuhan (tumbuh di rawa), \nLimnocharis flava." "genjot\ngenjang." "genjur\nkaku (rambut, daun kering), tegang (tali);\n \nkeras ~ \nsangat keras (hati dan lain-lain)." "genong\n[Kelantan] palang pagar (daripada kayu, besi)." "genosid\npembunuhan (penghapusan) secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum." "genotip\n(Biologi)\n1.\n komposisi ciri genetik yang menentukan struktur dan fungsi sesuatu organisma;\n2.\n kumpulan organisma yang mempunyai komposisi genetik yang sama." "genre\nkategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu:\n~ sastera yang paling digemari ialah puisi, dengan mutu dan kecemerlangan yang dapat kita ungkapkan melalui persembahan teater atau yang lain." "genta\n1.\n loceng kecil-kecil (untuk perhiasan gelang kaki, leher lembu, dan lain-lain);\n2.\n loceng besar (pada gereja dan lain-lain);\n~ alamat \ngenta yang dibunyikan kalau terjadi sesuatu hal yang penting dalam negeri;\n \nanak ~\n pemukul loceng;\n \nmenggerakkan (menggoyangkan) ~ \nmembunyikan loceng;\nbergenta\n mempunyai genta:\nperisainya ~." "gentak\n[sastera lama] hentak:\ndia pun dia ~ kuda hijaunya dia." "gentala\n[sastera lama] kenderaan yang bergerak sendiri;\n \nnaga ~\n ukiran berupa naga pada roda kereta." "gentar\n1.\n goncangan yang cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dan lain-lain), getar, geletar;\n2.\n [kiasan] berasa takut (bimbang dan lain-lain):\ntidak ~ menyerang musuh;\nbergentar, menggentar\n1.\n bergoncang:\nsekitar daerah itu ~ kerana letupan bom; \n2.\n gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dan lain-lain);\nmenggentari, mempergentari\n menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakuntukan:\ndia ~ pencuri itu dengan pistol mainan;\nmenggentarkan\n1.\n menjadikan bergentar:\nletupan bom ~ seluruh badan;\n2.\n menjadikan gentar, menakuntukan:\nhal itu tidak ~ hatinya; \n3.\n merusuhkan, menggemparkan:\norang yang gelap itu ~ seluruh kampung;\ngentaran\n goncangan:\nkaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom;\nkegentaran\n1.\n perihal gentar;\n2.\n ketakutan;\npenggentaran\n perihal menggentarkan (merusuhkan dan lain-lain);\npenggentar\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk menggentarkan;\n2.\n perusuh, pengganas;\n3.\n pengecut." "gentas\n1.\n putus (kerana terpetik dengan kuku, berkenaan tangkai bunga, dan lain-lain);\n2.\n habis, berakhir;\n \nbetik sudah ~ \na) pokok betik yang tidak berbuah lagi;\n b) (peribahasa) orang yang tidak dapat menghasilkan apa-apa lagi;\nmenggentas\n1.\n memetik dengan kuku (tangkai bunga dan lain-lain), memutuskan;\n2.\n mengakhirkan." "gentat\nlekuk ke dalam, kempis ke dalam." "gentayangan\n[Jakarta] berjalan ke sana sini, berkeliaran." "gentek\n[Pahang] juga." "gentel\npil (ubat), butir, until, gelintir;\nbergentel\n berbentuk seperti butir, berbutir;\nbergentel-gentel\n berupa atau berbentuk banyak butir, berbutir-butir;\nmenggentel, menggenteli\n membulat-bulatkan (dengan hujung jari)." "gentian\nserat, serabut (pada sabut, daging manusia, dan lain-lain);\n~ asli = ~ semula jadi\n gentian daripada bahan mineral (seperti asbestos), tumbuhan (seperti kapas) atau haiwan (seperti sutera), lazimnya dibuat tenunan;\n \n~ buatan = ~ sintetik \ngentian daripada bahan seperti nilon, kaca, karbon, dan polimer yang berat molekulnya tinggi;\n \n~ kaca \n(Fizik) gentian yang diperbuat daripada filamen kaca yang halus-halus (bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer);\n \n~ karbon \n(Fizik) gentian daripada benang-benang tekstil (seperti rayon) yang dibakar untuk menghasilkan bahan yang lebih kukuh;\n \n~ optik \n(Komputer) gentian kaca yang panjang, lut sinar, dan halus yang digunakan untuk menghantar data digital dalam bentuk denyutan cahaya, seperti yang digunakan dalam telekomunikasi;\n ~ rami \nserat rami;\n \n~ saraf \nserat saraf." "genting I\n1.\n kecil (sempit) di tengah-tengah:\npinggangnya ~;\n2.\n = \n~ tanah\n tanah yang sempit antara benua dan semenanjung dan lain-lain\n; \n3.\n = \n~ bukit \njalan di celah bukit:\nKabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yang menghubungkan bandar itu dengan Peshawar; \n4.\n sudah halus hingga hampir putus (tali dan lain-lain);\n5.\n tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dan lain-lain), meruncing:\nperhubungan antara kedua-dua negara itu ~;\n~ menanti putus, biang menanti tembuk \n(peribahasa) [Minangkabau] perkara yang hampir selesai;\n \n~ putus, biang tembuk\n (peribahasa) [Minangkabau] perkara yang telah putus dan tidak dapat diubah lagi;\nmenggenting\n1.\n menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah);\n2.\n menjadi genting (tegang), menegang:\nperhubungan mereka semakin ~;\nmenggentingkan\n1.\n menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah);\n2.\n menyebabkan genting (tegang), menegangkan;\nkegentingan\n perihal atau keadaan genting, ketegangan;\npergentingan\n tempat yang genting, genting;\n \nmanahan jerat di ~ \n(peribahasa) mencari keuntungan daripada kesukaran orang;\npenggentingan\n perihal atau perbuatan menggentingkan." "genting II\nkepingan yang leper atau melengkung untuk mengatapi rumah;\n \natap ~ \natap daripada genting;\n \n~ kodok \n[Indonesia] sejenis genting tebal." "gentis\nmenggentis\n memetik pucuk tanaman dan lain-lain dengan hujung jari." "genu\n[Kelantan]\n1.\n papan yang menutup hujung papan lantai dan dinding;\n2.\n bahagian berhias atau berukir pada kepala katil." "genus\n(Biologi) kumpulan benda hidup seperti haiwan atau tumbuhan yang terdiri daripada spesies yang mempunyai beberapa ciri yang serupa:\n ~nya perlu ditentukan terlebih dahulu; \nlalat tsetse adalah daripada ~ Glossina." "genyeh\nmenggenyeh\n menggosok-gosok (mata dan lain-lain supaya hilang gatal)." "genyi\n[Perak] tertahan nafsu untuk makan (kerana kotor, melihat najis, dan lain-lain), jijik, mual." "genyit\nkenyit\n." "genyut\ngenyang-~ \nherot, tidak selari (baris dan lain-lain), bengot." "geo-\nawalan asing \nberkaitan dengan bumi, misalnya \ngeofizik, geokimia \ndan \ngeologi." "geobotani\nkajian tentang taburan tumbuh-tumbuhan dari segi geografi." "geodesi\ncabang ilmu geologi yang mengkaji dan menentukan kedudukan sebenar, bentuk, dan saiz bumi." "geofizik\ncabang geologi yang menggunakan ilmu fizik untuk mengkaji sifat-sifat bumi, termasuk meteorologi, oseanografi, dan seismologi." "geografi\nsains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan, dan gerak balas manusia terhadapnya, ilmu alam." "geokimia\nsains yang mengkaji komposisi kerak bumi dan perubahan kimia yang dialaminya." "geokronologi\ncabang geologi yang berkaitan dengan penentuan usia dan urutan peristiwa sejarah bumi." "geologi\nsains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi, kaji bumi." "geomansi\nramalan yang dibuat berdasarkan pola atau bentuk rupa yang terjadi daripada segenggam tanah yang ditebarkan atau titik-titik secara rawak yang disambungkan dengan garis-garis." "geometri\ncabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah." "geomorfologi\nkajian tentang asal usul, struktur dan perkembangan ciri-ciri topografi kerak bumi." "geonasti\n(Biologi) gerak balas tumbuhan terhadap graviti, misalnya pembengkokan akar." "geopolitik\nkajian tentang kesan faktor-faktor geografi terhadap politik (terutama politik antarabangsa), geografi politik." "geosains\nsains yang berkaitan dengan bumi, seperti geokimia, geologi dan geodesi." "geosentrik\n(Ast)\n1.\n mempunyai bumi sebagai pusat, berpusatkan bumi:\nsistem ~\n;\n2.\n berkaitan dengan atau diukur dari pusat bumi:\nkedudukan ~\n." "geotaksis\n(Biologi) gerak balas keseluruhan organisma terhadap graviti." "geotekstil\n(Tks) sejenis fabrik sintetik yang kukuh, biasanya digunakan untuk menguatkan benteng, tapak lebuh raya dan sebagainya." "geoterma\n(Geologi) berkaitan dengan (dihasilkan oleh atau berpunca daripada) haba dalaman bumi:\ntenaga ~." "geotropisme\n(Biologi) gerak balas bahagian tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan graviti." "gepeng\n[Jawa] pipih (kerana dipukul dan lain-lain), penyek;\n \nbulat ~ \nbulat pipih;\ngepengan\n benda yang pipih." "gepok-gepok\n[Terengganu] sejenis kuih yang berupa kepalan rebusan kacang hijau yang dimakan dengan parutan kelapa." "gepuh\npedal ayam, perepuh, repuh-repuh, tala-tala, mangga, induk kunci gantung." "gepuk I\nsegepuk\n seikat (wang kertas dan lain-lain), segabung, seberkas;\nbergepuk-gepuk\n beberapa ikat (berkas dan lain-lain);\ngepukan\n ikatan, berkas." "gepuk II\ncelepa (tembakau)." "gepuk III\n[Minangkabau] gemuk." "gera\nmenggera\n1.\n menyergah, menggertak, menakut-nakuntukan:\n~ musuh; \nmusim ~\n musim menghalau burung dan lain-lain (yang hinggap pada padi yang mulai masak);\n2.\n memberi isyarat (tanda ada bahaya dan lain-lain):\nbendera merah dipakai untuk ~ bahawa tempat itu berbahaya;\npenggera\n1.\n orang yang menakut-nakuntukan, alat untuk menakut-nakuntukan;\n \n~ burung\n alat untuk menakut-nakuntukan burung (yang makan padi dan lain-lain);\n2.\n alat untuk memberi isyarat (ada bahaya dan lain-lain);\n \n~ kebakaran \nalat yang berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dan lain-lain)." "gerabak I\nkereta (pedati) yang disambung-sambung pada kereta api, gerbong;\n~ barang\n gerabak tempat memuatkan barang;\n \n~ penumpang\n gerabak tempat orang duduk;\n \n~ tangki \ngerabak tempat tangki minyak dan lain-lain." "gerabak II\ngerabang." "gerabak III\n[Minangkabau];\nmenggerabak\n bercucuran (air mata dan lain-lain)." "gerabak IV\n[Jakarta];\n~-gerubuk\n1.\n bunyi seperti bunyi kerusi jatuh dan lain-lain;\n2.\n membuat sesuatu dengan tergesa-gesa dan tidak tentu arah." "gerabang\nberlubang besar, sobek besar." "geradah\ngeladah." "geradi\n[arkaik] kisi besi." "geragai\nsejenis pengait besar untuk menangkap buaya." "geragas\nmenggeragas\n menyikat (rambut dengan sisir kasar atau jari tangan), menggaruk-garuk." "geragau I\nmenggeragau\n mencakar-cakar, menggaruk-garuk (dengan kuku)." "geragau II\nudang ~ \nsejenis udang kecil-kecil yang biasanya dibuat belacan, udang baring, \nAcetes spp." "geragot\n[Jawa];\nmenggeragoti\n1.\n menggigit sedikit-sedikit, mengunggis;\n2.\n [kiasan] merosakkan (merugikan) sedikit demi sedikit." "geraguk I\ngeragau II\n." "geraguk II\npanggilan untuk orang keturunan Feringgi." "gerah I\n[Jawa] berasa panas badan (kerana hari hendak hujan)." "gerah II\n[Kelantan] kemalangan, kecelakaan, nahas." "gerahak\nsejenis ikan darat, bergahak, \nBelodonticythys dinema." "geraham\ngigi kisar yang bulat atau rata permukaannya yang terletak di belakang gigi kacip dan gigi taring;\n~ besar \ngeraham yang terletak di belakang sekali;\n \n~ bongsu \ngeraham yang tumbuh akhir sekali;\n \n~ kecil\n geraham yang di depan geraham besar." "gerai\n[Minangkabau];\ntergerai\n terurai (rambut)." "gerai I\n1.\n [sastera lama] pelamin (tempat mempelai bersanding);\n2.\n balai-balai (tempat duduk atau tidur), bangku;\n3.\n bangku (meja) tempat menjual barang, kedai (kecil):\n~ surat khabar dan buku-buku." "gerai II\nmenggerai\n menggali, mengorek;\npenggerai\n sejenis penggerek, gerudi." "gerak\n1.\n perpindahan tempat, lawan diam:\ndengan ~ yang lemah seperti orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; \n2.\n denyut, kenyat-kenyut:\n~ nadinya berhenti dengan tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; \n3.\n alamat, petanda, gelagat (denyut pada mata dan lain-lain):\njanganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kepada patik; \n4.\n = \n~ batin \n= \n~ hati \ndorongan hati, perasaan hati;\n5.\n kehendak (Allah):\nentah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu;\n~ badan \n[Indonesia] olahraga, sukan;\n \n~ gempa \na) goyang gempa, gempa bumi;\n b) sejenis cucuk sanggul yang bergerak-gerak;\n \n~-gerayu \nbergetar (pada hujung);\n \n~-geri\n = \n~-gerik \n=\n ~-garit \na) bermacam-macam gerak (badan);\n b) = \n~ langkah\n = \n~ laku \ntingkah laku;\n \n~ jalan \n[Indonesia] latihan berjalan bersama-sama sebagai sukan;\n \npasukan ~ cepat\n [Indonesia] pasukan tentera yang mudah dipindah-pindahkan;\nsegerak\n berlaku atau bergerak pada masa yang sama;\nmenyegerakkan\n menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dan lain-lain berfungsi atau bergerak pada masa yang sama;\npenyegerakan\n proses menyegerakkan alat, peranti, dan lain-lain.\nbergerak\n1.\n bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat:\npohon itu ~ ditiup angin; \njangan ~ dari tempatmu;\n2.\n berangkat, pergi, menuju:\naskar-askar British telah ~ ke kawasan itu; \nkemudian ia bangun dan ~ dari situ; \n3.\n berusaha, berikhtiar, bertindak:\npersatuan itu memerlukan wang untuk ~; \nkami dulu sama-sama ~ dalam kumpulan itu;\nmenggerakkan\n1.\n menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dan sebagainya);\n \n~ kepala\n menggoyangkan kepala;\n2.\n menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dan sebagainya), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan:\ntiap-tiap peristiwa yang ada itu, berperanan tegas untuk ~ cerita; \nia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting untuk ~ tenaga masyarakat; \n3.\n membangunkan (daripada tidur);\n \n~ enjin \nmenjalankan enjin;\n \n~ hati\n membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang;\n \n~ minat\n menambah minat;\n \n~ pasukan \nmemindahkan (memajukan dan lain-lain) pasukan;\n \n~ rakyat\n menaikkan semangat rakyat;\ntergerak\n bergerak dengan tiba-tiba, telah digerakkan;\n~ di hati \n= \n~ dalam hati \ntimbul perasaan dalam hati;\n \n~ hatinya \ntimbul perasaan atau keinginan;\ngerakan\n1.\n hasil bergerak, perbuatan bergerak:\n~ bumi;\n~ tentera; \n2.\n usaha, kegiatan:\n~ hendak menghapuskan buta huruf; \nbilik ~\n bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dan lain-lain);\n \n~ bawah tanah \ngerakan sulit untuk menjatuhkan kerajaan dan lain-lain;\n3.\n = \npergerakan;\npergerakan\n kebangkitan (untuk memperjuangkan sesuatu):\n~ kaum ibu;\npenggerakan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menggerakkan;\npenggerak\n galakan (tenaga dan lain-lain) untuk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dan lain-lain) yang menggerakkan:\njelas kepada kita bahawa Islam telah memainkan peranan yang penting sebagai ~ kepada manusia untuk mencapai kemajuan; \nAbdul Aziz H.M. seorang ~ teater." "gerak balas\n(Biologi) sesuatu yang berlaku (seperti gerakan) akibat pendedahan kepada sesuatu rangsangan:\nperubahan arah daun itu menunjukkan ~ positif tumbuhan hijau terhadap matahari;\n~ cahaya\n \n(matahari) \ngerak balas yang rangsangannya ialah cahaya (matahari);\nbergerak balas\n bertindak balas secara positif:\npesakit ~ terhadap rawatan." "gerak gerila\n1.\n = \nperang ~ \nperang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan;\n2.\n = \npasukan ~ \npasukan yang menjalankan perang gerila." "gerakak\n[Kelantan] ketawa kanak-kanak yang masih kecil." "geram\n1.\n marah, panas hati, sakit hati:\nia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; \n2.\n suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas:\namboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; \nturut hati yang ~, hilang takut timbul berani \n(peribahasa) kerana marah hilang takut;\nmenggeram\n1.\n menjadi geram;\n2.\n menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci):\nia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yang digeramnya; \n3.\n berbunyi menderum (harimau dan lain-lain), menderam:\norang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pada waktu malam;\nmenggeramkan\n menyebabkan geram, membangkitkan geram;\nkegeraman\n1.\n perihal geram;\n2.\n berasa (menjadi) geram:\nkakaknya terjerit-jerit ~." "geraman\n[Minangkabau] geraham." "geramang\nterperanjat, gamang, gugup, gamam." "gerambel\n[Terengganu] banyak." "geramsut, geramut\n[sastera lama] sejenis kain yang dibuat baju sadariah." "geramung\nsejenis tumbuhan (pokok), akar belalang puak, \nPittosporum ferrugineum." "geran\nsurat hak milik tanah;\n~ besar\n geran bagi tanah dalam bandar atau tanah di luar bandar yang lebih daripada 4 hektar luasnya;\n \n~ hidup\n geran bagi tanah yang dimiliki untuk jangka yang tertentu;\n \n~ kecil \ngeran untuk tanah di luar bandar yang lebih kecil daripada 4 hektar dan dimiliki selama-lamanya;\n \n~ merah\n geran bagi tanah dalam kawasan simpanan Melayu;\n \n~ putih \ngeran bagi tanah di luar kawasan simpanan melayu." "gerang I\n[sastera lama] agaknya, rupanya:\nmaka pada hatinya, sebab orang muda ini ~ padi kita berbuahkan emas;\ngerangan\n." "gerang II\n[sastera lama] arang tempurung yang dilumatkan untuk menghitamkan gigi;\nmenggerang\n menjadikan gigi hitam." "gerang III\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nRandia macrophylla." "gerangan\nagaknya, rupanya, barangkali (menyatakan kebimbangan), konon:\naku ingin juga tahu apa ~ yang dicakapkannya." "geranggang\n[Jawa] buluh runcing, tombak buluh." "geranium\nsejenis pokok yang bunganya berwarna putih, merah atau merah muda, biasanya ditanam sebagai pokok hiasan." "gerantang\n1.\n bunyi (suara) riuh-rendah;\n2.\n [kiasan] gertak, tengking untuk menakut-nakuntukan;\nmenggerantang\n menakut-nakuntukan, menggertak." "gerantung\n~ tongah\n sejenis tumbuhan (pokok), \nChisocheton divergens." "geranyam\n[Minangkabau];\nmenggeranyam\n1.\n senyar (apabila siku terhantuk dan lain-lain), semutan;\n2.\n bergerak beriak-riak (hawa panas dan lain-lain)." "gerapah\n[Terengganu];\nbergerapah\n banyak sekali (ikan dalam tangguk dan lain-lain)." "gerapai\nmenggerapai\n meraba-raba dengan tangan kerana hendak mencapai (memegang) sesuatu, menggapai." "gerapak I\nmenggerapak\n lari lintang-pukang (kerana ketakutan dan lain-lain)." "gerapak II\n[Kelantan] bising, riuh." "gerapu I\nbergerapu\n tidak licin (kulit katak dan lain-lain), kasap, kesat;\nkerapu II\n." "gerapu II\nsejenis ikan laut, \nCaranx tille." "gerat I\nmenggeratkan\n menggertakkan, menggeritkan (gigi)." "gerat II\ntakuk, ketak (pada tanduk kerbau, batang nyiur, dan lain-lain)." "gerat III\n[Kelantan] perkakas (sisir) untuk menghancurkan tanah." "geratak\n[Jawa] menjelajah, mencari di sana sini." "geratih\n[Minangkabau] ligas (lari kuda)." "gerau I\ntukang masak di istana." "gerau II\nbiru ~\n biru kehitam-hitaman." "gerawan\n[Minangkabau] warna yang bercampur, kabur (dalam udara)." "gerayang\n[Jakarta];\nmenggerayang\n meraba-raba, memegang-megang (hendak mencuri dengan cepat dan lain-lain)." "gerayang II\n[Minangkabau];\nmenggerayang\n1.\n = \n~ rambut \nmenggaru atau mengeruk kepala dengan jari;\n2.\n merayap (kutu dan lain-lain), melata." "gerayu\ngerak\n\u2013\n~;\ngerak\n." "gerbak\nmenggerbak\n semerbak, harum." "gerbang\n~-gersul \n= \n~-geresing \n[Kelantan] kusut tidak keruan;\nmenggerbang\n terurai dan kusut (rambut):\nrambutnya ~ tidak terurus; \nmenggerbangkan\n menyebabkan terurai (rambut), menjadikan menggerbang. \ngerbang II\n1.\n = \npintu ~ \npintu besar yang di sebelah atasnya kedapatan satu binaan melengkung, gapura;\n2.\n [kiasan] alam:\nmemasuki ~ perkahwinan; \n3.\n (Komputer) portal." "gerbas\n~-gerbus \nbunyi desas-desus, debas-debus." "gerbong\ngerabak kereta api;\n \n~ barang (penumpang) \ngerabak untuk mengangkut barang-barang (penumpang)." "gerbus\ngerbas-~;\ngerbas\n." "gerdam\nbunyi seperti bunyi barang yang jatuh (lesung dipukul antan dan lain-lain)." "gerdum\n(lebih lembut daripada) gerdam." "gereba\n[Arab] botol air (dibuat daripada kulit)." "gerebeg\n[Jawa] hari raya Islam." "gerebek\n[Jakarta];\nmenggerebek\n menangkap dengan tiba-tiba, menyergap, menggeledah;\npenggerebekan\n penyergapan, penangkapan, penggeledahan." "gerecak\nmenggerecak-gerecak\n berbunyi seperti air mendidih." "gerecok\n[Jakarta];\nmenggerecok\n mengusik, menggodai." "gerehem\n[Kelantan] mendehem." "gereja\n1.\n tempat (rumah) sembahyang orang Kristian;\n2.\n [Indonesia] badan (pertubuhan) orang Kristian yang mempunyai kepercayaan (ajaran dan lain-lain) yang sama:\n~ Katolik;\n~ Protestan; \nburung ~ \nsejenis burung pipit;\nkegerejaan\n (yang) berkaitan dengan gereja:\nskripnya pula lebih kepada tradisi lisan, dan apa yang penting drama itu harus membawa mesej ~; \nhierarki gereja mempunyai kuasa bebas dalam soal-soal keagamaan dan ~." "gerejani\n[Indonesia] berkenaan gereja." "gerek I\nrumput ~ telinga \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nIschaemum aristatum." "gerek II\nII; \nbergerek-gerek\n berlubang-lubang:\nkayu yang ~;\nmenggerek\n menebuk (dengan jara dan lain-lain):\n~ lubang;\ngereklah langit olehmu, engkau takkan kusa-raki juga \n(peribahasa) walaupun kepada siapa kauadukan halmu, engkau tidak akan kuceraikan;\nmenggerekkan\n1.\n menggunakan sesuatu (jara dan lain-lain) untuk menggerek;\n2.\n menggerek untuk orang lain;\npenggerek\n alat untuk menggerek (seperti gerudi dan lain-lain)." "gerek III\n[Kelantan] emas tiruan;\n \nbarang ~\n benda yang dibuat daripada emas tiruan." "gerek IV\n[Kedah] basikal." "gerelang\n[Kelantan];\nmenggerelang\n mencencang, mengerat halus-halus." "gerencang\ngemerencang (senjata)." "gerendeng\n[Minangkabau];\nmenggerendeng\n bersikap mengancam atau menyerang (seperti lembu yang hendak berlaga dan lain-lain)." "gerender\n[Terengganu] lebat (buah), banyak (anak dan lain-lain)." "gerenek\n1.\n kecil molek, kecil mongel;\n2.\n rendah menggeletar (suara dan lain-lain):\nsuara yang ~;\nmenggerenek\n [sastera lama] membunyikan:\nmaka orang pun ~ nobat." "gerengau\nmenggerengau\n menggeragau, mencakar (dengan kuku)." "gerenggung\nsejenis tumbuhan (pokok), balun hijau, \nAglaia griffithii." "gerengseng I\nsejenis corak kain batik atau kain tenun (berupa setengah bulatan)." "gerengseng II\nkuali besar daripada tembaga." "gerentam\nbunyi berdentam-dentam;\nmenggerentam\n merentakkan kaki (kerana marah dan lain-lain)." "gerentang\ngerentam." "gerenti\n[bahasa percakapan] jaminan, kepastian;\nmenggerenti\n menjamin." "gerenyam\n= menggerenyam\n gatal, biang (perempuan), menggelenyar (kerana semut-semutan)." "gerenyau\n1.\n tidak dapat duduk diam (selalu melompat-lompat dan berlari), kurang sopan (berkenaan (dengan) budak perempuan);\n2.\n pantas tangan atau mulut (budak perempuan dan lain-lain)." "gerenyeng\nseringai, kernyih;\ntergerenyeng-gerenyeng\n menyeringai (hingga kelihatan gigi);\n \n~ bagai anjing disua antan \n(peribahasa) seorang penakut yang menepi-nepi kerana ingin lari." "gerenyet\ngerak-gerak urat;\nmenggerenyet\n bergerak-gerak (berkenaan (dengan) urat, otot dan sebagainya):\nbibir mataku ~ sejak tadi lagi;\n penggerenyetan\n proses, hal dan sebagainya menggerenyet:\n~ otot." "gerenyot\nherot (mulut)." "gerepek\nmenggerepek\n tidak cebok sesudah membuang air." "gerepes I\nI; \nmenggerepes\n menguit-nguit dengan jari, tidak dapat diam." "gerepes II\n[Jakarta];\nbergerepes\n tidak rata (licin)." "geresah\nmenggeresah\n tidak dapat diam, gelisah." "geresek\nmenggeresek\n berbunyi kersik-kersik." "geret\n[Jakarta];\nmenggeret\n menggaris, menggores, mencorek;\ngeretan\n mancis, gores api." "geretak\nsejenis tumbuhan (pokok), geronyong, kabau bukit, merbung jantan, singguih, \nTurpinia pomifera." "geretang\n[Minangkabau];\nmenggeretang\n bersikap mengancam (hendak menyerang)." "geretuk I\nbunyi seperti bunyi kayu diketuk (gigi berkertak)." "geretuk II\n[Perak];\nmenggeretuk\n mengebas, mengirap-irapkan (kain dan lain-lain)." "gergaji\nalat yang bergerigi pada matanya untuk memotong kayu dan lain-lain;\n~ aneka\n gergaji yang berbagai-bagai jenis matanya yang boleh ditukar-tukar;\n \n~ balak (baluk) \ngergaji untuk membuat papan dan lain-lain;\n \n~ belah \ngergaji untuk memotong kayu mengikut hala urat;\n \n~ belakang besi \nsejenis gergaji tangan yang bilahnya daripada besi keras dengan belakangnya disokong oleh bingkai keluli atau loyang, dan digunakan untuk kerja-kerja kayu;\n \n~ beregu\n sejenis gergaji dengan dua atau lebih mata yang dipasang pada bingkai atau pada aci gergaji talam, dan digerak ke hadapan dan ke belakang secara menegak atau mendatar untuk membelah balak;\n \n~ besar \ngergaji yang bingkainya merupakan bentuk huruf H;\n \n~ besi \ngergaji untuk memotong logam;\n \n~ busar\n sejenis gergaji lengkuk yang berbingkai kayu dengan bilah nipis, dan digunakan untuk memotong lengkuk pada kayu;\n \n~ gelung\n sejenis gergaji dengan satu atau dua mata daripada keluli nipis yang berbentuk gelung, dan digunakan untuk membelah balak;\n \n~ kerat \ngergaji untuk memotong kayu melintang urat;\n \n~ kerawang\n gergaji untuk membuat ukiran;\n \n~ lengkuk\n sejenis gergaji tangan yang terdiri daripada bingkai keluli berbentuk U dengan bilah yang halus dan digunakan untuk memotong lengkuk yang sempit pada papan nipis;\n \n~ lengkuk halus\n sejenis gergaji lengkuk yang kecil dan digunakan untuk memotong bahagian yang rumit, membulatkan bucu kayu, atau membuat reka bentuk tertentu;\n \n~ lengkung\n sejenis gergaji tangan dengan bilah keluli yang nipis, dipasang pada bingkai logam yang melengkung, dan digunakan untuk menebang pokok-pokok kecil;\n \n~ lubang kunci \nsejenis gergaji yang bilahnya runcing pada bahagian hujung dan digunakan untuk membuat lubang, memotong bucu, dan lain-lain;\n \n~ pengerat = ~ potong pepat\n sejenis gergaji yang digunakan untuk memotong pepat kayu merentasi ira;\n \n~ pita\n = \n~ tali \ngergaji yang matanya berlingkar;\n \n~ potong pepat sisi\n sejenis gergaji yang terdiri daripada rangka yang mengandungi beberapa keping gergaji talam, untuk memotong atau membuang bahagian papan yang serong supaya sisi papan itu pepat;\n \n~ racik\n sejenis gergaji (gelung atau talam) yang digunakan untuk meracik dan menggergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung;\n \n~ rantai \nsejenis gergaji berjentera mudah alih yang mata pemotongnya terlekat pada rantai yang berputar, dan digunakan untuk menebang pokok dan memotong tual kayu balak;\n \n~ saber\n sejenis gergaji berjentera dengan bilah yang nipis dan pendek, dan digunakan untuk memotong lengkung, membuat lubang, dan lain-lain;\n \n~ talam\n sejenis gergaji daripada keluli tegar yang bulat, pipih, yang berputar pada aci bermotor, dan digunakan untuk memotong bahagian tepi atau hujung kayu;\n \n~ tangan\n gergaji kecil yang dipegang dengan sebelah tangan;\n \n~ tebuk\n gergaji yang matanya tidak lebar;\n \nseperti ~ dua mata \n(peribahasa) orang yang mendapat keuntungan daripada dua pihak;\nbergergaji\n sudah dipotong dengan gergaji (berkenaan (dengan) balak, kayu dan sebagainya);\nmenggergaji\n1.\n memotong dengan gergaji;\n2.\n berjalan serong ke kiri;\npenggergajian\n tempat menggergaji kayu;\npenggergaji\n orang yang menggergaji." "gergajul\n[Jakarta] penjahat, samseng." "gergap\nsejenis kera." "gergasi\n1.\n sejenis makhluk besar yang suka makan orang, raksasa bersiung, bota;\n2.\n [kiasan] seseorang atau sesuatu (seperti jentera, alat, dan lain-lain) yang sangat besar, atau yang mempunyai kebolehan (kemampuan) yang luar biasa:\nkebolehan komputer dilihat sebagai ~ mesin kira yang cepat; \nsaksikanlah ~ bola sepak beraksi dalam kejohanan ini; \n3.\n [kiasan] kuasa besar dalam sesuatu lapangan atau bidang:\nada kalangan yang masih merendah-rendahkan kemampuan Jepun menjadi ~ ekonomi;\nmenggergasi\n menjadi besar seperti gergasi:\n harapannya menggunung dan impiannya ~." "gerha\nisteri, permaisuri." "gerhana\n1.\n = \n~ bulan\n bulan gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana kena bayang-bayang bumi);\n2.\n = \n~ matahari \nmatahari gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana bulan berada di antara bumi dan matahari);\n3.\n [Indonesia] [kiasan] dalam kesusahan;\nmenggerhanakan\n [kiasan] menyebabkan menjadi gerhana, memudarkan:\npuisinya ~ semua puisi Inggeris yang sezaman dengannya." "geri\ngerak\n." "geriak I\nmenggeriak\n berkerumun (merayap) banyak-banyak (seperti semut dan lain-lain)." "geriak II\n[Kelantan] dahak." "geriap\n[Jakarta];\nmenggeriap\n menjadi layu (mata kerana mengantuk), menjadi malap (berkenaan (dengan) lampu yang kekurangan minyak)." "geriatrik\nkajian tentang penyakit di kalangan orang tua, dan perawatan serta penjagaan kesihatan mereka:\nwad ~" "gericau\nbunyi berulang-ulang yang keras (seperti bunyi burung, kera, dan lain-lain);\nmenggericau\n mengeluarkan bunyi berulang-ulang yang keras (berkicau dan lain-lain)." "geridip\nmenggeridip\n berkelip-kelip, gilap-gemilap." "geridit\n~-pidit\n [Minangkabau] penuh sesak." "gerigi I\ngigi-gigi tajam pada permukaan atau tepi sesuatu, gerigis;\nbergerigi\n mempunyai gerigi, banyak geriginya." "gerigi II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nConnaropsis sericea." "gerigik\nbekas (buluh) bertangkai untuk mengambil air dan lain-lain." "gerigis\n1.\n gigi-gigi tajam pada permukaan atau tepi sesuatu, gerigi;\n2.\n takik pada permukaan logam dan lain-lain;\nbergerigis\n bergigi-gigi, bergerigi;\nmenggerigis\n membuat gerigis (pada sesuatu permukaan);\nmenggerigiskan\n menjadikan bergerigis." "gerigit\nmenggerigitkan\n menimbulkan rasa geram bercampur sayang:\nanak kecil yang petah bercakap itu ~ perasaan setiap orang\n." "gerih\n[Jawa] ikan asin (kering)." "gerik\ngerak-~; \n= gerak." "gerim\n[Indonesia-Belanda];\nkain ~ \nkain yang dibuat daripada bulu kambing atau unta, sejenis sakhlat." "gerimis\n= \nhujan ~\n hujan rintik-rintik." "gerimit\ngerudi, penggerek." "gerincing\n= gemerencing." "gerinda\n= \nbatu ~\n batu canai yang berputar;\nmenggerinda\n mencanai dengan gerinda." "gerindin\n[Minangkabau] menggigil (sejenis penyakit kuda dan lain-lain)." "gerinding\nsejenis alat bunyi-bunyian (dimainkan dengan mendekapkannya pada mulut dan dipetik), sejenis genggong." "gering\n[bahasa dalam] sakit, uzur;\n~ bersalin \nsakit hendak bersalin;\n \n~ hulu\n pening kepala;\n \n~ tengah \nsakit perut;\nkegeringan\n perihal gering;\npenggering\n1.\n sentiasa sakit;\n2.\n mantera untuk menyakitkan orang." "geringsing\nsejenis corak kain batik (kain tenun)." "gerinjal\n[arkaik] ginjal." "gerinjam\n1.\n batu asah yang dipakai untuk mencanai gigi;\n2.\n benda yang digunakan untuk membersihkan lubang (telinga dan lain-lain), pencolek;\nmenggerinjam\n membersihkan (dengan gerinjam), mencungkil." "gerinting\nsejenis rumput, \nChamaeraphis aspera." "gerinyau\nmenggerinyau\n gatal atau geli:\nkeladi dimakan ~ lidah." "gerip I\n[Indonesia-Belanda] kalam papan batu." "gerip II\nakar ~ putih \na) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar getah sundik, \nLeuconotis griffithii; \nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar putar angin, akar serpat putih, \nParameria barbata." "gerip-gerip\ngerit-gerit II." "geripir\n[Indonesia-Belanda] penulis dalam mahkamah." "gerisi\nkerisi." "gerisik\nterkersik, berbunyi kersik-kersik." "gerising\nmengherot-herotkan muka, gerenyot." "gerit I\nbunyi seperti bunyi pena digoreskan dan lain-lain." "gerit II\ngeret." "gerit-gerit I\nikan ~ \nsejenis ikan darat." "gerit-gerit II\n akar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sangkang buaya, akar serepat jantan, \nUrceola malaccensis." "geritik\nmenggeritik\n menggeletar, menggigil." "geriuk\n[Kelantan], [Terrenganu] banyak sekali (anak, semut, dan lain-lain)." "gerlang\n[Kelantan] bulatan (bundaran) pada lukisan dan lain-lain, kepingan bulat-bulat;\nmenggerlang\n mengerat jadi kepingan bulat-bulat." "gerlap\nkerlap;\nmenggerlap\n berkilauan, berkilat-kilat." "gerlip\nkerlip;\nmenggerlip\n berkerlip-kerlip." "gerluh\nmenggerluh\n berkeruh, berdengkur:\norang yang ~ mengganggu orang lain tidur." "germang\n= menggermang\n seram, meremang." "germanium\n(Kimia) unsur bukan logam, bersifat semikonduktor, digunakan sebagai mangkin dan untuk membuat peranti transistor." "germisid\n(Biologi) bahan yang boleh membunuh kuman, pembunuh kuman." "germo\n[Jawa]\n1.\n pemburu;\n2.\n barua, alku, muncikari." "germut\nmenggermut\n merayap, berkerumun;\nmenggermuti\n mengerumuni;\n= gerumut\n." "gernyut\nmenggernyut\n \n1.\n bergerak geliang-geliut;\n2.\n berkernyut, berdenyut." "geroak\n[Jakarta] berlubang besar." "gerobak I\ngerabak, pedati;\n~ kereta api\n gerabak kereta api;\n \n~ lembu\n gerobak yang ditarik lembu;\n \n~ sorong \ngerobak yang disorong;\n \noto ~ \n= \nmobil ~ \n[Indonesia] lori." "gerobak II\n[Kelantan] almari dapur untuk menyimpan makanan dan lain-lain;\n= gerobok II\n." "geroboh\nsejenis tumbuhan (pokok renek), seburut, \nThottea grandiflora." "gerobok I\nbergerobok, menggerobok\n menggelegak (seperti botol dimasukkan ke dalam air)." "gerobok II\n1.\n sejenis almari untuk menyimpan makanan dan lain-lain;\n2.\n peti besar tempat pakaian dan lain-lain." "gerocok\n[Indonesia] ;\nbergerocokan\n berbunyi seperti bunyi air yang keluar dari pancuran." "geroda\nsejenis burung dalam sastera lama, burung rajawali besar, helang besar (kenaikan Visynu)." "gerodak\nbunyi seperti bunyi batu di dalam peti kalau digoyang;\nmenggerodak\n1.\n berbunyi seperti bunyi tikus dalam peti;\n2.\n menceroboh masuk;\n3.\n [Kedah] mengacau dengan kayu dalam sesuatu bekas dengan kuat." "gerogol I\n(Palembang) rumah di atas rakit." "gerogol II\n[Jakarta] pagar penguat benteng, pagar untuk menahan ombak (di pantai)." "gerogot\n[Jakarta];\nmenggerogot\n menggigit-gigit, mengunggis." "gerohok, gerohong\n[Jakarta] lubang besar (pada pokok)." "gerokok\n[Kelantan];\nmenggerokok\n membongkokkan badan kerana sakit di perut." "gerombol\nbergerombol\n berkumpul, berkelompok:\npengganas-pengganas ~ untuk menyerang;\ngerombolan\n1.\n kumpulan, kelompok;\n2.\n kumpulan orang jahat (perusuh dan lain-lain):\npolis melepaskan tembakan supaya ~ itu bersurai." "gerombong\n= gerombongan\n kelompok, kumpulan." "gerompok\nmenggerompok\n mengerumuni." "gerondong I\nsejenis siput yang digunakan untuk membuat perhiasan, \nDolium." "gerondong II\npenyakit bengkak pada kelenjar tiroid (gondok) di bahagian depan atau tepi leher, beguk, gondok." "gerong\nberlubang (rongga) dalam tanah." "gerongga\n[Kedah] geronggang." "geronggang\n1.\n berlubang di dalam;\n2.\n rongga (dalam pokok dan lain-lain): \nkebanyakan tulang yang besar itu mempunyai ~." "geronggong I\nsejenis tumbuhan (pokok), derum paya, \nCratoxylon orborescens;\n~ semut \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), cinta mula, janggut kecil, kelat liau, pokok lebar (luas), medang salah, pendarah, \nOuratea crocea." "geronggong II\ngeronggang\n." "geronggong III\n~ laut \nsejenis ikan ampai-ampai (mengandungi racun)." "gerontang\n[Jakarta] bunyi riuh (untuk menakuntukan dan lain-lain), gerantang." "gerontologi\nkajian tentang proses penuaan serta masalah yang dihadapi orang tua." "geronyong\nsejenis tumbuhan (pokok), geretak, \nTurpinia pomifera." "geronyot\ndenyut-denyut (urat daging dan lain-lain), sengal." "geropes\nmenggeropes\n membuat pekerjaan yang kecil-kecil." "geropyak\n[Jawa] bunyi seperti bunyi dinding jatuh dan lain-lain." "geropyok\n[Jawa];\nmenggeropyok\n mengejar hendak menangkap (penjahat, binatang, dan lain-lain), menyergap;\npenggeropyokan\n penangkapan, penyergapan." "geros\n[Jakarta];\nmenggeros\n mendengkur." "gerosak, gerosok\nkerosok, bunyi daun kering yang dipijak dan lain-lain." "gerpak I\n[Kelantan]\n1.\n serempak, sekali gus;\n2.\n sekelompok." "gerpak II\n[Kelantan];\nmenggerpak\n menggertak, mengugut." "gersak\nbunyi seperti pasir (daun kering dan lain-lain) dipijak." "gersang\n1.\n kering dan tidak subur (berkenaan (dengan) tanah);\n2.\n tegak kaku (berkenaan (dengan) rambut);\n3.\n hampa, kosong:\ntinggal sekeping hati yang ~;\nmenggersangkan\n menjadikan hampa, kosong:\nkehidupan kota telah ~ kehidupan seni warganya;\nkegersangan\n keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan;\n= kersang\n." "gersik\n1.\n kerikil, pasir yang kasar, kersik;\n2.\n bunyi pasir dipijak." "gersul\ngerbang -~\n terurai dan kusut (rambut)." "gertak I\ntengking (hentakan kaki, ugutan, dan lain-lain) untuk menakut-nakuntukan, gerantang;\n~-gerantang \n= \n~ sambal\n ugutan untuk menakut-nakuntukan saja;\n \nkalah ~\n [Indonesia] kalah suara, kalah kerana diugut;\n \nmain ~ \nsuka menakuntukan orang;\nmenggertak\n mengugut (mengancam, menakuntukan) dengan suara yang keras dan lain-lain:\nia berjalan di hadapanku dengan muka yang marah, ~, dan menakut-nakuntukan;\nmenggertakkan\n1.\n menghentak atau mengacu (sesuatu) untuk mengugut:\ndigertakkannya perisainya kepada anjing itu;\n2.\n memacu (kuda) supaya kencang larinya:\nPatan itu pun naiklah ke atas kuda itu lalu digertakkannya;\n3.\n mengeritkan (gigi, geraham) kerana marah dan lain-lain;\n4.\n [Kelantan] menggoncang (bekas barang dan lain-lain) supaya isinya padat;\ngertakan\n1.\n gertak;\n2.\n perbuatan menggertak;\npenggertak\n1.\n orang yang menggertak;\n2.\n perkakas untuk menggertak;\n3.\n benda untuk memberanikan." "gertak II\n[Kelantan], [Terrenganu] jambatan kecil dan pendek, titi." "gertap\ngerlap." "gertik\nbunyi yang lebih halus daripada ketak." "gertuk\nbunyi mengetuk-ngetuk;\nmenggertuk, menggertukkan\n menggoncangkan kuat-kuat:\ncubalah gertuk tikar itu." "geru\nmenggeru\n meraung (gajah), mengaum (harimau)." "geruai\nlemah badan (kerana besar dan tinggi)." "gerudi\nsejenis alat untuk membuat lubang (pada kayu dan lain-lain), penggerek, penebuk lubang, gerimit;\nmenggerudi\n1.\n membuat lubang dengan gerudi;\n2.\n mengorek lubang jauh ke dalam bumi atau di dasar laut untuk mencari minyak:\n~ minyak;\npenggerudian\n perbuatan (kerja dan sebagainya) menggerudi." "geruguh\n[Kedah], [Kelantan] sejenis alat menangkap ketam dan lain-lain (sejenis bubu)." "gerugun\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCelastrus malayensis." "gerugut\nkasar dan berigi-rigi (tanduk kerbau dan lain-lain)." "geruh I\nmalang, celaka, nasib buruk, sial;\n \n~-gerah \nberbagai-bagai kemalangan;\n \n~ tak mencium bau \n(peribahasa) kemalangan tidak dapat diketahui lebih dahulu;\nkegeruhan\n kemalangan, kecelakaan." "geruh II\nmenggeruh\n \n1.\n mendengkur;\n 2.\n meraung, menggeru." "geruit\nmenggeruit\n berbelit-belit, geliang-geliut." "geruk I\nmenggeruk\n membungkus buah-buahan (nangka dan lain-lain) supaya tidak gugur." "geruk II\n~-gerak \nbunyi barang yang digeserkan di lantai dan lain-lain." "geruk III\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Hamamelidaceae, \nSymingtonia populnea." "gerumit\nmenggerumit\n membuat pekerjaan yang halus-halus, menggeropes." "gerumuk\nmenggerumuk\n duduk meringkuk (seperti orang sakit), mendekam, meromok." "gerumut\n[Jakarta];\nmenggerumut\n berkerumun banyak-banyak (berkenaan (dengan) semut dan lain-lain);\nmenggerumuti\n mengerumuni." "gerun\ntakut, ngeri, gamang:\ndia ~ dengan keadaan dalam hutan;\n \n~\n \ngementar\n takut yang amat sangat:\nhati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;\nmenggerunkan\n menimbulkan rasa gerun:\nperistiwa itu ~, ngeri, dan menakuntukan; \nangkatan tentera yang terkuat, yang dapat ~ musuh;\n kegerunan\n perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan:\nkumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam;\npenggerun\n (orang, benda) yang menimbulkan gerun:\nazimat ~." "gerundang\nanak katak (seperti ikan), berudu;\n~ tinggallah di kubangan \n(peribahasa) jangan mencampuri pekerjaan orang lain;\n \ngedang ~ di kubangan, gedang ikan raya di lautan \n(peribahasa) tiap-tiap orang besar mulia di tempatnya masing-masing." "gerunduh\n[Terengganu] lebat (buahnya)." "gerung I\n~-gerang\n bunyi seperti bunyi pinggan mangkuk berhantukan." "gerung II\n[Minangkabau];\nmenggerung\n mengerang (seperti orang sakit), meraung;\ntergerung\n mengerang, meraung dengan tiba-tiba." "gerung-gerung\nsejenis ikan laut, gerung belang, daing belang, \nGnathanodon speciosus." "gerunggung\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCratoxylon formosum." "geruning\nsejenis binatang (macam cicak besar)." "gerunyut\nbergerunyut\n menggeletar, gementar." "gerup\nbelebas tempat dipasang sisir (pada perkakas tenun)." "gerupuk\n[Minangkabau];\ntergerupuk\n terperlus (ke dalam lubang, lumpur, dan lain-lain), terperosok;\nmenggerupukkan\n1.\n menjatuhkan (ke dalam sesuatu), memerosokkan;\n2.\n [kiasan] mencelakakan." "gerus\nsejenis siput yang cangkerangnya dipakai untuk melicinkan dan mengilatkan kain, \nCypraea tigris;\nbergerus\n dilicinkan dan dikilatkan dengan gerus:\n pemukaan kain tenun yang ~;\nmenggerus\n menggosok dengan gerus (supaya licin dan berkilat);\ngerusan\n;\n \nkain ~ \nkain yang telah digerus." "gerusih\n= \n~ jantan\n = \n~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), \nRandia racemosa." "gerut\nbunyi seperti bunyi kayu dikikir dan lain-lain, bunyi bergesek." "gerut-gerut\n= \nikan ~\n sejenis ikan laut, \nPomadasys spp." "gerutu I\n= menggerutu\n kasap, kesat, berkerut-kerut (kulit pokok, binatang, dan lain-lain):\npaip itu menggerutu seperti limau purut; \n= kerutu\n." "gerutu II\nsungut, comel:\n \u2026 macam orang tak beragama, ~ Haji Salihin;\nmenggerutu\n bersungut-sungut, mencomel." "gerutu III\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, meranti gerutu, seraya putih berat (di Sabah), \nParashorea spp." "gerutup\nmenggerutup\n (ber)bunyi meletup (seperti bunyi mercun, senapang, dan lain-lain) yang berturut-turut." "gesa\ngesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-gesa\n bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat:\ndia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya;\nmenggesa, menggesa-gesa\n1.\n menyuruh membuat cepat-cepat:\nbuatlah pekerjaan itu dengan tenang, jangan digesa-gesa;\n2.\n menyuruh dengan sungguh-sungguh, mendesak:\nnegara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dalam hal-hal dalam negerinya;\nmenggesa-gesakan\n menyegerakan, mempercepat;\ngesaan\n kata-kata, usaha, dan sebagainya untuk menggesa, desakan:\n~nya tidak diendahkan;\n ketergesa-gesaan\n keadaan tergesa-gesa:\n mereka terpaksa membuat tempat berlindung dalam ~\n;\npenggesaan\n perbuatan menggesa:\nantara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan." "gesau\ndesau." "gesek\ngosok, geser;\n \nasah se~ sehari;\nbergesek\n bergosok, bergeser;\nmenggesek\n menggosok (mata dan lain-lain), menggeser (tali biola, gitar, dan lain-lain):\n~ mata;\nmempergesek-gesekkan\n menggosok-gosokkan, menggeser-geserkan (dua benda);\ngesekan\n hasil perbuatan menggesek;\npergesekan\n perihal bergesek (bergosok);\npenggesek\n1.\n orang yang menggesek;\n2.\n alat untuk menggesek (biola dan lain-lain);\n3.\n = \n~ api\n [Kelantan] mancis." "gesel\ngosok, geser;\nbergesel\n bersentuh (dengan), bergosok (dengan), kena-mengena:\nmakan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan;\n \n~ bahu \nberhubungan erat, bergaul, bergandingan;\nbergeselan\n saling bersentuhan;\ngesel-menggesel\n saling menggesel;\nmenggesel\n menggeser, menggosok:\nbola putih itu ~ bola biru;\nmenggeselkan\n menggeserkan, menggosokkan:\napabila tanduknya mula tumbuh, rusa itu ~nya pada batang-batang kayu;\ntergesel\n tersentuh, tergeser, tergosok;\n \n~ kena miang, tergegar kena rebas \n(peribahasa) sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);\npergeselan\n perihal bergesel:\n~ personaliti juga boleh menimbulkan pelbagai masalah;\ngeselan\n gesekan, geseran." "geseng\nbergeseng\n bergesek kerana hendak bermanja;\n \nkalah adat dik muafakat, kalah kemat dik ~\n (peribahasa) tali perhubungan antara seorang laki-laki dan perempuan dapat dieratkan oleh pergaulan." "geser\nbergeser\n1. = bergeseran\n bergeselan, bergosokan, bersentuhan:\nderauan hujan berselang-selang dengan bunyi desiran daun-daun kayu ~; \n2.\n berengsot, beralih tempat:\ndia tidak ~ dari tempatnya;\nmenggeser\n menggesel, menggosok:\nlututnya luka kerana ~ simen;\nmenggeserkan\n mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot:\n~ kerusi sedikit ke belakang;\ntergeser\n tergesel;\n \n~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya \n(peribahasa) sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);\ngeseran\n1.\n geselan, gesekan;\n2.\n (Linguistik) bunyi desis yang dihasilkan apabila udara melalui ruang yang sempit (seperti [s]);\npergeseran\n1.\n pergesekan;\n2.\n perselisihan, pertelingkahan:\nsebarang ~ dalam parti tidak boleh dianggap sebagai jalan ke arah keretakan; \ndi sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; \n3.\n pertukaran tempat, peralihan tempat;\npenggeseran\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menggeserkan." "gesit\n[Jakarta] tangkas, cepat, pantas:\npemain hoki yang ~." "gesper\n[Indonesia-Belanda] kepala tali pinggang (untuk menyambungkan kedua-dua hujung)." "gestalt\n(Psikologi) struktur sesuatu benda atau idea yang harus ditanggapi secara utuh kerana jumlah keseluruhannya tidak sama dengan jumlah pecahan-pecahannya." "Gestapo\npolis rahsia Jerman semasa pemerintahan Nazi yang terkenal dengan soal siasatnya yang kasar dan kejam." "gestasi\n(Biologi) perkembangan embrio di dalam rahim antara mulai hamil (bunting) hingga masa dilahirkan:\ntempoh ~." "get I\n(Komputer)\n1.\n peranti yang mempunyai satu saluran output dan satu saluran input atau lebih, yang keadaan outputnya ditentukan oleh keadaan input;\n2.\n salah satu elektrod pada peranti transistor yang digunakan dalam cip litar komputer." "get II\n[bahasa percakapan] \n= pintu ~ \npintu pagar." "geta I\ntakhta;\n \n~ peraduan \nkatil raja." "geta II\n[Kelantan] = \ngalang ~ \n[Kedah] balak penyangga papan lantai, gelegar." "geta III\n[sastera lama] genta." "getah I\n1.\n cairan pekat yang keluar dari bermacam-macam pokok:\n~ jelutung;\n~ rambung; \n2.\n = \nsusu ~ \n= \n~ susu \ncairan yang keluar dari pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya;\n3.\n bahan kenyal atau memberi yang dibuat daripada susu getah dan lain-lain;\n \n~ pemadam\n = \n~ penggosok; \nkasut ~; \ntikar ~;\n4.\n pokok para, \nHevea spp.: ladang ~; \nmenanam ~; \n5.\n [Indonesia] zat cair dari kelenjar tubuh:\n~ bening;\n~ lambung;\n~ asap \nkepingan getah yang sudah diasap;\n \n~ asli\n = \n~ alam \ngetah yang berasal daripada pokok para;\n \n~ bening\n [Indonesia] zat cair daripada darah yang mengandungi zat makanan;\n \n~ buku \n= \n~ sekerap\n = \n~ tanah \nsisa susu getah yang sudah keras;\n ~ gebu\n getah yang berupa span (bunga kerang);\n \n~ kahwin \npokok getah yang diperoleh dengan jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yang berlainan jenis;\n \n~ keping \ngetah yang berupa kepingan;\n \n~ kerip\n getah keping yang menggerutu;\n \n~ kilangan\n getah yang telah diproses di kilang;\n \n~ lambung \n[Indonesia] zat cair dalam perut untuk pencernaan makanan;\n \n~ serbuk\n getah yang berupa serbuk;\n \n~ span = ~ busa \ngetah yang dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan untuk membuat tilam dan kusyen;\n ~ taban = ~ perca \ngetah daripada pokok dalam famili Sapotaceae, terutama daripada taban merah, \nPalaquium gutta, \ndan digunakan untuk membuat bahan penebat kabel;\n \n~ tiruan = sintetik \ngetah yang dibuat daripada campuran bahan kimia yang cirinya (seperti kekenyalan dan lain-lain) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan untuk membuat paip, tayar, dan lain-lain;\n \n~-~ dibawa ke lalang \n(peribahasa) orang yang pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yang bergaul dengannnya;\n \n~-~ dibawa ke semak \n(peribahasa) perkara yang semakin kusut;\n \n~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh\n = \ndaun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga \n(peribahasa) anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara;\n \n~ terbangkit, kuaran tiba\n (peribahasa) salah langkah (untuk mencari keuntungan);\n \nberseleleran bagai ~ di lalang \n(peribahasa) percakapan yang tidak berkesudahan dan tidak beraturan;\n \nditakik ~ di daun \n(peribahasa) hidup melarat;\n \ntak sama ~ daun dengan ~ batang \n(peribahasa) kasih kepada anak kandung tidak sama dengan kasih kepada anak saudara;\n \ntak sungguh ~ daun, yang sebenarnya ~ batang \n(peribahasa) sejahat-jahat saudara kandung, lebih baik juga daripada kerabat yang lain;\nbergetah\n1.\n mempunyai (mengandungi) getah:\npokok itu ~; \n2.\n lekat, melekat:\nbadannya ~ kerana berpeluh; \n3.\n mencari getah (di hutan);\n4.\n [kiasan] menarik dan menggiurkan (berkenaan (dengan) bentuk badan wanita), seksi:\ndia kelihatan berkepit dengan wanita baru yang ~ itu;\n~ bibir \nki sangat pandai memikat hati (membujuk dan lain-lain);\nmenggetah\n1.\n mencari getah:\nkawan-kawannya ~ ke hutan;\n2.\n menangkap (burung dan lain-lain) dengan getah:\n~ punai;\n3.\n menjadi seperti getah;\n \n~ bawang \nki perkataan dan lain-lain yang menyakitkan hati;\n \nniat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit \n(peribahasa) lain yang dihajati, lain yang diperoleh;\ntergetah\n terkena getah." "getah II\n~ sundik\n sejenis tumbuhan (pokok), \nPayena havilandii; \nakar ~ sundik\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gerip putih, \nLeuconotis maingayi." "getak I\n[Pulau Pinang] gugur (buah-buahan, gigi, dan lain-lain)." "getak II\n~-getuk\n bunyi ketuk-ketuk." "getang I\nbenda tipis (kain, daun, kulit) yang diregangkan untuk menutup sesuatu;\nmenggetang\n1.\n menutup dengan benda tipis yang dibentangkan;\n \n~ muka \nmenutup muka;\n2.\n [Kelantan] mengikat, membelit, menyimpul;\npenggetang\n;\n \nkulit ~\n kulit yang digetang pada gendang (rebana dan lain-lain)." "getang II\nsejenis tumbuhan (herba yang daunnya digunakan sebagai ubat sakit gigi), \nSpilanthes acmella." "getangguri\nsejenis tumbuhan (herba), \nSida rhombifolia." "getap I\n[Minangkabau] pecah, rekah;\nmenggetap\n memakan (mengunyah, menggigit) benda yang keras, mengatupkan (gigi, bibir) rapat-rapat:\ngiginya digetap-getap, bibirnya kumat-kamit;\n \n~ geraham\n berkertak gigi." "getap II\n[Jawa];\ngetapan\n mudah terperanjat, lekas sakit hati." "getar I\nbergetar, menggetar\n bergerak cepat dan berterusan ke depan ke belakang, bergentar;\nmenggetarkan\n menggentarkan, menggegarkan sedikit, menjadikan bergolak (agak riuh dan sebagainya):\npancaran lampu menjadikan suasana lebih menarik dan ditambah dengan caklempong yang ~ suasana malam;\ntergetar-getar\n terketar-ketar:\n kata Sabrika dengan suara yang ~, yang tidak dapat dikawal;\ngetaran\n gentaran;\npenggetar\n penggentar;\n= ketar I\n." "getar II\n[Kelantan];\n~ sakmur \nsejenis kuih (dibuat daripada ubi, santan dan gula)." "getas I\n1.\n mudah pecah (patah), rapuh;\n2.\n [kiasan] mudah patah hati." "getas II\n[Jakarta] tegas, tentu, nyata." "getas III\n[Perak] bernasib baik." "getas-getas\nsejenis kuih (dibuat daripada tepung pulut, kelapa) yang dibentuk menjadi bujur, digoreng dan disira." "getek I\nburuk kelakuan (berkenaan (dengan) perempuan), geletek, gelenyar." "getek II\n[Jakarta] rakit." "getek III\nIII; \ntergetek-getek\n terketek-ketek." "getek IV\n IV\n [Pahang], [Terengganu] juga, bersama-sama." "getel\n[Kelantan], [Terengganu] gentel;\n \nbulat ~ \nbulat sungguh." "geti\nsejenis tumbuhan (pokok), (kacang) turi, \nSophora grandiflora." "geti-geti\nsejenis kuih yang dibuat daripada kacang dan gula." "getik I\nmenggetik\n \n1.\n memukul atau menguis sesuatu dengan belakang hujung jari yang dibidaskan dengan ibu jari, menjentik;\n2.\n menggetil;\ngetikan\n hasil atau perbuatan menggetik." "getik II\n[Perak] benci, jijik, meluat." "getil\nmenggetil\n menjepit dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari-jari lain, mencubit;\ngetilan\n hasil perbuatan menggetil, cubitan." "getir I\n[Jawa] rasa pahit (seperti rasa kulit limau);\n \npahit ~ (hidup) \npenderitaan atau pengalaman pahit (hidup);\nkegetiran\n kepahitan (hidup)." "getir II\ngetil\n." "getis I\ngetas, rapuh, mudah patah." "getis II\nmenggetis\n menggentis, memetik (tangkai, pucuk, dan lain-lain)." "getok\n[Jakarta] ketuk;\nmenggetok\n mengetuk." "getol\n[Jakarta] tekun, rajin." "getu\nmenggetu\n1.\n menekan atau menindas (kutu dan lain-lain) dengan kuku;\n2.\n mencubit;\ngetuan\n hasil menggetu, cubitan:\n~nya meninggalkan bekas di paha anaknya." "getuk\n[Jawa] sejenis penganan yang dibuat daripada ubi kayu." "getun\n[Jakarta] \n= gegetun\n." "getus\n[Kelantan];\nmenggetus\n memetik (bunga, daun, dan lain-lain), menggetis, menggentis." "gewang I\n1.\n siput mutiara (digunakan untuk perhiasan peti, butang, dan lain-lain):\ngiginya bersih laksana ~;\n2.\n subang kecil." "gewang II\nII; \ntergewang-gewang\n tergoyang-goyang:\nSi Galak rebah ke tanah dengan kedua-dua kakinya ~ di udara; \nbelalai-nya ~." "ghaflah\n[sastera lama] lupa:\nsesungguhnya seperti sabda raja itu adalah ~ kepada peperangan kamu yang telah lalu itu." "ghaib\n1.\n tidak dapat dilihat, tersembunyi;\n \nilmu ~\na) ilmu berkenaan kekuatan dan lain-lain yang tersembunyi;\n b) ilmu suluk (tasawuf);\n \nkuasa ~\n tenaga yang tidak kelihatan;\n 2.\n hilang, lenyap:\nsetelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; \nbadannya ~ tiada berketahuan;\n 3.\n [sastera lama] meninggal, mangkat:\nbaginda yang telah ~;\n 4.\n ajaib, aneh (keadaan dan lain-lain):\nperistiwa yang ~;\nmengghaibkan\n menghilangkan, menjadikan tidak nampak;\n \n~ diri \nmenghilangkan diri;\nkeghaiban\n perihal atau keadaan ghaib." "ghain\n1.\n huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000);\n2.\n huruf ke-20 abjad Jawi." "ghair\n[Arab] melainkan, hanya." "ghairah\n1.\n nafsu (keinginan) yang keras, cinta (berahi) yang amat sangat:\ndia melihat gadis itu dengan penuh ~;\n 2.\n cemburu yang keras:\n~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya;\n 3.\n penuh minat (keinginan, nafsu, dan lain-lain), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dan sebagainya) yang keras atau meluap-luap:\nanak-anak muda itu makin ~ menyanyi;\nmengghairahkan\n1.\n menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dan lain-lain) yang amat sangat:\nmemang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~;\n 2.\n mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat:\nia ~ kedudukan saudaranya itu;\nkeghairahan\n1.\n nafsu, percintaan, cinta berahi;\n 2.\n kecemburuan;\n 3.\n perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yang keras:\n~ orang ramai menyertai koperasi yang menjanjikan kemudahan pinjaman kepada mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yang ternyata menangguk di air keruh;\npengghairah\n sesuatu yang (boleh) mengghairahkan." "ghali\n[sastera lama] gali II." "ghalias\ngalias." "ghalib\n1.\n berjaya, beruntung, menang;\n 2.\n biasa, lazim:\napa ~nya yang terjadi kalau kita meminjamkan wang kepada orang lain?; \npada ~nya\n biasanya, lazimnya, pada umumnya;\nmengghalibkan\n membiasakan, melazimkan;\nkeghaliban\n kebiasaan, kelaziman." "ghana\n[Arab] kekayaan;\n Tuhan yang ~ \nTuhan yang memiliki segala kekayaan." "ghani\n[Arab] kaya." "ghanimah\n[Arab] harta rampasan perang." "gharib\n[Arab] aneh, asing, ganjil, luar biasa." "ghaut\n[Arab];\n~ serang\n pengusaha yang mencari pekerja untuk bekerja di kapal." "ghaza\n[Arab] [sastera lama] jaya." "ghazal\nsejenis muzik yang dimainkan dengan menggunakan alat muzik seperti gambus (akordion, marakas, marwas, dan sebagainya) dan biasanya diiringi oleh nyanyian." "ghetto\n1.\n kawasan bandar yang didiami oleh sesuatu etnik atau kumpulan sosial minoriti, biasanya hidup dalam keadaan miskin, perumahan yang sesak dan daif, terasing dan sebagainya:\n~ bukan sahaja dikaitkan dengan kualiti tempat kediaman yang merosot dan usang, tetapi juga dengan ciri-ciri kaum yang menghuninya; \nramai pekerja kulit hitam yang terpaksa tinggal di ~ di Chicago, Detroit atau New York; \n2.\n kawasan di sesebuah bandar raya di Eropah yang dahulunya menjadi tempat kediaman penduduk Yahudi." "ghobar\nsedih, pilu." "ghoyat\n[Kelantan] bercerita, memberitahu." "ghulam\n[Arab] hamba, budak." "ghurab\n[Arab] [sastera lama] perahu." "ghurub\n[Arab] terbenam (matahari)." "GHz\nsimbol bagi gigahertz." "gi\nminyak sapi." "giam\nsejenis tumbuhan (pokok yang keras kayunya), cengal tenggelam, merepak, \nHopea nutans." "gian\n1.\n cepat habis, banyak terpakai (minyak dan lain-lain):\norang boros lekas ~, merapu dana hari kemudian;\n 2.\n [bahasa percakapan] sangat ketagih akan sesuatu (dadah dan sebagainya)." "giang\ngatal, miang." "giat I\nsentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas:\nkita mesti ~ bekerja; \nsejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen;\nbergiat\n berusaha dengan giat, bersungguh-sungguh, aktif:\ndia ~ dalam lapangan seni nyanyi; \nkanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru;\nmenggiatkan, mempergiat, mempergiatkan\n menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat untuk berusaha:\nperkataan itu ~ usaha mereka;\nkegiatan\n1.\n perihal atau keadaan giat, kecergasan;\n2.\n aktiviti;\npenggiat\n pihak (bahan, orang, jentera, dan sebagainya) yang menggiatkan sesuatu;\n penggerak:\ntokoh dan ~ teater berkumpul untuk membincangkan kegiatan teater tanah air." "giat II\nejekan, cemuh:\n~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab;\nmenggiat\n mengejek, mencemuh." "giau\nmenggiau\n memotong padi dengan sabit, menyabit;\npenggiau\n pisau untuk menyabit padi." "gibas\nkambing biri-biri yang mempunyai ekor besar, domba." "gidik\n[Indonesia] ;\nbergidik\n geli;\nmenggidik, menggidik-gidi\nk menggelikan, menggeletek." "giga\nunit bagi kuantiti yang berjumlah seribu juta:\n ~bait\n." "gigabait\n(Komputer) unit data yang bersamaan dengan seribu juta atau 109 bait, digunakan bagi menyatakan kemampuan storan pukal seperti cakera padat dan cakera keras." "gigahertz\nunit frekuensi yang bersamaan dengan 109 kitar sesaat." "gigameter\nunit metrik yang bersamaan dengan 109 meter." "gigau\n[arkaik];\nmenggigau\n berkata-kata dalam tidur;\nigau I\n." "gigavolt\nunit tenaga elektrik yang bersamaan dengan 109 volt." "gigawatt\nunit kuasa elektrik yang bersamaan dengan 109 watt." "gigi I\n1.\n struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi (gunanya untuk menggigit, mengunyah, dan lain-lain);\n 2.\n [kiasan] benda yang bentuknya seperti gigi:\n~ sikat (gergaji dan lain-lain);\n~ kikir;\n 3.\n [kiasan] tepi, pinggir;\n \n~ anjing (asu) \nsiung, taring;\n \n~ asmaradanta \ngigi yang putih seperti gading;\n \n~ air \ntepi air laut dan lain-lain;\n \n~ batu\n = \n~ buatan \ngigi palsu;\n \n~ belalang \n= \n~ susu\n gigi kanak-kanak yang akan berganti;\n \n~ berdukung\n = \n~ tersengkil\n gigi berlapis;\n \n~ bongsu \n= \n~ muda \ngigi geraham yang akhir sekali tumbuhnya;\n \n~ geligi \n[Indonesia] selengkap gigi;\n \n~ gongak \n= \n~ rongak\n tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh);\n \n~ hutan\n tepi hutan;\n \n~ jawa \nbalak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu);\n \n~ kacip \nsalah satu daripada lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yang berfungsi untuk memotong (mengacip) makanan dan sebagainya;\n \n~ kapak \ngigi hadapan yang besar sekali;\n \n~ kekal\n gigi yang tidak akan berganti lagi;\n \n~ manis\n = \n~ seri\n gigi kacip;\n \n~ palsu \ngigi tiruan yang menggantikan gigi sebenar (asli);\n \n~ parang-parang\n gigi yang berbentuk kecil-kecil dan runcing;\n \n~ penolak\n perkakas mesin jahit yang menyorong kain jahitan;\n \n~ rambut\n tepi rambut di kepala;\n \n~ sambut \n(disebut kalau) gigi pada rahang bawah di luar gigi rahang atas;\n \n~ sayap kumbang\n gigi yang berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat);\n \n~ sulung\n gigi yang mula-mula tumbuh;\n \nlunak ~ daripada lidah \nki sangat lemah lembut;\n~ dengan lidah ada kala tergigit juga\n (peribahasa) suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah);\n \n~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) \n(peribahasa) keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi;\n \ntinggal ~ dengan lidah sahaja\n (peribahasa) habis segala harta;\nbergigi\n mempunyai gigi;\n \ntidak ~ \na) tidak mempunyai gigi;\n b) tidak berkuasa;\nbelum ~ hendak mengunyah \n(peribahasa) hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi;\n \nbelum ~ sudah hendak menggigit\n (peribahasa) hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan;\n \nmengunyahkan orang\n \n~\n (peribahasa) mengajar orang yang sudah tahu;\nkegigian\n kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dalam rongga mulut:\npemilihan berus gigi bergantung pada keadaan ~ seseorang;\npergigian\n perihal gigi:\nformula ~ binatang mengerip; \nPenolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; \nFakulti P~;\n penggigian\n proses (atau masa) pertumbuhan gigi." "gigi II\n~ buntal \na) sejenis tumbuhan (pokok), gerisik hitam, \nXerospermum intermedium; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), campa biru, \nCanarium kadondon." "gigih I\n[Minangkabau] keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian (pendapat dan sebagainya) sendiri:\ndengan ~nya, ia menghapuskan rasuah dalam jabatannya; \nmenyingkirkan lawannya yang paling ~;\nkegigihan\n perihal gigih, keteguhan mempertahankan pendapat (fikiran dan sebagainya):\nsetelah berjuang dengan segala ~nya, dia berjaya juga." "gigih II\n[arkaik];\nmenggigih\n menggigil, menggeletar." "gigil\nmenggigil\n \n1.\n menggeletar (kerana demam, ketakutan, dan sebagainya), gementar (menggentar) kuat:\ndengan tidak semena-mena, badannya ~ dan seram sejuk;\n 2.\n turun naik atau tinggi rendah seakan-akan menggeletar (bunyi muzik dan lain-lain):\ngelak ketawa yang ~-gigil;\nmenggigilkan\n menjadikan menggigil, menggentarkan:\nangin yang bertiup ~ badannya;\ntergigil\n tergeletar." "gigir I\n[Minangkabau];\nmenggigir\n menggigil." "gigir II\n[Jawa];\n~ gunung \npunggung (belakang) gunung, bahagian gunung yang memanjang dari puncak ke puncak." "gigis\nbergigis\n bergerigi." "gigit\nbergigit, bergigitan\n mencengkam (mencengkeram dan lain-lain) dengan gigi antara satu sama lain, saling menyepit dengan gigi;\nmenggigit\n1.\n mengapit (mengacip, menyepit, dan sebagainya) dengan gigi:\nkaki pencuri itu digigit anjing;\n~ bibir \nki berasa marah (geram);\n \n~ jari (telunjuk) \nki berasa kecewa (hampa);\n 2.\n mengapit atau mencengkam (berkenaan (dengan) kasut);\n 3.\n berasa seakan-akan dicengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dan lain-lain):\nperut Pak Dollah semakin ~ lapar;\n 4.\n menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dan lain-lain):\ndinginnya terasa ~-gigit ke tulang sumsum;\ntergigit\n1.\n telah digigit;\n 2.\n boleh digigit;\n3.\n tidak sengaja digigit;\n \n~ lidah \na) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang;\n b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dan lain-lain);\ngigitan\n1.\n cengkaman dengan gigi untuk menggigit;\n 2.\n bekas digigit." "gigolo\nlaki-laki upahan yang dipelihara oleh seseorang wanita sebagai teman atau kekasihnya." "gil\nunit sukatan cecair yang bersamaan dengan suku pain." "gila\n1.\n tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya):\nkelakuannya seperti orang ~; \nrumah (sakit) ~ \nrumah sakit tempat menggubat orang gila;\n \nanjing ~ \nanjing yang kena penyakit, anjing yang berbahaya;\n 2.\n penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan);\n 3.\n [bahasa percakapan] tidak seperti yang seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa;\n \nanyam ~ \nanyam yang tidak tentu coraknya;\n \nharga ~\n harga yang bukan biasa, terlalu mahal (murah);\n \nmain ~\n melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (seperti meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dan lain-lain) akan sesuatu:\ndia tu ~ menengok wayang;\n~ angau\n sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat;\n \n~ anjing \n= \npenyakit anjing ~\n sejenis penyakit virus yang berbahaya pada anjing;\n~ asyik (berahi, hati) \nterlalu cinta (asyik);\n \n~ babi \n= \n~ sawan \nsejenis penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi;\n \n~ bahasa \n= \n~-~ bahasa \nrempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dan lain-lain perangainya);\n \n~ bayang \ncinta akan seseorang yang tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas);\n \n~ bayang-bayang\n perasaan ingin akan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh;\n \n~ gadis (perempuan) \nterlalu gemar akan perempuan;\n \n~ hormat\n sangat suka dihormati (dimuliakan) orang;\n \n~ isim\n gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin;\n \n~ judi\n terlalu suka bermain judi;\n \n~ kebangsaan\n selalu bersemangat (berusaha) untuk memperjuangkan (memajukan) bangsanya;\n \n~ kuasa\n sangat ingin mendapat kuasa;\n \n~ pangkat \na) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat;\n b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi;\n \n~ politik\n selalu asyik dengan cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik;\n \n~ renang\n = \n~-~ air\n agak kurang sihat ingatannya (fikirannya);\n \n~ seks \nkecenderungan atau keinginan yang melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual;\n \n~ talak \ntidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya);\n \n~ urat\n sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau;\n tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok \n(peribahasa) seperti orang yang berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan;" "gila-gila\n1.\n bertingkah laku, bersikap dan sebagainya seperti orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila:\nini bukanlah tempat dan masanya untuk bergurau dan berperangai ~; \nwatak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; \n2.\n berbuat dengan sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dan sebagainya:\ndia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; \n3.\n melampaui had atau batas yang sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan:\nsuatu langkah yang berkesan harus diambil segera untuk membendung kenaikan harga barang keperluan yang ~ sejak kebelakangan ini;\nbergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila\n berkelakuan (berperangai dan lain-lain) seperti orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja);\n 2.\n = \ntergila-gila\n terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu:\nanak-anak muda sekarang banyak yang ~ mahu hidup di bandar; \nkulihat banyak gadis yang ~ kepadanya;\n 3.\n = \nmenggila\n semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan;\nmenggila\n1.\n menjadi-jadi, bergila-gila:\nbatuknya ~; \npeperangan sudah ~;\n 2.\n berkelakuan seperti orang gila, bergila-gila:\ndi dalam hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya;\n 3.\n berasa sangat asyik (suka, gemar, dan lain-lain):\npemuda yang ~ kepadanya;\n 4.\n menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dan lain-lain);\n 5.\n berjalan (belayar dan lain-lain) dengan laju sekali, tiada teratur dan lain-lain (berkenaan (dengan) kereta, kapal, dan lain-lain):\ndi jalan raya, motokar makin ~; \nkorvet-korvet ini kian ~ di atas air seperti ular kena palu;\nmenggilai\n1.\n terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dan lain-lain):\nsiapa nama perempuan yang digilainya?; \nmemperoleh sotong-sotong yang ~ cahaya api;\n 2. = menggilakan\n [Minangkabau] menjaga (memelihara, melayani, dan lain-lain) baik-baik;\nmenggilakan\n1.\n menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila;\n 2.\n = \nmempergilakan\n menganggap (melayani dan lain-lain) seperti orang gila, mempermainkan (memperolokkan);\n 3.\n [Minangkabau] menjaga (memelihara);\ntergila-gila\n terlalu suka (ingin, asyik, dan lain-lain) sangat:\njangan ~ sangat hendak kahwin;\ntergila-gilakan\n terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dan lain-lain) akan (seseorang atau sesuatu):\nabang sudah ~ gadis lain;\n~ kuasa;\nkegilaan\n1.\n perihal gila;\n 2.\n terlampau sangat suka (asyik):\npemuda-pemuda yang ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; \npenulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; \n3.\n keadaan (peristiwa dan lain-lain) yang tidak biasa atau berlebih-lebihan:\nmemandang ~ alam dengan warna-warna senjanya yang keras, terang, pekat, kacau dan menakuntukan; \nperistiwa seumpama itu ialah peristiwa yang boleh dikatakan ~;\n 4.\n ketololan, kebodohan;\nkegila-gilaan\n1.\n sedikit gila, agak gila;\n 2.\n seakan-akan gila tampaknya:\nkalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; \ngelak ketawa yang terlalu ~;\n 3.\n terlalu suka (asyik, gemar, dan lain-lain) sangat, tergila-gila." "gilan\nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), \nElytranthe platyphylla." "gilang\n~-gemilang (cemerlang)\na) bercahaya sangat terang:\ndisuluh oleh bulan purnama yang ~ -gemilang;\nb) [sastera lama] teramat elok atau cantik (berkenaan (dengan) rupa):\n~-gemilang cahaya muka Awang Sulung Merah Muda;\n c) paling baik:\nharapan yang ~-gemilang; \nhasil yang ~-gemilang." "gilap\nlicin dan berkilat (seperti barang-barang perak yang baru digosok);\nbergilap\n digilap:\nkenapa awak memakai kasut yang tidak ~;\ngilap-gemilap\n bercahaya gemerlap, berkilauan;\nmenggilap\n menggosok supaya gilap:\ncara mencanai dan ~ kanta;\ngilapan\n hasil mengilap:\ndengan ~ terakhir, dia memandang kasut itu dengan kepuasan;\n penggilapan\n perihal (proses, perbuatan) menggilap;\npenggilap\n1.\n bahan (alat) yang digunakan untuk menggilap sesuatu:\n~\n \nkasut\n;\n2\n. orang yang menggilap sesuatu." "gilas\nmenggilas\n \n1.\n menindih atau menggiling hingga halus (hancur dan sebagainya):\nwanita umumnya pandai ~ cabai;\n 2.\n menggelek, melindas:\nlori ~ seekor anjing;\ntergilas\n tergelek (oleh motokar dan lain-lain);\npenggilas\n alat untuk menggilas." "gilau\n[arkaik] kilau." "gili\nmenggili, menggili-gili\n \n1.\n menggeletek:\nmeskipun saya marah, ia masih berani ~ saya;\n 2.\n [kiasan] menghasut." "gili-gili\n1.\n tambak, permatang;\n 2.\n tempat tinggi di tepi jalan, tempat orang berjalan." "gilik I\nmenggilik\n menggelek, menggiling." "gilik II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPsychotria sarmenfosa." "gilik III\nmenggilik, menggilik-gilik\n menggiling, menggelikan, menggeletek." "giling\nanak batu ~ \nbatu yang bulat panjang (kawan batu giling) untuk menghancurkan lada dan lain-lain;\n \nbatu ~ \nbatu untuk menghancurkan rempah (lada, beras, dan lain-lain);\n beras ~\n beras daripada padi yang dikupas dengan mesin;\n \nmesin ~ \nmesin berat yang digunakan untuk memadatkan (meratakan) jalan;\ngiling-giling\n besi atau batu bulat yang digunakan untuk memadatkan (meratakan) jalan (tanah);\nmenggiling\n1.\n menghancurkan atau melumatkan (rempah dan lain-lain) dengan batu giling dan anak batu giling;\n 2.\n memadatkan (memipihkan) tanah dan lain-lain dengan giling-giling (mesin giling);\n 3.\n mengupas (mengilang) padi dengan mesin giling;\n 4.\n memerah (mengilang) tebu dan lain-lain di antara dua kayu (besi) bulat yang berpusing;\n 5.\n menggelek;\n 6.\n menggulung (rokok dan lain-lain);\nmenggilingkan\n menggiling sesuatu untuk:\nHasnah ~ emaknya rempah;\ngilingan\n aci atau gandar pada kincir;\npenggilingan\n1.\n mesin dan lain-lain yang dipakai untuk menggiling padi dan lain-lain;\n 2.\n perbuatan menggiling;\npenggiling\n \n~ jalan \ngiling-giling." "gilipir\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] penulis dalam mahkamah, geripir." "gilir\nganti, tukar, pusing (pekerjaan yang dilakukan berganti-ganti);\nbergilir\n berganti dengan mengikut aturan, bertukar berturut-turut:\nmereka ~ berjabat tangan; \ntanaman ~\n tanaman yang ditanam menurut aturan, sebagai ganti tanaman yang lain pada tanah (tapak) yang sama;\n \n~-ganti\n berganti-ganti;\nbergilir-gilir, bergiliran\n sesudah yang satu diganti dengan yang lain, berganti-ganti, bertukar-tukar:\ntujuh kali ~ berpantun;\nmenggilirkan, mempergilirkan\n melakukan (menjadikan dan lain-lain) supaya bergilir-gilir:\npetani-petani yang baik ~ tanamannya;\ngiliran = pergiliran\n [sastera lama] pergantian, pertukaran (pekerjaan yang dilakukan bergilir-gilir):\nwaktu malam ~ memasak ini jatuh kepada kawan-kawan yang lain pula;\n~ tanaman \n(Pertanian) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dengan berganti-ganti menurut aturan, pada tanah (tapak) yang sama;\nkegiliran\n memperoleh giliran;\npenggiliran\n perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menggantikan seseorang dengan yang lain secara bergilir-gilir atau mengikut giliran:\nisu ~ jawatan Ketua Menteri itu sedang hangat dibincangkan." "gilis\n[sastera lama] kilas." "gilis II\nmenggilis\n menindih dengan benda yang bulat berat sambil berputar berguling-guling, seperti roda kereta api dan sebagainya, menggilas:\ndia menunjukkan tempat adiknya digilis kereta api komuter pada petang semalam;\ntergilis\n digilis:\nkaki kanannya hancur akibat ~ tayar bas dl kemalangan itu." "gilotin\nsejenis alat yang digunakan untuk memenggal kepala pesalah, terutamanya semasa Revolusi Perancis dahulu. \ngim I\n singkatan bagi gimnasium." "gim\n[Jakarta] benang emas." "gimana\n[bahasa percakapan] [kependekan] bagaimana." "gimbal\nsejenis peranti yang dapat menetapkan kedudukan alat seperti kompas dan giroskop dalam keadaan mengufuk walaupun semasa kapal, kapal terbang dan sebagainya sedang bergerak." "gimbar\n[Brunei] susunan atau kedudukan yang sebelah-menyebelah;\nbergimbar\n bersusun sebelah-menyebelah, berganding." "gimbul\n[Pulau Pinang];\nmenggimbul\n1.\n menonjol atau berbonggol (pipi kerana makanan);\n 2.\n [Jawa] membawa barang dalam kain dan lain-lain;\ngembol II\n." "gimik\nsesuatu (tindakan, objek, alat) yang luar biasa yang tidak semestinya penting, yang digunakan untuk menarik perhatian umum (lazimnya dalam bidang ekonomi dan politik):\ndia sudah cukup melindungi suasana motivasi dengan ~nya yang tersendiri." "gimnas\norang yang terlatih atau mahir dalam gimnastik, ahli gimnastik:\nnegara itu menaruh harapan kepada para ~, penerjun, pasukan pingpong dan atlet angkat berat untuk meraih emas." "gimnasium\nbilik atau dewan yang dilengkapi palang, beberat, tali, dan sebagainya untuk latihan jasmani." "gimnastik\nlatihan (senaman) gerak badan yang memperlihatkan kelincahan dan ketangkasan seseorang untuk membina otot dan kecerdasan mental." "gimpal\nperhiasan daripada emas atau perak yang digantung pada rantai leher (kalung), aguk." "gimrama\nakronim bagi gimnastik berirama (iaitu suatu persembahan gimnastik yang biasanya menggunakan alat tertentu seperti tali, reben dan bola dengan iringan irama muzik):\nsekolah itu banyak melahirkan jaguh negara dalam acara skuasy, boling dan ~." "gin\nsejenis minuman keras tanpa warna yang disuling daripada ekstrak bijian seperti barli atau rai dan diberi perisa beri juniper." "ginang-ginang\nsejenis kuih yang dibuat daripada pulut dan digoreng dengan minyak." "gincah\nkincah." "gincu\nbahan untuk mewarnai bibir, lipstik;\nbergincu\n memakai (mengenakan) gincu:\nmasa itu belum ada cara berkeriting rambut dan ~ seperti sekarang ini;\nmenggincu\n mewarnai (bibir) dengan gincu:\nselesai ~ bibirnya, ia memakai air wangi pula." "ginding\n(Sunda) elok dan bersih (pakaian)." "ginekologi\ncabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan penyakit-penyakit wanita khususnya yang berkaitan dengan organ-organ seks dan salur kencing." "giner\n[Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada pulut." "gingging\nmenggingging\n berdiri di atas sebelah kaki dengan tangan memegang kaki yang satu lagi." "gingiva\n(Perubatan) gusi." "gingivitis\n(Perubatan) radang pada gusi." "gingko\n(Jepun) sejenis pokok hiasan yang berasal dari negeri China, \nGinkgo biloba." "gingsir\ngelingsir, gelincir." "gini\n[bahasa percakapan] singkatan bagi begini." "ginjal\nbuah pinggang, kerinjal;\n \nanak ~ \nbahagian buah pinggang yang di sebelah atas;\n \npenyakit batu ~\n penyakit karang." "ginjat\n[Kedah];\nberginjat-ginjat\n berdiri-diri (berjalan-jalan) dengan hujung kaki;\nterginjat-ginjat\n terloncat-loncat, terkinjat-kinjat." "ginko\ngingko." "ginseng\nsejenis tumbuhan yang terdapat di negeri China, Korea, dan lain-lain, yang akarnya berbau harum dan dipercayai baik untuk kesihatan." "giong\n[Negeri Sembilan];\nmenggiong\n menyampuk (cakap orang dan lain-lain)." "gipsi\norang yang berasal daripada suku bangsa Asia yang tinggal di Eropah dan Amerika Utara dan mengamalkan cara hidup berpindah-randah." "gipsum\nsejenis mineral (kalsium sulfat terhidrat) berwarna putih yang terdapat secara semula jadi, biasanya digunakan untuk membuat plaster Paris, baja, simen, kaput tulis dan sebagainya." "girah\nsejenis tumbuhan (rumput yang panjang lampai), \nFimbristylis panciflora; \npokok ~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok), larak, pisang-pisang, pokok sebaru, \nPopowia neruosa." "girang\n= girang hati\n riang hati, suka hati, (sangat) gembira:\nhati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; \naku terlalu ~;\nbergirang hati\n beriang hati, bersuka hati, (sangat) bergembira;\nmenggirangkan\n membangkitkan (menimbulkan) rasa girang, meriangkan (menggembirakan) hati:\ndia bercerita sambil berjenaka untuk ~ hati anaknya;\nkegirangan\n1.\n keriangan, kesukaan, kegembiraan:\nentah mengapa hatinya malam itu penuh ~;\n 2. = kegirang-girangan\n terlalu amat girang:\nia melompat ~;\npenggirang\n selalu girang (tabiat);\n= gemirang." "girap\npercepatan (mendayung dan lain-lain), kirap;\ngirap-gemirap\n berdebar-debar (hati)." "giras\nsejenis kain linen." "giri\n[arkaik] [sastera lama] gunung." "girik I,\ngirik-girik\n [Minangkabau] gobek, penumbuk sirih;\n \nsudah menggoncang ~\n (peribahasa) tua sangat, tua renta." "girik II\n[Jawa] surat kecil (sebagai surat keterangan dan lain-lain), kad giliran (untuk jaga dan lain-lain)." "giring\nmenggiring\n \n1.\n menghalau atau mengarahkan binatang ke suatu tempat;\n 2.\n membawa (menghantar, mengirim, dan lain-lain) orang dan lain-lain ke suatu arah atau tempat:\norang itu memberi isyarat supaya kedua-dua tangkapan itu digiring; \npenduduk daerah kami digiring oleh air ke alun." "giring-giring I\nloceng kecil (untuk perhiasan dan lain-lain), loceng basikal." "giring-giring II\nsejenis tumbuhan (pokok yang boleh dijadikan baja hijau), \nCrotalaria spp." "giris\n[Jawa] ngeri, takut." "giro\ncara pembayaran dengan memindahkan wang dalam bank daripada kira-kira seseorang kepada yang lain." "giroskop\nsejenis alat berbentuk roda yang bebas berpusing pada sebarang paksi, biasanya digunakan untuk menstabilkan kedudukan pesawat, satelit dan sebagainya." "gisal\nmenggisal\n menggosok (badan dan lain-lain), menggesel:\nmaka Tuan Puteri Terus Mata pun ~ Ku Malim Deman." "gisar\nmenggisar\n \n1.\n memusing, memusar, mengisar;\n 2.\n menggosok, menggeser, menggesel." "gisi\nmenggisi\n menggigit (memakan) daging yang tinggal pada tulang." "gising\nsejenis tumbuhan (pokok), kelat api, kelat jambu air, kelat minyak, \nEugenia filiformis." "gita\n[arkaik] nyanyian, lagu." "gitan\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jitan, gerit-gerit, \nWillughbeia spp." "gitar\nsejenis alat muzik seperti biola yang dipetik talinya untuk menghasilkan bunyi;\n \n~ elektrik \nsejenis gitar yang dilengkapi peranti elektrik untuk memperkuat dan mengubah suai bunyinya, biasanya digunakan untuk muzik pop;\nbergitar\n bermain (memetik) gitar:\nbapanya pandai menggesek biola dan ~." "gitaris\n[bahasa percakapan] pemain gitar:\ndia berpeluang mengadakan persembahan dengan ~ terkenal itu." "gitu\n[bahasa percakapan] singkatan bagi begitu;\nsegitu\n seperti (sebanyak, sebesar) itu." "giuk\ntali pada tiang layar untuk mengukuhkannya." "giur\nmenggiurkan\n menimbulkan rasa berahi, memberahikan:\npandangannya itu tidaklah ~nya sama sekali;\ntergiur\n tertarik hati (keinginan)." "giwah\n[sastera lama] lapik kaki (capal) untuk pelumba lari." "gizi\nzat) makanan;\n \nahli ~\n pakar zat makanan;\n \nilmu ~ \npengetahuan berkenaan (zat) makanan;\n \nnilai ~ \nnilai makanan." "glamor\ndaya tarikan yang menakjubkan (pada orang, tempat, pekerjaan):\n ~ sudah tidak bererti lagi bagi saya." "glasier\ntimbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan bumi;\npengglasieran\n pelitupan permukaan bumi dengan glasier." "glaukoma\n(Perubatan) sejenis penyakit mata kerana tekanan di dalam mata yang boleh menjejaskan pelihatan." "glic\n(Komputer)\n1.\n kerosakan rawak atau sementara pada perkakasan, yang biasanya berpunca daripada pertambahan bekalan kuasa elektrik;\n2.\n gangguan atau kesilapan kecil pada atur cara." "glikogen\n(Biologi) kanji dalam tubuh binatang yang terdiri daripada glukosa dan lain-lain (berupa gula simpanan)." "gliserin\n(Kimia) cecair pekat yang larut dalam air dan terdapat dalam bentuk bergabung dengan asid lemak." "glob\nbenda bulat yang pada permukaannya dilukis peta dunia." "global\n1.\n meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat:\nmasalah alam sekitar ~;\n 2.\n merangkumi seluruh kumpulan perkara dan sebagainya, menyeluruh:\nperkara itu hendaklah dilihat dari sudut pandangan yang ~;\n mengglobalkan\n menjadikan bersifat global:\nkitalah yang perlu menentukan apa yang hendak diglobalkan; \norang Melayu perlu diperlengkap untuk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu \n~\n pemikiran mereka." "globalisasi\nproses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya:\ndalam era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kepada pengaruh budaya luar; \nkesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;\n mengglobalisasikan\n menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) ke peringkat global:\nmatlamat seterusnya adalah untuk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; \nkomitmen yang padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pada tahap yang sewajarnya." "globul\n1.\n sesuatu yang berbentuk bebola yang sangat kecil, seperti setitik air;\n2.\n suatu nebula gelap yang dianggap sebagai tapak terbentuknya bintang." "globulin\n(Biologi) sekumpulan protein ringkas yang berbentuk agak bulat, kurang larut di dalam air, serta terdapat di dalam sel tumbuhan dan haiwan." "gloriosa\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang bunganya berwarna merah atau kuning)." "glos\n(Linguistik) penjelasan ringkas untuk menunjukkan makna sesuatu perkataan, frasa, dan sebagainya." "glosari\nsenarai istilah berserta takrifnya yang disusun menurut abjad khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan." "glosem\n(Linguistik) unit terkecil yang mempunyai makna dalam sesuatu bahasa, seperti bentuk, tekanan dan sebagainya." "glositis\n(Perubatan) radang pada lidah." "glotis\n(Biologi) bukaan dari trakea ke farinks pada vertebrat yang ditutupi epiglotis sewaktu makanan ditelan." "glotokronologi\n(Linguistik) teknik leksikostatistik untuk menentukan saling hubungan kekeluargaan antara bahasa." "glotopolitik\nkajian tentang bagaimana bahasa kebangsaan dinaikkan tarafnya oleh pihak yang berkuasa di negara yang berbilang bahasa, kaum dan budaya." "glu\nsejenis perekat yang dibuat daripada damar asli atau damar tiruan." "glukos\nglukosa." "glukosa\n(Biologi) gula ringkas yang terdapat dalam buah-buahan atau madu." "gluten\nbahan protein lekit yang terdapat dalam tepung, terutamanya tepung gandum." "gm\n[kependekan] gram." "GMT\n[kependekan] \nGreenwich Mean Time \n(Waktu Min Greenwich)." "gnesis\n(Geologi) sejenis batuan metamorfosis berira kasar yang mengandungi feldspar, kuarza dan mika." "gnu\nsejenis antelop besar dari genus \nConnochaetes \ndi Afrika yang kepalanya seakan-akan kepala lembu, bertanduk melengkung dan berekor panjang berjumbai di hujungnya." "go-kart\nsejenis kereta lumba bermotor yang kecil, rendah dan ringan dengan kerangka yang terbuka." "goa\nsejenis burung, \nMyophonus caeruleus." "gobang\nwang tembaga yang bernilai 2 1/2 sen." "gobar\n1.\n kurang baik, suram, redup (berkenaan (dengan) cuaca);\n 2.\n bimbang, sedih (rawan) hati." "gobek\nsejenis alat (seperti tabung kecil) untuk melumatkan sirih;\n \nanak\n \n~\n sejenis antan untuk melumatkan sirih;\n \n~ api\n sejenis alat untuk membuat api;\nmenggobek\n melumatkan (menumbuk) sirih dengan gobek." "goblok\n[Jakarta], [bahasa percakapan] tolol, sangat bodoh;\nkegoblokan\n ketololan, kebodohan." "gocah\n[Kelantan] gocoh (tumbuk)." "gocoh I\ntumbuk, tinju;\nbergocoh\n bertumbuk, bertinju;\nmenggocoh\n menumbuk (meninju) kuat-kuat;\npergocohan\n pergaduhan yang orang-orang yang terlibat saling bergocoh antara satu sama lain." "gocoh II\ncepat, lekas, gopoh;\ntergocoh-gocoh\n tergopoh-gopoh, tergesa-gesa, terburu-buru:\nSalbiah datang ~ dari dapur." "goda\nmenggoda, menggodai\n \n1.\n mengajak (meminta, menyuruh) supaya berbuat sesuatu (kejahatan dan lain-lain):\nhendak digodanya gadis itu dengan apa jalan sekalipun;\n 2.\n mengganggu, mengacau, mengharu:\nbermacam-macam fikiran siasah telah timbul untuk ~ ketenteraman masyarakat dunia;\ntergoda\n digoda:\nbanyak laki-laki yang telah ~ oleh kemanjaan gadis itu;\ngodaan\n1.\n perihal menggoda;\n 2.\n sesuatu (perkataan dan lain-lain) untuk menggoda;\npenggoda\n orang dan lain-lain yang menggoda." "godak I\nnasi ~\n nasi yang dicampur dengan berbagai-bagai jenis lauk;\nmenggodak\n memasak nasi godak." "godak II\n(Komputer) tindakan mengubah suai kandungan asal suatu fail atau dokumen dengan sengaja." "godam\n= \npalu ~ \npalu (tukul, martil) besar;\nmenggodam\n1.\n menghentam (memukul) dengan godam dan lain-lain;\n2.\n (Komputer) menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain, terutamanya untuk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yang tersimpan di dalam sistem komputer itu:\nperbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yang tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera;\npenggodaman\n (Komputer) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain untuk mencuri data dan maklumat sulit dan sebagainya:\n~ laman web oleh pihak yang tidak bertanggungjawab;\n penggodam\n1.\n palu godam;\n2.\n (Komputer) orang yang menceroboh masuk ke dalam sistem komputer untuk mengakses data dan maklumat sulit dan sebagainya:\ntindakan segera perlu diambil untuk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu." "godek I\n[Jawa] jambang;\n= kodek II." "godek II\ntergodek-godek\n terkotek-kotek, terkodek-kodek." "godek III\nmenggodek-godek\n menggerak-gerakkan, memusing-musingkan, atau memutar-mutarkan sesuatu dengan jari." "godel\n[Kelantan];\nsegodel\n seketul (najis);\nbergodel-godel\n bertompok-tompok atau berketul-ketul." "godok I\nbahagian belakang tengkorak." "godok II\n[Jawa];\nmenggodok\n merebus;\ngodokan\n barang yang digodok, rebusan." "godot\n[Jakarta];\nmenggodot\n mengerat, menghiris, memotong." "gogah I\n[sastera lama] bising, gempar." "gogah II\n[Kelantan] sejenis alat daripada buluh untuk menangkap udang (ikan)." "gogal\ncermin mata berbingkai besar yang menutupi sebahagian muka untuk melindungi mata daripada terkena air, angin, habuk, cahaya, dan sebagainya;\nbergogal\n memakai gogal:\ndemi keselamatan, para pekerja itu disyaratkan memakai topi keselamatan dan juga ~ semasa berada di tapak binaan." "gogo\n[Jawa];\npadi ~ \npadi yang ditanam dengan tidak menggunakan air, padi huma (ladang)." "gogoh I\n[Terengganu] alat untuk menangkap udang (ikan), bubu." "gogoh II\n[arkaik];\nmenggogoh\n menggigil kuat." "gogok I\nteguk:\nsekali ~, keringlah gelas itu;\nmenggogok\n meneguk (air dan lain-lain) banyak-banyak;\ngogokan\n hasil perbuatan menggogok (air dan lain-lain)." "gogok II\nrantai leher." "gogol\nsejenis pahat yang panjang hulunya (digunakan oleh tukang tembaga)." "goh I\nsejenis ikan laut, mayung, \nArius thalassinus." "goh II\n[Kedah] bonggol pada pangkal tengkuk (lembu jantan dan lain-lain), kelasa." "goha\ngua." "gohek\n[Kelantan] menghidupkan enjin atau menjalankan kereta." "gohok\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya berwarna ungu dan masam rasanya)." "gohong\n[Minangkabau]\n1.\n lubang, liang;\n 2.\n gua." "goiter\n(Perubatan) bengkak di bahagian hadapan leher yang disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid (kelenjar yang menghasilkan hormon pertumbuhan dan perkembangan tubuh)." "gok I\n[Kelantan] sejenis dapur (relau) tempat membakar batu bata." "gok II\n[Kelantan], [Terrenganu] reban ayam atau itik." "gok III\n~-gat \n[Kelantan] jentik-jentik (yang akan menjadi nyamuk)." "gokgek\n[Kelantan], [Terengganu] goyah kerana hendak tercabut (tiang dan lain-lain)." "gol\n1.\n =\n pintu ~ \n kawasan di antara dua tiang berpalang yang menandakan sasaran tendangan atau pukulan bola (dalam permainan bola sepak, hoki, dan sebagainya), gawang (bola sepak, hoki, dan sebagainya):\nbola yang ditendangnya masuk ke dalam ~; \npenjaga ~\n pemain (bola sepak dan sebagainya) yang menghalang bola masuk ke dalam gol;\n2.\n mata (yang dikira setiap kali bola masuk ke dalam gawang):\ndia telah menjaringkan dua ~;\n 3.\n tercapai tujuannya (kehendaknya), lulus (usul, cadangan, dan lain-lain);\nmengegolkan\n menjaringkan gol, memasukkan (bola) ke dalam gol." "golak I\n~ -galik \nberbalik-balik (yang atas ke bawah dan yang bawah ke atas, berguling-guling, tunggang balik, berputar balik;\nmenggolak\n;\n \n~-galik \nmenunggangbalikkan, memutarbalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas)." "golak II\nbergolak\n1.\n menggelegak, mendidih (air yang masak dan lain-lain);\n 2.\n timbul huru-hara, tidak tenang (keadaan politik dan lain-lain);\n 3.\n tidak tenteram (fikiran, perasaan), bergelora, sangat gelisah:\nhatinya ~ kerana mendapat berita buruk;\npergolakan\n kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dalam lapangan politik dan lain-lain, huru-hara, keadaan tidak tenteram:\n~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing;\n~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu." "golang\n~-golek \nberbuai-buai, berayun (seperti perahu, buah jam, dan lain-lain)." "golbi\nlipatan pada jahitan seluar di bahagian depan perut." "golek I\n1.\n guling;\n \n~ para\n [Kelantan] sejenis permainan kanak-kanak (buah pinang dan lain-lain diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling);\n \nayam ~\n ayam yang dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat);\n \nbantal ~ \nbantal guling (berbentuk bulat panjang);\n \nbola ~ \njudi dengan menggunakan bola yang digulingkan ke petak-petak yang bernombor;\n \nhantu ~\n hantu yang berguling-guling di tanah;\n 2.\n [Kedah] geleng (kepala);\nbergolek\n1.\n berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dan lain-lain);\n 2.\n berbaring;\n \n~ -gelantang\n berbaring-baring;\n \nyang bulat datang ~, yang pipih datang melayang \n(peribahasa) keuntungan (kemewahan dan lain-lain) datang daripada berbagai-bagai punca;\nbergolek-golek\n1.\n berbaring-baring;\n 2.\n = \nbergolekan\n berguling-guling;\nmenggolek\n bergolek;\nmenggolekkan\n1.\n menggulingkan (bola dan lain-lain):\ndah bulat baru digolekkan, dah pipih baru dilayangkan;\n 2.\n membaringkan (badan):\naku pun ~ badan di atas tilam dan terus terlena;\ntergolek\n1.\n jatuh berguling;\n 2.\n terbaring, tergelimpang;\n \n~ di nan datar\n (peribahasa) [Minangkabau] mendapat bahaya oleh perkara kecil.;\ngolekan\n hasil menggolek." "golek II\n[Jawa] patung (daripada kayu dan lain-lain);\n \nwayang ~\n wayang yang dimainkan dengan golek;\n \n~ jonggol (jenggel)\n patung yang boleh duduk (tetapi tidak boleh berbaring)." "golek III\nmangga ~\n sejenis mangga yang besar dan manis." "goleng\n[Jakarta];\nmenggoleng\n menyentuh, mengenai, menyinggung." "golf\nsejenis permainan dengan memukul bola kecil yang keras untuk memasukkannya ke dalam beberapa lubang kecil di lapangan luas;\n \npadang ~\n lapangan tempat bermain golf." "Golkar\nakronim bagi Golongan Karya (sebuah organisasi sosial politik yang terbesar dan paling berpengaruh di Indonesia)." "golok I\n1.\n sejenis parang yang matanya diasah melengkung;\n \n~ Rembau \nsejenis senjata yang matanya diasah melengkung (penumbuk lada);\n 2.\n [Jakarta] sejenis pedang pendek:\n~ Sunda \npedang Jawa;\n \nlaksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku \n(peribahasa) pengetahuan yang tidak mencukupi tidak ada gunanya;\nmenggolok\n menetak atau memotong dengan golok." "golok II\nbergolok \n~-bergadai \n= \nbergadai-~\n berikhtiar mendapatkan wang dengan bergadai;\ngadai." "golok III\nsejenis ikan laut, belitung, \nCoryphaena hippurus." "golok-golok\n[Perak] penolong orang besar." "golong\nmenggolongkan\n \n1.\n membahagi-bahagikan (mengasingkan) ke dalam beberapa kumpulan (kaum dan lain-lain):\npenganggur-penganggur yang mencari pekerjaan digolongkan menurut umur dan pelajaran mereka;\n 2.\n memasukkan ke dalam kumpulan (puak dan lain-lain):\nmereka ~ tuan sebagai bumiputera;\ntergolong\n termasuk (dalam kumpulan dan lain-lain):\nTongkat Warrant ~ sebagai penyajak beraliran realisme;\ngolongan\n kumpulan, kelompok:\norang Melayu merupakan ~ penduduk yang terbesar di negara ini;\n~ bangsa \nkumpulan bangsa;\n \n~ kata \n(Linguistik) kategori kata yang berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, misalnya kata nama, kata kerja dan kata adjektif;\n \n~ terbesar \nkelompok manusia (rakyat) yang besar bilangannya;\n ~ terkecil \nkelompok manusia (rakyat) yang kecil bilangannya;\npenggolongan\n perihal menggolongkan." "gomak\ntepung ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan tepung kacang hijau (berintikan kacang dan gula)." "gomba\njendul (benjol) pada dahi gajah, kumba." "gombak\njambul (pada burung, ayam, dan lain-lain), rambut pada dahi orang atau kuda, jambak:\njanganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja berpangkas ~;\n~ gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor\n (peribahasa) hal orang yang baik rupanya tetapi busuk hatinya;\ngembak I\n." "gombang I\nsejenis burung (tempayan) besar, situn." "gombang II\n[Minangkabau] cantik, elok, tampan;\nsegombang\n secantik, semolek:\nsemolek secantik ini, ~ semuda ini engkau;\n~ lebuh \na) congkak (sombong);\n b) molek di luarnya sahaja (tidak di dalamnya)." "gombang III\nsejenis jaring yang dipasang pada belat, ambai." "gombang IV\nbaju ~ \nbaju kurung." "gombeng I\n[arkaik];\nmenggombeng\n memperbesar lubang, menjadikan renggang." "gombeng II\n[Kelantan]\n1.\n menggigit sesuatu untuk dibawa lari (seperti anjing menggigit tulang);\n2.\n menghisap susu (berkenaan (dengan) kanak-kanak)." "gombing\n1.\n sejenis ikan laut, \nPomacentridae;\n2.\n sejenis ikan laut, \nDascyllus marginatus;\n3.\n sejenis ikan laut, \nDaya jerdoni." "gomok I\n[Kelantan];\nkatak ~ \nsejenis katak yang buncit." "gomok II\n[Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada jagung (kacang, beras)." "gomol\nbergomol\n berpeluk-peluk kerana hendak menggulingkan lawan (seperti orang bergusti), bergelut, bergumpal, bergulat;\nmenggomol\n memeluk seseorang erat-erat (kerana hendak menggulingkannya dan lain-lain);\npergomolan\n perihal bergomol, pergelutan;\npenggomolan\n perbuatan menggomol, penggulatan." "gompiok\n[Jakarta] lebat atau tebal (rambut, daun, dan lain-lain)." "gon\n[Kedah], [Kelantan] tanah (jalan dan lain-lain) yang makin meninggi." "gonad\n(Perubatan) organ yang menghasilkan gamet, seperti ovari atau testis." "goncang\n= bergoncang\n1.\n bergoyang dengan keras atau kencang, bergegar:\npondok kecil itu ~ kerana ditiup angin kencang; \ndengan ~ kaki \na) dengan berayun kaki;\n b) [kiasan] dengan mudah sahaja;\n2.\n [kiasan] mudah berubah-ubah (pendirian dan lain-lain), menjadi tidak" "gonceng\n[Jakarta] \nbonceng." "gondang\nnama bermacam-macam jenis siput, \nDolium spp." "gondek\n[Kelantan] melengkung atau berkelok ke bawah (berkenaan (dengan) tanduk)." "gondeng\n[Kelantan];\nbergondeng\n1.\n bergantung, bergayut (seperti lebah pada dahan);\n2.\n = \nlekat ~\n teguh melekat (tidak mudah terlepas atau tertanggal)." "gonder\n[Terengganu] bulat panjang." "gondok\n1.\n pendek dan besar, gemuk (badan, leher, benda, dan lain-lain);\n \nparang ~ \nparang yang pendek dan tebal bilahnya;\n \nmerpati ~ \nmerpati yang besar lehernya;\n2.\n bonggol pada bahagian leher di bawah dagu, beguk;\n \nkelenjar ~ \n[Indonesia] halkum;\n3.\n [Jakarta] sebal hati, perasaan marah yang tidak dilahirkan;\nkegondokan\n perihal (keadaan) gondok." "gondol I\n= bergondol\n1.\n botak sama sekali (kepala), tidak berdaun (pokok):\nperutnya buncit, kepalanya besar ~; \n2.\n tidak bertudung (bersongkok dan lain-lain), tidak bertutup kepalanya (lelaki atau perempuan);\n3.\n tidak ditumbuhi tanam-tanaman atau tumbuh-tumbuhan (seperti padang pasir dan lain-lain):\ntanah daratan itu hijau dan penuh dengan hutan, sangat berbeza dengan pantai pasir yang ~;\nmenggondolkan\n1.\n membuang rambut hingga gondol (botak);\n2.\n [kiasan] menelanjangi, menghabiskan (harta benda dan lain-lain)." "gondol II\nmenggondol\n1.\n [Jawa] membawa dengan mulut, menggonggong:\nanjing ~ tulang; \n2.\n [Jawa] [kiasan] melarikan, mencuri:\n~ barang-barang kemas; \n3.\n [kiasan] memenangi, memperoleh (piala, sijil, dan lain-lain) kerana kejayaan:\ndia banyak ~ hadiah dalam peraduan melukis." "gondola\n1.\n sejenis sampan yang panjang, leper bahagian bawahnya dan melengkung di kedua-dua hujungnya, yang dijadikan sebagai pengangkutan di terusan di Venice, Itali;\n2.\n kabin yang tergantung dari kapal udara, belon, kereta api kabel dan sebagainya." "gondong\nbengkak pada leher, beguk, benguk." "gondrong\n[Jakarta] panjang rambutnya (kerana tidak digunting)." "gong I\n1.\n sejenis alat bunyi-bunyian daripada logam yang bertombol (dibunyikan dengan dipalu), canang besar;\n \n~ pelaung \n[sastera lama] gong yang dibunyikan untuk memanggil;\n \n~ pengerah\n [sastera lama] gong untuk menghimpunkan (mengerahkan) askar-askar (pekerja-pekerja dan lain-lain);\n2.\n bunyi seperti bunyi canang besar dipalu;\nmengegongkan\n memalu gong, membunyikan gong;\n \n~ gong pesuk\n (peribahasa) memegahkan kemuliaan (kekayaan dan lain-lain) yang telah tidak ada lagi." "gong II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), putat tepi, \nHelicia petiolaris; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), rambutan pacat, \nXerospermum laevigatum." "gong III\n[Kelantan]\n1.\n agak gila, kurang siuman;\n2.\n dungu." "gong IV\n[Terengganu] sombong, berlagak:\npadanlah Bakar kena tampar. Dia ~ sangat." "gonggok I\nsejenis binatang dalam kelas Diplopoda (seperti lipan yang banyak kakinya dan akan melingkarkan badannya apabila disentuh), sepah bulan." "gonggok II\n[arkaik] gulung." "gonggong I\nmenggonggong\n \n1.\n membawa (memegang) dengan mulut atau paruh (berkenaan (dengan) anjing, burung, dan lain-lain), menggondol:\nmereka mengejar seekor anjing yang lari ~ sepotong daging; \n2.\n menyalak (anjing);\n \nseperti gagak ~ telur\n (peribahasa) perihal lelaki yang buruk atau hitam beristerikan perempuan cantik atau berkulit putih;\ngonggongan\n salakan (anjing):\nsayup-sayup terdengar ~ anjing." "gonggong II\nsejenis lokan atau siput." "gonjak\nmenggonjak\n mengusik-usik (untuk menyakiti), menggiat, mengejek." "gonjok\nmenggonjokkan\n [sastera lama] memperolokkan, menggonjak." "gonjong\ntirus (lancip) ke hujung atau ke puncak (seperti bentuk bumbung rumah dan lain-lain), runcing;\nbergonjong\n berbentuk gonjong;\n \nrumah ~ \nrumah yang bumbungnya tirus (lancip) ke puncak (seperti rumah Minangkabau)." "gonorea\n(Perubatan) sejenis penyakit kelamin yang diakibatkan oleh virus \nNeisseria gonorrhoeae\n yang dijangkiti melalui persetubuhan, yang dicirikan dengan radang pada kemaluan dan tempat pembiakan, sukar kencing, dan lain-lain." "gonta\n~ -ganti \n[Jawa] [arkaik] berganti-ganti, bergilir-gilir, beri-memberi." "gontai\n[Minangkabau] perlahan-lahan, lambat (jalannya, langkahnya, dan lain-lain), lemah (tidak berdaya):\nlangkahku ~ menuju kereta tumpanganku; \nRapiah berjalan ~ menuju ke dapur sambil suaminya terus mencerca;\nmenggontai\n membuat sesuatu lambat-lambat, bergerak (berjalan) perlahan-lahan;\nmempergontai\n memperlambat;\ntergontai-gontai\n perlahan-lahan." "gonyah\n[Kelantan];\nmenggonyah\n menggonyoh, menggosok (untuk mencuci):\n~ lantai." "gonyak\n[arkaik];\nmenggonyakkan\n mengejek, mencemuhkan;\ngonjak, gonjok." "gonyeh\nmenggonyeh\n1.\n mengunyah-ngunyah dengan gusi (seperti orang tidak bergigi);\n2.\n [Kedah] menghancurkan (melumatkan) makanan di dalam mulut, mengunyah." "gonyel\nmenggonyel\n1.\n menekan-nekan atau memicit-micit (tidak dengan kuat);\n2.\n menggigit-gigit puting (mata) susu (seperti anak kecil yang menetek), menggonyeh." "gonyoh\nmenggonyoh\n membersihkan (melicinkan) dengan berus dan lain-lain, menggosok." "gopoh\ncepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu);\n \n~-gapah\n = \n~-gapik \n= \n~-mamang \n= \ngapah-~\n = \ngopoh-gopoh;\ngopoh-gopoh\n tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dengan tidak cermat) membuat sesuatu:\nDolah mengenakan pakaiannya dengan ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu;\nbergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah\n gopoh-gapah:\ndengan tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini;\nkegopohan\n perihal terburu-buru (tergesa-gesa)." "gopong\nsejenis bekas air daripada tempurung yang diberi bertali, sekul." "gorak\n[Kelantan] serak, kasar (suara)." "gorden\n[Indonesia-Belanda] tabir, tirai." "gorek I\nkorek api;\n \n~ api \ngores api, mancis;\nmenggorek-gorek\n = \nhati ~ \nhati menggeletek, berdebar-debar hati." "gorek II\n= gorek-gorek\n sejenis tumbuhan, (pokok memanjat), \nCaesalpinia jayabo." "goreng\n1.\n yang dipanggang (dipanaskan) dalam kuali kering, yang dimasak dengan minyak:\nkacang ~; \nmi ~; \nnasi ~; \npisang ~; \nminyak ~\n = \nminyak penggoreng \nminyak untuk menggoreng;\n2.\n [bahasa percakapan] kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak;\nmenggoreng\n1.\n memasak dengan minyak:\n~ ikan;\n~ pisang; \n2.\n memasak (beras, tepung, dan sebagainya) dalam kuali dengan tidak menggunakan minyak, merendang;\n3.\n [bahasa percakapan] memperolok-olokkan, memborak;\ngorengan\n sesuatu yang digoreng;\npenggorengan\n bekas (seperti kuali dan lain-lain) tempat menggoreng:\nkutekan ikan itu pada ~ supaya lekas masak;\n penggoreng\n1.\n orang yang menggoreng:\n~ mi\n;\n2.\n alat yang digunakan untuk menggoreng:\nkuali ~ ikan." "gores\ngaris, calar, coret (corek);\n \n~ api\n korek api, mancis;\nbergores, bergores-gores\n bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut);\nmenggores\n menggaris, mencalar, menggarit;\n \n~ hati\n melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan;\nmenggoreskan\n menggariskan, menggaritkan:\n~ pisau pada meja;\ntergores\n tergaris, tercorek;\n \n~ dalam hati\n terlintas dalam hati, terfikirkan:\ntidak ~ dalam hatiku derhaka kepadanya;\ngoresan\n yang sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores;\npenggoresan\n perihal menggores, pencalaran, penggaritan;\npenggores\n alat (seperti pisau dan lain-lain) untuk menggores." "gori I\n[Jawa] buah nangka muda." "gori II\n[Kelantan];\nbergori\n1.\n membeli mula-mula sekali (sebelum pembeli-pembeli lain);\n2.\n menjual mula-mula sekali (kpada pembeli pertama)." "gorila\nsejenis mawas yang sangat besar, yang hidup di hutan bahagian tengah Afrika Barat, berbadan tegap, bermuncung pendek, dan berbulu kasar dan gelap, \nGorilla gorilla." "goroh\n[Minangkabau];\nmenggoroh\n menyembelih (lembu dan lain-lain);\npenggorohan\n penyembelihan;\ngorok." "gorok\nmenggoro\nk [bahasa kasar] menyembelih;\npenggorokan\n penyembelihan;\ngoroh." "gosip\ncakap-cakap yang mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yang buruk atau umpatan tentang orang lain;\nbergosip\n berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat:\ndia terpaksa menafikannya, mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~\n;\nmenggosipkan\n memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sebagai gosip." "gosok\n~ gigi\n [Indonesia] ubat gigi;\n \nabu ~\n sejenis abu untuk menggilapkan camca, garpu, dan lain-lain;\n \nubat ~\n ubat yang disapukan (disentalkan) pada tubuh;\nbergosok\n1.\n bergeser, bergesel, bergeseran;\n2.\n sudah digosok (digilapkan):\nkemas rupanya dengan pakaian yang berseterika keras dan sepatu yang ~;\nmenggosok\n1.\n membersihkan (menggilapkan dan lain-lain) dengan tangan (berus, kain, dan lain-lain), menggeser-geserkan (berus, kain, dan lain-lain) pada sesuatu dengan keras, menyental:\nsebagai orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; \n2.\n menyeterika (baju dan lain-lain);\n3.\n = \nmenggosok-gosok\n membangkit-bangkitkan kemarahan, menghasut:\njika tiada orang yang ~ tidak mungkin ia mahu melawan;\n4.\n menggilap (mengasah, menyerodi) permata dan lain-lain;\n5.\n [arkaik] menggesek (biola dan sebagainya);\nmenggosokkan, mempergosokkan\n1.\n menggosok dengan (tangan, barang, dan lain-lain), menggunakan sesuatu untuk menggosok:\nPawang Ahmad meramas limau serta ~nya ke badan orang sakit itu;\n2.\n menjadikan bergeser, menggeserkan:\nsambil bercakap, orang India itu menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangannya;\n gosokan\n1.\n sesuatu yang sudah digosok, pakaian dan lain-lain yang akan atau sudah diseterika;\n2.\n perihal menggosok;\n3.\n = \ngosok-gosokan\n [kiasan] hasutan;\npenggosokan\n perihal menggosok;\npenggosok\n1.\n alat untuk menggosok;\n2.\n orang yang menggosok." "gosong I\ntimbunan pasir di pinggir laut atau di kuala sungai, busung." "gosong II\nhangus;\nbergosongan\n [arkaik] hangus, terbakar." "gostan\n[bahasa percakapan] undur (ke belakang)." "got\n[Indonesia-Belanda] saluran air, parit, selokan." "gotel\n[Kelantan];\nmenggotel\n menjadikan bulat, menggenteli (adunan kuih dan lain-lain)." "gotes\n[arkaik];\nmenggotes\n memetik (bunga dan lain-lain) pada tangkainya, memutuskan (tangkai dan lain-lain), menggentas." "gotong\n~-royong\n tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-sama:\nsudah teradat bagi penduduk-penduduk desa itu bekerja ~ pada musim menuai padi;\nbergotong; \n~-royong \nmengusahakan (mengerjakan) sesuatu bersama-sama:\norang kampung ~ membina jambatan dan jalan-jalan kecil;\nmenggotong\n membawa (sesuatu yang berat) bersama-sama orang lain (tidak seorang diri):\n~ beras ke dalam kedai." "gotri\n[Jawa] peluru yang bulat-bulat kecil." "gotrok\n[Jawa] gerabak kereta api untuk mengangkut barang." "gout\nsejenis penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yang menyebabkan sendi kaki (lutut, dan lain-lain) menjadi bengkak." "goyah\n1.\n goyang seperti hendak tumbang atau tercabut (berkenaan (dengan) gigi, tiang, dan lain-lain), gual-gail:\nmana-mana terdapat tiang yang ~ digantikannya dengan yang baru;\n2.\n tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dan sebagainya), tidak kukuh atau teguh (berkenaan (dengan) hubungan, ikatan, dan sebagainya):\nkepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; \nmendamaikan rumah tangga kami yang selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita;\nmenggoyahkan\n menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dan lain-lain):\nsukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu;\ntergoyah(kan)\n tergoyang(kan):\n mereka mempunyai nilai yang abadi, yang tidak ~;\nkegoyahan\n keadaan atau hal goyah:\n ~ sosial yang meletus selepas Perang Dunia II." "goyak\nmenggoyak\n menggoncang, menggoyang(kan)." "goyang I\n1.\n bergerak, berayun-ayun:\npohon kelapa itu ~ kerana ditiup angin kencang; \nkerusi ~ \nkerusi ayun (kerusi yang boleh digerakkan berbuai-buai);\n2.\n [kiasan] tidak tetap (pendirian, keyakinan, dan lain-lain), selalu berubah-ubah, goncang (keadaan politik dan lain-lain):\nkedudukannya sebagai menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan daripada rakyat; \nkeyakinan yang tidak ~ terhadap peperangan yang ditempuhi;\nbergoyang\n1.\n berayun-ayun, bergerak-gerak:\ndaun yang ~ seperti melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; \n2.\n sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan);\n \n~ kaki \na) berayun kaki;\n b) [kiasan] bersenang-senang (hidup dengan tidak bekerja);\n \n~ kepala \nbergeleng kepala (sebab sangat hairan dan lain-lain);\n \n~ lutut \nduduk dengan menggerak-gerakkan lutut;\nmenggoyang\n = \nmenggoyangkan;\nmenggoyangkan\n1.\n menggoncangkan, mengayunkan:\nia ~ buaian itu untuk anaknya; \n2.\n menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan, pendirian, dan sebagainya), menggoncangkan (kedudukan dan sebagainya);\ntergoyang\n terayun, tergoncang;\ngoyangan\n goncangan, ayunan;\nkegoyangan\n perihal goyang, kegoncangan." "goyang II\nkuih ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan digoreng, kuih loyang, kuih ros." "GPIM\n[kependekan] Gabungan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia." "GPMS\n[kependekan] Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung." "grad\n[Indonesia-Belanda] darjat, tingkat, taraf." "graduan\nmahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah." "graf\n1.\n rajah yang terdiri daripada beberapa garis, titik, dan sebagainya untuk memaparkan saling hubungan antara dua nilai atau lebih yang berubah-ubah;\n2.\n (Linguistik) simbol visual, terutamanya satu atau beberapa huruf, yang mewakili satu unit bunyi atau ciri ujaran yang lain;\nmenggrafkan\n menggambarkan dengan graf." "grafem\n(Linguistik) unit minimum yang distingtif dalam sistem tulisan sesuatu bahasa." "grafemik\n(Linguistik) kajian tentang tanda graf yang digunakan dalam bahasa tertentu." "grafik\n1.\n maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol, dan lain-lain (untuk menyatakan atau menyampaikan idea dan sebagainya);\n2.\n lukisan-lukisan (gambar-gambar dan sebagainya) pada susunan halaman majalah (buku dan sebagainya);\n3.\n (yang) menggunakan atau terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol, dan lain-lain;\n \n~ komputer \nkaedah penggunaan komputer untuk mencipta, mengolah, memaparkan, mencetak, dan lain-lain lukisan atau imej grafik." "grafit\n(Kimia) sejenis karbon yang lembut dan berwarna hitam yang digunakan dalam pembuatan pensil, pelincir, dan lain-lain." "grafiti\nkata-kata atau lukisan, biasanya lucah, lucu, berbau politik dan sebagainya, yang dicontengkan di tempat-tempat awam seperti tembok bangunan, bilik air dan sebagainya." "grafologi\n1.\n kajian tentang tulisan tangan seseorang, terutamanya untuk menganalisis atau mengenali keperibadian orang itu;\n2.\n (Linguistik) kajian tentang sistem tulisan." "graha\ngedung." "gram\nsukatan berat yang bersamaan dengan satu per seribu kilogram." "gramatis\n(Linguistik) berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa:\nmereka harus dilatih berbicara dengan terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; \nayat-ayat di bawah ini sebaliknya tidak ~;\nkegramatisan\n perihal gramatis, sifat gramatis, kepatuhan kepada atau ketepatan dengan tatabahasa:\nasas bahasa Melayu tinggi ditentukan oleh ~ ayat-ayat yang dihasilkan oleh pengguna bahasa." "gramofon\nalat untuk memainkan piring hitam, peti nyanyi." "grandstan\nblok tempat duduk bertingkat-tingkat di stadium dan sebagainya, biasanya berbumbung, yang membolehkan para penonton menyaksikan sesuatu acara olahraga, perlumbaan kuda dan sebagainya dengan jelas." "granit\n(Geologi) sejenis batu igneus berwarna kelabu yang terdiri daripada feldspar, kuarza, dan lain-lain dan banyak digunakan dalam pembinaan, seperti bangunan dan jalan." "grasi\n[Indonesia-Belanda] ampun (maaf) yang diberikan oleh kepala negara (sultan dan lain-lain) kepada orang yang kena hukum (bunuh dan lain-lain)." "gratifikasi\n[Indonesia-Belanda] wang pemberian kepada pekerja di luar gaji yang ditetapkan." "gratis\n[Indonesia-Belanda] tanpa apa-apa bayaran, (dengan) percuma:\nsejak penyingkirannya beliau tidak lagi perlu memberikan perkhidmatan ~ kepada pertubuhan itu." "gratuiti\nganjaran biasanya berupa wang yang diberikan oleh majikan kepada pekerja yang berhenti atau bersara sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah diberikan." "graviti\n(Fizik) daya tarikan yang menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat sesuatu cakerawala seperti bulan atau bumi." "gred\n1.\n peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu:\ntelur ~ A;\n2.\n pangkat atau tingkatan kelulusan yang dicapai (dalam peperiksaan tertentu):\n~ satu (dua, tiga);\nmenggredkan\n menentukan gred (mutu);\npenggredan\n perihal atau perbuatan menggredkan." "gregat, greget\n[Jawa] kemahuan (membuat sesuatu)." "grenad\nbom kecil yang dilemparkan atau ditembakkan ke arah sasaran dengan sejenis senapang;\nmenggrenadkan\n melemparkan atau menembakkan grenad." "grepe\n[Jakarta];\nmenggrepe\n meraba-raba, memegang-megang." "grid\n(Komputer)\n1.\n permukaan yang dirintangi silangan garis mendatar dan mengufuk yang sekata;\n2.\n jadual hamparan elektronik yang terdiri daripada lajur dan baris;\n3.\n garis paksi-x dan paksi-y yang berjarak sekata pada carta atau graf untuk membantu pemplotan titik data." "gril\nsejenis perkakas yang terdiri daripada batang-batang besi yang selari untuk membakar atau memanggang daging dan sebagainya;\nmenggril\n memanggang ikan, daging dan sebagainya di atas gril:\nibu sedang ~ ikan di dapur." "grip\n[Indonesia] kalam (papan batu)." "gris\nsejenis minyak pekat yang digunakan sebagai pelincir untuk jentera dan sebagainya;\nbergris\n ada gris:\nbahagian bawah kenderaan lebih cepat menjadi kotor, berlumpur atau ~ kerana bahagian berkenaan lebih dekat dengan permukaan jalan;\nmenggris\n membubuh (menyapukan, memalitkan dan sebagainya) gris pada:\ndia sedang ~ bahagian tertentu enjin itu supaya tidak mudah berkarat.\nGRO\n [kependekan] \nGuest Relations Officer \n(pegawai perhubungan pelanggan)." "gros\nukuran kuantiti yang bersamaan dengan 12 dozen." "grotes\nlukisan (ukiran dan sebagainya) dengan gaya atau bentuknya yang sangat ganjil:\ncatan ~." "groto\n(Geografi) gua kecil yang mempunyai ciri yang menarik." "grup\n[bahasa percakapan] rombongan, kumpulan, golongan, kelompok." "gu I\n1.\n balak yang diletakkan di atas tengkuk sepasang lembu, igu;\n2.\n pasang:\nkasut se~; \n3.\n regu, kumpulan, rombongan." "gu II\ncik~ \npanggilan bagi guru." "gua I\nlubang besar di kaki bukit (gunung dan lain-lain)." "gua II\nburung ~ \nsejenis burung, burung siput, burung kubur rimba, gagak gunung, tiung belacam, \nMyophoneus flavirostris dicrorhyncus." "gua III\n[Cina], [bahasa kasar] ganti nama diri pertama seperti aku, saya." "guah\n~ hitam\n sejenis tumbuhan (pokok), jahur, jeragur, jual, petai belalang, sebusuk, \nCassia siamea." "gual\n~-gail \nmudah lepas atau tanggal (gigi dan lain-lain), goyah, goyang." "guam I\n[sastera lama] perselisihan, perkelahian, persengketaan (dalam mahkamah);\nberguam\n berselisih, berkelahi, bersengketa;\nguaman, perguaman\n persengketaan, perbicaraan (dalam mahkamah);\n \npembantu ~\n pegawai yang menyusun perjalanan perkara dalam mahkamah;\npeguam\n orang yang pekerjaannya (profesionnya) mengemukakan tuntutan guaman di mahkamah atau memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggannya, pengacara;\n \n~ negara \npegawai guaman tertinggi kerajaan." "guam II\nsejenis penyakit pada mulut, serawan, serjawan." "guana\n[Kelantan], [Terrenganu] bagaimana, macam mana." "guano\ntahi burung laut yang dikeringkan, yang digunakan sebagai baja." "guar I\n[Kedah] anak bukit." "guar II\n[Minangkabau];\nmengguar\n memukul, membunyikan:\ntabuh sudah diguar orang." "guatak\nsejenis tumbuhan (pokok), \nDysoxylon cauliflorum." "gubah I\nmenggubah\n \n1.\n mengatur atau menyusun bunga (untuk perhiasan sanggul dan lain-lain);\n2.\n mengarang (cerita, sajak, dan lain-lain), mencipta (lagu dan lain-lain), membentuk atau menyusun (sesuatu):\nnasihat itu telah digubah dalam serangkap pantun;\ngubahan\n1.\n bunga dan lain-lain yang digubah;\n2.\n karangan (cerita dan lain-lain), ciptaan lagu:\nbanyak cerpen ~nya disiarkan dalam majalah mingguan;\npenggubahan\n perbuatan (usaha dan sebagainya) menggubah:\nkita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~ falsafahnya;\npenggubah\n orang yang menggubah, pencipta." "gubah II\nkubah II." "gubal I\nkayu yang lembut di antara kulit dengan teras;\n \nteras terunjam, ~ melayang \n(peribahasa) penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar." "gubal II\nbongkah (tanah, batu, dan lain-lain);\n \n~ besi\n bongkah besi (besi yang belum ditempa)." "gubal III\nmenggubal\n membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dan lain-lain), membentuk dan mengatur (menyusun):\njawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yang baru; \nterpulanglah kepada kerajaan kelak untuk ~ dasar-dasar untuk menggalakkan bumiputera dalam perniagaan dan perdagangan;\ntergubal\n terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dan lain-lain):\ndengan itu ~lah siri abjad Jawi yang lengkap bagi bahasa Melayu;\npenggubalan\n perihal (perbuatan, tindakan, dan sebagainya) menggubal;\npenggubal\n orang yang menggubal:\n~ istilah;\n~ undang-undang\n orang yang menggubal undang-undang." "gubang I\n[arkaik];\nperahu ~ \nsejenis perahu layar, panjangnya antara 20 hingga 25 kaki atau 6 hingga 7.5 meter." "gubang II\n[arkaik] takuk-takuk pada pokok untuk memudahkan orang memanjat." "gubas\nkasar (buatan, hasil pertukangan)." "gubel\n[Jawa];\nmenggubel\n bergantung pada, berpegang pada (kanak-kanak pada ibu atau ayahnya)." "gubernemen\n[Indonesia] kerajaan atau pemerintah (pada zaman kolonial)." "gubir\ngelambir." "gubit\n[Minangkabau];\nmenggubit\n melambai (tangan dan lain-lain) untuk memanggil." "gubra\ngugup." "gubris\n[Indonesia] = \nmenggubris\n [bahasa percakapan] mengambil perhatian, mempedulikan, mengendahkan." "gubuk\ndangau, rumah kecil (di sawah dan lain-lain)." "guci\nsejenis buyung yang dibuat daripada tembikar dan lain-lain;\n \n~ wasiat\n [kiasan] sesuatu yang penuh rahsia (sakti)." "gucik\n= guncak." "gucuk\n[Brunei] gobek." "gudang\nbangunan atau rumah tempat menyimpan barang-barang:\n~ getah;\nbergudang-gudang\n beberapa gudang (banyaknya);\nmenggudangkan\n menyimpan dalam gudang." "gudeg\n[Jawa] sejenis masakan yang dibuat daripada nangka muda;\n \nkota ~\n [bahasa percakapan] Jogjakarta;\n \nnasi ~ \nnasi bercampur dengan gudeg." "guderi\n[Jakarta] sejenis permaidani yang halus." "gudi\n[arkaik]\n1.\n sejenis cerana;\n2.\n kalangan kapal;\nguri II\n." "gudig\n[Jawa] kurap;\ngudigan\n menderita penyakit kurap, berkurap." "gudik\n[arkaik];\ntergudik-gudik\n tergerak-gerak (ekor kucing dan lain-lain)." "gudu-gudu\nsejenis paip untuk menghisap tembakau dan lain-lain, hukah." "gugah\n[Jawa];\nmenggugah\n1.\n menjagakan (orang tidur), membangkitkan, membangunkan;\n2.\n menggesa atau mencabar (supaya melakukan sesuatu dan lain-lain), membangunkan, membangkitkan:\nmelalui makalah ini, saya ingin ~ ahli bahasa, sasterawan, guru bahasa, dan pengguna bahasa untuk menentukan pilihan mana yang betul dan mana yang salah." "gugat I\nmenggugat\n \n1.\n mendakwa, mengadukan (perkara) kepada mahkamah;\n \n~ pusaka\n mengadukan perkara pusaka kepada mahkamah;\n2.\n mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yang sudah-sudah, mengkritik dengan keras, mencela, membantah, menyanggah:\nahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji;\ngugatan\n dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan;\ntergugat\n digugat:\nketenteraman masyarakat telah ~;\npenggugatan\n perihal atau perbuatan menggugat;\npenggugat\n orang yang menggugat." "gugat II\n[Indonesia] goncangan;\nmenggugat\n menggoncang." "gugu\n[Negeri Sembilan];\nmenggugu\n1.\n mendengking-dengking (menangis dan lain-lain);\n2.\n mengunyah, memamah biak (binatang dan lain-lain)." "guguh\n[Minangkabau];\nmengguguh\n1.\n mengetuk (pintu dan lain-lain);\n2.\n memukul (gendang dan lain-lain)." "guguk I\n[Minangkabau] bukit kecil, anak bukit." "guguk II\ngelap-~ \ngelap-gelita." "gugup\n1.\n riuh-rendah, gegak-gempita, hiruk-pikuk:\napabila letupan bergemuruh maka di dalam rumah kedengaran ~ dengan raung dan tangis perempuan; \n2.\n bingung, kehilangan akal;\n3.\n gagap:\nia kelihatan ~ dan teragak-agak dalam adegan itu;\nmenggugupkan\n menjadikan gugup;\nkegugupan\n perihal gugup, kebingungan;\npenggugup\n orang yang mudah menjadi gugup." "gugur\n1.\n jatuh, luruh (buah dan lain-lain):\nbuah yang tak ~-~; \n2.\n jatuh sebelum masak (buah-buahan);\n3.\n lahir sebelum cukup bulan (anak kecil):\nanak ~; \n4.\n runtuh (tanah dan lain-lain);\n5.\n mati (terkorban) dalam pertempuran:\ntelah banyak pahlawan Kedah yang ~; \n6.\n hilang, habis (hak dan lain-lain):\nkalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya untuk mengundi dalam majlis perhimpunan agung;\n~ hati \njatuh hati, jatuh cinta;\n \n~ talak\n jatuh talak (diceraikan);\n \nbunga ~, putik pun ~\n (peribahasa) setiap yang hidup akan mati (dengan tidak memandang umur);\nberguguran\n gugur dengan banyaknya:\npapan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua;\nmenggugurkan\n1.\n menjatuhkan:\nrisalah-risalah digugurkan dari kapal terbang;\n2.\n mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dengan sengaja):\ndengan diam-diam anak yang dalam kandungannya digugurkan;\n3.\n mengeluarkan daripada (tidak memasukkan ke dalam) pasukan dan lain-lain:\nPersatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain daripada skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini;\n4.\n tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (daripada penggunaan):\ndalam situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yang difikirkan lebih umum; \ncontoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada\n, \nataupun oleh\n \ntidak boleh digugurkan;\n5.\n tidak meneruskan lagi (tuntutan dan sebagainya), tidak terus menuntut;\nkeguguran\n1.\n mengalami gugurnya (daun dan lain-lain):\npokok ceri yang sedang ~ daun;\n2.\n melahirkan anak sebelum cukup bulan (dengan tidak sengaja):\nisterinya ~;\npengguguran\n perihal (perbuatan, tindakan, dan sebagainya) menggugurkan:\n~ kata dari pada ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis;\n~ tuntutan." "gugus\n1.\n benda yang tumbuh banyak-banyak pada setangkai (buah-buahan), benda yang sama jenisnya (anak kunci dan lain-lain) yang dikumpulkan dalam satu ikatan, rangkai, kelompok, tompok:\nse~ rambutan; \n2. = gugusan\n serangkai, sekelompok, setompok:\n~ pulau-pulau; \n3.\n (Linguistik) urutan unsur linguistik yang berupa bunyi atau golongan kata:\n~ konsonan;\n~ akhir \n(Linguistik) gugus konsonan yang letaknya di akhir suku kata, misalnya \nks \ndalam \nkompleks;\n~ awal \n(Linguistik) gugus konsonan yang letaknya di awal suku kata, misalnya \npr \ndalam \nprasejarah;\n~ konsonan \n(Linguistik) gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya \nkl \ndalam \nklasik \ndan \npr \ndalam \nprotes;\nbergugus-gugus\n berkelompok-kelompok (berkenaan (dengan) pulau, bintang, buah-buahan dan sebagainya), bertompok-tompok:\nsetengah-setengah pokok kelapa itu sudah berbuah dengan lebatnya ~ pada tandannya;\ngugusan\n sesuatu yang berada dalam kelompok:\n~ pulau-pulau." "gugut\ngelap~- \n[Kelantan] gelap-gelita." "GUI\nakronim bagi \ngraphical unit interface\n (antara muka unit grafik)." "guih\n[Kedah] mancis." "guilder\nunit mata wang Netherlands." "guit\nmengguit\n1.\n menguit, menguis;\n2.\n [kiasan] menyinggung, melanggar (hak dan lain-lain);\n3. = mengguit-guit\n bergerak-gerak (jari dan lain-lain)." "gujirak, gujirat\n[Minangkabau] fitnah, umpatan, gunjing." "guk\ngema, gaung." "gul\n[arkaik] [sastera lama] bunga ros, bunga mawar;\n \n~ bakawali\n sejenis bunga yang kembang di tengah malam, kengwa, \nEpiphyllum oxypetalum." "gula I\nbenda manis yang dibuat daripada pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (seperti tebu, kelapa, anggur, dan lain-lain);\n~ aising \ngula berbentuk serbuk berwarna putih yang digunakan untuk membuat aising;\n \n~ anggur\n gula daripada buah anggur;\n \n~ aren (enau, kabung)\n gula daripada nira enau;\n \n~ batu (buku) \ngula yang berketul-ketul;\n \n~ bit\n gula yang terdapat daripada ubi bit putih;\n \n~ demerara \ngula tebu berwarna perang muda yang datangnya dari Demerara;\n \n~ ganting \ngula kasar;\n ~ getah \nmanisan yang dicampur getah (karet) untuk dikunyah;\n \n~\n \nkastor \ngula putih yang sangat halus\n;\n~ kuning \ngula pasir yang berwarna kemerah-merahan;\n ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) \ngula daripada nira kelapa;\n \n~ merah\na) gula pasir merah;\n b) gula enau (kabung);\n \n~ pasir (putih) \ngula halus seperti pasir dibuat daripada air tebu;\n \n~ ringkas \ngula dalam bentuk ringkas seperti glukosa, fruktosa, galaktosa;\n \n~ tarik \nsejenis manis-manisan daripada gula;\n \n~ tebu \ngula daripada tebu;\n \npenyakit ~ \nkencing manis;\nada ~ ada semut\n (peribahasa) di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul;\n \nhitam-hitam ~ jawa \n(peribahasa) [Jakarta] dikatakan kepada perempuan yang hitam kulitnya tetapi manis rupanya;\n \nsemanis-manis ~, ada pasir di dalamnya \n(peribahasa) kata-kata yang lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat;\n \numpama ~ di dalam mulut \n(peribahasa) pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai);\ngula-gula\n1.\n bermacam-macam manisan dibuat daripada gula;\n \n~ getah \nsejenis gula-gula bergetah dan berperisa untuk dikunyah-kunyah sahaja;\n2.\n [bahasa percakapan] sesuatu yang menyukakan hati;\n3.\n [bahasa percakapan] gundik, perempuan untuk bersuka-suka;\nmenggula, menggula-gula\n [bahasa percakapan] mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) untuk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yang muluk-muluk terhadap seseorang untuk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu:\nbijak sungguh orang tua yang berasal dari Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya;\nmenggulai\n memberi bergula pada, membubuh gula pada;\nmenggulakan\n menjadikan (kata-kata, percakapan, dan sebagainya) manis dan muluk-muluk untuk memperdaya seseorang atau untuk mendapatkan sesuatu." "gula II\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang api-api, mungul tiup-tiup, \nAdinandra dumosa;" "gulai\nmasakan (daging, ikan, dan lain-lain) yang berkuah:\n~ ayam;\n~ terung;\n~ lemak \ngulai yang memakai santan yang banyak;\n~ lampau serai tentu maung \n(peribahasa) perbuatan yang berlebihan tidak mendatangkan faedah;\n \n~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah \n(peribahasa) sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak sempurna;\nmenggulai\n membuat (memasak) gulai:\nibuku sudah siap bertanak dan ~; \njikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri \n(peribahasa) orang yang pandai dapat mengerjakan sesuatu dengan baik walaupun kelengkapannya kurang;\ngulai-menggulai\n pekerjaan menggulai;\nmenggulaikan\n1.\n membuat gulai untuk orang lain;\n2. = mempergulaikan\n memasak sesuatu supaya menjadi gulai:\nbarang rendang direndangkan, barang gulai digulaikan;\npenggulaian\n1.\n perihal atau perbuatan menggulai(kan);\n2.\n barang apa yang digulaikan, masakan gulai:\nkalau babu itu memang enak ~nya." "gulali\n[Jawa] sejenis manisan yang dibuat daripada air gula yang kental." "gulambai\n[Minangkabau];\nsi ~ \nsejenis hantu yang menyebabkan rumah terbakar;\nkelambai." "gulana\ngundah-~ \n[sastera lama] sedih dan lesu." "gulang\nsejenis tumbuhan (pokok), gelam tikus, kelat paya, samak bukit,\nEugenia papillosa." "gulang-gulang\n[Minangkabau] pondok kecil di sawah atau ladang, dangau." "gulat\nbergulat\n \n1.\n [arkaik] bergolek;\n2.\n bergomol, bergelut;\n3.\n [kiasan] berjuang:\nuntuk mencapai cita-citanya dia rela ~ dengan sebarang ancaman;\nmenggulatkan\n [arkaik] menggolekkan;\npenggulatan\n1.\n penggomolan;\n2.\n [kiasan] perjuangan, perlawanan." "gulet\n[Jakarta] \ngulat\n." "guli\nbola-bola kecil daripada kaca (batu dan lain-lain) untuk permainan kanak-kanak, gundu, jaka, kelerang." "guling\n~-gantang\n = \n~-gelantang \ntergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini;\n \nbantal ~ \nbantal panjang yang bulat (bantal golek);\nberguling\n bergulung (berpusing dan lain-lain) berbalik-balik, bergolek:\npada musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi seperti bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat;\nberguling-guling\n berguling berkali-kali, bergolek-golek;\nbergulingan\n berguling-guling, bergolek-golek:\nmeja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~;\nmengguling\n bergolek, berguling, senget ke sisi (berkenaan (dengan) perahu);\nmenggulingkan\n1.\n menyebabkan berguling:\n~ kayu balak ke sungai; \n2.\n [kiasan] menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan:\nmereka diberitahu tentang satu komplot untuk ~ kerajaan; \n3.\n [sastera lama] menggelengkan:\nSiti Wang Gemala pun ~ kepalanya;\nterguling\n telah digulingkan, tergolek:\ndalam pilihan raya lepas partinya ~;\nterguling-guling\n berguling-guling (dengan tidak sengaja), berpusing berbalik-balik." "gulir\nguling." "gulma\n[Indonesia] rumpai." "gulonggok\nbergulung-gulung dari hujung ke pangkal (daun dan paku pakis)." "guludan\n[Jawa] petak tanah yang telah digemburkan dan ditanam sesuatu." "gulung I\n1.\n benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang daripada benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat:\nbelat se~; \ndawai lima ~;\n~ kain itu tidak betul diikat;\n2.\n [arkaik] \ngulung-gulung\n kayu yang melintang di antara kasau jantan dan kasau betina;\n \n~ tikar\n [kiasan] bankrap (berkenaan (dengan) perusahaan, perniagaan, dan sebagainya);\ngulung-gemulung\n = \nbergulung-gulung;\nbergulung\n1.\n berada dalam gulung (seperti kain, layar, dan lain-lain):\ntatal ~ seperti subang; \n2.\n bergerak seperti berguling (ombak, asap, dan lain-lain);\n3.\n melengkung ke atas atau ke bawah pada hujung atau tepi daun dan lain-lain;\nbergulung-gulung\n1.\n banyak gulung:\nmembeli tikar ~; \n2.\n bergerak seperti berguling-guling:\ngelombang air datang ~; \nasap api ~;\nmenggulung\n1.\n melipat benda yang berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat:\ntatal itu digulungnya seperti subang;\n~ rokok daun;\n2.\n melilitkan (benang, tali, dan lain-lain) pada gelendong:\n~ benang;\n3.\n [kiasan] menghambat, mengejar musuh, mengalahkan:\ndia telah dapat ~ lawannya; \n4.\n mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dan sebagainya dengan mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yang penting):\ndia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya;\n~ lengan baju \nki bersiap untuk bekerja;\n \n~ tikar\n [kiasan] bersurai, bubar;\ntergulung\n sudah digulung;\ngulungan\n lipatan berbentuk bulat torak:\n~ belat;\npenggulungan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menggulung (perdebatan dan sebagainya):\n~ hujah dalam kes yang berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang;\npenggulung\n alat dan lain-lain untuk menggulung." "gulut\nbergulut, bergulut-gulut, tergulut-gulut\n tergesa-gesa, terburu-buru:\ndia makan ~ sebab hendak berangkat lekas;\nmenggulut\n mendesak (orang) supaya berbuat sesuatu dengan segera, menggesa-gesa:\nmereka digulut pergi ke pasar sebab hari sudah tinggi." "gum\nbunyi seperti bunyi meriam, degum." "gumai\nbuah ~\n sejenis tumbuhan (pokok), balam cubadak, gamai, nyatuh (bunga tanjung), taban bunga, \nLucuma (Sideroxylon) maingayi." "gumal\nronyok (kertas, kain, dan lain-lain), berkerut-kerut, berkerumuk;\nmenggumalkan\n meronyokkan." "gumam\nbergumam\n terkulum di dalam mulut (perkataan dan lain-lain), berkemam:\norang itu tersenyum ~; \ngelak ~\n = \nsenyum ~\n ketawa (senyum) yang tertahan dalam mulut, tersenyum;\n \nberkata ~ \nbercakap dengan mengulum kata-kata;\nmenggumam\n mengulum (kata-kata) dalam mulut:\n Hmm \u2026 dia ~;\ngumaman\n kuluman (kata-kata) dalam mulut:\n dia cuba bersuara, tetapi suaranya hanya ~;" "gumba I\n[Indonesia] bincul pada dahi gajah, kumba." "gumba II\n[Kelantan];\nmenggumba\n membomba (air)." "gumba III\nalat untuk mengepam minyak dan lain-lain keluar dari bekasnya, pam;\nmenggumba\n mengepam minyak dan lain-lain keluar dari bekasnya dengan gumba." "gumbang\nbuyung besar." "gumbar\nhati pokok kabung (nipah dan lain-lain)." "gumbuk\nmenggumbuk\n memujuk." "gumpal\n1.\n bongkah, bingkah, kepal (tanah, tembakau, dan lain-lain):\nekor arnab itu seperti se~ kapas putih; \n2.\n ketul (darah dan lain-lain);\n3.\n kepul (asap, awan);\nbergumpal\n1.\n berkepal, berketul, berkepul:\nbutirnya ~ melekat menyebabkan tanah menjadi lembik; \n2.\n peluk-memeluk dan guling-menggulingkan;\n3.\n bertukar daripada cecair menjadi pekat dan separuh pepejal (berkenaan (dengan) cecair seperti darah dan sebagainya), membeku:\ndarah cepat ~ dalam suhu yang sejuk;\nbergumpal-gumpal\n berkepal-kepal, berketul-ketul, berkepul-kepul;\nmenggumpalkan\n1.\n mengepal dan merenyukkan;\n2.\n menyebabkan bergumpal (menjadi pekat dan separuh pepejal):\njus limau ~ susu;\ngumpalan\n1.\n kepalan, genggaman;\n2.\n ketulan (darah dan sebagainya):\n~ darah;\n penggumpalan\n proses yang menyebabkan cecair, misalnya darah, bertukar menjadi pekat dan separuh pepejal:\nbahan Allicin berupaya menghalang ~ darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah;\npenggumpal\n (bahan) yang menyebabkan penggumpalan:\nvitamin K juga dikenali sebagai agen ~ atau faktor pembekuan darah." "gumpung\nkelompok belukar (pokok-pokok kecil)." "gumuk\ngumukan\n bukit kecil." "gun\n[Jawa] sejenis alat pada perkakas tenun untuk memisahkan benang." "guna I\n1.\n manfaat, faedah:\nkelapa sawit banyak ~nya;\n 2.\n peranan, fungsi:\nguru menerangkan ~ akar pada pokok; \n3.\n untuk, bagi:\ndia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup;\n4.\n budi baik, kebaikan:\ntidak tahu membalas ~;\n~ sama \ndapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (berkenaan (dengan) perkhidmatan, bangunan dan sebagainya):\nsatu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan;\n~ tenaga \n(Ekonomi) penggunaan tenaga manusia dalam kegiatan dan perkembangan ekonomi;\n \n~ tenaga penuh \n(Ekonomi) penggunaan seluruh tenaga manusia yang sanggup bekerja;\n \n~ tenaga tak penuh\n (Ekonomi) penggunaan tenaga manusia yang tidak sepenuhnya;\nseguna; \n~ sekaya\n harta benda yang diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai);\nberguna\n berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat:\ntangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; \nhidup pun tidak ~;\n kebergunaan\n perihal (keadaan dan sebagainya) berguna:\n~ traktor dalam kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan;\nmenggunakan\n1. = mempergunakan\n mengambil faedah:\ndipergunakan hari mudanya untuk mencari ilmu;\n2.\n memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dengan:\ndia ~ kesempatan yang baik ini untuk menentang ajaran Hamzah; \nkereta itu dijalankan dengan ~ kuasa elektrik;\nmempergunakan\n1.\n = \nmenggunakan\n2.\n memperlakukan untuk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat:\npelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yang memerintah;\n gunaan\n bidang pelajaran yang ada kegunaan praktiknya:\nsains ~\n;\nkegunaan\n1.\n faedah, guna:\nundang-undang itu dibuat untuk ~ seluruh rakyat; \n2.\n yang digunakan:\nsemua kertas ~nya dapat dibeli; \nsegala alat ~ menebas pada zaman itu dibuat daripada batu;\npergunaan\n ark\n1.\n pemakaian:\n~ alat jentera menghendaki modal yang besar; \n2.\n faedah, guna:\nPaderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin untuk ~ menyiarkan agama Kristian;\npenggunaan\n1.\n perihal (perbuatan, kegiatan, dan lain-lain) menggunakan sesuatu:\n~ kata itu tidak sesuai dengan ayat ini; \n2.\n pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dan lain-lain);\nkepenggunaan\n segala hal mengenai pengguna (barang-barang dan lain-lain):\nnasihat-nasihat ~;\npengguna\n orang dan lain-lain yang menggunakan:\ntumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya." "guna II\nguna-guna\n jampi, mantera (untuk memikat hati seseorang), ubat pengasih:\nkena ~;\nmenggunai\n mengguna-gunai;\nmengguna-gunai\n mengenakan guna-guna (ubat pengasih) pada." "gunam\nbuah ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nChilocarpus costatus." "gunawan\n[sastera lama]\n1.\n mempunyai sifat-sifat kebaikan;\n2.\n berguna." "guncak\nsejenis tumbuhan (pokok), gocek, gunciak, gunci(a)n, \nAntidesma ghaesembilla." "gunci\ngunjai, ikal (rambut)." "guncip\ngunting besar." "gundah\n1.\n dukacita, sedih hati:\nsetelah meninggalkan negeri ini saya akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; \n2.\n [sastera lama] rindu:\nmarilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera, ~nya kita akan Laksamana;\nbergundah\n berduka, bersedih:\n puteri bersedih ~ hati;\nmenggundahkan\n mendukakan, menyedihkan, menyayukan:\nhal apakah yang ~ hatikau itu?\nkegundahan\n perihal gundah;\ngundah-gulana\n duka dan lesu, duka lara;\nmenggundah-gulanakan\n menjadikan gundah-gulana, mendukalarakan:\n dia tidak mahu lagi ~ hati orang tua itu;\n kegundah-gulanaan\n keadaan atau sifat gundah-gulana, kedukalaraan:\nini merupakan gambaran betapa ~ orang Melayu yang melihat kuasa asing sebagai penceroboh." "gundak\n~ api\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVitis cinnamomea." "gundal I\n1.\n tanda (berupa garis, simpul, takik, dan lain-lain) yang dibuat sebagai peringatan semasa menghitung (supaya jangan silap);\n2.\n (Ekonomi) catatan kredit, debit, dan sebagainya;\ngundalan\n tempat membuat gundal (tali, kayu, dan lain-lain)." "gundal II\n[Jakarta] pengekor, pengikut, tali barut;\n \nnegara ~ \n[bahasa percakapan] negara yang mengekori negara lain." "gundal III\n[Kelantan] tambahan, kelebihan." "gundang\n[Jawa] lekum, kerongkong, tenggorok." "gundar\n[Minangkabau] berus pakaian dan lain-lain;\nbundar II." "gundi\nsejenis buah;\n \nkembal ~ \n[Perak] kembal yang berbentuk buah dan dihiasi dengan kertas berwarna." "gundik\n1.\n isteri yang bukan gahara, isteri tidak rasmi;\n2.\n bini gelap;\n \n~-candik \nberbagai-bagai gundik;\nbergundik\n mempunyai gundik;\nbergundikkan\n mempunyai (seseorang) sebagai gundik;\nmempergundikkan\n menjadikan gundik;\npergundikan\n perihal bergundik:\n kongres wanita diadakan untuk menentang\n \n~\n." "gundu\n1.\n buah yang keras (dipakai dalam permainan), guli;\n2.\n sesuatu seperti guli (getah, kepingan kayu, dan lain-lain) yang digunakan sebagai pelontar (lastik dan lain-lain) dalam permainan guli (getah, jengkek, dan sebagainya), tagan;\nbergundu\n1.\n bermain guli;\n2.\n ada atau mempunyai gundu." "gundukan\n[Indonesia] longgokan, tompok, kelompok." "gunggung\n[Jawa] jumlah, sejumlah, sebanyak;\nmenggunggung\n menjumlahkan." "guni\n1.\n serat yang didapati daripada sejenis pokok untuk dibuat karung;\n2.\n karung yang dibuat daripada serat sejenis pokok." "gunjai\njumbai, rumbai-rumbai, malai;\n \nsampai ke ~nya \nsampai ke penghabisan (yang kecil-kecilnya);\nbunjai." "gunjing\n[Minangkabau] fitnah, umpat;\n \n~ gujirak (gujirat) \nberbagai-bagai fitnah;\nmenggunjing\n memfitnah, mengumpat, mengata-mengatai (orang dan sebagainya);\nmenggunjingkan\n memfitnahkan, mencaci (orang), memperkatakan keburukan (orang dan sebagainya);\ngunjingan\n umpat-mengumpat, perbualan (percakapan) memfitnah atau mengata-ngatai orang:\nmasing-masing adalah seperti ~ rendahan seorang suri rumah dengan suri rumah jirannya mengenai kejelikan seorang suri rumah lain." "guntak\nbunyi biji-biji buah dalam cemuk yang kering." "guntang I\npelampung (pada kail, pancing)." "guntang II\n= guntang-guntang\n kumparan tenun berbentuk torak yang berisi benang di dalamnya." "guntil\npundi-pundi kecil;\nbuntil\n." "gunting\n1.\n alat untuk memotong kain (rambut, kertas, dan lain-lain) yang terdiri daripada dua bilah logam yang dirangkapkan;\n \n~ babi \nsejenis perangkap babi yang menggunakan pisau;\n \n~ tiket\n alat untuk menebuk lubang pada tiket;\n \ntukang ~ rambut\n tukang potong rambut;\n2.\n bentuk atau potongan (baju, rambut, dan lain-lain):\nbaju ~ Cina; \nrambut ~ GI; \nseperti ~ makan di hujung \n(peribahasa) mencapai sesuatu dengan diam-diam;\nbergunting\n1.\n menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting:\ndia baru saja lepas ~; \n2\n. \ndipotong dengan gunting:\nkain itu belum ~ lagi;\nmenggunting\n1.\n memotong dengan gunting, memangkas (rambut dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia] menipu, mencatut;\n~ hati\n menyakitkan hati orang;\n \n~ dalam lipatan\n (peribahasa) membinasakan sahabat (bangsa dan lain-lain) sendiri;\nmengguntingkan\n menggunting (kain dan lain-lain) untuk dijadikan sesuatu (baju dan lain-lain):\nkalau ya kasihkan kami guntingkan awan sehelai baju;\nguntingan\n1.\n hasil daripada menggunting, potongan (karangan, akhbar, buku, dan lain-lain);\n2.\n (Komputer) gambar atau teks yang telah dipotong atau disalin oleh pengguna daripada dokumen yang sedia ada untuk digunakan dalam lukisan atau dokumen lain;\npenggunting\n1.\n orang yang menggunting;\n2.\n alat untuk menggunting." "guntung I\ntidak lancip, kotong, pendek (tiang, lengan baju, dan lain-lain);\n \nbaju ~\n baju lengan pendek;\n \ntiang ~\n tiang yang tidak lancip pada hujungnya;\nmengguntung\n memotong bahagian hujung atau depan." "guntung II\nsejenis kail yang diikat pada pelampung dan pelampung ini pula berhubung satu sama lain." "guntur\nguruh;\nharapkan ~ di langit, air di tempayan dicurahkan \n(peribahasa) oleh kerana mengharapkan keuntungan besar yang belum pasti, keuntungan kecil dilepaskan;\n \nseperti itik mendengar ~ \n(peribahasa) mengharapkan keuntungan yang belum tentu diperoleh;\nmengguntur\n (berbunyi dan lain-lain) seperti guntur, gemuruh." "gunu\n[Kedah] sesuatu yang digunakan untuk menandakan petak-petak bagi permainan teng-teng." "gunung\nbukit yang besar dan tinggi (lebih daripada 1500 kaki atau 457.2 meter);\n \n~ berangkat \nsejenis susunan bantal di atas pelamin;\n \n~ berapi \ngunung yang mengeluarkan lahar, api, dan lain-lain dari kawahnya;\n \n~ berapit\n gunung yang letaknya di antara dua gunung;\n \n~-ganang \nberbagai-bagai gunung, banyak gunung;\n \n~ lipat\n gunung yang terjadi kerana muka bumi berlipat;\n \n~ payung \nki buah hati, kesayangan (untuk anak dan lain-lain);\n~ juga yang dilejang panas \n(peribahasa)\na) orang kaya juga yang bertambah kekayaannya;\n b) orang yang pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan;\n \n~ yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali \n(peribahasa) harta yang banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan;\n \nke ~ tak dapat angin \n(peribahasa) hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal;\n \nniat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai \n(peribahasa) tidak berdaya mencapai sesuatu yang dihajati (dicita-cita);\n \nniat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) \n(peribahasa) lain yang dihajati lain yang diperoleh (kemuliaan yang dihajati, kehinaan yang diperoleh);\n \nrendah ~ tinggi harap(an) \n(peribahasa) dipakai untuk menyatakan besarnya harapan;\n \ntak ada ~ yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni \n(peribahasa) tidak ada usaha yang tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan);\n \ntak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) \n(peribahasa) tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yang sudah tentu;\ngunung-gemunung\n banjaran gunung;\ngunung-gunungan, gegunungan\n gunung buatan, bukit kecil;\nbergunung-gunung = bergunung-ganang\n mempunyai banyak gunung:\nkawasan yang ~;\nmenggunung\n1.\n meninggi (seperti gunung):\ngelombang pun ~ tingginya; \n2.\n mencapai paras (peringkat dan sebagainya) yang amat tinggi, memuncak tinggi:\nkelayakan yang paling penting bagi seseorang pemimpin dalam masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dengan fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yang ~;\nmenggunungkan\n [kiasan] membesar-besarkan, menghebah-hebahkan;\n \nair setitik dilauntukan, tanah sekepal digunungkan \n(peribahasa) membesar-besarkan perkara yang kecil;\npergunungan\n tanah yang penuh dengan gunung, daerah yang bergunung-gunung." "gup\nbunyi seperti bunyi papan dipukul (debaran jantung dan lain-lain), bunyi degap, degup." "gurah I\nbergurah\n berkumur (dengan air dan lain-lain), mencuci mulut;\nmenggurah\n mencuci mulut dengan air." "gurah II\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya dipakai untuk menuba ikan), gayan, guring, \nSapium indicum;\n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok renek), kayu seluang mudik, pokok tempang puteri, \nPseuderanthemum graciliflorum;\n~ peria(t) \nsejenis tumbuhan (pokok renek), ara lumut, \nCroton caudatum." "gurah III\n[Kelantan] guli." "guram\n[Jakarta] muram, suram, tidak berkilau." "gurami\n[Jawa] sejenis ikan darat, ikan kaloi, \nOsphronemus goramy." "gurang\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nErvatamia malaccensis;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHelicia attenuata." "gurap\n[sastera lama] sejenis perahu:\nmaka turunlah Sultan Abdul Jalil itu kepada ~ yang besarnya itu." "gurat\n= guratan\n (Sunda) gores, coret;\n \n~ batu \ntetap pendirian;\nmenggurat\n menggores, mencoret;\ntergurat\n tergores, tercoret." "gurau\npercakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok:\nanakanda hendak mengusik ayahandakah dengan ~ jenaka anakanda ini?;\n~ senda \n= \nsenda ~ \nberbagai-bagai kelakar;\nbergurau\n = \n~ senda\n berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar:\njangan ~ Aini, jangan berolok-olok;\nmemperguraukan\n mempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok:\nadakah anak sebesar kau diperguraukan orang?\ngurauan, pergurauan\n senda, kelakar, jenaka." "gurdan\nringgit ~ \nsejenis wang ringgit yang bergambar burung (dolar Mexico)." "gurdi\ngerudi, penggerek;\nmenggurdi\n menggerek (lubang dan lain-lain);\n= gerudi." "guri I\nsejenis tempayan kecil (dipakai juga sebagai takar), buyung;\n \n~ arak\n botol arak." "guri II\nlimbungan, galangan (kapal)." "guri III\n[Kelantan], [Terrenganu] membeli sebelum ada pembeli lain, menjual kepada pembeli yang pertama;\ngori II\n." "gurih\n[Indonesia] sedap (seperti ikan goreng dan lain-lain);\n \nnasi ~\n nasiyang dimasak dengan santan dan kayu manis." "gurin\n[kata seru] baring." "gurindam\nsejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran);\nbergurindam\n melafazkan gurindam." "guring\nsejenis tumbuhan (pokok yang bijinya digunakan sebagai kapur barus), bunga lerak, kekapur, pelir musang, sekobang kecil, sesundo bukit, \nAnaxagorea scortechinii (javanica)." "gurit\n[Jawa] sejenis syair atau sajak;\nmenggurit\n mensyair, menyajak." "gurita\nsejenis sotong, sotong gurita, \nOctopus spp., Eledone spp.\n." "gurita II\nsejenis kain pembalut dada dan perut anak-anak, barut." "Gurkha\n1.\n suku kaum berketurunan Hindu yang tinggal di Nepal dan dikatakan terkenal dengan keberanian dalam ketenteraan;\n2.\n anggota rejimen angkatan tentera British atau India yang terdiri daripada askar yang berasal dari Nepal:\nsepasukan askar ~." "gurnador\n[sastera lama] gabenor." "guru\n1.\n orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh:\n~ pelatih;\n~ pelawat;\n2.\n pemimpin agama Hindu;\n~ bantu\n [Indonesia] pembantu guru;\n \n~ besar, \n= \n~ kepala \n= \n~ ketua \nguru yang mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah;\n \n~ latihan normal \nguru yang bukan lepasan maktab atau universiti;\n \n~ lepasan maktab \nguru yang terlatih di maktab;\n \n~ pelatih\n pelajar-pelajar di maktab perguruan yang bakal menjadi guru;\n \n~ pelawat\n pegawai pendidikan yang tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dan lain-lain), nazir sekolah;\n \n~ penolong\n guru yang kanan selepas guru besar;\n~ kencing berdiri, murid kencing berlari \n(peribahasa) kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dalam hal yang tidak baik);\nberguru\n1.\n belajar:\nsepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang untuk menggantikan tempat Awang; \n2.\n berlaku (bertindak) seperti guru;\n \n~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi\n (peribahasa) ilmu yang tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya;\nbergurukan\n menjadikan seseorang sebagai guru:\ndia ~ al-Guwayni yang dikenal dengan gelaran Imam al-Haramayn;\n keguruan\n yang berkaitan dengan guru, yang berkaitan dengan peranan (tugas, kelayakan) sebagai guru:\nsifat-sifat ~ yang luhur;\nperguruan\n1.\n sekolah, tempat belajar;\n2.\n pengajaran;\n \n~ rakyat \n[Indonesia] pengajaran kepada rakyat;\n3.\n yang berkaitan dengan guru;\n \nmaktab ~ \nmaktab tempat melatih guru;\n \nmaktab ~ bahasa\n maktab tempat melatih guru bahasa." "guruh\nbunyi bising di langit (yang biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar;\n~-gemuruh\n berbunyi seperti guruh, berdegar-degar;\nharapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan\n (peribahasa) kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan;\n \ntak ada ~ pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta \n(peribahasa) orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran." "gurun\nkawasan yang luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir;\n \n~ tandus\n gurun yang tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan." "gurur\n[Arab] harapan hampa, fikiran yang bukan-bukan." "gus\nsemuanya pada waktu yang sama;\nsekali ~\n (mengerjakan) semuanya pada waktu yang sama:\nbayaran sekolah di Tokyo dibayar setahun sekali ~." "gusar\nberang, marah:\nia menunjukkan ~nya kepada saya;\nmenggusari\n memarahi:\njangan digusari orang tua itu;\nmenggusarkan\n menimbulkan rasa gusar, menyebabkan marah:\njawaban anaknya itu semakin ~nya; \nmati di medan jihad bagi orang Mukmin bukanlah sesuatu yang ~;\nkegusaran\n perihal gusar, kemarahan:\nsepanjang minggu orientasi itu berjalan, penuntut-penuntut baru sering berada dalam keadaan ketakutan, ~ dan tidak tenteram." "gusi I\ndaging tempat tumbuh gigi;\n \ngatal ~ \nki terbit air liur, mengingini makanan dan lain-lain." "gusi II\nlayar ~ \nlayar yang dipasang pada tiang belakang." "gusti I\n[Jawa] gelaran atau panggilan bagi orang bangsawan." "gusti II\nperlawanan menjatuhkan lawan dengan bergelut;\nbergusti\n bergelut dengan lawan untuk menjatuhkannya." "gusuk\n[Kelantan] terakhir (perlawanan, peperiksaan, dan lain-lain)." "gusur\n[Jakarta];\nmenggusur\n menarik, mengheret." "gusut\n[Kelantan] berpilin-pilin, berbelit-belit, bersimpul-simpul, berputar-putar (tali dan lain-lain)." "gutik\nmenggutik\n1.\n menyentuh dengan jari;\n2.\n [Minangkabau] mencubit, menggetil, mengambil sedikit demi sedikit." "guyur\n[Jawa];\nmengguyur\n menyiram." "h I\nhuruf kelapan abjad Rumi." "H II\nsimbol kimia bagi hidrogen." "ha\n1.\n = \n~ kecil \n= \n~ pedas \nhuruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan);\n2.\n huruf ketujuh abjad Jawi." "ha I\n1.\n = \n~ besar \n= \n~ simpul\n huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima);\n2.\n huruf ke-32 abjad Jawi." "ha II\n1.\n [kata seru] kata untuk mengejek atau menyedarkan orang yang mendapat akibat daripada perbuatan yang dilarang (diingatkan dan lain-lain):\n~, rasakan!;\n~, itulah tak dengar kata orang!;\n2.\n [kata seru] kata untuk menyatakan kepuasan atau kelegaan perasaan:\n~, dapat juga akhirnya!;\n \n~, itu pun dia datang!" "haah\nya (mengiakan kata, keterangan, atau anjuran orang):\n~, betul;\n~, memang dia yang salah;\n~, marilah kita pergi." "hab\n(Kejuruteraan) bahagian tengah sesuatu roda dan lain-lain tempat gandar dipasangkan." "haba I\n1.\n kepanasan hawa, bahang;\n2.\n bentuk tenaga yang dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan;\n~ pelakuran \n(Kimia) haba yang diperlukan untuk menukarkan sesuatu bahan pepejal kepada cecair pada takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu;\n \n~ pemejalwapan \nhaba yang diperlukan untuk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kepada wap tanpa melalui keadaan cecair pada suhu dan tekanan tertentu;\n \n~ pendam \n(Fizik) haba yang diperlukan untuk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap);\n \n~ pengewapan \nhaba yang diperlukan untuk menukarkan sesuatu bahan cecair kepada wap pada takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu;\n \n~ penghabluran \nhaba yang dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk daripada larutan tepu sesuatu bahan;\n \n~ tentu\n (Fizik) kepanasan yang diperlukan untuk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1C;\nberhaba\n mempunyai haba;\nmenghabakan\n menjadikan berhaba, memanaskan, membahangkan;\npenghabaan\n perihal menghabakan, pemanasan, pembahangan." "haba II\ndaya gerak\n;\n \nkaji ~\n ilmu yang mengkaji hubungan antara haba dan kerja sawat, termodinamik." "habanera\n(Sepanyol) (Seni Muzik)\n1.\n sejenis tarian Cuba yang berentak perlahan;\n2.\n muzik untuk tarian 1 di atas." "habeas corpus\n(Undang-undang) perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada tahanan yang tidak mengikut undang-undang:\nwrit ~." "habelur\nsejenis tumbuhan (pokok renek), embalau (padang), hempedu beruang, \nBrucea amarissima (sumatrana)." "habib\n[Arab]\n1.\n kekasih;\n2.\n panggilan kepada orang yang bergelar sayid." "habibi\n[Arab] kekasihku." "habis\n1.\n tidak ada yang tinggal lagi (kerana sudah digunakan, dibuang, dimakan, dimusnahkan, dan lain-lain):\n~ sudah wang simpananku; \nsisa makanan itu ~ dimakan kucing; \nbarang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya;\n2.\n kesemuanya (segalanya, sekaliannya, keseluruhannya):\nmemasak makanan akan menyebabkan kuman pada makanan yang mentah itu ~ mati; \nkalau aku tidak datang nanti budak-budak ~ pulang; \n3.\n banyak bahagiannya, sebahagian besarnya, hampir keseluruhannya:\n baju ini ~ dimakan gegat; \npondok itu ~ bocor atapnya; \n4.\n digunakan, ditumpukan, dibelanjakan, diperlukan (berkenaan (dengan) wang, masa, dan lain-lain yang digunakan, dibelanjakan, diperlukan, dan lain-lain untuk sesuatu):\nsepertiga daripada waktu yang ditetapkan ~ untuk ucapan pembukaan sahaja; \nseparuh daripada wang gajinya ~ untuk membayar hutang; \n5.\n selesai (siap, sudah), berakhir, tamat:\nsebentar lagi ~(lah) kerjaku ini; \npertunjukan pertama sudah ~; \n6.\n paling, (yang) ter\u2026:\ndarjah yang ~ tinggi di sekolah itu ialah darjah sembilan; \ninilah bangunan yang ~ tinggi dalam bandar ini; \n7.\n jadi (jadinya), kalau begitu (tidak begitu) maka \u2026:\n~, mengapa ia berhenti kerja?;\n \n~, sampai bila kita boleh tahan hidup begini; \n8.\n selepas, setelah, sesudah itu (dalam pertanyaan):\n~ makan ia keluar;\n~ apa yang terjadi? \n9.\n (apa hendak dikatakan) kerana:\n~ selalu diherdik, itulah ia lari;\n~ akal\n bingung (tidak tahu apa yang hendak dilakukan atau dikatakan lagi), putus akal;\n \n~ awak \n[Kelantan] sangat (paling) memuaskan;\n \n~ bulan \na) akhir (hujung) bulan (hari gaji);\n b) awal bulan yang berikut;\n \n~ dibahagi \n[Indonesia] dapat dibahagi dengan tidak berbaki;\n \n~ kemelak\n [Kelantan] puas berikhtiar (membuat atau mencari sesuatu);\n \n~ lauk \n[Kelantan] tidak berfaedah (bercakap dengan orang bodoh dan lain-lain);\n \n~ licin \nhabis sama sekali (segala-galanya);\n \n~ modal \na) tidak ada lagi modal yang tinggal;\n b) tidak ada bahan atau idea lagi (untuk meneruskan perbincangan dan lain-lain);\n \n~ perkara\n sudah selesai (tidak perlu diperkatakan, dibincangkan, disebut-sebut lagi);\n \n~ sut \n[Kelantan] tinggal satu sahaja (berkenaan (dengan) barang dagangan dan lain-lain);\n \n~ tahun \na) akhir (hujung) tahun;\n b) awal tahun yang berikut;\n \n~ teh \n= \n~ or \n[Kelantan] bermati-matian atau bersungguh-sungguh (berusaha dan lain-lain);\n \n~ tempoh (masa, waktu) \nsudah berlalu jangka waktu yang ditetapkan (sudah tiba waktunya);\n~ air setelaga arang dibasuh tak putih \n(peribahasa) betapa pun diusahakan, perangai jahat susah hendak dihilangkan;\n \n~ manis sepah dibuang \n(peribahasa) setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dan lain-lain;\n \n~ umpan kerong-kerong tak dapat\n (peribahasa) usaha yang sia-sia (menyebabkan kerugian);\nsehabis\n1.\n sesudah, selepas, sebaik-baik habis:\n~ ia berucap para hadirin pun bertepuk tangan;\n~ berfikir ia menerima cadangan itu; \n2.\n paling, sangat (kecil, kuat, dan lain-lain) sekali:\ngunung yang ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu; \nanaknya yang ~ kecil baru berumur dua bulan; \nmenjangkau ~ tangan\n (peribahasa) berusaha sedaya upaya;\nsehabis-habis\n1.\n hingga tidak tinggal (bersisa) sedikit pun, kesemuanya:\njikalau dikhabarkan dengan ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; \nberfikir dengan ~nya \nberfikir dengan mempertimbangkan segala-galanya;\n2.\n sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dan lain-lain), seboleh-boleh:\nwalaupun dicuba dengan ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yang dicita-citakan; \n3.\n paling, sehabis:\ntugas ini ialah yang ~ sulit yang pernah dihadapinya;\nhabis-habis\n1.\n hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dan lain-lain);\n \ncakaplah (katakanlah) ~ \ncakaplah (katakanlah) segala-galanya (dengan tidak menyembunyikan sedikit pun);\n \nberfikir ~ \nberfikir masak-masak (dengan memperhitungkan segala-galanya);\n \ntak ~(nya) \ntidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya;\n2.\n paling-paling, (yang) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dan sebagainya):\norang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; \nmemakan ~ menyorok hilang-hilang \n(peribahasa) merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun;\nberhabis\n = \n~ wang \nbanyak membelanjakan wang dengan sia-sia (membazir), mengeluarkan wang (dengan banyaknya) sehingga kesempitan:\nbiar aku ~, biar aku papa, asalkan hati aku puas, asalkan aku tidak malu;\n~ tenaga (waktu)\n membuang-buang tenaga (waktu);\nhabis-habisan, berhabis-habisan\n1.\n hingga habis (terkorban dan sebagainya) semuanya, dengan sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dan lain-lain), mati-matian:\nmereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara; \nnampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; \n2.\n terlalu sangat, dengan tidak bersekat (berbatas):\ndimaki ~;\nmenghabisi\n1.\n mengakhiri, menamatkan:\ntuan Imam ~ upacara itu dengan doa selamat;\n2.\n menghapuskan, menghilangkan:\nhabisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; \n3.\n menamatkan riwayat, membunuh:\nseorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu;\n~ nyawanya \nmembunuh diri;\nmenghabiskan\n1.\n menggunakan (memakan, membelanjakan, dan lain-lain) hingga habis, membuang-buang (masa, tenaga, dan lain-lain):\nsebahagian daripada wang gajinya dihabiskan untuk membiayai pelajaran anak-anaknya; \nBujal ~ masa lapangnya dengan berkunjung ke rumah kawan-kawannya;\n~ umur \nmembuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yang tidak baik atau sia-sia);\n2.\n menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan:\ndia pergi ~ kerjanya yang terbengkalai; \n3.\n menamatkan, mengakhiri;\n \n~ ceritanya (cakapnya) \nmenamatkan ceritanya (cakapnya);\n4.\n menghabisi, membunuh:\nkekanda berjanji dengan keris ini akan ~ siapa sahaja yang cuba mengganggu adinda;\nterhabiskan; \ntiada (tidak) ~\n tidak dapat dihabiskan:\nHanuman pun makan nasi itu dengan berapa budi bicaranya hendak menghabiskan nasi itu tiada ~;\nkehabisan\n mengalami kesulitan kerana sesuatu (yang diperlukan) telah habis (dengan tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dan lain-lain, kerana sudah dibelanjakan, digunakan, dan sebagainya semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis):\nbelum hujung bulan dia telah ~ wang; \ndengan gerak yang lemah seperti orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; \nkeretanya ~ minyak di tengah jalan;\n~ modal \ntidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi (dalam perbualan, perbincangan, dan lain-lain);\npenghabisan\n1.\n kesudahan, akhir:\n~nya tiada siapa pun yang berjaya; \n2.\n yang terkemudian sekali, akhir:\nsampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; \ndialah yang ~ keluar dari rumah itu; \n3.\n hujung:\n~ jalan ini di tepi laut." "habitat\n(Biologi) tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semulajadi:\nada perbezaan-perbezaan kecil pada rangka kejadian berjenis-jenis burung supaya masing-masing dapat sesuai dengan ~ dan kebiasaan-kebiasaan yang berlainan;~ semula jadi \nhabitat asli (bukan buatan manusia);\n \n~ tiruan \nhabitat yang dibuat (disediakan) oleh manusia untuk menempatkan hidupan-hidupan tertentu bersesuaian dengan habitat semula jadinya." "habluk\nbelang;\n \nkuda ~\n kuda belang." "hablur\n1.\n benda keras yang hening seperti kaca, kristal:\nlensa ~; \nmata ~\n [kiasan] mata yang bersinar-sinar;\n2.\n (Kimia) bahan dalam bentuk yang mempunyai susunan atom dalaman yang berulangan secara tetap dan mempunyai muka satah luaran yang tersusun secara tetap;\nberhablur\n mengandungi hablur, berkristal;\nmenghablur\n menjadi hablur, mengkristal:\nair garam akan ~ jika dipanaskan lama-lama;\nmenghablurkan\n menjadikan hablur, mengkristalkan:\nair tebu dihablurkan menjadi gula;\nhabluran\n hablur;\npenghabluran\n proses menghablur atau menghablurkan, pembentukan hablur, pengkristalan." "Habsyi\n1.\n orang atau bangsa Habsyah;\n2.\n Habsyah, Abessinia, Ethiopia." "habuan\n1.\n bahagian (wang, makanan, dan lain-lain) yang diuntukkan kepada seseorang, hak:\nyang baik itu ~ dialah; \nseorang pegawai sedang membahagi-bahagikan ~ kepada tiap-tiap seorang anak kapal; \n2.\n peluang (untuk memperoleh sesuatu yang menguntungkan), rezeki:\nkalau ada ~, tahun hadapan saya akan pergi ke luar negeri;\n~ perut \nmakanan (rezeki);\n3.\n [bahasa percakapan] nasib, takdir, untung:\nmemang sudah ~ dia, kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi." "habuk\nbenda halus kering macam serbuk yang terdapat pada permukaan bumi, pada permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin;\n \n~ gergaji \nzarah-zarah halus kayu yang terhasil semasa kayu digergaji;\nberhabuk\n1.\n dipenuhi habuk, berdebu:\nmeja tulisnya ~ kerana tidak pernah disapu; \n2.\n [bahasa percakapan], [kiasan] beria-ia mengatakan itu dan ini (membuat cadangan dan sebagainya) tetapi hanya cakap kosong:\ncakapnya ~ tetapi kerjanya tidak ada satu pun yang nampak hasilnya; \n3.\n [bahasa percakapan] fasih (bertutur dalam sesuatu bahasa asing);\nkehabukan\n dipenuhi habuk, berhabuk, berdebu." "habur\n[arkaik];\nmenghabur\n membuang-buang (wang):\n~ dan boros itu adalah perbuatan sia-sia yang dilarang;\n \nhambur I\n." "had\n1.\n batas, perenggan:\nkesabaran manusia ada ~nya;\n~ laju\n batas laju (kelajuan maksimum yang dibolehkan atau dibenarkan);\n2.\n hingga (sampai) ke, setakat:\nboleh masuk ~ serambi sahaja; \nkain disingsingnya ~ lutut;\n~ itulah yang terbaca oleh saya;\nberhad\n berbatas, berhingga:\nkekuasaan Tuhan tidak ~; \nsyarikat ~\n syarikat yang tanggungannya terbatas kepada modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya);\nmengehadkan\n1.\n menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dan lain-lain), membatasi:\nkelab itu ~ bilangan ahlinya kepada 100 orang sahaja; \npercubaan ini dijalankan di dalam tempat yang dihadkan bekalan udaranya;\n2.\n mengkhususkan, menguntukkan:\nseorang pekedai akan ~ jualan hutang kepada pelanggan-pelanggannya sahaja; \nahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kepada hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja;\nterhad\n1.\n ditentukan batas atau perenggannya, terbatas:\nkebebasan bekas tahanan itu ~ di dalam daerahnya sahaja;\n2.\n khusus (untuk):\nfaedah daripada keuntungan syarikat kerjasama ~ untuk ahli-ahlinya;\n keterhadan\n perihal (keadaan) terhad, keterbatasan:\n ~ dan kelemahan manusia;\n pengehadan\n perihal mengehadkan, pembatasan:\nperintah ~ kediaman." "hadam\n[Arab] hancur menjadi bahan yang mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, cerna:\nmakanan berlemak susah ~ dalam perut; \npenyakit tidak ~\n penyakit dalam perut yang disebabkan oleh makanan tidak tercerna;\nmenghadamkan\n menghancurkan makanan menjadi bahan yang mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, mencerna:\napabila masuk sahaja makanan ke dalam saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yang lebih ringkas binaan kimianya;\nterhadam\n sudah dihadam, tercerna;\nketerhadaman\n perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dihadamkan, ketercernaan;\npenghadaman\n proses menghadamkan, pencernaan:\nsistem ~;\npenghadam\n sesuatu yang menghadamkan (makanan), pencerna (makanan);\n \nair ~ makanan \nbahan kimia dalam tubuh (yang menghadamkan makanan)." "hadanah\n[Arab] hak memelihara (menjaga, mendidik) dan mengatur segala urusan anak yang belum mumaiyiz selepas berlakunya perceraian suami isteri." "hadap\n1.\n bahagian sebelah muka, muka, depan:\nwang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; \nseratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; \n2.\n arah atau hala tujuan:\nhidupnya sekarang satu ~ sahaja \nhidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja;\n \ntak tentu ~\na) tak tentu arah tujuan;\n b) tidak berbuat sesuatu apa pun;\n \nsemua pendapat mereka satu ~ sahaja\n satu sahaja arah maksudnya;\nberhadapan\n1.\n = \n~ dengan \nbertentangan (dengan), bersemuka (bertemu muka) dengan:\nmaka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; \ndia duduk ~ dengan saya;\n \n~ manis mulutnya \nbila bertemu muka, manis mulutnya;\n \n~ muka \nbertemu muka \n2\n. = \nberhadap-hadapan\n bertentangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan:\nmereka duduk dua baris ~;\n \nmemuji atau mengeji biarlah dibuat ~;\nmenghadap\n1.\n (bahagian muka atau depannya) menghala ke:\norang Islam sembahyang ~ kiblat; \nrumah peranginan itu ~ ke laut;\n~ surut \nmelihat ke belakang;\n2.\n datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dengan raja (orang besar-besar):\n~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; \npada ketika itu baginda sedang dihadap orang banyak;\n3.\n datang ke (mahkamah, pejabat, dan lain-lain):\nia diperintahkan ~ ke mahkamah untuk memberi keterangan;\n4.\n ditujukan kepada (perbahasan dalam surat kiriman daripada yang muda terhadap yang tua), dialamatkan kepada:\n~ ke hadapan ayahanda;\nmenghadapi\n1.\n berada bertentangan (berhadapan) dengan, duduk dan lain-lain dengan muka ke hala sesuatu:\ndi dalam kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; \nmereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yang ditimpa pohon kelapa itu; \n2.\n berjumpa (berhadapan) dengan, bersemuka (dengan):\nnampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; \n3.\n menemui atau menempuh (bencana, bahaya, kesukaran, dan lain-lain), ditimpa (diancam) oleh, menanggung;\n \n~ persoalan yang rumit;\n~ kesulitan;\n~ tuduhan membunuh;\n~ maut; \n4.\n melawan, bertanding dengan, menentang:\n~ musuh;\n~ pasukan lawan;\nmenghadapkan\n1.\n menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke):\nmaka meriam pun dihadapkan orang arah ke laut; \n2.\n menujukan (pertanyaan, tuduhan, dan lain-lain):\nhampir semua yang hadir ~ pertanyaan kepada ahli forum yang kedua sahaja; \ntuduhan yang dihadapkan kepadanya sangat berat;\n3.\n membawa ke muka (pengadilan, orang yang bertanggungjawab, dan lain-lain), membawa untuk dipertemukan dengan:\nia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; \n4.\n memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan:\ndalam pusingan pertama, pasukan Malaysia akan dihadapkan dengan pasukan bola sepak dari Negeri Thai;\nmemperhadapkan\n1.\n menjadikan berhadap-hadapan, mempertemukan, menyemukakan;\n2.\n mengemukakan (membentangkan, memajukan) perkara dan lain-lain:\n~ beberapa cadangan kepada ahli-ahli jawatankuasa untuk dibahaskan;\nterhadap\n1.\n berkenaan, mengenai, tentang:\npandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; \n2.\n kepada, akan:\ncintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dalam dadanya; \nia mempunyai rasa perikemanusiaan daripada seorang manusia ~ manusia juga; \n3.\n dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu:\nhatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas;\nhadapan\n1.\n bahagian sebelah muka, depan (lawan belakang):\ndia berdiri di ~ saya; \npintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; \nke ~\na) ke depan, ke muka;\n b) (pada permulaan surat bererti) kepada:\nke ~ sahabatku yang diingati; \n2.\n yang akan datang;\n \nmasa (zaman) ~\n masa (zaman) yang akan datang;\nhadap-hadapan\n \nnasi ~\n sajian nasi pulut yang dihidangkan di muka pelamin waktu pengantin sedang bersanding;\npenghadapan\n tempat menghadap (raja):\nBetara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; \nbalai ~ \nruang tempat menghadap raja di dalam istana atau di tempat raja bersemayam." "hadap muka\nmenghadapmukakan\n membuat supaya berhadap-hadapan (bersemuka), mempertemukan:\nbila sudah dihadapmukakan barulah mereka kenal antara satu sama lain." "hadarah\n[Arab] tamadun:\nsuatu ~ lahir sebagai jawaban kepada cabaran itu." "hadas\n(berkenaan (dengan) orang Islam) keadaan tidak suci diri yang menyebabkan tidak boleh beribadat (sembahyang, tawaf dan lain-lain);\n~ besar\n hadas yang disebabkan oleh sesuatu yang mewajibkan mandi junub, misalnya haid, nifas dan lain-lain;\n \n~ kecil\n hadas yang disebabkan oleh sesuatu yang membatalkan air sembahyang, misalnya buang air kecil, kentut dan lain-lain (memerlukan bersuci dengan berwuduk);\nberhadas\n berada dalam hadas." "hadi\nmenghadi\n [Kedah], [Pulau Pinang] memukul, menyebat:\n~ kerbau." "hadiah\n1.\n pemberian (kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan, sebagai penghormatan, dan lain-lain):\nterimalah ~ kami yang tidak sepertinya ini; \ndia menerima berbagai-bagai ~ pada hari jadinya; \n2.\n ganjaran (kerana menang dalam perlumbaan, pertandingan, dan lain-lain):\nbagi pemenang yang pertama disediakan ~ sebuah piala perak;\n~ ikhlas \na) hadiah yang diberikan dengan ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di sebaliknya;\n b) buku (tiket dan sebagainya) yang diberikan percuma kepada orang-orang tertentu;\n \n~ kerja \nhadiah kepada kakitangan sesuatu syarikat (persekutuan) perniagaan dan lain-lain;\n \n~ lebaran \n[Indonesia] wang pemberian kepada kakitangan pejabat atau syarikat pada hari raya puasa;\n \n~ Nobel \nhadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yang teristimewa dalam berbagai-bagai lapangan (seperti ilmu fizik, perubatan, kesusasteraan, keamanan, dan lain-lain);\n \n~ penghargaan \nhadiah yang diterima oleh seseorang yang tidak berjaya memenangi hadiah utama:\n10 buah cerpen\n \ntersebut telah memenangi ~ penghargaan\n;\n ~ penghibur\n [Indonesia] = \n~ sagu hati\n hadiah (ganjaran) kepada petanding yang tidak berjaya sepenuhnya;\n \n~ siswa \nbiasiswa;\n \n~\n \nutama\n hadiah berupa piala, wang, dan lain-lain yang menjadi rebutan untuk seseorang yang menjuarai sesuatu pertandingan :\ntiga buah cerpen telah memenangi ~ utama dalam Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8;\nberhadiah\n1.\n ada disediakan hadiah:\npertandingan ini diadakan dengan ~; \n2.\n memberikan (menyumbangkan) hadiah:\nsesiapa yang suka ~ bolehlah berhubung dengan jawatankuasa;\nmenghadiahi\n memberikan hadiah kepada:\n~ setiap pekerja yang bersara sebuah cenderamata; \nYang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua;\nmenghadiahkan\n memberikan sesuatu sebagai hadiah, menganugerahkan:\nmereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dalam majlis perpisahan itu; \ndalam tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kepada pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie." "hadir\nada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dan lain-lain):\nwakil kami tidak ~ dalam persidangan itu: daftar ~\n daftar yang mengandungi nama orang yang hadir (datang);\nberhadir\n [sastera lama] bersedia, menyediakan:\nsegala orang Singapura itu pun sudah ~ dengan segala persembahannya; \nmaka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata;\nmenghadiri\n hadir di (persidangan, majlis, kursus, dan lain-lain) menyertai, mengikuti:\nlebih 100 orang peserta dari negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut;\n~ persidangan Parlimen;\nmenghadirkan\n1.\n membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat):\nketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pada waktu yang ditetapkan;\n~ diri \ndatang menunjukkan diri;\n2.\n [sastera lama] menghimpunkan, mengadakan, menyediakan:\nmaka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ kelengkapan perang; \ntuanku, baiklah persilakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;\nkehadiran\n perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dan sebagainya), perihal berada (di sesuatu tempat dan lain-lain), adanya, kedatangan:\n~ golongan muda amat penting dalam perjumpaan itu;\n~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara Asia Tenggara; \ndaftar ~ \ndaftar nama orang yang hadir (di mesyuarat, kursus dan lain-lain), daftar hadir." "hadirat\n1.\n kehadiran, tempat menghadap (raja, Nabi, Tuhan);\n2.\n [sastera lama] (kata yang bererti) Yang Mulia:\nmaka berbahaslah mereka itu dengan kami beberapa hari di hadapan ~ sultan; \nke ~\n ke hadapan (raja, Tuhan):\nke ~ sultan." "hadirin\n= \npara ~\n [Arab] sekalian yang hadir (dalam majlis jamuan dan lain-lain):\npara ~ bertepuk tangan." "hadis\n[Arab] sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (untuk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam):\nada sepotong ~ Nabi SAW yang dapat memberi jawaban tepat kepada kemusykilan ini:\nberhadis\n bercakap (berucap) dengan menggunakan hadis sebagai dalil:\ndia ~ untuk menguatkan hujahnya." "hadok\nsejenis ikan laut yang boleh dimakan, rupanya seakan-akan ikan kod tetapi lebih kecil, dan banyak terdapat di perairan Atlantik Utara, \nMelanogrammus aeglefinus\n." "hadrah\n[Arab] sejenis dikir yang menggunakan kompang atau rebana kecil." "hadrat\n[Arab]\n1.\n hadapan (Allah, Nabi, raja):\nhendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke ~ Allah Taala; \ndatang ke ~ paduka anakanda Seri Sultan Alauddin Riayat Shah; \n2.\n majlis (perjumpaan) yang berhubungan dengan agama." "haf\n~ tengah \n(Suk) pemain atau kedudukan tengah dalam barisan pertahanan (berkenaan (dengan) permainan bola sepak, hoki dan sebagainya)." "hafal\nsudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan;\nmenghafal\n membaca atau mempelajari berulang-ulang supaya hafal:\nsehari-hari bertubi-tubi ~ nama-nama teknikal yang begitu rumit\n;\nhafalan\n hasil menghafal:\ndia mengumpulkan semua ayat al-Quran satu-persatu daripada pelepah tamar kulit, tulang, dan ketul batu serta daripada ~ para sahabat\n;\npenghafalan\n perihal atau perbuatan menghafal:\n~ ayat suci al-Quran;\n penghafal\n orang yang menghafal (ayat suci al-Quran dan sebagainya):\n~ al-Quran." "hafaz\n[Arab] terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran):\nwaktu umurnya hanya sepuluh tahun ia sudah ~ kitab suci dan mengetahui banyak daripada syair-syair Arab;\n~ Quran \ndapat membaca seluruh al-Quran dengan tidak melihat kitab;\nmenghafaz\n membaca atau mempelajari ayat suci berulang kali supaya ingat dalam ingatan;\nterhafaz\n dapat dihafaz\n: ayat-ayat al-Quran yang ~ olehnya;\npenghafazan\n perbuatan menghafaz;\npenghafaz\n orang yang menghafaz\n." "hafbek\n(Suk) pemain di belakang barisan hadapan (dalam permainan bola sepak, ragbi, dan lain-lain)." "hafiz\n[Arab] orang yang memelihara dan mengekalkan al-Quran dalam ingatannya:\nAbu Hasan Din al-H~;\n \n~ Quran \norang yang hafaz Quran." "hafnium\n(Kimia) unsur logam bersimbol Hf yang terdapat dalam bijih zirkonium dan digunakan dalam pembuatan filamen lampu dan elektrod." "hafton\n(Seni Lukis) darjah kecerahan warna antara ton cerah dengan ton gelap pada sesuatu lukisan." "hagas\n[Kelantan] sombong, bongkak:\njangan terlampau ~ nanti dibenci orang." "hagur\n[Terengganu] baling, lempar, lontar:\nrumah itu kena ~ dengan batu." "hah\n1.\n [kata seru] kata untuk menegaskan cakap (seperti menguatkan suruhan, tegahan, penafian, dan lain-lain):\n~, apa halnya; \nawak tu kenapa, ~; \nitu ~, dalam tin tu;\n~, apa lagi, makanlah;\n~, bukan itu maksudku; \n2.\n [kata seru] kata untuk menyergah:\n~, apa kau buat di sini!" "haha\nbunyi ketawa:\nRahman terus ketawa dan ~nya makin kerap dan kuat." "hahnium\nsejenis unsur logam yang radioaktif." "hahu-hahu\nsejenis tumbuhan (pokok), durian badak (tuang), panggai, \nCoelostegia griffithii." "hai\n1.\n [kata seru] kata untuk menarik perhatian:\n~ Ros, jogetlah;\n~ sekalian Mukmin, taatlah kamu kepada Allah: \n2.\n [kata seru] kata untuk melahirkan keluhan (rintihan, rayuan):\n~, malangnya nasib diri: kalau komunis bertambah-tambah ganas di kampung ini, ~, sakitlah kita: \n3.\n [kata seru] kata untuk menyatakan hairan (kurang percaya, sangsi, dan lain-lain):\n~, dia pun serta juga?;\n~, baru sekejap tadi aku beri sudah habis?" "haid\n1.\n = \ndarah ~ \ndarah kotor yang turun setiap bulan (biasanya berselang 28 hari) daripada rahim perempuan yang sudah baligh;\n2.\n turun darah haid, datang bulan, mendapat kain kotor:\nmati ~ \n[Indonesia] = \nputus ~\n sudah tidak datang bulan lagi (berkenaan (dengan) perempuan yang dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas)." "haiku\nsejenis puisi Jepun yang ditulis dalam tiga baris dengan tujuh belas suku kata, selalunya membicarakan kisah alam semula jadi." "Hailam\nsuku kaum Cina yang berasal dari pulau Hainan, China dan tinggal di merata tempat di dunia." "Hainan\nsuku kaum Cina yang berasal dari pulau Hainan, China dan tinggal di merata tempat di dunia." "hairan\n1.\n berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum:\n~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dengan berbagai-bagai bentuk dan corak; \n2.\n aneh, ajaib, pelik, ganjil:\n~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kepada masalah itu dengan begitu pantas;\n~ bin ajaib \naneh sekali, sungguh aneh;\nmenghairani\n berasa hairan terhadap, mengagumi:\nsekali lagi ia ~ segala apa yang hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu;\nmenghairankan\n menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil):\nkepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; \nkeganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~;\nterhairan-hairan\n berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan):\nberdirilah dia di situ ~;\nkehairanan\n1. = kehairan-hairanan\n dalam keadaan hairan, sangat hairan:\ndia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dalam ~ di hadapan mereka;\n 2.\n keanehan, kepelikan, keganjilan:\n~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila." "haiwan\n1.\n makhluk (manusia dan binatang) yang bernyawa;\n2.\n binatang;\ndoktor ~ \ndoktor yang kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar;\n \nilmu ~ \npengetahuan tentang penyakit binatang dan sebagainya dan cara mengubatinya, sains veterinar;\n \n~ khunsa \nhaiwan yang mempunyai alat kelamin jantan dan betina;\nkehaiwanan\n1.\n sifat (kelakuan) seperti haiwan, kebinatangan:\nsifat kasar dan suka berbunuhan itu adalah sifat ~ yang merosakkan perikemanusiaan;\n2.\n sesuatu urusan dan lain-lain yang mengenai binatang:\nsoal-soal ~ dalam negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan." "haiwanat\n[Arab] [arkaik] jamak bagi haiwan." "haiwani\n[Arab] [arkaik] sifat (resmi) binatang jantan." "haiwaniat\n[Arab] [arkaik] sifat (resmi) binatang betina." "haj\n[Arab] rukun Islam yang kelima, yang wajib ditunaikan sekali seumur hidup;\n \npergi ~ \nnaik haji;\n \nal-H~ \ngelaran bagi orang lelaki yang telah menunaikan fardu haji." "hajab\n[Kedah] azab, seksa, susah." "hajah\n[Arab] gelaran atau panggilan bagi orang perempuan yang telah menunaikan fardu haji." "hajam\nhajim\n." "hajarulaswad\n[Arab] batu hitam di Kaabah yang menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf." "hajat\n1.\n keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan:\nhampalah hatinya kerana ~ tak sampai;\n~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dengan baik; \n2.\n keperluan, sesuatu yang diperlukan;\n \nada ~\n [Jakarta] mengadakan kenduri untuk mendoakan supaya selamat;\n \ndoa (sembahyang, solat) ~ \ndoa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan memakbulkan sesuatu permintaan;\n \nqada ~\n buang air besar;\n \nmenyempurnakan (membayar, menunaikan) ~ \nmenyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri);\n \n~ seni \n= \n~ kecil \nbuang air kecil;\nberhajat\n1.\n bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan:\nsaya ~ hendak menemui tuan; \nsudah lama dia ~ hendak datang; \n2. = berhajatkan\n memerlukan:\nmanusia selama-lamanya ~ kepada pertolongan Allah; \nmungkin ia ~ pertolongan kita;\nmenghajati\n mengharapkan, mengingini:\ndia berharap apa yang dihajatinya akan berhasil;\nmenghajatkan\n menghendaki, memerlukan:\nanak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi." "haji\n1.\n = \nfardu ~\n rukun Islam yang kelima yang memerlukan seseorang Islam (yang cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yang berkaitan dengan fardu itu;\n \nmengerjakan\n \n~\n menunaikan fardu haji;\n2.\n orang yang berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardu haji;\n \njemaah ~\n rombongan orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji;\n \nkapal ~\n kapal yang membawa jemaah haji ke Mekah;\n \nSyeikh ~ \norang yang mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji);\n3.\n gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yang telah menunaikan fardu haji:\nH~ Khairuddin;\nbulan ~ \nbulan Zulhijah;\n \nfardu ~ \nkewajiban menunaikan haji;\n \nHari Raya H~ \nhari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah, hari raya Aidiladha;\n \nnaik ~ \npergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji;\n \nrukun ~ \nsegala perbuatan yang mesti dilakukan supaya sah haji;\n \ntabung ~\na) kumpulan wang yang disimpan oleh bakal haji;\n b) [bahasa percakapan] = \nLembaga Urusan Tabung H~\n perbadanan yang mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah);\n~ akbar (besar) \nibadat haji yang wukufnya jatuh pada hari Jumaat;\n \n~ badal\n orang yang menunaikan fardu haji untuk orang lain yang sakit dan lain-lain;\n \n~ ifrad \nhaji yang diikuti dengan umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pada bulan haji;\n \n~ mabrur\n ibadah haji yang dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yang baik dan terpuji selepas menunaikan haji);\n \n~ mardud \nibadah haji yang dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji);\n \n~ qiran \nqiran;\n \n~ sunat\n [bahasa percakapan]\na) budak yang pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh;\n b) pergi naik haji sebelum baligh;\n \n~ tamatuk \nhaji yang dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pada bulan haji, dan dikenakan dam;\n \n~ widak \nhaji yang terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat;\nmenghajikan\n menunaikan haji bagi pihak orang lain." "hajib\n[Arab] [arkaik] penjaga pintu." "hajim\n[Arab] tukang bekam." "hak\n1.\n (yang) benar, kebenaran:\nkatakanlah yang ~ walau pahit sekalipun; \najaran-ajaran yang ~\n ajaran-ajaran yang benar;\n \nilmu ~ taala \nilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan);\n2.\n kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan lain-lain):\ntiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; \nia mempunyai ~ mempertahankan dirinya daripada serangan dan cacian; \n3.\n milik, kepunyaan:\n~ orang jangan diambil; \nsetelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; \n4.\n yang (mana satu):\nawak mahu ~ itukah atau ~ ini?; \nberilah saya ~ merah itu;\n~ amendmen\n hak mencadangkan pemindaan undang-undang;\n \n~ asasi\n hak yang dasar atau pokok (seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dan lain-lain);\n \n~ cipta\n hak penguasaan yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dan lain-lain);\n \n~ dipilih \nhak untuk dipilih (dalam pilihan raya) untuk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen);\n \n~ istimewa \nhak yang diberi kepada kaum (golongan) tertentu sahaja;\n \n~ kuasa \nhak untuk menguasai (menentukan nasib dan lain-lain);\n \n~ kuasa ibu\n pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan;\n \n~ luar\n semangat hantu yang masuk ke dalam tubuh seseorang;\n \n~ membatalkan\n hak untuk membatalkan (memansuhkan) keputusan yang telah dicapai dengan suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto;\n \n~ mengundi\n hak untuk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dalam Parlimen dan lain-lain);\n \n~ mutlak\n hak yang penuh ke atas sesuatu (hak yang tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali);\n \n~ pengarang \nhak cipta;\n \n~ pilih \n[Indonesia] hak untuk memilih wakil rakyat (dalam Parlimen dan lain-lain);\n \n~ politik \nhak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (seperti giat dalam parti politik, menjadi calon dalam pilihan raya, dan lain-lain);\n \n~ pusaka\n harta yang dipusakai turun-temurun;\n \n~ sivil \nhak warganegara untuk mendapat layanan sama rata, misalnya untuk mengundi atau mendapat pekerjaan;\n \n~ teradjudikasi \n(Undang-undang) hak yang telah diiktiraf dalam prosiding kehakiman dan pentadbiran;\n \n~ veto \nhak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal;\n \nkalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri\n (peribahasa) kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja;\nberhak\n mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu):\nseseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; \nsifat Siddiq inilah yang menjamin bahawa hak dikembalikan kepada yang ~;\nmengehakkan\n memberi hak kepada, menentukan hak atas." "hak milik\nkekuasaan untuk memiliki sesuatu, pemilikan (kepunyaan) yang sah:\n~ tanah mestilah dicatatkan di dalam buku pendaftaran ~;\n~ mutlak \nhak milik yang penuh atas sesuatu;\nmengehakmilikkan\n menjadikan (mengambil sebagai) hak milik:\nkerajaan telah ~ tanah-tanah di kawasan itu." "hak negara\nsesuatu yang merupakan milik atau kepunyaan negara;\n mengehaknegarakan\n menjadikan milik negara;\npengehaknegaraan\n tindakan (perbuatan dan sebagainya) mengehaknegarakan." "hakaik\n[Arab] (jamak bagi hakikat) kebenaran." "hakam\n[Arab] [arkaik] orang tengah, pendamai, wasit." "hakap\nPk tamak, haloba." "hakikat\n[Arab] sesuatu yang tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan:\nkita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; \npada ~nya \nsebenarnya, sesungguhnya:\npada ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; \nsyariat palu-memalu, ~ balas-membalas \n(peribahasa) [Minangkabau] kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan;\nmenghakikatkan\n menjadikan hakikat bahawa:\nseseorang yang telah menerima dan mengaku dengan kerelaan hati dan ~ Allah sebagai Tuhannya." "hakiki\n[Arab] (yang) hak, (yang) benar, (yang) sebenarnya:\nhidup yang ~ ialah hidup yang mempunyai tujuan untuk mencapai segala kesempurnaan; \npada ~nya \npada hakikatnya (sesungguhnya), sebenarnya;\n \ntugas ~\n tugas yang sebenarnya;\nkehakikian\n keadaan (sifat dan sebagainya) hakiki, keadaan yang sebenarnya:\nkritikan yang mampu memberi jawaban kepada soal-soal ~ hidup yang ketika itu terumbang-ambing oleh kekusutan;\n penghakikian\n perihal menghakikikan sesuatu." "hakim I\n1.\n pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan dalam mahkamah:\n~ yang membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; \nH~ Besar \nketua hakim;\n \nmenjadi ~ sendiri \nmelakukan sekehendak hati terhadap orang yang dianggap bersalah;\n \ndihadapkan ke muka ~\n dihadapkan ke mahkamah;\n2.\n orang yang dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dan sebagainya), pengadil:\ntiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dalam peraduan bahas antara sekolah-sekolah;\nberhakim\n menjadi hakim\n:\n \napabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana;\n \n~ kepada \nminta pengadilan kepada:\nmarilah kita ~ kepada ketua kampung untuk menentukan siapa salah siapa benar;\n~ kepada beruk (harta habis hajat tak sampai) \n(peribahasa) minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu dapat kerugian;\nberhakimkan\n menggunakan seseorang dan sebagainya sebagai hakim:\noleh sebab tidak ada tempat untuk membuat pengaduan apabila berlaku perselisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri;\nmenghakimi, menghakimkan\n mengadili, mempertimbangkan (untuk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang):\nhakim mahkamah tinggi ~ perkara-perkara besar seperti perkara pembunuhan, penculikan, rompakan besar, dan lain-lain;\nkehakiman\n segala hal yang berkaitan dengan urusan hukum (undang-undang) dan pengadilan:\njabatan ~; \nsoal-soal ~;\n~ semu \nperihal fungsi yang menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yang dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, misalnya tribunal;\npenghakiman\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menghakimi:\ndapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih menghadapi masalah kefahaman." "hakim II\n[Arab] orang yang pandai-pandai, orang yang ahli (yang bijaksana)." "hakir\n[Arab];\nal- ~ \norang yang hina." "hakis\nmenghakis\n \n1.\n mengikis (dan menghanyuntukan) permukaan tanah atau batu dan lain-lain (oleh air, angin, dan lain-lain) sehingga haus, rosak, musnah dan sebagainya:\nangin saja tidak boleh ~ batu, tetapi angin yang mengandungi pasir halus dapat mengikis bahagian batu yang lembut; \nselepas tanah pantai dihakis oleh air, maka jelas kelihatan akar-akar lintang yang menegakkan akar-akar ceracak keluar; \n2.\n menyebabkan (kuasa, moral, keyakinan dan sebagainya) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dan sebagainya:\npelbagai amalan tidak sihat akan berlaku dan seterusnya ~ keyakinan pelabur; \nkenaikan kos ini akan hanya ~ kecekapan pengeluaran pertanian tempatan;\n3.\n ki menjadi kurang (berkenaan (dengan) nilai, harapan, keyakinan dan sebagainya), merosot, menurun: \napabila tindakan mengenakan kadar faedah dilambatkan, keyakinan terus ~;\n menghakiskan\n1.\n mengikis (dan menghanyuntukan) permukaan tanah atau batu dan lain-lain (oleh air, angin, dan lain-lain) sehingga haus, rosak, musnah dan sebagainya:\npohon itu musnah disebabkan oleh ombak yang sudah banyak ~ tanah di sekitarnya; \n2.\n menyebabkan (keuntungan, kuasa, moral, keyakinan dan sebagainya) semakin terjejas, berkurang, merosot, hilang dan sebagainya:\n pengambilan untung selepas urus niaga berhenti rehat pada tengah hari telah ~ keuntungan terdahulu di BSKL;\nterhakis\n1.\n dikikis dan dihanyuntukan oleh air, angin, ombak dan sebagainya (berkenaan (dengan) permukaan tanah, batu dan sebagainya):\nperdu itu tumbang dan akhirnya ~ segala tanah; \nkejadian itu menyebabkan pantai ~ akibat dipukul ombak besar; \n2.\n menjadi semakin berkurang (merosot, lenyap dan sebagainya):\npendapatan kerajaan negeri semakin ~ sedangkan perbelanjaan mengurus semakin meningkat; \nkedamaian kampung itu sudah mula ~ atas nama pembangunan; \nhakisan\n perihal menjadi terhakis;\npenghakisan\n proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menghakis atau menghakiskan:\nkadar ~ tanah bergantung pada beberapa faktor persekitaran fizikal; \nkeruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kepada orang tua semakin ketara.\nHakka\n suku kaum Cina yang berasal dari utara Guangdong dan selatan Fukien di Negara China dan tinggal di merata tempat di dunia, juga dikenali sebagai Khek." "hal I\n1.\n keadaan, kejadian, peristiwa:\nkita dapat mengetahui ~ keadaan di sekeliling kita dengan lima pancaindera kita; \ndemikianlah ~nya (dengan)\n demikianlah keadaannya (dengan);\n \nlain ~ nya (dengan) \nlain keadaannya (dengan);\n2.\n masalah, perkara, soal, urusan:\nia tidak ada masa untuk memikirkan ~ orang lain; \npertanyaan itu biasanya mengenai ~ yang kurang difahami; \nseorang yang ahli dalam ~ bank; \n3.\n asal mula, kerana, sebab:\napa pula ~nya maka ia lambat datang; \noleh ~ itu\n oleh sebab itu;\n4.\n = \ntentang ~ \ntentang, mengenai, darihal, perihal:\n~ makanan binatang akan kita bicarakan nanti; \nmajlis ceramah ~ pembangunan masyarakat luar bandar; \n5.\n [sastera lama] daya, fikiran, ikhtiar, muslihat, dan lain-lain:\napalah ~ku hendak berjumpa dengan suamiku: jikalau ia datang, apa ~ kita? \n6\n. halangan:\n risiko dan kos tenteranya dalam peperangan tidak menjadi ~;\n7.\n perkara:\n dalam ~ ini, mungkin terdapat perselisihan berhubung dengan matlamat dasar luar negara;\n~ ehwal \nberbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dan lain-lain);\n \nada ~ \nada sesuatu (yang terjadi, yang akan dibicarakan, dan lain-lain);\n \nambil ~\n mempedulikan;\n \nmembawa ~ (masing-masing)\n dengan urusan sendiri-sendiri;\n \ntidak jadi ~ \ntidak apa-apa (tidak keberatan dan lain-lain);\nberhal\n ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dan lain-lain):\njika ada orang yang ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya dengan senang hati; \ndia ~ sebab itu dia tidak dapat datang;\nmengehalkan\n1.\n mengisahkan, menceritakan (tentang):\nkesemua majalah itu ~ filem; \n2.\n memperlakukan:\nhai Rawana, apa juga engkau pohonkan kepada Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini;\nterhal\n terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dan lain-lain):\nperkara itu sudah lama ~." "hal II\n[Indonesia] [bahasa percakapan] besi nipis berlapis zink." "hala I\narah, tuju:\nsungainya kecil mengalir ~ ke pantai; \nmereka mempunyai ~ perjalanan yang berlainan; \ntidak tentu ~ \ntidak berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru);\nberhala\n berarah;\nmenghala\n menuju, mengarah:\nterbang ~ ke utara;\nmenghalakan\n mengarahkan, menujukan:\npendekatan ini ~ perhatian pengkaji kepada usaha mencari maklumat tertentu;\n \nmaka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam." "hala II\n~-kebala \n[Kelantan], [bahasa percakapan] biarkan(lah), lupakan (lah), maafkan(lah):\n~lah, jangan diingat-ingatkan lagi perkara itu." "halai\n~-balai \na) kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan);\n b) tidak terpelihara (terselenggara, terbela, dan lain-lain), terlantar, terbiar;\nmenghalai-balaikan\n1.\n mengacaukan, mengusuntukan;\n2.\n mengabaikan, melalaikan, mensia-siakan:\nhanya saya berharap supaya Balai Pustaka jangan dihalai-balaikan." "halaju\nkecepatan gerakan, kadar kecepatan;\n \n~ pusingan wang \nkadar kecepatan wang bertukar tangan (dalam sesuatu masyarakat atau negara)." "halakah\n[Arab] lingkungan, gelanggang, kalangan." "halal\n1.\n hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dalam Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan, lawan haram:\nmakanlah makanan yang ~ dan minumlah minuman yang ~; \ndaging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam;\n~ nikah\n dibenarkan menikahi seseorang;\n2.\n [kiasan] (yang diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dengan jalan yang sah:\nanak ~; \nwang ~; \n3.\n [arkaik] ampun, maaf, (me)relakan:\nyang hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; \n4.\n [arkaik] izin:\nmenyembah minta ~lah segala pengajarannya;\nmenghalalkan\n1.\n membenarkan (membolehkan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal:\nadalah salah besar ~ sesuatu yang haram; \nada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yang selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; \n2.\n menganggap selesai atau jelas (hutang dan lain-lain):\nbaki hutangnya itu sudah dihalalkan;\nkehalalan\n perihal (sifat, taraf, dan sebagainya) halal:\nkalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yang kita makan itu akan menjadi haram;\npenghalalan\n perbuatan dan sebagainya menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah:\nMarx mengambil ideologi borjuis sebagai satu gambaran sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa." "halalbihalal, halal-bilhalal\n[Arab] maaf-maafan pada hari raya:\nsetiap tahun diadakan malam ~ oleh perkumpulan ini;\n \npertemuan ~ \nmajlis keramaian (pertemuan) untuk bermaaf-maafan pada hari raya." "halaman\n1.\n perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah;\n \nkampung ~ \nkampung tempat kelahiran;\n2.\n muka buku (majalah, surat khabar, dan lain-lain):\nberita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini;\n~ kanak-kanak \nruangan (muka berita dan lain-lain) khas untuk kanak-kanak." "halamang\nsejenis pedang pendek yang lurus;\nlamang\n." "halang\nmenghalangi, menghalang-halangi, menghalang\n merintangi, menahan, menyekat menegah:\nbeting pasir ~ air mengalir ke laut; \nkerana banyak sangat perkara yang menghalang maka pertemuan itu ditangguhkan;\nmenghalangkan\n meletakkan sesuatu melintang;\nterhalang\n mendapat rintangan (halangan dan lain-lain), tertahan (tertegah, terganggu, terhambat):\npembinaan jalan ~ kerana musim hujan;\nhalangan\n1.\n aral, gangguan, rintangan, tegahan:\nbiasanya yang menjadi ~ dalam menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; \n2.\n baluk (batang kayu dan lain-lain) yang merintangi jalan, sungai dan lain-lain, beting pasir yang melintang di kuala sungai:\nsegala ~ di jalan telah dimusnahkan;\nberhalangan\n1.\n mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yang menghalang (seseorang dan lain-lain):\njika tidak ~, esok saya akan datang;\n2.\n sedang dalam keadaan berselisih (bermusuhan);\npenghalang\n sesuatu (alat atau orang) yang menghalang, penyekat, perintang, dan lain-lain:\nanak-nyalah yang menjadi ~; \nbatu ~\n sesuatu yang menjadi perintang." "halap\nalap I." "halau\nmenghalau\n1.\n melakukan sesuatu yang mengarahkan binatang menuju ke sesuatu tempat, menggiring:\n~ lembu masuk kandang; \n2. = menghalaukan\n mengenyah(kan), mengusir:\ntangannya bergerak-gerak seperti orang ~ nyamuk; \nmaka Maharaja Isap dihalaukan oleh Tun Kecil;\npenghalauan\n perihal atau perbuatan menghalau, pengusiran, pengeyahan;\npenghalau\n1.\n orang yang menghalau;\n2.\n alat untuk menghalau." "halba, halbah\nsejenis tumbuhan (herba yang bijinya dibuat ubat atau digunakan sebagai rempah), kelabat, \nTrigonella foenumgraecum." "halban, haleban\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), gading kahwa, pokok galang dapur, \nVitex longisepala; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), leban (bunga, hitam, kunyit, nasi-nasi, tanduk), \nVitex pubescens." "haleja\n= leja." "halia\nsejenis tumbuhan (rizom yang umbinya pedas), jahe, \nZingiber officinale;\n~ hantu \n= \n~ hutan\n = \n~ kera,\n sejenis tumbuhan (herba), lidah hantu, meroyan tunggal, puar birah, \nGlobba panicoides." "halian\n[Kelantan] ketua (kumpulan orang jahat)." "halibut\nsejenis ikan laut,\n Hippoglossus spp." "halilintar\nmata petir, kilat." "halim\nbaik budi, lemah-lembut, tidak lekas marah:\nperangainya sangat ~." "halimbubu\n[Minangkabau] pusingan angin." "halimun\n1.\n (Sunda) kabus;\n2.\n = \nhalimunan\n tidak dapat dilihat;\n \norang halimunan \norang bunian;\n \ndoa (ilmu) halimunan \njampi yang menjadikan seseorang tidak dapat dilihat orang." "halipan\nlipan." "halir\nsejenis tumbuhan (herba), akar keremak, daun patuk tuau, \nRuellia repens." "halis\n[Brunei] garisan buih yang terjadi pada tempat pertemuan dua arus." "halitosis\n(Perubatan) nafas berbau." "halkah, halkat\n[Arab] gelang (kaki), gelang-gelang (pintu dan lain-lain)." "halkum\n1.\n kerongkong;\n2.\n hujung kerongkong yang nampak tersembul di leher;\n \nbiji ~ \nbuku leher, lekum." "halo I\n[bahasa percakapan] helo." "halo II\n(Fizik) lingkaran cahaya yang muncul di keliling sesuatu objek yang bercahaya, terutamanya matahari dan bulan, semasa cuaca berkabus." "haloba\nsentiasa ingin mendapat (memiliki) banyak-banyak, tamak;\n \ntamak ~\n tersangat tamak;\nkehalobaan\n ketamakan:\n segala penderitaan, ~ dan kecurangan yang saya alami tidak terkikis untuk beberapa lama;\n= loba." "halofit\n(Biologi) tumbuhan, misalnya pokok bakau, atau hidupan seni yang dapat hidup di kawasan yang kadar kandungan garamnya tinggi, seperti di paya laut dan dekat muara sungai." "halogen\n(Kimia) salah satu daripada lima unsur kimia bukan logam, iaitu fluorin, klorin, bromin, iodin, dan astatin." "halte\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] tempat perhentian bas (kereta api, dan lain-lain)." "halter\n[Indonesia-Belanda] sebatang besi yang berbola pada kedua-dua hujungnya (alat untuk bersenam)." "haluan\n1.\n bahagian depan perahu (kapal, bot dan sebagainya), lawan buritan:\nia berdiri di ~ perahu; \nangin ~ \nangin yang datang dari depan (perahu dan lain-lain);\n2.\n yang terdahulu atau terdepan:\n~ kata \nkata pendahuluan;\n3.\n arah, hala, jurusan:\nmereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; \n mengambil ~ \nmengarah ke;\n \nmengubah ~ \nmengubah arah;\n4.\n cita-cita, maksud, tujuan:\nengkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; \nberpaling ~ \nmengubah sikap dan lain-lain;\n \nmenukar ~\na) mengubah arah;\n b) menukar cita-cita (maksud, tujuan);\n5.\n bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dengan kepalanya;\n~ dempak \n= \n~ pepat\n = \n~ tegak \nhaluan yang pepat;\n \n~ hidup \ncita-cita hidup;\n \n~ politik\n arah tujuan politik;\n \n~ sembah\n [Negeri Sembilan] pegawai yang menjadi perantaraan bagi orang yang hendak menghadap raja (undang);\nsehaluan\n searah, secita-cita, setujuan:\nmereka nampaknya ~ dan sefahaman;\nberhaluan\n mempunyai haluan:\nparti politik yang ~ kanan;\nmenghaluankan\n mengarahkan, mencita-citakan, menujukan." "halus\n1.\n tidak besar (kasar), kecil-kecil:\ntepung yang ~; \ndaging itu dicencang ~; \ngula ~; \ngaram ~;\n2.\n sangat kecil ukuran kelilingnya (berkenaan (dengan) jarum, benang, dan lain-lain), lawan kasar:\ndawai yang ~; \n3.\n tidak kesat (kasap), lembut, licin:\nkulit mukanya ~; \npapan itu diketam sehingga ~; \n4.\n berbudi bahasa yang baik, beradab, bersopan-santun:\nbudi pekerti yang ~; \ndengan lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya;\n5.\n kelihatan elok dan rapi (hasil daripada kerja yang teliti), sempurna (hasilnya):\nraga itu ~ buatannya;\n6.\n dengan teliti, dengan cermat atau hati-hati, secara terperinci:\nperkara ini telah aku fikirkan masak-masak, aku kaji ~-~; \n7.\n tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (berkenaan (dengan) percakapan, sindiran, dan lain-lain);\n \nsindiran yang ~\n sindiran yang tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias);\n \nperintah ~ \nperintah dalam bentuk nasihat (tidak terang-terang);\n8.\n tidak garau tetapi tinggi (berkenaan (dengan) suara dan lain-lain):\nsuaranya ~; \n9.\n tidak dapat dilihat (diraba) seperti roh;\n \norang ~ \norang bunian;\n \nsuara ~\na) suara yang tinggi;\n b) ilham;\nhalus-halus\n dengan meneliti segala butir yang berkaitan, dengan teliti, secara terperinci:\nundang-undang yang telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat;\nberhalus\n (bercakap dan sebagainya dengan) bersopan-santun, berlembut:\nkalau bercakap biarlah ~ sedikit;\nmenghalusi\n1.\n memperlakukan dan lain-lain dengan halus (tidak dengan keras dan lain-lain):\nbudak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa: \n2.\n menipu dengan cara yang sangat licin;\n \n~ musuh \nmenipu musuh;\n3.\n mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terperinci:\nperkara itu tidak perlu dihalusi lagi; \nsesudah kita rakamkan rumus-rumus yang di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi;\nmenghaluskan\n menjadikan halus;\n memperhalus\n1.\n menjadikan lebih halus:\nia ~ alis matanya; \n2.\n menjadikan lebih sempurna:\ncara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yang menarik;\nkehalusan\n keadaan yang halus (perbuatan, sifat dan lain-lain):\n~ bahasa;\npenghalusan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menghalusi, menghaluskan, atau memperhalus." "halusinasi\npengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah:\npenggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~;\nberhalusinasi\n mengalami halusinasi:\ndia meracau-racau dan ~ bertemu dengan manusia zaman purba." "halusinogen\nsejenis dadah yang menyebabkan halusinasi." "halwa\n1.\n buah-buahan yang direndam dalam air gula, manisan buah-buahan:\n~ belimbing;\n~ betik;\n~ pala; \n2.\n penganan yang manis;\n \n~ maskat \nsejenis penganan (dibuat daripada tepung gandum, minyak sapi, gula, dan lain-lain);\n3.\n [kiasan] sesuatu yang menyedapkan (mata, telinga, dan lain-lain):\n~ mata \nsesuatu yang menyedapkan pandangan;\n \n~ nikmat \nberbagai-bagai penganan (benda yang lazat-lazat);\n \n~ rambut\n sejenis gula-gula yang menyerupai kapas (biasanya berwarna merah jambu), alusmitai;\n \n~ telinga \nsesuatu yang menyedapkan pendengaran (seperti lagu, qasidah, dan lain-lain)." "ham\ndaging paha babi yang dimasinkan, dikeringkan, atau disalai." "hama\n1.\n kutu pada ayam;\n2.\n penyakit tumbuh-tumbuhan:\n~ padi; \n3.\n = \n~ penyakit\n kuman penyakit;\n \nkena ~\n kejangkitan kuman penyakit;\n4.\n [bahasa percakapan] sesuatu yang sangat kecil atau sedikit:\nse~ pun sayangku tak berubah;\n berhama\n ada hama pada tubuhnya (berkenaan (dengan) ayam)." "hamam\n[Arab] tempat mandi (dengan air panas)." "hamba I\n1.\n abdi, budak belian, sahaya;\n2.\n saya (untuk merendahkan diri):\n~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; \ntuan ~\n (sebagai menghormati orang yang dilawan bercakap) tuan;\n3.\n ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dan sebagainya);\n4.\n (Komputer) peranti yang dikuasai atau dikawal oleh peranti lain;\n~ Allah\n manusia;\n \n~ bas \n(Komputer) peranti yang ditetapkan untuk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yang bertindak sebagai pengawal bas dalam komputer;\n \n~ hukum \n[Indonesia] polis;\n \n~ raja\na) abdi raja;\n b) bentara raja;\n \n~ sahaya \nberbagai-bagai hamba, segala hamba;\n \n~ seks \nperempuan yang dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki;\n \n~ tebusan \nbudak belian;\n \n~ tuan \nsaya (untuk merendahkan diri);\nberhamba\n1.\n memiliki (mempunyai) hamba:\nia ~ dua orang; \n2.\n menjadi hamba (abdi):\nmereka datang menyerahkan diri kepada baginda dan ~ kepadanya; \n3.\n menyebut dirinya hamba:\nia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap;\n4.\n bersama-sama dengan hamba:\ndibawa lari periuk nasi itu lima ~;\nmenghamba, menghambai\n mengabdi (kepada):\nkasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri;\nmenghambakan\n1.\n menjadikan hamba:\nia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; \npenghulu itu ~ orang kampung; \n2.\n memperhambakan;\n memperhamba\n memperlakukan sebagai hamba;\nmemperhambai\n mengabdi kepada;\nmemperhambakan\n menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sebagai hamba kepada, mengabdikan:\n ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kepada laki-laki itu;\ndiperhamba\n = \nyang ~ \nhamba tuan(ku), patik, saya:\nyang titah itu atas kepala patik yang ~;\n kehambaan\n keadaan menjadi hamba:\nsyarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kepada Allah;\nperhambaan\n perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan:\nIslam sama sekali tidak menggalakkan ~;\npenghambaan\n perihal atau perbuatan menghamba." "hamba II\n(burung) ~ kera \na) sejenis burung, burung anting-anting, \nDissemurus paradiseus malayensis; \nb) sejenis burung, burung sawai, \nSurniculus m. malayanus.\nHambali; \nmazhab ~ \nsatu daripada empat mazhab yang teraku dalam agama Islam (didirikan oleh Imam Ahmad bin Hanbal)." "hambar\n1.\n tidak ada rasa, tidak berasa masin sedikit pun, tawar;\n2.\n dingin, acuh tak acuh, tidak bersemangat:\nsuaranya ~; \nterhadap suaminya ia mengambil sikap yang ~ sahaja;\nmenghambar\n menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat):\npergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yang mengikat perhubungan mereka;\nmenghambarkan\n menjadikan hambar:\nadakah jurujual menghilangkan minat pelanggan dan ~ keyakinan mereka ?;\nkehambaran\n rasa hambar, rasa tawar:\npada mulanya memang ada sedikit prasangka tentang ayam luar negeri mungkin kerana ~nya." "hambat I\nberhambat-hambat, berhambat-hambatan\n berkejar-kejaran:\nlari ~;\nmenghambat, memperhambat\n1.\n memburu, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dan lain-lain):\nia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; \nPeringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka;\n2.\n memikat (hati), menawan (hati):\nanak yang kecil itu ~ hati ibunya." "hambat II\nmenghambat\n menahan, menghalang, menyekat, merintangi:\npertempuran satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; \nkapal perang itu telah ~ pelayaran kami; \nIslam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yang dikaitkan dengan kemajuan juga dibendung oleh hukum-hukum alam yang mengikut kehendak Allah;\nterhambat\n terhalang, tertahan:\nkeindahan alam tidak dapat dilihat kerana ~ oleh kabut yang tebal;\nhambatan\n1.\n halangan, rintangan, sekatan:\nhalangan dan ~ yang mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; \n2.\n penghalang, pengempangan (kayu dan lain-lain);\npenghambatan\n perihal atau perbuatan menghambat, penghalangan, perintangan;\npenghambat\n sesuatu yang menghambat, penghalang, perintang, penyekat." "hambung\nmenghambungkan\n \n1.\n melambungkan, melemparkan ke atas, mengangkat ke atas;\n2. = menghambung-hambung, menghambung-hambungkan\n mengangkat-angkat, menjunjung-junjung, memuji-muji." "hambur I\nberhamburan\n \n1.\n bertaburan merata-rata (ke sana sini): \npadi ~ dari guni yang bocor; \n2.\n berselerak, berserak-serak, bersepah-sepah;\n3.\n [kiasan] bercucuran, berderai-derai (air mata):\nia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yang ~;\nmenghamburi\n menaburi, menyebar pada:\nsetelah mayat dimakamkan kubur pun dihamburi bunga;\n menghamburkan\n1.\n menaburkan, menebarkan, menyebar(kan):\nia ~ pasir dalam lori ke atas tanah yang sedang ditambak;\n~ jala; \n2.\n membuang-buang, memboroskan (wang dan lain-lain):\nkerjanya ~ wang sahaja; \n3.\n mencurahkan, mengeluarkan (dengan banyak):\n~ air mata;\n~ kata-kata\n mengeluarkan kata-kata dengan banyak (memarahi dan lain-lain);\nterhambur\n tertabur, tersebar, terselerak:\napabila ruangan debunga pecah debunganya pun ~ keluar;\nhamburan\n sesuatu yang dihamburkan;\npenghamburan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menghamburkan:\n~ perasaan." "hambur II\nberhamburan\n berterjunan, berlompatan ke bawah:\nsegala hulubalang Peringgi pun pecahlah ~ lalu ke air;\nmenghambur\n terjun, melompat (ke bawah):\nia pun ~lah seperti harimau yang pantas dari perahu ke jambatan;\nmenghamburi\n melompati, menerjuni, menerkami:\nia berdiri lurus, kemudian melonjakkan badannya ~ laut itu;\nmenghamburkan\n melompatkan, menerjunkan:\ntetak tinggi diendapkan, tetak rendah dihamburkan: ~ kuda \nmelompatkan kuda." "hamburger\ndaging kisar berperasa rempah dan berbentuk bulat leper yang biasanya digoreng dan dimakan dengan roti, sos dan sebagainya." "hambus\nberhambus, menghambus\n [bahasa percakapan] pergilah, nyahlah:\nbiarkan dia ~; \npergi ~ dari sini; \nmenghambuslah engkau cepat-cepat." "hamik\n[Arab] [arkaik] bebal, bodoh, dungu." "hamil\n1.\n mengandung, bunting:\nmaka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulannya maka beranak seorang laki-laki:\n2.\n kandungan:\n~ perempuan itu terlalu besar;\nmenghamili\n menyebabkan seseorang mengandung:\nselepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang; \nKhun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda;\n menghamilkan\n1.\n membuntingkan, mengandungkan (dalam keadaan pada ketika bayi dalam kandungan):\nperempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; \n2.\n menghamili;\nkehamilan\n keadaan hamil, masa sedang hamil:\nbilangan wanita yang berjumpa dengan doktor dan bidan pada awal ~ sedang bertambah di Malaysia;~ ektopik \n(Perubatan) kehamilan di luar rahim;\n \n~ palsu \nkeadaan wujudnya tanda-tanda kehamilan seperti tidak datang haid dan perut yang membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon;\npenghamilan\n perihal menghamilkan." "haminte\n[Indonesia-Belanda] bandar, kota praja, kota besar." "hamis\nbusuk seperti bau kambing (terutama dagingnya) atau bau lembu (peluh dan sebagainya);\nkehamisan\n perihal hamis, bau hamis:\n~ daging kambing dapat dihilangkan dengan mencucinya dengan tepung gandum." "hamlak, hamlar, hamlau\n[Pulau Pinang] pelawak." "hampa\n1.\n kosong, tidak berisi:\nketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; \npadi yang ~ itu dibuangkan; \n2.\n = \n~ hati\n [kiasan] kecewa:\nalangkah ~ hatinya apabila orang yang ditunggunya tidak kunjung tiba; \n3.\n [kiasan] tidak ada hasil, sia-sia, gagal:\nrombongan peminangan itu pulang dengan ~ kerana peminangan mereka ditolak; \ndengan tangan ~ \ntidak berhasil, tidak mendapat apa-apa;\n4.\n [kiasan] tidak berilmu, bodoh, dungu:\ntidak ada gunanya bertanya pada orang yang ~;\n~ beras \nbutir-butir padi yang tidak berisi;\n \n~ berat\n padi yang tidak cukup penuh isinya (hujung padi);\n \n~ hati\n gagal, kecewa;\n \n~ udara \n[Indonesia] tidak berisi udara;\n \nyang ~ biar terbang yang bernas biar tinggal \n(peribahasa) yang tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yang baik biarlah tinggal;\nberhampa\n \n~ tangan \ntidak mendapat apa-apa (hasil);\nmenghampakan\n1.\n mengosongkan:\nperahunya itu dihampakannya dan diperbaikinya;\n2.\n membiarkan (pulang dan lain-lain) dengan tangan hampa, mengecewakan;\n3.\n menimbulkan rasa hampa:\nmati yang ~;\nkehampaan\n1.\n perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dan sebagainya sesuatu yang dihajati atau dicita-citakan), kekecewaan:\nkebanyakan para orientalis menyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; \nia pergi dalam ~; \n2.\n [kiasan] ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan." "hampa gas\nruangan yang kosong daripada sebarang jirim, vakum;\n \n~ separa \nruang(an) yang sebahagian daripada isinya (gas) telah dikeluarkan." "hampai\n[Minangkabau];\nmenghampaikan\n menyampaikan, menyidai, menghamparkan;\n \n~ sayap \nmengharapkan bantuan (menggantungkan nasib)." "hampang\nmenghampang\n [sastera lama] menyekat, menghalang:\ninang berdiri ~ di pintu;\n \nempang I\n." "hampar\nbatu ~\n batu besar yang rata lagi lebar;\nmenghampar\n1.\n terbuka luas, terpapar:\ntanah sawahnya rata bagai tikar ~; \npadi ~\n pokok padi sedang tumbuh yang merata nampaknya;\n2.\n membentangkan (tikar dan lain-lain):\n~ permaidani; \n3.\n [kiasan] membentangkan, menerangkan (dengan panjang lebar):\nia ~ soal itu di dalam mesyuarat;\nmenghampari\n membentangkan (tikar dan lain-lain) di atas sesuatu (seperti lantai dan sebagainya):\nlantai pelupuh itu dihampari dengan tikar pandan putih;\nmenghamparkan\n1.\n membentangkan (tikar dan lain-lain):\nsehelai kertas dihamparkan untuk alas; \n2.\n [kiasan] membentangkan, menerangkan (dengan panjang lebar);\nterhampar\n1.\n terbentang, terbuka luas:\ntanah seberang itu pasirnya terlalu putih seperti kain ~; \ndi lantai ~ permaidani yang indah; \n2. [sastera lama] bertaburan (bertebaran dan lain-lain) merata:\ndarah pun banyak ~ di bumi; \nbarang-barang mereka semuanya ~;\nhamparan\n1.\n sesuatu yang dihamparkan (seperti permaidani, tikar, dan lain-lain);\n2.\n sesuatu yang kelihatan terhampar atau terbentang luas (seperti sawah padi, pantai, dan sebagainya):\n~ sawah padi yang menguning\n;\n \n~ elektronik \nlejar atau helaian kerja saintifik (dengan ruang yang tersusun mengikut baris dan lajur) yang dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer;\nsehamparan\n satu hamparan:\n orang Sepanyol memiliki ~ tanah yang luas dengan hak memugut pajak dan ufti." "hampas\n1.\n sisa benda yang telah diambil patinya (airnya, isinya):\n~ kelapa;\n~ kopi;\n~ tebu;\n~ lanar \ntahi bijih (lodak);\n2.\n tidak berguna, sia-sia:\n~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan;\nseperti tebu, air dimakan ~nya dibuang \n(peribahasa) perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan;\n \numpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang \n(peribahasa) perihal mendengar nasihat orang yang baik diambil, yang tidak baik dibuang." "hamper\nsejenis bakul besar berisi pelbagai barang makanan (biasanya diberikan sebagai hadiah)." "hampir\n1.\n berdampil (dengan seseorang), berdamping (dengan seseorang), dekat, rapat:\nmarilah anakanda ~ dengan ayahanda;\n~ kepada \nmendekati;\n2.\n tidak jauh (berkenaan (dengan) jarak, perhubungan), dekat, rapat:\nPetaling Jaya bandar yang ~ sekali dengan Kuala Lumpur; \nNabi Muhammad SAW mula-mula menyampaikan ajaran Islam kepada orang yang paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; \n3.\n kurang sedikit daripada (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat:\ncarilah hingga sen yang ~ sekali bunga biasa di atas RM 760 bagi tempoh 80 hari dengan kadar 3 % setahun; \nsudah ~ setengah jam dia menunggu di situ ;\n~ seratus orang hadir dalam majlis itu; \nmangkuk getahnya ~ penuh dengan susu getah; \n4.\n nyaris, sedikit lagi akan \u2026:\n~ mati\n nyaris mati;\n5.\n tidak lama lagi akan, dalam sedikit masa lagi:\nsekolah sudah ~ dibuka;\n~ siap dibina;\n~ selesai;\n~ gurun \n(Geografi) (kawasan, daerah) yang berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dengan gurun;\n \nwang ~ \n(Ekonomi) harta yang mudah dijadikan wang;\nhampir-hampir\n akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas:\nmasih sempat menyelamatkan isterinya yang ~ tenggelam itu; \nmereka ~ sepakat;\n hampirkan\n hampir akan;\nberhampiran\n = \n~ dengan \nberdekatan (dengan), tidak berapa jauh (dr):\npulau-pulau yang ~ dengan Australia; \nsungai yang ~ dengan rumah;\nmenghampiri\n mendekati, datang mendekati, merapati:\nperempuan itu datang ~ saya;\nmenghampirkan\n mendekatkan, mendampingkan, merapatkan:\nmaka usungan pun dihampirkan orang;\nterhampir\n terdekat;\nhampiran\n tempat yang dekat, dekatan;\nkehampiran\n perihal (keadaan, kedudukan, dan sebagainya) hampir atau dekat dengan;\npenghampiran\n proses (hal) menghampirkan atau menghampiri sesuatu:\n alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~\n." "hamput I\nberhamput\n berkenaan bersetubuh, melakukan jimak, berjimak." "hamput II\n[bahasa percakapan] maki, marah, hamun:\ntiap-tiap hari ia kena ~;\nmenghamput\n memaki, memarahi, menghamun:\nia dihamput oleh orang tua yang naik radang itu." "hamster\nsejenis binatang kecil seakan-akan tikus yang dipelihara di rumah sebagai binatang kesayangan." "hamud\n[Indonesia] asid, asaman." "hamun\ncaci, kutuk, maki, sumpah seranah:\nmaki ~\n berbagai-bagai makian;\nberhamun-hamun\n memaki-maki;\nmenghamun\n, \nmenghamuni\n mencaci maki, menyumpahi:\nbapanya ~ dan memaki dia." "hamzah\n1.\n huruf ke-28 abjad Arab;\n2.\n huruf ke-33 abjad Jawi." "hana\n[Minangkabau] kosong (tidak didiami orang), luas dan sepi (hutan dan lain-lain);\nlapang ~ \nluas;\n \nrimba ~\n rimba raya (belantara)." "hanacaraka\naksara bahasa Jawa." "Hanafi\nmazhab ~\n satu daripada empat mazhab yang teraku dalam agama Islam (didirikan oleh Imam Abu Hanifah)." "hancing\nbusuk seperti bau air kencing, haring;\nmenghancingkan\n menyebabkan berbau hancing, mengharingkan;\nkehancingan\n perihal hancing, bau hancing, keharingan." "hancur\n1.\n pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk:\nrumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; \ntubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; \n2.\n pecah berderai-derai (berkenaan (dengan) benda-benda rapuh seperti biskut dan lain-lain), relai:\nbiskut di dalam tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; \n3.\n menjadi cair, melarut, encer:\nketul ais mudah ~; \nistana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun seperti hujan; \n4.\n pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana ditumbuk, dikisar, dikunyah, dan sebagainya):\nmakanan yang ~ senang dihadam; \n5.\n [kiasan] sedih sekali, putus asa:\n~ rasa hatinya;\n~ hati \nterlalu sedih;\n6.\n [kiasan] rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dan lain-lain):\nkerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; \nnegara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; \n7.\n hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dan sebagainya), lenyap:\nkepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali;\nmenghancurkan\n1.\n menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan:\nletupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; \n2.\n menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dan sebagainya);\n3.\n menjadikan hancur (makanan):\n~ makanan untuk bayi;\n4.\n menjadikan cair, melaruntukan, mengencerkan:\nbijih yang digali itu dihancurkan supaya timahnya dapat dikumpulkan; \ngula itu dihancurkan di dalam air yang panas; \n5.\n [kiasan] merosakkan, membinasakan:\nperang besar akan ~ dunia;\n \n~ hati \nki sangat menyedihkan hati, meremukkan hati;\n6.\n menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dan sebagainya), melenyapkan:\nperbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepadanya;\nhancuran\n1.\n pecahan kecil-kecil, remukan:\nsungai itu menghanyuntukan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; \n2.\n larutan, enceran:\nsungai itu menghanyuntukan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan;\nkehancuran\n perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan:\n~ rumah tangga;\n~ ekonomi negara;\npenghancuran\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menghancurkan;\npenghancur\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk menghancurkan sesuatu:\ngigi sebagai alat ~ makanan; \nmesin ~ batu; \n2.\n orang yang menghancurkan (merosakbinasakan, memusnahkan):\ndialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; \nmerekalah petualang negara, ~ keamanan negara ini." "hancur lebur\nhancur sama sekali (perasaan dan lain-lain);\nmenghancurleburkan\n menghancurkan atau membinasakan sama sekali, merosakbinasakan, menjahanamkan, menghancurmusnahkan:\ndengan keris dan lembing di tiap-tiap tangan datuk-datuk itu kita dapat ~ segala seteru kita; \nnamun negara kita setakat ini terus berjaya menghindarkan masalah perkauman daripada meletus menjadi satu ledakan yang boleh ~ negara." "hancur luluh\nhancur sama sekali, hancur lebur;\nmenghancurluluhkan\n menghancurkan atau membinasakan sama sekali, menghancurleburkan." "hancur musnah\nhancur sama sekali, rosak binasa;\nmenghancurmusnahkan\n menghancurleburkan, merosakbinasakan:\n kenapa kebahagiaan bapak dihancurmusnahkan oleh orang lain?" "handai\nkawan, rakan, sahabat, teman:\n~ taulan\n = \nsahabat ~\n teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan;\nberhandai-handai\n berkawan-kawan, bergaul:\nAli dan adiknya yang perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan bercengkerama; \nkalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dengan riang." "handal\n1.\n boleh diharap (dipercayai) setia;\n2.\n kenamaan, bijak, gagah, cekap, pandai:\npemain bola yang ~;\n 3.\n amat baik (dalam sesuatu kemahiran dan lain-lain):\n Dozy ~ dalam bahasa Arab;\n handalan\n yang handal:\npahlawan ~;\nkehandalan\n1.\n keadaan handal, kesetiaan;\n2.\n kecekapan, kepandaian:\ncerita perjuangan Hang Tuah dan ~nya." "handam\n~ karam \nrugi sehingga habis modal." "handasah\nilmu ~\n ilmu ukur tanah." "handing\n[Kelantan], [Terrenganu];\nmenghanding, menghandingkan\n membuang atau melempar sesuatu yang berat (kerana marah dan lain-lain)." "handuh\nmenghanduh\n [Kedah] memukul, menetak (dengan kuat), menghentam." "handuk\n[Indonesia-Belanda] tuala." "Hang I\ngelaran orang lelaki zaman dahulu:\n~ Tuah;\n~ Jebat." "hang II\n[Kedah], [Perlis], [Pulau Pinang] [bahasa percakapan] awak, engkau (untuk yang sama taraf):\n~ ni nak melawak saja." "hang III\n[Kedah] tempat perlindungan pemburu binatang buas (yang dibuat di atas pokok), ran." "hangar\nbangunan tempat menyimpan dan menyelenggarakan kapal terbang." "hangat\n1.\n panas api (bukan panas matahari):\nair ~; \nbesi ~; \n2.\n terlebih timbangan daripada yang sebenarnya:\ntimbangannya biar ~ jangan kurang; \n3.\n meriah, seronok:\nia mendapat sambutan ~; \n4.\n tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dan lain-lain):\nkedudukan politik negara kembali ~; \nperdebatan yang ~; \n5.\n masih baru lagi berlaku dan sebagainya (berita, peristiwa, dan lain-lain), panas:\nberita yang ~; \nbuku yang masih ~; \n6.\n berapi-api, penuh semangat:\npidato yang ~;\n~ dingin \nkegembiraan dan kesusahan;\n \n~ hati \na) sangat marah;\n b) girang hati;\nhangat-hangat\n1.\n [bahasa percakapan] sementara masih hangat (panas):\nnasi itu elok dimakan ~;\n2.\n hangat (panas) seperti yang dapat dirasai pada (oleh) sesuatu:\n~ kuku \ntidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku;\n \n~ tahi ayam \n(peribahasa) tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan);\nberhangat\n membiarkan badan kena panas, berpanas:\ndi halaman gedung, orang yang tidak kebagian tempat dalam ruangan, ~ dalam panas matahari;\nmenghangat\n menjadi hangat (tegang);\n \nrapat ~ \nperjumpaan menjadi tegang;\n \ntidak ~ mendingin\n tidak menggembirakan atau menyusahkan;\nmenghangati\n ark\n1.\n memanaskan (nasi yang sudah dingin dan lain-lain);\n2.\n menggembirakan:\nBuenos Aires yang sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango;\nmenghangatkan\n1.\n =\n memperhangat\n menjadikan hangat (panas), memanaskan:\n~ nasi dan lauk-lauk; \nberdiang untuk ~ badan; \n2.\n menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan:\ntepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pada malam itu; \n3.\n [kiasan] menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan:\nisu-isu yang sensitif telah ~ perdebatan pada hari itu;\n memperhangat\n menjadikan lebih hangat;\nkehangatan\n1.\n perihal hangat (panas), kepanasan;\n2.\n kena hangat (panas);\n3.\n terlalu hangat;\n4.\n perihal hangat (meriah), kemeriahan;\n5.\n perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan:\n~ perdebatan itu meresahkan orang ramai." "hanggau\nmenghanggau\n menjangkau." "hangit\n1.\n (berbau) seperti bau kain terbakar;\n2.\n rosak atau terbakar dan berbau (berkenaan (dengan) makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama):\ndia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur;\n3.\n berbau busuk seperti bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau berpeluh):\nbadannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi; \nmemberi ~ \nki memberi malu;\n \n~-pengit \na) terlalu hangit;\n b) [Perak], [Kelantan] hangus rentung;\nmenghangitkan\n menyebabkan hangit (masakan, kuih yang dibakar);\nkehangitan\n1.\n perihal hangit (masakan, kuih yang dibakar);\n2.\n perihal hangit (hapak), bau hangit, kehapakan." "hangpa\n[Kedah] hang apa, awak, engkau, kamu (semua)." "hangus I\nmenjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam:\nmaka mahligai itu pun habis ~; \nikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang;\n~(-hangus) hati \na) panas hati, marah;\n b) terlalu rindu (ingin);\n \nbelanja (perbelanjaan, wang) ~\n wang hantaran pengantin lelaki kepada pihak perempuan untuk belanja kahwin (lain daripada mas kahwin);\n \n~ tiada berapi, karam tiada berair \n(peribahasa) menderita kesusahan yang amat sangat;\nmenghanguskan\n membakar sampai hangus:\n~ hati (dada) \nmemanaskan hati, menjadikan sangat marah;\nkehangusan\n1.\n keadaan hangus;\n2.\n terbakar hangus:\n~\n \nhati\na) panas hati, sangat marah;\n b) kerinduan." "hangus II\nsejenis ikan darat, arang ekor, \nBalantiocheilus melanopterus." "hangus III\nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nDichapetalum (Chaillettia) spp." "hansop\n[Indonesia] sejenis pakaian budak-budak." "hantam\nhentam." "hantar I\n~ tangan \n(berkenaan (dengan) surat dan sebagainya) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dan sebagainya);\nberhantar\n diiringi, dikawani, ditemani;\n \ndatang tak berjemput, pulang tak ~ \n(peribahasa) perihal orang yang tidak diendahkan;\nmenghantar\n1.\n mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan meninggalkannya di situ:\nsetiap hari ayah ~ kami ke sekolah dengan keretanya; \n2.\n membawa atau menyebabkan bergerak dari satu tempat ke tempat lain, mengalirkan:\npam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dalam paru-paru melalui salur nadi; \n3.\n menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dan sebagainya) melalui alat perhubungan (seperti pos, telegraf, dan sebagainya), mengirim:\ndia ~ surat kepada ayahnya setiap bulan; \n4.\n membawa untuk diberikan (disampaikan) kepada seseorang dan sebagainya:\ndia datang ke rumah ~ surat itu; \n5.\n membawa ke sesuatu tempat (untuk tujuan tertentu):\n~ manusia ke bulan;\n~ kereta ke bengkel untuk dibaiki; \n6.\n menyertakan sesuatu (untuk dipertandingkan dan sebagainya):\ndalam pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukisannya; \n7.\n membiayai pelajaran dan sebagainya, memasukkan (ke sekolah dan sebagainya yang tertentu):\nkerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri;\n~ anaknya ke sekolah aliran Melayu;\n8.\n menyuruh (mengarahkan, meminta, memaksa, dan sebagainya) pergi ke sesuatu tempat (untuk melaksanakan sesuatu tugas dan sebagainya):\n~ bala tentera ke sempadan;\n~ perwakilan ke sesuatu persidangan; \n9.\n menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kepada seseorang pemain lain (dalam permainan bola sepak, hoki, badminton, dan lain-lain):\nHassan ~ bola ke pintu gol;\n~ cincin \n= \n~ tanda \nmembawa (memberi, mengirim) cincin untuk tanda pertunangan;\nhantar-menghantar\n1.\n saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi:\nsetiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; \n2.\n [arkaik] berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya:\nia masih hidup kerana nafasnya ~;\nmenghantari\n membawa untuk diberikan kepada, mengirimi:\nmaka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyaknya; \nsuaminya tidak ~nya surat;\nmenghantarkan = menghantar\n;\nhantaran\n1.\n sesuatu yang dihantar (dikirim), kiriman:\npetani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ daripada anak dan ahli keluarga yang melakukan migrasi; \n2.\n = \n~ kahwin = wang ~\n wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus;\n3.\n (dalam majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dan sebagainya) yang dibawa bersama wang hantaran:\npihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; \n4.\n (dalam permainan bola sepak dan lain-lain) tendangan (balingan dan sebagainya) bola ke sesuatu tempat atau kepada pemain lain:\n~nya tidak sampai kepada kawannya;\npenghantaran\n perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dan lain-lain);\npenghantar\n1.\n orang yang menghantar (mengirim) surat dan sebagainya;\n2.\n orang yang membawa sesuatu untuk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kepada seseorang, pembawa:\n~ surat khabar;\n~ pos (surat) \n[Indonesia] posmen;\n3.\n orang yang membuka mesyuarat (pembicaraan dan lain-lain);\n4.\n alat untuk menghantar;\n5. =\n \npengantar\n pandangan umum yang ringkas tentang isi buku, ceramah, dan lain-lain;\n \nkata ~\n kata pendahuluan, prakata;\n6. = pengantar\n sesuatu (bahasa) yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, seperti ilmu pengetahuan dan lain-lain:\nbermula pada tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah;\nberpenghantarkan, berpengantarkan\n menggunakan sesuatu (bahasa) sebagai penghantar:\nkanak-kanak itu belajar di sekolah yang ~ bahasa ibundanya." "hantar II\nberhantaran\n terletak (terjatuh) di sana sini, bertebaran:\nbanyak rakyat mati, darah pun banyak tumpah ke bumi, mayat manusia ~ di medan;\nmenghantar, menghantarkan\n meletakkan (di tanah dan lain-lain) sembarangan sahaja, menggeletak:\ndihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya;\nterhantar\n1.\n terlantar di tanah dan lain-lain, tergeletak:\nbadannya ~ di Langkawi, ditanamkan orang di sana; \n2.\n tidak terpelihara (tidak terbela), terbiar, terlantar:\nrumah pemeliharaan orang yang ~." "hantau\nmenghantau\n [Kedah], [Perlis], [Pulau Pinang] mengunjurkan kaki ke atas sesuatu." "hantu I\n1.\n ciptaan khayalan manusia yang menakuntukan atau menggerunkan;\n \nbahasa ~ \nbahasa yang dipakai oleh pawang;\n \njari ~ \njari tengah;\n \nkena ~ \n= \ndirasuk ~ \nsakit kerana diganggu hantu;\n \ndisapa ~\n = \ntersapa ~ \n= \nditegur ~\n demam kerana ditegur hantu;\n2.\n [kiasan] pengintip rahsia:\n~ mata-mata \npengintip rahsia bagi polis;\n3.\n [kiasan] orang yang sangat jahat (buruk dan lain-lain):\n~ judi \norang yang sangat suka berjudi;\n \nanak ~ \nanak yang sangat jahat;\n \nrupanya seperti ~ \nrupanya tersangat buruk;\n4.\n yang tumbuh liar, yang tumbuh dalam hutan:\n kacang ~; \nlimau ~; \npisang ~;\n~ air\n hantu yang terdapat di air (di sungai dan lain-lain);\n \n~ angin \nhantu yang boleh mengaramkan kapal;\n \n~ aru-aru \nhantu hutan;\n \n~ bungkus\n hantu yang berupa mayat berbungkus;\n \n~ bunian\n siluman (orang halus yang tinggal di hutan);\n \n~ gunung (laut, rimba, sungai) \nhantu yang menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai);\n \n~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah \nhantu-hantu penunggu;\n \n~ raya \nhantu peliharaan untuk menjadi pengawal (suruhan) tuannya;\n \n~ toyol\n hantu peliharaan untuk disuruh mencuri;\n \ntakut di~ terpeluk ke bangkai \n(peribahasa) mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yang tidak patut ditakuntukan;\nberhantu\n ada hantunya, kemasukan (kerasukan) hantu;\nmenghantu\n1.\n menjadi hantu;\n2.\n [kiasan] menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dan sebagainya):\nmalam tambah ~; \ndia bersiar-siar ke luar kota untuk melupakan kesibukan kota yang ~;\nmenghantui\n1.\n [kiasan] mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa):\nperistiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; \n2.\n mempengaruhi (dengan cara menakut-nakuntukan):\ndengan sikapnya yang agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dengan semboyan revolusi proletariat;\nkehantuan\n sifat atau perbuatan yang dikaitkan seperti hantu\n: ia disejajarkan dengan sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan." "hantu II\nburung ~\n1.\n sejenis burung malam, jampuk, \n~ kuang kuit\n, \nOtus scops; \n2.\n sejenis burung, carik kafan, \nStrix seloputo;\n3.\n sejenis burung, \n~ ikan\n, \nKetupa zeylonensis; \n4.\n sejenis burung\n, \nketumbuk, ketampi, \n~ kuning, Ketupa ketupu." "hantuk\nberhantuk\n berlanggar (bersentuhan) dengan:\nkepalanya ~ dengan dinding;\nberhantukan, berhantuk-hantuk\n saling berhantuk, berbenturan:\nkedengaran bunyi bangku dan kerusi ~;\nmenghantukkan\n melanggarkan sesuatu pada sesuatu, membenturkan:\nRatna memegang kepala Kadir lalu dihantukkannya ke dinding;\nterhantuk\n menghantuk sesuatu dengan tidak sengaja, terlanggar, terbentur, tersandung (kaki):\nkakinya ~ pada batu;\n \nsudah ~ baru tengadah \n(peribahasa) sesudah terkena (mendapat kesusahan dan sebagainya) baru beringat-ingat." "hanya\n1.\n tidak lebih daripada, cuma, sahaja:\nkemanakan hamba ~ seorang saja; \ndia ~ menjalankan tanggungjawabnya; \ndia ~ mengangguk; \ndia ~ seorang perempuan;\n~ satu \nsatu sahaja;\n2.\n sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dan sebagainya yang tertentu sahaja), sekiranya (kalau) \u2026 sahaja:\n~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; \nkita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlukannya;\n~lah\n = \n~ sanya\n hanya (digunakan untuk penegasan);\n3.\n melainkan, kecuali:\nyang lain bersetuju, ~ dia yang tidak bersetuju." "hanyar\nberhanyar\n [Terengganu] berselerak, berserak." "hanyir\n1.\n (ber)bau seperti bau ikan basah, (telur itik dan sebagainya);\n2.\n masih terlalu muda (budak dan lain-lain):\nbudak ini masih ~\n masih terlalu muda;\n \nelok buruk dan busuk ~ \nkesenangan dan kesusahan;\nmenghanyirkan\n menyebabkan berbau hanyir:\ntelur itik ~ kuih;\nkehanyiran\n perihal hanyir (bau):\ndia tidak tahan ~ bau ikan itu." "hanyur\n~-penyur \n[Terengganu] terlalu hanyir." "hanyut\n1.\n dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dan sebagainya):\nkayu itu ~ dibawa air pasang; \n2.\n pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung):\nlebih baik saya ~ ke negeri lain daripada hidup memendam rasa; \n3. = berhanyut\n gelincir, meleset, larat (kerana licin dan lain-lain):\nbeberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu: maka dibedilnya belulang itu, ~ tiada terus; \n4.\n [kiasan] terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun:\nmereka ~ dibuai lagu yang berirama lembut; \npenulis-penulis muda yang dikatakan sedang ~ ke satu alam yang penuh dengan kata-kata yang hebat;\n~ harta bendanya \nhilang lenyap, habis, lesap;\n \n~ hatinya \nmerasa rawan;\n \norang ~ \na) orang yang hanyut di air (sungai, laut);\n b) orang yang mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir);\n~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari \n(peribahasa) menolong orang dalam masa kesusahan;\n \nmalu berkayuh, perahu ~ \n(peribahasa) kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan;\n \nterapung tak ~ terendam tak basah \n(peribahasa) belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan);\nberhanyut-hanyut\n1. = berhanyutan\n terapung-apung dibawa air (banjir, ombak):\nberhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; \nmana yang tidak tenggelam tinggallah berhanyutan; \n2.\n pergi ke mana-mana:\nbiar aku ~ ke rantau orang; \n3.\n berlarut-larut, berlanjut-lanjut:\nperbualan mereka ~;\nmenghanyuntukan\n1.\n membawa (menyebabkan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran:\ndihanyuntukannyalah rakit itu ke laut; \n2.\n [kiasan] membawa (diri) berangan-angan:\ndihanyuntukan oleh khayalan; \nair tenang ~ \n(peribahasa) orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar;\nhanyutan\n benda yang dihanyuntukan;\nkehanyutan\n perihal (keadaan dan sebagainya) terlalu asyik dengan sesuatu (selama terbawa mengelamun dan sebagainya):\nwatak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dalam arus kota yang simpang-siur;\npenghanyutan\n perihal atau perbuatan menghanyuntukan." "hap\n(Seni Muzik) sejenis alat muzik yang besar dengan tali-tali yang ditegangkan pada bingkai tiga segi, dan dimainkan secara menegak dengan memetik talinya dengan jari." "hapak\nberbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkenaan (dengan) sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkenaan (dengan) bahan makanan):\nbantal usang yang ~; \nbiskut yang sudah ~." "hapas\napas I." "hapermut\n[Indonesia-Belanda] sejenis emping yang dibuat daripada oat." "haplografi\n(Linguistik) pelenyapan satu huruf atau satu suku kata serupa yang berturutan dalam tulisan sesuatu perkataan, misalnya dua huruf \ns \ndalam ejaan Inggeris \nassimilation \nhanya tinggal satu apabila diserapkan kepada ejaan \nasimilasi \ndalam bahasa Melayu." "haplologi\n(Linguistik) penyingkatan sesuatu kata dengan menghilangkan suatu bunyi atau suku kata yang berulang dalam sebutannya." "haprak\n[bahasa kasar] kata makian yang bermaksud tidak bergunanya (seseorang)." "hapsikod\n(Seni Muzik) sejenis alat muzik yang menyerupai piano kecil tetapi berbeza dari segi bunyinya." "hapus\n1.\n hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi):\nparut di badannya itu tidak\n \nakan ~ sepanjang hayatnya; \nselama belum ~ Peringgi dari alam Melayu belum puas aku lagi;\n2.\n (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dan lain-lain):\ndosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah;\n~ laut \n(peribahasa) melupakan sesuatu perkara yang tidak baik (dibenci dan lain-lain);\nmenghapus\n menyapu (untuk menghilangkan kotoran):\nia ~ air matanya;\n \n~ arang di muka \nmenghilangkan malu;\n \n~ dosa \na) membersihkan diri (daripada dosa);\n b) mengampuni dosa;\nmenghapuskan\n1.\n menghilangkan dengan menyapu:\n~ conteng pada dinding; \n2.\n menghilangkan, melupuntukan, meniadakan, membanteras, membasmi:\nada beberapa jalan untuk ~ penyakit; \nberjuang untuk ~ penjajahan;\n~ musuh; \n3.\n menganggap telah hapus, menganggap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dan lain-lain):\nsegala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerahkan segala kekuasaannya; \nsemua barang yang lama lebih baik dihapuskan daripada perjanjian kita; \nmudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku;\nterhapus\n menjadi hapus, telah dihapuskan:\nsebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah;\npenghapusan\n perihal (perbuatan, tindakan, dan sebagainya) menghapuskan:\nkaum wanita menuntut ~ poligami;\n~ penderitaan atau kekurangan;\npenghapus\n1.\n alat untuk menghapuskan sesuatu;\n2.\n orang yang menghapuskan." "hapus kira\n(Ekonomi)\n1.\n penghapusan sesuatu hutang yang dianggap tidak boleh dikutip lagi, dan dengan itu dianggap sebagai perbelanjaan atau kerugian;\n2.\n pemindahan baki akaun aset ke akaun belanja atau akaun untung rugi yang menyebabkan baki akaun aset berkurangan atau terhapus;\nmenghapus kira\n membatalkan sesuatu, misalnya hutang lapuk, daripada akaun yang sedia ada secara hapus kira:\nsyarikat memutuskan untuk ~ beribu-ribu ringgit hutang lapuk." "hara I\nharu, huru-hara." "hara II\nsejenis ikan darat, ara, \nOsteochilus melanopleura." "harab\n[Arab] perang;\n \ndarul~\n negeri yang rakyatnya belum memeluk agama Islam, lawan darussalam." "haraf\n[Arab]\n1.\n [sastera lama] huruf;\n2.\n partikel. \nharak; \nterharak-harak\n [sastera lama] terkelepai, berjabir-jabir, longgar:\nmaka baju Laksamana pun ~ terkembang berterbangan." "harakah\n[Arab] pergerakan (yang memperjuangkan sesuatu), perjuangan." "harakat\n[Arab]\n1.\n panjang pendek suara sewaktu membunyikan sesuatu huruf Arab dalam bacaan Quran (yang biasanya ditandai dengan tanda-tanda tertentu bagi menentukan hukum-hukum tajwidnya);\n2.\n baris atau tanda bunyi (fatahah, kasrah, dammah)." "harakiri\n(Jepun) perbuatan seseorang membunuh diri dengan menikam atau memburaikan perutnya apabila mendapat malu atau dihukum mati." "haram\n1.\n hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang mengingkarinya:\nbabi ~ dimakan oleh orang Islam; \ntidak peduli halal ~\n tidak mengendahkan hukum;\n2.\n ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang):\ndia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; \nkumpulan ~; \nrumah ~\n rumah yang didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat;\n \ntanah ~ \ntanah yang diduduki atau dikerjakan tidak dengan izin kerajaan (tuannya);\n3.\n suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yang tidak menentu:\nTanah ~\n Mekah dan Madinah;\n \nMasjidil~ \nmasjid Mekah;\n4.\n [bahasa percakapan] sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul:\n~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; \n5.\n [bahasa percakapan] sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak):\nia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; \nsehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~;\n6.\n [bahasa percakapan] tidak ada, tiada (satu antara yang banyak):\n~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung;\n~ jadah (zadah) \na) (kata makian) anak yang tidak sah (lahir di luar nikah);\n b) (kata makian secara am) celaka:\nlori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk;\nmengharamkan\n memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah:\nagama Islam ~ penganut-penganutnya minum arak, berjudi dan melakukan beberapa perbuatan lain; \n2.\n tidak membenarkan (mengizinkan, meluluskan, dan sebagainya), menetapkan (mengisytiharkan) sebagai melanggar undang-undang, menegah:\nkerajaan telah ~ penerbitan buku itu; \n3.\n berteguh hati (berazam) untuk tidak melakukan sesuatu:\ndia ~ dirinya daripada memasuki tempat yang terkutuk itu lagi;\npengharaman\n tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan:\n~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan; \nbeberapa buah negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom." "harap\n1.\n [sastera lama] hasrat (kehendak) untuk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: \nmaka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; \n2.\n = \nharaplah\n hendaklah, mintalah, pohonlah:\n~ maklum;\n~ hati \nhasrat hati (keinginan hati);\n \n~ cemas \nbimbang (ragu-ragu, khuatir);\n \nputus (hilang) ~\n berasa kecewa sama sekali, putus asa;\nharapkan\n harap akan;\n~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya \n(peribahasa) setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pada orang lain);\n \n~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan \n(peribahasa) melakukan pekerjaan yang tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yang sudah dimiliki);\nharap-harapan\n sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan);\nberharap\n berhasrat (dan sedia menunggu) untuk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dan sebagainya) sesuatu, meminta (dengan sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu:\njanganlah pula kamu ~ yang doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dengan serta-merta;\nberharapkan\n berharap akan:\nmereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan;\nmengharap, mengharapkan\n1.\n berharap akan, menginginkan, menjangka akan mendapat (memperoleh):\nkami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; \nrakyat ~ pimpinan daripada mereka yang dianggap pandai; \n2.\n percaya akan, menggantungkan nasib dan lain-lain kepada, mempercayai:\nmaka dukacitalah ia sebab kehilangan orang yang diharapkannya; \nmemang orang itu tidak boleh diharap;\nterharap-harap\n sentiasa mengharap(kan);\n \n~ saja\n menjangka-jangka tetapi tidak memperoleh, tidak berjaya (kecewa);\nharapan\n1.\n sesuatu atau seseorang yang diharap(kan):\nmemang tidak ada ~ yang cita-citanya akan berjaya;\n2.\n perihal mengharapkan:\n~nya untuk mendapat bantuan telah hilang; \n3.\n = \norang ~\n orang yang diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan:\nhanya orang tua itu ~nya; \npemuda ~ bangsa \npemuda yang diharap akan memimpin dan memajukan bangsa;\nmembilang ~ \nterus berharap, tidak putus-putus harapan;\n \npenuh ~ \nbesar harapan;\n \nPulau H~\n [Indonesia] Pulau Sumatera;\n \nputus ~\n putus harap;\n \n~ hati\n harap hati;\nberharapan\n mempunyai harapan (yang besar);\npengharapan\n hal atau perbuatan mengharapkan." "hararat\n[Arab] kepanasan." "haras\n[Arab] kawalan." "harau I\nkarau\n." "harau II\nmengharau\n mengarau, mengacau." "harawan\n[arkaik];\ntunggang ~\n tegak tulang dada (berkenaan (dengan) kuda sebagai tanda kuat)." "harbab\nrebab." "harem\n1.\n tempat tinggal gundik-gundik raja (orang kaya) Arab;\n2.\n perempuan simpanan penghuni harem:\nFatima tinggal di istana keluarga Tonsson seperti hidup di sebuah ~." "harfiah\n[Arab]\n1.\n perkataan demi perkataan (berkenaan (dengan) terjemahan dan sebagainya):\nteks itu diterjemahkan secara ~; \n2\n. makna tersurat atau selapis yang dapat difahami secara mudah dan jelas (daripada sesuatu tulisan), literal;\nkeharfiahan\n perihal harfiah." "harga\n1.\n nilai sesuatu barang dengan (kiraan) wang:\nkalau adapun barang itu ~nya mahal; \nletak ~ \n[bahasa percakapan]\na) menetapkan harga;\n b) menetapkan harga (nilai) yang tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki);\n \ntarik ~ \n[bahasa percakapan]\na) meletakkan harga yang tinggi;\n b) (berkenaan (dengan) pihak yang menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) mengambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kepada pihak yang menghendakinya;\n2.\n [kiasan] kehormatan (diri), maruah:\nkami tahu ~ diri kami;\n3.\n [kiasan] faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan:\nnasihat yang baik sudah tidak ada ~nya lagi;\n~ benderol \n[Indonesia]\na) meterai yang berbentuk pita yang menyatakan harga (rokok dan lain-lain);\n b) = \n~ pemerintah \n= \n~ E. Z.\n [Indonesia] harga yang ditetapkan oleh kerajaan;\n \n~ beli (pembelian) \nharga pada ketika membeli;\n \n~ borong \nharga sesuatu barang yang dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah daripada harga runcit;\n \n~ bumbung \n(Ekonomi) harga maksimum sesuatu barang yang ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling;\n \n~ damai\n harga yang masih boleh ditawar (lawan harga tetap atau harga mati);\n \n~ diri\n maruah, kehormatan diri;\n \n~ gelap \nharga yang tidak menurut ketetapan kerajaan;\n \n~ gila \n[Indonesia] [bahasa percakapan] harga yang terlalu murah atau terlalu mahal;\n \n~ jualan \n(Ekonomi) harga barang di kedai, harga yang ditetapkan oleh penjual;\n \n~ kos \n(Ekonomi) harga barang yang dijual oleh pengeluar kepada penjual;\n \n~ lantai \n(Ekonomi) harga paling rendah yang ditentukan (dibenarkan);\n \n~ mati\n = \n~ pasti \n= \n~ tetap \nharga yang muktamad;\n \n~ melawan \n[bahasa percakapan] [Indonesia] harga yang lebih murah daripada harga penjual lain;\n \n~ modal\n harga pokok;\n \n~ namaan\n harga yang tertera pada saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yang sebenar);\n ~ pasar \nharga barang di kedai, harga jualan;\n \n~ pasaran \n(Ekonomi)\na) harga terbaru yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yang ditentukan melalui permintaan dan penawaran;\n b) harga selepas diskaun yang terdapat pada tarikh tutup perakaunan;\n c) harga yang terakhir pada masa jual beli saham, yang disenaraikan dalam bursa saham;\n \n~ penutup \n(Ekonomi) harga terakhir sesuatu saham dan sebagainya yang diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup;\n \n~ pokok\n harga yang dibayar oleh penjual pada masa membeli (daripada pengeluar dan sebagainya);\n \n~ runcit \nharga sesuatu barang yang dibeli atau dijual secara runcit;\n \n~ runtuh \nharga murah yang ditawarkan oleh pusat membeli belah untuk melariskan barang jualan dalam musim tertentu (biasanya musim perayaan);\n~ senarai\n (Ekonomi) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dan sebagainya);\n \n~ siling \n(Ekonomi) harga maksimum sesuatu barang yang ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung;\n \n~ tunai\n harga jika dibayar tunai;\n \nada rupa ada ~\n (peribahasa) harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya;\nseharga\n1.\n sama harganya (dengan);\n2.\n harganya, dengan harga:\nmembeli barang ~ lima ringgit;\nberharga\n1.\n mempunyai harga, harganya:\nkereta barunya ~ RM28 000; \n2.\n berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting:\npokok jati menghasilkan kayu yang sangat ~; \ntidak ~ \ntidak berguna (tidak penting);\nmenghargai\n1.\n memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan:\nbarang jualannya dihargainya terlalu tinggi; \naku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; \n2.\n memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dan sebagainya), menganggap penting (berfaedah):\npenerbit belum tahu ~ karya pengarang; \nkhidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang;\n3.\n menghormati, memuliakan, mengendahkan:\ndia tidak ~ orang tuanya;\nmenghargakan\n1.\n menawarkan barang yang hendak dijual (dengan menyatakan harganya):\nmembeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; \n2.\n menghargai;\nterharga, terhargakan, terhargai; \ntidak ~\n tidak ternilai;\npenghargaan\n perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan;\n \nhadiah ~ \nhadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dan lain-lain)." "hari\n1.\n masa dari matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pada paksinya, 24 jam):\nada tujuh ~ dalam seminggu;\n~ Ahad (Minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu; \n2.\n = \nsiang ~\n masa dari matahari terbit hingga matahari terbenam:\ndua ~ dua malam; \nhari ini kami bekerja setengah ~; \ntengah ~ \nwaktu ketika matahari sangat tinggi;\n3.\n bahagian dari masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi:\nmalam ~\n bahagian sebelah malam;\n \npagi ~ \nbahagian sebelah pagi;\n \npetang ~ \nbahagian sebelah petang;\n4.\n keadaan (alam, cuaca, udara, dan lain-lain):\n kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; \napabila aku balik dari hutan, ~ pun sudah malam;\n5.\n masa kerja dalam satu hari:\ndia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; \ngaji ~ \ngaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja;\n6.\n masa yang lalu atau yang akan datang:\ndia telah membeli sebuah rumah untuk ~ tuanya; \nbelakang (kemudian) ~\n masa yang akan datang;\n \ntempoh ~ \ndahulu;\n~ acara\n [Indonesia] [arkaik] hari diadakan pemeriksaan perkara;\n \n~ akhirat \n= \n~ kemudian \nmasa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yang ada sekarang ini;\n \n~ Asyura \nhari yang kesepuluh bulan Muharam;\n \n~ baik bulan baik\n Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, perayaan Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dan sebagainya);\n \n~ bapa \nhari (pada Ahad ketiga dalam bulan Jun) untuk mengenang atau memperingati jasa bapa;\n \n~ batal\n [arkaik] = \n~ jatuh \n[Indonesia] waktu yang ditentukan sebagai had yang terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dan lain-lain;\n ~ besar \nhari yang dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting;\n \n~ bulan \ntanggal, tarikh;\n \n~ Buruh \nhari cuti am sebagai penghormatan kepada kaum buruh;\n \n~ depan (nanti)\n masa yang akan datang;\n \n~ gaji \nhari para pekerja dibayar gaji atau upah, misalnya pada akhir setiap bulan dan sebagainya;\n \n~ guru \nhari (pada 16 Mei) yang disambut untuk mengenang atau memperingati jasa guru;\n \n~ ibu \nhari (pada Ahad kedua dalam bulan Mei) untuk mengenang atau memperingati jasa ibu;\n \n~ ibu bapa \nhari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput);\n \n~ jadi \n= \n~ lahir \nhari memperingati lahirnya seseorang;\n \n~ Jumaat Besar \n[Indonesia] hari kematian Jesus;\n ~ kebangkitan \nhari apabila manusia dibangkitkan (daripada mati) untuk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan;\n \n~ Kebangsaan \nhari (yang tertentu tarikhnya) yang dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sebagai memperingati kemerdekaan dan sebagainya;\n \n~ kelepasan \n= \n~ libur \nhari cuti, hari rehat;\n \nH~ (Memperingati) Kekasih \nhari (pada 14 Februari) yang diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dan sebagainya, yang juga dikenali sebagai \nValentines Day;\n \n~ Kemerdekaan \n= \n~ Merdeka \nhari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara;\n \n~ keputeraan \nhari lahir (nabi, raja);\n \n~ kerja\n hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu);\n \n~ lebaran \n[Indonesia] Hari Raya;\n \n~ mahsyar \n= \n~ hisab \nhari diperhitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat;\n \n~ matahari\n hari yang panjangnya ditentukan oleh matahari;\n \n~ muka\n hari depan;\n \n~ Natal \nhari jadi Jesus;\n \n~\n \nPahlawan\n hari memperingati pahlawan yang terkorban;\n \n~ pembalasan \nhari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia;\n \n~ penamaan (calon) \n(Undang-undang) hari yang ditetapkan untuk menamakan calon pilihan raya;\n \n~ perniagaan \nhari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan;\n \n~ Raya \na) = \n~ Raya Puasa (Aidilfitri) \nhari yang dirayakan sesudah puasa (pada 1 Syawal);\n b) = \n~ Raya Haji (Korban)\n = \n~ Raya Aidiladha\n hari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah);\n \n~ sekolah \nhari waktu bersekolah;\n \n~ syak\n hari yang mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam);\n \n~ tasyrik \nhari yang disunatkan menyembelih korban (11, 12 dan 13 Zulhijah);\n \n~ tua \nmasa seseorang sudah tua;\n \n~ ulang tahun \nhari yang bertepatan dengan hari bulan dan bulan seseorang dilahirkan, atau sesuatu (perkahwinan, penubuhan organisasi dan sebagainya) berlaku:\n ~ ulang tahunnya adalah pada 1 Januari; \n \npasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkahwinannya yang ke-50;\n~ wuquf \nhari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah);\n~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (petang) dikejar-kejar\n (peribahasa) membiarkan peluang yang baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar;\n \nada ~ ada nasi\n (peribahasa) selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup;\n \nia sepanjang ~ janji sepanjang jalan \n(peribahasa) mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya;\nsehari\n satu hari;\n \n~ dua \nsatu atau dua hari, beberapa hari;\n \n~ suntuk \nsepanjang hari;\n \n~ tumbas \n[Kelantan] sehari suntuk;\n \nraja ~ \npengantin (pada hari perkahwinan);\nseharian\n sepanjang hari (dari pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian:\ndoh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; \nkadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;\nsehari-hari\n tiap-tiap hari, saban hari:\nbarang keperluan ~;\nsehari-harian\n seharian:\ndia merasa tersangat letih selepas bekerja ~;\nberhari\n \n~ minggu \nbersenang-senang pada hari minggu;\n \n~ raya \nmerayakan Hari Raya dan lain-lain;\nberhari-hari\n beberapa hari:\nkadang-kadang dia pergi ~ lamanya;\nberhari-harian\n beberapa hari penuh:\nburuh yang mogok berpiket ~;\nharian\n1.\n setiap hari;\n \nbuku (catatan) ~ \nbuku untuk dituliskan catatan hari-hari;\n \nburuh (pekerja) ~ \nburuh yang dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja;\n \ncatatan ~ \ncatatan tentang apa yang berlaku setiap hari;\n \nMaktab (Pusat) Latihan ~ \nmaktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah;\n \npengurus ~\n [Indonesia] pengurus yang mengerjakan urusan hari-hari;\n \nperintah ~\n pemberitahuan panglima kepada pasukan-pasukannya;\n \nsuhu ~\n hitung panjang suhu tiap-tiap hari;\n2.\n (diterbitkan) setiap hari (berkenaan (dengan) akhbar):\n~ Utusan Melayu;\nperharian\n hal mengira bilangan hari." "harib\n(Seni Muzik) sejenis serunai yang berasal dari Tibet." "haribaan\npangkuan, ribaan:\nsi Hitam melihat Berontak datang menyembah ke ~ orang tua itu." "harimau\nsejenis binatang mamalia yang buas (rupanya seperti kucing);\n jenis-jenisnya:\n~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa;\n~ belang, Panthera tigris;\n~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, \ndan lain-lain;\n~ akuan \nharimau jadi-jadian, cenaku, kembering;\n \n~ tanpa gigi \norang telah tiada kuasanya lagi:\n saya akan buktikan yang MPPJ bukan ~ tanpa gigi; \nbagai ~ kelaparan \nki sangat ganas;\n~ ditakuti sebab giginya\n (peribahasa) orang yang berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya;\n \n~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading\n (peribahasa) orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati;\n \n~ mati kerana belangnya\n (peribahasa) perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya;\n \n~ mengaum tak akan menangkap \n= \n~ bertempik tak akan makan orang \n(peribahasa) orang yang marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul;\n \nanak ~ diajar makan daging \n(peribahasa) orang yang zalim digalakkan membunuh;\n \nanak ~ tak akan menjadi anak kambing \n(peribahasa) orang yang berani tak akan jadi penakut;\n \nbagai ~ beranak muda\n (peribahasa) perihal orang yang sangat bengis (garang dan lain-lain);\n \nseperti ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku \n(peribahasa) orang berpengetahuan yang menyembunyikan pengetahuannya;\n \nsudah masuk ke dalam mulut ~ \n(peribahasa) sudah pasti binasa;\nmengharimaui\n memarahi (memberangi) dengan menengking-nengking dan lain-lain, memperlakukan dengan kejam." "haring I\nsejenis jebak atau jerat." "haring II\nbau seperti bau air kencing, hancing." "haris\n[Arab] [sastera lama] penjaga, pengawal (pintu dan lain-lain)." "harisah\nbubur ~\n sejenis bubur daripada biji gandum yang dicampur dengan daging dan lain-lain (biasanya dibuat pada 10 Muharam)." "harkat\n1.\n harga, mutu, nilai, taraf, darjat (kemuliaan dan lain-lain);\n2.\n gerak(an), kekuatan, tenaga." "harmatan\n(Geografi) sejenis angin yang kering dan berdebu dari gurun Sahara yang bertiup ke arah pantai Afrika Barat, biasanya antara Disember hingga Mac. \nharmoni\n1.\n selaras dari segi muzik:\npasukan koir itu bernyanyi dalam nada suara yang ~; \n2.\n menunjukkan persesuaian atau persetujuan:\nkedua-dua suami isteri itu hidup dalam keadaan yang ~; \n3.\n not-not muzik dalam sesuatu kod;\n4.\n persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dan lain-lain;\nmengharmonikan\n1.\n menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dan sebagainya):\nmereka berusaha bersungguh-sungguh untuk ~ suara mereka; \n2.\n menjadikan harmoni, memesrakan:\nmereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka;\nkeharmonian\n1.\n keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian:\nsebaliknya, sains dan teknologi yang telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; \n2.\n keadaan harmoni (mesra), kemesraan:\n~ perhubungan antara kedua-dua buah negara; \nmenikmati ~ hidup di desa;\n~ rumah tangga;\n pengharmonian\n proses (usaha, perbuatan dan sebagainya) mengharmonikan:\nLabuan diharapkan akan menjadi mangkin kepada ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini." "harmonika\nsejenis alat muzik (bunyi-bunyian) yang dimainkan dengan meniupnya, bangsi, genggong." "harmonis\n[Indonesia-Belanda] selaras, seimbang, sepadan, sesuai atau bersesuaian (antara satu sama lain)." "harmonium\nsejenis alat muzik, orgel." "harta\nbarang-barang berharga (seperti rumah, tanah, barang-barang kemas, dan sebagainya) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dan lain-lain);\n~ bawaan (pembawa, pembawaan)\n harta yang dibawa pada ketika berkahwin;\n \n~ benda \nbarang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yang berharga (sebagai kekayaan);\n \n~ bersama \n= \n~ carian (laki bini) \n= \n~ suarang \nharta yang diperoleh suami isteri bersama;\n \n~ (pen)dapatan \nharta yang dibawa oleh pihak perempuan;\n \n~ dunia \nbarang-barang yang tidak kekal, barang-barang duniawi;\n \n~ hibah \nharta yang diberi dengan keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia);\n \n~ jangka panjang \n(Ekonomi) benda (seperti tanah, bangunan, jentera, dan lain-lain) untuk keperluan perusahaan dalam jangka waktu panjang, aset jangka panjang;\n \n~ jangka pendek \n(Ekonomi) wang atau benda yang mudah dijadikan wang, aset jangka pendek;\n \n~ karun\n harta benda yang tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yang didapati dengan tidak sah;\n \n~ milik \nbarang-barang kepunyaan seseorang;\n \n~ mudah cair \n(Ekonomi) benda yang mudah dijadikan wang (dijual);\n \n~ pencarian \nharta benda yang didapati daripada usaha sendiri (bukan yang dipusakai);\n \n~ pusaka \nharta warisan (harta peninggalan si mati);\n \n~ rampasan \nbarang-barang yang dirampas dalam masa perang;\n \n~ sepencarian \nharta yang diperoleh daripada usaha suami isteri;\n \n~ tanah \n(Ekonomi) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian);\n \n~ sungguh \nharta yang berupa mata benda;\n \n~ tak sungguh \n(Ekonomi) hak yang tidak berupa benda (seperti hak cipta dan lain-lain);\n \n~ tidak kurang \nkeadaan harta melebihi hutang;\n \n~ pulang ke tuan \n(peribahasa) sudah sangat cocok untuk seseorang;\nberharta\n mempunyai harta, kaya, berada." "hartal I\nsejenis bedak basah yang berwarna kuning dan harum baunya, boreh." "hartal II\npemogokan umum (penutupan kedai dan lain-lain) sebagai bantahan terhadap sesuatu." "hartanah\nharta tanah." "hartawan\n1.\n berharta, kaya:\norang yang bangsawan lagi ~; \n2.\n orang yang mempunyai harta, orang kaya:\ndia seorang ~ yang terkenal; \nkaum ~;\n kehartawanan\n hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan hartawan." "haru\nkacau:\ndia telah faham akan telatah isterinya, kalau dilawan ~ jadinya;\nmengharu\n1.\n mengacau, mengaduk (santan, tepung, dan lain-lain);\n2.\n mengganggu, menggoda, merasuk dan lain-lain (berkenaan (dengan) perbuatan manusia dan lain-lain yang jahat):\nparti-parti pembangkang yang ~ mereka di parlimen;\n \nbahawasanya syaitanlah yang ~ raja; \n3.\n menjadikan tidak tenteram, mengacaukan, meresahkan, menggelisahkan:\nhatinya telah diharu oleh perasaan malu;\nmengharukan\n1.\n menimbulkan huru-hara, mengacaukan, merusuhkan:\npenempatan semula dikerjakan untuk menyelamatkan orang kampung daripada diharukan pengganas komunis;\n2.\n merusuhkan, menggelisahkan, merunsingkan:\npasti ada sesuatu dalam kepalanya yang ~ fikirannya;\n3.\n merawankan hati, memilukan, menyayukan:\nbunyi yang indah dapat ~ perasaan pendengar; \nsuasana di majlis yang sungguh-sungguh ~, sedih dan sayu;\nterharu\n berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya):\nia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat ~;\nketerharuan\n keadaan terharu, kepiluan, kesedihan, dan lain-lain;\nkeharuan\n1.\n kerusuhan, kekacauan:\ntulisannya itu menggambarkan segala ~ dan kegelisahan fikirannya; \n2.\n keterharuan:\n~ hati;\npengharuan\n perihal mengharukan;\npengharu\n pengacau, pengganggu, perusuh." "haru-biru\nharu-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan:\nkota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi ~;\nmengharu-birukan\n1.\n menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabuntukan, mengacau-bilaukan:\nrusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu; \n2.\n menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya):\nyang sangat ~ fikirannya ialah perceraian dengan anaknya; \nmasalah itu ~ fikirannya;\nkeharu-biruan\n keadaan haru-biru:\n~ yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya." "haru-haru\nhantu ~\n [Minangkabau] sejenis hantu yang suka menculik orang dan menyembunyikannya." "haruan\nsejenis ikan darat, ruan, \nChanna striatus;\n~ tasik \nsejenis haruan\n, Rachycentron canadus;\n~ makan anak\n (peribahasa) bapa atau ketua yang memperkosa anak (anak buahnya) sendiri;\n \nbagai ~ dalam tuar \n(peribahasa) perihal seseorang yang tidak tetap halnya (kerana berada dalam kesusahan dan lain-lain)." "harubi\nkeris ~\n sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja-raja), keris merubi, keris bawang sebongkol;\nkeris\n." "harum I\n1.\n sedap (enak) baunya, wangi:\nbunga melati yang ~ baunya; \n2.\n [kiasan] (berkenaan (dengan) maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal:\nnama Malaysia semakin ~ dalam hubungan antarabangsa;\n~ menghilangkan bau\n (peribahasa) keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik;\nmengharum\n berbau (menjadi) harum, mewangi:\nbunga-bunga kembang ~ di taman;\nmengharumkan\n1.\n menyebabkan berbau harum, mewangikan:\nminyak wangi dipakai untuk ~ badan; \n2.\n menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dan sebagainya):\ndengan kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dalam bidang sukan antarabangsa;\nmengharumi\n memberi bau harum (keharuman) pada:\nbunga-bungaan yang wangi ~ bilik itu;" "harum II\npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok), \nAgave spp." "haruman, harum-haruman\nbau-bauan yang wangi:\nia tidak suka dengan kuih-kuih yang berbau minyak sapi, mentega, dan ~;\nkeharuman\n1.\n perihal harum, kewangian:\ntaburkan bunga melur di tempat tidur supaya suami menikmati ~ baunya; \n2.\n kemasyhuran, kebaikan nama;\npengharum\n bahan (unsur, faktor dan sebagainya) yang mengharumkan:\ndaun limau purut juga digunakan sebagai ~ masakan." "harung I\nmengharung, mengharungi\n1.\n berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dan lain-lain), meranduk:\ntakut ~ air yang deras; \nbudak itu sedang ~ sungai;\n~ belukar \nberjalan melalui belukar;\n2.\n menempuh, melayari (lautan dan lain-lain):\nsedang kami ~ lautan India, angin turun dengan hebatnya; \nkegagahan wau ~ angkasa;\n3.\n [kiasan] menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dan sebagainya):\nkejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;\nharung-harung, harung-harungan\n1.\n tempat orang mengharung (bahagian sungai dan lain-lain yang tidak dalam);\n2.\n laut yang boleh dilayari;\npengharungan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengharung(i)." "harung II\nmengharung\n mengganggu, mengharu." "harung III\ntali ~\n tali untuk menambat kuda." "harus\n1.\n tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib:\nkita mempunyai kepentingan sendiri yang ~ dijaga; \nengkau ~ berlaku adil dan saksama;\n2.\n boleh jadi, mungkin:\npadinya ~ tidak menjadi disebabkan kekurangan air; \n3.\n tidak mustahil (berlaku, terjadi, dan sebagainya), mungkin:\n~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan;\n4.\n boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah:\nmandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam;\nseharusnya\n sepatutnya, semestinya:\nsudah ~lah kita memelihara diri daripada kekejian;\nmengharuskan\n1.\n memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan:\npenuntut-penuntut sekolah diharuskan memakai pakaian seragam;\n2.\n membolehkan, membenarkan, mengizinkan:\npada bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah diharuskan bersajak dengan ta; \nagama Islam ~ perceraian;\nkeharusan\n1.\n sesuatu yang harus (patut dan lain-lain) dilakukan atau sesuatu yang mesti terjadi, kemestian, kewajiban:\nmembela maruah orang tuanya memang suatu ~; \n2.\n sesuatu yang boleh berlaku atau mungkin berlaku (terjadi), kemungkinan." "has\ndaging ~ \n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] daging pinggang, daging lambung (lembu, kerbau, dan lain-lain)." "hasab\n[Arab] bilangan, hitungan;\nhisab\n." "hasad\n[Arab] = \n~ dengki;\n1.\n dengki, cemburu (disertai niat jahat);\n2.\n kedengkian, kecemburuan (yang disertai niat jahat);\nberhasad\n = \n~ dengki\n menaruh perasaan dengki (cemburu dengan niat jahat):\numat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri." "hasan\n[Arab] baik, cantik, elok (lelaki)." "hasanah\n[Arab]\n1.\n baik, cantik, elok (perempuan);\n2.\n kebahagiaan, kebaikan." "hasar\n[Indonesia] [bahasa percakapan] permainan judi." "hasid\n[Arab] orang yang berhasad dengki (cemburu);\nhasad\n." "hasienda\n(Sepanyol) ladang tanaman atau ladang ternak yang mempunyai rumah kediaman (di negara yang berbahasa Sepanyol)." "hasil\n1.\n segala sesuatu yang didapati atau diperoleh (daripada tanah, usaha dan kegiatan, dan lain-lain), pendapatan, perolehan:\nkemajuan yang kita dapat sekarang ini adalah ~ daripada usaha kita yang bersungguh-sungguh;\n~ padi kita kini sudah mencukupi; \nsemua ~ jualan tiket akan didermakan kepada tabung bencana banjir; \n2.\n akibat, kesudahan (daripada perlawanan, peperiksaan, dan lain-lain):\npenyakit yang dihidapinya ~ perbuatannya sendiri; \nujian Sijil Rendah Pelajaran tahun ini sangat baik ~nya;\n3.\n perolehan atau pendapatan (yang terdiri daripada cukai, pajak, sewa tanah, dan lain-lain):\n~ negeri dipungut dengan berbagai-bagai cara;\n~ bahagi \n(Matematik) hasil atau dapatan yang diperoleh daripada membahagi-bahagikan satu angka dengan angka yang lain;\n \n~ buangan \n(Kimia) bahan yang terhasil dalam proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri;\n \n~ bumi \na) [Indonesia] hasil daripada pertanian;\n b) hasil yang didapati daripada dalam tanah (berupa galian) dan daripada tumbuh-tumbuhan;\n \n~ cukai \npendapatan daripada cukai;\n \n~ darab \n(Matematik) jawaban atau dapatan daripada mendarab;\n \n~ hutan \nbarang yang didapati daripada tumbuhan dalam hutan (seperti damar, kayu-kayan, rotan, dan lain-lain);\n \n~ ikutan (turut)\n [Indonesia] hasil sampingan;\n ~ kali \n[Indonesia] hasil darab;\n \n~ kepala\n [Kelantan] cukai yang dikenakan ke atas seseorang;\n \n~ mahsul\n berbagai-bagai hasil sesuatu negeri;\n \n~ negeri \na) hasil sesuatu negeri;\n b) pendapatan kerajaan (cukai dan lain-lain);\n \n~ purata \n(Matematik) angka tengah yang sama jauhnya daripada angka yang pertama dan yang akhir (seperti lima ialah suatu kuantiti antara dua dan lapan);\n \n~ pertanian\n barang-barang keluaran pertanian;\n \n~ pintu \ncukai yang dikenakan atas rumah dalam kawasan majlis bandaran;\n \n~ pokok \nark cukai mengikut bilangan pokok pada sebidang tanah;\n \n~ sampingan \nhasil yang bukan hasil utama (mis sabut dalam perusahaan kelapa);\n ~ semula jadi\n hasil yang bukan buatan manusia;\n \n~ sut \n(Ekonomi) hasil yang diperoleh daripada jualan (keluaran) tambahan;\n \n~ tanah \na) cukai tanah;\n b) hasil bumi;\n \n~ tapak\n [arkaik] cukai tanah bersama cukai yang belum dibayar;\n \n~ tenusu \nhasil daripada binatang ternakan (seperti susu dan lain-lain);\n \n~ terakru \n(Ekonomi) hasil yang diperoleh dalam tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh perakaunan itu;\n~ utama \n[Indonesia] hasil yang pokok (yang terutama);\nberhasil\n1.\n ada hasilnya, memberi hasil:\nkebunnya sudah ~;\n2.\n tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya:\nsegala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~;\nmenghasilkan\n1.\n mendatangkan (mengeluarkan, memberikan) hasil:\nAsia Tenggara ~ bijih timah yang banyak sekali di dunia; \n2.\n mencipta (sesuatu):\nbagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; \nia seorang pengarang yang ~ lebih daripada 20 buah cerita pendek; \n3.\n mengakibatkan;\n4.\n menyebabkan (berhasil), membuahkan:\npertemuan mereka yang pertama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; \nketekunanlah yang telah ~ usahanya;\nhasilan\n hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu:\n TV3 telah mengadakan slot cerekarama yang menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan;\nkehasilan\n benda yang dihasilkan:\nupah sawah itu kadang-kadang sama dengan ~ yang diperdapat;\nkeberhasilan\n perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dan lain-lain):\nsuatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog;\n~ penggunaan istilah banyak bergantung pada masyarakat penggunanya;\n~ sesebuah novel;\n~ sesuatu prosedur; \npenghasilan\n1.\n perihal (usaha dan sebagainya) menghasilkan (mengeluarkan), pengeluaran:\nMalaysia sangat terkemuka dalam ~ timah;\n~ getah dan minyak kelapa sawit; \nbenda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dalam ~ dan pemakaiannya;\n2.\n pendapatan, perolehan (wang dan lain-lain):\nmeskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami;\n~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; \npajak ~ \n[Indonesia] pajak pendapatan;\npenghasil\n orang atau alat yang menghasilkan (membuat, mencipta, dan lain-lain) sesuatu." "hasrat\nkeinginan yang kuat untuk memiliki (melakukan) sesuatu:\nia pun menyampaikan ~-nya hendak berteman hidup dengan gadis itu; \nalangkah besar ~ku untuk menjadi orang baik-baik;\nberhasrat\n mempunyai hasrat, sangat ingin (akan), sangat berharap (akan):\ndia ~ untuk melanjuntukan pelajaran hingga ke peringkat universiti;\nmenghasratkan\n berhasrat akan sesuatu:\nsegala yang dihasratkan telah pun berhasil;\n~ sebuah rumah yang besar untuk kediaman keluarganya;\nterhasrat\n dihasratkan:\ndapat apa yang ~;\nkehasratan\n hasrat." "hasta\npanjang dari hujung siku sampai ke hujung jari hantu (1/4 depa atau 45.72 sentimeter):\nkeris itu se~ panjangnya;\nlengan ~\n [Indonesia] ruas siku, lengan bawah;\n \ntulang ~ \ntulang ruas siku;\n \ndiberi sejengkal hendak se~, diberi se~ hendak sedepa\n (peribahasa) diberi sedikit hendak banyak;\n \nmencari yang se~ sejengkal \n(peribahasa) menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kerabat;\n \nyang se~ takkan jadi sedepa \n(peribahasa) sesuatu yang tidak dapat diubah;\nmenghasta\n mengukur (menyukat) dengan hasta;\n \nseperti ~ kain sarung \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia." "hasud\n[Arab] dengki, iri hati, cemburu (yang bersangatan);\nmenghasud\n mendengki (dengan bersangatan);\nhasad\n." "hasut\nmenghasut\n \n1.\n menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi(-api)kan:\ndia yang ~ supaya orang membenci saya; \n2.\n menggalakkan (anjing);\nhasut-menghasut\n saling menghasut:\n ~ tidak berhenti, yang kuat menindas yang lemah;\n terhasut\n sakit hati atau marah kerana dihasut:\nP.M. menyatakan beliau tidak mahu membiarkan mahasiswa ~ oleh anasir-anasir politik;\nhasutan\n kata-kata atau perbuatan menghasut:\ntunjuk perasaan dilakukan kerana ~ anasir-anasir anti-Amerika;\npenghasutan\n perihal menghasut;\npenghasut\n orang yang menghasut." "hasyiah, hasyiat\n[Arab]\n1.\n pinggir, tepi;\n2.\n catatan atau keterangan yang ditulis di tepi buku." "hasyisy\n[Arab] sejenis dadah narkotik yang dihasilkan daripada pokok ganja." "hasyur\n(Geografi) garis-garis pada peta bagi menunjukkan lereng gunung." "hati\n1.\n organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dalam darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan glikogen):\njantung, ~, limpa, dan lain-lain mengandungi zat galian dan vitamin;\n \n~ kambing;\n~ lembu; \n2.\n = \njantung ~ \njantung:\ntidak ada yang menarik perhatiannya selain daripada berita yang mendebarkan ~nya; \n3.\n batin (tempat perasaan, pengertian, dan lain-lain):\nrupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; \nsusah ~nya melihat tingkah laku anaknya; \nterbit dari ~ yang ikhlas;\n~ muda \nrasa muda dalam hati;\n bercakap (membaca) dalam ~ \nbercakap (membaca) dengan tidak mengeluarkan suara (dalam batin sahaja);\n \ndalam ~ \ndalam batin, dalam jiwa;\n \ndari ~ ke ~ \nsecara ikhlas (jujur);\n \nikut(kan) ~ mati \nturut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan;\n \njatuh ~ \njatuh cinta, berkenan;\n jauh ~ \n= \nkecil ~ \n= \nmerajuk ~ \nmerasa tersinggung;\n \nkata ~\n kata yang terbit dalam batin;\n \nkecut ~\n merasa takut (bimbang dan lain-lain);\n \nlubuk ~\na) perasaan hati yang dalam, b) bawah sedar;\n \nmakan ~ (berulam jantung) \nmenderita kerana perbuatan orang lain yang menyakitkan hati;\n \nmaksud ~ \ntujuan;\n \nmelepaskan ~ \nmenuruntukan hawa nafsu;\n \nrasa ~\n perasaan batin;\n \nterang ~ \nmudah mengerti;\n4.\n bahagian tengah buah-buahan (pokok dan lain-lain):\n~ nanas;\n~ kayu;\n~ berdetus \n[Minangkabau] menaruh syak curiga;\n \n~ budi \nperibadi seseorang yang tergambar pada tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dan sebagainya:\nmereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing\n;\n \n~ jantung \na) jantung;\n b) kesayangan (kekasih);\n \n~ kaudu \nhati yang jahat dan busuk dalam diri seseorang:\ntetapi, yang kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit;\n~ kecil \nperasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya);\n \n~ nurani\na) hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan;\n b) perasaan hati yang murni dan yang sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya);\n \n~ pekat \nkeras hati, tetap hati (fikiran dan lain-lain);\n \n~ sanubari\n perasaan batin;\n \n~ tangan \nlekuk pada telapak tangan;\n \n~ tawajuh \nhati yang dihadapkan semata-mata kepada Tuhan;\n \n~ bagai baling-baling \n(peribahasa) fikiran atau pendirian yang tidak tetap;\n \n~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah \n(peribahasa) orang yang kurang perasaan malunya;\n \n~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah \n(peribahasa) beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit;\n \n~ gatal mata digaruk \n(peribahasa) perihal orang yang tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yang ia sangat-sangat berhajat hendak mengerjakannya;\nsehati\n seia sekata, sepakat:\nia beroleh seorang isteri yang ~ dengan dia;\nberhati\n1.\n mempunyai hati:\nbeliau ~ keras dan berpendirian tegas; \n2.\n = \n~ berjantung \n= \n~ kemanusiaan\n = \n~ perut \nberperasaan yang halus, menaruh belas kasihan;\n~ batu \na) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yang kuat;\n b) tidak berperikemanusiaan;\n \n~ berlian (emas)\n sangat baik hatinya;\n \n~ bimbang \nberada dalam keadaan gelisah (resah dan sebagainya);\n \n~ binatang\n bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperikemanusiaan;\n \n~ keras \nberpendirian teguh (mempunyai cita-cita yang kuat);\n \n~ mutu \nputus asa (harap);\n \n~ perut \na) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan);\n b) bertimbang rasa;\n \n~ pilu\n bersedih hati (hiba);\n \n~ putih\n mempunyai niat yang tulus ikhlas (bersih dan sebagainya);\n \n~ rendah \nmempunyai tabiat (budi pekerti) yang baik seperti pemurah dan lain-lain;\n \n~ tungau \npenakut;\n \n~ walang \nkhuatir (walang hati);\n \n~ waja\n keras hati." "hati-hati\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang daunnya dibuat ubat sakit perut), bangun-bangun, membangun, \nColeus amboinicus;\n~ gagah \n= \n~ hutan \nsejenis tumbuhan (herba), kerekap air, kodok hutan, \nSonerila heterostemon;\n~ ketan \nsejenis tumbuhan (pokok renek yang daunnya dibuat ubat sakit perut), tampah besi, tampang besi merah, tampang besi putih, \nCallicarpacana." "hati-hati I\nberhati-hati;\nberhati-hati\n memberi perhatian (pertimbangan dan sebagainya) yang teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada:\nharuslah ~ memilih suami; \ndia sentiasa cermat dan ~." "hatif\n[Arab] [arkaik] suara yang didengar tetapi orangnya tidak dilihat, suara dari jauh." "hatrik\n(Suk) penjaringan tiga gol oleh pemain yang sama dalam satu perlawanan bola sepak:\nbeliau hampir memperoleh ~ tetapi sepakan percumanya pada minit-minit terakhir terkena palang." "hatta\n= \n~ maka\n [sastera lama] lalu, maka, kemudian dari itu, sampai (hingga):\n~ beberapa lamanya baginda pun berangkatlah pulang; \nberdiri teguh di belakang kerajaan kerana mempertahankan negara ~ untuk memikul senjata; \nmemasuki rumah orang lain, sama ada rumah kawan" "hau I\n[kata seru] kerana terperanjat atau kesakitan." "hau II\n[Kedah] gagal, hampa, kecewa." "haud\n[Arab] [arkaik] tempat menakung (menyimpan) air, tangki air." "haul I\n[Arab] genap satu tahun (untuk membayar zakat):\nzakat untuk binatang dikenakan kalau binatang itu dimiliki tuannya selama satu tahun, iaitu cukup ~." "haul II, haula\n[Arab] kegagahan, kekuasaan, kekuatan." "haur, hauri\nbidadari." "haus I\n1.\n berasa kering tekak (ingin minum), dahaga:\nia meminta air sebab tersangat ~; \n2.\n = \n~ akan (kepada) \nsangat ingin akan (kepada):\nsaya ~ akan pengetahuan; \nanak kecil yang masih ~ kepada kemanjaan dan kemesraan ibu bapanya;\n~ dahaga \na) terlalu dahaga;\n b) terlalu ingin akan;\n \norang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi \n(peribahasa) mendapat apa yang diingini;\nmenghauskan\n1.\n menyebabkan (menjadikan) haus;\n2.\n sangat menginginkan, sangat berkehendakkan:\nkami sedang ~ penerangan dan pimpinan daripada pemimpin-pemimpin kami;\nkehausan\n1.\n perihal haus (dahaga, menderita dahaga):\nmasing-masing mahu memuaskan ~ dengan air di hadapan mata; \n2.\n [kiasan] keinginan, kemahuan;\n3.\n menderita atau berasa haus:\nmungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; \nsekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kandangnya.\nhaus II\n berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dan lain-lain):\nbatu itu telah ~ dimakan air;\nmenghauskan\n menjadikan haus:\nair yang mengalir dapat ~ batu.\nkehausan\n perihal atau keadaan haus:\n~ gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam;\npenghausan\n proses menghauskan:\nlama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~." "hausalat, hausalah\n[Arab] [arkaik] tembolok ayam (burung dan lain-lain)." "hauskot\nsejenis pakaian wanita seakan-akan baju gaun labuh dan longgar, biasanya berbutang di depan, dan dipakai semasa di rumah." "HAWA\nakronim bagi Hal Ehwal Wanita:\nJawatankuasa Perunding ~." "hawa I\n1.\n gas yang memenuhi bumi (terdiri daripada beberapa jenis gas), udara:\nkerana ~ itu bergerak terjadilah angin; \nmengambil ~ \nmenghirup udara yang nyaman;\n2.\n keadaan udara pada sesuatu tempat, iklim:\n~ panas;\n~ sejuk; \ntempat itu panas ~nya;\n3.\n keadaan udara (berkenaan (dengan) suhu, cuaca, dan lain-lain):\nhampir dinihari ~ sejuk menggigit tulang;\n~ daba \naliran udara yang menandakan ada sesuatu yang bergerak, bau sesuatu benda yang dibawa oleh udara;\nberhawa\n1.\n mempunyai hawa (iklim), beriklim:\nnegeri-negeri ~ sederhana; \n2.\n mempunyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dan sebagainya):\nbilik ~ dingin;\nmenghawa\n [Indonesia] menjadi hawa." "hawa II\n= \n~ nafsu \nkeinginan (kehendak, dorongan hati) yang kuat untuk melakukan sesuatu:\nbanyak raja yang dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menuruntukan ~ nafsunya; \nmengawal ~ nafsu; \nsesat fikiran oleh godaan ~ yang tamak dan keji;\n~ pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan \n(peribahasa) [Minangkabau] tidak mahu kurang daripada orang lain." "Hawa III\nSiti Hawa\n isteri Nabi Adam;\n \nkaum (si) ~\n [bahasa percakapan] perempuan." "hawa-hawa\n[Kelantan] hampir-hampir sama (serupa dan lain-lain)." "hawalah\n[Arab] pemindahan tanggungan hutang seseorang kepada tanggungan orang lain:\nmereka tidak perlu membuat sebarang ~ kepada sesiapa pun." "hawar\n1.\n penyakit yang merebak (pada binatang ternakan, tumbuh-tumbuhan):\n~ kentang;\n~ ayam; \n2.\n penyakit yang merebak (menular) pada manusia, wabak (seperti taun, kepialu, dan lain-lain)." "hawar-hawar\nsejenis tumbuhan (herba), aur-aur, awo-awo, rumput tapak itik, \nFloscopa scandens." "hawari\n[Arab] sahabat nabi Isa." "hawariun\n[Arab] (jamak bagi hawari) para sahabat nabi Isa." "hawau\n[bahasa kasar] kata makian, celaka." "hawiah\n[Arab] salah satu nama neraka." "hawing\n[Kedah] membaling sesuatu dengan menghayunnya terlebih dahulu." "haya\nhundang ~\n = \nhaya-haya\n terhuyung-huyung seperti orang mabuk." "hayai\n[Kedah] rasa manis tawar." "hayam\n[sastera lama] ayam." "hayang\n(ter)huyung-~ \nterhuyung-huyung;\nhuyung\n." "hayat I\n[Arab] ada nyawa pada badan, hidup;\n \nilmu ~\n pengetahuan tentang makhluk hidup (binatang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi;\n \nselama ~ dikandung badan \nselagi hidup;\n \ntanda ~ \ncenderamata;\n \nmendapat ~nya \n[sastera lama] mengalami sendiri;\nmenghayati\n mengalami dan merasai (dalam batin), meresapkan ke dalam jiwa:\nmatlamat akhirnya ialah untuk ~ nilai-nilai akhlak;\npenghayatan\n perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dalam batin:\nbuku-buku yang baik akan mempertinggi ~ estetik pada pembaca; \ninti karya seni adalah ~ penciptanya; \naspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi;\n penghayat\n orang yang menghayati sesuatu (cerita, peristiwa):\n kita sebagai pembaca dan ~ harus lebih teliti." "hayat II\nbaju ~\n [sastera lama] sejenis baju." "hayati\n[Arab] mengenai hayat (hidup)." "hayo\n[kata seru] kata untuk menggalakkan:\n~ makan dia, makan dia!;\n~ cepat!" "hb\n[kependekan] hari bulan." "he\n[kata seru] kata untuk menghina (menyatakan marah, hairan, dan lain-lain):\n~, mengapa diam saja?\nHe\n simbol kimia bagi helium." "hebah\n[Arab] berita, pengumuman, siaran;\nmenghebahkan\n1.\n menyiarkan, memberitahukan kepada orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dan lain-lain):\npemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kepada tamu-tamu luar negeri;\n2.\n menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan (agama, fahaman politik, dan lain-lain):\nNabi Muhammad SAW ialah orang yang mula-mula ~ ajaran Islam;\n terhebah\n dihebahkan, dimaklumkan:\nkegiatan lain pula tidak begitu ~ kepada umum;\nhebahan\n sesuatu yang dihebahkan;\npenghebahan\n perbuatan atau hal menghebahkan, penyiaran, penyebaran, pengumuman:\n~ berita itu dibuat melalui RTM;\npenghebah\n1.\n orang yang menghebahkan (menyiarkan), penyiar;\n2.\n orang yang menghebahkan (menyebarkan, mengumumkan, mendiayahkan), penyebar, pendiayah." "heban I\nI; \nmengheban\n mencampakkan, menghempaskan (dengan kedua-dua belah tangan);\nsudah diheban dihela pula \n(peribahasa) mengalami berbagai-bagai penderitaan terus-menerus." "heban II\n[Arab] hebat, dahsyat." "hebat\n1.\n teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok, bagus, ramai, dan lain-lain):\npertengkaran ~ berbangkit dalam biliknya; \nsungguh ~ bunyi letupan malam tadi; \n2.\n [sastera lama] takut, segan:\nmaka orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim memarah itu;\nmenghebat\n menjadi hebat, bertambah hebat:\nperompakan bank tahun ini ~ di Kuala Lumpur;\nmenghebatkan\n1.\n menjadikan hebat (banyak, besar, dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] menakuntukan:\napakah yang ditakuntukan dan dihebatkan?\n memperhebat\n menjadikan lebih hebat (banyak, besar, dan lain-lain);\n menjadikan lebih hebat, menambah supaya jadi lebih hebat (banyak, besar, dan lain-lain):\npolis telah ~ usaha untuk menghancurkan kongsi-kongsi gelap;\nhebat-hebatan\n secara besar-besaran:\npuak pembangkang hendak melancarkan tunjuk perasaan secara ~;\nkehebatan\n perihal hebat, kedahsyatan, kesangatan, keterlaluan:\ndia cuba mengisahkan ceritanya dengan segala ~ yang tersanggup olehnya." "heboh\n1.\n bising dan kelam-kabut (berkenaan (dengan) keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar:\nsuasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding; \nmembuat ~ \nmenimbulkan kegemparan (kekecohan dan sebagainya);\n2.\n sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkatakan, dan sebagainya), hebat:\n peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang;\nmenghebohkan\n1.\n menimbulkan keadaan kelam-kabut, mengecohkan, menggemparkan:\nkejadian itu ~ suasana di kampung itu; \n2. = mengheboh-hebohkan\n membuat supaya orang ramai tahu mengenai sesuatu perkara (peristiwa dan sebagainya) dan akan bercakap-cakap mengenainya:\ndia tidak suka ~ peristiwa yang menimpa keluarganya;\nkehebohan\n keadaan heboh (kecoh, gempar), kekecohan, kegemparan:\n~\n \ndi luar rumah menyebabkan dia terbangun daripada tidurnya; \ndalam ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri." "hedonis\norang yang menganuti hedonisme." "hedonisme\npegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup." "hedonistik\nbersifat mementingkan keseronokan:\nkelas pertengahan yang bersifat ~\n." "hegeh\nterhegeh-hegeh\n1.\n menginding-nginding, menonjol-nonjolkan diri:\nkalau orang tak sukakan kau, kenapa kau masih ~ tinggal dengan orang;\n2.\n tidak kemas (berbuat sesuatu), terkedek-kedek (berjalan, berlari, dan lain-lain):\nia melangkah ~." "hegemoni\npengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain:\n pelbagai undang-undang digubal untuk melengkapkan ~ penjajah terhadap rakyat pribumi." "heh\n[kata seru] kata untuk menyergah atau menyatakan kehairanan (terkejut dan sebagainya), eh:\n~, kenapa ditulis ni?" "hei\nhai." "heifer\n(Pertanian) lembu betina muda, terutamanya yang belum lagi melahirkan anak." "heiho\n(Jepun) pasukan setempat untuk membantu tentera Jepun (dalam Perang Dunia II)." "heksa\n\u2013 \n(\nhksa) \nawalan asing \nenam, misalnya \nheksahedron \ndan \nheksagon." "heksagon\n(Matematik) poligon yang mempunyai enam segi, segi enam." "heksahedron\n(Matematik) bongkah yang mempunyai enam permukaan yang rata." "heksana\n(Kimia) sejenis sebatian yang digunakan sebagai pelarut dan pencair cat dan lain-lain." "hektar\nukuran luas (tanah dan lain-lain) yang bersamaan dengan 10,000 m2 (2.471 ekar);\nberhektar-hektar\n beberapa banyak hektar:\ndia mewarisi ~ kebun getah peninggalan orang tuanya." "hekto\n\u2013 (hkto) \nawalan asing \nseratus, misalnya \nhektogram \ndan \nhektoliter." "hektogram\nukuran berat yang bersamaan dengan 100 gram (1/10 kilogram)." "hektoliter\nunit muatan (dalam sistem metrik) bagi sukatan cecair yang bersamaan dengan 100 liter." "hektometer\nukuran panjang yang bersamaan dengan 100 meter (lebih kurang 130 ela)." "hela I\nI; \nmenghela\n1.\n menarik, mengheret, menyeret:\npolis pencegah rusuhan ~ pemuda penunjuk perasaan ke dalam kereta perisai;\n~ nafas \nmenyedut udara;\n \n~ surut\n mengundurkan (menarik) ke belakang;\n2.\n [arkaik] menolak (dalam kira-kira), mengurangi:\ndua puluh dihela tiga; \nbagai ~ rambut dalam tepung \n(peribahasa) harus berhati-hati ketika menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang sulit;\nmenghelakan\n menarik, mengheret:\nkerana terlampau marah Hanifah pun ~ adiknya keluar kamar dengan menarik tangannya;\nhelaan\n tarikan;\npenghela\n penarik:\nkuda ~ kereta." "hela II\n[sastera lama];\nmenghelakan\n menghalakan;\nhala I\n." "helah\n1.\n akal, muslihat, tipu daya:\nini satu ~ untuk memerangkap dia; \ntipu ~\n tipu daya;\n2.\n alasan yang dibuat-buat, dalih:\ngadis itu selalu mendalihkan lamaran orang yang bukan sesaingnya dengan berbagai-bagai ~;\nberhelah\n1.\n menggunakan helah (tipu daya);\n2.\n berdalih;\nmenghelah\n memperdaya, mengakali, menipu;\nmenghelahkan\n1.\n mendalihkan:\nbahawasanya Tuhan itu sangat mengetahui lahir dan batinnya tidak dapat dihelahkan;\n2.\n [sastera lama] memperoleh sesuatu dengan helah:\nkerana hendak ~ wang orang, ia sanggup mengorbankan nama baiknya." "helai\n1.\n benda yang tipis dan lebar (daun, baju, dan lain-lain), lembar, keping, carik:\ndatangnya pagi bagaikan kipas yang sedang terbuka, ~ demi ~;\n2.\n penjodoh bilangan bagi barang yang tipis (seperti daun, rambut, kertas, kain, dan lain-lain):\nse~ daun; \nse~ kertas; \nse~ selendang;\nsehelai\n satu helai;\n \n~ sepinggang \npakaian yang ada pada tubuh sahaja;\nberhelai-helai\n beberapa helai, terdiri daripada helai (kertas yang tidak dijilid dan lain-lain):\n~ kertas yang dicontengnya." "helai II\nsehelai\n \ndaun ~ setahun \nsejenis tumbuhan (herba), daun satu tahun, \nNervilia aragoana." "helang\nsejenis burung liar yang biasanya menyambar ayam;\n \n~ belalang, Microhierax fringillarus;\n~ hindik, Spizaetus cirrhatus;\n~ laut\n = \n~\n \nsiput\n sejenis burung helang, \nHeliaeetus leucogaster;\n~ malam \nsejenis burung helang, \nMachaerhampus alcinus;\n~ merah, Haliastur indus;\n~ sewah\n sejenis burung helang, \nAccipiter gularis;\n~ terbang mengawan, agas hendak mengawan juga\n (peribahasa) orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya;\n \nkalau tak ada ~ belalang menjadi ~ \n(peribahasa) kalau orang pandai tidak ada, orang bodoh mengaku dirinya pandai;\n \nseperti ~ menyongsong angin \n(peribahasa) gagah dan berani apabila menentang musuh;\n \ncerdik ~ bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua \n(peribahasa) biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yang rendah jua yang terpedaya (menanggung rugi);\n \nsepantun ~ dengan ayam, lambat laun disambar juga \n(peribahasa) jika berhampiran sesuatu yang berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yang tidak baik." "helat\nhelah\n." "hele\n[Kedah] terlentok, terkulai." "helikopter\nsejenis pesawat terbang yang mempunyai baling-baling di atasnya dan boleh turun dan naik secara menegak." "heliks\nbentuk berpilin, seperti skru pencungkil gabus:\nsesetengah molekul biologi mempunyai bentuk seperti ~; \n gear ~." "heliograf\n1.\n alat untuk mengambil gambar matahari;\n2.\n alat yang digunakan untuk menghantar mesej dengan pancaran cahaya." "heliometer\nsejenis teleskop yang digunakan untuk mengukur jarak sudut di antara jasad cakerawala." "heliosentrik\n(Ast)\n1.\n mempunyai matahari sebagai pusat, berpusatkan matahari:\nsistem ~; \n2.\n berkaitan dengan atau diukur dari pusat matahari:\nlatitud ~; \nlongitud ~." "helioskop\nteropong matahari untuk mengukur darjah, teropong untuk melihat matahari." "heliostat\n(Ast) sejenis alat yang digunakan untuk memantulkan cahaya matahari pada suatu arah yang tetap." "helioterapi\n(Perubatan) kaedah rawatan penyakit tertentu dengan mendedahkan pesakit pada cahaya matahari." "heliotrop\nsejenis tumbuhan daripada genus \nHelotropium \nyang bunganya kecil-kecil, berwarna ungu dan berbau harum." "heliotropisme\n(Biologi) tumbesaran tumbuhan mengikut arah rangsangan cahaya matahari." "helipad\nlandasan untuk helikopter." "helium\n(Kimia) gas lengai yang sangat ringan, tidak mudah terbakar, tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan untuk mengisi belon dan kapal udara." "helmet\n[bahasa percakapan] topi keledar." "helmintiasis\n(Perubatan) penyakit yang disebabkan oleh serangan cacing parasit di dalam tubuh." "helmintologi\nkajian tentang cacing parasit." "helo\nkata untuk menyapa seseorang (semasa awal pertemuan atau memulai perbualan telefon)." "Helwa\nakronim bagi Hal Ehwal Wanita." "hem I\n[Indonesia-Belanda];\nbaju ~ \nkemeja." "hem II\nsejenis tumbuhan herba yang ditanam untuk mendapatkan gentiannya (yang digunakan untuk membuat tali, kain dan juga sebagai bahan untuk menghasilkan marijuana), \nCannabis sativa." "hemah\nbudi pekerti:\ndia seorang pemuda yang cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya;\n~ yang tinggi \nbudi pekerti yang mulia;\nberhemah\n = \n~ tinggi \nmempunyai budi pekerti yang mulia:\ndia jujur dan ~ tinggi." "hemar\n[Arab] sejenis kuda yang warna bulunya berjalur-jalur, zebra." "hemat\n1.\n tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat:\nkalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan ~; \n2.\n dengan penuh perhatian (minat dan lain-lain), dengan teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga:\npegawai penyelidik itu bekerja dengan ~; \nkereta itu berlanggar kerana pemandunya kurang ~; \n3.\n pemerhatian, pengamatan:\nusul itu pada ~ kita bertentangan dengan semangat parti;\n~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh \n(peribahasa) kalau hendak kaya mestilah berjimat-cermat, kalau boros pasti akan berhutang;\nberhemat\n1.\n berjimat, bercermat:\nsebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; \n2.\n berhati-hati, teliti:\namatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; \ningat sebelum kena, ~ sebelum habis \n(peribahasa) perlu berikhtiar dengan sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari;\nmenghemat, menghematkan\n menjimatkan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dengan berhati-hati (supaya tidak rosak dan lain-lain):\nkanak-kanak sejak dari kecil perlu dilatih ~ wang;\nterhemat\n;\n \ntidak ~ \ntidak terkira;\nhematan\n perhitungan, perkiraan;\nkehematan\n perihal (sifat) hemat;\npenghematan\n perihal atau perbuatan menghemat." "hematit\nsejenis mineral yang berwarna merah kehitam-hitaman yang merupakan sumber utama besi." "hematologi\ncabang sains perubatan yang berkaitan dengan penyakit darah dan tisu pembentuk darah." "hematuria\n(Perubatan) kehadiran darah dalam air kencing." "hembalang I\nberhembalang\n bergolek-golek, berguling-guling;\nterhembalang\n tergolek-golek, terguling-guling." "hembalang II\n[Johor];\nmenghembalang, menghembalangkan\n membaling(kan) (batu dan lain-lain), menghumbankan." "hembus\n[bahasa percakapan] hambus, nyah, pergi:\n~ dari rumahku;\nberhembus\n bergerak (berkenaan (dengan) angin, udara dari mulut), bertiup:\nangin malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu;\nmenghembus\n1.\n meniup, mengeluarkan nafas (udara):\npokok itu bergegar sedikit dihembus angin; \nia ~ rambut gadis itu; \n2.\n [bahasa percakapan] cabut, lari;\n3.\n mengeluarkan hingus dengan memaksa udara keluar melalui hidung:\nsesekali dia ~ hidungnya;\nmenghembuskan\n meniupkan, mengeluarkan (nafas, udara, dan lain-lain) dengan meniup:\npemuda itu ~ asap rokok ke muka kawannya;\n~ nafas yang terakhir (penghabisan) \nmeninggal dunia, mati;\nhembusan\n1.\n aliran angin (udara yang dihembuskan), tiupan:\nsekali-sekali desa itu dilalui oleh ~ angin sesat; \n2.\n alat untuk menghembus api, dan lain-lain;\npenghembus\n1.\n orang yang menghembus , peniup:\nyang pekak pembakar meriam, yang buta ~ lesung; \n2.\n alat untuk menghembus (api dan lain-lain), peniup." "hemiplegia\n(Perubatan) kelumpuhan sebelah bahagian badan." "hemisfera\n(Geografi) sebelah bahagian bumi (iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan dibahagikan oleh garisan khatulistiwa manakala hemisfera timur dan barat pula dibahagikan oleh garisan meridian);\n~ selatan \nseparuh bahagian bumi yang terletak di selatan khatulistiwa;\n \n~ utara\n separuh bahagian bumi yang terletak di sebelah utara khatulistiwa." "hemlok\nsejenis tumbuhan yang beracun, bunganya kecil berwarna putih dan batangnya berbintik-bintik, \nConium maculatum\n." "hemodialisis\n(Perubatan) proses membersihkan darah pesakit buah pinggang dengan menggunakan mesin khas." "hemofilia\n(Perubatan) penyakit keturunan yang menyebabkan darah pengidapnya sukar membeku hingga mengakibatkan perdarahan yang teruk apabila terluka." "hemoglobin\n(Biologi) sejenis protein yang mengandungi zat besi, terdapat dalam sel darah merah vertebrat, dan berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan." "hemoi\n[Kedah], [Perlis] tidak malu-malu langsung, tebal muka." "hemolisis\n(Perubatan) pemusnahan sel darah merah yang mengakibatkan pembebasan hemoglobin." "hemoroid\n(Perubatan) keadaan apabila rangkaian vena pada dubur mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yang berterusan di vena rektum inferior, buasir." "hempap\nkena ~ \ndihempap, ditimpa;\nmenghempap\n jatuh (tumbang, roboh, dan sebagainya) menindih sesuatu, menimpa, menindih:\nrumah yang roboh itu telah ~ beberapa orang yang berada di dalamnya;\n~ mati\n menghempap sehingga mati;\nmenghempapkan\n menimpakan sesuatu yang berat dengan kuat:\n~ punggungnya ke atas kerusi empuk itu;\nterhempap\n dihempap dengan tidak sengaja, tertimpa:\nayahnya mati ~ pokok yang tumbang." "hempas\ncampak, banting;\n~ tulang berisi perut \n(peribahasa) rajin bekerja dapat rezeki;\n \n~ tulang tak berbalas jasa\n (peribahasa) bekerja keras tanpa beroleh faedah;\nberhempas\n \n~-pulas \nbekerja keras (mati-matian), membanting tulang:\nmereka ~-pulas mencari sesuap nasi;\nberhempas-hempas\n campak-mencampak, banting-membanting:\nmereka bertangkaplah di dalam istana itu, ~, tunggang-langgang;\nmenghempas\n1.\n membanting, menjatuhkan (diri):\n ia ~ ke katilnya; \n2.\n memukul (berkenaan (dengan) ombak dan lain-lain):\nombak ~ pantai dengan keras dan tidak henti-hentinya; \n3.\n menutup pintu, tingkap, dan sebagainya dengan melepaskannya dengan kuat:\nHamid ~ pintu bilik untuk menunjukkan kemarahannya;\n~ tulang urat\n = \n~ tulang empat kerat \nmenggunakan tenaga (kekuatan) sendiri membanting tulang untuk mengerjakan sesuatu;\nmenghempaskan\n membantingkan, membuangkan, mencampakkan, menjatuhkan:\ndia ~ daun terup ke atas tikar; \nRatna ~ badannya ke atas katil;\nterhempas\n terbanting, tercampak;\nhempasan\n1.\n tempat ombak menghempas pantai (tempat yang dangkal);\n2.\n perihal menghempas (berkenaan (dengan) ombak), pukulan:\n~ ombak yang sesekali itu menghanyuntukan sampah yang terdapat di tepi pantai itu." "hempedal I\nbahagian berdinding tebal dalam perut unggas tempat makanan dihancurkan." "hempedal II\n~ ayam\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nSagittaria grandiflora;\n~ itik \nsejenis tumbuhan (pokok renek), nasi sejuk, serapat, \nSalacia flavescens." "hempedu\n1.\n bendalir berwarna kuning atau kehijau-hijauan yang dirembes oleh hati ke dalam usus untuk membantu penghadaman lemak;\n2.\n perkataan atau ucapan yang pedas (menyakitkan hati dan sebagainya):\nperempuan itu memuntahkan ~ terhadap Herman;\n \nbagai ~ lekat di hati \n(peribahasa) perhubungan yang erat, tidak dapat diceraikan (berkenaan (dengan) persahabatan, perkahwinan, dan lain-lain)." "hempuk\nmenghempuk\n membantingkan, menghempaskan:\njangan beri gelas kepadanya, nanti dihempuknya pula." "hempulur\nempulur II." "hendak\n1.\n = \n~ akan \n= \nhendakkan\n berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dan lain-lain):\nseorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; \nkanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; \nhutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayunya; \n2\n. akan, bermaksud akan, mahu:\nsaya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang;\n3.\n untuk:\nwang ~ membuat belanja sesen pun tiada;\ntak ~ \ntidak dengan sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu);\n \n~lah \nmesti, harus, patut, wajib:\nkalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat;\n~nya\n sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya:\nsemua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah;\n~pun \nkalaupun:\n~ pun dikatakan cantik tidak juga;\nmenghendaki\n hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan:\nsaya tidak ~ istana untuk tempat hidup;\nkehendak\n = \n~ hati \nhajat, keinginan, kemahuan yang keras:\ntanyakan kepadanya apa ~nya datang itu;\nsekehendak\n seperti atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dan lain-lain:\njika diikuntukan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya;\n~ hati \nsesuka hati;\nberkehendak\n berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan:\nia ~ supaya kita jadi korbannya;\nberkehendakkan\n berkehendak akan, memerlukan:\nperkara itu ~ penerangan yang lebih lanjut;\nmengehendaki\n menghendaki, memerlukan, mengingini:\nia ~ semua orang menghormatinya." "hendal\ntempat pegang pada basikal, dan lain-lain untuk mengemudikannya." "hendap\nserangan ~\n serangan secara bersembunyi;\nmenghendap\n merendahkan diri (membongkok dan sebagainya) atau menyembunyikan diri (menyorok) supaya tidak kelihatan (dengan maksud hendak mengintai, menangkap, dan sebagainya):\nmereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu;\n~ di balik lalang sehelai \n(peribahasa) menyembunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang;\nmenghendapkan\n menyembunyikan supaya tidak diketahui orang, menyorokkan, menggelapkan (wang dan lain-lain);\nterhendap-hendap\n terbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai, dan lain-lain), tersorok-sorok:\nketika ia sedang ~ ia dilihat oleh askar-askar peronda." "henggung\nmenghenggung\n bergoncang-goncang, berhayun-hayun, menghinggut;\n \n~ bagai itik pulang petang \n(peribahasa) berjalan sangat lambat (berkenaan (dengan) orang yang gemuk dan lain-lain)." "Henghua\nsuku kaum Cina yang berasal dari utara Chuangchow, China dan tinggal di merata tempat di dunia." "hengit\nterhengit-hengit\n selalu sakit-sakit, merana." "hening\n1.\n tidak keruh, jernih, bening:\nair yang ~ mengalir dari bukit; \n2.\n sunyi senyap, diam, sepi, lengang:\nsuasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya;\nmengheningkan\n1.\n menjadikan hening, menjernihkan:\n~ minyak yang kotor; \nmasanya sudah tiba untuk ~ suasana yang keruh itu; \n2.\n mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dan lain-lain):\nlebih baik diheningkan saja kebisingan itu; \n3.\n berdiam diri mengenangkan sesuatu;\n \n~ cipta \nbertafakur, bersemadi;\nkeheningan\n keadaan hening, kejernihan, kesunyian:\njeritnya menggegar ~ malam;\npengheningan\n perihal mengheningkan." "henjar\n[Kelantan];\nmenghenjar\n1.\n menendang (ke bawah), memijak-mijak." "hentak\nmenghentak\n \n1.\n memijak dengan kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dan lain-lain) dengan keras:\nanak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang; \n2.\n menikam, menjolok, menusuk, meradak (dengan lembing dan lain-lain):\nanjingnya luka dihentak orang; \n3.\n = \nmenghentak-hentak\n berdenyut-denyut (hati dan lain-lain):\nhatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan;\nmenghentakkan, menghentak-hentakkan\n memijakkan, menumbukkan, merentakkan:\nia ~ kasut tumit tingginya di atas lantai simen;\n~ diri \nmenjatuhkan diri;\n \n~ kaki \nmerentakkan kaki;\nhentakan\n hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan:\nia meninggalkan ruang itu dengan ~ kaki;\npenghentak\n alat pemadat tanah, antan." "hentam\n~ kromo \n[bahasa percakapan]\na) memukul (meninju dan sebagainya) dengan hebatnya;\n b) melakukan sesuatu dengan sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yang wajar);\nberhentam\n bertumbuk, berkelahi, berlanggar;\nmenghentam\n1.\n memukul (menumbuk dan sebagainya) dengan keras, melanggar dengan kuat:\nlori itu ~ tiang-tiang kawat yang berderetan; \n2.\n melepaskan kata bantahan, sindiran dan sebagainya yang keras (pedas, menyakitkan hati dan sebagainya) kepada seseorang yang perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dan sebagainya kurang disenangi atau tidak disukai, membidas, mengecam:\nkarya itu hendaklah berunsur positif dan membina, bukannya ~ kepimpinan negara secara melulu dan tidak bertanggungjawab;\n hentam-menghentam\n1.\n saling menghentam (memukul, menumbuk dan sebagainya), pukul-memukul;\n2.\n saling membidas (mengutuk, mengkritik, mencela dan sebagainya):\nsemasa kempen pilihan raya umum, kata-mengata dan ~ antara parti merupakan perkara yang lumrah;\nmenghentamkan\n memukulkan,menumbukkan;\nterhentam\n terpukul, terhantuk:\ndia jatuh tersungkur dan kepalanya ~ pada bendul;\n hentaman\n1.\n hasil (kesan, perbuatan dan sebagainya) menghentam (melanggar dan sebagainya) dengan kuat:\n ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali;\n~ meteorit dapat menghasilkan tenaga kinetik dan haba yang sangat besar;\n \n2.\n kecaman:\n ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang\n." "hentar\n[Indonesia] ;\npenghentar\n iman (dalam agama Kristian)." "henti\ntidak ~-~nya \ntidak putus-putus, terus-menerus;\nsehenti\n mempunyai atau menyediakan pelbagai perkhidmatan atau barangan yang berkaitan di satu tempat:\n kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, trailer, enjin dan minyak pelincir;\nberhenti\n1.\n tidak bergerak (berjalan, bekerja, dan lain-lain) lagi, tidak meneruskan lagi:\nenjin kereta itu sudah ~; \ndi hujung jalan itu mereka ~; \nkereta api ini tidak ~ di Segamat; \nia sudah ~ bersekolah;\n2.\n berakhir, habis, tamat:\nhujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; \norang kehilangan pun tiada ~ lagi; \n3.\n meletakkan jawatan (pekerjaan dan lain-lain), tidak menjadi ahli (pelanggan dan lain-lain) lagi:\ndia ~ kerana ingin bertanding dalam pilihan raya umum;\n4.\n berehat, melepaskan lelah:\njika tuan hamba lelah ~ dahulu;\n berhenti-henti\n tidak terus-menerus, terputus-putus;\nmemberhentikan\n1.\n menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti:\nia ~ basikalnya; \norang itu ~ percakapannya; \n2.\n mengakhiri, menyudahi, menamatkan:\n~ peperangan; \nlagu-lagu piring hitam diberhentikan; \n3.\n memecat, melepaskan seseorang daripada pekerjaan (jawatan dan lain-lain):\nguru itu sudah diberhentikan;\nkeberhentian\n perihal berhenti:\n~nya itu mungkin atas sebab-sebab yang sama;\npemberhentian\n perihal atau perbuatan memberhentikan (diberhentikan), pemecatan:\n~ abangku itu diketahui melalui akhbar;\nmenghentikan, memperhentikan\n memberhentikan;\nterhenti\n tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut:\npercakapannya ~ hingga itu sahaja;\n hentian\n1.\n tempat berhenti (kenderaan dan lain-lain), perhentian:\nH~ Pudu Raya; \n2.\n hasil berhenti;\n3.\n (Linguistik) bunyi bahasa yang dihasilkan daripada penutupan sepenuhnya pada titik artikulasi tertentu dalam saluran suara:\n~ glotis;\n~ implosif;\n~ glotis \n(Linguistik) bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dengan pelepasan secara tiba-tiba;\n \n~ implosif \n(Linguistik) bunyi hentian yang dihasilkan dengan menghalang aliran udara di glotis yang bergerak masuk ke dalam saluran udara;\n \n~ sebelah \ntempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya;\npenghentian\n hal atau perbuatan menghentikan:\n~\n \nbeberapa percubaan untuk mendirikan tanah jajahan\n;\nperhentian\n tempat berhenti (bas, teksi, dan lain-lain)." "hentimun\nmentimun I." "henyak\nmenghenyak\n memijak dengan kuat, menekan dengan keras:\nkertas itu diramasnya, dicampakkannya ke lantai dan dihenyaknya; \nduduk ~\n duduk seakan-akan menjatuhkan diri ke tempat duduk;\nmenghenyakkan\n \n~ diri \nmerebahkan, menjatuhkan diri pada:\n~ diri di atas kerusi;\nterhenyak\n terduduk seakan-akan jatuh ke tempat duduk dan sebagainya, terjelepuk, terperenyak:\norang tua itu cuba bangun tetapi ~ lagi di lantai." "henyut\n[Perak] herot." "hepar\n(Perubatan) hati." "hepatik\nberkaitan dengan hati." "hepatitis\n(Perubatan) penyakit radang hati yang disebabkan oleh jangkitan (biasanya ditandai demam dan sebagainya)." "hepta\n\u2013 (hpta) \nawalan asing \ntujuh, misalnya \nheptagon \ndan \nheptahedron." "heptagon\n(Matematik) poligon yang mempunyai tujuh sisi." "heptahedron\n(Matematik) bongkah yang mempunyai tujuh permukaan yang rata." "heptatlon\n(Suk) pertandingan untuk peserta wanita yang dilangsungkan selama dua hari, terdiri daripada tujuh acara, iaitu 110 meter lari berpagar, lontar peluru, lompat tinggi, lumba lari 200 meter, lumba lari 800 meter, lompat jauh dan merejam lembing." "herba\nsejenis tumbuhan kecil yang batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi." "herbarium\n1.\n koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan yang disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik;\n2.\n tempat mengawet dan menyimpan spesimen tumbuh-tumbuhan tersebut." "herbivor\n(Biologi) binatang yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja, maun." "herder\n[Indonesia-Belanda];\nanjing ~\n sejenis anjing besar." "herdik\nkata-kata yang keras dan kasar (untuk memarahi dan lain-lain), tengking;\nmengherdik\n mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar, menengking, menghamun:\nanak itu menyembunyikan diri kerana takut diherdik ayahnya;\nherdikan\n perbuatan mengherdik:\n~ guru itu sangat menakuntukan murid-muridnya." "hereditamen\n(Undang-undang) sebarang jenis harta yang boleh diwarisi." "herek\nmengherek\n meleraikan padi daripada romannya (dengan memijak-mijak tangkainya)." "hereng\nmenghereng\n (berkenaan (dengan) badan) tidak menelentang, berbaring di atas sisi:\nsebentar dia ~ ke kanan dan sebentar ~ ke kiri;\nmengherengkan\n membaringkan badan dalam kedudukan menghereng:\ndia ~ badan ke kiri untuk menghilangkan lenguh-lenguh." "heret\nmengheret\n1.\n menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), menyeret:\nAli terus mengikut saya dari belakang sambil ~ basikalnya;\n2.\n membawa seseorang ke sesuatu tempat:\ndia telah diheret ke balai polis kerana disyaki mencuri; \n3.\n memikat hati orang (untuk mendapatkan harta bendanya dan lain-lain), memperdaya, menipu;\nterheret\n terlibat bersama:\nperang yang menyebabkan negara kuasa besar ~ ke dalamnya;\nheretan\n1.\n sesuatu yang diheret;\n2.\n [Jakarta] sampan (perahu) penambang;\npengheretan\n1.\n perbuatan mengheret, penyeretan;\n2.\n sejenis kenderaan (untuk membawa barang) yang ditarik;\n3.\n [Jakarta] penipu, pendusta." "hering I\nsejenis burung (yang memakan bangkai);\n \n~ paruh panjang, Gyps indicus;\n~ tongkeng putih, Gyps bengalensis\n;\n \nada bangkai, adalah ~\n (peribahasa) di mana ada perempuan jahat di situ terdapat lelaki jahat." "hering II\nsejenis ikan laut, \nClupea harengus." "hermafrodit\n(Biologi) organisma yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina pada individu yang sama, misalnya cacing tanah dan jagung." "hernia\n(Perubatan) tonjolan lebihan tisu badan ke permukaan kulit melalui rongga atau liang, burut\n." "hero\n1.\n orang yang terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan, peribadi yang mulia, dan lain-lain);\n2.\n watak lelaki utama dalam cerita drama, filem, dan lain-lain:\nInu Kertapati menjadi ~ dalam cerita-cerita Panji." "heroin I\nwatak wanita utama (dalam cerita, filem, dan lain-lain)." "heroin II\nnarkotik yang sangat mengetagihkan yang dihasilkan daripada morfina." "heroisme\nkeberanian membela keadilan atau kebenaran:\nperang menjadi tempat berkumpulnya mitos dan\n \n~\n;\nherot\n (hrot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong:\nibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya;\n~-benyot\n = \n~-berot\n terlalu herot;\nmengherotkan\n menjadikan herot, membenyotkan, memencongkan:\ngarisan yang dilukisnya diherotkan sedikit; \nsuaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya;\nmengherot-herotkan\n menyebabkan herot beberapa kali atau banyak kali;\nterherot-herot\n menjadi herot-berot, terbenyot-benyot, termencong-mencong:\nkaca itu membuat rupanya kelihatan ~;\nherotan\n1.\n sesuatu yang tidak tepat, kecacatan:\n ilmu pengetahuan mereka begitu bebas daripada ~ yang disebabkan oleh pengaruh sosial; \n2.\n (Komputer) perubahan rupa bentuk pada gelombang isyarat penerima berbanding dengan isyarat asal." "herpes\n(Perubatan) sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus, yang menyebabkan terjadinya lepuh-lepuh kecil berair pada kulit." "herpetologi\nkajian tentang reptilia dan amfibia." "hertz\n(Fizik) unit bagi kekerapan sesuatu fenomena berkala yang mempunyai tempoh satu saat, kitar per saat." "hesy\n[kata seru] kata untuk menyatakan tidak setuju (tidak senang dan lain-lain)." "hetero\n\u2013 (htero) \nawalan asing \nberlainan (berbeza atau lain), misalnya \nheterograf \ndan \nheteronim." "heterodoks\nmenyimpang daripada kebiasaan atau yang rasmi." "heterofemi\n(Linguistik) penggunaan sesuatu kata secara silap daripada yang sebenarnya kerana kedua-dua kata berkenaan hampir sama bunyi atau ejaannya, misalnya \nasrama \nuntuk \nasmara \natau sebaliknya." "heterogen\nterdiri daripada berbagai-bagai jenis, pelbagai:\nrakyat Malaysia yang ~;\nkeheterogenan\n perihal atau sifat heterogen, kepelbagaian, keanekaragaman:\n sejarah yang heterogen dibayangkan dengan ~ teks." "heterograf\n(Linguistik) satu daripada dua kata atau lebih yang maknanya dan mungkin juga bunyinya sama, tetapi berlainan ejaannya, misalnya \nbaharu \ndan \nbaru." "heteronim\n(Linguistik) salah satu daripada dua bentuk kata atau lebih yang sama ejaannya, tetapi berbeza makna dan bunyinya, misalnya \nperang \n(perkelahian) dan \nperang \n(warna)." "heteronimi\n(Linguistik) hubungan antara heteronim." "heteroseksual\n1.\n cenderung tertarik dari segi seks kepada orang yang berlainan jantina dengannya:\ndi kalangan pasangan ~, jangkitan biasanya berlaku daripada lelaki kepada perempuan;\n2.\n orang yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang berlainan jantina dengannya, misalnya lelaki dengan perempuan atau sebaliknya:\n~ rambang penyebar utama AIDS." "heuristik\nmembolehkan atau dapat membantu seseorang mempelajari, mengetahui dan sebagainya sesuatu perkara melalui pengalaman sendiri (berkenaan (dengan) kaedah pengajaran atau pembelajaran):\ndalam kaedah ~ ini pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan.\nHf\n simbol kimia bagi hafnium." "hg I\n[kependekan] hektogram (100 gram)." "Hg II\nsimbol kimia bagi merkuri." "hi-fi\nset peralatan elektronik (amplifier, penyama, alat pemain dan sebagainya) yang boleh memainkan kaset, cakera padat dan sebagainya, dan menghasilkan bunyi stereo yang bermutu tinggi." "hia\nsejenis tumbuhan (herba), \nArtemisia vulgaris." "hialit\nsejenis batu opal yang jernih dan tidak berwarna." "hiang\ndewa;\nyang II." "hias\nalmari ~ \nalmari bercermin tempat menyimpan barang-barang perhiasan dan lain-lain;\n \ntukang ~\n orang yang kerjanya menghias, juruhias;\nberhias\n1.\n = \n~ diri\n berdandan diri dengan pakaian (barang kemas dan sebagainya) yang cantik, berkemas diri dengan barang yang indah-indah:\nBendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; \njanda ~ \njanda yang belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi);\n \nmandi ~ \nupacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan;\n2. = berhiaskan\n diperindah (diperelok) dengan:\ntangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga;\nmenghias\n menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dengan barang yang indah-indah, gambar, solekan, dan lain-lain):\norang perempuan seperti Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar;\n menghiasi\n menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok:\nnasi adap-adapan yang dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; \nlampu berwarna-warni ~ rumahnya; \nsenyuman yang manis ~ wajahnya;\nmenghiaskan\n mencantikkan (mengindahkan) dengan sesuatu:\ndia ~ sebutir kerosang pada bajunya;\nterhias\n telah dihiasi dengan sesuatu:\npandangannya kadang-kadang beralih kepada jambangan bunga yang ~ indah di atas meja;\nhiasan\n segala yang digunakan untuk menghiasi sesuatu:\nsekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu;\n~ dalaman \nseni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dan lain-lain;\nperhiasan\n sesuatu yang digunakan untuk berhias atau menghias:\nRaja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dengan selengkap ~ pakaian segala raja-raja;\n penghiasan\n perihal (perbuatan, proses dan sebagainya) menghias, menghiasi atau menghiaskan:\nbeliau merancangkan ~ semula rumahnya;\npenghias\n1.\ntukang hias, juruhias;\n2\n. yang menghiasi sesuatu:\n ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya." "hiba\nbelas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu:\nsemua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya;\nberhiba\n = \n~ hati\n dirundung perasaan hiba:\nsudah berminggu-minggu dia ~ hati;\nberhiba-hiba\n menimbulkan rasa belas kasihan, merawankan hati:\nia menjawab dengan suara ~;\nmenghibai\n menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani;\nmenghibakan\n1.\n menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, mengharukan) hati:\nsuaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yang ~ hatinya; \n2.\n berasa hiba (terhadap sesuatu):\ntak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yang baik;\nkehibaan; \n~ hati \nperihal hiba, perasaan pilu (terharu):\ndia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya;\npenghiba\n orang yang (mudah) selalu berhiba hati." "hibah\n[Arab] pemberian hak (harta) secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan baik;\nmenghibahkan\n memberikan (pada masa si pemberi masih hidup):\nia telah ~ tanah itu kepada sahabatnya selagi ia hidup;\n penghibahan\n perbuatan memberikan." "hibbah\n[Arab] \nhibah." "hibernasi\n(Biologi) keadaan tidak aktif, atau tidur sepanjang musim sejuk bagi sesetengah haiwan;\nberhibernasi\n tidur sepanjang musim sejuk (berkenaan (dengan) binatang)." "hibrid\n1.\n (Biologi) anak (haiwan atau tumbuhan) yang dihasilkan daripada percantuman dua jenis benih yang berlainan, kacukan;\n2.\n (Komputer) sifat sistem yang terbentuk daripada gabungan beberapa teknologi yang berlainan." "hibuk\n[Jakarta] sibuk, banyak pekerjaan;\nkehibukan\n perihal hibuk, kesibukan." "hibur\nmenghibur\n menyenangkan atau menggirangkan hati:\ncerita sedih atau tragedi juga ~ dengan caranya sendiri;\nberhibur, berhibur-hibur\n berbuat sesuatu untuk menghiburkan (menyenangkan) hati:\nkurangnya kemahuan untuk mengikis sikap suka ~;\nmenghiburkan\n menyenangkan, menggirangkan, melipurkan:\nyang boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; \nmuzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak;\nterhibur\n menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya:\nsetelah Sira Panji bertemu dengan saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya;\nhiburan\n sesuatu (perbuatan, benda, dan lain-lain) untuk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati:\nmudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kepada sekalian pembaca; \ntaman ~ \ntempat menghiburkan hati;\npenghiburan\n hal menghibur(kan);\npenghibur\n1.\n sesuatu yang boleh menghiburkan hati, pelipur;\n2.\n orang (seperti penyanyi, pelawak, dan sebagainya) yang kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur." "HICOM\nakronim bagi \nHeavy Industries Corporation of Malaysia \n(Perbadanan Industri Berat Malaysia)." "hidang\nmenghidangkan\n \n1. = berhidang\n menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dan lain-lain):\nair kopi yang dihidangkan oleh isterinya sudah habis diminumnya; \napabila kita berhidang untuk tamu hari raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minuman; \n2.\n [kiasan] mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dalam mesyuarat dan lain-lain):\npengarang surat khabar ~ masalah pengangguran dalam tajuk rencananya; \n3.\n [kiasan] memperdengarkan, mempertunjukkan dan sebagainya kepada orang ramai, mempersembahkan:\npenyanyi itu telah ~ lima buah lagu dalam pertunjukan itu;\nhidangan\n1.\n makanan yang disediakan, sajian:\nmaka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~;\n~ Melayu \nmakanan masakan Melayu;\n2.\n sesuatu (seperti lagu, muzik, drama) yang diperdengarkan, diperlihatkan, dan sebagainya:\nmasing-masing menyandar ke kerusi mendengar ~ lagu-lagu merdu daripada peti radio;\nsehidangan\n1.\n satu hidangan:\nanak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; \n2.\n sama hidangan (sewaktu makan):\nmakan sehidang(an);\npenghidangan\n perihal menghidangkan, penyajian." "hidap\nmenghidap, menghidapi\n menanggung sesuatu penyakit dengan lama:\n~ penyakit tibi;\nhidapan\n1.\n perihal dihidapi sesuatu jenis penyakit;\n2.\n penyakit yang lama dihidapi dan sukar sembuh:\nkusta satu penyakit ~ yang berjangkit;\npenghidap\n orang yang menghidap (menanggung) sesuatu penyakit:\n~ penyakit malaria." "hidayat, hidayah\n[Arab] pimpinan (bimbingan) daripada Tuhan, petunjuk:\nakhirnya beliau mendapat ~ dan taufik lalu memeluk agama Islam;\nmenghidayatkan\n memberikan hidayat kepada (berkenaan (dengan) Tuhan):\nAllah telah ~nya sehingga dia menjadi seorang yang beramal dan soleh." "hidra\nsejenis haiwan halus air tawar berbentuk tiub kecil yang mulutnya dikelilingi tentakel." "hidrat\n(Kimia) sebatian daripada air dengan sebatian atau unsur lain;\nmenghidratkan\n1.\n (Kimia) menyebabkan sesuatu bergabung dengan air secara kimia;\n2.\n menjadikan sesuatu lembap:\npenyegar muka ~ kulit dengan lembut\n;\npenghidratan\n (Kimia)\n1.\n penghasilan ion daripada molekul air dengan sesuatu bahan. \n2.\n tindak balas penambahan air kepada alkena untuk menghasilkan alkohol, atau kepada alkuna untuk menghasilkan keton." "hidraulik\n(Kejuruteraan) yang digerakkan atau dijalankan oleh cecair:\nmesin ~." "hidrida\n(Kimia) sebatian tak organik yang terbentuk apabila hidrogen berpadu dengan unsur lain." "hidro-\nawalan asing \nmengandungi atau berkenaan air, misalnya \nhidroelektrik \ndan \nhidroponik." "hidrodinamik\n1.\n berkenaan dengan kuasa atau pergerakan air dan cecair lain;\n2.\n cabang ilmu dinamik yang menghuraikan tentang pergerakan dan kuasa cecair, terutama air." "hidroelektrik\nberkenaan elektrik yang dijana oleh kuasa air." "hidrofilik\n(Kimia) berkenaan bahan yang cenderung menyerap air." "hidrofit\n(Biologi) tumbuhan yang hanya boleh tumbuh di air, sama ada sebahagian atau seluruhnya, misalnya teratai." "hidrofobia\n(Perubatan)\n1.\n penyakit anjing gila;\n2.\n penyakit gerun atau benci terhadap air." "hidrofobik\n1.\n (Kimia) berkenaan bahan yang tidak menyerap air;\n2.\n (Perubatan) berkenaan penyakit gerun atau benci terhadap air." "hidrofoil\nsejenis kapal yang ringan dan meluncur laju yang badannya terangkat dari permukaan air." "hidrofon\ncorong (alat) pendengar suara (digunakan dalam pelayaran) untuk menentukan arah datangnya bunyi." "hidrogen\n(Kimia) gas paling ringan, tidak berwarna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dengan oksigen menjadi air;\n \n~ karbonat \ngaram asid karbonik;\n \n~ peroksida \nsejenis sebatian yang sangat reaktif, dan sebagai bahan antiseptik, bahan peluntur, dan lain-lain;\npenghidrogenan\n perihal menjadikan sesuatu bersebati dengan hidrogen." "hidrogeokimia\n(Geologi) kajian tentang komposisi kimia air semula jadi, yang mencakupi perubahannya dan sebab-sebab berlakunya perubahan itu." "hidrogeologi\ncabang geologi yang berkaitan dengan air tanah, terutama kejadiannya." "hidrografi\nkajian pengukuran dan pemetaan lautan, laut, dan sungai." "hidrokarbon\n(Kimia) sebatian organik yang terdiri daripada unsur-unsur hidrogen dan karbon;\n~ alifatik \nhidrokarbon yang atom-atom karbonnya tersusun dalam bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna);\n \n~ siklik \nhidrokarbon yang sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dalam bentuk gelang tertutup;\n \n~ tak tepu \nhidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya;\n \n~ tepu \nhidrokarbon yang unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dengan ikatan tunggal." "hidroklorik\n(Kimia) mengandungi hidrogen dan klorin:\nasid ~." "hidroksida\n(Kimia) sebatian yang mengandungi ion atau kumpulan hidroksil." "hidroksil\n(Kimia) mengandungi atau terdiri daripada ion OH- atau kumpulan-OH." "hidrolisis\n(Kimia) tindak balas kimia apabila sebatian bertindak balas dengan air untuk menghasilkan sebatian lain;\nmenghidrolisis\n1.\n melakukan hidrolisis;\n2\n. menjalani hidrolisis." "hidrologi\nsains berkenaan sifat, agihan, dan edaran air di bumi dan atmosfera." "hidrometeorologi\ncabang meteorologi yang berkaitan dengan hidrologi, misalnya hal yang berkaitan dengan kawalan banjir, kuasa hidroelektrik, pengairan dan sebagainya." "hidrometer\n(Fizik) alat untuk mengukur ketumpatan relatif cecair." "hidronimi\n(Linguistik) cabang onomastik yang berkaitan dengan kajian nama tasik dan sungai." "hidropati\nperawatan penyakit dengan menggunakan air." "hidroponik\n(Pertanian) kaedah menanam tanaman dengan hanya menggunakan air yang mengandungi larutan berzat tertentu." "hidrosfera\nbahagian bumi yang mengandungi air." "hidroskop\n(Fizik) alat untuk melihat sesuatu objek jauh di bawah permukaan air." "hidroterapi\n(Perubatan) kaedah rawatan penyakit tertentu dengan menggunakan air pada luar tubuh." "hidrotropisme\n(Biologi) gerakan pertumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan." "hidrus\nberkenaan sebatian yang mengandungi air." "hidu\nmenghidu\n \n1.\n mencium, membaui (tembakau, bunga, dan lain-lain):\nsambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; \n2.\n menyedut (udara dan lain-lain);\n3.\n mengesan sesuatu dengan mencium bau yang ditinggalkan:\nanjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu;\n4.\n [kiasan] mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yang menjadi rahsia sesuatu pihak dengan bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dan sebagainya:\nrancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis;\nterhidu\n1.\n terbau sesuatu dengan tiba-tiba:\nsedang dia duduk-duduk, dia ~ bau kemenyan; \n2.\n tersedut (gas atau udara) melalui hidung:\nmereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun;\n penghidu\n orang yang menghidu (membaui) sesuatu kerana ketagih:\n~ gam." "hidung\n1.\n bahagian badan untuk mencium atau menyedut udara (terdapat pada bahagian muka atas sedikit daripada mulut):\nkita bernafas melalui ~ siang dan malam; \nbatang ~\na) tulang yang membina hidung;\n b) [kiasan] kelibat (imbasan) seseorang atau sesuatu;\n \nkena batang ~\n [kiasan] (berkenaan (dengan) kecaman, sindiran, dan sebagainya) tepat mengenai seseorang;\n \nlubang ~\n bahagian yang berlubang pada hidung untuk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dan sebagainya;\n \nsekat ~ \nbahagian antara kedua-dua lubang hidung;\n \ntidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~\n [kiasan] tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dan sebagainya);\n 2.\n [kiasan] bahagian depan sesuatu benda, muncung:\n~ kapal terbang;\n~ belang (putih) \nki (berkenaan (dengan) lelaki) yang sangat suka mengganggu orang perempuan;\n \n~ tinggi \nki sombong dan megah;\n~ dicium, pipi digigit \n(peribahasa) kasih sayang yang pura-pura sahaja;\n \n~ sudah rampung diatur \n(peribahasa) orang bodoh yang sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang;\n \n~ tak mancung pipi tersorong-sorong \n(peribahasa) orang yang tidak turut campur yang menjadi susah, yang patut bersusahan berdiam diri;\n \nberoleh (mendapat)\n \n~ panjang \n(peribahasa) mendapat malu;\n \nmenguak-nguak bagai ~ gajah\n (peribahasa) bernafas terngah-ngah;\n \npotong ~ rosak muka \n(peribahasa) orang yang berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga;\n \nrasa tak mengapa ~ dikeluani \n(peribahasa) orang yang membiarkan dirinya dibodohkan orang;\n \nseperti beranak besar ~\n (peribahasa) orang yang gemar memperlihatkan barangnya yang baru;\n \nseperti kerbau dicucuk (diatur) ~nya\n (peribahasa) orang bodoh yang menurut perintah orang;\nberhidung\n mempunyai hidung;\n \n~ belang\n mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan;\n \n~ tinggi \na) mempunyai hidung yang tinggi (mancung);\n b) mempunyai sifat sombong dan megah;\nmenghidung\n1. = kehidung-hidungan\n mengucapkan sesuatu dengan sengau;\n2\n. selalu menurut saja (kemahuan orang dan lain-lain)." "hidup\n1.\n terus bernyawa atau bernafas (berkenaan (dengan) manusia, binatang, dan lain-lain), tumbuh dan membesar (berkenaan (dengan) tumbuh-tumbuhan), tidak mati:\nkedua-dua ibu bapanya masih ~; \ntiap-tiap orang mengetahui bahawa udara mustahak untuk ~ ; \npokok-pokok bunga yang ditanam oleh ibu saya semuanya ~; \nseumur ~ \nsepanjang masa seseorang itu hidup;\n2.\n duduk (tinggal di, berkediaman di):\nsaya tidak menghendaki istana, vila, atau rumah besar untuk tempat ~; \n3.\n berada dalam keadaan tertentu:\n~ bahagia (mewah dan lain-lain); \n4.\n = \n~ dari\n = \n~ dengan \nmendapat rezeki dengan (cara-cara tertentu):\nkebanyakan orang Melayu ~ dengan bersawah; \n5.\n [kata seru] kata untuk menyatakan harapan agar berjaya (kekal, selamat, dan lain-lain):\nmereka menyeru, ~!, ~!\n6.\n tidak dilupakan atau tidak hilang (nama orang dan lain-lain):\nnama orang-orang yang berkhidmat untuk nusa dan bangsa tetap ~; \n7.\n masih bergerak atau berjalan (berkenaan (dengan) pertubuhan, perusahaan, dan lain-lain);\n8.\n masih bekerja atau giat (berkenaan (dengan) enjin, jam, dan lain-lain):\nsyarikat kerjasama itu masih ~ lagi; \njam aku sebentar ~ sebentar mati; \ndi Indonesia masih terdapat beberapa buah gunung berapi yang ~; \n9.\n masih menyala (api dan lain-lain);\n10.\n masih dipakai (jalan, sungai, bahasa, dan lain-lain):\nbahasa yang ~; \n11.\n masih segar atau baru (sayur-mayur, ikan, dan lain-lain);\n12.\n bergerak cergas (perniagaan, kegiatan, dan sebagainya):\ndengan tamatnya konfrontasi perniagaan Indonesia-Malaysia ~ kembali; \n13.\n seperti keadaan yang sebenarnya atau dilihat (lukisan, cerita, dan lain-lain);\n14.\n bukan yang dikeringkan, diasinkan, dijeruk dan sebagainya (berkenaan (dengan) cili, halia, kunyit, ikan, dan sebagainya):\nkunyit ~; \nikan ~; \n15.\n bukan yang telah dikeringkan atau direka oleh manusia daripada plastik, kertas, dan sebagainya:\nbunga ~ ; \n16.\n (berkenaan (dengan) wayar dan sebagainya) ada aliran arus elektrik:\nwayar ~;\n~ dikandung adat, mati dikandung tanah \n(peribahasa) waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati terserahlah kepada Tuhan;\n \n~ di hujung gurun orang \n(peribahasa) orang yang hidup melarat;\n \n~ dua muara \n(peribahasa) hidup dengan dua macam pencarian;\n \n~ kayu berbuah, ~ manusia biar berjasa \n(peribahasa) pada ketika hidup eloklah berbuat baik untuk diri sendiri dan untuk masyarakat;\n \n~ sandar-menyandar umpama aur dengan tebing \n(peribahasa)\na) suami isteri yang berkasih-kasihan;\n b) sahabat yang setia dan bertolong-tolongan;\n \n~ segan mati tak mau \n(peribahasa) orang yang hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit);\n \n~ tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah \n(peribahasa) berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain;\n \ndaripada ~ bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah \n(peribahasa) daripada hidup menanggung malu, lebih baik mati;\n \njauh berjalan banyak dilihat, lama ~ banyak dirasa \n(peribahasa) sudah banyak pengalaman;\n \nkalau bangkai galikan kuburnya, kalau ~ sediakan buaiannya \n(peribahasa) tunggu dahulu dengan tenang apa yang akan terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan;\nsehidup\n hidup bersama;\n \n~ semati\n setia terhadap satu sama lain;\nhidup-hidup\n1.\n benar-benar hidup;\n2.\n = \nhidup-hidupan\n (dalam keadaan) masih hidup:\npengganas itu telah cuba membakar seorang majistret dan seorang pegawai polis ~; \n3.\n [kiasan] benar-benar, terang-terang:\naku sudah kena tipu ~;\nmenghidupi\n1.\n membiarkan hidup (tidak dibunuh):\nkedua-dua anaknya itu pun berlutut di hadapan ayahnya bermohon supaya budak itu dihidupinya; \n2.\n menjaga atau memelihara supaya hidup (seperti diberi makan dan lain-lain):\nmaka beberapa pun Sultan Mahmud hendak ~ Tun Ali Hati, tiada juga Tun Ali Hati itu mahu hidup;\nmenghidupkan\n1.\n membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar:\nmustahil kita dapat ~ semula orang yang telah mati; \npembajaan yang teliti boleh ~ pokok itu; \n2.\n menjadikan bergerak atau berjalan (berkenaan (dengan) pertubuhan, perusahaan, dan sebagainya);\n3.\n membuat supaya berjalan (berkenaan (dengan) enjin, jam, dan sebagainya):\nberusaha ~ kembali syarikat kerjasama itu;\n~ enjin keretanya;\n4.\n menyalakan (api, lampu, dan sebagainya), memasang:\n~ api dapurnya;\n5.\n menimbulkan kembali (sesuatu kenangan lama dan sebagainya):\n~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; \n6.\n menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dan sebagainya hidup (yakni seperti keadaan yang sebenarnya):\ndia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; \n7.\n menjadikan suasana giat dan bersemangat:\ngelak ketawanya ~ suasana di dalam rumah itu; \n8.\n menyebabkan timbul sesuatu perasaan, minat, dan sebagainya:\n~ minat mereka untuk bekerja dengan lebih keras lagi;\nmemperhidup\n manjadikan lebih hidup (giat, bersemangat, dan lain-lain):\nrakyat harus ~ semangat bekerjasama antara kaum;\nhidupan, hidup-hidupan\n1.\n sesuatu yang hidup (binatang, tumbuhan, dan lain-lain):\nkuman ialah sejenis ~ seni yang sangat-sangat halus;\n~ seni \nmikroorganisma;\n2.\n = \nbinatang ~\n binatang ternakan (yang dipelihara):\nmaka adalah daripada hidup-hidupan mereka itu daripada kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik;\nkehidupan\n perihal hidup:\nsejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit;\npenghidupan\n cara (menguruskan, menyelenggarakan) hidup, pencarian:\nTuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba menukar dan merosakkan ~nya; \nBadaruddin akrab dengan ~ peneroka hutan di negeri Pahang;\npenghidup\n alat atau bahan untuk menghidupkan sesuatu (enjin, api dan sebagainya):\npelita ini menggunakan minyak zaitun sebagai ~ nyalanya;\n~ enjin elektronik." "hierarki\nsusunan atau kedudukan tinggi rendah (dalam organisasi, masyarakat, dan sebagainya) berdasarkan taraf atau kekuasaan:\nsyarat kemasukan ke dalam ~ syarikat dan peluang untuk mencapai kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan;\n berhierarki\n mempunyai hierarki:\n masyarakat kasta secara unggulnya ~ sifatnya." "hifa\n(Biologi) bebenang halus yang terdapat dalam miselium kulat." "higrologi\nkajian tentang kelembapan atmosfera dan sebagainya." "higrometer\n(Fizik) alat untuk mengukur kelembapan relatif atmosfera." "higroskopik\n(Kimia) berkenaan bahan yang mudah menyerap lembapan daripada udara." "hih, hii\n[kata seru] kata untuk menyatakan geram dan lain-lain." "hijab\n[Arab]\n1.\n kain penutup, misalnya tabir atau tirai;\n2.\n tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita:\nmasyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; \n3.\n ki sekatan yang memisahkan seseorang (sesuatu) daripada yang lain, penyekat, dinding:\nsolat adalah masa Allah mengangkat ~ di antara-Nya dengan hamba-Nya;\nberhijab\n memakai hijab:\nwanita yang ~ berpegang teguh pada etika agamanya; \nbeliau juga menemui wanita-wanita yang ~ di rumah mereka;\nterhijab\n1.\n tertutup:\nsemua aurat sudah tidak ~ lagi; \n2.\n [kiasan] tersekat, terhalang:\nada di antara manusia yang ~ untuk mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah." "hijau\n1.\n warna seperti warna daun atau rumput (banyak peringkatnya);\n \n~ bemban \n(warna) hijau yang pekat atau yang gelap seperti bemban;\n \n~ daun \na) (warna) hijau seperti daun;\n b) sejenis pigmen yang terdapat pada daun-daun yang hijau:\n~ kepala itik \n[Kelantan] (warna) hijau kebiru-biruan;\n \n~ laut \nhijau seperti air laut;\n \n~ muda\n = \n~ pucuk pisang \n(warna) hijau yang keputih-putihan;\n \n~ serindit \n(warna) hijau yang lebih muda daripada (warna) hijau pucuk pisang \n;~ tua\n (warna) hijau yang kehitam-hitaman;\n2.\n [kiasan] masih mentah (dalam berbagai-bagai erti), kurang pengalaman:\nanak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; \nnaik kuda ~\n [kiasan] mabuk;\nmenghijau\n1.\n menjadi hijau (warnanya):\npadi sedang ~;\n2.\n nampak hijau (warnanya):\ndi seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata;\nmenghijaukan\n menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dengan warna hijau;\nkehijauan\n keadaan hijau:\nbeberapa kawasan yang dulunya megah dengan ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri;\nkehijau-hijauan\n agak hijau warnanya:\ngas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit." "hijrah\n[Arab]\n1.\n perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah;\n2.\n =\n tahun H~ \ntahun Islam yang bermula dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pada tahun 622 Masihi):\nNabi Muhammad SAW wafat pada tahun 13 H~\n;\nberhijrah\n berpindah, meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain:\npemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar untuk mencari rezeki yang lebih baik;\nmenghijrahkan\n memindahkan (diri dan lain-lain);\nperhijrahan\n perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan;\npenghijrahan\n perihal menghijrahkan (pemindahan dari satu tempat ke tempat lain);\npehijrah\n orang yang berhijrah:\nbakal-bakal ~ yang hendak mendapatkan perlindungan diplomatik membanjiri pekarangan kedutaan itu." "hijriah\n[Arab] berkenaan hijrah:\npada tahun 1423 ~." "hikayat\n[Arab]\n1.\n cerita (khasnya cerita-cerita lama), cerita-cerita lama dalam bentuk prosa:\n~ Merong Maha Wangsa; \n2.\n riwayat, sejarah:\n~ Iskandar Zulkarnain;\n~ hidup \nsejarah hidup;\nberhikayat\n bercerita, beriwayat;\nmenghikayatkan\n menceritakan atau mengisahkan sesuatu:\nadapun dihikayatkan orang yang empunya hikayat ." "hikmah\n1.\n kebijaksanaan daripada Allah, kecerdikan:\ndakwah Islam yang dijalankan mestilah dengan penuh ~ serta bertepatan dengan budaya dan iklim kemalaysiaan; \nAllah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dengan ~ yang telah ditetapkan oleh-Nya; \n2.\n rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dan sebagainya):\nrupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; \npoligami harus dilihat sebagai syariat Allah yang pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; \nberhikmah\n mempunyai hikmah (kebijaksanaan dan sebagainya):\npendekatan yang ~ dan berhati-hati perlu diambil dalam usaha menyeragamkan undang-undang syariah itu; \ngenerasi muda yang sering diperkatakan sebagai golongan yang bermasalah harus ditangani dengan cara yang ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang." "hikmat\n1.\n kepandaian, bijaksana:\nbanyak sungguh kepandaian dan ~ orang putih ini; \n2.\n ilmu ghaib (sihir), kesaktian:\nmereka mencari ~ pula untuk menawan hati tunangannya; \nahli ~ \n= \njuru~ \norang yang pandai ilmu ghaib;\n \n~ perang\n kebijaksanaan (ilmu, mantera, dan lain-lain) untuk berperang;\n3.\n erti, maksud (yang dalam), tujuan yang sebenar daripada sesuatu:\ntiap-tiap kewajiban yang ditetapkan oleh Allah dalam Islam itu mempunyai ~ bagi faedah kehidupan manusia;\nberhikmat\n mempunyai hikmat, bertuah:\nkeris Hang Tuah yang bernama Tamingsari itu dipercayai ~;\nmenghikmat, menghikmatkan\n mengenakan hikmat (mantera, sihir, dan lain-lain) kepada:\nPak Bongsu sudah menghikmatkan negeri kita ini, siapa pun masuk di sini tak selamat hidup." "hilang\n1.\n tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi:\nkebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; \ntakkan Melayu ~ di dunia;\n2.\n tidak ada lagi sesuatu perasaan (seperti marah, benci, suka, dan sebagainya), kepercayaan, pertimbangan, dan sebagainya:\nperasaan marahnya masih belum ~ lagi; \norang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; \ndia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya;\n3.\n tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap:\njasanya yang bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yang tidak amanah itu;\n4.\n (berkenaan (dengan) suara) tidak dapat dikeluarkan:\nsuaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap;\n5.\n (berkenaan (dengan) bunyi, suara, dan sebagainya) tidak ada atau tidak kedengaran lagi:\nbunyi siren itu semakin lama semakin ~ daripada pendengaran kami; \n6.\n mati, mangkat, meninggal:\nada pun ia hidup kemudian daripada makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~;\n~ akal \na) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yang harus dibuat;\n b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dan lain-lain);\n \n~ dara \nsudah tidak dara lagi (berkenaan (dengan) gadis yang telah dinodai);\n \n~ harapan\n tidak mempunyai harapan lagi;\n \n~ hayat, padam jiwa \nmati;\n \n~ ingatan \n= \n~ fikiran \n= \n~ arwah\n = \n~ semangat \na) pengsan;\nb) tidak berakal lagi;\n \n~ malu\n tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yang hina lagi keji);\n \n~ nyawa \nmati;\n \n~-~ timbul \na) tidak kelihatan (kedengaran) nyata;\n b) sebentar ada sebentar tiada;\n~ adat tegal muafakat\n (peribahasa) adat boleh diubah dengan persetujuan orang ramai;\n \n~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka \n(peribahasa) fikiran yang jahat akan membahayakan diri sendiri;\n \n~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami \n(peribahasa)\na) memeriksa sesuatu dengan cermat;\n b) menolong orang yang sedang kesusahan;\n \n~ di mata, di hati jangan \n(peribahasa) walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dalam hati;\n \n~ ikan dalam kerabu \n(peribahasa) kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya;\n \n~ jasa beliung, timbul jasa rimbas \n(peribahasa) lain orang yang berbakti, lain pula orang yang dipuji;\n \n~ kabus, teduh hujan \n(peribahasa) mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan;\n \n~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya \n(peribahasa) orang yang hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai;\n \n~ kilat dalam kilau \n(peribahasa) kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dengan para cerdik pandai (orang-orang besar);\n \n~ pelanduk berganti kijang emas\n (peribahasa) perempuan yang bercerai dengan suaminya yang hina kemudian berkahwin dengan lelaki yang mulia;\n \n~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang \n(peribahasa) orang yang tidak berharta kurang dihargai ramai;\n \n~ sepuh nampak senam \n(peribahasa) kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya;\n \n~\n \ntak tentu rimbanya \n(peribahasa) hilang tak berbekas;\n \n~ tapak tukul, timbul tapak canai \n(peribahasa) perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudian;\n \n~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya \n(peribahasa) sesuatu perkara yang tentu kesudahannya;\n \n~ tukul ~lah pahat \n(peribahasa) tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman;\n \npatah tumbuh, ~ berganti\n (peribahasa) terus-menerus ada gantinya;\n \npertama ~, kedua terbilang \n(peribahasa) berani melakukan pekerjaan berbahaya untuk kepentingan umum;\n \ntonggang ~ berani mati\n (peribahasa) sikap gagah berani (tidak gentar) untuk menjalankan kewajiban;\nmenghilang\n menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri:\norang yang menikamnya cabut lari dengan cepatnya lalu ~;\nmenghilangkan\n menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan:\ndi kedai itu dia berhenti untuk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; \nia pun ~ dirinya di dalam gelap dan menyusup balik ke biliknya;\nkehilangan\n1.\n perihal hilangnya sesuatu, kematian:\n~ seorang isteri atau seorang suami yang demikian tentulah membawa kepada kesedihan; \n2.\n menderita kerana hilang sesuatu:\njika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu;\n~ muka \nmendapat malu;\n ~ nama \nmendapat nama yang buruk;\npenghilangan\n perihal menghilangkan, penghapusan;\npenghilang\n yang atau untuk menghilangkan:\nseteguk air ~ dahaga." "hilap\n[Jakarta] lupa akan diri sendiri (sehingga sanggup melakukan sesuatu yang kurang baik)." "hilau\n[Minangkabau];\nberhilau, berhilau-hilau\n1.\n menari beramai-ramai (di hadapan harimau atau buaya mati dan lain-lain);\n2.\n meratapi orang mati dan sebagainya." "hilir\n1.\n bahagian sungai yang di sebelah bawah (lawan hulu atau udik):\nambillah air di sebelah ~; \nayah dan ibu Ah Seng yang tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; \norang ~ \norang yang tinggal di daerah sungai di sebelah bawah;\n 2.\n = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai):\nmaka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kepada Bendahara Paduka Raja;\n~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu \n(peribahasa) jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah:\nsudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi \n(peribahasa)\na) orang yang mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dalam janjinya;\n b) sesuatu kesalahan yang tidak dapat diperbetulkan lagi;\n \ntidak mengetahui hulu ~nya \n(peribahasa) tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dan lain-lain;\nberhiliran\n sentiasa (selalu) mengalir, mengalir ke sana ke mari;\nmenghilir\n belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir:\nmotobot ~ terus; \nberjalan ~ mudik \nberjalan ke sana sini, mundar-mandir,\n tak tentu ~ mudiknya \ntidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dan lain-lain);\nbagai si jimban hendak\n \n~\n (peribahasa) orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu;\n \nseperti penjaja, berpaling hendak ~ \n(peribahasa) perempuan yang keluar dari rumahnya dan berjalan dengan hebat dan tampan lakunya;\nmenghiliri\n mengikuti sungai dan lain-lain menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dan lain-lain) ke hilir;\nmenghilirkan\n1.\n membiarkan (menghanyuntukan) menuju ke hilir, membiarkan menghilir, membawa sesuatu menghilir:\nmaka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yang telah sedia di dalam sungai itu;\n2.\n [kiasan] membawa (sesuatu perkara, hal, dan lain-lain) ke arah tertentu;\nhiliran\n berkaitan dengan pelbagai kegiatan yang berkembang daripada kegiatan utama (berkenaan (dengan) industri, projek, aktiviti dan sebagainya):\n pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ seperti servis, penjualan kereta dan sebagainya; \npembangunan KLIA dijangka meningkatkan pembangunan infrastruktur sokongan dan menggalakkan pertumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang;\nperingkat ~; \nproduk ~;\nberkehiliran\n berketentuan;\npenghiliran\n perbuatan menghilir:\n sepanjang ~ di sungai Lepeh." "hilir mudik\nke sana ke mari, pergi balik;\nsehilir semudik\n satu tujuan, sefahaman, sehaluan;\nmenghilir mudik\n berbuat sekehendak hati;\n \nberjalan ~ \nberjalan ke sana sini, mundar-mandir;\n \ntak tentu ~nya \ntidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dan lain-lain);\nmenghilirmudikkan\n melakukan (memperbuat) sesuatu sekehendak hati." "hilum\n(Biologi) parut yang terdapat pada bahagian selaput apabila biji terpisah daripada tangkainya." "himar\n[Arab] keldai." "himbau I\nmenghimbau\n memanggil, menyebut, menyeru nama orang dan lain-lain;\nmenghimbaukan\n memanggilkan, menyerukan;\nhimbauan\n seruan, panggilan:\nIslam memiliki ~ politik melebihi batas penggolongan geografi dan kesukuan." "himbau II\nmenghimbau\n melemparkan (sesuatu) ke atas, menghambung, mengangkat ke atas:\ndari jauh nampak mereka ~ pasir naik ke tebing." "himen\n(Biologi) selaput dara." "himpang\nberhimpang\n tumbuh, berkecambah, bertunas:\nkunyit ~ atas para, serai beranak atas dapur." "himpit\nsangat rapat (antara dua benda dan lain-lain), asak-berasak;\nberhimpit, berhimpit-himpit\n sesak-menyesak, berasak-asak, bersempit-sempit:\ntak sanggup aku hendak menempuh orang yang berhimpit-himpit itu;\nmenghimpit\n1.\n menindih (menekan dan lain-lain) dengan barang yang berat, mengapit, menyesak:\nnasi itu kemudiannya dihimpit dengan lesung batu untuk memadatkannya; \npada perasaannya bumi ini hendak ~ dia; \n2.\n [kiasan] menekan (dalam erti kiasan), mengasak, menyusahkan:\nkemiskinan ~ kehidupan keluarganya;\nmenghimpitkan\n menindihkan hingga tersepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan;\nmemperhimpitkan, memperhimpit-himpit-kan\n merapatkan berhimpit-himpit;\nterhimpit\n1.\n terjepit, terapit, tertindih;\n2.\n [kiasan] susah (berkenaan (dengan) kehidupan), terdesak:\nkehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~;\nhimpitan\n perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dan lain-lain), tekanan, asakan:\nmereka tidak tahan lagi menderita ~ daripada tentera Jepun itu;\nkehimpitan\n keadaan berhimpit, ketenatan:\n setiap individu yang paling lasak, difikirkan berjuang di dalam ~ industri Britain." "himpun\n(Komputer)\n1.\n proses mengumpulkan data, subrutin, dan lain-lain yang diperlukan oleh atur cara untuk pemprosesan;\n2.\n proses menterjemah kod bahasa berlambang kepada kod mesin yang setara;\nberhimpun\n berkumpul:\ndengan seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah;\nmenghimpunkan\n mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dan lain-lain):\nmaka baginda menyuruh ~ segala orang besar-besar di dalam negeri Samudera; \nJPM berusaha menyampaikan ilmu yang telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik;\nterhimpun\n telah dikumpulkan, terkumpul;\nhimpunan\n kumpulan:\nsebuah ~ puisi; \nanalisis yang menghuraikan sekumpulan ayat melalui satu ~ data;\nperhimpunan\n1.\n perihal berhimpun beramai-ramai untuk sesuatu tujuan tertentu:\nsekalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; \n2.\n tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dan lain-lain):\nmaka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala dagangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana;\npenghimpunan\n perihal atau perbuatan menghimpunkan, pengumpulan;\npenghimpun; \n~ elektrik\n [Indonesia] bateri." "hina\n1.\n rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dan lain-lain):\nmereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; \n2.\n keji (perbuatan, kelakuan, dan lain-lain), kurang sopan:\nperbuatan itu sangat ~ dan keji; \nketahuan ~ mulianya \nmengetahui kedudukan yang sebenarnya;\n \n~ budi\n kelakuan yang kurang baik;\n \n~-dina \n= \n~-lata \n= \n~-leta \n= \n~-papa \n(orang yang) paling rendah martabat lagi miskin;\n \nse~ semalu \nnasib yang sama, seia sekata;\nberhina\n \n~ diri \nmerendahkan diri;\nmenghina, menghinakan\n1.\n memperlakukan seperti orang yang hina, rendah (kedudukan dan lain-lain):\nbiarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; \n2.\n menyinggung perasaan orang (memaki dan lain-lain), memburukkan nama orang, mengejikan:\ndia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang;\nterhina\n dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan:\ndia berasa ~ dikata-kata begitu;\n hinaan\n sesuatu yang menghina:\nkata-katanya mengandungi ~;\nkehinaan\n perihal hina (keji, buruk, dan lain-lain), kerendahan (martabat dan lain-lain), kekejian:\nia telah jatuh ke dalam lembah ~;\npenghinaan\n perihal menghina(kan):\nperbuatan itu dianggapnya sebagai satu ~;\n~ mahkamah \n(Undang-undang)\na) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah;\n b) perlakuan biadab terhadap mahkamah." "hinap\nmenghinap-hinap\n memikir-mikirkan sesuatu perkara (buruk baiknya dan lain-lain), menimbangkan, memenungkan." "hincit\nnyah, pergi:\nsekarang ~lah kekanda dari sini;\nmenghincitkan\n mengusir, menghalau:\ndahulu kekanda ~ adinda, sekarang kekanda pergi dari sini!" "hincut\ntempang, bengkok;\nterhincut-hincut\n berjalan tempang." "hindar\npergi (dalam maksud menyuruh), nyah;\nmenghindar\n pergi, mengelak, menyingkir, menyisih:\nseolah-olah kesakitannya telah ~ dari dirinya;\nmenghindari\n mengelak supaya terbias daripada (kecelakaan, serangan, dan lain-lain), menjauhkan diri daripada:\npertempuran antara kita sama kita hanya dapat dihindari kalau saudara-saudara undur dari sini;\nmenghindarkan\n mengelakkan (menjauhkan, menyingkirkan) daripada, membiarkan:\nangkatan udara kita telah dapat ~ pengeboman atas ibu kota; \njawaban yang demikian sebenarnya tidak dapat mengelakkan pertanyaan dan ~ persoalan;\nterhindar\n terluput (terlepas, bebas) daripada:\nYahya ~ daripada maut;\nterhindarkan\n dapat dihindarkan:\nkesukaran yang ~;\npenghindaran\n perihal (perbuatan) menghindarkan (menghindari)." "hindik\nmenghindik\n menekan dengan kaki bertalu-talu (seperti orang menumbuk dengan lesung kaki), mengenjut." "hindu I\n[Minangkabau] [arkaik] induk, nenek moyang;\n \nmencari ~\n mencari pertalian keluarga." "Hindu II\n1.\n = \nagama ~ \nagama yang dominan di India, yang bercirikan penyembahan banyak dewa, sistem kasta, kepercayaan pada penjelmaan semula, dan sebagainya;\n2.\n = \norang ~ \norang yang menganut agama Hindu." "Hinduisme\nagama Hindu." "hingar\nsangat bising:\nmajlis itu ~ dengan suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak;\n~-bangar\n = \n~ bingar\n sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk;\nmenghingari\n mengganggu orang dengan membuat bising:\njangan ~ budak kecil yang sedang tidur itu;\nmenghingarkan\n menimbulkan suasana yang hingar, membisingkan:\njeritan kanak-kanak itu sungguh ~;\nkehingaran\n keadaan yang hingar, kebisingan:\n~ itu dibauri dengan jerit pekik yang menggamatkan." "hingga\n1.\n garis yang terakhir, batas:\ntiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; \n2.\n sampai ke (had tempat, waktu, dan lain-lain):\npercakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud;\n~ kini \nsampai pada ketika ini;\n \n~ kini ke atas \npada masa sekarang dan selanjutnya;\n3.\n = \nsehingga, hinggakan, sehinggakan\n sampai pada keadaan (masa dan lain-lain), sampai menjadi:\n~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; \n4.\n [sastera lama] setelah (sudah);\nberhingga\n ada batasnya (hadnya), berbatas:\nair matanya bercucuran tiada ~ seperti air laut;\nmenghinggakan, memperhinggakan\n menetapkan batasnya (jumlah dan lain-lain), membatasi, mengehadkan:\nsuka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan;\nterhingga\n terbatas, terhad:\nkpada beliau ini kita berhutang budi yang tidak ~; \nmaka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi;\nperhinggaan\n batas (batasan)." "hinggan\n[arkaik] batas:\nkalau kurang modal Tuan Sultan menolong ~ berapa nakhoda suka; \nhingga\n." "hinggap\n1.\n berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu (berkenaan (dengan) burung, lalat, dan lain-lain):\nkupu-kupu ~ di atas bunga mawar; \nterbang-terbang ~ \ntidak tentu tempat tinggalnya;\n2.\n [kiasan] singgah, jatuh dan mengenai sesuatu:\nkayu itu ~ betul-betul di atas kepalanya; \ntamparan yang kuat ~ di muka adiknya; \n3.\n [kiasan] menimpa (berkenaan (dengan) penyakit dan lain-lain), berjangkit pada yang lain (berkenaan (dengan) api dan lain-lain):\npenyakit itu telah ~ padanya;\n~ mencengkam terbang menumpu \n(peribahasa) kalau merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yang sesuku dan apabila hendak pulang dari sana mestilah memberitahu orang itu juga;\n \n~ saja bagai langau, titik saja bagai hujan \n(peribahasa) sesuatu (kemalangan dan lain-lain) yang terjadi dengan tiba-tiba saja;\n \nhendak ~ tiada berkaki \n(peribahasa) ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya;\nmenghinggapi\n1.\n hinggap pada, duduk (berdiri, melekat) pada:\nbubur yang dihinggapi lalat itu patut dibuang;\n2.\n menimpa (penyakit dan lain-lain), menjangkiti (api dan lain-lain):\npenyakit pelagra biasanya ~ orang yang menjadikan jagung sebagai makanan utama." "hinggut\ngoyang, goncang;\n \ntak usah ~, tak tercabut\n (peribahasa) sesuatu yang sukar dikerjakan;\nmenghinggut\n menggoyang atau menggoncang (pokok dan lain-lain);\nterhinggut-hinggut\n bergoyang-goyang, (bergerak) berayun-ayun, bergoncang-goncang:\nkereta itu ~ ketika melalui jalan yang lekuk-lekak." "hingus\nlendir yang keluar daripada hidung;\nsakit ~ \nsejenis penyakit kuda (bengkak pada kulit lendir hidung);\n \nbagai budak sapu ~ \n(peribahasa) perihal orang yang tidak tahu mengerjakan sesuatu dengan sendirinya;\nberhingus\n1.\n ada atau mengeluarkan hingus:\nhidungnya ~; \n2.\n mentah (dalam pengalaman hidup dan sebagainya);\nmenghingusi\n1.\n membuang hingus daripada hidung orang lain, mengesang;\n2.\n [kiasan] memperdayakan;\nhingusan; \nanak ~ \n[Indonesia], [kiasan] masih kecil lagi:\nbapanya mati ketika ia masih anak." "hio\n[Cina] sejenis dupa Cina." "hiper\n\u2013 \nawalan asing \nterlampau atau terlebih daripada normal, misalnya \nhiperaktif \ndan \nhipersensitif." "hiperaktif\nterlampau cergas pergerakannya sehingga sukar dikawal, biasanya kanak-kanak;\nkehiperaktifan\n perihal (keadaan atau sifat) hiperaktif:\nmasalah ~ kanak-kanak." "hiperbola\n(Matematik) garis lengkung yang terbentuk apabila kon dipotong oleh satah (di mana sahaja kecuali di bahagian tengah)." "hiperbola II\n(Linguistik) ungkapan (penyataan dan sebagainya) kiasan yang berlebih-lebihan atau dibesar-besarkan untuk memperoleh kesan tertentu dan tidak bertujuan ditafsirkan secara harfiah, misalnya \naskar raja itu berlaksa-laksa banyaknya." "hipermetropia\nkeadaan apabila seseorang tidak dapat melihat objek dekat dengan terang, rabun dekat." "hiperon\n(Fizik) zarah asas yang lebih berat daripada neutron atau proton." "hiperpeka\n(Perubatan) hipersensitif." "hipersensitif\n(Perubatan) terlalu sensitif terhadap ubat atau bahan kimia tertentu;\nkehipersensitifan\n perihal (keadaan atau sifat) hipersensitif:\n ~ kulit terhadap bahan tersebut pernah berlaku." "hipertensi\n(Perubatan) tekanan darah pada arteri yang tinggi berterusan dengan tekanan sistole 140-200 milimeter merkuri atau lebih, dan tekanan diastole 90-110 milimeter merkuri atau lebih." "hipertermia\n(Perubatan) keadaan suhu badan yang jauh lebih tinggi daripada paras normal." "hipi\ngolongan ~\n golongan yang tidak mahu menerima atau tidak patuh kepada kebiasaan-kebiasaan dalam masyarakat dan melahirkan keperibadian mereka yang bebas itu menerusi cara mereka berpakaian dan cara hidup mereka." "hipnosis\nkeadaan tidak sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasai mindanya ketika itu." "hipnoterapi\n(Psikologi) kaedah rawatan sesuatu penyakit jiwa secara hipnosis." "hipnotis\norang yang mengamalkan atau melakukan hipnosis. \nhipnotisme\n kajian atau amalan tentang hipnosis." "hipodermik\n(Perubatan) disuntik di bawah kulit (berkenaan (dengan) dadah, ubat dan sebagainya):\njarum ~." "hipodermis\n(Biologi)\n1.\n lapisan sel tumbuhan yang terbentuk di bawah epidermis;\n2.\n lapisan sel yang merembeskan kutikel pada haiwan artropod dan sesetengah invertebrat lain." "hipoglisemia\n(Perubatan) paras kandungan gula (glukosa) yang sangat rendah dalam darah yang boleh menyebabkan seseorang sakit kepala, koma dan sebagainya." "hipokondria\n(Psikologi) perasaan bimbang yang keterlaluan terhadap kesihatan diri sendiri." "hipokotil\n(Biologi) bahagian batang pada biji benih tumbuhan yang terletak di bawah kotiledon." "hipokrasi\nperbuatan berpura-pura baik." "hipokrit\nberpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik." "hiponim\n(Linguistik) kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain, misalnya \nkambing, lembu \ndan \nrusa \nadalah hiponim daripada \nbinatang\n." "hiponimi\n(Linguistik) hubungan antara hiponim dengan superordinatnya." "hipotaksis\n(Linguistik) penggabungan klausa dengan klausa atau ayat dengan ayat dengan menggunakan kata hubung, misalnya \nadik menangis kerana bajunya kotor." "hipotek\n[Indonesia-Belanda] sejenis gadai daripada barang-barang yang tidak bergerak (seperti rumah, tanah, dan lain-lain);\nmenghipotekkan\n menggadaikan (rumah, tanah, dan lain-lain) kepada bank." "hipotenus\n(Matematik) sisi yang bertentangan dengan sudut tegak dalam satu segi tiga bersudut tegak." "hipotermia\n(Perubatan) keadaan suhu badan yang jauh lebih rendah daripada paras normal yang boleh menyebabkan pitam, pengsan dan sebagainya." "hipotesis\nsesuatu pendapat yang dianggap benar sebagai alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan;\nmenghipotesiskan\n membuat atau menganggap sesuatu sebagai hipotesis:\nkaitan keadaan dengan orientasi atas dasar yang dihipotesiskan." "hipotetikal\nbersifat hipotesis." "hiput\ntumbuh-tumbuhan yang hidup pada benda organik (seperti binatang, pokok) yang telah mati dan reput, saprofit." "hiragana\nsistem tulisan silabik dalam bahasa Jepun." "hirap\nhilang, lenyap (berkenaan (dengan) orang dan lain-lain);\nmenghirap\n menghilang, bersembunyi, melenyapkan diri." "hirau, menghiraukan\nmempedulikan, mengacuhkan, mengendahkan, memerhatikan:\npemuda itu tidak lagi ~ pekerjaannya tetapi asyik bersenang-senang sahaja." "hiris\n(se)potong nipis\n; \nse~ daging;\nmenghiris\n memotong nipis-nipis:\nmereka sedang ~ daun pandan untuk dibuat bunga rampai;\n~ hati\n memilukan (menyakitkan) hati;\n \nbagai dihiris dengan sembilu \nsangat pedih rasa hati;\nmenghiriskan\n memotong dengan (pisau dan lain-lain), memotong untuk:\ntolonglah kekanda hiriskan adinda limau;\nterhiris\n1.\n menghiris atau dihiris dengan tidak sengaja:\nsewaktu memotong bawang tadi, dia ~ jarinya; \n2.\n [kiasan] berasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang:\nhatinya ~ oleh cemuhan kawan-kawannya itu; \n3.\n [kiasan] berasa sedih atau dukacita:\nhatinya ~ melihat keadaan kanak-kanak itu;\nhirisan\n sesuatu yang telah dihiris, hasil menghiris:\n~ bawang itu ditumis;\npenghiris\n1.\n orang yang menghiris;\n2.\n alat untuk menghiris sesuatu." "hiru-biru\nkebisingan, kekacauan, kerusuhan;\nmenghiru-birukan\n mengacaukan, merusuh:\nada satu perkara yang musykil ~ sukmanya; \nharu\n." "hirudin\n(Perubatan) sejenis bahan antigumpal yang diekstrak daripada kelenjar mulut lintah." "hiruk\n~-pikuk = ~-piruk\n keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara:\ndalam ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; \nketawa hilai yang bercampur dengan ~-pikuk suara orang yang mabuk;\nmenghiruk\n membuat huru-hara (gempar, ribut, bising, dan lain-lain):\nkampung itu bising sekali, dihiruk dengan pelbagai bunyi yang tidak dapat ditentukan;\nmenghirukkan\n menjadikan gempar (bising dan lain-lain), menggemparkan;\npenghiruk\n orang yang suka membuat gempar (gaduh dan lain-lain)." "hirup\nmenghirup\n \n1.\n menyedut dan menelan benda cair, meneguk:\ndia ~ air kopinya yang masih lagi berasap-asap panas; \n2.\n [Indonesia] menghisap, menyedut (rokok, udara, dan lain-lain);\nhirupan\n perihal menghirup, sedutan:\nbunyi ~nya macam bunyi itik menyudu." "his\n[kata seru] kata untuk menyatakan tidak suka (jijik dan lain-lain)." "hisab\n1.\n (per)hitungan, perkiraan:\nilmu ~ \npengetahuan berkenaan menghitung (kira-mengira);\n2.\n [sastera lama] hirau, endah, peduli:\nmaka dibedil oranglah dari darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada;\nmenghisab\n menghitung amalan baik dan buruk manusia:\nmaka dihisab dan dihitunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; \naku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat;\nmenghisabkan\n mempedulikan, menghiraukan, mengendahkan:\nbeberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak seperti tagar, tiada dihisabkan oleh Belidamani, dirempuhnya juga;\nterhisab, terhisabkan\n masuk dalam hitungan, terhitung, terkira:\nmaka tiadalah ~ lagi banyaknya;\n penghisaban\n perbuatan atau hal menghisab." "hisap\nmenghisap\n memasukkan sesuatu (ke dalam mulut atau hidung) dengan tarikan udara, menyedut masuk (ke dalam hidung atau mulut):\ndia ~ rokok; \nburung itu ~ manisan bunga;\n~ benak \nterlampau banyak mengambil untung dari orang lain;\n \n~ darah \nmemeras orang (mengambil bunga wang dengan banyak);\nhisapan\n hasil daripada menghisap, yang telah dihisap;\n \n~ jempul\n [kiasan] berita atau karangan yang direka-reka (khabar yang dibuat-buat);\npenghisapan\n1.\n perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan;\n2\n. [kiasan] pemerasan, pemerahan:\nRizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol;\npenghisap\n1.\n orang yang menghisap sesuatu (seperti rokok, candu, dadah, dan sebagainya):\nSultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sebagai seorang ~ candu; \n2.\n alat untuk menghisap;\n~ darah \norang yang suka memeras orang lain (dengan mengenakan bunga yang tinggi dan sebagainya atas pinjaman wang atau dengan cara lain)." "histamina\n(Perubatan) sejenis bahan yang dibebaskan oleh tisu badan dalam tindak balas alahan." "histerektomi\n(Perubatan) pembuangan rahim secara pembedahan." "histeria\n1.\n sejenis penyakit urat saraf yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal, selap:\ndiserang ~;\n2.\n kegembiraan atau ketakutan yang tidak dapat dikawal." "histogenesis\n(Biologi)pembentukan tisu dan organ daripada sel yang belum membeza. \nhistogram\n rajah yang terdiri daripada petak-petak segi empat bujur yang digunakan untuk mewakili taburan sesuatu taburan kekerapan (berdasarkan tinggi rendah petak)." "histolisis\n(Biologi) penghancuran tisu." "histologi\n(Biologi) kajian tentang tisu haiwan atau tumbuhan (dari segi struktur, fungsi, dan lain-lain)." "histori\n[Indonesia-Belanda] (ilmu) sejarah, tawarikh." "historikus\n[Indonesia-Belanda] ahli sejarah." "historiografi\n1.\n prinsip atau kaedah pengajian sejarah;\n2.\n penulisan sejarah;\n3.\n karya atau hasil penulisan berkaitan dengan sejarah:\nal-Quran bukan sebagai bahan analisis yang sistematik, laporan atau ~." "historisisme\n1.\n kecenderungan untuk menganggap perkembangan sejarah sebagai aspek yang amat penting dalam kewujudan manusia;\n2.\n teori yang menekankan bahawa fenomena sosial dan budaya adalah ditentukan oleh sejarah." "hit\n[bahasa percakapan] disukai ramai (berkenaan (dengan) lagu dan sebagainya), popular:\nlagu-lagu ~ masa kini." "hitam\n1.\n warna seperti warna arang, lawan putih;\n2.\n [kiasan] dianggap tidak selamat kepada negara dan sebagainya:\nbeberapa kawasan di Pahang masih dianggap sebagai daerah ~;\n~ berkilat \nwarna hitam yang berkilat (agak berminyak);\n \n~ birat \norang yang kulitnya hitam lagi hodoh;\n \n~ kerak dodol \n[Kelantan] hitam yang digemari orang, hitam manis;\n \n~ kumbang \n= \n~ jengat \n= \n~ legam \n= \n~ lengit\n = \n~ lotong\n = \n~ pekat \nsangat hitam, hitam benar;\n \n~ (tampuk) manggis\n hitam seperti kulit buah manggis;\n \n~ manis\n warna hitam kemerah-merahan (yang disukai orang);\n \n~ mata \nbahagian mata yang hitam;\n \n~ putih \na) pernyataan bertulis sebagai bukti:\nkami ada bukti ~ putih yang membolehkan kami merobohkan rumah ini; \nsebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; \nb) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (berkenaan (dengan) gambar, televisyen dan sebagainya):\ngambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yang beraneka; \nbagi mereka, pada waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa seperti orang kaya; \nc) [kiasan] nasib buruk atau baik yang dialami seseorang:\n~ putih kehidupannya terletak pada dirinya sendiri\n;\n \n~ usam \nhitam yang tidak berseri (kotor);\n \ndalam ~ putih = ~ di atas putih \n(perjanjian dan lain-lain) dibuat bertulis;\n~ bagai pantat belanga \n(peribahasa) perihal keburukan tabiat seseorang;\n \n~ dikatakan putih, putih dikatakan ~\n (peribahasa) tidak mengatakan yang sebenarnya (berdusta, berbohong);\n \n~ gagak tiada siapa yang mencelupnya \n(peribahasa) orang yang berlaku jahat dengan kemahuannya sendiri;\n \n~-~ bendi, putih-putih sadah \n(peribahasa) yang buruk lebih berharga daripada yang cantik;\n \n~-~ gajah, putih-putih udang kepai \n(peribahasa) meskipun cantik rupanya yang hina tetap hina dan yang mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya;\n \n~-~ gula Jawa \n(peribahasa) sungguhpun hitam tetapi manis dipandang;\n \n~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih \n(peribahasa) jangan disangka sesuatu yang buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yang cantik itu adakalanya kurang berharga);\n \n~ mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya \n(peribahasa) orang dalam percintaan tidak mudah dipisahkan;\n \n~ tahan timpa, putih tahan sesah\n (peribahasa) tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya;\n \n~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang \n(peribahasa) barang yang buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yang cantik tidak berguna dibuang;\n \nrambut sama ~ hati masing-masing\n = \nrambut sama ~ hati lain-lain \n(peribahasa) tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya;\nmenghitam\n1.\n menjadi hitam:\nLeman masih memandang ketul keledek yang telah ~ kulitnya;\n2.\n kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut:\nsemut kelihatan ~ menghurung nasi itu;\nmenghitamkan\n1.\n menyebabkan jadi hitam:\nia ~ lukisannya dengan dakwat Cina; \nasap pelita minyak tanah itu seringkali ~ lubang hidungnya; \n2.\n memburuk-burukkan (pangkat, nama, dan lain-lain), mencemar:\nperkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; \n3.\n [Minangkabau] meninggalkan (negeri dan lain-lain) dan tidak kembali lagi:\ndilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya;\nkehitaman\n hitam sekali;\nkehitam-hitaman\n agak hitam." "hitung\nperihal membuat kira-kira (membahagi, mencampur, mendarab, dan lain-lain);\n \nilmu ~\n ilmu hisab;\n \n~ panjang \npukul rata, rata-rata;\nberhitung\n1.\n membuat kira-kira (seperti mencampur, menjumlah, dan lain-lain), berkira-kira:\napa benar sukarnya berniaga, asal pandai membeli dan menjual, dan pandai ~ sedikit;\n~ kepala \nmencongak, mengira;\n2.\n [Minangkabau] memeriksa untung rugi (perniagaan dan lain-lain);\nmenghitung\n1.\n mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dan lain-lain), membilang (berapa banyaknya):\nmenanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan;\n2.\n menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dan lain-lain):\nbayarannya dihitung mulai bulan ini; \ndia ~ harga barang-barang import dari Jepun itu dengan wang ringgit Malaysia; \n3.\n menganggap (memandang) sebagai:\nkalau dihitung dari segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; \nmakanan yang kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih;\n \nbagai ~ bulu kambing \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu yang sia-sia;\nmenghitungi\n mengira berkali-kali, menghitung banyak benda;\nmenghitungkan\n menghitung untuk:\ndia tidak mahu ~ aku telur itu;\nmemperhitungkan\n1.\n mengira-ngira berapa banyak atau jumlahnya (wang dan lain-lain):\nperlu sekali diperhitungkan jumlah bakal pengundi menjelang pilihan raya; \n2.\n menyelesaikan (hutang dan lain-lain) dengan membuat perkiraan:\nhutangmu itu akan diperhitungkan dengan gajimu;\n3.\n mengingat (memikir akan, memberi perhatian akan):\nsoal nama tidak perlu diperhitungkan, yang penting ialah perjuangan parti; \n4.\n mempedulikan, mengendahkan:\npetualang-petualang politik menggilakan kuasa dengan tidak ~ kepentingan nasional;\n5.\n merundingkan sesuatu dengan teliti, mempertimbangkan:\nsenang-senang dia membuat sesuatu keputusan tanpa ~ buruk baiknya;\nterhitung\n1.\n telah (sudah) dihitung (dikira);\n2.\n dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira:\norang yang menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; \n3.\n tergolong dalam hitungan, termasuk dalam perkiraan:\ndia menjadi seorang saudagar yang ~ kaya-raya;\n hitungan\n1.\n hasil daripada menghitung (mengira):\nsaya belum dapat mengesahkan ~mu;\n2.\n perkara (soal dan lain-lain) yang perlu dikira (seperti ilmu hisab, masalah, dan lain-lain);\n \n~ angka-angka\n [Indonesia] mengira dengan angka-angka saja;\n \n~ kepala \n[Indonesia] pekerjaan mengira dalam kepala (mencongak);\n \n~ soal(an) \n[Indonesia] perkara berhitung yang difahamkan dari kalimat-kalimat atau cerita (masalah);\n3. = perhitungan\n pertimbangan, fikiran, pendapat:\nsudah putus sahaja ~ engkau akan kahwin dengan Marah Adil, dan terus perkahwinan dilangsungkan;\nperhitungan\n perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dan lain-lain), pertimbangan, perkiraan:\nmenurut ~ itu aku mendapat 1000 ringgit keuntungan; \npada ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; \nmemberi malu anak gadis orang tidak baik pada ~ kanda; \nbila dia telah menjalani hukumannya dia akan membuat ~ dengan orang yang telah menyebabkan dia masuk penjara;\npenghitungan\n perbuatan menghitung;\npenghitung\n1.\n alat untuk menghitung;\n2.\n orang yang menghitung." "HIV\n[kependekan] \nHuman Immunodeficiency Virus \n(sejenis virus yang menyebabkan AIDS)." "hiyayat\n[Arab] pemberian hidup." "Hj.\n[kependekan] Haji." "Hjh.\n[kependekan] Hajah." "hlm\n[kependekan] halaman." "hm\n[kependekan] hektometer." "ho I\n[kata seru] kata untuk menyatakan rasa terkejut (tidak berkenan dan lain-lain);\n= hoh." "Ho II\nsimbol kimia bagi holmium." "hob\ntungku pada dapur gas atau elektrik. \nhobat\n = \nhobatan\n [sastera lama] jampi, guna-guna, mantera, sihir;\n \norang ~ \norang yang pandai mempergunakan jampi (guna-guna, mantera, sihir, dan lain-lain);\nmenghobatkan\n menjampi, memanterai." "hobi\nkegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan yang utama (seperti mengumpul setem, membaca, dan lain-lain):\ndia menjadikan membaca sebagai ~nya." "hodah\n[sastera lama] tempat duduk di belakang gajah." "hodoh\n1.\n buruk, jelik (rupa dan lain-lain);\n2.\n terlalu bodoh (dungu);\nmenghodohkan\n menyebabkan buruk, jelik (rupa dan lain-lain):\nparut di muka memang ~ wajah;\n kehodohan\n keadaan atau sifat hodoh:\n sukar untuk kita mengakui ~ hidup kita." "hogeh\n[Perak];\nmenghogeh\n menggoyang, menggoncang;\nhonggeh\n." "hogoh\n[Perak];\nterhogoh-hogoh\n1.\n tergoyang-goyang (kayu dan lain-lain);\n2.\n [Kelantan] termengah-mengah (kerana penat, terlalu kuat bekerja, dan lain-lain)." "hoh\n[kata seru] kata untuk menyatakan rasa terkejut dan lain-lain;\nho." "hoha, hohah\n[bahasa percakapan] (keadaan, kelakuan) yang tidak tertib (teratur), berkeliaran (tidak tentu hala)." "hoi\n[kata seru] kata untuk memanggil atau menyahut (kurang hormat daripada hai)." "hoit\n[Perlis] panggil;\n= hoi." "hok\n[Kelantan] bergerak, beralih:\n~ sedikit." "Hokchia\nsuku kaum Cina yang berasal dari kawasan kecil dekat dengan Foochow (Fuzhou), China dan tinggal di merata tempat di dunia." "Hokchiu\nFoochow." "hokhak\n[Kedah] (perangai) kasar, kurang sopan, tidak tertib." "hoki\nsejenis permainan yang dimainkan oleh dua pasukan, yang setiap satunya terdiri daripada 11 orang pemain yang mencuba memasukkan bola ke dalam gol lawan dengan menggunakan kayu pemukul khas untuknya;\n \nkayu ~ \nkayu pemukul bola (dalam permainan hoki) yang bengkok di satu hujungnya." "Hokkien\nsuku kaum Cina yang berasal dari daerah Amoy dan Fukien di tenggara China, dan tinggal di merata tempat di dunia." "hol\n[Indonesia] kenduri arwah yang diadakan setahun sekali, kenduri ulang tahun orang mati;\n \nmenepati ~\n mengadakan kenduri arwah." "holistik\nbersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja:\nmodel ini bertujuan memberikan pandangan secara menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi." "holmium\n(Kimia) sejenis unsur logam bersimbol Ho, yang berwarna putih perak, dan dapat ditempa." "holofit\n(Biologi) tumbuhan hijau yang mensintesiskan bahan organik daripada bahan tak organik melalui fotosintesis." "holofrasa\n(Linguistik) kata yang mengungkapkan atau membawa makna keseluruhan ayat atau ungkapan, misalnya \nmakan? \ndengan maksud \nawak hendak makan?" "holofrasis\n(Linguistik) pengungkapan maksud seluruh ungkapan atau ayat dalam satu perkataan." "holograf\ndokumen atau manuskrip yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri." "holografi\nkajian atau teknik yang berkaitan dengan penghasilan hologram." "hologram\n(Fizik) imej fotografi tiga dimensi yang terbentuk oleh alur laser." "holozoik\n(Biologi) memakan organisma lain atau bahan organik (berkenaan (dengan) binatang)." "homeopati\nkaedah perawatan apabila pesakit diberi ubat (biasanya sedikit) yang dapat mengeluarkan gejala penyakit yang serupa seperti gejala yang kelihatan apabila ubat itu diberikan kepada orang yang sihat." "homeostasis\n(Biologi) pengekalan ciri-ciri fizikal dan kimia tubuh dalam keadaan yang seimbang tanpa dipengaruhi oleh perubahan sekitaran." "hominid\n(Antropologi) anggota primat daripada famili Hominidae termasuklah manusia moden dan nenek moyang mereka yang telah pupus:\npenemuan seterusnya ialah fosil tulang ~ betina berusia 3.18 juta tahun yang diberi nama Lucy yang ditemui pada 1974." "homisid\n(Undang-undang) pembunuhan terhadap seseorang oleh orang lain:\ntuduhan yang dibacakan itu termasuk melakukan pembunuhan atau ~, dan berkelakuan tidak adil." "Homo sapiens\nnama sains bagi manusia moden." "homo-\nawalan asing \nsama, misalnya \nhomoseksual \ndan \nhomonim." "homofobia\nperasaan takut atau benci yang amat sangat terhadap homoseksual." "homofon\n(Linguistik) perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya." "homofoni\n(Linguistik) hubungan antara homofon." "homogen\nterdiri daripada bahagian-bahagian atau unsur-unsur yang sama jenisnya;\nkehomogenan\n keadaan atau sifat homogen:\n ~ pendapat dalam bidang politik boleh diterangkan dengan dua proses yang berlainan\n." "homograf\n(Linguistik) perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya." "homogram\n(Linguistik) dua homograf atau lebih yang asal katanya berbeza, misalnya \nabah \ndengan maksud \nayah, \ndan \nabah \ndengan maksud \narah." "homonim\n(Linguistik) perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya." "homonimi\n(Linguistik) hubungan antara homonim." "homoseksual\n1.\n cenderung tertarik dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina dengannya;\n2.\n orang yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya, terutamanya antara lelaki dengan lelaki;\nkehomoseksualan\n homoseksualiti:\n~ memang berlaku dalam mana-mana masyarakat di dunia ini." "homoseksualiti\nkeinginan nafsu syahwat hanya kepada orang yang sama jantina dengannya, atau hubungan seks hanya dengan orang yang sama jantina dengannya." "hompej\n(Komputer) paparan di skrin komputer yang mengandungi maklumat pengenalan tentang seseorang individu, sesebuah institusi, organisasi dan sebagainya:\nUMNO negeri akan melancarkan ~ yang memuatkan perkembangan politik di Melaka dalam usaha memberikan maklumat terkini kepada rakyat." "hon\nalat yang dibunyikan untuk memberi isyarat atau amaran (ada bahaya dan lain-lain):\n~ kereta berbunyi beberapa kali;\nmengehon\n membunyikan hon:\njangan ~ di sini nanti terganggu orang tidur." "honar I\ngempar, kacau, rusuh:\nsuatu berita yang menimbulkan ~;\nmenghonarkan\n menggemparkan, mengacaukan;\nkehonaran\n kegemparan, kerusuhan, kekacauan, sensasi." "honar II\n[sastera lama] tipu daya (muslihat), angkara, hati atau akal busuk:\nbanyak muslihatnya, banyak ~nya, banyak mainnya dan banyak tahunya; \nsiapakah yang empunya ~ mempersembahkan kepada baginda itu?" "hongah\n[Kelantan] \n= hongoh\n." "hongek\n= honggek\n." "honggar\nmenghonggar\n menggoncang, menggoyang (turus, tonggak, dan lain-lain) supaya longgar, melonggarkan (dengan menggoncang dan lain-lain)." "honggeh\nhogeh\n." "honggek\n[Kelantan];\nterhonggek-honggek\n terenjut-enjut (mengenjut-enjut);\nhongek\n." "hongkoe\n[Cina] sejenis penganan yang dibuat daripada tepung kacang hijau." "hongoh\n[Kelantan];\nhongoh-hongoh, terhongoh-hongoh\n1.\n bersendirian tanpa menghiraukan sesuatu:\ndia berjalan ~ tanpa menghiraukan kami yang berdiri di situ;\n2.\n (dalam keadaan yang sangat) penat, tergopoh-gopoh;\nhongah\n." "honorarium\nsagu hati yang dibayar sebagai membalas jasa (kpada pengarang dan lain-lain):\nia mendapat ~ sebanyak 100 ringgit." "honoris kausa\ndoktor ~ \ngelaran doktor yang diberikan sebagai suatu kehormatan (tanpa membuat tesis), doktor kehormat." "hop\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n ketua, lurah;\n2.\n = \nhop-daktur\n [bahasa percakapan] ketua pengarang." "hopbiro\n[Indonesia-Belanda] ibu pejabat polis." "hopmandur\n[Indonesia], [bahasa percakapan] ketua mandur, ketua tandil." "horas\n(Batak) [kata seru] kata untuk mengatakan giat, keras, kuat, hidup." "hordeng\n[Indonesia-Belanda] langsir, kain yang dipasang pada tingkap (pintu), tirai tingkap (pintu dan lain-lain)." "hore\n[kata seru] kata untuk menyatakan rasa suka atau mengejek:\n~, kita menang!" "horizon\nlingkungan atau batas (pengetahuan minat, pengalaman, persepsi, dan sebagainya):\nkanak-kanak remaja harus diberi ~ yang lebih luas." "horizontal\nmendatar:\ngaris ~." "hormat\n1.\n mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim:\ntetamu dipersilakan masuk ke dalam dewan dengan ~; \nbudak itu sangat ~; \ndiberhentikan dengan ~ \ndiberhentikan dengan baik (bukan sebab kesalahan);\n2.\n perbuatan untuk menyatakan rasa khidmat atau takzim:\nserdadu kawalan itu pun memberi ~ dengan mengangkat tombak; \n3.\n menaruh penghargaan (khidmat, takzim):\nwajib kita ~ kepada ibu bapa kita; \n(dengan) ~takzim \n(dengan) sepenuh hormat;\n \ndengan segala ~ \ndengan sepenuh takzim;\n \ngila ~ \nterlalu suka dihormati orang;\n \nkurang ~ \nkurang sopan;\n \ntanda ~ \nperbuatan dan lain-lain yang menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);\nberhormat\n mempunyai kedudukan yang dihormati atau dimuliakan:\nCikgu Amin seorang yang ~ di kampung itu; \nYang B~ \npanggilan kepada atau kata yang dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yang bergelar Datuk dan sebagainya;\n \nYang Amat B~\n panggilan kepada atau kata yang dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri;\nberhormat-hormatan, hormat-menghormati\n saling memberi hormat;\nmenghormati\n1.\n memberi (melahirkan, menaruh) hormat kepada:\n~ ibu bapanya; \nhormatilah orang tuamu; \nRizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; \n2.\n menerima dan mematuhi (aturan dan lain-lain), menghargai, menjunjung tinggi, memuliakan:\naku ~ pendapatmu;\n~ keinginanmu mencari sesuatu yang baru; \nMalaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok;\n3.\n disegani:\nia seorang yang dipercayai dan dihormati; \nia dihormati dan ditakuti oleh anak-anak kapal;\nterhormat\n (yang) sangat dihormati:\nkepada yang ~ saudara Ahmad; \nuntuk pembesar-pembesar digunakan sebutan yang ~; \nprofesion yang penting dan ~;\nkehormat\n1.\n yang dihormati dan diraikan:\ntetamu ~ yang akan turut dalam rapat itu ialah Perdana Menteri; \n2.\n yang dilantik kerana menghormati, yang diberikan sebagai pernyataan hormat;\n \nahli (anggota) ~\n ahli (anggota) persatuan dan lain-lain yang dilantik kerana jasanya dan lain-lain;\n \ndoktor ~ \ngelaran doktor yang diberikan untuk menyatakan hormat;\n3.\n yang jasanya tidak dibayar;\n \nbendahari (setiausaha dan lain-lain) ~ \npegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar;\n \nbayaran ~ \nwang sagu hati yang diberikan kepada seseorang (pengarang dan lain-lain), honorarium;\nkehormatan\n1.\n pemberian hormat (penghargaan dan lain-lain):\nia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; \nperajurit yang gugur itu dikebumikan dengan penuh ~; \n(per)barisan ~ \n(per)barisan untuk menunjukkan hormat (kpada tetamu agung dan lain-lain);\n \nbintang ~ \npingat yang dikurniakan sebagai pernyataan hormat (kerana jasa dan lain-lain);\n \n(gelar) doktor ~\n [Indonesia] (gelar) doktor kehormat;\n \ngapura (pintu gerbang) ~ \n[Indonesia] gapura (pintu gebang) yang didirikan untuk menyambut orang besar dan lain-lain;\n \ngelar ~ \n[Indonesia] gelar sebagai pernyataan hormat;\n2.\n tumpuan hormat, (orang) yang dihormati:\nbeliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini;\n3.\n [Indonesia] yang dilantik kerana menghormati, kehormat;\n \nanggota ~\n ahli kehormat;\n \nketua ~ \nketua kehormat;\n4.\n kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian:\nMajlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yang bersangkut dengan kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; \ndia sekarang mengejar ~;\n5.\n nama baik, harga diri:\nmempertahankan nyawa dan ~ ;\n~ diri \nkemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang;\n6.\n kemurnian, kesucian (wanita):\napabila seorang pemuda menceroboh masuk ke dalam tempat tidur seorang gadis dengan niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial;\npenghormatan\n perihal atau perbuatan menghormati, pemberian hormat:\nrukuk dan sujud merupakan ~ seseorang hamba kepada Tuhannya;\n~ terakhir \nperbuatan memberikan penghormatan kepada jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, misalnya menziarah, bertafakur dan sebagainya;\npenghormat\n1.\n yang menghormati;\n2.\n yang dibuat (dipakai) kerana menghormati:\nbarisan ~." "hormon\nbahan kimia yang dikeluarkan dalam kelenjar endokrin dan mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain." "hornblend\n(Geologi) sejenis mineral berwarna hitam, hijau atau coklat tua yang terdapat di dalam batuan metamorfosis dan igneus." "hornfels\nsejenis batuan metamorfosis berwarna gelap dan berira halus yang terdiri, terutamanya daripada mika, kuarza dan feldspar." "horologi\nseni membuat jam." "horoskop\n1.\n gambar rajah kedudukan bintang-bintang dua belas (zodiak) untuk tujuan meramal nasib masa depan seseorang;\n2.\n ramalan tentang masa depan seseorang berdasarkan kedudukan bintang-bintang ketika dia dilahirkan." "hortikultur\nsains atau seni penanaman bunga, buah-buahan, dan sayur-sayuran." "hos I\ntiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menyalurkan cecair atau gas." "hos II\n1.\n orang (seperti tuan rumah dan sebagainya) yang meraikan tetamu (dalam sesuatu majlis, upacara, dan sebagainya);\n2.\n orang yang mengacarai sesuatu persembahan, program televisyen, dan sebagainya, pengacara." "hosieri\n(ERT) sarung kaki, stoking atau seluar sendat." "hoskut\nhauskot." "Hosp.\n[kependekan] Hospital." "hospital\ntempat pesakit diberi jagaan dan rawatan perubatan, pembedahan, dan lain-lain, rumah sakit;\n~ gila \ntempat merawat orang sakit otak (gila);\n \n~ T.B. \ntempat merawat orang yang menghidap penyakit tibi (batuk kering)." "hospitaliti\nlayanan yang mesra kepada tetamu (pengunjung dan sebagainya):\nkursus yang berkaitan dengan pelancongan serta ~ memberikan kemahiran dalam industri perhotelan dan restoran." "hostel\nbangunan tempat penginapan untuk pelajar dan lain-lain, asrama." "hosti\nroti suci (yang dipersembahkan dalam korban Missa) Roman Katolik." "hot dog\nmakanan segera yang terdiri daripada sosej yang diselitkan dalam roti yang dibelah memanjang." "hotak\nkepala ~ \n[bahasa kasar], [bahasa percakapan] satu makian." "hotel\nbangunan tempat penginapan yang menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain untuk orang luar yang datang mengunjungi sesuatu tempat;\nperhotelan\n urusan berkenaan hotel." "hotiar\n[Kedah], [bahasa percakapan] cerewet;\n \nbanyak ~ \ncerewet sangat." "hoverkraf\nsejenis kenderaan yang boleh meluncur di atas permukaan air atau darat." "hua\n[Arab] dia, ia (lelaki)." "hubah\n[Arab] [sastera lama] cinta, kasih sayang, suka." "hubaya-hubaya\n[sastera lama]\n1.\n kata untuk memperteguh nasihat (tegahan, teguran, dan lain-lain), tidak boleh tidak, sekali-kali:\n~ yang kata hamba ini jangan tidak diturut supaya saudara hamba sukacita dan sentosa; \n2.\n [sastera lama] kata untuk menguatkan harapan atau doa, hendaknya, mudah-mudahan:\nmarilah kita berdoa kepada Allah ~ janganlah datang lagi bala itu;\n3.\n lebih-lebih lagi, terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi (pula):\nakan tetapi lama-kelamaan ~ setelah didengarnya sindiran ibunya sendiri yang tajam-tajam lagi, ia pun insaf akan dirinya." "hubub, hububan\n[Arab] hembusan, puputan, tiupan." "hubung\nberhubung\n1.\n berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dengan lain);\n \nhuruf tulis yang ~ \nhuruf tulis yang bersambung;\n2.\n berkaitan dengan, berkenaan (dengan):\nia berusaha menyelesaikan segala urusan yang ~ dengan tanahnya; \nkebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yang ~ dengan agama; \n3.\n oleh sebab, kerana:\n~ dengan kurangnya ahli yang datang, maka mesyuarat ditangguhkan; \n4.\n bertukar-tukar (berita, fikiran, dan lain-lain) dengan berbagai-bagai jalan:\nsekarang kita dapat ~ dengan saudara-mara di Medan menerusi telefon radio; \nbahasa ialah alat bagi manusia ~ dengan manusia lain;\n~ puntung\n = \nputus ~ \n[bahasa percakapan] (merokok) bersambung-sambung (hampir habis rokok yang satu disambung pula dengan rokok lain);\nberhubungan\n1.\n ada sangkut pautnya (dengan), bersangkutan, bertalian:\nsuasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yang ~ dengan dirinya sendiri; \nia mengutuk segala yang ~ dengan bekas isterinya itu; \n2.\n berjumpa (dengan), bertemu (dengan), mempunyai pertemuan (dengan):\nia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; \nP.M. menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dengan P.M. Komanwel; \n3.\n saling berhubungan;\nmenghubung\n menyambung sesuatu dengan yang lain (bukan bermakna menambah panjang):\ntali ini boleh dipakai untuk ~ galah;\nmenghubungi\n1.\n membuat perhubungan dengan seseorang untuk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya):\nejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; \nperbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; \n2.\n menjadi sambungan kepada sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dengan):\nkata-kata itu dihubungi dengan ketawa;\nmenghubungkan\n1.\n menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan:\ngarisan lurus yang ~ dua titik; \nrumah itu mempunyai dua kamar yang satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; \n2. = memperhubungkan\n mempertalikan (dengan), mengaitkan (dengan):\nperdaganganlah yang ~ negeri Melaka dengan kawasan-kawasan di sekelilingnya; \nrakyat Hirahlah yang menjadi perantaraan ~ orang Parsi dengan orang Arab; \n3. = memperhubungkan\n mempertemukan dengan, menjadikan satu dengan, menggabungkan dengan:\nia pun ~ dirinya dengan pergerakan wanita setempat; \nmereka memperhubungkan kami dengan sekeluarga orang perantauan lain; \n4.\n menjadikan supaya berhubungan atau bertemu:\nada jalan kereta api yang ~ Bangkok dengan Saigon;\nhubungan\n1.\n sambungan, rangkaian:\njikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; \n2.\n hasil berhubung:\nkalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus;\n3.\n kaitan, pertalian, sangkut paut:\nuntuk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; \ndalam ~ ini\n berkenaan apa yang telah dinyatakan (diterangkan) atau yang sedang dibincangkan;\n ~ darah \nhubungan kekeluargaan;\n \n~ diplomatik\n hubungan dengan perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia;\n \n~ dua hala \nhubungan antara dua pihak yang secara langsung tidak melibatkan pihak lain;\n \n~ batin = ~ jenis \n= \n~ kelamin\n = \n~ seks \npersetubuhan;\n \n~ nyawa\n kekasih, kesayangan, buah hati;\n \n~ ras\n (Antropologi) hubungan sosial yang terjalin antara anggota masyarakat yang berlainan keturunan atau bangsa dalam sesebuah masyarakat atau negara;\nsehubungan\n berkaitan dengan, bersangkutan dengan;\nperhubungan\n1.\n hubungan:\nseluruh hidup manusia terdiri daripada ~nya dengan keluarga, jiran dan tetangga; \npegawai ~ \npegawai perantaraan (untuk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yang berlainan dalam ketenteraan, pejabat, dan lain-lain);\n2.\n alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dan lain-lain):\n~ udara antara Malaysia dengan Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; \nKementerian ~ \nkementerian yang mengurus soal lalu lintas dan lain-lain;\n3.\n perihal berhubung(an) antara satu dengan yang lain (berkenaan (dengan) negara dan lain-lain):\n~ diplomatik antara India dengan China semakin genting; \nperkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dengan sedalam-dalamnya;~ awam \namalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yang baik dan sebagainya di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dan sebagainya;\n \n~ darah\n pertalian kekeluargaan;\n \n~ perindustrian \nurusan perhubungan antara pihak majikan dengan para pekerja dalam industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perundingan secara kolektif dan sebagainya;\npenghubungan\n perihal atau perbuatan menghubungkan;\npenghubung\n (alat, orang, dan lain-lain) yang menghubung(kan);\n \nkata ~\n kata yang digunakan untuk menghubungkan dua kata atau dua ayat;\n \ntanda ~ \ngaris untuk menghubungkan kata atau suku kata;\n \nperwira ~ \n[Indonesia] pegawai perhubungan." "hubung kait\nhubungan dan perkaitan, pertalian:\nnegara kita sentiasa dinilai dari sudut keselamatan dan ~nya dengan cara hidup atau penghidupan kita;\nmenghubungkaitkan\n mengadakan (per)hubungan dan perkaitan, mengadakan pertalian (antara dua unsur, kegiatan, perkara, dan lain-lain), memperkaitkan, mempertalikan:\nkedua-duanya, hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat umum, dan kegiatan kokurikulum di kampus, sering dihubungkaitkan;" "hud\n1.\n bumbung kereta yang boleh dilipat;\n2.\n alat elektrik yang digunakan sebagai penyedut asap, minyak dan sebagainya yang terpasang pada bahagian atas dapur;\n3.\n penutup kepala yang terlekat pada bahagian belakang leher baju." "Hudai\norang ~\n orang asli yang tinggal di Kedah dan Perak." "hudhud\n[Arab] sejenis burung, burung belatuk." "hudud\n[Arab]\n1.\n (jamak bagi had) batasan atau peraturan;\n2.\n hukum yang telah ditetapkan oleh Allah yang tidak boleh diubah-ubah oleh manusia, seperti hukum zina, murtad, dan minum arak." "huh\n[kata seru] kata yang menyatakan rasa terkejut atau menempelak (mengejek):\n~, sudah dua orang anak masih mempercayai benda-benda karut." "hui\n[kata seru] kata yang menunjukkan kesedihan (sesal dan lain-lain)." "huis\n[Kedah] \nhaus II." "hujah I\n[Arab] pendapat berserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian (pandangan dan sebagainya):\nmasing-masing mengemukakan ~ yang kuat;\nberhujah\n mengemukakan (memajukan) hujah:\nmereka ~ tentang manusia dan kemanusiaan, tentang dunia, dan keduniaan;\nmenghujah\n memberi hujah (sewaktu menentang atau menyanggah pendapat orang lain):\ntahan macam mana? Haron ~;\nmenghujahkan\n memberikan hujah, mengemukakan pendapat (pandangan, alasan):\nbeliau ~ bahawa ancaman dari kelalaian diri itu adalah lebih berbahaya;\nhujahan\n hujah:\nadanya pentafsir belum menjamin ketepatan maklumat dan ~ yang diketengahkan;\npenghujahan\n perihal memberikan hujah tentang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu:\nkeupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dalam bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan;\npenghujah\n orang yang mengemukakan hujah (biasanya dalam perbahasan):\n~ pertama bagi pihak pencadang dan pihak pembangkang perlu menggulung perbahasan masing-masing." "hujah II\n[sastera lama] fitnah;\nmenghujah\n memfitnah." "hujan\n1.\n air yang turun (menitik dengan banyaknya) yang terpeluwap daripada wap di atmosfera:\npagi ini ~ turun dengan lebatnya; \nmusim ~ \n= \nketika ~ \nmusim yang hujan selalu turun;\n2.\n = \nhari ~ \nair sedang turun (menitik dengan banyaknya):\napabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; \nkalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; \n3.\n [kiasan] seperti hujan (banyak-banyak) datangnya dan lain-lain:\n~ bom;\n~ peluru;\n~ wang;\n~ abu \na) abu yang jatuh dengan banyak dari udara (apabila gunung berapi meletus dan lain-lain);\n b) = \n~ bubuk \nhujan menitik halus seperti kabus (biasanya pagi-pagi);\n \n~ air mata \nbanyak air mata dicucurkan;\n \n~ asid \nair hujan yang dicemari asid yang dibebaskan ke udara daripada kilang, asap kereta dan lain-lain;\n \n~ batu\n = \n~ beku \n= \n~ ais \n(jatuhnya) air hujan yang beku;\n \n~ bubuk\n hujan abu;\n \n~ bukit\n (Geografi) hujan yang turun kerana awan yang membawa hujan tersekat oleh bukit;\n \n~ darah\na) = \n~ merah \nhujan yang airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pada tanah;\n b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dan sebagainya);\n \n~ gerimis \n= \n~ renyai \n= \n~ rintik-rintik \nhujan yang menitik halus-halus dan tidak banyak;\n \n~ lalu \n= \n~ lari\n = \n~ halau mentua \nhujan sebentar sahaja;\n \n~ lebat\n = \n~ deras\n hujan besar dan banyak airnya turun;\n \n~ manik\n [Kelantan] hujan yang titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara;\n \n~ perolakan\n (Geografi) hujan yang disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas;\n \n~ rahmat \na) hujan yang datang ketika ia sangat-sangat diperlukan;\n b) [kiasan] pertolongan dan lain-lain yang mencurah-curah datangnya;\n \n~ ribut \nhujan lebat yang disertai ribut;\n \n~ siklon \n(Geografi) hujan yang disebabkan oleh udara panas yang lembap yang bergerak ke atas udara yang lebih sejuk;\n \n~ tahunan \nbanyaknya hujan jatuh dalam setahun;\n~ berbalik ke langit \n(peribahasa) perihal orang yang lebih (kuat, pandai, dan lain-lain) meminta tolong kepada orang yang kurang (lemah, bodoh, dan lain-lain);\n \n~ berpohon, panas berasal \n(peribahasa) sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya;\n \n~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri \n= \n~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita \n(peribahasa) sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri;\n \n~ menimpa bumi\n (peribahasa) seseorang itu mesti tunduk kepada perintah pihak yang berkuasa;\n \n~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat \n(peribahasa) sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dengan sekali gus;\n \nada ~ ada panas, ada hari boleh balas \n(peribahasa) nescaya akan ada peluang untuk membalas kejahatan orang terhadap kita;\n \nbagai ~ jatuh ke pasir\n (peribahasa) kebaikan (pertolongan dan lain-lain) yang sia-sia (tidak berbalas);\n \nke mana tumpah ~ dari bumbung, kalau tidak ke cucuran atap \n(peribahasa) anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya);\n \ntidak ~ lagi becak, inikan pula ~ \n(peribahasa) tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita;\nsehujan\n \ngarisan ~\n (Geografi) garisan pada peta yang menghubungkan tempat-tempat yang sama banyak hujannya;\nberhujan, berhujan-hujan\n sengaja berjalan (bekerja, bermain-main, dan lain-lain) dalam hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan:\nnelayan yang berpanas dan ~ di laut;\nmenghujan\n seperti hujan (datangnya dan lain-lain banyak-banyak):\npanah pun ~ datangnya;\nmenghujani\n1.\n mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) kepada:\npasukan kami dihujani peluru dan bom; \n2.\n mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak:\npenyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dari angkasa lepas yang sentiasa ~ bumi ini; \nkita telah dihujani surat yang menyatakan pendapat yang pro dan kontra terhadap tulisan itu; \n3.\n mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dan lain-lain) kepada:\nia akan dihujani dengan seribu satu macam tuntutan lagi; \npegawai penyiasat itu telah ~ Amir dengan berbagai-bagai soalan;\nmenghujankan\n1.\n menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan:\nkalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; \n2.\n [kiasan] menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dan lain-lain) banyak-banyak;\nmemperhujankan\n membiarkan basah kena hujan;\n \nmahukah orang ~ garamnya \n(peribahasa) mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dan lain-lain) sendiri;\nkehujanan\n kena hujan, tertimpa oleh hujan:\nsaya ~ di jalan; \nkambing ~; \nkera ~;\npenghujan\n = \nmusim ~\n musim hujan;\n \nhari ~ \nhari yang selalu hujan." "hujan angin\nmenghujananginkan\n membiarkan kena hujan dan angin, tidak mempedulikan hujan dan angin." "hujan panas\nhujan sedangkan matahari masih bersinar-sinar;\nmenghujanpanaskan\n membiarkan kena hujan dan panas, tidak mempedulikan hujan dan panas." "hujan-hujan I\nsejenis tumbuhan (pokok), kayu trembesi, munggur, sulbin, \nEnterolabium saman." "hujan-hujan II\nburung ~ \nsejenis burung hutan, burung rakit,\n Cymbirhyncus macrorhyncos malaccensis;\n \nburung ~ hijau \nsejenis burung hutan, burung tadah hujan, \nPsarisomus dalhousiae psittacinus." "huji\n[arkaik] suka." "Hujjatul Islam\n[Arab] gelaran bagi Imam al-Ghazali kerana kewibawaannya mempertahankan kemurnian Islam dengan hujah yang meyakinkan;\n \n~ walmuslimin \ngelaran bagi ulama yang mempertahankan Islam dan orang Islam dengan hujah yang meyakinkan." "hujung\n1.\n bahagian yang terakhir dari sesuatu yang panjang (seperti jalan, tali, dan lain-lain), punca, lawan pangkal:\nrumahnya terletak nun di ~ jalan;\n~ galah;\n2.\n akhir (bulan, minggu, tahun, dan lain-lain):\nsaya akan bercuti panjang pada ~ tahun ini; \nia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; \nyang paling ~\n yang kemudian (penghabisan dan lain-lain) sekali;\n3.\n kesudahan (percakapan, mesyuarat, dan lain-lain):\nkedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan\n;\n4.\n tempat yang terjauh dari orang yang bercakap, tempat yang terjauh dari pusat, yang dekat dengan tepi (bandar, kampung, dan lain-lain):\nsaya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; \nsuara azan dari langgar di ~ kampung sudah hilang; \n5.\n bahagian yang tajam (lancip):\n~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dan lain-lain); \n6.\n bahagian tanah (daratan) yang menganjur ke laut dan lain-lain;\n \n~ tanah \nbahagian selatan sekali dari Semenanjung Malaysia;\n7.\n tujuan (maksud) perkataan dan lain-lain:\nbarangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu;\n~ lidah \na) bahagian lidah yang di hadapan sekali;\n b) = \nsambungan ~ \n[Minangkabau] orang yang menyampaikan ucapan (pesanan dan lain-lain) orang lain pada sesuatu majlis dan lain-lain;\n \n~ mata\na) penjuru mata yang di sebelah luar, ekor mata;\n b) bahagian yang tajam pada alat pemotong (kikir, pisau, dan lain-lain);\n \n~ Subhanallah \n[bahasa percakapan] di hujung yang jauh (tidak tahu hujungnya);\n \n~ sut\n hujung sekali;\n \nmengadu ~ lidah \nberbahas (bertengkar dan lain-lain);\n \nmengadu ~ penjahit (dengan) \na) bertemu muka atau mulai berkenalan (dengan);\n b) saling menunjukkan keahliannya kepintarannya, kepandaiannya, dan lain-lain);\n c) berusaha mendapatkan nafkah dengan susah payah;\n \nnyawa tinggal di ~ rambut\n hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut);\n \nse~ rambut \n= \n(sampai ke) ~ rambut \n(sampai kepada yang) sekecil-kecilnya (sangat berkira);\n \ntidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal \ntidak tentu hala tujuannya (hubungan satu sama lain);\n \njadi ~ (penghujung) lidah\n (peribahasa) jadi jurubicara dalam sesuatu perundingan dan lain-lain;\nberhujung\n1.\n ada hujungnya, mempunyai hujung:\n antara batu yang banyak itu ada sebuah yang ~ tajam; \ntidak ~ \nterus-menerus (tidak berkesudahan);\n \n~ berpangkal \nada tujuan yang tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dan lain-lain);\n2.\n berakhir (pada), berakibat (pada):\nperundingan yang ~ kepada perdamaian;\n~ minggu\n berehat (bersenang-senang) di hujung minggu;\nberhujungkan\n mempunyai atau memakai sesuatu sebagai hujung:\nsejenis tongkat yang ~kait besi;\nmenghujung\n1.\n mendekati kesudahan (akhir, penghabisan):\nmusim buah sudah ~; \n2.\n memuncak, meruncing:\nperbalahan antara dua negara itu sudah ~;\nhujungan\n sesuatu (tulisan dan lain-lain) yang di hujung (buku):\ndalam ~ di akhir buku ini ada dinyatakan keterangan berkenaan vitamin A;\nkehujungan\n kena hujung senjata, kena senjata yang tajam:\nada seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Benggali dari ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~;\npenghujung\n akhir, kesudahan, penghabisan;\n \n~ bulan (abad, minggu, tahun, dan lain-lain) \nakhir bulan (abad, minggu, tahun, dan lain-lain);\n \n~ cakap \nakhir cakap, penghabisan cakap;\n \nbuah ~ \nbuah yang penghabisan;\nberpenghujung\n ada penamatnya (kesudahannya, penghabisannya dan sebagainya):\nhari demi hari dia menanti bagaikan suatu penantian yang tidak ~; \ntugasnya sebagai suri rumah memang tidak ~." "hujung II\n~ atap \nsejenis tumbuhan (pokok), junjung atap, \nBaeckea frutescens." "huka\n~ haga\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), \nPellacyx spp." "hukah\npaip untuk menghisap tembakau yang mempunyai tiub panjang untuk menyedut asap yang dilakukan dalam sebekas air." "hukama\n[Arab] (jamak bagi hakim II) kaum cerdik pandai (cendekiawan) dalam bidang falsafah:\nsegala pendeta dan segala ulama dan ~ menaburkan emas dan perak." "hukka\n[sastera lama] bom tangan." "hukum\n1.\n peraturan yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dan lain-lain), adat yang dianggap mesti dipatuhi, undang-undang:\n~ mengerjakan sembahyang; \nia telah banyak mendalami soal ~ dan undang-undang; \nahli ~\n [Indonesia] orang yang tahu (pakar) dalam ilmu hukum;\n \nbadan ~\n [Indonesia] perkumpulan (persatuan dan lain-lain) yang diperlakukan oleh undang-undang sebagai orang;\n \nilmu ~\n pengetahuan atau falsafah mengenai undang-undang;\n \nlawan ~ \n[Indonesia] melawan hak;\n \ntata~\n [Indonesia] aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum;\n2.\n ketentuan (kaedah, kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian (alam dan lain-lain):\n~ alam;\n~ bahasa;\n~ Ampere menyatakan bahawa dua arus selari yang mempunyai haluan yang sama menarik satu sama lain; \n3. = hukuman\n keputusan (pertimbangan) yang dibuat oleh hakim (dalam mahkamah dan lain-lain);\n \nmemutuskan (menjatuhkan) ~ \nmembuat keputusan;\n \nkena ~ \ndijatuhi hukuman;\n4.\n [sastera lama] perintah, kekuasaan:\nraja-raja dalam dunia ini dari masyrik datang ke maghrib semuanya dalam ~ Maharaja Rawana;\n~ acara (tuntutan) \n[Indonesia] peraturan-peraturan mengenai penuntutan serta pemeriksaan dan pemutusan perkara;\n \n~ adat\n peraturan-peraturan yang berdasarkan adat (kebiasaan), lawan hukum syarak;\n \n~ alam\n aturan yang tentu berkenaan kejadian alam;\n \n~ Allah \ntakdir Allah (ketentuan Allah);\n \n~ asasi \nperlembagaan negara;\n \n~ Boyle \n(Fizik) hukum yang menyatakan bahawa pada suhu yang malar, isi padu sesuatu gas berkadaran songsang dengan tekanan;\n \n~ Coulomb \n(Fizik) hukum yang memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas;\n \n~ dagang \n[Indonesia] sistem yang mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dan lain-lain);\n \n~ dunia\n hukum alam;\n \n~ Faraid \nperaturan pembahagian harta pusaka dalam agama Islam;\n \n~ fiqah \nhukum dalam agama Islam tentang perkara-perkara seperti ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat;\n \n~ gantung\n hukum mati dengan gantung;\n \n~ gereja \n[Indonesia] peraturan-peraturan berkenaan kehidupan yang berdasarkan ajaran Kristian;\n ~-hakam \npelbagai jenis hukum agama Islam;\n \n~ Islam \n= \n~ syarak (syariah) \nperaturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam;\n \n~ keabadian jisim \n(Kimia) hukum yang menyatakan bahawa dalam tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dengan jumlah jisim bahan sebelum tindak balas;\n \n~ keabadian tenaga\n (Kimia) hukum yang menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kepada bentuk tenaga yang lain;\n \n~ kuasa dua songsang \n(Fizik) hukum yang menyatakan bahawa keamatan sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dan lain-lain) pada sesuatu titik, berkadaran songsang dengan jarak kuasa dua dari sumber kesan ke titik tersebut;\n \n~\n \nperdata\n = \n~ sipil \n= \n~ warganegara \n[Indonesia] peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan berkenaan hak dan kewajiban dan lain-lain warganegara;\n \n~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap \n(Kimia) hukum yang menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yang sama mengikut perkadaran jisim yang sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan;\n \n~ pidana \n[Indonesia] peraturan dan ketentuan mengenai hukuman;\n \n~ resam \nhukum adat;\n \n~ sains \nperaturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dalam sains;\n \n~ sejarah \nketentuan sejarah;\n \n~ tatanegara \n[Indonesia] peraturan dan ketentuan berkenaan susunan kerja dan lain-lain kenegaraan;\nberhukum\n1.\n menggunakan hukum, ada hukumnya;\n2.\n = \n~ (kepada) \nberhakim (kepada);\nmenghukum\n1.\n memberi keputusan (ketetapan dan lain-lain) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dalam penjara dan lain-lain) kerana berbuat kejahatan dan lain-lain:\nkalau tidak dihukum atau didenda orang yang membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; \npembunuh itu telah dihukum gantung;\n2.\n mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju:\nhampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan;\nmenghukumkan\n1.\n menghukum:\nsekalian itu perkakas Hollanda menyeksakan dan ~ orang adanya; \n2.\n menjadikan undang-undang (hukum), membuat hukumnya (undang-undangnya);\n3.\n menetapkan hukum menurut agama Islam (seperti halal, haram, mubah, najis, sunat, dan sebagainya);\n4.\n [sastera lama] memerintah (negeri, rakyat, dan lain-lain):\nmenteri itulah yang ~ empat puluh menteri lain;\nterhukum\n kena hukum, dihukum:\nsaya berasa sebagai ~ kerana terpaksa berjauhan dengan orang yang saya kasihi;\nhukuman\n1.\n penderitaan dan sebagainya yang dikenakan atas orang yang melakukan kesalahan (melanggar undang-undang);\n2.\n keputusan yang dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dan lain-lain):\nmahkamah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; \nkesalahan awam tidak akan membawa kepada ~ kesalahan jenayah; \norang ~ \norang yang dihukum penjara dan sebagainya;\n~ bunuh\n = \n~ mati \nhukuman yang dijalankan dengan membunuh (menembak, menggantung) orang yang bersalah;\n \n~ gantung\n hukuman mati dengan digantung;\n \n~ kawalan \n[Indonesia] hukuman yang menyekat kebebasan bergerak (orang yang dihukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan harus selalu melaporkan diri kepada polis);\n \n~ kerakal \n[Indonesia] [arkaik] hukuman kerja paksa (membuat jalan, memecah batu, dan sebagainya);\n \n~ kurungan (tutupan) \n[Indonesia] hukuman yang dijalankan dengan mengurung orang yang bersalah dalam penjara (bukan kerana kejahatan);\n \n~ penjara \nhukuman kurung dalam penjara;\n \n~ rotan \nhukuman yang dijalankan dengan menyebat orang yang bersalah dengan rotan;\nkehukuman\n hal ehwal yang menurut hukum;\npenghukum\n1.\n orang, badan dan sebagainya yang menjatuhkan (membuat atau menjalankan) hukuman:\nrakyat mengakui kuasa raja sebagai pengadil dan ~ bagi yang melanggar undang-undang negeri; \n2.\n orang yang menentukan hukum (hal yang berkaitan dengan dosa, pahala dan sebagainya):\n \nbeliau menegaskan bahawa kita pendakwah, bukan ~." "hula-hula\nsejenis tarian Hawaii yang dipersembahkan oleh penari wanita dengan menghayunkan pinggul." "hulu\n1.\n [sastera lama] kepala:\nlalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; \ngering ~ \nsakit kepala (untuk raja);\n \nkalang ~\n bantal kepala;\n2.\n = \n~ sungai \nbahagian atas (sungai dan lain-lain), udik, lawan hilir:\nair sungai yang deras mengalir dari ~; \ndi ~ sungai ada air terjun;\n3.\n pangkal, permulaan;\n \n~ hati \nbahagian hati yang sebelah atas;\n \n~ musim\n permulaan musim;\n \n~ malang \npangkal malang;\n4.\n tangkai (pisau, keris, cangkul, dan lain-lain), pemegang;\n \n~ cangkul \ntangkai cangkul;\n \n~ wali\n pegangan pada pisau wali;\n5.\n pedalaman;\n \norang ~\n orang yang tinggal jauh di pedalaman;\n~ hilir \na) hulu dan hilir;\n b) hujung pangkal;\n \n~ kepala \nubun-ubun;\n~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai\n (peribahasa) [Minangkabau] pandai membawa diri dalam pergaulan;\n \nke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak \n(peribahasa) tidak dapat mengelak daripada bahaya;\n \njikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga \n(peribahasa) jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pada permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya);\n \norang terpegang pada ~nya, awak terpegang pada matanya \n(peribahasa) lawan yang lebih kuat daripada kita (dalam perjanjian atau perkara);\nberhulu\n1.\n terbit di, berasal dari (sungai):\nsungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; \n2.\n mempunyai hulu, bertangkai;\nberhulukan\n mempunyai hulu yang dibuat daripada, berkepalakan, bertangkaikan:\ngolok yang ~ buluh dan bersarungkan upih; \nkeris ~ cula;\nmenghulu\n belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik;\nmenghulukan\n [sastera lama] mendahului, memimpin, mengepalai:\nkalau sudah tuanku yang hendak ~ dan menunjuk ajar \u2026 kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami;\n huluan\n berkaitan dengan pelbagai kegiatan yang berlaku sebelum kegiatan utama (berkenaan (dengan) industri, projek, aktiviti dan sebagainya):\nbeliau turut mempersoalkan langkah kementerian yang bertumpu pada kegiatan di peringkat ~ dan kurang memberi perhatian pada peringkat hiliran." "hulubalang\n1.\n ketua pasukan askar, pemimpin pasukan;\n2.\n (Aceh) kepala negeri (daerah);\n3.\n [Perak] gelaran orang besar yang delapan;\n4.\n askar pengawal;\n5.\n pengawal keamanan kampung, dubalang;\n \n~ asal\n [sastera lama] kepala bentara yang dari kanan;\n \nhabis ~ bersiak \n(peribahasa) apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yang ada." "hulur I\nmenghulur\n \n1.\n membiarkan sesuatu (seperti tali dan lain-lain) lepas menjadi panjang, mengumbai:\n~ tali kail;\n~ tali layang-layang; \n2.\n menjadi panjang, memanjang, mulur:\nplastik kalau ditarik boleh ~; \n3.\n keluar memanjang, mengunjur:\nsebelah tangannya ~ keluar; \n4.\n memanjangkan (umur, perbincangan, dan lain-lain), mengundurkan masa, menunda-nunda:\npenukaran jantung dapat ~ umur orang yang menderita penyakit jantung;\n~ perdebatan; \n5.\n memberi sesuatu kepada seseorang dengan memanjangkan tangan sedikit, mengunjukkan:\nsambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka suaminya;\nmenghulur-hulur\n1.\n memanjang-manjangkan (waktu, perbicaraan, dan sebagainya), menangguh-nangguh (janji, persetujuan, dan sebagainya);\n2.\n [Indonesia] [bahasa percakapan] mentafsirkan (fasal dalam undang-undang, perjanjian, dan lain-lain) mengikut kehendak sendiri (diluaskan atau disempitkan mengikut kehendak sendiri);\nmenghuluri\n memberikan (menyampaikan) sesuatu kepada:\nmaka oleh Kapitan Mor disuruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawanya naik ke atas kapal;\nmenghulurkan\n1.\n melepaskan sesuatu (seperti tali dan lain-lain) agar menjadi panjang:\nmaka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun dikosongkan; \n2.\n mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dan lain-lain):\n~ lidah untuk menjilat; \nlazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yang sesuai untuk mendapat sebanyak-banyak cahaya; \nia memanjangkan badannya yang di bahagian haluan dan ~ kepalanya; \n3.\n memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dan lain-lain):\njika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; \n4.\n mengunjukkan, memberikan (dengan tangan dianjurkan):\nia mengambil segelas air dan ~nya kepada suaminya;\n~ pertolongan; \n5.\n [Minangkabau] menghantar atau membawa sesuatu untuk:\n~ makanan ayah ke kebun; \n6.\n menuruti (kehendak, hawa nafsu, dan lain-lain):\njangan dihulurkan sangat kehendak orang itu;\n~ tangan \na) menganjurkan tangan (untuk bersalaman dan lain-lain);\n b) memberikan bantuan, membantu;\n c) berbaik-baik kembali;\nhuluran\n sesuatu yang dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan;\npenghuluran\n perihal atau perbuatan menghulur(kan)." "hulur II\nrotan ~ \nsejenis rotan yang kuat, \nCalamus ulur." "hulur III\n[sastera lama] orang yang menjadi hamba (kerana bersalah membuat kejahatan seperti membunuh atau mencuri dan lain-lain dan tidak dapat mengganti kerugian orang):\norang yang membunuh itu masuk ~ kepada bapa orang yang dibunuh;\nmemperhulur\n menjadikan hulur." "hum\n[kata seru] kata yang menyatakan rasa kesal." "huma\nladang padi (di tanah kering), tanah yang baru dibuka (ditebas hutannya);\nberhuma\n1.\n mempunyai huma;\n2.\n mengerjakan huma, bercucuk tanam di huma:\nadalah pada masa itu segala rakyat dalam kesukaran kerana tengah ~; \ndikatakan ~ lebar, sesapan di halaman \n(peribahasa) memegahkan kekayaan dan lain-lain tetapi tidak ada bukti kekayaannya dan lain-lain;\nmemperhumai\n mengerjakan tanah untuk dibuat huma:\nmereka ~ tanah di bukit itu;\nperhumaan\n1.\n perihal mengerjakan huma (tanam-menanam di huma):\n~ terpaksa dijalankan kerana hujan yang sedikit itu;\n2.\n tanah yang dibuat huma:\n~ mereka jauh dari kampung." "humanisme\n1.\n sifat perikemanusiaan;\n2.\n faham (pendirian, sistem, dan sebagainya) yang mengutamakan nilai-nilai, kepentingan, dan maruah manusia (dan tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain)." "humanistik\nbersifat kemanusiaan." "humban I\n= \n~ tali \n= \npenghumban\n alat daripada tali untuk melontarkan batu;\nmenghumban\n1.\n melontarkan batu dengan humban;\n2.\n melontar jauh-jauh, melempar:\nmaka dihumban oleh gajah akan orang yang di atas kandang itu;\n menghumbankan\n melontarkan, melemparkan:\ndiambil pula batu berat sepikul dihumbankannya ke kepala Awang;\n terhumban\n terjatuh dengan kuat, tercampak." "humban II\nmenghumban\n melarikan diri;\nhumbas\n." "humbas\nmenghumbas\n melarikan diri dengan cepat;\n \ndihumbasnya lari\n lari dengan cepat;\nhumban II\n." "humektan\n(Perubatan) agen atau bahan yang mengekalkan kelembapan." "humerus\n(Biologi) tulang yang menghubungkan bahu dengan siku." "humor\n1.\n keadaan hati (gembira, sedih, marah senang, dan lain-lain);\n2.\n kebolehan menyatakan sesuatu yang menggelikan hati;\n3.\n sesuatu yang menggelikan hati dalam cerita dan lain-lain, kelucuan:\nia hanya tahu tertawa dan menyaksikan ~ pada manusia." "humus\nbahan organik pada lapisan tanah atas berwarna hitam yang kaya dengan nutrien yang terhasil daripada tumbuhan dan haiwan yang reput:\njika tanah itu dicampur dengan baja ~, maka semua tumbuhan akan menjadi subur;\nberhumus\n ada humusnya:\noleh sebab gemburnya tanah ~ ini, maka air yang kita siram itu tidak cepat turun." "hun\nC\n1.\n ukuran berat yang bersamaan dengan seperatus tahil (sepersepuluh ci atau 6.48 gm);\n2.\n ukuran panjang yang bersamaan dengan seperlapan inci atau 3.1 milimeter." "huna\n(Sanskrit) rumah berhala, tokong." "hungap\nmenghungap, terhungap, terhungap-hungap\n bernafas dengan cepat dan kembang kempis, terengah-engah (selepas berlari dan lain-lain)." "hungas\n[Perak] lari dengan kuat (kerana takut dan sebagainya), cabut lari." "huni\nberhuni\n ada didiami orang, berpenduduk:\nkami tahu rumah itu ~ kerana adanya cahaya lampu;\nmenghuni\n1.\n mendiami, menduduki:\nmengapa ia mesti ~ negara yang serba asing ini?; \nkalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yang disuruh ~ rumah; \n2. = menghunikan\n mengawasi, menjaga, menunggui:\nbetul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya;\n penghunian\n perihal, perbuatan atau tindakan menghuni (rumah, bilik dan sebagainya):\nkawasan itu mempunyai kadar ~ yang tinggi, iaitu sebanyak 85% \n;\npenghuni\n1.\n orang dan lain-lain yang mendiami (rumah dan lain-lain):\nrumah itu berkunci, ~nya tidak ada; \nmereka menjadi ~ rimba dengan dada yang mengandungi bara; \n2.\n hantu penunggu;\n~ dunia \nmanusia (binatang dan lain-lain) yang mendiami dunia ini;\n \n~ kampung \npenduduk kampung;\nberpenghuni\n mempunyai penghuni:\nrumah itu tidak ~." "hunjam\nmenghunjam\n \n1.\n terjun atau turun dengan kepala dahulu, menjunam, menukik:\nada yang ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; \n2.\n menikam (menusuk, menancap) lurus dari atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah:\nturus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; \nakar yang ~ ke dalam tanah; \n3.\n [kiasan] telah meresap (ke dalam hati), telah mendalam benar (ke dalam hati):\nrasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dalam hati sanubarinya;\nmenghunjamkan\n1.\n menjunamkan, menukikkan:\n~ layang-layangnya menuju ke tanah;\n2.\n menikamkan (menusukkan) lurus dari atas ke bawah, memancangkan (menancapkan) lurus ke dalam tanah dan lain-lain:\ndihunjamkan lembingnya ke perut binatang itu;\n~ galah ke dasar sungai;\n~ lutut nan dua \n[Minangkabau] berlutut;\nterhunjam\n1.\n (kepalanya dan lain-lain) tertanam ke dalam tanah, terpacak, terpancang, tertancap (ke dalam tanah):\nakar umbinya ~ jauh ke dalam bumi; \n2.\n (berkenaan (dengan) perasaan) tertanam:\nkalau perasaan begini yang ~ di dalam hati sanubari, alamat dunia akan celaka;\nhunjaman\n tusukan:\nteman-temannya bagai mahu menelanku dengan ~ pandangan mata yang menyala." "hunjang\n[Kelantan];\nmenghunjang\n menancapkan, memancangkan (tiang dan lain-lain) ke dalam tanah." "hunjin\n[Cina] wang yuran." "hunus\nmenghunus\n mencabut atau menarik keluar (keris, pedang, pisau, dan lain-lain) dari sarungnya:\n~ keris;\n~ cincin \nmengeluarkan cincin dari jari;\nterhunus\n telah sedia tercabut (dari sarungnya):\nmemegang pedang yang ~ ." "hupo\nsejenis burung, \nUpupa epops." "hurai\nmenghurai\n menjadi lepas terbuka (berjurai dan sebagainya), menjadi (berada dalam keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dan sebagainya), mengurai:\nrambutnya yang berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan;\nmenghuraikan\n1.\n membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dan sebagainya), menguraikan:\nketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; \nmaka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; \n2.\n memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu untuk menjelaskannya dan sebagainya;\n \n~ ayat \nmencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya);\n3.\n membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dengan panjang lebar dan teratur:\nMenteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; \nProfesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya daripada Rancangan Marshall;\n~ hikmat ibadat puasa; \n4.\n memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dan sebagainya) sebagai usaha mencari penyelesaian:\nSoal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dengan undang-undang, katanya;\nterhurai\n1.\n (berada dalam keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dan sebagainya), sudah lepas terbuka (berjurai dan sebagainya), sudah dihuraikan, terurai:\nseorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah; \nikatan itu ~;\n2.\n sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dengan teratur (berkenaan (dengan) sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dan lain-lain);\nhuraian\n1.\n keterangan yang (agak) panjang lebar lagi teratur (untuk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dan lain-lain):\ndisediakan juga dalam buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; \njawab soalan-soalan di bawah ini dengan ~ atau perbincangan yang mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; \n2.\n hasil menghuraikan, hasil daripada yang dihuraikan, kesimpulan:\nkerana orang-orang yang melakukan kesalahan itu selalunya terlepas daripada dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pada masa kejadian;\npenghuraian\n perihal (usaha dan sebagainya) menghuraikan:\nsoal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~\n \nsecara ringkas dan umum; \nurai\n." "hurikan\ntaufan yang sangat kencang yang terjadi di utara Lautan Atlantik dan Laut Karibia, Teluk Mexico dan di timur bahagian utara Lautan Pasifik pantai barat Mexico." "huru-hara\n1.\n dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau:\nnegeri yang aman akan ~ akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; \n2\n. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya):\ndia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan ~lah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya;\n3.\n [bahasa percakapan] berjalan dengan tidak tentu tujuan:\njanganlah ~ ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; \n4.\n keadaan kacau-bilau:\nahli nujum meramalkan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;\nmenghuru-harakan\n1.\n menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan:\ngerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; \n2.\n menyebabkan huru-hara, menjadikan (keadaan) kelam kabut:\nkekecohan itu telah ~ mereka;\nkehuru-haraan\n keadaan yang huru-hara, kekacau-bilauan:\n~ di negara itu telah menjejaskan kedudukan ekonominya." "huruf\nlambang dalam sistem bunyi (bahasa) yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, aksara;\n \nbuta ~ \ntidak tahu membaca dan menulis;\n \nmata ~ \nhuruf satu demi satu;\n \ntahu mata ~ \n= \ncelik ~ \ntahu membaca dan menulis;\n \nmenurut ~\n (berkenaan (dengan) terjemahan) kata demi kata, harfiah;\n~ awal \n(pangkal) huruf yang pertama pada sesuatu perkataan;\n \n~ balok\n [Indonesia] huruf tegak yang tidak bersambung (seperti huruf cetak);\n \n~ benar\n konsonan;\n \n~ besar \nhuruf besar digunakan untuk menulis pada permulaan perkataan (pada permulaan ayat, nama orang atau tempat, dan lain-lain);\n \n~ cap \nhuruf tegak yang tidak bersambung;\n \n~ cetak\n huruf yang biasa dipakai dalam buku, risalah, dan sebagainya yang dicetak;\n \n~ hidup\n = \n~ bunyi \n= \n~ harakah\n = \n~ saksi \nvokal;\n ~ Jawi \nhuruf Arab untuk menulis kata-kata Melayu;\n \n~ kawi \n= \n~ winggi \ntulisan Jawa Kuno;\n \n~ kecil \nhuruf yang biasa dipakai (lawan huruf besar);\n \n~ lepas \nhuruf yang tidak disambungkan (dirangkai-rangkaikan);\n \n~ mad \n[Arab] huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sebagai tanda bacaan yang panjang;\n \n~ mati \nhuruf benar;\n \n~ miring \nhuruf cetak yang ditulis miring;\n \n~ ringkas \nkependekan (seperti KL untuk Kuala Lumpur);\n \n~ Rumi (Rumawi) \nhuruf seperti yang digunakan dalam tulisan Rumi bahasa Melayu (yakni A, B, C, D, dan seterusnya);\n \n~ sambung \nhuruf yang dirangkai-rangkaikan;\n \n~ tebal \nhuruf cetak yang tebal dakwatnya;\n \n~ tulis\n huruf yang biasa dipakai dalam tulis-menulis;\nberhuruf\n memakai huruf, yang ditulis dengan huruf:\nbuku yang ~ Rumi;\n penghurufan\n proses, perbuatan, seni, atau cara menulis huruf pada sesuatu." "hurufiah\nharfiah." "hurui\n[Kedah];\nmenghurui\n menganginkan padi untuk mengasingkan hampasnya." "hurung I\nurung." "hurung II\nberhurung\n berkerumun, berkumpul ramai-ramai atau banyak-banyak;\nmenghurung\n mengerubungi, mengerumuni:\nsemut ~ manisan." "hus, husy\n[bahasa percakapan], [kata seru] kata untuk menyatakan rasa kesal dan lain-lain." "husar\naskar (pasukan, tentera) berkuda." "hutan\n1.\n kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba:\nmereka pergi ke ~ menahan perangkap; \npengawas ~ \npegawai yang ditugaskan oleh kerajaan untuk mengawasi hutan;\n2.\n [kiasan] tidak dipelihara orang, liar:\nanjing ~; \nayam ~; \n3.\n pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yang tidak dipelihara di sesuatu kawasan;\n~ asli \nhutan yang semula jadi (bukan belukar);\n \n~ bakau \nkawasan yang ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut);\n \n~ banat \nhutan tebal, rimba raya;\n \n~ belantara \nhutan besar;\n \n~ belukar\n hutan yang ditumbuhi kayu-kayuan yang kecil-kecil;\n \n~\n \ndara\n hutan asli yang belum pernah diterokai;\n \n~ larangan\n = \n~ simpan\n = \n~ tutupan \nhutan yang kayu-kayunya dan lain-lain tidak boleh diambil (ditebang dan lain-lain);\n \n~ lepas\n = \n~ rimba \nhutan yang luas dan besar, hutan belantara;\n \n~ lipur \nhutan simpan yang dibuka untuk kegunaan orang ramai sebagai tempat riadah, perkelahan, dan lain-lain;\n \n~ muda \nhutan yang baru ditumbuhi pokok-pokok;\n \n~ rekreasi \nhutan lipur;\n \n~ tua \nhutan yang pokok-pokoknya sudah tua;\n~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana \n(peribahasa) harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan;\n \napa gunanya merak mengigal di ~\n (peribahasa) tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kepada orang bodoh;\n \napa gunanya bulan terang dalam ~, jikalau dalam negeri berapa baiknya \n(peribahasa) lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dalam majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya;\nmenghutan\n menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dan lain-lain:\nladang yang ditinggalkan itu ~ lagi;\nmenghutankan\n menjadikan (daerah, kawasan, dan lain-lain) hutan:\ntanah bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali;\nkehutanan\n (ilmu, pengusahaan, dan lain-lain) berkenaan hutan;\n \npegawai ~ \npegawai yang menjalankan kerja yang berkaitan dengan hutan;\nperhutanan\n pemeliharaan dan lain-lain hutan;\npenghutanan\n usaha (kegiatan dan sebagainya) menanami semula kawasan yang luas dengan pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) seperti hutan." "hutang\n1.\n wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain:\njangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; \nbelian (jualan) ~ \nbelian (jualan) yang bayarannya ditangguhkan;\n \nmembayar ~ \nmengembalikan wang dan lain-lain yang dipinjam dari orang lain;\n \nmemberi ~ \nmemberi pinjaman wang;\n \nmenagih ~ \nmemungut (menuntut kembali) wang yang dipinjamkan;\n \nmendapat ~ \nmendapat pinjaman wang;\n2.\n kewajiban (perasaan berkewajiban) membayar balik sesuatu yang diterima;\n~ bercagar\n hutang yang diberikan dengan si berhutang mencagarkan sesuatu (seperti barang-barang kemas, rumah, tanah, dan sebagainya);\n \n~ budi \nkebaikan yang diperoleh dan yang harus dibalas;\n \n~ darah \ntuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dan lain-lain) yang telah melakukan kekejaman dan lain-lain;\n \n~ lapuk\n hutang yang tidak berbayar;\n \n~ piutang \n(wang) yang dipinjam dari dan yang dipinjamkan kepada orang lain, berbagai-bagai hutang;\n \n~ (di) sekeliling pinggang \nterlalu banyak hutang;\n \nsurat ~ \nsurat pengakuan hutang;\n~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula\n = \n~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula \n= \n~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula \n(peribahasa) hutang yang lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yang baru;\n \n~ sebelit (selilit) pinggang \n= \n~ tiap helai bulu \n= \nsebanyak ~ si Jibun \n(peribahasa) seseorang yang sangat banyak hutangnya;\nberhutang\n mempunyai hutang (kepada), meminjam wang dan lain-lain daripada seseorang:\nia pernah ~ pada ceti; \nsi ~\n orang yang berhutang;\n \ntempat ~ \norang dan lain-lain yang memberi hutang;\n~ berbaris \n[bahasa percakapan] berhutang banyak-banyak (daripada berbagai-bagai punca);\n \n~ budi \nmenerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang);\n \n~ nyawa \nterselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang);\nmenghutangkan, memperhutangkan\n meminjamkan wang atau benda kepada seseorang;\nterhutang\n1.\n sudah berhutang;\n2.\n \n~ budi \nsudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas);\nhutangan\n [Indonesia] wang (benda) yang didapati kerana berhutang;\n \norang ~ \n[Indonesia] [arkaik] orang yang berhutang;\nperhutangan\n perihal hutang-berhutang;\n \norang ~ \n[Indonesia] [arkaik] orang yang memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang);\npenghutang\n orang atau pihak yang berhutang, peminjam wang:\ncagaran merupakan jaminan untuk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya." "huyung\nterhuyung-hayang, terhuyung-huyung\n bergerak-gerak (bergoyang-goyang dan sebagainya) ke kiri dan ke kanan (seperti orang mabuk dan sebagainya):\npetinju itu ~ apabila kena tumbukan yang kuat daripada lawannya; \nberjalan ~ \nberjalan (tetapi) seperti hendak rebah (tidak tegak tubuh)." "Hz\n[kependekan] hertz." "I\n[bahasa percakapan] saya:\n~ memang gemar membaca buku karangan Hamka." "i I\nhuruf kesembilan dalam abjad rumi." "I III\nsimbol kimia bagi iodin." "ia I\n1.\n kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia:\nhari ni ~ tidak datang ke pejabat; \n2.\n kata ganti benda yang dibicarakan:\nhatta harta yang ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yang dapat menolongnya di akhirat nanti; \ninilah ganti rugi saman malu yang paling besar dalam sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh daripada yang dituntut.\nseia\n = \n~\n \nsekata \nsama-sama bersetuju dalam semua perkara, semuafakat:\nsuami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~;\nberia\n1.\n berkata ya;\n2.\n bercakap-cakap, bermesyuarat;\nberia-ia\n1.\n bercakap-cakap, bermesyuarat:\nisterinya sendiri bukanlah pantas untuk lawan ~ bermesyuarat; \n2.\n selalu berkata ya;\n3.\n bersungguh-sungguh:\ndia ~ benar mengajak saya ke rumahnya;\nmengia\n mengatakan ia (sebagai menjawab pertanyaan dan sebagainya):\npelajar itu ~;\n mengiakan\n mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita):\ndia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu;\n pengiaan\n perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan;\nialah\n1.\n kata penghubung yang menerangkan kata atau ayat yang di depan;\n2.\n kata penghubung yang mendahului ayat yang menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dan lain-lain):\npunca kemalangan itu ~ kecuaian; \n3.\n kata yang menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama bagi predikat sesuatu ayat:\n jumlah kematian yang disahkan ~ 22 orang;\n iaitu\n kata yang digunakan untuk menentukan atau menjelaskan apa yang tersebut sebelumnya." "iatrogenik\n(Perubatan) disebabkan sesuatu perawatan perubatan atau pembedahan (berkenaan (dengan) penyakit, kemudaratan dan sebagainya):\ngejala ~." "iau\nbunyi kucing;\nmengiau\n (berkenaan (dengan) kucing) berbunyi iau, mengeong:\ndari tadi lagi, kucing itu ~, lapar agaknya." "iba\nhiba." "ibadat, ibadah\n[Arab] bakti (khidmat) kepada Tuhan, perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kepada atau kerana Tuhan (seperti sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dan lain-lain):\ndia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; \nahli ~ \norang yang membuat ibadat;\nberibadat\n berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama:\ngadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya;\nmengibadatkan\n menjadikan sesuatu sebagai ibadat;\nperibadatan\n1.\n keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yang dilakukan kerana Tuhan;\n2\n. hal berkaitan dengan mengerjakan ibadat:\ndalam seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yang amat dikehendaki\n." "Iban\nsuku kaum peribumi yang terbesar di Sarawak, yang tinggal di merata daerah (terutamanya di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan Kuching) dan juga dikenali sebagai Dayak Laut." "ibar, ibar-ibar\n[arkaik] sejenis perahu kecil." "ibarat\n1.\n umpama, seperti, misal:\nagama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yang lurus dan selamat; \n2.\n contoh yang baik yang terkandung dalam sesuatu cerita (perumpamaan dan lain-lain), pengajaran, teladan:\nambillah ~ daripada cerita itu; \ncerita ~ \ncerita yang mengandungi pengajaran;\n3.\n cerita (pantun, sajak, dan lain-lain) yang dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud);\n \nkias ~ \nbahasa berbunga-bunga yang mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya;\nberibarat\n1.\n mengandungi ibarat:\ndia gemar benar membaca cerita-cerita yang ~; \n2.\n memberi pengajaran (petunjuk) dengan menggunakan ibarat:\nTuk guru itu selalu ~ pada masa dia mengajar agama;\n mengibaratkan\n1.\n mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dengan yang lain):\npada manusia seperti inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; \n2.\n menganggap:\ndia ~ buku sebagai temannya pada waktu lapang; \n3.\n mengatakan sesuatu (selalunya yang berupa nasihat) dengan berbagai-bagai kiasan." "IBF\n[kependekan] \nInternational Badminton Federation\n (Persekutuan Badminton Antarabangsa)." "ibid\n(Latin) singkatan bagi ibidem." "ibidem\n(Latin) dalam buku, bab, halaman, dan sebagainya yang sama seperti tersebut sebelumnya." "iblis\nkepala segala syaitan, makhluk jahat (yang kerjanya menghasut manusia supaya berbuat jahat, berkelahi, dan mengingkari perintah Allah);\n \nperangainya macam ~ \nterlalu jahat (suka mengganggu orang);\n \ndigoda ~ \nhilang pertimbangan;\nkeiblisan\n (berperilaku) seperti iblis:\nkekhuatiran dan kegusaran yang kadangkala boleh bersifat kedajalan dan ~\n." "IBM\n[kependekan] \nInternational Business Machines\n." "ibni\n[Arab] anak laki-laki:\nSayidina Umar ~ al-Khattab." "ibnu\n[Arab] ibni.\nIbrani\n (bangsa, orang, bahasa) Yahudi kuno;\n \nbahasa ~ \nbahasa Yahudi kuno." "ibtida\n[Arab] permulaan;\n \nhuruf al-~ \nkata pada awal tiap-tiap bab baru." "ibu angkat\nperempuan yang membela anak orang;\nberibuangkatkan\n mempunyai seseorang sebagai ibu angkat:\ndia pernah ~ seorang wanita Inggeris ketika belajar di luar negara dulu\n." "ibu bapa\norang tua (yakni emak dan ayah);\nkeibubapaan\n (sifat, hal, dan sebagainya) yang berkaitan dengan ibu bapa:\ndengan adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dalam kesamaran." "ibu I\n1.\n orang yang melahirkan kita, emak:\ntiap-tiap bulan, dia mengirim wang kepada ~nya di kampung; \n2.\n panggilan hormat terhadap wanita yang telah berumur atau wanita yang bersuami:\nkaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; \n3.\n bahagian yang besar (induk, utama, pusat, dan lain-lain) daripada sesuatu (seperti pejabat dan lain-lain);\n \nrumah ~ \nbahagian yang besar atau bahagian tengah sesebuah rumah;\n4.\n [kiasan] inti:\n surah al-Fatihah sebagai ~ kepada al-Quran\n;\n~ afrit \nketua dalam satu kumpulan budak-budak nakal;\n \n~ ayam \nperempuan yang memperdagangkan pelacur;\n \n~\n \nharuan \norang yang suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak);\n \n~ jari = ~ tangan \njari yang besar antara jari-jari tangan;\n \n~ kaki \njari yang besar antara jari-jari kaki;\n \n~ kandung \nibu yang sebenar;\n \n~ keladi \norang tua yang masih berkelakuan seperti orang muda-muda;\n \n~ kelung \ngajah betina yang digunakan untuk memikat gajah liar;\n \n~ kota = ~ negara = ~ negeri \nbandar yang menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri;\n \n~ kuih \nragi (benda yang dibubuh dalam adunan supaya kuih naik);\n \n~ mentua \nibu kepada isteri (suami);\n \n~ mutiara \nbahan yang keras, licin dan berkilat yang menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan untuk membuat butang, barang perhiasan, dan lain-lain;\n \n~ panah \nbusar;\n \n~\n \npasir \npasir yang kasar-kasar;\n \n~ pejabat \npejabat besar;\n \n~\n \npemalas \norang yang sangat malas;\n \n~ pembohong \norang yang selalu bercakap bohong;\n \n~ pertiwi \nnegeri tempat tumpah darah (negeri sendiri);\n \n~ roti \nsejenis yis yang menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu;\n \n~ saraf \npusat urat saraf;\n \n~ saudara \nadik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita;\n \n~ sawat (telekom) \npusat suis atau pensuisan yang merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon:\nkegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom;\n~ sungai \nsungai besar yang mempunyai beberapa buah anak sungai;\n \n~ suri \nbonda raja;\n \n~ susu \nperempuan yang menyusui seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri;\n \n~ tangga \nkayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat;\n \n~ tunggal \nwanita bergelar ibu yang membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dan sebagainya;\nseperti anak ayam kehilangan ~ \n(peribahasa) rakyat yang berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dengan sahabat karib);\nberibu\n1.\n mempunyai ibu;\n2.\n menganggap sebagai ibu;\nberibukan\n mempunyai sebagai ibu:\nisteri yang ~ orang berharta;\n keibuan\n sifat-sifat ibu, kewanitaan:\nperasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan;\n peribuan\n perindukan." "ibu II\n~ gema \nsejenis ikan laut, \nPseudosciaena diacanthus." "ibu tiri\nisteri bapa yang bukan ibu yang sebenar;\nbeributirikan\n mempunyai seseorang sebagai ibu tiri:\n untunglah nasib anak-anak itu kalau dapat ~ orang yang bertimbang rasa dan penyayang." "ibul\n= \nnibung ~ \nsejenis tumbuhan (palma yang buahnya beracun), tukas, \nOrania macrocladus." "ibun\n(Geografi) keadaan yang wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0?C atau 32?F) sehingga terbentuknya hablur air yang halus-halus, fros;\n~ abadi\n tanah lapisan bawah yang beku sepanjang tahun seperti yang terdapat di kawasan kutub;\n \n~ beku \nhablur ais yang halus-halus berwarna putih yang melitupi permukaan tanah, objek dan sebagainya, yang terbentuk daripada embun atau wap air yang beku, terutamanya pada waktu malam, fros." "ibunda\nbonda, ibu (lebih hormat)." "ibung\n[arkaik] ibu, emak." "ibus\nsejenis tumbuhan (palma yang daunnya boleh dibuat tikar), \nCorypha gebanga." "IC\n[bahasa percakapan] kad pengenalan." "icak-icak\n[Minangkabau], [bahasa percakapan] pura-pura, bukan yang sebenarnya, palsu;\n \n~\n \nsakit \npura-pura sakit;\n \nkepala kampung ~ \nbukan ketua kampung yang sebenarnya." "icip\n[Jakarta];\nmengicip, mengicipi\n mengecap, merasa masakan." "ICT\n[kependekan] \nInformation and Communications Technology \n(Teknologi Maklumat dan Komunikasi). \nICU\n [kependekan] \nIntensive Care Unit \n(unit rawatan rapi)." "id\n(Psikologi) bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar." "idah I\n[sastera lama] hantaran oleh seorang laki-laki kepada perempuan sebagai tanda mengikat tali percintaan;\n~ gelap \npemberian tanda percintaan dengan tidak bercadang hendak berkahwin (untuk berkendak);\n \n~\n \nterang \npemberian tanda percintaan dengan maksud hendak berkahwin;\nmengidah\n menyatakan percintaan dengan jalan memberi idah;\nmengidahkan\n memberikan sesuatu sebagai tanda percintaan." "idah II\n[Arab] masa yang wajib dinanti oleh seseorang perempuan untuk membolehkannya berkahwin lagi dengan lelaki lain (dua kali suci haid bagi perempuan yang bercerai ketika suci daripada haid, setelah melahirkan anak bagi perempuan yang mengandung dan tiga bulan bagi perempuan yang putus haid kerana tua atau yang belum keluar haid kerana masih kecil):\nsetelah lepas ~nya, perempuan itu pun berkahwin dengan seorang guru sekolah; \nsampai ~ \ntelah lepas masa menanti (boleh berkahwin lagi);\nberidah\n menjalani idah:\n perempuan yang diceraikan itu wajiblah ~ selama tiga kali suci.\nIdahan\n suku kaum peribumi di Sabah, kebanyakannya tinggal di Lahad Datu, dan kegiatan utamanya berniaga sarang burung." "idam I\nkeinginan hendak makan sesuatu (terutama benda yang masam-masam) oleh perempuan yang hamil;\nmengidam\n1.\n ingin benar hendak makan sesuatu (berkenaan (dengan) perempuan yang hamil):\ntuan puteri itu sedang ~; \n2\n. \nsangat ingin akan atau berkehendakkan sesuatu:\ndia sudah lama ~ untuk tinggal di rumah banglo;\nmengidamkan, mengidam-idamkan\n1.\n sangat ingin makan sesuatu:\nisterinya ~ buah mempelam; \n2.\n sangat-sangat berharap mendapat sesuatu:\nibunya ~ seorang menantu yang berjawatan tinggi;\n idaman, idam-idaman\n hasrat, keinginan, sesuatu yang diidam-idamkan:\ndia selalu mengenangkan gadis ~nya." "idam II\n[arkaik];\nmengidam\n menghidap, menderita (sakit dan lain-lain)." "idap\n[Jawa] [arkaik] bulu mata." "idas\n[Minangkabau];\nmengidas\n memilin dua atau tiga utas benang dan lain-lain menjadi satu:\njikalau diukur, sama panjang, jikalau diidas sama besar." "IDD\n[kependekan] \nInternational Direct Dialling \n(Panggilan Terus Antarabangsa)." "ide\n[Indonesia-Belanda] idea." "idea\nbuah fikiran, gagasan:\nsemua ~ yang dikemukakannya bagus tetapi sukar hendak dijalankan." "ideal\n1.\n (dianggap) sempurna atau paling sesuai, sesuai dengan yang dicita-citakan (diangan-angankan, dikehendaki, dan sebagainya), unggul:\ntempat yang ~ untuk berkelah; \npasangan yang ~; \n2\n.\n wujud dalam fikiran sahaja, impian;\nmengidealkan\n menganggap (memandang) sesuatu sebagai yang ideal:\n dia memperlihatkan kesalahan anggapan orang yang ~ sesuatu." "idealis\n1.\n orang yang mempunyai pandangan (fikiran) atau cita-cita yang unggul-unggul atau tinggi-tinggi;\n2.\n orang yang tidak realistik pandangannya dan sebagainya (dipengaruhi oleh idealisme)." "idealisme\n1.\n sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal, sifat (sikap, cita-cita, dan sebagainya) menghasratkan yang unggul (yang sempurna):\n kekuatan inilah yang membezakan cerpen sebagai karya seni yang mempunyai nilai estetik daripada cerpen yang hanya untuk menyampaikan ~ pengarangnya; \nAllan Bloom memaparkan persekitaran politik dan sosial yang tidak banyak mendorong masyarakat untuk membaca tidak ada minat tentang falsafah, tidak ada ~ dalam hidup; \n2.\n hasrat atau cita-cita yang unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yang lebih merupakan impian:\nini memperlihatkan ~ si ibu tidak tercapai, akibat angkara kejahatan di sekitarnya; \npada satu pihak, bahasa baku menjadi ~ dan impian; \n3.\n aliran (penulisan, seni) yang bersifat impian atau khayalan (dengan memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dan sebagainya) yang berlainan sama sekali daripada kenyataan:\n~ sebagai satu aliran seni merupakan satu aliran yang bertentangan dengan realisme." "idealistik\nbersifat idealis (berkenaan (dengan) orang) atau berasaskan idealisme (berkenaan (dengan) pendirian, pandangan, cita-cita, dan sebagainya):\namat terasa mereka cukup ~ dan menggunakan drama untuk menampung idea-idea yang bergejolak dan mengetengahkan persoalan-persoalan yang erat kaitannya dengan pembangunannya dan kebangkitan satu umat baru; \ndalam detik-detik ketenangannya yang romantik, beliau mengarang novel yang jelas gagal akhirnya kerana amatlah sulit bagi seorang seniman hendak menjadi orang politik yang ~." "idem\n(Latin) sama seperti yang tersebut sebelumnya." "identifikasi\nperbuatan menganggap sama dengan:\nsesuatu pekerjaan di Jepun bukan sekadar satu peraturan kontrak untuk mendapatkan gaji tetapi merupakan satu ~ dengan sebuah entiti yang besar;\n mengidentifikasikan\n1.\n mengenal pasti, menentukan identiti:\nmasalah yang paling menonjol, agaknya, adalah tentang bagaimana boleh diidentifikasikan sikap kebaikan atau keberkesanan mengajar; \nbanyak masalah yang diidentifikasikan dalam artikel-artikel tersebut; \n2.\n menganggap sama dengan:\nsecara am, orang ~ dialek dengan negeri." "identiti\nsifat-sifat (ciri-ciri dan sebagainya) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain:\nkalau asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan ~ mereka, maka akomodasi membenarkan penerusan dan pengekalan warisan kebudayaan dan ~ masing-masing; \nideologi demikian memperlihatkan satu imej dan ~ negara yang baru;\nberidentiti\n mempunyai identiti, ada identitinya;\nberidentitikan\n mempunyai sesuatu sebagai identiti:\nsuatu ideologi yang ~ diri kita\n." "ideograf\nideogram." "ideogram\n1.\n tanda atau lambang yang memperlihatkan konsep, idea, dan sebagainya;\n2\n. lambang yang digunakan dalam sistem tulisan yang mewakili satu konsep seperti dalam tulisan Cina dan Jepun." "ideologi\nfaham (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain:\ndemokrasi ialah satu ~ yang diagung-agungkan oleh orang-orang yang bertamadun;\n berideologi\n mempunyai ideologi, ada ideologinya;\nberideologikan\n menggunakan sesuatu fahaman sebagai ideologi:\nsistem politik yang ~ nasionalisme\n." "idil\n(Kesusasteraan) puisi atau prosa yang menggambarkan suasana kehidupan yang aman, damai atau tenteram, terutamanya di desa:\npuisi ~." "idiofon\n(Linguistik) bunyi bahasa yang khusus bagi sesuatu idiolek." "idiolek\n(Linguistik) variasi bahasa seseorang individu:\nwalaupun seorang penutur bahasa Melayu itu mempunyai dialek dan ~nya sendiri, bahasa Melayu baku mestilah digunakan dalam situasi formal." "idiom\n[bahasa percakapan] simpulan bahasa." "idiomatik\n1.\n berupa, mempunyai atau penuh dengan kiasan:\nsebuah ungkapan yang ~; \n2.\n mengikut jalan bahasa (loghat dan sebagainya) tertentu:\nmereka bercakap dalam bahasa Sepanyol yang lancar dan ~." "idiopati\n(Perubatan) penyakit atau masalah kesihatan yang puncanya tidak diketahui." "idiosinkrasi\ncara berfikir dan berkelakuan yang aneh pada diri seseorang:\nmungkin manifestasi itu merupakan ~ seseorang individu\n." "idiosinkratik\nbersifat idiosinkrasi:\n tumpuan Moore yang ~ dan tidak bercorak duniawi." "idola\norang yang sangat diminati (dikagumi dan sebagainya), misalnya tokoh politik, penyanyi, bintang filem dan sebagainya;\nmengidolakan\n meminati atau mengagumi seseorang atau sesuatu dengan keterlaluan, memuja-muja:\nbahkan dia ~ peninju itu sama seperti bintang bola sepak yang diminatinya." "iffah\n[Arab] pengekangan hawa nafsu:\norang yang termasuk dalam golongan ~ ialah orang yang sempurna kelakuannya." "ifrit\n[Arab] satu golongan jin yang jahat, afrit:\nkelakuannya macam ~." "iftar\n[Arab] berbuka puasa." "iftirasy\n[Arab] = \nduduk ~ \nduduk (dalam solat) dengan telapak kaki kiri dijadikan alas untuk duduk sementara telapak kaki kanan ditegakkan dengan jari-jari kaki kanan menghadap kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat awal)." "iftitah\n[Arab] pembukaan (permulaan):\ndoa ~ \ndoa yang sunat dibaca selepas takbiratulihram (sebelum membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang)." "iga\n[Jawa] tulang rusuk." "igal I\nmengigal\n \n1.\n menegakkan dan mengembangkan bulu ekor (seperti burung merak, ayam belanda):\nberkokok mendung, merak ~, fajar sedang menyinsing naik; \n2.\n menari dengan menunjukkan rupa yang gagah:\nada yang ~, ada yang menari;\nseperti merak ~ di tengah hutan \n(peribahasa) menunjukkan lagak (pandai dan lain-lain) bukan pada tempatnya." "igal II\n[Arab] sejenis ikatan yang dipakai di kepala oleh orang laki-laki Arab (diikat di atas kain penutup kepala supaya tidak jatuh):\ndia memakai ~ yang dibelinya di Mekah." "igap\n[Kelantan], \nigat\n [Terengganu] tangkap;\n= rigap, rigat." "igau I\nmengigau\n1.\n bercakap pada masa tidur, meracau (semasa sedang tidur):\nMin, kau ~ nak, mengucaplah; \n2.\n bercakap yang tidak tentu hujung pangkalnya, meracau;\n3.\n bercakap yang bukan-bukan, merepek;\nmengigaukan\n memimpikan sesuatu, mengigau dengan menyebut sesuatu:\nentah apa yang diigaukannya semalam;\n terigau-igau\n termimpi-mimpi:\nkecantikan dan kehalusan budi gadis itulah yang menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~ kepadanya;\n igauan\n1.\n apa yang disebut pada waktu mengigau:\ntiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; \n2.\n cakap yang bukan-bukan;\nigau-igauan\n dalam keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi masih lagi mengantuk;\npengigau\n (orang yang) selalu mengigau." "igau II\n[Minangkabau] huru-hara, gempar, kekacauan;\nterigau\n terkejut oleh sesuatu;\nigau-igauan\n riuh-rendah, heboh kerana ramai orang." "iglu\nrumah orang Eskimo yang berbentuk seperti kubah (dibuat daripada ketul-ketul besar air batu atau salji keras)." "igneus\nbatu ~ \nbatu yang terbentuk daripada magma atau lahar yang memejal di permukaan atau di bawah permukaan bumi:\n batu di Asia Tenggara terdiri daripada tiga jenis yang utama: batu mendak, batu ~, dan batu jelmaan.\nI\u2019gris\n [kependekan] Inggeris." "igu\n[Kelantan] bahagian tenggala yang diletakkan di tengkuk lembu (kerbau)." "iguana\nsejenis binatang yang menyerupai sumpah-sumpah tetapi lebih besar, daripada genus \nIguana\n, yang mempunyai sirip seperti duri di belakang badan, hidup di pokok, dan biasanya terdapat di bahagian tropika Amerika." "ihram\n[Arab]\n1.\n keadaan seseorang yang telah berniat mengerjakan haji atau umrah (atau kedua-duanya sekali) yang pada ketika itu diharamkan baginya melakukan perbuatan tertentu seperti memakai pakaian berjahit dan bau-bauan, menutup kepala (bagi lelaki) dan menutup muka (bagi perempuan), dan bersetubuh;\n2.\n pakaian ihram:\nselepas memakai ~ di maktab, jemaah berkenaan terus ke Masjid al-Haram; \npakaian ~ \npakaian khusus yang digunakan pada masa mengerjakan haji dan umrah." "ihsan\n[Arab]\n1.\n beribadat kepada Allah dengan menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah SWT yang sentiasa melihatnya;\n2\n. kebaikan, kebajikan, perbuatan yang baik, kemurahan (hati):\n membuat ~ kepada seseorang atau masyarakat adalah amanah;\n3\n. jasa baik, izin:\ngambar-gambar itu disiarkan dengan ~ Jabatan Penerangan\n;\nkeihsanan\n sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati:\nmereka tidak seperti mana sahaja manusia yang lain dalam erti kata keluhuran akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas darah dan dagingnya." "ihsanat\n[Arab] (jamak bagi ihsan) kebaikan, kebajikan." "ihtifal\n[Arab] perjumpaan besar (untuk merayakan ulang tahun sekolah dan lain-lain), perayaan:\nsekolah Arab kita akan mengadakan ~ pada akhir bulan ini." "ihtikar\n[Arab] membeli semua sekali sesuatu barang supaya dapat dijual dengan harga yang tinggi (pada masa yang lain)." "ihtilam\n[Arab] terkeluar mani waktu tidur (kerana mimpi dan lain-lain)." "ihtimal\n[Arab];\nmengihtimalkan\n menyuruh membawa (barang, surat, perintah, dan lain-lain) kepada." "IINA\nakronim bagi \nInternational Islamic News Agency\n (Agensi Berita Islam Antarabangsa)." "ijab\n[Arab]\n1.\n penawaran (pada jual beli);\n2.\n penerimaan (doa, permohonan);\n \n~ kabul \n= \n~ nikah \npernikahan;\nmengijabkan\n menawarkan, menerima (doa dan lain-lain)." "ijab kabul\npernikahan;\nberijab kabul\n bernikah;\nmengijabkabulkan\n menikahkan;\nterijab kabul\n telah diijabkabulkan." "ijabat\n[Arab] perihal meluluskan (doa dan lain-lain), kabul, lulus." "ijajil\nsyaitan." "ijarah\n[Arab] upah, gaji hari, sewa." "ijas\n[Arab] sejenis pokok dan buah di negeri Arab." "ijazah\n1.\n [sastera lama] izin, kebenaran;\n \nmemohon ~ \nmemohon izin (untuk membuat sesuatu);\n2.\n surat akuan yang diberikan oleh universiti sebagai tanda tamat belajar dan telah lulus dalam peperiksaan:\npada tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen;~ am \nkelas ijazah sarjana muda yang dianugerahkan kepada siswazah yang tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja;\n \n~ kepujian \nkelas ijazah sarjana muda yang dianugerahkan kepada siswazah yang tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang;\nberijazah\n mempunyai (mendapat) ijazah:\ndi tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yang ~ tinggi;\npengijazahan\n penganugerahan atau pemberian ijazah:\nUPM akan memberi kredit ~ kepada beberapa aktiviti kokurikulum." "ijmak\n[Arab]\n1.\n sumber ketiga dalam perundangan Islam selepas al-Quran dan hadis:\n kadi-kadi menjalankan tugas mereka dengan berdasarkan Quran, hadis, ~ dan kias\n;\n2.\n = \n~ ulama \nkesepakatan pendapat para ulama yang berijtihad mengenai sesuatu hukum;\nmengijmakkan\n mencapai kesepakatan pendapat mengenai sesuatu hukum melalui ijtihad:\nMajlis Fatwa Kebangsaan telah ~ hukum bayi tabung uji bagi kepentingan umat Islam di Malaysia\n." "ijmal\n[Arab] rumusan;\nmengijmalkan\n merumuskan." "IJN\n[kependekan] Institut Jantung Negara." "ijo\n[Jawa] hijau;\nmengijo\n membeli padi pada masa belum masak (belum dituai);\n= ngijo, ngijon." "ijon\n[Jawa] pembelian padi pada masa belum masak (belum dituai)." "ijtihad\n[Arab]\n1.\n usaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah (dalam kaitannya dengan agama Islam);\n2.\n pendapat, tafsiran, maksud:\nmereka bertanya kepada Rasulullah adakah tawaran itu datangnya daripada wahyu Tuhan ataupun hanya suatu fikiran atau ~ Rasulullah sendiri;\n berijtihad\n1.\n melakukan ijtihad;\n2.\n mengkaji dan memberi tafsiran mengikut fikiran sendiri, berpendapat, mengira:\naku ~ dengan fikiran\n;\npengijtihad\n orang yang berijtihad, mujtahid." "ijtimak\n[Arab] perhimpunan:\ndalam ~ ulama itu, dikemukakan usul supaya suatu lembaga ulama diadakan untuk menasihati pemerintah berhubung dengan masalah agama." "ijuk\nsejenis serabut yang berwarna hitam pada pangkal pelepah enau (boleh dibuat tali dan atap);\n \natap ~ \natap yang dibuat daripada ijuk;\n \ntali ~\n tali yang dibuat (dipintal) daripada ijuk;\n~ sebelembang, tali di situ keluan di situ \n(peribahasa) [Minangkabau] pencarian yang tidak memadai pada hal tanggungan banyak;\n \nbagai mencari kutu dalam ~ \n(peribahasa) terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dan lain-lain);\n \nranap pertulang ~ penebal\n(peribahasa) pencarian tambahan (bukan untuk penghidupan);\n \ntampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu \n(peribahasa) [Minangkabau] seseorang yang tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yang dimalui (ditakuti) orang;\nmengijuk\n macam ijuk (berkenaan (dengan) misai);\nterijuk\n [Minangkabau]\n1.\n kecewa;\n2.\n mendapat malu." "ikab\n[Arab] hukuman, seksa." "ikal\nberkelok-kelok atau berombak-ombak (berkenaan (dengan) rambut):\nrambutnya ~, lebat dan hitam;\n~ mayang \nseperti mayang mengurai;\nmengikal\n menjadi ikal;\nmengikalkan\n menjadikan ikal." "ikan\nsejenis binatang yang hidup dalam air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang);\n~ air tawar \nikan yang hidup di dalam air tawar (seperti sungai, paya, dan lain-lain);\n \n~ asap\n ikan yang diasinkan dan dipanggang \n~\n \nasin \n= \n~\n \nmasin \nikan yang dibubuh garam dan dikeringkan;\n \n~\n \nbakar \nikan panggang;\n \n~\n \nbasah \nikan yang tidak diawet;\n \n~\n \nbelukang (bedukang) \na) sejenis ikan laut;\n b) [kiasan] laki-laki yang suka memburu perempuan (tidak memilih bulu);\n \n~\n \ncabut \n[Kelantan] ikan yang dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yang dijual);\n \n~\n \ndarat \nikan air tawar;\n \n~\n \njuara \na) sejenis ikan darat;\n b) [Kelantan] [kiasan] orang yang suka menyampuk percakapan orang lain (yang tidak kena-mengena dengannya;\n \n~\n \nkering \nikan yang dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan;\n \n~\n \nlaut \nikan yang hidup di laut;\n \n~\n \npekasam \nikan yang dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama;\n \n~\n \npelaga \n= \n~\n \nsepilai \n= \n~ tempilai \nsejenis ikan kecil untuk diperlagakan;\n \n~\n \nsalai \nikan yang dikeringkan di atas api;\n~ belum dapat, airnya sudah keruh \n(peribahasa) pekerjaan yang tidak bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai);\n \n~\n \nbiar dapat, serampang jangan pukah \n(peribahasa) pekerjaan yang dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang percuma;\n \n~\n \ndi laut, asam di darat, bertemu juga dalam belanga \n(peribahasa) biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga;\n \n~\n \ngantung, kucing tunggu \n(peribahasa) kesal melihat barang yang diingini tetapi tidak mungkin diperoleh;\n \n~\n \nlagi di laut, lada garam sudah di sengkalan \n(peribahasa) membuat persediaan untuk mengecap hasil daripada sesuatu perkara yang belum tentu akan diperoleh;\n \n~\n \nseekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~ seekor \n(peribahasa) sebab yang sedikit habis rosak yang banyak;\n \n~\n \nterkilat, jala tiba \n(peribahasa) cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab);\n \nada air adalah ~\n (peribahasa) ada negeri adalah rakyatnya;\n \nanak-anak ~ kecil menjadi makanan ~ besar \n(peribahasa) orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang besar-besar;\n \nbagai ~ kena tuba \n(peribahasa) banyak orang yang sakit atau mati dalam sesebuah kampung (negeri);\n \ndituba sajakah ~ dijala, dijaring bukankah ~? \n(peribahasa) pada orang yang tidak malu sama saja bernikah atau berjahat;\n \njangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat \n(peribahasa) jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yang kuat;\n \nseperti ~ pulang ke lubuk \n(peribahasa) orang yang telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula;\n \nterkilat ~ di dalam air sudah tahu jantan betinanya \n(peribahasa) orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu daripada gerak-geri;\n \ntersaukkan ~, suka, tersaukkan batang, masam \n(peribahasa) bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas marah ketika mendapat kerugian;\n \nular bukan, ~ pun bukan \n(peribahasa) seseorang yang payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat;\n \nwalau ~ yang diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga \n(peribahasa) sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada kalanya silap juga;\nberikan\n1.\n mempunyai ikan;\n2.\n mencari atau menangkap ikan;\n \npergi ~ \npergi mencari ikan;\nperikanan\n urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan;\npengikan\n [Minangkabau] suka makan ikan." "ikan-ikan\nalat untuk mengukur kederasan kapal." "ikat\n1.\n alat (tali, benang, kain, dan lain-lain) untuk mengebat (memberkas, membebat, menggabungkan);\n \n~\n \nkepala \nkain yang diikatkan di kepala;\n \n~\n \npinggang \nkain (kulit dan lain-lain) untuk mengebat pinggang, tali pinggang;\n2.\n bingkai (daripada logam dan lain-lain) untuk mencengkam atau memegang satu benda lain;\n \n~\n \nkolam\n tepi kolam yang dibuat daripada batu dan lain-lain;\n \ncincin ~ belanda; \n3.\n berkas, kumpulan, gabungan:\nse~ sirih; \ntiga ~ kayu api; \n4.\n [sastera lama] cara mengatur atau menyusun barisan (pasukan dan lain-lain);\n \n~\n \nperang \nsusunan barisan atau pasukan dalam peperangan;\n \n~\n \njamin \njaminan dengan bayaran sejumlah wang sebagai cagaran untuk memastikan bahawa orang yang dituduh akan menghadirkan diri untuk perbicaraannya;\n \n~ mati\n ikatan yang tidak boleh dibuka atau diungkai;\n~ boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya \n(peribahasa) payah hendak mengubah tabiat orang;\n \nse~ bagai sirih, serumpun bagai serai \n(peribahasa) bersatu padu dalam segala hal;\nberikat\n1.\n ada ikatnya, diikat, memakai ikat:\nhulu pedangnya ~ emas; \n2.\n bersekutu, bergabung:\npeperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dengan Jepun telah dimulai pada 8 Disember 1941;\n mengikat\n1.\n melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dan lain-lain pada anggota (dan lain-lain) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pada bungkusan (kumpulan dan lain-lain) barang supaya tidak terburai dan sebagainya, membuat jadi berikat dengan tali dan lain-lain, membebat, memberkas:\nbungkusan barang yang hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; \n2.\n [kiasan] memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kepada segala peraturan (syarat, kehendak, dan sebagainya) yang tertentu, membelenggu, mengongkong:\nundang-undang dan peraturan yang ~ kebebasan seseorang\n;\n3.\n menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dan lain-lain);\n4.\n mengatur atau menyusun pasukan (barisan dan lain-lain);\n \n~\n \nperang \nmengatur pasukan-pasukan dalam peperangan;\n5.\n memberi berbingkai (batu permata dan lain-lain), menyaluntukan (dengan emas dan lain-lain):\n~\n \nbatu akik dengan suasa; \n6.\n memakai, memasang:\n~\n \nkain;\n~ serban;\n~ tali leher;\n~ tengkolok;\n7\n. membuat:\n mereka telah ~ perjanjian untuk mengenakan pemulauan ekonomi;\n~ hati (perhatian) \nmenarik hati (perhatian);\n \n~\n \njamin \nmemberi jaminan (supaya orang yang dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan);\n \n~\n \njanji \nberjanji (menguatkan janji);\n \n~\n \njiwa \na) menarik hati;\n b) merayukan hati;\n \n~\n \nperkenalan \nberkenalan;\n \n~\n (\ntali\n) \npertunangan \nbertunang;\n \n~\n \nperut \nmengurangkan makan kerana susah;\n \n~\n \ntali persahabatan \nbersahabat;\n \nbagai diikat dengan sehasta tali \n(peribahasa) tidak dapat berbuat sekehendak hati;\nmengikatkan\n mengikat pada, mengikat dengan (untuk), mempertalikan (dengan), menambatkan;\nterikat\n1.\n (telah) diikat:\ntangannya ~ ke belakang dengan\n \ndawai halus; \n2.\n tertakluk (kepada), tidak bebas daripada, terkongkong oleh:\norang berhutang ~; \ntidak ~ kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan;\n ikatan\n1.\n cara mengikat:\n~ tengkoloknya kemas dan cantik; \n2.\n yang telah diikat;\n3.\n sesuatu yang telah diikat dengan tali dan lain-lain, berkas, kumpulan:\nrotan itu ~nya kecil-kecil; \n4.\n susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dan sebagainya:\n~\n \nayatnya terang hingga mudah difahami; \n5.\n pertalian (yang erat), perkaitan:\nperistiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pada dasarnya mengikat rohani kita;\n~ darah = ~ keluarga \nhubungan kekeluargaan;\n6.\n persatuan, perkumpulan:\n~ pelajar; \n7.\n (Kimia) daya tarikan yang mengikat atom-atom dalam molekul atau kekisi hablur (yang terbentuk akibat cas elektrostatik yang ada pada elektron dan nukleus atom);\n~ berganda \nsejenis ikatan yang terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron;\n \n~ berkutub \nsejenis ikatan kovalen yang terbentuk antara dua atom yang berbeza sifat elektronegatif masing-masing;\n \n~ ganda dua \nsejenis ikatan kovalen yang terbentuk antara dua atom hasil daripada perkongsian dua pasangan elektron;\n \n~ ganda tiga \nsejenis ikatan kovalen yang terbentuk antara dua atom hasil daripada perkongsian tiga pasangan elektron;\n \n~ hidrogen \ndaya tarikan yang wujud antara atom hidrogen (dalam ikatan berkutub) dengan atom elektronegatif seperti oksigen, nitrogen, atau fluorin yang terikat pada molekul lain;\n \n~ ion \n= \n~ ionik \nsejenis ikatan yang terbentuk dalam sebatian melalui pemindahan elektron;\n \n~ koordinat \nsejenis ikatan kovalen yang kedua-dua elektron yang dikongsi disediakan oleh satu daripada atom;\n \n~ kovalen \nsejenis ikatan yang terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron untuk membentuk pasangan elektron;\n \n~ logam \nsejenis ikatan yang terbentuk dalam hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dalam lautan elektron yang bebas;\n \n~ peptida \n(Biologi) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pada satu asid amino dengan kumpulan amino pada asid amino lain, yang merupakan ikatan utama kesemua struktur protein;\n \n~ tunggal \nsejenis ikatan kovalen yang terbentuk antara dua atom hasil daripada perkongsian sepasang elektron;\nketerikatan\n perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dan lain-lain) terikat antara satu sama lain, terikatnya:\n~\n \nepisod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut;\n~ kita yang begitu kuat kepada tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan;\nperikatan\n1.\n perhubungan, pertalian;\n2.\n persekutuan, gabungan:\nbeberapa buah parti politik yang sehaluan sedang berura-ura hendak menubuhkan sebuah ~;\n pengikatan\n perihal atau perbuatan mengikat\n;\n~ nitrogen \n(Biologi)\n1.\n proses pernukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan bernitrogen(seperti ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (seperti Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat;\n2.\n proses pernukaran nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat;\npengikat\n1.\n alat (tali, benda, dan lain-lain) untuk mengikat:\nsebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; \n2.\n orang yang mengikat;\n3.\n sesuatu yang mengikat perhubungan (seperti persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dan sebagainya):\ncincin itu kuberikan kepadanya sebagai tanda ~ kasih." "ikebana\nseni gubahan bunga Jepun." "ikhbar\n[Arab] memberitahukan, mengkhabarkan." "ikhfak\n[Arab] bunyi nun mati (sukun) atau tanwin yang didengungkan sepanjang dua harakat ketika bertemu dengan salah satu daripada huruf ta, sa, jim, dal, zal, zai, sin, syin, sad, dad, ta (tO), za, fa, kaf, qaf. \nikhlas\n [Arab] (dengan) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura:\ndia menolong dengan ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; \ndengan ~ \ndengan suci hati;\n \ntulus ~ \nsangat jujur;\nmengikhlaskan\n memberikan (sesuatu) dengan ikhlas, merelakan:\n~\n \nbaki hutangnya;\nkeikhlasan\n kesucian hati, ketulusan:\ntujuannya ialah untuk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini." "ikhtiar\n[Arab]\n1.\n pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dan lain-lain) yang terbaik:\napa ~ tuan mengenai masalah ini?; \nterserah kepada ~ tuan \nterserah kepada pertimbangan tuan;\n \ntelah kehabisan ~ \ntidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal;\n2.\n daya, upaya, usaha:\nsegala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh;\n \nmencari ~\n mencari jalan, mencari akal;\n ~ menjalani, untung menyudahi \n(peribahasa) usaha mestilah dijalankan untuk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kepada nasib);\nberikhtiar\n berusaha, berdaya upaya:\nsekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia;\n mengikhtiarkan\n1.\n mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dan lain-lain):\ndia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; \n2.\n memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dan lain-lain):\nkami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kepada mereka." "ikhtiari\n[Arab] dengan pilihan yang terbaik untuk diri sendiri." "ikhtilaf\n[Arab] perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara, selisih, beza:\nmasih ada ~ ulama dalam perkara itu." "ikhtisar\n[Arab] ringkasan, isi ringkas (cerita dan lain-lain), sinopsis:\nmajalah itu memuatkan\n \n~ beberapa cerita pendek yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan;\n mengikhtisarkan\n meringkaskan, memberikan isi ringkas (cerita dan lain-lain)." "ikhtisas\n1.\n untuk mata pencarian (berkenaan (dengan) pekerjaan dan lain-lain), untuk atau dengan tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional:\npelukis ~; \n2.\n berkaitan dengan pekerjaan atau sesuatu profesion:\nsijil kelayakan pelajaran dan ~; \n3.\n memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus:\nsecara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sebagai satu bentuk pentadbiran ~ yang dikendalikan dengan satu tujuan;\nmengikhtisaskan\n menanamkan sikap profesional:\n salah satu masalah yang terus terpendam adalah untuk ~ dan memodenkan kaum Malaysia." "ikhwan\n[Arab] saudara, orang-orang yang (dianggap) bersaudara;\n \nLim I~ \nLim Adik-Beradik;\nseikhwan\n sepersaudaraan, sekaum, sebangsa;\n=akhwan." "IKIM\nakronim bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia." "iklan\npemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dan lain-lain:\nsyarikat-syarikat perniagaan yang besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan untuk ~;\n beriklan\n mempunyai iklan:\nhalaman ~;\n mengiklankan\n memperkenalkan sesuatu kepada umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dalam surat khabar, majalah, dan sebagainya):\nia membeli ubat yang diiklankan dalam surat khabar;\n periklanan\n hal (kegiatan dan sebagainya) yang berkaitan dengan iklan:\npihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; \nkakitangan yang bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai;\n pengiklanan\n perihal (perbuatan, kegiatan dan sebagainya) mengiklankan:\n~\n \nkeluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa;\n pengiklan\n orang (syarikat, media massa, dan lain-lain) yang mengiklankan sesuatu." "iklaneka\niklan yang berbagai-bagai jenis:\n~ Berita Harian\n." "iklim\n1.\n keadaan cuaca (suhu, hujan) dalam jangka panjang di sesuatu tempat:\nAsia Tenggara boleh dibahagikan kepada tiga kawasan ~;\n~ dingin \n(kawasan) berhawa dingin;\n \n~\n \npanas \n= \n~\n \ntropika \n(kawasan) berhawa panas;\n \n~\n \nsederhana \n(kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk);\n2.\n [kiasan] suasana, keadaan:\n~\n \npolitik negeri itu sudah mulai panas; \npertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi untuk pembangunan mereka dalam ~ antarabangsa yang semakin memusuhi mereka; \nketidakpastian terhadap ~ pelaburan.\n beriklim\n mempunyai iklim:\n~\n \npanas (sejuk, dingin);\n keikliman\n perihal iklim." "IKM\n[kependekan] Institut Kemahiran MARA." "ikon\n1.\n gambar, lukisan, imej, gambaran:\n puisi Sutardji wujud dalam konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yang seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yang primitif\n;\n 2\n. lukisan atau gambar yang dianggap sebagai keramat (orang yang mulia);\n3.\n (Komputer) simbol grafik pada skrin digunakan dalam sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi." "ikonik\nberkenaan ikon, mempunyai sifat atau menyerupai sesuatu ikon, gambar, dan sebagainya." "ikonografi\nlambang-lambang seni yang digambarkan melalui lukisan, ukiran arca, dan sebagainya." "ikonoklasme\ngerakan untuk memusnahkan berhala dan patung." "ikosahedron\n(Matematik) bongkah yang mempunyai 20 permukaan tiga segi sama sisi yang rata." "ikrab I\n[Arab]\n1.\n (berkenaan (dengan) sahabat) yang rapat benar, karib, akrab:\nbeberapa orang sahabatnya yang ~ telah datang melawatnya di rumah sakit; \n2.\n erat hubungannya (pertaliannya), berhubungan (berkaitan) rapat:\npendekatan moral memang ~ dengan pendekatan keagamaan;\n mengikrabkan\n menjadikan ikrab, mengaribkan, mengakrabkan:\n~\n \npersahabatan antara kedua-duanya;\n keikraban\n perihal ikrab, kekariban, keakraban." "ikrab II\n[Arab] kegelinciran bunyi pada akhir perkataan, menurut nahu bahasa Arab, misalnya Muhamma\ndan\n, Muhamma\ndin\n, Muhamma\ndun." "IKRAM I\nakronim bagi Institut Kerja Raya Malaysia." "ikram II\n[Arab] penghormatan." "ikrar\n[Arab]\n1.\n lafaz janji, pengakuan dan sebagainya;\n2.\n janji yang sungguh-sungguh, biasanya disertai dengan sumpah, pengakuan:\nkami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; \nmembaca ~; \n3.\n [arkaik] piagam:\n~\n \nPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;\n berikrar\n berjanji dengan sungguh-sungguh hati secara lisan:\norang kampung itu telah ~ akan bersatu padu untuk menentang musuh;\n mengikrarkan\n1.\n melafazkan janji, pengakuan dan sebagainya:\nberjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka untuk membela ibu pertiwi; \n2.\n mengakui, menetapkan sah, membenarkan:\n~\n \nsyarat-syarat perjanjian itu; \n3.\n menetapkan niat;\npengikraran\n perbuatan mengikrarkan;\npengikrar\n orang (kumpulan orang dan sebagainya) yang berikrar atau mengikrarkan sesuatu." "IKS\n[kependekan] Industri Kecil dan Sederhana." "iktibar\n[Arab] pengajaran, contoh, ibarat, teladan:\nmengambil ~ \nmengambil pengajaran (contoh, ibarat);\n \nmenjadi ~\n menjadi pengajaran (contoh, ibarat)." "iktidal\nAr.\n1.\n lurus, sama tengah, sebanding, seimbang;\n2.\n berdiri tegak (lurus) selepas rukuk (ketika sembahyang)." "iktikad\n[Arab] kepercayaan atau keyakinan di dalam hati yang berkaitan dengan Rukun Iman:\nada orang kita yang telah mulai terpesong ~nya; \nagama Islam terdiri daripada bahagian batin dan bahagian zahir, bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~; \ndengan ~ baik \ndengan maksud yang baik;\nberiktikad\n menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dalam hati, percaya benar-benar;\n yakin:\nkita mestilah ~ bahawa Allah itu ada;\n mengiktikadkan\n meyakini, percaya akan, mempercayai:\nasal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yang diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar." "iktikaf\n[Arab] perbuatan duduk (berhenti) di dalam masjid dengan niat bermunajat kepada Allah;\nberiktikaf\n melakukan (mengerjakan) iktikaf:\n di sana juga, aku ~ di Masjid Damsyik\n." "iktiraf\nmengiktiraf\n1.\n menerima atau mengakui:\nMalaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yang tidak berperlembagaan; \nsatu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sebagai satu mata pelajaran di sekolah menengah; \n2.\n mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kepada, menerima dan menghargai;\npengiktirafan\n1.\n perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dan sebagainya sesuatu), pengakuan:\n~\n \nbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diasaskan kepada perjalanan sejarah negeri ini sendiri; \n2.\n perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan:\nmungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan." "iktisab\n[Arab] usaha untuk mendapatkan untung yang halal." "iktisad\n[Arab] ekonomi, perekonomian:\nkerajaan sedang berusaha hendak memajukan ~ penduduk luar bandar; \nahli ~ \nahli ekonomi." "ikut\n1.\n turut serta, turut sama, bersama-sama:\nkalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; \ndia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; \n2.\n [bahasa percakapan] dengan (kenderaan):\nawak nak ke sana pergi ~ apa?;\n~ angin = ~ arus \nmengikut pendapat orang ramai;\n \n~ banyak \n(Ekonomi) (berkenaan (dengan) upah) dihitung menurut banyaknya hasil yang diperolehi;\n \n~ masa \n(Ekonomi) (berkenaan (dengan) upah) dihitung menurut lamanya bekerja;\n \n~ suka \nikut kehendak sendiri;\n \n~ telunjuk \nmengikut segala perintah orang (tidak berani membantah);\n~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta \n(peribahasa) orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa;\n \n~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang \n(peribahasa) hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah;\nikut-ikut\n1.\n mencontohi (perbuatan orang dan lain-lain), meniru;\n2.\n turut campur;\nikut-ikutan\n mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dan lain-lain) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri:\nseni lahir daripada jiwa raga sendiri dan bukan daripada ~ atau tiru-tiruan;\n berikut\n1.\n berserta, beriring:\nkebebasan mestilah digunakan dengan berhemat-hemat dan tidak ~ dengan niat jahat; \n2.\n yang tersebut di bawah ini, (yang) datang selepas ini, seterusnya:\nbuku-buku yang mustahak dibeli segera adalah seperti ~; \nsambungan cerita tersebut akan disiarkan dalam majalah ini keluaran yang ~; \n3.\n bersama dengan:\nmeja itu dijual ~ kerusinya;\n berikut-ikut\n berturut-turut, yang satu selepas yang lain:\nmereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian;\n berikutan\n ekoran daripada, akibat daripada, kemudian dr, sesudah:\n~ itu ia meneruskan pengembaraannya; \nrombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden Johnson; \nkota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok;\n mengikut\n1.\n pergi bersama-sama dengan, menurut, mengiring, menyertai (di belakang):\nbudak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; \nramai budak yang ~ perarakan itu; \n2.\n meniru, mencontohi:\nkanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; \ntahun ini ramai orang kampung yang ~ Amin menanam padi dua kali setahun; \n3.\n mematuhi (perintah, nasihat, dan lain-lain), menganut (ajaran, faham):\ndengan mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; \nsebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Shafii; \n4.\n melalui (jalan dan lain-lain):\norang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dengan menggunakan perahu; \ndia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yang dekat; \n5.\n menurut, sesuai dengan, selaras dengan:\ncontoh jentera yang dibuat ~ skala 1 inci;\n~ teori Darwin, manusia itu berasal daripada beruk; \nsuaranya keluar teratur ~ irama muzik;\n~ hati \nmenurut kehendak hati;\n \n~ jejak \nmeniru perbuatan orang yang dahulu;\n \n~ telunjuk \nmematuhi, ikut telunjuk;\nbagai tekukur ~ kata \n(peribahasa) anak angkat yang mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat);\nmengikut-ngikut\n meniru-niru:\nnegara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain;\n mengikuti\n1.\n turut di belakang orang, menurut apa yang telah terjadi atau ada:\nia ~ aku keluar; \nsidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di K.L tahun 1961; \n2.\n turut sebagai yang telah dilakukan orang, mencontohi apa yang dibuat orang sebelumnya:\ninilah jalan yang diikuti oleh umat Islam; \n3.\n turut hadir (dalam pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dan lain-lain):\ndia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; \n4.\n memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dan lain-lain) dengan bersungguh-sungguh:\ntelah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; \ndengan matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah;\n mengikuntukan, memperikuntukan\n menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan;\nmemperikut\n [arkaik] mengejar, mengikut:\norang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura;\n terikut-ikut\n mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dan lain-lain):\nterdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain;" "ikut serta\nturut bersama-sama dengan orang atau pihak lain melibatkan diri dalam sesuatu (kegiatan, seminar dan lain-lain):\nramai orang yang menunjukkan minat untuk ~ dalam perbincangan itu;\n \nmengikutsertakan\n menyertakan atau melibatkan bersama (dalam sesuatu kegiatan dan sebagainya), membuat supaya (seseorang, sesuatu, dan lain-lain) turut terlibat dan sebagainya:\n pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin dengan pertimbangan yang sama, telah ~ T. Alias Taib bersama-sama penulis Malaysia yang lain untuk diperkenalkan di dalam \u2018Wajah\u2019;\npengikutsertaan\n perihal (perbuatan atau tindakan) ikut serta atau mengikutsertakan:\n~ staf dalam seminar, bengkel, dan sebagainya." "ikutan\n1.\n contoh, teladan:\nkerajinannya bekerja menjadi ~ kepada pegawai-pegawai di pejabatnya; \n2.\n sesuatu yang diikuti:\nsegala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; \n3.\n yang mengikut;\npengikut\n1.\n penganut:\n~ agama Budhha tidak berapa ramai di negeri ini; \n2.\n pengiring, peserta:\nbeberapa orang ~nya mati tertembak." "IKWAM\nakronim bagi Institut Kemajuan Wanita Malaysia." "Ilah\n[Arab] Tuhan yang disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-Nya, Allah." "Ilahi\n[Arab]\n1.\n Allah:\ntakdir ~\n;\n2.\n = \nya ~ \nya Tuhanku." "ilahiah, ilahiat\n[Arab] ketuhanan." "ilai\nmengilai-ilai\n ketawa dengan kuat dan nyaring bunyinya:\norang tua itu hairan mendengar suara orang ~ dari dalam bilik itu." "ilak\n[Minangkabau] ukuran bagi menentukan lebar kain yang akan ditenun;\n \nbagai ~ bercerai dengan benang \n(peribahasa) [Minangkabau] bercerai untuk selama-lamanya (tidak akan bertemu lagi)." "ilam-ilam\nkadang-kadang nampak kadang-kadang tidak, tidak jelas kelihatan (kerana jauh, dilindungi oleh sesuatu, dan lain-lain), berbalam, balam-balam." "ilas\nmengilas\n [Jakarta] memijak-mijak (supaya hancur dan lain-lain)." "ilat\n[Arab]\n1.\n sebab yang mengakibatkan sesuatu (kecelakaan, kemalangan, kerugian dan sebagainya);\n2.\n tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota badan (kerana kemalangan dan lain-lain)." "ileitis\n(Perubatan) radang pada bahagian akhir usus kecil." "ileokolitis\n(Perubatan) radang pada bahagian akhir usus kecil dan usus besar." "iler\n[Jawa] air liur;\nmengiler\n1.\n mengeluarkan air liur;\n2.\n [kiasan] terliur, ingin benar (pada benda-benda makanan)." "ileum\n(Biologi) bahagian bawah usus kecil." "ilham\n[Arab]\n1.\n petunjuk daripada Tuhan (terbit dalam hati):\nibu Nabi Musa mendapat ~ daripada Tuhan supaya memasukkan Musa ke dalam peti dan menghanyuntukannya di Sungai Nil; \n2.\n sesuatu yang menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dan sebagainya untuk menghasilkan atau mencapai sesuatu:\naku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ untuk mencipta buku ini;\nberilhamkan\n mempunyai sesuatu sebagai ilham:\n konsep itu ~ teori yang dikemukakan oleh Einstein;\n mengilhami\n memberi (seseorang) ilham, membisik di dalam hati:\naku diilhami oleh kata-kata ini untuk pergi mengembara;\n mengilhamkan\n memberikan ilham kepada, menggerakkan hati:\nrancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yang ~nya; \nAngkatan Sasterawan 50 yang ~ penubuhan badan tersebut;\n pengilham\n orang (sumber dan sebagainya) yang memberikan ilham:\n guru sebagai ~ cita-cita yang besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kepada pelajar." "ili\nmengili\n [Jakarta] berpindah ke tempat yang aman, berhijrah, mengungsi." "ilmiah\n[Arab] bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik:\npenerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang;\nkeilmiahan\n perihal atau sifat ilmiah\n." "ilmiawan\n[bahasa percakapan] ilmuwan." "ilmu\n1.\n pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan lain-lain;\n \n~\n \nakhirat \npengetahuan berkenaan segala sesuatu sesudah manusia itu mati;\n \n~ kalam \nsalah satu cabang usuludin;\n \nmencari ~ \nberusaha untuk mencari kepandaian dan pengetahuan;\n \nmenuntut ~ \nbelajar;\n2.\n kajian berkenaan sesuatu perkara:\n~ bumi;\n~ masyarakat;\n~ terapi \ncabang perubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit;\n3.\n sampainya diri kepada makna, dan hadirnya makna dalam diri seseorang (dalam konteks agama Islam);\n~ padi\n, \nmakin berisi makin tunduk\n (peribahasa) makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri;\n \nmenunjukkan ~ kepada orang menetek \n(peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia;\nberilmu\n mempunyai banyak ilmu, berpengetahuan:\norang yang ~ dapat membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah;\nmengilmukan\n1.\n menyelitkan unsur-unsur ilmu kepada sesuatu:\n bagaimana untuk ~ semula karya sastera kita; \n2\n. menjadikan individu atau kelompok individu berilmu:\n tugas penterjemah berat, terutamanya dalam tanggungjawabnya ~ masyarakat;\nkeilmuan\n perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah:\nsaya tahu dari dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; \nbahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dalam segala lapangan ~;\n pengilmuan\n perbuatan mengilmukan." "ilmuwan\ngolongan (para) akademik, orang yang berilmu." "ILO\n[kependekan] \nInternational Labour Organization \n(Pertubuhan Buruh Antarabangsa)." "iltizam\n[Arab]\n1.\n keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu, komitmen:\n usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh ~ daripada kerajaan sendiri\n;\n2\n. penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yang menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) untuk melakukan sesuatu:\nSaribuku adalah satu lagi ~ DBP dalam usaha untuk menggalakkan budaya memba\nc\na\n." "ilu\n[arkaik] memilukan hati." "ilusi\ntanggapan yang tidak benar atau mengelirukan:\nsegala apa yang saya sangka dapat memberikan kebahagian dahulu sebenarnya suatu ~ sahaja; \ndarinya ~ dan realiti dapat dikenal pasti, dinilai, dan dimanfaatkan." "ilusif\nberkenaan sesuatu (idea, objek, dan lain-lain) yang bersifat khayalan." "ilustrasi\ngambar (lukisan dan sebagainya) untuk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dalam buku, majalah, dan lain-lain);\nberilustrasi\n mengandungi ilustrasi:\nkamus ~;\n mengilustrasi\n membuat (menyediakan) ilustrasi untuk:\ntugasnya ~ buku itu; \nmengilustrasikan\n menerangkan sesuatu maklumat dengan memberikan ilustrasi:\n model-model ini boleh diilustrasikan dalam gambar rajah ini;\nbeliau ~ betapa pemahaman Islam di kalangan masyarakat sangat dangkal dan bersifat ritual sahaja;\npengilustrasian\n perbuatan mengilustrasi:\n buku tersebut telah mencapai satu tahap penulisan, penyuntingan, dan ~ yang boleh dipertanggungjawabkan;\n pengilustrasi\n orang yang membuat ilustrasi:\ntujuan dan arah sesebuah kartun itu terletak pada ~ itu sendiri." "ilustrator\norang yang membuat ilustrasi." "imaginasi\ndaya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khalayan:\nada pengarang yang dapat menceritakan sesuatu kisah itu dengan hanya berdasarkan ~nya sahaja;\n mengimaginasikan\n membuat gambaran dalam fikiran, membayangkan:\nsaya fikir penulis harus ~ pembaca sebagai bakal kekasihnya." "imaginatif\n1.\n mempunyai imaginasi:\nBaha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh daripada bahasa masyarakatnya; \n2.\n terhasil (tercipta) daripada imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yang berasaskan khayalan:\nromantisisme mempunyai ciri kehibaan yang lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; \nkekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yang kreatif dan ~; \npembaharuan ~ dalam organisasi sosial." "imago\n(Biologi) serangga dewasa sesudah peringkat metamorfosis." "imak\n[Minangkabau];\nmengimak, mengimak-imak\n meniru bunyi (perbuatan dan lain-lain), mengajuk." "imalat\n[Arab] merangkaikan dua huruf bagi dua kata atau lebih dalam satu ucapan, misalnya \ninsya-Allah\n menjadi \ninsyallah\n. \nimam\n [Arab]\n1.\n orang yang mengetuai sembahyang berjemaah:\ntengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; \n2.\n pemimpin, penganjur, ketua (negara dan lain-lain);\n \n~ yang empat \npenganjur empat mazhab yang menjadi ikutan orang-orang Islam (Shafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki);\n~ Mahadi \npemimpin Islam yang dianggap akan muncul pada akhir zaman;\n \n~ perang \nketua dalam peperangan pada masa dahulu;\n \n~ Yaman \nraja negeri Yaman;\nberimam\n mempunyai imam, ada imamnya:\nsembahyang ~ \nsembahyang dengan mengikut imam;\nberimamkan\n1.\n mempunyai seseorang sebagai imam (pada waktu sembahyang):\nmereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; \n2.\n mempunyai (menganggap dan sebagainya) seseorang sebagai imam (pemimpin, ketua);\nmengimami\n memimpin (dalam masa sembahyang);\nmengimamkan\n menjadikan seseorang sebagai imam:\n saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah\n;\nkeimaman\n kedudukan (jawatan dan lain-lain) imam." "imamat\n[Arab] kepemimpinan." "iman\n[Arab]\n1.\n keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan:\ndi mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; \n2.\n ketetapan hati, kekuatan batin:\nwalau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; \nkurang ~ \nkurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu;\n \nmembawa ~\n menyebarkan agama Islam;\nberiman\n mempunyai iman, patuh kepada larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kepada ajaran agama:\njangan lupa ~ kepada Allah kerana kita ini semua hamba-Nya;\n berimankan\n percaya kepada:\nUpu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis yang mula-mula masuk agama Islam yang ~ nabi kita Muhammad;\nmengimani\n yakin dan percaya pada;\nkeimanan\n keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati:\nada sesuatu sekarang yang hilang daripada diriku, ~ barangkali." "imani\n[Arab] mengenai iman." "imarah\nmengimarahkan\n menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan:\nusaha ~ masjid perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak, termasuklah generasi muda; \nmereka tidak harus dipencilkan dalam usaha ~ masjid dan syiar Islam." "imbal I\n1.\n tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah, tidak bulat betul (herot):\nmeja itu ~ kerana kakinya tidak sama panjang; \n2.\n [kiasan] berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dan lain-lain), tidak seimbang:\nkeputusan pertandingan itu ~;\nmengimbal\n1.\n menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dan sebagainya), menyenget, mengherot:\ntiang itu ~; \n2.\n menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dan sebagainya):\npertimbangannya mulai ~;\nmengimbalkan\n1.\n menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget, dan sebagainya), menyengetkan, mengherotkan;\n2.\n menjadikan imbal (berat sebelah, tidak adil, dan sebagainya);\npengimbalan\n1.\n perihal mengimbal atau mengimbalkan, penyengetan, pengherotan;\n2.\n perihal menjadi(kan) berat sebelah, tidak adil dan sebagainya;\npengimbal\n alat untuk mengimbalkan sesuatu." "imbal II\nimbalan\n bayaran (upah) untuk membalas jasa orang, ganjaran, honorarium:\nsebagai ~, akan kunyanyikan untukmu;\nmengimbalkan\n memberikan imbalan kepada seseorang." "imbang I\ntimbang, tidak berat sebelah;\n \nroda ~ \nroda yang meneruskan dan melicinkan perjalanan enjin;\nseimbang\n1.\n setimbang, sama berat, tidak berat sebelah:\ndi daerah itu, kekuatan parti pembangkang ~ dengan kekuatan parti yang berkuasa; \njungkat-jungkit adalah ~ di tengah-tengahnya; \n2.\n setimpal, sebanding, sepadan:\nmemberi balasan yang ~; \n3.\n sesuai, cocok:\nsikapnya selalu ~ dengan pengertian hidup isterinya; \nabang tidak boleh memaksa hati saya ~ dengan hati abang; \nmakanan ~ \nmakanan yang khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh;\nberseimbang\n setimbang, sepadan, sebanding;\nberseimbangan\n sama imbangannya (antara satu sama lain);\nmenyeimbangkan\n menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dan sebagainya):\ntugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; \nkerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat untuk ~ kedudukan ekonomi;\nkeseimbangan\n keadaan seimbang:\n~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; \nnyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yang mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains;\nketidakseimbangan\n perihal (keadaan) tidak seimbang:\n~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dalam masyarakat;\n~ dalam soal pencapaian mutu pelajaran; \nmasalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini;\nperseimbangan\n perihal berseimbang;\nberimbang\n1.\n sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dan lain-lain):\ntokong simbang tampak beratur, tampak dari Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; \n2.\n = \nberimbangan\n berbandingan (dengan), berpadanan (dengan), berpatutan (dengan):\ndia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dengan perbelanjaannya; \nupah yang diberikan itu adalah ~ dengan kerja yang dibuatnya;\n mengimbangi\n1.\n menjadi sebagai imbangan kepada:\nbanyaknya gula ~ pahit kopi yang pekat; \n2.\n menandingi, melawani:\ntungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yang amat sangat itu; \n3.\n membalas (budi, cinta, dan lain-lain):\nkebaikan diimbangi dengan kebaikan;\nmengimbangkan, memperimbangkan\n menjadikan supaya berimbang (sebanding):\npenubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dalam negara ini;\n~\n \nkira-kira;\n imbangan\n1.\n keadaan yang seimbang:\nbacaan yang baik berkehendakkan ~ antara bahan bacaan yang berat dengan yang ringan; \n2.\n bandingan, timbangan:\npertubuhan itu mengkaji ~ kekuatan tentera kuasa-kuasa dunia;" "imbang II\nbimbang, ragu-ragu;\nmengimbang; \n~\n \npermintaan \nmenolak permintaan;\nimbang-imbangan\n bimbang, ragu-ragu;\n \nhati nya dalam ~." "imbang-imbangan\nhampir-hampir sama kuatnya (beratnya, pandainya, banyaknya, dan lain-lain);\nkeimbangan\n keadaan berimbang;\nperimbangan\n persamaan (perbandingan) berat (pandai, banyak, dan lain-lain):\npeperangan boleh dielakkan kalau ada sebuah badan yang dapat mengawal ~ kekuatan tentera bagi negara-negara yang besar;\npengimbangan\n perihal atau perbuatan mengimbangi atau mengimbangkan:\n~ duga dilakukan untuk mengetahui betul atau tidak kira-kira kita;\n pengimbang\n1.\n (alat dan lain-lain) yang mengimbangi, yang dipakai untuk mengimbangi;\n2.\n (Kejuruteraan) perkakas untuk mengatur kemasukan wap dalam enjin supaya kecepatan jalannya enjin itu teratur." "imbas\n1.\n arus udara (kerana orang mengipas, orang berjalan, dan lain-lain);\n \nsekali ~ \nselayang pandang:\ndia kenal gadis itu, walaupun dipandangnya sekali ~ sahaja; \n2.\n arus elektrik;\n3.\n = \n~ hantu \n[sastera lama] penyakit yang kononnya disebabkan oleh hantu yang lalu;\n4.\n [arkaik] dorongan (desakan);\nseimbas\n sekejap, selayang;\n \n~\n \npandang \nselayang pandang;\nimbas-imbas\n hampir sama (serupa), seakan-akan:\nanak itu ada ~ rupa ayahnya;\nmengimbas\n1.\n = \nmengimbasi\n mengenakan arus udara pada sesuatu, mengipas;\n2.\n bergerak ke kiri dan ke kanan dengan cepat:\ntiang topang imbas-~; \n3.\n = \nmengimbasi\n [Indonesia] menggerakkan (memindahkan) arus elektrik;\nimbasan\n imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dan lain-lain yang cepat:\nia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; \nkad ~ \nkad yang diperlihatkan sebentar pada murid untuk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dan lain-lain);\npengimbasan\n (Perubatan) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, sama ada dengan menggunakan gelombang bunyi atau sinaran." "imbas kembali\nbahagian cerita filem, novel, dan sebagainya yang memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yang terdahulu:\n beliau menggunakan teknik ~, igauan, dan mimpi-mimpi ngeri\n;\nmengimbas kembali\n membayangkan sesuatu atau melihat kembali dalam fikiran:\ndia ~ detik perkenalannya dengan suaminya sekarang\n." "imbau\nmengimbau\n [Minangkabau] memanggil, menyeru (nama), menjemput (datang):\nazan Maghrib ~ dari masjid; \ndiimbau berbunyi, dilihat bersua \n(peribahasa) [Minangkabau] apa yang dikatakannya adalah betul (boleh diuji kebenarannya);\nterimbau\n terpanggil;\n \n~ pada orang yang akan datang, tersusun pada orang yang akan pergi \n(peribahasa) [Minangkabau] menyuruh seseorang membuat sesuatu pekerjaan yang disukainya;\nimbauan\n panggilan, seruan:\norang kampung itu keluar beramai-ramai apabila terdengar ~ yang terus-menerus." "imbuh\ntambahan pada barang yang ditimbang (disukat dan lain-lain), tambahan supaya sama berat (nilai dan lain-lain):\nsetelah siap disukatnya padi itu diberikannya pula ~ segantang;\nmengimbuh\n1.\n memberi imbuh, menokok, menambah;\n2.\n memberi imbuhan (awalan, akhiran atau sisipan);\nimbuhan\n1.\n bayaran tambahan, sagu hati:\nmereka belum lagi menerima sebarang ~ tetap sebagai anggota Majlis Tempatan; \n2.\n (Linguistik) penambah (awalan, akhiran, dan sisipan);\nberimbuhan\n memakai imbuhan, ada imbuhan:\nsistem Za\u2019ba membolehkan penulisan kata ~ dieja bercantum." "imej\n1.\n gambaran, cerminan, bayangan;\n \n~ pendam \nimej yang telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat;\n2.\n keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain:\n~ negara kita sebagai negara Islam amatlah baik dalam dunia Islam;\n~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; \n3.\n gambaran mental atau asosiasi idea yang timbul dalam karya sastera terutamanya dalam puisi:\nKassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sebagai ~ di dalam sajak-sajaknya;" "imejan\n(Kesusasteraan) penggunaan beberapa imej yang terhimpun dalam sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dalam tulisan;\n pengimejan\n proses membentuk atau menghasilkan imej (seperti gambar dan sebagainya):\nini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yang canggih di atas teleskop tersebut." "IMF\n[kependekan] \nInternational Monetary Fund \n(Tabung Kewangan Antarabangsa)." "imigran\norang yang masuk ke negeri asing untuk menetap." "imigrasi\nperihal masuk ke negeri asing untuk menetap;\nberimigrasi\n berpindah (datang) ke negara asing untuk menetap:\nnegara luar yang menerima pelajar yang ~ tidak mengenakan syarat yang ketat." "imigresen\n= \npejabat ~ \npejabat yang mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport untuk warga negara dan sebagainya." "iming\n[Jawa];\nmengiming-iming\n menunjuk-nunjukkan sesuatu dengan tujuan hendak memujuk (memikat hati dan lain-lain)." "imitasi\n[Indonesia-Belanda] tiruan:\nsutera ~." "imitatif\nbersifat meniru:\n haiwan merupakan makhluk yang paling ~ di dunia ini, yang belajar melalui imitasi." "imkan\n[Arab];\nmengimkan\n memungkinkan." "imlak\n[Arab]\n1.\n perbuatan menyebut perkataan (ayat dan lain-lain) supaya ditulis oleh orang lain;\n2.\n sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, rencana;\nmengimlakkan\n menyebut (membaca) supaya ditulis oleh orang lain, merencanakan." "imlek\n[Indonesia], [Cina] penanggalan;\n \ntahun baru ~ \nTahun Baru Cina." "impak\nkesan yang ketara, dampak:\nkaryanya mempunyai ~ besar terhadap sufisme dan akidah Muslim; \nbeliau mematah-matahkan kalimatnya untuk memberikan ~ kepada sajaknya." "impala\nsejenis antelop sederhana besar, yang terdapat di Afrika dan berupaya melompat sangat jauh dan tinggi, \nAepyceros melampus." "impas\n[Jakarta] lunas, jelas, selesai dibayar (hutang):\ndia senang hati kerana hutangnya telah ~;\nmengimpas, mengimpaskan\n melunaskan, menjelaskan, membayar (hutang)." "impasto\n(Seni Lukis) teknik penggunaan cat yang tebal pada lukisan." "impedans\n(Fizik) rintangan litar elektrik terhadap pengaliran arus ulang-alik." "imperatif\n1.\n mesti dipatuhi, penting, memerlukan perhatian segera:\nkegiatan ini sahih dan\n \n~\n;\n2\n. (Linguistik) bentuk kata kerja atau ayat yang membawa maksud suruhan, silaan, permintaan, atau larangan." "imperialis\npihak (orang, negara dan sebagainya) yang mengamalkan faham imperialisme:\nperasaan benci kepada ~ meluap-luap di dada pejuang-pejuang kemerdekaan itu." "imperialisme\ndasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain." "imperialistik\nberkenaan imperialisme." "impersonal\ntidak dipengaruhi atau melibatkan perasaan peribadi, tidak merujuk orang tertentu." "impetigo\n(Perubatan) sejenis penyakit kulit yang teruk dan mudah berjangkit yang dicirikan dengan nanah dan keruping disebabkan oleh jangkitan bakteria." "impi\nmengimpi\n bermimpi;\nmengimpikan\n mengidamkan, mengharapkan sangat, mengangan-angankan:\napa yang kuimpikan selama ini sekarang menjadi suatu kenyataan;\n impian\n yang diimpikan, angan-angan, khayalan:\nberkahwin dengan gadis ~nya; \nmimpi." "implan\n(Perubatan) sesuatu (bahan, tisu dan sebagainya) yang dimasukkan, ditanam atau ditempelkan ke dalam tubuh melalui pembedahan:\nsalah satu cara moden untuk merawat masalah pekak yang serius adalah dengan memasukkan ~ koklea ke dalam bahagian koklea." "implementasi\nproses melaksanakan (mengusahakan) sesuatu, pelaksanaan;\nmengimplementasikan\n melaksanakan, menjalankan, menunaikan (tugas, usaha, dan lain-lain):\n untuk ~ projek-projek yang telah lama dirancangkan." "implikasi\n1.\n sesuatu (maksud, tujuan, dan sebagainya) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang:\napakah ~ kata-kata kamu itu? \n2.\n kiasan, bayangan (tidak terus terang):\nkita tidak dapat memaafkan Rahim yang membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; \n3.\n kesan (kemungkinan dan sebagainya) yang terbit atau dapat ditakrif daripada sesuatu:\n~\n \nperkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas;\nberimplikasi\n mempunyai implikasi:\n perhubungan antara fakta dengan teori yang ~ besar terhadap skop analisis sosiologi;\nmengimplikasi\n membuat implikasi;\nmengimplikasikan\n membayangkan:\n adakah peristiwa ini ~ bahawa masyarakat kita begitu mudah diperalatkan untuk kepentingan pihak yang ingin mencari pengaruh?" "implisit\n(dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat:\nhampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara ~ mahupun eksplisit;\n mengimplisitkan\n menjadikan implisit:\nitulah harapannya yang diimplisitkan dalam karyanya." "import\n1.\n pemasukan barang-barang dari luar negeri:\n~ mengatasi eksport; \n2.\n yang dibawa masuk dari luar negeri:\nbarang-barang ~;\nmengimport\n1.\n membawa masuk terutamanya barang-barang dari luar negeri:\nnegara kita masih ~ beras dari negeri Thai dan Burma; \n2.\n [kiasan] membawa masuk sesuatu dari negara atau sumber asing:\nselepas perang, pihak Amerika telah ~ konsep persaingan secara bebas tanpa ikatan Jepun; \npenurunan nilai ringgit tidak ~ inflasi;\npengimportan\n perihal (perbuatan) mengimport:\n menggalakkan ~ bahan makanan;\npengimport\n orang, syarikat, dan lain-lain yang mengimport." "importir\n[Indonesia] pengimport." "impotens\n(Perubatan) mati pucuk." "impregnasi\n(Perubatan)\n1.\n proses menghamilkan manusia atau membuntingkan haiwan;\n2.\n proses menepukan sesuatu tisu, biasanya dengan pewarna." "impresario\npenganjur (pengurus, penerbit, pengarah, dan sebagainya) kumpulan hiburan, seperti muzik, sandiwara, konsert, dan sebagainya." "impresif\nmenerbitkan (menimbulkan) kesan yang kuat dan mendalam (ke atas seseorang dan lain-lain):\nprofesionalisme di dalam penerbitan mesti ~ kerana kalau tidak ~ akan meninggalkan kesan yang sebaliknya." "impresionis\npengikut aliran impresionisme\n." "impresionisme\nteknik atau gaya dalam sastera, lukisan, atau muzik yang menyatakan perasaan dengan cara yang kabur dan bukan dengan perincian yang realistik." "impresionistik\nlebih berdasarkan tanggapan, bukan fakta atau pengetahuan yang sebenarnya (berkenaan (dengan) kritikan, karya dan sebagainya):\nacapkali kritikan yang dibuat itu bersifat ~ dan kurang mendalam." "imprimatura\n(Seni Lukis) warna nipis sebagai lapisan pertama pada latar lukisan." "improvisasi\n1.\n perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja:\nbangsawan dipersembahkan secara ~, memusatkan kebijaksanaan seseorang pelakon, dan pelakonlah sendiri yang mengatur aksi dan dialognya; \n2.\n sesuatu yang dihasilkan tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja;\nmengimprovisasi\n1.\n membuat improvisasi:\nbeliau menubuhkan kumpulannya dengan meminjam atau menyewa boneka daripada kumpulan lain dan ~ alat-alatnya daripada tin dan tong sebagai gendang; \n2.\n menggubah lagu, gurindam dan sebagainya ketika sedang bermain, membaca dan sebagainya, menggubah tanpa persediaan." "impuls\n1.\n perasaan ingin melakukan sesuatu secara tiba-tiba (tanpa memikirkan padahnya), dorongan perasaan yang mendadak;\n2.\n (Biologi) gelombang elektrik yang bergerak melalui gentian saraf (apabila saraf terangsang)." "impulsif\nbersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati:\ntindakan dilakukan secara terpaksa dan ~." "IMR\n[kependekan] \nInstitute of Medical Research\n (Institut Penyelidikan Perubatan)." "imsak\n[Arab]\n1.\n menahan diri daripada makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari dalam bulan Ramadan:\nmasih wajib ~ walaupun puasanya telah batal; \n2.\n (waktu) mulai berpuasa, iaitu selepas waktu sahur:\ntiap-tiap petang dalam bulan puasa, Televisyen Malaysia menyiarkan waktu berbuka puasa dan waktu ~." "imun\n(Perubatan) terlindung daripada atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dan sebagainya, lali:\n~ terhadap rubela;\n mengimunkan\n membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dengan menyuntiknya dengan vaksin, melalikan:\nmereka sudah diimunkan terhadap cacar; \nkeimunan\n keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dan sebagainya melalui tindakan antibodi atau vaksin:\n~ terhadap polio;\n pengimunan\n perihal (tindakan, proses dan sebagainya) melindungi seseorang daripada penyakit dengan memberi suntikan vaksin, pelalian:\nprogram ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B." "imunisasi\nperihal atau perbuatan mendapatkan atau memberikan perlindungan daripada penyakit tertentu menerusi suntikan:\nwanita dalam lingkungan umur 15 hingga 44 tahun diseru mendapatkan ~ ini." "imuniti\n1.\n keimunan:\nbeberapa hari sebelum badan pesakit membentuk ~ secukupnya untuk melawan jangkitan; \n2.\n perihal boleh dilindungi atau dikecualikan daripada sesuatu pendakwaan, kekebalan." "imunogen\n(Perubatan) bahan yang mencetuskan gerak balas imun." "imunologi\ncabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan pelalian atau daya tahan terhadap penyakit\n." "imunoterapi\n(Perubatan) perawatan atau pencegahan penyakit dengan bahan atau antibodi yang merangsang gerak balas imun." "in I\n[kependekan] inci." "In II\nsimbol kimia bagi indium." "in personam\n(Latin) (Undang-undang) ditujukan kepada orang tertentu." "in situ\n(Latin) berada pada kedudukan asal atau normal." "in vitro\n(Latin) di luar badan organisma, biasanya di dalam tabung uji:\npersenyawaan ~ kini merupakan penyelamat kepada pasangan yang mandul." "in vivo\n(Latin) berlaku di dalam tubuh organisma hidup (berkenaan (dengan) proses atau uji kaji biologi):\nkajian ~; \nproses ~." "ina\n[arkaik] emak, ibu." "inai\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari), pacar, \nLawsonia inermis;\n~ batu \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, \nVaccinium malaccense; \nb) = \n~\n \nbukit \nsejenis tumbuhan (herba), \nImpatiens griffithii;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (herba) temegun, \nHydrocera trifiora; \n2.\n benda untuk memerahkan kuku (dibuat daripada daun inai):\n~\n \nyang akan digunakan dalam istiadat bersanding telah siap digiling; \nmenempek ~ = meletakkan ~ \nmembubuh inai pada kuku dan jari;\n \ntari ~ \ntari piring;\n~\n \ntertepung, kuku tanggal \n(peribahasa) kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapat kerana berlaku sesuatu;\n \nbagai ~ dengan kuku \n(peribahasa) persahabatan yang sangat karib (tidak pernah bercerai);\n \nkaki tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya \n(peribahasa) mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan;\nberinai\n memerahkan kuku dan jari dengan menggunakan inai, memakai inai:\nsetelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang;\n~ besar \nmenempek inai pada malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan);\n \n~\n \ncuri \nmenempek inai yang hanya disaksikan oleh keluarga saja;\nmenginai\n menempek inai pada kuku dan jari:\npengantin itu akan diinai oleh keluarganya sendiri." "inang\nperempuan yang menjaga (memandikan dan lain-lain) anak tuannya (biasanya anak raja-raja atau anak orang besar-besar):\nbaginda telah memilih beberapa orang perempuan yang muda-muda untuk menjadi ~ kepada anakanda baginda itu;\n~ pengasuh \nperempuan yang menjaga dan mengasuh (kadang-kadang menjadi teman puteri raja bermain-main);\n \nmak ~ \npanggilan yang agak hormat kepada inang yang telah berumur;\n \npenghulu ~ \n[sastera lama] pegawai istana (perempuan) yang mengurus hal-hal istana;\n \ntarian ~ \nsejenis tarian tradisional Melayu;\nmenginang\n menjadi inang (menjaga anak dan lain-lain)." "inang-inang\nsejenis makanan (kuih) yang dibuat daripada beras pulut yang dikukus dan dikeringkan sebelum digoreng, ginang-ginang." "inangda\ninang bagi anak raja." "inap\nmenginap\n menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dan lain-lain), bermalam;\npenginapan\n1.\n rumah dan sebagainya tempat menginap (bermalam):\nmereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; \n2.\n tumpangan untuk bermalam;\n tidak ada seorang pun yang sanggup memberi ~\n kepada anak-anak kapal itu;\npenginap\n orang yang menginap di sesuatu tempat (rumah, hotel, dan sebagainya)." "inas I\npekung ~ \nsejenis bisul pada tengkuk." "inas II\n[Kelantan] bahagian tengah daripada kisaran (padi dan lain-lain)." "inayat\n[Arab] pertolongan, bantuan, pemberian (biasanya daripada Tuhan):\ndengan ~ Tuhan, dia pun mendapat pekerjaan menjadi pembantu kepada seorang jurutulis." "inca\n~\n\u2013\nbinca \nark kacau-bilau, tidak tentu hala." "incang\n~\n\u2013\nincut \n1.\n tidak lurus, bengkang-bengkok:\n kerana dia baru belajar menggunakan mesin jahit, jahitannya ~-incut dan tidak senonoh rupanya; \n2.\n tempang (kerana tidak sama panjang kaki pada kerusi, meja, dan lain-lain)." "incar I\nsejenis gerudi, jara." "incar II\nmengincar\n \n1.\n melihat dengan memejamkan sebelah mata, membidik:\nia pandai menembak dengan tidak ~; \n2.\n [kiasan] memerhatikan dengan maksud jahat (hendak mencuri dan lain-lain):\nmatanya liar ~ kalau-kalau ada orang yang memerhatikan perbuatannya itu." "incer\n[Jakarta] \nincar II." "inci I\nukuran panjang yang bersamaan dengan 1/12 kaki atau 2.54 sentimeter:\npaku itu panjangnya empat ~." "inci II\nbenda yang dipakai untuk memerahkan bibir, gincu:\nkata orang-orang bandar, benda itu lipstik, tetapi orang kampung menyebutnya gincu atau ~." "incil\n[sastera lama] sejenis pin yang berkepalakan batu permata;\nberincil-incil\n penuh dengan incil:\nbaginda memakai kamar perbuatan jawa ~ berpermata merah." "incim\n[Cina] [arkaik] emak, ibu." "incit\n[sastera lama] nyah!, pergi!;\nmengincitkan\n mengenyahkan, menghalau, mengusir:\nmaka Raja Muda Perempuan diincitkan oleh Bendahara;\nterincit\n terhalau, terusir." "incung\nsejenis tumbuhan (pokok), jebat musang, mahang putih, \nMacaranga tanaria;\n~ perlis \nsejenis tumbuhan (pokok), \nBerrya cordiflora." "incut\ntempang, tidak lurus, bengkok:\nsangkar burung itu ~ kerana tiangnya pendek satu; \nincang-~ \nbengkang-bengkok;\nterincut-incut\n berjalan tempang (kerana sakit tapak kaki atau kaki pendek sebelah)." "indah\ncantik, bagus benar, elok, molek:\ndi kawasan tersebut terdapat beberapa buah bangunan yang sangat ~;\n~ permai \nsangat cantik;\n \n~ khabar daripada rupa \n(peribahasa) khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (daripada keadaan yang sebenarnya);\nmengindahkan\n menjadikan indah, mencantikkan: \ndi keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga untuk ~ kawasan itu;\nmemperindah\n menambah keindahan (kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik):\nia tidak pernah menyorot sesuatu karya untuk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu;\nkeindahan\n perihal indah, kecantikan, keelokan:\nmereka sedang menikmati ~ alam;\n pengindahan\n perihal (tindakan, proses, usaha, dan sebagainya) menjadikan indah, perihal mengindahkan:\nkebersihan yang terkawal, ~ bangunan dan kawasan dengan pokok bertanam dan pokok berpasu yang tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya." "indak\n[Minangkabau] tidak." "indang I\nmengindang\n [Minangkabau] menampi (beras, padi, dan lain-lain) dengan nyiru:\nsambil ~ beras itu, dia memperhatikan orang yang lalu di hadapan rumahnya;\ndiindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu \n(peribahasa) [Minangkabau] jika mencari menantu hendaklah diusul periksa betul-betul supaya tidak ada celanya;\n \ntidak terindang dedak, berbiak lagi \n(peribahasa) [Minangkabau] tidak berdaya (bertenaga, berkuasa) lagi." "indang II\n[Jawa] pertapa perempuan." "indarus\n[Minangkabau] ayam sabungan yang kalah, luka atau mati (menjadi kepunyaan pihak yang menang);\ntelah jadi ~ \n(peribahasa) [Minangkabau] kalah dalam permainan (terutama permainan judi)." "indayang\n[Minangkabau] pelepah nyiur." "indekos\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] tinggal (menumpang) di tempat orang dan makan di situ;\nmengindekoskan\n menumpangkan (untuk tinggal dan makan)." "indeks\n1.\n daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku;\n2.\n senarai tajuk buku, nama pengarang dan sebagainya yang disusun secara sistematik pada kad di perpustakaan, faharasat, katalog;\n3.\n (Ekonomi) laporan secara statistik yang digunakan sebagai petunjuk untuk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pada suatu masa atau tempoh masa tertentu:\n~ kewangan;\n~ emas;\n~ emas \n(Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada semua kaunter yang tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yang menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran;\n \n~ harga \n(Ekonomi) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dengan purata harga bagi barang yang sama pada satu tahun asas;\n \n~ harga pengguna \n(Ekonomi) indeks harga yang menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yang menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan untuk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup;\n \n~ industri \n(Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada 30 syarikat yang disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yang menggambarkan prestasi harga sektor ini;\n \n~ kewangan \n(Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada syarikat yang tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yang menggambarkan prestasi harga sektor ini;\n \n~ komposit \n(Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada syarikat berkualiti tinggi dalam pelbagai sektor pasaran saham yang menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran;\n \n~ komposit BSKL \n(Ekonomi) indeks pasaran yang terdiri daripada 100 kaunter daripada kesemua sektor saham yang diurusniagakan di BSKL;\n \n~ kualiti udara \n(Geografi) indeks bagi bahan cemar yang diperoleh secara arbitrari yang memberikan satu nombor untuk menilai aras kualiti udara;\n \n~ perladangan \n(Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada syarikat yang disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yang menggambarkan prestasi harga sektor ini;\n \nmengindeks\n memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dalam bentuk indeks:\nnama yang diindeks di sini mengikut nama yang sering digunakan;\n pengindeksan\n perihal, proses atau perbuatan mengindeks:\nperpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat." "indemniti\n(Ekonomi) pemulihan kepada mangsa kerugian melalui bayaran tunai, pembaikan atau penggantian." "inden I\n[Indonesia] paksi, poros." "inden II\n(Ekonomi) pesanan pembelian barang secara rasmi;" "inden III\n(Percetakan) ruang kosong pada baris pertama cetakan atau tulisan;\nmenginden\n memulakan barisan teks beberapa kedudukan aksara ke dalam, dari jidar kiri atau kanan halaman." "indentur\n(Ekonomi) perjanjian antara penerbit bon dengan pemegang bon, yang mencatatkan syarat-syarat sesuatu terbitan bon." "indera\n1.\n = \nBetara I~ \ndewa yang memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu);\n2.\n [sastera lama] sejenis dewa-dewa yang kurang tinggi martabatnya:\nberoleh selamat sempurnalah anakanda daripada sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan ~; \n3.\n [sastera lama] raja atau kerajaan;\n \nmahkota ~ \nmahkota raja;\n \nPulau ~ \npulau tempat tinggal raja-raja;\n \nPulau I~ Sakti \nsebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak);\n4.\n gelaran orang besar-besar negeri;\n \nDato\u2019 Maharaja I~ \ngelaran orang besar-besar negeri Perak;\nkeinderaan\n inderaloka, tempat Betara Indera, syurga:\nalkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dari ~.\nIndera Kayangan\n panggilan bagi negeri Perlis." "inderalaksana\nsejenis tumbuhan (pokok kecil yang buahnya menghasilkan sejenis perekat), bunga Siam, pokok lasana, \nAcacia farnesiana." "inderaloka\n[sastera lama] tempat Bentara Indera, syurga." "inderawasih\ncenderawasih." "inderia\n[Indonesia] alat perasa (pelihatan, pendengaran, penciuman, dan lain-lain), deria." "India\nbangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India." "indigo\n(Kimia) sejenis bahan pewarna biru yang diperoleh daripada penapaian tumbuhan \nIndigofera, \nnila\n." "indik\nmengindik\n \n1.\n menekan ke bawah, memijak, menindih:\ndia duduk sambil ~ belakang kawannya yang telah rebah; \n2.\n datang dekat dengan merangkak, berjalan membongkok-bongkok." "inding\nmenginding\n \n1.\n mengawas dan memandang dengan harapan untuk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dan lain-lain):\n~ orang makan; \n2.\n mengecek, meminta-minta (berkenaan (dengan) kanak-kanak):\nbudak itu sedang ~ kuih adiknya." "indium\nsejenis unsur logam yang mulur dan beracun." "individu\norang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya apabila dianggap sebagai berbeza daripada yang lain:\ntidak dapat kita nafikan betapa besar pengaruh buku ke atas seseorang ~;\nkeindividuan\n sifat yang membezakan seseorang daripada yang lain:\nia tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan ~nya." "individual\nindividu;\nkeindividualan\n sifat (keperibadian dan sebagainya) individu atau orang perseorangan, yang berkaitan dengan individu:\nunsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; \nmahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yang mereka kehendaki." "individualis\n1.\n orang yang tetap mempertahankan keperibadian dan kebebasan diri;\n2.\n orang yang memperlihatkan kebebasan dirinya dalam tingkah laku atau tindak-tanduknya (pemikirannya, pendiriannya, dan lain-lain)." "individualisme\nprinsip atau tindakan yang menekankan kebebasan atau sifat-sifat individu seseorang:\nsuasana dalam sejarah moraliti Barat melahirkan pemberontakan indivudal yang akhirnya melahirkan aliran ~." "individualistik\nbersikap dan sebagainya sebagai individualis (tidak dikuasai atau dikongkong oleh golongan atau pihak lain), bersifat individu, berasaskan atau berpegang pada individualisme:\nsejarah tetap memberi perhatian kepada aspek-aspek yang lebih ~; \nkeuniversalan ~ dikaji bersama-sama dengan keindividualan." "individualiti\nkeadaan (ciri-ciri) khusus yang membezakan seseorang (sesuatu) daripada yang lain, keindividualan\n." "indo\n[Indonesia-Belanda] peranakan (terutamanya peranakan orang Eropah);\n \nBelanda ~ \nBelanda peranakan." "indoktrinasi\nperihal atau perbuatan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dan sebagainya) ke dalam fikiran seseorang atau segolongan manusia;\nmengindoktrinasikan\n menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dan sebagainya) ke dalam fikiran seseorang atau segolongan manusia:\ndrama pada zaman Jepun digunakan untuk ~ pengaruh Jepun di rantau ini." "indolen\n(Perubatan) menyebabkan rasa sakit atau rasa nyeri dan membesar secara perlahan-lahan (berkenaan (dengan) tumor, ulser dan sebagainya):\ntumor ~." "indu\n[Minangkabau] induk, indung, nenek moyang;\nseperinduan\n sekeluarga, berasal daripada satu induk;\ninduk." "induk\n[Minangkabau]\n1.\n ibu (terutamanya binatang), emak:\nkambingnya ada sepuluh ekor, yang sudah jadi ~ tiga ekor; \n2.\n \nki yang terutama, yang besar, yang menjadi pokok (asal, punca, asas):\nkesalahan yang telah kaulakukan itu adalah ~ kepada segala macam kesalahan;\n~ ayam \na) ayam betina yang sudah beranak;\n b) [kiasan] orang yang penakut;\n \n~\n \nbangsa \nbangsa yang menjadi punca suku-suku bangsa;\n \n~\n \nberas (nasi) \n[Minangkabau] isteri;\n \n~\n \ncuka \nibu kaki;\n \n~\n \nhutang \nhutang yang asal (tidak bercampur dengan bunga);\n \n~\n \njari (tangan) \nibu jari;\n \n~\n \nkaki \nibu kaki;\n \n~\n \nkalimat \nayat besar yang menjadi pokok cerita (dalam ayat yang bersambung-sambung);\n \n~\n \nkarangan \nkarangan yang terutama dalam akhbar atau majalah;\n \n~\n \nmadu \nsarang lebah;\n \n~\n \npisang \npokok pisang yang mula-mula ditanam;\n \n~\n \nroti \nragi untuk adunan roti;\n \n~\n \nrumah \nrumah ibu (bahagian yang besar atau bahagian tengah rumah);\n \n~\n \nsemang \na) orang perempuan yang mengambil orang lain untuk menumpang di rumahnya;\n b) orang yang memberi pekerjaan atau barang-barang (untuk dijual) kepada orang lain;\n \n~\n \nsutera \nsarang ulat sutera;\n \n~\n \ntentera \npasukan yang terbesar (dalam gerakan perang);\nberindukkan\n mempunyai atau menganggap sesuatu sebagai induk:\ncontohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yang ~ bahasa Indo-Eropah;\nperinduk, seperinduk\n semua yang berasal daripada satu ibu atau induk, sekeluarga." "induksi\n1.\n proses penghuraian yang membawa kepada pencapaian sesuatu kesimpulan hukum daripada fakta atau maklumat yang bersifat khusus;\n2.\n pengenalan kepada organisasi (pekerjaan, tugas, jawatan dan sebagainya) yang baru:\nkursus ~." "induktif\nberkaitan dengan atau menggunakan induksi:\nkeutamaan mestilah juga diberi kepada penggunaan pendekatan ~ dan pendekatan deduktif secara betul dan cekap." "induktor\n(Kejuruteraan) peranti (gegelung) yang mempunyai sifat aruhan elektrik." "indung\nibu, induk (terutamanya pada benda-benda dan binatang);\n~ madu \nsarang lebah yang berisi madu;\n \n~\n \nmutiara \nsiput mutiara." "indusemen\n[Indonesia-Belanda] pembelian barang dengan membayar terlebih dahulu." "industri\nperusahaan (biasanya secara besar-besaran) untuk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan:\nnegara itu mempunyai ~ yang maju;\n ~\n \nberat \nperusahaan yang mengeluarkan barangan atau bahan untuk keperluan perusahaan lain;\n ~ kecil dan sederhana \nperusahaan yang pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang;\n \n~ ringan\n perusahaan yang memerlukan modal kecil untuk mengeluarkan barangan pengguna;\nmengindustrikan\n menjadikan berindustri;\nperindustrian\n perihal industri, yang berkaitan dengan industri:\nnegara ~ \nnegara yang kehidupan sebahagian besar daripada penduduknya bergantung pada industri;\npengindustrian\n usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan memajukan perusahaan." "industrialis\norang yang mengusahakan industri." "industrialisasi\npengindustrian:\nkecekapan teknik dan pengurusan mereka boleh digunakan untuk menjayakan lagi proses ~ negara kita Malaysia." "industrialisme\norganisasi atau penyusunan masyarakat yang lebih tertumpu kepada pembinaan perusahaan pembuatan atau pengilangan secara besar-besaran (tidak pada perniagaan, pertanian, dan lain-lain)." "inep\n[Jawa] \ninap." "inersia\n(Fizik) sifat jasad yang menyebabkannya berada dalam keadaan rehat atau, jika bergerak, terus bergerak dalam garis lurus, melainkan jika diganggu oleh daya luar." "infak\n[Arab] pemberian (sumbangan) wang, harta dan sebagainya yang dibelanjakan untuk kebajikan, seperti derma, sedekah dan sebagainya:\nasrama itu memerlukan ~ daripada orang ramai untuk membolehkannya menyelenggarakan kos operasi hariannya;\nberinfak\n memberikan atau mengeluarkan infak:\nkatanya, dia akan tetap ~ sekadar yang termampu; \nseseorang yang ~ untuk mencari keredaan Allah;\n menginfakkan\n menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan) sebahagian wang, harta dan sebagainya untuk kebajikan:\ndia selalu ~ hartanya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah; \nmereka akan ~ semua keuntungan itu kepada ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama." "infantisid\n(Undang-undang) jenayah membunuh bayi atau anak kecil." "infantri\npasukan (tentera) berjalan kaki." "infeksi\nkena kuman penyakit, dijangkiti oleh penyakit, jangkitan." "inferens\nkesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta (asas) tertentu." "inferior\nrendah kedudukan (taraf, pangkat, martabat, dan sebagainya), kurang baik mutu atau nilai." "infestasi\n(Biologi) keadaan apabila manusia atau haiwan dihinggapi parasit (biasanya pada luar tubuh)." "infiltrasi\npenyusupan yang dilakukan dengan diam-diam, perbuatan memasuki kawasan musuh dengan beransur-ansur." "infiniti\nkeadaan (masa, ruang) yang tidak ada batasnya:\nalam ini hanya satu ruang yang terbentang sehingga ke ~, tiada akhir dan awalannya." "infinitif\n(Linguistik) bentuk kata yang tidak dibataskan oleh diri, bilangan atau kala." "inflamasi\n(Perubatan) radang." "inflasi\nkeadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli;\n \n~\n \nlampau \ninflasi yang amat sangat." "infleksi\n= fleksi\n." "influenza\ndemam selesema." "informal\ntidak formal, tidak mengikut cara dan sebagainya yang sudah menjadi kebiasaan atau yang sudah ditetapkan:\nmesej yang disampaikan kepada pembaca dilakukan secara ~ supaya tidak ketara bahawa penulis memaksa para pembaca menerima mesej tadi." "informan\norang yang memberi keterangan atau maklumat tentang sesuatu perkara, pemberi maklumat." "informasi\n[Indonesia-Belanda] keterangan, maklumat;\nberinformasi\n mempunyai informasi, berpengetahuan:\nkemudahan mengakses internet perlu diperbanyak dalam usaha kerajaan mewujudkan masyarakat yang ~." "informatif\nmengandungi (memberikan) maklumat, keterangan, dan sebagainya yang berguna berkenaan sesuatu:\n risalah itu sangat ~ dan berguna bagi para pelajar baru\n." "INFOTERM\nakronim bagi \nInternational Information Centre for Terminology\n (Pusat Maklumat Peristilahan Antarabangsa)." "infra-\nawalan asing\n bawah, di bawah, misalnya \ninfrabunyi \ndan\n infrasonik." "infrabunyi\n(Fizik) gelombang bunyi pada frekuensi yang terlalu rendah, iaitu di bawah 15 Hz, dan tidak dapat didengar oleh telinga manusia." "inframerah\n= \nsinaran ~ \nsinaran elektromagnet yang panjang gelombangnya terletak antara 730 nm 1 mm (iaitu antara panjang gelombang sinaran nampak dengan gelombang radio)." "infrasonik\n(Fizik) berkaitan dengan gelombang bunyi yang frekuensinya di bawah aras yang dapat didengar oleh manusia." "infrastruktur\n1.\n struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dan sebagainya;\n2.\n kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dan sebagainya), prasarana." "infusi\n(Perubatan) kaedah memasukkan ubat atau cecair (selain darah) ke dalam tubuh secara terus dan perlahan-lahan ke dalam vena (saluran darah) untuk rawatan." "inga\ninga-inga, teringa-inga\n termangu-mangu (kerana sedih, terkejut, dan lain-lain), hilang akal, termenung-menung." "ingar\n[Brunei], [kata seru] bising." "ingat\n1.\n masih ada dalam fikiran, tidak lupa:\nia masih ~ lagi namaku;\n~-ingat lupa \nantara ingat dengan tidak ingat (tidak berapa ingat);\n \nmemberi ~ \nmemberitahu (supaya ingat);\n2.\n timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar:\nsesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi; \n3.\n (dalam keadaan) sedar, siuman:\nsetelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya;\n~ akan keadaan diri \nsedar akan hal diri;\n \ntidak ~ \na) terlupa;\n b) tidak sedarkan diri, pengsan;\n4.\n = \ningat-ingat\n hati-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia:\nkata orang tua-tua, ~ sebelum kena; \n5.\n [bahasa percakapan] bercadang, berhajat, berniat:\ndia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; \n6.\n [bahasa percakapan] fikir, rasa:\nsaya ~ perkara ini mesti diselesaikan dengan segera;\n~ ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait \n(peribahasa) ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan;\n \n~ sebelum kena, jimat sebelum habis \n(peribahasa) hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta;\n \n~\n \nyang di atas, yang di bawah akan menimpa \n(peribahasa) [Minangkabau] orang yang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yang di bawahnya disusahkan atau menentangnya);\nseingat, seingat-ingat\n sepanjang ingatan (seseorang):\nselama bekerja dengan Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah;\nberseingat\n [arkaik] berhati-hati;\n \n~\n \ndiri \nberhati-hati supaya diri selamat;\nberingat, beringat-ingat\n berjaga-jaga, berhati-hati, cermat:\ndia sangat ~ pada masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa;\nmengingat\n1.\n ingat (akan):\ndia cuba ~ kembali perkara-perkara yang telah dipercakapkan; \n2.\n duli (akan), mengenang:\nbeliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ bagaimana dia akan mendapat rezeki esok;\nmengingati\n mengingat akan:\ndia sentiasa ~ pesan ibunya; \nkata-kata cikgu tadi diingatinya kembali;\nmengingatkan\n1.\n mengingat akan:\nkeningnya kelihatan berkerut-kerut seperti orang yang sedang ~ sesuatu; \n2.\n memberi ingat, memberi nasihat, dan lain-lain supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dan lain-lain):\nibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat untuk mengadu selain daripada Tuhan; \n3.\n menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang):\nsepasang kasut hitam yang telah tembus tapaknya ~ dia kepada pak ciknya di kampung;\nmemperingati\n1.\n mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan (kenduri dan lain-lain):\nperayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; \n2.\n mencatat, membuat peringatan (dalam buku dan lain-lain);\nmemperingatkan\n memberi ingat, memberi nasihat dan lain-lain supaya sedar akan tanggungjawab dan lain-lain:\nsaya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah;\nteringat\n ingat dengan tiba-tiba, terkenang, timbul dalam fikiran:\ndia ~ satu kisah yang hampir-hampir sama dengan pengalamannya sekarang;\nteringat-ingat\n terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dalam ingatan:\nwalaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yang sentiasa tersenyum itu;\nteringatkan\n teringat akan;\ningatan\n1.\n sesuatu yang diingat, sesuatu yang timbul dalam fikiran:\nkalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; \n2.\n kuasa untuk mengingat sesuatu (yang didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dan lain-lain):\nwalaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; \n(menjawab) dengan ~ \n(menjawab soalan) dengan apa yang ada dalam ingatan (dengan tidak melihat buku catatan);\n3.\n fikiran, kesedaran, sesuatu yang terbit dalam fikiran:\ntiba-tiba ~nya melayang kepada isteri dan anak-anaknya yang berada di kampung; \npada masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yang terkemuka; \nhilang ~ \npengsan, tidak sedarkan diri;\n \n~nya kurang baik \nfikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila);\n \nsakit ~\n sakit otak (gila);\n4.\n perhatian:\nsila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dalam tempoh seminggu lagi;\n 5.\n (Komputer) bahagian di dalam komputer yang menyimpan maklumat;" "ingat-ingatan\n1.\n kenang-kenangan:\npada masa hidup kita hendaklah membuat jasa untuk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; \n2.\n tidak berapa ingat, ingat lupa;\nperingatan\n1.\n nasihat (teguran dan lain-lain) untuk diingati:\nsaya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; \n2.\n catatan, keterangan:\nsemua perkara besar yang berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dalam sebuah buku ~; \n3.\n sesuatu yang digunakan untuk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan:\nia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; \ntugu ~; \n4.\n ingatan:\n~\n \nmanusia hanya singkat sahaja;\npengingatan\n perihal mengingati (mengingatkan);\npengingat\n orang yang tidak mudah lupa sesuatu (yang didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dan lain-lain):\ndia itu ~ benar orangnya." "ingau\nmengingau\n mengigau;\nmengingaukan\n1.\n mengigaukan;\n2.\n [kiasan] terlalu berharap untuk mendapatkan sesuatu;\ningau-ingauan\n selalu terkejut (terutamanya orang yang sedang sakit)." "inggang\n~-inggung \nbergoyang, bergoncang." "Inggeris\n= \norang ~ \nrakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yang berkulit putih);\n \nbahasa ~\n bahasa sebagaimana yang dipertuturkan oleh orang Inggeris;\n \nlagu ~ \nlagu yang seni katanya dl" "inggih\n[Jawa] ya." "inggu I\n1.\n sejenis getah yang dibekukan (baunya agak busuk, boleh dibuat ubat) dari tumbuhan \nFerula spp.; \n2.\n sejenis tumbuhan (herba yang daunnya berbau busuk dan dibuat ubat sakit perut), \nRuta graveolens." "inggu II\n1.\n sejenis ikan laut, \nAmphiprion spp.; \n2.\n sejenis ikan laut, ikan babi, \nHolacanthus spp." "inggung\ninggang." "ingin\nberasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat:\nsekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; \nsaya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti;\n~ akan sate;\n~\n \ndibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi \n(peribahasa) menghendaki sesuatu yang agak susah didapati;\n \n~\n \nhati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada \n(peribahasa) ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup;\nberingin\n berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan):\n~\n \nakan mendapat seorang anak yang pandai;\nberinginkan\n berkehendak akan, berharap akan;\nmengingini, menginginkan\n1.\n menghendaki, mengharapkan:\nsemua manusia ~ kesenangan hidup; \n2.\n mengidamkan:\n~\n \nbuah-buahan yang masam-masam;\nmemperingin, memperingini\n menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu;\nteringin\n sudah berasa ingin:\ndia ~ hendak makan telur penyu;\nkeinginan\n apa-apa yang diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan;\nberkeinginan\n mempunyai keinginan:\n lelaki yang ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik." "ingka, ingkak\ngelak ~ \ntertawa gelak-gelak, tertawa kuat-kuat." "ingkar\n[Arab]\n1.\n = \n~\n \nakan \ntidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir:\njika mereka ~ akan apa yang tersebut itu maka terserahlah kepada Allah; \n2.\n enggan, tidak menurut, tidak mahu:\nada orang yang ~ menderma; \n3.\n penafian, penyangkalan, perihal memungkiri;\nmengingkari\n memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dan lain-lain), menderhakai:\nbanyak askar yang lari, yang menjadi lanun dan dengan berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri;\nkeingkaran\n1.\n perihal ingkar (menafikan dan lain-lain);\n2.\n keengganan;\npengingkaran\n perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran;\npengingkar\n orang atau pihak yang ingkar." "ingsun\n[Jawa] sl\n1.\n aku;\n2.\n kami." "ingus\nhingus." "inhalan\n(Perubatan) ubat sedut." "inheren\nwujud sebagai sifat semula jadi seseorang atau sesuatu." "ini\n1.\n kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat, lawan itu:\ngunung apa ~?; \npulang sekali ~ lain tidak kerana terpaksa sahaja; \n2.\n baru ini, kini, sekarang:\nengkau nak pergi ~ juga, kan kereta api lambat lagi?;\n~ dia \nnah inilah;\n \n~ itu \nini dan itu (berbagai-bagai, bermacam-macam, tak tentu);\n \n~kan, = ~ konon, = ~ pula \nistimewa pula, lebih-lebih lagi, apa lagi, tambahan pula;\n \n~\n \npun \nsekarang pun." "ining\n(Suk) (dalam kriket atau besbol) giliran seseorang pemain atau sesuatu pasukan membuat pukulan." "inisial\nderetan huruf besar (lazimnya dua atau tiga sahaja) yang digunakan oleh individu bagi mewakili nama penuh masing-masing." "inisiatif\ndaya usaha (tindakan dan lain-lain) yang mula-mula:\ndi dalam bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; \nmengambil ~ \nmulai bertindak (berusaha dan lain-lain);\nberinisiatif\n mempunyai inisiatif:\npegawai yang ~." "inja\n~\n \npayung \nsejenis tumbuhan (pokok), kerambilan, \nBiologiphytum sensitivum." "injak\ninjak-injak, injak-injakan\n \n1.\n alat (pada mesin jahit, perkakas tenun, dan lain-lain) yang digerakkan dengan kaki, rakap, pedal (basikal);\n2.\n papan (besi dan lain-lain) sebagai pemijak pada kereta dan lain-lain;\nmenginjak\n1.\n meletakkan kaki pada, memijak, menjijak:\nia berbual-bual sambil berjalan ~ tar yang panas; \n2.\n mulai;\n \n~\n \ntahun baru \nmulai tahun baru;\n3.\n sampai (tiba) ke, bertemu dengan:\ndi sini kita ~ lapangan kebudayaan;\n menginjak-injak\n1.\n menginjak berkali-kali:\nbenda itu diinjak-injak dengan tumit kakinya; \n2.\n [kiasan] tidak menghiraukan (peraturan dan lain-lain), tidak mempedulikan, tidak menghargai;\nmenginjakkan\n = \n~\n \nkaki \nmeletakkan (memijakkan) kaki pada:\nia ~ kakinya ke lantai;\nterinjak\n terjijak, terpijak;\nterinjak-injak\n [kiasan] sangat tidak dipedulikan (dihiraukan, diendahkan);\ninjakan\n hasil atau perbuatan menginjak." "injap\n1.\n pintu pada bubu yang berbentuk corong untuk ikan masuk (tetapi menahannya daripada keluar), unjap, pelidah:\nikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; \nmasuk ~ \ntertipu (tertangkap dan lain-lain);\n2.\n benda yang mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dalam paip, jantung, dan lain-lain):\nsalur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dari arahnya;\n~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dalam luang pelampung; \n3.\n (Biologi) segmen yang terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah daripada cepu debunga setelah pecah:\nsebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepas-bebaskan kekabu keluar." "injek\n menginjek\n [bahasa percakapan] memasukkan ubat ke dalam tubuh dengan jarum, menyuntik." "injeksi\n[Indonesia-Belanda] suntikan:\nia pandai juga mengubati dengan tidak payah pakai ~ atau suntik;\n~ beras \n[Indonesia] tambahan persediaan beras kerana mengelakkan daripada naik harganya;\nmenginjeksi\n menyuntik." "injeksyen\n[bahasa percakapan] hasil atau perbuatan menginjek, suntikan." "Injil\n= \nkitab ~ \nkitab suci agama Kristian, kitab Wasiat Baru:\nbahawa kisah ia menjadi seorang nabi itu ada tersebut di dalam kitab Taurat dan kitab ~; \nguru ~;\npenginjil\n [arkaik] [Indonesia] guru Injil, orang yang mengajar agama Kristian." "injili\n[arkaik] yang berkenaan kitab Injil, menurut kitab Injil." "injin\n[Cina] [arkaik] emak, ibu." "injunksi\n(Undang-undang) perintah mahkamah yang menuntut supaya pihak yang terbabit tidak mengambil (menghentikan) sesuatu tindakan atau sebaliknya:\nMahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan ~ menghalang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut." "inkarnasi\npenjelmaan semula (seseorang) dalam bentuk tertentu selepas meninggal." "inkasso\n[Indonesia] upah kepada pemungut wang." "inkontinens\n(Perubatan) keadaan tidak upaya mengawal buang air kecil atau air besar." "inkubator\n1.\n alat pemanas untuk mengerami dan menetaskan telur secara artifisial;\n2.\n alat untuk membantu bayi yang baru lahir pramatang berada dalam persekitaran dan pada suhu yang sesuai dan terkawal." "inkues\n(Undang-undang) siasatan rasmi mengenai punca sebenar kematian seseorang." "inkuilin\n(Biologi) haiwan yang hidup di tempat tinggal haiwan lain dan berkongsi makanan dengan haiwan perumah." "inokulasi\n(Perubatan) penyuntikan agen penyakit seperti vaksin virus ke dalam tubuh individu yang sihat untuk menghasilkan keimunan aktif pada individu berkenaan;\nmenginokulasi\n melakukan inokulasi (terhadap):\n~ murid sekolah itu untuk mencegah penyakit taun." "inovasi\n1.\n sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru:\nbank ini telah menghasilkan beberapa ~ dalam perkhidmatan bank, misalnya rangkaian mesin teler automatik; \nini bererti perancangan untuk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; \n2.\n perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan, dan sebagainya sesuatu yang baru:\nfaktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka;\nmenginovasi\n membuat inovasi:\nnegara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut;\npenginovasi\n orang yang membuat inovasi, inovator:\n ~ teknologi." "inovatif\nmerupakan (bersifat) inovasi:\nLong Thien Shih yang terkenal dengan karya-karya yang ~ belajar di bawah tunjuk ajar S.W. Hayter di Atelier 17, Paris; \nperubahan secara kreatif dan ~; \npembentukan metafora dalam puisinya terasa segar dan ~." "inovator\norang yang melakukan inovasi, penginovasi:\n golongan guru yang berperanan sebagai ~ pendidikan." "input\n1.\n sumber yang diperlukan untuk pengeluaran:\n~\n \npengeluaran elektronik kebanyakannya diimport oleh Malaysia untuk diproses; \n2.\n (Komputer) perisian atau data yang dibawa ke dalam sistem untuk diproses;\n3.\n sumber yang berupa maklumat, pengetahuan dan sebagainya yang berguna:\nsidang itu bertujuan memberikan ~ kepada penggiat teater; \npenceramah agama dari luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat Islam mendapat ~ yang lebih meluas; \n4.\n (Fizik) daya penggerak atau isyarat yang dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin;\nmenginput\n (Komputer) memasukkan data, maklumat dan sebagainya ke dalam komputer:\n~ data ke dalam komputer; \npengguna juga bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yang disediakan;\n penginputan\n (Komputer) perihal menginput data dan sebagainya ke dalam komputer:\n~ data ke dalam komputer sedang giat dijalankan." "insaf\n1.\n rasa belas kasihan, rasa simpati, rasa keadilan:\nTuhanlah juga akan membalas ~ kasihan tuanku itu; \n2.\n = \n~\n \nakan \ndapat memahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran:\ndia telah ~ sekarang dan telah kembali ke jalan yang benar;\n menginsafi\n mengerti betul (akan) dan menyedari keadaan yang sebenarnya:\nia berjalan balik ke biliknya ~ kelemahannya sendiri;\nmenginsafkan\n menasihati (mengajar dan lain-lain) supaya insaf:\nmoga-moga tulisan ini ~ sesetengah golongan untuk menghormati lagu Negaraku;\nkeinsafan\n rasa insaf, kesedaran:\nperistiwa itu telah menimbulkan ~ di dalam jiwanya." "insan\n[Arab] makhluk yang dicipta oleh Allah SWT yang tidak terlepas daripada kealpaan, manusia;\n \n~\n \nkamil \nmanusia yang sempurna, iaitu Nabi Muhammad SAW;\nkeinsanan\n kemanusiaan." "insang\norgan pernafasan pada kebanyakan binatang yang hidup dalam air (seperti ikan, udang, dan lain-lain):\nada binatang mamalia yang hidup dalam air yang tidak bernafas dengan ~; \ndengan menggunakan ~ berudu menyerap oksigen dari dalam air;\n~ pari \nsejenis jahitan untuk mengemaskan tepi kain (tanpa membuat kelim);\nberinsang\n memakai (mempunyai) insang;\nasal ~ ikanlah \n(peribahasa) perihal orang yang tidak memilih pekerjaan (makanan, perempuan, dan lain-lain)." "insani\n[Arab] (yang) mengenai manusia, kemanusiaan;\n \nilmu ~ \nilmu berkenaan manusia yang belum jadi." "insaniah\n[Arab] berkaitan dengan manusia, bersifat kemanusiaan:\nfaktor ~ atau akhlak harus dikaitkan dalam falsafah pendidikan; \nsesebuah karya tidak terhasil dalam kekosongan, tetapi sebaliknya melalui proses interaksi alamiah dan ~." "insektarium\n(Biologi) tempat khas untuk memelihara dan membiakkan serangga bagi tujuan penyelidikan, kajian dan sebagainya." "insektisid\nracun serangga." "insektivor\n(Biologi) binatang yang memakan serangga, atau tumbuhan yang memerangkap dan menyerap serangga." "inseminasi\n(Perubatan) permanian." "insentif\nsesuatu (yang berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan, dorongan, galakan:\nberbagai-bagai ~ disediakan untuk pelabur asing menanam modal di negara ini; \ndi samping itu beliau menawarkan barangan mekap kepada setiap ahli yang menghadiri kelas solekannya sebagai ~ untuk pelanggannya." "inses\n(Undang-undang) sumbang mahram." "insiden\n[bahasa percakapan] kejadian, peristiwa." "insidental\nberlaku secara kebetulan sehubungan dengan perkara lain yang lebih penting." "insinuasi\ntuduhan yang tersembunyi (tidak langsung), ucapan yang tidak secara langsung ditujukan kepada seseorang untuk menghina:\nadalah membahayakan suara-suara yang mencuba memecahkan persatuan itu dengan tuduhan fitnah dan ~." "insinyur\n[Indonesia-Belanda] jurutera." "insisi\n(Perubatan)\n1.\n proses menghiris tisu dengan alat yang tajam dalam sesuatu pembedahan;\n2.\n hirisan yang terhasil apabila tisu dihiris dengan alat bedah yang tajam." "insisor\n(Perubatan) gigi kacip." "inskripsi\nsesuatu (kata, ungkapan, lambang, dan sebagainya) yang ditulis atau diukir pada permukaan sesuatu (tugu, duit syiling, dan lain-lain), prasasti." "insomnia\n(Perubatan) keadaan tidak dapat tidur atau sukar untuk tidur." "inspeksi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pemeriksaan, pengawasan;\n2.\n memeriksa, mengawas." "inspektor\n1.\n pegawai yang memeriksa sama ada peraturan, standard, dan lain-lain dipatuhi atau tidak, pemeriksa;\n merinyu. \n2.\n = \n~\n \npolis \npegawai polis yang pangkatnya lebih tinggi daripada sarjan dan di bawah penguasa." "inspirasi\nilham, bisikan hati:\ndari mana ia mendapat ~ menulis rencana ini?; \nsesuatu hasil sastera tidak lagi dianggap sebagai suatu hasil ~ atau ilham belaka;\nberinspirasi\n mempunyai inspirasi:\nkita memohon bantuan daripada orang yang celik akal yang ~.\nInst.\n [kependekan] Institut." "instalasi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n istiadat pelantikan (penabalan dan lain-lain);\n2.\n perihal mengatur (memasang) alatan rumah dan lain-lain." "instansi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n peringkat (pengadilan);\n2.\n jabatan-jabatan kerajaan (awam), kantor, pejabat;\n \nrumah ~ \nrumah untuk pegawai kerajaan." "institusi\n1.\n badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu;\n \n~\n \npengajian tinggi \nuniversiti atau maktab;\n \n~\n \nkewangan \nbank dan sebagainya;\n2.\n sesuatu (seperti agama, ciri-ciri budaya, dan lain-lain) yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat dan lain-lain:\n~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dalam budaya Melayu berabad-abad lamanya; \npenghuraian terhadap ~ agama Islam;\nmenginstitusikan\n menjadikan (sebagai suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dalam masyarakat dan lain-lain:\nberpunca daripada keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan;\n keinstitusian\n yang berkaitan dengan sistem, ciri, atau sifat institusi:\n susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yang tinggi, sikap terbuka, dan sebagainya;\npenginstitusian\n perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dalam masyarakat atau organisasi:\n kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yang memungkinkan ~ kaedah sains." "institut\norganisasi yang ditubuhkan untuk tugas tertentu seperti pendidikan, penyelidikan saintifik, dan lain-lain:\nI~ Tadbiran Awam; \nI~ Teknologi Mara." "instruksi\n[Indonesia]\n1.\n perintah, arahan:\nlampu itu kuselubungi dengan sebuah tutup, sesuai dengan ~ pihak berkuasa; \n2.\n pelajaran (kpada tentera);\nmenginstruksikan\n1.\n memerintahkan, mengarahkan;\n2.\n mengajarkan." "instrumen\n1.\n alat, perkakas (muzik, pertukangan, dan lain-lain);\n2.\n (Ekonomi) dokumen rasmi yang sah di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yang menyatakan hak pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak dan sebagainya, surat cara;\n \n~ kewangan \n(Ekonomi)\na) dokumen rasmi yang berkaitan dalam bidang kewangan;\n b) sebarang bentuk pelaburan dalam pasaran saham atau aset kewangan yang lain, misalnya bon, saham, deposit tetap dan sebagainya." "instrumental\ndipersembahkan dengan alat-alat muzik sahaja (tanpa nyanyian):\ndari peti radio terdengar lagu ~." "instrumentasi\n(Seni Muzik)\n1.\n alat muzik orkestra yang digunakan dalam persembahan;\n2.\n susunan atau gubahan muzik bagi kumpulan tertentu alat-alat muzik." "insulin\n(Biologi) hormon yang dikeluarkan oleh pankreas untuk mengawal kepekatan glukosa dalam darah." "insurans\nperjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu;\nmasuk ~\n dipertanggungkan dalam insurans, mengambil insurans;\n \n~ kebakaran \ninsurans yang menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pada rumah dan lain-lain);\n \n~ nyawa \ninsurans yang menjamin ganti rugi sekiranya orang yang berkenaan meninggal dunia;\n \n~ nyawa bekal umur \ninsurans yang menjamin bayaran sekiranya orang yang berkenaan mencapai umur yang tertentu atau meninggal dunia;\nberinsurans\n mempunyai insurans:\nsetiap barang berharga di rumahnya ~;\nmenginsuranskan\n melindungi seseorang atau sesuatu daripada risiko, kerugian, dan sebagainya dengan insurans:\n barang-barang itu sudah diinsuranskan daripada segala risiko;\n penginsurans\n (Ekonomi) pihak dalam kontrak insurans yang bertanggung jawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans." "insya-Allah\n[Arab] jika diizinkan Allah." "inta\n[Arab] \nanta II." "intai\nmengintai\n melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang dan lain-lain, mengintip, memata-matai:\nia ~ dari celah-celah dinding; \nkapal terbang melayang-layang di udara ~ kapal selam;\nmengintaikan, mengintai-intaikan\n mengamat-amati, memerhati, memata-matai:\nsudah lama kami intaikan, tuan bertambah kaya dengan barang larangan semacam ini;\npengintaian\n1.\n perihal mengintai;\n2.\n tempat mengintai;\npengintai\n orang yang mengintai." "intan I\n1.\n batu permata yang sangat indah (untuk permata cincin dan lain-lain), berlian yang kurang baik asahannya;\n \n~\n \nair beras \nintan yang putih;\n \n~\n \nmentah \nbatu intan yang belum dicanai;\n2.\n [kiasan] orang yang dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan:\namboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak;\n~ payung\n [kiasan] buah hati, kesayangan;\n~ berlian jangan dipijakkan \n(peribahasa) untung bahagia jangan dielakkan;\n \n~\n \nitu jika terbenam dalam pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar daripada mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga \n(peribahasa) perkataan yang baik itu, biarpun keluar daripada mulut orang yang hina, baik juga;\n \ndahulu ~, sekarang jadi batu belanda \n(peribahasa) perihal orang berbangsa yang sudah tidak berharga lagi;\nberintan\n berhias intan:\ncincin ~." "INTAN II\nakronim bagi Institut Tadbiran Awam Negara." "intaran\nsejenis tumbuhan (pokok), sadu, \nMelia indica." "integer\n(Matematik) angka bulat." "integral\nmengenai keseluruhannya, menjadi lengkap dengan bahagian-bahagiannya." "integrasi\npenggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu kesatuan;\n penyatuan:\nsoal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura; \npencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dengan mencari ruang-ruang budaya yang membolehkan wujudnya kerjasama dalam erti yang sebenar;\nberintegrasi\n bergabung, berpadu;\nmengintegrasikan\n menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu kesatuan:\nsemua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; \nperanan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dalam organisasi;\nterintegrasi\n disatupadukan:\nbangsa yang ~ kelompok etniknya;\npengintegrasian\n proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dan lain-lain):\n akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial; \nini merupakan kesan langsung daripada kegagalan ~ politik negara kota itu." "integriti\n1.\n kejujuran:\nmencemarkan nama baik dan ~ jabatan. \n2.\n keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;\nberintegriti\n mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dan sebagainya):\npengarah yang ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka daripada sebarang bentuk penyelewengan." "intelek\nkemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya), akal budi;\n \ngolongan (kaum) ~ \ngolongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;\nmengintelekkan\n menjadikan seseorang intelek." "intelektual\n1.\n orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan:\nmembentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal ~ yang sedang belajar; \nkalau kita mengkaji ~ barat, kita dapati kebudayaan dan pengetahuan bahasa Arab tersebar luas ke Eropah oleh pendeta-pendeta yang melarikan diri; \n2.\n mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berfikir (menggunakan akal budi);\nmengintelektualkan\n menjadikan seseorang intelekual:\n~\n \nulama\n;\nkeintelektualan\n perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sebagai) intelektual:\nsejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat;\n pengintelektualan\n proses menjadikan seseorang atau sesuatu intelektual:\n antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa Malaysia." "intelektualisme\n1.\n pengabdian kepada penggunaan intelek atau daya berfikir:\nIslam membawa semangat rasionalisme dan ~ bukan sahaja di kalangan istana malah merebak di kalangan rakyat jelata; \nperkembangan profesional memberi fokus kepada ~; \n2.\n doktrin yang menekankan bahawa pengetahuan terhasil dengan taakulan tulen." "inteligensia\nkaum intelek, kaum cerdik pandai, kaum cendekiawan." "intensif\ndengan giat dan sungguh-sungguh:\npertanian dijalankan secara ~; \nlatihan dalam bidang penangkapan ikan laut dalam hendaklah diadakan secara ~; \npenggunaan tanah yang terlalu ~; \n~ buruh \nmemerlukan atau menggunakan tenaga kerja yang banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dalam jangka masa yang singkat (berkenaan (dengan) industri dan sebagainya);\n \n~ modal \nmemerlukan pelaburan sejumlah besar wang untuk membeli jentera moden dan sebagainya dalam proses pengeluaran sesuatu industri dan sebagainya;\nmengintensifkan\n menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat, memperkuat;\nkeintensifan\n perihal (keadaan) intensif, intensiti;\npengintensifan\n perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha:\n~ penyelidikan sains." "intensiti\nkeadaan yang amat sangat (hebat, sungguh-sungguh, mendalam, dan sebagainya), keamatan:\nreka bentuk latar ini pula turut melibatkan elemen-elemen lain seperti ~ pencahayaan bagi sesuatu adegan." "interaksi\ntindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak:\nkaunseling ialah satu proses yang melibatkan ~ antara seorang kaunselor dengan kliennya; \nkomunikasi massa sering diertikan sebagai proses perhubungan atau ~ antara individu dalam sesuatu kelompok masyarakat;\nberinteraksi\n bertindak (berhubungan secara aktif dan sebagainya) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dan sebagainya):\npersidangan itu telah memberi banyak peluang kepada para peserta untuk ~ serta bertukar-tukar fikiran; \nmurid-murid daripada berbagai-bagai kaum bergaul dan ~." "interaktif\n1.\n saling bertindak, berhubung, dan sebagainya antara satu sama lain:\nbengkel itu dapat mewujudkan suasana ~ bagi menjalin hubungan antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri; \n2.\n (Komputer) membolehkan pengaliran maklumat dua hala yang berterusan antara komputer dengan penggunanya, atau antara pengguna dengan pengguna melalui komputer:\nperingkat ketiga pula membabitkan sistem ~ antara pelajar dengan pensyarah." "interen\n[Indonesia-Belanda] dalam lingkungan sendiri;\n \nurusan ~\n urusan dalam." "interferon\n(Perubatan) sejenis bahan protein yang dihasilkan oleh sel badan sebagai tindak balas kepada jangkitan virus yang membantuntukan pertumbuhan virus tersebut." "interim\nbersifat sementara (sehingga satu penyelesaian yang mantap dicapai):\n perjanjian ~; \nbuku ~\n." "interkom\nsistem perhubungan telefon untuk perhubungan di dalam sahaja (seperti di dalam bangunan, di dalam kapal terbang, dan sebagainya)." "interlingua\nbahasa ciptaan (buatan) yang melambangkan makna yang terdapat pada bahasa asli dan digunakan untuk terjemahan dengan komputer dan lain-lain." "interlokal\nantara dua atau lebih tempat (perhubungan dan lain-lain)." "interlokutor\n(Linguistik) orang yang menyertai sesuatu perbualan, perbincangan atau dialog." "interlud\n(Seni Muzik) muzik instrumental ringkas yang dimainkan sebagai selingan antara babak atau adegan dalam sesuatu persembahan drama dan sebagainya." "intermeso\nintermezo\n." "intermezo\ninterlud." "internasional\nantarabangsa;\n \nperjanjian ~ \nperjanjian antarabangsa." "internasionalis\n1.\n penyokong internasionalisme;\n2\n. orang yang arif tentang undang-undang antarabangsa." "internasionalisme\nprinsip yang menganjurkan semangat persefahaman di kalangan pelbagai negara demi kepentingan bersama:\npara pemimpin negara yang berpandangan jauh dan berpegang pada prinsip\n \n~\n." "internat\n[Indonesia-Belanda] asrama, tempat pemondokan." "Internet\nrangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia;\nmenginternetkan\n memasukkan data, maklumat dan sebagainya ke dalam rangkaian Internet, dan menyebarkannya melalui Internet:\n~ sastera Malaysia." "internir\n[Indonesia-Belanda];\nmenginternir\n mengasingkan (tahanan politik), menahan di suatu tempat:\ndia pernah diinternir di Boven Digul;" "interniran\n1.\n tempat pengasingan;\n2.\n orang yang diasingkan, orang tahanan (politik dan lain-lain)." "internis\ndoktor yang mengkhusus dalam perubatan dalaman." "interpelan\n[Indonesia-Belanda] penyoal (dalam parlimen)." "interpelasi\n[Indonesia-Belanda] soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dalam parlimen oleh ahli-ahli parlimen kepada kerajaan." "interpersonal\nberkenaan hubungan sesama manusia:\nhubungan\n \n~\n." "Interpol\nakronim bagi\n International Police \n(Polis Antarabangsa)." "interpolasi\npenyisipan atau penyelaan (kata-kata, ayat-ayat, dan lain-lain) baru dalam naskhah dan lain-lain." "interpretasi\ntafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dan sebagainya sesuatu):\nberbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap peristiwa tersebut; \nselama kita berpegang pada hakikat ini, selama itu pula kita tidak mungkin memberikan ~ baru terhadap karya sastera lama kita;\nmenginterpretasikan\n membuat interpretasi tentang (sesuatu), mentafsirkan:\ntugas utama bimbingan kerjaya ialah ~ dan meramalkan perubahan belia;\n~ segala bentuk tingkah laku;\n penginterpretasian\n perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu, pentafsiran:\n bentuk-bentuk logik ini merupakan ~ makna yang masih berada pada tahap yang longgar dan kabur;\npenginterpretasi\n (orang dan lain-lain) yang menginterpretasikan sesuatu perkara, pentafsir:\n ia hanya bertugas sebagai ~ yang dangkal." "interseks\n(Perubatan) individu yang mempunyai kedua-dua sifat kelelakian dan keperempuanan, sama ada dari segi fizikal atau perasaan." "intervensi\ncampur tangan dalam urusan antara dua pihak (orang, negara, golongan) lain." "interviu\n1.\n temu ramah, temu bual, wawancara:\nPerdana Menteri telah mengadakan ~ selama satu jam; \n2.\n temu duga:\nia menunggu panggilan ~ untuk jawatan kosong itu;\nmenginterviu\n1.\n menemu ramah, menemu bual, mewawancara:\nia datang untuk ~ guru besar; \n2.\n menemu duga (pemohon-pemohon pekerjaan, biasiswa, dan sebagainya):\nbeberapa orang pemohon pekerjaan itu telah dipanggil untuk diinterviu;\npenginterviu\n1.\n orang yang menginterviu (menemu ramah, menemu bual, mewawancara), penemu ramah, penemu bual, pewawancara;\n2.\n orang yang menginterviu (menemu duga), penemu duga." "inti\n1.\n isi (daripada gula, kelapa, dan lain-lain) yang terdapat dalam kuih (seperti karipap dan lain-lain);\n \n~\n \nudang \nisi kuih yang dibuat daripada udang;\n2.\n benda yang menyerupai inti;\n \n~\n \nsanggul \nisi sanggul (supaya nampak besar);\n3.\n isi yang terpenting (dari sesuatu perkara), pati, sari:\n~\n \nperselisihan; \nsoal kerjasama merupakan ~ perbincangan dalam mesyuarat itu;\n berinti\n berisi inti:\nlepat ubi yang tidak ~; \nkuih pau ~ kacang merah;\nberintikan\n mempunyai sesuatu sebagai inti\n." "inti pati, inti sari\nbahagian yang terpenting (terutama) dalam sesuatu perkara." "intifadah\n[Arab] kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987." "intiha\n[Arab] akhir, penghabisan, penutup, perhentian." "intikad\n[Arab] bangkangan, bantahan, kritikan, sanggahan." "intil\n[Jawa];\nmengintil\n membuntuti, mengekor, mengikut." "intim\nsangat mesra dan rapat atau karib (berkenaan (dengan) perhubungan, persahabatan, dan sebagainya):\nmeskipun kedua-dua belah negara menghadapi masalah dari semasa ke semasa, hubungan Malaysia dan Singapura tetap ~;\nkeintiman\n perihal (keadaan, perhubungan) intim, keakraban." "intimidasi\nperbuatan menakut-nakuntukan (orang), gertak." "intip\nmengintip\n \n1.\n mengintai, memata-matai:\nada orang yang ~ gerak-geri kita; \n2.\n mencari-cari rahsia, keterangan, dan lain-lain atau melihat pergerakan musuh (dengan cara menyamar dan sebagainya), menyuruh, merisik:\n~\n \nmusuh;\n~ rahsia;" "intipan\nusaha mengintip:\nkau masih di dalam ~ polis; \npenangkapan Salam itu adalah hasil daripada ~ mata-mata gelap selama sebulan;\npengintipan\n hal atau perbuatan mengintip.\npengintip\n orang yang mengintip, penyuluh." "intonasi\n(Linguistik) turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap);\nberintonasi\n mempunyai intonasi:\nanggapan kami mungkin ternyata benarnya apabila dilihat daripada gaya mukadimah khutbahnya yang ~ tersendiri." "intra-\nawalan asing \ndi sebelah dalam atau di dalam, misalnya \nintravena." "intransitif\n(Linguistik) tidak diikuti oleh objek (penyambut) langsung (berkenaan (dengan) kata kerja)." "intraotot\n(Perubatan) dalam atau ke dalam otot:\nsuntikan ~." "intravena\n(Perubatan) dalam atau ke dalam vena:\nsuntikan ~." "intrinsik\nsebagai sebahagian daripada sifat atau ciri seseorang atau sesuatu:\nperubahan ~ yang berlaku dalam kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sebagai orang Islam dan bukan sebagai orang Melayu yang terpengaruh dengan budaya; \nkekreatifan sebahagian besarnya terletak pada aspek ~, iaitu pada sikap, nilai, dan dorongan." "introdusir\n[Indonesia-Belanda] [arkaik];\nmengintrodusir\n memperkenalkan (diri dan lain-lain)." "introspeksi\nproses penilaian diri (fikiran, idea, perasaan) dengan mendalam (biasanya dalam tempoh yang agak lama), muhasabah:\nterdapat kecenderungan baru dalam kelompok penyair 60-an untuk membuat ~ kepada hal-hal dalam diri;\n mengintrospeksi\n membuat introspeksi\n." "introspektif\ncenderung untuk membuat introspeksi (membuat penilaian diri)\n." "introversi\n(Psikologi) kecenderungan atau sikap seseorang yang suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar." "introvert\n(Psikologi) orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar." "intu\nmengintu\n [Perak] menghidupkan api (untuk memasak)." "intuisi\ndaya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati." "intuitif\nmenurut (berasaskan) intuisi;\n \nkesedaran ~ \nkesedaran yang disebabkan oleh gerak hati (bukan dengan berfikir)." "inulangan\nbendera, panji, tunggul." "invalide\n[Indonesia-Belanda] orang yang cacat (anggotanya)." "invar\naloi yang terdiri daripada 63.8% besi, 36% nikel, 0.2% karbon yang sangat kecil darjah pengembangannya." "invasi\n[Indonesia-Belanda] pelanggaran (penyerangan, penyerbuan) ke atas negara lain." "inventif\nberupaya (cenderung, suka dan sebagainya) mereka cipta sesuatu (benda dan sebagainya) yang baru, berdaya cipta:\nsememangnya dia seorang ibu yang ideal serta berfikiran kreatif dan ~; \nkurikulum itu, antara lain, bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berfikiran kreatif, inovatif dan ~." "inventori\nsenarai terperinci barang-barang yang terdapat di tempat tertentu (pejabat, kedai, dan lain-lain)." "inversi\n(Linguistik) pembalikan susunan kata-kata dalam ayat (mis \nia makan nasi \nmenjadi \nmakan nasi ia\n)." "invertase\n(Biologi) enzim yang terdapat dalam yis atau usus kecil, dan berfungsi untuk memangkinkan hidrolisis disakarida kepada monosakarida." "invertebrat\n(Biologi) binatang yang tidak bertulang belakang, misalnya cacing, udang dan siput." "Invertebrata\n(Biologi) kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang." "investasi\n[Indonesia-Belanda] penanaman modal;\nmenginvestasi\n menanam modal." "invois\ndokumen yang menyenaraikan barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada pelanggan dan menyatakan jumlah wang yang perlu dibayar oleh pelanggan;\nmenginvois\n mengeluarkan atau mengirimkan invois (kpada pembeli atau pelanggan):\n kerja ~ dapat dibuat dengan cepat jika adanya ketepatan dalam rekod stok." "invokasi\npermohonan (kpada Tuhan) untuk mendapatkan pertolongan atau perlindungan:\noleh itu kita melihat bentuk pujian atau ~ dalam upacara menepung tawar dan mendoakan sebuah kapal perang, kapal terbang, atau sebuah enjin kereta api baru." "inya\n[Jawa] arkinang." "inyik\n[Minangkabau] nenek, datuk, kakek." "iodida\n(Kimia) sebatian yang mengandungi iodin." "iodin\n(Kimia) unsur kimia bukan logam yang menyerupai klorin dan bromin (digunakan untuk ubat dan dalam membuat foto)." "ion\n(Kimia) atom atau kumpulan atom yang bercas elektrik;\n~ hidrogen \nion positif yang terhasil apabila atom hidrogen hilang elektronnya, proton;\n \n~ karbonium \nion organik yang mengandungi karbon bercas positif;\nmengion\n bertukar menjadi ion:\nmolekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat;\n mengionkan\n menukarkan atau menyebabkan sesuatu menjadi ion:\nsinaran yang masuk ke dalam kebuk ini akan ~ molekul udara pada jejak laluannya;\npengionan\n proses mengion atau mengionkan:\nunsur logam mempunyai nilai keupayaan ~ yang rendah." "ionosfera\n(Ast) lapisan atmosfera bumi yang paling atas, tempat berlakunya pengionan dan pemantulan gelombang radio ke sekeliling bumi." "iota\nhuruf kesembilan dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol I, \u03b9." "ipar\nsaudara suami (isteri);\n \nabang ~ \nabang suami atau isteri;\n \nadik ~ \nadik suami atau isteri;\n \n~-duai, = ~-lamai \nsaudara pupu kepada suami atau isteri;\nberipar\n mempunyai hubungan sebagai ipar:\ndia ~ dengan saya;\nberiparkan\n mempunyai seseorang sebagai ipar:\nHasmah ~ seorang peguam." "ipil\nsejenis tumbuhan (pokok besar), \nIntsia spp." "iprit\n mengiprit\n [Indonesia], [bahasa percakapan] berlari kencang-kencang\n." "IPTA\n[kependekan] Institusi Pengajian Tinggi Awam, misalnya Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia." "IPTAR\nakronim bagi Institut Penyiaran Tun Abdul Razak." "IPTS\n[kependekan] Institusi Pengajian Tinggi Swasta, misalnya Universiti Petronas, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Multimedia." "ipuh\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang getahnya beracun), \nAntiaris toxicaria; \n2.\n = \ngetah ~\n racun daripada getah pokok ipuh, upas;\n~ akar = akar ~ = ~ akar besar \nsejenis tumbuhan (pokok), \nStrychnos ovalifolia;\n~ akar putih \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar serawan, \nRoucheria griffithiana;\nberipuh\n beracun." "ipuk\n[Jawa];\nmengipuk\n menyemaikan (benih dan lain-lain);\nipukan\n semai(an);\npengipukan\n penyemaian, semaian benih." "ipung\nsejenis ular kecil yang hijau warnanya." "IQ\n[kependekan] \nintelligence quotient\n (darjah kecerdasan otak)." "iqamat\n[Arab] seruan terakhir untuk mendirikan sembahyang (selepas azan);\nberiqamat\n membaca iqamat:\nselepas azan bilal ~;\nmengiqamatkan\n membacakan seseorang (bayi perempuan) iqamat:\nbayi perempuan itu sudah diiqamatkan oleh bapanya." "iqlab\n[Arab] (dalam hukum tajwid) penukaran bunyi huruf nun mati atau tanwin kepada bunyi mim mati apabila bertemu dengan huruf ba." "Ir I\nsimbol kimia bagi iridium." "Ir II\n[Indonesia] [kependekan] insinyur." "IRA I\n[kependekan] \nIrish Republican Army\n (Tentera Republikan Ireland)." "ira II\n1.\n pangsa durian (limau dan lain-lain), pangsa;\n2.\n = \n~ kayu \nurat pada kayu;\n3.\n = \n~ daging \nurat besar pada daging;\n4.\n = \n~ benang, = ~ kain \nurat benang yang memanjang pada kain;\n\n\n~ beralun \nira kayu yang susunannya beralun dengan agak sekata;\n\n\n~ kasar \nira kayu yang gelang pertumbuhannya lebar dan jelas (dengan perbezaan yang ketara antara kayu awal dengan kayu akhir);\n\n\n~ lintang \nira kayu yang susunannya tidak selari dengan paksi utama kayu;\n\n\n~ lurus \nira kayu yang susunannya selari dengan permukaan memanjang kepingan kayu;\n\n\n~ pilin \nira kayu yang susunannya berpintal melingkungi paksi batang atau dahan pokok;\n\n\n~ rapat \nira kayu yang gelang pertumbuhannya nipis dan tidak berapa ketara." "iradat\n[Arab] kehendak, kemahuan (Tuhan):\nTuhan yang amat berkuasa melakukan kudrat dan ~-Nya." "iram\n[arkaik] berubah air muka, menjadi pucat." "iram-iram\npayung ~ \n[sastera lama] sejenis payung kerajaan, payung ubur-ubur.\nIranum\n suku kaum peribumi di Sabah yang tinggal di pesisiran pantai daerah Kota Belud yang aktiviti utamanya berkaitan dengan laut, juga dikenali dengan nama Iranon, Irranun, Illanun, Ilanun, Iranon-Meranao atau Meranao, dan dipercayai berasal dari Pulau Mindanao, Filipina." "irama\n1.\n ukuran masa atau tempo (pada muzik):\n~\n \nperlahan digantikan dengan yang rancak; \n2.\n panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur (pada lagu dan lain-lain), rentak:\npenari-penari sedang rancak menari mengikut ~; \n3.\n [kiasan] gaya, tingkah, ragam, rentak:\ncara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dengan perubahan suasana dan keadaan.\nberirama\n dengan (memakai) irama, berentak:\ngerak badan ~ \ngerak badan mengikut irama;\nmengiramakan\n memberikan irama (pada lagu dan lain-lain):\nkanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti." "irap I\nseakan-akan, hampir-hampir sama (pada rupa, warna, dan lain-lain)." "irap II\nkirap, kibas." "iras I\n= seiras\n asal daripada satu bahan dan tidak bersambung:\njenis keris Majapahit yang mempunyai hulu dan mata seiras; \nkeris ganja ~ \nkeris sepukal (keris yang hulu dan matanya dibuat daripada besi yang satu);\nmengiras\n merupakan satu (bukan bersambu" "iras II\n[Minangkabau];\nseiras, iras-iras\n hampir serupa (dengan), hampir semacam atau sama (dengan):\nmukanya iras-iras Mussolini; \nmereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; \nada iras-iras dengan \nhampir serupa dengan, mirip kepada;\nmengiras-iras\n menyerupai, mirip;\nmengiras-irasi\n menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dan lain-lain);\nkeirasan\n sifat (ciri-ciri dan sebagainya) yang hampir serupa dengan atau mirip kepada sesuatu:\nada ~ dengan konsep heroisme." "iras III\nirasan\n seni batik kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman (kain baldu untuk tekatan manakala kain kapas, kasa, sutera untuk sulaman)." "iri\nmengiri\n iri hati kepada, mencemburui, mendengki;\npengiri\n (orang yang) mudah iri hati, pendengki." "iri hati\n1.\n berasa (perasaan) tidak senang dengan kelebihan orang lain dan lain-lain, cemburu, dengki:\nada pula yang ~ melihat kemajuan yang telah dicapainya\n;\n2.\n berkeinginan untuk mencapai, menikmati atau memiliki sesuatu (kejayaan, kebaikan dan sebagainya) seperti yang dicapai, dinikmati atau dimiliki orang lain:\nkami juga ~ melihat kejayaan anak-anak Pak Ngah dan ingin mencontohi mereka; \nRazak Abdullah menyifatkan kejayaannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia adalah berkat rasa ~nya terhadap sikap pelajar Cina yang kuat belajar;\nberiri hati\n menaruh rasa iri hati, berdengki (hati);\nkeirihatian\n perihal (perasaan) iri hati." "iridium\n(Kimia) sejenis unsur logam." "iridologi\nkaedah mendiagnosis penyakit melalui pemeriksaan iris mata." "irigasi\npengairan:\nkita mesti memimpin orang desa bagaimana membangunkan ~ yang lebih baik." "irigator\nsejenis alat penyembur untuk membersihkan luka dan lain-lain." "irik\nmengirik\n \n1.\n menginja, memijak:\ndiiriknya batang itu dari kanan berguling ke kiri; \n2.\n memijak-mijak padi untuk meleraikan buah daripada tangkainya, memukul-mukul kacang (untuk mengupas atau memisahkan kacang daripada tangkainya):\nselepas ~, padi itu dijemurnya;\npengirik\n orang yang mengirik, alat untuk mengirik;\n \nkayu ~ \nkayu penebah." "iring I\nikut, turut;\n \ndarah ~ \n[Indonesia] darah yang keluar kemudian;\n \n~\n \ngemiring \n[Minangkabau] berlinang-linang (air mata);\n~ bertukar jalan, seia bertukar sebut \n(peribahasa) perihal beberapa orang yang berbeza dalam cakap (bicara) tetapi sama dalam maksud;\n \nmenohok kawan ~ \n(peribahasa) perihal orang yang mencelakakan kawan sendiri;\nberiring, beriringan\n berjalan dan lain-lain bersama-sama, berturut-turut:\nmereka berjalan ~;\nberiring-iring, beriring-iringan\n berjalan dan lain-lain berturut-turut, berjalan berjajar-jajar:\nitik ~ menuju ke air; \nmereka berjalan beriring-iringan;\nmengiring, mengiringi\n1.\n menemani untuk mengawal dan lain-lain, menyertai, mengikuti:\nhulubalang yang ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; \n2.\n berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dengan, menyertai, mengikuti:\nletupan yang dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; \ncatatan yang mengiringi karya-karya mereka;\nmengiringkan\n1.\n mengiringi:\ndua laksa orang berkuda ~ dia; \nsegala hulubalang dititahkan baginda ~ Bendahara; \n2.\n menyertakan, memasukkan (bersama-sama):\nbeberapa alasan diiringkan bersama-sama bantahannya; \ndiiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk \n(peribahasa) perihal sesuatu yang serba menyusahkan;\niringan\n1.\n yang mengiringi (mengikuti, menyertai):\nlagu Melayu asli dengan ~ Orkes Rindu Malam;\n~ kata = kata ~ \nkata aluan (pendahuluan, pengantar) pada buku dan lain-lain;\n2.\n = \niring-iringan\n arak-arakan, perarakan;\npengiringan\n perihal mengiringi;\npengiring\n orang dan lain-lain yang mengiring(i), pengikut, peneman:\nbarang-barang yang tidak berkenaan diberikan baginda pada orang muda-muda ~ baginda; \nlagu ~ dimainkan semula." "iring II\nlambung, samping, sisi:\nsedang mereka berpelukan itu diambillah gambar dari sebelah ~ mereka oleh jurugambar;\nmengiring\n1.\n dengan lambung (sisi) dihadapkan kepada sesuatu (orang dan lain-lain):\nduduknya tidak berhadapan lagi dengan aku, tetapi ~; \n2.\n di atas sisi (samping):\nletakkan botol itu ~; \n3.\n berbaring di atas sisi (lambung):\npuas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap;\nmengiringkan\n menghadapkan sisi (lambung) kepada sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung):\nia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan;" "iringan\nsisi, lambung, samping:\nanak itu terlena di ~nya; \ndia tertimpuh di sebelah ~ datuknya." "iris\n(Biologi) mata hitam." "irit I\n[Jawa] tidak boros, hemat, jimat;\nmengirit\n menghematkan, menjimatkan;\npengiritan\n penghematan, penjimatan;\npengirit\n orang yang tidak boros, penghemat, penjimat." "irit II\niritan\n heretan;\nheret." "iritasi\n(Perubatan) keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dan sebagainya) pada sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu rangsangan, kerengsaan." "iritis\n(Perubatan) radang pada iris." "ironis\nmenunjukkan atau bersifat ironi:\nAbdullah Hussain cuba menghidupkan situasi yang ~ dan menarik tentang sikap manusia yang berubah itu." "irung\nsejenis mangkuk (cawan) kecil untuk minum arak, sejenis guci." "irus\n[Jawa] cedok, pencedok, senduk." "is\n[kata seru] kata untuk menyatakan kekesalan (kebencian, kejijikan), his, isy." "ISA\n[kependekan] \nInternal Security Act \n(Akta Keselamatan Dalam Negeri)." "isbat\n[Arab] ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu);\nmengisbatkan\n mengesahkan, menetapkan, menentukan, mengukuhkan (kebenaran sesuatu);\npengisbatan\n penetapan, penentuan, pengesahan:\n~ yang jelas oleh Aquinas ini bukanlah bermakna manusia itu tidak ada kuasa." "ISBN\nkep\n International Standard Book Number." "iseng\n[Jakarta]\n1.\n berasa hampa (tidak melakukan sesuatu);\n2.\n melakukan sesuatu untuk mengisi-isi masa (supaya tidak hampa):\naku jalan-jalan ~ di sepanjang jalan Majapahit ini; \n3.\n tidak mahu tinggal hampa (suka mengganggu dan lain-lain);\niseng-iseng\n berlengah-lengah (berbuat sesuatu), melakukan sesuatu untuk menghabiskan masa dan lain-lain:\nberkawan dengan dia hanya ~ sahaja, kalau aku berasa sepi." "isi\n1.\n sesuatu yang termuat dalam sesuatu benda, kandungan:\napakah ~ bakul itu?; \nberapa gelen ~ tong itu?;\n~ surat; \n2.\n inti sari, pati:\ndalam puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dengan keindahan luar; \nia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; \n3.\n bahagian (pada buah dan lain-lain) yang bukan biji (yang dikandung oleh kulit):\n~\n \ndurian ini tebal dan manis pula rasanya;\n~ dada (hati, perut) \nperasaan atau fikiran;\n \n~\n \nkahwin \nmas kahwin (pemberian daripada bakal suami);\n \n~\n \nkampung (negeri dan sebagainya) \npenduduk kampung (negeri dan sebagainya);\n \n~\n \nperut \na) kandungan dalam perut (badan manusia dan lain-lain);\n b) segala yang tersimpan dalam hati (perasaan, fikiran, dan sebagainya);\n \n~\n \nrumah \nseluruh penghuni rumah;\n~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita \n(peribahasa) orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya;\n \nbagai ~ dengan kuku \n(peribahasa) perihal persahabatan yang sangat karib;\nseisi\n seluruh isi;\n \n~\n \nnegeri \nseluruh isi negeri;\n \n~\n \nrumah \nseluruh isi rumah;\nberisi\n1.\n mempunyai isi, tidak kosong:\nbintit-bintit itu ~ nanah; \npadi tidak ~; \n2.\n tidak kurus, gemuk:\npemuda yang berbadan gempal ~; \n3.\n = \nberisikan\n mengandungi, bermuat:\nbaldi yang ~ air mandi;\n 4.\n mempunyai:\n aku hanya ~ dengan ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal;\ntidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja \n(peribahasa) perihal orang yang dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi;\nmengisi\n menjadikan (sesuatu seperti beg, botol, dan lain-lain) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dan sebagainya) di sesuatu supaya berisi:\n~\n \nbotol dengan air; \nbuku-buku untuk ~ perpustakaan;\n~ adat \na) menjalankan segala peraturan adat;\n b) memenuhi (kewajiban dan lain-lain):\nbudaya tidak lagi ~ keperluan individu dan untuk kebahagian individu; \ntanggungjawab mereka untuk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan;\n~ jawatan \nmenempatkan pegawai pada (atau melantik seseorang memegang) jawatan yang kosong;\n \n~\n \nkemerdekaan \nmelaksanakan hak-hak yang telah diperoleh dengan kemerdekaan;\n \n~\n \nwaktu \nmelakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu;\nmengisikan\n memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dalam (sesuatu bekas dan lain-lain):\nminyak itu diisikan ke dalam botol; \nguru memberikan latihan-latihan seperti ~ perkataan pada tempat-tempat yang kosong;\nterisi\n sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh:\nbakulnya ~ dengan seekor ikan kurau dan sayur kangkung; \npulanglah perempuan muda itu dengan hajat yang ~;" "isi padu\nsukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas." "isian\n1.\n benda yang diisi(kan);\n2.\n ruang yang boleh diisi(kan), muatan, kapasiti;\n \nsurat ~ \nborang;\nperisian\n = \n~\n \nkomputer \nprogram atau atur cara komputer yang dapat digunakan dengan sistem komputer tertentu:\ndoktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dengan menggunakan ~ komputer yang direka khas;\n~ bersepadu \nperisian yang menggabungkan pelbagai ciri yang biasanya wujud secara berasingan dalam satu perisian yang besar dan bersepadu;\n \n~ kongsi \nperisian atau dokumen yang diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer;\npengisian\n perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan;\npengisi\n1.\n orang (alat) yang mengisi;\n \n~\n \npojok \npenulis ruangan sudut surat khabar;\n2.\n sesuatu yang diisikan;\n \n~\n \nperut \nmakanan dan minuman;\n \n~\n \nwaktu \npekerjaan dan lain-lain untuk mengisi masa lapang;\n3.\n tempat untuk mengisi:\n~ dawai; \n4.\n = \nangka ~\n (Matematik) angka-angka yang kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah:\n1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6;\n~ rata \n(Matematik) angka yang menjadi pengisi untuk lebih daripada satu nombor;\n \n~ tunggal \n(Matematik) angka pengisi yang tidak dapat dibahagi lebih lanjut." "isih\nberisih\n beratur;\nmengisih\n1.\n mengatur, menyusun:\npak cik pun mulalah ~ orang-orang yang duduk tidak teratur itu; \n2.\n mengasing-asingkan (menurut jenis, ciri-ciri tertentu, dan lain-lain):\n~ surat;\n~ kad-kad perbahanan perkamusan;\npengisihan\n1.\n perbuatan mengisih (mengatur, menyusun), pengaturan, penyusunan;\n2.\n perbuatan mengatur (mengasing-asingkan menurut jenis dan sebagainya), pengasing-asingan;\npengisih\n1.\n orang yang mengisih (mengatur, menyusun), pengatur, penyusun;\n2.\n orang yang kerjanya mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dan sebagainya), pengasing;\n3.\n alat untuk mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dan sebagainya), pengasing." "isikel\n(Geografi) ais berbentuk tirus yang tergantung pada bumbung, pokok dan sebagainya, yang terhasil daripada titisan air yang membeku." "isim\n[Arab]\n1.\n nama:\nia duduk sambil membaca ~ Allah; \n2.\n = \nisim-isim\n mantera yang mengandungi nama Tuhan;\n \ngila ~ \ngila yang berakibat daripada tersalah amal ilmu batin." "isirung\nbahagian isi pada tempurung sesuatu buah seperti kelapa dan sebagainya." "ISIS\nakronim bagi \nInstitute of Strategic and International Studies \n(Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa)." "isit\n[Jakarta] gusi." "islah\n[Arab]\n1.\n usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai;\n2.\n penyelesaian perbalahan dengan jalan baik atau dengan jalan damai." "Islam\nagama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW;\n \nmasuk ~\n menjadi orang yang beragama Islam;\n \norang (umat) ~\n orang (umat) yang beragama Islam;\n \nrukun ~\n teras yang terdiri daripada lima perkara yang wajib diamalkan oleh setiap umat Islam.\n~\n \nbaka \na) Islam kerana keturunan;\n b) orang Islam yang tidak patuh kepada agama;\nmengislamkan\n1.\n memasukkan seseorang ke dalam agama Islam, menjadikan beragama Islam:\norang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; \n2.\n mengkhatankan, menyunatkan:\nia hendak ~ anak sulungnya; \n3.\n menjadikan patuh kepada atau menyesuaikan dengan ajaran (ciri-ciri dan sebagainya) agama Islam;\nkeislaman\n hal atau keadaan yang berkaitan dengan Islam:\nsemangat kita haruslah semangat ~;\npengislaman\n perbuatan mengislamkan seseorang:\nupacara ~ beramai-ramai." "islamiah\n[Arab] yang berkaitan dengan atau berasaskan agama Islam:\nkegiatan dakwah ~." "islamik\n[bahasa percakapan] berdasarkan atau mengikut hukum Islam:\ntuduhan itu sendiri tidak ~ dan bersifat fitnah; \nkita perlu menonjolkan hiburan yang bercorak ketimuran dan ~ yang sesuai dengan budaya kita." "islamisasi\nusaha (proses dan sebagainya) menjadikan patuh kepada, sejajar dengan, atau sesuai dengan ajaran (ciri-ciri dan sebagainya) agama Islam, perihal mengislamkan, pengislaman:\ntujuannya ialah untuk membendung penerapan budaya barat bagi memastikan proses ~ berjalan lancar;\n~ undang-undang di Malaysia.\n\u2013\nisme\n \nakhiran asing\n kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan, misalnya \nradikalisme\n dan \nkomunisme.\nIsnin\n [Arab] hari kedua dalam seminggu, selepas hari Ahad." "isobar\n(Geologi) garisan pada peta yang menghubungkan tempat-tempat yang sama tekanan atmosferanya pada waktu tertentu." "isobaren\n[Indonesia] isobar." "isogami\n(Biologi) pembiakan seks yang melibatkan penyatuan dua gamet yang serupa dari segi struktur tetapi berlainan dari segi fungsinya." "isoglos\n(Geologi) garisan yang dilukis pada peta untuk melingkungi kawasan yang mempunyai ciri linguistik yang sama." "isohalin\n(Geografi) garisan pada peta yang menyambungkan tempat-tempat yang tahap kemasinannya sama." "isohiet\n(Geologi) garisan pada peta yang menghubungkan tempat-tempat yang mengalami curahan hujan yang sama banyak." "isolasi\n[Indonesia-Belanda] pengasingan, pemencilan, pemisahan." "isolir\n[Indonesia-Belanda];\nmengisolir\n mengasingkan (memencilkan, memisahkan) daripada yang lain." "isomer\n(Kimia) satu daripada dua atau lebih molekul yang mempunyai bilangan dan jenis atom yang sama, tetapi berbeza strukturnya;\nkeisomeran\n kewujudan dua atau lebih sebatian yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi berbeza dari segi sifat kimia dan fizik masing-masing;\n~ cis-trans \nkeisomeran pada sebatian yang ada ikatan ganda dua atau gelang tegar;\n \n~ struktur \nkeisomeran pada sebatian yang mempunyai formula struktur yang berbeza." "isomerisme\nkeisomeran." "isometrik\nyang mempunyai ukuran-ukuran yang sama." "isomorfisme\n(Linguistik) kesamaan struktur tatabahasa, fonologi, semantik dan sebagainya antara dua bahasa atau lebih." "isoprena\nunit molekul bagi getah asli." "isoritma\n(Seni Muzik) ulangan ritma yang sama walaupun notnya berlainan." "isostasi\n(Geografi) perubahan aras laut yang berpunca daripada pergerakan bumi." "isoterma\n(Geologi) garisan pada peta yang menghubungkan tempat-tempat yang sama suhunya, garisan sesuhu." "isotermen\n[Indonesia-Belanda] [Indonesia] isoterma." "isotop\n(Kimia) satu daripada dua atau lebih atom sesuatu unsur, yang sama nombor atomnya tetapi berlainan nombor jisimnya;\n \n~ karbon \nunsur karbon yang mempunyai nombor atom yang sama tetapi berbeza jisimnya (mis C-12, C-13, C-14, dan sebagainya)." "isotropi\n(Fizik) keadaan sesuatu bahan yang mempunyai sifat yang sama dalam mana-mana arah yang disukat." "Israfil\nmalaikat yang meniup serunai sangkakala." "Israk\n[Arab] peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari (dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa);\n \n~ Mikraj \n[Arab] peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, seterusnya naik ke Sidratulmuntaha, lalu kembali ke Mekah pada malam yang sama, yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul (3 tahun sebelum hijrah)." "istabrak\n[Arab] [arkaik] sejenis kain sutera;\nistibrak." "ISTAC\nakronim bagi \nIslamic Thinking and Civilization Institute\n (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam)." "istal\n[Indonesia] [arkaik] kandang kuda." "istana\nrumah kediaman raja atau ketua negara;\n \nbumi \n~\n \nki tanah air (tempat tumpah darah);\nberistana\n tinggal di istana, mempunyai istana." "istana kota\nistana yang dilingkungi oleh kota." "istanggi\nsetanggi." "isteri\n1.\n [bahasa halus] perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seseorang lelaki, bini:\nupacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; \nlaki ~ = suami ~ \nlaki dan bini bersama-sama;\n2.\n perempuan yang sudah berkahwin, wanita:\nkaum ~;\n~ muda \nisteri yang terkemudian dikahwini;\n \n~\n \ntua \nisteri yang terdahulu dikahwini;\nberisteri\n1.\n mempunyai isteri, berbini:\nbagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~; \n2\n. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini:\ndia sudah ~;\nberisterikan\n mempunyai seseorang sebagai isteri;\nmemperisteri\n mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini:\nsetelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda;\n memperisterikan\n memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki):\nbila anaknya telah galak lalu diperistikanlah dengan tidak usul lagi." "istiadat\n1.\n peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam:\ndia masih budak, tidak tahu akan ~; \nadat ~ \nberbagai-bagai adat dan kebiasaan;\n2.\n majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa (seperti pertabalan, perkahwinan, dan sebagainya), upacara:\n~ perkahwinan itu telah dijalankan dengan sempurna;\nberistiadat\n mempunyai (mengikut) istiadat:\nmajlis yang penuh ~;\nmengistiadatkan\n1.\n menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan;\n2.\n mengadakan istiadat (upacara)." "istibra\n[Arab] tempoh pantang bersetubuh bagi wanita tawanan perang yang bukan Islam." "istibrak\n[arkaik] sejenis kain sutera." "istifham\n[Arab] pengujian kefahaman." "istighfar\n[Arab]\n1.\n permohonan kepada Allah untuk diampuni, permohonan ampun (kpada Allah);\n \nmembaca (mengucap) ~\n mengucapkan astaghfirullah (meminta ampun kepada Allah);\n2.\n = \nberistighfar;\nberistighfar\n memohon ampun kepada Allah, mengucapkan kata astaghfirullah:\naku ~ panjang." "istihsan\n[Arab] penyimpangan daripada suatu dalil kias yang nyata kepada dalil yang tidak nyata." "istikharah\n[Arab];\nsembahyang ~\n sembahyang untuk memohon pedoman daripada Allah bagi memilih jalan yang lebih baik antara dua pilihan;\nberistikharah\n melakukan sembahyang istikharah." "istikmal\n[Arab] penggunaan, pemakaian;\nmengistikmalkan\n mempergunakan, memakai." "istikrar\n[Arab] pengakuan, pengukuhan, penetapan." "istilah\n[Arab] perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian):\n~\n \nilmu bahasa;\n~ sains;\n beristilah\n mempunyai (menggunakan) istilah:\nperkataan-perkataan Inggeris yang tidak ~ dalam bahasa Malaysia;\nmengistilahkan\n memberi istilah (nama) kepada konsep dan lain-lain yang tertentu, menamakan dengan istilah atau kata yang tertentu:\nRaja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yang lain, yang sekarang diistilahkan sebagai cerita pelipur lara;\nperistilahan\n yang berkaitan dengan istilah (pembentukan istilah dan sebagainya):\nberita ~ ;\npengistilahan\n hal mengistilahkan, pembentukan istilah:\nsains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yang tersusun, ~ yang seragam." "istima\n[Arab] [arkaik] pertimbangan (pendapat dan lain-lain) yang baik." "istimewa\n1.\n khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus:\nkami melihat pertunjukan itu dari satu pentas ~; \ngabungan sel yang ~ untuk menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu saraf; \n2.\n lain daripada yang lain, luar biasa:\nrombongan muhibah itu telah diberi layanan yang paling ~; \nsoal bahasa Kebangsaan menerima perhatian yang ~ dalam perdebatan Dewan Rakyat; \n3.\n = \n~ lagi = ~ pula \napa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya:\nnegeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; \nsedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~ pula kanak-kanak;\nmengistimewakan\n mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan \n~\n:\nkedudukan Malaya samalah dengan negara-negara lain yang ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang untuk eksport; \ntidak ada seorang pun yang diistimewakan dalam undang-undang negeri ini;\nteristimewa\n1.\n yang sangat khas, yang luar biasa, terkhusus:\nperkara yang ~ berkenaan dengan keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras; \n2.\n = \n~\n \nlagi = ~ pula \nterlebih lagi, terutama:\ntersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk;\n keistimewaan\n perihal istimewa:\nia mempunyai beberapa ~ jika dibandingkan dengan kawan-kawannya." "istinbat\n[Arab] amalan mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu;\nmengistinbatkan\n menyabitkan hukum berdasarkan al-Quran atau hadis tertentu:\nkesimpulan ini dapat difahami dan diistinbatkan daripada al-Quran dan hadis." "istinggar\n[sastera lama] sejenis senapang kuno:\nbunyi ~nya seperti kacang direndang." "istinjak\n[Arab] perbuatan membersihkan kemaluan (kerana membuang air besar atau air kecil) dengan menggunakan air, batu, atau tanah keras;\nberistinjak\n membersihkan atau menyucikan dubur dan kemaluan sebelum wuduk atau sesudah buang air." "istiqamah\n[Arab] ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama);\nberistiqamah\n melakukan istiqamah:\nJamilah sahajalah yang menjadi juruingat kepadanya selama ini untuk terus ~ menegakkan sembahyang di surau." "istirahat\n[Arab] keadaan atau suasana santai:\nkita memerlukan ~ yang cukup;\nberistirahat\n berhenti daripada melakukan sesuatu untuk menghilangkan penat lelah, berehat:\nwaktu ~ telah datang; \ndia akan ~ selama enam bulan;\n mengistirahatkan\n memberi (membiarkan) beristirahat;\n \n~\n \ndiri \nmelepaskan lelah;\nperistirahatan\n rumah (tempat dan lain-lain) beristirahat, rumah rehat:\nakhirnya aku tiba di danau Balaton, tempat ~ yang indah; \n= rehat." "istislam\n[Arab]\n1.\n menyerah diri;\n2.\n masuk Islam." "istisna\n[Arab] pengecualian;\nmengistisnakan\n mengecualikan." "isu\nperkara pokok, persoalan:\nkrisis Timur Tengah merupakan ~ penting yang dibincangkan dalam persidangan itu." "isy\n[bahasa percakapan] [kata seru] kata untuk menyatakan kekesalan (kebencian, kehairanan, kejijikan), is:\n~\n, \naku tak belilah benda yang boleh kita tanam." "isyak\n[Arab]\n1.\n = \nwaktu ~ \nwaktu setelah hilang cahaya merah di ufuk barat hingga terbit fajar;\n2.\n = \nfardu ~ = sembahyang ~ \nsembahyang fardu pada waktu isyak." "isyarat\n[Arab]\n1.\n segala sesuatu (seperti gerakan kepala, kejipan mata, lambaian tangan, dan lain-lain) yang dilakukan sebagai tanda, alamat:\nia melambaikan tangannya memberi ~ masuk ; \n2.\n [sastera lama] = \nilmu ~ \nilmu ghaib (sakti dan lain-lain):\ntetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~; \nmaka dinaiki punggung gajah dengan ~, maka berapa pun digerak tiada juga berjalan gajah itu;\nberisyarat\n mempunyai isyarat;\nberisyaratkan\n menggunakan sesuatu sebagai isyarat:\naksi yang lebih banyak ~ kenyitan dan kerlingan;\nmengisyaratkan\n1.\n memberi isyarat kepada, menggunakan sebagai syarat:\nia diisyaratkan oleh ibunya untuk memberi hormat kepada orang itu; \n2.\n memberi isyarat (dengan):\n ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; \n3.\n menggunakan sesuatu sebagai isyarat:\ndengan dua helai daun kayu yang diisyaratkan sebagai kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi;\n terisyaratkan\n dapat diisyaratkan:\nkemungkinan sesuatu yang tidak ~." "isytihar\n[Arab] pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran;\nmengisytiharkan\n mengumumkan, memaklumkan, mempernyatakan, memasyhurkan:\nia ~ pertunangannya; \ndi Kuala Lumpur diadakan istiadat besar ~ kemerdekaan;\nperisytiharan\n pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran:\nmereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan;\npengisytiharan\n perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman;\nterisytihar\n telah diisytiharkan." "IT\n[kependekan] \nInformation Technology \n(Teknologi Maklumat)." "itah\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat);\n \n~\n \nbesi \nakar ali, akar tanding, tongkat ali, \nSmilax myosotiflora;\n~ tembaga \nsejenis tumbuhan (pokok renek), dedawai, rancang besi, tongkat ali, \nSmilax calophylla." "italik\nbentuk huruf condong (dalam cetakan);\nmengitalikkan\n mencetak (menulis dan sebagainya) dalam italik:\ncontoh penggunaan ayat hendaklah diitalikkan." "itam\n1.\n hitam;\n2.\n [Perak] nama timang-timangan untuk anak yang ketujuh (Negeri Sembilan yang kelapan)." "item\n1.\n barang atau benda dalam sesuatu senarai atau kumpulan:\nbarangan yang saling melengkapi satu sama lain dan dijual dalam satu set dianggap sebagai satu ~;\n2.\n perkara: s\naya boleh menjelaskan bahawa hanya satu ~ belum diselesaikan." "iterbium\n(Kimia) sejenis unsur logam." "ithar\n[Arab] mengorbankan kepentingan diri sendiri untuk orang lain." "itik\nsejenis binatang yang lebih kecil daripada angsa, bebek;\n \n~\n \nmanila = ~ mandarin, Aix galericulata;\n~ nila = ~ surati \nitik ternakan \nCairina moschata\n;\n \n~\n \nair = ~ berkek = ~ laut \nbelibis (burung belebas);\n~ berenang dalam air (di laut) mati kehausan \n(peribahasa) menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi;\n \n~\n \nbertaji \n(peribahasa) orang yang sangat penakut tetapi sombong;\n \n~\n \ntak sudu, ayam tak patuk \n(peribahasa) sesuatu yang tidak berguna sama sekali;\n \nbagai ~ berebuntukan tembolok \n(peribahasa) perbantahan kerana sebab yang terlalu kecil;\n \nbagai ~ pulang petang \n(peribahasa) (berjalan) sangat lambat;\n \nmengajar ~ berenang \n(peribahasa) perihal membuat pekerjaan yang sia-sia;\n \nperkataan mengekor ~ jantan \n(peribahasa) perkataan yang menyindir (sombong);\n \nseperti ~ mendengar guntur \n(peribahasa) mengharapkan keuntungan yang tidak tentu datang;\n \ntak ada ~ yang bertenger \n(peribahasa) perkara yang mustahil." "itil\n[Jakarta] kelentit." "itinerari\nprogram sesuatu perjalanan atau lawatan (termasuk tempat-tempat yang dikunjungi)." "itlak\n[Arab] hal merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh;\nmengitlakkan\n merumuskan sesuatu secara umum atau menyeluruh;\nitlakan\n rumusan secara umum atau menyeluruh:\nsekurang-kurangnya penterjemah berupaya membuat ~ terhadap teks\n;\nkeitlakan\n perihal itlak;\npengitlakan\n perihal atau perbuatan mengitlakkan:\ndengan melihat kedua-dua contoh ini kita dapat membuat sedikit ~." "ITM\n[kependekan] Institut Teknologi Mara." "ITNM\n[kependekan] Institut Terjemahan Negara Malaysia." "itrium\n(Kimia) sejenis unsur logam berwarna kelabu gelap yang digunakan untuk membuat aloi, semikonduktor dan sebagainya." "ittifak\n[Arab] persamaan, persetujuan, permuafakatan, persesuaian." "itu\nkata penunjuk untuk benda (hal, tempat, waktu) yang jauh, lawan ini:\n~\n \nsiapa?; \nmotokar yang hitam ~ kepunyaan saya;\n~ dia \na) nah benarlah itu;\n b) [bahasa percakapan] padanlah, rasalah;\n \n~\n \njuga \nmacam itu juga (selalu sama saja);\n \ndalam pada ~ = dalam ~ pun \nbagaimanapun;\n \n~ pun \ndalam hal yang demikian, demikian itu (kalau), meskipun (kendatipun, walaupun) begitu, yang itu;\nitulah\n demikian halnya (akibatnya):\n~\n \nkalau suka main judi;\n~ anak yang nakal." "IUD\n[kependekan] \nintrauterine device \n(alat pencegah kehamilan yang diletakkan di dalam rahim)." "iwak\n[Kelantan] sejenis permainan judi." "iyal\n[Arab] orang yang menjadi tanggungan (anak buah, keluarga, dan lain-lain)." "izhar\n[Arab]\n1.\n hal menjadikan jelas (nyata, terang);\n2.\n hukum tajwid, iaitu menzahirkan atau membunyikan huruf dengan nyata tanpa didengungkan;\nmengizharkan\n1.\n menjadikan nyata alam ini;\n2.\n menzahirkan atau membunyikan huruf dengan nyata tanpa didengungkan." "izin\n[Arab] persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (daripada ibu bapa, ketua, dan sebagainya), perkenan (Allah):\ntauke itu belum lagi mendapat ~ untuk membuka kedai di sini; \ndengan ~ Allah;\nseizin\n = \ndengan ~ \ndengan kebenaran, dengan perkenan;\nmengizinkan\n memberi izin, memperkenankan, membenarkan:\nbudak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; \nkerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu;\nkeizinan\n kebenaran, keredaan, kerelaan:\nia memerintah negeri itu dengan ~ sultan;\npengizinan\n perbuatan mengizinkan (membenarkan);\npengizin\n orang yang memberi izin." "Izrail\nmalaikat yang mencabut nyawa seseorang." "izzah\n[Arab] kemuliaan atau kehormatan (diri):\nselaras dengan konsep ~ yang ditunjukkan Allah." "izzat\n[Arab] kehormatan, kemegahan, kemuliaan, dan lain-lain." "J I\n[kependekan] Jawatankuasa." "j II\nhuruf kesepuluh abjad Rumi." "jaat\n(Sunda) [arkaik] sejenis kacang panjang, \nPsophocarpus tetragonolobus." "jab\n[Johor] tetap (hati, fikiran, dan lain-lain), pasti:\n~ hati." "jabal I\n[Arab] gunung, bukit:\n~ Kaf;\n~ Uhud;\nmenjabal\n [arkaik] kelihatan besar seperti gunung." "jabal II\n[Jakarta];\nmenjabal\n merebut (milik orang), merampas, menyamun;\npenjabalan\n perampasan, perebutan, penyamunan." "jabang I\nkayu bercabang yang digunakan untuk meletakkan meriam, cagak." "jabang II\n[Minangkabau] [arkaik] jambang." "jabang III\n~ bayi \n[Jawa] kanak-kanak yang baru lahir, bayi." "jabar I\n[Arab] nama yang digunakan untuk gugusan bintang belantik, bintang tiga beradik (Orion)." "jabar II\nmenjabarkan\n [Indonesia] mengubah sesuatu bentuk menjadi bentuk yang lebih mudah difahami:\n~\n \npecahan;\npenjabaran\n perihal (perbuatan) menjabarkan." "jabat\nsejabat\n sepekerjaan:\nteman ~;\nberjabat\n =\n berjabat tangan;\nmenjabat\n1.\n=\n menjabat tangan\n memegang;\n2.\n [Indonesia] memegang sesuatu pekerjaan, menjawat:\nAli ~ pekerjaan itu selama dua tahun;\njabatan\n1.\n bahagian daripada pentadbiran kerajaan dan lain-lain yang mengurus tugas-tugas tertentu:\n J~ Perhutanan; \nJ~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; \n2.\n [Indonesia] kedudukan rasmi (dalam pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dan lain-lain) jawatan:\n menteri itu telah meletakkan ~nya;\n3.\n [Indonesia] tugas (dalam ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi:\nimbuhan mempunyai ~ tertentu dalam tatabahasa;\nberjabatan\n [Indonesia] mempunyai (memegang) jawatan, berjawatan;\npenjabatan\n jabatan;\npenjabat\n [Indonesia]\n1.\n pegawai dan lain-lain yang memegang sesuatu jawatan, pemegang jawatan;\n2.\n orang yang mengerjakan pekerjaan (atau memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu jawatan);\npejabat\n1.\n bangunan (ruang, bilik, dan sebagainya) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan:\n~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut;\n~ pos; \nbudak ~ \npenyelenggara pejabat, peon;\n \nibu ~ \npusat pentadbiran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia] jabatan;\n3.\n [Indonesia] pegawai kerajaan yang memegang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat." "jabat tangan\nberjabat tangan\n memegang (menggenggam) tangan (satu sama lain) sambil menggoncang-goncangnya (sewaktu berjumpa, diperkenalkan, dan lain-lain) sebagai tanda kemesraan, (saling) bersalaman:\nsetelah ~ dengan sekalian yang hadir barulah dia duduk;\nmenjabat tangan\n berjabat tangan (dengan seseorang),bersalaman:\ndia ~ kami semua sebelum masuk ke dalam rumah." "jabil\n[Perak] pundi-pundi, uncang, undil (dibuat daripada kain atau mengkuang)." "jabing\ntelinga ~ \ntelinga yang besar;\nmenjabing\n menarik telinga." "jabir I\nberjabir-jabir\n \n1.\n cobak-cabik, bercabiran, koyak-koyak;\n2.\n [Indonesia] longgar terkulai-kulai (berkenaan (dengan) baju yang longgar)." "jabir II\n[Kelantan] tempat mengisi barang-barang (dibuat daripada kain, mengkuang, plastik), raga, bakul." "jabu I\n[Kedah];\nberjabu\n berkepul (abu, asap)." "jabu II\n[Kelantan] bulu;\nberjabu\n berbulu, berserabut." "jabun\n1.\n belukar, semak;\n2.\n daun pokok (yang lebat)." "jabung I\nsejenis perekat yang dibuat daripada gambir dan damar (digunakan untuk melekatkan keris pada hulunya), gala-gala, pakal." "jabung II\njebung\n." "jadah\nkata makian (selalunya untuk menunjukkan kemarahan):\napa ~nya yang dia menyibuk itu?;\nharam ~\na) anak yang lahir daripada ibu dan bapa yang tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah;\n b) kata makian." "jadam I\nsejenis ubat berwarna hitam yang digunakan untuk perut (dibuat daripada kayu gaharu atau daun lidah buaya)." "jadam II\ncampuran logam yang berwarna biru tua atau hitam (digunakan untuk melekatkan atau melapiskan perak)." "jadar I\n[Kelantan] merempuh, menyerbu." "jadar II\nsejenis tumbuhan (pokok besar), mempari, \nMelletia hemsleyana." "jadi I\n1.\n (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, berlangsung:\nAli ~ pergi ke Ipoh; \n2.\n berhasil, berjaya:\nakhirnya ~ juga pekerjaan itu; \n3.\n selesai (dikerjakan);\n \ntidak ~ \ngagal, tidak berhasil;\n4.\n lahir, dilahirkan;\n \nhari ~ \na) hari dilahirkan;\n b) [Indonesia] hari natal (Krismas);\n \nsejalan ~ \nsaudara seibu;\n \nsemula ~ \nsejak lahir (berkenaan (dengan) bakat dan lain-lain);\n5. = jadinya\n kerananya, kerana itu:\nibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; \n6. = jadilah\n (ber)setuju:\ndia ~ hendak membeli tanah itu dengan harga yang ditetapkan; \nkalau begitu, ~; \n7.\n bertukar kepada:\nsepatutnya boleh sampai ke rumah dalam masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; \n8.\n sudah siap (dibuat), sudah selesai:\nbaju yang sudah ~ ;\nboleh ~ \nmungkin, barangkali;\n~ alas cakap \n= \n~ pelapik kaki \n(peribahasa) hadiah (sagu hati) yang diberi kepada seseorang yang telah berjasa;\n \n~ air mandi\n (peribahasa) perkara yang sudah menjadi kebiasaan;\n \n~ bapa kuda \n(peribahasa) orang lelaki yang suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan;\n \n~ bumi langit \n(peribahasa) orang yang sangat diharapkan;\n \n~ dinding lasak peti manian \n(peribahasa) orang yang menjadi harapan raja;\n \n~ kuda beban \n(peribahasa) orang suruhan;\n \n~ penghubung kaki tangan \n= \n~ penghubung mata telinga \n(peribahasa) tempat harapan yang selalu memberi pertolongan;\n \n~ penghubung hujung lidah (mulut) \n(peribahasa) orang yang menyampaikan pesanan seseorang;\n \n~ teluk olakan air\n (peribahasa) perdebatan yang hanya berkisar pada satu masalah;\n \nlubuk ~ pantai, pantai ~ lubuk \n(peribahasa) nasib manusia itu tidak tetap, adakalanya senang, adakalanya susah;\nsejadinya\n asalnya (semula jadi):\nakal manusia dengan keadaan ~ mengandungi sebahagian daripada makrifat semula jadi;\nsejadi-jadi, sejadi-jadinya\n sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya:\nberteriak ~ ;\nmenjadi\n1.\n untuk dikenali (diiktiraf, dianggap, dan lain-lain) sebagai, untuk memegang jawatan (peranan dan lain-lain) sebagai:\ndia terpilih ~ ratu kebaya; \ndilantik ~ pengerusi jawatankuasa; \n2.\n bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dan lain-lain) sebagai:\ndialah yang ~ ketua dalam kumpulan itu; \n3.\n bertukar atau beralih kepada sesuatu keadaan (bentuk dan lain-lain):\ntempat yang kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; \nair yang tadinya jernih, kini ~ keruh; \n4.\n berjaya seperti yang diharap-harapkan:\ndia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; \n5.\n menjelma sebagai;\nmenjadi-jadi, berjadi-jadi\n bertambah-tambah (banyak, besar, hebat, keras, dan lain-lain):\nsetelah kena hujan demamnya ~;\nmenjadikan\n1.\n membuat:\nmereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; \n2.\n menyebabkan:\nkelakuan beginilah yang selalu ~ orang tua kamu susah; \n3.\n menimbulkan:\nkelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; \n4.\n mencipta, mewujudkan:\nTuhanlah yang ~ alam semesta ini; \n5.\n mengangkat (memilih) sebagai:\nmajikannya telah ~nya pengawas perusahaan itu;\nterjadi\n (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dan lain-lain):\nkebakaran itu ~ disebabkan oleh kerosakan elektrik;\n~ daripada \n[Indonesia] terdiri (terbentuk) daripada:\nbahan itu ~ daripada beberapa unsur;\njadi-jadian, jadian\n1.\n manusia yang boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau):\nharimau ~; \nilmu ~ \nilmu yang membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dan lain-lain;\n2.\n nampak tidak seperti yang sebenarnya:\nbunga ~;\nkejadian\n1.\n perkara yang berlaku, peristiwa:\npolis telah menyiasat ~ itu; \n2.\n perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran:\n~ langit dan bumi; \nilmu ~ \npengetahuan untuk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan;\n3.\n [Indonesia] (sudah) berlaku, terjadi:\nhal itu boleh ~ pada setiap orang; \nhal-hal yang ~ di merata tempat;\npenjadian\n perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan;\npenjadi\n [arkaik] orang dan lain-lain yang membuat (menjadikan) sesuatu." "Jadi II\nbintang ~ \ngugusan bintang yang kesepuluh (Capricornus) dalam zodiak (bintang dua belas);\n \ngarisan ~\n garis lintang yang letaknya 23 26\u2032 di selatan khatulistiwa." "jadual\n1.\n daftar atau senarai fakta (keterangan dan lain-lain) yang tersusun biasanya dalam bentuk lajur;\n2.\n susunan acara atau perkara-perkara yang diatur mengikut masa yang ditentukan:\nmenurut ~, persidangan itu akan diadakan pada pertengahan bulan November ini;\n~ berkala \n(Kimia) susunan unsur-unsur mengikut tertib pertambahan nombor atom, dengan unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa ditempatkan dalam kumpulan yang sama (ada lapan belas kumpulan mengikut susunan menegak dan tujuh kala mengikut susunan mendatar);\n \n~ waktu \nsusunan perkara-perkara (mata pelajaran di sekolah dan lain-lain) mengikut waktu (jam dan hari);\nberjadual\n berperancangan (dari segi tempoh melaksanakan sesuatu):\nsukar bagi kita mengawal pelaksanaan kerja yang tidak ~;\nmenjadualkan\n1.\n membuat jadual (waktu dan lain-lain);\n2.\n menentukan waktu (untuk mengerjakan sesuatu):\nkursus itu dijadualkan bermula pada minggu depan;\npenjadualan\n perbuatan (kerja, tindakan) menjadualkan (membuat jadual);\npenjadual\n1.\n orang yang menyediakan jadual;\n 2\n. alat pada mesin taip yang digunakan untuk menyusun data dalam lajur." "jae\n= jahe." "jag\nbekas (biasanya bertangkai dan berbibir) untuk mengisi air dan sebagainya;\n \n~ cerek \njag yang boleh digunakan untuk memasak air." "jaga\n1.\n dalam keadaan tidak tidur atau sudah bangun (daripada tidur):\nkanak-kanak itu masih ~; \nsemalam suntuk saya ~;\n2.\n kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dan lain-lain):\nAli, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam \nberkawal (pada waktu malam);\n \nrumah ~ \nrumah tempat orang berkawal;\n \nwang ~ \n[Indonesia] wang cadangan (wang yang disimpan untuk digunakan apabila kekurangan wang dan sebagainya);\n3.\n orang yang berkawal (mengawas):\nseorang ~ tercegat di depan bank itu;\n~ kereta \n[bahasa percakapan] atendan letak kereta\n;\nberjaga\n1.\n tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dan sebagainya):\nAhmad ~ hingga ke pagi; \n2.\n berawas:\npihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu;\nberjaga-jaga\n1.\n tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dan lain-lain), merayakan (perkahwinan dan lain-lain) beberapa hari berturut-turut:\nmaka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda baginda dengan tuan puteri itu; \n2.\n berwaspada, berhati-hati, berawas-awas:\nmereka ~ apabila melalui titi yang sempit itu;\nmenjaga\n1.\n mengawal, mengawas:\nParlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; \ntembok itu dibina untuk ~ bahaya bah; \n2.\n memelihara, membela, mengasuh:\ndia ~ ketiga-tiga orang anaknya; \n3.\n memberi perhatian kepada, memelihara:\ntiap-tiap orang patut ~ kesihatan dirinya sendiri; \n4.\n berikhtiar atau berusaha (supaya):\nkita mestilah ~ bersungguh-sungguh supaya perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi;\nmenjagakan\n membangunkan (daripada tidur), menggerakkan:\nibu ~nya pada pukul enam pagi;\nterjaga\n1.\n terbangun atau tersedar (daripada tidur):\ndia ~ daripada tidur kerana bunyi bising itu; \n2.\n terkawal, terpelihara:\nsetiap tutur katanya ~ ;\njagaan\n1.\n pengawasan, kawalan:\norang itu masih dalam ~ polis; \n2.\n peliharaan, belaan:\nbudak itu di bawah ~nya;\nkejaga-jagaan\n tidak dapat tidur semalam suntuk;\npenjagaan\n hal atau perbuatan menjaga;\npenjaga\n1.\n orang yang mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dan lain-lain):\nsekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; \n2.\n penunggu, hantu (atau makhluk halus) yang menunggu sesuatu tempat (seperti pohon, batu, sungai, dan lain-lain):\norang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; \n3.\n orang yang sangat cermat (berhati-hati);\n4.\n [arkaik] wang jaga-jaga." "jagabaya\n[Jawa] [arkaik] pegawai keamanan kampung." "jagak\n[Kelantan];\n~ lelanang\n kacak dan berani, sombong dan berani mati." "jagal I\nperniagaan (secara) kecil-kecilan, dagang runcit;\nberjagal\n berniaga secara kecil-kecilan, berdagang runcit;\njagalan\n1.\n barang yang dijual secara runcit;\n2.\n barang yang rendah mutunya;\npenjagalan\n perbuatan atau usaha berniaga secara kecil-kecilan;\npenjagal\n orang yang berniaga secara kecil-kecilan, pedagang runcit." "jagal II\n[Jawa] orang yang menyembelih (lembu dan lain-lain), pembantai;\nmenjagal\n menyembelih (lembu dan lain-lain), membantai;\npenjagalan\n1.\n perbuatan menjagal;\n2. = pejagalan\n tempat orang menyembelih lembu dan lain-lain." "jagang\n[Jawa]\n1.\n tiang untuk menyokong (rumah dan lain-lain), tiang penopang (penyokong);\n2.\n sejenis parit (yang dibuat di sekeliling benteng, istana, dan lain-lain)." "jagat I\nalam, dunia;\nsejagat\n seluruh dunia, sedunia, antarabangsa:\nmanusia ~ ;\nmenyejagatkan\n menjadikan sesuatu (nilai, alam, dan lain-lain) sejagat:\nnilai-nilai klasik baru yang disejagatkan;\n kesejagatan\n hal (keadaan, sifat) sejagat, keuniversalan :\n ~ Islam yang tidak membezakan asal-usul keturunan dan bangsa;\n penyejagatan\n perihal atau proses menyejagatkan sesuatu\n: ~ alam tempatan dalam alam Islam." "jagat II\nbintik-bintik perang kehitam-hitaman pada kulit (biasanya pada muka) kerana kena cahaya matahari, tetua." "jagatraya\n[arkaik] seluruh dunia." "jago\n[Jawa] jaguh." "jaguar\nsejenis binatang liar yang rupanya seakan-akan harimau bintang tetapi ekornya lebih pendek dan tompok-tompok pada badannya lebih besar, biasanya terdapat di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, \nPanthera onca." "jaguh I\n1.\n ayam jantan;\n2.\n calon (dalam sesuatu pemilihan):\ndalam pilihan raya yang akan datang dialah ~ UMNO di kawasan ini;\n3. = jagoan\n [Jakarta] orang yang terkemuka (ahli) dalam sesuatu lapangan:\nRustam seorang ~ politik;\n~ gelut \norang yang suka berkelahi (bergomol);\n \n~ kapuk \n[Indonesia] bekas pemain (bola dan sebagainya);\n \n~ keprok\n [Indonesia] [arkaik] orang yang menjadi tukang pukul;\n ~ tinju \njohan tinju, orang yang kerjanya bertinju;\nmenjaguhi\n menjadi jaguh (terkemuka) dalam (sesuatu bidang dan sebagainya):\ndia memang berusaha keras untuk ~ permainan itu kali ini;\nmenjaguhkan\n menjadikan calon, mencalonkan;\nkejaguhan\n perihal menjadi jaguh (orang yang ahli dalam sesuatu lapangan), kehandalan, keunggulan:\nBahri memperlihatkan ~nya." "jaguh II\n1.\n ~ padang, \nsejenis burung,\n Eupodetis bengalensis; \n2.\n ~ rumput, \nsejenis burung,\n Otis tarda." "jagung\nsejenis tumbuhan yang buahnya bertongkol dan berbijirin yang boleh dimakan, \nZea mays;\nsetahun ~ \n= \nseumur ~ \na) lebih kurang 100 hari (tiga bulan);\n b) terlalu muda;\nberjagung-jagung\n \nbaik ~ sementara padi belum masak \n(peribahasa) sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu;\nmenjagung\n1.\n menyerupai biji jagung;\n2.\n mulai tumbuh (padi, gigi, penyakit cacar, dan lain-lain)." "jagur\nbagur, besar tubuh (jika dibandingkan dengan umurnya);\n \nsi ~ \n= \npenjagur\n [Indonesia] meriam kuno yang besar (sekarang disimpan di muzium Jakarta)." "jah I\nkebesaran, kemegahan, kemuliaan." "jah II\n[Kelantan] sahaja." "jaha\nsejenis tumbuhan (pokok), johar, \nCassia siamea.\nJahai\n penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Negrito, yang tinggal di Hulu Perak (Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor) dan Hulu Kelantan (Sungai Rual dan Jeli)." "jahan\n1.\n sejenis ikan laut (ridipnya berbisa), \nArius thalassinus; \n2.\n sejenis ikan laut \nNeroma thalassinus." "jahanam\n[Arab]\n1.\n = \nneraka ~ \nlaut api di akhirat tempat orang-orang yang tidak mengikut perintah Allah menerima hukumannya:\norang yang tidak mengikut perintah Allah akan dimasukkan ke dalam neraka ~;\n2.\n orang yang jahat lagi terkutuk:\nkau boleh pergi dari sini ~ ; \n3.\n rosak:\njam itu telah~;\nmenjahanamkan\n1.\n membinasakan, memusnahkan:\nbom yang digugurkan telah ~ beberapa buah bangunan; \n2.\n merosakkan:\nmereka dilarang ~ barang-barang mainan itu;\n3.\n meruntuhkan:\nkita tidak seharusnya ~ rumah tangga orang lain; \n4.\n mengutuk, menyerapah;\npenjahanam\n orang yang menjahanamkan sesuatu (harta benda, kehidupan orang lain dan sebagainya), pemusnah:\nada antara mereka yang bermuka-muka sebagai pembela rakyat, tetapi sebenarnya ~ dalam serba hal." "jahang I\nmerah tua." "jahang II\nbahasa yang kasar;\nmenjahang\n1.\n mengherdik;\n2.\n menghamun, memaki hamun." "jahar\n[Arab] nyaring, lantang." "jaharu\n[sastera lama]\n1.\n (orang yang) hina: \n2.\n penjahat." "jahat\nburuk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dan lain-lain);\n \norang ~\n orang yang berkelakuan tidak baik;\n buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali \n(peribahasa) membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yang buruk hendaklah dihindarkan;\nsejahat-jahat\n bagaimana (betapa) jahat sekalipun:\n~ harimau itu tidak akan sanggup memakan anaknya sendiri;\nberjahat\n melakukan perbuatan jahat:\nAli dikatakan pernah ~ dengan Tipah;\n berjahatkan\n [sastera lama] memfitnah, memburukkan:\nmaka Laksamana berdatang sembah ~ Bendahara;\nmenjahati\n melakukan perbuatan jahat terhadap:\nkita dilarang ~ orang yang lemah;\nmenjahatkan\n1.\n menyebabkan jahat;\n2.\n memfitnah, memburukkan;\nkejahatan\n kelakuan atau perbuatan yang jahat;\npenjahat\n orang yang berbuat jahat (seperti pencuri, penyamun, dan lain-lain);\n~ perang \na) orang yang menyebabkan (menimbulkan) peperangan;\n b) askar-askar musuh yang menganiaya tawanan atau penduduk negeri yang diduduki." "jahe\n[Indonesia] halia, \nZingiber officinale." "jahid\n= zahid." "jahil\n1.\n [Arab] tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dan lain-lain), bodoh:\nDolah ~ dalam hal agama; \n2.\n cetek pengetahuannya;\n~ basit \n(orang yang) jahil tetapi sedar akan kejahilannya;\n \n~ murakab \n(orang yang) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya;\n \n~ teropong \n[Kelantan] bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang;\n \n~ tukil \n[Kelantan] terlalu jahil;" "jahiliah\n[Arab] gelaran kepada umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad) yang tidak menerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam);\n \nzaman ~ \nzaman sebelum kedatangan Islam." "jahit\nmenyambung sesuatu (kain dan lain-lain) dengan menggunakan jarum dan benang;\n jenis-jenisnya:\n~ cengkam;\n~ bunga padi;~ lubang;\n~ sangkut;\n~ silang pangkah; \ntukang ~\n = \npenjahit;\nberjahit\n (telah) dijahit:\nsehelai kain sarung yang belum ~; \ndua helai kain putih yang sudah siap ~;\nmenjahit\n1.\n menyambung sesuatu (kain dan lain-lain) dengan menggunakan jarum dan benang:\ndia tidak biasa ~ dengan menggunakan mesin jahit; \n2.\n membuat pakaian:\nkakak sedang ~ pakaian untuk hari raya;\njahit-menjahit\n pekerjaan menjahit (membuat pakaian dan sebagainya):\ndia membuka sebuah sekolah ~;\nmenjahitkan\n1.\n menjahit untuk orang lain:\nAminah ~ adiknya baju; \n2.\n menjahit sesuatu dengan (sesuatu) yang lain:\ndia ~ lengan baju itu dengan bahagian badannya;\njahitan\n1.\n cara menjahit;\n2.\n benda yang dijahit;\n3.\n hasil menjahit;\npenjahitan\n perbuatan (kerja) menjahit;\npenjahit\n1.\n orang yang kerjanya membuat pakaian, tukang jahit;\n2.\n jarum yang digunakan untuk menjahit." "Jahut\npenduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang tinggal di daerah Temerloh dan Jerantut di Pahang." "jail I\ntali ~\n = \npenjail\n joran yang digunakan untuk menangkap udang (punai dan lain-lain)." "jail II\n[Jakarta]\n1.\n dengki;\n2.\n suka mengusik;\nmenjaili\n1.\n mendengki;\n2.\n mengusik." "jaing\nsejenis tumbuhan (pokok), \nRhodamnia trinervia." "jais\ntidak berbekas;\n= kalis\n." "jaiz\n[Arab] apa yang diharuskan (menurut agama Islam) tetapi boleh juga tidak dikerjakan." "jaja\nberjaja\n \n1.\n mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dan sebagainya) dengan membawa barang dagangan berkeliling untuk dijual:\nYahya didenda kerana ~ tanpa lesen; \n2.\n berjual:\ndia dilarang ~ di situ;\nmenjajakan\n1.\n menjual barang dagangan dengan membawanya berkeliling:\nriuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masing-masing; \n2.\n [kiasan] menyebarkan (menyatakan dan sebagainya) ke sana sini atau merata-rata:\nMenteri Pendidikan menasihatkan rakyat supaya tidak terperangkap dengan fikiran sempit golongan yang ~ pendapat mereka sebagai sesuatu yang mutlak;\n~ khabar;\njajaan\n benda atau barang yang dijajakan;\npenjajaan\n perbuatan (kerja) menjajakan;\npenjaja\n orang yang berjaja:\nseorang ~ telah dikenakan denda sebanyak RM100." "jajah\nmenjajah\n \n1.\n pergi dari satu tempat ke tempat lain, menjelajah:\nkami telah ~ ke seluruh tempat itu; \n2.\n menakluk dan memerintah sesuatu daerah:\nsebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan pusat kebudayaan Melayu;\n3\n. [kiasan] menakluki, menguasai:\nperistiwa semalam sedang ~ pemikiran Sagid;\nterjajah\n dalam keadaan dijajah:\nkita mesti membantu perjuangan rakyat yang masih ~;\njajahan\n1.\n kawasan yang termasuk dalam satu pentadbiran:\nnegeri Johor dengan segala ~nya; \n2.\n daerah atau kawasan (negeri dan lain-lain) yang ditakluki:\ntanah ~ British; \njalan ~\n [Indonesia] jalan kecil, lorong;\npenjajahan\n perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau kawasan lain):\ndia berjuang untuk menamatkan ~ di negeri itu;\npenjajah\n bangsa (negeri) yang menjajah sesebuah negeri lain." "jajak\n[Jakarta];\nmenjajak, menjajaki\n menduga, mengajuk." "jajal\n[Jakarta];\nmenjajal\n mencuba." "jajan\n[Jakarta] = \nberjajan\n membeli kuih dan lain-lain, mengudap;\n \nwang ~ \nwang pembeli kuih dan lain-lain." "jajap\nmenjajap\n menjelajah;\npenjajap\n sejenis kapal perang Bugis;\n \nseperti ~ berpaling hendak hilir \n(peribahasa) perempuan yang keluar dari rumahnya dan berjalan dengan hebatnya serta menarik." "jajar I\nbanjar, baris, deret;\nsejajar\n1.\n terletak sebaris, sederet, sebanjar:\nrumahnya ~ dengan rumah saya; \n2.\n sama (tingkat, darjat, dan lain-lain), setaraf:\nkedudukannya sekarang ~ dengan kedudukan orang-orang kaya; \n3.\n selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah:\ndua garisan yang ~;\nmenyejajarkan\n1.\n membuat supaya sebaris, sederet;\n2.\n menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan;\nkesejajaran\n perihal (keadaan dan sebagainya) sejajar:\nsebuah drama yang baik apabila adanya ~ antara perkembangan plot dengan pembinaan perwatakan;\npenyejajaran\n1.\n persamaan taraf (tingkat, darjat);\n2.\n perselarian, persamaan arah dan jarak di antaranya;\nberjajar\n berderet, berbaris, berbanjar;\nberjajaran\n berderet-deret, berbaris-baris, berbanjar-banjar:\npokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu;\nmenjajarkan\n1.\n mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris), menjadikan selaras;\n2.\n menyamakan kedudukan (darjat dan lain-lain), menyetarafkan;\njajaran\n deretan, barisan, banjaran;\n \n~ genjang \n[Indonesia] segi empat selari;\npenjajaran\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menjajarkan." "jajar II\n[Minangkabau] = \njajaran\n alur bekas ditenggala, parit;\nmenjajar\n menenggala;\nmenjajarkan\n mengheret, menyeret;\nterjajar\n terseret:\npemuda itu ~ ke belakang." "jajat I\nmengejek, mengajuk, menggiat." "jajat II\n[Kelantan];\nmenjajat\n berjalan merata-rata, mengembara." "jak I\n[Kelantan] cara menikam (dengan deras)." "jak II\n[Kelantan] raga besar." "jak III\n[Kelantan] semenjak, dari." "jaka I\nbermain guli." "jaka II\n[Jawa] jejaka." "jakah\n[Kelantan] langkah." "jakal\nsejenis anjing hutan yang berbulu kuning, \nCanis aureus." "jakas\nsejenis tumbuhan (pokok), mengkuang, \nPandanus spp." "jaket\n1.\n sejenis kot pendek berlengan dan terbuka di depan, labuhnya hingga ke punggung;\n \n~ keselamatan \nsejenis jaket tidak berlengan yang boleh dikembungkan, biasanya digunakan ketika kecemasan dalam air;\n2.\n balutan yang direka bentuk untuk melindungi kulit buku;\nberjaket\n memakai jaket:\n Emil ~ kulit berwarna hitam\n." "jaki\nberasa marah, meradang." "JAKIM\nakronim bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia." "jaksa\n[Indonesia] pendakwa raya, pegawai undang-undang yang mengemukakan tuduhan dan menyampaikan dakwaan dalam proses perbicaraan di mahkamah;\n~ agung \npeguam negara;\n \n~ panitera \npegawai yang menuntut perkara dalam pengadilan negeri;\n \n~ tinggi \njaksa yang bekerja di mahkamah tinggi;\nkejaksaan\n1.\n pejabat jaksa;\n2.\n kekuasaan untuk menuntut perkara." "jaksi\n[Indonesia] ;\n \ntopi ~ \nsejenis topi (yang dibuat daripada mengkuang)." "jakun I\n[Minangkabau] halkum." "Jakun II\npenduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan)." "jakuzi\nsejenis tab mandi, kolam dan sebagainya yang airnya sentiasa berpusar untuk mengurut badan." "jala I\nsejenis alat berbentuk jaring yang digunakan untuk menangkap ikan;\n~ anding \nsejenis jala untuk menangkap ikan anding;\n \n~ rambang \nsejenis jala yang mempunyai mulut besar;\n \n~ rambut \nkain net kecil daripada nilon yang digunakan untuk menutup rambut wanita agar kelihatan kemas;\n \n~ tambang \nsejenis jala untuk menangkap ikan tambang;\n \n~ udang \nsejenis jala kecil untuk menangkap udang;\n \nikan terkilat, ~ tiba \n(peribahasa) sangat cepat dapat menangkap maksud perkataan orang, tindakan yang cepat;\njala-jala, jejala\n sesuatu yang menyerupai jala (kisi-kisi dan lain-lain), bahagian atau dinding rumah yang berlubang-lubang (berkerawang dan lain-lain) tempat angin masuk;\n \n~ rambut \njala rambut;\nberjala\n1.\n mempunyai jala;\n2.\n menyerupai (berbentuk) jala:\ntumbuhan itu, uratnya berkayu dan ~;\nmenjala\n menangkap ikan dengan menggunakan jala;\n \nsiapa ~ siapa terjun \n(peribahasa) siapa yang ingin sesuatu dialah yang harus berusaha;\npenjalaan\n perbuatan (kerja) menjala;\npenjala\n orang yang menjala." "jala II\n~ mas \n[Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada telur." "jalad I\n[Arab] algojo, pertanda." "jalad II\n[Indonesia] hawa sejuk yang boleh membekukan air." "jalak I\n1.\n sejenis burung (termasuk jenis burung tiung, tetapi agak kecil sedikit), \nSturnupostor jalla; \n2.\n = \nayam ~ \nayam jantan yang berani (digunakan untuk bersabung);\n3.\n [kiasan] orang yang berani." "jalak II\nsejenis perahu layar (bertiang satu atau dua) yang digunakan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia." "jalal\n[Arab] kebebasan, kemuliaan, keluhuran." "jalan\n1.\n tempat lalu lintas (untuk orang, kenderaan, dan lain-lain): \nbelanja membuat ~;\n 2.\n tempat yang harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat (ruang) tertentu, laluan:\ntolong tunjukkan ~ ke rumah datuk penghulu;\n~ laut\n laluan yang diikuti di laut untuk pergi ke sesuatu tempat;\n3.\n gerakan (kereta, enjin, dan lain-lain):\nkereta itu sangat laju ~nya; \njam itu cepat ~nya; \n4.\n perkembangan sesuatu peristiwa (cerita, perundingan, dan lain-lain):\n~ cerita; \n5.\n cara, ikhtiar, usaha:\nsemua ~ untuk mencapai perdamaian telah pun difikirkan; \nitulah ~ yang baik sekali untuk kamu; \nmencari ~ \nberikhtiar, berusaha;\n6.\n [bahasa percakapan] dapat diterima (atau dipakai), laku, berhasil:\ntemberang engkau itu tak ~ di sini; \n7.\n [Indonesia] perangai, tingkah laku;\n8.\n [bahasa percakapan] berangkat, pergi (meninggalkan sesuatu tempat):\nselamat ~;\n~ bahasa\n cara penggunaan bahasa yang khas dalam sesuatu bahasa;\n \n~ belakang \na) jalan masuk melalui pintu belakang;\n b) [kiasan] cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan;\n \n~ buntu \na) jalan yang tidak bersambung lagi;\n b) = \nmenemui ~ buntu \nterhenti (mesyuarat dan lain-lain) kerana tidak ada kata sepakat, kandas;\n \n~ cagak\n \n(tiga, empat, dan lain-lain)\n jalan yang bercabang (tiga, empat, dan lain-lain);\n \n~ damai \ncara (ikhtiar) mencapai perdamaian;\n \n~ enam tahun\n belum genap enam tahun;\n \n~ fikiran \ncara pemikiran;\n \n~ jajahan \n[Indonesia] jalan kecil, lorong;\n \n~ keluar \na) jalan untuk keluar (dari sesuatu tempat);\n b) cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dan lain-lain);\n \n~ kereta api\n landasan kereta api;\n \n~ masuk \njalan untuk masuk ke sesuatu tempat atau kawasan;\n \n~ mati \njalan yang tidak digunakan lagi;\n \n~ memintas \n= \n~ rentas \njalan potong (yang lebih pendek) yang merentasi atau memintas sesuatu kawasan;\n \n~ nafas \nrongga tempat nafas keluar masuk;\n \n~ pengajaran \ncara menyusun dan memberikan pelajaran;\n \n~ raya\n jalan besar;\n \n~ samping \na) jalan kecil yang selari dengan jalan besar;\n b) jalan di tepi rumah;\n \n~ sehala \njalan yang boleh dilalui kenderaan yang bergerak satu hala sahaja;\n \n~ serap\n jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui);\n \n~ serong \na) jalan bengkok;\n b) niat jahat;\n c) perbuatan yang tidak baik;\n \n~ simpangan \njalan yang menyimpang dari jalan besar;\n \n~ simpang tiga (empat) \njalan yang bersimpang tiga (empat);\n \n~ susur \njalan raya kecil yang agak selari dengan jalan raya utama untuk menuju ke kawasan perumahan, kompleks, kedai dan sebagainya;\n \n~ tengah \na) jalan yang terletak di tengah;\n b) keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza;\n \n~ tikus\n jalan yang kecil (yang terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan);\n \n~ umum \njalan untuk semua orang dan kenderaan;\n~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas \n(peribahasa) adat istiadat dalam suatu negeri diubah oleh orang asing yang menempat di situ (suatu keaiban);\n \n~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak \n(peribahasa) kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun;\n \n~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa \n(peribahasa) orang yang berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan;\n \n~ raya titian batu\n (peribahasa) adat atau aturan yang telah lazim dari dahulu dan belum berubah-ubah;\n \n~ seperti orang berak di tengah ~\n (peribahasa) sindiran kepada orang yang pemalu;\n \nsedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang \n(peribahasa) hal orang yang maju ke muka untuk mencapai cita-citanya;\n \nseiring bertukar ~\n (peribahasa) mempunyai haluan (tujuan) yang berbeza;\n \nsekali ~ terkena, dua kali ~ tahu \n(peribahasa) seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja;\n \nsesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ \n(peribahasa) kalau berbuat salah pada peringkat akhir hendaklah disusul kembali kepada asalnya;\nsejalan\n1.\n sama arah (tujuan, pemikiran, dan lain-lain):\nhujah mereka ~ dengan hujah kami\n;\n2.\n berkenaan garisan selari, sejajar;\n \ndua garisan ~ \ndua garisan yang sejajar;\n \nsaudara ~ jadi \nsaudara seibu;\nberjalan\n1.\n bergerak (ke depan dan lain-lain) dengan kaki:\nsetelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~; \n2.\n bergerak dari satu tempat ke tempat lain:\nkereta api itu ~ dengan lajunya menuju ke pelabuhan; \n3.\n berangkat, pergi (menuju) ke: \u2026 \nbaiklah engkau bawa sedikit bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; \n4.\n berlangsung, berlaku, terjadi:\npersidangan itu ~ dengan lancarnya; \nperaduan itu akan ~ selama tiga bulan;\n~ darat\n pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara);\n \n~ kaki \nberjalan dengan tidak menggunakan kenderaan dan lain-lain;\n \n~ serong \n(bersikap) tidak jujur;\n \n~ dari pintu belakang \n(peribahasa) tidak mengikut peraturan yang ditentukan, tidak jujur;\n \n~ jauh banyak dilihat \n(peribahasa) orang yang banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman;\n \n~ peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah \n= \n~ selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan \n(peribahasa) dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati;\n \n~ sampai ke batas, belayar sampai ke pulau \n(peribahasa) hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu hingga selesai;\nberjalan-jalan\n1.\n bersiar-siar makan angin dengan berjalan kaki:\nAli pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; \n2.\n melancong:\nsetiap musim cuti, mereka pergi ~ ;\nmenjalani\n mengalami, melalui:\ndia telah ~ satu pembedahan;\nmenjalankan\n1.\n mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dan lain-lain):\ndia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; \nsesudah ayahnya meninggal, Alilah yang ~ perusahaan itu; \n2.\n mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan:\nPak Leman tidak berasa susah atau berat untuk ~ tugasnya sebagai seorang penarik beca;\nterjalan\n dapat berjalan:\n dia keletihan dan tidak ~ lagi;\njalanan\n [bahasa percakapan]\n1.\n jalan, lorong;\n2.\n dalam perjalanan;\nperjalanan\n1.\n perihal berjalan (bergerak), gerakan:\ndia bertanggungjawab atas ~ pejabat; \nbertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; \n2. = kejalanan\n [arkaik] perihal berpergian (kepergian):\nibunya meninggal dalam ~ ke Mekah; \n3.\n pengaliran:\nkotoran menghalang ~ minyak itu;\npenjalan\n ark(orang) yang menjalankan (kereta, perintah, dan lain-lain):\n~ kereta kuda itu ialah seorang tua yang berjanggut; \norang yang suka berjalan;\npejalan; \n~ kaki \norang yang berjalan kaki (di jalan raya dan sebagainya):\nmasih banyak ~ kaki yang tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan." "jalang I\ntidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, liar;\nkerbau ~\n kerbau yang tidak dipelihara orang, kerbau liar;\n \nperempuan ~ \nperempuan jahat, pelacur;\nmenjalang\n menjadi buas, menjadi liar:\ndia ke kota dan ~ di sana;\nkejalangan\n perihal jalang, (kebuasan, keliaran):\ndi daerah terpencil itu ~ masih berleluasa." "jalang II\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing, \nAgeratum conyzoides." "jalang III\n[Minangkabau] \n= jelang II." "jalangkah\njalan raya yang berupa jambatan yang melintasi jalan raya yang lain." "jalangkung\n[arkaik] sejenis permainan yang dimainkan dengan memanggil orang halus." "jalar\nubi ~ \nubi yang pokoknya melata;\nberjalaran, berjalar-jalar\n merayap, melata (berkenaan (dengan) pokok dan lain-lain), bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (berkenaan (dengan) ular, lipan, dan sebagainya):\ncacing ~ ke sana ke mari di dalam bekas itu; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan, akar gegerit besi;\nmenjalar\n1.\n bergerak perlahan(-lahan), merayap:\nulat itu ~ ke arahnya;\n2.\n (tumbuh) melata (berkenaan (dengan) tumbuh-tumbuhan seperti pokok labu, kacang panjang, dan lain-lain):\ntumbuh-tumbuhan yang ~; \n3.\n merebak (api dan lain-lain);\n4.\n merebak, menular (berkenaan (dengan) penyakit dan lain-lain):\nwabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; \n5.\n meluas, berkembang merebak (meluas):\ngerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; \nperkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah;\nmenjalari\n1.\n menjalar di:\nular-ular ~ peti-peti kaca itu; \nrumpai telah ~ timbunan kayu itu; \n2.\n merebak (melarat) ke:\napi telah ~ keseluruhan kawasan itu; \n3.\n menulari, merebak ke, menjangkiti:\ndemam selesema ~ ramai pelajar;\nmenjalarkan\n1.\n menjadikan (membiarkan) menjalar;\n2.\n menjangkitkan, merebakkan, meluaskan;\nterjalar\n seakan-akan (seperti) menjalar;\n \njatuh ~ \njatuh terlungkup;\njalaran\n tempat menjalar (tumbuh-tumbuhan dan lain-lain);\npenjalaran\n perihal menjalar (tumbuh-tumbuhan dan lain-lain);\npenjalar\n (Biologi) tumbuhan yang tumbuh melata di atas tanah atau memanjat benda yang tinggi dengan menggunakan akar udara, misalnya pokok labu dan tembikai." "jalat\n[Kelantan] berasa hendak muntah (kerana makan sesuatu)." "jaleh\n[Minangkabau] jelas." "jali I\n[Arab] jelas, nyata, terang;\nterjali\n menerima wahyu (ilham)." "jali II\n~ batu \nsejenis tumbuhan (pokok), banton, medang pupoi, meroyan batu, \nVitex coriacea." "jalia\n[arkaik] sejenis kapal perang pada masa dahulu." "jalibut\nsejenis perahu yang didayung." "jalin\n1.\n anyam, kepang;\n \nrambut ~ \nrambut yang berkepang;\n \ntikar ~\n tikar rotan (tersusun);\n2.\n rangkai;\nberjalin\n1.\n beranyam, berkepang:\nbakul yang ~ ; \n2.\n berangkai (benda panjang seperti buluh, rotan, bilah, dan lain-lain):\nbidai itu dibuat daripada bilah kayu ~;\n3.\n = \nberjalinkan\n = \n~ dengan \nterselip dengan:\nnovel yang ~ sejarah;\nberjalin-jalin = berjalinan\n1.\n beranyam-anyam, berkepang-kepang;\n2.\n berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung;\nmenjalin\n1.\n menganyam (mengepang) rambut dan lain-lain:\n~ rambut; \n2.\n menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan:\nkaedah penyusunan ayat-ayat untuk ~ pemikiran;\n3.\n menyusun (mengarang) cerita dan lain-lain:\n~ cerita; \n4.\n mewujudkan, menjadikan ada:\n~ persahabatan; \n5.\n mengeratkan:\n~ silaturahim;\nmenjalinkan\n1.\n merangkaikan:\n~ bilah-bilah buluh itu; \n2.\n menyelipkan, memasukkan:\ndia hendak ~ pengalamannya di dalam novelnya;\n3.\n mewujudkan:\n~ perhubungan; \n4.\n mengeratkan;\nmemperjalinkan\n menjadikan berjalin atau berangkai;\nterjalin\n1.\n teranyam, terkepang;\n2.\n terangkai;\n3.\n terselip;\n4.\n telah wujud, ada (persahabatan dan lain-lain):\nkerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~;\njalinan\n sesuatu yang dijalin (terjalin);\nketerjalinan\n perihal (keadaan) terjalin:\n ~ antara unsur-unsur karya\n;\npenjalinan\n perbuatan menjalin (menjalinkan);\npenjalin\n1.\n tali dan lain-lain yang digunakan untuk menjalin sesuatu:\nayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; \n2.\n [Jawa] rotan;\n3.\n orang yang menjalin sesuatu." "jalir\nmenjalir, menjalirkan\n mengalir(kan);\npenjaliran\n pengaliran." "jalis\n[Arab] kawan, sahabat." "jaloi\nsejenis ikan darat, \nOphicephalus merulioides." "jalu\nsusuh ayam jantan;\nberjalu\n bersusuh;\nmenjalu\n memukul (menikam, mencucuk) dengan jalu." "jalur I\n1.\n garis yang agak lebar dan lurus (pada kain dan lain-lain), loreng yang lurus, belang;\n2.\n ruang panjang yang terletak di antara dua garis (batas, deret, dan lain-lain), lajur;\n3.\n sesuatu yang nipis serta panjang;\n4.\n kayu nipis dan panjang yang dipakai sebagai lidah untuk menyambung kayu;\n5.\n (Komputer) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yang ditetapkan dalam sistem telekomunikasi;\n6.\n (Komputer) jejak pada cakera, katrij, atau gelendong magnet yang telah ditentukan sebagai tempat menyimpan data;\n~ asas \n(Komputer) jalur frekuensi yang diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses;\n \nJ~ Gemilang \nnama bendera negara Malaysia;\n \n~ lebar \n(Komputer) jalur frekuensi saluran penghantaran yang mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz;\n \n~ tenaga \n(Kimia) jalur yang terbentuk daripada aras-aras tenaga yang selanjar dan sangat rapat dalam pepejal berhablur;\nberjalur, berjalur-jalur\n1.\n bergaris-garis yang lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus:\nbendera itu ~ putih merah; \n2.\n mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dan lain-lain):\nkain itu dipotong ~ ;\njaluran\n1.\n jalur:\ntikar mengkuang itu ada ~ merah; \n2.\n perihal berjalur:\nsaraf ~ ." "jalur II\nsejenis perahu (dibuat daripada sebatang kayu yang dikorek)." "jalur-jalur\nsejenis ikan laut, \nGymnocaesio spp." "jam\n1.\n sejenis alat untuk menunjukkan (mengukur) waktu;\n2.\n = \nsatu ~ \nwaktu yang lamanya 60 minit atau 1/24 hari;\n3.\n tanda waktu, pukul:\ndia tiba di pejabat sebelum ~ lapan pagi; \n4.\n ketika, saat, waktu:\n~ orang hendak berangkat ~ itulah engkau hendak mandi;\n~ bicara \nwaktu yang ditetapkan untuk menerima tetamu;\n \n~ dalaman \n(Komputer) peranti atau isyarat denyut yang digunakan untuk penyegerakan atau pembilangan dalam sistem komputer;\n \n~ digital \n(Komputer)\na) deretan isyarat berdenyut yang dijanakan dalam sistem digital sebagai isyarat rujukan untuk menyegerakkan sistem;\n b) penyata waktu yang memaparkan nilai waktu dalam bentuk digital;\n \n~ dinding \nsejenis jam yang digantungkan di dinding;\n \n~ induk\n (Komputer)\na) sejenis peranti elektronik yang menjanakan isyarat masa untuk digunakan sebagai rujukan bagi semua pengendalian komputer yang segerak;\n b) isyarat masa yang digunakan sebagai rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem segerak;\n \n~ kawalan \n(Komputer) jam elektronik dalam perkakasan sistem yang digunakan oleh sistem tersebut untuk menentukan masa pengaliran suruhan dan data;\n \n~ kerja \nmasa yang ditentukan untuk bekerja, waktu kerja;\n \n~ kuarza \njam yang berfungsi dengan menggunakan getaran hablur kuarza yang dikawal oleh mikrolitar;\n \n~ loceng \njam berloceng yang boleh berbunyi pada waktu yang ditetapkan;\n \n~ luaran \n(Komputer) peranti atau isyarat denyut yang digunakan untuk penyegerakan atau pembilangan di luar sistem utama komputer;\n \n~ masa nyata \n(Komputer)\na) peranti jam yang menjanakan masa yang nilainya sama dengan masa sebenar (berbanding dengan masa khayalan yang bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yang ditentukan oleh atur cara);\n b) isyarat jam yang ditentukan oleh masa sebenar;\n \n~ matahari \nsejenis peranti (digunakan pada masa dahulu) yang menunjukkan waktu dengan bayangan sesuatu yang terhasil daripada pancaran matahari;\n \n~ pasir\n alat mengukur waktu dengan menggunakan pasir;\n \n~ pelajaran\n waktu yang ditentukan untuk memberi pelajaran;\n \n~ penggera\n jam yang mempunyai peranti yang berbunyi apabila sampai pada waktu yang ditetapkan;\n \n~ randik\n = \n~ detik \njam untuk mengukur dengan detik;\n \n~ saku \nsejenis jam yang diletakkan di dalam saku;\n \n~ tangan \nsejenis jam yang dipakai di tangan;\nberjam-jam\n beberapa jam berturut-turut:\n~ dia menunggu kawannya." "jama\n[Kelantan] sejenis pisau." "jamadat\n[Arab] [arkaik] segala benda yang tidak bernyawa (bukan organik)." "Jamadilakhir\nbulan keenam dalam tahun Hijrah." "Jamadilawal\nbulan kelima dalam tahun Hijrah." "jamah\nmenjamah\n \n1.\n menyentuh (dengan tangan dan sebagainya), memegang;\n2.\n makan sedikit, merasa:\nseumur hidupnya dia belum pernah ~ makanan seperti itu; \n3.\n [kiasan] menyetubuhi, meniduri (perempuan):\ngadis yang sudah dijamah orang;\njamah-jamahan\n [sastera lama] hamba perempuan yang juga dijadikan gundik;\njamahan\n [kiasan] sentuhan;\npenjamahan\n1.\n perbuatan menjamah;\n2.\n [arkaik] pegangan, pekerjaan (yang dipegang)." "jamak I\n[Arab] kelonggaran yang diberikan untuk menghimpunkan solat fardu (dengan syarat yang dibolehkan):\nsembahyang ~;~ takdim\n perbuatan menghimpunkan sembahyang (zohor dan asar, atau maghrib dan isyak) yang ditunaikan pada waktu sembahyang yang pertama (zohor atau maghrib);\n ~ takhir\n perbuatan menghimpunkan sembahyang (zohor dan asar, atau maghrib dan isyak) yang ditunaikan pada waktu sembahyang yang kedua (asar atau isyak);\nmenjamakkan\n menghimpunkan dua solat (zohor dan asar atau maghrib dan isyak) dalam satu waktu\n." "jamak II\n1.\n sudah sememangnya;\n2.\n biasa, lazim:\nsudah ~ nya;\nsejamaknya\n1.\n sememangnya, sewajarnya, sepatutnya;\n2.\n selazimnya;\nmenjamakkan\n membuat menjadi biasa (lazim), melazimkan;\nkejamakan\n hal yang biasa, lazim." "jamak III\n(Linguistik) lebih daripada satu, banyak;\nmenjamakkan\n menjadikan banyak (bentuk jamak);\njamang I\n = \njejamang\n sejenis perhiasan yang dibuat daripada emas atau perak dan dipakai di dahi atau di kepala." "jamang II\n[Minangkabau];\nsejamang\n sebentar." "jamba\nsejenis tumbuhan (herba), \nNeuwiedia lindleyi." "jambak I\n1.\n karangan (bunga, kunci, dan lain-lain), rangkai, berkas:\nse~ bunga; \norang se~ \norang yang seketurunan;\n2.\n gombak (atau bulu) pada dahi kuda;\nberjambak-jambak\n berkarang-karang, berangkai-rangkai:\ndaun pokok itu tumbuh ~ seperti rambut; \ndi langit dilihatnya awan putih berarak ~." "jambak II\nmenjambak\n [Jawa] meragut rambut." "jambak III\n[Minangkabau] sejenis jambu merah, \nEugenia jambos." "jambal\nsejenis ikan laut, \nWallago attu." "jamban\n1.\n tempat buang air, tandas;\n2.\n [Pahang] tempat mandi atau basuh kain." "jambang I\n= jambangan\n1.\n tempat meletakkan bunga;\n2.\n pasu bunga;\n3.\n [Jawa] pasu;\n4.\n belanga besar." "jambang II\nbulu (atau rambut) yang tumbuh di pipi." "jambar I\n[arkaik] pondok, bangsal, gubuk." "jambar II\nhidangan;\n \nmakan se~ \nmakan bersama-sama sehidangan." "jambat\njambatan\n \n1.\n titi yang besar (yang dibuat daripada kayu atau batu) untuk lalu lintas menyeberangi sungai, jalan kereta api dan lain-lain;\n2.\n [kiasan] penghubung, perantara:\nperanan saya ialah sebagai ~ untuk menghubungkan kesarjanaan saya dengan dunia politik saudara;\n~ angkat-angkat \n= \n~ jungkatan \n[Indonesia] jambatan yang boleh dinaikkan dan diturunkan;\n \n~ gantung \njambatan yang hanya menggunakan tali untuk menyambung kedua-dua tebing;\n \n~ pelampung \njambatan yang terapung di atas air;\n \n~ timbang \nsejenis mesin yang pelantarnya dipasang pada permukaan jalan untuk menimbang kenderaan;\n \n~ udara \njambatan automatik dan tertutup seperti terowong yang menghubungkan kapal terbang dengan bangunan terminal untuk memberi kemudahan penumpang keluar masuk dari kapal terbang ke dalam terminal;\nmenjambatani\n1.\n membuat jambatan;\n2.\n menjadi perantara (penghubung)." "jambelang\nsejenis tumbuhan (pokok), jiwat, juwat-juwat, salam, \nEugenia cumini." "jambiah\n[sastera lama] golok (bengkok dan bermata dua), kerambit." "jambian\nsejenis ikan laut, \nLutianus argentimaculatus forak." "jambori\nperhimpunan besar pengakap (atau pandu puteri) biasanya bertaraf antarabangsa." "jambret\n[Jakarta];\nmenjambret\n merampas, merenggut." "jambu\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya);\n \nmerah ~ \nmerah muda;\n \n~ air \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nEugenia aquea;\n \n~ (air) laut \n= \n~ jembah\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nEugenia grandis;\n~ (air) mawar \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nEugenia jambos;\n~ batu \n= \n~ biji\n = \n~ berasa\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nPsikologidium guajava;\n~ bol \n= \n~ keling \n= \n~ melaka\n = \n~ merah\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nEugenia malaccensis;\n~ golok\n = \n~ monyet\n = \n~ iros \n= \n~ terung\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), gajus, \nAnacardium occidentale;\n2.\n [kiasan] cantik, lawa:\ndia memiliki wajah yang ~." "jambu-jambu\njambul, gombak, bulu (di hujung tombak)." "jambua\nsejenis limau (yang besar), limau bali, \nCitrus decumana." "jambul\n1.\n segumpal rambut (di kepala atau dahi);\n2.\n bulu yang bergumpal di kepala burung dan lain-lain;\n3.\n jambu-jambu (pada kopiah dan lain-lain);\n~ merak \nsejenis tumbuhan\na) (pokok), \nCaesalpinia pulcherrima; \nb) (pokok), \nJacaranda mimosifolia; \nc) (herba), ekor merak, \nSelaginella atroviridis;\n~ siul \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, \nIxora pendula;\nberjambul\n mempunyai jambul;\n \nburung ~\n sejenis burung, burung menjerit, \nPlatylophus galericulatus ardesiacus." "jambung\nsejenis ikan laut, \nCheilinus chlorurus;\njampung\n." "jame\n[Terengganu] tikar yang belum siap dianyam:\nkamu jangan main di atas tikar ~ itu." "jamhur\n[Arab] [arkaik] cerdik pandai (dalam pengetahuan agama), ulama." "jamiah\n[Arab] perhimpunan, pertubuhan." "jamik\n[Arab] tempat perkumpulan orang Islam untuk beribadah;\n \nmasjid ~ \nmasjid utama dalam sesuatu kawasan (untuk bersembahyang dan kegiatan-kegiatan keagamaan yang lain)." "jamin\n1.\n = \njaminan\n cagaran, tanggungan;\n \nsurat ~ \nsurat yang menyatakan jaminan atas seseorang atau sesuatu;\n \nwang ~ \nwang yang dibayar kepada pihak tertentu untuk menjamin seseorang;\n2. = penjamin;\nmenjamin\n1.\n berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (seperti membayar hutang dan lain-lain) jika orang itu tidak memenuhi kewajibannya:\ntidak ada orang yang berani ~ hutangnya itu; \ndia dibebaskan setelah dijamin oleh abangnya;\n2.\n menanggung keselamatan (kebaikan, ketulenan, dan lain-lain) sesuatu:\n~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; \n3.\n menjanjikan:\npenjual itu ~ kepuasan kepada para pelanggannya; \n4.\n [bahasa percakapan] menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dan lain-lain):\nsiapakah yang akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia?\nterjamin\n tertanggung (keselamatan dan lain-lain), terjaga:\nsetelah mendapat pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~;\njaminan\n1.\n akuan menjamin, kesediaan menanggung sesuatu (akibat dan lain-lain), cagaran, tanggungan;\n \n~ bank \n(Ekonomi) jaminan yang diberikan oleh pihak bank untuk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian;\n \n~ hak \njamin hak;\n \n~ hukum \nyang dijamin oleh hukum;\n \n~ insurans \n(Ekonomi) jaminan yang diberikan oleh pihak insurans untuk memberikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dan sebagainya;\n2.\n janji:\n~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yang ditentukan oleh Allah\n;\n ikhlas telah dijadikan ~ kepada penerimaan segala amal ibadat;\nketerjaminan\n keadaan terjamin:\nuntuk memastikan ~ masa depan parti ini, perlulah kita bersatu teguh;\npenjaminan\n perbuatan menjamin;\npenjamin\n1.\n orang yang sanggup menjaga (menanggung) keselamatan orang lain;\n2.\n orang yang sanggup memenuhi kewajiban (membayar hutang dan lain-lain) orang lain apabila orang itu tidak dapat menepati janjinya;\n3.\n orang yang menjanjikan sesuatu." "jamiz\n[arkaik] sejenis pokok (di Mesir)." "jampal\n[arkaik] sukatan berat emas ( 1/2 bungkal), nilai wang (1/4 rial)." "jampi\nkata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian (seperti boleh menyembuhkan penyakit dan lain-lain), mantera:\nkebanyakan orang zaman sekarang tidak percaya pada ~ lagi;\n~-jampah = ~ serapah \nberbagai-bagai jenis jampi:\n ~ serapah pun berhamburan daripada mulut Siti Faezah yang kecil molek itu\n;\nberjampi\n bermantera, telah dimanterai (dijampi):\nMadon membawa sebilah parang panjang ~ ;\nmenjampi, menjampikan\n membaca jampi, memanterai:\npawang itu ~ air yang diberikan kepadanya;\njampian\n1.\n jampi mantera;\n2.\n (yang) telah dimanterai;\n3.\n menjampi;\nkejampian\n kena jampi (mantera);\npenjampian\n perbuatan menjampi (memanterai)." "jampuk I\nsejenis burung hantu, hantu reban, \nOtus bakkamonea\n;\n \n~ kubur, Tyto alba;\n~ pantai, Phodilus badius;\n~ rumput, Tyto capensis; \nbagai ~ kesiangan hari \n(peribahasa) seseorang yang bingung kerana kehilangan akal." "jampuk II\nmenjampuk\n mencelah (memotong) percakapan orang, menyampuk:\nawak ini biadab, suka ~ percakapan orang." "jampul\nsejenis sampan (daripada kayu meranti atau kayu ringan lain)." "jampung\nsejenis ikan laut;\n= jambung\n." "jamrah\n[Arab] batu kerikil yang digunakan untuk dilontarkan di ketiga-tiga tempat (Jamratul Ula, Jamratul Wusta, dan Jamratul Aqabah) semasa menunaikan fardu haji." "jamu I\nberjamu\n \n1.\n melayani atau memberi makan dan minum kepada orang(-orang) lain (tetamu):\nmereka sedang sibuk ~; \n2.\n pergi berkunjung (bertandang):\n~ ke rumah Ali;\nmenjamu, menjamui, memperjamu\n memberi makan dan minum kepada orang-orang lain (tetamu):\nmereka ~ sekalian orang yang datang itu; \nmereka itu sekalian di(per)jamu minuman teh dan kopi;\n~ mata \nki melihat sekehendak hati (barang-barang yang dipamerkan dan lain-lain);\n \n~ selera\n makan dengan sepuas-puasnya:\nmereka ~ selera dengan makanan yang dihidangkan\n;\njamuan\n1.\n makanan yang dihidangkan (kpada tetamu), sajian:\n~nya menyelerakan; \n2.\n = \nmajlis ~ \nmajlis yang disertai dengan hidangan makan;\n~ berselerak\n jamuan apabila tetamu duduk berselerak dan mengambil makanan sendiri di suatu tempat yang telah disediakan;\n \n~ besar \nmajlis jamuan untuk bilangan jemputan yang ramai dan biasanya diikuti oleh ucapan bankuet;\n \n~ negara \njamuan besar yang diadakan oleh kerajaan (biasanya untuk meraikan orang-orang kenamaan asing yang mengunjungi negara secara rasmi);\n \n~ ringan \nmakanan yang tidak berat (seperti kuih, buah-buahan, dan sebagainya) dihidangkan;\n \n~ teh \nmajlis yang menyajikan teh, minuman, dan makanan ringan lain;\nperjamuan\n perjumpaan untuk makan minum, peralatan:\nsaya rasa patut sungguh kita hadir di ~ itu;\n~ suci \n[Indonesia] santapan yang diadakan oleh Jesus Christ pada malam sebelum ia disalib (agama Kristian);\npenjamuan\n perbuatan menjamu." "jamu II\n= jamu-jamu, jejamu\n sejenis ubat yang dibuat daripada berbagai-bagai akar dan daun kayu." "jamu-jamu\nsejenis tumbuhan (pokok renek), beberas padi, mesirah hutan, \nAprosa microcalyx." "jamung\nandang, suluh:\ndari jauh mereka sudah nampak api ~ yang di tengah sawah itu." "jamur\n[Jakarta] cendawan, kulat;\nberjamuran\n bercendawan, berkulat." "Jan\n[kependekan] Januari." "jana\n1.\n hidup;\n2.\n nyawa;\n \n~-bijana\n tempat lahir;\nmenjanakan\n menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan:\n~ kuasa elektrik; \nperanan yang dimainkan oleh sektor pertanian dalam ~ pendapatan dan guna tenaga;\nterjana\n terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil;\npenjanaan\n perbuatan (tindakan dan sebagainya) menjanakan atau menghasilkan sesuatu:\ncawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yang berkaitan dengan ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; \nputaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian;\n~ semula \n(Biologi) pembentukan semula tisu atau organ yang tercedera (rosak) pada tumbuhan atau haiwan, misalnya pembentukan semula ekor cicak yang telah putus;\npenjana\n sesuatu (alat dan lain-lain) yang atau untuk menjanakan (kuasa dan lain-lain):\n alat ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia." "jana kuasa\nalat yang menghasilkan tenaga elektrik;\nmenjana kuasa\n menghasilkan tenaga elektrik (terutamanya di stesen jana kuasa)." "janabat\n[Arab] junub." "janda I\norang perempuan yang pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian;\n~ belum berlaki\n [kiasan] gadis yang telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan;\n \n~ berhias\na) janda yang belum mempunyai anak;\n b) (pengantin) perempuan yang kematian (bercerai dengan) suaminya sebelum berseketiduran dengannya;\n \n~ kepulangan \nminuman yang dibuat daripada kelapa muda;\n \n~ muda \njanda yang masih muda;\n \n~ sehari \nperempuan yang berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dengan suaminya;\nlaksana ~ baru bangun tidur \n(peribahasa) perempuan yang sangat menarik hati orang laki-laki;\n \nseperti ~ belum berlaki \n(peribahasa) orang yang pesolek lagi pemalu;\nberjanda\n sudah bercerai (menjadi janda), hidup sebagai janda;\nsudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi\n (peribahasa) ejekan terhadap orang tua yang hendak berkahwin lagi;\nmenjanda\n menjadi janda, hidup sebagai janda (tidak berkahwin lagi):\nLah akan ~ sampai ke mati;\nkejandaan\n keadaan menjanda." "janda II\n~ baik \nsejenis tumbuhan (pokok besar), balung ayam, melunak, \nPentace triptera." "jangak I\n= penjangak\n orang yang berkelakuan tidak senonoh (cabul, jahat);\n \nperempuan ~ \nperempuan lacur;\nmenjangak\n1.\n hidup secara tidak senonoh;\n2.\n berzina." "jangak II\n[Kelantan] cantik, kacak." "jangan\nkata larangan yang menyatakan tidak boleh \u2026, hendaknya tidak, usah:\nkalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang;\n~ dikata lagi \nusah dikatakan lagi;\n \n~ dok\n \ntebiang \n[Kedah] ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja;\n \n~ tidak\na) mesti, tidak boleh tidak;\n b) tidak dengan sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan dan sebagainya), acuh tak acuh;\njangan-jangan\n entah-entah, entahkan, barangkali:\n~ dia dah lari;\n~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti;\njangankan\n usahkan:\n~ hendak makan, minum pun dia tak mahu;\nmenjangankan\n [arkaik] menegah, melarang." "janganan\nsejenis makanan seperti rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yang dimakan dengan kuah yang dibuat daripada kacang goreng)." "jangar\nsejenis penyakit, pening kepala." "jangas\nsejenis ikan, bandang, \nChanos chanos\n." "jangat I\n1.\n kulit (rotan, kayu, dan lain-lain) di luar;\n2.\n kulit rotan yang sudah diraut (untuk dibuat tikar dan lain-lain);\n3.\n kulit haiwan atau manusia;\n4.\n [Jawa] tali yang dibuat daripada kulit;\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gueh, akar sarik, akar sejangat, akar sekuiet, \nSpatholobus ferrugineus; \nkeras ~nya \nkebal;\n \nmakan ~\n sangat miskin, papa;\n \ntebal ~nya \ntidak berperasaan;\n~ liat kurang panggang\n (peribahasa) keras hati, tidak dapat diajari;\n \ntinggal ~ pemalut tulang \n(peribahasa) sangat kurus;\nmenjangat, menjangati, menjangatkan\n membersihkan atau melicinkan rotan yang telah dibelah, menguliti, meraut:\ntolong jangatkan rotan ribu yang aku belah tadi;\npenjangat\n alat untuk menjangat:\npisau ~." "jangat II\n[Kelantan] menekan perut ketika hendak melahirkan anak." "janggai\nkuku palsu daripada perak atau suasa (dipakai oleh penari)." "janggai II\nbentuk badan yang tinggi dan kurus kering (biasanya orang lelaki):\nsetelah pulih daripada sakit, badannya yang dulunya gemuk berubah menjadi ~." "janggal I\ntidak sedap dilihat (didengar), canggung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras:\nbunyinya agak ~; \nkekasaran seorang isteri sangat ~ nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut;\nmenjanggalkan\n menyebabkan (menjadikan) janggal, membuat sesuatu yang janggal, menganggap janggal, mencanggungkan;\nkejanggalan\n1.\n perihal janggal, kecanggungan;\n2.\n sesuatu yang janggal:\nmemang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan." "janggal II\n[Kelantan] tidak lekat pada tempurung (isi buah kelapa)." "janggi\n1.\n orang Habsyi (berkulit hitam dan pada amnya tinggi dan besar);\n2.\n [kiasan] segala sesuatu yang ajaib (benda dan lain-lain);\njanggi II; \n~ padang \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar bunga, pokok hujan panas, saga, \nBreynia reclinata; \npauh ~ \nsejenis buah, nyiur laut, \nLodoicea maldivica." "janggul\nsejenis ikan laut, \nDussumieria hasselti." "janggus\nsejenis tumbuhan (pokok dan buah), gajus, jambu golok, jambu monyet, \nAnarcardium occidentale." "janggut\n1.\n bulu yang tumbuh di dagu;\n2.\n [Jawa] dagu;\n \n~ labium \n(Biologi) janggut berhampiran mulut (pada Artropoda seperti udang dan lain-lain);\n \nkebakaran ~ \n[bahasa percakapan] dalam keadaan bingung;\n \npak ~ \nki orang Benggali;\n \nsebesar ~ udang\n [Kelantan] [kiasan] perihal sedikitnya (halusnya) emas yang dipunyai;\nberjanggut\n mempunyai (memakai) janggut;\n \nsungguh ~ tiada berjubah \n(peribahasa) tidak sempurna syarat." "janggut II\n1.\n \n~ keli\na) sejenis tumbuhan, geronggong semut;\n b) sejenis tumbuhan, bongbong;\n2.\n \n~ rimau \nsejenis tumbuhan, bunga kawah;\n \nakar ~ baung \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPterisanthes polita; \n3.\n \nrumput ~ ali \nsejenis rumput yang tinggi, \nPanicum sarmentosum; \nrumput ~ kuau\n sejenis rumput tinggi, rumput purun batu, rumput serai jantan, \nFimbristylis aestivalis;" "jangka\n1.\n = \n~ lukis \nalat berkaki dua yang dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya untuk membuat bulatan (mengukur jarak pada peta dan lain-lain);\n2.\n alat untuk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil;\n3.\n alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dan lain-lain);\n~ bunyi \nalat untuk menguji pendengaran orang pekak atau untuk menguji bunyi;\n \n~ cahaya \nalat untuk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya daripada sumber yang berbeza, fotometer;\n \n~ galvani \nalat untuk menyukat arus elektrik, galvanometer;\n \n~ halus \nalat untuk mengukur jarak atau sudut yang kecil dengan tepat, mikrometer;\n \n~ hayat \njangka masa atau tempoh hidup seseorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dan lain-lain);\n \n~ kalori \nalat untuk menyukat banyaknya haba yang dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter;\n \n~ laju \nalat untuk menyukat laju, meter laju;\n \n~ lembap \nalat untuk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dalam udara, higrometer;\n \n~ sudut \nalat untuk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor;\n \n~ suhu \nalat untuk menyukat tinggi rendah suhu pada sesuatu ketika, termometer;\n \n~\n \ntekanan \nalat untuk menyukat tekanan udara, barometer;\n \n~ tekanan gas \nalat untuk menyukat tekanan gas, manometer;\n \n~ tinggi\n alat untuk menyukat tinggi tempat dari paras muka laut, altimeter;\n \n~ tolok\n alat untuk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan menentukan jarak jauh;\n \n~ tumpat \nalat untuk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hidrometer." "jangka II\n= \n~ masa = ~ waktu \nmasa yang telah ditetapkan atau dirancang untuk pelaksanaan (penyelesaian dan sebagainya) sesuatu, tempoh masa yang (agak) panjang, peringkat (masa):\npekerjaan itu harus kamu siapkan dalam ~ waktu dua bulan;\n~ pertama \nperingkat (masa) pertam" "jangka III\nharapan, niat, tujuan:\n~ teman makan anak-beranak lepaslah;\n menjangka\n mengharapkan:\ndia mencuba menenangkan fikirannya itu dengan berbagai-bagai alasan yang dijangka dapat memujuk hatinya." "jangkah\nlangkah:\n~nya panjang;\n menjangkah\n melangkah;\njangkahan\n gerakan kaki ketika menjangkah, langkahan:\ndia mencepatkan ~nya untuk sampai ke Sri Tanjung." "jangkak\nsejenis tumbuhan (pokok), jangkang betina, \nXylopia ferruginea." "jangkang I\n= terjangkang\n berjalan dengan kaki terbuka luas, terkengkang, terkangkang:\nperempuan itu jatuh ~;\nmenjangkang\n1.\n berjalan dengan kaki terbuka luas, melangkah lebar-lebar;\n2.\n [bahasa percakapan] mati dengan kaki terkangkang." "jangkang II\n= \n~ betina\n = \n~ merah \n= \n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), jangkak, \nXylopia ferruginea;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), bunga campa paya, merabung bukit, \nVernonia javanica." "jangkap\n[Jawa] [arkaik] genap, lengkap." "jangkar I\nakar yang bercabang-cabang di atas tanah (seperti akar pandan, bakau, dan lain-lain);\n \nbakau ~ \nsejenis pokok bakau, \nRhizophora mucronata." "jangkar II\nsauh." "jangkarit\nalat untuk melukis bulatan yang besar." "jangkat I\n1.\n bahagian yang cetek (di sungai) tempat orang menyeberang (memandikan kerbau, dan lain-lain);\n2.\n cetek, dangkal:\nsungai-sungai ini sudah menjadi cetek atau ~ hingga setiap kali turun hujan lebat airnya melimpahi tebing." "jangkat II\nsejenis bakul." "jangkau\nmenjangkau\n \n1.\n menghulurkan tangan untuk mencapai sesuatu:\ndia ~ wang itu lalu memasukkannya ke dalam kocek;\n~ langit \nsangat tinggi (bangunan, menara, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] mencapai, mencakupi;\n \n~ sehabis tangan \n(peribahasa) berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mencapai maksudnya);\nterjangkau\n1.\n tercapai atau dapat (apabila dijangkau);\n 2\n. tertafsir:\ndia cuba mencapai kebahagiaan yang ketinggiannya tidak ~ oleh pemahaman;\njangkauan\n1.\n hasil atau gerakan menjangkau:\nia mengelakkan beg suratnya daripada ~ orang itu; \n2\n. cakupan:\n ~ Islam tidak terbatas kepada alam kebendaan sahaja;\npenjangkauan\n perbuatan menjangkau;\nsejangkauan, sepenjangkauan\n sejauh dapat dijangkau dengan tangan, jengkau, jingkau." "jangkerik\nsejenis serangga (seperti belalang), cengkerik, keridik." "jangkih I\n~-mangkih \ntidak teratur, tidak keruan, jongkang-jangking." "jangkih II\n1.\n tali yang digunakan untuk menggalas ambung;\n2.\n sejenis keranjang, ambung;\nmenjangkih\n menggalas (menyandang) dengan ambung." "jangkir\njari (kuku) burung dan lain-lain yang letaknya di sebelah belakang." "jangkit\nberjangkit, menjangkit\n \n1.\n berpindah daripada seorang kepada seorang, menular, merebak:\npenyakit itu telah ~ ke kampung ini; \n2.\n mengikut (tabiat, perangai, dan lain-lain):\ntabiat itu telah ~ kepada anaknya;\nberjangkitan\n dijangkiti (penyakit, perangai, dan lain-lain);\nkeberjangkitan\n perihal berjangkit;\nmenjangkiti\n menulari, merebak kepada:\nkami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai;\nmenjangkitkan\n menularkan, merebakkan:\n~ penyakit dengan jalan menyuntik;\nterjangkit\n dihinggapi penyakit dan sebagainya, dijangkiti, kejangkitan:\numbai yang ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu keadaan yang diketahui sebagai radang umbai;\njangkitan\n kejadian (penyakit dan sebagainya) berjangkit;\nkejangkitan\n dihinggapi penyakit (yang berjangkit), ketularan:\ndia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dengan mereka yang berpenyakit;\npenjangkitan\n perihal (perbuatan, proses, dan sebagainya) menjangkit:\n~ penyakit itu tidak berhasil; \nsudah cukup untuk menyebabkan ~ yang parah hingga boleh merugikan petani;\nperjangkitan\n perihal berjangkit;\npenjangkit\n yang menyebabkan berlakunya jangkitan, yang menyebabkan penjangkitan:\nnyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yang tersendiri." "jangkung\n1.\n sejenis burung yang berkaki panjang;\n2.\n tinggi dan kurus serta bongkok sedikit (badan orang);\njangkungan\n dua batang kayu (tongkat) yang bertakuk atau mempunyai tempat letak kaki sebagai tempat berdiri (permainan kanak-kanak supaya menjadi tinggi)." "jangla\nsuka merayau, liar." "janguk\n[Kelantan] cantik, kacak, lawa;\nberjanguk\n berhias, bersolek." "janik\nsejenis binatang laut seperti teripang, kulitnya berduri-duri, babi laut." "janin\n(yang masih dalam kandungan) lembaga, mudghah (manusia) yang cukup sifat." "janjang\n[Minangkabau] tangga;\nberjanjang\n1.\n bertangga;\n2.\n melalui tangga (naik atau turun);\n \n~ naik, bertangga turun \n(peribahasa) menurut darjatnya masing-masing, menurut peraturan yang biasa." "janji\n1.\n pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu:\nengkau mesti menepati ~ yang kau buat dahulu; \ndalam ~\n bertunangan;\n \nmenepati ~ \nmembuat (menunaikan) apa yang telah dijanjikan;\n \nmengikat ~\n membuat janji;\n \npecah ~ \ntidak dapat menepati janji, memungkiri janji;\n \nsampai ~ \ndapat menepati (menunaikan) janji;\n2.\n syarat, ketentuan, tuntutan;\n \ndengan ~ \ndengan syarat;\n3.\n pengunduran waktu, tangguh, penundaan:\nkalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan untuk membayar hutang awak itu; \n4.\n ajal, had, waktu;\n \nsudah sampai ~nya \nsudah sampai ajalnya, mati;\n~ kosong \njanji yang dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan;\n \n~ manis \njanji yang mengandungi harapan yang indah-indah;\n \n~ palsu \njanji yang hanya bertujuan untuk memperdayakan, mengelirukan atau menipu orang;\n \n~ temu \njanji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dan sebagainya;\n~ sampai bilangan genap\n = \n~ sampai sukatan penuh \n(peribahasa) sudah sampai ajal;\n \nadat diisi, ~ dilabuh \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah dibiasakan (diadatkan);\nberjanji\n membuat (mengikat) janji:\ndia ~ akan datang ke rumah saya;\nmenjanjikan\n1.\n berjanji untuk memberi (membuat dan sebagainya) sesuatu:\nbapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dalam peperiksaan itu;\n2.\n memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dan sebagainya) sesuatu, membuka kemungkinan kepada:\njambatan yang merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yang lebih pesat; \nRevolusi Hijau ~ harapan kepada petani;\n memperjanjikan\n [arkaik] menjanjikan;\nperjanjian\n1.\n persetujuan yang dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan:\nMalaysia telah menandatangani satu ~ perdagangan dengan Korea Selatan;\n~ jual beli;\n~ program \npersetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dan sebagainya dengan pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dan sebagainya) mengikut jumlah peruntukan yang diluluskan;\n2.\n [Indonesia] wasiat (kitab suci);\n \nKitab P~ Lama \nKitab Taurat;\n \nKitab P~ Baru \nKitab Injil." "janka\nsejenis tumbuhan (pokok renek), manik-manik hutan, telinga rusa, \nLasianthus maingayi." "jannah, jannat\n[Arab] syurga, taman firdaus." "jannatunnaim\n[Arab] syurga yang nikmat." "jantan\n1.\n jantina yang tidak boleh membiak (beranak) (untuk binatang, tumbuhan-tumbuhan, dan lain-lain):\nayam ~; \nbetik ~ \nbetik yang hanya berbunga tetapi tidak berbuah;\n2.\n [kiasan] (orang yang) berani, gagah:\nsiapa yang ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; \n3.\n [kiasan] mempunyai sifat laki-laki (besar, panjang, dan sebagainya);\n \nbusut ~ \nbusut yang besar serta lancip;\n \nembun ~ \nembun yang titiknya besar (kasar);\n4.\n bahagian alat atau perkakas yang direka bentuk untuk dimasukkan ke dalam lubang atau soket (bahagian betina);\n \nkasau ~ \nkasau yang letaknya di sebelah atas;\n \npahat ~ \npahat yang lancip tajam;\n5.\n [bahasa percakapan] lelaki yang dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya;\nberjantan\n [kiasan] bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dengan orang laki-laki;\nmenjantani\n melakukan persetubuhan (berkenaan (dengan) binatang);\nkejantanan\n perihal jantan:\ntengkorak mangsa ngayau menjadi lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu;\n kejantan-jantanan\n seakan-akan jantan, seperti jantan:\nkecantikannya memukau semua orang, tetapi keletah ~nya itu mengurangi keayuannya." "jantang I\nberjantang, menjantang\n jelas kelihatan (berkenaan (dengan) urat dan lain-lain), lantang." "jantang II\n[arkaik] \nkaki ~\n kaki bengkok (berkenaan (dengan) kaki kuda)." "jantayu\njentayu" "jantina\njenis kelamin (laki-laki atau perempuan);\n \ndua ~\n dua jenis kelamin, pondan;\nsejantina\n1.\n (bagi tumbuh-tumbuhan) bunga jantan dan bunga betina terdapat pada pokok yang berasingan;\n2.\n (bagi binatang) benih jantan dan benih betina yang dihasilkan oleh jenisnya masing-masing;\nkejantinaan\n keadaan jantina (sama ada laki-laki atau perempuan), jenis kelamin:\nmeminda perlembagaan untuk menghapuskan beza-membeza yang berdasarkan ~." "jantung\n1.\n organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan;\n \ndebar ~ \ngerakan jantung;\n2.\n benda yang berbentuk seperti jantung;\n~ betis \ndaging yang terdapat pada betis, buah betis, anjing-anjing;\n \n~ hati \na) orang yang sangat dikasihi;\n b) hati (pusat segala perasaan);\n \n~ paha \ndaging yang terdapat pada paha;\n \n~ pisang \nkuntum bunga pisang;\n \n~ tangan \ndaging yang terdapat pada tangan." "jantung II\n~ badak\n sejenis tumbuhan (pokok), jelutung badak, \nErvatamia hirta;" "jantur I\n[Jawa] ilmu sihir, sulap;\nmenjantur\n membuat sihir, menyihir, menyulap;\nterjantur\n terkena sihir, tersihir, tersulap." "jantur II\njanturan\n cerita (penjelasan) yang dilafazkan oleh dalang (dalam permainan wayang kulit)." "Januari\nbulan pertama dalam tahun Masihi yang mengandungi 31 hari." "janubi\n[Arab];\nkutub ~ \nkutub selatan." "janur\n[Jawa] daun kelapa muda." "jap I\n[arkaik] sempurna (cukup), rapat (anyaman dan lain-lain), sudah menjadi satu, sudah sepakat." "jap II\n[bahasa percakapan] menyuntik atau mencucuk jarum yang mengandungi dadah ke dalam tubuh." "japuk, japu\n[Jakarta] sejenis ikan kecil, \nOsmerus eperlanus." "jara\n1.\n bor, gerudi;\n2.\n alat untuk membersihkan kapas, busar;\nmenjara\n1.\n membuat lubang dengan jara, menggerek;\n2.\n membersihkan kapas (dengan jara), membusar;\npenjaraan\n1.\n perbuatan (kerja, proses) menjara, penggerekan;\n2.\n perbuatan (kerja, proses) menjara (membusar), pembusaran." "jarab\n[Arab] sejenis kudis." "jarah I\nbarang dan lain-lain yang dirampas;\n \nduduk meraut ranjau, berdiri mengintai ~\n (peribahasa) dalam setiap pekerjaan harus diingati faedah akan diri sendiri;\nmenjarah\n merampas milik orang lain (dalam perang dan lain-lain);\n \n~-rayah\n merampas, merompak, menyamun;\njarahan\n jarah, rampasan;\n \nanak ~ \nanak rampasan;\npenjarahan\n perbuatan menjarah;\npenjarah\n1.\n orang yang merampas;\n2.\n suka merampas:\ntiada dinafikan ada juga bangsa ~ di situ." "jarah II\nberjarah\n [kata seru] bersalam dengan orang tua-tua (dengan cara mencium tangan dan kepala lutut pada masa perkahwinan)." "jaraih\n~ lau \n[Kedah] bekas (bakul anyaman) untuk mengisi padi." "jarak I\n1.\n jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dan sebagainya:\nkampung itu kira-kira sekilometer ~nya dari bandar; \n2.\n [arkaik] jari-jari bulatan;\n~ dekat\n meliputi jarak yang dekat;\n \n~ padang \njarak yang diperlukan oleh pesawat udara untuk berlepas dan mendarat dengan selamat di landasan;\n \n~ pandang = ~ pelihatan \nukuran yang digunakan untuk menentukan jarak yang membolehkan seseorang yang normal pelihatannya melihat sesuatu objek dengan jelas;\n \n~ tumpuan kanta (cermin) \njarak di antara pusat kanta (cermin) dengan tumpuan;\n \n~ umur \nperbezaan umur;\n \n~ serasa hilang, bercerai serasa mati \n(peribahasa) sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan;\nberjarak\n1.\n mempunyai jarak, berjauh, berenggang:\nrumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dengan lain; \n2.\n terpisah, menjauhi;\nmenjarak\n bergerak (jauh) daripada yang satu lagi, menjauh, terpisah:\nkalau prisma diisi dengan dua sulfida maka perasingan cahaya-cahaya berwarna akan lebih ~;\nmenjaraki\n1.\n membuat berjarak;\n2.\n menjauhi;\nmenjarakkan\n menjauhkan, memisahkan, merenggangkan:\ndari satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri daripada Norman;\n terjarak\n terjauh dr, terpisah dr, terenggang dari;\npenjarakan\n perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan, perenggangan." "jarak II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek, buahnya dibuat minyak), \nRicinus communis; \nminyak ~ \na) minyak yang dibuat daripada buah jarak pagar (biasanya untuk pelita dan sebagainya);\n b) = \n~ benggala \nminyak untuk mencuci perut;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nJatropha spp.;\n~ belanda (keling, melaka, pagar putih) \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nJatropha curcas;\n~\n \ncina\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nJatropha multifida." "jaram\n= penjaram, jaraman\n benda (air daun-daun kayu dan lain-lain) yang digunakan untuk menyejukkan kepala (apabila demam atau sakit kepala);\nmenjaram\n menyejukkan kepala dengan air daun-daun kayu dan lain-lain." "jaran I\n[Jawa] kuda." "jaran II\n~ goyang \n[sastera lama] sejenis jampi (mantera)." "jaran III\npohon ~\n [Jawa] sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya digunakan untuk makanan kambing)." "jarang I\n1.\n tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain):\ngigi ~; \nkain yang ~; \n2.\n tidak lebat, tidak padat:\nrambut yang ~; \n3. = jarang-jarang\n tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim;\n \n~ berlaku \ntidak sering berlaku;\n \n~ dapat \ntidak selalu dapat;\n \ndia ~ datang\n dia tidak sering datang;\n \n~ dipakai\n tidak lazim dipakai;\nmenjarangkan\n1. = memperjarang\n membuat supaya jarang (renggang dan lain-lain);\n2.\n menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu:\n~ kelahiran anak;\npenjarangan\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menjadikan renggang atau bersela-sela;\n2.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menjadikan tidak kerap (tidak selalu)." "jarang II\nikan gigi ~ \nsejenis ikan laut, \nOtolithus spp." "jarang III\n[Minangkabau];\nmenjarang\n memasak air;\n= jerang\n." "jarang-jarang\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang, \nCyathula prostrata." "jaras I\nberkas, ikat, kebat (benda-benda yang panjang);\nmenjaras\n1.\n mengikat menjadi segabung (seikat, seberkas);\n2.\n mengatur serta menyusun baik-baik (rambut dan lain-lain)." "jaras II\nsejenis bakul yang dianyam jarang-jarang (untuk membawa buah-buahan dan lain-lain);\n \n~ dikatakan raga jarang \n(peribahasa) orang yang mencela orang lain padahal diri sendiri ada celanya juga." "jarem\n[Jakarta] masih terasa sakit (pada bekas dipukul, bekas luka, dan lain-lain)." "jargon\nbahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu:\nperdebatan dengan ~ yang aneh-aneh yang menjadikan rakyat kebanyakan berasa semakin jahil;\n~ politik." "jari I\n1.\n hujung tangan atau kaki yang beruas:\ndua daripada ~ tangan kanannya telah putus; \nanak ~ \na) salah satu daripada lima jari;\n b) = \n~ anak \njari kelengkeng;\n \nibu ~ \n= \n~ ibu\n jari yang terbesar, jempol;\n2.\n sukatan panjang (lebar) yang besarnya seluas atau sepanjang jari:\njaraknya mestilah lebih kurang se~; \n3.\n benda (atau bahagiannya) yang mempunyai rupa seperti jari;\n~ ampai\n sejenis cemeti daripada rotan dan lain-lain untuk memukul orang salah;\n \n~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) \njari tangan yang terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis);\n \n~ kelengkeng\n = \n~ anak (renek) \nark jari tangan yang terkecil;\n \n~ kunyit \n[Kelantan] jari kaki atau jari tangan yang berlapis-lapis kerana penyakit kudis dan lain-lain;\n \n~ lipan \ntali daripada daun kelapa muda yang dianyam (untuk perhiasan dan lain-lain);\n \n~ manis \njari tangan yang letaknya di antara jari kelengkeng dengan jari hantu;\n \n~ telunjuk \n(\nsyahadata \nark) jari di antara ibu jari dengan jari hantu;\n~ laksana duri landak \nki jari yang cantik;\n \n~ seperti susun sirih\n [kiasan] jari yang lentik;\n \ndapat dibilang (dihitung) dengan ~\n sangat sedikit;\n \nmenggigit ~\n kecewa;\npenjarian\n (Seni Muzik) teknik menggunakan jari dalam bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada." "jari II\n~ ayam \nsejenis tumbuhan (pokok)yang sederhana besarnya), jangkang betina, \nXylopia ferruginea;\n~ buaya \nsejenis tumbuhan (herba yang memanjat, \nTrichosanthes wallichana;\n~ lipan \nsejenis tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, \nLimnophila aromatica." "jari III\n~ lima \nsejenis binatang laut (seperti bintang berpenjuru lima)." "jari-jari\n1.\n kisi-kisi (jerjak) pada pintu atau jendela;\n2.\n besi (kayu) yang menghubungkan pusat dengan lingkaran;\n3.\n jejari." "jariah I\n[Arab] hamba perempuan." "jariah II\n[Arab];\namal ~\n amalan baik yang memberi manfaat kepada pelakunya hingga ke akhirat." "jariamun\n(Sumatera) sejenis tumbuhan (herba laut), deringan (jerangan, jeringan) laut, \nEnhalus acoroides." "jariji\n[arkaik] jari." "jaring I\nbenang dan lain-lain yang disirat untuk sesuatu tujuan (seperti menangkap ikan, burung, dan sebagainya, juga digunakan dalam permainan dan lain-lain);\n\n\nmenahan (merentang) ~\n memasang jaring;\njaring-jaring\n jala-jala;\n\n\n~ bahu \n[Indonesia] bahagian dada di bawah bahu;\nmenjaring\n menangkap (ikan dan lain-lain) dengan jaring:\n\n\ndia ~ ikan di sungai itu;\n\n~ angin \n(peribahasa) melakukan pekerjaan yang sia-sia;\nmenjaringkan\n memasukkan sesuatu ke dalam jaring:\n\n\ndia telah dapat ~ empat gol;\nterjaring\n termasuk (dalam) jaring, termasuk perangkap, tertangkap;\njaringan\n\n\n1.\n sesuatu yang menyerupai jaring, jala-jala;\n2.\n [Indonesia] bahagian-bahagian hidupan yang terdiri daripada sel-sel yang serupa (tela);\n\n\nilmu ~ tubuh \nilmu berkenaan jaringan;\n3.\n bilangan gol yang telah masuk (dalam) jaring;\npenjaringan\n perbuatan menjaringkan;\npenjaring\n orang yang menjaringkan sesuatu (bola dan sebagainya):\n\n\n~ terbanyak." "JARING II\nakronim bagi \nJoint Advanced Research Integrated Networking \n(iaitu sistem perangkaian komputer yang dikendalikan oleh MIMOS)." "jaro\n[Jakarta] buluh (yang dilubangi) untuk tiang pagar;\n \npagar ~ \npagar daripada buluh yang dipancang-pancang." "jaru\n= jaharu." "jarum I\n1.\n keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat memasukkan benang) untuk menjahit dan lain-lain;\n \nseni ~ \nkepandaian mempergunakan jarum dan benang (untuk menjahit dan lain-lain);\n2.\n benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam):\ndoktor itu menyuntik dengan ~ kasar;\n~ jam menunjukkan pukul tujuh; \n3.\n [kiasan] tipu muslihat yang halus:\nPresiden Nasser pula memainkan ~nya mengenai pengiriman senjata-senjata oleh Jerman Barat kepada Israel;\n~ biku \njarum peniti;\n \n~ guni (karung)\n jarum kasar untuk menjahit guni (karung);\n ~ jahit \njarum untuk menjahit;\n \n~ kait \njarum yang berkait (untuk membuat renda dan lain-lain);\n \n~ layar \njarum besar untuk menjahit layar;\n \n~ panjang\n jarum yang menunjukkan minit;\n \n~ pendek \njarum yang menunjukkan jam;\n \n~ peniti \n= \n~ penyemat\n jarum untuk menyemat baju dan lain-lain;\n \n~ tisik \njarum untuk menisik;\n~ halus kelindan sutera \n(peribahasa) tipu muslihat yang sangat halus;\n \nbagai tuntung ~ dilaga \n(peribahasa) tidak tetap (lekas berubah, rosak, dan lain-lain);\n \nlulus ~, lulus kelindan \n(peribahasa) kalau kehendak pertama itu tercapai, kehendak-kehendak lain akan menurut;\n \nmengadu hujung ~ \n(peribahasa) melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sulit;\n \nmengenakan (memasukkan, menjalankan) ~ halusnya \n(peribahasa) melakukan tipu daya secara halus untuk mencapai sesuatu maksud;\njarum-jarum\n jarum penunjuk pada alat timbang;\nberjarum\n1.\n ada memakai jarum;\n2.\n [Indonesia] sedang disuntik;\nmenjarum\n1.\n mencucuk (membuat lubang, menyemat) dengan jarum;\n2.\n [Indonesia] menyuntik;\n3.\n sesuatu yang menyerupai jarum (seperti rumput, padi, rambut);\nmenjarumi\n [kiasan] meresap masuk ke dalam, menusuk:\nyang dapat saya lakukan hanyalah merenung surat-surat yang tidak sempurna itu dan cuba mengusir kesedihan yang mulai ~ perasaan;\nterjarum\n1.\n tersemat, tercucuk;\n2.\n tertipu (dengan cara halus);\njaruman\n1.\n jahitan;\n2.\n tipu daya yang sangat halus;\n3. = penjaruman\n barua, muncikari." "jarum II\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), kayu tajam, segading jantan, meroyan, \nIxora grandifolia;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok renek), mata pelanduk, kepayang air,\n Ixora arguta; \nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), jarum-jarum, gading-gading, \nPavetta indica; \nrumput ~ \nsejenis rumput yang buahnya tajam-tajam." "jarum-jarum\n= jejarum\n \n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), jejarum merah, menjarum merah, siantan hutan, \nIxora concinna." "jarwa\n[Jawa] [arkaik] terjemahan ke dalam bahasa Jawa Baru daripada bahasa Jawa Kuno (Kawi)." "jas I\n[Indonesia-Belanda] = \nbaju ~ \nbaju yang digunting mengikut potongan Eropah;\n\njenis-jenisnya:\n\n\n~ buka;\n\n~ hujan;\n\n~ tutup." "JAS II\n[kependekan] Jabatan Alam Sekitar." "jasa\npekerjaan baik (kpada negara, raja, orang, dan lain-lain), bakti:\n~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dalam kenangan kita semua; \nberbuat ~ \nmelakukan kebaikan (kpada negara, orang, dan lain-lain), berbakti;\n \nwang\n \n~\n [Indonesia]\na) hadiah, bonus, pencen;\n b) sewa, bunga (wang);\n c) upah;\n \n~ baik \npengaruh (kerana kedudukan dalam masyarakat dan lain-lain) yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu perkara;\nberjasa\n1.\n berbuat kebaikan (kpada negara dan lain-lain), berbakti;\n2.\n berhasil, berfaedah, berharga;\nmenjasai\n [arkaik] menghargai;\nkeberjasaan\n perihal berjasa:\n~ seseorang tokoh\n." "jasad\n1.\n tubuh atau badan (manusia) yang wujud (sebagai lawan roh):\nhanya ~nya di sini, tetapi fikirannya melayang teringatkan anak isterinya di kampung;\n 2.\n [Arab] tubuh atau badan yang tidak bernyawa lagi:\n~nya terbujur di perbaringan; \n3.\n (Fizik) sesuatu yang wujud yang boleh dipegang atau dilihat:\nmeteoroid ialah ~ kecil di angkasa lepas;~ hitam \n(Fizik) objek hipotetikal yang dapat menyerap semua haba atau sinaran cahaya yang mengenainya;\n \n~ renik\n [arkaik] benda hidup yang kecil-kecil;\n \n~ samawi \nobjek di langit di sebelah luar lapisan atmosfera bumi, iaitu matahari, bulan, bintang, planet dan satelit masing-masing, meteor, komet, nebula dan galaksi luar yang dapat dicerap." "jasadi\n[Arab] mempunyai sifat jasad, perihal jasad." "jasmani\n[Arab]\n1.\n badan, tubuh;\n2.\n berkenaan badan (tubuh) atau benda (lawan rohani);\n \npendidikan rohani dan ~ \npendidikan batin dan badan;\nkejasmanian\n perihal jasmani, yang berkaitan dengan tubuh badan atau benda, kebendaan:\npembentukan aspek kerohanian bukan sahaja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral." "jasmaniah\n[Arab] kejasmanian:\nwalaupun secara ~ manusia itu terikat, namun secara rohaniah ia bebas." "jasper\nsejenis kuarza legap yang berwarna merah, hijau tua, coklat atau kuning." "jata\nlambang kebesaran negeri atau negara:\n~ kebesaran negeri Terengganu." "jatah\n[Indonesia] jumlah yang diperuntukkan bagi sesuatu maksud (seperti barang yang harus dikirim ke suatu tempat, orang yang boleh naik haji pada tahun tertentu, dan lain-lain)." "jati diri\nsifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, identiti:\npembinaan negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan ~ bangsa dan semangat patriotik yang utuh; \npengisian program kebudayaan ini penting bagi membentuk sahsiah dan ~ belia masa ini." "jati I\n= sejati\n asli, murni, tulen, tidak bercampur, yang sebenarnya:\nEncik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; \nHamidah seorang wanita ~;\nkejatian, kesejatian\n perihal jati (asli, benar, murni, dan lain-lain):\nbahasa ini diperbahasakan orang dengan ~nya yang sempurna dalam negeri Kedah; \nCarl Rogers mentafsirkan ~ sebagai ciri-ciri yang mengandungi kenyataan jujur ataupun asli;\npenjatian\n perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dan lain-lain);\n \n~ awak, kepantangan orang\n (peribahasa) perihal orang yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan pendapat orang ramai;\n \n~ bulan, padi rebah \n(peribahasa) sesuatu yang selalu dicita-citakan." "jati II\nsejenis tumbuhan (pokok) yang kayunya baik untuk dibuat perkakas rumah dan lain-lain, \nTectona grandis; \nhutan ~ \nhutan yang terdiri daripada pokok jati;\n \n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok), kayu cina, \nPodocarpus neriifolius;\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), se(n)tada, \nPodocarpus polystachyus." "jatik\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), cematung merah, medang manik, \nElacocarpus jackianus." "jatuh\n1.\n turun ke bawah dengan cepat (berkenaan (dengan) buah, daun, rambut, dan lain-lain), gugur, luruh:\nbuku itu ~ dari tangannya;\n~ terduduk (terhentak, tersungkur, tertiarap); \npandai ~ \ndapat mengelakkan celaan (kritikan dan lain-lain);\n2.\n menjadi kurang (berkenaan (dengan) harga, nilai, dan lain-lain), turun, merosot:\nnilai mata wang negeri itu semakin ~; \n3.\n terbenam (berkenaan (dengan) matahari):\ndi sebelah matahari ~; \n4.\n berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada:\nperkahwinannya ~ pada 6 Ogos; \n5.\n (berkenaan (dengan) kerajaan, kabinet, dan lain-lain), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak berhasil (lulus):\nkerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya;\n6.\n bankrap, muflis:\nperusahaannya ~ kerana tidak cukup modal;\n7.\n tidak berhasil, tidak lulus:\nanaknya ~ dalam peperiksaan tahun ini;\n8.\n tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh):\nbandar itu telah ~ ke tangan musuh; \n9.\n sampai (di), tiba (di):\nhendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; \n10.\n menjadi (miskin, sakit, dan lain-lain);\n~ air muka \nmenjadi malu;\n \n~ bangun \na) rebah dan bangun lagi;\n b) [kiasan] maju mundur (dalam kehidupan dan lain-lain);\n \n~ bebas \n(Fizik) gerakan suatu jasad yang dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yang bertindak;\n \n~ cinta\n = \n~ hati \n= \n~ kasih \nmenaruh cinta (kasih) pada;\n \n~ colok \nmenjadi miskin, hilang kemegahan;\n \n~ hati\na) menaruh kasih (cinta) pada seseorang;\n b) menaruh belas kasihan pada seseorang dan lain-lain;\n \n~ ke atas\n memperoleh keuntungan (naik pangkat dan lain-lain);\n \n~ ke bawah \nki turun pangkat dan lain-lain;\n \n~ ke tangan (musuh dan lain-lain)\n menjadi milik (musuh dan lain-lain);\n \n~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur)\na) memperoleh kesenangan (kekayaan dan lain-lain);\n b) walaupun mendapat kesulitan dan lain-lain tetapi tetap senang;\n \n~ melarat\n menjadi melarat;\n \n~ merek \n[Indonesia] mendapat nama buruk (nama merosot);\n \n~ miskin\n menjadi miskin;\n \n~ nama \nmendapat nama buruk;\n \n~ pengsan \nmenjadi pengsan;\n \n~ sakit \nkena penyakit;\n \n~ talak \nsampai (berlaku) talak;\n \n~ tempoh \nsudah lewat tempohnya (waktunya);\n~ (tidak) berkait (berjolok) \n(peribahasa) memperoleh sesuatu dengan sebab (tidak) diminta (diharapkan);\n \nbiar ~ terletak, jangan ~ terhempas (terhentak) \n(peribahasa) berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat;\n \nbusuk berbau, ~ berdebuk\n (peribahasa) kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yang tidak baik) akhirnya diketahui orang juga;\n \nsudah ~ ditimpa tangga\n (peribahasa) kesusahan yang datang berturut-turut;\nberjatuh\n [Indonesia] memberi sumbangan (derma dan lain-lain);\ndijatuhi\n dikenakan, menjalani:\n mereka yang melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba\n;\nmenjatuhi\n jatuh mengenai sesuatu:\njangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman;\nmenjatuhkan\n1.\n melemparkan ke bawah, menggugurkan:\ndengan sengaja dijatuhkannya benda dalam tangannya itu; \n2.\n menurunkan (nilai, harga, dan lain-lain), memerosotkan:\nmusuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; \n3.\n menggagalkan, membubarkan, menumbangkan:\nparti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dengan undian tidak percaya; \n4.\n menyebabkan (miskin, melarat, dan lain-lain);\n5.\n mengenakan:\nhakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; \nia memang tidak segan-segan ~ hukuman kepada penyokong-penyokong komunis;\n~ denda \nmengenakan denda;\n \n~ hukum \nmemberi keputusan terhadap sesuatu perkara;\n \n~ maruah \nmenghina, memberi malu;\n \n~ talak \nmenceraikan (isteri);\n \n~ tangan kepada \nmenghukum, menangani;\nterjatuh\n jatuh dengan tiba-tiba (tidak sengaja);\n~ dihimpit jenjang \n(peribahasa) berturut-turut mendapat kesusahan;\nkejatuhan\n1.\n perihal jatuh, jatuhnya:\n~ kerajaan yang dipimpin oleh PM yang tua itu telah lama diduga; \n2.\n terkena (tertimpa) sesuatu yang jatuh;\n \n~ bulan \nki mendapat kebahagiaan (kesenangan)." "jauh\n1.\n besar jaraknya, tidak dekat:\nrumahnya agak ~ dari kedai itu;\n~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; \n2.\n tempat yang besar jaraknya (dari tempat tertentu), tempat yang tidak dekat:\nmereka datang dari ~ dan dekat; \n3.\n jarak, antara:\nberapa ~ lagi pergi ke Siam dari Alor Star? \n4.\n amat sangat, terlampau sangat:\nharga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang daripada di sini;\n~ daripada \namat sangat tidak;\n \n~ daripada cukup \nsangat tidak mencukupi;\n \n~ daripada memuaskan \nsama sekali tidak memuaskan;\n \n~ malam \nlarut malam;\n ~ menyayup \n[Kedah] terlalu jauh;\n \n~ pemandangan \nluas pemandangan, dalam pengetahuan;\n \nlebih ~\n selanjutnya, seterusnya;\n~ bau bunga, dekat bau tahi \n(peribahasa) kalau jauh (kaum keluarga dan lain-lain) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan;\n \n~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa \n(peribahasa) orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya;\n \n~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor \n(peribahasa) orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja;\n \n~ panggang dari api \n(peribahasa) jawaban atau sindiran yang tidak tepat;\n \nnan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi \n(peribahasa) tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yang jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dan lain-lain);\n \ntelah ~ maka dipanggil \n(peribahasa) telah terlambat;\nsejauh\n jauhnya, jaraknya:\nia berjalan kaki ~ dua batu;\n~ mana \nhad mana, hingga mana;\n \n~-jauh \nhingga jauhnya;\n \n~ mata memandang \ndalam jarak yang dapat dipandang oleh mata;\njauh-jauh\n sejauh mungkin, jauh sekali:\n pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu\n;\nberjauh\n berada jauh, merenggang:\norang yang berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat\n;\n \n~ hati \na) kecil hati, hiba hati;\n b) segan-segan;\nberjauhan\n jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan:\nrumah mereka tidak ~ antara satu sama lain;\nberjauh-jauhan\n1.\n jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran:\nkapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yang ~; \n2.\n saling berjauh, saling menghindari:\nmereka kelihatan ~; \n3.\n berebut-rebut siapa yang lebih jauh;\nmenjauh\n (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh);\nmenjauhi\n menjauhkan diri daripada, menghindari:\norang kampung berdoa supaya dijauhi daripada mara bahaya;\nmenjauhkan\n1.\n menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan:\nberus gigi yang hendak dimasukkan ke dalam mulutnya itu dijauhkannya semula; \n2.\n menghindarkan, menyingkirkan;\n \n~ bencana \nmenghindarkan bencana;\n \n~ diri\n menyingkirkan (menyisihkan) diri;\nkejauhan\n1. = jauhan\n tempat (jarak) yang jauh:\nombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; \n2.\n terlalu jauh." "jauhar\n[Arab]\n1.\n [sastera lama] permata, intan;\n2.\n [arkaik] mani, benih manusia." "jauhari\n[Arab]\n1.\n [sastera lama] tukang (saudagar) permata;\n2.\n cerdik pandai, ahli;\n~ juga yang mengenal manikam \n(peribahasa) hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu." "jaundis\n(Perubatan) penyakit yang menyebabkan kekuningan pada kulit dan mata putih akibat meningkatnya pigmen hempedu di dalam darah." "jaur\nberjaur\n [kata seru] pergi ke mana-mana tanpa arah tujuan:\n ibu selalu memarahi kakak kerana suka ~ dari pagi hingga ke petang." "jawa I\ngula ~ \ngula kelapa;\n \ntembakau ~ \nsejenis tembakau dari Jawa." "jawa II\nasam ~ \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nTamarindus indica." "jawa III\nburung ~ \nsejenis burung, \nAceros plicatus subruficollis." "jawa IV\n[Kelantan] antara mahu dengan tidak." "Jawa V\n1.\n peribumi atau penduduk asli Pulau Jawa, Indonesia;\n2.\n orang yang mempunyai darah keturunan peribumi dari Pulau Jawa;\nkejawaan\n hal (ciri atau sifat) yang berkaitan dengan atau memperlihatkan keperibadian orang Jawa:\nsuatu kelompok masyarakat yang masih kental ~nya." "jawab\nbalasan yang diucapkan apabila dipanggil (disoal dan sebagainya), sahut;\n \nsoal ~ \npertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dan sebagainya);\nberjawab\n ada jawabnya, berbalas, disahuti:\npertanyaannya masih belum ~ lagi;\nmenjawab\n membalas (surat, pertanyaan, dan lain-lain), menyahuti:\ndia tidak ~ sepatah pun;\nterjawab\n dapat dijawab;\n \ntidak ~ \ntidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya;\njawaban, jawapan\n1.\n jawab, balas(an):\nsebahagian daripada ~nya dapat kamu teka; \n2.\n sesuatu yang dituliskan sebagai penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dalam ujian bertulis)\n: sila berikan ~ yang tepat kepada soalan-soalan yang berikut;\n penjawab\n orang yang menjawab\n: sepuluh soalan yang meminta ~ mengenal jenis-jenis kata." "jawang\nsejenis binatang, biawak pohon;\n= jiawang." "jawat\njabat, pegang;\nsejawat\n1.\n sejabatan;\n \nrakan ~ \nkawan sekerja;\n2.\n sama jawatan, sepekerjaan:\nPerdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun;\nberjawat\n berjabat, berpegang;\n \n~ tangan \nberjabat tangan, bersalaman;\nmenjawat\n1.\n memegang (tangan dan lain-lain):\n~ lembing;\n~ tangan;\n2.\n menyambut, menerima;\n \n~ anak yang lahir \nmenyambut anak yang lahir;\n3.\n menjabat, menerima sesuatu kedudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan, memegang jawatan:\ndia anak Melayu yang mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang;\njawatan\n1.\n kedudukan dalam pekerjaan yang menentukan tugas seseorang (seperti sebagai Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dan sebagainya):\ndia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yang lalu; \nmeletakkan ~; \n2.\n [sastera lama] tanda atau alat kebesaran;\n \npayung ~ \npayung kebesaran;\n3.\n [sastera lama] pegawai istana, bentara, sida-sida:\nbaginda dihadapi oleh sekalian ~nya;\n4.\n [Indonesia] bahagian sesuatu kementerian dan lain-lain, jabatan;\n5.\n [Indonesia] segala sesuatu yang berhubungan dengan kerajaan, urusan kerajaan;\n6.\n [sastera lama] barang yang dipegang (dibawa dan lain-lain);\n~ tera \n[Indonesia] jawatan metrologi (yang mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dan lain-lain);\nsejawatan\n sama jawatan:\nrakan ~;\nberjawatan\n1.\n memegang (mempunyai) jawatan:\nia sekarang ~ kerani di pejabat pos; \n2.\n = \n~ tinggi\n berpangkat tinggi;\nperjawatan\n (segala sesuatu) yang berhubungan dengan jawatan (pelantikan, pemegangan, dan sebagainya, jawatan):\nBahagian P~ Jabatan Perkhidmatan Awam;\npenjawat\n sl\n1.\n penjabat, pemegang jawatan;\n \n~ istana \npekerja (pegawai) dalam istana;\n2.\n hamba (biasanya wanita) yang melayani di istana." "jawatankuasa\nsekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia;\n~ ad hoc \njawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal;\n \n~ induk \njawatankuasa utama yang dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil;\n \n~ kecil \njawatankuasa yang dibentuk di bawah jawatankuasa induk untuk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil;\n \n~ pemandu \njawatankuasa yang berfungsi menentukan tertib kegiatan tertentu serta mengawasi arah perjalanannya agar mencapai matlamat yang dikehendaki." "jawawut\n[Jawa] sekoi, \nPanicum viride." "jawen\n[Indonesia] ;\n \nQuran ~ \nark terjemahan kitab Quran;\n= Jawi II." "JAWI\nakronim bagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan." "jawi I\nlembu, sapi;\n \nanak ~ \n[Minangkabau] anak laki-laki yang dikasihi;\nbagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk\n (peribahasa) dikiaskan kepada orang bodoh yang tidak dapat dibawa berunding;\n \nbagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan \n(peribahasa) sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu ditimbangkan dan dirundingkan;\n \nbagai ~ terkurung siang\n (peribahasa) orang yang tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat." "Jawi II\nMelayu;\n \n~ pekan (peranakan) \norang yang berketurunan Melayu dan India;\n \nbahasa ~ \nbahasa Melayu;\n \nhuruf ~ \nhuruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu;\n \nmasuk ~ \nberkhatan, bersunat;\n \npadi ~ \npadi biasa (bukan pulut);\n \ntulisan ~\n tulisan yang menggunakan huruf Jawi;\nmenjawikan\n1.\n menterjemahkan (kitab-kitab daripada bahasa lain) ke dalam bahasa Melayu;\n2.\n mengalih (mengubah) kepada tulisan Jawi:\nrencana ~ yang ditulis dalam tulisan Rumi;\n penjawian\n proses (usaha, perbuatan dan sebagainya) mengalih atau mengubah kepada tulisan Jawi:\n~ cerita kanak-kanak yang terdapat dalam tulisan Rumi merupakan suatu usaha yang sangat baik untuk memartabatkan tulisan Jawi." "jawi-jawi\nsejenis tumbuhan (pokok), beringin, kelat sega, \nFicus benjamina." "jawil\n[Jawa];\nmenjawil\n mencolek, menggamit, menyentuh dengan jari (supaya mendapat perhatian)." "jaya\n1.\n kemenangan;\n \nhikayat Perbu ~ \nhikayat kemenangan Perbu;\n2. = berjaya\n menang, berhasil:\nutusan sudah balik dengan tiada ~;\nberjaya\n beroleh kemenangan, mencapai kemajuan, berhasil:\ntidak ada harapan cita-citanya akan ~;\nmenjayakan\n menyebabkan jaya (berhasil, maju, dan lain-lain):\nsemua itu memberi semangat untuk ~ usaha yang lebih besar pada masa hadapan;\nkejayaan\n perihal berjaya, kemenangan, hasil:\napabila sudah mendapat ~ dalam pelajaran barulah hal rumah tangga dirancangkan." "jayeng\n[Jawa], [sastera lama] menang (atas);\n \n~ seteru \nmenang atas musuh." "jaz\nmuzik yang kuat dan rancak yang berasal daripada kalangan orang Negro di Amerika Syarikat:\npancaragam ~." "jazam\n[Arab] tanda baca yang dipakai untuk huruf Arab () diletakkan di atas huruf konsonan untuk menunjukkan bahawa huruf itu mati (tidak dibunyikan lagi);\nmenjazamkan\n1.\n memotong, mengerat, memenggal;\n2.\n memutuskan, menentukan:\nsegala harta dan hak kepunyaanku telah kujazamkan, iaitu kuserahkan supaya dibahagikan dua pertiga daripadanya kepada Puan Normah." "jazbah\n[Arab] keadaan diri yang sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu." "jazirah\n[Arab] semenanjung:\n~ Arab." "JB\n[kependekan] Johor Baharu." "jean\nseluar panjang daripada kain yang tebal dan tahan lasak, dan dipakai secara kasual;\nberjean\n memakai jean:\ndia ~ biru dan berbaju batik\n." "jebah I\n[arkaik] lebar (berkenaan (dengan) muka)." "jebah II\nberjebah\n banyak sangat, berlebih-lebihan:\nnelayan-nelayan nampaknya riang benar hari ini kerana ikan ~." "jebai\n[arkaik];\nberjebai\n berserak-serak, tidak teratur." "jebak I\n= jebakan\n1.\n sejenis alat (sangkar) untuk menangkap burung (binatang dan lain-lain), perangkap;\n2.\n muslihat untuk menipu (menggoda dan lain-lain);\n \nmemasang ~ \nmemasang perangkap, memikat untuk menipu (menggoda dan lain-lain) orang;\nmenjebak\n menangkap" "jebak II\n[Kelantan];\nberjebak-jebak\n1.\n meleleh keluar;\n2.\n terlampau banyak." "jebang\nperisai panjang (daripada kayu yang dilapisi dengan kulit)." "jebat\nkesturi;\n \nmusang ~\n sejenis musang yang menghasilkan kesturi, musang kesturi;\njebat-jebatan\n berbagai-bagai jenis bau-bauan yang harum." "jebeh\n[Kelantan];\nmenjebeh\n mengeruntukan mulut untuk menghina orang." "jebeng\n[Kelantan], [Terengganu] bauk, cambang." "jebik\nmenjebik\n menyorongkan bibir bawah ke depan (seperti hendak menangis);\nterjebik\n seperti hendak menangis (muka):\ndia ~ apabila emaknya melarangnya pergi menonton." "jeblok\n[Jakarta];\nkejeblok\n terperosok ke dalam lumpur." "jeblos\n[Jakarta];\nmenjebloskan\n1.\n memasukkan ke dalam lubang dengan kuat-kuat (dengan menggunakan paksaan dan sebagainya);\n2.\n [kiasan] memasukkan ke dalam penjara;\nterjeblos, kejeblos\n1.\n terperosok;\n2.\n [kiasan] termasuk perangkap, terjebak, tertipu." "jebol\n[Jakarta] rosak, tembus;\nmenjebol\n merosakkan (pintu dan lain-lain), menembus;\nmenjebolkan\n menyebabkan jebol (rosak, tembus), menembuskan." "jebrol\n[Jakarta];\nmenjebrolkan\n1.\n melahirkan (anak);\n2.\n [kiasan] menerbitkan, mengeluarkan." "jebuh\nsejenis ikan laut, \nDussumieria spp." "jebung\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nAbalistes stellatus." "jebur\n[Jakarta] cebur;\nmenjebur\n mencebur (terjun ke dalam air)." "jed\nsejenis batu bernilai, biasanya berwarna hijau, yang dijadikan barang hiasan danbarang kemas." "jeda\n1.\n waktu rehat:\nsampai waktu ~, belum ada kalah menang; \n2. = berjeda\n berhenti sebentar;\n \ntidak ~ \ntidak putusnya, tidak henti-hentinya;\n3.\n masa antara dua peristiwa atau tindakan." "jeding I\n[Jawa] tangki (air)." "jeding II\n[Jakarta] melentik ke atas (berkenaan (dengan) bibir)." "jegang\n1.\n tegang, kaku, liat;\n2.\n mati keras." "jege\n[Kedah] membeliakkan mata (kerana marah dan lain-lain)." "jegela\n[Perak];\norang ~ \npelawak, badut." "jegil\nmenjegil\n membeliak, membelalak (mata):\nMinah ~, Bujal terperanjat;\nmenjegilkan\n membeliakkan, membelalakkan (mata):\nYusof ~ matanya ke arah murid-murid;\nterjegil\n terbeliak, terbelalak;\njegilan\n bukaan mata yang besar:\nMak Munah terkejut melihat ~ mata Wak Sudin." "jegung\npetak di buritan kapal tempat menyimpan tali (layar dan lain-lain)." "jejak I\n1.\n bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dalam air), kesan:\nmeninggalkan ~ di lumpur;\n2.\n injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dan lain-lain, sampai di atau (hampir) kena pada sesuatu tahap (paras dan sebagainya);\n \n~ bahu\n (berkenaan (dengan) rambut) panjang hingga ke bahu;\n \n~ bara \n(berkenaan (dengan) barang yang bergantung) hampir sampai ke tanah dan lain-lain;\n \n~ tanah \nupacara pada ketika budak mula-mula menginjak tanah;\n \nbertikam ~ \nhampir seimbang (sama), hanya sedikit bezanya;\n3.\n tabiat, tingkah laku, perangai;\n \nmengikuti ~ orang tuanya\n menurut kelakuan orang tuanya;\n \n~nya keruh \nperbuatannya kurang baik;\n \nmenghilangkan ~ \nmenutupi kesalahan (perbuatan yang kurang baik);\n \nmencari ~ dalam air \n(peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang sia-sia;\nberjejak\n1.\n meninggalkan bekas (kaki dan lain-lain), berkesan:\nberjalan di lumpur ~; \n2.\n menginjak di, bertumpu di:\nkakinya tidak ~ di bumi;\nmenjejak\n1.\n mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dan lain-lain), menginjak:\ndia ~ lantai simen itu; \n2.\n sampai di, mengunjungi:\ninilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia;\nmenjejaki\n1.\n menginjak;\n2.\n mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dan sebagainya:\ndari situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura;\n3.\n [kiasan] mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya) seseorang dan lain-lain, menyiasat, menyelidiki;\nmenjejakkan\n menginjakkan (kaki);\npenjejakan\n perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani):\nalat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser." "jejak II\n[Jakarta]\n1.\n lurus, tegak (tidak condong);\n2.\n teratur baik, tetap (tidak berubah-ubah)." "jejaka\nanak lelaki yang telah dewasa (tetapi belum berkahwin), (orang) bujang, pemuda. \njejal; \nberjejal, berjejal-jejal\n penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat:\ndi seberang sana kelihatan motokar ~;\nmenjejal, menjejali\n menyumbat, mengisi (lubang dan lain-lain) dengan penuh, menutup lubang (celah-celah) dengan sesuatu, memenuhi:\nsetiap tanah lapang dijejali dengan rumah-rumah kediaman;\n terjejal\n disumbat dengan penuh:\n tambahan yang ~ pada lubang paip itu." "jejala\njala-jala;\n= jala I." "jejamang\njamang (sejenis perhiasan)." "jejambat\njalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain seperti jambatan:\n~ yang merentangi jalan kereta api itu penuh sesak." "jejamu\njamu-jamu (sejenis tumbuhan)." "jejantas\njambatan (di atas jalan raya) untuk pejalan kaki melintas jalan." "jejap\njijik." "jejari\n1.\n bilah besi yang menghubungkan pusat roda dengan rim, terutamanya basikal:\n~ basikal;\n2.\n garis lurus dari pusat ke keliling bulatan;\n \n~ atom \na) jarak di antara nukleus atom dengan elektron valens atom tersebut;\n b) jarak yang merupakan setengah jarak di antara nukleus dua atom yang serupa;\n \n~ ikan \nkepingan daging ikan tanpa tulang yang berbentuk empat segi bujur dan disaluti serbuk roti, biasanya dipanggang atau digoreng;\n \n~ ion \nnilai jejari bagi ion dalam pepejal ionik berhablur (berdasarkan andaian bahawa ion berbentuk sfera dan bersaiz tertentu)." "jejarum\n= \n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, \nIxora concinna." "jejas\n1.\n luka sedikit, lecet, relas:\njangankan terbelah, ~ pun tidak; \n2. = berjejas\n rosak (punah, haus, binasa) pada barang seperti kain baju dan lain-lain, menunjukkan tanda atau kesan kerosakan:\nbaju awak ini sudah lama, tetapi tidak juga ~;\nmenjejaskan\n1.\n melukakan, merosakkan:\ntidak seorang lelaki pun yang pernah ~ hatinya; \n2.\n mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak baik pada, merosakkan:\nperistiwa itu tidak sedikit pun ~ perhubungan mereka;\nterjejas\n (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik:\nmungkin disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~ walaupun telah 29 tahun mereka bersama;\njejasan\n perihal jejas (luka dan lain-lain);\npenjejasan\n perihal menjejaskan:\n dengan ~ itu, keamanan dan kedamaian telah hilang." "jejawat\norang yang membawa barang hantaran semasa istiadat (seperti istiadat bercukur dan lain-lain) di istana\n." "jejawi\nsejenis tumbuhan (pokok), jawi-jawi, \nFicus benjamina." "jejeh\nberjejeh\n menitik banyak-banyak (berkenaan (dengan) benda yang cair tetapi agak pekat seperti darah dan lain-lain)." "jejenang\n= jenang\n." "jejentik\n= jentik-jentik." "jejer\nbanjar, baris, deret, jajar;\nberjejer\n berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur):\nmotokar-motokar ~ di jalan raya itu;\nberjejeran\n berderet-deret:\n ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran;\nmenjejeri\n terdiri berjejer-jejer di:\nKuala Perlis dijejeri oleh rumah-rumah nelayan;\nmenjejerkan\n mengatur berderet-deret (berbaris):\nia ~ barang dagangan di atas bangku;\njejeran\n deretan." "jejuang\njuang-juang." "jejunektomi\n(Perubatan) pembuangan jejunum atau sebahagian daripada jejunum secara pembedahan." "jejunitis\n(Perubatan) radang pada jejunum." "jejunoileitis\n(Perubatan) radang pada jejunum dan ileum." "jejunum\n(Biologi) bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum." "jejurai\nsejenis hiasan yang berjurai-jurai yang dipakai pada rambut:\n pengantin perempuan Acheh juga memakai sanggul lintang dengan bunga goyang dan ~\n. \njek\n (jk) alat untuk menaikkan atau mengangkat benda berat (seperti kereta dan lain-lain), bicu, dongkerak, pengumpil;\nmengejek\n1.\n menaikkan atau mengangkat benda yang berat (seperti kereta dan lain-lain) dengan jek, mendongkerak, mengumpil:\ndia sedang ~ keretanya; \n2.\n [kiasan] mengampu, membodek." "jekat\n[arkaik] zakat." "jel\npenjara;\n \nkena ~ \ndimasukkan ke dalam penjara;\n \nmasuk ~\n [bahasa percakapan] menjalani hukuman penjara;\nmengejel\n memasukkan ke dalam penjara:\norang itu dijel dua minggu." "jela\nberjela, berjela-jela\n tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai:\njanggutnya ~ sampai ke tanah;\n~ panjang \npanjang meliuk-liuk;\nterjela\n1.\n terjuntai-juntai, terayun-ayun;\n2.\n terbaring di tanah (seperti mayat)." "jelabak\nterjelabak\n roboh, runtuh, pecah berselerak." "jelabas\n= \nmulut ~\n lepas cakap, suka berleter, suka mengatai orang." "jelabir\n= jabir." "jeladan\nsejenis burung, jelatik." "jeladeri\n[sastera lama] lautan." "jelaga\ndebu hitam dalam asap atau yang ditinggalkan asap pada permukaan sesuatu, sulang asap, arang lampu, arang para;\nberjelaga\n diselaputi jelaga;\nmenjelagakan\n menjadikan (menyebabkan) berjelaga." "jelah I\n[arkaik] cerah, banglas, jernih, terang." "jelah II\nmenjelah\n menangkap burung (dengan menggunakan getah atau jaring)." "jelai I\nsejenis tumbuhan (bijinya keras dibuat tasbih dan lain-lain), \nCoix lachrymajobi;\n= enjelai." "jelai II\nsejenis jem daripada buah-buahan (dimakan dengan roti dan lain-lain)." "jelajah I\nmenjelajah\n pergi berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain);\nmenjelajahi\n mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dan lain-lain) sesuatu daerah dan lain-lain (untuk menyelidiki dan lain-lain), menjajah:\nmereka telah ~ seluruh semenanjung negeri Arab; \nsejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha untuk ~ angkasa lepas telah dipertingkatkan;\npenjelajahan\n perihal menjelajahi:\ninilah pertama kalinya kapal terbang digunakan untuk ~ di bahagian Artik;\npenjelajah\n1.\n orang yang menjelajah:\nAmundsen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway; \n2.\n = \nkapal ~ \nsejenis kapal perang yang tidak begitu besar tetapi laju." "jelajah II\n[Minangkabau];\nmenjelajahkan\n menerangkan, menghuraikan." "jelak I\nbosan, jemu, kenyang, puas (makan dan lain-lain);\n \njemu ~ \nsangat jemu;\nterjelak\n kekenyangan." "jelak II\nmenjelak\n [Kelantan], [Terengganu] mencuri, melakukan sesuatu secara diam-diam (dari belakang dan lain-lain)." "jelalat\n[Jakarta];\nsejelalat\n sekejap (mata);\njelalatan\n memandang sekeliling dengan liar." "jelamprang, jelamperang\n[Jawa];\nkain ~ \nsejenis kain panjang." "jelan\n[Kedah];\nmenjelan\n menjelir (lidah)." "jelanak I\nmenjelanak\n merayap dengan menghendap, menyelinap (di antara pohon-pohon dan lain-lain), menyorok." "jelanak II\n[Kelantan] muntah." "jelang I\nmenjelang\n \n1.\n datang berkunjung (menengok), menghadap (raja, orang besar):\ndia sentiasa sibuk sehingga tidak ada masa untuk ~ tetangganya; \nitulah sebabnya yang membuat Nakhoda Muda pergi ~ Pangeran Kusumaningrat itu; \n2\n. hampir, sudah dekat (berkenaan (dengan) waktu, malam, siang, dan lain-lain):\n~ tengah malam barulah kami sampai di kampung penghulu itu; \n3.\n menghadapi, menyambut, menyongsong:\n~ hari raya; \n4.\n kepada, menghadap (pada alamat surat);\n5.\n melihat, menatapi:\n~ bulan \nmelihat anak bulan pada akhir puasa." "jelang II\n[Minangkabau] cair, encer." "jelangak\nmenjelangak\n1.\n mengangkat kepala ke atas, menengadah, mendongak:\nbeberapa orang yang berada berhampiran dengan Jambatan Aioi ~ ke angkasa; \n2.\n [Kedah] tidak begitu cermat (memandang sewaktu berjalan, melakukan sesuatu)." "jelantah I\nnasi yang kurang masak (setengah mentah)." "jelantah II\nminyak kelapa yang sudah dipakai untuk menggoreng." "jelapak\n[Minangkabau];\nberjelapak, berjelapakan\n1.\n berkaparan di sana sini, berserak-serak;\n2.\n jatuh ke belakang (terlentang);\nterjelapak\n1.\n terkapar, terserak-serak;\n2.\n terlentang." "jelapang\ntempat menyimpan padi, rengkiang;\n \n~ padi\n [kiasan] kawasan yang banyak menghasilkan padi." "jelar\n[arkaik];\nmenjelar\n1.\n menjalar;\n2.\n rebah membujur (memanjang)." "jelas I\n1.\n terang (perkataan, pemandangan, dan lain-lain), tidak kabur (mengelirukan dan sebagainya), nyata:\nsuara itu tidak ~ pada pendengarannya; \nketerangan yang diberikan itu tidak begitu ~;\n2.\n habis, selesai, beres (pekerjaan, hutang, dan lain-lain):\ndalam sehari boleh ~ pekerjaan ini; \nhutangnya di kedai itu masih belum ~;\nsejelas-jelasnya\n cukup jelas, amat jelas:\nrancangan itu akan diterima oleh rakyat setelah penerangan yang ~ diberikan kepada mereka;\nberjelas-jelas\n berterang-terang, tidak bersembunyi-sembunyi:\naku ini hendak ~ dahulu sebelum aku sampaikan amanat orang;\nmenjelasi\n [Minangkabau] meminta keterangan yang lebih jelas (lebih lanjut);\nmenjelaskan\n1.\n menerangkan (lebih lanjut), menghuraikan (sehingga jelas), menyatakan (untuk memberikan penerangan):\nseorang pegawai kerajaan ~ bahawa undang-undang yang baru diluluskan itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja; \n2.\n menyelesaikan (pekerjaan, pembayaran hutang, dan lain-lain), menghabiskan, membereskan:\ndia sekarang bercermat-cermat kerana hendak ~ harga motokar itu;\n memperjelas\n membuat lebih jelas:\n kita akan ~ keadaan ini dengan memberi dua contoh;\nkejelasan\n perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya:\n~ imej pada keseluruhan skrin;\n~ objektif untuk belajar;\n~ amat penting bagi borang dan penerangan yang disertakan;\npenjelasan\n1.\n keterangan (yang lebih jelas), huraian:\nAli meminta ~ sebab-sebab perbuatan adiknya; \n2.\n penyelesaian (pekerjaan, pembayaran hutang, dan lain-lain);\n~ bank \n(Ekonomi) penyelesaian pembayaran cek dan lain-lain antara bank;\n \nrumah ~ \n(Ekonomi) tempat menyelesaikan pembayaran cek dan lain-lain antara bank;\npenjelas\n1.\n orang yang menjelaskan;\n2.\n benda untuk menjelaskan (hutang dan lain-lain):\nwang ~ hutang." "jelas II\nsejenis tumbuhan (pokok), bidara merah (pahit), lempedu pahit, \nEnrycoma longifolia." "jelat\n[Kelantan];\njauh ~ \njauh sangat." "jelata\nrakyat ~ \nrakyat biasa (bukan daripada golongan bangsawan atau hartawan);\nmenjelata\n [arkaik] melata;\n= lata III." "jelatang\n1.\n = \n~ api\n = \n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya gatal), \nLaportea stimulans;\n~ ayam \nsejenis tumbuhan (herba), \nFleurya interrupta;\n~ rusa\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCnesmone javanica; \nakar ~ bulang \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nSphaerostyli malaccensis; \n2.\n [kiasan] pengacau, penghasut;\n \n~ darat \n[Kelantan] perosak masyarakat, lintah darat;\n \n~ negeri \npengganggu keamanan;\n \n~ di hulu air\n (peribahasa) perkara yang selalu menyusahkan." "jelatik\nsejenis burung pipit jawa (warnanya kebiru-biruan), \nLochura leucogastroides." "jelatuh\n[Kedah] tempuni." "jelatuk\nbelatuk\n." "jelau\n[arkaik];\nmenjelau\n menjenguk." "jelawai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nTerminalia subspathulata;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), tembatu, \nNeoscortechinia kingii." "jelawardi\n[arkaik]\n= lazuardi." "jelawat\nsejenis ikan darat, \nLeptobarbus hoevenii." "jelebat\nsejenis ikan laut, \nSetipinna taty." "jeleber I\nI; \nberjeleber\n1.\n berkedut sangat dan berjuntai (kulit orang yang sudah tua dan lain-lain);\n2.\n terburai, berumbai (kain dan lain-lain)." "jeleber II\nII; \nberjeleber\n [Kelantan] mengumpat." "jelejeh\nberjelejeh, menjelejeh\n meleleh (air liur dan lain-lain), menjejeh;\nmenjelejehkan\n menyebabkan menjelejeh." "jeleket\nmenjeleket\n melekat (berkenaan (dengan) kertas, kelopak mata, dan lain-lain);\njeleketan\n (Fizik) tarik-menarik sesama molekul sesuatu benda;\nkejeleketan\n keadaan jeleket." "jelempah\nmenjelempah\n bergelimpangan, terlantar di mana-mana." "jelengar\nmenjelengar, terjelengar\n memandang dengan kehairan-hairanan:\ndalam berjalan itu, sentiasa ia terjelengar-jelengar, memandang berkeliling dengan hairan." "jelentik\nmenjelentik\n menjentik, mengetil." "jelepak I\nmenjelepak\n \nputih ~\n sangat putih;\n= lepak I." "jelepak II\n= jelepok." "jelepek\n[Kelantan] terkulai kerana tinggi dan lembik." "jelepok\nmenjelepok, terjelepok\n jatuh terduduk, jatuh tersila:\nmereka duduk ~ akibat keletihan." "jeleweh\nterjuntai (bibir), juih." "jeli I\n[Jakarta] elok dan bercahaya (mata)." "jeli II\nsejenis bahan seperti agar-agar;\n\n\n~ petroleum \ncampuran hidrokarbon yang separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dalam industri ubat-ubatan, kosmetik, dan sebagainya." "jeligur\n[Jawa] hampas kopi." "jelik\nburuk, hodoh, jahat, tidak baik:\nkelakuannya ~;\nmenjelikkan\n memburukkan:\njangan selalu ~ kawan;\n kejelikan\n keburukan:\nkarya Ibrahim Omar ini menampakkan ~ hidup manusia Melayu di kota-kota." "jelilatan\n[Jawa] jelalatan;\n= jelalat." "jelimpat\n[arkaik];\nmenjelimpat\n menyimpang dari jalan (arah yang dituju)." "jeling\npandangan dengan ekor mata, kerling;\nmenjeling\n memandang dengan ekor mata, mengerling:\ntidak ada antara mereka yang memandang, kalau ada pun sekadar memalis dan ~;\njelingan\n kerlingan." "jelingah\n[Kelantan] gatal, biang (disebut untuk perempuan sahaja)." "jelir\nmenjelir, terjelir\n keluar sedikit lidah dan lain-lain:\nlidahnya terjelir sedikit;\nmenjelirkan\n mengeluarkan (lidah dan lain-lain):\ntenggiling ini boleh ~ lidahnya keluar dengan panjang." "jelira\npuas (berkenaan (dengan) makanan, minuman, dan lain-lain), meresap ke segenap anggota tubuh." "jelit\n[arkaik];\nmenjelitkan\n mencantumkan, menyisipkan." "jelita I\ncantik, elok, molek:\ndari tingkap rumahnya itu dia dapat melihat seorang gadis ~ sedang menunggu bas;\nkejelitaan\n perihal jelita, kecantikan:\ndia terpesona dengan ~ gadis kampung itu." "jelita II\nsejenis tumbuhan (herba), kancing baju, \nCorchorus capsularis." "jelitawan\ngadis (wanita) yang jelita." "jeliti\nsejenis tumbuhan (pokok), membatu, terak, \nPlanchonella oxyedra." "jelma\nmenjelma\n \n1.\n lahir (kembali):\norang Hindu percaya bahawa orang yang mati itu akan ~ balik; \n2.\n masuk ke dalam (tubuh manusia, binatang, dan lain-lain):\njiwanya ~ dalam tubuh seekor kera; \n3.\n muncul (di dalam hati, ingatan, dan lain-lain), timbul atau muncul (berkenaan (dengan) sesuatu kejadian dan lain-lain):\nada perasaan lain lebih dahulu yang ~ ke dalam hatinya; \nwajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dalam ingatannya; \nkemakmuran ini menjadi latar kepada malapetaka yang akan ~;\n4.\n berubah menjadi makhluk (benda) yang lain, bertukar bentuk (rupa dan lain-lain):\nKrishna ~ menjadi Rama; \nulat ~ menjadi kupu-kupu;\nmenjelmakan\n ark\n1.\n melahirkan sesuatu di dalam, memasukkan sesuatu ke dalam:\nfaham politiknya dijelmakan dalam novel-novelnya;\n2.\n melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dan lain-lain):\npenulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yang bermutu;\nterjelma\n termasuk (ke dalam sesuatu), terlahir (di dalam sesuatu), tercipta, terwujud;\njelmaan\n sesuatu yang telah menjelma;\n hasil daripada menjelma;\nbatu ~ \n(Geologi) sejenis batu yang telah berubah bentuknya (rupanya dan lain-lain) akibat kuasa matahari dan air serta udara dan lain-lain;\npenjelmaan\n1.\n perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yang terjadi daripada jiwa yang menjelma:\ndi dalam hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dalam ~;\n2.\n perihal masuknya jiwa ke dalam (tubuh manusia, binatang, dan lain-lain);\n3.\n (Biologi) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dan lain-lain) daripada sesuatu:\nperubahan rupa mulai daripada telur menjadi serangga itu dipanggil ~; \n4.\n perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dan lain-lain, pelaksanaan:\nsistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yang sangat merugikan kita; \n5.\n ciptaan, karya, perwujudan cita-cita:\nnovelnya yang pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya." "jelopong\n[Terengganu] comot, kotor:\nbaju kamu kenapa sampai habis ~." "jelu I\n[Jakarta] berasa kesal, sebal hati." "jelu II\n~ masak pisang\n, sejenis binatang mamalia (seperti memerang), pulasan tanah, \nMustela nudipes\n." "jeluak\nmenjeluak\n \n1.\n berbunyi sewaktu hendak muntah, muntah (kerana terlalu kenyang);\n2.\n [Kelantan] melimpah (air)." "jeluang\n[sastera lama] kertas atau kain yang dibuat daripada kulit kayu." "jeluas\n[Kelantan], [Terrenganu];\nberjeluas\n berlumuran (dengan kotoran, darah, dan lain-lain)." "jeludu\nmenjeludu\n bergerak di air (kapal, perahu, itik, dan lain-lain)." "jelujur I\njahitan tangan yang jarang dan tidak dimatikan, jahitan sementara;\n~ halus \nsejenis jahitan yang digunakan apabila membuat kelim panjang pada kain lembut (dibuat sebelah dalam atau luar);\n \n~ sementara \nsejenis jahitan sementara untuk menetapkan kelim di tempatnya sebelum kelim itu dijahit (dibuat sebelah dalam atau luar);\nmenjelujur\n membuat jelujur, menjahit jarang-jarang (dengan tidak mematikan jahitan)." "jelujur II\nkayu atau buluh yang dipasang mendatar untuk menutup pintu pagar (kandang dan lain-lain)." "jeluk\n1.\n dalam (berkenaan (dengan) mangkuk, pinggan, dan lain-lain);\n2.\n [Kelantan] besen." "jelum\nberjelum\n = \nmandi ~\n menyapu air (tidak disiram) pada tubuh;\nmenjelum\n membersihkan tubuh dengan menyapu air pada tubuh." "jelungkap\nmenjelungkap\n1.\n terlepas daripada ikatan atau pasangan, terkobak dan tidak melekat lagi;\n2.\n melenting kemudian lurus kembali (buluh dan lain-lain yang dilengkokkan)." "jeluntung\npenyakit cacar air." "jelunut I\n[Minangkabau];\nmenjelunut\n pekat, kental, melekat." "jelunut II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nColumbia serratifolia;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), cenderai hutan, medang gajah, \nCommerosia bartramia." "jelur\n~-jelir \nmenjelir berkali-kali." "jelurai\nsejenis kuih yang menyerupai jala." "jelus\n[Jakarta] cemburu;\nmenjeluskan\n1.\n mencemburui;\n2.\n menyebabkan iri hati." "jelut\n[Jakarta];\nmenjelut\n1.\n berasa sakit (perut);\n2.\n [kiasan] kesal, sebal." "jelutung\nsejenis tumbuhan (pokok), \nDyera costulata;\n~ badak \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nErvatamia corymbosa;\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), \nEuphorbia atoto; \nrotan ~ \nsejenis rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), \nDaemonorhops geniculatus." "jeluwek\n[Kelantan] muntah." "jem I\n[Jakarta], [bahasa percakapan] jam." "jem II\nsejenis makanan yang dibuat daripada buah-buahan yang dimasak dengan gula hingga likat (biasanya disapu pada roti, biskut, dan sebagainya)." "jemaah\n[Arab]\n1.\n kumpulan orang beribadat;\n \n~ haji\n rombongan orang naik haji;\n2.\n orang ramai, perjumpaan ramai;\n~ menteri \nbadan eksekutif yang terdiri daripada para menteri, yang secara kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan, kabinet;\n \nJ~ Pemangku Raja \nbadan yang dilantik untuk menjalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri ataupun raja tiada upaya;\nberjemaah\n beramai-ramai, bersama-sama:\nsembahyang ~." "jemah I\nkelak, kemudian;\n \ndi akhirat ~ \ndi akhirat kelak;\n \nkelak\n \n~\n kemudian kelak, di kemudian hari;\n \ntidak ~ \ntidak pernah." "jemah II\n[Kelantan], [Terrenganu];\nberas ~\n beras biasa (bukan pulut)." "jemala\n[sastera lama] kepala;\n \nbatu ~ \nbatu kepala, kepala;\n \ndi atas ~\n di atas kepala." "jemalin\njurumalim, jurumudi." "jemang\n[Minangkabau];\nsejemang\n sebentar." "jemari\n= \njari-~\n anak-anak jari." "jemawa\n[sastera lama]\n1.\n angkuh, congkak, sombong;\n2.\n suka mencampuri hal orang lain;\nkejemawaan\n1.\n keangkuhan, kecongkakan, kesombongan;\n2.\n perihal suka mencampuri hal orang lain." "jemba I\n= jembaan\n ukuran yang panjangnya lapan hasta atau 3.66 meter." "jemba II\nmenjemba\n [Minangkabau] meluruskan tangan hendak mencapai sesuatu;\n \ndijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam \n(peribahasa) mengatur sesuatu (pekerjaan dan lain-lain) supaya berhasil baik;\nmenjembakan\n meluruskan (tangan):\ndijembakannya tangannya akan meraba;\njeremba\n." "jemba III\nTr\n1.\n tiba, datang;\n2.\n menerpa, menerkam:\napabila ternampak saja tikus, kucing jantan saya terus ~." "jembak\nmenjembak, terjembak-jembak\n terurai dan terjela-jela (rambut budak yang panjang dan lain-lain)." "jembalang\nsejenis hantu (hantu tanah) yang kadang-kadang merupakan diri seperti rusa (kerbau dan lain-lain)." "jembel\n[Indonesia] sangat miskin;\norang ~\n orang miskin, pengemis;\n \nrakyat ~ \nrakyat yang miskin." "jembeng\n[Kelantan] membimbit, menjinjing." "jemboan\npondok kecil." "jembrut\nzamrud." "jemedi\n1.\n sejenis ikan laut, bakuk, \nThryssa spp.; \n2.\n sejenis ikan laut, \nEngraulis kammalensis." "jemeki\n[arkaik] perhiasan (daripada kertas yang berwarna emas dan lain-lain) yang terdapat pada tepi selendang dan lain-lain, labuci." "jemekian\nsejenis tumbuhan;\n= cemekian." "jemeleh I\n[Kelantan] majlis." "jemeleh II\n[Kelantan] sembelih." "jemerah\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), mambu jantan, merambau, sekebah, \nMilletia sericea." "jemerelang\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Leguminosae, timbarayung (Sabah), \nPeltophorum spp." "jemerlang\n[arkaik] \n= cemerlang." "jemertas\nsi ~ \nsejenis rumput." "jemeruk\n[Kelantan]\n1.\n berturut-turut (berkenaan (dengan) jamuan, peristiwa, dan lain-lain);\n2.\n berlaku pada masa yang sama." "jemerung I\nsejenis ikan darat, \nLobochelius spp." "jemerung II\n[Terengganu] sejenis rumput:\nkalau hendak menanam padi, ~ hendaklah ditebas dahulu." "jempalik\n[Jawa] \n= jempalit." "jempalit\n[Jakarta] tonggang-langgang, berguling berbalik-balik (sedang berjalan, bergantung, berguling, dan lain-lain);\n= jengkolet." "jempana\n[sastera lama] sejenis tandu, usungan." "jemparing\n[Jawa], [sastera lama] anak panah." "jempol\n[Indonesia]\n1.\n ibu jari;\n2.\n = \njempolan\n yang terbaik, johan;\n \ncap ~ \ncap ibu jari (sebagai ganti tandatangan);\n \nisapan ~ \nrekaan sendiri (berkenaan (dengan) khabar dan lain-lain), omong kosong;\nkejempolan\n [bahasa percakapan] kehandalan, keunggulan." "jempul\n1.\n sejenis ikan laut, \nLiza tude; \n2.\n sejenis ikan laut, jumpul, \nMugil planiceps." "jempung\nsejenis ikan laut;\n= jambung." "jemput I\nsejemput\n sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, secekut:\ndia mengambil ~ tembakau;\njemput-jemput\n1.\n sejenis kuih (daripada adunan tepung, pisang, dan gula yang dijemput sedikit-sedikit dan digoreng);\n2.\n sejenis kuih (daripada adunan tepung, bawang, garam, dan lain-lain yang dijemput sedikit-sedikit dan digoreng);\nmenjemput\n1.\n mencekut dengan hujung jari:\n~ garam; \n2.\n mengambil:\nia ~ air di pancuran; \n3.\n [kiasan] memetik, mengutip:\nkisah ini dijemput daripada Sejarah Melayu;\njemputan\n hasil daripada menjemput (mencekut)." "jemput II\nberjemput\n disambut, dialu-alu, disongsong:\ndatang tak ~;\nmenjemput\n1.\n menyambut, mengalu-alu, menyongsong:\nsiapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; \njemputlah masuk; \n2.\n mengajak atau menyilakan datang, mengundang:\ndia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; \ndatanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian;\n 3.\n [Minangkabau] mengambil seseorang untuk dijadikan menantu:\njemputan\n1.\n = \norang ~\n orang yang dijemput (untuk menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain):\nRamlan sibuk sekali melayan para ~ itu; \n2.\n ajakan, undangan;\n3.\n permintaan (kpada orang laki-laki) untuk dijadikan menantu;\nperjemputan\n perihal menjemput." "jemu\nsudah tidak suka lagi (melihat, makan, dan lain-lain), bosan, jelak, muak:\nsaya dah ~ dengan masakan itu;\n~ menanti;~ hidup \ntidak suka hidup lagi (kerana kecewa dan lain-lain);\n \n~ jelak\n sangat jemu;\n \ntidak ~nya \nsuka (akan sesuatu);\nmenjemukan\n mendatangkan rasa jemu, membosankan, menjelakkan, memuakkan:\nsyarahannya panjang dan sungguh ~ ;\nkejemuan\n perihal jemu:\nmukanya menampakkan ~nya." "jemuan\n[Kedah] jahat sangat (kanak-kanak dan lain-lain)." "jemuas\nberlumuran (bergelumang) dengan kotoran (pada muka, tangan, dan lain-lain)." "jemudi\njurumudi." "jemuduk\nsejenis ikan laut, demuduk, \nCarangoides spp." "jemuju\nsejenis jintan atau mu(ng)si." "jemur\n1.\n perihal mengeringkan (di panas matahari);\n \ndihukum ~ \ndihukum dengan diletakkan di panas matahari;\n2.\n [Indonesia] mandi (memanaskan badan) dengan panas matahari;\n3.\n [Minangkabau] padi yang dijemur;\n \nmembangkit ~\n mengangkat padi yang sudah dijemur;\n \n~ terkekar, ayam tiba \n(peribahasa) baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli;\nberjemur\n mengeringkan (memanaskan) badan di panas matahari:\ndia ~ di atas pasir;\nmenjemur\n mengeringkan sesuatu di panas matahari:\npetani itu ~ padinya di tepi bendangnya;\n~ dada \nki berjalan membusungkan dada (sombong);\n~ sementara hari panas \n(peribahasa) kesempatan yang baik itu janganlah dilepaskan;\n \nmeski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering \n(peribahasa) kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga;\nterjemur\n dijemur, kena jemur;\njemuran\n1.\n barang yang dijemur;\n2.\n [Kelantan] serambi rumah;\npenjemuran\n tempat (alat dan lain-lain) untuk menjemur." "jen\n[Indonesia] singkatan bagi jeneral." "jenahak\nsejenis ikan laut, \nLutjanus johni." "jenahar\nsejenis ikan laut, \nLutjanus roseus." "jenak I\nwaktu yang sangat pendek (tidak lama);\nsejenak\n sebentar, sejurus;\n \n~ panjang \nagak lama sedikit;\n \n~ pendek \nsebentar sahaja, sesaat." "jenak II\n[arkaik];\nmenjenaki\n melihat." "jenak III\nnyenyak (tidur)." "jenaka\n1.\n perbuatan atau kata-kata yang menggelikan hati, lawak:\n~nya membuatkan penonton-penonton tidak dapat menahan ketawa; \n2.\n menggelikan hati, membangkitkan ketawa:\nlawak ~; \ncerita ~;\nberjenaka\n berbuat sesuatu perlakuan atau berkata-kata untuk membuat orang ketawa, melawak, berkelakar:\ndalam perjalanan itu kami tidak putus-putus ~;\nkejenakaan\n1.\n perihal jenaka;\n2.\n kelucuan." "jenakarama\njenaka yang diaksikan dengan pelbagai irama (tingkah, gaya, ragam, dan lain-lain)." "jenama\njenis barang yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh pengeluar (pembuat, pengilang) tertentu;\nberjenama\n mempunyai jenama, ada jenamanya (berkenaan (dengan) barang);\nmenjenamakan\n memberikan jenama kepada sesuatu;\npenjenamaan\n pemberian jenama (nama tertentu) kepada sesuatu barang yang dihasilkan:\naspek pembungkusan dan ~." "jenang I\n1.\n tiang tempat dipasang pintu (jendela dan lain-lain):\n~ dinding;\n~ jendela;\n~ pintu;\n2.\n = \njejenang, penjenang\n [sastera lama] orang yang mengawasi sesuatu, mandur;\n3.\n = \njejenang\n [sastera lama] pengapit, pembantu;\n4. = jejenang\n sejenis pangkat kepala daerah (di bawah batin);\n5. = jejenang\n [Minangkabau] orang yang mengatur dalam sesuatu jamuan, orang yang menjadi juara atau pelerai dalam upacara penyabungan ayam;\nmenjenang, menjenangi\n mengawasi dan mengatur (pekerjaan dan lain-lain)." "jenang II\n[arkaik];\nsejenang\n sebentar, sekejap, sejurus;\n= jenak I." "jenang III\n[Jawa]\n1.\n bubur;\n2.\n dodol." "jenangau\npianggang;\n= cenangau." "jenawi\npedang ~ \npedang yang lurus panjang yang digunakan dengan dua belah tangan (seperti pedang samurai Jepun)." "jenayah\n= \nperbuatan ~ \nkejahatan (seperti mencuri, merompak, membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminal:\npolis menganggap perkara itu sebagai satu perbuatan ~ yang nekad;\n \n~ harta \nkejahatan" "jenazah\n[Arab] mayat (bagi orang Islam);\n \nkereta ~ \nkereta yang membawa jenazah;\nmenjenazahkan\n menguburkan (jenazah)." "jendal\n~-jendul \nbengkak-bengkil, berbenggil-benggil, berbencol-bencol." "jendala\ncendala\n." "jendela\ntingkap;\n \n~ langit \ntingkap magun." "jendera\nnyenyak tidur, lena;\n= cendera II." "jenderal\nsekretaris ~\n [Indonesia] setiausaha agung yang mengurus hal-hal yang berhubungan dengan pentadbiran dalam sesuatu kementerian (parti politik dan lain-lain);\n \ntotal ~\n [Indonesia] jumlah semuanya." "jenderus\n= \n~ burung\n sejenis tumbuhan (akar berteras yang memanjat), kabau, akar berumat, akar pialu, \nDerris thysifiora." "jendul\nbenjol, bincul, jenggul, tonjol." "jeneng\ncondong, miring;\nmenjenengkan\n mencondongkan, memiringkan." "jeneral\npegawai tertinggi dalam tentera, perwira tertinggi, panglima perang." "jeneralisimo\npanglima tertinggi angkatan bersenjata." "jenewer\n[Indonesia-Belanda] sejenis arak yang keras, gin." "jengah I\nmenjengah\n \n1.\n melihat (menengok) dengan menghulurkan kepala, menjenguk:\nsekali-sekala ia ~ keluar tingkap memerhatikan ketibaan anaknya;\n2.\n (datang) mengunjungi:\nsudah lama betul awak tak ~ ke sini;\nmenjengahkan\n menghulurkan (kepala):\nkadang-kadang aku ~ kepalaku keluar." "jengah II\n[Jakarta] malu, kemalu-maluan." "jengah III\nmenjengah\n mendedah:\ncermin itu ~ rupa mukanya yang menggerunkan." "jengat\n[arkaik];\nhitam ~ \nhitam sangat." "jengek\n[Jawa];\nmenjengek-jengek\n berteriak-teriak (mengejek dan lain-lain);\nmenjengeki\n mengejek, mentertawakan, memperolok-olok;\njengekan\n ejekan, olok-olok." "jenggala\n[sastera lama] hutan rimba;\n \nhantu ~ \nhantu hutan." "jenggar\n~-jenggur \ncepat besar (anak, binatang, tumbuhan), terlampau besar." "jengger\n[Jawa] balung pada kepala ayam." "jengget\n[arkaik]\n= jengket." "jengguk\n[arkaik];\nmenjenggukkan\n = \n~ kepala \nmenjengahkan (menghulurkan) kepala (ke dalam pintu dan lain-lain);\n= jenguk." "jenggul\nbenjol, bincul, jendul." "jenggur\njenggar-~; \n= jenggar\n." "jenggut\n[Jakarta] janggut;\n \nkebakaran ~\n [bahasa percakapan] bingung dengan tidak keruan;\njenggutan\n berjanggut." "jengit\nmenjengit, menjengit-jengit\n menggerak-gerakkan (kepala, ekor, dan lain-lain) turun naik atau ke hadapan dan ke belakang." "jengkal I\njarak antara hujung ibu jari dengan hujung jari yang lain:\n~ kelengkeng;\n~ manis;\n~ hantu;\n~ telunjuk;\ncakapan se~ dibawa sehasta \n(peribahasa) perkara yang kecil diperbesar-besarkan;\n \nyang se~ tiada dapat jadi sehasta \n(peribahasa) kalau nasib sudah tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya;\nmenjengkal\n mengukur dengan jengkal;\n \n~ dada \nmengecilkan keberanian (kebolehan dan lain-lain) orang lain;\n \n~ muka\n menghina (menjatuhkan martabat dan lain-lain) orang." "jengkal II\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang berbunga putih), akar cina putih, akar orang merah, \nNeuropeltis racemosa." "jengkang I\nmenjengkang, terjengkang\n1.\n terbaring menelentang (menggeletak) seperti mati;\n2.\n [bahasa kasar] mati, mampus;\nkejengkang." "jengkang II\n~-jengkot \nberjalan tempang, capik;\nmenjengkang\n mengangkat kaki sebelah, berdiri di atas sebelah kaki." "jengkau\nmenjengkau\n menghulurkan tangan hendak mencapai sesuatu;\n= jangkau, jingkau." "jengkek\nberjengkek, berjengkek-jengkek\n1.\n melompat-lompat (kegirangan dan lain-lain);\n2.\n berjengket, berjingkat." "jengkel\nberasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dan lain-lain), sebal hati, mendongkol:\n~ hatiku melihat kelakuan gadis itu;\nmenjengkeli\n sebal hati terhadap:\nkebanyakan orang kampung ~nya kerana tingkah lakunya;\nmenjengkelkan\n1.\n berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati:\ntidaklah ini membosankan dan ~ hati; \n2.\n menyebabkan kesal (sebal dan lain-lain):\nperbuatan Ahmad ~ orang tuanya;\nkejengkelan\n perihal jengkel (sebal dan lain-lain):\ntindakan yang diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yang serba tidak terurus itu." "jengkelenan\n[sastera lama] sejenis bunga." "jengkelit\n[Jawa];\nmenjengkelit\n menjempalit, menjengkolet." "jengkeng I\nmenjengkeng\n berjengket;\n= jengket." "jengkeng II\nberjengkengan\n berjalan dengan tidak keruan arahnya, mencongkah;\n= jengking." "jengker\n[Jakarta] kaku." "jengkerik\ncengkerik, keridik." "jengket\nberjengket, menjengket\n berdiri (berjalan) dengan hanya hujung jari kaki yang berjejak;\nbersejengket, bersijengket\n menjengket;\nterjengket-jengket; \nlari ~ \nlari di atas hujung kaki;\njengkeng I\n." "jengket-jengket\n[Kedah] sejenis permainan, tingting." "jengki\ncelana (seluar) ~\n [bahasa percakapan] seluar yang sempit kakinya (seperti seluar koboi di Amerika)." "jengking I\nmenonggeng." "jengking II\nkala ~ \nsejenis kala kecil (yang menjengkitkan ekornya sewaktu hendak menyengat)." "jengkit\nmenjengkit\n melentik ke atas (berkenaan (dengan) ekor, hujung jari, rambut, dan lain-lain);\nmenjengkitkan\n melentikkan ke atas, menegakkan:\nanjing itu ~ telinganya." "jengkol\n[Jakarta] jering;\njengkolan, kejengkolan\n [Jakarta] sakit apabila kencing (kerana terlalu banyak makan jengkol)." "jengkolet\nmenjengkolet\n terguling atau jatuh terbalik (dengan kepala ke bawah), menjempalit, menjengkelit." "jengkot\nberjengkot, menjengkot\n berjalan tempang (capik, pincang)." "jengkus\n= \n~ basong \nsejenis ikan darat, \nMorulius chrysophekadion." "jengoi\n[Kedah] \n= jenguk." "jenguk\nmenjenguk\n1.\n melihat (memandang) dengan menghulurkan kepala ke hadapan atau dengan membongkok, menjengah:\nsetelah mendengar bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar untuk melihat tetamu yang datang itu; \n2. = menjenguk-jenguk\n mengunjungi, menengok:\nkalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini;\nmenjengukkan\n \n~ kepala \nmenghulurkan kepala (keluar dan lain-lain);\nterjenguk\n dalam keadaan terhulur ke hadapan (berkenaan (dengan) kepala, muka):\nkepalanya ~ dari daun pintu yang terbuka perlahan-lahan;\n terjenguk-jenguk\n mencari-cari atau melihat-lihat sesuatu dengan menjengukkan kepala:\ndia ~ seperti mencari seseorang yang dikenalinya; \nyang menunggu ketibaan sanak saudara kelihatan ~ memandang kereta api itu." "jengul\nmenjengul, terjengul\n tersembul keluar, menonjol keluar:\ndari bawah kelihatan satu kepala ~ dari pintu bilik itu;\nmenjengulkan\n mengeluarkan (kepala dari lubang dan lain-lain), menyembulkan:\n~ kepala." "jeni I\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n bakat semula jadi yang kuat untuk mencipta sesuatu;\n2.\n orang yang berbakat (mempunyai bakat yang besar) untuk mencipta sesuatu." "jeni II\n[Indonesia-Belanda] bahagian daripada tentera yang mengurus persenjataan dan perlengkapan." "jenin\nmat ~; \n= mat I." "jenis\n1.\n golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain) yang mempunyai sifat-sifat yang sama, bangsa:\ntikus dan arnab termasuk ~ binatang yang mengerip;\n2.\n = \n~ kelamin \nsifat kelamin (laki-laki atau perempuan):\nperkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~ kelamin; \n3.\n bagai, macam:\nbarang ini agak mahal harganya kerana daripada ~ yang baik; \nberbagai-bagai ~\n = \nserba ~\n bermacam-macam;\n4.\n kasta, golongan (dalam masyarakat dan lain-lain):\ndi Minangkabau terdapat orang yang tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri;\nberjenis\n [bahasa percakapan] elok (barang, perangai);\nberjenis-jenis\n bermacam-macam, berbagai-bagai;\nmenjeniskan\n membahagi-bahagikan (menggolong-golongkan) menurut jenis;\npenjenisan\n perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis:\ndigambarkan dengan rajah pohon yang menunjukkan ~ struktur sintaksis." "jenitan\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMemecylon minutiflorum." "jenjagung\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), bunga menjagung, pagar anak betina, pagar anak merah, \nIxonanthes icosandra." "jenjala\n[sastera lama] lancang mulut." "jenjalau\nsejenis ikan laut, \nCaesio lunaris (pinjalu)." "jenjalu\nsejenis ikan laut, \nPinjalo pinjalo\n." "jenjam\n[Jawa] tenang (hati)." "jenjang I\ntangga;\n \nmenaiki ~ pelamin \nmenaiki tangga pelamin, melangsungkan perkahwinan;\nberjenjang, berjenjang-jenjang\n bertangga, bertingkat-tingkat;\n \npemilihan ~ \npemilihan secara bertingkat (tidak secara langsung daripada rakyat);\n \nsawah ~ \nsawah yang bertingkat-tingkat." "jenjang II\npanjang (leher dan lain-lain)." "jenjang III\nburung ~\n sejenis burung yang berleher panjang." "jenjarum\nsejenis tumbuhan (pokok), jarum-jarum, \nIxora concinna." "jenjuang\njuang-juang." "jenjulung I\nsejenis ikan laut, julung-julung, \nHemiramphus spp\n." "jenjulung II\n= julung-julung\n sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Euphorbiaceae, kayu garang (Sabah), \nAgrostistachys spp\n." "jenlidah\nsejenis tumbuhan (herba), bujang semalam, pujung malam, \nJussiaea suffruticosa." "jenohong\nsejenis ikan laut, \nPolynemus tetradactylus." "jentaka\n[arkaik] [sastera lama] celaka, sial, sengsara." "jentat\nmenjentat\n meloncat (berkenaan (dengan) binatang-binatang kecil)." "jentayu\n[sastera lama]\n1.\n sejenis burung geruda;\n2.\n burung yang selalu berseru meminta hujan;\n \nseperti ~ menantikan hujan \n(peribahasa) orang yang sangat rindu akan sesuatu (kekasih dan lain-lain)." "jentelmen\n[bahasa percakapan] orang (lelaki) yang mempunyai sifat-sifat terpuji seperti lemah-lembut, berbudi bahasa, toleran, dan berpendidikan." "jentera\n1.\n roda;\n2.\n roda untuk memintal benang, roda pada kincir;\n3.\n mesin, pesawat:\nbanyak pekerjaan di dunia ini dikerjakan oleh ~;\n~ pembajak \njentera untuk membajak;\n4.\n keseluruhan sistem yang meliputi tenaga manusia (alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dan sebagainya) yang dapat menjalankan atau melaksanakan sesuatu:\nsegala usaha DBP dan ~nya termasuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan MABBIM;\n~ parti berjalan lancar;\nberjentera\n1.\n beroda;\n2.\n bermesin, berpesawat;\n \nsenapang ~ \nsenapang mesin;\n \ntentera ~ \nark tentera yang dilengkapi dengan alat-alat bermotor;\n3.\n berpusing (seperti roda);\n \ntanglung ~ \ntanglung yang berputar;\nkejenteraan\n yang berkaitan dengan jentera:\nindustri ~." "jentik I\nsejentik\n sedikit:\n~ tiada sedarkan diri;\nmenjentik\n1.\n memukul atau menguis sesuatu dengan belakang hujung jari yang dibidaskan dengan ibu jari:\nguru ~ telinga budak yang nakal itu; \n2.\n menyepit dengan ibu jari dan jari yang lain, mencubit;\n3.\n ki, [bahasa percakapan] menegur, memarahi;\njentikan\n1.\n hasil atau perbuatan menjentik;\n2.\n ki, [bahasa percakapan] teguran." "jentik II\n[Jawa] [arkaik] kelengkeng." "jentik-jentik\nanak nyamuk yang masih berupa ulat dalam air." "jentolak\ntraktor penyodok yang kuat untuk meratakan atau mengangkut tanah, batu, dan lain-lain, buldozer:\npinggir hutan itu sedikit demi sedikit telah dikikis oleh beberapa buah ~." "jentu\ntangkai bunga (yang terbesar pada bunga yang berkarang)." "jentuai\nmesin yang digunakan untuk menuai (padi dan lain-lain)." "jenu\n[Jawa] tuba (untuk memabukkan ikan)." "jenuh I\n1.\n puas, kenyang sekali (sehingga menjadi jemu);\n2.\n jemu, bosan:\n~ mencari tidak berjumpa;\nmenjenuhkan\n menjadikan jenuh, menjemukan, membosankan;\nkejenuhan\n perihal jenuh, kekenyangan, kejemuan." "jenuh II\n[Kelantan] banyak." "jenulung\n1.\n sejenis ikan darat, julung(-julung), \nXenentodon canciloides; \n2.\n sejenis ikan laut, \nHemirhamphus spp." "jenut\ntempat binatang menjilat garam, sira, taram, sesapan." "jepit, menjepit\nmengapit (menekan dan sebagainya) sesuatu di antara dua benda yang dikatup, menyepit:\ndia menggunakan ragum untuk ~ serta mengangkat besi yang panas itu;\nterjepit\n1.\n terhimpit di antara dua benda, tersepit:\nkakinya ~ di celah dahan-dahan kayu; \n2.\n [kiasan] terperangkap (terkepung dan lain-lain) kerana terdesak dari kiri kanan, tidak dapat bergerak kerana tergencet daripada dua pihak:\nIndia dan negara-negara Asia lainnya akan ~ oleh Jerman dari barat dan Jepun dari timur;\njepitan\n penjepit;\npenjepit\n alat untuk menjepit, penyepit." "jeprat\n[Indonesia] [arkaik];\nmenjeprat\n memercik." "jepret\n[Indonesia] bunyi seperti bunyi pisau yang ditikamkan pada batang pisang dan lain-lain;\nmenjepret\n melontar batu yang kecil dan lain-lain dengan alat pelontar (lastik);\njepretan\n alat pelontar batu dan lain-lain, lastik." "jepun I\nsejenis ikan laut, \nAriomma indica." "jepun II\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok kecil yang senantiasa menghijau), jitung, zetun, \nThevetia peruviana." "jeput I\nsejeput\n sejemput;\nmenjeput\n menjemput;\n= jemput Ijeput II; \nsehari ~ \n= \nse~ hari\n [Jakarta] sehari suntuk, sehari-harian." "jer\n[Indonesia], [bahasa percakapan] [kependekan] juru;\n \n~\nbatu\n jurubatu." "jera\ntidak mahu (berani dan lain-lain) berbuat lagi, serik, kapok, jeran:\nia telah ~ bergaul dengan pemuda itu;\nmenjerakan\n menjadikan jera, menyebabkan serik\n, \nmenjerankan." "jerab\n[Kedah] tidur yang nyenyak, lena." "jerabai\nberjerabai\n berumbai-umbai, berjumbai-jumbai;\n= jerambai." "jerabar\n[Kelantan] mengambil dengan pantas, menyambar, merampas." "jerabut\npenuh dengan bulu, rambut (seperti sabut), serabut;\nberjerabut\n berbulu, berserabut." "jeradik\nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung." "jeragat\nbintik-bintik (atau tompok-tompok) gelap pada muka." "jeragur\nsejenis tumbuhan (pokok), busuk-busuk, petai belalang, sebusuk, \nCassia siamea." "jerah I\nsedang banyak (buah-buahan dan lain-lain kerana musimnya), terdapat di mana-mana (penyakit dan lain-lain)." "jerah II\n~-jerih \nsangat jerih." "jerah III\n[Kelantan] asah, kilir." "jerahak\nterjerahak\n tidak terpelihara, terbiar, terbengkalai, terlantar." "jerahap\nmenjerahap\n menelungkup dengan tangan terentang, meniarap;\nterjerahap\n jatuh tertiarap." "jerai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nFicus spp." "jerait\nberjerait, berjeraitan\n berkait-kait, berjalin-jalin, paut-memaut, sangkut-menyangkut (jari, akar-akar kayu, dan lain-lain)." "jerak\nsejenis tumbuhan (pokok renek), empoyan pedang, pokok salah nama, \nDecaspermum fruticosum." "jeram I\nair terjun di sungai, penderasan;\nberjeram\n mempunyai jeram:\nperahu jalur ini lebih cekap dan tahan digunakan bagi sungai yang ~." "jeram II\nmenjeram\n membasahkan kepala (dengan air), menjaram." "jeram-jeram\nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan gula serta digoreng dengan minyak." "jeramah\nberjeramah\n pegang-memegang, tangkap-menangkap (orang berkelahi dan lain-lain);\nmenjeramah\n memegang dengan kuat, mencengkam:\ndijeramahnya akan dayung itu, rebah terlentang." "jeramak\n[Pahang] sejenis alat menangkap ikan yang serupa dengan jala (tetapi ukurannya lebih kecil)." "jerambah\nsambungan lantai rumah yang tidak beratap (tempat mencuci pinggan mangkuk, tempat mandi, dan lain-lain), pelantaran;\nmenjerambah\n1.\n menggunakan (memperlakukan, menganggap) sebagai jerambah;\n2.\n [kiasan] memperlakukan orang perempuan seperti perempuan lacur." "jerambai\nberjerambai\n berumbai-rumbai, bergantungan, berjumbai-jumbai;\n= jerabai." "jerambang\ncahaya api yang timbul dengan tiba-tiba daripada rawa-rawa (dianggap sebagai hantu)." "jerami\n1.\n batang padi yang sudah kering yang padinya sudah dituai;\n2.\n urat yang terdapat di celah-celah isi nangka." "jeran\njera, serik;\nmenjerankan\n menjerakan, menyerikkan." "jerang\nmenjerang 1. menjerangkan = meletakkan (periuk dan lain-lain) di atas api untuk memasak:\noleh perempuan itu dijerangkannya periuk di atas dapur; \n2.\n memasak:\n~ nasi;\nterjerang\n terletak di atas api (periuk dan lain-lain), dimasak;\njerangan\n tempat meletakkan periuk dan lain-lain untuk memasak (terdiri daripada tiga kaki)." "jerangau\nsejenis tumbuhan (herba yang akarnya dibuat ubat), \nAcorus calamus;\n~ padang \nsejenis tumbuhan (herba), rumput bagan, \nXyris indica." "jerangkah\n[arkaik] \n= ceranggah." "jerangkak\n[arkaik];\nmenjerangkak\n merangkak." "jerangkang, berjerangkang, berjerangkangan\n1.\n berceranggah, terpancang-pancang;\n 2.\n terlentang dengan kedua-dua kaki ke atas:\ndia jatuh ~;\nmenjerangkang\n berbaring dengan kaki (tangan) ke atas;\nterjerangkang\n jatuh terlentang (dengan kaki ke atas)." "jerangkap\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk menangkap musuh atau haiwan:\nkadang-kadang ~ itu terkena binatang buas;\n2.\n [kiasan] tipu muslihat dan sebagainya yang bertujuan untuk memperdayakan orang lain:\ndia begitu mudah masuk ke ~ komunis untuk mencapai cita-cita politiknya;\n~ samar \njerangkap seperti bom, periuk api, buluh runcing dan sebagainya yang disembunyikan atau disamarkan sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada mangsa yang tersentuh, terpijak atau terlanggar jerangkap tersebut." "jerangkung\n[Jawa] rangka (tulang kerangka) manusia dan lain-lain;\n \nhantu ~ \nhantu orang mati." "jerap, menjerap\nmelekat atau merekat kerana sesuatu proses:\n gelombang rasa indah ~ lagi masuk ke dalam tubuhnya;\npenjerapan, jerapan\n pelekatan molekul atau organisma seni pada sesuatu permukaan pepejal atau cecair." "jerat I\n1.\n tali pencerut (tali yang disimpulkan) untuk menangkap binatang dan lain-lain;\n jenis-jenisnya:\n~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; \nmenahan ~ \nmemasang jerat;\n2.\n [kiasan] tipu muslihat untuk menyusahkan (merugikan dan lain-lain) orang;\n ~ halus kelindan sutera\n (peribahasa) tipu muslihat yang sangat halus;\n \n~ semata bonda kandung \n(peribahasa) anak tunggal yang sangat dimanjakan;\n \n~ serupa jerami \n(peribahasa) tipu muslihat yang tersembunyi dalam kesukaan;\n \nbagai menjenguk ~ sial \n(peribahasa) benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa melakukannya juga;\n \nmenahan ~ di tempat genting \n(peribahasa) mencari keuntungan daripada kesusahan (penderitaan) orang lain;\n \nterpasang ~ halus \n(peribahasa) dikenakan tipu muslihat;\n \ntahan ~ sorong kepala\n (peribahasa) hendak mencelakakan orang lain, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka;\nsejerat\n [Minangkabau] seikat, seberkas;\nmenjerat\n1.\n memasang jerat, menangkap dengan jerat:\n~ burung (kijang dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] melakukan tipu muslihat, menyusahkan (mencelakakan) orang dengan tipu muslihat:\nhati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu;\nterjerat\n1.\n tertangkap dengan jerat;\n2.\n [kiasan] tertipu, terpedaya;\npenjerat\n1.\n orang yang menjerat;\n2.\n alat untuk menjerat." "jerat II\n[arkaik] \njirat I." "jerau\nmerah tua." "jeraus\npantas, tangkas, sigap;\nmenjerauskan\n menangkaskan." "jerawat\nbisul kecil pada muka;\n \n~ batu \njerawat yang agak besar serta keras;\n \n~ nasi \njerawat yang kecil (apabila dipicit, keluar benda putih seperti nasi);\nberjerawat = jerawatan\n [Jakarta] ditumbuhi jerawat pada muka." "jerayawara\npersembahan, pameran, ceramah dan sebagainya yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dan sebagainya) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya:\npersatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yang meliputi seminar dan pameran." "jerba\nmenjerba\n \n1.\n menerkam, menerpa;\n2.\n mencondongkan perahu dan lain-lain." "jerbak\nmenjerbak\n berjerabai, bergantungan berjubai-jubai." "jereba\n= jerba." "jerebat\n[Terengganu] meniarap." "jerebu\nkabut yang bercampur debu yang terapung-apung di udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor;\nberjerebu\n dipenuhi (diliputi) jerebu." "jereguk, jeregut\n[Kelantan] besar, rendang, rimbun, tersergam." "jerehek\n[Kelantan] menjawab dengan kasar, menengking." "jereket\nmelengket, melekat, bercantum;\n \ncarik-carik bulu ayam lama-lama akan ~ semula \n(peribahasa) perselisihan sesama keluarga akan berakhir dengan berbaik kembali;\njereketan\n perihal bercantum (melekat)." "jeremak\n[arkaik] \n= jerempak." "jeremang\n= jermang" "jeremba\nmenjeremba\n menghulurkan tangan untuk mencapai sesuatu;\n= jemba II.\n[Kedah]" "jerembab\n(ter)jerembab\n bertemu dengan tidak disangka-sangka." "jerembak\n= jerempak." "jerembap\nmenjerembapkan\n1.\n menjatuhkan tertelungkup;\n2.\n [kiasan] mencelakakan;\nterjerembap\n1.\n jatuh tertiarap (dengan muka tertelungkup);\n2.\n [kiasan] termasuk (tercebur) ke dalam kecelakaan atau keadaan yang menyusahkan:\ntanpa akidah manusia buta, ~ ke dalam ranjau dan belukar hidup, terperosok ke dalam kesesatan." "jerembat\nterjerembat\n tersangkut kaki pada sesuatu, tersepak sesuatu, tergelincir di pinggir sesuatu." "jerembet\njerepet." "jerembun\nterjerembun\n kelihatan (muncul) dengan tiba-tiba sebagai satu timbunan yang besar (bukit, gunung, dan lain-lain)." "jerempak\nberjerempak, terjerempak\n bertemu atau berjumpa (berhadapan) dengan tiba-tiba:\nia telah terjerempak dengan Hartini yang sedang berjalan pulang dari pasar." "jeremun I, jerumbun\npondok tempat berteduh (yang terdapat di bendang dan lain-lain), dangau." "jereng I\n[Jakarta] juling." "jereng II\n[Jawa];\nmenjereng\n membentangkan." "jerepet\nberjerepet\n melekat antara satu dengan yang lain (seperti jari dan lain-lain), melengket, berjerait, jerembet." "jergik\n[Pahang] kurus kering sehingga menampakkan tulang." "jerging\n[Terengganu] sangat kurus." "jeri\nbimbang, cemas, takut." "jeriau\nkayu (buluh dan lain-lain) yang dipasang melintang di atas kasau (untuk mengatap rumah) atau pada rasuk (untuk memasang lantai);\nmenjeriau\n memasang jeriau." "jerih\nlelah, payah;\n \n~ lelah \n= \n~ payah\n = \n~ penat\n susah payah (berkenaan (dengan) usaha);\n \nsakitnya ~\n payah, tenat;\n \npenyakit ~ \nsesak nafas, lelah;\n \nubat ~ pelerai demam \nki buah hati (anak yang dikasihi dan lain-lain);\n \n~ menentang boleh, rugi menentang laba \n(peribahasa) memberi pertolongan kerana ingin mendapat pertolongan (keuntungan dan lain-lain) pula;\nberjerih\n bersusah payah, berusaha dengan bersungguh-sungguh;\nmenjerihkan\n melelahkan, memayahkan;\nmemperjerihkan\n mengusahakan dengan bersungguh-sungguh;\nkejerihan\n perihal jerih." "jerih perih\nsusah payah dalam melakukan sesuatu usaha:\ntamat sudah segala penat lelah dan ~ belajar hingga larut dinihari;\nberjerih perih\n berusaha dengan jerih perih, berusaha bersungguh-sungguh:\nsetiap orang harus berusaha dan ~ bagi mengejar impiannya." "jeriji I\njari." "jeriji II\nkisi-kisi, jeruji, terali." "jerijit\n[Kelantan] sejenis burung yang panjang paruhnya dan menghisap madu." "jering\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya dijadikan ulam), \nPithecellobium jiringa;\n~ tupai \nsejenis tumbuhan (pokok), saga gajah, \nPithecellobium ellipticum." "jeringai\nseringai\n." "jeringing\nseringai, meringis." "jerit I\njeritan;\nmenjerit\n1.\n berteriak kuat-kuat, memekik:\npencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; \n2.\n mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dan lain-lain);\nterjerit-jerit\n menjerit berulang kali dan dengan tidak menentu, terpekik-pekik:\nanak itu menangis ~;\n~ bagai kucing biang \n(peribahasa) perempuan yang tiada malu bercakap dengan suara keras.\njeritan\n1.\n panggilan atau teriakan yang kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dan lain-lain), teriakan, pekikan:\ndiperintahnya anak itu dengan ~;\n2.\n keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yang berat seperti kesakitan, kemiskinan, dan lain-lain):\nmereka tidak mengendahkan ~ kaum ibu untuk kebebasan." "jerit II\nburung ~ \nsejenis burung berjambul, belatuk rimba, \nPlatylophus galericulatus ardesicus." "jerjak\n1.\n kayu atau besi yang dipasang bersilang (berpalang) pada jendela dan lain-lain, kisi-kisi, jeriji, jeruji:\nmereka melihat dari ~ dalam penjara\n;\n2.\n bilah-bilah yang dipasang tegak pada bakul (keranjang dan lain-lain);\n3.\n tiang kecil-kecil tempat memasang dinding rumah;\n \ntulang ~ \n[Minangkabau] tulang rusuk;\nberjerjak\n mempunyai jerjak, ada jerjaknya." "jerjat\n[arkaik]\n= darjat." "jerkah\nucapan yang kasar dengan suara yang keras (untuk menakuntukan atau mengejuntukan), tengking, herdik, sergah;\nmenjerkah\n mengucapkan sesuatu dengan kasar dan keras, menengking, mengherdik, membentak." "jerkat\npinang ~ \npinang muda yang dimakan dengan sirih." "jerlai\nterjerlai-jerlai\n [sastera lama] berjumbai-jumbai, berumbai-rumbai." "jerlus\nterjerlus\n terperlus, terperosok (ke dalam lubang dan lain-lain)." "jermal\n[sastera lama] alat untuk menangkap ikan (pagar yang merupakan bubu yang dipasang di tepi laut, di belakangnya terdapat pintu dengan jaring yang boleh diangkat-angkat)." "jermang\nkayu pendek yang diletakkan secara mendatar untuk menopang perahu dan lain-lain supaya tidak condong;\nberjermang\n merangkak;\n \npatah tongkat ~ \n(peribahasa) harus terus berusaha dalam keadaan bagaimana sekalipun (jangan sekali-kali berputus asa)." "jernang\nsejenis damar merah daripada rotan yang digunakan untuk membuat cat;\n \nrotan ~ \nrotan merah, rotan cicih landak, rotan air, rotan cernang, \nDaemonorhops hyangrophilus." "jernih\n1.\n boleh dilihat menerusinya (berkenaan (dengan) air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (berkenaan (dengan) air):\nair yang ~; \n2.\n manis dan berseri (berkenaan (dengan) air muka), tidak muram:\nmuka yang ~; \n3.\n bersih daripada sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dan lain-lain;\n4.\n tidak huru-hara (berkenaan (dengan) sesuatu keadaan), aman:\nsuasana politik yang ~;\nmenjernihkan\n1.\n menjadikan (menyebabkan dan lain-lain) jernih, mengheningkan, membeningkan:\n~ air yang keruh; \n2.\n menjadikan jernih (air muka):\nberita gembira itu ~ air mukanya; \n3.\n menjadikan jernih (tidak huru-hara):\n~ fikiran;\n~ suasana \nmenyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dan sebagainya);\nkejernihan\n1.\n perihal jernih, keheningan, kebeningan:\n~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pada jiwanya; \n2.\n perihal jernih (air muka);\n3.\n perihal jernih (hati dan sebagainya), kesucian, keikhlasan, kejujuran:\n~ fikiran dan kedamaian hati;\n4.\n perihal jernih (keadaan, suasana):\norang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya;\n penjernihan\n proses (tindakan dan sebagainya) menjernihkan:\nbudaya warisan kita memerlukan ~ untuk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; \nsistem ~ air asas diperkenalkan menggunakan tiga penakung yang diisi besi, pasir dan arang untuk membuang bahan arsenik." "jeroan\n[Jawa] isi perut." "jerohok\nterjerohok\n terperosok, tersorok." "jerojol\nmenjerojol, terjerojol\n tersembul keluar (kepala, ekor, dan lain-lain)." "jerombong\n[Terengganu] kolong tempat laluan air\njerongkah\n ceranggah, congkah-cangkih;\nberjerongkah\n berceranggah." "jerongkang\n~-korang \ntunggang-langgang;\nterjerongkang\n jatuh terlentang." "jerongkit\njongket." "jerongkoh\nterjerongkoh\n ada tercegat di hadapan mata (orang yang berdiri tegak, batu, tunggul kayu, dan lain-lain)." "jerongkok\nmenjerongkok, terjerongkok\n duduk dengan kedua-dua lutut ke atas (hampir dengan dagu), mencangkung:\nkawan Bedul yang berjaga di pos seberang jalan itu tampak di dalam gelap-gelap samar ~ di hadapan posnya." "jerongkong\nmenjerongkong\n berdiri dengan mencondongkan badan ke hadapan dan tangan menekan pada lutut;\nterjerongkong\n jatuh tertiarap." "jersi\n1.\n baju berlengan yang dibuat daripada benang bulu, sutera, nilon, dan sebagainya. \n2.\n pakaian yang dipakai oleh anggota sesuatu pasukan, terutamanya pasukan bola sepak;\nberjersi\n memakai jersi:\npasukan Selangor ~ kuning telah menewaskan pasukan Kedah yang ~ hijau." "jertuh\n[Terengganu] tidur (bahasa kasar):\nkamu ni tiada kerja lain, ~ saja." "jeru\n[Perak];\nmenjeru\n datang, singgah." "jeruah\n[Kelantan], [Pahang] memekik (untuk memanggil), melaung, menyorak (untuk menghina, menghalau, dan lain-lain)." "jeruang\n~-jeruit\n jongkang-jongket (lantai rumah dan lain-lain), conggang-congget." "jerubung\nalat (yang dibuat daripada tikar, kajang, papan, dan lain-lain) digunakan sebagai penutup di tengah-tengah perahu." "jeruji\njeriji, kisi-kisi, jerjak." "jeruju\nsejenis tumbuhan (pokok renek), beruju, \nAcanthus ebracteatus." "jeruk I\n1.\n buah-buahan (sayur, telur, ikan, dan lain-lain) yang telah diasamkan (atau diasinkan):\nbuah ~; \nikan ~; \ntelur ~; \n2.\n [Indonesia] limau;\n \n~ bali\n limau bali, \nCitrus maxima;\n~ manis \nlimau manis, \nCitrus suhuiensis ;\n~ nipis \nlimau nipis, \nCitrus aurantifolia;\n~ purut \nlimau purut, \nCitrus hystrix;\nmenjeruk\n mengasamkan (mengasinkan) buah-buahan dan lain-lain;\n~ hati \nki menyeksa, menyebabkan (batin seseorang) menderita;\n \n~ rasa \nki menyimpan atau memendam perasaan di dalam hati hingga terseksa atau menderita:\nanak perempuannya pernah menyatakan bahawa ibunya ~ rasa akibat ayahnya kahwin lain; \npenjerukan\n proses menjeruk." "jeruk II\n[Kelantan] basah;\n \nbasah ~ \n= \n~ wok \nterlalu basah, seluruhnya basah." "jerukun\nmenjerukun\n menudung, merungkup, menutup." "jerum\n[Jawa] [arkaik];\nmenjerum\n menderum." "jerumat\nmenjerumat\n menjahit kain yang koyak (berlubang dan lain-lain), menisik:\npakaian anaknya itu tidak pernah dijerumat;\nberjerumat\n telah dijahit, telah ditisik;\npenjerumat\n jarum yang digunakan untuk menjerumat." "jerumau\nsejenis tumbuhan (pokok), geremung betina (jantan), temangau, tempunai, \nGlochidion superbum." "jerumbai\nberjerumbai\n berumbai-rumbai, berjerabai;\n= jumbai." "jerumbung\n= jerubung." "jerumun II\n1.\n rumpunan semak (belukar);\n2.\n sejenis tumbuhan, derumun, \nElaeocarpus griffithii." "jerumus\nmenjerumuskan\n \n1.\n menjatuhkan seseorang hingga tersungkur;\n2.\n [kiasan] mencelakakan, menyesatkan, memperdayakan orang ke dalam kesengsaraan:\nkecuaian ini akan ~ masyarakat kita kepada penjajahan budaya;\n \n~ (seseorang) ke lembah maksiat (kekacauan dan lain-lain) \nmenyebabkan seseorang melakukan maksiat (berada dalam keadaan kacau dan lain-lain);\nterjerumus\n1.\n jatuh tertumus, tersungkur, tersembam:\njalan baik-baik, nanti ~ ke dalam lumpur; \n2.\n [kiasan] jatuh ke dalam kesengsaraan (kehinaan dan lain-lain):\nAminah telah ~ ke dalam lembah kehinaan;\npenjerumusan\n proses (individu, masyarakat) menjadi terjerumus:\n~ masyarakat ke arah fahaman asabiah yang menzalimi orang lain." "jerun\ntekukur ~ \nsejenis burung tekukur, \nStreptopelia chinensis tigrina." "jerunang\nsejenis tumbuhan (herba), lengkuas padang, rumput kelemoyang, \nLanguas conchigera." "jerung I\nsejenis ikan yu yang besar serta ganas, \nCarcharhinus dussumieri." "jerung II\n[Kelantan] sudut (bilik, rumah, dan lain-lain), bucu, herok." "jerungan\n[Kelantan] menghulur tangan (hendak mengambil sesuatu), menghulur badan atau kepala (hendak melihat sesuatu)." "jerungkau\nmenjerungkau\n terjuntai menjulur ke bawah (seperti rambut turun di dahi atau dahan-dahan kayu yang bergantungan di sungai dan lain-lain)." "jerungkis\nbengkok ke atas (pada hujungnya), terjongket (hujungnya);\nmenjerungkis\n merosakkan, memusnahkan." "jerungkup\nmenjerungkup\n menelungkup;\nterjerungkup\n tertiarap." "jerut\nmenjerut\n mengikat (membelit dan lain-lain) sesuatu erat-erat, mencerut;\nterjerut\n dalam keadaan diikat (dibelit dan lain-lain) dengan sesuatu dengan erat:\nmayat itu ditemui di dalam bilik mandi dengan lehernya ~ dengan dawai elektrik;" "jerutan\ncerutan:\nbagaikan ikan belanak meradak pukat yang cuba lari daripada ~ maut; \nkau tidak akan merasai apa-apa selain ~ yang lembut;\npenjerut\n alat untuk menjerut (seperti tali dan lain-lain)." "jet I\n1.\n pancutan (gas, air, wap, dan lain-lain) yang keluar dari lubang kecil atau muncung;\n2.\n = \nkapal terbang ~ \nsejenis kapal terbang yang menggunakan enjin jet:\n~ pejuang;\n3.\n muncung atau lubang kecil dalam karburetor yang menghantar minyak petrol dari luang pelampung ke enjin (setelah dicampurkan dengan udara);\n~ jumbo \nkapal terbang yang sangat besar yang boleh membawa beratus-ratus orang penumpang;\n \n~ pejuang\n kapal terbang jet yang digunakan untuk membuat serangan terhadap kapal terbang atau sasaran musuh;" "jet II\nsejenis bahan galian keras berwarna hitam yang boleh digilap sehingga berkilat, dan dijadikan sebagai barang kemas, barang hiasan dan sebagainya." "jetera\n[Terengganu] sejenis alat untuk menaikkan dan menurunkan benang dalam menenun kain atau songket." "jeti\nbinaan yang menganjur ke laut atau sungai (tempat kapal, bot, dan sebagainya singgah)." "jetih\n[Kelantan] tunas pokok." "jetis\n[arkaik];\nmenjetis\n berbunyi kuat seperti mercun." "jewer\n[Jawa];\nmenjewer\n memulas telinga;\njeweran\n [bahasa percakapan] teguran (daripada pihak atas)." "JHEOA\n[kependekan] Jabatan Hal Ehwal Orang Asli." "JI\n[kependekan] Jemaah Islamiah." "jiawang\nsejenis biawak pohon, \nVaranus dumerili;" "jib\nlayar yang berbentuk segi tiga (dipasang pada tiang yang terdepan)." "jibaku\n(Jepun);\nberjibaku\n melakukan penyerangan dengan melanggarkan diri kepada musuh." "jibillah\n[Arab] keadaan (sifat, bentuk) yang semula jadi, tabiat, pembawaan." "Jibrail\nmalaikat yang menyampaikan wahyu kepada rasul atau nabi." "jibun\nsi ~\n [arkaik] orang yang hutangnya banyak." "jicing\n[Cina] abu (jelaga) daripada candu." "jidal\n1.\n sarung (hujung) jari daripada logam dan lain-lain yang dipakai sewaktu menjahit, didal;\n2.\n (Fizik) sejenis sarung daripada perak yang terdapat pada bahagian bawah sejenis jangka lembap;\n~ akar \n(Pertanian) sejenis tudung seperti sarung jari yang terdapat pada hujung akar (untuk memelihara akar supaya tidak rosak)." "jidar\n1.\n = \ngarisan ~ \ngarisan yang terdapat di keliling surat atau muka surat dalam buku;\n2.\n kayu pembaris;\nmenjidari\n membuat garisan dengan jidar." "jidat\n[Jakarta] dahi." "jidur\n[Jawa] sejenis beduk atau gendang besar." "jig\n(Seni Muzik) tarian lama orang Inggeris yang rancak dengan gerak tari yang melompat-lompat:\ntarian ~; \nmuzik ~." "jih\n[arkaik] sasaran." "jihad\n[Arab]\n1.\n usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah\n;\n2.\n penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain (seperti hawa nafsu, diktator, dan lain-lain);\nberjihad\n melakukan jihad:\npenduduk negeri diseru supaya ~ untuk menentang rejim diktator itu." "jihat\n[Arab] arah, pihak, sisi:\ncahaya fajar pun menyingsinglah dari ~ timur." "jihin\n[Minangkabau] jin." "jijak\njejak I\n." "jijik\n1.\n meluat (mual, tidak suka melihat) kerana kotor (keji dan lain-lain):\naku berasa ~ dengan keadaan di rumah sakit itu; \nbanyak orang ~ melihat perangai buruk Munah; \n2.\n kotor atau keji (yang memualkan, yang tidak suka dilihat):\njangan kau pegang makanan itu, ~;\nmenjijikkan\n1.\n berasa jijik akan, menganggap jijik;\n2.\n menimbulkan (mendatangkan) rasa jijik:\nperangaimu itulah yang ~ kami;\nkejijikan\n perihal jijik;\npenjijik\n orang yang tidak suka akan benda (keadaan) yang kotor:\ndia ~ orangnya\n." "jijit\nmenjijit\n menjinjing, menjinjit." "jika, jikalau\nkata penghubung yang menyatakan syarat (janji), kalau:\n~ dibenarkan, tentu saya akan pergi;\n~ (se)kiranya \nseandainya;\n= kalau\n." "jila\n[Minangkabau];\nterjila\n menggeletak di tanah (seperti mayat), terlantar;\n= jela\n." "jilah\n[Kelantan], [Minangkabau] [arkaik] bersih, cuci, habis." "jilam\n[Minangkabau];\nmenjilam, menjilami\n menjilat-jilat (bibir dan lain-lain)." "jilat\nberjilat\n menghulurkan lidah untuk merasai sesuatu;\n \n~ besi \nmenghulurkan lidah mengenai besi hangat (untuk menentukan apakah seseorang itu bersalah ataupun tidak);\nmenjilat\n1.\n merasa (mengambil) makanan dan lain-lain dengan lidah:\nsusu yang tumpah itu habis dijilat kucing; \n2.\n (berkenaan (dengan) api) makin bertambah besar dan mulai memakan:\napi dari rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; \n3.\n = \n~ pantat \n[Indonesia] mengangkat, melakukan sesuatu untuk menyukakan hati orang atasan dan lain-lain (untuk mendapat pangkat, pujian, dan lain-lain);\nmenjilat-jilat\n menjilat berkali-kali;\n~ cak\n [Kelantan], [bahasa kasar] mati;\n \n~ tapak tangan\n [kiasan] sesuatu (benda dan lain-lain) yang diharap-harapkan, tetapi tidak didapatinya;\n \nsudah diludah, dijilat kembali \n(peribahasa) sudah dicela (dibuang) dipuji (dipungut) kembali;\njilatan\n1.\n perihal menjilat;\n2.\n barang apa yang dijilat;\npenjilat\n orang yang menjilat (mengangkat seseorang), tukang angkat." "jilbab\n[Arab] pakaian longgar (termasuk kerudung) yang memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan;\nberjilbab\n memakai jilbab:\ndalam perhimpunan itu, kelihatan juga beberapa orang wanita yang ~." "jilid\n1.\n jahitan buku;\n \ntukang ~ \ntukang yang menyusun serta menjahit lembaran kertas menjadi buku;\n \nbahagian ~ \nbahagian dalam perusahaan percetakan tempat buku dijahit;\n2.\n penggal atau bahagian buku:\n~ kedua daripada buku sejarah itu masih belum terbit lagi;\nberjilid\n disusun (dirangkai-rangkaikan) dan dijahit (kertas dijadikan buku);\nberjilid-jilid\n beberapa jilid;\nmenjilid\n menyusun helaian-helaian (buku dan sebagainya) dan menjahitnya sehingga berbentuk buku dan sebagainya:\nkami melihat pekerjaan mengatur huruf, memotong kertas, mengecap, dan ~ buku;\njilidan\n hasil daripada menjilid, gabungan helaian-helaian (buku dan sebagainya) yang dijahit sehingga berbentuk buku dan sebagainya;\npenjilidan\n perbuatan (kerja-kerja) menjilid;\npenjilid\n1.\n tukang jilid;\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk menjilid:\nmesin ~ buku; \ngam ~ buku." "jim\n1.\n huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga);\n \ntahun ~ \ntahun ketiga daripada tahun yang kelapan (dalam daur kecil);\n2.\n huruf kelima abjad Jawi." "jimak\n[Arab] perihal bersetubuh;\nberjimak\n bersetubuh;\nmenjimak\n bersetubuh dengan." "jimat I\n1.\n cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros;\n \n~ cermat\n = \ningat ~ \nsangat cermat (dalam membelanjakan wang dan lain-lain);\n2.\n ingat-ingat (berkenaan (dengan) pekerjaan dan lain-lain), hati-hati;\n \ningat sebelum kena, ~ sebelum habis\n (peribahasa) harus beringat-ingat sebelum terlambat;\nberjimat, berjimat-jimat\n1.\n berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu):\nkami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; \n2.\n berhati-hati (pekerjaan dan lain-lain);\n \n~ cermat\n berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dalam penggunaan wang dan lain-lain);\nmenjimatkan\n menghematkan, mengeluarkan dan lain-lain dengan cermat:\npada musim kemarau kita harus ~ air;\nkejimatan\n sifat berjimat, sifat bercermat dalam penggunaan wang dan lain-lain;\npenjimatan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu:\nlangkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dalam imbangan pembayaran negara;\npenjimat\n orang yang jimat." "jimat II\nazimat\n." "jimbam\nlembap (dalam gerak-geri, pelajaran, dan lain-lain), tidak cerdas:\ngurunya sentiasa memarahinya kerana lemah dan ~ dalam pelajaran; \nbagai si ~ hendak hilir \n(peribahasa) orang yang lembap dalam sesuatu pekerjaan." "jimbit\nmenjimbit\n memegang atau mengangkat sesuatu dengan jari, mencebet;\n= bimbit\n." "jimpas\n[Pahang] tidak ada yang tinggal lagi." "jin I\nsejenis makhluk Allah yang diciptakan Allah daripada api yang boleh menyerupai malaikat:\n~ afrit;\n~ Islam;\n~ kafir;\nberjin\n1.\n ada jin;\n 2\n. menggunakan jin untuk sesuatu tujuan." "jin II\n[bahasa percakapan] gin;\n \n~ pahit \n[Indonesia] kopi yang pekat dan tidak bergula." "jin III\n[arkaik] pelana." "jinak\n1.\n tidak liar (buas, garang, galak, dan lain-lain):\nbinatang yang ~; \n2.\n [bahasa percakapan] tidak takut-takut (malu-malu, segan-segan, dan lain-lain), ramah:\nperempuan yang ~; \n3.\n [Indonesia] tidak bersemangat, tidak revolusioner;\n \n~-~ lalat \nseseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra;\n \n~-~ merpati \nperempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri;\nberjinak-jinak\n1. = berjinak-jinakan\n beramah-tamah, bergaul dengan ramah;\n2.\n [kiasan] mengadakan hubungan (pertalian dan sebagainya) dengan, bermesra:\nlambat laun mereka akan mula ~ dengan kedai-kedai lain; \nsemakin hari semakin ramai orang ~ dengan puisi dan madah;\nmenjinaki\n menegur dengan ramah-tamah, beramah-ramah dengan;\nmenjinakkan, memperjinak\n1.\n membuat (melatih dan lain-lain) supaya jinak:\nsejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ binatang; \n2.\n berusaha supaya menjadi ramah:\nmereka nampaknya berebut-rebut ~ diri mereka;\n kejinakan\n perihal (sifat atau keadaan) jinak:\nkami leka dengan ~ burung-burung itu;\npenjinakan\n perbuatan (usaha dan sebagainya) menjinakkan (binatang):\nmengikut kajian sejarah, ~ binatang yang ada sekarang ini kebanyakannya berlaku di benua Asia dan Eropah;\npenjinak\n orang yang menjinakkan binatang." "jingap\n[arkaik]\njingau\n." "jingau\n[Minangkabau];\nmenjingau\n menjenguk." "jingga\nkuning yang agak kemerah-merahan, oren;\nkejingga-jinggaan\n seakan-akan warna jingga, hampir menyerupai warna jingga." "jinggang\n[arkaik] ramping." "jinggering\n[Jawa];\nsepatu (sandal) ~ \nkasut (selipar) yang bertumit tinggi;\n \ngelas ~ \ngelas yang berkaki panjang." "jinggih, jinggir, jinggit\n= jengger\n." "jingkat\nberjingkat, berjingkat-jingkat, terjingkat, terjingkat-jingkat\n berjalan tempang, pincang (kerana kaki pendek sebelah), singkat:\ndia berjalan terjingkat-jingkat kerana kaki kirinya terseliuh." "jingkau\n= jangkau, jengkau." "jingkir\ngerai (tempat berdiang bagi orang perempuan yang baru bersalin), tempat bersalai." "jingkit\nberjingkit, berjingkit-jingkit\n berjalan dengan meloncat-loncat." "jingkrak\n[Jakarta];\nberjingkrak, berjingkrak-jingkrak\n melompat-lompat (kerana gembira, girang hati, dan lain-lain)." "jingo\norang yang menyokong atau menganut faham jingoisme." "jingoisme\nsikap (pandangan, fahaman dan sebagainya) yang terlalu mengagung-agungkan kekuasaan atau kehebatan negara sendiri, dan menyokong dasar peperangan terhadap negara lain:\nmaka lahirlah ~, iaitu aliran fahaman yang boleh membawa kezaliman kepada kumpulan lain." "jinjang\n1.\n = \njinjangan\n [sastera lama] ketua (hantu dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] badan yang dimasuki hantu;\n3.\n [sastera lama] pawang yang menguasai hantu;\n4.\n [sastera lama] orang yang mengiringi (menemani) utusan raja;\npelesit dua se~ \nperempuan yang berlaki dua;\n \njinjangan tua dan jinjangan muda \nkedua-dua orang yang mengiringi utusan raja;\nberjinjang; \nhantu tidak ~ \na) hantu yang tidak mempunyai pemimpin (ketua);\n b) [kiasan] orang yang berkeliaran di mana-mana." "jinjing I\nmenjinjing\n membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit:\nseorang daripadanya sedang ~ sebuah cerek besar;\n \nringan sama dijinjing, berat sama dipikul \n(peribahasa) tolong-menolong antara satu sama lain (baik dalam kesenangan mahupun dalam kesusahan);\njinjingan\n sesuatu yang dijinjing." "jinjing II\nsejenis tumbuhan (pokok) yang dibuat papan, batai, segun, \nAlbizzia falcata (moluccana)." "jinjing III\n[Kelantan] berdiri di atas jari kaki." "jinjit I\n[Jawa];\nberjinjit, berjinjit-jinjit\n berdiri (berjalan) dengan hujung jari kaki sahaja yang berjejak ke tanah, berjengket-jengket;\nterjinjit-jinjit\n terjengket-jengket:\nPuan Milah ~, takut jatuh kerana papan anak-anak tangga itu tipis-tipis belaka." "jinjit II\nmenjinjit\n menjinjing, membimbit:\ngadis itu kelihatan ~ sebuah bungkusan di sebelah tangan kanannya." "jinjit III\nmenjinjit\n mencubit sambil menarik (getah, telinga, dan lain-lain), memulas." "jinsom\n[Cina] sejenis akar untuk dibuat ubat kuat." "jintan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCarum carvi; \n2.\n sejenis biji-bijian yang dibuat rempah (ubat dan lain-lain);\n jenis-jenisnya:\n~ hitam, ~ manis, ~ putih." "jintih\n~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok renek), cemperai dadih, perincen, sedamit, \nUrophyllum streptopodium." "jip\nsejenis kenderaan kecil yang kuat serta tahan lasak (banyak digunakan oleh tentera)." "jipang I\n[arkaik]\njebang\n." "jipang II\n[Minangkabau] cabang, dahan." "jipang III\n[Jawa]\n1.\n buah labu;\n2.\n sejenis kuih yang dibuat daripada pulut dan gula." "jiperak\nkain ~ \nsejenis anak baju (singlet)." "jiplak\n[Jawa];\nmenjiplak\n1.\n meniru atau mengutip karangan orang lain (tanpa izin daripada penulisnya), mencuri karangan orang lain;\n2.\n meletakkan kertas kosong di atas gambar atau tulisan yang telah ada dan menirunya;\njiplakan\n salinan, tiruan, kutipan, dan lain-lain;\npenjiplakan\n perihal atau perbuatan menjiplak, plagiarisme;\npenjiplak\n orang (pihak) yang menjiplak atau meniru hasil kerja orang (pihak) lain." "jipro\n[arkaik] [Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] nona, guru perempuan." "jir\n= jih." "jirai\n[arkaik] sedikit (daripada suatu benda, zat, dan lain-lain)." "jirak\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang buahnya boleh dimakan), beberas, mempadi, \nEurya acuminata." "jiran\norang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga:\n~nya ialah keluarga Cina yang telah memeluk agama Islam; \nkawan se~ \nkawan-kawan yang rapat;\nberjiran\n tinggal berhampiran dengan rumah seseorang;\n bertetangga;\n \nnegeri-negeri yang ~ \nnegeri-negeri yang berhampiran (berdekatan);\nberjirankan\n1.\n mempunyai seseorang sebagai jiran:\n mereka ~ keluarga Melayu yang prihatin;\n2.\n [kiasan] mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dan sebagainya) sebagai kawasan yang berdekatan atau bersebelahan:\nsebuah kawasan perumahan yang ~ Putrajaya dan Cyberjaya;\nkejiranan\n yang berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran:\npertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dalam sebarang usaha promosi dalam ASEAN; \njalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan." "jirat I\n1.\n kubur (untuk orang bukan Islam);\n2.\n batu kubur;\n \nmembuang bunga ke ~ \n(peribahasa) mensia-siakan tenaga (wang, masa, dan lain-lain)." "jirat II\n[Jakarta] jerat." "jirian\nsejenis keputihan (pada orang perempuan)." "jirik\n[Kelantan] pijak." "jirim\n(Fizik) bahan yang mengisi ruang dan mempunyai jisim;\n \n~ kelabu \n(Biologi) tisu saraf kelabu, terutamanya dalam otak dan saraf tunjang, yang mengandungi badan sel saraf dan juga gentian saraf;\n \n~ putih \n(Biologi) tisu saraf putih yang sebahagian besarnya terdiri daripada gentian saraf berselaput mielin." "jirus I\nmenjirus\n menyiram dengan air, mendirus:\njangan lupa ~ bunga-bunga yang di tepi rumah itu;\npenjirus\n1.\n orang yang menjirus;\n2.\n alat untuk menjirus:\n~ bunga." "jirus II\nmakin kecil ke hujung, meruncing, tirus." "jisim\n[Arab]\n1.\n isi segala benda yang tidak bernyawa;\n2.\n (Fizik) kuantiti jirim dalam benda yang tidak bernyawa yang tidak tertakluk pada graviti." "jitah\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (akar yang melilit), jitan, \nWillughbeia tenuiflora." "jitak\n[Jakarta];\nmenjitak\n menampar, menempeleng." "jitan\njitah." "jitok\n[arkaik] tengkuk." "jitu\nkena pada tempatnya, tepat benar:\ndia menjawab pertanyaan itu dengan ~;\nmenjitukan\n mengenakan dengan tepat (jawaban, pukulan, dan lain-lain), memberikan jawaban, dan lain-lain secara tepat:\n~ pendapat serta memperoleh jawaban yang tepat;\nkejituan\n perihal jitu, ketepatan, kewajaran:\nHusserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; \ntidak cukup dengan hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yang betul sahaja, tetapi seharusnya dapat memancarkan ~ bahasa;\n penjituan\n proses menjitukan sesuatu benda:\n pembaikan imej boleh dilakukan melalui komputer dengan menggunakan perisian ~ imej kodak." "jitung\nsejenis tumbuhan (pokok), rengas, rengas air (tembaga), \nGluta renghas." "jiwa\n1.\n nyawa, roh (yang ada dalam tubuh manusia);\n \nberhutang ~ \nberhutang nyawa (kerana membunuh orang lain);\n \nmelayang ~nya \nmati;\n \nmembuang ~ \nmembunuh diri;\n \nmerentang ~ \nhampir akan mati;\n \nputus ~ \nmati;\n2.\n batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dan lain-lain yang terkandung dalam hati manusia):\nbuku itu mencerminkan ~ pengarangnya; \nilmu ~ \npengetahuan mengenai batin manusia, psikologi;\n \npenyakit ~ \npenyakit batin (gila dan lain-lain);\n3.\n benda atau orang yang memberi kegiatan serta semangat kepada sesuatu pertubuhan dan lain-lain:\ndialah yang merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; \n4.\n buah hati, kekasih:\noh ~ku, hanya engkau seoranglah yang kucintai;\n5.\n penjodoh bilangan dalam menghitung penduduk, orang:\nkampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; \ncacah ~ \n= \npencatatan ~ \npenghitungan jumlah penduduk, banci;\n6.\n maksud yang sebenarnya, maksud yang tersirat:\nsegala tindakan yang diambil haruslah sesuai dengan ~ perjanjian persahabatan yang telah ditandatangani itu;\n~ raga \nki daya usaha yang sungguh-sungguh:\ndia mengorbankan seluruh ~ raganya untuk membesarkan anak-anakny\na;\n~ bergantung di hujung rambut \n(peribahasa) dalam keadaan yang sangat berbahaya;\n \nbertukar ~ dengan semangat \n(peribahasa) sedang berkasih-kasihan;\nsejiwa\n keadaan hubungan yang sangat bulat dan sepakat:\n sehati\n \n~\n;\nberjiwa\n1.\n mempunyai jiwa, bernyawa, hidup:\ndijumpainya di tepi sungai tubuh yang tidak ~ ; \n2.\n bersemangat:\nbanyak pegawai yang masih ~ penjajah; \nbahasa kebangsaan sebagai alat untuk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia;\n~ besar \na) mempunyai sifat tidak mahu dikuasai (dipengaruhi dan lain-lain) orang;\n b) mempunyai cita-cita yang mulia dengan tidak segan memberi pengorbanan;\n \n~ kecil \nlawan berjiwa besar;\n \n~\n \nrakyat\n bersemangat kuat untuk menolong rakyat;\nmenjiwai\n memberi jiwa (semangat, hidup) kepada:\nsemangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu;\nkejiwaan\n kerohanian, kebatinan:\nini agak pelik kalau ditilik dari sudut ~ orang Melayu; \nsebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dari segi kejasmanian mahupun dari segi ~;\nkesejiwaan\n perihal atau keadaan sejiwa:\n percampuran dan ~ kata-kata;\npenjiwaan\n perihal menjiwai." "jiwang\n[bahasa percakapan] [kependekan] jiwa-jiwa (perlakuan sentimental)." "jiwat\nsejenis tumbuhan (pokok), jambulan, krian duat, salam, \nEugenia cumini." "jiwit\nmenjiwit\n mencubit dan memulas:\n~ pipi." "jizyah\n[Arab] sejenis cukai yang dibayar oleh orang (atau negeri) bukan Islam kepada negeri (atau raja) Islam yang menaklukinya." "JKR\n[kependekan] Jabatan Kerja Raya." "Jln\n[kependekan] Jalan." "JMN\n[kependekan] Johan Mangku Negara, pingat kehormatan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong (lebih tinggi daripada AMN)." "JOA\n[kependekan] Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa." "jobak\n[arkaik];\nberjobak\n bergelegak." "joblos\n[Jakarta];\nkejoblos, terjoblos\n terperosok;\n= jeblos." "jobon\n[Perak];\nberjobon, berjobon-jobon\n bertimbun(-timbun)." "jobong\n[Jakarta], [bahasa kasar] pelacur." "jodo\n[Jakarta] jodoh, sesuai;\n= jodoh." "jodoh\n1.\n pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan:\nengkau haruslah berhati-hati dalam memilih ~; \n2.\n pertemuan (antara gadis dengan teruna yang menghasilkan perkahwinan):\napa boleh buat, dah tak ada ~;\n~ pertemuan \npasangan sebagai suami isteri (yang telah ditentukan Tuhan);\n \nbertemu ~ (dengan) \nberkahwin (dengan);\n \nhabis ~\n bercerai (suami isteri);\n3.\n lawannya atau pasangannya:\nnasi lemak ~nya sambal tumis ikan bilis; \n4.\n sesuai, sepadan, setuju, secocok:\nharganya tidak ~ dengan buatannya;\nsejodoh\n sepasang:\norang ~ bagai cincin;\nberjodoh\n = \n~ dengan \nberpasangan (dengan), berkahwin (dengan);\nmenjodohi\n menjadi jodoh kepada, berkahwin dengan:\nbiarlah patik ~ paduka kekanda;\nmenjodohkan, memperjodohkan\n mengahwinkan:\nSalikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dengan seorang ustaz;\nperjodohan\n pertunangan, perkahwinan:\n~ manusia itu tidak dapat ditentukan;\npenjodohan\n perihal menjodohkan seseorang:\nAli menerima ~ anaknya dengan teruna pilihannya;\npenjodoh\n pemadan, pasangan, lawan;\n \n~ bilangan \n(Linguistik) perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan (seperti ekor untuk binatang, helai untuk kain, biji untuk buah, dan lain-lain)." "jodong\nmenjodongkan\n mencebikkan (bibir dengan maksud menghina, mengejek, dan lain-lain):\nLili ~ bibirnya;\nterjodong\n tercebik." "jogan\n[sastera lama] tombak, bendera (sebagai tanda kebesaran raja);\n~ alam \ntombak kerajaan (yang dihiasi dengan emas);\n \n~ alamat\n jogan yang memberi tanda untuk memulakan sesuatu (memukul gendang, berarak, dan lain-lain);\n= cogan." "jogar\nsejenis permainan (seperti permainan dam);\nberjogar\n bermain jogar." "joget\nsejenis tarian dan lagu Melayu yang agak rancak iramanya, ronggeng, tandak;\n \nbuaya ~ \nlaki-laki yang tergila-gilakan perempuan joget;\n \n~ lambak \njoget yang berasal dari Melaka, ditarikan dengan gerak tari yang agak rancak dalam majlis seperti perkahwinan dan temasya;\n penari (perempuan) ~ \nwanita yang mencari wang dengan menari joget;\nberjoget\n1.\n menari joget;\n2.\n menari (sebarang tarian)." "jogi\npertapa Hindu." "joging\nlari perlahan-lahan terutamanya sebagai senaman;\nberjoging\n berlari joging, berlari dengan langkah yang tidak kencang atau pantas, lazimnya untuk menyihatkan badan." "johan\n1.\n [sastera lama] dunia, alam;\n2.\n orang yang menang dalam pertandingan, juara;\n \n~ arifin \norang yang utama di antara cerdik pandai;\n \n~ pahlawan \npahlawan dunia, orang yang gagah berani;\n \n~ tinju \njuara tinju;\nkejohanan\n pertandingan dan sebagainya untuk menentukan johan, kejuaraan;\n~ terbuka \npertandingan untuk menentukan johan yang dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanding;\n \n~ tertutup \npertandingan untuk menentukan johan yang penyertaannya dibataskan kepada petanding-petanding tertentu sahaja (misalnya kepada warganegara yang menganjurkan kejohanan)." "johanit\n(Geologi) mineral sekunder yang mengandungi 50.8% uranium." "johar I\nbintang ~ \nbintang timur (Venus);\n= zuhrah." "johar II\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok), \nCassia siamea; \n= juar." "johong I\nsejenis ilmu yang digunakan supaya orang lain mengikuti kehendak kita;\nmenjohong\n mengenakan ilmu kepada orang lain supaya ia mengikut kehendak kita." "johong II\n~ beralih \nsejenis tumbuhan (pokok renek), tebuk seludang, tuba seluang, pancis, \nPolyangonum barbatum." "johor\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), busuk-busuk jeragar, sebusuk, \nCassia siamea;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), bulu-bulu, lemak ketam, membulu rimba, \nPellacalyx saccardianus.\nJohor II\n negeri di selatan Semenanjung, keluasan 18985 km2, Johor Bahru sebagai ibu negeri, Darul Takzim." "jojoba\nsejenis pokok renek yang terdapat di kawasan barat daya Amerika Utara, bijinya menghasilkan minyak yang digunakan dalam pembuatan bahan kosmetik dan sebagainya, \nSimmondsia chinensis." "jojol\ntiang dan lain-lain yang dipancang untuk mengepung air (sungai dan lain-lain);\nmenjojol, terjojol\n menonjol keluar, tersembul." "jok\n[Jakarta] tempat duduk pada kereta (beca dan lain-lain)." "joker\ndaun terup yang berlebihan yang digunakan dalam sesetengah permainan terup." "joki\norang yang menunggang kuda dalam perlumbaan terutama sebagai profesionnya;\n \n~ kereta \norang yang kerjanya meletakkan kereta pengunjung hotel dan sebagainya di tempat letak kereta yang betul." "jokir\n[Kelantan], [Terrenganu] penjuru, sudut." "jokong\n[arkaik] sejenis perahu;\n= jongkong I." "jola\n[Kelantan] benar, sungguh." "jolak\nberjolak, menjolak\n menyala berkobar-kobar (api)." "jolek\nmenjolek\n membungkus (dengan daun dan lain-lain)." "joli I\nsejenis usungan." "joli II\nsepasang (kuda);\n \ndua se~ \nsepasang (laki-laki dan wanita);\n= jori." "joli III\nberjoli\n bersenang-senang atau berfoya-foya dengan menghabiskan wang:\nkerjanya ~ sahaja;\nmenjolikan\n menghabiskan (wang dan lain-lain) untuk bersenang-senang atau berfoya-foya:\nTuan Yusof ~ wang syarikat itu." "jolok I\nmenjolok\n \n1.\n menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain:\nkalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yang panjang sedikit; \n2.\n memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dan lain-lain);\n3.\n memancing-mancing keterangan dan lain-lain daripada orang, mengajuk atau menduga (hati orang);\n~ alang \n(orang) yang sangat tinggi;\n \n~ anak \nmenggugurkan kandungan;\n \n~ hati\n mengajuk hati;\n \n~ mata \na) sangat jelas kelihatan, sangat nyata;\n b) memberi malu, menyakitkan hati;\n~ sarang tebuan \n(peribahasa) melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya;\n \nyang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas \n(peribahasa) keuntungan yang diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat untuk mendapatnya hilang juga;\nmenjolokkan\n menjolok untuk;\njolokan\n perbuatan menjolok (memancing-mancing keterangan dan lain-lain, menduga hati orang dan sebagainya):\ndia dapat berasa ~nya tentang tanggungjawab Yang Berhormat itu terhadap rakyat telah mencuit hati orang besar itu;\npenjolok\n galah dan lain-lain untuk menjolok." "jolok II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar getah gaharu, akar getah gegerip, \nWillughbeia coriacea;\n~ hantu \nsejenis tumbuhan (pokok), malas (segan) berdahan, telur obok, \nArthrophyllum ovalifolium." "jolong\n1.\n [Pahang] (lebih) tinggi daripada yang lain (manusia dan lain-lain);\n2.\n [Kelantan] tabung buluh yang panjang untuk mengambil air, calung;\nmenjolong\n [arkaik] menjulur keluar, menonjol panjang keluar." "jolong-jolong I\nbuaya ~ \nbuaya yang muncungnya panjang tirus, \nTomistoma schlegeli; \nikan ~ \nsejenis ikan laut yang muncungnya panjang lancip, julung-julung, \nHemirhamphus spp." "jolong-jolong II\nperahu ~ \nsejenis perahu yang haluannya berparuh panjang." "jolor\n[Minangkabau];\nmenjolor\n berengsot (mengesot) dengan menghela perut (seperti kanak-kanak), menjalar (seperti ular)." "jom\n[Kedah] kata ajakan." "jombak\n[arkaik]\njompak\n." "jombang\n[Minangkabau] cantik, tampan;\nkejombangan\n kecantikan, ketampanan." "jompak\nberjompak, menjompak\n mengangkat kaki hadapan ke atas, melompat dengan mengangkat kaki hadapan ke atas;\nberjompakan\n1.\n berloncat-loncatan (dengan kaki hadapan terangkat ke atas);\n2.\n [kiasan] bergolak (air dan lain-lain);\n= dompak\n." "jompo\n[Jakarta] sangat tua:\ndia menziarahi mayat ibunya di sebuah gereja di asrama tempat tinggal orang ~." "jong I\nkapal layar Cina;\n \n~ pebujangan \n[sastera lama] sejenis jong diraja;\n \n~ penanggahan \n[sastera lama] jong tempat memasak;\n~ pecah yu kenyang \n(peribahasa) dalam keadaan kacau (huru-hara) tentu ada orang yang mendapat keuntungan;\n \ndari ~ turun ke sampan\n (peribahasa) (orang yang) turun pangkatnya (kedudukannya);\n \nsepuluh ~ masuk, anjing bercawat ekor juga \n(peribahasa) orang yang tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan." "jong II\nbintang ~ \ngugusan bintang (juga disebut biduk)." "jongak\n[Kelantan];\n~ angak\n melihat sesuatu dengan kehairanan." "jongang\nagak menonjol keluar (berkenaan (dengan) gigi bahagian atas), tonggos." "jongek\nsejenis tumbuhan (pokok yang besar), nyatuh putih, \nPalaquium herveyi." "jonget\nmenjonget\n melengkung ke atas (pada hujung atau tepi):\nbibirnya ~ ." "jongkah\njongkang\n." "jongkaka\n[Kelantan] orang yang mengangkat hidangan dalam majlis jamuan, pelayan jemputan, bentara." "jongkang\n~-jangking \nberceranggah, congkah-cangkih;\n \n~-jongket \na) turun naik (papan, lantai rumah, dan lain-lain) apabila dipijak;\n b) = \npermainan ~-jongket \nsejenis permainan kanak-kanak (terdiri daripada papan panjang bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik);\nmenjongkang\n menjongor ke atas (gigi dan lain-lain)." "jongkar\n~-jangkir \njongkang-jangking, conggah-canggih;\njongkar-jongkar\n [sastera lama] menikam dan mencabut balik berulang-ulang (keris dan lain-lain)." "jongket\nmenjongket, menjongket-jongket, terjongket\n terangkat ke atas hujungnya (ekor dan lain-lain):\nanjing itu bertambah garang, ~ ekornya\n;\nmenjongketkan\n menjadikan terjongket." "jongkir\n= jongkar\n." "jongkok\nberjongkok, menjongkok\n1.\n bercangkung, bertinggung:\nduduk ~ (menjongkok); \n2.\n membongkokkan badan (hendak mengambil sesuatu dan lain-lain):\nia menjongkok mengambil surat yang terletak di lantai; \n3.\n = \nberjongkok-jongkok\n [Indonesia], [kiasan] sangat merendahkan diri." "jongkong I\nsejenis perahu yang dibuat daripada batang kayu yang dilubangi (lebih besar daripada kolek);\n= jokong." "jongkong II\nketul logam (timah, besi, emas, dan lain-lain) yang berbentuk bata." "jongkong III\n[Kedah] sejenis kuih (dibuat daripada tepung beras dan dimakan dengan air gula)." "jongkong IV\njongkong sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Melastomaceae, medang tabak (Sabah), merabung (Sarawak), \nDactyloclados stenostachys." "jongol\nberjongolan\n tersembul-sembul;\nmenjongol\n menyembul:\nkepalanya saja yang nampak ~ di atas permukaan air;\nmenjongolkan\n menyembulkan, mengeluarkan (kepala dan lain-lain dari lubang dan lain-lain);\nterjongol\n timbul atau tertonjol keluar sedikit:\nkepalanya ~ sedikit dari mulut jendela\n;\n= jengul." "jongor\nmuncung yang panjang (pada kumbang, ikan, dan lain-lain):\n~ babi;\n~ perahu\n bahagian hadapan perahu yang panjang tirus;\nmenjongor\n menjengul." "jongos\n[Indonesia] pelayan, orang gaji." "jonjot\ncekut, jemput;\nsejonjot\n sejemput (kapas, tembakau, dan lain-lain);\nmenjonjot\n mencekut, menjemput:\n~ kapas." "jontoh\n[arkaik] sejenis dongeng (bertalian dengan adat)." "joon,\n[Kelantan], [Terrenganu] cuaca yang redup, mendung:\ntidak dihiraukannya hujan rintik-rintik yang turun dari langit ~\n." "jopo\n[Kelantan];\nberjopo\n bertompok, bertimbun." "joran\nbatang ~ \ntangkai pancing;\n \n~ (tongkat) ampai \nsejenis tongkat yang dipakai untuk mencari mata air (sumber minyak dan lain-lain)." "joreng\nkeping kecil (tanah, kain, kertas, dan lain-lain);\nsejoreng\n sekeping, secarik, sepotong;\nmenjoreng\n memotong (menghiris) sedikit." "jori\nsepasang (kuda yang dipasang di muka kereta dan lain-lain)." "jorok I\n[Minangkabau];\nmenjorok\n menganjur (keluar atau ke dalam):\ntanah yang ~ ke laut;\nmenjorokkan\n menganjurkan, menjadikan menganjur." "jorok II\n[Jakarta] \n1.\n kotor, cemar;\n2. = penjorok\n pengotor." "jorong I\nbulat panjang:\npinggan ~ ; \nmangkuk ~." "jorong II\ntempat sirih yang berbentuk bulat panjang:\n~ emas dan ~ perak." "jorong III\ncerobong, corong;\nmenjorong\n memasukkan sesuatu melalui corong;\n \nmenonton bagai dijorong \nmasuk (keluar) satu demi satu (berturut-turut)." "jorong IV\n1.\n bahagian daripada buah dan lain-lain yang membonggol;\n2.\n penjuru, sudut, pojok, kampung;\n \nkepala ~ \n[Indonesia] ketua daripada bahagian sebuah kampung." "joropo\n(Seni Muzik) sejenis tarian masyarakat Venezuela." "jose\n[Cina] sejenis sutera." "jota\n(Seni Muzik) sejenis tarian masyarakat Sepanyol." "jotos\n[Jawa] tinju;\nberjotos\n bertinju;\n \njago ~ \norang yang kerjanya bertinju;\nmenjotos\n meninju;\njotosan\n pertandingan bertinju." "joule\n(Fizik) unit kerja atau tenaga, dengan simbol J (1J bersamaan dengan 1watt per saat, 0.2388 kalori atau 0.738 kaki per paun)." "JP\n[kependekan] Jaksa Pendamai." "JPA\n[kependekan] Jabatan Perkhidmatan Awam." "JPJ\n[kependekan] Jabatan Pengangkutan Jalan." "JPM\n[kependekan] Jabatan Perdana Menteri." "JPN\n[kependekan] Jabatan Pendaftaran Negara." "JSM\n[kependekan] Johan Setia Mahkota." "jua\n1.\n hanya, tidak lain daripada, sahaja:\nwalau macam mana sekalipun, kita ~ yang kalah; \n2.\n kata untuk memperkuat perkataan yang mendahuluinya:\nZaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun; \n= juga." "juadah\n1.\n sejenis kuih yang dibuat daripada beras pulut dan lain-lain;\n2.\n kuih atau penganan (secara umum);\n3.\n bekal (berupa makanan)." "juah\n[Kelantan] \n= jeruah." "juak I\njuak-juak\n hamba raja yang mengiringi raja atau membawa alat kebesaran, biduanda." "juak II\nberjuak\n berlawan, berlumba, bertanding;\nmenjuak\n1.\n memberangsangkan ayam sabungan (supaya berlaga lagi);\n2.\n [kiasan] menghasut (supaya berkelahi dan lain-lain);\npenjuak\n orang yang menjuak, penghasut;\n \n~ perang \npenghasut perang." "juak III\n[Minangkabau];\nmenjuak\n menganjur ke atas;\nmenjuakkan\n1.\n menaikkan tinggi-tinggi:\njuakkan kotak itu supaya dapat dilihat oleh semua orang; \n2.\n [kiasan] menaikkan ke tempat atau ke taraf yang tinggi, memuliakan:\nperjuangan setiap penyair ialah ~ karyanya ke tingkat kesenian yang tinggi." "juak IV\n[Kelantan];\nberjuak\n berjumpa dengan tiba-tiba." "juak V\n[Kelantan];\nberjuak-juak\n berduyun-duyun." "juak VI\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), mencabai, tangis sarang burung, \nHeynea trijuga." "jual\n[bahasa percakapan] = \nberjual, menjual; \n~ lagak \nmenunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) sombong;\n \n~ mahal \ntidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu;\n \n~ murah \na) menjual barang dengan potongan harga yang banyak;\n b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu;\n \nharga ~ \nharga barang tertentu yang dijual;\nberjual\n1.\n mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dan sebagainya) dengan memperniagakan sesuatu, berniaga:\ndi Taiping banyak orang yang ~ nasi di tepi jalan; \n2.\n [Minangkabau] sudah (akan) dijual:\nkain-kain tiada ~ lagi;\nberjualan\n (berkenaan (dengan) beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang:\ndi situ ramai juga orang ~ ;\nmenjual\n menukar barang dengan wang (memberi barang untuk mendapat wang):\nseorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan dimintanya aku ~ buku tersebut kepadanya;\n~ akad \nmenjual dengan perjanjian;\n \n~ aksi \n[Indonesia] = \n~ lagak (tampang) \nterlalu berlagak memperagakan diri;\n \n~ bangsa \nmengkhianati bangsa dan negara sendiri;\n \n~ bicara\n = \n~ omong \n[Indonesia] pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa;\n \n~ diri\n [bahasa percakapan] melacur;\n \n~ kepala \na) membuat sesuatu hanya untuk faedah orang lain;\n b) menjadi askar sewaan;\n \n~ lepas \n= \n~ mutlak \nmenjual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi);\n \n~ muka \n= \n~ rupa \nmencari nafkah dengan menunjukkan rupa kepada orang ramai;\n \n~ nama \nmenggunakan nama orang untuk kepentingan sendiri dan lain-lain;\n \n~ rugi\n menjual barang dengan menanggung rugi;\n~ petai hampa \n= \n~ tangkai cangkul sekah \n= \n~ tangkai pangkur dedap \n(peribahasa) percakapan yang tidak ada kebenarannya, omong kosong;\n \ndijual dahulu maka dibeli \n= \ntelah dijual, maka dibeli \n(peribahasa) difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan;\nmenjuali\n acap kali menjual, banyak barang yang dijual;\nmenjualkan\n menjual sesuatu untuk orang lain:\njikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jualkan beta cincin ini;\nterjual\n1.\n sudah dijual:\nsemua barang dagangan di kedai itu habis ~; \n2.\n sahaja hendak dijual;\n~ terbeli\n (peribahasa) [Minangkabau] apa yang dikehendaki daripada orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri;\njualan\n1.\n barang-barang yang dijual, dagangan:\nhasil tanamannya adalah untuk ~;\n2.\n berjualan;\n~\n \ngaraj\n jualan barang-barang peribadi yang sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj);\n \n~ lambak \njualan pelbagai barang, biasanya dengan harga yang murah;\n \n~ langsung \njualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kepada pengguna;\n \n~ lelong \njualan sesuatu barangan dengan harga yang sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pelanggan;\n \n~ murah \njualan barang-barang dengan tawaran potongan harga yang agak banyak;\n \n~ penghabisan stok \njualan yang dilakukan untuk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dan sebagainya, biasanya dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa;\n \n~ singkat \n(Ekonomi) jualan saham yang dilakukan oleh penspekulasi untuk saham yang tidak dimilikinya bagi tujuan mendapatkan keuntungan;\n \n~ tender \njualan barang dan sebagainya dengan cara membuat tawaran harga;\npenjualan\n1.\n perbuatan (kerja) menjual:\nada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; \n2.\n [Indonesia] tempat menjual:\n~ karcis (garam dan lain-lain);\npenjual\n orang yang menjual sesuatu:\n~ akhbar;\n~ bangsa \npengkhianat kepada nusa dan bangsa;\n \nmenteri ~ \nark pegawai negeri yang diberi tugas menjual candu." "jual beli\nmenjual dan membeli barang (antara peniaga atau penjual dan pembeli);\nberjual beli\n menjual dan membeli barang-barang, berniaga, berdagang;\nmemperjualbelikan\n menjual dan membeli, memperdagangkan:\ndi negeri ini tidak dibenarkan ~ candu." "juala\nrumput ~\n sejenis tumbuhan (herba), \nBidens pilosa." "juandang\n[arkaik];\nbujang ~\n orang halus yang boleh mendatangkan untung baik atau buruk kepada orang yang berjudi (bertaruh dan lain-lain)." "juang\nsemangat ~ \nsemangat untuk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh sesuatu (kejayaan, kemenangan dan sebagainya):\nsemangat ~ yang tinggi dapat membantu mengatasi halangan itu;\nberjuang\n1.\n berlaga antara satu dengan lain (berkenaan (dengan) binatang yang besar-besar), berlanggaran, berlawan;\n2.\n hendak mencapai atau mengatasi sesuatu dengan jalan beradu tenaga (kekuatan, kuasa, dan sebagainya) dengan pihak atau unsur yang menentangnya atau boleh memudaratkannya:\nrakyat Asia dan Afrika sedang ~ mati-matian untuk merebut kemerdekaan daripada penjajah;\ngajah sama gajah ~, pelanduk mati di tengah-tengah \n(peribahasa) kalau orang besar-besar berselisih, rakyat juga yang mendapat susah;\nberjuangkan\n [sastera lama] melagakan, melanggarkan:\nsegala orang yang bergajah, ~ gajahnya dan segala yang berkuda, bergigitkan kudanya;\n menjuang\n [sastera lama] melanggar, menyerang:\nmusuh mana akan datang, mana tebing akan runtuh, atau kubu akan dijuang;\nmemperjuangkan\n hendak memperoleh sesuatu dengan berjuang:\nmereka mogok kerana hendak ~ gaji yang lebih tinggi;\nperjuangan\n perihal berjuang untuk merebut (mencapai, mempertahankan) sesuatu:\nkita semestinya tidak lupa akan peranan guru Melayu dalam ~ kebangsaan sejak sebelum merdeka dahulu;\nseperjuangan\n sama-sama berjuang:\nkawan ~ ;\npejuang\n orang yang berjuang (untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu):\nia seorang ~ bangsa yang senantiasa dicurigai oleh pihak Inggeris;~ kebebasan \norang yang berjuang untuk membebaskan diri, tanah air dan sebagainya daripada belenggu, cengkaman, penindasan dan sebagainya penjajah atau kuasa asing;\n \n~ kemerdekaan \norang yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya." "juang-juang\n1.\n sejenis tumbuhan (herba), lenjuang (bukit), senjuang, \nDracaena congesta; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), lenjuang, senjuang, \nCordyline fruticosa." "juar\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nOroxylum indicum; \njohar II." "juara I\n1.\n pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu;\n \n~ ayam \njurusabung (yang menjaga serta melatih) ayam;\n2.\n orang yang memimpin sesuatu majlis jamuan dan lain-lain;\n3.\n johan (dalam pertandingan dan lain-lain):\n~ Piala Thomas;\n~ anggar \njohan permainan anggar;\n \n~ bersama \npemenang yang menjadi johan bersama dengan pemenang lain (kerana kedua-duanya mendapat mata dan sebagainya yang sama);\n \n~ bertahan\n = \n~\n \nmenanti\n orang yang memegang sesuatu kejohanan dan kini bertanding untuk mempertahankan kejohanannya;\n \n~ dikir \n[Kelantan] tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat;\n4.\n ahli dalam sesuatu permainan dan lain-lain:\ndia memang ~ fasal pakaian; \n5.\n orang kedua penting dalam persembahan dikir barat yang tugasnya memulakan dikir barat dalam keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak;\n \nadat ~ kalah menang \n(peribahasa) dalam setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi);\n \nbersahabat dengan ~; \nselilit benang bulang tahu juga \n(peribahasa) kalau bercampur dengan orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula;\nmenjuarai\n1.\n menjadi juara, menjadi johan:\nkali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pada tahun 1992 di Kuala Lumpur;\n 2.\n memperjuangkan (mempertahankan, menyokong, dan sebagainya) dengan sesungguhnya:\nterlampau ramai ahli politik yang terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; \ndia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku menjadi orang politik yang seratus peratus ~ nasib rakyat;\nkejuaraan\n1.\n kehandalan (dalam sukan dan lain-lain), keunggulan;\n2.\n pertandingan untuk menentukan johan, kejohanan:\npasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia." "juara II\nikan ~ \nsejenis ikan sungai, \nPangasuis spp." "jubah\n[Arab] sejenis baju panjang cara Arab (dipakai oleh haji, paderi, hakim, dan lain-lain);\nberjubah\n memakai jubah:\norang lelakinya ada yang berketayap dan ~." "jubal\nsejenis ikan laut, \nPolynemus tetradactylus." "jubel\n[Indonesia] ;\nberjubel, berjubel-jubel\n sangat penuh." "jubin\nkepingan (biasanya berbentuk segi empat) daripada tanah liat bakar untuk menutupi dinding, lantai, dan lain-lain." "jublek\n[Jakarta];\nmenjublek\n tercengang, tertegun." "jubli\nperayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja, dan lain-lain);\n~ emas \nperayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh;\n \n~ intan \nperayaan memperingati ulang tahun yang keenam puluh;\n \n~ perak \nperayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima. \njubung\n \njerubung\n." "jubur\ndubur\n." "judas, judes\n[Jakarta]\n1.\n tajam mulut, suka memfitnah;\n2.\n lekas marah, bengis." "judi\npermainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan (main ceki, main dadu, dan lain-lain);\n~ karan \nsejenis permainan judi yang memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yang mengenai keping-keping besi);\n \n~ tikam ekor \ntaruhan yang ditikam pada tiga (atau empat) angka terakhir daripada nombor loteri lumba kuda;\n \n~ wawei \nsejenis permainan judi dengan menikam pada salah satu daripada tiga puluh enam jenis gambar binatang;\n \nmain ~ \n= \nberjudi;\nberjudi\n bermain dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan:\nhampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu untuk ~ ;\nmenjudikan, memperjudikan\n1.\n menggunakan wang dan lain-lain sebagai taruhan dalam permainan judi, mempertaruhkan:\nduit yang aku beri itu habis dijudikannya; \n2.\n meletakkan dalam keadaan yang boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan:\nada golongan rakyat yang memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dengan memperjuangkan ciri hidup asing dari luar;\n~ nyawa;\nperjudian\n1.\n hal atau perbuatan berjudi;\n2.\n tempat berjudi;\npenjudian\n hal atau perbuatan menjudikan;\npenjudi\n orang yang suka main judi." "judo\n(Jepun) sejenis permainan seperti gusti (untuk mempertahankan diri);\nberjudo\n mempertahankan diri dengan judo, bermain judo:\nsejak dulu lagi dia sudah pandai ~ dan bersilat." "judul\ntajuk (karangan, majalah, buku, drama, dan lain-lain):\ndaripada ~ cerpennya sahaja sudah dapat kita menangkap isi yang hendak dikisahkannya;\nberjudul\n bertajuk:\nfilem arahan Hussain Haniff yang terbaru ~ Kalung Kenangan;\nberjudulkan\n mempunyai sesuatu sebagai judul;\nmenjuduli\n menjadi judul kepada." "juek\n[Minangkabau] [arkaik];\njuek-juek; \ntali ~\n tali-temali yang direntangkan di sawah untuk menghalau burung yang hendak memakan padi;\n \nmenegakkan ~ sesudah menyabit\n (peribahasa) sesudah selesai melakukan sesuatu pekerjaan, baharu teringat tentang cara yang baik untuk mengerjakannya." "juga\n1.\n (digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa) pun:\nada ~ orang yang tahu perkara itu; \nbadannya tegap, adiknya ~ demikian; \n2.\n (digunakan selepas kata sifat) agak:\ngadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; \n3.\n (digunakan untuk menunjukkan perulangan) lagi:\ndulu saya yang menolongnya, sekarang saya ~ yang menolongnya; \n4.\n (digunakan untuk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus:\nwalaupun dilarang dia masih ketawa ~; \nChia telah mati di situ ~; \n5.\n (digunakan untuk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun:\nsesiapa ~ yang datang, saya mengalu-alukannya; \n6.\n (biasanya digunakan selepas kata penghubung \ntetapi \natau \natau \nuntuk menunjukkan tokokan):\nkamu bukan sahaja mesti belajar dengan tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; \n7.\n (digunakan bersama dengan \npun \nsebagai penegas):\nsaya berpuasa, dia pun berpuasa ~; \njua" "jugel\nmenjugel\n melambung-lambungkan beberapa objek seperti bola dan sebagainya berulang-ulang dan menyambutnya dengan cekap dan pantas:\ndia memang cekap ~ ketiga-tiga biji bola itu;\npenjugel\n orang yang menjugel." "juih\nmenjuih, terjuih\n (berkenaan (dengan) bibir bahagian bawah dan lain-lain) menganjur ke bawah:\nSi Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~ menahan kesakitan;\nmenjuihkan\n menjadikan terjuih, menganjurkan (bibir) ke bawah:\ndia ~ bibir." "juita\n1.\n nyawa, buah hati, kekasih:\n~ku; \n2.\n cantik, elok:\nemas ~ ; \nratna ~." "jujai\nberjujai\n [sastera lama] tidak putus-putus, tidak berhenti-henti (hujan, orang yang pergi atau datang, dan lain-lain)." "jujat\n[sastera lama] fitnah, celaan, umpat." "jujitsu\nseni pertahanan diri orang Jepun dengan hanya menggunakan berat badan dan kekuatan musuh itu sendiri untuk menundukkannya." "juju\nmenjuju\n menuju, menghala;\nmenjujukan\n menujukan, menghalakan, membidikkan." "jujub\nsejenis gula-gula yang seakan-akan jeli, berperisa dan kadangkala berubat untuk melegakan sakit tekak." "jujuh I\nberjujuh, menjujuh\n mengalir dengan tidak putus-putus (hujan, air mata, dan lain-lain)." "jujuh II\n[Kedah] masa buah-buahan gugur dengan banyak (pada satu-satu musim)." "jujuk\n[Kelantan];\nberjujuk, berjujuk-jujuk\n beratur, berbanjar, berduyun-duyun;\nberjujukan\n berderetan mengikut susunan (masa atau tempat):\n pencapaian konsep dan ekstrapolasi yang ~;\n jujukan\n urutan, rentetan, susunan:\nperisian merupakan sekumpulan ~ arahan atau atur cara yang akan melaksanakan operasi komputer." "jujur I\nlurus hati, tulus, ikhlas:\norang yang ~ tidak akan berani menikam dari belakang seperti kau;\nkejujuran\n perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan:\ndia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yang baru dikenalinya itu." "jujur II\nwang ~ \nwang yang diberikan oleh pengantin laki-laki kepada orang tua pengantin perempuan;\nmenjujuri\n membayar (memberi) wang jujur kepada;\njujuran\n wang jujur." "jujut\nberjujut-jujutan\n tarik-menarik (tali dan lain-lain), renggut-merenggut;\nmenjujut\n1.\n menarik;\n2.\n [Kelantan] menghisap (darah dan lain-lain), menghirup (minuman)." "juk\n[Terengganu] sejenis jerat babi." "juku-juku\nsejenis kura-kura, kura-kura kepala besar, \nOrlitia borneensis\n." "jukut\n(Sunda) [arkaik] rumput." "julah\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (akar memanjat), \nGnetum silvestre." "Julai I\nbulan ketujuh dalam tahun Masihi yang mengandungi 31 hari." "julai II\nranting (kayu) yang hujung sekali, carang;\nberjulai, berjulai-julai, menjulai, terjulai\n berjuntai(-juntai)." "julang\nmenjulang\n \n1.\n mengangkat ke atas:\nkapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; \n2.\n mendukung (anak dan lain-lain) di atas bahu:\nsetibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; \n3.\n membumbung tinggi, meninggi:\napi dari rumah yang terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya; \n4.\n [kiasan] menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati:\nChurchill seorang pemimpin yang dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris;\njulangan\n tolakan ke atas;\npenjulang\n orang atau sesuatu yang menjulang:\n~ baginda pun sudah bersedia; \nkayu ~ yang diperbuat daripada kayu perian." "julap\nsejenis ubat untuk mencuci perut, pencahar." "julat\n1.\n [sastera lama] ukuran panjang (masa) yang tidak tentu besarnya (lamanya);\n \nse~ perahu\n sepanjang perahu;\n2.\n lingkungan antara dua had (yang dinyatakan dengan angka):\n~ suhu tahunan Malaysia adalah antara 27C hingga 32C;\nmenjulat\n1.\n mencapai sejauh;\n2.\n menjulang (api dan lain-lain), menjilat;\npenjulat\n alat pada senapang, kamera dan sebagainya yang menentukan jarak sasaran atau objek dari penembak, jurufoto dan sebagainya;\nsepenjulat\n sejauh;\n \n~ mata\n sejauh mata memandang;\n \n~ peluru meriam \nsejauh peluru meriam boleh sampai." "juling\n(berkenaan (dengan) mata) terpesong sedikit atau tidak di tengah-tengah kedudukan mata hitamnya:\nmatanya ~ sedikit;\n~ air \n= \n~ bahasa \njuling sedikit (dianggap sebagai salah satu sifat kecantikan);\n \n~ itik \nmemandang dengan kepala tersenget sedikit;\nmenjulingi\n mengerlingi, melirikkan (mata) pada;\nkejulingan\n perihal atau keadaan juling:\n~ jenis ini berkaitan dengan gangguan keupayaan melihat sesuatu dengan kedua-dua belah mata." "julir\nsejenis tempuling (untuk menombak ikan)." "julo\npengumpulan wang oleh beberapa orang untuk diundikan antara mereka, arisan, kutu;\nberjulo-julo\n mengadakan kutu." "juluk\n[Kelantan] sejenis rumput yang tumbuh dalam air." "julukan\n= \nnama ~\n nama yang diberi sebagai ejekan dan sebagainya." "julung I\n1.\n pertama, utama;\n \nwarna ~ \nwarna utama;\n2.\n belum ada lagi sebelumnya, mulai, baharu;\ngadis ~ bersubang\n = \nbujang ~ berkeris \n(peribahasa) orang yang sangat berlagak (kerana baru mendapat kekayaan atau dinaikkan pangkat);\njulung-julung\n mula-mula, pertama-tama;\n \nbuah ~ \nbuah yang mula-mula;\n \n~ kali\n = \n~ sekali \nark pertama sekali, mula-mula sekali, buat pertama kali." "julung III\n[Jawa] (orang yang) mempunyai nasib yang buruk sejak lahir lagi (seperti akan dibunuh dan lain-lain)." "julung-julung I\nikan ~ \n1.\n sejenis ikan laut, \nHemiramphus spp.; \n2.\n sejenis ikan darat, \nXenentodon canciloides." "julung-julung II\nsejenis tumbuhan, jenjulung." "julur I\n~-jalar \n[Indonesia] keluar masuk, pergi balik;\nmenjulur\n menganjur keluar (lidah dari mulut dan lain-lain), belunjur (kaki dan lain-lain):\nular sawa itu ~ keluar dari lubang di bawah tangga itu;\nmenjulurkan\n mengeluarkan dengan menganjurkan ke hadapan:\ngadis itu ~ kepalanya di tingkap;\nterjulur\n menjulur dengan tiba-tiba, sudah dijulurkan." "julur II\n[Minangkabau];\nmenjulur\n menjalar, merayap." "Jumaat\n[Arab]\n1.\n hari keenam dalam seminggu, selepas hari Khamis;\n \nsembahyang ~\n sembahyang beramai-ramai (tidak kurang daripada 40 orang) pada waktu zohor di masjid (surau dan lain-lain) pada hari Jumaat;\n2.\n minggu, pekan;\n \ndua ~\n dua minggu;\nberjumaat\n bersembahyang Jumaat." "jumantan, jumanten\n[sastera lama] zamrud." "jumantara\n[sastera lama] langit, udara, cakerawala." "jumbai\nrumbai;\nberjumbai, berjumbai-jumbai\n berumbai-rumbai, berjurai-jurai;\nberjumbaian\n berumbaian, berjuraian;\nada ~ air dengan \u2026 \n(peribahasa) [Minangkabau] ada kena-mengena dengan \u2026;\nterjumbai\n terjurai;\njerumbai\n." "jumbil\ngelambir." "jumbo\nluar biasa besarnya, sangat besar:\njet ~;\n \njualan ~." "jumbul\nterjumbul-jumbul\n terapung-apung, terkatung-katung." "jumhur\n[Arab] orang ramai;\n \n~ ulama \nkebanyakan ulama." "jumjumah\n[Arab], [sastera lama] tengkorak." "jumlah\n1.\n campuran daripada beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar:\n~ kerosakan ditaksirkan lebih daripada lima ratus ribu ringgit; \n2.\n banyaknya, bilangannya:\n~ wang yang diberi itu tidak memadai;\nsejumlah\n1.\n sebanyak (yang dinyatakan):\nkerajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta untuk membina bangunan itu;\n2.\n sebilangan (yang tidak dinyatakan jumlahnya):\n~ besar penduduk negara ini beragama Islam;\nberjumlah\n mempunyai jumlah:\nhutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit;\nmenjumlah\n membuat kira-kira campur;\nmenjumlahkan\n mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu:\njika dijumlahkan semuanya wang itu cukup untuk membeli sebuah rumah;\nterjumlah\n1.\n terkumpul, telah dicampurkan;\n2.\n termasuk dalam bilangan, terhitung:\nkeluarganya ~ dalam golongan orang yang berada;\nterjumlahkan\n terkumpulkan, tercampurkan;\n \ntidak ~ \ntidak terkira (terhitung);\npenjumlahan\n perihal atau perbuatan menjumlahkan." "jumpa\nberjumpa\n (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat):\nmereka hendak ~ dengan Guru Besar;\nmenjumpai\n berjumpa dengan:\npolis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pembunuhan itu;\nmemperjumpakan\n mempertemukan;\nterjumpa\n menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja):\nkalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil;\njumpaan\n1.\n perihal menjumpai, penemuan;\n2.\n benda yang dijumpai:\nsuatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain;\nperjumpaan\n perihal berkumpul atau berhimpun (dalam mesyuarat, majlis keramaian, dan sebagainya), pertemuan:\n~ itu diadakan dalam suasana ramah-tamah;\n penjumpaan\n perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan." "jumpalit\n[Jakarta];\nberjumpalit, berjumpalitan\n berguling-guling dengan kepala di bawah." "jumpelang\n1.\n kayu melengkung tempat berdiri kaki kerusi (supaya kerusi dapat berayun ke hadapan dan ke belakang);\n2.\n (Kejuruteraan) besi yang melengkung yang terdapat dalam jentera dan lain-lain." "jumpul\n[Jawa];\nikan (belanak) ~ \nsejenis ikan laut, jempul, \nMugil planiceps." "jumput\n[Jakarta];\nmenjumput\n menjemput, memungut, mengambil." "jumud\n[Arab] beku, kaku, kolot;\nmenjumudkan\n menjadikan sesuatu (konsep) jumud:\n~\n \npemikiran masyarakat\n;\nkejumudan\n perihal (keadaan) jumud, kebekuan, kekakuan:\nkelesuan dan ~ tradisi ilmu\n." "Jun I\nbulan keenam dalam tahun Masihi yang mengandungi 30 hari." "jun II\n[Jawa] buyung." "junam\nmenjunam\n bergerak dengan kepala dahulu mengarah ke bawah, menukik:\nsekonyong-konyong kapal terbang itu ~ menghala ke kapalnya;\nmenjunamkan\n1.\n melayangkan (menerjunkan) arah ke bawah atau menyerang ke bawah, menukikkan:\njuruterbang itu ~ kapal terbangnya ke arah kapal terbang musuh; \n2.\n membenamkan:\nkalau puntung berbara dijunamkan ke dalam tabung berisi hidrogen, ia akan meletus menyala;\nterjunam\n menjunam dengan tidak sengaja:\nkapal terbang itu jatuh ~ ke dalam laut." "jundai\nsijundai\n [Minangkabau] ilmu sihir yang dapat menggilakan orang (orang yang kena sihir itu beryanyi-nyanyi);\nbersijundai\n bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri." "jungat\n[Jakarta];\nmenjungat\n terjongket pada bahagian hadapan atau belakang:\nkapal ~." "junggang\n~-jungkit \nbergerak-gerak turun naik, jongkang-jongket." "jungkal\n[Jakarta];\nmenjungkalkan\n1.\n menggulingkan;\n2.\n [kiasan] mengalahkan, menjatuhkan;\nterjungkal\n terguling, terjatuh;\n \n~ balik \nterguling-guling." "jungkar\nmenjungkar\n kelihatan keluar tercokeng." "jungkat\nbergerak ke atas (kalau dipijak dan lain-lain);\nperempuan ~ \nperempuan gatal;\n \n~-jungkit \nbergerak turun naik;\nterjungkat\n terjongket ke atas;\njungkatan\n \njambatan ~ \njambatan yang dapat diangkat." "jungkel\n[Jakarta] \n= jungkal." "jungkir\n= \njungkir balik;\nmenjungkir, terjungkir\n terbalik (dengan kepala ke bawah);\nmenjungkirkan\n menterbalikkan (dengan kepala ke bawah)." "jungkir balik\njatuh terbalik (kepala di bawah), menjengkolet;\nmenjungkirbalikkan\n menyebabkan terjungkir." "jungut\n[Minangkabau] tanah (gunung) yang menganjur." "junior\n1.\n lebih muda, khususnya antara adik-beradik, ibu bapa dengan anak-anak, atau antara rakan-rakan di sekolah;\n2\n. berpangkat (berkedudukan) lebih rendah dalam sesebuah organisasi:\ndalam Bahagian Perkamusan, dia lebih ~ daripada Azizah." "juniper\nsejenis pokok renek malar hijau daripada genus \nJuniperus \nyang buah berinya menghasilkan minyak yang dapat digunakan dalam ubat dan sebagai perisa dalam gin." "junjung\nkayu, buluh dan sebagainya yang menopang tanam-tanaman yang memanjat atau menjalar seperti sirih, kacang panjang dan sebagainya:\n~ sirih;\nmenjunjung\n1.\n membawa sesuatu di atas kepala:\nperempuan tua itu ~ bakul yang berisi padi; \n2.\n mematuhi (titah dan lain-lain), menurut:\npatik ~ titah tuanku; \n3.\n amat menghormati, memuliakan, amat menghargai:\nmesej yang bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual;\n \n~ duli \n= \n~ kaki \nmemberi khidmat kepada raja;\n \n~ tinggi\n sangat menghargai;\n~ sangkak ayam \n(peribahasa) [Minangkabau] mendapat malu;\n \ndijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu \n(peribahasa) hukuman (aturan, perintah) yang sangat berat dan keras;\n \nkerja raja dijunjung, kerja kita dikelek \n(peribahasa) lebih mementingkan kerja orang lain daripada kerja sendiri;\nmenjunjungkan\n mengangkat sesuatu ke atas kepala seseorang (untuk dibawa);\njunjungan\n1.\n benda yang dijunjung;\n2.\n orang yang dimuliakan (khusus untuk Nabi Muhammad SAW);\n3.\n [Minangkabau] suami;\n4.\n galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung;\nberjunjungan\n bersuami;\nperjunjungan\n = \n~ duli \nperihal menjunjung duli." "junta\nmajlis (terdiri daripada beberapa orang) yang mentadbirkan negeri." "juntai\nberjuntai\n bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun:\nkakinya ~ ke bawah;\nberjuntaian\n berjuntai-juntai:\n~ tandan pisang itu;\nmenjuntaikan\n menghulurkan supaya bergantung:\nsambil itu dia ~ kakinya ke pelantar dapur;\nterjuntai\n tergantung atau terjulur ke bawah;\njuntaian\n sesuatu yang berjuntai:\n di hadapan ~ kakinya\n." "juntrung\n[Jakarta];\njuntrungan\n aturan, pendirian." "junub\n[Arab] keadaan tidak suci yang disebabkan oleh hadas besar, misalnya keluar mani (baik dengan bersetubuh ataupun tidak), haid dan lain-lain;\n \nmandi ~\n mandi untuk menyucikan tubuh daripada hadas besar." "junun\n[Arab] [arkaik] gila, tidak siuman;\n= majnun." "jura\n= jurah." "juragan\n1.\n nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal);\n2.\n (Sunda) tuan, puan;\n3.\n [Jawa] pengusaha (terutama batik)." "jurah\n[arkaik];\nmenjurah\n membongkok (untuk memberi hormat, menyembah, dan lain-lain)." "jurai\n1.\n jalur (kain dan lain-lain) yang panjang, lajur:\nrangka bentuk dibuat daripada ~ besi tuang yang tebalnya 1/4;\n2.\n ikat benda yang terjuntai (seperti benang, rambut, dan lain-lain);\n3.\n susunan yang berturut-turut, rangkaian:\nHaeckel telah menyelidiki ~ keturunan alam haiwan;\n~ keturunan raja-raja;\n~-jemarai \njatuh bertitik-titik:\nhujan panas ~-jemarai;\nberjurai\n1.\n mempunyai jalur (bahagian yang berjalur):\ntegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; \n2.\n = \nberjurai-jurai, terjurai\n berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai:\npokok itu diselaputi urat yang ~ ; \n3. = berjurai-jurai, berjuraian\n jatuh bertitik-titik, berderai-derai (berkenaan (dengan) air mata, peluh);\nmenjurai\n [Kelantan] memotong (kuih dan lain-lain) dengan memanjang;\njuraian\n sesuatu yang terjuntai:\ndia merengus dan jemarinya menyirati ~ rambut separas bahu." "jurai-jurai\nsejenis tumbuhan (pokok), pokok gajah beranak, putat nasi, \nBarringtonia spicata." "juran\n[Kelantan] hiris;\n \nse~ \nsehiris." "jurang\n1.\n lembah yang dalam, lurah;\n2.\n [kiasan] = \n~ kehidupan\n kehidupan yang susah, kemelaratan;\n3.\n [kiasan] perbezaan yang memisahkan sesuatu dengan sesuatu yang lain:\ndalam masyarakat lain juga, ~ antara praktik dan ideal selalu wujud;\n~ generasi \njurang atau perbezaan yang membeza-kan satu generasi dengan generasi yang lain." "juri\n1.\n sekumpulan orang yang dilantik untuk memutuskan sesuatu kes (berdasarkan fakta dan keterangan) yang dibicarakan di mahkamah;\n2.\n sekumpulan orang yang tugasnya mengadili sesuatu pertandingan, misalnya pemberian anugerah, untuk menentukan pemenangnya:\nahli ~ ;\nberjuri\n menggunakan khidmat juri:\nJepun tidak mengamalkan perbicaraan ~ dan hakim menentukan keputusan bicara serta menjatuhkan hukuman." "jurik\n[Jakarta] hantu." "juring I\nulas, pangsa;\nsejuring\n1.\n sepangsa, seulas;\n2.\n Ki sebahagian, sepotong (kata-kata dan sebagainya):\ndengan jalan ini sajalah aku dapat mengembalikan ~ kebahagiaanku yang telah hilang;\njuringan\n juring." "juring II\n[Kelantan] birai (bucu) yang tajam." "jurisprudens\nkajian tentang prinsip undang-undang." "jurit\n[Jawa] [arkaik] perang;\n= perajurit." "jurnal\n1.\n terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu;\n2.\n akhbar harian atau mingguan;\n3.\n buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku." "jurnalis\n[Indonesia-Belanda] wartawan." "jurnalisme\npekerjaan mengumpulkan, menulis, dan menerbitkan berita dalam surat khabar, majalah, radio, dan televisyen, kewartawanan." "jurnalistik\nberkaitan dengan kewartawanan atau persuratkhabaran." "juru I\norang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara (biasanya dipakai dalam kata majmuk dan dieja bersambung sebagai satu perkataan), ahli;\nkejuruan\n kepandaian yang khas, keahlian." "juru II\n[arkaik];\nmenjuru\n menjuruk;\n= penjuru." "juruacara\norang yang memimpin sesuatu acara (pertunjukan aneka ragam, majlis, dan lain-lain)." "juruanalisis\norang yang terlatih dan mahir dalam menganalisis sesuatu, penganalisis;\n \n~ sistem \norang yang terlatih untuk menganalisis keperluan sesuatu tugas atau projek dan dapat mengatur segala keperluan yang berkenaan dalam suatu sistem atau bentuk yang memungkinkan perkakasan dan perisian komputer digunakan untuk melaksanakan projek tersebut." "juruanimasi\norang yang ahli dalam membuat filem berbentuk animasi." "juruaudit\norang yang terlatih dalam kerja-kerja mengaudit akaun." "juruazan\norang yang kerjanya melaungkan azan (bang), jurubang, bilal, tukang bang." "jurubahasa\norang yang menterjemahkan kata-kata atau percakapan orang lain." "jurubang\njuruazan, bilal, tukang bang." "jurubank\ntuan punya (pengurus atau pegawai tinggi) bank." "jurubatu\nanak buah perahu yang tugasnya mengukur dalamnya laut." "juruberita\npemberita." "jurubicara\norang yang tugasnya memberi keterangan rasmi dan lain-lain kepada orang ramai, jurucakap." "jurubina\norang yang berkelayakan untuk mereka bentuk bangunan dan menyelia pembinaannya, arkitek." "jurucerakin\nahli kimia yang kerjanya membuat penyelidikan di makmal." "jurudalam\n[Kelantan] tukang perhiasan di rumah orang besar-besar." "jurudapur\ntukang masak." "juruelektrik\n(\njurulktrik\n)\n orang yang terlatih untuk membuat kerja berkaitan dengan pemasangan atau pembaikan dan sebagainya alat-alat elektrik." "jurugambar\norang yang kerjanya mengambil gambar, tukang gambar, jurufoto." "jurugas\norang yang tugasnya memeriksa meter gas, menyelenggarakan radas gas domestik dan sebagainya." "jurugegas\norang yang mahir memasang atau melaraskan bahagian-bahagian mesin dan sebagainya." "juruhebah\n1.\n orang yang menyeru atau menyerukan (menyebarkan) sesuatu;\n2.\n orang yang kerjanya menyiarkan berita dan lain-lain atau menghebahkan rancangan di radio (televisyen dan sebagainya), penyiar." "juruhias\norang yang pakar (mahir) melakukan kerja membuat hiasan, penghias;\n \n~ dalaman\n orang yang pekerjaannya mereka bentuk cara menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dengan memilih warna atau perabot yang sesuai dan lain-lain." "juruiklan\norang atau syarikat yang mengendalikan khidmat pengiklanan sesuatu produk dan sebagainya." "jurujual\norang yang kerjanya menjual atau meluaskan penjualan barang dagangan sesuatu perusahaan;\nkejurujualan\n kemahiran dalam teknik melakukan kerja jualan." "jurukaki\n[sastera lama] pesuruh, bentara." "jurukamera\norang yang kerjanya mengambil gambar atau filem untuk surat khabar (televisyen, filem, dan sebagainya)." "jurukater\njurusaji." "jurukelat\nanak perahu yang kerjanya memegang tali kelat." "jurukerah\n[sastera lama] jawatan yang di bawah batin." "juruketik\n[Indonesia] jurutaip." "jurukhat\norang yang mahir dalam seni khat." "jurukira\norang yang pakar dalam hal kira-mengira." "jurukunci\n1.\n orang yang memegang kunci (tempat keramat dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia] pemenang dalam sesuatu pertandingan yang menduduki tempat yang terakhir." "jurulatih\norang yang melatih orang lain (seperti ahli sukan dan lain-lain) supaya mahir;\nkejurulatihan\n yang berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya:\ndi manakah salahnya yang menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem ~ yang menjadi puncanya." "jurulayar\nanak buah perahu (kapal) yang menjaga layar." "jurulelang\n[Indonesia] jurulelong." "jurulelong\norang yang mengurus lelong." "jurulito\norang yang mencetak buku dengan cap batu." "jurumasak\ntukang masak." "jurumesin\norang yang mengurus (membaiki dan lain-lain) mesin." "jurumudi\nanak buah perahu (kapal) yang menjaga kemudi." "jurunikah\norang yang bertauliah untuk menikahkan pasangan yang ingin berkahwin." "jurupulih\norang yang tugasnya memulihkan seseorang atau sesuatu (anggota, cara kerja dan lain-lain);\n \n~ anggota \norang yang pakar dalam memulihkan anggota badan, misalnya melalui terapi, mengurut dan sebagainya. \njurupustaka\n [Indonesia] orang yang memimpin serta mengurus perpustakaan, pustakawan." "jururadiografi\norang yang terlatih dan mahir mengendalikan teknik radiografi." "jururawat\norang (lazimnya perempuan) yang kerjanya merawat orang sakit (di hospital);\nkejururawatan\n hal yang berkaitan dengan (pekerjaan, tugas, urusan, dan sebagainya) jururawat:\nbuku ~ psikiatri itu sedang dicetak\n." "jurureka\norang yang ahli (mahir) dalam mereka sesuatu, pereka." "jururias\norang yang mempunyai kemahiran merias (mendandan) orang lain." "jurus I\nsejurus\n sebentar, sekejap, sejenak;\n \n~ kemudian \nsekejap kemudian;\nberjurus-jurus\n beberapa jenak (lamanya):\nNoor pun berkata sesudah ~ tinggal membisu." "jurus II\nlurus, terus, langsung, tegak;\nberjurus-jurus\n bersambung-sambung, tidak henti-hentinya, terus-menerus:\nMaskam ~ termenung pada malam itu;\nmenjurus\n mengarah, menuju (terus ke atau kepada), tertumpu kepada:\nkita harus memilih aspek yang khusus supaya perbincangan kita ~ kepada satu arah sahaja;\nmenjuruskan\n mengarahkan, memajukan, mendorongkan (mendesak terus), menumpukan:\nakibatnya mereka ~ semua nilai moral, estetika, dan keagamaan ke jurang cita rasa;\njurusan\n1.\n arah, tujuan:\nkapal terbang itu datang dari ~ Singapura; \nmereka berjalan ke satu ~;\n2.\n bahagian pengajian (ilmu pengetahuan):\ndia mengambil kursus dalam ~ ekonomi; \nsekolah aneka ~;\n penjurusan\n proses menjuruskan (menjurus kepada) sesuatu (bidang, aliran fikiran, dan lain-lain):\n ~ dalam bidang agama." "jurus III\n[Kelantan];\nberjurus\n1.\n berbudi bahasa, berkelakuan baik;\n2.\n bersungguh-sungguh." "jurusaji\n(ERT) orang yang menyediakan dan menyajikan makanan untuk sesuatu majlis." "jurusawat\norang yang mengurus (membaiki dan lain-lain) pesawat atau mesin." "juruselam\n1.\n orang yang kerjanya menyelam ke dalam air (untuk mencari mutiara dan lain-lain);\n2.\n orang yang menyelam ke dalam air untuk mendengar bunyi ikan (biasanya dia juga menjadi pemimpin dalam sesuatu kelompok orang yang menangkap ikan)." "jurusemboyan\norang yang tugasnya menghantar dan menerima isyarat, terutamanya dalam angkatan tentera darat dan tentera laut. \njurusita\n [Indonesia] pegawai pengadilan yang diberi tugas untuk menyita." "jurusolek\norang yang kerjanya menyolek orang." "jurusurat\nkerani, jurutulis." "jurutafsir\njuruulas." "jurutaip\norang yang kerjanya menaip surat dan lain-lain, juruketik." "jurutanak\n[sastera lama] orang yang menanak nasi." "juruteknik\norang yang ahli dalam hal selok-belok jentera dan lain-lain." "jurutera\norang yang terlatih dalam mereka, membuat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan;\n \n~ awam \norang yang terlatih dalam mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dan lain-lain;\n \n~ elektrik \norang yang terlatih dalam mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem perhubungan;\n \n~ jentera \norang yang terlatih dalam mereka, membina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dan sebagainya;\n \n~ kapal terbang \norang yang terlatih dalam mereka, membina, dan menjaga kapal terbang;\n \n~ kimia \norang yang terlatih dalam mereka, membuat (membina), dan menjalankan loji atau jentera yang digunakan dalam proses kimia industri;\nmenjuruterai\n merancang, mengatur, dan melaksanakan sesuatu (tugas, kerja, dan sebagainya) dengan bijaksana:\n editorlah yang merancang dan ~ penerbitannya\n;\nkejuruteraan\n kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dan lain-lain):\n~ awam;\n~ elektrik;\n~ jentera;\n~ kapal terbang;\n~ kimia." "juruterapi\norang yang mahir melakukan sesuatu jenis terapi\n." "juruterbang\npemandu kapal terbang;\n \n~ bersama \njuruterbang yang membantu ketua juruterbang, dan kadang-kadang memandu kapal terbang." "jurutinggi\nanak buah perahu (kapal) yang kerjanya memasang layar." "jurutol\norang yang tugasnya memungut bayaran tol." "jurutrengkas\norang yang kerjanya mengambil rencana dengan trengkas (tulisan pantas yang menggunakan simbol), steno." "jurutulis\nkerani, jurusurat." "jurutunjuk\norang yang memberikan tunjuk ajar atau petunjuk." "juruubat\nahli farmasi." "juruukur\norang yang kerjanya mengukur tanah;\n \n~ bahan \norang yang kerjanya menganggarkan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk sesuatu kerja pembinaan." "juruulas\norang yang memberi tafsiran mengenai soal-soal politik dan lain-lain (dalam surat khabar, radio, televisyen, dan sebagainya)." "juruvideo\norang yang mengendalikan perakam video untuk mengambil gambar, menayangkan pita video dan sebagainya." "juruwang\norang yang menerima atau membayar wang (di bank, kedai, dan lain-lain)." "juruwarta\njuruberita, pemberita." "jus\n1.\n air daripada buah-buahan atau sayur-sayuran:\n~ oren; \n2.\n (Biologi) cecair dalam perut atau bahagian lain tubuh yang membantu penghadaman makanan:\n~ usus;\n~ pankreas." "jus soli\n(Undang-undang) hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran di negara itu." "JUSA\nakronim bagi Jawatan Utama Sektor Awam." "justeru\n1.\n kebetulan, tepat, kena benar:\nkenapa ~ sekarang ini engkau harus pergi?\n2.\n malahan, bahkan:\nsekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia." "justifikasi\nsesuatu alasan (yang kuat) yang menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dan sebagainya) atau diberikan, hujah (pendapat dan sebagainya) yang dikemukakan sebagai alasan bagi sesuatu:\nRTM mungkin mempunyai ~ sendiri untuk menyiarkan majlis itu secara langsung; \nberbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kepada kelemahan tersebut;\n menjustifikasikan\n memberikan justifikasi kepada:\n mereka perlu memberikan bukti yang nyata untuk ~ permohonan pinjaman itu." "justisi\n[Indonesia-Belanda] kehakiman." "jut I\nsejenis pokok yang seratnya boleh dibuat guni dan lain-lain, rami, \nCorchorus capsularis." "jut II\n[Kelantan] sejenis alat untuk menangkap ikan (di bendang atau kolam)." "juta\nseribu ribu (1 000 000);\nberjuta, berjuta-juta\n beberapa juta;\njutaan\n berjuta-juta." "jutawan\norang yang mempunyai wang (harta benda) yang jumlahnya (nilainya) berjuta-juta ringgit." "jutung\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar perindu, buas-buas, \nPremna dibaricata." "juvenil\nanak muda yang belum matang (mentah), budak-budak\n." "juz\n[Arab] bahagian atau bab daripada Quran (semuanya ada 30 bahagian)." "juzuk\n[Arab] bahagian;\nsejuzuk\n sebahagian;\nmenjuzuki\n menjadi juzuk kepada sesuatu:\n alam fizikal dan alam sosial ~ keseluruhan fenomena tabii\n." "k I\nhuruf ke-11 dalam abjad Rumi." "K II\nsimbol kimia bagi kalium." "k-ekonomi\nekonomi yang berasaskan pengetahuan, iaitu penggunaan ilmu dan teknologi yang lebih intensif dan meluas dalam semua sektor ekonomi serta dalam pengurusan awam dan korporat:\ndalam usaha negara menuju ke arah ~, tentu sekali perbelanjaan kerajaan dalam memajukan sektor IT akan bertambah secara berterusan." "ka\n[kependekan] kaki sebagai unit ukuran (12 inci)." "Kaabah\nbangunan suci berbentuk kiub yang terletak di tengah-tengah kota Mekah yang menjadi kiblat solat dan tempat bertawaf umat Islam pada waktu menunaikan ibadah haji dan umrah." "Kaabatullah\nKaabah." "kaba\n[arkaik] [Minangkabau] cerita, dongeng." "kabab\n kebab." "kabak\nsejenis tumbuhan (herba yang dijadikan sayur), \nTetragonia expansa." "kabaret\n1.\n persembahan hiburan seperti muzik, nyanyian, tarian, dan sebagainya) di kelab malam atau restoran;\n2.\n kelab malam atau restoran yang menyediakan persembahan hiburan seperti nyanyian, tari-menari, muzik, dan sebagainya:\nHenry yang baru belajar berdansa akan pergi ke ~ untuk mencuba-cuba kebolehannya." "kabau\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, semincang, \nAllophylus glaber; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), jering balau, jering hutan, kacang tupai, \nPithecellobium ellipticum;\n \n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), geretak, geronyong, merbung jantan, \nTurpinia pomifera." "kabeh\n[Jawa] [arkaik] semua." "kabel\n1.\n tali yang tebal dan kuat yang diperbuat daripada sejumlah dawai yang dipintal;\n2.\n berkas dawai bertebat yang digunakan sebagai pembawa mesej telegraf dan sebagainya;\n~ sepaksi \nsejenis kabel untuk menghantar isyarat frekuensi radio\n; \npekerja ~ \norang yang kerjanya memasang kabel." "kabil\nberkabilan\n berawas-awas;\nberserah ~, (berpesan berturuti)\n (peribahasa) tidak sepenuhnya mempercayai orang yang diamanahkan." "kabilah\n[Arab] suku bangsa, kaum:\npermusuhan dan persengketaan antara keluarga dan keturunan, ~, suku dan bangsa;\n~ Quraisy." "kabin\n1.\n bilik dalam kapal, bot, dan sebagainya yang digunakan sebagai pejabat atau tempat tidur;\n2.\n bahagian dalam kapal terbang tempat membawa penumpang;\n3.\n binaan sementara yang dijadikan sebagai pejabat, tempat tinggal, dan sebagainya sementara di tapak bina bangunan." "kabinet I\n1.\n badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yang terdiri daripada para menteri kerajaan yang memerintah, jemaah menteri:\nsatu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok kereta api itu; \n2.\n [Indonesia] jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri dan lain-lain):\n~ Perdana Menteri;\n~ kerja \n= \n~ keahlian \n[Indonesia] kabinet yang menteri-menterinya terdiri daripada pakar-pakar dalam sesuatu urusan kenegaraan;\n \n~ koalisi \n[Indonesia] kabinet yang menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dari beberapa parti (politik);\n \n~ nasional \n[Indonesia] kabinet yang terdiri daripada menteri-menteri yang mewakili sebahagian besar daripada parti-parti (politik);\n \n~ parlementer \n[Indonesia] kabinet yang menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen." "kabinet II\n II\n \n1.\n almari kecil yang bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dan sebagainya:\nSaidin berdiri mengambil fail-fail dari dalam ~; \n2.\n sejenis perabot (seperti almari dan sebagainya) tempat menyimpan pinggan mangkuk dan lain-lain." "kabir I\nmengabir\n meraih, menarik, mengaut." "kabir II\n[Arab] besar;\n \nalam ~\n alam yang besar." "kabisat\n[Arab];\ntahun ~, sanah ~ \ntahun yang jumlah harinya sehari lebih daripada tahun biasa." "kabit\npenyeluk saku, tukang copet." "kaboi\nsejenis kumbang." "kabriolet\nmotokar penumpang yang boleh dibuka bumbungnya." "kabu-kabu\n1.\n sesuatu yang lembut dan kelihatan seperti kapas (biasanya digunakan sebagai pengisi bantal, tilam, dan sebagainya), kapuk;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), randu, \nCeiba pentandra;\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok), cengkering, kekabu jawa, membuluh, \nZanthoxylum myriacanthum." "kabui\n[Kedah] kumbang tanduk." "kabuki\n(Jepun) drama tradisional Jepun yang berdasarkan legenda popular dan semua wataknya dimainkan oleh pelakon lelaki." "kabul\n1. = terkabul\n terlaksana, tercapai, tertunai:\npermintaannya ~; \n2.\n = \n~ akan\n mempersetujui, setuju dengan, meluluskan:\n~lah ia akan kehendak hamba; \n3.\n = \n~ pada\n dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh:\nSultan Mansur Shah mohon kepada Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pada Batara;\nmengabulkan\n memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dan sebagainya), mempersetujui, meluluskan:\nmoga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini;\npengabulan\n perihal mengabulkan (permintaan dan lain-lain);\npengabul\n bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dan sebagainya (berkenaan (dengan) Allah):\nAllah yang maha pengasih dan maha ~." "kabuli\nnasi ~ \nsejenis nasi yang bercampur dengan berbagai-bagai lauk dan rempah." "kabung I\n= perkabungan\n kain putih yang dililitkan pada kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dan lain-lain);\nberkabung\n1.\n memakai kabung (tanda berdukacita):\nsetelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh ha" "kabung II\nukuran panjang yang sama dengan 4 hasta (kira-kira satu depa)." "kabung III\nsejenis tumbuhan (palma), enau, \nArenga pinnata: gula ~\n." "kabung IV\n[Minangkabau] kerat, penggal;\n \n~ tiga \nkerat tiga;\nmengabung\n mengerat, memotong, memenggal;\nmengabung-ngabung\n mengerat-ngerat, memotong-motong, memenggal-menggal." "kabupaten\n[Indonesia]\n1.\n daerah yang dikepalai oleh seorang bupati;\n2.\n pejabat (rumah) bupati." "kabur\n1.\n tidak dapat melihat dengan terang atau nyata (berkenaan (dengan) mata), kurang terang (berkenaan (dengan) penglihatan), pudar:\nayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; \n2.\n kurang jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain), tidak terang atau jelas (berkenaan (dengan) corak atau warna sesuatu, tulisan, dan lain-lain), tidak cerah, pudar:\ntikar mengkuang putih yang telah ~; \ntulisan yang ~; \nnasibnya sudah mulai ~ \nnasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk);\n3.\n tidak atau kurang jelas (maksudnya, kandungannya, dan sebagainya), tidak nyata, samar-samar:\ndefinisi novel seperti di atas sangat ~; \nsemua kenangan yang indah itu menjadi ~ dan samar-samar;\nmengabur\n menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dan lain-lain), menjadi pudar:\nia melihat ke hadapannya kembali kepada Yusuf dan Maria yang ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yang rimbun itu; \nfikirannya ~;\nmengaburi\n menjadikan kabur:\ntanda tanya terus ~ fikiran Burad;\n mengaburkan\n menyebabkan jadi kabur:\n~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat;\n~ mata rakyat\n mengelirukan rakyat (menipu rakyat);\nkekaburan\n perihal atau keadaan kabur:\ndengan menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; \nAmir sudah pulih daripada ~ fikirannya; \ndalam buku-buku Greek yang terdahulu, terdapat terlalu banyak ~;\n kekabur-kaburan\n agak kabur, agak pudar." "kabur II\n[Kelantan] sejenis kumbang kelapa." "kabur III\n[Jakarta] lari, melarikan diri." "kabus\n1.\n wap air yang kelihatan seperti asap yang berada dekat muka bumi (biasanya pada waktu pagi):\n~ di puncak bukit kian menipis; \n2.\n tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam:\ngambar yang ~;\n \nhilang ~ teduh hujan\n (peribahasa) mendapat kesenangan setelah menderita;\nberkabus\n dilindungi atau dilitupi kabus;\nmengabusi\n membuat supaya berkabus." "kabut\n1.\n kabus tebal;\n2.\n kabur, kelam, tidak nyata;\n \nkelam-~ \n= \nkalang-~ \na) gelap, tidak nyata;\n b) kacau-bilau, tidak keruan;\njangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia\n (peribahasa) tidak usah tergesa-gesa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang telah pasti jadi;\n \nterang ~ , teduh hujan \n(peribahasa) merasa kesenangan selepas menderita;\nberkabut\n1.\n dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dan lain-lain), agak gelap;\n2.\n [kiasan] sedih, suram;\nkekabutan\n keadaan kabut." "kabut II\n[arkaik] \nmengabuntukan\n mengebaskan (pakaian dan lain-lain);\nkebut II." "kaca I\n1.\n bahan yang lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dengan melakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan-bahan lain, digunakan untuk membuat tingkap, cermin, dan lain-lain:\ncermin muka dibuat daripada ~; \n2.\n = \n~ muka\n cermin (muka);\n3.\n [kiasan] cermin, contoh, teladan:\nketeguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya;\n~ benggala\n cermin yang tebal (besar);\n \n~ berliang \nkaca yang mengandungi liang halus yang digunakan dalam turas dan lain-lain;\n ~ borosilikat \nsejenis kaca yang tahan haba yang digunakan untuk membuat barangan kaca makmal;\n \n~ gentian \nbahan yang diperbuat daripada campuran gentian kaca dengan resin sintetik, biasanya digunakan sebagai penebat dalam bangunan, untuk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dan sebagainya;\n \n~ keselamatan \nkaca yang diolah supaya tidak pecah atau berkecai semasa terkena hentaman (mis kaca untuk cermin kereta);\n \n~ mata\na) cermin mata;\n b) penglihatan, (sudut) pandangan:\ndari ~ mata seniman;\n \n~ pembakar \nkanta cembung yang menumpukan sinar matahari untuk membakar;\n \n~ pembesar(an) \nkanta kaca untuk membuat benda yang dilihat kelihatan besar;\n \nbagai ~ terhempas ke batu\n (peribahasa) sangat sedih atau kecewa;\nberkaca\n1.\n menggunakan (memakai) kaca:\ntingkap-tingkap itu ~;\n~ mata \nmemakai kaca mata, bercermin mata;\n2. = mengaca\n melihat muka (diri sendiri) dalam cermin, bercermin:\nbersolek sambil ~; \n3. = berkaca-kaca\n bersinar, berkilauan (berkenaan (dengan) mata, air dan lain-lain):\nmatanya ~ kembali;\nmemperkaca\n menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri." "kaca II\nmuka surat, halaman (buku dan lain-lain)." "kacak I\n1.\n kelihatan gagah, segak, tampan:\nseorang pemuda yang ~; \n2.\n angkuh, bongkak;\n \nbulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang\n (peribahasa) sama kuat dalam pertandingan dan lain-lain dan kalah menangnya terpulang pada nasib;\nmengacakkan\n menyebabkan seseorang menjadi kacak:\npakaian Melayunya yang lengkap yang garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya;\n kekacakan\n keadaan atau sifat kacak:\n Tuhan juga menganugerahkan ~ kepada kaum Adam." "kacak II\n[Perak];\nberkacak\n berpijak, berdiri:\npanglima kecil madu suara, Awang kecil akal melela, yang ~ di awan-awan, yang bergantung di angin lalu." "kacak III\n[Minangkabau];\nberkacak; \n~ pinggang\n bercekak pinggang;\nmengacak\n memegang (mengangkat) untuk mengetahui berat sesuatu;\n~ galas \nark\na) mengangkat galas;\n b) [kiasan] berdagang;\n \n~ lengan\n mengangkat lengan (hendak berkelahi);\ndikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan \n(peribahasa) perihal orang yang merasa dirinya sudah cukup dalam segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain)." "kacam\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), asam kumbang, \nEmbelia rugosa." "kacan\n[Kelantan];\nmengacan\n mengangkat (benda-benda yang berat):\ndikacannya rumah itu dengan besi." "kacang I\nsejenis tumbuhan dan buahnya;\n~ arab \n= \n~ bendi \n= \n~ lendir\n sejenis tumbuhan (herba), \nHibiscus esculentus;\n \n~ belimbing \n= \n~ botor \n= \n~ kelisa\n = \n~ kotor\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPsophocarpus tetragonolobus;\n~ buncis \n= \n~ pendek \nsejenis tumbuhan (herba), \nPhaseolus vulgaris;\n~ cina\n sejenis tumbuhan (herba), \nPhaseolus lunatus;\n~ goreng \n= \n~ cina \n= \n~ jawa \n= \n~ tanah\n sejenis tumbuhan (herba), \nArachis hypogaea;\n~ hantu \na) = \n~ parang \n= \n~ polong\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCanavalia ensiformis; \nb) orang jahat;\n \n~ hijau\n = \n~ cindai \n= \n~ padi \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPhaseolus aureus;\n~ kara \n= \n~ sepat \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDolichos lablab;\n~ kayu\na) sejenis tumbuhan (pokok renek), \nCajanus indicus; \nb) = \n~ riang-riang \n= \n~ sekucuk\n sejenis tumbuhan (pokok), giring-giring, \nCrotalaria striata;\n~ kelor \nsejenis tumbuhan (pokok) emunggai, \nMoringga oleifera;\n~ kota\n sejenis tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, \nCassia occidentalis;\n~ kuda \nsejenis kacang yang agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yang biasanya direbus untuk dimakan, \nCicer arietinum;\n \n~ laut \na) sejenis tumbuhan (herba), \nVigna marina; \nb) sejenis tumbuhan (pokok menjalar), \nCanavalia rosea;\n~ miang \na) sejenis kacang yang gatal;\n b) orang yang suka menghasut;\n \n~ panjang \n= \n~ merah \n= \n~ perut ayam \nsejenis tumbuhan (pokok), \nVigna sinensis;\n~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPisum sativum;\n~ soya \nsejenis tumbuhan (herba), \nGlycine max;\n~ sepalit\n = \n~ puyuh \nsejenis tumbuhan (herba), \nPhaseolus calcaratus; \nkuih ~ \nkuih kasturi, rengas;\n~ lupakan kulitnya\n = \npanas hari, lupa ~ akan kulitnya \n(peribahasa) orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya dan lain-lain) setelah menikmati kesenangan dan lain-lain;\n \nbagai ~ direbus satu\n (peribahasa) meloncat-loncat kerana kesukaan;\n \nbagai ~ tengah dua bulan\n (peribahasa) [Minangkabau] sangat subur tubuh badannya (berkenaan (dengan) kanak-kanak);\nkacang-kacang\na) sejenis tumbuhan (pokok renek), teruntum, \nAegiceras corniculatum;\nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, \nPueraria phaseoloides; \nakar ~ \na) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, \nDichapetalum deflexifolium; \nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, \nAgelaea vestita;\nmengacang\n1.\n membahagi-bahagi (barang yang diperoleh dan lain-lain);\n2.\n berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain);\nmemperkacang\n menghabiskan (memboroskan) harta atau wang orang." "kacang II\n~ lopek \nsejenis ikan laut, \nSphyraena obtusata." "kacang III\n[Kelantan];\nmengacang\n menumbuk, mengasak, menginjak-injak;\nterkacang\n;\n \n~ pinggang\n sakit seluruh badan." "kacang-kacang I\n[Minangkabau] penabur (peluru);\n \nbaru ~nya \nbaru pendahuluannya (belum ramai lagi dan sebagainya)." "kacang-kacang II\nsejenis ikan laut, alu-alu, tenak, \nSphyraena spp.." "kacang-kacangan\nsejenis ikan, \nHemiramphus spp.." "kacapiring\nsejenis tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga cina, bunga susu, bunga susun kelapa, \nGardenia augusta." "kacapuri\n1.\n ibu rumah yang letaknya di bahagian tengah;\n2.\n bahagian istana yang letaknya di sebelah dalam, pusat istana;\n \ndurian ~ \ndurian yang isinya di tengahnya sahaja yang boleh dimakan." "kacar I\nkail ~ \n= \npancing ~ \nsejenis kail yang biasanya memakai bulu dan sebagainya (tidak menggunakan kawat yang tajam) untuk menangkap cumi-cumi;\nmengacar\n memancing cumi-cumi dan lain-lain." "kacar II\n~ lakum\n sejenis siput darat yang beracun, \nNanina humphreysiara." "kacar III\nmengacar\n1.\n [Kelantan] mengaduk-aduk;\n2.\n [Minangkabau] menggagau, meraba-raba atau mencari-cari (ikan dan lain-lain);\n3.\n membongkar, menggeledah, meraba-raba (untuk mencari sesuatu yang tersembunyi pada diri seseorang)." "kacat\n[Kedah], [Perak];\npinang ~\n pinang muda (pinang jerkat)." "kacau I\n1.\n tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk:\nsusunan kad itu ~; \n2.\n kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram:\nfikirannya ~; \n3.\n huru-hara, tidak aman, tidak tenteram:\npemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura;\n~ daun \nmengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dan sebagainya, orang lain;\n4. = berkacau;\nberkacau\n1.\n bercampur baur, bergaul betul:\ntunggu sampai cat itu sudah ~ benar; \n2.\n bercampur aduk (dengan hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur:\nsuasana pada masa itu ~ dengan soal perkauman; \nfikirannya ~;\nmengacau\n1.\n menggaul sampai berkacau, mengaduk:\n~ air kopi; \n2.\n menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dan lain-lain), menimbulkan huru-hara (kesulitan dan lain-lain):\n~ ketenteraman; \n3.\n merunsingkan (fikiran, perasaan):\n~ fikiran; \nanaknya ~ hatinya;\nmengacaukan\n1.\n menjadikan bercampur (bergaul) betul;\n2.\n menjadikan berkacau dengan hal-hal lain;\n3.\n mengacau, menimbulkan keadaan yang kacau:\nsatu pembaikan yang agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dari segi keselarasan vokal yang dahulunya hal ini amat ~;\nmemperkacaukan\n menjadikan berkacau;\nkacauan\n (sesuatu) yang bercampur aduk:\nbahasa Melayu pasar ialah bahasa ~;\nkekacauan\n keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dan sebagainya), kejadian yang merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan:\nmelawat tempat berlakunya ~; \nkepelbagaian ejaan untuk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja;\npengacauan\n perihal mengacau;\npengacau\n1.\n (orang) yang mengacau, perusuh;\n2.\n alat untuk mengacau." "kacau II\n~ tongkeng kelabu \nsejenis burung, \nHeteroscelus incanus\n." "kacau-balau\nkacau-bilau;\nmengacau-balaukan\n menjadikan kacau-balau, mengacau-bilaukan." "kacau-bilau\nsangat kacau, kacau-becah, kacau-bicau, kacau-birau\n,\n kacau-balau;\nberkacau-bilau\n berkacau sangat:\nkeadaan yang ~;\n mengacau-bilaukan\n menjadikan kacau-bilau, mengacau-balaukan." "kacaukan\n[arkaik] kacauan, kacukan." "kacek\n[Jakarta] selisih, beza, kelainan." "kaci\nsejenis ikan laut, mandi abu, mesikor, tebal bibir, \nPlectorhincus lineatus." "kaci II\nkain ~ \nsejenis kain putih." "kacici\nsejenis burung, kelicap pucat pisang, laki padi, \nOrthotomus atrogularis." "kacih\nkocah-~; \nkocah." "kacip I\nsejenis alat (seperti gunting) yang sendinya di hujung (untuk membelah pinang dan lain-lain);\n \ngigi ~\n gigi untuk memotong yang terletak di hadapan gigi taring pada mamalia;\nmengacip\n1.\n mengerat, membelah (dengan kacip);\n2.\n menyepit atau mengapit dengan sesuatu." "kacip II\n~ fatimah\n sejenis tumbuhan (pokok), kacit fatimah, rumput siti fatimah, selusuh fatimah, \nLabisia pothoina." "kacir\nkucar-~\n (keadaan) tidak teratur (tersusun), tidak keruan;\nkucar-kacir." "kacit\n[Kelantan];\nmengacit\n mengikat, mengancing." "kacoak\n[Jakarta] lipas." "kacu I\nair pinang atau gambir yang pekat untuk menyamak kulit." "kacu II\n[Jawa] sapu tangan." "kacuca\n(Seni Muzik)\n1.\n sejenis tarian solo Sepanyol yang gemalai;\n2.\n muzik untuk tarian\n1.\n di atas." "kacuh\n[Kelantan];\nmengacuh\n mencampur." "kacuk\nkacau, campur;\nmengacukkan\n mengahwinkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan) yang berlainan jenis atau baka untuk menghasilkan baka yang lebih baik;\nkacukan\n1.\n campuran, kacauan:\npadi Malinja ialah hasil ~ padi Malaya, India dan Jepun; \nbahasa Melayu ~ \nbahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa lain (dalam penggunaan kata dan sebagainya), bahasa Melayu pasar;\n \norang ~ \norang yang ibu bapanya berlainan bangsa. \n2.\n hasil daripada mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan);\npengacukan\n perbuatan, perihal, usaha, dan lain-lain mengacukkan." "kacung I\nbelalang ~ \nsejenis belalang, cengkadak, cencadu, mentadak;\nkancung\n." "kacung II\nbudak laki-laki, awang;\n \n~ koran\n [Indonesia] budak penjual akhbar." "kacung III\n[Kelantan] kecek, tipu, helah, muslihat." "kad\nkeping(an) kertas yang agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi);\n \n~ ahli \nkad sebagai tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dan sebagainya);\n \n~ caj\n sejenis kad kredit yang pada asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yang telah dibuatnya pada tarikh yang ditetapkan;\n ~ Hari Raya \nkad untuk mengucapkan selamat Hari Raya;\n \n~\n \njaminan\n kad yang diberikan oleh sesebuah syarikat kepada pelanggan sebagai jaminan bahawa sebarang kerosakan yang berlaku pada barangan yang dijual dalam tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran;\n \n~ jemputan\n = \n~ undangan \nkad yang digunakan untuk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dan sebagainya);\n \n~ kredit\n kad yang menunjukkan keterangan seperti nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yang membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (untuk barangan, perkhidmatan, dan sebagainya) secara kredit;\n \n~ kuning \n(Suk) kad berwarna kuning yang ditunjukkan oleh pengadil kepada seseorang pemain sebagai tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dan sebagainya, biasanya dalam permainan bola sepak;\n \n~ merah\na) kad jemputan kahwin;\n b) (Suk) kad berwarna merah yang ditunjukkan kepada pemain sebagai tanda perintah keluar padang, biasanya dalam permainan bola sepak;\n \n~ pengenalan\n kad yang mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dan lain-lain);\n \n~ pintar \nkad plastik seakan-akan kad kredit yang boleh menyimpan dan memproses data komputer untuk pelbagai kegunaan." "kadal\n[Jawa] sejenis binatang reptilia, bengkarung, mengkarung." "kadam\n[Minangkabau] tempat sirih." "kadam I\n[Arab] tapak kaki;\n \nke bawah ~ \nke bawah duli." "kadang I\nkadang-kadang, terkadang, terkadang-kadang\n kadangkala, sekali-sekali, ada kalanya:\nbulan puasa tidak selalu 30 hari, ~ hanya 29 hari." "kadang II\n[Minangkabau];\nmengadang; \n~ nasi\n membuang air nasi yang sedang dimasak (supaya lekas masak);\n \nterlampau dikadang mentah \n(peribahasa) kerana terlalu sangat hendak diperelok, hasilnya menjadi buruk (kurang elok)." "kadang III\n[Jawa];\n~ kedayan (kadayan)\n [sastera lama] kaum kerabat raja dan lain-lain yang menjadi pengiring." "kadangkala\nada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali." "kadar I\n1.\n daya, kemampuan, keupayaan:\ndia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dengan ~ yang terdaya; \nala ~(nya)\n menurut daya atau kemampuan (seseorang);\n \nmenderma ~nya \nmenderma menurut kemampuannya;\n2.\n perkiraan yang memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dalam hubungannya dengan sesuatu unit tertentu sebagai asas:\n~ kelajuannya ialah 100 km sejam; \nbilangan penduduk yang bertambah pada ~ 2% setahun;\n~ kelahiran (kematian) \nbilangan yang dilahirkan (mati) dalam jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dengan jumlah penduduk;\n3.\n jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dan lain-lain) yang dikenakan dan sebagainya:\n~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; \nkerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank daripada 6% kepada 8% untuk menarik simpanan asing;\n~ faedah \nkadar yang ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit;\n \n~ pertukaran asing \nnilai pertukaran sesuatu mata wang dengan mata wang yang lain;\n4.\n perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah:\nsebatian kimia yang sama terdiri daripada unsur-unsur yang sama yang berpadu antara satu sama lain dalam ~ berat yang sama; \nkedua-dua oksida mengandungi unsur yang sama (magnesium dan oksigen) yang berpadu dalam ~ berat yang sama (3:2);\n5.\n bahagian yang tulen (sejati) yang terkandung dalam sesuatu (seperti emas, perak, dan lain-lain):\n~ emas dalam mata wang emas ini ialah 0.9; \n6.\n harga, nilai, pangkat, taraf (darjat):\nsemuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pada ~nya; \n7.\n lebih kurang, kira-kira:\ntahu juga patik barang ~nya; \nmemohonkan berhutang ~ lima puluh rial;\n8.\n hitung panjang, rata-rata:\njika saya membeli daun teh 3 kati dengan harga 9 ringgit, saya membeli dengan ~ 3 ringgit satu kati; \n9. = sekadar\n cuma, hanya (untuk):\nakan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga;\nsekadar\n1.\n selaras dengan (keperluan dan lain-lain), secara, sepadan, sesuai dengan:\n~ yang diperlukan; \n2. = sekadarkan\n cuma, hanya (untuk):\nberjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; \nhanya ~ berolok-olok belaka; \n3.\n seperlunya (seadanya, semampunya, dan lain-lain):\nsajian ~nya;\nsekadar-kadaran\n seada-adanya, seadanya:\n permintaan ini hanya ~ sahaja;\nberkadar\n berimbang kadarnya atau nisbahnya (dengan sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dengan sesuatu):\ndarjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dengan isi padunya;\n~ songsang\n menurut kadar yang sebaliknya;\n \n~ terus\n menurut kadar yang sebenarnya;\nkadaran\n (Tadb) cukai yang perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kepada pihak berkuasa tempatan;\nperkadaran\n perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar:\n jika ~ yang serupa dipindahkan pada setiap peringkat umur, pola yang lain masih tetap terhasil\n." "kadar II\n[Jawa];\nmengadar\n tidur di luar rumah." "kadar III\n[arkaik];\nkain ~ \nkain yang ditenun sendiri." "kadas\n[Jawa] penyakit kurap." "kadaster\n[Indonesia-Belanda] pejabat tanah." "kadaver\n(Perubatan) mayat manusia yang diawet untuk tujuan kajian anatomi." "Kadayan\nKedayan." "Kadazan\n= \n~ Dusun\n suku kaum peribumi yang terbesar di Sabah, dikenali juga dengan gelaran Lotud, Rungus, Orang Sungai, Kwijau, Tamabanuo, dan sebagainya, yang menggunakan pelbagai dialek dan mengamalkan pelbagai kebudayaan serta adat resam." "kadbod\nkertas yang tebal dan keras yang digunakan untuk membuat kotak dan sebagainya." "kademat\n[arkaik] khidmat." "kader\n1.\n teras anggota tentera yang profesional dan terlatih yang menjadi asas untuk melatih unit baru atau pengembangan lain;\n2.\n anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dan sebagainya yang sangat aktif dan terlatih:\nuntuk meneruskan perjuangan politik pada masa depan perlu dilatih ~-~ parti dari sekarang." "kadera\n[arkaik]\n1.\n kerusi;\n2.\n tandu, usungan." "kadet I\npelajar di maktab tentera yang dilatih untuk menjadi pegawai tentera, calon pegawai (dalam pentadbiran dan lain-lain)." "kadet II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] penyeluk saku." "kadet III\n[Indonesia-Belanda];\nroti ~ \nroti tawar yang kecil." "kadi\nhakim dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam (seperti mengurus soal pernikahan dan perceraian orang Islam, membicarakan orang yang dituduh melanggar hukum Islam, dan lain-lain)." "kadim\nkerabat, saudara yang dekat;\nsekadim\n seketurunan yang dekat (seperti adik-beradik dan lain-lain);\n \nsaudara ~ \nsaudara seayah." "kadli\n[sastera lama] kadi." "kadmium\n(Kimia) unsur logam berwarna putih kebiruan, lembut dan toksik yang digunakan dalam penyaduran, aloi, dan lain-lain." "kado\n[Indonesia-Belanda] hadiah, tanda mata." "kaduk\n= \n~ batu\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar bugu, kudak, mengkadak, sirih duduk, \nPiper sarmentosum;\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nPiper stylosum;\nseperti ~ kena air tahi \n(peribahasa) orang yang tiada berguna tetapi panjang umurnya;\n \nseperti ~ naik junjung \n(peribahasa) orang yang hina apabila mendapat pangkat dan lain-lain berbuat mengada-ngada." "kaduk II\nPak K~ \nPak Pandir (orang yang bodoh)." "kaduk III\n~ api\n sejenis burung, cenuk api, \nZanclostomus javanicus pallidus." "kadut\n1.\n \nkain ~ \nsejenis kain yang kasar, kain karung, kain rami;\n2.\n sejenis karung." "kaedah\ncara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa);\n \n~ mengajar\n cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu)." "kaf\n1.\n huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20);\n2.\n huruf ke-25 abjad Jawi. \nkafal\n kain yang digunakan untuk pelana." "kafan\nkapan (kain pembungkus mayat)." "kafarah\n[Arab]\n1.\n penutup kesalahan (dosa);\n2.\n kifarat." "kafe\nrestoran kecil yang menyajikan makanan dan minuman ringan;\n \n~ siber \nkafe yang menyediakan perkhidmatan komputer berinternet kepada pelanggan atau pengunjung." "kafein\nalkaloid yang terdapat, terutamanya dalam kopi atau teh, yang bertindak sebagai perangsang dan agen yang meningkatkan pembuangan air kencing." "kafeina\n(Kimia) kafein." "kafeteria\nrestoran layan diri." "kafi\n[Arab] cukup, lengkap, sempurna." "kafilah\n[Arab] rombongan orang (berserta dengan unta dan barang-barang yang dibawa) dalam perjalanan di padang pasir:\nbandar Mekah semenjak beratus-ratus tahun dikunjungi oleh ~-~ perniagaan." "kafir\n[Arab] (orang yang) tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya, orang yang bukan Islam;\n \n~ Majusi\n kafir yang menyembah api;\nmengkafirkan\n menganggap kafir, mengatakan kafir:\n ~ ahli falsafah ialah sikap yang harus saya ambil sekiranya saya melihat tiga persoalan ini; \nsebab itu wajiblah dikafirkan mereka dan dikafirkan juga pengikut-pengikut mereka;\nkafir-mengkafirkan\n saling mengkafirkan:\nisu ~ pula cuba dihidupkan semula, tetapi gagal menarik perhatian umum;" "kafiri\n[Arab] bersifat kafir." "kafling\nsejenis kancing yang digunakan untuk mencantumkan hujung lengan baju (pada pergelangan tangan)." "kaftan\nsejenis baju yang longgar dan labuh." "kagak\n[Jakarta] tidak." "kaget\nterkejut, terperanjat:\nia ~ melihat lembaga itu;\nmengagetkan\n mengejuntukan, memeranjatkan:\nberita kematian tersebut ~ semua orang;\nkekagetan\n perihal kaget, kekejutan." "kagok I\n[Jakarta] terbantut (terhenti, menjadi canggung, dan lain-lain) kerana terganggu dan lain-lain dengan tiba-tiba:\njurutaip ~ menaip kerana diperhatikan orang." "kagok II\n[Jawa] agak berbeza dari bahasa yang umum (berkenaan (dengan) ucapan, penggunaan kata, dan sebagainya)." "kagum\nberasa amat sangat tertarik (melihat dan sebagainya sesuatu yang luar biasa), hairan, takjub:\nsaya ~ melihat keberaniannya; \nbeliau ~ melihat kemajuan yang telah dicapai oleh negara ini;\nmengagumi\n kagum (hairan, takjub) akan:\n~ keindahan alam;\nmengagumkan\n menimbulkan (menyebabkan) kagum, menghairankan, menakjubkan:\nkepandaian ahli silap mata itu sungguh ~;\nkekaguman\n ketakjuban, kehairanan;\npengagum\n orang yang mengagumi sesuatu:\n para pelajar di Barat, sekadar ~ kewibawaan para profesornya." "kagungan\n[Jawa] [arkaik] mempunyai;\n kepunyaan." "kah\nsejenis perekat." "kah II\npartikel untuk menyatakan pertanyaan:\nboleh~ kau menyanyi?" "kahaf\n[Arab] [arkaik] gua." "kahak\nlendir yang dikeluarkan dari kerongkong, dahak;\nberkahak, mengahak\n mengeluarkan kahak, berdahak:\nia meludah dan ~\n." "kahang\n[Minangkabau] berbau busuk, kohong." "kahar I\n[Indonesia-Belanda] sejenis kereta kuda." "kahar II\n[Arab]\n1.\n kuasa:\nPaduka Marhum Mahkota Alam bersabda kepadanya dengan ~; \nyang Pahang itu menunjukkan ~nya kepada kita; \n2.\n (menurut) sesuka atau sekehendak hati, sewenang-wenang:\nsangat ~ lakunya, menjadikan orang benci kepadanya." "kahar III\n[Kedah] kasar serta lasak:\njangan tunjuk ~." "kahat\n[Arab] kekurangan makanan, bencana kebuluran." "kahin\n[Arab] ahli nujum, tukang tilik, ahli sihir." "kahrab\n[Arab] [arkaik] batu ambar;\n \n~ kuning \nbatu ambar kuning." "kahwa\n[Arab] sejenis tumbuhan (pokok renek), kopi, \nCoffea spp.;\n~ utan \nsejenis tumbuhan (pokok), kopi hutan, mengkudu badak, tahi musang, \nFagraea racemosa." "kahwa-kahwa\nsejenis tumbuhan (pokok), medang biawak, salang rusa, pian, tinjau laut, \nAlangium uniloculare." "kahwin\n1.\n perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah;\n2. = berkahwin\n mempunyai isteri (suami), beristeri atau bersuami:\nhal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; \ndia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; \n3. = berkahwin\n bernikah:\ndia mahu ~ dengan gadis pilihannya sendiri; \n4.\n [bahasa percakapan] bersetubuh, berjimak;\n~ andar \nkahwin dengan tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja);\n \n~ campuran\n kahwin antara dua orang yang berlainan bangsa (agama);\n \n~ gantung \nnikah gantung;\n \n~ kantor\n [Indonesia] pernikahan yang dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dan sebagainya);\n \n~ lari \nperkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dengan wanita (biasanya suka sama suka) yang dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga:\nalasannya, pernikahan Hazilimah dengan Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dengan meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand;\n~-mawin\na) segala urusan kahwin;\n b) pertalian keluarga kerana pernikahan;\n \n~ paksa\n kahwin (perikatan suami isteri) yang berlaku atas paksaan atau desakan orang lain (tidak dengan sepenuh kerelaan pengantin lelaki atau perempuan);\nmengahwini\n1.\n berkahwin dengan, menjadikan isteri (suami):\nDoris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; \nkerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya;\n 2.\n berjimak (bersetubuh) dengan;\nmengahwinkan\n1.\n menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan):\nakhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; \n2.\n menggabungkan (mencantumkan, menyatukan) dua unsur dan lain-lain yang berlainan:\nbeliau cuba ~ Barat dengan Islam dalam satu sistem;\nperkahwinan\n1.\n perihal berkahwin, pernikahan:\n~ itu berlangsung dengan selamat;\n2.\n pergabungan (perpaduan dan sebagainya) antara dua unsur dan lain-lain yang berlainan:\ngaya penulisan kewartawanan baru yang merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dengan bukan fiksyen." "kaifiat\n[Arab] syarat dan tertib yang perlu dipenuhi untuk mengesahkan sesuatu amalan:\n~ mengerjakan sembahyang." "kail\n1.\n = \nmata ~\n dawai yang hujungnya berkait dan tajam (untuk menangkap ikan), mata pancing;\n jenis-jenisnya:\n~ ambur;\n~ berladung;\n~ kacar, \ndan lain-lain;\n2.\n alat daripada benang (tali) dan dawai yang hujungnya berkait dan tajam (untuk menangkap ikan), pancing;\n \ntali ~ \ntali yang dipakai untuk mengikat mata kail (untuk memancing);\n~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut \n= \numpan seumpan ~ sebentuk\n (peribahasa) melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (seperti berniaga dengan modal alang kepalang dan lain-lain);\n \nbongkok ~ hendak mendapat (mengena)\n (peribahasa) tipu muslihat untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri;\n \nkalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga \n(peribahasa) kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dan lain-lain) sesuatu yang besar;\nmengail\n menangkap ikan dengan kail, memancing;\n \n~ berumpan berkata bertipuan\n (peribahasa) untuk mendapat sesuatu daripada orang haruslah pandai mengambil hatinya;\nterkail\n (ter)kena kail, terpancing;\npengail\n1.\n orang yang mengail;\n2.\n alat untuk mengail (memancing)." "kail II\nkail-kail\n berasa sakit pada kerongkong apabila menelan, kepancingan." "kailan\nsejenis tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, \nBrassica alboglabra." "kain\n1.\n barang yang ditenun daripada benang kapas dan lain-lain:\n~ bulu kambing;\n~ cita;\n~ linen;\n~ sutera;\n~ kapur\n kain putih yang berkanji;\n2.\n barang tenunan yang digunakan untuk pakaian atau untuk kegunaan lain;\n~ baju \npakaian (seperti seluar, baju, dan lain-lain):\n~ basahan\na) kain yang dipakai sehari-hari;\n b) kain yang dipakai pada masa mandi;\n~ buruk\n kain (baju lama, tuala lama, dan sebagainya) yang digunakan untuk mengelap;\n \n~ cadar \n(kain berbentuk segi empat bujur) untuk melapik tilam dan lain-lain);\n ~ dagang dalam \nkain samping yang dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga;\n \n~ dagang luar \nkain samping yang dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga;\n \n~ kaca \n(Kejuruteraan) kain bersalut serbuk kaca yang digunakan untuk melicinkan atau menggilap sesuatu;\n \n~ kembang payung\n kain yang dipotong serong dan kelihatan seperti payung kembangnya (apabila dipakai);\n (mendapat) ~ kotor (cemar)\n datang haid;\n \n~ lampin \nkain lembut (untuk membalut bayi atau anak kecil);\n \n~ lurik \nkain yang ditenun dengan tangan (bukan dengan mesin di kilang);\n \n~ sarung\n kain yang dijahitkan (dicantumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai untuk menutup tubuh dari pinggang ke bawah;\n \n~ selimut \nkain untuk menutup tubuh semasa tidur;\n \n~ tudung \nkain untuk menutup kepala;\n~ basah kering di pinggang \n= \n~ ditangkap maka duduk \n= \n~ tak bertepi \n= \n~ dibakar tiada berbau\n = \nseperti ~ buruk dibakar berbau\n (peribahasa) peri kemiskinan yang amat sangat;\n \n~ dalam acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga \n(peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi;\n \n~ jadi basahan \n(peribahasa) orang yang jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin;\n \n~ lama dicampak buang,\n \n~ baru pula dicari\n (peribahasa) isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula;\n \n~ sehelai berganti-ganti\n (peribahasa) perihal kemiskinan dua orang suami isteri;\n \n~ sehelai peminggang habis \n(peribahasa) kehabisan harta kerana kecurian dan lain-lain;\n \nlaksana ~ putih\n (peribahasa) pekerti (orang yang lembut hati) yang dapat dipengaruhi orang;\n \nmengalih ~ ke balik rumah, mengalih kata berhadapan \n(peribahasa) memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan;\n \nse~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran\n (peribahasa) tersangat erat atau rapat (berkenaan (dengan) persahabatan);\n \nseperti ~ dalam lipatan\n (peribahasa) perihal perempuan yang pada zahirnya baik tetapi berbuat jahat dengan diam-diam;\n \nseperti ~ khasah di atas duri\n (peribahasa) perihal penyakit (perkara) yang amat susah diubati (diselesaikan);\n \nseperti berselimut ~ sehasta \n(peribahasa) tiada cukup (serba tanggung);\n \nsudah tahu di ~ beragi \n(peribahasa) perihal orang susah yang mulai baik penghidupannya;\n \ntak tahu akan ~ lagi \n= \ntelah meraba-raba tepi ~ \n(peribahasa) perihal orang yang sakit payah;\nberkain\n memakai kain;\n \n~ dua\n sudah cukup umur atau akil baligh (berkenaan (dengan) anak perempuan);\n \n(bagai) ~ tiga hasta \n(peribahasa) tiada cukup, serba tanggung;\n \n~ tak cukup sebelit pinggang \n= \ntak ~ sehelai benang \n(peribahasa) sangat miskin." "kaing-kaing\n~ rimba \nsejenis burung, pekaka rimba, \nLacedo p. pulchella." "kais\nmengais, mengais-ngais\n \n1.\n mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (seperti ayam yang mencari makanan), menggaru tanah (pasir):\nhujung kakinya mengais-ngais tanah; \n2.\n [kiasan] mencari rezeki dengan susah payah;\nibarat ayam, tiada ~ tiada makan \n(peribahasa) perihal orang miskin yang tiada makan kalau tidak bekerja;\n \n~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang \n(peribahasa) pendapatan hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan);\nmengaiskan\n1.\n mencakarkan, menggarukan (jari kaki dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] mencarikan rezeki." "kaisar\nmaharaja;\nkekaisaran\n daerah kekuasaan kaisar." "kait\n1.\n besi (bulu dan lain-lain) yang bercangkuk hujungnya;\n \njarum ~\n jarum untuk mengait;\n2.\n [kiasan] sangkut-paut, tipu muslihat, sesuatu yang terselindung:\nsebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya;\n~-paut \nsangkut-paut, hubungan atau kaitan:\nmusibah atas diri seseorang tidak ada ~ dengan orang lain;\nberkait\n1.\n mempunyai kait, bercangkuk hujungnya:\nmemetik buah rambutan dilakukan dengan galah yang ~; \n2\n. \ntersangkut (pada):\nduri ~ pada bajunya;\n3. = berkaitan;\nberkaitan, berkait-kaitan\n bersangkutan, berhubungan, berkenaan:\nhal-hal yang ~ dengan kewangan; \nperkara-perkara yang ~ dengan pelajaran;\n keberkaitan\n keadaan (hal) berkait:\nterdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut;\nmengait\n1.\n memetik (menarik dan lain-lain) sesuatu dengan kait, mencangkuk, menggancu:\n~ buah rambutan; \nmaka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; \n2.\n merajut dengan jarum kait:\nia terpaksa menyulam dan ~ renda untuk nafkah hidupnya;\n3.\n melukai dengan sesuatu yang berkait:\nduri itu ~ kakinya; \n4.\n [kiasan] mengambil keuntungan dan lain-lain dengan cara kurang halal;\nmengaitkan\n1.\n menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubungkan:\nbaginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; \n2. = memperkaitkan\n menjadikan bersangkutan (berhubungan, bertalian), memperhubungkan:\nperkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dengan rencana penulis tersebut; \nkita selalunya memperkaitkannya dengan kebolehan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan;\n terkait\n terlibat;\nkaitan\n1.\n kait (benda yang hujungnya berkait);\n2.\n hasil mengait (merajut):\nalat ini digunakan untuk membaiki ~ tangan atau mesin;\n3.\n yang diikat (dirajut):\nbarang ~; \ngelung ~; \n4.\n hubungan, pertalian:\nperkara itu mempunyai ~ yang rapat dengan rundingan damai; \ntali jangan putus, ~ jangan serkah\n (peribahasa) menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak;\nketerkaitan\n keadaan terkait:\naspek kemasyarakatannya diteliti dalam ~nya dengan unsur struktur karya sastera;\nperkaitan\n perihal berkait(an), perhubungan:\nsoal-soal yang dibincangkan mempunyai ~ langsung dengan masalah perkauman; \nyang menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dengan gaya;\npengaitan\n perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan:\n prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan;\n pengait\n1.\n kait (benda yang hujungnya berkait);\n2\n. \norang yang mengait:\n~ kelapa." "kait II\n~ besi\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nUncaria longiflora;\nkait-kait\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, \nUncaria acida;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, \nUncaria ferrea;\n~ darat\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait besi;\n \n~ hitam besar\n = \n~ jantan\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, \nUncaria sclerophylla;\n~ (kekait) merah\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, \nUncaria cordata; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, \nZizyphus calophylla; \ndaun ~\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, \nZizyphus oenoplia." "kaizen\n(rahsia pembangunan Jepun) peningkatan yang berterusan (diri, organisasi, dan sebagainya) demi mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa dalam segala usaha yang dijalankan." "kajai\ntali ~\n tali pada leher kuda untuk mengawalnya (kalung kuda)." "kajang\n1.\n benda yang dianyam daripada daun nipah (buluh, mengkuang, dan lain-lain) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas dan lain-lain:\ndinding rumah mereka ialah daripada ~; \n2.\n helai yang besar (berkenaan (dengan) kertas);\nkertas ~\n kertas yang besar helainya (biasanya berlipat dua);\n \nlipat ~\n dilipat rangkap, dilipat dua, dan sebagainya;\n \nhutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula \n= \nsamir tak habis, ~ pula \n(peribahasa) hutang lama belum habis dibayar, sudah berhutang lagi;\nmengajangi\n memberi beratap dengan kajang, menutupi dengan kajang;\n \nusang dibarui, lapuk dikajangi\n (peribahasa)\na) mana-mana yang tidak baik diganti atau dibaiki;\n b) adat atau peraturan yang sudah dilupakan dihidupkan kembali;\nterkajang\n diberi beratap (berbumbung) dengan kajang;\npekajangan\n buritan atau bahagian belakang perahu yang beratap dengan kajang:\nmaka Sultan Husain segera keluar dari dalam ~ berdiri." "kajangan\nsejenis ikan, \nZenaehopterus dispar." "kajat\nhajat." "kajau\nkayau." "kaji alam\n~ hayat \npengkajian kehidupan (tumbuhan, haiwan) dalam hubungannya dengan alam sekeliling, ekologi;\n \n~ haiwan (hutan, tanaman dan lain-lain) \nkaji alam hayat mengenai haiwan (hutan, tanaman dan lain-lain)." "kaji angkasa\npengkajian udara atau angkasa terutama dalam hubungannya dengan penerbangan, aerologi." "kaji bahasa\n[arkaik] pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutama kesusasteraan lama, filologi." "kaji baka\npengkajian baka atau sifat-sifat keturunan pada benda hidup, genetik;\n \n~ manusia \nkaji baka untuk membaiki mutu manusia, eugenik." "kaji bina\n~ tubuh \npengkajian bentuk dan susunan tubuh binatang dan tumbuhan, anatomi." "kaji bintang\npengkajian kedudukan (pergerakan, keadaan) bintang (planet, bulan dan matahari), ilmu falak, astronomi." "kaji bumi\npengkajian sejarah (susunan, pembentukan dan lain-lain) kerak bumi, geologi." "kaji bunyi\npengkajian bunyi, akustik;\n \n~ bahasa \npengkajian bunyi ucapan, fonetik." "kaji burung\npengkajian bentuk (tabiat dan lain-lain) burung, ornitologi." "kaji cuaca\npengkajian gejala-gejala dan pergerakan udara, terutama untuk meramalkan cuaca, meteorologi." "kaji daya\npengkajian fizik mengenai pergerakan dan gejala-gejala tindakan daya pada benda-benda, mekanik." "kaji fonem\npengkajian fonem (analisis dan penggolongannya), fonemik." "kaji fosil\npengkajian benda-benda hidup yang telah musnah, paleontologi." "kaji gerak\n~ elektrik\n pengkajian mengenai gejala-gejala arus elektrik dan kuasa-kuasa magnet yang berkaitan dengannya, elektrodinamik;\n \n~ haba\n pengkajian mengenai perhubungan antara haba dengan pergerakan atau kerja pesawat-pesawat, termodinamik." "kaji haiwan\npengkajian mengenai penggolongan binatang dan penghidupannya, zoologi." "kaji hayat\npengkajian mengenai asal usul (sifat-sifat, tabiat, dan lain-lain) tumbuhan dan haiwan, biologi." "kaji I\n1.\n pelajaran (agama dan lain-lain);\n \n~nya masih rendah\n bacaan Qurannya masih sedikit;\n2.\n cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu);\npendek ~\n pendek kata, pendeknya;\n \nputus ~\n sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi);\n \n~ selidik\n kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan dan sebagainya sesuatu dengan nyata;\nlancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut\n (peribahasa) kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya;\n \nsukar ~ pada orang alim, sukar wang pada orang kaya\n (peribahasa) [Minangkabau] orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan;\nmengaji\n1.\n = \n~ Quran\n (belajar) membaca Quran;\n \n(sudah) khatam ~\n sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya);\n \n~ batang\n belajar membaca dengan tidak mengeja satu per satu perkataannya;\n2.\n belajar, menuntut:\n~ di sekolah kampung;\n \nakan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati\n (peribahasa) keadaan sulit yang tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca untuk menyelesaikannya tidak ada lagi;\nmengajikan\n membaca Quran untuk (orang yang telah mati);\nmengkaji\n menyelidik dan meneliti dengan mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dan lain-lain):\nsebuah jawatankuasa khas telah dibentuk untuk ~ rang undang-undang tersebut; \nia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu;\nterkaji\n dapat diselidiki (diperiksa, diduga);\n \ntidak ~ \ntidak dapat diselidiki, tidak terduga;\nkajian\n1.\n kegiatan (usaha, proses) mengkaji;\n \n~ kes \nkajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dan sebagainya) berdasarkan data, maklumat dan sebagainya terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu;\n2. = pengajian;\npengajian\n1.\n usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran:\nmenjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~;\n2.\n penyelidikan (yang mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yang mendalam atau di peringkat tinggi), kajian:\npegawai-pegawai dihantar untuk membuat ~ lanjutan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang bahasa dan sastera;\n \ntamat ~nya di Universiti Malaya; \nJabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; \npusat ~ tinggi\n universiti atau institusi pengajian yang setaraf dengan universiti;\n P~ Jarak Jauh\n sistem pembelajaran secara sambilan yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yang menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran seperti pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video;\npengkajian\n perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan:\n~ dan penilaian karya-karya sastera;\n~ untuk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan;\npengkaji\n (orang) yang mengkaji:\n~ sastera Melayu moden;\n~ cuaca." "kaji II\nsejenis ikan laut, \nPlectorhynchus spp." "kaji kuman\npengkajian kuman-kuman, bakteriologi." "kaji lembaga\npengkajian mengenai lembaga yang belum lahir dari binatang, embriologi." "kaji logam\npengkajian mengenai penceraian logam dari bijihnya (penghasilannya, serta pengolahannya), metalurgi." "kaji makna\npengkajian bahasa yang berkaitan dengan makna, semantik." "kaji manusia\nkeseluruhan pengkajian manusia mengenai tubuh, bangsa dan alam sekelilingnya, antropologi." "kaji morfem\npengkajian bentuk kata-kata, morfologi." "kaji optik\npengkajian mengenai penglihatan dan cahaya, (ilmu) optik." "kaji penyakit\npengkajian penyakit-penyakit (tubuh dan lain-lain), patologi." "kaji purba\npengkajian mengenai benda-benda purba terutama dari zaman prasejarah, arkeologi." "kaji sel\npengkajian sel-sel, sitologi." "kaji serangga\npengkajian serangga, entomologi." "kaji teknik\npengkajian mengenai pengetahuan industri, teknologi." "kaji terbang\npengkajian dan pengetahuan mengenai penerbangan, aeronautik." "kaji tugas organ\npengkajian mengenai tugas-tugas dan gejala-gejala benda hidup, fisiologi." "kaji tumbuhan\npengkajian tumbuhan, botani." "kak I\nsingkatan bagi kakak;\n \n~ cik (wan) \n[Kelantan] panggilan kepada saudara perempuan yang lebih tua." "kak II\nbunyi seperti bunyi orang ketawa berdekah-dekah (bunyi itik dan lain-lain)." "kak III\n[bahasa percakapan] hak." "kakah I\nterkakah-kakah\n tertawa kuat-kuat, tergelak-gelak, ketawa berdekah-dekah." "kakah II\n[Terengganu] permukaan yang tidak rata, menggerutu:\nhabis ~ dinding dicakar oleh kucing." "kakak\n1.\n saudara perempuan yang lebih tua;\n2.\n saudara lelaki yang lebih tua, abang;\n3.\n panggilan kepada orang perempuan yang lebih tua;\nberkakak\n1.\n mempunyai kakak;\n2.\n memanggil kakak, menggunakan perkataan kakak terhadap orang perempuan yang lebih tua (sebagai menghormati secara mesra):\nia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dengan perempuan-perempuan yang lebih tua sedikit daripadanya." "kakak II\nberkakak, berkakakan, mengakak, mengakak-ngakak\n \n1.\n mengeluarkan bunyi kak, kak (seperti itik);\n2. = terkakak-kakak\n tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak." "kakaktua I\nsejenis alat pencabut paku." "kakaktua II\nsejenis burung nuri;\n jenis-jenis:\n~ dada merah, Cacatua roseicapilla;\n~ hitam, Probosciger aterrimus;\n~ jambul kuning, Cacatua galerita;\n~ putih, Cacatua alba, \ndan lain-lain." "kakaktua III\nsejenis ikan laut." "kakanda\n[bahasa halus] panggilan yang bermakna kakak atau abang (sekarang biasanya digunakan dalam surat-menyurat)." "kakang\n[Jawa] kakak, abang." "kakap I\nsejenis ikan laut, siakap, \nLates calcarifer;\n~ batu \nsejenis ikan laut, \nPlectorhincus gibbosus;\n~ merah \nsejenis ikan laut, jenahak, sendarat, ungar, \nLutjanus argentimaculatus;\n~ putih \nsejenis ikan laut, \nLates calcanifer." "kakap II\n= \nperahu ~ \nsejenis perahu yang kecil dan rendah." "kakap III\nmengakap\n meronda, mengamat-amati, mengintai-intai, memata-matai;\npengakap\n1.\n peronda, peninjau;\n2.\n pandu laki-laki." "kakap IV\nsirih ~\n sirih kerakap (daun sirih pada bahagian pangkal pokok, kasar dan keras)." "kakap V\n[Minangkabau] [arkaik] pegang;\nmengakap\n memegang, mengerjakan atau mengusahakan (sawah dan lain-lain)." "kakar\nkekar I." "kakas I\n[Minangkabau] kais (cakar);\n \n~ ayam\n cakar ayam;\nmengakas\n mengais, mencakar." "kakas II\n[arkaik];\nmengakas\n mengerasi atau memaksa." "kakawin\n[Jawa] sejenis puisi Jawa kuno." "kakek\n[Indonesia]\n1.\n datuk;\n \n~ moyang\n nenek moyang;\n2. = kakek-kakek\na) orang lelaki yang tersangat tua:\nkelihatan seorang ~ datang tergopoh-gapah;\nb) sudah tua benar (berkenaan (dengan) orang lelaki):\nsuaminya sudah ~." "kakemono\n(Jepun) (Seni Lukis) lukisan skrol Jepun yang digantung menegak di dinding." "kaki ayam\n1.\n kaki pada ayam;\n2\n. kaki yang tidak berkasut;\n3\n. [Kelantan] sejenis kuih dari keledek;\n berkaki ayam\n tidak berkasut." "kaki I\n1.\n anggota badan (mulai dari paha ke bawah) untuk berjalan (berdiri, melompat, dan sebagainya):\nsebelah ~nya dilunjurkan;\n~ kewet \n[Kelantan] kaki tempang;\n \n(ber)jalan ~ \nberjalan dengan tidak menggunakan kenderaan;\n mesin (jahit) ~\n mesin jahit yang dijalankan dengan kaki;\n2.\n bahagian kaki (anggota badan) yang di sebelah bawah (dari buku lali ke bawah):\n~nya terlalu besar untuk kasut itu; \ntapak ~ \npermukaan kaki yang di bawah sekali (dari tumit hingga ke jari);\n3.\n bahagian (sebagai penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri:\n~ kerusi;\n~ meja; \n4.\n bahagian yang di sebelah bawah sesuatu;\n \n~ gunung\n bahagian bawah gunung;\n \n~ kain \nbahagian kain sarung yang di sebelah bawah;\n \n~ langit\n bahagian langit yang kelihatan seperti bertemu dengan permukaan laut atau bumi;\n \n~ seluar\n bahagian seluar yang menyelubungi kaki (apabila dipakai);\n5.\n penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda:\nse~ bunga; \nse~ payung; \nse~ kunyit;\n6.\n ukuran panjang yang sama dengan 12 inci atau 30 sentimeter:\nkira-kira satu ~ setengah tingginya;\n 7.\n [kiasan] (orang yang) suka melakukan sesuatu:\n~ arak;\n~ pancing\n;\n \n~ arak \norang yang suka minum arak;\n \n~ bajang\n tiang yang beralaskan batu dan lain-lain yang lebar;\n \n~ bangkang \norang yang sering menentang atau tidak bersetuju dengan pandangan, pendapat dan sebagainya orang lain;\n \n~ bangku\n (orang yang) tidak pandai bermain (menyepak) bola;\n \n~ botol \norang yang suka minum minuman keras\n;\n~ buli \norang yang suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yang lemah (untuk membuat sesuatu);\n \n~ butang \nbenang penjahit yang dililitkan di bawah butang yang dikenakan pada baju dan lain-lain;\n \n~ gaduh \n(orang yang) suka bergaduh;\n \n~ hutan\n tepi (pinggir) hutan;\n \n~ judi \n(orang yang) suka berjudi;\n \n~ lima\na) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dengan tepi jalan;\n b) lantai yang beratap yang menghubungkan dua buah rumah;\n \n~ (meng)umpat \norang yang suka mengumpat;\n \n~ pancing \norang yang suka dan biasanya pandai memancing;\n \n~ papan \nunit ukuran papan gergaji (dengan dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal);\n \n~ perempuan\n orang yang suka main perempuan;\n \n~ seribu\n lari kerana ketakutan, langkah seribu;\n \n~ telanjang \nkaki yang tidak berkasut;\n \n~ tengkar\n orang yang suka bertengkar;\n ~ tiga \npenopang kamera dan lain-lain, tripod;\n \n~ tiung \npadi yang hampir masak;\n \n~ tunggang \nkaki botol;\n~ naik, kepala turun\n (peribahasa) tidak berhenti-henti bekerja untuk mencari rezeki;\n \n~ pekuk lenggang ke perut \n(peribahasa) orang yang hodoh;\n \n~ sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan\n [Minangkabau] (peribahasa) sudah melakukan kesalahan;\n \nberjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah \n(peribahasa) berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu;\n \ncepat ~ ringan tangan\n (peribahasa) sangat cekap dan suka menolong;\n \nnaik basuh ~ sahaja\n (peribahasa) mendapat sesuatu dengan mudah sahaja;\n \nterikat ~ tangan \n(peribahasa) tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi);\nberkaki\n mempunyai (memakai) kaki;\n~ seribu \nlari kerana ketakutan, membuka langkah seribu;\n \n~ kepada (pada)\n bergantung pada;\nmengaki\n1.\n turut bekerja dengan tidak mendapat bayaran (upah);\n2.\n menurut segala perintah, mengabdi, patuh:\nbetapa garangnya ia, tunduk ~ juga kepada anggota polis;\n~ langit\n rata (lurus) sebagai kaki langit;\n \n~ meja \n[bahasa percakapan] tidak naik darjah;\npekaki\n \n~ layar\n galah besar di sebelah bawah layar." "kaki II\n[arkaik] datuk, kakek." "kaki III\nburung ~ dian\n sejenis burung, kedidi pantai, \nTringa totanus eurhinus." "kaki IV\n~ ayam \nsejenis ikan laut." "kaki V\n~ bayan \nsejenis tumbuhan (pokok), singgah, tembusu tikus, \nPteleocarpa malaccensis." "kakis\nmengakis\n merosakkan (logam, batu dan sebagainya) secara tindakan (proses) kimia;\n \nterkakis\n dapat atau telah dikakis;\n \nkakisan\n hal atau keadaan mengakis;\nkekakisan\n sifat (kuasa atau daya) mengakis:\nmengenal pasti agen yang terlibat, sifat fizikal dan kimianya serta tahap ~nya adalah penting untuk mengawal sesuatu agen toksik." "kakitangan\npekerja (pejabat, syarikat, dan lain-lain), pembantu (yang turut melaksanakan atau mengurus kerja)." "kakofoni\n(Linguistik) gabungan bunyi yang menyakitkan pendengaran atau tidak sedap didengar." "kakografi\n(Linguistik)\n1.\n tulisan tangan yang sukar dibaca;\n2.\n ejaan yang menyimpang daripada norma atau yang sebenarnya." "kakok\n[Minangkabau]\n [arkaik];\nmengakok\n memegang, mengusahakan, mengerjakan;\nkakap V." "kakologi\n(Linguistik) pertuturan yang menyimpang daripada norma sebutan atau tatabahasa, misalnya slanga." "kaksa\n[arkaik] lapisan tanah yang mengandungi bijih timah." "kaktus\nsejenis tumbuhan (pokok) dari famili Cactaceaeberbatang hijau, berisi dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering." "kaku\n1.\n tidak boleh dilentur, kejang, kejur:\nmayat itu sudah ~; \nkerana sejuk, tangannya menjadi\n \n~\n;\n \nmulutnya ~\n [kiasan] mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata;\n \n~ lidah\n [kiasan] tidak dapat bercakap (berkata-kata) dengan lancar;\n2.\n [kiasan] tidak kemas, janggal, canggung (berkenaan (dengan) gerak-geri dan sebagainya), tidak lancar (jalan bahasa dan lain-lain), tidak hidup (lukisan dan lain-lain):\nplot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; \ngaya dan gerak-gerinya ~; \nbahasanya ~; \nlukisan itu ~;\nkekakuan\n perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan." "kakus\n[Indonesia] jamban." "kal\n[arkaik] ukuran banyak (beras dan sebagainya) yang sama dengan cupak." "kala I\nmasa, waktu, ketika;\n \npada ~ \npada masa, pada waktu;\n \nada ~nya,\n ada masanya (ketikanya), kadang-kadang;\n \nbarang ~\n sebarang waktu;\n \ndahulu ~ \nzaman dahulu, purbakala;\nsekala\n \nprojek ~ \nprojek yang dilaksanakan sekali sahaja dengan peruntukan khas;\n sekali ~\n sekali-sekali, kadang-kadang;\nberkala\n (keluar, terbit, dan sebagainya) berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu);\n \ntiada ~ \ntiada tetap waktunya;\n \nmajalah ~ \nmajalah yang terbit berulang-ulang pada waktu yang tetap (pada tarikh yang ditetapkan);\nberkala-kala\n terkadang-kadang, dari semasa ke semasa;\nkeberkalaan\n keadaan (hal) berkala:\n ~ yang terangkum dalam alam fizikal." "kala II\nsejenis binatang kecil yang mempunyai empat pasang kaki dan sengat pada ekornya;\n jenis-jenisnya:\n~ bangkang, ~ jengking, ~ pisang\n dan lain-lain;\n \nbintang ~\n suatu gugusan bintang (akrab)." "kala III\n[Negeri Sembilan];\ntali ~ \ntali tempat berpaut untuk perempuan bersalin, tali agas." "kala IV\n[sastera lama] sejenis sutera." "kala V\n[arkaik] jerat." "kala VI\n~ hajat\n buang air besar." "kalah\n1.\n tidak menang (dalam peperangan, perkelahian, pertandingan, dan lain-lain), alah, tewas:\nNegeri Jerman ~ teruk\n \ndalam peperangan itu; \npasukan bola sepak kita ~ dengan 3 gol berbalas 2; \npertandingan ~ mati \npertandingan yang menurut peraturannya, pihak yang kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya;\n2.\n kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dalam perjudian dan lain-lain):\nia berjudi dan ~ seratus ringgit;\n3.\n tidak lulus (dalam peperiksaan):\nia pandai tetapi ~ dalam peperiksaan; \n4.\n tidak setanding, kurang (kebagusannya dan lain-lain apabila dibandingkan dengan sesuatu yang lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dan lain-lain):\nwanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; \nmemang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dengan yang terdapat di ibu kota; \ntidak mahu mengaku ~\n tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang;\n~ jadi abu menang jadi arang \n(peribahasa) kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yang berkelahi (iaitu sama-sama rugi);\n \n~ membeli menang memakai\n (peribahasa) sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dan lain-lain);\nmengalah\n tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dan lain-lain), mengaku kalah, (dengan tidak menentang dan sebagainya), menyerah:\nSaman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; \nia tidak mahu ~ walau apa pun yang terjadi;\nmengalahkan\n1.\n menyerang (menentang dan sebagainya) hingga pihak yang dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dan lain-lain), menewaskan:\ndalam Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman;\n2.\n mengatasi (lawan atau peserta lain dalam pertandingan dan mendapat mata yang terbanyak dan sebagainya), menewaskan:\ndia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain;\n3.\n mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dan sebagainya) orang atau pihak lain:\ndia dapat ~ sesiapa sahaja dalam serba-serbi kecuali dalam perkara wang; \n4.\n mengatakan (menganggap dan sebagainya) kalah;\nterkalahkan\n dapat dikalahkan;\nkekalahan\n perihal kalah, ketewasan (dalam peperangan, pertandingan, perdebatan, dan lain-lain):\npasukan itu mengalami ~ teruk dalam pertandingan olahraga baru-baru ini;\n~ Jerman dan Jepun dalam Perang Dunia Kedua;\n~nya dalam pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yang hebat kepada parti tersebut." "kalai I\n[Minangkabau];\nmengalai\n berbaring atau bersandar pada;\nmengalaikan\n membaringkan, menyandarkan." "kalai II\nmengalai\n membersihkan dengan menggosok (barang yang berkarat dan lain-lain)." "kalak\n[arkaik];\nsongsang ~\n terbalik, tersongsang." "kalakanji\n[Minangkabau] sejenis tumbuhan (rumput yang mencucuk atau melekat pada pakaian);\n= kelakanji." "kalakian\n[sastera lama] kala itu, ketika itu, kemudian, lalu:\n~, tersebutlah pula baginda ketiga laki isteri bersuka-sukaan di dalam istana." "kalam I\nkata, perkataan;\n \n~ Allah \n= \nkalamullah\n kata-kata Allah;\n \nakhirul ~\n akhirnya (penutup kata);\n \nberpanjang ~ \nberkata panjang lebar;\n \nilmu ~ \nilmu berkenaan iman;\n \ntammatul-~\n tamatlah perkataan, selesailah kisah (cerita)." "kalam II\n1.\n alat untuk menulis (daripada kabung dan lain-lain);\n \n~ batu\n pena atau alat untuk menulis pada papan batu;\n2.\n [sastera lama] kemaluan (lelaki):\nmaka Bendahara pun hairanlah melihat ~ raja seperti dikhatankan orang." "kalam III\n[Minangkabau] sejenis pasir hitam bercampur emas yang diayak;\n \nsemiang ~ \nsangat sedikit, terlalu kecil." "kalamdan\n[sastera lama] sejenis kotak tempat menyimpan kalam atau pena." "kalamina\n(Kimia) sejenis garam zink yang digunakan untuk membuat ubat-ubatan." "kalamisani\nkeris ~\n sejenis keris Jawa (yang lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya)." "kalamkari\n[sastera lama] sejenis kain cita yang berbunga." "kalamullah\n[Arab] (al-Quran) kalimah Allah atau kitab Allah." "kalandar\n[sastera lama] orang zahid (pendeta) yang meminta-minta sedekah, fakir." "kalang I\ngalang, landasan, penyangga, ganjal (seperti bantal dan lain-lain), alas;\n~ ayam\n tempat ayam bertenggek (tidur);\n \n~ dada\n kayu (galah) yang diikat melintang (sebagai pelampung) pada perahu;\n \n~ dara\n gelang-gelang (tali) yang mengikat andang-andang dengan tiang, kelendara;\n \n~ ulu \nbantal kepala;\n \nberlentang ~ \n[Kelantan] lintang-pukang (tidak teratur);\n \nbesar ~\n penakut;\n \nsempit ~\n mudah marah;\n \nterbalik ~ \nbertentangan pendapat;\ntidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang \n(peribahasa) apabila marah semua orang digusari;\n \nselapik seketiduran, sebantal se~ ulu \n(peribahasa) karib sekali (persahabatan);\nberkalang\n bergalang, beralas, berbantal, berganjal:\n(mati) ~ tanah\n [kiasan] mati;\nmengalang\n menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dan lain-lain), mengalas, mengganjal;\nmengalangkan\n menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan;\n \n~ leher \n= \n~ merih \nmempertaruhkan nyawa untuk menolong orang lain:\nsaya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yang akan kauhadapi;\nmemperkalang\n1.\n menggunakan sebagai bantal (alas);\n2.\n [kiasan] menjunjung tinggi;\nterkalang\n tergalang, terganjal;\n~ di mata, terasa di hati \n(peribahasa) tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dan lain-lain;\n \nlidah ~ \n(peribahasa) tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dan lain-lain) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dan lain-lain)." "kalang II\nkalangan\n \n1.\n lingkungan, golongan:\nsajak Sidang Roh oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yang keras daripada berbagai-bagai ~; \ndi ~ orang Melayu; \ndi ~ mahasiswa; \ndi ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; \nbahasa ~ \nbahasa (kata-kata) yang biasa dipakai dalam sesuatu golongan tertentu:\n~\n \natas\n golongan atas;\n2\n. lingkaran, gelanggang;\n \n~\n \nayam\n gelanggang ayam;\n \n~\n \nbulan\n lingkaran bulan." "kalang III\n~\n\u2013\nkabut\na) kelam-kabut;\n b) tidak tentu fikiran (binggung)." "kalang IV\nikan ~\n sejenis ikan keli;\n \ntertangkap di ikan ~\n (peribahasa) berlawan dengan orang yang pandai (kaya, berani)." "kalap\n[Jawa] hilang akal, tidak siuman, gila, dirasuk hantu (syaitan):\n bagaimanapun, persekitaran yang demikian dan dengan daya pukau yang tajam, Sang Pertapa menjadi ~, masih menolak tetapi menerimanya juga;" "kalar\n[arkaik] leher baju." "kalas I\ngelang-gelang atau tali dari rotan pada dayung (untuk menyangkut dayung pada perahu);\nterkalas\n tersangkut (dayung)." "kalas II\n habis ~ \nhabis semua, tidak tinggal sedikit pun;\nmengkalas\n \ncuci ~\n habis kalas, habis semua." "kalat\nsejenis ikan laut,\n Callyodon fasciatus." "kalau\n1.\n kata penghubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yang dihuraikan berikutannya), jika, jikalau:\npekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka;\n2\n. seandainya, sekiranya, misalnya:\n ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? \n3\n. bagi\u2026, menurut pendapat\u2026, sekiranya (saya dan lain-lain) yang terlibat atau yang memutuskan dan sebagainya:\n~ saya, budak itu sudah patut dihukum;\nkalau-kalau\n barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)\u2026:\nia bimbang ~ ada orang yang melihatnya; \nsegala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anakanda baginda pada segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara;\n kalaupun\n walaupun, jika pun, sekalipun:\n~\n \nada, tidak terbayar kita harganya;\n berkalau-kalau\n mengatakan sesuatu yang tidak pasti dengan mengatakan kalau berkali-kali, atau memberikan pelbagai alasan:\nmengapa pula ~ Fikri?; \nbudaya ilmu menjauhkan masyarakat daripada membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura." "kalbu\nhati (pusat segala perasaan batin), sanubari:\n ~ zakiah \nhati yang suci murni." "kaldu\nair daging yang direbus." "kaleidoskop\n1.\n sejenis alat mainan (berbentuk tiub, dengan lubang kecil pada satu penghujung) yang membolehkan seseorang melihat corak tertentu yang berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan;\n2\n. pola warna, imej, dan sebagainya yang sering berubah dengan cepatnya." "kalem\n[Indonesia-Belanda] tidak terburu-buru (tergesa-gesa), sabar, tenang." "kalendar\n1.\n jadual atau susunan tarikh bagi sesuatu tahun yang diatur mengikut hari (dalam minggu) dan bulan (dalam tahun), takwim, almanak, penanggalan;\n \n~ dinding\n kalendar yang digantungkan di dinding;\n2\n. senarai atau jadual (tarikh) peristiwa sesebuah organisasi dalam tahun berkenaan." "kalender\nmesin yang digunakan untuk melicinkan kertas atau kain (dengan melalukan kertas atau kain itu menerusi suatu susunan silinder keluli)." "kaleng\n1.\n besi tipis yang berlapis timah, tin:\n~ sering digunakan untuk membuat cerek dan sebagainya; \nsurat ~\n surat terbang (surat buta);\n2.\n bekas berbentuk silinder, dibuat daripada tin untuk mengisi cecair dan sebagainya, tin:\nmakanan dalam ~;" "kalengan\nkaleng-~; \n=~ ;\n = \nmakanan ~ \nmakanan yang diawetkan dalam kaleng, makanan dalam tin." "kalerek\n[Indonesia], [bahasa percakapan] kerani." "kali I\n1.\n darab (digunakan untuk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan):\ntiga ~ empat (jadi) dua belas;\n \nhasil ~\n hasil mendarabkan bilangan;\n \ntanda ~ \ntanda x (dalam kira-kira darab);\n2.\n waktu (kejadian dan lain-lain) yang berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dan lain-lain sesuatu:\nsetiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; \njam di dinding berbunyi lapan ~; \ninilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; \nbilang ~ \nsetiap kali;\n \njulung ~ \npertama kali;\nkali-kali\n daftar hasil darab yang tersusun, sifir;\nsekali\n1.\n satu kali:\n~ angkat saja, habis semuanya; \nsambutan itu diadakan setahun ~;\n2.\n suatu ketika (waktu dan sebagainya);\n \n~ persetua (peristiwa)\n pada suatu kejadian (digunakan dalam sastera lama untuk memulakan cerita);\n3.\n semuanya pada satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dan lain-lain), pada waktu yang sama, sekali gus, (dengan) serentak:\nmenghulurkan empat keping tiket ~; \nMenteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yang ketiga;\n4.\n semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dengan yang lain(nya), juga:\nkalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; \nkaedah menulis karangan diberikan dalam setiap pelajaran dengan contoh dan latihannya ~;\n5.\n amat, terlalu, sangat:\norang yang penting ~; \nrumah itu bagus ~; \nia berada di muka ~;\n \n~ lalu \na) = \n~ imbas \nsepintas lalu, sambil lalu;\n b) (dengan) serentak, sekali gus;\n \n~ harung \n[bahasa percakapan] semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dan sebagainya) dengan satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yang sama, sekali gus;\nsekali-kali\n langsung, sama sekali, sedikit pun:\ntak mahu ~; \njangan ~ berbohong; \nmasalah wanita dalam perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dari satu sudut sahaja;\nsekali-sekali, sesekali, sekali-sekala\n kadang-kadang, ada kalanya:\n~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; \nsesekali pada waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; \nsekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu;\nsekalipun\n = \njika\u2026. ~ \n= \nwalau\u2026.. ~\n meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun:\naku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; \nkalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;\nbersekali\n bersama-sama sekali (dengan), berserta (dengan):\nbawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dengan rantai emas;\nberkali-kali\n beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali:\nmereka membunyikan hon lori itu ~;\n~ sudah saya ingatkan dia;\nmengalikan, memperkalikan\n mendarabkan, menggandakan:\n~ 2 dengan 7 (= 14);\n kalian 1. = sekalian;\n \n2.\n [bahasa percakapan] awak (kamu) semua:\nbiarlah ~ dulu, aku akan menyusul;\n~ memang begitu, suami isteri serupa saja; \ndaftar ~ \nkali-kali, sifir;\nsekalian\n1.\n semua(nya), segala:\n~ perompak kembali ke bahteranya; \nkami dengan rendah hati mempersilakan anda ~ untuk mengirimkan rencana bahasa;\n2.\n = \nkamu ~\n kamu (awak) semuanya;\n3.\n sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yang lain), serentak (melakukan dan lain-lain), sambil;\nperkalian\n1.\n pendaraban, perbanyakan, pergandaan;\n2.\n hasil darab;\npengali\n [Indonesia] pendarab;\npekali\n angka yang ditulis sebelum sesuatu lambang:\ndalam 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx\n." "kali II\n[Jakarta] barangkali:\n~ dia sakit." "kali III\n[Jawa] sungai." "kali IV\nkadi." "kaliber\n1.\n besarnya lubang senapang (meriam, pistol) atau besarnya peluru;\n2.\n kebolehan (kemampuan, kecekapan) berfikir dan lain-lain:\nyang menentukan kalah menangnya parti itu dalam pilihan raya ini kelak ialah ~ calon-calonnya yang bertanding;\nberkaliber\n mempunyai kaliber (kecekapan berfikir dan lain-lain):\nwartawan-wartawan yang ~ lagi bertanggungjawab." "kalibut\n[Minangkabau] huru-hara." "kalicau\n[Minangkabau];\nmengalicau\n mengelak, menjauhkan diri (dari sesuatu);\nmengalicaukan\n mengelakkan." "kalifornium\n(Kimia) sejenis unsur logam." "kaligrafi\n1.\n seni menulis dengan indah, seni khat;\n2.\n tulisan tangan yang menghasilkan huruf atau tulisan yang indah sebagai suatu seni, khat." "kalih\nberkalih\n [sastera lama] beralih;\n \n~ muka\n berpaling muka;\n \n~ tidur\n beralih letak badan (sewaktu tidur)." "kalikanji\nkalakanji." "kalikausar I\nkalikasar\n [sastera lama] barang-barang." "kalikausar II\n[sastera lama] telaga kausar (sungai di syurga)." "kaliki\n[Minangkabau] betik, pepaya." "kaliks\nlingkaran daun (disebut sepal) yang membentuk salut luar pada bunga yang melindungi kudup bunga." "kalimah\n[Arab] lafaz yang dituturkan oleh manusia;\n \n(dua) ~ syahadat\n = \n~ yang dua\n lafaz ikrar bahawa seseorang beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan yang bermaksud aku naik saksi bahawasanya tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad ialah Rasul Allah." "kalimantang\nsejenis binatang, kelemayar." "kalimantang I\n1.\n sejenis panji-panji putih yang panjang;\n2.\n cahaya yang kelihatan seperti jalur putih memanjang;\nmengalimantang\n1.\n bercahaya putih memanjang dalam gelap;\n2.\n beraneka warnanya (cahayanya)." "kalimat\n1.\n ayat;\n \nanak ~\n ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri dan bergantung pada atau menjadi sebahagian daripada ayat yang lain (ayat majmuk);\n \ninduk ~ \nayat yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat lengkap dan menjadi bahagian yang terpenting atau ayat pangkal dalam ayat majmuk (bersusun);\n2.\n perkataan;\n \n~ (kata) lepas \nkalimat (kata) yang berdiri sendiri (tidak berhubungan dengan yang lain)." "kalimatullah\n[Arab] kata-kata Allah." "kalimatusyahadat\n[Arab] dua kalimah syahadat;\nkalimah." "kalimaya, kalimayah\n[Jawa] kelemayar." "kalimpanang\n[arkaik];\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat);\n= kelempenang." "kalimut\nmengalimut\n [Brunei] memburuk-burukkan atau mengata-ngatakan orang lain di belakang, mengumpat." "kaling\nkolang-~;\n \nkolang." "kalingan\n[Jakarta] terlindung (tersembunyi) oleh barang yang ada di hadapan." "kalio\nsejenis lauk yang dibuat, biasanya daripada ayam yang dimasak dengan cili, santan, dan lain-lain:\n~\n \nayam\n." "kalipso\nsejenis rentak (irama) muzik yang berasal dari Hindia Barat." "kalis I\n1.\n tidak berkilat atau bersinar (berkenaan (dengan) kaca, barang logam, dan lain-lain, kerana berselaput sesuatu dan lain-lain), pudar, suram;\n2.\n tidak dapat dimasuki (diserapi) sesuatu (seperti air dan lain-lain):\n~ air\n;\n \n~ gas\n;\n3.\n tidak dapat (boleh) kena penyakit;\n~ air \ntidak dapat dimasuki air;\n \n~ api \ntidak boleh terbakar atau dijilat api (berkenaan (dengan) pakaian, pintu dan sebagainya);\n \n~ bunyi \ntidak boleh ditembusi bunyi (berkenaan (dengan) bilik dan sebagainya);\n \n~ cuaca \ntidak mudah rosak apabila terdedah kepada cuaca (berkenaan (dengan) cat dan sebagainya);\n \n~ debu \ntidak boleh dimasuki atau dilekati debu (berkenaan (dengan) bilik, peralatan elektronik dan sebagainya);\n \n~ gas \ntidak dapat dimasuki gas;\n \n~ jais\n tidak dapat menerima ajaran atau nasihat;\n \n~ karat \ntidak dapat dimakan karat, biasanya disaluti bahan pencegah karat;\n \n~\n \npeluru\n tidak boleh ditembusi peluru." "kalis II\n[Terengganu] biasa dengan sesuatu:\nperut dia tak kembung makan nasi mentah sebab sudah ~." "kalium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan untuk membuat baja;\n \n~ hidroksida \nsejenis sebatian tak organik yang sangat mengakis." "kalkalah\n= qalqalah." "kalkasar\n= kalikausar I." "kalkausar\n= kalikausar II." "kalkulasi\n[Indonesia] perkiraan belanja (mencetak dan lain-lain)." "kalkulator\nalat elektronik atau mekanikal untuk membuat kiraan matematik." "kalkulus\nkaedah perkiraan yang menggunakan simbol-simbol atau lambang-lambang algebra." "kalkun\n[Indonesia-Belanda] ayam belanda." "kalo I\n[Jawa]\n1.\n ayak;\n2.\n tapis." "kalo II\n[bahasa percakapan] kalau." "kaloi\nsejenis ikan darat, ikan gurami, \nOsphronemus goramy." "kalong\n[Jakarta] keluang." "kalor\n[Indonesia] haba;\n \n~ jenis\n perbandingan haba;\n \n~ lebur\n haba yang dapat meleburkan sesuatu logam dan lain-lain." "kalori\n1.\n unit kuantiti haba (banyaknya haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1C dari suatu paras suhu yang tertentu, yang bersamaan dengan 4.2 joule);\n2.\n unit ukuran bagi nilai tenaga makanan." "kalorimeter\n(Kimia) radas yang digunakan untuk mengukur kuantiti haba yang terhasil sewaktu berlakunya tindak balas kimia;\n \n~ bom \nradas yang digunakan untuk mengukur kuantiti haba tindak balas, terutamanya haba pembakaran bahan makanan dan bahan api." "kalorimetri\n(Kimia) pengukuran kuantiti haba yang terhasil sewaktu berlakunya tindak balas kimia, perubahan keadaan jirim, atau pembentukan larutan." "kalot\n[Kelantan];\n~-kibut\n kelam-kabut." "kalowatan\n[arkaik] babi hutan yang bertaring, babi rusa." "kalpat\nkelepat." "kalsit\n(Kimia) kalsium karbonat semula jadi yang berbentuk hablur, dan merupakan juzuk utama batu kapur, batu marmar, kapur, dan lain-lain." "kalsium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang lembut dan putih;\n~ hidroksida \nsebatian tak organik berbentuk hablur putih, dan digunakan untuk membuat simen, bahan turap, dan lain-lain, kapur, kapur mati, kapur kaustik;\n \n~ klorida \nsebatian tak organik berbentuk hablur putih (digunakan untuk mengeringkan benda-benda, dan lain-lain);\n \n~ oksida \nsebatian tak organik berbentuk pepejal putih, yang digunakan untuk membuat racun serangga, racun kulat, agen pengering, dan lain-lain, kapur tohor." "kalu\n1.\n kalau, jikalau;\n2.\n [Kedah] penapis santan yang dibuat daripada buluh atau rotan anyaman." "kalui\nkaloi." "kaluk\n[bahasa percakapan] kalau." "kalulus\n[sastera lama] sejenis perahu;\nkelulus." "kalung I\nbenda hiasan (daripada emas, batu permata, dan lain-lain) yang dipakai di leher, rantai leher;\nberkalung\n memakai kalung;\nmengalungkan\n mengenakan (menyangkuntukan) sesuatu sebagai kalung pada leher:\n beliau dikalungkan dengan bunga malai;\n kalungan\n sesuatu yang bergelung seperti kalung:\n~ bunga." "kalung II\nsejenis tumbuhan (pokok yang tinggi), medang biawak, setebal, \nAlangium nobile; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), cabai hutan, \nPiper lanatum; \nakar ~ gajah (ular) \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), lada rimba, sirih murai, \nPiper ribesioides." "kalung III\n[Terengganu] membaling:\njangan ~ anjing tu, nanti kena kejar." "kalus\n(Biologi)\n1.\n tisu pelindung yang keras yang terbentuk pada bahagian tumbuhan berkayu yang luka;\n2.\n bahagian kulit yang menjadi tebal atau keras, terutamanya pada tapak tangan atau tapak kaki, disebabkan oleh geseran atau tekanan berterusan, kulit kematu, belulang." "kalut\n= berkalut\n1.\n tidak teratur, tidak aman (tenteram, tenang), kacau, kusut:\nkalau tidak ada pemerintah tentu negeri ~; \nhati Tajurim demikian ~; \nfikirannya ~; \n2.\n bercakap yang bukan-bukan (seperti orang yang sakit kuat dan lain-lain), meracau, ngaco:\nkerana sakitnya berat, maka ia ~;\nmengaluntukan\n menjadikan kalut:\ndia mula pening sendiri dalam kekacauan yang begitu ~;\nkekalutan\n kekacauan, kekusutan:\n~ politik." "kalut-malut\nkacau-bilau (kelam-kabut), kalut-marut;\nmengalut-maluntukan\n menjadikan kalut-malut." "kama\n(Sanskrit)\n1.\n cinta, asmara;\n2.\n dewa cinta." "kamal\n[Arab] sempurna, lengkap serba-serbinya." "kaman\nbangsal." "kamap\nsejenis tumbuhan dalam famili Olacaceae, kemap, petaling gajah, \nStrombosia spp\n." "kamar I\nbilik, ruang;\n \n~ baca\n bilik (ruang) tempat membaca;\n \n~ besi \nbilik yang berlapis besi untuk menyimpan barang-barang berharga;\n \n~ bicara\n bilik tempat berunding;\n \n~ bola\n rumah tempat bersenang-senang, kelab;\n \n~ gelap\na) bilik yang bertutup rapat di penjara;\n b) bilik gelap untuk mencuci (membuat) gambar foto;\n \n~ kecil\n jamban;\n \n~ mandi\n bilik tempat mandi, bilik air;\n \n~ mati\n bilik tempat menyimpan mayat;\n \n~ tamu\n bilik untuk menyambut tetamu;\n \n~ tidur\n bilik tidur;\nsekamar\n (berkongsi menginapi) satu bilik, sebilik:\ndulu dia tinggal ~ dengan kau;\nmengamar\n [Jakarta] bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pada malam hari (berkenaan (dengan) orang gaji)." "kamar II\n[Arab] bulan;\nalkamar." "kamar III, kamarban\n[sastera lama] ikat pinggang:\nmaka dikurniai Shah Alam akan Sultan Mansor Shah itu daripada kullah dan ~." "kamariah\n[Arab] \ntahun ~\n tahun yang dihitung menurut peredaran bulan." "kamat I\n[Arab] seruan (selepas bang) untuk mendirikan sembahyang, iqamat." "kamat II\n[Kelantan] sangka, fikir, teka:\nsaya ~ Kelantan akan menang dalam perlawanan bola sepak kali ini." "kamat III\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan pokok dan kayunya;\n= kampit II." "kambai\n~ hutan\n sejenis (pokok), \nWormia oblonga." "kamban\nmengamban\n mengikat, membebat." "kambang\nterapung di atas air (udara dan lain-lain);\n \nbalai ~\n balai di atas air;\n \nbom ~ \nranjau laut;\nmengambang\n terapung atau terkatung-katung (di atas air atau di udara):\nbulan ~; \n= ambang II." "kambar, kambau\n[arkaik] sejenis penyu, katung." "kambas, kambeh\n[Minangkabau] buah peria." "kambeli\nsejenis kain kasar yang dibuat daripada bulu domba:\nselimut ~." "kambi\njalur papan dan sebagainya yang dipasang melintang pada bahagian bawah dinding dekat lantai dan sebagainya sebagai tujuan kemasan;\nberkambi\n memakai kambi, berbingkai;\nmengambi\n1.\n mengenakan (memasang) kambi;\n2.\n membuat kambi." "kambiang\n= kiambang." "kambing hitam\norang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian;\nmengambinghitamkan\n mempersalahkan seseorang dalam sesuatu kejadian, menyalahkan atau menunjukkan kesalahan (orang dan lain-lain)." "kambing I\nsejenis binatang mamalia seperti domba atau biri-biri, \nCapra spp.\n;\n \n~ benggala;\n~ kacang;\n~ kibas,\n dan lain-lain;\n~ benggala\n kambing besar (berbulu panjang);\n~ gurun = ~ hutan \nsejenis kambing, \nCapricornis sumatrensis\n;\n~ randuk menjadi ~ hitam \nki orang yang dipersalahkan;\n \nsenyum(-senyum) ~ \nsenyum sedikit;\n \nseperti ~ putus tali \n(pergi, lari) dengan cepat;\n~ keramat \n(peribahasa) orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya;\n \nanak ~ tak akan jadi anak harimau\n (peribahasa) orang yang pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai);\n \nbagai ~ dalam biduk\n (peribahasa) perihal orang yang ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa);\n \nbagai ~ harga dua kupang \n= \nmenggelinjang bagai ~ berulat\n (peribahasa) tidak senonoh perangainya, keanak-anakan;\n \nbagai ~ diseret ke air \n= \nbagai ~ dimandikan pagi\n (peribahasa) perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu;\n \nbagai ~ dijunjung \n(peribahasa) jerit atau teriak orang yang sangat penakut;\n \nbagai ~ lepas ke parak\n (peribahasa) dapat memilih apa sahaja pada tempat yang mewah dan lain-lain;\n \nmasuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak \n(peribahasa) menyesuaikan diri dengan golongan yang dicampuri atau pada tempat seseorang itu berada;\n \nmenanti pelir ~ terputus\n (peribahasa) menantikan sesuatu yang mustahil sampainya;\n \nseperti ~ dengan harimau\n (peribahasa) orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat;\n \nseperti ~ dikuliti hidup-hidup \n(peribahasa) kesakitan yang amat sangat;\n \numpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi \n(peribahasa) orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa." "kambing II\nburung ~\n sejenis burung, celong, burung temenggang, gembala gajah, \nPlatysmurus leucopterus." "kambing III\n~ rumput\n sejenis tumbuhan (dibuat ubat luka)." "kambing-kambing I\nikan ~ \nsejenis ikan laut." "kambing-kambing II\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar (batu) pelir kambing, \nSarcolobus globosus." "kambium\n(Biologi) lapisan sel yang menghasilkan sel-sel baru (terletak di antara xilem dan floem sekunder) pada tumbuhan yang mempunyai xilem dan floem." "kambrat\n[Jakarta] teman, kawan." "kambu I\nsejenis kepala omboh atau pemukul;\n \nbuat ~ \nmenipu orang (dengan menyuruh ambil bilah yang terpendek dari bilah-bilah yang tidak sama panjangnya dalam genggaman)." "kambu II, kambuh\njatuh sakit lagi (dengan lebih teruk daripada yang dahulu)." "kambus\nmengambus\n menimbus, menimbuni (menutupi) dengan tanah dan lain-lain:\nkalau tidak dikambus, bangkai itu tentu berbau busuk;\n terkambus\n1.\n tertimbus (tertimbun) dengan tanah dan lain-lain;\n2.\n menjadi tohor atau cetek (mis sungai, kerana penuh pasir dan lain-lain)." "kambut\nsejenis kampit (bakul) yang dianyam daripada daun mengkuang dan lain-lain." "kamceng\n[bahasa percakapan] rapat, akrab (berkenaan (dengan) hubungan):\nberhati-hati bercakap, mereka berdua ~ betul\n." "kameleon\nsejenis binatang kecil seakan-akan cicak daripada famili Chamaeleontidae, yang kulitnya boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling." "kameli\n= kambeli." "kamera\nalat untuk mengambil gambar foto;\n~ digital \nkamera yang menghasilkan imej digital yang boleh disimpan dalam komputer, dipaparkan pada skrin dan dicetak;\n \n~ kandid \nkamera kecil untuk mengambil gambar seseorang, biasanya tanpa pengetahuannya;\n \n~ polaroid \nkamera yang dapat menghasilkan gambar segera selepas sahaja gambar sesuatu objek diambil;\n \n~ video \nkamera yang dapat merakamkan gambar serta bunyi;\n \n~ web \nsejenis kamera yang disambungkan pada komputer, yang menghasilkan imej bergerak yang dapat dilihat pada skrin komputer menerusi Internet." "kamfor\n(Kimia) sebatian yang berbentuk hablur putih, terdapat semula jadi dalam pohon kapur barus \nCinnamomum camphora\n, dan digunakan untuk membuat ubat-ubatan, racun serangga, bahan letupan, dan lain-lain, kapur barus." "kamhar\n1.\n benang yang dibuat daripada bulu domba, benang bulu;\n 2.\n kain yang dibuat daripada benang bulu domba." "kami\n1.\n saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua):\nsudah lama ~ menunggu awak di sini;\n2.\n saya, aku:\ntidaklah ~ panjangkan cerita tersebut." "kamiah\n[Arab] kuantiti sesuatu benda." "kamik\nkomak-~;\nkomak." "kamikaze\njuruterbang tentera udara Jepun yang sanggup mati dengan menjunamkan pesawatnya pada sasaran musuh semasa Perang Dunia II." "kamil\n[Arab] [arkaik] sempurna, lengkap:\ninsan ~;\n kekamilan\n perihal (sifat atau keadaan) kamil, kesempurnaan:\nkamu terlalu taasub kepada kemajuan sehingga terlupa pada ~ insan yang bersaudara denganmu." "kamir I\nragi untuk tapai dan lain-lain." "kamir II\n[Kelantan];\nmengamir\n mengadun." "kamis\n= kamisa\n [Arab] kemeja." "kamit\nkumat-~; \n= kumat." "kamkam\n= \ntulang ~\n tempat rahang atas dan rahang bawah bersambung, tulang pengancing rahang." "kamkha\n[sastera lama] \n= kimkha." "kamkorder\nkamera video mudah alih yang kecil." "kampa, kampah\n[arkaik] sejenis tumbuhan (pokok renek), \nPisonja alba." "kampai\n[Minangkabau];\nberkampai, berkampaian\n berselerakan, berkaparan:\nmayat-mayat musuh ~ di tempat pertempuran itu;\nmengampai\n berbaring:\nRijnhaard ~ di atas kerusi malas;\nmengampaikan\n membaringkan:\nia ~ tubuhnya di atas katil;\nterkampai\n terbaring (kerana letih dan lain-lain):\nsekujur badannya lemah dan ia pun ~ di atas kerusi malas itu." "kampak\n= kapak I." "kampang\nsejenis siput yang biasa terdapat pada kapal dan lain-lain, \nTeredo navalis;\n= kapang I." "kampanye\n[Indonesia-Belanda] \n= kempen." "kampas\n[Indonesia-Belanda] sejenis kain tebal dan kuat;\nmengampas\n melapisi dengan kampas." "kampemen\n[Indonesia-Belanda] berek tentera, sekumpulan rumah atau perkhemahan tentera." "kamper\n[Indonesia-Belanda] kapur barus." "kampil I\nkampit atau bekas yang dianyam daripada mengkuang dan lain-lain;\n= kampit." "kampil II, kampilan\n[arkaik] sejenis pedang atau kelewang (pedang pendek yang bilahnya makin lebar ke hujung)." "kampit I\nsejenis sumpit atau beg yang dianyam daripada daun mengkuang dan lain-lain;\n= kampil I." "kampit II\n[sastera lama];\n \nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok dan kayunya yang biasa digunakan untuk membuat cap raja-raja)." "kampiun\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n johan, juara (dalam pertandingan, perlumbaan, dan sebagainya);\n 2.\n [bahasa percakapan] pandai (baik, pintar) sekali." "kampoi\n~ benang \n[Kedah] menggulung, melilit benang pada sesuatu:\ndia ~ benang." "kampret\n[Jawa] kelelawar kecil." "kampuh\n1.\n dua lapis kain (kertas dan lain-lain) yang dijahit menjadi satu;\n 2.\n kain selimut dan lain-lain yang dijahit dari tiga lapis kain;\n \nkain ~ \nkain sarung yang dijahit dari dua helai kain menjadi satu;\nberkampuh\n memakai kampuh sebagai selimut dan lain-lain, berselimut dan lain-lain dengan kampuh;\n \npisau ~\n pisau yang bermata dua pada hujungnya;\n \ndek sukar ~ ijuk, nan adat diturut jua\n [Minangkabau] (peribahasa) bagaimana miskin sekalipun, adat terpaksa diturut juga." "kampung\n1.\n kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dan lain-lain) di luar bandar, desa, dusun:\n~nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur; \n(ketua) kepala ~ \norang yang menjadi ketua kepada penduduk kampung;\n \norang ~ \na) penduduk kampung;\n b) orang yang tidak moden (masih berpegang pada kebiasaan atau tradisi lama);\n \nrumah ~\n rumah yang reka bentuknya (buatannya dan sebagainya) seperti yang lazimnya terdapat di kampung;\n \ntanah ~\n tanah yang terletak di kawasan kampung (bukan tanah di kawasan perbandaran);\n2.\n kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok:\n~ Cina;\n~ Melayu;\n3.\n [kiasan] tidak moden, agak kolot:\ndatuknya masih ~; \n4.\n bukan dihasilkan (dipelihara dan lain-lain) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dan lain-lain) cara kampung;\n \nanjing ~ \nanjing liar yang tidak dipelihara;\n \nayam ~\n ayam yang dipelihara dengan cara biasa di kampung;\n \nkopi ~ \nkopi yang bukan dari ladang (perkebunan dan sebagainya);\n~ dunia \ndunia yang dilihat sebagai sistem yang bersepadu keseluruhannya yang semua bahagiannya saling bergantungan;\n ~ halaman (laman)\n kampung tempat lahir;\nberkampung\n berhimpun, berkumpul:\nmalam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; \nsekalian rakyat pun ~lah;\nmengampungkan\n menghimpunkan, mengumpulkan:\nkampungkanlah segala rakyat;\nkampungan 1.\n ada kaitannya dengan kebiasaan, tradisi, dan sebagainya yang terdapat di kampung:\nyang menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yang wujud di dalamnya; \n2.\n [kiasan] tidak moden, kuno:\nakronim mesti membentuk nama yang indah yang tidak ~;\nkekampungan\n bersifat kampung (penghidupan, keadaan, adat resam, dan lain-lain), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dan sebagainya) yang dipegang atau diikut penduduk kampung:\nia mencemuh cara hidup kita yang dianggapnya ~;\nperkampungan\n1.\n mengenai (berkaitan dengan) kampung:\npegawai ~;\n2.\n kelompok (kumpulan) kampung:\ndaerah ~;\n \nmereka dibawa ke kawasan ~ baru;\n3.\n tempat berkampung (berhimpun):\nsesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu;\n4.\n sekelompok, sekumpulan." "kampus\nkawasan serta bangunan sesebuah universiti atau institusi pengajian tinggi." "kamsen\n[bahasa percakapan] komisen." "kamsia, kamsiah\n[Cina], [bahasa percakapan] terima kasih." "kamu\n1.\n kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau;\n2.\n = \n~ sekalian\n engkau sekalian, engkau (awak) semua;\nberkamu\n memakai perkataan kamu (biasanya sewaktu bertutur dengan orang lain):\nbaiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja,\n \nberengkau, ~, sebab begitu lebih mesra rasanya." "kamus I\nbuku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain (yang disusun menurut abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain:\n~ bahasa kebangsaan;\n~ Melayu-Inggeris;\nmengamuskan\n memasukkan ke dalam kamus;\nperkamusan\n perihal (yang berkaitan dengan ) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dan lain-lain):\nBahagian P~, Dewan Bahasa dan Pustaka; \nlapangan ~; \nprojek ~;\n pekamus\n orang yang menyusun kamus, penyusun kamus." "kamus II\n[Jakarta]\n1.\n samak;\n2.\n kulit yang disamak." "kan I\nsingkatan bagi bukan atau bukankah:\n~kah gitu yang baik?" "kan II\nsingkatan bagi akan;\n \ntak~ \ntidak akan." "kan III\n[arkaik] langkan (pada perahu)." "kan IV\nsejenis cerek atau teko (tempat air teh dan sebagainya)." "kana I\nbuah ~\n buah yang sudah dikeringkan dan diasinkan atau dimaniskan." "kana II\ngelang ~\n gelang yang dipakai di lengan oleh pengantin dan lain-lain;\n= gelang I\n." "kana III\n(Linguistik) kata umum bagi hiragana dan katakana, iaitu sistem tulisan bahasa Jepun." "kanaah, kanaat\n[Arab] \n= qanaah." "kanabis\n1.\n pokok hem;\n2.\n sejenis ganja (bahan dadah)." "kanak\nkanak-kanak\n budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun):\n~ yang tidak berdosa; \npantun ~; \nbahasa ~\n bahasa anak kecil;\nkekanak-kanakan\n1.\n seperti kanak-kanak (tingkah laku, fikiran, dan lain-lain), keanak-anakan:\nberkelakuan ~; \nketawa ~;\n2.\n [Indonesia] terbantut (terhenti) pertumbuhan bahagian tubuh atau kecerdasan." "kanal\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] terusan, saluran, tali air." "kanan\n1.\n bahagian (pihak) yang berlawanan dengan kiri, bahagian (pihak) yang di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara;\n \ntangan ~ \na) tangan yang di sebelah kanan (biasanya digunakan untuk makan);\n b) pembantu yang utama (penting), orang harapan;\n \nlangkah ~ \na) nasib baik (beruntung);\n b) saat yang baik (beruntung);\n2.\n penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dan lain-lain):\npegawai ~ kerajaan;\n3.\n yang mengikut atau berdasarkan aliran politik yang sederhana (konservatif, tidak revolusioner):\npemerintahan masih dikuasai oleh parti yang berhaluan ~; \npuak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu;\nmenganan\n (berpusing, berbelok, dan lain-lain) ke arah kanan;\nmenganankan\n membawa (memusingkan dan lain-lain) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan;\nterkanan\n1.\n berada di tempat yang paling kanan;\n 2.\n terkemuka (terutama, tertinggi, dan lain-lain):\ndua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke P.B.B;\nkekananan\n kedudukan yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan orang atau jawatan lain (dalam struktur pentadbiran dan sebagainya):\nsalah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yang memohon.\nKanaq\n penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di kawasan pinggir Kampung Selagi, Mawai daerah Kota Tinggi, Johor." "kanbus\n[arkaik] \n= gambus." "kancah I\n1.\n kawah, kuali besar;\n2.\n [kiasan] keadaan (sukar, perang, penderitaan, dan sebagainya), gelanggang (politik, perjuangan, dan lain-lain), medan:\n~ perjuangan;\n~ krisis;\n~ politik\n medan atau gelanggang politik;\n \n~ revolusi \nkeadaan revolusi yang sedang berkecamuk;\nseperti ~ ditawar \n[Minangkabau] (peribahasa) ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dalam perbincangan dan lain-lain);\n \npitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata\n (peribahasa) perihal orang yang tidak berkemampuan tetapi berkemahuan seperti orang kaya." "kancah II\npeluk, sepemeluk;\nterkancah\n terlibat dalam kesukaran dan lain-lain." "kancang\n[Kelantan];\nberkancang\n bekerja beramai-ramai, bergotong-royong." "kancap\n[Jakarta] hingga sama paras dengan tepinya (berkenaan (dengan) air dalam kolam dan lain-lain), sangat penuh." "kanceh\n[Minangkabau] [arkaik];\nterkanceh\n terbantut (terhenti) pertumbuhannya, kerdil." "kancil\n1.\n sejenis mamalia menceruh yang kecil, tidak bertanduk yang terdapat di bahagian tropika Asia dan Afrika Barat;\n2.\n [kiasan] orang yang cerdik (pintar);\n \nakal ~\n tipu muslihat yang licin, cerdik (dengan tipu muslihatnya)." "kancing\n1.\n alat (seperti cangkuk) untuk menutup (merapatkan) baju dan lain-lain yang berbelah;\n2.\n butang (baju dan lain-lain);\n3. = pengancing\n alat seperti selak dan lain-lain untuk mengunci (menutup) pintu (tingkap dan lain-lain);\n \n~ gigi (mulut)\n penyakit kaku atau kejang mulut (penyakit tetanus);\nberkancing\n1.\n memakai kancing;\n2.\n berkunci dengan kancing:\npintu yang tak ~ itu kutolak;\nmengancing\n menutup dengan kancing;\n \n~ baju kemejanya; \nsemua pintu astana dikancingnya;\nmengancingkan\n menutupkan (baju, pintu, dan lain-lain) dengan kancing;\nterkancing\n terkunci, tertutup." "kancing II\n~ baju\n sejenis tumbuhan (herba), daun rotan, rumput juak, subang puteri batik, \nBidens pilosa;\n~ baju jantan\n sejenis tumbuhan (herba), katub perenggang, rumput sekepet burit, rumput teki, \nKyllinga bervifolia." "kancung I\ntabung atau bekas daripada buluh (untuk mengambil air), gerigik, perian." "kancung II\nbelalang ~;\nkacung I." "kancut\nkain penutup kemaluan perempuan, cawat." "kanda\nsingkatan bagi kakanda:\nya, ~ku yang tercinta;\n~-manda\n [sastera lama] kanak-kanak yang dipilih sebagai teman atau saudara tua kepada anak raja yang baru lahir:\nmaka disambut oleh pengasuh ~-mandanya." "kandang\n1.\n tempat atau ruang yang berpagar dan sebagainya (untuk binatang, terutamanya pada malam hari):\n~ kambing;\n~ kuda;\n~ lembu;\n2.\n ruang yang dikelilingi pagar (garis dan lain-lain), gelanggang, kalangan;\n \n~ bulan\n gelanggang bulan;\n \n~ orang salah\n ruang berpagar (dalam mahkamah) tempat orang yang dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan;\n3.\n [sastera lama] makam, kubur:\nia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua;\n~ mobil\n [Indonesia] setal kereta, garaj;\nayam laga se~\n (peribahasa) orang yang bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri;\n \nmasuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak\n (peribahasa) menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling;\n \nmemperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam\n (peribahasa) memberi kesempatan kepada orang yang membahayakan tetapi tidak melindungi orang yang kesusahan;\n \npulang ke ~\n (peribahasa) pulang ke tempat asal;\nmengandangkan\n memasukkan ke dalam kandang:\ntiada siapa ~ kerbau kambingnya." "kandar I\n= pengandar\n kayu yang diletakkan di bahu untuk menggalas atau memikul barang (yang tergantung di kedua-dua hujung kayu), galas;\nmengandar\n membawa barang dengan kandar, memikul, menggalas:\nmaka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang." "kandar II\n[Jakarta];\nmengandar, mengandarkan\n menjalankan (motokar dan lain-lain);\nkandaran\n kenaikan, kenderaan;\npengandar\n orang yang menjalankan (motokar dan lain-lain)." "kandas\n= terkandas;\nmengandaskan\n menjadikan kandas (tidak berjaya, gagal);\nterkandas\n1.\n terlanggar sesuatu (seperti dasar laut atau sungai, beting, batu karang dan lain-lain) dan seringkali tidak dapat bergerak lagi:\nkalau ada beting di pintu pelabuhan, tentulah kapal-kapal besar akan ~\n;\n2.\n [kiasan] tersekat di pertengahan jalan (tidak berkesudahan dengan kejayaan, kebahagiaan, dan sebagainya), terbantut, gagal (tidak dapat diteruskan):\nbanyak kanak-kanak yang ~ dalam pelajaran; \nrancangan dan usahanya ~ di tengah jalan;\nkekandasan\n perihal terkandas." "kandau\nsejenis binatang mamalia (rupa bentuknya seperti kera) yang hidupnya di atas pokok dan boleh melayang, kubung, \nCynocephalus spp\n." "kandel\n[Jawa]\n1.\n tebal;\n2.\n [kiasan] banyak (wang)." "kandela\n(Fizik) unit SI bagi keamatan cahaya." "kandi\n1.\n [Jawa] = \nkandi-kandi\n sejenis pundi-pundi;\n2.\n [Kelantan] kampit atau beg daripada kain." "kandi II\n~ putih\n sejenis bunga." "kandidat\n[bahasa percakapan]\n1.\n calon, bakal;\n2.\n peserta dalam ujian dan sebagainya;\nmengandidatkan\n mencalonkan." "kandil\nlampu, pelita, kaki lilin." "kandis I\nsejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, asam gelugur, lulai, manggis hutan, bebata (Sabah), sikop (Sarawak), \nGarcinia spp.;\n~ gajah\n sejenis tumbuhan (pokok), \nGarcinia nervosa." "kandis II\n[arkaik] manis." "kandul\n[arkaik]\n1.\n sejenis bakul (keranjang);\n2.\n kaki jala." "kandung\n1.\n kantung, pundi-pundi:\nia mengeluarkan wang daripada ~nya;\n2.\n rahim, pundi-pundi peranakan;\n \nabang (adik, anak, ayah, ibu)\n \n~\n abang dan lain-lain sendiri (bukan abang dan lain-lain tiri atau abang angkat);\n \nsaudara se~\n adik (abang, kakak) seibu sebapa;\n~ jantung\n [Indonesia] selaput jantung;\n \n~ kencing\n [Indonesia] pundi-pundi kencing;\n \nbunga ~\n bunga yang kecil-kecil yang terdapat pada bahagian tengah bunga (seperti pada bunga matahari);\nberkandung\n1.\n berisi, bermuat;\n2.\n hamil;\nmengandung\n1.\n membawa sesuatu dalam saku dan lain-lain:\n~ wang;\n2.\n hamil:\nsudah berapa bulan Aini ~?\n3. = mengandungi\n berisi, memuat:\nbunga yang ~ racun; \ntanah yang ~ bijih timah; \nkata yang ~ erti;\nmengandungkan\n mempunyai janin yang sedang membesar di dalam rahim, menghamilkan, membuntingkan:\n suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yang ketiga;\nterkandung\n dikandung, terdapat atau termuat di dalam sesuatu, tercantum (tersirat):\nbijih emas yang ~ dalam batu kapur; \nkesalahan-kesalahan yang ~ dalam undang-undang; \nrasa sedih yang ~ dalam suaranya;\nkandungan\n1.\n sesuatu yang dikandung oleh sesuatu yang lain, apa yang termuat (di dalam sesuatu), isi:\n~ bungkusan;\n \n~ buku (surat dan sebagainya); \nmenyelidiki ~ kimia batu kapur;\n2.\n sesuatu yang tercantum atau tersirat (di dalam hati dan sebagainya), isi:\n~ hati;\n~ jiwa;\n3.\n anak yang masih dalam rahim ibu:\n~nya kian hari kian besar;\n4.\n kandung, rahim:\nanak yang masih dalam ~; \nangka ~ kecil\n angka terkecil yang boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih:\n24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3." "kanduri\nkenduri." "kandut\n[Jawa] kandung." "kang\nsingkatan bagi kakang." "kang II\n[kependekan] kekang;\n \ntali ~\n tali kekang (tali untuk mengarahkan atau mengendalikan jalan kuda);\nberkang\n dikekang." "kang III\nsejenis tempayan yang besar mulutnya." "kangar\nlang ~\n sejenis burung helang yang besar." "kangen\n[Jawa] [arkaik] rindu, ingin sangat (supaya) bertemu:\nkerana disuruhlah saya datang ke sini, di samping sudah ~." "kanggaru\nsejenis binatang maun yang terdapat di Australia yang mempunyai dua kaki belakang yang panjang dan bergerak dengan melompat, \nMacropus spp." "kangjeng\n[Jawa] paduka tuan (gelaran kepada orang yang berkedudukan tinggi)." "kangka\nladang gambir;\n \npangkalan ~\n pangkalan tempat menghimpun gambir untuk diangkut (dimuatkan) ke dalam perahu." "kangkang I\n1.\n = \ncelah ~\n celah di antara dua pangkal paha, kelangkang;\n2.\n ruang (yang luas) atau jarak di antara kaki kiri dan kanan yang terbuka luas (tidak dirapatkan):\nlunjurkan kaki kanan ke bawah ~ lawan;\n3.\n bahagian seluar di antara dua paha pada bawah punggung, pesak;\n \n~ kera = se~ kera\n [kiasan] (tanah, kawasan, tapak, dan sebagainya) yang tidak luas\n;\nmengangkang\n1.\n berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dengan kaki terbuka luas;\n2.\n dengan kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dan lain-lain):\nduduk ~ di kerusi;\nmengangkangi\n berdiri dengan mengangkang di atas sesuatu;\nmengangkangkan\n membuka (kedua-dua belah kaki, pintu, dan lain-lain) luas-luas;\nterkangkang\n terbuka luas (kedua-dua belah kaki, pintu, dan lain-lain):\ndia duduk ~ di atas tong susu; \npintu itu dibiarkannya ~." "kangkang II\n[Jakarta];\nmengangkangi\n menguasai (mengambil) milik orang dengan tidak sah." "kangkung I\nsejenis tumbuhan (herba yang hidup di air dan dibuat sayur), \nIpomoea reptans;\n~ bulu\n sejenis tumbuhan (herba yang melilit), selepat tungau, \nIpomoea triloba;\n \n~ gajah\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat) akar cabang limah, akar papan, \nVitis lanceolata; \n(akar) ~ laut\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat) keledek hutan, akar lanar, \nIpomoea digitata;\n~ puteri\n sejenis tumbuhan (herba air) akar keman hantu, keman gajah, \nNeptunia prostrata;\nmerayap-rayap seperti ~ di ulak jamban\n (peribahasa)\na) cepat bertambah besar (kanak-kanak dan lain-lain);\n b) cepat berkembang biak." "kangkung II\nsejenis katak yang besar." "kangmas\n[Jawa], [bahasa percakapan] abang, kakanda." "kangsa\n1.\n perunggu;\n2.\n [Minangkabau] tin;\ngangsa I." "kangsar I\nsejenis tumbuhan (pokok), bebaru, cung kuman, kapas-kapas, tutuk, tutur, \nHibiscus floccosus." "kangsar II\nbelalang ~\n sejenis keridik." "kangsin\n[Cina] pengacau, penghasut." "kani\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar meranang, akar toko takal, ara lumut, \nCroton caudatum." "kaniaya\n[Jawa] [arkaik] aniaya." "kanibal\n1.\n manusia yang memakan daging manusia;\n2.\n binatang yang memakan jenisnya sendiri." "kanibalisme\n1.\n amalan (tabiat, perbuatan) manusia memakan daging manusia:\nmereka juga dikatakan suka berpindah-randah dan mengamalkan cara hidup ~; \n2.\n kekejaman yang tidak berperikemanusiaan." "kanigara\n[arkaik] sejenis tumbuhan (herba dan bunganya), bunga matahari, \nHelianthus annuus." "kanin\n(Biologi) berkaitan dengan anjing:\nspesies ~." "kanisah\n[Arab] [arkaik] tempat sembahyang orang Yahudi dan Kristian." "kanister\n1.\n bekas daripada logam berbentuk silinder yang berisi bahan letupan atau gas pemedih mata yang meletup apabila dilemparkan atau ditembakkan dari senapang;\n2.\n [bahasa percakapan] bekas kecil (biasanya daripada logam) untuk mengisi bahan-bahan kering seperti teh dan kopi." "kanjal\nterbantut (kerana tersekat dan lain-lain)." "kanjang\nberkanjang\n bertekun dan bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu)." "kanjar\nberkanjar-kanjar, terkanjar-kanjar\n [sastera lama] melawan, mengamuk:\nterlalu gempar hulubalang pendekar terkanjar-kanjar." "kanjen\nkangjeng." "kanji I\n1.\n = \nair ~\n air daripada nasi yang mendidih;\n2.\n bubur nasi;\n3.\n campuran air dan bahan pelekat (seperti tepung sagu atau tepung ubi) untuk mengeraskan pakaian, tajin;\n4.\n (Biologi) sejenis bahan yang terbina daripada unit-unit glukosa, dan banyak tersimpan dalam tisu tumbuhan;\n ~haiwan \nglikogen;\n \n~ kayu \nsejenis kanji yang terdapat dalam kayu dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan untuk pertumbuhan pokok;\nberkanji\n1.\n ada kanjinya, mempunyai kanji:\ntepung gandum ialah makanan yang ~; \n2.\n keras dengan kanji (berkenaan (dengan) pakaian):\nberseluar bersih yang ~;\nmenganji\n mengeraskan pakaian dan lain-lain dengan kanji." "kanji II\n(baju) ~ perak\n baju dalam (lelaki), singlet." "kanji III\nsistem tulisan Jepun yang berdasarkan aksara Cina yang dipinjam atau yang diubahsuai." "kanjus I\n[Indonesia] penjara, lokap." "kanjus II\ngajus." "kanker\n(Biologi)\n1.\n sejenis penyakit kulat yang merosakkan kayu pokok dan tumbuhan;\n2.\n sejenis penyakit kudis yang menyerang telinga binatang, terutamanya kucing dan anjing." "kano\nsejenis perahu yang ringan, panjang dan sempit, runcing di haluan dan buritannya, dan digerakkan dengan menggunakan dayung;\nberkano\n menaiki (berlumba, mengayuh dan sebagainya) kano:\nsalah satu aktiviti perkhemahan yang menyeronokkan peserta ialah ~ di sungai itu." "kanon I\ngubahan muzik untuk dua atau lebih bahagian suara yang melodinya diulangi oleh suara yang masuk berturut-turut." "kanon II\nmeriam." "kanopi\n1.\n sejenis langit-langit yang menjadi seperti bumbung pada sesuatu;\n2.\n bahagian dahan dan daun pokok-pokok yang paling tinggi yang seolah-olah berjalin dan berbentuk seperti bumbung:\n~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan mengurangkan potensi hakisan; \n3.\n khemah yang biasanya dibuat daripada kanvas, kain, plastik dan sebagainya. \nkanser I\n penyakit barah." "Kanser\nlambang keempat dalam zodiak, yang berlambangkan ketam." "kanta\nkepingan lut sinar seperti kaca dan plastik yang salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yang digunakan untuk menukar tumpuan alur cahaya, misalnya cermin mata untuk memulihkan penglihatan;\n~ cekung\n kanta yang tebal tepinya (tengahnya lebih nipis);\n \n~ cembung\n kanta yang tebal di tengah-tengah;\n \n~ dekat\n kanta (pada teropong) yang paling dekat dengan mata;\n \n~ jauh\n kanta (pada teropong) yang paling jauh dari mata;\n \n~ kumpuan = ~ majmuk \ngabungan beberapa kanta yang berlainan;\n \n~ lekap\n kanta sentuh;\n \n~ mata \nkanta pada alat optik seperti mikroskop dan teleskop yang membolehkan seseorang melihat objek yang diteropong dengan jelas;\n \n~ pembesar\n kanta yang membuat benda yang dilihat kelihatan besar;\n \n~ sentuh = ~ sesentuh\n kanta yang kecil tipis yang dilekapkan pada permukaan mata untuk menjadikan penglihatan lebih jelas;\n \n~ tangan\n kanta pembesar yang bertangkai;\n \n~ zum \nkanta kamera yang dapat dilaraskan supaya objek yang hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil;\n \ntumpuan ~\n titik tempat sinar cahaya bertemu sesudah melalui kanta, titik fokus." "kantan\nsejenis tumbuhan (herba yang bunganya dibuat kerabu, gulai, dan lain-lain), \nPhaeomeria speciosa;\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (herba), pokok gingin, tepus putih, \nLanguas javanica." "kantang\nkering (kuala sungai dan lain-lain apabila air surut)." "kantata\n(Seni Muzik) sebuah gubahan muzik yang pendek yang dinyanyikan oleh penyanyi solo dan koir dengan iringan orkestra." "kanti\n[arkaik] [Jawa] kawan, teman." "kantih\n(Sunda) sejenis benang tenun;\nantih." "kantil I\nkontal-~;\nkontal." "kantil II\n[Jawa] [arkaik] bunga cempaka putih." "kantin\ntempat makan dan minum di sekolah, pejabat, dan lain-lain." "kanto\n(Kesusasteraan) satu bahagian daripada puisi yang panjang." "Kantonis\nsuku kaum Cina yang berasal dari bandar Kanton atau daerah Kwangtung di China." "kantonmen\nbinaan sementara atau khemah untuk tempat tinggal askar." "kantor\n[Indonesia] pejabat;\n~ bank\n pejabat bank;\n \n~ besar\n ibu pejabat;\n \n~ cetak\n tempat cetak-mencetak, percetakan;\n \n~ kawat\n pejabat telekom;\n \n~ pajak\n pejabat yang menguruskan cukai;\n \n~ polisi\n pejabat polis;\nberkantor\n membuka atau mempunyai kantor (di), berpejabat (di):\nSudirun sendiri memegang pimpinan umum yang ~ sama-sama satu kamar dengan Daud." "kantu\nkaku." "kantuk\nrasa hendak tidur:\nia mencuba menghilangkan ~ untuk menghabiskan kerja;\nmengantuk\n berasa hendak tidur:\nia ~ benar kerana hari sudah larut malam;\n \norang ~ disorongkan bantal\n (peribahasa) mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki (diingini);\nterkantuk\n mengantuk dengan tiba-tiba." "kantung\n1.\n saku, kocek;\n2.\n pundi-pundi, kampit:\nsebuah ~ kain tersangkut di bahunya;\n \n~ kemaluan = ~ pelir\n pundi-pundi buah pelir;\n \n~ nasi\n [Jakarta] perut besar;\n \ndaerah ~\n daerah yang menyisip di dalam daerah lain;\nberkantung\n mempunyai kantung (pundi-pundi);\nmengantungkan\n memasukkan ke dalam kantung (saku):\ndengan sehelai kertas kerja, satu jumlah yang besar bernilai beratus ribu sudah dapat dikantungkan." "kanun\nundang-undang, hukum, peraturan;\n~ adat\n hukum adat;\n \n~ jenayah \nkanun keseksaan;\n \n~ keseksaan \nundang-undang yang termaktub berhubung dengan perbuatan jenayah dan hukumannya;\nberkanun\n ditubuhkan, dibenarkan dan sebagainya mengikut statut atau undang-undang tertentu:\norganisasi itu merupakan sebuah badan ~;\nmengkanunkan\n menjadikan undang-undang, mewujudkan (mengiktiraf dan sebagainya) menerusi penggubalan undang-undang:\nBahasa Melayu telah dikanunkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal;\nterkanun\n termaktub dalam undang-undang, telah dijadikan undang-undang;\npengkanunan\n perihal (tindakan, proses, dan sebagainya) mengkanunkan." "kanvas\n1.\n sejenis kain yang tebal dan kuat (digunakan untuk khemah dan lain-lain), kain terpal;\n2.\n sejenis kain yang tebal digunakan untuk melukis (terutamanya lukisan cat minyak)." "kanyiar\n[Kedah] (seseorang) mentah, tidak matang:\nawak tu ~ lagi." "kanyon\nngarai." "kanyor\n[Pahang] malu;\n \nsenyum ~\n senyum malu." "kaok\n[Jakarta];\nberkaok-kaok\n berteriak-teriak, berseru-seru, memekik-mekik;\nmengaoki\n memanggil dengan memekik, meneriak." "kaolin\ntanah liat halus yang berwarna putih (putih kekuningan atau kekelabuan) yang digunakan untuk membuat tembikar, dalam perubatan, dan lain-lain." "kaolinit\n(Kimia) mineral yang merupakan juzuk utama kaolin." "kaos\nkaus." "kap I\n[arkaik];\ntali ~\n tali di kapal, tali bosa." "kap II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n tudung (lampu dan lain-lain);\n2.\n bumbung (motokar dan lain-lain), tenda." "kap III\n[bahasa percakapan] piala." "kap IV\nsejenis ikan darat, \nCyprinus carpio\n;\n~ hitam, Mystacoleucus marginatus;\n~ kepala besar, Aristichthys nobilis;\n~ lumpur, Cirrhina molitorella;\n~ perak, Hypophthalmichthys molitrix;\n~ rumput, Ctenopharyngodon idellus\n." "kap V\n[bahasa percakapan] kaf." "kapa I\nterkapa-kapa\n kebingungan:\n apabila Lahuma meninggal, ~lah Jeha kehilangan tempat bergantung\n." "kapa II\nhuruf kesepuluh dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol K, \u03ba." "kapa-kapa\natap perahu (daripada daun nipah dan lain-lain), kajang perahu." "kapah\nterkapah-kapah\n1.\n termengah-mengah, terngap-ngap;\n2.\n menggeletar ketakutan." "kapai\nterkapai-kapai\n1.\n bergerak-gerak seolah-olah hendak memegang (menggapai dan lain-lain) sesuatu (berkenaan (dengan) tangan atau kaki):\njurumudi itu terlentang ~ berlumuran darah;\n2.\n [kiasan] putus asa dan kebingungan (meminta pertolongan dan lain-lain);\n= gabai II." "kapak I\nalat daripada bilah besi yang tajam dan bertangkai kayu (untuk menebang pokok, membelah kayu, dan lain-lain);\n~ ais \nsejenis alat seperti kapak yang digunakan oleh pendaki gunung untuk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut;\n \n~ bungkus\n [Kelantan] = \n~ siam \nkapak kecil (untuk mengatuk orang);\n~ menelan beliung\n (peribahasa) yang baik dibuang dan ditukar dengan yang buruk;\n \nbagai ~ naik pemidangan\n \n(peminangan)\n (peribahasa) melakukan sesuatu dengan tidak cukup kebolehan atau alat;\n \ndi mana ~ jatuh, di situ baji makan\n (peribahasa) di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan;\n \nhabis ~ berganti beliung\n (peribahasa) sangat rajin bekerja;\n \nseperti ~ menyelam beliung\n (peribahasa) orang yang terlebih malas disuruh mengerahkan orang yang malas bekerja;\nberkapak\n1.\n bergaduh dengan menggunakan kapak untuk mencederakan lawan:\nmereka ~ berparang berebuntukan tanah sekangkang kera itu; \n2.\n telah dikapak:\nbeberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur untuk dibuat kayu api;\nmengapak\n memotong atau membelah dengan kapak;\npengapak\n1.\n orang yang mengapak:\ndia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; \n2.\n sesuatu yang digunakan untuk mengapak:\nasal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk." "kapak II\n[Minangkabau] kepak, sayap;\nberkapak\n \ntidak ~\n [kiasan] tidak berdaya upaya (tidak mempunyai apa-apa alat)." "kapak III\nsejenis ikan laut, gedabang, \nMene maculata." "kapal I\nbahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera);\n~ angkasa\n sejenis pesawat atau kenderaan (yang dilengkapi pelbagai alat) yang boleh bergerak di angkasa (biasanya untuk tujuan penyelidikan atau penjelajahan);\n \n~ api \n= \n~ asap\n kapal yang dijalankan dengan tenaga wap (asap);\n \n~ belangkas\n kapal yang dijalankan dengan roda di buritannya;\n \n~ calu\n kapal yang belayar ulang-alik dengan tetap;\n \n~ capung\n [Indonesia] kapal terbang kecil (untuk latihan dan lain-lain);\n \n~ dagang (niaga)\n kapal untuk mengangkut barang-barang dagangan;\n \n~ haji\n kapal untuk membawa jemaah haji;\n \n~ induk\n kapal perang yang membawa kapal terbang;\n \n~ korek\na) = \n~ keruk\n kapal yang mengorek tanah (untuk mendalamkan kuala sungai dan lain-lain);\n b) jentera yang berupa kapal untuk mengorek tanah yang mengandungi bijih;\n \n~ kontena \nkapal yang berfungsi khusus untuk mengangkut kargo yang dimuatkan di dalam kontena;\n \n~ layar\n kapal yang bergerak dengan menggunakan layar;\n \n~ mel\n [Indonesia] kapal yang membawa surat pos dan lain-lain;\n \n~ mualim\n [Indonesia] = \n~ pandu\n kapal yang memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan;\n \n~ pemair\n = \n~ pemayar\n [Indonesia] sejenis kapal penjelajah atau peronda;\n \n~ pembinasa\n kapal perang yang dipersenjatai dengan pelbagai senjata (seperti meriam, torpedo, dan sebagainya) untuk melindungi kapal-kapal lain daripada serangan;\n \n~ pemburu\n kapal perang kecil yang laju;\n \n~ pemecah ais \nsejenis kapal yang digunakan untuk memecahkan ais di kawasan perairan yang sejuk untuk memudahkan pelayaran;\n \n~ pendarat\n kapal untuk mendaratkan tentera;\n \n~ penempur\n kapal perang yang besar;\n \n~ pengangkut\n kapal untuk mengangkut tentera dan lain-lain;\n \n~ pengantar\n = \n~ pengiring \n= \n~ pengawal\n kapal perang yang menghantar (mengiringi) kapal yang belayar berderet-deret;\n \n~ penjelajah \nkapal yang agak besar dan laju;\n \n~ penumpang\n kapal yang mengangkut penumpang;\n \n~ penyapu periuk api\n kapal untuk memusnahkan periuk api;\n \n~ penyusur\n kapal yang belayar menyusur pantai;\n \n~ perang\n kapal untuk berperang;\n \n~ peronda\n kapal yang meronda untuk menjaga keamanan;\n \n~ roda lambung \nkapal yang dijalankan dengan roda yang dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal;\n \n~ selam\n kapal yang dapat belayar di bawah permukaan air;\n \n~ stim (wap) \nkapal yang digerakkan oleh stim;\n \n~ tangki\n kapal besar untuk mengangkut cecair terutamanya minyak;\n \n~ terbang\na) kenderaan berjentera yang boleh terbang;\n b) belon yang boleh dikemudikan (berbentuk seperti cerut);\n \n~ torpedo\n kapal yang kecil dan laju yang dipersenjatai dengan torpedo;\n \n~ udara \nsejenis kapal berbentuk belon lonjong yang dapat terbang di udara dengan menggunakan gas ringan;\n~ besar ditunda jongkong\n (peribahasa) orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan);\n \nadat teluk timbunan ~\n (peribahasa) orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dan lain-lain;\n \nbesar ~ besar gelombang\n (peribahasa) makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yang menimpa;\n \nsatu ~ dua nakhoda \n(peribahasa)\na) satu pekerjaan dua orang yang mengarahkannya;\n b) perempuan yang menduakan suami;\n sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga\n (peribahasa) perihal rakyat yang tidak bertambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yang datang;\nberkapal\n1.\n mempunyai kapal;\n 2.\n belayar dengan kapal, menaiki kapal:\nia pergi ke Singapura ~;\nberkapal-kapal\n banyak kapal, beberapa buah kapal:\n~ diangkut barang rampasan itu;\nmengapalkan\n1.\n memuatkan ke dalam kapal;\n2.\n mengirimkan melalui kapal;\nperkapalan\n1.\n perihal kapal (urusan dan lain-lain), yang berkaitan dengan kapal (dalam pelbagai aspek):\npegawai ~; \npusat ~; \nkemudahan-kemudahan ~;\n2.\n pelayaran dengan kapal:\nbeting ini menjadi halangan kepada ~; \nsungai-sungai di situ tidak boleh digunakan untuk ~\n;\n3.\n tempat membuat kapal;\npengapalan\n pemuatan orang, barang-barang ke dalam kapal:\n para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura\n." "kapal II\nkulit yang menjadi keras (di kaki dan lain-lain), belulang;\nkapalan\n berbelulang." "kapan I\nkain pembungkus mayat (biasanya kain putih);\n \nhantu ~ \nhantu yang berbungkus;\nberkapan\n berbungkus (dengan kain kapan):\nmayat itu ~ kain putih;\nmengapan\n [arkaik] mendermakan kapan kepada orang yang kematian;\nmengapani\n membungkus mayat:\nbagi orang Islam, wajibnya mayat dikapani;\nmengapankan\n1.\n membungkus mayat untuk orang lain;\n2.\n menggunakan sesuatu untuk membungkus mayat, mengapani dengan sesuatu." "kapan II\n[Jawa]\n1.\n bila, bila mana:\n~ lagi kita pergi ke sana; \naku berbicara ~ saja dan di mana saja;\n2.\n bukankah:\nmengapa ditagih lagi, ~ sudah dibayar;\nkapan-kapan\n bila-bila masa saja, sewaktu-waktu, sebarang waktu:\n~ boleh datang kerumah saya." "kapang I\nsejenis siput yang melekat pada kayu dan makan kayu di air;\n= kampang." "kapang II\n[Minangkabau];\nberkapang\n bercendawan, berlapuk." "kapang III\n~ akar\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kepayang akar, \nEnkleia malaccensis." "kapangan\n[Jakarta];\nbulan (matahari) ~\n gerhana bulan (matahari)." "kapar I\nkayu atau sampah sarap yang hanyut di air:\nsetelah perahu itu pecah, mereka bergantung pada ~-~nya;\nsalangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang\n (peribahasa) sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yang dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian;\nberkaparan\n terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dan lain-lain), berserakan:\nrakyat banyak mati ~;\nmengaparkan\n menyerak-nyerakkan, menabur-naburkan (dengan tidak keruan):\nbantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai;\nterkapar\n terbaring (tidak berketentuan), terlantar:\nia ~ di atas rumput;\nkaparan\n barang-barang (sampah dan lain-lain) yang berkaparan di air." "kapar II\n[arkaik];\nkaparan\n belakang (bahagian yang tidak tajam):\n~ parang (pedang)\n belakang parang (pedang);\n \nseperti kerbau menanduk anak dengan ~ tanduk bukan dengan hujung\n (peribahasa) marah bapa akan anaknya tidak sampai membahayakan." "kapas I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek yang buahnya mengandungi serat untuk dibuat benang), \nGossypium spp.; \npokok ~ bulan\n sejenis tumbuhan (pokok), medang ketanahan, kerabu, \nXanthophyllum rufum;\n2.\n sejenis kabu-kabu (kapuk) daripada buah kapas yang dibuat benang dan lain-lain;\n \nbenang (kain)\n \n~\n benang (kain) yang dibuat daripada kapas;\nseperti ~ yang dibusur\n (peribahasa) putih bersih (amat putih);\n \nuntung bagai untung ~\n (peribahasa) perihal orang yang banyak tanggungannya;\nkapas II\n \n~ sungai\n = \nkapas-kapas, kekapas\n sejenis ikan laut, \nGerres abbreviatus;\n~ laut\n sejenis ikan laut, mentimah, \nGerres punctatus." "kapas III\nburung ~\n sejenis burung, kuang-kuit, murai batu, selancang, \nLalage nigra." "kapas-kapas\nsejenis tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru, \nHibiscus floccosus." "kapasitans\n(Fizik) nisbah cas pada salah satu konduktor sesuatu kapasitor terhadap beza keupayaan antara konduktor-konduktor itu." "kapasiti\n1.\n kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu, kekuatan (mesin dan lain-lain);\n2\n. kemampuan memuat sesuatu, muatan, isi padu." "kapasitor\n(Fizik) peranti yang dapat menyimpan cas elektrik, mewujudkan kapasitans di dalam litar, menahan pengaliran arus terus dan membolehkan pengaliran arus ulang-alik." "kapcai\n[bahasa percakapan] motosikal berkuasa rendah yang murah harganya:\nkalau tak mampu, pakailah ~!" "kapel\n[Indonesia-Belanda] sejenis gereja kecil (di asrama dan lain-lain)." "kaper I\n[Jakarta] sejenis kupu-kupu kecil yang terbang malam." "kaper II\nikan ~\n sejenis ikan seperti ikan tambera." "kapi\ntakal atau kerek (bagi menaikkan layar dan lain-lain);\n \npecah ~ putus suai\n (peribahasa)\na) sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi;\n b) menderita yang amat sangat." "kapik\nkopak-~;\nkopak." "kapilari\n(Biologi) salur darah yang halus-halus (yang membentuk jaringan dalam tisu)." "kapiran\n[Jawa] tidak terpelihara, terlantar, terbiar, tidak beroleh apa-apa, sia-sia." "kapis\nsejenis binatang berkerang, \nPecten spp." "kapista\njahat." "kapit\n[sastera lama] pengiring, pembantu:\nsiapa yang akan menjadi ~ patik jikalau tiada ia;\nberkapit\n ada kapitnya, berpengiring, berpembantu:\nmarilah sertai hamba duduk kerana hamba tiada ~;\nmengapit\n1.\n menekan daripada kedua-dua belah sisi, menghimpit:\nnasi itu dikapit dengan dua keping papan supaya padat;\n2.\n mengiringi:\n~ pengantin;\nmengapitkan\n menjadikan tersepit (terhimpit);\nterkapit\n terhimpit, tersepit:\nbenda itu ~ di celah kayu;\nkapitan\n1.\n alat untuk mengapit (memerah), apitan:\nair tebu yang mengalir dari ~;\n2.\n kapit;\npengapit\n pengiring, ajutan;\n \n~ pengantin\n pengiring pengantin." "kapital\nmodal:\n~ asing diperlukan untuk pembangunan negara." "kapitalis\n1.\n orang (golongan) yang mempunyai modal (untuk pelaburan dalam perniagaan, perusahaan, dan sebagainya);\n \nfaham ~\n kapitalisme;\n \nnegara ~\n negara yang menganut (berasaskan) kapitalisme;\n2.\n orang yang menyokong kapitalisme." "kapitalisme\nsistem ekonomi dan politik yang pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pada sektor swasta daripada kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dengan lain untuk membuat keuntungan." "kapitalistik\nmenyokong (mengamalkan) kapitalisme:\nnegara-negara ~." "kapitan\n[arkaik] ketua kaum atau kumpulan orang Cina (yang tinggal di sesebuah bandar dan lain-lain)." "kapitulasi\n[Indonesia-Belanda] pengakuan kalah (dalam perang), penyerahan diri;\nberkapitulasi\n menyerah kalah, menyerah diri." "kaplok\n[Jakarta];\n~ dada\n bertepuk dada." "kapok\n[Jawa] jera (tidak mahu melakukan lagi), serik;\nmengapokkan\n menghukum dan sebagainya supaya serik atau jera." "kapol\n[Indonesia], [bahasa percakapan] buah pelaga, kepulaga." "kapri\nsejenis kacang kara." "Kaprikorn\nlambang kesepuluh dalam zodiak, yang berlambangkan kambing berekor ikan." "kapstok\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] penyangkut baju (topi dan lain-lain)." "kapsul\nkelongsong kecil (biasanya diperbuat daripada gelatin) yang berisi dos ubat:\nia diberi oleh doktor beberapa butir ~ berwarna kuning; \nditelannya tiga butir ~ minyak ikan." "kapsyen\nketerangan gambar, lukisan, rajah, dan lain-lain:\n pada umumnya, ~ hendaklah dicetak di sebelah bawah gambar atau ilustrasi yang berkenaan.\nKapt.\n [kependekan] kapten;\n \n~ Nordin." "kapten\n1.\n (pangkat) pegawai bertauliah dalam tentera darat dan tentera udara yang kedudukannya setingkat lebih tinggi daripada leftenan dan setingkat lebih rendah daripada mejar;\n2.\n (pangkat) pegawai bertauliah kanan dalam tentera laut yang kedudukannya setingkat lebih tinggi daripada komander dan setingkat lebih rendah daripada laksamana pertama (setaraf dengan kolonel dalam tentera darat dan tentera udara);\n3.\n juruterbang kanan yang bertanggungjawab mengendalikan operasi sesebuah pesawat terbang awam;\n4\n = \n~ kapal \norang yang mengendalikan operasi kapal dagang atau kapal penumpang, nakhoda kapal;\n5\n orang yang mengetuai sesuatu pasukan permainan (seperti bola sepak, hoki dan sebagainya), ketua pasukan;\n6.\n orang yang diberi kuasa memimpin sesebuah pertubuhan, kumpulan dan sebagainya:\npengurus merupakan ~ dalam sesebuah firma." "kapu-kapu\nsejenis tumbuhan (terapung-apung dalam air), apon-apon kiambang, \nPistia stratiotes." "kapucino\nsejenis minuman kopi yang berasal dari Itali, dengan krimnya berbusa dan biasanya ditaburi serbuk coklat." "kapuh\n[Kelantan];\nmengapuh\n menyatukan, mencantum, menyambung." "kapuk I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kabu-kabu, \nCeiba pentandra;\n2.\n kabu-kabu (untuk pengisi tilam, bantal, dan sebagainya)." "kapuk II\nberkapuk\n berpeluk, berdakap:\n para pegawai bersenjata panjang pendek tersandang di bahu dan ~ di rusuk;\n mengapuk\n memeluk, mendakap:\n kedua-dua tangan yang bersarung putih itu ~ senapang; \nbantal dikapuk ke dadanya, sambil tersenyum nakal\n." "kapuk III\n[Minangkabau] kepuk, jelapang." "kapung\nterkapung-kapung\n terapung-apung;\napung." "kapur I\n1.\n benda putih yang diperoleh daripada kulit kerang dan lain-lain yang dibakar (untuk dimakan dengan sirih, mengecat rumah, dan lain-lain);\n2.\n = \n~ tulis\n = \n~ belanda\n [Indonesia] kapur untuk menulis di papan hitam;\n~ barus\n sejenis benda yang rangsang baunya (diperoleh daripada pokok \nDryobalanops aromatica \natau \nCinnamomum camphora,\n atau dibuat dengan kaedah atau proses kimia);\n \n~ hidup\n = \n~ kuripan\n = \n~ mentah \n= \n~ tohor\n kapur yang belum dicampur dengan air, kalsium oksida;\n \n~ masak\n kapur mati yang dicampur dengan pasir dan air;\n \n~ mati\n = \n~ kaustik \nkapur yang sudah bercampur dengan air, kalsium hidroksida;\n \n~ paris \nsejenis serbuk putih yang mengeras apabila dicampur dengan air, biasanya digunakan untuk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yang patah dan sebagainya, plaster paris;\n ~ sirih\n kapur yang dimakan dengan sirih;\n \n~ tohor \nnama lain untuk kalsium oksida;\nbagai kunyit dengan ~\n (peribahasa) perbuatan yang lekas menjadi (serasi sekali);\n \nseperti ~ di hujung telunjuk \n(peribahasa) perihal seseorang yang tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat menolong saudara mara dalam kesusahan;\nsekapur\n \nsirih ~\n sirih lengkap dengan kapur dan kawannya (pinang, gambir, dan lain-lain);\n \n~ sirih\n sekejap (sebentar);\nberkapur\n mengandungi kapur;\n \ntanah ~\n tanah yang mengandungi kapur;\nmengapur\n1.\n menyapu dengan kapur, memberi berkapur:\n~ sirih;\n2. = mengapuri\n menjadikan putih dengan kapur, menyapu kapur (pada dinding dan lain-lain):\nmasjid-masjid dan surau-surau dicat dan dikapur;\nmengapurkan\n menyediakan sirih lengkap dengan kapur dan lain-lain (untuk dimakan):\nTuan Putera Dayang Seri Jawa pun ~ sirih;\npengapuran\n perbuatan mengapur atau mengapuri (dinding dan lain-lain);\npekapuran\n1. = pekapur\n bekas (tempat) kapur;\n2.\n tempat membakar kapur." "kapur II\n1.\n = \npokok ~ barus\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDryobalanops aromatica;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, \nDryobalanops oblongifolia;\n \n~ angin\n sejenis tumbuhan (lumut), rumput angin, tahi angin, \nUsnea spp." "kar I\n[Indonesia] sejenis kereta;\nkahar I" "kar II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] peta." "kara I\nkacang ~\n = \nkara-kara\n sejenis tumbuhan (herba dan buahnya), kacang kedelai, \nDolichos lablab." "kara II\nsebatang ~\n seorang diri (tidak ada saudara-mara)." "kara III\nudang ~\n sejenis udang laut yang besar dan berkulit keras, udang mengkara." "karabin\n[Indonesia-Belanda] sejenis senapang yang pendek larasnya, karbin." "karaf\n[Indonesia-Belanda] bekas air minum." "karah\nbintik (selaput, kotoran) pada gigi (kulit dan lain-lain);\n \nbuluh ~\n sejenis buluh betung;\nberkarah\n berbintik, berselaput, berdaki." "karak I\n[Kelantan] suluh (daripada daun kelapa dan lain-lain), andang." "karak II\n[Terengganu] tempat benang loseng diikatkan." "karakter I\n1.\n sifat (ciri) perwatakan yang membezakan seseorang daripada yang lain;\n2\n. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, misalnya \na\n ialah satu karakter, aksara." "karakter II\n1.\n sifat (ciri) perwatakan yang membezakan seseorang dengan yang lain;\n 2\n. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, misalnya \na\n ialah satu karakter." "karal\n[Kelantan];\nmengaral\n menarik:\nlayang-layang itu dikaral turun." "karam\n1.\n tenggelam (perahu dan lain-lain):\nsebelum ~, barang-barang dalam kapal itu dapat diselamatkan;\n2.\n digenangi (air):\nkampung itu ~ oleh air bah;\n~ berdua basah seorang\n (peribahasa) dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang yang kena hukum;\n \n~ di darat\n (peribahasa) mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yang tidak sepatutnya);\n \n~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali\n (peribahasa) mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara;\n \n~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah\n (peribahasa) kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih daripada kehilangan harta;\n \n~ Kampar oleh Kuantan\n (peribahasa) orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan, tetapi ia tetap disayangi;\n \n~ sambal oleh belacan\n (peribahasa) mendapat kerugian oleh orang yang dipercayai (dikasihi);\n \n~ tidak berair\n (peribahasa) mendapat kecelakaan dengan tidak tentu sebab-sebabnya;\n \norang ~ di laut, aku ~ di darat\n (peribahasa) mendapat bencana di tempat yang tidak patut mendapatnya;\n \ntelah ~ maka bertimba\n (peribahasa) setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal);\nmengaram\n turun hendak tenggelam;\n \ndisangka tiada akan ~, ombak yang kecil diabaikan\n (peribahasa) kerana tidak menghiraukan bahaya yang kecil, maka ditimpa celaka yang besar;\nmengaramkan\n1.\n menenggelamkan (perahu dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] membencanakan, mencelakakan;\nkekaraman\n1.\n mengalami bencana yang mengakibatkan perahu dan sebagainya karam:\nmereka telah ~ di laut;\n2.\n perihal karam." "karamel\ngula hangus yang digunakan sebagai pewarna dan perasa makanan." "karan\n= \n~ elektrik\n arus elektrik;\nberkaran\n1.\n mengeritingkan rambut dengan elektrik:\n~ rambut;\n2.\n keriting atau ikal (rambut) kerana dikeritingkan dengan elektrik:\nrambutnya panjang dan tidak ~;\nmengaran\n mengeritingkan rambut seseorang dengan elektrik." "karang I\n1.\n sejenis batu kapur yang terjadi daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut;\n2.\n timbunan batu kapur:\nbatu ~; \nbunga ~\n sejenis karang lembut yang dapat digunakan untuk menggosok badan dan lain-lain, span;\n \npenyakit ~ (karang-karang, karangan)\n penyakit pada saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yang membatu;\n \ntinjau ~ \nanjung di perahu untuk meninjau kalau-kalau ada karang;\n \ntulang ~\n [Indonesia] tulang yang rupanya seperti karang;\nberkarang\n1.\n mengandungi karang, ada karangnya;\n2.\n sudah lama benar (berkenaan (dengan) penyakit);\n3.\n [arkaik] mencari karang:\nia bertemu dengan Merah Silu ~ di pantai;\nterkarang\n [arkaik] terlanggar pada karang;\nkarangan = perkarangan\n batu karang:\nlaut ini terlalu cemar, banyak ~nya;\nkarang-karangan\n berbagai-bagai karang." "karang II\nsunting, gubahan (bunga dan lain-lain);\nberkarang\n digubah (disusun, dicucuk, dan sebagainya) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dan lain-lain):\nbunga ~; \nintan ~;\nmengarang\n1.\n menyusun dan sebagainya (bunga, permata, manik, dan lain-lain) hingga kelihatan menarik, menggubah:\nputeri itu memetik bunga dan ~ kuntum; \nsebentuk cincin intan dikarang;\n~ telur\n bertelur, mengandungi telur;\n2.\n mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dan lain-lain), mencipta (sajak dan lain-lain), menggubah (lagu):\ntuan itulah yang ~ kitab loghat bahasa Melayu;\n~ novel dan cerpen;\n3.\n mengadakan, mereka-reka:\nkalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yang bukan-bukan;\nkarang-mengarang\n perihal mengarang (cerita dan lain-lain), perbuatan (pekerjaan) mengarang;\nmengarangkan\n mengarang untuk seseorang;\nterkarang\n (sudah) dikarang:\nsebuah senarai Melayu-Cina yang dikatakan ~ sebelum kurun ke-15;\nkarangan\n1.\n gubahan bunga, cucukan (manik dan sebagainya), susunan:\ndi atas meja, terletak sebuah ~ bunga yang indah;\n2.\n ciptaan (cerita, lagu, dan lain-lain), karya:\nnovel itu ialah ~ Samad Said;\n3.\n rekaan, khayalan;\n4.\n [sastera lama] ahli, pandai, tukang:\nmaka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu;\n5.\n yang dikarang oleh, gubahan, ciptaan:\nantologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda;\nkepengarangan\n perihal yang berkaitan dengan pengarang:\nusia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan;\npengarang\n1.\n tali (benang dan lain-lain) untuk mengarang manik (bunga dan lain-lain):\nbagai manik putus ~;\n2.\n orang yang mengarang cerita (lagu, sajak, dan lain-lain), penggubah (lagu dan lain-lain), pencipta;\n3.\n orang yang menyunting karangan untuk diterbitkan (disiarkan);\n~ berita\n orang yang menyunting berita dalam akhbar;\n \n~ bersama\n orang yang bersama-sama mengarang (sesebuah buku dan lain-lain);\n \n~ gigi\n gusi;\n \n~ jantung\n kekasih, buah hati." "karang III\npada waktu yang akan datang, tidak lama lagi, nanti, kelak:\n~ barulah tahu; \nmalam ~\n malam nanti." "karang IV\npekarangan\n1.\n halaman rumah:\nduduk di muka ~ rumahnya;\n2.\n tanah kampung:\nkalau ada ~nya kita dirikan rumah-rumahpetak kecil." "karang V\n= karangan\n [sastera lama] tempat tinggal (kediaman):\nmereka pergi ke karangan Singa Padu tempat kediaman Panji Semirang." "karang VI\n[arkaik] kerang." "karang VII\n[Jakarta];\nilmu ~\n ilmu kebal." "karang VIII\nsebatang ~\n [arkaik] sebatang kara." "karang-karang\nsejenis tumbuhan (herba), bunga kekarang, lidah jin, \nHedyotis philippensis;\n~ sepat\n sejenis tumbuhan (pokok) katung-katung, keranji kepoyang, \nCynometra polyandra; \nbunga ~\n sejenis tumbuhan (herba), \nDentella repensa\n." "karantina\n[Indonesia-Belanda]\nkuarantin." "karaoke\nsatu bentuk hiburan yang membolehkan individu (kumpulan) menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dengan iringan muzik yang sedia terakam dalam alat audio visual;\nberkaraoke\n bernyanyi dengan cara karaoke:\npada malam itu kami ~ dengan beberapa orang teman." "karap\nsejenis ikat pada alat tenun, suri." "karapas\n(Biologi) kulit keras atau bahagian bertulang yang menutupi badan haiwan (seperti bahagian belakang penyu atau kura-kura)." "karar\n[Arab]\n1.\n tenang, tenteram:\nnegeri Melaka pun ~lah pada zaman Laksamana menjadi hulubalang itu;\n2.\n tetap (berada di):\nmaka ~lah Sang Sepurba menjadi raja." "karas I\n= \nkuih ~ \nsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, karas-karas, kekaras." "karas II\n= kekaras\n sejenis tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, \nAquilaria malaccensis." "karas-karas\nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, karas, kekaras." "karat I\nselaput perang kemerah-merahan yang terbentuk pada besi oleh tindakan udara dan air:\n~ besi; \ndimakan ~\n berselaput dengan karat (rosak oleh karat);\n \n~ hati\n [kiasan] perasaan jahat;\nberkarat\n1.\n kena karat, ada karatnya:\nbesi ~\n besi yang sudah dimakan karat;\n2.\n ki\na) lama (tua);\n b) jahat;\n \nhati ~\n jahat hatinya (perasaannya);\nmengaratkan\n menyebabkan (menjadi) berkarat;\nkaratan\n [Jakarta]\n1.\n apa-apa yang telah berkarat (lama, tua);\n2.\n ki\na) buruk, lama, tua;\n b) jahat;\npengaratan\n proses yang menyebabkan (menjadi) berkarat." "karat II\n1.\n ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat);\n \nemas 20 ~\n emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian;\n2.\n unit berat bagi berlian, intan, mutiara;\n3.\n [kiasan] mutu, nilai, kaliber (berkenaan (dengan) orang)." "karat III\n[Kelantan];\nmengarat\n mengangkat." "karat IV\n~ besi\n sejenis tumbuhan (pokok renek), tampang (tampung) besi, \nCalicarpa longifolia." "karate\nseni mempertahankan diri orang Jepun yang menggunakan tangan, kaki, siku, dan lutut sebagai senjata." "karau\nberkarau\n berkacau, bercampur baur, sedang mengaduk;\nmengarau\n mengacau supaya bercampur baur;\npengarau\n peranti elektronik yang dapat mengganggu atau mengubah mesej telefon, bunyi radio dan sebagainya." "karavan\nkenderaan yang dilengkapi tempat tidur, dapur dan sebagainya untuk dijadikan sebagai tempat tinggal semasa percutian dan sebagainya, biasanya ditarik oleh kenderaan bermotor lain." "karbaid\n[bahasa percakapan] karbida;\n \nlampu ~ \nlampu yang dinyalakan dengan karbida." "karbida\n(Kimia) sebatian tak organik daripada karbon dengan unsur yang lebih elektropositif:\nkalsium ~." "karbin\nsejenis raifal automatik yang ringan." "karbohidrat\n1.\n sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yang terdapat semula jadi pada tumbuhan;\n2.\n zat makanan (berupa gula dan kanji) yang memberi sumber tenaga kepada benda hidup (yang boleh menggemukkan badan jika diambil berlebihan);\nberkarbohidrat\n mengandungi karbohidrat." "karboksil\n(Kimia) mengandungi atau terdiri daripada COOH:\nkumpulan ~." "karbol\n[Indonesia] karbolik;\ndikarbol\n1.\n disiram dengan karbol;\n2.\n [bahasa percakapan] dimaki hamun (dicaci) cukup-cukup." "karbolik\n(Kimia);\n \nasid ~\n asid yang digunakan untuk membunuh kuman dan lain-lain." "karbon\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang wujud semula jadi dalam bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dan lain-lain;\n~ dioksida \nsejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dan lain-lain (terdapat sebanyak 0.03% dalam atmosfera);\n \n~ monoksida \nsejenis gas yang tidak berwarna dan sangat beracun;\n \n~ teraktif \nbentuk karbon yang berupaya menyerap gas, wap, atau pepejal koloid dengan banyaknya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang;\n \n~ tetraklorida \ncecair yang tidak berwarna, beracun, dan digunakan sebagai pelarut dan lain-lain;\n \nkertas ~\n kertas berlapis bahan karbon untuk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip);\nmengkarbonkan\n1.\n menukarkan sesuatu menjadi karbon dengan cara pembakaran, proses kimia dan sebagainya;\n2.\n menyalut sesuatu dengan karbon;\npengkarbonan\n proses mengkarbonkan." "karbonat\n(Kimia) sejenis garam daripada asid karbonik." "karboniferus\n(Kimia) mengeluarkan (menghasilkan) batu arang atau karbon:\nbatuan ~." "karbonik\n(Kimia) mengandungi karbon;\n \nasid ~ \nasid lemak yang terbentuk apabila karbon dioksida dilaruntukan dalam air." "karbonil\nkumpulan ~ \n(Kimia) kumpulan C=O yang terdapat dalam sebatian seperti keton, gula dan asid organik." "karbunkel\n(Perubatan) pekung." "karburetor\nalat tempat udara bercampur dengan wap minyak petrol untuk menjadi bahan peletup pada enjin kereta dan lain-lain." "karcis\n[Indonesia] tiket (wayang, bas, dan lain-lain);\n \n~ masuk\n [Indonesia] tiket untuk masuk menonton wayang dan lain-lain;\n \n~ nama\n [Indonesia] kad nama;\n \n~ tampel\n [Indonesia], [bahasa percakapan] surat kecil tanda membayar sewa pasar (upah penjaga sepeda dan lain-lain)." "kardamunggu\nsejenis tumbuhan (herba, sejenis halia), \nElettaria cardamomum." "kardigan\nbaju panas yang dibuat daripada benang bulu yang dikait, biasanya tanpa kolar dan berbutang di depan." "kardinal\npendeta Roman Katolik yang terkanan di bawah Paus." "kardinal II,\nnombor ~\n (Matematik) nombor yang menyatakan kuantiti misalnya 1, 2, 3\u2026.(lawan nombor ordinal)." "kardiologi\ncabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan fungsi dan penyakit jantung." "kardiomiopati\n(Perubatan) penyakit otot jantung yang kronik." "karditis\n(Perubatan) radang pada jantung." "kardus\nkertas tebal (untuk membuat kad, kotak, dan lain-lain), kadbod." "karek\n[Kelantan];\nmengarek\n mengambil berat, memikirkan sungguh-sungguh." "karel\nbilik kecil khas di perpustakaan tempat seseorang membaca, belajar, mengarang dan sebagainya." "karena\n[Indonesia] kerana." "karenah\n[Arab] alamat, bukti, tanda." "karengga\n[Minangkabau];\nkuda ~\n sejenis kuda yang berbulu kelabu kemerah-merahan (kekuning-kuningan)." "kareseh\n~-peseh\n [Minangkabau] bercakap bahasa Belanda;\n= keleseh." "karet\n[Indonesia]\n1.\n getah:\nban mobil yang dibuat daripada ~; \npohon ~\n pokok getah;\n \n~ alam\n getah asli: \n2.\n [bahasa percakapan] tidak pasti, dapat dipanjangkan atau dipendekkan;\n \njam ~ \njam yang tidak betul (jalannya selalu terlambat)." "kargo\nbarang-barang yang dibawa (diangkut) oleh kapal laut (kapal terbang atau kenderaan lain)." "kari I\ngulai daging, ikan, dan lain-lain yang dimasak dengan rempah." "kari II\n[Jawa] [arkaik] baki, sisa, tinggalan." "kariah\n[Arab] kawasan yang didiami oleh penduduk yang berkongsi masjid atau surau." "karib\n1.\n dekat (hubungan kekeluargaan);\n \n~ (dan) baid\n dekat dan jauh (sanak saudara);\n \n~ kerabat\n saudara-mara yang dekat;\n2.\n rapat, erat (persahabatan dan lain-lain):\nkawan ~\n kawan yang rapat;\nberkarib\n bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya:\nia ~ benar dengan Mak Guna yang bijak itu;\nmengaribi\n bersahabat baik dengan, mendekati;\nmengaribkan\n merapatkan atau mengeratkan (persahabatan, persaudaraan, dan lain-lain);\nkekariban\n1.\n perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan;\n2.\n perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan)." "karibu\nsejenis rusa besar yang terdapat di kawasanArtik Amerika Utara, \nRangifer tarandus\n." "karier\nkerja atau profesion yang menjadi kegiatan berpanjangan seseorang dalam hidupnya, kerjaya:\nbidang penterjemahan itu sendiri dapat dijadikan ~." "karies\nkerosakan atau keadaan busuk pada gigi dan tulang." "karih\nmengarih\n mengacau, mengarau, mengaduk:\n~ nasi\n." "karikatur\ngambar, ajukan suara, perangai, dan lain-lain seseorang yang menekankan ciri-ciri tertentu untuk berjenaka." "karil\nsejenis arnab." "karim I\n[Arab] murah hati." "karim II\nsejenis ikan darat, \nTrichopsis vittatus." "karing\nsejenis ikan darat, kawan, \nLabeobarbus tambra;\n= garing." "kariogram\n(Biologi) gambar rajah atau gambar foto kromosom sel yang tersusun secara berpasangan dalam urutan tertentu." "karipap\nsejenis kuih yang kulitnya dibuat daripada tepung gandum dan intinya daripada ubi kentang dan daging yang bercampur rempah." "karisma\nkualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai:\nheroisme ialah pemujaan terhadap seseorang tokoh, yang dianggap mempunyai kelebihan, keunggulan, ~, dan kewibawaan;\nberkarisma\n mempunyai karisma:\nJohn diagung-agungkan oleh rakyatnya dan mereka mengira Amerika mempunyai presiden yang paling ~ dalam sejarah." "karismatik\nberkarisma,menunjukkan karisma." "karkas\n~ ayam\n cakar ayam (tulisan yang buruk)." "karkausar\nkalikausar." "karkun\n[arkaik] [sastera lama] kerani, jurutulis." "karma\n1.\n semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia;\n2.\n kerama, kutuk, sumpah:\ntak seorang pun yang terlepas daripada ~nya." "karmin\n(Biologi) pigmen berwarna merah yang diperoleh daripada sejenis serangga." "karna\n[bahasa percakapan] kerana." "karnival\n1.\n pesta besar-besaran biasanya disertai oleh perarakan, acara meriah, dan sebagainya;\n2.\n pesta ria bergerak." "karnivor\n(Biologi) haiwan (seperti harimau) yang memakan daging sebagai sumber makanan utamanya, maging." "karok\n[Terengganu] sarang labah-labah, sawang." "karol\nnyanyian gembira atau puji-pujian, terutamanya semasa perayaan hari Krismas, lagu hari Natal." "karom\nsejenis permainan yang menggunakan papan segi empat yang mempunyai lubang di setiap penjurunya, dan setiap pemain (biasanya terdiri daripada dua hingga empat orang) secara bergilir-gilir menjentik gundu untuk menolak kepingan bulat leper masuk ke dalam lubang." "karombol\n[Indonesia] sejenis permainan bola sodok." "karotena\n(Kimia) sejenis pigmen hidrokarbon yang berwarna kuning, jingga, atau merah, dan terdapat semula jadi dalam tumbuhan, seperti lobak merah, kelapa sawit, keledek, labu, dan lain-lain." "karotid\n(Biologi) salah satu daripada dua arteri utama yang membekalkan darah ke kepala dan leher." "karpel\n(Biologi) organ pembiakan betina tumbuhan berbunga yang terdiri daripada ovari, stil, dan stigma." "karpet\nambal, permaidani;\nberkarpet\n berambal, berpermaidani." "karpus I\nsejenis topi (kopiah)." "karpus II\n(Perubatan) pergelangan tangan." "karsinogen\n(Perubatan) sebarang agen yang mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup (mis asbestos, benzena, dan lain-lain)." "karsinogenesis\n(Perubatan) pembentukan sel kanser daripada sel normal." "karsinogenik\n(Perubatan) cenderung menyebabkan berlakunya kanser (berkenaan (dengan) sesuatu bahan dan sebagainya)." "kartel\npersatuan antarabangsa pengeluar atau pengusaha sesuatu barangan untuk menguasai pasaran (mengawal harga dan sebagainya)." "kartika\nbintang ~\n bintang tujuh." "kartografi\n1.\n teknik atau seni melukis atau membuat peta;\n2.\n gambar peta (carta dan lain-lain):\nsebanyak 202 helai bahan ~ disimpan di pejabat ini." "kartogram\npeta yang mempunyai maklumat statistik yang berbentuk gambar rajah." "karton I\nsejenis kotak daripada kertas tebal (untuk mengisi barang-barang seperti rokok dan lain-lain)." "karton II\n[Indonesia-Belanda] kertas tebal, kadbod, kardus." "kartotek\nkartotik\n [Indonesia-Belanda]\n1.\n pencatatan dan penyusunan dengan menggunakan kad, pengartuan;\n2.\n kabinet tempat menyimpan kad, perkartuan." "kartrij\n1.\n kelongsong (seperti bentuk silinder) biasanya daripada logam yang berisi ubat bedil atau penabur, sarung peluru;\n2.\n sarung berserta filem fotograf yang boleh dimasukkan terus ke dalam kamera;\n3.\n alat yang berisi pita bermagnet (saiznya lebih besar daripada kaset) untuk rakaman suara atau video;\n4.\n bekas perisian dakwat yang boleh ditukar ganti untuk pen mata bulat." "kartu\n[Indonesia]\n1.\n kad;\n2.\n daun terup;\n \nmain ~\n main terup (berjudi dengan daun terup);\n~ (tanda) anggota\n kad ahli;\n \n~ besar\n daun terup untuk permainan \nbridge\n dan lain-lain;\n \n~ kecil (ceki)\n daun terup untuk permainan ceki;\n \n~ pindahan\n kad yang dikirim untuk menyatakan pertukaran alamat;\n \n~ pos\n kad yang digunakan sebagai surat;\n \n~ pos gambar\n kartu pos yang bergambar;\n \n~ undangan\n kad jemputan;\n \ndengan ~ terbuka\n dengan terang-terang (tidak berselindung-selindung lagi);\n membuka ~\n menerangkan maksud dengan terang-terang;\nmengartukan\n mencatat di atas kad;\nperkartuan\n1.\n pencatatan di atas kad dan penyusunan kad mengikut abjad;\n2.\n tempat kartu (kad);\npengartuan\n perihal atau perbuatan mengartukan." "kartun\n1.\n \n= gambar ~\n lukisan yang mengisahkan sesuatu (seperti hal sehari-hari, hal politik, dan lain-lain) dengan cara berjenaka;\n2.\n filem yang dibuat daripada rentetan lukisan (yang menjadi watak cerita)." "kartunis\norang yang kerjanya melukis kartun secara profesional." "karu\n[Minangkabau] [arkaik];\nberkaru\n kacau atau kusut (fikiran, hati), bercelaru;\nmengaru\n menyela (menyampuk) orang bercakap." "karu-karu\nsejenis tumbuhan (pokok), bangkal (paya), membatu hitam, \nCtenolophon parvifolius." "karuai\n[Brunei] sejenis burung, kuang, \nArgusianus argus\n." "karuk\n[Pahang] andang, suluh (daripada daun kelapa kering)." "karun\norang yang kaya raya pada zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dalam tanah bersama harta bendanya;\n \nmenjadi ~\n menjadi kaya-raya;\n \nharta ~\na) harta yang terpendam (tidak diketahui tuannya);\n b) [Minangkabau] harta yang diperoleh dengan jalan haram;\n \ndapat ~ timbul\n = \ndapat harta ~\n (peribahasa) mendapat keuntungan besar dengan tidak bekerja susah-susah." "karung\nsumpit besar daripada kain yang kasar dan agak tebal;\nberkarung-karung\n beberapa karung (sebagai ukuran banyaknya sesuatu):\nberas diangkut orang ~\n." "karunia\nkurnia." "karut I\n1. = berkarut\n kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dan lain-lain):\nfikirannya sangat ~;\n2.\n tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dan lain-lain):\nmenceritakan cerita-cerita ~;\n~-marut\na) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala;\n b) terlalu bohong atau dusta (berkenaan (dengan) kata-kata dan sebagainya);\nmengarut\n1.\n menyebabkan karut, mengacaukan (merusuhkan dan lain-lain);\n2.\n bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dan lain-lain):\nsetiap orang yang hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan;\nkekarutan\n perihal karut, kekacauan (kekalutan dan lain-lain):\nbagaimana mereka hidup dalam dunia yang penuh kekeliruan dan ~." "karut II\nparut." "karut III\nubi ~\n ubi garut, ararut." "karya\n1.\n kerja;\n2.\n buatan atau ciptaan (seni dan lain-lain):\n~ Abdul Rahim Kajai;\n~ seorang pelukis;\n~ eceran \nkarya yang diterbitkan secara satu-satu atau sedikit-sedikit seperti dalam bentuk rencana (bukannya dalam bentuk buku);\nberkarya\n menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dan sebagainya):\ntanpa pasaran yang memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~;\nperkaryaan\n kegiatan berkarya:\n penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran;\npengkaryaan\n penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya):\nASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dalam soal ~; \nkreativiti para penulis itu untuk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran;\n pengkarya\n orang yang berkarya atau menghasilkan karya:\n oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita." "karyaneka\nagensi atau pusat pemasaran barang-barang buatan tangan." "karyawan\npenghasil karya, pencipta;\n \n~\n \ntamu\n tokoh karyawan (biasanya sudah bersara) dalam sesuatu bidang yang diberi penghargaan (dengan segala kemudahan) oleh badan tertentu untuk melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya (seperti buku, kamus, dan lain-lain)." "kas I\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n tempat menyimpan wang:\n~ negara\n perbendaharaan negara;\n2.\n wang yang ada tersedia (pada pertubuhan, pejabat, dan lain-lain);\n3.\n tempat untuk membayar (menerima) wang:\naku pergi ke bahagian ~ lalu membayar seribu." "kas II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n peti kayu (untuk mengisi barang-barang yang hendak dikirim);\n2.\n bingkai dan tutup arlogi (jam saku atau jam tangan), tempat pesawat arlogi dan lain-lain." "kasa I\nkain ~\n kain yang halus dan jarang tenunannya:\nkelambu biasanya dibuat daripada kain ~;\n \n~ dawai\n = \nkawat ~\n [Indonesia] jaringan dawai yang halus-halus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pada pintu almari makanan)." "kasa II\n[arkaik] [sastera lama] angkasa." "kasa III\n[Indonesia] tempat membayar (menerima) wang;\nkas I." "kasab\nbenang emas (perak):\nsulaman suji atau ~ ini begitu popular." "kasad\n[Arab] maksud, niat, tujuan:\n~ saya datang ini sekadar hendak berjumpa sahaja;\nmengasadkan\n [sastera lama] memaksudkan, meniatkan:\nakan adat anak panah tuan hamba ini apabila tanggal daripada ibunya sudah kenalah yang dikasadkan." "kasah I\nkasa I." "kasah II\n[sastera lama] sejenis tikar rotan, lampit." "kasah III\nsejenis tumbuhan (pokok), dalam famili Sterculiaceae, \nPteryangota horsfieldii\n." "kasai I\n1.\n sejenis bau-bauan yang dipakai untuk mencuci rambut;\n2.\n sejenis bedak basah yang wangi (untuk menggosok dan mengharumkan kulit badan);\nberkasai\n bergosok dengan menggunakan kasai." "kasai II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nAmoora spp.;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), asam kuang, \nPometia pinnata;\n3.\n = \n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok) tatai, \nPometia alnifolia;\n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok), medang berbulu, kasip bukit, redan, \nAglaia cordata;\n \n~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok), cikeh, kulim burung, pasak lingga, \nAphanamixis polystachya;\n \n~ talang (sumatera)\n kasai bukit;\n \n~ tembaga\n sejenis tumbuhan (pokok), bunga kombil, kasip hutan, kulim burung, malau, \nDysoxylon excelsum." "kasai III\nsejenis ikan laut;\n~ janggut\n sejenis ikan laut, \nSetipinna taty;\n~ minyak\n sejenis ikan laut, \nThryssa mystax." "kasak\n~-kisik (kusut) \nbisik-bisik, desas-desus." "kasam\n[Minangkabau] dendam, musuh;\n \nmelepaskan ~\n melepaskan dendam;\nkesam." "kasang\n[Minangkabau] kering;\nkesang III." "kasanova\nlelaki yang suka memikat dan memperdaya perempuan." "kasap I\nkesat, tidak licin (seperti daun empelas dan lain-lain);\nkekasapan\n perihal (keadaan, rasa dan sebagainya) kasap." "kasap II\npengurus makanan dan lain-lain di kapal." "kasap III\n~ jantan\n sejenis tumbuhan (pokok renek), cempening, labu-labu, \nClerodendron villosum\n." "kasar\n1.\n tidak kecil atau tidak halus, agak besar:\nbenang ~;\n \nbulu ~;\n \npasir ~; \ngaram ~\n;\n 2.\n tidak licin, kasap, kesat:\nkertas pasir ini kurang ~; \nmuka Satejo sangat ~ nampaknya;\n3.\n tidak kemas (halus) buatannya dan sebagainya:\nperabot yang tahan lama tetapi ~ buatannya; \njahitannya ~;\n4.\n tidak tertib (sopan-santun, beradab), tidak lemah lembut:\nsegala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; \nmenjawab dengan suara yang ~ \nmenjawab dengan suara yang menengking;\n \nbermain ~\n berlaku kasar (tidak menurut ketertiban dan peraturan);\n5.\n tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pada garis besarnya sahaja:\nperbelanjaan itu dikira secara ~\n \nsaja; \njualan ~; \nuntung ~;\n6.\n yang berwujud, jasmani:\nbadan (tubuh) ~\n badan (tubuh) yang jasmani (bukan batin);\n7.\n keras dan rendah (suara dan lain-lain), besar:\nsuara ~;\n8.\n berat (berkenaan (dengan) kerja dan lain-lain):\nburuh ~\n buruh yang membuat kerja berat;\n \nkerja ~\n kerja berat (kerja yang dilakukan dengan kekuatan tubuh badan seseorang);\n \n~ tangan \na) kasar barang kerjanya;\n b) suka memukul;\nberkasar\n berbuat (bercakap dan lain-lain) dengan kasar:\ntidak pernah Tasimah ~ dengan suaminya;\nmengasari\n berbuat sesuatu dengan kasar pada, mengerasi:\ndia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu;\nmengasarkan\n menjadikan kasar;\nmemperkasar\n menjadikan lebih kasar;\nkekasaran\n perihal kasar:\nrasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu." "kasasi\n[Indonesia] (Undang-undang) pembatalan sesuatu hukuman oleh mahkamah yang lebih tinggi." "kasatmata\n[Jawa] [arkaik] nyata, jelas, maujud." "kasau\nkayu yang melintang pada atap (bumbung) rumah dan lain-lain (untuk memasang atap);\n~ betina\n kasau yang kecil;\n \n~ jantan\n kasau dasar yang lebih besar (tempat kasau betina dipasang)." "kasbuk\n[Indonesia], [bahasa percakapan] buku tunai." "kasdu\n[Jawa] [arkaik] sudi, suka (mahu) akan." "kasein\n(Kimia) protein yang dimendakkan daripada susudan merupakan asas keju dan plastik tertentu." "kaseinogen\n(Biologi) protein utama dalam susu yang bertukar menjadi kasein dengan tindakan resin." "kasemek\nkesmak." "kasep\nterlambat;\nkasip." "kaserin\n[Indonesia] [arkaik] sejenis tumbuhan (pokok)." "kaserol\nsejenis bekas (bertutup yang dibuat daripada kaca, tanah liat, dan sebagainya) yang tahan haba (digunakan untuk memasak dan menghidangkan makanan yang dimasak)." "kaset\nsejenis alat yang mengandungi pita untuk merakamkan bunyi (suara dan sebagainya) atau memperdengarkan sesuatu rakaman (dengan alat tertentu)." "kasi I\n[bahasa percakapan]\n1.\n beri, bagi;\n2.\n membuat supaya;\nkasih III" "kasi II\n[sastera lama] kembiri, kasim:\nayam ~;\nmengasi\n mengembiri, mengasim:\nkucingnya dikasi;\npengasian\n perbuatan (kerja) mengasi." "kasi III\nsejenis tumbuhan (pokok), cenarahan, lidah mara, pendarah, tampoi, \nOuratea hookeri;\n \nbunga ~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nMaesa indica." "kasi-kasi\nsejenis ikan laut, \nThrissocles baelama." "kasid\n[Arab] [arkaik] utusan, suruhan." "kasih I\n1.\n perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta:\n~ku padamu masih seperti dahulu;\n~ seseorang pada agama, negara, dan bangsa; \nterima ~\n pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dan sebagainya) yang telah diperoleh, syukur;\n2.\n berasa sayang (akan), berasa cinta (akan):\nia bertambah ~ pula pada anak itu;\n \n~ mesra\n sangat kasih (cinta);\n~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan\n (peribahasa) kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang;\n \n~ sepantun tulisan pinggan\n (peribahasa) kasih yang tidak kunjung hilang (bagi orang yang terlalu mesra pergaulannya);\n \n~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yang ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa\n (peribahasa) kasih yang sama berada itulah kasih yang sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya);\n \n~ itu semangat (roh) yang buta\n (peribahasa) kasih itu tidak memilih yang baik atau yang cantik sahaja;\n \n~ tidak bersekutu dengan bijak\n (peribahasa) apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya;\n \nkerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat\n (peribahasa) orang yang tidak berperaturan dalam pekerjaannya;\nkasihkan\n kasih akan;\n ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan \n(peribahasa) anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan;\nberkasih\n berasa kasih:\nadat ~ menanggung rindu;\nberkasih-kasihan\n1.\n saling berasa kasih, cinta-mencintai:\nsetelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~;\n2.\n [sastera lama] berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan:\njika Seri Rama hendak ~ dengan kami, kembalikanlah Sita Dewi kepada Maharashi Kala;\nmengasihi\n menaruh kasih akan (pada), menyayangi, mencintai:\nia sangat dikasihi oleh ibunya; \nharuslah raja-raja melengkapi negerinya dan\n \n~\n s\negala rakyatnya;\n kekasihan\n rasa cinta (sayang);\npengasihan\n perihal mengasihi;\nberpengasihan\n mempunyai sifat mengasihi:\ntangan ibunya yang ~ itu selalu mengusap-usap rambutnya;\nkekasih\n orang yang dikasihi (dicintai), buah hati:\nia selalu menulis surat kepada ~nya;\npengasih\n1.\n = \nilmu ~ \n= \npekasih\n jampi (azimat, doa, guna-guna, dan lain-lain) untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih:\ndicarikannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kepada dukun-dukun yang pandai; \nkata orang, saya ini memakai ilmu ~;\n2.\n selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang:\nibu yang ~ dan penyayang;\nperkasihan\n perihal berkasih:\n hal ini menguatkan tali ~ antara kita." "kasih II\ni> \nkasihan\n1.\n berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dan sebagainya seseorang:\nbukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula;\n2.\n menimbulkan rasa hiba (pada diri orang lain yang melihatnya dan sebagainya):\n~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi;\n3.\n [kata seru] kata untuk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba:\nTengoklah dia itu, ~!; \nTolonglah pak cik, ~lah!; \nbelas ~\n perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dan lain-lain yang malang;\n \n~ gajah berusung\n (peribahasa) kasihan yang tidak kena pada tempatnya;\nkasihankan\n kasihan akan:\naku benar-benar ~ dia;\nmengasihani\n menaruh belas kasihan pada (seseorang dan lain-lain):\napa gunanya ~ orang yang tidak ~ dirinya sendiri." "kasih III\n= mengasih\n [bahasa percakapan]\n1.\n memberi:\njangan ~ dia minum;\n~ tahu\n memberitahu;\n2.\n membiarkan, mengizinkan, tidak menegahkan;\n \n~ lihat\n memperlihatkan;\n \n~ turun\n menurunkan;\n3.\n membuat supaya, menjadikan:" "kasim\nkasi, kembiri;\nmengasim\n mengasi, mengembiri." "kasima\n[Jakarta];\nterkasima\n termangu-mangu, tertegun (kerana bingung, terperanjat, dan sebagainya)." "kasino\nbangunan atau dewan tempat berjudi." "kasintu\n(Sunda) [arkaik] ayam hutan." "kasip I\n[Jawa] terlambat, terlewat:\njangan tunggu sampai ~." "kasip II\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), kasai bukit, medang bebulu, redan, \nAglaia cordata;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), bunga kombil, kasai tembaga, \nDysoxylon excelsum." "kasir I\n[Indonesia-Belanda] pemegang wang tunai." "kasir II\nsejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, beras-beras, kedondong matahari, kempas roman, kijai, pauh kijang, \nTrigonochlamys griffithii." "kasisang\n[Brunei] sejenis serangga yang merosakkan tanaman seperti padi." "kasmaran\n= \nedan ~\n [sastera lama] mabuk (gila) berahi, jatuh cinta:\nia mahasiswa yang sedang ~; \nkesmaran" "kasmutik\n[Indonesia] sejenis minyak rambut." "kasolit\n(Kimia) mineral yang mengandungi plumbum dan uranium." "kaspe\n[Indonesia-Belanda] ubi kayu, singkong." "kasrah\n[Arab] tanda bacaan huruf Arab yang menandakan bunyi /i/, baris di bawah." "kasta\n1.\n golongan yang berdasarkan tingkatan kedudukan dalam masyarakat Hindu (yang terdiri daripada empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra);\n2.\n lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dalam masyarakat):\nHari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka;\nberkasta\n mempunyai kasta, terbahagi kepada atau tergolong dalam kasta:\nmereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dengan lelaki yang ~ rendah;\n berkasta-kasta\n terbahagi atau berpecah kepada beberapa kasta:\ndi\n \nrumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yang ~ dan diasing-asingkan;\nmengkastakan\n membahagikan kelompok manusia mengikut kasta:\napakah kau cuba untuk ~ pengikut kita?" "kastam\n1.\n cukai yang dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yang diimport atau dieksport;\n2.\n jabatan kerajaan yang memungut cukai (atas barang-barang yang diimport atau dieksport):\nbapanya bekerja sebagai pegawai rendah pejabat ~; \npegawai ~." "kastard\nsejenis makanan daripada campuran telur, susu, gula, dan sebagainya." "kasteria\nkesateria\n." "kasti\n[Indonesia-Belanda] sejenis permainan dengan bola kecil yang keras dan pemukul." "kastil\n[Indonesia-Belanda] bangunan kepunyaan bangsawan (pada zaman dahulu) yang dibentengi (dikubui) untuk mempertahankannya daripada serangan." "kastria\nkesateria\n." "kastroli\n[Indonesia-Belanda] sejenis ubat pencuci perut (dibuat daripada minyak jarak)." "kasturi I\nkuih ~ \nkuih rengas." "kasturi II\nkesturi." "kasual\n(tentang pakaian) tidak formal:\nLinda telah menunjukkan beberapa ciptaan pakaian ~." "kasuari\n= \nburung ~\n sejenis burung yang tidak dapat terbang (seperti burung unta), \nCasuarius spp\n." "kasur\n[Indonesia] tilam;\njatuh di ~ \n(peribahasa) mendapat kesenangan hidup;\n \ntidur di ~\n (peribahasa) berbinikan orang kaya." "kasus\n[Indonesia] keadaan (perkara, persoalan, dan sebagainya) yang sebenarnya atau yang tertentu (khusus), keadaan (kejadian dan sebagainya) yang khusus yang ada kaitannya dengan seseorang atau sesuatu, kes." "kasut I\nalas kaki (seperti sepatu, selipar, dan lain-lain);\n~ bola\n kasut untuk bermain bola sepak;\n \n~ but \nkasut yang menutup kaki sampai ke atas buku lali;\n \n~ getah \nkasut daripada getah;\n \n~ kayu\n terompah;\n \n~ luncur \nkasut yang mempunyai bilah logam yang nipis pada tapaknya yang dipakai untuk meluncur di permukaan ais;\n \n~ roda \nkasut yang mempunyai roda kecil yang biasanya dipakai untuk berjalan meluncur;\n~ rumput\n [Indonesia] selipar (daripada anyaman rumput);\n \n~\n \ntumit\n \ntinggi\n kasut yang tinggi dan halus tumitnya (dipakai oleh wanita);\nberkasut\n1.\n mempunyai kasut:\nsepanjang hidupnya, ia tidak pernah ~\n;\n2\n. memakai kasut:\ndia tidak ~ ke kedai." "kasut II\nbinatang ~ \nsejenis binatang (bersel satu dan berbentuk seperti kasut), \nParamecium spp." "kasut III\nbunga ~\n sejenis tumbuhan (herba), \nPaphiopedilum exul." "kaswi\nsejenis kuih daripada tepung beras atau tepung gandum dan gula yang dikukus (biasanya disalut dengan kelapa parut)." "kasyaf\n[Arab] (berkenaan (dengan) ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati;\nmengkasyaf\n membuka hati:\nzikir lailahaillallah itu ~ kalbunya." "kat\n[bahasa percakapan] dekat." "kata\n1.\n sesuatu yang diucapkan (dituturkan), cakap, ujar:\norang yang angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yang kesat kepada mereka;\n2.\n (Linguistik) gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu;\n \nilmu bentuk ~ \npengetahuan berkenaan bentuk kata (berkenaan (dengan) awalan, akhiran, dan lain-lain);\n \nsuku ~\n (Linguistik) satuan (unit) bunyi yang terdiri daripada satu vokal sahaja atau daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian daripada sesuatu kata:\nada empat suku ~ pada perkataan hulubalang;\n~ adat\n peribahasa yang berkaitan dengan adat;\n \n~ akar \n(Linguistik) bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti \nanak\n dalam \nberanak,\n atau morfem terikat seperti \njerumus \ndalam \nterjerumus\n;\n \n~ alu-aluan\n ucapan (kata-kata) sebagai menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dan sebagainya (penerbitan sesebuah buku dan sebagainya);\n \n~ ambilan\n kata yang diambil daripada bahasa asing, kata pinjaman;\n \n~ bantu\n (Linguistik) jenis perkataan kecil yang biasanya bersambung pada kata lain (seperti kah, lah, pun, dan lain-lain), partikel;\n \n~ bantu bilangan\n (Linguistik) kata yang membantu kata bilangan, penjodoh bilangan seperti bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dan lain-lain;\n \n~ basi\n ungkapan dan lain-lain yang (sudah) selalu benar digunakan;\n \n~ benda\n [arkaik] = \n~ nama;\n~ bilangan\n kata yang menyatakan banyaknya benda;\n \n~ bulat\n persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara;\n \n~ dasar\n = \n~ pokok \nkata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan seperti \npandang, gelisah, kuat,\n dan lain-lain);\n \n~ depan \n[Indonesia] = \n~ penghubung;\n~ dua\n pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan (syarat dan sebagainya) yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam pertikaian (perundingan dan sebagainya) dengannya (dengan ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yang lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dan lain-lain);\n \n~ entri \n= \n~ masukan;\n~ ganti \n(Linguistik) kata yang menjadi ganti kepada kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kepada orang, haiwan atau sesuatu, misalnya \ndia, ia, mereka\n);\n \n~ hati\na) gerak hati, perasaan yang timbul dalam hati;\n b) angan-angan (dalam hati);\n \n~ hikmat\n = \n~ pujangga \nperkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi;\n \n~ hubung\n (Linguistik) kata yang gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dan sebagainya), misalnya \nkerana \ndan\n supaya\n, sendi kata;\n \n~ jadian\n = \n~ terbitan;\n~ keadaan\n [arkaik] = \n~ sifat;\n~ kerja\n (Linguistik) kata yang menyatakan sesuatu perbuatan;\n \n~ kerja pasif \n(Linguistik) bentuk kata kerja (seperti \ndipukul, ditangguhkan, kehujanan,\n dan lain-lain) yang menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kepada kata kerja);\n \n~ keterangan \n(Linguistik) kata yang menerangkan sesuatu kata;\n \n~ laluan \na) (Komputer) gabungan huruf atau nombor yang membentuk kod unik yang perlu dimaklumkan kepada sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem;\n b) kata, ungkapan dan sebagainya rahsia yang dijadikan sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dan sebagainya;\n \n~ lawan \n= \n~ berlawan\n kata yang berlawanan ertinya (seperti \nbesar \ndengan \nkecil, kuat \ndengan \nlemah,\n dan lain-lain);\n \n~ majmuk \n(Linguistik) kata yang merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yang dianggap sebagai satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis \nbumiputera, papan hitam, \ndan lain-lain);\n \n~ masukan \nkata atau ungkapan utama yang terkandung dalam sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yang ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dan lain-lain;\n \n~ membazir (mubazir)\n kata yang tidak perlu turut digunakan kerana makna yang dimaksudkan telah jelas dalam perkataan lain;\n \n~ nama\n (Linguistik) kata yang merujuk kepada orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas;\n \n~ nama am\n (Linguistik) kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum, misalnya \njalan, guru\n dan \nkegemilangan;\n \n~ nama khas\n (Linguistik) kata yang merujuk kepada orang, tempat benda yang khusus, misalnya \nKuala Lumpur \ndan \nMuhammad;\n~ nista\n kata-kata yang mencerca atau mencaci (sumpah seranah);\n \n~ orang\n cakap orang, khabarnya;\n \n~ pemutus (putus, pasti) \nkata yang menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (seperti pertunangan dan lain-lain);\n \n~ pendahuluan \n= \n~ penghantar (pengantar) \nkata alu-aluan untuk sesebuah buku dan lain-lain, mukadimah;\n \n~ penghubung\n = \n~ perangkai\n kata hubung;\n \n~ pinjaman\n kata yang telah digunakan (terserap) di dalam sesuatu bahasa tetapi berasal daripada bahasa lain;\n \n~ pokok \n= \n~ dasar;\n~ pujangga\n = \n~ hikmat;\n~ sambutan\n ucapan (kata-kata) untuk mengalu-alukan kedatangan seseorang;\n \n~ sandang\n kata yang bertugas untuk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama seperti sang, si;\n \n~ sasulan\n kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yang lain yang hampir sama bunyinya;\n \n~ seasal\n kata-kata dalam berbagai-bagai bahasa yang sama asalnya;\n \n~ sebunyi\n (Linguistik) kata-kata yang sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon;\n \n~ seerti\n kata-kata yang sama ertinya dalam sesuatu bahasa (seperti \nkutip\n dengan \npungut,\n dan lain-lain), sinonim;\n \n~ sendi nama \n(Linguistik) kata, seperti \ndi, ke\n dan \ndari\n yang digunakan di depan kata nama atau frasa nama;\n \n~ sepakat (sefaham)\n persetujuan, muafakat;\n \n~ seru \na) kata untuk menyeru (memanggil dan lain-lain);\n b) kata yang dikeluarkan dengan tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dan lain-lain);\n \n~ sifat \n(Linguistik) kata yang menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif;\n \n~ tambahan\n [Indonesia] kata yang menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti;\n \n~ terbitan\n kata yang terbentuk daripada kata dasar dengan penggunaan imbuhan;\n \n~ tugas \n(Linguistik) kata yang tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, misalnya \ndan, kepada \ndan \nialah\n;\n \n~ ulang (berulang)\n kata yang diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berkali-kali);\n~ berjawab, gayung bersambut\n (peribahasa) baik dibalas dengan baik dan jahat dibalas dengan jahat;\n \n~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian \n= \n~ biarlah kota\n (peribahasa) janji hendaklah ditepati;\n \n~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan \n(peribahasa) hal seseorang boleh diputuskan dengan orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan;\n \n~ periuk, belanga hitam \n(peribahasa) orang yang memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga;\n \n~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati \n(peribahasa) orang yang suka mungkir janji;\n \n~ yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan\n (peribahasa) tidak mahu mengakui kebenaran;\n \nelok ~ dalam muafakat, buruk ~ di luar muafakat\n (peribahasa) kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dengan kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat;\n \nmengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan \n(peribahasa) memungkiri janji dengan tiba-tiba;\nsekata\n1.\n sama bunyinya;\n2.\n = \nseia\n \n~\n sepakat, setuju, sependirian, sependapat:\ndalam sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; \nmanusia ini memang tidak ~ dalam serba-serbi; \n3.\n sama (sahaja), segaya, serupa:\nwasiat Bendahara kepada segala anak cucunya tiada ~, pada seorang seorang lain-lain, masing-masing pada patutnya; \n4.\n sama (pada ukurannya, gerakannya, bentuknya, dan lain-lain), tidak berbeza-beza (berubah-ubah dan sebagainya) antara satu dengan yang lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dan sebagainya dengan yang lain):\nputaran roda itu sentiasa ~; \ngelendong itu dipusingkan dengan kadar laju ~; \nmencari luas rajah-rajah yang ~, seperti rajah selari tepat, bulatan, dan lain-lain;\nkatakan\n1.\n memisalkan, mengandaikan:\n~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dengan banyak;\n~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yang kau suka;\n2.\n [bahasa percakapan] gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan):\nbukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~;\nberkata\n mengeluarkan apa yang terfikir dengan kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur:\nmaka Hanuman pun ~, Ya Tuanku maharesi \u2026; \nada Doris ~ benar seperti apa yang telah dikatakannya kepadaku;\n~ dua \nmengeluarkan perkataan yang berlainan daripada maksud yang sebenarnya;\n~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar\n (peribahasa), [Minangkabau] kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati;\n \nsudah ~ satu \n(peribahasa) tidak berubah daripada yang telah diucapkan;\nberkata-kata\n bercakap-cakap, berbicara:\njanganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; \nhanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya;\n~ dengan lutut\n (peribahasa) bercakap-cakap dengan orang bodoh;\nmengata\n1.\n mengucapkan kata-kata;\n \njangan kata lagi \na) tidak usah disebut lagi;\n b) sudah diketahui umum;\n2.\n bercakap buruk tentang seseorang:\nceritanya tak lain daripada ~ kawan-kawannya sahaja; \nbarang yang dikata, itulah kota\n (peribahasa) janji hendaklah ditepati;\nmengatai\n, \nmengata-ngatai\n1.\n mengeluarkan perkataan yang kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dan lain-lain), mencaci, mencerca:\norang muda itu ~ dia; \ndia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir;\n2.\n menegur (dalam erti mengherdik dan lain-lain), memarahi;\n \n~ adik\n memarahi adik;\nmengatakan\n1.\n mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebuntukan, menuturkan:\nmaka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku;\n2.\n menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan:\nmaka semuanya orang itu ~ mimpinya kepada raja; \nada suatu perkara penting yang hendak dikatakannya kepada kita; \n3.\n [bahasa percakapan] menganggap (sebagai), membuat kesimpulan (bahawa):\nkalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yang kritis; \nbinatang ini boleh dikatakan besar juga; \n4.\n mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu):\napa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; \n5.\n memisalkan, mengandaikan;\nmemperkatakan\n1.\n melahirkan (dengan kata-kata), mempercakapkan, menceritakan:\nterasa senang hatinya sebab ia dapat ~ apa yang tersimpan di dalam hatinya; \ndan sepanjang hari itu orang ~ hal itu;\n2.\n membincangkan, membicarakan:\nmereka berkumpul ~ dagangan mereka pada hari itu;\n~ masalah penulisan yang serius;\n~ kesusasteraan rakyat;\nterkata\n1.\n = \nterkata-kata\n dapat berkata-kata atau mengatakan sesuatu;\n \ntidak (tiada) ~ \ntidak dapat berkata-kata (untuk menyatakan pendapat, perasaan, dan lain-lain mengenai sesuatu), tidak berdaya mengatakan sesuatu:\ntiadalah ia terkata-kata lagi akan kelakuan Pak Pandir itu lalu ia berkemas barang-barangnya; \nmaka adapun segala orang tiada percaya boleh dipecahkan kota Melaka itu pun terkatuplah mulutnya, tiadalah terkata-kata lagi;\n2.\n = \nterkatakan\n dapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan:\nmaka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya; \ntiada ~ lagi bencinya baginda;\nterkata-katai\n [Minangkabau] mengigau;\nperkataan\n1.\n bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang disebuntukan atau dituliskan dan sebagainya dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan sesuatu maksud, kata:\n~ bahasa Melayu dapat dieja dengan berpandukan bunyinya;\n~ syair berasal daripada bahasa Arab; \n2.\n kumpulan kata (yang diucapkan dan sebagainya), kata(-kata):\npengemis itu menolak segala ~ dan dugaan orang yang bermuka cengkung itu; \ndengan ~ lain\n dengan kata(-kata) lain;\n3.\n [sastera lama] cerita, kisah, hal:\njikalau dihikayatkan semuanya, jemulah orang mendengar dia, sebab itulah maka kami pendekkan ~nya." "katabolisme\n(Biologi) pemecahan bahan kompleks menjadi bahan ringkas dalam organisma hidup untuk menghasilkan tenaga." "katabolit\n(Biologi) bahan yang dikeluarkan hasil daripada proses katabolisme." "katah\n[arkaik];\nterkatah-katah\n terguling-guling, terpelanting." "katai\nkatik." "katak I\nsejenis binatang yang melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor;\n jenis-jenisnya:\n~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra;\n~ lembu (bertanduk) \nsejenis katak, \nMegalophrys nasata;\n~ pisang\n sejenis katak, \nRana erythraea;\n~ puru \nsejenis katak, kodok, \nBufo bufo;\n~ di bawah tempurung \n(peribahasa) orang yang teramat picik pengetahuannya;\n \n~ ditimpa kemarau\n (peribahasa) berkeluh-kesah dengan tidak keruan;\n \n~ hendak jadi lembu \n(peribahasa) ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dan sebagainya);\n \nalim bagai ~ tepi air\n (peribahasa) orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya;\n \nbagaimana hari tak hujan, ~ betung dalam telaga berteriak selalu \n(peribahasa) orang yang selalu pergi ke rumah seseorang dengan tidak berketika dan dengan maksud yang tersembunyi;\n \nlaksana ~ , sedikit hujan banyak bermain \n(peribahasa) orang yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil;\n \ntak akan ada ~ beranak ular \n(peribahasa)\na) dikatakan mengenai yang mustahil terjadi kepada seseorang;\n b) orang yang pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai);\n \nterkilap-kilap bagai ~ disemburi\n (peribahasa) tentang orang yang diam sahaja dalam suatu perbincangan;\n \ntiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun\n (peribahasa) orang yang hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok." "katak II\n[Minangkabau] [arkaik] tidak panjang, pendek:\nbaju ~; \nmeriam ~." "katak III\n[Minangkabau] [arkaik] lipat-lipatan kulit pada leher dan lain-lain, gelambir;\nberkatak-katak\n berlipat-lipat (berkenaan (dengan) kulit dan lain-lain), bergelambir." "katak IV\n~ udang\n sejenis tumbuhan (pokok), ketak udang, otak udang, pauh pipit, \nBuchanania lucida." "katakana\n(Linguistik) sistem tulisan silabik yang digunakan dalam bahasa Jepun, khususnya untuk mentranskripsikan kata asing." "katalase\n(Biologi) enzim yang memangkinkan penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen." "katalepsi\n(Perubatan) keadaan seseorang yang tidak sedar beberapa ketika dan tubuhnya kaku, misalnya pada pesakit skizofrenia." "katalisator\n[Indonesia-Belanda] bahan untuk mempercepat tindakan kimia, mangkin." "katalog\nbutiran senarai yang lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan tentang perinciannya;\n2.\n senarai buku atau sumber di perpustakaan;\nmengkatalogkan\n1.\n menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (seperti buku, peralatan kosmetik) untuk menghasilkan katalog barangan yang berkenaan;\n2\n. membuat klasifikasi (pada sesuatu barang atau maklumat) untuk disusun di dalam katalog, misalnya buku di perpustakaan, maklumat di muzium:\n sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan untuk bacaan umum;\npengkatalogan\n proses dan sebagainya menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dan sebagainya) dalam katalog, proses membuat katalog:\nsistem ~ di perpustakaan dengan penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia;\n pengkatalog\n orang yang mengkatalogkan." "katam\npotong, ruas;\n \nse~ tebu \nseruas tebu;\nmengatam\n memotong, mengerat:\n~ dan menyiang daging; \ntulang kau akan dikatam-katam dan disedekahkan." "katamaran\nsejenis kapal layar yang mempunyai dua badan kapal berkembar yang selari kedudukannya." "katan\n[Kelantan] modal:\nsaya tidak ada ~ hendak membuka perniagaan." "katang-katang I\nsejenis bakul empat persegi (daripada mengkuang dan lain-lain)." "katang-katang II\nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), \nCynometra spp.; \nbagai diurap dengan daun ~ \n(peribahasa), [Minangkabau] orang yang panas hati hendak berkelahi." "katapel\n[arkaik] [Indonesia-Belanda]\n1.\n lastik;\n2.\n alat untuk melepaskan kapal terbang (daripada kapal induk)." "katar I\nsejenis perahu layar." "katar II\n(Perubatan) radang pada selaput hidung dan kerongkong, sakit kerongkong." "katarak\nsejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata menjadi legap hingga mengaburkan pandangan." "katarsis\n1.\n kelegaan emosi (perasaan), kelegaan daripada ketegangan dan pergolakan batin:\nbanyak remaja yang memilih majalah ataupun buku murah yang dapat mendatangkan kepuasan estetika ataupun bahan yang mendatangkan ~; \n2\n. (Perubatan) proses pengubatan yang digunakan untuk meluahkan perasaan pesakit berhubungan dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pengalaman itu melalui pertuturan atau perbuatan\n." "kate\nkerdil;\n= katik I." "katedral\ngereja besar bagi daerah di bawah bidang kuasa seorang biskop." "kategis\n[Indonesia-Belanda] guru agama Kristian (Katolik)." "kategori\n1.\n bahagian dalam sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dan sebagainya) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu:\nmajalah ini boleh digolongkan dalam ~ majalah pengguna;\n2.\n asas atau dasar sesuatu pengertian (dalam falsafah);\nmengkategorikan\n memasukkan ke dalam atau menentukan sebagai tergolong dalam sesuatu kategori tertentu:\npermainan ini boleh dikategorikan sebagai sukan rakyat yang amat digemari oleh rakyat;\npengkategorian\n proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian, penggolongan:\n penulis membuktikan bahawa ~ jenis-jenis itu mempunyai konsep yang tersendiri." "katek\n[Jakarta] ketiak;\nmengateki\n menggelikan, menggeletek." "katel\n[Jakarta] sejenis labah-labah besar." "katelum\n[Indonesia] [arkaik] penjuru benteng yang menganjur ke luar." "kater\npengkateran\n penyajian." "katerer\n[bahasa percakapan] jurusaji." "katering\nperkhidmatan penyediaan makanan, penyajian." "kates\n[Jawa] buah betik." "katgut\nsejenis tali halus dan kukuh yang diperbuat daripada usus haiwan, terutamanya kuda dan bebiri, biasanya digunakan sebagai tali raket, gitar, viola dan sebagainya." "kati\nukuran berat yang sama dengan 16 tahil;\n \nse~ sama berat, diuji sama merah\n (peribahasa) sama tinggi darjatnya;\nmengati\n menimbang dengan kati;\nkatian\n [bahasa percakapan] timbangan kati, ditimbang dengan kati." "kati II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), sekati lima, \nAganosma marginata." "katib\n[Arab] penulis, jurutulis, penyalin (tulisan), setiausaha:\nmaka ~ pun segeralah menuliskan surat sebagaimana yang dimaksudkan oleh baginda." "katibin\n[Arab] (jamak bagi katib) penulis-penulis." "katifah\n= \nkain ~\n kain tebal (untuk selimut), ambal, permaidani." "katih I\n[Kelantan], [Pahang], [Terengganu]\n1.\n kaki:\ntangan-tangan yang nampak seperti ~-~ belalang kecong; \ntak tih sebulan lagi, panjang ~ cepat berlari;\n2.\n [kiasan] tinggi (berkenaan (dengan) orang), panjang." "katih II\n~ mura\n sejenis tumbuhan (herba), rumput cengkering, rumput sebuih, rumput seri galuh, sepitam, \nHedyotis glabra." "katik I\nkecil (tidak mahu besar), sentiasa kecil (berkenaan (dengan) orang, ayam, dan lain-lain);\n \nayam ~\n ayam yang kecil sahaja (tidak mahu besar);\n \nsi ~\n gelaran atau panggilan (sebagai bergurau) kepada seorang yang kecil sahaja (tidak mahu besar atau tinggi)." "katik II\nrumput ~ belalang \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput tulung sentadu, rumput patah siku, \nPaspalum orbiculare." "katik III\nkotak-~; \n= kotak II." "katil\nsejenis perabot tempat seseorang tidur atau baring, ranjang;\n \n~ bujang \nkatil untuk seorang;\n \n~ kelamin \nkatil untuk dua orang;\nbersekatil\n bersama-sama di atas satu katil." "katimaha\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya digunakan untuk membuat hulu dan sarung keris dan lain-lain), temahai, timaha, timanga, ketimaha, \nKleinhovia hospita." "katimumul\n[Jawa] sejenis penyakit pada kuku (jari)." "katimun\n[Jakarta] mentimun." "kation\n(Kimia) ion yang bercas positif dan bergerak ke katod semasa elektrolisis." "katir\nkayu lempung atau buluh yang dipasang di sisi perahu (supaya jangan terbalik)." "katirah\n[Jawa] sejenis tumbuhan (daunnya merah)." "katlum\n= katelum." "katod\n(Kimia) elektrod negatif dalam sel elektrolisis." "Katolik\nmazhab agama Nasrani (yang di bawah pimpinan Paus di Rom)." "katoptrik\ncabang ilmu optik yang berkaitan dengan pemantulan cahaya oleh cermin." "katrol\n[Indonesia-Belanda] kayu kerek, kapi, takal;\ndikatrol\n diangkat dengan katrol." "katuk I\nmengatuk\n [Kedah], [Pulau Pinang] mengetuk (dengan pemukul)." "katuk II\nseluar ~\n seluar dalam." "katung I\nterkatung-katung\n1.\n terapung-apung (di air):\nperahu Pak Kaduk pun hanyutlah ~ ke hulu ke hilir;\n2.\n melayang-layang (di udara);\n3.\n [kiasan] tidak pasti (berkenaan (dengan) nasib atau kedudukan seseorang, sesuatu perkara, dan lain-lain), tidak tentu apa yang akan terjadi (apa kesudahannya dan sebagainya):\nhampir setengah tahun lamanya, perempuan muda yang malang itu ~ tidak tentu arah." "katung II\nsejenis penyu, \nDermochelys coriacea; \ntersenget-senget bagai ~ di bawah reba \n(peribahasa) orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia." "katung III\n1. = katung-katung\n sejenis tumbuhan (pokok), belangkan, cucu ikan, kangkatung, kepoyang, keranji, kurang sepat, melangkan, mengketai, \nCynometra polyandra;\n2.\n = \n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok) belangkan, kangkatung bukit, kangkatung laut, \nCynometra ramiflora." "katung IV\nbaju ~\n baju berlengan pendek." "katup I\n1.\n ditutup (tertutup) rapat-rapat;\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk menutup, tutup, tutupan;\nberkatup\n (telah, sudah) ditutup:\npintu pejabat itu sudah ~;\nmengatup\n menutup (pintu, mulut, dan lain-lain):\nia naik ke rumahnya dan ~ pintu;\nmengatupkan, memperkatupkan\n menutup sesuatu rapat-rapat, menutupkan, merapatkan:\nbudak-budak yang lalu di jalan itu disuruhnya tangkap, dimasukkan ke dalam pagar dan dikatupkan pintunya;\nterkatup\n tertutup rapat-rapat (berkenaan (dengan) pintu dan lain-lain), terkancing (mulut):\nia berdiri tegak bertentang dengan muka pintu yang ~ rapat itu;\nkatupan\n tutupan (pintu dan lain-lain):\n terdengar akan langkah terakhir dan disusuli oleh ~ pintu;\npengatup\n sesuatu untuk mengatup." "katup II\n~ perenggan\n sejenis tumbuhan (herba), kancing baju jantan, rumput teki, \nKyllinga brevifolia." "katup-katup\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, letup-letup, \nBauhinia bidentata." "katut\n~ selayar\n sejenis tumbuhan (pokok), saga monyet, semelit jekuk, \nBreynia discigera." "katwal\n[arkaik] [sastera lama] mata-mata, polis;\n= ketual." "kau\nsingkatan bagi engkau;\n \n~ orang \n[bahasa percakapan] kamu sekalian." "kaudal\n(Biologi) berkaitan dengan ekor:\nsirip ~." "kaukab\n[Arab] [arkaik] planet." "kaul I\n[Arab]\n1.\n kata, perkataan;\n \n~ yang sah \nperkataan yang benar;\n2.\n pendapat, fikiran:\nadalah Sat Malangkai itu pada setengah ~ Bugis, keturunan puteri Balkis; \n3.\n niat yang disertai dengan janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar:\nadalah pada hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; \nmembayar (melepaskan) ~ \nmelepaskan nazar (menunaikan niat dan janji);\n4.\n [arkaik] janji yang diikrarkan teguh-teguh;\n \nhidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah \n(peribahasa) hidup mati terletak di tangan Tuhan;\nberkaul\n berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar:\ndi gunung itu ada sebuah makam di dalam sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar;\n~ kepada (ke tempat) keramat \n(peribahasa) meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya;\nmengaulkan\n menazarkan, meniatkan, mendoakan:\nakan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah daripada Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati." "kaul II\nrabuk (sejenis serabut yang terdapat pada pohon enau dan lain-lain)." "kaula\n[Jawa] [arkaik]\n1.\n hamba, abdi;\n2.\n hamba, patik;\n= kawula." "kaum\n1.\n puak, suku bangsa:\nbanyak ~ orang asli yang masih tinggal di dalam hutan;\n2.\n jenis bangsa:\nantara ~ yang hidup berpindah-pindah pada zaman sekarang ialah ~ Eskimo; \n3.\n keluarga, sanak-saudara:\nseorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dengan bapanya ataupun seorang daripada ~ kerabatnya yang haram nikah dengannya; \n4.\n golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat, dan lain-lain):\n~ buruh;\n~ petani;\n~ nelayan; \n5.\n bahagian daripada jenis (tumbuh-tumbuhan dan haiwan);\n~ asli\n penduduk asli di sesebuah negara;\n \n~ atasan\n golongan orang yang tinggi taraf atau kedudukan mereka dalam masyarakat (seperti orang-orang yang berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dan sebagainya);\n \n~ borjuis \ngolongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dalam masyarakat);\n \n~ buruh \ngolongan pekerja (buruh);\n \n~ guru \norang-orang yang berjawatan guru;\n \n~ ibu (wanita) \ngolongan orang perempuan;\n ~ keluarga \n= \n~ kerabat\n sanak saudara, saudara-mara;\n \n~ kolot\n orang-orang yang termasuk dalam golongan yang berfikiran kolot;\n \n~ lelaki \ngolongan orang lelaki;\n \n~ marhaen\n rakyat jelata yang kebanyakan (seperti petani kecil, buruh, dan lain-lain);\n \n~ modal\n orang-orang yang kaya (bermodal), golongan kapitalis;\n \n~ muda\n angkatan muda;\n ~\n \nmunafik\n orang-orang yang munafik;\n \n~ Muslimin\n orang-orang Islam;\n \n~ Musyrikin\n orang-orang kafir;\n \n~ pemberontak\n orang-orang yang memberontak;\n \n~ perewa \n[Minangkabau] orang yang buruk kelakuannya (seperti samseng);\n \n~ proletar\n golongan pekerja bawahan;\n \n~ rendahan \ngolongan orang yang rendah pangkatnya atau kedudukannya, dan sebagainya;\n \n~ syarikat \norang-orang yang menjadi sahabat (sekutu);\n ~ tani\n orang-orang yang bertani, golongan petani;\n \n~ terpelajar (cerdik, cendekia)\n golongan orang yang pandai-pandai;\n \n~ tua \ngenerasi tua;\nberkaum\n1.\n berkerabat (dengan), mempunyai pertalian kekeluargaan (dengan):\ndia itu ~ dengan saya;\n2.\n berkaum-kaum;\n3.\n [arkaik] (ber)sembahyang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah;\nberkaum-kaum\n berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak:\nakan tetapi hidup mereka masih ~;\nperkauman\n1.\n (yang berkaitan dengan) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara;\n2.\n (yang berkaitan dengan) golongan, puak;\n3.\n (yang berkaitan dengan sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dan lain-lain):\nperasaan ~ yang keterlaluan di negara yang berbilang bangsa sangatlah berbahaya." "kaung\n(Sunda) enau, kabung;\n \nrokok ~\n rokok yang digulung dengan daun kaung." "kaunseling\nproses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat;\nmengkaunseling\n memberikan kaunseling kepada:\nkaunselor sekolah itu gagal ~ pelajar yang bermasalah." "kaunselor\norang yang (layak) menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah, orang yang berkemampuan memberikan khidmat kaunseling." "kaunter I\nmeja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kepada pelanggan, atau barang-barang dipamerkan." "kaunter II\n(Ekonomi) saham yang disenaraikan di bursa saham, misalnya kaunter Tenaga Nasional Berhad bererti saham syarikat ini disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)." "kaup\nmengaup\n1.\n mengambil banyak-banyak sekali gus dengan tangan, mengaut, meraup:\nia ~ pakaian yang sudah berlonggok di atas lantai;\n~ daun-daun kering yang bertimbun;\n2.\n [kiasan] mengambil banyak-banyak:\nkaum penjajah hendak ~ hasil negeri ini;\npengaup\n alat untuk mengaup;\n= kaut." "Kaur\nsebahagian daripada nama orang Sikh, yang menandakan ia seorang perempuan." "kaus I\n1.\n [sastera lama] kasut, sepatu:\nini surat dari bawah ~ Raja Langit datang kepada Raja Melaka;\n2.\n = \n~ kaki\n stoking;\n \n~ tangan \nsarung tangan;\n3.\n kain tipis (yang jarang-jarang tenunannya);\n \nbaju ~\n baju daripada kain yang jarang-jarang tenunannya;\n \n~ lampu\n sejenis kain kasa yang dipasang di atas nyala lampu gasolin;\n \n~ pendek\n baju kaus yang pendek lengannya." "kaus II\n[Arab] ark\n1.\n busur panah;\n2.\n salah satu tanda dalam rasi \nSagittarius." "kausatif\n(Linguistik) berkenaan bentuk kata kerja transitif yang berakhiran \n-kan\n yang mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dalam ayat \nAli membesarkan rumah\n, \n-kan\n dalam kata \nmembesarkan\n membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar)\n." "kauseri\n[Indonesia-Belanda] ceramah." "kaustik\n(Kimia) dapat mengakis atau merengsa tisu hidup (berkenaan (dengan) bahan):\nsoda ~\n;\nkekaustikan\n sifat atau keadaan kaustik:\nbahan itu dicairkan untuk mengurangkan ~nya." "kaut\nmengaut\n1.\n mengumpulkan dengan tangan (dan menarik ke arah diri sendiri), mengambil sesuatu banyak-banyak, meraup:\nKarim gelak-gelak sambil ~ daun terup di hadapannya; \n2.\n [kiasan] mengambil banyak-banyak, mengikis:\nnegara asing sedang ~ kekayaan nasional kita untuk kemewahan mereka;\n \n~ keuntungan\n mengambil untung dengan banyaknya;\n \n~ laba dengan siku\n (peribahasa) sentiasa hendak beroleh untung banyak;\npengautan\n perihal atau perbuatan mengaut;\npengaut\n alat untuk mengaut (tanah dan lain-lain);\n= kaup." "kavadi\nbenda berhias yang diusung pada sebelah bahu oleh penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam untuk memuja Dewa Subramaniam." "kavalri\n1.\n pasukan askar berkuda;\n2.\n pasukan tentera darat yang menaiki kereta perisai." "kaveat\n(Undang-undang) notis rasmi kepada mahkamah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yang memberikan notis ini;\npengkaveat\n orang yang memfailkan (mendaftarkan) kaveat." "kaviar\ntelur sejenis ikan yang diasinkan dan dimakan sebagai hidangan istimewa dan mewah." "kawa I\nbuah ~\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCanarium purparascens." "kawa II\n[Terengganu] (pokok) kopi." "kawa-kawa\n[arkaik] sejenis labah-labah." "kawad\nperbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak;\n~ cam\n proses mengecam orang yang disyaki dalam sesuatu jenayah dengan membariskan mereka di hadapan pihak berkuasa atau orang yang dianiayai;\n \n~ kaki \nkawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yang mengutamakan pergerakan kaki serentak;\n \n~ perpisahan \nkawad yang diadakan bagi meraikan perpisahan seseorang pegawai tinggi (seperti polis dan tentera) yang akan bersara;\n \n~ senjata \nkawad (polis, tentera dan sebagainya) dengan membawa senjata api seperti M16;\nberkawad\n berbaris atau berjalan dengan rentak yang sama (berkenaan (dengan) tentera, polis, dan lain-lain), mengadakan perbarisan:\nsatu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium Merdeka." "kawah I\n1.\n sejenis kuali besar, kancah;\n2.\n mulut gunung berapi, lubang kepundan." "kawah II\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (herba), janggut rimau, \nPolyangonum dichotomum." "kawai\n[Perlis], [bahasa percakapan] mengambil semua, membolot." "kawak\n= kawakan\n [Jakarta]\n1.\n tua benar, tua bangka;\n2.\n [kiasan] sudah berpengalaman." "kawal\n1.\n orang yang menjaga, penjaga;\n \n~ sambang \npenjaga yang meronda, peronda;\n2.\n penjagaan, pengawasan:\nsegala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pada ~nya;\nberkawal\n1.\n berjaga (mengawasi di sesuatu tempat):\nbeberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; \n2.\n diawasi, dijaga:\nmakin ~, makin kecurian;\nmengawal, mengawali\n1.\n menjaga dan mengawasi (tempat, bangunan, dan lain-lain) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain):\nia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; \n2.\n mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau untuk sesuatu tujuan lain), mengontrol:\n kalau dia seorang yang benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya;\n~ harga barang;\n~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja;\n~ penyakit supaya tidak merebak;\n mengawali\n mengawal berterusan atau beramai-ramai:\npada tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu;\nterkawal\n (dapat) dikawal, diawasi;\nkawalan\n1.\n yang dikawal;\n \nhukuman ~\n hukuman yang menyekat kebebasan pergerakan seseorang;\n2.\n usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi):\n~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu;\n~ harga \npenetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat;\n \n~ kredit \n(Ekonomi) kawalan yang dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dalam pemberian pinjaman dan overdraf;\n \n~ mutu \npemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk menjamin atau memastikan barangan yang dihasilkan atau perkhidmatan yang diberikan itu mematuhi piawaian mutu yang ditetapkan;\npengawalan\n perihal (perbuatan) mengawal:\n~ penyakit tumbuhan dengan menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan;\npengawal\n1.\n orang yang mengawal, penjaga, pengawas:\nTaruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yang setia; \n2.\n orang yang mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yang tertentu:\n~ Hasil Dalam Negeri;\n~ Kastam;\n~ kampung \npasukan (orang) yang bertugas secara sukarela untuk menjaga keselamatan kampung;\n \n~ pantai \n(pasukan) petugas yang mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penyeludupan, membantu kerja menyelamat di laut dan sebagainya." "kawal selia\ntindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dan sebagainya supaya dapat berjalan dengan betul dan lancar selaras dengan aturan, prinsip, tujuan dan sebagainya yang telah ditetapkan:\n~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara; \npendisplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yang baik;\n mengawal selia\n melakukan atau menjalankan kawal selia:\nsebuah lembaga diberi tugas untuk ~ pelabuhan itu; \npihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yang terbabit;\n pengawalseliaan\n perihal (proses atau perbuatan) mengawal selia:\nakta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yang menjalankan perniagaan bank;\n~ mutu program francais juga diragui;\n pengawal selia\n pihak (badan atau orang) yang menjalankan kawal selia:\nkeadaan itu mendesak ~ sekuriti untuk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; \nkajian itu menonjolkan isu utama yang membabitkan semua ~ kewangan." "kawan\n1.\n kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dan lain-lain):\nPanglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; \ndatanglah kepada saya se~ muda-muda; \n2.\n sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari), rakan:\nhendak tahu akan baik orang, tanyalah kepada ~nya yang karib; \naku dengan beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; \n3.\n orang yang bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dalam kegiatan, pekerjaan, dan lain-lain yang sama), teman:\n~ sekerja; \n4.\n [bahasa percakapan] ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup:\nbakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yang ibu idam-idamkan sudah tersedia;\n5.\n pemakan, jodoh;\n \n~ sirih\n apa yang dimakan dengan sirih;\n6.\n [Johor], [bahasa percakapan] kata ganti diri pertama, aku, saya:\n~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang;\n~ berbuat\n [Indonesia] orang yang berserta melakukan kejahatan;\n \n~ berlumba\n saingan (berlari);\n \n~ sekelas \nbudak (teman) yang sama kelasnya;\n \numpama burung tumpang beramai dengan ~ banyak\n (peribahasa) perihal orang dagang yang tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang;\nberkawan\n1. = berkawan-kawan, berkawanan\n berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (berkenaan (dengan) binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan:\ndia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; \norang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; \nburung pipit yang berterbangan berkawanan dari dahan ke dahan;\n 2.\n bergaul dan berbaik-baik dalam hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sebagai) kawan, bersahabat, berteman:\ntidak pernah ia menolak orang-orang yang mahu ~ dengannya; \ntak usah ~ dengan dia;\n3.\n mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri);\nmengawan\n melakukan perhubungan jenis (berkenaan (dengan) haiwan), bersetubuh (berkenaan (dengan) haiwan):\nkatak biasanya kembali ke air untuk ~ dan bertelur;\nmengawani\n menemani:\n seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama untuk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah;\nmemperkawan\n1.\n menganggap (mengambil) sebagai kawan, membuat kawan dengan;\n2.\n minta pertolongan kepada;\nmemperkawankan\n1.\n mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (berkenaan (dengan) orang yang belum kenal-mengenal, orang yang bermusuhan, dan lain-lain);\n2.\n [Minangkabau] mengahwinkan (anak perempuan);\nkawanan\n sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dan sebagainya:\nseperti seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing;\npengawanan\n perbuatan atau proses mengawan:\nproses ~ itu berlaku untuk menghasilkan baka lembu yang berkualiti." "kawan II\nsejenis ikan darat, \nLabiobarbus curieri." "kawan III\nburung ~\n sejenis burung, burung mati sekawan, enggang buluh, \nAnorrhinus galeritus carinatus." "kawang\nminyak ~\n sejenis minyak yang diperoleh daripada pokok tengkawang." "kawanua\n(Minahasa) orang senegeri atau setanah air." "kawar\n[Kedah] pencuri." "kawasan\n1.\n tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas):\n~ seluas seribu hektar telah disediakan untuk projek-projek perindustrian itu;\n~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; \n2.\n lingkungan sesuatu keluasan yang termasuk di dalam sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerintahan, dan lain-lain), wilayah:\ntentera musuh menceroboh masuk ke dalam ~ Malaysia; \n3.\n daerah atau wilayah yang sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dan lain-lain):\n~ paya;\n~ hutan;\n~ tropika;\n~ sejuk sederhana;\n~ arang batu;\n~ pertanian;\n~ perladangan;\n~ perusahaan; \n4.\n [Negeri Sembilan] kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah;\n~ hitam\n daerah atau selingkungan tempat-tempat yang dianggap berbahaya (kerana terdapat ancaman, gerakan, dan sebagainya oleh gerombolan pengganas);\n \n~ legeh\n kawasan (tanah tinggi) yang memisahkan dua hulu sungai atau lebih;\n \n~ perairan\n bahagian laut sehingga ke beberapa batu dari pantai yang diiktiraf sebagai terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan;\n \n~ putih\n daerah atau selingkungan tempat-tempat yang dianggap tidak berbahaya (bebas daripada ancaman pengganas);\n \n~ sesak\n kawasan (biasanya kawasan bandaran) yang padat dengan penduduk (bangunan dan sebagainya);\n \n~ sterling\n lingkungan yang meliputi negara-negara yang menggunakan mata wang sterling sebagai pertukaran asing utamanya;\n \n~ tadahan \nkawasan yang menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dan sebagainya;\nberkawasan\n mempunyai (ada) kawasan:\npertubuhan antarabangsa yang tidak ~." "kawat I\n1.\n tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain), dawai:\nkaran elektrik mengalir melalui ~ tembaga; \n2.\n = \nberita ~ \n= \nkhabar ~ \n= \nsurat ~ \ntelegram:\nbesoknya Pak Wir telah mengirim ~ kepada menantunya; \nmengetuk ~ \n= \nmemukul ~ \n= \nmenokok ~\n [Indonesia] mengirim berita dan lain-lain dengan telegram;\n~ (ber)duri\n kawat (dawai) yang berduri atau berkait-kait tajam (digunakan untuk membuat pagar dan lain-lain);\n \n~ jaring\n = \n~ kasa\n kawat yang dianyam halus-halus;\n \n~ mata punai\n kawat yang dianyam dengan mata atau lubang-lubang yang besar (digunakan untuk membuat reban atau kurungan ayam dan lain-lain);\n \n~ penahan\n kawat yang mengurangkan aliran karan elektrik;\n \nsungguh ~ yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang\n (peribahasa) tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri;\nmengawatkan\n mengirim berita dan lain-lain dengan telegram:\npada hari itu juga, dikawatkan hal yang mencemaskan itu ke India." "kawat II\nkawad." "kawi I\nbahasa ~\na) bahasa Jawa kuno;\n b) bahasa Jawa yang biasa dipakai dalam kesusasteraan, bahasa pujangga." "kawi II\n[sastera lama] (sesuatu yang) kuat, kukuh, teguh:\nadat yang ~\n adat yang dipakai dan dimuliakan sejak zaman dahulu." "kawibawan\nkewibawaan;\n= wibawa." "kawik\nsejenis tumbuhan (pokok), durian api, durian hutan, sahun, \nDurio malaccensis." "kawula\n[Jawa]\n1.\n [arkaik] hamba, abdi, rakyat;\n2.\n saya, patik;\n3.\n [Indonesia] rakyat sesuatu negara, warganegara;\n= kaula." "kaya I\n1.\n banyak harta (wang dan sebagainya):\nbak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; \nia berasal daripada keluarga yang ~ juga; \norang ~ \na) orang yang mempunyai banyak harta (wang dan sebagainya);\n b) = \norang ~-~\n [sastera lama] orang yang tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya);\n c) [Minangkabau] isteri orang yang berpangkat;\n2.\n = \nMaha K~\n Maha Besar, Maha Berkuasa (berkenaan (dengan) Tuhan):\nTuhan yang Maha K~;\n3.\n = \n~ dengan (sesuatu)\n banyak mempunyai atau mengandungi (dalam berbagai-bagai erti):\nbuah betik ~ dengan vitamin A dan C; \nnegeri yang ~ dengan sumber alam; \nseorang lelaki tua yang ~ dengan pengalaman; \nbahasa yang ~\n bahasa yang banyak kata-katanya (ungkapannya dan lain-lain);\n~ anak\n banyak anak;\n \n~ hati\n (orang yang) mulia hatinya, dermawan, pemurah;\n \n~ hutang \n(orang yang) banyak hutangnya;\n \n~-raya\n kaya sekali (besar), sangat kaya;\n \n(orang) ~ baru\n (orang yang) baru menjadi kaya;\nhendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai \n(peribahasa) hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani;\n \nkalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak\n (peribahasa) perihal perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak;\n \norang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi \n(peribahasa) sia-sialah mengerjakan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah;\n \norang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia \n(peribahasa) orang hartawan yang selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (untuk puji-pujian);\n \ntak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang\n (peribahasa) hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang;\nmengayakan\n menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak);\nmemperkaya\n1.\n menjadikan bertambah (makin) kaya:\n~ diri sendiri; \n2.\n [kiasan] menjadikan makin banyak (luas dan sebagainya), menambah banyaknya (luasnya dan sebagainya), memperbanyak atau memperluas:\nusaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; \nkedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dengan dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera;\nterkaya\n kaya sekali, paling kaya;\nkekayaan\n1.\n perihal kaya:\napabila tuan hamba dalam ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dengan kesukaan kami; \nperhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin untuk menunjuk-nunjukkan ~; \n2.\n segala harta benda (wang dan lain-lain) yang dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak:\nharta ~nya akan diwariskannya kepada isterinya; \nmereka berhak mempunyai ~nya sendiri;\n3.\n kekuasaan, kebesaran:\n~ Allah SWT;\n pemerkayaan\n perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bertambah (makin) kaya:\nkemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dalam ~ bahasa Indonesia;\npengayaan\n perihal (usaha, proses, dan sebagainya) mengayakan:\npelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa;\n~ atau peluasan perbendaharaan kata." "kaya II\n[Jawa] seperti, sebagai, macam:\n~ anjing liar bergerombolan." "kaya III\nseri kaya." "kayai\n[Minangkabau] [arkaik];\nmengayaikan\n menguatkan diri (untuk berdiri) menggagahkan;\nterkayai\n berupaya atau kuasa (untuk melakukan sesuatu);\n \ntidak ~ berjalan \ntidak berupaya berjalan." "kayak I\n= kaya II." "kayak II\nsejenis sampan yang asalnya digunakan oleh orang Eskimo;\nberkayak\n naik kayak;\n mendayung kayak:\nmereka akan ~ di perairan Perancis selepas menyeberangi Selat Inggeris\n." "kayan I\nkayu-~\n kayu-kayuan;\n= kayu I." "kayan II\n[Kelantan];\nterkayan-kayan\n mundar-mandir (tanpa tujuan)." "Kayan III\nsuku kaum peribumi Sarawak, yang termasuk dalam kumpulan Orang Ulu, yang sering berpindah-randah di pedalaman kawasan Belaga dan hulu Sungai Baram, dan kegiatan utamanya ialah menanam padi huma." "kayang\n[Kelantan] kawasan tanah berumput yang menjadi hak milik seseorang." "kayangan\nnegeri yang-yang, tempat dewa-dewa;\n= yang II." "kayap\npenyakit kulit yang berupa bintik-bintik merah dan gatal;\n jenis-jenis:\n~ api, ~ badak, ~ basah, \ndan lain-lain." "kayau\nmengayau\n membanjiri (berkenaan (dengan) air bah), menggenangi." "kayu I\n1.\n = \npohon ~ \n= \npokok ~\n pohon yang hidup atau tumbuh (digunakan juga) untuk menyatakan nama atau jenis pohon seperti \n~ ara, ~ kembang, \ndan lain-lain;\n \nbatang ~\n batang pohon;\n \ndahan ~ \ndahan pohon;\n \ndaun ~\n daun pohon;\n2.\n bahagian batang (dahan dan sebagainya) yang keras yang banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dan lain-lain):\nbahan api ialah benda-benda yang dibakar untuk mendatangkan panas seperti ~, arang batu, minyak tanah, dan lain-lain; \nperabot yang dibuat daripada ~ jati;\n3.\n yang dibuat daripada kayu (batang atau dahan pokok):\nkerusi ~; \nrumah ~;\n~ akhir \n(Biologi) bahagian kayu dalam gelang pertumbuhan (pada spesies pokok yang tumbuh di kawasan yang mengalami perubahan musim) yang mempunyai sel yang lebih kecil, lebih tumpat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian daripada bahagian kayu awal;\n \n~ antara \n(Biologi) lapisan pada sebelah dalam gubal kayu yang mempunyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dari segi warna dan sifat umum);\n~ api \n= \n~ bakar\n kayu yang digunakan sebagai bahan api;\n \n~ arang\n sejenis kayu yang keras dan hitam warnanya;\n \n~ awal \n(Biologi) bahagian kayu dalam gelang pertumbuhan (pada spesies pokok yang tumbuh di kawasan yang mengalami perubahan musim) yang mempunyai sel yang lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pada awal musim pertumbuhan;\n~ balak\na) batang kayu yang telah dipotong;\n b) [Indonesia] batang kayu yang telah ditarah;\n \n~ bangunan\n kayu yang baik untuk dibuat rumah dan sebagainya;\n \n~ belantan\n sejenis gada (pemukul) daripada kayu;\n ~ besi\n sejenis kayu yang keras dan berat (berwarna hitam);\n \n~ bongkok\n [kiasan] orang yang hina lagi miskin (selalu dipandang rendah);\n \n~ cagak\n kaki penyangga (meriam dan lain-lain) daripada kayu;\n \n~ gabus\n kayu yang lembut dan ringan;\n \n~ gergaji\n (Perhutanan) kayu yang dihasilkan daripada pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, misalnya papan dan beroti;\n \n~ hutan\n kayu daripada pokok-pokok di hutan;\n \n~ jaras \nkayu balak yang bergaris pusat kecil (kurang daripada 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan;\n \n~ keras \n(Perhutanan) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dan lain-lain);\n \n~ kumai \n(Perhutanan) kayu panjang yang dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk untuk tujuan hiasan;\n~ lapis\n kayu keping yang nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu);\n \n~ lembut \n(Perhutanan) tumbuhan Gymnospermae yang menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dan lain-lain);\n \n~ lempung\na) kayu yang ringan;\n b) [Kelantan] orang yang berbadan besar tetapi tidak kuat;\n \n~ malam\n sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, \nDiospyros spp\n.;\n \n~ manis \nkulit daripada sejenis pokok yang manis-manis pedas rasanya (digunakan dalam masakan);\n \n~ masam \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), \nAporusa spp.\n;\n \n~ muda \n(Biologi) bahagian kayu yang cepat tumbuh yang terbentuk di keliling empulur pokok.\n~ palang\na) pengancing pintu daripada kayu;\n b) salib;\n \n~ pembaris (rul, skil) \nkayu dan lain-lain yang bersenggat dengan ukuran (digunakan untuk membuat garis lurus);\n \n~ putih \ntumbuhan yang menghasilkan sejenis minyak untuk dibuat ubat, \nMeloleuca leucadendron;\n~ satar\n [Indonesia] kayu pembaris;\n \n~ ukur \na) kayu untuk mengukur panjang dan lain-lain sesuatu;\n b) [kiasan] ukuran atau standard yang digunakan untuk membuat perbandingan atau penilaian\n: ~ ukur untuk mengetahui yang mana baik dan yang mana tidak baik;\n \n~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan\n (peribahasa) pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya;\n \n~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat \n(peribahasa) kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yang menambah-nambah kesalahannya;\n \n~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan \n(peribahasa) orang yang tidak sempurna akal fikirannya;\n \n~ yang banyak akarnya tak takuntukan ribut \n= \n~ yang berakar tunjang tak endahkan ribut \n= \njikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakuntukan ribut \n(peribahasa) orang yang banyak kawan tidak takut akan susah;\n \nbagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus \n(peribahasa) orang yang lemah mudah dianiayai oleh orang yang berkuasa;\n \nbesar ~ besar dahannya \n= \ngedang ~ gedang dahannya\n (peribahasa) apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya;\n \ndi mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti\n (peribahasa) tempat yang tidak dijaga baik-baik itulah yang dimasuki pencuri;\n \nkalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu\n (peribahasa) kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yang akan menjadi;\n \nlaksana pohon ~ tidak berbuah \n(peribahasa) ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna;\n \nseberat-berat ~ terapung juga dalam air \n(peribahasa) fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut;\n \ntak ~ jenjang dikeping\n (peribahasa) dalam keadaan yang serba sukar, segala apa pun dibuat untuk mencapai maksud;\n \numpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan \n(peribahasa) nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi;\n \numpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri\n (peribahasa) orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain;\nkayu-kayu\n1.\n [bahasa percakapan] orang yang diperalatkan oleh orang lain (seperti menggunakan namanya untuk membeli sesuatu dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] lelaki yang dijadikan sebagai kendak (oleh perempuan);\nkayu-kayuan, kayu-kayan\n serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu;\nberkayu\n1.\n ada kayunya, berteras;\n2.\n mencari kayu (di hutan):\npergi ~\n pergi mencari kayu;\nperkayuan\n1.\n (segala jenis pekerjaan) yang bersangkutan dengan kayu (seperti menebang, membuat kerusi daripada kayu);\n2.\n alat-alat rumah daripada kayu:\nke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak;\n3.\n rangka rumah." "kayu II\ngulung (sebagai satuan atau unit untuk mengira banyaknya kain, cita, dan lain-lain):\nkain khasah bunga emas setengah ~." "kayu III\n1.\n sejenis ikan laut, \nEuthynnus alleteratus; \n2.\n sejenis ikan laut, \nGermo sibi." "kayuh I\n= pengayuh;\nberkayuh, mengayuh\n1.\n menggerakkan (menjalankan) perahu dan sebagainya dengan pengayuh:\nia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; \npagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; \n2.\n menjalankan basikal atau beca (dengan memijak dan memusingkan kayuhnya):\ncepat-cepat ia ~ basikalnya;\n~ sambil bertimba (ke hilir) \n(peribahasa) dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak;\n \n(malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut\n (peribahasa) kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan;\nberkayuh-kayuhan\n berkayuh-kayuh ke sana ke mari (untuk bermain-main sahaja);\nmengayuhkan\n1.\n menjalankan perahu (dengan menggunakan pengayuh), menjalankan perahu (menuju, menghala ke):\nanak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa;\n \nWan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai;\n2.\n menjalankan basikal atau beca (dengan memijak dan memusingkan kayuhnya):\nRamlan ~ becanya membawa dua orang anak;\nterkayuhkan\n dapat dikayuh, berdaya mengayuh;\n \ntidak ~ lagi biduk hilir \n(peribahasa) tidak berdaya lagi, lemah benar;\nkayuhan\n gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh:\njika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi;\nkekayuhan\n perahu yang dikayuh;\n \nbidar ~\n sejenis sampan;\npengayuh\n1. = kayuh\n alat untuk mengayuh (perahu dan sebagainya) yang berdaun satu, dayung;\n2. = kayuh\n alat untuk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak;\n3.\n orang yang mengayuh:\ndari jauh datang sebuah beca dengan ~nya yang lesu;\napa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air \n(peribahasa)\na) jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yang mendapat;\n b) janganlah gentar melawan orang yang setara dengan kita kerana nasib kita di tangan Allah;\n \nengkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang \n(peribahasa) orang yang bijaksana dapat segera mengetahui maksudnya atau dalam dangkal pengetahuannya daripada cakap atau gerak-geri seseorang." "kayuh II\ngulung (kain putih, cita, dan lain-lain);\n= kayu II." "kayun I\nberputar ~\n = \nputar ~\n [bahasa percakapan] berjalan-jalan ke sana sini (merayau-rayau)." "kayun II\n[Minangkabau] [arkaik] laku atau laris (barang-barang jualan)." "kazab\npembohong, palsu." "KB\n[kependekan] Kota Bharu." "KBSM\n[kependekan] Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah." "KBSR\n[kependekan] Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah." "KDN\n[kependekan] Kementerian Dalam Negeri." "KDNK\n[kependekan] Keluaran Dalam Negara Kasar." "ke\n1.\n awalan untuk membentuk bilangan yang menunjukkan kedudukan dalam sesuatu siri atau urutan:\n~tujuh;\n~dua puluh; \n2.\n awalan bagi membentuk kata nama (biasanya disertai dengan akhiran \nan): ~kasih;\n~hendak;\n~cantikan;\n~perluan;\n3.\n kata sendi yang menunjukkan arah atau tempat dan lain-lain yang ditujui:\nterbang ~ udara; \nbelayar menuju ~ timur; \nmelancong ~ Tokyo; \n4.\n pergi (menuju sesuatu tempat):\nsaya hendak ~ pasar." "ke II\n[bahasa percakapan] kah:\ndia sudah balik ~ atau belum?" "kean\n[Kelantan] sejenis kuih berkuah (dibuat daripada beras)." "kebab\n1.\n sejenis sate;\n2.\n sejenis makanan yang terdiri daripada daging, tomato, dan lain-lain yang dicucuk dan dipanggang." "kebabal\nputik nangka." "kebah\nbasah kerana keluar peluh (ketika hampir pulih daripada demam), berkurang atau mereda (demam) selepas keluar peluh:\ndia baru saja ~ daripada demamnya." "kebaji\n[Minangkabau] ubat (jampi dan lain-lain) yang menimbulkan kebencian terhadap seseorang atau antara suami dengan isteri (supaya bercerai):\nHanafi kena ~ supaya benci pada sekalian perempuan yang lain." "kebal I\n1.\n tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dan lain-lain), tidak lut:\nmereka ~, tidak lut oleh senjata; \nkereta ~; \nilmu ~\n ilmu yang membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru;\n2.\n tidak boleh didakwa (dituntut) dalam mahkamah:\nahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen;\n3.\n [Indonesia] tidak dapat dihinggapi penyakit;\n~ daging\n tidak lut;\n \n~ katak puru \n= \n~ kulit nangka \nkebal kerana kulit menjadi sangat keras;\n \n~ pakan\n kebal kerana tidak dapat dikenai senjata dan lain-lain;\n \n~ penimbul (raksa)\n kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dalam badan (dengan dijampi);\n \n~ simpul\n kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan;\nmengebal\n menjadi kebal;\nmengebalkan\n menjadikan kebal;\nkekebalan\n1.\n perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dan lain-lain):\n~ seorang pendekar; \n2.\n (Undang-undang)\n \nperihal boleh dilindungi atau dikecualikan daripada sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dan sebagainya), imuniti:\nmahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kepada seorang presiden;\n~ raja-raja;\n~ diplomatik \nkebebasan yang diberikan kepada diplomat asing daripada didakwa di mahkamah;\n \n~ raja\n konsep yang menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan." "kebal II\n~ ayam \nsejenis tumbuhan (pokok), balung ayam, medang bunga, pusat beludu, \nPentace triptera." "kebam I\nmengebam\n \n~ bibir\n memasukkan bibir ke dalam mulut (hingga tidak kelihatan lagi);\nterkebam-kebam\n tergerak-gerak bibir sehingga masuk ke dalam mulut." "kebam II\nwarna putih kebiru-biruan (seperti warna timah, langit, dan lain-lain)." "kebambam\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), sejenis mempelam, \nMangifera odorata." "keban\nbakul tempat menyimpan benang dan jarum." "kebarung\nbaju yang potongannya merupakan gabungan potongan kebaya dan kurung." "kebas I\n1.\n sejenis penyakit lumpuh (pada anggota);\n2.\n berasa kaku (pada anggota);\n3.\n semut-semutan pada anggota (kerana lama terhimpit dan sebagainya);\n \nmembuang-buang ~ \nberjalan-jalan supaya hilang kebas (semut-semutan);\nmengebaskan\n menjadikan (menyebabkan) kebas:\nduduk bersila lama-lama boleh ~ kaki." "kebas II:\n~-kebus\n bunyi kain dan lain-lain dikibas (dikibar keras-keras);\n \n~-tangas\n perbuatan mengibas-ngibas atau menyebat-nyebat (oleh bomoh untuk menghalau penyakit dan lain-lain);\nmengebas\n1.\n mengibar-ngibar kain dan lain-lain dengan keras (supaya hilang debunya dan lain-lain), mengibas(kan):\nkain yang penuh debu itu dikebasnya sebelum dipakai; \n2.\n memukul-mukul sesuatu (seperti meja dan lain-lain) dengan kain (untuk menghilangkan debu dan lain-lain):\nlantai yang kotor itu dikebasnya dengan kain buruk; \n3.\n [bahasa percakapan] mengambil dengan tiada izin pemilik, mencuri (biasanya barang yang kurang berharga):\nrokok aku habis dikebasnya." "kebasi\nsejenis ikan laut, nandung, pias, selangat, \nAnodontosoma chacunda." "kebat\nikat, bebat, balut;\n \n~ pinggang \n[Minangkabau] ikat pinggang;\n \nse~ bagai sirih \n[Minangkabau] sekata, sepakat;\nmengebat\n mengikat, membebat, membalut;\n~ erat membuhul mati\n (peribahasa) menetapkan sesuatu aturan atau perjanjian yang tidak dapat diubah lagi;\n \n~ erat-erat membuhul mati-mati\n (peribahasa) membuat perjanjian hendaklah dengan sempurna;\n \n~ sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang\n (peribahasa) orang yang tetap pendiriannya;\nmengebatkan\n menjadikan sesuatu sebagai kebat, mengikatkan;\nterkebat\n1.\n terikat, terbebat, terbalut;\n2.\n [kiasan] terlibat (dalam sesuatu perkara);\npengebat\n alat untuk mengikat (membebat, membalut);\n \ntali ~ \ntali pengikat." "kebat II\n~-kebit \ntidak pernah diam (selalu bergerak, bekerja, dan lain-lain)." "kebaya\nbaju perempuan yang bertangan panjang dan berbelah di bahagian dadanya (ditutup dengan butang, pin, atau kerongsang);\n~ labuh\n = \n~ panjang\n kebaya yang labuh (hingga ke lutut);\n \n~ pendek\n = \n~ bandung\n kebaya yang singkat (hingga ke pangkal paha)." "kebayak\n[arkaik] kebaya." "kebayan\n1.\n [sastera lama] orang suruhan;\n2.\n = \nnenek ~ \nperempuan tua yang menjadi perantara dalam percintaan antara pemuda dan pemudi (dalam cerita dongeng zaman dahulu);\n3.\n [Jawa] pegawai kampung (tugasnya menyampaikan perintah)." "kebayang\nsejenis tumbuhan (pokok), merelang, pauh kijang, \nIrvingia malayana." "kebek I\nterkebek-kebek\n berjalan terhegeh-hegeh (sekejap ke kiri sekejap ke kanan)." "kebek II\n[Perak];\nmengebek\n mencari." "kebel\nsejenis tumbuhan (pokok), \nEurycoma longifolia." "kebelai\nsangat lapar." "kebembem\nkebambam." "keber\nmengeber\n [Kelantan], Tr\n1.\n membentang kain (daripada lipatannya);\n2.\n menceritakan, mendedahkan (hal orang):\ndia tu kalau bercakap, mulalah ~." "kebil\nterkebil-kebil\n terkelip-kelip (mata), sekejap celik sekejap pejam (seperti mata orang yang kehairanan, terperanjat, dan lain-lain):\n anak-anaknya juga tercengang sambil mata mereka ~\n." "kebiri\nkembiri I." "keboba\n[Kelantan] nakal (kanak-kanak)." "kebuk\n1.\n alat untuk membuat laksa;\n2.\n sejenis kepuk yang mengandungi piston atau omboh (pada enjin kereta);\n3.\n ruang atau rongga tertutup;\n~ awan \n(Fizik) sejenis radas yang mengandungi udara yang tepu lampau dengan wap (lazimnya alkohol) dan digunakan untuk mengkaji zarah asas sesuatu bahan radioaktif;\n \n~ jantung \n(Biologi) ruang dalam jantung tempat darah berkumpul (ada empat kebuk pada jantung manusia);\n \n~ pengionan \n(Fizik) sejenis radas yang berisi gas pada tekanan rendah, mengandungi dua elektrod (terdapat voltan tinggi di antara kedua-duanya), dan digunakan untuk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan;\n \n~ wasap \n(Kimia) sejenis kebuk yang dibina di dalam makmal dan digunakan sebagai tempat untuk menjalankan eskperimen yang menggunakan atau membebaskan bahan atau gas beracun." "kebul\n[Jakarta] asap;\nkepul I." "kebuli\nkabuli." "kebun\ntanah yang tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dan lain-lain, ladang kecil:\n~ sayur;\n~ buah-buahan; \ntuan ~ \n[Indonesia] pengurus (pengusaha) ladang;\n \ntukang ~ \norang yang mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yang ditanam;\n~ binatang \ntaman haiwan, zoo;\n \n~ bunga \ntaman bunga;\n \n~ percubaan \nkebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman;\n \n~ raya\n [Indonesia] kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor);\nberkebun\n bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun;\nmemperkebuni\n mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sebagai kebun;\nperkebunan\n1.\n perihal tanam-menanam di kebun;\n2.\n perusahaan atau urusan kebun;\n3.\n tanah-tanah kebun;\n4.\n [Indonesia] ladang (besar):\nGampo menceritakan ia sekarang bekerja sebagai pengarah ~ kina;\npekebun\n orang yang memiliki atau yang mengurus kebun;\n ~ kecil\n pengusaha kebun yang tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dan lain-lain);\npengebun\n orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun." "kebur\nmengebur\n mengacau (air dan lain-lain), mengaduk, mengarau." "keburu\n[Jakarta]\n1.\n tergesa-gesa, tergopoh-gapah;\n \n~ nafsu\n terdorong oleh nafsu, terburu-buru (tidak berfikir panjang terlebih dahulu);\n2.\n masih sempat;\n \nmasih ~\n belum terlambat atau ketinggalan, masih sempat;\n \ntidak ~\n tidak sempat, terlambat, ketinggalan." "kebut I\ntukang ~\n [Indonesia] [bahasa percakapan] penjaga garis di padang bola sepak." "kebut II\nmengebut, mengebuti\n membuang (menghilangkan) debu dengan kain dan lain-lain, mengebas:\n~ pakaian." "kecah I\nkecuh-~;\nkecuh." "kecah II\n~-becah\n kacau-bilau, halai-balai;\nberkecah\n tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak, kacau-bilau:\nkalau longgok adunan itu kelihatan terlalu ~ atau tidak tentu bentuknya, betulkanlah sedikit-sedikit dengan tangan;\nmengecahkan\n menyerakkan, menyelerakkan, menaburkan:\nkecahkan udang itu rata-rata dan tuangkan sekali kuahnya." "kecai\nberkecai, berkecai-kecai, terkecai\n1.\n pecah kecil-kecil (seperti kaca yang jatuh terhempas), hancur, bersepai, remuk;\n2.\n koyak-koyak (kain, kertas, dan lain-lain) hingga menjadi kepingan yang kecil-kecil, hancur:\nsurat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; \nmula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yang sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung;\n3.\n [kiasan] hancur, musnah:\nharapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dalam satu kemalangan semalam; \nmengecaikan\n menjadikan atau menyebabkan berkecai, menghancurkan:\nkemalangan itu telah ~ harapannya; \n= ketai." "kecak I\nberkecak\n bercekak;\n \n~ pinggang\n bercekak pinggang." "kecak II\nincang-incut (kerana tercedera kaki), tertempang-tempang." "kecam I\nmengecam\n mengkritik (keras), membidas, mencela:\nbeliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yang kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan-urusan pejabat;\nkecam-mengecam\n saling mengecam antara satu sama lain:\nkedua-dua pihak yang bertelagah itu ~ dan tidak mahu beralah;\nkecaman\n kritikan (yang keras), bidasan, celaan:\npendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat daripada ahli-ahli agama;\npengecam\n pembidas, pengkritik, pencela." "kecam II\nsejenis tumbuhan (pokok), kelat lapis (merah, paya), sekujah, \nEugenia longiflora (lineata);\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok) mengambir, \nMaesa ramentacea." "kecambah\ntumbuhan yang baru keluar daripada benih;\n \n~ kayu ara takkan jadi pulut-pulut\n (peribahasa) orang yang berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya);\nberkecambah\n1.\n mulai (baru) tumbuh;\n2.\n tumbuh dengan banyak(nya);\ncambah." "kecamuk\nberkecamuk\n1.\n menjadi hebat (peperangan, perjuangan, dan lain-lain), menghebat, menjadi-jadi, merajalela:\nketika itu perang dunia sedang ~;\n2.\n menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan, dan lain-lain), kacau-bilau:\nperasaannya ~, cemas, duka, gembira, dan sayu; \nberbagai-bagai ingatan ~ dalam kepalanya;\n kekecamukan\n keadaan atau perihal berkecamuk:\n ~ fikiran dan perasaan." "kecandan\nkecindan." "kecap I\nbunyi seperti bunyi cicak;\nmengecap\n1.\n mengeluarkan bunyi seperti bunyi cicak;\n2. = mengecap-ngecap, berkecap-kecap, terkecap-kecap\n mengatup-ngatupkan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap:\ndia makan sambil ~-ngecap;\n3.\n merasa (mencuba) masakan dan lain-lain, mencicip:\n~ gulai untuk mengetahui sedap tidaknya;\n4.\n [kiasan] merasai, menikmati:\n~ kebahagiaan;\n~ nikmat;\nkecapan\n sesuatu yang dikecap (dengan lidah);\npengecap\n1.\n orang yang mengecap (merasai, menikmati);\n2.\n perasa (lidah)." "kecap II\n[Indonesia] kicap." "kecapi I\nsejenis alat bunyi-bunyian bertali yang dipetik sebagai gitar (seperti cerempung);\n \nmemetik ~\n bermain kecapi;\nberkecapi\n bermain kecapi." "kecapi II\nsejenis tumbuhan (pokok dan buah), sentul, \nSandoricum koetjape; \nbuah ~\n buah sentul." "kecar I\n~ lakum\n sejenis siput darat yang beracun, \nNanina humphreysiana;\n \n~ lotong\n sejenis siput tanpa karang, \nAtopos maximus." "kecar II\n[arkaik] sejenis rojak." "keceh\n[Kelantan];\nmengeceh\n menggores (memantik) api, menggesekkan (mancis dan lain-lain) supaya keluar api." "kecek I\n1.\n [Minangkabau], [Kelantan] cakap, celoteh, borak:\nseorang yang cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya;\n~ anak-anak \nceloteh anak-anak (budak-budak);\n \nbanyak ~\n banyak cakap, banyak mulut, (cerewet);\n \nberalih ~,\n beralih percakapan (kpada hal yang lain);\n \nhabis ~\n habis cakap (sudah selesai);\n2.\n [Kelantan], [Terengganu] tipu, kecoh;\n~ anak Melaka\n (peribahasa) gayanya seperti orang yang berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi);\n \n~ bagai bunyi merendang kacang\n (peribahasa) percakapan yang tidak keruan;\n \n~ bagai ketiak ular\n (peribahasa) percakapan yang tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan);\n \n~ berlauk-lauk, makan dengan sambal lada\n (peribahasa), [Minangkabau] selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dan lain-lain) padahal bodoh (miskin dan lain-lain);\nberkecek-kecek\n bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak;\nmengecek\n1.\n bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak;\n2.\n memujuk untuk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu:\nibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; \n3.\n menipu atau memperdaya (dengan kata-kata);\n \nsudah dikecek dikecong pula\n (peribahasa) dua kali tertipu (terpedaya);\nmengecekkan\n1.\n mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain);\n2.\n memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dan lain-lain);\npengecek\n1.\n orang yang suka mempercakapkan hal orang lain;\n2.\n (orang yang) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu." "kecek II\nmain ~\n sejenis permainan (dengan memutar duit syiling dan menutupnya dengan telapak tangan), main lerap." "kecele\n[Jakarta] tidak beroleh yang diharapkan (dicari, dijangka, dan lain-lain), kecewa, hampa." "keceng\ntertutup mata sebelah;\nsekeceng\n \n~ mata\n sekelip mata, seketika, sekejap:\nmalam tadi ~ mata pun saya tidak tidur;\nmengecengkan\n \n~ mata\n memejamkan mata sebelah (ketika membidik, mengamati sesuatu dan lain-lain);\n= kereceng." "kecepek\nsenapang ~\n senapang lantakan (ubat bedil diisikan dari hujung larasnya)." "kecepung\nkecimpung." "kecer\n[Jawa] sejenis alat bunyi-bunyian, gembreng." "kecewa\n1.\n (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dan sebagainya), hampa:\nhatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku;\n2.\n tidak berjaya (mencapai sesuatu), gagal (dalam ujian, usaha, dan lain-lain), tidak berhasil (sesuatu usaha dan sebagainya):\nbeberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~;\n3.\n [sastera lama] cela, cacat;\nmengecewakan\n1.\n menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita):\nkerosakan besar pada tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; \npeletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya;\n2.\n menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dan sebagainya), menggagalkan;\nterkecewa\n berasa kecewa;\nkekecewaan\n perihal kecewa, perasaan kecewa (dukacita, hampa):\npada air mukanya, terbayang ~." "keci I\nsejenis kapal layar empat persegi." "keci II\nkain ~\n sejenis kain mori yang halus (tipis)." "keciak\nberkeciak\n berbunyi seperti bunyi anak ayam, menciap-ciap." "kecibak\n= \nbunyi ~\n bunyi seperti bunyi air dipukul-pukul (ditepuk-tepuk), kecipak:\nsemua melodi itu dicampur dengan bunyi ~ air dan keletak pendayung terkena sisi perahu masuk ke telinga Muslim;\n berkecibak\n bergerak pantas (ikan) di permukaan air dengan" "kecibeling\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDesmodium gangeticum;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nRuella naflera." "kecicak\nberkecicak\n dipijak-pijak;\n \ntanah yang ~\n tanah yang dipijak-pijak." "kecik\n[bahasa percakapan] kecil." "kecil\n1.\n tidak besar atau kurang besarnya daripada yang biasanya (seharusnya, selalunya, dan sebagainya):\nseorang yang berbadan ~; \nrumah ~; \nkereta ~; \nalmari ~; \nmangkuk ~;\n2.\n tidak lebar, tidak luas:\njalan ~; \nbilik ~; \nkawasan (daerah) ~;\n3.\n masih rendah umurnya (masih kanak-kanak):\nbudak yang masih ~ itu janganlah dipukul;\n4.\n tidak besar modalnya atau urusan perniagaannya (perusahaannya dan sebagainya):\npedagang ~; \nperniagaan ~; \nperusahaan ~;\n5.\n tidak banyak (jumlahnya dan lain-lain), sedikit:\nsebilangan ~ sahaja pelajar yang memilih kursus tersebut; \nperbezaan ~; \nperbelanjaan ~;\n6.\n tidak penting (mustahak):\nperkara-perkara ~ tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu; \n7.\n tidak melibatkan banyak orang (pihak dan sebagainya) atau menimbulkan kesan yang sangat buruk (berkenaan (dengan) pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dan sebagainya);\n8.\n tidak rumit, tidak sukar diatasi:\nada beberapa masalah dan rintangan ~ yang perlu diselesaikan dulu;\n9.\n tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan);\n \norang ~\n orang bawahan, orang kebanyakan;\n10.\n tidak kuat, halus:\nketawa ~; \nsuara ~;\n~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa\n (peribahasa) pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pada orang-orang muda);\n \n~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak\n (peribahasa) kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yang sukar diubah apabila telah dewasa;\nsekecil-kecil(nya)\n paling kecil:\nagar dosanya dari yang sebesar-besarnya hingga kepada yang ~ diampunkan Allah;\n \nberkecil-kecil\n tidak secara besar-besaran, (dengan) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan:\nmereka berniaga ~;\nberkecil-kecilan\n1.\n berlumba (berebut) mana yang kecil;\n2.\n bergaul ketika masih kecil;\n3.\n berkecil-kecil;\nmengecil\n menjadi kecil:\napi pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam; \nalam fikirannya semakin ~;\nkecil-mengecil\n1.\n hina-menghina, rendah-merendahkan;\n2.\n kecil-kecil;\n \nbenda ~\n benda yang kecil-kecil;\nmengecilkan\n1.\n menjadikan kecil, menjadikan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dan sebagainya):\nkita boleh ~ api dapur ini dengan serta-merta;\n~ perbelanjaan\n mengurangkan perbelanjaan;\n2. = mengecil-ngecilkan\n memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak berharga, dan lain-lain), merendahkan, menghinakan, mengabaikan:\nsurat kawannya yang mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya;\nmemperkecil\n1.\n menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan;\n2. = memperkecil-kecil\n menganggap tidak penting dan sebagainya, mengecil(-ngecil)kan:\nperanan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil;\nkecilan\n [Jakarta] \n1.\n lebih kecil;\n2\n. tidak penting atau mustahak\n: perbuatan ~ yang melanggar peraturan protokol;\nkecil-kecilan\n berkecil-kecil, tidak secara besar-besaran, sedikit-sedikit:\nmemulakan perusahaan secara ~; \ndia baru hendak mengenal politik secara ~; \nserangan ~;\nkekecilan\n1.\n keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dan sebagainya, bilangan atau jumlahnya dan lain-lain);\n2.\n keadaan tidak penting (berkenaan (dengan) kedudukan dan lain-lain):\nsemakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan;\n3.\n [Jakarta] terlalu kecil;\npengecilan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengecilkan:\npengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut;\npengecil\n \nkata ~\n [Indonesia] bentuk kata yang menyatakan kecil." "kecil hati\n1.\n tersinggung perasaan, marah sedikit;\n2.\n tawar hati;\nberkecil hati\n1.\n berasa tersinggung perasaan (agak marah);\n 2\n. tawar hati;\nmengecilkan hati\n menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan:\nsebagai anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita;" "kecimpung\nbunyi air ditepuk(-tepuk), ketimbung, ketimpung;\nberkecimpung\n1.\n bermain dalam air sambil menepuk-nepuknya (hingga berbunyi);\n2.\n menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan (kegiatan dan lain-lain), giat bergerak dalam sesuatu lapangan (usaha dan lain-lain):\nsudah lama beliau ~ dalam lapangan drama dan persuratan;\nperkecimpungan\n perihal berkecimpung (dalam sesuatu kegiatan dan lain-lain):\nseharusnya ~ mereka yang telah lama dalam bidang penulisan itu akan dapat membantu mereka untuk menguasai gaya bahasa itu dengan baik." "kecimus\n[Minangkabau] cemuhan (ejekan) dengan mencebikkan bibir;\nmengecimus\n mencemuh (mengejek, menghina) dengan mencebikkan bibir." "kecindan\n[Minangkabau] gurau senda, jenaka, kelakar;\n \nmulut manis ~ murah\n pandai mengambil hati orang;\nberkecindan\n bergurau senda, berjenaka, berkelakar, berlawak." "kecipak\nbunyi seperti bunyi air ditepuk-tepuk;\nberkecipak, berkecipak-kecipak\n berbunyi seperti bunyi air yang ditepuk-tepuk:\nsampannya beroleng-oleng ~\n." "kecipuk\nbunyi seperti bunyi air yang ditepuk-tepuk, kecipak." "kecipung\nkecimpung." "keciut\nbunyi berdesing (seperti bunyi peluru yang ditembakkan)." "kecoak\n[Jakarta] lipas;\nkecuak." "kecoh I\ntipu (seperti curang dalam mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dan lain-lain):\ndalam perdagangan, banyak ~;\nmengecoh\n menipu (dengan kecurangan-kecurangan), memperdayakan:\nsaudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka;\nterkecoh\n tertipu, terpedaya;\npengecohan\n penipuan:\n~ berlaku dari segi timbang dan harga pasaran yang ditetapkan lebih rendah daripada yang sepatutnya;\npengecoh\n penipu." "kecoh II\nheboh, bising, riuh:\nkedengaran sesuatu yang ~, terdengar suara yang keras dan garang;\nmengecoh\n, \nmengecohkan\n1.\n membuat heboh (bising dan lain-lain), meriuhkan;\n 2.\n mengacaukan, merumitkan:\n semua itu benar-benar mengecohkan fikirannya;\nkekecohan\n perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan:\nNahidah tidak mahu ~ berlaku." "kecok\n[Kelantan], [Terengganu] pincang (ketika berjalan), tempang (kerana cedera kakinya dan lain-lain)." "kecong\n[Minangkabau] tipu, perdaya;\n \n~-kecoh bertimbang ciak\n (peribahasa) setiap dakwaan hendaklah didasarkan pada bukti-bukti yang cukup;\nmengecong\n menipu, memperdaya." "kecor\n[Kelantan] riuh, heboh." "kecu\n[Jawa] penyamun, perompak;\nmengecu\n menyamun, merompak." "kecuak\n[Jakarta] lipas;\nkecoak." "kecuali\n1.\n melainkan, selain, lain daripada:\naku tidak pernah berkenalan dengan orang Jepun ~ En. Ogawa;\n2.\n yang menyimpang daripada kebiasaan, yang tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian;\nberkecuali\n1.\n ada kecualinya;\n2.\n tidak berpihak kepada (bersekutu dengan) mana-mana pihak, berdiri sama tengah;\n \nnegara-negara ~\n negara-negara yang tidak bersekutu dengan atau berpihak kepada negara-negara blok Barat ataupun blok komunis;\nmengecuali\n melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan;\nmengecualikan\n membebaskan (daripada penguatkuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dan sebagainya), mengeluarkan (mengetepikan) daripada sesuatu ketentuan atau keputusan:\nmereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yang mati akibat kemalangan daripada dibedah;\nterkecuali\n1.\n terbebas (daripada kebiasaan, peraturan, dan lain-lain), dikecualikan:\n ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti daripada digunakan untuk tujuan-tujuan politik;\n2.\n kecuali, melainkan:\n~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah;\nkekecualian, kecualian\n sesuatu yang menyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya);\nperkecualian\n1.\n perihal berkecuali (ada kecualinya);\n2.\n kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kepada mana-mana pihak:\nnegara-negara yang bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China;\npengecualian\n1.\n perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain);\n2.\n perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya):\nsatu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan." "kecubung\n[Kelantan], [Terengganu] bengkak." "kecubung I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek, yang bijinya memabukkan), \nDatura metel;\n2.\n = \n~ hitam (putih)\n sejenis tumbuhan (herba), \nDatura metel (fastuosa);\n~ hutan (rimba)\n sejenis tumbuhan (pokok renek), jambul siul, kayu tabat, kemantan, kematan, pisang hutan kecil, \nRandia macrophylla;\n~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, kepayang air, \nGardenia tentaculata; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar batu, akar perut gagak (kerbau betina), \nByttneria maingayi; \nbatu ~\n sejenis batu permata yang berwarna seperti bunga kecubung;\n \n~ berulam ganja\n (peribahasa) sama-sama jahat;\nberkecubung\n berbentuk seperti bunga kecubung (seperti corong atau trompet);\n \nmulut ~\na) mulut (pemuras) yang berbentuk seperti trompet;\n b) manis mulutnya (sangat lemah lembut percakapannya)." "kecuh\n~-kecah\n sangat sibuk (ketika melakukan sesuatu), terburu-buru, tergesa-gesa, terkocoh-kocoh;\n \ndengan se~\n dengan seketika sahaja." "keculun\nsejenis tumbuhan (pokok), \nClerodendron disparifolium." "kecumik\nberkecumik\n komat-kamit." "kecundang I\n= terkecundang\n gagal, kalah, tewas (dalam pertarungan, perlawanan), gagal:\nsekali ini aku terkecundang betul-betul; \nkonsep MAPHILINDO yang menggabungkan tiga negara itu telah ~ akibat politik semasa;\n kekecundangan\n keadaan kecundang:\n semoga hari-hari esok yang bakal kulalui dapat menebus ketewasan dan ~ hari ini\n." "kecundang II\n[Minangkabau] hasutan;\ncundang II." "kecung I\nmengecung\n menggaul atau mengocok (daun pakau):\n~ dan kemudian membahagi-bahagikan daun pakau." "kecung II\n[Kedah] sejenis bakul yang digunakan untuk mengisi emping padi." "kecup\n= kecupan\n ciuman dengan melekatkan bibir;\nmengecup\n mencium dengan melekatkan bibir pada sesuatu;\nmengecupi\n mengecup berulang kali atau untuk beberapa ketika:\nmaka Tun Tuah pun tersenyum-senyum seraya dikecupinya akan pustakany" "kecur I\nkeluar air liur (kerana mengingini sesuatu makanan dan lain-lain):\nmelihat gulai dan panggang di atas dapur, ~ liur anak itu." "kecur II\n1.\n penopang yang tergantung (tempat penebang kayu duduk bekerja);\n2.\n buyung yang bermulut kecil." "kecut I\n1.\n kering dan berkedut (berkenaan (dengan) kulit tubuh, buah, dan lain-lain), kisut, lisut (kulit tubuh), kempis (bisul):\nbuah yang ~ dan hampir busuk; \nbunga yang ~; \nia kelihatan masih muda, belum begitu ternampak kedut dan ~nya;\n2.\n berkerut;\n \n~-berut\n [Kelantan], [Terengganu] terlampau kecut (sayur, kulit tubuh, dan lain-lain);\n3.\n = \n~ hati\n [kiasan] takut, gentar, gerun:\nia gementar, ~ hatinya bukan main;\n \n~ perut \nki (berasa) sangat takut, ngeri, gerun;\nmengecut\n menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil:\nkain itu ~ setelah dibasuh;\nmengecuntukan\n1.\n menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengeduntukan, mengeruntukan:\nubat ini boleh ~ bisul dengan segera;\n2.\n = \n~ hati\n menakuntukan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan:\ndi sana kami mendengar berita-berita yang ~; \nkejadian-kejadian ngeri yang ~ hati;\nkekecutan\n perihal kecut;\npengecutan\n perihal atau perbuatan mengecut(kan):\n~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak;\npengecut\n orang yang tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dan sebagainya), penakut:\nyang ~ sudah lama lari;\n~-~ yang tak boleh diharap." "kecut II\nberkecut-kecut\n mengeluarkan bunyi seperti bunyi roda yang tidak lancar putarannya (kerana kekurangan minyak)." "kecut III\n[Jakarta] masam." "kedabu\nsejenis tumbuhan (pokok), \nSonneratia ovata." "kedada\n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok), berombong hutan, kendada, \nDuabanga sonneratioides." "kedadah\nkedadak (sejenis penyakit), taun, cika." "kedadak I\npenyakit yang menyebabkan selalu buang-buang air dan muntah-muntah, penyakit taun, cika." "kedadak II\npekak ~\n sangat pekak." "kedah I\nterbuka lebar (mulut), ternganga (mulut), terkangkang (kaki);\n \nmangkuk ~\n mangkuk yang bermulut lebar dan bertutup." "Kedah II\nnegeri di barat daya Semenanjung, keluasan 9479 km2, Alor Setar sebagai ibu negeri." "kedai\nbangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko;\n \nrumah ~\n bangunan tempat tinggal dan juga berniaga;\n~ bar\n kedai tempat menjual minuman keras;\n \n~ kopi\n kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih;\n \n~ lesen\n gerai tempat menjual makanan dan minuman;\n \n~ makan\n kedai tempat menjual makanan (nasi dan lain-lain);\n \n~ minyak\n kedai tempat menjual minyak petrol;\n \n~ pajak\n pajak gadai;\n \n~ runcit\n kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna;\n \n~ serbaneka\n kedai yang menjual aneka jenis barang;\n \n~ urup-urup\n tempat menukar wang;\nberkedai\n1.\n membeli-belah di kedai;\n2.\n mempunyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai:\ntidak banyak orang Melayu yang ~ di sana;\n~ kopi\n menjual minuman dan kuih-kuih di kedai;\nmengedaikan\n menunjukkan (mempamerkan) barang-barang dagangan:\ndi pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu;\nterkedai\n telah dikedaikan, telah dipamerkan (berkenaan (dengan) barang-barang dagangan dan lain-lain):\nbarang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dengan permainya;\nkedaian\n1.\n tempat berkedai;\n2.\n almari dan lain-lain tempat mempamerkan barang-barang dagangan:\nmereka melihat-lihat barang-barang yang tersusun dengan baik dalam tiap-tiap ~;\nperkedaian\n1.\n perihal berkedai;\n2.\n tempat berkedai, \n3.\n sejenis tempat di kedai untuk mempamerkan barang-barang dagangan;\n4.\n barang yang dikedaikan (dipamerkan);\npekedai\n penjual di kedai, orang yang berkedai;\n \n~ kecil\n pekedai yang berniaga secara kecil-kecilan." "kedak\nlintang-~\n ;\nlintang." "kedal\n1.\n sejenis penyakit kulit (yang membuat kulit bertelau-telau atau berbelang-belang);\n2.\n bertelau-telau (berbelang-belang) putih pada kulit:\nRaja China pun sakit, lalu ~ semuanya tubuh baginda;\n~ anjing\n telau (belang-belang) kecil pada kulit (kerana penyakit kusta);\n \n~ gajah\n kedal yang menimbulkan telau (belang-belang) besar;\n \n~ tulah\n [sastera lama] kedal yang menghinggapi seseorang kerana kedaulatan raja:\ntelah pagi hari dilihatnya puteri itu ~ tulah sebab dijamah baginda itu;\n \nmenggetil puncak ~ orang\n (peribahasa) menyakiti hati orang dengan sindiran atau perbuatan;\nberkedal\n [Minangkabau] dihinggapi penyakit kedal, bertelau-telau;\n \nmuka licin, ekor ~ \n(peribahasa)\na) baik pada lahirnya sahaja (tidak pada batinnya);\n b) pada lahirnya hidup mewah tetapi sebenarnya banyak hutang." "kedaluwarsa\nsudah tiba waktunya (untuk membuat tuntutan dan lain-lain), habis tempoh." "kedamba\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kedumba, mengkal, sebuta, \nNauclea subdita;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nRhynchodia rhynchosperma." "kedampang\nsejenis tumbuhan (pokok), rongga jantan, \nSterculia parviflora." "kedana\npapa, miskin:\nkerana kegagalan perniagaannya, dia jatuh ~\n." "kedang I\nterentang, terhulur lurus (tangan dan lain-lain);\nmengedangkan\n menghulurkan (tangan dan lain-lain) lurus-lurus, mengejangkan (tangan dan lain-lain), meluruskan (tangan dan lain-lain):\nmaka tangan kanan dikedangkannya serta menyembah;\nterkedang\n terbaring mengunjur, terkejur:\nTuk Wan ~ di atas tilam buruk dalam bilik di anjung dapur; \ngedang II\n." "kedang II\n[Minangkabau];\nmengedang\n membuang air nasi supaya cepat masak (atau tidak terlalu lembik)." "kedanga\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok), \nHorsfieldia globularia." "kedangkai\nsejenis tumbuhan." "kedangkang\nlingkungan besi yang melindungi pemantik senapang." "kedangsa\nlimau ~\n sejenis limau (kulitnya hijau), \nCitrus medica." "kedangsangan\n[Jakarta] bersusah payah membuat sesuatu, melakukan sesuatu dengan penuh daya upaya." "kedap\n1.\n sangat rapat (berkenaan (dengan) anyaman, tenunan, dan lain-lain);\n2.\n tertutup rapat (hingga tidak dapat dimasuki air, gas, dan lain-lain):\n~ air;\n~ cahaya;\n~ gas (udara)." "kedap II\n[Kedah] pokok padi yang telah dituai, diikat dan dikumpulkan untuk dibanting." "kedarah\n= \nmuntah ~\n [bahasa kasar] makan." "kedari\nlabi-labi." "kedasih\n[Jakarta] sejenis burung kecil." "kedau\n[arkaik];\nmengedau\n memekik (meminta tolong dan lain-lain)." "kedaung\nsejenis tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur, \nParkia javanica." "kedayan I\n[sastera lama] pengiring, hamba:\nAdipati dan segala ~nya berjalan di hadapan Raden Wira Nantaja.\nKedayan II\n suku kaum peribumi di Sabah, Sarawak dan Brunei, yang termasuk dalam kumpulan Orang Ulu, yang tinggal di pedalaman, kuat berpegang pada adat, seperti mencacah badan dengan berbagai-bagai bentuk gambar, menindik cuping telinga dan memakai gelang timah atau tembaga yang agak berat sejak dari kecil lagi." "kededek\n= \nberkededek\n [Kelantan] berlebihan (kerana tidak habis dimakan atau dijual):\nmakanan dan gulai di rumahnya ~." "kedek\nkedek-kedek = terkedek-kedek;\nmengedek-ngedek\n menggoyang-goyangkan tubuh ketika berjalan (seperti itik);\nterkedek-kedek\n (berjalan atau berlari) tergoyang-goyang (seperti itik):\nanak itu menggelengkan kepalanya sungguh-sungguh dan cepat-cepat lari ~." "kedekai, kedekak, kedeki, kedekik\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya dibuat ubat), \nTerminalia chebula\n." "kedeking\nterlalu keras (kuih dan lain-lain)." "kedekut\nsangat berkira-kira hendak membelanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit:\n~ benar ayahnya, tidak mudah memberinya wang." "kedelai\n1.\n = \nkacang ~\n sejenis kacang (bijinya dibuat tempe atau kicap), kacang soya, \nGlycine max;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), jelai, \nAlphania paucijuga." "kedelam\nkemendelam." "kedeli\nkedelai." "kedemah\npokok ~\n sejenis tumbuhan (herba), rumput lumur, seketan, \nOphiorrhiza singaporensis." "kedemat\n[arkaik] khidmat." "kedemi\nsejenis ikan laut, gedemi, \nRemora spp.\n." "kedempung I\nbunyi sesuatu yang jatuh ke dalam air." "kedempung II\nrosak kerana dimakan ulat (berkenaan (dengan) buah-buahan);\n \nseperti (laksana) buah ~, di luar berisi di dalam kosong\n (peribahasa) orang yang bongkak (cakapnya besar tetapi tidak berisi)." "kedemut\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nCaranx spp." "kedengkang\nbunyi seperti bunyi tong atau besi dipukul." "kedengkik\nkurus kering, terlalu kurus." "kedengking\nbunyi denting, kerenting, lenting." "kedengkung\nkedengkang." "kedenuk\nsejenis tumbuhan (pokok), jangkang paya, medang gambung, mengambung, merambung bukit, temengau, \nVeronica javanica." "kedepung\nkedempung II." "keder I\n[Jakarta] gentar, takut." "keder II\n[Jakarta] tidak tahu arah, bingung (seperti orang sesat jalan)." "kedera I\nsejenis ikan laut, \nValamugil annesuis." "kedera II\nkerusi (tempat duduk pada usungan), kerusi tandu;\nberkedera\n menaiki (memakai) kedera, diusung di atas kedera." "kederang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok berduri yang akarnya dibuat pencelup), \nCudrania javanensis;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), sepang air, \nHymenocardia wallichii." "kedewas\n= \nbawal ~\n sejenis ikan laut, bawal hitam, \nStromateus nigra." "kedi I\n1.\n orang yang seperti laki-laki atau perempuan tetapi tidak sempurna sifat kelaki-lakian atau keperempuanannya, banci, pondan, papak;\n 2.\n perempuan yang tidak datang haid sama sekali." "kedi II\norang yang membawa kayu golf dan peralatan lain untuk pemain golf." "kedian\n[bahasa percakapan] kemudian." "kedidi\nsejenis burung, kepala besar, kepala rapang;\n~ besar\n sejenis burung, \nPluvialis squatarola;\n~ kelicap = ~ pasir, \nsejenis burung, \nActitis hypoleucos;\n~ padang\n sejenis burung, \nGlareola pranticola;\n~ pantai\n sejenis burung, kaki dian, \nCharadrius alexandrinus;\n \nlaksana ~, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit)\n (peribahasa) orang yang sentiasa tidak tetap kelakuannya;\nberkedidi\n = \nbersikedidi\n berjalan terjongket-jongket (terlompat-lompat);\n= kudidi." "kedih\ntidak besar-besar atau lambat sungguh besarnya (berkenaan (dengan) orang, tumbuhan, dan lain-lain), terbantut, tergencat;\nmengedih\n menjadi kurang (penyakit), beransur pulih." "kedik\nlentik sedikit ke belakang (berkenaan (dengan) bahu, badan) lawan bongkok;\nmengedik\n melentik sedikit ke belakang (berkenaan (dengan) bahu, badan);\nmengedikkan\n melentikkan (badan) ke belakang;\nterkedik\n terlentik sedikit ke belakang (berkenaan (dengan) badan, bahu)." "kedikit\n[arkaik] kedekut." "kedip\nkelip (berkenaan (dengan) mata, lampu, dan lain-lain), kedipan;\nberkedip, terkedip\n tertutup seketika (sesaat) sebelum terbuka semula (berkenaan (dengan) mata), berkelip, terkelip;\n \ntidak ~ \n(agak lama) tidak tertutup walau sesaat pun (berkenaan (dengan) mata);\nberkedip-kedip, terkedip-kedip\n seketika terbuka seketika tertutup (berkenaan (dengan) mata), pejam celik dengan pantas (berkenaan (dengan) mata), seketika terbuka (terang) seketika padam (berkenaan (dengan) lampu), berkelip-kelip, terkelip-kelip:\nmatanya ~ apabila disinari cahaya dari lampu suluh itu; \nlampu-lampu yang menghiasi kedai itu ~; \ntidak ~ \nterbuka sahaja agak lama (berkenaan (dengan) mata);\nmengedipkan\n menutup (mata) seketika (dan membukanya semula), mengelipkan, mengejapkan (mata);\nkedipan\n perihal berkedip (mata, lampu), kelipan (mata dan lain-lain):\npondok kecil itu samar-samar juga menerima cahaya daripada ~ lemah pelita itu;\nkejip." "kedira\nkedera" "kediri\nsendiri;\nkendiri." "kedit\nkendit." "kediti\nkeliti." "kedok\n[Indonesia]\n1.\n penutup muka (untuk menyembunyikan muka atau menyamar), topeng;\n \n~ gas\n penutup muka untuk melindungi muka daripada gas racun;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang dipergunakan untuk menyembunyikan perkara (tujuan dan lain-lain) yang sebenar:\nsambil memakai ~ sosialis, mereka memeras rakyat;\nberkedok\n1.\n memakai kedok (topeng), bertopeng:\ntidak dapat ia camkan muka perompak-perompak itu kerana mereka ~;\n2.\n mempergunakan atau membuat sesuatu untuk menyembunyikan tujuan (hal dan lain-lain) yang sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dengan memperalatkan sesuatu):\nharus kitab-kitab itu lebih baik daripada segala apa yang pernah ditulis oleh musuh-musuh Islam yang ~ pengetahuan itu;\nmemperkedok\n memakai atau menggunakan sesuatu sebagai kedok (untuk menyembunyikan muka, tujuan, muslihat, dan sebagainya), mempertopeng." "kedombak\nsejenis tumbuhan (pokok). \nkedombak II\n sejenis ikan laut." "kedondong\nsejenis ikan laut, bulus-bulus, \nSillago spp." "kedondong I\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nCanarium spp.;\n~ bahu = ~ bulan\n = \n~ hutan \n= \n~ kerut \nsejenis tumbuhan (pokok), kenari hutan, \nCanarium nitidum;\n~ kerut\n = \n~ matahari \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, \nCanarium kadondon;\n~ matahari\n sejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, \nTrigonochlamys griffithii; \namra (jangan) disangka ~\n (peribahasa) sesuatu yang menyerupai yang buruk itu jangan disangka buruk." "kedongkok\ngelang-gelang berukir di antara hulu dengan bilah keris;\npendongkok." "kedorong\n[Jakarta] terlanjur, terlepas (perkataan dan lain-lain), terdorong (perbuatan dan lain-lain)." "kedu\nterkedu\n lentik ke belakang tubuhnya (kerana sakit pinggang dan lain-lain), terkedik." "kedubang\nsejenis pedang pendek;\ngedubang." "keduduk I\nmengeduduki\n menduduki, mendiami;\nduduk I." "keduduk II\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kenduduk, seduduk, sekeduduk, senduduk, \nMelastoma malabathricum;\n~ gajah, ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), kerakap rimau, lidah buaya, pakan rimba, senduduk gajah, senduduk hutan, tengkuk biawak, \nAllomorphia malaccensis (exigua);\n~ gajah batu\n sejenis tumbuhan (pokok renek), puding (senduduk) hutan, \nAllomorphia alata." "keduk\n[Jawa];\nmengeduk\n1.\n mengorek, menggali;\n2.\n [kiasan] menghimpunkan (mengumpulkan) wang, mengambil untung, dan lain-lain." "kedul\nsejenis bola yang dibuat daripada kayu (gading atau tanduk)." "kedumba\nkedamba." "kedunak\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gintik, akar tawan hitam, akar tentawan, \nMeladorum pisocarpum." "kedung\n[Jakarta] lubuk." "kedut I\nkerut (pada kulit dan lain-lain), renyuk-renyuk (pada kain, kertas, dan lain-lain), ropol (pada kain);\nberkedut\n berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dan lain-lain), renyuk (kertas dan lain-lain), beropol-ropol (kain):\nseorang tua yang putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; \ndipakainya juga bajunya yang lusuh dan ~ itu;\nmengedut\n menjadi berkedut (berkerut, berlipat-lipat, beropol-ropol);\nmengeduntukan\n menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dan lain-lain), mengeruntukan (kulit dan lain-lain), meropolkan (kain dan lain-lain):\nia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut;\nkedutan\n lipat-lipatan (pada kulit, kain, dan lain-lain), renyuk-renyuk (pada kertas dan lain-lain):\njahitan pada ~ kain itu hendaklah teguh." "kedut II\n[arkaik]\n; \nmengedut\n merentap, meragut, merampas, merebut." "kedut III\n[Jawa] [arkaik] getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu)." "keembung\nsejenis tumbuhan (pokok), \nImpatiens balsamina." "kehek\n[Kelantan], [Terengganu] mengeluarkan (makanan dan lain-lain) dari dalam mulut, meluahkan." "kehel\nterkehel\n1.\n terpelecok (kaki, tangan, dan lain-lain), tergeliat (tulang anggota);\n2.\n terpesong atau terbabas (dari haluan perjalanan atau pelayaran), menyimpang (dari hala yang dituju)." "keher\n[Kelantan] perlahan-lahan:\n berjalan ~-~\n." "kei\nalat menenun kain;\nkek II." "kejai\n= \npohon ~\n pokok getah;\n \ngetah ~\n sejenis getah;\n \n~ berlapis \n[Minangkabau] sangat kedekut (bakhil);\nberkejai\n menggeliat sambil mengejang-ngejangkan anggota;\nmengejai\n mengejangkan (anggota), meregangkan (kaki dan lain-lain)." "kejal\nkeras (daging dan lain-lain), pejal." "kejam\ntertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam;\n \n~ celik \nseketika terbuka seketika tertutup (berkenaan (dengan) mata), seketika terang seketika padam (berkenaan (dengan) lampu):\nmatanya ~ celik; \nlampu neon yang ~ celik menerangi jalan itu;\nmengejamkan\n memejamkan (mata):\nbeberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah." "kejam II\n1.\n tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim:\nberlaku ~; \nayah dan ibunya dibunuh oleh pengganas-pengganas secara ~; \nhukuman yang ~;\n2.\n sangat kedekut atau bakhil, tidak mudah berbelanja;\nmengejami\n1.\n membuat (melakukan) sesuatu dengan kejam (tiada belas kasihan), berbuat kejam daripada;\n2.\n berlaku keras kepada;\nkekejaman\n perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman:\nlebih baik mati di medan perjuangan daripada hidup menderita ~ musuh." "kejam III\n~ penggeli\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCanarium grandiflorum." "kejamas\npencuci rambut, langir." "kejan\nmengejan\n1.\n mendesak, mendera, menggesa;\n2.\n meneran;\nejan I." "kejang\nkaku (anggota dan lain-lain), kejur, tegang (urat dan lain-lain):\nmayat Bakri terbaring di situ ~ pucat;\n~ mulut \nmulut terkancing atau tertutup rapat;\n \nmati ~\n mati kaku (binatang yang mati tidak dengan disembelih);\nberkejang, berkejang-kejang\n melunjurkan keras-keras (tegang-tegang), meregangregangkan (kaki);\nmengejang\n menjadi kejang:\ndia mengurut-urut perutnya melawan rasa sakit yang ~ itu;\nmengejangkan\n meluruskan (kaki) keras-keras (hingga menjadi kaku):\ndia ~ urat sarafnya;\n terkejang-kejang\n menjadi kejang dengan tiba-tiba dan berkali-kali;\nkekejangan\n1. = kejangan\n sejenis penyakit pada kaki (menyebabkan urat betis terasa seperti ditarik-tarik), sakit ular-ularan:\n~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit;\n2.\n keadaan kejang (kaku), kekakuan." "kejap I\n1.\n kelip, kedip (mata);\n \n~ mata\n kelip mata;\n2. = sekejap\n sebentar, seketika:\n~ lagi baliklah dia; \ntunggu ~ \nnanti sebentar;\nberkejap-kejap\n berkelip-kelip, berkedip-kedip (berkenaan (dengan) mata dan lain-lain);\nmengejapkan\n mengelipkan, mengedipkan (mata):\nia merenung tajam, matanya tidak sedikit pun dikejapkannya;\nterkejap-kejap\n terkelip-kelip, terkedip-kedip (berkenaan (dengan) mata dan lain-lain):\nkelihatan api pelita ~ di serambi rumah;\nkejapan\n gerakan mengejapkan (mata)." "kejap II\ntidak mudah tercabut (terurai dan lain-lain), ketat, teguh:\nsebilah keris terselit ~ di pinggangnya; \ntayar itu dipasangkan ~-~ pada roda;\nmengejap\n memadat:\n tanah yang ~ dihakis oleh udara kering;\nmengejapkan\n meneguhkan atau mengetatkan ikatan dan sebagainya:\nTuk ~ kain di pinggang." "kejar\nhambat, buru;\n \nmain ~-~ \nmain hambat-menghambat (sejenis permainan kanak-kanak);\nberkejar\n pergi dengan terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (untuk mendapatkan seseorang):\ndua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu;\nberkejaran, berkejar-kejaran\n berlari beramai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat-menghambat (buru-memburu):\ndua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; \nbeberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah\n;\nmengejar\n1.\n berlari dan lain-lain untuk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat:\npolis sedang ~ penyamun-penyamun yang melarikan diri itu;\n2.\n [kiasan] sangat kuat menginginkan, bersungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai):\ndia sekarang ~ wang;\n~ kehormatan;\n~ pangkat; \nputih dikejar, hitam tak dapat \n= \nyang dikandung (dikendong) berciciran, yang dikejar tiada dapat \n(peribahasa) keuntungan dan lain-lain yang diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dan lain-lain yang di dalam tangan habis hilang;\nmengejarkan\n1.\n menghantar atau membawa dengan seberapa segera (dengan terburu-buru):\ndia telah dikejarkan ke rumah sakit dalam keadaan luka parah;\n2.\n membuat supaya mengejar (seseorang atau sesuatu);\nterkejar\n dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yang lari dan lain-lain), terhambat, tersusul;\n \ntidak ~\n tidak terikut (tersusul);\nterkejar-kejar\n terlari-lari, terburu-buru, tergesa-gesa:\npemuda itu datang ~ hendak menari dengan Jasmah;\nkejaran\n perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan:\nlari dari ~ musuh; \nseorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung;\n pengejaran\n perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan." "kejat\n1.\n kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota);\n \nmati ~\n mati kaku;\n2.\n tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (berkenaan (dengan) tiang yang terpacak);\n3.\n padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap;\nmengejatkan\n membuat sesuatu menjadi kejat;\npengejatan\n perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu." "kejeblos\n[Jakarta]\n1.\n terperosok (ke dalam lubang dan lain-lain);\n2.\n termasuk ke dalam perangkap, terjebak;\njeblos." "kejen\n[Jakarta] mata bajak." "kejengkang\n[Jawa] jatuh terlentang;\njengkang." "keji\nsangat buruk (rendah), hina (berkenaan (dengan) sifat, kelakuan, perbuatan, dan lain-lain), amat tidak sopan (berkenaan (dengan) kelakuan, perbuatan, dan lain-lain):\nkalau orang yang jahat mati ia akan meninggalkan nama yang ~; \nia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yang ~;\nberkeji\n \n~ diri\n merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu);\nmengeji\n menghina, memandang rendah (pada):\n Islam sangat ~ sifat dusta\n;\n \nmembuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji\n (peribahasa) mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain;\nmengejikan\n menimbulkan rasa keji:\nperbuatannya itu sungguh ~;\nmemperkejikan\n [sastera lama] menganggap (memandang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dan lain-lain):\njangan kiranya fakir diperkejikan;\nkekejian\n sifat (perbuatan) yang keji, keburukan, kehinaan." "kejip\nkedip, kejap I." "kejora\nbintang ~\n planet yang nampak (terbit) pada waktu subuh, bintang barat, bintang timur, zuhrah." "keju\nsejenis makanan yang dibuat daripada dadih susu;\n \n~ krim \nkeju lembut berwarna putih yang diperbuat daripada krim dan susu." "kejuju\nmengejuju\n bergerak terus (ke atas, ke hadapan), menjuju, menuju." "kejur I\nkeras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut);\nterkejur\n terlunjur dalam keadaan kejang atau kaku (seperti mayat yang terbaring):\nPinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun." "kejur II\nsejenis ikan darat, tengas, \nAcrossocheilus hexagonolepis." "kejut\nkaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan;\nberkejut\n \n~ telinga \nmenegakkan telinga (seperti kuda ketakutan);\nberkejutan\n berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat;\nmengejut\n tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dengan tiba-tiba (sekonyong-konyong), dengan tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak:\nbeliau meletakkan jawatannya secara ~; \nlawatan ~ \nlawatan yang tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu;\nmengejut-ngejut\n1.\n tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh):\nbadannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis;\n2.\n pendek-pendek keras dan putus-putus (berkenaan (dengan) bunyi binatang, tangisan, dan lain-lain):\nsekali-sekala sedannya ~; \nsayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang;\nmengejuntukan\n1. = mengejuti\n menyedarkan dari tidur (khayalan, menungan, dan lain-lain), membangkitkan (dari tidur):\nbunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim daripada tidurnya; \nakan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang;\n2.\n memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak:\nberita kematiannya sungguh ~ Bidin;\n3.\n [kiasan] menyedarkan (supaya bertindak, maju, dan lain-lain), membangkitkan semangat, memberangsangkan:\nperubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam;\nterkejut\n1.\n terperanjat, tersentak, kaget:\nseluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; \nia ~ ketika isterinya menepuk bahunya;\n~ besar\n sangat terkejut (terperanjat);\n2.\n terjaga (terbangun, tersedar) daripada tidur:\nketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ daripada tidurnya;\nkejutan\n sesuatu yang mengejuntukan (memeranjatkan), kesan (akibat) yang menyebabkan orang terkejut (terperanjat):\nmengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kepada mereka; \nsebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dengan mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda;\n~ budaya\n akibat yang timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dengan atau terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan lain yang lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dan sebagainya pada anggota kebudayaan yang lebih rendah tamadunnya);\n \n~ elektrik \nrasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik;\nkekejutan\n1.\n perihal terkejut (terperanjat);\n2.\n terkejut, terperanjat:\nTuan Lim ~, matanya hampir tersembul;\nketerkejutan\n keadaan atau perihal terkejut:\nlelaki itu terbanting oleh ~ yang maha dahsyat;\npengejut\n mudah terkejut (terperanjat)." "kek I\nsejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung, mentega, gula, dan lain-lain dan dibakar;\n~ buah \nkek yang mengandungi campuran buah-buahan kering seperti kismis, aprikot dan sebagainya;\n \n~ keju \nkek yang diperbuat daripada keju krim, gula, telur dan sebagainya;\n \n~ lapis \nkek yang terdiri daripada beberapa lapis yang berwarna-warni dan berempah." "kek II\nalat menenun kain;\nakik II." "kek III\n[bahasa percakapan] singkatan bagi kakek." "kekabu\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Bombacaceae, kekabu hutan, kapuk dan tambaluang (Sabah), \nBombax spp\n." "kekacang I\nfamili tumbuhan yang bijinya terkandung dalam lenggai, legum;\n \n~ makanan ternak\n kekacang yang dijadikan makanan binatang ternak." "kekacang II\n= \nikan ~\n sejenis ikan laut, kacang-kacang." "kekafiran\nsifat-sifat kafir (tidak beriman, tidak percaya kepada Allah);\npengkafiran\n perbuatan mengkafirkan:\nisu ~ yang diuar-uarkan sejak 19 tahun lalu adalah satu tindakan yang boleh memecahkan keharmonian." "kekah\n= akikah." "kekah I\nsejenis monyet yang hitam bulunya dan panjang tangannya, lotong ceneka, \nPresbytis femoralis;\nkerakah II." "kekah II\nmengekah\n [Kelantan], [Terengganu] menggigit (dengan membuka mulut lebar-lebar dan mengatupnya), mengerkah." "kekah III\nduduk ~ \n[Minangkabau] duduk dengan mengangkangkan kaki (tidak bersila rapat)." "kekait\n~ merah\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat);\nkait II." "kekaki\n1.\n alas atau tapak daripada konkrit dan sebagainya tempat berdirinya sesuatu, seperti patung, tiang dan sebagainya;\n2.\n sesuatu yang menjadi penyangga atau penopang antara dua lapisan atau lebih benda, misalnya kek yang bertingkat-tingkat:\nkek buah yang dibuat khas itu turut dihiasi tujuh ~ yang setiap satunya disaluti aising." "kekal\ntetap ada berterusan (untuk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dan sebagainya), abadi:\nberusaha untuk mewujudkan keamanan yang ~; \nkasih yang tidak ~; \niman yang sempurna dan pekerti yang baik itulah yang ~\n, \ndisebut orang selama-lamanya; \ndunia (alam) yang ~\n akhirat;\n~ abadi \nkekal untuk selama-lamanya;\n \n~ karar\n kekal serta aman tenteram;\n \ntidak ~ bunga dikarang\n (peribahasa) perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yang tidak lama wujudnya;\nberkekalan\n sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dan sebagainya untuk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (untuk selama-lamanya):\nQuran kemudian ditulis dalam bentuk sebuah kitab yang ~ hingga hari ini; \noleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yang dikenakan itu;\nberkekalkan\n [sastera lama] = \nmengekalkan;\nmengekalkan\n menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dan sebagainya):\n~ keamanan di dunia;\n~ peraturan yang ada sekarang;\nkekekalan\n perihal kekal, keadaan yang tetap (tidak luput, berubah, dan sebagainya) selama-lamanya;\npengekalan\n perihal (usaha dan sebagainya) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan)." "kekalapan\nkebingungan." "kekalu\n[Pahang] sejenis makanan seperti emping yang dibuat daripada padi muda." "kekam\nbuih (sampah dan lain-lain) yang hanyut atau terapung-apung dalam air;\n \nmati ~\n keadaan air ketika laut paling pasang atau paling surut, air (pasang) perbani;\n= kekat." "kekandi\n[sastera lama] pundi-pundi, kantung;\n= kandi I." "kekang\n= kekangan\n1.\n besi bergerigi yang dikenakan pada mulut kuda (untuk mengendalikannya), kendali;\n2.\n = \ntali ~\n tali daripada kulit dan lain-lain untuk mengendalikan kuda;\n3.\n [kiasan] sesuatu (seperti undang-undang dan lain-lain) yang digunakan untuk mencegah keburukan (kejahatan dan lain-lain), larangan:\nterdapat ~ yang akan menimpa perkembangan bahasa;\n~ yang mengikat mereka sudah tidak ada lagi;\nmengekang\n1.\n menarik tali kekang (untuk memberhentikan kuda);\n2.\n [kiasan] menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dan lain-lain), melarang, memberangus (surat khabar):\nseakan-akan ada sesuatu kekuasaan yang ~ kebebasannya;\n~ hawa nafsu;\n~ kemerdekaan akhbar;\nterkekang\n dihentikan (kuda yang berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dan lain-lain);\npengekangan\n perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dan lain-lain);\n= kang II." "kekapal\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar serapat, akar sesapat, akar sedudu bukit, \nHoya diversifolia." "kekapas I\nsejenis burung, burung daun, \nChloropsis spp." "kekapas II\nsejenis ikan laut, \nGerres spp.;\nkapas II." "kekapis\n= kapis." "kekar I\n1.\n kembang, mekar (bunga);\n2.\n bercerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul);\nmengekar\n mekar, berkembang (bunga):\nbunga sedang ~;\nmengekarkan\n memecahkan atau menceraikan (supaya tidak terkumpul lagi), menyelerakkan:\nnasi yang berketul-ketul itu dikekarkannya dengan garpu." "kekar II\n[Jakarta] padat dan rapi (berkenaan (dengan) anyaman, tenunan), tegap dan kuat (berkenaan (dengan) tubuh)." "kekara\nkacang kara;\nkara I." "kekaras I\nkaras-karas (sejenis kuih), karas." "kekaras II\nsejenis tumbuhan (pokok), karas." "kekas I\nmengekas\n mengais (berkenaan (dengan) ayam dan lain-lain);\nkakas I." "kekas II\n(Palembang) sekeping tanah yang diapit oleh ladang baru dan ladang yang sudah ditanami." "kekastaan\nperihal kasta:\n semangat ~ itu mempunyai pengaruh yang besar." "kekat\n[arkaik] buih (sampah dan lain-lain) yang hanyut di air, kekam;\n \nbalik ~\n berubah arus, pasang menjadi surut;\n \nmati ~\n keadaan air ketika paling pasang atau paling surut, air perbani;\n= kekam." "kekau\nterjaga daripada tidur dengan tiba-tiba (kerana terkejut dan lain-lain);\nterkekau-kekau\n sekejap-kejap terkejut (terjaga) daripada tidur." "kekawin\n[Jawa] \n= kakawin." "kekecilan hati\n1.\n tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati;\n2.\n hilang keberaniannya, ketakutan." "kekeh\nterkekeh-kekeh\n ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak:\npara hadirin ~ segirang hati; \nUdin ~ kesukaan;\n kekehan\n bunyi (suara) terkekeh-kekeh:\n ~nya memecah kesepian malam itu." "kekek I\nterkekek-kekek\n tertawa nyaring, terkekeh-kekeh;\nmengekek, mengekek-ngekek\n ketawa terkekek-kekek, menggelekek;\nkekekan\n bunyi gelak ketawa yang berlebihan:\nterdengar ~ ketawanya\n." "kekek II\nburung ~ \n1.\n sejenis burung, pekaka, raja udang, \nHalycyon chloris;\n2.\n sejenis burung, burung gatal birah, burung kelengking, \nAnthracoceros malayanus." "kekek III\nsejenis ikan laut, \nLeiognathus spp.;\n~ gedabang \nsejenis ikan laut \nLeiognathus equulus;\n~ jalur \na) sejenis ikan laut, \nLeiognathus daura; \nb) sejenis ikan laut, \nSecutor insidiator; \nc) = \n~ jara\n sejenis ikan laut, \nLeiognathus daura;\n~ labu \na) sejenis ikan laut, \nGazza minuta; \nb) sejenis ikan laut, \nLeiognathus splendens." "kekek IV\n= \n~ baju\n bahagian ketiak baju kurung." "kekekokan\nperihal (keadaan) kekok:\njelas ada ~ dalam hubungan suami isteri itu." "kekel I\nmengekel-ngekel\n berdekah-dekah, terbahak-bahak:\nlagi sekali ketawa yang gamat daripada penonton-penonton, mereka ketawa ~." "kekel II\nbakhil, kedekut, kikir." "kekembalian\nperihal kembali;\nperkembalian\n perihal kembali, kepulangan:\n~ Rawon telah diterima dengan cucuran air mata oleh ayahnya;\npengembalian\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengembalikan, pemulangan, pemulihan." "kekeng\n[Kelantan], [Terengganu];\nmengekeng, mengekengkan\n mengangkangkan." "kekepuk I\n~ cendawan\n selaput halus di keliling batang cendawan." "kekepuk II\nkepuk-kepuk." "keker I\n[Jakarta]\nkekar II." "keker II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] teropong;\nmengeker\n meneropong." "kekeruh\nkeruh-keruh." "kekgi\n[Terengganu] sebentar lagi, sekejap lagi:\n~ cik baliklah dari kedai Jusoh." "keki\n[Jakarta]\n1.\n berasa tidak senang (tidak gembira) melihat hal atau kelakuan orang lain:\nsaya ~ melihat kelakuannya;\n2.\n (berasa) iri hati." "kekili\n1.\n lingkaran kecil rotan yang dicucukkan pada hidung kerbau, kili-kili;\n2.\n sejenis gelendong, alat untuk menggulung tali pancing dan lain-lain, kili-kili." "kekisi\n1.\n jeruji, terali, kisi-kisi;\n2.\n (Kimia) susunan atom, ion, atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur;\n \n~ hablur \nkekisi yang membentuk struktur hablur akibat susunan atom, ion, atau molekul." "kekmo\n[Kelantan] saya." "keknya\n[Kelantan] tetapi:\nsaya boleh pergi ~ awak mestilah menunggu saya." "kekok\n1.\n kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung:\nkulihat ~ sahaja ia berjalan bergandingan dengan isterinya;\n2.\n sukar menggunakannya (berkenaan (dengan) alat dan lain-lain);\n3.\n [Minangkabau] = \n~ akal \nki tidak jujur, busuk hati." "kekoleh\nsejenis penganan;\nkoleh." "kekolong\ngelung-gelung daripada rotan (logam dan lain-lain);\nkolong II." "kekong\n[Kelantan], [Terengganu];\nmengekong\n mengangkat atau mendukung (budak) di belakang atau di atas bahu." "kekorok\nkerongkongan, korok-korok." "kekot\nmengekot\n merapatkan paha dan tangan ke badan (seperti orang kesejukan dan lain-lain), merekot." "kekpong\n[Kelantan] mendukung atau mengangkat (budak) di pinggang." "kekuda\nkuda-kuda." "kekudung\ntudung kepala, kain untuk menutup kepala (perempuan);\nkudung II." "kekuma\nkuma-kuma." "kekumus\nkemukus." "kekunci\nbutang yang mewakili abjad dan nombor-nombor yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer." "kekuning-kuningan\nberwarna agak kuning:\ntanah liat yang berwarna ~." "kekunyit I\nkunyit-kunyit (ikan)." "kekunyit II\nsejenis burung;\nkunyit II." "kekunyit III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), mengkunyit, merkunyit, \nCoscinium blumeanum; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat);\nkunyit-kunyit II." "kekura\nkura-kura." "kekwa\nsejenis tumbuhan dan bunganya, \nChrysanthemum spp\n." "kelab\n1.\n perkumpulan, persatuan;\n \n~ belia\n perkumpulan pemuda dan pemudi;\n2.\n bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul (bermesyuarat, bersenang-senang, dan lain-lain):\nsuaminya pergi bermesyuarat di ~;\n~ malam\n tempat hiburan (dengan minum-minum, berdansa, dan lain-lain) yang dibuka pada waktu malam." "kelabakan\n[Jakarta]\n1.\n menggelepar-gelepar (seperti ayam yang disembelih);\n2.\n kebingungan (seperti orang dalam kesusahan)." "kelabang\n[Jawa] lipan;\nmengelabang\n mendandan (menjalin) rambut;\nkelabangan\n dandanan (jalinan) rambut." "kelabat I\nsejenis tumbuhan (herba), halba, \nTrigonella foenumgraecum." "kelabat II\n[Brunei] sejenis monyet besar, mawas, orang hutan." "kelabau\nsejenis ikan darat, \nOsteochilus melanopleura.\nKelabit\n suku kaum peribumi Sarawak, yang termasuk dalam kumpulan Orang Ulu, tinggal di pedalaman, yang amat mementingkan perhiasan berasaskan manik, menanam padi dan menghasilkan padi bermutu yang dikenali sebagai beras Bario." "kelabu\n1.\n warna seperti abu;\n2\n. [kiasan] suram, tidak ceria:\n perasaannya tetap ~\n;\nmengelabui\n = \n~ mata \nki menyelindungkan keburukan (kecurangan dan lain-lain) daripada pengetahuan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dengan menggunakan muslihat), mengabui (mata), memperdaya, menipu:\nmemang ada cara-cara untuk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan;\n mengelabukan\n menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dengan warna kelabu;\nkekelabuan\n keadaan kelabu;\nkekelabu-kelabuan\n seakan-akan warna kelabu, agak kelabu:\ncerobong asap berwarna coklat tua dan ~\n." "kelabung\nberkelabung, terkelabung\n bercampur aduk, kacau-bilau, bersepah (pakaian dan lain-lain)." "kelabut\nberkelabut\n kelam-kabut, tidak tentu arah:\n~ kelekatu terbang dan hinggap di lampu itu;\n~ asap rokok keluar dihembuskannya." "keladak\nhampas (kotoran dan lain-lain) yang mendap ke bawah air;\n~\n \nminyak (kopi dan lain-lain)\n hampas minyak (kopi dan lain-lain) yang mendap ke bawah;\n \n~ perut \na) najis (tahi) yang akhir sekali keluar dari orang yang akan meninggal;\n b) [kiasan] anak yang penghabisan;\nberkeladak\n mengandungi keladak, kotor kerana keladak:\nair kapur dalam balang itu ~." "keladan\nsejenis tumbuhan (pokok), kuras, \nDryobalanops oblongifolia." "keladau\n[arkaik];\n mengeladau\n menjaga, mengawasi, mengamat-amati." "keladi\n1.\n sejenis tumbuhan (herba yang ubinya boleh digoreng atau digulai), talas;\n \n~ babi\n = \n~ cina \n= \n~ telur\n = \n~ udang\n = \nbirah ~ \nsejenis keladi, \nColocasia antiquorum;\n~ cali \n= \n~ cantik \n= \n~ hitam \n= \n~ rimau \n= \n~ ular \nsejenis keladi, birah hitam, birah kijang, \nAlocasia denudata;\n~ sebaring\n sejenis keladi birah, \nAlocasia indica;\n2.\n sejenis tumbuhan (herba yang banyak macamnya);\n~ air \nsejenis tumbuhan (herba), kelipuk padang, \nSagittaria guayanensis;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, \nAglaonema pictum;\n~ bunting \nsejenis tumbuhan dalam air, bunga jamban, kemeling telur, \nEichhornia crassipes;\n~ moyang \nsejenis tumbuhan (herba), kelemoyang, \nHomalomena spp.;\n~ puyuh \nsejenis tumbuhan (herba), birah kecil, \nTyphonium spp.; \nakar ~ tanah\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, \nVitis gracilis; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, \nFimbristylis miliacea;\nair di daun ~ \n= \ndaun ~ dimandikan\n (peribahasa) sukar ditunjuk ajar atau dinasihati;\n \nseperti birah dengan ~ \n(peribahasa) hampir sama sahaja." "kelah\n= \nperkelahan;\nberkelah\n bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai (di pantai dan lain-lain), berpiknik:\nramai pelawat yang datang ~ ke Pantai Port Dickson tiap-tiap hujung minggu;\nperkelahan\n perihal berkelah, piknik:\nadat bermain pantai ini merupakan suatu ~ kaum tani yang terbesar." "kelah I\nikan ~ \nsejenis ikan darat, \nTor spp." "kelah II\n[Indonesia-Belanda];\n pengaduan, tuduhan, dakwaan;\nmengelah\n melaporkan atau mengadukan (sesuatu kepada pihak berkuasa), membuat pengaduan, menuduh, mendakwa." "kelahi\npertengkaran, perbalahan, pergaduhan;\n \nsehabis ~ teringat silat \n(peribahasa) setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yang baik menyelesaikannya;\nberkelahi\n bertengkar, berbalah, bergaduh:\nriuh-rendah bunyi orang ~;\n~ di ekor alahan\n (peribahasa) memperdebatkan perkara kecil atau perkara yang sudah selesai;\n \n~ dalam mimpi\n (peribahasa)\na) tiba-tiba bersikap seperti orang telah berkelahi;\n b) bersusah payah dengan sesia sahaja;\n \n~ dengan orang tak berambut \n(peribahasa) berkelahi (berselisihan) dengan orang yang rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya;\n \nbagai ~ dalam kapuk (kepuk) \n(peribahasa) perihal sesuatu perkara yang tidak mudah diselesaikan;\nmemperkelahikan\n1.\n menyebabkan (orang) berkelahi;\n2.\n merebuntukan (memperjuangkan) sesuatu dengan berkelahi;\n3.\n melawan berkelahi, menyerang;\nperkelahian\n pertengkaran, perbalahan, pergaduhan:\nterjadilah ~ hebat antara suami isteri itu." "kelai\n[Minangkabau];\nmengelai, mengelai-ngelai\n berbaring dengan bersandar." "kelain\nmengelainkan\n menjadikan tersendiri (terasing), memisahkan, mengasingkan;\nlain." "kelak I\n(masa atau hari) akan datang, kemudian, nanti:\nkalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang;\n~ kemudian \n(di) masa hadapan;\n di akhirat ~ \ndi akhirat nanti." "kelak II\n[Jakarta] kelah." "kelak III\n~-kelik\n [Jakarta] kelip-kelip, kedip-kedip." "kelak IV\n~-keluk\na) keluk-keluk;\n b) [kiasan] selok-belok." "kelak V\nsejenis burung, \nMacrophyangia assimilis." "kelakanji\nsejenis tumbuhan (rumput);\nkalakanji." "kelakar I\njenaka, gurau senda, lawak, olok-olok, seloroh;\nberkelakar\n berjenaka, bergurau senda, berlawak, berolok-olok, berseloroh:\nia ~ dan kami pun ketawa terbahak-bahak." "kelakar II\n[Sarawak]\n1.\n perbualan;\n2.\n omong kosong." "kelakkeling\ngelang besi yang disarungkan pada jari (untuk menambahkan kesan penumbuk)." "kelalang\nsejenis bekas air yang berleher, gamuh, labu tanah;\n \n~ hampagas \nsejenis bekas air yang dindingnya berlapis dua dan terpisah oleh ruang yang tidak berudara supaya cecair di bahagian dalamnya sentiasa mempunyai suhu yang sama." "kelalap\n[Jakarta] mati lemas, tenggelam ke dalam air." "kelalawar I\nkelawar I." "kelalawar II\nsejenis ikan laut, \nAntennarius hispidus." "kelalut\ntidak teratur tumbuhnya (seperti belukar dan lain-lain), tidak berketentuan (percakapannya)." "kelam I\n1.\n tidak berapa terang (berkenaan (dengan) cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), (agak) gelap, suram:\nhari sudah mulai ~; \nia berada dalam cahaya lampuyang ~;\n2.\n tidak berapa terang atau jelas kelihatan (berkenaan (dengan) tulisan, benda, dan lain-lain), kabur;\n3.\n kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dengan terang, kabur:\nsurat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~;\n \n~ baja \npetang hari (kira-kira pukul empat);\n ~ lebam (pekat, keciak, kelimut)\n [arkaik] sangat gelap, gelap-gelita;\n \n~ disigi, lekung ditinjau \n(peribahasa) sesuatu yang kurang jelas hendaklah diselidiki dengan saksama;\nmengelamkan\n1.\n menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan;\n2.\n menjadikan (agak) gelap, menyuramkan, menggelapkan;\nkekelaman\n perihal kelam, kegelapan:\ndalam ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri;\npengelaman\n perihal atau perbuatan mengelamkan, penggelapan." "kelam II\nbilah-bilah besi yang digunakan untuk memperteguh sambungan balak dan lain-lain." "kelam-kabut\ntidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau:\nkeadaan pada waktu itu ~; \nperasaanku ~;\n berkelam-kabut\n berkeadaan (berlaku, bergerak dengan) tidak berketentuan atau teratur, berkacau-bilau:\nwanita-wanita turut ~ dalam majlis itu;\n mengelam-kabuntukan\n menyebabkan kelam-kabut, mengacau-bilaukan:\nterdapat satu lagi anasir yang dikira tidak bertanggungjawab yang sentiasa ~ keadaan perdagangan." "kelama\n~ hijau\n sejenis tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapati, kerak nasi paya, kerenak, kernau, rumput kulang pulut, rumput loh, \nAlternanthera trianda (sessilis)." "kelamai\nsejenis kuih yang menyerupai dodol;\ngelamai." "kelambai\nsi kelambai\n [Minangkabau] sejenis hantu (gergasi perempuan yang berambut merah);\napi si kelambai \napi kebakaran yang menjalar-jalar;\n \nsarung ~\n = \nrambut dijalin ~\n rambut yang terlalu kusut;\ngedembai." "kelambir I\nkelapa, nyiur." "kelambir II\ngelambir." "kelambit\nkeluang." "kelambu I\n1.\n sejenis kain kasa (atau kain berlubang halus-halus) yang dipasang menyelubungi tempat tidur (untuk mencegah nyamuk);\n \n~ punjut \nkelambu yang digantungkan pada satu tali sahaja;\n2.\n kain, plastik dan lain-lain yang menutupi sesuatu:\n~ kereta;\n~ Kaabah;\nberkelambu\n memakai (mempunyai) kelambu:\ntempat tidur yang ~;\nmengelambu\n bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh;\n \npakaian ~\n pakaian yang geleber (kerana terlampau longgar)." "kelambu II\nangin ~\n angin utara;\n \n~ menunggal\n angin yang bertiup ke utara;\n \n~ sebelah\n angin yang bertiup ke arah laut;\n \nmusim ~ menunggal\n musim angin utara." "kelambu III\npokok ~\n sejenis tumbuhan (herba), ca padang, teh makau, \nScorparia dulcis." "kelambur\nberkedut-kedut, berkerut-kerut, lisut." "kelamin\n1.\n pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang;\n \nkatil ~\n katil untuk dua orang;\n2.\n keluarga (suami isteri dan anak);\n3.\n = \nalat ~\n kemaluan manusia atau binatang (pada laki-laki atau perempuan, jantan atau betina);\n \npenyakit ~\n penyakit pada kemaluan (lelaki atau perempuan);\n \nperhubungan ~\n persetubuhan, perhubungan jenis;\n4.\n = \njenis ~\n jantina, jenis (lelaki atau perempuan, jantan atau betina);\nsekelamin\n1.\n sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina);\n2.\n sekeluarga:\nran itu didiami oleh ~ orang Sakai;\nberkelamin\n1.\n berpasangan (lelaki dan perempuan), dua sepasang;\n2.\n bersama isteri atau suami (dan anak):\ntaman bunga masih ramai dengan orang yang bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang;\n3.\n beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga:\nia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~;\nmengelamin\n mengahwini;\nperkelaminan\n perihal berkelamin, kehidupan sebagai suami isteri atau sebagai suatu keluarga:\nkedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yang hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan ~." "kelamkari\n[sastera lama] kain cita yang berwarna." "kelampadang\nsejenis tumbuhan (pokok renek), mempadang, \nVaccinium malaccense." "kelampi\nsejenis tumbuhan (pokok), kelempayan, \nAnthocephalus indicus\n." "kelampung I\nterapung-apung, hanyut dalam air." "kelampung II\n~ puyuh\n sejenis tumbuhan (herba), ranti, terung meranti, terung perat, \nSolanum nigrum." "kelamun\nmengelamun\n termenung sambil mengangan-angankan (mengingat-ingatkan, mengenang-ngenangkan) sesuatu, berkhayal, melamun:\nkedua-duanya sedang duduk ~; \ncikgu Amit asyik ~ di atas tangga;\nmengelamunkan\n menyebabkan seseorang mengelamun, melalaikan:\nmereka hanya akan ~ kita ke daerah yang bercanggah dengan fitrah keinsanan kita;\npengelamunan\n menungan berserta angan-angan, khayalan;\npengelamun\n orang yang suka atau selalu mengelamun." "kelan\nmengkelan." "kelana I\n1.\n pengembara:\nnegeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa;\n~ perajurit\n perajurit yang mengembara;\n2.\n gelaran kebesaran berasal dari Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung);\nberkelana\n = \nmengelana\n mengembara, merantau:\naku sentiasa miskin, sentiasa ~;\nperkelanaan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) berkelana, pengembaraan:\nia hanya wujud dalam impian untuk memungkinkan aku meneruskan ~ ini?" "kelana II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kelunuh, ubi kelonak, \nDioscorea prainiana." "kelang\n~-kelok\n berliku-liku (jalan, sungai), berkelok-kelok, bengkang-bengkok." "kelang I\n~-kabut\n kelam-kabut." "kelang II\nsejenis ikan laut, \nSiganus spp." "kelanggar\n[Jakarta] terlanggar, tertumbuk-tumbuk;\nlanggar I." "kelanggara\n[sastera lama] \nkelenggara." "kelangkan\n[Jakarta] langkan." "kelangkang\nbahagian tubuh di antara kedua-dua pangkal paha:\ntulang ~\n lima ruas tulang di hujung tulang punggung (\nos sacre\n)." "kelanit\nmengelanit\n membuka jahitan (dengan mencabut-cabut benangnya)." "kelanjar\n[Minangkabau];\nberkelanjaran\n berasa sakit atau sengal urat (selepas diurut);\nmengelanjar\n menganjal, memantul." "Kelantan\nnegeri di timur laut Semenanjung, keluasan 14,893 km2, Kota Bharu sebagai ibu negeri." "kelantang I\nmengelantang\n menjemur kain dan lain-lain yang telah direndam dalam air sabun (supaya mudah hilang kotornya)." "kelantang II, kelanting\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), beras-beras, betutu, ceremai burung, jerak, \nEurya japonica (acuminata)." "kelap I\n~-kelip\n kejam celik (mata), berkelip-kelip, berkedip-kedip (mata, lampu);\nsekelap\n \n~ mata\n sekelip (sekejap) mata;\nmengelapkan\n \n~ mata\n memejamkan mata sesaat, mengelipkan mata;\nterkelap\n terkedip atau terkelip (mata), tertutup mata seketika (terlena seketika)." "kelap II\nsejenis tumbuhan (pokok), pokok bantun, rambai hutan (pontianak), \nSymplocos rubiginosa." "kelapa\nsejenis tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, \nCocos nucifera;\n jenis-jenisnya:\n~ dadih;\n~ gading;\n~ hijau;\n~ puyuh\n dan lain-lain;\n \n~ laut\n sejenis tumbuhan palma (pokok dan buahnya), \nLodoicea maldivica;\n~ loji\n sejenis kelapa yang lembut isi dan tempurungnya;\n \nminyak ~\n minyak yang dibuat daripada kelapa kering;\n \ntuak ~\n sejenis minuman yang dibuat daripada nira kelapa;\n~ bali\n = \n~ sawit;\n~ belia\n = \n~ dara\n pohon kelapa yang baru hendak berbuah;\n \n~ bulan (dimakan bulan)\n = \n~ puan\n kelapa yang isinya lembut (lunak);\n \n~ kering\n isi kelapa yang telah dijemur hingga kering (untuk dijadikan minyak), kopra;\n \n~ komeng\na) kelapa yang tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya;\n b) [kiasan] cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa;\n \n~ muda\n (buah) kelapa yang belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap);\n \n~ parut kering\n kelapa yang telah diparut dan dikeringkan;\n \n~ puyuh\n sejenis tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), \nCurculigo lotofolia;\n~ sawit\n sejenis tumbuhan (palma) yang buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali;\n \n~ tua\n (buah) kelapa yang sudah tua dan keras isinya;\n \n~ ditebuk tupai\n (peribahasa) gadis yang telah hilang daranya (gadis yang ternoda)." "kelapayang\nkelepayang." "kelapung\nsejenis tumbuhan (pokok), kelumpang, \nStreculia foetida." "kelar I\n1.\n bekas atau tanda hirisan (takik, tetakan) yang tidak dalam (seperti pada ikan, batang pokok, dan lain-lain), jalur atau garis luka pada badan (akibat pukulan yang kuat dengan rotan dan lain-lain);\n2.\n lekuk-lekuk atau gelang-gelang (pada saluran nafas, tubuh lipan, dan lain-lain);\n3.\n lingkaran (daripada rotan dan lain-lain);\nberkelar\n bergaris agak dalam (tanda hirisan pisau, bekas pukulan yang kuat dengan rotan);\nberkelar-kelar\n1.\n berkelar pada beberapa tempat (tanda hirisan, tetakan, dan sebagainya);\n2.\n bergelang-gelang, bersekat-sekat (berkenaan (dengan) tanduk, badan lipan, dan lain-lain);\nmengelar\n menakik-nakik, menggaris-garis (agak dalam), menetak atau menghiris (tidak sampai putus):\nikan itu dikelar-kelar sebelum digarami;\nterkelar\n dikelar, ditakik-takik, ditetak atau dihiris (tidak sampai putus):\nleher mayat itu kelihatan ~ selaku leher ayam yang disembelih." "kelar II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] selesai, siap." "kelara\nikan ~\n sejenis ikan laut (anak sembilang), \nPlotosus canius." "kelarah I\n1.\n ulat dalam buah (yang menyebabkan buah busuk);\n2.\n [Kelantan] luarnya elok tetapi dalamnya rosak (keledek, ubi kentang, dan lain-lain)." "kelarah II\n[Kelantan] tidak licin (seperti papan yang belum berketam), kasap, berkerutu." "kelarai\n1.\n corak (anyaman, tenunan, dan lain-lain) yang berbentuk damdam;\n2.\n [Minangkabau] simpul di tepi anyaman, sulaman (suji) di tepi kain;\n \n~ sesat taja\n (peribahasa) pekerjaan yang dari mulanya sudah salah;\nmengelarai\n1.\n membuat anyaman (tenunan) yang bercorak damdam;\n2.\n menyimpul pinggir anyaman, menyuji di tepi kain;\n \nbongkok dek menganyam, silap (sesat) ~\n (peribahasa) sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan." "kelari\nsejenis ikan darat." "kelaring\nberkelaring\n [Kelantan] berselaput (di sana sini) dengan kotoran (berkenaan (dengan) pakaian dan lain-lain)." "kelas I\n1.\n bilik (tempat) belajar, bilik darjah:\nmurid-murid masuk ke ~ beramai-ramai;\n2.\n perkumpulan untuk mempelajari sesuatu;\n \n~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dan lain-lain)\n perkumpulan yang bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara memasak, dan lain-lain);\n \n~ persediaan\n kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yang khusus atau mendalam;\n3.\n peringkat, tingkatan (pelajaran yang diikuti):\npelajar-pelajar ~ rendah;\n4.\n golongan atau kumpulan (dalam masyarakat) yang berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (seperti taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dan lain-lain):\nbeliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dalam masyarakat;\n5.\n golongan, kumpulan (berdasarkan persamaan pelbagai sifat yang tertentu):\nmanusia termasuk dalam ~ binatang mamalia;\n6.\n bahagian, kategori, kumpulan (berdasarkan tingkatannya yang tertentu):\npemborong-pemborong ~ E;\n~ atasan \ngolongan orang yang menduduki taraf sosial yang paling tinggi, misalnya kaum bangsawan;\n \n~ bawahan \ngolongan orang yang menduduki taraf sosial yang paling rendah, misalnya buruh, petani dan sebagainya;\n \n~ dewasa\n perkumpulan yang terdiri daripada orang-orang dewasa untuk belajar membaca dan menulis;\n \n~ ekonomi \nkelas dalam pengangkutan awam, misalnya kapal terbang dan kereta api, yang kadar tambangnya paling murah;\n \n~ kambing\n [bahasa percakapan] tingkatan (taraf) yang paling rendah, kelas (bahagian) yang paling murah bayaran yang dikenakan kepada penonton (di panggung wayang dan lain-lain);\n \n~ kata \n(Linguistik) golongan kata;\n \n~ menengah \ngolongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional seperti peguam, akauntan, doktor dan sebagainya;\n \n~ pertengahan \nkelas menengah;\nberkelas\n termasuk dalam kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu):\nmemang terdapat jurang sosial yang agak ketara antara mereka yang ~ rendah dengan yang ~ menengah;\nberkelas-kelas\n berasing-asing dalam kedudukan (ada yang tinggi dan ada yang rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat-tingkat:\nyang menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~;\nmengelaskan\n membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kepada berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dan lain-lain), menentukan kelas sesuatu:\nahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu;\npengelasan\n perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dan lain-lain);\n \n~ tanah (tumbuhan)\n pengasingan tanah (tumbuhan) kepada jenis (kumpulan) tertentu." "kelas II\nantara pasang dan surut;\nmengelas\n pasang perbani." "kelas III\nmengelas\n \n~ daging\n mengempukkan daging seketika (sebelum digoreng)." "kelas IV\nmengelas\n [Kedah] memilih (buah dan lain-lain) dengan teliti, membelek-belek untuk memilih." "kelasa I\n1.\n bonggol pada tengkuk atau punggung binatang (seperti lembu, unta, dan lain-lain), ponok;\n2.\n bonggol di antara tulang belikat kuda." "kelasa II\n[Jawa] tikar mengkuang." "kelasah\nkelusuh-~;\nkelusuh." "kelasak\nsejenis perisai yang dibuat daripada kulit." "kelasi I\nanak kapal, pekerja dalam kapal." "kelasi II\nsejenis kera yang panjang hidungnya, \nHylobates leuciscus." "kelat I\nrasa hampir-hampir pahit (seperti rasa pinang), rasa sepat;\n \n~ dehe\n [Kelantan], [Terengganu] terlalu kelat." "kelat II\n= \ntali ~\n tali untuk menarik layar kapal atau untuk menumbangkan pokok yang ditebang;\n \njuru~\n anak kapal yang mengendalikan tali kelat;\nmengelati\n menarik tali kelat." "kelat III\n~ bahu\n sejenis gelang yang dipakai di pangkal lengan;\n \n~ dahi\n perhiasan daripada kertas emas dipakaikan pada dahi pengantin perempuan, gandik;\n \n~ sanggul\n cucuk sanggul;\nberkelat\n dikepilkan:\nagar tuan sudi menghulurkan sumbangan derma kepada Tabung Projek Ikhtiar mengikut susun cara seperti dalam borang ~\n." "kelat IV\nlekat, susah dibuka (mata, kerana terlalu mengantuk):\napabila mata mereka telah mula ~, barulah mereka berhenti berbual; \nmatanya ~\n berasa lekat (sehabis tidur);\npengelat\n \njarum ~\n jarum penyemat." "kelat V\nsejenis tumbuhan (pokok);\n jenis-jenisnya:\n~ api;\n~ asam;\n~ hitam;\n~ jambu;\n~ lapis (merah, paya),\n \nEugenia spp.;\n~ hempedu sawa\n = \n~ liau \n= \n~ pagar anak\n = \n~ samak jawa\n sejenis tumbuhan (pokok), \nOuratea crocea;\n \n~ layu putih\n sejenis tumbuhan (pokok), cenderai kayu, kayu sugi, nilau, \nGuioa pubescens;\n~ pasir\n = \n~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok), \nParastemon urophyllum;\n~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok);\na) gambir hutan, \nTrigonopleura malayana;\nb) \nEugenia spp.;\n~ samak\n sejenis tumbuhan (pokok), samak, \nEugenia palembanica;\n~ tanduk\n sejenis tumbuhan (pokok), kepayang air, medang ketutuk, meroyan, \nIxora fluminalis;\n~ tupai\n sejenis tumbuhan (pokok), akar belalang puak, \nPittosporum ferrugineum." "kelati\nkacip." "kelatu\n[Melaka] ketuk (di kepala) dengan buku tangan, luku." "kelawai\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar dedawai, tenak, \nMyxopyrum nervosum." "kelawan\nkeluan." "kelawar I\nsejenis keluang kecil (makanannya serangga);\n \n~ gondol, Cheiromeles torquatus;\n~ buas, Megaderma lyra;\n~ rumah, Scotophilus kuhli;\n~ telinga lebar, Megaderma spasma." "kelawar II\nbentuk cengkih pada daun pakau." "kelawar III\nsejenis ikan darat, \nAntennarius spp\n." "kelawat\nsejenis tumbuhan (herba), kelelawat, \nTorenia atropurpurea;\n \npokok ~\n sejenis tumbuhan (herba), pokok telang hutan, \nTorenia peduncularis." "kelayak\nkhalayak." "kelayang\nburung ~\n burung layang-layang;\nlayang III." "kelayar\nsejenis tumbuhan (rumpai), \nMonochoria vaginalis." "kelayau\nmengelayau\n1.\n memandang dari satu tempat ke satu tempat, mengalih-alihkan pandangan:\n~ matanya memandang ke sekeliling;\n2.\n melamun (memikirkan atau mengkhayalkan sesuatu):\nfikiranku ~ lagi." "kelayu\nsejenis tumbuhan (pokok), arang para, kelat jantan, kelat layu hutan (laut), mertajam, terajam, \nErioglossum rubiginosum;\n~ hitam\n sejenis tumbuhan (pokok), bedara emping, benitan, kelentit nyamuk, rambutan pacat, tampung kecil, \nArytera littoralis." "keldai\nsejenis binatang seakan-akan kuda tetapi lebih kecil;\n \n~ hendak dijadikan kuda\n (peribahasa) orang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai." "kelebak\nterkelebak\n terbuka lebar (luka), terbabang, koyak atau rabak (layar dan lain-lain)." "kelebang\nubi ~\n sejenis tumbuhan (ubi), \nDioscorea alata." "kelebat\nsekelebat\n = \n~ mata \n= \nsekelebatan\n selayang pandang, sekali imbas, sepintas lalu;\n= kelibat III." "kelebek I\n= kelebet." "kelebek II\nmengelebek\n [Kelantan], [Terengganu] membuka rongga (seperti mata dan lain-lain) dengan tangan." "kelebek III\n[Kedah] melihat dengan teliti." "kelebet\nterlipat (alas meja, kertas, dan lain-lain) pada bahagian hujung atau tepinya sehingga tergantung-gantung, terkelepai, atau bertindih (tepinya), kelepet;\nmengelebetkan\n melipatkan alas meja, kertas, dan lain-lain) di hujung atau tepinya sehingga tergantung-gantung atau bertindih tepinya." "kelebi\nbuah ~\n buah halkum." "kelebok\n[Kedah] lumpur." "kelebu\n[Jakarta] karam, tenggelam, dimasuki air (berkenaan (dengan) sampan dan sebagainya);\nmengelebukan\n mengaramkan, menenggelamkan (sampan dan sebagainya)." "kelebuk I\nbunyi sesuatu benda (seperti buah kelapa dan lain-lain) jatuh." "kelebuk II\nsejenis tumbuhan (pokok), nangtan, \nFicus roxburghii." "kelebur\nruntuh (seperti tanah lembik dipijak);\nkeleburan\n jurang, lubang perangkap." "kelebut\nbenda tempat disarungkan kopiah (pakaian dan lain-lain), acuan (kasut dan lain-lain)." "kelecat\nterkelecat\n [Terengganu] terpelanting, tercampak:\njatuh ~\n." "keleceh\nterkeleceh\n terkucil, tergelincir." "kelecek\nmengelecek\n (dalam permainan bola sepak, hoki dan sebagainya) membawa bola dengan kaki, kayu pemukul dan sebagainya dengan pergerakan yang cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan;\nterkelecek\n terpeleset (kerana licin dan sebagainya), tergelincir." "kelecus\nsejenis tumbuhan (pokok), belucus, derum, mempat, mempat hitam (hutan, jantan), sampat, selencus, \nCratoxylon ligustrinum (polyanthum)." "keledang\nsejenis tumbuhan (pokok), nangka pipit, \nArtocarpus lanceifolia;\n~ babi\n sejenis tumbuhan (pokok), \nArtocarpus anisophyllus;\n~ berok\n sejenis tumbuhan (pokok), tampang ambung (gelugur, jantan, dan lain-lain), \nArtocarpus lakoocha." "keledar\ntopi (tali pinggang) ~\n topi (tali pinggang) yang dipakai untuk keselamatan sebagai persediaan menghadapi bahaya (kemalangan dan sebagainya);\nberkeledar\n1.\n bersedia (bersiap-siap) untuk menghadapi bahaya dan lain-lain;\n2. = berkeledaran\n tidak teratur atau tidak tersusun, berselerak, bertaburan." "keledek\n= \nubi ~\n sejenis ubi yang manis, ketela ubi, \nIpomoea batatas;\n \n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar keremek, akar lanar, \nIpomoea digitata; \n(akar) ~ tanah\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVitis gracilis." "keledi\n(Seni Muzik) sejenis alat tiup berlidah suku kaum Kayan dan Kenyah di Sarawak." "keledut\nkedut I." "kelek I\nketiak;\nmengelek\n mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit:\npelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air;\n~ anak\n mendukung anak dekat ketiak." "kelek II\nkelek-kelek, kelek-kelekan, kelekan\n1.\n kayu atau besi pemegang pada jambatan (tangga dan lain-lain), langkan (pada jambatan dan lain-lain);\n2.\n sejenis serambi (pada balai istana):\nmaka segala anak raja-raja itu duduk di kelek-kelekan balai kiri kanan;\n~ anak\n bahagian rumah ibu yang bertemu dengan pelantaran." "kelekati I\nsejenis anai-anai;\n \n~ memanjat peran, sebelum mati belum jeran\n (peribahasa) terlalu gemarkan sesuatu hingga sanggup membahayakan (membinasakan) diri;\nkelekatu." "kelekati II\n[arkaik] kacip." "kelekatu\nsejenis anai-anai yang bersayap (kerap berterbangan berkeliling lampu), laron;\n~ hendak terbang ke langit\n (peribahasa) berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yang tidak mungkin berhasil;\n \nseperti ~ masuk api, tidak tahukan mati lakunya\n (peribahasa) umpama orang yang cintakan sesuatu hingga tidak menghiraukan bahaya;\n= kelekati I." "kelekik\n[Kelantan] rumit, sukar, sulit." "kelelap\nkelalap." "kelelawar\nkelawar I." "kelelawat\nsejenis tumbuhan (herba), kelawat, \nTorenia atropurpurea." "kelelesa\nsejenis mengkarung (bengkarung)." "kelelot\nberkelelot\n menjelir-jelirkan lidah (untuk mengejek);\nmengelelotkan\n menjelirkan (lidah) untuk mengejek." "kelem\n[Jakarta] karam, tenggelam." "kelemair\nkelemayar I." "kelemantang\nkalimantang." "kelemanyar\nkelemayar I." "kelemata\n= \nkumbang ~\n sejenis kumbang yang mengorek lubang pada pokok kelapa." "kelemayar I\nsejenis binatang yang menyerupai lipan (liurnya bercahaya), \nOrphnaeus brevilabiatus;\n \n~ intan\n cahaya (sinar) intan." "kelemayar II\nrumput ~ (kelemanyar)\n [Perak] sejenis tumbuhan (rumput) yang dibuat tali atau tikar, \nCyperus spp.." "kelemayuh I\nsejenis penyakit yang disebabkan tisu daging mati kerana tidak mendapat bekalan darah, gangren;\nberkelemayuh\n diserang atau menghidap kelemayuh:\nkaki kirinya ~." "kelemayuh II\nsejenis tumbuhan (herba), kelemoyang, \nHomalomena spp." "kelembahang\nsejenis tumbuhan (herba yang daunnya menyebabkan gatal apabila tersentuh pada kulit), kemahang, \nAlcasia ovalifolia; \nanak ~\n seseorang (perempuan) yang gatal atau gasang." "kelembai I\nsejenis hantu;\nkelambai." "kelembai II\nsejenis tumbuhan (pokok), kelumbai, dala, kecerek, kemantu hitam, kepayang hantu, \nCrataeva macrocarpa." "kelembak I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok) yang kayunya berbau harum, gaharu, \nAquilaria malaccensis;\n2.\n sejenis tumbuhan (herba), \nRheum officinale." "kelembak II\nsejenis kupu-kupu." "kelemban\nberkelemban\n berjalan (menuju sesuatu) dengan mengikut jalan yang jauh (tidak dengan memintas)." "kelemben\nsejenis kuih seperti roti;\nkelombeng." "kelembuai\nsiput kiung, \nAmpulla ampullacea." "kelembubu\nangin yang bertiup berkisar;\nhalimbubu." "kelembung\nkembung, gelembung." "kelemek\nterkelemek\n terpiuh (berkenaan (dengan) dawai dan lain-lain), terpulas, bengkok." "kelemoyang\nsejenis tumbuhan (herba), \nHomalomena spp.;\n~ akar\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nRhaphidophora minor; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (herba), cengkenam, jerunang, lengkuas kecil (padang, ranting), \nLanguas conchigera." "kelempai\n[arkaik];\nterkelempai\n terlentok (terbaring) dengan lemah longlai;\nmengelempai\n berbaring dengan lemah longlai:\nkasau lentik helang berbega, berbunga sawa ~, bertakuk bersedelinggam." "kelempayan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kelampi, \nAnthocephalus cadamba;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), bunga nangka pipit, mempayan, mengkal, pulasan hutan, tumbung dayung, \nNauclea maingayi." "kelempenang\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gasing putih, gasing-gasing, ketutu, mempenang, minyak pinyang, \nPericampulus glaucus." "kelempening\nsejenis tumbuhan (pokok), berangan babi, peniau, \nQuercus (Pasania) kunsleri." "kelempeti\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAporosa benthamiana." "kelemping\nterkelepai (seperti susu perempuan tua), bergayut, terkulai." "kelempung\nsejenis tumbuhan (pokok), kelumpung, \nFicus o[bahasa percakapan]yramidata." "kelemuak\n[Kedah] lumpur yang terdapat di dalam air." "kelemumur\nkulit mati yang berkeping-keping halus pada kulit kepala, ketombe;\nberkelemumur\n terdapat atau ada kelemumur (pada kulit kepala)." "kelemunting\nkemunting." "kelemut\nkemik-kemik (berkenaan (dengan) tin dan lain-lain), kerumuk atau renyuk (berkenaan (dengan) kertas dan lain-lain)." "kelencong I\nsekeping kayu berlubang dua (untuk dicucukkan tali perahu)." "kelencong II\nterkelencong\n terkeluar atau beralih dari hala atau tujuan asal." "kelendara\nlingkaran-lingkaran (daripada rotan dan lain-lain) pada tiang kapal (untuk diikatkan andang-andang pada tiang)." "keleneng\n1.\n bunyi loceng besar (di gereja dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] sejenis loceng kecil (seperti yang dipasang pada leher lembu, gelang kaki, dan lain-lain)." "kelengar\n[Jakarta] pengsan;\n \n~ matahari\n pengsan disebabkan panas matahari." "kelenggara\n[arkaik] \nmengelenggarakan\n menyelenggarakan, menguruskan." "kelengkang I\nkelangkang." "kelengkang II\nsejenis gelang tempat digantungkan (dicucukkan) kunci dan lain-lain." "kelengkeng I\n= \njari ~\n jari tangan yang terkecil;\n \n~ kaki\n jari kaki yang terkecil;\n \ntelunjuk lurus ~ berkait \n(peribahasa) pada zahirnya baik tetapi hatinya jahat." "kelengkeng II\nkurung ~\n ruang atau sangkar yang terkecil dalam belat ikan." "kelengkeng III\nbuah (pokok) laici;\n= lengkeng." "kelengkeng IV\nburung ~\n1.\n sejenis burung, burung kekek, \nAnthracoceros malayanus;\n2.\n sejenis burung, burung lang ling, burung lilin, \nAnthracocerus malabaricus leucogaster." "kelengkiak\nsejenis semut (hitam dan besar), kiak-kiak." "kelengkuk\nkelapa muda;\nkelongkong." "kelengkung\nkerongkong." "kelening\nbunyi seperti bunyi loceng basikal." "kelenjar\norgan yang mensintesis bahan-bahan kimia dan merembesnya untuk digunakan oleh badan atau untuk disingkirkan;\n \n~ peluh (air liur dan lain-lain)\n kelenjar yang mengeluarkan peluh (air liur dan lain-lain);\n \nsakit ~ (kelenjaran)\n sakit bengkak pada kelangkang (pada pangkal paha), sakit macang, sakit mangga." "kelentang I\nbunyi seperti bunyi tin kosong dipukul;\n \n~-kelentung\n bunyi bising seperti bunyi tin kosong dipukul bertalu-talu (atau bunyi beberapa tin kosong dipukul serentak)." "kelentang II\nbuah kelur; \n= kelintang." "kelenteng\nkelenting\n bunyi seperti bunyi loceng." "kelentit\ndaging yang tersembul dekat lubang kemaluan perempuan." "kelentit II\n~ kering (nyamuk, padang)\n sejenis tumbuhan (pokok renek), gelam padang jantan, kelapit nyamuk, mempoyan padang, \nDecaspermum fruticosum;\n~ nyamuk\na) = \nakar ~ kera\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perejab, akar sembelit, semelit darah (putih), \nSantaloides rugosum;\nb) = \n~ nyamuk laut\n sejenis tumbuhan (pokok) medang putih, pena-pena, pokok serawan burung, senyamuk, \nGuioa pleuropteris;\n c) sejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar pinang ketul (kutai), \nAgelaea wallichii." "kelentom\n[Indonesia-Belanda] tekanan suara, aksen." "kelentong I\nsejenis alat bunyi-bunyian (seperti gendang kecil) yang digunakan oleh penjaja atau penggalas barang-barang kelontong (barang-barang seperti benang, jarum, sikat, dan lain-lain);\n \nCina ~\n penjaja (Cina) yang menggunakan kelentong (untuk menjual barang-barang kelontong)." "kelentong II\n= kelentom." "kelentong III\n[bahasa percakapan] menipu (biasanya dengan menggunakan kata-kata yang memperdaya atau mempengaruhi);\nmengelentong\n menipu:\ndia cuba ~ mereka dengan kata-kata yang menarik dan sukar difahami; \nrakyat tidak rela lagi dikelentong oleh pemimpin yang tidak bermaruah." "kelentugi\n[Brunei] sejenis halipan (tubuhnya hitam dan kakinya kuning)." "kelentung\n1.\n bunyi seperti bunyi loceng lembu;\n2.\n bunyi besi (tin dan lain-lain) jatuh atau dipukul;\n3. = kelentungan\n sejenis genta daripada kayu (digantungkan pada leher lembu atau kerbau), gertuk, kertuk, keruntung;\ndi mana ~ berbunyi, di situ kerbau tinggal diam\n (peribahasa) di mana ada pemerintahan yang baik, di situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia." "kelenung\n1.\n dengungan (bunyi) gong atau canang yang dipalu;\n2.\n sejenis canang kecil." "kelenut\nsejenis tumbuhan (pokok), keluak, keluet, \nPterocymbium javanicum." "kelenyar\nkelenjar." "kelenyuk\nterkehel, tergeliat, salah urat." "kelepai\nberkelepai, terkelepai\n terkulai (seperti dahan patah yang tergantung-gantung di pokok), tergantung-gantung ke bawah (seperti bendera yang tidak berkibar dan lain-lain)." "kelepak I\n1.\n bunyi seperti bunyi sayap dikibas-kibaskan;\n2.\n bunyi seperti bunyi tamparan." "kelepak II\n1.\n terkelepai seperti telinga gajah, terkulai;\n2.\n kelemping (berkenaan (dengan) susu perempuan tua);\n~-kelepang \nbunyi seperti gendang dipalu:\npaluan kompang berterusan dengan ~;\n~ baju\n lipatan kain yang berkelepai di bahagian dada baju;\n \nbaju ~\n baju yang terbuka di bahagian dadanya." "kelepal\ndompet (kantung) peluru;\nkerpai." "kelepar\ngelepar." "kelepat\nmengelepat\n menutup lubang-lubang atau celah-celah papan kapal dengan gala-gala (pakal dan sebagainya), memakal." "kelepayang\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kepawang, akar kepayang, pepayang, teruah, \nHodgsonia capniocarpa." "kelepek\nkelepet;\nterkelepek\n1.\n terkelepet;\n2.\n terkelepai (seperti dahan patah yang masih tergantung-gantung di pokok), terkulai." "kelepet\nlipatan (pada tepi kain dan lain-lain);\nterkelepet\n terlipat pada tepi atau hujungnya (berkenaan (dengan) kertas, kain, dan lain-lain), kelebek, terkelepek." "kelepik\n1.\n bunyi seperti bunyi benda kecil jatuh;\n2.\n bunyi seperti bunyi bendera berkibar-kibar (atau sayap dikibas-kibas);\nmengelepik-ngelepik\n berbunyi seperti bunyi bendera berkibar-kibar kencang." "kelepir I\nbuah pelir." "kelepir II\n[Kedah];\nmengelepir\n mengetis atau mengibaskan jari (untuk mencampakkan ulat dan lain-lain), mengitai (tangan);\n kepir\n." "kelepir III\n[Terengganu] sejenis beg kecil." "kelepit\nterkulai atau terkelepai (seperti telinga gajah, pelepah yang patah tetapi masih tergantung-gantung dan lain-lain." "kelepot\nbertimpuh." "kelepuk\nbunyi barang jatuh." "kelepung I\n~ gagah\n sejenis tumbuhan (pokok), \nRandia exaltata." "kelepung II\nkuih ~\n sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan gula melaka dan diselaputi dengan kelapa parut, buah melaka, ondeh-ondeh." "kelepur\nmengelepur\n menggelepar, menggelepur;\ngelepur\n." "keler\n[Indonesia] peti tempat menyimpan botol minuman keras dan lain-lain." "kelereh\nsejenis tumbuhan (pokok renek), mempenai, \nHomonia riparia." "kelerek\n[Indonesia-Belanda] kerani (di pejabat)." "kelereng\n1.\n biji buah lerak;\n2.\n guli, gundu, kelici." "kelesa\nagak malas mengerjakan sesuatu, tidak rajin dan cergas." "kelesah\ntidak tenteram (perasaan), resah, gelisah." "keleseh\n~-peseh\n bertutur dalam bahasa Belanda:\nbanyak anak gadis yang lepas sekolah, pandai ~-peseh;\n= kareseh\n, \nkeresepese" "kelesek\nkulit batang pisang yang kering." "keletah\ngerak-geri atau pertuturannya dibuat-buat, suka bergaya, genit:\ngadis ~;\nberkeletah\n berlagak atau berkata-kata dengan gaya yang dibuat-buat, bergaya:\nSi Bunga Pekan sedang ~ dengan perkataan-perkataan yang pelat." "keletak\n1.\n bunyi seperti bunyi terompah yang kena pada lantai batu;\n2.\n bunyi seperti bunyi batu kecil jatuh ke papan." "keletang\nbunyi seperti bunyi duit syiling jatuh ke batu." "keletap\nbunyi seperti bunyi punat kamera dipetik." "keletar\ngeletar, gementar, ketar." "keletik\n1.\n bunyi jentera jam (bunyi tik, tik);\n2.\n bunyi seperti bunyi benda kecil jatuh ke lantai;\ngeletik." "keleting\nbunyi seperti bunyi duit syiling berhantukan (jatuh ke batu dan sebagainya)." "keletuk\n1.\n bunyi ketukan (pada meja dan lain-lain);\n 2.\n = \n~ kayu \nsejenis alat daripada kayu yang berbunyi \ntuk, tuk\n apabila digoncang-goncangkan." "keletung\nbunyi seperti bunyi tin dipukul, kelentang." "kelewak\n[Kelantan] [Terengganu] berkeliaran." "kelewang\n1.\n sejenis pedang pendek (bilahnya makin lebar arah ke hujung);\n \n~ lipat hujung\n kelewang yang bahagian hujungnya lebih lebar dan nipis;\n \n~ pucuk berkait \nkelewang yang hujungnya melengkung;\n \n~ tebal hujung \nkelewang yang bahagian hujungnya makin lebar dan tebal;\n2.\n [Kelantan] sejenis parang panjang yang berukir pada hujungnya." "kelewar\n berkelewar\n [Kedah] merayau, berjalan ke sana ke mari:\nkerbau-kerbau ~ di dalam kampung itu." "kelewat\n[Jakarta] terlalu, terlampau;\nkeliwat\n;\nlewat\n." "keleweh\nmengelewehkan\n;\n \n~ bibir\n mencebikkan bibir, membalikkan tepi bibir ke bawah, menjuihkan bibir:\nNormah melawan cemikan itu dan ~ bibirnya kepada Lili;\nterkeleweh\n melendut ke bawah (tidak tegang rata), tercebik (berkenaan (dengan) bibir), terbalik ke bawah tepinya (berkenaan (dengan) bibir bawah):\nJin tersenyum, ~ bibirnya yang tebal itu." "kelewer\nlayar depan." "keli\n= \nikan ~\n sejenis ikan darat, \nClarias batrachus; \nbagai ~ kena ketuk\n (peribahasa) bersungut-sungut dengan tidak tentu biji butirnya;\n \nseperti ~ dua selubang \n(peribahasa) seorang perempuan yang mempunyai dua orang kekasih." "kelian I\n[bahasa percakapan] kalian (kamu, awak)." "kelian II\n[arkaik] galian, lombong:\n~ emas." "kelian III\n[arkaik] pegawai desa di Bali." "keliar\nberkeliaran\n berjalan (bergerak, bersiar-siar, dan lain-lain) merata-rata atau ke sana sini, merayau, bertualang:\nmata-mata gelap ~ di bandar itu." "kelias\npelias\n." "keliat\nmengeliat\n menggeliat;\ngeliat\n." "kelibang\n~-kelibut\n = \nberkelibangan\n berterbangan, terbang berpusing-pusing (berkenaan (dengan) kelekatu dan lain-lain)." "kelibat I\npengayuh (dayung) yang berdaun pada kedua-dua hujungnya;\nmengelibat\n mengayuh (berdayung) dengan kelibat;\ngelibat I\n." "kelibat II\n[Jakarta] terlibat, terbabit (dalam sesuatu perkara);\nlibat\n." "kelibat III\nrupa seseorang atau sesuatu yang kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan:\nusahkan dia, ~nya pun tak nampak; \nia dapat melihat hanya ~ kereta abangnya membelok di jalan itu;\nsekelibat\n = \n~ mata\n seketika, sekelip mata, sepintas lalu, sekali imbas, selayang pandang:\ndi dalam cahaya pelita kelihatan ~ lembaga Pak Imam;\nterkelibat\n terbayang seketika atau sepintas lalu;" "kelibut\nkelibang-~;\nkelibang\n." "kelicap\nsejenis burung;\n~ bakau \n= \n~ belancam \nsejenis burung, \nNectarinia calcostetha;\n \n~ belukar\n sejenis burung\na) \nAnthreptes\n s. \nsingalensis;\nb) burung cegar, \nEnicurus ruflcapillus; \nc) merbah sampah kuning, \nMacronus g. gularis;\n~ berjambul\n sejenis burung, pipit anggerik, \nYuhina zantholeuca interposita;\n~ bunga kantan\n = \n~ mas\n sejenis burung, \nStachyris spp.;\n~ gunung \n= \n~ merah\n sejenis burung, \nAethopyanga spp.;\n~ jantung \n= \n~ pisang\n sejenis burung, \nArachnothera spp.;\n~ kunyit \nsejenis burung, \nAegithina tiphia micromelaena;\n~ mayang kelapa \n= \n~ belukar \n= \n~ kelabu \n= \n~ rimba \nsejenis burung, \nAnthreptes spp.;\n~ perepat \nsejenis burung, \nGeryangone sulphurea;\n~ pucat pisang\n sejenis burung, kacici, \nOrthotomus a. atrogularis;\n~ ranting \nsejenis burung, \nMuscicapa tickelliae sumatrensis." "kelici I\nsejenis tumbuhan (akar memanjat), \nAcacia pseudointsia;\n \n~ rimba\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, darah belut, gorek, kulang, maticang, mentiung, tampu, rengat, \nMezoneuron sumatranum; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kacang betina, \nRourepsis pubinervis." "kelici II\n1.\n buah yang bulat keras (dibuat mainan dan lain-lain);\n2.\n guli, gundu, kelereng." "kelicu\nkicu." "kelidai\nsejenis kayu yang sangat keras;\nkenidai\n." "keliding\n[Pahang] alat untuk membuat periuk belanga daripada tanah, gelinding." "kelido\n[kata seru] senduk (daripada kayu), sudip." "kelih\ndapat melihat, celik (mata);\n \ntidak ~ mau tengok\n (peribahasa) mahukan hasil (faedah) tetapi tidak mahu berikhtiar untuk mendapatkannya;\nmengelih\n melihat, menyaksikan, mengawasi." "kelik I\nkelok, liku;\nmengelik\n mengalihkan (menggerakkan, mengelakkan) sedikit tubuh (untuk mengelakkan tikaman, pukulan, dan lain-lain):\nsebaik-baik sahaja Ali menikam, Kassim pun ~;\nmengelikkan\n mengelakkan atau menghindarkan (tikaman, pukulan, dan lain-lain) dengan mengelik." "kelik II\nterkelik\n menggerodak, berbunyi (perut) sebab lapar." "kelik III\n[Kelantan] balik, pulang." "kelik-kelik\n[Minangkabau] sejenis semut yang berbisa;\n~ dalam baju, musuh dalam selimut\n (peribahasa) musuh berhampiran dengan kita yang boleh menyusahkan (merosakkan) kita." "kelikah, kelikat\ntabiat;\nkhalikah\n." "kelikih, keliki\n[Minangkabau] buah betik, kepaya." "kelikir I\n1.\n gelung-gelung rotan, lingkaran-lingkaran (daripada rotan dan lain-lain) pada kemudi atau tiang kapal;\n \n~ dayung \ngelung yang mengikat dayung pada keliti atau pemegangnya;\n2.\n gelung (daripada rotan dan lain-lain) yang dipasangkan (dicucukkan) pada hidung kerbau, kili-kili;\n \nkena ~ \nki berada di bawah kuasa seseorang, terbelenggu (dikuasai orang);\n \nputus ~ rompong hidung\n (peribahasa) sengketa yang tidak dapat diselesaikan (diperdamaikan) lagi." "kelikir II\n= \nbatu ~\n batu kecil-kecil (digunakan untuk membuat jalan raya);\n \nintan disangkakan batu ~ \n(peribahasa) tidak tahu menghargai sesuatu;\nkerikil." "keliling\n1.\n lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dan lain-lain);\n \ndi ~ \ndi kawasan (tempat-tempat dan lain-lain) yang melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar:\ndibubuhnya baja di ~ pokok itu; \nhutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yang banyak;\n2.\n garis sempadan yang melingkari sesuatu bidang (kawasan dan sebagainya):\n~ tanah\n \nitu kira-kira seribu meter ukurannya; \n3.\n [bahasa percakapan] = \nberkeliling\n;\n~-kelalang \nterlalu asyik dengan sesuatu (lawak dan lain-lain) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri:\n mak pandai melawak, orang ~ geli hati dibuatnya; \npertanyaan ~\n pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum;\n \ntujuh ~\n sejenis penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening);\nsekeliling\n segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar:\nkeadaan ~ senyap sunyi; \nudara ~ sangat sejuk; \ndi ~\n di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya):\nsegala apa yang berlaku di ~nya tidak menarik hatinya;\n~ pinggang\n (berkenaan (dengan) hutang dan lain-lain) sangat banyak;\nberkeliling\n1.\n bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dan lain-lain):\nbaginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota;\n2.\n berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dan sebagainya merata tempat:\nmaka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu;\nmengelilingi\n1.\n berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, melingkari, mengedari:\nlima orang pemuda sedang ~ meja itu; \nbumi ~ matahari;\n2.\n menjelajah;\n ~ dunia pergi \n(berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia;\nmengelilingkan\n membawa berkeliling (dari suatu tempat ke suatu tempat lain atau dari seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan:\nseorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu;\npekeliling\n;\n \njalan ~ \njalan yang (mengikut haluan yang) berpusing atau beredar;\n \nsurat ~\n surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu):\n~ Perkhidmatan." "kelilip\n[Jawa] benda yang termasuk ke dalam mata (seperti debu, pasir, dan lain-lain);\nkelilipan\n termasuk ke dalam mata (debu, pasir, dan lain-lain)." "kelim\nlipatan pada tepi kain yang dijahit;\n \n~ Betawi\n kelim dua kali (digunakan pada kain yang halus);\n \n~ lapis \nsejenis kelim yang digunakan pada kain kasar;\n \n~ papan \nsejenis kelim yang pipih (bagi kain benang yang halus);\n \n~ sambung \nsejenis kelim yang digunakan apabila menyambung dua bahagian badan baju;\n \n~ tindih kasih \nkelim yang di dalamnya dilapik dengan pita;\nberkelim\n ada kelimnya, berlipatan (yang dijahitkan);\nmengelim\n menjahit kelim:\nkain ini cantik rupanya, senang menjahitnya dan ~ tepinya;\npengelim\n alat untuk mengelim (pada mesin jahit)." "kelim II\npintalan (pilinan) pada tepi kulit karipap dan sebagainya yang telah dicantumkan untuk mengejapkan cantumannya (supaya tidak dimasuki minyak dan sebagainya)." "kelima\n~ paya \nsejenis tumbuhan (herba), kesum, kesuma, tebuk seludang, tuba seluang, \nPolyangonum pubescens (fiaccidum)." "kelimpanan\n[Minangkabau] kelilip." "kelimun\nhimpunan orang ramai, kerumun." "kelimut\nkelam-~;\nkelam I\n." "kelinang\n(Seni Muzik) sejenis canang yang digunakan dalam pertunjukan wayang kulit Melayu." "kelinci\nsejenis binatang yang mengunggis, arnab, terwelu, \nOryctolagus cuniculus." "kelincir\ngelincir." "kelindan I\n1.\n benang yang masih dipintal, benang bagi tali pemutar jentera atau kincir;\n2.\n tali atau benang berpintal untuk menggerakkan jentera (roda penggulung benang);\n3.\n benang jahitan yang sedia tercucuk pada jarum;\njahit sudah, ~ putus\n (peribahasa) selesai semuanya;\n \nlalu penjahit, lalu ~ \n(peribahasa) apabila berhasil usaha yang mula-mula usaha yang berikut pun akan berhasil juga." "kelindan II\nalat menggulung benang, gelendong." "kelindan III\npembantu pemandu lori:\n~ lori itu melambai-lambaikan tangannya tiada memberi kami memotong lorinya." "kelindan IV\nterkelindan\n berasa (terasa) tidak puas atau tidak senang hati (kerana atau kalau tidak dapat berbuat sesuatu yang diingini), terkilan, terbuku (dalam hati):\nseperti ada yang ~ dalam hatinya kalau tidak dicakapkannya hal itu." "kelindas\n[Jakarta] tergelek, tergilas;\nlindas\n." "kelinding\ngelinding\n." "keling I\n[Indonesia-Belanda] paku besi yang berkepala dua (untuk melekatkan dua keping besi);\nmengeling\n melekatkan (menyatukan) besi dengan menggunakan keling." "keling II\n[sastera lama] sejenis kapal.\nkelingkam\nkerikam\n." "kelingsir\ngelingsir." "kelingsir I\n[Jakarta] penyakit burut (menyebabkan buah pelir menjadi besar)." "kelinjat\n[Minangkabau] [arkaik];\nterkelinjat-kelinjat\n tergerak-gerak (gementar) tubuhnya kerana terperanjat." "kelintang\nbuah kelur;\nkelentang." "kelintar\n[Jawa];\nkelintaran, berkelintaran\n berjalan (bergerak) berkeliling atau berulang-alik, bergerak ke sana sini:\nsegala unggas mergastua berterbangan dan berkelintaran mencari mangsanya." "kelinting I\n[Jawa] = \nkelintingan\n sejenis loceng kecil, giring-giring." "kelinting II\nsejenis tumbuhan (pokok), kelating, \nCampnosperma griffithii." "kelip I\n= kelipan;\nsekelip\n \n~ mata\n sekejap mata (sekedip mata), sesaat:\n\n\ndengan ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang;\nberkelip, terkelip\n tertutup sesaat sebelum terbuka semula (berkenaan (dengan) mata), berkedip, terkedip;\n\n\ntidak ~\n tidak tertutup (mata) seketika pun (seperti mata orang yang sedang merenung sesuatu);\nberkelip-kelip, terkelip-kelip\n kejam (pejam) celik dengan pantas (berkenaan (dengan) mata), seketika terang seketika padam (berkenaan (dengan) lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (berkenaan (dengan) mata, lampu, dan lain-lain), gemerlapan (bintang dan lain-lain):\n\n\nmatanya terkelip-kelip seperti orang kesilauan;\nberkelipan\n berkilauan, gemerlapan:\n\n\nbintang-bintang nampak ~ diangkasa;\nmengelipkan;\n\n\n~ mata\n mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata;\nkelipan\n perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dan lain-lain):\n\n\nbertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati;\n= kerlip I." "kelip II\n= \nwang ~\n [Indonesia] sejenis duit syiling (bernilai 5 sen)." "kelip-kelip I\nsejenis serangga yang bersayap (tubuhnya mengeluarkan cahaya yang berkedip-kedip);\n \nbagai ~ terbang malam \n(peribahasa) rahsia yang sudah diketahui orang." "kelip-kelip II\nsejenis kertas berkilat (berwarna emas, perak, dan lain-lain) yang dibuat perhiasan, jemeki, kida-kida, labuci." "kelipar I\n= gelipar." "kelipar II\n[Kelantan]\n1.\n alpa, cuai, lalai (hingga menyebabkan kehilangan atau kecurian sesuatu);\n2.\n berjumpa, bertemu." "kelipat\n[Minangkabau] lipatan, kelepet;\nberkelipat\n berlipat;\n \ntak ~ perut \n(peribahasa) tidak boleh menyembunyikan sesuatu atau menyimpan rahsia." "kelipuh\nsejenis tumbuhan;\nkelipuk." "kelipuk\nsejenis tumbuhan (herba air dan bunganya), kelipuh, ati-ati payah, seroja biru, telepuk, teratai kecil, tunjung biru, \nNymphaea stellata;\n~ padang \nsejenis tumbuhan (herba), keladi air, \nSagittaria\n \nguayanensis." "kelipuk-kelipuk\n[Perak] terkelip-kelip, terkedip-kedip, kejam celik (mata)." "kelir I\n1.\n tirai wayang kulit, tirai (layar putih) untuk tayangan wayang gambar;\n2.\n [kiasan] sesuatu (helah, muslihat, dan lain-lain) untuk menyembunyikan tujuan yang sebenar;\n \nbermain di belakang ~ \n(peribahasa) memimpin dengan diam-diam (secara sulit)." "kelir II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] warna;\n \npotelod ~ \npensel berwarna;\ndikelir\n diwarnai (dengan cat dan lain-lain)." "keliru\n1.\n salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan):\nsikap masyarakat yang ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan;\n~ tangkap \nsalah tangkap;\n2.\n tertukar (kerana menyangkakan yang lain itu miliknya):\n~ dengan barang orang lain;\nmengelirukan\n1.\n menyebabkan keliru, mengacaukan, menyesatkan (tanggapan):\npenggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; \nucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ;\n2.\n mengatakan keliru (khilaf dan lain-lain), menyalahkan:\norang itu ~ ucapannya;\nterkeliru\n tersalah (pada membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat:\nsangkaannya itu ~ semata-mata; \nbeliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yang ~ untuk menyebarkan faham komunis;\nkekeliruan\n kesalahan (pada membuat anggapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusutan:\npenjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu;\n pengeliruan\n perbuatan mengelirukan:\n penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam." "kelis\nmengelis\n mengalihkan (mengetepikan) diri dengan pantas (untuk mengelakkan pukulan dan lain-lain), mengelik, mengelit." "kelisa I\nkacang ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kacang botor, kacang belimbing, \nPsophocarpus tetragonolobus." "kelisa II\nsejenis ikan darat, \nScleropages formosus." "kelisa III\n[arkaik] gereja, rumah berhala." "kelit\nberkelit\n mengalihkan (mengetepikan) diri dengan pantas (untuk mengelakkan pukulan, memberi laluan kepada seseorang dan lain-lain), mengelik, menyisi,\nberkelit-kelit\n mengelik berkali-kali, berkali-kali menghindarkan (mengalihkan) diri dengan pantas;\nmengelit\n mengundurkan (mengalihkan) diri dengan pantas (untuk mengelakkan pukulan, tikaman, dan lain-lain), mengelik, mengelis;\nmengelitkan\n mengelakkan atau menyisikan (diri) dengan pantas, mengundurkan atau menyembunyikan (diri) dengan cepat, mengelikkan." "keliti\npenyangkut pengayuh (dayung) di sisi perahu;\n= kediti." "kelitik\n[Jawa];\nwayang ~\n wayang yang menggunakan patung kayu." "keliut\n= keriut II." "keliwat\nterlalu, terlampau;\nlewat\n." "kelkah\n[Kelantan] penyelak pintu." "kelmarin\n1.\n sehari sebelum hari ini, semalam:\nhari ini hari Khamis, ~ hari Rabu;\n2.\n dua hari sebelum hari ini, sehari sebelum semalam:\nhari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa;\n 3.\n beberapa hari (minggu) yang lepas:\ndia sedang dirawat di rumah sakit kerana dilanggar kereta ~;\n~ dulu \n[Kedah], [Pulau Pinang] dua hari sebelum hari ini;\n \n~ dulu balik sana \n[Kedah] tiga hari sebelum hari ini." "kelobak\n[Minangkabau];\nterkelobak\n terkeloyak, terkupas (kulit);\nkobak I\n." "kelobot\n[Jawa] kelongsong jagung (untuk menggulung rokok)." "kelocak I\nmengelocak\n mengelupas (kulit dan lain-lain), terkelupas." "kelocak II\nberkelocak\n bergoncang (mis cecair di dalam bekas yang digoncangkan);\nkocak I\n." "kelodak\nkotoran seperti habuk tanah, lumpur, pasir dan sebagainya yang mendak dan berkumpul di dasar sungai, longkang dan sebagainya;\nberkelodak\n mengandungi atau dicemari kelodak:\nair lebihan yang ~ mengalir terus ke sungai sehingga boleh merosakkan banyak hidupan akuatik;\n pengelodakan\n pembentukan atau pengenapan kelodak:\nsebahagian besar ~ disebabkan pembangunan kerja tanah yang tidak terkawal oleh pemaju dan kontraktor yang tidak bertanggungjawab." "kelodan\n1.\n = \npanah ~\n [sastera lama] sejenis panah;\n2.\n sejenis bintang yang bergerak, tahi bintang." "kelohok\ngelohok\n." "keloi I\nsejenis tumbuhan (pokok renek), rami (seratnya dibuat tali),\na) \nBohemeria nivea;\nb) \nBohemeria tenacissima." "keloi II\n[Kedah];\nalat ~ \nalat perhubungan elektronik untuk memanggil seseorang;\n \nperkhidmatan ~ \nperkhidmatan untuk memanggil seseorang melalui alat elektronik;\nmengeloi\n memanggil." "kelok\nliku, selekoh (jalan):\nsetelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dalam rumah; \nkelang-~ \nberliku-liku (berkenaan (dengan) jalan, sungai);\nberkelok = mengelok\n bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok:\nTuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti olehEncik Ramli;\nberkelok-kelok\n1.\n banyak liku, berselekoh-selekoh (jalan bengkang-bengkok):\njalan ke tempat itu ~;\n2.\n membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri):\nkapal itu belayar sambil ~ untuk menghindarkan serangan kapal selam;\nmengelok\n berkelok;\nmengelokkan\n1.\n menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan:\n~ dawai; \n2.\n mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan\n." "kelokak\nkeloyak\n." "kelokok\nbunyi ayam belanda;\nberkelokok\n mengeluarkan bunyi kelokok (berkenaan (dengan) ayam belanda), berbunyi kelokok:\nayam belanda itu ~ apabila diusik oleh budak-budak." "kelola\nmengelola\n mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, seperti perusahaan, pejabat, dan lain-lain), mengurus, menyelenggara:\npegawai-pegawai yang mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dan lain-lain supaya mereka menjadi pengurus yang cekap;\nmengelolakan\n mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (seperti perusahaan, pejabat, dan lain-lain), menyelenggarakan:\nkursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; \ndiperlukan seorang yang berpengalaman untuk ~ perusahaan baru itu;\nkelolaan\n arahan dan kawalan, selenggaraan:\nsusunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan;\npengelolaan\n perihal mengelola(kan), pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan:\nbeliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio;\n~ ladang \npengurusan (penyelenggaraan) ladang;\npengelola\n orang yang mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir:\n~ sekolah-sekolah kebangsaan;\n~ syarikat perniagaan." "keloloh\n[Kedah], [Pulau Pinang] kurang sopan atau tertib (kelakuan atau perkataan), tidak senonoh." "kelolong\nterkelolong\n [sastera lama] termengkelan." "kelom\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kasut kayu, bakiak, terompah;\n= kelum II." "kelombeng\n[Jakarta] sejenis kuih (roti)." "kelomet\nkelumit\n." "kelompang\n1.\n kulit telur (buah dan lain-lain) yang tidak berisi;\n2.\n kosong (tidak berisi);\n3.\n kecewa, hampa;\nkelompangan\n keadaan kosong, kekosongan." "kelompok\nhimpunan (beberapa orang, binatang, benda, dan lain-lain), kumpulan (yang kecil bilangannya, jumlahnya, dan sebagainya), gugusan (awan, bintang):\ndi langit kelihatan ~-~ awan hitam bergerak perlahan-lahan menuju ke selatan;\n \n~ bintang (pulau)\n gugusan bintang (pulau);\n \n~ kata \nbeberapa perkataan yang dianggap sebagai satu kumpulan (ikatan), rangkai kata;\nberkelompok\n bersatu (berhimpun, bergabung) menjadi kelompok (golongan kecil dan lain-lain), berkumpul (berkenaan (dengan) orang dan lain-lain), (berada) berdekatan atau berdampingan hingga merupakan suatu kelompok atau kumpulan kecil:\nbeberapa orang pekerja berehat ~ di bawah pokok;\nberkelompok-kelompok\n berhimpun atau berkumpul (terhimpun atau terkumpul) di dalam beberapa kelompok:\npekerja-pekerja tersebut diasing-asingkan ~ menurut tugas masing-masing;\nmengelompokkan\n menyatukan (mengumpulkan dan sebagainya) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kepada beberapa kelompok atau kepada kelompok-kelompok tertentu, menjadikan berkelompok atau berkelompok-kelompok:\nusaha ~ ilmu kepada bidang-bidangnya adalah untuk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan;\nkelompokan\n kelompok (himpunan, kumpulan kecil);\nkekelompokan\n perihal atau keadaan kelompok;\npengelompokan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengelompokkan." "kelompong\nbahagian telefon tempat diletakkan gagangnya:\ndia menyangkuntukan kembali gagang telefon itu pada ~nya." "kelon\n[Jawa];\nmengeloni\n mendakap (memeluk) anak dan lain-lain sambil berbaring;\nelon\n." "kelona, kelonak\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat) akar kakup, kenana, \nDioscorea spp.; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar (rebanar), akar lampu bukit, \nSmilax megacarpa; \nakar ~ betina \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar gadung tikus, banar (canar) babi, gadung jantan, \nSmilax helferi." "kelonek\nkelonet\n." "keloneng\nbunyi seperti bunyi loceng dan lain-lain." "kelonet\nsekelonet\n sangat sedikit, sangat kecil, sekelumit." "kelong I\nsejenis belat ikan yang terbahagi kepada beberapa sekatan atau kurung:\nikan-ikan yang melalui ~ itu terperangkap di dalamnya." "kelong II\n[arkaik] sejenis pantun Bugis;\nberkelong\n berpantun cara Bugis, menyanyikan kelong." "kelong III\n1.\n [Kelantan], [Terengganu] tipu, kecoh;\n2.\n [Terengganu] berkepul-kepul (berkenaan (dengan) asap):\nkamu membakar apa, sampai ~." "kelongkang\nkayu dan lain-lain yang dipasang pada leher kerbau atau lembu untuk mencegahnya pergi (merayau) ke mana-mana." "kelongkong\n1.\n tempurung kelapa yang masih lembut;\n \nnyiur ~ \nnyiur yang masih muda (isinya nipis dan lunak);\n2. = kelongkongan\n buah kelapa yang sudah dimakan tupai;\n= kelengkuk." "kelongsong\npembalut atau pembungkus yang berbentuk bulat torak (seperti bentuk silinder) atau bulat tirus (seperti bentuk kon), belongsong:\nkacang goreng itu segera dimasukkannya ke dalam ~\n \nkertas;\n~ azimat \nkelongsong logam berisi azimat yang dipakai sama ada di lengan, leher atau pinggang;\n \n~ jagung\n daun yang membalut tongkol jagung;\n \n~ sirih\n tempat sirih (yang bulat dan panjang bentuknya), jorong;\n \n~ ular\n kulit nipis yang tertanggal ketika ular bersalin kulit, selumur ular." "kelongsor\n= gelongsor." "kelonsong\n= kelongsong." "kelontang\n1.\n bunyi seperti bunyi tin dipalu;\n2.\n sejenis alat yang dibunyikan untuk menghalau atau menakuntukan burung (di bendang dan lain-lain)." "kelontong I\nsejenis alat yang digunakan oleh penjaja (untuk menarik perhatian pembeli), kelentong;\n \nbarang-barang ~ \nbarang-barang kecil untuk penggunaan hari-hari (seperti benang, jarum, sikat, dan lain-lain);\n \nkedai (toko) ~\n kedai (toko) yang menjual barang-barang kelontong;\n \ntukang ~ \npenjaja (penggalas) barang-barang kelontong." "kelontong II\n[Kelantan], [Terrenganu]\n1.\n buah (seperti durian, kelapa, dan lain-lain) yang telah ditebuk dan dimakan isinya (oleh binatang);\n2.\n [kiasan] telah dicabuli (gadis), sudah hilang gadisnya, bernoda;\n3.\n [kiasan] kosong, tidak berisi (berkenaan (dengan) karangan, percakapan, dan lain-lain)." "kelonyor\nair (minyak) ~ \n[bahasa percakapan] sejenis air yang harum baunya \n(eau-de-Cologne)." "kelop\n[bahasa percakapan] cocok (sesuai), tepat, tidak berlainan;\nklop\n." "kelopak I\nsesuatu yang tipis yang menjadi penutup atau pembalut;\n~ buluh \n(rebung) pembalut buluh (rebung) yang masih muda;\n~ bunga \nbahagian yang berwarna terang pada bunga;\n \n~ jantung\n pembalut jantung pisang;\n \n~ mata \nbahagian di antara kening dengan mata (yang menutupi mata), pelupuk mata;\n \n~ salak\n kulit buah salak;\nseperti ~ pandan\n (peribahasa) menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dan sebagainya seseorang perempuan:\nbetisnya seperti ~ pandan, lehernya seperti gambar dilarik; \ntinggal ~ salak \n(peribahasa) habis segala harta (kerana kecurian dan sebagainya atau kerugian dalam perniagaan);\nberkelopak\n mempunyai kelopak;\nmengelopak, terkelopak\n terbuka (terkembang) kulit penutupnya." "kelopak II\nburung ~ pinang \nsejenis burung, \nSitta frontalis." "kelorah\nkeruh, kotor (air)." "kelorak\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat);\n \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput kelurat, rumput kerurut, \nLophatherum gracile." "kelorek\n[Kelantan], [Terengganu] sangat berkira-kira dalam membelanjakan wang, bakhil, kedekut, kikir:\nsaudagar itu ~ orangnya." "kelos\n[Indonesia-Belanda] gelendong, kumparan, gulungan benang." "kelotak\nmengelotak\n mengopek (mengupas) kulit buah yang keras, mengelotok, menggelotak;\n \n~ kelapa\n mengopek (menanggalkan) tempurung buah kelapa daripada isinya;\ngelotak, kelotok." "kelotok\nmengelotok\n mengelotak;\nkelotak." "keloyak\nberkeloyak\n tanggal kulitnya (berkenaan (dengan) buah, daging, dan lain-lain), mengelupas (kulit);\nterkeloyak\n tertanggal, terkupas (kulit), tersiat (kulit)." "keloyang\n1.\n sejenis burung, burung takau, burung seluwit, \nCalyptomena viridis; \n2.\n sejenis burung, burung koran, perling, \nAplonis panayensis strigatus." "kelu\n= \n~ lidah\n1.\n tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dan lain-lain):\nmendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; \n2.\n [Kelantan] sangat bodoh, bingung:\njangan disuruh budak yang ~ itu;\nmengelukan\n menjadikan kelu, menyeba" "keluai\nmusang ~\n sejenis binatang, luak, musang pulut, musang sebarau, \nParadoexurus leucomystax." "keluak\nbuah ~\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), kepayang, payang, \nPangium edule." "keluan\n[Minangkabau] tali yang dicucukkan pada hidung kerbau (lembu);\nbagai jawi ditarik ~ \n(peribahasa) menurut sahaja semuanya;\n \nmenjilat ~ bagai kerbau \n(peribahasa) sangat kecewa (kerana tidak tercapai yang diharapkan);\n \nputus tali putus ~, putus ~ rampung hidung\n (peribahasa) perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yang telah putus sama sekali (kerana perselisihan);\nmengeluani\n memasang keluan (pada hidung kerbau, lembu dan sebagainya):\nrasa tak mengapa hidung dikeluani." "keluang\nsejenis kelawar besar (makanannya buah-buahan), kalung kelambit, \nPterocarpus edulis; \nbagai ~ bebar petang \n(peribahasa) berkerumun (berhimpun) beramai-ramai." "keluangsa\n[sastera lama] keluarga (orang baik-baik), sanak-saudara." "keluar\n1.\n bergerak (beralih dan lain-lain) dari sebelah dalam sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dan lain-lain) ke sebelah luarnya:\npegawai-pegawai itu belum lagi ~ dari bilik mesyuarat; \n2.\n muncul, menampakkan diri (dari berkurung dan lain-lain):\nsejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; \n3.\n meninggalkan rumah untuk pergi ke sesuatu tempat atau untuk bersiar-siar:\ndia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; \n4.\n timbul (muncul, mengalir, dan lain-lain) dari bawah permukaan (air, tanah, dan lain-lain) atau dari dalam daging (tubuh dan lain-lain):\ncacing itu ~ perlahan-perlahan dari dalam tanah dan menguit-nguit; \nserpih halus kaca yang terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; \ncederanya parah dan darah ~ mencurah-curah;\n5.\n diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dan sebagainya), diterbitkan untuk pengedaran (kpada orang ramai dan sebagainya):\nbukunya yang terbaru akan ~ awal bulan depan; \nlaporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi;\n6.\n dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dan sebagainya):\nkata-kata yang sayu itu ~ dengan suara yang putus-putus; \n7.\n berhenti daripada menjadi anggota (persatuan dan sebagainya), berhenti daripada berkhidmat atau bersekutu (dengan sesebuah syarikat, jabatan, dan lain-lain), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dan lain-lain):\nia ~ dari syarikat itu untuk membuka perniagaan sendiri; \npengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dari kesatuan; \n8.\n [arkaik] muncul (sebagai pemenang dalam pertandingan);\n 9.\n [sastera lama] di luar;\n~ batas \nmenyeleweng atau menyimpang (daripada tajuk atau perkara yang diperbincangkan dan lain-lain);\n \n~ hutan\n keluar dari hutan;\nmengeluari\n keluar untuk mendapatkan (menentang) musuh:\nsetelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka;\n mengeluarkan\n1.\n membawa atau menyebabkan keluar dari sebelah dalam sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dan lain-lain) ke sebelah luarnya:\n~ alat perkakas dari dalam bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; \ndia ~ kotak rokok dari dalam saku baju;\n~ sedikit darah dari tubuh pesakit;\n~ air mata\n menangis;\n2.\n menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yang tertanam atau terbenam:\ndicungkil-cungkilnya dengan hujung pisau untuk ~ duri itu dari ibu jarinya; \ndoktor akan berusaha untuk ~ peluru itu dari dadanya; \n3.\n menyingkirkan, memisahkan (dari kumpulan dan lain-lain):\nParti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dari P.B.B.; \ndia mesti dikeluarkan dari kampung ini; \n4.\n memecat (ahli, pegawai, dan lain-lain), memberhentikan dari jawatan (kedudukan dan lain-lain):\npegawai itu telah dikeluarkan kerana curang;\n5.\n mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dan lain-lain):\n~ arahan dan peraturan baru kepada kakitangan kerajaan; \nkerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu;\n6.\n melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dan lain-lain), mengucapkan (kata-kata):\nia pun menaruh dendam dalam hatinya, tiada dikeluarkannya pada seorang jua pun; \nia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yang menambahkan kerisauan hati anaknya; \n7.\n membelanjakan:\nmereka terpaksa ~ wang yang banyak untuk pelajaran anak-anak mereka;\n 8.\n mengadakan, menyediakan (wang dan lain-lain);\n \n~ modal \nmengadakan modal;\n9.\n menerbitkan (buku, majalah, dan lain-lain):\nDewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran untuk sekolah-sekolah; \n10.\n menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dan lain-lain):\nMalaysia ialah negara yang paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; \nladang pun belum pula ~ apa-apa yang boleh dijadikan wang; \n11.\n [Indonesia] mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri;\nterkeluar\n1.\n (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu:\nbeg duitnya ~ sedikit dari saku belakang seluarnya; \n2.\n dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dan sebagainya) daripada tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dan sebagainya), tertanggal keluar dari lubang (celah dan sebagainya):\nakhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dari celah giginya; \n3.\n tersingkir (daripada kumpulan, pertubuhan, dan sebagainya), terasing atau terpisah (daripada sesuatu golongan, aliran, dan sebagainya):\ncara hidupnya yang sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ daripada masyarakatnya sendiri;\n4.\n tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dengan sesuatu), tidak kena-mengena dengan:\nhakim mahkamah harus ~ daripada pertelingkahan politik;\n5.\n disebut atau diucapkan (dengan tidak berapa disedari ataupun dengan tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur:\nketika ia marah itulah ~ kata-kata yang kurang manis didengar;\nkeluaran\n1.\n yang dikeluarkan (dihasilkan):\nbeliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dalam negeri; \n2.\n yang diterbitkan (berkenaan (dengan) buku, majalah, dan sebagainya):\nmajalah ~ bulan lepas; \n3.\n yang telah lulus dari (maktab dan sebagainya), yang terdidik atau terlatih di, lepasan:\nguru-guru ~ maktab latihan dan universiti;\norang ~ \na) orang yang tidak ada sangkut paut, orang yang tidak termasuk dalam atau berkaitan dengan sesuatu (perkara, kumpulan, dan lain-lain), orang luar;\n b) [sastera lama] orang yang di luar golongan (lingkungan) istana:\nakan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pada hati beta tiada patut ia bersuami orang ~;\n~ negara \n(Ekonomi) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh unit ekonomi dalam sesebuah negara dalam satu tempoh tertentu, biasanya setahun;\n \n~ negara bersih \n(Ekonomi) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pada kos faktor dalam satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai;\n \n~ negara kasar \n(Ekonomi) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pada harga pasaran dalam satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai;\npengeluaran\n perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan:\nekonomi negeri kita bergantung pada ~ barangan utama seperti getah, minyak dan bijih timah;\n~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan;\npengeluar\n1.\n usahawan (syarikat, negara, dan sebagainya) yang mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu:\n~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; \n2.\n yang mengeluarkan (menghasilkan):\nnegara-negara ~ kelapa yang penting ialah Filipina dan Indonesia." "keluarga\n1.\n = \nkaum ~\n saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara:\nia sekarang telah berjauhan dari kaum ~nya;\n~ diraja \nsanak saudara raja yang memerintah;\n \n~ sedarah \nsekalian orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka);\n \n~ semenda \nsekalian orang yang bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan;\n2.\n seisi rumah tangga (yang terdiri daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili:\nada beberapa ~ sahaja dalam kampung itu yang hidup mewah; \nia berasal daripada ~ yang kaya; \nkepala ~ \norang yang menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga;\n3.\n saudara;\n \n~ angkat \nsaudara angkat;\n4.\n kelas hidup-hidupan, famili:\n~ merpati;\n~ reptilia;\nberkeluarga\n1.\n mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara:\nrumah itu tempat penginapan segala dagang yang gharib yang tiada ~; \n2.\n berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili:\ntak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga;\nkekeluargaan\n yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan):\nitu urusan dan masalah ~ semata-mata; \nhubungan ~ \nhubungan atau pertalian antara seorang dengan seorang yang lain sebagai anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dan sebagainya);\nperkeluargaan\n persaudaraan, perhubungan (pertalian, yang bersangkutan dengan) keluarga." "keluat\nkhalwat." "kelub\nkelab." "kelubi\nsejenis tumbuhan (palma), asam paya, salak hutan, \nZalacca conferta." "kelubu\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCaesalpinia bonducella." "kelubung I\nsesuatu (seperti kain dan lain-lain) sebagai pembungkus atau penutup, selubung;\nberkelubung\n bertutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dengan kain dan lain-lain, berselubung:\nBibah sedang duduk ~ dan hanya nampak matanya sahaja;\nmengelubungi\n1.\n menutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dengan kain dan lain-lain, menyelubungi;\n2.\n [kiasan] meliputi:\nkabut yang ~ kawasan sekeliling." "kelubung II\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), janggut (tongkat) Ali, rumput paha belalang, rumput sarung pipit, terubung, \nPanicum sarmentosum." "keluburan\nlubang untuk memerangkap gajah dan lain-lain." "kelucuk\nkelocak I." "keluh\n= \n~-kesah\n1.\n kata-kata dan sebagainya yang melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan;\n2.\n = \nberkeluh-kesah\n melahirkan rasa sedih atau susah hati (dengan kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yang berkaitan dengan kesusahan atau penderitaan yang dialami);\n3.\n = \nberkeluh-kesah\n tidak tenteram fikiran (kerana kesedihan, penderitaan, kebimbangan, dan sebagainya), gelisah:\nmaka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; \nkeadaan kemarau yang berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah;\n~-kesah sayu \nkeluh-kesah yang menunjukkan kesedihan (dengan kata-kata yang sayu);\n~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran \n(peribahasa) [Minangkabau] kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;\nberkeluh\n = \nmengeluh;\nmengeluh\n melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dan sebagainya), berkeluh-kesah, merintih:\nkenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; \ndia termenung panjang lalu ~;\nmengeluhkan\n mengeluh tentang sesuatu perkara (keadaan dan sebagainya) yang mendukacitakan, merintihkan:\nia ~ kepincangan-kepincangan dalam masyarakatnya;\n keluhan\n1.\n kata-kata mengeluh, keluh-kesah, rintihan:\n~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; \n2.\n tarikan serta hembusan nafas yang panjang (sebagai menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan):\nyang terdengar hanya ~nya;\nkekeluhan\n perihal mengeluh:\nnada ~;\npengeluh\n1.\n orang yang suka (kerap) mengeluh;\n2.\n bersifat suka mengeluh." "kelui I\nkeloi I." "kelui II\nkeloi II." "keluih\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok), pohon kulur, pohon sukun biji, pohon timbul, \nArtocarpus communis." "keluik\nsejenis tumbuhan (pokok), bayur, kelenut, \nPterocymbium javanicum." "keluk\n1.\n lengkung;\n2.\n garis yang melengkung bentuknya (dalam graf, rajah, dan lain-lain);\n~-lekuk \nki perbuatan curang (tidak jujur);\nberkeluk\n1.\n berbentuk melengkung,melengkung;\nberkeluk-keluk\n1.\n berbentuk melengkung-lengkung;\nmengelukkan\n menjadikan melengkung, melengkungkan:\n~ dawai." "kelukub\nkerukup." "kelukup\nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea eximia." "kelukur\n[Minangkabau];\nberkelukur, berkelukuran\n melecet kulitnya, terkelupas, tergaris (kulit)." "keluli\nbesi baja (waja)." "kelulu\ntidak ~ \ntidak wajar atau selayaknya, tidak patut (tidak berkira-kira, berfikir-fikir atau berhati-hati):\nia menghempaskan diri bertalu-talu, melolong, menangis tidak ~\n." "kelulus\n[sastera lama] sejenis perahu." "kelulut I\nsejenis tumbuhan (pokok renek), pepulut, pulut-pulut, pulut lembu, \nUrena lobata;\n \n~ merah\n sejenis tumbuhan (herba), \nCyathula prostrata;\n~ putih \nsejenis tumbuhan pokok (renek), pokok lidah ular, ketumbar hutan, \nSida acuta; \nakar ~\n = \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nFuirena glomerata." "kelulut II\nsejenis tabuan kecil, \nMelipona minuta." "kelulut III\nsejenis serangga, \nLaccifer lacca." "kelum I\ntermasuk ke dalam tepinya atau pinggirnya (berkenaan (dengan) bibir dan lain-lain)." "kelum II\nkasut kayu;\n= kelom." "kelumbai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCrataeva macrocarpa." "kelumbung\n= kelubung I." "kelumit\n[Jakarta];\nsekelumit\n sedikit atau kecil sekali, sejemput, sekelonet:\n~ rasa rindu yang terpendam, dan sekilas pandangan yang manja." "kelumpang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kelumpung, \nSterculia foetida; \n2.\n = \n~ burung \nsejenis tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, \nSterculia parviflora; \n3.\n = \n~ keras \nsejenis tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, \nBuchanania lucida." "kelumun\n[Minangkabau] kelubung, selubung;\nberkelumun\n berkelubung, berselubung;\nmengelumuni\n mengelubungi, menyelubungi, meliputi." "kelun\n[Jawa];\nberkelun, berkelun-kelun\n berkepul-kepul (asap), bergelung-gelung (berkenaan (dengan) asap yang menuju ke udara), menabun (asap):\nwap panas ~ keluar daripada roti yang baru dihidangkan." "keluna\nsejenis ikan laut." "kelung I\nlengkung atau lekuk di tengah-tengah (pada perisai dan lain-lain);\n \npiring ~ \npiring yang melengkung ke dalam di tengah-tengah, piring dalam;\nberkelung\n berkeluk, melengkung (ke dalam):\npermukaan air di dalam saluran itu ~ membentuk meniskus." "kelung II\nlingkaran (daripada rotan dan lain-lain);\ngelung I." "kelunut\nkelenut." "kelupas I\nmengelupas\n = \nberkelupas, terkelupas\n terkupas atau tertanggal (kulit, cat, dan lain-lain):\nbeberapa minggu selepas bayi itu dilahirkan, kulitnya ~;\nmengelupaskan\n menyebabkan (menjadikan) terkelupas atau tertanggal (kulit, cat, dan lain-lain);\npengelupasan\n perihal (proses atau tindakan) mengelupas atau mengelupaskan:\nasid maleik menggalakkan ~ halus serta berkesan." "kelupas II\n~ akar \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kirai, seruci, \nHiptage sericea." "kelupur\ngelupur." "kelur I\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok), pokok merunggai, remunggai, \nMeringa oleifera." "kelur II\n[Terengganu] melaung, memanggil:\nTolong, ~ Mamat. Kita hendak turun ke laut sekarang." "keluron\n[Jawa]\n1.\n gugur (anak dalam kandungan);\n2.\n anak gugur." "keluruk\n[Jawa] berkokok." "kelurut I\nbengkak (sakit) pada hujung jari." "kelurut II\n~ tanjung \nsejenis tumbuhan (pokok renek), kankabona, kayu putih, naga buana, naga jimat, semelit patung, ubat kelumut, \nPhyllanthus pulcher." "kelus\ntelah terkupas (tertanggal) kulitnya." "kelusuh\n~-kelasah \nsangat gelisah." "kelusuk\nmengelusuk\n menggosok kuat-kuat;\ngelosok." "kelut\n~-melut\n tidak keruan, kacau-bilau, kusut, kalut." "kelutum\nsejenis tumbuhan (pokok), \nArtocarpus altissima." "keluyu\nsejenis ikan laut, cucut, ikan yu." "keluyuk\nsejenis masakan Tionghua (daging babi bercampur gula dan lain-lain)." "keluyur\n[Jakarta];\nberkeluyuran, mengeluyur\n pergi ke sana sini (dengan tiada tujuan tertentu), berkeliaran, merayau(-rayau)." "kelvin\n(Kimia) unit asas bagi suhu termodinamik." "kem I\nbahagian yang menganjur pada roda atau aci untuk menukar gerakan berpusing menjadi gerakan ke atas, ke hadapan dan ke belakang." "kem II\n1.\n kawasan perkhemahan atau kumpulan bangsal (rumah pondok dan sebagainya) yang dijadikan tempat tinggal sementara untuk satu atau beberapa kumpulan orang (seperti tentera, pekerja lombong, ahli sukan, dan lain-lain);\n\n\n~ pelarian\ntempat tinggal atau tempat perlindungan sementara bagi orang-orang pelarian khemah, pelarian;\n2.\n [bahasa percakapan] kumpulan (orang, parti, dan sebagainya) yang menyokong atau sependirian demi sesuatu doktrin (fahaman dan sebagainya)." "Kem. III\n[kependekan] Kementerian:\n\n\n~ Pendidikan." "kema\n[Perak] kami, kita semua." "kemab\ntidak dapat berkata-kata (kerana takut, terkejut, dan lain-lain), kelu." "kemabal\nkebabal." "kemaca, kemacar\n[Kelantan] biasa (tidak istimewa), lazim, tidak bernilai tinggi;\n \nbarang ~ \nbarang biasa;\n \norang ~ \norang kebanyakan." "kemahang\nkelembahang." "kemak\n~-kemik \n[Jakarta] komak-kamik (komat-kamit):\nmulutnya ~-kemik membaca doa." "kemal\n= berkemal, berkemal-kemal\n tidak atau belum cukup kering (berkenaan (dengan) kain dan lain-lain), agak basah, lembap." "kemala\nsejenis batu bercahaya (berasal daripada binatang) yang dikatakan banyak hikmatnya:\ndibubuhnya ~ yang bercahaya-cahaya;\n~ hikmat\n sejenis batu yang berhikmat;\ngemala." "kemalai\ngemalai." "kemalau\nsejenis tumbuhan (pokok), sekepul, \nParinarium costatum." "kemam\nberkemam\n bergumam (tertahan di dalam mulut);\nmengemam\n membiarkan sahaja atau menahan di dalam mulut (tidak menelannya), menggumam, mengulum:\n~ gula-gula;\n~ seketul daging;\n~ jari \nmemasukkan jari ke dalam mulut dan membiarkan sahaja demikian." "kemamam\n[Perak]\n1.\n kebas, semutan;\n2.\n letih lesu (selepas sakit)." "kemamang\n[Jawa] sejenis hantu (rupanya seperti kepala orang yang bernyala)." "kemamar\n[Kelantan] seolah-olah hilang ingatan atau pemandangannya, seakan-akan kurang siuman, mamai:\ndia itu telah ~, lain yang dipinta lain yang diberikannya." "keman\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau, semalu, \nMimosa pudica;\n~ air (gajah) \n= \nakar ~ hantu \nsejenis tumbuhan (herba air), kangkung puteri, \nNeptunia prostrata (oleracea)." "kemanakan\n1.\n anak kepada abang (kakak) atau adik, anak saudara;\n2.\n [Minangkabau] anak saudara perempuan;\n3.\n [arkaik] sanak saudara;\n \n~ di bawah lutut \nanak hamba sahaya." "kemancar\nbaki santan setelah patinya diperah:\nambil santan pati dan ~ secukupnya." "kemancung\nsejenis tumbuhan (pokok renek), asing-asing, janggi padang, \nBreynia reclinata." "kemandang\n[Jawa]\nkumandang." "kemang I\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMangifera kemanga;\n~ pulas \n= \n~ putar \nsejenis tumbuhan (pokok), lekub, macang pulasan, \nMangifera maingayi;\n~ air \nsejenis tumbuhan (herba air), keman air, \nNeptunia prostrata." "kemang II\nsejenis hantu (dikatakan suka mengganggu bayi)." "kemangi\nsejenis tumbuhan (pokok renek dan daunnya), ruku-ruku, selasih hitam (jantan, putih), \nOcimum basilicum." "kemangur\nsejenis tumbuhan (pokok), ceremai, \nCicca acida." "kemani\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput bidis, \nSaccolepis myosuroides." "kemantan\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kematan, kecubung hutan (rimba), \nRandia macrophylla." "kemanten\npengantin." "kemantu\n= \n~ hitam \nsejenis tumbuhan, cemama(r), cerek hitam, pokok cerek, secerek, suntang hitam, \nClausena excavata." "kemap\nsejenis tumbuhan (pokok), petaling gajah, \nStrombosia rotundifolia; \nkamap" "kemar\nhemar." "kemarahan\nsejenis tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol,\n Knema laurona." "kemarau\n1.\n kering (tidak berair);\n2.\n = \nmusim ~ \nmusim kering (tidak turun hujan untuk jangka masa yang lama):\nmusim ~ yang berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot;\n~ bulan lima \n[Kelantan], [Terengganu] musim kemarau yang paling kering dan panas sekali;\n \n~ keras\n musim kemarau panjang;\nsalangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang \n(peribahasa)\na) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua;\n b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah." "kemaruk\n1.\n selalu terbuka selera hendak makan (setelah sembuh daripada sakit):\nsejak segar daripada sakit, aku tengok dia ~ betul; \n2.\n [kiasan] berbelanja (berbuat sesuatu) dengan berlebih-lebih (kerana baru hidup mewah, naik pangkat, dan lain-lain);\n3.\n [kiasan] mahukan sesuatu banyak-banyak, haloba, tamak:\ndia ~ wang sekarang." "kemas\n1.\n elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dan sebagainya dengan baik), teratur (tersusun dan lain-lain) dengan elok atau rapi:\nbilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; \njahitan itu dimatikan dengan ~ dan teguh; \nbarang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; \nrumah ~\n rumah yang bersih dan rapi (segala perabot dan lain-lain tersusun dengan baik);\n2.\n kuat, teguh, erat:\npelukan Jalil yang ~ itu tidak terurai; \n3.\n [Minangkabau] beres, bersih, habis, selesai;\n4.\n sihat, segar (tubuh):\n~ rasanya badan;\n \nbarang-barang ~ \nbarang-barang yang tinggi nilainya (seperti barang-barang perhiasan daripada emas, permata, dan sebagainya);\nberkemas, berkemas-kemas\n menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dan sebagainya supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dan lain-lain):\nBasir memerhatikan Ros ~ dengan berhati-hati benar nampaknya;\n~ rumah \nmembersihkan rumah dan mengatur perabotnya dan lain-lain supaya (rumah) kelihatan rapi;\nmengemas, mengemasi\n mengatur (menyusun dan lain-lain) rapi-rapi (tidak berselerak dan sebagainya), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dan lain-lain):\nmalam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yang hendak diserahkan esoknya;\n~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya;\nmengemas-ngemas\n membetulkan supaya rapi:\ndia bangun meninggalkan Lebai Pa yang ~ kopiah putih di kepalanya;\nmengemaskan\n1.\n menjadikan tersusun (teratur, rapi, dan lain-lain), membereskan:\nsekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan;\n~ diri \nmenghiaskan diri (dengan bersolek, berpakaian bersih, dan lain-lain);\n2.\n menghabiskan (wang, harta benda, dan lain-lain):\nbelum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya;\nmemperkemas\n menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dan lain-lain):\nbahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; \nsaya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau yang turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini;\nkemasan\n1.\n hasil kerja menghias sesuatu ruang:\n~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan;\n2.\n sesuatu benda (kain, logam, dan sebagainya) yang diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi;\nkekemasan\n keadaan kemas;\nperkemasan\n perihal berkemas-kemas;\npengemasan\n perbuatan mengemas(kan);\npengemas\n orang yang mengemasi (mengemaskan):\n~ bilik;\n~ daftar fail." "kemas kini\nlengkap dengan (mengandungi, mempunyai, dan sebagainya) maklumat (data, ciri-ciri, unsur-unsur, dan sebagainya) yang terbaru, sejajar dengan kemajuan (perkembangan dan lain-lain) semasa:\nmenyediakan data dan fakta yang ~; \nreka bentuk dan mutu yang ~; \ndaftar atau jadual yang ~;\nmengemaskinikan\n menjadikan kemas kini, mengusahakan dan sebagainya supaya (menjadi) kemas kini:\nkamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dengan tambahan kata-kata baru; \nmeminda dan ~ beberapa peruntukan dalam akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;\n~ lagi pengetahuan yang sedia ada; \nmengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama;\npengemaskinian\n perbuatan (usaha dan sebagainya) mengemaskinikan:\nbuku-buku tatabahasa yang ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu,\n \njadi suatu usaha ~ perlu dilakukan." "kemat\n[bahasa percakapan] hikmat;\n \nkalah adat dek muafakat, kalah ~ dek bergeseng \n(peribahasa) [Negeri Sembilan] persahabatan antara laki-laki dengan perempuan itu lebih mesra jika mereka bercampur hari-hari." "kematu\n1.\n = \nkeras ~ \nsangat keras:\nkulit tapak kakinya menjadi keras ~; \nbuah manggis itu sudah ~;\n2.\n kulit keras atau tebal yang terbentuk pada bahagian kaki disebabkan geseran atau tekanan;\nberkematu\n menjadi kematu:\ntangan yang kasar dan ~." "kemawan\n= \nawan-~ \n[sastera lama] kelompok awan, gumpal-gumpal awan." "kemayuh\npengayuh." "kembabal\nkebabal." "kembacang\nembacang." "kembah\n[Kelantan];\nberkembah\n bersepah-sepah, berselerak, bertaburan (tidak teratur):\nbiliknya ~ dengan baju kotor." "kembahang\nkelembahang." "kembal I\nsejenis bakul kecil daripada mengkuang (bentuknya seakan-akan kembu atau kepis);\n \n~ gundi (gandi) \nkembal yang berhias dengan kertas yang berwarna-warni." "kembal II\nikan ~ emas \na) sejenis ikan laut, \nEutynnus alleteratus; \nb) ikan (kembal emas) yang dikeraskan (dijemur)." "kembala\n[arkaik]\ngembala I." "kembali\n1.\n pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dan lain-lain), pulang:\naku pun ~ ke kedai; \norang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing;\n \n~ ke negeri yang baqa (kekal) =\n \n~ ke rahmatullah \nmeninggal dunia;\n \n~ asal \nbalik asal (kembali semula kepada asalnya);\n2.\n = \nwang ~ \nwang baki kerana bayaran yang berlebihan (yang harus dipulangkan kepada pembayar), wang kelebihan:\nEncik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; \n3.\n semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi:\ndi pekan Yan, kami telah bertemu ~ dengan beberapa orang teman dari Sungai Petani; \nkini aku berada ~ di kampung;\n4.\n kata yang kerap digunakan bersaingan dengan kata kerja untuk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kepada kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dan lain-lain);\nmembayar ~\n memberi balik hutang atau wang yang telah diterima (supaya tidak berhutang lagi);\n \nmeminta ~ sesuatu \nmeminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yang telah diberikan atau dipinjamkan);\n \nmenarik ~ (usul, keputusan, dan lain-lain) \nmenyatakan batal atau tidak akan diteruskan dan sebagainya (usul, keputusan, dan lain-lain);\n \nmenceritakan ~ \nmengulang cerita atau kisah yang telah didengar (dibaca dan lain-lain);\n \nmenyusun ~\n mengulang menyusun lagi (menyusun semula);\nsekembali\n sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dari (sesuatu tempat);\nmengembalikan\n1.\n mengirimkan (menghantarkan, memberikan, dan sebagainya) sesuatu kembali (kpada pengirimnya, ke tempat asalnya, dan sebagainya), memulangkan (sesuatu):\ndia berjanji akan ~ wang dan semua barang yang telah diambilnya itu; \nsemua buku yang dipinjam dahulu telah dikembalikan; \nmereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yang ditulis dalam bahasa Inggeris kepada pengirimnya; \n2.\n menahan (menyekat dan lain-lain) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kembali;\n3.\n mengundurkan (ke suatu waktu yang telah berlalu), menyuruntukan (kejadian yang telah berlaku);\n4.\n menjadikan seperti sediakala atau seperti keadaan sebelumnya, mewujudkan kembali, memulihkan:\nia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dengan sedaya upaya; \ntidak ada laki-laki yang dapat ~ kepercayaanku yang telah musnah ini; \nlangkah-langkah keselamatan telah diambil untuk ~ keamanan di daerah itu;\nkembalian\n sesuatu barang dan lain-lain yang dikembalikan:\npenerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~;" "kemban\nkain yang dibelitkan di badan untuk menutup dada (perempuan);\nberkemban\n1.\n memakai kemban;\n2.\n memakai kain sarung hingga ke paras dada (tidak berbaju):\nbeberapa orang perempuan yang kelihatan ~ sedang mencuci baju di perigi." "kembang biak\nberkembang biak\n membiak menjadi banyak:\nkuman-kuman jenis ini sangat mudah ~;\nmengembangbiakkan\n menjadikan berkembang biak." "kembang I\n1.\n mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (berkenaan (dengan) sesuatu yang kuncup atau terlipat seperti payung, layar, dan lain-lain):\nbunga yang telah ~; \n2.\n menjadi besar atau luas (naik atau muai dan sebagainya):\nkepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; \nadunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; \n3.\n menjadi luas (maju dan sebagainya);\n~ hatinya \nbesar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya;\n \n~ hidung \nberasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dan sebagainya);\n \n~-kembut \nmemancar-mancar dan mengedip-ngedip;\n \n~ rabu \ngirang, gembira;\n \n~ tengkuk \nberasa berdiri bulu roma (seperti seseorang yang terlihat sesuatu yang menakuntukan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan);\nberkembang\n1.\n kembang (terbuka atau terbentang):\npayung ubur-ubur ~ dibawa dalam perarakan; \n2.\n menjadi makin sempurna (luas, maju, dan sebagainya), menjadi makin tersebar, meluas:\nfikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; \nagama Islam ~ dengan pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi;\nberkembangan\n berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dan sebagainya):\ndi halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yang ~ semerbak baunya; \nmaka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah;\n mengembang\n menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dan sebagainya), kembang, berkembang:\natap pondok itu daripada daun lontar yang ~ lebar; \nburuk dikembang pada orang banyak, elok dipilih sama seorang \n(peribahasa) keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri;\nmengembangkan\n1.\n membentangkan (layar, payung, dan lain-lain), membuka (barang yang tertutup atau kuncup), memekarkan;\n \n~ buku\n membuka buku;\n \n~ mata \nmembuka mata;\n \n~ sayap \na) membentangkan atau melebarkan sayap (seperti burung yang hendak terbang);\n b) [kiasan] meluaskan pengaruh (usaha dan lain-lain) ke daerah atau lapangan lain;\n2.\n menjadikan besar (lebar, luas, dan lain-lain):\nukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan;\n~ hati \nmenyukakan (menggembirakan, menyenangkan) hati;\n3.\n menjadikan berkembang (maju, tersebar, dan sebagainya), memajukan, meluaskan, menyebarkan:\nKongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; \n~ agama \nmenyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dan sebagainya);\n \n~ pengaruh \nmeluaskan pengaruh;\nmemperkembangkan\n menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkembang dengan lebih luas (lebih pesat dan sebagainya):\nbahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dengan rapi;\n terkembang\n terbuka menjadi lebar (berkenaan (dengan) payung dan lain-lain), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dan sebagainya):\nsurat khabarnya ~ di hadapannya; \nmaka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan;\n kembangan\n keadaan kembang:\n~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dengan pengembangan balang;\n perkembangan\n perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan:\n~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; \ndengan ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yang dapat dikeluarkan;\n~ politik;\n~ ilmu pengetahuan;\n pengembangan\n1.\n perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dan sebagainya):\n~ dan penguncupan benda-benda yang dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pada pandangan mata kasar kita;\n~ air (cecair, gas, pepejal, dan lain-lain) \nperihal air (cecair, gas, pepejal, dan lain-lain) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan);\n2.\n perihal (usaha, kegiatan, dan sebagainya) mengembangkan;\n \n~ bahasa dan sastera\n usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera;\npengembang\n orang yang mengembangkan (memperluas pengaruh dan sebagainya):\npengaruh daripada kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dengan Zaba sebagai ~nya;\n~ agama \norang yang mengembangkan agama (dengan menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya)." "kembang II\n1.\n bunga (digunakan juga untuk menyatakan nama berbagai-bagai bunga):\n~ bangkai, ~ jepun, ~ naga sari; \ncita ~ \ncita (kain tenun) yang coraknya berbunga-bunga;\n2.\n kata yang menjadi sebahagian daripada nama beberapa tumbuhan;\n \n~ semangkuk \nsejenis tumbuhan (pokok), \nScaphium spp; \nakar ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), kayu cenderus, seburus hitam, segan petaling, \nUrophyllum trifurcum;\n~ api\n bunga api;\n \n~ gula \ngula-gula (berbagai-bagai makanan yang dibuat daripada gula);\n ~ latar \n[bahasa percakapan] pelacur;\n \n~ pala\n kulit di keliling biji pala;\nmengembang\n1.\n seperti atau menyerupai kembang (bunga);\n \n~ bakung \nmengombak (ikal) dan cantik seperti bunga bakung (berkenaan (dengan) bunga);\n2.\n meletakkan bunga di kubur." "kembang kempis\n1.\n turun naik (dada seseorang) ketika bernafas, berdebar-debar, terengah-engah;\n2. = kembang kuncup\n seketika mengembang seketika menguncup;\nmengembangkempiskan\n menjadikan kembang kempis." "kembar\n1.\n tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya):\nkedua-duanya berpakaian ~;\n2.\n = \nanak ~ \ndua orang anak (atau lebih) yang dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pada waktu yang sama atau hampir sama;\n \n~\n \nSiam \nkembar dengan bahagian tubuh yang menempel antara satu sama lain, seperti kepala dengan kepala (pertama kali berlaku di Siam pada tahun 1829);\n \n~ tiga (empat dan lain-lain)\n tiga (empat dan lain-lain) orang anak yang sama atau hampir sama hari lahir mereka;\n3.\n rangkap, dubel;\n \n~ empat \nrangkap empat;\n4.\n bergabung, berapit;\n \nnombor ~ \n[Indonesia] dua keluaran yang digabungkan menjadi satu terbitan (berkenaan (dengan) majalah);\n \npemerintahan ~ \ndua pemerintahan yang serentak menguasai daerah yang sama;\n \nsenapang ~\n senapang yang mempunyai dua laras;\n \ntali (kawat) ~ dua (tiga dan sebagainya) \ntali (kawat) yang dipintal daripada dua (tiga dan sebagainya) lembar tali (kawat):\ntalinya berupa rami ~ tiga;\n berkembar\n1.\n bergabung (berangkai dan lain-lain) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan;\n2.\n sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dan lain-lain);\nmengembari\n1.\n menandingi (bertanding dengan), melawan, menentang:\nmaka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia;\n2.\n menyamai, menandingi:\ntak mungkin ~ orang-orang besar itu;\n3.\n menjadikan pasangan bagi, memberi berpasangan (dengan):\ndibuatnya sepucuk meriam lagi untuk ~ meriam Portugis itu;\n4.\n [sastera lama] mengiringi, menemani, menyertai, membantu, menolong;\nmengembarkan\n menjadikan berkembar (berpasangan dan lain-lain), mengapitkan;\nterkembari\n \ntiada ~\n tidak dapat mengembari atau dikembari (ditentangi), tiada terlawan:\ncih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini!\n kembaran\n satu daripada dua (atau lebih) yang kembar, pasangan (yang erat):\ndianggap isterinya ~ jiwanya." "kembara\nmengembara\n pergi ke mana-mana (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yang ditujui), bertualang, menjelajah:\nbertahun-tahun ia ~ dari sebuah negara ke negara lain;\n mengembarai\n mengembara (menjelajah) di:\n~ negara-negara Asia;\npengembaraan\n1.\n perihal (perbuatan) mengembara:\ncerita yang mengisahkan ~ seorang putera raja;\n2.\n tempat mengembara, tempat yang dijelajahi;\npengembara\n orang yang mengembara:\nDavid Livingstone ialah seorang ~ yang terkenal." "kembayat\nkain ~ \nsejenis kain halus keluaran bandar Cambay di Gujarat (India)." "kembera\nberterbangan (berlarian) dengan kacau-bilau, bercempera." "kembiang\nsejenis tumbuhan (herba air), kiambang, \nPistia stratiotes." "kembili\nsejenis tumbuhan (herba yang boleh dimakan umbinya), \nColeus tuberosus." "kembiri I\ntidak ada jantannya atau sifat kejantanannya, sudah dihilangkan jantannya, kasi, kasim:\nkambing ~;\n mengembiri\n menghilangkan jantannya atau sifat kejantanannya:\n~ binatang;\npengembirian\n perbuatan mengembiri." "kembiri II\nsejenis tumbuhan (pokok) dan buahnya, buah keras, kemiri, \nAleurites moluccana\n." "kemboja\nsejenis tumbuhan (pokok) dan bunganya, bunga kubur, cempaka (biru), \nPlumeria acuminata." "kembol\n mengembol\n menjadi gembung atau besar kerana penuh berisi (berkenaan (dengan) saku dan lain-lain)." "kembola\nsejenis tumbuhan (pokok), belimbing batu (manis), \nAverrhoa carambola." "kembu\nsejenis bakul kecil (tempat menyimpan ikan), kepis;\n= kumbu." "kembuk\n= kembukan\n sejenis mangkuk besar tempat mencuci tangan, kobokan." "kembung I\n1.\n kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung;\n2.\n agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (berkenaan (dengan) perut);\n \nkatak ~\n katak yang boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya;\n \n~ kempis\n seketika gembung seketika kendur (berkenaan (dengan) perut), kembang kempis;\nmengembung\n menjadi kembung;\nmengembungkan\n menjadikan kembung, menggembungkan, menggelembungkan, melembungkan, membusungkan:\n~ perut;\n= gembung I." "kembung II\n~ padi \nkepuk (tempat mengisi padi)." "kembung III\nikan ~\n sejenis ikan laut, pelaling, temenung, \nScomber\nspp.; \nikan ~ lelaki \nsejenis ikan laut, \nScomber kanagurta; \nikan ~ perempuan \nsejenis ikan laut, \nScomber negluctus." "kembur I\n[arkaik] = \nberkembur, mengembur; \ncakap ~ \ncakap angin (percakapan untuk menghabiskan masa sahaja), perbualan kosong;\nberkembur-kembur\n bercakap-cakap untuk menghabiskan waktu (sambil bergurau senda dan sebagainya), berbual-bual kosong, berborak-borak." "kembur II\n[Terengganu] terpercik:\nhabis ~ air dalam pasu bila putik kelapa jatuh." "kemburan I\ntulang-tulang tangan." "kemburan II\n[Terengganu] keladak, sembai." "kemburuan\n[arkaik] cemburuan." "kembut I\n[Minangkabau] sejenis sumpit yang dibuat daripada pandan (untuk mengisi buah-buahan dan lain-lain)." "kembut II\nberkembut, berkembut-kembut\n berkepul-kepul (asap):\nia memasang sebatang rokok, menghisap dan menghembuskan asapnya berkembut-kembut." "kemdian\n[arkaik]\nkemudian." "kemeh\n[kata seru] kencing, kemih." "kemeja\n= \nbaju ~\n sejenis baju potongan Eropah (berlengan panjang atau pendek) untuk lelaki:\nEncik Rahman hanya memakai ~ lengan panjang dan seluar panjang;\n~ lepas\n kemeja (biasanya berlengan pendek) yang bahagian bawahnya tidak diselitkan ke dalam seluar ketika memakainya;\n \n~ papan \nkemeja berkanji (menjadikannya keras);\nberkemeja\n memakai kemeja:\nberseluar biru dan ~ putih." "kemejan\n= \nyu ~ \nsejenis ikan laut, yu kia-kia, \nRhynchobatis spp.; \nkemenyan III" "kemeli\n[arkaik]\n kambeli." "kemeling\n~ telur\n sejenis tumbuhan (herba air), bunga jamban, keladi bunting, \nEichhornia crassipes." "kemelut\n1.\n keadaan yang genting atau berbahaya (berkenaan (dengan) penyakit terutama penyakit demam);\n \n~ naik\n keadaan penyakit yang makin genting atau berat;\n \n~ turun\n keadaan penyakit yang beransur pulih;\n2.\n keadaan atau saat yang genting atau berbahaya (berkenaan (dengan) ekonomi, politik dan sebagainya), kegentingan, krisis:\nmasyarakat harus dibimbing untuk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan ~ dalam kehidupan; \nmasa ~;\n~ ekonomi \nkrisis ekonomi;\nberkemelut\n berada dalam kemelut, mengalami kemelut:\nmembiarkan mereka ~ mencari-cari simbolisme retorik." "kememeh\n[Terengganu] mata yang baru terbuka selepas bangun tidur:\nmasih ~, kamu sudah sampai." "kemendalu\nbendalu." "kemendang\n[arkaik] getaran udara (di atas tanah yang menjadi panas kerana disinari matahari);\nberkemendang, mengemendang\n kelihatan (tampak) terbayang, membayang." "kemendelam\n[sastera lama] sejenis buyung tempat mengisi air." "kemendikai\nsemangka;\nmendikai." "kemendir\nkemendur." "kemendit\n= \ntali ~ \ntali pinggang;\nkendit\n." "kemendur\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pemimpin pasukan (berpangkat perwira tinggi);\n2.\n = \n~ laut \nsyahbandar, pembesar pelabuhan;\n3.\n [Minangkabau] pengurus pemerintahan negara (pada zaman penjajahan), pamung peraja, kontrolir;\n4.\n kepala atau pengawas pekerja, mandur." "kemengu\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nCalotropis gigantea." "kemeniran\nsejenis tumbuhan (pokok renek);\nmeniran." "KEMENTAH\nakronim bagi Kementerian Pertahanan." "kementam\nberkementam\n berbunyi berdentam." "kemenyan I\ndupa atau getah daripada sejenis tumbuhan \n(Styrax benzoin) \nyang harum baunya apabila dibakar, luban jawi;\n jenis-jenisnya:\n~ arab,\n \n~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; \nbelum (sudah) diasapi ~ \nbelum (sudah) berkahwin;\napakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar\n = \n~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau \n(peribahasa) tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja dan tidak diajarkan kepada orang lain;\n \ngaharu dibakar, ~ berbau \n(peribahasa) memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang." "kemenyan II\nakar ~ hantu \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nDioscorea pyrifolia." "kemenyan III\n= \nyu ~ \nsejenis ikan laut;\nkemejan." "kemera\n~-tara\n KI bertaburan, berselerak, kembera." "kemesak\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), cenderai, ceret budak, semangkuk, \nCroton argyratum;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), calang paya, kayu meroyan, lidah api, \nCroton griffithii." "kemesit\n[Kedah] kering, kecut (buah dan lain-lain)." "kemetot\nterencat (bangunnya), kerdil, tergencat." "kemi\nsejenis ikan laut, gedemi,\n Echeneis naucrates\n." "kemih\nair seni, kencing;\nberkemih\n buang air kecil, buang air seni, kencing." "kemik\n1.\n lekuk (seperti pada tin yang jatuh atau terpukul sesuatu), kepik, penyuk:\nbertaburan tong sampah yang ~ dan berkarat;\n2.\n penyek, penyet (hidung);\n \nhidung ~\n hidung penyek;\nterkemik\n menjadi kemik (kerana jatuh, terpukul sesuatu dan sebagainya)." "kemilap\ngemilap." "kemilau\nkilau." "kemili I\n[Negeri Sembilan] memilin (memintal) tali kembar empat." "kemili II\nkembili." "kemin I\n[Perak] kemas atau rapi buatannya (kerusi, meja, dan lain-lain)." "kemin II\n[Kedah] menggulung atau memintal (rokok, misai)." "keminting\nbuah keras, kemiri." "kemirau\nmasih mentah dan keras (berkenaan (dengan) buah), kirau." "kemiri\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keras, kembiri, \nAleurites moluccana;\n~ jatuh ke pangkalnya\n (peribahasa) mendapat tempat yang sewajarnya, kembali ke tempat asalnya." "kemis\nberkemis, mengemis\n meminta sedekah, meminta-minta:\nnegeri ini tidak sekali-kali akan ~ pada mana-mana kuasa untuk mendapatkan bantuan; \nperempuan tua itu terpaksa ~ untuk hidup;\npengemis\n peminta sedekah." "kemit\n~ tubuh\na) sesuatu (seperti pakaian, barang perhiasan dan lain-lain) yang diberikan sebagai tanda kasih, bekas tubuh;\n b) = \ngelang ~ tubuh \nsejenis gelang;\n \n~ hantar\n [arkaik] pesuruh." "Kemlu\nakronim bagi Kementerian Luar (Negeri)." "kemoceng\nkemucing." "kemofisiologi\nkajian tentang kimia hidupan dan tindak balas kimia yang berlaku pada organisma." "kemoja\nkemboja." "kemosintesis\n(Biologi) pembentukan sebatian organik oleh organisma, misalnya sesetengah alga dan bakteria, dengan menggunakan tenaga yang dihasilkan melalui tindak balas kimia." "kemotaksis\n(Biologi) gerak balas organisma terhadap rangsangan bahan kimia tertentu." "kemoterapi\n(Perubatan) cara rawatan yang menggunakan bahan kimia tertentu untuk merawat dan mengawal sesetengah penyakit (terutamanya penyakit kanser)." "kemotropisme\n(Biologi) kelengkungan tumbuhan atau bahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap rangsangan kimia." "kemoyang\nkelemoyang." "kempa\n= kempaan\n sesuatu yang digunakan untuk mengapit (menekan, memerah, dan lain-lain), apitan;\n \n~ air \napitan yang dijalankan dengan kuasa air;\n \nbulu ~ \nsejenis kain daripada bulu kambing yang diapit untuk dibuat topi dan lain-lain;\n \ncap ~\n [sastera lama] meterai (tera) raja-raja Melayu zaman dahulu;\nmengempa\n mengapit, menghimpit (dengan perkakas atau dengan kedua-dua belah tangan);\n \n~ tebu \nmenghimpit tebu untuk mengeluarkan airnya;\n \n~ tangan\n mengepal-ngepalkan tangan;\nterkempa\n terapit, terhimpit, tertekan." "kempang I\n[arkaik] sejenis perahu (dibuat daripada batang kayu)." "kempang II\n~-kempis\n kembang kempis." "kempas I\nsejenis tumbuhan (pokok), \nKoompassia malaccensis;\n~ roman \nsejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kijai, pauh kijang, \nTrigonochlamys griffithii." "kempas II\n~-kempis\n turun naik (dadanya), mengah-mengah (nafasnya), kembang kempis." "kempeitai\npolis tentera Jepun yang dibenci dan ditakuti kerana kekejamannya (semasa pemerintahan di negara yang diduduki)." "kempek\n[Jakarta] sejenis bekas daripada anyaman dan lain-lain digunakan sebagai tempat sirih (wang dan lain-lain)." "kempelang\nmengempelang\n menampar, menempeleng, meninju (memukul) kepala dengan kuat;\nkempelangan\n pukulan yang kuat." "kempen\nsegala usaha (kegiatan dan tindakan) yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dan lain-lain) untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dan lain-lain):\njabatan tersebut akan memperhebat ~nya untuk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah;\n~ pilihan raya \nkempen untuk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya;\nberkempen\n melancarkan (menjalankan) kempen:\npegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yang memerintah." "kempening\nsejenis tumbuhan;\nmempening." "kemperas\nsejenis ikan air tawar, \nCyclocheilichthys spp." "kempiluh, kempilur\nsejenis bekas (bakul) yang bertutup dibuat daripada anyaman." "kempis I\nmenjadi pipih atau kendur (kerana kurang atau tiada lagi isinya), tidak kembung atau melembung lagi:\ntayar kereta ini ~ kerana kurang anginnya; \nperutnya ~ dan pipinya cengkung;\n mengempis\n menjadi kempis:\ntayar keretanya semakin ~;\n mengempiskan\n menyebabkan (menjadikan) kempis:\nia ~ tayar kereta dengan mengeluarkan anginnya." "kempis II\n[Jakarta] sejenis botol yang dibalut dengan anyaman rotan (untuk diisi air minum)." "kempit\nsejenis buyung." "kempu\nsejenis kotak yang bulat dan bertutup untuk menyimpan pakaian (barang kecil-kecil dan lain-lain)." "kempuh\n[Minangkabau] empuk (makanan), masak (berkenaan (dengan) sesuatu yang dimasak, dipanggang, dan lain-lain), ranum (berkenaan (dengan) buah-buahan), busuk atau rosak." "kempul I\n[Jawa] sejenis alat bunyi-bunyian (seakan-akan canang besar)." "kempul II\nberkempul-kempul\n mengah-mengah (nafas), sesak nafas;\nterkempul-kempul\n terengah-engah, termengah-mengah." "kempun\nterkempun-kempun\n terkepit (seperti kain ketat di antara kedua-dua belah paha)." "kempunan\n1.\n ingin benar (akan), selalu ingat (akan):\nia ~ hendak mengetahui rahsia itu;\n2.\n berasa kecewa (hampa) kerana tidak tercapai sesuatu keinginan atau idaman:\ndicarikannya juga buah yang dipesan oleh ayahnya itu kerana takuntukan ayahnya ~ nanti;\n3.\n dalam kesukaran (kebimbangan), dalam keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dan lain-lain):\nlepas dari ~; \nmenanggung ~." "kempung I\n1.\n lekuk atau termasuk ke dalam kerana kurang berisi (berkenaan (dengan) pipi), cekung (pipi), caung atau kempis (pipi):\npipinya ~ dan matanya cengkung; \n2.\n lekuk (seperti pada tin yang jatuh atau terpukul sesuatu), kemik." "kempung II\n1.\n [Jawa] bahagian bawah perut;\n2.\n = \nkempungan\n [Jakarta] gelembungan." "kemput\n[Jakarta]\n1.\n kempung, cekung, caung (pipi);\n2.\n [kiasan] kosong, habis harta benda." "kemu I\n[Jawa];\nberkemu\n berkumur (mencuci mulut)." "kemu II\n[Jakarta];\nmengemu\n menggumam, mengulum." "kemucing\nsejenis alat untuk mengebas (membersihkan) debu, bulu ayam." "kemudi\n1.\n sejenis perkakas di buritan kapal (perahu) untuk mengawal arah pelayarannya:\nmanakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; \nbam ~ = celaga ~ \n= \ntangan ~ \nkayu sebagai pegangan atau tangkai kemudi;\n2.\n [Indonesia] alat untuk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pada kereta):\nHawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; \n3.\n [kiasan] pimpinan (persatuan, perkumpulan, dan sebagainya), teraju pemerintahan;\n4.\n [arkaik] pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pada kuda);\n~ bundar \npusar-pusar bulu pada kuda;\n \n~ cawat\n kemudi jenis yang dipakai oleh kapal-kapal Eropah;\n \n~ sepak \nkemudi di sisi buritan yang bentuknya seperti pengayuh (dayung);\n \npatah ~ dengan ebamnya \n(peribahasa) tidak ada harapan lagi;\nberkemudi\n1.\n mempunyai (memakai) kemudi:\nkapal ~, kereta berstereng; \n2.\n memegang atau mengawal kemudi (di kapal):\nminta ia gantikan ~, tiadalah larat beta;\n~ di haluan bergilir ke buritan\n = \n~ ke rusuk \n(peribahasa) perihal orang yang menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya);\nmengemudikan\n1.\n memegang kemudi untuk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang):\nPak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya;\n2.\n memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dan sebagainya), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dan lain-lain):\nmereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; \nmereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yang kecil itu;\n pengemudi\n1.\n jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta);\n2.\n orang yang mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dan sebagainya)." "kemudian\n1.\n selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dan lain-lain), belakangan:\norang-orang yang datang ~ tidak mendapat tempat duduk; \nadiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~;\n~ daripada \nselepas, sesudah;\n2.\n belakang hari, (suatu) masa yang akan datang, kelak:\nperompak-perompak itu akan diberkas juga ~; \nfikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~;\n~ hari \nbelakang hari, kelak;\n \nhari ~ \na) = \nkelak ~\n masa yang akan datang;\n b) hari kiamat;\n3.\n = \n~ daripada itu \nselepas (sesudah) itu, pada suatu waktu yang lain (sesudah sesuatu kejadian dan lain-lain):\npasukan polis ~nya telah menemui kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut;\n mengemudiankan\n1.\n meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yang lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dan lain-lain) di belakang atau selepas sesuatu lain yang lebih penting dan sebagainya:\nkerja-kerja yang penting didahulukan dan yang kurang penting dikemudiankan;\n2.\n menangguhkan, menunda, mengundurkan:\n~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu;\nterkemudian\n selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dan lain-lain), (lebih) kemudian;\n \nShahnon Ahmad muncul ~ daripada A. Samad Said;\n~ sekali \nterakhir, akhir sekali, belakang sekali:\nsiapa yang ~ sekali meninggalkan bilik itu?;\n \n~ daripada\n kemudian daripada, selepas, sesudah." "kemudu\nsejenis tumbuhan (pokok), \nPisonia spp.;\n~ selat \n= \n~ siam \nsejenis tumbuhan \nPisonia excelsa;\nmengkudu." "kemuk\n~-kemik\n banyak bahagian yang kemik (berkenaan (dengan) tin), banyak kemiknya." "kemukus\nlada (cabai) berekor, temukus\n,\n Piper cubeba." "kemul\n[Jawa] selimut;\nmengemuli\n menyelimuti." "kemumu I\n1.\n sejenis lumut laut;\n2.\n [Minangkabau] sejenis keladi (keladi Cina) yang boleh digulai daun dan batangnya." "kemumu II\n[arkaik], \nkemumur\nkelemumur." "kemuncak\nbahagian (tempat, tingkatan, atau paras) yang tertinggi sekali, puncak:\nsemasa ~ tamadun Greek, wanita dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki;\n~ gunung;\n~ kejayaan." "kemuncup\nsejenis tumbuhan (rumput), rumput jarum, \nChrysopogon (Andropogon) aciculatus." "kemundir\nkemendur." "kemung\nsejenis alat bunyi-bunyian seperti canang, gong;\n \n~ gantung\n kemung yang digantungkan;\n \n~ jongkak \nkemung yang diletakkan pada alas atau telapakannya." "kemungkus I\n[arkaik];\ntelur ~ \ntelur tembelang." "kemungkus II\nkemukus." "kemuning\nsejenis tumbuhan (pokok);\n \n~ gajah\n = \n~\n \nbadak\n = \n~ limau \nsejenis tumbuhan (pokok), ketengah, \nMerrillia caloxylon;\n~ jantan hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), mata keli jantan, \nCanthium confertum;\n~ lada\n sejenis tumbuhan (pokok), \nMurraya peniculata (exotica)." "kemunting\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nRhodomyrtus tomentosa;\n~ akar \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar senduduk, \nMarumia nemorosa;\n~ bukit \n= \nakar ~ \n= \nakar ~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), senduduk halus, \nAnplectrum divaricatum;\n~ cina \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nLochnera (Vinca) rosea; \nrotan ~ \nsejenis tumbuhan (palma), rotan cincin, rotan duduk, rotan gelang, rotan kerai, rotan perupuh, rotan segera, rotan tunggal, \nDaemonorhops geniculatus." "kemuruk\nbusuk, tembelang (berkenaan (dengan) telur);\n \ntelur ~ \ntelur tembelang, telur kemungkus:\ngas ini busuk baunya seperti bau telur ayam ~." "kemut\nkemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut\n \n1.\n bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dan lain-lain):\nmulutnya terkemut-kemut; \nnadinya terkemut-kemut;\n2.\na) terhuyung-huyung;\n b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut:\nberjalan terkemut-kemut; \nmembuat kerja terkemut-kemut." "kemutul, kemutun\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCratoxylon formosum." "ken\n[sastera lama] gelaran bagi anak lelaki atau perempuan:\n~ Angrok;\n~ Tambohan." "kena I\n1.\n bersentuh(an) dengan, berlanggar(an) dengan, lekat pada, terhantuk (terpukul dan sebagainya) pada:\nlututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; \ntikamannya itu ~ pada bahu lawannya; \npemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik;\n2.\n tepat pada sasarannya (berkenaan (dengan) lontaran, tembakan, dan sebagainya), tidak menyimpang daripada sasarannya:\ndilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; \ntembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari;\n3.\n ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu;\n \n~ apa\n = \napa ~ \na) ditimpa apa;\n b) apa sebab, mengapa;\n \n~ buat\n kena sihir (orang);\n \n~ hujan \nditimpa hujan;\n \n~ penyakit demam kepialu \nmendapat (menderita) penyakit demam kepialu;\n \n~ upah \nberoleh atau diberi upah (untuk melakukan sesuatu);\n4.\n menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dengan awalan \nter\n atau \ndi\n pada kata kerja);\n \n~ marah \ndimarahi;\n \n~ pukul \ndipukul;\n \n~ tangan \nditangani (dipukul dengan tangan);\n \n~ tipu \ntertipu, ditipu;\n5.\n tidak bebas (terlepas, terkecuali) daripada, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dan lain-lain):\nsemua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; \n6.\n berpadanan atau berpatutan (berkenaan (dengan) harga, tawaran, dan lain-lain), cocok atau sesuai (dengan yang dikehendaki, yang sepatutnya, dan sebagainya), sesuai atau tepat sekali(dengan sesuatu, seseorang):\nkalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; \nbarang apa yang tidak ~ pada hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; \npakaian yang indah itu ~ pula dengan orang yang memakainya;\n~ gayanya\n = \n~ (dengan) jalannya \ncocok atau sesuai caranya;\n \n~ pada tempatnya \nberpadanan, sesuai benar, tepat sekali;\n7.\n terpaksa (membuat dan lain-lain sesuatu):\noleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; \nia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi;\n~ andeka \nditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kepada raja, pemerintah, dan lain-lain);\n \n~ ekor \nmendapat wang sebagai hasil daripada cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda);\n \n~ emas \nmenerima rasuah (wang suap);\n \n~ hati \na) jatuh cinta (pada);\n b) kesal, menyesal;\n \n~ loteri \nmendapat hadiah kerana nombor tiket yang dibeli sama dengan nombor cabutan loteri;\n \n~ miang\na) lekat miang (buluh dan lain-lain) pada bahagian tubuh;\n b) = \n~ tempias \nki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain;\n \n~ setan \ndirasuk setan;\n \n~ tali \nkena tipu (ditipu);\n~ batang hidung sendiri \n(peribahasa) menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dan lain-lain);\n \n~-~ seperti santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala\n (peribahasa) sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan;\n \nkalau ~ tampar, biar dengan tangan yang bercincin, kalau kena tendang, biar dengan kaki yang berkasut \n(peribahasa) kalau berbantah janganlah dengan orang yang jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yang berpanjangan;\nberkena\n ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dengan:\ndia tu ~ dengan ayah saudara saya;\n berkenaan\n1.\n berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal):\nwakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yang jelas lagi munasabah ~ dengan dasar tersebut; \nbeliau akan bercakap ~ dengan kemajuan ekonomi negeri ini; \npihak yang ~ \npihak yang berkaitan (bersangkutan);\n2.\n cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju:\napabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian;\n3.\n = \nberkena-kenaan\n saling berkenaan;\nmengena\n1.\n tepat kena pada sasaran, matlamat, yang dituju, dan lain-lain:\ntembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur;\n2.\n memperoleh tangkapan (berkenaan (dengan) jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dan sebagainya): \n3.\n mendatangkan hasil atau kesan yang dikehendaki atau diharapkan (berkenaan (dengan) muslihat atau tipu daya):\nperangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; \nkerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi untuk langkah selanjutnya;\n kena-mengena\n1.\n ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dan lain-lain):\napa ~nya perkara ini dengan ayahnya?; \norang yang diawasi itu sebenarnya ada ~ dengan penipuan yang berlaku itu; \n2.\n ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat:\nia ~ dengan saya kerana ia berkahwin dengan sepupu saya;\n mengenai\n1.\n kena pada (matlamat, sasaran, dan lain-lain):\nmaka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yang putus lehernya; \ndiparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia;\n2.\n menyentuh, bergesel dengan (sesuatu):\nhendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; \n3.\n berkenaan (berkaitan, berhubungan) dengan, tentang:\ndalam buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; \nmereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut;\n4.\n menimpa:\npenyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak daripada orang dewasa;\n5.\n [Minangkabau], [bahasa percakapan] bersetubuh;\nmengenakan\n1.\n menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pada sesuatu sasaran):\ntembakan itu dikenakan pada kakinya;\n2.\n melekatkan, memasangkan:\n~ kancing baju;\n~ kunci pintu;\n3.\n menjadikan sebagai kewajiban (berkenaan (dengan) undang-undang, peraturan, dan sebagainya), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (berkenaan (dengan) bayaran, cukai, dan sebagainya), mempertanggungkan:\nundang-undang darurat ini akan dikenakan pada setengah-setengah kawasan sahaja; \nkesatuan akan ~ bayaran yang rendah kepada semua ahlinya yang ingin mengikuti kursus ini;\n4.\na) memakaikan (baju, kasut, dan lain-lain) pada diri sendiri atau pada diri orang lain:\nia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; \ntiada peraturan tertentu tentang cara ~ pewarna mata;\nb) menyarungkan (cincin):\n~ cincin pada jari tunangnya; \n5. = mengena-ngenakan\n mempermainkan, memperdaya, menipu:\nselalu sahaja dia hendak ~ kita dengan berbagai-bagai tipu helahnya;\n~ tangan kepada \nki\na) menghukum dan lain-lain;\n b) memukul dengan tangan, menangani;\n \n~ baju di badan maka sesuai \n(peribahasa) menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri;\nterkena\n1.\n telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dan lain-lain):\nbeberapa pakaian yang indah-indah ~ pada tubuh Ibrahim Kakan itu;\n2.\n mendapat atau tertimpa sesuatu (seperti penyakit dan lain-lain):\ntujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah untuk melindungi mereka daripada ~ penyakit tersebut;\n3.\n terpedaya, tertipu:\nhati-hati sebelum ~; \nberasa ~ \na) berasa tertipu;\n b) berasa tersinggung;\n c) berasa kecewa, menyesal;\n4.\n tersentuh (terlekat) pada:\nsetengah-setengah butir debunga itu akan ~ pada stigma pokok yang berdekatan; \n5\n. \nkena sampuk (diganggu makhluk halus):\ndia ~ di pokok itu; \n6.\n menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan:\nsakitnya seperti rasa sakit ~ cubit;\n~ beragih\n [Minangkabau]\na) berasa menerima bahagian yang terkurang daripada yang sewajarnya (sepatutnya);\n b) suram muram mukanya;\n \n~ buat\n terkena jampi atau sihir;\n~ pada ikan bersorak, ~ pada batang masam\n (peribahasa) ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah;\n \nsekali jalan ~ , dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) \n(peribahasa) kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu;\nperkenakan\n menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain:\n~\n \nsaja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang;\npengenaan\n perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan:\n~ cukai yang tinggi pada barang-barang tersebut dianggap tidak wajar;\n~ pantang larang adalah untuk mengelakkan daripada memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit." "kena II\n[arkaik] awak, engkau, kamu." "kenahang\nkenohong." "kenal\n= \n~ akan (kepada)\n1.\n dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dan sebagainya sebelumnya), cam:\nia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya;\n~ kasihan (malu, susah) \ntidak tahu kasihan (malu, susah);\n2.\n tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sebagai sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dengan seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya:\nsaya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; \nbarangkali kakak belum ~ saya ini siapa;\n~ huruf\n tahu atau boleh membaca (walaupun pada peringkat rendah);\n \nbelajar ~ \n[bahasa percakapan] mulai mengetahui;\n \n~-~ Cina\n (peribahasa) baru kenal (belum mesra lagi);\nberkenal\n = \n~ dengan \nbersahabat (dengan), bergaul dengan):\ningin benar ia hendak ~ dengan semua jirannya;\nberkenalan\n bergaul atau berhubungan (dengan seseorang atau antara satu sama lain) sebagai sahabat:\nlama sudah kami ~; \ntiada ~\n [sastera lama] tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yang seorang daripada yang lain:\nmaka segala orang yang berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi;\nberkenal-kenalan, kenal-mengenal\n kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul):\nmaka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dengan segala raja-raja negeri yang tersebut itu; \nkalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung;\nmengenal\n1.\n dapat mengetahui atau mengecamkan rupa seseorang atau sesuatu yang sudah diketahui sebelumnya, mengecam:\nsemasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yang ~nya;\n2.\n kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sebagai sahabat dengan, berkenalan dengan:\nsahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; \ntak ~ belas kasihan \ntidak mempunyai rasa belas kasihan;\n mengenali 1.\n kenal akan, mengenal:\n dia yang baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya;\n2.\n mengetahui (rupanya, sifatnya, tanda-tandanya, dan lain-lain):\naku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yang akan kulawati; \nbeliau dikenali sebagai seorang yang dermawan;\nmengenalkan\n membuat seseorang kenal akan:\nhanya dengan ~ penduduk-penduduk luar bandar kepada perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar;\nmemperkenalkan\n1.\n menyatakan atau memberitahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kepada orang lain:\npengerusi majlis ~ jemputan khas kepada para hadirin; \nsahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kepada aku;\n2.\n mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dengan menerangkan dan sebagainya):\nNabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kepada orang-orang Madinah;\n~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dengan menggunakan berbagai-bagai kemudahan;\nterkenal\n diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama:\nHang Tuah, seorang pendekar Melayu yang ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; \nMalaysia ~ dengan getah dan bijih timahnya;\nkenalan\n orang yang sudah dikenali, sahabat:\nYusuf banyak ~nya di kota Betawi; \nsurat ~\n = s\nurat perkenalan\n surat untuk memperkenalkan diri seseorang;\nkekenalan\n dikenal, diketahui, ketahuan;\nperkenalan\n1.\n perihal (perbuatan dan lain-lain) memperkenalkan (seseorang kepada seseorang yang lain):\norang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; \nsurat ~\n surat kenalan;\n2.\n perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dan sebagainya) sebagai sahabat:\n~ kami memang sudah lama; \nsemenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya;\npengenalan\n1.\n perihal mengenalkan;\n \nkad ~ \nkad yang mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (seperti nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dan lain-lain) untuk makluman orang atau pihak yang berkaitan;\n2.\n perihal (perbuatan dan lain-lain) mengenal atau mengenali:\nbotol-botol ubat itu dibubuh label untuk ~;\npengenal\n1.\n ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) untuk mengetahui:\ntanda ~ pokok ini ialah daun kecil yang menyelimuti kuntum bunganya itu; \nilmu ~ penyakit \n[Indonesia] ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala-gejala (tanda-tanda) yang terdapat mengenainya;\n \nzat ~\n [Indonesia] pergabungan (persenyawaan) benda atau zat untuk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yang lain;\n2.\n [Minangkabau] ingatan." "kenal pasti\nmengenal pasti\n mengetahui serta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dengan pasti:\nkerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yang boleh disertai oleh usahawan Melayu; \npolis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yang terbabit;\n pengenalpastian\n perihal (usaha dan sebagainya) mengenal pasti:\nmakluman itu dapat membantu pihak pentadbir dalam proses ~ pelajar-pelajar yang memerlukan kelas pemulihan dalam bahasa Malaysia." "kenaling\n[Kelantan] menggeletar (kerana ketakutan), berasa gentar." "kenalpot\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] sejenis alat untuk mengurangkan bunyi (pada enjin)." "kenan I\nberkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati):\nmaka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu;\n~ pada\n = \n~ di hati\n disukai (diminati, disenangi):\nyang mana ~ pada encik, ambillah; \nbuat masa ini belum ada gadis yang ~ di hati Nasir;\n2.\n (kata kehormatan yang digunakan untuk raja atau orang atasan dengan maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan untuk), sudi:\nDuli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu;\nmemperkenankan\n mengizinkan, meluluskan, menyetujui, memakbulkan (berkenaan (dengan) Tuhan):\ntidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; \nsemoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan;\nperkenanan\n perkenan;\nperkenan\n izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan;\n \n~ diraja \npersetujuan rasmi yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dan sebagainya, misalnya perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yang dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen untuk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta." "kenan II\n1.\n tanda atau cacat pada kulit (anggota, tubuh, dan lain-lain) semenjak lahir, cenangga;\n2.\n keganjilan tertentu (pada gerak-geri, kelakuan, dan lain-lain) bawaan semenjak lahir atau kecil;\n \n~ anjing \nkeganjilan tentang suara (seperti tangisan yang menyerupai salakan anjing dan lain-lain);\n \n~ kera \nkeganjilan tentang gerak-geri (menyerupai gerak-geri kera)." "kenang\ntimbul kembali dalam fikiran dengan rindu dan lain-lain (sesuatu yang telah lama berlaku atau hilang daripada pandangan):\nkalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua;\nmengenang\n mengingat (akan), memikir (akan):\nia tersentak daripada ~ untung dan suratan dirinya;\n~ budi \nmengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);\nmengenangkan 1. = mengenangi\n menimbulkan kembali dalam fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dengan perasaan tertentu seperti kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dan lain-lain):\nbelas hatinya ~ hal si Tirim yang malang itu; \nfikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; \n2.\n membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan:\npertemuan dengan anaknya ~ dia akan masa yang lampau;\nterkenang\n \n~ akan \n= \n~ kepada\n = \nterkenangkan\n teringat akan (seseorang atau sesuatu) seperti dalam keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan:\nkemudian dia terkenangkan malam indah yang dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yang tenang; \nia ~ kepada ayah dan ibunya yang telah meninggal;\nterkenang-kenang\n selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu;\nkenangan\n1.\n apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan:\ntiba-tiba ~nya bertukar kepada ibu bapanya di kampung;\n~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya;\n2.\n hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu;\n \nsudah luput daripada ~ \nsudah tidak dikenang atau diingati lagi;\nkenang-kenangan\n1.\n segala sesuatu yang dikenangkan (dapat dibayangkan kembali dalam fikiran), sesuatu yang (tetap) ada dalam fikiran atau ingatan:\nsegala-galanya tinggal sebagai ~ sahaja;\n2.\n (menjadi) sesuatu yang dapat mengingatkan (seseorang) tentang sesuatu yang lain (misalnya peristiwa, persahabatan, dan lain-lain):\nhadiah untuk ~; \nbergambar untuk ~." "kenanga\nsejenis tumbuhan (pokok) dan bunganya yang harum baunya, cenanga, semenderasa, \nCanangium odoratum; \nminyak ~\n minyak yang diperbuat daripada bunga kenanga (baunya harum);\n~ hutan \na) = \n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nDesmos dasymaschala; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantau, lidah-lidah, melidah, pokok kuning, \nAlangium ebenaceum." "kenantan\nkinantan." "kenap\n[Indonesia] sejenis meja kecil." "kenapa\n[bahasa percakapan] kena apa, sebab apa, mengapa:\n~ kau mengikut jalan ini?" "kenari I\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCanarium commune;\n~ belanda \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Anyangdalus communis;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), kedondong bahu, kedondong bulan, kedondong hutan, kedondong kerut, \nCanarium nitidum." "kenari II\nburung ~ \nsejenis burung kecil yang kuning bulunya, \nSerinus canarius germanicus." "kenari III\nketam ~\n sejenis ketam." "kenarus\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), paku (rumput) serani, \nLycopodium cernum." "kenas\n1.\n pekasam daripada lokan dan lain-lain;\n2.\n siput (kerang, tiram) yang diasinkan." "kencah\nkincah." "kencana\n[sastera lama] emas;\n \nanak-anakan ~\n patung daripada emas." "kencang I\n1.\n tegang (seperti tali yang direntang), tidak kendur;\n \nangin ~ kelat \nangin yang keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat\n);\n2.\n cepat, pantas, deras, laju:\nlarinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yang mengikutinya;\n3.\n erat-erat, kuat-kuat, teguh:\ndipeluknya ~;\nmengencang\n menjadi kencang (deras, pantas, laju, dan sebagainya):\nhembusan angin semakin ~; \nkereta kian ~;\nmengencangkan\n1.\n menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dan lain-lain), menguatkan (bunyi dan lain-lain):\nbunyi radio itu semakin dikencangkan;\n2.\n mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dan lain-lain);\nmemperkencang\n1.\n memperkuat (bunyi dan lain-lain), mempererat (ikatan dan lain-lain);\n2.\n mempercepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dan lain-lain);\nkekencangan\n1.\n ketegangan;\n2.\n kecepatan, kederasan." "kencang II\n~-kencung\n bunyi seperti bunyi enjin (bunyi cang-cung)." "kencar\nterkencar-kencar\n tidak tahu apa yang akan dibuat, gopoh-gapah, gugup, tergesa-gesa." "kenceng I\n[Cina] sejenis gurdi (bor kecil) yang diputar dengan busur." "kenceng II\nsejenis kawah yang bertangkai (dibuat daripada besi atau tembaga)." "kencing I\n1.\n = \nair ~ \nair najis yang keluar dari kemaluan, air seni;\n2. = berkencing\n buang air kecil, berkemih;\n \njamban ~ \nbilik air (tempat membuang air kecil);\n~ darah\n sejenis penyakit yang menyebabkan keluar darah dari kemaluan;\n \n~ manis \nsejenis penyakit yang menyebabkan air kencing mengandungi zat gula;\n \n~ nanah\n sejenis penyakit jantina yang menyebabkan keluar nanah dari kemaluan;\n \nair ~ lembu \nnira nyiur yang dimasak pada masa membuat gula Melaka;\n \nguru ~ berdiri anak murid ~ berlari\n (peribahasa) murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya);\nmengencingi\n1.\n mengenakan air kencing pada;\n2.\n [bahasa kasar] meniduri;\nterkencing\n kencing dengan tidak sengaja, kencing dengan tidak dapat ditahan lagi;\npengencingan\n = \npekencingan\n1.\n pundi-pundi kencing;\n2.\n alur air kencing dalam kemaluan." "kencing II\n~ kambing \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar lakum hutan, akar lembut, \nJasminum griffithii;\n~ pelanduk\n sejenis tumbuhan (herba), dedalu ingap, \nApostasia nuda; \nakar ~ kerbau \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit, kekunyit, \nFibraurea chlorleuca.\nKensiu\n (knsiu) penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Negrito, yang tinggal di kawasan pinggir daerah Baling, Kedah." "kencong I\n[Minangkabau] serong, bengkok, miring, pencong;\n \nkasut\n \n~ \nkasut yang hujungnya bengkok ke atas;\nmengencong\n menyimpang (berkenaan (dengan) jalan dan lain-lain), membelok;\nmengencongkan\n mengherotkan (bibir), membengkokkan;\n \n~ perkataan orang \nmemesongkan perkataan orang." "kencong II\nsejenis tumbuhan (pokok), larak, pokok girah, \nEllipeia (Popowia) nervosa; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jangkang, akar larak, \nFissistigma manubriatum\n." "kencung\nsejenis bunyi (seperti bunyi cung-cung)." "kencur\n[Jawa] sejenis tumbuhan (herba), cekur, \nKaempferia galanga." "kendaga\npeti atau kotak kayu yang dihiasi dengan kulit kerang (atau dibebat dengan anyaman)." "kendak\nlelaki atau perempuan yang dijadikan teman berzina (atau teman bersekedudukan di luar nikah);\nberkendak\n bermukah, berzina:\nmaka Hang Tuah pun dibuatkan orang fitnah dikatakan ia ~ dengan seorang dayang raja;\nmemperkendak, memperkendaki\n menjadikan kendak, mengajak berkendak:\nmaka gundik raja yang diperkendak oleh Hang Kasturi itu dilihat oleh Hang Tuah." "kendal\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok), pelekat, sekendal, sekendi, \nCordia myxa (obliqua)." "kendala\n1.\n rintangan, halangan, gendala;\n2.\n paksaan (sekatan, batasan) yang dikenakan kepada seseorang dan lain-lain;\n3.\n sesuatu yang mengekang:\n~ kewangan;\nmengendalakan\n merintangi, menghalangi:\nkepercayaan karut ini boleh ~ pembangunan kampung." "kendali\n[Jawa]\n1.\n kekang;\n2.\n tali kekang (kang);\n \npeluru ~\n peluru berpandu;\nmengendalikan\n1.\n mengenakan kekang:\n~ kuda; \n2.\n mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dan lain-lain), menguasai, mengawal (pasukan dan sebagainya):\nsungguh banyak sekali manusia yang lemah dan tidak dapat ~ dirinya untuk menahan hawa nafsu;\n3.\n mengurus(kan), mentadbir(kan), mengawal perjalanan:\nengkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; \nbeliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi;\nterkendalikan\n dapat (berupaya) dikendalikan:\npersaingan yang tidak ~;\n kendalian\n1.\n bahagian dalam sesuatu bidang kerja:\nkerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dalam proses penerbitan; \n2.\n hasil perbuatan mengendalikan;\npengendalian\n perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dan lain-lain);\n \n~ harga\n pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dengan sesuka hati);\npengendali\n pemimpin, pengurus, pentadbir." "kendana\n[Minangkabau] [arkaik];\nmengendanai\n mengawas, mengamat-amati, menjaga." "kendang\n[Minangkabau];\nkendang-kendang, kendang-kendangan\n \nkain ~\n kain pakaian sehari-hari (terutamanya selendang)." "kendang I\n[Jawa] gendang." "kendang II\nrim (berkenaan (dengan) kertas);\nsekendang\n satu rim (sebanyak 500 helai):\nkertas ~." "kendang III\nsejenis ikan laut, \nScatophagus argus." "kendati\n1. = kendatipun\n walaupun, meskipun, biarpun:\njanggallah sekiranya permulaan babak ini didahului oleh si gadis, kendatipun begitu, tentunya ada juga yang berlaku;\n2.\n [arkaik] jangankan." "kendeka\n[Jakarta];\nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok), \nAvicennia marina\n." "kendelam\nkemendelam." "kendera\nberkendera\n menaiki sesuatu jenis kenaikan (seperti motokar dan lain-lain), menunggang kuda (gajah dan lain-lain);\nmengenderai\n menaiki kereta dan lain-lain, menunggang kuda dan lain-lain:\ndengan ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan;\nkenderaan\n kenaikan (seperti motokar, bas, kereta api, basikal, dan lain-lain), tunggangan (seperti kuda, gajah dan lain-lain):\njalan raya masih sibuk dengan ~ dan tentera Jepun yang maju ke Selatan;pajak ~ \n[Indonesia] pajak (cukai) yang dikenakan ke atas kenderaan;\n \n~\n \nawam = ~ umum\n kenderaan untuk orang ramai (yang disewakan kepada orang banyak);\n \n~ berat \nkenderaan bermotor yang beratnya bersama muatan melebihi lima tan, seperti bas dan lori;\n \n~ pacuan empat roda \nkenderaan bermotor yang keempat-empat rodanya mempunyai kuasa untuk menggerakkan atau menjalankan kenderaan;\n \n~ ringan \nkenderaan bermotor yang beratnya bersama muatan kurang daripada lima tan, seperti kereta, van dan motosikal;\nberkenderaan\n menggunakan atau mempunyai kenderaan (seperti berbasikal, berkereta, berkuda, dan lain-lain):\nmereka datang beramai-ramai, ada yang ~ dan ada yang berjalan kaki sahaja; \nwalaupun ia pegawai yang berdasi dan ~ mobil, ia kemudian menggabungkan dirinya dengan syarikat buruh;\npengendera\n1.\n orang yang menaiki atau menggunakan kenderaan (seperti kereta dan sebagainya);\n2.\n [arkaik] penunggang (kuda, gajah, dan lain-lain)." "kenderap\nsejenis ikan air tawar, kenjing, tinggang, \nBagarius bagarius." "kenderi I\nsaga ~ \nsejenis ukuran berat bagi menentukan berat emas:\n12 ~ sama dengan 1 mayam." "kenderi II\nkayu ~\n = \n~ batang \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAdenanthera pavonina." "kendi I\nsejenis bekas air yang bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat daripada tembikar atau tin)." "kendi II\nburung ~\n1.\n sejenis burung gajah, burung pisau raut, \nNumenius phaeopus variegaus;\n2.\n sejenis burung, burung raut, \nNumenius arquata ocientalis." "kendik\nberkendik-kendik\n [Kedah] berjalan terhenjut-henjut (seperti orang yang memikul air)." "kendil\n[Jawa] sejenis periuk." "kendiri\nsendiri;\nkekendirian\n keadaan atau sifat kendiri;\n= kediri." "kendit\nikat pinggang, tali pinggang (daripada kain, benang, dan lain-lain);\n= kemendit." "kendo\nsejenis seni bermain pedang di kalangan masyarakat Jepun." "kendong\nmengendong\n membawa barang dengan dibungkus dalam kain sarung (sapu tangan dan lain-lain):\nbuah-buah itu dipungutnya dan dikendongnya." "kenduduk\nubi ~ \nsejenis ubi, \nDioscorea alata." "kendung, kendungan\nsejenis tumbuhan (pokok), \nSymplocos laurina." "kendur\n1.\n tidak tegang (berkenaan (dengan) tali, rantai, dan sebagainya yang direntang), tidak regang (berkenaan (dengan) kulit pada gendang, tambur dan sebagainya), lentur:\ndawai ampaian itu terlalu ~; \nbunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~;\n2.\n tidak tegang (berkenaan (dengan) kulit atau daging pada muka dan sebagainya), lentur, (agak) berkedut:\nmukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan daripada usianya;\n3.\n tidak kedap, tidak terik (tegang):\njahitan jangan terlampau tegang atau ~;\n4.\n tidak teguh atau erat (ikatan dan lain-lain), tidak terik, longgar:\nikat hamba ~-~;\n5.\n (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, berkenaan sesuatu keadaan, krisis, dan sebagainya):\nkeadaan darurat sekarang sudah ~; \nketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; \n6.\n tidak ketat atau keras (berkenaan (dengan) peraturan, pemerintahan, pengawasan, dan sebagainya), longgar;\n7.\n tidak keras atau kencang lagi (berkenaan (dengan) tiupan angin, serangan, dan lain-lain), menjadi reda, kurang hebat;\n8.\n tidak keras (kuat atau lantang):\nsuaranya ~; \n9.\n lembap, meleset:\nperniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit;\nberkendur-kendur\n tidak keras (erat, tegang);\nmengendur\n menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dan lain-lain):\ndebaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; \ndawai kabel yang terentang itu ~ sedikit; \nkeadaan tegang yang boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~;\nmengendurkan\n menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dan lain-lain):\ntujuan senaman ini ialah untuk ~ urat-urat yang telah menjadi tegang;\n~ hutang \nmengurangkan hutang;\n \n~ ikat pinggang \nmelonggarkan ikat pinggang;\n \n~ keadaan yang tegang \nmenjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan;\n \n~ tekanan kikir\n melemahkan tekanan kikir;\n \n~ radio \nmemutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya;\n \n~ syarat-syarat yang dikenakan \nmelonggarkan syarat-syarat;\nterkendur\n menjadi atau berada dalam keadaan kendur (tidak tegang dan lain-lain):\ndawai itu dipasang ~ sedikit;\n kekenduran\n perihal kendur;\npengenduran\n perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan." "kenduri I\nperjamuan makan (yang lazimnya didahului oleh zikir, doa, dan sebagainya) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yang telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dan lain-lain), selamatan:\nmalam itu diadakan ~ di surau tersebut;\n~ apam \nkenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dalam bulan Rejab);\n \n~ arwah\n kenduri untuk memperingati (mendoakan) orang yang telah meninggal;\n \n~-kendara \nberbagai-bagai jenis kenduri;\n \n~ kunut\n kenduri yang diadakan dalam bulan puasa;\n \n~ maulud\n kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi;\n \n~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari\n kenduri arwah yang diadakan pada hari yang ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang;\n \n~ moreh \nkenduri yang diadakan dalam bulan puasa (pada waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih);\n \n~ selamat\n kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dan lain-lain);\nberkenduri\n mengadakan kenduri:\nkerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka;\n~ arwah \nmengadakan kenduri arwah;\n \n~-kendara \nmengadakan berbagai-bagai jenis kenduri;\nmengendurikan\n1.\n mengadakan kenduri untuk (memperingati orang mati dan lain-lain):\norang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; \n2.\n menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu untuk kenduri:\ndaging kambing itu pun dikendurikan; \nkanduri" "kenduri II\n~ batang\n sejenis tumbuhan (pokok), saga, \nAdenanthera paronina." "keneh\nkenek." "kenek\n[Indonesia-Belanda] penolong (pembantu) tukang, pembantu pemandu kenderaan, kelindan;\nkeneh." "keneker\n[Indonesia-Belanda] guli, kelereng." "kenen\n[bahasa percakapan];\nmengenen\n1.\n membuat pukulan (hantaran, balingan, dan lain-lain) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dan sebagainya ke tempat lain sebelum ke sasaran;\n2.\n membuat atau mengatakan sesuatu dengan tujuan mengenakan atau menyindir orang lain." "kenerak\nsejenis tumbuhan (pokok), galai, \nGoniothalamus tapis." "kenerian\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPremna ridley." "kenes\n[Jawa] genit, bergaya, keletah." "keng\nbunyi anjing dan lain-lain." "kengkalung\nrantai leher;\nkalung I." "kengkang\ndalam keadaan kaki mengempar ke luar ketika berjalan;\nmengengkang\n berjalan dengan kedua-dua belah kaki agak membuka ke kiri dan ke kanan disebabkan kaki mengempar ke luar, mencakah:\ndia datang ~ ke meja minuman itu;\n terkengkang-kengkang\n dalam keadaan mengengkang:\nseorang demi seorang turun dari bas, berjalan ~." "kengkarung\nbengkarung." "kengkatuk\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar dedaup, dau, \nBauhinia flammifera." "kengkeng I\nmengengkeng\n menjerit keras kerana kesakitan (berkenaan (dengan) anjing), memeking (berkenaan (dengan) anjing), mendengking-dengking (menangis dan lain-lain)." "kengkeng II\nterkengkeng\n terangkat kaki sebelah (berkenaan (dengan) anjing dan lain-lain), terkelepai (berkenaan (dengan) tulang yang patah)." "kengkesa\n[Minangkabau] [arkaik];\nberlengkesa\n menjadi kurang, susut." "kengkiak\nkiak-kiak." "kengkiang\nrengkiang." "kengkunang\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), barung, obak, sopi, \nElaeocarpus robustus." "kengwa\n[Cina] sejenis tumbuhan (herba yang berwarna putih dan kembang tengah malam), gul bakawali." "kenidai\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok);\n2.\n = \n~ babi \nsejenis tumbuhan (pokok), kernam, kernung, \nBridelia stipularis;\n3.\n = \n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), kerenam, \nBridelia monoica;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), berenam, hujan panas putih, memputeri, mengkerai, \nGlochidion sericeum;\n~ gajah\n = \n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nBridelia pustulata;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok) \nGlochidion brunneum;\n~ punai \nsejenis tumbuhan (pokok), kerenam, petaling pagu, sebasah, \nAntidesma cuspidatum." "kenik\nsejenis tumbuhan (pokok), kayas, \nAntiaris toxicaria." "kenikah\n~ batu\n sejenis tumbuhan (herba), kerukuh batu, \nHedyotis auricularia." "kening\n1.\n = \nbulu ~\n bulu di atas kelopak mata (di bahagian bawah dahi), alis;\n \nangkat ~ \nmemberi isyarat atau alamat dengan menggerakkan kening ke atas;\n \nterangkat ~\n pagi hari ketika matahari baru terbit (di antara pukul 7.30 hingga 8.00);\n \nbelum terangkat ~\n pagi hari sebelum matahari berada di atas kaki langit;\n2.\n [Minangkabau] dahi:\n~nya kelihatan berkerut-kerut seperti orang yang sedang mengingat sesuatu; \nberadu ~ \nberhadap-hadapan muka, berjumpa;\n \nberkilat ~nya \ncantik rupanya." "kenini\nsejenis ubat pil (untuk mengubati penyakit malaria)." "kenit\nterlalu kecil." "kenjah\nberkenjah-kenjah\n bersepah-sepah, bertaburan." "kenjar\n= tegang." "kenjing\nsejenis ikan darat, kenderap, tinggang, \nBagarius bagarius." "kenjur\nkejur I." "kenkacang\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar mekacang, akar nyamuk, akar rusa-rusa, \nAgelaea vestila." "kenohong\n[arkaik] sejenis penyakit kusta." "kenop I\n[Indonesia-Belanda] benda bulat yang dipasang pada pintu sebagai pemegang atau sebagai pembuka pintu (apabila diputarkan), bahagian yang bulat bentuknya pada radio (televisyen dan lain-lain) yang diputarkan untuk menghidupkan atau mematikan radio dan sebagainya (mengawal kecil besar suara dan lain-lain)." "kenop II\n[Indonesia-Belanda] kancing baju." "kenop III, kenot\n[Indonesia-Belanda] sejenis pemukul daripada getah, gada getah." "kensel\n[bahasa percakapan];\ndikensel\n dibatalkan, dimansuhkan:\noleh sebab saya kurang awas, lesen saya ~." "kental\n1.\n (berkeadaan) antara cair dengan keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir seperti air):\nsetelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ seperti agar-agar yang separuh beku; \n2.\n karib, akrab (berkenaan (dengan) persahabatan);\n \nsahabat ~ \nsahabat karib;\n3.\n teguh, kukuh, kuat:\nusaha-usaha ini memerlukan semangat yang ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu;\nmengental\n menjadi kental (pekat), hampir membeku:\nbancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama;\nmengentalkan\n menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir seperti cecair);\n \n~ persahabatan\n mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan;\nkentalan\n benda yang kental;\nkekentalan\n perihal kental, sifat (keadaan) kental;\npengentalan\n perihal atau perbuatan mengental atau mengentalkan;\npengental\n bahan (benda) yang mengentalkan:\n~ susu getah." "kentala\nburung ~\n sejenis burung." "kentang\n= \nubi ~ \nsejenis ubi (dimasak dalam gulai atau dijadikan bahan kuih), \nSolanum tuberrosum." "kentar\n[arkaik] sejenis ukuran berat untuk menimbang emas." "kentara\njelas kelihatan, tampak dengan terang (nyata);\nmengentarakan\n menjadikan (menyebabkan) kentara, menampakkan dengan jelas (nyata);\nketara." "kentas\n= gentas." "kentung\nbunyi buluh atau kayu berongga dipukul;\nberkentung-kentung\n berbunyi seperti bunyi buluh atau kayu berangga (bercabang) dipukul;\nkentung-kentung, kentungan\n buluh atau kayu berongga yang dijadikan alat bunyian (dipalu untuk menyatakan waktu atau menyampaikan sesuatu alamat), ketuk-ketuk;\n= ketung II." "kentut\n1.\n angin yang keluar menerusi pelepasan (jubur);\n2.\n = \nberkentut\n mengeluarkan angin menerusi pelepasan;\nmengentuntukan\n mengeluarkan kentut (dengan sengaja);\nterkentut\n berkentut dengan tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dengan tiba-tiba." "kentut-kentut\nsejenis tumbuhan (pokok renek), sekentut, \nSaprosma glomerulatu." "kenung\n1.\n bunyi seperti bunyi gong (canang besar) dipukul;\n2.\n [Jawa] sejenis alat bunyi-bunyian seperti gong." "kenup\n= kenop II." "kenur\n[bahasa percakapan] benang kasar, tali." "kenya I\n[Jawa] [arkaik] anak dara, gadis, perawan." "kenya II\nberkenya\n sabung-menyabung (berkenaan (dengan) kilat)." "Kenyah\nsuku kaum peribumi di Sarawak, yang termasuk dalam kumpulan Orang Ulu, kebanyakannya tinggal di pedalaman di hulu Sungai Baram berasal dari daerah Bugis dan pedalaman Kalimantan." "kenyal\n1.\n keras menganjal apabila ditekan (seperti bola getah), keras tetapi empuk (berkenaan (dengan) daging yang telah dimasak dan lain-lain), agak liat;\n2.\n mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik;\nmengenyal\n berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (seperti bola getah, daging manusia, dan lain-lain), menganjal;\nkekenyalan\n perihal (sifat) kenyal." "kenyam\nmengenyam\n \n1.\n mengecap (masakan atau makanan);\n2.\n merasai (kemewahan dan lain-lain), menikmati." "kenyang\n1.\n hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dengan cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dengan cukupnya (berkenaan (dengan) perut):\nperuntuku ~, aku sudah makan;\n2.\n sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu):\ntanah itu harus disiram dengan air hingga ~; \n3.\n [kiasan] selalu (banyak) mendapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu):\n~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; \ndia sudah ~ dengan cercaan demikian;\norang yang ~, kalau dijamu dengan lauk yang sedap sekalipun, berkata tawar juga \n(peribahasa) orang yang tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah;\nmengenyangkan\n menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang:\ndengan budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yang lapar; \nsepinggan nasi sudah cukup untuk ~ aku;\n kekenyangan\n1.\n perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan;\n2.\n terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak):\nmaka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~." "kenyap\n[arkaik]\nkecap." "kenyat\n~-kenyit \n= \n~-kenyut\n berdenyut-denyut, kemut-kemut." "kenyek\n[Terengganu] memicit, memenyekkan:\nberuk Pak Jalil sedang ~ kutu." "kenyi, kenyih\n[Jakarta] mudah mendapat (berasa) sakit." "kenyir\ningin (hendak makan)." "kenyit\nmengenyit\n mengelipkan mata atau mengangkat kening sebagai memberi isyarat, biasanya dengan sebelah mata:\ntetapi kalau berjumpa anak dara orang di tengah jalan, ~ mata pula;\nmengenyitkan\n mengelipkan sebelah mata:\nOng senyum-senyum sambil ~ matanya kepada aku;\nterkenyit-kenyit\n terkelip-kelip:\n~ mataku menelek di cermin kecil itu; \nmukanya merah, matanya ~;\nkenyitan\n kelipan dengan sebelah mata:\ndengan ~ mata, Tuan Hess berisyarat kepada Encik Ramli." "kenyut\nmengenyut\n menghisap susu, menyusu;\nkenyutan\n puting getah." "keok I\nbunyi ayam ketika ditangkap atau kerana ketakutan;\nberkeok-keok, berkeokan\n berbunyi keok-keok (seperti bunyi ayam ketika ditangkap):\npada satu tengah malam, kami terkejut oleh bunyi bising ayam berkeokan di bawah rumah." "keok II\n[bahasa percakapan] kalah, tewas.\nterkeok\n tertewas:\nyang ada, hanya asyik hendak makan saja sehingga lawan ~ langsung." "keong\nsejenis siput darat;\n \nrumah ~ \nkulit siput keong." "kep I\npenggalak (pada senapang);\n= kip." "kep II\n[kependekan] [bahasa percakapan] sejenis tutup kepala." "kep III\n[bahasa percakapan] jambul." "kep IV\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar larat (larit, lerek), akar singuluh, \nMelodorum fulgens." "kepada\n1.\n kata untuk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada:\nmengirim surat ~ orang tuanya;\n2.\n terhadap, akan:\njangan berbuat jahat ~ orang; \n3.\n daripada, pada:\nbaginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; \nia penolong ~ Pegawai Daerah." "kepah I\nsejenis remis;\n jenis-jenis:\n~ batu, ~ bugis, ~ kurap\n dan lain-lain." "kepah II\n[Kelantan], [Terrenganu];\nmengepah\n mengulum dan menghisap:\n~ daging (tebu dan lain-lain)." "kepai\nudang ~ \nsejenis udang kecil, geragau." "kepak\n1.\n sayap:\nayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya;\n~ burung;\n~ kupu-kupu;\n2.\n bahagian sesuatu yang menyerupai sayap;\n \n~ pintu\n daun pintu;\nberkepak\n1.\n mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dan lain-lain):\nsetengah-setengah haiwan yang ~ tidak dapat terbang;\n \nada burung yang ~ besar dan ada yang ~ kecil;\n2.\n berdaun (berkenaan (dengan) pintu, tingkap):\npintu ~ dua; \n3.\n = \nberkepak-kepak\n mengibarkan kepak (seperti ayam jantan yang hendak berkokok);\nmengepak-ngepak\n = \nterkepak-kepak\n berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap);\nmengepak-ngepakkan\n mengibar-ngibarkan (sayap)." "kepak I\nmengepak\n mendukung (budak dan lain-lain) di rusuk." "kepak II\nmengepak-ngepak\n terkapai-kapai." "kepak III\n[arkaik];\nmengepak\n membengkokkan (dahan dan lain-lain) hingga patah;\nterkepak\n bengkok atau patah (dahan kayu dan lain-lain)." "kepaksa\n[arkaik] [Indonesia] terpaksa." "kepal I\n1. = kepalan\n gumpal (nasi, tanah dan lain-lain, yang padat setelah digenggam-genggam):\ndisuapkannya ~ nasi itu ke mulutnya;\n2.\n seisi genggaman tangan (berkenaan (dengan) nasi dan lain-lain), sebanyak yang dapat dipadatkan dalam genggaman (berkenaan (dengan) nasi dan lain-lain), genggam:\nse~ nasi; \n3.\n = \n~ tangan\n = \nkepalan\n genggaman (tangan), penumbuk, tinju;\n \ndiberi ~ \nditumbuk (ditinju);\n \nse~ menjadi gunung, setitik menjadi laut \n(peribahasa)\na) daripada sedikit menjadi banyak;\n b) perkara kecil dibesar-besarkan;\nberkepal-kepal\n beberapa kepal (nasi dan lain-lain), bergumpal-gumpal;\nmengepal 1. = mengepal-ngepal\n memadatkan (nasi, pulut, tanah, dan lain-lain) dalam genggaman tangan;\n2.\n menggenggam:\nMahat meronta daripada pegangan Dolah, sebelah tangannya ~ penumbuk;\nmengepalkan\n menjadikan (tangan) tergenggam, menjadikan kepalan, menggenggamkan:\nRafidah ~ kedua-dua belah tangannya untuk menahan daripada menangis;\nterkepal\n tergenggam:\njari-jari tangannya yang ~ itu masih lagi terletak di atas meja itu;\nkepalan\n1.\n kepal, gumpalan (nasi, tanah dan lain-lain);\n2.\n genggaman tangan." "kepal II\n~ batu \nsejenis ikan laut;\na) \nAbudefduf bengalensis; \nb) \nAbudefduf curacao;\n c) \nAbudefduf melas;\n~ laut \nsejenis ikan laut, \nAbudefduf notatus." "kepal III\nsejenis kuih (dibuat daripada pulut yang dikisar dan dimasak dengan santan dan gula melaka)." "kepala I\n1.\n bahagian tubuh (manusia atau binatang) daripada leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dan lain-lain), hulu;\n \nsakit ~ \nsakit pada kepala (menyebabkan kepala berasa pening);\n2.\n bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali:\n~ paku (skru, jarum peniti, dan lain-lain);\n~ perarakan;\n~ surat; \n3.\n ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain), pemimpin (negara dan lain-lain), penghulu (kampung dan lain-lain):\nlagaknya macam seorang ~ samseng yang ganas; \nbanyak ~ negara yang dijangka akan datang memberi penghormatan kepada Churchill; \n4.\n otak, akal, fikiran:\n nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu;\n5.\n orang (digunakan dalam perhitungan atau perkiraan):\nfitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~;\n~ air \npermulaan atau penghabisan air bah, lidah air;\n \n~ angin \na) angin yang mendahului angin ribut;\n b) (orang yang) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang);\n c) [bahasa percakapan] tidak berfikiran (berakal), bodoh;\n \n~ arwah \nhidangan istimewa (utama) dalam kenduri arwah;\n ~ bahagian \nketua bahagian pejabat dan lain-lain;\n \n~ bahu\n bahagian bahu yang menonjol dan bertemu dengan pangkal tangan;\n \n~ batu \nkeras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang);\n \n~ berat\n = \nberat ~\n tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu;\n \n~ berita \nkata-kata terpenting sebagai tajuk berita (yang secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita);\n \n~ busung\n [Indonesia] kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair;\n \n~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) \norang (pegawai) yang mengetuai daerah (desa, kampung, kuria, marga);\n \n~ dingin\n = \ndingin ~ \npenyabar (tenang, tidak lekas marah);\n \n~ dua \n(orang yang) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kepada satu pihak sahaja);\n \n~ gigi \nbahagian gigi sebelah atas (yang tidak tertanam di dalam daging);\n \n~ kain (sarung) \nbahagian kain (sarung) yang coraknya berlainan daripada bahagian terbesar kain itu;\n \n~ karangan \ntajuk karangan;\n \n~\n \nkeluarga\n orang yang mengetuai sesuatu keluarga;\n \n~ kereta api \nbahagian hadapan kereta api yang menarik gerabak-gerabaknya, lokomotif;\n \n~ kodi \na) = \n~ perkodian \nkain (sarung) sebagai contoh (diletakkan di atas susunan kain);\n b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal;\n \n~ kongsi\n ketua gerombolan jahat;\n \n~ lakon \npelakon terpenting dalam sesuatu lakonan atau cerita;\n \n~ mayat\n [Kelantan] bahagian harta pusaka yang diterima oleh balu si mati;\n \n~ negara \nketua negara (seperti raja atau presiden);\n \n~ negeri\na) [arkaik] ibu negeri, ibu kota;\n b) ketua negara (seperti presiden dan lain-lain);\n \n~ paip \nbahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup);\n \n~ payung \npuncak payung (bahagian payung yang di atas sekali);\n \n~ pasukan (perang) \npemimpin pasukan (perang);\n \n~ pengat \n[Terengganu] ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dan lain-lain);\n \n~ pintu \nbahagian betul-betul di sebelah atas pintu;\n \n~ pulau \nbahagian pulau yang tertinggi;\n \n~ raja \nark setem (tanda penjelasan bayaran pos dan lain-lain);\n \n~ regu \npemimpin (ketua) regu;\n \n~ ribut \na) angin yang mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yang sebenar);\n b) [Kelantan] orang yang menimbulkan (memulakan) kekacauan;\n \n~ santan\n santan (kelapa) yang pekat (diperoleh daripada perahan yang terawal);\n \n~ sekolah \nguru besar (ketua guru-guru);\n \n~ stasiun \n[Indonesia] ketua stesen;\n \n~ surat\n pendahuluan atau permulaan surat;\n \n~ susu \nbahagian air susu yang kental (pekat);\n \n~ tahun \nawal tahun;\n \n~ tangga \npangkal ibu tangga;\n \n~ tiang \nbahagian atas tiang;\n \n~ tingkap \nbahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap;\n \n~ tongkat \nhulu tongkat;\n \n~ udang \nki sangat bodoh;\n~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain\n (peribahasa) manusia berlain-lainan pendapat;\n \ndiberi (di) bahu hendak (ke) ~ \n(peribahasa) dituruntukan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (berkenaan (dengan) seseorang yang dimanjakan);\n \nsakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan \n(peribahasa) pada lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali;\n \nsilap mata pecah ~ \n(peribahasa) jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana;\n \ntidak tentu ~ ekor \n(peribahasa)\na) tidak tentu hujung pangkalnya;\n b) sangat gemuk atau tambun;\nberkepala\n mempunyai atau memakai kepala (dalam berbagai-bagai erti):\nmaka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; \ncerita tiada ~\n cerita tidak berjudul (bertajuk);\n \npasukan tidak ~ \npasukan tidak berketua;\n \n~ batu \nkeras hati, sangat degil;\nmengepala\n berlaku atau memainkan peranan sebagai kepala (pemimpin dan lain-lain);\nmengepalai\n menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dan lain-lain) kepada, memimpin, mengetuai:\nlembaga yang baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen;\nmengepalakan\n1.\n mengangkat menjadi kepala (pemimpin dan lain-lain), menjadikan kepala (ketua dan sebagainya);\n2.\n [sastera lama] mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dan lain-lain), menaiki dan memandu (kereta dan lain-lain):\nmaka Raja Kasim naik gajah yang bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah;\n~ pedati; \n3.\n menanduk (bola):\nsenaman yang memberikan kecekapan dalam menangkap, membuang, menendang dan ~ bola;\npengepala\n orang yang mengepalai." "kepala II\n~ beruk\n sejenis tumbuhan (benalu), dedalu api laut, \nHydnophytum formicarium;\n~ landak\n sejenis tumbuhan (pokok), cempaka ganda, \nTalauma candollei;\n~ patung \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar dama-dama, \nKadsura scandens; \ndaun ~ tupah \nsejenis tumbuhan (paku-pakis), \nDrynaria quercifolia; \nrumput ~ lalat \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput para-para, rumput purun batu, \nFimbristylis diphylla; \nrumput ~ lalat halus \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput janggut kuau, rumput purun batu, rumput salah pemakai, rumput serai jantan, \nFimbristylis aestivalis." "kepala III\n~ timah \nsejenis ikan darat, mata lalat, \nAplocheilus panchax." "kepalang\n1.\n = \nalang ~ \n(terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dan lain-lain);\n \nbukan (alang) ~ \nbukan sedikit, (terlalu) banyak, bukan buatan, bukan main, amat sangat:\nbukan alang ~ perbelanjaannya; \nmedannya indah bukan ~, rantaunya luas bagai dibentang; \nbukan ~ terperanjatnya dia;\n2.\n = \n~ tanggung \nkurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung:\nkalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; \njangan ~ \njangan tanggung-tanggung (kurang sempurna), jangan tidak mencukupi;\n3.\n = \nsudah ~ \nsudah terlanjur, sudah separuh jalan (membuat sesuatu):\nsudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu." "kepam\nmenjadi lapuk atau buruk kerana tersimpan lama atau tidak dianginkan (berkenaan (dengan) kain lembap dan lain-lain), hilang cahaya atau warnanya (kerana kena panas matahari), menjadi pudar." "kepang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAquilaria malaccensis; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nLinostoma scandens." "kepang I\n1.\n jalinan (anyaman) tali atau rambut, kelabangan (rambut);\n2.\n [Jawa] anyaman daripada buluh yang diraut tipis dan dianyam silang-menyilang;\n \nkuda ~ \nkuda-kudaan yang dibuat daripada anyaman bilah buluh untuk tarian;\nberkepang\n beranyam, berjalin (berkenaan (dengan) rambut, tali, dan sebagainya);\nmengepang\n menganyam, menjalin, mengelabang (rambut, tali);\nkepangan\n cara atau hasil mengepang (menganyam)." "kepang II\n~-kepot\n erang-erot, tidak rapi, gumal." "kepar\n[Indonesia-Belanda] sejenis kain yang bergaris-garis." "kepar I\nikan ~ \nsejenis ikan darat, patung, \nPristolepis fasciatus\n." "kepar II\nberkeparan\n bergelimpangan di sana sini, berselerakan, bertaburan, berkaparan." "keparat\n1.\n kafir, tidak bertuhan;\n2.\n [bahasa kasar] (kata makian) celaka, bangsat, jahanam:\ntutup mulutmu betina ~; \nanak ~ \nanak celaka;\n \nkena ~ \nkena tulah." "kepari\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nMentha arvensis." "kepau\nsejenis tumbuhan (palma), \nPholidocarpus kingiana." "kepaya\nsejenis tumbuhan (pokok) dan buahnya (yang boleh dimakan), betik, papaya, \nCarica papaya;\nlangkas buah ~ (papaya)\n (peribahasa) suatu perkara yang mustahil." "kepayang\nsejenis tumbuhan (pokok) yang bijinya memabukkan, buah keluak, \nPangium edule; \nmabuk ~ \na) mabuk kerana makan kepayang;\n b) [kiasan] hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dan lain-lain);\n~ air \na) sejenis tumbuhan (pokok), \nCrataeva lophosperma (membranifolia); \nb) sejenis tumbuhan (pokok), kelat tanduk, medang ketukuk, meroyan, \nIxora fluminalis; \nc) sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum merah, mata pelanduk, sepati, \nIxora arguta; \nd) sejenis tumbuhan (pokok), jambu batu paya, sempedu burung, \nGardenia carinata;\n e) sejenis tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, \nGardenia tentaculata;\n~ hantu \nsejenis tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu hitam;\n \n~ ipil\n sejenis tumbuhan (pokok), kepayang air, sempedu burung;\n \nakar ~ \na) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kelempayang, \nHodgsonia capniocarpa;\nb) sejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar lokan, kayu keleka singga, sentuh, \nTrichosanthes tricuspidata; \numpama buah ~, dimakan mabuk dibuang sayang \n(peribahasa) sesuatu yang disayangi tetapi merosakkan." "kepayat\nikan ~ \nsejenis ikan darat;\nkepiat II\n." "kepecong\n[Minangkabau] kesemutan, semutan, ular-ularan." "kepek I\n[Terengganu] tidak mancung, kemik;\n\n\nhidung ~ pun orang pandang cantik juga." "kepek II\nkempek." "kepelaga\nkepulaga." "kepencong\n[Minangkabau] buah kepayang, keluak." "kepeng\nsejenis mata wang yang nilainya kurang daripada satu sen." "kepepet\n[Jawa] ark\n1.\n tertekan (di antara dua benda), terdesak, terhimpit (terjepit, tersepit);\n2.\n [kiasan] dalam kesulitan." "keperancak\n[arkaik] sejenis bunga." "kepergok\n[Jawa] [arkaik] (tiba-tiba) terjumpa, terserempak, tersua;\npergok." "kepet I\ntidak beristinjak (bercebok)." "kepet II\n[Jakarta] sirip." "kepetang\n[Minangkabau] kelmarin." "kepialu I\npening (sakit) kepala;\n \ndemam ~\n demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis);\n~ berlat \ndemam yang menyebabkan kepala berasa sakit dan panas;\n \n~ disumbat\n demam yang menyebabkan peluh tidak keluar;\n \n~ kelabu kambing \ndemam yang menyebabkan badan berasa sejuk;\n \n~ kemudian \ndemam kerana kena panas;\n \n~ kura \ndemam yang keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit);\n \n~ radang\n demam yang menyebabkan tubuh menjadi panas dan orang yang menghidapinya meracau." "kepialu II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar cenderai, akar sekapu, akar sempelas, lidah kucing, \nGrewia umbellata; \ndaun ~ \ndaun pokok lakum \n(Vitis trifolia) \nyang dijadikan ubat (untuk penyakit demam)." "kepiat I\nhampas kelapa, kelapa parut yang telah diperah santannya." "kepiat II\nsejenis ikan darat, lampan, \nPuntius schwanefeldii;\n= kepayat." "kepik I\nsejenis kumbang kecil (yang berbau busuk)." "kepik II\nlekuk kecil (pada benda), kemik, penyek, pipih." "kepil\nberdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat;\nmengepil\n berdampingan (berdampil) dengan, berdekatan (berhampiran) dengan;\n \nberjalan ~ ibunya\n berjalan berdampingan dengan ibunya;\n \nbelayar ~ pantai\n belayar menyusur (berhampiran dengan) pantai;\nmengepilkan\n1.\n menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dan lain-lain):\nmaka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; \nmaka gajah pun dikepilkan di balairung;\n2.\n menyertakan (bersama sesuatu):\nbil yang berkenaan dikepilkan bersama surat ini;\nterkepil\n terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dengan:\nmaka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid." "kepincut\n[Jakarta] sangat ingin akan, tertarik (tertawan) kepada." "kepinding I\n[Minangkabau] pijat-pijat, kutu busuk." "kepinding II\nsejenis tumbuhan (pokok), medang api, pinang pergam, \nElaeocarpus stipularis." "keping I\n1.\n pipih dan nipis:\ngetah ~; \n2.\n penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis (seperti kad, kertas, papan, dan sebagainya) atau bagi sesuatu yang luas (seperti tanah):\ndua ~ kertas; \nse~ tanah; \n3.\n = \nkepingan; \nberkeping-keping\n1.\n merupakan atau terdiri daripada kepingan-kepingan:\ngetah yang ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama;\n2.\n berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (daripada sesuatu yang lebih besar), cabik-cabik (kain dan lain-lain):\nhabislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari;\nmengeping\n menjadikan (membelah dan lain-lain supaya menjadi) berkeping-keping:\nbekerja keras ~ kayu;\n~ getah;\nkepingan\n1.\n bahagian yang kecil serta nipis yang merupakan pecahan daripada sesuatu, pecahan, tembereng:\ndikutipnya ~-~ kaca daripada gelas yang jatuh terhempas itu;\n2.\n sesuatu yang pipih dan nipis, keping:\n~-~ getah yang telah diasap." "keping II\nsejenis ikan laut, kepal laut, \nAbudefduf notatus." "keping III\nakar buah ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), susuh ayam hutan, \nLuvunga scandens." "kepingin\n[Jawa] ingin:\nsudah ~ hendak bertemu dengan kaum kerabat." "kepinis\nsejenis tumbuhan (pokok), tempinis, \nSloetia elongata." "kepinjal\n[Jawa] kutu anjing (tikus dan lain-lain)." "kepir\nmerenjis, memercikkan (dengan jari);\nkelepir II." "kepiran\n[Jawa] terbiar (tidak diendahkan), terabai (tidak terpelihara), terlantar, tidak timbul dalam fikiran." "kepis\n[Jawa] sejenis bakul (tempat menaruh ikan), kembu." "kepit\nberkepit\n = \n~ tangan \nberpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan:\ntidak lagi luar biasa sekarang bagi pemuda-pemudi Melayu berjalan ~ tangan;\nmengepit\n memegang (menghimpit, membawa) di antara lengan dan badan (di bawah ketiak) atau di antara dua jari:\nayahnya berjalan ~ tikar sembahyang di bawah ketiaknya dan menuju ke surau; \nia ~ sebatang rokok yang sudah separuh dihisapnya;\n~ daun kunyit \n(peribahasa) [Minangkabau] memuji diri sendiri;\n \n~ kepala harimau \n(peribahasa) menggertak (menakut-nakuntukan) orang dengan mempergunakan nama orang yang berkuasa;\nterkepit\n terhimpit (di bawah ketiak), tersepit (di antara dua jari):\npuntung cerut yang ~ di jarinya itu dihisapnya semula;\nkepitan\n1.\n sesuatu yang dikepit;\n2.\n alat atau bahagian sesuatu yang mengepit;\n \n~ fail \nalat mengepit kertas pada fail;\npengepit\n alat untuk mengepit sesuatu." "kepiting\nsejenis ketam;\n \n(se)bagai ~ batu\n (peribahasa) sangat bakhil (kedekut)." "kepleset\n[Jawa] terpeleset, tergelincir." "kepoh\nmengepohkan\n menepiskan atau menangkis (pukulan dan lain-lain) ke sisi, mengepokkan." "kepoh I\nsejenis tumbuhan (pokok), kelapung, kayu lepung, \nSterculia foetida." "kepoh II\nsibuk, loghat." "kepok I\nmengepokkan\n menepiskan atau menangkis (pukulan dan lain-lain) ke sisi, mengepohkan;\nterkepok\n tergelincir (terdesak, tersorong) ke tepi atau ke belakang." "kepok II\n[Terengganu] memukul telur (untuk membuat kuih baulu atau kek)." "kepol\n[arkaik] [bahasa percakapan] pergi." "kepompong\n1.\n sarung daripada daun, air liur serangga dan sebagainya atau gulungan daun yang di dalamnya terdapat anak serangga (ulat) pada peringkat awal tumbesarannya;\n2.\n (Biologi) pupa;\n3.\n [kiasan] kekangan atau batasan yang menghalang seseorang daripada melihat dunia luar, atau melakukan sesuatu dengan lebih bebas:\nsekarang mereka sudah sedar dan mahu keluar dari ~ mereka yang sempit." "keponakan\n[Jakarta] anak saudara, kemanakan." "kepong\n[Terengganu];\nmengepong\n mendukung (kanak-kanak dan lain-lain) di pinggang." "kepot\nherot, gumal;\nkepang II." "keprak\n[Jawa] sejenis alat bunyi-bunyian daripada keping-keping kayu dan tin (digunakan ketika bermain wayang)." "kepruk I\n[Jawa];\ntukang ~ \ntukang pukul;\nmengepruk\n memukul hingga pecah atau cedera parah:\n~ kepala." "kepruk II, keprok\n[Jawa];\njeruk ~\n sejenis limau manis, \nCitrus nobilis." "kepudang\nsejenis burung, burung kunyit, \nOriolus maculatus." "kepuh I\nmengepuh\n menggelembung (kerana berisi angin), melembung, mengembang tegang (berkenaan (dengan) layar)." "kepuh II\n[Kedah] reban ayam." "kepuk I\n1.\n tempat menyimpan padi, kapuk, rengkiang padi, lumbung padi:\nkenapa ~ di ladang, kalau tidak berisi padi;\n2.\n sejenis bakul daripada kulit kayu (tempat diisi nasi, beras, dan lain-lain);\n3.\n sejenis bakul (tempat diisi ikan), kembu, kepis." "kepuk II\nlekuk;\nmengepukkan\n melekukkan." "kepuk-kepuk\nkolar (leher baju) yang tinggi." "kepul I\ngumpalan asap atau awan yang tebal:\n~-~ asap keluar dari corong asap kapal itu;\nberkepul, berkepul-kepul\n bergumpal-gumpal tebal (berkenaan (dengan) asap yang naik ke udara atau awan yang terapung-apung di udara):\nberkepul-kepul asap dari sampah-sarap yang dibakar itu naik ke celah-celah daun manggis;\nmengepul\n menjadi bergumpal-gumpal (berkenaan (dengan) asap, awan), keluar berkepul-kepul (berkenaan (dengan) asap dan lain-lain):\nasap rokok itu ~-ngepul naik ke atas dan menghilang dalam kegelapan malam yang hitam pekat itu;\nmengepulkan\n menghembuskan asap rokok dan lain-lain menjadi berkepul-kepul (bergumpal-gumpal):\nia duduk termenung sambil ~ asap rokoknya;\n kepulan\n gumpalan (asap dan lain-lain):\n~ asap hitam kelihatan menuju ke udara." "kepul II\nsejenis ukuran isi atau sukatan banyak bagi beras ( cupak)." "kepulaga\nsejenis tumbuhan (rizom), \nAmomum cardamomum." "kepulesan\n[Jawa] tidur lena;\npules." "kepundan\n1.\n lumpur (abu, lahar) dari kawah gunung berapi;\n2.\n = \nlubang ~ \nlubang (kawah, mulut) gunung." "kepundung\n[Jawa]\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok) yang buahnya seperti buah langsat, \nAndropogon nardus;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), menteng, \nBaccaurea dulcis." "kepung I\nberkepung\n (duduk dan lain-lain) membentuk bulatan (lingkungan) atau mengelilingi sesuatu (duduk dan lain-lain) dalam satu bulatan atau lingkungan:\nberamai-ramai duduk ~ di pantai sambil makan;\nmengepung\n mengelilingi (orang dan lain-lain) supaya terkurung atau terperangkap (tidak dapat lepas lari), melingkungi (orang, binatang, tempat persembunyian, dan lain-lain):\nmereka sedang ~ seekor harimau buas; \nmaka dikepunglah oleh Bugis kubu Terampak itu dilingkunginya;\nterkepung\n sudah dikelilingi atau dilingkungi (sehingga terperangkap atau tidak dapat melepaskan diri):\nmaka ~lah Raja Kecil itu hampir tewas;\nkepungan\n lingkungan atau barisan berkeliling yang dibentuk (dibuat) oleh orang-orang (pasukan dan sebagainya) yang mengepung:\nmereka mengatur rancangan untuk menembusi ~ Jerman terhadap kepulangan Inggeris;\npengepungan\n perbuatan (kegiatan dan sebagainya) untuk mengepung (orang, binatang, dan lain-lain, supaya tidak dapat melepaskan diri):\nsegera diadakan ~ di seluruh kampung untuk menangkap pencuri itu; \npengepung\n orang yang mengepung." "kepung II\n1.\n = \n~ hantu \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea macroptera;\n2.\n = \n~ labu \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea rigida." "kepur\nsejenis tumbuhan (pokok), lemak itik, siku keluang, \nTarrietia simplicifolia." "kepurun\n= \nbubur ~ \nbubur sagu." "kepuyu\nsejenis ikan;\npuyu II." "kepuyuh\npuyuh I." "kepuyuk\n[Minangkabau] lipas, kacoak." "kera I\n1.\n sejenis monyet (biasanya berekor panjang), \nMacacus cynomolgus;\n2.\n (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet:\n~ jambul \ndan lain-lain;\n \ngenggam (cengkam) ~ \ngenggam (cengkam) yang sangat kuat;\n \nsekangkang ~\n sangat sempit, tidak luas;\n~ dapat (diberi) bunga\n = \nbagai ~ diberi kaca \n(peribahasa) mendapat (diberi) sesuatu yang tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya;\n \n~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan \n(peribahasa) orang besar-besar yang bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dengan irinya;\n \n~ menegurkan tahinya\n (peribahasa) orang yang melakukan sesuatu kesalahan itulah yang pertama sekali memperkatakannya;\n \n~ menjadi monyet \n(peribahasa) serupa sahaja (tiada bezanya);\n \nbagai ~ dapat canggung\n (peribahasa) perihal orang yang telah ditolong mendampingkan dirinya kepada orang yang menolongnya;\n \nmemberi barang kepada tangan ~ \n(peribahasa) mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kepada orang yang tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yang tidak patut dipercayai);\n \n(seperti) ~ kena belacan \n(peribahasa) sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari-lari, terloncat-loncat, dan lain-lain);\n \n(seperti) ~ sumbang \n(peribahasa) orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai." "kera II\nburung ~\n sejenis burung, burung sanuk, \nRhopodytes tristis longicaudatus." "kerabat I\n[Arab]\n1.\n sanak saudara, saudara-mara, keluarga:\nia menjadi tabib bagi ~ diraja; \nkaum ~ \nsaudara-mara;\n2.\n dekat (rapat) dalam perhubungan kekeluargaan;\n \n~ diraja \n[bahasa dalam] keluarga diraja;\nberkerabat\n ada hubungan kekeluargaan, bersaudara:\naku memang sedia menolong orang yang ~ dengan aku;\nkekerabatan\n yang berkaitan dengan kerabat, antara anggota-anggota dalam sesuatu kerabat, kekeluargaan:\njelaslah kepada kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun daripada hubungan dan ikatan ~;\nperkerabatan\n perhubungan (pertalian) kekeluargaan, persaudaraan." "kerabat II\n[Kelantan], [Kedah], [Terengganu] panjat." "kerabik\nrabik, robek, sobek;\nkerabit." "kerabin\nkarabin." "kerabit\nrobek, rabik, sobek;\nmengerabit, mengerabitkan\n merabik-rabik, menyobek-nyobek;\nkerabik, kerebok, kerobek." "kerabu I\n[Minangkabau] sejenis rojak (dibuat daripada campuran hirisan mentimun, bawang, lombok, garam dan lain-lain);\nmengerabu\n membuat kerabu." "kerabu II\nsejenis perhiasan yang dipakai di telinga, subang (nipis daripada emas);\nberkerabu\n memakai kerabu." "kerabu III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nLophopetalum fimbriatum; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), pokok telur buaya, senayan api, \nXanthophyllum rufum;\n3.\n sejenis tumbuhan (herba), pokok getang, \nSpilanthes acmella." "keracak\n1.\n melompat-lompat atau melonjak-lonjak (kerana kegirangan dan lain-lain);\n2.\n deras perjalanannya (berkenaan (dengan) perahu), laju;\n3.\n riak air di belakang kapal, perahu, dan sebagainya yang sedang bergerak." "keracang\nkerajang." "keracap\n1.\n sejenis alat bunyian daripada buluh atau kayu (digunakan dalam permainan makyung dan menora);\n2.\n bunyi buluh yang dihantuk-hantukkan." "keraeng\ngelaran bagi orang bangsawan (di Makasar)." "kerah I\nkerja untuk raja atau kerajaan yang dijadikan sebagai suatu kewajiban (seperti menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dan lain-lain dengan tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi;\n \njuru~ \n[sastera lama] penolong ketua kampung;\nberkerah\n [sastera lama] = \nmengerahkan:\n \nmaka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing;\nmengerahkan\n1.\n memanggil orang berkumpul untuk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat tentera dan lain-lain) untuk menghadapi ancaman musuh dan lain-lain:\nAustralia telah ~ rakyatnya untuk berkhidmat dalam tentera di seberang laut; \n2.\n mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dan lain-lain):\n~\n \ntenaga rakyat untuk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu;\n kerahan\n1.\n sesuatu yang dilakukan oleh orang-orang yang dikerah, pekerjaan yang mesti diusahakan bersama-sama (dengan bergotong-royong);\n \n~ negeri (raja)\n [sastera lama] pekerjaan mesti dilakukan sebagai kewajiban kepada raja atau negara (dengan tidak mendapat bayaran);\n2.\n yang telah dikerah(kan), yang dihimpunkan untuk mengerjakan sesuatu:\nsegala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan;\n3.\n usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan:\nmereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga;\n kerah-kerahan\n [sastera lama] pegawai yang mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dan lain-lain;\npengerahan\n perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan:\ndasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dengan berhati-hati;\n pengerah\n1.\n orang yang mengerah(kan), jurukerah;\n2.\n sejenis alat untuk mengerahkan (menghimpunkan) orang;\n \ngong ~ \n[sastera lama] gong yang dipalu untuk mengerahkan (mengumpulkan) orang." "kerah II\n[Indonesia-Belanda] leher baju (yang keras), nia." "kerahi\n[Jawa] sejenis mentimun, \nCucumis melo." "kerai I\nsejenis bidai (dipasang pada pintu, jendela, dan lain-lain);\n= kere." "kerai II\nsejenis ikan darat;\n jenis-jenis;\n \n~\n \njelawat \njelawat, \nLeptobarnus hoevei;\n~ kunyit, Puntius daruphani." "kerai III\nrotan ~ \nsejenis tumbuhan (rotan), rotan cincin, rotan duduk, \nDaemonorhops geniculatus." "kerajang\nkepingan logam yang sangat nipis;\nemas ~ \nemas yang berupa kepingan nipis seperti kertas;\n \n~ timah \nkepingan aloi timah atau aluminium yang sangat nipis dan mudah lentur, yang digunakan untuk membalut dan membungkus makanan, coklat dan sebagainya." "kerajat I\n1.\n [sastera lama] cukai, bea;\n2.\n [Negeri Sembilan] perbelanjaan kerana kematian seseorang;\nberkerajat\n memerlukan (menggunakan) perbelanjaan kerana kematian." "kerajat II\n[arkaik] \nmemutuskan ~ \nmengerat rambut yang pertama untuk pengantin perempuan." "kerak I\nlapisan atau selaput yang keras dan kering (yang melekat pada sesuatu benda);\n \n~\n \nbumi (tanah) \nlapisan bumi yang terjadi daripada kepundan (lava) yang telah kering;\n \n~\n \nnasi \nlapisan nasi yang keras (kadangkala hangus) yang melekat pada dasar atau bahagian bawah periuk;\n \n~\n \nroti\n lapisan roti yang keras (di sekeliling bahagiannya yang lembut);\n \nair yang keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) \n(peribahasa) perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya;\n \njangan diajar orang tua makan ~ \n(peribahasa) tak usah diajar orang yang sudah tahu;\n \nmembesarkan ~ nasi \n(peribahasa) menambahkan perbelanjaan yang membazir;\n \nsudah biasa makan ~ \n(peribahasa) sudah biasa mengalami kesukaran hidup;\n \nsudah kenyang makan ~ \n(peribahasa) sudah banyak pengalaman;\nberkerak\n1.\n ada keraknya;\n2.\n [kiasan] sangat kotor, diselaputi kotoran:\n~\n \nbajunya kulihat;\n terkerak\n jejak (sampai) ke dasarnya, habis-habisan." "kerak II\n~\n\u2013\nkerik\n = \n~\n\u2013\nkeruk \nbunyi seperti bunyi mengeruk-ngeruk periuk (kuali dan lain-lain)." "kerak III\n~\n \nnasi\n sejenis tumbuhan (herba);\na) sandar malam, siku dangan (dengan), sundal malam, \nPolianthes tuberosa; \nb) = \n~ merah \nrumput sisik naga, terutup batu,\n Torenia polyangonoides; \nc) \nDesmodium capitatum; \nd) \nOldenlandia diffusa;\n~ nasi paya \nsejenis tumbuhan (herba), bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, keremak, ketung pulut, rumput kutang pulut, rumput loh, \nAlternanthera triandra;" "kerak IV\nburung ~ \nsejenis burung, burung cenuk, burung sanuk, \nRhinortha chlorophaea." "kerak-kerak\n= \n~\n \nmerah \nsejenis tumbuhan (herba), rumput sawi air, sumpu cacing, \nBonnaya antipoda." "kerakah I\n[sastera lama] sejenis kapal (zaman dahulu)." "kerakah II\nsejenis kera;\nkekah I." "kerakal\nbatu kerikil yang agak besar-besar, batu yang digunakan untuk melapisi jalan dan lain-lain;\n \nhukuman ~ \nhukuman kerja berat (orang yang dihukum disuruh memecahkan batu, membuat jalan, dan lain-lain);\nmengerakali\n melapisi jalan dan lain-lain dengan kerakal." "kerakap I\n1.\n sejenis sirih (daunnya lebar);\n2.\n = \nsirih ~ \ndaun sirih yang keras dan tebal;\n \nbagai ~ atas batu (tumbuh di batu), hidup enggan mati tak mahu \n(peribahasa) hidup melarat dan miskin." "kerakap II\n~\n \nair \nsejenis tumbuhan (herba), \nSonerila heterostemon;\n~ rimau\n sejenis tumbuhan (pokok renek);\na) keduduk gajah, lidah buaya, pakan rimba, senduduk gajah, senduduk hutan, tengkuk biawak, \nAllomorphia malaccensis; \nb) akar bugu, sirih rimau, \nPiper porphyrophyllum." "kerakeling\nkelakkeling." "keram\n[Jakarta];\nmengeram\n memasukkan ke dalam penjara, memenjarakan." "kerama\n[sastera lama] kutuk, sumpah, tulah, bencana atau kecelakaan (yang disebabkan oleh kutuk):\ntiada tuan hamba tahu ~ akan datang kepada tuan hamba?" "keramas\n[Jawa] pencuci (pembersih) rambut, kejamas, langir;\n \n~ kutu \nubat untuk membersihkan kepala daripada kutu." "keramat\n1.\n kemuliaan (iaitu anugerah Allah kepada hamba-Nya yang dikasihi);\n2.\n suci dan berkat daripada kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (seperti penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah):\nmakam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yang ~; \n3.\n tempat atau sesuatu yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat:\nbanyak orang yang pergi ke ~ untuk meminta sesuatu dan bernazar; \nminta ~ \nminta berkat (restu) dari tempat yang keramat;\n4.\n orang yang sangat warak, orang yang benar-benar saleh:\njikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~\n;\n~ hidup \norang yang berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yang menyakiti hati orang;\nmengkeramatkan\n menjadikan (menganggap) seperti keramat, meletakkan pada kedudukan yang amat disanjung;\nkekeramatan\n sifat keramat, kesucian dan keberkatan:\nPawang Kri masih percaya kepada ~ manteranya untuk menewaskan buaya." "kerambil\nkelapa, nyiur;\nbiarpun setandan bagai ~ , namun untung berlain-lain \n(peribahasa) walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan;\n \nmemagar ~ condong, buahnya jatuh ke ladang orang \n(peribahasa) kita yang memelihara (bersusah payah), orang lain yang mendapat faedah atau hasilnya." "kerambit\nsejenis sabit kecil yang melengkung matanya, beladau, jembiah bengkok." "kerampagi\nkerempagi." "kerampang\nkelangkang." "keramunting\nsejenis bunga, kemunting." "keran I\nsejenis dapur atau tempat pembakaran, anglo, kompor." "keran II\n[Indonesia-Belanda] kepala paip (air)." "kerana\nkata yang digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yang menjadi punca (permulaan, alasan, dan sebagainya) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dan lain-lain, sebab, oleh sebab, lantaran:\nmereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yang sungguh-sungguh; \npertempuran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; \ndia marah ~ dihinakan orang; \napa ~nya maka begitu\n apa mulanya (sebabnya) maka begitu;\n \n~\n \napa \nsebab apa;\n \n~\n \nAllah \na) menurut kemahuan (perintah) Allah;\n b) dengan percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), untuk mendapat pahala sahaja;\n \noleh ~ \n= \ndari ~ \ndisebabkan oleh, kerana." "kerancang I\nemas ~\n;\nkerajang." "kerancang II\nbaju ~ \nbaju kerawang(an)." "keranda\npeti untuk menguburkan mayat, larung, long." "kerandang\nsejenis tumbuhan (pokok renek), berenda, kerenda, \nCarissa carandas." "kerandut\n= \n~\n \nbuah zakar \npundi-pundi pengisi buah zakar." "kerang\n~-keroh \na) = \n~-kerut\n erang-erot, kepang-kepot;\n b) sangat curang, suka menipu." "kerang I\nsejenis tiram;\n jenis-jenis:\n~\n \nbatu;\n~ bulu;\n~ kera;\n~ lumpur dan lain-lain;\n~ busuk \nki (sering kali) tersengih-sengih (tertawa) dengan tidak menentu;\nkerang-kerangan\n berbagai-bagai jenis binatang yang berkulit kapur (seperti siput, lokan, tiram, dan lain-lain):\nmereka mencari ~ di pantai;\nberkerang\n mencari kerang;\npe(r)kerangan\n1.\n longgokan (timbunan) kerang, bukit daripada kerang-kerangan;\n2.\n berbagai-bagai jenis kerang." "kerang II\n[arkaik];\nbatu ~ \nbatu karang;\n \npinggan ~ \npinggan kasar;\nkerang-kerangan\n batu yang disusun (dibariskan) menjadi titian (pada tempat yang lecak atau berlumpur);\nkarang I." "kerang III\n[Kelantan] keras, menjadi keras (berkenaan (dengan) buah)." "kerang IV\n~-kerung\n bunyi seperti bunyi tin jatuh atau dipukul;\nkerung II." "kerang V\n~\n\u2013\nkerup \nsejenis tumbuhan (herba), letup-letup, timun padang, \nPassiflora foetida." "keranggang\ngeranggang." "kerangka\n1.\n rangka-rangka (kapal, rumah, dan lain-lain), tulang-tulang (yang dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dan lain-lain):\n~\n \nrumah;\n~ gajah; \n2.\n rangka (lukisan dan sebagainya), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dan lain-lain), rangka:\nfalsafah yang mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan;\n~ utama \nkomputer yang berkuasa tinggi yang biasanya digunakan dalam sistem pemprosesan data pukal (dengan pengguna yang ramai);\nterkerangka\n1.\n masih dalam bentuk rangkanya (berkenaan (dengan) binaan rumah dan sebagainya);\n2.\n [kiasan] masih dalam peringkat permulaan (belum sempurna)." "kerangkai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nQuercus rajah." "kerangkang\nkelangkang." "kerangkeng\n[Jawa] = \nkerangkengan\n1.\n kurungan yang memakai pagar atau jari-jari besi (tempat binatang buas seperti harimau dan lain-lain), bilik penjara (untuk orang salah);\n2.\n sejenis kandang kanak-kanak." "kerangking\n= kerangkingan\n \nkerangkeng." "kerani\npekerja di pejabat yang membuat kerja-kerja rencam (seperti pengurusan surat, fail, rekod, dokumen, dan sebagainya);\n~ bank\n kerani yang bekerja di bank;\n \n~ besar\n kerani kanan yang mengepalai sekumpulan kerani di pejabat dan sebagainya;\n \n~ cabuk \n[bahasa percakapan] panggilan bagi seseorang kerani tingkatan biasa, terutamanya yang telah lama berkhidmat, biasanya digunakan untuk merendah diri atau menghina seseorang;\n \n~ fail \nkerani yang menyelenggarakan atau mengurus fail pejabat;\n \n~ pos\n kerani yang bekerja di pejabat pos;\n \n~ sementara\n kerani yang perkhidmatannya boleh ditamatkan pada bila-bila masa;\nperkeranian\n yang berkaitan (berhubungan) dengan kerani atau tugas dan tanggungjawab kerani:\ndaripada jumlah itu, golongan pekerja ~ dan teknik merupakan jumlah penyertaan yang terbanyak." "keranjang\nsejenis bakul besar yang dianyam kasar-kasar:\nAmir datang dengan sebatang kayu pengandar dan dua buah ~;\n~ orang \nbakul tempat diisi orang;\n \n~ sampah \nbakul sampah;\n \nbola ~\n [Indonesia] permainan bola yang menggunakan keranjang sebagai gol;\n \nmata ~ \nki sangat suka melihat perempuan." "keranji\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), belangkan, kangkatung, katung(-katung), mengketai, \nCynoptera polyandra; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), gambir-gambir, kenar, merlimau, \nAglaia odoratissima;\n3.\n = \n~ burung (lotong, sakhlat, tembaga) \nsejenis tumbuhan (pokok), sepan kuran, \nDialium platysepalum;\n~\n \nburung\na) = \n~ umbut\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDialium maingayi; \nb) = \n~ beledu \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDialium patens;\n~ papan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDialium laurinum." "keranta\n[arkaik] sejenis kutu pada tubuh orang yang akan atau telah mati." "kerantai\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggung, kedondong hutan, tengkorak lang, \nAgalia griffithii; \n2.\n = \n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), gerunggan semut, \nSantiria laevigata;\n~\n \nbatu \nsejenis tumbuhan (pokok), kedondong bulan, telur belangkas, \nSantiria apiculata." "keranting I\nsejenis serangga, belalang ranting." "keranting II\n(akar) ~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, \nSmilax barbata." "kerantu\nsejenis tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kemarahan, penarahan hitam, penerahan sanak, pisang-pisang bulu, tenol, \nKnema laurina." "kerantung\n~\n \nbuluh\n sejenis alat bunyi-bunyian daripada buluh (dibunyikan dengan memukulnya), kentung-kentung, kentungan." "keranyah\nsisa (kelebihan) makanan;\n \nmakan ~ \ngelojoh, pelahap." "kerap I\n1.\n = \n~ kali\n = \nkerap-kerap\n acap kali, berkali-kali, selalu, sering:\npenyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; \nkampung itu ~ kali dibanjiri; \nlagu-lagu yang diciptanya ~ kali disiarkan di radio; \n2.\n tidak jarang, rapi (berkenaan (dengan) anyaman, tenunan dan lain-lain), rapat-rapat (letaknya dan sebagainya) antara satu sama lain (barang yang berderet-deret):\ntikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; \npokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~;\nmengerapi\n membuat (melakukan) berkali-kali atau berulang-ulang;\nmengerapkan\n1.\n menjadikan kerap;\n2.\n menganyam (menenun) kerap-kerap;\nkekerapan\n keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan." "kerap II\n~\n\u2013\nkerup\n = \nkerap-kerap\n bunyi seperti bunyi orang makan keropok;\nkerup." "kerap III\n[Kedah] mengipas:\ndia ~ nenek." "kerapah\nberkerapah\n [Kelantan] bersepah-sepah, berkaparan, berserak-serak." "kerapan\nperlumbaan lembu (di Madura)." "kerapis\nkeropas-~;\nkeropas." "kerapu I\n1.\n sejenis ikan laut, \nCephalopholis pachycenton; \n2.\n sejenis ikan laut, \nEpinaphalus pachycentron;\n3.\n sejenis ikan laut, \nSerranus spp.;\n~ bara \nsejenis ikan laut,\na) \nEpinephelus fasciatus (Epinephelus miniatus; \nb)\n Plectropomus maculatus; \nc) \nSerranus miniatus;\n~ batik\n sejenis ikan laut, \nEpinephelus chlorostigma;\n~ batu \nsejenis ikan laut, \nEpinephelus guaya;\n~ hitam\n = \n~\n \nkayu \n= \n~\n \nkeling \n= \n~ lumpur \nsejenis ikan laut, \nEpinephelus tauvina." "kerapu II\nberkerapu\n kasap, kesat;\ngerapu I." "keras I\n1.\n kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dan lain-lain) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak):\nhanya tulang-tulangnya yang ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; \nkeluli lebih ~ daripada besi; \ndaging ini sangat ~; \npakaian ~ \npakaian berkanji dan berseterika;\n2.\n dengan giat atau bersungguh-sungguh, dengan sepenuh tenaga atau usaha, dengan sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dan sebagainya):\nbeberapa orang yang cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; \nmereka meminta ~ supaya ia sendiri datang;\n3.\n dengan tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat:\nberpegang ~ kepada faham dan kepercayaan kuno; \nkemahuan yang ~;\n4.\n tidak dengan sikap bertolak ansur (berkenaan (dengan) bantahan, tentangan, dan sebagainya), tegas:\nibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu;\n5.\n tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dan lain-lain), ketat, sungguh-sungguh:\nterlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; \ntempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yang bersenjata;\n6.\n berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (berkenaan (dengan) tindakan dan sebagainya), tegas, tidak berkira-kira:\ntindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yang curang;\n7.\n dengan sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dan sebagainya):\ndilarang masuk tanpa urusan rasmi; \npenonton-penonton dilarang ~ merokok;\n8.\n membahayakan dan mungkin membawa maut (berkenaan (dengan) penyakit), teruk, berat:\nterburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~;\n9.\n kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dan sebagainya), hebat:\ninilah tanda patik membunuh perajurit yang terlalu ~ itu; \ndiberinya oleh raja Siam ketumbukan yang ~; \nterlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; \n10.\n kencang, deras (angin dan lain-lain), sangat lebat (hujan):\nangin pun bertiup terlalu ~; \ngajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dengan ~nya; \nhujan amat ~nya; \n11.\n nyaring, kuat (suara, bunyi, dan lain-lain):\nkedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kepada orang-orangnya; \nsesetengahnya tidur berdengkur dengan ~;\n12.\n tidak lemah lembut atau sopan santun (berkenaan (dengan) kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan:\noleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yang ~;\n13.\n dapat memabukkan (berkenaan (dengan) minuman seperti bir, wain, wiski, dan sebagainya), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (berkenaan (dengan) rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (berkenaan (dengan) ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dan sebagainya (berkenaan (dengan) bau), rangsang (berkenaan (dengan) bau):\nkesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~; \nrokok ini agak ~ bagi orang yang belum biasa merokok; \nterlalu ~ bau gas ini;\n14.\n ketat (sumbat botol dan lain-lain), tidak mudah dilentur (berkenaan (dengan) spring dan sebagainya), tegang;\n15.\n tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu:\ntempat ini ~ kerana ada puaka\n;\n \n~ batang leher \nberpegang teguh pada pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah);\n tegar hati, mengotot;\n~ genjur \nkeras sekali (berkenaan (dengan) sikap, tabiat);\n \n~\n \nhati \na) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil;\n b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh);\n \n~\n \nhidung \nmenurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya);\n \n~ kaku = ~ kematu = ~\n \nmembatu\n sangat keras (tidak lunak);\n \n~\n \nkejur \ntidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku;\n \n~\n \nkekung (kelengkung)\n [Kelantan], [Terengganu] sangat keras (seperti batu);\n \n~\n \nkeng \n[Kelantan], [Terengganu] keras kepala;\n \n~ kepala \ntidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar;\n \n~-kerak\n tidak teguh dan tidak dapat diubah dengan pujukan dan sebagainya (berkenaan (dengan) kemahuan, ketabahan, dan sebagainya seseorang);\n \n~\n \nlidah \ntidak dapat melafazkan kata-kata asing dengan mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata);\n \n~-makas\n = \n~-mangkas \nterlalu keras (berkenaan (dengan) buah-buahan dan lain-lain);\n \n~ mulut \na) tidak mahu dan tidak mudah kalah dalam perdebatan (kuat bertengkar);\n b) tidak mudah dikendalikan (kuda dan lain-lain);\n~ bagai batu, tinggi bagai langit \n(peribahasa) tidak mahu menurut perintah orang atasan;\n \n~\n \nditakik, lunak disudu \n(peribahasa) [Minangkabau] hendaklah diberikan segala perintah dengan bijaksana (dengan lemah lembut kepada yang menurut dan dengan memaksa kepada yang melawan);\n \nlunak tak tersudu, ~ tak tertakik \n(peribahasa) perkataan orang yang bijaksana baik dengan lemah lembut atau dengan kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya;\nberkeras\n1.\n tidak berganjak daripada pendirian (kemahuan dan sebagainya), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot:\nkalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; \nia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; \n2.\n bertindak (bersikap) keras:\nkalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa;\n~\n \nbatang leher \nkeras batang leher;\n \n~\n \nhati\n keras hati;\n \n~\n \nhidung \nkeras hidung;\n \n~\n \nkepala \nkeras kepala;\nberkeras-kerasan\n sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dalam pertengkaran, perkelahian, dan lain-lain);\nbersikeras\n berkeras, mengotot;\nmengeras\n1.\n menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dan sebagainya):\nlama-kelamaan kalsium karbonat yang di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; \nsebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; \n2.\n tidak mahu bertolak ansur, berkeras;\nmengerasi\n1.\n memaksa, menggagahi:\nmaka dikerasi oleh tuanku Dato Batin Alam suruh ia memukat juga; \n2.\n bertindak (bersikap) keras kepada, memperlakukan dengan keras (dengan menggunakan paksaan):\nEsah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; \nkeras-~ \nberkeras-kerasan;\nmengeraskan\n1.\n menjadikan keras (tidak lembik):\n~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dan lain-lain; \n2.\n [kiasan] menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dan sebagainya), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dan sebagainya):\nCikgu Hashim bertanya dengan suara yang agak dikeraskan;\n \n~ hati \nmenabahkan (memberanikan) hati;\n3.\n memaksa:\nia ~ budak itu tinggal bersamanya;\nmemperkeras\n menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dan lain-lain):\nperasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat;\nterkeras\n terkuat (berkenaan (dengan) suara, bunyi), terkasar (berkenaan (dengan) tindakan, sikap, dan lain-lain):\nsuaranya sekali ini agak ~ sedikit;\nkekerasan\n perihal (sifat dan sebagainya) keras (dalam berbagai-bagai erti seperti kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dan lain-lain), paksaan (dalam sesuatu tindakan):\ndengan ~ sukar dicapai penyelesaian; \nkumpulan jahat yang bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dengan ~ telah dapat ditumpaskan;\npengerasan\n perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dan lain-lain);\npengeras\n1.\n jampi untuk memperkuat diri atau untuk menakuntukan (memaksa, menundukkan) orang;\n2.\n bayaran kepada pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya;\n3.\n alat untuk mengeraskan atau menguatkan (suara dan lain-lain);\n4.\n sesuatu (seperti jarum, duit syiling, dan lain-lain) yang diberikan kepada tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sebagai imbalan);\nberpengeraskan\n menggunakan sesuatu sebagai pengeras:\ndengan hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga." "keras II\n~\n \ntulang\n [Jawa] sejenis tumbuhan (herba), manik, muni, rami hutan, sambau paya, sembau, sigueh putih, \nChloranthus officinalis;\n \nbuah ~ \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keminbing, kemiri, \nAleurites moluccana; \nbuah ~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), baru-baru, baru laut, waru, \nThespesia populnea;\n \nbagai buah ~ di dalam sekul \n(peribahasa) percakapan yang kelam-kabut." "keras III\n~\n \nekor\n sejenis ikan laut, \nMegalaspis cordyla." "keras IV\n~-leras\n sejenis kuih." "kerasan\n[Jawa] tahan (mendiami sesuatu tempat), betah: a\nku tidak ~ tinggal di sini." "kerat I\n1.\n bahagian (daripada sesuatu), potong, penggal:\ntulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; \nse~ dawai\n sepotong dawai;\n \ntulang empat ~ \nanggota (kaki dengan tangan);\n \n(dengan) tulang delapan ~ \n(dengan) tubuh dan anggota sahaja;\n \nse~ jalan \nsebahagian jalan (belum sampai ke penghabisan jalan atau perjalanan):\n kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; \n2.\n (digunakan untuk menegaskan sedikitnya bilangannya):\norang Melayu tidak harus berpuas hati dengan empat lima ~ sahaja yang berjaya dalam lapangan perniagaan; \nberapa ~ antara mereka itu yang benar-benar sanggup berkorban;\nberkerat\n telah atau sudah dikerat:\nbatang ubi yang ~ itu diikatnya dalam dua berkas;\n \n~\n \nrotan \nmemutuskan tali persahabatan (persaudaraan);\nmengerat\n memotong, memenggal, memancung (kepala):\nmaka dikerat pusatnya, dibedung dengan kain yang keemasan; \ndahan kayu itu dikerat-keratnya menjadi beberapa potong;\n~ batang padi;\n~ kepala, ~ leher \nmemenggal kepala;\n \n~\n \nlidah \nmenyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang;\nterkerat\n terpotong (kayu, jari, dan lain-lain), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan:\nbanyak panglimanya mati ~ kepala mereka; \npercakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar;\nkeratan\n bahagian daripada sesuatu yang telah dikerat, bahagian (daripada sesuatu), irisan, penggalan, potongan:\n~\n\u2013\n~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; \nsyair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya;\n \n~ akhbar\n bahagian akhbar (biasanya yang mengandungi berita atau siaran tertentu) yang dipotong daripada sesuatu halaman surat khabar." "kerat II\nbunyi seperti bunyi tupai mengunggis benda yang keras." "kerat III\n~\n \ntelunjuk \nsejenis tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, \nCanarium rufum." "keratabasa\n[Jawa] [arkaik] penjelasan (penerangan) erti perkataan dengan berdasarkan tafsiran atau huraian tentang bunyi atau suku kata yang terdapat pada perkataan itu." "keratang\nkertang III." "keratau\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya);\nkertau." "keratin\n(Biologi) sejenis protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik, dan lapisan luar kulit." "kerating\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar (tongkat) ali, akar dedingin, akar restung, akar tanding, itah (ubi) besi, kelih, S\nmilax myosoti fiora." "keraton\n[Jawa] istana raja:\nbahasa ~ \nbahasa istana." "kerau I\nbakul ~ \nsejenis bakul yang dianyam daripada bilah-bilah buluh." "kerau II\n[Kedah] keras kerana belum masak betul (berkenaan (dengan) buah)." "kerawai I\nsejenis tebuan (sarangnya dibuat daripada tanah)." "kerawai II\nsejenis tumbuhan (pokok menjalar yang daunnya dijadikan baja), \nMucina pruriens." "kerawak\ntupai ~ \nsejenis tupai besar yang berbulu merah, \nSciurus bicolor." "kerawang\n(ukiran, tenunan, sulaman) yang berlubang-lubang:\nkanak-kanak perempuan hendaklah dilatih memilih warna dan membuat ~;\nberkerawang\n berukir (bertenun, bertekat) dengan kerawang:\nkerisnya jalak jantan, ~ di pangkalnya;\nmengerawang\n membuat (menenun, menekat, mengukir) kerawang;\n \n~\n \nlangit \nmengangan-angankan yang bukan-bukan, mengelamun." "kerawat I\ntali daripada kulit atau rotan (untuk membebat beliung dan lain-lain), simpai (tali) rotan;\n \nmakan ~ \nsangat miskin." "kerawat II\n[Kedah] kawat berduri." "kerawit\n~\n \nbintil akar\n sejenis cacing yang merosakkan pokok;\n \ncacing ~\n sejenis cacing halus (terdapat dalam perut), \nEnterobius vermicularis." "kerayung\nsejenis tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, kedaung, kedawang, \nParkia javanica; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar iang-iang, akar yang-yang, \nVitis hastata." "kerbang\nsejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya dibuat tali), \nArtocarpus elastica." "kerbat I\nmengerbat\n mengikat dengan membelit-belit, mengebat." "kerbat II\n[sastera lama] sejenis pundi-pundi daripada kulit (untuk diisi air), kirbat." "kerbau I\nsejenis binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), \nBos bubalus;\n~ balar \nkerbau yang berkulit dan berbulu putih;\n ~ bara api\n kerbau yang kulitnya kemerah-merahan;\n \n~\n \nbenuang \njenis kerbau yang besar dan berkulit hitam;\n \n~\n \nberas\n = \n~\n \nmelukut \njenis kerbau yang kecil;\n \n~\n \nbintang \nkerbau yang berbintik-bintik pada kulitnya;\n \n~\n \nbuluh seruas \nkerbau yang kuku kakinya bercantum (tidak berbelah);\n \n~\n \nbungkal gantih \nkerbau yang hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam);\n \n~\n \ncanggai puteri \nkerbau yang kuku kakinya kecil dan panjang;\n \n~\n \ndenak \nkerbau pemikat (untuk menarik kerbau lain supaya masuk kandang);\n \n~\n \njalang \nkerbau hutan (bukan kerbau peliharaan);\n \n~\n \nkumbang berteduh\n = \n~ sumbat labu \nkerbau yang ada gumpal daging pada pangkal ekornya;\n \n~\n \npangkah kening \nkerbau yang ada tanda putih pada dahinya;\n \n~\n \npendek\n [bahasa percakapan] babi;\n \n~\n \npunca ekornya \nkerbau yang ada tanda (jalur) putih pada ekornya;\n \n~ sampaian kain \nkerbau yang tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas);\n \n~\n \nsinar matahari \nkerbau yang tanduknya menonjol ke hadapan;\n \n~ sopak \nkerbau yang mempunyai tanda-tanda putih pada bahagian mulutnya;\n \n~ tepuk lalat \nkerbau yang hujung ekornya berbungkal;\n \n~\n \nturun berendam\n lebih kurang pukul 5 petang;\n~\n \nberkandang, emas berpura \n(peribahasa) sesuatu benda itu hendaklah disimpan pada tempatnya masing-masing supaya selamat;\n \n~\n \ndiberi berpelana, kuda diberi berpasangan \n(peribahasa) pekerjaan yang dibuat tidak dengan selayaknya atau orang yang diletakkan bukan pada tempatnya;\n \n~\n \njangan dimaling orang, ayam jangan dimusang \n(peribahasa) isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang;\n \n~\n \nmenanduk, ~ pergi \n(peribahasa) orang yang bersalah mesti menerima hukumannya;\n \n~\n \npunya susu, sapi dapat nama \n(peribahasa) orang lain yang berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yang mendapat kepujian;\n \n~\n \nsekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal\n (peribahasa) perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik;\n \nbagai ~ runcing tanduk\n (peribahasa) orang yang terkenal kerana jahatnya;\n \nbagai ~ terkejut oleh gong \n(peribahasa) tercengang-cengang kehairanan;\n \nbagai jelongak ~ rampung \n(peribahasa) orang bodoh yang sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang;\n \nbagai meluluntukan jebat pada ~ \n(peribahasa) pemberian yang tidak kena pada tempatnya (tidak berfaedah kepada penerimanya);\n \nbermain-main dengan ~ , dilontarnya muka dengan ekor\n (peribahasa) berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian;\n \njangan buat ~ tanduk panjang \n(peribahasa) jangan mencampuri perkara orang lain;\n \njika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya \n(peribahasa) janji mestilah ditepati;\n \nlaksana ~ , di mana rumput hijau di sana terkam\n (peribahasa) orang yang melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yang digemarinya;\n \nmencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian \n(peribahasa) lelaki yang berjalan di belakang isterinya;\n \nmenghambat ~ melabuh (berlabuh)\n (peribahasa) menghalang (mengganggu) perbuatan orang yang akan mendatangkan kesenangan baginya;\n \nmenolong ~ ditangkap harimau \n(peribahasa) menolong orang yang membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan;\n \nseekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya \n= \nseekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit \n(peribahasa) seorang yang melakukan kesalahan semuanya terlibat sama;\n \nseperti ~ dicucuk hidung \n(peribahasa) orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain;\n \nseperti ~ menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya \n(peribahasa) menghukum anak ialah untuk memperbaiki kelakuannya, bukan untuk menyeksa;\n \nseperti ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar \n(peribahasa) orang yang mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan;\n \nterambu ~ kerana rumput muda \n(peribahasa) orang yang mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda;\n \ntiada akan rintang ~ oleh tanduknya \n(peribahasa) orang yang cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dalam mengerjakan sesuatu;\nberkerbau; \n~\n \nseperempat ekor, berkandang sebagai orang \n(peribahasa) orang miskin yang berlagak seperti orang kaya." "kerbau II\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput ala negeri, rumput pahit, \nPaspalum conjugatum; \nrumput ~ derapah\n sejenis tumbuhan (pokok renek), kacang kayu betina, \nDesmodium heterocarpum (polycarpum)." "kerbuk\n[arkaik];\nmengerbuk\n menebuk, menggerek:\nnyiur dikerbuk tupai." "kercap\n= \n~-kercip \n= \n~-kercup \nbunyi orang mengecap masakan (makanan)." "kercau I\nbunyi seperti bunyi orang bermain dalam air." "kercau II\nkaku (anggota), kejang, kejur." "kercing I\n[arkaik];\nmengercingkan\n memejamkan, memicingkan:\n~ mata." "kercing II\nsejenis ikan kaut, \nLethrinus miniatus." "kercip\nkercap-~; \n= kercap\n." "kercit\n[arkaik] \nmengercitkan\n mengelipkan, mengedipkan, mengejapkan;\n \n~ mata\n mengelipkan mata." "kercup\nkercap-~; \n= kercap." "kercut\nsejenis tumbuhan (rumput), daunnya dibuat tikar dan lain-lain, kumbuh, mansiang agam, mansiro hitam (kambuih), rumput kerecut, rumput kumbar, \nScirpus mucronatus." "kerdak\n1.\n benda halus (seperti hampas kopi, kotoran, dan sebagainya) yang mengendap (mendak) ke bahagian bawah air atau cecair (atau ke dasar sesuatu bekas), keladak, endap-endap;\n2.\n barang-barang yang rendah nilainya." "kerdam\nbunyi kuat yang bergema (seperti bunyi barang berat terhempas);\n= kerdum\n." "kerdan\naras ~; \n= aras III." "kerdas\n= keredas." "kerdil\nsentiasa kecil (tidak mahu besar), terencat tumbuhnya (berkenaan (dengan) orang, binatang, dan lain-lain):\nayam ~; \norang ~;\nmengerdilkan\n menjadikan kerdil, mengecil-ngecilkan atau menganggap sesuatu kurang penting:\nkita dengan sengaja ~ sastera kita\n;\nkekerdilan\n perihal (keadaan) kerdil." "kerdip\nberkerdip\n berkedip, berkelip (mata, lampu neon, dan lain-lain);\nberkerdipan\n berkelipan atau berkedip secara berterusan;\nmengerdip\n berkedip (berkenaan (dengan) mata, lampu dan lain-lain):\nhanya kelihatan bintang-bintang ~ di langit bersih;\nmengerdipkan\n mengelipkan (mata), menggerakkan kelopak mata (ke atas dan ke bawah):\n~ mata;\nkerdipan\n;\n \n~ mata \nkedipan mata;\n= kedip, kelip I." "kerdom\n[Indonesia], [bahasa percakapan];\nberkerdom, berkerdom-kerdom\n memaki-maki;\nmengerdomkan\n memaki." "kerdum\nbunyi bergaung (bergema);\nkerdam\n." "kerdus\nkardus\n." "kerdut\nkedut, kerut." "kere\nbidai;\n= kerai I\n." "kerebok\nmengerebok\n menembuk, mengoyakkan;\n= kerobek, kerabit." "kerecek\n= keracak" "kereceng\nmengerecengkan\n \n~ mata \nmengerdip-ngerdipkan mata (mengejap-ngejapkan mata);\n= keceng\n." "keredak\nkotoran yang sudah kering dan melekat pada sesuatu." "keredas\n1.\n = \n~ antan \n= \n~ padi \nsejenis tumbuhan (pokok), buah pelung, geredas padi, \nPithecellobium bubalinum; \n2.\n = \n~ api (ayam, belalang, padi)\n sejenis tumbuhan (pokok), \nPithecellobium microcarpum." "keredep\n[Jakarta];\nberkeredep, mengeredep\n berkelip-kelip, berkilau-kilau." "keredong\n[Jakarta] selubung;\n \nberkeredong\n berselubung." "kerejut\nberkerejut\n [Perak] berkedut (berkenaan (dengan) kain atau kulit)." "kerek\n[Kelantan]\n1.\n rapat (tidak renggang);\n2.\n kerap, selalu, berulang kali." "kerek I\nsejenis roda yang memakai tali atau rantai (untuk menaikkan atau menurunkan barang-barang berat), kapi, takal;\nmengerek\n menggunakan kerek untuk menaikkan (menurunkan) barang;\nkerekan\n kerek, kapi, takal." "kerek II\nsepuluh kerat gula enau (nira kabung)." "kerekau\n[Kedah] cari, hendak mendapat." "kereket\nberkereket\n berbunyi seperti lantai buluh atau papan dipijak-pijak." "kerekot I\n1.\n bengkok-bengkok (berkenaan (dengan) jari dan lain-lain);\n2.\n berkerut-kerut (tidak rata dan licin), menjadi kerukut (berkenaan (dengan) lantai)." "kerekot II\nsangat kedekut (bakhil)." "kerekot III\nmengerekot\n berbaring dengan merapatkan tangan dan kaki ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan):\nBujal ~ macam udang; \npada malam yang sejuk itu dia tidur ~ dengan berselimuntukan sehelai kain biasa;\n mengerekotkan\n merapatkan tangan dan kaki rapat ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan)." "kerekup\nkerukup." "kerem\nkeram\n." "keremak\nsejenis tumbuhan (rumpai), kermak, kermak bukit, bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, kerak nasi paya, kernau, ketung pulut, rumput kulang pulut, \nAlternanthera triandra (sessilis);\n~ hutan \n= \n~ jantan \nsejenis tumbuhan (rumpai), ari(ng)-aring, rumput kuning putih, urang-uring, \nEclipta alba;\n~ rusa \nsejenis tumbuhan (herba), lutut ayam, \nMyangrophila quadrivalvis;\n~ susu\n sejenis tumbuhan (herba) ara tanah, gelang susu, \nEuphorbia hirta; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar lanar, keledek hutan, \nIpomea digitata." "keremangka\nsejenis tumbuhan (pokok), cakmau, caman, camau, cemah, pati belalang, sejuang hutan, \nDracaena maingayi." "keremi\ncacing kerawit." "keremot\n[arkaik]\nkeremut\n." "kerempagi\nsejenis pisau cukur, pisau lipat." "kerempung\n[arkaik] perut bahagian bawah." "keremunting\nkemunting\n." "keremut\nberkedut-kedut (muka), berkerut-kerut." "keren\n[Jakarta] tampak berani serta tangkas, garang dan suka melawan, lekas marah, lekas berlari dengan pantas (berkenaan (dengan) kuda dan lain-lain)." "kerenah\nragam, tingkah laku, kemahuan:\nbanyak benar ~nya budak ini;\n~ birokrasi \nproses atau urusan kerja, terutamanya yang melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yang mengambil masa yang sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dan sebagainya sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan." "kerenam\nsejenis tumbuhan (pokok), kenidai, punai, sebasah (bukit), \nAntidesma cuspidatum." "kerenan\n1.\n = \n~ makan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), cenderai gajah, kenidai babi, kenidai samak jambu, \nBridelia stipularis; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), kenidai (jantan), \nBridelia monoica." "kerencang\nbunyi seperti bunyi besi (rantai, wang logam) berhantukan atau bersentuhan." "kerencat\nterencat \n= rencat." "kerencing\n= kerencang." "kerencung I\nsejenis tumbuhan (herba), daun sejuk, ganti batang, rajah bangun, teres, tumbuh daun, \nBryophyllum pinnatum (calycium)." "kerencung II\nbunyi seakan-akan bunyi kerencang." "kereng\n[Jawa] keras hukumnya atau perintahnya (terhadap anak dan lain-lain), garang, pemarah." "kerengga\nsejenis semut yang besar dan merah, \nOecophylla smaragdina." "kerenggamunggu\nbuah pokok kepulaga (yang dijadikan rempah), buah pelaga, buah pulaga." "kerengkam\nsejenis lumut laut." "kerengkek\nsejenis ikan darat, pata puling, \nPuntioplites fasciatus." "kerengkiang\ntempat menyimpan padi;\n= rengkiang\n." "kerengseng I\nkereseng\n." "kerengseng II\ncorak kain;\n= gerengseng I\n." "kereniok\n[arkaik] [Kedah] lima." "kerentam\ngerentam\n." "kerentat\nkerencat;\nrencat\n." "kerenting\nbunyi denting (seperti bunyi wang syiling jatuh), kerencing." "kerenyau\n= kernyau." "kerenyeh\n[Kedah] tersengih, kerisin:\nAmboi, senang hati dok ~." "kerenyet\n[Kelantan] tindas (pijat-pijat, kutu, dan lain-lain) supaya mati, tenyeh." "kerenyot\nmengerenyot\n mengeruntukan (memencongkan) mulut, menyeringai." "kerepai\n= kerpai\n." "kerepak\n= kerpak\n." "kerepas I\n= kerpas\n." "kerepas II\n[Minangkabau] pipih, pecak;\nmengerepas\n \n~ mata \nmemejamkan mata, mengejapkan mata." "kerepeh\n[Kelantan] kelebihan atau sisa lauk." "kerepek I\nubi kayu, pisang, keladi dan sebagainya yang dihiris nipis-nipis dan digoreng." "kerepek II\n1.\n sejenis ikan laut, \nChelmon costratus; \n2.\n sejenis ikan laut, \nHeniochus acuminatus." "kerepes\nmengerepes\n meraba-raba (seperti orang mencari benda kecil)." "kerepot\n= \nberkerepot\n berkedut-kedut, berkerut-kerut;\nmengerepotkan\n menjadikan sesuatu berkerepot:\ngaris-garis kedut yang ~ muka." "kerepuh\n~ taayam \nsejenis ikan laut, \nCaranx sexfasciatus." "keresek\nbunyi daun kering dipijak." "kereseng\npecah kulitnya, rekah, terbuka sedikit hingga kelihatan isinya;\nterkereseng\n \nmulut ~ \nmulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yang terbuka kerana bibir sumbing." "keresepese\n[bahasa percakapan] bercakap-cakap dalam bahasa Belanda;\n= keleseh\n." "keresoi\n= \nkerbang-~\n [Kedah] terurai dan kusut (rambut), menggerbang." "keresot\nkedut, kerut (pada muka atau dahi), kisut, lisut." "keret\ntembok, bingkai (telaga dan lain-lain)." "kereta\n1.\n kenderaan yang memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin);\n2.\n gerabak (kereta api);\n3.\n gelendong benang jahit;\n~ angin \nark basikal;\n \n~ asap \nkereta api;\n \n~ baja (waja) \n= \n~ perisai\n sejenis kereta tentera yang berlapis besi baja;\n \n~ bomba\n kereta yang digunakan oleh pasukan bomba (untuk memadamkan kebakaran);\n \n~ jenazah\n = \n~ mati \nkereta untuk membawa mayat;\n \n~ kabel \nkenderaan yang bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas;\n ~ kebal \na) [Indonesia] kereta baja;\n b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yang tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dalam peperangan), teng;\n \n~ kerbau (lembu)\n kereta yang ditarik oleh kerbau (lembu);\n \n~ lereng \nark basikal;\n \n~ lumba \nkereta (motokar) yang digunakan dalam perlumbaan kereta;\n \n~ makan\n gerabak kereta api tempat penumpang makan;\n \n~ pakai\n kereta (motokar) yang dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak untuk disewakan kepada orang lain atau untuk membawa penumpang-penumpang yang membayar tambang);\n \n~ pelangking\n kereta yang berbentuk seperti tandu (usungan);\n \n~ penumpang \na) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dalam perjalanan;\n b) kereta (motokar) untuk membawa penumpang (bukan barang);\n \n~ perisai\n = \n~ baja;\n~ radio \nkereta peronda polis yang mempunyai sistem radio;\n \n~ peronda \nkereta yang digunakan oleh polis untuk meronda dan lain-lain;\n \n~ sakit \nkereta untuk membawa orang sakit, ambulans;\n \n~ sewa \n= \n~ tambangan\n kereta untuk membawa penumpang-penumpang yang membayar tambang;\n \n~ sorong (tolak, tarik) \nkereta yang digerakkan dengan menyorong (menolak, menarik);\n \n~ sport \nsejenis kereta yang berbadan rendah, yang direka bentuk untuk dipandu laju, biasanya berbumbung yang boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk untuk dua orang sahaja;\n \n~ tidur \ngerabak kereta api tempat tidur;\n \n~ vintaj \nkereta lama yang masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasanya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930;\nberkereta\n mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta:\nkebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yang bergaji besar; \ndia tu ke mana-mana sahaja ~." "kereta api\nsejenis kenderaan yang terdiri daripada beberapa buah gerabak yang dirangkaikan dan berjalan di atas landasan (rel);\n~ bawah tanah \n(sistem rangkaian) kereta api elektrik yang beroperasi di bawah tanah, terutamanya dalam bandar raya yang besar dan sibuk;\n \n~ cepat = ~ ekspres \nkereta api yang berjalan cepat dan hanya berhenti di stesen-stesen besar;\n \n~ elektrik \nkereta api yang bergerak dengan menggunakan tenaga elektrik;\n \n~ komuter \nkomuter;\n \n~ mel \nkereta api yang membawa surat, bungkusan, dan sebagainya." "keretan\ngores (korek) api, mancis api, geretan." "keretek I\n[Jawa] titian, jambatan." "keretek II\n[Jawa] = \nrokok ~ \nsejenis rokok yang mengandungi tembakau bercampur cengkih:\nasap rokok ~nya itu dihembuskannya berkepul-kepul." "keretot\n1.\n bengkok-bengkok (jari dan lain-lain);\n2.\n berkedut, menggerutu (berkenaan (dengan) kulit buah);\n3.\n kerdil (berkenaan (dengan) orang atau binatang)." "keretuk\n~ babi\n sejenis tumbuhan (herba), pemati ulat, pokok ekor anjing, pokok ekor kucing, serengan hutan, \nUraria crinita." "keretup\n1.\n bunyi seperti keropok dimamah;\n2.\n bunyi seperti bunyi kaki dan tangan ditarik;\nberkeretup\n mengeluarkan bunyi keretup:\n Rudin mengurut kaki dan tangan lebai Pa sehingga ~ kedengaran ke telinga Imam Min." "keri I\nsejenis sabit kecil untuk memotong atau menebas rumput dan lain-lain;\nmengeri\n memotong (menebas) rumput dengan keri." "keri II\n[Jawa]\n1.\n terlupa untuk dibawa bersama-sama;\n2.\n tertinggal di belakang kerana tidak dapat mengejar atau menyaingi seseorang yang di hadapan;\n3.\n tercicir atau terkebelakang dalam sesuatu seperti pelajaran, kemajuan dan sebagainya." "keria I\nkuih ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada keledek yang dilumatkan dan dicampur tepung gandum (kemudiannya digoreng dan disira dengan gula)." "keria II\nsejenis burung, \nGrus antigone sharpii." "keriak\n[arkaik] teriak;\nberkeriak\n berteriak." "kerian\nsejenis tumbuhan (pokok), keriang batu, \nEugenia pseudosubtilis." "keriang I\n~-keriut \nbunyi seperti bunyi pintu buruk (atau yang ketat engselnya) dibuka dan ditutup, berbunyi kiat-kiut." "keriang II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), beriang, iang-iang, riang-riang, yang-yang, asam pagi, asam riang, \nArchytaea vahlii; \n2.\n = \n~ batu \nsejenis tumbuhan (pokok), kerian, \nEugenia pseudosubtilis." "keriap\nberkeriapan, mengeriap\n berkerumun banyak-banyak (berkenaan (dengan) semut dan lain-lain), menggerumut." "keriat\n~-keriut\n keriang-keriut." "keriau\n[arkaik];\nberkeriau\n berteriak, memekik, menjerit, memaki-maki:\nLeong ~ kesakitan\n." "kerical\n= \npacal ~\n [sastera lama] hamba yang hina." "kericau\nberkericau = mengericau\n berbunyi seperti bunyi burung murai dan lain-lain, berkicau." "kericik I\nsejenis tupai kecil." "kericik II\nbunyi seperti bunyi air mengalir deras di celah-celah batu;\nberkericik\n mengeluarkan bunyi kericik:\nair ~ perlahan dan membuatku sangat letih\n." "keridas\n= \nkadas ~ \nsejenis penyakit kulit yang menyebabkan rasa gatal-gatal, kurap yang sangat gatal." "keridau\nriuh rendah." "keridik\n1.\n sejenis serangga yang berkepak, cengkerik, jengkerik;\n jenis-jenis:\n~ api, ~ padang; \n2.\n sejenis serangga yang berbisa." "kerih I\nbunyi (teriak) kera;\nmengerih\n1.\n berbunyi dengan kuat (berkenaan (dengan) kera);\n2.\n mengerang (kerana kesakitan dan lain-lain)." "kerih II\ndengan berbagai-bagai kesukaran, dengan susah payah, tidak cepat maju." "kerik I\n1.\n bunyi seperti bunyi menggores (mengikis atau mengeruk) benda keras (seperti batu, kepingan logam, periuk, dan lain-lain);\n2.\n bunyi seperti bunyi pintu buruk yang ketat engselnya dibuka atau ditutup;\nberkerik\n mengeluarkan bunyi kerik:\naku menoleh apabila aku dengar bunyi pintu ~;\nmengerik\n1.\n mengikis (mengeruk, menggaruk) dengan benda tajam (seperti pisau dan sebagainya), menghilangkan sesuatu (seperti tulisan dakwat, cat, dan lain-lain) dengan mengikisnya (dengan pisau dan lain-lain);\n2.\n [Jakarta] menggosok-gosok (bahagian tubuh yang sakit kerana kesejukan atau masuk angin) dengan wang sen dan lain-lain;\nkerikan\n1.\n kikisan;\n2.\n sesuatu yang dikerik." "kerik II\n~ api\n [arkaik] korek (gores) api, mancis api." "kerikal\n[sastera lama] sejenis pinggan besar atau talam yang berkaki (dibuat daripada logam dan lain-lain):\napabila utusan datang atau pergi, ceper dan ~ dibawa hamba raja dari dalam." "kerikam\nbenang kasar daripada logam (yang berwarna emas atau perak) yang digunakan untuk menyulam;\n kain ~\n sejenis kain linen yang kasar." "kerikil\n= \nbatu ~\n batu kecil-kecil (digunakan dalam pembinaan jalan raya, bangunan, dan lain-lain);\nberkerikil\n berbatu kerikil dan tidak rata (berkenaan (dengan) permukaan jalan dan sebagainya):\nperlumbaan sejauh 15 kilometer melalui jalan yang ~;\nmengerikil, mengerikili\n menggunakan batu kerikil untuk memperkukuh atau melapis jalan dan lain-lain):\n~ jalan; \nkelikir II." "kerikit\n[Jakarta];\nmengerikiti\n menggigit sedikit-sedikit (tikus dan lain-lain), mengunggis, mengerip, mengerumit." "keriling\n[Pahang] bengkok (berkenaan (dengan) dahan)." "kerinan\n[Jawa] [arkaik] terlambat bangun daripada tidur, kesiangan." "kerincing\n1.\n bunyi seperti bunyi wang logam berhantukan, kerenting, denting;\n2.\n sejenis bunyi-bunyian yang dibuat daripada logam." "kering I\n1.\n tidak berair atau sudah tidak berair lagi (berkenaan (dengan) saluran air, parit, dan lain-lain):\nsaluran air yang membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; \n2.\n tidak basah (lagi) atau lembap (lagi):\ndigosoknya dengan sehelai kain yang ~ hingga berkilat; \nsudah pun ~ kain yang dijemur itu; \nikan ~ \nikan yang telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dan lain-lain);\n \nkuih ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dengan air gula);\n3.\n tidak mendapat hujan yang agak mencukupi (berkenaan (dengan) daerah, kawasan, dan sebagainya), tidak turun hujan untuk jangka waktu yang berpanjangan (berkenaan (dengan) musim), kemarau:\nkawasan ~; \nmusim ~; \n4.\n sudah tidak datang haid lagi;\n5.\n tidak berwang (lagi), habis (wang dan lain-lain):\nsaya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; \n6\n. habis, putus:\n sejarah tidak ~ dengan peristiwa;\n~-~ air\n tidak kering sama sekali, lembap;\n \n~ darah(nya) \ntersirap darahnya (sangat terkejut);\n \n~ embun\n pagi hari kira-kira pukul 8-9 pagi;\n \ntak ~ gusi\n tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dan lain-lain);\n \n~-kelontang (-kerontang, -kontang)\n kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (berkenaan (dengan) tempayan, perigi, dan lain-lain);\n \n~ kersang \nkering tidak subur (berkenaan (dengan) tanah);\n \n~ ringkai \nkering sekali (berkenaan (dengan) sesuatu yang dijemur);\nmengering\n menjadi kering;\nmengeringi\n membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering;\nmengeringkan\n menjadikan kering, mengusahakan (dengan menjemur dan lain-lain) supaya kering:\nmereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; \nikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar;\n~ darah\n menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejuntukan);\nkekeringan\n1.\n perihal (keadaan, sifat) kering;\n2.\n sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi:\nsemua parit ~ dalam musim kemarau itu; \ntekak masing-masing ~ kerana kehausan; \n3.\n tidak lagi di laut dan lain-lain (berkenaan (dengan) perahu), terletak di darat (berkenaan (dengan) perahu);\n4.\n kehabisan wang;\npengeringan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengeringi atau mengeringkan:\n ~ tanah sawah;\npengering\n alat untuk mengeringkan (udara dan lain-lain):\n~ rambut \nalat untuk mengeringkan rambut yang basah (selepas mandi dan sebagainya);\n \nbalang ~ \nbalang untuk mengeringkan bahan kimia." "kering II\nbunyi seperti bunyi loceng basikal;\nberkering\n berbunyi seperti bunyi loceng basikal." "kering III\nsejenis ikan laut, \nCentriscus scutatus." "keringat\npeluh;\n \n~ dingin\n peluh yang menyebabkan badan berasa dingin, peluh sejuk;\n \nbiang ~\n bintil-bintil (bintik-bintik) merah pada kulit;\n \ndengan ~nya sendiri \ndengan usahanya (kegiatannya) sendiri;\n \nmandi (memeras) ~ \nbekerja (berusaha) dengan sepenuh tenaga, bertungkus-lumus;\n \nmakan ~ orang\n menikmati kesenangan dan lain-lain dengan memperhamba (memeras tenaga) orang;\n \nmembuang ~ \nmengerjakan sesuatu yang sia-sia;\n \nkeluar ~ keringnya \ntersangat susah (payah);\nberkeringat, keringatan\n [arkaik] mengeluarkan keringat, berpeluh;\nmengeringatkan\n [arkaik] membuat sesuatu dengan bertungkus-lumus (susah payah)." "keringsing\ngeringsing\n." "kerinjal\n= \nbuah ~\n buah pinggang, ginjal;\n \nsakit ~ \nsakit buah pinggang." "kerinjang\nmengerinjang\n [sastera lama] melangkah-langkahkan (menginjak-injakkan, menjejak-jejakkan) kaki." "kerinjing\nsejenis tumbuhan (pokok), \nBishofia javanica." "kerintil\nbergantungan bergugus-gugus atau banyak-banyak (berkenaan (dengan) buah-buahan)." "kerinting I\n= keriting." "kerinting II\nsiput atau kerang yang diasinkan." "kerinting III\nsejenis tumbuhan (palma), rinting, \nPtychoraphis singaporensis." "kerip\nbunyi seperti bunyi mengikis (mengerit);\nmengerip\n menggigit berdikit-dikit (berkenaan (dengan) arnab, tikus, dan sebagainya), mengerumit, mengunggis;\n \nbinatang ~\n binatang yang mengunggis atau mengerumit (mis arnab, tikus, dan sebagainya);\npengerip\n sesuatu yang mengerip (mengunggis);\n \ngigi ~\n gigi untuk mengerip;\n= kerit I\n." "keris\nsejenis senjata bermata dua yang tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok):\n~ Bugis, ~ Majapahit \ndan lain-lain;\n~ (anak) alang \nkeris yang sederhana panjang bilahnya;\n \n~ berapit \nkeris yang pada sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak;\n \n~ berlok (berkeluk) \nkeris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya;\n \n~ cerita\n keris yang bilahnya berkeluk sembilan atau lebih;\n \n~ harubi \n= \n~ merubi\n = \n~ bawang sebongkol\n sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja-raja);\n \n~ pandak (pendek)\n keris yang pendek bilahnya;\n \n~ panjang \nkeris yang panjang bilahnya;\n \n~ parung sari\n = \n~ sempana \nkeris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang;\n \n~ pendua\n keris yang digunakan sebagai keris cadangan (bukan keris utama);\n \n~ penyalang \nkeris yang digunakan untuk menyalang (sebagai menjalankan hukuman bunuh);\n \n~ sepukal\n keris yang lurus bilahnya;\n~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok\n (peribahasa) orang yang boleh dipergunakan untuk sebarang tujuan;\n \n~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia \n(peribahasa) kata-kata lebih tajam daripada senjata;\n \n~ tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya \n(peribahasa) perbuatan bodoh;\nberkeris\n1.\n memakai (menggunakan) keris:\nmaka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~ di belakang;\n2.\n bertikam-tikaman dengan keris;\n \nberkeras tidak ~\n (peribahasa) bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri;\nmengeris\n menikam dengan keris." "kerisi\n1.\n sejenis ikan laut, \nNemipterus spp.; \n2.\n sejenis ikan laut, \nSynagris nemurus (taeniopterus);\n~ bali\n sejenis ikan laut, \nPristipomoides spp.;\n~ birat \nsejenis ikan laut, \nNemipterus nemurus\n." "kerisik I\ndaun pisang yang telah kering;\nmengerisik\n menjadi kering dan mengelupas (berkenaan (dengan) kulit kaki dan lain-lain)." "kerisik II\nbunyi seperti bunyi daun kering bergeseran;\nberkerisik\n berbunyi seperti bunyi daun kering bergeseran;\nkerisikan\n bunyi berkerisik." "kerisik III\nkelapa goreng yang ditumbuk atau digiling." "kerisik IV\n[arkaik] pasir kasar, kersik." "kerisin\nkerising." "kerising\ntersengih-sengih dengan tidak berketentuan, seringai;\n \n~-kerenyih\n selalu (suka) kerising;\nmengerising\n menyeringai;\nterkerising\n dalam keadaan tersengih-sengih." "kerit I\nbunyi seperti bunyi orang mengerit (menggores) sesuatu dengan benda tajam;\nmengerit\n menggigit berdikit-dikit, mengerip, mengunggis (berkenaan (dengan) tikus dan lain-lain);\nmengeritkan\n \n~ gigi \nmenggeserkan gigi (kerana marah dan lain-lain), menggertakkan (menggeratkan) gigi;\n= kerip." "kerit II\n~ dayung\n = \nbelalang ~-~ \nsejenis belalang (yang berbunyi kerit-kerit pada waktu malam)." "keritik\nbunyi seperti bunyi daun kering (rambut dan sebagainya) dibakar;\nberkeritik-keritik\n berbunyi seperti bunyi daun kering (rambut dan sebagainya) terbakar." "keriting\nbergulung-gulung (berkenaan (dengan) rambut), ikal kecil-kecil:\nkulitnya hitam dan rambutnya ~;\nmengeriting\n menjadi keriting;\nmengeritingkan\n menjadikan keriting;\npengeriting\n alat, bahan dan sebagainya yang digunakan untuk mengeritingkan rambut:\n~ rambut." "keriuk\nberkeriuk, terkeriuk\n berketuk (berkenaan (dengan) ayam betina), berkokok (berkenaan (dengan) ayam jantan)." "keriut I\nberkeriut, berkeriutan\n berbunyi seperti bunyi pintu dibuka (yang engselnya ketat atau berkarat):\npintu bilik itu ~ ditolak orang; \n= keriang I\n." "keriut II\nsejenis burung, \nPluvialis dominica fulva." "kerja\n1.\n usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan sebagainya) sesuatu:\nbeberapa minggu lagi selesailah ~ membesarkan jalan itu; \nbanyak lagi ~ yang perlu dibuat untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan; \n2. = pekerjaan\n sesuatu yang diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah:\n~nya yang baru ini menjadikan hidupnya agak senang; \nmencari ~ \nberusaha untuk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yang menghasilkan pendapatan (secara berterusan);\n3.\n (segala) tugas atau urusan (yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab), kewajiban, peranan:\npastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dengan memuaskan; \nanggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; \n4.\n sesuatu (apa sahaja) yang dilakukan, perbuatan:\nsetiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dengan kawan-kawannya; \n5.\n [bahasa percakapan] = \nbekerja\n:\nawak tidak ~ hari ini?;\n~ siang malam manakan tak teruk badan;\n~ amali \nkerja mempraktikkan (melakukan) apa yang tersebut dalam teori;\n \n~ bakti\n kerja yang dilakukan untuk kepentingan negara atau orang ramai (bukan untuk mendapatkan bayaran);\n \n~ borong\n kerja yang pembayarannya didasarkan pada keseluruhan kerja yang terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yang dibuat semuanya);\n \n~ halus\n kerja yang memerlukan kemahiran serta ketelitian;\n \n~ kahwin\n segala kegiatan dan urusan yang berkaitan dengan perkahwinan;\n \n~ kapal\n kerja di kapal (sebagai anak kapal);\n \n~ kasar\n kerja yang lebih memerlukan kekuatan tenaga daripada kemahiran;\n \n~ kayu\n pertukangan kayu;\n \n~ kosong \n[bahasa percakapan] jawatan yang belum dipenuhi, lowongan kerja;\n \n~ ladang \nkerja di ladang, (usaha) berladang;\n \n~ lapangan \nkajian saintifik yang dijalankan di luar bilik darjah, makmal atau pejabat untuk mendapatkan data, maklumat, dan sebagainya (bagi tujuan tertentu)\n;~ latihan\n sesuatu yang dibuat untuk memahirkan diri atau untuk mendapatkan pengalaman;\n \n~ lembur \nkerja yang dibuat di luar waktu pejabat;\n \n~ luar\na) kerja selain kerja atau tugas biasa (dibuat untuk menambah pendapatan);\n b) kerja yang dibuat di luar pejabat atau tempat kerja yang lazim;\n \n~ mengikut peraturan \nkerja yang dijalankan tidak lebih daripada (atau secara terperinci mengikut) yang ditentukan oleh peraturan kerja;\n \n~ paksa \nkerja yang diwajibkan melakukannya (sebagai hukuman);\n \n~ pejabat\n kerja pengurusan (pentadbiran dan lain-lain) yang biasa dilakukan di pejabat;\n \n~ raja\n [sastera lama] kerja yang diwajibkan membuatnya (dengan tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi;\n \n~ rampaian\n berbagai-bagai kerja atau latihan untuk memahirkan murid-murid dalam ilmu pelajaran yang berkenaan;\n \n~ raya\n kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan untuk faedah orang ramai (seperti membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dan lain-lain);\n \n~ sambilan\n kerja yang dibuat (secara sambilan) di samping kerja biasa atau kerja tetap yang lain;\n \n~ sawah\n kerja di sawah, bersawah (bertanam padi);\n \n~ sawat\n kerja yang dilakukan oleh pesawat (jentera);\n \n~ sementara\n kerja untuk jangka masa tertentu (bukan berterusan);\n \n~ tangan\n kerja yang dibuat dengan tangan (seperti anyam-menganyam, pertukangan, dan sebagainya);\n \n~ tetap\n kerja yang berterusan (dilakukan oleh pekerja berjawatan tetap);\n~ baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan \n(peribahasa) ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai-ramai;\n \n~ raja dijunjung ~ kita (sendiri) dikelek\n (peribahasa) kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang;\n \n~ sebarang hubah, kasih sebarang tempat \n(peribahasa) bekerja dengan tidak berperaturan;\n \nsedikit ~ banyak berantun \n(peribahasa) orang yang malas;\n \ntidak ~ cari ~ \n(peribahasa) orang yang sengaja melakukan sesuatu yang akhirnya menyusahkan dirinya juga;\nsekerja\n sama pekerjaan (terlibat dalam jenis kerja yang sama);\n \nkesatuan ~ \nkesatuan (perkumpulan atau pergabungan) pekerja yang terlibat dalam jenis kerja yang sama;\nbekerja\n1.\n melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dan sebagainya) untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan lain-lain) sesuatu:\nsetiap pegawai dan kakitangan yang lain ~ bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sebuah kamus yang baik; \nbeberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; \n2.\n mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dalam kegiatan tertentu untuk mencari nafkah (memperoleh pendapatan):\nada antara mereka yang menjadi pengemis kerana malas ~; \nsebahagian besar daripada siswazah itu sudah pun ~; \n3.\n pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja seperti pejabat dan lain-lain dan menjalankan tugas dan tanggungjawab:\nsaya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pada hari Khamis;\nmengerjakan\n1.\n membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (melakukan) sesuatu:\ntaat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan;\n2.\n = \nmengerjai\n [arkaik] mengusahakan:\nkebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa;\n~ (mengerjai) mayat \nmenyempurnakan mayat (seperti memandikan, mengafaninya dan lain-lain);\n3.\n melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dan lain-lain), menjalankan, melakukan:\nsegala rancangan yang sudah teratur hendaklah dikerjakan segera;\n~ haji (puasa, sembahyang, dan lain-lain) \nnaik haji (berpuasa, bersembahyang, dan lain-lain);\n4.\n menyudahi, menyelesaikan, menghabisi:\nkerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain;\n 5.\n menghabisi, membunuh:\nmusuh yang menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yang hidup; \n6.\n mengadakan serta mengurus majlis perkahwinan dan lain-lain;\nterkerjakan\n terbuat, terlaksanakan, dapat dijalankan (dilakukan):\nsusahnya terlalu sangat banyak kalau tiada ~ oleh paman;\nmemperkerjakan\n menyuruh atau menempatkan (seseorang) bekerja (di):\naku diperkerjakan selama beberapa bulan di dok perusahaan Bethleham Steel;\npekerjaan\n1.\n sesuatu yang dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan:\n~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; \n2.\n sesuatu yang dilakukan (harus dilakukan) sebagai tanggungjawab, kewajiban, tugas:\nsempurnalah ~ yang dititahkan paduka ayahanda itu;\n~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai;\n~ Allah \nkewajiban kepada Allah;\n3.\n sesuatu (usaha, kegiatan, dan sebagainya) yang dilakukan berterusan (dari sehari ke sehari) untuk keperluan hidup, usaha atau kegiatan untuk mendapatkan wang, pencarian:\npada masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; \nmereka semua mahukan ~ yang memberikan pendapatan yang besar;\n~ kolar putih \nkerja seperti yang dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dan sebagainya, iaitu bukan kerja kasar yang memerlukan kekuatan tenaga);\n \n~ tangan\n kerja membuat barang-barang dengan tangan (seperti menganyam dan lain-lain);\n4.\n [arkaik] pergerakan atau perjalanan sesuatu:\nbeliau menerangkan ~ jentera itu kepada pelawat-pelawat; \n5.\n majlis (istiadat) perkahwinan dan lain-lain:\nbanyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya;\n~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk;\n~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik \n(peribahasa) [Minangkabau] pekerjaan baik (seperti pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yang tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dengan lebih teliti);\nsepekerjaan\n sama (sejenis) pekerjaannya, sekerja;\nberpekerjaan\n mempunyai pekerjaan (pencarian);\n \ntidak ~ \na) tidak mempunyai pekerjaan:\nbanyak anak muda yang telah tamat persekolahan berkeliaran tidak ~;\nb) tidak berkepentingan;\npengerjaan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan;\n \n~ minyak \npengolahan minyak;\n \n~ utama\n [Indonesia] perihal mengerjakan hitungan yang menjadi sendi atau asas segala hitungan (seperti menambah, mengurangi, membahagi, dan memperbanyak);\npekerja\n orang yang bekerja (lazimnya untuk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yang memegang sesuatu jawatan (dalam perkhidmatan awam atau swasta):\nbeberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; \nbadan ~ \n[Indonesia] jawatankuasa (panitia) yang terdiri daripada beberapa ahli (pertubuhan dan lain-lain) yang bertanggungjawab terhadap kerja sehari-hari;\n~ bulanan (harian, mingguan) \npekerja yang menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu);\n \n~ haram\n pekerja (biasanya rakyat negara asing) yang bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan;\n \n~ hukuman \norang yang terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman;\n \n~ kabel \norang yang kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel;\n \n~ lapangan \norang yang membantu penyelidik, pakar dan sebagainya melakukan kerja lapangan;\n \n~ lepas \npekerja yang tidak tetap;\n \n~ rencam \npekerja yang membuat berbagai-bagai kerja kecil;\npengerja\n orang yang mengerjakan atau mengusahakan sesuatu:\norang kaya seperti tuan tanah benar-benar berpengaruh ke atas penyewa atau ~ tanah mereka." "kerjang I\nmengerjang\n menendangkan kaki ketika dalam keadaan terbaring (seperti orang yang sedang berenang)." "kerjang II\nemas ~;\nkerajang" "kerjantara\n[arkaik] usaha mempertemukan orang yang mencari pekerjaan dengan orang yang mencari tenaga kerja (iaitu antara bakal pekerja dengan bakal majikan)." "kerjap\nkedip (mata), kelip;\nmengerjapkan; \n~ mata \nmengelipkan mata, mengedipkan mata, mengejapkan mata;\nmengerjap-ngerjapkan; \n~ mata \nmengelip-ngelipkan mata, mengedip-ngedipkan mata, mengejap-ngejapkan mata." "kerjasama\n1.\n kerja (usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong:\n~ antara semua pihak yang terlibat amat perlu untuk menjayakan projek ini; \n2.\n sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama:\njabatan itu dapat bergerak dengan licin hanya jika ada ~ dari pihak orang ramai; \nseseorang ketua memerlukan ~ daripada orang-orang bawahannya supaya segala yang diselenggarakan berhasil; \nsyarikat ~ \nsyarikat yang dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dengan cara saling membantu, menyumbang, dan sebagainya) untuk faedah bersama;\nbekerjasama\n bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang dan sebagainya), bergotong-royong:\nmereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dengan sempurna kalau tidak dengan ~." "kerjaya\n1.\n perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan: \n~ Churchill sebagai ahli politik; \n2.\n profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah." "kerjung\n[Kelantan];\nmengerjung\n memberkas, mengikat, memegang supaya tidak dapat lari (bergerak dan sebagainya)." "kerkah\nmengerkah\n menggigit (mengunyah, memakan) sesuatu yang keras:\nkepalanya pecah dikerkah harimau; \ndikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung\n (peribahasa) selalu hendak membalas perbuatan jahat orang;\npengerkah; \ngigi ~\n gigi untuk mengerkah." "kerkak\nbunyi seperti bunyi barang keras digigit atau dikunyah, kerkup." "kerkap I\nkerkah, kerkak." "kerkap II\nkerakap I." "kerkau\nmengerkau\n mencengkam (mencengkeram) atau menggaruk dengan kuku yang panjang, mencengkam atau mencakar;\nterkerkau\n kejang atau kerekot jarinya (seperti cakar ayam)." "kerkeling\nkelakkeling." "kerki\n= \ntingkap ~\n sejenis tabir yang dipasang pada tingkap usungan atau kenderaan." "kerkop\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] perkuburan orang Eropah." "kerkuh\nkerukup." "kerkuk\n[Kelantan], [Terrenganu] sejenis tumbuhan (pokok), ceri, kerkup siam, \nMuntingia calabura." "kerkum\n[sastera lama] kerani besar." "kerkup I\nbunyi seperti bunyi barang keras digigit, kerkak." "kerkup II\n~ siam\n sejenis tumbuhan, kerkuk, ceri, \nMuntingia calabura." "kerlap I\nberkerlapan, mengerlap\n bercahaya gemerlap (seperti intan dan lain-lain), bergemerlapan, berkilauan, mengilat:\nterlalu gemerlap sinarnya, ~ rupanya, cahaya kandil dan pelita itu mengerlap seperti bintang di langit." "kerlap II\nterkerlap\n tertidur seketika, terlena sebentar." "kerlap III\nterkerlap\n tergeliat, terpelecok, terpiuh (pergelangan tangan dan lain-lain)." "kerlik\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Hamamelidaceae, keruntum, \nRhodoleia championii\n." "kerling I\n= kerlingan\n pandangan mata ke kanan atau ke kiri (dengan tidak menggerakkan kepala), jelingan:\nsetiap kerlingan gadis itu mendebarkan hatinya;\nmengerling\n memandang ke kanan atau ke kiri (dengan tidak menggerakkan kepala), menjeling:\npela" "kerling II\nmengerling\n mengerlap, gemerlap." "kerlip I\nkedip, kejap (berkenaan (dengan) mata, lampu, dan lain-lain);\nsekerlip; \n~ mata\n sekejap mata;\nberkerlip\n = \nmengerlip\n berkedip-kedip, berkelip-kelip (berkenaan (dengan) mata, lampu, bintang, dan lain-lain):\ndi langit tiada bulan yang mengambang dan tiada bintang yang ~;\nkerlipan\n perihal mengerlip, kedipan:\ntompok-tompok awan putih menutup ~ bintang;?" "kerlip II\n[bahasa percakapan] jatuh cinta." "kerluk\n[Kelantan], [Terrenganu] termasuk ke dalam (seperti kepala kura-kura), terperosok." "kerlung\n[Kelantan] memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja, tamak." "kerma\nkerama." "kermah\nsejenis siput, \nOliva nobilis (subulata)." "kerman\nsejenis tumbuhan (pokok), cemana, cerek putih, \nMicromelon minutum." "kermanici\n[Indonesia-Belanda] sejenis lauk yang dibuat daripada daging lembu atau babi." "kermi I\n= \ncacing ~\n cacing kerawit;\nkermian\n = \nsakit ~\n [Jakarta] sejenis penyakit yang disebabkan oleh banyak cacing kermi dalam perut." "kermi II\nsejenis tumbuhan (rumpai), kermak, \nAlternanthera triandra (sessilis)." "kernai\nmengernai\n mencencang, menyayat-nyayat (daging dan lain-lain)." "kernam\nkerenam." "kernap\npadi ~;?\npadi I." "kernet\n[Indonesia], [bahasa percakapan] pembantu pemandu kenderaan (seperti lori dan lain-lain), kelindan;\nkornet I." "kernu\n[arkaik] [sastera lama] sejenis bekas daripada tanduk tempat ditaruh ubat bedil." "kernyam\nmengernyam\n1.\n tidak tetap duduknya, gelisah, lincah;\n2.\n [bahasa percakapan] bernafsu, gatal (berkenaan (dengan) perempuan)." "kernyat\n~-kernyut\n berbunyi seperti bunyi engsel pintu yang dibuka atau ditutup, berbunyi keriat-keriut." "kernyau\nbunyi seperti bunyi orang mengunyah timun dan lain-lain." "kernyih\nseringai, kerising;\nmengernyih\n menyeringai, tersengih:\nManap ~ lagi menampakkan giginya;\nterkernyih\n mengernyih, tersengih." "kernying\nmengernying\n menampakkan gigi (kerana marah), menengking." "kernyit\nberkerut dahi atau alis (kening);\nmengernyit\n mengeruntukan dahi atau alis (kening);\nmengernyitkan\n \n~ alis \nmengeruntukan kening, mengernyit." "kernyut I\nkedut, kerut;\nberkernyut, berkernyutan\n berkedut, berkerut (kulit dan lain-lain);\nmengernyuntukan\n mengernyitkan, mengeruntukan (alis dan lain-lain)." "kernyut II\nberkernyut\n berdenyut(-denyut)." "kernyut III\nbunyi seperti bunyi gigi bergeseran." "kero I\n[Indonesia] ;\n \ntempat tidur ~ \ntempat tidur yang dibuat daripada besi yang bulat panjang." "kero II\n[Jawa] juling:\nmatanya ~." "kerobak\n1.\n berlubang-lubang, cabik, carik, koyak;\n2.\n berparut-parut, bopeng;\n~-kerobek\n =\n ~-kerabik\n = \n~-kerabit\na) cabik-cabik, koyak-koyak;\n b) berparut-parut, bopeng." "kerobek\nmengerobek\n mencabik-cabikkan, mengoyak-ngoyak;\n= kerabit." "kerobok\nsejenis bakul (tempat diisi makanan)." "kerocok\n1.\n sejenis alat bunyi-bunyian seperti orok-orok;\n2.\n bunyi seperti bunyi air (cecair) berkocak atau dikocakkan." "kerodak\nkeladak." "keroh\ntidak jujur, curang, bersembunyi-sembunyi (tidak berterus terang);\nkerang" "keroi\nsejenis tumbuhan (pokok), kerohi, rejang, \nLophopetalum pallidum." "kerok\n[Jawa] sejenis sikat (penggaruk) untuk membersihkan bulu kuda;\nmengerok\n membersihkan bulu kuda dengan kerok;\nkeruk I." "keroket\n[Indonesia-Belanda] sejenis penganan daripada kentang bercampur daging dan lain-lain." "kerokot I\n[Jawa] sejenis tumbuhan (herba), gelang (pasir), rumput beremi, segan jantan, \nPortulaca oleracea." "kerokot II\nkerukut>/i>" "keron\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] (gambar) mahkota." "keroncang\n[arkaik] kerajang." "keroncong I\n= berkeroncong, berkeroncongan\n1.\n berbunyi seperti bunyi loceng kecil (giring-giring);\n2.\n berbunyi dalam perut (kerana lapar):\nmakanan masih belum dihidangkan dan perut masing-masing sudah berkeroncong." "keroncong II\nlagu atau irama lagu Melayu (rentak lama);\nberkeroncong\n memperdengarkan (menyanyikan) lagu keroncong:\nsiapa yang ~ itu? Merdu benar suaranya." "keroncong III\n= \ngelang ~\n gelang kaki yang padanya terlekat giring-giring (loceng-loceng kecil):\npenari-penari yang memakai gelang ~ sedang menari dengan rancaknya;\nberkeroncong\n memakai gelang keroncong." "keroncong IV\nruang atau kurungan di sebelah dalam bubu (perangkap ikan);\n \nikan dalam ~\n (peribahasa) sudah tertangkap atau terperangkap (tidak dapat ditolong lagi);\nmengeroncongkan; \n~ bibir\n memuncungkan bibir (seperti orang sedang mengeluarkan asap rokok yang berkepul-kepul dari mulut)." "keroncong V\nkeroncongan\n sejenis tumbuhan (pokok), giring-giring, kacang kayu, kacang sekucuk, orok-orok, \nCrotalaria striata." "keroncor\nsejenis ketam jantan yang besar (yang betina disebut belangkas), \nLimulus moluccanus; \nseperti ~ dengan belangkas\n (peribahasa) sangat mesra atau kasih-mengasihi (berkenaan (dengan) persahabatan atau percintaan)." "kerong-kerong\n1.\n sejenis ikan laut, \nPlectorhyncus cuvieri (diagramma); \n2.\n sejenis ikan laut, \nTherapon jarbua (theraps);\n \nhabis umpan ~ tak dapat\n (peribahasa) usaha (perbuatan) yang mendatangkan kerugian." "kerongkong\n= kerongkongan\n1.\n saluran pada leher yang melaluinya makanan masuk ke perut:\nmakanan ditelan masuk ke dalam perut melalui ~; \n2.\n halkum, lekum, tenggorok:\nbelum basah ~ku\n belum minum seteguk air pun;\n \nberair ~ku \nada rezeki untukku;\n \nkering ~ menasihati dia \npuas sudah menasihati dia;\nrongkong I\n." "kerongsang\nsejenis perhiasan daripada emas dan lain-lain yang disematkan pada dada baju;\nberkerongsang\n memakai (tersemat dengan) kerongsang:\ngigi yang bersumbi emas, baju yang ~ berlian." "kerongsong\nkelongsong" "kerontang\n[arkaik];\nkering-~\n kering-kelontang;\nkering I" "kerop\n[Sabah] bulu mata palsu:\n~ yang lebat, hitam, dan lentik dapat menambahkan kecantikan paras muka seseorang." "keropak\ndaun lontar yang bertulis (naskhah lama di Jawa dan Bali)." "keropas\n~-kerapis \na) bermacam-macam barang kecil yang tidak ada nilainya;\n b) membuat kerja-kerja kecil (yang tidak berapa berguna)." "keropeh\n[Kelantan] sisa makanan." "keropeng\nselaput yang kering pada kudis atau luka;\nmengeropeng\n mengopek keropeng (dari kudis, luka yang sudah kering, dan lain-lain);\n= keruping, kuping II." "keropok I\n[Minangkabau];\nsekeropok\n sekelompok, setompok." "keropok II\n[Jakarta] keropong, kosong, tidak berisi, kropok." "keropok III\n1.\n sejenis makanan yang dibuat daripada adunan tepung sagu dengan ikan (udang dan lain-lain) yang telah dilumatkan dan dihiris nipis-nipis dan dijemur sebelum digoreng berkeping-keping;\n2.\n hirisan kulit kerbau atau lembu yang dikeringkan dan digoreng.\n~ lekor\n sejenis keropok basah berbentuk torak yang dihiris sebelum digoreng." "keropong\n[Jakarta] kosong, gerohong, tidak berisi." "keropos\n1.\n [Jawa] tidak padu (padat), berongga-rongga;\n2.\n [Indonesia] mengembang atau menjadi nipis kerana panas (berkenaan (dengan) udara)." "kerosang\nkerongsang." "kerosek I\nbunyi seperti bunyi beras dikosek." "kerosek II\n[Kedah] [Perlis] cari." "kerosin\nminyak tanah (yang telah dijernihkan dan digunakan sebagai bahan api), minyak gas." "kerosok I\nbunyi seperti bunyi daun kering dipijak;\nberkerosok, mengerosok\n berbunyi seperti bunyi daun kering dipijak." "kerosok II\ntembakau ~\n daun tembakau kering." "kerosok III\nsejenis ikan laut, \nMonocanthus choirocephalus;\n~ padi \nsejenis ikan laut, \nAlutera monoceps (scripta)." "kerosong\nkulit ular (yang tanggal dari badan ular yang bertukar kulit), kelongsong, selumur;\nmengerosong\n mengelupas (kulit)." "kerosot\n[Kedah] kusut, kerusut." "kerotok\nsejenis loceng daripada kayu (dikenakan pada leher kerbau atau lembu), kerunting." "kerotot\nberkerut-kerut serta berlubang-lubang atau bergigi-gigi (berkenaan (dengan) kikir, kulit limau purut, dan lain-lain)." "keroyok\nmengeroyok\n menyerbu (merempuh, menyerang) beramai-ramai:\nia mendapat luka-luka kerana dalam perebutan barang-barang rombengan itu, ia dikeroyok oleh saingan-saingannya;\nkeroyokan\n rempuhan atau serangan beramai-ramai, serbuan (oleh orang yang tidak sedikit bilangannya), pergaduhan (perkelahian) beramai-ramai;\npengeroyokan\n perihal atau perbuatan mengeroyok;\npengeroyok\n orang yang mengeroyok." "kerpai\nsejenis bekas untuk diisi ubat bedil, kernu." "kerpak\n1.\n bunyi seperti bunyi ranting patah;\n2.\n sejenis alat daripada buluh yang dibunyikan dengan menarik tali (untuk menakuntukan burung di sawah)." "kerpas\nbunyi seperti bunyi orang atau binatang besar melalui semak-semak." "kerpasan\n(Geografi) hujan, hujan batu, salji dan sebagainya yang terhasil daripada pemeluwapan wap air di udara yang jatuh ke permukaan bumi." "kerpik\nbunyi kayu dan lain-lain patah (seperti bunyi kerpak)." "kerpis\nbunyi seakan-akan kerpas tetapi lebih lembut." "kerpuk\nbunyi seakan-akan bunyi kerpak." "kerpus I\nbumbung rumah yang diturap." "kerpus II\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] rumah kurungan bagi askar;\ndikerpus\n dikurung sebagai hukuman (bagi askar)." "kersai\nberderai-derai, tidak lembik melekat (berkenaan (dengan) nasi dan lain-lain), berbutir gembur (tidak berketul-ketul atau bergumpal-gumpal)." "kersak\nbunyi seperti bunyi rumput kering dipijak atau daun kering bergeseran." "kersang\n1.\n kering dan tidak subur (berkenaan (dengan) tanah);\n2.\n tegak kaku (berkenaan (dengan) rambut);\n= gersang." "kersani\nbesi ~\n [sastera lama] besi yang baik mutunya (berasal dari Khorasan di Parsi)." "kersau\n[Pulau Pinang] keriting." "kersik I\npasir kasar, batu kerikil yang halus-halus, gersik;\n \nmelekatkan (menampalkan) ~ ke buluh \n(peribahasa) sesuatu yang dikerjakan dengan bersusah payah tetapi sia-sia;\n \nseperti ~ di pulau \n(peribahasa) terlalu banyak (berkenaan (dengan) benda-benda kecil seperti buah-buahan yang bertaburan dan lain-lain)." "kersik II\nbunyi seperti bunyi daun kering bergeseran;\nberkersik\n berbunyi seperti bunyi daun kering bergeseran;\nberkersik-kersik\n mengeluarkan bunyi atau berbunyi kersik berulang kali." "kersing\nkereseng." "kersip\nkerlip, kedip, kerdip." "kersuk\nbunyi seperti kersak tetapi lebih kuat." "kersul\nkersang." "kertah\nsejenis ketam darat." "kertak\nbunyi seperti bunyi lantai papan dipijak atau bunyi dahan patah;\n \n~-kertuk\n berbunyi kertak berkali-kali;\nberkertak\n \n~ gigi \nmenggeserkan atau tergeser gigi dengan gigi hingga menyebabkan bunyi kertak-kertuk." "kertang I\n= berkertang\n kotor disebabkan sesuatu yang melekat:\nkainnya ~ kena darah ayam." "kertang II\n[arkaik] bunyi seperti tin kosong dipukul, bunyi tang;\nmengertang\n memukul tin kosong dan lain-lain (hingga berbunyi tang);\nmengertangkan; \n~ perisai\n menangkiskan perisai." "kertang III\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nEpinephelus spp.;?\n= pertang." "kertap\nbunyi seperti bunyi barang keras digigit atau daun pintu ditutup;\n \n~-kertup \nberbunyi kertap berkali-kali;\nberkertap\n berbunyi kertap:\n giginya\n \n~\n." "kertas I\n1.\n sejenis bahan dalam bentuk helaian nipis yang dibuat daripada kayu dan lain-lain yang padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dan lain-lain;\n2.\n [sastera lama] kad (untuk berjudi);\n~ akhbar \nkertas yang kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan untuk mencetak akhbar;\n \n~ bunga \nsejenis kertas nipis dalam pelbagai warna yang permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan untuk membuat bunga dan sebagainya;\n \n~\n \nbungkus \n= \n~ pembungkus;\n~ dinding \nkertas (bercorak atau bergambar) yang dilekatkan pada dinding (untuk menghiasi bilik dan lain-lain);\n \n~ emas \nkertas yang berwarna emas dalam kotak pembungkus rokok dan lain-lain;\n \n~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap)\n kertas untuk mengeringkan tulisan dakwat;\n \n~ empelas (kaca, pasir) \nkertas berlapis serbuk kaca atau pasir untuk menggosok (melicinkan) kayu dan lain-lain;\n \n~ graf \nkertas yang bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan untuk melukis graf atau rajah);\n \n~ jeluang \nkertas daripada kulit kayu;\n \n~ karbon \nkertas nipis yang sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan untuk membuat salinan tulisan atau taipan;\n \n~ kerja\n makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan untuk perbahasan);\n \n~ khabar\n [arkaik] surat khabar;\n \n~ krep \nkertas bunga;\n \n~ kulit \nkulit yang ditulisi;\n \n~ lilin \nsejenis kertas yang dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan untuk membungkus makanan;\n \n~ litmus \nkertas yang digunakan untuk menguji asid atau alkali;\n \n~ lukis \nkertas untuk dilukis;\n \n~ minyak \n= \n~ telur \nkertas yang nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak;\n \n~ pembungkus \nkertas yang digunakan untuk membungkus barang;\n \n~ pendua \nkertas untuk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yang telah ditaip pada stensil;\n \n~ peperiksaan \na) kertas yang mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran;\n b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dalam mata pelajaran tertentu;\n \n~ positif \nkertas gambar foto;\n \n~ putih \nnaskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yang mengandungi maklumat (laporan dan sebagainya) berkenaan perkara tertentu (biasanya yang ada hubungannya dengan kepentingan orang ramai);\n \n~ rokok \nkertas untuk menggulung rokok;\n \n~ saring \n= \n~ turas\n kertas tapisan (untuk menapis barang cair);\n \n~ surih \nkertas yang nipis, licin, dan hening (digunakan untuk menyalin peta dan lain-lain);\n \n~ taip \nkertas untuk ditaip sesuatu padanya;\n \n~ tisu \nkertas lembut dan nipis yang digunakan untuk mengelap muka dan lain-lain;\n \n~ tulis \nkertas surat (kertas kosong untuk ditulisi);\n \n~ undi \nkertas yang disediakan untuk seseorang mengundi dalam sesuatu pemilihan (pilihan raya dan sebagainya);\n \nbunga ~\na) bunga yang dibuat daripada kertas (untuk perhiasan);\n b) sejenis pohon bunga;\n \nibarat dakwat dengan ~, bila boleh renggang terlepas \n(peribahasa) sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain;\nmengertas; \nkertas-~ \nark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yang tidak ada gunanya lagi)." "kertas II\nbunyi seperti kertas diramas-ramas (direnyuk-renyuk), kertus." "kertas III\nbunga ~ \nsejenis pokok bunga (warna bunganya merah, kuning, dan lain-lain), \nBougainvillea spp." "kertatuk\n1.\n sejenis ikan laut, kertang, \nIchthyoscopus lebeck (inermis), Uranoscopus lebeck; \n2.\n sejenis ikan laut, \nBatrachus gangena." "kertau\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya, yang daunnya dijadikan makanan ulat sutera), be(be)saran, tut, \nMorus alba (indica)." "kertik\nbunyi seperti bunyi ranting kering dipijak (atau patah dipijak), bunyi detik jam." "kerting\nbunyi seperti bunyi wang logam (duit syiling) jatuh ke batu." "kertip\nbunyi yang lebih lemah daripada kertap." "kertuk\n1.\n bunyi seperti bunyi mengetuk dan lain-lain;\n2.\n sejenis loceng kayu (digantungkan pada leher lembu atau kerbau), kelentung(an), kerunting;\n3.\n sejenis alat bunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh dan tempurung." "kertung\nrotan ~ \nsejenis tumbuhan (rotan), rotan cincin, rotan semang, \nDaemonorhops grandis." "kertup\n= \n~-kertap\n bunyi seperti bunyi orang menutup pintu dan tingkap rumah (seakan-akan kertap);\n \n~-kertip\n bunyi ketukan yang tidak kuat." "kertus I\ntabung kecil daripada tembaga dan lain-lain yang mengandungi ubat bedil dan peluru, paterum;\n \nuncang ~ \nsejenis pundi-pundi tempat menyimpan kertus (paterum)." "kertus II\n1.\n bunyi seperti bunyi kertas diramas-ramas atau direnyuk-renyuk, kertas;\n2.\n bunyi daun kering bergeseran. \nkeruan\n ketahuan, tentu;\n \n~ sahaja\n [bahasa percakapan] tentu sahaja;\n \nbelum ~ \nbelum dapat ditentukan (dipastikan), belum ketahuan (diketahui);\n \nsudah ~ tempatnya\n sudah ketahuan (diketahui) tempatnya;\n \ntidak (tak) ~\na) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pangkalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (berkenaan (dengan) fikiran, perasaan), tidak jelas (berkenaan (dengan) percakapan dan lain-lain):\nhati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; \nb) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal:\npanas hatinya di dalam membakar tidak ~; \nhatinya cemburu, cemburu tak ~;" "kerubian, kerubin\nsuatu golongan malaikat." "kerubung I\nberkerubung\n berkerumun;\nmengerubungi\n mengerumuni, mengerubuti, menghurungi (berkenaan (dengan) agas, lalat, dan lain-lain):\nbangkai kucing itu dikerubungi lalat." "kerubung II\n[Kedah], [Perak] sejenis bekas tempat menyimpan padi (dibuat daripada tikar dan buluh)." "kerubung III\n~ padi \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput mentebung, rumput pahit, rumput rotan beras, \nCyrtococcum oxyphyllum." "kerubut I\n~ emas \n(Sejarah) kedatangan atau perpindahan orang secara beramai-ramai ke kawasan atau daerah lombong emas yang baru ditemui;\nmengerubuti\n [Jakarta] mendatangi beramai-ramai untuk melihat (menyaksikan dan lain-lain), mengerumuni;" "kerubut II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), bunga semubut, geroboh, se(m)burut, telinga kelawar, \nThottea grandiflora; \n2.\n [Indonesia] sejenis tumbuhan (benalu), \nRafflesia arnoldi." "kerucut\n1.\n sejenis pembungkus atau kelongsong (daripada kertas, daun, dan lain-lain) yang runjung bentuknya, digunakan untuk mengisi kacang goreng dan lain-lain;\n2.\n kon;\nmengerucut\n1.\n berbentuk seperti kerucut (makin ke atas makin tirus), merunjung;\n2.\n menguncup." "kerudung\n1.\n tudung (kepala, muka), cadar (penutup kepala, muka), kain tudung kepala (muka):\nsambil membetul-betulkan belitan ~nya, ibu meredakan ketegangan;\n2.\n tudung lampu, terendak (lampu);\nmengerudungi\n menutup (kepala, muka) dengan kerudung, menudungi (kepala, lampu), membubuh terendak pada (lampu):\n~ kepala;\n~ lampu." "kerudut\nberkerut-kerut serta berlubang-lubang halus, kerotot." "keruh I\n1.\n tidak jernih (kerana mengandungi kotoran seperti keladak, lumpur, dan lain-lain), agak kotor (berkenaan (dengan) air):\nlumpur dari lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; \n2.\n tidak menyenangkan atau menggembirakan (berkenaan (dengan) kejadian, peristiwa, suasana, dan sebagainya), tidak cerah (berkenaan (dengan) keadaan cuaca dan lain-lain), agak muram (berkenaan (dengan) air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (berkenaan (dengan) perasaan dan sebagainya), tidak sopan atau tertib (berkenaan (dengan) kata-kata dan sebagainya):\nBidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yang telah berlaku pada dirinya; \ncuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; \nair muka yang ~ dan sedih; \nbahasanya ~ \nbahasanya tidak sopan (tertib);\n \njejaknya ~\n [Minangkabau] asal keturunannya atau perbuatannya yang sudah-sudah kurang baik;\n \n~-~ kerak\n keruh sedikit (berkenaan (dengan) air);\n \nbuang yang ~ ambil yang jernih\n (peribahasa) lupakan perkara atau peristiwa yang tidak baik dan ambil (ingatkan) yang baik-baik sahaja;\nmengeruh\n menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dan lain-lain);\nmengeruhkan\n menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dan lain-lain):\ngas karbon dioksida boleh ~ air kapur; \npertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dalam parti;\nkekeruhan\n keadaan atau sifat keruh, keadaan tidak jernih (tidak menyenangkan dan lain-lain):\nada sesuatu ~ dalam suasana rumah tangga Zarina;\n~ air itu disebabkan oleh kotoran yang terkandung di dalamnya;\n~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yang kurang baik telah berlaku." "keruh II\ndengkur, dengus;\nberkeruh, mengeruh\n berdengkur, mendengus:\nmalam itu Bujal tidur dengan nyenyaknya sambil mengeruh keras." "keruh III\n~ bumi \n[sastera lama] sejenis ukuran jarak jauh (kira-kira dua hingga tiga batu atau tiga hingga lima kilometer):\nkira-kira empat ~ bumi jauhnya berjalan, datanglah pada suatu sungai." "keruh IV\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (palma), daun lat, daun payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar,\n Teysmannia altifrons." "keruh-keruh\nsejenis agas." "keruing\nsejenis tumbuhan (pokok), resak putih, \nVatica scortechinii;\n~ bulu\n = \n~ cair \n= \n~ pekat\n sejenis tumbuhan (pokok), gombang, pokok damar obor, \nDipterocarpus baudii;\n~ cair \n= \n~ dadih\n = \n~ gombang \n= \n~ keluang\n = \n~ pekat\n = \n~ suji \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDipterocarpus cornutus;\n~ pekat \nsejenis tumbuhan (pokok) \nDipterocarpus costulatus;\n~ buluh\n = \n~ balai \n= \n~ cair\n = \n~ gombang \n= \n~ mempelas\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDipterocarpus crinitus;\n~ beku \n= \n~ didih\n = \n~ gombang \n= \n~ pekat \nsejenis tumbuhan (pokok), meranti sabut, resak, \nVatica perakensis." "keruit I\nberkeruit-keruit\n bergerak-gerak hujungnya (cacing, ekor binatang, dan lain-lain);\nmengeruit\n berkeruit-keruit, menguit-nguit." "keruit II\ncacing ~ \ncacing kerawit." "keruk I\nbunyi seperti bunyi menggaruk (mengikis, mengerik, dan sebagainya);\n \nkapal ~ \nkapal korek;\nmengeruk\n1.\n menggaruk atau mengerik dengan kuat (dengan tangan, penggaruk, dan sebagainya) untuk mengambil sesuatu, mengikis, mengerik:\n~ tanah dengan tempurung;\n~ kerak nasi dengan senduk; \n2.\n mengorek, menggali, mengeduk:\n~ lumpur; \n3.\n menggaruk dengan tangan;\n4.\n menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam);\nmengerukkan; \n~ tangan \na) membuat tangan mengeruk (mengerik, mengorek) sesuatu;\n b) menyelukkan tangan;\nterkeruk-keruk\n tergaru-garu, tergaruk-garuk (kerana berasa gatal dan sebagainya):\ndia ~ kerana terkena miang rebung;\npengerukan\n1.\n perihal (perbuatan) mengeruk;\n2.\n pengorekan." "keruk-keruk\nsejenis agas, keruh-keruh." "kerukup\nsejenis tumbuhan (pokok), kerekup, kelukub, kerkuh, akar temberak, \nFlacourtia jangomas." "kerukut\n= mengerukut\n bengkok-bengkok (berkenaan (dengan) jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (berkenaan (dengan) kaki atau tangan), tidak rata atau licin (seperti daun kering), renyuk, berkedut-kedut;\nmengerukuntukan\n menjadikan kerukut (mengerukut), mengeruntukan." "kerul\nikal, mengombak-ombak (rambut);\nberkerul\n1.\n menyikat atau membuat rambut supaya ikal (mengombak-ombak);\n2.\n menyikat rambut rapi-rapi (supaya dirinya kelihatan lebih kacak):\norang-orang yang ~ dan tidak memakai songkok bukan tempatnya di rumah ini." "keruma\n[Jakarta] kuman (pada kudis dan lain-lain)." "kerumit\nmengerumit\n menggigit atau memakan sedikit-sedikit (berkenaan (dengan) arnab, tikus, tupai, dan lain-lain), mengunggis, mengerip;\nterkerumit-kerumit\n terdemut-demut, terkemut-kemut (ketika bekerja, berjalan, dan lain-lain), lambat-lambat:\nberjalan ~." "kerumuk\n[Minangkabau];\nberkerumuk\n gumal (berkenaan (dengan) pakaian, kertas, dan lain-lain), renyuk, peronyok, kumal;\nmengerumukkan\n merenyukkan, menggumalkan:\ndengan marah, surat itu dikerumukkannya." "kerumun\nberkerumun\n berkumpul atau berhimpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung:\nanak-anak muda datang ~ seperti semut mendatangi gula; \nlalat yang ~ di tempat yang kotor;\nmengerumuni\n datang beramai-ramai (banyak-banyak) mengelilingi seseorang atau sesuatu, mengerubungi:\nsetibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; \nsemut ~ gula;\nmengerumunkan\n = \nmemperkerumunkan\n [arkaik] mengerumuni:\nmaka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu;\nkerumunan\n kumpulan orang yang berkerumun:\ndalam beberapa saat itu, aku hilang dalam ~ mereka." "kerumus\n[arkaik];\nmengerumus\n memeluk dan mencium." "kerun\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] (gambar) mahkota;\n= keron." "kerunas\n[Kedah] kopek (cubit dan lain-lain) sedikit-sedikit (seperti orang mencubit kuih atau mengeropeng kudis);\nmengerunas\n mengopek sedikit-sedikit:\nMidun asyik ~ sesuatu dengan jarinya yang tidak berkuku di meja itu tanpa mempedulikan cakapku." "kerung I\nlekuk (pada senduk, barang yang melengkung dan lain-lain), lubang yang bulat panjang pada sesuatu benda." "kerung II\n= \n~-kerang \nbunyi seperti bunyi pinggan mangkuk berhantukan dengan kuat atau barang keras digoncangkan di dalam tin." "kerungan\nsejenis ikan laut, \nMegalaspis cordyla." "keruntang\n~-pungkang\n [arkaik] kacau-bilau." "kerunting\n[arkaik] sejenis loceng daripada kayu yang digantungkan pada leher kerbau, kertuk, kelentung." "keruntul\nbergantungan banyak-banyak atau bergugus-gugus (berkenaan (dengan) buah-buahan), kerintil." "keruntum\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), pasir lingga, \nTristania maingayi; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), pelawan, seluncur, \nTristania subauriculata." "keruntung\n1.\n tabung(an);\n2.\n [Minangkabau] sejenis bakul yang dianyam dan diberi bertali (untuk menyimpan ikan);\nmengeruntungkan\n memasukkan ke dalam keruntung." "kerunyut\n[Minangkabau] kedut, kerut;\nberkerunyut\n berkedut(-kedut), kerepot, lisut (berkenaan (dengan) kulit);\nmengerunyuntukan\n merenyukkan:\ndia ~ akhbar di tangannya;\nterkerunyut\n gumal (berkenaan (dengan) kain dan lain-lain), renyuk, berkedut(-kedut);\nkerunyutan\n keadaan kerunyut, kekedutan:\ntulang tua yang hanya dibaluti oleh kulit-kulit yang lembik, kendur penuh\n \n~." "kerup\nbunyi seperti bunyi orang mengunyah makanan yang garing (seperti keropok dan lain-lain);\nkerap II\n." "keruping\nselaput kering pada kudis atau luka, keropeng;\npengerupingan\n pembentukan keruping kudis pada luka." "kerusi\n1.\n sejenis tempat duduk yang ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan);\n2.\n [kiasan] kedudukan (dalam persidangan, Parlimen, dan lain-lain), jawatan:\nparti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dalam Majlis-Majlis Undangan Negeri; \nMalaysia telah melantik wakilnya untuk menduduki ~ dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; \nberebut ~ \nberebut (menerusi pilihan raya dan lain-lain) untuk mendapat kedudukan dalam Parlimen (majlis undangan, persidangan, dan lain-lain);\n3.\n (Ekonomi) keahlian seseorang atau organisasi dalam sesuatu bursa saham;\n~ anjal\n sejenis kerusi yang dapat melentingkan juruterbang keluar dari pesawat ketika kecemasan;\n \n~ elektrik \nkerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati;\n \n~ goyang \nkerusi yang boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang;\n \n~ lenting\n kerusi anjal;\n \n~ malas \nkerusi yang menganjur panjang (untuk berbaring);\n \n~ panas \nki\na) kedudukan seseorang dalam sesuatu jawatan tertinggi yang memerlukan seseorang itu memikul tanggungjawab yang berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dengan segera;\n b) jawatan atau kedudukan tertinggi dalam sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dan lain-lain yang menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya:\n~ panas pengurus skuad badminton negara\n;\n \n~ panjang \nkerusi yang panjang (digunakan sebagai pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang);\n \n~ rehat \n= \n~ seti \nkerusi atau tempat duduk panjang (untuk dua atau tiga orang);\n \n~ roda \nsejenis kerusi beroda untuk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit;\n \n~ serang \n(Marin) sejenis kerusi kayu yang digunakan untuk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal;\n \n~ tangan\n kerusi yang mempunyai pemegang di sisinya (untuk meletakkan tangan);\n \n~ urut\n kerusi yang direka bentuk khas untuk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran;\nmempengerusikan\n1.\n menjadi atau berlaku sebagai ketua persidangan (perhimpunan, mesyuarat, dan sebagainya), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dan sebagainya (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dengan licin dan teratur):\nPerdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; \n2.\n mengetuai dan memimpin (pertubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dan lain-lain):\nSuruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar;\npengerusi\n1.\n ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dan sebagainya):\nPerdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; \n2.\n pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dan lain-lain):\n~ Lembaga Pengarah\n." "kerusut\n[Kedah], [Pulau Pinang] kusut;\nberkerusut\n dalam keadaan kusut." "kerut\nkerang-~;\nkerang." "kerut I\n1.\n lipatan (pada kulit dan lain-lain), kedut (pada kulit di dahi dan lain-lain), gelembur:\nwajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; \n2.\n [Minangkabau] keriting, ikal (rambut);\n \n~ kering \nsangat kering serta lisut;\n \n~-merut \na) banyak kerutnya;\n b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati);\n c) banyak dustanya (berkenaan (dengan) kata-kata);\nberkerut, berkerut-kerut, terkerut\n1.\n tidak licin atau rata (berkenaan (dengan) kulit dan lain-lain), berkedut, bergelembur (berkenaan (dengan) kulit dan lain-lain):\nlehernya dan dahinya sudah mulai ~ ; \nkeningnya kelihatan berkerut-kerut seperti orang yang sedang mengingatkan sesuatu;\n~ seribu \nbanyak kerut, berkedut-kedut;\n2.\n [Minangkabau] keriting, ikal:\nrambut yang berkerut(-kerut);\nmengerut\n1.\n menjadi berkerut (berkenaan (dengan) kulit):\nkulitnya mulai ~; \n2.\n menjadi bertambah kecil (pendek dan lain-lain), mengecut (otot dan lain-lain);\n \nmengeruntukan\n1.\n mengeduntukan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dan lain-lain):\norang-orang yang disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; \n2.\n mengecuntukan, memendekkan (sesuatu yang boleh memanjang memendek seperti otot dan lain-lain);\nkerutan\n perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pada kulit):\nmasih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya." "kerut II\nbunyi seperti bunyi menggoreskan sesuatu yang tajam pada benda keras." "kerutak\n[Minangkabau] [arkaik];\nmengerutak\n menggigit (mengunyah) benda keras (seperti tulang dan lain-lain), mengerkah." "kerutis\nmengerutis\n [Kelantan], [Terengganu] mengopek (mencubit, memecahkan) sesuatu sedikit-sedikit:\n~ kuih;\n~ keruping kudis." "kerutu\ntidak halus dan licin (seperti kulit katak dan lain-lain), kasap;\nmengerutu\n menjadi kasap atau kesat (kulit dan lain-lain);\ngerutu I\n." "kerutuk\n[Kelantan], [Terrenganu] sejenis masakan yang dibuat daripada daging ayam bercampur rempah dan dimasak hingga kental (rupanya seperti rendang)." "kerutung\nmengerutungi\n mengerumuni, mengerubungi:\nditunjukkan kemarahannya kepada orang ramai yang ~nya." "kerutup I\nbunyi seperti bunyi bertih digoreng atau daun basah dibakar." "kerutup II\nmengerutup\n [Kedah], [Pulau Pinang]\n1.\n memakan beramai-ramai hingga habis;\n2.\n mengerumuni (mengerubungi) untuk menyerang atau memukul." "kerutus\nkerutup I\n." "kerutut I\nkerotot\n." "kerutut II\nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar peleh angin, akar pelir kambing, kedondong bulan, meroyan kabut, \nChailletia (Dichapetalum) griffithii." "keruyuk\n[Jakarta];\nberkeruyuk\n berkokok." "keruyup\n[Kedah], [Pulau Pinang] kuyup." "kes I\n1.\n perkara, hal, kejadian:\n~ rompakan itu akan dibawa ke mahkamah rendah; \nbeberapa ~ penyakit itu telah didapati dalam kawasan ibu kota; \n2.\n (Undang-undang) prosiding di mahkamah yang melibatkan persoalan undang-undang dan ekuiti." "kes II\n[bahasa percakapan] tunai, kontan;\n wang ~ \nwang tunai." "kesa\n[arkaik] kesatu, yang pertama." "kesa II\n[Terengganu] tidak enak rasanya (makanan):\nkuih yang dibeli di kedai itu ~, sedap lagi yang aku buat." "kesah\n= \nkeluh-~ \nternyata atau terlahirnya rasa gelisah (kesal, runsing, dan lain-lain);\nmengesah\n melahirkan perasaan gelisah (kesal, tidak tenteram, dan lain-lain), mengeluh;\nkeluh\n." "kesak\nmengesak\n beralih (berengsot) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan, mengesot:\n~ dari duduknya; \nmengesakkan\n mengengsotkan perlahan-lahan (almari, meja, dan lain-lain)." "kesal\n= \n~ hati\n1.\n berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dan lain-lain), berasa sebal, berasa jengkel:\npenduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; \nkatanya ia tidak ~ tentang apa yang berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; \n2.\n perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel:\nia mengisahkan dengan ~ tentang perceraiannya dengan isterinya; \nmereka berbuat sesuatu dengan tidak berfikir, kemudian timbul pula ~;\nmengesali\n berasa kesal (tidak senang) akan:\nmenteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dalam hal ini; \nbeliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi;\nmengesalkan\n menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal:\nhal itu sangat ~ hati mereka berdua;" "kesalan\nrasa kesal:\nraut mukanya yang berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yang telah berlaku;\nkekesalan\n perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan:\nmereka yang tidak berjaya kembali dengan penuh ~." "kesam\n[arkaik];\nberkesam\n menaruh dendam;\nkasam\n." "kesambet\n[Jakarta] sakit dan lain-lain kerana diganggu hantu (orang halus dan lain-lain);\nsambet." "kesambi\nsejenis tumbuhan (pokok), gunciak, guncak, kesumba, kuncur, kuncur putih, sekincak, \nAntidesma ghaesembilla." "kesami\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), geluicik, keteng, lengketing, telur cicak, \nMyrica farquhariana." "kesan\n1.\n tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas:\nbanyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; \nkelihatan ~-~ pahat pada tiang seri rumah itu; \nterdapat ~-~ jari pada senjata yang digunakan itu; \n2.\n sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan, tindakan, dan lain-lain), kesudahan (hasil, akibat) daripada sesuatu, efek:\nkebersihan akan memberi ~ yang baik kepada perniagaan; \npenderitaan rakyat adalah ~ besar daripada peperangan yang belum tamat itu; \n3.\n pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dan sebagainya) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek:\n~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; \npuisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca;\n~ balas\n kegiatan (perbuatan dan lain-lain) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas;\n \n~ gelombang\n bekas (jejak) gelombang;\n \n~-~ kilat \nkesan-kesan sepintas lalu;\n \n~ sampingan \nkesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan;\nberkesan\n1.\n meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas:\nbeberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pada kulitnya; \n2.\n menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan dan sebagainya), efektif:\nkerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yang ~ untuk meninggikan taraf hidup rakyat; \npasukan tentera telah melancarkan serangan yang ~ ke atas musuh; \n3.\n mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak, dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dan lain-lain), efektif:\nkata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; \nkeberkesanan\n perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dan sebagainya):\n~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya; \nUjian Pencapaian Sekolah amatlah penting dari segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR;\nmengesan\n1.\n meninggalkan atau memberi kesan;\n2.\n mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yang telah berlaku (dengan fikiran, ingatan, dan lain-lain), mengekori:\ndalam gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; \n3.\n = \nmengesani\n menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pada kertas dan lain-lain):\n~ perjalanan kapal angkasa yang baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; \nperaduan ~ bola yang dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik daripada pembaca;\n mengesani\n mengesan sesuatu, menjejaki:\ndia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yang dapat diingatnya;\nmengesankan\n meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dan lain-lain):\nberus yang bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas;\nmemperkesankan\n menyebabkan berkesan;\nterkesan\n mendapat kesan (setelah memerhatikan, mendengar, dan lain-lain):\njika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~.\npengesanan\n perihal atau perbuatan mengesan;\npengesan\n sesuatu (alat dan lain-lain) untuk mengesan." "kesandung\n[Jawa] tersandung, terserandung." "kesang I\nmengesang\n membuang hingus (dengan terus menghembuskannya keluar dan tidak dengan mengesatnya dengan sapu tangan dan sebagainya)." "kesang II\nsejenis serangga yang merosakkan padi, \nAcanthocoris scabrator." "kesang III\n[Minangkabau] kering." "kesangka\nsejenis periuk besar daripada tanah liat, belanga besar." "kesangsang\n[Jawa] tersangkut." "kesap\n~-kesip \nkedip-kedip, kelip-kelip (mata)." "kesasar\n[Jawa] terikut jalan yang salah, salah jalan, tersesat:\nkecaman terbuka terhadap kehidupan moden di kota yang ~." "kesat\n1.\n tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap):\nkulitnya yang halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dalam panas; \n2.\n [arkaik] tidak lembik (berkenaan (dengan) tubuh), keras:\ntubuhnya ~ ; \n3.\n yang menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (berkenaan (dengan) kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan):\nkata-kata ~ yang dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya;\n~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur\n (peribahasa) orang yang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yang bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya;\n \n~-~ daun pimping\n (peribahasa) perihal orang yang lazimnya lemah tetapi pada masa-masa yang tertentu berlaku keras juga;\n \nbertunggal ditarah ~ diempelas \n(peribahasa) [Minangkabau] sudah diselesaikan dengan sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan);\nmengesat\n1.\n menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering:\nbudak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya;\n~ peluh;\n~ darah; \n2.\n [bahasa percakapan] menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (daripada habuk, kotoran, dan lain-lain);\npengesat; \n~ kaki \nsesuatu yang dibuat daripada sabut (getah dan lain-lain) tempat mengesat kaki;\n ~ tangan \nkain (sapu tangan, kertas, dan lain-lain) untuk mengesat tangan." "kesateria\n1.\n perajurit yang gagah berani;\n \ngolongan ~ \ngolongan masyarakat yang terdiri daripada perajurit;\n2.\n orang yang gagah berani;\nkekesateriaan\n sifat-sifat kesateria, watak kesateria:\npelajaran juga menyedarkan bangsawan feudal akan kebaikan perasaan belas kasihan dan ~; \nsateria\n." "kesed\n[Jakarta] = \nkesedan\nkeset\n." "kesek I\nmengesek\n menggesek dengan sesuatu benda yang kesat;\ngesek\n." "kesek II\n[Terengganu] cacat sebelah mata:\nmata dia ~ sejak lahir lagi." "kesel\n[Jawa] letih, penat." "keselak\n[Jakarta] tersedak, kesedakan." "keseleo\nkeseliyo\n [Jakarta] terseliuh, terpelecok, tergeliat (kaki dan lain-lain), salah urat." "kesenai\nsejenis tumbuhan (pokok renek), mepai, \nFicus rostrata." "keseng\nterkeseng-keseng\n tersipu-sipu;\n kemalu-maluan:\nia bangun dari terjatuh itu ~ menghadap orang yang melihatnya." "kesep\ntidak berbiji;\nkesip I." "keser\n[Kelantan], [Terengganu];\nmengeser\n datang dengan perlahan-lahan (lambat-lambat), undur dengan perlahan-lahan;\nterkeser-keser\n terhegeh-hegeh (berjalan dan lain-lain)." "keset\n[Jakarta] = \nkesetan\n pengesat kaki." "kesian\n[bahasa percakapan] kasihan." "kesiap\n[Jakarta];\nterkesiap\n terperanjat, terkejut." "kesidang\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), lenggiang, \nCanangium scortechinii." "kesih\nkesuh-~;\nkesuh." "kesik\nkesuk-~\n = \nkesik-kesik;\nkesuk." "kesima\n[Jakarta];\nterkesima\n tercengang, termangu-mangu, hilang akal." "kesimbukan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kentut, daun sekentut, \nPaederia foetida; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nSaprosma arboreum." "kesinan\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nFicus quercifolia." "kesing\nsejenis serangga, \nRhyncota sp\n." "kesinga\nsejenis tumbuhan (pokok), bongkok, gandang, ganding, merpoi, merpuing, mersinga, tengkawa, \nCarallia brachiata." "kesip I\ntidak berbiji atau terlalu kecil bijinya (berkenaan (dengan) buah-buahan);\nmengesip\n menghisap-hisap (buah, gula-gula, dan lain-lain):\ndikesip-kesipnya gula-gula itu kerana hendak menghilangkan rasa pedas di lidahnya." "kesip II\n[Jakarta] kedip, kelip;\nberkesip, berkesip-kesip\n berkelip(-kelip), berkedip(-kedip):\n~ matanya." "kesiur\n[arkaik];\nberkesiur\n berbunyi seperti seruling dan lain-lain, bersiul." "keskul\ntempurung dan lain-lain untuk diisi makanan (digunakan oleh peminta sedekah), sekul." "kesmak\nsejenis tumbuhan (pokok) dan buahnya, \nDiospyros kaki." "kesmaran\n[arkaik];\nedan ~\n [sastera lama] gila berahi, mabuk cinta." "kesohor\n[Jakarta] termasyhur." "kesomplok\n[Jakarta]\n1.\n terlanggar, terhantuk, tertumbuk, tersampuk;\n2.\n kehabisan wang." "kesot\nberkesot, mengesot\n bergerak (beralih) dengan menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot:\nanaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; \ndengan mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris;\nmengesotkan\n mengalihkan (sesuatu) dengan menyorong atau menariknya sedikit(-sedikit) atau perlahan-lahan, mengengsotkan, menggeserkan;\n \n~ almari;\nterkesot-kesot\n bergerak dengan mengesot;\n~ bagai anak tidak diakui \n(peribahasa) kemalu-maluan." "kesting\n[arkaik] kain untuk dibuat baju dan lain-lain." "kestul\n[Indonesia], [bahasa percakapan] pistol." "kesturi I\nsejenis benda yang harum baunya (diperoleh dari musang jebat), jebat;\n \nmusang ~\n sejenis musang yang menghasilkan kesturi, musang jebat (rase);\n \ntikus ~\n tikus yang kecil dan berbau;\n \n~ mati kerana baunya \n(peribahasa) perihal orang yang ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya." "kesturi II\nbunga ~\n sejenis tumbuhan (pokok menumpang), \nArachnis flosaeris (moschifera); \nkuay ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang harum kayunya), \nJuniperus chinensis; \nkayu ~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok), cemperi ayam (batu hitam), kayu garang jantan, kayu menghilang api, kayu serendah, kayu meresek hitam, sebasah paya, \nGomphandra lanceolata; \nlimau ~ \nsejenis limau kecil, \nCitrus microcarpa." "kesturi III\nburung ~\n sejenis burung seperti burung bayan atau serindit." "kesu\n~-kesi\n bunyi seperti bunyi orang berbisik(-bisik), kesuk-kesik, kesik-kesik." "kesuari\nsejenis burung yang besar, \nCasuarius galeatus." "kesuh\n~-kesih\n termengah-mengah, terengah-engah." "kesuk\n~-kesik\n bunyi seperti bunyi daun-daun bergeseran ditiup angin, bunyi orang berbisik-bisik." "kesum\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesumba keling, kunyit jawa, \nBixa orellana; \n2.\n sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat), \nPolyangonum minus; \n3.\n sejenis tumbuhan (herba), kelima paya, \nPolyangonum pubescens." "kesuma\n1.\n [sastera lama] bunga;\n2.\n perempuan cantik yang elok (molek, rupawan);\n3.\n bangsawan;\n~ bangsa \nki pemuda dan pemudi (dalam sesuatu bangsa)." "kesumat\npermusuhan, kebencian;\n \ndendam (dan) ~ \ndendam dan kebencian:\ntimbul hiba dalam hatinya, ganti daripada dendam dan ~." "kesumba\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan cat atau pencelup merah), \nCarthamus tinctorius; \n2.\n \n= merah ~ \nmerah tua:\nberbaju ~ berkancing dan berdestar pelangi; \nnyiur ~ \nnyiur yang berwarna merah tua;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), berbelak, menarung gajah, \nTrichospermum kurzii;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), cendarah hantu, julung jantan (putih), kayu katu, lengkung, rambai hutan, sengkuang, \nOstodes macrophylla;\n~ keling \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), jarak belanda, kesum, kunyit jawa, \nBixa orellana;\ndikesumba\n dicelup (diwarnai) dengan warna merah (daripada kesumba)." "kesumba II\n1.\n sejenis burung, \nHarpactes k. kesumba;\n2\n. sejenis burung, burung gembala rimau, \nHarpactes oreskios uniformis." "kesungai\n= sungai." "kesup\nbunyi seperti bunyi budak menghisap puting;\nmengesup\n mengucup, menghisap, mencucup." "kesusu\n[Jawa] tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa." "kesut\n[arkaik];\nterkesut-kesut\n susah dan ketakutan." "Ket.\n[kependekan] Ketua." "ketaban\n[arkaik] kayu palang pada kemudi sepak (di sisi perahu)." "ketagih\ntagih II." "ketah\n[sastera lama]\nkutaha." "ketai I\nberketai- ketai\n hancur remuk, pecah menjadi kecil-kecil (seperti pinggan mangkuk yang jatuh terhempas), robek-robek (berkenaan (dengan) kain, dan lain-lain);\nkecai." "ketai II\n[bahasa percakapan] kalah paling teruk (dalam permainan pakau)." "ketak I\nbunyi seperti bunyi ketukan pada papan;\n \nketuk-~ \nbunyi ayam yang baru bertelur;\nberketak, berketak-ketak, berketuk-ketak\n berbunyi ketuk-ketak (berkenaan (dengan) ayam yang baru bertelur);\nberketak-ketik\n1.\n berbunyi seperti bunyi jam;\n2.\n berdebar-debar (hati)." "ketak II\n1.\n kerut atau pelipatan pada kulit;\n2.\n bahagian serangga dan lain-lain (seperti lipan dan lain-lain) yang bersekat atau bergelang-gelang rupanya:\nbadan serangga itu mempunyai ~-~;\nberketak\n1.\n berpelipatan (berkenaan (dengan) kulit pada leher dan lain-lain), berkedut-kedut;\n2.\n berombak-ombak (berkenaan (dengan) rambut), beralun-alun:\nMamat bersiul-siul sambil menyikat rambutnya yang ~-ketak itu." "ketakung\nsejenis tumbuhan (pokok yang boleh dipakai sebagai ganti rotan), \nNepenthes ampullaria." "ketam I\ntertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat;\n \n~ mulut \nterkancing mulut, kejang mulut;\nmengetam, mengetamkan\n mengetap, mengatupkan rapat-rapat, mengapit;\n \n~ bibir (mulut) \nmengatupkan bibir (mulut) rapat-rapat;\npengetam\n sejenis angkup atau penyepit, cunam." "ketam II\nmengetam\n menuai atau memotong padi dengan ani-ani dan lain-lain:\nkerja menuai atau ~ dijalankan dalam bulan Februari apabila padi sudah masak;\npengetaman\n perihal (perbuatan dan sebagainya) memotong padi (dengan pengetam), penuaian;\npengetam\n sejenis pisau yang tidak berhulu (digunakan untuk menuai padi), ani-ani, tuai." "ketam III\nsejenis alat untuk melicinkan kayu (papan dan lain-lain);\n jenis-jenisnya:\n~ betina, ~ lidah, ~ panjang, \ndan lain-lain;\n~ golek \nsejenis ketam yang digunakan untuk melicinkan bahagian tepi dan permukaan kecil kayu yang cembung;\n \n~ pangkas \nsejenis ketam untuk melicinkan hujung kayu secara melintang ira, biasanya sangat berguna untuk membuat kerja pertukangan yang kecil;\n \n~ pelicin \nsejenis ketam yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu;\nberketam\n (telah) dilicinkan dengan ketam, diketam:\npapan tidak~;\nmengetam\n melicinkan kayu dengan ketam;\npengetaman\n1.\n kerja mengetam (papan dan sebagainya);\n2.\n tahi ketam, tatal." "ketam IV\nsejenis binatang, kulit luarnya keras, berkaki sepuluh dan bersepit, \nCancer spp.\n;\n jenis-jenisnya:\n~ bangkang, ~ batu, ~ galah, ~ kajang, ~ padang, ~ pasir, ~ renjung, ~ ukas, \ndan lain-lain;\n \n~ batu \nki sangat kedekut (bakhil);\n~ menyuruh anaknya berjalan betul \n(peribahasa) orang yang menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak berlaku seperti yang dinasihatinya;\n \n(kuat ikan kerana radai) kuat burung kerana sayap, kuat ~ kerana sepit \n(peribahasa) kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya." "ketambak\nsejenis ikan laut, bawal tambak, \nPampus chinensis." "ketampi\ntumbuk ~ \nsejenis burung, burung hantu, \nKetupa zeylonensis leschenault." "ketan\npulut, \nOryza sativa;\n~ seri kaya \n[Indonesia] sejenis makanan (pulut yang dicampur dengan air gula)." "ketang I\n[arkaik] tegang, erat (berkenaan (dengan) ikatan tali atau lilitan tali pinggang), ketat atau sempit (berkenaan (dengan) pakaian)." "ketang II\nsejenis ikan laut, kendang, \nScatophagus argus;\n~ lada \nsejenis ikan laut, \nSiganidae." "ketang III\n~ tanduk\n sejenis tumbuhan (pokok renek), pakau jantan, segombang paya, seriyan putih, setebal paya, susuh ayam, \nKibara\n \ncartacea." "ketap\nmengetap, mengetapkan\n mengatupkan rapat-rapat, merapatkan;\n \n~\n \nbibir (gigi) \nmengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat:\nbeberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan mengetap-ngetapkan giginya." "ketapak\ntapak, alas, batu alas tiang, dan lain-lain:\ndisuruhnya membuat ~ di pintu istana." "ketapang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), bijinya menghasilkan minyak untuk dibuat ubat, lingtak, \nTerminalia catappa;\n 2.\n sejenis tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru laut, \nGuertarda speciosa." "ketapi\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), kecapi, \nSandoricum nervosum." "ketapik\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVentilago maingayi." "ketar I\n~\n \ngegar (kenaling) \n[Kelantan] gentar, sangat takut;\nterketar-ketar\n menggeletar, gementar (kerana takut dan lain-lain), menggigil:\ndia kelihatan ~ kerana ketakutan\n." "ketar II\nrasa pahit bercampur pedas (seperti getir)." "ketara\nnyata, terang kelihatan:\nkecurangannya tidak ~ kepada suaminya atau jiran-jirannya;\nkentara;\nkeketaraan\n perihal (keadaan atau sifat) ketara:\nbahan itu mengandungi penyerap cahaya khas untuk mengurangkan ~ liang roma dan garis halus pada muka." "ketarap\nsejenis ikan laut, \nCallyodon ghobban." "ketat\n1.\n tidak longgar (berkenaan (dengan) tutup pada botol dan lain-lain), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (berkenaan (dengan) pakaian):\nditutupnya botol itu dengan sumbat gabus hingga ~; \ndalam syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yang suka berpakaian ~\n;\n 2.\n [kiasan] keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (berkenaan (dengan) peraturan, perintah, dan lain-lain), tidak boleh diubah atau dipinda (berkenaan (dengan) perkataan, perjanjian, dan lain-lain):\nundang-undang dan perintah-perintah yang ~ telah dikenakan dalam masa berlakunya darurat; \nmusuh ~ \nmusuh keras (besar);\n3.\n [kiasan] teliti dan rapi (berkenaan (dengan) kawalan, pengawasan, dan sebagainya):\ntempat-tempat yang penting dikawal ~ siang dan malam; \npintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dengan ~ oleh askar-askar yang bersenjata; \n4.\n [kiasan] penuh dengan berbagai-bagai aktiviti, kerja dan sebagainya sehingga tiada masa lapang yang terluang (berkenaan (dengan) jadual, program dan sebagainya):\nmemang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat;\nmengetatkan\n1.\n menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dan lain-lain), mencerut (tali pinggang dan lain-lain):\nskru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut;\n 2.\n [kiasan] menjadikan keras atau sukar (peraturan dan lain-lain);\n3.\n menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dan lain-lain):\nlangkah pertama untuk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum untuk orang ramai;\nmemperketat\n menjadikan lebih ketat (ikatan tali, peraturan, kawalan, dan sebagainya):\nbeliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat;\nkeketatan\n perihal (keadaan dan sebagainya) ketat:\nbahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa;\npengetatan\n perihal (perbuatan) mengetatkan;\npengetat\n alat untuk mengetatkan (menerikkan, mempererat)." "ketaton\n[Jawa] luka, tercedera;\n \nseperti banting ~ \nmengamuk dengan hebat." "ketawa I\ntawa." "ketawa II\n~\n \nudang \nsejenis tumbuhan (pokok) katak (keretak, otak) udang, pauh hutan (pipit), rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), \nBuchanania sessifolia." "ketaya I\nsejenis obor (suluh) yang dibuat daripada buluh dan dibubuh damar pada hujungnya (untuk dibakar)." "ketaya II\n[Minangkabau] tali (daripada rotan yang berpilin) yang diikatkan pada leher lembu dan lain-lain dan pada bom pedati." "ketayap I\nkopiah (songkok) putih:\nImam Dolah membuka ~nya sambil menggaru kepala;\n~\n \ncendawan\n bahagian atas cendawan (yang mengembang lebar);\nberketayap\n memakai ketayap:\nlelaki penjual buah yang ~ putih itu tersenyum hambar." "ketayap II\nkuih ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang didadar dan digulung dengan inti di dalamnya." "ketegar\n=\n \n~\nhati \ntidak mahu menurut kata (nasihat) orang, tegar (keras) hati, keras kepala." "ketek\n[Jawa] kera, monyet." "ketek I\n[Jakarta] ketiak;\nmengeteki\n menggeletek (mengilik-ngilik) ketiak, menggelikan (dengan mengusik-usik ketiak)." "ketek II\n[Minangkabau] kecil." "ketek III\n[Terengganu]\n1.\n kancing, butang baju;\n2.\n mencuri:\ntidak baik ~ hak orang, berdosa!" "ketel I\n[Jawa]\n1.\n rimbun (pokok), lebat (daun);\n 2.\n padat atau penuh sesak (orang atau penduduk negeri dan lain-lain)." "ketel II\n[Jakarta] titik (air), titis;\nseketel\n setitik, setitis;\nberketel, berketel-ketel\n bertitik-titik (air mata dan lain-lain)." "ketel III\n1.\n sejenis cerek;\n 2.\n sejenis kuali besi (untuk memasak nasi dan lain-lain);\n3.\n =\n ~\n \nkukus \nsejenis tangki (di kapal, di kepala kereta api, dan lain-lain) tempat memanaskan air bagi mendapatkan wap untuk menjalankan enjin." "ketela\n[Kedah] sejenis tumbuhan (pokok) dan buahnya, betik, kepaya, \nCarica papaya;\n~ kayu\n sejenis tumbuhan (pokok dan ubinya), ubi kayu, singkung, \nManihot utilissima; \nubi ~ \nkeledek, sejenis tumbuhan (pokok menjalar dan ubinya), \nIpomoea batatas." "ketemu\n[Jakarta] bertemu, berjumpa, terdapat:\nmereka berjanji akan ~ malam itu di kelab;\n~ akal\n diterima akal (masuk akal);\n \nsiang ~ siang \nsiang hingga siang lagi;\nmengetemui\n menemui, menjumpai, mendapatkan:\nkedua-dua orang yang dicari itu masih belum diketemui;\nmengetemukan\n1.\n mengetemui, menemui:\nmengapa tidak aku ketemukan kau lebih dahulu;\n 2.\n menemukan, mendapatkan:\nbintang-bintang pun menjadi sasaran penyelidikan, sejak teleskop diketemukan;\n3.\n mempertemukan:\nMansur meminta supaya Yusuf dan Yakub diketemukan;\nketemuan\n (sesuatu) yang diketemui (didapati):\n ini adalah ~ yang paling besar;\ntemu I." "keteng\n[arkaik] sejenis wang tembaga (nilainya kira-kira setengah sen), keping, peser, rini;\nseketeng\n [arkaik] setengah duit (sen), sepeser, serini;\nmengeteng\n membeli secara runcit, membeli eceran, membeli dengan berdikit-dikit:\nada wang bolehlah memborong, tiada wang ~ sahaja; \nmengetengi\n membahagi-bahagi (barang-barang dagangan) untuk dijual secara runcit;\nmengetengkan\n menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit;\nketengan\n eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (berkenaan (dengan) penjualan atau pembelian barang-barang);\n \nharga ~ \nharga runcit, harga barang yang dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit." "ketenggah\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), kemuning badak, kemuning gajah, kemuning limau, \nMemillia caloxylon." "ketenun\n[Kedah] sejenis serangga, mentadak, mentadu, \nMantis religiosa." "ketepeng\n[Jawa] sejenis tumbuhan (herba), gelenggang kecil (nasi, padang, sayur), \nCassia obtusifolia;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), kacang kota, C\nassia occidentalis." "ketepil\n[Indonesia-Belanda] alat untuk menembakkan (melepaskan) batu kecil, lastik, jepretan." "keteping\nsejenis tumbuhan (herba), kemaman, maman jeruk (pantai, putih), \nCleome icosandra (vircosa)." "keter\n[Terengganu] kerinting sedikit (pada rambut, daun pokok yang terbantut):\npokok mempelam yang Pak Man tanam ~. Agaknya tidak dibubuh baja." "ketereh\n[Kelantan], [Terengganu] pokok (buah) gajus, \nAnacardium occidantale." "ketering\ncincin ~ \ncincin yang permatanya boleh ditanggalkan." "ketes\n[Indonesia] titis (air dan lain-lain), titik (air);\nmengetesi\n menitiskan atau menitikkan (air) pada." "ketetel\nmelompat-lompat dan tidak ligat putaran atau pusingannya (gasing);\n \nekonomi ~\n ekonomi yang tidak stabil atau tidak tetap keadaannya." "keteter\n[Jakarta]\n1.\n tertinggal jauh di belakang, jauh ketinggalan;\n 2.\n hampir kalah." "keti I\n[sastera lama] seratus ribu:\nada dua ~ rakyat Jawa yang pergi itu;\nberketi-keti\n beratus-ratus ribu." "keti II\n[arkaik];\nanak ~ \nsejenis bola daripada kayu." "keti III\n[Minangkabau];\nmengeti\n menimbang (berat sesuatu);\nkati I." "keti-keti\nsejenis lebah kecil." "ketiak I\nbahagian yang lekuk di antara pangkal lengan dengan badan:\nPak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya;\n~ daun\n sudut atas antara daun dengan batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah;\n \ndi bawah ~ orang\n di bawah kekuasaan (perintah) orang;\n \nseperti ~ ular\n = \nberketiak ular \npanjang lebar (percakapan, penerangan, dan lain-lain);\n \nmengembang(kan) ~ hamis \n(peribahasa) mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri." "ketiak II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), jenjagung, limau hutan, melaman, rejang, \nAcronychia laurifilia;\n 2.\n sejenis tumbuhan (pokok), belangkas hutan, kabuk, \nAcronychia porteri." "ketial\n[arkaik]\n1.\n sangat ketat atau kuat melekat (tidak mudah tercabut);\n 2.\n susah hendak bergerak (kerana gemuk dan lain-lain):\ntok imam memang ~ orangnya, hendak beralih duduk pun susah." "ketiap\n[arkaik] sejenis perahu yang digunakan di sungai." "ketiar\n[bahasa percakapan] ikhtiar." "ketiau\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), getah sundih, melawis, nyatuh balam, nyatuh perca, \nMadhuca sericea; \nminyak ~ \nminyak yang diperoleh daripada biji pokok ketiau;\n 2.\n sejenis tumbuhan (pokok), nyatuh babi (kaku, paya), \nPalaquium xanthocymum." "ketidakkeruanan\nkeadaan tidak keruan;\n keadaan tidak tentu arah:\n ~ hidup manusia." "ketiding\n[Minangkabau] sejenis bakul besar daripada rotan (tempat menyimpan beras)." "ketik I\nbunyi seperti bunyi jam (mesin taip dan lain-lain);\njuru ~ \n[Indonesia] jurutaip;\n \nmesin ~ \n[Indonesia] mesin taip;\nberketik\n1.\n berbunyi seperti bunyi mesin taip dan lain-lain;\n 2.\n [Kelantan] bersuara;\n \ntidak ~ \ntidak bersuara (kerana takut dan lain-lain);\nmengetik\n1.\n berbunyi seperti bunyi jam (mesin taip dan lain-lain);\n 2.\n menjentik, mengetis, menyentil (dengan jari);\n3.\n menaip:\n~\n \nsurat;\nketikan\n hasil mengetik, yang diketik;\n \n~\n \njari \nketukan (pukulan) jari (pada papan dan lain-lain):\nmereka menyanyikan lagu itu dengan gelengan kepala dan ~ jari yang menandakan keasyikan." "ketik II\nkaki serangga (belalang, cengkerik, dan lain-lain) yang panjang;\n= ketis II." "ketik III\n[Kelantan];\nmengetik\n1.\n mencuri (benda-benda yang tidak seberapa harganya);\n 2.\n memagut atau menggigit (berkenaan (dengan) ular, lipan, dan lain-lain)." "ketika I\nwaktu (yang sangat singkat atau yang tertentu), saat, masa:\napabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; \nada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia daripada kaum lelaki; \nkeadaan sunyi senyap untuk beberapa ~; \nsampai pada masa ~nya \nsampai pada waktunya;\nseketika\n1.\n sesaat, sebentar, sekejap:\nkedua-duanya terdiam ~; \ndengan ~ \ndengan segera (pada saat itu juga):\ndengan ~ itu juga datanglah iparnya;\n 2.\n tatkala, (pada) waktu:\nfikirannya ~ itu amat kusut; \n(pada) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak;\n3.\n [sastera lama] saat (waktu) yang ada sangkut-pautnya dengan ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dan lain-lain;\n \n~\n \nlima (empat, tujuh) \npembahagian waktu kepada lima (empat, tujuh) bahagian dalam penujuman;\n \nmelihat (mencari) ~ \nmelihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yang baik;\nberketika\n1.\n menjaga waktu (hendak membuat sesuatu), tidak sembarang waktu:\nanak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; \ndengan tiada ~ \ndengan tidak berketentuan waktu;\n 2.\n kena (munasabah) pada waktunya:\ngurau senda yang tidak ~ itu mungkin membawa kepada perselisihan." "ketika II\nbintang ~ \nbintang tujuh;\nkartika." "ketil\nseketil\n secubit, segentel, sejemput;\nberketil-ketil\n bergentel-gentel, berbutir kecil-kecil;\nmengetil\n1.\n memotong (menghiris) sedikit;\n 2.\n mengerip, mengunggis;\n3.\n mencubit:\nanak itu menangis terjerit-jerit kerana diketil ibunya;\n ketilan\n hasil mengetil, getilan, cubitan." "ketilang\nburung nilam;\n= kutilang." "ketimaha\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya digunakan untuk membuat hulu dan sarung keris dan lain-lain), temahai, timaha, timanga, katimaha,\n Kleinhovia hospita." "ketimbir\n[Kelantan], [Terrenganu] tembel (pada mata)." "ketimbul\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) kulur, sukun, \nArtocarpus communis." "ketimbung I\nbunyi air ditepuk;\nberketimbung, berketimbungan\n bermain dalam air sambil menepuk-nepuk air (hingga berbunyi mengikut sesuatu rentak), kecimpung." "ketimbung II\nsejenis tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, nasi sejuk, pokok sedang, serapat, \nSalacia flavescens" "ketimpung\nketimbung I." "ketimun\n[Jawa] mentimun." "keting\nbahagian kaki di belakang buku lali;\n \nurat ~ \nurat pada keting;\nmengeting\n1.\n [sastera lama] memotong (memutuskan) urat keting (sebagai hukuman);\n2.\n menendang keting seseorang." "ketingting\nsejenis permainan lompat-lompat (oleh kanak-kanak), tingting, ciak tinting." "ketip I\n1. = pengetip\n gigitan binatang-binatang kecil (seperti agas dan lain-lain);\n 2. = pengetip\n = \n~\n \n(pengetip) kuku \nsejenis alat untuk memotong atau mengerat kuku;\nmengetip l.\n menggigit (berkenaan (dengan) agas dan lain-lain);\n 2.\n mencubit (tidak kuat-kuat);\n3.\n memotong atau mengerat (kuku) dengan sejenis alat:\n~\n \nkuku." "ketip II\n[Indonesia] mata wang yang kecil nilainya (kira-kira sepuluh sen), picis;\nseketip\n sepuluh sen, sepicis." "ketip-ketip\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sebuih, \nGouania javanica." "ketipung I\nsejenis gendang kecil." "ketipung II\nketimbung I." "ketirah\nsejenis tumbuhan yang berdaun merah." "ketis I\nmengetis\n menjentik (benda kecil yang melekat) supaya terpelanting atau tercampak:\n~\n \nulat di baju." "ketis II\nkaki serangga;\n= ketik II." "ketit\n[Kedah] menggigit:\nsemut ~ budak itu." "ketitir\nsejenis burung merbuk." "ketoka\nketuka." "ketola\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), petola hutan (sagi, sanding), \nLuffa acutangula;\n~ ular\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), petola ular, timun bengkok, \nTrichosanthes anguina; \nakar ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar petola hutan, akar ara bukit, \nAristolochia tagala." "ketombe\n[Jakarta] kelemumur." "keton\n(Kimia) kumpulan sebatian organik yang terdiri daripada dua kumpulan hidrokarbon yang dirangkaikan oleh kumpulan karbonil, digunakan untuk membuat cat dan bahan letupan." "ketongkeng\ntongkeng I." "ketopong\nsejenis topi tinggi yang dipakai di kepala sebagai perhiasan;\n \n~ besi \ntopi besi (dipakai oleh perajurit-perajurit zaman dahulu);\nberketopong\n memakai ketopong:\ntujuh puluh hulubalang berbaju zirah, ~ besi berdiri di kanan Kisna rayana." "ketoprak I\n[Jawa] lakonan yang ceritanya disampaikan dengan nyanyian dan tarian berserta bunyi-bunyian." "ketoprak II\n[Jakarta] tauhu goreng dibubuh tauge dan kicap." "ketot\nkecil (kerana terencat atau terbantut tumbuhnya), kemetot, keretot;\n \nbudak ~; \npokok ~." "ketoyong\n[Perak] terbalik dengan kepalanya ke bawah dan pakunya ke atas (berkenaan (dengan) gasing yang berpusing ligat)." "ketrok\n[Jakarta] [arkaik];\nmengetrok\n mengetuk, memukul;\nketuk I." "ketu I\n[Jawa] sejenis kopiah (dipakai oleh orang yang bertapa dan lain-lain);\n \n~\n \nudeng \nkain yang diikat di kepala sebagai ketu." "ketu II\n[Kedah]\n1.\n memetik (pucuk);\n2.\n mencubit." "ketua\n1.\n orang yang tertua dan banyak pengalamannya (dalam kampung dan lain-lain);\n 2.\n orang yang mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dan lain-lain):\n~\n \npersatuan;\n~ pengarang; \nguru ~ \nguru besar (kepala sekolah);\n~ adat \npemimpin yang dilantik mengikut adat untuk mengawasi perjalanan adat (dalam kampung, suku, dan lain-lain);\n \n~ jurumasak \ncef;\n \n~\n \nkampung \norang yang mengepalai kampung, penghulu kampung;\n \n~ kerajaan \npemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yang dilantik daripada ketua parti politik yang memerintah:\n~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia\n;\n \n~\n \nMenteri\n menteri yang mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dalam negeri bahagian):\n~\n \nMenteri Melaka;\n~ Menteri Sabah;\n~ muda \nwakil ketua;\n \n~ murid \nmurid yang dijadikan ketua bagi semua murid;\n \n~\n \nnegara \npemimpin tertinggi sesebuah negara yang terdiri daripada seseorang raja atau pemimpin parti politik yang memerintah:\n~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong\n;\n \n~\n \npejabat \norang yang mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat;\n \n~\n \nsatu\n ketua yang terkanan (terpenting) sekali (dalam pertubuhan dan lain-lain);\nberketuakan\n mempunyai seseorang sebagai ketua:\nperkumpulan itu ~ seorang wanita;\nmengetuai\n mengepalai (pertubuhan dan lain-lain), memimpin, menjadi ketua kepada:\nMenteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut;\nmengetuakan\n1.\n mengetuai:\npasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman;\n 2.\n mengangkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sebagai ketua;\npengetua\n orang yang mengetuai (mengepalai), ketua;\n \n~ maktab." "ketual\n[arkaik] pegawai polis;\n= katwal\n." "ketuat\nbiji atau bintil daging yang kecil dan keras (pada anggota atau tubuh), mata ikan." "ketuau\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar tuau, daun patuk tuau, \nThunbergia laurifolia." "ketubah\n[bahasa percakapan] khutbah." "ketuban\ntuban-tuban." "ketuhar\nsejenis dapur tertutup yang dipanaskan untuk membakar, memanggang, dan sebagainya, oven;\n~\n \nmikrogelombang\n sejenis ketuhar yang menggunakan gelombang mikro untuk memasak makanan dengan cepat;\n \n~ perolakan \n(ERT) ketuhar yang menggunakan perolakan haba untuk memasak makanan." "ketui\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), selang, setui, \nDerris trifoliata." "ketuir\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang tumbuh di tepi pantai), \nClerodendron inerma." "ketuk I\npukulan (dengan buku jari dan lain-lain) pada pintu dan lain-lain;\n \n~ buluh\n = \nketuk-ketuk; \n~\n \nkadal \nsejenis permainan kanak-kanak yang terdiri daripada bilah buluh yang diketuk-ketuk;\nketuk-ketuk\n sejenis alat daripada kayu berongga atau buluh yang dipukul kerana sesuatu sebab (untuk memberitahu waktu sembahyang, memanggil orang berhimpun, dan lain-lain), kentung-kentung, tongtong:\n~\n \ndi masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang;\nmengetuk\n memukul dengan buku jari, memukul dengan palu atau sesuatu alat:\npintu kamarnya diketuk orang;\n~ paku dengan tukul;\n~ kawat \nmenghantar telegram;\nmengetukkan\n mengetuk untuk:\nnanti aku pula jadi mangsa untuk ~ engkau pintu.;\n ketukan\n (bunyi) pukulan dengan buku jari atau sesuatu alat, ketuk;\npengetuk\n sesuatu yang digunakan untuk mengetuk, tukul." "ketuk II\nbunyi ayam yang baru bertelur;\nberketuk\n berbunyi (berkenaan (dengan) ayam yang baru bertelur), berkotek;\nbarang siapa yang ~ dialah yang bertelur \n(peribahasa) orang yang berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yang telah melakukan perkara yang disindirkan itu;\n \n~ di luar sangkar, bertanam di luar pagar \n(peribahasa) mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan." "ketuk III\nsejenis alat bunyi-bunyian seperti canang besar." "ketuk IV\n~\n \nubi \nsejenis makanan yang dibuat daripada ubi rebus yang ditumbuk dan dimakan dengan kelapa parut dan gula." "ketuka\nsejenis ikan pari kecil;\n= setoka." "ketul I\ngumpal, kepal (nasi, tanah, dan lain-lain), kerat (tulang, kayu, dan lain-lain);\nseketul\n segumpal, sekepal (nasi, tanah, dan lain-lain);\n sekerat (tulang dan lain-lain);\nberketul-ketul\n bergumpal-gumpal, berkepal-kepal;\nketulan\n gumpalan, kepalan, ketul;\n \n~\n \ntanah \ngumpal tanah yang padat." "ketul II\ntegang berkedut (urat dan lain-lain);\nmengetulkan; \n~\n \nkaki\n membengkokkan (melipatkan) kaki yang terlunjur;\npengetul; \nurat (otot) ~ \nurat (otot) pada belakang lutut." "ketul III\n[Jawa] [arkaik] tumpul." "ketum\nsejenis tumbuhan (pokok), bia, biak, \nMitragyna speciosa." "ketumbak\nsejenis tumbuhan (herba), ketumbit, \nLeucas lavandulifolia (Leucas zeylanica)." "ketumbar\nsejenis tumbuhan (pokok dan bijinya yang dijadikan rempah), \nCoriandrum sativum;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek);\na) gambir badak, gambir-gambir (akar), gegambir jantan, kecam, \nMaesa ramentacea;\nb) lidah ular, sedeguri, \nSida acuta;\n~ jawa \nsejenis tumbuhan (herba), jeruju gunung, kangkung gunung, \nEryngium foetidum." "ketumbe\n[Jakarta] kelemumur, ketombe." "ketumbi I\n= ketombe, ketumbe." "ketumbi II\ntahi yang paling akhir keluarnya;\n \n~\n \ntahi ayam \nki orang yang hina sekali." "ketumbit I\n1.\n sejenis tumbuhan (herba) ketumbak, \nLeucas lavandulifolia;\n 2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nSaurauja tristyla\n;\n \n~\n \nakar \nsejenis tumbuhan (herba), rumput anak temot, rumput setandang, rumput setawar, rumput sumpu, rumput susur, \nBorreria articularis (hispida);\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (herba), \nPolyangala venenosa;\n~ jantan\n sejenis tumbuhan (rumpai), tetambak merah, \nEmilia sonchifolia;\n~ padang \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput babi, \nSynedrella nodiflora\n." "ketumbit II\n[Kedah], [Perak] bintil atau tembel (pada mata)." "ketumbu\nsejenis bakul yang bertutup." "ketumbuk\n~\n \nketampi \nsejenis burung hantu, burung hantu kuning." "ketumpang\n[Jawa] sejenis tumbuhan (herba), ekor kucing, \nDysophylla auricularia." "ketun\n= \nringgit ~ \n[sastera lama] wang ringgit." "ketung I\nmengetung\n [Kedah] memotong (mematahkan) bahagian atas pokok." "ketung II\nbunyi seperti bunyi buluh dipukul;\nkentung." "ketung III\n~ pulut\n sejenis tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapat, kerak nasi paya, keremak, keremak bukit, kernau, rumput loh, \nAlternanthera triandra." "ketungging\n[Indonesia] sejenis kala yang besar dan berwarna hitam." "ketup I\n= ketup-ketup\n bunyi kasut di atas lantai dan lain-lain." "ketup II\nmengetup\n = \n~ geraham\n mengancingkan geraham;\nkatup I." "ketupat\nnasi yang dimasak dalam kelongsong daun kelapa, daun nipah dan lain-lain yang dianyam:\n~ bawang;\n~ pasar \ndan lain-lain;\n \n~ bangkahulu\na) ketupat yang besar;\n b) [bahasa percakapan] tinju (yang keras), genggaman (tangan);\n \nbelah ~\n (bentuk) segi empat selari yang sama panjang sempadannya." "ketupuk\nsejenis burung." "ketur I\ntempat ludah:\nberludah ke dalam ~." "ketur II\nberketur\n berbunyi (berkenaan (dengan) katak)." "ketus I\nmengetus\n [Perak] mengeringkan (pinggan dan lain-lain) dengan membiarkan airnya menitis;\nmengetuskan\n membiarkan air yang ada pada sesuatu yang dibasuh menitik keluar;\npengetus; \n~ piring (pinggan dan lain-lain) \nrangka tempat diletakkan piring (pinggan dan lain-lain) supaya menitis airnya hingga kering." "ketus II\n[Jakarta] cerewet, bengis, pemarah." "ketut\nberketut\n [Kelantan], [Terengganu] bengkak kemerah-merahan pada mata (kerana sakit mata)." "ketutu I\nsejenis ikan darat, belantuh, \nOxyeleotris marmoratus." "ketutu II, ketutuh\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gasing putih, gegasing, kelempenang, mempenang, \nPericampylus glaucus (incanus)." "kewalahan\n[Jawa] [arkaik] tidak terlawan (terkerjakan dan lain-lain) kerana terlalu banyak;\n tidak berupaya (melakukan sesuatu):\nsasterawan nampaknya ~ memberi jawaban dan menghadapi fragmen-fragmen yang membanjiri hidup akhir-akhir ini." "keweh\nkerbau ~ \nkerbau yang tanduknya bengkok ke bawah." "kewek\n[Kelantan], [Terengganu] bengkok, tidak lurus (kaki, tulang, dan lain-lain);\n \nkerbau ~ \nkerbau keweh." "kg I\n[kependekan] kilogram." "Kg. II\n[kependekan] Kampung." "KGB\nkep\n Komitet Gosudarstvennoi Bezopasnosti\n (agensi perisik Soviet Union yang hampir sama fungsinya dengan CIA di Amerika Syarikat)." "KGLM/PTM\n[kependekan] Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Persekutuan Tanah Melayu." "KGMK\n[kependekan] Kesatuan Guru-Guru Melayu Kelantan." "kha\n1.\n huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600);\n2.\n huruf kelapan abjad Jawi." "khabar\n[Arab]\n 1. = perkhabaran\n laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta:\nsudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dari kampung;\n~ (-khabar) angin \nkhabar yang belum atau tidak pasti kebenarannya;\n ~ baik \nkhabar yang menggembirakan (menyenangkan);\n \n~ buruk \nkhabar yang mendukacitakan (mencemaskan);\n \napa ~ \nbagaimana hal atau keadaan (diri seseorang);\n \npecah ~\n merebak berita;\n \nsurat ~\n = \nkertas ~ \nark naskhah (lembaran kertas) yang mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian;\n2.\n = \n~ akan\n = \nkhabarkan\n sedar (akan);\n \ntidak ~ akan (khabarkan) dirinya \ntidak sedar (seperti orang yang tidur lena), pengsan:\ndia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dari bangunan tinggi pada hari itu; \nindah ~ dari rupa (berita) \n(peribahasa) khabar atau percakapan orang selalunya melebih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dan lain-lain) sesuatu daripada keadaannya yang sebenar;\nkhabarnya\n menurut khabar, kata orang:\n~ Hamid telah berkahwin lagi;\n berkhabar, berkhabarkan\n berkata-kata, bercerita, memberitahu:\nmaka ~lah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; \ndiamlah ia tiada mahu ~ lagi; \nia berkhabarkan kepada kami di dalam mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu;\n mengkhabarkan\n memaklumkan, memberitahukan, memberitakan:\nsaya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya;\n terkhabar\n tersiar khabar, diberitakan, diceritakan;\nperkhabaran\n khabar, berita, pemberitahuan:\ndapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; \ndengan adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum." "khabuli\nkebuli." "khadam\n[Arab] hamba, orang suruhan (gajian), pelayan:\nbeberapa tahun lamanya ia menjadi seorang ~ yang setia dan menurut perintah tuannya;\nmengkhadamkan\n menjadikan khadam:\n~ diri kepada perpaduan umat Islam." "khair\n[Arab] baik, elok." "khairat\nkebajikan, derma, sedekah;\n \npersatuan ~ kematian\n persatuan yang mengumpulkan wang (yuran) untuk kebajikan ahli-ahlinya yang meninggal dunia (mis untuk belanja mengebumikannya);\nberkhairat\n berbuat kebajikan, berderma, bersedekah:\nbeliau dikenali sebagai seorang dermawan yang telah banyak ~ kepada orang miskin." "khakan\n(Parsi) [sastera lama] maharaja." "khaki\nkain ~ \nkain tebal berwarna kuning tua atau kuning gelap biasanya digunakan untuk membuat pakaian seragam polis atau tentera." "khalaik\nkhalayak." "khalak\n[arkaik]\n1.\n ciptaan Tuhan;\n2.\n ciptaan, buatan (sesuatu barang);\n \nhalus ~nya \nhalus buatannya." "khalasi, khalasyi\n[sastera lama] kelasi." "khalayak\n[Arab]\n1.\n segala yang dicipta oleh Tuhan, makhluk, manusia:\nmaka segala ~ pun kembalilah masing-masing ke rumahnya;\n2.\n = \n~ ramai\n orang ramai, orang banyak, umum:\nia berasa sangat malu kerana dihina di depan ~ ramai;\n 3.\n orang ramai yang menjadi pembaca (pendengar atau penonton) hasil ciptaan sastera atau seni, para pembaca (para pendengar atau para penonton)." "khali\n[Arab] diam (tidak berbuat apa-apa), berhenti berbuat sesuatu, lalai (daripada berbuat sesuatu);\n \ntiada ~ \ntidak berhenti atau lalai daripada (berbuat sesuatu):\nPak Pandir pun tiada ~ lagi daripada melihat lukahnya; \ntidak ~ berbuat ibadat\n sentiasa (selalu) berbuat ibadat." "khalifah\n[Arab]\n1.\n pengganti (kpada Nabi Muhammad SAW), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam:\nSayidina Abu Bakar menjadi ~ yang pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW;\n~ Allah \nsetiap insan yang diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah;\n2.\n = \n~ dabus \nketua (pemimpin) permainan dabus:\nahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak;\n3.\n [arkaik] ketua murid;\nkekhalifahan\n keadaan (gaya) seseorang khalifah yang menjalankan tugasnya\n: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis\n." "khalifatullah\n[Arab] khalifah Allah." "Khalik\n[Arab] Yang Menjadikan (iaitu Allah);\n \n~ alalam \nYang Menjadikan alam (iaitu Allah);\n \n~ albahri \nYang Menjadikan lautan (iaitu Allah)." "khalikah\n[Arab]\n1.\n perihal menjadikan;\n2.\n yang dijadikan atau dicipta (oleh Tuhan), alam, makhluk;\n \n~ raya \nalam yang luas;\n3.\n pekerti, sifat, tabiat, watak." "khalil\n[Arab] sahabat;\n \n~ Allah \nsahabat Allah (gelaran bagi Nabi Ibrahim)." "khalilullah\n[Arab] khalil Allah." "khalis\ntidak cemar (bernoda), bersih, suci, murni." "khalkah\n[arkaik] [Arab] \n= halkah." "khalwat\n[Arab]\n1.\n perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain);\n 2.\n hal berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi, antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang:\nkejadian-kejadian ~ yang menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden;\n berkhalwat\n \n1.\n mengasingkan (memencilkan diri di tempat yang sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dan lain-lain):\nTun Kesturi pun bertemu dengan Laksamana di dalam rumah ~ tiada dapat berkata-kata dengan seorang jua pun;\n 2.\n berada berdua-duaan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang terpencil atau tersembunyi (berkenaan (dengan) lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri):\nseorang isteri yang mempunyai anak dituduh ~ dengan seorang teruna di dalam sebuah bilik." "khamar\n[Arab] minuman keras yang dibuat daripada anggur." "khamir\nbergaul dengan ragi." "Khamis\n[Arab] hari kelima dalam seminggu, selepas hari Rabu." "khamsin\n(Geografi) angin gurun yang panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah." "khanah\n[Arab] tempat simpan barang;\n \najaib ~\n rumah tempat dipertunjukkan barang-barang ajaib, muzium;\n \nkutub~\n perpustakaan." "khanjar\nsejenis parang atau pedang yang besar (bengkok)." "kharab\nrosak, binasa, hilang atau berkurang penduduknya." "kharaj\n[Arab] cukai hasil daripada kegiatan ekonomi yang dikenakan ke atas individu bukan Islam." "kharajat\nkerajat II\n." "khas\n[Arab] yang diperuntukkan atau ditentukan (untuk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dan lain-lain), khusus, istimewa (untuk seseorang atau sesuatu):\nrumah-rumah itu dibina ~ untuk pegawai-pegawai kerajaan; \njawatankuasa ~ \njawatankuasa yang bertanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dan lain-lain) sesuatu perkara tertentu;\n \nmata-mata (polis) ~ \nmata-mata (polis) yang menjalankan sesuatu tugas tertentu;\n \npembantu ~ \npembantu kepada seseorang (pegawai) yang tertentu;\nmengekhaskan\n mengkhususkan, mengistimewakan, menguntukkan (bagi orang, kegunaan, dan lain-lain yang tertentu):\nkawasan yang dikhaskan untuk memelihara binatang ternakan; \nasrama yang dikhaskan untuk penuntut-penuntut perempuan;\n terkhas\n terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kepada):\nperpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kepada penuntut-penuntut sahaja;\n kekhasan\n kekhususan, keistimewaan, keunggulan:\n reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yang kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita." "khasah\n[arkaik] kain yang halus nipis dan jarang-jarang tenunannya, (kain) kasa." "khasiat\nfaedah atau kebaikan yang khas (dalam ubat, makanan, dan lain-lain), keistimewaan, manfaat:\nmakanan seperti daging, telur, mentega mendatangkan banyak ~ kepada tubuh badan; \nilmu ~ ubat \npengetahuan tentang bahan-bahan ubat dan khasiatnya;\nberkhasiat\n mengandungi (memberikan) khasiat:\nsetengah-setengah jenis makanan lebih ~ daripada yang lain;\n mengkhasiati\n [arkaik] menyelidik (menentukan) khasiat sesuatu benda." "khat\n[Arab] tulisan tangan yang cantik, yang dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas, kaligrafi:\nseni ~;\nmengekhatkan\n menuliskan sesuatu (tulisan Jawi, ayat al-Quran) dengan tangan:\nserangkap ayat al-Quran yang dikhatkannya di atas kertas sutera bernilai RM10 ribu." "khatam\n1.\n [sastera lama] cincin meterai;\n \n~ Sulaiman \ncincin meterai Nabi Sulaiman;\n2.\n tamat, selesai, habis;\n \n~ kaji \na) tamat belajar;\n b) = \n~ Quran \n= \n~ mengaji\n tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran;\n3.\n penghabisan, terakhir, penutup;\n \n~ al-anbia \n= \n~ segala Nabi\n yang terakhir daripada segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW;\nberkhatam; \n~ pengajian (Quran) \ntamat kajian (bacaan Quran);\nmengkhatamkan\n menamatkan (bacaan, kajian, dan lain-lain):\n~ Quran; \nbanyak daripada murid-muridnya yang sudah dikhatamkan \nditamatkan pengajian mereka." "khatan\nsunat (memotong kulup);\nberkhatan\n bersunat, bersuci, potong kulup:\norang Islam ~ sewaktu masih kecil lagi;\n mengkhatankan\n menyunati:\nbiasanya diadakan kenduri apabila ~ anak;\nperkhatanan\n perbuatan (upacara) berkhatan atau bersunat;\npengkhatanan\n perihal atau perbuatan mengkhatankan:\nbegitu juga mengenai masalah ~ kanak-kanak perempuan yang sudah biasa dilakukan sebagai kebiasaan dalam masyarakat Islam." "khatib\n[Arab] pembaca khutbah;\n \n~ lalu ~ mati, bilal lalu bilal mati \n(peribahasa) perihal kecelakaan yang menimpa orang yang melalui suatu tempat yang sulit dan berbahaya." "khatifah\nsejenis kain diperbuat daripada bulu domba (kibas), permaidani." "khatulistiwa\ngarisan rekaan di keliling dunia atau dilukis atas peta, yang terletak pada garis lintang 0 darjah (iaitu sama jaraknya dari kutub utara dan kutub selatan);\n \ndaerah ~ \ndaerah hawa panas (berhampiran dengan garisan khatulistiwa);\n~ cakerawala \nbulatan rekaan yang dibentuk oleh rataan khatulistiwa dunia dengan sfera cakerawala;\n \n~ magnet \ngarisan khayalan di keliling bumi yang menandakan tempat-tempat jarum magnet tidak tunduk ke bawah;\n \n~ panas (suhu) \ngarisan yang menandakan tempat-tempat yang paling panas di muka bumi." "khauf\n[Arab] ketakutan;\n \nsembahyang ~ \nsembahyang yang didirikan dalam keadaan bahaya, seperti peperangan (sebelum pertempuran)." "khawatir\nkhuatir." "khayal\n1. = khayalan;\n \n2.\n leka, sangat asyik (membuat sesuatu):\ndia kelihatan ~ dalam sebarang usaha yang dilakukannya; \nmereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul;\n berkhayal\n1.\n berangan-angan, mengelamun:\nKarim yang sedang duduk ~ dengan berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya;\n2.\n berbuat seperti benar-benar berlaku, berangan-angan:\nbudak yang duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta;\n3.\n melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada (tetapi seolah-olah wujud hasil daripada angan-angan):\npada malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; \n4.\n leka, sangat asyik (dengan):\nanak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dengan tarian gila dan pakaian yang kurang sopan itu;\n~-khayal dengan bualan yang sia-sia;\n mengkhayalkan\n1.\n menggambarkan (membayangkan) dalam angan-angan, mengangan-angankan, mereka (dalam fikiran):\nberlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yang sudah dikunjunginya tempoh hari; \ndaripada kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yang sibuk itu; \n2.\n menyebabkan khayal (asyik), melekakan:\nsuasana di dalam taman itu sungguh ~;\n terkhayal\n1.\n terleka, terlalai:\nsebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yang ditanggungnya itu;\n 2\n. \ndapat dibayangkan oleh fikiran:\n mereka yang gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yang tidak ~ oleh akal;\n terkhayalkan\n dapat dikhayalkan:\nhal yang ~;\n khayalan\n1.\n lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dalam fikiran (ketika bermenung dan sebagainya), rekaan atau ciptaan (dalam kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal:\nsejurus mereka terdiam dihanyuntukan oleh ~ fikiran masing-masing; \nsegala peristiwa dalam cerita ini dibina daripada ~ semata-mata;\n2.\n sesuatu yang nyata kelihatan oleh (atau pada pandangan seseorang pada hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan;\n3.\n yang dibayangkan atau dilukiskan dalam angan-angan seperti benar-benar ada (berlaku dan lain-lain), yang direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal:\ncerita-cerita ~ dengan peristiwa-peristiwa yang aneh dan tidak mungkin berlaku;\n kekhayalan\n keadaan khayal (leka), keasyikan (sewaktu sedang membuat sesuatu);\npengkhayalan\n proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan);\npengkhayal\n orang yang berkhayal:\n~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dengan gadis itu\n." "khayali\n[Arab]\n1.\n diangan-angankan (tidak benar-benar ada), semata-mata dalam angan-angan atau khayalan sahaja:\npengarang dapat mencipta dunia ~ menurut kehendaknya dan fantasinya sendiri;\n2.\n [sastera lama] mabuk (tidak sedarkan diri):\nmaka segala raja-raja itu pun ~lah lalu bangkit menari beranggap-anggapan terlalu ramainya." "khazanah\n[Arab]\n1.\n barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu:\nia tetap berguna dalam memperkaya ~ sastera tanah air;\n2.\n tempat menyimpan harta benda (kitab-kitab dan lain-lain):\nhabislah harta yang dalam ~ patik, patik sekalian sedekahkan kepada segala fakir miskin.\nKhek\n Hakka." "khemah\ntempat berteduh yang biasanya dibuat daripada kanvas yang disokong oleh tiang dan tali yang diikatkan pada pancang:\npenduduk-penduduk padang pasir yang tidak menetap di sesuatu tempat, tinggal dalam ~;\n berkhemah\n mendirikan atau memasang khemah (untuk berteduh atau bermalam):\napabila tiba malam, pengembara-pengembara itu pun bersiap untuk ~;\n perkhemahan\n1.\n perihal berkhemah;\n2.\n kelompok (kumpulan) khemah:\nsepasukan musuh telah menyerang ~ tentera kita di situ." "khi\nhuruf ke-22 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol X, \u03c7." "khianat\n1.\n perbuatan jahat yang (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpada negeri, bangsa, dan lain-lain):\norang yang berbuat ~ itu adalah orang yang sangat hina;\n2.\n yang (bertujuan) menganiaya atau mencelakakan dan sebagainya orang lain, yang belot kepada negara:\nperbuatan ~; \norang ~ \norang yang melakukan (perbuatan) khianat;\nberkhianat\n berbuat khianat:\nhamba tidak akan ~ dan menderhaka kepada Dato Bendahara;\n mengkhianati\n berbuat khianat kepada, mencelakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kepada:\ndengan memihak kepada musuh, kau telah ~ bangsa dan negaramu;\n pengkhianatan\n perihal (perbuatan, tindak-tanduk, dan sebagainya) mengkhianati, perbuatan khianat:\nletupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat;\n pengkhianat\n orang yang berbuat khianat, orang yang belot, orang yang tidak setia kepada negara (ketua dan lain-lain):\n~ itu telah dibicarakan dan dihukum." "khidmat\n1.\n hormat, (dengan) takzim, (dengan) sopan santun:\nsekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda;\n2.\n perbuatan (pekerjaan) yang menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpada negara dan lain-lain), bakti:\nia berjanji akan terus berbuat ~ kepada bangsa dan negara;\n3.\n kerja dan lain-lain untuk memenuhi keperluan orang ramai dan lain-lain, perkhidmatan;\n \n~ nasihat \nkhidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dan sebagainya);\nberkhidmat\n1.\n berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kepada):\nbarulah sekarang aku dapat ~ kepada tanah air;\n2.\n bertugas, bekerja:\nbeliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini;\n mengkhidmati\n berkhidmat kepada (untuk):\nrencana itu diharapnya akan disiarkan dalam ruangan surat khabar yang dikhidmatinya;\n perkhidmatan\n1.\n perihal berkhidmat (bertugas):\nMichael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat;\n2.\n kerja (usaha, kemudahan, dan lain-lain) untuk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dan lain-lain:\nselain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kepada para pelanggan;\n~ awam \nsegala kegiatan (usaha) pemerintah yang ada kaitannya dengan orang ramai;\n \n~ bas (kereta api) \nkemudahan pengangkutan dengan bas (kereta api);\n \n~ kerajaan \nperkhidmatan (seperti kerja-kerja pentadbiran dan lain-lain) oleh pemerintah;\n \n~ perubatan \nperkhidmatan yang berkaitan dengan kesihatan rakyat (bekalan perubatan dan sebagainya);\n ~ sosial \nperkhidmatan (seperti perkhidmatan perubatan, pelajaran, dan lain-lain) untuk kebajikan rakyat;\npekhidmat\n orang yang berkhidmat dengan sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan:\n ~ awam." "khilaf\nsalah (kerana kecuaian, kurang pengalaman, dan lain-lain), keliru, silap:\nadalah juga beberapa kesalahan di dalamnya daripada ~ atau lupa;\n terkhilaf\n tersalah (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dan lain-lain), terkeliru, tersilap:\nharap maaf kiranya saya ~;\n kekhilafan\n kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dan lain-lain), kekeliruan, kesilapan:\nbeberapa ~ yang terdapat dalam laporan itu telah dibetulkan." "khilafah\n= khalifah." "khilafiah\n[Arab] menimbulkan keraguan atau pertikaian;\n \nperkara-perkara ~ \nperkara-perkara yang menimbulkan pertikaian (yang tidak mempunyai nas yang tepat mengenai hukumannya)." "khinzir\n[Arab] babi." "khisit\niri hati, cemburu, dengki." "khittah\n[Arab] langkah." "khizanah, khizanat\nkhazanah." "khizanatulkitab\n[Arab], [sastera lama] perpustakaan, kutubkhanah." "khizid, khizit\nkhisit." "khoja, khojah\nsaudagar (yang datang dari negeri Parsi atau India Utara)." "khuatir\n[Arab] agak cemas atau takut akan berlakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bimbang:\nia ~ kerana suaminya yang dikasihinya belum pulang-pulang; \naku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun;\n mengkhuatiri\n khuatir (akan sesuatu perkara, atau kejadian atau orang):\ntingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yang lain; \nmereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yang mengekori mereka;\n mengkhuatirkan\n menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakuntukan:\norang itu pernah membuat ugutan yang ~nya; \ntempat ini dikawal, tiada apa yang ~;\n kekhuatiran\n perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan:\ntimbul ~ dalam hatinya kalau-kalau anaknya pula yang tertipu." "khudu\n[Arab] sifat rendah hati." "khulak\nkhuluk I." "khuldi\n[Arab];\nbuah ~ \nbuah yang dimakan oleh Nabi Adam dan Siti Hawa dalam taman Firdaus." "khuluk I\n[Arab] perceraian yang diminta oleh isteri dengan bayaran menurut jumlah yang dipersetujui, tebus talak." "khuluk II\n[Arab] sifat, pekerti, pembawaan, laku:\nmaka Sultan Muda pun besarlah, terlalu baik ~nya dan lakunya." "khunsa\n[Arab] orang yang mempunyai dua alat kelamin." "khurafat\n[Arab] kepercayaan yang karut, dongeng, tahyul:\nkata-katanya itu banyak bidaah dan ~." "khusmat\nkesumat." "khusus\n(jamak bagi khas) khas, istimewa (untuk seseorang atau sesuatu), tidak umum:\nkursus-kursus dan latihan itu ~ untuk kaum wanita; \npersidangan pegawai-pegawai itu diadakan untuk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; \nbadan-badan ~ \nbadan untuk tujuan (tugas, tanggungjawab, dan lain-lain) yang tertentu;\nmengkhusus\n menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yang bersifat khusus:\nteknologinya berkembang dengan sangat pesat dan ~;\n~ kepada \nmenuju kepada, menjadi tertumpu kepada, menumpu kepada;\nmengkhususi\n menumpukan usaha kepada bidang atau aktiviti tertentu:\npenyelidik-penyelidik yang ~ bidang geofizik;\n mengkhususkan\n menjadikan khusus (untuk orang atau sesuatu yang tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan:\nia ~ diri dalam bidang kebudayaan; \ntempat yang dikhususkan bagi para jemputan khas;\n terkhusus\n terkhas, teristimewa, tertentu (untuk sesuatu);\nkekhususan\n1.\n perihal (sifat dan sebagainya) khusus:\n~ sesuatu ilmu pengetahuan;\n2.\n sesuatu yang (bersifat) khusus;\npengkhususan\n perihal menjurus dalam sesuatu bidang;\nberpengkhususan\n mempunyai pengkhususan:\nsyarikat tersebut berkecimpung dan ~ dalam bidang reka bentuk." "khusyuk\n[Arab]\n1.\n dengan penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu), dengan sungguh-sungguh (ketika berbuat ibadat dan lain-lain), dengan menumpukan perhatian dan minat yang sepenuhnya (kpada sesuatu):\nahli jemaah sedang duduk dengan ~ mendengar bang; \nmereka sedang ~ bersembahyang;\n2.\n (dengan) kerendahan hati (diri):\nmanusia akan menghadap Tuhan dengan penuh hormat, ~ dan tawaduk;\n3.\n [Jakarta] niat, tujuan, kasad;\nmengkhusyukkan\n menjadikan seseorang khusyuk:\nsuasana malam yang sunyi itu sangat ~;\n kekhusyukan\n perihal atau keadaan khusyuk (ketika bersembahyang, berdoa, dan sebagainya)." "khutbah\n[Arab] pidato (biasanya yang mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan:\nsembahyang Jumaat didahului oleh ~;\n berkhutbah\n1.\nberpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dan lain-lain):\nmereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dengan suara yang nyaring;\n 2.\n [kiasan] berleter:\n pagi-pagi lagi ibunya sudah ~;\n mengkhutbahkan\n menerangkan atau menghuraikan (ajaran agama dan lain-lain) dalam khutbah:\nsudah tiga kali perkara itu dikhutbahkannya kepada jemaah di masjid itu;\n pengkhutbah\n [arkaik] orang yang berkhutbah, pensyarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan);\n \n~ Injil \npendeta Kristian." "ki\n1.\n [Jawa] gelaran (panggilan) bagi orang tua-tua atau guru;\n2.\n [Perak] datuk (singkatan bagi aki)." "kia I\nsejenis jahitan tangan yang menyerupai jahitan mesin jahit;\n jenis-jenis:\n~ cengkam, ~ rantai, ~ selari, ~ sangkut, \ndan lain-lain." "kia II\nlimau ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek dan buahnya), limau kaya, limau kikir, limau kingkip, limau kingkit, \nTriphasia trifolia." "kia III\n[Kelantan] takut, cuak." "kia-kia I\nyu (ikan) ~\n sejenis ikan laut, yu cemongi, yu kemejan, yu kemenyan, \nRhinobatis spp." "kia-kia II\n[bahasa percakapan] bersuka-suka, bersenang-senang, berfoya-foya." "kiah\nmengiah, mengiahkan\n menjadikan renggang (longgar);\npengiah; \n~ kasut (sepatu) \nsejenis alat untuk merenggangkan sepatu supaya mudah memasukkan kaki, sudu (sudip) sepatu." "kiai\n[Jawa]\n1.\n gelaran bagi alim ulama Islam;\n2.\n orang yang berpengetahuan tinggi dalam hal-hal agama Islam, alim ulama;\n3.\n gelaran bagi guru ilmu ghaib (tasawuf):\n~ Salleh dikatakan boleh menjadikan orang kebal; \n4.\n ketua atau pegawai daerah (di selatan Kalimantan);\n5.\n panggilan bagi sesuatu (benda, senjata, dan lain-lain) yang bertuah;\n \n~ Tunggulwulung \npanggilan bagi bendera pusaka di istana Jogjakarta." "kiak-kiak\nsejenis semut yang besar dan hitam warnanya, cengkiak, kelengkiak, lengkiak." "kial I\nkial-kial, berkial-kial, terkial-kial\n \n1.\n (berbuat sesuatu) dengan sepenuh upaya (tenaga), berjerih-jerih:\nseorang Cina tua kelihatan terkial-kial mengayuh sebuah beca;\n2.\n bergerak-gerak keras (kerana tertawa atau menangis), bergoncang-goncang (badan):\nkanak-kanak itu meminta ampun kepada ibunya sambil tersedu-sedu dan terkial-kial." "kial II\n[arkaik] gerakan tangan atau badan untuk menggambarkan sesuatu perbuatan (sebagai isyarat):\nmenceritakan apa yang berlaku dengan ~;\n berkial\n menggerakkan tangan (badan dan lain-lain) sebagai lakonan:\nbernyanyi sambil ~;\nmengialkan\n melakonkan, menggambarkan (menerangkan) sesuatu dengan perbuatan (isyarat);\nkialan\n persembahan drama atau sandiwara tanpa suara (yang mementingkan gerak badan, isyarat tangan, mimik muka), pantomim;\nperkialan\n perihal berkial, gerakan (tangan, badan, dan lain-lain) untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau melahirkan perasaan." "kiam\n[Arab] berdiri tegak (ketika bersembahyang)." "kiamat\n[Arab]\n1.\n = \nhari ~ \nakhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah:\n ~ akan berlaku tetapi tiada seorang pun yang tahu bila;\n~ kubra\n kiamat apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam;\n sampai ~ \nsampai akhir zaman, (buat) selama-lamanya:\ntakkan hendak disimpan wang itu sampai ~;\n2.\n = \nhari ~\n hari apabila manusia dibangkitkan (daripada mati) untuk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan;\n3.\n = \nhari ~ \nhari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia dihisab;\n4.\n = \nhari ~ \nhari pembalasan, iaitu hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia:\npada hari ~ Allah akan menghukum dengan adil dan benar\n;\n5.\n [kiasan] rosak binasa, kacau-bilau, mendapat bencana (kecelakaan):\n~ nanti kalau rahsia ini diketahuinya." "kiambang\nsejenis tumbuhan yang terapung-apung di air, \nPistia stratiotes; \nibarat ~ \nki perihal tidak teguh dan tidak tetap;\nbagai (seperti) ~ dilempar\n (peribahasa) bersurai seketika kemudian berkumpul semula (berkenaan (dengan) orang ramai yang berkumpul);\n \nbiduk lalu ~ bertaut \n(peribahasa) orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula." "kian I\n1.\n sebegitu, sebanyak itu (ini);\n \nsepuluh ~ \nsepuluh kali ganda itu;\n2.\n makin, makin bertambah:\nibu ~ hari ~ tua; \nbas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas;\n sekian\n1.\n sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu:\n~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; \ningin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan;\n2.\n = \nsekian-sekian\n yang tertentu (hari, angka, dan lain-lain):\ndia akan datang pada sekian-sekian hari;\n3.\n sehingga:\nbukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna;\n berkian-kian\n terlalu banyaknya, banyak-banyak:\nharta dunia yang ~ banyaknya." "kian II\nsana, situ;\n \n~ ke mari\n ke sana ke mari (ke hulu ke hilir):\nburung-burung terbang ~ ke mari." "kiang\n~-kiut \nberbunyi seperti bunyi engsel (yang ketat) pintu yang dibuka ditutup." "kiani\n[arkaik];\nsinggahsana ~ \n[sastera lama] takhta kerajaan." "kiap\ndua keping papan berdiri untuk menegakkan (menyokong, menopang) tiang bendera." "kiar I\n[Kelantan] sejenis wap yang dikeluarkan oleh kulit limau (boleh memedihkan mata)." "kiar II\n[Kelantan] ikhtiar, usaha." "kias I\n[Arab]\n1.\n ibarat, teladan atau pengajaran (yang terkandung atau ternyata dalam cerita dan lain-lain):\ndisiarkan cerita-cerita yang (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran;\n2.\n teguran yang tidak dengan terus-terang, sindiran;\n3.\n perbandingan dengan contoh yang telah ada atau dengan hal yang telah berlaku:\nulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dengan berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; \nmengambil ~ \nmengambil contoh (teladan);\n \nahli ~\n ahli hukum Islam yang berdasarkan kias;\nmanusia tahan ~, binatang tahan palu \n(peribahasa) manusia boleh diajar dengan sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul;\nberkias\n berkata-kata dengan menggunakan kias (sindiran), beribarat:\naku tak pandai ~, tak pandai beribarat;\nberkias-kiasan\n sindir-menyindir:\nHajah Sainah turut ~ untuk mengusik anak angkatnya;\nmengias\n1.\n menyindir:\ntidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~;\n2.\n memperbandingkan dengan perkara yang telah ada atau telah berlaku:\nkhalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dengan jalan dikias dengan sesuatu hukum yang seumpamanya; \nkias-~ \nberkias-kias, sindir-menyindir;\nmengiasi\n menyindir kepada;\nmengiaskan\n1.\n mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pada:\n~ satu fasal undang-undang kepada suatu keadaan yang tertentu;\n2.\n menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dengan perbandingan (persamaan), mengibaratkan:\npepatah Inggeris ~ orang bodoh yang banyak cakapnya sebagai tong yang tidak berisi;\n3.\n membuat sindiran (ibarat dan lain-lain) yang ditujukan kepada:\nayahnya pernah juga ~ kepada dia supaya membuat amal ibadat;\n kiasan\n1.\n pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dengan perbandingan (persamaan) perkara yang lain;\n2.\n ibarat, perumpamaan;\n3.\n sindiran;\n4.\n pengajaran atau contoh (yang terdapat dalam cerita dan lain-lain), teladan;\n5.\n lambang;\n6.\na) = \nerti ~ \nerti yang tersembunyi (lain daripada erti yang ternyata);\n b) = \nkata ~ \nkata yang mengandungi (mempunyai) erti kiasan;\nberkiasan\n memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan." "kias II\nilmu ~ \nilmu sihir atau ilmu ghaib (yang menggunakan jampi-jampi untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain)." "kiasi\n[arkaik]\n1.\n menurut kias;\n2.\n berkaitan dengan kias." "kiat I\n1. = berkiat\n keras dan tidak boleh dikelokkan (dilentokkan), kejur, kaku, kejang (anggota);\n2. = terkiat\n tergeliat, terkehel, salah urat (menyebabkan kaki atau tangan tidak dapat dilentokkan)." "kiat II\n[Kelantan]\n1.\n ketat atau sendat (berkenaan (dengan) tutup tin dan lain-lain);\n2.\n tidak licin perjalanannya kerana terlalu buruk dan lain-lain (berkenaan (dengan) basikal dan lain-lain)." "kiat III\n[Minangkabau] cara (jalan, selok-belok) mengerjakan sesuatu." "kiat IV\n[arkaik];\nmengiat\n1.\n membentangkan atau mengembangkan (kad atau daun pakau) supaya kelihatan;\n2.\n mengocok (membancuh) kad atau daun pakau." "kiat V\n[Kedah] menjadi herot (kayu)." "kiaupau\n[Cina] [arkaik] penduduk (Cina)." "kibang\n~-kibut \nberlarian (bergerak) dengan tidak berketentuan arah, kelibang-kelibut." "kibar\nberkibar, berkibar-kibar, berkibaran\n bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (berkenaan (dengan) bendera dan lain-lain):\nbendera Malaysia ~ di sana sini pada hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia;\n mengibarkan\n menyebabkan berkibar, menggerak-gerakkan (bendera dan sebagainya) supaya berkibar, memasangkan (membentangkan) supaya berkibar:\nkota ini bersemarak dengan hiasan, dan setiap rumah ~ bendera; \nberibu-ribu murid sekolah berdiri di sepanjang jalan sambil ~ bendera;\n kibaran\n gerakan berkibar;\npengibaran\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengibarkan (bendera):\nupacara dimulakan dengan ~ bendera oleh ketua pasukan." "kibas I\nmengibas, mengibas-ngibas\n \n1.\n bergerak-gerak ke atas ke bawah seperti melambai atau mengipas;\n2\n. menyebat (meja dan lain-lain) dengan kain dan lain-lain (untuk menghilangkan debu dan lain-lain), mengebas:\ndia ~ bangku itu dengan sapu tangan sebelum mendudukinya;\n mengibaskan, mengibas-ngibaskan\n menggerakkan (sayap dan lain-lain) ke atas ke bawah seperti melambai-lambai:\nseekor ayam jantan mengibas-ngibaskan kepaknya dan berkokok dengan nyaringnya; \n2.\n mengibar-ngibarkan dengan keras (kain dan lain-lain), mengebas:\nkain-kain hendaklah dikibaskan untuk menghilangkan debu yang melekat padanya." "kibas II\n= \nkambing ~ \nsejenis kambing biri-biri di negeri Arab, domba;\n \nbulu ~\n bulu domba." "kibir\nsangat angkuh (sombong), berasa dirinya lebih penting (mulia dan lain-lain)." "kiblat\n1.\n arah ke Kaabah di Mekah (arah yang dihadap oleh orang Islam ketika bersembahyang);\n2.\n arah (timur, barat, dan lain-lain), mata angin;\nberkiblat\n = \n~ kepada\n menuju (menghala) ke \u2026, condong (berat) kepada:\npendirian parti politik tersebut menunjukkan parti itu tetap ~ kepada negara-negara komunis;\n berkiblatkan\n berkiblat kepada, berdasarkan:\n budaya yang ~ barat;\n mengiblatkan\n menghalakan, mengarahkan, menujukan." "kibriah\n[Arab] [arkaik] keangkuhan, kesombongan, takbur." "kibriak\nkebesaran (Allah)." "kibul I\n[Jakarta] punggung." "kibul II\n[Jakarta] bohong;\nmengibuli\n menipu, membohongi." "kicak\n~-kicau \nbunyi burung murai;\nkicau." "kicang\n~-kecoh\n = \n~-kicu\n [arkaik] berbagai-bagai tipu daya;\n \n~-kecoh ciak \n(peribahasa) barang apa yang hendak disiasat, hendaklah ada buktinya (tandanya)." "kicap I\nkicau." "kicap II\nbenda cair yang hitam warnanya dibuat daripada air kacang soya dan garam (digunakan dalam masakan dan lain-lain)." "kicar-kicar\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nMyrsine porteriana (capitellata)." "kicau I\n1.\n bunyi burung;\n2.\n = \nkicak-~\n bunyi burung murai:\nKarim dikejuntukan daripada tidurnya oleh ~ murai;\n berkicau\n1.\n berbunyi (berkenaan (dengan) burung terutama burung murai):\nayam biasa berkokok, murai biasa ~;\n2.\n bercakap-cakap dengan sesuka hati (tidak tentu buah butirnya), berceloteh, mengoceh;\nberkicauan\n berkicau banyak-banyak (bersama-sama):\nbeberapa ekor burung murai ~ dari dahan ke dahan;\nkicauan\n kicau." "kicau II\nkecoh, tipu." "kici\nsejenis perahu yang kecil dan bertiang dua." "kicu\ntipu, penipuan;\n \nkena ~\n kena tipu;\nkecoh I." "kicut\nberkicut\n berbunyi seperti bunyi pintu dibuka tutup, berkiut." "kida-kida\n[arkaik] perhiasan yang dibuat daripada emas perada dan lain-lain (dikenakan pada tepi songkok, selendang, dan lain-lain)." "kidab\n[arkaik] bohong, dusta;\nkizib." "kidal\n1.\n kiri;\n \ntangan ~ \ntangan kiri;\n2.\n gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri (apabila membuat sesuatu)." "kidang\n[Jawa] kijang." "kidar\n[Jakarta] idar, kisar, kitar." "kidemat\n[arkaik] khidmat." "kidul\n[Jawa] selatan;\n \nlaut ~ \n= \nsegara ~\n lautan Hindi (di sebelah selatan Pulau Jawa)." "kidung\nsejenis nyanyian, syair yang dinyanyikan, kekawin;\n \n~ gereja\n lagu yang dinyanyikan oleh orang Kristian dalam gereja;\n \ntukang ~ \npenyanyi kidung;\nberkidung-kidung\n bernyanyi kidung:\n mereka ~ sendiri di buritan bahtera yang hanyut di tengah lautan\n;\nmengidung\n bernyanyi kidung:\ndi tengah balai sama menari serta ~ manis berseri;\n mengidungkan\n menyanyikan, melagukan (kidung)." "kifarat\n[Arab] denda kerana melanggar hukum atau peraturan agama yang tertentu (berupa perbuatan kebajikan atau lain-lain sebagai memohon ampun akan dosa);\n \n~ zihar \ndenda yang dikenakan ke atas suami kerana menyamakan sebahagian anggota isteri dengan mahramnya." "kifayah\n[Arab] \nfardu\n." "kihanat\n[Arab] [arkaik] ramalan, penenungan." "kijai I\nsejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir, kedondong matahari, pauh kijang, \nTrigonochlamys griffithii." "kijai II\nterkijai-terkijai\n terkitai-kitai." "kijang\nsejenis binatang seperti rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, \nMuntiacus muntjac;\n \n~ menjangan\n berbagai-bagai jenis kijang (seperti rusa, pelanduk, napuh, dan lain-lain);\n~ dirantai dengan rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan\n (peribahasa) seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang;\n \ndapat ~ teruit \n(peribahasa) mendapat keuntungan (faedah) dengan tiada bersusah payah;\n \nseperti ~ lepas ke rimba \n(peribahasa) orang yang telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi." "kijil\n= \nakar ~\n sejenis tumbuhan (akar memanjat), akar banar, akar gadung tikus, akar kelona betina, banar babi, gadung jantan, \nSmilax helferi." "kijing\nsejenis kepah yang boleh dimakan, \nLutraria spp\n." "kijip\nkejap I." "kikir I\nsejenis alat daripada keluli yang bergerigi halus pada permukaannya atau tepinya dan digunakan untuk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dan sebagainya) besi dan lain-lain;\n \n~ belah rotan\n kikir yang satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder;\n \n~ pari \na) kikir yang dibuat daripada kulit pari;\n b) orang yang kedekut;\n \n~ parut \nsejenis kikir yang tajam-tajam geriginya (untuk mengikis kayu, kulit, dan lain-lain);\n \n~ pari belulang kering direndam tujuh hari tak basah\n (peribahasa)\na) orang yang degil atau kedekut;\n b) orang yang kuat (berkuasa) yang tidak boleh dipengapakan;\nberkikir\n1.\n telah dikikis (dilicinkan) dengan kikir;\n2.\n tidak licin (berkenaan (dengan) kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut;\nmengikir\n melicinkan (mengikis dan lain-lain) dengan kikir:\n~ kepingan keluli;\nkikiran\n serbuk sesuatu yang dikikir, tahi kikir." "kikir II\nterlalu berkira-kira atau berhati-hati membelanjakan wang, kedekut, lokek:\nia tidak ~ menyumbangkan derma;\nkekikiran\n perihal (sifat) kikir." "kikis I\nmengikis\n mengerik (menghapuskan dan lain-lain) dengan benda tajam (seperti pisau dan lain-lain):\ncat pada dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yang baru;\n kikisan\n kerikan;\npengikisan\n perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) mengikis;\npengikis\n alat untuk mengikis, pengerik." "kikis II\n[Minangkabau] hilang, luput;\n \nhilang ~\n hilang lenyap, luput sama sekali;\nmengikis\n1.\n menghilangkan, melenyapkan, melupuntukan:\nkemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi;\n~ ingatan yang mengacau di fikirannya;\n2.\n menghabiskan (harta benda):\noleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka daripada orang tuanya;\nterkikis\n terluput, lenyap (dari ingatan):\nsegala peristiwa itu sudah hampir ~ dari ingatannya." "kikuk\n[Brunei] sejenis kera, cengkok." "kila\n[Minangkabau] [arkaik] \nmengila\n membantahi atau membangkang (perkataan orang), memutarbalikkan (perkataan);\nkilah I." "kilah I\n1.\n tipu daya, tipu muslihat:\nsegala ~ yang dijalankan tidak memberi hasil; \n2.\n helah, dalih, alasan (untuk tujuan yang tersembunyi):\nitu hanya suatu ~;\nberkilah, berkilah-kilah\n berdalih, mencari-cari helah, berbelit-belit atau berputar-putar (percakapan):\nia bertanya dengan tidak berkilah-kilah;\nmengilah-ngilahkan = mengilahkan\n [arkaik] membelit-belitkan (memutar-mutar) perkataan dan lain-lain, menggunakan helah atau tipu muslihat:\nmereka ~ kenyataan sesuka hati mereka." "kilah II\nsejenis siput laut." "kilai\nkili-kili (gelang-gelang) bagi menjarakkan lembar tali yang dipintal." "kilala\n[Brunei], [kata seru] kenal." "kilan I\nterkilan\n \n1.\n terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: s\nahabat-sahabatnya ~ dengan kelakuannya yang bongkak sekarang; \n2.\n berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dan sebagainya), terkelindan, terbuku:\naku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; \ndia tidak puas dengan nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad." "kilan II\n[Jawa] jengkal;\nmengilan\n menjengkal." "kilang I\n1. = kilangan\n apitan, penggilingan (tebu);\n \n~ getah \nkilang tempat membuat getah keping;\n2.\n bangunan (kelompok bangunan) berserta dengan alat-alat jentera untuk membuat (memproses dan lain-lain) barang-barang:\n~ kopi;\n~ motokar;\n~ sabun; \n3.\n organ yang tugas utamanya membentuk sebatian kimia yang tertentu, kelenjar:\n~ air liur;\n~ air mata;\n ~ adrenal \norgan vertebrat yang membentuk hormon;\n \n~ mengetin \nkilang tempat mengeluarkan barang-barang dalam tin;\n \n~ padi \nkilang tempat mengisar padi;\n \n~ papan\n kilang tempat membuat papan;\n \nkilangan patah awak itulah menghimpitnya\n (peribahasa) mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri;\nmengilang\n1.\n menggiling atau menggolek tebu (untuk memerah airnya), mengapit, menghimpit, mengupas (mengisar dan lain-lain) padi dan lain-lain dengan mesin;\n2.\n membuat (mengeluarkan) barang dengan menggunakan kilang;\nsudah ~ membajak pula \n(peribahasa) sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dan lain-lain);\nperkilangan\n1.\n kelompok kilang (atau fabrik):\nrombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yang mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; \n2.\n usaha (kegiatan) membuat barang-barang dengan kilang:\nsangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; \n3.\n yang berkaitan di kilang atau kelompok kilang;\npengilangan\n perbuatan atau perihal mengilang;\npengilang\n orang (kumpulan dan sebagainya) yang memiliki (mengurus) kilang." "kilang II\n1.\n air tebu;\n2.\n sejenis nira yang diminum." "kilangin\nsejenis alat jentera yang digerakkan oleh angin (untuk mengisar gandum), kincir angin." "kilap I\n[Jawa] tidak tahu, entah." "kilap II\ngilap, kilat;\nsekilap; \n~ mata\n sekelip mata, sesaat, seketika:\ndengan ~ mata, wang itu disambarnya;\nberkilap\n berkilat (bercahaya), berkilauan, gilap:\nbintang kehormatan yang tersemat di dadanya ~ apabila kena sinar matahari;\nmengilap\n berkilap:\nkecut peruntuku ketika kulihat doktor itu mengangkat pisau yang ~;\nterkilap\n terkilat (memancar cahayanya)." "kilar\nsejenis siput yang boleh dimakan." "kilas I\n1.\n lingkaran rotan (untuk mengikat kaki binatang, mengikat pengayuh pada keliti, dan lain-lain);\n2.\n sejenis penyambung yang membolehkan bahagian sesuatu yang dilekatkan (disambungkan) padanya berputar dengan bebas;\n3.\n [Kelantan] gulung kain sarung pada pinggang:\nMuda mengeluarkan rokok daun dari ~ kainnya; \n4.\n (Kejuruteraan) daya yang menghasilkan gerakan berputar yang diukur dalam unit newton-meter, biasanya digunakan dalam motor, bagi menunjukkan kebolehannya memiuh berbanding dengan motor-motor lain;\nmengilas\n1.\n mengenakan atau memasang kilas (gelang-gelang rotan), mengeratkan ikatan tali dengan mengumpil;\n2.\n [Kelantan] menggulung kain di pinggang (ketika memakainya)." "kilas II\n[Minangkabau] kilat;\nsekilas\n = \n~ mata\n = \n~ pandang\n sekelip mata, selayang pandang, sesaat, seketika:\nlamunannya yang ~ itu terganggu oleh suara orang memanggil." "kilas III\nberkaitan dengan pukulan dalam permainan misalnya badminton dan tenis, yang bahagian belakang tangan dalam kedudukan menghala ke pemain lawan:\npukulan ~; \nservis ~;\nmengilas\n memulas atau memiuh (tangan):\nanggota polis yang menangkap pencuri itu ~ tangannya ke belakang." "kilat I\n1.\n cahaya yang memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi):\n~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; \nsecepat (seperti) ~\n sangat pantas;\n2.\n cahaya sesuatu yang berkilau (gilap):\n~ pisau;\n~ sepatu;\n3.\n sangat cepat atau pantas:\nkeputusan ~ \nkeputusan yang dibuat dengan seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang);\n \nkereta api ~ \nkereta api yang berjalan sangat deras;\n \nkursus ~ \nkursus yang tamat dalam masa yang singkat;\n~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka \n(peribahasa) orang yang bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang;\n \n~ di dalam kilau, kabus di dalam hujan \n(peribahasa) dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya;\n \nbagai ~ senja, bagai petir tunggal \n(peribahasa) perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan;\n \nhilang ~ dalam kilau \n(peribahasa) tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dan lain-lain) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yang pandai (mulia dan lain-lain);\nsekilat\n sekilas, sesaat, sekejap, seketika:\nmatanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula;\nberkilat\n1.\n memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yang menyerupai kilat;\n2. = berkilat-kilat, mengilat\n bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap:\nbeliau berpakaian Melayu warna hitam ~; \nia menerkam dengan pisau yang berkilat-kilat di tangannya; \nbelum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh \n(peribahasa) perkara (hal) yang sudah cukup jelas (terang);\nberkilat-kilatan\n berkilat-kilat, berkilauan:\nmata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yang ~;\nberkilatan\n berkilat-kilat:\n~lah lampu pemotret beberapa kali;\nmengilat\n1.\n memancar (bercahaya) seperti kilat, berkilat:\nkilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; \nkelihatan beberapa orang serdadu Jepun yang berbayonet tajam ~; \n2.\n pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja:\n larinya ~;\nmengilatkan\n1.\n memancarkan (mengeluarkan) cahaya seperti kilat;\n2.\n menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan:\nkayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan;\n3.\n = \nmengilat-ngilatkan\n membayangkan (tujuan dan lain-lain), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan:\nmaka oleh bendahara sebagai dikilat-kilatkan pada raja, akan laksamana juga disebutnya;\nterkilat\n kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dalam ingatan dan lain-lain):\n ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yang ~ tadi; \ndalam kenangannya, ~ gambaran yang mengharukan;\n~ dalam hati \nterlintas dalam hati;\n \n~ pada mukanya \nkelihatan terbayang pada mukanya;\nikan ~ jala tiba\n (peribahasa) sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang);\n \n~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya \n(peribahasa) sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang;\nkilatan\n kilat:\n~ batu berlian boleh menentukan nilainya;\npengilat\n bahan untuk mengilatkan (menjadikan sesuatu kelihatan berkilat):\n~ bibir." "kilat II\n~ bahu\n kelat bahu." "kilat III\nsejenis tumbuhan (pokok), jangkar paya, \nIcicaster planchoni." "kilau\ncahaya gemerlap (seperti cahaya lampu, permata, dan lain-lain), cahaya yang bersinar (berkilap):\n~ bintang yang menerangi langit;\nberkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilau-mengilau\n bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap:\nlaut yang ~ oleh sinaran cahaya matahari; \nsinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan; \nbintang di langit kilau-mengilau;\n kilauan\n kilau:\nkesibukan bandar itu sudahlah pasti dengan ~ lampu neon yang berbagai-bagai warna." "kili I\n[Jawa] [sastera lama] orang perempuan yang bertapa." "kili II\nkili-kili\n \n1.\n lingkaran kecil rotan yang dicucukkan pada hidung kerbau;\n2.\n sejenis gelendong, alat untuk menggulung tali pancing dan lain-lain;\n \n~ dayung\n gelang-gelang sebagai pemegang dayung (pengayuh);\n \npanjang ~ \nki pandai mencari-cari helah atau alasan (banyak dalihnya);\nmengili\n \n~ layang-layang\n menggulung tali layang-layang (kerana hendak menurunkannya)." "kili III\n[Minangkabau] kelim (jahitan);\nmengili\n mengelim (jahitan)." "kilik I\n[arkaik];\n~ bahu \nkelat bahu." "kilik II\n[Jakarta];\nmengilik-ngilik\n1.\n menggeletek, (supaya berasa geli);\n2.\n [kiasan] menghasut (supaya timbul kemarahan)." "kilir I\nbatu ~ \nsejenis batu untuk mengasah (menajamkan) pisau dan lain-lain;\nmengilir\n mengasah (menajamkan) pisau dan lain-lain:\ndikilirnya pisau itu sebelum disembelihnya ayam itu;\n kiliran\n1.\n alat (seperti batu dan lain-lain) untuk mengilir (pisau dan lain-lain), pengasah;\n \n~ budi\n alat untuk mengasah (menajamkan) otak;\n \n~ taji\n hujung taji yang ditajamkan;\n2.\n hasil mengilir." "kilir II\n[Minangkabau];\nterkilir\n terkehel, terpelecok, terpiuh, tergeliat (kaki, tulang, dan lain-lain)." "kilo\n1.\n = \nkilogram\n seribu gram;\n2.\n = \nkilometer \nseribu meter;\nberkilo-kilo\n beberapa (banyak) kilo;\n \n~ meter\n beribu-ribu meter (beberapa banyak kilometer);\nkiloan\n ditimbang dalam ukuran kilogram." "kilo-\nawalan asing \nseribu (1000), misalnya \nkilometer, kilohertz \ndan \nkilogram\n." "kilobait\nunit ukuran maklumat komputer yang bersamaan dengan 1024 bait." "kilogram\nunit ukuran berat yang bersamaan dengan 1000 gm atau (= 2.2 lb. atau 1 kati 10 tahil);\n \n~ kalori\n kilokalori;\n \n~ piawai\n ukuran kilogram antarabangsa (= 2.2 lb)." "kilohertz\nunit frekuensi gelombang radio yang bersamaan dengan 1000 hertz." "kilokalori\nunit tenaga yang bersamaan dengan 1000 kalori, yang digunakan untuk mengukur keluaran haba atau nilai tenaga dalam makanan." "kiloliter\nunit ukuran cecair (= 1000 liter atau 35.31 kaki padu)." "kilometer\nunit ukuran panjang yang bersamaan dengan 1000 meter atau 0.62 batu." "kilotan\n1.\n 1000 tan;\n2.\n unit kuasa letupan yang bersamaan dengan 1000 tan TNT." "kilovolt\n1000 volt." "kilowatt\nunit ukuran tenaga elektrik bersamaan 1000 watt." "kilowatt-jam\nunit tenaga elektrik yang bersamaan dengan penggunaan kuasa 1000 watt dalam masa satu jam." "kilt\nsejenis skirt berlipat-lipat yang labuhnya dari pinggang hingga ke lutut yang dipakai oleh orang lelaki sebagai sebahagian daripada pakaian kebangsaan Scotland." "kima\n1.\n sejenis siput besar, \nChama gigas; \n2.\n kulit lokan." "kimah\n[Arab]\n1.\n harga, nilai;\n2.\n kira-kira, lebih kurang;\nterkimah\n ternilai, terkira (terhitung):\nakan segala manusia itu tiadalah ~ banyaknya." "kimantu\n[arkaik] panggilan bagi orang Cina totok." "Kimaragang\nsuku kaum peribumi di Sabah yang terkenal dengan nama Maragang, kebanyakannya tinggal di daerah Kota Marudu, yang terbahagi kepada beberapa puak kecil, seperti puak Garoh, Talantang, Tinagas dan Sonsogon." "kimat\nkimah." "kimbah\nmengimbah\n [Kedah] mengais (pasir dan lain-lain)." "kimbang\nterkimbang-kimbang\n \n1.\n terbang melayang berkeliling (seperti burung helang);\n2.\n [kiasan] berasa bimbang atau khuatir, gelisah (tidak tenang perasaan atau fikiran), bingung." "kimbul\n[arkaik] sejenis pentas atau anjung di buritan perahu." "kimia\n= \nilmu ~ \nilmu sains asas yang berkaitan dengan struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena kimia;\n \n~ analisis \ncabang kimia yang berkaitan dengan pe" "kimiawi\nberkaitan dengan kimia." "kimkha\nsejenis kain yang halus dan berbunga-bunga." "kimlo\n[Cina] sejenis sayur berkuah." "kimono\n(Jepun) sejenis baju labuh berlengan besar dan berbengkung yang dipakai oleh wanita Jepun;\nberkimono\n memakai kimono:\nbeberapa orang wanita yang kelihatan ~ dalam majlis itu tentunya wanita Jepun." "kimpa\n[arkaik] \nkimpal." "kimpal\npadu (tidak kosong dalamnya), padat;\n \nemas ~ \nemas tempaan atau emas yang telah dibuat sesuatu (bukan emas urai);\nmengimpal\n1.\n memukul atau menitik (emas dan lain-lain) untuk dibuat sesuatu, menempa (emas dan lain-lain);\n2.\n mencantumkan (menyambung) besi dan lain-lain dengan jalan memanaskan dan memukulnya;\nkimpalan\n1.\n cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam seperti besi dan lain-lain yang terbentuk secara mengimpalkannya;\n2\n. hasil perbuatan mengimpal;\npengimpalan\n proses atau perbuatan mengimpal;\npengimpal\n orang yang mengimpal, tukang kimpal." "kimpul I\nsejenis tumbuhan (herba), birah hitam, keladi hitam, \nXanthosoma violaceum." "kimpul II\n[Jawa] sejenis beg kecil (tempat menyimpan wang dan lain-lain)." "kimpus\n[Minangkabau];\nterkimpus\n cengkung atau cekung (pipi dan lain-lain), lekuk." "kimput\n[arkaik] kecut (hati), gentar, takut." "kina\n[Indonesia] sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk membuat ubat bagi penyakit malaria), kuinin, \nCinchona spp.." "kinang I\n[Jawa] sirih yang dibubuh kapur dan lain-lain, sekapur sirih;\nmenginang\n makan sirih." "kinang II\nginang-ginang." "kinantan\n1.\n putih seluruhnya (ayam dan lain-lain);\n ayam (kuda) ~\n ayam (kuda) yang putih seluruh tubuhnya;\n2.\n [kiasan] istimewa, luar biasa (kepandaiannya, keberaniannya, dan lain-lain):\nakan anak Mak Guna yang ~ itu sekali-kali tak teringat oleh emak Amin;\nbagai ~ hilang taji \n(peribahasa) orang yang bijak (kaya dan lain-lain) yang tidak lagi mendapat penghargaan (penghormatan) orang." "kinayah\n[Arab] contoh yang tersembunyi pengertian atau maksudnya, yang dapat difahami tanpa keterangan lain." "kinca\n[Jawa] air gula, tengguli." "kincah\nmengincah\n \n1.\n menggoncang-goncang cucian dalam air (untuk menghilangkan kotoran), membersihkan (daging dan lain-lain);\n2.\n mencuci kemaluan atau pelepasan, mencebok;\n3.\n mengacau (menampar-nampar) air supaya keruh;\n \nbusuk daging dikincah dimakan, busuk ikan, dibuang \n(peribahasa) kalau saudara-mara yang melakukan kesalahan, dicari jalan untuk membersihkan namanya, tetapi kalau orang lain, dibiarkan sahaja." "kincak\nterkincak-kincak\n terlompat-lompat sambil menggerakkan kaki dan tangan." "kincang\nkecoh-~ \n[Minangkabau] bermacam-macam helah atau tipu daya." "kincat\nkincak." "kincau\n[arkaik];\nmengincau\n mencampur (dengan mengacau dan lain-lain), mengaduk." "kincir\n1.\n = \n~ air \nsejenis roda yang dipasangkan pencedok air pada lingkarannya untuk mengairi sawah dan lain-lain:\n~ air\n \ndigunakan untuk mengambil air yang jauh di bawah dan tidak dapat mengalir ke sawah; \n2.\n = \n~ air\n sejenis roda besar yang diputar dengan kuasa air untuk menggerakkan alat jentera;\n3.\n = \n~ angin \nsejenis roda besar yang digerakkan oleh angin (untuk mengisar gandum dan lain-lain);\n4.\n = \n~ angin \nbaling-baling;\n5.\n roda pemintal (penggulung) benang, rahat;\n~ padi\n [Minangkabau] alat untuk menggiling (mengisar) padi, penggilingan padi;\nberkincir; \n~ alir\n = \nkincir alir \n[Minangkabau] pintar (cekap) dalam menjawab dan lain-lain;\nkinciran\n jentera (roda) yang digerakkan oleh air (angin dan lain-lain)." "kincit\nterkeluar sedikit najis (dengan tidak dapat ditahan), tercirit sedikit." "kincung\nkecoh." "kincup\nkecil lubangnya, sempit (lubang hidung dan lain-lain);\nmengincupkan\n menjadikan kincup." "kindap\n[Kelantan];\nterkindap-kindap\n kian ke mari mengintai-intai (seperti orang mencari-cari atau melihat-lihat sesuatu)." "kindergarten\n[bahasa percakapan] tadika." "kinematik\n1.\n (Komputer) proses memplot atau menganimasikan pergerakan sesuatu bahagian struktur yang sedang direka bentuk dalam kejuruteraan bantuan komputer;\n2.\n (Matematik) cabang matematik gunaan yang mengkaji bagaimana halaju dan pecutan pelbagai bahagian sesuatu sistem bergerak dihubungkaitkan." "kinesik\nkajian tentang gerak isyarat dalam komunikasi, termasuk mimik dan pergerakan tubuh badan." "kinetik\n1.\n bergantung pada gerakan permukaan atau isi padu untuk mendapatkan kesannya;\n2\n. (Kimia) kajian berkenaan mekanisme kadar tindak balas dan faktor yang mempengaruhi tindak balas seperti tekanan, suhu, dan bahan tindak balas;\n3\n. (Fizik) kajian berkenaan perilaku tenaga apabila sesuatu bergerak;\n \n~ kimia \nkajian tentang mekanisme, kadar tindak balas, dan faktor (seperti tekanan, suhu, kepekatan, dan lain-lain) yang mempengaruhi kadar tersebut." "kinetin\n(Biologi) sejenis hormon yang digunakan untuk merangsang pembahagian sel pada tumbuhan." "kingka\nkimkha." "kingking, kingkip, kingkit\nlimau ~;\nlimau." "kini\nsekarang ini, waktu ini:\n~ segala-galanya yang selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; \nhingga ~ ke atas\n dari sekarang (ketika ini) dan selanjutnya;\nkekinian\n1.\n keadaan terbaru atau mutakhir:\n~ padanan dalam bahasa sasaran;\n 2\n. keadaan masa kini:\n seorang penulis menyedari kehadirannya dalam ruang waktu ~nya;\nterkini\n yang paling kini, terbaru:\n penyelidikan yang ~ dalam ilmu bahasa." "kinja\nlompat ~ \n= \nberkinja-kinja\n melonjak-lonjak (kerana kegirangan dan lain-lain), melompat-lompat, meloncat-loncat;\nterkinja-kinja\n terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dan lain-lain):\nbeberapa orang budak sedang bermain-main dan ~ di halaman rumah." "kinjang\nterkinjang-kinjang\n terkinja-kinja, terlompat-lompat." "kinjat\n[arkaik];\nterkinjat\n tersentak, terlompat, terperanjat." "Kintak\npenduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Negrito, yang tinggal di kawasan pinggir daerah Grik, Hulu Perak, Perak." "kintal I\n[Jawa] sejenis katak (boleh membuncitkan perutnya)." "kintal II\n-> kuintal." "kinyam\n[Minangkabau];\nmenginyam\n mengecap;\nkenyam." "kinyang\nsejenis hablur yang dipakai untuk batu permata dan sebagainya." "kios\npondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, dan lain-lain:\nbuku-buku dan majalah-majalah dapat dibeli di ~." "kip\npenggalak senapang;\n= kep." "kipa\n[Jakarta] [arkaik] tempang atau pincang (kerana kudung sebelah kakinya)." "kipai\n[arkaik];\nmengipaikan\n mengibas-ngibaskan (ekor)." "kipan\ntenuk;\ncipan II." "kipang\n[Minangkabau] sejenis kuih yang dibuat daripada kacang tanah (bijan dan lain-lain) yang dimasak dengan gula, sejenis tenteng." "kipar\nsejenis kain yang tenunannya bergaris-garis;\nkepar." "kipas I\n1.\n alat yang dikibas-kibaskan untuk menggerakkan atau mengadakan angin (untuk menyamankan badan):\nsebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yang berpeluh;\n2\n = \n~ angin\n alat yang mempunyai bilah-bilah yang berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dan lain-lain terasa nyaman);\n3.\n alat yang mempunyai bilah-bilah yang berpusing untuk menjalankan enjin kapal terbang dan lain-lain, baling-baling, propeler;\n~ air\n alat untuk menyapu air pada kaca kereta (biasanya pada waktu hujan turun);\n \n~ angin\n = \n~ (angin) elektrik\n bilah-bilah (baling-baling) yang dipusingkan dengan kuasa elektrik untuk menyejukkan atau menyamankan keadaan dalam bilik dan lain-lain;\n \n~ berdiri\n kipas angin yang dicagakkan pada tiang yang mempunyai tapak;\n \n~ dinding \nkipas angin yang dipasang pada dinding;\n \n~ gantung \nkipas siling;\n \n~ kotak \nkipas angin yang berbentuk kotak;\n \n~ meja\n kipas berdiri yang rendah, biasanya diletakkan di atas meja;\n \n~ siling\n kipas angin yang dipasang tergantung di siling (rumah dan lain-lain);\nberkipas\n1.\n mempunyai kipas, menggunakan kipas;\n2.\n (sedang) menyejukkan (mengangini) diri dengan kipas;\n3. = berkipas-kipas\n mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dan lain-lain;\nmengipas\n1.\n [Indonesia] bergerak-gerak kencang (berkenaan (dengan) jantung);\n2.\n = \nmengipasi\n menyejukkan (badan dan lain-lain) dengan mengibas-ngibaskan kipas dan lain-lain:\nNajelah ~ dadanya kerana kepanasan;\nmengipas-ngipas\n mengipasi:\ndia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya\n;\nmengipaskan\n1.\n mengibaskan (kipas, sayap, dan lain-lain);\n2.\n menepis (menangkis) dengan tangan dan lain-lain:\npemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya;\npengipas\n orang yang mengipas." "kipas II\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (herba, rizomnya dibuat ubat), \nBelamcanda chinensis; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (herba), \nPhilydrum lanuginosum." "kiper\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] penjaga gol (dalam permainan bola sepak dan lain-lain)." "kiprat\n[Jakarta];\nmengipratkan\n1.\n menepis, menangkis (dengan tangan):\ntangannya meraih-raih hendak memeluk Martini, tetapi dikipratkan oleh Martini; \n2.\n merenjiskan, memercikkan air dengan tangan." "kipsiau\n[Cina] teko (tempat membuat teh dan lain-lain), cerek (dibuat daripada tanah)." "kipu\n[arkaik] tukang, juru, pandai;\n \n~ kayu \n(\nbesi dan lain-lain\n) tukang kayu (besi dan lain-lain)." "kir\ndikir\n [bahasa percakapan] disiasat (diselidiki) kebaikan dan keburukannya (kelemahannya)." "kira\n1.\n pendapat (yang berdasarkan perasaan, telahan, dan sebagainya), anggapan, sangka:\npada ~nya tidak ada yang berani menentang pegawai itu; \n2.\n fikir, rasa, anggap:\nsaya ~ malam nanti baru ia tiba di sini;\n3.\n taksiran, hitung;\n \n~ kasar \nhitung kasar;\n \njuru~ \norang yang menyiapkan (menyediakan) buku kira-kira perniagaan dan lain-lain;\n \nmasuk ~ \nmasuk hitung, dihitung;\n \nmesin ~\n alat (mesin) untuk menghitung (seperti mencampur, menolak, dan lain-lain);\n4.\n = \nkiraan\n pertimbangan, perhitungan, taksiran:\nmenurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; \nbelakang ~ \n[bahasa percakapan] nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (perhitungan);\n5.\n peduli, mengendahkan, menghiraukan:\nsaya tak ~, apa juga pekerjaan, boleh saya kerjakan; \nsaya tidak ~ kawan, tidak peduli saudara siapa;\n kiranya\n1.\n pada anggapannya (sangkanya):\n~ orang tidak tahu kecurangan yang dilakukannya;\n2.\n hendaknya, semoga, mudah-mudahan:\nbarang dilanjuntukan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan;\n3.\n = \njika (kalau) ~ \n= \nsekiranya\n kalau, kalau-kalau, seandainya:\nmaafkan kami ~ kami mengganggu; \njikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia?\n4.\n barangkali, agaknya, rasanya, rupanya:\ndilambaikannya tangannya, dengan segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; \nOh, karya As ~!\n5.\n alih-alih, rupa-rupanya:\nkujangka sudah banyak yang ada di sana, ~ aku yang pertama tiba;\nsekira, sekiranya\n kiranya, kalau:\nmereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan;\n kira-kira\n1.\n lebih kurang:\n~ seribu orang telah dijemput untuk menyaksikan upacara tersebut; \nkami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; \n2.\n = \nilmu ~ \nperhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dan lain-lain), taksiran, rancangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab:\nmaka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?; \nbuku ~\n buku tempat mencatat kira-kira kewangan (perniagaan, kesatuan, dan lain-lain);\n \nbuku ~ harian \nbuku harian, buku untuk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari;\n \nilmu menyimpan ~\n pengetahuan mencatat butir-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang;\n \ntidak termasuk dalam ~\n tidak termasuk dalam perhitungan (taksiran);\n3.\n rasanya, agaknya, barangkali, kalau-kalau:\n~ ia tidak mahu menerima wang itu;\n4.\n dugaan, agak-agak, sangka-sangka:\nkalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~;\n5.\n [bahasa percakapan] jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat;\n \ntidak ~ \nterlampau sangat;\n6.\n fikiran, akal, angan-angan;\n \npanjang ~ \npanjang akal (tidak sempit fikirannya);\n \nterbuka ~\n terbuka fikirannya;\n \n~ bahagi\n kira-kira (ilmu hisab) berkenaan memecahkan sesuatu angka dengan angka lain;\n \n~ campur \nkira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dengan menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan;\n \n~ darab \nilmu hisab berkenaan membesarkan sesuatu angka dengan memperkalikannya dengan angka lain;\n \n~ pecahan \nkira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecahan (angka yang kurang daripada satu);\n \n~ tolak\n kira-kira (ilmu hisab) berkenaan mengurangkan angka;\nsekira-kira\n1.\n kira-kira, lebih kurang:\n~ sebahara emas harganya;\n2.\n sekadar(nya):\nperkhidmatan kereta api di sana mendatangkan hasil hanyalah ~ dapat memulangkan modal dan menanggung perbelanjaannya;\n berkira\n =\n berkira bicara;\nberkira-kira\n1.\n berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang:\nmaka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China; \naku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dengan tidak ~ lagi;\n2.\n bercadang-cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak berbuat sesuatu, beragak-agak:\nlama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah;\nmengira\n1.\n menghitung (wang dan lain-lain), mencongak:\nbibirnya kumat-kamit ~ wang yang baru diterimanya;\n~ luas bulatan dengan menggunakan formula;\n2.\n memikirkan, memperhitungkan, mempertimbangkan:\nhatinya cuba ~ sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu; \ndalam perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yang dikiranya perlu diatasi; \nsoalan itu dikemukakannya dengan tidak ~ kesibukan orang; \n3.\n menjangka, menduga, menyangka:\npertemuan itu tidak semeriah yang dikira; \ntepat dengan apa yang dikira, pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dengan peluru dan bom;\n4.\n menganggap, berpendapat, menyifatkan:\nbarangkali ada antara pembaca yang ~ syair tersebut sebagai syair bebas; \nkehidupannya bolehlah dikira senang juga; \nsetiap rencana yang telah saya tulis saya kira tidak bermutu;\n5.\n mengambil berat, menghiraukan (mengendahkan, mempedulikan):\nia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira;\nmengira-ngira\n1.\n menghitung-hitung, mencongak-congak:\npelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman;\n2.\n memikir-mikir, menimbang-nimbang, mentaksir-taksir:\nBasir ~ hotel mana yang mampu ditumpanginya;\nmengirakan, mengira-ngirakan\n menghitung dengan kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan:\nia khuatir sebab lamanya ayahnya dalam perjalanan sudah melebihi waktu yang dikira-kirakan;\nterkira\n terhitung, terduga:\n~\n \ndua kali; \ntidak ~(-kira) \na) tidak terhitung, sangat banyak;\n b) = \ntidak terkirakan \ntidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka);\nkiraan\n = \nkira-kiraan\n hasil mengira, hitungan, perhitungan:\nsegala ukuran dibuat mengikut ~ inci; \nbarang-barang yang tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak daripada yang terdapat di Muzium Negara;\n~ kasar\n hitungan kasar (tidak terperinci);\nperkiraan\n1.\n kiraan, perhitungan:\nangka yang diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; \npinjaman itu dikenakan bayaran faedah dengan ~ 4%;\n2.\n pertimbangan, taksiran:\nperkara-perkara yang penting diserahkan kepada ~ ibu bapa mereka; \nmenurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dalam jangka waktu yang singkat;\npengiraan\n perihal atau perbuatan mengira (menghisab, menghitung), penaksiran;\npengira\n orang yang mengira, penghitung." "kira bicara\n1.\n tutur kata, cakap;\n \ndengan tidak banyak ~ \ndengan tidak banyak cakap;\n2\n. berbincang, berunding:\nSamaun bukan orang yang boleh dibawa ~;\nberkira bicara\n bercakap, berbual, berbincang." "kirah\n[Kelantan];\nmengirah\n membuang atau mencurahkan (air, minuman, dan lain-lain)." "kirai I\nmengirai\n \n1. = mengiraikan\n mengibas-ngibaskan dengan keras (supaya hilang debu dan lain-lain), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dan lain-lain):\n~ kain sebelum menjemurnya;\n2.\n menampi (beras dan lain-lain) dengan menggerak-gerakkan bekas (seperti nyiru dan lain-lain);\n3.\n menyebarkan (membentangkan, menyerak-kan) padi dan lain-lain (untuk dijemur);\n4.\n membongkar atau merombak (susunan pakaian dan lain-lain):\ntangannya ~ fail mencari sesuatu; \nterlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa;\nterkirai-kirai\n1.\n tersampir atau tergantung berkibar-kibar (berkenaan (dengan) pakaian yang dijemur dan lain-lain);\n2.\n tanggal (hilang, berterbangan) kerana dikirai-kiraikan (digoncang)." "kirai II\njalur, carik panjang;\n \nroti ~\n sejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung yang cair yang dimasak dalam kuali kering, roti cecair, roti jala." "kirai III\n1.\n sejenis tumbuhan (palma), gemia, rembia, rumbia, sagu, \nMetroxylon rumphii (sagu); \natap ~\n atap yang dibuat daripada daun nipah;\n2.\n Brunei daun rokok (penggulung rokok) daripada daun nipah;\n \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, dalu-dalu bukit, dedalu bukit, pepina, \nHiptage sericea." "kirai IV\njanda sekali ~\n janda pertama kali." "kirai V\n[Brunei] kening:\n~nya lebat." "kirana\n[arkaik]\n1.\n [sastera lama] sinar;\n2.\n [kiasan] cantik, elok, indah." "kirap I\nmengirap\n \n1.\n mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap;\n2.\n menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dengan perisai:\ndikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu;\nmengirapkan\n1.\n mengibaskan, mengepakkan (sayap), mengiraikan (kain dan lain-lain);\n2.\n menggerak-gerakkan ke atas ke bawah dan sebagainya (perisai, penangkis, dan sebagainya), mengayunkan." "kirap II\nmengirap\n hilang, hapus, lenyap, luput:\n~ ghaib kemegahan diri; \nnama Ema telah ~ bertukar dengan nama ibu Beino yakni isteri Pak Beino;\nmengirapkan\n menghilangkan, menghapuskan, melenyapkan, melupuntukan:\npuas ia mencuba hendak ~ segala perasaan waswasnya." "kiras\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dipakai untuk bahan rumah), \nCarcinia celebica." "kirau\n[arkaik] belum masak (berkenaan (dengan) buah), mengkal, engkah-engkah (berkenaan (dengan) buah-buahan)." "kirbat\nsejenis pundi-pundi daripada kulit (tempat mengisi air anggur dan lain-lain);\n \n~ es \n[Indonesia] sejenis kantung daripada getah yang diisi air batu untuk menyejukkan (menjaram) kepala dan sebagainya." "kiri\n1.\n lawan kanan;\n \ntangan ~\n tangan kidal (lawan tangan kanan);\n \n~ kanan \na) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (seperti sungai, jalan, dan lain-lain), kiri dan kanan:\ndi ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; \norang ~ kanan \norang sebelah-menyebelah rumah, jiran;\n b) = \nkanan ~nya \n[Jawa] lebih kurang, kira-kira;\n2.\n cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal;\n3.\n [kiasan] kurang baik, malang (sial, celaka, dan sebagainya);\n \nlangkah ~\n tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dan lain-lain), sial (mendatangkan keburukan dan lain-lain);\n4.\n miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (berkenaan (dengan) pertubuhan atau pergerakan politik dan lain-lain):\nparti ~; \npihak ~;\nmengiri\n menepi (menuju, berundur, dan lain-lain) ke sebelah kiri;\nmengirikan\n1.\n mengundurkan (mengalihkan, meletakkan, dan lain-lain) ke sebelah kiri;\n2.\n mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan:\nperkara itu boleh dikirikan dahulu; \n3.\n menyingkirkan atau membuang (daripada kumpulan dan lain-lain):\norang yang dikirikan daripada masyarakat;\nterkiri\n terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dari tempatnya yang sebenar atau yang sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu." "kirik I\nmengirik\n memijak:\nya Allah, mati badanku dikiriknya!;\n~ padi \nmemijak-mijak padi (untuk menanggalkan butir-butir padi daripada tangkainya);\npengirik\n \n~ padi \nalat untuk mengirik padi." "kirik II\n[Jawa];\nmengkirik\n berdiri (seram) bulu roma (kerana ngeri, ketakutan, dan lain-lain)." "kirik III\n[Jawa] anak anjing." "kirim\n[bahasa percakapan] = \nberkirim, mengirim, mengirimkan;\nberkirim\n (sedang) menyampaikan atau meminta supaya disampaikan:\nada lagi Raja ~ kepada Tuan Bonham seekor kambing kembiri;\n~ surat;\n~ salam (sembah);\n~ diri \n[sastera lama] menyerahkan diri untuk diperlindungi;\nberkirim-kiriman\n saling berkirim (surat dan lain-lain):\nmereka berdua sudah kerap kali ~ surat;\nmengirim\n1.\n menyampaikan atau menghantar (surat dan lain-lain) menerusi sesuatu (seperti pos dan lain-lain):\nbiasanya Karim ~ surat sebulan sekali;\n2.\n = \nmengirimkan\n menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus:\nAmerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; \n3.\n [Jakarta] menyerahkan (mengamanatkan, menumpangkan) barang pada seseorang atau sesuatu tempat (untuk disimpan, dijual, dan lain-lain), menitipkan;\nmengirimi\n berkirim (mengirim, mengirimkan) kepada:\nselalu dia ~ saya surat menceritakan keadaan dirinya;\nterkirim\n sudah dikirim (dikirimkan);\nkiriman\n1.\n sesuatu yang dikirim, pemberian (yang dihantar, dikirim):\nia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; \nterimalah pula limau manis~ dari Semarang;\n~ pos \nwang yang dikirim dengan cara tertentu melalui pos;\n2.\n [Jakarta] sesuatu yang diamanatkan (diserahkan) untuk disimpan (dijual dan lain-lain), titipan;\npengiriman\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) mengirim (menghantar):\nmereka membantah keras ~ tentera ke negeri tersebut; \npemogokan pekerja-pekerja pelabuhan mengganggu ~ barang ke luar negeri;\n pengirim\n orang dan lain-lain yang mengirim:\nsurat ini untukmu tetapi nama ~nya tidak dinyatakan." "kirip\nsiput ~ \nsejenis siput (boleh dimakan)." "kirmizi\nwarna merah tua." "kiru\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), pisang-pisang bukit, pokok ringkai jerenang, \nMitrephora reticulata." "kiruh\n[Jakarta]\n1.\n keruh;\n2.\n [kiasan] kacau, tidak tenteram (keadaan dan lain-lain)." "kirung\nberkirung\n berlukis dengan gambar dan lain-lain (pada kulit tubuh)." "kiryah, kiryat\n[Arab] [arkaik] dosa." "kisa I\nsejenis jala (pukat) kecil;\nmengisa\n menjala (menjaring) dengan kisa." "kisa II\nsejenis pundi-pundi (kantung) kecil." "kisah\nhal, cerita, kejadian, riwayat:\nDaim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kepada Zalizah; \nguru membincangkan ~ pembiakan nyamuk;\n~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa;\n~ ibarat\n kisah yang watak-watak dan kejadian-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu;\nberkisah\n menyampaikan sesuatu kisah:\n yang pandai bercerita dan mahir ~;\nmengisahkan\n menceritakan, meriwayatkan:\nbuku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yang masyhur; \nia telah menulis sebuah rencana yang ~ pergerakan wanita di Indonesia;\npengisahan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengisahkan;\npengisah\n tukang cerita (kisah dan lain-lain)." "kisai\n[Minangkabau];\nmengisai\n mengayak (tepung dan lain-lain);\n \n~ benang bulang \nmenguraikan ikatan benang pengikat taji;\nkisaian\n ayakan, pengayak." "kisar I\nputaran (bumi dan lain-lain) pada paksi atau sumbu putarannya;\nberkisar\n1.\n berputar, berpusing (berkenaan (dengan) roda, angin, dan lain-lain);\n2.\n berpindah, beralih, bertukar (tempat):\nduduknya sudah ~ , tidak lagi menghala tingkap; \n3.\n beredar di sekitar sesuatu perkara (berkenaan (dengan) perbualan, perbincangan, dan lain-lain), bertumpu (berpusat) pada:\ncerita Kamal itu kebanyakannya ~ pada kampung halamannya; \nperbualan mereka ~ pada kisah darurat; \nduduk ~ tegak berpaling \n(peribahasa) [Minangkabau] tidak menepati janji atau kata-kata yang telah dibuat;\nberkisarkan\n berkisar pada, bertemakan:\ncerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara\n;\nmengisar\n1.\n memutar, memusingkan (roda, jam, dan lain-lain);\n2.\n menggiling (padi dan lain-lain) untuk mengupas kulitnya:\nkilang ~ padi; \n3.\n memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan:\nsekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; \nLaksamana pun ~ keris penduanyaserta memperbaiki keris panjangnya;\n4.\n mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dan lain-lain):\ncinta hanya kepada orang yang satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kepada orang lain;\n5.\n menghancurkan (makanan), menghadam:\nhempedal ~ makanan yang ditelan sebelum masuk ke dalam usus; \n6.\n memusing (biji mata), beralih memandang:\nKarim ~ biji matanya; \nsemua mata ~ ke hala Sidek; \n7.\n menyerahkan (memberikan) kepada orang lain;\n8.\n menggadaikan, menjual;\nterkisar\n dikisar:\ndalam hempedal inilah makanan itu ~;\nkisaran\n putaran, pusingan;\n \n~ angin\n pusingan angin;\n \n~ biji mata \nputaran biji mata;\nperkisaran\n perihal berkisar, perputaran;\n \n~ harga \nperubahan harga yang semakin tinggi;\npengisaran\n1.\n perihal (kerja, perbuatan, dan sebagainya) mengisar, pemutaran;\n2.\n pemindahan, pengubahan, penggantian;\npengisar\n1.\n alat untuk mengisar, penggilingan:\n~ padi; \ngigi ~ \ngigi untuk menghancurkan (melumatkan) makanan;\n2.\n orang yang mengisar (padi dan lain-lain)." "kisar II\nbunga ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga kembang lohor, \nAbutilon indicum." "kisas\n[Arab] qisas." "kisi I\nkisi-kisi\n \n1.\n batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri (pada tingkap dan lain-lain), jeruji, terali, kekisi:\npenjara yang ada sekarang ini berpuluh-puluh jendelanya, dan ~nya semuanya daripada besi;\n2.\n palang (daripada kayu dan lain-lain) yang menghubungkan gandar (pusat) roda dengan lingkarannya;\n3.\n celah (pintu dan lain-lain);\nberkisi 1. = berkisi-kisi\n memakai (mempunyai) kisi-kisi:\nsetiap tingkap rumah itu ~;\n2.\n = \n~ kepada \nbertumpu (berpusat) pada." "kisi II\nular ~\n sejenis ular kecil." "kisi-kisi\nsejenis tumbuhan (pokok), ganda rusa, temenggung melela, urat sugi, \nGendarussa vulgaris." "kisik I\n[Jakarta];\nkisikan\n bisikan;\nkasak." "kisik II\n[Minangkabau] [arkaik];\nmengisik\n menumbuk (tidak dengan kuat)." "kisip\ntidak berbiji atau sangat kecil bijinya;\nkesip I." "kisit\nmengisit\n membuang daun (kelapa dan lain-lain) supaya tinggal pelepahnya atau lidinya, memotong rumput." "kismat, kismet\n[Arab]\n1.\n nasib (untung atau malang), bahagian (seseorang);\n2.\n [bahasa percakapan] apa boleh buat." "kismis\nbuah anggur yang telah dikeringkan." "kisut\nberkedut, berkerut (tidak licin), lisut:\nia telah tua, mukanya telah agak ~;\n~ lisut \nsangat berkedut;\nmengisut\n mulai kisut, menjadi kisut;\nmengisuntukan\n menjadikan kisut (lisut), mengeduntukan." "kiswah\n[Arab] kelambu hitam yang menutupi Kaabah." "kit\nset bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang:\n~ pesawat terbang moden; \nrumah ~\n rumah (kedai) tempat menjual candu." "kita\n1.\n kata ganti bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua:\njanganlah kerana dia pula, rumah tangga ~ menjadi hancur;\n2.\n = \n~ orang \n[bahasa percakapan] saya serta sahabat-sahabat saya dan lain-lain (tidak termasuk orang yang dilawan bercakap), kami:\nboleh engkau menulis Quran nanti, ~ orang beli; \n3.\n [bahasa percakapan] saya:\nawak yang mengurus perkara itu, ~ yang ditanyai;\n4.\n aku, saya (oleh raja, orang bangsawan atau orang besar-besar kepada orang kebanyakan atau orang bawahannya):\ntiada raja besar dalam dunia ini daripada ~ dan tiada siapa pun yang tahu akan bilangan rakyat ~;\n5.\n [arkaik] kata ganti bagi orang kedua, awak, kamu;\n6.\n [Brunei], [bahasa halus] awak (kata ganti nama diri kedua dalam bentuk tunggal);\nkekitaan; \nsemangat ~\n semangat bekerjasama (bantu-membantu) dalam sesuatu kumpulan (masyarakat dan sebagainya), semangat persaudaraan." "kitab\n[Arab]\n1.\n buku suci (yang mengandungi perkara-perkara keagamaan seperti hukum, ajaran, dan lain-lain):\nQuran ialah ~ yang akhir daripada Allah;\n~ Allah \nal-Quran;\n \n~ Injil \nkitab yang diturunkan kepada Nabi Isa;\n \n~ suci \na) = \nkitabul-kudus\n kitab mengenai hal-hal agama (seperti al-Quran dan lain-lain);\n b) kitab Injil dan Taurat;\n \n~ Taurat \nkitab yang diturunkan kepada Nabi Musa;\n \n~ Zabur \nkitab yang diturunkan kepada Nabi Daud;\n2.\n [arkaik] buku (mengenai berbagai-bagai perkara):\nmaka adalah aku karangkan akan ~ ini darihal hikayat diriku;\n~ loghat\n [arkaik] buku yang mengandungi perkataan-perkataan dan ertinya, kamus;\n \n~ ramalan \nbuku yang digunakan untuk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yang akan berlaku;\n \n~ turutan \nbuku pelajaran huruf atau bahasa Arab peringkat permulaan;\n \n~-kemitab \nberbagai-bagai kitab;\nberkitab\n memakai (mempunyai) buku suci;\n \ntidak ~ \ntidak berpandu kepada kitab, tidak beragama, kafir;\npengitaban; \n~ hukum \n[Indonesia] pengumpulan dan penyusunan hukum (undang-undang)." "kitabi\n[Arab] yang berkitab, yang menggunakan atau berdasarkan kitab (selain penganut agama Islam, iaitu umat Kristian dan Yahudi)." "Kitabullah\n[Arab] al-Quran, al-Kitab. \nkitai; \nmengitai-ngitaikan\n mengibas-ngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan):\njarinya terkena seterika panas lalu dikitai-kitaikannya kerana kesakitan;\nterkitai-kitai\n menggeletar (seperti tangan orang tua), mengibas-ngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan)." "kitang\nikan ~(-kitang)\n sejenis ikan laut, kendang, \nScatiphagus argus." "kitar I\n~ semula \nkitaran semula;\nsekitar\n1.\n sekeliling:\nsuasana di ~ tempat itu sunyi senyap; \nyang banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air;\n2.\n [bahasa percakapan] lebih kurang, kira-kira:\ngajinya ~ dua ratus ringgit sebulan;\nsekitaran\n keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dan sebagainya yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu):\nkita tidak dapat mengelakkan daripada menimbangkan aspek bahasa seperti ~ dan latar belakang bahasa murid; \nsahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada keturunan dan suasana ~ keluarganya;\nberkitar\n berkisar, berpusing, berputar (berkenaan (dengan) roda dan lain-lain), beredar (seperti bumi di keliling matahari);\n \nbintang ~ \nbintang beredar, bintang siarah, planet;\nmengitar\n1.\n = \nmengitar-ngitar\n berkisar(-kisar), berputar(-putar);\n2. = mengitar-ngitar\n berkeliling, beredar;\n3.\n = \nmengitar-ngitar\n memusing-musing, memutar-mutar:\nserta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pada dada Tun Tuah;\n4.\n = \nmengitari\n mengelilingi, mengedari:\nia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yang dilapisi permaidani; \nmemandu kereta ~ bandar;\nmengitari\n bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari;\nmengitarkan\n menjadikan berkitar, memutarkan, mengisarkan:\n~ enjin;\nterkitar-kitar\n berputar-putar, berpusing-pusing;\nkitaran\n gerakan berkitar, kisaran;\n~ hidup \n(Biologi) beberapa peringkat hidup yang dialami oleh sesuatu organisma dari peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat persenyawaan ovum pada generasi seterusnya;\n ~ semula\n benda (seperti surat khabar, botol kaca) yang diproses supaya dapat digunakan semula;\nperkitaran\n peredaran, perkisaran, perpusingan;\npengitaran\n pemutaran, pemusingan;\npersekitaran\n kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar:\ntiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya." "kitar II\n[Minangkabau];\nmengitarkan, memperkitarkan\n menolakkan (menyorongkan) ke tepi." "kitar III\n[Terengganu] berikhtiar, berusaha (untuk mendapat sesuatu)." "kitik\n[Jakarta];\nmengitik\n, \nmengitik-ngitik\n menggeletek, menggelikan, menggilik-gilik." "kiting\nsekiting\n [arkaik] [bahasa percakapan] sangat sedikit." "kitiran\n[Jawa] bilah-bilah daripada kayu dan lain-lain yang boleh berpusing (kerana ditiup angin dan lain-lain), baling-baling." "kiu\nkayu panjang untuk menyodok (menojok) bola biliard." "kiub\nbenda yang mempunyai enam permukaan yang semuanya berbentuk empat persegi dan sama besarnya (seperti dadu), kubus;\n~ berpusat jasad \n(Kimia) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yang terdiri daripada satu atom di setiap penjuru dan satu atom di pusat kiub;\n \n~ berpusat muka \n(Kimia) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yang terdiri daripada satu atom di setiap penjuru dan pusat mukanya;\n \n~ rebusan \nbahan daripada air rebusan daging, ikan atau sayur-sayuran yang dikeringkan dan berbentuk kiub, digunakan untuk membuat sup, dalam masakan dan sebagainya." "kiuk I\nterkiuk\n terpulas, terkehel, tergeliat;\nberkiuk\n mengeluarkan bunyi kiuk kerana kesakitan (terutamanya di bahagian leher):\n ayam itu ~ dan melompat keluar." "kiuk II\nsejenis dadu panjang (untuk berjudi)." "kiung\nbeberapa jenis siput." "kiut\n= kiutan\n bunyi seperti bunyi pintu yang ketat engselnya dibuka tutup;\n \nkiang-~ \nbunyi kiut berkali-kali;\nberkiut\n berbunyi kiut, berkicut:\nkedengaran pintu di luar ~\n." "kiwi\n[arkaik] penyewa petak perahu yang juga menjalankan perniagaan, jurupetak, cincu." "kiyek\n[Kelantan] anai-anai yang besar." "kizib\n[Arab] tidak benar, dusta, palsu;\n \nfajar ~ \nfajar sebelum matahari terbit (bukan fajar yang sebenarnya), lawan fajar sidik." "KKGSK\n[kependekan] Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan." "KL\n[kependekan] Kuala Lumpur." "klac\nalat yang membolehkan kuasa dari enjin diberhentikan dari roda apabila seseorang menukar gear:\nAzman menekan ~ lalu memasukkan gear." "klakson\n[Indonesia] hon (kereta)." "klaras\n[Jawa] [arkaik] daun pisang yang sudah kering." "klarinet\nsejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup, sejenis serunai." "klasifikasi\n1.\n penyusunan mengikut kelas;\n2.\n susunan sistematik ke dalam kumpulan menurut kriteria yang ditetapkan:\nkumpulan-kumpulan yang telah disenaraikan merupakan antara ~ terbesar;\nmengklasifikasikan\n menyusun mengikut kelas:\n kita belum lagi puas dengan hasil-hasil yang telah cuba saya klasifikasikan dalam sastera keagamaan; \nkita telah pun memperkatakan kegagalan ~ cerita mengikut tema-tema;\n pengklasifikasian\n perihal atau perbuatan mengklasifikasikan:\n~ cerita pari-pari." "klasik\n1.\n serius dan abadi nilainya;\n \ndia tidak gemar kepada muzik ~; \n2\n. \ntertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain:\nsajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang ~;\n3\n. (pakaian, reka bentuk, dan sebagainya) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa:\nmereka mementingkan gaya baru tetapi ~; \n4.\n mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal):\n satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut." "klasikal\n[Indonesia] ;\n \npengajaran ~ \npengajaran beramai-ramai (dalam sebuah kelas)." "klausa\n(Linguistik) unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian kepada ayat." "klaustrofobia\n(Psikologi) perasaan takut yang luar biasa apabila berada di dalam ruang yang sempit dan terkurung, misalnya di dalam gua." "klavikel\n(Perubatan) tulang yang menghubungkan tulang dada dengan pangkal bahu, tulang selangka." "KLCC\n[kependekan] \nKuala Lumpur City Centre." "kleng\nbunyi siren kereta bomba:\n ~, ~, dua kereta bomba datang serentak dari pusat bandar." "klep\n[Indonesia-Belanda] katup, tutup (pada mesin, pam, dan lain-lain)." "kleptomania\n(Psikologi) tabiat suka mencuri yang tidak dapat dikawal walaupun barang yang dicuri tidak berharga atau tidak diperlukan." "kleptomaniak\n(Psikologi) orang yang mengalami kleptomania." "KLIA\n[kependekan] \nKuala Lumpur International Airport \n(Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang)." "KLIBOR\nakronim bagi \nKuala Lumpur Inter-Bank Offered Rate \n(Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur, iaitu kadar pinjaman bagi dana jangka pendek antara bank di Malaysia untuk tempoh matang satu hari, satu minggu, satu bulan dan sebagainya)." "klien\n1.\n orang, syarikat, dan lain-lain yang mendapatkan nasihat daripada ahli profesional;\n2.\n pelanggan." "klik I\nsekumpulan rakan yang bersekutu untuk tujuan tertentu:\nparti dan ~ politik yang menumpukan kegiatan mereka dalam negeri;\n berklik\n cenderung mewujudkan kelompok yang tersendiri atau terbatas, suka berpuak-puak:\nada juga sesetengah pelajar yang suka ~ mengikut negeri asal masing-masing." "klik II\n1.\n bunyi kertik seperti apabila kamera dipetik, anak kunci diputarkan di dalam lubang kunci dan sebagainya:\nbunyi ~; \n2.\n (Komputer) perbuatan menekan butang pada peranti tetikus komputer:\nterokailah alam multimedia dengan hanya sekali ~;\n berklik\n berbunyi klik:\nkameranya ~ apabila dipetik;" "klimaks\n1.\n bahagian dalam cerita (berita dan lain-lain) yang lebih hebat (genting, mencemaskan, dan lain-lain) daripada bahagian-bahagian lain, puncak, kemuncak;\n \n~ atau kemuncak cerita ini sungguh mendebarkan hati pembaca;\n2.\n memuncak (dengan perlahan-lahan), makin meninggi." "klimatologi\nkajian tentang iklim, kaji iklim." "klimis\n[Jawa] [arkaik] halus, licin." "klimograf\n(Geografi) graf yang menunjukkan hubungan antara suhu, hujan, kelembapan dan faktor iklim yang lain." "klinik\n1.\n tempat untuk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar:\namat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung untuk menjaga kesihatan orang-orang kampung; \n2.\n tempat yang serupa yang dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yang mengkhusus akan satu atau lebih bidang:\n~ mata." "klinikal\n1.\n berkenaan rawatan perubatan:\n gambaran ~ tentang ciri-ciri gangguan psikiatri di kalangan kanak-kanak dan remaja\n; \n2.\n berkenaan pemikiran (kajian) yang logik dan kritis (tanpa memihak kepada sesiapa):\n hasil penyelidikan ~ terhadap 36 orang pengarang dapat ditemukan beberapa kesimpulan penting." "klinisian\ndoktor, ahli psikiatri dan sebagainya yang mengkhusus dalam rawatan perubatan di klinik, hospital dan sebagainya, dan bukannya kerja penyelidikan di makmal:\n~ mengesyorkan cara penyusuan ini kerana tiada susu berlebihan untuk dimuntahkan." "klinometer\n(Fizik) alat yang digunakan dalam kerja ukur untuk mengukur kecerunan." "klinostat\nalat yang digunakan untuk mengkaji rangsangan tumbuhan terhadap cahaya atau tarikan graviti." "klip I\nsebarang benda kecil yang digunakan untuk menyepit (atau melekatkan benda dan sebagainya):\ndigunakannya ~ supaya lukisannya tidak berganjak;\n berklip\n disepit (dijepit) dengan klip." "klip II\n~ video \npetikan ringkas gambar video mengenai sesuatu peristiwa, persembahan dan sebagainya yang ditayangkan untuk tontonan umum." "klise\n1.\n gambar negatif pada filem kamera, gambar negatif pada kepingan untuk dicetak;\n2.\n [kiasan] tiruan (bukan asli), ungkapan yang sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya." "klitik\n(Linguistik) bentuk terikat yang tidak boleh dianggap sebagai morfem terikat kerana boleh berada dalam tempat frasa atau klausa tetapi tidak dianggap sebagai kata, misalnya \nku \ndalam \nkubaca \ndan \nmu \ndalam \nbukumu." "kloaka\n(Biologi) lubang pada hujung saluran pembiakan dan saluran pembuangan najis (pada burung, reptilia, amfibia, dan ikan)." "klobot\n[Jawa] [arkaik] kelongsong (jagung)." "KLOFFE\nakronim bagi \nKuala Lumpur Options and Financial Futures Exchange \n(Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur, iaitu bursa yang menjalankan urus niaga kontrak niagaan ke depan bagi opsyen saham, kadar faedah dan indeks saham)." "klon\n1.\n (Biologi) sekumpulan sel atau organisma yang serba serupa dari segi genetik, yang terhasil daripada leluhur sepunya melalui pembiakan aseksual, misalnya secara cantuman;\n2.\n produk yang dihasilkan menyerupai model asal dari segi fungsi, ciri dan sebagainya, biasanya berkualiti kurang baik;\n3.\n telefon bimbit (selular) atau kad kredit pendua yang telah diberi identiti elektronik telefon bimbit atau kad kredit asal yang sedia ada secara tidak sah untuk tujuan penyelewengan atau penipuan;\nmengklon\n membuat atau menghasilkan klon:\ntindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yang ~ telefon bimbit; \nahli embriologi di universiti itu dikatakan telah berjaya ~ embrio manusia; \njabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan dan sayuran liar;\n pengklonan\n perihal (proses atau perbuatan) membuat atau menghasilkan klon:\n~ telefon bimbit semakin berleluasa;\n~ haiwan ternakan seperti bebiri boleh menghasilkan ternakan lebih bermutu;\n pengklon\n orang, pihak dan sebagainya yang membuat atau menghasilkan klon:\n~ telefon selular." "klop\n[Indonesia-Belanda] padan, cocok, sesuai sungguh;\n= kelop." "klorela\n(Biologi) alga hijau satu sel yang mengandungi kadar protein yang tinggi (dibiak secara komersial untuk mendapatkan proteinnya)." "klorida\n(Kimia) sebatian klorin dengan satu unsur lain." "klorin\n(Kimia) sejenis gas berwarna kuning kehijau-hijauan dan berbau sengit;\nberklorin\n telah dibubuhi atau dirawat dengan klorin, mengandungi klorin:\nair yang ~;\n mengklorinkan\n merawat, terutamanya air, dengan membubuh atau mencampurkan klorin ke dalamnya untuk membunuh kuman;\npengklorinan\n proses atau perbuatan mengklorinkan:\n~ air" "klorofil\n(Biologi) bahan pewarna hijau dalam tumbuh-tumbuhan hijau yang membolehkannya membuat makanannya sendiri." "klorofluorokarbon\n(Kimia) sebatian gas yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen, klorin dan florin, digunakan dalam sistem pendinginan, peti sejuk, aerosol, pembuatan plastik dan lain-lain, dan boleh merosakkan lapisan ozon atmosfera bumi." "kloroform\n(Kimia) sejenis cecair yang digunakan sebagai ubat bius (untuk menyebabkan orang atau binatang tidak sedar semasa menjalani pembedahan)." "kloroprena\n(Kimia) sejenis sebatian yang digunakan sebagai bahan asas untuk membuat sejenis getah tiruan." "kloropsia\n(Perubatan) kecacatan penglihatan (semua objek kelihatan berwarna kehijau-hijauan)." "kloset\ntandas." "klover\nsejenis tumbuhan daripada genus \nTrifolium \nyang daunnya bercabang tiga dan berwarna merah, ungu atau putih, biasanya dijadikan makanan ternak seperti lembu dan sebagainya." "KLSE\n[kependekan] \nKuala Lumpur Stock Exchange \n(Bursa Saham Kuala Lumpur)." "klu\nsesuatu (objek, maklumat, dan sebagainya) yang dapat membayangkan jawaban terhadap persoalan yang hendak diselesaikan, pembayang, petunjuk:\npihak polis sedang mencari beberapa ~ terhadap kes pembunuhan itu." "KM I\n[kependekan] Ketua Menteri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak)." "km II\n[kependekan] kilometer." "Kmdr\n[kependekan] Komander." "kmj\n[kependekan] kilometer sejam (berkenaan (dengan) kelajuan kenderaan):\nkelajuan maksimum yang dibenarkan ialah 120 ~." "KMM\n[kependekan] Kesatuan Melayu Muda." "KMN\n[kependekan] Kesateria Mangku Negara (pingat kehormatan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong)." "KNB\n[kependekan] Keluaran Negara Bersih." "KNK\n[kependekan] Keluaran Negara Kasar." "knob\nkenop." "knot\nukuran kelajuan 1 batu nautika sejam atau 1.852 km sejam." "ko I\n[Indonesia-Belanda];\nkaum ~\n orang-orang yang bekerjasama dengan Belanda (ketika berlaku persengketaan antara Indonesia dengan Belanda)." "KO II\n1.\n [kependekan] \nknockout \n(iaitu keadaan peninju yang rebah semasa dalam perlawanan dan pengadil membuat kiraan satu hingga sepuluh tetapi peninju gagal meneruskan perlawanan);\n2.\n [bahasa percakapan] gagal, kalah teruk, terlalu penat dan sebagainya." "ko-\nawalan asing \nbersama, bergabung, misalnya \nkokurikulum \ndan \nkoenzim." "koa\n[Cina] sejenis permainan yang menggunakan kad kecil, permainan ceki." "koak\nberkoak-koak, berkoak-kaok\n [bahasa percakapan] berteriak-teriak (melaungkan cogan kata dan lain-lain), berseru-seru." "koala\nsejenis binatang seperti beruang rupanya tetapi kecil yang terdapat di Australia (makanannya daun dan kulit sejenis pokok), \nPhascolarctus cinereus." "koalisi\n[Indonesia-Belanda] pergabungan atau perikatan beberapa buah parti politik;\n \nkabinet ~\n kabinet yang terdiri daripada anggota-anggota daripada dua parti politik atau lebih." "KOAM\n[kependekan] Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia." "kobah\n[arkaik] sejenis gendang (tambur) besar." "kobak I\nberkobak, terkobak\n sudah dikupas (dikuliti), terkupas;\n \n(mendapat) pisang ~\n (peribahasa)\na) (mendapat) faedah atau keuntungan dengan tidak bersusah payah;\n b) (mendapat) pekerjaan yang sangat senang;\nmengobak\n mengupas, mengopek (kulit buah-buahan dan lain-lain), membuang kulit (nyiur dan lain-lain)." "kobak II\n[Jakarta];\nmain ~\n sejenis perjudian dengan melemparkan wang ke dalam lubang kecil di tanah;\nkobakan\n1.\n lubang kecil di tanah;\n2.\n lekuk di tanah yang dipenuhi air hujan." "kobak III\ntobak." "kobalamin\nsejenis vitamin B kompleks yang terdapat di dalam makanan laut, hati dan sebagainya yang kekurangannya menyebabkan anemia." "kobalt\n(Kimia) sejenis unsur logam berwarna putih kelabu, mulur, beracun, dan digunakan dalam aloi dan sebagainya." "kobang\n[arkaik] \ngobang." "kobar I\nterbakar dengan api yang marak;\nberkobar\n1.\n bernyala besar, sangat marak (api):\napi yang ~ itu telah menghanguskan beberapa buah rumah;\n2.\n [kiasan] bergolak atau bergelora (dalam hati):\ncintanya itu pada hari-hari yang berikut ternyata tambah ~; \nkembalilah harapannya ~ dalam dada; \n3.\n berkecamuk, menghebat:\npeperangan yang ~;\nberkobar-kobar\n1.\n bernyala-nyala dengan hebatnya (berkenaan (dengan) api kebakaran dan sebagainya):\nair dipancurkan tidak henti-henti ke api yang ~ itu;\n2.\n [kiasan] bergolak atau bergelora dengan amat sangat (berkenaan (dengan) perasaan hati dan lain-lain), berapi-api, meluap-luap (berkenaan (dengan) semangat, perasaan, dan lain-lain):\nmendengarkan hal itu ~lah semangatnya lalu dengan segera ia menghunus khanjarnya;\nmengobarkan\n1.\n membakar hingga marak (bernyala-nyala), menyalakan;\n2.\n = \nmengobar-ngobarkan\n membangkitkan semangat hingga meluap-luap, menghebatkan (semangat dan lain-lain):\nsajak-sajak yang menimbulkan cinta kepada tanah air dan yang ~ semangat kepahlawanan;\nkobaran\n nyala yang besar atau marak:\n dia menangis di tengah-tengah ~ api itu." "kobar II\nmulut ~-kabir\n suka mengata-ngata atau mempercakapkan hal orang dan lain-lain." "KOBENA\nakronim bagi Koperasi Belia Nasional." "kober\n[Jakarta] sempat." "koboi\n[bahasa percakapan] gembala lembu yang menunggang kuda (di Amerika Syarikat);\nkekoboi-koboian\n berlaku seperti koboi (seperti menyamun, menggunakan senjata api, dan lain-lain):\ntegaknya Mamat dengan senapangnya sewaktu hendak mempertahankan aral nampak agak ~\n." "kobok I\nkelompok (kumpulan, puak) orang, golongan;\nberkobok-kobok\n berkelompok-kelompok, berpuak-puak:\n~ budak menyerbu lori itu\n." "kobok II\nmengobok\n mengambil makanan, biasanya berkuah, dengan tangan tanpa senduk atau sudu;\nkobokan\n [Jawa] sejenis mangkuk besar yang diisi air untuk mencuci tangan, kembuk, kembukan." "koc\n1.\n gerabak kereta api untuk membawa penumpang;\n2.\n bas untuk perjalanan jauh atau untuk persiaran." "kocah\n~-kacih \nselalu sahaja membuat berbagai-bagai kerja, sangat sibuk." "kocak I\n1. = kocakan\n goncangan (air), gerakan kencang (air atau benda cair);\n2.\n [kiasan] gelora, pergolakan:\nkpada ibunya ia menumpahkan segala pendaman jiwa dan ~ hatinya;\nberkocak\n1.\n bergoncang (berkenaan (dengan) air dalam bekas dan lain-lain), bergelombang (berkenaan (dengan) laut), berpalu, memukul (ombak pada batu):\ngelas itu dihentak-hentaknya beberapa kali dan air di dalamnya ~; \ndesir angin yang lembut menyegarkan, dan riak ~ melanda pantai;\n2.\n bergelora, bergolak (berkenaan (dengan) perasaan hati dan lain-lain), berdebar-debar, gelisah, rusuh:\nhatinya tidak ~ sedikit pun menerima hukuman itu; \nnafsunya makin menyala, darah mudanya ~; \n3.\n menjadi pudar atau tidak bercahaya (berkenaan (dengan) mata), kusam atau kuyu (berkenaan (dengan) mata):\nmatanya ~;\n4.\n [Kelantan] bergoyang, bergegar;\n~ tanda tak penuh \n(peribahasa) orang yang suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek);\nmengocak, mengocakkan\n1.\n menggoncang(kan) bekas (untuk menjadikan cecair dan lain-lain di dalamnya sebati), menggerakkan air yang tenang (dengan memukulnya atau mengacaunya dan sebagainya dengan keras):\napabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dalam air itu; \nsekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya;\n2.\n mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dan lain-lain):\ntangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; \nkenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; \n3.\n [Kelantan] menggoyang, menggoyahkan (tiang dan lain-lain);\nterkocak\n1.\n tergoncang, tergerak:\nmasukkan bahan kimia itu ke dalam air sedikit-sedikit supaya tidak ~ air itu;\n2.\n menjadi tidak tenang (fikiran dan lain-lain), menjadi kacau;\n \n~ hati \ngelisah, tidak tenang hati (fikiran);\n \nbadan ~ \n[Minangkabau] sangat kurus;\nkocakan\n kocak:\nsekali-sekala kesepian itu diganggu oleh ~ air bendang akibat haruan menyambar anak;\npengocakan\n perihal atau perbuatan mengocak:\n~ itu akan menghasilkan arus pusar yang dengan cepat menyebabkan pelarutan; \nkelocak II" "kocak II\n1.\n kacak, gagah, bagus (baik, tampan);\n2.\n sombong, pongah, besar kepala:\ndibenci orang kerana ~nya; \n3.\n [Jakarta] jenaka, kelakar, lucu;\nberkocak-kocak\n bergurau senda, berjenaka, berkelakar;\nmengocak\n [Jakarta] melawak, bergurau senda, berolok-olok." "kocek\n= \nkocekan\n [arkaik] saku, kantung:\ndikeluarkannya sehelai sapu tangan dari dalam ~ seluarnya; \njam ~\n jam saku (jam yang disimpan dalam kocek);\n masuk ke dalam ~\n diterima secara tidak sah oleh sesuatu pihak:\n sebahagian daripada wang bantuan masuk ke dalam ~ ahli politik." "kocer\n[Kelantan] kurus, kecil (tidak tambun)." "koci I\nkuih ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut (diberi berinti kelapa bercampur gula dan dibungkus dengan daun pisang)." "koci II\n~ lembik\n = \npuru ~ \nsejenis penyakit yang disebabkan oleh penyakit kelamin." "kocoh\n[arkaik] gopoh;\nterkocoh\n \n~-ganyah\n = \nterkocoh-kocoh\n tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa:\n~-ganyah mereka mengisi pakaian dalam beg supaya tidak terlambat." "kocok\nmengocok\n \n1.\n mengocak (menggoncang-goncangkan) botol (yang berisi air, ubat, dan lain-lain);\n \n~ telur\n memukul telur;\n2.\n membancuh (mencampur, mengaduk) kad atau daun pakau;\n3.\n [kiasan] mencampuradukkan, memperkacau:\njangan dikocok tanggungjawab jawatan dengan kepentingan sendiri;\n4.\n [bahasa percakapan] mengapi-apikan (menghasut, mencucuk) supaya berkelahi (bertengkar dan sebagainya):\nkalau tidak dikocok tentu tidak timbul perselisihan ini." "kocolan\n[Jakarta] anak ikan gabus yang kecil-kecil (dijadikan umpan pancing)." "kocong\n1.\n kain putih yang mengelubungi (membungkus) kepala mayat atau orang yang akan digantung;\n2.\n pembungkus yang panjang (yang diikat satu atau kedua-dua belah hujungnya);\n \nhantu ~ \nhantu yang rupanya seperti mayat yang dibungkus dengan kapan;\nmengocong\n1.\n membungkus (mayat dan lain-lain), mengapani mayat;\n2.\n = \nmengocongkan\n mengikat hujung bungkusan." "kod I\n1.\n = \ntulisan ~\n tulisan dengan tanda dan lain-lain yang mempunyai erti yang tertentu atau yang tersembunyi (rahsia):\narahan kepada pegawai tentera itu dikirim dalam tulisan ~;\n2.\n sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputer:\n~ Morse;\n3.\n serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dan sebagainya misalnya kod alamat surat-menyurat;\n~ Morse\n kod yang terdiri daripada titik dan sempang yang digunakan dalam pengiriman berita dan lain-lain menerusi telegraf;\n \n~ warna \nsistem kod yang menggunakan pelbagai warna sebagai cara untuk mengenal pasti komponen, objek dan sebagainya yang berlainan;\nberkod\n mempunyai (dalam bentuk) kod:\n mereka menerima arahan ~;\nmengekodkan\n1.\n menulis dalam bentuk kod;\n2.\n mengadakan kod;\n3.\n mengkodifikasikan;\npengekodan\n perbuatan (kerja, proses) mengekodkan atau mengkodifikasikan:\n~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pada zaman kerajaan Helenistik;\npengekod\n orang yang mengekodkan sesuatu." "kod II\nikan\n \n~ \nsejenis ikan laut daripada famili Gadidae, yang minyak daripada hatinya kaya dengan vitamin A dan D." "kodak\n~ acing \nsejenis tumbuhan (pokok renek) yang daunnya dan akarnya dibuat ubat, meribut, \nOlax scandens." "KODAM\n[Indonesia] akronim bagi Komando Daerah Militer." "kodein\nkodeina\n." "kodeina\n(Kimia) bahan yang disediakan daripada morfina (digunakan untuk membuat ubat-ubatan)." "kodek I\nmengodek-ngodek\n menggerak-gerakkan sesuatu dengan pantas:\nkucing itu ~ ekornya macam kucing kepanasan\n;\nterkodek-kodek\n tergerak-gerak (dengan pantasnya), terloncat-loncat:\nGembung ketawa terbahak-bahak hinggakan ternampak jelas anak lidahnya merah ~." "kodek II\njambang;\ngodek I." "kodeks\n(Sejarah) naskhah kuno dalam tulisan tangan." "kodi\n1.\n dua puluh;\n \ndua ~ kain \nempat puluh helai kain;\n \nkepala ~ \na) kain (sarung) yang diletakkan di atas sekali pada ikatan beberapa helai kain (sebagai contoh);\n b) [kiasan] ketua kumpulan orang-orang jahat (atau budak-budak nakal);\n2.\n tidak istimewa atau tidak tinggi mutunya (kurang baik buatannya dan sebagainya);\n \nbarang (kain dan lain-lain) ~ \nbarang (kain dan lain-lain) yang rendah mutunya dan murah harganya, barang (kain dan lain-lain) yang dibuat banyak-banyak;\nberkodi-kodi\n beberapa kodi, berpuluh (helai);\nkodian\n berkodi-kodi;\n \nbarang ~\n barang kodi;\nperkodian; \nkepala ~\n kain yang diletakkan di atas sekali pada ikatan kain, kepala kodi." "kodifikasi\nkegiatan (usaha, proses) atau hasil mengumpulkan serta menyusun pelbagai peraturan (maklumat, norma, dan sebagainya) tentang sesuatu sehingga merupakan atau terdapat suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur (biasanya yang dirakamkan dalam bentuk atau sesuatu terbitan):\nbertambahnya undang-undang di negara moden memerlukan ~ dan interpretasi; \npemantapan atau ~ bahasa hanya dapat berlaku melalui penggunaan dan melalui kegiatan penulisan;\nmengkodifikasikan\n mengumpulkan serta mengatur (menyusun) sesuatu sehingga merupakan suatu sistem:\nnorma-norma yang dikodifikasikan dalam bentuk tatabahasa sekolah dan yang diajarkan kepada siswa;\npengkodifikasian\n perbuatan (usaha, proses, dan sebagainya) mengkodifikasikan, pengekodan." "kodikologi\nkajian tentang manuskrip." "kodisil\n(Undang-undang) sesuatu perkara atau arahan yang ditambah kemudian kepada surat wasiat, terutamanya yang meminda atau membatalkan sebahagian kandungannya." "kodok I\nsejenis katak, katak puru, kangkung, \nBufo bufo\n;\n \nberenang ~ \ncara berenang;\nlaksana ~ dapat bunga sekuntum \n(peribahasa) tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yang baik;\n \nlaksana ~ ditimpa kemarau\n (peribahasa) sangat gelisah (berkeluh-kesah);\n \nseperti ~ kena air tahi\n (peribahasa) orang hina yang berlagak sombong;\n \ntertonggeng bagai ~ dalam lubang \n(peribahasa) orang miskin yang mendapat kesusahan." "kodok II\ncucur (goreng, kuih) ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung, gula, pisang, dan lain-lain dan digoreng." "kodok III\n[Jakarta];\nmas ~\n platinum." "kodok-kodok\nperkakas pam untuk menghisap udara dan lain-lain, injap pam." "koe\n[Indonesia], [bahasa percakapan] engkau." "koefisien\n[bahasa percakapan] pekali." "koenzim\n(Biologi) sebatian bukan protein yang membantu tindakan sesuatu enzim." "kofaktor\n(Biologi) bahan bukan protein yang perlu bagi aktiviti sesetengah enzim." "kognat\n(Linguistik)\n1.\n kata yang mempunyai hubungan bentuk dan makna dengan kata yang serupa bentuknya dalam bahasa lain, misalnya \nmakan \ndalam bahasa Melayu dan \nmangan \ndalam bahasa Jawa:\npenulis cuba merekonstruksi fonologi Bahasa Melayu induk dengan membandingkan ~ yang wujud dalam dialek Melayu;\n2.\n bertalian kerana mempunyai asal usul atau sumber yang sama dengan yang lain (berkenaan (dengan) sesuatu kata atau bahasa):\nbahasa ~ bermakna bahasa yang diturunkan daripada sumber yang sama; \nkata ~ ialah kata yang sama sumbernya." "kognisi\nproses mental untuk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu:\n proses pembelajaran termasuklah ~, pengamatan yang berlaku dalam otak manusia." "kognitif\nberkaitan dengan kognisi:\nagama dianggap sebagai cara memenuhi keperluan ~ untuk kefahaman intelektual." "koh\n[Kelantan], [bahasa kasar] mati." "koheren\n1.\n berhubungan, bersangkut paut:\nkita harus membentuk padanan kata yang ~; \n2\n.\n ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dalam sesebuah wacana) supaya mudah difahami." "kohesi\n1.\n kekuatan tarik-menarik di antara molekul dalam sesuatu benda yang menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan, jeleketan;\n2.\n perhubungan yang erat, perpaduan:\nperjuangan agama dengan sendirinya memerlukan kekuasaan untuk membentuk ~ dalam golongan pemeluknya." "kohir\n[Indonesia-Belanda] kertas yang mengandungi daftar (senarai) cukai yang ditetapkan." "kohol\n[arkaik] celak (mata)." "kohong\nberbau busuk (seperti bau bangkai, telur busuk, dan lain-lain)." "kohor\n[Kelantan], [Terrenganu] perlahan, tidak terburu-buru:\nmemandu kereta biarlah ~ sedikit;" "kohor-kohor\nperlahan-lahan." "koi I\n[Kedah] makin;\nkoi-koi\n perlahan-lahan, hati-hati (jangan tergesa-gesa)." "koi II\n[Kedah];\ntanah ~ \ntanah yang keras." "koir\nsekumpulan penyanyi (yang bernyanyi bersama-sama):\n~ sekolah." "koja\nsejenis kendi yang tidak bermuncung (bercerat), balang, gamuh." "kojoh\ndigenangi atau dibanjiri air (berkenaan (dengan) sawah dan lain-lain), sebak." "kojol\n[bahasa kasar] mati, kaku (sudah mati)." "kok I\n[bahasa percakapan]\n1.\n kalau, kalau-kalau, takut;\n2.\n kata untuk menegaskan maksud (rasa hairan, marah, dan lain-lain):\n~ masih pakai celana yang koyak-koyak?" "kok II\n= \narang ~ \npepejal yang berliang-liang dan mudah patah dan mengandungi kira-kira 80% karbon (diperoleh dengan memanaskan arang batu)." "kok III\n[Kedah]\n1.\n paip saluran air yang ditanam pada jalan, batas;\n2.\n benda bulat yang digunakan untuk menggali telaga." "kokain\nkokaina\n." "kokaina\n(Kimia) sejenis sebatian (dadah narkotik) yang diperoleh daripada daun koka dan digunakan dalam perubatan sebagai anestetik." "kokak\n[bahasa percakapan] buruk, lama, tidak berguna (dipakai) lagi:\nbasikal ~nya." "kokang\n(Jepun);\ndikokang\n diisi peluru dan disediakan untuk ditembak (berkenaan (dengan) senjata api):\nmereka terkejut sebab terdengar bunyi senapang yang ~." "kokcak\n[Kelantan];\nberkokcak\n [bahasa kasar] bersetubuh, berzina." "koki\n[Indonesia] tukang masak:\nkedua-dua ~ membanting tulang di dapur menyiapkan makanan." "kokila\n[sastera lama] burung tiung." "kokko\n[Kedah]\n1.\n pikul (budak) di atas belakang;\n2.\n duduk di atas belakang orang yang memikulnya (berkenaan (dengan) budak)." "koklea\nbahagian telinga dalam yang berupa saluran berpilin yang melaluinya gelombang bunyi dihantar ke saraf pendengaran." "koko\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok) yang bijinya dijadikan serbuk untuk dibuat minuman (coklat dan lain-lain), coklat, \nTheobroma cacao; \n2\n. serbuk yang diperoleh daripada biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan untuk membuat coklat;\n 3\n. sejenis minuman (panas atau sejuk) yang dibuat daripada serbuk koko dan susu atau air." "kokok I\nbunyi ayam jantan yang berlarut-larut (biasanya pada waktu subuh):\n~ ayam bertalu-talu membangkitkan orang tidur;\n~ ayam (sekali) \ndinihari, subuh benar (ketika terdengar kokok ayam yang mula-mula);\n \n(bagai ayam si tombong) ~ berderai-derai ekor bergelumang tahi \n(peribahasa) orang yang bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-maranya hidup melarat;\nberkokok\n1.\n berbunyi berlarut-larut (berkenaan (dengan) ayam jantan):\nkedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut;\n2.\n [kiasan] mengucapkan kata-kata sebagai tanda kegagahan (kemenangan);\nkokokan\n kokok:\n~ ayam." "kokok II\nmengokok\n [Kelantan] mengukur (kelapa)." "kokok III\n~ beluk \nburung hantu." "kokol I\nmengokol\n membongkok, meringkuk (seperti orang yang sangat kesejukan);\n \nduduk ~ \nduduk dengan merapatkan tangan dan lutut ke dada;\n \nbatuk ~(-ngokol) \nbatuk keras yang bertalu-talu (hingga menyebabkan badan dibongkokkan);\nterkokol-kokol\n menggigil dengan amat sangat (kerana sakit atau kesejukan):\ndemam ~; \nmencangkung ~ kesejukan." "kokol II\nsejenis tumbuhan (pakis)." "kokosan\n[Jawa];\nbuah ~ \nsejenis buah langsat, \nLansium domesticum." "kokot I\n1.\n besi atau kawat yang bengkok seperti cangkuk atau kait (tempat sesuatu berpaut);\n \n~ betina \nkokot untuk dipaut;\n \n~ jantan \nkokot untuk memaut;\n2.\n =\n \nterkokot\n kerekot, bengkok dan kaku (berkenaan (dengan) jari);\nmengokot\n mencakar-cakar (seperti ayam dan lain-lain), mengeruk-ngeruk (kerak nasi dan lain-lain)." "kokot II\npengokot\n sejenis alat untuk mencantumkan kepingan-kepingan kertas, stapler." "kokpit\n1.\n ruang tempat duduk juruterbang (dan pembantunya) di dalam kapal terbang;\n2.\n (ruang) tempat duduk pemandu dalam kereta lumba." "kokrom\n= \nlogam ~ \nsejenis aloi yang lebih keras daripada keluli (mengandungi kobalt, kromium, wolfram, dan lain-lain)." "koksiks\n(Perubatan) tulang tongkeng." "koksir\n[Kelantan] berselerak (buku dan lain-lain), tidak teratur atau tersusun." "koktel\n1.\n minuman keras yang disediakan daripada campuran beberapa jenis minuman keras lain;\n2.\n pembuka selera yang terdiri daripada makanan laut atau campuran buah-buahan:\n~ buah;\n~ udang;\n~ buah \nbuah-buahan campur seperti nanas, tembikai, anggur dan sebagainya yang dipotong kecil-kecil untuk dimakan sebagai sebahagian daripada hidangan;\n \n~ udang \nmasakan yang terdiri daripada udang sebagai bahan utamanya serta juga salad dan sos, biasanya dimakan sebagai pembuka selera." "kokun\n(Biologi) kelongsong daripada bebenang seperti sutera yang melindungi larva (mis larva rama-rama) atau telur (mis telur cacing)." "kokurikulum\nkurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas;\n \nkegiatan (aktiviti) ~\n kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain)." "kokus\n(Biologi) sebarang bakteria yang berbentuk sfera." "kol I\ndikol\n \n1.\n diperiksa (diselidiki) dengan diperbanding-bandingkan atau disesuaikan (senarai gaji, senarai nama, dan lain-lain), diteliti;\n2.\n [arkaik] diperhitungkan atau dicongakkan (perbelanjaan dan lain-lain)." "kol II\n[Indonesia] kubis." "kol III\npistol ~ \n[bahasa percakapan] sejenis pistol automatik." "Kol.\n[kependekan] Kolonel." "kola\nsejenis tumbuhan (pokok yang berasal dari Afrika Barat dan kacangnya digunakan sebagai perisa minuman), \nCola nitida." "kolaborasi\nsubahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat, subahat dalam perbuatan jenayah dan sebagainya." "kolaboratif\nerat (dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih):\nperhubungan antara kerajaan yang paling ~ sifatnya." "kolaborator\norang yang bersubahat (bekerjasama) dengan musuh atau orang jahat." "kolah\nsejenis kolam berbentuk segi empat dibuat daripada batu dan simen (untuk menakung air):\norang sedang sibuk mengambil air sembahyang di ~ di hadapan masjid." "kolaj\n(Seni Lukis)\n1.\n teknik atau cara membuat gambar daripada pelbagai jenis bahan seperti cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dan sebagainya yang dicantum-cantumkan dan dilekatkan pada sesuatu permukaan (kertas dan sebagainya);\n2.\n gambar yang dihasilkan daripada cantuman cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dan sebagainya yang berwarna-warni dan dilekatkan pada sesuatu permukaan." "kolak I\npisang (ubi dan lain-lain) yang dimasak dengan air gula melaka dan santan, pengat;\nmengolak\n memasak kolak." "kolak II\n~-kalik\n golak-galik." "kolam I\n1.\n lubang (lekuk) di tanah yang berisi air:\nbeberapa ekor itik sedang berenang dalam ~;\n2.\n = \n~ air\n lubang di tanah yang besar dan dalam untuk menakung air hujan (air dari sungai dan lain-lain) untuk minuman;\n3\n. bekas (yang dibuat daripada batu, simen, dan lain-lain) yang diisi air (untuk mandi dan lain-lain);\n \n~ kaca\n bekas berdinding kaca yang berisi air (tempat memelihara ikan), palung ikan, akuarium;\n \n~ (be)renang\n = \n~ mandi \nkolam yang besar dibuat daripada batu (simen dan lain-lain) tempat orang berenang." "kolam II\nrumput ~ padang \nsejenis tumbuhan (rumput), \nEragrostis unioloides." "kolang I\n~-kaling \n= \n~-kalik \na) (bergerak) ke atas ke bawah (turun naik);\n b) ulang-alik, berbalik-balik." "kolang II\n~-kaling \n[Jawa] buah enau (yang sudah dibuang kulitnya)." "kolar I\nbahagian baju (kemeja) yang berlipat di keliling leher:\nsebentar-sebentar dibetulkan tali lehernya dan ~ kemejanya; \n(kerja, pekerja, dan sebagainya) ~ biru \n(kerja, pekerja, dan sebagainya) yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas-tugas yang lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (seperti kerja-kerja kilang dan sebagainya);\n (\nkerja, pekerja, dan sebagainya\n) \n~ putih \n(kerja, pekerja, dan sebagainya) yang tergolong dalam bidang pengurusan (profesional, perkeranian, dan sebagainya) yang lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga;\nberkolar\n mempunyai kolar." "kolar II\n[Jakarta]\n1.\n batu karang;\n2.\n pecahan batu (untuk melapisi jalan dan lain-lain), batu kelikir;\nkoral." "kolateral\nharta benda, seperti rumah, tanah dan sebagainya, yang dicagarkan sebagai jaminan untuk pembayaran balik hutang kepada pemiutang, sandaran:\nkebanyakan bank mengambil saham sebagai ~ bagi pinjaman yang diberikan." "kole\nsejenis bekas minum yang bertangkai tanpa piring:\ndi atas meja terletak se~ besar kopi panas." "koleh\nkoleh-koleh, kekoleh\n = \n~ kacang \nsejenis kuih dibuat daripada tepung kacang hijau yang dikacau bersama santan dan gula (ditaburi tahi minyak)." "kolej\nmaktab;\n \n~ perguruan \nmaktab perguruan (tempat melatih bakal guru)." "kolek I\nsejenis sampan kecil (untuk menangkap ikan dan lain-lain):\norang memukat ikan gelama bersampan ~ kayunya pulai;\n berkolek\n menaiki kolek:\nmereka bersampan dan ~ untuk menangkap ikan setiap hari;\nberkolek-kolek\n1.\n terapung-apung, beroleng-oleng (seperti perahu dipukul ombak);\n2.\n melayang-layang ke sana sini (seperti kupu-kupu yang terbang)." "kolek II\n~\n \nbas \n[Kedah] pemeriksa tiket bas." "koleksi\n1.\n sesuatu yang dikumpulkan;\n2.\n pengumpulan sesuatu untuk kajian, perbandingan, atau pameran." "kolektif\nbersama-sama atau beramai-ramai sebagai suatu kumpulan (dalam melakukan sesuatu):\nsekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; \npertanian ~ \npertanian yang diusahakan beramai-ramai dengan bekerjasama untuk faedah bersama;\nmengkolektifkan\n menjadikan faktor pengeluaran (seperti tanah, kilang, dan lain-lain) milik bersama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama);\npengkolektifan\n perihal atau perbuatan mengkolektifkan." "kolektivisme\npegangan hidup yang mementingkan hak milik bersama dalam semua aspek kehidupan." "kolembing\nsejenis kuih seperti roti." "koleng\nberkoleng-koleng\n beroleng-oleng, berkolek-kolek." "kolenkima\n(Biologi) tisu tumbuhan yang menyokong dan menguatkan batang muda, pucuk muda dan sebagainya." "koler\n[Kelantan];\nterkoler\n terkulai (berkenaan (dengan) tangan dan lain-lain yang patah)." "kolera\nsejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan orang yang menghidapnya muntah-muntah dan sering kali membuang najis yang cair, taun." "kolese\n[Indonesia-Belanda] pelajaran (di maktab atau universiti) yang disampaikan dengan syarahan (ucapan), kuliah." "kolesistektomi\n(Perubatan) pembuangan pundi hempedu secara pembedahan." "kolesom\nsejenis akar yang dibuat ubat kuat, ginseng." "kolesterol\nkomponen asid lemak tepu yang terdapat dalam lemak haiwan seperti mentega, kuning telur, dan sebagainya (yang dikatakan mempunyai kesan buruk pada sistem pengedaran darah);\nberkolesterol\n mengandungi kolesterol:\nmakanan yang mengandungi lemak dan ~ tinggi\n." "kolitis\n(Perubatan) radang pada kolon." "kolofon\n1.\n lambang penerbit pada buku;\n 2\n. petunjuk pada bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit, dan sebagainya." "koloh-koloh\nair ~\n air celup yang telah digunakan untuk mencelup kain dan lain-lain." "koloid\n(Kimia) sejenis campuran dengan zarah-zarah satu bahan terampai dalam bahan yang satu lagi (mis molekul kanji di dalam air)." "kolok\n[Jawa] sejenis kopiah yang tinggi (tanda kebesaran);\n= kuluk." "kolokan\n[Jawa] sangat manja, suka dipuji-puji (berkenaan (dengan) kanak-kanak)." "kolokasi\n(Linguistik) hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan (mis dalam ayat);\nberkolokasi\n (bagi sesuatu kata yang) kerap kelihatan wujud bersebelahan (berdekatan) antara satu sama lain:\nkata nama baju tidak ~ dengan lazat." "kolokial\n(Linguistik) bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku):\nperkataan kau orang itu adalah frasa ~." "kolokium\nperjumpaan atau persidangan untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah;\nberkolokium\n menghadiri atau menyertai kolokium:\nkami juga ingin ~, berseminar dan sebagainya kalau ada kesempatan;\n mengkolokiumkan\n membincangkan sesuatu perkara, isu dan sebagainya dalam kolokium:\nuntuk menghimpunkan dan menerbitkan hasil kajian yang telah dikolokiumkan demi memperkaya kepustakaan Melayu." "kolon\n(Biologi) bahagian usus besar dari usus buntu hingga ke hujung usus." "kolone\n[Indonesia-Belanda] pasukan tentera (kelengkapan tentera dan sebagainya) yang dibariskan memanjang ke belakang (dengan yang satu di belakang yang lain dalam satu barisan yang panjang)." "kolonel\npegawai dalam tentera darat atau udara yang lebih rendah daripada brigadier tetapi lebih tinggi daripada leftenan kolonel:\nK~ Abbas." "kolong I\n1.\n ruang atau bahagian di bawah sesuatu (mis di bawah rumah yang bertiang dan lain-lain):\n~ jambatan;\n~ pangkin;\n~ langit\n di bawah langit (di atas muka bumi);\n \nanak ~ \n[Indonesia] anak yang lahir di tempat kediaman tentera, anak askar;\n2.\n lubang yang memanjang seperti terusan di dalam tanah, lombong, korok;\n \n~ timah \nlombong (bijih) timah;\n \nCina ~\n orang Cina yang bekerja di lombong." "kolong II\nkolong-kolong, kekolong, kolongan\n [Jakarta] lingkaran (gelung-gelung) besar dibuat daripada rotan (logam dan lain-lain)." "kolong III\n~ layar\n [arkaik] kain dan lain-lain yang bertulis dengan iklan dan yang direntangkan." "kolong IV\nair ~ \nminyak kelonyor." "koloni\n1.\n negeri, tanah jajahan;\n2.\n sekumpulan serangga atau haiwan dari jenis yang sama yang hidup bersama." "kolonial\nbersifat jajahan (penjajah, penjajahan);\n \ngolongan ~ \ngolongan yang bertalian dengan pihak penjajah;\n \npegawai-pegawai ~ \npegawai pemerintah kerajaan penjajah;\n \npemerintah ~\n pemerintah penjajah (di tanah jajahan)." "kolonialis\npihak (orang atau negara) yang mengamalkan faham kolonialisme, penjajah." "kolonialisme\ndasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain." "kolonis\npenduduk atau orang asing yang datang menetap di sesebuah tanah jajahan." "kolonisasi\nproses (tindakan, perbuatan) menjadikan sesuatu tempat, wilayah, atau negara sebagai koloni." "kolonisir\n[arkaik] [Indonesia-Belanda];\nmengkolonisir,\n \nmengolonisir\n menjadikan koloni (tanah jajahan), menjajah." "kolor\n= koloran\n [Jakarta] tali seluar (untuk mengikat seluar di pinggang)." "kolorimeter\nalat untuk mengukur kepekatan larutan dengan membandingkan keamatan warnanya dengan keamatan warna suatu larutan piawai." "kolorimetri\nkaedah analisis kimia yang berdasarkan pengukuran keamatan warna sesuatu bahan (dengan menggunakan kalorimeter)." "kolostrum\n(Biologi) air susu (jernih dan kekuningan) yang keluar pada akhir kehamilan sehingga beberapa hari setelah kelahiran bayi (merupakan sumber protein dan antibodi yang penting bagi bayi yang baru lahir)." "kolot\nkuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman:\ncara ~ yang digunakan oleh petani-petani menyebabkan hasil pertanian mereka tidak memuaskan; \nadat ~\n adat kuno;\n \nkaum ~ \ngolongan yang berpegang kuat pada adat resam kuno;\nkekolotan\n1.\n sifat (cara, adat resam, dan lain-lain) yang kolot (ketinggalan zaman), kekunoan:\nmenghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dalam masyarakat;\n2.\n perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (berkenaan (dengan) pemikiran, adat resam, dan lain-lain):\npelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya." "kolportir\n[Indonesia-Belanda] orang yang menjual surat khabar (buku dan lain-lain) sebagai mata pencariannya." "kolui, kolwi\n[Perak] teriak gembala gajah menyuruh gajah berjalan dan lain-lain perlahan-lahan." "kolum\nruang (dalam surat khabar, majalah, dan sebagainya), lajur:\nberita-berita hangat selalu mendapat tempat dalam ~ surat khabar;\nberkolum-kolum\n beberapa (banyak) kolum, beruang-ruang:\nlaporan mengenai kejadian itu ditulis ~ panjangnya." "kolumnis\npenulis ruangan tetap dalam surat khabar atau majalah, pojok." "koma I\ntanda baca (,) untuk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca;\n \n~ bernoktah\n = \ntitik ~\n tanda baca (;\n) untuk menandakan tempat berhenti membaca sebentar;\n \n~ di atas, \ntanda koma yang dituliskan di sebelah atas di hujung suku kata (seperti tanda koma pada perkataan Dato dan lain-lain);\n \n~ terbalik\n tanda koma yang ditulis terbalik dan biasanya di sebelah atas baris atau perkataan, tanda atau;\nberkoma\n terdapat tanda koma;\nmengomakan\n meletakkan tanda koma pada:\n~ ayat yang panjang." "koma II\nkeadaan tidak sedarkan diri untuk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit):\ndalam keadaan ~\n." "koma-koma\nputik bunga kering daripada tumbuhan \nCrocus sativus \nyang digunakan sebagai rempah, perisa, dan pewarna makanan." "komak I\n~-kamik \nkumat-kamit." "komak II\ntepung ~; \ngomak." "komala\ngemala." "komaliwan\n[Indonesia] alat yang digunakan untuk makan di kapal." "koman\n[bahasa percakapan] tidak istimewa (berkenaan (dengan) barang dan lain-lain), biasa, kodi, kebanyakan." "komandan\npegawai (polis atau tentera) yang memerintah sesuatu tempat, pasukan, atau organisasi." "komander\n1.\n pegawai tentera yang memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera;\n2.\n pegawai kanan bertauliah dalam tentera laut yang pangkatnya setingkat di atas leftenan komander dan setingkat di bawah kapten (setaraf dengan leftenan kolonel dalam tentera darat dan tentera udara)." "komanditer\n[Indonesia-Belanda] orang yang mempunyai modal dalam syarikat perdagangan dan lain-lain tetapi tidak turut sama mengurus syarikat itu." "komando\n1.\n perintah (dalam perbarisan dan lain-lain), aba-aba:\nketua pasukan menjerit memberi ~;\n2.\n perintah, pimpinan:\ndi bawah ~ \ndi bawah pimpinan, diperintah (oleh);\n \nmemegang ~\n memegang pimpinan;\n3.\n unit (atau anggota) khas dalam angkatan tentera yang dilatih khusus untuk melakukan serangan mengejut terhadap musuh:\npendaratan dan pengguguran ~ dijalankan pada malam hari;\nmengomando\n memberi komando atau perintah, mengetuai atau memimpin (gerakan tentera dan lain-lain)." "Komanwel\n= \n~ British\n perikatan negara-negara merdeka yang pernah diperintah oleh British yang mengiktiraf raja British yang memerintah sebagai ketua Komanwel, persemakmuran;\n \npersidangan perdana menteri ~ \npersidangan yang disertai oleh perdana menteri negara-negara anggota Komanwel." "komat\n~-kamit\n kumat-kamit;\nkumat II." "kombala\n[arkaik] gembala." "kombinasi\ngabungan, cantuman, satuan:\npada asasnya seni itu adalah hasil ~ teknik dan ilham; \npelukis yang baik dapat menimbulkan ~ warna yang menarik;\nmengkombinasikan\n menggabungkan, menyatukan:\njika dikombinasikan kesemua persoalan ini, kita akan menghadapi suatu masalah yang besar." "kombo\nkumpulan kecil ahli muzik (terutamanya yang memainkan irama jaz)." "kome\n[Perak] kamu semua." "komedi\n1.\n drama, filem, dan sebagainya yang ringan dan lucu, biasanya berakhir dengan kegembiraan;\n2.\n genre sastera yang berkaitan dengan hal-hal lucu atau serius dengan cara menyindir;\nberkomedi\n berlakon komedi:\nmereka ~ dalam pertunjukan itu." "komen\n1.\n teguran, kritikan, atau pemerhatian untuk menyatakan pendapat, pandangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan:\nberbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dalam akhbar;\n2.\n memberi komen:\nkatanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu;\nmengomen\n membuat komen, mengulas:\nsifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang;\npengomen\n orang yang suka dan selalu membuat komen." "komendur\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n ketua pasukan, komander;\n2.\n pegawai yang mengetuai pentadbiran (pengendalian) sesebuah pelabuhan, syahbandar;\n3.\n pegawai yang mengetuai daerah, pegawai daerah." "komeng\n1.\n sentiasa kecil (tidak besar-besar), kerdil, kecil (daripada yang lazim):\nkelapa ~;\n2.\n sedikit;\nsekomeng\n1.\n sangat kecil;\n2.\n sangat sedikit." "komensal\n(Biologi) organisma yang menjangkiti manusia atau haiwan tanpa mengganggu atau memberi manfaat pada perumah." "komensalisme\n(Biologi) hubungan antara dua organisma yang memberikan manfaat kepada satu organisma, tetapi pada masa yang sama tidak pula mendatangkan apa-apa kesan kepada organisma yang satu lagi." "komentar\n[Indonesia-Belanda] komen, huraian, ulasan (yang mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara dan lain-lain):\ntidak habis-habis orang memberi ~ mengenai rang undang-undang yang akan dikemukakan itu;\nmengomentar\n1.\n membuat komentar (komen), mengulas;\n2.\n = \nmengomentari\n mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu, mentafsirkan, mengulas:\nbeliau enggan ~ perjanjian pertahanan antara kedua-dua buah negara itu." "komentator\norang (atau penyiar) yang membuat ulasan tentang sesuatu peristiwa, misalnya acara sukan, terutamanya melalui radio dan televisyen, pengulas, juruulas." "komersial\nberkaitan dengan atau bersifat perdagangan:\nkepentingan dan tujuan ~; \nnilai-nilai ekonomi dan ~; \nbangunan ~;\n mengkormersialkan\n menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan:\n usaha Rahim ~ filemnya telah mencetuskan kritikan; \naspek-aspek ~ seni pertukangan menolong meninggikan taraf seni." "komersialisasi\nproses, perbuatan, atau usaha menjadikan sesuatu mempunyai sifat, matlamat, dan sebagainya perdagangan:\nperubahan struktural ini nantinya akan selari dengan proses ~ sektor pertanian." "komersialisme\nsikap, prinsip atau amalan perniagaan yang lebih menekankan soal keuntungan:\nfilem terbitan syarikat itu nampaknya cuba mendekati ~ dengan mengikut selera penonton." "komersil\nkomersial." "komes\n1.\n [arkaik] bulu di bawah bibir bawah;\n2.\n kumis." "komet\njasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya." "komidi\n[Indonesia]\n1.\n pertunjukan (permainan) sandiwara, lakonan (drama di pentas dan sebagainya);\n \n~ bangsawan\n permainan sandiwara mengenai cerita lama (seperti cerita raja-raja dan lain-lain);\n \n~ gambar\n [arkaik] wayang gambar;\n \ngedung (rumah) ~ \nbangunan (panggung) tempat dipertunjukkan permainan sandiwara;\n2.\n pertunjukan (seperti gerak badan atau berbagai-bagai jenis senaman) seperti bertunggang balik, berayun;\n \nbermain ~ \na) mempertunjukkan berbagai-bagai jenis senaman (seperti bertunggang balik dan lain-lain);\n b) [kiasan] berpura-pura, tidak jujur, berbuat sesuatu dengan tidak berterus-terang, berdolak-dalik (percakapannya);\n \n~ kuda \npermainan sarkas (yang menunjukkan kepandaian binatang);\n3.\n perbuatan yang berpura-pura (tidak sungguh-sungguh), perlakuan yang dibuat-buat, lawak:\nHanafiah tidak dapat meneruskan ~nya sebagai orang sedang merajuk;\nmengomidikan\n memperdayakan, mempermainkan, menipu:\ntidak disangkanya ia akan dikomidikan orang yang sangat dipercayainya." "komik\n= \nbuku ~ \nbuku yang mengandungi cerita yang disertai dengan gambar-gambar yang melucukan." "komis\n[Indonesia-Belanda] pegawai atau jawatan yang tinggi sedikit daripada kerani:\nHanafi diterima bekerja sebagai kerani dan kemudian naik pangkatnya menjadi ~." "komisar\n1.\n pegawai parti komunis yang ditugaskan kepada unit tentera untuk mengajar prinsip dan keunggulan parti;\n2.\n ketua jabatan kerajaan di Rusia sehingga tahun 1946." "komisariat\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n jawatan (pejabat, urusan) komisaris;\n2.\n pejabat pesuruhjaya polis." "komisaris\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n orang yang dilantik untuk menjalankan sesuatu tugas (seperti menjadi ahli lembaga pengurus pertubuhan, badan perniagaan, dan lain-lain), ahli (anggota) sesuatu suruhanjaya;\n2.\n = \n~ agung\n = \n~ tinggi\n pesuruhjaya tinggi (orang yang mewakili sesebuah negeri komanwel di negeri komanwel yang lain);\n3.\n = \n~ polisi \npesuruhjaya polis (pegawai polis yang mengetuai pasukan polis di sesuatu kawasan atau negeri)." "komisen\nsejumlah (peratusan) bayaran yang dibayar kepada seseorang, ejen, jurujual, dan sebagainya kerana perkhidmatannya, dalal:\njika laku keretanya, kita akan diberi ~." "komisi I\nmengkomisikan\n memberikan sesuatu tugas (kerja dan sebagainya) secara rasmi kepada pihak atau orang lain untuk mengerjakan atau mengusahakannya dan sebagainya hingga selesai:\npihak pengurusan bersetuju untuk ~ projek tersebut kepada universiti yang berkenaan;\n pengkomisian\n perihal (proses, tindakan atau perbuatan) mengkomisikan:\n~ projek itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana sebab tertentu." "komisi II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n badan untuk tugas (kajian, siasatan, dan sebagainya) tertentu, suruhanjaya;\n2.\n = \npergi ~ \npergi ke sesuatu tempat untuk menyiasat (menyelidiki) sesuatu perkara;\n3.\n = \nbarang ~\n barang orang lain yang atau untuk dijualkan dengan mendapat upah (komisen);\n \nmenjual ~\n menjual barang orang dengan menerima upah (komisen);\n4.\n = \nwang ~ \n(bayaran) yang diterima sebagai upah menjualkan barang orang:\nlebih banyak barang yang laku, lebih besar ~ yang diperoleh;\nmengomisi\n menyelidiki, memeriksa, menyiasat." "komite\n[Indonesia] jawatankuasa, panitia:\nsuatu ~ yang bertanggungjawab menguruskan kerja memungut derma telah dilantik." "komited\nmempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu):\nindividu atau kumpulan ini merupakan penagih keuntungan yang kurang ~ terhadap tanggungjawab sosial; \nAsas 50, sebuah pertubuhan penulis yang ~ kepada gagasan Seni untuk Masyarakat." "komiti\n[bahasa percakapan] jawatankuasa, panitia." "komitmen\n1.\n sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dan sebagainya atau menunjukkan sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada sesuatu, iltizam:\nsemuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yang bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yang tinggi terhadap kerja; \nMalaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini;\n2.\n perjanjian (persetujuan, kata putus, dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu yang menjadikan sesuatu pihak itu terikat untuk melaksanakannya:\nbuat sementara ini ~ sudah dibuat untuk mengekalkan askar-askarnya di sana." "komkoma\nkoma-koma." "komoditi\nbarangan yang diperdagangkan, terutamanya keluaran ladang, bahan mentah, dan bahan galian." "komodo\nsejenis biawak besar, \nVaranus komodoensis\n." "komodor\n= \n~ udara \npegawai tinggi dalam angkatan udara." "komofit\n(Biologi) tumbuhan yang tumbuh di celah-celah batu yang penuh dengan sarap." "komoi\nsejenis tumbuhan (pokok);\na) \nDiospyros clavigera;\nb) \nDiospyros oblonga\n." "komp.\n[kependekan] kompleks." "kompa\n[arkaik] pompa." "kompak\nteguh, kukuh, kuat, bersatu padu:\nkalau masih ada perselisihan, tidak mungkin akan terdapat pimpinan yang ~ dalam persatuan." "kompang\nsejenis rebana yang dipukul beramai-ramai:\nriuh-rendah bunyi ~ di majlis perkahwinan itu." "komparatif\nberkenaan atau berdasarkan perbandingan (seperti linguistik terapan)." "kompartmen\nruang atau bahagian yang terpisah daripada bahagian lain:\nsains berada dalam ~nya yang tersendiri." "kompas\n1.\n alat yang menentukan arah mata angin, yang mempunyai jarum magnetik yang bergerak bebas dan menunjuk ke arah utara:\npasukan pengakap tersebut mencari jalan keluar dari hutan itu dengan menggunakan ~; \njarum ~\n jarum pada kompas yang menunjukkan arah;\n2.\n sejenis alat berkaki dua untuk melukis bulatan, mengukur jarak pada peta, carta, dan sebagainya, jangka lukis:\nelok menggunakan ~ untuk membuat bulatan yang sempurna." "kompaun\ndenda yang dibayar dengan tidak perlu melalui pendakwaan di mahkamah:\ndia dikenakan ~ sebanyak RM75.00 kerana kesalahan meletak kereta;\n mengkompaun\n mengenakan kompaun terhadap (seseorang dan sebagainya):\ndia telah dikompaun sebanyak RM30.00 oleh Dewan Bandaraya kerana kesalahan meletak kereta;\n pengkompaunan\n perihal atau perbuatan mengenakan kompaun." "kompelin\n[bahasa percakapan] aduan kerana tidak puas hati (terhadap sesuatu):\n wakil rakyat tersebut telah menerima ~ daripada orang ramai terhadap kekasaran sesetengah kakitangan kerajaan;\nmengompelin\n mengadukan (menyatakan) rasa tidak puas hati terhadap sesuatu:\nmereka ~ kerana makanan tidak memuaskan." "kompendium\nringkasan atau ikhtisar tulisan ilmiah yang tuntas (padat):\n dia menulis sebuah ~ tentang falsafah gurunya." "kompeni\n1.\n [bahasa percakapan] syarikat perniagaan:\nbeberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot;\n2.\n pertubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yang ditubuhkan pada permulaan abad ke-17;\n3.\n [bahasa percakapan] kerajaan, pemerintah;\n \nharta (tanah) ~\n harta (tanah) milik kerajaan;\n \njalan ~ \njalan yang dibina oleh kerajaan;\n4.\n [Indonesia] askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda);\n5.\n pasukan tentera yang merupakan sebahagian daripada batalion, terdiri daripada lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kepada tiga platun:\naskar dari ~ C batalion kedua." "kompenian\n[Indonesia]\n1.\n kewajiban membuat sesuatu pekerjaan, rodi;\n2.\n sejenis cukai tanah yang dikenakan kepada orang yang mendiami tanah persendirian." "kompensasi\n1.\n ganti rugi, sagu hati, pampasan;\n2.\n pemberian barang dan lain-lain sebagai menjelaskan hutang dan lain-lain." "komperang\n[Jakarta] seluar panjang yang sangat longgar." "kompes\n[Jakarta] [arkaik];\ndikompes\n disoal dengan keras (oleh polis dan lain-lain) supaya membuat keterangan atau pengakuan." "kompeten I\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n cekap, layak, dapat menjalankan tugas dengan sempurna;\n2.\n berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu;\nkekompetenan\n keadaan atau hal kompeten:\nkeakuran dan ~ sains." "kompeten II\n(Undang-undang) layak atau berkuasa di sisi undang-undang untuk memberikan keterangan, membicarakan dan sebagainya (berkenaan (dengan) mahkamah, saksi atau hakim):\nMahkamah Rayuan tersilap apabila memutuskan Mahkamah Syariah bukan mahkamah yang ~ untuk membicarakan kes berkenaan." "kompetensi I\n[Indonesia-Belanda] hak (kuasa) untuk memutuskan atau melakukan sesuatu." "kompetensi II\nkecekapan:\nkursus ~ umum." "kompetisi\n[Indonesia-Belanda] pertandingan untuk merebut kejohanan." "kompetitif\nbersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing." "kompi\n[Indonesia-Belanda] pasukan kecil askar di bawah pimpinan seorang kapten, kompeni:\ntiga ~ tentera jalan kaki telah memasuki bandar itu." "kompleks\n1.\n rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dan sebagainya) atau perkara:\nmasalah yang dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; \nmasyarakat moden dengan cara hidup yang ~; \nmasyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dengan berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya;\n2.\n kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yang menciptakan (mewujudkan) sesuatu yang sempurna atau lengkap;\n3.\n kumpulan bangunan atau binaan yang terdiri daripada beberapa binaan dan sebagainya yang bercantum menjadi suatu keseluruhan:\n~ membeli-belah; \nrancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keruh, Melaka; \nK~ Jemaah Haji di Kelana Jaya;\n4.\n (Psikologi) perasaan (seperti perasaan megah, rendah diri, dan lain-lain) yang mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dan lain-lain seseorang:\nsetelah mencapai kejayaan, timbullah ~aku pengarang dan aku wartawan; \n5.\n (Kimia) sebatian yang satu molekulnya terangkai pada molekul lain melalui ikatan koordinat;\n~ rasa bersalah \n(Psikologi) keadaan fikiran seseorang yang dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan;\n \n~ rendah diri \n(Psikologi) keadaan fikiran yang menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dan sebagainya sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri;\n \n~ tinggi diri \n(Psikologi) keadaan fikiran yang memperlihatkan sikap seseorang yang berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dan sebagainya daripada orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh;\nkekompleksan\n sifat atau keadaan kompleks:\nayat-ayat yang diterbitkan mempunyai ~ yang tinggi." "kompleksiti\nsifat atau keadaan kompleks, kekompleksan:\nkerumitan dan ~ sentiasa mencirikan proses perubahan;\n~ struktur empayar India;\n~ dalam sajak." "komplikasi\n1.\n kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampuraduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yang merumitkan);\n2.\n penyakit baru atau perkembangan baru pada sesuatu penyakit yang menjadikan lebih rumit untuk dirawat dan diubati:\nakibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit\n." "komplit\nsempurna (tidak berkurang suatu apa pun), lengkap, genap, cukup semuanya:\nterdapat juga tempat permainan kanak-kanak yang ~ dengan segala jenis mainan kanak-kanak." "komplot\n= komplotan\n rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dan sebagainya):\nsegala rancangan ~ yang hendak menimbulkan kekacauan itu telah diketahui polis; \nbeliau mendakwa ada ~ yang berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua;\nberkomplot\n bermuafakat untuk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dan sebagainya):\nkesemua yang ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dengan bermuafakat atau ~;\n pengkomplot\n orang yang berkomplot." "kompok\nkelompok." "kompol\n[Indonesia] ;\nmengompol\n kencing sewaktu tidur, kencing malam." "komponen\nbahagian yang menjadikan sesuatu (seperti enjin, pesawat, alat, dan lain-lain) lengkap atau sempurna, (yang menjadi) bahagian daripada sesuatu yang lebih besar (kompleks atau lengkap):\nstrategi yang disebut tadi mesti ada ~ sosial yang menjalankan dasar dan disiplin yang boleh menjamin harmoni; \nparti-parti ~ Barisan Nasional." "kompong\nkudung, kontot, rompong;\n \nayam ~\n ayam togel (tidak berekor);\n \nselendang ~ \nselendang pendek." "komponis\n[Indonesia-Belanda] penggubah (pencipta) lagu atau muzik:\nsungguh berminat ia mendengar muzik ciptaan ~ yang terkenal, Beethoven, Chopin dan Tchaikovsky." "kompor\n[Indonesia-Belanda] sejenis dapur memasak yang menggunakan minyak tanah." "kompos I\nbaja daripada bahan-bahan organik seperti daun, kayu, tahi binatang, dan lain-lain yang telah reput;\nmengompos\n bertukar menjadi kompos:\nlama-kelamaan ranting-ranting dan daun itu akan reput dan ~;\npengomposan\n proses menghasilkan kompos." "kompos II\nmengompos\n mengatur huruf dalam percetakan." "komposer\npenggubah (lagu, muzik, dan sebagainya), pencipta." "komposisi\n1.\n gubahan, ciptaan, karangan:\nnovel yang baik ~nya tidak membosankan;\n2.\n teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yang sempurna;\n3.\n bahagian-bahagian yang terjalin menjadi sesuatu yang lengkap, bahagian-bahagian daripada sesuatu kesatuan, jalinan bahagian-bahagian pada sesuatu keseluruhan:\nKota Kinabalu juga menjadi bandar yang seimbang ~ penduduknya antara penduduk pribumi dan bukan pribumi;\n mengomposisikan\n menggubah, mencipta, mengarang:\nakan kukomposisikan sebuah lagu dan kunyanyikan sepanjang hidupku." "komposit\n1.\n terdiri daripada beberapa bahagian, unsur, bahan dan sebagainya yang berlainan:\nsistem paip ~;\n2.\n sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur dan sebagainya:\npolimer baru dapat diperkukuh menjadi ~ pelbagai guna, khususnya untuk pembinaan kereta dan kapal terbang." "kompot\nkontot, kudung, pendek." "komprehensif\nluas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dan lain-lain yang terkandung di dalamnya, tuntas:\nsebuah kamus yang ~ sangat diperlukan; \nmenyediakan laporan-laporan yang ~." "kompres\nkain basah atau kering atau pad yang ditekan-tekan pada bahagian badan untuk melegakan sakit dan lain-lain;\nmengompres\n menyejukkan kepala dan lain-lain dengan kompres, menjaram." "kompromi\npersetujuan atau penyelesaian yang berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yang bertentangan):\npenyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja;\n berkompromi\n bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dan sebagainya) dengan cara bertolak ansur (dalam pertikaian dan lain-lain):\npertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~\n;\nmengkompromikan\n menyatakan persetujuan atau kesepakatan dengan unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup:\npenganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dengan mana-mana fahaman\n." "komputer\nalat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan;\n~ bimbit\n komputer yang unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dalam bentuk beg bimbit;\n \n~ buku \nkomputer bimbit yang saiznya lebih kecil daripada komputer riba;\n \n~ hos \nkomputer yang disambungkan kepada suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kepada komputer lain;\n \n~ meja \nkomputer yang sesuai diletakkan dan digunakan di meja;\n \n~ peribadi \nkomputer kecil yang dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu;\n \n~ riba \nkomputer bimbit yang saiznya lebih besar daripada komputer buku;\n \n~ telapak \nkomputer bimbit yang saiznya lebih kecil daripada komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan;\nberkomputer\n yang menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dan sebagainya dengan) komputer:\nbank data ~; \npenterjemahan ~;\nmengkomputerkan 1.?\nmenggunakan atau melengkapkan dengan komputer (untuk melaksanakan sesuatu kerja):\n~ pejabat;\n2.\n memproses atau menyimpan maklumat dan sebagainya dengan menggunakan komputer:\ndata itu telah dikomputerkan;\npengkomputeran\n perihal (kerja, proses, dan sebagainya) mengkomputerkan (maklumat dan sebagainya), penggunaan alat atau sistem komputer untuk pelaksanaan sesuatu atau dalam pengurusan sesuatu, komputerisasi;\n \n~ agensi-agensi kerajaan." "komputerisasi\npengkomputeran." "komrad\norang (rakan) yang sama-sama menjadi anggota sesebuah pertubuhan atau parti politik:\nmereka tidak tinggal selama-lamanya di dalam hutan seperti ~ komunis yang lain\n." "komunal\n1.\n berkenaan (pemilikan) hak secara bersama:\n sumber tenaga secara ~;\n 2\n. berkenaan kepentingan awam:\n hak milik bercorak ~ kepada yang bercorak individu." "komunalisme\nsemangat yang lebih menitik-beratkan kepentingan sesuatu kaum sahaja, faham perkauman:\n aliran politik yang sempit yang berorientasikan ~." "komunikasi\nperhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain);\n \n~ massa\n komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya;\nberkomunikasi\n berhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan lain-lain):\nbahasa ialah alat untuk ~ dan alat untuk berfikir dan melahirkan buah fikiran;\n mengkomunikasikan\n menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dan lain-lain) melalui saluran komunikasi:\n muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah untuk ~ pengajaran yang diberikan." "komunikatif\nsedia atau dapat berhubungan (mengadakan komunikasi), dapat atau mudah menyampaikan sesuatu maksud (maklumat dan sebagainya):\nsajak-sajak yang dihasilkan oleh generasi Usman dan Masuri bersifat ~\n;\nkekomunikatifan\n keadaan atau perihal komunikatif:\ntingkat\n \n~\n." "komunikator\norang atau institusi yang menghantar pesan ( maklumat dan lain-lain) kepada penerima pesan." "komunike\nkenyataan atau pengumuman rasmi (seperti yang dikeluarkan selepas persidangan, perundingan, dan sebagainya untuk siaran akhbar dan sebagainya)." "komunis\norang (golongan) yang menganut atau mengamalkan faham komunisme:\nmereka mempelajari ajaran Marx dan Lenin untuk memperlengkapkan diri menjadi ~ ; \nparti ~ ;\nblok ~\n kumpulan beberapa buah negara yang menganut dan mengamalkan komunisme;\n \nfaham ~ \nkomunisme." "komunisme\nfahaman politik yang (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat:\n~ diamalkan dengan luasnya sebagai falsafah hidup di negeri China dan beberapa negeri Eropah Timur." "komuniti\n1.\n kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya;\n2.\n kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dan lain-lain) yang serupa:\n~ akademik;\n~ para ilmuwan." "komutator\n1.\n perkakas untuk mengubah arah arus elektrik (terutama untuk menukar arus ulang-alik menjadi arus terus);\n2.\n bahagian berputar (dalam dinamo atau motor) yang menerima arus daripada berus atau menghantar arus kepada berus." "komuter\nkereta api elektrik yang berulang-alik untuk mengangkut penumpang ke pusat bandar, tempat kerja dan sebagainya:\nsetiap hari dia berulang-alik dengan ~.\n kon\n1.\n jasad pejal yang meruncing ke hujung dari tapaknya yang rata dan bulat;\n2.\n sesuatu yang berbentuk kon, sama ada pejal atau geronggang." "konan\n[arkaik];\nmengonani\n memukul (menyerang) beramai-ramai." "koncah\nberkocak (air), tidak tenang (air laut dan lain-lain)." "koncet\nkuncit." "konco\nrakan (sahabat, teman), kakitangan, pembantu:\ndia dan ~nya dapat mempengaruhi orang-orang kampung." "konda kondi\nsejenis permainan rakyat (biasanya untuk kanak-kanak) yang menggunakan dua batang kayu (satu panjang, satu pendek), disungkit menerusi lubang yang disediakan dan dipukul." "kondai\nkundai." "kondangan\n[Jakarta]\n1.\n menghadiri majlis kenduri (perkahwinan dan lain-lain), berkunjung ke tempat diadakan kenduri (upacara dan lain-lain) untuk membantu dan lain-lain;\n2.\n undangan, jemputan." "konde\nkundai." "kondem\nsudah ~\n [bahasa percakapan] sudah rosak sama sekali dan tidak boleh dipakai lagi (berkenaan (dengan) kereta, alat perkakas, barang, dan lain-lain)." "kondensasi\n(Kimia) proses perubahan keadaan sesuatu bahan daripada wap atau gas kepada cecair, pemeluwapan;\nterkondensasi\n berubah daripada wap (atau gas) kepada cecair." "kondenser\n1.\n radas untuk mendinginkan wap dan memeluwapkannya (menjadikan cecair);\n2.\n kanta untuk menumpukan cahaya ke sesuatu benda;\n3.\n = \n~ elektrik \nalat yang terdiri daripada dua atau lebih kepingan pengalir dan digunakan untuk menerima dan menyimpan cas elektrik." "kondil\n(Biologi) struktur bulat dan licin pada hujung tulang tertentu yang terlekat pada soket tulang lain untuk membentuk sendi lesung." "kondisi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sesuatu yang perlu dimiliki (dilakukan dan lain-lain) supaya dapat mencapai, memperoleh, dan lain-lain) sesuatu, syarat (yang menjadi asas sesuatu perkembangan dan lain-lain);\n2.\n keadaan, kedudukan." "kondo\nsingkatan bagi kondominium." "kondom\nsarung daripada getah dan sebagainya yang disarungkan pada kemaluan lelaki untuk mencegah jangkitan atau kehamilan akibat hubungan seks." "kondominium\nbangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama." "kondor I\n[Jakarta] sejenis penyakit yang menyebabkan kantung kemaluan menjadi besar, burut;\nkondoran\n kondor." "kondor II\nsejenis burung pemangsa yang besar yang gemar memakan bangkai binatang, terdapat terutamanya di Amerika Selatan." "kondotel\ntempat penginapan yang berasaskan gabungan konsep kondominium dan hotel. \nkondritis\n (Perubatan) radang pada tulang rawan." "konduit\n(Kejuruteraan) tiub atau salur yang melindungi dawai elektrik bertebat." "konduksi\n(Fizik) pemindahan tenaga haba atau tenaga elektrik melalui sesuatu bahan (konduktor), pengaliran;\nkonduksian\n dapat mengalirkan haba, arus elektrik dan sebagainya:\nkehilangan ~\n;\nkekonduksian\n sifat atau keupayaan mengalirkan arus elektrik, haba dan sebagainya:\nlapisan kering makanan mempunyai ~ terma yang rendah dan bertindak sebagai penebat di samping memberi rintangan terhadap pengaliran haba;\npengkonduksi\n bahan atau medium yang melaluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir, konduktor." "konduktif\nkonduksian." "konduktor\n1.\n orang yang menjual tiket dan mengutip tambang dalam bas;\n2.\n (Fizik) bahan atau medium yang melaluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir;\n ~ elektrik \nbahan (dalam bentuk larutan, leburan, atau pepejal) yang melaluinya arus elektrik dapat mengalir;\n3.\n (Seni Muzik) orang yang memimpin sesuatu persembahan koir, simfoni atau orkestra." "kondusif\nsesuai, baik dan sebagainya untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu:\ndengan penyediaan persekitaran yang ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yang menggalakkan; \nkeadaan ini dikatakan tidak ~ dalam melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yang berwibawa." "konek\n[bahasa kasar] kemaluan laki-laki, zakar." "koneng\nkuih ~ \nsejenis kuih." "konfederasi\npergabungan atau gabungan antara negara, parti politik, dan lain-lain." "konfeksi\n1.\n sediaan manis yang dibuat daripada buah-buahan, kekacang, dan lain-lain seperti halwa, gula-gula, dan sebagainya;\n2.\n sesuatu seperti topi dan lain-lain, terutamanya untuk wanita, yang dibuat dengan penuh hiasan." "konferensi\npertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat, dan sebagainya tentang sesuatu perkara, terutamanya di kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama, persidangan, muktamar: s\nuatu ~ pakar-pakar dari seluruh dunia untuk membincangkan masalah kekurangan makanan telah diadakan baru-baru ini." "konfeti\ncebisan kertas berwarna-warni yang ditaburkan pada pengantin baru atau orang ramai dalam sesuatu majlis." "konfigurasi\n(Kimia) susunan atom sesuatu molekul di dalam ruang;\n~ elektron \nsusunan elektron di dalam atom;\n \n~ mutlak \ngambaran terperinci sesuatu molekul, termasuk cara atom-atom tersusundi dalam ruang." "konflik\nperselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-lain:\nbeliau memberi amaran kepada orang-orang yang hendak menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini; \ncerita itu penuh dengan ~ jiwa, antara kasih dan tanggungjawab;\nberkonflik\n berselisihan, bertentangan, terlibat dalam sesuatu konflik." "konfrontasi\n1.\n persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dan lain-lain) yang bertentangan (berselisihan, bermusuhan);\n2.\n pertentangan (permusuhan) secara langsung yang menyebabkan orang atau pihak yang terlibat menghadapi kemungkinan berlakunya pergaduhan (peperangan dan sebagainya):\nkerana masing-masing hendak melamar gadis yang sama, timbullah ~ antara kedua-dua pemuda itu; \ndengan jatuhnya Presiden\n \nSoekarno, tamatlah ~ antara Malaysia dan Indonesia;\nberkonfrontasi\n1.\n saling berhadapan antara dua orang dan lain-lain yang bertentangan, bersemuka;\n2.\n bermusuhan (bertentangan) secara langsung (yang boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan, dan sebagainya):\nmasing-masing ~ terhadap yang lain." "konga\n(Seni Muzik)\n1.\n sejenis tarian Amerika Latin;\n2.\n sejenis gendang yang berasal dari Amerika Latin, yang tinggi dan kurus, dan dipalu dengan tangan." "kongenital\n(Perubatan) berkaitan dengan penyakit atau keadaan yang dialami sejak lahir." "kongkalikung, kongkalingkung\n1.\n [bahasa percakapan] curang (tidak jujur atau berterang-terang);\n2.\n sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik;\nberkongkalikung\n bersekutu (bersepakat) dalam melakukan sesuatu kesalahan (tipu daya dan lain-lain), bersekongkol." "kongkang I\nsejenis kera kecil yang tidak berekor dalam famili Lorisidae, \nNycticebus coucang\n;\n \nseperti ~ \nmalu;\n \nagih-agih ~ \n(peribahasa) terlalu dermawan atau murah hati hingga diri sendiri mendapat kesusahan;\nmengongkang\n1.\n berlaku seperti kongkang;\n2.\n mengerip, mengunggis:\nIntan sedang enak ~ epal." "kongkang II\n[arkaik] sejenis katak besar, kangkung." "kongkek\n[bahasa percakapan] bersetubuh, bersanggama." "kongkiak\nkelengkiak." "kongko\n[Jakarta] berbual-bual, berborak." "kongkoan\nC\n1.\n bangunan untuk digunakan oleh orang ramai, balai raya;\n2.\n majlis atau badan penasihat hal-hal mengenai orang Cina." "kongkol\nsekongkol." "kongkong I\nbenda daripada kayu atau besi yang berlubang yang dikenakan pada leher orang salah atau orang tahanan (untuk menghukumnya atau mencegahnya daripada lari), pasung;\nmengongkong\n1.\n mengenakan kongkong pada, memasung, membelenggu:\nia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dalam sebuah pondok kecil;\n2.\n [kiasan] membatasi (kebebasan, pergerakan, dan lain-lain), menghalangi, menyekat:\nia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yang keras;\n3.\n mengepung, melingkungi:\npasukan tentera yang dikirimkan itu mula ~ askar musuh yang terperangkap;\n4.\n meliputi, mencakupi, merangkumi:\nilmu kedoktoran ~ ilmu anatomi, perubatan, kesihatan, dan lain-lain;\nterkongkong\n terbelenggu, terikat, tersekat (berkenaan (dengan) kebebasan dan lain-lain):\nsemua orang yang ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; \npemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya;\nkongkongan\n [kiasan] perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman:\ndalam negara yang mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas daripada ~\n \npemerintah\n;\n \npuas ia mencari jalan melepaskan dirinya daripada ~ lelaki yang tidak disukainya itu;\npengongkongan\n1.\n perihal atau perbuatan mengongkong (memasung, membelenggu), pemasungan, pembelengguan;\n2.\n perihal atau perbuatan mengongkong (membatasi, menghalangi menyekat), pembatasan, penghalangan, penyekatan;\npengongkong\n orang yang suka mengongkong (kebebasan, pergerakan, dan lain-lain), penghalang, penyekat." "kongkong II\nbunyi (salak) anjing yang kuat;\nmengongkong\n menyalak dengan kuat, menggonggong." "konglomerat\n1.\n \nbatu ~\n batu yang terdiri daripada pecahan batu atau kerikil yang bergumpalan dengan pasir dan tanah liat;\n 2\n. (Ekonomi) firma perniagaan yang besar yang terdiri daripada gabungan beberapa syarikat dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian." "kongo\n[Kelantan], [Terrenganu] tidak bermaya atau tidak bertenaga, lemah, lesu." "kongres\n I\n mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dan sebagainya) untuk membincangkan sesuatu isu dan sebagainya:\nmasalah memajukan bahasa Melayu, dan membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu telah dibincangkan dalam beberapa ~ yang telah diadakan;\nberkongres\n mengadakan kongres:\nmereka ~ lagi untuk membincangkan masalah lain pula.\nKongres\n (kongrs)\n II\n badan perundangan persekutuan di Amerika Syarikat yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Senat." "kongruen\n(Matematik) mempunyai bentuk dan saiz yang sama (berkenaan (dengan) rajah):\nsegi tiga ~." "kongsi\n1.\n persekutuan (pergabungan) yang mengandungi dua orang atau lebih yang bekerjasama (dalam sesuatu usaha dan sebagainya);\n \nrumah ~ \nrumah perkumpulan (pekerja-pekerja dan lain-lain);\n2.\n persekutuan pedagang-pedagang syarikat:\nbaru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ;\n~ gelap \nperkumpulan sulit (untuk maksud atau kegiatan jahat);\n \n~ hidup \nteman hidup (suami atau isteri seseorang);\nberkongsi\n1.\n bersekutu (bergabung) dalam sesuatu kegiatan (seperti berniaga dan lain-lain), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dan lain-lain):\nketiga-tiganya ~ berniaga dengan sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; \nmereka ~ mendiami rumah itu; \npara dermawan yang sudi ~ derita dengan mereka yang memerlukan;\n2.\n berkomplot, bersepakat:\nhamba menyangka tuan hamba ~ dengan lanun Panglima Tujuh;\n~ hidup\n hidup bersama-sama (sebagai suami isteri);\nmengongsi\n menggunakan (menduduki dan lain-lain) bersama-sama:\npelita yang sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar;\nkongsian\n [arkaik] sejenis cukai yang dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian;\nperkongsian\n1.\n syarikat perniagaan yang dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sebagai rakan niaga:\nsebahagian daripada perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~;\n2.\n = \n~ hidup \nperihal hidup bersama-sama (sebagai suami isteri):\nada orang yang membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda;\npekongsi\n individu atau kumpulan yang berkongsi." "konifer\n(Biologi) tumbuhan (seperti damar minyak, sempilor, podo, dan lain-lain) dalam order Coniferales, divisi Gymnospermae, yang menghasilkan kon dan mempunyai daun yang menyerupai jarum atau sisik (banyak terdapat di Eropah dan Amerika Utara)." "konjunktiva\n(Perubatan) membran bermukus yang menyelaputi bahagian depan bola mata dan permukaan bawah kelopak mata." "konjunktivitis\n(Perubatan) radang pada konjunktiva." "konklusi\nkeputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dan lain-lain), kesimpulan." "konklusif\ntidak dapat dipertikaikan lagi (berkenaan (dengan) keterangan, keputusan dan sebagainya), pasti, kukuh, muktamad:\nujian DNA itu tidak akan memberikan keputusan yang ~; \nbukti yang ~ tentang perbuatan yang sengaja bagi menyembunyikan kematian dengan cara membuang mayat itu secara sulit." "konkologi\nkajian tentang kerang-kerangan, termasuk cangkerangnya." "konkordans\n(Linguistik) senarai kata dalam korpus(buku, majalah, dan sebagainya) yang disusun mengikutabjad yang menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dalam bahagian korpus yang berkenaan." "konkos\nruang terbuka yang luas dalam sesebuah bangunan tempat orang ramai berkumpul atau berlegar-legar." "konkrit\n1.\n campuran batu kelikir dengan simen (pasir dan lain-lain) yang digunakan untuk pembinaan bangunan dan lain-lain (terutamanya untuk asas, tiang alang bangunan, dan lain-lain):\nasas rumah itu dibuat daripada ~\n;\n2.\n bersifat (berupa) sesuatu yang dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dan lain-lain), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihatan dan sebagainya), maujud:\npembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yang ~ ke arah pembangunan ekonomi negara;\n3.\n pasti (tidak samar-samar dan sebagainya), positif:\nmereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yang ~; \ntidak satu pun fakta ~ yang dapat diperjelas tanpa kajian\n;\nmengkonkritkan\n [kiasan] menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihatkan kemaujudan:\nkonsep takwa dikonkritkan dengan jelas;\n kekonkritan\n perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan\n." "konkrus\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] peraduan (menyanyi dan lain-lain)." "konkuren\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pertandingan, perlawanan, persaingan (harga dan lain-lain);\n2.\n berlawanan, bersaingan (harga dan lain-lain);\n3.\n saingan, lawan (dalam perniagaan dan lain-lain). \nkonkurensi\n (konkurnsi) [Indonesia-Belanda] perlawanan, persaingan." "konon\n1.\n kata untuk menyatakan perasaan ingin tahu, gerangan, agaknya:\napa ~ yang merunsingkannya?\n2.\n katanya, kata orang, menurut khabar:\nkudengar engkau ~ hendak mengadang Sang Guna; \nadalah ~ seorang perempuan terlalu baik parasnya;\n3.\n agaknya (begitu), rasanya (begitu), barangkali (begitu), bukankah:\nmaka inilah sebentuk cincin ia minta jualkan, keputusan belanja ~;\n4.\n kata untuk menyatakan sindiran atau ejekan, seolah-olah, lakunya:\nbadan sudah tua hendak membuka kebun baru ~; \njadi kau fikir ~nya kau boleh dapat kerja di sana? \n5.\n [sastera lama] khabar;\n6.\n = \nkononkan\n = \n~ lagi\n = \n~ pula \napalagi, istimewa pula, inikan pula:\nsedang gajah liar lagi dapat kita jerat, ini ~ gajah jinak;\nmengonon, memperkonon, memperkononkan\n memperdayakan, memperolokkan, mempermainkan (dengan kata-kata yang bukan-bukan dan sebagainya):\nkalau sudah ada sedikit pengetahuan, tidaklah mudah diperkononkan orang;\nmengononkan\n1.\n mengonon, memperkonon(kan);\n2.\n mengisahkan (mempercakapkan) dengan konon (dengan berasaskan kata orang, khabar-khabar, dan sebagainya)." "konotasi\n(Linguistik) asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersurat:\nerti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk;\nberkonotasi\n mempunyai konotasi, ada konotasinya." "konotatif\n(Linguistik) berkaitan dengan atau mempunyai konotasi:\nkata-kata yang mempunyai makna ~." "konsekuen\nsecocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu, sama (tidak bersalahan) dengan yang sudah-sudah:\ntidak dapat diadakan garis batas antara kedua-dua golongan itu secara ~\n." "konsekuensi\n1.\n akibat (daripada sesuatu perbuatan), kesudahan, padah;\n2.\n keselarasan (kesesuaian) dengan yang sebelumnya." "konsensus\npersetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan:\nnamun demikian, semakin banyak ia dibincangkan dan didebatkan maka yang lahir bukanlah ~ tetapi sebaliknya konflik; \npihak penganjur telah memberikan ~ mereka terhadap penggunaan segala kemudahan yang disediakan itu." "konsentrasi\ntumpuan perhatian atau fikiran (pada sesuatu yang dilakukan dan lain-lain):\nkita tidak akan dapat bekerja dengan penuh ~ jika diganggu oleh masalah rumah tangga." "konsep\n1.\n pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu:\n~ demokrasi tidak bererti kebebasan yang tidak terbatas;\n2.\n rancangan (rencana, surat, dan lain-lain), draf (surat dan lain-lain), rang:\n~ surat;\nberkonsepkan\n mempunyai sesuatu sebagai konsep:\nrumah saya ~ seni bina timur dan barat." "konsepsi\npengertian, pendapat yang terbentuk dalam fikiran (seseorang, sesuatu kumpulan dan sebagainya) tentang sesuatu idea, gagasan:\n~ hidup mereka yang tidak mementingkan mata benda harus diubah supaya tercapai kemajuan;\nmengkonsepsikan\n membayangkan (menggambarkan) sesuatu konsep dalam fikiran, mengkonseptualisasikan:\nsekiranya penguasaan bahasa baik, mudah seseorang itu ~ sesuatu benda;\npengkonsepsian\n perihal atau perbuatan mengkonsepsikan:\ngangguan pada sistem saraf otak menyebabkan prestasi pembelajaran individu terjejas, khususnya dalam aspek penanggapan dan ~; \n= konsep." "konseptual\nberkaitan dengan (mengenai) konsep, berasaskan konsep:\npara penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dalam idea-idea ~ serta gaya olahannya\n." "konseptualisasi\npembentukan konsep tentang sesuatu:\n dia membuat ~ tentang pendidikan;\nmengkonseptualisasikan\n mengkonsepsikan." "konser\n[Indonesia-Belanda] konsert." "konsert\npersembahan muzik oleh penyanyi atau pemain muzik di hadapan penonton:\nmalam itu kami mendengar ~ karya Beethoven di Palais de Chaillot." "konsertina\n(Seni Muzik) sejenis alat muzik yang rupanya seakan-akan akordion kecil." "konserto\n(Seni Muzik) gubahan muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra." "konservasi\npemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan (kemusnahan dan lain-lain)\n." "konservatif\n1.\n bersikap mempertahankan adat, nilai, dan lain-lain yang telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan:\nusul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak ~;\n2.\n kolot, tidak moden." "konservatisme\nfaham konservatif yang cenderung mengamalkan kebiasaan (yang menjadi tradisi)." "konsesi\n1.\n hak atau keizinan yang diberikan kepada syarikat dan lain-lain untuk menggunakan sesuatu kawasan bagi tujuan melombong (membalak dan lain-lain):\ndua buah syarikat asing telah diberi ~ untuk melombong besi di beberapa kawasan; \npihak berkuasa negeri boleh juga memberi ~ kawasan kayu balak;\n2.\n tolak ansur (dalam tuntutan, perundingan, dan lain-lain):\npersetujuan akhirnya tercapai setelah kedua-dua pihak membuat ~." "konsignasi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pengiriman barang-barang untuk dijual oleh penerimanya;\n2.\n perihal menyimpan (mengamanatkan) wang kepada orang dan lain-lain, penitipan (wang)." "konsisten\n1.\n terus berpegang pada pendirian dan sebagainya yang sama, tekal;\n2.\n secocok, sesuai, sejajar, tidak bertentangan antara satu dengan lain;\nkekonsistenan\n keadaan yang konsisten, keselarasan." "konsistensi\nperihal konsisten, ketekalan." "konsol\n(Kejuruteraan) papan suis dan sebagainya yang digunakan untuk mengawal operasi alat mekanikal atau elektronik." "konsolidasi\nperihal (usaha, proses, dan sebagainya) memperkukuh atau mempererat perhubungan (perpaduan dan lain-lain);\nmengkonsolidasikan\n memperkukuh atau mempererat perhubungan (perpaduan, persatuan, dan lain-lain)." "konsonan\n(Linguistik) huruf selain vokal (seperti \nt\n, \ns\n, \nl\n, dan lain-lain)." "konsortium\ngabungan beberapa buah syarikat (bank dan lain-lain) yang mengadakan usaha bersama atau kerjasama erat untuk sesuatu tujuan atau kegiatan tertentu." "konspirasi\nrancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang (terutamanya yang berbau politik):\n negara kita Malaysia, juga tidak ketinggalan menerima bahang panas komplot ~ kuasa-kuasa besar tersebut;\n berkonspirasi\n melakukan (menganjurkan, mengadakan dan sebagainya) konspirasi, berkomplot:\nada tokoh-tokoh korporat yang dikatakan ~ untuk menjatuhkan menteri berkenaan; \nkami tidak ~ untuk menyekatnya daripada menjadi ahli parti." "konspirator\norang yang berkonspirasi, pengkomplot:\ndia pernah didakwa sebagai salah seorang ~ dalam percaturan politik itu." "konstabel\nanggota pasukan polis yang pangkatnya paling rendah." "konstantan\nsejenis aloi yang mengandungi 55-60% tembaga dan 40-45% nikel (digunakan dalam alat pengukuran suhu)." "konstituante\n[Indonesia-Belanda] suruhanjaya yang merangka (membentuk) perlembagaan." "konstituen\n(Linguistik) unsur bahasa yang merupakan satu juzuk (bahagian) daripada satuan bahasa yang lebih besar:\nsatu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu ~ dalam binaan ayat." "konstitusi\n1.\n perlembagaan (sesebuah negara dan lain-lain);\n2.\n segala undang-undang (peraturan dan lain-lain) yang menentukan cara atau sistem pemerintahan (pentadbiran) negara dan lain-lain." "konstitusionalisme\n1.\n sistem atau prinsip pemerintahan yang berdasarkan perlembagaan;\n2.\n sokongan atau pegangan yang kuat terhadap prinsip pemerintahan yang berdasarkan perlembagaan." "konstruksi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pembinaan sesuatu (seperti bangunan, kapal, dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia] susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata." "konstruktif\nmembina (berkenaan (dengan) kritikan, pemikiran, dan lain-lain)." "konsul\npegawai yang dilantik oleh sesebuah negara untuk menjaga kepentingan perdagangan dan membantu warganya di negara asing;\n ~ jeneral\n konsul yang terutama atau ketua konsul (yang mengetuai konsul-konsul lain)." "konsulat\n1.\n kediaman atau ibu pejabat konsul;\n2.\n jawatan konsul." "konsuler\n[Indonesia-Belanda] (yang) berkaitan dengan konsul atau konsulat." "konsultan\npakar) perunding, pakar runding." "konsultasi\nusaha bertukar-tukar fikiran dan pendapat untuk mendapatkan nasihat;\nberkonsultasi\n1.\n bertukar-tukar fikiran dan pendapat untuk mendapatkan nasihat dan lain-lain:\nahli meteorologi biasanya ~ dengan ahli statistik\n;\n 2\n. meminta nasihat (tentang kesihatan, rawatan, dan sebagainya)." "konsumen\n[Indonesia-Belanda] pengguna barang-barang, lawan produsen (pengeluar barang-barang)." "konsumerisme\nsistem melindungi hak dan kepentingan pengguna." "konsumsi\n[Indonesia-Belanda] penggunaan barang-barang (seperti hasil pertanian, perusahaan, dan lain-lain)." "kontak\n1.\n kenalan yang melaluinya seseorang boleh mendapatkan pertolongan, maklumat, sokongan, dan sebagainya dalam sesuatu urusan:\nKadri mengaku kononnya dia mempunyai ~ dengan beberapa orang atasan; \n2.\n hubungan antara satu dengan lain:\nkami hilang ~ sejak beberapa tahun yang lalu; \n3.\n perihal atau keadaan bersentuh, sentuhan, hubungan;\nmengontakkan\n mengenakan (menyambungkan, menyentuhkan) pada, menghubungkan (mengaitkan) dengan." "kontal-kantil\n= terkontal-kantil\n1.\n tergantung sambil berayun-ayun (berkenaan (dengan) buah jam dan lain-lain), terbuai-buai;\n2.\n merayau-rayau (pergi ke sana sini) seorang diri." "kontaminasi\npencemaran:\nkeracunan dan ~ daripada racun perosak boleh dielakkan." "kontan\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n tidak bertangguh (berkenaan (dengan) bayaran), tunai:\ntuan-tuan toko telah percaya untuk memberikan barang-barang kepadanya untuk dijual walaupun dengan bayaran yang tidak ~; \nmembayar ~ \nmembayar tunai;\n2.\n [bahasa percakapan] dengan serta-merta, segera (menjawab dan lain-lain);\n \n~ keras\n pada saat itu juga (dijawab, dibalas, dan sebagainya);\nmengontan\n1.\n membayar tunai;\n2.\n [bahasa percakapan] menjawab (membalas dan lain-lain) dengan segera (tidak bertangguh-tangguh atau berfikir-fikir dahulu);\nkontan-kontanan\n [bahasa percakapan] pada ketika itu juga." "kontang\n1.\n tidak berair, kering:\nparit ~; \nkering-~\n kering sama sekali;\n2.\n (Kimia) tidak mengandungi air atau air habluran:\nkalsium klorida ~;\nmengontang\n menjadi kontang;\nmengontangkan\n menyebabkan atau menjadikan kontang:\ncuaca panas yang berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami;\n kontangan\n tanah yang kontang:\n bumi Poseng yang kaya dengan rekahan dan ~ itu;\nkekontangan\n1.\n keadaan kontang, kekeringan;\n2\n. [kiasan] kehabisan idea (ilmu dan lain-lain):\n ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yang lemah\n;\npengontangan\n pengeringan air (daripada bahan kimia dan lain-lain)." "kontang-kanting\nterbuai-buai, terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yang panjang);\nterkontang-kanting\n terbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dan sebagainya:\nmemang sudah nasib aku, apabila tua ~; \nrasa malunya tidak terkira apabila banyak mata memandangnya ~ seorang diri." "konteks\n1.\n ayat (bahagian rencana dan lain-lain) yang menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dan lain-lain) yang terkandung di dalamnya:\nerti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya;\n2.\n keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yang ada kaitannya atau dapat dihubungkan dengan sesuatu:\ncadangan Y.B. Menteri ini amat wajar sekali dalam ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini." "kontekstual\nberkaitan dengan atau menurut konteks:\n penyelidikan sastera dari segi ~ dapat merencanakan perkembangan sastera." "konteler\n[Indonesia-Belanda], \nkontelir\n pegawai daerah (zaman pemerintahan penjajah), \n= kontrolir." "kontemplasi\nproses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam:\n ilmu tidak dimuliakan lagi jika dibandingkan dengan ~ serta tafakur secara rohaniah." "kontemporari\npada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu), (pada) masa kini:\nsandiwara yang mengambil perbahanannya daripada lembaran-lembaran sejarah yang penting dan beralih kepada penimbaan peristiwa-peristiwa semasa dan ~; \naspirasi rakyat ~; \npenyair ~." "kontena\nbekas berupa peti besar daripada logam atau kayu yang digunakan untuk memuatkan barang supaya mudah diangkut dengan kapal, lori dan sebagainya;\nmengkontenakan\n menghantar kargo atau barang dengan memasukkannya ke dalam kontena;\npengkontenaan\n perihal (proses atau perbuatan) mengkontenakan." "konteng\nterkonteng-konteng\n seorang diri (tidak berkawan), terkoteng-koteng." "kontes\npertandingan, peraduan (kecantikan, pakaian, dan lain-lain)." "kontet\n[Jakarta] kerdil, kecil lagi pendek (berkenaan (dengan) orang), terencat (tidak besar-besar)." "kontingensi\nperistiwa atau perkara yang berlaku di luar jangkaan:\ntindakan organisasi terhadap situasi atau ~ yang berbeza; \npelan ~ \nrancangan yang dirangka untuk menangani hal atau peristiwa yang diduga akan berlaku pada masa hadapan." "kontinjen\n1.\n sekumpulan orang yang mewakili sesebuah pertubuhan, negara, dan sebagainya dalam sesuatu pertemuan dan sebagainya;\n2.\n sepasukan tentera, kenderaan tentera, dan sebagainya." "kontinuiti\nperihal atau sifat berterusan (tidak putus-putus atau terganggu, kesinambungan." "kontinum\nsesuatu yang dianggap sebagai satu keseluruhan, struktur atau siri yang berterusan yang tidak harus dipisahkan:\nketiga-tiga kategori pendidikan yang dinyatakan termasuk dalam ~ pendidikan seumur hidup." "kontol\n[Jakarta] pundi-pundi (kantung) buah pelir." "kontong\nkudung (jari dan lain-lain)." "kontot\npendek, kompot:\nparang ~\n;\nmengontotkan\n menjadikan atau menyebabkan kontot." "kontra\nmenentang, melawan, tidak menyokong (menyetujui):\nkecamannya yang keras menunjukkan sikapnya yang ~ terhadap perjuangan kita;\n~\n \nnasional\n menentang negara;\n \n~ revolusi\n menentang revolusi." "kontraban\n(Undang-undang) barang yang dilarang oleh undang-undang negara daripada dieksport atau diimport, misalnya dadah dan senjata api seludup, barang tegahan." "kontradiksi\n1.\n perihal berlawanan atau bertentangan, pertentangan (antara dua perkara, keadaan, dan lain-lain), ketidaksesuaian:\nterdapat banyak ~ pada sikap kedua-dua suami isteri itu yang mengganggu ketenteraman hidup mereka;\n2.\n = \n~ dengan\n bertentangan (dengan)." "kontrak\n1.\n perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih:\nmenandatangani ~ perdagangan antara Syarikat; \nburuh ~ \nburuh yang terikat oleh perjanjian bekerja dengan majikan;\n \nmendapat ~ \nmendapat hak dengan berdasarkan perjanjian untuk mengurus (menjual dan lain-lain), mendapat hak (mengurus dan lain-lain sesuatu) dengan ikatan perjanjian;\n \nmengikat ~ \nmengikat perjanjian berdasarkan kontrak;\n2.\n dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian ini:\n~ hadapan\n;\n \n~ niagaan ke depan\n;\n3.\n cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak;\n~ hadapan \n(Ekonomi) perjanjian urus niaga antara pembeli dengan penjual yang bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pada masa akan datang;\n \n~ niagaan ke depan \n(Ekonomi) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yang dibuat untuk dipenuhi pada tarikh tertentu masa akan datang;\n ~ sosial \na) persetujuan yang telah dicapai antara pihak-pihak yang berkepentingan untuk membentuk sebuah masyarakat yang padu dan sejahtera dengan setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu;\n b) (Undang-undang) persetujuan rakyat untuk menyerahkan kebebasan individu sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dengan hasrat rakyat;\nberkontrak\n berkaitan dengan, terkandung dalam atau berdasarkan kontrak:\ntuntutan ~." "kontraksi\n1.\n pengecutan (peregangan) otot:\n ~ mempercepat pengembalian bentuk rahim;\n2.\n (Linguistik) proses atau hasil memendekkan bentuk linguistik, misalnya \ntak \ndaripada \ntidak \natau \ntiada \ndaripada \ntidak ada;\nberkontraksi\n melakukan (proses) kontraksi:\notot-otot perut akan ~ apabila anda dalam keadaan cemas atau berhati-hati." "kontraktor\norang atau syarikat yang mengikat kontrak untuk menjalankan sesuatu perkhidmatan, membekalkan bahan atau buruh, dan sebagainya terutamanya untuk kerja pembinaan:\nhanya ~ yang berdaftar sahaja yang dibenarkan membuat tawaran untuk mendirikan bangunan kerajaan." "kontraktual\n(Undang-undang) berdasarkan, berkaitan dengan atau terkandung dalam kontrak, berkontrak:\nliabiti ~." "kontralto\n(Seni Muzik) suara terendah wanita dalam sesebuah nyanyian koir dan sebagainya." "kontras\n1.\n perbezaan (warna, bunyi, dan lain-lain) yang sangat nyata, pertentangan (sifat dan lain-lain):\nada dramatis yang memulakan dramanya langsung mempertentangkan watak-wataknya sehingga ~nya terasa begitu dalam jurangnya;\n2.\n memperlihatkan perbezaan yang sangat nyata, memperlihatkan pertentangan;\nberkontras\n menunjukkan kontras;\nmengkontraskan\n memperlihatkan kontras." "kontrasepsi\ncara (kaedah atau langkah) mencegah kehamilan." "kontraseptif\n1.\n berkaitan dengan kontrasepsi;\n2\n. \nalat (atau pil) untuk mencegah kehamilan." "kontrastif\nberkenaan sesuatu yang dilakukan untuk menunjukkan kontras (perbezaan):\npenyelidikan ~ antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain." "kontribusi\n[Indonesia-Belanda] yuran (kpada perkumpulan dan lain-lain)." "kontrol\n[bahasa percakapan]\n1.\n pengawasan, penjagaan serta pengendalian (supaya teratur perjalanan sesuatu kegiatan, kerja, dan lain-lain), kawalan;\n2.\n pergi ke merata-rata tempat, mengeluyur;\nmengontrol\n mengawasi, menjaga serta mengendalikan (kerja dan lain-lain), mengawal:\nkebebasannya tersekat, gerak-gerinya dikontrol." "kontrolir\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pegawai daerah (pada zaman pemerintahan penjajah), konteler;\n2.\n orang yang tugasnya mengawasi (menjaga serta mengendalikan) sesuatu (seperti pasar dan lain-lain)." "kontroversi\nperselisihan atau pertelingkahan pendapat dan sebagainya yang biasanya berlarutan dan agak meluas di antara golongan (pihak dan lain-lain) yang berlainan pendirian (pendapat, fahaman, dan sebagainya);\nmengkontroversikan\n menyebabkan menjadi kontroversi:\n jangan cuba ~ isu-isu kecil itu." "kontroversial\nmembawa kepada kontroversi, menimbulkan kontroversi, (boleh) dipertikaikan." "kontur\n= \ngarisan ~ \ngarisan yang dilukis pada peta untuk menggabungkan (menunjukkan) tempat-tempat yang sama tinggi kedudukannya dari permukaan atau paras laut." "kontusi\n(Perubatan) kecederaan pada sebelah dalam mana-mana bahagian tubuh yang tidak melukai atau memecahkan kulit, luka memar, lebam." "konvensi\nsesuatu (seperti amalan, tingkah laku, ciri-ciri, dan lain-lain) yang sudah diiktiraf dengan meluasnya dan dipatuhi (diikut), kebiasaan umum, apa sahaja yang sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan:\nuntuk hidup dengan harmoni, manusia harus mengetahui norma dan ~-~ masyarakatnya; \nkalau tidak, baik ditulis pantun, syair atau gurindam yang memang sudah ada ~nya." "konvensional\n1.\n berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaannya:\ncerpen yang bersifat ~;\n 2.\n tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dan sebagainya (berkenaan (dengan) peperangan, senjata dan sebagainya):\nsenjata ~; \npeperangan ~." "konvensyen\n1.\n persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dan lain-lain) untuk membincangkan sesuatu perkara:\nbeberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dalam ~ yang akan diadakan;\n2.\n perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dan sebagainya);\nberkonvensyen\n menyertai atau menghadiri konvensyen:\nberita gembira itu diterima ketika saya sedang ~ di Kuala Lumpur;\n mengkonvensyenkan\n membincangkan atau membahaskan sesuatu perkara, isu dan sebagainya dalam konvensyen:\nsoal kelemahan prestasi akademik pelajar Melayu itu perlu dipandang serius dan dikonvensyenkan segera." "konvoi\n1.\n sekumpulan kapal perang yang mengiringi kapal-kapal lain untuk melindunginya daripada serangan:\nsenjata-senjata ~ menembak ke langit menentang serangan kapal-kapal terbang musuh;\n2.\n kumpulan kapal perdagangan dan lain-lain yang dilindungi kapal lain:\nbeberapa buah kapal daripada ~ tersebut telah ditenggelamkan;\n3.\n sekumpulan kenderaan darat yang berjalan bersama-sama;\nberkonvoi\n berjalan bersama-sama, beriring-iringan atau bersaingan dengan menaiki sekumpulan kereta, motosikal dan sebagainya:\nhari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; \nlima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pada petang ini." "konvokesyen\nperhimpunan di universiti untuk upacara penyampaian ijazah." "konvulsi\n(Perubatan) keadaan anggota badan yang menggigil-gigil dan terkejang-kejang secara tiba-tiba disebabkan oleh pengecutan otot." "konyan\n[Cina], [bahasa percakapan] perayaan menyambut tahun baru." "konyol\n[Jakarta] kurang sempurna (siuman) otaknya, bodoh, tidak sopan;\n \nmati ~ \nmati dengan sia-sia sahaja." "konyong\nsekonyong-konyong\n dengan tidak disangka-sangka, dengan tidak semena-mena, tiba-tiba:\n~ kedengaran suatu jeritan yang kuat.\nKo-op\n singkatan bagi koperasi." "koordinasi\nsaling hubungan (yang dapat melicinkan perjalanan sesuatu), jalinan pertalian (tindakan, gerakan, dan sebagainya) antara bahagian-bahagian dan lain-lain yang terlibat (dalam kegiatan dan lain-lain), penyelarasan:\nia banyak memerlukan ~ antara berbagai-bagai pihak seperti penganjur, penyanyi dan orang ramai;\n mengkoordinasi\n menyelaraskan sesuatu (aktiviti, tindakan, fungsi, dan sebagainya):\n Kementerian Perusahaan Awam ditubuhkan untuk ~ fungsi beberapa agensi yang beroperasi di bawahnya;\n terkoordinasi\n telah (atau dapat) dikoordinasi:\nkeadaan apabila pelbagai sistem fisiologi pada si mati tidak lagi dapat berfungsi sebagai satu unit yang ~ dan bermakna." "koordinat\nsatu daripada dua magnitud atau lebih yang digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik (garisan, kelok atau satah);\n \npusat ~\n pusat punca koordinat." "koordinator\norang yang membuat koordinasi, penyelaras." "kop I\n[Indonesia-Belanda];\ndikop\n [arkaik] dikeluarkan darahnya dengan ditelungkupkan bekas yang telah dipanaskan, dibekam." "kop II\n[Indonesia-Belanda];\ndikop\n [bahasa percakapan] ditanduk atau disondol (bola)." "kop III\nedaran (pusingan) dua belas tahun (berkenaan (dengan) kalendar orang Cina, Jepun, Siam, Kemboja)." "kop IV\n1.\n kubah;\n \nbulat ~ \nbentuk melengkung atau setengah bulatan;\n \nkepala ~\n kepala (skru dan lain-lain) yang melengkung (seperti bentuk kop);\n2.\n sejenis tempat duduk di atas belakang gajah;\nberkop\n berkubah." "kopah\nberkopah-kopah\n berhamburan (darah), keluar banyak-banyak (darah dari mulut dan lain-lain):\nkeluarlah darah ~ dari mulutnya, maka segala badannya pun biru lebam." "kopak I\n1.\n pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dan sebagainya (berkenaan (dengan) papan, dinding dan sebagainya):\nbeberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; \n2.\n patah dan jatuh atau terkulai (berkenaan (dengan) dahan pokok dan sebagainya), sekah:\nbanyak dahan pokok yang ~ akibat tiupan angin ribut yang kencang; \n3.\n [bahasa percakapan] kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dan sebagainya:\n~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran;\n~-kapik \nsangat buruk (kerana banyak bahagiannya yang rosak, pecah, kemik, dan lain-lain):\nrumah di sawah itu banyak yang ~-kapik;\nmengopak\n1.\n mengupas, mengobak, menguliti:\n~ kelapa; \n2.\n memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan:\n~ dinding rumah;\n terkopak\n terkupas, terkelopak, tercabut, tertanggal." "kopak II\n[arkaik] sejenis alat bunyi-bunyian;\nkopok I\n." "kopal\nsejenis damar yang keras, yang diperoleh daripada lelehan pokok tropika (mis \nAgathis spp\n.) dan digunakan untuk membuat varnis, dakwat percetakan, dan lain-lain." "kopek I\nmengopek\n1.\n mengupas (kulitnya), mengobak, menguliti, membelah buah (untuk mendapat isinya):\n~ kelapa;\n~ durian;\n2.\n mengupas (mengubik) sedikit:\n~ dengan hujung pisau;\nterkopek\n terkupas, tertanggal (berkenaan (dengan) kulit, cat, dan lain-lain);\npengopek\n1.\n alat (mesin) untuk mengopek;\n2.\n orang yang mengopek:\nkadang-kadang dia mengambil upah sebagai ~ kelapa." "kopek II\n1.\n susu, buah dada;\n2.\n bergantung tidak tegang (seperti susu perempuan tua);\nmengopek\n menghisap susu ibu, menyusu." "kopek III\n1.\n dompet, pundi-pundi wang;\n2.\n peti." "kopek IV\n[arkaik] sejenis wang tembaga Rusia." "kopeng\n~ air\n sejenis tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, delima hutan, jambu batu hutan, mentiung, \nGardenia tubifera." "kopepod\n(Biologi) sejenis krustasea halus akuatik daripada subkelas Copepoda yang merupakan komponen utama plankton." "koper\n[Indonesia-Belanda] sejenis beg kulit (untuk menyimpan pakaian dan lain-lain):\nkemudian semua\n \n~ dan bungkusan barang-barang dibuka;" "koperak\n= koperakan\n [Jakarta] buluh yang dibelah supaya mengadakan bunyi untuk menakuntukan tupai dan lain-lain." "koperal\n1.\n pangkat dalam pasukan tentera yang tarafnya setingkat lebih tinggi daripada lans koperal (dua tingkat lebih tinggi daripada prebet);\n2.\n pangkat yang setingkat lebih tinggi tarafnya daripada lans koperal polis." "koperasi\n1.\n syarikat yang dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan dan sebagainya), dengan faedah dan keuntungannya dikongsi bersama:\n~ pertanian;\n2.\n [bahasa percakapan] perihal bantu-membantu, kerjasama;\nberkoperasi\n berusaha dengan cara bekerjasama (bantu-membantu)." "koperatif\nsyarikat kerjasama." "koperator\n[Indonesia-Belanda] orang yang membantu (bekerjasama dengan) kerajaan dan lain-lain." "kopet\nsempit, kecil (lubang), tidak lebar (jalan dan lain-lain)." "kopi I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok dan bijinya yang digoreng dan dijadikan serbuk untuk dibuat minuman), kahwa, \nCoffea spp.;\n~ bubuk \n[Indonesia] = \nserbuk ~\n kopi yang berupa serbuk (sudah dihaluskan);\n2.\n = \nair ~\n minuman daripada bancuhan kopi halus, gula dan air;\n~ bujang \nhidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih);\n \n~ espreso \nkopi pekat ala Itali yang disediakan dengan cara melalukan air mendidih atau wap pada biji kopi yang telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu;\n \n~ keras \n(pahit) air kopi yang pekat dan tidak bergula;\n \n~ kosong\n = \n~ O\n air kopi yang tidak bersusu;\n \n~ O beng\n air kopi tidak bersusu yang dibubuhi ketul air batu;\n \n~ segera \nkopi yang telah diproses dan tersedia untuk dijadikan minuman dengan cepat;\n \n~ susu \nair kopi bersusu;\n \n~ tubruk\n [Indonesia] bancuhan serbuk kopi dengan air panas sahaja;\n \nduit (wang) ~\n upah (kerana pertolongan yang diberi);\n \ndapat ~ pahit (keras, tubruk)\n menerima teguran keras (daripada orang atasannya);\nmengopi\n [bahasa percakapan] minum kopi." "kopi II\n~ andelan\n sejenis tumbuhan (pokok), kacang kota, ketepeng hutan, \nCassia occidentalis;\n~ arab \nsejenis tumbuhan (herba, buahnya dijadikan sayur dan bijinya sebagai pengganti kopi), kacang (sayur) bendi, kacang lendir, \nHibiscus esculentus;\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa hutan, lidah rusa, mempulih, mengkudu badak, pakan paya, \nFagraea racemosa\n." "kopi III\n1.\n [bahasa percakapan] salinan atau tiruan daripada yang asli atau yang pertama (berkenaan (dengan) surat, gambar, dan lain-lain):\ntuan dikehendaki mengirimkan ~ surat permohonan dahulu;\n2.\n naskhah buku yang akan diterbitkan." "kopiah\ntutup kepala (seperti songkok dan lain-lain) yang dipakai oleh orang lelaki;\nberkopiah\n memakai kopiah\n: Haji Amin yang ~ putih." "kopitiam\n[Cina] kedai kopi." "koplet\n[Indonesia-Belanda] sebait (sebuah) sajak." "kopok I\n[sastera lama] alat bunyi-bunyian (dibuat daripada kayu atau logam dan dipukul);\nkopak II." "kopok II\n= kopokan\n [Jakarta] sejenis penyakit telinga (yang menyebabkan telinga bernanah dan berbau busuk), penyakit torek." "kopok III\nsejenis tumbuhan (akar memanjat), akar cambai hantu, akar jambu serai, akar kemunting (keremunting), lidah kucing, \nAnplectrum divaricatum." "kopor\nsejenis beg daripada kulit dan lain-lain untuk menyimpan pakaian dan lain-lain:\ndi pejabat kastam, ~nya diperiksa dengan teliti;" "kopra\nkelapa kering (untuk dibuat minyak kelapa dan lain-lain)." "koprofit\n(Biologi) tumbuhan yang hidup di atas najis, misalnya kulat yang tumbuh di atas tahi lembu." "kopula\n(Linguistik) kata kerja yang menghubungkan subjek dengan pelengkap, misalnya \nto be \ndalam bahasa Inggeris." "kopulasi\n(Perubatan) persetubuhan." "kopyor\n[Jawa];\nkelapa ~ \nkelapa dimakan bulan (isinya lunak), kelapa puan;\n \nes ~\n minuman air batu kelapa puan." "kor I\n1.\n bahagian daripada angkatan tentera yang mempunyai tugas tertentu:\nK~ Agama Angkatan Tentera Darat;\n2.\n pasukan tentera yang terdiri daripada lebih kurang 30,000 hingga 45,000 orang anggota, biasanya terbahagi kepada tiga divisyen:\nsetelah menamatkan latihan, rekrut akan dihantar ke ~ dalam tentera darat untuk meneruskan perkhidmatan; \n3.\n sekumpulan kecil orang yang terlatih khusus untuk tujuan tertentu\n;\n~ diplomatik \nkumpulan seluruh diplomat yang mewakili sesebuah negara yang berkhidmat di negara tertentu. \nkor II\n [Kelantan] atau:\nhendak pergi ~ tidak." "kor III\n[Kelantan];\ntanah ~ \ntanah yang keras dan berketul-ketul." "korah\n[Arab] [arkaik] bola." "korakoid\n(Biologi) tulang sendi bahu binatang yang bertulang belakang." "koral\n[arkaik] karang;\nkolar II\n." "koran I\n[Indonesia] surat khabar, akhbar:\npenjaja (penjual) ~." "koran II\nburung ~\n sejenis burung, perling, \nAplonis panayensis strigatus." "korapsi\nrasuah, kecurangan;\nkorupsi\n." "korapsyen\n[bahasa percakapan] rasuah." "korat\n ~ nasi\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDesmodium capitatum; \n(pokok) ~ tanah\n sejenis tumbuhan (pokok renek), ekor anjing, \nUraria lagopoides." "korban\n[Arab]\n1.\n amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dan lain-lain) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin:\nmajlis ~; \n2.\n persembahan seperti haiwan atau manusia kepada dewa dalam pemujaan;\n3.\n pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sebagai tanda kebaktian (kasih dan lain-lain):\nkerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~;\n4.\n (orang) yang menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dan lain-lain), mangsa:\nkau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; \n5.\n = \n~ jiwa\n = \n~ manusia\n kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dan lain-lain):\nnahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa;\nberkorban\n1.\n (sedang) menawarkan sesuatu sebagai korban (kpada yang disembah):\npenganut agama tersebut ~ kepada dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut;\n2.\n menanggung penderitaan untuk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dan lain-lain, menyerahkan sesuatu untuk tanda bakti (cinta dan lain-lain):\nbanyak ia ~ untuk menawan hati gadis belasan tahun itu; \nkerana negara, mereka sanggup ~ apa saja;\n3.\n dengan (disertai, berserta) korban:\nnahas jalan raya sering ~ jiwa;\nmengorbankan\n1.\n mempersembahkan sebagai korban:\nada orang Cina yang ~ makanan kepada topekong;\n2.\n menyerahkan sesuatu (seperti wang dan lain-lain) untuk sesuatu tujuan (kepentingan dan lain-lain):\n~ nyawa untuk mempertahankan negara; \n3.\n menyebabkan menderita, memusnahkan (merosakkan):\nmereka sanggup ~ bangsa untuk mencapai kemahuan mereka;\nterkorban\n terbunuh, termusnah (kepentingan dan lain-lain):\nsepuluh orang askar telah ~ dalam serangan hendap itu;\npengorbanan\n perihal mengorbankan (berkorban):\ntugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yang terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas." "kord\n(Kejuruteraan) wayar bertebat yang menyambungkan peralatan elektrik dengan punca bekalan elektrik." "korden\n[Indonesia-Belanda] sejenis kain langsir (tirai) pada jendela dan lain-lain." "kordial\nminuman yang berasaskan buah-buahan, biasanya pekat dan dibancuh dengan air sebelum diminum." "kordofon\nalat muzik yang mengeluarkan bunyi dengan menggunakan tali yang bergetar." "korduroi\n(Tks) sejenis kain kapas tebal, kukuh dan bergaris-garis timbul, yang dijadikan bahan membuat pakaian:\nseluar ~." "korek I\n~ api \ngores api, mancis api;\n \n~ gigi \nkayu dan lain-lain yang halus untuk mencungkil gigi;\n \n~ kuping (telinga) \npencungkil tahi telinga;\nmengorek\n1.\n membuat lubang (pada sesuatu benda atau di dalam tanah), mencungkil, menebuk, mengeruk, menggali:\n~ lubang untuk menanam sampah dan lain-lain;\n2.\n [kiasan] menggores;\n \n~ hati \nmenggores hati;\n3.\n [kiasan] menyiasat atau mencari-cari (untuk mengetahui sesuatu yang rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dan lain-lain), mengkritik:\npolis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu;\n4.\n [kiasan] memperoleh (wang, keuntungan, dan lain-lain), mendapat (untung);\n \n~ dompet kawan \n(peribahasa) memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan;\nkorekan\n hasil mengorek:\n ~ yang terdalam atau terlebar;\npengorekan\n perihal atau perbuatan mengorek, penggalian;\npengorek\n1.\n alat untuk mengorek (mencungkil), penggerek;\n2.\n orang yang mengorek (membongkar sesuatu)." "korek II\n~ telinga bayar\n sejenis ikan laut, \nHippocampus kuda." "korek III\n= kurik." "koreksi\nperihal meneliti dan membetulkan kesilapan (kesalahan) pada karangan dan lain-lain;\nmengkoreksi\n meneliti dan membetulkan kesalahan (pada karangan dan lain-lain);\nkoreksian\n sesuatu yang dikoreksi (dibetulkan), hasil mengkoreksi (membaiki karangan dan lain-lain)." "korektif\nmembaiki (keburukan, kesalahan, dan lain-lain)." "korektor\norang yang tugasnya membetulkan kesalahan (pada karangan, buku, dan lain-lain)." "korelasi\nhubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait:\n terdapat ~ antara pengetahuan sains dengan kepercayaan agama\n;\nberkorelasi\n mempunyai hubungan atau kaitan antara satu sama lain, berhubung kait:\nkedua-dua isu itu tidak ~ sama sekali;\n mengkorelasikan\n menghubungkan atau mengaitkan perkara, isu dan sebagainya antara satu sama lain, menghubungkaitkan:\nahli kaji serangga dapat ~ penyebaran dengan ekologi." "korenah\n[Minangkabau] kelakuan, perangai;\nkerenah." "koreng\n1.\n coreng, conteng, belang, tanda garis (dengan arang dan lain-lain);\n \nanjing ~\n anjing belang;\n \n~-moreng \nbertanda dengan berbagai-bagai coreng;\n2.\n kudis;\nberkoreng, korengan\n [Jakarta] mendapat penyakit koreng (kudis), berkudis." "koreografer\norang yang ahli mencipta gerak-geri tarian." "koreografi\n1.\n penciptaan (seni mencipta) gerak-geri tarian (biasanya tarian balet atau tarian untuk persembahan di pentas);\n2.\n seni tari (biasanya tarian balet atau tarian untuk persembahan di pentas)." "kores\ngores." "koresponden\npemberita atau wartawan (surat khabar dan sebagainya) yang membuat laporan tentang sesuatu perkara tertentu atau yang mengirim laporan dari negeri asing:\n~ surat khabar." "korespondensi\nsurat-menyurat." "koret\nsisa, baki, yang tinggal di belakang;\n \nnombor ~ \n[bahasa percakapan] nombor yang penghabisan." "kori\nlubang yang bundar dan dalam serta curam pada lereng gunung yang dibentuk oleh hakisan air batu dan salji." "koridor\nlaluan yang menghubungkan satu bahagian dengan bahagian lain dalam sesebuah bangunan." "kornea\n(Biologi) selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mata." "kornel I\n[Indonesia], [bahasa percakapan] kolonel." "kornel II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] tendangan bola dari penjuru padang ke pintu gol, tendangan sudut (dalam permainan bola sepak)." "kornet I\n[Indonesia], [bahasa percakapan] kelindan, kenek, kernet." "kornet II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] daging lembu dalam tin." "kornet III\nsejenis alat bunyi-bunyian seperti trompet." "kornis\ncorak atau bentuk hiasan di bahagian atas di sekeliling dinding ruang bilik dan sebagainya yang bertemu dengan siling, biasanya daripada plaster paris, birai hias." "koro\n[Kedah] kelihatan seperti dungu, bodoh, lembap:\n~ betul budak ini." "koroh\n[Minangkabau] kerongkong." "koroid\n(Biologi) selaput vaskular keperang-perangan pada biji mata di antara sklera dan retina." "korok\nlubang yang memanjang, lombong, tembusan (dalam tanah);\nmengorok\n membuat korok (tembusan dan lain-lain)." "korok-korok\nkerongkong, kekorok." "korola\n(Biologi) seluruh kelopak yang terdapat pada sekuntum bunga." "korona\n(Ast) lingkaran cahaya yang kelihatan jelas di sekeliling bulan atau matahari, terutamanya sewaktu berlakunya gerhana;\n \n~ matahari\n lingkaran cahaya di keliling matahari." "koronari\nlazimnya merujuk pada arteri yang membekalkan darah ke otot jantung." "koronavirus\nsekumpulan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia dan binatang, antaranya jangkitan saluran pernafasan pada manusia dan hepatitis pada tikus." "koroner\npegawai awam yang menyiasat kes kematian mengejut (secara luar biasa) yang puncanya disyaki ada kaitan dengan kes jenayah." "korong\n[Minangkabau];\n~ kampung \nkawasan (daerah) kampung;\nberkorong\n \n~ kampung \nmempunyai lingkungan kampung;\n \nadat ~ kampung \nadat istiadat dalam kawasan (lingkungan) kampung;\n \npandai ~ kampung \npandai menurut adat dalam lingkungan kampungnya." "korporat\nberkaitan dengan syarikat atau perbadanan:\nyang meminta-minta potongan cukai ~ ialah firma-firma besar; \nhanya menerusi badan ~ seperti LUTH, ASN, yang membolehkan perkembangan ekonomi umat Islam teguh; \nimej ~; \nmatlamat ~;\n mengkorporatkan\n menukarkan sesebuah organisasi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat:\nproses ~ perniagaan bumiputera di bawah Dasar Pembangunan Nasional;\n pengkorporatan\n perihal (proses, tindakan dan sebagainya) mengkorporatkan sesebuah organisasi, institusi dan sebagainya:\n~ beberapa agensi kerajaan." "korpus\n(Linguistik) himpunan makalah (tulisan dan sebagainya) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (seperti kumpulan contoh penggunaan kata dan lain-lain)." "korpuskel\n(Biologi) sel yang terampai dalam plasma darah." "korsaj\nsejambak bunga kecil sebagai hiasan yang disematkan di bahu, pinggang atau tangan. \nkorsel\n (korsl) [Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kuda-kudaan yang tergantung dan berputar (untuk dinaiki kanak-kanak)." "korset\npakaian dalam untuk membentuk pinggang dan punggung yang dipakai oleh wanita, sejenis bengkung, setagen." "korsi\n[bahasa percakapan] kerusi." "korteks\n1.\n (Perubatan) lapisan luar otak atau organ lain:\n~ serebrum; \n2.\n (Biologi) lapisan luar sesuatu bahagian tumbuhan, misalnya kulit batang." "kortison\n(Perubatan) hormon yang digunakan untuk merawat alahan, sakit sendi, sesetengah penyakit kulit dan sebagainya." "korundum\nsejenis mineral yang sangat keras, biasanya digunakan sebagai pelelas atau penggilap, dan sesetengahnya pula, misalnya nilam dan delima dijadikan batu permata." "korup\n[Indonesia-Belanda] keji (sifatnya, kelakuannya), buruk (kelakuan), suka menerima rasuah, makan suap:\npegawai-pegawai ~ yang menyalahgunakan kuasa mereka hanya akan merosakkan pentadbiran negeri;\n dikorup\n [bahasa percakapan] diambil secara haram, digelapkan (wang dan lain-lain)." "korupsi\namalan atau perbuatan yang salah atau tidak amanah (seperti pecah amanah, menerima rasuah, dan lain-lain):\nhukuman yang keras dikenakan sebagai langkah menghapuskan ~." "koruptor\n[Indonesia-Belanda] orang yang korup." "korus\n1.\n sekumpulan orang yang menyanyi bersama-sama (dalam sesuatu persembahan);\n2.\n bahagian lagu atau nyanyian yang penyanyi utamanya disertai atau disambut oleh nyanyian sekumpulan penyanyi;\n3.\n nyanyian bersama-sama atau beramai-ramai oleh sekumpulan penyanyi." "korvet\nsejenis kapal perang yang kecil dan laju:\nangkatan laut itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis kapal perang termasuk beberapa buah ~." "kos I\nharga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dan sebagainya sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, perbelanjaan;\n~ faktor\n (Ekonomi) kosyang digunakan untuk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sampingan yang dibayar kepada buruh, sewa hartanah, untung yang dibayar kepada usahawan dan kos bahan;\n \n~ malar\n (Ekonomi) kos tetap (tidak berubah-ubah besarnya atau jumlahnya);\n \n~ melepas \n(Ekonomi) nilai faedah atau keuntungan yang sepatutnya boleh diperoleh daripada penggunaan alternatif sumber yang sama;\n \n~ purata\n kos hitung panjang;\n \n~ sara hidup \n(Ekonomi) nilai wang yang diperlukan untuk membeli barang keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya untuk menikmati taraf hidup tertentu;\n \n~ satuan \nkos bagi tiap-tiap satu unit (barang dan lain-lain);\n \n~ tak tetap\n (Ekonomi) kos yang berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran;\n \n~ tetap \n(Ekonomi) kos yang mesti ditanggung dengan tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran;\nberkos\n melibatkan atau memerlukan kos:\npembiayaan jangka pendek dan ~ rendah;\npengekosan\n anggaran semua kos yang terlibat dalam sesuatu urusan, misalnya perniagaan, projek:\nJabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf\n." "kos II\nsingkatan bagi kosinus." "kosa I\ngagah, kuat:\nmaka Betara Majapahit pun menyuruh memanggil seorang perajurit yang terlalu ~ daripada yang lain;\nperkosa." "kosa II\nburung ~\n1.\n sejenis burung, burung dendang air, \nPhalcrocorax carbo;\n2.\n sejenis burung, \nAnhinga anhinga." "kosa III\n~ kata\n keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata." "kosak\n~-kasik\na) bunyi benda dan lain-lain yang bergeseran (bergerak-gerak, berengsot-engsot, dan lain-lain);\n b) kerap bergerak-gerak (bergeser-geser dan lain-lain)." "kosambi\nkesambi." "kosar\nsejenis tumbuhan (pokok), mendeleka, perian, tampang, tampuret, tempunai, \nArtocarpus rigida." "kosek I\nmengosek\n1.\n membersihkan beras dan lain-lain dengan meramas-ramas dan membalik-balikkannya dalam air;\n2.\n menajamkan pisau dan lain-lain dengan memutar-mutarnya pada batu asahan;\n3.\n mencuci (menggosok) lantai dengan berus." "kosek II\n[Kelantan], [Terengganu] usik, ganggu, kacau." "kosekan\n(Matematik) sekan dari penepat sesuatu sudut." "kosel\nterkosel-kosel\n teragak-agak atau tertahan-tahan (ketika melakukan atau mengatakan sesuatu), tidak lancar (perkataannya atau pekerjaannya), merungut-rungut." "kosen I\n[Jakarta] gagah, berani, perkasa;\nkekosenan\n kegagahan, keberanian." "kosen II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] rangka pintu atau tingkap." "kosen III\nkusyen." "kosinus\n(Matematik) fungsi trigonometri bagi sudut tirus pada segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah antara sisi yang bersebelahan dengan sudut dan hipotenus." "kosmetik\n1.\n alat solek (untuk mencantikkan rupa orang perempuan);\n 2.\n luaran sahaja (tidak melibatkan fungsi):\n model baru kereta nasional, Proton Saga, mempunyai perubahan ~ yang besar, terutama dari segi reka bentuk." "kosmetologi\nilmu persolekan." "kosmik\n1.\n yang berkaitan dengan alam semesta;\n2.\n terdapat di atau berasal dari angkasa lepas;\n cahaya (sinar) ~ \ncahaya yang sampai ke dunia dari angkasa lepas." "kosmogoni\nkajian astrofizik (kombinasi ilmu kimia dan fizik bintang) tentang evolusi alam semesta." "kosmografi\n1.\n pemerian am tentang dunia atau alam semesta;\n2.\n ilmu sains yang berkaitan dengan pembentukan atau susunan seluruh alam semesta." "kosmokimia\ncabang kimia yang mengkaji kandungan bahan kimia di alam semesta." "kosmologi\nsalah satu bidang falsafah yang mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam semesta." "kosmonaut\nangkasawan Rusia." "kosmopolitan\n1.\n terdiri daripada orang atau unsur-unsur dari seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kepada unsur-unsur setempat):\nsekarang dia tercampak ke kota ~ yang bergelut dengan berbagai-bagai ragam; \nberdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yang bercorak kesukuan akan berkurangan;\n2.\n bebas daripada prasangka kebangsaan, bersifat sejagat:\ndia merupakan seorang penulis ~ yang menggunakan tema universal;\nkekosmopolitanan\n segala hal yang berkaitan dengan sifat, fungsi, dan lain-lain kosmopolitan." "kosmos\nalam semesta." "kosong\n1.\n tidak berisi apa-apa:\ncawan ~ ; \ntin ~;\n2.\n tidak padat, berongga di dalamnya (berkenaan (dengan) batu, kayu, dan lain-lain):\nbuluh ~ dalamnya; \n3.\n sifar (berkenaan (dengan) nombor):\nuntuk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~;\n4.\n [kiasan] tidak ada yang mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dan lain-lain), tidak bertulis apa-apa (berkenaan (dengan) kertas dan lain-lain), tidak mengandungi perkara penting (berkenaan (dengan) percakapan, tulisan, dan lain-lain);\n \njawatan (kerja) ~\n jawatan (kerja) yang tidak dipenuhi (dijawat) lagi;\n \nkertas ~ \nkertas yang tidak bertulis (bercap dan sebagainya);\n \nomong (cakap) ~ \npercakapan yang bukan-bukan (tidak ada buah butir yang penting);\n5.\n [kiasan] tidak dapat merasa sesuatu perasaan (seperti keseronokan, kebahagiaan, dan sebagainya);\n~ melompong \nkosong sama sekali;\n \nair ~ \nair minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih);\n \nteh ~ \nteh tidak bergula dan tidak bersusu;\nmengosongkan\n menjadikan kosong (tidak ada yang mendudukinya, memegangnya, mengisinya, dan lain-lain):\nMalaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yang dikosongkan oleh Czechoslovakia; \nPuan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yang telah dikosongkan oleh suaminya itu;\nkekosongan\n1.\n perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yang tertentu), keadaan tidak ada yang menjawatnya (mengisinya dan sebagainya):\npengambilan pekerja-pekerja baru untuk memenuhi ~ beberapa jawatan;\n \n~ iman \nketiadaan iman;\n2.\n kehampaan:\ndia terasa ~ sekarang di dalam jiwanya kerana kehilangan orang yang sangat dikasihinya;\npengosongan\n perihal atau perbuatan mengosongkan." "kostum\n1.\n pakaian yang dipakai pada ketika tertentu (seperti menghadiri upacara, jamuan, dan lain-lain);\n2.\n pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara, filem, dan lain-lain;\n3.\n pakaian perempuan potongan Barat." "kot I\nsejenis baju tebal potongan Barat berlengan panjang dan biasanya terbuka di depan yang dipakai di luar baju kemeja:\ndibetul-betulkan tali lehernya dan disarungnya ~;\nberkot 1.\n mempunyai kot;\n 2.\n memakai kot:\nseorang lelaki ~ biru." "kot II\n[bahasa percakapan] mahkamah pengadilan." "kot III\n[bahasa percakapan] katil bayi atau kanak-kanak yang berbentuk seperti kotak." "kot-kot\n[Kedah] mungkin, kalau-kalau:\n~ dia tersesat jalan." "kota\n1.\n tempat pertahanan yang dilingkungi tembok batu, benteng:\nsesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~;\n2.\n [sastera lama] tembok yang melingkungi kubu pertahanan:\ntinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; \n3.\n bandar raya, bandar, pekan:\nmereka meninggalkan kampung untuk mencari kerja di ~; \nibu ~\n kota yang menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri);\n \n~ raya \nbandar raya yang besar (seperti London, New York, Paris, Kuala Lumpur dan sebagainya);\n4.\n [Indonesia] [kependekan] kota besar, kota praja;\n5.\n kawasan tempat kediaman;\n \nrumah ~\n [arkaik] rumah kampung;\n \n~ duduk\n [sastera lama] sejenis menara atau rumah yang tinggi untuk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling;\n~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah \n(peribahasa) [Minangkabau] orang yang tiada tentu asalnya atau keturunannya;\nberkota\n1.\n bertembok batu (berkenaan (dengan) kubu pertahanan dan lain-lain), berbenteng;\n2.\n mempunyai kota (bandar):\nnegeri yang ~ besar; \n3.\n [sastera lama] mendirikan kota, berbenteng:\nmaka Sultan Ahmad ~ di Bentayan;\n4.\n [kiasan] dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dan lain-lain):\nkatanya ~ pandangannya pandang bermakna;\nberkotakan\n [sastera lama] menggunakan sebagai kota, berbentengkan:\nmaka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis;\nmengotai\n membangunkan kota (benteng) pada, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari:\nmaka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu;\nmengotakan\n1.\n [sastera lama] menggunakan sebagai benteng, memperkukuh dengan;\n2.\n = \nmemperkotakan\n memegang teguh (kpada kata), menepati (melaksanakan) janji dan lain-lain:\nyang dikata telah benar-benar diperkotakannya; \nsegala janji mestilah dikotakan;\nkekotaan\n seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) seperti orang di kota, yang memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan di kota (di bandar):\nmereka mengambil sikap ~ yang sama seperti keadaan yang terdapat dalam zaman penjajahan;\nperkotaan\n urusan (pentadbiran) kota." "kota besar\n[Indonesia] kawasan sesuatu kota dan pentadbirannya." "kota praja\n[Indonesia] kawasan dan pentadbiran kota yang setaraf dengan daerah." "kotah\nsekotah\n [sastera lama] sekalian, semuanya, seluruh." "kotai\n= terkotai\n1.\n terkelepai, terkulai, tergantung (seperti dahan patah);\n2.\n kurus kering (tubuh), tua;\n \ntua ~ \nsangat tua;\n3.\n kering (seperti buah yang dijemur);\n \nnyiur ~ \nbuah nyiur yang dikeringkan untuk dijadikan be" "kotak\n1.\n sejenis bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat daripada kadbod, papan, atau logam;\n2.\n bahagian (dalam rumah, sawah, dan lain-lain) yang bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi;\nsampan ~ \nsampan yang bersekat-sekat (berpetak-petak);\n \n~ fius \nkotak yang mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pada dinding rumah, bangunan dan sebagainya;\n \n~ hitam \nalat elektronik yang dipasang pada kapal terbang untuk mengumpul dan menyimpan maklumat yang berkaitan dengan penerbangan kapal terbang berkenaan;\n \n~ pos (surat) \npeti surat;\n \n~ segar \nbekas di dalam peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar;\nberkotak-kotak\n1.\n berpetak-petak, bersekat-sekat:\nsawah yang berkotak-kotak;\n2.\n bercorak seperti kotak (bergaris empat persegi):\nmemakai kain pelikat ~ putih dengan jalur-jalur merah;\nmengotakkan\n membahagikan sesuatu pada beberapa bahagian yang berasingan, memisahkan, mengasingkan\n." "kotak-katik\n= kotak-kotak\n bunyi (suara), reaksi:\nmasih belum terdengar ~ mereka;\nmengotak-ngatikkan, memperkotak-katikkan\n mengharu-birukan, mengacaukan." "kotamara\n1.\n sejenis dinding di kapal sebagai pelindung bagi penembak meriam;\n2.\n tembok di atas benteng (tempat diletakkan meriam)." "kotej\n(Seni bina) sejenis rumah yang reka bentuknya berunsurkan reka bentuk rumah petani Inggeris." "kotek I\nekor;\nberkotek\n berekor;\n \nbintang ~ \nbintang yang bercahaya memanjang menyerupai ekor, bintang berekor." "kotek II\nbunyi ayam betina, ketuk;\nberkotek\n1.\n berbunyi (berkenaan (dengan) ayam betina), berketuk;\n2.\n bersuara:\nmasing-masing diam tidak ~ sambil menunggu perintah menyerang;\n \nsiapa ~ siapa bertelur \n(peribahasa) orang yang mula-mula bersuara itulah biasanya yang melakukan perbuatan yang dikatakannya itu." "kotek III\nkemaluan lelaki." "kotek IV\n= \n~ mamak \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCassia grandis." "kotel\n[Kelantan]\n1.\n kerdil, tidak subur (berkenaan (dengan) orang);\n2.\n sudah tua (berkenaan (dengan) nyiur);\n \nnyiur ~ \nnyiur yang sudah tua;\n3.\n hanya, sahaja;\n \ncawat ~\n cawat sahaja (tidak berpakaian lain);\n4.\n amat, sangat, sekali;\n \nkering ~ \nkering sama sekali (berkenaan (dengan) kolam dan lain-lain);\n \nsenyap ~ \nsunyi sepi, senyap sekali." "koteng\nterkoteng-koteng\n1.\n seorang diri (tidak berpengiring atau berteman), terkonteng-konteng;\n2.\n [Kelantan], [Terengganu] tergantung-gantung, terbuai-buai." "koter\nkotel." "koterek\n[Indonesia-Belanda] sejenis alat untuk mencabut sumbat botol." "kotes\nsekotes\n sangat sedikit, secubit;\nmengotes\n mencabut (mengopek, mencubit, dan lain-lain) barang yang kecil-kecil atau halus-halus;\n= kutis." "kotiledon\n(Biologi) daun yang pertama sekali keluar pada pokok yang tumbuh daripada biji, daun biji." "kotis\nkutis." "kotok I\npendek (berkenaan (dengan) kaki seluar dan lain-lain), kontot." "kotok II\n tahi ~ \n[Jakarta] tahi ayam yang cair." "kotong\nkudung, buntung, kontot, pendek;\n \nbaju ~ \nbaju bertangan pendek." "kotor\n1.\n tidak bersih, tidak jernih, cemar:\nmencuci pakaian ~; \nlongkang yang ~ airnya; \n(mendapat) kain ~ \ndatang haid;\n \n~ bolor\n sangat kotor;\n2.\n [kiasan] lucah (berkenaan (dengan) perkataan), keji, tidak baik (berkenaan (dengan) perkataan, perbuatan), tidak senonoh:\nalangkah ~nya kata-kata yang dikeluarkannya;\n~ mulut \n= \nmulut ~ \nmulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yang tidak senonoh);\n \n~ namanya \ncemar namanya;\n \npenyakit ~ \npenyakit perempuan, sifilis;\n \nperbuatan ~\n perbuatan jahat (tidak baik);\n3.\n [Indonesia] kasar, tidak bersih, bruto:\npendapatan (keuntungan dan lain-lain) ~;\n~ dicuci,\n \nberabu dicentik (dijentik) \n(peribahasa) segala yang tidak baik hendaklah dilupakan;\nmengotori\n menyebabkan kotor pada:\nbekas kasut yang ~ lantai;\nmengotorkan\n1.\n menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor:\ndia dimarahi kerana ~ rumah;\n2.\n mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan:\ndunia sebenarnya suci tetapi manusia yang mengisi seluruhnyalah yang ~nya; \nengkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu;\n terkotori\n telah dikotori:\n tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani;\n kotoran\n barang apa yang kotor (seperti najis, sampah, dan lain-lain), benda kotor, sesuatu (seperti tanda dan sebagainya) yang kotor yang melekat pada pakaian dan lain-lain:\nair yang mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; \napa-apa ~ yang ada pada luka itu hendaklah dibersihkan dahulu;\nkekotoran\n perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian:\n~ udara boleh menyebabkan penyakit; \nbuku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yang menggambarkan ~ moral;\npengotoran\n perihal mengotori atau mengotorkan;\npengotor\n (orang yang) tidak menghiraukan kebersihan." "kotrek\nkoterek." "kouh\n[Terengganu] busuk." "kowe\n[Jawa], [bahasa kasar] engkau." "koy\n[kependekan] koyan." "koya I\nsejenis serangga perosak daripada genus \nPseudococidae, \nyang bentuknya bujur telur, berwarna merah muda atau putih dan mengeluarkan cairan manis." "koya II\n[Perak] banyak." "koya III\n[Johor] sejenis penganan yang dibuat daripada tepung kacang hijau atau beras pulut yang dicampur dengan gula lalu diterap dan biasanya dijemur." "koyak\ncarik, rabak, sobek:\nbajunya ~ kerana terkait pada sebatang paku di dinding;\n~ rabak \nkoyak atau koyak-koyak yang panjang atau lebar;\n~ baju mahu ukur badan \n(peribahasa) merosakkan barang yang hendak dibaiki (disempurnakan);\n \n~ tak berbunyi \n(peribahasa) sesuatu keburukan (keaiban) yang berlaku dengan tidak diketahui orang;\n \ntak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga \n(peribahasa) sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri;\nmengoyak\n menjadi besar atau terbuka (luka):\nlukanya yang hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; \nbagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau \n(peribahasa) menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat;\nmengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan\n menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(-carik):\ntanganku segera ~ sampul surat itu;\nterkoyak\n tersiat, tercarik:\ncebis-cebis kain yang ~ daripada bajunya;\n~ isinya akibat tikaman lading musuhnya;\n kekoyakan\n keadaan koyak:\n perineum memerlukan masa untuk pulih semula daripada luka-luka dan ~." "koyam\nbubur ~ \nsejenis bubur yang dibuat daripada beras pulut." "koyan\nukuran berat biji-bijian (kira-kira 40 pikul);\nberkoyan-koyan\n1.\n beberapa (banyak) koyan;\n2.\n sangat banyak:\nharta yang ~." "koyok I\nC\n1.\n sejenis ubat yang ditempelkan pada kulit (untuk menyembuhkan penyakit bisul dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] cakap yang sedap didengar tetapi tidak benar, temberang, cakap kosong (tidak sungguh-sungguh);\n \njual ~ (ubat)\n menemberang, bercakap kosong." "koyok II\nanjing liar (tidak dipelihara orang)." "koyote\nsejenis serigala kecil yang terdapat di padang rumput prairie di Amerika Syarikat, \nCanis latrans." "KP\n[kependekan] kad pengenalan." "kpd\n[kependekan] kepada." "KPGM\n[kependekan] Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu." "KPIJ\n[kependekan] Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Johor." "KPPMS\n[kependekan] Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor." "Kr\nsimbol kimia bagi kripton." "kraf\n1.\n perusahaan (kerja, seni, dan sebagainya) yang memerlukan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan:\nprojek ini diyakini akan memanfaatkan pencipta ~, peminat ~, pereka bentuk, penyelidik, penuntut, dan pelawat ~;\n2.\n yang memerlukan (dihasilkan dengan) kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan:\nbarangan ~ tempatan; \nindustri ~ Malaysia." "kraf tangan\n1.\n perusahaan (kerja, seni, dan sebagainya) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan:\ntumpuan juga boleh dialih kepada bidang ~ yang sering menarik minat pelancong;\n2.\n yang memerlukan (dihasilkan dengan dan sebagainya) kemahiran menggunakan tangan:\nbarang-barang ~; \nperusahaan ~; \nseni ~." "kram\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kejang (kaku) anggota." "krama\nkromo I." "kran\nkeran II." "kranberi\nsejenis buah beri masam berwarna merah yang digunakan untuk membuat sos dan jeli." "kranium\n(Biologi) bahagian tengkorak yang melindungi otak." "krapak\nberkrapak\n [Brunei] bercakap." "kravat\nsejenis skarf yang dipakai di keliling leher oleh orang lelaki." "krayon\nbatang daripada lilin, tanah liat, dan sebagainya yang berwarna dan digunakan untuk melukis dan sebagainya (biasanya untuk kanak-kanak)." "kreatif\nmempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli:\nkita harus mengerah seluruh tenaga ~ untuk menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu tinggi; \ndaya ~ \nkemampuan (kebolehan) mencipta;\nkekreatifan\n kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif:\nkomputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yang hampir tiada hadnya." "kreativiti\nkemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan:\n~ seniman;\n~ sastera;\n~ dalam penggunaan bahasa;\nberkreativiti\n melaksanakan (menjalankan) kreativiti:\npenghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air\n." "kredep\n[Jakarta];\nberkredepan\n berkedip-kedip, berkelip-kelip, berkejap-kejap." "kredibiliti\nsifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan:\napakah krisis dalam bidang kehakiman ini telah merosotkan ~nya sebagai badan pendukung keadilan dan undang-undang?" "kredit\n1.\n wang yang dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang:\n~ di atas kadar bunga yang sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; \nbank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya;\n2.\n kemudahan membayar terkemudian daripada penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yang dibeli);\n \nmenjual (membeli) dengan ~ \nmenjual (membeli) barang dengan pembayarannya ditangguhkan;\n \nmemberi ~\n memberi pinjaman (hutang), membenarkan (membolehkan) penangguhan pembayaran;\n \ntukang ~ \n[Jakarta] tukang menjual barang-barang dengan bayaran beransur-ansur;\n3.\n butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira;\nmengkreditkan\n1.\n mencatatkan butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) di ruang sebelah kanan buku kira-kira;\n2.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] memberi pinjaman wang dengan cagaran barang;\n3.\n [bahasa percakapan] menjual barang dengan bayaran beransur-ansur;\nperkreditan\n yang berkaitan dengan kredit atau segala urusan kredit." "kreditor\npemiutang." "krematorium\ntempat membakar mayat." "kren\nsejenis alat untuk mengangkat (memunggah, memindahkan, dan sebagainya) barang-barang berat (di pelabuhan dan lain-lain)." "kreol\n(Linguistik) bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu;\npengkreolan\n perihal mencampuradukkan dua bahasa yang berlainan dalam pertuturan sehingga bahasa tersebut menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu." "kreosot\ncecair yang dihasilkan daripada penyulingan minyak tar (terutama tar arang) dan digunakan untuk mengawet kayu." "krep\n(Tks) sejenis kain nipis daripada sutera, kapas atau benang bulu yang permukaannya berkedut-kedut." "krepuskul\n(Biologi) aktif pada waktu subuh atau senja (berkenaan (dengan) binatang):\nkelawar merupakan sejenis binatang ~." "kreseh\n~-peseh;\nkeresepese." "kresendo\n(Seni Muzik) not yang dimainkan semakin kuat." "kresol\n(Kimia) sejenis sebatian aromatik yang terdapat dalam kreosot dan tar arang batu, biasanya digunakan untuk membuat bahan pembasmi kuman dan antiseptik." "kretin\n(Perubatan) orang yang cacat anggota dan terencat akalnya sejak lahir akibat kekurangan atau ketiadaan hormon tirod." "kretinisme\n(Perubatan) kecacatan fizikal dan keterencatan akal seseorang yang berlaku sejak lahir akibat daripada kekurangan hormon tiroid." "kreton\n(Tks) sejenis kain kapas tebal dengan berbagai-bagai corak berwarna-warni, yang biasanya digunakan sebagai bahan untuk membuat sarung kusyen, langsir dan sebagainya." "krevas\n(Geografi) rekahan yang dalam dan luas pada glasier, jurang glasier." "krew\n= kru." "kriket\nsejenis permainan padang yang dimainkan dengan memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yang menjadi sasaran lemparan bola (dimainkan oleh dua pasukan yang setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain)." "krim\n1.\n cecair pekat atau kental berlemak yang berwarna kekuning-kuningan yang timbul di atas permukaan susu dan dijadikan sebagai makanan;\n \nwarna ~ \nwarna kuning keputih-putihan;\n2.\n bahan makanan yang lembut, pekat, dan manis yang berupa seperti krim;\n \n~ karamel\n pencuci mulut yang dibuat daripada telur, gula, susu, dan lain-lain yang dibubuh karamel di atasnya;\n3.\n bahan berubat yang pekat dan lembut seperti krim yang digunakan untuk melembuntukan kulit, menyerikan rambut, dan sebagainya;\n \n~ asas\n krim yang digunakan sebagai asas untuk mekap." "krimer\nserbuk atau cecair berwarna putih yang menggantikan susu dalam minuman teh, kopi dan sebagainya." "kriminil\n[Indonesia-Belanda] kejahatan (seperti membunuh, mencuri, dan lain-lain) yang melanggar undang-undang negeri, jenayah, pidana;\n \nhukum ~ \nhukum terhadap perbuatan jenayah." "kriminologi\nkajian tentang jenayah, penjenayah, perlakuan jenayah, dan sebagainya." "kriobiologi\ncabang biologi yang berkaitan dengan kajian tentang kesan suhu yang sangat rendah ke atas organisma." "kriogen\n(Fizik) bahan yang digunakan untuk menghasilkan suhu yang amat rendah." "kriogenik\nkajian tentang sesuatu bahan dan fenomena pada suhu rendah, lazimnya pada suhu yang kurang daripada -100\u00b0C." "kriolit\n(Kimia) sejenis mineral tak berwarna atau berwarna putih yang digunakan dalam pengeluaran kaca, aluminium dan enamel." "kriologi\nkajian tentang air pepejal, seperti hujan batu." "krioskopi\n(Kimia) kajian tentang takat beku larutan;\n \nkaedah ~ \nkaedah menentukan jisim molekul relatif sesuatu bahan pepejal dengan mengukur penurunan takat beku pelarut yang sesuai apabila ditambahkan sejumlah kuantiti pepejal berkenaan." "krioterapi\n(Perubatan) rawatan perubatan dengan cara mendedahkan sebahagian atau seluruh tubuh badan pada suhu yang sangat rendah." "kriptogam\n(Biologi) tumbuhan yang tidak mengeluarkan bunga atau biji benih, misalnya kulat, alga dan paku pakis." "kriptografi\nkajian linguistik yang berkaitan dengan kod rahsia yang dapat membantu seseorang memahami bahasa yang telah pupus." "kriptogram\n(Linguistik) teks yang ditulis dalam kod rahsia." "kripton\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam, berbentuk gas yang tidak berwarna, tidak berbau, dan terdapat dalam udara sebanyak 0.001% mengikut isi padu." "krisis\nkeadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dan lain-lain), keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, kegentingan, ketegangan, keributan:\npucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yang timbul dalam parti itu;\n~ akhlak (moral)\n kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yang sudah mencapai peringkat yang membimbangkan;\n \n~ ekonomi \nkeadaan ekonomi yang tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar;\n \n~ kelaparan \nkeadaan buruk yang menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan);\n \n~ kewangan \nkeadaan yang sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (seperti kekurangan wang dan lain-lain);\n \n~ politik \nketegangan politik;\nberkrisis\n berselisih pendapat (fahaman, dan lain-lain)." "Krismas\nhari besar yang dirayakan oleh orang Kristian (jatuhnya pada 25 Disember)." "kristal\nbahan yang hening seperti kaca, hablur:\njambangan ~;\nmengkristal\n menjadi kristal atau seperti kristal;\nmengkristalkan\n menjadikan kristal, menghablurkan;\npengkristalan\n perihal mengkristal, penghabluran." "kristalografi\n1.\n kajian tentang pembentukan hablur;\n2.\n kajian tentang susunan dalaman (ion dan molekul) dan bentuk luaran hablur, dan pengelasan hablur;\n \n~ sinar-X \nkaedah penentuan struktur hablur dengan menggunakan sinar-X." "kristaloid\n(Kimia) bahan berhablur yang apabila larut dalam air boleh menembusi membran separa telap." "Kristian\n= \nagama ~\n agama yang dipercayai dan dianuti oleh pengikut Jesus Christ;\n \norang ~ \npenganut agama Kristian;\nmengkristiankan\n menjadikan sebagai penganut (pengikut) agama Kristian, memasukkan ke dalam agama Kristian:\ntugas paderi" "kriteria\nukuran (asas pertimbangan) untuk menentukan nilai (baik buruknya dan lain-lain) sesuatu:\npenilaian sesuatu selalunya subjektif dan berdasarkan ~ yang berlainan; \npemilihan pemenang berdasarkan beberapa ~;\n mengkriteriakan\n menjadikan sebagai kriteria:\nmenurut Affendi, ciri yang dikriteriakannya itu tidak terdapat dalam syarahan perdana tersebut." "kritik\n1.\n analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dan sebagainya:\nseseorang penulis harus menerima baik segala ~ yang jujur; \npada masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; \nkerajaan sedia memberikan perhatian kepada ~-~ yang dikemukakan dengan tujuan yang baik;\n2.\n teguran keras, kecaman, bidasan;\nmengkritik\n1.\n membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dan sebagainya:\nseorang yang tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak;\n2.\n memperkatakan (mengulas dan sebagainya) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang;\n \n~ hebat \n(\nkeras, pedas\n) mengecam, membidas, mencela:\nmenerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; \ndia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut;\npengkritik\n orang yang mengkritik, pembidas:\nkita memerlukan banyak ~ sastera yang berkebolehan; \npara ~ dari negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yang dipamerkan itu;\nkritikan\n1.\n kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dan lain-lain);\n2.\n kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dan sebagainya) seseorang atau sesuatu, kecaman." "kritikal\n1.\n menunjukkan atau mungkin menimbulkan krisis, boleh atau mungkin menerbitkan kegentingan:\nancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pada kadar yang ~ serta membimbangkan;\n2.\n bersifat mengkritik, mengandungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang):\nbeberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yang agak ~ terhadap pelibatan negara itu untuk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul." "kritikus\n[Indonesia-Belanda] orang yang mempertimbangkan atau mengulas sesuatu dengan menghuraikan pendapatnya serta membuat teguran atau kecaman, pengkritik:\nbanyak hasil karyanya diperkatakan oleh ~-~ sastera." "kritis\n1.\n [Indonesia-Belanda] tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), kritikal:\nmasalah itu harus ditinjau secara ~; \nmemberikan perhatian kepada pendapat-pendapat yang ~ tentang rancangan yang dikemukakan; \n2.\n [Indonesia] tegang (berkenaan (dengan) sesuatu keadaan), sangat berbahaya (keadaan), genting, kemelut:\nkeadaan yang ~ ." "krocet\n(Seni Muzik) not yang mempunyai nilai masa setengah daripada minim atau dua kuaver (biasanya dianggap sama dengan satu rentak)." "kroisan\n(ERT) sejenis roti berbentuk bulan sabit yang diperbuat daripada doh yis yang dicanai dengan marjerin menjadi pastri, dan dibakar." "kroket\n[Indonesia-Belanda] sejenis kuih daripada kentang bercampur daging dan lain-lain." "krom\n1.\n sesuatu (benda daripada besi dan lain-lain) yang bersalut dengan kromium;\n2.\n bahan pewarna yang mengandungi kromium." "kromatografi\nkaedah pengasingan sebatian dalam sesuatu campuran berdasarkan jerapan berpilih." "kromium\n(Kimia) sejenis logam berwarna perak yang digunakan dalam aloi dan dalam penyaduran elektrik." "kromo I\n[Jawa] bahasa yang halus (hormat)." "kromo II\n[Jawa] = \nkaum ~ \nrakyat jelata, rakyat kebanyakan:\n~ itu sedang duduk berkumpul beramai-ramai." "kromo III\nhentam\n \n~\n;\nhentam." "kromosom\n(Biologi) jasad yang membawa gen yang mengandungi DNA dan protein dan terdapat pada nukleus sel;\n~ seks \nkromosom yang menentukan seks sesuatu organisma;\n \n~ -X \nkromosom seks betina;\n \n~ -Y \nkromosom seks jantan." "kroni\nkawan atau teman yang rapat (biasanya digunakan dalam situasi negatif atau yang melibatkan kepentingan peribadi):\nbeliau menafikan terdapatnya unsur ~ dalam penswastaan." "kronik\n1.\n berlarutan dan sukar sembuh (berkenaan (dengan) penyakit;\n2.\n sangat teruk dan tidak menyenangkan (berkenaan (dengan) keadaan atau masalah)." "kronis\n[Indonesia-Belanda] tidak mudah hilang atau sembuh (berkenaan (dengan) penyakit), berlarutan, kronik." "kronisme\namalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya." "kronograf\n(Kejuruteraan) sejenis alat untuk merakamkan waktu dengan tepat." "kronologi\nsusunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan." "kronologis\nberdasarkan kronologi, berturutan mengikut masa kejadian (peristiwa dan lain-lain):\nsebuah buku mengenai sejarah perkembangan seni lukis Malaysia yang disusun secara ~." "kronometer\nsejenis alat untuk mengukur masa (biasanya digunakan dalam pelayaran)." "kropok\n[Jakarta]\n1.\n lapuk, usang;\n2.\n kosong, berongga (tidak berisi), tidak berair isinya, keropok;\n3.\n [kiasan] lemah, tidak bertenaga atau bersemangat." "kru\nsekumpulan petugas, terutamanya yang mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yang bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan, projek dan sebagainya:\nsekumpulan jurugambar media cetak serta ~ sebuah stesen televisyen swasta kelihatan sedang membuat liputan peristiwa yang bersejarah itu; \npenerbit filem diwajibkan mengambil pelakon dan ~ yang berdaftar dengan persatuan masing-masing." "krupier\norang yang bertugas menjaga meja judi, membahagi-bahagikan kad, memungut wang pertaruhan, membayar wang kepada pemenang dan sebagainya." "krupukan\n[Jakarta] kehilangan akal, kebingungan, gugup." "krus\n[Indonesia], [bahasa percakapan] nilai (wang)." "krustasea\n(Biologi) jenis haiwan kecil yang mempunyai cangkerang luar yang keras dan sebahagian besar hidupnya tinggal di dalam air, misalnya ketam dan udang." "krusye\n(ERT)\n1.\n cara membuat pakaian dan sebagainya dengan mengait benang bulu menggunakan jarum bercangkuk di hujungnya;\n2.\n pakaian dan sebagainya yang dibuat dengan benang bulu yang dikait dengan jarum bercangkuk di hujungnya." "kruton\n(ERT) potongan roti berbentuk dadu yang dibakar atau digoreng, biasanya dimakan dengan sup." "ksj\n[kependekan] kilometer sejam:\ndia memecut motokarnya dengan kelajuan 120 ~." "KTM\n[kependekan] Keretapi Tanah Melayu." "ku I\nsingkatan bagi aku:\n~baca; \nayah~." "ku II\nsingkatan bagi engku atau tengku." "ku III\nkuih ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut (dibubuh inti dan dikukus)." "kuaci\n[Cina] biji tembikai (semangka) yang dikeringkan untuk dimakan." "kuadran\n(Ast) sejenis alat kuno untuk mengukur altitud bintang, yang terdiri daripada lengkungan bersenggat 90." "kuadrat\n(Biologi) kawasan kecil berbentuk segi empat yang mempunyai keluasan tertentu, yang dipilih secara rawak untuk menganalisis sesuatu komuniti tumbuhan (atau kadangkala komuniti haiwan) di kawasan tersebut." "kuadriplegia\n(Perubatan) kelumpuhan kedua-dua kaki dan tangan akibat kecederaan tulang belakang." "kuah\nair atau cairan daripada gulai (masakan sayur, masakan daging, dan lain-lain) yang dicurahkan ke dalam nasi dan lain-lain (apabila makan):\n~ gulai ikan;\n~ lemak;\n~ pedas;\n~nya pekat;\n~ sama dihirup, sambal sama dicolek \n(peribahasa) bersama-sama dalam senang dan susah;\n \n~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi \na) (peribahasa) [Minangkabau] dikatakan mengenai anak yang dikahwinkan dengan kemanakan (anak saudara perempuan);\n b) [kiasan] sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya;\n \nke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi\n (peribahasa) baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya;\n \nharapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan \n(peribahasa) oleh kerana mengharapkan keuntungan yang besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yang kecil tapi sudah tentu, dilepaskan;\nberkuah\n dengan kuah, memakai (ada) kuah:\nmakan ~;\n~ air mata \nki selalu menderita kesusahan;\nmenguahi\n memberi berkuah pada, membubuh kuah pada:\n~ nasi;\nmenguahkan\n menjadikan sesuatu sebagai kuah:\n~\n \ngulai lemak ke nasinya." "kuai-kuai\nsejenis tumbuhan (palma), asam paya, kelubi, bayam, kelumbi, kubi, salak hutan, \nZalacca conferta." "kuak I\nbunyi seperti bunyi katak atau bunyi kerbau\n; \nkatak ~\n sejenis katak besar;\nberkuak\n berbunyi kuak;\nberkuak-kuak\n mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali:\njelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu;\nmenguak\n mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak:\nkambing mengembek, kerbau ~\n." "kuak II\ngerakan menolak air dengan tangan semasa berenang;\n~\n \ndada\n gaya renang dengan dada menghadap ke air, tangan bergerak dalam bentuk bulatan dan kaki menendang seperti katak;\n \n~ kupu-kupu \ngaya renang dengan kedua-dua tangan mencecah air pada posisi siku yang tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung;\n \n~ lentang \ngaya renang dengan kedudukan badan terlentang, dengan tangan diangkat dari sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala;\nberkuak, terkuak\n1.\n terbuka sedikit (berkenaan (dengan) daun pintu, tabir, dan lain-lain yang ditolak):\npintu terkuak lebar; \n2.\n merenggang dan bercelah-celah (berkenaan (dengan) awan, daun-daun yang bergerak dan sebagainya):\nawan hitam pun ~; \n3.\n menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (berkenaan (dengan) orang atau sesuatu yang berkumpul):\nbarang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan;\n 4.\n menjadi besar atau lebar (berkenaan (dengan) lubang dan lain-lain), berpisah (dengan)\n;\n~ (terbuka) darah \ntersirap darah;\nmenguak\n melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yang berkerumun dengan menolaknya dengan tangan ke kiri dan ke kanan:\ndengan susah payah ia ~ ke celah-celah orang yang berasak-asak itu; \nmenguakkan\n menyingkap (membuka) dengan menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dan lain-lain), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisahkan:\nia ~ daun pintu lebar-lebar;\n~ kelambu (tirai dan lain-lain); \norang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; \nia ~ daun-daun serta sampah-sampah yang menutupi kubur itu ke tepi." "kuak III\nsejenis tumbuhan (pokok), medang pergam, tengar hutan, \nTernstroemia bancana." "kuak-kuak\nburung ~ \nsejenis burung yang keluar pada waktu malam, burung kuar, burung kuaran, \nNycticorax nycticorax." "kual\nterkual\n terayun-ayun, teralun-alun (gerak kapal);\n \n~-kapai \nbergerak-gerak seakan-akan hendak mencapai sesuatu (seperti anak kecil yang terlentang dan terkapai-kapai)." "kuala I\ntempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara:\npelabuhan itu terletak di ~ sungai; \nbandar ~ \nbandar yang terletak di kuala atau di muara sungai;\nberkuala\n bermuara:\nsungai itu ~ di Selat Melaka.\nKuala II\n penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor." "kualat\n[Jawa]\n1.\n kena tulah, mendapat kecelakaan (kerana bersalah kepada orang tua atau orang yang patut dimuliakan);\n2.\n [bahasa percakapan] celaka, laknat." "kuali\nsejenis bekas yang biasanya berbentuk mungkum, bertelinga, dan diperbuat daripada besi, aluminium, dan lain-lain untuk menggoreng." "kualitatif\nberdasarkan kualiti, berkaitan dengan kualiti atau mutu:\nada perkembangan ~ dalam kehidupan beragama Islam di negara ini." "kualitet\n[Indonesia] kualiti." "kualiti\ndarjah kecemerlangan biasanya yang tinggi, mutu:\nbarang-barang itu baik ~nya;\nberkualiti\n mempunyai kualiti, bermutu:\nini dapat memberikan gambar yang terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan." "kualon\n[Jawa] tiri;\n \nanak ~\n anak tiri;\n \nbapak ~\n bapa tiri." "kuam\npanas ~\n [Kelantan] rasa panas di tempat yang terkurung dan tertutup." "kuana\n[Kelantan] ke mana." "kuang I\nsejenis burung, kuau;\n \n~ cermin, Polyplectron inopinatum;\n~ mas, Chrysolophus pictus;\n~ perak, Lophura nycthemera;\n~ pongsu,\n \nPolyplectron malacense\n;\n \n~ ranting, Lophura edwardsi;\n~ raya,\n \nArgusianus argus;\n~ raya gunung, Rheinardia ocellata;\nmati ~ (kuau) kerana bunyi \n(peribahasa) mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana perbuatannya sendiri;\n \nseperti ~ memekik di puncak gunung \n(peribahasa)\na) perihal orang yang sedang mencintai kekasihnya;\n b) dikatakan tentang perempuan yang bercakap dengan suara yang kuat." "kuang II\nbalik ~\na) tertunggang, terjungkir;\n b) tidak seperti yang sewajarnya (sepatutnya, seharusnya)." "kuang III\nulat ~ \nsejenis ulat." "kuangkuit\nsejenis burung, burung kapas, murai batu, selancang, \nLalage nigra." "kuangwung\n[Jakarta] kumbang nyiur, kumbang kelapa." "kuanta\nkuantum\n." "kuantifikasi\nbutiran mengikut jumlah unit dan angka:\n~ memungkinkan pelbagai kelebihan;\nmengkuantifikasi\n membuat kuantifikasi:\nmemang ada keperluan untuk ~ pengamatan tersebut." "kuantitatif\nberdasarkan kuantiti, berkaitan dengan kuantiti:\nnilai ilmu, intelek, dan perkhidmatan tidak dapat diukur secara ~." "kuantiti\nbanyaknya, jumlah, bilangan (sesuatu);\nmengkuantitikan\n menghitung sesuatu secara kuantiti:\nahli sains telah ~ dan menggunakan teknik formal." "kuantum\n1.\n banyaknya, bilangannya;\n2.\n bahagian (banyak) yang tertentu;\n3.\n (Fizik) kuantiti tenaga tertentu yang boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem;\n \nteori ~\n teori yang menyatakan bahawa tenaga itu diserapkan atau dipancarkan tidak terus-menerus tetapi terputus-putus dalam unit yang tertentu yang disebut kuantum." "kuap I\nhal ternganga mulut dan terkeluar nafas (biasanya kerana mengantuk):\n~nya menjadi-jadi dan ia berasa mengantuk betul;\n~ berapi-api\n makin banyak (bertambah, menjadi) kuapnya;\nmenguap\n membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan nafas (sebab mengantuk dan lain-lain);\nterkuap-kuap\n menguap-nguap (kerana terlalu mengantuk):\nhari sudah jauh malam dan kelihatan beberapa orang ~." "kuap II\nberkuap\n panas, hangat:\nbilik itu ~ kerana semua tingkapnya ditutup." "kuap III\ncengkih ~ \n[Kedah] terjengket-jengket, capik (seperti jalan orang yang luka kakinya)." "kuap IV\nara ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), ara gajah, ara kubang, beringin, \nFicus dubia." "kuar I\nkuak;\nmenguarkan, menguar-nguarkan\n menguak-nguakkan, menghulurkan kayu dan lain-lain untuk meraba-raba." "kuar II\nburung ~ (kuaran)\n sejenis burung yang keluar pada waktu malam, burung kuak(-kuak), \nNycticorax n. nycticorax; \nburung ~ \nsejenis burung ayam-ayam, burung ruah-ruah, burung uak-uak, \nAmaurornis phoenicurus chinensis; \nmenanti kuaran bertelur\n (peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau diperoleh." "kuar III\nanak ~\n [arkaik] anak yang tidak sah, anak haram, anak gampang." "kuarantin\ntempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yang disyaki membawa sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas untuk mencegah penyakit itu daripada merebak;\nmengkuarantin\n mengasingkan atau menahan orang, haiwan atau tumbuhan di tempat khas, terutamanya yang baru sampai dari luar negara, untuk memastikan ia bebas daripada sebarang penyakit berjangkit, atau mencegah penyakit daripada merebak:\nkerajaan akan ~ pelancong asing yang menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut." "kuari I\ntempat mendapatkan batu, batu loh, dan lain-lain dengan cara menggerudi, menembak, dan sebagainya;\n \n~ pasir\n tempat mengambil pasir;\nmenguari\n mendapatkan (mengeluarkan) batu dan lain-lain dari kuari:\nbatu kapur dikuari dan digunakan untuk membuat simen." "kuari II\n~ pintu\n [Brunei] lubang atau lekuk untuk dimasukkan selak (palang)." "kuarik\n[arkaik] perhiasan (bulatan) daripada emas atau perak penutup susu." "kuart\nunit ukuran cecair yang bersamaan dengan dua pain atau suku gelen." "kuartal\n[Indonesia-Belanda] suku (seperempat) tahun, jangka waktu tiga bulan;\n \n~ pertama \nsuku tahun yang pertama (dari bulan Januari hingga Mac)." "kuartermaster\n1.\n pegawai tentera yang bertanggungjawab menguruskan tempat penginapan, peralatan dan bekalan makanan;\n2.\n anggota yang ditugaskan untuk mengemudikan kapal atau memastikan kerja-kerja rutin kapal di pelabuhan dilaksanakan." "kuarters\ntempat tinggal kakitangan atau pekerja yang disediakan oleh majikan atau kerajaan. \nkuartet\n (kuartt) (Seni Muzik)\n1.\n gubahan muzik untuk dinyanyikan atau dimainkan oleh empat orang;\n2.\n sekumpulan empat orang yang bermain alat-alat muzik atau yang menyanyi bersama-sama." "kuarto\nsaiz kertas yang diperoleh daripada dua kali lipatan kertas lebar." "kuarza\nsejenis galian yang terdiri daripada silikon dioksida yang wujud dalam bentuk hablur heksagon yang tidak berwarna dan lutsinar atau yang berwarna." "kuarzit\n= \nbatu ~ \nbatu kuarza yang berbutir-butir padat yang diperoleh daripada batu pasir." "kuas I\n[Indonesia-Belanda] sejenis berus untuk melukis (mengecat)." "kuas II\n[Indonesia-Belanda] air limau." "kuas III\n~-kais\n mengais-ngais;\n= kais." "kuasa I\n1.\n daya atau kemampuan (untuk melaku\u00adkan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: \nserangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yang istimewa;\n2.\n berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu);\nMaha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan);\n3.\n sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): \nAzmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; \ntak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah;\n4.\n hak atau kewibawaan atas sesuatu atau untuk melakukan (mengurus, memerintah, dan lain-lain) sesuatu (ditentu\u00adkan oleh undang-undang, peraturan, dan lain-lain): \npolis mempunyai ~ menahan seseorang yang disyaki; \nia diberi ~ untuk menyelesaikan pertikaian itu; \n~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; \nmengambil ~ \nmemperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dan lain-lain) dengan rasmi;\n5.\n orang yang diberi hak untuk melakukan atau menentukan sesuatu: \ndatang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kepada ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; \n~ pusat\n badan yang mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yang ada pada seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yang terasa hingga ke Siam; 7. negara yang mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yang berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yang menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yang sama, mis 63 disebut \u201cenam kuasa tiga\u201d, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216;\n~ air \ntenaga yang diperoleh dari air terjun atau air mengalir (untuk menjalankan jentera);\n \n~ atom\n kekuatan (tenaga) yang diperoleh daripada pecahan nukleus;\n \n~ autonomi \nkuasa mentadbir dan lain-lain yang ada pada negeri (badan-badan, pertubuhan, dan lain-lain);\n \n~ bateri\n tenaga elektrik yang diperoleh dari bateri;\n \n~ beli \nkemampuan membeli (barang-barang dan lain-lain);\n \n~ besar \nnegara yang berkuasa (dari segi ekonomi, ketenteraan, dan lain-lain) seperti Amerika Syarikat;\n ~ elektrik \ntenaga (daya) elektrik;\n \n~ ghaib \nkuasa atau kekuatan yang datang dari sesuatu yang tidak dapat dilihat (seperti kesaktian dan lain-lain);\n \n~ kehakiman \n(Undang-undang) kuasa yang diberikan kepada badan kehakiman untuk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yang terbabit;\n \n~ kuda\na) tenaga atau kekuatan kuda;\n b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan untuk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dalam satu saat);\n \n~ mutlak \nkuasa sepenuh-penuhnya;\n \n~ pembatal \nkuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yang telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang;\n \n~ suria \nsinaran haba daripada matahari yang ditukarkan kepada kuasa elektrik;\n \n~ usaha \na) pegawai yang menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dan lain-lain);\n b) diplomat (yang tidak bertaraf duta) yang mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing;\nsekuasa\n seboleh, sedapat:\nmaka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya;\nsekuasa-kuasanya\n seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya, sedaya upaya:\ndengan ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya;\nberkuasa\n1.\n mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau untuk melakukan (mengurus dan sebagainya) sesuatu:\nsebagai ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara seperti itu; \nmereka diperintahkan oleh pihak yang ~ supaya keluar dari situ;\n2.\n mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan;\nmenguasai\n1.\n berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dan sebagainya) pada atau ke atas (sesuatu):\nmereka dapat ~ seluruh kota itu; \nnegara yang cuba ~ negara lain dengan kekuatan tenteranya;\n2.\n mengatasi dan mengawal (keadaan dan lain-lain), mengekang (nafsu);\n \n~ hawa nafsu\n mengekang (mengawal) hawa nafsu;\n3.\n memiliki dan menguruskan (mengendalikan):\nsebahagian besar daripada ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing;\n 4.\n mengetahui dengan mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu:\nsetiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih daripada satu bahasa;\nmenguasakan\n memberi kuasa kepada, mewakilkan:\nanaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya;\nterkuasa, terkuasai\n \ntidak ~ \ntidak dapat dikuasai (dikendalikan dan lain-lain);\nkekuasaan\n1.\n kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dan lain-lain):\nnegeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; \n2.\n kekuatan, kemampuan:\n raja itu masyhur kerana ~nya;\n~ Tuhan;\npenguasaan\n perihal menguasai atau menguasakan:\n~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah;\nberpenguasaan\n [sastera lama] [arkaik] mempunyai penguasaan;\npenguasa\n1.\n orang atau badan yang berkuasa atas sesuatu atau untuk menentukan (mengurus) sesuatu;\n2.\n kekuasaan:\ntiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini\n;\n~ perang\n orang yang berkuasa dalam masa perang (darurat);\n \n~ polis \njawatan pegawai dalam pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi daripada jawatan inspektor." "kuasa II\n[arkaik] sejenis tongkat yang hujungnya bercangkuk besi (untuk mengemudikan gajah), angkus, kosa." "kuat I\n1.\n banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap:\nwalaupun ia sudah tua badannya masih ~; \norangnya muda lagi ~; \nubat ~\n ubat untuk menambah tenaga badan;\n2.\n tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dan sebagainya), tahan (tidak rapuh dan sebagainya), kukuh, teguh:\nmeja ini ~ buatannya; \njahitlah dengan benang yang ~ sedikit; \nmendapat kedudukan yang ~;\n3.\n tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dan sebagainya), kukuh:\nangkatan tentera yang ~; \nbarisan pertahanan yang ~; \n4.\n tidak mudah berubah (hati, pendirian, dan sebagainya), tetap berpegang (pada kepercayaan, keimanan, adat, dan sebagainya), teguh:\nmereka masih ~ kepada adat lama; \nimannya ~;\n5.\n keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dan lain-lain):\nibunya sedang sakit ~ di kampung; \nsuaranya semakin ~; \nbekerja ~\n bekerja keras (sungguh-sungguh);\n \nangin ~ \nangin kencang;\n diikatnya ~-~ \ndiikatnya erat-erat;\n6.\n mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu:\nia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; \nbudak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; \n7.\n suka makan (minum dan lain-lain) banyak-banyak:\n~ makan (minum);\n~ belajar;\n~ berhutang; \n8.\n mempunyai kelebihan atau kecekapan dalam sesuatu pengetahuan:\nia ~ dalam ilmu kira-kira; \n9. = kekuatan\n tenaga, daya:\n~ tarikan bumi;\n~ tekanan udara;\n~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat\n (peribahasa) perihal orang besar (mulia) yang membuat kesalahan;\n \n~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai \n(peribahasa)\na) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya;\n b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya;\nsekuat\n1.\n sama kuat dengan (dalam pelbagai erti):\nAli tidak ~ abangnya; \nbarisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu;\n2.\n = \nsekuat-kuat\n seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga):\nperempuan itu berteriak ~ hatinya; \ndia bekerja dengan ~ tenaganya;\nberkuat\n berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dan sebagainya), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dan lain-lain):\nibunyalah yang ~ benar menyuruh ia pergi; \ntiap hari dia ~ untuk mencapai cita-citanya;\n~ tulang \nbekerja bersungguh-sungguh;\nberkuat-kuatan\n beradu tenaga, berlawan kekuatan:\nmarilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia;\nmenguati\n melakukan dengan kekerasan, bertindak keras kepada, memaksa:\ndikuati sahaja kalau tidak mahu menurut;\nmenguatkan\n1.\n menjadikan kuat (tegap, kukuh, dan lain-lain):\n~ badan;\n~ ikatan;\n~ pelukan;\n2.\n meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pendapat, dan lain-lain):\nkata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya;\n~ hati;\n~ iman;\n~ semangat;\n3.\n mengeraskan atau menghebatkan (bunyi, tekanan, dan lain-lain):\ndalam suasana yang riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya;\nmemperkuat\n menjadikan lebih kuat, memperkukuh, memperteguh, mempererat:\nkerajaan telah menerima bantuan untuk ~ angkatan bersenjata Malaysia;\n~ keazaman untuk mengambil peranan dalam pembentukan masyarakat baru;\nkekuatan\n1.\n tenaga, daya:\nmakanan seperti gula dan lemak menambah ~ badan;\n2.\n kekuasaan, keteguhan, kekukuhan:\n~ musuh tidak dapat diduga;\n~ batin (hati)\n kekuatan yang terdapat dalam batin manusia, kekuatan yang bukannya bersifat keduniaan (kebendaan);\n \n~ iman \nketeguhan iman;\npenguatan\n perihal (perbuatan, usaha) menguati atau menguatkan;\npenguat\n sesuatu yang menguatkan." "kuat II\nkayu ~ \n= \nkuat-kuat\n sejenis tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, \nArchytaea vahlii." "kuat kuasa\n1.\n perihal mulai berlakunya (peraturan, undang-undang, dan lain-lain), taraf (kedudukan) sebagai sesuatu yang sah:\nlarangan ini berjalan ~-nya mulai esok; \nundang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~nya;\n2.\n kuasa atau hak atas sesuatu atau untuk melakukan (memerintah, mengurus, dan lain-lain) sesuatu;\n3.\n kekuatan, kemampuan, daya (untuk melakukan sesuatu):\nbahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan daripada Allah;\nberkuat kuasa\n mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku:\nmahkamah pun pada tiap-tiap hari memutuskan hukuman yang ~ seperti undang-undang juga;\nmenguatkuasakan\n menjadikan (undang-undang dan lain-lain) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dan lain-lain):\nnegeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; \nperintah berkurung dikuatkuasakan dari pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi;\npenguatkuasaan\n perihal (perbuatan, tindakan, dan sebagainya) menguatkuasakan:\nbagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yang kini giat diamalkan;\npenguat kuasa\n orang (pihak, badan, dan sebagainya) yang menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dan sebagainya)." "kuau\nsejenis burung;\n \nbagai ~ mengigal \n(peribahasa) perihal kehebatan (keindahan) rupa seseorang;\nkuang I." "kuaver\n(Seni Muzik) not yang mempunyai nilai masa setengah daripada krocet." "kuaya\n[Jawa] empedu." "kuayah\nakar ~\na) sejenis tumbuhan (pokok renek), akar membur, akar nyamuk, akar tulang daing, akar tupai-tupai, tangisan burung, \nConnarus semidecandrus;\nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar berumat, akar pialu, akar tulang daing bukit, jendereh, jenderus burung, \nDerris thyrsiflora;\n c) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar koyah, akar pua, \nWhitfordiodendron erianthum." "kubah I\n[Brunei] kubur orang kenamaan, makam." "kubah II\n[Arab]\n1.\n bahagian bumbung yang berbentuk separa bulat, terutamanya yang terdapat pada bangunan masjid:\n maka dikuburkanlah oleh paduka adindanya Raja Haji Ahmad di dalam kotanya, diperbuatnya satu ~;\n2.\n [arkaik] lengkung (relung, ceruk) di dinding atau tembok dalam masjid dan lain-lain;\n3.\n [Indonesia] bahagian kapal terbang atau lori yang tinggi dan berbentuk setengah bulatan (tempat senjata dan lain-lain);\nberkubah\n beratap (berbumbung) lengkung, memakai kubah." "kubal I\ngubal I." "kubal II\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nPolynemus indicus (tetradactrylus)." "kubal III\n[Brunei] sejenis makanan kering yang diperbuat daripada sagu." "kubang I\n= kubangan\n lopak atau lubang di tanah yang berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam);\n \nasalnya dari kubangan \nki (orang yang) terlalu hina;\nair lalu, kubangan tohor \n(peribahasa) upah atau wangyang diterima habis dibelanja (untuk membayar hutang);\n \nbesar berudu di kubangan, besar buaya di lautan \n(peribahasa) tiap-tiap orang mulia dan berkuasa di tempatnya masing-masing;\n \ntiada kubangan yang tiada berkodok\n (peribahasa) tiada negeri yang tidak ada keburukannya;\nberkubang\n1.\n berendam atau bergolek dalam air yang berlumpur (berkenaan (dengan) kerbau, babi, dan lain-lain):\npergi juga ia bermain-main dalam lumpur dan ~ dalam sungai itu dengan sukanya;\n2.\n [kiasan] bersarang, bertempat:\ndadanya tempat iblis ~ ;\n3.\n berlumpur, bergelumang dengan lumpur." "kubang II\nberkubang\n [Kelantan] bersepah-sepah (sampah, kain baju, dan lain-lain)." "kubang III\nsejenis tumbuhan (pokok), kubin, mengkubung, selaru, sepedas, telinga gajah, \nMacaranga gigantea." "kubarasa\nsifat bertindak balas apabila dirangsang (berkenaan (dengan) hidupan)." "kubat\nkubah II." "kubik I\nmengopek, mengupas (dengan kuku dan lain-lain):\n~ buah." "kubik II\nganda tiga, ukuran padu (panjang \u2013 lebar \u2013 tinggi);\n \nbilangan ~ \nark bilangan atau jumlah hasil dari angka berganda tiga (mis 27 sebagai hasil 33)." "kubikel\nruang kecil yang bersekat, biasanya digunakan sebagai tempat mandi, menyalin pakaian dan sebagainya." "kubin I\nsejenis cicak yang boleh melayang, \nDraco volans." "kubin II\nsejenis tumbuhan (pokok), kubang, mengkubung, selaru, sepedas, telinga gajah, \nMacaranga gigantea." "kubis\nsejenis sayur, \nBrassica spp." "kubisme\n(Seni Lukis) gaya seni lukis moden separa abstrak yang menggambarkan sesuatu objek dalam bentuk geometri tertentu." "kubit\nsekubit\n secubit, sangat sedikit;\nmengubit\n1.\n mencubit;\n2.\n menggamit, memanggil dengan jari." "kuboid\n(Matematik) bongkah geometri yang enam permukaannya berbentuk segi empat bujur." "kubra\n[Jakarta]\n1.\n gagal, tidak berhasil, bantut, tidak jadi;\n2.\n tidak selesai (bicara, perkara, dan lain-lain);\n3.\n bubar (perkumpulan dan lain-lain);\nmengubrakan\n1.\n menggagalkan, membatalkan;\n2.\n membiarkan tidak selesai (bicara, perkara, dan lain-lain);\n3.\n membubarkan (perkumpulan dan lain-lain)." "Kubti\n1.\n mazhab Kristian di Mesir pada masa dahulukala;\n2.\n = \nbahasa ~ \nbahasa yang digunakan dalam upacara agama mazhab Kubti." "kubu I\n1.\n sejenis pagar daripada kayu dan tanah untuk menahan serbuan (serangan dan lain-lain):\nmurkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam;\n2.\n tempat pertahanan (yang diperkukuh dengan pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dan lain-lain), tempat pertahanan sementara (berupa benteng dan lain-lain):\nKampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus;\n3.\n tempat yang berpagar kuat untuk menangkap gajah;\nberkubu\n1.\n bertahan dalam kubu:\ntentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; \n2.\n ada kubunya, diperkukuh dengan kubu:\nbarisan pertahanan yang ~;\n~ gajah \nmenangkap gajah dengan menghalaunya masuk ke dalam kubu;\nberkubukan\n menjadikan (menggunakan) sesuatu sebagai kubu:\njika kita ~ batang pisang alangkah baiknya;\nmengubui\n membuat kubu pada, memperkukuh (sesuatu) dengan kubu;\nterkubu\n terperangkap di dalam kubu (berkenaan (dengan) gajah):\nbarang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~;\nperkubuan\n benteng-benteng untuk pertahanan:\npengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka." "kubu II\nrotan ~ \nsejenis tumbuhan (akar memanjat), \nTreycinetia javanica.\nKubu III\n \norang ~ \npuak atau suku bangsa yang tinggal di hutan-hutan Jambi dan Palembang." "kubung I\nburung ~ \nsejenis burung, burung lah, burung pacat, \nPitta brachyura cyanoptera;\n~ padi, Niltava grandis." "kubung II\nsejenis binatang yang boleh melayang, kandau, \nCyanocephalus variegatus; \ncicak ~ \nkubin." "kubung III\nsusu ~ \nbisul di bawah ketiak." "kubur I\n1.\n tempat menanam mayat, makam;\n \nahli ~\n orang-orang yang sudah meninggal dunia;\n \nbatu ~\n nisan;\n \nbunga (pokok) ~ \nbunga (pokok) yang biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja);\n2.\n = \nlubang (liang) ~\n lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat:\n~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; \nsampai ke lubang (liang) ~ \nsampai mati;\nberkubur\n1.\n ditanam (mayat), dikebumikan:\ndi situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yang gugur; \npada masa peperangan banyak yang mati tidak ~\n;\n2.\n [kiasan] mati (dan dikebumikan):\nnegeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~;\n3.\n [kiasan] hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan:\nsistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi;\nmenguburkan\n1.\n menanam mayat, mengebumikan, memakamkan;\n2.\n [kiasan] menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan;\nterkubur\n1.\n dikuburkan, dikebumikan:\nsetelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya;\n2.\n [kiasan] hilang, hapus, lenyap:\nbeliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yang ~ begitu sahaja;\n kuburan\n tanah tempat menguburkan mayat, makam;\nperkuburan\n tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yang telah mati, permakaman:\njenazahnya diusung ke ~;\npenguburan\n perihal menguburkan mayat." "kubur II\nburung ~ \nsejenis burung, burung malas, burung segan, burung tukang, \nCaprimulgus macrurus bimaculatas; \nburung ~ rimba \nsejenis burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, \nMyophoneus flavirostris dicrorhyncus." "kubus\n(Matematik) bongkah yang mempunyai enam permukaan, yang setiap satunya berbentuk segi empat sama." "kucah\n[Kelantan];\nberkucah\n bergelombang (air, laut), berkocak." "kucai I\nsejenis tumbuhan (bebawang yang dijadikan sayuran), \nAllium odorum." "kucai II\n[Minangkabau];\nmengucai\n memencil, menyisih (terasing) dari yang lain;\nterkucai\n tercerai, terpisah (tersisih) daripada yang lain;\nkucil." "kucai III\n[Pulau Pinang], [Kedah] kacau, ganggu." "kucam\n[Jawa] pucat, muram, suram." "kucandan\n[Minangkabau] gurau senda, kecindan." "kucar I\n ~-bara\n (\nlemban)\n [Kelantan] kucar-kacir." "kucar II\n\u2013\nkacir\n (keadaan) tidak teratur atau tidak berketentuan, kacau-bilau, kelam-kabut:\nketenteraman rumah tangga menjadi ~ kerana perselisihan faham antara suami isteri; \npentadbiran negeri itu ~ ; \nsebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab" "kucek\n[Jakarta];\nmengucek, mengucek-ngucek\n1.\n menggosok-gosok mata dengan tangan;\n2.\n menggosok-gosok cucian dengan tangan." "kucel\n[Jakarta] kumal, renyuk, ronyok." "kucil\nmengucil\n \n1.\n keluar dari lubang (sesuatu yang dipicit);\n2.\n menyisih dari yang lain, memencil;\nmengucilkan\n1.\n membiarkan (memberi) keluar dari lubang (sesuatu yang dipicit);\n2.\n memecat atau mengeluarkan dari golongan (keluarga, persatuan, dan lain-lain);\nterkucil\n1.\n terkeluar dari lubang dan lain-lain, tergelincir dari tempatnya;\n2.\n dipecat atau dikeluarkan dari golongan (keluarga, persatuan dan lain-lain);\npengucilan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mengasingkan atau menyingkirkan (seseorang) daripada kelompok atau komuniti tertentu, penyingkiran, pengusiran:\ndia berasa begitu terasing sejak ~nya daripada masyarakat umum." "kucindan\n[Minangkabau] gurau senda, kecindan." "kucing I\nsejenis binatang yang kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sebagai binatang kesayangan, biasanya untuk menangkap tikus, \nFelis catus \n(\nF. domesticus\n);\n \n~ belanda\n sejenis binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci;\n \n~ batu \nsejenis kucing liar, \nFelis bengalensis\n;\n \n~ emas = ~ tulap, Felis temminckii;\n~ hutan \nsejenis kucing liar, \nFelis planiceps;\n~ jalang \nkucing yang terbiar (tidak dipelihara);\n \n~ kerung \n[Kelantan]\na) kucing yang kuat (keras) bunyinya;\n b) [kiasan] orang yang berani dan ganas;\n \n~ kurap\n [kiasan] orang yang dipandang hina;\n \n~ negeri\n kucing yang dipelihara orang;\n \n~ pekak (tuli) \nsejenis perangkap tikus;\n(menantikan) ~ bertanduk\n (peribahasa) menantikan perkara yang tidak mungkin berlaku;\n \n~ lalu, tikus tiada berdecit lagi \n(peribahasa) apabila orang yang ditakuti datang maka diamlah mereka yang bising;\n \n~ melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang\n (peribahasa) kesusahan dan kesukaan orang yang terasa sampai kepada kita;\n \nanak ~ menjadi harimau\n (peribahasa) perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai;\n \nbagai ~ dengan panggang \n(peribahasa) dikatakan kepada laki-laki dan perempuan yang selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yang sumbang;\n \nbagai ~ dibawakan lidi \n(peribahasa) terlalu (amat) ketakutan;\n \nbagai ~ kehilangan anak \n(peribahasa) perihal orang yang hilang akal atau kebingungan;\n \nbagai ~ lepas senja \n(peribahasa)\na) susah (sukar) hendak dicari;\n b) berasa lapang (senang);\n \nbagai ~ main daun\n perihal kehebatan rupa dan lain-lain seseorang (pahlawan);\n \nbagai ~ menjemput api \n(peribahasa) yang diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dalam pengusahaan itu hilang pula;\n \nbagai ~ takut akan balur\n (peribahasa) laki-laki yang takut atau malu kepada perempuan;\n \nbagai ~ tidur di bantal \n(peribahasa) perihal kehidupan yang senang dan mewah;\n \nbagai mengail ~ hanyut\n (peribahasa) perbuatan yang sia-sia;\n \nberburu ~ di dapur\n (peribahasa) perihal anak muda dan gadis yang tinggal serumah dan membuat perhubungan haram;\n \nbiar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga \n(peribahasa) pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah;\n \nduduk seperti ~, melompat seperti harimau \n(peribahasa) perihal orang yang pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu;\n \nkalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi\n (peribahasa) orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi;\n \nmembeli ~ dalam karung \n(peribahasa) membeli sesuatu dengan tidak melihatnya;\n \nmemukul ~ di dapur\n (peribahasa) menganiaya sanak saudara atau orang yang karib dengan kita;\n \nmengadu ~ dengan babi \n(peribahasa) bermain ceki;\n \nseperti ~ berakkan rambut \n(peribahasa) keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan;\n \nseperti ~ biang\n (peribahasa) berkeluh-kesah;\n \nseperti ~ di atas tampuk \n(peribahasa) perihal orang yang mempunyai dua tugas dan tiada tahu yang mana harus diberikan perhatian;\n \nseperti anjing dengan ~ \n(peribahasa) selalu berkelahi (bergaduh);\n \nterkejar-kejar bagai ~ jatuh anak\n (peribahasa) tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan;\nkucing-kucing, kucing-kucingan\n otot di lengan atau di kaki;\nberkucing-kucing\n1.\n sejenis permainan kanak-kanak;\n2.\n [kiasan] berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan)." "kucing II\n1.\n sejenis ikan laut, kasa janggut, \nSetipinna (Engraulis) melanocir;\n2.\n sejenis ikan laut, biang-biang, kasai janggut, \nSetipinna (Engraulis) taty." "kucing III\nakar ~ \nsejenis tumbuhan, \nToddalia acuclata; \nekor ~ \na) = \nbuntut ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nAcalypha hispida; \nb) sejenis tumbuhan (herba), awi tanah, ketumpang, buntut ucing, \nDysophylla auricularia; \nc) = \nbuntut ~ \nsejenis tumbuhan (herba) kacang kayu, kududung padang, pemati ulat, serengan hutan, \nUraria crinita; \nd) sejenis tumbuhan (herba), angkup merah, bayam pasir, bayam rusa, penjarang ayam, \nCyathula prostrata;\n kucing-kucing; \npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, \nChampereia griffithii; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, \nAdenosma capitatum." "kucir\nsecekak rambut yang dibiarkan tumbuh di kepala yang gondol, kuncit." "kuco\n[arkaik] ketua kampung (pada zaman pemerintahan Jepun)." "kucung\n[Minangkabau];\nkocong." "kucup I\nberkucupan\n (saling) berciuman (dengan melekatkan bibir);\nberkucup\n bercium (dengan melekatkan bibir):\nnampaknya anak-anak muda kita semakin berani ~ di khalayak ramai\n;\nmengucup\n mencium dengan melekatkan bibir pada bibir atau pada sesuatu:\nia ~ dahi anak itu." "kucup II\n[Minangkabau];\nmengucupkan\n menguncupkan;\nkuncup I." "kucur\n[Jakarta];\nberkucur, mengucur\n bercucuran, mengalir turun (air mata dan lain-lain);\nmengucuri\n mendirus, menyiram(i);\nmengucurkan\n mencucurkan (air mata dan lain-lain);\nkucuran\n cucuran (air mata dan lain-lain)." "kuda I\n1.\n sejenis binatang besar berkaki empat yang dipelihara untuk kenaikan (pengangkutan dan lain-lain), \nEquus caballus;\n2.\n = \ndaya (kuasa, kekuatan) ~ \nukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan untuk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dalam satu saat);\n3.\n sejenis buah catur;\n~\n \nair \ntapir, tenuk;\n \n~ beban \nkuda untuk membawa (mengangkut) barang-barang;\n \n~ belang (loreng) \nsejenis kuda yang berbelang-belang (berjalur-jalur) seluruh tubuhnya, \nEquus burcelli;\n~ beraksa \nkuda semberani;\n \n~ bibit \nkuda jantan untuk penternakan (pembiakan);\n \n~ karengga\n kuda yang bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan;\n \n~ kayu\n [kiasan] orang yang bodoh (boleh dipermain-mainkan);\n \n~ kenderaan (tunggang) \nkuda kenaikan, kuda untuk ditunggang;\n \n~\n \nkepang\n persembahan kuda-kudaan (dibuat daripada bilah buluh tipis) yang berpenunggang dan mempunyai unsur magis;\n \n~ (-kuda) laut \nsejenis ikan laut yang kepalanya menyerupai kuda, unduk-unduk, \nHippocampus spp.\n;\n \n~ liar \nkuda yang belum jinak;\n \n~ lumba\n (\npacu\n) kuda untuk berlumba;\n \n~ lumping \nkuda tiruan atau buatan untuk permainan (dibuat daripada kulit atau buluh);\n \n~ padi \nkuda kecil;\n \n~ semberani \nkuda yang boleh terbang (dalam cerita-cerita dongeng);\n \n~ teji\n = \n~ tezi \nkuda yang cepat larinya;\n \nnaik ~ hijau \nmabuk;\nanak ~ bulu kasap\n (peribahasa) perihal anak muda yang riang gembira;\n \nasalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga \n(peribahasa) tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya;\n \nbak rasa ~ pula kukuran\n (peribahasa) perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya;\n \nseperti ~ lepas dari pingitan \n(peribahasa) terlalu gembira (sebab lepas dari kurungan atau pembelengguan);" "kuda II\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), kedondong, \nLannea grandis." "kuda-kuda\n1.\n penyangga (penopang) papan hitam yang berkaki tiga;\n2.\n kayu penyangga tulang bumbung rumah;\n3.\n kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain);\n4.\n bahagian senapang atau pistol yang meledakkan peluru;\n5.\n (Seni Muzik) penyangga pada alat bunyi-bunyian (seperti biola dan lain-lain) untuk meregangkan tali;\n6.\n kuda-kudaan;\n7.\n (dalam seni mempertahankan diri) sikap siaga dengan kedudukan tubuh dan kaki yang bersedia menerima serangan." "kuda-kudaan\nsejenis alat permainan kanak-kanak yang menyerupai kuda dan ditunggang;\nberkuda\n1.\n mempunyai kuda;\n2.\n = \nmenguda\n [arkaik] menaiki (mengenderai) kuda;\n \npasukan ~;\nmemperkuda, memperkuda-kuda\n1.\n membuat (menjadikan) sesuatu sebagai kuda;\n2.\n memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sebagai budak suruhan:\nasal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; \nAli ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung;\n perkudaan\n1.\n tempat menternak (memelihara) kuda;\n2.\n kandang kuda." "kudai I\n1.\n sejenis bakul atau kembal daripada mengkuang (rotan dan lain-lain);\n2.\n sejenis tempat sirih bulat dibuat daripada perak dan lain-lain." "kudai II\nmawas betina." "kudal\n[Kedah] sangat kotor, sempudal." "kudam\ngodam." "kudangan\n[Jakarta] permintaan orang perempuan yang harus dipenuhi oleh laki-laki yang akan mengahwininya." "kudap\n= kudap-kudap = kudapan\n1.\n makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan;\n 2.\n makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah" "kudeta\nrampasan (perampasan) kuasa untuk memerintah secara ganas atau tidak sah." "kudi\n[Jakarta] sejenis parang." "kudian\n[Minangkabau] kemudian, (ter)akhir, belakang:\nmereka yang datang ~ tidak mendapat tempat;\nmengudian\n berjalan (menyertai) di belakang, ikut (turut) di belakang:\ndia tak pernah datang bersama mereka melainkan ~ saja;\nmengudiankan\n1.\n mengemudiankan, membelakangkan, meletakkan di belakang:\norang yang datang lambat dikudiankan; \n2.\n menangguhkan (menunda) pekerjaan;\nterkudian\n terkemudian, yang di belakang sekali, yang terakhir." "kudidi\nsejenis burung;\nkedidi." "kudil\nkudis." "kudis\n1.\n sejenis penyakit kulit yang gatal dan berjangkit;\n \n~ anjing \n= \n~ api \nkudis yang besar;\n \n~ buta\n kudis yang kecil-kecil di merata badan;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang mencelakakan, sesuatu yang mendatangkan keburukan;\n~ menjadi tokak\n (peribahasa) perkara kecil menjadi besar (kerana dibiarkan);\n \nmengubik kepala ~ orang \n(peribahasa) membuka rahsia orang;\nberkudis, kudisan\n mendapat (menderita) penyakit kudis;\nmengudis\n menjadi kudis:\nluka itu ~ sebab dibiarkan." "kudrat\n[Arab]\n1.\n kuasa (Allah);\n \n~ Ilahi;\n~ (dan) iradat Tuhan\n kuasa dan kehendak Tuhan;\n2.\n kuasa, tenaga, kekuatan:\nsemakin lama semakin lemah ~ saya hendak mengawal keinginan saya itu;\n~ alam\na) kekuatan alam;\n b) hukum alam, hukum-hukum (kaedah-kaedah) yang menentukan sesuatu kejadian alam;\n3.\n sifat atau tabiat semula jadi, pembawaan." "kudrati\n[Arab]\n1.\n yang amat berkuasa, maha kuasa;\n2.\n [sastera lama] murni, tulen, jati;\n \nmas ~ \nmas tulen." "kudsi\n[Arab] suci, maha suci;\n \nhadis ~\n hadis yang diilhamkan oleh Tuhan." "kudu I\npatung yang diarak pada tabut." "kudu II\ncat merah daripada akar mengkudu yang digunakan untuk mewarnai kain." "kudu III\n[Jawa] mesti, harus, tidak boleh tidak." "kudu IV\n[Jawa] [arkaik] kuntum bunga, kudup (bunga)." "kudu V\nsejenis tumbuhan (herba), akar kutu babi, daun balam, orang-aring merah, pokok kedudu paya, ubai itik, \nPouzolzia zeylanica (indica)." "kudu VI\n[Kelantan], [Terrenganu] kuyu, nampak seperti mengantuk (berkenaan (dengan) mata)." "kuduk\n[Minangkabau] tengkuk." "kudung I\nterkerat atau terpenggal (kaki, tangan, jari, dan lain-lain), terpotong pada hujungnya:\nkedua-dua belah kaki pengemis itu ~; \nbagai si ~ mendapat cincin \n(peribahasa) beroleh untung tetapi tidak dapat merasai nikmatnya;\nsekudung\n sekerat, sepenggal, sepotong;\n \n~ limbat, ~ lintah\n (peribahasa) goyang atau tidak teguh pendiriannya;\nmengudungkan\n mengerat (memotong) hujung sesuatu (seperti jari, tangan, kaki, dan lain-lain):\nberperanglah tetapi jangan ~ anggota badan." "kudung II\n= kekudung, kudungan\n [Jakarta] kain penutup kepala, kelubung, tudung;\nberkudung\n berselubung, berkelubung;\nmengudungkan\n menyelubungkan, menutupkan (kepala)." "kudup\nkuntum (bunga), kudu, kuncup (bunga)." "kudus\n[Arab] tidak bercela, suci, bersih, murni:\ndia yang berhati ~\n;\n \nroh al-~ \n= \nruhulkudus\n roh suci (Jibrail dalam ajaran Islam);\nmenguduskan\n menyucikan, membersihkan (batin, hati, dan lain-lain):\nmoga-moga Allah ~ roh-roh mereka;\nkekudusan\n kesucian, kebersihan (hati, batin, dan lain-lain):\ndia akan jadi peruntuh pula, akan meruntuhkan kemanusiaan dan ~ manusia seluruhnya." "kudut\n[Brunei] pinggan." "kuek\nbunyi seperti bunyi itik;\nberkuek\n berbunyi kuek:\ntiada seekor pun itik yang ~;\n berkuek-kuek\n berkuek berulang kali:\nitik-itik itu ~ di tepi kolam;\n menguek\n mengeluarkan bunyi kuek, berkuek." "kuetiau\n[Cina] sejenis makanan dibuat daripada tepung beras (dimasak atau digoreng seperti mi)." "kufu\n[Arab] kesamaan taraf (martabat, pangkat dan lain-lain);\nsekufu\n setaraf, sedarjat, sama martabatnya:\nsaya orang yang tiada berbangsa dan tiada ~ dengan tuan;\nkufuan; \nsama ~ \nsama tinggi darjat keturunannya, sama-sama berketurunan bangsawan." "kufur\n[Arab]\n1.\n tidak percaya atau tidak beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kafir:\nada antara umat Islam yang ragu-ragu tentang kerasulan Nabi Muhammad dan kembali ~; \nilmu ~ \nilmu yang menafikan wujudnya Allah;\n2.\n ingkar terhadap suruhan dan larangan Allah:\norang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja adalah ~\n;\n3.\n = \n~ nikmat \ntidak bersyukur kepada nikmat Allah:\nuntuk menguji sama ada mereka bersyukur atau ~ terhadap segala nikmat Allah;\nmengkufuri\n1.\n tidak percaya kepada Tuhan:\n kami akan dianggap ~ Allah andainya kami kembali kafir;\n2.\n tidak bersyukur kepada (nikmat Allah):\nini bermakna, mereka ~ nikmat Allah;\nmengkufurkan\n1.\n memandang sebagai kufur, menganggap kufur;\n2.\n [arkaik] mengeluarkan (mengucilkan) dari golongan yang beragama;\nkekufuran\n keadaan kufur:\ndia berusaha untuk mengelakkan umat Islam daripada ~\n." "kugah\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nExcoecaria quadrangularis\n." "kugar\nsejenis binatang liar yang termasuk dalam famili kucing, rupanya seakan-akan singa, berbulu coklat kekelabu-kelabuan dan berekor panjang, biasanya terdapat di kawasan pergunungan Amerika Utara dan Selatan, puma, \nFelis concolor." "kugiran\nkumpulan gitar rancak, pancaragam moden yang popular." "kui I\nsejenis kuali kecil tempat melebur emas." "kui II\n[Melaka] tong atau bekas untuk menyimpan beras." "kuih\npenganan, juadah;\n \n~ basah \nkuih yang lembap atau yang mengandungi air (seperti kuih bingka, kuih talam, dan lain-lain);\n \n~ kering \nkuih yang dibakar (seperti biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dan lain-lain);\n \n~-muih \nbermacam-macam jenis kuih;\nkuih-kuih\n kuih-muih." "kuil\nrumah berhala, tempat memuja dewa-dewa." "kuilt\ngebar atau tutup tilam yang dibuat daripada isian lembut (seperti span) yang dijahit di antara dua lapisan kain (biasanya digunakan di negara berhawa sejuk)." "kuilu\n[arkaik] arnab, kelinci." "kuing I\nketua kampung, penghulu." "kuing II\nminyak ~\n minyak yang dikeluarkan oleh sejenis pokok." "kuing III\nbunyi dengking anjing;\nberkuing-kuing\n mendengking-dengking (berkenaan (dengan) anjing)." "kuini\nsejenis mangga yang harum baunya dan halus dagingnya (isinya), embacang, \nMangifera odorata." "kuinin\nsejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk membuat ubat penyakit malaria), \nCinchona spp.." "kuinina\n(Kimia) sejenis sebatian yang pahit rasanya dan diperoleh daripada kulit sejenis pokok \nCinchona spp. \n(digunakan untuk membuat ubat penyakit malaria)\nkuintal\n ukuran berat yang bersamaan dengan 100kg." "kuintet\n(Seni Muzik)\n1.\n gubahan muzik untuk lima orang penyanyi atau lima alat muzik;\n2.\n sekumpulan lima orang yang bermain alat muzik atau yang menyanyi bersama-sama." "kuir\n[Minangkabau] sejenis alat pertanian untuk membersihkan tanaman (dari rumput, semak-semak, dan lain-lain)." "kuis\nmenguis\n1.\n menolak (menepis, menyepak) ke tepi:\ntangannya menguis-nguis padi basah di atas tikar jemurnya; \ndikuisnya sampah itu dengan kakinya; \n2.\n mengais (seperti ayam);\nmenguis-nguis\n menguis beberapa kali atau berulang kali:\ntangannya ~ padi basah di atas tikar jemurnya;\nkuisan\n hasil menguis:\ndia cuba menguis dengan tangannya tetapi\n \nitu tidak membesarkan lubang tersebut; \n \npenguis\n orang yang menguis sesuatu, seperti bola dan sebagainya." "kuit\n= \n~ gamit \ngerak-gerak jari (untuk memberi isyarat, memanggil dan lain-lain);\n \n~ kapai\na) mencakar-cakar (sampah dan lain-lain);\n b) membuat pekerjaan yang kecil-kecil (yang tidak penting);\nmenguit\n1.\n menyentuh dan menggerakkan sesuatu dengan jari" "kuitansi\n[Indonesia-Belanda] surat tanda sudah menerima (wang), resit:\nkalau tidak dibayarnya wang itu koyakkan saja ~ ini." "kuiz\n1.\n ujian tentang pengetahuan seseorang dengan mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab;\n2.\n pertandingan (permainan) untuk menguji pengetahuan seseorang, duga akal." "kuja\nkoja." "kujarat\n[Minangkabau] sejenis bunga (kerap digunakan dalam pantun)." "kujau\nkoja." "kujur I\nsekujur\n seluruh, segenap, semua bahagian;\n \n~ badan; \nkuyu matanya, sedangkan ~ tubuhnya berasa lesu." "kujur II\nsejenis tombak (lembing) untuk menangkap ikan (dengan menikamnya)." "kujut\ntempat ~ \ntempat orang digantung;\nberkujut\n1.\n menggantung diri;\n2.\n terikat (kerana telah melakukan kesalahan), terlibat, tersangkut dalam perkara dan lain-lain:\nsemuanya berkujut-kujut dalam perkara itu;\nmengujut\n mencerut leher, mencekik leher dengan tali dan lain-lain:\nhukuman orang Melayu di zaman dahulu untuk kesalahan itu ialah disalang atau disula dan dikujut kalau kesalahan itu besar." "kuk\nkayu yang bengkok di tengah, dikenakan pada tengkuk lembu atau kerbau ( untuk menarik kereta atau bajak)." "kukabura\nsejenis burung raja udang yang terdapat di Australia, \nDacelo spp.;\n~ kepak biru, Dacelo leachii." "kukai\nsejenis ikan." "kukang\nsejenis kera, kongkang." "kukri\nsejenis pisau melengkung yang melebar di hujung, terutamanya digunakan oleh Gurkha. \nkuku I\n1.\n selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam):\nmenggaru dengan ~;\n~ kuda;\n~ kucing; \nbunga ~ \nbahagian pangkal kuku yang keputih-putihan;\n \ndaging (isi) ~ \nbahagian tengah kuku yang melekat pada isi jari;\n \nsehujung ~ \nki sangat sedikit;\n2.\n bermacam-macam alat atau bahagian alat yang rupanya atau gunanya sama seperti kuku manusia atau kuku binatang;\n~ bajang \nhujung bajang;\n \n~ besi \nki (yang) berdasarkan atau cenderung menggunakan kekerasan (kekejaman, paksaan);\n \n~ betul \nbahagian kuku yang melekat pada hujung kulit;\n \n~ kambing \na) kuku pada hujung kaki kambing;\n b) sejenis alat untuk menanam anak padi (di tanah lembut);\n ~ sauh \npengait (cangkuk) pada sauh;\nbagai ~ dengan isi (daging)\n (peribahasa) sangat erat (karib) perhubungan atau persahabatan (tidak berenggang atau bercerai);\n \n(harimau) memperlihatkan ~nya\n (peribahasa) (seseorang) menunjukkan kuasanya;\n \nkalau dibalun sebalun ~, kalau digumpal segumpal tanah\n (peribahasa) alam rohani yang tidak terbatas tetapi dapat dikecilkan sekecil-kecilnya;\nsekuku\n = \n~ hitam \nsangat sedikit, sehujung kuku:\ndirasanya perjuangannya sia-sia dan tidak berfaedah ~ pun;\nberkuku\n1.\n mempunyai kuku;\n \nharimau ~ tajam;\n~ belah \nberbelah dua kukunya (seperti lembu, kerbau, dan lain-lain);\n \n~ satu (tunggal) \nmempunyai satu kuku (berkenaan (dengan) kuda dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] berkuasa, berkukuh:\ntentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; \ntidak ~ \nki tidak berkuasa (berpengaruh);\n \n~ besi \nki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dan lain-lain);\nbelum ~ hendak menggaruk (mencubit) \n= \nbelum bergigi sudah hendak menggigit \n(peribahasa) belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dan lain-lain) orang;\n \ndiberi ~ hendak mencengkam \n(peribahasa) diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang." "kuku II\n~ gerda \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pokok teh, siku keluang, \nNothopanax fruiticosum;\n~ lang \na) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kait-kait hitam besar, kait-kait jantan, \nUncaria sclerophylla; \nb) = \nakar ~ balam \n= \nakar ~ lipan\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar), daun kait-kait, duri sakah, \nZizyphus venoplia; \nc) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kayu sekatuk, \nZanthoxylum hirtellum;\n~ lang laut \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAegliceras corniculatum;\n \n~ lang paya\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), pekan betina (hutan, jantan), \nJasminum bifarium;\n~ lang rimba \nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, akar onak, damai-damai, jambu kelawar, \nZizyphus calopyhlla; \nakar ~ lang\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), darah belut, gorek, kelici rimba, kulang, maticang, mentiung, tampu rengat, \nMezoneuron sumatranum; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), nilau bukit, \nPogostemon heyneanus." "kuku III\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nAcanthopagrus berda." "kuku IV\nsejenis siput." "kukuh I\n1.\n kuat dan tegap buatannya atau binaannya (berkenaan (dengan) bangunan, empangan, dan lain-lain), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dan lain-lain):\nuntuk meruntuhkan kota yang besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; \ncat ini merupakan satu lapisan pelindung yang ~ untuk menahan besi itu daripada berkarat;\n2.\n teguh (pendirian dan lain-lain), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dan lain-lain), cekal (hati):\nBaba masih ~ dengan pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; \n3.\n tidak mudah turun naik (berkenaan (dengan) ekonomi, kewangan, harga dan sebagainya), kuat, teguh, stabil:\nekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; \nharga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pada beberapa tahun akan datang;\nberkukuh\n1.\n bertahan (pada kedudukan dan lain-lain), menetap, memperkuat kedudukan dan lain-lain:\nmereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka;\n2.\n berpegang teguh pada pendirian (janji dan lain-lain), berteguh hati;\n \n~ kata \nberjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir);\nmengukuh\n menjadi kukuh (teguh, stabil dan sebagainya):\nekonomi negara itu didapati semakin ~;\nmengukuhi\n1.\n memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh:\n~ pendirian lamanya;\n2.\n meneguhkan dengan:\nrangka gedung itu dibuat daripada simen yang dikukuhi dengan besi;\nmengukuhkan\n menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dan lain-lain), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dan lain-lain):\nkerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sebagai langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; \npertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam;\nmemperkukuh\n menjadikan lebih kukuh;\nkekukuhan\n kekuatan (binaan, benda, dan lain-lain), keteguhan (pendirian dan lain-lain), ketabahan (hati):\n~ benteng pertahanan;\n~ hati dan ketabahan jiwa untuk memelihara akidah dan iman;\npengukuhan\n perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan;\n \npidato ~ \n[Indonesia] pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan);\npengukuh\n sesuatu yang mengukuhkan atau memperkukuh, penguat:\nbahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua;\n~ pendapat." "kukuh II\npadi ~ \npadi yang masak sangat (di pokok)." "kukuk\n[Kelantan] tidak lurus (tanduk dan lain-lain), bengkok." "kukul\n[Jawa] [arkaik] jerawat." "kukup\nlumpur yang ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau tebing sungai:\ndi pantai tersebut, airnya cetek dan selalu didapati ~;\n \n~ salji \n(Geografi) timbunan salji yang telah berpindah tempat (kerana digerakkan oleh air dan lain-lain)." "kukur I\n= kukuran\n alat bergerigi hujungnya untuk mengeruk (mengikis) isi kelapa;\n~ apa kepada ~, nyiur juga yang binasa \n= \napa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis \n(peribahasa) mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yang melakukannya" "kukur II\nbunyi burung tekukur." "kukur III\nbergerigi (berkenaan (dengan) tepi daun);\n \n~ halus \nbergerigi halus (berkenaan (dengan) tepi daun)." "kukus I\n1.\n wap air panas;\n \nkuih (roti) ~ \nkuih (roti) yang dimasak dengan memanaskannya dengan wap air panas;\n2.\n alat untuk mengukus, kukusan;\nberkukus\n1.\n mengeluarkan kukus, berwap (air panas);\n2.\n yang dimasak atau dipanaskan dengan menggunakan kukus (wap) air mendidih:\nnasi lemak yang ~;\n3.\n yang dijadikan (atau ditukarkan semula menjadi) cairan dari wap cairan yang dididihkan;\nmengukus\n1.\n memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih:\n~ nasi lemak;\n2.\n memanaskan cairan (seperti air dan lain-lain) hingga menjadi wap yang kemudian bertukar semula menjadi cairan;\nkukusan\n1.\n sejenis bekas daripada anyaman yang berbentuk bulat panjang atau merunjung untuk mengukus nasi, alat mengukus makanan, kukus;\n2.\n hasil mengukus;\npengukusan\n proses atau perbuatan mengukus;\npengukus\n sesuatu yang digunakan untuk mengukus:\nair ~; \nperiuk ~." "kukus II\nsejenis musang yang busuk baunya." "kukus III\nbuah ~ (kukusan) \nsejenis buah langsat, buah kokosan." "kukut I\nkokot I." "kukut II\n(Sunda);\n \nanak ~ \nanak pungut." "kul\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kubis, kol;\n2.\n = \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar bani, akar banuk, \nDischidia rafflesiana." "kula\n[Jawa] [sastera lama] patik, hamba:\n~ disuruh Rama Andika akan menyambut tuanku." "kulah I\n= kulah-kulah\n [sastera lama] sejenis kopiah tinggi, ketopang:\nsuatu kelembut emas berkemuncak permata merah terhantar di atas ~ keemasan." "kulah II\n[arkaik] sejenis pokok mangga." "kulai I\nberkulai, berkulaian\n bergantung berbuai-buai (seperti dahan patah yang belum putus), berkelepai;\nterkulai\n terkelepai (seperti bendera yang tidak berkibar), tergantung terbuai-buai (seperti dahan patah), terlentok (kepala, bunga di dahan, dan lain-lain):\nkakinya yang patah itu ~; \nkepalanya yang ~ itu perlahan-lahan diangkatnya;\nterkulai-kulai\n terkulai berulang kali:\n kelopak bunga tersebut ~ hampir gugur." "kulai II\nsiput ~ \nsejenis siput, \nTurbo marmoratus." "kulak I\nsukatan isi bagi biji-bijian seperti beras dan lain-lain (lebih kurang satu gantang)." "kulak II\n[Jawa] membeli barang untuk diperdagangkan." "kulak-kulak\n~ tangan \n[Minangkabau] buku jari." "kulakasar\n[sastera lama] barang-barang (yang boleh diangkut, seperti perabot dan lain-lain)." "kulambai\nkelambai." "kulampair\nkulat dan alga yang hidup secara simbiosis, liken." "kulan\nsejenis tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik, semaran, surin, \nPayena leerii." "kulang\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, darah belut, gorek, kelici rimba, maticang, mentiung, tampu rengat, \nMezoneuron sumatranum; \nrumput ~ pulut \nsejenis tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapati, kerak nasi paya, keremak, rumput loh, \nAlternanthera triandra." "kulansing\n[Minangkabau] [arkaik] sirih yang dilipat segi tiga sebagai isyarat memanggil (menjemput) orang yang menerimanya, sirih pemanggil:\nnan dekat panggilan tiba, nan jauh ~ lepas\n." "kulapuk\n(Biologi) kulat yang menyebabkan pertumbuhan yang berbulu halus rupanya di permukaan bahan organik yang lembap atau reput." "kulari\nkelari." "kulasentana\n[Jawa], [sastera lama] keluarga." "kulat I\nsebarang kumpulan organisma parasitik yang tidak mempunyai klorofil, termasuk kulapuk, cendawan, yis, dan lain-lain;\n jenis-jenisnya:\n~ kayu;\n~ padang;\n~ sisir \ndan lain-lain;\n~ ambrosia \nsejenis kulat yang hidup secara simbiosis dengan kumbang ambrosia di dalam kayu (dengan kulat itu menjadi sumber makanan larva kumbang tersebut);\n \n~ madu \nsejenis kulat dalam kelas Basidiomycetes yang menyebabkan reput pangkal pada pokok kayu, \nArmillaria mella\n;\nberkulat\n berlapuk, ditumbuhi kulat:\nia berbaring di atas tilam jerami lapuk yang telah ~." "kulat II\nterkulat-kulat\n1.\n terkebil-kebil atau termangu-mangu (seperti orang kebingungan, kehairanan, dan lain-lain):\nmurid-muridnya ~ sahaja apabila muka mereka direnunginya;\n2.\n terkecap-kecap (kerana menginginkan sesuatu makanan):\n~ mulut budak itu apabila ia melihat makanan yang terhidang di atas meja." "kulau\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok);\na) \nTaraktogenos spp.; \nb) \nHydnocarpus spp.; \n2.\n sejenis tumbuhan (akar memanjat), akar padang, garing-garing, hempedal ayam, kacat, karang-karang, sembelit merah, sembelit padang, \nCnestis palala." "kulawangsa\n[sastera lama] keluarga." "kulawarga\n[Jawa] keluarga." "kuli\norang yang membuat kerja kasar atau kerja berat (seperti memunggah barang, membaiki jalan raya, dan lain-lain), buruh kasar:\nmaka dipanggilkannya segala ~ dalam Melaka daripada segala bangsa, maka disuruhnya ~ pecahkan kota itu; \nmakan ~\n bekerja sebagai kuli;\n \nwang ~ \nwang yang dibayar kepada kuli sebagai upah;\n \n~ plat \nkuli stesen dan lain-lain yang lengannya memakai plat bernombor;\nberkuli\n bekerja sebagai kuli:\npekerjaan terlalu sedikit, sedang orang yang mahu ~ terlalu banyak;\nmemperkuli\n memperbuat sebagai kuli:\nmaksud mereka tiada lain lagi daripada hendak ~ dia;\n kulian\n wang kuli, upah kepada kuli." "kuliah\n[Arab]\n1.\n pelajaran yang disampaikan secara bersyarah (berpidato) oleh mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab, syarahan:\nsetengah-setengah mahasiswa sibuk mencatat beberapa perkara yang dikemukakan dalam ~nya;\n \nbilik\n \n~\n bilik tempat menyampaikan kuliah;\n2.\n ceramah agama:\n~ subuh; \n3.\n fakulti yang terdapat di sesetengah universiti;\n4.\n [arkaik] sejenis maktab atau sekolah tinggi;\n \n~ guru \nmaktab guru;\nberkuliah\n memberi kuliah, bersyarah (untuk menyampaikan ilmu pengetahuan)." "kulik-kulik\nsejenis burung malam." "kulikat\nkelakuan, tabiat;\nkhalikah." "kuliling\n[arkaik] [bahasa percakapan] keliling." "kulim\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), bebatai, beka, cikih, tampoi hutan, \nDysoxylon costulatum; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nScorodocarpus borneensis;\n~ akar \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nErythropalum scandens;\n~ burung \nsejenis tumbuhan (pokok), cikih, kasai paya, pasak lingga, pasak lingga merak, \nAphanamixis polystachya;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDysoxylon spp." "kulimambang\n[Brunei] sejenis kupu-kupu." "kulimat\n[Minangkabau] [arkaik] = \nberkulimat\n berjimat-jimat (menggunakan makanan dan lain-lain), berhemat." "kulimbambang\nkulimambang." "kulimpapat\n[Brunei] kelip-kelip, kunang-kunang." "kulinari\nberkaitan dengan masak-memasak:\nanda boleh melanjuntukan pelajaran di Universiti Hawaii yang terkenal di dunia dalam kursus seni ~." "kulintang\nsejenis alat muzik tradisional Sulawesi Utara yang terdiri daripada bilah-bilah kayu." "kulio\n[Minangkabau] [arkaik] sejenis masakan daripada daging (hati dan lain-lain)." "kulipis\nlapisan atau selaput nipis yang membaluti, melapisi atau menyekat bahagian-bahagian dalam tubuh binatang atau tumbuhan, membran:\n~ nukleus;\n~ sel." "kulir\nsejenis alat untuk mencedok simen (kapur dan lain-lain)." "kulit\n1.\n tisu nipis yang membaluti tubuh (manusia atau binatang):\n~nya hitam manis; \nbinatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; \nbersalin ~ \nbertukar kulit (berkenaan (dengan) ular dan lain-lain);\n \npenyakit ~ \npenyakit pada kulit (seperti kudis, kusta, dan lain-lain);\n2.\n bahagian luar yang membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dan lain-lain):\n~ bawang;\n~ nangka;\n~ kayu; \n3.\n pembalut tubuh binatang yang telah ditanggalkan dan dikeringkan (untuk dibuat beg, kasut, dan lain-lain):\nkasut ini dibuat daripada ~ buaya; \nbeg ~ \nbeg yang dibuat daripada kulit binatang;\n4.\n bahagian di sebelah luar buku dan lain-lain (biasanya lebih tebal daripada kertas halamannya):\ngambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu;\n~ keras \nkulit (buku) yang dibuat daripada kadbod atau kertas yang tebal;\n \n~ lembut \nkulit (buku) yang dibuat daripada kertas yang tidak tebal dan tidak keras;\n5.\n yang nampak dari luar, garis-garis kasar, butir-butir yang tidak mendalam:\nadat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; \nterjemahan ~ \nterjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasarkan maksudnya);\n~ adam \nbahagian pangkal kuku yang berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku);\n \n~ ari \na) kulit atau selaput nipis (yang membaluti beras, isi kelapa, dan lain-lain);\n b) kulit luar;\n \n~ basah \nkulit binatang yang belum dikeringkan;\n \n~ berwarna \n= \n~ hitam \n(orang atau bangsa) yang bukan berkulit putih seperti orang Eropah;\n \n~ buatan (imitasi, tiruan) \nbarang buatan yang nipis yang menyerupai kulit;\n \n~ bumi \nlapisan sebelah luar bumi yang terdiri daripada batu habluran dan lain-lain;\n \n~ daging\n saudara-mara, kaum keluarga;\n \n~\n \ndalam \nlapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar;\n \n~ karah \nkulit kura-kura (labi-labi);\n \n~ kayu manis \nsejenis kulit kayu yang dijadikan ramuan masakan;\n \n~ kerang (siput dan lain-lain) \nbenda keras yang membungkus kerang dan lain-lain (sebagai tempat berlindung), rumah kerang (siput dan lain-lain);\n \n~ khatan \nkulit pada hujung kemaluan lelaki;\n \n~ kuih \nlapisan (kepingan) nipis dibuat daripada adunan tepung (untuk membungkus inti atau isi kuih);\n \n~ langsat \nwarna (kulit manusia) yang putih kekuning-kuningan;\n \n~ luar \nlapisan kulit (pada daging atau tumbuhan yang di sebelah luar);\n \n~ manis \nlapisan jaringan atau tisu pada pokok (di antara kulit kayu dan batangnya);\n \n~ mati \nkulit yang tidak berasa;\n \n~ perisai \nlapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (untuk melindunginya daripada air dan gas);\n \n~ putih \n(bangsa, orang) yang berketurunan Eropah;\n \n~ renang \nkulit yang menghubungkan jari-jari itik (katak dan lain-lain);\n \n~ sawo matang (coklat) \n(bangsa) yang kulitnya berwarna coklat;\n~ babi yang tersungkup di kepala orang \n(peribahasa) mendapat malu;\n \nbuka ~ ambil isi \n(peribahasa) perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi);\n \nkalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang \n= \ntinggal tulang dengan ~ \n(peribahasa) sangat kurus (tubuhnya);\n \ntebal ~ muka \n(peribahasa) tidak malu;\nberkulit\n mempunyai kulit:\npemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis;\n~ badak \n[bahasa percakapan] tidak bermalu, tidak berperasaan;\nmengulit\n1.\n mengganti kulit (berkenaan (dengan) ular dan lain-lain), bersalin kulit;\n2.\n menjadi kulit, tumbuh kulitnya;\n3.\n [Indonesia] mengupas kulit kepala;\nmenguliti\n1.\n memberi berkulit, membalut (buku dan lain-lain) dengan kulit;\n2.\n menyiat atau mengupas kulit (lembu dan lain-lain);\nkekulit\n bahan seperti kulit;\nperkulitan\n tempat menyamak kulit;\npengulitan\n (Perhutanan) proses menanggalkan (membuang) kulit daripada batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dengan mesin pengulit)." "kulit II\n~ lawang \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCinnamomum culilawan;\n~ manis\n sejenis tumbuhan (pokok), kayu manis, \nCinnamomum cassia (Cinnamomum zeylamcum); \nakar ~ manis \nsejenis tumbuhan (akar berteras), akar manis, tebu gajah, \nAlbizzia myriophylla." "kulkas\npeti sejuk (tempat menyimpan makanan supaya tidak busuk dan lain-lain)." "kulon\n[Jawa] barat." "kulot\n[bahasa percakapan] seluar pendek berkaki lebar seakan-akan skirt yang dipakai oleh orang perempuan." "kultur\n1.\n penanaman tumbuh-tumbuhan terutamanya dengan kaedah saintifik untuk memperbaik baka atau menghasilkan baka baru;\n2.\n penternakan dan pembiakan binatang untuk memperbaik baka:\nhasil sampingan daripada ~ kulat; \nSabah akan mengeluarkan udang ~; \n3.\n sekumpulan sel tisu, bakteria dan sebagainya yang diperoleh daripada proses pembiakannya dalam bahan nutrien di dalam makmal;\nmengkultur\n membiakkan mikroorganisma, seperti bakteria dan sel tisu dalam bahan nutrien:\nahli biologi menggunakan agar-agar sebagai medium untuk ~ bakteria dan kulat;\n pengkulturan\n proses atau perbuatan mengkultur:\nserum merupakan suatu bahan penting dalam ~ sel." "kultus\n1.\n sistem pemujaan dalam upacara keagamaan;\n2.\n kumpulan kecil orang yang menjalankan pemujaan keagamaan seumpama itu." "kulub\n[Arab] (jamak bagi kalbu) jantung hati." "kuluk\n[Jawa] sejenis songkok (kopiah) yang dipakai oleh orang besar-besar." "kulum I\nberkulum\n bergumam, berkemam (tidak membuka mulut);\n \ntersenyum ~ \ntersenyum dengan tidak membuka mulut;\n \nsuaranya ~ \nsuaranya tidak jelas kedengaran (kerana tertahan dalam mulut);\nmengulum\n1.\n menahan atau membiarkan (gula-gula dan lain-lain) di dalam mulut, mengemam:\ndikulumnya gula batu dalam mulutnya; \n2.\n menggumam, mengeluarkan suara (perkataan dan lain-lain) dengan tidak membuka mulut;\n \n~ senyum \ntersenyum dengan tidak membuka mulut;\nterkulum\n dikulum, digumam:\nperkataan itu dikeluarkannya dengan suara yang ~." "kulum II\ncoulomb." "kulum-kulum\n[Minangkabau] sejenis binatang seperti halipan yang bergulung apabila disentuh, sepah bulan, senggulung." "kulup I\nnama timang-timangan bagi anak lelaki atau anak lelaki yang sulung." "kulup II\nkulit khatan (kulit pada hujung kemaluan lelaki yang dibuang ketika dikhatankan);\nberkulup\n belum berkhatan." "kulur\nsejenis tumbuhan (pokok), sukun, \nArtocarpus communis.\nKulzum; \nlaut ~ \nlaut Merah (laut di antara negeri Arab dan benua Afrika)." "kuma-kuma\nstigma (daripada \ncrocus \nberbunga ungu) yang berwarna jingga, berbau kuat dan dikeringkan, digunakan untuk mewarnai dan memberi perisa kepada makanan." "kumai\n1.\n ukiran (pada perkakas kayu seperti almari dan lain-lain) yang timbul atau bergerigi:\nperbuatan ~ itu berkerawang, berbunga lawang dan berkarang-karang; \n2.\n bingkai (bakul dan lain-lain);\nberkumai\n1.\n berukir dengan alur-alur (ukiran) tenggelam timbul:\nmaka adalah perbuatan itu empat persegi, dan batu mengampar ~ seperti perbuatan peterana; \n2.\n berbingkai;\nmengumai\n mengukir kumai;\nmengumaikan\n menghiasi (sesuatu) dengan kumai;\nkumaian\n kumai:\ndiperbuatnya ~ berkerawang seperti karangan unggas rupanya;\npengumaian\n proses mengukir (membentuk) kumai." "kumal\n= berkumal\n renyuk dan kotor (berkenaan (dengan) pakaian dan lain-lain yang sudah lama dipakai), lusuh, berkerumuk (berkenaan (dengan) kertas dan lain-lain):\nseluar yang ~ dan koyak-koyak sudah kehilangan warna asal; \ndiselubungi dirinya dengan kain selimut yang sudah berkumal;\n mengumalkan\n mere" "kumala\nkemala" "kuman\n1.\n organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yang wujud di udara, air dan tanah dan pada makhluk hidup dan mati, yang penting kepada manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bakteria, basil;\n \nilmu ~ \nilmu mengenai berbagai-bagai bakteria (yang menyebabkan penyakit);\n2.\n [kiasan] sesuatu yang sangat halus atau seni (seperti debu dan lain-lain);\n~ air \nkutu dalam air yang menyebabkan kudis;\n~ menjadi barah (pekung) \n(peribahasa) perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan;\n \n~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak \n(peribahasa) kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari;\n \nmatilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya \n(peribahasa) orang kebanyakan berkahwin dengan orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya;\n \nmencungkil ~ dengan alu \n(peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia." "kumandang\ngema (bunyi), gaung, kemandang;\nberkumandang\n bergema, bergaung:\ndari dalam dewan hotel terdengar lagu irama rancak ~ di udara;\n~ suara azan di udara;\nmengumandangkan\n1.\n mengeluarkan bunyi atau suara yang bergema:\nsuara menyeru umat Islam menunaikan kewajiban mereka kepada Allah dikumandangkan ke telinga umum; \n2.\n [kiasan] mendengung-dengungkan, menyeru-nyerukan dengan nyaring:\nsuaranya akan ~ kekesalan yang tidak terungkai." "kumanga, kumango\n= \nbarang ~ \nbarang kecil-kecil untuk keperluan hari-hari (seperti pinggan mangkuk, sikat, berus gigi, dan lain-lain):\nkain, ~, pecah-belah, sekaliannya laku di sana, sebab wang banyak." "kumat\n[Jawa] bentan (sakit semula sesudah agak sembuh)." "kumat-kamit\nbergerak-gerak bibir (seperti orang membaca doa dengan tidak bersuara, bercakap sendirian, dan sebagainya:\nbibirnya ~ mengucap berulang kali;\nberkumat-kamit\n kumat-kamit:\nPak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan;\nmengumat-ngamitkan\n menggerak-gerakkan bibir (seperti orang bercakap dengan tidak mengeluarkan suara):\nmulutnya dikumat-kamitkan bagaikan membaca doa pelias mengelak daripada ular bisa;\nterkumat-kamit\n tergerak-gerak bibir:\nmulut Ramlan ~ membaca isi surat itu." "kumayan\nkemenyan." "kumba I\nsejenis bekas (seperti buyung);\n \n~ emas \nkumba yang diperbuat daripada emas;\n \n~ mayang \nsejenis bekas seperti belanga yang dihiasi daun kelapa dan diisi air untuk memandikan pengantin." "kumba II\nbonggol pada dahi gajah." "kumbah\nmengumbah\n \n1.\n membersihkan dengan air, membasuh:\n~ pinggan mangkuk;\n2.\n [kiasan] mencaci (orang), mengatakan keburukan orang;\nkumbahan; \nair ~ \nair yang telah digunakan untuk membasuh." "kumbang\n1.\n sejenis serangga yang berkepak dan berkulit keras;\n jenis-jenis:\n~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa \ndan lain-lain;\n2.\n sejenis serangga (lebah);\n jenis-jenis:\n~ kayu, ~ madu\n dan lain-lain;\n3.\n [kiasan] hitam (berkilat);\n \nanjing (harimau) ~ \nanjing (harimau) yang hitam bulunya;\n~ ambrosia \nsejenis kumbang perosak kayu dalam famili Platypolidae dan beberapa genus dalam famili Scolitidae dan Lymaxylidae;\n \n~ bubuk \nsejenis kumbang perosak kayu dalam famili Bostrychidae dan Lyctidae;\n \n~ kulit \nsejenis kumbang perosak kayu dalam famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia);\n \n~ kura-kura \nkumbang kecil berwarna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam;\n \n~ perabot \nsejenis kumbang perosak kayu dalam famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, \nAnobium punctatum\n;\n \n~ sesungut panjang \nsejenis kumbang perosak kayu dalam famili Cerambycidae yang larvanya mengorek kayu;\n~ melilit gedung \n(peribahasa) orang yang bersiul-siul berkeliling rumah gadis yang dikasihinya;\n \n~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) \n(peribahasa) bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup;\n \nbagai ~ putus tali(nya) \n(peribahasa) sangat pantas larinya (jalannya);\nmengumbang\n mendengung-dengung (berbunyi berdengung-dengung) seperti kumbang." "kumbar\n= \nsalak ~ \nsejenis tumbuhan (palma), asam kumbang, salak ringan, \nZalacca wallichiana; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai)\na) mesiang, rumput menderung, \nScirpus grossus; \nb) rumput kerecut, \nScirpus mucronatus." "kumbik\nsejenis tumbuhan (pokok), buah keras, derekan, kembiri, kemiri, miri, pidikan, \nAleurites moluccana." "kumbu\nsejenis bakul yang dianyam (tempat menyimpan ikan);\nkembu." "kumbuh\n= \nmensiang ~ \nsejenis tumbuhan (rumput yang dibuat tikar), rumput kumbar, rumput kerecut, \nScirpus mucronatus." "kumbuih\n[Kedah] bahagian (punat berwarna putih) yang tumbuh dalam buah kelapa yang sedang bercambah." "kumi\n[arkaik] [sastera lama] sila makan, makanlah (diucapkan kepada orang Portugis)." "kumico\n[arkaik] ketua perkumpulan orang yang berjiran (terutamanya pada zaman pemerintahan Jepun)." "kumin\nsesuatu atau bahagian sesuatu yang sangat kecil (halus), benda seni:\njikalau air itu mengandungi lebih banyak ~ pasir atau gelembung-gelembung udara, ia akan kelihatan berwarna hijau;\nsekumin\n sangat sedikit, sekelumit, sangat kecil:\nterasa sangat oleh Ramlan kerumitannya menjimatkan wang gajinya yang ~ itu." "kumis I\nmisai;\nberkumis\n mempunyai kumis, bermisai." "kumis II\n~ kucing \nsejenis tumbuhan (herba), ruku hutan, \nOrthosiphon grandiflorus." "kumit I\nsekumit\n [Perak] sekumin, sekelumit:\nuntuk memenuhi sekurang-kurangnya ~ apa yang dihasratkan oleh penduduk Melayu." "kumit II\nberkumit-kumit, mengumit-ngumit\n (ber)kumat-kamit (mulut):\ntok pawang terdiam sejurus sambil bibirnya ~ menjampi." "kumkuma\nkuma-kuma" "kumlah\nmati ~ \nmati kerana sakit atau sudah tua." "Kump.\n[kependekan] Kumpulan." "kumpai\n~ tikus \nsejenis tumbuhan (herba), rumput tapak itik, \nFloscopa scandens; \nrumput ~ (jantan) \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput sumbu;\na) \nHymenachne myurus\n;\n b) \nPanicum auritum." "kumpal I\ngumpal." "kumpal II\n[arkaik];\nterkumpal-kumpal\n1.\n terumbang-umbang, terkatung-katung;\n2.\n [kiasan] tidak tahu berbuat apa-apa (kerana dalam kesulitan)." "kumpar\nmengumpar\n menggulung benang dan lain-lain pada gelendong (atau pada alat penggulung benang;\nkumparan\n sejenis alat penggulung benang, gelendong." "kumpi\n[Jakarta] moyang (lelaki atau perempuan)." "kumpuan\nmajmuk:\ndaun ~ \ndaun yang terbahagi kepada beberapa anak daun yang terlekat pada gagang atau tangkai daun yang sama, daun majmuk;\n \nkanta ~ \nkanta yang terdiri daripada beberapa kanta ringkas yang terlekat atau terletak bersaingan pada paksi yang sama, kanta majmuk;\n \nmata ~ \nmata (seperti mata serangga, ketam, dan lain-lain) yang terdiri daripada gabungan beberapa mata ringkas, mata majmuk." "kumpul\nsekumpul\n selonggok;\nberkumpul\n1.\n berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok:\nsampah-sarap yang hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; \nbeberapa orang yang ~ itu sedang asyik berjudi; \n2.\n berhimpun (beramai-ramai), berkampung:\nramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yang berikutan; \n3.\n = \nberkumpul-kumpul\n berkerumun, berpusu-pusu:\ndi sampingnya ~ segelintir manusia seperti sekumpulan semut mengerumuni gula;\nmengumpulkan\n1.\n menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yang berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok:\nia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yang sedang ~ benda-benda yang bertaburan di lantai; \nhendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yang diperlukan sebelum memulakan kerja; \n2.\n mengerahkan (orang dan lain-lain) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan:\nPanglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh; \n3.\n menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah;\n \n~ wang\n menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak;\nterkumpul\n terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok):\nhasil daripada pungutan derma itu banyak wang sudah ~; \nair hujan yang ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dalam tanah;\nkumpulan\n1.\n kelompok (orang, binatang, dan lain-lain) yang agak besar, himpunan:\npandangannya beralih kepada ~ budak yang sedang bermain-main di halaman rumah;\n~ sajaknya yang telah dibukukan mendapat pujian daripada pengkritik sastera; \n2.\n beberapa orang (pertubuhan dan lain-lain) yang dianggap sebagai satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dan lain-lain) yang serupa:\n~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; \n3.\n (Kimia) set unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa dan membentuk turus tegak dalam jadual berkala:\n~ gas adi;\n~ halogen\n;\n 4.\n segala sesuatu yang telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan:\n~ wang; \n5.\n gerombolan (penjahat, pengganas, dan sebagainya), kawanan:\nbeberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri;\n5. = perkumpulan\n tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan;\n~\ngelap\n = \n~ haram \n= \n~ sulit \nkumpulan yang melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yang salah di sisi undang-undang;\n \n~ serpihan \nsekumpulan kecil orang yang berpisah daripada kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dan sebagainya, biasanya berkaitan dengan soal politik;\n \nK~ Wang Antarabangsa \nkumpulan wang yang disumbangkan oleh beberapa negara untuk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa;\n \n~ wang cadangan \nkumpulan wang yang dicadangkan untuk kegunaan atau keperluan tertentu yang tidak dijangka;\n \nK~ Wang Simpanan Pekerja \nkumpulan (himpunan) wang daripada sumbangan pekerja dan majikan untuk dibayar kepada pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dan lain-lain);\nperkumpulan\n gabungan, kesatuan atau persatuan:\ndia menjadi pengerusi dalam persidangan ~ buruh kasar;\n pengumpulan\n perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan:\n~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara;\npengumpul\n tempat mengumpulkan sesuatu, orang yang mengumpulkan sesuatu:\npusat ~ jati;\n~ setem." "kumuh\n1.\n [Minangkabau] kotor, keji, cemar;\n \nberhati ~ \ntidak bersih (ikhlas) hatinya;\n2.\n benda yang tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran:\ndarah membawa zat makanan dan oksigen dan mengeluarkan ~;\n~ tumbuh-tumbuhan hijau terdiri daripada karbon dioksida yang dikeluarkan dalam masa pernafasan dan oksigen yang berlebihan;\nmengumuhkan\n1.\n [Minangkabau] mengotorkan, mengejikan;\n2.\n mengeluarkan benda yang tidak berguna dari badan manusia, haiwan atau tumbuhan;\nkumuhan\n bahan buangan yang dikeluarkan dari tubuh seperti peluh, air kencing, dan sebagainya;\nperkumuhan\n yang berkaitan dengan kumuh atau pembuangan kumuh;\n \nsalur ~ \nsalur untuk mengalirkan kumuh." "kumul\n[arkaik]\nkumal" "kumulatif\nbertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dan sebagainya) kerana pertambahan, bertimbun (hasil pertambahan yang berulang kali)." "kumulus\nawan ~ \ntompokan awan yang dasarnya rata dan struktur atas yang berkepul-kepul dan berwarna putih." "kumur\nubat ~ \nubat berupa cecair untuk mencuci (mengubati) mulut;\nberkumur\n mencuci mulut dengan mengocak-ngocak air di dalamnya:\nsebelum makan pagi, dia menggosok gigi dan ~." "kumus\n= \n~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok), damar laut kuning, resak hitam, resak merah, resak tempurung, \nShorea ciliata;\n~ beruang \nsejenis tumbuhan (pokok), bangkal paya, kelat bukit, kelat hitam, membatu hitam (merah), mertas, \nCtenolophon parvifolius;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok);\na) \nShorea ciliata; \nb) \nShorea laevis." "kumut\n[arkaik];\nberkumut\n menyeringai." "kun\n[Arab] jadi;\n \n~ fayakun \n(firman Allah yang bererti) jadi, maka jadilah (seisi alam);\ndikunkan\n ditakdirkan jadi (oleh Allah), sudah ditentukan lebih dahulu (oleh Allah)." "kunang-kunang\nsejenis serangga yang mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip pada perutnya, api-api, kelip-kelip;\n \n~ sekebun \nsejenis cincin yang mempunyai satu permata yang dikelilingi intan kecil-kecil;\nberkunang-kunang\n1.\n berkelip-kelip, berkilau-kilau, berpendar-pendar:\nmakin lama, panas itu makin menjalar masuk danau, air menjadi ~ rupanya; \n2.\n seolah-olah melihat cahaya yang berkelip-kelip (kerana pening kepala atau menahan perasaan sedih, dan lain-lain), berpendar-pendar (penglihatan):\nterasa rekah bumi yang dipijaknya, gelap dunia baginya, ~ pemandangannya; \nmatanya ~ melihat wang sebegitu banyak." "kunani\n[arkaik] \nsi ~ \nayam kenantan (ayam yang putih seluruh bulunya)." "kunapa, kunarpa\n(Sanskrit) [arkaik] [sastera lama] bangkai, mayat." "kunau\nsejenis siput (yang boleh dimakan)." "kunca I\n1.\n ukuran isi bagi padi (biasanya sama dengan 160 gantang):\nhasil sawahnya seluas kira-kira tiga ekar itu cuma lebih sedikit daripada tiga ~; \n2.\n berkas besar (padi, jerami, dan lain-lain)." "kunca II\n[Jawa] punca (kain)." "kunca III\n[arkaik] sejenis bakul kecil." "kuncah\nkunca I" "kuncen\n[Jakarta] pemegang kunci (di tempat keramat)." "kunci I\n1.\n alat yang terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain):\npintu itu tidak memakai ~; \n2.\n = \nanak ~ \nalat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga:\nterpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; \n3.\n = \nibu (induk) ~ \nmangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci;\n4.\n sesuatu alat yang berupa atau yang digunakan sebagai anak kunci atau mangga;\n \n~ jam (arloji) \nalat untuk memutar jam (supaya berjalan jarumnya);\n5.\n ki\na) sesuatu yang menjadi atau yang digunakan sebagai alat (formula, petua) untuk mencapai sesuatu tujuan dan lain-lain atau untuk menyelesaikan masalah dan lain-lain:\nYusuf sedang mengadakan imbangan dalam pucuk pimpinan dengan ~nya terletak pada dirinya; \nsurat yang baru dijumpainya itulah yang akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; \nrajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; \nb) jawaban bagi soalan-soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran:\nberbagai-bagai buku yang mengandungi soalan-soalan dalam peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dengan ~nya membantu murid dalam pelajaran; \nc) penutup (karangan, perdebatan, dan lain-lain):\nkata-kata ini diucapkan sebagai ~ ceramahnya itu; \n6.\n [kiasan] kedudukan (jawatan dan lain-lain) penting atau berpengaruh:\n~-~ dalam kerajaan dipegang oleh parti yang berkuasa; \n7.\n rentetan nada yang berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama;\n8.\n = \nkunci-kunci\n [Minangkabau] sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang;\n \n~ paha \ntempat pertemuan antara paha dengan bahagian bawah perut;\n \nkunci-kunci lutut \nsendi pada lutut, tempurung lutut;\n9.\n [bahasa percakapan] terkancing;\n~ air \nsejenis sekat atau alat penahan air untuk mengendalikan aliran air (dalam tali air dan lain-lain);\n \n~ gantung \n= \n~ kura \nmangga (ibu kunci) yang tergantung;\n \n~ kereta \n= \n~ kontrak \n[Indonesia] alat untuk menghubungkan arus elektrik pada enjin (motor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya);\n \n~ kira-kira \npenutup kira-kira (perniagaan dan lain-lain) yang menunjukkan nilai segala harta dan hutang-piutang;\n \n~ maling \n[Indonesia] anak kunci palsu (boleh digunakan untuk membuka berbagai-bagai mangga);\n \n~ mati \na) rahsia yang tersimpan baik;\n b) jalan buntu (kegagalan mencapai persetujuan dan lain-lain dalam perundingan dan lain-lain);\n \n~ sekrup \n[Indonesia] alat untuk melonggarkan atau mengetatkan skru;\n \n~ senapang (pistol) \nalat pengancing senapang (pistol);\n \n~ wasiat \na) rahsia;\n b) sesuatu yang dipakai untuk mencapai sesuatu tujuan (membongkar rahsia dan lain-lain);\nanak ~ jahat, peti derhaka \n(peribahasa) suami yang jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya;\n \nmengeluarkan ~ hati \n(peribahasa) mengucapkan kata atau pendirian yang muktamad;\nberkunci\n1.\n memakai kunci;\n2.\n ditutup dengan kunci, (sudah) dikunci:\nsemua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya;\n mengunci\n1.\n menutup (pintu dan lain-lain) dengan kunci, mengancing atau menyelak (pintu dan lain-lain):\nmasing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yang berani keluar rumah; \n2.\n mengakhiri (ucapan dan lain-lain), menyudahi:\nia ~ ceramahnya dengan kata-kata nasihat; \n3.\n mengetapkan (mengatupkan);\n \n~ bibir \nmengatupkan bibir;\n \n~\n \nmulut\n [kiasan] menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri;\nterkunci\n1.\n tertutup dengan kunci (berkenaan (dengan) pintu dan lain-lain), terkancing:\npintu yang tidak ~ itu dibuka dengan penuh hati-hati; \nmulutnya ~ \nki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dan lain-lain);\n2.\n telah diakhiri atau disudahi;\npengunci\n1.\n alat untuk mengunci (pintu dan lain-lain), pengancing (pintu dan lain-lain):\nberdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; \n2.\n penutup (perbincangan dan lain-lain), kata pemutus:\nakan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dengan perempuan yang dicintainya." "kunci II\ntemu ~ \nsejenis tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, temu kecil, \nGastrochilus panduratum (Kaempferia pandurata);\n~ fatima \nsejenis tumbuhan, pokok pinggang, selusuh fatimah, \nLabisia pothoina." "kuncir\n[arkaik]\nkucir." "kuncit\nseikat (seberkas) rambut yang berjalin (beranyam) atau tidak yang dibiarkan tumbuh panjang, kucir, tocang." "kuncu\nkonco" "kuncung\n[Jawa] jambul, jambak, gombak." "kuncup I\n1.\n tidak terbuka lebar (berkenaan (dengan) payung dan lain-lain), tidak mekar atau kembang (berkenaan (dengan) bunga);\n \n~ hatinya \nki ketakutan;\n2.\n kuntum bunga, daun muda yang belum terbuka:\n~ bunga mawar; \n3.\n [arkaik] [bahasa percakapan] berkulup, belum berkhatan;\nmenguncup\n1.\n menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka:\ndaun semalu ~ apabila disentuh; \n2.\n menjadi kecil (pendek, kurang, dan sebagainya) sedikit:\ncecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu;\n~ hatinya \nberasa takut;\n3.\n menyerupai kuncup (kuntum bunga);\nmenguncupkan\n menjadikan kuncup (tertutup), merapatkan sesuatu yang kembang, mengecilkan:\n~ payung;\n~ tangan \nmenyatukan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan;\npenguncupan\n perihal menguncup (menjadi kecil):\npengembangan dan ~ yang disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pada pandangan mata kasar kita." "kuncup II\nmenguncup\n mengucup;\nkucup I." "kuncur\n1.\n sejenis tumbuhan (rizom), temu kuning, \nCurcuma zedoaria; \n2.\n = \n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok), guncak, gunciak, sekincak, \nAntidesma ghaesembilla." "kunda\n[Kelantan];\nberkunda-kunda\n berasak-asak, berjejal-jejal, penuh sesak (orang)." "kundai\nsanggul, gelung (rambut);\n \ntusuk ~ \ncucuk sanggul;\nmengundai\n membuat kundai, menyanggul (rambut):\nrambutnya yang hitam keriting berombak-ombak, dikundai bergantung." "kundang I\n= \nbudak ~ \n[sastera lama] budak pengiring (raja, orang bangsawan, dan lain-lain), budak suruhan (raja dan lain-lain), biduanda, juak-juak:\nmaka baginda pun bangun berangkat bersiram ke taman bunga diiringkan ~-~;\nberkundang; \nanak ~ \n[Minangkabau] anak yang sangat dikasihi," "kundang II\nkundangan\n [Jakarta]\n1.\n kondangan;\n2.\n undangan;\nundang I." "kundang III\n= \ntali ~ \npembalut luka pada kemaluan yang baru disunatkan (dikhatankan)." "kundang IV\n= kundangan\n sejenis tumbuhan (pokok), \nBouea macrophylla." "kundi\n[Minangkabau] sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas (beratnya 1/24 mas), kenderi." "kunduh\nsejenis tumbuhan (pokok), incung, larak, mahang putih, tampu hutan, tampu putih, \nMacaranga tanaria." "kundur\n= \n~ cina \n= \n~ jawa \nsejenis tumbuhan (herba memanjat), beligu, \nBenincasa cerifera;\n~ tikus \nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, \nMelothria affinis;\n~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari \n(peribahasa) persetujuan hen" "kung fu\nseni mempertahankan diri (terutamanya di kalangan orang Cina) yang mengandungi unsur-unsur judo dan karate." "kung I\n1.\n [Kedah], [Kelantan] kayu (gading-gading) yang melengkung sebagai rangka rusuk perahu;\n2.\n [Perlis] tanda pangkat yang berbentuk huruf V dalam tentera atau polis;\n 3.\n [Kedah] lingkaran besi tempat tayar melekap, lereng:\n~ basikal." "kung II\nbunyi seperti bunyi anjing dipukul dan lain-lain." "kungki\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dibuat lesung dan lain-lain dan kulitnya dibuat ubat luka), \nPometia pinnata." "kungkuma\nkuma-kuma." "kungkur\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), keredas, medang buaya, medang gati, medang kok, \nPithecellobium confertum; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nPithecellobium splendens." "kungkuvak\n(Seni Muzik) sejenis serunai daripada batang padi di Sabah." "kuning I\nwarna seperti warna kunyit (tembaga dan lain-lain);\ndemam (sakit) ~ \npenyakit berjangkit yang menyebabkan tubuh berwarna kuning;\n \nnasi ~ \nnasi kunyit (kuning warnanya);\n \nsirih ~ \na) daun sirih yang kuning warnanya;\n b) [kiasan] gadis yang elok;\n \n~ air \nkuning yang keputih-putihan;\n \n~ gading \n= \nputih ~ \nkuning keputih-putihan seperti warna gading;\n \n~ langsat \nputih kuning (tidak putih sangat, berkenaan kulit dan lain-lain);\n \n~ pinang masak \nkuning kemerah-merahan;\n \n~ telur \nbahagian tengah telur yang kuning warnanya;\n \n~ tua \nkuning gelap (lawan kuning muda);\n \n~ oleh kunyit, hitam oleh arang \n(peribahasa) mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian;\nmenguning\n1.\n menjadi kuning, berwarna kuning;\n2.\n mulai masak (padi):\npadinya sedang ~ menantikan masa untuk dituai;\n kuningan\n tembaga kuning;\nkekuningan\n1.\n keadaan kuning;\n2.\n [sastera lama] barang-barang berwarna kuning (seperti payung dan lain-lain) tanda kebesaran raja atau orang bangsawan:\nmaka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah;" "kuning II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar cina, akar kunyit-kunyit, \nLimacia oblongata; \nbunga akar ~\n sejenis tumbuhan (pokok), akar cempaka kuning, cempaka hutan, \nAllamanda cathartica; \npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), antat, kenanga hutan, lidah-lidah, melidah, pacal kuning, \nAlangium ebenaceum." "kuning III\nburung ~ \nsejenis burung, burung siam, \nPycnonotus a. atriceps." "kuning IV\nsejenis ikan laut, \nLutianus spp\n." "kunir\n[Jawa] kunyit." "kunit\n[arkaik] kunyit." "kunjung I\nberkunjung\n pergi (datang) untuk melihat-lihat (tempat dan lain-lain) atau menemui seseorang:\naku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; \npernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo;\nmengunjungi\n mendatangi untuk melihat-lihat (tempat dan lain-lain) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi:\npelancong-pelancong yang ~ bandar tersebut tertarik dengan keindahannya; \nlama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung;\n kunjung-mengunjungi\n saling mengunjungi:\n~ seperti itu ada kaitannya dengan tujuan keselamatan;\nkunjungan\n hasil berkunjung atau mengunjungi, lawatan:\npersediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; \nkota yang bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai;\n~ kilat\n kunjungan (lawatan) yang singkat (biasanya yang tidak dirancang terlebih dahulu);\nperkunjungan\n perihal berkunjung;\npengunjung\n orang yang mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong:\npemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana." "kunjung II\n[Minangkabau] lekas, segera, mungkin;\n \ntak (tidak) ~\n tidak lekas (mudah, pernah, mungkin), belum lagi;\n \ntak ~ datang\n tidak segera (mungkin) datang;\n \ntak ~ padam; \ntidak ~ tiba; \ntak ~ tidak\n tentu, pasti;\n \napi nan tak ~ padam \nsemangat (azam) yang sentiasa ada (tidak padam-padam)." "kuno\n1.\n lama atau tua (berasal dari zaman dahulu), dahulukala;\n \nbarang ~\n barang yang berasal dari zaman dahulu;\n \nmasyarakat ~\n masyarakat zaman dahulukala;\n \nzaman ~\n zaman dahulukala, purbakala;\n2.\n kolot, tidak moden;\n \nadat ~ \nadat yang sudah usang;\n \nkepercayaan ~\n kepercayaan kolot (seperti kepercayaan kepada kuasa ghaib dan lain-lain);\n \npendapat (sikap) ~ \npendapat (sikap) yang tidak moden;\nkekunoan\n1.\n barang apa yang bersifat kuno;\n2.\n perihal (sifat) tidak moden, kekolotan:\n~ sikap akan menghalang kemajuan; \n3.\n [Indonesia] (Linguistik) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama)." "kunta\n[sastera lama] sejenis lembing." "kuntau\n[Cina] sejenis silat atau pencak cara Cina;\nberkuntau\n bersilat (berpencak) cara Cina." "kuntianak\n[Jakarta] puntianak (sejenis hantu)." "kuntit\n[Jakarta];\nmenguntit\n1.\n mengikut (dari belakang), membuntut, mengekor;\n2.\n menurut (kata atau perbuatan orang);\nmenguntiti\n mengikuti, mengekori." "kuntuan\n[Cina] sejenis kain sutera." "kuntul I\ntidak berekor, togel;\n \nayam ~ \nayam togel." "kuntul II\nsejenis burung bangau yang berbulu putih." "kuntul III\n[Brunei] sejenis perahu kecil untuk membawa barang, yang ditunda oleh kerbau (digunakan di sawah)." "kuntum I\n1.\n bunga yang hampir akan mekar (berkembang), kuncup (bunga);\n2.\n [kiasan] gadis dalam belasan tahun;\n3.\n penjodoh bilangan bagi bunga:\nbeberapa ~ bunga;\nberkuntum\n tumbuh (keluar) dalam bentuk kuntum:\nbunga ~ di dahan;\nmenguntum\n1.\n sebagai kuntum, mulai berkembang (menjelma), menjadi kuntum;\n2.\n [arkaik] berkuntum di:\n~ dahan\n berkuntum di dahan;\n3.\n [kiasan] mula tersenyum:\n senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yang dia tahu;\n menguntumkan\n [kiasan] memberikan (melemparkan) sesuatu (senyuman):\n dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; \ndia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis\n;\nterkuntum\n mulai berkembang (bunga);\nkuntuman\n bentuk-bentuk kuntum:\n pakaian biru bertaburan dengan ~ bunga-bungaan." "kuntum II\nkudung:\njari ~." "kuntung\ntocang (rambut yang panjang beranyam), kucir." "kunyah\nmengunyah\n1.\n melumatkan (menghancurkan) makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelannya, memamah:\ntanganku menyuap nasi lagi, muluntuku ~ perlahan-lahan;\n2.\n [kiasan] memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dan lain-lain):\nsegala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yang baik; \n3\n. [kiasan] memakan, menelan:\n usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia\n;\n 4.\n = \nmengunyah-ngunyah\n [kiasan] menyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan:\njanganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu;\nmengunyahkan\n mengunyah untuk (orang lain);\nterkunyah\n1.\n (telah) dikunyah:\nMilah membiarkan nasi yang masih ada dalam mulutnya ~;\n2.\n mengunyah dengan tidak sengaja;\n~ di batu \nki buruk nasib, malang, sial;\n \n~ di nasi \nki bernasib baik, beruntung, mujur;\nkunyahan\n sesuatu yang sudah dikunyah.\npengunyahan\n perbuatan (proses dan sebagainya) mengunyah:\n gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil untuk memudahkan ~." "kunyam\n[Minangkabau] kempung, caung (pipi)." "kunyit I\n= \n~ terus\n = \ntemu ~ \nsejenis tumbuhan (rizomnya dijadikan bahan pencelup dan rempah), \nCurcuma domestica (longa); \nberas (nasi) ~ \nberas (nasi) yang kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit);\n \n~ bolai \nsejenis tumbuhan (herba), bolai, bonge" "kunyit II\n~ selayang \nsejenis burung, \nOriolus chinensis\n;\n \n~ senja \nsejenis burung, \nOriolus xanthonotus." "kunyit-kunyit I\nsejenis ikan laut;\na) \nLutjanus spp.; \nb) kuning-kuning, \nLutjanus letianus; \nc) kuning-kuning, remung, \nLutjanus lineolatus; \nd) kuning-kuning, tanda, \nLutjanus kasmira; \ne) kuning-kuning, tanda jalur, \nLutjanus fulviflamma." "kunyit-kunyit II\n= \n~ babi \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCoscinium wallichianum; \nakar ~ \na) sejenis tumbuhan (akar memanjat) akar cina, akar kuning, \nLimacia oblongata, \nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kusir, berkunyit, \nTiliacora triandra." "kunyuk\n[Jakarta]\n1.\n sejenis kera (monyet);\n2.\n [kiasan] orang yang bodoh atau tidak sopan." "kuorum\nbilangan paling kecil (anggota atau ahli) yang mesti hadir bagi membolehkan mesyuarat diadakan secara rasmi dan sah." "kuota\nbilangan maksimum sesuatu yang diperuntukkan, dibenarkan atau ditetapkan, seperti kereta yang diimport dan pekerja asing yang boleh dibawa masuk ke sesebuah negara:\nkerajaan mengenakan ~ ke atas eksport bijih timah; \npihak berkuasa Saudi tahun ini mula menetapkan ~ jemaah haji dari setiap negara Islam." "kup\nkudeta." "kupak\n[Minangkabau] pecah, patah, rosak:\npintunya ~;\nberkupak\n pecah (peti dan lain-lain), terbuka (rosak);\nmengupak\n memecahkan, merosakkan, mematahkan:\n~ kunci pintu;\n kupakan\n pecahan, serpihan." "kupang I\n1.\n sejenis mata wang zaman dahulu yang berbeza-beza nilainya (menurut daerahnya);\n \nse~ \nsepuluh sen (di utara Semenanjung Malaysia), 12 sen (di Kelantan), 50 sen (di Pahang dan lain-lain);\n \nse~ tera \nsepuluh sen;\n2.\n [Kedah] memberi upah (mengupah) untuk membuat kerja;\n3.\n sejenis ukuran berat emas (sama dengan kira-kira 1/16 tahil):\napa bicara Seri Nara Diraja, kerana emas pada kita se~ pun tiada?; \npitis se~ genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata \n(peribahasa) orang miskin yang tidak berkemampuan hendak berbelanja seperti orang kaya." "kupang II\n1.\n sejenis siput, \nMytilus spp.;\n2.\n sejenis siput, \nModiola sp\n." "kupang III\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (herba yang daunnya digunakan untuk mengubati penyakit kulit dan lain-lain), daun kurap, gelenggang, \nCassia alata." "kupas\nmengupas\n1.\n membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek:\n~ kelapa;\n~ limau;\n2.\n mengkaji dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan, dan lain-lain), mengulas, menganalisis:\nbanyak masalah yang dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; \n3.\n = \nmengupaskan\n [kiasan] menanggalkan (melucuntukan) pakaian orang, menelanjangi;\nmengupaskan\n1.\n mengupas (mengopek) untuk;\n2.\n [kiasan] menelanjangi;\nterkupas\n1.\n terkopek (kulitnya), lecet:\n~ sedikit kulit lututnya kerana jatuh di jalan raya;\n2.\n sudah dikupas:\nakan santapan raja China, beras yang sudah ~ itu lima puluh gantang China;\nkupasan\n1.\n sesuatu yang sudah dikupas, hasil mengupas;\n2.\n huraian ulasan, analisis:\n~ buku ini berupa ikhtisar yang agak panjang lebar disertai dengan komentar;\npengupasan\n perihal mengupas, pengulasan, penghuraian;\npengupas\n1.\n alat untuk mengupas;\n2.\n orang yang mengupas sesuatu seperti kulit buah-buahan dan sebagainya;\n3.\n orang yang membuat ulasan (seperti buku dan sebagainya), pengulas, penganalisis." "kupat\n~-kapit\n [Jakarta]\n1.\n berkibas-kibas (ekor dan lain-lain);\n2.\n terkelepai, terkulai dan berbuai-buai." "kupel\nkubah." "kupi\nsejenis tabung (tempat mengisi ubat bedil dan lain-lain)." "kupil\nmengupil\n = \n~ jagung \nmenanggalkan biji jagung daripada tongkolnya." "kuping I\ntelinga:\nbunyi mesin taip memekak ~." "kuping II\nkulit nipis atau selaput yang menjadi keras atau kering pada luka (kudis dan lain-lain);\n= keropeng, keruping." "kuping III\n~ besi \nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat sakit perut), hati-hati ketan, tampah besi, tampang besi (merah), tampung besi putih, \nCallicarpa cana;\n~ tikus\n sejenis cendawan (boleh dimakan), \nAuricularia spp." "kupir\n[bahasa percakapan] tukang menggunting pakaian." "kupit\n[Kelantan]\n1.\n bakhil, kedekut, kikir;\n2.\n tidak lebar (tidak cakah), sempit, tirus." "kuplet\nbait puisi yang terdiri daripada dua baris:\nimej angin dan kilat dalam ~ kedua membawa dimensi rohaniah." "kupluk\nsejenis kopiah." "kupoi\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya boleh dimakan), pupoi, \nConnaropsis griffithii." "kupon\n1.\n kertas kecil bercetak yang memberi seseorang hak untuk mendapat potongan harga bagi sesuatu bayaran atau perkhidmatan ataupun dengan percuma:\nbeginilah di Cheko, setiap orang mengunjungi restoran dengan ~ dalam saku; \nisilah ~ ini untuk mendapatkan buku percuma;\n2.\n [Indonesia] surat kecil yang menunjukkan faedah (bunga) yang diperoleh (dari bon dan lain-lain);\n \npajak ~ \ncukai yang dikenakan pada bunga yang diterima." "kupronikel\n(Kimia) aloi tahan kakis, mulur (terdiri daripada 70% kuprum, dan 30% nikel) digunakan pada bilah turbin, duit perak, dan lain-lain." "kuprum\n(Kimia) sejenis unsur logam kemerah-merahan yang boleh ditempa, atau dilentur dan dapat digunakan sebagai pengalir elektrik yang baik, tembaga." "kupu\n[Arab] kufu." "kupu-kupu\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga perak, \nBauhinia acuminata;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek yang kayunya keras dibuat hulu keris dan lain-lain), \nBauhinia tomentosa." "kupu-kupu I\nsejenis serangga dengan kepak yang berwarna-warni dan tertutup rapat sewaktu rehat, dan tergolong dalam order Lepidoptera;\n \n~ malam \nki perempuan jahat, pelacur." "kupuh\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar cuis, akar kayu manis, akar tebu gajah, \nAcacia pennata." "kupur\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek yang akar dan daunnya dibuat ubat);\na) asam susuh, lidah kucing, \nRubus alceifolius; \nb) akar balik adap, akar bulan madu, akar duri berumbet, \nRubus glomeratus; \nc) duri berumbet, tampu rengat, \nRubus moluccanus." "kur\n1.\n bunyi burung tekukur;\n2.\n [kata seru] kata untuk memanggil ayam." "kura\nlimpa." "kura-kura\n1.\n sejenis binatang reptilia dalam keluarga yang mempunyai kulit yang keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat;\n jenis-jenis:\n~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa;\n~ daun, Cyclemys dentata;\n~ gergasi, Geochelone gigantea;\n~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis;\n~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; \n2.\n =\n kekura\n sesuatu yang menyerupai binatang kura-kura;\n \nkunci ~\n kunci gantung;\n \n~ jendela \nbingkai jendela;\n \n~ kaki\n bahagian kaki yang melengkung di antara buku lali dan jari, punggung kaki;\n \n~ tangan \nbahagian tangan yang kebalikan tapak tangan, punggung tangan;\n~ dalam perahu \n(peribahasa) perbuatan yang bodoh;\n \n~ pandai kerebat kayu \n= \nseperti ~ hendak memanjat pohon kayu\n (peribahasa) orang yang hendak melakukan sesuatu yang mustahil dapat dilakukannya." "kurai\nurat atau garis-garis pada kayu (batu marmar dan lain-lain), corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor;\nberkurai\n berurat atau berbarik-barik (kayu bilah keris dan lain-lain):\ndisisipkan pula keris yang bernama cerita, lok sembilan belas, ~ pamor ular lidi menyeberang tasik." "kurambit\nkerambit." "kuran\nsejenis tumbuhan (pokok), asam keranji, keranji burung (padi), \nDialium indum." "kurang\n1.\n tidak atau belum sampai kepada angka (ukuran, takat, dan lain-lain) yang tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dan lain-lain):\ntidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~; \nsudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempat-tempat yang ~ tenaga buruhnya;\n2.\n untuk menyatakan bilangan atau banyaknya yang belum cukup untuk mencapai jumlah genap yang tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dan lain-lain) untuk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dan sebagainya):\n~ dua seratus\n dua lagi cukup atau genap seratus;\n \n~ dua tahil empat kati\n dua tahil lagi menjadi empat kati;\n3.\n lebih rendah atau sedikit daripada sesuatu apabila diperbandingkan:\nbanyaknya hasil padi tahun ini ~ daripada hasil tahun lepas; \nnilai barang-barang yang diimport ~ daripada yang dieksport; \nbertambah ~ \nmenjadi makin kurang (daripada keadaan sebelumnya);\n4.\n tidak berapa (baik, maju, sihat, dan lain-lain), tidak begitu;\n \n~ maju \ntidak berapa maju;\n \n~ manis \na) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar;\n b) tidak berapa manis atau tertib (berkenaan (dengan) tingkah laku dan sebagainya), kurang sopan;\n \n~ mengerti;\n~ pasti;\n~ percaya; \n5.\n tidak sempurna (terdapat kelemahan dan sebagainya), cacat, cela:\ncerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya;\n6.\n [Indonesia] ditolak, diambil:\nlima ~ satu tinggal empat;\n~\n \nadat\n tidak sopan;\n \n~ ajar \ntidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya;\n \n~ akal \na) bodoh;\n b) agak gila;\n \n~ asam \n[bahasa percakapan] kurang ajar;\n \n~ bahasa \ntidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya;\n \n~ beres \na) tidak berapa beres;\n b) agak gila sedikit;\n \n~ darah \npenyakit atau keadaan tubuh yang lemah disebabkan tidak cukup darah dalam tubuh;\n \n~ fikir \ntidak difikirkan (dikaji) betul-betul;\n \n~ hati \ntidak berminat;\n \n~ ingat \na) tidak berapa ingat;\n b) kurang hati-hati, kurang berjaga-jaga;\n \n~ jadi\n tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (berkenaan (dengan) pokok buah-buahan, padi, dan lain-lain);\n \n~ jantan \npengecut, penakut;\n \n~ lebih \n=\n lebih ~\n kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dan lain-lain);\n \n~ makan (minum, tidur, dan sebagainya) \ntidak cukup makan (minum, tidur, dan sebagainya);\n \n~ periksa \ntidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dan sebagainya);\n \n~ sara\n [Kelantan] agak gila sedikit;\n \n~ tenaga\na) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan;\n b) tidak cukup pekerja;\n \n~ terima (penerimaan) \ntidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang;\n \n~ umur\n belum cukup umur, belum mencapai umur yang ditentukan (untuk sesuatu);\n~ kerat, rengkuh yang lebih \n(peribahasa) usaha tiada seberapa, hanya cakap yang lebih;\n \n~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai \n(peribahasa) sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan bersama-sama (dengan bergotong-royong) supaya sempurna;\nkurang-kurang\n1.\n sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak:\n~ laku barang ini rugi besar nanti; \n2.\n sangat kurang, makin kurang:\n~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang;\nsekurang-kurangnya\n1.\n paling kurang, yang tersedikit, serendah-rendahnya:\nperbelanjaan yang diperlukan untuk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; \nkebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga;\n2.\n setidak-tidaknya:\nbagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi;\nberkurang\n menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut daripada sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit):\npada ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; \npenyakitnya ~ sesudah ia berehat;\nmengurang\n menjadi kurang (susut);\nmengurangi\n menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dan lain-lain), menyusuti:\nsebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti;\nmengurangkan\n1.\n menjadikan kurang, menyusuntukan, memotong (menjadikan sedikit):\nrancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yang menganggur; \nlangkah-langkah kesihatan telah diambil untuk ~ bahaya penyakit;\n2.\n memotong (mengambil, menolak) dari (sesuatu jumlah dan sebagainya):\nharganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai;\nterkurang\n kurang banyak (kuat, lama, dan lain-lain) daripada, tersedikit daripada:\ndaya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit daripada tarikan bumi di Honolulu, Hawai; \nsel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya daripada sel-sel darah merah;\nkekurangan\n1.\n tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yang diperlukan dan lain-lain:\nkerja-kerja yang dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; \nserba ~\n tidak cukup segala-galanya;\n2.\n perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi):\nkemiskinan bukan terbatas kepada ~ makanan dan kebendaan semata-mata; \n3.\n jumlah yang kurang atau yang menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dan lain-lain), baki:\nyang dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya;\n4.\n cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan:\nia manusia biasa yang mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; \nperhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dalam novel-novel Melayu;\nkekurang\u2026an\n perihal (keadaan) kurang \u2026: kekurangajaran, kekurangsenangan:\nberkekurangan\n mempunyai kekurangan:\nhidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga;\nperkurangan\n perihal berkurang;\npengurangan\n perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan:\n~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman;\npengurang\n [Indonesia] bilangan (angka) untuk mengurangi." "kurap I\npenyakit kulit berjangkit yang berupa tompok-tompok merah dan bulat dan gatal;\n \n~ anjing\n kurap yang terdapat pada anjing;\nberkurap\n1.\n mendapat (menghidap) penyakit kurap;\n2.\n [kiasan] cacat, buruk." "kurap II\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (herba), gelenggang, ketepeng, \nCassia alata." "kuras I\nhelaian kertas yang digunakan dalam percetakan buku dan dilipat-lipat serta dikerat menjadi beberapa muka." "kuras II\n[Jawa];\nmenguras\n membasuh (kolah dan lain-lain), mencuci (parit dan lain-lain) dengan mengalirkan air;\npengurasan\n perihal menguras." "kuras III\nsejenis tumbuhan (pokok), kapur, keladan, penak pasir, \nDryobalanops oblongifolia." "kurasani\nkersani." "kuratif\nmempunyai daya (kemampuan) untuk menyembuhkan (penyakit dan sebagainya), dapat atau menolong menyembuhkan (mengubati)." "kurator\n1.\n pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dan lain-lain yang muflis (jatuh bankrap);\n2.\n anggota jawatankuasa pengelola (universiti dan lain-lain);\n3.\n pengurus atau penyelenggara muzium:\n~ Muzium Negara." "kurau I\nsejenis ikan laut, \nPolynemus spp.;\n~ janggut\n sejenis ikan laut, senangin, \nEleutheronema tetradactylus;\n~ pipih\n sejenis ikan laut, \nPolynemus sextarius." "kurau II\nsejenis tumbuhan (pokok), berumbung, merumbung, riuh, tabah, tentulang, tulang, \nTimonius pendicularis." "kurau III\n[Kelantan];\nmengurau\n menconteng (dengan kapur dan lain-lain), menggaris." "kurawal\ntanda kurungan (kandungan), { }." "kurbal\npengumpil, alabangka." "kurcaci\n1.\n sejenis orang halus;\n2.\n [kiasan] (orang yang) suka mengacau (mengganggu);\n3.\n [Indonesia] pandu puteri (kecil)." "kurenah\n[Minangkabau] perangai;\nkerenah\n." "kuret\n(Perubatan) sejenis alat pembedahan seakan-akan sudu kecil yang digunakan untuk mengikis tisu atau sel mati, ketumbuhan dan sebagainya dari rongga tubuh." "kuria\n1.\n daerah, kampung yang menjadi asal bagi kampung lain, induk kampung;\n2.\n (daerah) persekutuan pemeluk agama Kristian Protestan (di tanah Batak dan lain-lain)." "kurik\nbintik-bintik, rintik-rintik;\nberkurik\n mempunyai bintik-bintik, berintik-rintik;\n \nayam ~\n ayam yang bulunya berbintik-bintik." "kurikulum\nskop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain-lain, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan lain-lain." "kurio\nbarang kecil yang aneh dan jarang-jarang ditemui, biasanya mempunyai nilai bagi pengumpul barang antik atau aneh." "kuripal\nsejenis tumbuhan (pokok), durian daun, durian hutan, \nDurio oxleyanus." "kuripan\n[arkaik];\nkapur ~\n kapur yang kering." "kurir\nutusan atau orang suruhan yang menyampaikan berita dan lain-lain dengan cepat." "kuririk\n[Minangkabau] sejenis cengkerik." "kuris\n[arkaik]\n1.\n gores;\n2.\n kudis." "kurium\nsejenis unsur logam yang radioaktif." "kurkum, kurkuma\n[arkaik] kunyit." "kurkun\nkerkum\n." "kurma I\nsejenis tumbuhan (palma) yang buahnya manis dan boleh dimakan, \nPhoenix dactylifera\n." "kurma II\n= gulai ~\n sejenis gulai yang dibuat daripada campuran rempah dan daging." "kurnia\n1.\n belas kasihan, timbang rasa, kasih:\njikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; \ndengan ~ Allah \ndengan kasih (Rahim) Allah;\n2.\n anugerah, pemberian (daripada Allah atau raja) sebagai tanda kasih:\nhidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sebagai ~ ayapan baginda;\nmengurniai\n menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dan lain-lain), menyatakan kasih kepada:\nmaka Tun Bija dengan segala kawannya semua dikurniai betara persalin; \nmanusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian;\nmengurniakan\n menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan):\nTuhan yang ~ ilmu kepada manusia; \nlalu dikurniakan oleh baginda wang yang sebanyak permintaan Pak Kaduk itu;\nkurniaan\n anugerah, kurnia:\n~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda;\npengurniaan\n perihal atau perbuatan mengurniakan:\nupacara ~ bintang-bintang kehormatan;\n pengurnia\n yang mengurniakan sesuatu:\nAllah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kepada sekalian hamba-Nya." "kurrat\n[Arab] cahaya." "kursani\nkersani." "kursemangat\n1.\n kembalilah semangat (seruan untuk menghilangkan rasa takut pada budak yang terperanjat dan lain-lain);\n2.\n [kata seru] kata untuk melahirkan perasaan hairan (terkejut, sayang, dan lain-lain):\n~, banyaknya!; \nkalau dilonggokkan orang sekarung intan sekalipun, ~, takkan kakak samakan dengan sayang kakak ini!" "kursi\n1.\n jawatan profesor di universiti:\nsuatu ~ pengajian komunikasi di UKM akan diwujudkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan para wartawan dan pengamal media; \nKetua Menteri Sarawak telah melancarkan K~ Kajian Dayak di Universiti Malaysia Sarawak;\n 2.\n [Indonesia] kerusi." "kursif\n[Indonesia-Belanda] = \ntulisan ~ \ntulisan yang huruf-hurufnya berangkai (bersambung) antara satu dengan lain, tulisan sambung (bersambung)." "kursor\n(Komputer) aksara yang digunakan sebagai penanda kedudukan semasa pada tabir paparan komputer (biasanya aksara bongkah berkelip-kelip)." "kursus\npelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dan sebagainya) yang diberikan dalam jangka masa yang agak singkat:\n~ penerbitan buku selama seminggu;\n~ tiga bulan dalam bidang pentadbiran;\n~ buta huruf \nkursus bagi orang dewasa yang tidak tahu menulis atau membaca;\n \n~ gaya pos \nsistem belajar secara persendirian yang panduan dan notanya diberikan oleh institusi yang berkenaan melalui perkhidmatan pos;\n \n~ haji \nkursus yang berkaitan dengan selok-belok ibadat haji bagi orang yang akan menunaikan fardu haji di Mekah;\n \n~ induksi \nkursus khas untuk memperkenalkan pekerja, pelajar dan sebagainya baru kepada persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dan sebagainya) yang baru sahaja dianggotai atau diceburinya;\n \n~ kilat \nkursus yang sangat singkat;\n \n~ perkahwinan \nkursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dari sudut pandangan Islam yang harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin;\n \n~ pertanian \nkursus mengenai pengetahuan bertani;\n \n~ politik \nkursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik;\nberkursus\n mengikuti (mengambil bahagian dalam) kursus;\n \n~ kepada\n [bahasa percakapan] belajar (berguru) kepada;\ndikursus\n [bahasa percakapan] diajar;\ndikursuskan\n [bahasa percakapan] diajarkan." "kuruh\n[Brunei] bunyi nafas orang yang berdengkur." "kurun\njangka waktu seratus tahun, abad:\norang Eropah mula sampai ke Melaka hampir lima ~ yang lampau;\n~ Masihi \nkurun yang mula dihitung sesudah lahirnya Nabi Isa;\n \n~ yang kesembilan belas \njangka waktu dari tahun 1801 hingga tahun 1900;\nberkurun-kurun\n beratus-ratus tahun, berabad-abad:\nadat yang sudah ~ dianuti tidak mudah dapat dihapuskan." "kurung I\n1. = kurungan\n sejenis kandang atau sangkar:\nRaden ini sedang membuat kurungan untuk binatang-binatang;\n2.\n = \nkurungan\n penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan:\ndia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dalam kurungan di penjara itu; \n3.\n = \ntanda ~\n = \n(tanda\n) \nkurungan\n tanda dalam tulisan yang berupa keluk atau garis melengkung dan lain-lain untuk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yang tertentu:\ndua kali jumlah x dengan y boleh ditulis dengan menggunakan kurungan menjadi 2(x + y);\n4.\n ruang yang berdinding, bilik (dalam perahu):\nmereka dibawa berjumpa nakhoda dalam ~ di haluan kapal;\n~ bajau \n= \n~ beranda \nsejenis bilik dalam kapal;\n \n~ batang\n [Jakarta] usungan mayat;\n \n~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah \nbeberapa bahagian (ruang) pada sejenis alat menangkap ikan;\nberkurung\n1.\n tinggal (berada) di dalam rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah):\ndia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; \nperintah ~ \nperintah (oleh kerajaan) yang mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dalam jangka waktu yang tertentu;\n2.\n memakai (berada dalam) tanda kurung (berkenaan (dengan) perkataan, nombor, dan lain-lain):\nkata yang ~ itu lebih baik dibuang sahaja; \n3.\n [Brunei] dibendung, diempang (air);\nmengurung\n1.\n menahan atau memasukkan ke dalam penjara dan lain-lain, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar):\nbeberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya dalam penjara; \norang tua-tua yang sering kali ~ anak gadis mereka;\n2.\n mengepung (mengelilingi) musuh dan lain-lain untuk menawannya (menyerangnya dan lain-lain);\n3.\n menulis (meletakkan) dalam tanda kurung (perkataan, nombor, dan lain-lain);\n4.\n [Brunei] membendung atau mengempang (air);\nterkurung\n terpenjara, terkongkong (dalam rumah dan lain-lain), tertutup (terlengkung) dalam ruang dan lain-lain, terkepung:\ngadis pemalu yang ~ dalam rumah sepanjang hari; \nparu-paru ~ di dalam suatu tempat yang tidak dapat ditembusi oleh udara;\n~ fahamnya \nsempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya;\nkurungan\n1.\n kandang (kambing dan lain-lain), sangkar (ayam dan lain-lain);\n2.\n bilik tempat menahan orang salah, penjara;\n3.\n pagar yang melingkungi;\n4.\n tanda kurung;\npengurungan\n perihal atau perbuatan mengurung." "kurung II\nbaju ~ \nsejenis baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dengan sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan\n: dia kelihatan ayu dengan ~ merah jambu itu." "kurus\n1.\n kurang berdaging (tubuh dan lain-lain), tidak gemuk atau gempal:\nkerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~;\n~ kekek\n [Kelantan] terlalu kurus;\n \n~ kering \nterlalu kurus;\n \n~ kesin \n[Kedah] kurus kering;\n2.\n tidak subur (tanah):\ntanah negeri itu sangat ~;\nmemperlihatkan ~ tidak berbaju \n(peribahasa) mendedahkan kemiskinan kita kepada orang;\nmengurus\n menjadi kurus, merana;\nmenguruskan\n menyebabkan kurus, membuat supaya kurus:\nkurang makan dan tidur boleh ~ badan;\nkekurusan\n1.\n perihal kurus;\n2.\n sangat kurus." "kuruyuk\n[Jakarta] berkokok (ayam)." "kus\nbunyi kucing (seperti bunyi mendengus);\ndekus." "kusa\nsejenis tongkat yang berhujungkan kait besi (untuk mengendalikan gajah), angkus, angkusa:\nmaka Raja pun naik di kepala gajah memegang ~ emas;\nmengusa\n mengendalikan (mengawal) gajah dengan kusa." "kusa-kusa\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput yang dijadikan makanan ternakan), \nEchinochola colona." "kusal\nmengusal\n menggosok-gosok dengan menggolek-golekkan benda yang bulat (seperti menggolek-golekkan tembakau yang bulat di mulut), menggolek-golekkan sesuatu di antara kedua-dua tapak tangan (untuk menjadikannya bulat)." "kusam\npudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram:\nsemua bintang itu ~ dan kumal; \nperempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yang ~ itu jadi berseri-seri pula; \npucat ~ \npucat lesi, sangat pucat;\nkekusaman\n keadaan (rupa dan sebagainya) yang tidak cerah (berseri-seri dan sebagainya), kepudaran, kesuraman:\ncat yang dulu bercahaya kini penuh ~\n." "kusambi\nkesambi." "kusat\n~-mesat\n sangat kusut;\nkusut I." "kusatom\nmolekul." "kusau\nkusut-~ \nsangat kusut (rambut);\nberkusau, berkusau-kusau\n kusut (rambut), tidak bersikat dengan rapi (rambut):\nsegumpal rambutnya berkusau-kusau di keningnya dan sehelai-helai terjuntai bergantung ke pipinya yang kusam." "kusi\npinang ~ \npinang yang tua dan kering, pinang kotai." "kusik\n[Minangkabau];\nberkusik\n bergerak (berkisar) sedikit." "kusin\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit-kunyit, berkunyit, \nTiliacora triandra." "kusir\npemandu (kereta, beca, dan lain-lain), sais:\nkereta kuda itu dihentikan oleh ~nya\n." "kusta\n= \npenyakit ~ \nsejenis penyakit yang merosakkan kulit atau daging dengan menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki." "kusti\nberkusti\n [sastera lama] bergusti, bergomol." "kusu I\nberkusu-kusu\n berduyun-duyun, berekor-ekor dengan berkelompok-kelompok (seperti penonton yang keluar beramai-ramai dari panggung wayang), berpusu-pusu:\njamuan sudah habis dan tetamu turun ~ dari rumah itu pulang ke rumah masing-masing." "kusu II\n[arkaik];\nberkusu-kusu\n berbisik-bisik." "kusu-kusu\nsejenis tumbuhan (rumput), akar wangi, naga (nara) setu, rumput wangi, \nVetiveria zizanioides." "kusuk\n[Minangkabau];\ndaun ~ \nsejenis daun yang digosokkan pada badan ketika mandi;\nberkusuk\n menggosok badan dengan daun ketika mandi;\nmengusuk\n menggosok." "kusum\nsejenis tumbuhan (pokok renek), cerek jantan, embalau (padang), hempedu beruang, serajat, sisik manik, \nBrucea amarissima (sumatrana); \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput cicih (minyak), rumput duduk, \nDaemonorhops calicarpus." "kusut I\n= berkusut\n1.\n bersimpul-simpul dengan tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (berkenaan (dengan) rambut, benang, dan lain-lain), tidak kemas atau bersikat rapi (berkenaan (dengan) rambut seseorang):\nrambutnya ~ kerana ditiup angin yang kencang;\n2.\n [kiasan] tidak terat" "kusut II\n[Minangkabau];\nmengusut\n menyiasat dengan teliti;\nusut II." "kusyen\nsejenis bantal atau tilam kecil yang digunakan sebagai alas kerusi dan lain-lain:\nsemua kerusi di bilik itu mempunyai ~ dan tempat bersandar;\nberkusyen\n memakai atau dibubuh kusyen, ada kusyennya:\nduduk di kerusi empuk ~." "KUSZA\nakronim bagi Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin." "kut\n[Kedah], [Pulau Pinang], [Perlis] agaknya, barangkali, kalau-kalau:\ndia tak datang ~." "kutaha\n[arkaik] [sastera lama] agaknya, rasanya, konon, -kah, -tah." "kutak\n[Minangkabau];\nmengutak\n menggoncang dengan kuat;\nmengutak-ngatikkan, memperkutak-katikkan\n1.\n mengharu-birukan, memporak-perandakan (negeri dan lain-lain);\n2.\n membuat sesuka hati terhadap orang lain, mempermainkan:\ndia berasa dirinya sudah cukup kaya dan sudah dapat ~ isi kampungnya; \nbetapa rakyat diperkutak-katikkan seperti anak lembu;\n= kotak-katik." "kutang\n= \nbaju ~\n1.\n baju dalam perempuan (untuk menutup susu), anak baju, coli;\n2.\n sejenis baju yang tidak berlengan atau pendek lengannya." "kutat\n[Jakarta];\n ~-kutet\n sibuk atau asyik memikirkan beberapa perkara atau masalah." "kuteri\n[arkaik] bilik tidur di kapal." "kutet I\n[Jakarta];\nberkutetan\n tidak mudah menyerah (mengaku kalah, berputus harap, dan lain-lain), giat berusaha supaya berjaya dan lain-lain." "kutet II\nkutat-~;\nkutat." "kuti I\nkuti-kuti\n [arkaik] suka menegur (mengkritik) perkara-perkara kecil;\nkutik." "kuti II\n[Minangkabau];\nmenguti\n mencarik (mengoyak) kecil-kecil." "kutik\nberkutik\n bergerak sedikit-sedikit:\nia terbaring, tubuhnya kaku, tidak ~ sedikit pun;\nmengutik-ngutik\n1.\n menyentuh-nyentuh (menggerak-gerakkan, mengusik-usik) dengan jari dan lain-lain;\n2.\n menyebut-nyebut atau mengambil tahu (sesuatu perkara, hal orang, dan lain-lain), suka mengkritik (kesalahan orang dan lain-lain);\n= gutik." "kutikel\n(Biologi) kulit ari." "kutil\nsejenis jerawat atau bintil kecil pada kulit;\nsekutil\n seketil, sangat sedikit;\nmengutil\n mengetil, mengotes, mengunggis, menggigit sedikit-sedikit." "kutilang\nsejenis burung;\nketilang." "kuting\n[arkaik];\nberkuting-kuting\n selalu menurut (tidak membantah)." "kutip\nmengutip\n \n1.\n memungut benda kecil-kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji):\n~ buah yang telah gugur; \nsetiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah;\n2.\n memetik (berita dan lain-lain), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (daripada sesuatu karangan, ucapan, dan lain-lain):\nClarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah;\n3.\n mengumpulkan sesuatu dengan mengambil daripada berbagai-bagai sumber:\n~ maklumat yang lengkap;\n~ derma;\nkutipan\n1.\n pungutan (derma dan lain-lain):\nwang ~; \n2.\n petikan (karangan, cerita, dan lain-lain):\n~ beberapa fasal daripada undang-undang hukum pidana;\npengutipan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengutip;\npengutip\n orang yang mengutip, pemungut:\n~ derma." "kutir\n[Kelantan];\nmengutir\n mengutil, mengetil, mencubit." "kutis\nmengutis\n mencubit (kuih dan lain-lain) sedikit-sedikit, mengopek sedikit-sedikit dengan kuku (kuping kudis dan lain-lain)." "kutlet\npotongan daging atau ikan yang biasanya dimasak dengan cara memanggang atau menggorengnya." "kutu I\nsejenis binatang halus (yang terdapat pada rambut manusia, bulu binatang, dan lain-lain);\n jenis-jenis:\n~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala,\n dan lain-lain;\n~ air\n sejenis penyakit yang menyebabkan jari kaki gatal-gatal;\n \n~ embun\n orang yang suka merayau-rayau dengan tidak menentu pada malam hari;\n \n~ jalan \norang yang suka merayau-rayau di jalan dengan tidak menentu;\n \n~ rayau \norang yang suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan;\n \nsudah mati ~ \n[bahasa percakapan] sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu;\n(bagai) mencari ~ dalam ijuk \n(peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang mustahil berhasil;\n \ndi mana ~ makan kalau tidak di kepala\n (peribahasa) sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin pada yang kaya;\n \nibarat ~ boleh diselisik\n (peribahasa) sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga;\n \npantang ~ dicukur, pantang manusia dihina\n (peribahasa) tidak ada orang yang mahu dihina;\nberkutu\n1.\n mempunyai kutu:\nrambutnya ~;\n2. = berkutu-kutu\n mencari kutu di kepala (dengan menyebak-nyebak rambut):\nlihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dengan segala dayang;\nberkutu-kutuan\n saling menyelisik kepala (untuk mencari kutu);\nmengutui\n mencari kutu (di kepala dan lain-lain)." "kutu II\n1.\n [arkaik] sejenis perkumpulan perniagaan;\n2.\n sejenis usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yang mendapatnya dengan cara mengundi, sinoman, arisan;\nberkutu\n berkumpul, bersyarikat, bersekutu;\nsekutu." "kutub I\n1.\n hujung paksi atau gandar (bumi dan lain-lain);\n2.\n (Fizik) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif;\n3.\n (Fizik) pengalir atau litar yang membawa arus masuk;\n~ bumi \nbahagian di utara dan selatan bumi pada kedua-dua hujung paksi bumi;\n \nK~ Janubi \n= \nK~ Selatan \nkutub di selatan bumi;\n \n~ magnet \nkedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yang paling kuat kuasa penariknya;\n \n~ negatif \n(Fizik) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yang menerima arus, dengan simbol (-);\n \n~ positif \n(Fizik) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yang mengeluarkan, arus dengan simbol (+);\n \nK~ Syamali\n = \nK~ Utara\n kutub di utara bumi;\n \nbintang ~ \nbintang yang kelihatan di atas kutub bumi;\nberkutub\n ada kutubnya (berkenaan (dengan) sel dan lain-lain);\nkekutuban\n (Fizik) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif;\npengutuban\n1.\n (Fizik) proses yang menyebabkan cas positif dan cas negatif dalam sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dalam medan elektrik;\n2.\n (Kimia) perubahan kimia yang berlaku dalam sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering." "kutub II\nburung ~\n sejenis burung, burung tanau, \nMegalaima zeylanicus hodgsoni." "kutubkhanah\nbangunan (bilik dan lain-lain) tempat menyimpan buku dan lain-lain untuk bacaan umum, perpustakaan." "kutuk I\n1.\n perkataan (sumpah) yang mendatangkan kecelakaan, laknat:\ntidak guna hidup kena ~ orang sahaja;\n2.\n = \nterkutuk\n ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji:\nia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi;\nke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja \n(peribahasa) kalau melanggar perjanjian atau keputusan yang telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya;\nmengutuk\n1.\n menyumpah, melaknat:\nperbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan;\n2.\n mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dan lain-lain), menistai:\nKamallah yang harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; \nMajlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut;\nterkutuk\n (yang) dikutuk, dilaknat, keji (hina, cela, dan lain-lain):\nperbuatan yang ~;" "kutuk II\nsukatan beras yang sama (banyaknya) dengan empat genggam;\n \nse~ beras basah\n (peribahasa) tidak ada faedahnya." "kutukan\nsumpah (makian, cerca, nista), laknat (dari Tuhan):\nkalau saya memungkiri janji saya, maka saya akan menerima ~ Tuhan;\n keterkutukan\n keadaan terkutuk;\npengutukan\n perihal (perbuatan, tindakan, dan sebagainya) mengutuk (mengeji, mencela, dan lain-lain):\nParti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya;\n pengutuk\n pihak atau orang yang mengutuk." "kutur\n[Terengganu] sejenis burung bangau." "kuud\n[Arab] duduk." "kuwuk\n[Jakarta];\nkucing ~ \nkucing yang besar yang makan anak ayam dan lain-lain." "kuwung\npelangi." "kuya I\nkeria I" "kuya II\n(Sunda) sejenis kura-kura kecil, baning." "kuyu\n1.\n tidak berseri, muram, suram (muka);\n2.\n = \nmata ~ \ntertutup sedikit, hampir-hampir pejam (mata):\nmatanya yang tadi ~ dan mengantuk kini cerah semula;\n3.\n = \nhati ~ \nsedih, dukacita, sayu;\n4.\n [Minangkabau] penakut, pengecut;\nkekuyuan\n menjadi kuyu:\nmatanya ~." "kuyuh\n[Minangkabau] kencing;\nmenguyuhi\n mengencingi." "kuyuk\n[arkaik] (kata untuk memanggil) anjing." "kuyung\nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea eximia." "kuyup\n= \nbasah ~\n basah sama sekali, sangat basah:\nbasah ~ kena hujan." "kw\n[kependekan] kilowatt." "Kwijau\nsuku kaum peribumi Sabah dalam rumpun kaum Kadazan Dusun, yang kebanyakannya tinggal di daerah Bingkor, Apin-Apin dan Keningau, dan kegiatan utama ialah bertani." "kwj\n[kependekan] kilowatt-jam." "Kwongsai\nsuku kaum Cina yang berasal dari daerah Kwangsi, selatan China, dan tinggal di merata tempat di dunia." "KWSP\n[kependekan] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja." "l I\nhuruf ke-12 abjad Rumi." "l II\n[kependekan] liter (ukuran isi barang cair dan lain-lain)." "la bud, la budda\n[Arab] tidak salah lagi, pasti, tentu;\n \n~ pada akal\n boleh dipercayai." "la I\n[Kedah], [Kelantan], [bahasa percakapan] sekarang;\n \n~ ni \nsekarang ini." "la II\n[bahasa percakapan] lah:\ndia belum sampai lagi ~." "la III\n[bahasa percakapan] kata untuk menyatakan kehairanan:\n~ mengapa tak datang tadi?\nLa\n simbol kimia bagi lantanum." "laal\n[Arab] sejenis permata yang merah warnanya." "LAAPLN\n[Indonesia] [kependekan] Lembaga Alat-Alat Pembayaran Luar Negeri." "laba\n1.\n keuntungan (daripada perniagaan, perdagangan, pelaburan, dan lain-lain):\nperniagaan yang diusahakannya itu menghasilkan ~ yang berlipat ganda; \n2.\n faedah, guna, kebaikan:\napa ~nya kita bertengkar ini?~ modal \n(Ekonomi) keuntungan yang diperoleh daripada wang yang dilaburkan dalam sesuatu perniagaan (saham dan sebagainya) hasil daripada kenaikan harga;\n \n~ rugi \na) untung rugi;\n b) baik buruk;\n \n(pajak) ~ perang\n [Indonesia] (cukai yang dikenakan atas) keuntungan yang diperoleh dalam masa perang;\n~ sama dibagi, rugi sama diterjuni \n(peribahasa) bersahabat (bermuafakat) sehidup semati;\n \nbelum tahu akan ~ rugi \n(peribahasa) belum tahu akan baik buruk sesuatu hal;\n \nkalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang \n(peribahasa) berdiam diri sahaja sewaktu dalam kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dalam kesusahan;\n \nmengaut ~ dengan siku \n(peribahasa) orang yang selalu mencari keuntungan yang banyak;\nberlaba\n1.\n mendapat atau beroleh laba (keuntungan):\ndia ~ berlipat ganda daripada perniagaannya; \n2.\n menghasilkan (mendatangkan) keuntungan:\nperniagaan yang diurusnya itu tidak ~ sedikit pun;\nmelabakan, melabai\n menghasilkan (mendatangkan) keuntungan kepada, menguntungkan:\nrancangan itu hanya akan ~ beberapa orang yang telah sedia kaya." "labah-labah\nsjserangga berkaki lapan yang membuat sarang dengan menyirat benang yang keluar daripada badannya (dan sarang ini dapat memerangkap mangsanya);\n jenis-jenisnya:\n~ beruk, ~ lotong, \ndan lain-lain;\nakal ~ \nki pandai menipu orang;\n \nsebesar ~ \nki pandai menyembunyikan kejahatan (tipu daya);\nakal ~, di gua buruk suka merakut \n(peribahasa) orang jahat yang suka menipu orang;\n \nberkelahi seperti ~ dalam gelas \n(peribahasa) perkelahian hebat di tempat yang sempit;\n \nseperti ~ cinta kepada telurnya \n(peribahasa) kasih sayang atau cinta yang mendalam sekali." "labak I\nkelabakan\n [Jakarta]\n1.\n menggelepar-gelepar (seperti ayam yang disembelih);\n2.\n kebingungan (seperti orang dalam kesusahan)." "labak II\nsejenis ikan laut." "labang I\n= \npekak ~ \nkurang pendengaran, agak pekak." "labang II\nmelabang\n [sastera lama] berjalan tidak tentu hala:\n~lah puteri itu masuk hutan, keluar hutan, masuk padang, keluar padang." "labang III\n[Minangkabau];\nmelabang\n menempa (menitik) logam hingga menjadi lebar." "labang IV\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), hempedu tanah, lempedu tanah, mempedu tanah, \nCuranga felterrae (Curanga amara)." "labas\n[arkaik] habis semuanya, tidak berbaki atau tidak bersisa." "labbaika\n[Arab];\nAllahumma ~ \nya Allah, inilah aku (hamba-Mu)." "label\nkepingan kecil kertas (kad dan lain-lain) yang dilekatkan atau ditampalkan pada sesuatu (seperti botol, beg, dan lain-lain) untuk memberikan sedikit keterangan (mis nama, jenis, kandungan, harga, dan lain-lain);\nberlabel\n mempunyai label:\nbotol itu tidak ~;\nmelabel\n1.\n memberi (mengenakan) label pada sesuatu:\nsemua barang yang dijual perlu dilabel; \n2.\n [kiasan] mengecap seseorang sebagai (mempunyai sesuatu sifat yang tidak baik seperti jahat, suka menipu, dan sebagainya):\n~ seseorang sebagai pengkhianat;\n pelabelan\n perbuatan membubuh label pada sesuatu (barangan, tulisan, dan lain-lain):\nundang-undang ~ di sektor swasta." "laberang\ntali-temali kapal (perahu) untuk menguatkan tiang." "labi-labi\nsejenis kura-kura, dedari, \nTrionyx cartilagineus." "labial\n(Linguistik)\n1.\n = \nbunyi ~\n bunyi ujaran yang dihasilkan dengan pergerakan bibir, misalnya /p/, /v/, /b/, /m/;\n2.\n dihasilkan dengan penutupan bibir sama ada penuh atau separa (berkenaan (dengan) bunyi)." "labil\n[Indonesia-Belanda] tidak tetap, mudah berubah (goyang dan lain-lain)." "labiodental\n(Linguistik) dihasilkan dengan pergerakan bibir bawah dan gigi atas, misalnya bunyi /f/ dan /v/ (berkenaan (dengan) bunyi ujaran):\nbunyi ~." "labiovelar\n(Linguistik) dihasilkan dengan bibir dan lelangit lembut, misalnya bunyi /w/ (berkenaan (dengan) bunyi ujaran):\nbunyi ~." "labirin\n(Perubatan) bahagian dalam telinga yang mengandungi koklea dan saluran-saluran separuh bulat." "laboran\n[Indonesia-Belanda] orang (ahli kimia) yang bekerja di makmal." "laboratorium\n[Indonesia-Belanda] makmal." "labradorit\n(Geologi) sejenis mineral feldspar berwarna hijau, biru atau perang kemerah-merahan yang biasanya digunakan sebagai batu hiasan." "labrak\n[Indonesia] ;\nmelabrak\n1.\n memukuli, menghentam;\n2.\n menyerang hebat (musuh);\n3.\n [kiasan] mengata-ngatai, mencela, mengecam;\nlabrakan\n1.\n pukulan, hentaman;\n2.\n serangan (dengan senjata);\n3.\n celaan, kecaman." "labu\n1.\n sejenis tumbuhan (herba memanjat) dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga;\n \n~ air \n= \n~ putih \nsejenis tumbuhan (herba memanjat), \nLagenaria leucantha;\n~ air hutan \n= \nakar ~ air \nsejenis tumbuhan (herba memanjat), akar timun gagak, belistur, daun jari buaya, ketimun, pendendang gagak, \nTrichosanthes wallichiana;\n~ ambun \n= \n~ merah \n= \n~ parang \nsejenis tumbuhan (herba memanjat), \nCucurbita moschata;\n~ besar \nsejenis tumbuhan (herba memanjat), \nCucurbita maxima;\n~ manis \nsejenis tumbuhan (herba memanjat), \nCucurbita pepo; \n2.\n = \nlabu-labu\n a) sejenis buyung, bekas air, kendi;\n b) benda bulat perhiasan puncak masjid dan lain-lain;\n c) [Indonesia] bakul bulat yang digantung pada tiang di pelabuhan (untuk menandakan kapal sudah boleh masuk);\n3.\n [Indonesia] sejenis botol yang besar bulat (berbagai-bagai jenis dan gunanya);\n~ tanah \nsejenis kendi yang dibuat daripada tanah;\n \nmak ~ \nperempuan yang mengandung;\n \n~ dikerbuk tikus \n(peribahasa) gadis yang sudah dinodai (tidak dara lagi);\nmelabu\n1.\n seperti labu bentuknya (berkenaan (dengan) perut), gendut, buncit;\n2.\n menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dengan labu;\n3.\n = \nmemperlabu\n mempermain-mainkan dengan kata-kata yang manis, memperolok-olokkan, memperdayakan." "labuci\nkepingan kecil yang bercahaya (berkilauan) dan biasanya digunakan sebagai perhiasan pada pakaian (baju, selendang, dan lain-lain), jemeki;\nberlabuci\n berhias labuci, berjemeki:\nbaju penyanyi itu ~." "labuh I\n1.\n turun atau tergantung ke bawah (berkenaan (dengan) kelambu, sauh, tirai, dan lain-lain):\nkainnya ~ hingga menyapu lantai; \ntauke yang berperut ~ itu duduk menyandar di kerusi malas; \n2.\n panjang ke bawah atau lebih panjang ke bawah daripada yang biasanya atau seharusnya:\npakaian ~ seperti jubah dan gaun panjang; \nkebaya ~; \ndia memakai seluar yang ~ dan longgar;\n3.\n penjodoh bilangan untuk tirai:\ntirai se~;\n berlabuh\n1.\n tergantung atau panjang ke bawah (berkenaan (dengan) tirai, kelambu, dan lain-lain);\n2.\n berhenti atau singgah (berkenaan (dengan) kapal, perahu, dan lain-lain):\nsetelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pada orang kapal itu;\nmelabuh\n1.\n menurunkan sauh (kapal dan lain-lain):\nmasa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput; \n2.\n [Minangkabau] beranak (berkenaan (dengan) kerbau, lembu);\nmelabuhkan\n1.\n menjatuhkan atau menurunkan (kelambu, tirai, dan lain-lain), memanjangkan (pakaian):\nsetelah baginda naik ke pelaminan maka tirai kelambu pun dilabuhkan oranglah; \nTun Hassan Temenggung yang pertama ~ baju Melayu; \ndia ~ skirtnya; \n2.\n menghentikan (kapal, perahu, dan lain-lain):\ndilayarkannya juga Bulang Linggi itu hingga sampai ke Betangan bertentangan dengan istana baginda itu barulah dilabuhkan;\n~ kapalnya berhampiran dengan pantai; \n3.\n mencampakkan atau membuangkan ke air (laut dan lain-lain);\n~ orang \nmencampakkan orang ke laut;\n \n~ pancing \nmembuangkan pancing ke air;\n \n~ sauh \nmenurunkan sauh, melabuh;\n4.\n meletakkan:\ndia terus berlari ~ punggungnya di atas rumput yang menghijau itu;\n \n~ hukum \n[Indonesia] menjatuhkan hukuman (dalam perbicaraan);\npelabuhan\n tempat kapal berlabuh, persinggahan kapal, pangkalan kapal:\nsasaran yang pertama ialah kapal-kapal yang berlabuh di ~ Brunei;\n~ alam \npelabuhan yang kedudukan dan keadaan semula jadinya elok;\n \n~ bebas \npelabuhan yang tidak mencukai barang yang keluar masuk;\n \n~ udara \n[Indonesia] padang kapal terbang, lapangan terbang." "labuh II\n[Kedah] memukul dengan tangan, tabuh." "labun\nberlabun, berlabun-labun\n berbual-bual, berborak-borak, bercakap-cakap;\npelabun\n orang yang suka berlabun." "labur I\nmelabur\n menyapu dengan kapur, mengapur (tembok dan lain-lain):\nmaka dilaburnya dengan kapur gemerlapan cahayanya seperti kapas terbusur." "labur II\nmelabur\n \n1.\n membekalkan makanan (wang, modal, dan lain-lain) kepada pekerja dan lain-lain;\n2.\n = meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah wang untuk sesuatu usaha (seperti pengeluaran barang, perniagaan, dan sebagainya) dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan, menanam modal:\nrakyat bumiputera diseru melabur dalam Amanah Saham Nasional;\nmelaburkan\n meletakkan (wang) sebagai modal (untuk perniagaan dan lain-lain):\n dia ~ sebahagian besar wangnya dalam syarikat itu;\npelaburan\n1.\n jumlah wang (modal dan sebagainya) yang dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga dan sebagainya, penanaman modal;\n2.\n sesuatu yang dibeli dan sebagainya dengan harapan akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda, penanaman modal:\npembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yang menguntungkan;\npelabur\n1.\n orang yang melabur (menanam modal);\n2.\n bekalan makanan (wang dan lain-lain);\n~ asing \nindividu atau syarikat dari luar negara yang melaburkan modalnya dalam sesuatu perniagaan dan sebagainya;\n \n~ institusi \n(Ekonomi) institusi atau organisasi yang mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai untuk tujuan pelaburan secara besar-besaran dalam pasaran saham dan sebagainya;\n \n~ runcit \n(Ekonomi) pelabur individu yang jumlah pelaburannya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dan sebagainya);\n ~ habis Palembang tak alah \n(peribahasa) perbuatan yang sia-sia." "labur III\nkelaburan\n [arkaik] lubang (untuk menangkap binatang)." "labut I\npatut, layak, sesuai:\ntidak ~lah buat begitu." "labut II\n[Kelantan] biasanya, lazimnya." "lacak I\nmelacak, belacak\n terlalu banyak hingga berlebih daripada yang sepatutnya (barang dagangan dan lain-lain), terdapat di merata-rata tempat." "lacak II\nmelacak\n meluncur, tidak mengait (sauh dan lain-lain)." "lacat\n[Kelantan] suka bercakap-cakap, banyak mulut." "laci\nbekas seperti kotak yang boleh disorong tarik pada meja dan lain-lain, anak meja;\nberlaci\n mempunyai laci:\nalmari ~." "lacuan\n[arkaik] \nlokcuan." "lacur\n1.\n tidak jadi, gagal, malang, sial;\n2.\n buruk laku, sundal (perempuan);\n \napa ~ \napa boleh buat;\n \nperempuan ~ \nperempuan jalang, perempuan sundal;\nmelacur\n mencari nafkah dengan melibatkan diri dalam perhubungan kelamin secara haram, menyundal, menjual (kehormatan) diri:\ndia ~ atas desakan hidup;\nmelacurkan; \n~ diri \nmelacur, menyundalkan diri:\nperempuan itu ~ dirinya sejak lima tahun yang lalu;\npelacuran\n perihal (perbuatan) melacurkan atau menjual diri, persundalan:\ndia terjun ke dalam dunia ~ yang dia sendiri memang amat takut;\npelacur\n perempuan sundal (yang melacurkan diri), perempuan jalang;\n \n~\n \nterhormat \npelacur daripada kalangan orang yang tinggi taraf kedudukannya dalam masyarakat (biasanya tidak diketahui umum)." "lacut\n[Minangkabau];\nmelacut\n memukul (dengan cemeti, rotan, dan lain-lain), menyebat;\n= lecut\n." "lada\n1.\n sejenis tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dengan rempah);\n \n~ benggala \nlada yang berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yang mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sebagai salad atau sayur;\n ~ berekor \nsejenis tumbuhan (herba), kemukus, \nPiper cubeba;\n~ hitam \nlada yang kulitnya tidak dibuang, \nPiper nigrum;\n~ payung \nsejenis tumbuhan (herba), cabai jawa,\n Piper retrofactum;\n~ rimba \nsejenis tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, \nPiper ribesioides;\n~ sulah \n=\n ~ putih \nlada yang telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica,\n Piper nigrum;\n2.\n sejenis tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok;\n \n~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka \n[Kedah] = \n~ padi \n[Indonesia] sejenis tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, \nCapsicum frutescens;\n~ besar = ~ congcang = ~ merah \nsejenis tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, \nCapsicum annuum;\n~ kering \ncabai merah yang telah dikeringkan, cili kering, cabai kering;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok renek);\n \n~ pahit \nsejenis tumbuhan, melada pahit, embalau, \nBrucea amarissima; \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan, akar berangan, \nDalbergia parviflora;\n~ api (padi, kutuk) \nki orang yang berbadan kecil tetapi berani;\n4.\n [bahasa percakapan] menggosokkan cili pada mulut dan sebagainya seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yang telah dicakapkannya dan sebagainya), cabai, cili:\njangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu;\nbelum tahu dipedas ~ \n(peribahasa) belum banyak pengalaman (masih mentah);\n \nburung terbang dipipiskan ~ \n(peribahasa) sudah bersedia untuk mengharapkan hasil yang belum diperoleh;\n \nkecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung \n(peribahasa) biar kecil tetapi berani daripada besar tetapi penakut;\n \nsiapa makan ~ dialah berasa pedas \n(peribahasa) orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya;\nberlada\n dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili:\nkuah ~;\nmeladai\n membubuh lada pada (gulai dan lain-lain)." "lada-lada\nsejenis tumbuhan (pokok), \nTabernaemonfata penduncularis." "ladah\n[Minangkabau] jijik, kotor." "ladaian\nsejenis alat penangkap ikan, bubu." "ladam\n1.\n besi lapik kaki kuda, besi tapak kuda;\n2.\n = \n~ kasut \nsejenis besi yang dipasangkan pada tapak kasut untuk menghasilkan bunyi sewaktu berjalan;\nberladam\n1.\n mempunyai ladam (kuda):\ntapak kaki kuda itu tidak ~; \n2.\n berpasang ladam (berkenaan (dengan) kasut):\nkasut baharunya ~;\nmeladamkan\n memasang ladam (pada tapak kaki kuda, pada tapak kasut):\n~ kasut." "ladan\nminyak ~ \nsejenis minyak (perekat) yang dibuat daripada sejenis damar;\n \nsetanggi ~ \ncolok Cina." "ladang\n1.\n kawasan yang ditanami (padi, ubi, jagung, dan lain-lain) dengan tidak diairi, huma, tegal;\n \n~ padi \nhuma;\n \n~ tinggal \nladang yang tidak diusahakan lagi;\n2.\n kebun yang luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dan lain-lain):\nsebuah ~ getah luasnya 800 ekar;\n~ yang berpunya \n(peribahasa) perempuan yang sudah berkahwin;\n \nlain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya \n(peribahasa) tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya;\n \nmerentak di ~ orang \n(peribahasa) bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu;\nberladang\n membuat (membuka, mengusahakan, memiliki) ladang:\n~ , bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya;\n~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong \n(peribahasa) kemiskinan yang amat sangat;\nmemperladang, memperladangkan\n membuka tanah untuk membuat ladang, menjadikan ladang:\nkawasan hutan yang diperladang orang makin bertambah;\nperladangan\n1.\n kawasan (tempat) orang berladang:\n~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; \n2.\n perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang;\npeladang\n orang yang menyelenggarakan ladang, petani:\nmaka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak." "laden\n[Jawa];\nmeladeni\n1.\n melayani, mempedulikan:\nsangatlah sibuk pedagang-pedagang itu ~ pembeli; \n2.\n membalas (menyahut, menerima, mengendahkan) ajakan (serangan dan lain-lain):\nia berasa dirinya terlalu agung untuk ~ ejekan dan cemuhan itu;\nladenan\n layanan;\npeladenan\n perihal meladeni (melayani), pelayanan;\npeladen\n orang yang meladeni, pelayan." "ladengklerek\n[Indonesia-Belanda] orang yang menjaga muatan kapal." "ladi\norang ~ \nbangsa sakai (yang juga bererti pengiring)." "ladih\n= dadih." "lading I\nparang ~ \nsejenis parang yang lebar dan melengkung di tengah-tengah;\n~ tajam sebelah \n(peribahasa) orang yang mahu menerima sahaja tetapi tidak mahu memberi;\n \n~ tak tahu akan majalnya \n(peribahasa) orang yang tidak insaf akan keadaan dirinya;\n \nbelakang (punggung) ~ kalau diasah lama-lama tajam juga \n(peribahasa) orang bodoh kalau diajar dengan baik akan menjadi pandai juga;\n \nmencencangkan ~ patah \n(peribahasa) berbangga dengan sesuatu yang tidak ada harganya (yang telah hilang harganya);\n \nmemakuk dengan belakang (punggung) ~\n (peribahasa) membuat permintaan atau pertanyaan yang menyakiti hati orang." "lading II\nperahu ~ \nsejenis perahu kecil yang panjang bentuknya (dibuat daripada sebatang kayu)." "lading III\n[Indonesia-Belanda] muatan kapal." "ladu I\n[Jawa] tanah (pasir, lumpur) daripada gunung berapi." "ladu II\nkuih ~ \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras." "ladung I\ntidak meleleh atau mengalir (seperti embun di atas daun dan lain-lain), bertakung;\nberladung\n dipenuhi oleh (air mata dan lain-lain), dibasahi;\n \nbunga ~ si air mata \nbunga dibasahi (disirami) oleh air mata;\nberladungan\n (dalam) keadaan berladung:\nkedua-dua kelopak matanya ~ dengan air mata;\nmeladungkan\n [arkaik] menyiram, menjirus." "ladung II\nbatu ~ \ntimah untuk pemberat kail dan lain-lain, batu ajuk;\n \n~ bandul \npemberat bandul (supaya tetap ayunannya);\nbatu." "laduni\n[Arab] \nilmu ~ \nilmu mengenal nama dan sifat Allah yang dianugerahkan-Nya kepada hamba-Nya." "lafaz\n[Arab]\n1.\n bunyi perkataan yang disebut atau yang diucapkan dengan baik, sebutan atau ucapan yang baik:\nhendaklah kita memberi salam kepada orang yang kita temui sekurang-kurang ~nya assalamualaikum; \n2.\n kata-kata yang disebut (diucap atau ditulis):\nmaka berkenanlah ~ surat itu kepada Sultan Muzaffar Shah;\nberlafaz\n dilafazkan, diucapkan:\nniat di hati yang tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa;\n melafazkan\n mengucapkan (kata, perkataan, doa, dan lain-lain):\nbeta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pada petang ini;\npelafazan\n perihal (proses) melafazkan." "laga I\n1.\n adu atau sabung (binatang seperti lembu, ayam, dan lain-lain), perkelahian:\nbiar lambat ~ asal menang; \nayam ~; \nkerbau ~; \n2.\n langgar, hantuk;\nberlaga\n1.\n bersabung (lembu, ayam, dan lain-lain), berkelahi, bergaduh:\nmaka kedua-dua ayam itu pun ~lah; \n2.\n berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dan lain-lain), berhantukan:\nbunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran;\nberlagaan, berlaga-lagaan\n saling berlaga:\nmata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri;\nmelaga\n1.\n menyabung (lembu, ayam, dan lain-lain), mengadu;\n2.\n menghantuk, melanggar;\nmelagakan\n1.\n membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dan lain-lain), melanggarkan, menghantukkan:\ndia sengaja ~ keretanya pada tembok itu; \n2.\n membuat supaya dua orang sahabat dan sebagainya berkelahi (dengan cara menghasut, membuat fitnah, dan sebagainya), mengadudombakan:\ndia suka ~ kawan-kawannya sendiri;\nmelaga-lagakan\n1.\n melagakan (melanggarkan dan sebagainya) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan:\nseketika ia ~ kepalanya ke dinding seperti orang gila;\n2\n. mengadu domba:\nmereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup;\nmemperlagakan\n membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dan lain-lain), menyabungkan, mengadukan;\nperlagaan\n perihal berlaga (binatang, kereta, dan lain-lain), pergaduhan, perkelahian:\nnegeri Kelantan termasyhur dengan temasya ~ lembu dan kerbau;\npelaga\n1.\n binatang dan lain-lain yang berlaga atau dilagakan;\n \nayam (ikan) ~\n ayam (ikan) untuk berlaga;\n2.\n suka berlaga (berbantah, berkelahi, dan lain-lain)." "laga II\n[Jawa];\nberlaga\n memegahkan (meninggikan) diri sendiri, takbur;\nlaga-lagaan\n bermegah-megah, berperasaan besar diri;\nlagak." "laga III\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), kembal benang, rengas api selemah, \nMelanochyla tomentosa." "lagah\n[arkaik] \nlaguh." "lagak\n1.\n gaya atau pembawaan (yang menunjukkan keangkuhan, kesombongan, dan lain-lain), tingkah laku dan tutur kata (yang menunjukkan kesombongan:\n~nya seperti orang kaya; \n2.\n gaya, tingkah laku:\nia menangis ~ anak yang dipukuli ibunya;\n~ bahasa \ngaya bahasa (kata dan pengucapannya);\n \n~ lagam \nark, \n~ lagu \npembawaan dan tutur bahasa;\nberlagak\n1.\n berperasaan besar diri, bersikap angkuh:\norang Wan Umar telah ~ sombong dengan kemewahan wang yang didapati daripada Kapitan Cina;\n~ seperti orang besar; \n2.\n melakukan diri seperti, berlaku spt:\ndia ~ tidak tahu;\n~ bodoh;\nmelagak\n1.\n membuat diri seperti, berlagak:\nRashid sewaktu-waktu masih ~ seperti Jepun; \n2.\n membuat orang lain berasa takut, menakut-nakuti, menggertak:\npegawai itu tiada lain hanya hendak ~ orang miskin itu;\nmelagakkan\n memperlihatkan kesombongan, menyombongkan:\ntiada sesuatu yang hendak dilagakkan;\npelagak\n1.\n orang yang suka berlagak;\n2.\n [arkaik] barang pakaian untuk berhias." "lagam I\n[arkaik] kekang atau kang kuda." "lagam II\n[arkaik] gaya, cara, lagu, ragam." "lagan I\n[Indonesia] sejenis tumbuhan (pokok), \nDipterocarpus spp." "lagan II\n[Indonesia] alat perkakas makan." "lagang\nmelagang, melagangkan\n memulai menganyam (menenun, membuat kerja, dan lain-lain), menaja." "lagas\n[Brunei];\n melagas\n luas dan lapang (kawasan yang ditebas)." "lagau\n[Brunei];\nmelagau\n1.\n memanggil;\n2.\n mengundang atau menjemput seseorang ke majlis." "lagi\n1.\n tambahan kepada yang sedia ada:\nlima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; \nmusim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; \n2.\n masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dan lain-lain):\nadapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; \nsekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; \n3.\n dan, serta, tambahan pula:\ndia hartawan ~ dermawan; \n4.\n (balik) semula, pula:\njanganlah ~ dicari Hamzah di dunia ini; \n5.\n lebih (baik, elok, dan lain-lain):\nmati ~ bagus; \n6.\n kata yang digunakan untuk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya:\nsekaranglah kita amuk, bila ~!; \nbilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yang jahil;\n~ pula \ndan lagi, lebih-lebih, tambahan pula;\nselagi\n1.\n selama atau sementara (belum dan lain-lain):\n~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi; \n2.\n pada masa atau ketika:\n~ ayah tidur janganlah kamu bising;\nlagi-lagi\n1.\n sentiasa, asyik, balik-balik:\n~ hendak meminjam; \ntak ada kerja lain, ~ main; \n2.\n bertambah-tambah lagi, makin bertambah:\nkalau ia tinggal bersama ayah, ~ ayah berselisih faham dengannya;\nlagikan\n [arkaik] [sastera lama] sedangkan, salangkan, namun:\nsaya yang lebih rapat dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya;\n lagipun\n lagi pula." "lagonder\n[Indonesia-Belanda] askar berkuda." "lagu\n1.\n irama suara (dalam bacaan, nyanyian, percakapan, dan lain-lain):\n~ bacaan qari dan qariah pada malam itu merawankan hati pendengar;\n2.\n gubahan muzik biasanya dengan seni kata, nyanyian:\nmemperdengarkan sebuah ~ yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal;\n~ suka ramai; \n3.\n langgam atau corak irama (muzik dan lain-lain):\n~ Melayu asli;\n~ keroncong; \n4.\n cara, gaya, macam, kaedah:\npakaian ~ ini saya tidak suka memakainya;\n~ ini (itu) \ncara ini (itu);\n~ instrumental \nlagu yang dipersembahkan dengan alat-alat muzik sahaja;\n ~ kebangsaan \nlagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kepada umum dalam upacara atau peristiwa tertentu);\n \n~ lama \nperkara lama (yang sudah basi);\n~ patriotik \nlagu yang seni katanya dan sebagainya menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kepada negara;\n \n~ rakyat \nlagu yang irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun;\n \n~ tema \nlagu atau melodi yang dimainkan berulang-ulang, yang membangkitkan suasana perasaan dalam sesebuah drama muzikal, filem dan sebagainya;\nberlagu\n berirama:\nsuaranya berlagu-lagu;\nmelagu\n bernyanyi, menyanyi:\nkedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~;\nmelagui\n memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dan lain-lain);\nmelagukan\n menyampaikan lagu, menyanyikan, membaca dengan lagu (Quran, sajak, dan lain-lain):\nmereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dengan sedih;\nlaguan\n [arkaik] nyanyian;\npelagu\n [arkaik] orang yang menyampaikan lagu (nyanyian dan lain-lain), penyanyi." "laguh\n~-lagah \nark hiruk-pikuk, riuh-rendah, bising sekali." "lagun\nkawasan air laut yang tenang yang terpisah daripada laut oleh beting pasir atau terumbu." "lagundi\nsejenis tumbuhan (pokok renek), lenggundi, lemuning, \nVitex negundo." "lagut\nasyik, kalut, sibuk." "lah I\npartikel pada akhir kata yang menguatkan (mengeraskan) maksud atau pengertian kata itu:\nmari~ duduk; \nmakan~ sirih." "lah II\n[Kelantan], [Pahang], [Perak], [Terengganu], [bahasa percakapan] ayuh, mari." "lah III\nburung ~ \nsejenis burung, burung kubung, \nPitta brachyura cyanoptera." "lahabau\n[bahasa kasar] kata makian yang bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap, haprak." "lahad\n[Arab] = \nliang ~ \nruang dalam lubang kubur (tempat meletakkan mayat);\n \nbak rasa di liang ~ \n= \nserasa di liang ~ \n(peribahasa) berasa dalam keadaan yang sempit atau keseorangan sekali (ketika sesak, susah, sedih, dan lain-lain)." "lahak I\n[Minangkabau] busuk bangar, busuk sekali;\n \n~ busuk \nterlalu busuk." "lahak II\n[Kedah] lapar." "lahak III\n[Kedah] tali air yang sangat dalam." "lahan\n[Arab] [arkaik] lagu." "lahang\n[Jawa] [arkaik] nira, tuak." "lahap\n1.\n suka makan banyak-banyak (dan tidak pula cerewet tentang makan), gelojoh, rakus:\ndia terlalu ~; \n2.\n gelojoh (berkenaan (dengan) makan), banyak-banyak (apabila makan):\ndimakannya nasi yang di atas meja itu dengan ~;\nmelahap\n [bahasa kasar] makan dengan gelojoh, makan banyak-banyak;\npelahap\n1.\n orang yang makan banyak-banyak (dengan gelojoh):\n~ benar budak itu; \n2.\n [kiasan] tamak, serakah." "lahar I\nbahan cecair yang panas yang mengalir keluar dari gunung berapi (yang meletus), lava:\nada dua jenis ~ gunung berapi yang disebut asasi dan asidik;\n~ asidik \nlahar yang mengandungi banyak silika (pekat dan mengalir tidak berapa jauh);\n ~ asasi \nlahar yang tidak banyak mengandungi silika (cair dan boleh mengalir lebih jauh daripada lahar asidik);\nberlahar\n (yang boleh) mengeluarkan lahar." "lahar II\n[Kelantan] lapang (tanah, rawa, dan lain-lain), luas." "lahip\n= daif." "lahir\n1.\n yang (kelihatan) di luar:\nkasih sayang yang ~; \npada ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit;\n~ batin \nyang kelihatan dan yang tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati;\n2.\n berupa benda yang nyata, jasmani, maujud, keduniaan:\nperbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pada bentuk ~ sahaja, malahan pada batin; \npengetahuan ~; \n3.\n keluar dari kandungan (ibu dan lain-lain), jadi, terbit:\nsejak dari ~nya lagi, dia bersifat begitu; \nhari ~ \nhari ketika seseorang itu diperanakkan;\n \n~ mati \n(kanak-kanak yang) mati ketika lahir;\ndi ~ serupa tidak, di batin menggunting angin \n(peribahasa) orang yang menyembunyikan tabiat yang sebenarnya (tidak jujur);\n \nyang ~ menunjukkan yang batin \n(peribahasa) daripada gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya;\nmelahirkan\n1.\n mengeluarkan perasaan (perkataan, fikiran, dan lain-lain), meluahkan:\nyang penting pada pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kepada tulisannya; \nmarahnya sekadar dalam hatinya sahaja, tidak dilahirkan; \n2.\n mengeluarkan anak (dari kandungan), beranak, bersalin:\nia hendak pulang ke kampung untuk ~ anaknya di sana; \n3.\n mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan:\nberlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita;\nterlahir\n1.\n keluar (dr), terkeluar:\nsesuatu yang tidak direlakannya ~ dari mulut ibunya; \n2.\n lahir (anak);\nkelahiran\n1.\n perihal keluar dari kandungan ibu, lahirnya (anak):\npada saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; \n2.\n (sesuatu) yang berkaitan dengan perihal lahir:\nhari ~; \n3.\n perihal keluar (terbit dan sebagainya), terhasilnya:\nsejambak bunga haruslah dihadiahkan kepada usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memungkinkan ~ antologi ini; \ndalam bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita;\npelahiran\n perihal atau perbuatan melahirkan:\n~ golongan-golongan tertentu." "lahiriah\n[Arab] pada lahirnya, kelihatannya." "lahu\nmelahu\n \n1.\n tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan yang bermanfaat, menganggur:\nbanyak lagi siswazah yang masih ~ walaupun sudah agak lama lulus universiti; \ndia risau kerana ~ tidak bekerja; \n2.\n tidak berbuat apa-apa dengan masa yang terluang:\nduduk ~ selepas makan adalah membosankan; \n3.\n (Kejuruteraan) bergerak perlahan-lahan dengan gear yang neutral (berkenaan (dengan) enjin):\ntiada gegaran atau getaran semasa enjin ~; \n4.\n (Komputer) tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna (berkenaan (dengan) komputer)." "lai I\n[kependekan] helai." "lai II\n= \nbuah ~ \nC sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nPyrus communis." "laici\n[Cina] sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), buah lengkeng, \nLitchi chinensis." "laif\n[Arab] daif." "laih\n= daif." "laik\n[Arab] layak, padan, patut." "lailah, lailat\n[Arab] malam;\n \nalfu ~ wa ~ \nseribu satu malam." "lailahaillallah\n[Arab] tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah." "lailatulqadar\n[Arab] malam turunnya al-Quran pada salah satu malam daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, dan jika seseorang melakukan amal ibadah pada sepanjang malam itu, ganjaran pahalanya jauh lebih besar daripada seribu malam biasa, malam kemuliaan." "lain\n1.\n tidak sama (hal, keadaan, dan lain-lain), berbeza, asing:\nia tidak mahu membaca buku ~;\n~ orang \nbukan orang yang sama;\n \ntak ~ dan tak bukan \nhanya;\n2.\n tidak kira atau termasuk (dalam hitungan, kumpulan, dan lain-lain), kecuali:\ntiap-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur;\n~\n \ndaripada itu\n di samping itu;\n \n~ daripada yang ~ \ntidak sama dengan yang lain, tidak ada yang sama dengannya;\n \n~ tidak \nhanya itu sahaja;\n \n~ orang ~ pendapatnya \ntidak sama pendapat antara seseorang dengan seorang yang lain:\n~ yang\u2026, ~ yang\u2026 \ntidak menepati (permintaan, suruhan, arahan, dan lain-lain):\n~ yang disuruh, ~ yang dibuat;\nselain\n1.\n hanya, kecuali:\nia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; \n2.\n di samping, bersama-sama dengan:\n~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak;\nselainnya\n1.\n seterusnya, selanjutnya;\n2.\n yang lainnya;\nberlain\n tidak sama (pendapat, kelakuan, dan lain-lain), berbeza, berselisih:\napa yang terjadi ~ dengan yang dicita-citakan;\nberlainan, berlain-lain, berlain-lainan\n tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dan lain-lain):\naku nampak ayahmu itu bersikap ~ daripada sehari-hari; \ncakap mereka berlain-lainan;\n keberlainan\n keadaan yang berlain, perubahan sikap:\n ~nya sangat ketara;\nmelaini\n [arkaik] tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dan lain-lain), menyalahi:\n~ kebiasaan;\nmelainkan\n1.\n hanya, dikecualikan:\nmasa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; \n2.\n sebaliknya (bertentangan dengan maksud asal), tetapi:\norang itu tidak menjawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; \n3.\n melakukan perkara yang lain, membezakan, mengasingkan:\n~ kepada Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu;\n~ anak tiri daripada anak kandung;\nmemperlainkan\n membuat atau menjadikan berbeza daripada yang lain;\nkelainan\n1.\n perihal berbeza daripada, perbezaan;\n2.\n sesuatu yang tidak menurut kebiasaan atau yang berbeza daripada sesuatu yang lain:\npenyimpangan ini bertujuan untuk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ daripada cerpen-cerpen yang sedia ada;\ndikelainkan\n [arkaik] tidak disamakan dengan yang lain, dikecualikan." "laip\n[arkaik] daif." "lais I\nmelais\n [arkaik] menolak air (ketika mendayung)." "lais II\nikan ~ \nsejenis ikan darat, \nOmpok limaculatus." "lais III\nsejenis tumbuhan (herba), \nPandanus furcatus." "laisol\nsejenis cairan pembasmi kuman, minyak busuk." "laissez-faire\n(Perancis) doktrin kebebasan penuh dalam perdagangan, tanpa campur tangan kerajaan." "laiter\n[bahasa percakapan] pemetik api." "laja\n[arkaik] lengkuas." "lajak I\n1.\n tidak berhenti, terus (bergerak):\nsesudah dibrek, beca berjalan turun kerana ~ lajunya yang tadi; \ndari pipi ~ ke mulut; \n2.\n [sastera lama] cepat, lekas;\n3.\n [kiasan] lancang mengeluarkan kata-kata, lepas mulut:\nawak ~-~ bercakap nanti dimarahi orang;\n melajak\n tertumpu (ingatan) buat seketika:\nsesekali, ingatannya ~ pada gambaran kehijauan sawahnya;\nterlajak\n terlanjur, terlepas, terlangsung:\nsampannya sudah ~ ke hilir." "lajak II\nkain ~ \n= \n~ benang (sutera) \nsejenis kain yang ditenun daripada benang atau sutera." "lajang I\norang ~ \norang yang tidak atau belum kahwin, bujang, gadis." "lajang II\nmelajang\n [Minangkabau] melompat, menerajang." "lajat\n[Minangkabau] terlalu, teruk (sakit dan lain-lain)." "lajawardi\n[arkaik] \n= lazuardi." "laju I\n1.\n pantas (pergerakan dan lain-lain), cepat:\nkapal belayar juga, makin lama makin ~; \n2.\n cepatnya sesuatu gerakan (dalam ilmu fizik);\n \n~ mula \n[Indonesia] kecepatan gerakan yang mula-mula;\n \n~ rambat \n[Indonesia] kecepatan yang berjangkit;\nbersilaju, berlaju-lajuan\n berdahulu-dahuluan (perahu, kapal, dan lain-lain), berlumba-lumba;\nmelaju\n bergerak atau meluncur dengan laju:\nkapal angkasa itu terus ~ ke Musytari;\n melajukan\n1.\n menjadikan laju (basikal, motokar, dan lain-lain), mencepatkan:\npemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; \n2.\n [kiasan] mencepatkan atau melancarkan sesuatu perundingan dan lain-lain;\nmemperlaju\n menjadikan lebih laju;\nkelajuan\n lajunya sesuatu gerakan dan lain-lain, kecepatan;\npelajuan\n1.\n perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dan lain-lain);\n2.\n kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dalam tempoh atau masa tertentu." "laju II\n[Pahang] berselera (untuk makan), lalu:\naku tak ~ makan hari ini." "lajur\n1.\n deret (kedai, rumah, dan lain-lain), baris, leret:\nRuslan sedang asyik menarikan jari-jarinya di atas ~-~ huruf mesin taipnya; \n2.\n baris-baris panjang (pada kain dan lain-lain), jalur;\n3.\n ruangan di antara dua baris, ruangan surat khabar;\n4.\n barisan (pertahanan dan lain-lain), garisan." "lak\nsejenis pelekat keras (dibuat daripada damar untuk memeterai surat dan lain-lain):\nia merosakkan ~ surat itu dan membuka dokumennya yang sangat rahsia;\nberlak\n mempunyai (dilekatkan) lak:\nsurat berdaftar yang ~;\ndilak\n1.\n dilekatkan dengan lak, dimeterai:\nsurat rahsia itu dimasukkan ke dalam sampul dan ~; \n2.\n [Indonesia] ditutup dan dibubuh meterai oleh polis dan lain-lain untuk mencegah daripada dibuka (rumah, kedai, dan lain-lain):\ntoko itu telah ~ setelah digeledah." "laka\n= \nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok), melaka, \nEmblica officinalis; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), bangsa merah, berunai air, cenderang bukit, medang, kemantan, \nOsmelia maingayi; \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar berangan, \nDalbergia pa" "lakab\n[Arab] gelaran (sebagai kehormatan atau ejekan);\nmelakabkan\n menggelar (terutamanya raja-raja yang telah mangkat)." "lakah\n[Terengganu] terbuka, terdedah:\nrumah kamu ni ~ betul. Nampak semua yang ada di dalamnya." "lakai-lakai\n[Brunei] sejenis suluh daripada damar dan lain-lain, sigi." "lakak\n[Minangkabau];\nmelakak\n memukul dengan benda yang keras;\n \n~ kucing di dapur \n(peribahasa) menganiaya orang yang rapat dengan kita (dengan mudah)." "lakan\n[Indonesia-Belanda] sejenis kain halus daripada bulu biri-biri, (kain) sakhlat." "lakang\n[Minangkabau] lekang." "lakar\n1.\n masih dikerjakan, belum siap lagi (perahu);\n2.\n = \nlakaran\n gambar (yang dilukis) secara kasar, rajah, rangka;\nmelakar\n melukis rangka (rajah, gambar, dan lain-lain) secara kasar;\nmelakarkan\n membuat atau melukiskan lakaran sesuatu benda.\npelakaran\n perihal (proses atau perbuatan) melakar atau melakarkan:\n~ merupakan satu cara yang baik untuk mendapatkan gambaran yang dimaksudkan;\n pelakar\n1.\n orang yang membuat lakaran;\n2.\n alat yang digunakan untuk melakar atau melakarkan sesuatu:\n~ yang mudah biasanya mempunyai format vektor-8; \nbagi kes ~ dram, kedua-dua kertas dan pen bergerak." "lakat\n[Brunei] masih atau terus (hidup, berlaku, dan lain-lain):\nsemasa ayahnya ~ hidup, Ratinah tidak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki jua pun." "laken\n= lakan." "laki I\n(kurang halus) suami, pasangan hidup bini;\n \n~ bini (isteri) \nsuami isteri;\n~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan \n(peribahasa) lebih mementingkan urusan orang lain daripada urusan sendiri;\n \nbagai menanti ~ pulang maling \n(peribahasa) selalu dalam kegelisahan;\nberlaki\n mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan):\norang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; \nbagai ~ anak semang \n(peribahasa) perempuan yang tidak senonoh kelakuannya;\nberlakikan\n berkahwin dengan (berkenaan (dengan) perempuan), bersuamikan:\nsenanglah hidup awak ~ orang kaya; \nmalang nasibnya ~ seorang penjudi; \nternanti-nanti bagai ~ raja \n(peribahasa) berhajat kepada orang yang tidak berkehendak kepadanya;\nmemperlaki\n mengambil jadi laki:\nperkelahian berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat;\n \nbarang siapa yang berkenan kepada beta, itulah beta perlaki;\nmemperlakikan\n mengahwinkan (anak perempuan), memberi laki (kpada anak perempuan):\ndia belum hendak ~ anaknya itu." "laki II\n~ padi \nsejenis burung, pipit padang, \nAnthus novaeseelandiae malayensis; \nburung ~ padi \nsejenis burung, cekup layang, burung main angin, ciuk tinting, \nCisticola juncidis." "laki-laki\n1.\n jantan (lebih halus), lawan perempuan:\nia gadis yang tidak mempunyai sebarang teman ~; \n2.\n [kiasan] berani, keberanian, pemberani:\nhatinya memang ~, patah sayap bertongkatkan paruh, namun kehendak diteruskan juga;\nkelaki-lakian\n1.\n sifat laki-laki, tingkah laku (gerak-geri) laki-laki:\nAlias memiliki sifat-sifat ~ yang tulen, jujur, ikhlas, berhemah tinggi serta berupa kacak; \n2.\n ki keberanian, ketangkasan, kegagahan:\napabila seorang anak muda kaum itu hendak kahwin, ia harus menunjukkan ~nya dengan membawa kepala orang ke kampungnya." "laklakan\n[Jakarta] lubang kerongkong." "lakmus\n[Indonesia-Belanda] litmus." "laknat\n1.\n kemurkaan Allah dan jauh daripada petunjuk dan rahmat-Nya, kutukan:\nsetiap perbuatan jahat akan menerima ~ daripada Allah; \n2.\n terkutuk, keji, hina, celaka:\nkami teruk diseksa oleh bangsa ~ itu; \nsiapakah yang berbuat pekerjaan ~ ini?\nmelaknat\n menurunkan laknat, mengutuki:\nAllah akan ~ orang yang menaruh niat jahat terhadap orang lain;\nmelaknati\n mengutuk:\n Allah ~nya andainya suaminya itu benar;\n terlaknat\n (yang) dilaknati, terkutuk:\nmereka akan dikatakan sebagai kafir ~." "laknatullah\n[Arab] dikutuk Allah." "lakon\n1. = lakonan\n cerita yang dipentaskan (sandiwara, filem, dan lain-lain), drama:\nsuatu lakonan yang bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan dipentaskan di Dewan Bandaran;\n2.\n karangan yang berupa sandiwara (terdiri daripada dialog);\n \n~ layar \nskrip yang disediakan untuk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dan sebagainya;\n3.\n [kiasan] sesuatu peristiwa (kejadian dan lain-lain):\n~ yang menyayat hati;\nberlakon\n1.\n bermain atau berlagak dalam sandiwara (drama, wayang, dan lain-lain), mengambil bahagian dalam sandiwara dan lain-lain:\nsaya mula ~ sejak saya di bangku sekolah lagi; \ndalam filem Dia Ibuku, Sarimah ~ sebagai ibu; \n2.\n [kiasan] berpura-pura menunjukkan sesuatu kelakuan, menunjukkan kelakuan yang bukan sifat sebenarnya:\ntak usahlah kau hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yang sebenarnya;\nmelakonkan\n1.\n mementaskan atau memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dan lain-lain);\n2.\n menulis (semula) suatu cerita menjadi sandiwara (drama dan lain-lain);\n3.\n mementaskan sebuah cerita sebagai sandiwara:\nmurid-murid disuruhnya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; \n4.\n mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara:\ndrama itu ~ seorang pegawai tinggi; \n5.\n memainkan sesuatu peranan (watak):\nseniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dengan baik dalam filem Hang Jebat;\nlakonan\n1.\n lakon;\n2.\n perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dan lain-lain), perihal berlakon:\n~nya dalam filem-filem pada masa lalu sungguh baik dan memuaskan;\npelakon\n orang yang berlakon dalam drama (sandiwara dan lain-lain), tokoh dalam cerita dan lain-lain:\nsiapakah ~ yang akan membintangi filem itu?" "lakri\nsejenis pelekat, lak." "lakrimasi\n(Perubatan) perembesan air mata." "laksa I\nsepuluh ribu;\n \nempat ~\n empat puluh ribu;\nberlaksa-laksa\n berpuluh-puluh ribu." "laksa II\n1.\n adunan tepung beras yang bentuknya seperti mi tetapi berwarna putih;\n2.\n sejenis masakan yang menggunakan laksa (biasanya disertai hirisan bunga kantan, daun kesum, dan sebagainya) dan dimakan bersama kuah yang khusus untuknya;\n jenis-jenisnya:\n~ asam;\n~ Kedah;\n~ Johor;\n~ lemak." "laksam\n[Kelantan]\n1.\n adunan tepung beras yang bentuknya seperti kuetiau;\n2.\n sejenis masakan yang menggunakan laksam (biasanya disertai hirisan bunga kantan, daun kesum, dan sebagainya) dan dimakan bersama kuah lemak." "laksamana\n1.\n [sastera lama] gelaran yang tertinggi dalam angkatan tentera laut, raja laut:\nDatuk Bendahara memerintah negeri, ~ memerintah tentera laut; \nL~ Tun Tuah;\n2.\n pangkat dalam angkatan tentera laut;\n \nnaib ~\n timbalan panglima angkatan tentera laut;\n~ mengamuk \nbuah embacang yang dimasak dan dipotong halus-halus;\n \n~ muda\na) pangkat (dalam angkatan tentera laut) di bawah naib laksamana;\n b) [Indonesia] pangkat di bawah laksamana." "laksana\n1.\n [sastera lama] keadaan (sesuatu benda dan lain-lain), sifat, tanda;\n \n~ isteri (perempuan) \ntugas yang patut dilakukan oleh perempuan;\n \nbukan ~\n tidak ada samanya (tandingnya, lawannya);\n \nsifat tujuh ~ \ntujuh sifat (tanda) yang sempurna;\n2.\n [sastera lama] sebagai, seperti, umpama:\ncahaya giginya tiada tertentang nyata, ~ kilat sembur-menyembur cahayanya;\nmelaksanakan\n1.\n [sastera lama] membandingkan dengan, mengumpamakan sebagai, menyamakan:\ntidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; \n2.\n menjalankan (tugas, rancangan, dan lain-lain), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dan lain-lain):\nakhirnya kami berjaya ~ tugas yang berat ini\n;\nterlaksana\n boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dan lain-lain), tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dan lain-lain):\nsemua wanita lekas sekali menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~;\n perlaksanaan\n hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya):\nmeninjau ~ Rancangan Malaysia Ketiga;\npelaksanaan\n perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya):\n~ KB[kata seru] (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan;\npelaksana\n orang (badan dan sebagainya) yang melaksanakan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya):\npara pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yang diputuskan oleh kerajaan." "laksatif\n(Perubatan) bahan (ubat, makanan atau minuman) untuk melawaskan buang air besar." "laksemi\n1.\n dewi;\n2.\n [sastera lama] cantik, elok, molek." "laktase\nsejenis enzim yang menukarkan laktosa menjadi glukosa dan galaktosa." "laktasi\n(Biologi) perembesan susu daripada kelenjar susu." "laktat\n(Kimia) garam atau ester asid laktik." "laktoprotein\n(Biologi) sejenis protein yang terdapat dalam susu." "laktosa\nsejenis gula yang terdapat dalam susu, yang biasanya digunakan sebagai makanan dan dalam ubat-ubatan." "laktosuria\n(Perubatan) kehadiran laktosa dalam air kencing, terutamanya semasa kehamilan dan penyusuan." "laku\n1.\n gaya (cara) membuat sesuatu, perbuatan, tabiat:\nbegini ~mu di belakangku;\n2.\n boleh digunakan (seperti wang dan lain-lain), sah:\nwang yang tidak bernombor tidak akan ~; \n3.\n (suka) dibeli orang, terjual:\nkuih jualannya ~; \nbatik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; \n4.\n dikehendaki orang untuk sesuatu tujuan tertentu:\nhanya ketika muda ini awak ~; \npenyanyi itu masih ~ walaupun dia merupakan penyanyi tahun enam puluhan;\nselaku\n1.\n semacam, seperti:\nkain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; \n2.\n (bertindak dan lain-lain) seperti, dalam kedudukan, sebagai:\n~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya;\nberlaku\n1.\n sedang berjalan (berlangsung), terjadi:\nsatu kebakaran besar telah ~ pagi ini; \nsegala apa yang ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; \n2.\n membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dan lain-lain), berbuat:\nsedikit pun tidak terbayang pada mukanya sesuatu yang dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; \n3.\n = \n~ sebagai \nmenjadi (sebagai):\nlingkaran dawai yang membawa arus elektrik itu ~ sebagai sebatang magnet; \n4.\n boleh diterima, diakui, sah:\njikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pada hukum syarak; \n5.\n dijalankan, dikenakan, dikuatkuasakan:\nlarangan itu ~ mulai hari Khamis ini;\nmelakukan\n1.\n menjalankan (tugas), membuat (kerja dan lain-lain), mengerjakan:\nkitalah yang berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yang bukan-bukan; \n2.\n menjadikan laku (jualan dan lain-lain):\njanganlah ditulis semata-mata dengan sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; \n3.\n = \n~ diri \nmembuat laku (seperti), bertabiat atau berperangai (seperti):\nmaka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya seperti anak raja;\n \nmemperlakukan\n1.\n membuat sesuatu (terhadap, kepada, dan lain-lain), menganggap (memandang) sebagai:\ntak kusangka aku diperlakukan sebagai makhluk yang rendah dan tidak berdarjat; \n2.\n menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan:\nsegala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya;\nlakuan\n laras (bahasa):\n dia mengkaji bentuk bahasa yang diwujudkan dalam berbagai-bagai ~;\nkelakuan\n1.\n tabiat yang biasa dilakukan, perangai, perbuatan:\nsemua orang ketawa melihat ~nya itu; \n2.\n gaya (cara dan lain-lain), keadaan:\nmaka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; \nTuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu;\nberkelakuan\n membuat laku, berperangai, bertabiat:\naku berasa malu seorang dari kampungku ~ begitu;\nperlakuan\n apa yang dilakukan, perbuatan:\nkedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; \ntarian yang sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual;\npelaku\n1.\n orang yang membuat sesuatu perbuatan (kerja dan lain-lain), orang yang melakukan sesuatu:\norang yang bersubahat dengan ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yang sama; \n2.\n (Linguistik) orang yang mengerjakan sesuatu perbuatan (dalam ayat), pembuat;\n3.\n orang yang berlakon, pelakon." "lakuer\nsejenis varnis untuk meyaluti dan mengilatkan permukaan kayu atau logam, sampang:\nkebanyakan perabot kayu disaluti ~;\n melakuer\n menyapukan lakuer pada sesuatu:\nproses atau kerja ~ perabot kayu itu akan dibuat kemudian." "lakum I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat)\na) carik merah, pokok riang hutan, \nVitis repens; \nb) = \nakar ~ embun \nakar mempayung, iang-iang gajah, \nVitis furcata; \n2.\n = \n~ air \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nJussiaea suffruticosa." "lakum II\nkecar ~; \n= kecar." "lakung\n[Kelantan];\nmelakung\n melayani makan minum (pakaian dan sebagainya) seseorang." "lakur\nbercampur atau bersebati (logam dan lain-lain), bersatu;\n \n~ baur \nbercampur baur;\nmelakurkan\n mencampurkan atau menyebatikan (logam dan lain-lain dengan meleburkannya):\nplatinum boleh dilakurkan dengan kaca;\nterlakur\n telah bersebati benar-benar;\nlakuran\n campuran (logam dan lain-lain), sebatian;\npelakuran\n proses atau perbuatan melakurkan:\n~ beberapa jenis logam yang berlainan." "lala I\nsejenis siput yang agak nipis kulitnya dan kecil isinya, \nOrbicularia orbiculata\n." "lala II\nmelala\n berenang menelentang, mengapai." "lala III\n[sastera lama] lagu (yang dinyanyikan):\nmasing-masing pun duduklah memujuk rayu dodoikan ~ supaya Pangkulun beradu segera." "lala IV\n[Jakarta] \nbianglala." "lalah I\nmemakan apa-apa sahaja, rakus, gelojoh;\npelalah\n orang yang gelojoh, pelahap;\nbelalah I" "lalah II\n[Minangkabau];\nmelalah\n memburu, mengejar;\n \nbak menanti orang dahulu, bak ~ orang kemudian \n(peribahasa) membuat kerja yang sia-sia;\nterlalah\n terburu-buru, terkejar-kejar;\n \n~ terkejar \ntertangkap sewaktu melakukan kejahatan (tanda bukti hukum)." "lalai I\n1.\n tidak hirau akan kerja (tugas dan lain-lain), lengah, tidak hati-hati:\ntidaklah dia ~ daripada mengerjakan kewajibannya hari-hari; \n2.\n asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar:\nlalu masuklah gajah itu ke dalam kandang ~ dengan memakan pisang;\nberlalai-lalai\n1.\n tidak mempedulikan, tidak mengambil berat;\n2.\n sengaja melambat-lambatkan, berlambat-lambat, berlengah-lengah;\nmelalaikan\n tidak mengambil berat, tidak menghiraukan:\ndalam pada itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya;\n~ hati (sedih) \nmenghiburkan hati;\n \n~ waktu \nmembuang masa;\nmemperlalaikan\n1.\n menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai:\nuntuk ~nya, diberinya mainan kepada budak itu; \n2.\n menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dan lain-lain):\n~ maksud; \n3.\n menghiburkan hati, bersuka-suka:\nbaiklah kuperlalaikan dan kusukakan hatinya dengan barang daya upayaku;\nterlalai\n1.\n tidak ingat (kpada kerja, tugas, dan lain-lain), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa;\n2.\n tidak sedar lagi, nyedar:\nsi anak itu pun ~lah dalam tidurnya; \n3.\n terlambat, terlewat;\n4.\n terhibur:\nsebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yang memenuhi tempat itu;\nkelalaian\n1.\n perihal lalai, kelengahan, kealpaan:\ntiada lain disebabkan ~ kita sendiri;\n2.\n dalam keadaan lalai:\nadapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; \nsesungguhnya engkau dalam ~ mengenai hal ini;\n~ menjemput pencuri \n(peribahasa) kerana lalai maka selalu rugi;\npelalaian\n [arkaik] perihal melalaikan;\npelalai\n1.\n orang yang lalai, pelengah;\n2.\n sesuatu (jampi dan lain-lain) untuk melalaikan atau melekakan:\njikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh; \nhikmat ~ \njampi untuk melalaikan orang." "lalai II\ntali ~ \nsejenis tali untuk memutar kayu palang tempat menggantung layar (di perahu)." "lalak I\n[arkaik];\nmelalak\n terbakar, menyala;\n \ntidak ~ \ntidak mahu hidup (mancis api dan lain-lain)\n." "lalak II\nmelalak\n \n1.\n menjerit (bercakap) kuat-kuat;\n2.\n menangis dengan kuat (kanak-kanak);\nterlalak-lalak\n melalak berulang-ulang, terjerit-jerit:\n~ macam dirasuk polong." "lalalat\n= dalalat." "lalam\n[Brunei] hujan panas." "lalang I\nsejenis tumbuhan (rumput yang tinggi), \nImperata cylindrica (Imperata contracta);\n~ yang terbakar, si carik menumpang mati \n(peribahasa) mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain;\n \ndi mana ~ habis, di situ api padam \n(peribahasa) di mana mati di situ dikuburkan;\n \npadi ditanam tumbuh ~ \n(peribahasa) perihal nasib yang malang;\n \nseperti api memakan ~ yang kering, tiada dapat dipadamkan lagi \n(peribahasa) kedatangan bahaya yang tidak dapat dihalang-halang lagi;\n \ntanam ~ takkan tumbuh padi \n(peribahasa) perkara yang jahat akan dibalas dengan jahat juga;\nberlalang\n ditumbuhi lalang:\nhalaman rumahnya sudah mulai ~." "lalang II\n[arkaik] berjalan ke merata-rata tempat, mengembara;\n= langlang." "lalang III\n[arkaik];\nlalu-~?\n= lalu" "lalang IV\nsejenis ikan darat, \nChela anomalura." "lalap I\ndaun atau buah yang dimakan mentah dengan nasi, ulam;\nmelalap\n memakan ulam, makan berulam." "lalap II\n[Brunei] kepingan daging kerbau, lembu, dan lain-lain yang dikeringkan, dendeng." "lalar\n[Minangkabau];\nmelalar\n1.\n merayau ke merata-rata tempat, tidak suka duduk di rumah:\nanak itu ~ sahaja sepanjang hari;\n2.\n merebak atau menjalar (api dan lain-lain)." "lalat I\nsejenis serangga (yang biasanya hinggap pada benda kotor dan pada makanan);\n \n~ hijau \na) sejenis lalat yang hijau warnanya, \nMusca vicina; \nb) [arkaik] barua, pinang muda;\n c) [Kelantan] orang yang asyik merungut atau menyanyi;\n \n~ kerbau \nsejenis lalat yang suka hinggap di badan kerbau, \nOestrus spp.;\n~ kuda \nsejenis lalat, \nTabanus spp.;\n~ rumah \nsejenis lalat yang biasa terdapat di rumah, \nMusca domestica;\n~ tsetse \nsejenis lalat, \nGlossina spp.;\n~ langau mengerumuni bangkai \n(peribahasa) orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat;\n \n~ memanglah mencari puru \n(peribahasa) lelaki jahat tentulah mencari perempuan jahat;\n \nbagai ~ mencari puru \n(peribahasa) membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan tergesa-gesa atau terlalu rakus mengejar keuntungan;\n \nbelum terbang ~ \n(peribahasa) pagi benar;\n \nseperti ~ buta \n(peribahasa) berpusing-pusing tidak tentu arah;\n \ntak ada ~ langau \n(peribahasa) tidak ada seorang pun;\nberlalat\n dihurung lalat:\nbangkai ~." "lalat II\nbedil ~; \n= bedil." "lalat III\nmata ~; \n=mata." "lalau\nmelalau\n [sastera lama] membatasi, menghalang-halangi, menyekat;\npelalauan\n1.\n perihal melalau;\n2.\n tanda melarang atau mencegah orang masuk (ladang dan lain-lain);\npelalau\n1.\n [sastera lama] alat dan lain-lain untuk menyekat atau menghalang, penghalang, penyekat;\n2.\n = \nhikmat ~ \n[sastera lama] jampi (serapah) untuk menyekat perkahwinan atau untuk memenangi hati gadis kepunyaan orang lain." "laler\n[Jawa] lalat." "lali I\n1.\n tidak berasa apa-apa (pada kulit dan lain-lain), hilang perasaan:\nselepas diberi ubat dia pun ~; \nbuku ~ \nmata kaki;\n2.\n sudah biasa benar dengan sesuatu hal (hingga tidak terasa lagi akan kesusahan, kepayahan, dan lain-lain):\nsuara jerit pekik itu telah ~ pada telinganya;\nmelalikan\n menyebabkan tidak sedar, menjadikan tidak berasa apa-apa (pada kulit dan lain-lain):\ntelah berbelas-belas tahun ia tinggal di kota yang banyak pemandangan indah-indah yang ~ perasaan dan melenakan fikiran;\n kelalian\n keadaan atau rasa lali;\npelalian\n perihal melalikan;\npelali\n (ubat dan lain-lain) yang boleh melalikan." "lali II\nsejenis ikan darat, \nBotia hymenophysa;\n~ pelanduk \nsejenis ikan darat, \nBotia modesta." "lalim\n[Arab] tidak berperasaan belas kasihan, lawan adil, zalim:\nraja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah;\nmelalimi\n [arkaik] membuat aniaya kepada, berlaku tidak adil kepada;\nkelaliman\n kebengisan, kekejaman, ketidakadilan:\nsebagai anak muda, hamba tidak dapat membiarkan ~ terus-menerus; \n= zalim." "lalo\n[kata seru] gadis yang telah melewati umur untuk berkahwin (biasanya lebih daripada 20 tahun)." "lalu I\n1 .\n berjalan, melintas:\nsemua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; \nseorang laki-laki ~ di hadapan mereka; \nsekali ~ \na) sekali gus;\n b) sambil-sambil;\n2.\n boleh masuk, telus, lulus;\n3.\n yang sudah lepas (berlaku, lewat, dan lain-lain), selesai, telah dibuat:\ntiadalah kanda perbuat lagi seperti yang telah ~ itu; \nbaru tiga malam yang ~, seorang tauke telah disamun orang; \n4.\n berdaya, sanggup, larat:\nsantap pun tiada ~ ia pada malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; \naku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; \n5.\n langsung, lanjut;\n6.\n terus, hingga ke, langsung ke:\nsetelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; \nmereka berperahu ~ ke Melaka; \n7.\n kemudian daripada itu, sesudah itu, segera:\nsetelah makan minum mereka ~ meneruskan perjalanan ke selatan; \n8.\n lewat, sudah lampau:\nkulihat orangnya telah ~ separuh umur; \n9.\n tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dan lain-lain);\n \n~ akal \nboleh diterima akal, munasabah;\n \n~ penjahit ~ kelindan \n(peribahasa) kalau usaha yang pertama telah berhasil maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga;\nberlalu\n1.\n lepas (waktu dan lain-lain), lampau, lewat:\nsemuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; \nsudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; \n2.\n berjalan, berlepas:\nsekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; \n3.\n [kiasan] pergi, meninggal (mati);\nmelalui\n1.\n mengikuti (jalan dan lain-lain), melintasi, lalu di, menempuhi:\nbeberapa orang gadis yang sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; \n2.\n tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dan lain-lain), mengingkari:\ntiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; \napalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; \n3.\n dengan perantaraan, menerusi:\nrancangan Dewan Bahasa di udara seringkali disiarkan ~ radio; \nAhmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya;\n4.\n melampaui, melangkaui, melangkahi:\napa-apa yang kamu tidak faham tanyalah kepada guru, jangan dilalui sahaja; \nketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; \n5\n. dengan perjalanan (masa):\nsesetengah kes ini menjadi usang ~ masa;\nmelalukan\n1.\n membiarkan lalu (lantas, masuk, dan lain-lain), memasukkan, meluluskan:\ndilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; \n2.\n menjalankan (cita-cita, apa yang hendak dibuat, dan lain-lain), mengerjakan:\nia selalu hendak ~ kehendaknya; \n3.\n membawa atau membuat terus, meneruskan;\nterlalu\n1.\n teramat sangat, terlampau:\norang menyabung ~ ramai; \nseekor rusa jantan sedang tidur dengan ~ nyedarnya;\n2.\n melampaui batas, berlebih-lebihan:\npemujaannya yang ~ terhadap pemerintahan Inggeris; \n3.\n (perbuatan dan lain-lain) yang tidak disengajakan, terlangsung:\nperbuatan engkau yang sudah ~ itu diampunkan, yang kemudian jangan dibuat lagi;\nketerlaluan\n1.\n hal yang berlebih-lebihan, keadaan yang melampau, hal atau perbuatan yang melampaui batas (tatatertib dan lain-lain):\nrakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; \n2.\n teramat sangat, terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas:\ntindakan ~\n;\nlaluan\n1.\n jalan yang dilalui, jalan yang menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balik orang atau pengangkutan:\npenduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; \n2.\n pergerakan (peralihan dan sebagainya) maju ke tahap lain:\nkemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya;\nkelaluan\n1.\n (yang) telah lepas, telah lalu;\n2.\n [Minangkabau] cita-cita, hajat, tujuan;\nberkelaluan\n [Minangkabau] berpanjangan, sentiasa." "lalu II\n~-lalang \n= \n~-landang \na) banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana ke mari:\nbanyak orang ~-lalang di jalan raya; \nb) mencurah-curah keluar (kata-kata kasar dan lain-lain);\n c) tidak teratur, kacau-bilau:\nsusun buku itu baik-baik, jangan ~-lalang begitu." "lalu lintas\n1.\n kerap atau selalu melintas, sibuk (ke sana ke mari):\nkebersihan kedai tuan akan menarik perhatian orang yang ~ di hadapan kedai tuan; \n2.\n perihal pergi balik (perjalanan) orang atau kenderaan dan lain-lain melalui jalan:\nkami menyangka itu hanya kemalangan ~; \nkesesakan ~." "lalut\nmelalut\n lari daripada tajuk atau pokok percakapan (perbualan, perbincangan, dan sebagainya) yang asal:\ntengok tu, dia sudah mula ~." "lam\n1.\n huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30);\n2.\n huruf ke-27 abjad Jawi." "lam-alif\nhuruf lam yang disatukan dengan huruf alif dalam tulisan Jawi (Arab);\n \nair ~ \nair yang telah dijampi atau ditawar. \nlaman\n [bahasa percakapan] [kependekan] halaman:\njamuan ~;\n~ web \ndokumen elektronik pada paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dan sebagainya yang dapat dicapai melalui Internet." "lama I\n1.\n panjang masanya (membuat sesuatu dan lain-lain), lawan sekejap:\nanak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; \ntentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; \nmemakan masa yang ~;\n2.\n telah wujud (ada, terlibat, dan sebagainya) dalam jangka masa yang agak panjang:\nsebuah rumah ~ di kampung itu; \npakaian ~; \nkawan ~; \nalasan-alasan ~; \nahli-ahli ~; \n3.\n tidak moden lagi, ketinggalan zaman:\nfesyen ~; \n4.\n wujud pada zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua:\nkesusasteraan Melayu ~; \nmasyarakat Melayu ~; \n5.\n wujud sejak dahulu lagi:\nkuih-kuih Melayu ~; \nbarang-barang ~; \nsikap ~; \n6.\n yang digunakan dan sebagainya sebelum mendapat yang baru:\ndia menjual rumah ~nya untuk membeli sebuah rumah baru; \nmotosikalnya yang ~ diberikannya kepada adikya; \n7.\n berlaku pada masa yang sudah-sudah:\nmembangkit-bangkitkan perkara ~; \ningatan ~ mengusik jiwanya;\nselama\n1.\n sepanjang masa yang tertentu:\nsaya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; \n2.\n selagi, sepanjang waktu, dalam masa (yang tertentu):\n~ ia berkahwin dengan aku;\n~ ini \ndalam masa-masa ini;\nselamanya\n untuk jangka masa yang lama dan berterusan:\nmanusia tidak ~ muda;\nselama-lamanya\n1.\n yang sangat lama, paling lama:\n~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; \n2.\n tidak berkesudahan, kekal:\nia berikrar tinggal di Singapura ~;\n lama-lama\n1.\n dengan lama:\ndirenunginya muka gadis itu ~; \n2.\n akhirnya, kesudahannya:\nsedikit-sedikit ~ menjadi bukit; \n3.\n makin lama makin bertambah;\nberlama\n terus berada lama:\nengkau yang datang berlindung di sini tidak pernah ~\n;\nberlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan\n1.\n lama (berbuat sesuatu dan lain-lain), lambat, tidak cepat:\ndi sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik untuk ~;\n2.\n lama-kelamaan, lambat-laun;\nmelamakan\n (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa;\nkelamaan\n1.\n [sastera lama] masa (yang tertentu), lama:\nhatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah;\n2.\n [arkaik] terlalu lama;\n3.\n akhir-akhirnya;\nlama-kelamaan\n lambat-laun, akhir-akhirnya:\n~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur." "lama II\nsami Buddha di Tibet dan Mongolia." "lamai\nipar ~ \nsaudara isteri atau suami;\nipar." "lamang\n[Jakarta] sejenis pedang pendek, cenangkas;\nhalamang\n." "lamar\nmelamar\n \n1.\n meminta untuk berkahwin dengan, meminang:\nkelmarin orang tua kekasihnya datang ~;\n2.\n memohon kerja (di pejabat dan lain-lain):\ndia mencuba ~ pekerjaan sebagai jurutaip di pejabat-pejabat kerajaan;\nmelamarkan\n1.\n melamar untuk, meminangkan:\nsaya hendak menghantar ibu bapa ~ saya Noriah; \n2.\n = \n~ diri \nark menawarkan dirinya supaya diterima (untuk pekerjaan dan lain-lain);\nlamaran\n1.\n perihal melamar, peminangan:\nsemenjak ~nya dahulu ditolak, ia tidak datang-datang lagi ke mari; \n2.\n permohonan (untuk bekerja dan lain-lain), permintaan:\nmasakan baginda tidak menerima ~ kita;\npelamar\n orang yang melamar:\ngadis zaman dahulu berpingit di rumah dan jarang-jarang dapat dilihat oleh ~nya." "lamat-lamat\n[Jawa]\n1.\n tidak terang, sayup-sayup;\n2.\n [kiasan] tidak jelas (maksud sesuatu perbualan dan lain-lain), samar-samar." "lambai I\nmelambai, melambai-lambai\n \n1.\n bergerak-gerak turun naik (tentang tangan) untuk memanggil dan lain-lain:\nkereta api pun bergerak, kulihat tangan suamiku ~; \n2.\n = \nberlambai-lambai\n bergerak-gerak turun naik (seperti daun ditiup angin dan lain-lain):\ndaun-daun padi ~ ditiup angin; \n3.\n [kiasan] menyeru, memanggil (hampir kepada):\nbadan awak itu bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak;\nmelambaikan, melambai-lambaikan\n menggerak-gerakkan turun naik (tangan, bendera, dan lain-lain):\ndia ~ tangannya kepada Wahab;\nlambaian\n1.\n perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dan lain-lain):\nratusan tangan membalas ~ tanganku;\n2.\n ayunan (daun-daun ditiup angin dan lain-lain), goyangan:\n~ daun kelapa;\n3.\n [sastera lama] perihal memanggil (mengajak dan lain-lain), panggilan;\n \n~ syaitan \npanggilan syaitan;\npelambai; sepelambai\n ukuran jauh sejauh orang melambai." "lambai II\n~ gajah \nbahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris)." "lambai III\nsejenis ikan laut, \nSiganus spp." "lambai IV\nsejenis tumbuhan (pokok renek), beberas paya, jaluk hantu, kayu gading, \nPetunga venulosa;\n~ ayam \nsejenis tumbuhan, (pokok renek), kayu pacat, pokok kancil, rambai ayam, \nAnisophyllea disticha." "lambai-lambai\nkayu bingkai pintu atau jendela." "lambak\n1.\n longgok (barang-barang yang tidak tersusun), timbunan;\n2.\n banyak (berlimpah-limpah);\n \npasar ~ \n[bahasa percakapan] pasar borong;\n3.\n [Minangkabau] lapisan (pada tikar, tilam, dan lain-lain), alas, lapik;\nberlambak, berlambak-lambak, melambak,\n1. = terlambak\n tidak tersusun rapi, dilonggokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbun-timbun:\nmengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik? \n2.\n [bahasa percakapan] terlalu banyak:\ndi bandar tu ~ orang yang berkelulusan tinggi yang belum mendapat kerja; \nkain ~ benang emas \nkain yang bersulam dengan benang emas banyak-banyak;\nmelambak\n1.\n bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak;\n2.\n [Minangkabau] melapik, mengalas;\n \n~ selimut (tikar) \nmelapisi selimut (tikar);\nmelambakkan\n membuat timbunan (longgok) yang tidak tersusun rapi, melonggokkan:\njangan kamu lambakkan kain kotor di situ;\n lambakan\n1.\n longgok (barang-barang yang tidak tersusun), timbunan;\n2.\n (Ekonomi) amalan menjual barang dari luar negara (biasanya dengan banyaknya) dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran tempatan;\nperlambakan\n perihal atau kejadian berlambak:\nini menyebabkan berlakunya ~ pekerja dalam pasaran buruh;\n pelambakan\n perbuatan melambakkan sesuatu, penimbunan." "lamban\n[Minangkabau] tidak cepat (bekerja dan lain-lain), tidak cergas, kelesa, lambat, lemah:\ndengan ~, dikatupnya kembali tingkap cermin itu;\n kelambanan\n keadaan lamban:\n ~ plot novel itu." "lambang\n1.\n tanda yang menyatakan atau mengenalkan sesuatu (seperti bendera, lencana, dan lain-lain), simbol, isyarat, pelambang, perlambang:\nmasyarakat menjadikan songkok baldu hitam sebagai ~ kebangsaan kita; \nUda dan Dara selalu disebut sebagai pelambang cinta kasih yang teguh dan murni;\n~ status \nharta benda dan sebagainya yang dianggap sebagai tanda yang menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yang tinggi dan sebagainya seseorang;\n2.\n (Linguistik) tanda yang mewakili entiti linguistik (seperti bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata) yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan;\nberlambang\n mempunyai atau memakai lambang:\nbangunan baru itu masih belum ~;\n berlambangkan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai lambang, bersimbolkan:\nSistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan;\nmelambangkan\n menjadikan sebagai tanda (untuk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan:\npenghulu sebagai pemimpin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; \nistilah baru dicipta untuk ~ benda-benda baru;\nperlambangan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menggunakan sesuatu sebagai lambang:\nyang dimaksudkan dengan ejaan ialah ~ fonem dengan huruf;\nperlambang\n lambang;\npelambang\n lambang." "lambaran\n[Jawa] alas (seperti tikar dan lain-lain yang diletakkan di bawah sesuatu benda), landas, lapik." "lambas\nsejenis tumbuhan (pokok), cemperai ayam (batu, hitam), kayu serendah, lempedu tanah jantan, \nGomphandra lanceolata." "lambat\n1.\n tidak cepat atau lekas (pergerakan dan lain-lain), perlahan-lahan:\nia berjalan terlalu ~; \n2.\n mengambil masa yang lama:\nbenih ini ~ tumbuhnya; \n3.\n lewat daripada waktu yang ditentukan, kasip, tertinggal:\ndia datang ~; \njam ini ~ sepuluh minit;\n~-bangat \n= \n~-laun \nlama-kelamaan, akhir-akhirnya;\n ~ lepa \n[Kedah] pantang ada kesempatan:\n~ lepa dia kebas\n;\n~ laga asalkan menang \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud tercapai;\n \nbiar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar\n (peribahasa) membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan hati-hati;\nlambat-lambat\n dengan lambat, perlahan-lahan:\n mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu;\nselambat-lambatnya\n (yang) paling lewat, sehabis lama:\nmereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi;\nberlambat, berlambat-lambat\n membuat sesuatu dengan perlahan-lahan, tidak terburu-buru:\nia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yang saksama;\nberlambatan\n [sastera lama] mengambil masa yang lama, lambat:\nadapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya;\nmelambatkan\n (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat:\nia ~ jalan basikalnya;\n melambat-lambatkan\n menyebabkan sesuatu (pekerjaan, tindakan dan sebagainya) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan:\nkita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; \ndiharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang;\nmemperlambat\n menjadikan lebih lambat:\nkerja yang buruk elok diperlambat;\nterlambat\n melewati (melebihi) masa yang ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat:\nkerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu;\nkelambatan\n1.\n perihal lambat, kelewatan:\n~ menetapkan harga padi itu telah menyebabkan mereka rugi; \nSeri Bija Diraja menyembahkan sebab-sebab ~ yang dialaminya itu; \n2.\n terlewat (daripada yang ditentukan), terlambat;\npelambat\n bahan atau sesuatu yang melambatkan (proses, perjalanan sesuatu dan sebagainya):\nbahan ~." "lambau\n[bahasa percakapan] perihal bercucuk tanam, pertanian." "lambda\nhuruf ke-11 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u039b, \u03bb." "lambertit\n(Kimia) mineral nadir yang mengandungi uranium." "lambing\ntegak (telinga dan lain-lain), cokoh, cekang (susu dan tetek):\ntelinganya ~ hampir jejak ke bahunya." "lambir\ngelambir (pada binatang seperti lembu dan lain-lain)." "lambu\n[arkaik] sejenis perahu;\nlambuk IV." "lambuk I\ngembur, hancur (tanah);\nmelambuk\n1.\n menghancurkan (tanah), menggemburkan;\n2.\n membuang tanah ke luar dari tempat yang digali (seperti perigi, parit, dan lain-lain)." "lambuk II\nsejenis keladi (birah) yang berbatang hitam." "lambuk III\nseluar (celana) ~ \nsejenis seluar yang longgar dibuat daripada sutera, seluar Acheh." "lambuk IV\n[arkaik] sejenis perahu;\n= lambu." "lambuk V\n1.\n sejenis bubur nasi, dirempahi dan dicampur daging dan lain-lain (biasanya disediakan di masjid dan lain-lain untuk hidangan berpuka puasa);\n2.\n [Terengganu] sejenis bubur nasi dicampur dengan sayur-sayuran dan isi ikan." "lambung I\nnaik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yang dipukul ombak, dan lain-lain);\nberlambung-lambung, berlambung-lambungan\n1.\n saling melambung sesuatu (dalam kumpulan dan menggunakan beberapa biji bola):\nmereka ~ bola dalam permainan itu; \n2.\n melambung bola berulang-ulang:\nanak kecil itu ~ bola seorang diri;\nmelambung\n1.\n naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dan lain-lain):\nakibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; \n2.\n [kiasan] memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dan lain-lain):\nharga getah telah ~ tinggi dalam tempoh itu; \n3.\n [kiasan] memberi pujian atau sanjungan yang tinggi;\nsetinggi-tinggi ~ surutnya ke tanah juga \n(peribahasa) selalu kembali ke asalnya;\nmelambungkan\n1.\n menaikkan atau membuang tinggi-tinggi:\nada yang bersorak sambil ~ senjatanya; \n2.\n memberikan puji-pujian atau sanjungan yang tinggi;\n \n~ dada \nark sombong, membesarkan diri;\nterlambung, terlambung-lambung\n terloncat (terhumban) tinggi-tinggi:\nkereta yang mereka tumpangi terlambung-lambung menghempaskan penumpang di dalamnya." "lambung II\n= lambungan\n rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dan lain-lain), samping:\nair memercik hingga menepis ~ kapal; \nditikam oleh Hang Tuah seorang kena ~nya;\nmelambung\n mendatangi (menyerang, melanggar, dan lain-lain) dari samping;\nmelambungi\n1.\n m" "lambung III\n[Minangkabau] perut;\n \nbesar ~ \nkuat makan." "lambung IV\ngetah ~; \n= getah." "lambung-lambung\n~ ikan \ngelembung ikan." "lambur I\nsejenis ampai-ampai yang besar, ubur-ubur." "lambur II\n[Perak] pelantar dapur (bahagian rumah), jambur:\nibunya duduk berjuntai kaki di ~." "lambut I\nmelambut\n naik berkepul-kepul (asap)." "lambut II\n[Perak];\nmelambut\n membonggol (poket, gulungan kain, dan lain-lain), berbonggol." "lamdukpai\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang akarnya boleh dibuat ubat)." "lame\n(Tks) sejenis kain yang ditenun berselang-seli dengan benang emas atau perak." "lamender\n[arkaik] orang Armenia." "lamiding\n[Brunei] sejenis tumbuhan (paku pakis), lembiding, \nStenochlaena palustris." "lamin\n[Minangkabau];\nmelamin\n menghias bilik (tempat tidur) pengantin;\npelamin, pelaminan\n1.\n tempat pengantin duduk bersanding;\n2.\n sejenis bilik pengantin:\nsetelah sudah kahwin, mereka pun masuklah ke dalam ~; \n= kelamin." "lamina, laminah\nbaju ~ \n[arkaik] baju besi (rantai) pakaian pahlawan." "lampai I\ntinggi kecil (tubuh badan dan lain-lain), panjang dan ramping, renceng:\nbadannya yang kurus ~ itu membongkok sedikit;\nmelampai\n1.\n = \nterlampai\n bergerak-gerak (seperti daun-daun kayu ditiup angin dan lain-lain), melenggok-lenggok (berkenaan (dengan) badan ketika berjalan, menari, dan lain-lain), bergerak lemah-gemalai;\n2.\n panjang menjulai (dahan dan lain-lain), kecil dan tinggi:\nbadannya yang tinggi tegap itu tidak ~ lagi tetapi telah memboyot." "lampai II\nsejenis tumbuhan (pokok), beberas, beras-beras, gemapung, \nAporosa maingayi." "lampam\nsejenis ikan darat, kepiat;\n \n~ jawa \nsejenis ikan darat, \nPuntius gonionotus;\n~ sungai \nsejenis ikan darat,\n Puntius schwanefeldii." "lampan\ntempat mendulang bijih (timah dan lain-lain);\nmelampan\n mencari bijih (timah dan lain-lain) dengan mendulang;\nmelampani\n melampan di:\ntidak membenarkan sesiapa pun melombong atau mendulang atau ~ wilayahnya;\npelampan\n orang yang melampan." "lampang\n[Minangkabau] pukulan dengan tapak tangan, tampar, tepuk;\nberlampang, berlampang-lampang\n bertampar-tamparan, tampar-menampar." "lampar\nberlampar, berlamparan, melampar\n \n1.\n tidak tersusun, berserak-serak, bertebar merata-rata:\nmaka sampailah masing-masing ke halaman balai, berhimpun berlamparan duduk di tanah; \n2.\n [kiasan] merebak (berita, khabar, dan lain-lain), tersiar ke merata-rata tempat." "lampari\nsejenis canang;\n= lempari." "lampas I\nhalus:\n~ perasaan;\nmelampas\n1.\n menyapu (mengilat, membersihkan supaya licin);\n2.\n mengasah (pisau dan lain-lain), mengilir, mempertajam;\n3.\n [kiasan] membuat supaya jadi biasa, mengamalkan, melatih:\nmereka semakin tekun ~ pelajaran di rumah;\n~ lidah \nmelatih lidah supaya fasih berkata-kata;\n4.\n [kiasan] memukul:\nkepala kita dilampasnya." "lampas II\nberkata sesuatu dengan tidak berfikir panjang, lepas mulut:\nbelum pernah lagi ia berjumpa dengan budak yang begitu ~ dan kasar." "lampau\n1.\n lalu, lepas, lewat:\ncorak hidup orang Melayu pada zaman ~ berlainan sekali dengan keadaan orang Melayu sekarang; \n2.\n lebih (daripada yang dijangka atau yang sepatutnya):\njangan ~ berjaga malam nanti lemah badan;\nmelampau\n terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keterlaluan:\nmereka menjual barang-barang kepada pelanggan mereka dengan harga yang ~; \nperubahan sikap ini ialah cara yang baik untuk menjadi unsur ~ antara dua keadaan;\nmelampau-lampau\n sangat (terlalu) melampau:\npermintaannya ~;\nmelampaui\n1.\n lalu di, melalui, melintasi:\norang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; \n2.\n melebihi (sesuatu peringkat dan sebagainya), melewati:\nusianya tidak ~ dua puluh lima tahun; \npakar-pakar sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yang telah ditinggalkan Dioskorides;\n \n~ batas; \n3.\n melebihi (had, ketentuan, dan sebagainya yang wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dan lain-lain):\ntidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yang ~ batas itu; \n4.\n mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dan lain-lain);\nterlampau\n sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat:\nkanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; \nmaka terjumpalah sebatang kayu yang ~ besarnya;\nterlampaui\n sudah dilalui (tempat dan lain-lain), telah melebihi:\ntengah malam sudah ~; \nmusim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi;\n keterlampauan\n perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan;\nlampauan\n takat yang paling tinggi atau paling jauh:\nantara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian\n;\nkelampauan\n sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan;\n \nanak gadis itu sudah ~ \na) adiknya berkahwin dahulu daripadanya;\n b) sudah agak lanjut umurnya;\npelampauan\n perihal atau perbuatan melampau atau melampaui sesuatu:\npunca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~;\npelampau\n orang yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, orang yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan:\nancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu." "lampeni\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nArdisia humilis." "lampes\n[Jawa] sejenis tumbuhan (herba semacam selasih), \nOcimum sanctum." "lampias\n[Jakarta]\n1.\n memancar (aliran air dan lain-lain), deras, licin, tidak tersekat-sekat;\n2.\n [kiasan] kencang dan lancar (sesuatu pergerakan dan lain-lain);\nmelampiaskan\n1.\n memudahkan atau melicinkan pengaliran (pergerakan dan lain-lain), tidak melambat-lambatkan;\n2.\n tidak menahan atau menyekat-nyekat, membiarkan, melepaskan:\nmereka datang kepada aku dan isteriku untuk ~ hasratnya." "lampin I\n1.\n kain pembarut (anak kecil dan lain-lain), kain bedung;\n2.\n kain empat persegi berwarna putih yang dipakaikan pada bayi untuk menyerap air kencing dan sebagainya;\n3.\n [Jakarta] kain pelapik atau pengalas tangan (ketika memegang barang panas);\nmelampini\n1.\n membarut anak kecil, membedungi;\n2.\n memakaikan lampin pada bayi;\n3.\n melapik atau mengalas tangan." "lampin II\n~ budak \nsejenis tumbuhan (pokok belukar), mata kesang, senggugut, sunga tasik, taman tasik, tambun tasik, tenjal tasik, timba tasik, tinjal tasik, \nClerodendron serratum." "lamping\n[Jakarta] lereng." "lampion\n[Indonesia-Belanda] lampu kertas, tanglung." "lampir\nhelai (kertas, surat, muka surat, dan lain-lain), keping:\nbaru dua tiga ~ aku baca, aku naik jemu;\nmelampiri\n menyertai dengan yang lain (seperti surat dan lain-lain), mengirimi bersama;\nmelampirkan\n menyertakan atau mengembarkan dengan yang lain (seperti surat dan lain-lain), mengirim bersama:\nbersama ini dilampirkan sekeping surat permohonan bercuti;\nlampiran\n sesuatu yang dilampirkan (seperti surat keterangan dan lain-lain), tambahan (pada buku, surat, dan lain-lain):\n~ yang dihantar itu telah hilang." "lampis\n[Minangkabau] lapis:\nbajunya tiga ~." "lampit\nsejenis tikar rotan." "lampoyang\nsejenis tumbuhan (herba), tepus, \nZingiber aromaticum;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (herba), \nZingiber zerumbet;\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (herba), kunyit teras hitam, bersih hitam, \nZingiber ottergii." "lampri\nsejenis binatang laut daripada famili Peteromyzonidae yang rupanya seakan-akan belut." "lampu\n1.\n sejenis alat untuk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dan sebagainya), pelita, suluh;\n 2\n. [kiasan] penerang pemikiran atau rohaniah:\nal-Quran merupakan ~ yang menerangi dunia;\n~ arka \nlampu yang sangat terang cahayanya (yang terhasil oleh arka elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod);\n \n~ ayam \nsejenis lampu minyak yang mempunyai sisi kaca, yang dipasang pada waktu malam supaya ayam, itik dan sebagainya tidak kesejukan;\n \n~ duduk \nlampu yang diletakkan di atas meja;\n \n~ dunia \nmatahari;\n \n~ gantung \nlampu yang dipasangkan tergantung dari siling dan sebagainya (tidak terlekap pada dinding);\n ~ gas (gasolin) \nlampu yang menggunakan pam (untuk menaikkan minyak);\n \n~ hijau \na) isyarat bergerak dalam sistem lalu lintas;\n b) [kiasan] kebenaran atau persetujuan untuk melaksanakan sesuatu projek dan lain-lain;\n \n~ jalan \nlampu elektrik yang dipasang pada tiang di sepanjang sesuatu bahagian jalan;\n \n~ kalimantang\n lampu pendarfluor;\n \n~ karbaid \nlampu yang menggunakan gas karbida;\n \n~ kuning \nisyarat bersedia untuk berhenti dalam sistem lalu lintas;\n \n~ limpah \nlampu besar yang sangat terang dengan alur cahaya yang lebar, biasanya digunakan di luar untuk menerangi sesuatu kawasan, bangunan dan sebagainya;\n \n~ meja \nlampu elektrik kecil yang diletakkan di atas meja dan sebagainya;\n \n~ merah\na) isyarat berhenti dalam sistem lalu lintas;\n b) isyarat amaran;\n ~ neon \nlampu elektrik yang menggunakan gas neon (biasanya berwarna-warni);\n \n~ pendarfluor \nlampu yang cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dalam tiub bertekanan rendah;\n \n~ picit \nsuluh yang menggunakan bateri;\n \n~ suluh \nlampu picit;\n \n~ tempel \nlampu yang disangkuntukan di dinding;\n \n~ terendak \nsejenis lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yang mempunyai terendak;\n \n~ tidur \nlampu yang cahayanya sangat malap, yang digunakan semasa tidur;\n \n~ tumpu \nlampu yang sangat terang yang boleh ditumpukan pada sesuatu tempat dan sebagainya supaya jelas kelihatan;\n \nseperti ~ kekurangan minyak \n(peribahasa) hidup yang sangat melarat;\nberlampu\n mempunyai (telah dipasang) lampu:\nbilik itu tidak ~;\nmelampukan\n memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dan sebagainya):\n~ semua bilik di dalam rumah itu." "lampuh\n[Brunei] gemuk (pendek)." "lampuk\n[Minangkabau] timbunan padi yang baru disabit;\n \nbagai ayam dibawa ke ~ \n(peribahasa)\na) kehairanan melihat sesuatu perkara;\n b) orang yang tidak pernah masuk majlis." "lampung\nmelampung\n timbul (di permukaan air dan lain-lain), tidak tenggelam, terapung;\n \n~ pukat \nnampak-nampak hilang;\npelampung\n sesuatu benda terapung (untuk penahan kail, orang berenang, dan lain-lain supaya jangan tenggelam):\nmari kita naik ~ terap ini menyeberang ke seberang sana." "lampus\n[arkaik] [Jawa] mampus, mati." "lamtanah\njenis percambahan yang kotiledonnya tinggal dalam tanah (tidak menyorong keluar)." "lamun I\n1.\n (meskipun \u2026) tetapi:\nsungguhpun kajian Baron de Montesquier tentang parlimen England tidak berapa betul, ~ pendapatnya berkenaan perceraian kuasa-kuasa pemerintah tetap bernilai; \n2.\n sungguhpun:\n~ begitu, ia dipenjarakan juga; \n3.\n [sastera lama] asalkan, asal saja:\napatah tuan tangiskan, ~ tuan sudi beribukan bonda, apatah salahnya." "lamun II\nmelamun\n memikirkan sesuatu, berangan-angan, berkhayal:\nkerjanya ~ sahaja;\nlamunan\n fikiran yang bukan-bukan, angan-angan:\ndalam ~ itu, Pak Sudin terus terlena;\npelamun\n orang yang selalu atau suka melamun." "lamun III\n[Minangkabau];\nmelamun\n1.\n menimbunkan (pakaian dan lain-lain), tidak disusun atau diatur baik-baik;\n2.\n meliputi (seperti air menutupi karang), menggenangi:\nbersama-sama tenggelam dilamun ombak dan gelombang;\n3.\n [kiasan] menyelubungi (kesedihan, bencana, kesenangan dan sebagainya), merundung:\nZaini sedang dilamun perasaan yang sedih pilu; \nentah hilang anakanda di laut lepas, entah dilamun ombak tujuh." "lamur\ntidak terang pelihatan, rabun." "LAN\n1.\n akronim bagi Lembaga Akreditasi Negara;\n2.\n (Komputer) akronim bagi \nLocal Area Network \n(rangkaian kawasan setempat)." "lana\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuan, daun patuk tuan, rumput melian, \nThunbergia laurifolia." "lanang I\nmelanang\n memintal tali dengan menggunakan pemberat di hujung tali itu." "lanang II\n[Jawa] laki-laki:\nCandera Kirana pun bersalin pakaian cara ~." "lanar I\nmendapan tanah subur yang terdiri daripada lumpur, kelodak dan pasir yang ditinggalkan oleh air sungai yang mengalir dan sesudah banjir:\ntanah yang baik sekali ialah tanah ~ yang di lembah dan di delta sungai." "lanar II\nsejenis penyakit tumbuh-tumbuhan." "lanar III\n[Kelantan];\nberlanar\n tidak tersusun, bersepah-sepah, berselerak." "lanar IV\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar keremek, keledek hutan, \nIpomoea digitata." "lanas\n[Kelantan] nanas." "lanau\nlumpur, berlumpur, becak." "lanca I\nsejenis sampan besar." "lanca II\nbeca (yang ditarik orang)." "lancang I\n1.\n kapal layar yang laju:\nkenaikan baginda ~ emas panjangkan;\n2.\n ancak (perahu kecil) untuk memuatkan jamuan hantu;\n3.\n [Minangkabau] tepak sirih (yang berbentuk seperti kapal layar);\nmain ~-~ \nmelemparkan batu pada paras permukaan air." "lancang II\n1.\n tidak senonoh (kelakuan, pengucapan, dan lain-lain), tidak sopan, biadab:\njangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~ menulis surat kepadamu; \n2.\n terlalu cepat (mengatakan atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut):\nmengapa mulut engkau begitu ~?;\n \n~ mulut \nsuka mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh (yang menyakiti hati dan sebagainya);\nmelancangkan\n melakukan sesuatu (yang tidak senonoh) dengan berani atau dengan cepat:\nmereka cuba ~ tangan mereka untuk mengusik tubuh Esah;\nterlancang\n terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur;\nkelancangan\n perihal lancang;\n \n~ mulut \nperihal (sifat, perbuatan) lancang mulut." "lancang III\nsejenis tumbuhan (herba), ara tanah, gelang susu, keremak susu, \nEuphorbia hirta." "lancap I\nlicin lagi galir, tirus meruncing." "lancap II\nmelancap\n melakukan zina tangan. \nlancap III\n [Minangkabau];\nterlancap\n terlanjur (cakap dan lain-lain), terlangsung, lepas cakap." "lancar I\nterlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dan lain-lain), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut:\nbacaannya ~; \nbas itu berjalan dengan ~nya;\n~ kaji kerana diulang \n(peribahasa) kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih;\nselancar, berselancar\n1.\n bermain lancang-lancang;\n2.\n meluncur di atas air (dengan papan dan lain-lain);\nmelancar\n1.\n bergerak dengan laju (motokar, kapal, dan lain-lain):\nkereta itu ~ dengan lajunya meninggalkan tempat itu; \n2.\n menghafaz, selalu mengulangi pelajaran:\nengkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah;\nmelancarkan\n1.\n memulakan (menggerakkan) sesuatu dengan cepat, meluncurkan:\nRusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yang memuatkan tiga orang angkasawannya; \n2.\n menyebabkan berjalan dengan cepat (licin), melicinkan (sesuatu usaha dan lain-lain):\npengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; \n3.\n melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dan lain-lain):\npada mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; \ngerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; \nbagai pucuk dilancarkan \n(peribahasa) pergerakan yang terlalu cepat;\nmemperlancar\n membuat supaya lebih lancar;\nmemperlancarkan\n menjadikan lebih lancar:\nurutlah bahagian yang kejang untuk ~ oksigen\n;\nterlancar-lancar\n [sastera lama] (dengan) terlalu cepat, tergesa-gesa:\nadapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir;\nkelancaran\n1.\n kecepatan (melakukan sesuatu), berkata-kata dan lain-lain), kepantasan, kelancangan:\nbarangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; \n2.\n kelicinan (dalam mengusahakan atau membuat sesuatu):\nkonfrontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita untuk membangun;\npelancaran\n perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dan lain-lain):\n~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri;\n pelancar\n alat untuk melancarkan sesuatu objek, seperti roket dan projektil, supaya bergerak dengan pantas ke udara:\n ~ roket." "lancar II\nlancaran\n [sastera lama] sejenis perahu yang laju:\npada ketika itu kelengkapan Suir dua puluh ~ bertiang tiga." "lancar III\npelancar\n \n1. = pelancaran\n [arkaik] pelantar, pelantaran;\n2.\n kayu palang (baluk) yang menghubungkan dua tiang." "lancar-lancar\nsejenis burung, pipit padang, \nAnthus novaeseelandiae malayensis." "lanci\nmotobot yang biasanya digunakan sebagai bot pengangkutan\n." "lancing\n[Jawa] = \nlancingan\n [arkaik] seluar." "lancip\ntirus ke hujung, runcing:\nmereka memakai topi ~ yang meruncing di atas kepala;\nmelancipkan\n meniruskan (menghaluskan) ke hujung, menajamkan." "lancong\nmelancong\n melawat sambil melihat-lihat (bersenang-senang):\ndia bercadang untuk ~ ke luar negara pada tahun hadapan;\npelancongan\n1.\n perihal melancong:\ndalam ~ itu kami sempat menikmati keindahan Kebun Raya Bogor; \n2.\n perihal orang melancong dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya:\nmenggalakkan perusahaan ~ di negara ini;\npelancong\n orang yang melancong:\nkedua-dua bandar itu selalu dilawati ~ kerana pemandangannya yang cantik." "lancung I\n1.\n tidak tulen (barang-barang dan lain-lain), palsu:\nemas ~; \n2.\n tidak jujur, tidak sebenar-benarnya, curang:\ncintamu kepadaku selama ini ~, palsu, sekali-sekali bukan cinta sejati; \nsekali ~ keujian seumur hidup orang tak percaya \n(peribahasa) sekali diketahui perangai yang buruk sepanjang masa orang tidak percaya lagi;\nmelancung, melancungkan\n membuat palsu atau tidak benar, menipu:\n~ wang;\nlancungan\n (barang-barang) tiruan atau palsu:\npaun emas itu digantinya dengan paun ~;\nkelancungan\n keadaan yang tidak tulen (betul, jujur, dan lain-lain), kepalsuan." "lancung II\nsejenis tumbuhan (rumput), \nLeptaspis urceolata." "lancur I\nmelancur\n memancur atau memancut, mencucur:\nbomba itu pun sangatlah bocor, sepanjang jalan habislah ~." "lancur II\nlelancur." "lancut I\nmelancut, memancut (air dan lain-lain), menyembur dengan kencang;\nterpelancut\n [kiasan] terkeluar dengan tiba-tiba:\n suara Yunus ~ daripada mulutnya\n." "lancut II\ntidak berguna, sia-sia." "landa I\nmelanda\n \n1.\n memasuki atau menimpa (sesuatu) dengan keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh:\nsekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; \nkalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu;\n2\n. [kiasan] menimpa (menguasai):\n sekarang putus asa ~ jiwanya;\nmelandai\n menempuhi (dengan paksa), melalui:\nia ingin mencari hidup yang lebih bagus daripada yang pernah dilandainya;\nterlanda\n terlanggar, dirempuh:\ningat, jangan ~ anak isteri orang apabila berjalan-jalan di pasar;" "landa II\nmelanda\n mencari bijih dengan dulang, melimbang, mendulang:\nair dan lodak itu dilanda untuk mengasingkan bijih logam daripada lodak yang lain;\npelanda\n orang yang (tugasnya) melanda, pendulang." "landa III\n[Jawa] [arkaik] air abu." "landaan\nhasil melanda, rempuhan:\n kesan daripada ~ hujan asid itu;\npelandaan\n perbuatan melanda:\n peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yang agak mustahil dapat dibendung." "landahur\n[arkaik] sejenis orang yang besar badannya." "landai I\n= melandai\n menurun tetapi tidak curam (tanah, pantai, dan lain-lain), cenderung:\ndi lembah sungai yang cerunnya ~ dibina jalan raya dan jalan kereta api; \npelantar laut yang ~ di sepanjang pantai;\nterlandai\n tercampak ke pantai, tersadai, terdampar" "landai II\nlandaian\n hulu keris." "landak\nsejenis binatang yang kulitnya berduri;\n \n~ batu \n= \n~ nibung \nsejenis landak, \nAtherurus macrourus;\n~ raya = ~ tunggal\n, \nHystrix brachyura;\n~ laut \nsejenis karangan laut yang berduri kulitnya;\n \nbunga ~ \n= \nempedu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nBarleria prionitis; \nmenduri ~ \n= \nsebagai duri ~\n jari yang halus tirus lagi cantik (pada perempuan)." "landang\nlalu-~;\nlalu II." "landap\nsejenis tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bunga tembaga suasa, \nCrinum asiaticum." "landas I\n1.\n alas, lapik:\n~ memotong kayu;\n2.\n asas yang mendasari sesuatu (objektif, idea, dan sebagainya):\n ~ itu sebenarnya sekadar suatu teori untuk menjangkau sesuatu;\nberlandas\n mempunyai (berlapik atau beralas dengan) landas:\nbangku pemotong kayu itu ~;\nberlandaskan\n1.\n mempunyai sesuatu sebagai landas atau landasan:\npapan itu dipotong ~ bongkah kayu; \n2.\n berdasarkan, beralaskan:\nprinsip-prinsip Rukun Negara yang ~ agama;\nmelandasi\n menjadi dasar (asas) kepada:\nsesungguhnya kajian lapangan yang ~ tulisan ini sangat terbatas; \ntindakan ini dilandasi oleh peraturan-peraturan yang telah ditetapkan;\nmelandaskan\n1.\n memasang landas atau landasan pada;\n2.\n mendasarkan, mengasaskan:\nbukanlah menjadi suatu kesalahan untuk ~ penerangan guru pada huraian-huraian yang terdapat dalam teks tersebut;\nlandasan\n1.\n = \npelandas\n [arkaik] alas, pengalas, penahan (ketika menempa besi dan lain-lain), pelapik;\n \n~ kereta api \nbesi tempat kereta api bergerak;\n \n~ terbang \nkawasan (yang keras) tempat kapal terbang turun atau naik;\n2.\n [kiasan] dasar, asas jalan:\norang ramai tidak akan menentang kamu selagi kamu berjalan di atas ~ yang betul; \nkonsep bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; \nkamu berjalan di atas ~ yang betul;\nberlandasan\n1.\n menggunakan landasan, berlapik atau beralasan:\nmencencang ~, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung; \n2.\n mempunyai sesuatu sebagai alasan (dasar), beralasan, berdasar." "landas II\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), mahang bulan (serindit, tekukur), \nMacaranga triloba;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok renek), gading-gading, lada burung besar, \nGreenia corymbosa." "landas III\n[Sarawak], [Sabah] musim tengkujuh." "landau I\n[arkaik];\nmelandau\n mencebak (bijih yang masih tertinggal)." "landau II\nsejenis kereta kuda yang beroda empat." "landrad\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] mahkamah perbicaraan." "landrente\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] cukai tanah (daripada hasil tanaman rakyat)." "landros\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] tuan tanah (sesuatu kawasan), pegawai pentadbir di daerah." "landskap\n1.\n pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya pemandangan pedesaan;\n2.\n catan, lukisan, dan sebagainya yang menggambarkan pemandangan alam;\n3.\n seni taman yang memaparkan ciri-ciri pemandangan alam." "landuk\nsejenis ikan laut, \nLethrinus spp." "landung I\npanjang ke bawah (tali, seluar, dan lain-lain), labuh;\nmelandung\n1.\n memanjang ke bawah, melabuh;\n2.\n kendur, tidak tegang (tali yang terentang);\nmelandungkan\n1.\n memanjangkan ke bawah, melabuhkan;\n2.\n mengendurkan." "landung II\nsejenis ikan laut, \nDorosoma chacunda." "landung III\n~ padi \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sasaran, \nConocephalus subtrinervius." "landur\nmelandur\n \n1.\n tidak tegang atau cekang, labuh ke bawah, melandut, kendur;\n2.\n lemah lutut (kerana penat berjalan);\nmelandurkan\n1.\n menyebabkan landur (tidak tegang dan sebagainya), melanduntukan, mengendurkan;\n2.\n menyebabkan landur (lemah lutut)." "landut\nmelandut\n melengkung ke bawah (tali yang direntang dan lain-lain), tidak tegang, kendur;\nmelanduntukan\n menjadikan melandut (kendur), mengendurkan." "lang I\nsejenis burung pemangsa dalam famili Accipitridae;\n \n~ barat \n= \n~ kepala putih, Circus aeruginosus;\n \n~ belalang \nburung rajawali, \nMicrohierax caerulescens;\n~ berjambul\n,\n Spilornis cheela;\n~ gunung, Spizaetus nipalensis;\n~ hitam\n, \nIctinaetus malayensis;\n~ ikan, Heliaeetus leucoryphus;\n~ jambul\n = \n~ malam\n, \nMachaerhamphus alcinus;\n~ kanguk,\n \nIcthyophaga spp.;\n~ laut \n= \n~ putih \n= \n~ siput,\n \nHeliaeetus leucogaster;\n~ lebah,\n \nPernis apivorus;\n~ merah \n= \n~ tembikar\n, \nHaliastur indus;\n~ rintik, Bustatur indicus;\n~ sewah \n= \n~ tikus,\n \nElanus caerulens;\n~ sikap, Accipiter trivirgatus;\n~ tiram,\n \nPandion haliaetus; \nburung ~ ling \nsejenis burung, \nAnthracoceros malabaricus;\n~ menerap buaya \n(peribahasa) pemuda yang merenggut bunga daripada sanggul seorang gadis;\n \n~ pungguk ~ berikan, tidur siang berjaga malam\n (peribahasa) orang jahat (pencuri) yang tidur siang dan berjaga malam;\n \ndi tempat tiada ~, kata belalang,\n \nakulah ~ \n= \ntak ~ si pungguk menjadi ~ \n(peribahasa) di tempat tiada orang yang pandai si bodoh mengaku dirinya cerdik;\n \npantang ~ dengan ayam lambat-laun disambar juga \n(peribahasa) dikatakan berkenaan sesuatu yang tidak baik apabila diperdekatkan." "lang II\n[arkaik] [bahasa percakapan] selang (waktu), antara, lat;\n \n~ sehari \nselang sehari." "lang III\n[Jakarta] sejenis meja tempat menaruh atau menjaja barang-barang." "langah\nmelangahkan\n membuka lebar-lebar atau luas-luas, mengangakan (mulut dan lain-lain);\nterlangah\n terbuka lebar-lebar (mulut dan lain-lain), terbelangah, ternganga:\nternganga bagai gua ~." "langak\n~-languk \n= \n~-longok\n memandang-mandang (seperti ada benda atau orang yang dicari-cari);\nmelangak\n memandang (ke atas), memandang dengan mendongak-dongakkan kepala:\naku ~ ke atas dan nampak buah pisang yang tidak ada jantungnya lagi." "langap\nmelangap\n membuka mulut dan lain-lain luas-luas." "langau\nsejenis lalat (pikat) besar yang menggigit;\n \n~ hijau \nlalat yang berwarna hijau dan berdengung-dengung bunyinya;\nbagai ~ di ekor gajah \n(peribahasa) orang yang menurut kemahuan orang besar atau orang yang pandai;\n \nhinggap bak ~ titik bak hujan \n= \nhinggap saja bagai ~ \n(peribahasa) sesuatu yang berlaku dengan tiba-tiba;\n \nmasuk ~ ke mulutnya \n(peribahasa) terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya." "langgah I\nmelanggah\n [Kedah] minum banyak-banyak (dengan sekali gus):\nNong ~ air dengan agak gelojoh." "langgah II\n[Kedah] (ketawa dan lain-lain) dengan kuat dan berlebih-lebihan." "langgai I\nsejenis belat untuk menangkap ikan." "langgai II\nkulit buah kacang dan lain-lain daripada kumpulan \nLeguminosae." "langgai III\nsejenis ikan laut, \nTrichiuridae." "langgaian\n[Minangkabau] para-para (tempat membiarkan kacang, timun, dan lain-lain naik), junjung." "langgak\n[Minangkabau];\nmelanggak;\n \nlenggak." "langgam\n[Minangkabau]\n1.\n cara, kaedah, laku, adat kebiasaan:\nmenurut ~ dan pandangan orang-orang kampung, abang masih dipandang hina; \n2.\n irama lagu yang digemari ramai (lawan irama asli):\nlagu-lagu ~ dan asli." "langgan\nberlanggan, melanggan\n membeli dengan tetap (surat khabar, majalah, dan lain-lain):\nkami ~ tiga buah surat khabar; \nboleh dikatakan semua majalah keluaran tanah air dilanggannya;\nberlangganan\n membeli dengan tetap:\nmereka sudah lama ~ dengan Wim tentang barang-barang seludupan;\nlangganan\n1.\n = \npelanggan;\n2.\n penjual yang tetap;\n3.\n hubungan jual beli atau urus niaga yang tetap (antara seseorang penjual dengan pembeli yang selalu membeli daripadanya);\n4.\n = \nwang ~ \npembayaran yang tetap (kerana berlanggan);\npelanggan\n1.\n pembeli (surat khabar, majalah, dan lain-lain) yang tetap:\nmakin bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar pula; \n2.\n orang (syarikat) dan sebagainya yang membayar kepada seseorang seperti peguam (pembina dan sebagainya) untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya." "langgang\ntunggang-~; \ntunggang." "langgar I\nlaga, rempuh, serang, tempuh;\n \n~ adat \n= \n~ bahasa \nbiadap, tidak sopan;\n \n~ jangan beragak \nmenyerang dengan sungguh-sungguh;\n \n~ lari\n perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dan sebagainya, tanpa menunggu atau membuat laporan polis;\nberlanggar, berlanggaran\n1.\n berlaga (kereta dan lain-lain), beradu, berhantuk:\nsebuah motokar telah ~ dengan sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; \n2.\n = \nberlanggar-langgaran\n saling menyerang:\nsetelah bertemu dengan kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; \n3.\n tidak mengikut (adat, resam, dan lain-lain), berlawanan dengan, bertentangan dengan:\nkalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dengan undang-undang;\nmelanggar\n1.\n merempuh, melanda, melanyak:\nseorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; \n2.\n mendatangi (untuk menguasai, memusnahkan, dan sebagainya), melanda, menyerang:\nbukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; \nMelaka pada masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yang juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; \n3.\n tidak patuh pada (undang-undang dan lain-lain), menyalahi, melawan, menentang:\norang yang ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; \nlalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar;\n~ sumpah \ntidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong;\nmelanggarkan\n melandakan, mengadukan, merempuhkan:\nmaka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung;\nterlanggar\n1.\n tersadung, terempuh, dirempuh:\nia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; \n2.\n melanggar (peraturan, undang-undang, dan lain-lain):\nbarang siapa yang memegang dia, tentu akan ~ pantangan;\nperlanggaran\n perihal (kejadian dan sebagainya) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dengan orang, dan lain-lain):\nkereta itu terlibat dalam ~ dengan sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;\npelanggaran\n1.\n perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dan sebagainya):\n~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; \n2.\n perihal menentang perbuatan dan sebagainya atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dan lain-lain):\n~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah;\npelanggar\n orang atau sesuatu (seperti kereta dan lain-lain) yang melanggar:\napabila undang-undang itu dilanggar maka si ~ akan dihukum." "langgar II\nsurau, madrasah:\nsuara azan dari ~ di hujung kampung itu baru sahaja hilang dari udara." "langgar III\n[Brunei] bahagian yang beratap dan menganjur dari ibu rumah." "langgas\ntidak terikat pada sesuatu atau pada orang, bebas." "langgeng\n[Jawa] selama-lamanya, abadi, kekal;\nkelanggengan\n keadaan yang kekal." "langguai\nsejenis tepak sirih yang bulat (dibuat daripada tembaga)." "langguk\n[Kelantan]\n1.\n tinggi sekali (layang-layang dan lain-lain);\n2.\n [Jawa] congkak, sombong." "langgung I\nmelanggungkan\n meletakkan atau menyandarkan pada:\nKarim berpaling dan ~ pahanya pada punggung Jalil." "langgung II\n= \n~ batu \n= \n~ paam \nsejenis tumbuhan (pokok), meranti paam (paang), seraya batu, \nShorea brateolata." "langi\nsejenis ikan laut, tenggiri, \nScomberomorous spp." "langir\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), \nAlbizzia saponaria;\n~ buaya\n sejenis tumbuhan (pokok renek), setampin, tampin hutan, \nMalltous griffithians;\n~ tengkawas \nsejenis tumbuhan (pokok), medang (kuning, merah), mempat jantan, \nCryptocarya ferrea; \n2.\n pencuci rambut (badan, keris, dan lain-lain) biasanya dengan menggunakan bahan-bahan tradisional (seperti sintuk, limau purut, dan sebagainya);\nberlangir, melangir\n membersihkan rambut (badan, keris, dan lain-lain) dengan langir:\nkalau dia mandi, bukan main lamanya, berbedak ~ dahulu; \nmaka segera dilangirnya dan dimandikan anaknya itu;\nmelangiri\n membersihkan rambut atau badan orang lain dengan langir:\nRaja Melaka dan Raden Mas Ayu pun dilangiri oleh segala raja yang tua-tua." "langis I\n[arkaik];\ntumpas ~\n habis jahanam (rosak)." "langis II\n[Brunei] tiada yang tinggal lagi (makanan, duit, dan lain-lain), bersih." "langit\nlengkung yang tampaknya biru dan melingkungi bumi:\ntujuh petala ~; \nberasa dalam ~ yang ketujuh \nsenang sekali;\n~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang\n (peribahasa) fikiran yang mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kepada kehinaan;\n \n~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan\n (peribahasa) kesalahan orang lain walaupun kecil tampak tetapi kesalahan sendiri tidak;\n \n~ menyungkup kepala \n(peribahasa) tidak dapat melepaskan diri daripada perintah orang yang berkuasa (raja);\n \n~ runtuh bumilah terban \n= \n~ runtuh bumi cair \n(peribahasa) kehilangan tempat menumpang hidup;\n \ndi mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung \n(peribahasa) hendaklah menurut adat dan resam tempat yang kita diami;\n \ndisangkakan ~ itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh \n(peribahasa) sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang;\n \nkalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk \n(peribahasa) orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar;\nmelangit\n1.\n menghala (terbang, naik) ke langit;\n2.\n tinggi sekali, melambung tinggi:\ntidaklah elok kalau terus-menerus orang itu dipuji ~; \ncongkaknya ~ \nsombong sekali;\n \n~ biru; \na) terbang (pergi) ke langit biru;\n b) berwarna seperti warna langit biru." "langit-langit\n1.\n kain yang dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dan lain-lain yang dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu:\nbaginda menitahkan pula mereka membentangkan tabir dan ~ yang indah-indah warnanya; \n2.\n bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian lembut dan keras);\nberlangit-langit\n mempunyai langit-langit (berkenaan (dengan) kelambu dan sebagainya)." "langka\n[Jakarta] jarang-jarang berlaku (terjadi, ada, dan lain-lain);\nkelangkaan\n perihal (keadaan) langka:\n~\n \nkata pinjaman Inggeris dalam dialek Melayu\n." "langkah\n1.\n gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang):\npasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dengan ~ yang berat; \n2.\n jarak di antara dua belah kaki ketika berjalan:\nada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; \n3.\n cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yang dikerjakan, perbuatan:\nsejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya;\n4.\n awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dan lain-lain);\n \n~ baik (buruk) \npermulaan yang baik (buruk);\n~ bendul \na) berkahwin dahulu daripada kakak;\n b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin;\n \n~ gelombang dua belas \nnama gerak dalam pencak silat;\n \n~ kanan \nmujur;\n \n~ kiri \nsial (tidak beruntung);\n \n~ surut \nundur (langkah ke belakang);\n \nmengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu \ncabut lari (kerana takut dan lain-lain);\nmelangkah, berlangkah\n1.\n menggerakkan langkah, menghayunkan langkah, berjalan:\nia ~ dua langkah ke hadapan;\n2.\n memulai perjalanan (pelayaran dan lain-lain):\nserta mustaid ia pun ~lah dengan tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; \n3.\n = \nmelangkahi; \n4.\n tidak mengikut susunan, melangkau:\ndilangkahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yang lain;\n5.\n [arkaik] melalui, menempuh:\n~ lautan;\nmelangkahi\n1.\n melampaui, melangkaui:\nia terus ~ tangga; \n2.\n melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dan lain-lain), menyalahi:\nperbuatan seperti itu dianggap telah ~ adat Melayu;\n \nadat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yang tak boleh dilangkahi lagi; \n~ bendul \nlangkah bendul;\n \n~ laki \nbermukah (berkenaan (dengan) perempuan yang sudah bersuami);\nmelangkahkan\n1.\n menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan:\ndia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka; \n2.\n memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dan lain-lain);\n langkahan\n hasil perbuatan melangkah:\nharimau itu berhenti daripada meneruskan ~ kakinya;\nkelangkahan\n1.\n suami yang isterinya berlaku curang;\n2.\n didahului adiknya berkahwin, kelampauan;\n3.\n [Jakarta] dilangkahi atau dilalui;\npelangkahan\n1.\n perihal melangkah (melangkahi, melangkahkan);\n2.\n = \npelangkah\n permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dan lain-lain):\nmenurut ilmu ~ ini alamat buruk; \npada kali ini barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai bapanya sudah balik." "langkai\n[Minangkabau] lampai, ramping." "langkan\n1.\n serambi atau beranda yang berkisi-kisi dindingnya:\nlain daripada bilik tidur dua buah, ada pula ~ dan tempat makan; \n2.\n [Jakarta] pagar jambatan dan lain-lain yang berkisi-kisi." "langkap I\nsejenis tumbuhan (palma), \nArenga westerhouti; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nTinomiscium petiolare." "langkap II\nbahagian tepak tempat menyimpan sirih." "Langkapura\nPulau Sailan, Sri Lanka." "langkara\n[sastera lama] \nlengkara." "langkas I\n[arkaik] cergas, pantas, tangkas." "langkas II\ngugur kerana sudah masak (berkenaan (dengan) buah-buahan seperti durian dan lain-lain), habis musim buah-buahan;\n \n~ buah kepaya \n(peribahasa) perihal sesuatu yang mustahil;\nselangkas\n semusim (daripada berputik hingga masak dan gugur)." "langkat I\n[sastera lama] tiga hari lagi dari sekarang, tulat." "langkat II\nberlapis (tikar dan lain-lain):\ndiletakkan di atas peterana ciu dua belas ~." "langkau\n= terlangkau\n dilangkahi atau dilampaui (bacaan, perbuatan, dan lain-lain);\nmelangkau\n melangkahi atau melampaui, tidak mengikuti susunan, menyelang-nyelangi:\nbacaannya melangkau-langkau sahaja;\n \n melangkaui\n melalui, melewati:\nm" "langking\n[arkaik] hitam." "langkisau\nangin keras dan tidak menentu haluannya (pada peredaran musim)." "langkitang\n[Minangkabau] sejenis siput." "langkup\nterlangkup\n terlingkup (perahu dan lain-lain), terbalik:\nperahunya telah ~ tetapi masih timbul." "langlai\nlonglai;\n \nlemah-~; \nlemah." "langlang\n1. = melanglang\n menjalani (untuk memeriksa dan lain-lain), mengelilingi;\n2.\n orang yang mengembara (meronda dan lain-lain), peronda, pengembara;\n \n~ buana \nperonda dunia." "langsai I\n1.\n sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai:\nhutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; \n2.\n [sastera lama] jelas (rupa, pandangan, dan lain-lain), terang:\nakan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun;\nhutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula \n(peribahasa) hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula;\n \nsekali mengorak pura dua tiga hutang ~ \n(peribahasa) menyelesaikan beberapa perkara dengan sekali lalu (buat);\nmelangsaikan\n melunaskan (hutang), menjelaskan, menyelesaikan:\ndia ~ hutang ayahnya." "langsai II\ntirai." "langsai III\nmelangsai\n melayang (terbang) dengan cepat:\n~ ke dalam awan." "langsam\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] lamban, lambat, perlahan-lahan;\nmelangsamkan\n menjalankan lambat-lambat, melambatkan." "langsar I\npanjang lampai, tinggi langkai:\ntubuh ~ batang menjelai." "langsar II\nmelangsar\n (tumbuh) panjang menjalar, bergerak memanjang perlahan-lahan." "langsar III\n[Minangkabau] bernasib baik, bertuah, beruntung." "langsat\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nLansium domesticum; \nkuning ~\n warna (kulit dan lain-lain) yang putih kekuning-kuningan." "langsi\nbunyi yang halus nyaring, mendering;\nberlangsi, melangsi\n1.\n berbunyi halus nyaring, mendering:\nsuatu jeritan yang kuat melangsi membelah udara; \n2.\n terbang dengan laju dan berdenging (seperti peluru dan lain-lain):\ntali bubut temberang pun berdengung-dengung seperti kumbang ~; \nlangsing II." "langsing I\nlampai (tubuh badan), langkai, ramping:\npenari itu berbadan ~ dan berkulit kuning langsat;\nmelangsingkan\n menjadikan (badan, tubuh) langsing:\n ~ badan;\n kelangsingan\n perihal (keadaan) langsing:\n ~ bentuk badannya;\n pelangsingan\n proses melangsingkan:\nmakanan yang lebih baik dapat menyebabkan pembakaran lemak dalam proses ~\n;\npelangsing\n ramuan, ubat, dan lain-lain yang boleh melangsingkan badan." "langsing II\nbunyi nyaring yang mendesing:\ndia disergah oleh salakan ~ anjing-anjing dari luar pondok itu;\nmelangsingkan\n menyaringkan (suara);\nkelangsingan\n keadaan langsing:\n ~ qasidah yang dilagukan oleh Syeikh Qusairy\n;\nlangsi." "langsir I\nkain penutup jendela atau pintu, tirai:\nkemudian ~ hijau tua yang diselaknya itu dijatuhkan semula;\nberlangsir\n mempunyai atau dipasang langsir:\npintu yang tidak ~;\nmelangsiri\n memasang langsir di (jendela dan lain-lain)." "langsir II\n[Indonesia-Belanda];\nmelangsir\n1.\n mengatur atau menyambung-nyambungkan gerabak kereta api;\n2.\n [bahasa percakapan] berjalan-jalan kian ke mari (hilir mudik)." "langsir III\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] tentera yang menggunakan tombak." "langsir IV\n[Minangkabau] kurus, kecil tirus." "langsir V\nsejenis tumbuhan (pokok), kasai, kelisar, \nPometia pinnata." "langsit\nsejenis tumbuhan (pokok belukar), gading-gading, nasi-nasi, susun kelapa hutan, tulang-tulang, \nPrismatomeris malayana." "langsuir\nsejenis hantu perempuan yang berlubang belakangnya (suka mengganggu orang mengandung dan biasanya mengilai), puntianak." "langsung\n1.\n tidak berhenti-henti (perbuatan dan lain-lain), tidak berantara, lantas, terus:\naku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; \ndari jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah;\n2.\n kekal (untuk beberapa waktu), selama-lamanya, terus:\naku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; \n3.\n sedikit pun, sama sekali:\nanak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; \nkadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; \n4.\n tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus:\ndalam menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dengan tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; \n5.\n tidak tergendala (pekerjaan dan lain-lain), diteruskan, jadi:\nkedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; \nada orang yang sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; \n6.\n terlebih daripada matlamat (tujuan, sasaran, dan lain-lain):\n~ dari sasaran;\nberlangsung\n1.\n berlaku (peperangan, keramaian, dan lain-lain), diadakan, terjadi:\nperjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka;\n2.\n berlaku terus (tidak berhenti):\nmesyuarat itu ~ beberapa hari; \n3.\n [bahasa percakapan] bersatu (sesudah bernikah);\nkeberlangsungan\n perihal terjadinya sesuatu peristiwa:\n ~\n \nperjalanan peristiwa;\nmelangsung, melangsung-langsung\n tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (perjalanan dan lain-lain), terus-menerus;\nmelangsungkan\n1.\n melakukan, mengerjakan, mengusahakan:\nkedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu;\n2.\n meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dan lain-lain):\nkalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya untuk ~ rasa penyair kepada pembacanya;\nterlangsung\n1.\n telah dikerjakan atau dilaksanakan;\n2.\n terlanjur (kelakuan, perbuatan, dan lain-lain);\n~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik \n(peribahasa) sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik;\nkelangsungan\n perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan:\nsemuanya ini untuk menjaga ~ hidup yang harmoni antara kaum di negara ini; \ngenre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah ~ daripada kreativiti pelipur lara;\nperlangsungan\n perihal berlangsungnya sesuatu perkara." "langu\nbau atau rasa yang tidak sedap:\ntiba-tiba dia berasa mulutnya ~ dan berkehendakkan sesuatu untuk dihisap atau dimakan." "languk\nmelanguk\n mencanguk;\ncanguk." "langut I\nmelangut\n1.\n memandang ke atas, mencongak, mendongak, menengadah:\njari Ajis menunjuk ke muka akhbar kemudian kepalanya ~; \n2.\n duduk termenung-menung (membuang masa);\n3.\n memandang orang sedang makan (seolah-olah meminta);\nmelanguntukan\n mengangkat (muka, kepala seseorang) supaya mendongak, mendongakkan, mencongakkan:\n~\n \nkepala anaknya." "langut II\nmelangut berasa rindu (sedih dan lain-lain)." "lanhir\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] [bahasa percakapan] tuan tanah." "lanja\n[Jawa];\nmelanja\n berkunjung (ke rumah sahabat dan lain-lain), bertamu ke, bertandang;\nlanja-lanjaan\n berjalan-jalan sesuka hati (ke mana suka)." "lanjai\n= melanjai\n [Minangkabau] tinggi lampai, langkai, ramping;\n \nkurus ~ \nkurus kering (susuk tubuh)." "lanjam\nmata bajak." "lanjang I\npanjang langkai, kecil panjang." "lanjang II\n[arkaik] telanjang." "lanjar I\nlabuh atau panjang (kerana dihulurkan dan lain-lain), kurus tinggi;\nselanjar\n bersambung-sambung, berterusan:\nbalak ~;\nkeselanjaran\n perihal selanjar (bersambung-sambung, berterusan):\n~ kerja;\n melanjar\n [Jakarta]\n1.\n menjadi atau bertambah panjang (kerana dihulurkan, tumbuh, dan lain-lain);\n2.\n menghulurkan (tali dan lain-lain) panjang-panjang." "lanjar II\nlanjaran\n [Jawa] para-para (tempat tumbuhan seperti kacang, mentimun, dan lain-lain menjalar dan melilit)." "lanjar III\nterus (tidak singgah di mana-mana lagi), lalu, langsung:\nkamu nak ~ ke kebunkah?\nberselanjaran\n berterusan:\n keadaan ~." "lanji\n[Jawa];\nperempuan ~ \nperempuan jalang, pelacur." "lanjuk\nlanjur." "lanjung\n1.\n tinggi atau panjang halus (tebu dan lain-lain), tinggi kurus, tinggi menirus;\n2.\n [Minangkabau] tinggi." "lanjur\n1.\n [arkaik] tersorong atau terlangsung ke depan;\n2.\n terus, tidak berhenti;\nmelanjurkan\n melanjuntukan atau melewat-lewatkan (masa, perbincangan, dan lain-lain), memanjangkan;\nterlanjur\n1.\n tersorong ke depan:\n~ perahu boleh ditarik;\n2.\n terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dan lain-lain) sesuatu:\nsaya minta maaf atas segala perbuatan saya yang ~ itu; \nperangaimu memang sudah ~; \n3.\n = \nterlanjurkan\n senyampang, justeru, sementara:\njadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik;\nterlanjur-lanjur\n terlangsung atau tersorong jauh (dari batas, ukuran, dan lain-lain):\nkerap mulutnya\n \n~ sahaja menyebut mati;\ntelanjuran\n [sastera lama] kebetulan, senyampang:\n~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dengan sepertinya;\nketerlanjuran\n perihal terlanjur:\nkian terasalah olehnya salah dirinya atas ~nya itu." "lanjut I\n1.\n panjang (cerita, hikayat, dan lain-lain):\nadapun perkataan Singapura berperang dengan Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya;\n2.\n lama, panjang, tinggi (umur):\nia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~; \n3.\n mendalam (pengetahuan, penerangan, dan lain-lain), saksama, teliti:\nelok juga saya jelaskan dengan ~ sedikit berkenaan perkara ini; \n4.\n berpanjangan, tidak berhenti-henti, berterusan:\nmereka bergurau senda ~ hingga tengah malam; \n5.\n panjang (keluhan):\nbapa mengeluh ~; \n6.\n labuh (pakaian):\ndia memakai kain ~ sungguh; \n7.\n lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dan lain-lain):\nsekolah yang ~; \n8.\n [Kedah] lambat (gerakan) perjalanan dan lain-lain:\nperempuan itu berjalan ~ sungguh;\n~ akal \npanjang akal (cerdik);\n \n~ fikiran \ncerdik;\n \n~ usia \npanjang umur;\nselanjutnya\n1.\n berikutannya, seterusnya:\nmereka memikirkan kemungkinan yang akan dihadapi hari esok dan hari ~;\n2.\n selepas itu, sesudah itu:\n~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji;\nberlanjut-lanjut\n tidak berhenti-henti, berpanjang-panjang, bersambung-sambung, terus-menerus:\nsuara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula;\nberlanjutan\n berpanjangan, berterusan, berkekalan:\npeperangan itu ~ hingga berpuluh-puluh tahun lamanya;\nmelanjut\n tidak putus-putus, tidak terhenti-henti (tetap), terus:\naku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih;\nmelanjuntukan\n1.\n menjadikan panjang atau berterusan, menyambung:\nkadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing;\n~ perundingan;\n2.\n menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dan lain-lain), meneruskan:\nHindun bersungguh-sungguh benar hendak ~ pelajarannya lagi; \nsemua yang hadir diminta datang ke gedung kesenian untuk ~ perkenalan;\nterlanjut\n terlebih (ukuran, perbuatan, dan lain-lain), terlanjur;\nlanjutan\n sambungan (pelajaran, perbualan, dan lain-lain), tambahan (pada sesuatu sebelumnya):\nsekolah menengah ~;\n \nkelanjutan\n ekoran atau perkembangan (daripada perkara yang berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan:\n~ daripada pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak bertegur sapa selama dua hari; \nbagi membiakkan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia;\nperlanjutan\n perihal berterusan (berpanjangan);\n \n~ jenis \n[Indonesia] pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan);\npelanjutan\n perihal atau perbuatan melanjuntukan." "lanjut II\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nMangifera lagenifera.\nLanoh\n penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Negrito, yang tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak." "lanolin\nlemak yang diperoleh daripada bulu biri-biri yang boleh dijadikan bahan ubat kulit dan kosmetik." "lans\nkoperal\n \n1.\n (pangkat) pegawai tidak bertauliah yang paling rendah (dalam tentera);\n2.\n pangkat yang setingkat lebih tinggi tarafnya daripada konstabel polis." "lanset\n(Perubatan) sejenis pisau pembedahan yang mempunyai dua tepian tajam dan hujung yang menirus." "lansi\nlangsi." "lansing\nkayu brek kereta lembu (digantung di belakang rodanya)." "lantai\n1.\n dasar rumah (yang dibuat daripada papan dan lain-lain);\n2.\n geladak perahu;\n \n~ bilah \n= \n~ pelupuh \ndasar (rumah dan lain-lain) yang dibuat daripada belahan buluh;\n \n~\n \nselisih\n lantai sesebuah rumah yang sebahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yang bersebelahan;\n \nbesi ~ \nkepingan besi yang pipih lebar;\ndatar bak ~ papan, licin bak dinding cermin \n(peribahasa) sesuatu hukuman yang adil atau fikiran (pertimbangan) yang baik;\n \nmencari ~ terjungkit\n (peribahasa) suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan;\n \nmenjungkit-jungkit bagai bilah ~ \n(peribahasa) hal kelakuan yang mengada-ngada akan sesuatu yang baru diperoleh (seperti kekayaan, kebesaran, dan lain-lain);\nberlantaikan\n menggunakan sebagai lantai:\nbangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan;\nmelantai\n1.\n membuat (memasang) lantai;\n2.\n rata (tanah dan lain-lain) seperti lantai, pamah, tidak tinggi rendah;\n \nsudah patah baru hendak ~ \n(peribahasa) sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat." "lantak\n1.\n pukul (supaya masuk, padat, dan lain-lain), pantak;\n \nemas ~ \nemas yang berbatang-batang;\n \nsenapang ~ \nsenapang yang ubat bedilnya diisi dari mulut;\n2.\n membuat sesuatu dengan sesuka hati:\nbiar ~ dia berbuat begitu;\nmelantak\n1.\n memukul kuat-kuat, menghentam, memantak:\ndilantak kepalanya ke dinding;\n2.\n [bahasa kasar] melakukan sesuatu dengan sesuka hati (cepat-cepat, gelojoh, sungguh-sungguh dan sebagainya), menggasak:\ndi belakang kami, mereka itu ~ sate dan semua makanan yang terhidang;\nmelantakkan\n memasukkan sesuatu dengan dipukul (dipantak dan lain-lain), memantakkan;\nlantakan\n \nemas ~ \nemas lantak;\n \nsenapang ~ \nsenapang lantak;\npelantak\n besi penghentak peluru senapang (meriam dan lain-lain), tukul, antan pelocok (bomba dan lain-lain)." "lantam I\nbunyi (suara dan lain-lain) yang kuat;\nmelantamkan\n1.\n bersuara dengan kuat atau keras;\n2.\n [kiasan] menjalankan diayah (propaganda dan lain-lain)." "lantam II\nbongkak, congkak, sombong;\nmelantamkan\n berasa sombong (megah, bangga, dan lain-lain);\nkelantaman\n perihal lantam." "lantan\n[Minangkabau] [arkaik];\nmelantan\n menjaga, memelihara;\n \n~ anak \nterlalu sangat memanjakan anak;\n \n~ badan \nmenjaga badan baik-baik;\n \n~ kain \nmemakai kain yang kasar untuk menjaga kain yang bagus-bagus." "lantang\n1. = melantang\n kuat dan jelas didengar (suara dan lain-lain), jelas kedengaran:\nsuaranya ~ bertengkar dengan orang di sebelah rumah; \nsuaranya melantang di dalam seluruh ruang masjid;\n2.\n terang dan nyata (pemandangan), luas dan jelas;\nmelantangkan\n menguatkan (suara dan sebagainya) supaya lantang:\n~ suaranya supaya jelas didengar;\nkelantangan\n perihal lantang:\nkerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan." "lantanida\n(Kimia) unsur nadir bumi yang bernombor atom di antara 58 hingga 71." "lantanum\n(Kimia) sejenis unsur logam." "lantar I\nmelantarkan\n \n1.\n menimbulkan (sesuatu perkara), menyebabkan;\n2.\n menyampaikan (permohonan, permintaan, dan lain-lain), mengusulkan, mengemukakan;\nlantaran\n1.\n hal yang menjadi sebab sesuatu perkara;\n2.\n kerana, sebab:\n~ cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu;\n~ itu \nkerana itu;\npelantaran; \ndengan ~ \ndengan perantaraan atau pertolongan;\npelantar\n orang yang menyampaikan atau mengemukakan (permohonan, permintaan, dan lain-lain), pengantara." "lantar II\nterlantar\n \n1.\n terletak di:\nberbulan-bulan lamanya dia ~ di rumah sakit;\n2.\n dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar:\nanak yang dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di tengah-tengah masyarakat;\nmenterlantarkan\n membiarkan terabai atau tidak terpelihara, tidak mempedulikan:\ndia takut untuk bernikah dengan Leman, takut dia akan diterlantarkan sebagaimana perempuan-perempuan lain." "lantar III\n= pelantar I." "lantas\n1.\n tidak berantara, langsung, terus:\ndengan malas aku bangkit dan ~ ke dapur;\n2.\n langsung masuk (terus), sampai ke:\n~ dalam kenangannya itu bagaimana kegembiraannya pada hari dia berkahwin;\n~ akal \ntermakan (diterima) akal;\n3.\n terus, tembus (ke belakang dan lain-lain);\n4.\n kuasa, sanggup (mengerjakan sesuatu):\n~kah abang meneruskan perniagaan itu jika kita tambah modalnya?\nmelantas\n tidak singgah atau berhenti di mana-mana, langsung;\nmelantasi\n terus ke belakang, menembus, menobros:\nsinaran itu tidak ~ cermin, ia hanya dipesongkan oleh pembalikan; \nbor itu sudah ~ ke balik kayu itu;\nmelantaskan\n menyampaikan, mengemukakan (sesuatu hal dan lain-lain), meneruskan;\n \n~ angan (maksud) \na) hidup merantau;\n b) melakukan kehendak hati;\n \n~ dendam \nmelepaskan dendam;\nterlantas\n terus masuk, tembus langsung;\nberkelantasan\n [arkaik] terus-menerus (tidak berantaraan)." "lantik I\nmelantik\n mengangkat dengan rasmi (menteri, orang besar-besar, dan lain-lain), mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan:\nkerajaan telah didesak supaya ~ seorang daripada kaum itu menjadi anggota kabinet;\npelantikan, lantikan\n perihal (tindakan) melantik:\nmereka gembira atas ~ Tun Perak menyandang jawatan Bendahara; \nMajlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat;\npelantik\n orang yang melantik." "lantik II\n[Minangkabau] lentik." "lantin\n[arkaik] sejenis lampu, lentera." "lanting I\n[Minangkabau];\nmelanting\n melempar, membaling, membuang (kayu, batu, dan lain-lain) kepada sesuatu benda;\n \n~ menuju tampuk, berkata menuju benar \n(peribahasa) setiap usaha itu ada maksudnya;\nmelantingkan\n melemparkan, membalingkan:\nrokoknya dilantingkan ke pinggir jalan;\nterlanting, terpelanting\n1.\n terbuang, terlantar;\n2.\n [kiasan] sudah tidak berguna lagi." "lanting II\nlonjak, lompat;\nberlanting, melanting\n melonjak-lonjak, bergerak-gerak turun naik:\nmalang ~ buluh pecah;\nmelanting-lanting bagai cacing kepanasan \n(peribahasa) tidak senang ataupun selalu gelisah (kerana susah, malu, dan lain-lain);\n \nsetinggi-tinggi melanting jatuhnya ke tanah juga \n(peribahasa) walau ke mana juga seseorang pergi kelak kembali juga ke negeri sendiri." "lanting III\n[Jawa];\nmelanting\n membimbit atau menjinjing." "lanting IV\nlantin." "lanting V\n[Brunei] sejenis jeti terapung." "lantuh\n[Brunei]\n1.\n hanyir;\n2.\n rasa seperti rasa ikan mentah." "lantul\npantul." "lantun\nmelantun\n1.\n membuang balik, memantul, menganjal:\ntudung pen itu ~ di atas meja; \n2\n. [kiasan] terkena semula (pada seseorang):\nsoalan ini ~ balik kepada kamu sendiri;\nmelantunkan\n menyebabkan menganjal atau mengambul, mengambulkan;\nlantunan\n gerakan melantun." "lantung I\nbunyi yang kuat (seperti bunyi letupan dan lain-lain);\nlantung-lantung, lantung-lantang\n bunyi (bising) yang tidak menentu:\nlantung-lantang bunyi tukang kayu bekerja;\nmelantung\n berbunyi dengan kuat, membuat bising." "lantung II\nbau busuk yang keras:\nluka itu ~ baunya; \nbusuk ~ \nbau yang busuk sekali;\nmelantung\n mengeluarkan bau busuk, berbau busuk." "lantung III\n[Minangkabau];\nberlantung\n bersentuhan, bertemu, terlalu rapat;\nmelantung\n menyentuh, mengenai (dengan tangan dan lain-lain), memukul;\n \n~ orang\n memukul orang;\nterlantung\n tersentuh, terhantuk, terlanggar:\nalu ~ patah tiga." "lantur\nmelantur\n menyimpang jauh-jauh (fikiran dan lain-lain), terpesong daripada matlamat:\nsaya mahu menyela sebelum perbicaraan ~ ke mana-mana;\nmelanturkan\n menyimpangkan, memesongkan, menyesatkan (fikiran, ingatan, dan lain-lain)." "lanun\nperompak laut, bajak laut;\nmelanun\n merompak seperti lanun (di laut);\npelanunan\n perbuatan atau kegiatan melanun:\n ~ di perairan itu semakin menjadi-jadi." "lanus\n[arkaik];\nmelanus\n dapat dilihat (benda yang dibungkus atau dibalut)." "lanyah\nberlumpur, becak, lecah;\nmelanyah\n menjadikan becak, melecahkan." "lanyak\nmelanyak\n \n1.\n memijak-mijak (tanah dan lain-lain) hingga hancur atau bergaul betul:\ntanah itu dilanyak-lanyak dahulu sebelum dimasak menjadi bata;\n2.\n [kiasan] tidak mengendahkan, memandang sepi (seolah-olah menghina);\n3.\n [Minangkabau] memukul dengan kuat." "lanyard\n(Marin) tali yang diikat wisel dan sebagainya padanya dan digantung di leher." "lanyau\nlumpur (yang nampaknya keras tetapi terbenam kalau dipijak), lanau;\n \numpama ~ di air, sebarang tertadung menjadikan daki\n (peribahasa) melakukan perbuatan yang jahat tentu akan menerima balasannya;\nmelanyau\n bermain lumpur di:\nkali ini mereka bermain becak pula, dilanyaunya halaman itu." "laos\n[Jawa] lengkuas;\n \n~ jambek \n= \n~ mekah \nsejenis tumbuhan (herba), \nCanna edulis." "lap\n= \nkain ~ \nkain untuk menyapu;\n \nkertas ~ \nkertas untuk mengeringkan dakwat;\nmengelap\n menyapu atau mengeringkan dengan kain lap dan lain-lain, menyeka:\ndia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; \ntidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;" "lapah I\nmelapah\n \n1.\n mengupas kulit dan memotong-motong binatang (kerbau, lembu, dan lain-lain) yang telah disembelih:\nPak Pandir pun tampillah ~ kerbau itu dengan Mak Andeh;\n2.\n memotong (memakan) daging besar-besar:\ndarahnya sama dicecah, dagingnya sama dilapah;\n \nhati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah \n(peribahasa) pembahagian yang sama banyak (yang adil);\npelapah\n sesuatu (seperti pisau dan sebagainya) yang digunakan untuk melapah daging dan sebagainya." "lapah II\nkotak rokok (dibuat daripada logam), celepa, selepa." "lapak I\n[Minangkabau];\nberlapak\n bersulam benang emas atau perak, bersongket." "lapak II\n[kata seru] botak bahagian tengah atau bahagian belakang kepala:\numurnya masih muda tetapi kepalanya sudah ~ kerana terlalu banyak berfikir dan menghadapi masalah." "lapan\ndelapan;\n \n~ belas\n sepuluh ditambah lapan (18);\n \n~ puluh \nhasil darab lapan dan sepuluh (80);\n \n~ ratus \nhasil darab lapan dan seratus (800);\nberlapan\n dalam kumpulan lapan orang dan sebagainya, lapan bersama:\nmereka ~ dipilih untuk menyertai rombongan itu;\nberlapan-lapan\n dalam satu kumpulan lapan orang dan sebagainya (berkenaan (dengan) banyak atau beberapa kumpulan):\nberbaris ~;\nkelapan\n yang nombor lapan (menurut urutan, giliran, dan sebagainya), kedelapan:\ngilirannya yang ~;\nkelapan-lapan\n lapan-lapan sekali, kesemuanya lapan:\n~ orang anaknya pulang ke kampung pada hari raya itu;\nperlapan\n bahagian daripada sesuatu yang dibahagi lapan;\n \nsatu ~ \n= \nse~ \nsatu bahagian daripada benda yang dibahagi lapan." "lapang I\n1.\n tidak sempit, lega, luas (kawasan dan lain-lain):\njangan bermain di sini, pergi ke tempat ~;\n2.\n terluang (waktu dan lain-lain), tidak sibuk, senggang:\napabila ada masa ~, kita akan berbincang lagi; \n3.\n kawasan (yang luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu:\ntanah itu dicadangkan untuk ~ sekolah;\n~ dada \n= \n~ hati \na) berasa senang dan lega;\n b) sabar;\n \n~ fikiran \ntidak diganggui, tenang;\n \n~ kira-kira \nsenang hati, lega;\n \n~ pengetahuan \nluas pengetahuan;\n \n~ perut \nselalu hendak makan;\nberlapang, berlapang-lapang\n tidak terhalang, bebas, leluasa:\n~ hati \nsabar;\nduduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang \n(peribahasa) perundingan menghasilkan fikiran yang lebih bernas daripada fikiran kita seorang;\nmelapangi\n1.\n memberi tempat dan lain-lain yang lapang, melonggari:\npenonton mesti ~ sedikit agar orang yang pengsan itu dapat bernafas;\n2.\n [kiasan] memberi pertolongan (bantuan);\nmelapangkan\n1.\n menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan:\norang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu;\n~ dada \n= \n~ hati \nmenenangkan hati dan fikiran:\n Allah ~ dada sesiapa yang dikehendaki untuk menerima Islam\n;\n2.\n meluangkan (masa dan lain-lain), menyenggangkan:\nsaya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan;\nmemperlapang\n menjadikan lebih lapang;\nlapangan\n1.\n kawasan atau tempat yang luas, gelanggang, medan, padang;\n \n~ bola \npadang tempat bermain bola;\n \n~ terbang \ntempat kapal terbang turun naik;\n2.\n bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dan lain-lain), jurusan, lingkungan:\nmata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yang amat luas;\nkelapangan\n1.\n perihal lapang (tanah, padang, dan lain-lain), keluasan, kesenangan:\ndia semata-mata minta ~ pada tempat yang sempit;\n2.\n keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk):\ntiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; \nminggu depan tuan ada ~? \n3.\n kelegaan (fikiran, kedudukan, dan lain-lain), kemudahan:\nmasyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan;\npelapang; \n~ dada \norang yang sabar." "lapang II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, daup-daup, dedaup, \nBauhinia comifolia." "lapar\nberasa hendak makan (kerana perut kosong):\nbiar Si Ali makan dengan emaknya, kita tidak ~ lagi;\n~ dahaga \nperut kosong dan haus;\n \n~ mata \n[Kelantan] hendak memiliki (mempunyai dan lain-lain) dengan berlebih-lebihan;\n \n~ pedal \n[Kelantan] lapar perut;\n \norang ~ diberi nasi, orang haus diberi air \n(peribahasa) memperoleh sesuatu yang diingini;\nberlapar\n menanggung lapar, berasa lapar:\nseseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya;\nmelaparkan\n1.\n sengaja menjadikan lapar, membiarkan perut kosong:\nbinatang itu telah dilaparkan beberapa hari;\n2.\n [kiasan] mahu kepada, bernafsu kepada:\nbanyak buaya yang laparkan bangkai;\nkelaparan\n1.\n dalam keadaan lapar, menanggung lapar:\nia menangis mengongoi seperti kanak-kanak ~ susu;\n2.\n tidak cukup makanan, kekurangan makanan:\njutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara." "lapari\nlampari." "lapat-lapat\n[Jakarta] sayup-sayup (kedengaran atau kelihatan), tidak jelas." "lapel\n(ERT) kelepet di bahagian dada kot atau jaket yang bersambung dengan kolarnya." "lapih\n[Minangkabau];\nberlapih\n beranyam, bersirat;\nmelapih\n menyirat, mendandan, menjalin:\ndilapih kelembai kusut-masai." "lapik I\n1.\n alas (tikar, cadar, tiang, dan lain-lain):\n~ duduk;\n2.\n lapis baju sebelah dalam (untuk menebalkan supaya tahan), sampul pada kulit buku dan lain-lain:\nbaju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong memanjang kain; \nharganya ada tertulis pada ~ kulit buku tersebut;\n~ duduk\n tikar dan lain-lain tempat duduk;\n \n~ kaki \nselipar (terompah dan lain-lain);\n \n~ meja \nkain, plastik dan sebagainya yang digunakan untuk menutup permukaan meja;\n \n~ perut \nsarapan yang dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar;\n \n~ tiang (batu dan lain-lain) \npengalas tiang;\nmenggantikan ~ \n(peribahasa) mengahwini janda saudaranya;\n \nse~ seketiduran sebantal sekalang hulu \n(peribahasa) terlalu karib;\n \nsudah bergulung ~ sahaja \n(peribahasa) hal orang yang terlalu miskin;\nberlapik\n mempunyai atau memakai lapik:\nsaya tertidur di atas lantai yang ~ tikar mengkuang;\nberlapikkan\n beralaskan:\ndua buah kerusi yang ~ baldu\n;\nmelapik; \n~ perut \nmakan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar, menyarap;\nmelapiki\n memberi lapik kepada, memasang lapik:\nmatanya merenungi petak-petak tikar mengkuang yang ~ punggungnya;\nmelapikkan\n menggunakan sesuatu sebagai lapik;\npelapik\n sesuatu yang dijadikan lapik, pengalas." "lapik II\nlopak-~; \nlopak IV." "lapir\n[Minangkabau] [arkaik] berjalin rapat-rapat." "lapis I\n1. = lapisan\n susunan yang bertingkat-tingkat atau bertindih-tindih dengan satu di atas atau di sebelah yang lain (berkenaan (dengan) bumi, dinding, dan lain-lain), petala:\ndi bawah kulit binatang terletak se~ lemak yang memanaskan badannya; \nmaka mereka pun masuklah ke dalam kota yang tujuh ~ itu;\n2.\n barisan atau deretan (yang bersaf-saf):\ntentera itu berbanjar beberapa ~; \n3.\n kepingan atau barang nipis yang dilekapkan pada barang yang lain:\n~ bahu baju;\n~ emas \nbarang yang disadur dengan emas;\nberlapis\n menggunakan lapis, memakai lapis:\ndi pinggang perak ~, di dada bintang menabur;\nberlapis-lapis\n terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dengan yang lain, bersusun (satu di atas atau di sebelah yang lain):\nmaka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~;\nberlapiskan\n menggunakan sesuatu sebagai lapis;\nmelapis\n bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yang lain);\nmelapisi\n memberi lapis kepada:\ndia berjalan di atas lantai yang dilapisi permaidani;\nmelapiskan\n meletakkan berlapis, memberi berlapis:\nlipat tepi lapik ke dalam kemudian lapiskan dua;\nlapisan\n1.\n susunan yang bertingkat-tingkat, lapis:\nbiasanya ~ tanah di bawah permukaan sawah itu menjadi keras untuk menahan air daripada meresap;\n2.\n [kiasan] tingkatan dalam masyarakat, golongan:\nkekuatan orang Islam dari segenap ~ dapat digunakan untuk menentang musuh; \npelapisan\n perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau melapiskan:\n~ aluminium pada poliester yang disalut dengan kertas;\npelapis\n1.\n yang menjadi golongan atau tingkatan yang berikutan atau yang akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dan lain-lain:\nkelab ini juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dalam barisan pemimpin badan penulis di negeri ini; \npasukan ~; \npemimpin ~; \n2.\n sesuatu (bahan) yang melapisi:\nberbagai-bagai bahan boleh digunakan sebagai ~ bahan pelindung yang telap air." "lapis II\n1.\n tersayat atau dicarik halus-halus (daging dan lain-lain);\n2.\n = \nkuih ~\n = \n~ legit \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras atau tepung gandum dan santan dikukus lapis demi lapis." "lapis lazuli\n(Geologi) sejenis batu permata yang berwarna biru terang." "lapoi\n[Perlis] sejenis jerat (perangkap)." "lapor\nmemberitahu kepada, mengadu;\nmelaporkan\n membuat pengaduan, mengadukan, memberitahukan:\nseorang nelayan ~ bahawa baginda membuat rancangan sulit hendak merampas kerajaan mentua baginda;\nlaporan\n sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporkan:\nempat orang pakar dalam hal ini telah pun membuat ~;\n~ tahunan \nlaporan yang dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yang lazimnya melaporkan (menerangkan dan sebagainya) hal-hal penting yang berlaku dan sebagainya sepanjang tahun yang berkenaan;\npelaporan\n perihal (tindakan) melaporkan (mengadukan, memberitahukan);\npelapor\n orang yang melaporkan." "lapuk I\n1.\n bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dan lain-lain), reput:\nkoyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi kerana tersangkut; \n2.\n [kiasan] terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang;\ntidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas \nkekal dan tidak dipinda-pinda (adat dan lain-lain);\n \n~ oleh kain sehelai \n(peribahasa) sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja;\n \n~-~ diganti, usang-usang dibarui \n= \nusang dibarui, ~ dikajangi \n(peribahasa) adat atau kebiasaan lama yang jarang dipakai dihidupkan kembali;\nberlapuk\n bercendawan (kerana buruk, terdedah, tua, dan lain-lain), tumbuh cendawan:\nbarang yang lekas ~ hendaklah dijemur selalu;\nmelapukkan\n menyebabkan jadi lapuk, merepuntukan;\nkelapukan\n perihal lapuk." "lapuk II\n[Minangkabau];\nberlapuk-lapuk\n (bunyi orang) bertepuk tangan;\nmelapuk\n menampar, menepuk." "lapun\n1.\n sejenis jerat atau perangkap kijang (burung dan lain-lain);\n \n~ duduk \njerat yang bingkas apabila pesawatnya disentuh;\n \n~ tarik \njerat yang ditarik;\n2.\n jaring untuk menangkap ikan, sauk-sauk;\nmelapun\n menangkap ikan (burung dan lain-lain) dengan lapun." "lapur\nberlapur\n bergerak-gerak seperti ayam berlaga, menggelupur;\nmelapur\n menyerang dengan sayap dan kaki (ayam berlaga dan lain-lain);\n \ndilapur ayam betina \n(peribahasa) dikalahkan oleh perempuan." "lar-lar\nberkilau-kilau atau memancar-mancar (cahaya)." "lara\n1.\n [sastera lama] sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih:\nketika sedang melayang fikirannya yang ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru; \nsudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; \npelipur ~ \npenghibur hati yang duka atau sedih (orang dan juga hikayat);\n2.\n sakit;\n \n~ wirang \n[Jawa] sakit hati dan malu;\nberlara-lara\n bersedih-sedih, berdukacita:\nia sedar bahawa dirinya tidaklah seorang di dalam bilik itu untuk ~ berterusan sahaja;\nmelara\n melarat atau merana (kerana sedih dan lain-lain):\nkebanyakannya orang miskin dan ~ tetapi bukan sedikit orang yang kaya-raya dan bersenang-lenang;\nterlara-lara\n [arkaik] senantiasa bersedih-sedih, menangis dengan amat sangat." "larah I\nberlarah-larahan\n [sastera lama] bertukar ganti (lepas seorang, seorang), berturut-turut:\nmereka minum beramai-ramai, bersulang-sulangan dan ~;\nmelarah\n mengambil giliran (untuk menari dan lain-lain);\n \ndilarah menari \ndiajak menari." "larah II\nberlarah-larah\n bergalur-galur atau bergaris-garis (batang kayu dan lain-lain)." "larai\n[Brunei] layar pada perahu, kapal, dan lain-lain." "larak I\n[arkaik] tidak berdaging (buah durian), dengkel." "larak II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), taban, \nBaccaurea griffithii; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), pisang-pisang, pokok sebaru, \nPopowia nervosk;\n~ api\na) sejenis tumbuhan (pokok renek), jari ayam, kenanga hutan (paya), \nDesmos dasymaschala;\nb) = \n~ salai \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pisang-pisang, akar sugi, \nDesmos cochinchinensis;\n~ kucing \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), lengkian, \nOxymitra latifolia;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nPolyalthia cauliflora; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar pisang-pisang, akar salah hutan, akar sengolok, \nFissistigma fulgens;\n \n~ tahi kucing \nakar pisang-pisang jantan, \nUvaria purpurea; \ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), daun ekor bukit kampung, \nUvaria micrantha." "laram\nbergaya, lagak, segak;\nmelaram\n berhias diri dengan memakai pakaian yang cantik dan sebagainya (untuk menunjuk-nunjuk);\npelaram\n orang yang suka melaram." "laran\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Rubiaceae, kelempayan, limpoh (Sabah), entiponi (Sarawak), \nAnthocephalus chinensi\n." "larang I\nmelarang\n menahan daripada melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah:\nbagaimanakah sesuatu undang-undang yang ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan?\nmelarangkan\n menjadikan terlarang:\nSeri Rama ~ pekerjaan itu kepada kekandanya;\n terlarang\n tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah:\nperbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan;\nlarangan\n1.\n sesuatu yang dilarang atau terlarang:\nbagindalah yang meletakkan kekuningan ~; \nseluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka; \n2.\n perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan:\n~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini;\nberlarangan\n mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang:\n~ saya menyebut namanya;\npelarangan\n sesuatu yang dilarang, larangan." "larang II\n[Minangkabau] jarang, tidak selalu." "larap I\nlaku (barang jualan), laris." "larap II\nmelarapkan\n menghulurkan (tali dan lain-lain)." "larap III\n[Kedah] terlalu sangat, teruk (penyakit), melampau (perbuatan, kelakuan, dan lain-lain)." "laras I\n1.\n nada (muzik, nyanyian, dan lain-lain), tala;\n \n~ bahasa\n variasi bahasa berdasarkan penggunaannya (mis sebagai bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dan lain-lain), ragam bahasa;\n 2. = keselarasan, kelarasan\n;\nselaras\n sama haluan, secocok, sepadan, sesuai:\ntawanan perang mestilah dijaga ~ dengan kandungan Perjanjian Geneva;\nmenyelaraskan\n memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan:\npada masa ini, beberapa percubaan dilakukan untuk ~ demokrasi dan sosialisme;\nkeselarasan, kelarasan\n perihal sama (sesuai, setimbal, dan lain-lain), kepadanan, kesamaan, kesesuaian:\n~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; \nkelarasan antara kata dan hal yang diceritakan terdapat pada syair itu;\nketidakselarasan\n keadaan tidak selaras;\npenyelarasan\n perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian:\n~ kerja;\npenyelaras\n orang yang kerjanya (ditugaskan untuk) menyelaraskan sesuatu (seperti rancangan, projek, dan sebagainya), koordinator;\nmelaraskan\n1.\n menyamakan (nada, tala, dan lain-lain);\n2.\n menyesuaikan, memadankan:\nsalah satu daripada tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dalam darah;\n terlaras\n sudah dilaraskan:\nsistem pengiraan cukai yang ~;\npelarasan\n perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian;\n \n~ nilai\n penyesuaian harga sesuatu benda;\npelaras\n1.\n alat untuk melaraskan (memadankan, menyesuaikan):\nskru ~; \nsuis ~; \n2.\n (Ekonomi) orang yang menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima." "laras II\n1.\n bulat lurus atau bulat panjang:\nbuluh yang ~; \n2.\n bahagian senjata api seperti pistol, senapang dan meriam, yang berbentuk seperti paip (pembuluh) tempat laluan keluar peluru apabila senjata api itu ditembak:\ndi belakangnya tersandang sepucuk senapang ~ dua; \n3.\n penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk:\nkami membawa tiga ~ senapang patah." "laras III\n[Minangkabau]\n1.\n daerah di Minangkabau (pada zaman Belanda);\n \ntuanku ~ \npegawai daerah;\n2.\n cara pemerintahan yang mengikut adat:\n~ Bodi Chaniaga \ncara pemerintahan yang berdasarkan demokrasi;\n \n~ Kota Piliang \ncara pemerintahan yang berdasarkan aristokrasi." "laras IV\nterang-terang ~ \ntidak berapa terang, samar-samar." "laras suhu\nalat yang menetapkan suhu (dalam bilik dan lain-lain) secara automatik, termostat." "laras V\n[Minangkabau] [arkaik] jatuh dengan sendirinya (daun), luruh, gugur;\n \n~ di muncung\n seseorang yang lepas cakap;\nmelarasi\n habis luruh (daun);\n= raras." "larat I\n1.\n dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut:\nada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; \nsauhnya ~ \nsauhnya hanyut (tidak dapat berkuat);\n2.\n dalam berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dan lain-lain):\nmakin lama makin ~ , makin dilupakan makin teringat; \nhati hiba membawa ~;\n~ fikiran \na) terlalu amat sedih;\n b) tersesar (fikiran);\n \n~ hati \nsedih hati, lara;\nberlarat, berlarat-larat, melarat\n1.\n bertambah jauh (hanyut, pergi, dan lain-lain), berpanjang-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dan lain-lain), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak:\nmereka bercakap berlarat-larat dari perkara tembakau sampai ke perkara politik; \nsaya harap peperangan ini tidak melarat, mudah-mudahan lekas padam dan berhenti; \n2.\n tidak menentu (kedudukan dan lain-lain), tidak terjaga:\nhidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; \nmelarat panjang \nselalu dalam kesusahan;\nmemperlarat\n menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dan lain-lain);\nkemelaratan\n perihal (keadaan) melarat:\n~\n \nhidup\n;\n \nsalah satu kecaman Allah ialah manusia yang tidak membantu ~." "larat II\nterdaya, mampu (untuk melakukan sesuatu pekerjaan);\n \ntak ~ \ntidak terdaya, tidak mampu:\ntak ~ hendak luluskan tali kerana sakit tangan;\nterlarat\n berupaya, terdaya:\ntakkan ~ engkau hendak jadi pencuci kain." "larat III\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek yang memanjat), \nMelodorum spp." "larau\nmelarau\n menjadi terganggu (oleh kanak-kanak nakal dan lain-lain)." "lare\n[Perak] gerak mula (dalam pekerjaan dan lain-lain), permulaan bekerja." "largo\n(Seni Muzik) muzik yang dimainkan dengan tempo yang sangat perlahan." "lari\n1. = berlari\n bergerak dengan pantas sekali (lebih cepat daripada berjalan):\nmereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; \nlumba ~ 100 meter; \n2.\n menyelamatkan atau melepaskan diri (daripada bahaya, tahanan, dan lain-lain):\nkesemua pencuri itu telah dapat ~ daripada serbuan polis; \nmaka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; \n3.\n meninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dan lain-lain) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana-mana supaya tidak dapat dikesani):\nkedua-dua orang pemuda yang ~ masuk hutan itu akan dihukum; \n4.\n bebas (terlepas, tersisih, dan sebagainya) daripada sesuatu atau daripada terpaksa melakukan sesuatu:\nini ialah pembicaraan formalistik yang tidak ~ daripada konsepnya; \nkita tidak dapat ~ daripada membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; \n5.\n [bahasa percakapan] perginya, arah, hala, haluan:\n ke mana ~nya wang tadi? \n6.\n kecepatan, kelajuan:\nkuat sungguh ~nya kereta itu; \n7.\n [Jakarta] panjang (sesuatu bidang);\n~ celebu \n[Kelantan], [Terengganu] lari dengan pantas;\n~ pecut \nlarian pada jarak dekat dengan kadar yang terpantas;\nselari\n1.\n sama hala atau arah (garisan, banjaran, dan lain-lain), sejajar:\ngarisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yang ~ dengan khatulistiwa; \ngarisan ~ \ngarisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun ia dipanjangkan);\n 2.\n = \nselarian\n seimbang dengan, sesuai dengan:\nterdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dengan cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah; \nsengaja kupakai berjalan bersama-sama dengan engkau ini supaya selarian dan sesuai dengan darjatmu; \n3.\n tidak putus-putus, terus-menerus:\nulasan ~;\nberselari\n dalam keadaan yang selari:\nketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dengan lain;\nmenyelarikan\n menjadikan sesuatu selari (sejajar):\npersediaan tersebut hendaklah diselarikan dengan program pembangunan;\nkeselarian\n keadaan selari:\n ~ sinar itu;\n perselarian\n persamaan:\n imej-imej dalam kedua-dua satira tersebut ada ~nya;\nberlari\n bergerak dengan pantas sekali (lebih cepat daripada berjalan):\njangan ~ nanti jatuh;\n~ (-lari) anak\n berlari perlahan-lahan;\n \n~ (-lari) anjing \na) berlari dengan langkah pendek;\n b) sekejap berlari sekejap berjalan;\n \nguru kencing berdiri murid kencing ~ \n(peribahasa) murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yang tidak baik;\nberlarian, berlari-larian, berkelarian\n ark\n1.\n berlari atau berkejar tidak tentu hala:\nmaka gemparlah orang ~ ke sana sini; \n2.\n dalam keadaan berlari-lari:\nsemua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; \nkedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; \n3.\n berlari, berjalan cepat-cepat:\nberjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang;\nmelarikan\n1.\n membawa lari:\ndua orang perompak telah ~ wang tunai dari sebuah kedai minyak; \n2.\n memandu atau membawa laju-laju (kenderaan dan lain-lain), menyebabkan berlari (seperti kuda dan lain-lain):\ndia ~ skuternya ke pejabat; \n3.\n = \n~ diri \nmelepaskan diri daripada (bahaya, tahanan, dan lain-lain), menghilangkan diri:\nbeberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; \nketika patah perang pada minggu yang lalu, ia telah ~ diri; \n4.\n mengalihkan (pandangan dan lain-lain):\nZaini telah ~ mukanya ke arah lain;\nmemperlarikan\n1.\n melarikan (memandu kereta dan lain-lain) dengan laju;\n2.\n lari melalui;\nterlari-lari\n berlari-lari kerana:\n~ ketakutan;\nlarian\n1.\n perlumbaan (kuda dan lain-lain);\n2.\n perbuatan (pergerakan) lari:\n~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api;\n~ kuda \ntempat perlumbaan (kuda dan lain-lain);\n3.\n jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dan lain-lain);\npelarian\n1.\n perihal berlari dengan cepat:\nmatanya liar memerhatikan sekeliling seperti mata pencuri dalam ~; \n2.\n = \norang ~ \norang yang melarikan diri, pengungsi;\nsepelarian\n sejauh (yang terdaya) berlari;\n \n~ kuda \nsejauh kuda berlari;\npelari\n orang yang berlari (dalam sukan dan lain-lain), orang yang melarikan diri;\n~ pecut \norang yang berlumba lari pada jarak dekat dengan kadar yang terpantas;\n \nbinatang ~ \nbinatang yang kuat berlari." "lari-lari\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nSpinifex squarrosus." "larih\nberlarih-larihan\n saling memberi minuman, tuang-menuang minuman;\nmelarih\n menuang minuman ke dalam gelas:\nmaka duli tuanku sebagai ~ kepadanya \u2026 dan Temenggung dan segala orang besar-besar melawan minum dengan dia;\nmelarihi\n memberi minum kepada (dalam jamuan dan lain-lain)." "larik I\nmelarik\n \n1.\n menjadi licin dan bulat (dengan bindu), membindu, mencanai:\ncatur gading baru dilarik; \n2.\n mengorek atau melubangi, mengukir;\nlarikan\n hasil daripada melarik;\npelarikan\n perbuatan atau hal melarik;\npelarik\n alat untuk melarik (bindu), alat untuk membentuk belanga (labu air dan lain-lain daripada tanah liat)." "larik II\n[Jawa] [arkaik] baris, deret;\nberlarik, berlarik-larik\n berbaris-baris, berderet-deret, bergaris-garis, bergalur-galur:\ngajah putih yang gadingnya ~ emas suasa dan tembaga;\nmelarik\n menyusun berbaris-baris atau berderet-deret." "laringitis\n(Perubatan) radang pada larinks." "laringologi\ncabang perubatan yang berkaitan dengan larinks dan penyakit-penyakitnya." "laringoskop\n(Perubatan) alat untuk memeriksa larinks." "laringotomi\n(Perubatan) insisi pada larinks secara pembedahan, biasanya dilakukan untuk membuat salur udara ke paru-paru bagi melancarkan pernafasan." "larinks\n(Biologi) organ berongga, berotot dan berawan yang merupakan salur udara ke paru-paru dan mengandungi peti suara pada manusia dan mamalia lain." "laris\nlaku sekali (barang jualan), sangat suka dibeli orang (berkenaan (dengan) barang jualan), larap, payu:\nkedai itu tidak berapa ~ jualannya;\nmelariskan\n menyebabkan jadi laris:\npembongkaran kisah rumah tangga Ahmad barangkali boleh ~ penjualan surat khabar itu;\nkelarisan\n perihal laris, lakunya:\nmisalnya, setiap akhbar yang diterbitkan dalam negeri ini saling mengumumkan ~ akhbar masing-masing;\npelaris\n1.\n = \nilmu (hikmat) ~ \njampi (penawar dan lain-lain) yang boleh menjadikan jualan dan sebagainya laris;\n2.\n barang yang dijual lebih murah untuk melakukan barang yang lain." "laron\n[Jawa] kelekatu:\nseperti ~ mengerumuni lampu." "larseni\n(Undang-undang) perbuatan mencuri barang milik perseorangan." "laru\n[Jawa] benda (seperti ragi dan lain-lain) yang dibubuh ke dalam nira dan lain-lain." "larung\nkeranda, long, peti mayat." "larut I\n1.\n dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dan lain-lain), larat:\nayahku telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dari tadi menangis sahaja; \n2.\n telah jauh (waktu dan lain-lain), telah berlanjutan:\nsaya berasa sejuk, barangkali hari sudah ~ malam;\nberlarut-larut\n berpanjang-panjang (perbualan dan lain-lain), melarat-larat:\nselepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam;\nberlarutan\n berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dan lain-lain), berpanjangan:\npemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan;\nmelarut-laruntukan\n menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan:\nperkara itu dijadikan sebagai satu isu untuk ~ perdebatan\n;\nkelarutan\n perihal larut (waktu dan lain-lain), kelewatan:\n~ malam merangkak mengikut mestinya." "larut II\n1.\n menjadi cair (berkenaan (dengan) gula dalam air dan lain-lain), hancur:\nsebahagian besar daripada makanan yang dimakannya itu tidak ~ dalam air; \n2.\n [kiasan] luput:\n akan hilang namanya dan nama keluarganya, semuanya ~ dalam nama suaminya;\nberlarut; \n~ hati (fikiran) \nki bersedih dengan amat sangat (perasaan hati yang hancur luluh);\nmelarut\n menjadi hancur atau cair dalam air dan lain-lain:\ngaram ~ dalam air;\nmelaruntukan\n menghancurkan (seperti gula dengan air dan lain-lain), menjadikan cair:\nkadang-kadang benda-benda seperti gula atau garam dan lain-lain dapat dilaruntukan dengan jalan memanaskannya; \nair yang ~ garam itu kemudiannya dipanaskan;\n terlarut\n telah atau dapat larut:\nnutrien yang ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; \nkawasan ini mengandungi garam ~;\n keterlarutan\n perihal (keadaan atau sifat) boleh larut:\n~ karbon monoksida di dalam air adalah sangat sedikit;\nlarutan\n1.\n benda yang sudah dicairkan, cairan;\n2.\n (Kimia) campuran sekata satu atau lebih bahan dalam pelarut:\nmasukkan buli-buli jangka suhu itu ke dalam ~ garam yang sedang mendidih;\n~ akueus \nlarutan yang pelarutnya air;\nkelarutan\n perihal larut atau melarut:\n~ sesuatu benda itu makin bertambah apabila suhunya ditinggikan lagi;\n pelarutan\n proses melaruntukan;\npelarut\n benda (biasanya cairan seperti air dan lain-lain) yang boleh melaruntukan benda-benda yang lain." "larut III\nsejenis tumbuhan, ararut, sagu belanda, \nMaranta arundinacea." "larva\nserangga dalam peringkat pertama perkembangannya selepas menetas, anak serangga." "larvisid\n(Kimia) bahan kimia yang digunakan untuk membunuh larva." "las I\nbatu ~ \nbatu pengasah atau penggosok pisau (keris dan lain-lain);\n \nkertas ~ \nkertas empelas, kertas pasir;\n \nroda ~ \npengasah atau penggosok (daripada batu dan lain-lain) yang berpusing\n." "las II\n[Indonesia-Belanda] sambungan (pada besi dan lain-lain) dengan jalan membakarnya;\nmengelas\n menyambung (besi dan lain-lain) dengan dibakar." "lasa\n1.\n tidak dapat berasa (kerana lumpuh, kaku, dan sebagainya):\nsudah tepok dan ~ ini maka digagahi juga oleh Sultan Mahmud Shah dijadikan Bendahara; \n2.\n [Minangkabau] bengkak (balur) pada tapak kaki." "lasagne\nmakanan Itali yang dibuat daripada pasta nipis dan dibubuhi daging, tomato, sayur-sayuran, keju dan sos." "lasah I\nmelasahkan\n = \n~ badan \nbekerja berteruk-teruk;\nmemperlasah\n menyuruh bekerja berat (teruk)." "lasah II\nmelasah\n memukul;\n= belasah." "lasah III\n[Minangkabau];\npelasah\n pakaian yang selalu dipakai, pakaian yang sudah lusuh atau luntur." "lasak I\nselalu dipakai (pakaian dan lain-lain):\njam ini juga boleh dipakai ~; \ntahan ~ \nboleh dipakai lama (pakaian dan lain-lain), tidak mudah koyak (luntur, lusuh, dan lain-lain);\npelasak; \npakaian ~ \npakaian yang selalu digunakan." "lasak II\nselalu bergerak, tidak mahu diam (kanak-kanak dan lain-lain), selalu berpindah, tidak menentu tempat (pekerjaan dan lain-lain):\nJohan berumur lapan tahun dan telah menjadi budak tanggung yang sedang ~;\nmelasak\n membuat lasak, selalu merayau-rayau:\nbudak-budak ini bukanlah ~ seperti mencuri ataupun merosakkan harta benda orang;\nkelasakan\n perihal lasak." "lasak III\n[Kelantan] biasa atau lali (kerana selalu membuat dan lain-lain)." "lasam I\n[arkaik];\nbatik ~ \nsejenis kain batik dari Lasam:\nlaksana batik ~ \n(peribahasa) sesuatu yang makin lama makin baik." "lasam II\nusang (warna pakaian dan lain-lain)." "lasana\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), bunga siam, \nAcacia farnesiana." "lasar\n[Kelantan] luas (kawasan), lapang, lebar." "lasat\n[Minangkabau] teruk (sakit), berat, tenat." "laser\nalat untuk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang cahaya menjadi pancaran cahaya yang amat kuat dan tertumpu pada satu hala;\n \ncahaya ~ \npancaran cahaya sehala yang amat kuat tenaganya dan diterbitkan dengan menggunakan sejenis alat." "lasi\n[Minangkabau] tidak berani (lagi), jera, serik, takut;\nmelasi, melasikan\n membuat orang takut, menakuntukan, menggertak, menjerakan;\nlasian\n ketakutan;\npelasi\n penakut." "lasik, lasit\n[Minangkabau] \nlesit II." "laso\ntali yang bergelung pada salah satu hujungnya untuk menangkap kuda, unta, dan sebagainya (digunakan terutama di Amerika)." "lastik\n1.\n [Indonesia-Belanda] dapat memanjang (kalau ditarik) dan mengecut kembali (getah dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia-Belanda] getah;\n3.\n perkakas (daripada getah) untuk melantingkan batu dan lain-lain, jepretan, tarbil;\nmelastik\n melantingkan batu dan lain-lain ke arah sasaran dengan menggunakan lastik, menjepret, menarbil:\n~ burung." "lasu\n[Kedah] terlalu masak (buah-buahan), hampir layu (sayur-sayuran)." "lasuh\n[Minangkabau] mudah (menangkap pelajaran dan lain-lain), lancar." "lasuk\n[Brunei] sejenis bakul yang dibuat daripada rotan (biasanya berbentuk bulat)." "lasykar\n[sastera lama]\n1.\n askar, serdadu:\nbaginda mempunyai beratus-ratus hulubalang dan ~; \n2.\n = \n~ rakyat \naskar yang terdiri daripada rakyat biasa;\nkelasykaran\n perihal lasykar." "lat I\nantara, selang:\nia tinggal ~ tiga buah rumah dari rumah saya;\nberlat\n berantara, berselang:\ndemam ~ ." "lat II\n[bahasa percakapan] lambat, lewat:\naku tidak mampir dulu, kerana sudah ~;\nselat-latnya\n selambat-lambatnya, selewat-lewatnya." "lat III\nbilah buluh (pada kasau)." "lat IV\nkenduri." "lata I\nmelata\n menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan seperti ular, kacang, labu, dan lain-lain)." "lata II\n= \nair ~ \n= \nair melata \nriam atau jeram yang tegak, air terjun (yang rendah)." "lata III\ntaraf yang terkebawah, daif, hina:\nbaru di pasar patik yang ~ Wira dan Semar datanglah serta; \n= jelata." "lata IV\n= latah I" "latah I\n1.\n sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain:\nkanak-kanak lain menghampiri Tok Tam untuk mengusiknya supaya membuat ~ lagi; \n2.\n berlaku seperti orang gila (kerana percintaan dan lain-lain), meracau:\n~lah seperti orang gila tiada khabarkan dirinya;\n~ latih \nsuka berleter;\n \n~ mulut \nberkata yang bukan-bukan (seperti mencarut dan lain-lain);\n \n~ wilangan \n(orang yang) mabuk bercinta atau khayal dalam percintaan;\nmelatah\n mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya;\nmelatahkan\n mengusik seseorang (perempuan) supaya melatah:\nhanyalah tuan hamba latahkan;\nkelatahan\n perihal latah;\npelatah\n orang yang latah." "latah II\nsampah (daun dan lain-lain) yang di bawah tumbuh-tumbuhan (di hutan dan lain-lain)." "latah III\n[Perlis] tidak berkaki untuk berjalan." "latak\ntahi minyak (cat dan lain-lain), hampas." "latam\nmelatam\n \n1.\n menghentak-hentak supaya padat;\n \n~ jalan dengan kereta penggelek \nmengeraskan dan meratakan jalan;\n2.\n [Pahang] menyuruh pijak-pijak oleh kerbau supaya gembur (tanah sawah);\nmelatamkan\n1.\n memadatkan (tanah dan lain-lain);\n2.\n [Pahang] menyuruh kerbau memijak-mijak tanah sawah supaya gembur." "latang\njelatang." "latar\n1.\n [Jawa] bidang, permukaan;\n2.\n [Jawa] datar, rata;\n3.\n tanah atau dasar (warna kain dan lain-lain);\n4.\n [Jawa] halaman rumah;\n5.\n latar belakang;\nberlatar\n mempunyai latar, bertanah, berdasar:\nkain batik itu ~ warna hitam;\n berlatarkan\n mempunyai sesuatu sebagai latar:\nSamarendah yang mempunyai motif ruang lebar yang melintang dan ~ warna gelap;\nmelatari\n menjadi latar kepada;\npelataran\n1.\n halaman rumah;\n2.\n tanah atau dasar kain;\n3.\n pelantar pada rumah (stesen kereta api dan lain-lain)." "latar belakang\n1.\n pemandangan dan lain-lain yang menjadi hiasan bagi sesuatu yang utama (dalam gambar dan sebagainya);\n2.\n dasar atau asas kepada sesuatu perkara (hal, kejadian, peristiwa, dan sebagainya);\n 3.\n pengalaman (pendidikan, alam sekitar, dan lain-lain) seseorang, biasanya yang ada hubungannya atau pengaruhnya ke atas keadaan dirinya pada sesuatu masa;\nberlatarbelakangkan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai latar belakang:\nsetelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; \nnovel yang ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung." "latas\n[Minangkabau];\nmelatas\n memotong (rumput dan lain-lain)." "latat\n[arkaik];\nmelatat\n \n~-melotot\n membukakan mata luas-luas, membelalakkan mata." "lateks\ncecair yang keluar dari pokok getah, susu getah." "laten\n[Indonesia-Belanda] terpendam (penyakit dan lain-lain), tersembunyi, tersorok." "lateral\n(Biologi) berkaitan dengan, ke arah, di atau dari sisi:\nkecederaan di bahagian ~ saraf; \nsirip ~." "laterit\ntanah liat merah yang terbentuk daripada pereputan batu dan terdiri daripada besi oksida dan aluminium hidroksida." "latif, latifah\n[Arab] halus, seni, lembut (perangai dan lain-lain), sedap (makanan):\nmakanan yang ~-~ \nmakanan yang lazat-lazat." "latih\n~ tubi \nlatihan (ajaran, tunjuk ajar, dan sebagainya) yang diulang-ulangi (untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir);\nberlatih\n \n= ~ diri \nmemahirkan diri:\nia sedang ~ menjadi nakhoda;\nmelatih\n1.\n membiasakan, memahirkan:\nkita boleh ~ lidah kita supaya fasih dengan selalu membaca kuat-kuat dengan bunyi yang betul;\n2.\n mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai):\nmereka yang dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera;\n~ tubi \nmemberikan latihan (ajaran dan sebagainya) yang diulang-ulangi, mengulang-ulangi sesuatu dalam proses atau usaha mengajar;\nterlatih\n telah dilatih, terdidik:\nguru-guru yang ~;\nlatihan\n pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima:\ndoktor telah menerima ~ yang cukup untuk menjalankan kerjanya;\n~ amali \nlatihan dengan mengerjakan (mengamalkan) sendiri (sains dan lain-lain);\n \n~ asas \nlatihan permulaan;\n \n~ badan \npelajaran gerak badan (olah raga dan lain-lain);\n \n~ ilmiah \nlatihan bertulis untuk mendapat ijazah (sarjana dan lain-lain);\npelatihan\n perihal (perbuatan, proses, usaha dan sebagainya) melatih:\n~ para belia dalam bidang teknikal perlu difikirkan secara serius;\npelatih\n1.\n orang yang melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir;\n \n~ bola sepak;\n2.\n orang yang sedang menerima latihan;\n \ndoktor ~ \ndoktor yang masih menjalani latihan praktikal (di hospital)." "Latin\nRumawi;\n \nbahasa ~ \nbahasa Rumawi;\n \nhuruf ~ \nhuruf Rumi." "lating\nmelating\n menganjal, mengambul, bingkas (jerat dan lain-lain);\nleting II." "latis\nmelatis\n menebas (semak samun), merintis (jalan dalam hutan dan lain-lain);\nlatisan\n denai atau jalan dalam hutan, rintisan." "latitud\n(Geografi) garis pada peta yang selari dengan khatulistiwa, garisan lintang." "latlau\ntidak selalu, kadang-kadang, berlat-lat:\ndia datang ~." "latong\n[Jawa] \nminyak ~ \nminyak tanah." "latu I\nbunga api;\nlelatu I." "latu II\n[Kedah]\n1.\n menggunakan sesuatu habis-habisan, seperti memakai kasut yang sama terlalu kerap sehingga haus, lanyak;\n 2.\n menggunakan khidmat dan lain-lain seseorang berlebih-lebihan (tanpa belas kasihan)." "latuh\nsejenis lumut laut yang boleh dimakan:\nada yang mengambil ~ dipincuknya, ada yang mengambil agar-agar dikerabunya." "latuk\nparang ~ \nsejenis parang yang bengkok hujungnya." "latur\nlecur, lepuh;\nmelatur\n melecur atau melepuh (seperti kulit kena api dan lain-lain)." "lau I\n[Arab] [arkaik] jika;\nwalau." "lau II\n[Kedah] reban ayam." "lau III\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (anggerik), \nPhalaenopsis amabilis; \ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (herba yang menjalar), \nHaemaria discolor." "lau IV\n[Kedah];\nbakul ~\n sejenis bakul untuk mengisi padi." "lauh I\nsejenis ikan laut, \nPolynemus heptadactylus (sextarius)." "lauh II\n[Arab] sejenis papan dan lain-lain yang bertulis (seperti papan batu, papan hitam, dan lain-lain)." "lauk\n1.\n daging atau ikan (lawan sayur) yang dimakan dengan nasi, pemakan nasi daripada daging atau ikan:\nsedap benar ~ hari itu;\n~-pauk \nbermacam-macam lauk;\n2.\n Brunei ikan hidup;\nenak ~ dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan \n(peribahasa) nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya;\n \nlagi ~ lagi nasi \n(peribahasa) makin kaya makin banyak sahabat;\n \nmemberi ~ kepada orang membantai \n(peribahasa) menolong orang yang tidak perlu ditolong;\n \nmencencang ~ tengah alat \n(peribahasa) menceritakan cacat cela sendiri pada banyak orang;\n \nsebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga\n (peribahasa) sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan;\nberlauk\n ada lauk untuk dimakan dengan nasi:\ntersangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dalam pantang lagi;\nberlaukkan\n menggunakan sebagai lauk:\nkami makan tadi ~ ikan sepat siam." "laun\nlambat, lamban, lengah, perlahan;\n \n~-~ hari \nbeberapa hari yang lalu, beberapa lamanya;\nberlaun\n membuat sesuatu dengan lambat (lengah, perlahan-lahan):\nkerja jangan ~ leka;\nmelaun-laun\n melengah-lengahkan, melambat-lambatkan." "laung\nsuara yang kuat (untuk memanggil atau menyeru), suara yang nyaring;\nberlaung\n = \n~ kata \n[sastera lama] berucap dengan suara nyaring, berseru;\nmelaung\n berteriak (memanggil, menyeru) dengan suara yang kuat:\nsambil memegang tangan adiknya Ramli cuba ~ dengan sekuat-kuatnya;\nmelaungkan\n1.\n meneriakkan, memanggilkan:\nketika itu Wan Dah ~ supaya jangan dikejar perahu yang lari itu; \n2. = melaung-laungkan\n menganjurkan (mengucapkan dan sebagainya) sehingga atau dengan cara diketahui umum, menyerukan:\nbeliaulah yang selalu ~ penggunaan tong sampah;\nlaungan\n panggilan, teriakan:\n~nya itu didengar orang;\npelaung\n1.\n = \ngong ~ \n[sastera lama] gong untuk menghimpunkan (mengerahkan, memanggil) orang;\n2.\n = \nalat ~ \nalat untuk membesarkan suara;\nsepelaung, sepelaungan\n sejauh yang boleh didengar teriakan orang, jarak yang agak dekat." "laur\n[Minangkabau]\n1.\n lentuk, lentur;\n2.\n penjodoh bilangan untuk benda yang melengkung (cincin, gelung, dan lain-lain);\n \ngelang se~\n seurat gelang;\nmelaur\n melentur, melengkung." "laut I\n1.\n air masin yang menggenangi sebahagian besar daripada muka bumi, lawan darat:\nL~ Merah; \nL~ China \ndan lain-lain;\n \nbiru air ~; \n2.\n kumpulan sesuatu benda yang amat banyak:\n~ api;\n~ madu; \n3.\n utara;\n \nbarat ~\n arah di antara barat dengan utara;\n \ntimur ~ \narah di antara timur dengan utara;\n4.\n [Pahang], [kiasan] jauh ke tengah (sungai, tasik, dan lain-lain);\n~ api \na) kebakaran yang besar;\n b) kumpulan api yang besar;\n \n~ janggawari \nlaut yang besar;\n \n~ kalzum \n[sastera lama] Laut Merah;\n \n~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) \nlaut yang terbentang luas;\n~ budi tepian akal \n(peribahasa) orang yang cerdik dan pandai;\n \n~ ditembak darat kena \n(peribahasa) beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan;\n \n~ ditimba akan kering \n(peribahasa) harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan;\n \n~ mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan \n(peribahasa) manusia mana yang tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya);\n \ntak ada ~ yang tidak berombak \n(peribahasa) tidak ada pekerjaan besar yang tidak ada bahayanya;\nmelaut\n1.\n seperti laut, luas seperti laut:\nkawasan hutan simpan yang ~ luasnya;\n2.\n turun ke laut (untuk belayar dan lain-lain);\n \nsudah ~ mendarat \nsudah pergi ke mana-mana;\n \ntak sungguh seluang ~ akhirnya balik ke tepi juga \n(peribahasa) tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga;\nmelauti\n pergi belayar di laut, melayari;\nmelauntukan\n [kiasan] membesar-besarkan, menghebah-hebahkan;\n \nsetitik dilauntukan sekepal dibukitkan \n(peribahasa) membesar-besarkan perkara yang kecil;\nmemperlaut\n melayarkan kapal (perahu dan lain-lain), mengirim barang-barang dengan kapal;\n \nlautan\n1.\n laut yang besar (luas):\ntidurlah jangan ingatkan orang yang jauh di seberang ~; \nL~ Teduh \nlaut di antara Amerika dengan Asia dan Australia, Lautan Pasifik;\n2.\n kumpulan sesuatu yang sangat banyak:\n~ api;\n~ air mata;\n~ padi \nkawasan padi yang luas;\nkelautan\n yang berkaitan dengan laut:\niklim ~;\npelaut\n orang yang selalu turun ke laut (kelasi dan lain-lain), pelayar;\nkepelautan\n kemahiran dalam kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dan sebagainya." "laut II\nlalang hantu ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nMyriostachya wightiana." "lava\nlahar." "lavender\nsejenis tumbuhan daripada genus \nLavandula \nyang bunganya berwarna ungu muda dan berbau harum." "lawa I\ncantik (orang, perhiasan, dan lain-lain), bergaya, indah, menarik hati, segak:\nbentuk mukanya lebih ~ daripada kedua-dua kawannya;\nmelawa\n memakai atau berhias (supaya kelihatan lawa), melagak, meraga:\ntiap-tiap hari selepas bekerja dia ~;\nmelawakan\n menjadikan lawa (dengan memakai atau berhias):\nHasnah bermekap dan memakai pakaian yang cantik-cantik untuk ~ dirinya." "lawa II\n[arkaik] galang atau palang (pada perahu dan lain-lain);\nmelawa\n [arkaik] menggalang atau merintang pengantin laki-laki ketika hendak ke rumah pengantin perempuan (hingga dibayar wang adat);\npelawa\n penggalang, perintang." "lawa III\n[kata seru] sombong." "lawah\nterbuka atau luas (pemandangan), jelas, lantang." "lawah-lawah\n[Jakarta] labah-labah." "lawai\n[Jawa] benang." "lawak I\njenaka, kelakar:\nahli-ahli ~ yang terkenal akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu;\nlawak-lawak\n perbuatan yang menggelikan hati (lucu);\n \n~ main bunga tahi \n(peribahasa) olok-olok biasanya membawa kepada perselisihan;\nberlawak, berlawak-lawak, melawak, melawak-lawak\n melakukan atau membuat sesuatu yang menggelikan hati (melucukan), berjenaka, berolok-olok;\npelawak\n1.\n orang yang suka membuat kelakar (lawak dan sebagainya);\n2.\n tukang lawak;\n3.\n [Kelantan] orang yang pembohong (tidak bercakap betul)." "lawak II\n[Minangkabau];\nlawak-lawak\n tempat makanan kuda (burung dan lain-lain), palung;\n \ntinggi ~ \nsuka hidup berlebih-lebihan." "lawak III\ntemu ~ \nsejenis tumbuhan (rizom), \nCurcuma longa." "lawan\n1.\n pasangan yang tepat, jodoh:\nulam ~nya sambal;\n~ menari\n pasangan menari;\n2.\n imbangan, tandingan:\nkecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; \n3.\n musuh (dalam peperangan, permainan, sukan, dan lain-lain), tentangan:\ntuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; \n4.\n tentangan (seperti laki-laki dengan perempuan), kebalikannya:\nkecil ~nya besar; \ngelap ~nya terang; \n5.\n = \nmelawan:\n \njikalau dapat, kami ~; \njikalau tidak dapat, kami berlepas diri;\n~ asas \n[Indonesia] bertentangan dengan yang lazim (pendapat dan lain-lain);\n \n~ hukum\na) melawan hak;\n b) [Indonesia] melanggar hukum;\n \n~ politik \ntentangan dalam politik;\nberlawan\n1.\n mempunyai lawan (tandingan dan lain-lain):\nhulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dalam negeri; \n2.\n bersalahan (pada hukum, undang-undang, dan lain-lain), bertentangan dengan:\nperbuatan yang ~ dengan undang-undang; \n3.\n bertanding (dalam permainan dan lain-lain), beradu:\nBaba Melaka telah ~ pantun dengan orang dari Kedah;\n~ senjata;\nberlawanan\n1.\n bertentangan, tidak sehaluan atau sama:\npendapatnya ~ dengan apa yang dipercayai oleh ibunya; \n2.\n berlumba (untuk mencapai matlamat yang sama), bersaingan (dalam perniagaan dan lain-lain):\nkumpulan Ghee Hin ialah puak yang ~ dengan kumpulan Hai San; \n3.\n berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dan lain-lain):\nkerana perangai kami yang\n \n~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami;\nberlawankan\n [sastera lama] menentang untuk, berlawan kerana:\nkurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh;\nmelawan\n1.\n menentang (musuh, lawan, dan lain-lain), menyangkal:\nyang hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; \ntidak baik ~ kedua-dua ibu bapa;\n~ kuman penyakit;\n2.\n melayan (berbual dan lain-lain), membuat kawan (bercakap dan lain-lain):\norang-orang yang dilawannya berbicara itu terdiri daripada orang-orang yang tidak berapa biasa dengannya; \n3.\n menandingi (dalam perniagaan, perjalanan, dan lain-lain), menyaingi (untuk menyamai atau melebihi yang lain), beradu dengan;\nmelawani\n [sastera lama] menentang akan, melawan akan, memusuhi:\nsurat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa;\nmemperlawankan\n1.\n membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dan lain-lain), memperlagakan, mengadu;\n2.\n menjadikan bertentangan (berlawanan dan lain-lain);\nkelawanan\n [arkaik] kebolehan (kecekapan, kesanggupan) untuk melawan atau berlawan;\nperlawanan\n1.\n perihal melawan (menentang musuh dan lain-lain), tentangan:\nRommel kembali ke Jerman untuk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; \npemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kepada tentera Jepun dengan tidak mengadakan ~ yang tegas; \n2.\n pertandingan (sukan dan lain-lain), peraduan:\npasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; \n3.\n perihal berlawanan (seperti siang dengan malam dan lain-lain), pertentangan (makna dan lain-lain):\n~ kata;\npelawan\n (orang yang) suka melawan atau menentang, orang dan lain-lain yang dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal:\ndiperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; \nanak ~ \nanak derhaka." "lawang I\n[Jawa] pintu;\n \n~ seketeng \npintu gerbang." "lawang II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCinamomum spp.; \n2.\n = \nbunga ~ \n= \nkembang ~ \nsejenis rempah yang keras dan menyerupai kelopak bunga." "lawang III\nsejenis ikan darat, \nPangasius micronemus." "lawar I\nlawa I." "lawar II\ndaging atau ikan yang disiat (dihiris) halus-halus;\nmelawar\n menyiat (menghiris) daging atau ikan halus-halus." "lawar III\n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok), medang api (kelawar, kelici, pipit), \nElaeocarpus parvifolius." "lawas I\nluas (kawasan, pemandangan, dan lain-lain), lapang, terbuka;\nmelawas\n luas (kawasan, pemandangan);\n \nkelawasan\n keluasan atau kelegaan (hidup dan lain-lain), kemudahan." "lawas II\nlancar pembuangan air besar atau kecil:\nsakit kencing tak ~;\n melawaskan\n menjadikan lega atau lawas (perut):\n~\n \nbuang air besar dengan Brunei ooklax;\n pelawas\n (Biologi) makanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat tercerna (terutamanya selulosa)." "lawas III\nmelawas\n berkurangan (hasil buah-buahan dan lain-lain), menjadi kurang." "lawas IV\n[Jawa] [arkaik] lama." "lawat\nmelawat\n \n1.\n pergi mengunjungi (negara asing dan lain-lain):\n~ ke Jepun; \n2.\n menziarahi jenazah;\nmelawati\n datang melihat, mengunjungi, menziarahi (jenazah, orang sakit):\n~ orang mati; \nmaka terdengarlah kepada orang kuala bunyi bedil seperti bertih, maka segera dilawatinya;\n lawat-melawati\n saling melawat antara satu sama lain, kunjung-mengunjungi;\nlawatan\n perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dan lain-lain), kunjungan:\nmereka berbual panjang tentang ~ ke Batikan;\n~ sambil belajar \nlawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dan sebagainya) untuk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dan sebagainya itu;\npelawat\n orang yang melawat, pengunjung:\n~-~ Zoo Negara." "lawe\n[Jawa] benang tenun." "lawean\n[Jawa] [arkaik] sejenis hantu yang tidak berkepala." "lawi\n= lawi-lawi\n bulu ekor ayam (burung) yang panjang dan melengkung;\n \n~ ayam \na) sejenis pisau yang melengkung, kerambit;\n b) sejenis ikan laut, \nCoilia spp." "lawon\n[Jawa] kain putih." "lawrensium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "layah I\nmelayah\n meliuk ke kiri ke kanan, ke hadapan atau ke belakang (seperti kayu ditiup angin, orang menari dan sebagainya);\nterlayah\n terlentok atau terliuk." "layah II\ntudung muka, berguk;\nmelayahkan\n menutupkan kain (pada muka, kepala)." "layah III\nmelayah = melayah-layah\n terbang rendah-rendah, terbang labuh:\ntiba-tiba ibu burung melayah-layah di atas kepala Mat." "layah IV\n[Minangkabau] leper (piring dan lain-lain)." "layak I\n1.\n padan, patut, sesuai:\nmakanan seperti itu hanya ~ untuk anjing sahaja; \nmaka barang siapa datang pada baginda, masing-masing pada ~nya diberikan oleh baginda; \nmenurut punca-punca yang ~ dipercayai; \n2.\n mempunyai kebolehan (sifat, kemampuan, dan sebagainya) yang tertentu atau yang sewajarnya (untuk sesuatu), memenuhi syarat-syarat yang ditentukan (untuk sesuatu);\n3.\n laku, rupa:\nengkau hinakan aku seperti mengusir seekor anjing yang berkurap ~nya;\nselayaknya\n sepatutnya, sepantasnya:\n~lah Pak Sudin dilantik menjadi Ketua Kampung pula;\nmelayakkan\n menjadikan layak, memadankan, menyesuaikan:\nhanya diri dan kaum kita sahaja yang mesti insaf sendiri dan ~ diri supaya boleh mencapai kemerdekaan yang halal;\nkelayakan\n kebolehan, kecekapan, kesanggupan:\ntiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yang khas;\nberkelayakan\n mempunyai kelayakan, berkebolehan, cekap:\nseorang pegawai yang ~ dihantar untuk memeriksa hal ehwal kewangan." "layak II\nikan ~ \nikan yang dibelah dari belakangnya dan dikeringkan;\nmelayak\n membelah ikan untuk dikeringkan." "layak III\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang berteras), akar pisang-pisang jantan, \nUvaria purpurea." "layak IV\n[Kedah] tong membanting padi." "layam\nberlayam, melayam\n [sastera lama] melela-lelakan pedang dan lain-lain, menghayunkan pedang dan lain-lain:\nmaka Tun Bija Sura pun menyanyi pedikir, perisainya bergenta, maka ia pun ~lah di hadapan Betara Majapahit." "layan\n~ diri\n pelayanan diri sendiri oleh pembeli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli;\nmelayan, melayani\n1.\n menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dan lain-lain), meladeni:\nseorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; \n2.\n mempedulikan (suami, teman, dan lain-lain), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain):\nEdah membentak kerana malas hendak ~ suaminya; \n3.\n menentang (musuh dan lain-lain):\nkakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; \n4.\n mengikut kehendak (hati, fikiran, dan lain-lain):\nsejurus ia bermenung ~ fikiran yang berkacau itu;\n5.\n menggunakan sesuatu alat kerja dengan cermat dan betul;\nmelayankan\n1.\n menyediakan sesuatu untuk orang lain (seperti hidangan makanan dan lain-lain), menghidangkan, menyajikan;\n2.\n menuruntukan kemahuan (sendiri atau orang lain):\nia telah cuba memujuk supaya Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya;\nlayanan\n perihal melayan(i), ladenan:\npermohonan mereka telah tidak mendapat ~ daripada pihak yang tertentu; \npembelaan dan ~ kakak ini tidak seperti yang sepatutnya;\npelayanan\n perihal atau perbuatan melayan;\npelayan\n1.\n orang yang kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu;\n2.\n (Komputer) peranti atau program komputer yang membekalkan data dan maklumat kepada komputer lain yang mempunyai hubungan rangkaian dengannya;\n~ besar \nketua orang suruhan;\n \n~ dapur \norang yang bertugas di dapur (seperti memasak dan lain-lain);\n \n~ pejabat \nbudak suruhan (membantu kerja) di pejabat." "layang I\nterbang;\n \nbaju (kain) ~ \n[sastera lama] baju (kain) yang membolehkan orang terbang;\n \nsurat ~ \nsurat yang tidak dibubuh nama pengirimnya, surat terbang;\nselayang\n sambil lalu (pandangan, perhatian, dan lain-lain), selintas, sepintas:\n~ pandang (lalu);\nlayang-layang\n1.\n = \nlayangan\n [Jakarta] sejenis rangka daripada kayu dan dibaluti dengan kertas yang boleh diterbangkan ke udara dengan tali, wau;\n2.\n bahagian rumah antara bumbung dengan dinding yang berbentuk segi tiga;\n~ putus talinya \n(peribahasa) sudah putus harapan (bergantung pada nasib);\n \nke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita \n(peribahasa) orang yang lemah itu tidak akan lepas daripada hukuman orang yang berkuasa (orang yang berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pada kita);\n \nmacam memegang tali ~ \n(peribahasa) perihal orang yang berkuasa ke atas orang lain;\nberlayangan\n berterbangan (seperti bulu ditiup angin);\nmelayang, berlayang\n ark\n1.\n terbang dengan tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dan lain-lain):\nbeberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; \n2.\n tidak tenggelam dan tidak timbul (dalam air);\n3.\n [kiasan] hilang (nyawa dan lain-lain), lenyap, tidak tenang (fikiran):\n~ fikiran;\n~ nyawa (jiwa) \nmati;\nmelayangkan\n1.\n membuat supaya terbang atau melayang, menerbangkan:\nyang bulat digolekkan, yang pipih dilayangkan; \n2.\n mengarahkan (pandangan dan lain-lain), menghalakan, mengirimkan (surat dan lain-lain):\nsesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke kanan;\n~ surat\n mengirimkan surat;\nterlayang, terlayang-layang\n1.\n dalam keadaan melayang-(layang), berterbangan:\ntiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga ia jatuh di suatu tempat lalu bercambah; \n2.\n = \nmata(nya) ~ \ntertidur, terlena:\nsudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur;\npelayangan\n [arkaik] baju (kain) layang." "layang II\nsejenis tumbuhan (pokok), dering, medang buaya (kelarah, mantu, miang), \nCryptocarya griffithiana." "layang III\npelayangan\n \n1.\n perihal menyeberang (dengan perahu tambang), penyeberangan;\n2.\n perahu tambang, penambangan." "layang IV\nmelayang\n menghiris nipis-nipis (buah mangga dan lain-lain);\n \npipi bagai pauh dilayang \nki pipi yang penuh (gebu)." "layang-layang I\nsejenis burung\n;\n~ berjambul, Hemiprocne coronata;\n~ besar ekor jarum, Hirundapus giganteus;\n~\n \ngua tongkeng, Hirundo daurica;\n~ kecil\n, \nRhaphidura leucopyangiasis;\n \n~ rengkung putih, Hirundapus caudacutus;\n~ rumah, Apus affinis." "layang-layang II\nikan ~ \nsejenis ikan yang boleh melayang." "layap I\nhampir mencecah tanah atau air (burung terbang dan lain-lain), rendah;\nberlayapan, berlayap-layapan\n1.\n berterbangan rendah (burung dan lain-lain);\n2.\n berayunan (pokok ditiup angin dan lain-lain), berliuk-liuk;\nmelayap\n terbang rendah (burung dan lain-lain), melayang rendah-rendah;\nmelayapi\n terbang rendah di (ke), melayang rendah di (ke);\nmelayapkan, melayap-layapkan\n menyebabkan terbang atau bergerak-gerak (seperti angin meniup pohon)." "layap II\nmelayap-layap, melayap\n [Jakarta] terlayang-layang (tidur), belum lelap betul, tidur-tidur ayam." "layar\n1.\n kain penampung angin (untuk menjalankan perahu, kapal):\nsetelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu; \nkapal ~ \nkapal yang menggunakan layar;\n2.\n tirai, penutup jendela, dan lain-lain, langsir;\n3.\n = \n~ perak (putih) \nkain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dan lain-lain):\nbintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka berlakon; \n4.\n = \nkain ~ \nsejenis kain tebal (untuk dibuat layar);\n~ agung \nlayar yang terbesar (pada kapal);\n \n~ apit\n layar pendua (bagi layar agung);\n \n~ batang \nlayar yang dipasang pada kayu yang menghubungkan tiang dengan hujung layar itu;\n \n~ bubutan (temberang) \nlayar dekat layar agung (untuk membelok);\n \n~ bulu ayam \nlayar pengimbang (pada tali penyokong tiang);\n \n~ cucur \nlayar segi tiga (yang dipasang pada tiang yang terdepan), jib;\n \n~ dastur (pinggir) \nlayar kecil sebagai pembantu layar yang besar;\n \n~ gap (gusi)\n layar yang dipasang pada canggah yang dilekatkan di bahagian atas tiang kapal;\n \n~ padau \nlayar yang dipasang ketika angin ribut;\n \n~ pengapuh \nlayar yang dipasang di atas layar terbawah;\n \n~ penyorong (baksi) \nlayar yang dipasang pada tiang belakang jib;\n \n~ pucuk jala (tanjak, tanjung) \nlayar besar di belakang jib;\n \n~ sabang \nlayar yang dipasang pada tiang perahu kecil di belakang;\n \n~ terbang (top) \nlayar segi empat yang dipasang melandai pada tiang;\n \n~ topang \nlayar yang terbesar pada tiang depan;\n \n~ menimpa tiang \n(peribahasa) seseorang yang diharapkan menjadi pembelot;\nberlayar\n menggunakan layar (perahu, kapal):\nperahunya lilin ~ kertas;\nbelayar\n1.\n berjalan atau bergerak (berkenaan (dengan) kapal atau perahu):\nkapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; \n2.\n pergi (berpergian) dengan kapal atau perahu:\nmereka akan ~ ke India dengan menaiki kapal penumpang;\n~ dulu \nki meninggal dunia;\n \n~ ke pulau kapuk \ntidur;\n~ atas angin \n(peribahasa) berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain;\n \n~ bernakhoda, berjalan dengan yang tua \n(peribahasa) segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yang lebih berpengalaman;\n \n~ sambil memapan, merapat sambil ~ \n(peribahasa) sekali melakukan kerja dua tiga maksud tercapai;\n \nberbuat di alang tahun, ~ di luar musim \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pada waktunya tentu tidak mendapat hasil;\nmelayari\n belayar di (laut, sungai) dengan kapal atau perahu, mengharungi:\ntiga hari sudah mereka ~ laut lepas dengan tiada diganggu oleh apa-apa jua;\n~ Internet \nmencari dan mendapatkan maklumat, data dan sebagainya dalam Internet;\nmelayarkan\n membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), membawa belayar:\nkapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya;\npelayaran\n perihal belayar, perjalanan kapal dan sebagainya:\npejabat ~; \nsekolah ~; \nselama dalam ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja; \norang ~ \norang yang kerjanya belayar, pelayar;\nberpelayaran\n [arkaik] telah biasa atau selalu belayar;\npelayar\n1.\n orang yang kerjanya belayar;\n2.\n (Komputer) sejenis program komputer yang digunakan untuk melayari Internet:\nlaman Web ini hanya boleh dibuka dengan menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja;\n3.\n (Komputer) orang yang melayari Internet:\n~ boleh mendapatkan maklumat dari laman Web;\n kepelayaran\n hal, sifat dan sebagainya yang berkaitan dengan pelayar:\nsemuanya bermula daripada sifat kepahlawanan dan ~ orang Melayu pada waktu itu." "layar-layar\nsejenis ikan laut, \nIstiophorus spp\n." "layaran\nlayar-layar." "layas I\nmelayaskan\n [arkaik] tidak mempedulikan, menolak." "layas II\n[Minangkabau] [arkaik] bilah (kayu yang dipasang di atas kasau) tempat memasang atap." "layat\n[Jawa] melawat orang mati." "layon\n= layonan\n [Jawa] [arkaik] jenazah raja, mayat raja." "layu\n1.\n kering dan kecut (daun, bunga, dan lain-lain), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut:\nkajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; \n2.\n [kiasan] pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana:\ngadis tua yang sudah ~;\n~ bunga \n(barang yang) sudah lama tetapi masih elok (kain dan lain-lain);\n \n~ malap \n[Kelantan] terlalu letih;\ndianjak ~, dibubut (dianggur) mati \n= \ndiasak (pindah) ~, dicabut mati \n(peribahasa) keputusan yang muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi);\nmelayukan\n [arkaik] menyebabkan jadi layu (melayurkan, menganggurkan, dan lain-lain):\nbilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu;\nlayu-layuan\n1.\n sesuatu yang layu;\n2.\n = \npadi ~ \n[Minangkabau] padi yang telah mulai kering;\nkelayuan\n1.\n keadaan layu;\n2.\n = \nlayuan\n [kiasan] kemangkatan (raja)." "layu lecuh\nmelayulecuhkan\n menjadikan layu sehingga lecuh." "layuh\n[Minangkabau]\n1.\n lumpuh (kaki dan lain-lain), tepok;\n2.\n [kiasan] tidak bertenaga, lemah, tidak menarik lagi (rupa dan lain-lain), luntur." "layuk\n[Minangkabau];\nmelayuk\n meliuk lentok, melayah (seperti perempuan berjalan)." "layung\n[Jawa] [arkaik] warna kuning pada waktu petang." "layur I\n[Minangkabau] layu, lembut dan lemah;\nmelayur\n1.\n mendiang di api, memanggang, menyalai, mengganggang:\nsebelum dijangat, mengkuang itu hendaklah dilayur dahulu; \n2.\n terlalu panas atau hangat:\nmaka terbitlah matahari ~ panasnya;\nmelayurkan\n mendiangkan atau mengganggangkan (untuk memanaskan, mengeringkan, dan lain-lain) memanggangkan, menyalaikan:\nayam dibersihkan serta dilayurkan ke api dan dipotong." "layur II\n[Kedah], [Pulau Pinang], [bahasa percakapan] menunjuk-nunjukkan diri, menayang-nayangkan diri." "layur III\nsejenis ikan laut, \nTrichiurus spp." "layut I\nmelayut\n melendut (dahan pohon yang lebat buahnya), melendung." "layut II\nmelayut, melayut-layut\n bersambung-sambung dan mendayu-dayu (suara), tidak putus-putus:\nbunyi budak-budak mengaji Quran bersahutan, ada yang nyaring suaranya dan ada pula yang melayut-layut." "lazat I\n1.\n sedap, enak:\nberbagai-bagai makanan yang ~ dihidangkan di majlis itu; \n2.\n seronok;\nberlazat\n1.\n berseronok, bersedap-sedap;\n2.\n bersetubuh;\n \nsuka ~ \nsuka bersetubuh;\nmelazatkan\n menjadikan sesuatu lazat, menyedapkan, mengenakkan:\n sedikit rencah dibubuh untuk ~ masakan sayur goreng itu;\nkelazatan\n1.\n kesedapan, keseronokan:\nkebahagiaan dan ~ yang sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; \n2.\n terlalu suka atau gemar;\npelazat\n bahan yang melazatkan makanan." "lazat II\n[Minangkabau] [arkaik] teruk atau berat (penyakit), lasat, payah;\n \npenyakit ~\na) penyakit yang berat (teruk);\n b) penyakit raja singa (sifilis dan lain-lain)." "lazim\ntelah umum (dipakai, dilakukan, dan lain-lain), biasa, ghalib, selalu:\nhal yang seumpama itu telah ~ berlaku di England;\n~nya \nbiasanya, selalunya, umumnya;\nmelazimkan\n menjadikan lazim, membiasakan:\nagama pun mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~ pula;\nkelaziman\n sesuatu yang telah menjadi lazim:\nmaka menjadi ~ bagi pihak mahkamah membenarkan ikat jamin kepada orang yang dituduh itu;\n pelaziman\n proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim\n." "lazuardi\n1.\n sejenis galian berwarna biru tua yang terdiri terutama daripada lazurit dan digunakan sebagai batu permata dan bahan cat;\n2.\n warna biru tua seperti warna lazuardi." "lb\n[kependekan] paun (ukuran berat)." "LCD\n[kependekan] \nliquid crystal display\n (paparan hablur cecair)\n." "lebah\nserangga kecil berkepak empat dan bersengat yang mengeluarkan waks dan madu;\n jenis-jenisnya:\n~ betul, ~ keram, ~ lalat, dan lain-lain;\n \nair (manisan) ~ \nair madu;\n \n~\n \nbergantung \na) sejenis ukiran pada jerubung perahu;\n b) bentuk dagu yang cantik;\n c) [Kelantan] pakatan yang kukuh;\n \nseperti ~ , mulut bawa madu, pantat bawa sengat\n (peribahasa)\na) orang kaya yang murah hati tetapi sombong;\n b) perempuan yang elok paras dan tutur katanya tetapi buruk perangai." "lebai I\n1.\n orang yang tahu tentang agama:\nbibirnya bergerak-gerak bagai ~ membilang tasbih; \n2.\n orang yang mengerjakan sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam;\n~ kelarah \n[Kelantan] lebai yang busuk hati (suka mengumpat dan mencela orang);\n \n~ ketayap \nlebai yang menyangka dirinya mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama tetapi sebenarnya tidak;\n \n~ malang \norang yang selalu sial;\n \n~ penghulu \n[Indonesia] penghulu agama dalam daerah;\n \n~ pulut \n[Kelantan] = \n~ tembolok \nlebai yang suka menerima jemputan kenduri tetapi enggan datang untuk beribadat;\nkelebaian\n (sifat, sikap, dan sebagainya) yang berkaitan dengan lebai:\n sikap hidup mereka yang ~ dan tidak moden itu." "lebai II\nnama daun (dalam permainan ceki)." "lebai III\nsejenis ikan laut, \nUpeneus spp." "lebak I\nbunyi seperti bunyi tamparan (buah gugur dan lain-lain), debak." "lebak II\n[Jawa] tanah yang rendah, lembah." "lebam\nsejenis ikan laut, \nTeuthis spp." "lebam I\nbiru kehitam-hitaman (buah yang gugur, badan kena pukul, dan lain-lain):\nAhmad dipukul emaknya sampai ~-~ belakangnya; \nbiru ~\n biru kehitam-hitaman (bekas kena pukul dan lain-lain);\n \nhitam ~ \nhitam pekat;\n \nkelam ~ \nterlalu gelap;\nmelebam\n menjadi atau kelihatan lebam:\ndagu yang kelihatan halus dan agak ~\n;\nkelebam-lebaman\n kelihatan seperti lebam:\n kening matanya yang agak biru ~\n." "lebam II\nbunyi seperti bunyi barang jatuh dan lain-lain." "leban I\nsejenis tumbuhan (pokok);\n jenis-jenisnya:\na) = \n~ bunga \n= \n~ hitam \n= \n~ kunyit \n= \n~ nasi-nasi\n = \n~ tanduk \nsejenis tumbuhan (pokok), \nVitex pubescens; \nb) lenggundi, \nVitex negundo;\n~ bunga \n= \n~ kunyit \ngading kahwa, halban, pokok gelang kapur, \nVitex longisepala;\n~ bunga \n= \n~ tanduk,\n \nVitex quinta;\n~ bunga \nbelakang ular, cencang, cungkil, tumbit kayu, \nAllophylus ternatus;\n~ condong \nmengkedi, \nEngelhardtia nudiflora;\n~ nasi \n= \n~ pacat \n= \n~ pelanduk \ngalang dapur, pelong, selongcong, setulang, \nVitex gamosepala;\npucuk ~ gading gajah, kerja segan makan gagah \n(peribahasa) (orang yang) malas bekerja tetapi kuat makan." "leban II\nsejenis ikan laut, \nSiganus spp." "lebang\n[arkaik];\n~ pinggang \nberasa sakit dan kaku pinggang (perempuan hamil yang hampir akan bersalin)." "lebap\nbunyi seperti bunyi buah jatuh ke tanah dan lain-lain." "lebar I\nbunyi seperti bunyi orang terjun ke dalam air, cebur;\n \n~-lebu \nbunyi seperti bunyi denyutan jantung yang kencang (kerana terperanjat dan lain-lain), berdebar." "lebar II\n1.\n lapang (kawasan dan lain-lain), luas, tidak sempit:\nJawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; \n2.\n lintang (lawan panjang) pada sesuatu kawasan:\n~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; \nia tersenyum ~;\n~ mulut \n(orang yang) banyak cakap;\nmelebar\n menjadi (lebih) lebar:\nsenyuman Datuk Ujang yang sudah tumpas tadi ~ semula;\nmelebarkan\n membuat jadi lebar, melapangkan, meluaskan:\nmereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka;\n~ jalan-jalan yang sempit;\nmemperlebar\n menjadikan lebih lebar;\nkelebaran\n keadaan lebar;\npelebaran\n perihal atau perbuatan melebarkan, peluasan." "lebaran\n[Jakarta] hari raya puasa (pada 1 Syawal);\n \n~ besar (haji) \nhari raya haji (pada 10 Zulhijah);\nberlebaran\n berhari raya." "lebas\nmelebas\n [arkaik] menyebat (dengan rotan dan lain-lain), membelasah, memukul." "lebat\n1.\n banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dan lain-lain):\nrambutnya ikal, ~ dan hitam; \nkian lama kian jauh perjalanan kita, kian lama kian ~ rimba yang dituju; \npokok ini ~ buahnya; \n2.\n banyak lagi tebal (hujan, embun, dan lain-lain):\nhujan yang turun dengan ~nya pada pagi itu masih belum sidang-sidang lagi; \n3.\n banyak lagi penuh (berkenaan (dengan) corak kain dan sebagainya):\ndia boleh menyiapkan sehelai kain songket yang ~ corak emasnya dalam masa dua belas hari sahaja;\nmelebat\n menjadi lebat (hujan, buah-buahan, dan lain-lain):\nhujan mula ~ kembali;\n melebatkan\n menjadikan atau menyebabkan lebat:\nminyak yang dikatakan dapat ~ rambut; \nsejenis baja yang digunakan untuk ~ buah mangga setiap kali musim berbuah;\nkelebatan\n perihal lebat (hujan);\npelebat\n (bahan) yang melebatkan:\nlemak udang pula boleh dijadikan bahan ~ rambut atau bulu roma." "lebek\n[Kedah];\nmelebek\n terlipat (mata pisau dan lain-lain)." "leber I\n[Terengganu];\nberleber, beleber\n berleter." "leber II\n[Jakarta];\nmeleber\n melimpah (kerana terlalu penuh), meluap, mengalir (meleleh) ke merata-rata." "lebih\n1.\n melampaui had yang sepatutnya, bertambah (dari dahulu):\nharga gula sekarang ~ mahal daripada harganya tiga tahun dahulu; \nkedudukannya sekarang ~ terjamin;\n~ baik duduk diam daripada berkata yang sia-sia; \n2.\n baki, sisa:\ntiga dibahagi dengan dua, ~ satu; \n3.\n bertambah sedikit (daripada angka yang dinyatakan):\nia bekerja di pejabat itu lima tahun ~; \n4.\n semakin, kian bertambah:\nmakin lama menjadi ~ berani ia;\n~ jauh \nselanjutnya, seterusnya;\n \n~ kurang \nkira-kira, agak-agak;\n \n~ masa \nyang dilakukan (berkaitan dengan kerja) di luar waktu kerja yang telah ditetapkan;\n \n~ umur\n melewati umur (yang dikehendaki), tua;\n \n~ lagi \n= \nlebih-lebih;\nselebihnya\n baki daripada sesuatu, lebihnya, kelebihannya;\nlebih-lebih\n = \n~ lagi \ntambahan pula (lagi), apa lagi, lagi pula, teristimewa pula:\nbetapa senangnya hati anak negeri, ~ lagi hati mereka berdua jika padi itu berbuahkan beras kelak; \nmereka yang mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezekinya, ~ lagi mereka yang peramah dan berbudi bahasa;\n selebih-lebihnya\n paling banyak (ramai):\nanggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang;\n lebih-lebihnya\n paling lebih:\ntugas seseorang diplomat bukan untuk menggubah matlamat kerajaannya, tetapi ~ untuk menjelaskannya di negara luar;\nberlebih\n1.\n ada lebihnya, berbaki, bersisa:\npendapatannya ~ dari perbelanjaannya;\n2.\n terlalu banyak, banyak sangat:\nmenempatkan semula penduduk yang ~ di Pulau Jawa;\n~ kurang \nbertolak ansur (dengan kawan dan lain-lain);\nberlebih-lebih\n1.\n terlalu banyak lebihnya (makanan dan lain-lain):\npakaian yang dibelinya itu ~; \n2.\n melewati (bertambah) dari yang sebenarnya:\nkebesaran raja-raja pada zaman dahulu biasanya diceritakan dengan cara yang ~;\nberlebihan\n terlalu sangat (banyak, lebih, dan lain-lain):\nberas ada juga yang dieksport kerana ~ daripada keperluan tempatan;\nberlebih-lebihan\n1.\n terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya):\ndalam hikayat-hikayat lama itu ada bahagian yang agak ~ sehingga tidak dapat diterima akal; \npernahkah saya bersikap ~ terhadap gadis itu? \n2.\n berlumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi):\nmereka saling ~ memakai barang kemas;\nmelebih, melebih-lebih\n berbuat lebih daripada yang sepatutnya (daripada orang lain), menambah supaya lebih:\nkamu janganlah ~ sangat;\nmelebihi\n1.\n lebih daripada, melewati, melampaui, mengatasi:\ndarjah hidup kaum pekerja sekarang betul-betul sudah ~ darjah hidup mereka sebelum perang; \n2.\n membuat supaya jadi lebih:\nmereka mesti berusaha dan memeras tenaga untuk ~ jangka yang ditentukan itu;\n~ ancak-ancak, mengurangi sia-sia \n(peribahasa) sesuatu pekerjaan atau perbuatan janganlah lebih atau kurang daripada yang sepatutnya tetapi hendaklah pertengahan jua;\nmelebih-lebihi\n menambah menjadi terlampau banyak, menjadikan terlalu banyak;\nmelebihkan\n1.\n menjadikan lebih, membanyakkan:\npengetahuan itu boleh didapat dengan ~ membaca buku, majalah dan akhbar yang bernilai; \n2.\n memandang lebih penting (mustahak, berguna, dan lain-lain):\n~ agama daripada adat;\nmelebih-lebihkan\n menokok tambah hingga lebih daripada yang sebenarnya:\nkadang-kadang kegemparan itu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya;\nterlebih\n1.\n yang paling lebih (cerdik, penting, besar, dan lain-lain), tersangat:\nkpada hatinya, ~ baik keris itu daripada golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris;\n~ dahulu \npertama-tama;\n2.\n = \nterlebih-lebih\n = \n~ pula (lagi) \nterutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi;\nlebihan\n jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yang lain:\n~ imbangan perdagangan dijangka meningkat;\n kelebihan\n1.\n sesuatu sifat yang lebih daripada kebiasaan, keistimewaan:\nSayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yang mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yang teristimewa; \n2.\n bilangan yang berlebih, bilangan yang lebih banyak:\nbeliau telah menang dalam pilihan raya itu dengan mendapat ~ undi;\n3. = lebihan\n yang berlebih, bakinya, sisanya;\nberkelebihan\n1.\n berlebih, bersisa;\n2.\n terlalu banyak (lebihnya, sisanya, dan lain-lain);\n3.\n mempunyai kelebihan (keistimewaan)." "lebir\nmelebir\n tergeleber ke bawah (seperti bibir, tepi topi, dan lain-lain)." "lebu I\n[sastera lama]\n1.\n abu, debu, duli:\nmaka ~ duli pun berbangkit ke udara, siang cuaca menjadi kelam-kabut seperti gerhana matahari; \n2.\n patik, sahaya;\n \n~ telempakan \ndebu kaki tuanku, hamba tuanku;\n \n~ duli tuanku \npaduka tuanku." "lebu II\npelebuan\n [arkaik] pembakaran mayat (di Bali)." "lebu III\n[Terengganu] terlalu masak, ranum:\nmakan habislah pisang tu. Kalau disimpan tidak sedap dimakan lagi kerana sudah ~." "lebuh I\njalan raya (besar):\ntukang sapu ~;\n \n ~ hias \njalan raya utama yang merentasi bandar dan biasanya terdapat lorong pejalan kaki dan dihiasi pokok;\n \n~ raya \njalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar (bandar raya) dengan bandar (bandar raya) lain;\nmelebuhkan\n membuka jalan raya." "lebuh II\n[Perak], [bahasa percakapan] hilang (dicuri orang), lesap." "lebuk I\nbunyi seperti bunyi benda jatuh ke tanah, debuk." "lebuk II\n[Minangkabau] gembur, hancur (tanah);\nmelebuk\n = \n~ tanah \nmenggemburkan (menghancurkan) tanah." "lebum\nbunyi seperti bunyi benda jatuh, debum." "lebun\ntipu, penipuan;\nmelebun\n menipu (memalsukan sesuatu)." "lebung\nbunyi seperti bunyi benda jatuh tetapi lebih halus, debung." "lebur I\n1.\n menjadi cair (logam dan lain-lain), hancur, luluh:\ntabung semacam ini tidak ~ jikalau dipanaskan ke suhu yang terlalu tinggi; \ntitik ~\n = \ntakat ~ \nparas suhu yang menyebabkan logam dan lain-lain menjadi lebur;\n2.\n [kiasan] rosak langsung, jahanam, musnah:\nbegitulah ~ kekuatan orang yang bongkak itu;\n~ hati \nhancur hati (perasaan), teramat dukacita;\n \nsama ~ sama binasa \n(peribahasa) (orang yang) seia sekata;\nmelebur\n menjadi lebur (logam dan lain-lain):\nbijih yang sedang ~ itu kemudiannya dituang ke dalam acuan yang berbentuk bata;\nmeleburkan\n1.\n menjadikan hancur (lebur dan lain-lain), menghancurkan:\npanas daripada pembakaran bahan api itu ~ batu kapur dan meninggalkan kapur tohor; \n2.\n memusnahkan, merosakkan:\ndengan keris dan lembing pada tiap-tiap orang, kita akan dapat ~ musuh kita; \n3.\n memansuhkan sesuatu dan menggantikan (menggabungkan) dengan yang lain:\nsalah satu yang mesti dileburkan oleh parti ialah hidup berkeluarga kerana ini dianggap menjadi alat bagi kaum kapitalis;\n~ diri (kepada, ke dalam) \nmenyertakan diri, menggabungkan diri:\n~ diri ke dalam parti politik;\n~ diri ke dalam kegiatan persatuan;\nterlebur\n yang telah menjadi lebur, yang telah melebur;\nleburan\n sesuatu (logam dan lain-lain) yang telah dileburkan:\n~ timah;\npeleburan\n1.\n perbuatan (kerja, proses, dan sebagainya) meleburkan sesuatu (logam dan lain-lain);\n2.\n tempat meleburkan sesuatu (logam dan lain-lain);\npelebur\n1.\n alat untuk meleburkan sesuatu (seperti relau dan lain-lain);\n2.\n orang yang membuat atau menjalankan kerja peleburan (logam dan sebagainya)." "lebur II\nkeleburan\n [arkaik] lubang (kubu) untuk menangkap gajah dan lain-lain, serling." "lebur III\ndebur." "leca I\ntilam." "leca II\nrantai leher (daripada manik)." "lecah I\nberlumpur, becak, becek:\njalan itu terlampau ~; \nkena ~ \nki mendapat nama yang buruk (cemar);\n~ di kaki \n(peribahasa) suami yang tidak bertanggungjawab;\n \ndari ~ lari ke duri \n(peribahasa) perihal seseorang yang menghindarkan dirinya daripada kesukaran yang kecil tetapi jatuh dalam kesukaran yang lebih besar;\nberlecah\n bermain-main dengan lecah, bekerja dalam lecah;\nmelecahkan\n menyebabkan lecah;\nterlecah\n1.\n terkena lecah, terjatuh ke dalam lecah;\n2.\n [kiasan] mendapat nama buruk, tercemar." "lecah II\n[Terengganu] tawar, hambar:\nkamu tidak bubuh garam dalam gulai ini. Aku rasa ~ saja." "lecak I\n~-lecuk \nbunyi seperti bunyi orang berjalan dalam lumpur." "lecak II\n[Kelantan] mencecah, bertemu, sampai (ke bawah)." "lecak III\n1.\n tanah yang berair dan berlumpur, becak:\nkakinya terpijak ~;\n2.\n berlecak;\nberlecak\n berlumpur, becak, lecah:\nhalaman rumahnya terlalu kecil lagi ~." "lecak IV\n[Jakarta] buruk (muka), hodoh." "lecap\n= \nbasah ~ \nbasah kuyup, basah lencun, basah sekali:\n~lah sapu tangan oleh air mata;\nkelecapan\n perihal lecap." "lecar\n[Kedah];\nmelecar\n terkelupas kulit (kerana tergesel dan lain-lain)." "lecas\n1.\n [Pulau Pinang] (rasa yang) terlalu manis;\n2.\n [Kelantan] = \n~ leweh \nrasa yang tidak sedap, payau." "lecat\n= \nlicin ~ \nterlalu licin." "lece\n[Kedah];\npelece\n suka mengata-ngata orang." "leceh I\n1.\n meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yang cair dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] kurang nilai (harga, mutu, dan sebagainya), tidak berguna, hina:\nmemang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu;\n~ budi \ntidak berbudi;\n \nperempuan ~ \nperempuan sundal;\n3.\n [kiasan] cerewet lagi remeh (pekerjaan dan lain-lain), lambat, lengah, rumit:\npekerjaan yang ~;\nmeleceh\n mengampu (ketua, majikan), bermuka-muka (dengan ketua dan lain-lain);\nmelecehkan\n tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dan lain-lain);\nperlecehan\n perihal hina;\npeleceh\n orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dan lain-lain)." "leceh II\n[Kelantan] mencalat (kemaluan)." "lecek\n[Jakarta] berkedut-kedut (kain, kertas, dan lain-lain), berkerut-kerut, keremut." "lecek I\nlembik (nasi, lumpur, dan lain-lain), becek;\n \nakal sebagai makan nasi ~ \n(peribahasa) fikiran seperti anak-anak;\nmelecek\n menekan-nekan supaya jadi lembik (nasi dan lain-lain), melembikkan:\nibu itu sedang ~ pisang bakar." "lecek II\nmain ~ \nark sejenis permainan anak-anak dengan guli atau gundu." "lecek III\nsejenis ikan laut, \nSelar crumenopthalmus." "lecer I\n1.\n tidak berguna, leceh:\n petani\n \n~\n;\n2.\n [Kelantan] tidak sungguh-sungguh (pekerjaan dan lain-lain), kurang cekap, lambat (membuat kerja)." "lecer II\n[arkaik] \nlecet." "leces\n[arkaik];\nkertas ~ \nkertas yang dibuat daripada jerami." "lecet\n= \nberlecet, melecet\n1.\n basah, lecap:\nkapur berlecet dengan air mawar; \n2.\n lelas (kulit), mengelupas;\n3.\n luka yang berair, melepuh;\nmelecetkan\n menyebabkan melecet (kulit), melelaskan, mengelupaskan:\nperjalanan yang jauh itu telah ~ kakinya." "lecing\nbunyi seperti bunyi anak panah atau peluru." "lecit, melecit\n1.\n terkeluar dengan pantas (seperti buah dipicit dan lain-lain), terpancut;\n2.\n menghembuskan hingus daripada hidung." "leco\n[Minangkabau] tidak mahu besar, kerdil." "lecok\n1.\n licin sekali:\nberminyak biar ~; \n2.\n tergeliat, salah urat." "lecuh\nlayu (seperti daun kayu yang kena air panas)." "lecuk\nlecak-~; \n= lecak I." "lecun\n[Cina];\nmelecun\n menjalankan tipu muslihat, memperdayakan, mengecoh." "lecup I\nmelecup\n berbunyi seperti bunyi orang menghisap (mengecup dan lain-lain)." "lecup II\n[sastera lama] rapat ke, mencecah:\nmaka apabila Pancagah itu berjalan, tumitnya tiada ~ ke bumi." "lecup III\nmelecup\n melecur (seperti kulit kena air panas dan lain-lain), melepuh;\nmelecupkan\n menyebabkan melecup (melecur), melecurkan:\npercikan minyak panas itu telah ~ tangannya." "lecur I\nmelecur\n melepuh (seperti kulit kena air panas), mengelupas, menggelembung dan berair (kulit):\ntidak dapatlah dikatakan dahsyatnya kesakitan yang dideritanya, badannya ~ seluruhnya;\nmelecuri\n menjadikan sesuatu lecur:\nasap industri menggelapkan ruang angkasa dan ~ tumbuh-tumbuhan;\nmelecurkan\n menyebabkan jadi melecur (dengan menjiruskan air panas dan lain-lain)." "lecur II\nlayu (daun dan lain-lain)." "lecus\nberlecus, melecus\n keluar berpusu-pusu dengan cepat (seperti angin yang keluar dari lubang dan lain-lain)." "lecut\nbunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk ,dan lain-lain);\n \n~ cambuk \npukulan cambuk;\nmelecut\n1.\n terpancut keluar dengan pantas (seperti biji buah yang dipicit dan lain-lain), terlepas keluar, melecit:\nbaji ~ keluar; \n2.\n memukul dengan cemeti (rotan, cambuk, dan lain-lain), menyebat:\nanaknya dilecutnya dua kali; \n3.\n berbunyi seperti bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] menggiatkan;\nmelecuntukan\n1.\n menjadikan terpancut keluar (melecit dan lain-lain);\n2.\n memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;\nlecutan\n pukulan, sebatan:\nia menanti ~ rotan dengan ketakutan yang amat sangat;\npelecut\n alat untuk melecut, cambuk, cemeti." "ledak\nmeledak\n \n1.\n pecah dan meletup (dengan kuat), meletus:\nbom yang dilemparkannya itu telah ~ betul-betul tepat pada sasarannya; \nbarang ~ \nbarang-barang yang mudah meletup (seperti ubat bedil dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] terbit (peperangan, pertengkaran, dan lain-lain), timbul:\npeperangan Rusia-Jepun mula ~ di Port Arthur pada tahun 1904;\nmeledakkan\n1.\n menjadikan meledak, meletupkan:\nmereka sengaja ~ tempat simpanan peluru dan bom itu; \n2.\n menyebabkan terbitnya atau timbulnya sesuatu hal (seperti peperangan, kemarahan, dan lain-lain):\n~ revolusi;\nledakan, peledakan\n1.\n perihal meledak, letupan:\nsesekali pada waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; \n2.\n perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu:\nmenghentikan ~ bom hidrogen untuk menyelamatkan umat dunia; \n3.\n pertambahan (pertumbuhan) yang sangat besar dan mengejut:\n~\n \npenduduk;\n~ maklumat yang dipelopori teknologi komputer dan elektronik;\npeledak\n alat elektrik atau elektronik yang digunakan untuk meledakkan bahan letupan seperti bom atau dinamit, peletup;\n \nbahan ~ \nbenda yang dapat meledak (diletupkan dan lain-lain)." "ledang I\n[sastera lama] warna putih kekuning-kuningan (seperti awan disinari matahari)." "ledang II\n[Jawa] [arkaik];\nmeledang\n menunjuk-nunjukkan diri, memperagakan diri." "ledeng\n[Indonesia-Belanda];\nair ~ \nair paip." "leder\n[Kelantan] ambil mudah, tidak begitu mempedulikan (kerana malas dan lain-lain)." "ledes\n[Kelantan] bilis pada kelopak mata." "leding I\nmeleding\n \n1.\n membengkok atau melengkung (papan, pisau, dan lain-lain):\nturus itu menahan kikir itu daripada ~ di tengah-tengah apabila ditekan ketika mengikir; \n2.\n melentik badan (kerana dipukul dan sebagainya);\nmeledingkan\n menjadikan meleding:\nbahang api boleh ~ batang besi;\npeledingan\n perihal atau perbuatan meledingkan." "leding II\n= ledeng." "ledong\n[Kedah] berjalan dengan tidak tentu arah." "ledor\nkeledoran\n kelengahan, keteledoran." "ledos\n[Jakarta];\nmeledos\n1.\n meletup, pecah;\n2.\n runtuh (bangunan dan lain-lain), rosak binasa, ranap." "leduk\nmeleduk\n meletup, meledak." "ledung\n[Minangkabau];\nmeledung\n melengkung ke bawah (papan dan lain-lain), melendut;\nmeledungkan\n melengkungkan (papan dan lain-lain), melenduntukan." "leftenan\n1.\n pangkat pegawai tentera bertauliah yang rendah sedikit daripada kapten;\n2.\n pegawai rendah (bertauliah) dalam tentera laut;\n~\n \njeneral\n (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas mejar jeneral (dalam angkatan tentera);\n \n~\n \nkolonel\n (pangkat) pegawai bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dalam angkatan tentera);\n \n~ komander \npegawai kanan bertauliah dalam tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dengan mejar dalam tentera darat dan udara);\n \n~ muda\n pangkat yang paling rendah dalam tentera (bagi pegawai yang bertauliah)." "lega I\n1.\n tidak sempit (kawasan, ruang, dan lain-lain), luas, lapang:\nrumah besar yang ~; \n2.\n = \n~ dada (hati) \ntenteram perasaan (fikiran dan lain-lain), aman, senang:\ndaripada kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; \n3.\n lapang (waktu), tidak sibuk:\nkalau ada masa yang ~ , jemputlah ke rumah; \n4.\n agak pulih (daripada sakit), beransur sembuh;\nmelegakan\n1.\n menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan;\n2.\n = \n~ dada (perasaan) \nmenenteramkan hati (fikiran dan lain-lain):\njururawat itulah sahaja yang dapat ~ perasaannya; \n3.\n menjadikan berkurang (berkenaan (dengan) rasa sakit dan sebagainya):\nubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yang dihidapinya;\n terlega\n menjadi lega:\nkegusarannya ~ di kamar ini;\nkelegaan\n perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dan lain-lain):\nrancangannya itu akan mendatangkan ~ kepada pekebun-pekebun kecil;\n pelegaan\n perbuatan atau usaha untuk melegakan (kesakitan, kerunsingan dan sebagainya):\n~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit;\n pelega\n sesuatu (ubat dan sebagainya) yang melegakan (rasa sakit dan sebagainya):\nubat ~ sakit perut." "lega II\nmelega\n tunduk (menyembah, memberi hormat):\ndilega sembah di kiri dilenggok pula sebelah kanan." "legak I\n[Jakarta];\n~-legok \ntidak sama atau tidak licin (permukaan), tinggi rendah." "legak II\n[Kelantan] sibuk (urusan), banyak kerja." "legal\n[Indonesia-Belanda] halal (perbuatan dan lain-lain) di sisi undang-undang, sah." "legalisme\nkepatuhan sepenuhnya kepada undang-undang." "legalistik\nbersifat legalisme:\nanalisis yang ~." "legam I\nhitam ~ \nhitam betul;\nmelegam\n1.\n menjadi legam:\n tidak ada bayang-bayang pohon yang ~ saban malam\n;\n2\n. melakukan supaya jadi hitam (seperti memupurkan sesuatu dengan arang dan lain-lain);\nterlegam\n terlalu hitam." "legam II\nlegum-~ \nbunyi seperti bunyi tembakan meriam dan lain-lain, degum-degam." "legap I\nbunyi seperti bunyi debaran jantung (papan dipukul dan lain-lain), degap." "legap II\ntidak dapat dilintasi oleh cahaya (berkenaan (dengan) batu, kayu, dan lain-lain);\nkelegapan\n perihal (keadaan atau sifat) legap." "legar I\nbunyi seperti bunyi kayu dipukul (pintu dipecahkan dan lain-lain), degar;\nmelegarkan\n mengadakan bunyi legar, menyebabkan bunyi legar:\nAzhar keluar ~ daun pintu." "legar II\nberlegar, berlegar-legar\n1.\n bergerak-gerak berkeliling, berputar, berpusing selalu:\nbenda itu berlegar-legar seperti planet di angkasa lepas; \ndi kepalanya berlegar-legar seribu soalan; \n2.\n banyak mengisahkan tentang atau menumpukan perhatian pada, hampir tertumpu pada:\npersoalan cerita ~ pada diri Ipin, seorang anak orang asli;\n3.\n [Minangkabau] bergilir (bekerja dan lain-lain), bertukar-tukar;\nmelegari\n mengelilingi:\n~ Kaabah;\nmelegarkan\n memusingkan berkeliling, mengedarkan (minuman dan lain-lain);\nlegaran\n edaran, giliran." "legas\n[Perlis] ligat." "legasi\n[Indonesia-Belanda] perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah daripada kedutaan besar)." "legat\ntetap haluan (perjalanan, pandangan, dan lain-lain), lurus." "legato\n(Seni Muzik) not yang dimainkan secara bersambungan." "legeh\nrabung yang memisahkan dua sistem saliran." "legenda\n1.\n cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah;\n2.\n petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (seperti peta, carta, ilustrasi, dan lain-lain)." "leger\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kayu yang menyangga lantai, rasuk;\n2.\n bekas air, tong." "legislatif\nmempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang." "legit\n(Sunda) manis, sedap." "legitimasi\n1.\n surat bukti yang mengesahkan keterangan dan sebagainya tentang seseorang;\n2.\n pernyataan yang sah, kesahihan (berasaskan undang-undang), kesahan;\n \nmelegitimasikan\n menjadikan sesuatu sahih atau sah berasaskan undang-undang." "legiun\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] pasukan (ketumbukan) tentera." "lego\n[Jakarta] = \nmelego\n menyerahkan atau meneruskan kepada (berkenaan (dengan) bola, tugas, dan lain-lain)." "legojo, legoja\n1.\n orang yang diperintahkan untuk membunuh, algojo, pertanda;\n2.\n [kiasan] orang yang tidak bertimbang rasa, bengis." "legok\n[Jakarta]\n1.\n tidak rata (sesuatu permukaan), cekung, lekuk;\n2.\n lembah (yang dalam)." "legong\nsejenis tarian Bali." "legu\nmelegu\n mematikan anyaman (tikar, sumpit, dan lain-lain)." "leguh\n~-legah \nbunyi yang riuh-rendah (seperti barang-barang berhantukan dan sebagainya)." "legum I\nbunyi seperti bunyi meriam;\n \n~-legam \nberbagai-bagai bunyi legum." "legum II\n(Biologi) jenis tumbuhan yang biji buahnya terkandung di dalam lenggai, kekacang." "legunder\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] [bahasa percakapan] pasukan (tentera) berkuda." "legundi\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nVitex trifolia." "legung I\nbunyi seperti bunyi gong." "legung II\nsejenis tumbuhan (pokok)." "legup I\n~-legap \nbunyi seperti bunyi debaran jantung (benda jatuh dan lain-lain), degup-degap." "legup II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nStrychnos ovalifolia." "leha\nlalai, leka, lengah." "lehah-lehah\n[Jakarta] tidak melakukan apa-apa, bersenang-senang, leka." "lehar\n[Jakarta] (papan dan lain-lain) tempat mengalas Quran, rehal, lekar." "leher\n1.\n bahagian tubuh yang menghubungkan kepala dengan badan:\nShahrin memanjangkan ~nya dan melihat keluar; \nbertegang ~ \nberkeras benar memperkatakan sesuatu, bertengkar;\n2.\n sesuatu yang menyerupai (yang lekat pada) leher;\n \n~ baju \nbahagian baju yang mengelilingi leher;\n \n~ botol \nbahagian botol (yang sempit) dekat mulutnya;\n \ntali ~ \nkain yang diikat di keliling leher (di bawah leher baju) dan hujungnya bergantung di dada kemeja, dasi;\nberleher\n1.\n mempunyai leher (berkenaan (dengan) manusia, binatang):\nzirafah ~ panjang; \n2.\n mempunyai leher (berkenaan (dengan) baju dan sebagainya):\nkemeja-T ~ bulat." "lehet\n[Pahang] melekat (seperti air gula dan lain-lain), melekit." "leik\n[Kelantan]\n1.\n empuk, lembut;\n2.\n hancur, lumat (seperti tepung)." "leja I\nmeleja\n mengata-ngata (mencerca, menghamun, dan lain-lain)." "leja II\nsejenis kain." "lejang\n1.\n sepak, tendang, lompat;\n \nse~ kuda berlari \na) sejauh kuda melompat;\n b) pujian bagi rumah yang cantik;\n2.\n gerakan yang cepat (berlari, terbang, dan lain-lain);\n \nse~ terbang \nsecepat terbang, cepat sekali;\n3.\n (Kejuruteraan) gerakan omboh (pada enjin) ke atas ke bawah atau ke kiri ke kanan;\n \n~ ekzos \nlejang keempat atau terakhir (pada enjin empat lejang);\nmelejang\n1.\n menendang, menerajang, melompat sambil berlari (seperti kuda);\n2.\n bergerak dengan pantas ke atas ke bawah (seperti omboh enjin dan lain-lain);\n \nsiapa ~ siapa patah \n(peribahasa) siapa yang bersungguh-sungguh hendak akan sesuatu, dialah yang akan menanggung kesusahannya (kesulitan, kerugian, dan lain-lain);\nmelejangkan, melejang-lejangkan\n menghulurkan (kaki), menyepakkan, menendangkan;\npelejang\n sesuatu yang melejang (seperti pesawat pada perangkap, jebak, dan lain-lain):\nia memasang getah ~ di pintu jebak; \nkuda ~ bukit \n(peribahasa) orang yang jadi perkakas (pesuruh dan lain-lain) orang lain." "lejar I\n[arkaik] terlalu penat." "lejar II\nbuku untuk merakamkan akaun perniagaan." "lejit\nmelejit\n bergerak (berlari, keluar, dan lain-lain) dengan pantas." "lejuh\npenuh (digenangi dan lain-lain) minyak, terlalu banyak minyak (pada rambut dan lain-lain)." "leka\n= \nterleka\n asyik (melakukan sesuatu, kepada sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit:\ndi laut, Hasan ~ mengail; \nyang buta datang berpimpin, yang pekak ~ bertanya;\nmelekakan\n menjadikan leka, mengasyikkan, melalaikan;\nkelekaan\n perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan;\npeleka\n orang yang selalu leka." "lekah I\npecah (pada kayu dan lain-lain), belah, rekah;\nmelekah\n merekah, pecah." "lekah II\n[arkaik];\npelekah; \npintu ~ \ntingkap pada geladak kapal." "lekak\n~-lekuk \ntidak rata dan tidak lurus, tinggi rendah dan bengkang-bengkok." "lekam\n[arkaik];\nmelekam\n memegang dengan telunjuk dan ibu jari, mencekak." "lekang\n1.\n pecah atau retak (kerana kena panas seperti tanah dan lain-lain), merekah;\n \nbibirnya ~ \nbibirnya pecah-pecah kepanasan;\n2.\n mudah tanggal (isi buah dari biji, cat dari kayu, dan lain-lain), longkah, tidak melekat;\n \nrambutan ~ \nrambutan yang isinya mudah terkopek dari bijinya;\n3.\n tidak henti-henti, sentiasa:\n saya tidak ~ memegang peta;\ntak ~ di bibir \nselalu disebut-sebut;\n \ntak lapuk dek hujan, tak ~ dek panas \n(peribahasa) adat yang tidak berubah-ubah (kekal);\nberlekang\n tidak lagi bersama-sama (sahabat dan lain-lain), bercerai, berpisah:\npada suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah sangat;\nmelekang\n1.\n pecah atau belah (bibir, tanah, dan lain-lain);\n2.\n tanggal atau longkah (cat dan lain-lain);\nmelekangkan\n1.\n menjadikan lekang;\n2.\n [kiasan] memisahkan (memalingkan) daripada:\nia tidak dapat ~ matanya daripada peristiwa yang sedang berlaku di depannya;\npelekang\n [kiasan] sesuatu yang melekangkan (menghilangkan penyakit dan lain-lain, memisahkan):\nnasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih." "lekap I\nlekat (rapat sekali), merapat, menempel;\nmelekap\n1.\n melekat (pada), tertampal (pada):\nkedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; \n2.\n merapat, mendekat:\nmuka anak itu ~ di dada ibunya;\nmelekapkan\n1.\n menjadikan melekap, melekatkan, menampalkan (gambar dan lain-lain):\n~ ubat ke tempat yang luka; \n2.\n merapatkan, mendekatkan, mendempetkan:\nkepalanya dilekapkannya ke dada ayahnya;\n3.\n [kiasan] memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dan lain-lain);\nterlekap\n terlekat pada, tertampal pada, dalam keadaan yang melekap;\npelekapan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) melekap atau melekapkan;\npelekap\n anggota (pada beberapa jenis ikan dan serangga) untuk mendakap." "lekap II\n~-lekup \nbunyi seperti bunyi kayu patah dan lain-lain." "lekap III\nsejenis burung, \nCerthia spp.;\n~ batu, Certhia familiaris;\n~ gunung, Certhia nepalensis;\n~ tanah, Certhia discolor;\n~ tualang, Certhia himalayana\n." "lekar\nanyaman daripada lidi atau rotan untuk mengalas periuk dan lain-lain;\n \n~ terendak \nrangka terendak yang dibuat daripada rotan;\nmelekari\n melapik (periuk dan lain-lain) dengan lekar." "lekar I\nsejenis cairan yang disapu pada perabot rumah dan lain-lain (untuk mengilatkannya)." "lekar II\n[Jakarta] sejenis meja kecil tempat mengalas Quran, rehal." "lekas\ntidak lambat atau lengah, cepat, segera:\n~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai;\nselekas\n \n~ mungkin \n= \nselekas-lekasnya\n paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya;\nlekas-lekas\n dengan lekas (sekali), cepat-cepat:\n~ Mamat pergi menuju ke sungai; \naku ~ keluar dan bersalam dengan mereka;\nberlekas-lekas\n sentiasa mahu lekas, tergesa-gesa, terburu-buru;\nmelekaskan\n membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan:\n~ kerja yang baik supaya tidak ditimpa yang buruk;\nmemperlekas\n membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat;\npelekas\n (orang) yang lekas (marah dan lain-lain):\norang yang ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal." "lekat\n1. = berlekat, melekat\n tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dan lain-lain), tidak terlepas, menempel:\nmaka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pada batang pisang itu; \n2.\n mudah melekit (seperti benda-benda yang bergetah, kanji, dan sebagainya);\n3. = melekat\n [kiasan] rapat atau karib (persahabatan dan lain-lain), kekal;\n4. = melekat\n [kiasan] tidak berubah-ubah (hala pandangan dan lain-lain), tetap:\njangankan hampir kepada patik, memandang ~ pun ia tiada; \n5. = melekat\n [kiasan] terpakai (pakaian dan lain-lain), terkena;\n6.\n = \nmelekat\n [kiasan] tertarik kepada (hati dan lain-lain), terpaut pada:\nhatinya ~ kepada gadis yang berbaju kurung; \n7.\n = \nmelekat\n terserap dan tidak luput, tersemat (dalam hati, ingatan):\nmasih ~ dalam ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; \nkata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya; \n8.\n = \nmelekat\n sah (tuduhan dan lain-lain), berlaku:\ntuduhan membunuh yang dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; \n9.\n = \nmelekat\n [kiasan] kekal (adat dan lain-lain), masih terpakai;\n \n~ badi\n menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yang baru lahir dan lain-lain);\n \n~ perut \n[Terengganu] mengandung, hamil;\n \n~ uri\n tembuni atau uri tidak keluar (ketika bersalin);\nmelekat\n lekat;\nmelekati\n1.\n lekat pada, melekit pada;\n2.\n hidup pada (api dan lain-lain):\napabila hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas katil;\nmelekatkan\n1.\n menjadikan melekat, menampalkan:\n~ label pada botol ubat; \n2.\n mengenakan (pakaian), memakai:\ndengan dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; \n3.\n [sastera lama] memberi gelaran (pangkat, bintang, dan sebagainya):\npada hari ini, aku ~ gelar kepada Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; \n4.\n menanam (modal, wang) dalam perusahaan atau dengan membeli barang-barang berharga:\nwangnya dilekatkan pada barang-barang emas; \n5.\n menghalakan pandangan (perhatian dan lain-lain), menetapkan pandangan dan lain-lain;\n6.\n mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dan lain-lain) pada, membubuh;\n7.\n memukulkan (tangan, kayu, dan lain-lain):\nkerana marahnya, ia pun ~ tangannya pada budak itu; \n8.\n menaruh (hati), memauntukan (hati):\n~ hatinya kepada gadis itu; \n9.\n menyalakan, menghidupkan (api):\n~ api kepada rumput-rumput kering di belakang rumahnya;\nterlekat\n melekat atau lekat pada, telah dilekatkan:\nterkejutlah orang melihat gambar teman-teman lelakinya yang ~ dalam album itu;\n~ kersik buluh \n(peribahasa) melakukan sesuatu yang sia-sia;\nlekatan\n keadaan yang melekat (di antara satu permukaan dengan permukaan yang lain);\npelekat\n 1. sesuatu yang digunakan untuk melekatkan (gam, kanji, dan sebagainya);\n2.\n helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampalkan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan:\n~ kereta." "lekeh I\nselekeh." "lekeh II\n1.\n [Kelantan] mudah (melakukan sesuatu), senang;\n2.\n [Kelantan], [Kedah] tidak berdaya, lemah." "lekir\nberjalur-jalur putih, belak:\npanau ~; \nular sawa ~." "lekis\n[arkaik] sejenis tumbuhan (pokok)." "lekit\nmelekit\n mudah melekat (seperti benda yang bergetah, kanji, air gula, dan sebagainya)." "leklek\n[Kelantan]\n1.\n serupa (dengan ), sama (dengan);\n2.\n sesungguhnya, sebenarnya, sememangnya." "LEKRA\n[Indonesia] akronim bagi Lembaga Kebudayaan Rakyat." "leksem\n(Linguistik) unit minimum, seperti kata atau kata dasar, dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa." "leksikal\n(Linguistik) berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa;\n \nmakna\n \n~\n makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat dan sebagainya)." "leksikograf\n[Indonesia-Belanda] penyusun kamus." "leksikografi\nproses atau profesion menyusun kamus, perkamusan." "leksikologi\nkajian tentang makna dan penggunaan perkataan." "leksikon\n(Linguistik)\n1.\n kamus;\n2.\n perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang." "leksikostatistik\n(Linguistik) pengkajian secara statistik tentang kosa kata sesuatu bahasa, dengan penekanan khusus terhadap hubungan sejarahnya dengan bahasa-bahasa lain." "leksis\n(Linguistik) perbendaharaan kata sesuatu bahasa, kosa kata, leksikon." "leksotaktik\n(Linguistik) sistem dan pengkajian penyusunan ciri leksem dalam urutan." "lektor\n[Indonesia-Belanda] pensyarah di universiti." "lektur\n[Indonesia-Belanda] bahan bacaan (buku dan lain-lain)." "leku\nmeleku\n bertelekan (bertopang) dagu;\nterpeleku\n duduk bertelekan (bertopang) dagu:\n Encik Budin ~ di bilik pejabatnya\n." "lekuh\n~-lekah \n= \n~-lekih \nbunyi orang batuk (nafas yang kencang dan sebagainya)." "lekuk\n1.\n cekung (lengkung) ke dalam (seperti kanta, lubang-lubang di jalan, dan lain-lain), cawak (pada pipi), jeluk, lembang, lepek:\ndi tangan orang yang kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; \n2.\n sejenis daun terup (bergambar jantung);\n3.\n [Terengganu] beduk, tabuh;\n~-lekak \n= \n~-lekik \nbanyak lekuknya;\n \n~-liku \na) banyak lekuk dan selekoh (jalan);\n b) berbagai-bagai tipu daya;\n \n~ lutut \npelipat lutut;\n \n~ mata \nrongga (lubang) tempat biji mata;\nberlekuk\n bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek:\njalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta;\nmelekuk\n menjadi lekuk (lembang, jeluk, dan lain-lain):\ndi sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata;\nmelekukkan\n menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk;\nlekukan\n1.\n sesuatu yang melekuk;\n2.\n hasil melekuk;\npelekukan\n perbuatan (proses dan sebagainya) melekuk atau melekukkan;\npelekuk\n sesuatu yang digunakan untuk melekukkan sesuatu." "lekum I\nkerongkong atau merih, tenggorok;\n= halkum." "lekum II\n~-lekam \nbunyi seperti bunyi orang bertukang, bunyi yang kuat." "lekung\ntermasuk ke dalam (sesuatu permukaan), cekung, cengkung:\npipi yang ~." "lekup\n~-lekap \nbunyi seperti bunyi jari dipatahkan (tempurung berhantuk dan sebagainya)." "lela I\n1.\n [saster lama] tingkah laku yang elok, gerak-geri (tangan dan lain-lain) yang elok:\nmereka bersuka ria dengan tepuk tari dan ~;\n2.\n elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak;\n \nbanyak ~ \nbanyak ragam;\n \nmuda ~ \nmuda dan segak;\n~ bangsawan \nsegak lagi berbangsa;\n \n~ remaja\n muda lela;\nselela-lelanya\n sekehendak hatinya, sesuka hatinya:\njika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dengan ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik;\nberlela\n berlagak, bergaya, bertingkah;\n \namak ~ amak berupa \nberbagai-bagai gaya dan rupa;\nmelela\n menggerak-gerakkan tangan, memperlagakkan diri, menunjuk-nunjuk:\nmaka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar;\nmelelakan\n menggerak-gerakkan (pedang, badan, dan lain-lain) dengan elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dan lain-lain) dengan elok." "lela II\n[sastera lama] beberapa jenis meriam:\nmemutih layar mengkuang, memutih ceropong ~;\n~ rambang \nsejenis meriam yang mulutnya bercorong;\n \n~ rentaka \nsejenis meriam yang boleh diputar-putar (dibuat daripada besi baja);\n \nkalau tidak berlela baiklah berela-rela \n(peribahasa) kalau tidak berdaya upaya baiklah menurut sahaja;\nmelela; \nbesi ~ \nbesi baja;\n \nkeris ~ \nkeris yang tidak berpamor." "lelaba\nlaba." "lelabah\nlabah-labah." "lelabi\nlabi-labi." "lelabu\nlabu." "lelada\nlada-lada." "lelah\n1.\n tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat:\nkerana ~nya orang itu bercakap termengah-mengah;\n~ jerih \n= \n~ payah \ntersangat lelah;\n \nmelepaskan ~ \nberehat;\n2.\n penyakit sesak nafas, asma;\nberlelah, berlelah-lelah\n melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat:\nsekurang-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yang sedang masak itu;\nmelelahkan, memperlelah\n menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan:\nkerja ini sangat ~;\nkelelahan\n1.\n perihal lelah, keletihan, kepenatan;\n2.\n lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan:\npada waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ ." "lelah II\n[Minangkabau];\nselelah\n sejauh, setakat mana jauhnya:\n~ burung terbang;\nmelelah\n mengejar, menghambat:\nbiar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah." "lelai\nmelelai\n \n1.\n melengkung ke bawah (dahan, daun kelapa, dan lain-lain), menjulai;\n2.\n memaut dahan dan lain-lain ke arah diri sendiri (untuk memetik buahnya dan lain-lain):\ndaun terap di tengah padang datanglah gajah dilelainya;\nmelelaikan\n membuat supaya jadi melelai, melengkungkan (dahan dan lain-lain), melenturkan." "lelais\nikan ~ \nikan lais-lais;\nlais II." "lelak\ntidak tersusun lagi (anyaman dan lain-lain), bercerai-berai, rosak." "lelaki\nlaki-laki;\nkelelakian\n kelaki-lakian." "lelakon\n[arkaik] lakon." "lelampang\n~ badak \nsejenis tumbuhan (pokok), lampin badak (budak), keculam, penculam, \nClerodendron disparifolium." "lelan I\ntidak ingat lagi, khayal:\nmasing-masing kembali ~ dibuai air laut;\nterlelan\n terlupa akan diri, terkhayal:\nZamri terus juga ~ dalam buaian nikmat keindahan Shamsiah." "lelan II\nsejenis ikan." "lelancur\n[Jakarta]\n1.\n ayam jantan muda;\n2.\n [kiasan] teruna, jejaka." "lelang I\n[Indonesia] lelong." "lelang II\nsejenis tumbuhan (pokok), kayu manis hutan, \nCinnamomum paraneuron." "lelangit\nlangit-langit;\n~ keras \nstruktur tulang cekung yang membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang batas gusi;\n \n~ lembut \nselaput lembut yang membentuk bahagian atas mulut di belakang lelangit keras;\nberlelangit\n mempunyai lelangit." "lelangon\n[Jawa] [arkaik];\ntaman ~ \ntaman tempat bersuka-suka." "lelangse\n[Jakarta] tirai;\nlangsai II." "lelantar\nsejenis tumbuhan (pokok), cendarah hantu, cungah putih, dada ruan, \nOstodes macrophylla." "lelap\n1.\n nyedar (tidur), lena, nyenyak:\ntidur tak ~ makan tak kenyang; \n2.\n tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap:\nharta pusaka yang diwarisinya sekarang telah ~ belaka; \n3.\n tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian);\n4.\n beku (minyak);\n \n~ kemalingan \n(peribahasa) pekerjaan yang dibuat dengan tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya;\nmelelapkan\n mengejapkan (mata):\nbaru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising;\nterlelap\n tertidur, terlena:\nkira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dengan nyenyaknya;\npelelap\n orang yang kuat tidur, penidur." "lelar I\nmemperlelar, memperlelarkan\n melakukan sesuatu berulang-ulang, mengulang-ulangkan sesuatu;\ndilelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah juga \n(peribahasa) perbuatan yang tidak baik itu kalau diselalukan akan buruk juga padahnya;\n \njangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting \n(peribahasa) jangan membiasakan perbuatan yang jahat." "lelar II\nmelelar\n menarik, menarik-narik:\nAmah ~ tangannya mengajak menari;\nlelaran\n tarikan, heretan:\nbeberapa langkah aku terdorong ke hadapan kerana ~nya." "lelas\n1.\n licin atau rata (kerana diparas, dipotong, dan sebagainya);\n2.\n terkupas kulit (kerana tergesel dan sebagainya), lecet;\nmelelas\n1.\n menjadi licin atau rata (seperti diparas atau dipotong);\n2.\n mengelupas kulit (kerana tergesel dan sebagainya), melecet;\nmelelaskan\n1.\n menjadikan licin atau rata, memaras;\n \n~ balung ayam \nmemotong balung ayam licin-licin;\n2.\n menggosokkan sesuatu hingga licin;\n3.\n menyebabkan lelas (lecet), melecetkan;\npelelas\n sesuatu yang digunakan untuk melicinkan, pelicin." "lelat\nsirih ~ \nark sirih yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan." "lelatu I\n[Jakarta] bunga api, kilatan api;\n= latu I." "lelatu II\n= kelekatu." "lelauh\n~ minyak \nsejenis ikan laut, pipit, \nPolynemus heptadactylus;\n~ tanda \nsejenis ikan laut, pipit, senangin buih, \nPolynemus sextarius." "lelawa\n[Jakarta] kelelawar." "lelawi\nsejenis serangga yang suka memasuki telinga." "lelayang I\nlayang-layang;\nlayang I." "lelayang II\nsejenis ikan laut, layang-layang, \nTrichiuridal." "lelayang III\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Anacardiaceae, sepul, layang-layang (Sabah), upi (Sarawak), \nParishia spp\n." "lele\n[Jawa] sejenis ikan darat (seperti ikan sembilang atau keli), \nClarius melanoderma." "leleh\nmeleleh\n mengalir perlahan-lahan (seperti air mata, darah, dan sebagainya):\nbadanku panas dan peluh ~ di dahiku;\n~lah air mata di pipinya yang telah mulai kendur;\nmelelehkan\n membiarkan meleleh (seperti air mata, air liur , dan sebagainya), mengalirkan:\nkami sendiri banyak menangis dan ~ air mata;\nlelehan\n sesuatu (benda) yang meleleh, cairan;\nberlelehan\n mengalir atau meleleh dengan berlebih-lebihan, meleleh selalu, senantiasa meleleh:\n~ air liurnya;\npelelehan\n1.\n pengaliran perlahan-lahan;\n2.\n lubang tempat meleleh;\n \nhabis cupak dari ~ \n(peribahasa) adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali." "lelemah\nsejenis ikan laut, selemah, selembu, serumbu, \nLactarius lactarius;\n= lemah III." "lelemak\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), merensa, \nConnarus oligophyllus." "lelembu\nsejenis ikan laut, \nOstracion cornutus;\nlembu III." "lelep\n[Jakarta];\nmelelepkan\n menekankan supaya terbenam, membenamkan." "leler I\nleleh (benda-benda yang menjijikkan seperti hingus dan sebagainya);\n \ntua ~ \nsangat tua;\nberleleran\n1.\n meleleh selalu (benda-benda melekit seperti hingus dan sebagainya), berlelehan;\n2.\n [kiasan] tidak menentu (tidak teratur) keluarnya (percakapan dan lain-lain), tidak keruan, kacau-bilau;\nmeleler\n1.\n mengalir perlahan-lahan (benda-benda yang melekit seperti hingus, air liur, dan sebagainya), meleleh;\n2.\n [Kelantan] menyapu ke merata tempat (kotoran dan lain-lain);\nleleran\n sesuatu yang meleler." "leler II\nII; \nkeleleran\n tidak teratur (barang-barang dan lain-lain), terbiar atau terabai." "leler III\n[sastera lama] tidak senonoh (perangai), kurang ajar." "leler IV\n[Kelantan] tidak mengambil berat (tentang pekerjaan dan lain-lain), cuai, lalai." "leletup\nsejenis tumbuhan (rumpai dan buahnya), letup-letup, cipulan, letup, ubat pekung, \nPhysalis minima;\nletup II." "lelewa\n[Jakarta];\nberlelewa\n berlebih-lebihan (tingkah laku) berlagak, bertingkah." "lelimau\nsejenis tumbuhan (pokok), limau hutan, pokok temin (renjis), sebantun, \nTaxotrophis macrophylla." "lelipan\nbentuk daun yang menyerupai bentuk bulu ayam (terdiri daripada beberapa helai daun yang tumbuh pada urat daun)." "leloceng\nbentuk bunga yang menyerupai bentuk loceng (seperti bunga cempaka)." "lelompat\n~ daun \nsejenis serangga daripada famili Cicadellidae yang merosakkan tumbuhan." "lelong\npenjualan di hadapan khalayak ramai (dengan harga beratas-atasan oleh pembeli-pembelinya):\nkelulusan permohonan tanah yang di dalam bandar dibuat secara ~;\ntangkap ~ \nmembeli barang yang dilelong;\n \ntukang ~ \norang yang melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong;\nmelelong\n1.\n menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dengan harga beratas-atasan):\napakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; \n2.\n [sastera lama] membeli atau memborong barang-barang lelong;\nmelelongkan, memperlelongkan\n1.\n menjual barang dengan dilelong:\npemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dalam tempoh yang tertentu; \n2.\n memborong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dan lain-lain);\nterlelong\n telah dilelong, kena lelong:\nsekiranya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama;\nlelongan\n barang dan sebagainya yang dilelong;\npelelongan\n perihal melelong, penjualan lelong:\nbaru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami;\npelelong\n orang (syarikat dan sebagainya) yang melelong atau melelongkan sesuatu." "leluasa\n1.\n tidak terbatas atau tersekat-sekat (kelakuan, perbuatan, dan sebagainya), bebas:\nbilakah kita akan bertemu pula dengan ~ ?; \n2.\n lapang (kawasan dan lain-lain), terbuka, luas;\nberleluasa\n berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati:\npada suatu masa pencuri dan penyamun ~ dalam negeri Melaka;\nkeleluasaan\n perihal leluasa (pergerakan, kelakuan, dan sebagainya), kebebasan." "lelucon\n[Jawa] kelakar atau jenaka (cerita dan sebagainya), lawak, kelucuan:\ndicubanya juga membuat ~ tetapi hambar;\nberlelucon\n berkelakar, berjenaka, berlawak." "leluhur\n[Jawa] nenek moyang." "leluing\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok), \nFicus hispida;\nluing I." "lelumba\nlumba-lumba." "lelumbah\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), kayu hok, \nCorymborehis longiflora." "lelungit\n[Jawa] [arkaik] sejenis nyanyian, kidung." "leluri\n[Jawa] adat yang diwarisi daripada nenek moyang, tradisi;\n= naluri." "lem\n[Indonesia-Belanda] gam (getah, kanji, dan lain-lain), perekat;\n \ndilem\n dilekatkan dengan gam (getah, kanji, dan lain-lain)." "lema\n(Linguistik) kata masukan dalam kamus, entri." "lemah I\n1.\n tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu:\ndengan gerak yang ~ seperti orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela;\n2.\n rendah (dari segi pencapaian):\nprestasi kerjanya ~;\n3.\n tidak diyakini sebagai benar atau logik:\n hadis yang ~; \n4.\n tidak tegas:\ndia ~ dalam membuat keputusan;\n~ gemalai = ~ gemulai \ngerak berliuk-liuk yang elok (tubuh badan);\n \n~ hati \nmudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati;\n \n~-laun \nlemah dan perlahan (gerak-geri dan lain-lain);\n \n~ lentur \ntidak mudah patah (tetapi boleh dilentur-lentur), liat;\n \n~ longlai \na) = \n~ gemalai\n;\n b) tidak bermaya, lemah;\n ~ lumpuh \nlemah sekali;\n \n~ persendian \ntidak bertenaga;\n \n~ semangat \nmudah terperanjat (mudah kena sakit dan lain-lain);\n \n~ syahwat (zakar) \nlemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga;\n~ diraih, pantai dititi \n(peribahasa) sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah;\n \n~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat \n(peribahasa) pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan;\nberlemah\n berbuat lemah, bersikap lemah, lawan berkeras;\nmelemah\n menjadi lemah (bertambah lemah):\nsuara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula;\nmelemahkan\n menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah:\npenyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; \nnasib dua watak yang penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yang ~ novel ini;\nmemperlemah\n menjadikan lebih lemah;\nkelemahan\n perihal lemah:\nia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan;\npelemahan\n perihal menjadi atau menjadikan lemah;\npelemah\n sesuatu yang (dapat) melemahkan (semangat dan lain-lain)." "lemah II\n[Kedah], [Perlis];\npelemah\n membohong, berbohong." "lemah III\nsejenis ikan laut, lelemah, lemuk, \nLactarius lactarius." "lemah lembut\nelok perangai, halus budi pekerti, baik hati;\nberlemah lembut\n bersikap lemah lembut:\n Nabi Muhammad adalah seorang yang berhati mulia dan ~\n." "lemah lesu\ntidak bermaya , kurang bertenaga;\nmelemahlesukan\n menjadikan lemah dan tidak bermaya:\naku memang dilanda cinta pertama yang ~ tenaga jiwa dan raga." "lemak I\n1.\n sejenis zat minyak pada binatang (melekat pada daging), gemuk binatang:\ndi bawah kulitnya terletak selapis ~ yang memanaskan badannya;\n~ kambing; \n2.\n = \nberlemak\n mengandungi lemak atau minyak:\nikan dimasak ~; \ngulai ~; \nkerbau mandul banyak ~; \n3.\n [Minangkabau] sedap atau enak (rasa, pendengaran, dan lain-lain):\n~ lauk dikunyah-kunyah, ~ kata disebut-sebut;\n~ santan, manis gula tidak sedar racun bermain;\n~ ketam \nwarna kejingga-jinggaan;\n \n~ tulang \nsumsum dalam tulang;\n \n~ penyelar daging \n(peribahasa) memboroskan harta benda tuannya." "lemak II\nsejenis ikan darat, kap, \nLabeobarbus ocellatus." "lemak III\n~ batu \na) sejenis tumbuhan (pokok), ekor kucing, meroyan kerbau, sembung merah, \nDidymocarpus crinitia;\nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), gegunjah putih, \nCyrtandra pilosa;\n~ beruk \nsejenis tumbuhan (pokok renek), melukut, \nUorphyllum glabrum;\n~ itik \nsejenis tumbuhan (pokok), bolian, membaju, melima, \nTarrietia simplicifolia;\n~ kepiting (ketam)\n sejenis tumbuhan (rumpai), pulut-pulut, \nMelochia corchorifolia;\n~ pahit \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar mambu, jemerah, mambu jantan, merambu, sekebah, \nMilettia sericea." "lemal\n[Kelantan] tidak sedap tubuh (kerana demam dan lain-lain)." "leman\n[Jawa] gajah." "lemang\nsejenis makanan (daripada pulut dan santan) yang dibakar dalam buluh;\nbersandar di ~ hangat \n(peribahasa) berlindung kepada orang yang zalim akan binasalah akhirnya;\n \nmemakan hendak ~ , membeli hendak pelo \n(peribahasa) inginkan barang yang elok tetapi enggan membayar harga yang sepatutnya;\n \nmenyandang ~ hangat orang \n(peribahasa) menanggung akibat perbuatan orang lain;\nmelemang\n membakar lemang." "lemanta\n[Sarawak]\n1.\n pokok rumbia;\n 2.\n sagu mentah." "lemari\n[bahasa percakapan] almari." "lemas I\ntidak boleh bernafas (kerana tenggelam dalam air, kena gas, dan lain-lain), sesak bernafas;\n \nmati ~ \nmati kerana tidak dapat bernafas;\n \n~ fikiran \ntidak dapat berfikir, bingung;\nmelemaskan\n menjadikan lemas:\nbegitu tebal asapnya sehingga kalau sejam dua ia begitu tentulah ia dapat ~ manusia;\nkelemasan\n menjadi lemas:\nia pun mati oleh sebab ~;\npelemas; \nzat ~ \n[Indonesia] zat yang berupa gas dan tidak berbau (dalam udara ada 78%), nitrogen." "lemas II\n1.\n boleh dilentur-lentur (kerana lemah, lesu, dan lain-lain), tidak mempunyai kekuatan, lemah, lembut;\n2.\n halus (budi bahasa dan lain-lain), lemah lembut (kelakuan);\nmelemaskan\n melembuntukan atau melemahkan sesuatu, menghaluskan (budi bahasa dan lain-lain)." "lemau\n1.\n tidak rancak (bunyi-bunyian);\n2.\n tidak garing, lembik (seperti kuih yang masuk angin dan lain-lain);\n3.\n lemah urat." "lemba\nsejenis tumbuhan (herba), segumbar urat, \nPiper umbellatum;\n~ batu \nsejenis tumbuhan (herba), \nStaurogyne merguensis" "lembaga\n1.\n bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu);\n \n~ bisul\n mata (benih) bisul;\n \n~ daun\n bakal daun;\n2.\n bentuk yang mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan;\n3.\n bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya):\n kami hanya melihat ~-~ mereka dari jauh;\n4\n. perbadanan yang menjalankan sesuatu tugas:\npegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~ Bandaran; \nL~ Pelabuhan;\n5.\n ketua suku (di Negeri Sembilan):\nmaka berhimpunlah penghulu yang empat suku serta ~ yang dua belas suku;\n~ pengarah \nbadan yang terdiri daripada sekumpulan orang yang dilantik oleh para pemegang saham untuk membuat dasar yang mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat;\nmemperlembagakan\n menjadikan perlembagaan:\npercubaan untuk ~ prosedur\n;\nperlembagaan\n undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri:\nMalaya bersatu padu dalam maksud mencapai kemerdekaan secara ~;\nberperlembagaan\n mempunyai (berlandaskan, berpegang pada, dan sebagainya) perlembagaan:\n suatu prinsip asas yang ~ Islam." "lembah\n= lembahan, pelembahan\n1.\n tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai):\ndi kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dengan lanar; \nMerbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, \n2.\n [kiasan] jurang kehidupan, tempat yang paling rendah atau hina:\nkerana daripada pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; \nmaka bebaslah mereka bergelumang dalam ~ maksiat;\n~ silikon \nkawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yang berkaitan dengan teknologi maklumat;\nberlembah\n ada atau terdapat lembah (berkenaan (dengan) tanah):\nkawasan itu rendah dan ~." "lembai\n[Minangkabau];\nmelembai\n1.\n menggerak-gerakkan turun naik, melambai;\n2.\n menjilat (berkenaan (dengan) api), melarat." "lembak\nmelembak\n melimpah (kerana air terlalu banyak atau mendidih), meluap." "lembam I\n1.\n tidak ada kekuatan, kelesa, lemah;\n2.\n lembap, tidak cergas, lemah (berkenaan (dengan) kemampuan seseorang murid menerima pelajaran):\nguru-guru biasanya memberi perhatian yang lebih kepada murid-murid yang ~;\nkelembaman\n1.\n [Indonesia] tenaga yang mengakibatkan sesuatu benda terus diam atau terus bergerak (kecuali diubah oleh tenaga luar);\n2.\n perihal lembam (lembap, tidak cergas, lemah), kelembapan, kelemahan." "lembam II\n= lebam I." "lembang\nsejenis tumbuhan (pokok), damak-damak air, medang selusuh (teja), \nGrewia florida." "lembang I\n1.\n lekuk (tanah dan lain-lain):\ntatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya akan kepala baginda, menjadi ~ sama tengahnya; \n2.\n menjadi dalam (tanah yang dilalui air dan lain-lain);\n3. = lembangan\n tanah pamah yang rendah, lembah;\nmelembang\n menyebabkan jadi lembang, melekukkan." "lembang II\nmelembang\n bercakap dengan lemah lembut (seolah-olah memujuk), membujuk." "lembang III\n[Kelantan];\nberlembang\n tidak tersusun rapi (barang-barang, pakaian, dan lain-lain), berselerak, bersepah-sepah;\nmelembangkan\n menjadikan berselerak." "lembap\n1.\n masih basah (mis tuala, tanah, dan lain-lain), tidak kering:\nkain baju yang dijemur itu masih ~; \njalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; \n2.\n tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dan lain-lain), tidak nyaring, kendur, tawar;\n3.\n lambat atau kurang mencapai kemajuan (dalam pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam:\nSalimlah satu-satunya budak yang ~ dalam pelajaran, tetapi dia petah bercakap; \njika peruncit membeli keluaran yang tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yang ~ dan mengalami kerugian;\nmelembap\n menjadi lembap (kulit dan sebagainya):\n peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~;\nmelembapkan\n menjadikan (menyebabkan) lembap:\ntanah yang terlalu kering perlu dilembapkan terlebih dahulu;\nlembapan\n sesuatu (bahan dan sebagainya) yang lembap;\nkelembapan\n1.\n perihal lembap (tidak kering):\nkabusnya tebal kerana ~nya tinggi; \n2.\n perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman:\n~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pada awal tahun 1980-an;\npelembapan\n perihal (tindakan dan sebagainya) menjadikan lembap:\npertama pembersihan, penyegaran dan ~ muka;\npelembap\n (bahan dan sebagainya) yang melembapkan (kulit dan lain-lain)." "lembar\n1.\n [sastera lama] benang atau tali;\n2.\n penjodoh bilangan bagi benda yang panjang dan luas bidangnya (tali, kertas, dan lain-lain), helai, utas:\nsehari se~ benang lama-lama menjadi kain;\nmelembarkan\n mengantih atau memintal tali (benang dan lain-lain);\nlembaran\n1.\n lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dan lain-lain);\n2.\n halaman atau muka surat (pada buku, surat khabar, dan lain-lain):\nalamat sidang pengarang termuat di ~ pertama; \nkita jadikan tahun 1964 sebagai permulaan ~ sejarah yang cemerlang bagi Sarawak;\n3.\n keluaran surat khabar (majalah dan lain-lain);\n \n~ pagi \nsurat khabar sebelah pagi." "lembat\n[sastera lama] lebat." "lembayung\n1.\n sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, \nEichhornia crassipes; \n2.\n = \nmerah ~\n warna ungu (merah ungu)." "lembega\nsejenis tumbuhan (pokok renek), rembega, \nCalotropis gigantea." "lembek\ntilam nipis tempat tidur." "lembidang\nbahagian tepi piring (pinggan dan lain-lain) yang leper dan rata." "lembiding\nsejenis tumbuhan (pakis), \nStenochlaena palustris." "lembik\n1.\n terlalu lembut (seperti tanah, nasi, bantal, dan lain-lain), tidak keras atau tegang (tali dan lain-lain), kendur, lunak:\ntanah perkuburan itu masih ~; \nkuih ~; \n2.\n tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam:\nbadannya ~ dan kurang sihat; \nketawa ~; \nsemangatnya ~;\nmelembikkan\n menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dan lain-lain);\nkelembikan\n perihal lembik (lemah, kendur, dan lain-lain), kekenduran, kelemahan." "lembing\n1.\n sejenis senjata bermata besi yang boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil daripada tombak);\n2.\n sejenis seligi yang digunakan dalam permainan sukan;\nmenohokkan ~ ke semak \n(peribahasa) melakukan perbuatan yang sia-sia;\n \ntercacak bagai ~ tergadai \n(peribahasa) tertegun kehairanan;\nmelembing\n meradak (menikam, menohok, membaling) dengan lembing." "lembok\nsejenis burung, punai tanah, \nChalcophops i. indica." "lembora\n[arkaik] sejenis ikan laut." "lembu I\nsejenis binatang ternakan untuk mendapatkan susu dan dagingnya, \nBos longifrons, Bos brachyceros, dan lain-lain;\n~ daging \nlembu yang dipelihara untuk (mendapatkan) dagingnya;\n \n~ dogol \na) lembu yang tidak bertanduk;\n b) [kiasan] orang yang suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa;\n \n~ kasi\na) lembu yang dikasi;\n b) orang yang berani dengan musuh kalau berjauhan;\n \n~ kenyang\n [Kelantan] orang yang degil atau malas, orang yang berbuat tidak peduli;\n \n~ kontan \n(Ekonomi) perniagaan yang mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai;\n \n~ pawah \nlembu yang hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dengan orang yang mengusahakannya;\n \n~ tenusu \n= \n~ perahan \nlembu yang diternak terutamanya untuk mendapatkan susunya;\n~ dogol jangan dibalun \n(peribahasa) orang yang tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh;\n \n~ punya susu, sapi dapat nama \n(peribahasa) orang lain yang membuat kebajikan orang lain yang mendapat kepujian;\n \n~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga \n(peribahasa) orang yang sudah terkenal jahatnya;\n \nlaksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol \n(peribahasa)\na) orang yang hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya;\n b) melawan dengan seberapa kuasanya dalam perkelahian;\n \nlaksana ~ kasi \n(peribahasa) badan sahaja yang besar tetapi hati penakut;\n \nmenghela ~ dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya \n(peribahasa) manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut;\nmemperlembu\n [kiasan] memperlakukan seperti lembu (terhadap seseorang), memandang seperti lembu:\nkerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yang bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim." "lembu II\nburung ~ \nsejenis burung, pucung, \nArdea s. sumatrana; \npunai ~ \nsejenis burung, tekukur, tekukur api, \nMacropyangia ruficeps malayana." "lembu III\nsejenis ikan laut, buntal kotak, \nOstracion spp.;\n= lelembu." "lembuara\n[sastera lama] sejenis lembing yang berambu-rambu." "lembugai\n= lemunggai." "lembung\nmelembung\n menjadi besar kerana berisi angin (air dan lain-lain):\nbelon itu hendaklah\n \nditiup ~ hingga pecah;\nmelembungkan\n menjadikan melembung, meniup sehingga melembung:\n~ dada;\npelembungan\n1.\n [Indonesia] belon getah (untuk anak-anak);\n2.\n gelembung buih sabun;\n3.\n tembolok ayam." "lembur\nkerja yang dibuat di luar masa pejabat (kerja malam dan lain-lain), kerja lebih masa;\n \nupah ~ \n= \nwang ~ \nbayaran kerana bekerja lebih, upah (wang) lebih masa;\nmelembur\n bekerja di luar masa pejabat (kerja malam dan lain-lain), bekerja lebih masa." "lemburu\nsejenis ikan laut;\n= lemuru." "lembusir\nbahu atau belikat (kerbau, lembu, dan lain-lain);\n \ndaging ~ \ndaging pada belikat (kerbau, lembu, dan lain-lain)." "lembut\n1.\n tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak:\nsiput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang ~ dan hijau;\n~ gigi daripada lidah \nlemah lembut (merendahkan diri);\n2.\n baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan:\nbangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus;\n3.\n menarik, tidak kaku atau garang (berkenaan (dengan) rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (berkenaan (dengan) warna):\nraut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; \ntujuh warna gincu bibir yang ~ dan mekar;\n4\n;\n \n~ lembai \n[Kedah] lemah lembut (orang lelaki yang berjalan seperti orang perempuan);\nberlembut\n berbuat lembut (kelakuan, perangai dan lain-lain):\nibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya;\nmelembut\n menjadi lembut (suara dan lain-lain):\nsebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras;\nmelembuntukan\n1.\n menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan:\ndaun-daun itu direndamkan ke dalam air mendidih untuk ~nya; \n2.\n [kiasan] melemahkan (hati, dan lain-lain), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dan lain-lain):\npujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya;\nkelembutan\n perihal lembut (benda, budi bahasa, dan lain-lain):\npara pencipta perlu mempunyai ~ jiwa;\npelembutan\n (Linguistik) perihal melembuntukan perkataan (seperti ke sungai kecil untuk kencing dan lain-lain);\npelembut\n1.\n orang yang sopan: \nperempuan tua yang sering dianggap ~ dan bersopan santun;\n 2.\n bahan (krim dan sebagainya) yang digunakan untuk melembuntukan sesuatu:\n ~ kulit." "lemek\nlembik lagi leper (songkok dan lain-lain)." "lemena\n[arkaik] sejenis baju besi (untuk berperang)." "lemidi\nsejenis tumbuhan (paku pakis), lamiding, lembiding, memiding, \nStenochlaena palustris." "lemon\n1.\n sejenis limau yang bentuknya bujur, berkulit tebal kuning , dan jusnya masam, \nCitrus limon; \n2.\n sejenis minuman (dibuat daripada lemon)." "lemoned\nsejenis minuman ringan yang dibuat daripada jus lemon." "lemos\n[Kedah];\nberlemos\n berselekeh, kotor." "lempai\nmelempai, terlempai, berlempaian\n terkulai lemah (dahan patah, bendera basah, dan lain-lain), tergantung dengan layu:\nsegala pucuk yang muda-muda serta bunga yang baru mekar itu berlempaian melihatkan gundah-gulana Ken Tambuhan." "lempam\n[arkaik];\nmelempam\n [bahasa percakapan] tidak cergas (bekerja dan lain-lain), lembap." "lempang I\n[Jakarta] tidak berbengkok-bengkok (jalan dan lain-lain), lurus;\n \n~ hati \njujur (lurus);\nmelempangkan\n1.\n meluruskan (badan dan lain-lain);\n2.\n membetulkan atau menyesuaikan dengan." "lempang II\n[arkaik] = \nmelempang\n melintang (letak sesuatu benda dan lain-lain);\n \n~-pukang \ntidak menentu atau bersusun (letak sesuatu benda dan lain-lain)." "lempang III\n1.\n = \n~-lempung \nbunyi seperti bunyi orang memukul gendang (bunyi hon kereta dan lain-lain);\n2.\n = \nmelempang\n tampar, tempeleng:\nkalau saya naik meradang saya ~ saja dia;\nberlempang-lempang\n berbunyi seperti bunyi hon kereta (orang memukul gendang dan lain-lain);\nmelempang\n menampar, menempeleng:\nkalau ditanya tidak pernah mahu jawab terus, tahu nak ~ saja." "lempap\nmelempap\n memukul-mukul kapas dengan kayu." "lempar\nbaling, buang, lontar;\n \n~ cakera (lembing, peluru) \nsejenis permainan dalam olahraga;\n~ batu sembunyi tangan \n(peribahasa) orang yang berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu;\nmelempar\n1.\n membaling (sesuatu kepada), melontar sesuatu jauh-jauh:\ntentu ada orang yang ~ batu ke dalam sungai itu; \n2.\n membaling dengan sesuatu (batu, kayu, dan lain-lain):\nmereka melempar sesiapa saja yang lalu di situ;\n3.\n [kiasan] membuang (pandangan), menghalakan pandangan:\nAli ~ pandangannya ke lain, mendung kelihatan air mukanya;\nmelempari\n melempar berkali-kali.\nmelemparkan\n1.\n membalingkan, melantingkan, melontarkan:\nibu saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; \n2.\n mengeluarkan sesuatu (seperti kemarahan, tuduhan, dan lain-lain):\ndia melepaskan geramnya, ~ kemarahannya kepada anak isterinya; \ntuduhan yang bukan-bukan telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kepada Wan Intan;\n3.\n menghalakan atau menghadapkan (pandangan dan lain-lain) kepada, memberikan untuk:\norang itu lewat sambil ~ senyuman kepadanya; \nbagai ~ kersik ke buluh \n(peribahasa) melakukan pekerjaan yang sia-sia;\nlemparan\n1.\n sesuatu yang dilemparkan;\n2.\n hasil daripada melempar;\npelempar\n1.\n sesuatu yang dilemparkan (seperti batu, kayu, dan lain-lain);\n2.\n alat yang digunakan untuk melempar;\n3.\n orang yang melempar:\n~ bom tangan;\nsepelempar\n sejauh (batu dan lain-lain) dilempar." "lempari\n[arkaik] sejenis alat bunyi-bunyian (berupa gong yang kecil atau canang);\n= lampari." "lempaung\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya masam), \nBaccaurea lanceolata; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nTinomiscium petiolare." "lempedal\n= hempedal." "lempedu\n~ tanah, \na) sejenis tumbuhan (herba), beremi, gelumak susu, mempedu tanah, \nCuranga felterrae; \nb) = \n~ jawa \nsejenis tumbuhan (pokok), berombong, \nNauclea junghuhnii; \nakar ~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gelumpang, akar lupuk, akar merapuh, akar timun dendang, mentimun gagak merah, \nAdenia acuminata." "lempek\nberlempek-lempek\n bertepek-tepek (cat, lumpur dan lain-lain), tidak rata (cat dan lain-lain)." "lempem\n[Jakarta];\nmelempem\n1.\n tidak kering betul, masih basah, lembap;\n2.\n tidak berbunyi atau meletup (mercun dan lain-lain);\n3.\n tidak rancak, lemah, lembik." "lempenai\nsejenis tumbuhan (pokok)." "lempeng I\n[Jakarta] lurus." "lempeng II\n1.\n sesuatu yang pipih (seperti tembakau dan lain-lain):\ntembakau ~; \n2.\n sejenis kuih yang pipih dan nipis (yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain);\n3.\n kepingan (besi, kaca, dan lain-lain) yang nipis;\nmelempeng\n membuat kuih lempeng;\n \nperutnya ~ \nperutnya kempis." "lemper\n[Jawa] sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut dan dibungkus dengan daun pisang." "lempi\n[Perak] pukul, bantai." "lempiri\n[sastera lama] nafiri, serunai." "lempit\n[Jakarta] lipat;\nmelempit\n melipat (kain,kertas, dan lain-lain)." "lempoyan\n[sastera lama] penggulung (kumparan) tali kail, kili-kili;\nempoyan I." "lempoyang\n= lampoyang." "lempoyangan\nsejenis tumbuhan (pokok kecil-kecil) \nPanicum repens." "lempuh\n= lepuh." "lempuk I\nsejenis penganan yang dibuat daripada durian (nangka dan lain-lain) dan dimasak dengan gula hingga pekat." "lempuk II\nberlempuk\n melekat atau melekit banyak-banyak (daki, kotoran dan lain-lain)." "lempum\n~-lempang \nbunyi seperti bunyi benda besar jatuh, bunyi yang terlalu kuat berturut-turut." "lempunai\nsejenis tumbuhan (pokok), mempenai, mempunai, pokok tapis, \nXylopia caudata." "lempung I\nringan dan tidak keras (kayu dan lain-lain), mampung;\n \nkayu ~ \na) kayu yang ringan lagi empuk;\n b) [kiasan] tidak berguna (barang-barang dan lain-lain);\n \nbagai kayu ~ ditebuk kumbang tembus-menembus \n(peribahasa) orang yang lemah mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa;\n \numpama kayu ~ belum ditolak condong sendiri \n(peribahasa) orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain." "lempung II\n[Jakarta] tanah liat." "lempur\nkelempuran\n kelemahan yang amat sangat (badan dan lain-lain)." "lemputih\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok renek), mata itik, melukut, merembung jantan, \nUrophyllum glabrum." "lemuas\nberlemuas\n berselekeh atau berlumur dengan kotoran (berkenaan (dengan) muka, badan, dan sebagainya)." "lemuduk\nsejenis ikan laut, demuduk, \nCarangoides ferdau." "lemuk\nsejenis ikan laut, lemah, lelemah, \nLactarius lactarius." "lemukut\nmelukut." "lemunggai\nsejenis tumbuhan (pokok), emunggai, gemunggai, kacang kelor, meringgai, merunggai, remunggai, \nMoringa oleifera." "lemur\nsejenis mamalia (seperti kera) dalam famili Lemuridae yang terdapat di Madagaskar;\n \n~ ekor gelang, \nsejenis lemur yang ekornya bergelang-gelang putih hitam, \nLemur catta;\n~ perang, Lemur fulvus\n." "lemuru\nsejenis ikan laut." "len\n[Indonesia] kanta." "lena\n1.\n lelap, nyedar, nyenyak:\naku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula; \n2.\n leka, lalai, tidak sedar (ingat):\nsemua orang ~, ~ dengan impian masing-masing;\n3.\n lama (waktu), lambat-lambat:\ntidak berapa ~ ketikanya;\nberlena, berlena-lena\n sengaja menghabis-habiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka;\nmelenakan\n membuat supaya lena, menjadikan lena, melelapkan:\ndia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh laki-laki itu;\nterlena\n1.\n tertidur, tidur lelap:\nmatanya dipejamkan dan dia mula ~ dengan tidak payah dipaksa-paksa; \n2.\n terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka:\nbeberapa ketika ia ~ memikir-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi;\n3.\n = \nterlena-lena\n terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu;\nkelenaan\n1.\n (dalam) keadaan yang lena;\n2.\n [Indonesia] tidak awas-awas, kurang hati-hati." "lenang\ntenang (air dan lain-lain):\napabila Datuk Selampit itu telah mengaku kalah maka air laut itu pun ~ semula; \nsenang-~ \nberbahagia sekali, tiada satu pun yang kurang." "lencana\ntanda yang dibuat daripada logam dan lain-lain dan dipakai di dada (untuk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan, sekolah, dan lain-lain):\ntiap-tiap ahli jawatankuasa pemungut derma mempunyai ~ di baju mereka;\n berlencana\n memakai lencana:\nsekumpulan pelajar yang ~ sekolah kelihatan berkeliaran di pekan itu." "lencang\nlurus (barisan atau arah);\n \n~ kanan \n[Indonesia] pandang ke kanan untuk meluruskan barisan (perintah dalam perbarisan tentera dan lain-lain)." "lencas\nsejenis ulat bulu." "lencet\n[arkaik]\n= lecet." "lenci I\n[Jakarta] lengkeng;\n= laici." "lenci II\n[bahasa percakapan], [Indonesia] sejenis binatang mengerip seperti arnab, \nOryctolagus curiculus." "lencit\nmelencit\n keluar dengan cepat atau pantas (biji buah-buahan yang dipicit), terpelencit;\nlencitan\n gerakan atau hasil melencit." "lencong\nmelencong\n1.\n tidak mengikut arah yang betul, menyimpang dari arah yang asal, menyerong:\ntiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan; \n2.\n menyimpang daripada tujuan (maksud) yang asal, menyeleweng, tersesat:\ndi sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu;\nmelencongkan\n menjadikan melencong atau menghalakan sesuatu ke arah lain, menyimpangkan:\nmereka akan ~ jalan;\n terlencong\n menyimpang dengan tidak sengaja daripada dasar, arah tujuan dan sebagainya yang asal atau sebenarnya, terbabas:\nketiadaan maklumat dan kelengkapan pelayaran juga menyebabkan nelayan asing ~ ke perairan negara kita;\nlencongan\n jalan dan sebagainya yang melencong dari jalan asal yang dibaiki dan sebagainya;\npelencongan\n perihal melencong atau melencongkan:\nada beberapa ~ berlaku ketika novel ini ditulis." "lencun, lencung\n[arkaik] kuyup;\n \nbasah ~ \nbasah kuyup:\nbadannya ~ oleh peluh." "lenda\n[arkaik];\nmelenda\n melanda;\n= landa II." "lendair\nmengandungi air (berkenaan (dengan) batang, buah, dan lain-lain), berlendir dan berair." "lendap\nmelendap\n bertukar menjadi kental atau pepejal (berkenaan (dengan) cecair seperti darah yang terdedah dan lain-lain), membeku;\npelendapan\n perihal melendap (cecair)." "lendat\nmelendat\n memijak-mijak rumput atau tanah dan lain-lain (oleh binatang seperti gajah dan lain-lain), melanyak." "lendek\n[Kelantan] tidak berkedut-kedut (kain), licin." "lendih\n[arkaik] duduk berasak-asak atau berapat-rapat, duduk bersandar." "lendir\nbenda cair yang pekat lagi licin (seperti dahak, hingus, dan lain-lain):\n~ kahak; \nmakan hasil ~ \nki orang yang hidup daripada hasil persundalan;\nberlendir\n terdapat lendir, ada lendir." "lendit\n[Kedah] tertib (kelakuan)." "lenduh\nmelenduh\n jatuh atau terkulai ke bawah, terjuih (bibir dan lain-lain)." "lendung\nmelendung\n melengkung ke bawah atau ke dalam (tali yang direnggang dan lain-lain), melendur." "lendut\n= melendut\n membengkok ke bawah, tidak tegang, meleding, melengkung:\ndawai-dawai telefon biasanya mengembang lalu ~ semasa hari panas;\n lendutan\n perihal lendut;\npelendutan\n perihal atau proses melendut." "leng\nukuran yang bersamaan dengan setengah cupak." "lenga\nsejenis tumbuhan (herba), bijan, \nSesamum indicum." "lengah\n1.\n kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka:\nrancangan itu akan dijalankan dengan tidak ~-~ lagi; \n2.\n tidak segera, lambat, malas:\nlekas-lekas kembali, jangan ~ di laut;\nberlengah-lengah, berlengah\n1.\n berlalai-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas:\ndengan tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; \n2.\n berbuat sesuatu untuk melalaikan diri, berleka-leka:\nia ~ bermain catur;\nmelengah\n1.\n tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka:\npernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; \n2.\n = \n~ waktu \nmengisi masa yang lapang dengan mengerjakan sesuatu:\ndi bawah meja itu ada banyak majalah untuk ~ waktu;\n3.\n melakukan sesuatu untuk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dan sebagainya):\n~ anak;\n~ hati;\nmelengah-lengah\n1.\n berbuat sesuatu untuk mempersenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dan sebagainya);\n2.\n = \n~ waktu \nmelakukan sesuatu (membaca dan lain-lain) untuk mengisi waktu;\nmelengahkan, melengah-lengahkan\n melakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan:\ndalam pada itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; \nsengaja membuat helah untuk ~ masa;\nterlengah\n tidak teringat akan sesuatu, terlalai (oleh sesuatu), terlena;\nlengahan\n perihal lengah:\ntindakan yang menggunakan strategi ~.\nkelengahan\n1.\n perihal lengah (lalai, cuai, dan lain-lain), kelalaian:\n~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; \n2.\n keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur);\npelengah\n1.\n orang yang selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai);\n2.\n sesuatu yang boleh melengahkan (bermain, membaca, dan lain-lain)." "lengai\n1.\n tidak tangkas dalam melakukan sesuatu, tidak cergas, tidak aktif;\n2.\n lalai, lengah;\n3.\n (Kimia) tidak bertindak balas secara kimia dengan bahan lain (berkenaan (dengan) gas dan sebagainya):\ngas ~;\n lengai-lengai\n dengan lengai:\nkerja ~ lambat beroleh laki;\n kelengaian\n sifat atau keadaan lengai:\n ~ gas itu." "lengak\n[Jakarta];\nmelengak\n1.\n memandang ke atas, mencongak, mendongak;\n2.\n [kiasan] tercengang." "lengan\n1.\n bahagian badan dari bahu hingga ke pergelangan tangan:\n~nya berbulu; \ntulang ~ atas \nanggota di antara siku dengan bahu;\n2.\n kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat);\n3.\n bahagian benda (baju, dacing, dan lain-lain) yang menyerupai lengan;\n~ baju\n bahagian baju yang menutupi lengan;\n \n~ bawah \nanggota antara siku dengan pergelangan tangan;\n \n~ raglan \nlengan yang sampai ke garis leher yang kelimnya menyerong dari bawah lengan ke leher;\n \n~ sudut \ndua garisan yang mengandungi sesuatu sudut;\n \nberbantalkan ~ \nki\na) perihal terlalu miskin;\n b) bermesra-mesra dengan kekasih;\ndipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis \n= \ndikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ \n(peribahasa) perihal angkuh atau sombongnya seseorang;\nberlengan\n1.\n mempunyai lengan:\n blaus ~ panjang; \n2.\n [kiasan] berkelahi dan sebagainya dengan meninju, bertumbuk:\n dia sedia ~ jika dicabar." "lengang\n1.\n tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi:\npenduduk tempat itu amat ~ , barangkali hanya dua orang dalam kawasan satu batu persegi; \n2.\n (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri:\nia bersama-sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dengan kehilangan saudara;\nmelengangkan\n menjadikan lengang, menyepikan:\npemindahan beramai-ramai oleh penduduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut;\nkelengangan\n perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian:\nhanya suara keridik dan belalang daun sahaja yang kedengaran mendesing memecahkan ~ itu." "lengar\nrasa pening-pening lalat (kerana terhantuk kepala dan lain-lain), tergayang;\nterlengar\n rasa pening-pening lalat, hampir pengsan:\n~ terhantuk kepala ke dinding." "lengas I\nberlengas, terbelengas\n terpaling-paling tidak menentu." "lengas II\n= berlengas\n\n\n1.\n lembap atau berair (berpeluh, berwap, dan lain-lain):\n\n\nmeja itu masih ~ bekas tumpah air gula; \n2.\n [Indonesia] mengandungi air (hawa dan lain-lain);\n\n\npengukur ~ \nalat untuk mengukur banyaknya air (dalam udara dan lain-lain);\nmelengas\n menjadi" "lengat\n[arkaik] kukus;\n \nnasi ~ \nnasi yang dikukus;\nmelengat\n memasak (nasi dan lain-lain) dengan wap, mengukus." "lengeng\nberlengeng\n tidak memakai baju (hanya seluar atau kain sahaja):\nseluar pendeknya yang kuning pucat dan badannya yang ~ itu semakin kotor." "lenggadai\nsejenis tumbuhan (pokok), sejenis baku, \nBruguiera spp." "lenggai\nbuah yang kulitnya keras dan memecah dua (buah kacang dan lain-lain)." "lenggak I\nmelenggak\n memandang ke atas, mendongak, menengadah;\nmelenggakkan;\n\n\n~ kepala \nmendongakkan, menengadahkan kepala." "lenggak II\n~-lenggok \nmelenggangkan (badan, leher), melenggok-lenggokkan, menggoyang-goyangkan." "lenggana\n[sastera lama] tidak sudi, enggan." "lenggang I\nberhenti seketika (biasanya untuk berfikir), senggang." "lenggang II\n1.\n pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan:\nia berjalan dengan ~ yang lemah lembut; \n2.\n pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai (kapal dimainkan gelombang dan lain-lain);\n~ kangkung\na) pergerakan berayun-ayun yang lemah lembut;\n b) hidup atau duduk bersenang-senang (tiada apa yang dikhuatirkan);\n \n~ patah tujuh \npergerakan ketika berjalan dalam hutan (untuk mengelakkan dari pokok-pokok, duri, dan lain-lain);\n \n~ perut \nistiadat membetulkan kedudukan anak dalam perut (bagi perempuan yang hamil sulung apabila telah tujuh bulan mengandung);\n~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu \n(peribahasa) orang yang tidak sedarkan kekurangan diri;\n \n~-lenggok bagai cupak hanyut\n = \n~ patah sembilan \n(peribahasa) gaya jalan yang lemah lembut dan menarik;\n \nelok ~ di tempat datar\n (peribahasa) bersuka-suka biarlah pada tempat dan waktunya;\n \nharap ~ serdadu, destar teleng belanja kurang\n (peribahasa) cakap sahaja yang lebih tetapi buktinya tidak ada;\n \ntak berasak ~ dari ketiak \n(peribahasa) tidak berubah-ubah dan masih tetap seperti lama juga;\nberlenggang, melenggang\n1.\n berayun tangan ketika berjalan:\ntangan kanannya yang memegang senapang itu kelihatan tidak ~; \n2.\n bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelombang dan lain-lain):\nia berpaling memandang api lampu minyak yang melenggang lemah; \nbadannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya;\n3.\n [kiasan] berjalan dengan tidak membawa apa-apa beban:\nmereka pulang dari dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yang gugur; \n4.\n = \n~-lenggok \n= \nmelenggang-lenggok \nberliuk-liuk ke kiri ke kanan (seperti orang menari dan lain-lain):\npandangannya berpusat kepada api lampu yang ~- lenggok ditiup angin;\n~ perut \nlenggang perut;\nmelenggangkan\n1.\n mengayunkan tangan ketika berjalan;\n2.\n menjadikan berlenggang atau melenggang:\nanak-anak angin yang bertiup itu melenggang-lenggangkan rambutnya;\nterlenggang-lenggang\n terayak-ayak, terayun-ayun (perahu dimainkan gelombang dan lain-lain);\nlenggangan\n ark\n1.\n sejenis dulang untuk mencari bijih atau emas;\n2.\n pergerakan melenggang, ayunan." "lenggapus\nsejenis tumbuhan (pokok), penaga, penaga lilin, \nMesua ferrea." "lenggara\n[arkaik] [sastera lama];\nmelenggarakan\n menjaga atau memelihara sesuatu (negeri dan lain-lain), menyelenggarakan:\ntinggallah tuan ~ negeri ini,\n \nkerana hamba hendak pergi dengan Yang Dipertuan; \n= selenggara." "lenggek I\n[Minangkabau] tingkat (pada rumah);\nberlenggek\n bertingkat, berlapis:\nrumah yang ~;\nberlenggek-lenggek\n bertingkat-tingkat (pada rumah);\nmemperlenggekkan\n mendirikan bertingkat-tingkat, menyusun berlapis-lapis." "lenggek II\n[arkaik];\nberlenggek-lenggek\n (menangis) dengan suara yang kuat." "lenggiang\nkesidang." "lenggok\n1.\n pergerakan tubuh badan (ketika berjalan, menari, dan lain-lain), gelengan kepala sewaktu menari:\ndalam setiap tarian, ~ gontai mempunyai maksud dan makna seni yang tersendiri; \n2\n. [kiasan] cara, gaya:\n banyak perkataan berbeza dari segi sebutan mengikut ~ sebutan sesuatu kaum;\n~-lenggang \n= \nlenggang-~ \n= \nlenggok-lenggok\n berliuk-liuk ke kiri ke kanan (berkenaan (dengan) pergerakan orang menari, berjalan, dan lain-lain):\n~-lenggang bagai cupak hanyut;\nberlenggok, berlenggok-lenggok, melenggok, melenggok-lenggok, terlenggok, terlenggok-lenggok\n bergoyang-goyang atau meliuk-liuk (badan, kepala, dan lain-lain):\nsambil bersiul-siul kecil dia melenggok keluar dari kamar itu; \nkepalanya melenggok-lenggok ke kiri ke kanan;\nmelenggok-lenggokkan\n menjadikan melenggok, menggoyang-goyangkan badan (kepala dan lain-lain):\npenari itu berjalan sambil ~ badannya mengikut irama muzik yang mengiringi tariannya;\n \nmaka oleh karangan itu ditarahnyalah kepala kanak-kanak itu, maka budak itu pun menangis kepalanya dilenggok-lenggokkannya;\nlenggokan\n lenggok:\n~ badannya memikat hati para penonton." "lenggong\n[arkaik];\nmelenggong\n ternganga mulut, melopong (kerana kehairanan):\nia ~ di muka tangga." "lengguak\nsejenis burung\n, Treron curvirestra." "lenggundi\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), lebar, \nVitex negundo; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), mata ayam (kucing), sirih puyuh, \nArdnia crispa;\n~ bulan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), lada-lada, lelada, \nErvatamia malaccensis;\n \n~ bunga \nsejenis tumbuhan (pokok), bunga merjagung, jenjagung, mepagar, mertajung, pagar anak betina, pagar anak hitam, pagar anak merah, sangkan merah, \nIxoanthes icosandran;\n~ pasir\n sejenis tumbuhan (herba atau pokok renek), dilam, nilam jantan, kesum bukit, \nHemisgraphis confinis." "lenggut\n[Jakarta];\nmelenggut\n mengangguk-angguk (kerana mengantuk)." "lengit I\nkalah teruk (dalam permainan), tewas:\nHasan bermain gasing dengan Husain, Hasan ~ memusing sahaja, lalu menangis." "lengit II\n[Jakarta] cerdik, pintar." "lengit III\nsejenis penyakit;\n \npucat lesi bagai ayamkena ~ \n(peribahasa) keadaan seseorang yang lemah dan pucat kerana menghidap penyakit." "lengkai\n[Minangkabau] lampai." "lengkanas\n[Minangkabau] = \nsi ~ \norang yang suka menghasut atau mengkhianat." "lengkang I\n[arkaik] terbuka lebar (bulatan seperti cincin dan lain-lain), menjadi besar lengkungnya;\nmelengkang\n [sastera lama] melangkah." "lengkang II\nlilitan (cermin mata dan lain-lain), simpai bulat:\nkanta mata itu lembut dan kenyal dan dikelilingi oleh satu ~ otot." "lengkap\n1.\n genap, tidak ada yang kurang:\nlingkaran yang ~; \n2.\n sedia dengan alat senjata dan lain-lain, cukup, sempurna:\naku lihat di sana sini orang Jepun ~ dengan alat senjatanya;\nselengkap\n (dengan) sepenuh atau secukup (pakaian dan lain-lain):\nKasim menceritakan kisah Dolah ~nya;\nberlengkap\n1.\n bersiap sedia (dengan apa-apa yang perlu):\nmaka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; \n2. = berlengkapkan\n telah disediakan atau dipersiapkan dengan:\ndengan ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; \nmelengkapi\n1.\n menokok tambah supaya lengkap:\npengantin itu dilengkapi sepertinya: \n2.\n mempersiapkan, memperalati (dengan senjata dan lain-lain) supaya lengkap:\nkilang itu dilengkapi jentera-jentera moden;\nmelengkapkan\n menjadikan lengkap, mencukupkan, menyempurnakan:\nlengkapkan semua gajah dan kuda; \naku serba kekurangan untuk ~ engkau sebagai seorang isteri yang sempurna;\nmemperlengkap\n menjadikan lebih lengkap;\nkelengkapan\n1.\n perihal lengkap, kegenapan:\npengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; \n2.\n sesuatu yang telah dilengkapkan (angkatan tentera dan lain-lain):\nmaka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; \n3.\n = \n~ kapal \n[sastera lama] angkatan laut;\n4.\n peralatan, perkakas:\n~ memasak;\n~ rumah;\n berkelengkapan\n mempunyai kelengkapan;\nperlengkapan\n alat (perkakas dan lain-lain) yang digunakan untuk melengkapkan sesuatu:\nbarang-barang yang diberikan itu terdiri daripada sepasang pakaian dan ~ bersolek;\npelengkapan\n perihal melengkapi (melengkapkan, memperlengkap):\nia juga berguna kepada pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sebagai bacaan tambahan dan ~ kepada pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi;\npelengkap\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk melengkapi (melengkapkan);\n2.\n (Linguistik) kata yang menerangkan kata kerja dan lain-lain;\n3.\n yang melengkapkan:\nbadan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~." "lengkar\n~ karang \nsejenis ikan laut, ikan bayan, \nCheilinus fasciatus." "lengkara I\n[sastera lama] sesuatu yang tidak munasabah, mustahil." "lengkara II\n[sastera lama] gendang besar, tabuh, nekara." "lengkas I\n[arkaik] pantas, cergas;\n= langkas I." "lengkas II\ngugur kerana masak (berkenaan (dengan) buah-buahan);\nlangkas II." "lengkeng\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), laici, \nNephelium litchi;\nkelengkeng III." "lengket\n= \nmelengket, berlengket\n lekat, melekat erat-erat, melekap, merekat:\ntapak kakinya tebal dengan lumpur yang ~;\nmelengketkan\n melekatkan, melekapkan, merekatkan;\nterlengket\n terlekat." "lengket-lengket\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok renek), \nClitorea laurifolia." "lengkiak\nsejenis semut besar, kiak-kiak." "lengkian\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), larak kucing, \nOxymitra latifolia." "lengkiang\n[Minangkabau] sejenis kepuk kecil." "lengking\nbunyi seperti bunyi besi dipukul, bunyi yang kuat:\nsebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem;\nmelengking\n berbunyi dengan kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dan lain-lain):\nsebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan;\nlengkingan\n suara atau bunyi melengking (jeritan dan lain-lain):\nbunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dari pondokku; \ntiada kedengaran ~ anak-anak muda yang bergumal." "lengkitang\n[Minangkabau] sejenis siput yang boleh dimakan;\n \nbagai gulai ~ \n(peribahasa) perihal orang yang mahu menebus kejahatan diri tetapi kebaikan dirinya pula yang turut hilang." "lengkok\nbahagian sesuatu (garisan, jalan, sungai, dan sebagainya) yang bengkok (berkelok), kelok, keluk, selekoh (berkenaan (dengan) jalan);\nberlengkok\n mempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk, berselekoh (jalan, sungai, dan lain-lain);\nmelengkok\n menjadi bengkok, membelok, mengelok, menyelekoh." "lengkong I\n1.\n agar-agar;\n2.\n cincau." "lengkong II\n[Jawa] pantai yang berkeluk, teluk." "lengkua\nsejenis burung, bakuk, punai berkuk, punai berkuk lengguak, punai lengguak, \nButreron capellei magnirostris." "lengkuas\nsejenis tumbuhan (rizom), \nAlpinia galanga;\n~ ranting\n sejenis tumbuhan, (rizom), \nAlpinia melanocarpa (conchigera);\n~ di tepi kandang, tegak puas badan menyandang \n(peribahasa) kesalahan yang kita lakukan kita jugalah yang menanggung akibatnya." "lengkuk\nlengkok, lengkung." "lengkung I\nlengkok, kelok, berkelok atau berlengkok:\n~ pintu gerbang itu diperbuat daripada buluh;\nmelengkung, terlengkung\n berkelok seperti bahagian daripada sesuatu bulatan, membengkok:\nmisainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas;\nmelengkungi\n melingkungi, mengelilingi:\nbalai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri;\nmelengkungkan\n mengelokkan (garisan, dawai, dan lain-lain), membengkokkan:\nsiapa pula yang sanggup ~ batang besi yang sebesar itu;\nlengkungan\n1.\n tempat (pada garisan, besi, dawai, dan lain-lain) yang melengkung:\n~ pelangi yang saya lihat itu pendek sahaja;\n~ yang terdapat pada dawai itu tidak mudah diluruskan; \n2. = pelengkung\n sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dan lain-lain) yang bentuknya melengkung;\nkelengkungan\n keadaan melengkung;\npelengkungan\n perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan:\nproses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi." "lengkung II\nbunyi seperti bunyi benda keras dipalu, dengkung;\nlengkung-lengkung\n bunyi dengkung yang bertalu-talu." "lengkur\n[arkaik] dengkur;\nmelengkur\n mendengkur atau berdengkur (ketika tidur)." "lengos\nmelengos\n [Jawa] memaling muka dengan sengaja (kerana menyampah atau benci melihat):\nTijah ~ sambil merungut." "lengsan\ntidak dapat dipercayai, tidak dapat diharap:\norang haiwan hatinya ~ tidak boleh diharap satu kerjaan." "lengseng\n[bahasa percakapan]\n1.\n bersyarah;\n2.\n syarahan, ceramah." "lengser\n1.\n = \nmelengser\n turun atau condong (matahari dan lain-lain), melungsur ke bawah (pakaian dan lain-lain), meluncur, tergelincir:\ndia memandang matahari yang ketika itu telah ~ ke barat; \n2.\n melumur atau menyapu sesuatu pada (cat atau kapur pada dinding dan lain-lain)." "lengset\nbelengset\n terlipat keluar kelopak mata (kerana penyakit)." "lenguai\n[Brunei] sejenis tepak sirih yang bulat (diperbuat daripada kuningan)." "lenguh I\nbunyi lembu;\nmelenguh\n mengeluarkan bunyi lenguh (seperti lembu, rusa), menguak:\n~ lembu di padang, sambut menguak kerbau di kandang." "lenguh II\nlemah anggota (terutama tangan dan kaki kerana mengangkat benda berat, berjalan terlalu jauh, dan sebagainya):\nkakinya terasa ~ kerana berjalan agak jauh sedikit tadi;\nlenguh-lenguh\n lenguh di sana sini (tangan, kaki);\nmelenguh\n termengap-mengap kerana keletihan, termengah-mengah;\nmelenguhkan\n menyebabkan terasa lenguh;\nkelenguhan\n perihal lenguh:\ndua tiga cetusan kapak ~ telah mendatang semula." "lengung I\nmelengung\n (duduk) termenung (kerana memikirkan atau mengenangkan sesuatu dan lain-lain), bermenung:\nsejak pagi tadi dia duduk ~ sahaja; \nmungkin pasal itu banyak Pak Aji dan Pak Lebai yang jadi kaki ~ di kedai kopi." "lengung II\n[Minangkabau];\nmelengung\n1.\n memandang, menoleh:\nHajah Bedah ~ melihat Karim; \n2.\n melawat (orang mati)." "lening\nbunyi seperti bunyi loceng kecil." "Leninisme\nprinsip dan dasar yang didukung oleh Lenin." "lenis\n(Linguistik) konsonan yang dihasilkan dengan otot yang kendur, misalnya bunyi konsonan /d/ dan /g/." "lenja I\nmelenja\n berbuat sesuatu yang kurang sopan." "lenja II\nmelenja\n meleleh (berkenaan (dengan) air liur);\nmelenjakan\n melelehkan (air liur):\nrenungannya pada tanganku yang tertikam paku payung karat itu, sampai ~ air liurnya seperti memperli." "lenja III\n[arkaik]\n1.\n sejenis gelang-gelang atau simpai tempat menggantung barang (lampu dan lain-lain);\n2.\n tempat meletakkan benda yang hendak dikandar." "lenjan\n[Johor] lasak." "lenjing\n[Jakarta] antan, alu." "lenjuang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), anjiluang, \nCordyline terminalis; \n2.\n = \n~ bukit \nsejenis tumbuhan (herba), jenjuang, juang-juang, senjuang, \nDracanea congesta." "lenjum\n[Perak] basah kuyup." "lenong I\n[Minangkabau];\nberlenong-lenong\n berputar-putar, berpusing-pusing." "lenong II\n[Jakarta] sejenis permainan pentas." "lensa\nkanta." "lenser\nmelenserkan\n menyapu sesuatu pada:\n Aminah ~ mentega di sekeliling mangkuk puding." "lensing\nmelensing\n berbunyi nyaring, berbunyi mendenging:\nsuatu jeritan halus ~." "lenso\n(Ambon, Menado) sapu tangan." "lentam\n~-lentum \nbunyi seperti bunyi meriam, bunyi yang kuat, dentam-dentum." "lentang I\nbunyi seperti bunyi tin dipukul;\n \n~-lentung \nbunyi kuat seperti bunyi tin dipukul berulang-ulang, bunyi berdentang-dentang." "lentang II\n~-lentok \nterkulai lemah, tidak tegak, melentok." "lente\nmelente\n berjalan-jalan dengan tiada tentu haluan." "lenteng\n[arkaik];\njalak ~ \na) cantik, indah;\n b) sebuah lagu Melayu." "lentera\nlampu (yang bertutup dengan kaca dan lain-lain):\nmalam itu gelap-gelita, jalan di situ tidak berlentera seperti ~ di kota-kota besar;\n~ laut \nrumah api (yang dipasang di pantai atau di laut)." "lentik I\n= melentik\n1.\n melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dan lain-lain):\nwajahnya yang bujur sirih itu dihiasi alis yang melentik wilis; \n2.\n lekuk ke atas pada hujungnya (haluan perahu dan lain-lain);\nmelentikkan\n menjadikan sesuatu lentik, mele" "lentik II\n(Biologi) berkaitan dengan atau mendiami air tawar yang tenang:\nfauna ~." "lentil\nsejenis tumbuhan kekacang yang menghasilkan biji yang boleh dimakan, \nLens culinaris." "lenting I\nmelenting\n \n1.\n membingkas balik (rotan dan lain-lain), menganjal;\n2.\n bergerak (melompat dan lain-lain) dengan cepat dan pantas:\nperempuan itu tiba-tiba ~ dengan muka macam bunga raya; \n3.\n melentur atau bergelung (seperti daun kering, keropok digoreng, dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya):\nHasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya;\n melenting-lenting\n bergerak (melompat, meloncat dan sebagainya) dengan cepat berulang kali:\nulat-ulat itu masih hidup dan ~ di dalam tong sampah;\nmelentingkan\n menyebabkan melenting:\nkelemahan utama gaya ini ialah kecenderungan atlet untuk ~ badan mereka terlalu awal;\n~ batu kerikil dan lumpur ke belakang;\n lentingan\n gerakan atau hasil melenting, lonjakan:\ntiba-tiba sahaja bagai ~ sang api, dia menuruni anak-anak tangga rumah itu;\npelenting\n \nkekuatan\n \n~\n [Indonesia] kekuatan menganjal." "lenting II\nbunyi denting (seperti bunyi duit syiling jatuh ke lantai dan lain-lain);\nberlenting, melenting\n berbunyi seperti bunyi duit syiling jatuh ke lantai, berdenting." "lentisel\n(Biologi) liang-liang pada batang tumbuh-tumbuhan berkayu yang melaluinya berlaku pertukaran gas antara atmosfera dan tisu-tisu batang." "lento\n(Seni Muzik) muzik yang dimainkan dengan tempo yang perlahan." "lentok\nmelentok, terlentok\n terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dan sebagainya):\napi di hujung jamungnya juga melentok-lentok macam telinga arnab kegelian; \nAhmad yang duduk terlentok di atas bangku mengeluh;\nmelentokkan\n membongkokkan atau mengelokkan (badan dan lain-lain), menjadikan terkulai:\nMadhubala ~ kepalanya untuk melepaskan rambutnya\n;\nmelentok-lentokkan\n melentokkan beberapa atau berulang kali:\ndia bersuara semula sambil ~ kepalanya;\n lentokan\n gerakan (hasil) melentok:\ndia mengajak kawannya meninggalkan kawasan perkuburan itu dengan isyarat ~ kepala; \nhatinya terpesona dengan ~ pohon-pohon padi yang kuning keemasan disinari mentari petang." "lentong\n(Sunda) [arkaik] tekanan suara (pada kata atau suku kata), sebutan yang tinggi rendah pada tempat-tempat yang tertentu." "lentuk\n= melentuk\n melentur atau mudah dilenturkan (rotan dan lain-lain);\nmelentukkan\n melenturkan (rotan dan lain-lain), mengelokkan." "lentul\nmelentul\n berasa kosong (kempis) perut kerana lapar." "lentum\nbunyi seperti bunyi meriam dan lain-lain, dentum;\n \n~-lentam \nbunyi seperti bunyi meriam yang berulang-ulang." "lentung I\nbunyi seperti bunyi kelentung (loceng dan lain-lain);\n \n~-lentang \n= \nlentang-~ \nbunyi seperti bunyi orang bertukang dan lain-lain, bunyi berdentang;\nmelentung\n berbunyi seperti bunyi kelentung;\nlentungan\n bunyi melentung:\n di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati\n." "lentung II\n[Minangkabau];\nmelentung\n menyentuh atau menyinggung (tin, orang, dan lain-lain);\nterlentung\n tersentuh atau terhantuk." "lentur\n1.\n bengkok atau kelok (pada barang yang melengkung), lengkok;\n2.\n [Indonesia] perubahan arah (sinaran cahaya yang masuk ke dalam air dan lain-lain), bias;\nmelentur\n1.\n membengkok atau melengkung (seperti julai batang buluh, ampaian kain yang tidak tegang, dan lain-lain), kendur:\ndawai itu menjadi panas dan mengembang panjang dan ~; \n2.\n boleh (mudah) dilengkungkan atau dilentokkan tetapi tidak mudah patah (tali, dawai, dan lain-lain);\nmelenturkan\n menjadikan bengkok atau berkelok, menjadikan melentur, membengkokkan, melengkungkan:\nrebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; \nbudak-budak umpama rebung, boleh dilenturkan dan dibentuk; \nlemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat \n(peribahasa) orang yang berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan;\nterlentur\n telah melentur, menjadi melentur:\nbeberapa batang anak pisang berhampiran dengan rumah saya ~ kerana ditimpa hujan lebat semalam;\nlenturan\n1.\n perihal lentur;\n2.\n benda yang melentur atau melengkung (seperti buluh pada pintu gerbang dan lain-lain);\nkelenturan\n perihal (keadaan, keupayaan, dan sebagainya) melentur:\nbesi, umpamanya, digunakan dengan meluas untuk membina bermacam-macam peralatan yang memerlukan kekuatan dan ~;\n pelenturan\n perihal (proses atau perbuatan) melenturkan;\npelentur\n benda atau alat yang digunakan untuk melenturkan:\nada kalanya batu besar digunakan sebagai ~ dahan-dahan pokok itu." "lenung\nbunyi seperti bunyi loceng dan lain-lain." "lenyai\n[Minangkabau] lemah, lembik." "lenyak\nlena tidur, nyenyak:\nayahnya sedang tidur ~." "lenyap\n1.\n tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang:\nmaka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; \nmaka ia berjalan ke darat lalu ~; \n2.\n lena (tidur), nyenyak:\n~ benar budak Ibrahim itu tidur; \n3.\n [sastera lama] jatuh hati, kasih:\nmaka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yang teramat sangat itu ~lah ia kepadanya;\n~ daratan \nhilang akal, lupa akan dirinya;\nmelenyap\n menjadi lenyap:\nia umpama kunang-kunang yang timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan;\nmelenyapkan\n menghilangkan, memusnahkan, merosakkan:\nia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yang besar itu;\n~ angan-angan;\nkelenyapan\n perihal lenyap, kehilangan, kemusnahan;\npelenyapan\n perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan." "lenyeh\nmelenyeh\n menguli atau mengadun (tepung dan lain-lain)." "lenyek\nmelenyek\n menekan-nekan atau meramas-ramas hingga lumat:\ndia ~ pisang-pisang itu sehingga hancur." "lenyet\n[arkaik] lunak dan berair (berkenaan (dengan) buah yang terlalu masak dan lain-lain)." "Leo\nlambang kelima dalam zodiak, yang berlambangkan singa." "leotard\nsejenis pakaian sendat yang dipakai oleh penari balet, akrobat dan sebagainya." "lepa\n[bahasa percakapan] lalai, alpa." "lepa I\ncampuran simen dan pasir serta kapur dan lain-lain untuk menurap (dinding dan lain-lain);\nberlepa\n berturap (dengan batu dan lain-lain):\nlorong masuk ke rumahnya ~ dengan batu;\nmelepa\n menyapu dengan lepa, menempel (tembok dan lain-lain) dengan lepa, menurap:\njika hendak dilepa dengan minyak tar pun rasanya tentulah lambat lagi." "lepa II\n[arkaik];\nterlepa\n1.\n terlentang (kerana terlalu letih), terbaring;\n2.\n terlalu labuh (kain perempuan, jubah, dan lain-lain), tersangat labuh:\njanggut terlipat hingga ke riba, jubah ~ hingga ke kaki." "lepa III\nperahu ~ \n= \nlepa-lepa\n sejenis perahu kecil (dibuat daripada sebatang kayu) yang biasanya mempunyai caduk." "lepa-lepa\npangkal umbut." "lepai\n[Minangkabau] hampir lumpuh (kaki), lemah." "lepak\nbudaya (tabiat) ~ \namalan negatif di kalangan masyarakat, seperti di kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah:\nbudaya ~ yang pada peringkat awalnya dilakukan oleh kutu-kutu jalan telah dikuti oleh remaja; \n melepak\n1.\n dalam keadaan terlalu letih, melepek;\n2.\n berbuat sesuatu yang tidak mendatangkan faedah (seperti duduk-duduk di kompleks membeli-belah tanpa tujuan, berbual-bual kosong, dan lain-lain):\npada prinsipnya, remaja yang suka ~ itu merupakan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan." "lepak I\nmelepak\n putih betul (seperti kapas dibusur), sangat putih:\nkulitnya putih ~; \n= jelepak." "lepak II\nbunyi seperti bunyi barang jatuh ke tanah (orang bertumbuk dan lain-lain);\n \n~-lepuk \nbunyi lepak yang berulang-ulang (buah yang gugur, orang bertumbuk, dan lain-lain);\nmelepak\n [bahasa percakapan] memukul (dengan telapak tangan):\nkali ini dia ~ pahanya yang digigit nyamuk." "lepan\n[Negeri Sembilan] tanah lembah (tanah rata) yang sesuai untuk sawah tetapi tidak diusahakan." "lepang\nsejenis tumbuhan (herba memanjat), \nBauhinia spp." "lepap I\nterlepap\n tertumus ke tanah (muka), jatuh tersembam." "lepap II\nsejenis perahu kecil yang leper lunasnya." "lepar I\n1.\n selusur (tangga dan lain-lain);\n2.\n penahan, penopang;\n \n~ kajang \ntulang bumbung bagi atap kajang." "lepar II\n[Indonesia-Belanda] [arkaik];\nmelepar\n [bahasa percakapan] menyerahkan (barang-barang yang dipesan dan lain-lain)." "lepas\n1.\n tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas:\napa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah daripada kita; \nia tidak ~ daripada memikirkan kekasihnya; \n2.\n lari atau bebas (daripada kurungan, penjara, tahanan, dan sebagainya), lucut (daripada ikatan dan lain-lain):\nia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; \n3.\n [kiasan] bebas (daripada sesuatu yang menyulitkan, menyekat atau membatasi dan sebagainya):\nmereka tidak ~ daripada menghadapi pancaroba kehidupan;\n4.\n tertinggal di belakang (tempat dan lain-lain), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dan lain-lain):\nsetelah sampai ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia; \nsemenjak minggu yang ~ ia telah membawa suatu perubahan baru kepada diri gadis itu; \n5.\n (se)sudah, setelah selesai atau habis:\n~ sembahyang zohor, boleh kita berjalan-jalan; \nada selangnya sebulan ~ menabalkan anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat; \n6.\n [bahasa percakapan] lahir (bayi):\nhingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak juga ~ budak; \n7.\n [Perak], [bahasa percakapan] ada juga, boleh (juga), cukup juga (makanan, belanja, dan lain-lain):\nbelanja anak-beranak untuk bulan ini ~lah;\n~ angin \nsia-sia sahaja;\n \n~ ayam (burung, unggas) \na) bebas sungguh, boleh melakukan sesuka hati;\n b) telah dimerdekakan (hamba abdi dan lain-lain);\n \n~ bebas \nbebas benar-benar;\n \n~ diri \na) tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal;\n b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu mengenai sesuatu hal;\n \n~ idah \nsesudah waktu idah;\n \n~ ijazah \nselepas memperoleh ijazah sarjana muda (berkenaan (dengan) pengajian, penyelidikan dan sebagainya):\nkursus ~ ijazah;\n~ laku \nbebas melakukan sesuatu dengan tidak segan-segan lagi;\n \n~ lelas \nbebas sama sekali;\n \n~ malu \nsudah dikhatankan (anak lelaki);\n \n~ nafas \nmenghembuskan nafas keluar perlahan-lahan;\n \n~ pantang\n masa sesudah waktu pantang;\n \n~ puasa \nsetelah selesai berpuasa;\n \n~ sekolah \nsesudah bersekolah;\n \n~ tangan\na) tidak berpegang (pada kemudi, selusur, dan lain-lain);\n b) tidak masuk campur dalam sesuatu hal;\n c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata;\n \n~ ungu \npancaran cahaya yang tidak nampak dalam spektrum (selepas pancaran cahaya ungu);\nselepas\n sesudah, setelah sudah, setelah selesai:\ntiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;\nselepas-lepas\n sehabis-habis (jauh, kuat, dan lain-lain), sejauh-jauh, sekuat-kuat:\n~ seluang melaut;\n~ tupai melompat;\nberlepas\n1.\n tidak terikat lagi, tidak bersangkut-paut lagi;\n2.\n pergi, berangkat:\naku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; \n3.\n [sastera lama] menyelamatkan, membebaskan:\nmaka segala orang Kujai pun masuklah beramuk dengan orang Campa, setengah ~ anak bini setengah melawan;\n4.\n = \n~ diri \nmengasingkan diri, tidak melibatkan diri:\nkalau awak terkena satu-satu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup;\n~ hati \nberpuas hati;\n \n~ lelah \nberhenti seketika untuk menghilangkan lelah;\n \n~ tangan \na) tidak berpegang pada selusur dan lain-lain;\n b) tidak ambil peduli;\nmelepas\n1.\n [bahasa percakapan] hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat):\nkalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita ~ sahaja; \n2.\n [Pulau Pinang] berbohong, tidak bercakap betul, berdalih;\n3.\n [bahasa percakapan] mengeluarkan angin melalui pelepasan, kentut;\n4.\n [bahasa percakapan] buang air besar;\nmelepasi\n1.\n menebus atau membayar (niat, hutang, dan lain-lain);\n \n~ hutang \nmembayar (melunaskan) hutang;\n \n~ malu \n[Minangkabau] menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan);\n2.\n mencukupi, memadai, berpadan dengan:\nsedang upah sawah itu kadang-kadang sama dengan kehasilan yang diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; \nmelepaskan\n1.\n membiarkan lepas, membebaskan (daripada kurungan, penjara, dan lain-lain), menjadikan tidak terikat lagi:\nia ~ budak itu daripada pegangannya; \n2.\n menghilangkan (letih, jerih, dan lain-lain):\nia berbaring-baring ~ jerihnya; \nmereka terus masuk ke kedai makan yang berhampiran untuk ~ dahaga; \n3.\n tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dan lain-lain);\n mengeluarkan, membiarkan keluar (perasaan dan lain-lain):\nracun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida;\n \ndia ~ senyuman kepada Noor Hamidah; \nserdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; \nDatuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya;\n4.\n tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dan sebagainya), merelakan:\ndia ~ anaknya pergi dengan hati yang rela; \n5.\n menceraikan (isteri):\nkalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; \n6.\n memberikan (sesuatu yang dipegang atau disandang kepada seseorang lain), menyerahkan (dengan kehendak sendiri):\nPerdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal-Ehwal Luar kepada seorang menteri lain; \n7.\n menguraikan (rambut dan sebagainya), tidak mengikat dan sebagainya:\nsaya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal;\n8.\n menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dan lain-lain):\ndia sendiri pergi ke stesen untuk ~ anaknya berangkat;\n~ mayat ke kubur; \n9.\n membuang, memecat, memberhentikan:\ndalam zaman meleset, banyak pekerja yang dilepaskan;\n~ angan-angan \nmengerjakan segala sesuatu yang diingini;\n \n~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kepada \nmencurahkan cinta kasihnya kepada;\n \n~ dendam \na) membalas dendam;\n b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pada seseorang;\n \n~ diri\n melarikan diri, membebaskan diri;\n \n~ hati \nmemuaskan hati;\n \n~ jiwa (nyawa) \na) menyelamatkan daripada bahaya maut;\n b) = \n~ nafas yang akhir \nmati;\n \n~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dan lain-lain) \nmelancarkan kritikan, (kecaman dan lain-lain);\n \n~ layang-layang \nmenaikkan layang-layang;\n \n~ malu \nmengkhatankan;\n \n~ marah (nafsu, kehendak) \ntidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya);\n \n~ niat (nazar, kaul) \nmembayar atau menunaikan niat (nazar, kaul);\n \n~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dan lain-lain) \nmembuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya, dan lain-lain);\n \n~ panah \nmembiarkan anak panah lepas daripada busurnya;\n \n~ pandangan \nmemandang;\n \n~ tembakan (meriam), \nmenembak, memasang;\n \n~ tinju (pukulan, tikaman, dan lain-lain) \nmeninju (memukul, menikam, dan lain-lain);\n \n~ untung masing-masing \nmenyelamatkan diri masing-masing;\nmemperlepas\n membiarkan lepas, tidak menghalangi;\nmemperlepaskan\n [sastera lama] menjadikan lepas, menyelamatkan:\nperlepaskan harta Yang Dipertuan dalam istana itu; \nbawa juga kita dengan anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara;\nterlepas\n1.\n telah lepas atau dilepaskan:\nMawi berfikir tentang perkataannya yang ~ itu; \ntangannya yang berpaut pada baju Badri itu ~ ke bawah; \n2.\n tidak ditimpa (dilanda dan sebagainya) sesuatu, bebas (daripada sesuatu yang tidak baik):\nbeliau ~ daripada kelemahan dalam menghujahkan aspek-aspek estetika dalam karya sastera;\n~ daripada tetek bengek kebencian; \n3.\n [bahasa percakapan] [kiasan] terlewat, melebihi (umur dan lain-lain);\n~ cakap\n mengatakan sesuatu dengan tidak sengaja;\n \n~ perhatian \ntidak memberi perhatian kepada sesuatu hal dan sebagainya dengan tidak sengaja;\nlepasan\n orang yang tamat daripada sekolah (maktab, universiti, dan lain-lain), yang telah dilepaskan, tamatan:\n~ Universiti Malaya;\n~ askar \nbekas askar;\nkelepasan\n1.\n perihal lepas (bebas), kebebasan;\n2.\n waktu rehat (sekolah dan lain-lain), cuti, libur:\nkurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; \npada hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; \n3.\n kehilangan:\nanjing ~ daging;\nperlepasan\n perihal berlepas;\npelepasan\n1.\n perihal melepaskan:\nmaka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dengan yang dipadan itu dua tiga juga, Raja Chulan tiada menang; \n2.\n pembuangan, pemecatan;\n3.\n [Minangkabau] dubur:\nlubang ~;\n4.\n perihal dikecualikan daripada sesuatu (seperti membayar cukai dan sebagainya):\n~ cukai pendapatan; \n5.\n jalan keluar untuk lari atau bebas daripada sesuatu:\ntidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ daripada realiti yang menekan keinginan dan kehidupannya;\npelepas\n1.\n orang yang melepaskan pelumba-pelumba dalam perlumbaan (berlari, berenang, dan sebagainya);\n 2.\n benda yang digunakan untuk melepaskan sesuatu:\nhal-hal yang beginilah yang harus dikemukakan oleh sajak, sesuai dengan tugasnya sebagai ~ ketegangan perasaan; \n3.\n = \n~ wang \norang yang membungakan wang (dengan memberi pinjaman, menyimpan di bank, dan sebagainya);\n4.\n (wang, makanan, dan lain-lain) yang diberikan kepada orang-orang yang hendak berjalan atau belayar." "lepat\nsejenis penganan (daripada tepung beras, ubi, pisang dan lain-lain yang dibungkus dengan daun pisang dan dikukus):\n~ pisang;\n~ ubi kayu; \nbagai (seperti) ~ dengan daun \n(peribahasa) sesuai atau padan benar (tidak boleh berpisah)." "lepau I\n1.\n [sastera lama] binaan tambahan pada rumah (di sebelah belakang), serambi dapur;\n2.\n kedai kecil;\n3.\n [Perak] bangsal atau pondok (biasanya di sawah);\n4.\n [Kedah] bahagian depan rumah." "lepau II\n[Perak] hendak, mahu." "lepek I\nalas atau lapik (cawan, teko, dan lain-lain)." "lepek II\nmelepek\n1.\n dalam keadaan sangat letih, terdampar keletihan;\n2.\n [kiasan] duduk menganggur, tidak berpekerjaan." "lepek III\n[Jakarta] basah kuyup." "lepek IV\n[Minangkabau];\nmelepek\n menepuk perlahan-lahan, menepuk-nepuk." "leper I\n[Indonesia] \n= lepar." "leper II\ntidak jeluk (piring, pinggan, dan lain-lain), ceper, dangkal, pipih, rata;" "leper III\nsebutan (lafaz) perkataan yang tidak tepat, pelat, telor." "leperi\n[Indonesia], [bahasa percakapan] pengadil (dalam permainan)." "lepet\nmelepet\n1.\n melipat (lengan baju dan lain-lain);\n2.\n membengkokkan (paku dan lain-lain);\nkelepet\n lipatan (pada baju dan lain-lain)." "lepih\nterlipat pada tepi (tikar, seperah, dan lain-lain);\nmelepih\n melipat tepi (tikar, sapu tangan, dan lain-lain)." "lepik\nbunyi seperti bunyi barang ringan jatuh ke lantai." "lepit\n[Jakarta];\nmelepit\n melipat, melepet;\n= lepet." "lepoh I\n[Minangkabau];\nmelepoh\n melepa atau menyapu (dengan simen dan lain-lain), menurap." "lepoh II\nterlepoh\n bengkok (kaki, tangan, dan lain-lain), jatuh meringkuk, tergeliat;\nmelepoh\n menjadikan bengkok, membengkokkan, menggeliatkan:\ntelutuh dilepoh-lepoh." "lepot I\nkurang cergas, lemah, lembap." "lepot II\n[Jakarta];\nberlepotan\n berlumur (dengan lumpur), bergelumang (dengan lumpur);\nmelepoti\n mengotori, mencemari." "lepoteng\n[Kelantan] berjalan dengan tidak tentu tujuan, menganggur." "lepra\n[Indonesia-Belanda] sakit kusta (pada peringkat permulaan), bodok." "leprologi\nkajian tentang penyakit kusta." "leptospirosis\n(Perubatan) sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria \nLeptospira \nyang menular kepada manusia melalui binatang seperti anjing, babi, tikus, arnab dan tupai, atau melalui penggunaan air yang tercemar olehnya." "lepu\nsejenis ikan laut, depu, gedempu, \nPterois russelii." "lepuh\nbengkak berair, menggelembung (kulit berisi air kerana terlalu hangat, bergesel, dan sebagainya);\nmelepuh\n menjadi lepuh, melecet, melecer:\nkulitnya ~ kena api;\n \nsedang rebung baik dipatah, jadi buluh ~ jari \n(peribahasa) masa kecillah diajar dan dididik jangan tunggu hingga besar;\nmelepuhkan\n menjadikan melepuh." "lepuk\nbunyi seperti bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yang lebih besar daripada bunyi lepak;\n \n~-lepak \nbunyi lepuk yang berulang-ulang:\nkemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul;\nmelepuk\n memukul, menampar;\n= lapuk II." "lepung\nbunyi seperti bunyi tong dipukul (gendang dipalu, bola pecah, dan lain-lain)." "lepur I\nmati ~ \nmati terbenam dalam lumpur." "lepur II\nmelepur\n menyerang dengan sayap (ayam ketika bersabung):\nsekali dua sahaja dilepur oleh si Jalak Berapit, ayam lawannya itu pun terkiuk menggelupur ataupun lari." "lepus\nberlepus\n berbunyi seperti bunyi angin keluar (dengan keras)." "lerah I\nterlerah\n gugur (daripada tangkai, ikatan, dan lain-lain), luruh, terlerai." "lerah II\n[Kelantan];\nmelerah\n mengikis, menyapu bersih, mencangkul (rumput dan lain-lain)." "lerai\nmeleraikan\n \n1.\n menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dan lain-lain):\nCikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yang sedang bertumbuk; \npenyakit jiwa susah hendak dileraikan daripada batin seseorang; \n2.\n [kiasan] menjauhkan, menghindarkan (penyakit dan lain-lain):\nubat ini akan ~ penyakit selesema;\n berlerai\n tidak bersambung (bersatu, berangkai-rangkai dan sebagainya) lagi:\nseminggu sudah berlalu, aku terasa bagai kalung mutiara yang putus ~;\n terlerai\n dipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih:\ncintaku telah ~; \ntidak ~ dengan janjang \n(peribahasa) perihal tidak dapat diceraikan (orang yang berkasih-kasihan dan lain-lain);\npeleraian\n proses meleraikan sesuatu:\n~ masalah;\npelerai\n1.\n orang yang meleraikan (orang berkelahi dan lain-lain), benda (ubat dan lain-lain) yang menghindarkan penyakit dan lain-lain:\ndipadankan sahaja rambut itu akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam; \n2\n. (alat) untuk memisahkan biji daripada tangkai:\njentera ~ lada hitam\n;\n ~ demam\na) ubat yang menyembuhkan penyakit;\n b) [kiasan] anak atau kekasih." "lerak I\ntercerai (perkakas, rumah, tentera, dan lain-lain), pecah (rosak) berkecai, bercerai-berai;\nmelerakkan\n memecahkan (hingga bercerai-berai), mencerai-ceraikan, merombakkan." "lerak II\nbuah ~ \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), buah sabun, buah lemuran, \nSapindus rarak." "leram\nbunyi seperti bunyi gendang besar (guruh, harimau, dan lain-lain), deram." "lerang\nbunyi seperti bunyi tambur (gendang, rantai besi jatuh, dan lain-lain), derang." "lerang I\njalur pada tenunan kain." "lerang II\n[arkaik] setengah hari pelayaran." "lerang III\n[Kedah] bahagian tandan kelapa tempat bergantung buah atau putik." "lerang-lerang\nsejenis usungan." "lerap I\nbunyi seperti bunyi orang berjalan (berkawat dan lain-lain), derap." "lerap II\n[arkaik];\nmain ~ \n= \npusing ~ \nsejenis permainan judi dengan memutar wang dan meneka sebelah mana yang di atas." "lerat\n[Kelantan] curah, buang." "lereh\n[Kelantan];\norang ~ \norang yang tidak tetap pada sesuatu pekerjaan (atau di sesuatu tempat)." "lerek I\n1.\n sejenis tumbuhan (herba), \nPhrynium malaccense; \n2.\n sejenis tumbuhan (herba), \nStachyphrynium jagorianum." "lerek II\n= leret II." "lereng II\n[Jawa] corak yang menyerong (pada kain)." "lereng I\n1.\n permukaan yang di sekeliling barang yang pipih bulat (roda dan lain-lain);\n \nkereta ~ \nbasikal;\n \nbeca ~ tiga \nbeca roda tiga;\n2.\n permukaan bukit yang senget (miring), sisi gunung:\nke ~ gunung itulah anak-anak muda di kampung Hulu Kelang mencari rotan dan atap;\nlereng-lereng\n roda kecil pada kaki katil (meja dan lain-lain);\nberlereng\n [arkaik] menaiki basikal, berbasikal;\nmelereng\n1.\n berputar atau berpusing (roda dan lain-lain);\n2.\n senget (tanah dan lain-lain), landai, miring;\nlerengan\n tanah yang melereng (biasanya pada bukit, gunung, dan lain-lain):\nmereka telah beberapa kali berpindah-randah dari satu ~ bukit ke ~ bukit yang lain." "lerer\n[Kelantan] cuai." "leret I\n= \nleretan\n banjar, baris, barisan, jajaran:\nitulah leretan Bukit Seguntang seperti yang tersebut dalam Sejarah Melayu itu; \ndi hadapan rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang;\nberleret, berleret-leret\n berbaris, berbanjar:\naku merayap ke depan dan ke belakang motokar yang ~ itu;\nmeleretkan\n mengaturkan berbaris, membariskan, membanjarkan." "leret II\nII; \nberleret, berleret-leret\n1.\n = \nmeleret\n panjang sungguh (tali, kain, dan lain-lain), labuh sangat:\ndipakai jubah kasa halus, jubah meleret sampai ke kaki; \n2.\n = \nmeleret, meleret-leret\n berpanjang-panjang (perbualan, percakapan, cerita, dan lain-lain), berjangkit-jangkit:\ntidak usahlah saya mengulas panjang lebar sehingga meleret-leret lagi;\nmeleret\n1.\n berleret;\n2.\n memanjang, melebar:\ndi bibirnya ~ sebuah senyuman yang manis; \nsenyumannya ~ saja;\n meleretkan\n memberikan (senyuman) yang melebar:\natuk hanya ~ senyuman sambil memandang tepat pada mukaku;\n meleret-leretkan\n menjadikan (cerita, huraian, dan sebagainya) meleret-leret:\n sengaja saya ~ misalan \u2018panca\u2019 ini." "lerik\nbunyi seperti bunyi derak tetapi lebih halus, derik." "lerkuing\nsejenis tumbuhan (rumpai), malbar hutan, ruku-ruku, selasih hutan, \nHyptis suaveolens." "lerleng\n[Indonesia-Belanda] pegawai pelatih (orang yang dalam latihan):\nlepas dari sekolah, dia masuk sekolah pelayaran, kemudian jadi ~ atau calon pegawai enam tahun penuh dengan rajinnya." "leron\n[Pulau Pinang] berpusing keliling (padang dan lain-lain)." "lerum\nbunyi seperti bunyi guruh yang terdengar sayup-sayup, derum." "les I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pelajaran." "les II\n[Indonesia-Belanda] senarai, daftar (nama dan lain-lain)." "les III\n[Indonesia-Belanda] pemidang (gambar, cermin, dan lain-lain), bingkai." "les IV\n[Indonesia-Belanda] tali kekang (pada kuda)." "les V\n[bahasa percakapan] (kain) renda." "lesa I\nlemah, lumpuh (tubuh badan dan lain-lain), layuh:\nlemahlah badan, letih dan ~; \nlasa" "lesa II\n[Pahang] sejenis kemudi (rakit)." "lesah I\n= lasah I, lasah II." "lesah II\n= desah." "lesak I\n= lasak I." "lesak II\n= desak II." "lesak III\n= \nmelesak\n di atas tanah, tidak bertiang (rumah):\nrumah ~." "lesan\n[Jawa] sasaran, bulan-bulan, tujuan." "lesang\n[Minangkabau];\nmelesang\n menunggang (kuda, basikal, dan lain-lain)." "lesap\ntidak ada lagi, hilang, lenyap:\ndia ingin tahu sesuatu berkenaan ayahnya yang telah hilang ~ itu;\n melesapkan\n menghilangkan, melenyapkan:\ndia dituduh pecah amanah kerana ~ wang syarikat;\npelesapan\n perbuatan melenyapkan (wang, harta, dan sebagainya)." "lesar\nbunyi seperti bunyi tikar diseret, desar." "lesat\n[Jakarta];\nmelesat\n tercampak atau terpelanting jauh." "lesau\nbunyi seperti bunyi daun-daun ditimpa hujan dan lain-lain, desau." "lesbian\nperempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaumsejenisnya, perempuan homoseksual." "lesbianisme\nperihal hubungan cinta berahi atau hubunganseks sesama perempuan." "leseh\n[Kelantan] tidak dalam (lubang), tohor." "lesek I\ngesek." "lesek II\n[Minangkabau] lasak." "lesen\nsijil atau dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran kepada seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu:\nkerajaan negeri Kelantan akan didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kepada orang Melayu sahaja; \nkedai ~\n [bahasa percakapan] kedai kecil (daripada papan) yang menjaja biasanya barang-barang makanan di tepi jalan;\nberlesen\n mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu (berniaga, melombong, dan lain-lain);\nmelesenkan\n memberi lesen kepada:\nsyarikat multinasional ~ syarikat asing;\npelesenan\n urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan lesen:\nlembaga ~;\npelesen\n \npegawai ~\n pegawai yang mengeluarkan lesen." "leseng\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] ceramah, syarahan." "leser I\nseret, heret;\nmeleser\n menarik di atas tanah, menyeret." "leser II\nmeleser\n suka berjalan-jalan dengan tidak tentu tujuan, pelesir:\nkalaupun tidak untuk ~ mereka ke sana untuk mendengar lagu;\n= pelesir." "leset I\nmeleset\n tidak tepat, tergelincir, sipi:\nsangkaan mereka rupanya ~; \nia melangkah begitu terlanjur hingga hampir-hampir ~ pula;\nterpeleset\n tergelincir;\n= meleset I, peleset." "leset II\n[Kelantan];\nmeleset\n menyapu (cat dan lain-lain)." "lesi, lesih\nputih pucat (kulit badan dan lain-lain), putih benar:\napa mulanya maka engkau pucat ~ bagai tiada makan nasi?" "lesin\n[Kedah];\nmelesin\n pedas;\n \npedas ~ \npedas benar." "lesing\nbunyi seperti bunyi tiupan angin (tembakan peluru dan lain-lain), desing;\nmelesing\n1.\n berbunyi seperti bunyi tiupan angin (tembakan peluru dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] membaling, membuang;\n3\n. menghayun tangan ke sisi untuk memukul bagaikan perbuatan hendak menepis." "lesir I\n= pelesir." "lesir II\nbermain ~ \nbermain pedang (sejenis tarian dengan menggunakan pedang)." "lesir III\nbunyi seperti bunyi tiupan angin (pasir ditiup angin, daun-daun diseret, wap keluar daripada cerek, dan lain-lain)." "lesit I\nmelesit\n berbunyi seperti bunyi keridik (seruling kecil dan lain-lain)." "lesit II\nmelesit\n \n~ hidung \nmenghembuskan hingus:\nsi Boya menundukkan kepalanya, seraya ~ hidung." "lesit III\nmelesit\n (keluar) memancut." "lesit IV\nmelesit\n menghisap darah (berkenaan (dengan) pelesit)." "lesitin\n(Kimia) sejenis bahan bak lemak yang banyak terdapat dalam kuning telur, kacang soya, dan lain-lain." "lesnar\n[Indonesia-Belanda] sejenis meja tempat mengalas kitab yang dibaca." "lestaka\nbahagian pertengahan busur yang tebal." "lestari\n[Jakarta] tidak berubah-ubah, kekal, tetap;\nmelestarikan\n menetapkan, mengekalkan:\n~ hutan;\n kelestarian\n keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal, keaslian:\n ~ hutan kita mesti diutamakan\n;\npelestarian\n perlindungan daripada kemusnahan." "lestek , lestet\n[Indonesia] lastik." "lesterik\n[Indonesia-Belanda] elektrik." "lesterung\n[Jawa] sejenis penyakit (barah dalam hidung)." "lesu\n1.\n lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dan sebagainya), tidak cergas, letih:\naku melihat rakyat tani dengan kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yang buruk; \nletih ~ \nletih sekali;\n2.\n [kiasan] merosot (perniagaan dan lain-lain), sepi (perniagaan):\nsejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~;\nmelesukan\n menyebabkan (badan dan sebagainya) menjadi lesu, melemahkan;\nkelesuan\n1.\n perihal (keadaan) lesu, keletihan;\n2.\n berasa lesu atau lemah, keletihan:\nZaini yang ~ tidur dengan lenanya." "lesuk\n~-lesak \nbunyi seperti bunyi kain keras (yang berkanji dan sebagainya) yang direnyuk." "lesung\nsejenis alat untuk menumbuk (padi, lada, dan lain-lain), lompang:\nyang pekak pembakar meriam, yang buta penghembus ~;\n~ batu \nlesung yang diperbuat daripada batu (biasanya untuk menumbuk sambal);\n \n~ hindik (kaki) \nlesung yang diperbuat daripada kayu dan dipijak dengan kaki;\n \n~ kisaran \nsejenis perkakas untuk mengisar padi;\n \n~ mata \nsoket mata;\n \n~ pengemping \nlesung tempat menumbuk emping;\n \n~ pinang \ngobek;\n \n~ pipit (pipi) \n= \nlesung-lesung\n lekuk kecil pada pipi, cawak;\n~ mencari alu (antan) \n(peribahasa) perempuan mencari lelaki;\n \nke mana dialih, ~ berdedak juga \n(peribahasa) pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga;\n \nmenumbuk di ~, bertanak di periuk \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya;\n \nmenumbuk di periuk, bertanak di ~ \n(peribahasa) melakukan sesuatu yang menyalahi kebiasaan;\n \nsebuah ~ seekor ayam jantannya (gedangnya)\n (peribahasa) bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya." "lesus\nberbunyi seperti bunyi bisikan orang;\n= desus." "lesut\nbunyi seperti bunyi sebatan rotan (cemeti dan lain-lain)." "leta I\nhina atau keji (orang, perbuatan), cacat, cela:\napalah guna hamba yang ~; \nmemberi ~ \nmemberi malu (kpada orang), menghinakan;\nmeletakan\n memberi leta, memalukan, mengejikan, menghinakan." "leta II\n[Pahang] turun warnanya (kain dan lain-lain), luntur." "letah\n~-letai\n [arkaik] lemah sungguh (tidak berdaya), lesu." "letai\n[Minangkabau] letih lesu, lemah." "letak I\nduduknya (sesuatu benda dan lain-lain), kedudukan, tempatnya:\n\n\nia membetul-betulkan ~ cawan kopi di atas dulang yang ditatangnya;\n\n~nya bandar Kuala Kangsar tidak berapa jauh dari bandar Taiping;\nmeletak\n [Minangkabau] menghantar, menaruh, memberi, menempatkan pada;\n\n\n~ beras \nmenjerang nasi;\n\n\n~ kata \nmenyusun kata-kata;\n\n\n~ mata \nmemandang kepada;\n\n\n~ nasi \nmenghidang nasi dan lain-lain untuk menjamu hantu;\n\n\n~ tanda \nmemberi tanda (seperti cincin dan lain-lain) kepada pihak pengantin perempuan;\nmeletakkan\n\n\n1.\n menempatkan (pada), mengenakan (pada), membubuhkan (ubat dan lain-lain):\n\n\ndengan segera perempuan itu ~ bungkusan yang dijunjungnya di atas sebuah batu hampar;\n\nkanak-kanak itu diletakkan di bawah kawalan pegawai akhlak; \n2.\n memasukkan (dalam):\n\n\npantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dalam kawasan keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga;\n3.\n [kiasan] melepaskan (perkhidmatan dan lain-lain), meninggalkan;\n\n\n~ jawatan \nberhenti daripada memegang sesuatu jawatan;\n\n\n~ senjata \nmenamatkan peperangan;\n4.\n memberi, menganugerahkan, menghadiahkan:\n\n\nmaka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; \n5.\n [sastera lama] menentukan, menetapkan:\n\n\nsyahadan bagindalah yang pertama ~ kekuningan larangan;\nterletak\n\n\n1.\n ada (pada atau di), duduknya (di), letaknya (pada atau di), terdapat (pada atau di):\n\n\naku kembali ke rumahku yang ~ di belakang kedai di hadapan masjid;\n\n~ kepada (pada) \nletaknya pada, tertanggung kepada, terdapat pada;\n2.\n (telah) diletakkan;\n\n\nbiar jatuh ~ jangan jatuh terhentak\n (peribahasa) lebih baik menarik diri daripada dipecat dan lain-lain;\npeletakan\n perihal meletakkan;\n\n\n~ jawatan \nperihal melepaskan jawatan (berhenti daripada memegang jawatan);\n\n\n~ senjata \ngencatan senjata;\npeletak\n tempat meletakkan:\n\n\nkeping papan lebar tempat ~ neraca ini dinamakan andas." "letak II\n1.\n tidak bertenaga, lemah, letih:\n\n\nbadan saya berasa ~ selepas berjalan sehari-harian; \n2.\n lapar;\n\n\n~-letai \nletih benar." "letal\n[Indonesia] boleh mematikan (menyebabkan mati)." "letang\nbunyi seperti bunyi besi dipukul." "letap\nbunyi seperti bunyi ranting patah." "letas\nbunyi seperti bunyi telur menetas (jahitan kain yang ditetas dan lain-lain)." "letda\n[Indonesia] akronim bagi leftenan muda." "letek\n[Jakarta];\nmeletek\n merekah." "leter I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] huruf.\ndileteri\n [bahasa percakapan] ditandai dengan huruf." "leter II\ncakap yang berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang):\nia pun menangislah, kerana mengenangkan untungnya yang malang itu dengan berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu;\nberleter, meleter\n bercakap-cakap dengan tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel:\nHaji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima nasihatnya selalu akan ~ panjang;\nmeleteri\n berleter kepada seseorang (kerana tidak menyenangi kelakuannya dan sebagainya), mengomeli:\nsudah selalu benar Simin ~ kelakuan adiknya itu;\nleteran\n kata-kata meleter, omelan:\nMak Yah melanjuntukan ~nya;\npeleter\n (orang yang) suka berleter, pengomel." "leterseter\n[Indonesia-Belanda] penyusun huruf (pada percetakan)." "letih\ntidak bertenaga, penat:\nkerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dengan nyedarnya;\n~ lelah\n = \n~ lesu \npenat benar;\nmeletihkan\n menjadikan letih, memenatkan;\nkeletihan\n1.\n perihal letih, kepenatan:\nanaknya tidur dalam ~; \n2.\n sangat letih:\nanak muda itu sedang ~." "letik I\nmeletik\n bergerak-gerak seperti ikan di darat." "letik II\nbunyi seperti bunyi gelas retak (kena air panas dan lain-lain);\nmeletik\n berbunyi seperti bunyi gelas retak." "leting I\nbunyi seperti bunyi loceng kecil." "leting II\nmeleting\n bergerak-gerak (meloncat-loncat) seperti ikan di darat, meletik." "letjen\n[Indonesia-Belanda] akronim bagi leftenan jeneral." "letkol\n[Indonesia-Belanda] akronim bagi leftenan kolonel." "letnan\n[Indonesia] leftenan." "letos\n[Jakarta];\nmeletos\n membuka lebar (mata dan lain-lain), melotot." "letuk\nbunyi seperti bunyi orang mengetuk:\n~-letak paruh enggang." "letung I\nbunyi seperti bunyi tong (gong dan lain-lain) dipukul;\n \n~-letang \nbunyi letung yang berulang-ulang." "letung II\n[Kelantan];\nhangus ~ \nhangus langsung (nasi dan lain-lain)." "letup I\nbunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dan lain-lain):\nsekali ~ tiga degumnya;\nletup-letup\n sejenis permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dan lain-lain);\nmeletup\n pecah dan berbunyi seperti bunyi pecah (tembakan meriam, bola pecah, dan lain-lain), meledak, meletus:\nkami belum lagi tahu bahawa bom yang ~ itu datangnya dari kapal terbang Jepun;\n~ di sana, di sini bunyinya\n (peribahasa) orang lain yang bersalah lain pula orang yang menanggung akibatnya;\nmeletupkan\n menjadikan meletup, meledakkan:\nmaka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar;\n letupan\n1.\n bunyi meletup, ledakan, letusan:\nsatu ~ kuat terdengar membelah malam; \n2.\n = \nbahan ~\n bahan ledakan:\nsampan itu berisi ~ yang disangkuntukan pada sebuah bom waktu;\n3.\n perihal meletup:\nbunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti;\n4.\n (Linguistik) bunyi konsonan seperti letupan yang dihasilkan dengan menutup saluran udara dan kemudian melepaskannya dengan tiba-tiba, misalnya /\np\n/ dalam \npasu.\npeletupan\n perihal atau perbuatan meletupkan, peledakan;\npeletup\n alat untuk meletupkan sesuatu bahan letupan;\n= detup." "letup II\n= \nletup-letup\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), leletup, cipluan, ubat pekung, \nPhysalis minima;\nletup-letup\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), letup;\n2.\n sejenis tumbuhan (herba), timun dendang (hutan, tikus), pokok lang bulu, akar mentimun, \nPassiflora foetida." "letur\nmeletur\n melecur, melecet." "letus\n1.\n boleh meletup;\n \nhawa ~ \n[Indonesia] gas yang meletup;\n2.\n letup (senapang dan lain-lain);\nmeletus\n1.\n meledak (gunung berapi, bom, dan sebagainya), pecah dengan mengeluarkan bunyi yang kuat:\nkepulan asap kelihatan bulat-bulat di tempat peluru itu ~; \n2.\n [kiasan] bermula (peperangan, pertentangan, persengitan, dan lain-lain):\nroman ini dikarang oleh tuan Hamka lama sebelum perang dunia kedua ~;\nletusan\n ledakan, letupan:\ndi sana sini kedengaran bunyi ~, seolah-olah bunyi petasan pada malam hari raya layaknya." "leukemia\n(Perubatan) sejenis penyakit yang kronik atau berlarut-larutan oleh sebab terdapatnya leukosit yang berkembang biak dan meresap ke dalam sumsum tulang, limpa, dan lain-lain, dan membinasakan alat-alat tubuh yang membentuk darah." "leukoma\n(Perubatan) parut legap berwarna putih pada kornea mata yang boleh menjejaskan ketajaman pelihatan seseorang." "leukosit\n(Biologi) sel darah putih yang berfungsi melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh." "levi\n(Ekonomi) sejumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa, misalnya cukai pendapatan;\n \n~ modal \ncukai khas terhadap harta kekayaan yang dimiliki oleh orang perseorangan, biasanya dikenakan sewaktu darurat." "lewa I\nsambil ~ \ntidak bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu dan lain-lain), sambil-sambilan." "lewa II\n[Kelantan];\nmelewa\n mengacu (pisau dan lain-lain kepada orang)." "lewah\n= \nmelewah\n1.\n terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dan lain-lain), mewah;\n2.\n berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu (mis perkataan yang digunakan dalam ayat):\npenggunaan kata yang ~ dalam pembinaan ayat perlu dielakkan;\nkelewahan\n hal (keadaan) yang berlebih-lebihan." "lewar\nmelewar\n1.\n [sastera lama] berkeliaran (burung, ikan, dan lain-lain), terbang (berenang) berkawan-kawan:\nbanyak burung terbang ~, bermain di taman dewa dewata; \n2.\n [kiasan] berjalan mundar-mandir." "lewat\n1.\n lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat):\nketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kepada seluruh jururawat itu; \n2.\n lampau, habis, selesai:\nmusim menuai sudah ~; \n3.\n lanjut, lebih (daripada yang patut dan lain-lain), larut:\ndi balik meja itu duduk seorang Cina yang sudah agak ~ umurnya;\n4.\n sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat:\nia telah lama menunggu Mak Dalek yang ~ pulang itu; \n5.\n melalui, menerusi:\nMarian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden;\n~ jenuh \n[Indonesia] terlampau kenyang, muak;\n \n~ lemboyang \n[Indonesia] terlalu ungu (warna ungu dalam cahaya matahari);\nselewat-lewatnya\n sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya:\nsemua permintaan hendaklah sampai ~ pada hari Sabtu;\nmelewati\n1.\n lalu (di), melalui, melintasi, menempuh:\ndia berjalan ~ mereka; \n2.\n melebihi had (batas), melampaui:\nberjalanlah imperialisme ke timur dari selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah;\n~ batas;\n3.\n melangkahi, melangkaui:\nsoalan-soalan yang susah-susah dilewati sahaja; \n4.\n (berkenaan (dengan) umur) melebihi:\nusiaku sekarang sudah ~ lima puluhan;\nmelewatkan\n menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan:\nBidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari;\nmelewat-lewatkan\n menjadikan lewat dengan sengaja, melambat-lambatkan:\njanganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya;\nterlewat\n1.\n melebihi waktu, terlambat:\nkemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; \n2.\n = \nkelewat\n tersangat (banyak dan lain-lain), terlalu, terlampau;\n3.\n dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dan lain-lain);\nkelewatan\n1.\n perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dan lain-lain), kelambatan;\n2.\n terlewat, terlambat:\nengkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu;\n3.\n terlampau, tersangat." "leweh\n[Kelantan]\n1.\n cuai, lalai;\n2.\n bongkak, sombong;\nmeleweh\n berlaku (berlagak) leweh." "LHDN\n[kependekan] Lembaga Hasil Dalam Negeri." "lho\n[Indonesia] kata seruan untuk menyatakan kehairanan (terperanjat dan lain-lain):\n~, pidato apa!\nLi\n simbol kimia bagi litium." "LI\n[kependekan] \nLanguage Institute \n(Institut Bahasa)." "liabiliti\njumlah hutang yang perlu dijelaskan dengan wang, barang, atau perkhidmatan." "liang I\nlubang yang halus (bekas tikaman, tempat keluar wap atau air pada enjin, dan lain-lain):\ndengan lima ~ luka kena peluru itu, keadaannya parah sekali; \ntikam Laksamana tikam orang berani, sama se~ itu pun matilah Si Jebat itu;\n~ hidung \nlubang hidung;\n \n~ jarum \nmata (lubang) jarum;\n \n~ kubur \nlubang kubur tempat menanam \nmayat;\n~ kumbang \nlubang untuk mengalirkan air keluar (pada perahu);\n \n~ lahad \nlubang tempat meletakkan mayat (dalam kubur);\n \n~ mata \nlekuk mata." "liang II\n~-liuk\n = \nberliang-liuk \n= \nmeliang-liuk\n berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain):\nbatang padi meliang-liuk, berombak-ombak dilanda angin." "liar\n1.\n tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar:\nbinatang-binatang ~ di dalam hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dan lain-lain; \n2.\n tidak tetap, gelisah (pandangan dan lain-lain), buas, ganas (perangai manusia):\ndengan ~ ia memandang ke sekelilingnya;\n~ mata \nselalu mengalih-alih pandangan;\n3.\n tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dan lain-lain), tidak beradab:\nia masih tertawa ~; \npeguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan yang ~; \nmatanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yang biasa menjadi siaran akhbar itu; \norang ~\n orang biadab;\n4.\n tidak teratur, tidak mempunyai aturan;\n \npasukan ~ \n[Indonesia] pasukan yang tidak teratur (bukan tentera rasmi);\n \nrumah ~ \n[Indonesia] rumah haram;\n \nsekolah ~ \n[Indonesia] sekolah persendirian (tidak menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh kerajaan);\nberliar-liar\n selalu berlaku liar:\nDaim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~;\nmeliar\n menjadi liar (kelakuan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain):\nmisai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; \nmatanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan;\n meliarkan\n menjadikan liar:\n falsafah pendidikan Barat yang semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam daripada roh dan keperibadiannya sendiri;\nkeliaran\n perihal (sifat, keadaan, dan sebagainya) liar:\ndia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-anak kota dengan hidup yang tidak menentu; \nAlias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda;\nberkeliaran\n berjalan (terbang dan lain-lain) ke merata tempat, merayau;\n= keliar." "liat I\n1.\n lembut tetapi tidak mudah patah atau putus (seperti getah dan lain-lain), boleh dilentur-lentur dan tidak patah:\nbesi yang ~; \ndaging kerbau tua biasanya ~; \n2.\n likat, pekat:\ntanah ~;\n3.\n [kiasan] tidak mudah kalah, tabah dan cekal (menghadapi musuh dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] tidak suka (melakukan sesuatu), payah, segan:\npada esoknya ~ pula hendak bangun kerana sejuknya udara keliling;\nliat-liat\n liang-liut, liuk-lentok;\nmeliat\n1.\n menjadi liat (tanah dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] mulai berdaging (isi durian);\nmeliatkan\n menjadikan liat;\nkeliatan\n perihal (keadaan dan sebagainya) liat:\nmalah apabila mendengar ayam kampung, teringatkan hanya ~ dagingnya belaka;\n~ air \n(Kimia) perihal air yang tidak berbuih dengan sabun." "liat II\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), medang, \nLitsea amra." "liat III\n[arkaik]\n= lihat." "liau\n[arkaik];\nmeliau\n bernanah (luka, kudis, dan lain-lain)." "libang\n[Perak];\n~-libu \nkacau-bilau (perasaan)." "libas\nmelibas\n \n1.\n menyebat (dengan rotan dan lain-lain), melebas;\n2.\n menipu, memperdayakan;\nmelibaskan\n menggerakkan (sesuatu) dengan cara melibas (menyebat):\nyang muncul hanya seekor ikan besar yang ~ ekornya, kemudian menghilang; \nanak muda itu ~ rotan ke arah kaki penyerangnya;\n libasan\n hasil melibas (menyebat):\ndia hampir-hampir terkena ~ dahan kayu itu." "libat\nmelibat\n membungkus, melipat, membebat, membelit;\nmelibati\n memasuki (sesuatu kegiatan dan sebagainya), menyertai:\nsebenarnya tulisan tentang sastera Islam dalam tahun tujuh puluhan dilibati oleh beberapa orang penulis;\nmelibatkan\n menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dalam sesuatu perkara dan lain-lain), membabitkan:\npersetujuan yang dimaksudkan oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan;\nterlibat\n1.\n terbebat, terbelit, terlipat;\n2.\n termasuk (dalam sesuatu hal), terbabit:\nkalau perkara itu ada kaitan dengan kampungnya, dirinya turut ~ sama;\nketerlibatan\n perihal terlibat:\ndasar ini merupakan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dalam masyarakat;\npelibatan, penglibatan\n perihal melibatkan diri (persatuan dan sebagainya) dalam sesuatu hal (perkara dan sebagainya)." "libel\n(Undang-undang) kenyataan bertulis, gambar, dan sebagainya yang mencemarkan nama seseorang, fitnah bertulis." "liberal\n1.\n (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (mis menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas;\n \nkaum ~ \norang yang menganut fahaman liberal;\n2.\n bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya);\nmeliberalkan\n menjadikan liberal (bebas dan terbuka):\nsatu langkah untuk ~ pasaran;\n~ pandangan yang sempit sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi hari ini;\n keliberalan\n perihal (sifat atau keadaan) liberal:\nketerbukaan dan ~ minda juga penting dalam menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia;\n peliberalan\n perihal (tindakan, perbuatan dan sebagainya) meliberalkan:\ndasar ~ perdagangan merupakan salah satu komponen utama di bawah dasar pembangunan industri." "liberalis\norang yang menyokong (menganut, menganjurkan) fahaman liberalisme." "liberalisasi\nproses membebaskan diri (masyarakat) daripada sekatan politik dan moral (agama dan sebagainya)." "liberalisme\nfahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi." "liberalistik\ncenderung ke arah liberalisme:\nfalsafah ~ pada kurun ke-18." "libero\n(dalam perlawanan bola sepak) pemain yang kedudukannya di belakang pemain pertahanan dan membantu pemain barisan pertahanan dan kadang-kadang membuat serangan, swiper:\nbeliau bermain sebagai ~ yang sukar dikalahkan." "libido\nnafsu berahi yang bersifat naluri." "Libra\nlambang ketujuh dalam zodiak, yang berlambangkan neraca." "libreto\n(Kesusasteraan) kata-kata yang dinyanyikan dalam sesuatu opera atau drama muzikal." "libur\n[Jawa]\n1.\n = \nliburan\n (hari) cuti atau kelepasan:\ntahun ini dia akan menghabiskan liburannya di Tanah Sunda; \n2.\n = \nberlibur\n bercuti, beristirahat." "libut\nlempung (kayu), gabus:\nkayu ~." "licak\n[Minangkabau] leper (sesuatu yang tertekan, terpijak, dan sebagainya), penyek, pipih." "licau\n1.\n licin lagi berkilat (rambut disapu minyak dan sebagainya);\n \nlicin-~ \nlicin sekali;\n2.\n [kiasan] habis langsung (harta dan lain-lain)." "lici\nlengkeng." "licik\n1.\n licin (berkenaan (dengan) jalan yang berlumpur dan lain-lain);\n2.\n pandai menipu atau memperdaya orang lain, culas, curang:\ndia menuduh Agnes seorang oportunis yang ~ yang menggunakan orang lain untuk kepentingannya; \n3.\n [Jawa] mudah kalah, penakut;\nkelicikan\n kepintaran menipu, keculasan (hati)." "licin I\n1.\n tidak kesat (rambut yang disapu minyak dan sebagainya), berlendir (menyebabkan mudah tergelincir):\nrambutnya disisir ~;\n2.\n tidak menggerutu (cermin, kaca, dan lain-lain), sama rata (sesuatu permukaan dan lain-lain), halus;\n3.\n tidak ditumbuhi apa-apa (kepala yang botak, betis yang tidak berbulu, dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] habis sama sekali (harta dan lain-lain), habis langsung;\n5.\n pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan perkataan orang, licik:\napa yang kita mahu ialah satu tipu muslihat yang ~ seperti yang dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; \n6.\n pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dan lain-lain), tidak mudah tertangkap:\npencuri yang ~; \n7.\n tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dan lain-lain), berjalan lancar:\nperniagaannya berjalan dengan ~;\n~ (ber)dalik \n[Kelantan] tidak ada lagi yang tinggal (harta), habis langsung;\n \n~ kening\n = \n~ dahi \nmanis muka (perempuan);\n \n~-licau \nlicin sekali, safan-safa;\n \n~ moner \n[Kelantan] tidak ada yang tertinggal lagi (harta, wang, dan lain-lain);\n \n~ tandas \nhabis, tidak berbaki lagi (wang dan lain-lain);\n \n~ bagai basuh perahu \n(peribahasa) menderita kerugian;\nmelicinkan\n1.\n menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir):\ngunakan minyak kelapa hijau yang dimasak harum untuk ~ rambut;\n2.\n menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dengan mengetamnya dan sebagainya):\ndia menggosok kemejanya untuk ~nya; \n3.\n menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dan sebagainya) berjalan dengan lancar, melancarkan:\nmereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu;\nmemperlicin\n menjadikan lebih licin:\n~\n \nperjalanan pemerintahan;\nkelicinan\n1.\n perihal atau keadaan licin: (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir):\n~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku;\n2.\n perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dan sebagainya):\n~ pipi yang empuk akan hilang apabila tua; \n3.\n perihal (keadaan dan sebagainya) berjalan dengan licin (lancar), kelancaran:\n~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dengan tugas sehari-hari;\n4.\n kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dalam perlakuan atau tindak-tanduknya):\nkecurangan Tuai Kancu yang menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang daripada jalan yang mudah;\npelicinan\n perihal (proses) melicinkan sesuatu;\npelicin\n benda (minyak, sabun, dan lain-lain) yang digunakan untuk melicinkan sesuatu." "licin II\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPsychotria spp." "licung\n[Kelantan] sejenis perahu." "lid\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] ahli (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain)." "lidah I\n1.\n bahagian di dalam mulut yang boleh digerak-gerakkan (digunakan sebagai alat perasa, untuk bercakap, menjilat, dan lain-lain):\nbudak itu menjelir-jelirkan ~nya;\n2.\n [kiasan] perkataan, tutur kata:\nlembut dan fasih ~nya; \n3.\n [kiasan] sesuatu yang menyerupai lidah:\n~ kain;\n~ serunai \n(seruling)\n; \n4.\n [kiasan] bahagian yang menganjur dari sesuatu benda;\n \n~ tanah \ntanjung pada selekoh sungai;\n ~ air \nbahagian tepi air;\n~ api \nhujung nyala api (yang menjilat-jilat);\n ~ bercabang (biawak) \ntidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya;\n \n~ dacing \njarum penunjuk berat pada dacing;\n \n~ keras \ntidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul, telor;\n \n~ lembut \nboleh menyebut perkataan dengan betul;\n \n~ manis \nbaik tutur katanya;\n \n~ ombak\n hujung ombak, ombak yang di depan sekali;\n \n~ panjang \norang yang suka bercakap-cakap, suka menghasut-hasut;\n \n~ papan \nbahagian yang menghubungkan papan;\n \n~ pendeta \nkata-kata hikmat daripada orang yang bijaksana;\n \n~ pengarang \nrencana pengarang;\n \n~ rasmi \njurubicara (akhbar dan lain-lain) yang mengeluarkan berita dan lain-lain rasmi sesuatu parti dan lain-lain);\n \n~ serunai \nbahagian serunai yang mengeluarkan bunyi;\n~ bercabang bagai biawak \n(peribahasa) selalu berubah-ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya;\n \n~ tidak bertulang \n(peribahasa)\na) mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya;\n b) orang yang mengeluarkan celaan dengan tidak tersangkut-sangkut;\n \napa payahnya menggoyangkan ~ sahaja \n(peribahasa) banyak janji tetapi tidak ditepati;\n \nberkata peliharakan ~ \n(peribahasa) hendaklah beringat-ingat mengeluarkan kata-kata;\n \nberniaga di hujung ~ \n(peribahasa) orang pandai yang tidak jujur (suka menipu dan lain-lain);\n \njadi hujung jari sambungan ~ \n= \njadi penghubung hujung ~\n (peribahasa) orang yang menyampaikan pesan orang lain dalam sesuatu mesyuarat atau peralatan;\n \nkebenaran di hujung ~ \n(peribahasa) tidak ada keadilan (hanya menurut kata orang yang berkuasa sahaja);\n \nmembuat tergigit ~ \n(peribahasa) memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat;\n \nmenyepitkan ~ ke lantai \n(peribahasa) menahan nafsu dan kehendak;\n \npatah ~ alamat kalah patah keris alamat mati \n(peribahasa) jika tidak pandai berkata-kata tentu akan kalah;\n \ntercabut\n \n~ mati \n(peribahasa) tidak berguna mempercakapkan orang yang jahat, sebab ia tetap jahat juga;\nlidah-lidah\n sesuatu yang menyerupai lidah;\nberlidah\n mempunyai lidah:\norang yang ~ biawak tidak harus dikasihani;\n~ dua \norang yang selalu berubah-ubah perkataan atau pendiriannya;\n \n~ di lidah orang\n (peribahasa) hanya menurut apa yang dikatakan orang." "lidah II\n= lidah-lidah\n sejenis ikan laut, \nCynoglossus spp\n;\n \n~ baji, Euryanglossa orientalis;\n~ belang, Zebrias spp.;\n~ lumpur, \na)\n Synaptura commersoniana; \nb)\n Paraplagusia bilineata;\n~ pasir, Cyanoglossus spp." "lidah III\n~ badak \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPothos latifolius;\n~ buaya \nsejenis tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, kerakap rimau, senduduk hutan (gajah), \nAllomorphia malaccensis;\n~ jin\n sejenis tumbuhan (herba), seketan, \nHedyotis philippensis;\n~ katak\n sejenis tumbuhan (pokok), sial menahun, \nPternandra coerulescens;\n~ kerbau (lembu) \nsejenis tumbuhan (pokok), \nPyrenaria acuminata;\n~ kucing\n sejenis tumbuhan (herba), \nTurnera ulmifolia;\n~ tiung \nsejenis tumbuhan (herba), \nHedyotis verticillata; \ndaun ~ gajah \nsejenis tumbuhan (herba), \nAglaonema oblongifolium; \nrumput ~ jin \nsejenis tumbuhan (herba), \nPeristrophe spp." "lidah-lidah\nsejenis tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantan, kenanga hutan, melidah, pacal kuning, pokok kuning, \nAlangium ebenaceum;\n~ mara \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), cenarahan, geronggong semut, kasi, mesekam, pendarah, tampoi paya, \nOuratea spp.;\n~ ular \nsejenis tumbuhan (pokok renek), bunga telur belangkas, \nSida spp.; \nakar ~ jin \nsejenis tumbuhan (herba), seketan, \nHedyotis capitellata." "lidal\nsarung jari, didal." "lidas\nrasa pedih atau gatal pada lidah (ketika makan buah yang masam seperti nanas dan sebagainya)." "lidi I\n1.\n tulang daun kelapa (kabung dan lain-lain) yang boleh dibuat penyapu:\npenyapu ~;\n2.\n jejari (pada roda basikal dan lain-lain);\n \nular ~\n sejenis ular kecil yang berbisa;\n \nsesimpai bagai ~ \n(peribahasa) orang yang seia sekata;\nmelidi\n (menjadi) seperti lidi:\nbadannya kurus ~." "lidi II\nsejenis ikan laut, kering, \nCentriscus scutatus." "lien\n(Ekonomi) hak memegang harta orang yang terhutang sebagai sandaran kepada hutang sehingga hutang itu dijelaskan\n." "lif\nalat untuk membawa orang atau barang dari satu tingkat ke satu tingkat lain, terutamanya di bangunan yang tinggi." "liga\n1.\n persatuan atau persyarikatan (antara negara-negara dan lain-lain);\n \nL~ Arab \npersyarikatan negara-negara Arab;\n2.\n persatuan kelab sukan yang menganjurkan perlawanan antara pasukan-pasukan ahli yang sama tarafnya:\n~ bola sepak." "ligamen\n(Biologi) seberkas tisu penghubung berserat yang menghubungkan bahagian-bahagian badan (menghubungkan tulang dengan tulang dan lain-lain)." "ligan\n[Kedah] kejar, halau." "ligas\n= meligas\n berlari dengan mengangkat kedua-dua belah kaki kanan dan kemudian kedua-dua belah kaki kiri (berkenaan (dengan) kuda dan lain-lain)." "ligat\n1. = meligat\n berpusing dengan pantas (kipas dan lain-lain):\nmatanya bulat memandang kipas yang berputar ~ di atas meja\n;\n2.\n sangat giat (aktif):\nsebaliknya, apabila di luar, masih ~ berpelesiran ke sana sini dengan pakaian ala kebaratan;\n memperligat\n [kiasan] mempercepat, mempergiat (sesuatu usaha dan lain-lain)." "ligatur\n1.\n (Perubatan) benang dan sebagainya untuk mengikat salur darah, terutamanya dalam pembedahan;\n2.\n (Percetakan) dua huruf atau lebih yang disambungkan, seperti \n." "ligih\nmeligih\n terketar-ketar menggigil." "lignin\n(Biologi) bahan yang membentuk dinding sel berkayu pada tumbuh-tumbuhan;\npeligninan\n proses tumbuhan menjadi berkayu apabila juzuk-juzuk tertentu dalam dinding selnya berubah menjadi lignin." "lignit\n(Geologi) arang batu yang empuk dan berwarna hitam keperang-perangan, biasanya digunakan sebagai bahan bakar." "lihai\nC\n1.\n [bahasa percakapan] tajam (senjata dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] pintar, licin (pandai mengakali dan lain-lain), pandai;\nkelihaian\n perihal lihai, kepintaran:\n~nya dapat dibuktikan melalui peranannya di kampung itu\n." "lihat\npandang, tengok;\n \nsalah ~ \nsalah (silap) pandang;\nberlihat-lihatan\n saling memandang, berpandang-pandangan;\nmelihat\n1.\n nampak apabila memandang, tidak buta, celik:\nia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur;\n2.\n memandang (menengok, menonton, dan lain-lain) dengan menggunakan mata:\nmereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yang terdampar itu\n;\n3.\n menilik, meramal (nasib dan lain-lain):\n~ nasib;\n4.\n membuat kesimpulan dengan menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dan sebagainya) dengan atau setelah melihat (mendengar dan sebagainya), meninjau:\nsetelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; \ndalam hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; \ndilihat dari sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dalam cerpen-cerpen Keris Mas; \n5.\n melawat (orang sakit dan lain-lain), menziarahi:\n~ orang sakit;\n~ bulan\n datang haid;\nmelihat-lihat\n melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dan sebagainya:\nkemudian aku duduk sambil ~ apa yang terdapat di dalam bilik baginda itu; \nkami mengambil peluang untuk ~ sekitar kawasan pondok yang menempatkan pelajar lelaki itu;\n melihati\n memerhati dengan teliti, memandang dengan sungguh-sungguh, mengamat-amati:\npanjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu;\nmelihatkan\n melihat akan, memandang kepada:\nia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras;\nmemperlihatkan\n1.\n melihatkan (menunjukkan supaya dilihat):\nBonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kepada orang; \n2.\n menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kepada pandangan atau tanggapan orang:\ndaripada raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yang sebenar; \ndunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yang sangat pesat;\n terlihat\n1.\n = \nkelihatan\n boleh (dapat) dilihat, nampak:\nkesedihannya ~ nyata pada mukanya; \nsemua perbezaan ini ~ melalui bahasa;\n2.\n telah dilihat, diketahui:\nsetelah ~ benda itu segera diambilnya; \n3.\n terpandang dengan tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat untuk memandang):\nketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yang duduk di sampingnya itu mengerling;\n penglihat\n1.\n = \npenglihatan\n kuasa (pancaindera) untuk melihat;\n2.\n orang yang pandai meramal (menilik dan lain-lain);\nlihatan\n apa yang dilihat:\n pengalaman yang ditempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~;\n~nya dalam kegelapan itu berpusar dan terus berpusar;\n kelihatan\n1.\n dapat dilihat, tampak:\nhari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi;\n2. = kelihatannya\n nampaknya, pada lahirnya, rupanya:\nDatuk Empat Ujang ~ termenung; \n3.\n diketahui, jelas, ternyata:\n~ benar apa tujuannya;\n pelihatan, penglihatan\n1.\n kuasa (pancaindera) untuk melihat, kebolehan melihat:\ndia terpaksa berhenti daripada pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak;\n2.\n apa yang dipandang, pandangan:\nHang Tuah ini pada ~ku bukan sebarang orang; \n3.\n perihal melihat:\ntajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu;\n pelihat\n orang yang pandai meramal atau menilik apa yang akan berlaku (terjadi dan lain-lain)." "lik\n[arkaik] sebab yang dicari-cari, dalih;\nberlik\n berdalih." "likas\n= \ndaun ~\n alat penggulung benang yang baru dipintal;\nmelikas\n menggulung benang." "likat I\n= belikat\n lekat, pekat:\n selepas hujan, terjadilah takungan air di atas minyak tar yang ~ itu;\nkelikatan\n perihal likat (cecair dan lain-lain)." "likat II\nkeruh (air sungai dan lain-lain);\n \nbukat-~\n terlalu keruh." "likat III\n[Jakarta] agak malu." "liken\n(Biologi) alga dan kulat yang hidup secara simbiosis, kulampair." "likenisme\nhubungan simbiosis antara kulat dan alga." "likenologi\ncabang botani yang berkaitan dengan kajian tentang liken." "likir\nsejenis tumbuhan (herba yang berumbi), \nAmorphophallus prainii." "liku I\n1.\n selekoh (pada jalan, sungai, dan lain-lain), kelok, siku:\ntiap ~ jalan diturut\n;\n2.\n tempat terpencil, ceruk:\nsegala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; \nsegala ~ dan ceruk pedalaman;\n~-~ hidup = ~-~ kehidupan \ndugaan dan kesengsaraan dalam hidup:\n perlunya Islam dijadikan sebagai obor yang menerangi ~-~ kehidupan;\n berliku-liku\n berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh:\ndi sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yang ~ pula;\nmelikukan\n menyebabkan menjadi liku:\n air yang deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah." "liku II\npaduka ~ \n[sastera lama] gelaran seorang permaisuri (dalam cerita panji)." "likuh\nsejenis ikan darat, lee koh, \nCyprinus carpis." "likuoris\nbahan berwarna hitam yang diperoleh daripada akar sejenis tumbuhan kekacang, digunakan dalam ubat dan untuk membuat gula-gula:\ngula-gula ~." "likur\n[sastera lama] bilangan antara 20 dan 30, dua puluhan;\n \ntujuh\n \n~\n dua puluh tujuh;\nselikur\n dua puluh satu." "likut\n[Minangkabau];\nbelikut, melikut\n menyorok (di balik pohon dan lain-lain), bersembunyi." "likwidasi\n[Indonesia-Belanda] pemansuhan atau pembubaran (sesuatu badan perniagaan dan lain-lain);\nmelikwidasikan\n memansuhkan atau membubarkan (sesuatu badan perniagaan dan lain-lain)." "likwidir\n[Indonesia-Belanda];\nmelikwidir\n melikwidasikan." "lil I\n[Kelantan] sejenis alat menangkap ikan (berupa lukah yang berpintu di rusuk)." "lil II\n[arkaik] bayangan." "lilah I\nmelilah\n muntah, menjeluak." "lilah II\n[Kelantan] sentiasa berjalan-jalan (tidak duduk diam)." "lilan\nsejenis tumbuhan (pokok), \nXylopia elliptica." "lilas\n[Kedah] = \nhabis ~ \nhabis langsung, tidak berbaki lagi." "lilau I\nmelilau\n memandang ke sana ke mari, mengalih-alih pandangan:\n sesekali mereka ~ tidak tentu arah mencari paip besar untuk menyedut air." "lilau II\n[Kedah];\nmelilau\n pergi ke merata-rata, merayau:\nMak Cik Ayang ~ mencarinya di sekeliling rumah\n." "lilek\n[Kelantan];\nberlilek\n berzina (berkenaan (dengan) perempuan)." "lilin\nsejenis bahan yang mengandungi lemak (untuk dibuat dian dan lain-lain):\nperahu ~ layarnya kertas, berani kulanggar lautan api;\n~ lebah \n= \n~ mentah \n= \n~ sambang\n lilin yang terdapat dalam sarang lebah;\n \n~ batik\n lilin yang digunakan untuk membatik;\n2.\n lilin dan lain-lain yang dibuat dalam bentuk silinder, diberi bersumbu yang dibakar yang memberikan cahaya dian:\nguru itu seolah-olah lampu atau ~ kepada masyarakat; \nke mana kelok ~, ke sana kelok loyang \n(peribahasa) perihal orang yang hanya menurut fikiran orang yang di atasnya sahaja." "lilin II\nburung ~\n sejenis burung, burung kelengkeng, \nTringa nebularia." "lilipit, liliput\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] kecil-kecil (rumah, orang, dan lain-lain)." "lilis\nmelilis\n memotong supaya sama, memaras." "lilit\n1.\n lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dan lain-lain), sesuatu yang membelit (ikatan dan lain-lain), belit:\njahitan itu dimatikan dengan menyimpulkan benang tiga ~;\n2. = lilitan\n keliling (sesuatu kawasan dan lain-lain):\n~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24,900 batu atau 39,840 km;\n \nkuat ~ kerana simpulnya \n(peribahasa) kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya;\nselilit\n1.\n sekali lilit, hanya satu lilitnya:\n~ kelengkeng;\n2.\n sekeliling, sebelit:\n~\n \nPulau Perca;\n berlilit\n berada dalam keadaan melingkari sesuatu, berbelit:\nular ~ di dahan kayu;\nberlilitkan\n menggunakan atau memakai sesuatu sebagai lilit:\n kepalanya yang ~ kain merah persis warna darah itu;\nmelilit\n1.\n membelit, melingkar:\nakar ~; \n2.\n berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dan lain-lain), mulas;\nmeliliti\n membelit pada, membeliti:\nsehelai serban putih ~ kepalanya; \ntiang rumahnya dililiti akar;\nmelilitkan\n membelitkan, melingkarkan:\nbuat satu lingkaran dengan ~ dawai pada sebatang pensel;\n lilitan\n garisan yang menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dan lain-lain), lingkungan, lilit;\npelilit\n sesuatu (tali, kain, dan sebagainya) yang digunakan untuk melilit:\n lilit tangkai bunga dengan ~ warna hijau\n." "lillah, lillahi\n[Arab] demi (kerana, untuk) Allah." "lim\n[Indonesia-Belanda] perekat, gam." "lima I\n(bilangan yang besarnya sama dengan) empat ditambah satu:\n~ belas \n15;\n \n~ puluh \n50;\n \n~ ratus\n 500;\n \n~ besar\na) lima negara yang berkuasa;\n b) lima orang dan lain-lain yang berpengaruh;\n \n~ segi\n sesuatu (rajah dan lain-lain) yang mempunyai lima segi;\n \ndua kali ~ \n= \nseperti ~ belas dengan tengah dua puluh \n(peribahasa) sama sahaja;\nberlima\n lima (orang dan lain-lain) bersama-sama, lima (orang dan lain-lain) semuanya:\nmereka yang ~ itu pernah berselisih faham dengannya;\n kelima\n yang nombor lima;\nkelima-lima\n lima-lima sekali, lima semuanya;\nperlima\n dibahagi lima (bahagian);\n \nse~ \nsatu bahagian daripada benda yang dibahagi lima." "LIMA II\nakronim bagi \nLangkawi International Maritime and Aerospace\n." "limah\n[Kelantan] sisa makanan yang tertinggal, remah." "limar\n[Jawa] sejenis kain sutera (untuk bengkung dan lain-lain)." "limas I\n1.\n sejenis timba atau takir yang dibuat daripada daun pisang (upih dan lain-lain);\n2.\n tirus ke atas seperti bentuk piramid (atap rumah dan lain-lain);\n3.\n [Indonesia] piramid." "limas II\ntidak selesa (badan), tidak sedap (badan)." "limas III\n[Perak] tepung pelita." "limau\nsejenis tumbuhan (pokok atau pokok renek dan buahnya);\n \n~ abung\n = \n~ bali \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus maxima;\n~ besar \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus grandis;\n~ cuwit \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus microcarpa;\n~ hantu\n sejenis tumbuhan (pokok),\na) \nCitrus macroptera; \nb) \nAtalantia spinosa; \nc) \nGelonium glomeratum;\n~ hijau\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus suhuiens;\n~ kapas \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus aurantifolia;\n~ kaya (kelinket, kerinket, kerisik) \nsejenis tumbuhan (pokok), \nTriphasia trifolia;\n~ kesturi \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus microcarpa;\n~ kesturi bukit (pagar) \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus swinglei;\n~ kiah (kikir, kingkip, kingkit) \nsejenis tumbuhan (pokok), \nTriphasia trifolia;\n~ kopek \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus suhuiensis;\n~ langir \nair yang dicampur dengan kulit limau (purut) dan bunga-bungaan untuk berlangir;\n \nlelang (lilang) \nsejenis tumbuhan (pokok), \nParamignya angulata;\n~ manis \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus nobilis, Citrus suhuiensis;\n~ mata kerbau \n= \n~ nipis (kapas, susu), \na) \nCitrus medica;\nb) \nCitrus aurantifolia;\n \n~ purut \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCitrus hystrix; \n~ masak sebelah, perahu karam sekerat \n(peribahasa) hukuman atau aturan yang tidak adil (memilih-milih orang kerana kedudukan atau kekayaan);\n \nmengajar ~ berduri \n(peribahasa) mengajar orang yang telah pandai;\n \nseperti ~ masak seulas\n (peribahasa) mempunyai kelebihan daripada orang lain;\nberlimau\n mandi dengan air yang telah dicampur dengan kulit limau dan bunga-bungaan:\nsudah lalu bersiram, langsung ~, berbedak, cukup kasai yang tujuh;\nmelimaui\n1.\n menyirami (memandikan) dengan air limau;\n2.\n [kiasan] mencerca orang lain;\npelimau\n [arkaik] rumah tempat mandi berlimau (biasanya untuk raja-raja bersiram)." "limbah I\n= limbahan, pelimbahan, pelimbah\n ark\n1.\n tanah rendah tempat membuang air yang kotor:\nmaka tiap-tiap rumah itu adalah ~ di bawahnya;\n2.\n [kiasan] kehidupan yang terhina." "limbah II\nlimpah." "limbah III\n[Terengganu] mencurahkan, membuangkan kesemuanya sekali:\nbuat apa kamu ~ merata air itu." "limbai\nayunan tangan ketika berjalan, lenggang:\nsekali ia melenggang ~, rukuk sekalian kayu-kayuan; \nmembuang ~\n mengayunkan tangan (selendang dan lain-lain) ketika menari;\nmelimbai\n mengayunkan tangan sewaktu berjalan, melenggang;\nmelimbaikan\n membuang (limbai), mengayunkan (tangan dan lain-lain) ketika menari." "limbak\n= lembak." "limban\n= pelimban\n jambatan kecil, titi." "limbang I\nmelimbang\n1.\n mencuci emas (bijih timah dan lain-lain) dengan menggoyangkan dulang, meriau (emas dan lain-lain), mendulang;\n2.\n mencuci beras, mengosek beras;\npelimbang\n alat untuk melimbang (dulang, nyiru, dan lain-lain)." "limbang II\nmelimbang\n [sastera lama] berjalan ke mana-mana, merantau;\npelimbang\n [sastera lama] orang yang suka berjalan ke mana-mana, pengembara." "limbang III\n~ tengah hari \nark tepat tengah hari;\n= rembang I\n." "limbat\nsejenis ikan darat, \nProphagorus spp." "limbing\nbahagian telinga (burung, ayam) yang di sebelah luar." "limbubu\n[Minangkabau] angin yang berputar, angin puting beliung, angin puyuh;\n= halimbubu\n." "limbuk\nburung ~ \nsejenis burung, punai dekut, punai tanah, \nChaleophap indica." "limbung I\n= limbungan\n1.\n kawasan berpagar di pantai tempat melabuhkan perahu atau tempat mandi;\n2.\n = \nlimbungan kapal\n galangan kapal (tempat memperbaiki kapal dan lain-lain), dok." "limbung II\n[Jakarta] tidak tetap (tempat duduk, tempat berdiri, fikiran, dan lain-lain)." "limbur I\nsambur ~ \nwaktu senja (ketika mula nampaknya teja)." "limbur II\n[Minangkabau]\n;\n \nmelimbur\n menggenangi, membanjiri." "limerik\n(Kesusasteraan) sejenis sajak lucu yang terdiri daripada lima baris." "limfa\n(Biologi) bendalir jernih kekuning-kuningan yang mengandungi terutamanya sel darah putih yang beredar dalam salur limfa." "limfoma\n(Perubatan) sejenis tumor yang terdapat pada nodus limfa." "limfosit\n(Biologi) sel darah putih kecil yang mempunyai satu nukleus dan menghasilkan antibodi." "limit\n[Indonesia-Belanda] had atau batasan (banyaknya sesuatu dan lain-lain)." "limnologi\nkajian tentang faktor-faktor biologi, fizikal dan kimia tasik." "limousin\nkereta mewah, yang biasanya mempunyai gelas pemisah antara tempat duduk depan (pemandu) dengan yang belakang." "limpa\norgan vaskular yang terletak dekat perut, yang membentuk limfosit, mengeluarkan antibodi, membantu memusnahkan sel darah merah yang telah rosak, dan menyaring bakteria dan zarah-zarah asing dari darah, kura;\n \n~ kecil \n= \nanak ~\n hempedu;\nberlimpa\n ada limpa;\n \ntidak ~ \nki tidak berperasaan, tidak berhati perut." "limpaga\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Meliaceae, surian, tangsian burung, ranggau (Sabah), \nCedrela spp\n." "limpah\n1. = melimpah\n tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dan lain-lain):\nair yang di dalam tempayan itu terlalu banyak hingga ~;\n~-ruah\n terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh;\n2.\n [kiasan] terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dan lain-lain):\nampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; \n3.\n [kiasan] baik atau murah hati:\nhanya Tuhan dengan ~ kasihan-Nya, yang akan dapat menolong beliau;\nberlimpah-limpah\n1.\n terlalu banyak tumpah kerana penuh;\n2.\n terlalu banyak atau ramai (orang dan lain-lain):\nbahan makanan ~;\nmelimpah\n1.\n tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dan lain-lain):\ndarah pun seperti sebak penuh ~ di dalam kota Singapura itu;\n2. = melimpah-limpah\n [kiasan] terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali:\ndalam pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu\n;\n3.\n [kiasan] turun kepada, datang kepada, diwarisi oleh anak ( tentang perangai dan lain-lain,):\nhanya sisa-sisanya yang jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini;\nmelimpahi\n1.\n melimpah ke (kepada):\npadang bola maktab itu dilimpahi air;\n2.\n [kiasan] bermurah hati kepada, mengurniai seseorang:\nsemoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya;\nmelimpahkan\n1.\n menjadikan melimpah, menumpahkan:\nisi padu air yang dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dengan isi padu penyumbat juga;\n~ air mata;\n2.\n mengeluarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak-banyak:\n~ kasih sayang;\n~ perhatian kepada perkembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; \n3.\n memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak:\nTuhan yang ~ rahmat kepada hamba-Nya yang berusaha dan sabar;\n limpahan\n sesuatu yang melimpah atau yang dilimpahkan:\nkamu sekalian yang makan daripada ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini;\nkelimpahan\n1.\n perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak:\nagak seketika didengarnya bunyi air ~;\n2.\n diberi (dikurniakan dan lain-lain) banyak-banyak, menerima (kurnia dan lain-lain) banyak-banyak;\n3. = kelimpah-mewahan\n keadaan yang mewah atau berlebih-lebihan, kemewahan;\npelimpahan\n perihal (proses) melimpahkan sesuatu:\nproses ~ ini tidak memerlukan agen perantara\n." "limpang\n[Brunei];\nmelimpang\n1.\n berbaring (badan);\n2.\n melintang (barang)." "limpap\nberlimpap, berlimpap-limpap\n \n1.\n berlapis-lapis, bertindih-tindih (kain baju dan lain-lain), tidak tersusun rapi;\n2.\n [kiasan] terlalu banyak (hutang)." "limpapas\n[Minangkabau] sejenis kupu-kupu yang besar;\n \n~ rumah nan gedang \nki puji-pujian bagi perempuan yang menjadi suri rumah." "limpas\n[Brunei] lalu di." "limpepas\nlimpapas\n." "limpit\n[Minangkabau] lapis, lapisan;\nberlimpit-limpit\n berlapis-lapis (tikar, kain, dan lain-lain);\nmemperlimpitkan\n menjadikan berlapis-lapis, menyusun berlapis-lapis." "limpoh\n[Minangkabau] [arkaik] longgokan atau timbunan (padi, barang jualan, dan lain-lain)." "limpung\n[Jawa], [sastera lama] senjata yang tajam." "limun I\nlimunan\n tidak dapat dilihat, tidak kelihatan;\n \nilmu ~\n ilmu (jampi, mantera) yang dapat menghilangkan diri;\n= halimun." "limun II\n[Indonesia] sejenis minuman (daripada buah-buahan), lemoned." "limut\nmelimut-limut\n terlalu banyak (buah-buahan yang kecil-kecil)." "lin I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] garis (pada buku dan lain-lain)." "lin II\n[Indonesia-Belanda] pita." "linang I\nberlinang, berlinang-linang, melinang\n \n1.\n bercahaya-cahaya, berkilat-kilat, berkilau:\nsi laki-laki berminyak rambut hingga berlinang-linang dan perempuan memakai gincu bibir;\n2\n. jatuh menitik (air mata dan lain-lain), menitis:\nmaka keempat-empat saudara itu pun berlinang-linanglah air matanya mendengar cerita saudaranya itu;\n linangan\n perihal berlinang (air mata dan lain-lain), titisan." "linang II\n~ kuning\n sejenis ikan darat (seperti belut), \nAnguilla mauritania\n." "linau\nsejenis tumbuhan (palma), nibung, \nOncosperma filamentosa." "lincah\n1.\n tidak boleh diam (perangai dan lain-lain), bergerak selalu:\n~ sungguh urinya gasing itu\n;\n2.\n tidak tetap (fikiran, pekerjaan, tempat tinggal, dan lain-lain), bertukar-tukar selalu (isteri dan lain-lain), gelisah:\ngadis itu pun mulalah ~ dan tidak begitu endahkan tunangannya lagi; \n3.\n cergas, giat, pantas, tangkas, rancak:\nmereka menjalani hidup dengan keyakinan sendiri,lebih berani dan lebih ~ daripada angkatan tua; \nbegitu keanak-anakan isi suratnya, tetapi begitu ~\n;\nmelincah-lincah, terlincah-lincah\n sentiasa berubah-ubah (tempat tinggal, pekerjaan, fikiran, dan lain-lain), selalu bertukar-tukar, tidak tetap;\nkelincahan\n perihal lincah (selalu bergerak-gerak dan lain-lain)." "lincam\n[Minangkabau];\nselincam\n sebentar, sekejap;\nmelincam\n1.\n bergerak (melancar, menikam, dan lain-lain) dengan cepat;\n2.\n dengan cepat (bergerak dan lain-lain), dengan pantas." "lincir\nlicin kerana terdapat minyak dan sebagainya, tidak sendat (pergerakan mesin dan lain-lain), lancar (percakapan dan lain-lain);\n \n~ lidahnya \n= \n~ mulut \na) lancar berkata-kata;\n b) lepas mulut;\nmelincirkan\n menjadikan licin, melicinkan (pergerakan mesin dan lain-lain), melancarkan;\npelinciran\n perihal (tindakan dan sebagainya) melincirkan;\npelincir\n sesuatu yang digunakan untuk melicinkan (perjalanan mesin dan lain-lain):\nminyak jarak digunakan juga sebagai minyak ~; \nminyak ~ unggul untuk enjin yang berteknologi tinggi." "lindak\n[Minangkabau];\nberlindak, berlindak-lindak\n bertimbun-timbun, banyak sekali (harta dan lain-lain), berlambak-lambak:\nwalaupun kaya ~ hartaku dan maju perniagaanku, menurut langgam dan pandangan orang di kampung, abang masih dipandang hina." "lindang\n[Minangkabau] tidak berbaki lagi (wang, harta, dan lain-lain), habis:\nlah ~ pitis awak;\n~ tandas \nhabis langsung;\nmelindangkan\n menghabiskan langsung." "lindap\n[Minangkabau]\n1.\n = \nmelindap\n menjadi kurang (cahaya, panas, dan lain-lain), tidak kuat lagi:\ndemam telah ~;\n2.\n tidak terang (nyata, jelas, dan lain-lain) lagi, kabur, padam, samar;\n \nlampu ~ \nlampu mulai padam (tidak terang lagi);\n \npertanyaan yang ~ \npertanyaan yang samar-samar;\nmelindap\n1.\n tidak berbaki lagi, habis, lindang;\n2.\n menjadi kabur (samar, tidak nyata, dan lain-lain)." "lindas\nmelindas\n menindih, melanyak, menekan, menggelek;\npelindas\n alat untuk menindih (menggelek, menggiling dan lain-lain)." "lindes\n[Jakarta] \n= kelindas." "lindih\n= lindis." "lindis\n[Minangkabau];\nmelindis\n1.\n menekan hingga padat (pipih, hancur, lumat, rata, dan lain-lain), menggelek, menggiling, menindih;\n2.\n [kiasan] menindas, memeras, mengalahkan lawan (dalam permainan dan lain-lain);\npelindis\n alat untuk menindih (menggiling dan lain-lain)." "lindor\n[Jakarta] mengigau." "lindu\n[Jawa] gempa bumi:\n~ menggoncang negeri Sang Ratu." "lindung I\nberlindung\n \n1. = berselindung\n tidak menampakkan diri (kpada orang), bersembunyi:\nSi Lamat hendak mencari tempat ~ di dalam belukar itu;\n2.\n berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain:\nramai penduduk negeri itu yang telah lari ~ diri ke negeri Normandy; \n3. = berselindung\n tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dengan diam-diam, tidak ketara:\nmanakala saya melihat Aminah berkata dengan tidak berselindung itu, saya pun kasihan kepadanya; \ndia tidak berani menentang secara berterang-terangan hanya secara ~ sahaja;\nberlindungkan\n [sastera lama] menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan:\nmaka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pada Sultan Mansor Shah;\nmelindungi\n1.\n menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dan lain-lain):\npondok saya tidak nampak dari sini kerana dilindungi belukar;\n2.\n memberi pertolongan (bantuan dan lain-lain), membela, memberi naungan:\nmahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat daripada malapetaka jenayah; \nbeberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama-sama biri-biri untuk ~ biri-biri daripada serangan binatang buas; \n3.\n tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dan lain-lain), menyelubungi:\nmereka sangat bijak ~ hasrat yang hendak disampaikan;\nlindung-melindungi\n saling melindungi;\nmelindungkan\n1.\n menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, menyorokkan:\ndilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; \nmaka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; \ntiap-tiap orang yang menggunakan perkataan seperti ini semata-mata untuk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; \n2.\n menggunakan untuk melindungi:\njerami itu dilindungkan pada semaian;\n memperlindungkan\n menaungkan, memberi pertolongan kepada, menyelamatkan:\nia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei daripada serangan musuh;\nterlindung\n1.\n tersorok, tersembunyi:\nperbuatan yang tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya;\n2.\n dapat diselamatkan (daripada bahaya dan lain-lain), terselamat;\nlindungan\n1.\n yang terlindung oleh, yang dilindungi:\nmanusia ~ Tuhan;\n2.\n = \nperlindungan;\nkelindungan\n1.\n terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dan lain-lain);\n2.\n [arkaik] kelampauan (melampaui, melanggar adat, dan lain-lain);\nperlindungan\n1.\n tempat yang melindungi, tempat berlindung:\npada hari hujan, atap itu menjadi ~; \n2.\n perihal (tindakan dan sebagainya) melindungi (mis dengan bantuan, pertolongan, dan lain-lain):\npemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; \nindustri kecil seperti ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif;\npelindungan\n [arkaik] bilik air, jamban, tandas:\nmaka pada sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dalam ~;\npelindung\n1.\n sesuatu (atap, dinding, dan lain-lain) yang melindungi:\natap yang tugasnya sebagai ~ dari hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya;\n2.\n orang yang memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dan lain-lain):\nlaki-laki yang sedang terkurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya." "lindung II\n[Jakarta] sejenis belut." "lindur\nlindor." "linear\n1.\n berkaitan dengan atau berbentuk seperti garis-garis:\ncorak warna ~; \n2.\n berkaitan dengan (ukuran) panjang, misalnya meter, kaki dan inci. \nlinen\n (linn) =\n kain ~ \nsejenis kain yang dibuat daripada serat pokok flaks." "ling I\nukuran banyak yang sama dengan setengah cupak." "ling II\nburung lang ~ \nsejenis burung, kelengkeng, \nAnthracoceros malabaricus leucogaster." "lingar\nmelingar\n \n1.\n tidak tetap (pandangan);\n2.\n memalingkan pandangan dengan cepat." "lingas I\n[arkaik] lembap;\n= lengas." "lingas II\nmelingas\n memandang ke sana sini dengan pantas seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu:\nmatanya ~ ketika berada di bilik tamu itu; \nmatanya ~ memandang sekeliling semasa berjalan meninggalkan tempat itu;\n melingas-lingas\n memandang-mandang ke sana sini dengan pantas seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu:\nmatanya ~ melihat kalau-kalau ada tentera pengawal yang dapat mengesan jejaknya." "lingga I\nsejenis tugu peringatan (daripada batu);\n \n~ alam \n[Indonesia] sesuatu daerah (hutan, sungai, dan lain-lain) yang dikekalkan keadaannya, kawasan simpanan." "lingga II\n~ api \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDysoxylon dumosum." "linggam\n[sastera lama] sejenis cat merah;\n= sedelinggam." "linggar\n[Brunei] mudah terbalik (perahu dan lain-lain) akibat gerakan berayun-ayun atau bergoyang-goyang ke kiri ke kanan, oleng." "linggata\nsejenis tumbuhan (herba yang gatal), jelatang." "linggayuran\n[Minangkabau] [arkaik] panjang lampai, tinggi langkai." "linggi I\nkayu yang melengkung pada buritan atau haluan perahu:\ngemuruh air di ~, gemuruh air disekat.\nLinggi II\n nama suatu tempat di Negeri Sembilan;\n \n~ diserang, Riau yang alah \n(peribahasa) menyerah tanpa berjuang." "linggis I\n[Jawa] besi perejang, alabangka;\nmelinggis\n memecahkan batu (benda keras dan lain-lain) dengan linggis." "linggis II\nlinggisan\n \n~ dayung \npara-para pada bibir perahu untuk menyangga dayung." "lingkah\ntidak sepakat;\n= telingkah." "lingkap\nhabis langsung, tidak berbaki lagi (harta dan lain-lain):\nmodal lingkup harta ~ ." "lingkar\n1.\n gulung (seperti ular tidur, tali yang digulung, dan lain-lain), belit, gelung:\ndi dalam petak jubung, di dalam ~ tali sauh;\n2.\n rim atau birai (pada roda dan lain-lain), bingkai:\n~ roda; \n3.\n lilit (keliling) bulatan;\nberlingkar\n1.\n berada dalam bulatan kecil yang berpusing-pusing (seperti keadaan ular tidur dan lain-lain), berbelit, bergelung:\nular itu ~ seperti busut yang besar rupanya;\n2.\n [kiasan] berbaring-baring di tempat tidur:\naku ~ seperti gelugur kering di atas tilam;\nmelingkar\n1.\n dalam keadaan berlingkar (bergelung dan lain-lain):\nular yang diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dalam reban ayam;\n2.\n menggulung tali dan lain-lain supaya berlingkar:\n~ rotan; \n3.\n mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit:\nseekor ular ~ di badannya;\nmelingkari\n1.\n melingkar pada, melilit pada, membelit pada:\nsulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka;\n2.\n mengelilingi atau melingkungi:\nia berjalan ~ rumah;\nmelingkarkan\n menjadikan berlingkar, melilitkan, menggelungkan:\nlogam ini dilingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder;\nterlingkar\n dalam keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung;\nlingkaran\n1.\n sesuatu yang berlingkar, gelungan:\n~ dawai dibuka dan diregangkan;\n2.\n daerah (kawasan, lingkungan, dan lain-lain) sesuatu kuasa:\ndunia yang bulat meneruskan gulingan dalam ~nya." "lingkas\n[arkaik] tidak panjang (berita dan lain-lain), ringkas." "lingkis\n[Jawa] [arkaik];\nmelingkis\n menggulung (lengan baju), menyingsing." "lingkung\n1.\n lilit, keliling, pusing keliling;\n2.\n gulung, gelung;\nselingkung\n1.\n sekeliling, selilit (sesuatu kawasan dan lain-lain);\n2.\n seluruh kawasan di dalam suatu lingkaran, semua orang (dalam suatu perbadanan dan lain-lain);\nmelingkung\n memagari (menandai dan lain-lain) berkeliling;\nmelingkungi\n1.\n mengelilingi, melingkari:\nbalai itu dilingkungi pagar dawai berduri;\n2.\n melingkupi, meliputi, memasukkan dalam pengaruh (kawasan dan lain-lain);\nterlingkung\n1.\n telah dilingkungi (dikelilingi), terkurung dalam;\n2.\n termasuk dalam sesuatu pengaruh (kawasan dan lain-lain):\norang yang hidup ~ dalam suatu masyarakat;\nlingkungan\n1.\n sempadan (garisan dan lain-lain) yang mengelilingi sesuatu, bulatan, lingkaran;\n2.\n semua yang terlingkung dalam suatu kawasan (kuasa dan lain-lain):\nusianya belum berapa lanjut, barangkali dalam ~ empat puluhan; \npantai timur semenanjung termasuk dalam ~ daerah pedalaman Singapura." "lingkup I\ntertutup (kepala, muka dengan kain, dan lain-lain), tertudung;\n \nbertudung ~ \nberselubung panjang sebelah;\nmelingkupi\n1.\n menyelubungi, menudungi, menutupi:\njikalau sel itu hidup, ia dilingkupi oleh benda berupa agar-agar yang tidak berwarna;\n2.\n melingkungi atau meliputi (beberapa hal dan lain-lain):\npembicaraan itu ~ berbagai-bagai masalah; \n3.\n [kiasan] meliputi (suasana dan lain-lain), menyelubungi, menyelaputi:\nhawa dingin ~ sekitar kawasan itu; \npembicaraan itu dilingkupi suasana yang tegang;\nterlingkup\n dalam keadaan dilingkupi, terlingkung, terliput, terselubung." "lingkup II\n[Minangkabau] habis semuanya (orang yang pergi atau datang), semuanya pergi atau datang." "lingkup III\n1. = telingkup\n terbalik (kapal, perahu, dan lain-lain), tertungkup;\n2.\n ki, [bahasa percakapan] habis rosak atau punah, binasa, jahanam;\nmelingkupkan\n membinasakan, menjahanamkan:\nkalau dia hitam hatinya, soal ~ syarikat itu di hujung jarinya." "linglung\nhilang ingatan, bingung:\nia memalingkan mukanya ke kanan dan ke kiri dengan perasaan ~ dan bingung, seakan-akan ada bayangan yang sedang mendekatinya;\nmelinglungkan\n menjadikan linglung, membingungkan." "lingo\n1.\n bahasa atau laras yang asing:\n dia mengerti ~ sistem yang dipakai oleh komputer itu\n;\n2.\n kata atau ungkapan khusus yang biasanya digunakan dalam konteks tertentu (oleh kelompok tertentu atau bagi bidang tertentu)." "lingsa\n[Jawa] telur kutu yang terdapat di rambut." "lingsang\n[Jawa] sejenis berang-berang, \nPrionodon linsang." "lingsir\njatuh (matahari), terbenam;\nmelingsirkan\n menurunkan, menggelincirkan, menjatuhkan;\n= gelingsir, lengser." "lingua franca\nbahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa:\nahli bahasa berpendapat bahawa jika diberi masa untuk terus berkembang, bahasa Melayu akan mampu menjadi bahasa perhubungan utama atau ~ di rantau ini." "linguis\n1.\n ahli bahasa;\n2.\n ahli linguistik." "linguistik\n1.\n kajian saintifik tentang bahasa;\n2.\n berkaitan dengan bahasa;\n~ berkomputer \ncabang pengkajian bahasa yang menerapkan teknik komputer dalam pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dalam pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik;\n~ gunaan \nlinguistik terapan;\n~ normatif \naliran linguistik yang berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah untuk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa;\n~ pedagogi \ncabang linguistik terapan yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran bahasa;\n~ preskriptif\na) perancangan bahasa yang bertujuan untuk mewujudkan satu bahasa kebangsaan yang baku;\nb) sikap dalam kajian bahasa yang berusaha mengadakan rumus untuk penggunaan bahasa yang betul;\n~ sejarawi \nkaedah yang digunakan dalam cabang linguistik untuk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dalam sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa;\n~ terapan \ncabang linguistik yang berkaitan dengan penerapan praktikal kajian bahasa seperti linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik." "lini\npengurus ~\n pengurus yang bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi:\nperancangan merupakan fungsi utama pengurus ~." "linimen\n(Perubatan) sejenis minyak berubat yang disapukan pada badan untuk melegakanrasa sakit, kekejangan dan sebagainya." "linjak\nlanyak, pijak (dengan bertalu-talu)." "link\nukuran panjang yang bersamaan dengan satu per seratus rantai atau 0.2 meter." "linktus\n(Perubatan) cecair berubat yang diminum untuk melegakan batuk dan sakit tekak." "lino\nmesin ~ \n= \nlinotaip\n sejenis mesin pengatur huruf yang dikendalikan oleh papan kekunci yang menghasilkan setiap baris taip pada sekeping logam." "linoleum\nsejenis penutup lantai seakan-akan tikar getah yang tebal dan kuat." "linsid\nbiji pokok flaks yang dapat menghasilkan minyak:\nminyak ~." "lintabung\nsejenis tumbuhan (rumput yang keras tangkai daunnya), \nPanicum palmi folium;\n \nilmu ~ \nki bodoh lagi sombong (orang)." "lintadu\n[arkaik] sejenis serangga, cengkadak, mentadu, \nTenodera aridifolia." "lintah\nsejenis binatang dalam kelas Hirudinea, rupanya seperti pacat tetapi lebih besar;\n jenis-jenisnya:\n~ padi, ~ paya, ~ perca, \ndan lain-lain;\nlintah darat\n [kiasan] orang yang meminjamkan wang dengan mengenakan bunga yang sangat tinggi;\nmelintah\ndarat\n [kiasan] membungakan wang dengan faedah yang terlalu tinggi." "lintang\n1.\n lebar (sesuatu kawasan), lawan panjang atau bujur:\nkawasan ituluasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak~nya?\n2.\n mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dan lain-lain),malang:\nkeratan ~; \nkayu ~; \n3.\n [arkaik] pemidang yang mengikut lebarsesuatu benda (daun pintu, tingkap, dan lain-lain);\n \n~ bujur \na) garisan dari sudutke sudut;\n b) pergi atau berlari ke segenap arah;\n \n~-kedak \ntidak teratur(letak sesuatu dan lain-lain);\n \n~-pukang \na) tidak menentu arahnya (orangberlari dan lain-lain);\n b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang;\nmelintang\n1.\n mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dan lain-lain), malang:\nsehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas birumembalut tubuhnya;\n2.\n mendatar (sesuatu garisan), lawan menegak;\n3.\n menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dan lain-lain):\ndiasendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~;\n~ batang\nmembuat rintangan di sungai untuk memungut cukai;\n \n~ payar\nmelabuhkan perahu melintang di sungai untuk memungut cukai;\n4.\n bergerak dari satu tangga gaji dalam sesuatu peringkat ke satu tanggadan peringkat yang lebih tinggi dalam Sistem Saraan Baru ((berkenaan (dengan)) pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);\nmelintangi\n1.\n menghalangi, menyekat, merintangi;\n2.\n memberitentangan (kpada pendapat, fikiran orang, dan lain-lain), membantah,menyangkal;\nmelintangkan\n meletakkan (supaya) melintang, meletakkan mengikut lintang sesuatu benda:\ntegakkan sebatang silinder dan kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu;\nterlintang\n1.\n terletak melintang, dalam keadaan melintang:\nterbujur lalu, ~ patah;\n2.\n terhalang, terintang, tertahan:\nsiapa engkau yang ~ di hadapanku ini?\nlintangan\n sesuatu yang melintang, galangan, halangan;\npelintangan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) melintang atau melintangkan. \nlintap\n1.\n bersusun,berlapis-lapis teratur atau tersusun (berlapis-lapis);\n2.\n lapisan (tanah)." "lintar\n[kependekan] halilintar." "lintas\n1.\n lalu dengan cepat;\n2.\n [arkaik] bahagian dari jalan kereta api (dari satu tempat ke tempat lain);\n~ akal \nmasuk akal, boleh diterima oleh akal;\n \n~ pintas \nselalu pergi datang (keluar masuk dan lain-lain), lalu-lalang;\nselintas\n tidak berapa lama, sebentar, sekejap:\n~ lalu;\nmelintas\n1.\n lalu (dengan cepat):\nseorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; \n2.\n merentas (mengikut jalan yang terdekat), memintas:\nkita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; \n3.\n memotong jalan, menyeberangi jalan:\ntidak dibenarkan ~ jalan di sini; \n4.\n teringat (ternampak, terkenang, dan lain-lain) sekejap:\nbenda pertama yang ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;\nmelintasi\n1.\n lalu di, melalui, mengharungi:\npelayaran ~ Atlantik; \n2.\n pergi ke seberang, menyeberangi:\nhabis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; \n3.\n menghindarkan (kesulitan dan lain-lain), mengatasi;\nterlintas\n1.\n telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan;\n2.\n teringat dalam hati, terkenang, tergerak (di hati):\n~ juga di hatinya hendak mengadu kepada ayahnya perihal ia kena marah itu;\nlintasan\n1.\n gerakan melintas:\nkena ~ hantu; \n2.\n sesuatu yang melintas:\nsetiap ~ fikiran dirakamkannya dengan tidak membuat pilihan secara teliti; \n3. = pelintas\n tempat melintas (menyeberang), jalan yang dilalui;\n \n~\n \nbelang\n bahagian jalan yang berjalur-jalur putih atau kuning sebagai isyarat supaya kenderaan berhenti untuk membolehkan pejalan kaki melintas;\n \n~ zebra \nlintasan belang;\nkelintasan\n1.\n telah dilalui atau dilampaui, kelampauan;\n \npantang ~ \na) tidak mahu dilalui;\n b) selalu hendak menang daripada orang lain;\n2.\n [Kelantan] dirasuk hantu dan lain-lain;\nperlintasan\n1.\n perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dan lain-lain);\n2.\n hadiah untuk saudara tua yang didahului (khas daripada adik perempuan yang berkahwin dahulu daripada kakaknya);\npelintas\n orang yang melintas." "lintibang\n[Minangkabau] sejenis sepah bulan." "lintuh\nlemah, lembut, lembik:\nPoniem melihat gerak suaminya dengan hati yang ~;\npelintuh\n guna-guna (mantera, jampi, dan lain-lain) untuk melemahkan lawan." "lintup\ntertutup rapat-rapat, litup;\nmelintup\n menutup rapat-rapat;\nmelintupi\n menyelubungi." "linu I\nrasa seperti sakit digesek-gesek (pada gigi, tulang, dan lain-lain), rasa yang tidak sedap (mendengar buluh dikikis, gergaji dikikir, dan lain-lain), ngilu." "linu II\n[Jakarta] gempa bumi." "linyak\n[Minangkabau] rata atau pipih (seperti benda-benda yang kena tekan);\nberlinyak\n bertumbuk, berkelahi;\nmelinyak\n menjadikan linyak, memijak hingga linyak, melatam." "linyang\nmelinyang\n melancar dengan cepat di atas air (berkenaan (dengan) perahu, kapal);\n= linyar." "linyap\n[bahasa percakapan] hilang, lenyap." "linyar\nmelinyar\n melancar di atas air (berkenaan (dengan) perahu, kapal);\n= linyang." "linyau\n[Pahang] licin dan berkilat (rambut yang diminyaki dan disikat)." "lio\n[Cina] dapur tempat membakar bata atau genting." "liong\n[Cina] sejenis naga tiruan yang besar." "liontin\n[Indonesia] sejenis loket atau aguk." "lipan\nsejenis binatang berbisa yang banyak kakinya, \nLithobius spp\n., \nScutigera spp.\n;\n jenis-jenisnya:\n~ bara, ~ gading, ~ papan, ~ rumah, \ndan lain-lain." "lipas\nsejenis serangga berwarna perang gelap, berbadan leper dan bujur, mempunyai sesungut yang panjang dan bahagian mulut menggigit, kepuyuk, \nPeriplaneta spp.;\n~ kudung \nsejenis lipas, \nPeriplaneta orientalis; \nseperti ~ kudung \n(peribahasa) selalu bergerak dengan cepat (pantas lagi cekap membuat kerja)." "lipat\n1.\n (sesuatu) yang dipatahkan dengan tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit;\n \nkajang ~ \nkajang yang dijadikan berkembar dua;\n \npisau ~ \npisau yang matanya boleh dipatahkan ke dalam;\n2.\n rangkap, ganda, kembar;\n \n~ dua \nkembar (ganda, rangkap) dua;\n \n~ kajang \nselekoh (sungai, jalan, dan lain-lain) yang terlalu tajam, siku keluang;\n \n~ pandan \nnama sanggul yang disirat seperti daun pandan yang akan dianyam;\nberlipat\n1.\n berlapis rapi (kain baju dan lain-lain):\ndiambilnya baju yang ~ di dalam almari;\n2.\n berlipat ganda;\nberlipat-lipat\n1.\n banyak lipatnya, berlapis-lapis;\n2.\n = \n~ ganda \nbanyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak:\nbarang-barang itu dijualnya dengan mendapat laba yang ~ ganda;\nmelipat\n ark\n1.\n mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap):\ndilipatnya surat khabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja;\n2.\n [kiasan] mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat:\nsamseng itu telah dilipat oleh polis; \n3.\n [kiasan] melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dan lain-lain), tidak menurut perintah;\n \n~ wang \nmenggelapkan wang;\n4.\n [kiasan] menjual sesuatu kerana kesempitan hidup;\n5.\n menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dan lain-lain):\nharga barang import membumbung ~ dua atau tiga;\nmelipatkan\n [arkaik] mematahkan supaya berkembar (berlapis dan lain-lain), menjadikan berlipat:\nPak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menyelubungi mayatnya dengan kain;\nlipatan\n1.\n = \npelipatan\n sesuatu yang berlipat (kain, kertas, dan lain-lain), hasil melipat:\nsurat itu aku keluarkan dari sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya;\n~ seluar \nsait seluar;\n2.\n [Indonesia] pembebat surat khabar;\n3.\n tompokan (kad dan lain-lain);\nkelipatan\n [Indonesia] bilangan yang merupakan hasil daripada mendarabkan sesuatu angka:\n21 ialah ~ 7;\n~ persekutuan terkecil \n[Indonesia] angka kandungan kecil;\nperlipatan\n perihal berlipat, pergandaan;\nkelipat\n kelebek, kelepek (pada baju), lipatan (pada kulit buku yang lembut);\npelipat\n1.\n = \npelipatan\n bahagian yang di belakang lutut;\n \npelipatan kulit \nalur pada kulit orang tua yang berlipat-lipat;\n2.\n garisan (pada kain baju, kertas, dan lain-lain) kerana dilipat, lipatan." "lipat ganda\ndiganda-gandakan (menjadi banyak);\nberlipat ganda\n sekian kali banyaknya, berganda:\nkekuatan musuh kita telah ~;\n melipatgandakan\n menggandakan berkali-kali, memperbanyak, menjadikan bertambah banyak:\nmereka berusaha ~ hasil pertanian; \nakan saya lipatgandakan usaha untuk membasmi kemiskinan selepas memenangi pilihan raya ini." "liperi\n[Indonesia], [bahasa percakapan] pengadil (dalam pertandingan bola sepak dan lain-lain)." "lipid\n(Kimia) kumpulan sebatian organik, antaranya termasuklah lemak dan lilin." "lipis\n= pelipis." "lipit\n= kelipitan, pelipit\n kelim atau lipat yang kecil pada pakaian (pada songkok, baju, dan lain-lain):\nditanggalkannya songkoknya dan dikeluarkan dari kelipitannya itu duit seringgit;\nmelipit\n memberi (mengenakan) lipit pada pakaian." "liplap\n1.\n tidak sekata atau sama (warna barang yang berlapis-lapis);\n2.\n = \nBelanda ~ \nBelanda peranakan;\n \nanak ~ \nanak yang orang tuanya berlainan bangsa." "lipoprotein\n(Biologi) protein yang bergabung dengan lipid." "lipstik\ngincu (pewarna) bibir." "lipu\n[arkaik];\nmelipu\n tidak bercahaya atau berseri-seri, layu, muram, suram." "lipur\n1.\n hilang, hapus, lelap, lenyap;\n2.\n hilang kesedihan dan lain-lain, terlupa kesusahan dan lain-lain, terhibur:\nceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dari sebab itu ~ hatiku;\n~ diri \nkegiatan yang dilakukan untuk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran:\n~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu;\nmelipur, melipurkan\n1.\n menghapuskan (kesan, tanda, dan lain-lain), menghilangkan, melelapkan, melenyapkan;\n \n~ dendam \nmengikiskan perasaan dendam;\n2.\n menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan:\nmaka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yang dukacita itu;\npelipur, penglipur\n orang yang menghibur atau melipur, penghibur;\n ~ lara \n(Kesusasteraan) orang yang menghiburkan hati yang duka dengan menyampaikan cerita rakyat yang berunsur jenaka, biasanya diselitkan dengan syair, pantun, seloka dan sebagainya." "lipuria\n(Perubatan) adiposuria." "liput\nberliput\n berselubung, bertutup, dipenuhi oleh:\nkebanyakan tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dengan tanah lanar;\n2.\n [kiasan] terselindung, tersembunyi:\nkata raja kata ~;\nmeliputi\n1.\n menutupi, memenuhi:\ndaratan kita sekarang pada suatu masa dahulu diliputi air;\n2.\n [kiasan] menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi:\nrancangan pembangunan yang menyeluruh ~ segenap daerah dan pelosok; \nwajah isterinya diliputi kemuraman;\nterliput\n1.\n tertutup oleh sesuatu (air dan lain-lain);\n2.\n termasuk atau terlingkung (dalam sesuatu kawasan dan lain-lain):\n di dalam nama-nama, ~ selebih-lebih sifat daripada segala sifat kelebihan dan kesempurnaan; \nliputan\n1.\n sesuatu yang meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu:\n~ salji di kemuncak gunung;\n2.\n = \n~ berita \nperihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dalam jurnal, akhbar, dan sebagainya):\ndia ditugaskan membuat ~ dalam persidangan itu." "lir\n[Jawa] [arkaik] [sastera lama] seperti (umpama);\n \nsang ~ sari \nyang seperti bunga (gadis yang elok)." "lira\nunit mata wang Itali, Turki dan Malta. \nlirih\n perlahan-lahan (tidak kuat), lembut:\nberjurus-jurus dia termenung seperti berfikir mencari jawaban sebelum bersuara ~, Berhati-hati, Tam." "lirik I\n= larik I." "lirik II\n= lirikan\n = \n~ mata \njelingan mata, pandangan ke kiri ke kanan, kerlingan;\nselirik\n selayang pandang, sekejap pandang;\nmelirik\n menjeling dengan tajam, mengerling:\nsetelah ~ dulu ke kiri ke kanan, ia pun duduk." "lirik III\n1.\n sejenis puisi yang menggambarkan perasaan;\n2.\n seni kata lagu." "liris I\n= \ncorak ~ \n[Indonesia] sejenis corak batik;" "liris II\npenuh emosi:\nkaset yang mengandungi lagu-lagu ~ mendapat tempat di hati para remaja." "lis\n1.\n [bahasa percakapan] daftar, senarai:\n\n\n~ derma Masjid Negara;\n2.\n garisan di sekeliling gambar, bingkai." "lis-lis\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), cika mas, \nAcalypha indica." "lisah I\n[arkaik] gelisah, resah." "lisah II\nsejenis ikan laut, \nPeriophthalmus koelreuteri." "lisan\n1.\n lidah:\njilat dengan ~ tujuh hari;\n2.\n sesuatu yang diucapkan (tidak ditulis);\n \nsaya telah diberitahu dengan (secara) ~ \ndiberitahu dengan mulut (bukan dengan surat);\nmelisankan\n menyebut dengan mulut, menuturkan;\nkelisanan\n hal yang berkaitan dengan lisan:\n istilah dan gagasan yang dipakai untuk membicarakan ~\n." "lisani\nhuruf ~ \nark huruf yang dibunyikan dengan lidah." "lisensi\n[Indonesia-Belanda] surat kebenaran, lesen." "lisin\n(Biologi) bahan yang menyebabkan pemecahan dan pemusnahan sesuatu sel atau bakteria;\n \n~ alfa \nsejenis antibodi yang dapat memecahkan sel." "lisina\n(Biologi) asid amino perlu yang terdapat dalam protein dan penting dalam diet, terutamanya untuk pertumbuhan bayi dan juga untuk keseimbangan nitrogen bagi orang dewasa." "lisir\n[Perlis];\nmelisir\n labuh benar (pakaian)." "lisis\n(Biologi) pemecahan dan pemusnahan sel atau bakteria oleh lisin." "lisong\n[Cina] cerut, cerutu:\ndengan hati yang terharu, nyonya Van Oost duduk memetik ~." "listerik, listrik\n[Indonesia-Belanda] elektrik." "lisu\n1.\n lipatan atau kedut yang dijahit atau dibuat pada kain;\n2.\n lipatan menirus yang dijahit pada pakaian;\nberlisu\n mempunyai atau dihiasi lisu." "lisut\n1.\n kecut dan kendur (kulit dan lain-lain):\nkulitnya mulai ~; \nbengkaknya ~;\n2.\n tidak segar lagi (bunga dan lain-lain), layu;\n3.\n [kiasan] sudah tua benar, layu:\n lelaki yang tua ~ itu tiba-tiba menjengah muka dari arah dapur;\nmelisut\n menjadi lisut (kulit dan lain-lain);\nmelisuntukan\n menjadikan lisut (kulit dan lain-lain);\nkelisutan\n perihal lisut." "lit-lit\npanas ~ \n[Kedah] panas terik." "lita\nluas ~ \n[Kelantan] luas sekali (kawasan)." "litah\n= \n~ mulut \n[sastera lama] berkata dengan tidak berfikir-fikir lagi, tidak dapat menyimpan rahsia, lepas mulut, latah." "litak\n[Minangkabau]\n1.\n penat, lelah, payah;\n2.\n lemah sekali, lesu, lapar." "litani\n[Indonesia] doa yang diucapkan oleh paderi dan disambut oleh hadirin di dalam gereja." "litar\n1.\n lilit (pada sesuatu benda), keliling;\n2.\n = \nlitaran\n (Kejuruteraan) jalan lengkap yang dilalui arus elektrik:\nhaba dapat dihasilkan oleh arus elektrik dalam sesuatu ~;\n~ pintas; \n3.\n trek untuk perlumbaan kereta, motosikal dan sebagainya;\n4.\n bergerak berkeliling dari satu tempat ke tempat lain;\n \npengadil ~ \npengadil yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk menjalankan tugasnya;\n~ bersepadu \n(Fizik) litar yang menggabungkan pelbagai komponen elektronik ke dalam satu unit;\n \n~ elektrik \n(Fizik) susunan pengalir dan peranti yang dapat mengalirkan arus elektrik;\n \n~ pintas = ~ singkat \n(Kejuruteraan) kesalahan yang menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek kerana penebat yang rosak;\n~ tertutup \n(Fizik) litar elektrik yang lengkap dan membolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan." "litenan\nletnan." "liter\nukuran banyak yang bersamaan dengan 1 dm3 (biasanya bagi cecair seperti minyak, air, dan lain-lain);\nliteran\n sukatan (takaran) yang isinya satu liter." "literal\n1.\n berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yang digunakan (bukan makna kiasan atau makna yang tersirat di sebaliknya:\nsikapnya sangat sederhana, dan beliau kerap mentafsirkan percakapan suaminya secara ~; \n2.\n harfiah:\nterjemahan ~." "literasi\nkebolehan menulis dan membaca, celik huruf;\n \n~ komputer\n tahu menggunakan dan mengendalikan komputer." "literator\n[Indonesia-Belanda] ahli sastera." "literatur\n[Indonesia-Belanda] kesusasteraan;\n \n~ Islam \nkesusasteraan Islam." "litigan\n(Undang-undang) pihak atau orang yang membuat tuntutan atau yang didakwa di mahkamah." "litigasi\nproses pembicaraan undang-undang di mahkamah (sama ada untuk membela atau menentang sesuatu kes)." "litir\n= \npenuh ~ \n[Kelantan] sangat penuh, penuh hingga melimpah." "litium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang lembut dan ringan." "litmus\n(Kimia) bahan berwarna yang digunakan sebagai penunjuk kepada hadir tidaknya asid atau alkali (yang biru bertukar warna menjadi merah dalam larutan asid dan yang merah menjadi biru dalam larutan alkali);\n \nkertas ~ \nkertas turas yang berisi tepu dengan litmus dan digunakan sebagai penunjuk asid-alkali dalam kimia analisis." "lito\n1.\n litograf;\n2.\n litografi." "litofit\ntumbuhan yang hidup di atas batu-batuan, misalnya lumut hati dan paku-pakis." "litograf\ncetakan yang dihasilkan melalui kaedah litografi." "litografi\nkaedah mencetak pada permukaan yang mendatar (plat logam atau batu) dengan mengalirkan dakwat pada bahagian tertentu permukaan yang berkenaan (menurut reka bentuk bahan yang hendak dicetak)." "litopon\nsejenis serbuk berwarna putih yang digunakan sebagai pigmen cat dan juga dalam pembuatan barangan getah, kertas dan plastik." "litoral\n(Geologi) kawasan pantai, terutamanya di antara air pasang dan air surut." "litosfera\n(Geologi) lapisan luar kerak bumi yang terdiri daripada batu-batan, mendakan tanah, dan lain-lain." "litotes\n(Linguistik) pernyataan yang diungkapkan dalam bentuk negatif untuk menyatakan keadaan yang sebaliknya, misalnya tidak sombong yang bermaksud ramah." "litup\ntertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan:\nseorang perempuan yang berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis tersedu-sedu;\nmelitupi\n menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi:\ncara memakai selendang adalah dengan menyangkuntukannya hingga ~ kedua-dua belah bahu;\nterlitup\n tertutup (tertudung) rapat-rapat:\npintu kebahagiaannya seakan-akan ~;\nlitupan\n (Geologi) sesuatu yang melitupi;\n \n~ air batu \nlapisan air batu yang menutupi beberapa bahagian muka bumi." "liuk\n= meliuk\n melengkung ke kiri ke kanan (seperti orang menari, lalang ditiup angin, dan lain-lain):\npandangannya berpusat pada api pelita yang meliuk-liuk di hadapannya;\n \n~-lampai \nbergerak-gerak seperti ular lalu (orang menari dan lain-lain);\n \n~ lentok" "liuk-liuk\nsejenis serunai yang dibuat daripada batang padi." "liun\n[Brunei];\nberliun\n berpusing-pusing." "liung\n[Kelantan] mengikut jalan yang jauh, melencong jauh." "liung-liung\nsejenis ikan laut." "liur\n= \nair ~\n rembesan cair dalam mulut yang dikeluarkan oleh kelenjar liur yang fungsinya memudahkan makanan ditelan dan dicerna:\nia menelan air ~nya melihat makanan itu; \nair ~ basi\na) air liur yang meleleh keluar sewaktu tidur;\n b) tajuk perbualan yang" "liut\nlembut tetapi tidak dapat dipatahkan, boleh dilentur-lenturkan tetapi tidak patah, liat:\nkayu-kayu yang ~;\nkeliutan\n perihal liut." "liwa\n[Arab] [arkaik] bendera, panji-panji, tunggul." "liwat\n[Arab] hubungan jenis melalui dubur:\ndia menghadapi tuduhan melakukan ~ ke atas empat orang pelajar lelaki;\nmeliwat\n melakukan liwat terhadap seseorang:\ndia dituduh ~ seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun dalam bulan Februari 1987." "LKIM\n[kependekan] Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia." "llama\nsejenis binatang berbulu tebal daripada genus \nLama \nyang berasal dari Amerika Selatan, rupanya seakan-akan unta tetapi tidak mempunyai bonggol, biasanya digunakan untuk mengangkut barang." "LLB\n[kependekan] \nBachelor of Laws\n (Sarjana Muda Undang-Undang)." "LLM\n[kependekan] \nMaster of Laws\n (Sarjana Undang-Undang)." "LLN\n[kependekan] Lembaga Letrik Negara." "loa, loak\n[Jakarta] bakul tempat sampah dan lain-lain;\n \ntukang ~\n pedagang barang-barang lama (buruk)." "loba\ntamak, serakah;\nmelobakan\n menginginkan sesuatu banyak-banyak;\nkelobaan\n ketamakan, kerakusan, keserakahan:\ncelaan terhadap ~ kaum imperialis\n;\n= haloba." "lobak\n1.\n sejenis tumbuhan (ubinya dibuat sayur);\n \n~ cina (putih)\n sejenis tumbuhan, rades, \nRaphanus sativus;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (herba), lebuk hutan, \nOrchidantha longiflora;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (herba), bakung rimba, bangkung rimba, \nSusum malayanum;\n~ merah \nsejenis tumbuhan, bortel, \nDaucus carota sativa; \n2.\n [Minangkabau] kubis, kol;\n \nbagai ~ di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan \n(peribahasa) perihal kanak-kanak yang subur tubuhnya (cepat membesar)." "loban I\nkemenyan, dupa;\n \n~ jawi \nsejenis kemenyan." "loban II\nsejenis ikan laut, \nLiza macrolepis." "loberci\n[Indonesia] jemeki;\nlabuci." "lobi I\nruang legar." "lobi II\nmelobi\n berusaha untuk mempengaruhi pihak-pihak yang berkuasa bagi mendapatkan sesuatu seperti sokongan:\nkegiatan ~ dilakukan di seluruh dunia\n;\nlobi-melobi\n saling melobi antara satu dengan lain;\npelobian\n perihal atau perbuatan melobi:\nkedapatan ~ yang sangat ketara menjelang hari pencalonan itu;\n pelobi\n pihak yang melobi." "lobi-lobi\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya dibuat asam), rukam masam, \nFlacourtia inermis." "lobotomi\n(Perubatan) pemotongan saraf tertentu pada otak secara pembedahan untuk merawat penyakit mental yang teruk." "lobus\n(Biologi) bahagian sesuatu organ tubuh yang berbentuk bulat, seperti pada otak atau paru-paru." "locak I\nmelocak\n \n1.\n melacak, banyak (buah dan lain-lain);\n2.\n berkocak, bergoncang (benda-benda cair), beriak (air)." "locak II\nmelocak\n mengelupas (kulit)." "loceng\n1.\n sejenis alat daripada logam yang bergeronggang, berbentuk cawan serta mempunyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan:\n~ sekolah berbunyi pada pukul satu;\n~ basikal;\n~ gereja;\n~ elektrik \nloceng yang dibunyikan oleh kuasa elektrik;\n2.\n [Indonesia] jam besar (di dinding dan lain-lain);\nberloceng\n mempunyai (berhias, dilengkapkan dengan) loceng:\ngelang ~;\nmeloceng\n membunyikan loceng." "locoh\n[Kelantan], [Terrenganu] terlepas (daripada jerat atau genggaman):\nbagaimana kamu pasang jerat itu sampai burung itu ~." "locok, melocok\n1.\n mengeluarmasukkan barang yang panjang ke dalam lubang (omboh pam dan lain-lain);\n2.\n mengangkat dan menekan alu dan lain-lain ke dalam lesung dan lain-lain (untuk menumbuk);\npelocok\n alu dan lain-lain untuk melocok, piston pam." "locong\n[Kelantan] borong." "locor\n[Kelantan] meleleh (air liur)." "locot I\n= melocot\n lecet, terkelupas (kulit), melucut." "locot II\n[arkaik]\nlucut I." "lodah\n[Terengganu] hancur (kerana terlalu lama dimasak)." "lodak\nkotoran (tanah, pasir, dan lain-lain) yang terkandung dalam air dan lain-lain, kelodak:\nsungai itu mengalir membawa ~nya ke laut;\nberlodak\n mengandungi lodak:\nkuala sungai itu ~; \nlondar I." "lodan\n[Jawa] ikan paus." "lodar\nlodak." "lodeh\nsayur ~\n sejenis masakan sayur (bermacam-macam sayur, santan, dan lain-lain dimasak hingga empuk)." "lodoh I\nlembik (kerana busuk atau terlampau ranum), bonyor." "lodoh II\n[Terengganu] hancur (kerana terlalu lama dimasak)." "lodong\n[Jawa] sejenis tabung buluh yang besar." "loes\n(Geografi) lapisan tanah halus dan subur berwarna kekuning-kuningan yang terdapat di utara negeri China, bahagian tengah Amerika Syarikat dan bahagian tengah Eropah." "log\nbuku yang digunakan untuk menyimpan butir-butir tentang sesuatu, misalnya penyenggaraan kenderaan:\nbuku ~." "loga\nsyurga~;" "logam\nunsur kimia seperti besi, emas, perak, tembaga, dan lain-lain yang biasanya berkilau, mulur, membentuk ion positif, dan menjadi pengalir haba dan elektrik yang baik;\n \n~ adi \n= \n~ mulia \n[Indonesia] logam yang sukar berpadu dengan oksigen (seperti emas, perak, platinum);\n \n~ alkali \nsalah satu logam dalam kumpulan unsur kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium;\n \n~ alkali bumi = ~ bumi beralkali \nsalah satu logam dalam kumpulan unsur berilium, magnesium, kalsium, strontium, barium, dan radium;\n \n~ campur \n[Indonesia] logam yang terjadi daripada campuran beberapa logam (suasa dan lain-lain);\n \n~ putih \nsejenis logam campur (sebahagian besar terdiri daripada timah atau timah hitam);\n \n~ mulia \nlogam yang berharga (seperti platinum, emas, perak);\nberlogam\n mengandungi (terdapat) logam:\nbahan ~; \nkawasan ~;\nperlogaman\n hal yang berkaitan dengan logam:\nindustri ~\n." "logamaya\n(Fizik) imej sesuatu objek jauh (bentangan air dan lain-lain) yang disebabkan biasan oleh udara panas, maya." "loganberi\nsejenis tumbuhan yang buahnya berwarna merah keungu-unguan dan boleh dimakan, \nRubus loganobaccus." "logaritma\n(Matematik) angka yang menunjukkan kuasa bagi sesuatu nombor digandakan untuk mendapatkan nombor tertentu." "loghat I\n1.\n kata (dalam erti yang sebenarnya);\n \nterjemahan menurut ~\n terjemahan sekata demi sekata, erti yang tepat;\n2.\n bahasa daerah, dialek, bahasa setempat:\n~ Minangkabau; \nBahasa Melayu Sarawak mempunyai beberapa ~ yang berbeza dari setempat ke setempat; \n3.\n gaya mengucapkan kata-kata:\nSiapa nama awak? ia bertanya dengan ~ Riau-Johor; \nbahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masihjelas kedengaran; \n4.\n daftar kata, perbendaharaan kata:\nkata itu terdapat dalam ~ Melayu;\n~ rasmi \nloghat atau bahasa yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa sebagai loghat yang sah;\n \n~ umum \nloghat yang selalu dipakai oleh orang ramai;\n \nilmu ~\n ilmu bahasa;\n \nkitab ~\n kamus;\nberloghat\n menggunakan (bercakap dalam) loghat:\ndia ~ Kelantan sewaktu bercakap dengan kawan sedaerahnya." "loghat II\n[Kelantan], [Terrenganu] tergesa-gesa:\nkamu ~ ni hendak pergi ke mana." "logik\n1.\n sains yang berkaitan dengan prinsip yang membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir (atau kaedah berfikir), ilmu mantik;\n2.\n dapat diterima oleh akal, masuk di akal, munasabah:\nkanak-kanak itu dilatih berfikir secara teratur dan ~; \npendapatnya itu ~;\n kelogikan\n perihal, keadaan logik (diterima akal);\nketidaklogikan\n perihal (keadaan, sifat, dan sebagainya) yang tidak logik;\npelogik\n yang menjadikan sesuatu logik (diterima akal)." "logika\n[Indonesia-Belanda] logik." "logis\n[Indonesia-Belanda] logik." "logistik\n1.\n aspek sains ketenteraan yang berkaitan dengan pengangkutan, penyenggaraan, pembekalan alat kelengkapan, pemindahan anggota tentera, dan sebagainya dalam operasi tentera;\n2.\n perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan secara terperinci sesuatu rancangan atau operasi yang besar dan kompleks:\nmereka bekerja dalam bidang pentadbiran, kewangan , urusan keluar masuk barang, ~ dan sebagainya." "logo\nlambang khas sesuatu pertubuhan yang tersirat dengan maksud tertentu." "logogram\n(Linguistik) lambang atau huruf yang mewakili sesuatu perkataan atau morfem, misalnya lambang \n(%)\n yang bererti \nperatus." "logu\nikan ~\n sejenis ikan laut, \nMyripristis murjan." "loh I\n[Arab]\n1.\n papan batu, batu tulis;\n2.\n papan (batu dan lain-lain) yang bertulis;\n \n~ catur \npapan catur;\n \nsuratan ~ Tuhan \nlohmahfuz." "loh II\nbatu ~\n sejenis batu yang terbentuk daripada tanah liat dan mudah pecah menjadi lapisan-lapisan nipis, syal." "loh III\n[Jawa], [kata seru] untuk menyatakan hairan (terkejut, kaget, dan sebagainya)." "loh IV\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (herba), \nAnaectochilus; \nkayu ~\n,\na) sejenis tumbuhan (pokok), meranti jamang, mersawa (merah), sanai, \nAnisoptera laevis;\nb) sejenis tumbuhan (anggerik), \nStauropsis gigantea; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumput), bayam pasir, bayam tanah, daun serapati, kerak nasi paya, keremak, \nAlternauthera triandra." "loh V\n[Kelantan], [Terrenganu] sila, mula:\nkamu ~ dulu, sebentar lagi aku sampai." "loha\n[bahasa percakapan] duha." "lohmahfuz\n[Arab] suratan atau ketentuan nasib manusia, suratan loh Tuhan." "lohoh\n[Johor] busuk, lodoh, reput." "lohok I\n[arkaik] sangat busuk." "lohok II\ngelohok." "lohong\nlubang." "lohor\n[bahasa percakapan] zuhur:\nsembahyang ~; \nwaktu ~." "loi\n[Kedah], [Pulau Pinang] lambat (membuat atau mengerjakan sesuatu)." "loji I\n1.\n gedung, bangunan besar;\n2.\n pejabat syarikat perniagaan zaman dahulu yang dibuat berkubu;\n3.\n kilang (bangunan serta alat-alat di dalamnya seperti jentera, mesin, dan lain-lain);\n \n~ kuasa \na) loji untuk menerbitkan kuasa atau tenaga (elektrik dan lain-lain);\n b) kilang (bangunan) serta alat di dalamnya untuk memasang sesuatu (kereta, jentera, dan lain-lain);\n \n~ penapis \nloji untuk menapis sesuatu." "loji II\nkelapa ~;\n= kelapa." "lojik\n= logik." "lojing\ntempat penginapan sementara dengan kadar bayaran tertentu:\nelaun ~\n." "lok I\n[Indonesia-Belanda] kepala kereta api:\nhanya beberapa sahaja ~ kereta api yang masih digerakkan dengan pertolongan api;\nlokomotif." "lok II\nkelok atau liku pada mata keris:\ncuba lihat keris-keris itu, yang ~\n \n3, 4, 5 hingga ~ 12 pun ada;\nberlok\n mempunyai lok, berkelok:\nkeris ~ tujuh;\nberlok-lok\n mempunyai beberapa lok:\nkeris yang ~." "lok III\n[Kelantan] tidak peduli (hirau);\ndilok\n tidak diambil peduli, dibiarkan." "loka\nsyurga." "loka I\n[sastera lama] [arkaik] dunia;\n \nsyurga~; \n;loga; \nsyurga" "loka II\n= meloka\n [arkaik] memandang." "lokah\n[Kelantan] longkah." "lokal\n1.\n [bahasa percakapan] bukan yang diimport, biasanya dikaitkan dengan barangan yang kurang bermutu;\n2.\n [Indonesia-Belanda] setempat." "lokan I\nsejenis kerang besar, \nPolymesoda placans\n." "lokan II\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar asam lokan, akar asam lokan putih, akar nebal, \nMedinilla hasseltii; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar kepayang, kayu keleka singga, sentuh, \nTrichosanthes tricuspidata." "lokap\nbilik di balai polis tempat mengurung orang tahanan;\nmelokap\n mengurung (menahan) dalam lokap." "lokar\nalmari yang boleh dikunci untuk kegunaan individu." "lokasi\n1.\n tempat di luar studio untuk membuat penggambaraan:\nmenggalakkan perfileman di ~-~ tempatan; \n2.\n letak, kedudukan:\n besar kemungkinan kedai-kedai telekom akan dipindahkan jika ~nya sekarang tidak begitu bersesuaian atau jauh dari orang ramai." "lokcuan\n[Cina] sejenis sutera dari negeri China." "lokek I\nkedekut, bakhil, kikir." "lokek II\n[Kelantan] lekas marah, garang." "loket I\nhiasan yang bergantung di rantai leher (dibuat daripada emas, intan, dan lain-lain)." "loket II\n[Indonesia-Belanda] tingkap atau lubang tempat menjual tiket dan lain-lain:\ndi muka ~ diberikannya wang lima puluh sen kepada perempuan yang menjual karcis." "loki\n[arkaik] [Cina] pelacur." "lokio\n[arkaik] [Cina] sejenis bawang benggala, \nAllium schoenoprasum." "loklak\n[Kedah] tidak beradab (kelakuan seseorang), kasar." "loklek I\n[Pulau Pinang] terjengket-jengket." "loklek II\n[Kelantan] lembap, lengah." "loklok\n[Arab] [arkaik] mutiara." "lokman\nsejenis tumbuhan (herba), rumput tahi babi, rumput pasir, sembung gajah, \nAdenostemma viscosum." "lokoh I\n[Johor] keras, mangkar (durian)." "lokoh II\n[Johor] tidak kemas (pakaian dan lain-lain), buruk:\nAli yang tadinya kelihatan ~ dan bermuka seperti orang bodoh itu menggoncang-goncang tangannya berulang-ulang dan kuat-kuat." "lokoh III\n[Kelantan], [Terrenganu] lekang (berkenaan (dengan) isi buah-buahan):\nrambutan ni manis tapi tidak ~." "lokomotif\nkepala kereta api." "lokos I\nbasah kuyup:\nbudak itu ~ kerana bermain dalam hujan lebat." "lokos II\n1.\n botak (kepala), gondol;\n2.\n tidak berdaun (pokok);\n3.\n tidak ditumbuhi tanam-tanaman (tanah), gondol." "loksok\npeloksok, pelosok." "loksun\n[Cina] [arkaik] batuk kering, batuk darah." "loktong\n[arkaik] pelacur;\n= lotong II." "lokum\norang yang menjalankan tugas orang lain dalam profesion yang sama, terutamanya doktor, untuk sementara waktu semasa ketiadaannya kerana bercuti dan sebagainya:\ndoktor ~." "lokus\n(Biologi) kedudukan gen pada sesuatu kromosom." "lolah\ntengku ~ \ntengku II." "lolak\nsejenis siput, \nTrochus niloticus." "lolar\n[Kelantan] gopoh-gapah." "loleh\nlebih kurang, tidak kemas, lalai, lengah (membuat sesuatu pekerjaan)." "loleng\n[Cina] pelita kertas yang berwarna-warna, tanglung." "loliah-loliah\n[Kelantan] bergerak-gerak, memerhatikan sekeliling (mata)." "lolipop\nsejenis gula-gula yang bertangkai kayu atau plastik kecil." "loloh I\nmeloloh\n menyuapi." "loloh II\n[Minangkabau] longgar (baju dan lain-lain)." "lolok I\nmelolok\n mengintip, mengintai (musuh);\npelolok\n [sastera lama] mata-mata;\nluluk II." "lolok II\n[Pahang] lumpur;\nberlolok\n berlumpur;\nluluk I." "lolok III\nair ~\n air berputar, air berolak." "lolok IV\n[Terengganu] bohong." "lolong II\n1.\n sejenis ikan laut, selar kuning jantan, \nCaranx boops; \n2.\n sejenis ikan laut, \nSelar spp.;\n~ bara \nsejenis ikan laut, \nPriacanthus spp.;\n~ batu Myripristis spp.;\n \n~ hijau \nsejenis ikan laut, sebekah karang, \nMyripristis murjan;\n~ putih, Selar crumenopthalmus." "lolong, lolongan I\nbunyi suara yang keras dan panjang, jerit, raung (anjing dan lain-lain):\ndia mendengar ~ anjing yang semakin kuat;\nmelolong\n meraung (anjing), menjerit, memekik (seperti perempuan meratap):\nanjing itu ~ semalam-malaman; \nia ~ apabila mendengar berita buruk itu;\nterlolong-lolong\n menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik." "lolor\n[Kelantan] lekas, segera." "lolos\n1.\n lepas dari tempatnya (seperti cincin dari jari atau gelang dari tangan), lucut;\n2.\n lepas dari kurungan atau kepungan;\nmeloloskan\n1.\n melucuntukan atau menanggalkan sesuatu dari tempatnya;\n2.\n melepaskan atau membebaskan diri dari kurungan atau kepungan:\nMat Salleh berjaya ~ diri daripada dikepung oleh polis\n;\npelolosan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) lolos atau meloloskan." "lom\n(Geografi) tanah gembur." "loma, lomah\n1.\n sejenis ikan darat, \nThynnichthys thynnoides; \n2.\n sejenis ikan darat, \nLabiobarbus ocellatus." "lombar\n[Minangkabau];\nmelombar\n1.\n menghulur (tali dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] mengikut kesukaan (kehendak anak dan lain-lain)." "lomber\n[Kelantan] lanjut, labuh, berkedut-kedut." "lombok\ncili, cabai." "lombol\n(Suk) salah satu acara dalam gimnastik;\n \n~ bergalah \nacara yang menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dengan menggunakan galah, yang berakhir dengan pendaratan di atas tilam;\n lompat (ber)galah." "lombong\n1.\n dalam (pinggan, mangkuk, dan lain-lain), jeluk;\n \npinggan ~\n pinggan dalam;\n2.\n lubang dalam tanah tempat menggali bijih logam, tambang;\n~ dedah \n(Geologi) lombong yang lubangnya besar dan terbuka ke atas (dikerjakan dengan menggunakan kapal korek dan bomba palung);\n \n~ tebuk\n lombong yang lubangnya tegak atau melintang dan sangat dalam (untuk menggali timah sampai ke uratnya);\n \nanak ~\n pekerja lombong;\nmelombong\n menggali lombong untuk mendapatkan bijih logam:\nkapal korek digunakan untuk ~ bijih timah di kawasan yang besar-besar;\nperlombongan\n1.\n pekerjaan melombong:\njabatan itu akan membimbing orang Melayu dalam lapangan ~; \n2.\n tempat melombong:\ndi negeri itu terdapat tanah ~ yang kaya;\npelombong\n orang yang mengusahakan lombong, tuan punya lombong:\nbijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar bertumpu ke sana." "lompang I\n1.\n kosong:\ndalam dadaku terasa ~; \n2.\n gelembung atau ruang seni dalam sel (mengandungi udara, air, dan lain-lain);\nlompangan\n lompang;\n \n~ udara \ngelembung (ruang) yang mengandungi udara." "lompang II\n1.\n alat untuk menumbuk beras dan lain-lain;\n2.\nark lesung;\n \nkuih ~\n sejenis kuih (bentuknya seperti lompang atau lesung) dibuat daripada tepung beras;\nberlompang\n berlekuk." "lompang III\n1.\n laras meriam;\n2.\n penjodoh bilangan bagi meriam." "lompat I\nperbuatan bergerak dengan cepat dengan mengangkat kedua-dua kaki dari tanah terus ke atas atau ke depan, loncat:\n~nya jauh;\n~ (ber)galah \n(Suk) acara yang menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dengan menggunakan galah, yang berakhir dengan pendaratan di atas tilam, lombol bergalah;\n \n~ gagak \nterjengket-jengket (berjalan);\n \n~ jauh \n(Suk) acara loncat jauh;\n \n~ kangkang \nlompat sambil membuka kedua-dua kaki;\n \n~ katak \nsejenis permainan kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang);\n \n~ kijang\n (Suk)\na) acara meloncat, melangkah, dan meloncat;\n b) loncat dengan melangkaui satu loncatan;\n \n~ pagang \nloncat melampaui gawang;\n \n~\n \npagar\n (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dan lain-lain;\n \n~ parti \nkeluar daripada keanggotaan sesebuah parti politik untuk menyokong atau menganggotai parti politik yang lain;\n \n~ sehari (dua hari)\n selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari);\n \n~ tali \na) meloncat ke kiri ke kanan tali yang direntang;\n b) meloncat tali yang dihayun dan dipusing (permainan kanak-kanak);\n \n~ tinggi \n(Suk) acara meloncat melampaui suatu rintangan yang dapat ditinggikan atau direndahkan;\n \nse~ hidup, se~ mati \n(peribahasa) perihal orang sakit yang hampir maut (entah hidup entah mati);\nberlompatan, berlompat-lompatan\n meloncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini:\nbudak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; \nmereka ~ dan saling mengejar;\nmelompat\n mengangkat kedua-dua kaki dari tanah dan sebagainya terus ke atas atau ke depan, meloncat:\nia ~ turun ke tanah;\nmelompati\n1.\n melompat melampaui, meloncati:\nia lari keluar dengan ~ pagar; \n2.\n melompat (ke atas) kepada seseorang atau ke sesuatu, menerkam, menerpa:\ndengan geram, ia ~ musuhnya;\nmelompatkan\n menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan:\nia ~ kudanya ke dalam parit;\nterlompat\n1.\n tidak sengaja (dengan serta-merta) melompat, terloncat:\ntiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; \n2.\n terdorong atau terkeluar (perkataan dan lain-lain):\ntetapi tidak pernah rahsia itu ~ daripada mulutnya, walau dalam berhandai-handai sekalipun; \nperkataannya ~\n terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan;\nterlompat-lompat\n [sastera lama] melompat-lompat:\nmaka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari;\nlompatan\n1.\n tempat melompat;\n \n~ harimau \ntempat harimau melompati anak air;\n2.\n barang apa yang dilompati (pagar, rintangan, dan lain-lain);\n3.\n jaraknya (tingginya) melompat:\nia menang dengan ~ enam kaki; \n4.\n perihal melompat:\nberbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu;\npelompat\n orang yang melompat (dalam sukan);\nsepelompat, sepelompatan\n jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat." "lompat II\n~ tikam \n[Kelantan] sejenis kuih daripada tepung beras (dimakan dengan kuah santan dan gula)." "lompi\nseluruhnya, kesemuanya." "lompok\n[arkaik];\nberlompok-lompok\n bertimbun-timbun, bertompok-tompok." "lompong I\n1.\n kosong, hampa;\n2.\n [kiasan] bodoh, pandir;\nmelompong; \nkosong ~\n [bahasa percakapan] kosong sama sekali atau keseluruhannya, hampa belaka;\n= lopong II." "lompong II\n~ sagu \nsejenis kuih yang dibuat daripada sagu dan pisang." "lonan, lonang\nsejenis buah, nona, \nAnnona reticulata." "loncat I\nlompat dengan kedua-dua atau keempat-empat kaki bersama-sama (burung, katak, dan lain-lain), lompat dengan ekor (ikan);\n~ galah \nlompat galah;\n \n~ jauh \nlompat jauh;\n \n~ tinggi \nlompat tinggi;\nberloncat\n melompat-lompat:\nunggas berterbangan dan tupai ~ di atas pokok di dalam dusun itu;\nberloncatan, berloncat-loncatan\n melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini:\nkanak-kanak ~ di padang permainan itu;\nmeloncat\n1.\n melompat dengan kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak:\nsetelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; \nkatak ~;\n 2.\n melompat ke atas dengan pantas, melenting: \nikan itu ~ keluar dari baldi; \n3.\n [kiasan] beralih (berpindah) kedudukan dan sebagainya:\nbanyak antara mereka yang ~ ke pihak musuh; \n4.\n [kiasan] meningkat tinggi:\n harga getah ~ naik dalam tahun 1950 apabila pecah perang Korea;\nmeloncat-loncat\n meloncat berulang kali;\nmeloncati\n meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati;\nmeloncatkan\n menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan;\nterloncat\n terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat:\nia ~ mendengar letupan itu;\nterloncat-loncat\n meloncat-loncat;\n \n~ bagai ulat pinang \n(peribahasa) sangat gelisah (resah);\nloncatan\n1.\n perbuatan meloncat:\nmereka memperlihatkan ~ dengan kuda; \n2.\n jaraknya (tingginya) meloncat:\nia telah mencapai ~ setinggi dua meter; \n3.\n = \nbatu ~\n tempat meloncat:\nia menganggap kejayaan itu sebagai batu ~ untuk mencapai kejayaan yang lebih besar;\npeloncat\n orang yang meloncat (dalam sukan), pelompat." "loncat II\n[Minangkabau] katak, kodok." "loncer\n[Jakarta] tidak ketat (paku, skru, dan lain-lain), longgar." "lonco I\n[Jakarta];\nmelonco, melonco-lonco\n melancong, bersiar-siar, berjalan bersenang-senang." "lonco II\npelonco." "loncos I\ntirus ke hujung, lancip, runcing, runjung:\nsepatu yang ~." "loncos II\nlicin (tidak berdaun, tidak berkain, tidak berwang), gondol;\n \ntelanjang ~\n telanjang bulat." "londang\nlubang yang berlumpur (dalam tanah), kubang." "londar I\nkotoran (seperti tanah, pasir, dan lain-lain) yang ada dalam air dan lain-lain;\n \n~ naga \nkelodak, tahi lombong;\nlodak." "londar II\nsuatu garisan (lurus atau melengkung) yang dibentuk oleh titik-titik yang mempunyai syarat-syarat yang sama." "londeh\n= \nmelondeh\n tanggal (lepas, lucut) ke bawah, (kain, seluar, dan lain-lain), melorot;\nmelondehkan\n menanggalkan (melepaskan, melucuntukan) pakaian dengan mengeluarkannya melalui kaki, melorotkan;\nterlondeh\n tertanggal (terlepas, terlucut) ke bawah (kain, seluar, dan lain-lain), terlorot." "londong\n[Minangkabau];\nmelondong, melondongkan\n1.\n menghanyuntukan;\n2.\n [kiasan] membencanakan, membinasakan." "loneng\n[Jakarta]\n1.\n selusur (pada jambatan), kelek-kelek, langkan, pemegang;\nmeloneng\n duduk-duduk membuang masa (di hadapan rumah)." "loner\n[Kelantan] buah nona." "long I\nsejenis peti mayat (yang tidak berlantai), keranda;\n \n~ kajang rungkup \ndua keping papan yang dijadikan bumbung penutup mayat di dalam liang;\n \npapan ~\n papan untuk menutup lahad." "long II\nmercun besar." "long III\n1.\n singkatan bagi sulung;\n2.\n nama timangan untuk anak sulung;\n \nbang ~\n panggilan kepada abang yang tua;\n \nkak ~\n panggilan kepada kakak yang tua;\n \nmak ~ \npanggilan kepada ibu saudara yang sulung;\n pak ~\n panggilan kepada bapa saudara yang sulung." "long IV\n1.\n lengkok, kelok;\n2.\n garisan yang berlengkok (berkelok);\n3.\n ibu (induk) panah, busur panah." "longan\nsejenis tumbuhan (buahnya seperti buah mata kucing tetapi lebih besar), \nEuphoria longan." "longgak\ndongak." "longgar\n1.\n tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dan lain-lain):\nseluar baru itu ~ sedikit; \n2.\n tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dan lain-lain):\njahitannya ~ dan kasar; \ntangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; \n3.\n [kiasan] tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dan sebagainya):\nsemenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; \n4.\n [kiasan] tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dan sebagainya), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur:\nhutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yang ~ dan tidak teratur;\n~ sendat, lapang bertukul \n(peribahasa) berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu;\n \nsempit lalu, ~ ditokok \n(peribahasa) di negeri yang miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yang makmur penduduknya malas;\nmelonggari\n menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dan lain-lain):\nkalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; \nuntuk menambah ahli, syarat-syarat untuk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari;\nmelonggarkan\n1.\n menjadikan longgar atau tidak ketat (berkenaan (dengan) pakaian, skru, paku, dan lain-lain): \nia ~ skru itu; \nmenggali atau membajak akan ~ tanah; \n2.\n mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dan sebagainya), meringankan (aturan, undang-undang, dan sebagainya):\nlarangan membakar mercun dilonggarkan pada malam itu; \n3.\n meluangkan (waktu dan sebagainya);\n memperlonggar\n menjadikan lebih longgar;\nkelonggaran\n1.\n perihal longgar:\nuntuk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; \npertolongannya itu bererti memberi ~ juga kepada isterinya; \n2.\n menjadi longgar:\nsemua pakaiannya ~ kerana badannya yang semakin susut itu;\npelonggaran\n perihal melonggarkan (pakaian, skru, dan lain-lain, meluangkan waktu dan sebagainya, mempermudah syarat-syarat dan sebagainya, meringankan aturan dan sebagainya)." "longgok\nhimpunan (buah, padi, sampah, dan lain-lain), onggok, timbun, tompok:\nbuah itu sepuluh sen se~;\nberlonggok, berlonggok-longgok\n berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, bertompok-tompok:\nkain baju yang belum bercuci berlonggok-longgok; \nbeberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ;\nmelonggokkan\n menghimpunkan, menimbunkan, menompokkan:\nnasi dilonggokkan di dalam daun itu;\nlonggokan\n himpunan, timbunan, tompokan:\nlalat banyak hinggap di ~ sampah itu;\n pelonggokan\n perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan:\n~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan pemandangan." "longgor\n[Jakarta] lekas besar dan tinggi badannya, bagur." "longitud\n(Geografi) garis yang serenjang dengan khatulistiwa pada peta, garisan bujur." "longkah\nmudah ditanggalkan isi daripada biji (berkenaan (dengan) buah), lekang:\nrambutan ~;\n terlongkah\n tertanggal: \njilidnya ~, lembaran buku itu bersepah di lantai." "longkai\npanjang runcing (jari)." "longkang I\nparit, limbahan." "longkang II\nlebar atau luas kain." "longkom\nlengkung;\nmungkum." "longlai\n1.\n lemah lembut (gerakan tubuh dan lain-lain) terliuk-liuk, gemulai:\ntangannya melambai ~; \n2\n. tidak bermaya, lemah;\n lemah ~\n lemah gemulai." "longlang\n~ burung jawa \nsejenis permainan kanak-kanak, pak-pak lang." "longo\n[Jakarta];\nmelongo\n terbuka mulut (kerana hairan dan lain-lain), ternganga, tercengang:\nibu ~, bapa berdiri sambil mengeruntukan keningnya, kami semua bingung." "longok\n[Jakarta];\nmelongok\n menengok, menjenguk;\nlangak." "longong\n[Jakarta];\nmelongong, terlongong-longong\n ternganga, tercengang-cengang." "lonjak\nperbuatan melompat ke atas (dengan kedua-dua belah kaki);\n \n~ bagai labu dibenam \n(peribahasa) angkuh, sombong;\n \nseperti ~ alu penumbuk emping (padi)\n (peribahasa) perihal berjalan dengan kacak (sombong);\nberlonjak-lonjak\n melompat-lompat keriangan:\nbudak-budak itu ~ di kerusi belakang;\nberlonjakan\n berlonjak-lonjak:\nbudak-budak itu ~ menyambut kepulangan ibu mereka;\nmelonjak\n1.\n melompat ke atas (dengan kedua-dua belah kaki) untuk mencapai sesuatu:\nia ~ hendak memetik buah itu; \n2.\n melambung (bola dan lain-lain):\nraksa dalam buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dalam batang jangka suhu; \n3.\n [kiasan] bercakap sombong, menyombong;\n \ncakap ~\n cakap besar (meninggi);\n4.\n [kiasan] bertambah (tinggi dan lain-lain):\npada masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; \n5.\n melompat naik, meningkat naik dengan tiba-tiba (harga dan lain-lain):\nharga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; \ndari kerani dia ~ jadi pegawai daerah; \nharap hendak ~, kopiah pesuk \n(peribahasa) kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda;\nmelonjak-lonjak\n1.\n melonjak beberapa kali (kerana kesukaan dan lain-lain):\nbudak-budak itu ~ apabila mendapat hadiah masing-masing; \n2.\n [kiasan] meluap, menjadi-jadi (kegembiraan, keinginan, dan lain-lain):\nkeinginannya hendak pergi ke sana sudah ~ sekarang;\nmelonjakkan\n menjadikan (menyebabkan) melonjak;\nterlonjak\n1.\n melonjak dengan tiba-tiba (kerana kesukaan dan lain-lain):\nmelihat kemewahan kawannya itu, ~ suatu perasaan baru di dadanya;\n~ rasa semangat \nterlampau (terlalu) gembira;\n \nhati ~ \nterlalu suka (girang) hati;\n2.\n menjadi sombong (oleh kedudukannya, pangkatnya, dan lain-lain);\nterlonjak-lonjak\n melonjak-lonjak, terkinja-kinja, terloncat-loncat;\nlonjakan\n1.\n perbuatan melonjak;\n 2\n. [kiasan] (berkenaan (dengan) perasaan) dorongan atau desakan yang kuat untuk mencapai (mendapatkan sesuatu):\n~ rasa untuk mencapai gading di menara menjadikan dia berusaha sehingga berjaya ke universiti;\n pelonjakan\n perihal (proses atau perbuatan) melonjak atau melonjakkan:\nmungkinkah itu merupakan suatu proses ~ dalam pucuk pimpinan politik?; \npengukuhan ringgit akan diberi ~." "lonjong I\n1.\n makin ke atas makin runcing (bentuk rumah, atap, dan lain-lain), runjung:\nsongkoknya tinggi dan kecil ke atas, ~ bentuknya; \n2.\n [Jawa] bulat bujur, bulat panjang:\nkepalanya ~." "lonjong II\n[Terengganu] tinggi." "lonjor\n[Jawa] batang (sebagai penjodoh bilangan bagi benda yang panjang)." "lonsong\n[Minangkabau];\nterlonsong\n terdorong, terlanjur:\nkata sudah ~;" "lonta\nterlonta-lonta\n selalu dalam kesusahan (penderitaan):\nnegara angkat hanya sudi mengambil mereka yang terpelajar sedangkan yang jembel, kebanyakannya buruh kasar dan nelayan, terus ~ di sini." "lontai\n[arkaik];\nmelontai\n melentok, melentur, mengelok (garis dan lain-lain)." "lontak\n[Perlis] bohong." "lontar I\n~ lembing \n(\ncakera\n \ndan lain-lain\n) (Suk) pertandingan melemparkan lembing (cakera dan lain-lain);\nberlontaran\n berlempar-lemparan;\nmelontar\n melempar, membaling:\nia ~ lembu itu;\n~ jamrah \nmelontar batu di Mina (satu kewajiban dalam mengerjakan haji);\nmelontari\n melontar berkali-kali atau dengan banyaknya;\nmelontarkan\n menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan:\nia ~ puntung rokoknya ke tanah;" "lontar II\n1.\n sejenis tumbuhan (palma) yang daunnya digunakan sebagai kertas tulis, pohon siwalan, tah, tai, tal, \nBorassus flabellifera; \nsubang ~ \nsubang yang dibuat daripada daun lontar;\n2.\n [arkaik] naskhah lama (daripada daun lontar)." "lontaran\nhasil perbuatan melontar:\n ~ panah;\npelontaran\n perihal (perbuatan dan sebagainya) melontar;\npelontar\n1.\n alat dan lain-lain untuk melontar:\nbatunya ada besar dan kecil, yang kecil ~ balam; \n2.\n orang yang melontar, pembaling, pelempar:\n~ lembing;\nsepelontar, sepelontaran\n sejauh yang dapat dilontarkan." "lonte\n[Jawa] pelacur, sundal." "lontok\npendek dan besar;\n \ntua ~ \ntersangat tua." "lontong\n[Jawa] sejenis makanan berkuah yang isinya termasuk nasi himpit dan sayur-sayuran (seperti sengkuang, kubis, dan sebagainya)." "lontos\nlurus dan tidak berkepala (tiang dan lain-lain)." "lonyai\n1.\n [Kedah] berlumpur, becak;\n2.\n renyuk, kerumuk;\n3.\n lembik, benyai (nasi dan lain-lain)." "lop\n[Indonesia-Belanda] laras senapang." "lopak I\nlubang di tanah yang berisi air, kobakan:\nlubang-lubang air atau ~-~ hendaklah ditimbus;\nberlopak, berlopak-lopak\n berlekuk-lekuk (berlubang-lubang) dan berisi air:\ntempat itu ~ dan becak." "lopak II\n[Minangkabau] petak sawah." "lopak III\n= lopak-lopak\n bekas untuk menyimpan tembakau (sirih dan lain-lain) yang diperbuat daripada kayu, anyaman daun pandan dan sebagainya." "lopak IV\n~-lapik \ntidak tetap, kacau, kelam-kabut." "lopek\nsejenis perahu kecil." "loper\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pengantar surat (bil dan lain-lain)." "lopes I\nsejenis kuih yang dibuat daripada pulut (digaul dengan kelapa parut dan dimakan dengan air gula)." "lopes II\nikan ~ \nsejenis ikan darat, belida, \nNotopterus spp." "lopong I\nsejenis kuih;\n= lompong II." "lopong II\nkosong;\nmelopong\n ternganga (mulut):\nia tercengang, matanya terbelelek, mulutnya ~;\nmelopongkan\n mengangakan (membukakan) mulut;\nterlopong\n ternganga (terbuka) mulut;\n= lompong I." "lor I\n[Jawa] utara." "lor II\n[Kelantan] besar tinggi badan tetapi umur masih muda (orang)." "lorah\nsejenis alat untuk menaikkan atau menurunkan barang-barang, kapi, kerek, takal." "lorat\n[arkaik] \n1.\n dalam kebingungan, dalam kesulitan, dalam kesibukan;\n2.\n sukar mengerjakan sesuatu, susah, rewel;\n3.\n teruk, tenat, payah (keadaan orang sakit)." "lorek\n1. = lorekan\n jalur-jalur, barik-barik, coreng panjang (corak kain, kulit ular dan lain-lain):\nkehalusan ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi;\n2.\n = \nberlorek;\nberlorek\n bergaris, bercoreng:\nbahagian yang ~ itu menunjukkan kawasan tanah tinggi;\nmelorek\n menggaris, mencoreng, mencoret:\nbahagian yang menunjukkan tanah tinggi dilorek supaya jelas." "loreng\nberjalur-jalur, bercoreng-coreng;\n \nharimau (macan) ~\n harimau tunggal;\n \nkuda ~ \nkuda belang;\nberloreng-loreng\n banyak lorengnya, bercoreng-coreng, berjalur-jalur." "lori I\nsejenis kenderaan besar untuk mengangkut barang-barang di darat:\n~ balak;\n~ hantu \nlori yang beroperasi di tapak binaan, ladang dan sebagainya tanpa cukai jalan, insurans dan sebagainya." "lori II\nsejenis burung nuri." "lornyet\n[Indonesia-Belanda] cermin (kaca) mata sepet (tidak bertangkai)." "lorong I\njalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil:\nsepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima;\nberlorong\n mempunyai lorong:\nkawasan perkampungan yang ~ kecil;\nmelorongkan\n1.\n mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan:\nkelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; \n2.\n mengabulkan, meluluskan (permintaan dan lain-lain):\npermintaan mereka dilorongkan Tuhan." "lorong II\n[Minangkabau] [arkaik] berkenaan dengan, mengenai, tentang." "lorot\nmelorot\n \n1.\n melungsur turun, merosot, turun (pangkat, harga barang, dan lain-lain):\nkain selimutnya sudah ~ ke bawah pinggangnya; \n2.\n [Jawa] menghilangkan lilin pada kain batik selepas diwarnai;\nmelorotkan\n melungsurkan turun, menurunkan (pangkat, harga, dan lain-lain);\nterlorot\n melorot dengan tidak terkawal:\nsesekali saya hampir ~ juga jika tidak sempat menyambar akar di lereng bukit itu." "los I\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kapal yang memandu kapal lain masuk ke pelabuhan, kapal mualim;\n2.\n bangsal." "los II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] lepas, bebas;\ndiloskan\n dilepaskan, dibebaskan, dibiarkan." "los III\n[Arab] sejenis buah, badam." "lose\n[Indonesia-Belanda] kelas yang terbaik di panggung wayang dan lain-lain." "losen\nsejenis cecair yang disapukan pada kulit, dititikkan ke dalam mata, dan sebagainya;\n \n~ bayi (badan, tangan, dan sebagainya) \nlosen yang dicipta khas untuk disapukan pada bayi (badan, tangan, dan sebagainya);\nberlosen\n mengandungi losen:\nsyampu ~;\nmelosen\n menyapukan losen pada:\n~ bayi." "loseng\nbahagian alat tenun tempat menggulung benang." "losmen\n[Indonesia-Belanda] rumah penginapan, rumah tumpangan." "loso\n[Jawa] [arkaik] = \nmeloso, ngeloso\n membiawak, merangkak (dada kena pada tanah), menjalar (seperti ular), berbaring bergerak-gerak (kerana kesakitan)." "losong I\nkurap ~ \nsejenis penyakit kulit." "losong II\n[arkaik];\n~ kosong \nkosong sama sekali." "lot I\nbidang tanah." "lot II\nsurat undi, undi;\ndilot\n [bahasa percakapan] diundi." "lot III\nbilangan tertentu yang standard dalam urus niaga sekuriti (saham) yang bersamaan dengan 1000 unit:\ndia berjaya membeli enam ~ saham syarikat itu pada harga RM 1.60 seunit." "lota I\nbekas air yang dibuat daripada logam." "lota II\nsudah menjadi lembik (kertas, pakaian, dan lain-lain)." "lotah\nsejenis tarian Melayu." "lote\ncomel ~ \n[Kelantan] cantik sungguh." "lotek I\n[arkaik] sejenis gala-gala untuk menutup lubang pada kayu (perahu dan lain-lain), dempul." "lotek II\n[Kelantan] sangat letih, lesu." "loteng\n1.\n tingkat rumah yang sebelah atas;\n \nkamar ~ \nbilik di tingkat atas rumah;\n2.\n langit-langit rumah (dibuat daripada papan)." "loteri\n1.\n undian;\n2.\n = \ntiket ~ \nsurat (kertas) undian (untuk menentukan orang yang bernasib baik untuk menerima hadiah dan sebagainya):\ndatang fikirannya untuk mencari wang itu dengan jalan membeli ~; \nkena (menang, mendapat, putus) ~ \na) mendapat wang (barang, keuntungan, dan sebagainya) daripada undian;\n b) beruntung besar;\n \nmencabut (menarik) ~ \na) membuka undian, mengundi;\n b) menang dalam undian;\nmeloterikan\n mengundikan." "lotik\n(Biologi) berkaitan dengan atau mendiami air tawar yang mengalir (deras):\nhabitat ~." "loto\nsejenis judi yang berdasarkan persamaan nombor yang dicabut dengan nombor pada kad." "lotok\nmudah ditanggalkan isi daripada biji (buah-buahan), lekang, longkah." "lotong I\n1.\n sejenis kera yang berekor panjang;\n \n~ Bangkatan, Nasalis larvatus;\n~ ceneka, Presbytis melalophos;\n~ cengkung = ~ bercelak, Presbytis obscura;\n~ kelabu, Presbytis cristata;\n2.\n hitam;\n \nhitam ~ \nsangat hitam, hitam sungguh;\n \n~ kekah kumput jarinya, kembung segah ketul jadinya \n(peribahasa) kesusahan itu akhirnya akan mendatangkan kesenangan." "lotong II\npelacur;\n= loktong." "lotong III\nsejenis tumbuhan (pokok), \nNephelium eriopetalum." "lotong IV\nsejenis rojak." "lotong V\n= \nekor ~ \nsejenis senapang kuno." "lotot\n[Jakarta];\nmelotot\n membuka mata lebar-lebar, membelalak:\nmata Amir ~ kepada perajurit itu;\nmelototkan\n membuka mata besar-besar:\nKamu siapa? balasnya ~ mata, ingin melawan.\nLotud\n suku kaum peribumi di Sabah dalam rumpun kaum Kadazan Dusun, kebanyakannya tinggal di daerah Tuaran, dan lebih suka menamakan diri mereka sebagai Suang Lotud." "lowong\ntidak ada yang menduduki (jawatan, pangkat, tugas, dan sebagainya), terluang, kosong;\nmelowongkan\n mengosongkan (jawatan, pangkat, dan sebagainya), meluangkan;\nlowongan\n jawatan (pekerjaan) kosong:\ntahun hadapan akan terbuka banyak ~ kerja di jabatan itu;\nkelowongan\n keadaan lowong, kekosongan:\n akan tetapi ~ itu diisi dengan pengarang-pengarang baru yang berbakti." "loya\n= meloya\n berasa hendak muntah, muak, mual:\ntekaknya ~ menjamah kuih-kuih itu;\nmeloyakan\n menyebabkan berasa hendak muntah:\nkotoran di tepi jalan itu sungguh~;\npeloya\n orang yang mudah berasa loya." "loyal\n[bahasa percakapan] taat, setia." "loyang\n1.\n aloi tembaga dan zink;\n2.\n [Jakarta] sejenis talam besar (dibuat daripada kangsa atau tembaga);\n3.\n bekas yang dibuat daripada aluminium atau zink, biasanya digunakan untuk mengisi adunan kuih seperti seri muka dan apam yang hendak dikukus;\n4.\n acuan kuih;\n \nkembang ~ \nark sejenis bubur dibuat daripada tepung beras dan gula;\n \nkuih ~ \nsejenis kuih (dibuat daripada tepung beras, santan, dan gula) yang digoreng dengan acuan tembaga, kuih goyang, kuih ros." "loyar I\n[bahasa percakapan] peguam;\n \n~ buruk \norang yang suka berdebat (pandai bertikam lidah) dan mengobrol (beromong kosong);\n \n~ keledek\n loyar buruk." "loyar II\n[Jakarta] royal." "loyo\n[Jakarta]\n1.\n sangat penat, sangat lemah;\n2.\n = \nmeloyo\n [arkaik] berasa hendak muntah, loya, mual." "loyong\nmeloyong\n jatuh melayang-layang, berjalan terhuyung-huyung." "loyor I\n= keluyur." "loyor II\n[Kelantan] berasa hendak muntah, loya." "lozeng\npil yang dihisap sehinga larut." "LPIP\n[kependekan] Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan." "LPK\n[kependekan] Lembaga Pelabuhan Kelang." "LPN\n[kependekan] Lembaga Padi dan Beras Negara." "LPP\n[kependekan] Lembaga Pertubuhan Peladang." "Lr\nsimbol kimia bagi lawrensium." "Lrg.\n[kependekan] Lorong." "LRT\nLight Rail Transit \n(Transit Aliran Ringan, iaitu sejenis rangkaian kereta api penumpang yang menggunakan kuasa elektrik yang beroperasi di bandar raya Kuala Lumpur dan juga di kawasan sekitarnya)." "LSD\n[kependekan] \nlysergic acid diethylamide\n (iaitu sejenis dadah berbahaya yang mengkhayalkan)." "Lt.\n[kependekan] Leftenan." "Lt. Kol.\n[kependekan] Leftenan Kolonel." "LTK\n[kependekan] Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu." "lu I\n[Cina] kamu, engkau." "lu II\nraga ~ \nbakul padi;\n= lau IV." "Lu III\nsimbol kimia bagi lutetium." "luagan\n[Brunei] kawasan takungan air yang dikelilingi daratan (kecil sedikit daripada tasik)." "luah\nmeluah\n \n1.\n berasa hendak muntah, meloya;\n2.\n muntah;\nmeluahkan\n1.\n mengeluarkan daripada mulut, memuntahkan;\n2.\n [kiasan] mengeluarkan, melahirkan:\nia ingin ~ hasrat yang telah lama terpendam; \nsaluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; \ndimakan mati emak diluahkan mati bapa \n= \nhendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar\n (peribahasa) dalam keadaan yang serba salah;\nterluah\n diluahkan, dilahirkan, diungkapkan:\nbanyaklah kenangan lama ~ satu demi satu;\nluahan\n1.\n sesuatu yang diluahkan (dimuntahkan dan sebagainya);\n2.\n kata-kata (perasaan dan sebagainya) yang dikeluarkan atau dilahirkan:\nsebagai orang lama dalam kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini merupakan rasa kecewa beliau terhadap golongan tersebut;\n~ emosi;\nperluahan\n tempat atau bekas untuk meluahkan:\nmaka tanah itu diludahkannya ke dalamsebuah ~;\npeluahan\n perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan)." "luak I\nsusut, berkurang:\nmakanan yang dihidangkan sedikit pun tidak ~;\nmeluak, meluaki\n menyusuti, mengurangi;\nmeluakkan\n menjadikan luak, mengurangkan, menyusuntukan." "luak II\n[arkaik] \nmeluak\n meluah, meloya." "luak III\n[Minangkabau] daerah, jajahan." "luak IV\n[Jawa] musang, \nParadascursus spp; \nkopi ~\n biji kopi yang diperoleh dalam tahi musang." "luak V\n[Minangkabau] perigi, telaga, sumur." "luak VI\n[Minangkabau], [kata seru] untuk menghalau lembu." "luan\n(Marin) bahagian perahu (sampan, kapal dan sebagainya) yang paling hadapan, haluan." "luang I\n1.\n ruang yang kosong, kelapangan, lowong;\n2.\n kekosongan pekerjaan, lowong:\n~ dan lubang kerja cukup banyak;\n3.\n kesempatan (baik):\nkalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak;\nmeluangkan\n mengosongkan (tempat dan lain-lain), melapangkan (masa dan lain-lain):\nwalaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa untuk kanak-kanak;\nterluang\n1.\n kosong, lapang, terbuka (tempat dan lain-lain):\nstadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; \n2.\n [kiasan] tidak ada yang menduduki (jawatan, pekerjaan, dan lain-lain), kosong, lowong:\ntiada pekerjaan yang ~ di pejabat itu; \n3.\n tidak sibuk, senggang:\nsetiap waktu ~ mereka berbual; \n4.\n tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dan lain-lain):\nitulah sahaja langkah yang ~ baginya;\nkeluangan\n kelapangan, kesempatan:\nitu pun dari kalangan mereka yang mempunyai ~ masa serta bersetuju dengan pimpinan parti politik yang diceburi;\npeluang\n kesempatan baik, ketika yang baik:\nkalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal." "luang II\n[Jakarta];\nmeluang\n berasa tidak sedap badan, berasa hendak demam." "luang III\nreda (ribut, angin)." "luap\nmeluap\n \n1.\n mengembang kerana mendidih, meruap:\nnasi itu telah ~; \n2.\n tumpah kerana sangat penuh, melembak, melimpah:\npada musim hujan lebat, air sungai itu ~; \n3.\n makin bertambah-tambah (perasaan, kemarahan, semangat, dan sebagainya), menghebat, menjadi-jadi, menyala-nyala:\ntiba-tiba datang keinginan yang ~ hendak pulang ke kampung halaman;\nmeluap-luap\n bergelora dengan amat sangat (berkenaan (dengan) perasaan, semangat dan sebagainya), berkobar-kobar, berapi-api:\ntimbul ~ kemarahannya terhadap budak itu; \nrasa bencinya terhadap penjajah ~; \nazamnya untuk menjadi seorang pemuzik profesional ~;\nmeluapkan\n menjadikan meluap:\nperasaan geram dan tidak puas hati jika dipendamkan boleh ~ perasaan marah;\n luapan\n hasil perbuatan meluap(kan):\n~ amarah yang membuak dalam dadanya sudah dapat ditenangkan\n;\npeluapan\n perbuatan meluapkan:\n~ semangat muda Mat Yasin." "luar\nlawan (bahagian) dalam:\nterdengar bunyi ketukan dari ~; \nkulit ~; \norang ~;\n~ bandar \ndaerah yang jauh dari bandar, kampung, desa;\n \n~ batas \nmelampaui (melebihi) batas;\n \n~ bicara \ntidak masuk dalam pembicaraan (perbincangan, perhitungan);\n \n~ dalam \na) bahagian luar dan bahagian dalam;\n b) lahir batin;\n \n~ dugaan \ntidak disangka-sangka;\n \n~ janji \ntidak masuk dalam janji;\n \n~ kepala \n[Indonesia] dengan ingatan (tidak usah ditulis atau melihat tulisan), hafaz;\n \n~ kira \nluar bicara;\n \n~ negeri\n = \nnegeri ~ \nnegeri asing;\n \n~ nikah \n(perhubungan jenis) yang tidak halal;\n \n(orang) ~ pagar \n(orang yang) tidak kena-mengena (tidak bersangkut paut);\n \n~ pantai \nluar pesisir;\n \n~ pesisir \na) terletak di laut tidak berapa jauh dari pantai (berkenaan (dengan) kedudukan sesuatu, misalnya pulau, pelantar minyak dan lain-lain);\n b) (Ekonomi) beroperasi atau berdaftar di luar negara kerana cukainya lebih rendah, peraturannya lebih longgar dan lain-lain (berkenaan (dengan) bank, pelaburan, syarikat dan lain-lain);\n \n~ sangkaan \ntidak disangka(-sangka);\n \n~ talian \n(Komputer) sifat peranti sokongan atau sistem yang tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama;\ndi luar\n1.\n di bahagian luar, di sebelah luar:\nkeadaan ~ bertambah sunyi dan gelap; \n2.\n tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan, dan lain-lain), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain daripada:\nbudak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yang ~ pengalaman mereka; \nkejadian itu ~ pengetahuannya;\n~ kepala \n[Indonesia] luar kepala;\n \n~ dugaan \ntidak terduga sama sekali (tidak tersangka-sangka);\n \n~ pembicaraan \ntidak masuk dalam pembicaraan;\nke luar\n ke sebelah luar;\nmeluar\n menyembul keluar, menonjol keluar;\nmeluarkan\n1.\n tidak memasukkan ke dalam golongan (perhitungan dan lain-lain), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan;\n2.\n menyuruh keluar;\nluaran\n1.\n = \norang ~ \norang asing, orang lain;\n2.\n [sastera lama] orang yang tidak masuk dalam golongan istana, orang keluaran;\n3.\n = \nnegeri ~ \nnegeri asing;\n 4\n. yang tampak sahaja, lahiriah:\n pada ~nya sahaja kita dipaparkan dengan kenakalan Umar Umaiyah\n;\npeluaran; \ndunia ~ \ndunia luar;\n= keluar." "luar biasa\ntidak seperti yang biasa, tidak sama dengan yang lain, istimewa:\nmendapat sambutan yang ~;\nkeluarbiasaan\n perihal luar biasa, keistimewaan:\napabila ia terkejut, hairanlah ia akan ~ mimpinya itu." "luas\n1.\n tidak sempit, lapang, lebar:\ntanah di belakang rumahnya ~; \n2.\n besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil daripada panjangnya didarabkan dengan lebarnya):\n~ kebun itu ialah tiga hektar; \n3.\n [kiasan] tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dan lain-lain):\npengetahuannya sangat ~; \nperkataan tersebut mempunyai erti yang sangat ~; \n4.\n tidak terbatas (pemandangan), lantang;\n5.\n besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan):\ndi dalam buku itu, dibincangkan tujuan pendidikan dengan ~; \nkesempatan untuk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kepada rakyat umum;\n seluas-luasnya\n paling luas;\nmeluas\n menjadi luas (banyak dan lain-lain), bertambah luas, merebak:\npenjajahan telah ~ mulai dari revolusi perindustrian di Eropah; \nperkembangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan;\nmeluaskan\n menjadikan lebih luas (besar, banyak, dan lain-lain), menambah dan sebagainya supaya menjadi lebih luas (besar dan lain-lain), membesarkan:\nkerajaan telah membuat rancangan untuk ~ kawasan padi;\n memperluas\n menjadikan lebih luas:\nmereka dihantar ke luar negeri untuk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka;\nkeluasan\n1.\n perihal luas:\ndalam buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang;\n~ badannya kecil jika dibandingkan dengan isi padu binatang itu;\n2.\n kelapangan, kelonggaran, keringanan, kesempatan:\npersatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar;\nperluasan\n perihal menjadi luas;\npeluasan\n perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas:\nkekurangan hasil penyelidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yang sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pendalaman soal;\npeluas\n orang (alat) yang meluaskan;\n \n~ lubang \nalat untuk meluaskan lubang." "luasa\n[arkaik] \nleluasa." "luat\nmeluat\n \n1.\n berasa hendak muntah, meloya, meluah;\n2.\n sangat benci, menyampah:\ndia ~ menengok kelakuan budak itu;\n kemeluatan\n keadaan (perasaan) meluat:\n dalam kebencian dan ~, aku tidak menafikan bahawa aku guru dan dia murid." "luba\nBrunei sejenis tumbuhan (pokok), \nEugeissona spp." "lubang\n1.\n bahagian pada sesuatu (dinding, jarum, dan lain-lain) yang boleh ditembusi sesuatu:\n~ jarum; \nia mengintai dari sebuah ~ di dinding rumah itu; \n2.\n rongga:\n~ hidung;\n~ telinga;\n~ roma; \n3.\n lekuk di tanah dan lain-lain:\njalan masuk ke tempat itu penuh dengan ~; \n4.\n [bahasa percakapan] peluang:\ndi bandar itu, ~~ kerja cukup banyak;\n~ angin \nlubang (di atas pintu atau tingkap) untuk angin keluar masuk;\n \n~ butang \nlubang yang dibuat pada pakaian untuk melekatkan butang;\n \n~ leleh \n(Seni bina) lubang kecil yang dibuat pada tembok penahan untuk menyalurkan keluar air yang bertakung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan;\n \n~ lengan \nlubang pada bahagian baju di pangkal lengan;\n \n~ mata \nlubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata;\n \n~ roma \nlubang pada kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar;\nbarang siapa menggali ~ , ia juga terperesuk ke dalamnya \n(peribahasa) barang siapa yang berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan;\n \ngali ~ timbus ~ \n(peribahasa) berhutang untuk membayar hutang lama;\n \nkorek ~ ulat\n (peribahasa) sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dan lain-lain);\n \nmasuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh \n(peribahasa) besar belanja daripada pendapatan;\nberlubang\n1.\n mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dan sebagainya):\ndinding rumahnya ~; \n2.\n mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga;\n3.\n berlekuk (tanah dan sebagainya):\njalan ke kampung itu ~ di sana sini;\nberlubang-lubang\n1.\n berlubang (dinding, jarum, dan sebagainya) di sana sini;\n2.\n berlubang (tanah dan sebagainya) di sana sini, berlekuk-lekuk;\nmelubang\n membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang;\nmelubangi\n membuat lubang pada, menebuk lubang pada, menggali lubang pada:\npapan itu dilubangi untuk dimasukkan skru;\nmelubangkan\n1.\n menyebabkan berlubang (dinding dan lain-lain):\ntembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; \n2.\n menyebabkan berlubang (berlekuk), melekukkan:\nkenderaan berat yang lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu;\npelubang, pelubangan\n lubang yang dibuat di tanah untuk menangkap binatang." "luber\n[Jawa] = \nmeluber\n tumpah kerana penuh atau terlalu banyak, meluap, melimpah:\nseperti wadah ia menerima dan terjun dalam pergolakan hidup yang berbagai-bagai ragam, lalu meluber kembali ke segala penjuru." "lubuk\n1.\n bahagian yang dalam di sungai (laut, telaga):\nmereka menangkap ikan di ~ sungai itu;\n~ pusar \nbahagian sungai atau laut yang airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dan sebagainya) ke dalam bahagian tengahnya;\n2.\n [kiasan] lembah kesengsaraan, kancah:\nmereka mencari gadis-gadis untuk dibawa ke ~ pelacuran;\n3.\n [arkaik] dalam (pinggan, mangkuk, dan lain-lain):\npiring ~;\n~ hati \n= \n~ jiwa \ndalam hati, batin;\n~ akal lautan (tepian) ilmu \n= \n~ akal lautan (tepian) budi \n(peribahasa) sangat luas dan banyak pengetahuan;\n \n~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ \n(peribahasa) nasib seseorang itu tidak tetap;\n \nbatu jatuh ke ~ \n(peribahasa) hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yang meninggalkan tempatnya);\n \nlain ~ lain ikannya \n(peribahasa) lain negeri lain adatnya;\n \ntahu di dalam ~ \n(peribahasa) tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara;\n \ntentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati \n(peribahasa) [Minangkabau] menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dan lain-lain) biarlah tepat pada tempat dan waktunya." "lubur I\n[arkaik] \nbelubur I\n." "lubur II\n[arkaik] \nkeluburan\n." "lucah\nhina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan:\nkata-kata ~; \nperempuan ~ \npelacur;\nkelucahan\n kecabulan, kehinaan, kekejian." "lucas\nluncas." "lucu\nmembuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka:\nmereka tertawa mendengar cerita yang ~ itu; \nkejadian itu sangat ~;\nmelucu, berlucu\n membuat sesuatu yang menyebabkan orang ketawa, berjenaka, berkelakar:\nia cuba ~;\nkelucuan\n sesuatu yang menggelikan hati, kejenakaan, kelakar, lelucon:\n~ yang timbul daripada kejadian itu menyebabkan bapa tersenyum;\npelucu\n orang yang sifatnya suka melucu." "lucup\nmasuk ke dalam, hilang terbenam (orang menyelam dan lain-lain);\nlucut III." "lucur\nluncur." "lucut I\nmelucut\n terlepas daripada pegangan (genggaman dan lain-lain), luncur;\nmelucuti\n1.\n mengambil senjata daripada genggaman, merampas:\nmereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; \n2.\n [kiasan] melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dan sebagainya):\ndia berhati-hati berkata-kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; \nnegara itu telah dilucuti taringnya;\nmelucuntukan\n1.\n menanggalkan (pakaian, perhiasan, dan lain-lain), melepaskan (tali, ikatan, dan lain-lain), meluluskan (gelang, cincin, dan lain-lain):\ndengan gopoh, ia ~ pakaiannya;\n~ orang daripada bahaya maut; \ngelang emas di tangan dilucuntukannya; \n2.\n [kiasan] menarik balik, mencabut balik, memansuhkan;\n \n~ jawatan \nmemberhentikan (daripada jawatan), memecat;\n \n~ kerakyatan \nmenarik balik kerakyatan;\nterlucut\n terlepas (daripada pegangan, genggaman, ikatan, dan lain-lain):\nkayu itu ~ daripada genggamannya; \norang berhutang tidak ~ daripada tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan;\nperlucutan\n pelucutan;\npelucutan\n perihal (proses, tindakan dan sebagainya) melucuti atau melucuntukan:\n~ senjata;\n~ jawatan;\n~ jawatan \ntindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dan sebagainya) jawatan yang sedang disandang oleh seseorang, pemecatan;\n \n~ senjata \na) tindakan merampas atau menghapuskan senjata daripada seseorang atau sesuatu kumpulan;\n b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara;\n pelucut\n alat untuk melucuntukan sesuatu;\n \n~ dawai \npelurut dawai." "lucut II\nmelucut\n melecet, melocak, mengelupas (kulit dan lain-lain)." "lucut III\n[Minangkabau] hilang, lenyap;\nmelucuntukan\n1.\n melenyapkan, menghilangkan;\n2.\n membencanakan, mencelakakan;\n= lucup." "ludah\n= \nair ~ \nair yang keluar (daripada) dalam mulut, air liur;\n~ sirih \nludah yang berwarna merah (tatkala makan sirih);\n \ntempat ~ \nbekas untuk menakung ludah;\nberludah, meludah\n membuang ludah, mengeluarkan ludah:\ndilarang ~ di merata-rata tempat; \norang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki;\n~ ke langit (muka juga yang basah) \n= \n~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga \n(peribahasa) melawan atau membantah orang yang berkuasa, kita juga yang susah;\n \nsudah diludah dijilat balik \n(peribahasa) sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali;\nmeludahi\n meludah (berludah) pada:\naku dihina terang-terangan seolah-olah orang ~ mukaku;\nmeludahkan\n1.\n menyemburkan ludah;\n2.\n meludah untuk mengeluarkan sesuatu daripada mulut:\nia ~ air sirih yang sudah lama bertakung di dalam mulutnya itu; \nmaka nanah itu diludahkannya ke dalam sebuah peluahan;\npeludahan\n bekas tempat meludah;\npeludah\n orang yang selalu dan suka meludah." "ludai\nsejenis tumbuhan (pokok) famili Euphorbiaceae, gurah, mamah pelanduk, apid-apid (Sabah), \nSapium spp\n.;\n~ api \nsejenis tumbuhan (pokok), balik angin putih, maya-maya, memaya jawa, pipi, \nMacaranga populifolia;\n~ bulan \nsejenis tumbuhan (pokok), medang serai, mutan riba, perepat bukit, redan, tasai, \nMisochocarpus lessertianus;\n~ pelanduk \nsejenis tumbuhan (pokok), kayu rulus, mamas-mamas pelanduk, mayang, memaya, \nSapium baccatum." "ludang I\nsampan ~ \nsejenis sampan;\n= seludang I." "ludang II\n= seludang II." "ludat\nsejenis tumbuhan (pokok), api-api daun lebar, api-api ludat, api-api putih, udat, \nAvicennia officinalis." "ludes\n[Jakarta] habis licin, habis sama sekali." "luding\nsejenis ikan laut, tenggiri kecil, \nScomberomorus spp." "ludo\nsejenis permainan yang menggunakan buah dadu dan tagan di atas papan khas." "ludruk\npertunjukan sandiwara dengan nyanyian dan tarian." "lugai\nmelugai\n [Kedah] berasa hendak muntah." "lugar\n[Kelantan] tidak sedap perut kerana lapar dan lain-lain, mual." "lugas\nmelugas\n berasa hendak tersedak." "lugu I\n[arkaik] berasa senang, puas, kenyang." "lugu II\n[Jawa] [arkaik] bersahaja, sewajarnya." "lugu III\n[Perak] jemu, jelak." "lugut\n[Jawa] miang." "luhak\n[Minangkabau] \n= luak III." "luhur\nmulia, tinggi, agung:\nmoga-moga cita-citanya yang ~ itu dikabulkan Tuhan;" "luih I\n[Jawa] lebih." "luih II\n= luik." "luik\nmeluik\n1.\n mengeluarkan benda daripada dalam mulut;\n2.\n berasa hendak muntah;\n3.\n meleleh keluar (benda yang likat)." "luing I\nsejenis tumbuhan (pokok), ara bumbung, ara lepung, ara sungai, seniah, senil, \nFicus hispida; \nleluing." "luing II\nsejenis lipan, lintibang, pesan-pesan." "lujur\n= jelujur I." "luka\n1.\n belah (cedera, lecet, pecah) pada kulit sebab kena potong, kena tembak, dan lain-lain:\n~nya sangat dalam;\n~ parah \nluka yang sangat besar, luka yang sangat berbahaya;\n2.\n mengalami cedera (pecah, lecet pada kulit) sebab kena potong, kena tembak, dan lain-lain:\ntangannya ~ kena kaca; \n3.\n [kiasan] sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa:\n hatinya ~;\n~ bakar \n[Indonesia] luka sebab kena api;\n \n~ hatinya \n= \nhatinya ~ \nki sakit hatinya;\n~ sudah hilang parutnya tinggal juga \n(peribahasa) sungguhpun orang yang berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan seperti keadaan sediakala;\n \nlain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh \n(peribahasa) orang lain yang membuat salah, orang lain yang berasa (susah dan lain-lain);\n \nsiapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh \n(peribahasa) orang yang berasa tersindir, dialah yang membuat sesuatu yang disindirkan itu;\n \ntakkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga \n(peribahasa) kesukaran dalam sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya untuk mencari nafkah;\nberlukaan\n [sastera lama] mendapat luka-luka:\nkedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan bertikam tombak, seorang pun tiada ~;\nberluka-lukaan\n [sastera lama] saling mendatangkan luka (pada lawannya dan lain-lain):\nmaka Bugis melawanlah lalu bertikam ~;\nmelukai\n1.\n mendatangkan luka pada;\n \n~ musuh \nmendatangkan luka pada musuh;\n2.\n = \nmelukakan\n menyakiti (hati):\nsindiran yang ~ hati dihamburkan kepadanya;~ hati \nmenyakiti hati;\nkelukaan\n kedukaan kerana kecewa:\n kau begitu teguh menghadapi ~ dalam menjalani kehidupan." "lukah I\nsejenis alat untuk menangkap ikan (yang membolehkan ikan masuk tetapi tidak boleh keluar), bubu:\ndilihatnya orang mengambil ikan daripada ~nya;\n~nya mengena \nki tipu muslihatnya berhasil;\n \nmenahan ~ \nmemasang lukah;\nbagai ~, tak penuh oleh air \n(peribahasa) perihal budak yang tidak berasa kenyang (selalu hendak makan sahaja);\n \nbagai menyandang ~ tiga \n(peribahasa) menjalankan (melakukan) pekerjaan yang sukar sungguhpun tidak berat;\n \nmemasang (menahan) ~ di penggentingan \n(peribahasa) mencari keuntungan dari kesempitan (kesukaran) orang;\nmelukah\n menangkap ikan dengan lukah." "lukah II\nmelukah\n menampakkan kemaluan (apabila tidak kemas memakai kain atau seluar, apabila duduk dengan tidak tertib)." "lukat\n= melukat\n lekang (sesuatu yang melekat)." "lukih\nsejenis tumbuhan (herba), condang, kacunda, kecondong, likir, \nTacca pinnatifida." "lukis\npandai ~ \nark orang yang pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis;\n \nseni ~ \n(hasil) kecekapan menggambar yang elok-elok;\nmelukis\n1.\n membuat gambar, peta, dan sebagainya (dengan menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dan sebagainya):\ndia suka ~ pemandangan yang indah-indah; \n2.\n merupakan dengan gambar, menggambarkan:\ndia ~ sebuah bulatan;\nmelukiskan\n ki\n1.\n membayangkan, menampakkan:\nbibirnya ~ senyuman; \n2.\n menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan:\nrencana itu ~ penderitaan yang dialami rakyat;\nterlukis\n1.\n terbayang, tergambar:\n~ dalam kepalanya kesibukan kota London itu; \n2.\n teriwayat, terceritakan;\nlukisan\n1.\n hasil melukis, gambar(an):\n~ cat minyak;\n2.\n [kiasan] keterangan (cerita, huraian, dan lain-lain) yang menggambarkan sesuatu hal;\npelukisan\n perihal melukiskan:\npengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwa-peristiwa yang disaksikannya sendiri; \ncara ~ watak dan peristiwa dalam novel ini lurus dan tidak mengarah kepada simbolisme;\npelukis\n orang yang (kerjanya) melukis, tukang lukis." "luks\n[Indonesia-Belanda] (barang-barang) mewah:\ndia tidak mampu membeli barang ~ ." "luku I\n[Jawa] bajak, tenggala;\nmeluku\n membajak:\nkembalilah pula tenaga mereka yang besar untuk mencangkul, ~, menebar, menyiang, memotong." "luku II\nmeluku\n mengetuk dengan buku jari, menyekeh." "lukup\n= lungkup, telungkup." "lukut I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), jejoh, jirak, jirik, medang melukut, merpadi paya, \nSymplocos fasciculata; \n2.\n Brunei sejenis tumbuhan (paku), \nPlatycerium spp." "lukut II\n= melukut I." "lulai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nGarcinia spp.;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), jintik merah, mentali, rambai ayam, setambun betina, tuku-takal, \nBaccaurea wallichii." "lulang\nakar ~ bulu \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), ulan raya, \nMerremia vitifolia." "lulas\nmelulas\n membesarkan atau membersihkan lubang;\npelulas\n alat untuk membesarkan (membentuk, melicinkan, dan sebagainya) lubang." "luli I\n1.\n kapas yang dipegang sewaktu memilin benang;\n2.\n [Minangkabau] kayu penggulung kapas yang belum digantih (dipintal);\nmeluli\n mengumpar (menggulung) kapas." "luli II\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nHarpodon nehereus." "luli III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kandis burung, lulai, \nGarcinia merguensis; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), lulai, \nGarcinia rostrata." "lulu I\nlulur I." "lulu II\n[Brunei] rekah, pecah (seperti kulit bakau)." "luluh\n1.\n hancur menjadi serbuk, remuk;\n \nhancur ~ \n= \n~ lantak \nhancur sama sekali, rosak binasa:\nkota itu hancur ~ akibat letupan itu;\n2.\n \nhancur ~ \nki remuk-redam (hati), sedih sekali:\nhancur ~ rasa hatinya mendengar berita sedih itu;\nmeluluhkan\n menghancurkan, meremukkan;\nluluhan\n (Geografi) hancuran, remukan:\nsemua benda galian pasir kelodak dan tanah liat terjadi daripada ~ batu;\npeluluhan\n (Geografi) perihal meluluhkan." "luluh hawa\n(Geografi) luluh oleh tindakan hawa;\nmeluluh hawa\n meluluhkan dengan tindakan hawa:\nbatu asal di permukaan bumi ini pada mulanya diluluh hawa dan dihakis oleh agen tertentu seperti air, angin, dan glasier;\npeluluhhawaan\n perihal (tindakan dan sebagainya) meluluh hawa." "luluk I\n[Minangkabau] lumpur;\nberluluk\n berlumpur, kena lumpur;\n \ntiada ~ mengambil cekerau \n(peribahasa) mendapat untung dengan tidak bersusah payah;\nterluluk\n sudah gembur dan boleh ditanami (sawah);\n= lolok II." "luluk II\n= \npeluluk\n [sastera lama] mata-mata;\nmeluluk\n mengintai, mengintip (musuh dan lain-lain);\n= lolok I." "lulum\nmelulum\n mengulum, menjilat-jilat (jari dan lain-lain)." "lulun\n[Brunei] kelim." "lulur I\nmelulur\n \n1.\n melancar masuk, meluncur, melungsur;\n2.\n menelan:\nayam itu dilulur ular; \nbagai ~ bersetonggeng \n(peribahasa) melakukan sesuatu yang sukar kerana malu (takut, terpaksa, dan lain-lain)." "lulur II\n[Jawa] sejenis bedak wangi untuk membersihkan badan, lulut;\nmelulur\n menyapu badan dengan lulut, melulut." "lulur III\nmelulur\n menghisap (seperti menghisap aiskrim dan lain-lain)." "lulus\n1.\n terus (masuk ke dalam lubang dan lain-lain), lantas, tembus:\nsebuah bola logam yang hanya ~ melalui gelang logam pada masa ia sejuk dipanaskan; \nbenang sekasar ini tidak dapat ~ ke dalam lubang jarum; \ntidak lulus pada akal (di akal) \ntidak dapat diterima akal, tidak masuk akal;\n2.\n terperlus (ke dalam lubang dan lain-lain), terperosok:\nkakinya ~ ke dalam lantai yang lapuk itu; \n3.\n terlepas (cincin daripada jari dan lain-lain), lucut:\ncincin itu tidak ~ daripada jarinya; \n4.\n berjaya (menang) dalam peperiksaan, tidak gagal (dalam ikhtiarnya, usahanya), berhasil:\ndia ~ sekolah Melayu; \n5.\n diperkenankan (permohonan, permintaan, dan lain-lain), dipersetujui, terkabul:\npermohonannya ~; \n6.\n [arkaik] hilang lenyap ( sesuatu yang dimakan api), lelap (barang-barang yang digadai);\n~ tidak berselam, hilang tidak bercari \n(peribahasa) perihal seseorang yang menanggung kesusahan tetapi tidak ada yang menolongnya;\n \nsudah ~ maka hendak melantai \n(peribahasa) [Minangkabau] sesudah mendapat kesusahan (kemalangan) baru ingat;\nselulus\n [arkaik] selalu, sentiasa;\nmelulusi\n melucuti, menanggalkan (pakaian dan lain-lain);\nmeluluskan\n1.\n membiarkan lalu, memasukkan:\n~ benang ke lubang jarum; \n2.\n melucuntukan (gelang, cincin, dan lain-lain);\n3.\n memperkenankan (permintaan, permohonan, dan lain-lain), mempersetujui, mengabulkan:\nbeliau telah pun mengkaji usul itu terlebih dahulu sebelum diluluskan untuk dibincangkan; \nkerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; \n4.\n menyebabkan (menjadikan) lulus (dalam peperiksaan dan lain-lain);\n5.\n melepaskan diri, membebaskan (diri), melarikan (diri):\nwalaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri;\nlulusan\n1.\n orang yang telah lulus dalam peperiksaan, lepasan, keluaran:\ndia ~ sekolah Melayu; \n2.\n kebenaran, izin;\n \nsurat ~ \nsurat kebenaran;\nselulusan\n1.\n [Minangkabau] selengkap:\n~ pakaian; \n2.\n [Minangkabau] seibu:\nsaudara ~;\nkelulusan\n1.\n perihal lulus:\nmereka belajar hanya untuk mendapat ~ dalam peperiksaan;\n~ permohonan tanah di dalam bandar dibuat secara lelong; \n2.\n tingkatan pengajian yang diperoleh, ijazah:\nbegitulah pentingnya ~ dan kelayakan yang telah dikenakan oleh kerajaan; \ndia meneruskan pelajarannya hingga mendapat ~ doktor; \n3.\n keguguran (yakni melahirkan bayi sebelum masanya);\nberkelulusan\n mempunyai kelulusan:\nramai wanita di sana yang sudah ~ tinggi dan memegang jawatan-jawatan penting;\n pelulus\n orang atau pihak yang meluluskan sesuatu (berkenaan (dengan) permohonan dan sebagainya):\ndiluluskan oleh pegawai ~." "lulut\nsejenis bedak wangi untuk membersihkan badan;\nberlulut\n bergosok badan dengan lulut:\nmaka Hang Nadim pun ~ padanya;\nmelulut\n menyapu (menggosok) badan dengan lulut;\npelulut\n1.\n orang yang kerjanya melulut, tukang lulut:\npanggil si ~ itu, aku hendak berlulut;\n2.\n lulut." "lum\n[arkaik];\nmasak ~ \nranum, terlampau masak (buah-buahan)." "lumading\n[Brunei] sejenis ikan laut." "lumai\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (herba), batu lincar, kayu batu, lelangkapan, sembung lalaki, \nBlumea lacera." "lumang\nberlumang\n berlumur (dengan lumpur, minyak, darah, dan lain-lain), bergelumang;\nmelumangkan\n1.\n melumurkan, memalit-malitkan;\n2.\n [sastera lama] mengotori, mencela, menghinakan;\n= gelumang." "lumar\n[Minangkabau] lumur;\nberlumar\n berlumur dengan debu (kotoran dan lain-lain);\nmelumari\n melumuri, mengotori." "lumas\nmelumas\n menyapu (dengan minyak, kapur, cat, dan lain-lain):\n~ tembok dengan kapur; \nkereta itu nampak baru sebab dilumas;\n melumaskan\n menyapukan sesuatu (seperti minyak dan kapur) pada sesuatu yang lain, melumurkan, melumangkan:\n~ minyak pada bahagian badan yang hendak diurut." "lumat\n1.\n halus betul, hancur:\nia mengeluarkan sirih yang telah ~ dari dalam gobeknya; \nmakanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; \n2.\n terkocok (daun pakau);\nmelumatkan\n1.\n menjadikan lumat dengan menumbuk (mengunyah dan lain-lain):\ndia ~ benda itu dalam sebuah lesung;\n2.\n [kiasan] menghancurkan, memusnahkan:\nmeriam musuh telah ~ kota itu." "lumayan\n1.\n cukup, agak banyak, sederhana (pendapatan, hasil, dan lain-lain):\njumlahnya tidak banyak tetapi ~;\n2.\n banyak sekali, mewah:\n berbelanja besarlah anda pada hari itu kerana telah mendapat hadiah yang ~." "lumba\nperlawanan beradu cepat (pandai dan lain-lain):\n~ lari;\n~ kuda;\n~ perahu;\nberlumba, berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan\n berdahulu-dahuluan, berlawanan:\nkaum wanita berjuang dan berlumba-lumba mencapai kemajuan;\nmemperlumbakan\n menyebabkan (membiarkan) berlumba;\nperlumbaan\n1.\n perlawanan kecepatan (berlari, berperahu, dan lain-lain), lumba:\n~ lari 100 meter;\n~ perahu; \n2.\n tempat berlumba;\npelumba\n orang yang berlumba (menyertai sesuatu lumba):\npertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal." "lumba-lumba\n=\n \nikan ~ \nsejenis mamalia laut daripada famili Delphinidae yang mempunyai muncung seakan-akan paruh,\n Delphinus spp." "lumbago\n(Perubatan) rasa sakit atau sengal dalam otot di bahagian bawah belakang tubuh." "lumbah\n= \n~ bukit (rimba) \nsejenis tumbuhan (herba), kepala puyuh, lembah, \nCurculigo latifolia;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (herba), pinang lumbah, pokok serangat, seludang pinang, tukur tikus, \nPeliosanthes spp.;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (herba), \nCurculigo c" "lumban\nsejenis ikan laut, dengkis, \nSiganus spp." "lumbar\n(Biologi) berkaitan dengan bahagian bawah belakang tubuh:\narteri ~." "lumbu\n~ jawa \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar garuk, akar gerit hitam, akar getah gaharu, akar getah ujul, akar jualoh, \nWillughbeia coriacea." "lumbung\n[Indonesia] tempat menyimpan padi, jelapang, kepuk, rengkiang." "lumbur\nsejenis tumbuhan (pokok renek), gemotan pacat, meroyan minko, siguh, sigoniah, \nAlsodeia (Rinorea) kunstleriana." "lumer I\n[Jakarta] lumat, halus betul." "lumer II\n[Jawa] menjadi cair." "lumi\n= lumi-lumi\n sejenis ikan laut, luli-luli, uli-uli, \nHarpodon (Saurus) nehereus." "lumpektomi\n(Perubatan) pembuangan tumor daripada payudara secara pembedahan." "lumping\n[Jakarta];\nkuda ~ \na) kuda tiruan (untuk permainan) dibuat daripada kulit atau buluh;\n b) sejenis pertunjukan dengan kuda yang dibuat daripada buluh atau kulit." "lumpuh\n1.\n tidak kuat atau tidak bertenaga (kaki atau bahagian-bahagian lain tubuh):\nsegenap sendi anggotanya lemah ~, tidak berdaya hendak berjalan;\n2.\n [kiasan] tidak bergerak (berjalan):\nsegala kerja kesatuan itu telah ~;\nbagai si ~ pergi merantau \n(peribahasa) tidak mungkin dilakukan;\n \nyang ~ penghuni rumah \n= \nyang ~ pengejut ayam \n(peribahasa) setiap orang itu ada gunanya;\nmelumpuhkan\n menjadikan lumpuh, melemahkan:\ntujuan mereka hendak ~ gerakan gerila di hutan;\nkelumpuhan\n perihal lumpuh:\nsetelah mengalami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak." "lumpuk I\n[arkaik] lumpuh." "lumpuk II\n[arkaik];\nmelumpukkan\n menghimpunkan, mengumpulkan." "lumpur\ntanah berair yang lembut, selut;\n \n~ katam \nlumpur yang terdapat di pantai;\nberoleh ~ di tempat yang kering \n(peribahasa) beroleh kesusahan dengan tidak disangka-sangka;\n \ntakut akan ~, lari ke duri \n(peribahasa) mengelakkan kesusahan yang kecil dapat kesusahan yang besar;\nberlumpur\n1.\n mempunyai lumpur, penuh dengan lumpur:\ndi tebing yang ~ ini, tumbuh hutan bakau;\n2.\n berlumur lumpur, kena lumpur:\nkasutnya ~;\nmelumpuri\n menyebabkan berlumpur pada:\nkanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu;\nperlumpuran\n tempat yang penuh dengan lumpur." "lumrah\nbiasa, lazim:\nsoal merantau ke luar negeri ialah sesuatu yang wajar dan ~ bagi mereka;\nkelumrahan\n kebiasaan, kelaziman:\nadalah menjadi ~ untuk negara dari dunia kini mempunyai rancangan pembangunan masing-masing." "lumu\nlumut." "lumur\n= berlumur, berlumuran\n berlumang (bergelumang) dengan lumpur (minyak, debu, dan lain-lain), terpalit-palit dengan kotoran (lumpur dan lain-lain):\nia membuka kasut yang sudah ~ lumpur;\nmelumuri\n menyapu badan dan lain-lain dengan (minyak dan lain-lain):\n~ mukanya dengan bedak;\nmelumurkan, melumur\n menyapukan (minyak, lumpur, dan lain-lain), melumangkan, memalit-malitkan:\n~ arang ke mukanya; \ndilumurkannya minyak ke kepala budak itu;\nlumuran\n sesuatu yang dilumurkan (seperti minyak, lumpur, dan lain-lain);\npelumuran\n perbuatan melumurkan atau melumuri sesuatu." "lumus\nkotor atau terpalit-palit oleh lumpur (darah dan lain-lain), berlumur;\n \ntungkus-~ \nterlibat (termasuk) dalam sesuatu pekerjaan (penderitaan dan lain-lain);\n \nbertungkus-~ \nmembanting tulang." "lumut\nsejenis tumbuhan kecil yang tumbuh di tempat yang lembap (di batu, batang kayu basah, dan lain-lain);\n~ ekor kuning (kucing) \nsejenis tumbuhan (herba), \nUtricularia flexuosa;\n~ hati \nlumut daripada kelas Hepaticae yang tumbuh di kawasan lembap;\n \n~ karang \nbunga karang, sepan;\n \nakar ~, \na) sejenis tumbuhan (pokok), pulai, \nAlstonia angustifolia; \nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), akar cabang lima, akar meruan, lilimbo, \nSphenodesma barbata; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpair), \nBlyxa malayana;\nberlumut, berlumutan\n ditumbuhi lumut." "Lun Bawang\nsuku kaum peribumi yang termasuk dalam kumpulan Orang Ulu, tinggal di pedalaman, dan aktiviti utamanya ialah menanam padi serta menternak." "lunak\n1.\n lawan keras, empuk, lembut:\nbuah ini isinya manis ~; \nbinatang ~\n binatang tidak bertulang belakang yang lembik badannya dan biasanya berkulit keras (seperti siput, tiram, sotong, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] tidak keras (suara, bunyi, dan lain-lain), lembut:\nia menjawab dengan suara ~ memujuk; \n3.\n tidak cepat marah, sabar, tenang:\nwanita itu sifatnya ~; \n4.\n tidak keras (mempertahankan pendiriannya dan lain-lain), tidak degil;\n \n~ hati \nmahu menurut kata orang, tidak degil;\n~ disudu, keras ditakik \n(peribahasa) yang mahu menurut kata diperlakukan dengan lemah lembut, yang menentang digagahi;\n \n~ gigi daripada lidah \n(peribahasa) bersikap lemah lembut atau merendahkan diri;\nmelunak\n menjadi lembut, (hati, sikap, dan lain-lain):\nmatanya yang garang menyala itu lambat-laun ~ kembali;\nmelunaki\n bersikap lembut (sabar dan sebagainya) kepada seseorang, mengenakan kata-kata yang halus kepada seseorang, membujuki;\nmelunakkan\n mengempukkan (makanan dan lain-lain), melembuntukan (hati, suara, dan lain-lain):\nSidik dengan sengaja ~ suaranya;\nmemperlunak\n menjadikan lebih lunak:\npemerintah Peranchis masih saja tidak ~ sikapnya terhadap bangsa Arab;\n~ hati \nki melembuntukan hati, meredakan (menenangkan) hati;\nkelunakan\n perihal lunak, kelembutan:\n~ pendirian." "lunas I\n1.\n kayu panjang pada dasar perahu, dasar perahu;\n2.\n pokok (sesuatu pendapat, faham, dan lain-lain), asas, dasar, pangkal:\n~ pendidikan; \nperjumpaan tersebut merupakan satu ~ bagi persidangan besar; \n3.\n [Minangkabau] bahagian bawah (kuali, periuk, dan lain-lain), dasar;\nberlunaskan\n berasaskan, berdasarkan:\ntiap-tiap satu dasar bahasa bagi pelaksanaan di bilik darjah haruslah berasaskan kajian yang rapi dan ~ teori atau pendekatan yang sudah terbukti kejayaannya." "lunas II\nberes, jelas, selesai (hutang dan lain-lain);\nmelunasi, melunaskan\n1.\n membayar (hutang dan lain-lain) hingga selesai, menjelaskan (hutang):\nhingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; \norang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; \n2.\n memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dan lain-lain):\n~ kewajiban; \n3.\n memperbaiki kesalahan (dengan membuat jasa dan lain-lain), menebus kesalahan dan lain-lain:\n~ dosa;\n terlunas\n telah dilunaskan:\npinjaman ~;\npelunasan\n perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan, penyelesaian:\n ~ segala hutang piutangnya;\n pelunas\n (orang) yang melunaskan, penyelesai:\n~ hutang." "lunau\n[Minangkabau] lumpur, selut;\n= lanau." "luncai\n[arkaik] buncit, gendut (perut):\nsi ~." "luncas\ntidak kena pada sasaran, tidak tepat, luput." "luncip\n= lancip." "luncung I\nmuncung (babi dan lain-lain)." "luncung II\nberbentuk tirus tetapi pepat pada hujungnya;\n \ndihentak alu ~\n (peribahasa)dikalahkan oleh orang bodoh;\nmeluncungkan\n melancipkan, meruncingkan:\nbila ditanya ibunyadi mana, ia ~ mulutnya ke arah dapur." "luncur\n1. = meluncur\n melungsur, menggelongsor:\nanak itu ~ daripadapangkuan ibunya;\n2.\n lucut (daripada pegangan dan lain-lain), lelap (barang gadaian):\nbarang yang digadaikan itu telah ~; \n3.\n bergerak dengancepat (kereta dan lain-lain):\nsebuah kereta besar meluncur masuk danberhenti di sisinya; \n4.\n keluar dengan lancarnya (kata, percakapan, dan lain-lain):\nsuatu teguran sedia meluncur daripada mulut ayahnya;\n~ air \nsukan yang menggunakan papan luncur untuk meluncur di atas permukaan laut yang berombak tinggi;\n \n~ ais\n sukan yang menggunakan sepatu luncur yang berbilah besi di bahagian tapak untuk meluncur di permukaan gelanggang ais yang rata dan licin;\n \n~ angin \nsukan air yang menggunakan papan luncur yang dilengkapi dengan layar, palang dan lain-lain, yang peluncurnya berdiri di atas papan luncur tersebut;\n \n~ salji\n sukanyang menggunakan papan luncur yang dipasangkan pada kasut, dan dua batang tongkat untuk membantu pergerakan di kawasan bukit yang bersalji;\n \nberseluncur\n meluncur-luncur di tempat yang licin (di atas lumpur dan lain-lain);\nmeluncuri\n bergerak dengan cepat di, meluncur di:\nsebuah kereta ~ jalan yang sepi itu;\nmeluncurkan\n1.\n melancarkan, melongsorkan:\n~ kapal; \n2.\n mengeluarkan (kata-kata dan lain-lain) dengan lancar:\nia pun ~ kata-kata ini;\nterluncur\n terlepas ke bawah, tergelincir;\nluncuran\n gerakan meluncur:\ndari segi teori untuk menghasilkan ~ yang maksimum, sudut balingan mestilah 45;\npeluncuran\n1.\n tempat untuk meluncur;\n2.\n perihal (perbuatan atau proses) meluncur, meluncuri atau meluncurkan;\npeluncur\n1.\n orang yang meluncur (dalam luncur air, luncur ais dan sebagainya);\n2.\n alat yang digunakan untuk meluncur atau meluncurkan;\n \npesawat ~ \n[Indonesia] sejenis pesawat (kapal) terbang yang tidak memakai enjin." "lundang I\n[Minangkabau] \n= londang." "lundang II\nsejenis akar (airnya dibuat ubat)." "lundang III\n[Minangkabau] ruang (petak-petak dalam buah-buahan seperti durian), pangsa." "lundi\nulat putih di dalam tanah yang kemudian menjadi kumbang." "lundu I\nikan ~ \nsejenis ikan sungai, \nMacrones guilo." "lundu II, lunduh\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), beras-beras hitam, kayu mata punai, medang paya, \nAntidesma coriaceum." "lundung\n[Brunei] malas." "lungguh I\nmelungguh\n [sastera lama] duduk." "lungguh II\nlungguhan\n [arkaik] tanah yang diberikan kepada seseorang pegawai kerajaan sebagai gaji." "lungkah\n[arkaik]\n= lukah I." "lungkum\nlengkung;\n= mungkum." "lungkup\nterlungkup\n yang di bawah menjadi di atas, terbalik, tertiarap, lawan telentang." "lunglung\nsejenis tumbuhan (pokok), cempaka hutan, nona luwung, ultup-ultup, \nAromadendron elegans." "lungse\n[Jawa] terlambat." "lungsin\nbenang yang memanjang pada tenunan." "lungsur I\nmelungsur\n meluncur turun, menggelongsor." "lungsur II\nlungsuran\n [Jawa] barang-barang lama atau yang telah dipakai (pakaian dan lain-lain)." "lunjur\n= berlunjur\n menghulurkan kaki (sewaktu duduk dan lain-lain), mengunjurkan kaki:\ntempat duduk banyak yang kosong, jadi kami pun tidur berlunjur; \nberapa panjang ~, begitulah selimut\n (peribahasa) membuat sesuatu biarlah menurut kesanggupan diri sendiri;\nmel" "luntang II\n~-lanting \na) terbuai-buai ke sana sini;\n b) = \n~-lantung \nmerayau, berjalan ke merata tempat, menganggur (tidak bekerja);\n \norang ~-lantung \norang yang menganggur dan berkeliaran." "luntur I\n1.\n turun atau berubah warnanya (kain cat, dan lain-lain):\nkainnya teguh dan tidak ~; \ntahan ~ \ntidak turun warna;\n2.\n berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dan sebagainya):\nkeazaman mereka untuk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan;\n3.\n hilang atau berkurang (kasih sayang dan sebagainya):\nkasihnya sudah mulai ~; \nkejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; \n4.\n turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dan sebagainya);\n5.\n tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dan lain-lain):\njampi itu sudah ~;\n meluntur\n menjadi atau mulai luntur;\nmelunturi\n luntur warnanya dan kena pada (kain, baju) yang lain:\nkain ini dicuci terasing supaya tidak ~ yang lain;\n melunturkan\n menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna, keyakinan, kasih sayang, dan lain-lain):\nkain yang berwarna perang itu dilunturkan untuk mendapatkan kain putih;\n kelunturan\n1.\n perihal luntur:\nia menampakkan ~ dan kebelakangan pendapat yang progresif\n;\n2.\n kena warna sesuatu yang luntur;\npelunturan\n perihal melunturi atau melunturkan;\npeluntur\n bahan untuk melunturkan kain dan lain-lain;\n \nserbuk\n \n~\n sejenis serbuk yang digunakan untuk melunturkan (memutihkan) kain dan lain-lain." "luntur II\nsenang keluar (kencing, haid);\nmeluntur\n meminum ubat untuk mencuci perut atau untuk menyenangkan buang air;\npeluntur\n = \nubat\n \n~\n ubat pencuci perut (untuk menyenangkan buang air)." "lunyah\nmelunyah\n \n1.\n memijak-mijak tanah supaya gembur;\n2.\n [Minangkabau] menumbuk, meninju." "lunyai\nkumal (pakaian dan lain-lain), lusuh." "lup I\n[Perak] nama timangan bagi anak sulung lelaki, kulup, yop." "lup II\nsejenis kaca (kanta) untuk melihat sesuatu supaya nampak besar, kaca pembesar." "lupa I\n1.\n =\n ~ akan (kepada, pada) \ntidak timbul dalam fikiran, tidak ingat, tidak sedar:\n dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat;\n~ akan dirinya\n tidak ingat akan dirinya (pengsan);\n2.\n = \n~ oleh\n tidak teringat, tidak diingat;\n3.\n kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan):\n jangan ~ akan pekerjaanmu;\n \n~ daratan\n berbuat sesuatu yang melampaui batas (tidak berkira-kira);\n \n~ diri \ntidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yang sebelum itu lebih susah, menderita dan sebagainya daripada yang dialami sekarang:\npaling mengecewakan ialah kemewahan yang telah diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; \ningat\n\u2013\ningat ~\na) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat);\n b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua);\n~ ketinggalan, terlelap kemalingan\n (peribahasa) [Minangkabau] kalau kurang hati-hati tentu mendapat kerugian;\n ~ mengingatkan, terlelap menjagakan\n (peribahasa) [Minangkabau] sikap ingat-mengingatkan (tolong-menolong) antara sahabat;\nmelupai, mengelupai\n [arkaik] lupa akan (sesuatu):\n satu ciuman yang bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; \ninilah wasiatku kepada kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai;\nmelupakan\n1.\n lupa akan, tidak ingat akan:\nbudi baiknya tidak dapat dilupakan\n;\n2.\n menghilangkan daripada ingatan, menjadikan lupa:\nsukar hendak ~ peristiwa itu;\n3.\n mengabaikan, melalaikan (kewajiban dan lain-lain);\nterlupa\n lupa (dengan tiba-tiba), tidak teringat;\nlupaan\n sesuatu yang dilupakan:\nada dua unsur yang dikemukakan untuk menghuraikan bagaimana ~ berlaku;" "lupa II\n ~ dahan\n sejenis tumbuhan (pokok), cindangan hutan, malas berdahan, mempenai bukit, segan berdahan, tumbuh nyiur, \nArthrophyllum\n \novalifolium\n." "lupa-lupa\nsejenis gelembung di dalam perut ikan." "lupa-lupaan\n1.\n buat-buat (pura-pura) lupa;\n 2\n. selalu lupa;\nkelupaan\n1.\n perihal lupa:\n ia berasa malu kerana ~nya;\n2\n. terlupa, ada yang tidak diingat:\n digaru-garunya kepalanya seperti sedang ~ sesuatu;\npelupa\n orang yang selalu atau mudah lupa." "lupang\n akar ~\n sejenis tumbuhan (herba), akar ulam tikus, ceroma, selepat tungau,\n Mikania scandens." "lupat\nsejenis siput laut." "lupi\n papan ~\n [sastera lama] papan yang tebal yang dipasang di pinggir perahu (di depan dan belakang) sebagai pelindung." "lupuh\nmelupuh\n1.\n memukuli buluh sampai pipih (untuk dibuat lantai, dinding, dan lain-lain);\n2.\n memukul orang sehingga lemah;\npelupuh\n." "lupuk\n akar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar lempedu gajah, akar timun dendang, derik-derik, mentimun paya, pedendang,\n Adenia acuminata." "lupung\n ~ jantan\n sejenis tumbuhan (pokok), jelutung bukit, mata keli, medang kasap, mempunai bukit, meranti tekukur, \nAntidesma velutinosum." "lupus\nhapus, luput, hilang:\n senyumnya ~ sambil menahan kesakitan\n;\nmelupuskan\n menghapuskan, meniadakan:\n dengan hormatnya dimaklumkan bahawa alat perkakas, kerusi meja seperti yang tersebut di bawah telah dilupuskan atau dihapus kira;\npelupusan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) melupuskan." "luput\n1.\n hilang, lenyap:\n zaman dongeng-mendongeng sudah ~ sekarang;\n~ daripada hati (di hati) \nhilang daripada hati (lenyap daripada ingatan);\n ~ daripada mata (di mata) \nhilang daripada mata;\n \n~ daripada ingatan\n;\n2.\n terhindar (daripada), terjauhkan (daripada), terlepas (daripada):\n~ daripada bahaya;\n~ daripada dakwaan\n terlepas daripada dakwaan;\n3.\n tidak mengena (pada sasaran), menyimpang (daripada sasaran), salah:\n dilemparinya budak itu tapi ~;\nmelupuntukan\n1.\n menghilangkan, melenyapkan;\n ~ daripada ingatan \nmenghilangkan daripada ingatan;\n2.\n melepaskan;\n ~ diri\n melepaskan diri;\n3.\n mengelakkan (pukulan, serangan, dan lain-lain), menangkis:\n ditikamnya dada Hang Jebat, serta dilupuntukan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu;\nterluput\n terhindar daripada, terjauhkan daripada, terlepas daripada:\nsebagai manusia biasa, dia juga tidak ~ daripada salah dan silap;\n~ daripada bencana;\nkeluputan\n perihal luput, kelenyapan, kemusnahan;\npeluputan\n perihal melupuntukan sesuatu." "lurah I\n1.\n tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah;\n2.\n lekuk memanjang (pada papan dan lain-lain), alur;\n \n~ hidung\n alur bibir;\n~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki \n(peribahasa) [Minangkabau] perihal orang yang sangat tua dan lemah;\n adat ~ timbunan sarap \n(peribahasa) orang yang berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal;\n bukit sama didaki, ~ sama dituruni \n= \nke bukit sama mendaki, ke ~ sama menurun\n (peribahasa) sepakat (seia sekata);\n \ndi ~ air yang besar, di bukit orang yang hanyut \n(peribahasa) orang yang tidak bersalah menerima hukuman;\n \ndi ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air \n(peribahasa) berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya;\n \nberlurah di balik pendakian\n (peribahasa) ada kehendak (maksud) yang tersembunyi;\nberlurah\n ada lurah, berlembah;\nberlurah-lurah\n mempunyai banyak lurah atau alur:\n dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~\n." "lurah II\n[Indonesia]\n1.\n ketua kampung:\n hatta berapa lamanya negeri Majapahit pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit\n;\n 2. ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan);\nkelurahan\n daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah." "lurang\nlubang konkrit bertutup di jalan untuk membolehkan pekerja memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran." "lurik\nsejenis kain tenunan yang coraknya berjalur-jalur." "luru I\nmeluru\n datang dengan cepat (kerana hendak mendapatkan sesuatu), mengejar dengan cepat:\n ia ~ ke pintu mendapatkan anak itu." "luru II\n[Perak];\nmeluru\n menggosok supaya bercahaya (labu dan lain-lain), menggilap." "lurub\n= luruban\n [Jakarta] kain penutup usungan mayat." "luruh I\ngugur kerana sudah masak (buah-buahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dan lain-lain);\n musim ~\n musim daun gugur;\n \n~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang\n (peribahasa) lain yang dihajati, lain yang didapat;\nberluruhan\n luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran:\ndaun-daun ~ pada musim gugur;\nmeluruh\n1.\n bertukar bulu (ayam dan lain-lain), meranggas;\n2.\n gugur pada musim luruh (daun), meranggas;\nmeluruhkan\n menyebabkan luruh, menggugurkan, meranggaskan:\n tiupan angin yang kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu;" "luruh II\n[sastera lama] daerah, jajahan." "luruhan\nsesuatu yang luruh, guguran:\n Nenek, kita ke rumah sakit ya, ucap Nadira dalam ~ air mata;\n keluruhan\n kejadian luruh:\nramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan ~ rambut." "lurus\n1.\n tidak bengkok, lempang:\n garis yang ~; \nkeris bermata ~; \n2\n. tegak betul:\nberdiri ~; \ngaris yang tegak ~; \n3\n. benar, jujur:\nia menjawab dengan ~\n;\n \nia seorang hulubalang yang gagah berani serta ~ dan setia kepada tuannya;\n4.\n tidak bersalahan, tepat benar, betul:\nterjemahan ~;\n~ hati\n =\n ~ akal\n tulus hati;\n ~ tabung\n terlalu jujur;\nterlampau ~\n, \nkurus, terlampau cerdik, terkedek\n (peribahasa) hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dalam pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik);\nselurusnya\n sebenarnya, sebetulnya;\nberselurus\n membuat sesuatu dengan jujur, berlaku lurus;\nselurusan\n berhadapan betul, setentang;\nmelurus\n menjadi lurus:\n apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik;\nmeluruskan\n menjadikan lurus (lempang, tegak, dan lain-lain):\nia ~ kakinya; \nia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi;\nkelurusan\n1.\n perihal lurus (lempang, tegak, dan lain-lain);\n2.\n perihal lurus (benar, jujur), kejujuran:\nia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya;\npelurusan\n perihal (proses) meluruskan sesuatu:\nprojek ~ jalan itu;\npelurus\n alat untuk meluruskan sesuatu." "lurut I\nmelurut\n \n1.\n memegang dengan jari dan mengurut:\n ~ rambut yang basah;\n~ daun nipah; \n2.\n melucuntukan dengan jari (cincin dan lain-lain);\n3\n. memicit dengan jari untuk melicinkan (kertas dan lain-lain);\n4.\n menceraikan biji-bijian daripada tangkainya:\n ~ padi untuk makanan burung;\n5\n. [kiasan] memetik hingga habis (buah-buahan);\n6.\n [arkaik] mengopek (mengelupaskan) daging daripada tulang:\nsungguhpun tiada bergigi, dilurutnya daging ayam rebusan itu, dikunyah-kunyah ditelan, tinggal tulang juga;\n7.\n mengalir (air sungai dan lain-lain):\nseperti air ~ atau mengalir ke laut;\n8.\n berguling (pada bidang yang landai dan lain-lain):\nsebiji guli ~ ke bawah tempat yang curam;\nlurutan\n perihal melurut;\n ~ bukan jepitan \ndiambil banyak sekali (tidak diambil satu per satu tetapi dilurut);\npelurut\n alat untuk melurut:\n~ daun pandan atau mengkuang yang telah dijemur kering;\n \n~ dawai\n (Kejuruteraan) alat untuk menanggalkan penebat daripada dawai supaya penyambungan dapat dibuat." "lurut II\nluruh, gugur;\nrurut I." "lusa\nhari sesudah esok;\n besok ~\na) besok ataupun lusa (dalam sehari dua ini);\n b) pada sesuatu masa kelak, lama-kelamaan, lambat-laun." "lustrum\n[Indonesia-Belanda] perayaan peringatan lima tahun, pancawarsa." "lusuh\n1.\n renyuk, kumal (pakaian dan lain-lain):\nbaju itu sudah ~ di tangannya;\n2\n. sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dan lain-lain (berkenaan (dengan) kain baju dan lain-lain), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan, menderita, dan sebagainya):\n mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yang sudah~;\nmelusuhkan\n menjadikan lusuh, memakai selalu (baju dan lain-lain) hingga menjadi lusuh;\nkelusuhan\n perihal (keadaan) lusuh:\npada hakikatnya ~ dirinya itu adalah akibat beberapa banyak penyakit yang menghinggapnya." "lut cahaya\nmeluluskan cahaya tetapi benda yang di sebaliknya tidak jelas tampak." "lut I\ndimakan senjata, telap (oleh senjata), mempan;\n= telut II." "lut II\n[bahasa percakapan] batu duga, batu ladung." "lut III\n(Seni Muzik) sejenis alat bunyi-bunyian bertali kembar yang dipetik seperti gitar." "lut sinar\ndapat melihat melaluinya (kaca dan lain-lain), hening;\nkelutsinaran\n perihal atau keadaan lut sinar. \nlutu; \nmelutu\n1.\n [sastera lama] menyerang dengan hebatnya, menerkam, memukul bertalu-talu:\n lalu ia ~ datang; \nnanti dilutunya kita dengan kasut;\n2.\n [kiasan] menimpa:\n malang dan bencana datang ~ ." "lutar\n[arkaik]\nlontar I." "lutetium\n(Kimia) sejenis unsur logam." "LUTH\n[kependekan] Lembaga Urusan dan Tabung Haji." "luti\nrenyuk, kumal, lusuh (pakaian dan lain-lain)." "lutong\n(Seni Muzik) sejenis kecapi buluh enam tali dari Sarawak." "lutut I\nsendi di antara paha dan betis;\n pelipatan ~ \nlekuk di belakang lutut;\n tempurung ~\n tulang bulat di lutut sebelah hadapan;\nberkata-kata dengan ~\n (peribahasa) berkata-kata dengan orang yang bodoh;\n \nbersaksi ke\n \n~\n (peribahasa)\na) menjadikan sahabat atau sanak-saudara sebagai saksi;\n b) minta petunjuk kepada orang yang bodoh;\nberlutut, melutut\n ark\n1.\n berdiri di atas lutut, bertelut;\n2.\n [kiasan] menyerah, tunduk." "lutut II\n~ ayam\n sejenis tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa, maman babi,\n Hyangrophila quadrivalois." "luwes\ntidak terlalu ketat, mudah disesuaikan (dengan keadaan dan lain-lain), dapat diubahsuai;\nkeluwesan\n perihal (sifat dan sebagainya) luwes." "luyak\n[Minangkabau] lembik, benyai (nasi dan lain-lain)." "luyu\nnampak seperti mengantuk (mata), kuyu, ruyup:\n matanya ~ memandang orang yang menegurnya." "luyut\nmeluyut\n \n1. = berluyutan\n melentur ke bawah sebab terlampau berat (dahan yang terlalu lebat buahnya):\n dahan pokok itu ~ kerana buahnya yang sangat lebat tahun ini;\n2.\n luyu, ruyup, kuyu (berkenaan (dengan) mata orang yang mengantuk)." "lwn\n[kependekan] lawan." "M\n[kependekan] Masihi;\n \n1959~ \ntahun 1959 Masihi." "m I\nhuruf ke-13 abjad Rumi." "m II\n[kependekan] meter." "ma I\n[Perak] semua;\n \nsaya ~\n kita;\n \ndia ~\n mereka." "MA II\n[kependekan] \nMaster of Arts \n(Sarjana Sastera)." "maab\n[Arab] [arkaik] tempat kembali." "maaf\n1.\n kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dan sebagainya), ampun:\nOmar meminta ~ daripada bapanya; \nmemberi ~ \nmengampuni;\n2. = maafkanlah\n ampunilah:\n~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa; \nminta ~\n minta diampuni;\nbermaaf-maafan\n saling memberi ampun:\nRos mengesat air matanya setelah ~ dengan Jamilah;\nmemaafi\n memberi ampun (maaf) kepada, mengampuni:\nsekali dua dia boleh dimaafi;\nmemaafkan\n mengampunkan kesalahan (kesilapan dan lain-lain), tidak menganggap salah dan lain-lain lagi:\nsudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat;\npermaafan\n perihal bermaaf-maafan;\npemaaf\n1.\n orang yang rela memberi maaf (memaafkan);\n2.\n bersifat suka memaafi atau memaafkan:\ndia seorang dermawan yang merendah diri, khusyuk, dan ~." "maahad\n[Arab] tempat atau pusat pembelajaran agama Islam:\naku berminat untuk belajar di ~ itu, tetapi terpaksa menghadapi satu ujian kelayakan untuk belajar di situ;\n~ tahfiz \npusat pengajian untuk menghafal dan mengkaji al-Quran. \nmaakul\n [Arab] masuk akal (fikiran), berdasarkan akal (fikiran), logik, munasabah:\ntiap-tiap orang yang menentang cadangan itu mempunyai alasan yang ~ dan kuat pula." "maakulat\n[Arab] ilmu pengetahuan berkenaan sesuatu yang ghaib (dengan berdasarkan akal fikiran), metafizik." "maal hijrah\n[Arab] majlis yang diadakan sempena mengingati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah (diadakan pada bulan Muharam)." "maalaf\n[Arab] [arkaik] tempat untuk mengisi makanan kuda dan lain-lain, palung." "MABBIM\nakronim bagi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia." "mabir\ntabir-~; \n= tabir." "MABM\n[kependekan] Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu." "mabrur\n[Arab] diterima Allah:\nhaji ~." "mabuk\n1.\n pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dan sebagainya) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dan sebagainya:\nAli dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dalam keadaan ~;\n2.\n [kiasan] sangat suka (gemar) akan sesuatu \u2026 terlalu sangat asyik (berahi):\nmaka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu;\n~ agak-agak (kira-kira)\n suka duduk berangan-angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya);\n \n~ andan\n tergila-gila kerana hendak kahwin;\n \n~ asmara (berahi, cendawan, cinta)\n hilang akal atau seperti gila (kerana jatuh cinta dan lain-lain);\n \n~ bunga raya \nmabuk dengan muka berwarna merah;\n \n~ bunga selasih\n terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dengan tegak);\n \n~ darah \na) pening kepala kerana melihat darah;\n b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah;\n c) mengamuk setelah melihat darah;\n d) suka menumpahkan darah orang;\n \n~ gunung \nberasa pening kerana udara agak tipis (di tempat-tempat yang tinggi, pergunungan, dan lain-lain);\n \n~ hamil \nrasa loya-loya, pening dan sebagainya, biasanya pada sebelah pagi, yang dialami pada peringkat awal kehamilan;\n \n~ kecubung \na) pening kepala kerana memakan biji kecubung;\n b) [kiasan] sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain;\n \n~ kepayang (kesmaran) \nfikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dan lain-lain;\n \n~ laut (ombak) \npening dan muntah-muntah dalam pelayaran (dengan kapal atau perahu);\n \n~ tahi telinga \nmenjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang;\n \n~ udara \npening kerana naik kapal terbang;\n~ di enggang lalu\n (peribahasa) tertarik hati kepada orang yang tidak dikenali;\n \nseperti orang ~ gadung \n(peribahasa) sangat pucat;\ndimabuk\n diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dan lain-lain):\nkerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur;\n~ angan-angan\n gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dan lain-lain);\n \n~ bayang-bayang\n mengalami cinta yang tidak berbalas;\n \n~ nasib\n berasa sangat sedih kerana memikirkan nasibnya;\ndimabuki\n diganggu oleh:\n selama tujuh tahun darwis itu ~ sakit cinta;\nmemabukkan\n menjadikan (menyebabkan) mabuk:\nminuman yang ~;\nkemabukan\n sedang mabuk, dalam keadaan mabuk:\ndia sudah seperti orang yang benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya;\npemabukan\n proses menjadi mabuk:\nbahaya ~ akibat arak atau dadah;\npemabuk\n (orang yang) selalu mabuk." "mabung\nsejenis ikan laut, \nRastrelliger kanagurta." "mabur\n[Jakarta] lari,terbang." "Mac\nbulan ketiga dalam tahun Masihi yang mengandungi 31 hari." "macam\n1.\n keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa:\nkain ini ada dua ~; \n2.\n laksana, seperti, umpama:\n~ rusa masuk kampung; \n3.\n cara, kaedah:\nwalau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dengan orang tuanya; \napa ~ \na) = \n~ apa (mana)\n bagaimana;\n b) apa pendapatmu?\nsemacam\n1.\n sebangsa, sejenis:\n2.\n sebagai, serupa, seperti:\nadakah orang ~ saya menaruh khianat di dalam hati;\nbermacam\n berbagai(-bagai);\nbermacam-macam, macam-macam\n berbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa;\nmempermacam-macamkan\n memperbuat dan lain-lain bermacam-macam." "macan\n[Jawa] harimau;\n \n~ loreng\n harimau belang;\n \n~ tutul\n harimau akar;\nmemacani\n mempertakuti, menakut-nakuntukan;\nmacanan, macan-macanan\n sejenis permainan anak-anak." "macang\n[bahasa percakapan] embacang." "macat\nmacet." "macet\n[Jakarta]\n1.\n tidak lancar, sendat, serat:\nsatu kali lagi hendak dilepaskan tembakan tapi pistolnya ~;\n2.\n [kiasan] terhenti, kandas, terbengkalai:\nkalau kita ditangkap, usaha kita akan ~;\nkemacetan\n hal (keadaan) macet:\n impian manusia untuk keluar daripada ~ hidup yang dirasakan terbelenggu oleh tradisi." "Machiavellianisme\nfahaman (prinsip) politik yang menekankan ciri orang yang suka mengambil kesempatan (oportunis), bersifat licik, dan pandai menipu." "macho\n= maco." "macis\n= mancis." "maco\n[bahasa percakapan] tampak sifat kelelakiannya sama ada dari segi penampilan, perawakan dan sebagainya." "macuk\nsejenis permainan judi Cina (dimainkan di atas meja oleh empat orang pemain dengan menggunakan balak-balak kecil)." "mad\n[Arab] pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang;\n= maddah." "mada I\n1.\n [Minangkabau] tidak ada perasaan, tebal telinga;\n2.\n [bahasa percakapan] bodoh." "MADA II\nakronim bagi \nMuda Agricultural Development Authority \n(Lembaga Kemajuan Pertanian Muda)." "madah I\n1.\n kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian:\nRamlah tersipu-sipu mendengar ~ Tuan Penghulu itu;\n2.\n [sastera lama] perkataan;\nberpanjang ~ \nberkata (menghuraikan dan lain-lain) dengan panjang lebar;\n \npendek ~\n pendek kata, pendeknya;\nbermadah\n1.\n bersyair dan lain-lain dengan memuji-muji, memuji-muji:\nsaya ~ seperti pujangga, dia membisu sahaja; \n2.\n berkata:\nsenang manusia berkata apa yang disukainya tanpa memikirkan akibat atau padahnya, senang mereka ~;\nmemadahkan\n mengucapkan, mengatakan:\nmadahkan juga barang hajat tuan." "madah II\n[Pulau Pinang] menjemput orang (untuk majlis perkahwinan)." "madali\n[sastera lama] sejenis alat bunyi-bunyian." "madam\nnyonya." "madang\nselalu, kerap." "madani\n[Arab] maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (berkenaan (dengan) masyarakat, generasi dan sebagainya):\nusaha untuk membentuk masyarakat ~ dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; \nkurikulum itu juga terarah kepada pembinaan masyarakat ~." "madar\n[Minangkabau] [arkaik]\n= mada." "madat I\n1.\n candu yang belum dimasak;\n \nminum ~ \nmenghisap madat;\n \nrumah ~\n tempat orang membeli dan menghisap madat;\n2.\n segala jenis dadah (seperti ganja, morfin, heroin, candu, dan sebagainya) yang disalahgunakan oleh penagihnya;\nbermadat\n menghisap madat;\npemadatan\n1.\n perihal menghisap madat;\n2.\n [Jakarta] biasa melakukan sesuatu yang tidak sopan (kurang baik dan lain-lain);\npemadat\n orang yang biasa (ketagih) menghisap madat:\norang yang ~ itu semuanya kurus kering." "madat II\n[sastera lama]\n1.\n menara tempat orang berkawal;\n2.\n dinding atau tembok yang letaknya di menara dan lain-lain dan diberi berlubang-lubang (digunakan untuk menembak)." "maddah\n[Arab] tanda bunyi panjang pada tulisan Arab;\nmad." "maddi\n[Indonesia] kebendaan (yang berupa benda):\nhukum~." "madgad\nkepingan besi, plastik, dan sebagainya yang dipasang menutupi roda basikal, motosikal, dan lain-lain untuk mencegah percikan lumpur, air, dan lain-lain;\nbermadgad\n mempunyai (memakai, dilengkapi dengan) madgad:\nbasikal tua tidak ~ yang tersandar di tiang tengah diheretnya keluar halaman." "madrasah\n[Arab]\n1.\n tempat belajar (terutama berkenaan agama Islam), sekolah, perguruan;\n \n~ jamiah \nsekolah (perguruan) tinggi, universiti;\n2.\n surau, langgar." "madu I\n1.\n cecair manis yang terdapat dalam sarang lebah dan bunga, manisan:\n~\n \nlebah;\n~ bunga; \ngula dan ~ disangka manis, manis lagi senyummu tuan; \n2.\n [kiasan] manis benar (senyuman dan lain-lain);\n \nsenyum ~\n senyuman yang manis benar;\n~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga \n(peribahasa) jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga;\n \ndalam ~ berisi hempedu \n(peribahasa) jangan mudah percaya akan perkataan yang manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yang jahat;\n \ndi luar bagai ~ , di dalam bagai hempedu \n(peribahasa) tipu muslihat biasanya dilakukan dengan perkataan yang lemak manis;\n \nlaut ~ berpantaikan sakar \n(peribahasa) perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang elok rupanya." "madu II\n1.\n wanita lain yang menjadi isteri kepada suami sendiri,\n2.\n [kiasan] saingan dalam percintaan;\nbermadu\n mempunyai madu (berkenaan (dengan) isteri yang suaminya beristeri lagi):\n di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dalam adat; \ndia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya;\nmemadu\n memadukan:\nUsinah yang tidak mahu dimadu, diceraikannya;\nmemadui\n1.\n menjadi madu kepada, bermadu dengan;\n2.\n memberi bermadu (suami terhadap isterinya);\nmemadukan\n menjadikan sebagai madu:\nisterinya tidak rela dimadukan;\n mempermadukan\n menjadikan (membiarkan) bermadu dengan:\n seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan;\n permaduan\n1.\n perihal bermadu:\n masa dalam tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dalam ~ itulah saya abang ambil;\n2.\n perihal beristeri lebih daripada satu pada satu ketika (laki-laki), poligami:\n~ dianggap kolot sekarang ini." "madu III\n~ mancung\n [Indonesia] perhubungan dua sisi yang merupakan sudut." "madukara\n1.\n [sastera lama] lebah;\n2.\n = \nkain ~ \nsejenis kain sutera yang disulam dengan benang emas." "maesan\n= mesan." "mafela\nskarf yang dililitkan pada leher untuk mengurangkan kesejukan." "mafhum\n[Arab]\n1.\n sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham:\n~lah baginda akan surat Yang Dipertuan itu; \n2.\n pengertian;\nmemafhumi\n mengerti, mengetahui, memahami." "mafia\npertubuhan haram yang menjalankan kegiatan jenayah dan keganasan." "mafsadah\n[Arab] kerosakan, kebinasaan, kehancuran:\nmenolak ~ haruslah didahulukan daripada mengambil maslahah." "magal\nsejenis tumbuhan (pokok), \nSarcocephalus hirsutus." "magang I\norang yang bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji):\ndia mula-mula bekerja sebagai ~ ." "magang II\n1.\n terlampau masak (buah-buahan), ranum;\n2.\n hampir masam kerana mengalami perubahan kimia (berkenaan (dengan) nira, tapai dan sebagainya);\nmemagang\n membuat (memproses) sesuatu supaya jadi magang, menapai (tapai dan lain-lain);\npemagangan\n perihal memagang." "magasawih\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Sonneratiaceae, berembang bukit, magas dan tagahas (Sabah), sawih (Sarawak), \nDuabanga spp\n." "magazin\n1.\n sejenis kotak berisi peluru yang digunakan pada senjata api:\npihak polis telah merampas senapang itu bersama dengan dua ~ pelurunya; \n2.\n tempat mengisi kartrij filem dalam kamera." "magel\n[Jakarta]\n1.\n belum masak benar (buah-buahan), mengkal;\n2.\n [kiasan] belum sempurna pengetahuan, belum begitu pandai." "magenta\nungu kemerah-merahan, merah tua, merah lembayung." "MAGERAN\nakronim bagi Majlis Gerakan Negara." "magersari\n[Jawa]\n1.\n orang yang berumah dalam kawasan rumah orang lain;\n2.\n [arkaik] orang yang membantu orang-orang yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain." "maghfirat\n[Arab] ampun, maaf." "maghrib\n[Arab]\n1.\n tempat arah matahari terbenam, barat:\nlalu dilempar oleh Selampit sebelah badannya ke masyrik dan sebelah badannya ke ~; \n2.\n = \nwaktu ~\n waktu terbenam matahari sehingga hilang cahaya merah di ufuk barat;\n \nsembahyang ~\n sembahyang fardu pada waktu maghrib." "maghribi\n[Arab] dari sebelah barat, termasuk sebelah barat (Moroko dan lain-lain)." "maghrur\n[Arab] sombong, angkuh." "magi\n[Indonesia-Belanda] ilmu ghaib." "maging\nbinatang ~\n binatang (seperti harimau, anjing, beruang, dan sebagainya) yang memakan daging, karnivor." "magis\nluar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dan sebagainya yang tersembunyi, ghaib:\n kisah kehidupan di angkasa raya dengan kekuasaan ~ atau yang berunsurkan tahyul; \nmengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~." "maglub\n[Arab] [arkaik] kalah, takluk." "magma\nbatuan lebur (panas) yang terdapat di bawah kerak bumi yang apabila menyejuk menjadi batuan igneus." "magnalium\n(Kimia) aloi aluminium dan magnesium." "magnesium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang ringan, mulur, berwarna putih keperakan, dan terbakar dengan cahaya putih berkilauan dan digunakan dalam membuat aloi ringan;\n~ hidroksida\n sebatian magnesium dan air;\n \n~ klorida \nsebatian magnesium dan klorin;\n \n~ oksida\n sebatian magnesium dan oksigen." "magnet\nsejenis besi yang mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, semberani;\n~ kekal \n(Fizik) sejenis magnet yang kekal bermagnet walaupun medan magnet yang menghasilkannya itu sudah tiada;\n \n~ ladam \nmagnet yang berbentuk ladam;\n \n~ sementara \n(Fizik) bahan yang bertindak sebagai magnet hanya apabila bahan itu berada dalam medan magnet;\nbermagnet\n mempunyai (ciri) magnet:\nkunci ~;\nmemagnetkan\n menjadikan (sebagai) magnet;\ntermagnet\n telah menjadi magnet;\nmagnetan, kemagnetan\n perihal magnet;\npemagnetan\n proses memagnetkan sesuatu." "magnetik\nmempunyai sifat magnet." "magnetisme\n(sains tentang) fenomena dan sifat kemagnetan." "magnetit\nbijih besi yang magnetik." "magneto\n(Kejuruteraan) sejenis dinamo yang mengeluarkan api dalam sistem pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalam." "magnetometer\n(Fizik) alat untuk mengukur keamatan dan arah medan magnet." "magnetosfera\n(Ast) kawasan di sekeliling planet yang dipengaruhi oleh medan magnet planet berkenaan." "magnetron\nalat yang menghasilkan gelombang mikro apabila dibekali voltan tinggi." "magnitud\nbesarnya, pentingnya, atau banyaknya sesuatu." "magnolia\nsejenis pokok dari genus \nMagnolia \nyang bunganya besar, berwarna putih, kuning atau merah jambu, wangi dan kelihatan seperti berlilin." "magun\ndipasang tetap pada perahu (seperti kajang, tingkap, bilik, kurungan di buritan perahu tempat jurumudi, dan lain-lain):\ntingkap ~;\n~ angin\n tingkap pada perahu untuk memasukkan udara atau cahaya;\n \nkajang ~\n kajang yang sentiasa dipasang pada perahu." "mah I\nsingkatan bagi maha;\n \n~raja\n maharaja." "mah II\n(Sunda) kata untuk menguatkan perkataan atau ayat di depannya, bukankah." "Mah Meri\npenduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang juga dikenali sebagai orang laut, yang kebanyakannya tinggal di pesisir pantai Selangor khususnya di Pulau Carey." "MAHA\nakronim bagi \nMalaysian Agri-Horticultural Association\n (Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaysia);\n \npertunjukan ~ \npertunjukan hasil pertanian dan perkebunan serta pekerjaan tangan." "maha I\nyang teramat, sangat, amat:\n M~ Besar; \nM~ Esa; \nM~ Berkuasa; \nM~ Mengetahui; \nM~ Mulia; \nM~ Suci." "maha II\n\u2013\n awalan asing\n besar, tertinggi, misalnya \nmahaguru \ndan\n mahasiswa." "maha kuasa\nsangat berkuasa (tidak ada bandingannya);\nkemahakuasaan\n perihal (keadaan, sifat) maha kuasa:\n orang-orang yang percaya akan ~ Allah\n." "mahabbah\n[Arab] kasih sayang, percintaan." "mahadewa\n1.\n [sastera lama] Betara Siwa;\n2.\n dewa yang tertinggi." "mahadewi\n1.\n Betari Surga;\n2.\n [kiasan] sebutan untuk puteri atau permaisuri." "Mahadper\n[Indonesia] [kependekan] Mahkamah Angkatan Darat dalam Perang." "Mahaduta\n[arkaik] duta besar;\npermahadutaan\n [arkaik] kedutaan besar." "mahaguru\n1.\n guru yang tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau universiti, profesor;\n2\n. ketua sesuatu kumpulan silat." "mahahakim\nhakim besar." "mahajana I\n[arkaik] orang besar (orang yang terkenal dan lain-lain)." "mahajana II\norang ramai (umum)." "mahakarya\nkarya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dan lain-lain) pada sesuatu zaman, karya terbaik yang gemilang atau karya yang dicipta daripada daya intelek dan daya kreativiti yang tinggi." "mahal\n1.\n tinggi harganya, lawan murah:\nkain jenis itu memang ~; \n2.\n susah hendak mendapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada:\ndalam negeri Melaka terlalulah ~ orang yang tahu menulis dan mengarang barang suatu;\n~ dibeli, sukar dicari\n = \n~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta \n(peribahasa) sesuatu yang sangat sukar diperoleh;\nmemahalkan\n1.\n membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga;\n2.\n meletakkan harga yang terlalu tinggi (lebih daripada sepatutnya), menghargai lebih daripada sepatutnya;\nkemahalan\n1.\n kenaikan harga (barang-barang dan lain-lain), masa barang-barang mahal;\n2.\n [bahasa percakapan] terlalu mahal;\n \ntunjangan ~ \n[Indonesia] tambahan kepada gaji disebabkan harga barang-barang mahal;\npemahal\n yang menyebabkan jadi mahal:\nRamlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya." "mahamenteri\n[sastera lama] ketua menteri (tetapi di bawah bendahara)." "mahameru\n[sastera lama] gunung tempat tinggal segala dewa." "mahang\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nMacaranga spp.; \njenis-jenisnya:\n~ api, ~ bayan, ~ bulan, ~ putih, \ndan lain-lain." "mahaputera\n[Indonesia] gelaran yang diberi kepada warganegara yang sangat besar jasanya terhadap negara." "mahar\n[Arab] = \n~ kahwin \nmas kahwin (yang diberi kepada pengantin perempuan);\n \nmembayar ~\n memberi mas kahwin." "maharaja\n1.\n raja besar;\n2.\n [sastera lama] gelaran atau sebutan bagi orang besar:\nBendahara Seri M~; \nnikah M~ Boma \n(peribahasa) nikah tanpa belanja;\nkemaharajaan\n perihal maharaja:\n semua negara Asia Pasifik pernah berada di bawah pengaruh besar ~ itu\n." "maharajalela\n[sastera lama] (gelaran yang diberi kepada) kepala menteri yang tugasnya memenggal kepala orang yang bersalah kepada raja;\nbermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela\n1.\n berbuat sesuka hati (sewenang-wenang):\nlanun-lanun ~ di daerah itu; \n2.\n berkecamuk, berjangkit dengan hebat (penyakit dan lain-lain):\npenyakit taun ~ setelah peperangan itu;\n3.\n menjadi-jadi:\n tindas-menindas terus berlaku, kekejaman ~;\nkemaharajalelaan\n perihal bermaharajalela;\nmerajalela\n." "maharana\n[sastera lama] perang besar." "maharani\n[sastera lama] raja perempuan, ratu, permaisuri." "maharesi\nmaharishi\n [sastera lama] pendeta yang suci." "maharupa\n[sastera lama] terlalu cantik (indah)." "mahasiswa\npelajar (penuntut) di universiti;\nkemahasiswaan\n hal yang berkaitan dengan mahasiswa:\napakah yang menghalang siswi turut aktif dalam kerja ~ ini?" "mahasiswi\nmahasiswa perempuan." "mahasitua\n[bahasa percakapan] panggilan untuk mahasiswa yang sudah berumur (biasanya bagi yang mengikuti kursus sarjana muda)." "mahatma\njiwa besar (gelaran yang diberi kepada mendiang Gandhi sebagai pemimpin India)." "mahatur\n= \npaduka ~ \n[sastera lama] gelaran yang diberi kepada salah seorang daripada isteri raja Jawa zaman dahulu." "mahbub\n[Arab] yang dikasihi (lelaki)." "mahbubah, mahbubat\n[Arab] yang dikasihi (perempuan)." "mahdi\n[Arab] pemimpin, penunjuk jalan;\n \nal ~ \n= \nimam ~ \npemimpin yang akan muncul untuk membersihkan dunia ini daripada dajal (ketika hampir kiamat)." "maherat\n[arkaik] hilang, menghilangkan diri;\n= mairat\n." "mahesa\n[sastera lama] kerbau (juga dipakai untuk nama orang)." "maheswara\n[sastera lama] dewa Siwa;\n= mahadewa\n." "mahfuz\n[Arab] yang sudah dihafazkan, tersemat dalam hati (ingatan);\n \nloh al ~; \n= lohmahfuz\n." "mahing\n[Minangkabau] [arkaik] bau yang sangat busuk." "mahir\nterlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai:\norang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu;\n memahiri\n melatih diri supaya mahir dalam sesuatu bidang dan sebagainya:\nagak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian tertentu, seperti kreativiti atau kemahiran menggunakan komputer; \npenguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa;\nmemahirkan\n melatih seseorang supaya cekap, mempelajari dengan sungguh-sungguh supaya mahir:\npelajar akan didedahkan pada latihan yang dapat ~ mereka dalam menghadapi peperiksaan sebenar;\nkemahiran\n kecekapan, kepandaian:\n~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka;\nberkemahiran\n mempunyai kemahiran, mahir:\ndan tentu ramai calon di situ yang lebih ~, lebih layak, fikirnya." "mahjung\nsejenis permainan judi orang Cina." "mahjur\norang yang tidak dibolehkan oleh syarak membahagi-bahagikan hartanya kerana bodoh, muflis, sifat boros (mubazir), atau tidak berakal." "mahkamah\ntempat membicarakan kes undang-undang, dewan atau majlis pengadilan;\n~ agung \n[Indonesia] pengadilan yang tertinggi;\n \n~\n \njuvenil\n mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas pesalah juvenil dan kanak-kanak di bawah kawalan ibu bapa;\n \n~ perusahaan \nbadan yang menyelesaikan pertikaian buruh;\n \n~ rendah (majistret, sesyen) \nmahkamah yang di bawah kuasa atau diadili oleh majistret;\n \n~ syariah \nmahkamah yang mengadili hal-hal yang bersangkutan dengan hukum Islam;\n \n~ tentera\n mahkamah yang mengadili perkara tentera;\n \n~ tinggi\n mahkamah yang mengadili perkara yang besar-besar seperti pembunuhan dan lain-lain (diadili oleh Hakim Besar)." "mahkota\n1.\n tajuk kebesaran raja:\ndikenakan ~ di hulu baginda; \n2.\n [kiasan] (orang) yang memerintah, raja;\n \n~ alam \nraja yang memerintah sekalian alam;\n \n~ negeri \nraja yang memerintah sesebuah negeri;\n \nputera (tengku) ~\n anak raja yang bakal menggantikan ayahandanya;\n \nwakil ~ \nwakil raja;\n3.\n gelaran untuk orang besar-besar:\nDatuk Raja M~; \n4.\n perhiasan kepala seperti yang biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pemenang peraduan ratu cantik dan sebagainya);\n5.\n [kiasan] jantung hati, kekasih:\n~ hatiku;\nbermahkota\n memakai mahkota, menjadi raja yang memerintah;\n \nraja-raja yang ~ \nraja-raja yang memerintah;\nmemahkotai\n meletakkan mahkota (pada kepala raja) sebagai menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pada (orang yang naik takhta menjadi raja);\npemahkotaan\n perihal (perbuatan, upacara, dan sebagainya) memahkotai (orang yang naik takhta menjadi raja)." "mahligai\nistana tempat kediaman raja (permaisuri atau putera-puteri raja)." "mahmud\n[Arab] terpuji." "mahmudah\n[Arab] terpuji;\n \nsifat ~ \nsifat terpuji." "mahna\n[Pahang] telekung." "mahogani\nsejenis pokok tropika yang kayunya keras berwarna coklat kemerah-merahan, biasanya digunakan untuk membuat perabot." "mahram\n[Arab] orang (lelaki ataupun perempuan) yang haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yang rapat, hubungan susuan dan sebagainya (seperti ibu, anak susuan, adik beradik dan sebagainya). \nmahsul\n = \nhasil ~ \nhasil sesebuah negeri (yang dieksport)." "Mahsuri\n= \npadi ~ \nsejenis padi yang benihnya merupakan campuran daripada padi Kedah dan padi Taiwan;\n= padi." "mahsyar\n[Arab] tempat berhimpun di akhirat setelah tiupan sangkakala apabila semua manusia dibangkitkan dari kubur;\n \nhari ~ \nhari manusia berhimpu" "mahu\n1.\n suka akan, suka hendak, bersedia akan:\ndia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh seorang anak negeri;\n~ tak ~ \na) segan-segan;\n b) terpaksa, harus;\n2.\n hendak, akan:\n~ ke mana budak itu;\n3.\n [bahasa percakapan] maksud, keinginan, tujuan:\napa ~ engkau di sini?\nsemahunya, semahu-mahu, semahu-mahunya\n sekehendak (sesuka) hati, sewenang-wenang:\nkeadaan seperti itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja;" "mahubi\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kelat menahun, medang melukut, menahun, nahun, nanas burung, sial menahun, \nPternandra echinata." "mahupun\nmeskipun, walaupun;\nmemahu-mahu, memahukan\n1.\n memaksa-maksa supaya mahu;\n2.\n menghendakkan, mahu kepada;\nmemahui, mengemahui\n menghendaki, menuntut (supaya);\nkemahuan\n kehendak, keinginan:\nmacam-macam kehendak dan ~ mereka;\nberkemahuan\n mempunyai kemahuan:\ntabiat berfikir dan ~ secara bebas." "mai I\npuki ~ \n[bahasa kasar] perkataan yang sangat kasar pengertiannya (digunakan sewaktu memaki)." "mai II\n[Kedah], [Pulau Pinang] mari;\npi ~ \npergi dan datang, lalu-lalang;\n \npi ~, pi ~ duk tang tu \nki tidak berubah keadaannya." "main I\n1.\n sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang atau bersuka-suka (dengan menggunakan alat-alat tertentu atau tidak):\n~ bola;\n~ gasing;\n~ guli;\n~ jongkang-jongket;\n~ tenis;\n2. = bermain\n berbuat sesuatu untuk menyukakan atau menyenangkan hati (dengan menggunakan alat-alat tertentu atau tidak):\njangan ~ di tengah hujan nanti demam; \n3.\n [bahasa percakapan] melakukan sesuatu dengan sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh, sewenang-wenang):\ndia kini telah pandai ~-~ sabar; \n4.\n berjudi:\n~ judi;\n~ tikam ekor; \n5.\n mempertunjukkan wayang (sandiwara dan lain-lain);\n6.\n [Indonesia] [bahasa percakapan] bekerja (untuk mencari nafkah);\n7.\n [sastera lama] kebijaksanaan (dalam mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat:\ntiada mengapa, lihatkan juga oleh saudaraku ~ si Tuah dengan seterusnya;\n~ angin\n selalu berubah (berputar belit) percakapannya;\n \n~ gila \nberkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan;\n \n~ kasar \n[bahasa percakapan] bertindak atau bercakap kasar;\n \n~ kayu \n= \n~ muda\n [bahasa percakapan] bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dengan perempuan;\n \n~ kayu tiga \nberpura-pura berbuat baik dengan tujuan berbuat jahat;\n \n~ mata \na) mengerling-ngerling (menjelingkan) mata;\n b) memberi isyarat dengan mata;\n \n~ pantai \nsejenis perayaan memuja pantai;\n \n~ perempuan\n bermukah dengan perempuan;\n \n~ rebutan\n berebut hadiah yang digantungkan pada tiang yang dilicinkan;\n \n~ siku (sikut) \na) menyinggung dengan siku;\n b) menipu dan lain-lain ke sana sini;\n \n~ sunglap \na) main silap mata;\n b) mengenakan tipu muslihat (kepada), memperdaya;\n \n~ tangan \nmemukul dengan tangan;\n \n~\n \ntempel \n[bahasa percakapan] meminta pertolongan kepada orang yang berkuasa;\n \n~ undi \na) main loteri;\n b) [arkaik] main dadu;\n \nbukan ~\n sungguh, sangat;\nbermain\n1.\n melakukan sesuatu untuk bersenang-senang atau bersuka-suka:\nAmin belajar, ~ , bekerja dan berehat dengan berpedomankan jadual waktu itu;\n~ badminton;\n2.\n bermukah dengan, berjahat dengan:\nsekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dengan isteri Tun Biajid; \n3. = bermain-main\n muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dan sebagainya):\npaling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; \nkesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya;\n~ dengan kata-kata \nmenggunakan kata-kata dengan berbagai-bagai cara dan gaya;\n \n~ tangan \nmenggunakan ketangkasan tangan;\n \n~ tangan panjang \nmemegang-megang (meraba-raba) perempuan;\n~ akal (budi)\n (peribahasa) mengenakan tipu daya (tipu muslihat);\n \n~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka \n(peribahasa) tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya;\nbermain-main\n1.\n bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu):\nsetiap hari kami ~; \n2.\n tidak bersungguh-sungguh, berseloroh sahaja:\nperkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja;\nmemainkan\n1.\n melakukan sesuatu dengan suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka:\n~ lembing; \n2.\n melagukan nyanyian dengan bunyi-bunyian:\n~ lagu keroncong;\n3.\n membunyikan alat bunyi-bunyian:\nbudak itu telah pandai ~ piano; \n4.\n menayangkan (wayang dan lain-lain):\nfilem ini pernah dimainkan tahun lepas;\n5.\n melakonkan (sandiwara, drama, dan lain-lain):\nBadan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; \n6.\n memegang peranan sebagai (dalam sandiwara, drama, dan lain-lain):\nia ~ watak ayah dalam drama itu;\n~ peranan\na) berlakon sebagai;\n b) [kiasan] mengambil bahagian dalam;\nmempermainkan, memain-mainkan\n1.\n = bermain-main dengan, menggunakan sesuatu untuk bermain-main (sebagai permainan):\nia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; \ndatuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dari misai, dimain-mainkannya; \n2.\n memperlakukan untuk bersenang-senang (mencari untung dan lain-lain):\njangan ~ anak gadis orang; \nmereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; \n3.\n memainkan (sandiwara, wayang, dan lain-lain):\nDalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; \n4.\n memperolok-olokkan, mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji:\nmaka banyaklah tingkah lakunya yang jenaka dipermainkan oleh orang kampung akan dia; \nawak banyak dosa, awak selalu ~ Islam;\nmainan, main-mainan\n1.\n benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain:\n anaknya bermain dengan ~nya\n;\n 2.\n sesuatu yang kelihatan seperti bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja:\nbersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan\n \nsepucuk pistol\n \n~\n;\n3\n. sesuatu yang digunakan untuk bermain-main sahaja atau yang dipermainkan:\n politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajarlah dibantu dengan ilmu;\npermain\n [sastera lama] teman bermain, orang yang menyukakan hati orang lain (dalam istana dan lain-lain):\nkanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; \nmaka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama;\npermainan\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk bermain, sesuatu untuk bermain-main sahaja, mainan;\n2.\n perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dan lain-lain):\n~ yang paling digemari ialah bola sepak;\n~nya kasar; \n3.\n perbuatan yang dilakukan tidak dengan bersungguh-sungguh (untuk main-main sahaja);\n4.\n pertunjukkan (wayang, sandiwara, dan lain-lain), pementasan (drama dan lain-lain):\ndari bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dalam ~ pentas; \n5.\n [bahasa percakapan] perempuan untuk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri):\nsesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; \n6.\n [Indonesia] sejenis barang perhiasan (seperti loket yang digantungkan pada kalung dan lain-lain);\n 7\n. sesuatu yang dipermainkan atau dipersendakan:\njanganlah kamu jadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan ~;\n \n~ puteri \n[Kelantan] cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dan lain-lain) dengan jalan bertutur dengan orang yang berada dalam keadaan tidak sedar;\n \nhujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup\n (peribahasa) telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah;\nsepermainan\n sama-sama bermain:\nkami ~ semasa kecil;\npemain\n1.\n orang yang bermain (bola, piano, dan lain-lain), pelakon (drama dan lain-lain):\n~ biola; \n2.\n orang yang suka bermain judi:\nwang permulaan diterima lebih banyak daripada yang biasa, yang ~ boleh bermain di tikar judi." "main II\nburung ~ angin\n sejenis burung, burung laki padi, \nCisticola juncidis malaya." "mairat\n[Arab], [bahasa percakapan] pergi, mati;\nmerat, maherat." "mait\n[Arab] mayat." "maja\n= \n~ batu (ingus) \nsejenis tumbuhan (pokok), bel, bila, \nAegle marmelos." "majahil\ntandil ~; \n= tandil." "majakani\nsejenis buah keras digunakan sebagai ubat dan untuk menghitamkan gigi." "majakaya\ntidak bersambung (tiang dan lain-lain)." "majakeling\nsejenis buah keras yang digunakan sebagai ubat." "majal\n1.\n tidak tajam (pisau,pedang, dan lain-lain), tumpul:\nkamu sendiri yang membuat tumpul dan ~ pedang yang tajam ini; \n2.\n [kiasan] benak (fikiran, akal):\notaknya beku dan ~;\n3.\n [Kedah] jemu, bosan." "majalah\nterbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain;\n~ bergambar \nmajalah yang sebahagian besarnya diisi dengan gambar, \n~ ilmiah \nmajalah yang mengandungi makalah yang bersifat ilmiah.\npermajalahan\n hal yang berkaitan dengan majalah:\nSimposium Dunia P~ Melayu 2003." "majamuju\n= jemuju." "majapahit\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), maja batu, maja gelepung, maja gedang, maja lumut, \nAegle marmelos; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar cambai (cangi ular), akar julung bukit, akar serai, tinjau binti, \nApama corymbosa." "majaz, majazi\n[Arab] hanya sebagai kiasan dan lain-lain (bukan sebenarnya)." "majer\n[Jawa] mandul;\n= majir." "majera\n= mejera." "majezub\n[Arab] sasar kerana terlalu banyak memikirkan sesuatu (suluk dan lain-lain)." "majikan\norang yang mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang:\npekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung daripada ~nya; \nkaum ~\n pihak yang mengambil pekerja;\nbermajikankan\n mempunyai seseorang, sesebuah syarikat atau sesebuah badan sebagai majikan:\ndia berasa beruntung kerana dapat ~ orang yang baik hati dan bertimbang rasa." "majir\n[Jakarta] tidak dapat beranak, mandul;\nmajer\n." "majistret\npegawai awam yang menjadi hakim di mahkamah majistret rendah, hakim rendah;\n \n~ pekeliling \nhakim rendah yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat ." "majlis I\n1.\n badan yang dilantik atau dipilih, yang mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat:\nM~ Perbandaran; \nM~ Keselamatan Negeri; \n2.\n perjumpaan (orang ramai), keramaian:\ndia dikehendaki hadir dalam ~ itu;\n~ bahas (perbahasan) \nperjumpaan tempat atau untuk diadakan peraduan bahas;\n \nketua ~ \nketua dalam sesuatu perjumpaan;\n3.\n tempat (bangunan dan lain-lain) persidangan (perjumpaan dan lain-lain);\n \n~ peguam \nmajlis yang dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yang mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang." "majlis II\n1.\n cantik, elok, indah:\nsikap ~ tidak terkira; \n2.\n [Minangkabau] bersih, apik, rapi." "majmuk\nterdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian dan sebagainya tetapi merupakan kesatuan;\ncahaya ~ \n[Indonesia] cahaya yang berasal atau terjadi daripada beberapa cahaya lain;\n \nkalimat ~ \n= \nayat ~ \n(Linguistik) kalimat yang mengandungi (terdiri daripada) dua atau tiga kalimat lain;\n \nkata ~ \n(Linguistik) gabungan dua atau tiga perkataan yang mempunyai satu pengertian;\n \nmasyarakat ~\n masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa;\n \nminyak ~ \nsejenis minyak wangi (merupakan campuran daripada beberapa jenis minyak wangi lain);\nmemajmukkan\n menjadikan majmuk, menggabungkan dua atau beberapa kata dan sebagainya supaya menjadi bentuk majmuk;\nkemajmukan\n sifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yang terdapat dalam sesuatu (gabungan, kesatuan, dan lain-lain):\n~ imej budaya Malaysia sebelum 1969 telah bertukar kepada budaya Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu;\n~ masyarakat negara Malaysia;\npemajmukan\n perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dan sebagainya menjadi satu kesatuan:\npenggabungan perkataan yang membawa satu makna yang tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk." "majnun\n[Arab] tidak siuman, gila;\n= junun." "majoriti\n1.\n sebahagian atau sebilangan terbesar;\n2.\n kelebihan undi atau kerusi yang diperoleh oleh calon atau parti mengatasi bilangan undi calon atau parti yang lain." "majra\n= mejera." "maju\n1.\n bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dan lain-lain):\nguru menyuruh murid-murid yang bertutur itu supaya ~ sedikit; \ntentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; \n2.\n bertambah baik keadaannya (dalam pelajaran, perniagaan, dan lain-lain):\nperusahaan Pak Ali kelihatannya ~; \nbagaimana hendak ~ kalau engkau malas belajar; \n3.\n tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dan lain-lain):\nnegeri-negeri yang telah ~ seperti Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yang masih mundur; \n4.\n [Indonesia] lulus (dalam peperiksaan, ujian):\nsiapa bilang aku ~ dalam ujian itu? ~ mundur\n bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur;\nmemajukan\n1.\n menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan:\ntolong majukan sedikit tikar itu; \n2.\n meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dan lain-lain), memperluas, memperkembangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dan lain-lain):\nkerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; \nsegala langkah telah diambil untuk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; \n3.\n menjadikan lebih baik (sempurna dan lain-lain), membaiki, memperelokkan:\nahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dalam tahun 1910; \n4.\n membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dan lain-lain) untuk dipertimbangkan dan sebagainya, mengemukakan pendapat dan sebagainya:\nsetelah dipersetujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen untuk dibahaskan; \ntuntutan yang dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; \n5.\n [Indonesia] membuat supaya lulus (dalam peperiksaan), meluluskan;\nkemajuan\n perihal maju (taraf hidup dan lain-lain):\n~ yang tercapai dalam masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan;\n~ material \nkemajuan yang berkaitan dengan aspek kebendaan (seperti kemajuan ekonomi);\n \n~ rohaniah \nkemajuan yang berkaitan dengan aspek kerohanian (seperti etika, moral, dan sebagainya);\npemajuan\n perihal atau perbuatan memajukan;\npemaju\n orang (syarikat dan sebagainya) yang memajukan (membangunkan, mengusahakan, dan sebagainya) sesuatu kawasan (tanah dan sebagainya);\n \n~ perumahan \norang atau syarikat yang membina rumah kediaman, rumah kedai, dan sebagainya di sesuatu kawasan untuk dijual kepada orang ramai." "majuh\ngelojoh, lahap, rakus." "majun I\nubat tradisional (dibuat daripada herba dan rempah ratus) yang dibentuk bulat-bulat dan dimakan untuk menyihatkan badan." "majun II\nsejenis kain yang digunakan untuk mencuci mesin dan sebagainya." "majung\n[Minangkabau] serat yang digunakan sebagai penyumbat celah-celah papan dan lain-lain." "Majusi\nkaum yang menyembah api;\nmemajusikan\n menjadikan seseorang Majusi:\nibu bapalah yang bertanggungjawab untuk meyahudikan, mengkristiankan atau ~ anak mereka." "mak I\n1.\n singkatan bagi emak;\n \nsudah boleh jadi ~ budak \nsudah cukup besar dan dewasa untuk menjadi seorang ibu;\n2.\n panggilan atau sebutan untuk orang perempuan yang lebih tua (yang ada hubungan kekeluargaan atau yang kerana umurnya patut dipanggil ibu):\n~ andam\na) perempuan yang mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan;\n b) perempuan yang kerjanya menghias pengantin perempuan;\n \n~ angkat \n= \n~ pungut \n[Indonesia] perempuan yang mengambil serta memelihara anak orang seperti memelihara anaknya sendiri, ibu angkat;\n \n~ bonda \nperempuan tua yang berlagak seperti orang muda;\n \n~ bongsu (cu, su, usu)\n adik perempuan kepada ibu atau kepada bapa yang bongsu;\n \n~ buyung\na) perempuan yang suka bercerita (terutama kepada kanak-kanak);\n b) sebutan kepada perempuan hamil;\n c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda;\n \n~ cik (kecil)\na) mak muda, bibi;\n b) panggilan kepada perempuan (yang bukan berkeluarga dengan kita) yang sudah separuh umur;\n \n~ kopek (tetek)\n inang pengasuh;\n \n~ labu \nperempuan yang sedang mengandung \n~ long\n emak saudara yang sulung;\n \n~ mek \n[Kedah] isteri;\n \n~ mentua \nibu kepada isteri atau suami;\n \n~ muda (da, uda) \na) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil;\n b) isteri yang muda;\n \n~ nam\n singkatan dari sebutan mak andam;\n \n~ ngah (tengah) \nsaudara perempuan ibu atau bapa yang tengah;\n \n~ nyah \n[bahasa percakapan] panggilan kepada golongan pondan;\n \n~ saudara\n saudara perempuan ibu atau bapa;\n \n~ tiri \nibu tiri;\n \n~ tua (wa)\na) saudara perempuan ibu atau bapa yang lebih tua;\n b) isteri bapa yang tua;\n= emak." "mak II\n[Minangkabau] mamak." "maka\n1.\n [sastera lama] lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai untuk memulakan ayat):\n~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; \napabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dari tempat bersembunyinya; \n2.\n = \n~ itu, ~nya \n= \n~ dari itu \nsebab itu, kerana itu:\nkerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; \n3.\n bahawa:\nitulah sebabnya ~ dia gagal dalam peperiksaan itu; \n4.\n = \n~ nya \ndengan sebab itu:\ndengan bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang." "makalah\nrencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dan lain-lain;\npemakalah\n orang yang menulis (menyediakan, membentangkan dan sebagainya) makalah." "makam I\n[arkaik] tempat kediaman:\nmaka baginda pun berangkatlah lalu sampai kepada suatu ~ bernama Pedada;\nbermakam\n mempunyai tempat kediaman, bersemayam." "makam II\n1.\n kubur (digunakan untuk orang yang dihormati seperti nabi, para wali, keluarga diraja, dan sebagainya):\npada hari Jumaat yang lalu, Sultan pergi menziarahi ~ ayahandanya; \n2.\n = \npermakaman\n perkuburan:\nmayat askar-askar yang terkorban dalam serangan hendap itu dikebumikan di ~ pahlawan; \nM~ Nabi Ibrahim \nbekas tapak kaki Nabi Ibrahim berhampiran dengan Kaabah, iaitu salah satu tempat yang doa pengunjungnya mustajab;\nmemakamkan\n menanam mayat, mengebumikan, menguburkan:\nistiadat ~ jenazah Sultan;\npemakaman\n perihal memakamkan, penguburan:\n~ Tok Engku telah dijalankan dengan penuh istiadat." "makan\n1.\n memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu:\njemputlah ~ kuih ini;\n~ candu \nmenghisap candu;\n \n~ pil\n menelan pil;\n \n~ sirih \nmengunyah sirih;\n2.\n = \n~ nasi \nmemamah serta menelan nasi:\nengkau sudah ~ Sim? \n3.\n rezeki:\nbagaimana hendak mencari ~ kalau kesihatanku selalu terganggu; \n4.\n menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dan lain-lain) masa, wang, dan lain-lain:\npekerjaan ini banyak ~ belanja; \nmenggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; \nkereta saya banyak ~ minyak; \n5.\n melukai atau menembusi (senjata, air soda, dan lain-lain), lut:\nditikamnya, tetapi tidak ~; \n6.\n bekerja seperti yang dijangkakan (brek dan lain-lain):\nbrek basikal ini tak ~; \n7.\n dapat masuk (barang yang dimasukkan ke lubang dan lain-lain), masuknya:\npaku itu hanya setengah inci ~ ke dalam papan itu; \n8.\n mengikut (nasihat dan lain-lain), menerima (pengaruh, pujukan, dan lain-lain):\ninilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; \nsedikit pun tidak ~ dalam hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya;\n9.\n [kiasan] menggelapi (wang dan lain-lain), mengambil secara haram (wang):\nPegawai Perumahan ini kuat ~ duit;\n~ ampun \n[sastera lama] minta ampun;\n \n~ angin \na) bersiar-siar untuk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dan lain-lain);\n b) mendapat angin (kapal, layar, dan lain-lain);\n \n~ angkat\n suka dipuji-puji;\n \n~ arwah\n kenduri arwah (untuk memperingati orang yang telah mati);\n \n~ bawang\n [kiasan] marah;\n \n~ benak \nmenarik keuntungan yang besar;\n \n~ beradap\n memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dengan lauknya) yang disajikan kepada pengantin ketika bersanding;\n \n~ berdamai \nmakan bersama-sama pertama kali (berkenaan (dengan) pengantin);\n \n~ besar \na) jamuan makan beramai-ramai dengan berbagai-bagai jenis hidangan makanan, minuman dan sebagainya;\n b) jamuan makan bersama-sama ahli keluarga pada petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina;\n \n~ budi\n menerima kebaikan (pertolongan dan lain-lain) orang lain;\n \n~ bunga \nmengambil keuntungan (faedah) daripada apa yang dipinjamkan;\n \n~ butir \n[Kelantan] dalam keadaan motobot dan sebagainya tersangat sarat dengan muatan (hingga air mencecah papan teratas):\nduduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam;\n~ cekak\n sanggup melawan (mengatasi dan lain-lain);\n \n~ dalam\n (orang yang) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman;\n \n~ (menghisap) darah\na) mengambil untung yang besar daripada orang lain (seperti mengenakan bunga yang sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dan lain-lain);\n b) sebal hati, bersedih;\n \n~ dawai (kawat, kerawat, tali)\n sangat miskin;\n \n~ di punca kain\n [Kelantan] hidup melarat;\n \n~ diri \nkesihatan terganggu (kerana sedih dan lain-lain);\n \n~ duit (emas) \na) menerima wang suap;\n b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dan lain-lain) untuk keperluan sendiri;\n \n~\n \ngaji (upah) \nbekerja pada orang untuk mendapat gaji (upah);\n \n~ gambar \nfotogenik;\n \n(banyak, kenyang) ~ garam\n mempunyai banyak pengalaman dalam hidup;\n \n~ hak\n melanggar hak orang;\n \n~ hati (berulam jantung)\n dukacita yang amat sangat (akibat gagal dalam percintaan dan lain-lain);\n \n~ kawan (teman) sendiri\n menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dan lain-lain) kawan sendiri;\n \n~ kerawat\n sangat miskin;\n \n~ keringat orang \nmenikmati kesenangan hidup dengan memeras tenaga orang;\n \n~ kuli\n bekerja sebagai kuli;\n \n~ luar \na) makan di kedai, warung, restoran dan sebagainya (bukan di rumah);\n b) [kiasan] mengadakan hubungan seks bukan dengan suami atau isteri sendiri;\n \n~ malam (pagi, siang)\n makan pada waktu malam (pagi, siang) hari;\n \n~ nasi dengan garam\n sangat miskin;\n \n~ nasi kawah \nmakan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dan lain-lain);\n \n~ nikmat\n [sastera lama] makan makanan yang lazat-lazat;\n \n~ pelewar \ndalam keadaan motobot dan sebagainya yang dipenuhi air hingga mencecah enjin:\nAli menimba air dalam botnya kerana air sudah ~ pelewar;\n~ pencen \nhidup dengan mendapat wang pencen daripada kerajaan (sesudah bersara);\n \n~ puluk \n[Indonesia] makan dengan tangan;\n \n~ ransom \nmakan beramai-ramai;\n \n~ riba \nmeminjamkan wang dengan bunga yang tinggi;\n \n~ sahur\n makan sebelum masuk waktu imsak dalam bulan Ramadan;\n \n~ suap (sogok)\n menerima suap (rasuah);\n \n~ sumpah\n = \ndimakan sumpah \nmendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk;\n \n~ tanah\na) jatuh tersungkur di tanah;\n b) sangat miskin;\n \n~ tangan\na) kena penumbuk (tinju);\n b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka;\n \n~ tanggung\n hidup di bawah jagaan orang lain;\n \n~ tidur\n hidup dengan tidak membuat apa-apa pekerjaan;\n \n~ tuan \nmengenai tuannya sendiri (senjata dan lain-lain);\n \n~ tulang\n menyuruh orang supaya bekerja kuat;\n~ hati berulam jantung\n (peribahasa) menderita kerana perbuatan orang yang karib (seperti sahabat, suami, dan lain-lain);\n \n~ upas berulam racun \n(peribahasa) hidup dalam kesusahan;\n \nsudah ~ bismillah \n(peribahasa) tidak menurut aturan, terbalik;\n \ntelah habis maka dimakan \n(peribahasa) berhemat cermatlah dalam semua perkara;\n \ntempat ~ jangan diberaki\n (peribahasa) jangan membuat sesuatu yang tidak baik kepada orang yang pernah memberi perlindungan (pertolongan dan lain-lain);\n \ntidak ~ siku-siku \n(peribahasa) cakap seseorang yang berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya);\nmemakan\n1.\n makan (dengan lebih aktif):\nmereka pun duduk ~ sarapan pagi; \n2.\n memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dan lain-lain), mengambil:\nini tentulah ~ belanja lebih daripada satu ribu ringgit; \npelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; \n3.\n merosakkan, membinasakan, memusnahkan:\nrumah itu dimakan api; \npisau itu dimakan karat; \n4.\n mematikan (dalam permainan catur dan lain-lain):\nhampir dimakannya raja saya;\ndimakan akal \nmasuk akal;\n \ndimakan pakaian \ncocok benar padanya (pakaian);\n \ndimakan tikus \n[bahasa percakapan] digelapkan (digunakan) wang dan lain-lain;\n \ndimakan tua \n[bahasa percakapan] telah lama hidupnya, sudah tua;\nmemakani\n memakan dengan banyaknya, acapkali memakan:\nia asyik ~ buah-buahan yang dibawanya sendiri dari rumah;\nmemakankan\n1.\n mengusahakan (memberi dan lain-lain) supaya sesuatu dimakan;\n2.\n memakan untuk;\ntermakan\n1.\n sudah dimakan (dalam erti kiasan dan lain-lain):\nbesi itu habis ~ karat; \n2.\n makan dengan tidak sengaja:\nAli dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; \ndia ~ \na) dia kena racun;\n b) dia kena guna-guna;\n3.\n [kiasan] dapat diterima (akal dan lain-lain), terpengaruh;\n \nperkataan itu ~ olehnya \nperkataan itu dapat diterimanya;\n4.\n dapat dimakan:\nikan yang didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi;\n~ budi \nmenerima pertolongan (kebaikan dan lain-lain) daripada orang lain, kebudian;\n \n~ bulan\n terlewat waktu (tempoh) yang ditetapkan;\n \n~ dalam hati\n meresap dalam hati;\n \n~ janji \ntidak menepati janji;\n \n~ oleh akal\n masuk akal, boleh diterima oleh fikiran;\nmakanan\n apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki:\nsegala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah;\n~ berzat \nmakanan yang mempunyai zat (vitamin, protein, dan lain-lain);\n \n~ laut \nmakanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidup-hidupan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya:\nrestoran ~ laut;\n~ ringan \nmakanan yang tidak begitu mengenyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang dimakan sambil-sambilan;\n \n~ ruji \nmakanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia);\n \n~ segera \nmakanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat;\nmakan-makanan\n bermacam-macam jenis makanan;\nkemakanan\n habis dimakan:\njagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat;\npemakanan\n1.\n jenis-jenis makanan yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dan lain-lain:\n masalah salah ~ dan kekurangan vitamin masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini;\n~ yang tidak seimbang;\n~ semasa hamil; \n2.\n perbuatan (proses) makan:\nbahan radioaktif masuk ke dalam tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman;\npemakan\n1.\n orang (binatang dan lain-lain) yang memakan:\nbinatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; \n2.\n apa yang digunakan untuk jodoh makanan:\nlauk ~ nasi; \nkapur ~ sirih; \nse~ sirih \nsama lamanya dengan orang makan sirih;\n3.\n orang yang suka makan:\nAli memang ~;\n~ bawang \nki orang yang pemarah;\n \n~ gaji\n orang yang makan gaji;\n \n~ upah \norang yang mengambil upah." "makar I\n[Arab]\n1.\n tipu daya, akal muslihat, kecurangan:\nperlulah sekarang dicari lain akal dan ~; \n2.\n perbuatan dan lain-lain dengan maksud menyerang (menyakiti, membunuh) orang dan lain-lain." "makar II\nbangkar (buah-buahan), keras." "makar III\n[Kedah] kelakar." "makara I\npatung kepala binatang buas (yang terdapat pada candi dan lain-lain zaman dahulu)." "makara II\nnama kelompok bintang, bintang sartan;\nmengkara\n." "makaroni\nsejenis bahan makanan daripada tepung gandum, berbentuk pembuluh (biasanya dipotong pendek-pendek) yang dikeringkan, dan dimasak untuk dijadikan makanan." "makas\n[sastera lama] keras;\n \nkeras ~ \nsangat keras;\n= mangkas I" "Makau\nnama sebuah pulau di selatan negeri China;\nbenang ~ \nbenang emas atau perak;\n \nsambal ~ \n[Kedah] sambal yang dimakan dengan timun;\n \nwayang ~ \nwayang Cina." "makau-po\n[Cina], [bahasa percakapan] perempuan lacur (daripada bangsa Cina)." "makaw\nsejenis burung yang rupa bentuknya seperti burung nuri (tetapi lebih besar), \nAra spp.;\n~ biru kuning \nsejenis burung, \nAra arauna;\n~ kuning merah \nsejenis burung, \nAra macaw;\n~ merah biru \nsejenis burung, \nAra chloroptera\n." "makbud\n[Arab];\nAllah almakbud \nAllah yang disembah." "makbul\n1.\n diterima (permintaan, doa, dan lain-lain), tercapai (maksud dan lain-lain), berhasil:\nsemua permintaannya sudah pun ~ ; \n2.\n mustajab (ubat, jampi, dan lain-lain), manjur, mujarab:\nmaka jampi pawang itu tiada~;\nmemakbulkan\n menerima (permintaan, doa, dan lain-lain), mengabulkan, menyampaikan (maksud dan lain-lain), memperkenankan:\npermintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres;\ntermakbul\n diterima (permintaan, doa, dan lain-lain), terkabul, tercapai (maksud dan lain-lain):\nharapan hatinya ~lah sudah;\n kemakbulan\n perihal makbul:\nuntuk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti." "makdan\n[Arab] lombong;\n \n~ emas \nlombong emas." "makelar\n[Indonesia-Belanda] orang yang menjadi perantara dalam perdagangan (menjualkan barang-barang atau mencarikan pembeli untuk orang lain), broker." "makemono\n(Jepun) (Seni Lukis) lukisan skrol Jepun yang digantung melintang." "makhdum\n[Arab] [arkaik] tuan (biasanya gelaran untuk ahli agama)." "makhfi\n[Arab] [sastera lama] yang tersembunyi, rahsia." "makhluk\n[Arab] segala yang dijadikan Tuhan (seperti manusia, binatang, dan lain-lain):\nmanusia adalah ~ pilihan Tuhan;\n~ halus \nmakhluk seperti jin dan syaitan yang hidup dalam alam ghaib." "makhraj\n[Arab] tempat keluar bunyi huruf (alif hingga ya) seperti di halkum, lidah, bibir dan sebagainya." "maki\nkata yang kasar dan keji (untuk menghina, memarahi, orang, dan lain-lain):\nmereka bersorak-sorak mencetuskan ~ dan marah terhadap majikan yang tidak berperikemanusiaan;\n~ hamun \n= \ncaci ~ \nkata-kata yang sangat kasar dan keji;\n \nmencaci (mencuci) ~\n mengucapkan kata-kata yang kasar dan keji (untuk menghina, memarahi, dan lain-lain);\nmemaki, memaki-maki\n mengeluarkan kata yang keji-keji (kepada):\nia marah lalu ~ isterinya;\nmakian\n kata yang kasar dan keji (untuk menghina, memarahi, dan lain-lain), maki:\nbudak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu." "makin\n1. = semakin\n menjadi lebih, kian bertambah:\nhati Maskam ~ meradang; \nlanun-lanun itu ~ buas; \n2.\n [sastera lama] lebih-lebih lagi, apa lagi." "maklaf\n[Arab] [arkaik] tempat untuk mengisi makanan kuda dan lain-lain, palung." "maklum\n1.\n sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui:\nkamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yang terakhir untuk tahun ini; \n2.\n = \nmaklumlah\n tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu:\n~ aku ini orang miskin;\n~ balas \nmaklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi dan sebagainya sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dan sebagainya);\nmemaklumi\n memahami, mengetahui:\naku harap kamu semua telah ~ perkara ini;\nmemaklumkan\n1.\n membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan:\nia datang hendak ~ hal-ehwalnya; \ndipermaklumkannya yang ia hendak membalas kematian isterinya itu; \n2.\n mengumumkan sesuatu (keputusan dan lain-lain), menyatakan (perang dan lain-lain), mengisytiharkan (kemerdekaan dan lain-lain):\nmereka ~ perang dengan Belanda;\ntermaklum\n sudah dimaklumi, sudah diketahui;\nmakluman\n apa-apa yang dimaklumkan, pemberitahuan;\n \npemakluman\n pengumuman, pengisytiharan, penyataan;\npemaklum\n orang yang memaklumkan sesuatu, orang yang memberikan makluman." "maklumat\n1.\n makluman, pemberitahuan, pengumuman:\n~ akan diberikan di dalam risalah; \n2.\n keterangan, butir-butir:\n~-~ mengenai angkatan perang telah sampai ke Yedo dari Okinawa; \n3.\n pengetahuan:\nuntuk ~ ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung tahunan ditangguhkan;\nmemaklumatkan\n memberitahukan, memaklumkan." "maklun\n[Indonesia], [bahasa percakapan] upah membuat pakaian dan lain-lain." "makmal\ntempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain), laboratorium;\n \n~ bahasa \nbilik yang dilengkapkan dengan perakam pita dan sebagainya untuk pembelajaran bahasa asing." "makmum\n[Arab]\n1.\n pengikut imam dalam sembahyang:\nsembahyang jemaah itu ialah sembahyang yang mempunyai perhubungan antara ~ dengan imam; \n2.\n [bahasa percakapan] menurut, mengikut:\ndia hendak ~ sahaja." "makmur\n1.\n mempunyai hasil yang banyak (daerah, negeri, dan lain-lain), mempunyai penduduk yang banyak dan cukup kehidupannya:\nnegeri Jepun adalah negeri yang paling ~ di Asia pada masa ini; \n2.\n [bahasa percakapan] hidup mewah (serba cukup dan lain-lain), tidak kekurangan apa pun:\nnampaknya engkau ~ sekarang;\npersemakmuran\n persekutuan negara-negara yang pernah dijajah oleh British, iaitu Komanwel;\nmemakmurkan\n memajukan supaya makmur:\nia diberi tugas untuk ~ daerah yang mundur itu;\nkemakmuran\n perihal makmur (mewah, serba cukup, sejahtera, dan lain-lain):\n~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pada kerajinan penduduk-penduduk negeri itu; \npemakmuran\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) memakmurkan:\nsumbangan ini amat membantu untuk membina ~ budaya ummah." "makna I\nerti atau maksud (sesuatu perkataan dan lain-lain):\nkalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu;\n~ fungsian \n(Linguistik) makna unsur linguistik yang dilihat dari segi fungsi tatabahasanya;\n \n~ kiasan \nmakna kata yang tidak merujuk kepada makna harfiah, tetapi dikiaskan sebagai ibarat, misalnya \njambu \nyang bererti \ncantik \natau\n lawa;\n~ konteks \n(Linguistik) makna yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan;\n \n~ leksikal \n(Linguistik) makna kata seperti yang terdapat di dalam kamus;\nbermakna\n1.\n mempunyai (mengandungi) erti, bererti;\n \n~ berbilang \nmempunyai (mengandungi) beberapa erti;\n2.\n penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti:\npemberian itu sangat ~ bagi kami; \ndia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan;\nmemaknakan\n menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dan lain-lain;\npemaknaan\n perihal atau proses memberi makna, pengertian:\ndalam bahasa Melayu Indonesia masih ada sistem tanda yang berhubung dengan raja seperti bersantap, beradu, beta yang ~nya tidak sama dengan yang pernah ada sebelumnya." "MAKNA II\nakronim bagi Majlis Kanser Nasional." "maknawi\n[Arab]\n1.\n berhubung dengan makna, mengikut ertinya;\n2.\n penting, kepentingan." "maknga\n[Kelantan], [Terrenganu] cuai, lalai." "makramat\n[Arab] kehormatan, kebaikan hati." "makrifat\n[Arab]\n1.\n ilmu mengenali sesuatu;\n2.\n (dalam ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pada peringkat yang tertinggi atau sempurna;\nbermakrifat\n1.\n (dalam ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur;\n2.\n mengetahui benar-benar:\nbolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dengan ibu hamba?" "makrifatullah\n[Arab] ilmu mengenali Allah:\nbahasa, karya kesusasteraan dan alam semesta semuanya merupakan tanda keagungan Allah dan jalan untuk ~." "makro I\nmeliputi skop (hal, faktor dan sebagainya) yang umum atau menyeluruh:\nkerajaan pusat melihat keperluan dan masalah pembangunan pada peringkat ~, manakala kerajaan negeri pula peringkat mikro; \nbandingkan perubahan sosial pada tahap ~ dan mikro." "makro II\n\u2013 \nawalan asing\n besar, banyak, menyeluruh, misalnya \nmakroekonomi\n." "makrobiotik\nsistem pemakanan yang bersumberkan biji-bijian penuh dan sayur-sayuran yang ditanam tanpa menggunakan bahan kimia." "makroekonomi\nkajian aspek-aspek ekonomi (seperti pengangguran, pendapatan, dan lain-lain) secara menyeluruh." "makrofit\n(Biologi) tumbuhan akuatik yang terdapat di dalam sungai, kolam atau laut, misalnya kiambang dan keladi bunting." "makromastia\n(Perubatan) keadaan apabila buah dada menjadi terlalu besar." "makromelia\n(Perubatan) keadaan apabila anggota tubuh (tangan atau kaki) menjadi lebih besar daripada normal." "makropodia\n(Perubatan) keadaan apabila kaki menjadi sangat besar." "makroprosopia\n(Perubatan) keadaan apabila muka menjadi terlalu besar." "makropsia\n(Perubatan) keadaan pada seseorang apabila objek kelihatan lebih besar daripada saiznya yang sebenar." "makrorinia\n(Perubatan) keadaan apabila hidung menjadi terlalu besar." "makroskopi\npemeriksaan sesuatu objek dengan mata kasar." "makruf\n[Arab]\n1.\n ketahuan, terkenal, masyhur;\n2.\n perbuatan baik:\namar ~;\nkemakrufan\n kebaikan:\npolitik yang sihat akan melahirkan segala kebaikan ~; \nkeadaan berhijrah daripada kemaksiatan, kemungkaran, dan kefasikan kepada ketaatan dan ~." "makruh\n[Arab] perkara yang dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala:\nmelambat-lambatkan berbuka puasa adalah ~ hukumnya\n;\nmemakruhkan\n menyebabkan sesuatu (perbuatan, tindakan) menjadi makruh:\n maka dimakruhkan suami mengambil harta yang dijadikan tebus diri isteri\n." "maksi\npakaian (gaun) yang labuhnya hingga ke pergelangan kaki (atau ke paras lantai)." "maksiat\nperbuatan yang melanggar perintah Allah, perbuatan yang berdosa (yang keji);\nbermaksiat\n melakukan maksiat:\norang yang ~ akan menerima padahnya;\nkemaksiatan\n pelbagai perbuatan (hal dan sebagainya) yang bersifat maksiat, segala-gala (perbuatan dan lain-lain) yang berdosa:\nternyata baginya kepincangan dan ~ yang dilakukan oleh manusia, dapat disaksikan di mana-mana sahaja." "maksila\n(Biologi) rahang atas." "maksilitis\n(Perubatan) radang pada rahang atas." "maksima\nmaksimum\n." "maksimal\n[Indonesia-Belanda] sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya:\ntulisan ilmiah yang sangat teknikal, yang objektivitas dan abstraksi mencapai titik ~nya." "maksimum\njumlah yang sebanyak-banyaknya, paras dan sebagainya yang setinggi-tingginya:\ndengan ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyaklah barang-barang yang boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat;\nmemaksimumkan\n menjadikan sebanyak-banyaknya (setinggi-tingginya):\n~ pengeluaran kelapa sawit;\n~ kadar pertumbuhan ekonomi;\npemaksimuman\n perihal (usaha, proses, dan sebagainya) memaksimumkan sesuatu:\nmatlamat pengeluaran eksport akan digerakkan dengan mengambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan semestinya ~ pendapatan negara." "maksud\n1.\n tujuan, hajat, kehendak, niat:\n~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dengan engkau;\n~ hatiku pun hendak ke sana juga; \n2.\n erti yang tersimpul dalam sesuatu ayat (perbuatan dan lain-lain):\napakah ~ perkataanmu itu?; \naku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil;\nbermaksud\n1.\n bertujuan, berhajat, berkehendak, berniat (hendak):\nkami ~ hendak menyerahkan wang itu dengan seberapa segera; \n2.\n mengandungi erti:\napa yang diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian;\nmemaksudkan\n1.\n menghendaki, meminta:\ndialah yang dimaksudkan hadir dalam seminar itu; \n2.\n memberi erti yang sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sebagai maksud):\nAli masih samar-samar tentang apa yang dimaksudkan oleh perempuan tua itu; \napabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga;\ntermaksud\n dikehendaki, dimaksudkan." "maksum\n[Arab] terpelihara atau bebas daripada dosa, tidak tercela, tidak berdosa." "maksyuk\n[Arab] yang mengasyikkan, yang dikasihi (tercinta), buah hati." "maktab\n1.\n tempat belajar (menulis dan lain-lain), sekolah;\n2.\n tempat tulis-menulis, pejabat;\n3.\n sekolah atau institusi untuk ilmu khas (seperti ilmu perguruan, pertanian, teknik, dan lain-lain), kolej:\n~ perguruan bahasa;\n~ pertanian;\n~ teknik; \n4.\n institusi pendidikan tinggi;\n \nM~ Turus Angkatan Tentera \npusat latihan untuk pegawai tinggi tentera. \nmaktub\n kitab suci;\nmemaktubkan\n menulis (dalam sesuatu), mencatatkan, merakamkan:\nhasil daripada laporan Suruhanjaya Reid yang telah ditubuhkan untuk mengurus Perlembagaan Malaya, pembentukan sebuah parlimen negara telah dimaktubkan dalam perlembagaan;\ntermaktub\n tertulis, tercatat:\nperkara ini ~ di dalam Perlembagaan Persekutuan;\n pemaktuban\n perihal memaktubkan sesuatu:\n ~ dasar untuk menggalakkan pelaburan modal asing." "makwe\n[bahasa percakapan] teman wanita bagi seseorang lelaki." "makyung\nsejenis drama tari (yang mempersembahkan cerita dengan tarian dan nyanyian)." "makzul\n[Arab] meletakkan jawatan, turun dari takhta (raja);\nmemakzulkan\n memecat daripada jawatan, menurunkan daripada takhta." "mal I\n1.\n bahagian pangkal (dari mata lembing, pedang, dan lain-lain), ganja (keris);\n2.\n bahagian atas atau kepala tiang (kaki meja dan lain-lain)." "mal II\n[Arab] harta benda, khazanah;\n \nbaitul~ \ntempat menyimpan segala harta benda, perbendaharaan." "mala fide\n(Latin) (Undang-undang) berkaitan dengan sesuatu tindakan atau keputusan yang berdasarkan niat yang buruk." "mala I\n= termala\n [arkaik] layu (bunga):\nhari pagi bunga nan kembang, bunga yang merah ~ dahulu." "mala II\n[Minangkabau] air bangkai yang sangat busuk, danur;\n \nharum semerbak mengandung ~\n (peribahasa) orang yang dipuji-puji kerana jasanya tetapi jasanya itu diperolehnya dengan jalan yang tidak baik." "mala III\n(Sanskrit) [sastera lama] kotor, cacat, cemar, hina, noda." "malabera\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Loganiaceae, \nFagraea crenulata\n;\n \n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Rubiaceae, mempedal babi, \nMussaendopsis beccariana." "malagangai\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Lauraceae, \nEusideroxylon malagangai." "malah I\n= malahan\n1.\n bahkan, kian (bertambah), makin (bertambah):\nbukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong engkau; \nhujan yang kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; \n2.\n padahal, sedangkan:\njangankan hendak pergi, ~ bergerak dari tempat duduknya pun tidak." "malah II\n[Minangkabau]\n1.\n lah:\nkalau disewa kereta, rugi ~ awak; \n2.\n marilah:\n~ kita ke pasar; \n3.\n kalau, asalkan;\n \n~ begitu \nkalau begitu." "malahan\n= malah" "malai I\nuntaian bunga daripada emas atau intan dan lain-lain yang dipakai untuk menghiasi kepala (tombak dan lain-lain);\nbermalai\n mempunyai atau ada malai:\ndulapan bantal susun bertampuk emas permata dan ada yang bertelepok bunga ~ emas;\n \n~ seperti sehari bulan;\nbermalaikan\n mempunyai malai daripada:\ncogan alamat yang ~ emas berpermata dikarang;\nmemalai\n ark\n1.\n menghiasi dengan malai;\n2.\n seperti malai." "malai II\n[Brunei]\n1.\n sebutan kepada orang yang berketurunan Arab;\n2.\n timang-timangan untuk orang yang disayangi." "malai-malai\nsejenis tumbuhan (pokok)." "malaik\n[arkaik] \n= malak." "malaikat\n[Arab] sejenis makhluk yang diciptakan Allah daripada nur (cahaya), sifat dan tabiatnya sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dan tidak pernah melanggar perintah-Nya;\nkemalaikatan\n berkaitan dengan malaikat, yang menunjukkan sifat-sifat (dan sebagainya) malaikat:\nmanusia mempunyai tiga unsur utama ~, kehaiwanan, dan kesyaitanan." "malaikatulmaut\n[Arab] malaikat yang mengambil nyawa manusia (Izrail)." "malaise\n[Indonesia-Belanda] keadaan yang serba susah (terutama dari segi perdagangan), meleset;\n \nzaman ~ \nzaman serba susah (dalam perdagangan dan lain-lain), zaman meleset." "malak\n[Arab] malaikat." "malakamo\n[Minangkabau];\nbuah si ~\n sejenis buah yang sama ada dimakan atau tidak akan mendatangkan kesusahan (sebagai perumpamaan sahaja);\n \nbagai makan buah si ~, dimakan mati ibu, tak dimakan mati bapak\n (peribahasa) dalam keadaan serba salah (sama ada dibuat atau tidak, pekerjaan itu tetap akan mendatangkan bencana)." "malakut\n[Arab]\n1.\n = \nalam ~ \nalam atau tempat malaikat dan roh;\n2.\n kerajaan." "malam I\n= \n~ hari \nwaktu mulai dari matahari masuk sampai matahari terbit, lawan siang:\n~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; \njangan main di tanah lagi, hari sudah ~;\n~ buta \n= \n~ boleh \n[Kelantan], [Terengganu] malam yang sangat gelap (gelap-gelita);\n \n~ dansa" "malam II\n[Jawa] [arkaik] lilin (untuk membatik)." "malan\n1.\n mabuk pinang;\n2.\n berasa kurang selesa (kerana agak mabuk, sedih, bingung, dan lain-lain)." "malang\n1.\n letaknya melintang (mengalang):\npada tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; \n2.\n nasib yang tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial:\ntolonglah hamba yang ~ ini; \n3. = malangnya\n dikesalkan sedikit, dukacita:\n~ nya kebanyakan orang yang terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor;\n~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang \n(peribahasa) hal orang yang malang sewaktu sampai maksud yang kedua yang sudah di tangan hilang pula;\n \n~ tak berbau \n(peribahasa) kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya;\n \n~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih \n(peribahasa) nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari;\nmemalangi\n [arkaik] menghormati, menyegani:\ndi kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi;\nkemalangan\n1.\n kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan:\nabang engkau telah terlibat dalam satu ~ kereta di utara Semenanjung; \n2.\n tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan:\nkalau-kalau ada antara kawan-kawan yang ~ dalam masa ribut besar semalam itu\n;\n \nmendapat ~ \nmendapat celaka (seperti luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dari pohon, dan lain-lain)." "malangbang\n[arkaik] [sastera lama] sejenis perahu (kapal)." "malangkamo\nmalakamo\n." "malangkan\nsejenis tumbuhan (pokok), bulangkan, katang, \nCynometra polyandra." "malap\n1.\n tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya):\napi itu sekejap marak dan sekejap ~; \ncahaya ~ menerangi bilik; \n2.\n hampir padam (api);\n3.\n [kiasan] tidak aktif (segar dan sebagainya), tidak begitu berupaya untuk maju (berkembang dan sebagainya);\nmemalapkan\n1.\nmenjadikan malap, memudarkan:\nAmir ~ lampu keretanya;\n2.\n [kiasan] dimusnahkan:\n namun kemajuan dan kegemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat;\nkemalapan\n1.\n keadaan malap atau muram, keadaan pudar (berkenaan (dengan) cahaya);\n2.\n [kiasan] perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dan sebagainya):\n~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau Ph.D;\n pemalap\n = \n~ lampu\n peranti untuk mengubah-ubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik." "malapari\nsejenis tumbuhan (pokok), mempari, pari-pari, \nPongamia pinnata." "malapetaka\nberbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan, kesengsaraan, dan sebagainya):\norang di kampung itu sedang menghadapi satu ~ besar akibat air sungai yang semakin naik." "malar\n1.\n tetap, tidak berubah, terus-menerus:\nkulit mengawal suhu badan manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya berubah;\n~ hijau \nsentiasa berdaun (hijau) sepanjang tahun (berkenaan (dengan) tumbuh-tumbuhan yang tertentu);\n2.\n = \nmalar-malar\n lebih-lebih lagi, malahan;\nmemalarkan\n membuat supaya tetap dan tidak berubah:\nsuhunya dimalarkan;\nkemalaran\n perihal malar;\npemalar\n kuantiti yang tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pada bidang ilmu yang diperkatakan)." "malaria\nsejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa dalam sel darah merah, yang dibawa oleh gigitan nyamuk tiruk, dan dicirikan dengan serangan demam dan seram sejuk yang berulang-ulang, demam kura." "malas I\n1.\n tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dan lain-lain), segan, lawan rajin:\naku tidak mahu menolong orang yang ~ bekerja seperti kamu ini; \n2.\n tidak sudi, tidak suka, enggan, segan:\nkalau di tempat orang, jangan ~ bertanya;\nbermalas-malas\n duduk dengan tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah:\nselepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~;\nmemalaskan\n menjadikan malas:\nia sengaja hendak ~ suaminya;\nkemalasan\n perihal malas:\nia dicaci orang kerana ~nya;\npemalas\n orang yang malas, penyegan:\nia ~ dan penyegan tetapi penjudi." "malas II\nburung ~ \nsejenis burung,\na) burung segan, \nCaprimulgus indicus; \nb) burung kubur, \nCaprimulgus macrurus." "malau\nsejenis damar atau pelekat yang digunakan untuk mengetatkan keris, parang, dan lain-lain pada hulunya;\n= embalau I." "malaun\n[Arab] yang terkutuk atau dilaknati." "malaut\nsejenis tumbuhan (pokok), \nHopea ferrea.\nMalayalam\n bahasa dalam keluarga bahasa Dravidia, yang hampir sama dengan bahasa Tamil, dituturkan oleh kaum yang tinggal atau berasal dari barat daya India, dan merupakan bahasa rasmi Kerala." "Malayali\nMalayalam." "Malaysia\nnegara yang terletak di Asia Tenggara yang ibu negaranya Kuala Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu, dan agama rasminya agama Islam;\nmemalaysiakan\n menyesuaikan atau menjadikan sesuatu supaya bercirikan Malaysia:\npakaian tradisi Cina yang telah dimalaysiakan bersesuaian dengan suasana tempatan;\nkemalaysiaan\n berhubung dengan atau bersifat Malaysia (sebagai sebuah negara seluruhnya):\nbanyak ciri dan cita-citanya lebih melambangkan ciri dan cita-cita ~;\n pemalaysiaan\n perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bercirikan Malaysia:\n penyusunan semula masyarakat adalah satu proses ~ semua sektor kehidupan rakyat Malaysia." "malbar\nsejenis tumbuhan (pokok renek), bunga kisar, kembang lubo, \nAbutilon indicum;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (herba), sepulut, selasih hutan, \nHyptis suaveolens." "maleh\nmalih." "maleman\n[Jawa] perayaan pada malam tarikh yang ganjil atau gasal (selepas 20 hari bulan) dalam bulan puasa." "malformasi\n(Biologi) pembentukan organ secara tidak normal semasa perkembangan fetus." "mali-mali\n~ berduri \nsejenis tumbuhan (pokok renek), memali, toi, \nLeea angulata." "malignan\n(Perubatan) cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut (berkenaan (dengan) tumor atau ketumbuhan):\nketumbuhan pada rahimnya ialah sejenis ketumbuhan yang ~, dan dia mati akibat ketumbuhan itu." "malih\n[Jawa] bertukar (rupa, corak, dan lain-lain), berubah." "Malik al-Mulk\n(Malikul Mulk) [Arab] Pemilik Mutlak Segala Kekuasaan (satu daripada 99 nama Allah)." "malik I\n[Arab] yang memiliki, raja, tuan:\nRaja Syarif raja yang soleh / Bangsa Hasyim sedia terpilih / Berkat syafaat Tuhan yang ~ / Pangkat yang mulia sudah terpilih." "malik II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nLitsea glutinosa.\nMalik\n malaikat yang menjaga pintu neraka." "Maliki\nmazhab ~ \nsatu daripada empat mazhab yang teraku dalam agama Islam (didirikan oleh Imam Malik bin Anas)." "malikuljabbar\n[Arab] raja yang Maha Berkuasa, Allah." "malim\n1.\n guru agama (Islam), orang yang alim, ulama;\n2.\n petunjuk jalan, pemimpin;\n3.\n = \n~ angin \n= \n~ kapal \njurumudi;\n4.\n pawang;\npemaliman\n operasi (khidmat, tugas dan sebagainya) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dari pelabuhan yang dilakukan oleh malim:\npengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~." "maling I\n[Jawa]\n1. = pemaling\n pencuri (terutama yang mencuri pada waktu malam):\ngerak-gerinya seperti orang ~; \n2.\n mencuri;\n~ curi \nhal curi-mencuri;\n \n~ dapat \n(Palembang) [arkaik] menemui sesuatu serta memilikinya;\nkemalingan\n dimasuki oleh pencuri, kecurian." "maling II\npintu ~; \n= pintu." "Malinja\n= \npadi ~ \nsejenis padi yang menghasilkan biji yang besar;\n= padi." "malis\npucat (warna), tidak begitu keras (bau)." "malnutrisi\n(Biologi) kekurangan makanan seimbang pada individu atau populasi." "maltase\n(Biologi) enzim yang memangkinkan penukaran maltosa kepada glukosa dan terdapat dalam usus kecil." "maltosa\n(Biologi) sejenis gula yang disediakan secara hidrolisis kanji oleh enzim diastase dan digunakan sebagai pemanis." "maltosuria\n(Perubatan) kewujudan maltosa dalam air kencing." "malu I\n1. = bermalu\n berasa aib (hina, rendah, dan lain-lain) kerana membuat sesuatu yang salah atau yang tidak sopan, berasa tidak senang:\naku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; \npanglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pada perempuan yang tiada mahu kepadanya; \n2.\n perasaan aib (hina, rendah diri, dan lain-lain):\nuntuk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; \n3.\n menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut):\nia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini;\n~ besar \nmalu yang amat sangat;\n \n~ mata \nsegan, hormat;\n~ bertanya, sesat jalan \n= \n~ berdayung, perahu hanyut \n= \n~ makan, perut lapar \n(peribahasa) kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan;\n \n~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) \n(peribahasa) tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh;\nsemalu; \nsehina ~ \nmempunyai nasib yang sama, seia, sekata;\nmalu-malu\n nampaknya sangat malu:\nmasuklah, jangan ~; \ndengan sikap yang ~, dinyatakannya maksudnya dalam bahasa yang lembut;\n~ bahasa \nberasa segan-segan (sewaktu berhadapan dengan orang yang dihormati dan lain-lain);\n \n~ kucing \nberpura-pura malu;\nmemalui\n ark\n1.\n menaruh malu pada:\ndialah yang harus kaumalui; \n2.\n menghormati, menakuti, menyegani:\npada ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka;\nmemalukan\n1.\n memberi malu, menyebabkan malu:\nakibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; \n2.\n malu kerana sesuatu (pakaian dan lain-lain):\ntak usah dimalukan rumah buruk;\ntermalu-malu\n berasa agak malu:\nselama besar ini dia ~ memanggil abang kepada Ramlan;\nkemaluan\n1.\n perihal malu, sesuatu yang mendatangkan malu, rasa malu:\njikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; \n2.\n mendapat (berasa) malu:\nhendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; \n3.\n [bahasa halus] alat kelamin (laki-laki atau perempuan);\nkemalu-maluan\n berasa sangat malu, tersipu-sipu:\ndia tunduk ~;\npemalu\n (orang yang) mudah berasa malu." "malu II\nsi ~ \n= \nputeri ~ \n= \nmalu-malu\n sejenis tumbuhan (pokok renek kecil, yang apabila tersentuh daunnya terkuncup), \nMimosa pudica." "malun\n[Arab] \nmalaun." "malung\n1.\n sejenis ikan laut, \nCongresox spp.;\n2.\n sejenis ikan laut, \nMuraenesox spp." "malut I\nmalaut\n." "malut II\nkalut-~ \nkalut (sibuk) tidak keruan;\n= kalut\n." "mama I\n[bahasa percakapan] ibu." "mama II\nmamak\n." "mamah\nmemamah\n \n1.\n menghancurkan makanan (dalam mulut) dengan gigi, mengunyah:\nHashim ~ kacang goreng sambil memerhatikan anak-anaknya bermain;\n~ biak \nmemakan makanan kali keduanya (lembu dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] memusnahkan, menghancurkan, menjahanamkan, merosakkan:\npejabat itu musnah dimamah api; \ntekanan hidup yang pahit dan tempang ini ~ daging badannya;\nmemamahkan\n1.\n memamah (mengunyah) sesuatu untuk;\n2.\n memamah pada;\nmamahan\n sesuatu yang sudah dimamah;\npemamah; \n~ biak \nbinatang yang memamah biak (lembu dan lain-lain)." "mamai\n1.\n kurang terang ingatan atau fikiran (kerana terlalu tua, sakit teruk, dan lain-lain), tidak sedarkan diri (mabuk, hilang ingatan, dan lain-lain):\nsaya diam, terkatup mulut, ~ ingatan dan hilang pandangan; \n2.\n mimpi dan mengigau (dalam tidur);\nbermamai\n mengigau (dalam tidur), berkata-kata dalam tidur." "mamak\n1.\n [Minangkabau] saudara ibu yang laki-laki, bapa saudara:\nibunya telah menggunakan harta pesaka kerabat untuk menyekolahkannya, dengan keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya;\n2.\n [sastera lama] sebutan oleh raja kepada pembesar-pembesar negeri (menteri dan lain-lain):\n~ menteri;\n~ bendahara; \n3.\n [arkaik] mak kecil, mak tua;\n4.\n [bahasa percakapan] panggilan kepada lelaki India yang beragama Islam (terutamanya yang terlibat dengan perniagaan makanan dan sebagainya);\n \n~ nenek \n= \nnenek ~ \n[Minangkabau]\na) penghulu adat;\n b) orang tua-tua yang bijaksana." "mamalia\n(Biologi) haiwan bertulang belakang, badannya berbulu, jantungnya terbahagi kepada empat kebuk, dan menyusui anaknya." "maman\n1.\n sejenis tumbuhan (herba yang boleh dimakan), \nCleome icosandra; \n2.\n sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat pening), \nGynandropsis gynandra;\n~ pasir\n sejenis tumbuhan (herba), inai paya, \nJussiaea linifolia\n." "mamanda\n[bahasa halus] mamak." "mamang I\n1.\n kabur pandangannya (kerana hendak pengsan dan lain-lain);\n2.\n mamai, bingung, ketakutan:\ngopoh-~ \ntergopoh-gopoh benar, tergesa-gesa." "mamang II\n= maman." "mamang III\n[Minangkabau] sejenis peribahasa (yang mengandungi nasihat)." "mamang IV\n([Jawa], Sunda) pak cik, paman." "mamar\n[arkaik] \n= mamang I." "mamas-mamas\n~ pelanduk\n sejenis tumbuhan (pokok), \nSapium baccatum." "mambang I\n1.\n sejenis hantu (yang bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya):\n~ segera\n;\n2.\n = \n~ kuning \n= \n~ petang \nwarna kuning kemerah-merahan tatkala matahari hendak masuk (di sebelah barat);\n3.\n [kiasan] perempuan (yang belum bersuami), anak gadis:\ndia belum lagi dapat memikat hati seorang ~ ." "mambang II\nsejenis ikan laut, \nLutjanus sanguineus." "mambar\n[Kelantan] tidak menarik, tidak cergas, lembap." "mambo\nsejenis rentak lagu (irama) Amerika Selatan." "mambu I\n[Jakarta] = \nberbau ~\n berbau busuk." "mambu II, mambul\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), sadu, \nMelia indica;\n~ jantan \n= \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat daunnya dibuat ubat), jemerah, lemak pahit, merambu, sekebah, \nMillettia sericea; \nsepahit-pahit ~ kelatnya menjadi ubat\n (peribahasa) sesuatu barang dianggap tidak berguna, ada kalanya boleh mendatangkan faedah." "mambung\nkering serta tidak berisi di dalamnya (buah-buahan, roti, dan lain-lain), hampa (padi dan lain-lain);\nmampung\n." "mami\n[bahasa percakapan]\n1.\n ibu, emak;\n2.\n emak saudara;\n3.\n perempuan yang mengawasi dan menjadi perantara kepada perempuan lacur dan sebagainya." "mamik\nberubah rasanya (barang makanan), menjadi tidak sedap." "mamlakat\n[Arab] [arkaik] kerajaan, kedaulatan." "mamografi\nteknik menggunakan sinar-X untuk memeriksa buah dada sebagai langkah awal mengesan penyakit barah." "mampal\n[Kedah], [Pulau Pinang] tumpul (pisau dan lain-lain), dempak (bentuk sesuatu)." "mampat I\n1.\n tidak beronga-rongga, tidak gembur (tanah dan lain-lain), padat, tumpat;\n2.\n [Jakarta] tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat:\nparit itu ~;\nmemampatkan\n membuat (menekan, mengasak, dan sebagainya) supaya padat atau tumpat:\njangan dimampatkan sangat isi tin itu;\ntermampat\n dimampatkan:\ncampuran itu terasak atau ~ ke dalam ruang kecil di sebelah atas kebuk;\nmampatan\n perihal mampat;\nkemampatan\n perihal (keadaan dan sebagainya) mampat, kepadatan, ketumpatan;\npemampatan\n perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu;\npemampat\n alat untuk memampatkan;\n \n~ udara \nalat untuk memasukkan udara ke dalam tangki dan lain-lain." "mampat II\n[Minangkabau] baik sekali, elok sekali, jempol." "mampir\n[Jawa] berhenti sebentar, singgah:\nsepulang dari sawah, ia\n \nbiasa ~ dulu ke langgar untuk sembahyang." "MAMPU I\nakronim bagi \nManpower and Administrative Modernization Planning Unit \n(Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia)." "mampu II\n1.\n sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu:\n\n\nramai ibu bapa yang tidak ~ membeli seluar baju untuk anak mereka; \n2.\n kaya, berada:\n\n\nawak orang ~;\nmemampukan\n membolehkan:\n\n\n jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut;\nkemampuan\n\n\n1.\n kesanggupan (untuk melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan:\n\n\nMalaysia akan memperkuat angkatan bersenjatanya sesuai dengan ~nya; \n2.\n kekayaan;\nberkemampuan\n\n\n1.\n mempunyai kesanggupan (kebolehan, kekuatan);\n2.\n mempunyai kekayaan." "mampung\nringan serta berongga-rongga di dalamnya (roti dan lain-lain);\n= mambung." "mampus\n[bahasa kasar] mati." "mamun\n[Kedah], [Pulau Pinang]\n1.\n mengigau (dalam tidur);\n2.\n agak nyanyuk, mamai." "mamung\nsejenis ikan laut, cupak, \nCaranx sexfasciatus." "man I\nsejenis ukuran berat (yang beratnya lebih kurang 80 paun atau 36.3 kilogram)." "man II\nsingkatan bagi paman." "mana\n1.\n = \nyang ~ \nkata yang digunakan untuk menanyakan benda dalam satu kumpulan (kelompok):\nbaju ~ yang hendak dibawa pergi?;\n~ satu budak yang nakal itu? \n2.\n perkataan yang digunakan untuk menanyakan tempat:\ndi ~ sampai, di situlah bermalam; \ndi ~ ayahmu sekarang?; \nke ~ engkau hendak pergi?; \ndi ~ mungkin (perlu) \nkalau mungkin (perlu);\n \ndi ~ \n\u2013\n~ \ndi segala tempat;\n \nke ~-~ \nke segala tempat;\n3.\n perkataan yang digunakan untuk menanyakan keadaan atau cara sesuatu;\n \nbagai~ \n= \nmacam ~ \nseperti apa keadaannya (caranya);\n4.\n = \n~ boleh \n= \n~lah \n= \nmanakan, manatah\n mana boleh, bagaimana:\nseorang ibu manakan jemu memelihara anaknya; \nmanatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu;\n~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya;\n~lagi \n= \n~ pula \ntambahan (lebih-lebih) lagi;\n \ndi manakan \nbagaimana akan boleh (dapat), tidak mungkin, mustahil:\nkalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu;\n~ tahu Dolah menolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala; \n5.\n [sastera lama] barang apa, apa sahaja :\n~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui; \n6.\n apa:\nbahasa ~ yang disebut raja ini; \nsebanyak ~ stok yang hendak diisikan di dalam kedai itu terpulanglah kepada pekedai;\n~ pula \nlebih-lebih lagi, tambahan lagi, mana lagi;\n7.\n yang tersebut (sebelumnya):\nkepandaian itu digunakan untuk mengumpulkan wang, hal ~ sangat menyedihkan;\n~ \u2026 ~ \u2026 \nbaik\u2026. mahupun\u2026:\n~ miskin ~ kaya datang semuanya;\n~ \u2026 ~ \u2026 \nsudah\u2026 pula;\n \n~ panas ~ berdesak-desak \n[bahasa percakapan] sudahlah panas berdesak-desak pula;\nmana-mana\n1.\n mana pun, barang apa pun, setiap:\nmereka tidak menyebelahi ~ pihak dalam pertikaian itu; \nbacalah ~ novel;\n~ dokumen disimpannya baik-baik; \n2.\n siapa-siapa, barang siapa:\n~ yang setuju mengangguk-anggukkan kepalanya." "mana lagi\njeruk ~, jeruk si manalagi\n [Indonesia] sejenis buah limau besar serta manis." "mana suka\n[Indonesia] dengan sesuka hati (tidak dipaksa), dengan sukarela;\n \njam ~ \nwaktu (dalam jadual waktu pelajaran) yang tidak ditentukan apa yang harus diajarkan;\n \nsokongan ~ \nsokongan yang diberikan dengan sukarela." "manah I\n[bahasa percakapan] [kependekan] amanah (amanat);\n \nharta ~ \n= \nmas ~\n [Minangkabau]\na) harta benda (yang dipusakai daripada nenek moyang);\n b) persembahan yang diberikan kepada raja (sewaktu raja mengadakan majlis perkahwinan dan lain-lain);\nbermanah\n mempunyai harta benda, banyak meninggalkan harta benda." "manah II\n[sastera lama] perasaan (hati dan lain-lain), perhatian." "manai\npucat lesi (kerana kurang darah dan lain-lain);\n \npucat ~ \nsangat pucat." "manakala\n1.\n apabila, bilamana:\nia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; \n2.\n tetapi:\ndia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; \n3.\n sedangkan:\nramai orang yang cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dalam gempa bumi itu." "manakan\n[bahasa percakapan] [kependekan] kemanakan." "manalagi\nlebih-lebih lagi, mana pula, apalagi;\n= mana." "manas\n[Brunei] manik:\nberatus-ratus biji ~ disimpannya, mungkin akan dijadikan seutas kalung." "manat\n[Minangkabau] [arkaik] tetap mengenai janji (persetujuan dalam mesyuarat)." "manau\nsejenis tumbuhan (rotan besar), \nCalamus manan;\nlaksana ~, seribu kali embat haram tak patah \n(peribahasa) sesuatu yang sangat kuat dan teguh;\n \nseperti maksud ~ \n= \nmaksud bagai maksud ~ \n(peribahasa) cita-cita yang tidak mungkin dicapai;\n \nseperti mengilang ~ \n(peribahasa) suatu masalah yang sangat sukar;\nmemanau\n1.\n membuat gawar-gawar daripada manau;\n2.\n memukul dengan rotan, merotan." "mancanegara\n[Indonesia] negara-negara asing." "mancawarna\n[Indonesia] banyak warnanya, berwarna-warna;\n= pancawarna\n." "manci\n[Indonesia] kuali besi, panci." "mancis\n= \n~ api \ngores api, korek api, geretan;\nmemancisi\n menyalakan dengan mancis (rokok dan lain-lain);\nmemanciskan\n menggoreskan anak mancis supaya menyala." "mancit\n[Minangkabau] tikus." "mancung I\nmakin kecil ke hujung, lancip, runcing;\n \nhidung ~\n hidung yang lancip;\n \nhidung tak ~ pipi tersorong-sorong\n (peribahasa) suka ikut campur dalam urusan orang lain;\nkemancungan\n perihal mancung atau lancip (hidung)." "mancung II\nseludang kelapa yang kering;\n \nperahu ~ \nsejenis perahu yang bentuknya seperti seludang." "mancur\nmemancur\n \nair ~ \nair terjun, jeram;\n= pancur\n." "manda I\nsingkatan bagi mamanda." "manda II\nmandi-~ \nberbagai-bagai upacara mandi;\n= mandi\n." "manda III\n[Jawa] mahu, tahan (menderita)." "manda IV\nkanda-~; \n= kanda\n." "mandah I\ndaun atau kulit yang letaknya dalam lesung (sebagai alas)." "mandah II\n= manda III" "mandai\nsejenis tumbuhan (pokok)." "Mandailing\nsuku bangsa yang berasal dari Sumatera, Indonesia." "mandala I\n1.\n kawasan atau lingkungan yang termasuk dalam bidang kuasa pihak berwajib (negara);\n2.\n ruang lingkup sesuatu bidang ilmu, pengetahuan, dan sebagainya:\n sistem itu mengalami perubahan sikap yang mengurangkan ~ ketakpelbagaian;\n3.\n [sastera lama] bulatan, lingkungan, daerah." "mandala II\n(Seni Lukis) simbol bulat yang melambangkan cakerawala yang terdapat dalam seni Buddha dan Hindu." "mandalika\n[arkaik] [sastera lama] gelaran atau jawatan kepala daerah (seperti adipati atau gabenor)." "mandalika II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nArtocarpus rigida." "mandam\n= termandam\n1.\n berasa pening kepala (kerana mabuk dan lain-lain), mabuk;\n2.\n terlalu asyik (dalam percintaan dan lain-lain)." "mandang I\n[bahasa percakapan] memandang;\npandang." "mandang II\n[Jakarta] sejenis burung yang terdapat di paya-paya dan lain-lain." "mandat\n1.\n amanah yang diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kepada wakil mereka (dalam mesyuarat dan lain-lain untuk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dan lain-lain):\nPerdana Menteri itu akan meminta ~ baru daripada rakyat; \n2.\n kuasa yang diberikan oleh pihak yang lebih tinggi:\nPresiden telah memberikan ~ kepada Perdana Menteri untuk membentuk kabinet baharu; \n3.\n [Indonesia] surat kuasa, surat perintah (membayar dan lain-lain):\nia masih menunggu ~ untuk membayar gaji pekerja-pekerja; \n4.\n kuasa yang diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kepada sesebuah negara untuk mentadbir sesuatu wilayah dan sebagainya;\n5.\n kuasa mentadbir sesebuah negara asing dan lain-lain yang diamanahkan kepada sesuatu pihak berkuasa:\nrancangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu." "mandataris\n[Indonesia-Belanda] orang yang menerima mandat, penerima mandat." "mandatori\nmesti atau wajib dilaksanakan (dikuatkuasakan dan sebagainya):\ndia dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, (semakan 1983) yang membawa hukuman mati ~ jika sabit kesalahan;\n memandatorikan\n menjadikan mandatori:\nresolusi ketiga pula ialah ~ PSKP melalui peraturan perundangan;\n pemandatorian\n perihal (proses atau tindakan) memandatorikan:\n~ itu adalah sejajar dengan salah satu kenyataan dalam laporan Jawatankuasa Kabinet." "mandau\nsejenis pedang buatan Kalimantan." "mandeh\n[Minangkabau] ibu, mak." "mandek\n[Jakarta]\n1.\n berhenti, terhenti:\nkeretanya ~ di situ; \n2.\n tidak lancar perjalanannya, tidak dapat diteruskan (perundingan dan lain-lain), terbantut, terbengkalai:\nkekurangan bahan mentah menyebabkan perusahaan itu ~." "mandi I\n1.\n = \nbermandi\n mencuci (membasuh) tubuh dengan air:\nbadan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; \n2.\n berenang-renang di laut untuk bersuka-suka:\nbanyak orang yang pergi ke Port Dickson untuk ~ di laut; \npakaian ~ \nbaju atau seluar untuk berenang;\n3.\n [kiasan] dipenuhi (peluh dan lain-lain), mempunyai melimpah-limpah (wang dan lain-lain):\nbadannya ~ peluh; \nbaginda sentiasa ~ air mata;orang kampung pada masa itu ~ wang;\n~ air perantan\n [kata seru] sejenis upacara mandi beradat dalam istiadat perkahwinan;\n \n~ angin \na) sentiasa kena angin;\n b) menyembur dengan kuasa angin (air, cat, dan lain-lain);\n \n~ bakal (gubah, kubat) \nmembasuh mayat yang baru sahaja meninggal;\n \n~ balai\n mandi untuk menghalau hantu;\n \n~ basuh lantai \nupacara mandi 40 hari selepas bersalin;\n \n~ bunga \nmandi dengan air yang dicampurkan dengan pelbagai jenis bunga dan dijampi, yang dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yang sudah lanjut usia mendapat jodohnya;\n \n~ bunting (wiladah) \nupacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan;\n \n~ damai \n= \n~ suatu mempelai \nupacara mandi untuk kedua-dua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai;\n \n~ darah \na) berlumuran darah;\n b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dan lain-lain);\n \n~ embun\n membiarkan diri kena embun;\n \n~ haid\n mandi sesudah datang bulan (perempuan);\n \n~ junub (janabat, hadas luas) \nmandi untuk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dan sebagainya);\n \n~ kerbau\n [kiasan] mandi dengan tidak membersihkan badan;\n \n~ lenggang perut\n upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut;\n \n~ lulur \nrawatan tradisional untuk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dengan melumurkan lulur pada badan;\n \n~-manda\n bermacam-macam cara (upacara) mandi;\n \n~ mayat\n membasuh mayat dengan air;\n \n~ nifas\n mandi selepas berhenti nifas;\n \n~ ombak\n basah kena ombak;\n \n~ pelimau \nsejenis upacara mandi untuk kedua-dua pengantin sesudah bersanding;\n \n~ peluh\n basah dengan peluh;\n \n~ safar\n upacara mandi untuk menolak bala (pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dengan hukum Islam);\n \n~ sampat \n[Perak], [Pahang] upacara mandi untuk kedua-dua mempelai pada hari ketiga sesudah nikah;\n \n~ sudah \nmembasuh mayat kali yang terakhir (ketika hendak dikafan);\n \n~ tian \nupacara mandi sesudah hamil tujuh bulan;\n \n~ wajib \nmandi untuk bersuci daripada hadas besar;\n \n~ wap \nmandi dengan mengewapi seluruh badan di dalam kebuk atau bilik yang dipenuhi wap untuk menyegarkan badan dan sebagainya;\nbagai ~ dalam cupak \n(peribahasa) sesuatu (pertolongan dan lain-lain) yang tidak mencukupi;\n \nalang-alang (mati-mati) ~ biar basah\n (peribahasa) kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan;\nbermandikan\n penuh dengan;\n~ cahaya \npenuh dengan cahaya (terang-benderang);\n \n~ wang \nmempunyai wang yang banyak;\nmemandikan\n1.\n membersihkan tubuh seseorang (sesuatu) dengan air, memberi mandi:\nAminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; \n2.\n mencuci (mayat) dengan air:\njika hamba mati, tuan hambalah ~ hamba; \n3.\n mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dalam barang cair);\n4.\n [kiasan] banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dalam erti ki):\nanak-anak ini mahu dimandikan dengan kasih sayang ibunya; \ndimandikan dengan air segeluk \n(peribahasa) diberi pertolongan (puji-pujian) yang tidak bererti;\nmempermandikan\n1.\n [sastera lama] memandikan (dengan);\n2.\n [Indonesia] menyiram dengan air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan;\npermandian\n1.\n tempat mandi;\n2.\n [Indonesia] upacara mempermandikan, pembaptisan;\npemandi\n orang yang memandikan:\nyang makruhnya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yang bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kepada orang yang hidup." "mandi II\n~ abu \nsejenis ikan laut, kaci, mesikur, pinang, tebal bibir, \nPlectorhincus spp." "mandibel\n(Biologi)\n1.\n rahang bawah haiwan vertebrat;\n2.\n bahagian mulut yang berpasangan pada serangga dan haiwan antropod yang digunakan untuk menggigit dan menghancurkan makanan." "mandir\nmundar-~; \n= mundar." "mandiri\n[Jawa] berdiri sendiri;\n \npemerintah ~ \npemerintah yang berdiri sendiri;\nbermandiri\n dapat berdiri sendiri:\nkehidupan ini perjuangan terus-menerus untuk ~\n;\nkemandirian\n perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri." "mandolin\nsejenis alat muzik yang berupa gitar kecil dan mempunyai empat pasang tali." "mandom\n[Kedah] lembap, tidak cergas, bodoh." "mandu\n[Minangkabau] [arkaik] pendirian, kaedah." "mandub\n[Arab] sunat." "manduk\n[Kedah] tidak cergas, lembap." "mandul\n1.\n tidak boleh beranak, majir:\nisterinya ~; \n2.\n [kiasan] tidak produktif:\n benarkah sastera Malaysia ~?; \nbagai emak ~ baru beranak\n (peribahasa) sangat gembira kerana mendapat sesuatu yang sangat diidam-idamkan;\nmemandulkan\n menjadikan benda hidup mandul:\nkebanyakan orang lelaki tidak bersetuju kalau mereka dimandulkan;\nkemandulan\n perihal mandul (tidak boleh beranak);\npemandulan\n perihal (proses, perbuatan) memandulkan benda hidup (manusia, binatang):\n~ merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah ledakan penduduk." "mandung I\n[sastera lama] ayam, ayam jantan." "mandung II\nkemenyan ~ jati \n[sastera lama] kemenyan putih, sejenis dupa." "mandur\norang yang mengawasi pekerja-pekerja;\n kepala pekerja-pekerja;\n \n~ jalan\na) mandur yang mengurus orang-orang yang membuat atau membaiki jalan;\n b) [bahasa percakapan] orang yang berjalan ke sana ke mari, penganggur;\nmemanduri\n mengawasi pekerja-pekerja:\nMak Som ~ pelayan-pelayan di dapur." "manfaat\n1.\n guna, faedah;\n \nkejadian itu tidak akan memberi ~ kepada sesiapa pun;\n2.\n untung, laba;\nbermanfaat\n berguna, berfaedah:\napa yang dilakukan mereka memang ~ bagi bangsa;\nmemanfaatkan\n menggunakan sebaik-baiknya (untuk atau dengan cara yang mendatangkan faedah), mendapatkan faedah daripada (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah):\ntidaklah sukar untuk ~ alat-alat ini untuk kajian saintifik; \napa yang menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yang kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan untuk membaca;\nkemanfaatan\n1.\n guna, faedah, manfaat:\nsetiap sesuatu yang mendatangkan ~ dengan kebaikan hendaklah dilindungi dan diusahakan;\n2.\n kebaikan, kegunaan;\npemanfaatan\n perihal atau perbuatan memanfaatkan:\napa yang berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dalam pelbagai unsur yang diserapkan secara berseni." "mangan\n(Kimia) sejenis unsur logam yang rapuh dan berwarna putih kekelabu-kelabuan." "mangan II\n[Jawa] makan." "mangap\n[Jawa] ternganga." "mangas\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMemecylon acuminatum." "mangau\ntermangau, termangau-mangau\n ternganga, tercengang kehairanan:\ndia tersentak dan ~ apabila adiknya memanggil namanya;\n= mangu." "mangga I\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), mempelam, \nMangifera indica \ndan lain-lain." "mangga II\nibu kunci, pedal ayam;\nbermangga\n berkunci dengan mangga, dipasang mangga:\nkanak-kanak lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar yang ~ itu;\nmemangga\n mengenakan ibu kunci, mengunci:\nia sedang ~ pintu biliknya." "mangga III\nsakit ~ \nbengkak (yang biasanya bernanah) pada celah kelangkang, buah kelenjar yang bengkak." "mangga IV\n[Jawa], Sunda [arkaik] silakan." "manggak\n[Kelantan] sombong, besar hati, biadab, tidak sopan." "manggar\n1.\n tangkai mayang kelapa;\n2.\n [Minangkabau] pangkal pelepah (kelapa dan lain-lain);\n \nbunga ~ \nsejenis perhiasan daripada kertas berwarna-warni yang berupa seperti manggar yang dipasangkan pada sebatang kayu (digunakan dalam upacara keraian seperti perkahwinan, sambutan orang besar-besar, dan sebagainya)." "manggis\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, \nGarcinia mangostana;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan, beruas;\n \ningin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi \n(peribahasa) menginginkan sesuatu yang sangat susah hendak mendapatnya." "manggul\n= \ntanah ~\n tanah tinggi, anak bukit." "manggut\n[Jawa] mengangguk;\n= anggut" "mangir\nbedak yang diperbuat daripada tepung beras yang dicampurkan dengan bahan-bahan rempah tertentu, gunanya untuk membersihkan, menghaluskan dan menguningkan kulit." "mangka\n[bahasa percakapan] maka;\n \n~nya \nkerana itu." "mangkah\nmangkar\n." "mangkar\n1.\n keras (ubi yang direbus dan lain-lain), bangkar;\n2.\n mengkal (buah-buahan)." "mangkara\nmakara I\n." "mangkas I\nkeras;\n \nkeras ~ \nsangat keras;\n= makas." "mangkas II\n= bangkas." "mangkat\n[bahasa dalam] meninggal (digunakan untuk raja-raja), mati:\nmaka marhum pun ~;\nkemangkatan\n [bahasa dalam] perihal mangkat, kematian:\nanak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya." "mangkel\n[Jawa] [arkaik] berasa kesal, mendongkol." "mangkih\ncangkih-~; \n= cangkih\n." "mangkin I\nmakin." "mangkin II\n1.\n (Kimia) bahan (seperti platinum, yis, dan lain-lain) yang dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan;\n2.\n [kiasan] faktor (unsur dan sebagainya) yang dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dan sebagainya:\ngerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yang merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan;\n memangkinkan\n1.\n (Kimia) mempercepat tindak balas kimia dengan menggunakan mangkin:\nenzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; \n2.\n [kiasan] mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pembangunan dan sebagainya):\nbegitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; \nlangkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman;\npemangkinan\n (Kimia) pengubahan kadar tindak balas kimia dengan menggunakan mangkin;\npemangkin\n faktor dan sebagainya yang mempercepat sesuatu tindakan (proses, perubahan dan sebagainya):\nkewujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pembangunan ekonomi sesuatu kawasan." "mangkir\n[bahasa percakapan] tidak hadir (bekerja, bersekolah, dan lain-lain), tidak datang." "mangku\nyang memangku (hanya dalam gelaran sahaja);\n Darjah \nM~ Negara \npingat yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong." "mangkubumi\n[sastera lama] bendahara, perdana menteri." "mangkuk\n1.\n bekas yang dalam daripada tembikar dan lain-lain tempat mengisi lauk-pauk (nasi dan lain-lain);\n2.\n cangkir, cawan:\nse~ kopi;\n3.\n [bahasa kasar] kata yang mempunyai maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh;\n~ basuh tangan \nmangkuk bekas air basuh tangan;\n \n~ gulai \nmangkuk untuk mengisi gulai;\n \n~ jorong \nmangkuk yang panjang bulat (untuk mengisi air dan lain-lain);\n \n~ keda(h)\n sejenis mangkuk bertutup;\n \n~ lonjak\n [Kelantan] mangkuk tingkat;\n \n~ nasi\n mangkuk untuk diisi nasi;\n \n~ pengadun \nmangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dan lain-lain;\n \n~ perak \npiala;\n \n~ pijar \nsejenis mangkuk yang biasanya dibuat daripada porselin dan digunakan dalam makmal untuk melakurkan bahan kimia pepejal;\n \n~ tandas\n sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas;\n \n~ tingkat \nmangkuk daripada aluminium dan lain-lain yang bertingkat-tingkat (untuk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dan lain-lain), rantang, mangkuk tepen, siya." "mangkung\n[Johor] sejenis tukul daripada kayu;\nmemangkung\n memukul kuat-kuat;\npangkung\n." "mangkus\n[Minangkabau] manjur, mujarab, mustajab." "mangli\n[Kedah] kalis, kebiasaan." "mangsa\n1.\n binatang yang menjadi korban (makanan) binatang buas:\nharimau sedang menunggu ~nya;\n2.\n [kiasan] orang atau barang yang menjadi korban kemalangan (kecurian, penipuan, kebakaran, peperangan, dan lain-lain), sasaran perbuatan jahat:\nibu tiriku menjadi ~ kebakaran itu; \nmereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua;\nmemangsakan\n menjadikan seseorang (sesuatu) sebagai mangsa, mengorbankan:\n kemusnahan alam sekitar ~ manusia\n;\npemangsaan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa:\n~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang;\n pemangsa\n binatang yang memakan binatang lain:\nharimau termasuk salah seekor binatang jenis ~." "mangsai I\nkusut-~ \nsangat kusut;\nmasai." "mangsai II\nmasak ~ \na) terlalu masak;\n b) [kiasan] sudah banyak pengalaman." "mangsi\n1.\n dakwat, tinta;\n2.\n [arkaik] sejenis tepung hitam daripada arang (untuk menghitamkan gigi);\n3.\n [Minangkabau] warna hitam (biru tua), tarum;\n \nikan ~ \nsotong." "mangu\ntermangu, termangu-mangu\n termenung-menung (kerana susah hati, bingung, dan lain-lain), melengung:\nsejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; \nia pun duduk termangu-mangu;\nketermanguan\n keadaan termangu:\n dalam ~ itu, Mat Janin termenung sendiri; \nmangau" "mangut\ntermenung (seperti orang mengelamun), bingung." "manhaj\n[Arab] kaedah, cara:\nIslam berjaya membentuk suatu ~ hidup manusia daripada barbarisme kepada ketamadunan." "mani\nair dan benih yang terpancut keluar dari alat kelamin lelaki (haiwan jantan) ketika bersetubuh (mengawan) atau apabila mencapai puncak syahwat;\n \npancaran ~ \n[Indonesia] pengeluaran mani;\npermanian\n (Biologi) proses memasukkan mani atau sperma ke dalam faraj atau salur pembiakan haiwan betina;\n \n~ beradas\n perihal memasukkan mani ke dalam rahim dengan menggunakan radas tertentu." "mania\n(Psikologi) sebarang bentuk gangguan mental yang dicirikan dengan kelakuan ganas yang tidak terkawal." "manifestasi\nperbuatan (ucapan dan lain-lain) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;\nmemanifestasikan\n melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan, menjadikan nyata:\nhasrat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yang tidak dikenali pada tahun 1814; \nwatak yang secara lebih giat ~ rasa kekecewaan; \ndalam solatnya dia sentiasa ~ dan selalu pula membaharui ikrarnya kepada al-Khaliq;\ntermanifestasi\n terpancar:\n hal ini ~ dalam amalan umat Islam tentang konsep sekolah agama;\n pemanifestasian\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) memanifestasikan:\nkarya sastera merupakan salah satu sumber kekayaan budaya dan wadah ~ pemikiran dan produk perilaku masyarakat." "manifesto\npengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar (tujuan, dan lain-lain) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dan lain-lain." "manik I\n1.\n butir-butir kecil daripada kaca atau karang dan lain-lain yang berlubang (dan boleh dicucuk untuk dijadikan kalung, perhiasan, dan lain-lain);\n2\n. butir-butir kecil yang berwarna-warni, digunakan sebagai hiasan pada biskut, kek, dan lain-lain:\nsetelah sejuk sapukan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek;\n \nbagai ~ putus pengarang (tali) \n(peribahasa) perihal air mata yang bercucuran;\nbermanik-manik\n1.\n memakai kalung dan lain-lain daripada manik;\n2.\n berbutir-butir seperti manik (peluh dan lain-lain):\ndi daun-daun masih kelihatan air ~ ." "manik II\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nAglaia spp.." "manik-manik\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), jangka, kayu tanduk, telinga rusa, \nLasianthus maingayi." "manikam\n1.\n batu permata, intan;\n \nratna mutu ~ \nbermacam-macam jenis intan permata;\n2.\n [arkaik] mani;\n \n~ sudah menjadi sekam \n(peribahasa) tidak berguna (berharga) lagi;\n \nadapun ~ itu jika dijatuhkan ke dalam limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya \n(peribahasa) orang yang berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada;\n \nmengembalikan ~ ke dalam cembulnya \n(peribahasa) memikirkan kembali apa-apa yang telah diucapkan." "manila I\n= \nbunga (kembang) ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), kembang mentega, kembang susu, \nTabernaemontana divaricata." "manila II\nitik ~ \nsejenis itik, serati, \nAnas moschata." "manipol\n[Indonesia] [kependekan] manifesto politik." "manipulasi\n1.\n perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dan lain-lain) atau mengerjakan sesuatu (dengan tangan dan lain-lain) dengan cekap:\nseperti selalu Kurosawa menyegarkan filemnya dengan ~ visual dan bunyi yang menarik; \nsetiap ~ bahasa dalam karya sastera hanya wajar dilakukan oleh orang yang telah lebih dulu menguasai bahasa; \n2.\n segala tindakan dan selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian dan lain-lain) orang lain tanpa disedari orang itu;\n3.\n sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yang dilakukan untuk faedah sendiri:\n~ harga mempengaruhi keberuntungan pengusaha industri kecil;\nmemanipulasikan\n1.\n mengerjakan atau membuat sesuatu (dengan menggunakan tangan) dengan cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dengan cekap atau bijaksana:\nyang begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; \nmasyarakat umum mengenali al-Jabar sebagai ilmu yang membicarakan cara ~ simbol dengan hukum dan petua tertentu; \n2.\n mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan:\nahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dengan ~ agama; \n3.\n melakukan sesuatu yang curang, menggunakan sesuatu untuk berbuat curang atau tidak baik;\npemanipulasi\n pihak (orang dan sebagainya) yang bijak memanipulasikan sesuatu (keadaan dan sebagainya)." "manipulatif\nberkaitan dengan, melibatkan atau bersifat manipulasi:\nkursus itu memberikan penekanan pada proses berfikir dan kemahiran ~." "manira\n[sastera lama] aku, kita." "manis I\n1.\n rasa seperti rasa gula atau madu:\nkuih ini ~ seperti gula; \n2.\n sangat menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dan lain-lain), lemah lembut serta peramah:\ngadis itu tidak cantik tetapi ~; \ntutur bahasanya ~; \nsenyum ~;\n3.\n cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dan lain-lain):\ngadis itu memang ~;\n4.\n panggilan untuk gadis (wanita) yang cantik manis:\nia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi;\n5.\n sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dan lain-lain):\njangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; \n6.\n [kiasan] dalam berbagai-bagai erti bermaksud nyaman (senang, mewah, dan lain-lain):\nbagaimana pula dapat aku hidup ~ dengan orang yang demikian?~ bangun\n [Kelantan] sedap dipandang mata, cantik, segak;\n \n~-~ buah\n rasa yang tidak berapa manis (kuih dan lain-lain);\n \n~ budi (bahasa)\n pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun;\n \n~ leting\n [Kelantan], [Terengganu] tersangat manis;\n ~ madu \nrasa seperti rasa madu;\n \n~ muka\n muka yang periang (menarik hati);\n \n~ mulut\n pandai berkata-kata;\n~ seperti gula derawa \n= \n~ laksana gula sarawak \n= \n~ seperti gula jawa \n(peribahasa) bersesuaian dalam semua hal (seperti suami isteri yang sama elok dan lain-lain);\n \nhabis ~ sepah dibuang \n(peribahasa) seseorang atau sesuatu yang dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan);\n \nlemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan \n(peribahasa) yang nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak);\n \nrindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka\n (peribahasa) jangan terlalu mesra bergaul dengan orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat;\nbermanis\n \n~ muka \ntersenyum untuk menunjukkan rasa hormat, mesra, disenangi dan sebagainya;\n \n~ mulut \nbercakap dengan kata-kata manis;\nbermanis-manis\n bercakap dengan kata-kata manis, bercakap dengan lemah lembut;\nmemanis\n1.\n menjadi manis;\n2.\n = \nmemanis-manis\n membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar;\nmemaniskan\n menjadikan manis;\n \nlewat dimaniskan, masam, lewat diharumkan, busuk \n(peribahasa) perihal orang yang mula-mula berkasih-kasihan tetapi kemudian selalu berselisih;\nmempermanis\n membuat supaya bertambah manis:\ndia melembuntukan suaranya ~ mukanya ketika menyatakan maksudnya itu;\n manisan, manis-manisan\n1.\n sesuatu cecair (daripada bunga, sarang lebah, dan lain-lain) yang manis rasanya;\n \n~ bunga \nmadu bunga;\n \n~ lebah \nmadu lebah;\n2.\n buah-buahan dan lain-lain yang direndam dalam air gula, halwa;\nkemanisan\n1.\n rasa yang manis:\n~ nanas jenis itu memang diketahui orang;\n2.\n kecantikan, kemolekan, kemongelan:\nia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; \n3.\n keseronokan, kesukaan:\n~ hidup bagai madu dengan isteri muda itu tidaklah akan lama; \n4.\n [bahasa percakapan] terlalu manis, manis sangat:\nkopi ini ~ kerana terlalu banyak gula;\n pemanisan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) memaniskan;\npemanis\n1.\n sesuatu yang menyebabkan sesuatu yang lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dan lain-lain);\n2.\n = \n~ muka\n guna-guna untuk memikat hati orang (dengan menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis):\ndiberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; \nmencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali." "manis II\nakar ~ \n= \nakar kulit ~\n sejenis tumbuhan (akar memanjat), tebu gajah, \nAlbizzia myriophylla; \nakar kayu ~\n sejenis tumbuhan (akar memanjat), akar cius, akar kepah, akar tebu gajah, \nAcacia penata; \nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya manis), \nCinnamomum zeylanicum." "manja I\n1.\n kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja):\n~ betul budak itu, maklumlah anak bongsu;\n2.\n sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kepada:\ndia berkata dengan suara yang ~; \nkedua-dua anak itu sangat ~ dengan saya;\nbermanja\n berlaku manja:\nArif sudah mulai ~ dengan pengasuhnya;\nbermanja-manja, bermanja-manjaan\n berjinak-jinakan, beramah-ramahan:\ncuma hari ini saja kami berpeluang ~ dengan Murad;\nmemanja\n berbunyi manja (suara dan lain-lain):\nkadang-kadang suaranya ~;\nmemanjakan, memanja-manjakan, mempermanjakan\n sangat melayani kehendaknya sehingga jadi manja:\njururawat itu membetulkan kain selimutnya seperti ibu ~ anaknya; \ngerak-gerinya semakin dimanja-manjakan;\ntermanja-manja\n (sudah) menjadi terlalu manja;\nmanjaan\n yang dimanjakan:\n dia memang ingin memelihara seekor binatang ~\n;\nkemanjaan\n perihal manja:\nanaknya masih haus kepada ~ dan kemesraan;\nkemanja-manjaan\n dengan berlaku manja:\nia menjawab ~ ." "manja II\n(dalam kata majmuk) maja;\nmajakani\n." "manjahil\ntandil ~;\ntandil\n." "manjakani\nmajakani\n." "manjang\nsejenis hantu yang menghisap darah." "manjangan\nmenjangan\n." "manjapada\n[arkaik] [sastera lama] dunia ini, mayapada;\nmarcapada\n." "manjau\n[arkaik] = \nbermanjau\n bertandang (ke rumah gadis)." "manjung I\nsejenis jamung atau suluh besar (untuk menangkap ikan)." "manjung II\n[sastera lama];\nmanjungan\n sejenis perahu:\nmaka segala dendang dan ~ pun belayarlah." "manjung III\npermanjungan\n bilik di sisi rumah yang lantainya lebih tinggi, anjung." "manjur\n1.\n dapat menyembuhkan dengan segera (ubat dan lain-lain), mujarab, mustajab;\n2.\n mempunyai kuasa atau daya yang kuat (doa, jampi, dan lain-lain), sakti:\nmanteranya ~; \n3.\n boleh mematikan dengan segera, bisa:\nanjing itu mati kerana termakan racun yang ~ itu;\nkemanjuran\n perihal manjur (ubat, doa, jampi, dan lain-lain):\nubat dan suntikan itu tidak terjamin ~nya." "manometer\nsejenis alat untuk mengukur tekanan gas dan wap." "manor\nrumah besar dan tanah di desa, terutama yang dibina pada Zaman Pertengahan (di Eropah)." "manoskopi\n(Fizik) kaedah mengukur ketumpatan gas." "mansang\n[Sarawak]\n1.\n mari;\n2.\n pergi;\n3.\n semakin." "manset\n1.\n lengan baju tambahan yang keras pada pergelangan tangan;\n2.\n [Indonesia] kancing pada lengan baju tambahan." "mansiang\n[Minangkabau] mensiang." "mansuh\ntidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus;\nmemansuhkan\n menjadikan tidak berlaku (sah dan lain-lain) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan:\nperjanjian ini boleh dimansuhkan pada bila-bila masa pun;\npemansuhan\n perbuatan (tindakan dan sebagainya) memansuhkan, pembatalan, penghapusan:\n~ peperiksaan masuk ke sekolah menengah pada tahun 1964." "mantan\ndahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas:\nayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; \ndia adalah ~ guru besar sekolah itu." "mantap\n1.\n tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia:\norang ~; \n2.\n tidak berubah-ubah, tetap, stabil:\nlangkahnya perlahan dan ~; \nbahasa kita masih belum mencapai taraf yang ~, masih dalam pembentukan;\nmemantapkan\n menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan:\npenerbitan kamus istilah juga akan ~ istilah-istilah yang dicipta; \npenulis perlu ~ ideanya dalam penulisan karya mereka;\nkemantapan\n perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan:\nsatu lagi hakikat yang asas dalam demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yang sama menyumbang ke arah ~ demokrasi itu sendiri;\npemantapan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan:\ndalam pada itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dengan berkembangnya bahasa itu;\npemantap\n sesuatu yang digunakan untuk menetapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda:\npalang ~ ." "mantari\n[Minangkabau] [arkaik] matahari." "mantel\nsejenis baju labuh untuk menyelubungi tubuh. \nmantel II\n (Geologi) bahagian yang terletak di antara kerak bumi dengan teras bumi." "mantera\nkata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi;\n \nmembaca ~ \nmengucapkan mantera;\nbermantera\n telah dimanterai;\n \nmemanterai\n mengenakan mantera pada:\nPak Sairun sedang ~ anaknya;\nmemanterakan\n membaca mantera untuk sesuatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain):\nmaka Hajuman pun dalam antara buyung yang banyak itu dimanterakannya sebuah buyung." "manti\n[Minangkabau] [arkaik] menteri." "mantik\n[Arab] = \nilmu ~\n ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan kejadian yang terbit daripadanya." "mantu\n[Jakarta] menantu;\n \nabang ~ \nabang ipar." "mantuk\n[Arab] [arkaik] erti atau maksud yang sebenarnya." "manual\n1.\n buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melaksanakan sesuatu;\n2.\n dilakukan atau dikendalikan dengan tangan." "manuk\n[arkaik] burung, ayam;\n \ndada ~\n dada burung." "manusia\nmakhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang:\nada pun jenis yang tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~;\n~ utama\n manusia yang terbaik;\nmemanusiakan\n menjadikan seseorang mempunyai sifat-sifat manusia yang mulia:\nperanan sastera adalah untuk ~ manusia dan menimbulkan keindahan dalam jiwa mereka\n;\nkemanusiaan\n perihal manusia, sifat-sifat manusia:\ntetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan." "manusiawi\nbersifat manusia (kemanusiaan):\n ciri-ciri hidup yang lebih mulia, abadi, dan sebati dengan sifat dan unsur\n \n~\n." "manuskrip\n1.\n naskhah tulisan tangan;\n2.\n versi atau bahan (sesuatu karya) yang telah disediakan oleh penulis (editor dan sebagainya) untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku dan lain-lain." "manyar\nburung tempua." "manyau\n[Kedah], [Pulau Pinang] mengigau." "manzil, manzilah\n[Arab] rumah perhentian (untuk bermalam dan lain-lain)." "map\n[Indonesia] tempat (seperti sampul) menyimpan surat dan lain-lain, fail." "mapak\n[Jakarta] mengalu-alukan (tetamu), menyongsong, menjemput." "mapalus\n(Minahasa) [Kedah] sejenis pertubuhan gotong-royong (antara anggota-anggotanya)." "mapan\n1.\n tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap:\nmengikut tafsiran yang mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi;\n2.\n sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dan sebagainya):\npenulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah ~; \nhasil ciptaan pengarang yang sedia ~;\n memapankan\n memantapkan, mengukuhkan, menstabilkan sesuatu:\n mereka harus berusaha untuk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu;\n kemapanan\n keadaan mapan, kemantapan:\n tidak ada yang tidak boleh dipersoalkan sehingga ilmu dan teori bertentangan dengan ~;\n pemapanan\n perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan." "mapel\nsejenis pokok daripada genus \nAcer \nyang daunnya berbucu lima, terdapat di Eropah, Amerika dan Asia, dan kayunya banyak digunakan dalam pembuatan perabot, lantai dan lain-lain:\nkayu ~." "MAPEN\nakronim bagi Majlis Perundingan Ekonominomi Negara.\nMaphilindo\n akronim bagi nama tiga buah negara, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia." "maqam\n[Arab] kedudukan (tingkat, darjat atau taraf) yang tinggi atau mulia di sisi Allah:\nbagi kaum wanita, untuk mendapat ~ solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah sangat mudah; \nsemoga Allah akan mengangkat kamu ke ~ yang terpuji." "mar\n[sastera lama] jaga atau awasi menteri (kata dalam permainan catur untuk mengingatkan lawan bahawa menteri akan dimakan)." "MARA\nakronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yang menolong bumiputera membangun atau maju dalam bidang perniagaan, perusahaan, pendidikan, dan sebagainya)." "mara I\n[sastera lama] bencana, bahaya, celaka, kesusahan:\ndijauhkan Allah daripada bahaya dan ~-Nya;\n~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak \n(peribahasa) bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari-cari;\n \n~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah\n (peribahasa) perihal seseorang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan pada hal dia tidak melakukan kesalahan itu;\nbermara\n sk berbahaya, menghadapi bahaya:\njikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah seorang ~ ." "mara II\nbergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju:\nbarisan tentera itu ~ dengan pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan;\nmemarakan\n menggerakkan ke hadapan, memajukan;\nkemaraan\n perihal bergerak (melangkah dan lain-lain) maju, kemajuan;\n \nhulubalang telah berhimpun di Pedas untuk menyekat ~ Raja Melewar." "mara III\nsaudara-~ \nsemua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat)." "marabahaya\nbermacam-macam bencana atau bahaya;\n= mara\n." "Maragang\nKimiaaragang." "marah I\nberasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka:\nayah dan ibunya ~ kepadanya; \nperkataan yang akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit;\n~ku kepada orang-orang Jepun yang mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; \nkena ~ \ndiberangi (digusari);\n \nnaik (bangkit, timbul) ~ \nmenjadi marah;\nmemarahi\n marah kepada, memberangi, menggusari:\ndia sendiri terasa salah kerana ~ adiknya; \nbudak-budak yang bergayut itu telah dimarahi oleh konduktor bas tersebut;\nmemarahkan\n1.\n (naik) marah kerana sesuatu:\ndia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; \n2.\n menyebabkan jadi (naik) marah:\nperbuatan Wak Salleh mengemis setiap minggu itu ~nya benar;\nmarahan\n [Jakarta] enggan (tidak mahu) bercampur dengan orang lain kerana marah;\nkemarahan\n perihal marah, keberangan, kegusaran:\nperkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; \npada saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota;\nkemarah-marahan\n sangat marah;\npemarah\n1.\n orang yang cepat atau lekas marah:\napakah suaminya ~ dan pencemburu?\n2.\n bersifat atau lekas marah;\namarah\n." "marah II\n(Padang) gelaran untuk anak sutan dengan perempuan biasa atau anak puteri dengan laki-laki biasa." "marajali\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Trigoniaceae, mata pacak, merjali, \nTrigoniastrum hypoleucum." "marak\n1. = semarak\n cahaya, seri;\n \nnaik ~ \na) mulai bercahaya (berseri);\n b) [kiasan] mulai masyhur;\n c) sedang cantik (gadis dan lain-lain);\n2. = memarak\n menyala:\napi itu sekejap ~ sekejap malap, mengikut tekanan udara yang turun naik dalam bilik itu;\n3.\n [kiasan] sedang memuncak (perasaan, nafsu, keinginan, dan lain-lain), berkobar:\ncita-cita ini datang sahaja padanya dan semakin ~;\nmemarakkan\n menjadikan bernyala (dengan lebih besar), menyalakan:\napi itu boleh dimarakkan dengan ditiup atau dikipas;\n kemarakan\n keadaan marak\n; \n= semarak I\n." "marakas\nsejenis alat muzik Amerika Selatan (yang digoncang-goncang)." "marap\n[Kelantan];\nsemarap\n jarak dari siku ke buku lima." "marapulai\n[Minangkabau] mempelai atau pengantin (laki-laki)." "maras\n[Jawa] cemas, ketakutan, sangat khuatir:\njanganlah ~ hatimu, akulah nenekmu." "maraton\nperlumbaan larian jarak jauh (lebih kurang 26 batu atau 41.8420 kilometer)." "marba\ncacamarba." "marbut\n[Arab] penjaga dan pengurus masjid, siak." "marcapada\n[sastera lama] dunia sekarang ini:\norang Mukmin yang tidak terpengaruh dengan ~ yang penuh dengan tipu daya." "MARDEC\nakronim bagi \nMalaysian Rubber Development Corporatian\n (Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad)." "MARDI\nakronim bagi \nMalaysian Agricultural Research and Development Institute\n (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia)." "mardudah\n[Arab] tertolak (tidak dapat diterima)." "marem\n[Jawa] puas, senang, sentosa." "Maret\n[Indonesia] bulan ketiga dalam tahun Masihi, Mac." "marga I\n[sastera lama] binatang liar;\n= mergastua\n." "marga II\n1.\n [Indonesia] kelompok atau puak orang yang berasal daripada satu keturunan (di kalangan orang Batak);\n2.\n bahagian daerah yang terdiri daripada beberapa buah dusun (Sumatera Selatan)." "margin\n1.\n jidar, garisan tepi;\n2.\n tepi, bahagian tepi;\n3.\n perbezaan antara dua jumlah dan sebagainya;\n \n~ keuntungan \nbanyaknya perbezaan antara kos pengeluaran dan hasil jualan yang diperoleh sebagai keuntungan." "marginal\nkecil, tidak penting:\n usaha untuk meningkatkan pendidikan keilmuan hanya bersifat ~\n." "marhaban\n[Arab]\n1.\n selamat datang;\n2.\n puji-pujian yang dilagukan untuk memuji-muji Nabi (pada perayaan Maulidur Rasul dan lain-lain)." "marhaen\nkaum ~\n rakyat jelata (seperti petani, nelayan, dan lain-lain)." "marhaenis\norang yang memperjuangkan hak-hak marhaen." "marhalah\n[Arab] ukuran jarak yang panjangnya lebih kurang 28 batu atau 45.06 kilometer." "marhum\nAlmarhum\n." "marhumah\nAlmarhumah\n." "mari I\n1.\n (ke) sini:\nkerana engkaulah aku datang ke ~; \nbawa ~ bungkusan itu; \nke sana ke ~ \nke sana ke sini;\n2.\n perkataan untuk mengajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan:\n~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun." "mari II\n[Indonesia-Belanda] \nroti ~ \nsejenis kuih kering, biskut." "marigold\nsejenis tumbuhan taman daripada genus \nTagetes\n yang bunganya berwarna kuning atau jingga. \nmarijuana\n ganja (bahan dadah)." "marikan\n= \nkain ~\n1.\n sejenis kain buatan Amerika;\n2.\n sejenis kain kipar, kain belacu." "Marikh\nplanet yang keempat jauhnya dari matahari." "marimba\n(Seni Muzik) sejenis alat muzik seakan-akan xilofon yang berasal dari Afrika." "marin I\n[bahasa percakapan] kelmarin, semalam." "marin II\n1.\n terdapat di atau berkaitan dengan laut;\n2.\n berkaitan dengan perkapalan, pelayaran, dan sebagainya;\n3.\n anggota pasukan tentera laut." "marina\npangkalan khas tempat kapal layar, bot persiar dan sebagainya berlabuh dan sebagainya." "marit\nmorat-~; \n= morat I\n." "maritam\n[Brunei] pulasan." "maritim\n1.\n berkaitan dengan perkapalan, pelayaran, dan sebagainya;\n2.\n terletak di atau berdekatan dengan laut:\n80% daripada perdagangan ASEAN bergantung pada pengangkutan ~." "marjerin\nbahan berwarna kekuningan yang rupanya seperti mentega dan biasanya diperbuat daripada lemak sayur dan binatang yang diemulsi dengan susu, garam, vitamin, dan sebagainya." "marjoram\ntumbuhan herba berbau harum yang daunnya dapat digunakan sebagai perisa dalam masakan, \nOriganum hortensis\n." "marka\n[Pulau Pinang] gadis remaja." "markah\n1.\n tanda, tanda pada tali penduga;\n \ngaris ~ \ngaris tanda;\n2.\n angka yang diberikan pada mata pelajaran dalam peperiksaan dan lain-lain (sebagai ukuran bagi mutu jawaban kepada soalan):\ndia berazam hendak mendapat ~ yang tertinggi dalam ujian tawarikh nanti;\n memarkahi\n memeriksa dan memberi markah kepada (kertas jawaban peperiksaan dan sebagainya):\nkertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yang ~ kertas itu;\npemarkahan\n perihal (cara dan sebagainya) memberi markah kepada sesuatu, penentuan atau pemberian markah:\n~ ujian ini ialah 100% objektif;\n pemarkah\n pemeriksa atau penguji yang memberikan markah:\n~ tidak mempunyai ruang untuk berlaku tidak adil; \nujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung untuk menjadi subjektif." "markas\npejabat ketua turus tentera dan lain-lain, pejabat parti politik dan lain-lain;\n \n~ besar \nmarkas yang tertinggi, ibu pejabat;\nbermarkas\n1.\n berpejabat:\nPolis Khas Hutan yang ~ di Kuala Kangsar; \n2.\n [kiasan] diam, tinggal:\nsaya ~ di sebuah kamar yang kecil." "market\n[bahasa percakapan] pasar." "markisah\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat dan buahnya), buah susu, \nPassiflora laurifolia." "marlin\nsejenis ikan laut yang besar daripada genus \nMakaira \natau \nTetrapterus \ndengan rahang atasnya panjang dan runcing." "marmalad\nsejenis jem yang diperbuat daripada buah sitrus seperti oren dan lemon, biasanya dimakan bersama roti dan sebagainya." "marmar\n= \nbatu ~\n sejenis bahan galian kalsium karbonat yang padat, yang diperoleh daripada batu kapur, batu pualam." "marmut\nsejenis binatang seperti tikus yang agak besar (biasanya dipelihara orang), tikus belanda, \nCavia cobaya." "marsekal\n[Indonesia] marsyal." "marsose\n[Indonesia-Belanda] polis tentera." "marsum\n[sastera lama] surat." "marsupial\nbinatang mamalia (seperti kanggaru) yang mempunyai kantung tempat anaknya melengkapkan perkembangannya." "marsyal\n1.\n pegawai tertinggi dalam tentera, jeneral besar;\n \n~ tentera darat\n pegawai tertinggi dalam tentera darat;\n2.\n pegawai yang bertugas mengawal atau menyelia perjalanan sesuatu acara umum, terutamanya acara sukan seperti perlumbaan kereta dan sebagainya:\n40 orang ~ perlumbaan dari Portugal akan membantu ~ tempatan apabila Litar F1 Sepang menganjurkan perlumbaan Grand Prix Malaysia Petronas 1999 pada 17 Oktober ini." "martabak\nsejenis makanan seperti roti canai tetapi berlapis, dibubuh daging cencang, telur, rempah, bawang, dan sebagainya." "martabat\nkedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat:\ndianugerahinya aku ~ yang amat besar;\nbermartabat\n mempunyai martabat:\nmanusia yang bermaruah dan ~;" "martil\npemukul, palu, tukul." "martini\nsejenis minuman keras." "martir\n[Indonesia-Belanda] orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik)." "maru\n[sastera lama] sejenis hantu yang suka mengganggu orang." "maruah\n[Arab]\n1.\n kehormatan (diri), harga diri:\ndia tidak menjaga ~nya; \nrakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kerajaan dalam mempertahankan ~ tanah air;\n 2.\n sifat laki-laki, keberanian, kegagahan;\nbermaruah\n mempunyai maruah\n." "marut I\ncarut-~; \n= carut\n." "marut II\nkarut-~; \n= karut\n." "marwas\nsejenis alat muzik seperti gendang (biasanya dimainkan bersama gambus)." "Marxisme\nteori politik dan ekonomi Karl Marx yang memperjuangkan kesamaan taraf manusia (masyarakat tanpa kelas atau kasta) dan percaya bahawa kapitalisme akhirnya diambil alih oleh sosialisme." "marzipan\nsejenis pes yang diperbuat daripada badam tumbuk, putih telur dan gula, biasanya digunakan untuk menghiasi kek dan sebagainya." "MAS\nakronim bagi \nMalaysian Airlines System\n (Sistem Penerbangan Malaysia)." "mas I\n1.\n [bahasa percakapan] sejenis logam berwarna kuning yang mahal harganya;\n2.\n [sastera lama] sejenis mata wang;\n3.\n [Kelantan] duit syiling yang bernilai 50 sen." "mas II\n[Jawa]\n1.\n panggilan yang ertinya hampir sama dengan tuan, encik;\n2.\n panggilan mesra untuk suami dan lain-lain:\nsilakan masuk ~." "mas kahwin\npemberian wajib yang berupa wang (al-Quran dan sebagainya) oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa upacara akad nikah, mahar;\nbermaskahwinkan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai mas kahwin:\nada pula yang hanya ~ Surah al-Ikhlas dan ada juga membayar mas kahwin sebanyak 100 dinar." "masa I\n1.\n waktu, ketika:\n~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; \nbila-bila ~; \n2.\n jangka waktu yang agak lama (ketika sesuatu kejadian dan lain-lain yang penting berlaku), zaman;\n \n~ Jepun\n zaman pendudukan Jepun;\n3.\n jangka waktu yang tertentu (ada permulaan serta batasnya);\n \n~ capaian \n(Komputer) masa yang diperlukan untuk mendapatkan data yang diproses;\n \n~ kerja\n waktu yang ditentukan untuk sesuatu pekerjaan;\n \nseparuh ~ pertama (kedua) \nwaktu permainan bola sepak dan lain-lain dari permulaan hingga pertengahan (dari pertengahan hingga akhir);\n \n~ depan (hadapan, datang)\n zaman yang akan datang;\n \n~ karbon\n zaman lapisan karbon terbentuk (dalam tanah);\n \n~ kecil \nketika masih kecil (zaman masih budak-budak);\n \n~ kering \nmusim kering;\n \n~ lampau \nwaktu yang telah lalu (lepas);\n \n~ lapang (lega) \nwaktu senggang;\n \n~ peralihan \nmasa berlaku perubahan atau pergantian (daripada suatu keadaan kepada keadaan lain);\n \n~ Permian \n(Geologi) zaman selepas zaman karbon;\n \n~ rehat \nwaktu untuk berehat;\n \ndari se~ ke se~ \ndari satu waktu ke waktu lain;\nsemasa\n1.\n sama masa dengan, pada ketika yang sama:\nbeliau juga hidup hampir ~ dengan sejarah yang ditulisnya; \n2.\n sewaktu, pada ketika:\n~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; \n3.\n dari masa (zaman) yang diperkatakan, dari masa yang sama:\nhal-hal yang menarik perhatian~;\nsemasa-masa\n sewaktu-waktu;\npemasaan\n perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dan sebagainya:\n~ yang tidak betul juga boleh menyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir;\n pemasa\n alat untuk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dan sebagainya." "masa II\n= masakan\n mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin:\nkalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan perdagangan gelap; \nkalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima;\n~ bodoh \na) tidak mempedulikan apa-apa;\n b) terserah;\n \nbe" "masai I\nkusut-~\n sangat kusut;\nmangsai\n." "masai II\n[Kedah] bengkak (berkenaan (dengan) muka) kerana terlalu banyak tidur (terutama pada waktu siang)." "masak\n1.\n sudah tua dan boleh dimakan (buah-buahan dan lain-lain), matang:\njangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok;\n~ ranum\n sangat masak (buah-buahan);\n2.\n sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yang direbus, digoreng, dan lain-lain):\nbaru separuh ~ Pak Pandir pun tampillah meratah daging itu; \nnasi belum ~ lagi; \n3.\n cara membuat masakan (gulai dan lain-lain):\n~ dalca;\n~ lemak; \ntukang ~ \norang yang memasak makanan;\n4.\n [kiasan] sudah tahu atau faham benar (kelakuan orang dan lain-lain), sudah difikirkan (dipertimbangkan) dengan teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dan lain-lain), sudah sempurna, matang:\nhamba sudah ~ dengan segala kejadian yang berlaku di sekeliling hamba; \nsebelum memberi keputusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; \napabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka;\n~ ajar \na) sudah cukup mendapat didikan (ajaran);\n b) mempunyai sopan-santun;\n \n~ akal \nmatang pemikiran;\n \n~ niatnya \nmempunyai niat yang tetap;\n \n~ tangan\n sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng;\nmakan ~ mentah\n (peribahasa) tidak membezakan yang halal dan yang haram;\n \n~ buah rumbia\n (peribahasa) perihal sesuatu yang mustahil terjadi (diperoleh);\n \n~ di luar, mentah di dalam \n(peribahasa) nampaknya baik sebenarnya jahat;\n \n~ malam, mentah pagi (siang) \n(peribahasa) sesuatu perkara yang telah ditentukan tetapi kemudiannya berubah pula;\nsemasak\n selama masa yang perlu supaya (buah-buahan, nasi yang ditanak, dan lain-lain) menjadi masak:\n~ buah piama;\nbermasak\n yang sudah dimasak (air, makanan, dan lain-lain):\nlebih baik kalau dibasuh tangan dengan air yang sudah ~;\nbermasak-masak\n sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dan lain-lain);\n \nkelengkapan ~ \nalat atau perkakas yang digunakan untuk membuat makanan;\nbermasakan, bermasak-masakan\n sedang masak (buah-buahan):\nkelihatan buah padi kuning seperti emas ~;\nmemasak, mempermasak\n [sastera lama] membuat lauk-pauk (kuih-muih dan lain-lain), mengolah makanan supaya masak:\nia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju;\n~ air \nmemanaskan air hingga mendidih;\n \n~ nasi \nmenanak nasi;\n \n~ ubat \nmembuat ubat;\nmemasak-masak\n1.\n membuat bermacam-macam kuih (lauk-pauk dan lain-lain):\ndan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; \n2.\n = \nmasak-memasak\n cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dan lain-lain):\ndi kampung itu diadakan kelas masak-memasak;\nmemasakkan\n1.\n memasak untuk, membuat makanan untuk:\nia ~ suaminya sayur keladi; \n2.\n membuat supaya masak, menjadikan masak:\nkalau belum masak nasi tolonglah masakkan; \nmusim panasnya yang panjang dan kering dapat ~ padi; \n3.\n [kiasan] memikirkan, mempertimbangkan, dan lain-lain sesuatu perkara dengan teliti:\nRaja Farquhar itu pergi bertemu dengan dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu;\nmasakan\n1.\n sesuatu yang dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dan lain-lain):\nkalau hari-hari dapat memakan ~ yang lazat-lazat seperti ini, tentulah gemuk aku nanti;\n2.\n cara memasak:\n~ daging;\n~ lemak; \n3.\n [Indonesia] bukan yang sebenarnya, buatan, olahan;\npemasakan\n perihal (kerja, proses, dan sebagainya) memasak;\npemasak\n1.\n orang yang kerjanya memasak, tukang masak;\n2.\n alat (perkakas) untuk memasak;\n3.\n [Minangkabau] rempah-rempah." "masakan\nmana boleh;\nmasa II\n." "masakat\nmasyakah\n." "masalah\n1.\n sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan):\nbanyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kelebihan penduduk; \nbanyak daripada pengusaha tempatan yang menghadapi ~ kewangan yang tenat; \n2.\n (Matematik) soalan atau kenyataan (dalam matematik dan lain-lain) yang memerlukan penyelesaian biasanya dengan beberapa perkiraan:\n~ itu boleh diselesaikan dengan jalan melukis mengikut skala atau dengan jalan perkiraan;\nbermasalah\n mempunyai (ada) masalah, mengandungi (menimbulkan) masalah:\nrambut ~ yang tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yang berbelah; \njika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya untuk tidak bergiat;\nmemasalahkan, mempermasalahkan\n menjadikan sebagai masalah, memberi perhatian kepada (menganggap sebagai) suatu masalah:\n~ dunia adalah kehidupan; \nmereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan;\npermasalahan\n sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah, (pelbagai) masalah, persoalan:\nsajak-sajak mereka ditulis bagi membuka jalan kepada pembaca untuk mengenali peristiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; \nseminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa;\n~ pendidikan;\n~ hidup wanita." "masalode\nsejenis kuih India yang dibuat daripada kacang dal dan bahan-bahan lain, bentuknya bulat dan agak leper." "masam\n1.\n rasa seperti rasa cuka, asam:\nkuman-kuman menjadikan susu itu ~; \nmukanya berkerut kerana memakan buah yang ~; \n2.\n tidak jernih (muka) kerana marah dan lain-lain, bersut, merengus, merengut:\n mukanya ~ setelah dimarahi oleh bapanya;\n~ catung \nsangat masam (berkenaan (dengan) muka);\n \n~ kucam \nmasam sungguh;\n \n~\n \npahit \n[Kedah] terlalu masam.\n~ bagai nikah tak suka \n(peribahasa) berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya;\nbermasam\n \n~ muka \nberkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dan lain-lain), tidak bertegur sapa;\nmemasam\n menjadi masam:\nsusu ini mulai ~;\nmemasamkan\n menjadikan masam:\ndia menjeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya;\nkemasaman\n keadaan masam:\ncuka mempunyai kadar ~ sehingga 95%\n;\nkemasam-masaman, masam-masaman\n agak masam." "masamah\n[Pulau Pinang] sejenis masakan daging." "masap\n[arkaik];\nmemasap\n mengeluarkan wap, menguap, meruap." "masbuk\n[Arab]\n1.\n yang didahului, iaitu makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah pada rakaat pertama bersama imam semasa solat;\n2.\n perihal bercampur dalam sesuatu kumpulan orang atau masyarakat, percampuran, pergaulan:\nsemasa tinggal di kampung seorang diri, terpaksalah dia memasuki ~ tetangganya kerana tidak mahu kesunyian; \nini disebabkan bapaku termasuk dalam ~ orang surau." "masdar\n[Arab] tempat terbit, sumber, punca:\nal-Quranlah yang dijadikan ~ dan rujukan yang akhirnya mencipta bahasa Melayu moden." "maserba\nbinatang ~\n binatang yang memakan serba jenis makanan (daun dan juga daging), omnivor." "mashaf\n[Arab] jilid (naskhah) al-Quran yang bertulis tangan." "Mashumi\n[Indonesia] akronim bagi Majlis Shura Muslimin Indonesia (salah satu parti politik di Indonesia)." "masih I\n1.\n lagi (dalam keadaan):\npintu ~ terbuka; \nia ~ muda; \n2.\n = \n~ lagi \ntinggal lagi:\nberas ~ secupak lagi;\nsemasih\n [arkaik] selama (masih, belum)." "Masih II, al-Masih\nNabi Isa." "Masihi\nKristian;\n \nagama ~\n agama Kristian;\n \nkurun (tahun) ~ \n(tahun) yang dihitung dari tarikh Nabi Isa dilahirkan." "masin\nrasa seperti rasa garam, asin;\n \n~ lidah (mulut)\n apa yang dikatakan semuanya terjadi (kejadian dan lain-lain), perkataannya dituruti (diterima) orang;\n \n~ perkataannya \nperkataannya dituruti (dikabulkan dan lain-lain) orang;\n \nair ~ \nair laut;\n \ntelur ~\n telur yang telah diasinkan (dengan cara memeram dalam air garam);\nbelum tahu di~ garam \n(peribahasa) masih belum mempunyai pengalaman;\n \ngaram kami tidak ~ padanya\n (peribahasa) perkataan kami tidak dipedulikan;\nmemasinkan\n menjadikan sesuatu masin:\nair laut yang melimpah itu telah ~ tanah yang terletak di sepanjang pantai itu\n;\nkemasinan\n perihal masin (air dan lain-lain), rasa masin;\npemasinan\n proses (perbuatan) memasinkan:\n ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan\n." "masing-masing\nsendiri-sendiri, tiap-tiap orang:\nsemuanya sibuk dengan pekerjaan ~." "masinis\n[Indonesia-Belanda] jurumesin (pada kepala kereta api dan lain-lain)." "masir\nberbutir-butir (seperti pasir);\n \nsalak ~ \nbuah salak yang selaput bijinya berbutir-butir;\n \nkaca ~\n sejenis kaca yang tidak licin (kesat seakan-akan berpasir)." "masjid\n[Arab] bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain." "Masjidilharam\n[Arab] masjid besar di Mekah." "maskanat\n[Arab] kemiskinan (yang merupakan jalan untuk mencapai kesempurnaan batin)." "maskapai\n[Indonesia-Belanda] syarikat perdagangan." "maskara\nbahan mekap untuk menghitamkan dan mencantikkan bulu mata." "maskat I\nbaju ~\n sejenis baju yang dipakai di luar." "maskat II\nhalwa ~\n sejenis kuih seperti dodol yang dibuat daripada campuran tepung gandum dan minyak sapi." "masker\nbahan (berbentuk krim, pupur, dan sebagainya) rawatan muka (untuk mencuci dan menegangkan kulit)." "maskot\nbinatang (benda dan lain-lain) yang dianggap atau digunakan sebagai lambang bertuah:\npenyu dipilih sebagai ~ rasmi Sukan SEA." "maskulin\n1.\n berkaitan dengan ciri-ciri lelaki atau kelelakian;\n2.\n (Linguistik) berkaitan dengan kata yang memiliki ciri yang dikaitkan dengan kelelakian." "maslahat\n[Arab] sesuatu yang berfaedah (berguna), usaha dan sebagainya yang mendatangkan faedah:\ndia sentiasa meletakkan kebenaran di hadapannya dan tidak mempermudah-mudahkan sesuatu ~ yang mengenai orang ramai; \nsetiap langkah, peraturan dan undang-undang yang dapat melindungi dan mempertahankan perkara yang disebuntukan tadi adalah ~;\nkemaslahatan\n kegunaan, faedah:\nhal yang salah dan bertentangan dengan ~ orang ramai; \ndemi ~ dan kepentingan manusia\n." "maslin\n= \ncita ~ \nsejenis kain yang jarang lagi halus." "masnawi\n1.\n sejenis sajak Parsi;\n2.\n sesuatu bentuk puisi Melayu yang berasal daripada puisi Parsi (biasanya untuk tujuan memuji-muji)." "masoi\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMassoia aromatica; \n= mesui\n." "masokisme\n(Psikologi) kecenderungan mendapat nikmat, kepuasan atau keseronokan, terutamanya nikmat syahwat, daripada kesakitan, penderitaan atau penghinaan diri sendiri." "massa\n1.\n sekelompok benda yang banyak jumlahnya dan tidak teratur;\n2.\n jumlah yang terlalu banyak:\ndari jambatan aku menoleh ke arah ~ yang seperti semut banyaknya;\n~ rakyat;\n3.\n kumpulan orang ramai yang bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu:\nrapat ~; \n4.\n jumlah zat yang ada dalam sesuatu benda, jisim." "mastautin\nbermastautin\n menetap (di), tinggal (di):\nkeluarga mereka itu sudah turun-temurun ~ di negeri ini;\n permastautinan\n perihal bermastautin:\n ~ masyarakat Melayu;\npemastautin\n orang yang bermastautin (di sesebuah negeri):\npemain yang mempunyai status ~ tetap dianggap sebagai bukan warganegara." "mastektomi\n(Perubatan) pembuangan sebelah atau kedua-dua buah dada (biasanya dilakukan untuk mengatasi serangan kanser yang parah)." "MASTERA\nakronim bagi Majlis Sastera Asia Tenggara." "mastonkus\n(Perubatan) tumor pada buah dada atau kelenjar susu." "mastuli\nsejenis kain sutera yang kasar dan kuat;\n \njual sutera, beli ~ \n(peribahasa) menggantikan sesuatu dengan yang lebih baik." "masuk\n1.\n pergi ke dalam (bilik, rumah, tubuh badan, dan lain-lain), datang ke dalam, lawan keluar:\napabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; \nlekas ~!; \nia bebas ~ dan keluar; \n2.\n terbenam (matahari, bulan, dan lain-lain) ke dalam;\n3.\n hadir di atau pergi ke tempat bekerja (sekolah dan lain-lain):\nmengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; \nenam bulan kemudian dia ~ hospital;\n~ sekolah \na) pergi ke sekolah untuk belajar;\n b) menjadi murid di sekolah;\n4.\n menjadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dan lain-lain):\nmaka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; \n5.\n sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dan lain-lain):\numurnya baru ~ enam tahun; \nperundingan itu sudah ~ hari yang ketujuh;\n~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah mengeruh; \n6.\n terbilang, terhitung, tergolong dalam, terkira (termuat) dalam:\nia ~ orang yang berada; \nkain ini ~ dalam jenis kain yang baik juga; \ntarian ini tidak ~ dalam acara pertunjukan malam terakhir; \n7.\n ikut serta, turut campur:\nAli tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; \n8.\n yang diperoleh (diterima, didapati):\nada kerja ada ~ , tak ada kerja, tak ada ~;\n~ ajar \nmendengar atau menerima nasihat orang;\n \n~ akal \ndapat diterima oleh akal (fikiran), tidak mustahil;\n \n~ angin\n sakit kerana kesejukan (perut kembung dan lain-lain);\n \n~ Belanda \n[Indonesia] menjadi warganegara Belanda;\n \n~ buku\n dicatat dalam buku (perbelanjaan dan lain-lain);\n \n~ campur\n ikut serta, turut mengambil bahagian;\n \n~ daun \nsudah mendapat peluang yang baik (sesuatu yang pasti akan berhasil);\n \n~ hati\n diterima oleh hati, bersetuju;\n \n~ Jawi \n[Kedah] berkhatan;\n \n~ kerja \ndatang atau hadir bekerja;\n \n~ kira \nterhitung (tergolong) dalam;\n \n~ kompeni\n [Indonesia] menjadi askar;\n \n~ Melayu\na) [arkaik] menganut agama Islam;\n b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu;\n \n~ mulut \nturut memberi fikiran atau nasihat;\n \n~ suluk\n mengasingkan diri (untuk mengamalkan suluk);\n \n~ syaitan\n dirasuki syaitan;\n \n~ tangan\n campur tangan;\n \n~ waktu \nsampai waktu (untuk bersembahyang);\n~ lima keluar sepuluh\n (peribahasa) belanja yang lebih besar daripada penghasilan;\n \n~ sarang harimau \n(peribahasa) terperosok ke dalam suatu bahaya besar;\nmemasuki\n1.\n masuk ke dalam (rumah dan lain-lain):\norang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; \n2.\n mengikuti (kursus, kuliah, dan lain-lain), menjadi pelajar (di sekolah dan lain-lain):\nseramai tiga puluh lima orang penuntut dari sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini;\n3.\n mengambil bahagian (dalam peraduan, peperiksaan, dan lain-lain):\nbeberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan; \n4.\n menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dan lain-lain):\n~ pertubuhan SEATO; \n5.\n mencampuri (urusan orang lain);\nmemasukkan\n1.\n membawa (membiarkan dan lain-lain) masuk, mengisikan (ke dalam):\nia ~ mesin taip ke dalam bilik; \nperusahaan ~ nanas ke dalam tin; \ndialah yang mula-mula ~ suatu konsep baru ke dalam kesusasteraan kita;\n2.\n menjadikan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dan lain-lain:\nramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; \n3.\n menaruhkan wang ke dalam sesuatu perusahaan dan lain-lain, menanam modal:\nia ~ RM50 ke dalam sebuah syarikat pada awal tiap-tiap tahun;\ntermasuk\n1.\n sudak masuk;\n \n~ di hati \nki dapat diterima, dipercayai;\n2.\n tergolong (terhitung dan lain-lain) dalam:\nlabah-labah tidak ~ dalam kumpulan serangga;\nkemasukan\n1.\n dimasuki (hantu, orang halus, dan lain-lain), dirasuki (hantu dan lain-lain):\nlembu tua itu lari dan terus lari seperti ~ hantu merempuh segala tanaman; \n2.\n ada yang masuk, dimasuki oleh:\nmatanya pedih kerana ~ asap sabut yang tebal itu; \n3.\n perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dan lain-lain:\n~ Malaysia sebagai anggota majlis keselamatan;\npemasukan\n perbuatan (tindakan, kerja, proses, dan sebagainya) memasukkan." "masup\n[Jakarta] masuk." "masuyit\n(Kimia) mineral nadir yang mengandungi 74% uranium." "masya-Allah\n[Arab]\n1.\n apa yang dikehendaki Allah;\n2.\n [kata seru] kata untuk menyatakan perasaan hairan dan lain-lain." "masyaikh\n[Arab] ketua-ketua." "masyakah, masyakat\n[Arab] susah, sukar, kesusahan, kesukaran." "masyarakat\n1.\n kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup:\nmenjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~;\n~ kampung \ngolongan manusia yang tinggal di kampung;\n \n~ kota \ngolongan manusia yang tinggal di kota;\n \n~ majmuk \nmasyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dan sebagainya);\n \n~ ramai \norang (khalayak) ramai;\n \nsampah ~ \norang yang tidak berguna dalam sesuatu kumpulan manusia;\n2\n. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan:\n~ haiwan;\nbermasyarakat\n merupakan (hidup sebagai satu) masyarakat, menggabungkan diri:\ntabiat manusia berkehendakkan hidup ~;\nmemasyarakatkan\n memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dalam masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dan sebagainya) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dan sebagainya di kalangan masyarakat:\nDBP terlibat langsung dalam usaha ~ bahasa melalui penerbitan; \nusaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini;\nkemasyarakatan\n keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat:\npenting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; \nsatu aliran kesusteraan terlalu memberatkan soal ~; \nilmu ~ \nsosiologi;\npemasyarakatan\n proses (usaha dan sebagainya) memasyarakatkan:\ntentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dengan penerbitan kamus ini." "masyghul\n[Arab]\n1.\n berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung, sedih:\nsetelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~ ;\n2.\n kesal hati, sebal hati;\nmemasyanghulkan\n1.\n menyedihkan (menyusahkan) hati:\nsekarang bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yang ~ hamba; \n2.\n berasa dukacita (sedih dan lain-lain) berkenaan sesuatu;\nkemasyanghulan\n1.\n kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati:\n~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyembunyikannya;\n2.\n menjadi (menderita) masyanghul:\nia masih sangat ~ ." "masyhadat\n[Arab] tempat orang berkumpul, perjumpaan, pertemuan." "masyhur\n= termasyhur\n [Arab]\n1.\n tersebar ke serata tempat (berita, peristiwa, dan lain-lain), ketahuan ke tempat-tempat lain:\nmaka khabar yang demikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yang lain; \n2.\n terkenal, ternama:\nmereka gemar membaca buku-buku yang mengisahkan kehidupan seseorang yang ~ ; \nkami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yang termasyhur;\nmemasyhurkan\n1.\n [sastera lama] menyebarkan ke serata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dan lain-lain), menyiarkan:\ncuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; \n2.\n membuat supaya menjadi masyhur (terkenal, ternama):\nPersatuan Belia akan mementaskan semula drama yang telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air;\nkemasyhuran\n perihal masyhur (terkenal):\n~ Melaka sebagai pusat perdagangan utama tersebar luas;\npemasyhuran\n perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dan lain-lain):\n~ kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu." "masyrik\n[Arab] timur, negeri atau daerah di sebelah timur;\n \ndari ~ sampai ke maghrib \ndari timur sampai ke barat (seluruh dunia)." "mat I\n~ gian \n[bahasa percakapan] penagih dadah\n;\n~ jenin \norang yang suka berangan-angan;\n \n~ salih \nsebutan untuk orang Eropah (terutama orang Inggeris)." "mat II\nkata yang menyatakan raja mati atau tidak dapat bergerak lagi (dalam permainan catur);\nmengemat\n mematikan atau mengepung raja hingga tidak bergerak lagi (dalam permainan catur)." "mata I\n1.\n alat untuk melihat (pada manusia atau binatang), pancaindera untuk melihat:\n~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula terkejip-kejip;\n~ hitam \nbahagian mata yang berwarna (di tengah-tengah);\n2.\n bahagian yang tajam pada alat pemotong (kapak, pisau, dan lain-lain):\npisau itu ~nya tumpul;\n~ cangkul;\n~ kapak;\n~ tenggala (bajak); \n3.\n sesuatu yang menyerupai mata (seperti lubang kecil, lubang jala, dan lain-lain):\n~ jarum;\n4.\n sela antara dua senggat (pada kayu pembaris dan lain-lain), sela antara dua anak tangga:\ntempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya;\n5.\n [kiasan] yang di tengah-tengah benar, pusat:\n~ bisul;\n~ alamat\n sasaran, tujuan;\n6.\n tunas pada ubi (dahan dan lain-lain);\n7.\n punca, sumber (air, pencarian, dan lain-lain);\n8.\n markah yang diperoleh (dalam peperiksaan, pertandingan, dan lain-lain):\npasangan dari Malaysia telah memenangi set pertama dengan ~ 15-10; \n9.\n [sastera lama] jenis-jenis (masakan, hidangan, dan lain-lain);\n \nberatus-ratus ~ gulai\n beratus-ratus jenis gulai;\n~ air \na) tempat air terbit dari tanah;\n b) [bahasa percakapan] kekasih;\n \n~ anggaran \n[Indonesia] bahagian (pos) anggaran belanja;\n \n~ angin\n arah yang ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dan lain-lain);\n \n~ ayam \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nArdisia crispa;\n~ batin \nperasaan dalam hati, rasa hati;\n \n~ bedil\n butir-butir pembidik pada laras bedil;\n \n~ belanak \npusat pusingan (lingkaran);\n \n~ benda \nbarang(-barang) yang berharga (seperti permata dan lain-lain);\n \n~ besar \nsejenis ikan kap\n, Amblyrhynchichthys truncatus;\n~ bisul\n lubang bisul;\n \n~ buku \nbuku jari dan lain-lain;\n \n~ bulan\n bentuk bulan yang tampak samar-samar;\n \n~ cemperling \nmata yang merah warnanya;\n \n~ cincin \npermata (intan, berlian, dan lain-lain) pada cincin;\n \n~ dabus\n besi tajam yang digunakan dalam permainan dabus;\n \n~ dacing \ngaris-garis pada dacing (untuk menunjukkan berat);\n \n~ dagangan \nbarang-barang dagangan;\n \n~ duitan \ntamak akan wang;\n \n~ duli\n buku lali;\n \n~ gaji \ntangga gaji;\n \n~ gawai\n [arkaik] pembantu;\n \n~ gelap \nmengamuk kerana marah dan lain-lain;\n \n~ gergaji \na) bahagian yang tajam dan bergirigi pada gergaji;\n b) [Kelantan] orang yang bermuka-muka (dengan dua pihak);\n \n~ gobek \n(gunting) bahagian yang tajam pada gobek (gunting);\n \n~ hati \na) perasaan hati;\n b) [sastera lama] wakil peribadi, ganti diri;\n \n~ hitam\n bahagian biji mata yang hitam;\n \n~ huruf\n tiap-tiap satu huruf;\n \n~ ikan \nsejenis kudis yang bernanah (pada kaki dan lain-lain);\n \n~ jahitan\n bahagian yang dijahit;\n \n~ jala (jaring)\n lubang-lubang yang terdapat pada jala (jaring);\n \n~ jalan \npenunjuk jalan, peninjau;\n \n~ kail \nkawat yang bengkok dan tajam hujungnya pada kail;\n \n~ kain\n corak kain;\n \n~ kakap\n lubang kecil pada bahagian bawah perahu (digunakan untuk mengeluarkan air);\n \n~ kaki \ntulang yang membonggol pada pergelangan kaki (buku lali);\n \n~ kasar\n mata sahaja (tidak menggunakan teropong dan lain-lain);\n \n~ kati (tahil) \ngaris pada dacing yang menunjukkan kati (tahil);\n \n~ kayu \na) tanda bekas dahan yang telah dipotong pada kayu (berwarna hitam);\n b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf);\n \n~ kemung \nmata yang besar;\n \n~ keranjang\n suka melihat perempuan;\n \n~ kerek\n bulatan pada kerek;\n \n~ ketam \nbesi tajam pada ketam kayu;\n \n~ kotak \norang yang tidak tahu memilih mana yang baik dan mana yang buruk;\n \n~ kucing \na) sejenis batu permata;\n b) sejenis damar yang jernih warnanya;\n c) [Indonesia] sejenis lampu berwarna pada peti radio;\n \n~ kumpuan \n= \n~ majmuk\n mata yang terdiri daripada beberapa mata yang kecil-kecil (seperti mata lalat dan lain-lain);\n \n~ lembu \n= \n~ sapi\n = \n~ kerbau \ntelur yang digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya);\n \n~ lipas \na) mata yang tidak berwarna (pada kuda);\n b) mata yang suram;\n \n~ lolong\n [Kelantan] mata yang tersembul;\n \n~ luka\n lubang atau liang luka;\n~ pajak \nark (Palembang) orang yang wajib membayar cukai;\n \n~ panah\n bahagian hujung anak panah (yang tajam);\n \n~ pedoman \njarum pedoman yang menunjukkan mata angin, mata angin dalam pedoman;\n \n~ pelajaran \njenis ilmu pengetahuan yang diajarkan (di sekolah, maktab, dan lain-lain);\n \n~ pena \nbahagian hujung pena yang digunakan untuk menulis;\n \n~ pencarian (penghidupan) \npekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan sara hidup;\n \n~ perdagangan \nbarang-barang dagangan;\n \n~ petai \nki mata yang tidak dapat melihat dengan betul;\n \n~ petir \npancaran kilat yang diikuti oleh petir;\n \n~ piano\n bahagian piano yang diketuk-ketuk (untuk mengeluarkan bunyi);\n \n~ punai\n lubang yang bersegi enam (pada anyaman dan lain-lain);\n \n~ rantai\n gelang-gelang pada rantai;\n \n~ ringkas \nmata serangga dan sebagainya yang mempunyai satu kanta, misalnya labah-labah dan kala jengking;\n \n~ sangkur\n benet, bayonet;\n \n~ surat\n [Indonesia] tulisan (huruf) pada surat;\n \n~ susu \nputing susu;\n \n~ tangga\n sela antara dua anak tangga;\n \n~ telinga \nganti diri sendiri, wakil peribadi;\n \n~ tombak \nhujung tombak yang tajam;\n \n~ tunas \ntunas yang baru bercambah;\n \n(di) ~ umum\n (pada) pandangan umum, di khalayak ramai;\n \n~ wang \na) wang yang bukan wang kertas, wang daripada logam (duit syiling);\n b) jenis atau unit wang yang digunakan di sesebuah negeri;\n \n~ wang asing \nmata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, misalnya mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah;\n \ndengan ~ kepala sendiri \nsendiri (melihat);\n~ memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan \n= \nberapa berat ~ memandang, berat lagi bahu memikul \n(peribahasa) walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yang ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu;\n \n~ tidur bantal berjaga \n(peribahasa) perihal perempuan yang melakukan kejahatan pada waktu suaminya percaya betul padanya;\n \nhilang di ~, di hati jangan \n(peribahasa) walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan orang yang ditinggalkan;\n \njadi ~ telinga \n(peribahasa) orang yang jadi harapan dan yang selalu memberi pertolongan;\n \nkerana ~ buta, kerana hati mati \n(peribahasa) perihal orang yang menuruntukan hawa nafsunya akhirnya mendapat kesusahan;\n \nsilap ~ pecah kepala \n(peribahasa) kalau kurang hemat dalam sesuatu pekerjaan yang berbahaya tentu akan mendapat kesusahan;\n \ntentang ~ dengan ~ \n(peribahasa) berhadapan satu sama lain;\nmata-mata\n1.\n polis;\n2.\n [Indonesia] penyuluh;\n~ gelap \npolis rahsia, penyuluh;\n \n~ khas\n polis yang mempunyai tugas-tugas tertentu (pada zaman darurat);\n \n~ tentera\n polis tentera (untuk mengawasi tatatertib tentera);\nmemata-matai\n1.\n mengawasi secara diam-diam (gerak-geri seseorang dan lain-lain), mengamat-amati:\nmereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; \n2.\n Brunei membaiki siratan jala (jaring dan lain-lain);\ntermata-mata\n jelas sekali kelihatan." "mata II\nsemata-mata, semata\n1.\n hanya, melulu:\nburung itu hidup ~ bergantung pada ikan;\n2.\n belaka, sama sekali:\nberjaya atau tidak pelajaran yang diajarkan terpulanglah kepada guru ~." "mata III\nukuran berat untuk candu." "mata IV\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), bidara, \nNephelium malaiensa;\n~ bisul \n= \n~ itik \nsejenis tumbuhan (pokok renek), melukut, \nUrophyllum globram;\n~ keli \nsejenis tumbuhan\na) (pokok kecil), berbulu, bulu-bulu, membulu, pianggu jantan, \nPellacalyx axillaris;\nb) (pokok renek), inai batu, kelam padang, \nVaccinum malaccensis;\n~ keli jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), kemuning jantan hutan, \nCanthium confertum;\n~ keli para \nsejenis tumbuhan (pokok renek), cemperai dadih, jintih putih, perincen, siamit, \nUrophyllum streptopodium;\n~ ketam batu \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), geronggong semut,\n Ouratea crocea;\n~ kucing \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), bidara, \nNephelium malaiensa;\n~ pelanduk\n sejenis tumbuhan,\na) (pokok kecil), perah, periah, \nArdisia elliptica; \nb) (pokok renek), jarum merah, kepayang air, sepati, \nIxora anguta;\n~ pelanduk gajah\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nArdicia villosa;\n~ ulat \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Celastraceae, perupuk, bajan (Sarawak), \nKokoona spp\n.." "mata V\n~ lalat \nsejenis ikan darat, \nAplocheilus panchax." "mata VI\n~ mas \nsejenis burung \nBucephala clangula;\n~ merah \nsejenis burung, kuang bertam, \nophura erythrophthalma." "matador\norang yang tugasnya membunuh lembu dalam sukan perlawanan dengan lembu." "matahari I\nbintang yang menjadi jasad pusat dalam sistem suria, yang mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar;\n~ berayun\n = \n~ sudah condong \nlebih kurang pukul 4.00 petang;\n \n~ beralih (gelincir, lengser, miring) \nlebih kurang pukul 5.00 petang;\n \n~ hidup (naik, terbit)\na) matahari keluar;\n b) (sebelah) timur;\n \n~ masuk (tenggelam, mati) \na) matahari terbenam;\n b) (sebelah) barat;\n \nsebelah ~ mati \nsebelah barat;\n~ itu bolehkah ditutup dengan nyiru? \n(peribahasa) sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan;\n \nbagai menentang ~ \n(peribahasa) melawan atau membantah pendapat orang yang berkuasa itu akhirnya menyusahkan kita juga;\n \njangan ditentang ~ condong takut terturut jalan tak berintis \n(peribahasa) hendaklah selalu ingat supaya jangan terpedaya oleh sesuatu yang elok dan baik rupanya;\n \nmenengadah (menentang) ~\n (peribahasa) melawan orang yang mempunyai kuasa besar (lebih pandai dan lain-lain);\n= mentari, matari." "matahari II\nbunga (kembang) ~\n sejenis tumbuhan (pokok), \nHelianthus annuus; \nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok), \nOtophora imbricata." "matahari III\nburung ~ \nsejenis burung, \nPericrocotus solaris montanus." "mataliur\n[arkaik] [Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] senapang mesin." "matan I\n[Minangkabau] [arkaik] mata kayu, teras kayu." "matan II\n[Arab]\n1.\n naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain);\n2.\n nas yang terdapat pada akhir sanad;\n3.\n erti atau maksud sesuatu ayat." "matan III\n[Kelantan] hampir, dekat." "matang I\n1.\n masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (berkenaan (dengan) daun tembakau):\nbuah ini sudah ~ ; \n2.\n sudah hampir akan pecah (berkenaan (dengan) bisul);\n3.\n [kiasan] mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran:\nhujah yang mantap dan ~ tentang sastera Melayu; \nsungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~ ; orang yang benar-benar ~ dalam ilmu ini;\n 4.\n cukup tempohnya (berkenaan (dengan) simpanan tetap dan lain-lain);\nmematangkan\n1.\n memasakkan;\n2.\n menjadikan matang (fikiran dan sebagainya):\nAristotles inilah yang ~ ilmu yang selama ini dianggap mentah;\nkematangan\n1.\n perihal matang, kemasakan;\n2.\n terlampau masak;\n3.\n [kiasan] kesempurnaan fikiran (pengalaman dan lain-lain):\ntindak-tanduknya memperlihatkan ~ dalam cara berfikirnya;\npematangan\n proses menjadi matang:\n ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu;\n pematang\n (sesuatu bahan dan sebagainya) yang mematangkan:\nbahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang." "matang II\npermatang\n." "matari\nmatahari\n." "matematik\nilmu hisab." "mateng\n[Jakarta] masak;\n= matang I." "materai\ncap, mohor, tera, segel;\n \n~ tempel \ncap yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dan lain-lain;\nmemateraikan\n1.\n mengecap dengan materai;\n2.\n meneguhkan (janji dan lain-lain);\ntermaterai\n dibubuh materai, tercap." "materi I\nmematerikan\n melekatkan dengan pateri;\ntermateri\n1.\n terlekat;\n2.\n [kiasan] tersemat (dalam hati):\ngadis itu mengerti apa yang ~ di dalam sanubari kekasihnya;\n pemateri\n orang yang memateri." "materi II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n benda, bahan;\n2.\n apa yang dijadikan bahan (berfikir, berunding, dan lain-lain)." "material\nbarang-barang yang digunakan sebagai bahan (untuk sesuatu)." "materialis\n1.\n pengikut fahaman materialisme;\n2.\n orang yang mementingkan kebendaan (wang, harta benda, dan lain-lain)." "materialisme\nfahaman atau falsafah yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dalam dunia ini." "materialistik\nberkaitan dengan kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan:\nbangsa Melayu semakin bersifat ~ sekarang ini, sedangkan sebelum ini, orang Melayu lebih bersifat spiritualistik; \nkita mesti menolong sesiapa sahaja dengan mengetepikan soal ~ itu sejauh yang mungkin." "materiil\n[Indonesia-Belanda] bersifat benda, berupa benda." "materniti\nuntuk (kerana, semasa, berkaitan dengan) kehamilan atau kelahiran bayi;\n \npakaian ~ \npakaian (yang dipakai) semasa mengandung." "materos\n[Indonesia-Belanda] anak kapal, kelasi." "mati I\n1.\n tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi:\nbiar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; \ntimbunan kayu ~ ; \n2.\n tidak pernah hidup (barang-barang seperti batu dan lain-lain), tidak bernyawa;\n3.\n [kiasan] tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dan lain-lain), tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dan lain-lain), tidak mempunyai air lagi (perigi dan lain-lain), tidak menyala lagi (api, lampu, dan lain-lain), tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dan lain-lain), tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan, dan lain-lain), tidak ramai lagi (bandar dan lain-lain), tidak digunakan lagi (bahasa dan lain-lain), tidak bertiup lagi (angin dan lain-lain), tidak dapat berasa lagi (kulit dan lain-lain), tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran):\njalan itu ~; \nfikirannya ~ sebentar; \npercakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang mengganggu; \npintu itu tertutup ~; \nlampu sudah ~; \nmatahari ~; \njam itu ~; \nparti itu sudah lama ~; \nnegeri yang sudah ~; \nbahasa Latin ialah bahasa ~; \nangin sudah ~; \nkulit ~;\n~ air \ndirebus (daging, ikan, dan lain-lain) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai:\ndaging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja;\n \n~ akal \nbuntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi\n);\n~ andar \na) mati dengan tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya);\n b) mati dengan tidak disembelih (binatang);\n \n~ angin \nki tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada semangat, dan lain-lain);\n \n~ ayam\n [bahasa percakapan] mati dengan sia-sia;\n \n~ balik hidup \nselamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yang teruk);\n \n~ bebang \n= \n~ terbebang\n = \n~ kekebangan \nmati kerana anak yang hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar;\n \n~ beranak\n mati ketika bersalin;\n \n~ berangan (berangai suri) \nkelihatannya mati sebenarnya tidak;\n \n~ berdarah \nmati dengan menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dan lain-lain);\n \n~ berugam\n [Kelantan] mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya;\n \n~ bersebab\n mati dengan tidak sepatutnya;\n \n~ katak\n mati seperti katak dan tidak siapa yang mempedulikannya;\n \n~ kera \nsudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu);\n \n~ konyol (percuma) \nmati dengan sia-sia;\n \n~ kumlah (hukumullah)\n mati dengan sepatutnya (seperti terlalu tua dan lain-lain);\n \n~ kutu(nya)\n tidak dapat berbuat apa-apa lagi;\n \n~ lemas \nmati kerana tidak dapat bernafas (seperti tenggelam dalam air, kena gas, dan lain-lain);\n \n~ mampus (modar) \n[bahasa percakapan] mati dengan serta-merta;\n \n~ mawai \nark mati menggeletak;\n \n~ pucuk \na) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan);\n b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar);\n \n~ raga\n menguatkan hati dengan mengetepikan segala keseronokan;\n \n~ rasa\n tidak mempunyai perasaan lagi;\n \n~ salai \nmati lemas (kerana asap, panas, dan lain-lain);\n \n~ seladang\n sehidup semati berkenaan suami isteri (tidak bermadu dan lain-lain);\n \n~ sesat (syirik) \nmati dengan cara yang tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dan lain-lain);\n \n~ syahid \nmati kerana Allah (kerana membela agama dan lain-lain);\n~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak\n (peribahasa) anak dan bapa mestilah tolong-menolong pada masa kesusahan;\n \n~ dicatuk katak \n(peribahasa) orang yang berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yang lemah;\n \n~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya \n(peribahasa) tahu membuat pekerjaan yang jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya;\n \n~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi\n (peribahasa) manusia dapat dipujuk dengan mulut manis atau dengan budi baik;\n \n~-~ berdakwat biar hitam\n (peribahasa) tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan);\n \n~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk \n(peribahasa) sudah bulat hati untuk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya;\n \nkita semua ~ tetapi kubur masing-masing\n (peribahasa) lain orang lain fikirannya;\n \nseperti orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak\n (peribahasa) seseorang yang daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia;\nmati-matian\n1.\n dengan bersungguh-sungguh, dengan segala daya upaya, dengan genap tenaga:\nmereka berjuang ~ mempertahankan negara; \n2.\n tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok;\nbermati-mati, bermati-matian\n bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu), dengan segala daya upaya, dengan segenap tenaga:\n kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dengan tidak mengendahkan penat dan lelah; \nrakyat sekarang ~ berjuang untuk kemerdekaan;\nbermatikan\n \n~ diri \npura-pura mati;\nmematikan\n1.\n membunuh:\nada kalanya gula juga akan ~ semut; \n2.\n [kiasan] menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak, dan lain-lain):\npengemis itu ~ langkahnya; \nsetelah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah;\n3.\n (Matematik) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dengan angka yang sama;\nkematian\n1.\n perihal mati:\norang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yang patut; \nangka ~ \nangka yang menunjukkan jumlah orang yang telah mati;\n \nsurat ~\n surat keterangan berkenaan orang yang telah meninggal dunia;\n2.\n menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yang mati:\njanganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu;\n~ angin \ntidak ada angin lagi (orang dalam pelayaran);\nkemati-matian\n1.\n kelihatan seperti sudah mati:\ndia pengsan ~ lakunya;\n2.\n sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian;\npemati\n sesuatu yang digunakan untuk mematikan (jahitan, simpulan, dan lain-lain), pengukuh, pengetat (skru dan lain-lain)." "mati II\nburung ~ anak\na) sejenis burung, burung bibit, \nCacomantis merulinus threnodes;\nb) sejenis burung, burung takuweh, \nPenthoceryxsonneratii malayanus; \nburung ~ sekawan \nsejenis burung, burung kawan, \nAnorrhinus galeritus carinatus." "MATIC\nakronim bagi\n Malaysian Travel Information Complex \n(Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia)." "matlamat\n1.\n sasaran, bulan-bulan;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang hendak dicapai, tujuan:\nkempen akan dijalankan sehingga ~ yang dikehendaki itu berjaya;\n bermatlamat\n mempunyai matlamat:\n tajuk ini ~ melahirkan manusia yang berkualiti;\nbermatlamatkan\n mempunyai sesuatu sebagai matlamat:\n banyak juzuk dalam disiplin falsafah al-Farabi ~ politik." "matra\n[Indonesia] ukuran tekanan irama (dalam muzik)." "matriark\nwanita yang menjadi ketua dalam sesuatu keluarga atau suku kaum." "matriarki\nsistem masyarakat yang kaum wanitanya menjadi ketua keluarga, memegang sebahagian besar kuasa dan memiliki harta." "matriks\npersekitaran atau konteks tempat sesuatu (masyarakat, organisma, fahaman, dan sebagainya) berkembang:\nsaya sendiri menyarankan sintesis yang bersifat rasional analitis dalam suatu ~ falsafah\n." "matrikulasi\nperingkat persediaan sebelum masuk ke universiti, peringkat prauniversiti:\nkursus ~ dan diploma dalam bidang sains; \nsetelah tamat tempoh pengajian ~ di kolej tersebut, beliau melanjuntukan pelajarannya ke Australia." "matrilineal\n(Antropologi) berkenaan hubungan kekeluargaan atau keturunan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau sebelah ibu." "matrilokal\n(Antropologi) berkaitan dengan, berdasarkan atau mengikut sistem atau pola perkahwinan masyarakat yang menetapkan bahawa pasangan yang berkahwin itu tinggal dengan keluarga isteri:\n sistem adat perpatih bercorak ~." "matron\n1.\n ketua kepada jururawat di hospital;\n2.\n wanita yang menjaga hal ehwal kesihatan, makanan dan lain-lain di sekolah (atau institusi)." "matu\nukuran berat untuk menentukan ketulenan emas;\n \nemas sepuluh ~ \nemas yang tulen;\nmematukan\n menentukan jenis emas (tua atau muda);\n= mutu IV\n." "matur\npaduka ~\n [sastera lama] gelaran untuk isteri raja (dalam cerita-cerita Panji dan lain-lain)." "matyai\n[Perlis] penyegan, pemalas." "mauduk\n[Arab] tajuk (ceramah, perbahasan, dan lain-lain):\n~ ini akan cuba didekati dengan penghuraian erti kaunseling dipandang dari sudut Islam." "maujud\n[Arab] segala yang wujud sama ada yang zahir atau tidak:\nsegala yang diciptakan Allah adalah ~;\nkemaujudan\n perihal (keadaan) maujud;\npemaujudan\n perbuatan (proses) menjadikan sesuatu benar-benar ada:\n ~ ini sangat ketara pada kanak-kanak." "maujudat\n[Arab] (jamak bagi maujud) segala yang wujud sama ada yang zahir atau tidak." "maula\n[Arab] tuan." "maulai\n[Arab] tuan hamba, tuanku." "maulana\n[Arab]\n1.\n tuan kita;\n2.\n gelaran untuk ulama besar:\n~ Abu Bakar." "maulhayat\n[Arab] [sastera lama] air yang kononnya boleh menyebabkan seseorang hidup selama-lamanya, air hidup." "maulid\n[Arab]\n1.\n hari lahir (terutama hari lahir Nabi Muhammad SAW);\n2.\n tempat lahir." "Maulidur Rasul\n[Arab] ulang tahun hari keputeraan Rasulullah SAW.\nMaulud\n [Arab] perayaan untuk menyambut hari lahir Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal." "maun\nbinatang) yang memakan tumbuh-tumbuhan, herbivor." "maung I\nrasa atau bau yang memualkan;\n \npahit ~ \na) sangat pahit;\n b) [kiasan] berbagai-bagai kesusahan (penderitaan dan lain-lain)." "maung II\n(Sunda) harimau." "maura\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMastixia rostrata." "maut\nmati (terutama manusia):\ntiap-tiap yang bernyawa akan menemui ~;\nmembawa ~ \nmenyebabkan mati;\n \nmencari ~\n mencari sebab untuk mati;\n \nmenemui ~\n menemui ajal (mati);\npemautan\n [Indonesia] perihal jumlah orang yang mati, angka kematian." "mauz\n[Arab] pisang." "mawa\n[Kedah] sejenis ungka, wakwak." "mawaddah\n[Arab] kasih sayang, terutamanya dalam hubungan antara suami isteri:\nrumah tangga mereka kembali aman dan damai dilimpahi ~ oleh Allah ke atas mereka; \nkeserasian juga penting dalam membina kebahagiaan rumah tangga yang berteraskan ~.\nmawai I\n [arkaik];\nmati ~\n mati terlantar (di tanah)." "mawai II\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), calang paya, \nCroton griffithii." "mawar I\nsejenis bunga yang harum baunya (bermacam-macam warnanya), bunga ros;\n \nair ~ \nair yang harum baunya (daripada bunga mawar)." "mawar II\ntawar-~ \nsangat tawar, tawar hambar (tidak bergaram)." "mawas I\nsejenis monyet besar dalam famili \nPongidae,\n termasuk orang hutan dan cimpanzi." "mawas II\npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok), karaes, mata ayam, rambai ayam rantau, tajam moleh, \nBaccaurea brevipes." "mawat\n[Arab] tanah terbiar yang tidak diketahui tuannya." "mawin\nkahwin-~ \nberbagai-bagai jenis keramaian perkahwinan." "maya I\n1.\n (sesuatu) yang kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada, bayangan, khayalan:\nmerenggangkan diri daripada ~ keduniaan yang penuh tipu daya; \n2.\n berkaitan dengan komputer dan Internet:\nuniversiti ~; \nlitar ~." "maya II\nbermaya\n \ntidak ~ \ntidak berdaya, lemah, lesu:\nbadannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi." "maya III\n[sastera lama] apa:\nakan pekerjaan kami orang memegang negeri ~ peduli tuan?; \npadang ~ ini?" "maya-maya\n[Jawa] sangat jernih, terang." "maya-maya II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nHomalanthus populneus." "mayam I\nukuran berat emas (sama dengan 1/16 bungkal)." "mayam II\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nCommelina spp." "mayang I\nbunga kelapa (pinang, kabung, dan lain-lain) yang masih di dalam seludangnya;\n~ mengurai\n rambut yang mengurai serta ikal;\n \nikal ~\n ikal seperti mayang (rambut);\n~ menolak seludang \n(peribahasa) orang yang melupakan jasa orang yang memeliharanya sejak kecil;\n \nseludang menolak ~\n (peribahasa) memegah-megahkan diri." "mayang II\nputu ~ \nsejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras dan dikukus." "mayang III\nsejenis tumbuhan (pokok), \nPalaquium ridleyi; \nbuluh ~ \nsejenis buluh." "mayang IV\nperahu ~ \n= \npemayang\n sejenis perahu yang digunakan untuk menangkap ikan di laut;\n= payang I\n." "mayang V\nsejenis bintang (sunbulat atau bunyi sunbulat)." "mayang VI\nmemayang\n menghiris atau memotong daun, bawang dan sebagainya tipis-tipis:\n\n\ndia seronok dapat menolong nenek mengupas dan ~ bawang;\n\nbeberapa orang kaum ibu sedang sibuk ~ daun pandan wangi untuk dibuat bunga rampai;\n pemayang\n alat seperti pisau dan sebagainya yang digunakan untuk memayang sesuatu:\n\n\n~ bawang." "mayapada\n[sastera lama] dunia;\n= marcapada\n." "mayar\nkelemayar I\n." "mayat\ntubuh orang yang telah meninggal:\naku lihat ~-~ korban kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; \npucat seperti ~ \npucat lesi;\n \n~ hidup\n ki\na) orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya, bangkai bernyawa;\n b) orang yang terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya;\n \nseperti ~ ditegakkan\n (peribahasa) kurus kering serta sangat pucat." "mayau\n[Kedah] \n= manyau\n." "mayones\nsos pekat berkrim yang mengandungi campuran telur, susu, dan minyak (biasanya dimakan dengan salad)." "mayor\n[Indonesia]\n1.\n pangkat dalam tentera (antara kapten dan leftenan kolonel), mejar;\n2.\n [arkaik] gelaran untuk ketua orang-orang Cina (lebih tinggi daripada kapten Cina)." "mayung\nsejenis ikan laut, \nArius spp." "mayur I\nsayur-~ \nberbagai-bagai jenis sayur." "mayur II\n[Terengganu] sangat licin (kepala dan lain-lain)." "mazbah\n[Arab] tempat sembelihan." "mazhab\n[Arab]\n1.\n cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam (iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki):\ndi Mesir umpamanya pada masa dahulu, mahkamah Syariah semata-mata berpegang pada ~ Hanafi; \n2.\n aliran, fahaman, atau ajaran (seperti dalam bidang ekonomi dan lain-lain):\n~ laissez-faire; \n3.\n [arkaik] ajaran Kristian yang telah menyimpang daripada yang asli:\n~ Protestan;\n bermazhab\n tergolong dalam, berpegang pada atau menganuti mazhab:\nrata-rata umat Islam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; \ndari segi agama, mereka ~ Syafii;\n kemazhaban\n hal yang berkaitan dengan mazhab:\n tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~." "mazi\n[Arab] cecair jernih yang keluar daripada alat kelamin, biasanya terdahulu daripada mani, yang tidak mewajibkan seseorang mandi junub." "mazkur\ntermazkur\n Ar, [sastera lama] tertulis, termaktub, tercatat." "mazlum\n[Arab] [sastera lama] aniaya:\nbanyaklah hamba Allah yang terbunuh dengan ~;\ntermazlum\n teraniaya." "mazmumah\n[Arab] tercela, terkeji, terhina;\n \nsifat ~ \nsifat tercela, terkeji, atau terhina." "mazmur\nnyanyian untuk memuji dan memuliakan Tuhan (daripada Kitab Zabur);\nbermazmur\n menyanyikan mazmur." "mazodinia\n(Perubatan) rasa sakit pada buah dada." "mazurka\n(Seni Muzik)\n1.\n tarian rancak orang Poland, biasanya ditarikan oleh empat atau lapan pasang penari:\ntarian ~; \n2.\n muzik yang digubah untuk mengiringi tarian\n1.\n di atas:\nmuzik ~." "MB\n1.\n [kependekan] Menteri Besar;\n2.\n [Indonesia] [kependekan] Markas Besar." "MBA\nMaster of Business Administration\n (Sarjana Pentadbiran Perniagaan)." "MBAD\n[Indonesia] [kependekan] Markas Besar Angkatan Darat." "MBAL\n[Indonesia] [kependekan] Markas Besar Angkatan Laut." "MBAU\n[Indonesia] [kependekan] Markas Besar Angkatan Udara." "MBK\n[kependekan] Majlis Bersama Kebangsaan." "MBM\n[kependekan] Majlis Belia Malaysia." "MCA\n[kependekan] \nMalaysian Chinese Association\n (Persatuan Cina Malaysia)." "MCS\n[kependekan] \nMalayan Civil Service\n (Perkhidmatan Awam Malaya)." "Md I\nsimbol kimia bagi mendelevium." "Md. II\n[kependekan] Muhammad." "mea\n[Perlis] berasa pening." "meatus\n(Biologi) saluran semula jadi di dalam tubuh, seperti salur dari telinga luar ke gegendang telinga." "mebel\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] perabot rumah (kerusi, meja, dan lain-lain)." "mecak\n[Kelantan] merajuk." "mecis\n[Indonesia], [bahasa percakapan] gores api, mancis api." "medak\nbau ikan yang busuk (tetapi belum kuat benar);\n \n~ kahang \nbau ikan yang terlalu busuk." "medal\nbintang kehormatan, pingat." "medali I\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n tanda jasa (penghargaan, penghormatan) yang dibuat daripada logam, pingat;\n2.\n pingat yang mempunyai gambar orang soleh (Roman Katolik)." "medali II\n[sastera lama] sejenis alat bunyi-bunyian seperti seruling." "medalion\nsejenis barang perhiasan yang berbentuk bulat atau lonjong dan lain-lain (dibuat daripada emas dan lain-lain dan digantungkan pada kalung, jam, dan lain-lain)." "medan\n1.\n tanah lapang, padang (untuk berlumba dan lain-lain), gelanggang, alun-alun;\n2.\n kawasan yang terhad (untuk sesuatu);\n3.\n [kiasan] arena, kalangan, kawasan, lapangan, lingkungan;\n~ ais \n(Geografi) kawasan ais terapung yang luas, terutamanya di kawasan kutub;\n \n~ elektrik \n(Fizik) kawasan bercas yang disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yang bercas;\n \n~ graviti \n(Fizik) kawasan di sekitar jasad yang mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain;\n \n~ (daya) magnet\n (Fizik) kawasan sekeliling magnet yang tenaganya masih boleh dikesan;\n \n~ perang\n tempat berlakunya sesuatu peperangan;\n \n~ politik\n lapangan politik;\n \n~ ramai \norang ramai, khalayak ramai;\n \n~ selera \ntempat terdapatnya banyak gerai yang menjual berbagai-bagai jenis makanan untuk orang ramai." "medang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nPyangeum parviflorum;\n~ asam \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, \nIxora pendula;\n~ kapas \n= \n~ tahi ayam \n= \n~ tanduk\n sejenis tumbuhan (pokok), belonggok, bunga sebederas, gajus hutan, pokok gajah, \nAlseodaphne penducalaris;\n~ kelawar \na) sejenis tumbuhan (pokok), sangah, \nElaeocarpus robustas;\nb) sejenis tumbuhan (pokok), \nPyangeum polystachyum;\n~ kunyit \n= \n~ tanah \n= \n~ tanduk \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAlseodaphne insigna;\n~ melukut\n sejenis tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal kayu karkaras, kayu tangkat, otak udang, serapuh bukit, \nNorrisia malaccensis;\n~ pasir \nsejenis tumbuhan (pokok), akar belalang puak, \nPittosporum ferrugineum;\n~ payung \nsejenis tumbuhan (pokok), \nActephila sesquipedalis;\n~ serai \nsejenis tumbuhan (pokok), ludai bulan, muta riba, perepat bukit, redan, ridau, tasai, \nMischocarpus lessertianus." "medarah\nsejenis tumbuhan (pokok), \nPtychopyxis costata." "media\nalat atau perantara komunikasi (perhubungan), seperti radio, televisyen dan akhbar ;\n~ am\n pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya;\n \n~ cetak \nalat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan (seperti surat khabar, majalah, dan lain-lain);\n \n~ elektronik \nalat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat elektron moden (seperti radio, televisyen, dan lain-lain);\n \n~ massa \npelbagai jenis alat komunikasi (seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, dan sebagainya) yang dapat menyampaikan maklumat (berita dan sebagainya) kepada orang ramai dengan cepat (dalam masa yang singkat), sebaran am." "median I\ngarisan yang merentang dari penjuru sesuatu rajah segi tiga ke tengah-tengah garisan yang bertentangan dengannya." "median II\nhuruf ~ \n[Indonesia-Belanda] huruf cetak yang sedang besarnya." "medil\n[arkaik] bedil." "medio\npertengahan:\n~ bulan Januari." "medit\n[Jawa] kedekut, kikir, lokek." "meditasi\nperbuatan duduk dan sebagainya dengan menumpukan sepenuh fikiran (emosi) terhadap sesuatu dengan mendalam, perbuatan bertafakur;\nbermeditasi\n melakukan meditasi, bertafakur:\ndia ~ dari awal subuh hingga ke pagi\n." "medium\n1.\n orang yang menjadi pengantara antara orang halus dengan manusia biasa, orang yang dimasuki oleh orang halus;\n2.\n bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan;\n3.\n (Biologi) bahan atau persekitaran yang menjadi tempat tinggal (tumbuh) sesuatu organisma;\nbermediumkan\n menggunakan sesuatu (bahasa) sebagai medium:\n~ bahasa." "medok\n[Jakarta]\n1.\n berlubang (seperti bunga karang, roti, dan lain-lain);\n2.\n kotor, berdaki." "medu\nberasa seperti hendak muntah, berasa tidak sedap perut." "meduk\nmedok\n." "mega I\nawan;\n~ berangkat\n awan naik (meningkat);\n \n~ berarak\na) awan yang beriring-iring;\n b) sejenis ukiran;\n \n~ mendung \nawan yang mengandungi hujan." "mega II\nterlalu besar atau hebat (berkenaan (dengan) projek, pembangunan, jualan dan sebagainya):\nantara projek ~nya ialah Koridor Raya Multimedia; \njualan ~." "mega-\nawalan asing \n1.\n sangat besar, misalnya \nmegalit; \n2.\n sejuta, misalnya \nmegawatt \ndan \nmegavolt." "megabait\n(Komputer) unit data yang bersamaan dengan 1 048 576 bait." "megafon\nalat berbentuk seperti corong yang disambungkan pada mikrofon untuk menguatkan dan menghalakan suara atau bunyi." "megah\n1.\n kelihatan gagah (hebat dan lain-lain), masyhur, mulia:\nnamanya tidak se~ dahulu lagi;\n2.\n bangga:\naku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali;\nbermegah, bermegah-megah\n berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri:\norang kaya itu ~ dengan kekayaannya;\nmemegahkan\n mendatangkan (menimbulkan) rasa megah, membanggakan:\ndi hadapan mereka itu berjejal motokar yang serba ~;\n memegah-megahkan\n membangga-banggakan:\n maka tidak perlulah dimegah-megahkan jika apa yang diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja;\nkemegahan\n1.\n sesuatu yang dimegahkan, kemasyhuran, kemuliaan, kebanggaan;\n2.\n perasaan megah:\n~nya sebagai pemilik peti televisyen yang tunggal di kampung kami sudah tersinggung." "megahertz\nunit frekuensi radio (satu megahertz bersamaan dengan sejuta kitar per saat)\n." "megak\n[arkaik] angkuh, pongah." "megakitar\n(Komputer) satu juta pusingan sesaat." "megalit\n(Sejarah) batu besar, terutamanya yang didirikan sebagai tugu pada zaman dahulu." "megalomania\n(Psikologi) sejenis penyakit mental yang menyebabkan seseorang berkhayal dan menganggap dirinya begitu penting, kaya, berkuasa dan sebagainya." "megan\nsejenis kuih seperti dodol." "megap-megap\n[Jawa]\n1.\n mulut ternganga-nganga kerana susah bernafas, mengap-mengap, ngap-ngap;\n2.\n [kiasan] dalam keadaan yang tenat sekali (waktu hendak mati dan lain-lain)." "megar\n[Jawa] berkembang, mekar." "megat I\n[sastera lama] gelaran untuk orang bangsawan (bapanya orang kebanyakan tetapi ibunya daripada golongan raja)." "megat II\nligat, mejam." "megatan\n1.\n satu juta tan;\n 2.\n kuasa letupan , terutamanya senjata nuklear yang bersamaan dengan kuasa satu juta tan TNT (trinitrotoluena)." "megavolt\nsejuta volt." "megawatt\nsejuta watt." "megrek\n= \nmegrek-megrek\n [Jakarta] [arkaik] selalu sakit-sakit, merana." "megun\ntermegun\n duduk tercengang atau termenung (kerana risau, runsing, dan lain-lain)." "meh-meh\n[Jawa] hampir sama (rupa dan lain-lain), mirip (kepada), seiras." "Mei\nbulan kelima dalam tahun Masihi yang mengandungi 31 hari." "Mej.\n[kependekan] Mejar:\n~ Arifin." "meja\nsejenis perkakas perabot (dibuat daripada papan, batu marmar, dan lain-lain) yang berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya:\n~ makan;\n~ tulis;\n~ bulat \nperundingan (perbincangan) atau cara berunding yang menggunakan meja bulat untuk melambangkan bahawa para pesertanya mempunyai kedudukan atau taraf yang sama;\n \n~ hijau \n[Indonesia] pengadilan;\n \n~ kopi \nmeja kecil dan rendah yang merupakan sebahagian daripada set sofa ruang tamu yang lazimnya digunakan untuk meletakkan hidangan;\n ~ samping = ~ sisi \nmeja yang lebih kecil daripada meja kopi, yang merupakan sebahagian daripada set sofa ruang tamu;\n \n~ (sisi) katil \nmeja kecil di sisi katil, biasanya digunakan untuk meletakkan telefon atau lampu tidur." "mejam\nberpusing dengan ligat (gasing dan lain-lain)." "mejan I\npenyakit rejan (berak darah);\nmejen\n." "mejan II\nnisan." "mejana\n[arkaik] sedang;\n= semejana\n." "mejar\nnama pangkat dalam tentera (lebih tinggi daripada kapten dan di bawah leftenan-kolonel);\n \n~ jeneral\n (pangkat) pegawai bertauliah di bawah leftenan jeneral dan di atas brigedier jeneral (dalam angkatan tentera)." "mejelis\n[bahasa percakapan] cantik, elok, molek;\n= majlis II\n." "mejen\n1.\n penyakit rejan;\n2.\n tidak dapat meletup (meletus);\nmejan\n." "mejera\n[sastera lama] pejera." "mek\n[Kelantan], [Terengganu] sebutan untuk orang perempuan." "mekanik\n1.\n orang yang mahir membaiki (atau menyenggara) jentera atau mesin;\n2.\n tidak menggunakan fikiran, secara (gerakan) jentera, mekanis;\n3.\n = \nilmu ~\n ilmu yang mengkaji segala yang berhubung dengan gerakan benda (gaya yang menyebabkan gerakan dan lain-lain);\n \n~ kuantum \nteori jirim dan sinaran elektromagnet yang menerangkan fenomena fizik pada peringkat atom dan subatom." "mekanika\n[Indonesia] \n= mekanik\n." "mekanikal\n1.\n berhubung dengan jentera (mesin dan lain-lain);\n2.\n secara atau seperti gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran)." "mekanis\n(melakukan sesuatu dan lain-lain) seperti mesin, tidak menggunakan fikiran." "mekanisasi\npenggunaan alat jentera dan mesin untuk menggantikan tenaga manusia atau binatang dalam pelaksanaan sesuatu." "mekanisme\n1.\n bahagian dalam sesuatu jentera yang menggerakkannya;\n2.\n susunan atau jalinan bahagian yang bekerjasama seperti bahagian-bahagian dalam jentera;\n3.\n alat yang terdiri daripada mesin:\nkomputer secara langsung menjadi ~ terpenting bagi membantu kerja-kerja percetakan; \n4.\n cara (sistem, saluran, dan sebagainya) untuk memungkinkan atau membuka jalan kepada pelaksanaan dan sebagainya:\nUsul al-Fiqh (pengasasan perundangan Islam) menyediakan ~ yang diperlukan untuk mengubah, menunda, menambah atau menguatkuasakan undang-undang." "mekanistik\nberkenaan cara menjelaskan sesuatu seperti kejadian semula jadi yang diandaikan sama seperti perlakuan sesuatu mesin yang kompleks." "mekap\n1.\n alat solek (bedak, gincu, dan sebagainya);\n2.\n perbuatan menghias diri dengan alat-alat solek;\n3.\n penyusunan atau susunan bahan teks dan ilustrasi menurut halaman cetakan yang sebenar (dalam kerja penerbitan buku, majalah, dan sebagainya);\nbermekap\n bersolek:\nanak-anak yang masih kecil janganlah diajar ~;\n memekapkan\n mengenakan alat solek pada muka:\n apabila Mas datang ke studio dan dimekapkan, kami pasti dia akan kelihatan cantik." "mekar\n= memekar\n1.\n mulai berkembang (bunga dan lain-lain), mengurai (mayang dan lain-lain):\nbunga yang sedang ~; \n2.\n berkembang dan menjadi banyak (adunan dan lain-lain), naik, kekar;\n3.\n [kiasan] terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dan sebagainya);" "mekatronik\nteknologi yang menggabungkan ilmu kejuruteraan mekanikal dengan elektronik untuk membangunkan teknik pembuatan baru." "mekik\npekik\n." "mekis\nmengkis\n." "mekmulung\n[Pulau Pinang] sejenis tarian (hampir sama dengan makyung atau menora)." "mekonium\n(Perubatan) tahi berlendir berwarna hitam kehijau-hijauan yang pertama kali keluar dari dubur bayi yang baru lahir." "mel I\nsurat, bungkusan, dan sebagainya yang dihantar melalui pejabat pos;\nkapal (kereta api) ~\n kapal (kereta api) yang membawa surat;\n \n~ elektronik \ne-mel;\n \n~ suara \n(Komputer) sistem elektronik untuk menghantar dan menyimpan mesej telefon yang dapat didengar oleh penerimanya pada bila-bila masa yang sesuai kemudiannya;\n \n~ udara \na) sistem penghantaran surat, bungkusan dan sebagainya dengan kapal terbang;\n b) surat, bungkusan dan sebagainya yang dihantar dengan kapal terbang (biasanya ke destinasi yang jauh dan lebih cepat sampai)." "mel II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] memberitahu (nama dan lain-lain), menyebuntukan (nama dan lain-lain)." "melabuai\nsejenis tumbuhan (pokok besar), \nDyera spp." "melada\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCapparis micracantha;\n~ pahit \nsejenis tumbuhan (pokok), embalau, lada pahit, \nBrucea amarissima." "meladi\n[Kedah] berjalan ke sana ke mari (terutama gadis-gadis), merayau:\ndia suka ~." "melah\n= melahan\n [bahasa percakapan] malah, malahan." "melahu\n[Perlis] berjalan dengan tidak ada tujuan." "melak-melak\n[Jakarta] secara terang-terangan (ditipu dan lain-lain)." "melaka I\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nEmblica officinalis; \nbuah\n \n~\na) buah daripada pokok tersebut;\n b) sejenis kuih, onde-onde." "Melaka II\nnegeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2 , bandar Melaka sebagai ibu negeri." "melaman\nsejenis tumbuhan (pokok), bunan hutan, ketiak, \nAcronychia porteri." "melambang, melambing\n[sastera lama] sejenis perahu yang dibuat daripada batang kayu." "melampai\n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok), \nEngelhardtia mudiflora.\nMelanau\n suku kaum peribumi di Sarawak yang tinggal di pesisiran pantai, muara dan anak Sungai Rejang, terutamanya di daerah Matu dan Daro, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri." "melanin\n(Biologi) sejenis pigmen yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan, yang menentukan warna kulit, mata, dan bulu (pada haiwan), dan ketiadaan pigmen ini pada haiwan menyebabkannya menjadi balar." "melanisme\n(Biologi) keadaan kulit, rambut dan lain-lain yang berwarna hitam atau gelap lebih daripada biasa, yang berpunca daripada kehadiran melanin yang berlebihan." "melankoli\nkeadaan murung, hiba;\nkemelankolian\n keadaan melankoli." "melankolia\n(Perubatan) penyakit mental yang ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yang amat sangat dan berpanjangan." "melankolik, melankolis\n1.\n berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (berkenaan (dengan) perasaan, wajah seseorang, dan sebagainya), dukacita, sugul:\nKassim cuba melepaskan dirinya daripada perasaan yang hiba, sayu atau ~; \nmemang ada nada yang ~ dan putus asa dalam stanza akhir; \n2.\n bernada sedih (hiba) dan mengharukan (berkenaan (dengan) cerita, sajak, dan sebagainya):\ndari segi nadanya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~." "melantai\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, belantai, melanti, kawang (Sabah), engkabang (Sarawak), \nShorea spp." "melapari\nsejenis tumbuhan (pokok), mempari,\n Pongamia pinnata\n." "melar\ndapat berkembang (menjadi panjang atau besar), bengkar, mulur." "melarat I\n1.\n miskin, sengsara;\n 2.\n rugi:\n aku tinggal ~ seperti ini, jadi orang pesawah, pasak kampung;\nkemelaratan\n perihal melarat (miskin), kemiskinan, kesengsaraan:\njika hendak tahu lagi perihal kemiskinan dan ~ bangsa kita, hendaklah anakku melawat serata Semenanjung." "melarat II\nlarat I\n." "melati\nbunga melur, \nJasminum sambac (pubescens);\n~ tongkeng\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga tongkeng, \nTelosma cordata." "melaun\nmalaun\n." "melawis\n[sastera lama] tumbuhan (pokok), ramin, \nGonystylus bancanus." "Melayu\nnama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia);\nmasuk ~\na) mengikut cara hidup orang Melayu;\nb) masuk Islam;\nmemelayukan\n menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu:\n~ istilah ilmiah;\nkemelayuan\n ciri atau sifat yang memperlihatkan keperibadian orang Melayu:\nsuasana kampung yang masih terikat erat dengan tradisi dan adat-istiadat ~nya;\ngolongan yang mahu unsur ~ diutamakan;\npemelayuan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) memelayukan:\n~ istilah." "Melayu-Proto\npenduduk asli Semenanjung Malaysia, yang tinggal berjiran dengan orang Melayu di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta mempunyai banyak persamaan dengan orang Melayu dari segi adat resam dan kebudayaan." "melek\n1.\n [bahasa percakapan] tidak tidur, jaga;\n2.\n [bahasa percakapan] terbuka matanya, dapat melihat, celik;\n~ huruf\n [bahasa percakapan] tahu membaca dan menulis, celik huruf;\n \nbelum ~\n [bahasa percakapan] belum tahu, belum mengerti, belum insaf." "melela I\nbesi ~ \nbesi yang tidak berpamur;\n \npasir ~\n pasir yang mengandungi zat besi (warnanya kebiru-biruan)." "melela II\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), \nBrachiaria mutica." "melempem\n[Jawa]\n1.\n belum kering benar, lembap;\n2.\n [kiasan] tidak berbunyi (mercun dan lain-lain), kendur, lembik." "meleng\n[Kelantan], [Terengganu] malu, segan." "melenggak\n[Kedah] berehat." "melengken\n[Indonesia], [bahasa percakapan] melainkan." "meleset I\ntidak kena pada tempatnya, tidak tepat, salah:\ndia telah membuat ramalan yang ~." "meleset II\nserba susah (dalam perniagaan dan lain-lain), mundur;\n \nzaman ~ \nzaman serba susah (perdagangan dan lain-lain);\nkemelesetan\n keadaan meleset, kemunduran (perdagangan dan lain-lain)." "melia\n[Perlis] melarat, merebak (kudis dan lain-lain)." "melian\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nPolyalthia hypoleuca; \n2.\n = \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuau, akar tuau, daun patuk tuau, lana, \nThunbergia laurifolia." "melidah\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), antan, kelat kerantan, kenanga hutan, pacal kuning, pokok kuning, \nAlangium ebenaceum; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), kahwa-kahwa, medang biawak, pian, salang rasa, tinjau laut, \nAlangium uniloculare." "melik\n[Jawa] hasrat (ingin) untuk memiliki sesuatu, loba, tamak;\nkemelikan\n keinginan untuk memiliki sesuatu, kelobaan." "melima\nsejenis tumbuhan (pokok), \nGelonium glomerulatum." "meling\nkurang hati-hati, kurang hemat, lalai." "melinjo\n= belinjo\n." "melioner\n[Indonesia] \n= milyuner\n." "melirang\n= belerang\n." "melit\n[Indonesia] sangat suka mengetahui segala-galanya (hingga membosankan), ingin tahu." "meliwis\n[Jawa] belibis." "melodi\n1.\n susunan seni kata berirama;\n2.\n lagu, irama lagu;\nmemelodikan\n menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan (lirik, puisi dan sebagainya) dalam bentuk melodi:\ndia ~ puisi karya penyair-penyair terkenal tanah air." "melodrama\npementasan atau persembahan drama (sandiwara dan lain-lain) yang banyak menunjukkan ciri atau episod penuh sensasi (sentimental, romantik, merawan hati, dan sebagainya)." "melodramatik\nbersifat (bercorak) melodrama, mengandungi banyak ciri melodrama:\nbentuk tragedi komedi dan drama tradisional yang sifatnya ~ turut berkembang dengan pesatnya." "melongo\n[Jawa] tercengang (kehairanan), terlopong." "melor\n[Indonesia] sejenis kereta beroda dua." "meluh I\n[Kedah] membajak sawah (pada peringkat permulaan), beluh." "meluh II\n[Terengganu] wap." "melukut I\npecahan beras yang halus-halus, hujung beras, menir;\n \nseperti ~ di tepi gantang\n (peribahasa)\na) tidak dapat menolong sebab dirinya sendiri susah;\n b) seseorang yang dipandang ringan oleh orang lain sebab tiada berkuasa." "melukut II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu, lemak beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung jantan, pokok kekang, pulai, \nUrophyllum glabrum; \n2\n. = \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok menumpang), \nTrichosporum lampongum." "melulu\n1.\n membabi buta, terburu-buru, tidak berkira-kira terlebih dahulu:\nseorang pengkritik tidak harus membuat ulasan dengan ~;\n2.\n [Indonesia] semata-mata, hanya, tiada lain hanya." "melunak\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Tiliaceae, balung ayam, janda baik, kebal ayam, kepayang hantu, pinang baik, takalis (Sabah), baru (Sarawak), \nPentace spp\n." "melupas\nsejenis tumbuhan (pokok), pasak beras-beras, pasak linga, pasak merah, \nAglaia glabriflora." "melur\nsejenis tumbuhan (pokok renek dan bunga), melati, \nJasminum sambac;\n~ hutan \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), pekan hutan, \nJasminum bifarium; \nakar ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar elok, gelwat temengah, \nPseuderanthemum teysmanni." "mem\n[bahasa percakapan] sebutan untuk perempuan (Eropah) yang sudah berkahwin, nyonya." "memali\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), mali berduri, toi, \nLeea angulata; \n2.\n = \n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nIxora pendula." "memang\nsesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu:\n~ benar perkataan engkau itu; \nZahar ~ selalu datang ke rumahnya; \ndihitung dari segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi;\nsememangnya\n1.\n sebenarnya, sesungguhnya:\nkami ~ berharap untuk sehidup semati; \n2.\n sepatutnya, sewajarnya:\nia ~ harus bersuka ria dalam keadaan serupa itu." "memar\nrosak atau hancur di dalam tetapi tidak kelihatan dari luar (buah dan lain-lain):\njangan dilambung-lambung buah mempelam itu, nanti ~; \nluka ~\n luka di sebelah dalam (tidak pada kulit);\nmememarkan\n menyebabkan atau membuat supaya memar:\ndaging yang dihiris dimemarkan dengan diketuk menggunakan anak lesung batu kemudian digoreng hingga sedikit garing. \nmemaya\n maya-maya (sejenis tumbuhan)." "memartabatkan\nmenjadikan sesuatu bermartabat:\n banyak yang boleh dilakukan untuk ~ sastera Melayu;\nkemartabatan\n perihal martabat:\n namun Ali Aziz tidaklah sempat menjatuhkan ~ tuan sebagai satu-satunya wira sepanjang zaman;\n pemartabatan\n perihal (usaha dan sebagainya) memartabatkan:\npada masa yang sama, pihak yang tidak sejalan dengan aspirasi perjuangan dan ~ bahasa tentunya bersewenang-wenang dengan penggunaan bahasa asing;\n pemartabat\n pihak (orang atau golongan) yang memartabatkan:\nsebagai pejuang dan ~ bahasa, kita harus bersedia berdepan dengan berbagai-bagai masalah." "membacang\nembacang\n." "membal\n[Jakarta] menganjal." "membangun\nsejenis tumbuhan (herba), hati-hati, \nColeus amboinicus." "membatu\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), batu, \nChaetocarpus castaneicarpus; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), damar laut, sengkawang, tengkawang (ijuk), \nIsoptera sumatrana;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), akit sulai, kelat lapis, mengkirai, tetimah (rengga), \nIlex cymosa." "member\n[bahasa percakapan] rakan, kawan baik:\ndengan ~ inilah Ishak berbual panjang." "memberang\nberang-berang\n." "membiang\nsejenis ikan laut, \nSetipinna spp." "membran\n(Biologi) selaput nipis yang berliang (sama ada semula jadi atau tiruan);\n \n~ mukus \nlapisan tisu yang mengandungi kelenjar mukus, yang melapik saluran atau rongga tertentu dalam tubuh, misalnya rahim dan salur makanan, mukosa;\nbermembran\n mempunyai membran." "membulan\nsejenis tumbuhan, bulan-bulan." "membulu\nbulu-bulu." "membuluh\nsejenis tumbuhan (pokok), kekabu hutan, kekabu jawa, \nZanthoxylum myriacanthum." "memedi\n[Jawa] [arkaik] hantu." "memek I\nI; \nbermemek, bermemek-memek\n merengek, merepek." "memek II\nkerut (muka orang hendak menangis);\nmememekkan\n mengeruntukan (muka) kerana sesuatu perasaan seperti sedih, geli dan sebagainya:\nada yang ketawa dan ada yang ~ muka geli-geleman." "memek III\n[Kelantan] payar, tawar (makanan)." "memerang\n[bahasa percakapan] berang-berang, anjing air." "memewahkan\nmenjadikan mewah:\n beliau tidak melakukan apa-apa untuk ~ diri sejak menyertai politik;\nkemewahan\n perihal mewah:\nia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yang dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri." "memo\nsingkatan bagi memorandum." "memodenkan\nmenjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui:\nMustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya;\nkemodenan\n perihal moden (baru), sifat (ciri dan sebagainya) moden:\nbaik kaunseling dalam bentuknya sekarang yang banyak diselubungi ~, mahupun pada zaman awalnya yang lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata;\npemodenan\n perihal (kegiatan, usaha, dan sebagainya) memodenkan, perihal menjadi moden, pembaruan:\nkerajaan Jepun berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mempercepat ~ negeri itu; \npenyempurnaan dan ~ bahasa dalam menghadapi cabaran semasa perlu berlaku di negara-negara membangun." "memoir\n1.\n biografi (karya) yang berasaskan kenang-kenangan seseorang (tentang pengalaman dan peristiwa dalam hidupnya dan sebagainya):\nkebelakangan ini, beberapa buah buku kenang-kenangan wartawan sasterawan veteran, dalam bentuk ~ telah juga diterbitkan." "memorabilia\nsesuatu yang sangat menarik dan patut dikenang, terutamanya berhubung dengan orang atau peristiwa yang masyhur." "memorandum\n1.\n dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, dan sebagainya;\n \n~ persefahaman \nsuatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dan sebagainya) untuk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dan sebagainya) usaha sama yang tidak melibatkan implikasi undang-undang;\n2.\n nota ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman (mis dalam pejabat)." "memori\n1.\n kenangan, ingatan;\n2.\n [bahasa percakapan] bahagian di dalam komputer yang menyimpan maklumat." "memorial\n1.\n sesuatu yang dibina (didirikan dan sebagainya) untuk memperingati seseorang tokoh atau sesuatu peristiwa bersejarah:\n~ Tun Abdul Razak;\n~ P. Ramlee;\n~ Pengisytiharan Kemerdekaan; \n2.\n bahagian di dalam komputer yang menyimpan maklumat." "mempadang\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kelampadang, \nVaccinium malaccense." "mempan\n1.\n dapat dilukai (oleh senjata dan lain-lain), lut, boleh terbakar (oleh api):\nwalaupun beberapa kali ditikam, tetapi tiada juga ~; \n2.\n manjur, mujarab, mustajab (ubat);\n3.\n [kiasan] dapat menerima nasihat (ajaran dan lain-lain):\nMurad tidak ~ disindir." "mempari\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), jadar, \nMilettia hemsleyana;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Leguminosae, malapari, pari-pari, marabahai (Sabah), \nPongamia pinnata." "mempasir\nsejenis ikan laut, \nScolopsis spp." "mempat\nsejenis tumbuhan (pokok), derum, \nCratoxylon formosum." "mempaung\nsejenis tumbuhan (pokok), rambai hutan, \nBaccaurea lanceolata." "mempayang\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar lakum embun, iang-iang gajah, \nVitis furcata." "mempedal\n= hempedal I." "mempelai\npengantin;\n \n~ laki-laki\n pengantin laki-laki;\n \nnaik ~ \nmenjadi mempelai." "mempelam\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), mangga, \nMangifera indica;\n~ babi\n sejenis tumbuhan (pokok), \nParinarium oblongifolium." "mempelas\nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya digunakan sebagai pelicin),\na) \nTetracera scandens; \nb) \nTetracera indica; \nempelas\n." "mempelasari\n= \n~ hari \nsejenis tumbuhan (pokok), akar bagan, empelas (mempelas) hari, pulanari, \nAlyxia lucida; \npulasari\n." "mempelu\n~ tanah\n sejenis tumbuhan (pokok), lempedu tanah, sebongkoh bukit, \nNauclea junghuhnii." "mempenai\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kayu suarah, kelereh, \nHomonoia riparia; \ncempenai\n." "mempening\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), pening-pening, \nQuercus argentata; \n2.\n = \n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nQuercus curtisii; \n3.\n = \n~ bangka \nsejenis tumbuhan (pokok), berangan padi, \nQuercus spicata." "memper\n[Jawa] serupa dengan, menyerupai, mirip." "mempes\n[Kelantan] berpusing." "mempinis\nsejenis ikan laut, \nEngraulis spp." "mempipit\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPsychotria griffithii." "mempisang\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), merpadi, \nPolyalthia canangioides;\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), pisang-pisang hitam, \nOxymitra biglandulosa." "mempitis\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCratoxylon formosum." "mempoyan\n= empoyan II." "mempulur I\n~ rimba \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), bungkal, randa hutan, \nRandia anisophylla; \n= empulur II." "mempulur II\nisi atau bahagian yang lembut dalam batang tumbuh-tumbuhan jenis palma, seperti kelapa, pinang, dan lain-lain;\n= empulur I." "mempunai\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nXylopia caudata." "mempurung\n1.\n sejenis ikan laut, \nLycothrissa crocodilus; \n2.\n sejenis ikan laut, \nSetipinna taty." "memputeri\nsejenis tumbuhan (pokok), berenam, \nGlochidion sericeum." "memudah-mudahkan\nmenganggap atau memandang ringan;\nmempermudah\n menjadikan lebih mudah:\ntujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kira-mengira biasa;\n mudah-mudahan; \nbukan ~ \nbukan perkara (hal dan lain-lain) yang mudah;\nkemudahan\n1.\n perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya sesuatu);\n2.\n kesenangan, keselesaan:\npihak yang tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu untuk ~ rakyat; \n3.\n sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dan sebagainya):\npelbagai ~ disediakan untuk projek ini;\n~ awam \nperkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dan sebagainya;\npemudahan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) memudahkan;\npemudah\n (orang) yang suka kepada perkara yang senang-senang sahaja;\n \n~\n \ncara\n orang (pihak) yang memudahkan sesuatu tindakan atau proses (seperti pemindahan ilmu):\nsektor awam akan bertindak sebagai ~ cara kepada perkembangan sektor swasta." "memutah\nsejenis tumbuhan (pokok yang akarnya dibuat ubat), \nExcoecaria agallocha." "mena\nsemena-mena\n \ntidak ~\n (dengan) tidak ada sebab yang berpatutan, sewenang-wenang, tidak tentu fasal:\ndiceraikannya isteri itu dengan tidak ~." "menaga\nsejenis tumbuhan (pokok yang kulit dan daunnya boleh dibuat ubat), \nCalophyllum inophyllum." "menak I\nkemenakan\n anak saudara;\n= kemanakan\n." "menak II\norang yang terhormat (keturunan orang mulia), bangsawan." "menalu\n= bendalu" "menaluk\n[Kelantan] meraung, bertempik." "menampun\n[bahasa percakapan] minta ampun." "menang\n1.\n berjaya (dalam perlawanan, peperangan, dan lain-lain), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan:\nbarang siapa ~ dialah menjadi raja; \n2.\n keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dan lain-lain:\nberapa ~ orang itu berjudi? \n3.\n lulus (dalam peperiksaan), beroleh hadiah (dalam pertandingan, peraduan, dan lain-lain);\n4.\n tidak kalah (kurang) daripada, lebih daripada;\nalah ~ tak tahu, bersorak boleh \n(peribahasa) tidak masuk campur dalam perlawanan (perbantahan dan lain-lain);\n \nalah sabung (main), ~ sorak\n (peribahasa) biarpun kalah, cakap besar juga;\nmemenangi\n1.\n beroleh menang (dalam perlawanan dan lain-lain), berhasil atau berjaya mengalahkan:\nkanak-kanak yang lemah tidak akan berpeluang ~ permainan itu; \n2.\n mendapat kejayaan atau hadiah dalam pertandingan (peraduan dan lain-lain):\nnovel karangannya telah ~ Peraduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; \n3.\n [kiasan] mendapat, memperoleh, memiliki:\nBadrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu;\nmemenangkan\n1.\n menyebabkan (menjadikan) menang:\nbarang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah daripada segala musuhnya; \n2.\n menganggap satu pihak sahaja yang menang, memihak (menyebelah) kepada:\nmereka bertiga sahajalah yang selalunya ~ Masinah;\nkemenangan\n1.\n perihal menang:\nsatu keramaian yang besar telah diadakan di kota itu untuk merayakan ~ tersebut;\n~ percuma \nkemenangan yang diperoleh tanpa bertanding (kerana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dan lain-lain);\n2.\n kelebihan, keunggulan:\n~ moral;\npemenang\n orang (pihak dan lain-lain) yang menang." "menangin\nsejenis ikan laut, \nElops machnata." "menantu\nisteri atau suami kepada anak sendiri:\nMak Tijah keberatan untuk menerima Karim sebagai ~nya;\nbermenantu\n mempunyai menantu:\ntidak lama lagi dia akan ~ pula;\nbermenantukan\n mempunyai seseorang sebagai menantu, mengambil akan menantu:\n kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya." "menara\nbangunan atau bahagian bangunan yang tinggi untuk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (seperti masjid, gereja, dan lain-lain) yang dibina jauh lebih tinggi daripada bahagian induknya;\n~ api\n rumah api untuk panduan kapal;\n \n~ gading \na) keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dan sebagainya);\n b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti);\n \n~ kawalan \n bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang." "menarung\nsejenis tumbuhan (pokok renek), mendarung, \nTrema orientalis;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok), bebelak, kesumba bukit, \nTrichospermum kurzii\n." "menatu\ntukang dobi;\n= benatu\n." "mencak\n1.\n kepandaian menggunakan senjata untuk mempertahankan diri, pencak, silat;\n2. = bermencak\n bermain pencak, bersilat;\nmencak-mencak\n [bahasa percakapan] mengamuk, marah benar;\n= pencak\n." "mencaluk\n= cencaluk." "mencanegara\n= mancanegara" "mencelat\n[Jawa] terpelanting, terpental." "menceng\n[Jakarta] serong." "mencih-mencih\n[Selangor] tinggal sedikit, hampir habis." "mencil\n[bahasa percakapan] terasing, terpencil;\n= pencil\n." "mencing\npenuh tepu, tegang (urat, tali, dan lain-lain)." "mencit\n1.\n [Minangkabau] tikus;\n2\n. sejenis haiwan seperti tikus, tetapi lebih kecil;\n \n~ rumah, Mus musculus;\n~ buluh Chiropochymys gliroides;\n~ seekor penggada seratus \n(peribahasa) berhadapan dengan musuh yang banyak;\n \nbenci akan ~ rengkiang disunu\n (peribahasa) sebab takut akan bahaya yang kecil dibuang keuntungan yang besar;\nmancit\n." "menclok\n[Jakarta] hinggap, mencok." "mencok\n[Jawa] hinggap, bertenggek." "mencong\n[Jakarta] serong, tidak tepat." "mencrok\nmenclok\n." "mencupu\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), kecupu, \nGarcinia prainiana." "menda\n[bahasa percakapan] benda, apa benda." "mendak\n1.\n lumpur (pasir, habuk, dan lain-lain) yang tenggelam ke dasar sungai dan lain-lain, pepejal yang mendap ke bawah (dalam air dan lain-lain):\nsungai itu membawa ~ dengan banyaknya; \n2.\n turun ke bawah dan bertimbun di dasar (seperti pasir dan lain-lain), mendap:\nbutir-butir ini ~ berlapis-lapis; \nbatu ~ \nbatu yang terjadi daripada lapisan atau timbunan mendak;\nmemendakkan\n membiarkan memendap (dalam air dan lain-lain);\nmendakan\n pepejal yang tidak larut yang terhasil dalam sesuatu tindak balas kimia (yang berlangsung dalam larutan);\npemendakan\n proses menjadi mendak." "mendali\n= medali I." "mendalu\n= bendalu." "mendam\n[Jawa] mabuk;\n \n~ berahi \nlupa daratan (kerana bercinta)." "mendap\nturun ke bawah dan bertimbun di dasar, mendak;\nmendapan\n segala benda (seperti lumpur, pasir, dan lain-lain) yang mendap;\npemendapan\n proses dan sebagainya mendap;\n= endap\n." "mendapa\nbalai atau ruang (tempat bertemu dan lain-lain), pendapa." "mendapur\nsejenis tumbuhan (pokok), geronggang semut, \nOuratea crocea." "mendarah\n~ daun besar\n sejenis tumbuhan (pokok), acu, \nKnema hookeriana." "mendaruh\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Euphorbiaceae, medang asam, medang kelipat, rambai hutan, \nPtychopyxis spp\n." "mendarung\nsejenis tumbuhan, menarung;\n \n~ akar\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar kani, akar meranang, akar toko takal, ara lumut, gurah peria(t), pauh-pauh pasir, parengat keting, tuku-taka, \nCroton caudatum." "mendat\n[Kelantan] duduk dengan merapatkan kepala ke lantai." "mendeleka\nsejenis tumbuhan (pokok dan buah yang seperti sukun), \nArtocarpus rigida." "mendelevium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "mendelikai\ntembikai, semangka." "mendera I\nmanis ~ \nmanis dan bersopan-santun (perempuan), lemah-longlai." "mendera II\npohon beringin." "mendera III\n= bendera." "menderung\n~ darat \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nCyperus malaccensis." "mendiang\nyang telah meninggal (digunakan untuk orang bukan Islam):\n~ Tun Tan Cheng Loke ialah pengasas MCA." "mendikai\nsejenis tumbuhan, tembikai, semangka." "mending\n1. = mendingan\n lebih baik (perniagaan, penghasilan negeri, dan lain-lain), lumayan, agak baik (penyakit), mulai sembuh:\nkalau jadi ~ juga itu, setengah juta bersih buat kita; \n2.\n mujur, nasib baik, untung:\n~ dia tidak tergelincir; \n3.\n lebih elok kalau:\nmengapa beli rokok, ~ beli gado-gado?" "mendonan\n[Jakarta] orang yang datang dari negeri (tempat) lain, orang asing (dagang)." "mendong\n[Jawa] sejenis tumbuhan (rumpai yang batangnya boleh dibuat tikar), \nFimbristylis globulosa." "mendora I\n= menora\n." "mendora II\n[Kelantan] sejenis alat penangkap ikan (seperti tuar tetapi lebih kecil)." "mendreng\n[Indonesia-Belanda] menjual barang dengan bayaran beransur-ansur;\nmendrengan; \nbarang ~\n barang yang dibeli dengan bayaran beransur." "Mendriq\npenduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Negrito, yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan." "mendu\nsejenis sandiwara yang berasal dari Pontianak." "mendung I\n1.\n awan yang mengandungi hujan:\n~ di hulu tanda akan hujan, terang di langit tanda akan panas;\n2.\n redup (kerana dilindungi awan):\nhari ~; \n3.\n [kiasan] muram (air muka), suram:\n~ kelihatan air mukanya." "mendung II\nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok), \nElaecarpus parvifolius." "menejar\n[bahasa percakapan] orang yang mengurus sesuatu perusahaan (perniagaan dan lain-lain), pengurus." "menengar\n[sastera lama] mendengar." "menereluh\ntidur." "menerung\n= menderung\n." "mengabung\nsejenis tumbuhan, berambung, medang gambung, \nVeronica javanica." "mengah\ntermengah-mengah\n tercungap-cungap, terengah-engah." "mengaju\n[Kelantan] merajuk." "mengangah\n[Jawa] berbara, berapi-api." "mengap\n[Jawa] ternganga, terbuka (mulut);\nmengap-mengap\n tercungap-cungap;\nhungap\n." "mengapa\nsebab apa, apa fasal;\n= apa." "mengapur\n[Kelantan] mengigau." "mengelak\n[Kelantan] mengejar, memburu, menghambat." "mengelang\n[Kelantan] berselang(-seli)." "mengendeh\n[Perlis] berisi (penuh)." "mengenyeh\n[Perlis] bergurau." "mengerawan\nsejenis tumbuhan (pokok);\n= merawan II." "mengerib\n[bahasa percakapan] maghrib." "mengerna\n[sastera lama]\n1.\n berbagai-bagai warna, indah berseri;\n2.\n kekasih." "mengga\n[Jakarta];\nsemengga, semengga-mengga\n hanya itu sahaja, itulah sahaja;\n \ntidak ~\n tiada kurang satu apa pun." "menggading\n= \n~ besar \nsejenis tumbuhan (pokok), kayu hantu, \nMeliosma nitida." "menggala\n[sastera lama] mendatangkan kebaikan, berbahagia." "menggambung\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Compositae, medang lempung, medang gambung, tampung-tampung (Sabah), \nVernonia arborea\n." "menggerib\n[bahasa percakapan] maghrib." "mengguk\n[Kelantan] terkulai ke bawah (kepala)." "menggusta\n[arkaik] buah manggis." "mengi\n= mengih." "mengiang\n[Minangkabau] = \nular ~ \npelangi." "mengih\nsesak nafas, penyakit bengek." "mengirat\n[arkaik] mati, hilang;\nmairat\n." "mengkal I\n1.\n belum masak benar (buah-buahan), setengah masak:\ndia membeli setandan pisang ~; \n2.\n berasa keras dalam perut;\n3\n. [kiasan] marah (dalam hati):\nmukanya kelihatan ~ bagai bulan dilindungi awan;\n~ hati\n sakit hati, marah dalam hati, mendongkol:\nmendengar perkataan itu agak ~ hatiku rasanya;\nbermengkal; \n~ hati\n berasa kesal dalam hati, berasa marah dalam hati, mendongkol;\nmemengkalkan; \n~ hati \nmenyebabkan mengkal (mendongkol) dalam hati;\nkemengkalan\n perihal mengkal (dalam hati), kejengkelan, kesebalan." "mengkal II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), mempelu tanah, \nNauclea junghuhnii; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok),\na) mempayan, \nNauclea maingayi;\nb) empoyan, mempoyan, \nAnthocephalus cadamba." "mengkala\n[Kedah] apabila, apakala." "mengkali\n[bahasa percakapan] barangkali." "mengkam\n[Kedah] senak perut." "mengkapas\nsejenis tumbuhan (anggerik), akar penubal, akar telinah kerbau bukit, \nVanilla griffithii." "mengkar\n= mekar." "mengkara\nnama kumpulan bintang." "mengkaras\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAquilaria malaccensis." "mengkaring\nikan ~ \nsejenis ikan pelaga." "mengkarung\nbengkarung\n." "mengkawan\nbengkawan." "mengkel\nmengkal I." "mengkelan\ntermengkelan\n1.\n tersangkut atau tersekat di kerongkong (barang yang ditelan):\ndia ~ dan tersedak beberapa kali; \n2.\n [kiasan] berasa sebal hati." "mengkema\n[Perak] kamu semua." "mengkerang\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nUrceola brachysepala." "mengkerat, mengkeret\n[Jakarta] mengecut, menjadi kecil (pendek)." "mengkerung\nsejenis ikan laut, \nTheraponidae." "mengking\ncengking-~ \nmenjerit-jerit atau berteriak-teriak (kerana takut dan lain-lain)." "mengkirai\nsejenis tumbuhan (pokok), membatu merah, \nIlex cymosa;\n~ lalap \n= \n~ padi\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nTrema virgata." "mengkirik\n[Jawa] tegak bulu roma (kerana ketakutan dan lain-lain), seram." "mengkis\n= memengkis\n memanggil dengan maksud menentang, berteriak untuk mengejek dan lain-lain:\nmaka maralah Panglima Hassan itu sambil memengkis menyuruh rapat." "mengkoyan\nsejenis tumbuhan (pokok), empoyan, mempoyan, \nRhodamnia trinervia." "mengkuang\nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya boleh dibuat tikar dan lain-lain), bengkuang, pandan duri, \nPandanus atrocarpus;\n~ bunga \n= \n~ perah \nsejenis tumbuhan (pokok), pandan ikan, \nPandanus aurantiacus;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), pandan hutan, \nPandanus houlletii;\n~ laut \n= \n~ duri \nsejenis tumbuhan (pokok), \nPandanus tectorius;\n~ tikus \nsejenis tumbuhan (pokok), pandan tikus, pokok selangseng, sendayan masing, \nPandanus oratus." "mengkudu\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMorinda spp.;\n~ akar \n= \n~ hutan \n= \n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nMorinda umbellata;\n~ besar \n= \n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nMorinda citrifolia;\n~ hutan \n= \n~ kecil\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nMorinda elliptica;\n~ rimba \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nRennellia speciosa; \nseperti batang ~, dahulu buah daripada bunga \n(peribahasa) menganggap sudah menguasai atau memiliki sesuatu perkara atau barang yang belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh." "mengkula\nsejenis tumbuhan (pokok), bunga tanjung, \nMimusops elengi." "mengkulang\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Sterculiaceae, jambu keluang, melima, kambang (Sabah), melabu (Sarawak), \nHeritiera spp\n." "mengkundur\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Datiscaceae, \nTetrameles nudiflora\n." "mengok\nbengot, herot;\n= mengot\n." "mengot\n[Jawa] tidak lurus, herot, serong." "mengsol\nmengsong\n (mengsong) [Jakarta] herot, serong." "mengung\n= termengung\n termenung, bingung." "meni\nsejenis cat merah." "meniaga\n[Jakarta] berniaga." "menidih\nmendidih." "menikai\ntembikai\n." "menila I\nitik (bebek) ~ \nsejenis itik." "menila II\nsawo\n \n~ \nciku\n." "meninges\n(Biologi) tiga lapisan selaput yang membaluti otak dan saraf tunjang." "meningitis\n(Perubatan) radang pada selaput meninges akibat jangkitan." "meninjau\nsejenis tumbuhan, belinjau." "menir I\n[Jawa] beras yang pecah-pecah, melukut." "menir II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] tuan." "meniran\nsejenis tumbuhan (herba), \nPhyllanthus niruri; \n= kemeniran." "meniskus\n1.\n (Fizik) permukaan cecair (dalam bekas) yang kelihatan berkeluk (cembung atau cekung) akibat tindakan daya pada permukaannya;\n2.\n (Biologi) rawan berbentuk sabit yang terdapat di antara tulang-tulang pada sendi (khususnya sendi lutut)." "menjak\n[arkaik] mulai, sejak;\n= semenjak\n." "menjana\n[arkaik] sedang;\n= semenjana\n." "menjangan\n[Jawa] rusa." "menjarum\n~ merah\n sejenis tumbuhan (pokok), jejarum merah, \nIxora concinna." "menjelai\nenjelai\n." "menjelis\n[bahasa percakapan] cantik, molek;\n= majlis II\n." "menjulung\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nGomphostemma crinitum." "MENLU\nakronim bagi Menteri Luar." "menong\ngajah ~\na) sejenis binatang besar (dalam cerita-cerita);\n b) sejenis usungan untuk pengantin (berbentuk ikan)." "menopaus\n(Perubatan) peringkat waktu apabila wanita mengalami keadaan putus haid (biasanya dalam lingkungan umur 50)." "menora\nsejenis sandiwara Siam." "menoragia\n(Perubatan) perdarahan yang terlalu banyak semasa haid." "menorea\n(Perubatan) perdarahan biasa semasa haid." "mens rea\n(Undang-undang) niat untuk melakukan jenayah, pengetahuan bahawa sesuatu perbuatan yang akan dilakukan itu salah:\nberhubung dengan persoalan ~, peguam berhujah bahawa pendakwa perlu membuktikan tertuduh mempunyai ~ ketika melakukan kesalahan itu." "mensiang\nsejenis tumbuhan (rumpai), \nCyperus procerus." "mensirah\nsejenis tumbuhan (pokok), \nIlex cymosa; \n= mesirah" "mensiu\n= mesiu." "menstruasi\n(Perubatan) keluarnya darah daripada rahim wanita yang tidak hamil (tetapi masih subur untuk beranak), biasanya sekali sebulan, datang haid (datang bulan)." "menta\n= meta I\n." "mentabung\nsejenis tumbuhan (rumput), rumput janggut (tongkat) ali, \nPanicum sarmentosum." "mentadak\nsejenis serangga, \nTenodera aridifolia." "mentadu\n= sentadu." "mentah\n1.\n belum masak (buah-buahan dan lain-lain), masih muda;\n2.\n tidak masak betul (barang yang dimasak):\nnasi yang dimasaknya ~; \n3.\n belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak:\nrojak biasanya dibuat daripada sayur-sayuran ~; \n4.\n belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dan lain-lain);\n5.\n belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dan lain-lain), belum diproses (untuk dijadikan barang yang lebih sempurna dan sebagainya):\nekonomi negeri kita bergantung pada pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; \neksport petroleum ~ juga meningkat 1%; \n6.\n belum sempurna (akal, fikiran, dan lain-lain), masih belum dewasa atau matang:\nanak-anak muda yang masih ~ ini akan terkorban oleh adat masyarakat;\nmentah-mentah\n1.\n tidak dimasak atau direbus (barang-barang makanan dan lain-lain):\nkebanyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; \n2.\n tidak dengan berhasrat apa-apa, dengan begitu sahaja, bulat-bulat:\nTijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yang berkedudukan baik;\nkementahan\n perihal mentah." "mentak\n[Jakarta] barangkali, boleh jadi, mungkin." "mental\n1.\n berkaitan dengan atau melibatkan akal, pemikiran, atau proses intelektual;\n2.\n [bahasa percakapan] tidak siuman, sakit otak, gila." "mental I\n[Jakarta]\n1.\n terpelanting, terpental;\n2.\n tidak lut (oleh senjata, peluru, dan lain-lain), kebal;\npental\n." "mental II\n(Sunda);\n \ntak ~ \ntidak ada gunanya, tidak mujarab (ubat dan lain-lain)." "mentaliti\n1.\n keadaan atau kualiti kebolehan akal;\n2.\n cara berfikir;\nbermentaliti\n mempunyai mentaliti (daya fikir):\nmanusia ~ rendah." "mentalun\n= \n~ batu\n sejenis tumbuhan (pokok), batalong, \nTerminalia pyrifolia." "mentang, mentang-mentang, sementang, sementang-mentang, sementangkan\n(hanya) kerana \u2026 maka \u2026, senyampang:\n\n\n~ kita kuli begini, dia hendak berbuat sebarang sahaja." "mentangur\nbentangur\n." "mentara\nsementara\n." "mentari\n(Kesusasteraan) matahari:\nsenyuman dan gelak tawamu ibarat ~ yang sentiasa menyinari hidup kami;\n~ kian condong ke ufuknya." "mentaruh\nsejenis tumbuhan (pokok), \nExcoecaria agallocha." "mentas\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar kekau, akar pesat bedak, akar sepakan, akar sesudu, jeluta jantan, kuku bening, \nSchefflera subulata." "mentaus\nakar ~ \nsejenis tumbuhan, mentoh, meteh-meteh, \nWrightia javanica; \nbentaus\n." "mentega I\npepejal lemak berwarna kuning pucat yang diperbuat daripada krim, boleh dimakan dengan roti, digunakan dalam masakan, dan sebagainya;\nmementegai\n1.\n menyapu mentega (ke atas roti dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] memberi yang elok-elok (untuk mengambil hati dan lain-lain)." "mentega II\nbuah ~\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), buah saklat, \nDiospyros discolor." "mentelah\nsementelah\n." "menteng\nsejenis tumbuhan (pokok), buah kepundung, \nBaccaurea racemosa." "mentereng\n1.\n pakaian seragam (seperti yang dipakai oleh tentera dan lain-lain), uniform;\n2.\n cantik, elok, bagus:\nkeretanya diganti dengan yang lebih ~ ;\nkementerengan\n perihal mentereng, keelokan, kebagusan." "menteri\n1.\n ahli politik daripada parti pemerintah yang mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet;\n \nM~ Besar\n ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yang beraja di Malaysia;\n \nKetua M~ \nketua kerajaan bagi sesebuah negeri yang tidak beraja di Malaysia;\n \nPerdana M~ \nketua jemaah menteri, ketua kabinet;\n2.\n [sastera lama] pegawai tinggi (seperti penasihat raja dan lain-lain):\nmaka ialah raja yang mula-mula memperbuat bendahara yang memerintah segala ~ yang di bawah takhta kerajaannya; \n3. = mantri\n [Indonesia] pangkat atau jawatan tertentu;\n \n~ cacar \ntukang cungkil;\n \n~ ukur\n juruukur;\n4.\n nama buah catur (yang besar nilainya);\n~ dalam negeri\n menteri yang mengurus hal-hal dalam negeri;\n \n~ luar negeri \nmenteri yang mengurus perhubungan dengan negeri-negeri asing;\n \n~ muda \ntimbalan menteri;\n \n~ negara \n[Indonesia] menteri yang tidak memegang kementerian tetapi diberi tugas yang penting;\nkementerian\n1.\n jabatan kerajaan yang diketuai oleh menteri:\nK~ Pendidikan; \n2.\n bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri;\n3.\n jawatan menteri." "mentibang\nsejenis lipan, sepah bulan." "mentigi\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nPemphis acidula." "mentika\n[Minangkabau] [arkaik] mastika." "mentilau\nsejenis burung." "mentimah\nsejenis ikan laut, \nTrichiurus savala." "mentimun I\nsejenis tumbuhan (pokok menjalar dan buahnya), \nCucumis sativus;\n~ dendang\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang tiga, cabang tiga, timun dendang lunjung, \nTrichosanthes celebica;\n \nseperti ~ dengan durian \n(peribahasa) perlawanan yang tidak berpadanan (seperti orang yang lemah atau bodoh berlawan dengan orang yang berani atau pintar dan lain-lain);\n= timun." "mentimun II\n1.\n sejenis ikan laut,\na) \nLutjanus decussatus;\nb) \nLutjanus vitta;\n2.\n sejenis ikan laut, \nScolopsis bilineatus; \n= timun-timun." "mentiung\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), darah belut." "mentok\n[Jakarta] terhantuk pada." "mentol I\n= \n~ lampu\n bebola daripada kaca yang di dalamnya terdapat filamen logam yang mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik melaluinya;\n \n~ tungsten \nmentol yang filamennya dibuat daripada tungsten." "mentol II\n II\n (Kimia) sejenis alkohol yang berbau cirian, berangin, dan digunakan untuk membuat ubat-ubatan (terdapat dalam minyak pati seperti permen, kapur barus, dan lain-lain)." "mentong\n[Jawa] makan nasi pada waktu petang (selepas makan tengah hari)." "mentor\npembimbing atau penasihat (yang arif dan berpengalaman) kepada seseorang." "mentora\n[arkaik] \nbalai ~ \nsejenis balai di istana (tempat tetamu dan lain-lain)." "mentua I\nibu bapa, ibu atau bapa kepada isteri atau suami;\n \n~-taya\n saudara kepada mentua;\nbermentuakan\n mempunyai atau menerima seseorang sebagai mentua:\ndia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yang warak." "mentua II\n~ pelanduk\n sejenis burung, pipit batu, \nMotacilla cinerea." "mentulang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar), \nZizyphus kunstleri; \n2\n. sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Alangiaceae, telur buaya, kondolon (Sabah), \nAlangium spp\n." "menu\n1.\n senarai masakan yang disajikan pada sesuatu hidangan atau yang boleh dipesan di restoran dan sebagainya;\n 2\n. (Komputer) butiran dalam sesuatu atur cara komputer yang boleh dipilih (oleh pengguna) untuk melaksanakan tindakan yang dinyatakan." "menuan\n[Kelantan] bertukang (biasanya emas atau perak)." "menung\nbermenung, bermenung-menung\n berfikir panjang, memikir dalam-dalam, tafakur:\nbelum sempurna fikir kekanda dalam hal itu agaknya, bawalah dahulu ~;\nmemenungkan\n memikirkan dalam-dalam:\nibu yang kehilangan suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya;\ntermenung, termenung-menung\n dalam keadaan bermenung:\nsejenak ia ~ memikirkan sesuatu;\n menungan, kemenungan\n tafakur, renungan;\npermenungan\n perbuatan bermenung:\nbilakah gerangan akan habis ~mu wahai orang muda?\npemenung\n orang yang suka bermenung." "menunggal\n[Kelantan] satu sen satu (harga benda), satu duit satu." "menyakut\n[Kelantan]\n1.\n sesuai, padan;\n2.\n seronok atau sedap (dirasa, dipandang, dan lain-lain)." "menyal\n[Terengganu] tidak masak, mentah." "menyam\n[Perlis] gatal (yang menjadi-jadi)." "menyampang\n[arkaik]\nsenyampang\n." "menyan\n= kemenyan\n." "menyapung\n[Kelantan] mengeluarkan kata-kata keji, mencarut." "menyawak\n[Jawa] biawak." "menyokok\n[Kelantan] menyorok, menyusup." "menyolok\n~ mata \nnyata kelihatan, tampak benar;\n= colok II\n." "meong\n[Jakarta]\n1.\n bunyi kucing;\n2.\n kucing;\n \nmemegang buntut ~\n [bahasa percakapan] tidak mendapat apa-apa." "meor\nmir." "mepeh\n[Kelantan] keadaan orang atau binatang yang hampir rebah kerana pening." "meper\npeper\n." "mepet\n[Jakarta] terhimpit." "mer\n[Kelantan] menghisap susu ibu (oleh kanak-kanak kecil)." "mera\n[kata seru] masakan atau makanan separuh masak." "meracun\n[Perak] tidak ada, tiada." "meraga\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Rubiaceae, berombong, kurau, mengkeniab (Sabah), \nPertusadina spp\n. dan \nMetadina spp\n." "meragi\nsejenis burung, \nRostratula benghalensis." "merah I\n[sastera lama]\n1.\n gelaran untuk raja-raja kecil (penghulu);\n2.\n (Padang) gelaran untuk anak sutan dengan perempuan biasa atau anak puteri dengan laki-laki biasa, marah." "merah II\nwarna seperti warna darah;\n \n~-~ bahasa\n agak merah;\n \n~ darah \nmerah seperti darah;\n \n~ jambu \n= \n~ muda \nmerah keputih-putihan;\n \n~ kesumba \nmerah tua;\n \n~ lembayung \nmerah bercampur ungu;\n \n~ marak\n = \n~ menjahang \n= \n~ menyala \n= \n~ merang \n= \n~ murup \nsangat merah;\n \n~ muka \nkemalu-maluan;\n \n~ padam\n merah seperti bunga teratai (warna muka ketika marah);\n \n~ pijar \nsangat panas sehingga membara (logam dan lain-lain);\n \n~ pulasan \nmerah seperti kulit buah pulasan masak;\n \n~ saga \nwarna merah seperti biji saga;\n \n~ telinga\n marah;\n \n~ telur \nbahagian dalam telur yang berwarna merah kekuning-kuningan;\n \n~ tua \nmerah kehitam-hitaman;\n \ndi luar ~, di dalam pahit \n(peribahasa) janganlah percaya akan perkataan yang manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yang busuk;\nbermerah\n \n~ muka \nki bertengkar (berhujah dan lain-lain) seperti akan berkelahi;\nmemerah\n menjadi merah:\npanas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~;\nmemerahi\n membubuh warna merah pada, mewarnai merah:\npipinya dimerahi dengan gincu, pinggangnya diikat ramping-ramping;\nmemerahkan\n menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah;\n \n~ muka\n menjadikan muka merah (menyebabkan marah);\nkemerahan\n keadaan merah;\nkemerah-merahan\n berwarna agak merah, seakan-akan merah:\nlapisan yang ~;\npemerah\n sesuatu (bahan dan lain-lain) yang menjadikan sesuatu lain berwarna merah;\n \n~ pipi \nbahan solek untuk memerahkan pipi." "merah III\nsejenis ikan laut;\n~ bambangan \n= \n~ pucat \nsejenis ikan laut, \nLutjanus sanguineus;\n~ boreng \n= \n~ coreng \nsejenis ikan laut, \nLutjanus sebae;\n~ cina \na) sejenis ikan laut, \nCaesio pinjalu; \nb) sejenis ikan laut, \nCaesio erythropterus;\n~ mata hitam \nsejenis ikan laut, \nLutjanus malabaricus;\n~ suman \nsejenis ikan laut, \nPinjalo spp." "merajah\n~ satah \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nSauropus parvifolius." "merajalela\n1.\n berbuat sekehendak hati;\n2.\n menjangkit (penyakit);\n= maharajalela\n." "merak I\nsejenis burung besar, yang jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya seperti bentuk kipas apabila mengembang, \nPavo muticus;\n~ biru, Pavo cristatus;\n~ pongsu \nsejenis burung kuang cermin, kuang pongsu, \nPolyplectron malacense." "merak II\n= \nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok dan bunganya berwarna merah dan kuning), \nCaesalpinia pulcherrima; \nbunga ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, \nIxora pendula." "merak III\n~ hati \n[Jawa] manis lagi peramah." "merakah\n[Selangor] bohong, tidak benar." "merakan\nsejenis tumbuhan (rumpai), \nAndropogon amboinicus." "meram\nmasa sesuatu penyakit hendak menjadi." "merambai\nsejenis tumbuhan (pokok)." "merambung\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), ambung-ambung, \nScaevola frutescens;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), medang gambung, \nVernonia arborea;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), \nClerodendron deflexum." "meramung\nsejenis tumbuhan (pokok), geronggong semut, \nOuratea crocea." "merana\n1.\n menderita penyakit yang lama:\nsakit ~; \n2.\n sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus:\nbadan ~ kerana dia;\n3.\n sentiasa menanggung susah (sedih dan lain-lain):\nhati ~; \nhidupnya ~ akibat penyakit itu." "meranang\najar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), guruh peria, \nCroton caudatum." "merang I\nmerah ~\n merah sungguh." "merang II\n[Jawa] tangkai padi yang sudah kering." "merangsi\nsejenis tumbuhan (pokok), sisik penyu, sisik puyuh, \nCarallia suffruticosa." "merangu\n[sastera lama] sejenis alat bunyi-bunyian (yang ditiup)." "meranti\nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea albida;\n~ baka = ~ paya = ~ tenggelam \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, seraya buaya hantu (Sabah), \nShorea uliginosa;\n~ kepung \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea ovalis;\n~ kuning \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya kuning (Sabah),\na) \nShorea faguetiana; \nb) \nShorea resinanigra;\n~ langgung \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea lepidota;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea spp;\n~ merah tua \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), \nShorea spp.;\n \n~ paang \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea bracteolata;\n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea hypochra;\n~ sabut \nsejenis tumbuhan (pokok), keruing sudi, \nVatica perakensis;\n~ sarang punai \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea parvifolia;\n~ temak \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea hypochra;\n~ tembaga \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea leprosula." "merapit\nsejenis tumbuhan, (pokok), cengah, \nPyangeum lanceolatum." "merarau\n[kata seru] makan tengah hari." "merasi\n[Minangkabau] = \nmerarasi\n gugur daun semuanya (pohon)." "merat\n[Jakarta] hilang, lenyap, melarikan diri;\n= mairat\n." "merawal\nbendera kecil-kecil panjang, panji-panji;\n~ memulang bukit, cerana menengah kota \n(peribahasa) sudah jelas sekali seseorang hendak mengemukakan sesuatu permohonan;\n \nkita di pangkal ~ , dia di hujung ~ \n(peribahasa) [Minangkabau] tanggungan kita lebih berat daripada tanggungannya." "merawan I\n= awan\n." "merawan II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nHopea spp.;\n~ jangkang\n sejenis tumbuhan (pokok), \nHopea nervosa;\n~ meranti \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHopea sulcata;\n~ siput \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHopea sangal;\n~ siput jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHopea odorata;" "merbah\nsejenis burung, \nLanius cristatus;\n~ abu, Hypsipetes flavala;\n~ berjanggut = ~ beringin \nsejenis burung, \nCriniger ochraceus;\n~ bersisik \nsejenis burung, \nPycnonotus squamatus;\n~ bidan \nsejenis burung, \nTrachycomus ochrocephalus;\n~ ekor gading\n sejenis burung, \nTersiphone paradisi affinis;\n~ gila \nsejenis burung, murai gila, merbuk gila, \nRhipidura javanica;\n~ gila gunung \nsejenis burung, \nRhipidura albicollis;\n~ jambul \nsejenis burung, \nSpizixos canifrons;\n~ kapur \nsejenis burung, \nPycnonotus goiavier;\n~ kelabu \nsejenis burung, \nPycnonotus cyaniventris ;\n~ kunyit = ~ luris leher \nsejenis burung, \nPycnonotus finlaysoni;\n~ kunyit jambul hitam = ~ jambul hitam \nsejenis burung, \nPycnonotus melanicterus;\n~ rimba \na) sejenis burung, \nTephrodornis gularis; \nb) sejenis burung, \nMalacopteron magnirostre;\n~ sampah \nsejenis burung, \nCriniger bres;\n~ sampah kuning \nsejenis burung, kelicap belukar, \nMacronus gularis;\n~ tanduk \nsejenis burung, \nPycnonotus melanoleucos;\n~ telinga merah \nsejenis burung, burung cerlah, \nPycnonotus jocosus." "merbahaya\n= marabahaya\n." "merbak\n= semerbak\n." "merbang\n[Johor] menggerbang (rambut yang ditiup angin dan lain-lain)." "merbatu\n= \n~ layang \nsejenis tumbuhan (pokok), sauh hutan, songkok rimau, \nParinarium corymbosum;\n~ kecil \nsejenis tumbuhan, cendarah padi;\n \n~ pasir \nsejenis tumbuhan, medang peni." "merbau\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Leguminosae, merbau ipil, ipil laut (Sabah), \nIntsia spp\n.;\n~ kera \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Leguminosae, babi kurus, jering tupai, angar-angar (Sabah), \nCrudia spp\n.;\n \n~ lalat \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Leguminosae, \nSympetalandra borneensis\n." "merbuk\nsejenis burung;\n~ aman \nsejenis burung, \nGeopelia striata;\n~ balam \nsejenis burung, ketitir, tekukur jerum, \nStreptopelia chinensis;\n~ gila \nsejenis burung, merbah gila, \nRhipidura javanica." "merbulan\nsejenis tumbuhan (pokok), \nEndospermum malaccense." "merbuluh\n~ merah \nsejenis tumbuhan, (pokok), selimbar, selumar, \nJackia ornata." "merbung\n~ jantan \nsejenis tumbuhan, geretak." "merca\npengsan;\n= murca\n." "mercak\n~-mercik \nark memercik-mercik." "mercik\nmemercik\n \n= percik\n." "mercon\n[Indonesia] mercun." "mercu\n1.\n bahagian yang tertinggi, puncak;\n \n~ gunung \npuncak gunung;\n2.\n bangunan atau bahagian bangunan yang tinggi (pada masjid dan lain-lain), menara;\n \n~ api\n = \n~ suar\n rumah api:\napi lampu ~ suar telah terkelip-kelip di Pulau Pandan;\n~ tanda \nsesuatu objek yang mudah dicam (seperti bangunan, pokok, dan lain-lain) sebagai panduan menentukan lokasi sesuatu tempat." "mercun\nsejenis bunga api yang meletup apabila dibakar, petasan;\n \n~ buluh senapang bambu, kepada saya jangan dituju\n (peribahasa) janganlah saya digertak dengan barang sesuatu yang kosong." "mercup\n[bahasa percakapan] merecup;\n= recup\n." "merdangga\nsejenis gendang panjang." "merdeheka\n\u2013> merdeka\n." "merdeka\nbebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan, dan lain-lain), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain:\nMalaysia ialah sebuah negara yang ~ dan berdaulat; \nbesok ia jadi seorang awam yang ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yang dikongkong oleh undang-undang dan disiplin;\n~ ayam \nbebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati);\n \nakhbar ~\n akhbar yang tidak terikat pada mana-mana parti politik;\nmemerdekakan\n memberi kebebasan melepaskan daripada penjajahan (kurungan dan lain-lain), membebaskan:\nIndia telah dimerdekakan pada bulan Ogos 1947; \nbagaimana dia boleh ~ dirinya daripada kapitalis-kapitalis kecil itu?\nkemerdekaan\n perihal merdeka (bebas), kebebasan:\nkita telah berjaya mencapai ~ pada 31 Ogos 1957;\n pemerdekaan\n perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) memerdekakan, pembebasan;\npemerdeka\n orang dan lain-lain yang membebaskan daripada penjajahan (kurungan dan lain-lain)." "merdesa\nsopan (lagi beradab), layak." "merdu\nenak atau sedap didengar (suara, nyanyian, dan lain-lain):\nmaka sangatlah ~ bunyi suara anakanda sekaliannya itu;\nkemerduan\n perihal merdu (suara dan lain-lain):\nada orang yang sedang menikmati ~ suaranya." "merduk\n[arkaik] harta benda atau barang-barang yang tidak berharga." "merebab\n(Seni Muzik) sejenis alat bunyi-bunyian bertali satu yang digesek, biasanya terdapat dalam masyarakat Iban di Sarawak." "merecik\nmemerecik\n \n= percik\n." "mereka\n= \n~ itu \nkata ganti diri ketiga (untuk bilangan yang banyak), orang-orang itu." "merekah\n= rekah\n." "merela\n[Kedah] gatal (perempuan), biang." "merelang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kebayang, \nIrvingia malayana;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), bayam jantan, \nPterispermum diversifolium;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), resak hitam, \nVatica maingayi." "merelit\n[Kedah] berkilat-kilat (pakaian dan lain-lain)." "merelop\n[Kedah] waktu hampir akan malam, senja." "merem\n[Jawa] menutup mata;\nmemeremkan\n \n~ mata\n memejamkan mata." "meres\n[Jakarta] paras, permukaan (batang yang ditakar)." "mergastua\n[sastera lama] binatang-binatang di hutan." "mergat\nenau, kabung." "merguk\nberguk\n." "mergul\nsejenis binatang seperti berang-berang." "meriah\n1.\n riang gembira, suka ria:\nmereka merayakan kemenangan itu dengan sangat ~; \nsuasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; \n2.\n besar-besaran, ramai:\npesta main pantai tahun ini lebih ~ daripada tahun-tahun lalu; \n3.\n dengan rasmi, dengan upacara (kebesaran, kemuliaan, dan lain-lain):\nmereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dengan ~ dan penuh perasaan;\nmemeriahkan\n menjadikan meriah, menggembirakan, meramaikan, dan lain-lain:\npesta itu dimeriahkan dengan tarian dan nyanyian daripada berbagai-bagai bangsa;\nkemeriahan\n keriaan, kegembiraan, keramaian:\nhari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dengan penuh kemesraan dan ~." "meriam\nsejenis senjata api yang lebih besar daripada senapang;\n~ buluh \na) meriam yang larasnya panjang dan bulat;\n b) meriam mainan yang dibuat daripada buluh (dibubuhi karbida);\n \n~ katak \nmeriam yang kecil lagi pendek larasnya;\n \n~ penangkis (kapal terbang)\n meriam untuk menentang serangan kapal terbang." "merian\n= meroyan I." "meriang I\nberasa agak demam." "meriang II\nsejenis biawak, biawak air, \nVaranus salvator." "merica\nlada putih." "meridap\n[Sabah] tidur atau lelap sekejap:\ndia jarang makan tengah hari kerana waktu itu digunakan untuk ~." "meridian\n(Geografi) garis khayalan yang merupakan bulatan yang membelah bumi dari kutub utara ke kutub selatan." "merih\nkerongkong, tenggorok, pembuluh nafas." "merik\nsejenis burung hantu." "merimin\n[Kedah] bersinar-sinar, berkilat." "mering\nkurus ~\n sangat kurus, kurus kering." "meringgai\nsejenis tumbuhan, lemunggai." "meringin\n[Kedah] bau wangi." "meringis\n[Jawa] menggerenyotkan bibir (muka dan lain-lain) untuk menunjukkan marah dan lain-lain, menyeringai." "merinin\n[Kedah] cantik (daripada kebiasaannya)." "merinyu\n1.\n [sastera lama] polis tentera;\n2.\n = \n~ polis \nnama pangkat (dalam pasukan polis) yang lebih rendah daripada penguasa polis, inspektor;\n3.\n orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya tertentu dipatuhi, pemeriksa, inspektor;\n \n~ makanan \npemeriksa makanan." "meristem\n(Biologi) tisu tumbuhan yang aktif membahagi dan terdapat pada bahagian pertumbuhan aktif seperti hujung akar, pucuk, dan kambium." "merit\nsifat, kualiti, perbuatan, dan sebagainya yang patut layak mendapat kepujian atau penghargaan:\npenekanan yang lebih diberi kepada ~ individu; \nmeyakinkan orang ramai terhadap ~ sesuatu program." "meritam\n[Brunei] sejenis buah yang rupanya seperti rambutan." "meritokrasi\nsistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya (bukan kerana keturunan atau kekayaan):\norganisasi yang mengamalkan ~." "merjagung\nbunga ~\n sejenis tumbuhan, jenjagung." "merjan\nsejenis manik (daripada batu karang merah) untuk dibuat kalung atau dokoh dan lain-lain." "merk\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n cap perniagaan, nama perusahaan dan lain-lain;\n2.\n ki, [bahasa percakapan] nilai, mutu;\n \njatuh (turun) ~ \na) mendapat nama yang kurang baik;\n b) tidak gagah (megah) lagi;\nbermerk\n bertanda, bercap, dan lain-lain:\nsemua barang keluaran wajib ~ ." "merkah\n= rekah\n." "merkosa\ndengan paksa, (memiliki dan lain-lain) dengan kekerasan, menggagahi;\n= perkosa\n." "merkubang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMezzetia herveyana." "merkuri\n(Kimia) sejenis unsur logam berwarna perak, berbentuk cair, dan biasanya digunakan untuk membuat amalgam, katod, dan lain-lain, raksa." "merlilin\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok);\n2.\n sejenis burung." "merlimau\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), limau-limau, \nGelonium glomerulatum; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), limau-limau, \nPhyllochlamys wallichii;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), pokok telur belangkas hutan, keranji bulan, \nAglaia odoratissima; \n4.\n sejenis tumbuhan (pokok), limau hantu, \nAtalantia spinosa." "merlip\n[Perlis] bersinar, berkilat." "merombong\nsejenis tumbuhan, berombong." "merosot\n1.\n tergelincir turun (kerana licin dan lain-lain);\n2.\n turun (harga, mutu, dan lain-lain), jatuh, berkurang (perniagaan dan lain-lain):\nkerana aku begitu terikat dalam soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali;\n memerosotkan\n menyebabkan merosot (berkenaan (dengan) harga, prestasi dan sebagainya), memundurkan:\nfaktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dalam pasaran saham;\nkemerosotan\n perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dan lain-lain), kejatuhan, kemunduran:\napabila berlaku ~ dalam bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya." "meroyan I\ngangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dan lain-lain." "meroyan II\nsejenis tumbuhan (pokok), kelat tanduk, jarum hutan, \nIxora spp.;\n~ batu \nsejenis tumbuhan, banton, \nVitex coriacea;\n~ punai tanah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAcrotrema costatum; \nakar ~ jantan \n= \nakar ~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar berbuah, \nDissochaeta celebica; \nakar ~ sambang \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar ketam." "merpadi\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), mempisang, \nPolyalthia canangioides." "merpati\nsejenis burung, burung dara, \nColumba domestica;\n~ mas \nsejenis burung, \nCaloenas nicobarica;\n~ mahkota, Goura cristata;~ dua sejoli \nki sepasang orang yang sedang berkasih-kasihan;\n \njinak-jinak ~\n [kiasan] perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak." "merpaud\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] jamak, lebih daripada satu, berbilang;\n \nbelum ada ~nya \nki belum beristeri (bersuami)." "merpauh\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Anacardiaceae, periang, rengas (Sabah), pituh (Sarawak), \nSwintonia spp." "merpelai\n[Minangkabau] pengantin laki-laki;\n= mempelai\n." "merpisang\nmempisang\n." "merpitis\nmempitis\n." "merpoi\nsejenis tumbuhan (pokok), gandang, \nCarallia brachiata." "merpuing\nmerpoi." "mersawa\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri, terbak, pengiran (Sabah), \nAnisoptera spp." "mersik\n1.\n kuat lagi nyaring (suara, bunyi, dan lain-lain), lantang:\njeritan ~ itu sudah tidak kedengaran lagi; \n2.\n kering benar, tidak berair (sambal dan lain-lain), garing (gorengan):\nbibirnya kering ~;\n3.\n = \nkurus\n \n~ \nsangat kurus, kurus kering:\nakan Sang Sura kecil tubuhnya, rencang ~." "mersinga\nsejenis tumbuhan (pokok), gandang, \nCarallia brachiata." "mersuji\n1.\n sejenis ikan laut,\na) \nMakaira herscheli; \nb) \nMakaira indica; \nc) \nMakaira mazara;\n2.\n sejenis ikan laut, \nXiphias gladius." "mertajam\nsejenis tumbuhan (pokok besar), kelayu, \nErioglossum rubiginosum." "mertamu\n[Jakarta] pergi berjamu." "mertas\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Linaceae, besi-besi (Sabah), lituh (Sarawak), \nCtenolophon parvifolius." "merton\n[Kedah] martil, tukul besi." "mertua\n[Jakarta] mentua." "merubi\nbentuk hulu keris yang seperti ubi." "merudum\n[Perlis] berlari beramai-ramai." "meruik\n[Perlis] bergerak." "merunggai\nlemunggai." "merus\n[Johor];\ntanah ~ \ntanah runtuh." "mes\ntempat para pegawai tentera beristirahat, makan, minum dan sebagainya:\npertemuan itu berlangsung di ~ pegawai pada petang semalam." "mesabah\n[Johor] munasabah." "mesan\nbatu pada kubur (sebagai tanda);\n= nisan\n." "mesara\nbelanja, gaji;\n= sara I\n." "Mesdaq\nakronim bagi \nMalaysian Exchange of Securities Dealing and Automated Quotation \n(Bursa Urus Niaga Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia). \nmesej\n (msj)\n1.\n pesanan (berita, kata-kata singkat) yang hendak disampaikan kepada seseorang dan sebagainya:\nDon Norton mengingati ~ telefon yang telah diterimanya daripada pengurus itu; \n2.\n sesuatu (gagasan, pengajaran, dan lain-lain) yang hendak disampaikan dalam sesuatu karya sastera dan lain-lain:\n~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh nilai-nilai yang mulia; \ndalam kelucuan pemerihalan ini jelas kepada kita ~ disebaliknya;\n bermesejkan\n mempunyai atau mengandungi sesuatu sebagai mesej:\nrakaman album-album yang ~ cinta dan kemanusiaan; \nmemperbanyak iklan yang ~ patriotisme." "mesekam\nsejenis tumbuhan (pokok), cenarahan." "mesem\n[Jawa] tersenyum." "mesenteri\n(Biologi) selaput yang membebat usus kecil dan menghubungkannya ke dinding perut." "mesepat\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMacaranga denticulata." "mesetar\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), manggis, \nGarcinia mangostana." "mesigit\n[Jawa] masjid." "mesikur\nsejenis ikan laut, \nDiagramma spp." "mesin\nalat atau perkakas yang menggunakan kuasa, seperti elektrik dan enjin, untuk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat;\n~ bicara \n= \n~ nyanyi\n= \n~ ngomong \n[Indonesia] peti nyanyi;\n \n~ cetak \nmesin untuk mencetak (buku dan lain-lain);\n \n~ faks \nmesin untuk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dan sebagainya\n;\n~ frangki \nalat untuk mengecap tanda setem pada surat, bungkusan dan sebagainya yang menandakan bayaran pos telah dijelaskan;\n \n~ gerudi \nmesin untuk mengorek lubang;\n \n~ getah\n alat untuk mengepingkan getah yang telah ditakung;\n \n~ jahit\n mesin untuk menjahit (pakaian dan lain-lain);\n \n~ jahit kaki\n mesin jahit yang dijalankan dengan kaki;\n \n~ juruwang automatik \nmesin atau alat yang membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank dan sebagainya) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank);\n \n~ kira \n= \n~ hitung \nmesin untuk menghitung;\n \n~ kisaran padi \nmesin untuk mengisar padi;\n \n~ perakam waktu \nmesin yang merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas;\n \n~ sinar-X \nmesin yang memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (seperti bahagian dalam tubuh, bagasi dan sebagainya);\n \n~ slot \nmesin untuk berjudi dengan memasukkan duit (syiling) ke dalamnya;\n \n~ stensil \nalat yang digunakan untuk mencetak salinan bertaip atau bertulis daripada stensil;\n \n~ taip \n= \n~ ketik\n [Indonesia] = \n~ tulis \nmesin untuk menulis;\n \n~ tayang wayang gambar\n alat untuk menayangkan filem;\n \n~ tempel \n[Indonesia] mesin (enjin) motor sangkut;\n \n~ terbang\n [Indonesia] kapal terbang;\nbermesin\n dipotong dan sebagainya dengan menggunakan mesin:\nrumput yang sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~;\nmemesin\n mengerjakan sesuatu dengan mesin:\nwaktu Agus pulang dari ~ getah, tidak ada kuih yang terhidang;\npemesinan\n perihal memesin." "mesingan\nsejenis senjata api yang dapat melepaskan tembakan banyak peluru secara berturut-turut dengan amat pantas." "mesiput\nsejenis tumbuhan (pokok), campa biru, \nCanarium kadondon." "mesirah\nsejenis tumbuhan (pokok), \nIlex cymosa;" "mesirah II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nIlex cymosa." "mesiu\n= \ngaram ~\n ubat bedil, bahan peledak." "meski\n= \n~pun \nsungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun:\nkepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan." "mesofit\n(Biologi) tumbuhan yang hidup subur di kawasan yang kelembapannya sederhana." "mesokarpa\n(Biologi) lapisan tengah buah, biasanya bernabu." "mesolitik\n(Sejarah) (berkaitan dengan) peringkat pertengahan Zaman Batu, antara zaman paleolitik dan neolitik." "mesopaus\n(Geografi) lapisan atas mesosfera yang altitudnya kira-kira 80 \u2013 85 km." "mesosfera\n(Geografi) lapisan atmosfera bumi yang terletak di antara 55 \u2013 85 km di atas permukaan bumi." "mesra\n1.\n bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati:\ngaul serbuk besi dengan belerang sampai ~ di dalam satu lesung; \nkanji daripada beras ini mudah ~ ke dalam daging kain; \n2.\n erat atau karib benar (bersahabat, berkasih-kasihan, dan lain-lain):\nlaki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dengan amat ~nya; \nperhubungan yang ~; \n3.\n muluk-muluk (janji dan lain-lain), indah-indah, sedap (bunyi dan lain-lain), nyaman:\njanji-janji ~ semasa bercinta; \nsuaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi;~ alam \ntidak memudaratkan atau menjejaskan kualiti alam sekitar:\nkenderaan ~ alam\n;\n \n~ pengguna \nmudah digunakan (difahami, dikendalikan dan sebagainya), terutamanya oleh orang yang tidak mahir:\nkomputer ~ pengguna\n;\nbermesra, bermesra-mesra\n1.\n bersahabat (bergaul, bercampur) dengan mesra, berbaik-baik, beramah-ramah:\nsekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; \n2.\n bercengkerama, bercumbu-cumbu, berasmara:\njanganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis untuk ~ dengan anak gadisnya itu;\n bermesraan\n1.\n bergaul atau bersahabat dengan ramah mesra antara satu sama lain;\n \nAllah mencipta manusia untuk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya untuk bermusuh-musuhan dan benci-membenci;\n 2.\n melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan, bercengkerama;\nbermesra\n\u2013\nmesraan\n1.\n saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesraan:\nlalu wujudlah perasaan suka bekerjasama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yang lebih mantap; \n2.\n saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan:\ntaman bunga merupakan salah satu tempat yang disukai muda-mudi untuk ~;\nmemesrai\n mendatangkan rasa mesra pada:\ndia sendiri membalas senyum yang diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula;\nmemesrakan\n1.\n memadukan (mencampurkan) sungguh-sungguh;\n2.\n menyenangkan, menyamankan:\nNahidah mulai merasakan sesuatu yang ~ pula;\n3\n. menjadikan (persahabatan, diri, dan sebagainya) lebih rapat dengan pihak lain:\ndia tidak lagi memberi ruang dalam hatinya untuk ~ dirinya dengan Tuhan;\ntermesra\n sudah berpadu benar;\nkemesraan\n perihal mesra:\nanaknya itu masih kecil, masih haus kepada kemanjaan dan ~ ." "mesta I\nsemesta\n." "mesta II\n[Kelantan] manggis." "mestal\nkain ikat kepala, serban." "mester\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n guru;\n2.\n ahli undang-undang." "mesteri\ntukang yang mahir." "mesti\n1.\n tidak boleh tidak, wajib:\nkau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; \n2.\n tentu, pasti:\napa Kamal buat ~lah Aini tahu; \n3.\n patut, wajar:\nketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya;\nsemestinya\n1.\n sepatutnya, sewajarnya:\nsudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; \n2.\n sebenarnya, sememangnya:\nkepadanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan;\nmemestikan\n1.\n mewajibkan:\ntiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dalam bulan Ramadan; \n2.\n menentukan, menetapkan;\ntermesti\n dimestikan (diwajibkan);\nkemestian\n1.\n sesuatu yang dimestikan, kewajiban;\n2.\n ketentuan, ketetapan." "mestika\n1.\n sejenis batu sakti (terdapat dalam kepala ular dan lain-lain), geliga, gemala;\n \n~ embun\n [sastera lama] sejenis batu sakti yang boleh menghidupkan orang mati;\n2.\n permata yang bernilai (intan dan lain-lain);\n3.\n [kiasan] yang termolek, yang tercantik;\n \nlaksana ~ gamat \n(peribahasa) untuk mengatakan rupa atau kelakuan atau perkataan yang baik;\n4.\n [kiasan] sesuatu yang disayangi (dikasihi);\n \n~ hati \nkekasih." "mesui\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya dibuat ubat, rempah-rempah, dan lain-lain), \nMassoia aromatica;" "mesum\n[Jakarta]\n1.\n kotor, cemar (pakaian, badan):\nkarya yang indah ini dinodai bahagian-bahagian ~; \n2.\n [kiasan] tidak senonoh (perbuatan, kelakuan, dan lain-lain), keji:\nperbuatan yang ~;\nkemesuman\n1.\n perihal mesum, kekotoran, kekolotan;\n2.\n perbuatan dan lain-lain yang tidak senonoh:\ndalam sandiwara ini, ia mengecam kemewahan dan ~ kehidupan kaum yang memerintah pada masa itu." "mesut\nkusut-~ \nsangat kusut." "mesyuarat\nperundingan (untuk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat;\n \n~ agung\n perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dan lain-lain);\nbermesyuarat\n berunding, berapat, berbincang, berbicara:\nrakyat berhak berkumpul sama ada untuk ~, bersuka ria atau bermuafakat;\nmemesyuaratkan\n [sastera lama] membincangkan, merundingkan, membicarakan:\nbaginda menyuruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu;\npermesyuaratan\n perihal bermesyuarat, perundingan, perbincangan, rapat:\nsistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yang khusus yang lebih banyak menekankan sistem ~ yang lebih hampir kepada sistem demokrasi; \nmusyawarah." "meta I\n[sastera lama] mabuk, mengamuk, ganas, gila:\nadapun kenaikan Raja Suran itu gajah tunggal, lagi ~ , delapan hasta tingginya." "meta II\n[Kelantan] sombong, besar hati." "meta III\n[Terengganu] bebas, tidak sopan." "meta IV\n[Perak] diam, terdiam." "metabahasa\n(Linguistik) bahasa atau sistem lambang yang digunakan untuk menjelaskan suatu bahasa atau sistem lain." "metabolik\nberkaitan dengan metabolisme." "metabolisme\n(Biologi) proses kimia yang berlaku dalam semua sel hidup yang melibatkan pembinaan sebatian kompleks dan penguraiannya semula menjadi sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga;\nmemetabolismekan\n memproses makanan dan sebagainya secara metabolisme:\njika ubat itu diberikan dalam dos yang tinggi, hati mungkin tidak mempunyai enzim yang cukup untuk ~nya; \nkeupayaan tubuh untuk ~ makanan dan menghasilkan tenaga." "metabolit\n(Biologi) bahan yang terhasil daripada proses metabolisme." "metafizik\nfalsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan, maakulat." "metafizikal\nmetafizis\n (mtafizis) bersifat metafizik, berkaitan dengan metafizik:\njalinan antara aspek ~ yang dominan dengan aspek fizikal yang sekadar melengkapi; \nalam ~ yang tidak dapat dikesan melalui sebarang pancaindera manusia melainkan melalui akal semata-mata." "metafora\n(Linguistik) pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan);\nmemetaforakan\n menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sebagai metafora." "metaforikal\nbersifat (berupa) metafora:\npembentukan ungkapan yang ~." "metah I\nsangat, sungguh;\n \nbaru ~\n baru sangat;\n \nputih ~ \nputih benar." "metah II\nmeta I\n." "metai\n[arkaik] sejenis tilam, lapik duduk, kasur." "metakarpus\n(Biologi) lima tulang yang terdapat di antara pergelangan tangan dengan jari." "metal\nlogam." "metalik\ncat berunsur logam yang berkilau:\ncat ~\n." "metalinguistik\n1.\n kajian tentang metabahasa;\n2.\n kajian bahasa yang merujuk kepada hubungan keseluruhan sistem linguistik dengan sistem tingkah laku manusia dalam budaya yang berkenaan." "metaloid\n(Kimia) unsur kimia yang sifatnya antara sifat logam dan bukan logam (mis boron, silikon, arsenik, dan lain-lain)." "metalurgi\nkajian tentang logam dan aloi, termasuk kaedah pengekstrakan, penulenan, struktur, dan sifatnya." "metamorfisme\nperubahan bentuk, tekstur, struktur, komposisi, dan sebagainya pada batuan akibat tekanan dan haba yang tinggi." "metamorfosis\n1.\n (Biologi) perubahan sepenuhnya bentuk fizikal dan lain-lain yang berlaku dalam kitaran hidup sesuatu organisma (mis perubahan kepompong menjadi kupu-kupu);\n2.\n [kiasan] perubahan besar atau sepenuhnya:\nuntuk mendapatkan yang baru, sesuatu itu perlu mengalami ~;\nbermetamorfosis\n mengalami metamorfosis." "metana\n(Kimia) sejenis gas tidak berwarna, tidak berbau, dan mudah terbakar (terdapat di lombong arang batu, dan daripada pereputan bahan-bahan organik)." "metanal\n(Kimia) formaldehid." "metanol\n(Kimia) sejenis alkohol yang sangat beracun, dan digunakan sebagai pelarut dan lain-lain." "metatarsus\n(Biologi) lima tulang yang terdapat di antara pergelangan kaki dengan jari kaki." "metatesis\n(Linguistik) perubahan tempat atau kedudukan huruf, suku kata, atau bunyi dalam sesuatu kata, misalnya \ngula\n menjadi \nlagu\n dan \nikan\n menjadi \nkain\n." "metek\n[Terengganu] laci mesin jahit." "meteo\n[Indonesia] ;\n \njawatan ~ \njabatan yang menyiasat keadaan cuaca atau udara." "meteor\ntahi bintang." "meteorit\ntahi bintang yang gugur ke bumi." "meteoroid\n(Ast) jasad kecil yang bergerak dalam sistem suria yang akan menjadi tahi bintang sekiranya memasuki atmosfera bumi." "meteorologi\nsains tentang atmosfera dan fenomenanya, terutamanya cuaca dan ramalan cuaca." "meter\n1.\n ukuran panjang yang bersamaan dengan 39.37 inci;\n2. = meteran\n [Indonesia] alat untuk mengukur atau merakamkan banyaknya air (tenaga elektrik dan sebagainya) yang telah mengalir melaluinya (iaitu yang telah digunakan);\n3.\n = \n~ laju \nalat yang dipasang di dalam kenderaan bermotor untuk menunjukkan kelajuan pergerakannya;\n4.\n alat (pada teksi) untuk menunjukkan tambang yang harus dibayar;\n \n~ lembapan \n(Perhutanan) alat untuk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dengan memasukkan elektrod ke dalam kayu atau meletakkannya pada permukaan kayu." "meterai\nlambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada dokumen, sijil, dan sebagainya sebagai tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (untuk raja-raja), segel, tera;\n~ tempel\n [Indonesia] cap yang ditampalkan sebagai tanda penerimaan wang;\n \n~ upah\n [Indonesia] cap sebagai tanda pembayaran (upah dan lain-lain);\nmemeterai\n membubuh meterai pada (sesuatu), mengecap;\ntermeterai\n1.\n tertera, tercap, tersegel;\n2.\n [kiasan] tersimpul, terikat;\n \n~ dalam hati\n terasa dalam hati;\npemeteraian\n proses memeterai:\nperundingan EAEC yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai projek bersama dan ~ tiga dokumen." "metia\n= mutiara\n." "metil\n(Kimia) sejenis radikal (-CH3) yang terdapat dalam banyak sebatian organik;\n~ jingga \nsejenis sebatian pewarna yang digunakan sebagai penunjuk asid-bes (berwarna merah dalam larutan berasid dan berwarna jingga dalam larutan beralkali);\n \n~ merah \nsejenis sebatian pewarna yang digunakan sebagai penunjuk asid-bes (berwarna merah dalam larutan berasid dan kuning dalam larutan beralkali)." "metilena\n(Kimia) sejenis radikal bebas yang sangat reaktif;\n \n~ biru \nsejenis sebatian organik yang digunakan sebagai bahan pewarna dan penunjuk dalam analisis volumetri." "metimun\n= mentimun\n." "metin\n[Kelantan] beluti-beluti yang meneguhkan dinding." "metode\n1.\n cara melakukan sesuatu, sistem;\n2.\n [Indonesia] buku pelajaran (kaedah belajar)." "metodik\nilmu mengenai cara atau metode (terutama dalam bidang akademik)." "metodis\nmenurut metode (cara yang tertentu)." "metodologi\nsistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin, dan sebagainya." "metodos\nmetode." "metok\n[Kelantan];\ngemuk ~ \ngemuk sangat." "metonimi\n(Linguistik) penggunaan nama sesuatu benda untuk merujuk benda lain yang sifatnya ada hubungan logiknya, misalnya \nbulan\n \nsabit\n merujuk kepada Islam." "metrik\nyang menggunakan meter, gram, dan saat." "metro\n1.\n sistem kereta api bawah tanah yang terdapat di beberapa bandar raya di Eropah seperti Paris;\n2.\n kereta api bawah tanah yang terdapat di beberapa bandar raya di Eropah seperti Paris." "metrologi\nilmu tentang sukatan (ukuran, takaran, dan lain-lain)." "metronom\n(Seni Muzik) alat ukur tempo." "metropolis\nbandar raya utama bagi sesebuah negara atau kawasan." "metropolitan\n1.\n berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis;\n2.\n terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar." "mewa\n[Kelantan] bingung, bodoh." "mewah\n1.\n segala-galanya banyak (makanan, harta, dan lain-lain), serba berlebih, serba elok:\nkampung itu ~ dengan makanan; \n2.\n sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesaan:\n kereta ~, makanan ~; \nhotel ~;\nbarang-barang ~ \nbarang-barang yang elok tetapi tidak mustahak benar;\n \nhidup ~ \nhidup dengan makanan dan barang-barang yang serba banyak;\nbermewah\n berbelanja dengan berlebih-lebihan:\nsaya tidak mampu datang ke sini untuk bercuti dan ~;" "mewek\n[Jakarta] menangis." "mezanin\ntingkat (lantai) perantara, terutamanya antara tingkat bawah dengan tingkat pertama (biasanya berupa balkoni) dalam sesebuah bangunan." "mg I\n[kependekan] miligram." "Mg II\nsimbol kimia bagi magnesium." "MHz\nsimbol bagi megahertz." "mi I\n1.\n sejenis bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain);\n \n~ halus \nmihun;\n2.\n masakan daripada mi;\n \n~ goreng \nmi yang digoreng dengan perencah-perencahnya;\n \n~ sup \nmi yang berkuahkan sup." "mi II\nnada yang ketiga pada skala major." "miak\nciak-~ \nbunyi seperti bunyi anak ayam dan lain-lain." "miana\nsejenis tumbuhan (pokok, akarnya dibuat ubat sakit perut dan lain-lain), \nColeus atropurpureus." "miang\n1.\n bulu yang terdapat pada rebung (daun jelatang dan lain-lain) dan menggatalkan;\n2.\n = \n~ gatal\n gatal yang merenyam (pada kulit);\n3.\n = \n~ gatal \nki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pada bersetubuh, biang, gasang;\n \n~ jelatang \na) miang kerana kena jelatang;\n b) [kiasan] suka memfitnah, penghasut;\n \nsemiang kalam\n kecil (sedikit) sekali;\nhabis ~ kerana bergeser \n(peribahasa) hilanglah ketakutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan;\n \nrebung tak ~ , bemban pula ~ \n(peribahasa) orang yang tidak campur tangan dalam sesuatu pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yang patut bersusah berdiam diri." "miap\n[arkaik];\ntiap-~ \ntiap-tiap." "miatu\n[Brunei] begitu, seperti itu." "MIC\n[kependekan] \nMalaysian Indian Congress \n(Kongres India Malaysia)." "MIDA\nakronim bagi \nMalaysian Industrial Development Authority \n(Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia)." "midar\n[Jawa] beredar, berkeliling." "MIDF\n[kependekan] \nMalaysian\n \nIndustrial Development Finance \n(Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad)." "midi\npakaian ( gaun, skirt, dan sebagainya) yang labuhnya sampai ke pertengahan betis." "midik\nsidik-~\n dengan teliti atau hati-hati sekali (memeriksa sesuatu)." "mielin\n(Biologi) sejenis bahan putih bak lemak yang melindungi sesetengah gentian saraf." "mieloma\n(Perubatan) tumor malignan pada sumsum tulang." "MIER\nakronim bagi \nMalaysian Institute of Economic Research \n(Institut Penyelidikan Ekonominomi Malaysia)." "migrain\nsakit kepala yang berdenyut-denyut, teruk dan berulangan datangnya (biasanya menyebabkan rasa sakit pada satu sisi atau bahagian kepala sahaja)." "migran\norang (atau haiwan) yang berpindah dari satu tempat (daerah, negara) ke tempat lain, penghijrah." "migrasi\n1.\n perpindahan penduduk dari sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain:\n~ atau perpindahan ini berpunca antara lain kerana kegiatan ekonomi; \n2.\n perpindahan (burung) dari satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim;\nbermigrasi\n melakukan migrasi:\nbanyak kaum yang ~ ke Amerika Syarikat." "mihrab\n[Arab] bahagian masjid (surau, langgar, dan lain-lain) yang menganjur ke kiblat (tempat imam memimpin sembahyang)." "mihun\n1.\n sejenis bahan makanan seperti mi yang halus-halus (diperbuat daripada tepung beras);\n2.\n masakan daripada mihun:\n~ goreng;\n~ sup." "miju\n= miju-miju\n sejenis tumbuhan (herba dan buahnya), \nLens esculenta." "mik\n[arkaik] denyut nadi (pada pergelangan tangan)." "mika I\n[Perak] kata ganti diri kedua, engkau, kamu." "mika II\n(Kimia) sejenis galian seperti kaca yang boleh digunakan sebagai pembebat (elektrik), semendal, abrak." "Mikail\nmalaikat yang tugasnya memberi rezeki." "mikin\n= semikin\n [bahasa percakapan] makin." "mikologi\ncabang botani yang berkaitan dengan kajian tentang kulat." "mikopatologi\nbidang patologi yang mengkaji penyakit yang disebabkan oleh kulat." "mikoriza\n(Biologi) hubungan simbiosis antara kulat dengan akar tumbuhan peringkat tinggi." "mikosis\n(Perubatan) penyakit yang disebabkan oleh kulat, misalnya kurap." "mikotoksin\n(Biologi) toksin yang dihasilkan oleh kulat." "Mikraj\n[Arab] peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW naik ke langit." "mikro I\nhalus, kecil:\nsecara ~;\n \nneraca ~\n [Indonesia] dacing untuk menimbang barang-barang yang sangat kecil." "mikro II\n\u2013 \nawalan asing\n halus, kecil, misalnya \nmikrocip \ndan\n mikroorganisma." "mikrob\norganisma halus seperti bakteria, virus, dan alga, yang biasanya hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop." "mikrobiologi\ncabang biologi yang berkaitan dengan kajian tentang organisma seni." "mikrocip\n(Komputer) kepingan silikon yang sangat kecil (dalam komputer) dan mengandungi litar elektronik yang boleh menyimpan sejumlah besar maklumat, data, dan sebagainya." "mikroekonomi\ncabang ekonomi yang berkaitan dengan firma, komoditi, pengeluar, pengguna dan sebagainya tertentu serta hubungan ekonomi antara sektor-sektor yang berkenaan." "mikroelektronik\ncabang ilmu elektronik yang berkait dengan komponen dan pembinaan litar yang sangat halus." "mikrofilem\nfilem untuk mengambil gambar atau merakamkan bahan bertulis dalam saiz yang kecil:\nakhbar ini sebahagiannya terdapat dalam bentuk ~;\n memikrofilem(kan)\n merakamkan (menyimpan) bahan bertulis dalam bentuk mikrofilem." "mikrofis\nhelaian filem foto yang dapat merakamkan data atau imej dalam saiz yang sangat kecil." "mikrofon\nalat untuk mengubah gelombang bunyi menjadi gelombang elektrik bagi meninggikan tekanan bunyi seperti dalam telefon, radio, dan lain-lain, pembesar suara." "mikrogelombang\n(Fizik) gelombang elektromagnet yang sangat pendek dengan jarak gelombang antara 1-300 mm, digunakan terutamanya dalam perhubungan radio dan radar, memasak dan sebagainya, gelombang mikro." "mikrogram\nsatu persejuta gram." "mikrograviti\n(Ast) graviti yang hampir sifar yang dialami oleh angkasawan di dalam kapal angkasa yang mengelilingi bumi." "mikrokomputer\nkomputer yang kecil keupayaannya dan biasanya digunakan di rumah, sekolah, dan sebagainya." "mikrometer\n1.\n alat untuk mengukur dengan tepat jarak, ketebalan dan sebagainya yang sangat kecil;\n2.\n satu persejuta meter, mikron." "mikron\nukuran panjang yang bersamaan dengan 0.000001 meter." "mikroorganisma\n(Biologi) organisma halus (mis bakteria, virus, protozoa, dan lain-lain) yang hanya dapat dilihat dengan mikroskop." "mikropemproses\n(Komputer) litar bersepadu tunggal yang berfungsi sebagai unit pemprosesan pusat dalam mikrokomputer." "mikropsia\n(Perubatan) kecacatan pelihatan yang menyebabkan sesuatu objek kelihatan lebih kecil daripada keadaannya yang sebenar." "mikrosaat\nsatu persejuta saat." "mikrosatelit\nsatelit kecil yang beratnya tidak melebihi 50 kg dan beroperasi dalam orbit rendah. \nmikroskop\n alat yang menggunakan kanta untuk menjadikan objek kecil kelihatan besar;\n~ elektron \nmikroskop berkeupayaan tinggi yang menggunakan alur elektron untuk menghasilkan imej yang diperbesar;\n \n~ majmuk \nmikroskop yang mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata);\n \n~ ringkas \nmikroskop yang mempunyai sistem kanta tunggal." "mikroskopi\npenyelidikan yang dibuat dengan menggunakan mikroskop." "mikroskopik\n1.\n berkaitan dengan (penggunaan) miskroskop;\n2.\n terlalu kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar:\nternyata bilangan kompleks dapat dengan baik menjelaskan struktur ~ alam." "mikrosurgeri\n(Perubatan) pembedahan rumit yang dilakukan ke atas bahagian-bahagian tubuh yang sangat halus seperti tisu, sel dan lain-lain dengan bantuan mikroskop khas." "mikroton\n(Seni Muzik) jeda yang lebih kecil daripada semiton." "mikrowatt\nunit kuasa yang bersamaan dengan satu persejuta (10-6) watt." "miksomatosis\nsejenis penyakit arnab yang berjangkit dan membawa maut." "miku\nsejenis tumbuhan (pokok), \nArtocarpus lowii." "mil\n[Indonesia] ukuran jarak yang bersamaan dengan 1760 ela, batu." "milenium\ntempoh masa seribu tahun, alaf." "milieu\npersekitaran sosial sekarang:\nseorang pencipta sastera apakala dia merakamkan suara hatinya, dia memancarkan ~ dan semangat masyarakatnya." "miligram\nukuran berat yang bersamaan dengan 0.001 gram." "milik\n1.\n kepunyaan, hak:\nsemua tanah adalah ~ kerajaan pusat; \nia berharap Asmah akan menjadi ~nya pada suatu masa kelak;\n~ bebas \nkepunyaan atau hak memiliki (tanah) yang tidak dibataskan tempoh hak miliknya dan lain-lain;\n2.\n [Indonesia] nasib baik, beruntung;\nmemiliki\n1.\n mempunyai:\nrakyat berhak ~ harta; \n2.\n mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik:\ntidak dibenarkan ~ hak orang;\ntermilik\n menjadi milik;\nmilikan\n apa yang dimiliki:\nkejayaan negara mengikut ~ modal saham;\npemilikan\n perihal memiliki:\n~ tanah;\npemilik\n yang empunya, tuan punya." "milik negara\nkepunyaan atau hak negara (seperti perusahaan tertentu dan lain-lain);\nmemiliknegarakan\n menjadikan (sesuatu) milik negara, menasionalisasikan:\nbeliau ~ harta mereka di Cuba\n;\npemiliknegaraan\n perbuatan menjadikan (sesuatu) milik negara, nasionalisasi." "mililiter\nukuran banyak yang bersamaan dengan 0.001 liter." "milimeter\nukuran panjang yang bersamaan dengan 0.001 meter." "milir\nke hilir;\n= hilir\n." "milisaat\nsatu perseribu saat." "milisi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kewajiban untuk berkhidmat dalam tentera, kerahan tenaga (dalam tentera) yang diwajibkan;\n2.\n orang yang masuk tentera oleh kerana kerahan." "militan\n1.\n sedia untuk berjuang atau berperang;\n2.\n cenderung menggunakan keganasan, kekerasan, atau tekanan kuat untuk mencapai sesuatu tujuan:\npelajar ~." "militarisme\nfaham ketenteraan." "militer\n[Indonesia] askar, tentera, ketenteraan;\n \nlatihan ~\n latihan tentera." "militia\npertubuhan yang bergerak ala tentera tetapi para anggotanya bukanlah tentera profesional:\npeperangan ke atas penduduk Bosnia oleh ~ Serbia\n." "millah\n[Arab] golongan (agama):\numatku akan berpecah kepada 73 ~ yang semuanya masuk neraka, kecuali satu ~." "milo\n[Indonesia] ;\n \nsekolah ~\n sekolah menengah rendah pada zaman penjajah." "milu\n[arkaik] jagung." "milyar\nseribu juta." "milyuner\njutawan." "mim\n1.\n huruf yang ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40);\n2.\n huruf ke-28 abjad Jawi." "mimbar\n1.\n [Arab] sejenis pentas atau panggung di dalam masjid tempat berkhutbah;\n2.\n [Indonesia] ruangan (dalam surat khabar dan lain-lain) tempat melahirkan fikiran atau pendapat." "mimeograf\nsalinan stensil yang dicetak dengan mesin mimeograf:\nmanuskrip itu telah disediakan dalam bentuk ~." "mimi\n[Jawa] belangkas." "mimik I\n[arkaik];\ntermimik-mimik\n terkecap-kecap (ketika makan)." "mimik II\nmemek II\n." "mimik III\nmeniru, mengajuk gaya, cara, dan lain-lain seseorang atau sesuatu;\nkemimikan\n (Biologi) keadaan sifat, ciri, dan lain-lain sesuatu haiwan yang menyerupai sifat, ciri, dan lain-lain haiwan lain." "mimis\npeluru yang bulat-bulat, penabur." "mimisan\n[Jawa] keluar darah dari hidung." "MIMOS I\nakronim bagi \nMalaysian Institute of\n \nMicroelectronic Systems\n (Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia)." "mimos II\n(Kesusasteraan) lakonan bersahaja dalam persembahan teater yang hanya menggunakan isyarat gerak-geri dan mimik muka tanpa sebarang perkataan untuk mengungkapkan sesuatu kejadian, watak, aksi dan sebagainya." "mimosa\nsemalu." "mimpi\n1.\n sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur:\nia melihat segala-galanya dalam ~; \n2.\n [kiasan] angan-angan;\n \nberkelahi dalam ~ \n(peribahasa) sesuatu perbuatan atau perkataan dengan tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh;\nbermimpi\n1.\n melihat sesuatu dalam mimpi:\nmaka ia ~ dirinya berpandangan dengan Rasulullah; \n2.\n [kiasan] berangan-angan;\nmemimpikan\n1.\n = \nbermimpikan\n bermimpi akan sesuatu:\nmalam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan;\n2.\n [kiasan] mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yang bukan-bukan atau yang amat sukar dicapai):\ndaripada sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yang sama sekali tidak kumimpikan; \nSigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ kehormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasyhuran, dan cinta wanita;\ntermimpi\n terlintas dalam fikiran, terfikirkan sebagai sesuatu yang mungkin dapat dicapai (diperoleh dan sebagainya):\nkalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun untuk pengembaraan ke bintang yang lain pula;\ntermimpi-mimpi\n1.\n bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu;\n2.\n tampak terbayang-bayang dalam ingatan;\ntermimpikan\n dimimpikan:\nsatu ketika dahulu, dia tidak pernah ~ hak ini;\nmimpian\n1.\n apa yang dilihat (dialami) dalam mimpi, khayalan;\n2.\n [kiasan] cita-cita (yang mustahil);\nimpi\n." "mimpin\n[bahasa percakapan] memimpin;\n= pimpin I\n." "min\nnilai hitung panjang (pukul rata) bagi sesuatu set nombor;\n \n~ hujan tahunan \nnilai hitung panjang hujan tahunan." "mina I\n[arkaik] sejenis ikan, ikan paus." "mina II\n[Jakarta];\nburung ~\n tiung." "minalaidinwalfaizin\n[Arab] semoga termasuk dalam golongan orang yang kembali kepada fitrah (suci daripada dosa) dan beroleh kejayaan, biasanya diucapkan pada Hari Raya Aidilfitri." "Minang\nsingkatan bagi Minangkabau:\n\n\norang ~." "Minangkabau\nsuku bangsa yang tinggal di (atau berasal dari) wilayah Minangkabau, Indonesia." "minantu\n[Minangkabau] menantu." "minat\nkeinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu:\nmereka mendengar cerita orang tua itu dengan penuh ~;\nberminat\n menaruh perhatian akan, cenderung kepada, gemar akan:\nseluruh dewan penuh sesak dengan mereka yang ~ dalam jurusan siasah negara;\nmeminati\n menggemari, memerhatikan, menginginkan:\nkumpulan anak muda yang baru belajar ~ sastera; \ntulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat;\npeminat\n orang yang berminat (kpada sesuatu), penggemar:\nmudah-mudahan buku ini dapat sambutan daripada para ~ kesusasteraan Melayu seluruhnya." "minatu\nbenatu\n." "minda\nakal fikiran, daya berfikir:\n~ yang disuburkan dengan ilmu pengetahuan yang banyak, akan menjadi alat yang tajam untuk mengatasi berbagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; \nkita kurang menggunakan ~ untuk berfikir." "mindi\n~ kecil\n sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya dibuat ubat kudis dan lain-lain), \nMelia azedarach." "mindring\nmendreng\n." "minduk\n[Kelantan];\ntok ~ \npenolong (perantara) dalam permainan puteri." "mineral\n1.\n bahan pepejal berhablur seperti kuarza, arang batu, uranium, dan sebagainya, yang terdapat secara semula jadi dalam kerak bumi dan batuan, bahan galian;\n2.\n unsur bukan organik yang ringkas, biasanya diperlukan dalam kuantiti sedikit untuk menjalankan metabolisme badan:\ntubuh kita memerlukan beberapa ~ utama untuk tumbesaran dan kehidupan yang sihat; \nbawang putih juga mengandungi dua ~ pelindung, iaitu selenium dan germanium, yang baik untuk kesihatan tubuh manusia;\nmemineralkan\n menjadikan sesuatu bahan mengandungi mineral." "mineralogi\nkajian tentang mineral." "minggat\n[Jawa] meninggalkan keluarga, kampung, tempat tinggal, tempat kerja dan lain-lain secara diam-diam kerana merajuk atau kecewa:\npekerjaku sudah ~ semua." "minggir\n[Jawa] pergi ke tepi, menyusur;\n= pinggir\n." "minggong\n[Johor] bingung." "minggu\n1.\n = \nhari ~ \nhari Ahad;\n2.\n tujuh hari, pekan:\nse~ yang lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana;\nberminggu-minggu\n beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dan sebagainya):\nbukannya sehari dua, malah ~ lamanya;\nmingguan\n1.\n (berlaku atau diadakan) setiap minggu:\nTengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yang diadakan di bangunan Parlimen hari ini; \n2.\n (diterbitkan) setiap minggu (berkenaan (dengan) akhbar, majalah dan sebagainya):\ndia menunduk, mengambil akhbar ~ yang terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi;\nseminggu-mingguan\n sepanjang minggu." "mingkin\n[Jakarta] makin;\nmingkinan\n makin sangat, bertambah sangat." "minhaj\n[Arab] manhaj." "mini I\nsangat kecil, sangat pendek:\nbas ~; \nkaripap ~; \npasar ~." "mini II\n\u2013\n awalan asing\n sangat kecil atau singkat, misalnya \nminiskirt." "miniatur\n1.\n lukisan (atau catan) yang sangat kecil, terutamanya lukisan seseorang;\n2.\n salinan atau model sesuatu objek dalam bentuk yang dikecilkan;\n3.\n (berkenaan (dengan) sesuatu yang ditiru) sangat kecil, kenit." "minikomputer\nsejenis komputer yang keupayaan pemprosesannya agak tinggi, antara keupayaan mikrokomputer dan kerangka utama." "minim\n[Indonesia-Belanda] sedikit atau kecil sekali." "minima\nminimum\n." "minimum\n(bilangan, banyak, dan lain-lain) yang terkecil atau sedikit sekali;\nmeminimumkan\n mengurangkan dan sebagainya ke paras yang minimum atau paling kecil yang mungkin, menjadikan minimum:\n~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan;\n peminimuman\n perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling rendah:\n soal ~ kos." "miniskirt\nskirt yang sangat singkat (labuhnya dari atas paras lutut)\n." "minit I\ntempoh masa yang lamanya 60 saat, 1/60 jam." "minit II\ncatatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dalam mesyuarat, perundingan, dan lain-lain)." "minoriti\ngolongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya, dan sebagainya yang tinggal di sesebuah tempat (negara, daerah, dan sebagainya) yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, dan sebagainya:\nkaum ~." "minta\n1.\n = \nmeminta\n menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (untuk mendapat sesuatu), pinta:\nsemalam Aini ada ~ ubat daripada Pak Ludin; \nmamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; \n2. = meminta\n mengucapkan (doa dan lain-lain), melafazkan;\n3. = meminta\n melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang;\n4. = diminta\n diharap (supaya), haraplah, sudilah:\n~ diam sebentar tuan-tuan;\n~ aman \n= \n~ nyawa \nmohon supaya tidak dibunuh;\n \n~ ampun\n = \n~ maaf \nmohon supaya diberi ampun (maaf);\n \n~ berhenti\n memberitahu hendak berhenti (daripada pekerjaan);\n \n~ diri \nmohon supaya diizinkan pulang (pergi);\n \n~ doa \na) berdoa, mendoa;\n b) kenduri untuk meminta selamat, selamatan;\n \n~ jalan \nminta supaya diberi jalan (untuk lalu);\n \n~ janji\n meminta supaya menunaikan janji (menepati janji);\n \n~ sedekah \nmengemis;\n \n~ selamat \nminta supaya selamat;\n \n~ tabik\na) memberi hormat (salam);\n b) minta maaf (kerana hendak bertanya dan lain-lain);\n \n~ tangan \nminta diajar (dipukuli);\n \n~ terima kasih \nmengucapkan terima kasih;\n \n~ tolong \nmohon pertolongan (daripada orang lain);\nminta-minta 1. = berminta-minta, meminta-minta\n minta sedekah, mengemis;\n \norang ~\n pengemis;\n2.\n [bahasa percakapan] mudah-mudahan, moga-moga:\n~ luluslah aku dalam peperiksaan tahun ini;\nberminta\n diminta (lawan dibeli);\n \nlicin kerana minyak ~\n (peribahasa) sindiran untuk merendahkan orang yang angkuh kerana barang yang dipinjam;\nmeminta\n1.\n minta;\n2.\n menentukan (nasib, hidup mati);\nmemintai\n memohonkan sesuatu berkali-kali, banyak yang diminta, memohon, memohon kepada;\nmemintakan\n meminta sesuatu untuk (orang lain dan lain-lain);\npermintaan\n1.\n perihal (perbuatan) meminta:\n~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; \n2.\n sesuatu yang diminta, permohonan:\n~ orang tampan itu diterimanya dengan segala senang hati; \n3.\n [Minangkabau] peminta (nasib yang ditakdirkan Tuhan):\nsudahlah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; \n4.\n (Ekonomi) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (untuk barang atau perkhidmatan) dengan kesediaan membayar harga yang tertentu;\npeminta\n1.\n orang yang meminta;\n \n~ sedekah \npengemis;\n2.\n = [sastera lama] \npermintaan\n permohonan, apa yang diminta;\n3.\n [Minangkabau] nasib (yang ditakdirkan Tuhan);\n \nburuk ~ \nnasib buruk." "mintak I\n[bahasa percakapan] minta." "mintak II\n[Arab] ikat pinggang, bengkung." "mintakat\n[Indonesia] bahagian atau daerah, kawasan;\n \n~ dingin \ndaerah berhawa dingin." "mintakulburuj\n[Arab] garisan melengkung khayalan di langit yang terbahagi kepada 12 bahagian dan tiap-tiap satu dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, zodiak." "mintal\nmontok, montel (kanak-kanak)." "minterat\n[Indonesia], [bahasa percakapan] perbandaran." "mintuna\n[arkaik]\n1.\n gamat;\n2.\n bintang (rasi, Gemini)." "minum\n= meminum\n1.\n meneguk atau menelan sesuatu yang cair (air, susu, dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia] menghisap (rokok, candu, dan lain-lain):\njanganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan beberapa celaka dan kebinasaan;\n~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah\n (peribahasa) seseorang yang sangat bersusah hati;\nmeminumkan\n1.\n memberi minum kepada:\nseorang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dengan sepuas-puasnya; \n2.\n menyuruh (meminta supaya) minum;\n \n~ kuda;\nterminum\n1.\n minum dengan tidak sengaja, telah atau sudah diminum;\n2.\n boleh (dapat) diminum;\nminuman\n barang cair yang boleh diminum;\n \n~ keras\n minuman yang memabukkan;\npeminuman\n perbuatan (proses) meminum air dan sebagainya:\nbahan radioaktif masuk ke dalam tubuh manusia melalui proses pemakanan dan ~;\npeminum\n orang yang suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras." "minus\n1.\n kurang, dikurangi;\n \ndaerah ~ \n[Indonesia] daerah yang kurang menghasilkan bahan makanannya;\n2.\n tolak;\n \ntanda ~ \ntanda tolak." "minyak I\ncairan yang tidak boleh bercampur dengan air (diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yang cair;\n~ angin\n sejenis ubat (untuk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dan lain-lain) yang diperbuat daripada campuran beberapa bahan;\n \n~ atar \nsejenis minyak wangi (berasal dari negara Timur Tengah);\n \n~ babi \ncairan lemak babi;\n \n~ bakar \n[Indonesia] minyak untuk menjalankan enjin (kapal dan lain-lain);\n \n~ bata \nminyak yang diperbuat daripada buah suntai (boleh dimakan);\n \n~ benzin \nminyak untuk menggerakkan jentera dan lain-lain;\n \n~ bumi \nbeberapa jenis minyak yang di lombong dari bumi;\n \n~ cat\n minyak untuk mencairkan cat;\n \n~ cenduai \nsejenis minyak guna-guna (untuk menarik hati perempuan);\n \n~ diesel\n minyak yang digunakan untuk enjin diesel;\n \n~ galian \nminyak bumi;\n \n~ gas \n= \n~ tanah \nminyak yang mudah terbakar (dipakai untuk lampu dan lain-lain);\n \n~ goreng \nminyak untuk goreng-menggoreng;\n \n~ gosok \nminyak yang digunakan untuk mengurut;\n \n~ hitam\na) minyak yang agak pekat untuk melicinkan perjalanan enjin;\n b) = \n~ tar \nsejenis minyak yang diperoleh dalam arang batu dan digunakan untuk membuat jalan raya (mengawet kayu dan lain-lain);\n \n~ ikan\n minyak daripada lemak ikan paus dan sebagainya;\n \n~\n \njarak (kelapa, zaitun, dan lain-lain) \nminyak yang dibuat daripada buah jarak (kelapa, zaitun, dan lain-lain);\n \n~ kacang \nminyak yang diperoleh daripada kacang tanah, biasanya digunakan dalam masakan, produk farmaseutikal, sabun dan sebagainya;\n \n~ kelapa \nminyak yang diperoleh daripada isi kelapa dan digunakan untuk masakan, membuat sabun dan sebagainya;\n \n~ kelung \nair atau cairan yang keluar dari pipi gajah yang sedang naik berahi;\n \n~ kelonyor\n sejenis minyak yang harum dan mudah meruap (\neau de Cologne\n);\n [Indonesia] \n~ lincir \n= \n~ pelicin\n minyak untuk melicinkan perjalanan mesin dan lain-lain;\n \n~ linsid \nminyak berwarna perang dan mudah terbakar yang diekstrak daripada biji flaks, digunakan dalam pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dan sebagainya;\n \n~ masak \nminyak seperti minyak kelapa dan minyak sawit, yang digunakan untuk memasak atau menggoreng makanan;\n \n~ mentah \nminyak yang dilombong dan belum diolah lagi;\n \n~ mineral \nminyak yang diperoleh daripada penyulingan petroleum yang digunakan sebagai pelincir, pelembab dan dalam perubatan;\n \n~ pati \nminyak yang diekstrak daripada tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dalam membuat minyak wangi, sebagai perisa dan sebagainya;\n \n~ parafin \nminyak tanah;\n \n~ pekat \n[Indonesia] salap;\n \n~ pelincir\n minyak untuk melicinkan atau melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin;\n \n~ perlu \ncampuran alkohol, ester, aldehid, keton, dan lain-lain yang diekstrak daripada bahagian tumbuhan seperti bunga, daun atau kayu, dan digunakan untuk membuat minyak wangi dan perisa makanan;\n~ petrol\n minyak untuk menjalankan enjin dan lain-lain;\n \n~ rambut\n minyak untuk melicinkan rambut;\n \n~ regular = ~ biasa \nminyak petrol tanpa plumbum yang mempunyai kadar oktana yang rendah;\n \n~ sapi\n = \n~ samin \nsejenis minyak yang diperbuat daripada susu lembu dan lain-lain;\n \n~ sawit \nminyak yang diperoleh daripada buah kelapa sawit dan digunakan untuk masakan, membuat sabun dan sebagainya;\n \n~ sayur \nminyak yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan digunakan untuk memasak, membuat majerin dan sebagainya;\n \n~ super \nminyak petrol tanpa plumbum yang mempunyai kadar oktana yang tinggi;\n \n~ tetap \nminyak lemak yang tidak meruap yang diperoleh daripada sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan untuk membuat bahan pelincir, sabun dan sebagainya;\n \n~ wangi\n = \n~ raksi \nminyak yang berbau harum (bau-bauan);\n~ dengan air adakah bercampur \n(peribahasa) orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu;\n \n~ duyung perendang duyung \n= \n~ kita juga yang digorengkannya \n(peribahasa) seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kepada seorang raja atau orang kaya dengan menggunakan kekayaan orang itu sendiri;\n \n~ habis sambal tak enak \n(peribahasa) kekecewaan dalam perjodohan anak dengan menantu;\n \nlicin kerana ~ berminta, elok kerana kain berselang \n(peribahasa) sindiran untuk merendahkan seseorang yang angkuh atau sombong kerana harta atau barang yang dipinjam;\n \nmemasukkan ~ tanah\n (peribahasa) menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat;\n \nsesudah arang-arang hendak ~ pula \n(peribahasa) sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dengan orang itu;\nberminyak\n1.\n mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak:\nikan yang ~ mengandungi zat vitamin A dan D; \n2.\n memakai minyak:\nrambutnya kering dan kasar tidak ~;\n~ air mukanya\n [kiasan] nampak berseri mukanya (kerana gembira dan lain-lain);\n \npandai ~ air\n ki\na) pandai berkata-kata untuk mencapai sesuatu maksud;\n b) pandai berpura-pura (bermuka-muka);\n c) pandai menggunakan sesuatu yang sebenarnya kurang baik;\n~ biar lecak\n = \nmati-mati ~ biar licin \n(peribahasa) tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pada akhir kesudahannya;\n \n~ tak licin \n(peribahasa) alang kepalang, tanggung-tanggung;\nmeminyaki\n memberi berminyak, membubuh minyak pada, melumuri dengan minyak:\nia sibuk ~ segala bahagian jentera yang bergerak;\nperminyakan\n perihal minyak (perlombongannya dan lain-lain);\n \nsakramen ~ \n[Indonesia] sejenis upacara bersembahyang untuk orang yang hampir akan mati (Roman Katolik)." "minyak II\n~ beruk betina (putih) \nsejenis tumbuhan (pokok), dedali paya, \nXanthophyllum curtisii; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nCynodon dactylon; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput sepat, \nDaemonorhops augustifolius; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nIsachne globosa." "mioglobin\n(Perubatan) protein yang membawa oksigen, yang mengandungi zat besi dan terdapat dalam sel otot." "miologi\nkajian tentang struktur, fungsi dan penyakit otot." "miopia\n(Perubatan) cacat pelihatan yang menyebabkan objek jauh tidak dapat dilihat dengan jelas, rabun jauh." "mipat\n[Kelantan] salah, silap." "mipis\n[arkaik] nipis, tipis." "mir\n[Perak] gelaran untuk orang lelaki yang beribukan syarifah dan berbapakan orang kebanyakan." "mirah\nsejenis permata yang berwarna merah." "mirai\n[arkaik];\ntirai-~ \nbermacam-macam tirai." "mirat\n[Arab] cermin." "miriapod\n(Biologi) haiwan (seperti lipan, gonggok, dan lain-lain) dalam kumpulan Myriapoda, berkaki banyak, badannya panjang serta beruas-ruas." "mirih\n[Minangkabau] meleleh." "miring\n1.\n rendah sebelah (lantai dan lain-lain), tidak datar;\n2.\n tidak tegak (letak sesuatu), condong:\nia memakai songkok yang diletakkan ~ ke kanan; \ntulisan ~\n tulisan condong;\n3.\n senget (perahu, kapal, dan lain-lain):\nkapal mereka mulai ~; \n4.\n = \notak ~ \n[bahasa percakapan] agak gila, kurang siuman;\n5.\n [kiasan] berat sebelah (pengadilan, hukuman, dan lain-lain), tidak adil;\n \nbiar ~ asalkan jangan tertelungkup\n (peribahasa) tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali;\nmemiringkan\n menjadikan (meletakkan, membuat) miring, mencondongkan, menyengetkan:\npayung mereka dimiringkan ke sebelah." "mirip\nhampir sama atau serupa (dengan), menyerupai benar:\nmukanya ~ ke wajah ayahnya;\nkemiripan\n perihal atau keadaan mirip (dengan)." "miris\nbocor, tiris;\n \ntiris-~ \nterlalu tiris, banyak tirisnya." "mirmekologi\ncabang zoologi yang berkaitan dengan kajian tentang semut." "miruk\n[Kelantan] berasa gerun atau takut." "mis.\n[kependekan] misalnya." "misa\n[Indonesia] = \n~ kudus\n = \n~ suci\n upacara persembahan korban (roman Katolik)." "misai I\nbulu yang tumbuh antara bibir atas dengan hidung, kumis;\n~ bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang \n(peribahasa) rupa sahaja yang hebat dan garang, tetapi pengecut;\n \nseperti ~ pulang ke bibir\n (peribahasa) kembali ke tempat asalnya." "misai II\ndaun ~ kucing \nsejenis tumbuhan, ara batu;\n \nrumput ~ adam \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nThemeda arguens." "misal\n= misalan\n umpama, perumpamaan (perbandingan), contoh;\n~ kata \nandai kata, seandainya;\n \n~nya \ncontohnya;\nsemisal\n seperti, sebagai, seumpama;\nmemisalkan\n mengumpamakan, mengibaratkan:\ndimisalkan dia sungguh" "misali\nberkaitan dengan seseorang yang boleh dijadikan contoh atau diteladani:\nibu ~." "misan I\n[bahasa percakapan] manisan." "misan II\n[Jakarta] saudara sepupu." "misbah\n[Arab] lampu, pelita." "MISC\n[kependekan] \nMalaysia International Shipping Corporation\n (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia)." "miselium\n(Biologi) jalinan bebenang halus yang membentuk jasad kulat dan merupakan bahagian yang terlibat dalam pembiakan tanpa seks." "misi I\n1.\n perwakilan dari sesebuah negara ke negara lain untuk sesuatu tugas;\n2.\n urusan berkenaan penyiaran agama Kristian;\n3.\n tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan:\n~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yang paling akrab dengan keperluan negara." "misi II\n[bahasa percakapan] panggilan umum untuk jururawat." "misih\n[bahasa percakapan] masih." "misil\nsenjata yang dilancarkan untuk menuju ke sasarannya secara kawalan jarak jauh atau kawalan automatik:\n~ balistik." "mising\n[Kedah] cirit dan muntah-muntah kerana memakan kerang yang busuk." "miskal\nukuran berat yang besarnya lebih kurang 4.2 gram (untuk menimbang emas atau perak)." "miskin\ntidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barang-barang keperluan hidup), melarat, papa;\n \n~ papa \nterlalu miskin;\n \nrumah ~ \nrumah tempat orang-orang miskin dijaga;\n \nbiar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya \n(peribahasa) kebijaksanaan itu lebih juga daripada kekayaan;\nmemiskinkan\n menjadikan miskin;\nkemiskinan\n perihal miskin, kekurangan, kepapaan:\nbukan sedikit jumlah perempuan yang terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~;\npemiskinan\n perihal, perbuatan atau tindakan memiskinkan." "misoa, misoi\nsejenis bihun halus." "misogami\nperasaan benci terhadap perkahwinan." "misogini\nperasaan benci terhadap orang perempuan, terutamanya oleh orang lelaki." "misoginis\nlelaki yang benci pada orang perempuan." "mistar\n[Arab]\n1.\n kayu pembaris, kayu skala;\n2.\n baris, garis;\n \n~ hitung \nsejenis kayu pembaris yang mempunyai bahagian yang boleh dikesot-kesot (digunakan untuk mengukur dengan cepat)." "misteri\n1.\n peristiwa, fenomena, dan lain-lain yang tidak dapat diterangkan;\n2.\n cerita, filem, dan lain-lain yang menimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi;\n3.\n orang atau benda yang menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui , kabur, atau membingungkan:\nbanyaklah ~ yang tidak pernah dapat dicari jawabannya;\n kemisterian\n keadaan penuh misteri." "mistik\n1.\n suluk, tasawuf:\ndalam hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; \n2.\n keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban;\nkemistikan\n keadaan mistik." "mistis\n[Indonesia-Belanda] bersifat mistik, mengandungi mistik atau unsur-unsur ghaib:\ndi kalangan masyarakat Dayak, Melayu memang dipercayai suatu kaum yang memiliki kuasa ~." "mistisisme\naktiviti keagamaan yang diamalkan dengan tujuan mencari pengetahuan dan kebenaran untuk mendekati Tuhan (melalui meditasi dan sembahyang)." "mistri\n[Indonesia] penjaga geladak kayu di kapal." "misuh\n[Jawa] memaki." "mitar\n[sastera lama] penembak meriam." "mitasi I\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] tiruan, palsu." "mitasi II\n[Indonesia-Belanda] \n= mutasi\n." "mithali\nmisali." "miting\n[bahasa percakapan] mesyuarat, perundingan." "mitologi\n1.\n kumpulan (cerita) mitos;\n2.\n kajian tentang mitos." "mitos\n1.\n cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dan sebagainya;\n2.\n cerita tentang seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau direka-reka, dongeng;\nmemitoskan\n1.\n menjadikan sesuatu (kisah, cerita dan sebagainya) sebagai mitos:\nbeliau mematikan watak Raden Kelang dengan ~ bahawa putera raja yang masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; \n2.\n mendewa-dewakan seseorang:\nmereka berjaya juga mengurangkan aspek yang ~ tokoh-tokoh tersebut;\nkemitosan\n perihal (keadaan, sifat) mitos:\npenjelasan yang meyakinkan wujudnya ~ sumpahan tersebut;\n pemitosan\n perihal memitoskan:\nada obsesi untuk menemukan akar, nostalgia dan akhirnya ~ tanah asal yang telah hilang." "mitraliur\n[Indonesia-Belanda] senapang mesin." "mizan\n[Arab]\n1.\n neraca;\n2.\n nama segugusan bintang (Libra)." "mizmar\n(Seni Muzik) sejenis serunai Arab." "Mk.\n[kependekan] Mukim." "MKBK\n[kependekan] Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan." "mks\n[kependekan] meter, kilogram, dan saat (sistem unit asas)." "MLH\n[kependekan] Maktab Latihan Harian (maktab tempat melatih guru sekolah rendah)." "mm\n[kependekan] milimeter." "MMS\n[kependekan] \nmultimedia messaging service \n(khidmat pesanan multimedia, iaitu khidmat yang membolehkan teks ringkas, e-mel, gambar dan sebagainya, dan bahan berbentuk multimedia dihantar dan diterima dengan menggunakan telefon bimbit yang biasanya mempunyai sistem WAP, komputer peribadi dan sebagainya)." "Mn\nsimbol kimia bagi mangan." "MNLF\n[kependekan] \nMoro National Liberation Front\n (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro)." "Mo\nsimbol kimia bagi molibdenum." "mobil\n[Indonesia-Belanda]\n1. = automobil\n motokar, kereta;\n2.\n mudah bergerak atau digerakkan (dipindah-pindahkan);\n \n~ briged \npasukan yang boleh bergerak dengan cepat;\nbermobil\n1.\n mempunyai kereta;\n2.\n naik kereta." "mobilisasi\n1.\n pengerahan orang untuk masuk askar, kerah tenaga;\n2.\n pergerakan atau peredaran sesuatu sumber (kewangan dan sebagainya) untuk mencapai tujuan tertentu:\njumlah modal itu telah mengehadkan ~ dana;\n memobilisasi, memobilisasikan\n1.\n mengerahkan orang supaya masuk askar, mengerahkan tenaga;\n2.\n menggerakkan sesuatu sumber (kewangan dan sebagainya) supaya beredar atau berpusing untuk mendatangkan keuntungan dan sebagainya:\nsyarikat itu berfungsi untuk ~ simpanan agar para penyimpan memperoleh keuntungan." "mobilisir\n[Indonesia-Belanda];\nmemobilisir\n [Indonesia] mengerahkan (tentera dan lain-lain)." "mobiliti\nperihal mudah bergerak atau digerakkan, perihal mudah berpindah tempat tinggal (bertukar pekerjaan dan sebagainya);\n~ industri \nkebolehan pekerja berpindah dari satu industri ke satu industri yang lain;\n \n~ mendatar \npergerakan individu atau kumpulan dalam sesuatu masyarakat ke kedudukan (jawatan dan sebagainya) yang berlainan daripada yang diduduki sebelumnya tetapi tidak berubah dari segi status, kekuasaan, kelas dan sebagainya;\n \n~ menegak \nperubahan kedudukan individu atau kumpulan dalam sesuatu masyarakat dari segi kelas, kekuasaan, status dan sebagainya;\n \n~ pekerja \n(Ekonomi) kebolehan para pekerja bertukar kerja atau berpindah tempat kerja." "mobrik\n[Indonesia] [kependekan] \nmobile brigade\n (pasukan polis yang bersenjata seperti tentera)." "mocok\n[Jawa] bekerja sementara (untuk menggantikan orang dan lain-lain)." "mod\n(Komputer) salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem;\n \n~ capaian \npilihan tertentu daripada pelbagai kaedah capaian ingatan yang boleh dilakukan dalam sistem." "modal\n1.\n wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga (menghasilkan sesuatu yang menambah kekayaan dan lain-lain), pokok (untuk berniaga):\njika sesuatu perniagaan itu rugi, akan tibalah masanya ~ untuk menjalankan perniagaan itu habis; \nbarang ~ \nbarang-barang yang dapat menghasilkan barang-barang lain (seperti alat penenun dan lain-lain);\n \npenanaman ~ \nperihal menggunakan modal untuk mendapat keuntungan (dalam perniagaan, perusahaan, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain:\nkerbau itu cukup dijadikan ~ untuk beristeri; \nbaginya pelajaran adalah ~ terpenting untuk mencapai kejayaan;\n3.\n [kiasan] [bahasa percakapan] buah fikiran, idea:\naku kehabisan ~ untuk menyampuk cakap teman-temanku;\n~ bergerak\n = \n~ berpusing \nmodal yang boleh berpindah-pindah (seperti barang-barang mentah, wang, dan lain-lain);\n \n~ campuran \nmodal (usaha) gabungan;\n \n~ kerja \nmodal yang digunakan untuk menjalankan sesuatu perniagaan;\n \n~ sambut \nbuah fikiran orang lain yang digunakan dalam sesuatu percakapan (perbincangan dan lain-lain);\n \n~ tetap \nmodal yang tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dan lain-lain);\nsemodal\n berkongsi dalam perusahaan, ikut serta dalam urusan perniagaan dan lain-lain;\n \norang ~ \norang yang turut sama menaruh modal dalam perusahaan dan lain-lain;\nbermodal\n mempunyai modal:\ngolongan kapitalis ~ besar;\nbermodalkan\n mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sebagai modal:\nbeliau memulakan perniagaan dalam bidang hiasan dalaman dengan ~ wang sebanyak RM25 ribu;\nmemodali\n memberi modal (untuk sesuatu perniagaan, perusahaan, dan lain-lain):\nbeberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu;\nkemodalan\n perihal modal, bersifat mencari untung;\npermodalan\n \nsyarikat ~ \nsyarikat yang menanam modalnya dalam perniagaan atau perusahaan lain untuk mendapat keuntungan;\npemodal\n orang yang memberi modal, penanam modal:\nkebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yang semata-mata mencari keuntungan." "modalwan\n[Indonesia] pemodal, kapitalis." "modar\n= \nmati ~ \n[Jawa] \na) mati dengan tidak disembelih (binatang);\n b) [bahasa kasar] mati sia-sia, mati mengejut, mampus." "mode\nkebiasaan yang berlaku pada sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dan lain-lain), cara (corak, ragam) yang terpakai pada waktu tertentu, fesyen." "model\n1.\n ragam (pakaian dan lain-lain), cara, fesyen, jenis, dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yang dikeluarkan:\nmotokar kerani ~ lama sahaja; \n2.\n barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya seperti yang asal tetapi lebih kecil:\nkanak-kanak lelaki lebih suka membuat ~ kapal terbang daripada membuat pakaian anak patung; \n3.\n peragawan atau peragawati;\n4.\n seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh (untuk ditiru atau diteladani):\nkanak-kanak memerlukan ~ yang baik, yang boleh ditiru dalam perkembangan bahasa lisan yang baku." "modeling\npekerjaan, kegiatan dan sebagainya sebagai model (peragawan atau peragawati) untuk memperagakan fesyen pakaian, aksesori kecantikan dan sebagainya:\ntidak salah kalau mereka menceburi ~ asalkan bijak membahagikan masa; \ndia menyertai pertandingan ini kerana meminati ~." "modem\n(Komputer) sejenis peranti yang digunakan untuk membolehkan komputer berhubung antara satu sama lain melalui talian telefon;\n \n~ akustik \nmodem yang menggunakan pengganding akustik untuk menyambungkan komputer pada gagang telefon." "moden\ndari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir:\nbahasa ~; \nsenjata ~; \nalat kelengkapan ~;" "modenis\norang yang menyokong fahaman modenisme:\n antara golongan ulama dan ~." "modenisasi\nperihal, proses, atau perbuatan memodenkan, pemodenan:\npara sasterawan menjadi penggerak utama dalam proses ~ bahasa Melayu di Nusantara; \nmasyarakat yang rata-rata bersifat berpuak-puak dan agraria ini tiba-tiba mendapati dirinya berdepan dengan pembangunan dan ~." "modenisme\n1.\n pemikiran cara moden;\n2\n. fahaman dan pendekatan seni yang menekankan seni lukis moden." "moderat\n1.\n tidak keterlaluan (melampau), sederhana;\n2\n. golongan (orang) yang berfahaman atau bersikap sederhana (mis dalam politik)." "moderator\n1.\n orang yang mengendalikan, mengawal dan sebagainya perbincangan dan lain-lain supaya dapat mencapai kata sepakat, berjalan lancar dan teratur:\nbeliau akan menjadi ~ untuk sesi dialog yang pertama;\n2.\n orang yang memastikan kekonsistenan piawai-piawai yang digunakan dalam memarkahi kertas peperiksaan dan sebagainya oleh para pemeriksa yang berlainan;\n3.\n (Fizik) bahan yang digunakan untuk melambatkan pergerakan neutron dalam reaktor nuklear:\nbahan berilium oksida digunakan sebagai ~ neutron dalam reaktor nuklear dan sebagai penebat elektrik." "moderen\n[Indonesia-Belanda] \n= moden\n." "modifikasi\nproses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mengubah sedikit sesuatu (keadaan, sifat dan sebagainya) supaya sesuai dengan keperluan (situasi, sifat, tujuan dan sebagainya) yang dikehendaki, pengubahsuaian:\npenyunting terpaksa membuat ~ dalam cerita rekaannya itu; \nkaedah ~ tingkah laku klasik digunakan untuk merawat penghidap skizofrenia;\n memodifikasi\n membuat atau melakukan modifikasi terhadap sesuatu, mengubah suai:\nmereka juga boleh ~ tingkah lakunya mengikut keadaan; \nrawatan itu melibatkan manipulasi tubuh pesakit secara fizikal serta ~ perlakuan, makanan, ubat dan persekitaran sosial dan fizikalnya." "modiste\n[Indonesia-Belanda] pembuat baju wanita." "modol\njorok ~ \n[Indonesia] sangat pengotor." "modul\n1.\n unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar;\n2.\n kursus, pelajaran (latihan dan sebagainya) yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran." "modulasi\nalun (tekanan) suara, perubahan nada yang tepat." "modus\ncara, gaya (aturan dan lain-lain);\n \n~ operandi\n cara (prosedur dan sebagainya) untuk melakukan (melaksanakan) sesuatu." "modus vivendi\n(Latin) kesepakatan sementara antara pihak yang bertelagah sebelum mencapai suatu penyelesaian." "moga I\nmoga-moga, semoga\n mudah-mudahan, kiranya, hendaknya, agar:\nia berdoa ~ dipelihara Allah akan anaknya itu bersama-sama dengan ibunya; \nsemoga tuan berbahagia." "moga II\n[Kelantan] benda, barang, perkara." "mogok\n1.\n tidak bergerak (berjalan dan lain-lain), berhenti:\nmotokarnya ~ di tengah jalan raya;\n2.\n tidak mahu bekerja:\nkalau tidak dipenuhi tuntutan kita ini, kita ~;\n~ duduk \nmogok dengan tidak meninggalkan tempat kerja;\n \n~ kilat \nmogok yang dilancarkan secara tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa amaran sebelumnya;\n \n~ lapar\n = \n~ makan\n [Indonesia] mogok dengan tidak mahu makan (sebagai bantahan dan lain-lain);\n \n~ liar \nmogok yang dianjurkan oleh sekumpulan ahli kesatuan sekerja, biasanya tanpa kelulusan rasmi pemimpin kesatuan sekerja, dan kadang-kadang tidak mengikut atur cara yang biasa;\npemogokan\n perihal mogok:\n~ buruh kereta api;\npemogok\n orang yang mogok." "moh\n[bahasa percakapan] ayuh, mari." "mohair\n(Tks)\n1.\n bulu kambing Angora yang panjang, lembut dan halus;\n2.\n benang atau kain yang diperbuat daripada bulu kambing Angora yang panjang, lembut dan halus." "Mohd.\n[kependekan] Mohammad." "mohon\n1.\n [bahasa halus] minta, minta izin:\nsetelah itu maka sahaya ~lah pulang; \n2.\n [sastera lama] ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dan lain-lain), maaflah:\nmaka titah baginda, Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu? maka sembahnya, ~ patik, tuanku;\nbermohon\n1.\n meminta izin;\n \n~ diri \nmeminta izin pergi:\nsahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; \n2.\n mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan:\nmaka Upu Daeng Perani pun ~lah kepada sultan;\nmemohon\n meminta (lebih halus):\nkami ~ maaf atas kesilapan ini;\nmemohonkan\n memintakan (sesuatu daripada):\nmahu aku ~ kehendakmu itu kepada Allah Taala;\npermohonan\n apa yang diminta, permintaan:\nsegala ~nya untuk mendapat kerja ditolak;\npemohon\n orang yang memohon sesuatu;\npohon II\n." "mohor\ncap (yang memperkenalkan sesuatu), tera, materai;\n~ syarikat \nmaterai syarikat;\n \ncap ~\n cap raja;\n \ncincin ~ \ncincin untuk mematerai surat dan lain-lain." "mojah\nkaus kaki, sarung kaki." "moka\n(ERT) sejenis kopi berperisa kuat yang dijadikan sebagai bahan perasa kopi dan coklat dalam campuran kopi, kek, aiskrim dan sebagainya:\naiskrim ~." "mokoh\n[Terengganu] duduk dengan menopang dagu." "mol\n(Kimia) unit bagi banyaknya bahan yang mengandungi unit asas seperti atom, ion, elektron, molekul, dan lain-lain (yang bersamaan bilangan atom karbon dalam 0.012 kg isotop karbon yang berat atomnya 12)." "mola\n[Kelantan] kendi besar yang dibuat daripada tanah liat putih." "mole\nsejenis tembakau." "molek\ncantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dan lain-lain);\nmemolekkan\n menjadikan molek;\nkemolekan\n perihal molek, kecantikan, keelokan." "molekul\nunit paling kecil sesuatu sebatian yang terdiri daripada dua atau lebih atom." "moler\n[Jakarta] perempuan lacur, sundal." "molibdenum\n(Kimia) sejenis unsur logam berwarna kelabu atau hitam dan digunakan untuk membuat aloi, keluli, dan sebagainya." "molong\n[Johor];\nbuah ~\n sejenis kuih daripada tepung yang dimasak dengan gula." "molor\n(Sunda) [bahasa kasar] tidur." "molos\n(Sunda) [arkaik] mudah masuk (ke dalam lubang dan lain-lain), lulus." "moluska\ngolongan binatang yang berkerang (seperti siput, tiram, dan lain-lain), binatang lunak." "MOM\n[kependekan] Majlis Olimpik Malaysia." "momber\n[Kelantan] (tanah yang) berlumpur." "momen I\nwaktu yang sangat singkat, saat, detik, ketika." "momen II\n(Fizik) (ukuran) kecenderungan daya untuk menghasilkan gerakan berputar." "momentum\n1.\n daya yang mendorong pergerakan sesuatu:\nmaka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan hilanglah ~nya; \nnamun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang menghadapi semangat yang kian kendur di kalangan generasi mudanya untuk meneruskan ~ pemodenannya; \n2.\n hasil darab jisim dengan halaju sesuatu jasad." "momok\n1.\n sejenis hantu yang disebut-sebut untuk menakut-nakuntukan kanak-kanak;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang ditakuti (ancaman, tipu helah, dan lain-lain):\nagak sukar untuk kita melihat ~ politik di sebalik sikap mereka itu;\nmemomokkan\n1.\n mendatangkan rasa takut, menakuntukan, mengerikan, menggelisahkan:\npihak penjajah telah ~ gerakan untuk menegakkan semula asas keturunan Melayu; \n2.\n membenci, memusuhi:\nkaum penjajah ~ orang yang masuk politik;\n memomok-momokkan\n menimbulkan atau menyebabkan rasa takut-takut, menakut-nakuntukan:\nhari ini juga anak bangsa terus dibuai dan dimomok-momokkan dengan kisah silam yang semakin kusam;\nmomokan\n bayangan perasaan yang menghantui atau menakuntukan:\n mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda." "monarki\nkerajaan (negara) yang diperintah oleh raja, sistem pemerintahan beraja:\n politik dan ~ Melayu." "monarkis\npendukung sistem pemerintahan beraja." "moncong\nsejenis ikan laut, \nOsteiogeneiosus militaris." "moncor\n[Jakarta] keluar mengalir, sakit cirit." "mondok I\ngemuk dan pendek;\n \ntikus ~ \nsejenis tikus yang gemuk, \nMus decumanus." "mondok II\n[Jawa];\nmemondok\n menumpang tidur (makan);\n= pondok\n." "monel\nlogam ~ \nsejenis aloi tahan karat yang mengandungi nikel (67%), tembaga (28%), dan logam-logam lain (5%)." "moner\n[Kelantan];\nlicin ~\n habis licin." "monetari\n(Ekonomi) berkaitan dengan wang atau mata wang:\ndasar ~ memberi kesan kepada keputusan pelaburan pengeluar minyak kelapa sawit." "monetarisme\ndasar kawalan terhadap peredaran wang sebagai langkah utama menstabilkan ekonomi sesebuah negara. \nmoneter\n (monter) [Indonesia-Belanda] (berkenaan (dengan)) kewangan." "mong\n1.\n bunyi canang (gong);\n2.\n gong;\n= mungmung." "mongel\n1.\n kecil molek, cantik;\n2.\n menarik hati (anak);\nkemongelan\n kecantikan:\nmenatap dan menikmati ~ tubuh Jane Fonda." "monggok\nmongkok I\n." "monggol\nberbonggol;\n= bonggol\n." "monggor\nmungkur\n." "mongkok I\n= bermongkok\n1.\n (kelihatan, tampak) lebih tinggi daripada yang lain, tertinggi;\n2.\n [kiasan] lebih baik (elok, unggul, utama)." "mongkok II\n[Perak], [bahasa percakapan] membongkok." "monitor\n1.\n alat untuk mengawasi dan merakamkan terus-menerus perjalanan dan sebagainya sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yang tidak baik;\n2.\n peti (seperti peti televisyen) yang digunakan untuk memaparkan data atau maklumat dari komputer, unit paparan video;\nmemonitor\n mengawasi serta merakamkan terus-menerus perjalanan dan sebagainya sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yang tidak baik;\npemonitoran\n perihal (perbuatan) memonitor." "mono-\nawalan asing \nsatu atau tunggal, misalnya \nmonolog \ndan \nmonosakarida\n." "monoatom\n(Kimia) berkenaan molekul yang terdiri daripada satu atom sahaja (mis argon, helium, neon, dan lain-lain)." "monodrama\nkarya drama yang dituliskan untuk seorang pelaku." "monofobia\nperasaan takut yang keterlaluan ketika berada seorang diri." "monoftong\n(Linguistik) bunyi vokal tunggal yang tidak mengalami perubahan dari segi kualiti dari awal hingga akhir pengeluarannya, berbanding dengan diftong." "monogami\namalan berkahwin dengan satu orang sahaja pada sesuatu masa." "monoglot\n1.\n menggunakan satu bahasa sahaja;\n2.\n orang yang hanya bertutur dalam satu bahasa." "monograf\ntulisan, huraian, rencana, dan sebagainya berkenaan sesuatu perkara atau masalah yang khusus atau berkenaan sesuatu aspek daripada sesuatu bidang ilmu." "monogram\nreka bentuk yang melambangkan parap (huruf pertama nama seseorang) yang biasanya digores pada sesuatu (seperti pen, sapu tangan)." "monokotiledon\ntumbuhan yang mempunyai satu kotiledon sahaja." "monokrasi\npemerintahan yang dijalankan oleh seorang pemerintah sahaja." "monokrom\nmempunyai atau menggunakan satu warna sahaja." "monoksida\n(Kimia) sebatian yang mengandungi satu atom oksigen sahaja (mis karbon monoksida)." "monokultur\npertanian yang berasaskan sejenis tanaman sahaja." "monolit\n(Geologi) bongkah batu tunggal yang tegak, biasanya berbentuk seperti tiang atau tugu." "monolitik\nmerujuk kepada suatu kesatuan yang besar dan sukar diubah:\npemerintahan ~; \nindividu tenggelam dalam sistem pasaran yang meluas dan ~." "monolog\n1.\n percakapan yang agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dalam sesebuah drama filem:\nbahan ini berupa ~ yang kadang-kadang diselangi pertanyaan dan seruan orang yang mendengarnya; \n2.\n adegan drama atau sandiwara dengan seorang sahaja pelakonnya yang menyampaikan percakapan seorang diri;\n3.\n percakapan panjang lebar oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya;\nbermonolog\n melakukan monolog:\napatah lagi apabila saya kena ~ hampir 25 minit di pentas; \nbukan hanya bisikan dalam diri dan ~ semata-mata." "monomania\nkeadaan fikiran yang terlalu asyik memikirkan suatu idea, isu, minat dan sebagainya." "monomer\nmolekul ringkas yang berpadu dengan beberapa molekul yang sama (atau yang berlainan) untuk membentuk polimer." "monopoli\n1.\n penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma;\n \n~ asing dalam perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; \n2.\n pemikiran atau penguasaan sesuatu yang tidak boleh dikongsi dengan orang atau pihak lain:\nIslam bukan ~ orang Arab;\n memonopoli\n1.\n menguasai sesuatu (perdagangan, perkhidmatan, dan sebagainya) dengan bebas tanpa menghadapi saingan:\nPortugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan untuk ~ perdagangan;\n2\n. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dan lain-lain) sepenuhnya;\npemonopolian\n perbuatan (proses) memonopoli;\npemonopoli\n orang atau pihak yang memonopoli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dan sebagainya):\nundang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ daripada mengaut keuntungan yang berlebihan." "monopsoni\n(Ekonomi) keadaan pasaran apabila barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh beberapa orang penjual, dibeli oleh seorang pembeli sahaja." "monorel\nkereta api yang berjalan di atas rel tunggal (biasanya di aras yang tinggi)." "monosakarida\n(Biologi) gula ringkas (seperti glukosa) yang tidak dapat diuraikan lagi menjadi gula lain." "monosemi\n(Linguistik) kata yang mempunyai satu makna sahaja." "monosit\n(Perubatan) sel darah putih yang mempunyai satu nukleus besar, berbentuk seperti buah pinggang dan bersifat fagosit." "monotaip\n(Percetakan) mesin untuk membuat huruf (percetakan), dengan cara dituang satu per satu." "monoteis\norang yang menganut faham monoteisme." "monoteisme\nkepercayaan bahawa Tuhan itu hanya satu." "monotoni\ntidak adanya keragaman (pada nada, kerja, dan sebagainya)." "monovalen\n(Kimia) berkenaan sesuatu unsur dan lain-lain yang valensinya satu." "monsun\n1.\n angin bermusim di Asia Selatan yang bertiup dari Barat Daya pada musim panas dan Timur Laut pada musim sejuk;\n2.\n musim hujan sewaktu monsun Barat Daya bertiup dari bulan April hingga Oktober." "montaj\ngambar, filem, gubahan lagu, atau penulisan yang terdiri daripada bahagian yang berasingan dan digabungkan menjadi satuan yang menarik." "montek\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar serepat, akar suluh hutan, \nUrceola torulosa." "montel\nberisi lagi sihat (badan), berisi lagi cantik." "montir\n[Indonesia-Belanda] tukang memasang atau membaiki enjin (motokar dan lain-lain), fomen." "montok\n1.\n penuh berisi (berkenaan (dengan) tubuh atau bahagian tubuh), gemuk berisi, besar lagi padat, montel:\nair mata berlinang di pipinya yang masih ~ itu;\n2.\n besar dan bernas (tetek);\nkemontokan\n perihal montok." "monumen\nbangunan (patung dan lain-lain) yang dibina untuk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu." "monyeh\n[Kedah];\ntermonyeh-monyeh\n tersengih-sengih." "monyel\n[Terengganu] habis." "monyet\nsejenis binatang yang hampir sama dengan kera;\nbaju ~ \nbaju yang bersambung dengan seluar (dipakai oleh kanak-kanak);\n \ncinta ~\n cinta kasih yang keanak-anakan;\n \npintu ~ \npintu yang berdaun dua (di atas dan di bawah);\nkera menjadi ~ \n(peribahasa) sama sahaja halnya;\n \nseperti ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan faedah) \n(peribahasa) tiada tahu menghargai sesuatu yang elok." "monyok\n[Kedah]\n1.\n masam muka;\n2.\n bersedih." "monyong\n[Jakarta] muncung, jongor." "monyos\n[arkaik] malu, kemalu-maluan;\ntermonyos\n tersipu-sipu (kemalu-maluan)." "mop\nalat pengelap lantai dan lain-lain (dibuat daripada bahan serap air yang berambu yang diikatkan pada pemegang)." "mopit\n[Cina] sejenis kalam Cina (untuk menulis tulisan Cina);\n= pit II." "mor\ntanah ~ \ntanah lapang yang tidak digunakan (biasanya ditumbuhi bermacam-macam pokok belukar)." "mora\n(Linguistik) unit terkecil untuk mengukur kuantiti atau kepanjangan dalam sistem prosodi, biasanya lebih pendek daripada satu suku kata." "morain\n(Geologi) longgokan atau timbunan tanah, batu, puing, dan sebagainya yang diseret dan dimendapkan oleh glasier." "moral\n1.\n ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban, dan lain-lain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak:\nkadang-kadang, dongeng itu memang perlu sebagai saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak atau ~ yang baik; \nDatuk Penghulu ini sangat fanatik dalam perkara menjaga ~;\n2.\n berkaitan dengan apa yang betul atau adil;\n \nbantuan ~ \nbantuan dengan kata-kata yang mengakui kebenaran atau yang menyokong seseorang atau sesuatu pihak (bukan berupa kebendaan);\n \nkemenangan ~\n kemenangan mempertahankan sesuatu yang benar;\n3.\n semangat untuk menghadapi ejekan (olokan) demi mempertahankan kebenaran;\nbermoral\n mempunyai moral, berakhlak:\npengarang menggambarkan Aminah sebagai perempuan yang ~ rendah; \ntidak ~\n tidak berakhlak, sangat buruk (berkenaan (dengan) tingkah laku), bertentangan dengan ciri-ciri akhlak yang dianggap baik (berkenaan (dengan) perbuatan dan sebagainya)." "moralis\norang yang berpegang teguh pada (mengajar, mengamali) kebaikan atau keadilan." "moralisasi\najaran (petunjuk, nasihat, dan lain-lain) berkenaan perbuatan atau kelakuan yang baik." "moraliti\nprinsip akhlak atau kelakuan yang baik (atau mulia):\nbudi merupakan landasan ~ dan etika Melayu." "morat I\n~-marit\n tidak teratur, kucar-kacir, kacau-bilau, tidak keruan." "morat II\n[Perak] sebab." "moratorium\npenggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan secara persetujuan bersama." "moreh\njamuan di masjid atau surau dalam bulan puasa, biasanya selepas bertarawih dan bertadarus." "moreng\ncoreng-~ \npenuh dengan coreng;\n= coreng I\n." "mores I\nsejenis kain;\nmuris I\n." "mores II\n(Antropologi) tatalaku, adat, kebiasaan dan sebagainya yang sudah mendasari nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan atau masyarakat." "morfem\n(Linguistik) satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu:\nperkataan perumahan terdiri daripada satu ~ bebas iaitu perkataan rumah dan dua ~ terikat iaitu pe(r)- dan -an." "morfin\nsejenis dadah yang melalikan yang diperoleh daripada candu dan digunakan untuk melegakan kesakitan, dan jika disalahgunakan akan mengakibatkan ketagihan. \nmorfina\n (Kimia) morfin." "morfofonem\n(Linguistik) unit fonologi yang terdiri daripada set fonem yang hadir sebagai alomorf sesuatu morfem." "morfofonemik\nkajian tentang kelainan fonologi dalam alomorf." "morfologi\n1.\n kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan;\n2.\n cabang biologi yang berkaitan dengan bentuk dan struktur organisma;\n3.\n kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu." "mori\nkain putih (untuk dibuat kain batik)." "morong\nsejenis periuk atau cerek (tempat memasak teh)." "mortaliti\n(Biologi) kadar kematian." "mortar\nsejenis meriam pendek untuk menembakkan peluru, tinggi ke udara, pada jarak yang dekat:\nsebutir peluru ~ telah dijumpai berhampiran dengan lombong kira-kira tiga batu dari Sungai Raya." "mortar II\n(Seni bina) bahan binaan yang terdiri daripada campuran pasir, kapur, simen dan air dengan kadar tertentu untuk mengikat bata, batu, jubin dan sebagainya, lepa." "mortir\n[Indonesia-Belanda] mortar." "mosi\n[Indonesia-Belanda] cadangan yang dikemukakan dalam mesyuarat (rapat dan lain-lain) supaya dibincangkan dan diputuskan, usul;\n \n~ kepercayaan \nmosi yang menyetujui kebijaksanaan pemerintah (pengurus dan lain-lain);\n \n~ tidak percaya \nundi atau usul tidak percaya." "mota I\nsejenis tumbuhan (rumpai yang umbinya boleh dibuat ubat), \nCyperus rotundus." "mota II\nkain ~ \nsejenis kain yang kasar tenunannya (untuk layar dan lain-lain)." "motal\n[Kelantan] sejenis botol besar, setoples." "motel\nhotel yang dibina berhampiran dengan jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yang berhampiran dengan bilik penyewa." "motif\n1.\n sebab (tujuan) yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak:\nsoal kesusasteraan ini juga tidak terlepas daripada ~ ekonomi, kerana apa gunanya mengarang kalau tidak dibeli orang; \n2.\n dasar fikiran atau pendapat:\ncerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yang tegas sekali; \n3.\n pokok (dasar, tema) dalam sesebuah cerita dan lain-lain:\nhikayat yang mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali;\n 4.\n sesuatu yang dijadikan dasar atau corak pada lukisan (ukiran dan lain-lain):\npenenun Iban paling gemar menggunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan;\nbermotifkan\n mempunyai (menggunakan) sesuatu sebagai motif, berasaskan, berpunca daripada:\n pending yang dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; \npembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam." "motivasi\n1.\n keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan:\nsikap dan ~ terhadap pembelajaran sesuatu bahasa merupakan faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang pelajar yang mempelajari sesuatu bahasa; \n2.\n sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat:\ndalam temu duga juga, kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama dengannya;\nbermotivasi\n mempunyai motivasi, ada motivasinya:\n kebanyakan remaja begitu ~ untuk mengikuti latihan;\nmemotivasikan\n memberikan dorongan, galakan, semangat, dan sebagainya untuk melakukan sesuatu, mendorongkan, membangkitkan, menggalakkan:\nsetiap orang mestilah ada rancangan untuk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; \nsalah satu usahanya ialah ~ para pekerja." "moto\nkata semboyan, cogan kata;\nbermotokan\n mempunyai (menggunakan) sesuatu sebagai moto:\nkeluaran sulungnya yang ~ kebudayaan dan pengetahuan." "motobot\nbot yang dijalankan dengan motor." "motokar\nkenderaan beroda empat yang digerakkan dengan enjin pembakaran dalam, kereta;\nbermotokar\n1.\n memiliki motokar;\n2.\n menaiki motokar." "motor\n1.\n alat yang menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal untuk menghasilkan gerakan;\n \n~ sangkut \n= \n~ tempel\n [Indonesia] enjin yang dilekatkan di buritan perahu (untuk menggerakkan perahu);\n2.\n [bahasa percakapan] (sesuatu) yang dijalankan dengan motor;\n \nperahu ~ \nmotobot;\n \nsepeda\n \n~\n [Indonesia] motosikal;\n3.\n [Indonesia] motokar, kereta;\nbermotor\n1.\n [Indonesia] menaiki motokar atau motosikal;\n2.\n dilengkapi motor, memakai motor:\nbasikal ~;\n permotoran\n hal (kegiatan, sukan dan sebagainya) yang berkaitan dengan kenderaan bermotor:\nkegiatan di litar itu akan ditingkatkan dengan pelbagai bentuk sukan ~ seperti perlumbaan go-kart dan kereta; \nkemajuan Proton yang menjadi pemangkin industri ~." "motoris\n[Indonesia] pemandu trem." "motosikal\nsejenis kenderaan beroda dua yang dijalankan dengan enjin;\nbermotosikal\n menunggang atau menaiki motosikal:\ndia ditembak oleh penyerang yang ~ di luar kedai.\nMoU\n [kependekan] \nMemorandum of Understanding \n(Memorandum Persefahaman)." "moya\nsejenis tumbuhan, ludai paya." "moyang\nbapa atau ibu kepada datuk, nenek kepada bapa atau ibu;\n \nadat nenek ~\n adat istiadat yang turun-temurun;\n \nnenek ~\n datuk-datuk sebelum kita, leluhur." "moyanganda\n[bahasa halus] moyang." "moyok\ntidak cergas (kerana sakit, tua, dan lain-lain), lembap dan tidak bersemangat;\nmemoyokkan\n menyebabkan menjadi moyok:\nherdikannya terus ~ cucunya yang asyik bermain;\n kemoyokan\n perihal (sifat atau keadaan) moyok:\n~ wajahnya jelas kelihatan." "moyot\nibu atau bapa kepada moyang." "mozarela\n(ERT) sejenis keju separuh lembut yang berasal dari Itali, biasanya digunakan dalam piza dan masakan lain." "mozek\nkepingan kecil batu, gelas, dan sebagainya berwarna yang dipasang pada lantai, tembok, dan sebagainya." "MPIK\n[kependekan] Maktab Perguruan Ilmu Khas." "MPM\n[kependekan] Majlis Perdagangan Malaysia." "MPSI\n[kependekan] Maktab Perguruan Sultan Idris." "MPV\n[kependekan] \nmultipurpose vehicle \n(kenderaan serba guna, iaitu sejenis kenderaan yang menyerupai van, yang tempat duduk penumpangnya boleh diubah-ubah)\n.\nMr.\n [Indonesia] [kependekan] \nMeester in de Rechten\n (peguam)." "MRSM\n[kependekan] Maktab Rendah Sains Mara." "MS-DOS\n[kependekan] \nMicrosoft disk operating system\n (sistem pengendalian cakera Microsoft, iaitu sejenis sistem pengendalian yang popular untuk mikrokomputer)." "MSc\n[kependekan] \nMaster of Science \n(Sarjana Sains)." "MSG\n[kependekan] \nmonosodium glutamate \n(monosodium glutamat, iaitu sejenis bahan utama yang digunakan dalam cecair atau serbuk perasa makanan seperti \nAjinomoto\n)." "MSN\n[kependekan] Majlis Sukan Negara." "MSSM\n[kependekan] Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia." "MTC\n[kependekan] \nMalayan Teachers College\n (Maktab Perguruan Tanah Melayu)." "MTUC\n[kependekan] \nMalaysian Trade Union Congress\n (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia)." "mu I\nhuruf ke-12 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol M, \u03bc." "mu II\nsingkatan bagi kamu:\nrumah~; \nkereta~\n." "mua I\n1.\n terlalu dimanjakan:\nanaknya itu sangat ~; \n2.\n melampau (tingkah laku, perbuatan):\nbudak-budak sekarang ini kalau diberi muka, ~lah mereka;\nmemuakan\n memanjakan:\nikutlah cakap dia, muakan, manjakan." "mua II\n[Brunei] muka." "mua III\nikan ~ \nbelut." "muaddib\n[Arab] pengajar, pengasuh, pendidik." "muafakat\n1.\n setuju, seia sekata:\nmaka segala hulubalang sekalian ~lah dengan kata Laksamana itu; \n2.\n sesuatu yang dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan:\ndengan ~ bersama, kami bermalam di situ; \nmencapai kata ~ \nmencapai persetujuan;\n3.\n perundingan, pembicaraan, permesyuaratan:\nsetelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun belayarlah keluar dari Kuala Kelantan; \n4.\n berunding (bermesyuarat) dengan:\nhendaklah engkau ~ segala menteri orang besar-besarmu; \n5.\n seia, sepakat:\njangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara;\nsemuafakat\n seia sekata, sepakat, setuju:\ntidak ada faham ~ dalam rombongan itu sendiri;\nbermuafakat\n berunding (untuk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat:\n~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras;\nmemuafakati\n1.\n mengajak bercakap atau berunding (berkenaan (dengan) sesuatu);\n2.\n menyetujui;\nmemuafakatkan\n1.\n membincangkan atau membicarakan sesuatu dengan:\nhal ini perlu dimuafakatkan terlebih dahulu; \n2.\n [sastera lama] mempersetujukan, mempersesuaikan:\nbaginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja;\nkemuafakatan\n1.\n perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan:\napabila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; \n2.\n persetujuan, perjanjian:\ndengan ~ segala orang besar;\npermuafakatan\n1.\n perihal bermuafakat, perundingan;\n2.\n persetujuan, kata setuju:\nhal itu hanya dapat diadakan dengan kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; \n3.\n mesyuarat:\nmesyuarat yang berminit dipandang lebih penting daripada ~ yang dibuat secara tidak rasmi." "muafik\n[Arab] makmum yang sempat menghabiskan bacaan fatihahnya pada rakaat pertama bersama imam dalam solat." "muahad\n[Arab];\nkafir ~ \norang kafir yang mengikat perjanjian tidak melawan umat Islam, tidak kira sama ada mereka berada di dalam atau di luar kawasan takluk Islam." "muai\n= memuai\n menjadi kembang (bahan yang direbus, direndam, dimasak, dan lain-lain), bangun atau bangkit (kuih, adunan, dan lain-lain);\n \n~ panjang \n[Indonesia] menjadi besar menurut panjangnya;\npermuaian\n \nilmu ~ \n[Indonesia] pengetahuan berkenaan cara membuat arak dan lain-lain." "muak\n1.\n sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan;\n2.\n berasa loya atau hendak muntah, mual:\nsila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; \n3.\n berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu):\nkami sudah ~ dengan taktiknya yang terlalu berhati-hati;\n4.\n (Kimia) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dan lain-lain) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkan itu, tepu;\nmemuakkan\n1.\n menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan:\nbau makanan itu ~nya; \n2.\n menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), menepukan." "mual I\n1.\n berasa hendak muntah, loya, muak:\nperutnya ~ hendak muntah; \n2.\n [kiasan] berasa bosan sekali, jijik, meluat:\nMinah sudah mulai berasa ~ tentang kelakuan pemuda itu;\nmemualkan\n menjadikan (menyebabkan) mual, memuakkan:\nbau hanyir yang keluar dari luka itu ~;\nkemualan\n perihal mual:\ntingkah laku anak gadis yang serba gelisah itu diteliti oleh mereka dengan penuh ~ ." "mual II\nmuai\n." "muala\nsejenis burung, \nPsikologitinus cyanurus." "mualaf I\n[Arab] sudah diterbitkan (buku), penerbitan." "mualaf II\n[Arab] orang yang baru memeluk agama Islam, saudara baru." "mualamat\n[Arab] ilmu pengetahuan." "mualif\n[Arab] pengarang, penulis." "mualim\n[Arab]\n1.\n orang yang ahli dalam agama, guru (agama);\n2.\n (kapal) penunjuk jalan;\n3.\n = \n~ kapal\n jurumudi." "muamalah, muamalat\n[Arab] segala perkara (hal) yang tergolong dalam atau yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan:\ntradisi Islam dari segi syariat, ~, dan Usul al-Din wajarlah dikuasai dengan sebaik-baiknya." "muara\ntempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut, kuala:\nadakah tuan-tuan melihat dua buah perahu besar berlabuh di ~?; \nhidup dua ~ \n(peribahasa) hidup dengan dua pencarian atau penghidupan;\nbermuara\n masuk atau mengalir ke sungai (laut dan lain-lain):\nSungai Kelang ~ di Selat Melaka." "muas\n[arkaik] menjadi cair, larut." "muasal\n= \nasal-~\n asal mulanya, sejak dahulukala." "muassasah\n[Arab] badan yang ditubuhkan untuk mengurus pelbagai perkara dan sebagainya yang berhubung dengan jemaah haji (iaitu menggantikan syeikh haji di Mekah)." "muat\n1.\n ada ruang untuk diisi (diduduki, ditempati, dan lain-lain), dapat berisi:\nRamlan tidak mahu membawa dia dan isterinya bersama dengan alasan keretanya tidak ~; \n2.\n ada (terkandung) di dalamnya, berisi;\n~ naik \n(Komputer) tindakan memindahkan fail dari stesen komputer pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian;\n \n~ turun \n(Komputer) tindakan memindahkan fail dari stesen komputer utama ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian;\nbermuat\n1.\n berisi atau diisi dengan:\ntiap-tiap perahu itu ~ dengan tiga puluh orang; \nadapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; \n2.\n [sastera lama] mengisi atau memunggah barang (ke kapal, perahu, dan lain-lain);\nbermuatan\n mempunyai atau berisi muatan:\nsebuah lori yang ~ beberapa batang kayu balak;\nmemuat\n1.\n mengangkut (kapal, perahu, kereta, dan lain-lain), berisi dengan:\nbesoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; \n2.\n mengandungi (mempunyai sebagai isi):\nSejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka;\nmemuati\n menaruh barang-barang (ke dalam perahu dan lain-lain), mengisi:\npelangnya itu dimuatinya dengan pisang dan ubi keladi;\nmemuatkan\n1.\n memasukkan barang-barang ke dalam (kapal, lori, dan lain-lain), mengisikan:\nkami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; \norang biasa enggan membuat kerja ~ barang-barang ke dalam kapal atau memunggah barang-barang dari kapal;\n 2.\n memasukkan ke dalam kandungan (majalah dan sebagainya), menempatkan (di akhbar dan lain-lain), menyiarkan (di majalah dan lain-lain):\napalah gunanya ~ perkara yang kecil-kecil ini di akhbar; \nkaranganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dalam salah satu surat khabar;\ntermuat\n dimasukkan atau disiarkan (dalam akhbar dan lain-lain):\ncerita jenaka yang ~ dalam buku ini adalah sebahagian sahaja daripada cerita jenaka rakyat;\nmuatan\n barang-barang yang dibawa (oleh lori dan lain-lain), isi (kapal dan lain-lain):\nsampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu;\n~ haba \n(Kimia) kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pada tekanan dan isi padu yang sama;\n \n~ haba tentu \n(Kimia) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin;\n orang ~ \norang yang menumpang (naik) kapal dan lain-lain;\n \nresit ~ \n= \nsurat ~ \n[Indonesia] surat keterangan berkenaan barang-barang yang dikirim dengan kapal dan lain-lain;\npemuatan\n perihal (proses) memuatkan sesuatu, pengisian;\npemuat\n (Kejuruteraan) kapasitor:\nsatu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sejenis ~ yang tidak mempunyai arus bocor." "muazam\n[Arab] yang mulia, yang besar (gelaran untuk sultan-sultan)." "muazin\n[Arab] tukang bang, bilal." "mubah\n[Arab] tidak ditegah dan tidak diwajibkan (dalam Islam), harus." "mubaligh\n1.\n pengembang ajaran agama (Islam dan lain-lain):\n komuniti Cina sebagai ~ Islam di Pulau Jawa;\n 2.\n pengantara dalam sembahyang (antara imam dengan makmum);\nkemubalighan\n perihal mubaligh:\nbarangkali disebabkan oleh keghairahan tugas ~ paderi itu." "mubarak\n[Arab] beroleh berkat atau kebahagiaan." "mubarat\n[Arab] perceraian atas permintaan isteri (tidak mengembalikan mas kahwin)." "mubazir\n1.\n terlampau banyak hingga terbuang-buang;\n2.\n berlebih daripada yang diperlukan, berlebih-lebihan;\n3.\n orang yang membuang atau menghabiskan sesuatu (waktu, wang, dan lain-lain) dengan sia-sia, pemboros;\nmemubazirkan\n menggunakan (wang, barang-barang, dan lain-lain) dengan berlebih-lebihan, memboroskan:\npekerjaan ini benar-benar ~ tenaga dan masa; \nbazir\n." "mubtadi\n[Arab] (orang) yang baru belajar atau menuntut ilmu." "mubut\nmudah putus (patah, sobek, dan lain-lain);\n= mumut\n." "muda\n1.\n belum tua (orang dan lain-lain), masih remaja:\nsesetengah daripada mereka masih ~ mentah; \nanak ~\n gadis atau teruna;\n \nkaum ~ \ngolongan orang muda, generasi baru;\n2.\n belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dan lain-lain), baru menjadi (parut, kulit, dan lain-lain):\nkelapa ~; \nparut ~;\n3\n. masih baru (diadakan, diusahakan, dan lain-lain), belum lama (wujudnya sesuatu):\nkita juga telah diberi mandat untuk memandu negeri ini dari sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; \n4.\n masih awal (hari, bulan, dan lain-lain), belum menghujung (lewat):\nmalam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; \norang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah menghabiskan wang di bulan ~;\n5.\n tingkatan (kedudukan, pangkat, dan lain-lain) yang kedua:\nlaksamana ~; \nleftenan ~; \nmenteri ~; \nraja ~ \nbakal raja;\n6.\n yang terakhir atau baru (isteri):\nisteri ~; \n7.\n kurang gelap atau tua (warna), agak pucat:\nmerah ~; \nhijau ~;\n~ belia \nmuda sekali;\n \n~ hati\n = \n~ fikiran \n(orang tua) yang tingkah lakunya seperti orang muda;\n \n~ jelita \norang yang muda lagi jelita (gadis);\n \n~ mentah\n [bahasa percakapan] sangat muda;\n \n~-mudi;\na) golongan orang muda;\n b) [Indonesia] tarian antara laki-laki dan perempuan yang moden (bukan dansa);\n \n~ remaja \nmuda yang sudah hampir akan baligh;\n \n~ terala\n orang muda yang berpangkat tinggi;\n \nmain ~\n berseronok (bersuka-sukaan) dengan perempuan;\nbermuda\n [Minangkabau] bermain muda, bermukah, berzina;\n \n~ diri\n selalu benar berkahwin;\nbermuda-muda\n [Minangkabau] berkelakuan seperti orang muda;\nmemudakan\n membuat (menjadikan dan lain-lain) muda, menganggap muda:\nselesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher;\nmempermuda\n menjadikan lebih muda:\ntentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya;\nkemudaan\n perihal muda, keadaan (masih) muda:\nmenuruntukan nafsu ~nya; \nkerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih berumur;\nkemuda-mudaan\n bertingkah laku seperti anak muda;\npemuda\n orang yang masih muda (lelaki), anak (lelaki) yang masih remaja." "mudah I\n1.\n tidak susah atau sukar, gampang, senang:\nsajak baru, bukanlah satu hasil seni yang ~ difahami; \ndengan takdir Allah Taala, Manjung pun alah dengan ~nya; \n2.\n cepat atau lekas sekali (menjadi dan lain-lain):\nada setengah-setengah orang yang ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yang luar biasa; \nkalau angin kencang, mungkin api yang meliuk-liuk lemah itu padam dengan ~nya; \n3.\n [bahasa percakapan] senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya;\n \n~ jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak \n(peribahasa) orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah;\nbermudah-mudah\n menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dengan tidak bersungguh-sungguh;\nmemudahkan\n1.\n menjadikan mudah (untuk dikerjakan dan lain-lain), menyenangkan:\nuntuk ~ mendapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; \n2.\n memandang atau menganggap tidak penting (mustahak, berharga, dan lain-lain), menganggap enteng:\nmaksud senang di sini bukanlah bererti yang mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat;" "mudah II\nmudah-mudahan\n1.\n dengan harapan supaya (terhindar daripada kemalangan dan lain-lain), diharapkan supaya, moga-moga:\n~ Tuhan akan memberkati hidup engkau; \n2.\n (biasanya pada akhir ayat dan lain-lain) demikianlah hendaknya:\nTuhan akan memberi perlindungan kepada kita, ~ ." "mudarabah\n[Arab] pemberian modal (kpada orang, badan, institusi, dan sebagainya) untuk diperniagakan dengan pembahagian keuntungan menurut perjanjian." "mudarat\n1.\n sesuatu yang merugikan atau membahayakan, kerugian, bahaya:\nselain Allah, tiadalah kuasa yang mendatangkan manfaat atau ~ kepada diri manusia; \nmemberi ~ \nmerugikan;\n2.\n tidak berhasil (berjaya), gagal;\n3.\n berbahaya, merugikan:\nhuraikan satu kaedah untuk membunuh kuman yang\n \n~ yang ada di dalam susu; \n4.\n melarat (penyakit dan lain-lain), bertambah payah:\nmaka\n \n~lah penyakit itu;\n bermudarat\n membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya:\nular dianggap sebagai binatang yang ~ kepada manusia;\nmemudaratkan\n1.\n mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan:\ntiada sesiapa pun yang mahu ~ dirinya sendiri; \n2.\n mendatangkan bahaya (bencana), membahayakan:\nkita telah membuat garam biasa yang tidak ~;\nkemudaratan\n perihal atau keadaan mudarat, kerugian:\ndia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yang boleh membawa ~ bagi dirinya." "mudasir\ndasar ~\n [bahasa percakapan], [Indonesia] memang sudah dasarnya begitu." "mudghah\nbakal anak (dalam rahim ibu);\n \nilmu ~\n [Indonesia] pengetahuan tentang kejadian bakal anak." "mudi I\njuru~ \norang yang mengemudikan perahu, pemegang kemudi;\n= kemudi." "mudi II\n= \npemudi\n perempuan muda;\n \nmuda-~ \norang-orang muda (lelaki dan perempuan)." "mudigah\n= mudghah." "mudik\n1.\n (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik:\nmarilah kita ~ ke hulu sungai ini; \n2.\n [Jakarta] pulang ke kampung (dusun dan lain-lain);\n \nsehilir se~\n setuju, sepakat;\nbelum tentu hilir ~nya \n(peribahasa) belum tentu keputusan atau kesudahan sesuatu perkara;\n di ~ sebulakan, di hilir semuara \n(peribahasa) persatuan yang kukuh;\n \nke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya \n(peribahasa) sesuatu maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya;\n \ntiada dibawa orang sehilir se~\n (peribahasa) dipulaukan daripada masyarakat;\nbermudik\n belayar ke hulu sungai:\ndi sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke;\nmemudiki\n belayar mudik (sesuatu sungai):\nkapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo;\nmemudikkan\n menjalankan perahu ke hulu sungai:\nkerana arus yang deras, ia tidak dapat ~ perahunya;\ntermudikkan\n dapat dimudiki:\n jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera marhum yang mangkat di Buantan." "mudin I\ntukang sunat (khatan)." "mudin II\nsejenis ikan laut, \nTrachinocephalus myops." "mudir\nguru besar (di sekolah Arab)." "mudirah\nguru besar wanita (di sekolah Arab)." "muesli\n(ERT) makanan sarapan yang berupa campuran bijiran, buah-buahan kering, kacang dan sebagainya yang dimakan dengan susu." "mufaham\n[Arab] mengerti;\n= faham\n." "mufaraqah\n[Arab]\n1.\n perbuatan berhenti daripada mengikut imam (dalam solat berjemaah) dan meneruskan solat secara bersendirian kerana sebab-sebab yang dibolehkan;\n2.\n keadaan tinggal berasingan antara suami isteri sementara menunggu keputusan mahkamah syariah." "mufarik\n[Arab] berceraian, tercerai, terpisah." "mufasir\n[Arab] orang yang mentafsir al-Quran, pentafsir." "mufasirin\n[Arab] (jamak bagi mufasir) pentafsir al-Quran." "mufasirun\nmufasirin." "muflis\n[Arab] tidak sanggup (berupaya) membayar hutang, bankrap;\nmemufliskan\n menyebabkan atau menjadikan muflis, membankrapkan:\nmengapa bank tidak merampas sahaja harta peminjam atau ~nya;\nkemuflisan\n perihal muflis (bankrap), ketidakupayaan membayar hutang, kebankrapan." "mufrad\n[Arab] hanya satu, tunggal." "mufti\n[Arab] orang yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa." "mughallazah\n[Arab] = \nnajis ~ \nnajis yang berat (anjing dan babi)." "muhajat\n[Arab] pertikaian, perbantahan, perselisihan." "muhajir\n[Arab] orang yang berhijrah bersama Nabi dari Mekah ke Madinah." "muhajirin\n[Arab] (jamak bagi muhajir) orang yang berhijrah bersama Nabi dari Mekah ke Madinah." "muhal\ntidak masuk akal, mustahil." "muhalil\n[Arab] orang yang bernikah dengan perempuan yang telah ditalak tiga oleh suaminya dan kemudian menceraikannya kembali, supaya perempuan tersebut dapat bernikah dengan suaminya yang terdahulu." "muhami\n[Arab] peguam." "Muharam\n[Arab] bulan pertama tahun Hijrah." "muhasabah\n[Arab] perbuatan menilai diri (fikiran, pendirian, dan sebagainya) untuk pembaikan diri sendiri, introspeksi;\nbermuhasabah\n membuat penilaian terhadap diri sendiri:\n kita harus ~ supaya dapat dibina keyakinan yang lebih kukuh\n." "Muhd.\n[kependekan] Muhammad. \nmuhib\n [Arab] yang mencintai, pencinta." "muhibah\n[Arab]\n1.\n percintaan, kasih mesra:\nmelahirkan ~ dan kasih mesra; \n2.\n perasaan persahabatan dan kemesraan:\nbersedekah ialah satu daripada amal kebajikan yang membawa kepada bertambah teguh rasa ~ antara satu sama lain." "muhit\n[Arab];\nlaut ~ \nark laut yang melingkungi dunia." "muhrim\n[Arab]\n1.\n orang yang dalam ihram semasa ibadah haji atau umrah;\n2.\n mahram." "muhsan\n[Arab] lelaki yang pernah berkahwin dengan nikah yang sah dan terpelihara daripada zina." "muhsanah\n[Arab] perempuan yang pernah berkahwin dengan nikah yang sah dan terpelihara daripada zina." "muhsin\n[Arab] (orang) yang banyak kebaikannya, (orang yang) suci hidupnya, soleh." "muhsinat\n[Arab] perempuan yang baik hidupnya." "muhtasyam\n[Arab] mulia, patut dihormati (disegani, ditakuti):\nSeri Bija Diraja juga yang tiada bergerak dari tempatnya, ~ lakunya, duduk mengupam hulu kerisnya." "muih\nkuih-~ \nberbagai-bagai jenis kuih." "mujaddid\n[Arab] orang yang menghidupkan kembali ajaran sunnah Rasulullah SAW yang hampir luput (seperti Imam asy-Syafie dan al-Asyhari) atau yang menyimpang akibat perbuatan bidaah." "mujaddidin\n[Arab] jamak bagi mujaddid." "mujahadah, mujahadat\n[Arab]\n1.\n perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam, perang sabil;\n2.\n jihad atau perjuangan melawan hawa nafsu:\nilham di kalangan ahli sufi lahir daripada kejernihan hati dan ~ jiwa;\nbermujahadah\n berperang, berjuang (untuk mempertahankan agama, menentang hawa nafsu, dan lain-lain):\n dalam ~ ini, terbukalah kepada mereka sifat-sifat terpuji;\nkemujahadahan\n perihal bermujahadah:\nsemangat ~." "mujahidin, mujahid\n[Arab] pejuang atau perajurit yang berperang kerana membela agama Islam." "mujair\nsejenis ikan darat." "mujang\n[arkaik] abdi, hamba;\n= bujang I\n." "mujarab\n[Arab] telah terbukti keberkesanannya seperti dapat menyembuhkan penyakit dan sebagainya;\nkemujaraban\n perihal mujarab, keupayaan menyembuhkan (penyakit):\nyang dimaksudkan dengan mutu di sini bukan sahaja dari segi ~nya, tetapi termasuklah menjaga kebersihan dan keasliannya." "mujarad\n[Arab] tidak nampak dan tidak dapat dirasa, abstrak;\nmemujaradkan\n menjadikan sesuatu mujarad, mengabstrakkan:\nsama-sama berfungsi ~ cerita, plot, dan watak;\nkemujaradan\n keadaan mujarad:\n ~ yang mencerminkan pelbagai rahsia alam." "mujari\n[Minangkabau] sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya berbau harum)." "mujbir\n[Arab] yang memaksa;\n \nwali ~ \nwali (bapa atau datuk sebelah bapa) yang boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yang masih dara tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut." "mujmal\n[Arab] tidak terperinci (secara umum)." "mujtahid\n[Arab] orang yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah (dalam kaitannya dengan agama Islam)." "mujtamak\n[Arab] masyarakat." "mujur\n1.\n terletak menurut panjangnya (memanjang), membujur;\n2.\n nasib baik, beruntung:\n~ aku telah balik ke rumah, kalau di sana entah macam mana;\n~lah bukan zaman Jepun;\n~ malang \nuntung nasib (yang belum boleh ditentukan);\nkemujuran\n perihal mujur, keuntungan;\npemujur\n orang yang selalu bernasib baik (beruntung)." "muk\n[Jakarta] sejenis cawan atau mangkuk." "muka\n1.\n bahagian hadapan kepala (dari kaki rambut sampai ke dagu):\ndia memalingkan ~nya;\n~nya pucat; \n2.\n = \nair ~ \nrupa muka, wajah, paras:\nsekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; \n3.\n sebelah hadapan, bahagian depan:\ndengan cepat ia melangkah ke pintu ~; \n4.\n hadapan, lawan belakang:\nmereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; \n5.\n (ke) pengetahuan, (pada) kehadiran, di hadapan:\nDuria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; \nselalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; \n6.\n = \n~ surat\n halaman (buku):\nberita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal Undan ditembak Belanda; \n7. = permukaan\n bahagian sebelah atas sesuatu (seperti bumi, laut, dan lain-lain), bidang atau lapisan yang menutup sesuatu, bahagian sesuatu yang pipih atau rata dan yang terdedah kepada pandangan (tidak terselindung):\nkerana ~ jalan yang mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu seperti perahu yang dipukul gelombang; \nduit syiling mempunyai dua ~; \n8.\n yang terdahulu, permulaan, pendahuluan;\n \nwang ~\n wang yang dibayar pada mulanya;\n9.\n yang akan datang (tiba);\n \nbulan (tahun, minggu) ~\n bulan (tahun, minggu) yang akan datang;\n~ baru \norang baru, pemain baru (dalam sesuatu pasukan), orang yang baru melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan (usaha dan sebagainya);\n \n~ bumi\n bidang bumi;\n \n~ keratan \npermukaan sesuatu (batang dan lain-lain) yang dipotong melintang;\n \n~ lama\n orang lama, pemain dan lain-lain yang sudah lama melibatkan diri (dalam sesuatu);\n \n~ papan\n = \n~ pot \n[Kedah] orang yang tidak tahu malu;\n \n~ pintu \nambang pintu;\n \n~ selamba \nmuka yang tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dan lain-lain);\n \n~ taip\na)\n permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip;\n b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu;\n \n~ tarpal\n = \n~ tebal\n = \n~ tembok\n tidak bermalu;\n~ bagai ditampal dengan kulit babi \n(peribahasa) hal orang yang tidak tahu malu;\n \n~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga\n (peribahasa) kejahatan yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan;\n \n~ licin, ekor (penuh) berkudis \n(peribahasa) orang yang pada lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang;\n \nburuk ~, cermin dibelah\n (peribahasa) kerana buruk keadaan diri, orang lain yang disalahkan;\n \nmengambil ~\n (peribahasa) membuat-buat laku baik atau manis supaya disayangi orang;\n \ntarik ~ dua belas\n (peribahasa) hal orang yang sangat kecewa, kelihatan selalu kesal;\ndi muka\n1.\n hadapan muka, dengan terang-terang:\nkalau berani jangan di belakang tetapi ~ ; \n2.\n di hadapan, di depan;\n \n~ umum \ndi khalayak ramai;\n3.\n dahulu, pendahuluan;\n \n~ puasa\n menjelang puasa;\n \nwang ~ \ncengkeram;\nke muka\n maju ke hadapan, mara;\n \nsekarang ~\n dari masa ini hingga seterusnya;\nmengemukakan\n1.\n membawa ke hadapan atau ke muka;\n2.\n mengetengahkan (sesuatu pendapat dan lain-lain supaya dipertimbangkan), memberi pendapat berkenaan sesuatu:\nkertas kerja ini disediakan dan dikarang dengan teliti oleh kementerian yang ~ perkara yang hendak dibincangkan itu; \n3.\n mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan:\npengundi hanya dapat mengundi calon yang dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; \n4.\n menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dan lain-lain):\nia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kepada Maskam; \n5.\n [kiasan] menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dan lain-lain):\nNora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dalam kelima-lima cerpennya itu;\nterkemuka\n terkenal, ternama:\ndia memang orang yang ~ dalam kampungnya dan disegani dalam daerahnya;\nmuka-muka; \ndengan ~\n tidak tulus ikhlas, pada zahirnya sahaja;\nsemuka\n sama mukanya, berhadapan muka;\nbersemuka\n berhadapan muka (dengan), bertemu muka (dengan):\nbelum pernah ia ~ dengan orang yang mahu menjawab selekas itu; \npertemuan ~ boleh menimbulkan masalah;\nmenyemukakan\n menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka;\nbermuka\n memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya;\n \n~ dua \nki suka belot, tidak jujur;\n \n~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok)\n orang yang tidak bermalu;\n \n~ manis\n memperlihatkan muka yang manis;\n \ntidak ~\n [kiasan] malu;\nbermuka-muka\n1.\n berhadapan muka, di depan muka;\n2.\n [Indonesia] secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dan lain-lain);\n3.\n tidak dengan ikhlas, hanya pada lahirnya sahaja, berpura-pura:\nisteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; \n4.\n beberapa atau banyak muka (surat):\nucapannya ~ panjangnya;\npermukaan\n bidang di sebelah atas yang rata (air, meja, dan lain-lain), muka, paras;\n \n~ laut\n muka laut;\nberpermukaan\n mempunyai permukaan:\nkawasan yang ~ konkrit;\npengemukaan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengemukakan:\nnama beliau sering dihubungkan dengan ~ aspek kelemahan karya;\npemuka\n pemimpin, pembimbing, penganjur." "mukabalah\n[Arab] perihal membandingkan;\nmemukabalahkan\n membandingkan (dengan)." "mukaddam\n[Arab] \nmuqaddam." "mukaddas\n[Arab] suci, kudus." "mukaddis\n[Arab] menyucikan." "mukadimah\n[Arab] kata pengantar, kata pendahuluan, prakata;\nbermukadimah\n memberikan atau mengucapkan mukadimah (dalam sesuatu pertemuan dan sebagainya):\nsetelah ~ dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi, perbincangan terus dimulakan." "mukah\n1.\n perbuatan bersetubuh yang haram (bukan antara suami isteri), zina;\n2.\n teman berzina, kendak;\nbermukah\n melakukan persetubuhan secara haram, berzina, berkendak:\njangan ~ dengan gundik raja dan jangan ~ dengan tunangan orang." "mukalaf\n[Arab] orang yang telah cukup umur yang wajib melaksanakan perintah Allah." "mukaram\n[Arab] yang terhormat, yang mulia." "mukenah\n[Arab] telekung." "mukhaffafah\n[Arab] = \nnajis ~ \nnajis ringan, iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur dua tahun (yang hanya menyusu pada ibunya)." "mukhalaf\n[Arab] (penganut) ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar." "mukhalafah\n[Arab] penentangan (terhadap ajaran Islam yang sebenarnya)." "mukhlis\n[Arab] (orang yang) ikhlas, (orang yang) jujur." "mukhtasar\n[Arab] ringkasan;\n= ikhtisar\n." "mukim\n1.\n penduduk tetap (di sesuatu tempat), tinggal tetap (lebih daripada satu masa Haji di Mekah);\n2.\n kawasan yang di dalam lingkungan sebuah masjid;\n3.\n kawasan (tempat tinggal) yang di bawah perintah seorang penghulu:\ndi salah satu tempat dalam ~ Batu sekarang ini, ada sekumpulan kecil kaum Sakai;\nbermukim\n berkediaman, bertempat tinggal:\nada juga seorang dua peranakan Bugis yang ~ di Melaka;\npermukiman\n1.\n kegiatan bermukim;\n 2\n. tempat (daerah, kawasan) bermukim:\n ~ kumpulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun selesai;\n pemukim\n orang yang bermukim (yang tinggal) di sesuatu mukim." "mukin I\nmungkin\n." "mukin II\nmakin." "mukir\nmungkir\n." "mukjizat\n[Arab] kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka." "Mukmin\n[Arab] orang yang beriman kepada Allah." "Mukminat\n[Arab] jamak bagi Mukmin perempuan." "Mukminin\n[Arab] jamak bagi Mukmin lelaki." "mukosa\n(Biologi) lapisan tisu yang mengandungi kelenjar mukus, yang melapik saluran atau rongga tertentu dalam tubuh, misalnya rahim dan salur makanan, membran mukus." "muksir\norang yang memiliki makanan tidak lebih daripada untuk dirinya sendiri dan untuk tanggungannya." "muktabar, muktabir\n[Arab] mulia, terhormat, terkenal:\nSaiyidina Othman memberi persetujuannya setelah bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya yang ~." "muktamad\n[Arab]\n1.\n (orang) yang dipercayai, (orang yang) boleh dipercayai, kepercayaan;\n2.\n tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tetap:\nkeputusan jawatankuasa dalam hal yang berhubung dengan peraduan ini adalah ~ ;\n memuktamadkan\n memutuskan atau menetapkan sesuatu cadangan (rancangan, keputusan dan sebagainya) secara muktamad:\nkabinet ~ cadangan eksport dalam usaha untuk mewujudkan imbangan dagangan; \nBank Negara ~ garis panduan itu;\n kemuktamadan\n keadaan muktamad." "muktamar\n[Arab] persidangan besar, kongres:\nsalah satu daripada tujuan ibadat haji adalah untuk menyatupadukan umat Islam melalui sebuah ~ Islam tahunan yang berlangsung di tanah suci." "muktazilah\n[Arab] segolongan ahli ilmu kalam yang mengasingkan diri daripada gurunya kerana perselisihan fahaman berkenaan hukum terhadap orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar." "mukun\nsejenis mangkuk atau bokor bertutup." "mukur\nsejenis kulat." "mukus\n[Kelantan] sejenis tikus tanah." "mukus II\n(Biologi) sejenis cecair berlendir yang dirembeskan dalam bahagian-bahagian tertentu badan, misalnya dalam hidung;\nbermukus\n mempunyai atau mengeluarkan mukus." "mukuti\n(Tamil) cincin hidung." "mula\n1.\n = \nasal ~ \nasal, pokok pangkal:\nmari kita kembali ke ~nya; \n2.\n yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dan lain-lain);\n \n~ pertama\n yang paling awal, pertama sekali;\n \nwang ~\n wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan);\n3.\n sebab, lantaran, fasal:\napa ~nya dia datang ke mari?\nmula-mula\n1.\n terlebih dahulu, pada awalnya, pertama-tama:\nbinatang yang ~ sekali meninggalkan laut untuk hidup di darat ialah cacing; \n2.\n sejak, semenjak:\n~ sampai ia belum makan lagi;\nsemula\n1.\n yang dahulu, yang mula-mula, sediakala:\norang sakit itu sudah sembuh seperti ~; \n2.\n yang paling awal, yang pertama sekali:\npendapatnya sekarang ini berlainan dari ~; \n3.\n (sejak) awal, (dr) mula sekali:\nsejak ~ dia tidak bersetuju; \n4.\n diulang sekali lagi (dari mula), lagi sekali:\nsejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; \n5.\n balik (seperti sediakala), kembali (seperti dahulu):\nperasaan marah dan geramnya telah sejuk ~ ; \nmembebaskan bandar itu ~ daripada tangan musuh;\n~ jadi \nyang diwarisi baka;\nbermula\n1.\n mempunyai mula (awal):\npenyakit ini ~ dengan selesema; \n2.\n berpunca, berpangkal:\nbanjaran ini ~ dari negara Thai; \n3.\n = \nbermula-mula\n terdahulu sekali, pertama-tama:\nbermula-mula yang masuk neraka itu segala raja yang zalim; \n4.\n sediakala, yang dahulu, yang mula-mula:\nkedua laki isteri itu pun sama-sama duduk seperti ~ dan berpandang-pandangan; \n5. = sebermula\n [sastera lama] pembuka kata untuk sesuatu kisah dan lain-lain, kata permulaan untuk sesuatu kisah (peristiwa dan sebagainya), pertama-tama:\n~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; \nsebermula bangkai bertimbun seperti gunung, darah seperti laut; \n6.\n [sastera lama] (yang) awal atau asal:\nmaka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dari ~ sampai kepada akhirnya;\nkebermulaan\n perihal (keadaan) bermulanya:\n mustahillah untuk mempercayai ~ waktu;\n mulai\n1.\n mula-mula melakukan sesuatu:\npada malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; \npada hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; \n2.\n sejak (semenjak), dari:\nlarangan itu berlaku ~ hari Khamis ini;\nmemulakan\n1. = memulai\n mula membuat (melakukan) sesuatu:\ndia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; \n2.\n melakukan (mengerjakan) dari mula,mengasaskan:\nmemang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi untuk memelihara perniagaan itu; \n3.\n membiarkan mula melakukan sesuatu:\norang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan;\ntermula\n [bahasa percakapan] telah dimulakan:\napabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini;\npermulaan\n1.\n awal, yang awal (pertama) sekali, yang terdahulu:\npada peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; \n2.\n dasar, asas:\nUpu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yang membuat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; \n3.\n pendahuluan;\n \n~ kata (kalam) \nkata pendahuluan:\npenyiasatan ~;\nberpermulaan\n mempunyai permulaan:\n sesuatu perbuatan harus ~;\npemula\n1.\n orang yang mula-mula membuat sesuatu;\n2.\n sesuatu yang dipakai untuk memulakan sesuatu;\n3.\n [Indonesia] pasukan anak serigala (sebelum pengakap). \nmulakat\n [Arab] perjumpaan, pertemuan." "mulas I\n=\n \n~ perut \nberasa sakit perut (seakan-akan diramas-ramas rasanya):\nMariam merasai bahawa seleranya telah berubah, perutnya kerap kali ~; \n= pulas II\n." "mulas II\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (herba yang daunnya boleh dibuat ubat sakit perut), \nDesmodium triflorum." "mulato\norang peranakan yang mempunyai darah campuran orang kulit putih dengan orang kulit hitam." "mulberi\nsejenis pokok yang daunnya dijadikan makanan ulat sutera, \nMorus alba,\n kertau." "mulhid\n[Arab] rujukan kepada orang yang sesat kerana menganggap Tuhan itu tiada;\nkemulhidan\n keadaan mulhid:\nsegala ciri kafir Musyrikin Mekah menepati ciri-ciri ~ aliran kebendaan." "mulia\n1.\n tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dan sebagainya), luhur, terhormat, tertinggi;\n \nyang maha ~\n panggilan untuk sultan dan raja yang memerintah;\n \nyang teramat ~ \npanggilan untuk raja muda (bakal raja);\n \nyang amat ~ \npanggilan untuk anak-anak raja (keluarga diraja yang dekat-dekat);\n \nyang ~ \npanggilan untuk orang baik-baik;\n \n~ raya \nyang besar lagi dihormati;\n2.\n tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dan lain-lain);\n \nlogam ~\n emas dan perak;\nmemuliakan\n1.\n menjadikan mulia:\nfirman Tuhan lagi, Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam; \n2.\n menjunjung tinggi, menghormati;\n \n~ janji \nmenepati janji;\nmempermulia\n1.\n menjadikan lebih mulia;\n2.\n [sastera lama] (sangat) menghormati:\nhatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad;\nkemuliaan\n perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran:\nkehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dengan peristiwa sejarah bangsa Melayu;\n pemuliaan\n perihal (perbuatan) memuliakan." "muliawan\n[sastera lama] mulia, luhur." "mulih\n[Brunei] balik, pulang;\n \nair ~ \n[Kelantan] air berpusing." "mulla\n(gelaran bagi) pemimpin atau pejuang agama Islam, terutamanya di Afghanistan dan Pakistan. \nmulti-\n \nawalan asing\n banyak dan pelbagai, misalnya \nmultinasional \ndan \nmultidisiplin." "multidimensi\nberbagai-bagai dimensi." "multidisiplin\nberbagai-bagai disiplin: \npengajian Islam mestilah diajarkan dan dikaji daripada perspektif ~." "multilateral\n(dalam sesuatu perjanjian dan lain-lain) melibatkan penyertaan banyak pihak atau negara." "multimedia\n1.\n (berkaitan dengan) penggunaan pelbagai jenis media seperti slaid, televisyen dan sebagainya, terutamanya dalam membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara dan sebagainya);\n 2.\n berkaitan dengan produk, program dan sebagainya yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dan sebagainya untuk menyampaikan maklumat dan sebagainya:\nalat ~\n;\n3.\n sistem komputer yang menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video;\nmemultimediakan\n menukarkan atau menyampaikan sesuatu maklumat (bahan dan sebagainya) dalam bentuk multimedia:\nbanyak bahan yang sesuai untuk pelajar yang boleh dimultimediakan." "multinasional\n1.\n beroperasi di beberapa buah negara (berkenaan (dengan) sesebuah syarikat besar):\nsyarikat ~ besar yang banyak terdapat di negara ini lebih suka menggunakan perkhidmatan antarabangsa; \n2\n. berkaitan dengan, terdiri daripada atau melibatkan penyertaan (rakyat, pasukan, dan sebagainya) daripada berbagai-bagai negara:\npasukan tentera pengaman ~." "multivitamin\npil yang mengandungi campuran beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, B, dan C." "mulu\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang kayu-kayunya kuat), canjal, pelawan, \nTristania sumatrana." "mulud\nMaulud\n." "muluk I\nraja-raja;\n= malik I\n." "muluk II\n1.\n terbang tinggi-tinggi (burung merpati dan sebagainya);\n2.\n tinggi lagi merdu (suara), nyaring;\n3.\n = \nmuluk-muluk\n indah-indah (perkataan, janji, dan lain-lain), elok-elok:\nkutawarkan batu itu dengan perkataan yang ~;\nkemulukan\n perihal muluk." "mulur\n1.\n tidak rapuh dan dapat memanjang, dapat dijadikan panjang (logam dan sebagainya):\npokok ini perlu dipancang kerana mempunyai batang dan dahan yang ~; \n2.\n [Indonesia], [kiasan] tidak keras kepala, boleh bertolak ansur;\nkemuluran\n perihal mulur." "mulus\n[Indonesia]\n1.\n putih bersih;\n2.\n [kiasan] tulus ikhlas, suci murni." "mulut\n1.\n bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pada manusia atau binatang):\nkuman itu masuk ke dalam tubuh melalui ~ bersama-sama makanan dan air yang diminum; \n2.\n [kiasan] sesuatu yang rupanya seperti mulut (boleh dianggap sebagai mulut), lubang, liang:\n~ belanga;\n~ kubur dan lain-lain;\n3.\n [kiasan] perkataan, percakapan;\n \nbanyak ~ \nbanyak cakap, cerewet;\n~ bedil \nlubang laras bedil;\n \n~ berus \n[Kelantan]\na) suka membuka rahsia;\n b) suka mengeluarkan kata-kata yang kesat;\n \n~ bisa \nsuka mengeluarkan kata-kata yang pedas;\n \n~ busuk\n nafas berbau busuk;\n \n~ daun \nlubang kecil-kecil (untuk pernafasan) pada daun;\n \n~ gatal\n gemar memperkatakan apa sahaja;\n \n~ gunung \nlubang kawah gunung berapi;\n \n~ hebiak \n[Kedah] orang yang suka mengata orang;\n \n~ hodoh \n[Kelantan] suka mencarut-carut;\n \n~ kotor \nsuka mengeluarkan kata-kata keji kata;\n~ kulit \nlubang kecil pada kulit (untuk perpeluhan);\n \n~ manis \nlemah lembut dan baik tutur katanya;\n \n~ murai \norang yang sangat suka bercakap-cakap;\n \n~ sungai \nkuala (muara) sungai;\n \n~ tajam \nsuka mengeluarkan kata yang pedas-pedas;\n~ bagai ekor ayam dihembus \n(peribahasa) seseorang yang mulutnya tidak berhenti-henti berkata-kata;\n \n~ bau madu, pantat bawa sengat \n(peribahasa) orang yang manis mulutnya tetapi hatinya jahat;\n \n~ disuapi pisang, pantat dikait dengan onak \n(peribahasa) bermuka-muka manis tetapi di belakang diumpat atau dibuatkan pekerjaan yang mendatangkan bahaya dan lain-lain;\n \n~ hang lebih daripada gedembai\n = \n~ kamu harimau kamu, mengerkah (batu) kepala kamu \n(peribahasa) perkataan kamu juga yang membinasakan diri kamu;\n \n~ manis jangan percaya, lepas dari tangan jangan diharap \n(peribahasa) jangan percaya kepada orang yang manis perkataannya dan barang atau wang yang dipinjamkan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali;\n \n~ manis mematahkan tulang \n(peribahasa) jika seseorang disuruh dengan lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja dengan sehabis-habis upayanya;\n \n~ satu lidah bertopang \n(peribahasa) orang yang jahat hati itu perkataannya lain daripada hasrat hatinya;\n \ngula di dalam ~ \n(peribahasa) sesuatu barang yang telah dalam milik kita;\n \nmanis ~nya bercakap seperti santan manisan, di dalam bagai empedu \n(peribahasa) perkataan yang lemak manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya;\n \nterlepas dari ~ buaya, masuk ke ~ harimau \n(peribahasa) terhindar daripada kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yang lebih besar;\nbermulut\n1.\n mempunyai mulut, berlubang seperti mulut;\n2.\n [bahasa kasar] bertutur, bercakap;\n~ besar \nbanyak cakap, angkuh, sombong;\n \n~ keras \nberkeras kepala (suka melawan);\n \n~ manis \nbercakap-cakap dengan lemah lembut;\n \n~ di mulut orang \n(peribahasa) selalu menurut kata orang;\nbermulut-mulut\n [bahasa kasar] bercakap-cakap, berkata-kata." "mumaiyiz\n[Arab] sudah dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk (berkenaan (dengan) kanak-kanak yang lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi belum baligh)." "mumbang\nputik kelapa (yang masih kecil);\n~ jatuh, kelapa jatuh \n(peribahasa) tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga;\n \ncuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri \n(peribahasa) tetap meneruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan mendatangkan hasil." "mumbu\nmumbung\n." "mumbul\n[Jakarta] naik, membumbung." "mumbung\nberisi penuh-penuh sehingga melebihi bibir (perahu, gantang, dan lain-lain)." "mumet\n[Jawa] pening, pusing;\n \ntidak ambil ~\n [bahasa percakapan] tidak peduli." "mumia\nmayat manusia atau bangkai binatang yang diawet sebelum dikebumikan (seperti yang diamalkan pada zaman Mesir kuno);\nmemumiakan\n mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput dengan cara melumurkan minyak khas dan sebagainya, dan membalutnya dengan kain, menjadikan sebagai mumia:\norang-orang Mesir kuno ~ jasad raja-raja mereka;\n pemumiaan\n proses atau perbuatan memumiakan:\n~ mayat." "mumifikasi\npemumiaan." "mumkin\n[Arab] keadaan antara wajib dan mustahil;\n= mungkin\n." "mumuk\n[Minangkabau] reput (kayu), buruk." "mumur\nhancur ~ \nhancur lebur, remuk-redam." "mumut\nhampir rosak (putus dan lain-lain), mudah putus (patah, sobek, dan lain-lain), lapuk." "mun\nsingkatan bagi lamun." "munafik\n[Arab]\n1.\n orang yang pada zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman;\n2.\n orang yang amalan dan hatinya bertentangan dengan apa yang diperkatakannya;\nkemunafikan\n perihal munafik, sifat munafik." "munafikin\n[Arab] jamak bagi munafik." "munajat\n[Arab] zikir dan doa untuk mengharapkan keredaan, hidayah, pertolongan dan sebagainya daripada Allah:\ndalam ~, tiada rasa jarak pemisah antara diri yang berdoa dengan yang didoakan;\nbermunajat\n mendekati atau mendampingi Allah dengan cara berdoa (berzikir dan lain-lain)." "munajim\n[Arab] ahli nujum." "munakahat\nhukum fikah berkenaan perkahwinan, seperti pernikahan, perceraian, kewajiban suami isteri, dan lain-lain." "munang\nkendal." "munasabah\n1.\n sedarah sedaging, (daripada) kerabat yang sama;\n2.\n kesesuaian, kesamaan;\n3.\n sesuai, tepat benar, berpatutan:\nada modal yang ~ untuk ditanam dalam perniagaan; \n4.\n boleh diterima akal (boleh dipercayai), tidak mustahil:\ncakap kita ini biar cukup dengan dalilnya, biar ~ oleh akal;\nmemunasabahkan\n menjadikan munasabah:\n operasi perang yang terhad tidak ~ penggunaan senjata nuklear;\nkemunasabahan\n perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk akal, tidak mustahil):\n~ matlamat, ancaman, dan ugutan." "munasabat\n[Arab]\n1.\n saudara sedarah sedaging, kerabat sejenis;\n2.\n sesuai (cocok, tepat) benar;\n3.\n kesesuaian, kesamaan." "muncah\nbanyak, berlimpah-limpah:\nrezekinya ~ bagai ditabur." "muncerat\nmemercik (air dan lain-lain)." "munci\n1.\n gundik;\n2.\n pelacur." "muncih\nbaki yang tinggal sedikit (wang, barang-barang, dan lain-lain)." "muncikari\n[Minangkabau] barua, jaruman, pinang muda." "muncul\nkeluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul:\ntiba-tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi;\nbermunculan\n muncul dengan banyak:\ndi langit bersih ~lah bintang-bintang;\nmemunculkan\n menampakkan, menerbitkan, menimbulkan:\nmatahari belum ~ diri dari selimut mendung;\nkemunculan\n perihal muncul:\n~nya di dalam majlis itu memeranjatkan mereka;\npemunculan\n proses menjadikan sesuatu, penjelmaan\n ." "muncung\n1.\n mulut yang panjang (seperti mulut anjing, babi, dan lain-lain):\n~ ikan todak; \n2.\n panjang lagi lancip (bentuk sesuatu);\n3.\n mulut (pada cerek, kendi, dan lain-lain);\n \nmulutnya ~ \n= \ncabar ~ \na) orang yang suka membuka rahsia orang;\n b) orang yang suka berbual kosong;\nbermuncung\n1.\n mempunyai mulut yang panjang;\n2.\n [bahasa kasar] berkata, bercakap;\nmemuncungkan\n menganjurkan mulut sehingga menjadi atau kelihatan seperti muncung:\nTak boleh, jawab Pipi sambil ~ mulutnya." "muncus\n[Minangkabau] tidak mujarab, tidak menyembuhkan (ubat dan lain-lain)." "mundam\n[sastera lama] mangkuk atau bokor besar daripada logam." "mundar\n~-mandir \npergi balik, berulang-alik, hilir mudik:\ndia berjalan ~ di dalam bilik itu." "munding\n(Sunda) kerbau." "mundu\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya boleh dimakan dan kulitnya dibuat cat hijau), \nGarcinia dulcis." "mundur\n1.\n (berjalan, bergerak, dan lain-lain) ke belakang, surut, undur, lawan mara:\ndia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila polis itu beredar dari situ; \n2.\n [kiasan] menjadi kurang (hasil pendapatan dan lain-lain), berkurang, merosot:\nperusahaannya mulai ~; \n3.\n tidak maju, terkebelakang, tertinggal, kolot:\nkebanyakan kaum perempuan masih lagi dalam keadaan lemah, ~, dan terkongkong;\n~ maju \nki tidak tetap hati, ragu-ragu;\n \n~ teratur \na) berundur dengan teratur (pasukan peperangan);\n b) mengundurkan diri dengan diam-diam;\nmemundurkan\n menjadikan mundur, mengundurkan, memerosotkan, mengebelakangkan;\nkemunduran\n perihal mundur, kemerosotan:\npekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya." "mung\nmungmung\n." "munggu, mungguk\ntimbunan tanah, busut, longgokan." "munggur I\nsejenis tumbuhan (pokok), \nEnterolobium saman." "munggur II\nmungkur\n." "mungil\nmongel." "mungkar\n[Arab] ingkar atau menderhaka kepada Tuhan (melanggar perintah Tuhan):\nTuhan memelihara pesuruh-pesuruhnya daripada melakukan perbuatan yang ~ dan pekerjaan maksiat; \nseorang yang mabuk mungkin melakukan apa jua perbuatan yang ~ kerana ia telah hilang akal;\nmemungkari\n tidak menurut (perintah Tuhan dan lain-lain), memungkiri, mengingkari;\nkemungkaran\n perihal mungkar, penderhakaan:\n~ anaknya membantah segala cakapnya belum diketahui oleh mereka sekalian." "mungkat\n[Kedah], [bahasa percakapan] mencari-cari (kemarahan orang dan lain-lain)." "mungkin\ntidak mustahil, boleh jadi, harus:\napa yang dikatakan oleh orang itu memang ~ terjadi; \nsecepat (selekas) ~ \n(dengan) secepat yang boleh, (dengan) secepat-cepatnya;\n \nsedapat ~ \nsedapat-dapatnya;\nmemungkinkan\n1.\n menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan:\nkematian mereka ~ terjadinya sesuatu yang tidak diingini oleh manusia; \n2.\n memberi kesempatan (kepada), membolehkan (melakukan sesuatu):\nini tidak ~ si pengarang dapat mengatakan dia sudah banyak membaca; \n3.\n menganggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil;\nkemungkinan\n perihal mungkin, keharusan:\nbeberapa orang pakar sejarah sedang menyelidiki ~ agama Islam dibawa dari negeri China;\nberkemungkinan\n mempunyai kemungkinan, ada kemungkinannya:\ndengan ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yang ~ lebih tua usianya daripada planet bumi;\n ketidakmungkinan\n perihal tidak boleh terjadi\n." "mungkir\n1.\n tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar:\nia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; \n2.\n tidak setia, tidak patuh, tidak taat:\nia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mempawah; \n3.\n tidak menepati (janji dan lain-lain), menolak perjanjian:\nsekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; \n4.\n salah, keliru;\n \ntidak ~\na) tidak salah, tidak keliru;\n b) manjur (ubat dan lain-lain), mujarab;\nmemungkiri\n1.\n tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari:\nkalau saya ~ nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; \n2.\n tidak mematuhi, tidak mentaati:\nmaka teringat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; \n3.\n tidak menepati (janji dan lain-lain):\nkalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; \n4.\n menjauhkan diri daripada (perbuatan yang keji dan lain-lain);\nkemungkiran\n perihal (perbuatan) mungkir:\n ~ dalam menunaikan janji-janjinya;\npemungkiran\n perihal atau perbuatan memungkiri;\npemungkir\n orang yang memungkiri janji." "mungkum\n1.\n lengkung atau cembung (permukaan):\nhujung matanya dicanai ~ sedikit supaya penjurunya tidak sumbing atau sompek; \n2.\n jeluk (mangkuk dan lain-lain)." "mungkur\n[sastera lama] sejenis usungan atau tandu:\nmaka raja pun keluar, berbayang-bayang rupanya, kelihatan dari dalam ~ kaca dalam mulut naga." "mungmung\n= mungmungan\n sejenis canang atau gong kecil:\nmaka Bendahara pun menyuruh memalu ~ keliling negeri." "mungsang\n[Brunei] musang." "mungsi\nsejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat), \nCarum copticum." "mungut\n[arkaik] tidak teguh, goyah, terhuyung-hayang (orang mabuk dan lain-lain)." "munib\n[arkaik] janda." "munisi\n[Indonesia-Belanda] peluru dan bahan letupan lain (bagi senjata api)." "munjung\n[Jakarta] penuh sekali, mumbung." "Munkar\nmalaikat yang menyoal ahli kubur;\n \n~ dan Nakir\n dua malaikat yang menyoal ahli kubur." "muno\n[Minangkabau] menjadi diam (bingung) dan termenung-menung (kerana perbuatan orang), hilang ingatan." "munsyi\n[Arab] guru bahasa." "muntah\n1.\n keluar kembali daripada mulut (barang yang dimakan dan lain-lain):\nmaka terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu; \n2. = muntahan\n apa-apa yang keluar kembali melalui mulut;\n3.\n turun atau luntur (warna kain);\n \n~ belalah \nmengeluarkan muntah dengan banyak;\n \n~ berak\n sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun);\n \n~ darah \nmengeluarkan darah dari mulut;\n \n~ kedarah\n [bahasa kasar] makan;\n \nmenjilat ~ sendiri \n(peribahasa) apa yang telah ditolak (dicacat) diterima lagi;\nmemuntahi\n mengeluarkan muntah dan mengenai sesuatu:\nia ~ katilnya;\nmemuntahkan\n1.\n mengeluarkan muntah (apa yang sudah di dalam perut):\nia ~ kembali apa yang telah dimakannya; \n2.\n mengeluarkan apa yang ada di dalam mulut, meluahkan:\nsetelah dikunyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; \n3.\n [kiasan] mengeluarkan banyak-banyak:\nkedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dari mesingannya yang menggerutup menuju sasarannya;\n~ isi perut\n [bahasa kasar] mengeluarkan perasaan hati;\npemuntahan\n perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan:\ndi Malaysia, kaedah ~ yang selamat bagi mengeluarkan racun yang tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah;\n pemuntah\n (ubat dan sebagainya) yang menyebabkan muntah:\nagen ~ ialah ubat yang sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah." "muntaha\n[Arab] batas atau peringkat yang terakhir (dalam ilmu tasawuf)." "muntahi\n[Arab] ahli suluk yang mencapai peringkat terakhir." "muntang\n[Perak] mati terkapar (ikan dan lain-lain), buntang." "muntet\n[Perlis] buncit perut (kerana kekenyangan)." "muntu\n[Jawa] alat penggiling (lada dan lain-lain), pelindas." "muntul\n[Jakarta] tidak tajam (pisau dan lain-lain), majal, tumpul." "mupaham\nmufaham\n." "muqaddam\n[Arab]\n1.\n yang terdahulu, sesuatu yang mendahului, pendahuluan;\n2.\n juz Amma atau juz yang ke-30 dalam al-Quran (dipelajari dahulu)." "mur\nsejenis damar yang berbau harum." "mura\nsejenis ular yang sangat berbisa;\n \nbertemu ~ dengan tedung\n (peribahasa) sama pandai (gagah dan lain-lain)." "murabbi\n[Arab] orang yang mendidik atau membimbing, pendidik, pembimbing:\ntugas lain yang perlu ditangani ialah melatih imam dan khatib agar mampu menjadi ~ yang berkesan dalam masyarakat." "murad\n[Arab]\n1.\n maksud, kehendak, keinginan:\ntelah sampailah hajat dan ~ masing-masing; \n2.\n maksud yang lebih luas." "muradif\n[Arab] (kata) seerti." "murah\n1.\n banyak, berlebih-lebih, limpah:\nmereka yang mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; \n2.\n rendah harganya, tidak mahal:\nmakanan yang ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; \n3.\n tidak kedekut, suka memberi (sedekah dan lain-lain):\nsetelah Sultan Muzaffar Shah di atas kerajaan, terlalulah baik fiil baginda dengan adilnya dan ~ nya; \n4.\n tidak susah atau tidak payah, mudah, senang;\n~ hati \na) suka memberi, tidak kedekut;\n b) pengasih dan penyayang;\n \n~ mulut\n ramah mesra (tamah);\n \n~ rezeki \nbanyak rezeki;\n \n~ tangan \nsuka memberi;\n~ di mulut, mahal di timbangan \n(peribahasa) banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya;\n \nmakin ~ makin menawar \n(peribahasa) seseorang yang telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yang lebih);\nbermurah; \n~ hati \ntidak segan (memberi sedekah dan lain-lain), bersifat murah:\nbeliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kepada kami;\nmemurahkan\n menjadikan murah (harga dan lain-lain), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga:\n kerana persaingan yang hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya;\n mempermurahkan\n [kiasan] menganggap mudah (senang dan lain-lain):\n kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dengan tidak semena-mena;\nmurahan\n rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya:\n mereka selalu dianggap sebagai gadis ~; \nhanya bahan-bahan ~; \nhiburan ~;\n kemurahan\n1.\n perihal murah, kelimpahan:\n sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kepada keadilan dan ~mu;\n2\n. = \n~ hati\n kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih:\n sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati engkau itu;\n pemurah\n (orang yang) suka memberi, tidak kedekut:\n dia ialah sahabat yang ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah." "murahik\n[Arab] anak yang sudah hampir kepada usia baligh." "murai\nsejenis burung yang berkicau (pagi-pagi hari), \nCopsychus saularis musicus; \nbunyi ~\n waktu pagi-pagi benar;\n~ bakau \nsejenis burung,\n Pachycephala cinerea;\n~ batu \nsejenis burung\na) =\n ~ hutan \nsejenis burung,\n Copsychus malabaricus;\nb) burung kapas,\n Lalage nigra;\n~ belanda \nsejenis burung,\n Zoothera citrina;\n~ belukar\n sejenis burung,\n Tarsiger cyanurus;\n~ gajah \nsejenis burung,\n Irena puella;\n~ kampung\n sejenis burung yang berkicau (pagi-pagi hari),\n Copsychus saularis;\n~ rimba \nsejenis burung,\n Pycnonotus plumosus;\n~ sampah \nsejenis burung,\na)\n Acrocephalus arundinaceus; \nb)\n Alcippe cinerea; \nburung ~ bangau \n=\n ~ ekor gading\n sejenis burung, merbah ekor gading,\n Tersiphone paradisi;\nbagai ~ dicabut ekor \n(peribahasa) perempuan yang suka bercakap banyak;\n \n~\n \nberkicau hari siang\n (peribahasa) sesuatu yang sudah terang dan nyata." "murajaah\n[Arab] mengulang kaji, merujuk." "murakab\n[Arab] bersusun, berganda, berlapis:\n jahil ~\n." "mural\nlukisan atau gambar yang besar pada dinding:\n ~ yang terpampang di dinding luar Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka." "muram\n1.\n tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram:\n hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi;\n2\n. tidak berseri (air muka dan lain-lain), tidak gembira:\n suatu hari suamiku pulang dengan muka yang ~;\n3\n. [kiasan] tidak bahagia (hidup dan lain-lain), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dan sebagainya), menderita:\n hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; \nkeadaan ekonomi antarabangsa yang ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun seperti Malaysia;\n bermuram\n \n~ durja \nbermasam muka (kerana sedih dan lain-lain), tidak jernih air mukanya:\n seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang;\n memuramkan\n menjadikan muram, menyebabkan muram, memudarkan:\n perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu;\n kemuraman\n perihal (keadaan dan sebagainya) muram, kesuraman:\n Rahman memandang wajah isterinya yang masih cuba menyembunyikan ~nya." "murang\n[sastera lama] sejenis tunam untuk memasang meriam." "muraqabah\n[Arab] amalan menjaga ingatan hati semata-mata kepada Allah." "murba\nbiasa sahaja, hina, jelata, rendah;\nkaum ~\n kaum rendah (bukan bangsawan atau hartawan), marhaen;\n rakyat ~ \nrakyat jelata." "murca\n[sastera lama] tidak sedarkan diri, pengsan;\nmemurcakan\n menyebabkan (menjadikan) pengsan:\n kemudian anak ini dimurcakan oleh dukun ubatan di atas sebuah kerusi." "muri\n[sastera lama] sejenis serunai atau suling." "murid\n= \nanak ~\n orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut;\n ~ tua \nbekas pelajar (dari sesebuah sekolah dan lain-lain);\nbermuridkan\n [sastera lama] mengambil sebagai murid, menjadi guru kepada:\n ia pun ~ Laksamana." "murih\nkl marah, meradang." "muring\nbersungut-sungut (kerana tidak puas hati dan lain-lain), merengut-rengut." "muris I\nsejenis kain tenun;\n \n= mores I." "muris II\n[Jakarta] haloba, rakus, tamak." "murka I\n[bahasa dalam] marah, meradang:\n maka sultan pun terlalu ~ akan Hang Tuah, disuruh bunuh pada Seri Nara Diraja;\n memurkai\n marah kepada (akan), memarahi:\n jangan tuanku segan ~ anakanda;\n memurkakan\n menyebabkan jadi marah, memarahkan:\n ~ raja;\n termurkai\n [sastera lama] dimurkai (dimarahi):\n Laksamana pada ketika itu ~, tiada bekerja lagi;\n kemurkaan\n perihal murka, kemarahan:\n dia ialah sahabat yang pemurah dan sangat takut akan ~ Allah." "murka II\n angkara ~ \nmementingkan diri sendiri, loba, tamak;\nkemurkaan\n sifat kelobaan (ketamakan)." "murni\ntidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yang mencemarkan), bersih benar, suci, tulen:\n aku bekerja kuat dan rajin dengan mendapat semangat dan perangsang daripada cita-cita yang ~ dalam hatiku; \nkemanakan dia telah mengirim bingkisan permata ~;\n memurnikan\n membersihkan benar-benar, menyucikan:\n agama itu benar-benar dipergunakan untuk ~ rohani manusia;\n kemurnian\n perihal murni, kesucian, keaslian, ketulenan:\n ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yang sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; \nmereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu;\n pemurnian\n perihal atau perbuatan memurnikan:\n ada baiknya masalah ~ bahasa menjadi pokok perhatian dalam seminar ini;\n pemurni\n orang yang sangat mementingkan ketelitian dan ketepatan, terutamanya dalam cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yang betul dan sebagainya." "mursal\n[Arab]\n1.\n yang disuruh, pesuruh, rasul;\n2.\n hadis yang diriwayatkan dengan sanad tanpa disebut sahabat yang meriwayatkannya daripada Rasulullah SAW secara langsung." "mursalin\n[Arab] jamak bagi mursal;\n anbia dan ~ \nsekalian nabi dan rasul." "mursyid\n[Arab]\n1.\n guru agama, pemimpin (dalam hal rohani);\n2.\n baik hidupnya, taat kepada Allah." "mursyidul am\n[Arab] pembimbing utama di kalangan pemimpin, yang berperanan untuk memberikan panduan atau tunjuk ajar tentang agama Islam kepada para ahli dalam sesebuah pertubuhan, persatuan dan sebagainya." "murtad\n[Arab] orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat:\n orang yang begitu adalah orang yang kufur, yang ~, yang derhaka, kerana mahu menyamai Tuhan Maha Pencipta;\n memurtadkan\n menjadikan seseorang murtad:\n watak utama bernama Kamil telah ~ ramai orang;\nkemurtadan\n perihal murtad:\n setiap Muslim yang murtad tidak boleh diakui ~nya, tetapi hendaklah disuruh kembali kepada Islam." "muruku\nsejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung beras, tepung kacang, dan dicampur dengan rempah (popular di kalangan kaum India)." "murung\nsedih, masyanghul, pilu:\n sifat riang dapat berubah jadi ~ dengan tiba-tiba;\nbermurung\n berasa murung, berdukacita, bersedih:\napabila kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari;\n kemurungan\n1.\n perihal murung, kemuraman, kesuraman:\n kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya bergetar-getar; \n2.\n (Psikologi) keadaan apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa yang diiringi dengan gejala seperti sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yang keterlaluan yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan." "murup\n[Jawa] menyala (cahaya, warna, dan lain-lain), berkobar:\n maka Laksamana pun memakai, berkain kesumba ~ antelas bertepi bersirat; \nmerah ~ \nmerah menyala." "murus\n[Jawa] buang-buang air;\n ~ darah \nbuang air yang berdarah." "Murut\nsuku kaum peribumi di Sabah, yang tinggal di rumah panjang, terutamanya di daerah Tenom, Keningau dan Nabawan, dan kegiatan utamanya ialah menanam padi huma, berburu, dan memungut rotan, madu lebah dan damar, biasanya tidak menetap di satu tempat." "mus\n(ERT) pencuci mulut yang berbusa, diperbuat daripada krim, telur dan sebagainya, biasanya berperisa coklat atau buah-buahan dan dihidangkan sejuk:\n~ coklat." "musaadah\n[Arab] bantuan (yang diberikan), pertolongan, sokongan." "musabab\n[Arab]\n1.\n kesan:\ndaripada keadaan tersebut lahirlah suatu ~ yang tertinggi, maka dengan itu alam dengan segala sesuatu pun diciptakan;\n2.\n sebab daripada segala sebab, sebab yang menjadi asas terjadinya sesuatu: \ntiap-tiap satu kejadian dan peristiwa mempunyai asas dan ~ yang mendorong terjadinya kejadian itu;\n \nsebab ~\n yang menjadi sebab, yang menyebabkan, sebab." "musabaqah\n[Arab] pertandingan:\n~ tilawatil Quran \npertandingan membaca al-Quran." "musafir\n[Arab] orang yang masih dalam perjalanan, orang yang berpergian, pengembara:\n jangan ada orang ~ yang tidur di bawah atap rumah engkau dalam keadaan lapar;\n bermusafir\n melakukan perjalanan atau pengembaraan:\norang yang sedang ~;\n kemusafiran\n perihal (keadaan) hidup sebagai musafir:\n sia-sia hidupmu, sia-sia ~mu." "musakat\n[Arab] celaka, sengsara." "musala\n[Arab] tempat sembahyang;\n \ntikar ~ \ntikar sembahyang, sejadah." "musang\n1.\n sejenis binatang liar (yang gemar memakan ayam)\n;\n~ akar \nsejenis musang\n, Artogalidia trivirgata;\n~ belang, Hemigalus debyanus;\n~ buah \nsejenis binatang seperti musang, \nPrionodon sp.\n;\n \n~ jebat\n =\n ~ kesturi \nsejenis musang,\n Viverra zibetha;\n~ lamri, Paguma larvata;\n~ pandan \n=\n ~ pulut, Paradoxurus hermaphroditus;\n~ sebarau\n =\n ~ tebarau \nsejenis musang,\n Paradoxurus spp.;\n~ tenggalung, Viverra tangalunga;\n~ turun \nsejenis binatang seperti musang,\n Arctictis binturong; \n2.\n sejenis binatang liar seperti anjing, \nVulpes spp.;\n~ berbulu ayam \n(peribahasa) orang jahat yang menyamar sebagai orang baik;\n ~ terjun lantai terjungkat (peribahasa) \na) ada tanda-tanda yang boleh jadi keterangan dalam sesuatu perkara;\n b) tempat yang dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya." "musara\nwang bantuan, gaji, pencen:\n maka beberapa puluh bahara emas patik beri ~ tiada juga pada;\n= sara I." "museologi\nkajian tentang organisasi muzium." "musibat, musibah\n[Arab]\n1.\n bencana, celaka, malapetaka:\n janganlah kamu mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri;\n2\n. [bahasa kasar] kata makian, celaka, sial:\n ah, ~ betul mereka itu." "musikan\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pemain muzik;\n2.\n bermain muzik." "musikus\n[Indonesia-Belanda] ahli muzik." "musim\n1.\n masa yang tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim:\n dalam ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dalam tanah;\n2\n. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dan lain-lain):\n orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pada ~nya sahaja;\n3\n. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dan sebagainya) yang serupa:\n Karim kebingungan menghadapi ~ perang;\n~ angin \nmasa angin bertiup;\n ~ bah (banjir) \nmusim selalu berlaku banjir;\n ~ barat\n [Indonesia] musim hujan di Sumatera dan Jawa;\n ~ buah (buah-buahan) \nmasa pokok berbuah;\n ~ bunga (semi) \nmusim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pada akhir musim sejuk);\n ~ dingin (sejuk) \nmusim udara sejuk (di negeri-negeri berhawa dingin);\n ~ haji \nmasa orang menunaikan fardu haji;\n \n~ kelambu menunggal (tutup kuala, utara) \nmasa angin timur laut bertiup (dari bulan November hingga bulan Januari);\n ~ kemarau\n musim udara panas terik dan hujan tidak turun;\n \n~ luruh (gugur, rontok) \nmusim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba);\n ~ menuai (panen) \nmasa menuai padi;\n ~ panas\n musim antara musim dingin dengan musim luruh (ketika udara panas);\n ~ tenggara (jawa, selatan) \nmasa angin bertiup dari barat laut dan membawa hujan (dari bulan Jun hingga bulan September);\n ~ tengkujuh \nmusim hujan selalu turun;\nsemusim\n1.\n sama musimnya;\n2.\n masa kira-kira setahun (dari musim tertentu hingga kembali musim itu lagi):\n ada ~ baginda duduk di dalam negeri itu, beranak seorang laki-laki bernama Encik Tayan;\n bermusim\n1.\n sudah sampai atau tiba musimnya;\n belum ~ \nbelum sampai musim atau masanya;\n2.\n mengikut musim:\n tanam-tanaman ~;" "musiman\nmengikut musim (waktu) tertentu:\n acara ~ untuk tujuan-tujuan semasa." "musir\n[Kedah] daging yang elok (pada kerbau, lembu), daging batang pinang." "muslihat\n[Arab]\n1.\n daya upaya, ikhtiar:\napakah ~ agar kesatuan itu benar-benar boleh mewakili pelajar Melayu seluruhnya;\n2\n. = \ntipu ~ \ntipu daya, akal, helah:\n sekarang apa yang kita mahu ialah satu tipu ~ yang licin seperti yang dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu; \nbeliau menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan untuk ~ am;\n~ perang\n siasat perang, taktik perang;\nbermuslihat\n mempunyai muslihat:\nnegara itu mencapai matlamatnya dengan ~ dalam hal ehwal negara lain.\nMuslim\n [Arab] orang (lelaki) yang beragama Islam;\nmemuslimkan\n1.\n menjadikan sesuatu bercirikan Islam:\nserba-serbi mesti dimuslimkan, dibersihkan di dalam dan di luar;\n 2\n. menjadikan seseorang Muslim;\nkemusliman\n ketinggian darjat seseorang sebagai orang Muslim:\n~\n \nseseorang insan.\nMuslimah\n [Arab] orang (perempuan) yang beragama Islam." "Muslimat\n[Arab] jamak bagi Muslimah:\npara Muslimin dan ~.\nMuslimin\n [Arab] jamak bagi Muslim:\npara ~ dan Muslimat." "muslin\nsejenis kain yang nipis dan jarang." "musnah\nbinasa sama sekali, hilang lenyap, rosak:\n sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api;\nmemusnahkan\n membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan:\n angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dalam masa tiga hari sahaja;\n kemusnahan\n perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan:\n semenjak penduduknya diperintahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~;\n pemusnahan\n perihal atau perbuatan memusnahkan, pembinasaan:\n penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia;\n pemusnah\n yang memusnahkan (membinasakan):\n benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat?" "mustahak\npenting, pantas, patut, perlu:\n segala pancaindera yang disebut ini sangatlah ~ dijaga supaya tidak cacat cedera; \nmaka ~lah mereka itu diberi bantuan daripada pungutan zakat;\n memustahakkan\n memerlukan, mementingkan, menghendaki:\ndalam air susu terdapat zat yang sangat dimustahakkan oleh bayi;\n kemustahakan\n perihal mustahak." "mustahil\ntidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal:\n dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati;\n memustahilkan\n menganggap mustahil, menganggap tidak mungkin:\njangan ~ sesuatu kejadian yang belum kamu ketahui;\n kemustahilan\n1.\n perihal mustahil;\n2.\n sesuatu yang tidak mungkin." "mustaid\n[Arab] sedia, lengkap, selesai, siap:\n setelah sudah ~ maka surat pun diaraklah ke perahu;\n memustaidkan\n menjadikan mustaid, melengkapkan, menyediakan." "mustajab\n[Arab]\n1.\n berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dan lain-lain), makbul:\n doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah;\n2.\n [bahasa percakapan] mujarab:\n ubat yang amat ~ untuk penyakit sengal;\n memustajabkan\n menjadikan makbul (doa, permintaan dan lain-lain), memakbulkan, memperkenankan:\npada hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; \nmudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah;\n kemustajaban\n perihal mustajab, kemanjuran." "mustak\n[Arab] berasal dr, diturunkan dr." "mustakim\n[Arab] benar, jujur, lurus;\n siratal ~ \njalan yang lurus (benar)." "mustakmal\n[Arab] terpakai;\n \nair ~ \nair yang telah dipakai untuk wuduk, mandi hadas atau bersuci." "mustami\n[arkaik] pendengar (syarahan universiti)." "mustard\nbiji sawi yang dijadikan serbuk:\n gaulkan daging dengan garam, lada sulah, dan ~." "musuh I\n1.\n orang yang ditentang (dalam peperangan, perkelahian, pertandingan, dan lain-lain), lawan, seteru:\n tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia;\n2\n. sesuatu yang mengancam (kesihatan, jiwa, dan lain-lain), sesuatu yang merosakkan:\n penyakit tibi ini ialah ~ yang besar sekali kepada manusia;\n3\n. [kiasan] bandingan, imbangan, tandingan;\n \ntidak ada ~nya\n tidak ada bandingan atau tandingannya;\n~ ketat \nmusuh yang paling besar (kepada);\n ~-masah \nberbagai-bagai musuh;\n ~ tradisi \nlawan (dalam pertandingan dan sebagainya) sejak dahulu hingga masa kini;\n \n~ tumbuhan \nsegala yang merosakkan tumbuhan (seperti serangga dan lain-lain);\n~ dalam selimut\n (peribahasa) musuh yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri;\n ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan\n (peribahasa) musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut;\nbermusuh, bermusuhan\n bersikap sebagai musuh (antara satu sama lain), berlawanan, bertentangan:\n memang nafsu itu sentiasa ~ dengan akal fikiran; \ndengan tiba-tiba sahaja kami ~ dengan mereka;\n memusuhi\n menganggap musuh, melawan, membenci, menentang:\n kami tidak ~ sesiapa;\n musuh-memusuhi\n saling memusuhi:\napabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain;\n permusuhan\n perihal bermusuh, perseteruan:\n dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling." "musuh II\n~ lebah\n sejenis burung,\n Indicator archipelagus." "musyahadah\n[Arab] hal menyaksikan hakikat-hakikat ghaib dalam kasyaf (menurut ajaran sufi);\nbermusyahadah\n melakukan musyahadah." "musyarakah, musyarakat\n[Arab]\n1.\n [arkaik] persyarikatan perdagangan, syarikat perniagaan, perkongsian;\n2.\n [arkaik] masyarakat;\n= masyarakat." "musyarik\n[Arab] orang yang turut serta (melakukan sesuatu), peserta." "musyawarah\n[Arab] perundingan dengan pihak-pihak lain untuk menyelesaikan masalah atau mencapai persetujuan:\n MBIM boleh mengadakan forum ~ kebahasaan antara Malaysia dengan Indonesia; \nkesediaan menyelesaikan masalah secara ~ dengan perasaan terbuka dan bertolak ansur;\n bermusyawarah\n berunding, bermesyuarat: \nsatu ciri yang ketara dalam masyarakat timur ialah konsep gotong-royong dan ~ untuk menyelesaikan masalah." "musykil\n[Arab]\n1.\n ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dan lain-lain), sukar, sulit:\nsekiranya dia menanyakan suatu perkara yang ~ baginya, hendaklah kita jawab;\n2\n. tidak puas hati, kecewa, kesal:\nKamal berasa ~ apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut surat Wan Mustafa;\nmemusykilkan\n1.\n menyebabkan jadi musykil, memayahkan, menyukarkan, menyulitkan:\ndia menanya segala apa yang dimusykilkannya, segala apa yang ada hubungannya dengan soal agama;\n2\n. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan:\nhanya yang dimusykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat belajar;\nkemusykilan\n1.\n perihal musykil, kesukaran, kesulitan:\n Tajurim menjawab dengan tenang tiap-tiap ~ Maznah itu;\n2\n. sesuatu yang tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan:\n si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kepada sesiapa pun.\nMusyrik\n [Arab] orang menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan ataupun perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah seperti memuja berhala, dewa dan sebagainya;\n memusyrikkan\n menjadikan atau menyebabkan Musyrik:\nmaka orang tuanyalah yang akan mengislamkan, meyahudikan atau ~ putera atau puterinya;\n kemusyrikan\n perihal Musyrik (kafir)." "Musyrikah\n[Arab] perempuan yang menyekutukan Allah." "Musyrikin\n[Arab] jamak bagi Musyrik." "Musytari\nplanet paling besar, yang kelima jauhnya dari matahari." "mutaah\n[Arab] pemberian suami yang diwajibkan kepada isteri setelah diceraikannya;\n \nkahwin ~ \nkahwin kontrak atau sementara (yang dibenarkan pada peringkat awal perkembangan Islam, tetapi kemudiannya diharamkan)." "mutagen\n(Biologi) bahan yang boleh menyebabkan mutasi genetik\nmutah\n sejenis tumbuhan (pokok)." "mutai\n[Arab] taat kepada Allah, soleh." "mutakaddim, mutakaddimin\n[Arab] (yang) terdahulu, (yang) telah lalu, (yang) sudah." "mutakalim\n[Arab] ahli ilmu kalam." "mutakhir\nterakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini:\n membicarakan puisi Malaysia\n \n~\n;\n \nA.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; \nkajian yang dilakukan pada tahun-tahun ~ ini." "mutalaah\n[Arab] perihal menyelidiki (mempelajari), perihal membaca;\n memutalaah\n mempelajari, menyelidiki, membaca baik-baik:\n jauh malam mereka berdua baru tidur kerana ~ pelajaran mereka;\n~ kitab; \n= telaah." "mutan\n(Biologi) individu, haiwan atau tumbuhan yang mengalami mutasi." "mutanajis\n[Arab] bercampur dengan najis;\n \nair ~ \nair yang bercampur dengan najis yang tidak boleh digunakan untuk bersuci." "mutasi\n1.\n (Biologi) perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dan sebagainya) yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut;\n 2\n. (Linguistik) pengubahsuaian bunyi dalam satu kata yang dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yang berhampiran;\n3.\n [Indonesia-Belanda] perubahan atau pergantian pegawai (kakitangan dan lain-lain)." "mutatis mutandis\n(Latin) (Undang-undang) dengan membuat perubahan yang sewajarnya tanpa menjejaskan fakta utama (dalam membandingkan kes)." "mutawassitah\n[Arab] =\n najis ~\n najis pertengahan (tidak perlu disamak, cukup dengan membasuh hingga hilang bau, rasa, dan warnanya sahaja)." "mutawatir\n[Arab] diturunkan daripada seorang ke seorang tanpa putus (berkenaan (dengan) hadis, berita, riwayat, khabar dan lain-lain)." "mutawif\n[Arab] pemandu orang yang mengerjakan tawaf (biasanya dirujuk juga kepada mereka yang membuat kebajikan kepada orang yang mengerjakan haji)." "mute\n[Jakarta] sejenis manik-manik." "mutia\n= mutiara." "mutiara\n1.\n sejenis permata yang diperoleh dari sejenis tiram;\n indung ~\n tiram yang mengandungi mutiara;\n 2.\n [kiasan] sesuatu yang sangat berharga:\n ~ ketuhanan yang dianugerahi Allah kepada manusia, iaitu akal." "mutlak\n1.\n tidak terbatas (hak, kuasa, dan lain-lain), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dan lain-lain), lengkap, penuh, umum:\n Belanda bersetuju untuk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; \nperhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yang ~ kepada perintah tinggi; \nhak ~ \nhak penuh;\n syarat ~ \nyang mesti ada (tidak boleh tidak);\n wakil ~ \nwakil penuh;\n2.\n suci;\n air ~\n air yang suci dan boleh menyucikan (seperti air hujan dan lain-lain);\nmemutlakkan\n menyebabkan sesuatu menjadi mutlak:\njangan sampai ada orang yang menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang;\n kemutlakan\n perihal mutlak;\npemutlakan\n perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan." "mutu I\nterdiam kerana terlalu sedih dan lain-lain, termenung-menung;\n berhati ~\n bersedih hati, masyanghul." "mutu II\ndalam keadaan yang berbahaya (raja dalam permainan catur), tercepit." "mutu III\nmutiara;\n ratna ~ manikam\n berbagai-bagai jenis permata." "mutu IV\n1.\n ukuran kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat);\n emas sepuluh ~\n emas murni;\n2.\n taraf (kebaikan, kecerdasan, kepandaian, dan lain-lain), kualiti, nilaian (untuk sesuatu):\n di samping projek meninggikan ekonomi negara, harus ada rancangan untuk meninggikan ~ warganegara;\n bermutu\n tinggi mutunya, bernilai tinggi:\n akan kucipta sebuah lukisan yang benar-benar ~\n." "mutung I\n[Jawa] patah hati." "mutung II\n(Lampung) [arkaik] musnah kerana terbakar, terbakar." "muwahid\n[Arab] orang yang mengesakan Allah (tidak menyekutukan Allah)." "muwakal\n[Arab] orang yang diserahi tugas mengurus sesuatu perkara, wakil." "muwalat I\n[Arab] tidak berantara (dalam sembahyang), berturut-turut." "muwalat II\n[Arab] [arkaik] keturunan, baka, zuriat:\n Sultan Zainal anak Ghori kita hantarkan kerajaan supaya jangan putus ~ takhta kerajaan Acheh Darus Salam daripada nasab Syed al-Marhum." "muwarikh\n[Arab] ahli (penulis) sejarah." "muzakarah\n[Arab] perbincangan (pertukaran pendapat) tentang sesuatu masalah dan sebagainya;\nbermuzakarah\n berbincang (bertukar-tukar pendapat) tentang sesuatu masalah dan sebagainya;\nmemuzakarahkan\n membincangkan dan sebagainya sesuatu perkara (isu, masalah dan sebagainya) dalam muzakarah:\nmungkin perkara itu akan dimuzakarahkan kelak; \nhal-hal yang ada kaitan dengan keluarga akan dimuzakarahkan dalam majlis itu." "muzik\ngubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian;\npemuzik\n ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik." "muzikal\nberharmoni, merdu:\nkeindahan bunyi yang ~." "muzikologi\nkajian tentang muzik." "muzium\nbangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yang mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dan sebagainya." "n I\nhuruf ke-14 abjad Rumi." "N II\nsimbol kimia bagi nitrogen." "Na\nsimbol kimia bagi natrium." "naas\n[bahasa percakapan] nahas." "nabat\n(Seni Muzik) sejenis seruling puak Jahut di Pahang." "nabatah\n[Arab] tumbuh-tumbuhan." "nabati\n[Arab] berkenaan tumbuh-tumbuhan;\nlemak ~ \nlemak daripada tumbuh-tumbuhan;\n \nsakar ~ \ngula yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan." "nabawi\n[Arab] berkenaan nabi:\nhadis ~." "nabi\n[Arab]\n1.\n orang yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain:\nMuhammad ialah ~ yang terakhir; \n2.\n = \nal-Nabi\n Nabi Muhammad SAW;\nkenabian\n yang berkaitan (berhubungan) dengan nabi:\nNabi Muhammad seorang manusia biasa yang diutus oleh Allah sebagai pesuruh dengan mukjizat ~nya; \nsudah pasti tidak ada darjah yang lebih tinggi daripada darjah ~." "nabu\n1.\n [Minangkabau] biji (buah-buahan seperti durian dan lain-lain) berserta isinya;\n2.\n (Biologi) isi buah, daging buah;\nbernabu\n (Biologi) mempunyai isi yang banyak (berkenaan (dengan) buah)." "nabung\n[Perak] hampa (putus) harapan." "nada I\n1.\n bunyi yang tertentu tinggi rendahnya (dalam nyanyian, muzik, dan lain-lain): \nahli-ahli panca\u00adragam telah membetulkan semula alat muzik untuk membaiki tinggi rendah ~; \n~ utama\n nada dasar; \ntangga ~ \n[Indonesia] tingkatan bunyi (dalam muzik dan lain-lain); \ntiti ~ \n[Indonesia] tanda bunyi pada baluk, not;\n2.\n [kiasan] bunyi suara (yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dan lain-lain): \n\u201cKenapa tak ikut sama?\u201d, isterinya menyambut dengan ~ kasih;\n3.\n aliran dan rentak (ucapan, sajak, dan lain-lain);\nsenada\n padan atau sesuai (dengan):\nwarna di bilik anak-anak ~ dengan ruang tamu;\nbernada\n mempunyai (membawa, menunjukkan) nada:\nsajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; \npenggunaan bahasa yang ~ ilmiah." "nada II\n[Kelantan] sejenis alat untuk menangkap ikan." "nadi\n1.\n denyutan tetap pada arteri disebabkan oleh kontraksi jantung, biasanya boleh dirasa di pergelangan tangan:\ngerak ~nya semakin cepat\n;\n2.\n = \nurat ~ \npembuluh darah pada pergelangan tangan (terasa berdenyut-denyut)\n;\n 3.\n = \nurat ~\n [kiasan] unsur atau faktor yang menjadi asas atau penggerak utama kepada sesuatu (kegiatan, pergerakan, perkembangan, dan lain-lain), punca hidup, jiwa:\nkebanyakan negara membangun turut mengikuti falsafah pembangunan yang berteraskan sektor perkilangan sebagai ~ pembangunan; \nmasjid itu dalam erti kata sebenarnya menjadi jantung dan ~ perkumpulan itu;\nbatang ~\n pembuluh darah yang besar;\n \npembuluh ~ \npembuluh darah dari jantung;\n \ntinggal ~ \n(peribahasa) perihal orang yang sakit tenat;\nbernadi\n ada nadi, berdenyut nadi;\n \ndia sudah tidak ~ lagi\n sudah mati." "nadim\n[Arab] orang kepercayaan, sahabat karib." "nadir I\n[Arab] jarang ada atau didapati ganjil;\n \ngas ~ \ngas yang tidak bertindak balas dari segi kimia dan didapati dalam jumlah yang sangat sedikit dalam udara atmosfera, seperti neon dan lain-lain;\nkenadiran\n perihal jarang ada atau terdapat:\nsatu cara yang sering digunakan untuk menilai ~ atau sifat antik sesuatu buku adalah dengan mengenal pasti tera air pada kertas yang berkenaan." "nadir II\ntitik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati, lawan zenith." "nadir III\nsejenis perahu (di Melaka)." "nadirat\n[Arab];\nbarang ~ \nbarang-barang yang ganjil (jarang terdapat)." "nadwah\n[Arab] mesyuarat, perhimpunan, majlis:\nsatu ~ tentang ilmu sosial Islam telah diadakan di Brussel." "naf\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] bahagian roda yang di tengah-tengah, pusat roda, hab." "nafas\n1.\n udara yang disedut ke dalam dan dihembuskan keluar dari paru-paru;\n \nmenarik ~ \nmenyedut udara (ke dalam paru-paru);\n \nmenghembuskan ~ yang akhir (penghabisan) \nmati;\n 2.\n penyedutan dan pengeluaran udara dari paru-paru:\n~ pendek;\n~nya Isnin Khamis \n[Indonesia], [bahasa percakapan] mengap-ngap (hampir mati);\n sakit ~ \nsakit sesak nafas (bengik);\n \n~ baru\n semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegiatan dan lain-lain atau memberinya keupayaan baru:\nmemberi ~ baru kepada perkembangan dunia hiburan dan perkembangan bahasa Malaysia amnya;\nsenafas\n1.\n sepanjang waktu yang diperlukan untuk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dalam jangka waktu yang pendek sekali:\ntapi angin mati, ~ pun tak bertiup; \n2.\n [kiasan] sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai:\nkalimat-kalimatnya sejenis dan ~;\n bernafas\n1.\n menyedut dan menghembuskan nafas dari paru-paru:\nikan ~ melalui insangnya; \n2.\n bernyawa, hidup;\n \ntiap-tiap yang ~ \ntiap-tiap yang hidup;\n3.\n mempunyai unsur, berunsur, berbau:\npuisi yang ~ keislaman seperti yang diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi;\n \n~ keluar badan\n (peribahasa) lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapat sendiri;\nmenafaskan\n mengeluarkan nafas;\npernafasan\n perihal bernafas:\nliang ~." "nafi\n[Arab]\n1.\n penolakan, penyangkalan;\n2.\n tidak mahu (mengaku, menurut, dan lain-lain), ingkar;\nmenafikan\n tidak mengakui (menerima dan lain-lain), menidakkan, menyangkal:\nbeliau ~ ia telah menelefon bapa mentuanya; \ntidak ada orang yang berani ~ pendapatnya itu; \ntidak ~\n mengakui, menerima (kebenaran, kenyataan, kewujudan, dan sebagainya sesuatu);\npenafian\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menafikan, penyangkalan:\nmisalnya, imbuhan awalan Inggeris\n \na-, in-, im-, un-, ab-, an-, ir-, dis-, non, semuanya membawa fungsi yang sama iaitu ~." "nafiri\nsejenis serunai (trompet) panjang." "nafkah\n1.\n wang (makanan dan lain-lain) yang diperlukan untuk hidup, sara hidup:\nsiapa yang menanggung ~ anak yatim itu? \n2.\n makanan dan lain-lain sehari-hari, rezeki;\n \nmencari ~\n mencari rezeki (bekerja untuk mendapatkan rezeki);\n3.\n perbelanjaan dan lain-lain yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya:\nsuami wajib menanggung ~ isterinya;\n~ batin \nhak bersetubuh isteri;\n \n~ zahir \nbelanja hidup isteri;\n4.\n [bahasa percakapan] pendapatan, gaji;\nmenafkahi\n memberi nafkah, menyarai hidup seseorang;\nmenafkahkan\n mengeluarkan (wang dan lain-lain) untuk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang)." "nafs\n[Arab] nyawa, diri." "nafsi I\n[Arab]\n1.\n diri sendiri, orang seorang (tidak dengan yang lain);\n2.\n mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain;\nnafsi-nafsi, bernafsi-nafsi\n mementingkan diri sendiri, bersendiri-sendiri, bersendirian:\ndi kota yang ramai dan besar, manusia hidup bernafsi-nafsi, tidak peduli akan orang." "nafsi II\n[Jakarta] marah, kemarahan;\nnafsu\n." "nafsu\n[Arab]\n1.\n keinginan yang keras, kehendak hati yang kuat, kemahuan yang kuat, dorongan hati:\n~ belajarnya tidak padam-padam; \nterburu ~\n = \nkeburu ~ \n[Indonesia] berbuat sesuatu dengan tergesa-gesa kerana nafsu (dengan tidak berfikir panjang);\n2.\n = \nhawa ~ \nkehendak hati yang kuat untuk melakukan sesuatu yang melampau atau kurang baik (seperti berseronok antara laki-laki dengan perempuan dan lain-lain):\nperempuan tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; \n3.\n = \n~ makan \nkeinginan untuk makan, selera:\nfikiran yang tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; \npatah ~ \nhilang selera;\n \n~ amarah \na) dorongan hati untuk melakukan sesuatu yang kurang baik;\n b) kepanasan hati, kemarahan;\n \n~ kuda \nhawa nafsu yang melampau;\n \n~-nafsi \nberbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu;\n \n~ tabiat \nark kemahuan semula jadi, naluri;\n \n~-nafsi, raja di mata, sultan di hati \n(peribahasa) melakukan sesuatu dengan sesuka hati sendiri;\nbernafsu\n dengan penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu:\nmereka tidak begitu ~ untuk memakan kuih itu; \nmatanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~." "nafta\n(Kimia) sejenis minyak mudah terbakar yang diperoleh daripada petroleum dan tar arang batu." "naftalena\nsejenis hablur yang berwarna putih dan berbau rangsang yang dibuat daripada tar arang batu dan digunakan untuk membuat bahan ubat gegat, racun kulat, sebagai bahan pelarut, dan sebagainya." "naga I\n1.\n [sastera lama] makhluk rekaan berupa seperti buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dari mulutnya;\n2.\n [Jawa] ular besar penunggu mata angin;\n~ antaboga \na) sejenis binatang laut yang besar;\n b) ikan paus;\n \n~ balun\n naga yang tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dengan ekornya);\n \n~ berapi\n naga yang menyemburkan api;\n \n~ bura \nnaga yang menyemburkan bisa;\n \n~ gentala \nnaga yang menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak);\n \n~ hari \nnaga penunggu mata angin yang tiap-tiap hari berpindah;\n \n~ jadi-jadian \norang atau hantu yang menjelma menjadi naga;\n \n~ seknik \nlukisan naga yang diberi berkepak (pada kain batik);\n \n~ tahun \nnaga penunggu mata angin yang berpindah tiap-tiap tahun;\n \n~ umban \nsejenis naga besar yang diam di laut;\nnaga-naga\n1.\n naga tiruan (seperti yang diperbuat daripada kertas dan lain-lain);\n2.\n ukiran kepala naga (biasanya dipasang di haluan perahu);\n3.\n tempat yang tinggi (di balai penghadapan)." "naga II\n~ buana\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nPhyilanthus pulcher;\n~ setu \nsejenis tumbuhan (rumpai), akar wangi, narwastu, rumput wangi, \nVetiveria zizanioides; \nrumput sisik ~\n sejenis tumbuhan (herba), \nDesmodium heterophyllum." "naga III\n~ berjuang \nsejenis ukiran yang merupakan dua garisan yang hampir bercantum;\n \n~ berseru \n= \n~ taru\n sejenis ukiran yang merupakan dua garisan yang bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan;\n \n~ bertangkap\n sejenis ukiran yang merupakan dua garisan yang bersilang." "naga-naga\n[Jakarta] keadaan yang menjadi alamat atau tanda (akan baik buruknya), padah:\nkalau begini ~nya binasa kita semua." "nagam\n[Arab] karangan mutiara." "nagara I\n[arkaik] = \n~ bukit \n[sastera lama] puncak bukit:\ndatang sekarang pun tanah ~ bukit itu seperti warna emas rupanya." "nagara II\nsejenis gendang besar;\nnakara\n." "nagasari\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMessua ferrea." "nagasari II\nsejenis kuih seperti lepat, dibuat daripada tepung beras dan dibubuh pisang di dalamnya." "nah\n1.\n kata untuk menyudahi percakapan orang lain atau untuk menukar perhatian, sudahlah:\n~, marilah kita lihat sendiri; \n2.\n kata untuk mempelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah:\n~, ini wang lima puluh ringgit;\n~ ini tuala, mari aku tunjukkan tempat mandi; \n3.\n kata untuk menyatakan persetujuan, sungguh:\n~, kalau begitu lebih baik lagi;\n 4.\n kata untuk memulakan ayat yang mengandungi perhatian yang lain:\n~, sekarang begini sahaja." "nahak\n[arkaik];\nternahak\n bangkit atau terbit (perasaan, selera, dan lain-lain)." "nahas\n1.\n sial (dikaitkan dengan hari, bulan, dan sebagainya yang dipercayai kurang baik):\nhari Rabu akhir bulan ini biasanya hari ~; \n2.\n kecelakaan, kemalangan:\nmemang dia sendiri yang memanggil ~nya, tidak boleh menyalahkan orang lain;\n~ jalan raya;\nmenahaskan\n menganggap nahas, menyialkan, mencelakakan;\nkenahasan\n perihal nahas, kesialan, kecelakaan." "nahi\n[Arab] yang terlarang (oleh agama Islam), larangan;\n \n~ Allah \nlarangan Allah." "nahu\ncabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan sintaksis, morfologi, dan sebagainya, tatabahasa;\n~ bentuk \nnahu yang mengkaji bentuk kata dan kata-kata terbitannya, morfologi;\n \n~ huraian \nnahu yang mengkaji bahasa dalam penggunaan yang sebenarnya (pada lapisan masyarakat yang berlainan, membandingkan yang formal dengan yang tidak, yang baku dengan yang tidak, yang bertulis dengan yang digunakan dalam percakapan dan lain-lain) dalam rangka ilmu bahasa;\n \n~ sarwajagat\n pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kepada sesuatu bahasa sahaja);\n \nilmu ~ \nilmu jalan bahasa (penyusunan kata dan ayat);\nnahuan\n berkenaan atau berkaitan dengan nahu:\nrangkai kata nahu yang hanya menerbitkan makna ~." "naib\n1.\n pengganti, wakil:\n~ raja;\n~ kadi \nwakil kadi di sesuatu tempat (untuk menjalankan tugasnya);\n2.\n penolong kepada, timbalan, \u2026 muda;\n \n~ yang dipertua \npenolong (timbalan) yang dipertua;\n \n~ laksamana\n [arkaik] laksamana muda;\n3.\n [Indonesia] kadi;\n~ johan \npemenang kedua (dalam pertandingan)." "naif\n1.\n bersahaja, terlalu mudah, tidak canggih atau kompleks dan sebagainya:\nbeliau mengatakan ceritanya terlalu ~ dan terlalu mudah untuk mencapai maksud simbolik itu; \n2.\n [kiasan] lurus, tidak matang (pemikiran dan lain-lain), keanak-anakan;\nkenaifan\n keadaan naif:\nkehidupanku terlalu setia dengan ~ku." "naik\n1.\n bergerak ke atas:\nasap ~ ke udara; \nbulan ~ \ndari satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh);\n \ntegak ~\na) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi);\n b) sudah mulai besar (budak yang berumur lebih kurang 15 tahun);\n2.\n bergerak ke tempat yang lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga):\nmaka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yang luas; \ndengan segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; \n3.\n mengenderai (kuda, kereta, dan lain-lain), masuk ke kenderaan:\n~ kereta ke Pulau Pinang;\n~ lif ke tingkat empat; \n4.\n bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dan lain-lain) daripada yang mula, bertambah, meningkat:\n~ dan turunnya jualan tuan pada tiap-tiap bulan terpulanglah kepada kecekapan tuan mengurus perniagaan; \nsemua harga barang ~; \nkalau pangkat ~ gaji pun akan ~; \n5.\n tumbuh menjadi besar (tinggi dan lain-lain):\npadi sedang ~; \n6.\n menjadi, berubah menjadi:\nair mukanya dengan serta-merta ~ merah padam, dengan itu aku ~ pelik pula; \n7.\n kembang atau mengembang (berkenaan (dengan) adunan kuih):\npukul telur sehingga ~; \nbiarkan adunan roti itu ~ ;\n~ angin\n = \n~ kepala angin \ntidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dan lain-lain;\n \n~ apel \n= \n~ banding\n [Indonesia] memohon ke pengadilan yang lebih tinggi;\n \n~ basuh kaki \ntidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (berkenaan (dengan) pengantin laki-laki);\n \n~ besar\n sudah mulai besar (anak-anak);\n \n~ darah \n(menjadi) marah;\n \n~ darat\n naik ke darat (turun dari kapal);\n \n~ darjat \nmenjadi tinggi darjatnya;\n \n~ daun \na) mendapat (keuntungan atau kesenangan);\n b) bernasib baik atau beruntung (dalam perjudian dan lain-lain);\n \n~ gaji\n mendapat gaji yang lebih tinggi;\n \n~ gembira \n[sastera lama] menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dan lain-lain);\n \n~ geram\n menjadi marah;\n \n~ gila\na) menjadi gila;\n b) terlalu asyik akan sesuatu;\n \n~ haji \npergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yang kelima;\n \n~ harga \nmenjadi mahal (berharga lebih daripada biasa);\n \n~ hati \nmenjadi girang (sombong);\n \n~ kapal\na) mula naik ke kapal;\n b) belayar dengan kapal, menumpang kapal;\n \n~ kelas \n[Indonesia] meningkat ke darjah yang lebih tinggi;\n \n~ (di, di atas) kepala \nberbuat sesuatu yang melampaui batas;\n \n~ lemak \nmenjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya);\n \n~ marah \nbangkit marahnya, menjadi marah;\n \n~ mempelai \na) menjadi pengantin, berkahwin;\n b) pertama kali tidur dengan isteri;\n \n~ merik \n[Indonesia] bertambah besar kehormatannya;\n \n~ minyak\n menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang;\n \n~ nobat \n[Minangkabau] menjadi pengantin, berkahwin;\n \n~ palak\na) menjadi panas hati, meradang;\n b) berasa tidak senang, susah;\n \n~ panas \nmenjadi marah;\n \n~ pangkat\n mendapat jawatan yang lebih tinggi;\n \n~ pelamin \n[Minangkabau] menjadi pengantin;\n \n~ pitam\na) mendapat pitam (menjadi pening);\n b) menjadi marah atau panas hati;\n \n~ radang \nmeradang;\n \n~ raja\n [sastera lama] menjadi raja;\n \n~ saksi \na) menjadi saksi (di pengadilan);\n b) mengaku (benar dan lain-lain);\n \n~ semangat\n bertambah semangat (bertambah berani dan lain-lain);\n \n~ seri \nkelihatan manis, berseri dan sebagainya selepas disolek, diandam dan sebagainya;\n \n~ setum \n[Indonesia] [bahasa percakapan] menjadi marah;\n \n~ syeikh\n [bahasa percakapan] lupa diri, hilang pertimbangan;\n \n~ takhta \nditabalkan menjadi raja;\n \n~ tangan\n beruntung, bertuah;\n \n~ tocang \n[bahasa percakapan] besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan;\nbulan ~, matahari ~ \n(peribahasa) mendapat untung dan bahagia kiri kanan;\n \n~ dari janjang, turun dari tangga \n(peribahasa) membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya;\n \n~ melompat, turun terjun\n = \n~ membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi \n= \n~ seperti semut, turun seperti ribut \n(peribahasa) hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali;\nmenaik\n bergerak ke atas:\nkelok tersebut ~ semula;\nmenaik-naik\n [bahasa percakapan] makin naik, menjadi-jadi:\nkebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang;\nmenaiki\n1.\n memanjat, mendaki:\n~ gunung;\n~ takhta \nmenjadi raja, mulai memerintah sebagai raja;\n2.\n pergi dengan kenderaan, mengenderai, menunggang:\nkenderaan apa yang akan engkau naiki untuk ke Pulau Pinang? \n3.\n memasuki rumah (dengan menggunakan tangga):\nrumah itu telah dinaiki pencuri; \n4.\n mulai mendiami rumah (baru);\nmenaikkan\n1.\n menjadikan naik (tinggi), meninggikan:\n~ layang-layang;\n~ bendera; \n2.\n membawa ke tempat tinggi:\nmaka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; \n3.\n meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dan lain-lain):\nakan Semar dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya; \nkuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; \n4.\n menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dan lain-lain);\n5.\n menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dan sebagainya):\nkata-kata perangsang itu ~ semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh lagi;\n~ cukai \nmeninggikan cukai;\n \n~ darah \nmenyebabkan jadi marah;\n \n~ gaji\n meninggikan atau menambah gaji;\n \n~ harga \nmeninggikan harga;\n \n~ pangkat\n meninggikan pangkat;\n \n~ semangat\n membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan);\n6.\n menjadi naik (kembang, berkenaan adunan kuih, dan sebagainya):\nserbuk penaik dicampurkan untuk ~ adunan kuih itu;\nnaik-naikan\n [Indonesia], [bahasa percakapan] waktu murid naik darjah;\nkenaikan\n1.\n sesuatu yang dinaiki, kenderaan:\napabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; \n2.\n perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dan lain-lain), naiknya:\nbilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan;\npenaikan\n perihal atau perbuatan menaikkan;\npenaik\n \nbahan ~ \nbahan yang digunakan untuk menaikkan adunan kuih (seperti serbuk penaik dan sebagainya);\n \n~ darah \norang yang lekas marah, pemarah." "naim\n[Arab] nikmat, nyaman, sedap." "naira\nunit mata wang Nigeria." "najam\n[Arab] bintang." "najasah, najasat\n[Arab] perihal najis, kenajisan, kecemaran, kekotoran;\nnajis\n." "najat\n[arkaik] \nmunajat\n." "najis\n1.\n kotoran (seperti air kencing, tahi) yang membatalkan sembahyang:\norang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; \n2.\n sesuatu yang mencemarkan:\nawak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan;\n~ besar \ntahi;\n \n~ kecil \nair kencing;\n3.\n [bahasa percakapan] jijik:\n~ melihat kelakuannya itu\n;\n \n~ dadah\n dadah yang membahayakan orang yang menyalahgunakannya;\n \nmembasuh ~ dengan mala \n(peribahasa) menutup kesalahan atau rasa malu dengan cara yang lebih menghinakan lagi;\nbernajis\n dinodai, dikotori atau dicemari najis:\npakaian itu masih ~;\nmenajiskan\n1.\n menjadikan kotor, mencemarkan, mengotorkan:\n~ benda yang suci; \n2.\n menganggap najis (tidak suci, cemar):\njangan dekati barang yang dinajiskan agama;\nternajis\n menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar:\nhati itulah yang hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar;\nkenajisan\n perihal najis, kekotoran, kecemaran." "nak I\n[kependekan] hendak:\napa ~ dimakan semua ada." "nak II\n[kependekan] anak:\nambillah duit ini, ~ ." "naka\n= bernaka-naka\n bersambut-sambutan (ketika berpantun, bernyanyi, dan lain-lain), bertingkah-tingkah." "nakal\n1.\n suka melakukan sesuatu yang dilarang seperti mengganggu dan lain-lain (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata:\nNadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya; \n2.\n buruk kelakuannya, jahat:\nisterinya yang ~;\nmenakal\n nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal;\nmenakali\n membuat nakal kepada, mencerobohi, mengganggu (orang);\n \n~ isteri orang \nmengganggu isteri orang;\nkenakalan\n perihal nakal, kejahatan:\nrisau ia melihat ~ anaknya." "nakara\nsejenis gendang besar, tabuh;\nnagara II\n." "nakhoda\n1.\n pemimpin atau ketua perahu (kapal), juragan;\n2.\n kapten kapal;\nbagai ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap\n (peribahasa) membuat pekerjaan yang membawa kerugian (perbelanjaan yang berlebih-lebihan);\n \nbelayar dengan ~, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai\n (peribahasa) sebarang pekerjaan yang besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang ahli supaya selamat;\nmenakhodai\n menjadikan nakhoda kepada, mengetuai:\nkapal yang dinakhodai oleh orang Arab.\nNakir\n malaikat yang menyoal ahli kubur;\n \nMunkar dan ~\n dua malaikat yang menyoal ahli kubur." "nal\npenyumbat atau penyendal ubat bedil pada meriam dan lain-lain (supaya lebih kuat letupannya)." "nala\n[Minangkabau];\nbernala-nala\n [arkaik] berfikir-fikir, timbang-menimbang." "nalak\n[Kelantan];\nmenalak\n menjerit dengan kuat, meraung." "nalam\n= nazam\n." "nalan\n[Kelantan] lima (sebutan dalam permainan)." "nalar I\nselalu, sentiasa." "nalar II\n[Arab] pemikiran untuk menilai buruk baiknya, fikiran yang sihat, akal budi, intelek." "nalih I\nukuran banyak beras dan lain-lain yang sama dengan 16 gantang." "nalih II\nsejenis tumbuhan, (herba) lakum air, \nJussiaea suffruticosa." "nalu\n= bendalu." "naluri\n1.\n desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiat semula jadi:\nkeinginan mahu tahu adalah suatu ~; \n2.\n [arkaik] adat yang diwarisi turun-temurun, tradisi;\nkenalurian\n keadaan naluri." "naluriah\nberkaitan dengan atau berasaskan naluri:\nhasil daripada saduran dan terjemahan itu, secara ~, masyarakat Arab menuntut lahirnya penulis-penulis daripada kalangan mereka sendiri." "NAM I\nakronim bagi \nNon-Aligned Movement\n (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali)." "nam II\n[kependekan] enam." "nam-nam\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nCynometra cauliflora." "nama\n1.\n panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dan lain-lain):\nia mencatat ~ orang yang menderma yang terdapat dalam senarai itu; \napa ~ buku yang kaubaca itu?; \nia mencatat ~ barang-barang yang diterimanya; \natas ~ \ndengan menggunakan nama, untuk kepentingan, demi;\n2.\n [arkaik] gelaran, sebutan:\nkerana jasanya yang besar, ia diberi ~ Datuk; \n3.\n kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, maruah, pujian;\n \nmencari ~ \nberikhtiar menjadi masyhur (mendapat pujian);\n \nmendapat (beroleh) ~\n masyhur (terkenal);\n \nmengambil ~\na) mencari muka;\n b) memakai nama (daripada);\n \ntelah rosak ~nya \ntelah hilang kehormatannya (kemasyhurannya);\n~ am \nkata nama yang merujuk kepada konsep atau benda yang umum, misalnya \nrumah \ndan \nkecantikan;\n~ baik \nkehormatan, maruah;\n \n~ batang tubuh \n= \n~ daging (tubuh)\n nama diri yang sebenarnya (bukan nama samaran dan lain-lain);\n \n~ benda \n(Linguistik) kata yang mengatakan nama sesuatu yang wujud atau yang dianggap wujud, kata benda;\n \n~ cembung\n = \n~ timangan (timang-timangan)\n nama yang dipakai untuk menyatakan sayang atau manja;\n \n~ julukan \nnama yang diberi sebagai jolokan (ejekan, sindiran);\n \n~ kecil\na) nama ketika masih kecil;\n b) nama depan (cara Barat);\n \n~ keluarga \nnama yang dikongsi bersama oleh semua ahli dalam sesuatu keluarga;\n \n~ khas \nkata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus seperti orang, haiwan, tempat atau benda, misalnya \nMd. Nor, Sg. Rambai, \ndan \nMenara Kuala Lumpur;\n~ pena\n nama yang digunakan oleh penulis pada karya-karya (bukan namanya yang sebenarnya);\n \n~ samaran \n= \n~ pedengan\n nama untuk menyembunyikan nama yang sebenarnya;\n pada ~ sahaja\n tidak wujud (berlaku) seperti yang diperikan:\ngolongan Islam pada ~ sahaja;\nbernama\n1.\n memakai nama, mempunyai nama:\npekannya ~ Simpang Empat; \n2.\n mendapat nama, masyhur, terkenal:\npenulis yang belum ~;\nmenamai\n membubuh (memberi) nama kepada, menggelari:\nia ~ anaknya itu Naziha; \njabatan tersebut dinamai sedemikian untuk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur;\nmenamakan\n1.\n memberi sesuatu nama sebagai menggelarkan, menyebuntukan:\nkami ~ bangsa kepada diri kami Magyar; \n2.\n menganggap (sebagai), menyebut:\nkalau hendak dinamakan korban, itulah korban yang sejati; \n3.\n mencalonkan seseorang (untuk memegang sesuatu jawatan dan lain-lain), mengemukakan nama seseorang sebagai calon:\nIsnin, 5 April, ialah hari ~ calon untuk pilihan raya;\nternama\n terkenal, termasyhur:\nGreenberg, seorang ahli bahasa yang ~;\nkenamaan\n1.\n terkenal, termasyhur:\nbeberapa ahli bahasa yang ~ turut menyumbangkan tenaga; \n2.\n besar (orang, pegawai, dan lain-lain), berpangkat tinggi:\nanak orang besar-besar dan ~ dihantar ke sekolah Inggeris;\npenamaan\n perihal menamakan, pencalonan;\n \nsurat ~ waris itu hendaklah dianggap sebagai satu wasiat kepada seorang waris; \nkerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kepada rakyat dari seluruh negeri untuk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah;\npenama\n1.\n orang yang memberi nama (mencalonkan, melantik), pencadang;\n2.\n orang yang dinamakan (dikemukakan) sebagai waris dan lain-lain." "nambat\n[Minangkabau] jangan, tidak usah;\n \nkok pahit ~ diluahkan\n (peribahasa) jika pahit janganlah diludahkan." "nambi\nsejenis penyakit puru (pada kaki)." "nampak\n1.\n dapat melihat (menengok):\nmereka tidak ~ siapa yang mengambil surat itu tadi; \n2.\n boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak:\nrumahnya tidak ~ dari sini; \ntak ~ muka hidung \ntidak kelihatan langsung;\n \n~ belang \ndiketahui hal (keadaan, maksud, dan lain-lain) yang sebenarnya;\n \n~ dekat\n hanya dapat melihat dari dekat (tidak boleh melihat jauh);\nnampaknya\n rupa-rupanya:\n~ kita tidak terdaya lagi membebaskan diri daripada semua ini;\nmenampak\n melihat, menengok:\npara pelakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton;\nmenampakkan\n menunjukkan, memperlihatkan:\npandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yang wujud perlu diambil kira;\n~ diri\n memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat dilihat;\nternampak\n1.\n sudah dilihat, terlihat:\nkerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; \n2.\n dapat dilihat, kelihatan:\nia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai;\nternampak-nampak\n seolah-olah nampak pada pandangan mata, terpandang-pandang, terbayang-bayang;\nternampakkan\n terlihat akan, terpandang akan:\ndia ~ Razman yang sedang berjalan;\nkenampakan\n dapat dilihat, kelihatan, ketahuan:\nkemarahan ibu telah ~ ; \n= tampak I\n." "nampan\n[Jawa] sejenis dulang, talam;\ntetampan I\n." "nampung\nsejenis tumbuhan (herba), \nHomalomena spp." "namun\n1.\n asalkan (sahaja), kalau, sekadar:\napa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; \n2.\n akan (hal), berhubung dengan, berkenaan, tentang;\n3.\n biarpun, meskipun, sungguhpun, walaupun:\n~ begitu, cerita yang berbeza-beza itu mempunyai dasar yang sama; \n4.\n tetapi:\nwalaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak muridnya itu menangis." "nan\n[Minangkabau]\n1.\n yang;\n2.\n kata yang disisipkan untuk melengkapkan (menggenapkan) baris sajak dan lain-lain:\nhari pagi bunga ~ kembang, bunga yang merah mala dahulu \u2026." "nana\n(Tamil) abang." "nanah\ncecair pekat berwarna putih kekuningan yang keluar dari bisul, luka yang terkena infeksi, dan sebagainya;\nbernanah\n mengandungi nanah, mengeluarkan nanah:\nluka yang ~;\nmenanah\n menjadi nanah;\n \nlain bengkak lain ~ \n(peribahasa) lain orang yang bersalah lain pula orang yang dihukum;\npernanahan\n keadaan bernanah:\njangkitan kuman boleh mengakibatkan ~ pada luka." "nanai\n[arkaik] kera." "nanang\n[Minangkabau] berfikir dalam-dalam, tafakur, termenung." "nanap\n[arkaik] terbuka lebar-lebar (mata), terbeliak." "nanar I\n1.\n berasa agak pening (kerana kena pukul, tumbuk, dan lain-lain), pening lalat:\nbudak itu ~ setelah kena tempeleng; \n2.\n menjadi bingung (kerana kesusahan dan lain-lain), tercengang-cengang, terpinga-pinga, tidak tentu haluan;\n \nberjalan cara ~\n berjalan-jalan kebingungan;\n3.\n sangat marah, meradang." "nanar II\n[Terengganu] nakal (kelakuan)." "nanas\nsejenis tumbuhan (buahnya boleh dimakan), \nAnanas sativus;\n~ belanda \n= \n~ kista \n= \n~ seberang\n = \n~ tali \nsejenis nanas yang serat daunnya boleh dibuat tali dan lain-lain, \nAgave cantala;\n~ hijau\n sejenis nanas yang boleh dibuat ubat, \nAnanas comosus." "nanda\n[kependekan] anakanda." "nandung I\nsejenis ikan laut,\na) \nDorosoma chacunda; \nb) \nDorosoma nasus." "nandung II\ntupai ~\n sejenis tupai yang besar." "nanggal, nanggar\n[Kelantan] tenggala." "nanggung\n[Kelantan] sampai (begitu), hingga (begitu)." "nangis\n[bahasa percakapan] menangis;\ntangis I\n." "nangka I\nsejenis tumbuhan (pokok) yang buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan,\na) \nArtocarpus heterophyllus; \nb) \nArtocarpus integer;\n~ belanda\n buah nona;\n \n~ pipit\n sejenis tumbuhan (pokok), \nArtocarpus scortechinii; \nbunga ~ pipit \nsejenis tumbuhan (pokok), mempoyan, \nRhodamnia trinervia;\norang makan ~, awak kena getah \n(peribahasa) orang lain yang berbuat salah, kita yang mendapat kesusahan (menanggung akibatnya);\n \nsiapa makan ~ maka kena getahnya \n(peribahasa) siapa yang berbuat salah dialah yang menanggung hukuman." "nangka II\nburung ~\n sejenis burung, burung kepudang, \nOriolus maculatus." "nangko\n[Minangkabau] yang ini:\nkami ~ menjunjung titah." "nangoi\nsejenis babi yang banyak anak, \nSus barbatus; \nmenggeriak bagai anak\n \n~\n (peribahasa) orang yang beranak banyak tetapi malas mencari nafkah." "naning\nsejenis tebuan (yang berwarna kuning), \nApis dorsata." "nanjak\n[Jakarta] mendaki;\ntanjak I\n." "nano\n[Perak] tidak tentu arah (fikiran)." "nanometer\nsatu perseribu juta meter." "nanoplankton\n(Biologi) plankton yang saiznya lebih kecil daripada plankton biasa." "nanosaat\ntempoh masa 10-9 saat (biasanya digunakan untuk menyatakan kelajuan pemproses sesebuah komputer dan lain-lain)." "nantaboga\n[sastera lama] sejenis naga." "nanti I\n1.\n waktu yang akan datang, masa kemudian, kelak:\nbila hari raya ~, pulanglah ke kampung; \ndia akan sampai pada pukul 1.30 ~ ; \n2.\n akan, bakal, tentu:\nkalau engkau adukan perkara itu kepada polis, ~ heboh sedunia; \n3.\n jika tidak begitu, seandainya tidak:\nbaik engkau dengar nasihatku, ~ engkau menyesal." "nanti II\ntunggu;\n \n~ sebentar\n tunggu sebentar;\nmenanti\n1.\n menunggu (ketibaan sesuatu):\nia sedang ~ di sana;\n2.\n tersedia untuk dihadiahkan (diberikan dan sebagainya):\nhadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yang dipilih sebagai yang tercantik dan terbersih;\nmenanti-nanti\n sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu:\ndinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang;\nmenantikan\n menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dan lain-lain), menunggu akan:\nmaka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; \nia ~ hari malam, sangat lama rasanya;\nmenanti-nantikan\n menunggu-nunggu ketibaan sesuatu, menunggu-nunggu akan:\norang yang telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan;\nternanti-nanti, nanti-nantian\n menunggu-nunggu dengan penuh harapan, selalu berharap:\nibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; \nibu telah ~ agaknya;\n~ bagai berlakikan raja \n(peribahasa)\na) perihal orang yang berhajat kepada seseorang yang tidak sangat berkehendak kepadanya;\n b) menantikan pertolongan orang yang banyak pekerjaannya;\npenantian\n1.\n perihal menanti:\n~ itu membingungkan dan mencemaskan; \nEncik Ramli beku dalam ~; \npertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yang singkat bagi orang yang sedang mabuk cinta; \n2.\n tempat menanti (menunggu);\npenanti\n (orang) yang menanti, penunggu, penyambut tetamu." "nantiasa\nsentiasa\n." "nanyan\n[Perlis] gandar cangkul, taran cangkul." "napal\nsejenis tanah liat (yang boleh dimakan)." "napalm\n(Kimia) sejenis petrol berupa jeli yang digunakan dalam pembuatan bom api." "napan\nsejenis tumbuhan (pokok), serentang, terentang, \nCampnosperma auriculata." "napkin\n1.\n lampin kain atau lampin pakai buang;\n2.\n kertas atau kain yang digunakan semasa makan untuk mengesat mulut atau tangan atau melindungi bahagian depan pakaian." "napuh\nsejenis pelanduk besar, \nTragulus napu." "naqli\n[Arab] nas yang diperoleh daripada al-Quran atau hadis (bukan berdasarkan rasional fikiran)." "naqliah\nyang) berasaskan nas:\nbukan sedikit yang mencemuhkan pendekatan rasional yang adil terhadap agama, memagarkan antara pendekatan akliah dan ~." "nara I\n1.\n laki-laki, perwira;\n2.\n gelaran:\nSeri N~ Diraja." "nara II\n~ setu; \nnarwastu." "narapati\n[sastera lama] raja." "narasetu\nnarwastu." "naratif\n1.\n cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dan lain-lain:\nbolehlah dikatakan bahawa sesuatu ~ seperti cerpen, cereka dan sebagainya adalah merupakan hasil daripada prestasi linguistik; \n2.\n yang menceritakan (mengisahkan):\ngaya ~nya juga mirip karangan biasa; \npuisi ~ \npuisi (sajak) yang mengisahkan sesuatu." "narator\norang yang mengisahkan sesuatu, pencerita, pengisah." "narawastu\nnarwastu." "narestu\nnarwastu." "naris\n(Biologi) lubang hidung." "narkosis\n(Perubatan) keadaan tidak sedar yang diakibatkan narkotik atau anestetik." "narkotik\ndadah yang melemahkan deria, melalikan, melegakan rasa sakit, ketagihan, dan sebagainya, najis dadah." "narsisisme\n(Psikologi) perihal atau keadaan terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri." "narsisistik\n(Psikologi) cenderung memuja atau mengagumi diri sendiri dengan berlebihan." "narung\n= \n~ jantan (paya) \nsejenis tumbuhan (pokok renek), menarung, \nTrema orientalis." "narwastu\n1.\n sejenis tumbuhan (rumpai), akar wangi, serai wangi, \nVetiveria zizanioides;\n2.\n sejenis bau-bauan yang harum (diperbuat daripada akar wangi):\nmaka diciumnya bau tubuhnya seperti bau ~." "nas\n[Arab] ayat al-Quran atau hadis yang dipakai sebagai pegangan dalam hukum syarak, kutipan (petikan) daripada kitab suci sebagai alasan dalam sesuatu perkara;\nbernaskan\n berdasarkan atau menggunakan al-Quran atau hadis sebagai nas;\ndinaskan\n ditentukan dengan nas (petikan) dalam al-Quran atau hadis." "nasab\n[Arab] pertalian keluarga, keturunan (terutama daripada sebelah bapa);\n \n~ bapa \npertalian keluarga di sebelah bapa;\n \n~ ibu \npertalian keluarga di sebelah ibu;\npenasaban\n hal yang berkaitan dengan nasab:\nini berkaitan dengan ~, pewalian, pewarisan, dan pergaulan dalam keluarga;\n nisab I\n." "nasabah\n[Arab] perbandingan, perhubungan, pertalian." "NASAKOM\n[Indonesia] akronim bagi Nasionalis, Agama dan Komunis (falsafah kenegaraan berdasarkan kerjasama golongan-golongan ini)." "nasar\n[Arab] sejenis burung pemangsa dan pemakan bangkai, burung reng." "nasi I\n1.\n beras yang telah ditanak atau dikukus:\ntelah lazim baginya setiap pagi memakan ~; \nmencari ~ \nmencari rezeki;\n2.\n isi jerawat yang berwarna putih;\n~ adap-adap\n = \n~ adap-adapan \n= \n~ damai\n nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yang disajikan kepada pengantin ketika bersanding;\n \n~ angkatan\n nasi untuk menjamu orang besar-besar;\n \n~ ayam \nnasi yang dimasak dengan air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuningan) yang dimakan bersama-sama dengan daging ayam, yang biasanya dihidangkan dengan kicap, sup dan sambal cili;\n \n~ berdetus\n nasi setengah masak;\n \n~ beriani \nnasi yang dimasak bersama-sama dengan daging atau ayam dan rempah;\n \n~ besar \nnasi untuk sesuatu upacara;\n \n~ bungkus\n nasi yang dicampur dengan lauk-pauknya dan dijual dalam bungkus;\n \n~\n \ncampur \nnasi yang lauknya dibubuh sekali dalam pinggan yang sama;\n \n~ dagang \nnasi yang ditanak daripada beras lembut;\n \n~ damai-damai \na) nasi yang dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sebagai tanda hidup mesra sesudah bersatu;\n b) nasi adap-adap;\n \n~ datang\n = \n~ lepat \n= \n~ ketupat\n nasi yang dimasak dalam anyaman daun kelapa;\n \n~ goreng \nnasi yang digoreng bersama perencahnya (seperti udang, daging, sayur-sayuran, dan sebagainya);\n \n~ hangit\n nasi yang hangit (kerana terlalu besar apinya);\n \n~ himpit\n = \n~ kapit\n nasi yang ditanak dengan air yang berlebihan dan kemudian dihimpit (dimakan dengan kuah sate dan lain-lain);\n \n~ kabuli\n nasi yang bercampur lauk-pauk dan rempah-rempah;\n \n~ kerabu \n= \n~ ulam \nnasi yang digaulkan dengan daun-daunan yang dihiris halus-halus;\n \n~ kukus \n= \n~ dandang\n nasi yang dikukus dalam dandang;\n \n~ kunyit \n= \n~ kuning \npulut yang dikuningkan dengan kunyit;\n \n~ lecek \nnasi yang dilecek-lecek (untuk makanan bayi);\n \n~ lemak \nnasi yang ditanak dengan santan;\n \n~ lembik \nnasi yang ditanak dengan berlebihan airnya;\n \n~ lengat\n = \n~ tim\n [Indonesia] nasi yang dikukus lembik;\n \n~ mentah \nnasi yang tidak cukup masaknya;\n \n~ minyak\n nasi yang dimasak dalam lemak atau minyak;\n \n~ ramas\n [Indonesia] nasi yang lengkap dengan lauk-pauknya;\n \n~ ransum\n = \n~ kawah \nnasi yang dimasak dalam kawah untuk orang ramai;\n \n~ rawan\n nasi yang bercampur dengan sayur dan lauk-pauknya;\n \n~ sorok \n[Kedah] nasi yang dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pada kenduri);\n \n~ suap-suap \nnasi kunyit yang disuapkan oleh pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan dan sebaliknya (ketika bersanding);\n \n~ tambah \na) nasi untuk tambahan;\n b) [kiasan] tambahan kepada pendapatan yang tetap;\n \n~ tangas = ~ kangkang \nnasi panas yang dikangkangi isteri diiringi dengan jampi serapah, dan diberi makan kepada suami dengan tujuan untuk memperbodoh suami;\n \n~ tomato \nnasi yang dimasak dengan tomato puri dan dicampur dengan susu cair, biasanya dihidangkan bersama-sama dengan ayam atau daging;\n \n~ tumpang \n[Kelantan] nasi yang bercampur dengan lauk-pauknya dan dibungkus;\n \n~ wajar \nnasi biasa sahaja (tidak dengan santan dan lain-lain);\n~ habis, budi bersama \n(peribahasa) sahabat yang ketahuan buruk lakunya;\n \n~ sama ditanak, kerak dimakan seorang \n(peribahasa) perihal orang yang bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri;\n \n~ sudah menjadi bubur\n (peribahasa) perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi);\n \n~ tak dingin pinggan tak retak\n (peribahasa) orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yang rosak;\n \napa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar\n (peribahasa) seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya;\n \nbiar ~ terbuang asal jangan periuk pecah \n(peribahasa) biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin);\n \nbuat ~ tambah \n(peribahasa) penambah penghasilan yang telah ada;\n \nmembuangkan ~nya yang tersaji di lutut\n (peribahasa) seseorang yang meninggalkan kerja yang senang lalu mencari pekerjaan yang lebih susah;\n \nmenantikan ~ (disajikan) di mulut \n(peribahasa) perihal orang yang pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja;\nbernasi\n ada (dimasak) nasi:\nhari ini tidak ~;\n~ di balik kerak \n(peribahasa) belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yang belum diperiksa);\n \ntidak ~ di balik kerak \n(peribahasa) orang yang sombong." "nasi II\njamur ~\n sejenis cendawan yang boleh dimakan, \nHydnum fragile." "nasi III\n~\n \ndingin\n sejenis tumbuhan (pokok), buah sakur, \nXerospermum spp.;\n~ rendam\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), kayu-kayu hantu, mata gajah, \nMeliosma nitida;\n~ sejuk \nsejenis tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, \nSalacia flavescens; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), membulu, \nTinomiscium petiolare;\nnasi-nasi\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), langsit, \nPrismatomeris malayana;\n2. = nenasi\n sejenis tumbuhan (pokok), \nSymplocos fasciculata;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nMycetia malayana; \npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), akar belalang puak, \nPittosporum ferrugineum." "nasib\nsesuatu yang menimpa diri seseorang (dengan kehendak Allah), takdir, untung:\nia teringatkan ~nya sendiri yang hampir sama dengan ~ Mak Konah ini; \nmembawa ~ \npergi merantau (mencari penghidupan) ke tempat lain;\n \nmengadu ~ \n= \nmencuba ~ \nmelakukan sesuatu untung-untungan, bertaruh;\n \n~ baik\n beruntung, mujur;\n \n~ buruk \nmalang (celaka, rugi);\nsenasib\n serupa nasibnya, sama penderitaannya:\nkalau begitu ~lah kita ini;\nnasib-nasiban\n dengan mengadu nasib sahaja, untung-untungan;\nbernasib\n beruntung;\n \n~ baik\n mendapat keuntungan (nasib yang baik)." "nasihat\najaran, petunjuk yang baik, peringatan:\ntidak mahu mendengar ~ orang tua-tua;\nmenasihati\n1.\n memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dan lain-lain) kepada:\nia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; \n2.\n mengesyorkan kepada, menganjurkan kepada, mengusulkan kepada:\ndoktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;\n nasihat-menasihati\n saling memberi nasihat:\nternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; \ntegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yang berkesan;\n menasihatkan\n memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar;\npenasihat\n orang yang memberi nasihat (tunjuk ajar dan lain-lain);\n~ ekonomi\n penasihat tentang pelbagai hal yang berkaitan dengan soal ekonomi;\n \n~ kerjaya \npenasihat tentang kerjaya;\n \n~ pelaburan \norang atau pihak yang memberikan nasihat profesional tentang hal-hal pelaburan." "nasional\nberkaitan dengan bangsa, kebangsaan:\nkita harus mengikuti gerakan atau cita-cita ~ kita itu sebaik-baiknya; \npesta itu juga dimeriahkan dengan tarian dan nyanyian ~ oleh bermacam-macam bangsa;\nkenasionalan\n perihal sesuatu bangsa, kebangsaan." "nasionalis\norang yang mencintai nusa dan bangsanya, pencinta bangsa, patriot:\ndia memang seorang ~, dan sentiasa mengikuti perkembangan politik di negeri ini." "nasionalisasi\nperihal menjadikan sesuatu (syarikat, industri, dan sebagainya) milik negara, pemiliknegaraan;\nmenasionalisasikan\n menjadikan milik negara atau bangsa, memiliknegarakan." "nasionalisir\nmenasionalisir\n [Indonesia-Belanda] menasionalisasikan." "nasionalisme\n1.\n perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam:\nsekolah rakyat dalam cerita itu akan menjadi simbol ~; \n2.\n pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, semangat kebangsaan:\nkaum intelek yang berpendidikan Barat menjadi pelopor ~, politik dan kebudayaan." "nasionalistik\nberkaitan dengan (berasaskan dan sebagainya) nasionalisme, (yang) menunjukkan nasionalisme, (yang) mengutamakan bangsa dan negara:\nia menyenangi Shahnon Ahmad yang sekian lama telah memperlihatkan sikap ~nya; \nertinya Biro ini mahukan dasar belia itu mirip ke arah kepentingan yang lebih ~." "naskhah\n1.\n karangan dan lain-lain yang bertulis tangan, manuskrip;\n2.\n [Indonesia] karangan asal (yang akan dicetak atau diterbitkan), manuskrip, skrip;\n3.\n penjodoh bilangan untuk buku (majalah, surat khabar, dan lain-lain), buah:\nmajalah itu berharga RM1.50 se~; \n4.\n rang (undang-undang, perlembagaan, dan lain-lain), rancangan." "Nasrani\n1.\n Kristian;\n \nmasuk ~\n memeluk agama Kristian;\n2.\n keturunan Portugis dengan perempuan Asia;\nmenasranikan\n menjadikan seseorang Nasrani, mengkristiankan;\nkenasranian\n berkenaan Nasrani, bersifat Nasrani;\n= Serani II." "nasut\n[Arab] kemanusiaan;\n \nalam ~\n alam manusia, seluruh manusia." "nasyid\n[Arab] lagu (biasanya dinyanyikan secara kumpulan) yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam:\nterdengarlah suara suci kudus melagukan ~ dan qasidah;\nbernasyid\n menyampaikan nasyid:\n kumpulan nasyid ini ~ di majlis-majlis keramaian." "nat I\ngelang logam yang bahagian dalamnya berbenang, yang cocok dengan benang skru." "nat II\n[Kedah], [Perlis] pasar harian, pekan sari." "nata\n= \nsang ~ \n[sastera lama] baginda, raja." "Natal\n= \nhari ~\n hari raya orang Kristian kerana memperingati lahirnya Jesus Christ (jatuh pada 25 Disember setiap tahun), hari Krismas." "natang\n[sastera lama] tingkap (jendela) kecil." "natar\nwarna dasar (pada kain), tanah kain:\ntatkala hamba berbaju putih diikatnya dengan cindai ~ merah;\nbernatarkan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu warna sebagai natar:\ncorak menjalar yang ~ putih tampak ceria bersama paduan daun hijau berbunga lembayung;\n= latar." "nati\nsi bodoh, si tolol:\nhai ~, akulah raja." "natijah\n[Arab] keputusan (dari sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat:\nkadang-kadang apa yang kita benci dan tidak suka itu baik ~nya;\n~ daripada perkembangan ekonomi kolonial seperti itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu;\n menatijahkan\n mendatangkan natijah, mengakibatkan:\npembangunan yang tertumpu pada aspek materialistik semata-mata hanya akan ~ kehancuran sesuatu peradaban; \nkeadaan ini akan ~ perkembangan yang tidak seimbang." "NATO\nakronim bagi \nNorth Atlantic Treaty Organisation\n (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara)." "natrium\n(Kimia) unsur logam yang mudah teroksida dalam udara dan sangat reaktif;\n~ hidrogen karbonat = ~ bikarbonat \nsejenis sebatian berbentuk serbuk atau hablur berwarna putih yang digunakan untuk membuat minuman bergas dan serbuk penaik, soda penaik;\n \n~ hidroksida \nsejenis sebatian yang berbentuk pepejal putih, bersifat mengakis apabila berair, dan digunakan dalam industri bahan kimia, kertas, dan sebagainya, soda kaustik;\n \n~ karbonat \nsejenis sebatian yang berwarna putih dan digunakan untuk membuat kaca, kertas, sabun, detergen, dan sebagainya, soda abu;\n \n~ klorida \nsejenis sebatian berbentuk hablur, tidak berwarna atau berwarna putih, dan digunakan dalam industri bahan kimia, metalurgi, pengawetan makanan, dan lain-lain, garam." "natural\n1.\n (yang) bersifat semula jadi, alamiah:\nperkembangan yang sihat dan ~ dalam proses pembinaan bahasa;\n 2\n. (yang) menjadi kebiasaan, kelaziman." "naturalis\n(Kesusasteraan) orang yang menyokong atau mendukung konsep naturalisme." "naturalisasi\n(Undang-undang) pemberian hak warganegara kepada seseorang yang bukan warganegara asal sesebuah negara setelah orang itu memenuhi syarat permastautinan dan syarat lain;\nmenaturalisasikan\n memberikan hak sebagai warganegara kepada orang asing setelah orang itu memenuhi syarat permastautinan dan syarat lain, mewarganegarakan." "naturalisme\n(Kesusasteraan) aliran atau pandangan dalam seni dan sastera yang berusaha untuk menggambarkan sesuatu (manusia, objek dan sebagainya) dalam keadaan atau sifatnya yang sebenarnya." "naturopati\ncara mengubati sesuatu penyakit dengan menggunakan sumber-sumber semula jadi seperti herba, udara segar, cahaya matahari dan sebagainya." "nau\n[Perlis] orang yang gila perempuan, orang yang gila urat." "nauli-nauli\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nArdisia colorata." "naung,\nnaungan\n1.\n tempat teduh (di bawah pohon dan lain-lain), lindungan:\nduduklah dia di bawah ~ sebatang pokok cemara; \npanas di sini, tidak ada naungan untuk berteduh; \n2.\n [kiasan] jagaan, asuhan, kawalan, perlindungan:\ndia yakin benar bahawa negeri ini akan kekal di bawah naungan orang putih;\nbernaung\n1.\n berlindung (di bawah pohon dan lain-lain), berteduh:\nbaginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu;\n2.\n [kiasan] berlindung (pada kerajaan lain), menerima perlindungan (dari negara lain), menjadi daerah naungan:\nkita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris;\nbernaungkan\n bersandarkan (berharapkan) sesuatu sebagai pernaungan:\n hidup itu ~ penyerahan diri kepada Allah;\nmenaungi\n1.\n melindungi, memayungi:\nmaka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yang duduk itu;\n2.\n [kiasan] memberi naungan (kpada negeri lain), menjaga, mengawali:\ndahulunya negeri-negeri Melayu itu dinaungi oleh kerajaan Inggeris;\npernaungan\n1.\n tempat bernaung, perlindungan;\n2.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menaungi:\ndengan cara paksaan, gesaan atau ~;\n penaungan\n perbuatan menaungi seseorang:\n saya datang kepadamu untuk mendapatkan ~ dan perlindungan;\npenaung\n orang yang memberi lindungan (bantuan, galakan, dan lain-lain), pelindung." "nautika\nberkaitan dengan pelaut, perkapalan atau pelayaran:\nbatu ~; \nalmanak ~." "nauzubillah, nauzubillahi\n[Arab] kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita)." "navigator\norang yang bertugas menentukan arah perjalanan sesuatu kenderaan, terutamanya kapal dan pesawat, pemandu arah." "nawa\n[arkaik] sembilan." "nawab\n[Arab] timbalan raja." "nawaitu\n[Arab]\n1.\n aku berniat;\n2.\n [bahasa percakapan] keinginan (kehendak dan sebagainya) yang terbit di dalam hati untuk melakukan sesuatu, niat:\nbuatlah kerja masing-masing dengan ~ yang ikhlas demi perpaduan bangsa sendiri; \nAllah sahaja yang maha mengetahui ~ kamu itu." "nawak\n[Kelantan] bohong, berbohong." "nayaka\n[sastera lama] pembesar negeri, menteri." "nayam\nmata tenggala (bajak), pengunjam tenggala." "nayap\n[Jawa] mencuri (siang-siang hari)." "nayub\n= nayuban\n [Jawa] menari (dengan gadis-gadis penari), mengebeng (dengan tandak)." "nazak\n[Arab]\n1.\n keadaan orang yang hampir akan mati:\ntadi abang berada di rumah sakit Bangsar di mana dua manusia sedang terbaring ~ ; \n2.\n [kiasan] teruk benar (keadaan sesuatu benda), hampir tidak boleh dipakai lagi." "nazam\n[Arab] sejenis gubahan puisi (seperti sajak, syair);\nbernazam\n bercerita dengan lagu, bersajak, bersyair;\nmenazamkan\n menceritakan dengan lagu, menggubah, menyajakkan." "nazar\n[Arab] janji untuk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat;\n \nmembayar (melepaskan, menunaikan) ~\n membuat atau menunaikan apa yang telah dijanjikan;\nbernazar\n berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat:\nia ~ , jika ia lulus dalam peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari;\nmenazarkan\n menjanjikan untuk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan." "Nazi\nahli Parti Pekerja Sosialis Kebangsaan Jerman yang diasaskan pada tahun 1919 dan mendapat kuasa politik negeri pada tahun 1933 di bawah pimpinan Adolf Hitler." "nazim\n[Arab] penggubah sajak (syair dan lain-lain), penyair, pengarang." "nazir\n[Arab] pelawat, pengawas, pemeriksa;\n \n~ sekolah \npemeriksa sekolah." "Nb\nsimbol kimia bagi niobium." "Nd\nsimbol kimia bagi neodimium." "ndak I\n[bahasa percakapan] tidak." "ndak II\n[bahasa percakapan] hendak." "ndeng\n[Kelantan] budak yang mengikuti sami Siam." "Ne\nsimbol kimia bagi neon." "nebeng I\n[Kelantan] ketua kampung, tuk empat." "nebeng II\nturut makan (minum dan lain-lain) tetapi tidak membayar." "nebula\nkepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di langit pada waktu malam." "necis\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] bersih dan rapi." "nefologi\nkajian tentang awan." "nefralgia\n(Perubatan) rasa sakit pada buah pinggang." "nefrektomi\n(Perubatan) pembuangan buah pinggang secara pembedahan." "nefritis\n(Perubatan) radang pada buah pinggang." "nefrolitiasis\n(Perubatan) keadaan terdapatnya batu pada buah pinggang." "nefrologi\nkajian tentang buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengannya." "nefron\n(Biologi) tiub halus dalam ginjal yang merembeskan air kencing." "nefropiosis\n(Perubatan) pernanahan buah pinggang." "nefrosis\n(Perubatan) sejenis penyakit buah pinggang." "nefrotomi\n(Perubatan) insisi buah pinggang secara pembedahan." "Neg\n[kependekan] negeri atau negara." "negara I\n1.\n suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan;\n2.\n kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri:\n~ China; \n3.\n yang berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan);\nahli ~\n pemerintah negara, negarawan;\n \nbank ~ \nbank kepunyaan negara;\n tata ~ \naturan dan susunan negara;\n \n~ bahagian\n negara yang menjadi anggota sesebuah negara persekutuan;\n \n~ bangsa \nnegara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa;\n ~ besar\n negara yang kuat dan berpengaruh;\n \n~ dunia ketiga \nnegara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yang dianggap masih mundur atau sedang membangun;\n \n~ hukum\n negara yang menjalankan kekuasaannya menurut hukum;\n \n~ jiran\n = \n~ tetangga\n negara yang berjiran (mempunyai sempadan yang sama);\n \n~ kebajikan \nnegara yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dengan memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, seperti elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dan sebagainya;\n \n~ kesatuan\n negara yang dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan);\n \n~ kota \nnegara berautonomi yang terdiri daripada kota dan wilayah di sekelilingnya;\n ~ maju \nnegara kaya yang sebahagian terbesar ekonominya bergantung pada industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yang tinggi;\n \n~ matahari terbit \nnegara Jepun;\n \n~ membangun \nnegara yang sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dan lain-lain;\n \n~ mundur\n negara(-negara) yang masih jauh ketinggalan terutamanya dalam kemajuan ekonomi;\n \n~ perindustrian \nnegara yang kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri;\n \n~ pertanian\n negara yang sebahagian besar daripada penduduknya petani atau yang ekonominya berdasarkan pertanian;\n \n~ polis \nnegara yang kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dengan menggunakan kekuasaan polis;\n \n~ pulau \nnegara yang wilayahnya terdiri daripada sebuah pulau;\n \n~\n \nSelatan\n nama lain bagi negara membangun;\n \n~\n \nUtara\n nama lain bagi negara maju;\nbernegara\n mempunyai negara;\nkenegaraan\n perihal negara:\nhidup kemasyarakatan dan hidup ~ ." "negara II\npuncak bukit yang agak rata, penara bukit:\nmaka diikut baginda ke atas bukit, bertemu di ~ bukit itu." "negarawan\n1.\n orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara, orang yang memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara:\nChurchill ialah seorang ~ Inggeris yang ulung; \n2.\n pemimpin politik yang sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (seperti kebijaksanaannya, kejujurannya, dan lain-lain) yang unggul;\nkenegarawanan\n sifat atau kebolehan sebagai negarawan." "negatif\n1.\n pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar:\nsaya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu meletuskan simpati; \n2.\n tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dan sebagainya yang membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dan sebagainya):\nmereka dianggap bersikap ~ terhadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; \ngolongan yang putus asa itu mempunyai sikap yang ~ terhadap hidupnya; \n3.\n cenderung membawa kesan atau pengaruh yang tidak elok (membahayakan, merosakkan dan sebagainya):\nperubahan ~ biasanya lebih cepat mendapat reaksi berbanding dengan perubahan positif; \nkita sedar akan bahaya daripada penyebaran budaya ~ yang dianggap oleh penyebarnya sebagai budaya moden dan maju; \n4.\n tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti adanya sesuatu penyakit atau keadaan (berkenaan (dengan) hasil ujian diagnosis dan sebagainya):\nmereka yang disyaki menagih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; \n5.\n = \nnombor ~ \n(Matematik) nombor yang lebih kecil daripada sifar;\n6.\n kurang daripada sifar:\nkayu bergergaji diramalkan akan menunjukkan kadar pertumbuhan yang ~; \n7.\n imej foto pada filem yang belum berupa gambar;\nmenegatifkan\n menjadikan negatif:\ntanggapan sendiri yang ~ sesuatu akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti dan cabaran;\nkenegatifan\n perihal (keadaan) negatif." "negativisme\nsikap yang cenderung untuk menafikan (menentang, mengingkari) sesuatu,\nNeger\n (ngr) [Indonesia] orang kulit hitam (di Afrika), Negro." "negeri\n1.\n daerah tempat tinggal (kampung, negara, dan lain-lain):\nmembuka ~; \nia berasal dari ~ China; \nanak ~ \npenduduk asli sesuatu tempat, bumiputera;\n2.\n daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor:\nsaya berasal dari ~ Pahang; \ndewan ~ \nmajlis perundangan negeri;\n \ntanah ~ \ntanah milik negeri;\n3.\n kawasan bandar, bandar;\n \nibu ~ \nbandar yang dijadikan sebagai kepala negeri, ibu kota;\n4.\n kerajaan, pemerintah;\n \nS.M.A. N~ \n[Indonesia] Sekolah Menengah Atas Kerajaan;\n5.\n [bahasa percakapan], [Indonesia] tanah asing (terutama negara-negara Barat);\n6.\n [Minangkabau] sekumpulan kampung yang di bawah seorang ketua, daerah;\n \n~ akhirat\n alam sesudah kehidupan di dunia ini;\n ~ angkat\n negeri yang dianggap sebagai negeri sendiri;\n \n~ as \n[Indonesia] = \n~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dalam perang dunia kedua);\n \n~ asing \nnegeri bukan negeri sendiri;\n \n~ Cik Siti Wan Kembang \npanggilan bagi negeri Kelantan;\n \nN~ Di Bawah Bayu \npanggilan bagi negeri Sabah\n; \nN~-N~ Selat\n negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yang diperintah langsung oleh orang Inggeris pada zaman penjajahan;\n \n~ yang baka (kekal) \nakhirat;\n \n~ yang fana\n dunia;\n~ gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk\n (peribahasa) orang kaya yang murah hati biarpun banyak orang yang meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah;\n \nalpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh \n(peribahasa) jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yang menimpa;\n \nibarat ~ berubah resam\n (peribahasa) hal manusia itu berubah-ubah fikirannya;\n \nke ~ cacing\n (peribahasa) mati;\n \nseperti ~ dialahkan geroda\n (peribahasa) negeri atau kampung yang menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yang lain;\nbernegeri\n1.\n mempunyai negeri;\n2.\n mempunyai tempat tinggal, berkediaman:\nsedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kepada hamba Seri Nara Wangsa;\nkenegerian\n perihal negeri, yang menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri;\n \nfaham ~\n faham kedaerahan." "Negeri Sembilan\nnegeri di barat daya Semenanjung, keluasan 6643 km2, Seremban sebagai ibu negeri." "Negrito\npenduduk asli Semenanjung Malaysia, yang tinggal di pedalaman utara Perak dan Kelantan." "Negro\npenduduk asli berkulit hitam di Afrika dan keturunan mereka di tempat-tempat lain." "negun\n[Perak] ligat atau cepat (pusingan gasing)." "negus\ngelaran Raja Habsyah." "nek I\n[Jawa] mual, muak." "nek II\nsingkatan bagi nenek." "neka\n[Kelantan] sejenis talam." "nekad\n= \nmenekad\n1.\n keras atau kuat kemahuan, tabah serta cekal hati:\nkebolehannya bercakap bahasa Melayu lebih daripada dahulu dan semangatnya untuk belajar lebih ~;\n2.\n tidak berasa takut-takut lagi, terlalu berani:\napabila habis serangan udara, guni beras itu lesap dibawa oleh orang yang ~; \nrompakan bank yang ~; \n3.\n tidak mempedulikan apa-apa lagi (untuk melakukan sesuatu), tidak berfikir panjang lagi:\nia tidak mempunyai perhitungan apa-apa, ia sudah ~, dan sudah berserah sepenuhnya kepada takdir;\n4.\n tidak mahu mengalah dan lain-lain, berkeras kepala, berdegil:\norang yang kalah itu tetap ~ saja;\nkenekadan\n perihal nekad." "nekara\n(Seni Muzik) sejenis gendang satu muka berbentuk pasu yang dipalu dengan rotan dalam permainan nobat." "nekat\n= nekad." "nekrosis\n(Perubatan) kematian sel yang berlaku pada sebahagian tisu atau organ." "neksus\n(Komputer) pautan atau penyambung yang menghubungkan dua talian." "nektai\n[bahasa percakapan] tali leher." "nektar\n(Biologi) cecair manis yang terdapat pada bunga dan biasanya dihisap oleh lebah dan serangga lain, madu bunga." "nekton\n(Biologi) organisma akuatik yang aktif berenang." "nelas\n[Kelantan] lecet (kulit), lelas." "nelayan\npenangkap ikan di laut:\nkebanyakan orang Melayu hidup dengan bersawah, menjadi ~ atau tuan punya kebun kecil;\n~ pantai \nnelayan yang menangkap ikan di sepanjang perairan dekat pantai, biasanya menggunakan bot kecil sahaja, peralatannya serba kekurangan, hasil tangkapannya kecil dan sebagainya." "nempanjur\nsejenis tumbuhan (pokok), keranji betung, \nDialum maingayi." "nen\n[sastera lama] ini:\njika dibunuh patik ~ mati, jikalau untung anak pulang." "nenas\nnanas." "nenasi\nsejenis tumbuhan (pokok), nasi-nasi, \nSymplocos fasciculata." "nenda\nsingkatan bagi nenenda." "nenek\n1.\n orang tua kepada emak atau ayah (umumnya emak kepada ibu atau bapa);\n \ndatuk ~ \nnenek moyang;\n \nsaudara se~ \nsaudara sepupu;\n 2. =\n \nnenek-nenek\n panggilan umum kepada perempuan yang sudah tua:\n~ kebayan." "nenek moyang\nketurunan kita yang dahulu-dahulu, orang-orang dahulu yang menurunkan kita, leluhur;\nbernenekmoyangkan\n mempunyai seseorang (keturunan atau golongan tertentu) sebagai nenek moyang:\nterdapat kahwin campur antara etnik yang ~ rumpun Melayu dari Kepulauan Melayu dengan etnik India." "nenekanda, nenenda\n[bahasa halus] nenek atau datuk (biasanya digunakan dalam surat-menyurat)." "neneri, nenering\nsejenis tumbuhan (pokok), nering, \nParkia biglandulosa.\nnenes\n (nns);\nmenenes\n meleleh sedikit-sedikit (seperti nanah dari kudis dan lain-lain)." "neng I\n(Sunda) panggilan kepada anak perempuan yang orang tuanya patut dihormati." "neng II\nbunyi seperti bunyi loceng dan lain-lain." "nengar\n[Kelantan] sangat, sungguh, benar;\n \npedas ~ \npedas sungguh." "nengun\n[Kelantan] (duduk) termenung." "nenram\n[Perlis] sejenis pisau untuk memotong padi." "nentiasa\n[sastera lama] sentiasa, senantiasa." "nenyuar\nsejenis ikan darat, nyuar, \nLuciosoma setigerum." "neo-\nawalan asing\n baru, misalnya \nneokolonialisme\n." "neodimium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang lembut dan beracun." "neoklasik\nberkaitan dengan penghidupan semula ciri-ciri klasik dalam kesusasteraan, seni bina, dan sebagainya." "neoklasisme\n(Seni Lukis) gaya seni lukis Eropah hujung abad kelapan belas yang cenderung kepada unsur-unsur klasik Yunani dan Rumawi." "neokolonialisme\npeluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas negara lain yang baru merdeka, terutamanya melalui tekanan ekonomi." "neolitik\n(Sejarah) (berkaitan dengan) peringkat akhir Zaman Batu apabila manusia mula tinggal menetap, bercucuk tanam, berternak, dan mengasah batu untuk dijadikan alat kegunaan seharian." "neologisme\n(Linguistik)\n1.\n kata (atau frasa) yang baru dibentuk, kata baru;\n2.\n pemakaian atau pembentukan kata baru." "neon\n(Kimia) unsur gas nadir, tidak berwarna, tidak berbau, wujud dalam atmosfera, digunakan dalam papan tanda dan lampu." "neonat\n(Perubatan) bayi yang baru lahir(kurang daripada empat minggu umurnya)." "neonatal\n(Perubatan) berkenaan bayi yang baru lahir:\n kadar kematian ~ semakin berkurangan di negara ini\n." "neoprena\n(Kimia) sejenis getah tiruan." "nepotisme\nperbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja." "Neptun\nplanet yang kelapan jauhnya dari matahari." "neptunium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "neraca\n1.\n alat untuk menimbang (yang lengannya sama panjang), sejenis dacing;\n2.\n timbangan, dacing:\nalat yang digunakan untuk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~;\n~ spring\n timbangan yang menggunakan spring;\n3.\n [Indonesia] catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dan lain-lain) oleh sesuatu badan perniagaan dan lain-lain, timbangan kira-kira;\n4.\n perbandingan berat (kuat dan lain-lain), pertimbangan:\n~ kekuatan;\n \n~ pembayaran \n[Indonesia] perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dalam perniagaan antarabangsa);\n \n~ perdagangan \n[Indonesia] perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara);\n~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan\n (peribahasa) fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah;\n \n~ yang palingan, bungkal yang piawai \n(peribahasa) perihal hakim yang adil hukumannya." "neraka\n1.\n alam akhirat tempat orang yang berdosa diseksa, lawan syurga;\n \n~ jahanam \nneraka yang paling besar;\n2.\n [bahasa percakapan] segala macam seksaan (bencana, kesusahan):\ninilah yang disebut ~ dunia;\n3.\n celaka, sial:\n~ kau ini;\n 4\n. [kiasan] tempat yang penuh dengan seksaan, kesusahan, dan bencana:\n rumah itu bagaikan ~ baginya;\nmenerakakan\n mendatangkan bencana, mencelakakan;\nkenerakaan\n perihal neraka, kecelakaan:\napa yang ditemuinya di Kampung Kambing itu ialah keduniaan belaka, kejasmanian belaka, ~ belaka." "neram\nsejenis tumbuhan (pokok), \nDipterocarpus oblongifolius." "nerapi\nsejenis tumbuhan (pokok renek), terapi, \nGlycosmis puberula." "neri\nsejenis tumbuhan (pokok), nering, \nParkia biglandulosa." "nerian\nsejenis tumbuhan (pokok), kenanga, \nCanangium odoratum." "nering\nsejenis tumbuhan (pokok), neneri, neri, \nParkia biglandulosa." "neron\n[Kelantan] kotak peluru." "nescaya\ntidak boleh tidak, sudah tentu:\nsekiranya undang-undang tidak ada, ~ masyarakat akan menjadi kacau-bilau;\nmenescayakan\n menjadikan tidak boleh tidak;\nkenescayaan\n perihal tidak boleh tidak." "nestapa\n= \nduka ~ \nsedih hati, susah hati, dukacita:\nair mata Arthur menitis dan aku tenggelam dalam ~ memikirkan nasib kawan-kawan di dasar laut;\nkenestapaan\n perihal nestapa, kesedihan, kesusahan hati." "net\n(nt);\n \nkain ~\n kain jarang (seperti jaring)." "neting\n[Kelantan] melompat, melenting." "netral\nneutral." "netto\n[Indonesia-Belanda] setelah ditolak segala yang harus dibuang atau diketepikan (berkenaan (dengan) pendapatan, gaji, berat sesuatu, dan lain-lain), bersih;\n \nberat ~ \nberat bersih (sesudah ditolak atau dibuang bungkusnya, kotaknya, dan lain-lain)." "netup\n[Kelantan] menggelembung dan berisi air (berkenaan (dengan) kulit yang melecup, dan lain-lain)." "neuralgia\n(Perubatan) kesakitan yang teruk yang dirasai di sepanjang laluan saraf." "neuritis\n(Perubatan) radang pada saraf." "neurofarmakologi\ncabang perubatan yang mengkaji kesan tindakan ubat terhadap sistem saraf." "neurofisiologi\nkajian tentang fungsi sistem saraf." "neurologi\nkajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakit-penyakit sistem saraf." "neuron\n(Biologi) sel saraf." "neuroparalisis\n(Perubatan) kelumpuhan yang disebabkan oleh penyakit saraf." "neuropatologi\ncabang perubatan yang mengkaji struktur dan bentuk sistem saraf dan segala penyakit yang berkaitan dengannya." "neuroplasti\n(Perubatan) pembaikpulihan saraf secara pembedahan." "neurosis\n(Psikologi) gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan (sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu)." "neurosurgeri\n(Perubatan)\n1.\n pembedahan yang dilakukan terhadap sistem saraf, terutamanya otak dan saraf tunjang;\n2.\n cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan pembedahan saraf." "neurotik\n(Psikologi) mempunyai ciri neurosis." "neuter\n(Linguistik) berkaitan dengan kata yang bersifat neutral, iaitu tidak memiliki unsur maskulin atau feminin." "neutral\n1.\n tidak menyebelahi mana-mana pihak, berkecuali:\naku mengejar politik ~; \n2.\n [Indonesia] tidak jantan dan tidak betina (berkenaan (dengan) kata-kata), tidak aktif dan tidak pasif (berkenaan (dengan) ayat);\n3.\n (Kimia) tidak berasid atau berbes:\nlarutan ~; \n4.\n (Fizik) tidak bercas elektrik:\nzarah ~;\nmeneutralkan\n1.\n menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan berkecuali:\n~ bandar Baitulmuqaddis;\n2.\n [kiasan] menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dan lain-lain), menawarkan, melunturkan (bisa dan lain-lain):\n~ tuduhan-tuduhan lawan; \n3.\n (Kimia) menjadikan larutan neutral (dengan menambahkan asid pada larutan berbes dan menambahkan bes kepada larutan berasid);\n4.\n (Fizik) menjadikan sesuatu (zarah dan lain-lain) tidak bercas;\nkeneutralan\n perihal neutral:\nmemelihara ~;\npeneutralan\n perihal (proses) meneutralkan sesuatu;\npeneutral\n bahan yang meneutralkan:\nbahan ~ asid." "neutralisme\ndasar, sikap atau amalan tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa dan sebagainya, terutamanya dalam hubungan antarabangsa." "neutron\n(Fizik) zarah yang tidak bercas (neutral) yang terdapat dalam nukleus atom semua unsur, kecuali isotop hidrogen." "newar\n[Terengganu] merayau tanpa tujuan:\nkalau dia ~, hampir tengah hari, barulah dia pulang." "nga\nhuruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000)." "ngabehi\n[Jawa]\n1.\n panggilan kepada pegawai negeri;\n2.\n ketua polis (di kampung dan lain-lain)." "ngacir\n[Jakarta] berlari cepat-cepat." "ngaco\n= \n~ belo\n [Jakarta] bercakap tidak tentu fasal, merepek." "ngadah\n[bahasa percakapan] menengadah;\ntengadah\n." "ngadap\n[sastera lama] mengadap;\nhadap\n." "ngah I\n[kependekan] tengah;\n \nanak ~ \nanak yang kedua." "ngah II\nterngah-ngah\n terengah-engah;\nengah\n." "ngah III\n[Jakarta];\ntidak ~ \ntidak tahu, entah." "ngajangan\n[Kelantan] pelaminan." "ngajat\nsejenis tarian tradisional suku kaum Iban Kenyah, Kayan, Dayak Darat, dan Bidayuh di Sarawak." "ngaju\n[Kelantan] merajuk." "ngakah\n[Jakarta] terkakah-kakah." "ngakas\n[Kelantan] mengais ke sana ke mari (berkenaan (dengan) ayam)." "ngalau\n[Minangkabau] gua." "ngalih\n[Brunei] penat, letih." "ngam\n[bahasa percakapan] cocok, sesuai, sepadan, sehati :\ndia tidak ~ dengan saya;\n ngam-ngam\n cukup-cukup, genap-genap." "ngambek\n[Jakarta] marah;\nambek\n." "nganga\nterbuka luas-luas (mulut dan lain-lain);\nmenganga\n1.\n membuka mulut (lebar-lebar);\n2.\n [kiasan] tidak dapat lagi (apa yang dihajatkan dan lain-lain), melepas:\nkalau saya bertanya, awak kata nanti, apabila diambil orang kelak baru awak ~;\nmengangai\n membuka mulut terhadap (kepada);\nmengangakan\n membuka mulut lebar-lebar (luas-luas):\nmaka dingangakannya oleh Merah Silu mulutnya, maka diludahi Rasul Allah;\nternganga\n1.\n terbuka lebar-lebar (mulut dan lain-lain), terbuka luas:\nmaka mulutnya yang ~ itu pun terkatuplah; \nia memandang pintu yang ~ lebar; \n2.\n [kiasan] (hairan) tercengang:\nia ~ mendengar ayahnya hendak berkahwin lagi." "ngangut\nmengangut\n menggerak-gerakkan mulut (seperti mengunyah-ngunyah), mengumat-ngamitkan mulut." "ngantuk\n[bahasa percakapan] mengantuk;\nkantuk\n." "ngap I\nlelah, letih:\nkedua-duanya terbaring di atas tanah melepaskan ~ masing-masing;\nngap-ngap\n terbuka mulutnya (seperti hendak menarik nafas), termengah-mengah;\nhungap\n." "ngap II\nmengap\n [Perak], [bahasa percakapan] mendiamkan diri, tidak bercakap-cakap." "ngap III\n[bahasa percakapan] mengambil atau mencakup dan sekali gus membaham, menggigit, menelan, dan sebagainya sesuatu." "ngapa\n[bahasa percakapan] mengapa." "ngapal\n[Kelantan] mencari kayu hanyut ketika air bah." "ngapur\n[Kelantan] bercakap ketika tidak sedarkan diri, meracau, merepek." "ngarai\n[Kelantan] bermimpi, mengigau." "ngarai I\n(Geografi) lurah dalam yang bercerun tinggi dan curam, biasanya ada sebatang sungai mengalir di sepanjang dasarnya, kanyon." "ngator\n[Kelantan] (berkenaan (dengan) perangai kanak-kanak) serba tidak kena dan menyusahkan." "ngaum\nngauman\n bunyi mengaum;\naum I\n." "ngaung\nbunyi yang bergaung (berdengung);\nmengaung\n berbunyi ngaung:\nbunyi jentera ~ di tengah jalan." "ngawur\n[Jakarta] berkata sembarangan (tidak difikirkan dahulu), asal berkata sahaja, merawak rambang." "ngayau I\nmengayau\n membunuh orang untuk diambil kepalanya (adat beberapa suku bangsa yang belum bertamadun):\norang Dayak pada zaman dahulu mempunyai adat ~;\npengayauan\n perihal (perbuatan) mengayau;\npengayau\n orang yang kerjanya mengayau:\nmereka menghormati ~ sebagai pahlawan." "ngeak\n[Minangkabau];\nmengeak\n menangis seperti tangis anak yang baru dilahirkan." "ngebeng\nmengebeng;\nebeng\n." "ngekek\n[Jawa] ketawa panjang, mengilai (ketawa nyaring);\n= kekek I." "ngelan\n[Kelantan] berlat-lat, berselang sehari." "ngelindur\n[Jawa] mengigau." "ngeliur\nmengeluarkan liur, berliur." "ngelotok\n[Jakarta] mudah mengelupas, merekah, retak-retak." "ngeloyor\n[Jawa] mengeluyur;\nkeluyur\n." "ngelu\n[Jawa] berasa berat kepala, berasa pening sekali." "ngendon\n[Jakarta] menumpang (untuk sementara) di tempat orang, menginap." "ngeng\n[Pahang], [bahasa percakapan] tidak berguna." "ngengap\nngap-ngap;\n= ngap I\n." "ngengat\nsejenis serangga yang merosakkan pakaian dan lain-lain, gegat." "ngengek\nmengengek\n menangis berpanjangan (berkenaan (dengan) kanak-kanak)." "ngengkang\n[bahasa percakapan] mengangkang." "ngening\npenuh berisi (hingga sering kulitnya), tegang sungguh, sering." "ngeong\nmengeong\n mengiau." "ngeram\n[bahasa percakapan] geram." "ngeran\nberasa marah, tidak senang hati, sugul:\nbelum sempat habis kata bonda, maka Tun Teja pun ~." "ngeri\n1.\n berasa takut, meremang, seram:\n~ dia melihat mayat itu tergelimpang;\n2. = mengerikan\n mendatangkan rasa takut (seram dan lain-lain), menakuntukan:\nkerongkongnya tersumbat dan lidahnya kelu oleh ingatan yang ~ itu; \nkematian itu sungguh-sungguh dahsyat dan mengerikan;\nkengerian\n1.\n perihal ngeri, keseraman;\n2.\n berasa ngeri:\nHajah Bedah mengeruntukan muka seperti orang ~;\n pengeri\n orang yang mudah berasa ngeri." "ngeriap\n[Jakarta] mengeriap;\nkeriap\n." "ngering\nbunyi ring-ring." "ngerung\n~-ngering\n bunyi seperti bunyi barang berhantukan yang dibaurkan dengan bunyi dering:\nsegala bunyi-bunyian dipalu oranglah ~-ngering bunyinya." "ngga\n[Kelantan] gila, tolol." "ngiak\n[Kelantan] menggerakkan badan dalam air supaya tidak tenggelam." "ngiang I\nmengiang, mengiang-ngiang, terngiang, terngiang-ngiang\n \n1.\n berbunyi mendenging (yang berpanjangan), berdenging-denging;\n2.\n terdengar-dengar (sesuatu yang telah didengar):\nwasiat itu masih terngiang-ngiang di telinganya; \nterngiang-ngiang di telinga Mak Sum kata-kata Ismail." "ngiang II\nsi ngiang-ngiang\n = \n~ rimba\n sejenis hantu (puntianak)." "ngiau\nbunyi seperti bunyi kucing, ngeong;\nmengiau\n berbunyi ngiau;\nngiauan\n bunyi ngiau:\n~nya yang mengerikan." "ngidem\n~ gawe \n(Palembang) menyembunyikan bukti kejahatan." "ngih\nmengih\n membuang (hingus), mengesang." "ngijo, ngijon\nmengijo;\nijo." "ngik-ngik\nselalu sahaja sakit, mengidap penyakit;\nngukngik." "ngilas\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Rosaceae, nyalas, mendailas (Sabah), \nParastemon urophyllus." "ngiler\n[Jakarta] berliur, ingin sangat." "ngilu\ntidak enak pendengaran (kerana mendengar besi dikikir dan lain-lain), tidak enak perasaan (kerana gigi dikikir dan lain-lain), singkil;\n \n~-~ kuku\n agak panas (air), suam-suam kuku;\nmengilukan\n menyebabkan menjadi ngilu;\nkengiluan\n1.\n perihal ngilu;\n2.\n berasa ngilu:\ngigiku mengancing ~ apabila terdengar bunyi gerudi itu." "ngiring\n[sastera lama] mengiring." "ngiseng\n[Jawa] buang air besar." "NGO\n[kependekan] \nNon-Governmental Organization \n(Pertubuhan Bukan Kerajaan)." "ngobrol\nmengobrol;\nobrol\n." "ngombin\ntak ~ \n[Perak] tidak bergerak-gerak." "ngomel\nmengomel;\nomel\n." "ngomong\nmengomong;\nomong\n." "ngompol\n[Jawa] terkencing ketika tidur, mengompol;\nompol\n." "ngonek\n[Kelantan] mengikut dari belakang, mengekor." "ngong\n[Kedah] bodoh benar, dungu, tolol." "ngongeng\n[Kelantan] bunyi orang yang bercakap-cakap yang tidak jelas." "ngongoi\nngongoian\n \n1.\n tangisan terisak-isak;\n2\n. bunyi anjing merengek:\n ~ anjing-anjing itu bersahutan seakan-akan ingin mengadu kepada pemburu;\n mengongoi\n menangis teresak-esak :\nseorang gadis ~ sepanjang malam akibat kesepian\n;\nmengongoi-ngongoi\n berbunyi ngongoi:\n pada kebiasaannya, anjing itu ~ manja di kaki tuannya." "ngotot\nmengotot;\notot\n." "ngua\n[Kelantan] menjerit, melaung." "ngukngik\nselalu sahaja sakit-sakit, menghidap penyakit;\n= ngik-ngik\n." "ngumpet\nmengumpet\n bersembunyi;\numpet\n." "ngung\nbunyi berdengung." "ngungap\ntermengah-mengah, terngap-ngap." "ngutngit\n1.\n bunyi seperti bunyi barang digosok dan lain-lain;\n2.\n berkata yang bukan-bukan, meracau, merepek." "ngutngut\nbergerak-gerak mulutnya (berkenaan (dengan) orang mengunyah dan lain-lain), berkumat-kamit." "Ni\nsimbol kimia bagi nikel." "ni I\nsingkatan bagi ini." "ni II\nsingkatan bagi nini." "ni III\n[Minangkabau] singkatan bagi uni (kakak perempuan)." "ni IV\n[Kedah], [bahasa percakapan] engkau, awak, kamu." "nia\nleher (baju)." "niaga\ndagang, jual beli;\n \nkapal ~ \nkapal yang membawa dagangan;\nberniaga, meniaga\n [arkaik] menjual barang sebagai satu pekerjaan, berjual beli, berdagang:\naku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan;\nmemperniagakan\n menjual dan membeli sesuatu (untuk mencari keuntungan), memperdagangkan:\nantara barang yang diperniagakan orang pada masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata;\nperniagaan\n perihal berniaga, perdagangan:\npenjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya;\npeniaga\n1.\n orang yang berniaga, pedagang;\n2.\n (Ekonomi) ejen firma broker yang mempunyai lesen untuk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yang mewakili pelanggannya dengan menerima gaji tetap." "nian\n1.\n terlalu sangat, amat, benar, sungguh:\nbodoh ~ orang itu; \n2.\n kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya:\nada pun harta ayahanda sudah tentu ~ tidak akan pulang lagi pada ayahanda; \nsebentar ~\n sebentar sahaja." "niasin\n(Biologi) sejenis asid yang tergolong dalam kumpulan vitamin B kompleks, banyak terdapat dalam daging, yis, hati, dan lain-lain, dan penting dalam pemakanan kerana asid ini dapat mencegah penyakit pelagra, asid nikotinik." "niat\n1.\n maksud atau tujuan sesuatu perbuatan:\nmematikan orang sakit dengan ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; \n2\n. \ningatan (dalam hati):\n~ kita hendak ke Kampar;\n \n~ baik \nmaksud yang baik;\n \n~ hati\n tujuan (kehendak) hati;\n3.\n janji (dalam hati) untuk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yang dihajati, kaul, nazar;\n \nmelepas ~\n membayar nazar;\nberniat\n1.\n bertujuan (akan), bermaksud (akan):\naku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; \n2.\n berjanji (akan), berkaul, bernazar:\nbeta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati;\nberniat-niat\n berharap-harap supaya, mengharapkan benar;\nmeniatkan\n1.\n mengharapkan, memaksudkan:\nniat itu hendaklah diniatkan dalam hati;\n2.\n menjanjikan untuk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dan lain-lain), mengaulkan, menazarkan;\n3.\n [Minangkabau] berdoa untuk memohon sesuatu, mengharapkan;\nterniat\n telah diniatkan, datang niat, termaksud:\nNahidah tidak ~ hendak mengkhabarkannya;\n niatan\n niat." "nibel\n(Komputer) unit data atau saiz daftar yang terdiri daripada perkataan atau kedudukan yang panjangnya 4 bit." "nibung\nsejenis tumbuhan (palma yang batangnya berduri dan umbutnya boleh dimakan), \nOncosperma tigillaria." "nibus\n[Indonesia-Belanda] sejenis bas." "nidera\n[sastera lama] terlena, nyedar, nyenyak." "nifak\n[Arab] sifat orang munafik." "nifas\n1.\n = \ndarah ~\n darah yang keluar selepas bersalin (biasanya antara 40-60 hari);\n \nmandi ~\n mandi yang diwajibkan selepas bersalin;\n2.\n [Indonesia] sedang bersalin." "nihil\ntidak ada sesuatu apa, hampa, kosong;\nkenihilan\n kekosongan, kehampaan." "nihilisme\nfahaman yang menolak semua nilai dan kepercayaan yang sedia ada." "nijas\ngelaran raja Habshah, negus." "nik\n[Kelantan] sejenis gelaran di Kelantan." "nika\n[Indonesia], [bahasa percakapan] pemerintahan Belanda sesudah Jepun menyerah ([kependekan] \nNetherlands Indies Civil Administration\n)." "nikah\nakad (perjanjian) yang mengandungi lafaz ijab dan kabul yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan:\ntelah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; \nakad ~ \nperjanjian perkahwinan;\n \nwakil ~\n wakil pengantin lelaki dalam upacara nikah;\n~ batin \nperkahwinan Orang Laut yang tidak menurut agama Islam;\n \n~ gantung \nperkahwinan yang sudah sah tetapi belum dirasmikan dengan perayaan (suami isteri belum tinggal serumah);\n \n~ taklik \nnikah dengan syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dan lain-lain);\n \n~ turun malim \nnikah untuk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula);\n \n~ zahir\n perkahwinan Orang Laut menurut agama Islam;\n~ maharaja Boma (bumi) \n(peribahasa) orang yang kerap kali berkahwin atau orang yang berkahwin dengan tidak mengeluarkan belanja apa-apa;\n \nmasam bagai ~ tak suka\n (peribahasa) tidak bersenang hati seperti orang yang dipaksa kahwin;\nbernikah\n mengikat hubungan sebagai suami isteri yang sah, melangsungkan perkahwinan:\nmaka ~lah Tengku Kamariah itu dengan Raja Kecil;\nmenikah\n berkahwin, bernikah:\nmaka ~lah Jaliah dengan Basir;\nmenikahi\n berkahwin dengan, mengahwini:\nia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri;\nmenikahkan\n menjadikan sebagai suami isteri;\n mengahwinkan:\nmaka kadi pun tampillah ~ si Luncai dengan Tuan Puteri itu;\nnikah-nikahan\n [bahasa percakapan] selalu bernikah, suka bernikah;\npernikahan\n perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan." "nikdap\n[Kelantan] berjalan mundar-mandir (tanpa membuat sebarang pekerjaan)." "nikel\n(Kimia) sejenis unsur logam yang berwarna putih keperakan, mulur, tahan kakisan, dan digunakan untuk membuat aloi, duit syiling, dan lain-lain." "nikmat\n[Arab]\n1.\n anugerah Allah, kurnia:\ntidak ramai makhluk yang tahu menghargai ~ Tuhan yang begini indah dan permai; \n2.\n enak sekali, sedap sekali, lazat:\nsedap? \u2026ah, lebih daripada sedap, inilah yang dikatakan lazat, inilah dianya ~; \n3.\n keenakan, kelazatan, kesedapan:\nmanalah akan dicari ~ yang sebegini lagi? \n4.\n [sastera lama] makanan (yang lazat-lazat), sedap-sedapan:\ntelah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar;\nmenikmati\n1.\n mengecap (nikmat), mengalami atau merasai sesuatu yang sedap (lazat, menyamankan, dan sebagainya):\ndalam kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; \n2.\n mengalami, merasai:\nmenjadi suatu tanggungjawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ pengalaman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa;\nkenikmatan\n perihal nikmat, keenakan, kesedapan, kesenangan:\ndi bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden;\npenikmatan\n perihal menikmati, pengecapan nikmat:\nkita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yang memungkinkan ~ keindahan bahasa; \nkursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I." "nikotin\nnikotina." "nikotina\n(Kimia) sejenis bahan beracun yang terdapat dalam tembakau dan digunakan sebagai racun serangga dan pewasap." "nikrom\n(Kimia) aloi yang terdiri sebahagian besarnya daripada nikel, ferum, kromium, dan sedikit unsur-unsur lain, mempunyai rintangan elektrik dan takat lebur yang tinggi dan digunakan sebagai dawai elektrik dan lain-lain." "nila\n1.\n (warna) biru;\n \n~kandi\n = \nbatu ~\n = \npermata ~\n sejenis permata nilam;\n2.\n sejenis bahan pewarna biru (dibuat daripada daun tarum);\n \nsebab ~ setitik, rosak susu sebelanga \n(peribahasa) kerana yang sedikit, rosak yang banyak." "nilai\n1.\n taksiran harga:\nberapa ~ gelang ini?\n 2.\n harga sesuatu dibandingkan dengan harga yang lain:\nberapa ~ paun Sterling pada masa ini? \n3.\n kadar, nisbah:\nbuah limau mempunyai ~ vitamin C yang tinggi; \n4.\n darjat, kualiti, mutu, taraf:\nTuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yang tinggi ~nya; \n5.\n sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-lain):\nkemajuan yang kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dalam kebendaan tetapi kemajuan dalam ~ pergaulan dan kemasyarakatan; \n6.\n [Indonesia] markah;\n~ kalori \n(Kimia) kuantiti haba yang dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar;\n \n~ pasaran \n(Ekonomi) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yang ditentukan oleh penawaran dan permintaan;\n \n~ pH \n(Kimia) nilai yang mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus;\n \n~ tara \n(Ekonomi) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.\nbernilai\n mempunyai nilai;\nmenilai\n1.\n menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai:\nkesucian saya tidak boleh dinilai dengan wang ringgit; \nHaji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; \n2.\n [Indonesia] memberi markah;\nternilai\n dapat dinilai;\n \ntidak ~ \nsangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira:\nuntuk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yang tidak ~;\nnilaian\n harga, taksiran:\njika tuan tanah tidak bersetuju dengan ~ yang dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi;\npenilaian\n perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran:\nmenurut ~ saya, cerpennya yang terbaharu lebih berjaya;\npenilai\n orang yang menilai, pentaksir." "nilakandi\n1.\n [sastera lama] permata nilam;\n2.\n (warna) biru langit." "nilam I\n~ bukit\na) sejenis tumbuhan (herba), rumput kuku, \nPogostemon heyneanus; \nb) sejenis tumbuhan (herba), \nScutellaria discolor." "nilam II\nburung ~\n sejenis burung, ketilang." "nilam III\nbatu ~ \nsejenis batu permata yang biru warnanya." "nilau\n= \n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), balik angin, \nCommersonia bartramia." "nilik\n[Kelantan] berhias (diri)." "nilon\nbahan tiruan yang kukuh dan kenyal yang boleh dibentuk menjadi bebenang atau gentian dan digunakan untuk membuat tali, tekstil, dan lain-lain." "nilur\nperisai ~ \nsejenis perisai yang berukir-ukir." "nimfa\n(Biologi) serangga belum matang, terutamanya larva pepatung atau serangga lain yang tidak lengkap metamorfosisnya." "nimfomania\nkeinginan luar biasa yang ketara (pada wanita) untuk melakukan hubungan seks (terutamanya dengan ramai lelaki)." "nin\n[sastera lama] ini." "ninabobok\n1.\n nyanyian untuk menidurkan anak, dodoi;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang melemahkan semangat (kegiatan dan lain-lain);\nmeninabobokkan\n1.\n menyanyi supaya tidur (anak dan lain-lain), mendodoikan;\n2.\n [bahasa percakapan] melemahkan semangat (kegiatan dan lain-lain), menipu dengan sesuatu yang muluk-muluk:\npergaulan saya dengan mereka telah menghidupkan semangat saya yang dininabobokkan selama ini." "ning I\nbunyi seperti bunyi loceng kecil (giring dan lain-lain)." "ning II\n[Perak] hening (air), jernih." "ningrat\n= \nkaum ~ \ngolongan orang mulia-mulia (besar-besar), kaum bangsawan, kaum borjuis;\nkeningratan\n perihal (sifat) ningrat:\njanggut mereka sebagai tanda ~." "ningsun\n[Jawa] kekasih(ku), buah hati(ku):\ntuan emas juta aria ~, apalah sudahnya demikian ini." "nini\n[Jakarta] nenek perempuan, (panggilan untuk) perempuan tua." "ninja\norang yang mahir dalam seni ninjutsu." "ninjutsu\nsejenis seni pertahanan diri orang Jepun yang dicirikan oleh perbuatan-perbuatan menyamar dan gerakan mencuri-curi." "niobit\n(Kimia) mineral yang mengandungi ferum, mangan, niobium dan tantalum dan lebih kurang 8% uranium." "niobium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang berwarna putih, mulur, dan digunakan untuk membuat aloi dan sebagainya." "nipah\nsejenis tumbuhan (palma yang daunnya dibuat atap atau daun rokok), \nNipa fruticans." "nipis I\ntidak tebal, tipis;\nmenipis\n menjadi nipis;\nmenipiskan\n menjadikan nipis;\nkenipisan\n keadaan atau sifat nipis:\n~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit;\n penipisan\n proses atau perbuatan menipis atau menipiskan:\n~ ozon yang disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan." "nipis II\n~ kulit \nsejenis tumbuhan (pokok), delek ayam, \nIxora concinna; \nlimau ~\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nCitrus mecia\n." "nipis III\nsejenis ikan laut, \nOpisthopterus tardoore." "nira\nair yang disadap dari mayang kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak)." "nirai\n[Kedah] barisan (pokok padi dan lain-lain), jajar." "nirmala\n[sastera lama] tidak bernoda (cemar), bersih, suci." "nirwana\ndalam keadaan yang lenyap langsung dan aman sesudah mati (dalam agama Buddha)." "nisa\n[Arab] perempuan;\n \nilmu ~ \nilmu berkenaan perempuan (bagaimana boleh menawan hatinya dan lain-lain)." "nisab I\n[Arab] keturunan keluarga;\n= nasab\n." "nisab II\n[Arab] bilangan (jumlah) yang sekecil-kecilnya bagi benda yang dikenakan zakat:\nharta yang kita peroleh itu wajib dikeluarkan zakat jika cukup ~nya." "nisan\n= batu ~\n batu tanda pada kubur yang biasanya mempunyai nama, tarikh, dan sebagainya orang yang dikebumikan." "nisbah I\n[Arab] nama yang menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dan lain-lain), perhubungan keluarga." "nisbah II\nperbandingan, perimbangan, kadar:\ntujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dengan pecahan 7/100; \napabila asid dicampur dengan larutan alkali dengan ~nya yang tertentu, larutan yang terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yang berlainan daripada asid atau alkali." "nisbi\nbergantung pada bandingan dengan yang lain, tidak mutlak, relatif:\nkalau orang mengatakan rumah itu besar, itu ~ sahaja, kerana membandingkannya dengan rumah yang lebih kecil, kalau dibandingkan dengan rumah yang lebih besar, rumah tersebut kecil;\nkenisbian\n perihal (sifat dan sebagainya) tidak mutlak, sifat relatif:\n~ nilai-nilai moral." "nisfu\n[Arab] separuh, setengah;\n \nN~ Syaaban \npertengahan bulan Syaaban (hari kelima belas dalam bulan Syaaban), iaitu antara hari yang dimuliakan oleh Allah dan digalakkan melakukan pelbagai ibadah (seperti membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dan sebagainya pada malamnya dan berpuasa pada siangnya)." "niskala\ntidak berwujud (berbenda), abstrak;\nmeniskalakan\n menyebabkan sesuatu menjadi tidak berwujud:\n unit pengetahuan tidak boleh ~ perkara tersebut daripada pembawanya;\nkeniskalaan\n perihal (keadaan) tidak berwujud, keabstrakan:\ndia memberi perincian ini pada suatu ketentuan atas ~;\npeniskalaan\n perihal, proses atau perbuatan meniskalakan." "nista\n1.\n aib, cacat, cela, rasa malu:\nbagiku, ini suatu ~ yang amat sangat; \n2.\n kata-kata menghina (mencemar dan lain-lain), makian, penghinaan:\ndikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dengan segala ~ dan penghinaan; \n3.\n hina, keji, rendah:\nkata-kata ~ ; \nmakhluk ~ \nmakhluk yang hina;\nmenista\n1.\n memberi malu, mencela, mengaibkan:\njika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dengan kata yang jahat;\n2.\n mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat:\nkalian menuduh saya dengan segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dari hasil peluh saya;\nnistaan\n celaan, cercaan, hinaan:\ndahulu ia mendengar hal Tante Lien dari nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu;\nkenistaan\n perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan:\nbeliau juga menyebut tentang ~ bahasa yang perlu dihindari oleh penyair." "nistagmus\n(Perubatan) pergerakan bola mata yang cepat dan luar kawal yang terjadi dalam keadaan-keadaan tertentu." "nisyon\n[Perlis] mabuk (kerana minum arak dan lain-lain)." "nitis\n[Jawa] menjelma;\ntitis II." "nitrat\n(Kimia) sebatian yang mengandungi nitrogen dan oksigen dan digunakan sebagai baja dalam aktiviti pertanian." "nitrida\n(Kimia) sebatian nitrogen dengan unsur logam, misalnya \nkalisum nitrida." "nitrik\n(Kimia) berkaitan dengan atau mengandungi nitrogen." "nitrit\n(Kimia) garam yang diperoleh daripada asid nitrus." "nitrofuran\n(Perubatan) bahan antibakteria yang amat berkesan untuk menentang pelbagai jenis bakteria." "nitrogen\n(Kimia) sejenis unsur gas yang tidak berbau, tidak berwarna, wujud semula jadi dalam dalam atmosfera (sebanyak 78%) dan digunakan dalam pembuatan ammonia, asid nitrik, bahan kimia, dan lain-lain;\n \n~ dioksida\n sejenis gas yang berwarna perang dan baunya menusuk hidung." "niur\n[Minangkabau] nyiur." "nivenit\n(Kimia) sejenis mineral yang mengandungi sedikit uranium." "No I\nsimbol kimia bagi nobelium." "no. II\n[kependekan] nombor." "nobat\n1.\n [sastera lama] sejenis gendang besar:\nmaka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dengan bunyi-bunyian sekalian; \n2.\n sejenis pancaragam Melayu yang bermain ketika raja ditabalkan dan lain-lain:\nsetelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun berhentilah; \n3.\n [sastera lama] duduk di penghadapan, dihadap orang (berkenaan (dengan) raja):\nmaka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; \nnaik ~ \na) ditabalkan menjadi raja;\n b) [Minangkabau] menjadi pengantin (kahwin);\nmenobatkan\n menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan:\noleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka;\npenobatan\n perihal atau perbuatan menobatkan, penabalan." "nobelium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "nod\n(Komputer)\n1.\n titik tumpuan, temuan, atau sambungan dalam rajah, carta, graf, litar, rangkaian, dan lain-lain;\n2.\n terminal komputer atau stesen perhubungan dalam rangkaian perhubungan komputer;\n \n~ saudara \nnod dalam struktur pokok yang berada di bawah cabang yang sama." "noda\n1.\n bintik, kotoran (pada baju dan lain-lain):\ndibersihkannya ~ yang ada pada kainnya itu;\n2.\n aib, cacat, cela, nista:\nakan kukikis ~ ini dari diriku habis-habis;\nbernoda\n1.\n mempunyai noda (kotor):\nkain yang ~; \n2.\n mendapat aib, bercacat, bercela:\nsebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~ ;\nmenodai\n1.\n menjadikan bernoda, mengotori:\nkelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; \n2.\n memburukkan nama baik dan lain-lain, mengaibkan, mengejikan:\n~ nama baik keluarganya; \n3.\n mencabuli, memperkosai:\nkehormatan Normah telah dinodai;\nternoda\n telah dinodai:\nniat yang suci itu menjadi ~ apabila disalurkan melalui cara yang hina;\nkenodaan\n keadaan ternoda:\n mereka akan bangun menentang ~ hidup;\npenodaan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menodai, pencabulan:\ndalam cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yang malu setelah menerima akibat ~;\npenoda\n orang yang menodai (seseorang gadis dan sebagainya), orang yang mencabuli kehormatan seseorang (perempuan):\ngadis tersebut mengandung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri." "nodul\n1.\n (Perubatan) bonjol atau bengkak yang kecil bulat yang terdapat pada tubuh, biasanya sebagai tanda sesuatu penyakit;\n2.\n (Biologi) bonjol yang terdapat pada akar tumbuhan daripada famili Leguminosae, yang menjadi habitat bagi bakteria pengikat nitrogen." "nodus\n(Biologi) struktur berbentuk bujur seperti kapsul;\n \n~ limfa \nstruktur yang berbentuk bujur seperti kapsul yang terdapat di sepanjang salur limfa, berfungsi sebagai jala untuk memerangkap dan memusnahkan bendasing semasa cecair limfa melalui salur tersebut." "noh\n[Kedah], [Pulau Pinang] kata yang digunakan di akhir sesuatu pertanyaan." "noja\nsejenis tumbuhan (herba yang menghasilkan bahan untuk mewarnai kain dan lain-lain), \nPeristrophe bivalis." "nokan\n(Seni Muzik) sejenis seruling yang berasal dari Jepun." "noktah\n[Arab] titik;\nmenoktahi\n [kiasan] mengakhiri:\naku mencari jalan agar pertemuan petang ini dinoktahi dengan perpisahan\n." "nokturnal\naktif pada waktu malam (berkenaan (dengan) binatang dan sebagainya):\nburung hantu ialah burung ~." "nol\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n angka kosong, sifar;\n2.\n tidak ada apa-apa, kosong, nihil." "nomad\n1.\n suku kaum yang berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari padang ternak, makanan, dan sebagainya;\n2.\n orang yang suka berpindah dari satu tempat ke tempat lain." "nomadik\nyang) menunjukkan sifat atau corak hidup dan sebagainya kaum nomad, tidak menetap lama pada sesuatu tempat tetapi selalu berpindah-randah:\nmasyarakat yang berbentuk ~ atau yang berburu untuk hidup." "nombor\ntanda yang menyatakan bilangan, angka;\n~ asas \nnombor dari 0 hingga 9;\n \n~ atom \n(Kimia) nombor yang menunjukkan bilangan proton di dalam nukleus atom atau bilangan elektron yang mengelilingi nukleus atom neutral;\n \n~ Avogadro \n(Kimia) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dalam satu mol bahan;\n \n~ bercampur \nnombor yang mengandungi nombor penuh dengan angka pecahan;\n \n~ bulat\n = \n~ penuh\n nombor yang tidak ada angka pecahan;\n \n~ ganjil \nnombor yang berlebih apabila dibahagi dengan dua;\n \n~ genap \nnombor yang tidak berlebih apabila dibahagi dengan dua;\n \n~ induk \n= \n~ pokok \n[Indonesia] bilangan daftar dalam buku daftar;\n \n~ lepas \n[Indonesia] eceran (surat khabar, majalah);\n \n~ neutron \n(Kimia) bilangan neutron dalam sesuatu nukleus atom;\n ~ pendaftaran \nsatu siri huruf dan nombor yang terdaftar dengan pihak yang berwajib, misalnya bagi kereta dan syarikat;\n \n~ pengenalan diri \nnombor rahsia yang diperuntukkan kepada seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dengan kad bank untuk mengeluarkan wang tunai melalui ATM:\n~ pengoksidaan \n(Kimia) bilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkirkan daripada anion untuk memperoleh atom neutral;\n \n~ perduaan \n(Matematik) nombor yang menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1;\n \n~ perenambelasan \n(Matematik) nombor dalam sistem angka yang berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F;\n \n~ perlapanan \n(Matematik) nombor dalam sistem angka yang berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7;\n \n~ plat \nnombor pendaftaran pada kenderaan bermotor;\n \n~ satu \na) angka satu;\n b) = \n~ wahid\n [bahasa percakapan] yang terbaik atau terdahulu;\n \n~ siri \nnombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya pada wang kertas;\n \n~ tunggal\n nombor yang hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih);\nbernombor\n mempunyai nombor atau telah dinomborkan;\nmenombori\n memberi bernombor, memberikan nombor (bilangan) kepada;\npenomboran\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menombori (sesuatu):\n~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku." "nominal\n1.\n sangat kecil atau sedikit sahaja berbanding dengan nilai, kos, harga dan sebagainya yang sebenarnya:\nkami hanya dikenakan sewa ~;\n2.\n [Indonesia-Belanda] menurut apa yang tertulis atau tercatat sahaja." "non I\n[Indonesia] [bahasa percakapan] nona." "non II\n[Indonesia] ;\n \nkaum ~ \n[bahasa percakapan] orang yang tidak mahu bekerjasama dengan Belanda." "nona I\n[Indonesia] panggilan untuk gadis atau perempuan yang belum berkahwin (terutama kepada perempuan asing)." "nona II\nbuah ~ \na) sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), serikaya, \nAnnona squamosa; \nb) sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), lonang, lonnek, \nAnnona reticulata;\n~ burung \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), petekat, sekendai, sekendal, \nCordia dichotoma." "nonagon\n(Matematik) poligon yang mempunyai sembilan sisi." "nonagresi\n[Indonesia-Belanda] tidak serang-menyerang." "nonaktif\n[Indonesia-Belanda] tidak diberikan sesuatu tugas (pegawai kerajaan atau tentera);\ndinonaktifkan\n digantungkan dari jawatannya, tidak diberi bertugas." "nondeng\nnondeng-nondeng\n [Kelantan] terbuai-buai, tergantung-gantung." "noneng\n[Terengganu];\nmenoneng\n bergantung." "nonet\n(Seni Muzik) gubahan muzik untuk sembilan suara atau alat." "nongkrong\n[Jawa] duduk mencangkung (di tempat ketinggian)." "noni\n[Indonesia] panggilan untuk gadis yang masih kecil (nona kecil)." "nonius\n[Indonesia] sejenis alat pengukur sudut dan lain-lain (yang sangat tepat)." "nonok\n[bahasa kasar] kemaluan (perempuan)." "nonol\nsejenis binatang kecil (merosakkan kopi), \nZeazara coffiae." "nonong\nmenonong, ternonong-nonong\n berjalan dengan pantas tanpa memandang kiri kanan lagi." "norak\n[Jakarta] kampung atau dusun (sebagai lawan kota);\n \norang ~\n orang dusun, orang kampung." "norik\n[Kelantan] sejenis kambing yang berjanggut panjang." "norma\n1.\n ukuran untuk menentukan sesuatu;\n2.\n peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya:\ndia ingin memelihara ukuran-ukuran dan ~ yang telah ditetapkan; \ntindakan mereka mengikut ~ dan peraturan kekeluargaan mereka." "normal\n1.\n menurut aturan, keadaan, atau pola yang lazim;\n2.\n biasa:\nkeadaan ~ \nkeadaan biasa;\n \nguru ~\n guru yang terlatih dengan cara menghadiri kursus tertentu (tidak memasuki maktab latihan tertentu);\n3.\n garisan (pancaran cahaya dan lain-lain) yang bertemu lurus dengan sesuatu permukaan;\nmenormalkan\n1.\n menjadikan normal;\n2.\n menjadikan akur dengan sesuatu standard;\nkenormalan\n keadaan normal:\n~ fungsi jantung;\nketaknormalan\n keadaan tidak normal:\nsekiranya ~ berlaku, lawatan ke klinik atau hospital adalah perlu;\npenormalan\n proses menormalkan." "normatif\nyang menentukan atau berasaskan peraturan yang baku atau standard, preskriptif:\nsecara ~, perkembangan bahasa dibakukan dan dikembangkan oleh suatu badan atau kelompok masyarakat yang mewakili strata sosial tertentu; \nbahasa Malaysia ~; \ntatabahasa ~." "nostalgia\nkerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu;\nbernostalgia\n mengenang atau mengingati nostalgia:\nzaman untuk ~ sepatutnya sudah lama dilepaskan dan harus digantikan dengan tindakan yang lebih praktikal." "nostalgik\nmenimbulkan nostalgia:\nbanyak peristiwa yang ~ masih segar dalam ingatanku." "not I\n1.\n bunyi muzik yang mempunyai nada dan panjang masa tertentu;\n2.\n lambang bertulis dalam muzik yang merupakan bunyi nada dan panjang masa tertentu:\nsegala macam bunyi alat muzik digambarkan dengan ~ atau angka." "not II\nwang kertas:\ndikeluarkannya sekeping ~ merah yang masih baharu." "not III\n= knot." "nota\n1.\n surat rasmi (antara dua negara dan lain-lain), surat keterangan yang rasmi:\nkenyataan ini dibuat setelah diadakan pertukaran ~ antara Paris dan Moscow; \n2.\n surat peringatan (amaran, pemberitahuan, dan lain-lain):\nsetiausaha gabenor mengirim ~ keras; \n3.\n bahan berupa catatan-catatan bertulis (tentang sesuatu tajuk, perkara yang dipelajari, dan lain-lain) untuk rujukan pada masa hadapan:\n~ kuliah; \n4.\n catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu;\n~ bab\n nota (catatan) yang dirakamkan pada akhir bab;\n \n~ hujungan \nnota (catatan) yang dirakamkan selepas lampiran atau bahagian teks;\n \n~ kaki \ncatatan (keterangan) ringkas yang ditulis atau terdapat pada kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dan lain-lain (pada ruang antara teks dan jidar kaki);\n \n~ kontrak \ndokumen yang mengesahkan urus niaga telah dijalankan, yang mengandungi maklumat seperti syarat penjualan dan pembelian saham dan caj-caj lain;\n \n~ tepi \nnota (catatan) yang dirakamkan pada jidar luar dan jidar dalam." "nota bene\n(Latin) ambil perhatian." "notak\n[Kelantan] menggelupas kulit (di kepala)." "notari\n~ awam \n(Undang-undang) pegawai, terutamanya peguam, yang diberi kuasa untuk menyaksikan penandatanganan dokumen undang-undang, membuat perjanjian kontrak dan mengesahkannya dan sebagainya." "notaris\n[Indonesia-Belanda] orang yang diberi kuasa oleh Kementerian Kehakiman untuk mengesahkan atau menyaksikan sesuatu perjanjian dan lain-lain." "notasi\nsatu set sistem lambang bertulis untuk mewakili satu sistem pemikiran seperti muzik, matematik:\ndalam fonologi, /p/ ialah ~ yang digunakan untuk melambangkan konsonan yang bercirikan hambat, tidak bersuara, bilabial." "notelun\n[Indonesia-Belanda] laporan yang pendek (daripada sesuatu perbicaraan, mesyuarat, dan lain-lain)." "notes\n[Indonesia] ;\n \nbuku ~ \nbuku peringatan (catatan)." "notis\n1.\n pengumuman tentang sesuatu yang akan berlaku, pemberitahuan, kenyataan;\n \n~ pilihan raya \n(Undang-undang) notis untuk mengadakan pilihan raya selepas writ pilihan raya dikeluarkan;\n \npapan ~ \npapan kenyataan;\n2.\n pemberitahuan awal tentang niat untuk menamatkan sesuatu urusan, kontrak, kerja, dan sebagainya;\n \ndia kena ~ \ndia dibuang kerja." "nova\n(Ast) bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula." "novasekit\n(Kimia) mineral sekunder nadir yang mengandungi lebih kurang 52% uranium." "novel\ncerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial;\n \n~ murahan \nnovel yang rendah nilai kandungannya atau mutu fizikalnya;\nbernovel\n bergiat dalam penulisan novel;\npernovelan\n perihal menulis novel." "novela\nsejenis novel pendek." "novelet\nnovel pendek." "novelis\npenulis (pengarang) novel." "November\nbulan ke-11 dalam tahun Masihi yang mengandungi 30 hari." "novis\norang yang baru dan tidak berpengalaman dalam sesuatu bidang, pekerjaan, situasi dan sebagainya:\ndia menjuarai kategori ~ dengan memperoleh 70 mata.\nNp\n simbol kimia bagi neptunium." "nr\n[kependekan] nombor." "NRI\n[kependekan] Negara Republik Indonesia." "nu I\nhuruf ke-13 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol N, \u03bd." "NU II\n[Indonesia] [kependekan] Nahdatul Ulama (parti politik di Indonesia)." "nuang\n[kata seru] laluan binatang di dalam hutan:\n~ binatang itu mudah dikesan kerana keadaan tanah di kawasan itu lembut\n." "nuansa\nperbezaan atau kelainan yang halus dan sangat sedikit pada bunyi, makna, perasaan, warna, rupa, dan sebagainya:\npenterjemah yang menguasai dua bahasa atau lebih yang tahu akan peranannya dan tahu akan ~ segala makna dalam karya yang diterjemahkan." "nubari\n[arkaik] sanubari." "nubuat\n[Arab] nubuwah." "nubuwah\n[Arab] sifat (hal) yang berhubungan dengan nabi, kenabian." "nugat\nsejenis gula-gula keras dan liat yang diperbuat daripada gula atau madu, kacang dan putih telur." "nuget\nsejenis makanan daripada daging ayam dan sebagainya berempah dan berbentuk ketulan leper yang digoreng sebelum dimakan." "nujum\n1.\n bintang, bintang-bintang;\n2.\n ilmu bintang untuk mengetahui nasib orang, perbintangan;\n3.\n = \nkitab ~ \nkitab untuk membuat ramalan, kitab perbintangan;\n \nmelihat ~\n membuat ramalan dengan melihat kitab nujum;\n4.\n = \nahli ~ \n= \nahlulnujum\n orang yang ahli dalam membuat ramalan dengan melihat bintang, tukang tilik, penilik;\n \n~ Pak Belalang\n [kiasan] tukang tilik yang palsu (pura-pura);\nbernujum\n berjumpa nujum untuk meramalkan sesuatu;\nmenujumkan\n membuat ramalan (dengan melihat kitab nujum), meramalkan, menenung;\nmempernujumkan\n melihat nujum untuk, meramalkan untuk;\nnujuman\n ramalan;\npernujuman\n perbuatan atau hal bernujum;\npenujuman\n perihal menujumkan." "nukil\nnukilan;\nmenukilkan\n memetik (cerita, karangan, dan lain-lain), mengutip;\nnukilan\n sesuatu yang dipetik (dipungut dan lain-lain), kutipan, petikan, pungutan:\n penelitian saya terhadap berbagai-bagai sumber seperti ~ sejarah terbitan-terbitan yang berkaitan;\npenukilan\n perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) menukilkan:\n~ hal ehwal budaya masyarakat untuk dijadikan sebagai sumber penyelidikan dan rujukan;\npenukil\n orang yang memetik (cerita, karangan, dan lain-lain)." "nuklear\nberkaitan dengan nukleus atom;\n \npeperangan ~\n peperangan yang memakai senjata dengan tenaga atom;\n \nsenjata ~\n senjata yang menggunakan tenaga atom." "nukleogenesis\n(Fizik) proses pembentukan nukleus dalam alam tabii secara hipotesis." "nukleolus\n(Biologi) jasad kecil yang berbentuk sfera dan mengandungi protein dan RNA yang terdapat di dalam nukleus." "nukleon\n(Fizik) proton atau neutron." "nukleonik\ncabang ilmu sains yang berkaitan dengan penggunaan sains nuklear secara praktik." "nukleoplasma\n(Biologi) protoplasma yang terdapat di dalam nukleus dan mengandungi nukleoprotein." "nukleoprotein\n(Biologi) sebatian di dalam nukleus sel yang terdiri daripada asid nukleik dan protein." "nukleus\n1.\n struktur berbentuk bujur atau sfera yang terdapat pada kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan;\n2.\n bahagian tengah atom yang terdiri daripada proton dan neutron;\n3.\n [kiasan] inti (sesuatu perkara), pokok, sari;\n \n~ atom \n(Kimia) pusat atom yang bercas positif dan terdiri daripada proton dan neutron (kecuali hidrogen yang hanya mempunyai satu proton)." "nuklid\n(Fizik) nukleus sesuatu atom yang dicirikan oleh nombor atom, nombor jisim, dan keadaan tenaganya." "numerologi\nkajian tentang nombor-nombor yang dipercayai mempunyai pengaruh atau erti tertentu dalam kehidupan seseorang individu dan sebagainya." "numismatik\nkajian atau koleksi tentang duit syiling, pingat dan sebagainya." "nun I\nikan ~ \nsejenis ikan yang besar (dalam cerita-cerita sahaja)." "nun II\nsana, di sana:\n~ di sana itu kilang getah." "nun III\n1.\n huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50);\n2.\n huruf ke-29 abjad Jawi." "nung I\n(Riau) gelaran untuk orang berdarah raja dari sebelah ibu, megat." "nung II\nbunyi seperti bunyi canang dipukul." "nunggal\n[Kelantan] jualan satu dengan satu (satu sen satu, seringgit satu, dan lain-lain)." "nuntius\n[Indonesia-Belanda] duta besar Paus." "nur\n[Arab] cahaya, terang;\n~ al-ain\n cahaya mata (kekasih);\n \n~ Muhammad \ncahaya yang diberikan kepada Muhammad SAW (dalam wahyu)." "nuraga\n[arkaik] timbang rasa (belas kasihan dan lain-lain), simpati." "nurani\n[Arab] bercahaya, terang:\nhati ~ \na) hati yang telah mendapat cahaya daripada Tuhan;\n b) perasaan hati murni yang sedalam-dalamnya." "nurbisa\n[Indonesia] penawar bisa." "nuri I\n= \nburung ~\n sejenis burung, perling, pialin, puling, serindit gajah, tanau;\n \n~ kelabu, Psikologittacus erithacus;\n~ kepala kelabu, Psikologittacula finschii;\n~ merah, Domicella garulla." "nuri II\nsejenis ikan laut, \nCallyodon spp." "nuriah\n[arkaik] cahaya, terang." "nurseri\n1.\n tempat anak-anak pokok disemai atau ditanam untuk dijual dan sebagainya;\n2.\n [bahasa percakapan] taska." "nus\nikan ~\n sejenis ikan sotong." "nusa\n1.\n pulau:\n~ Tenggara; \n2.\n tanah air, tanah tumpah darah:\nmempertahankan ~ dan bangsa.\nNusantara\n kepulauan Melayu;\nkenusantaraan\n hal yang berkaitan dengan Nusantara:\n berpegang teguh pada asas kebersamaan untuk mempertahankan sifat ~ yang asasi\n." "nusuk\n[Arab] kerja yang dilakukan kerana Allah, ibadah:\nsembahyang dan ~nya, nyawa dan hartanya adalah hak Allah." "nusus\nnusyuz." "nusyuz\n[Arab] keingkaran isteri mentaati perintah (yang diharuskan Allah) suami." "nutfah\n[Arab] peringkat pertama kejadian manusia selepas persenyawaan antara ovum dengan sperma." "nutrien\n(Biologi) bahan makanan berkhasiat, zat makanan." "nutup\n[Kelantan] membubuh lilin di atas bunga kain batik." "nuwa\n[Kelantan] sejenis kereta tidak beroda yang ditarik oleh kerbau atau lembu, bentang." "nuzul\n[Arab] turun;\n \n(Hari) N~ Quran \nhari peringatan turunnya Quran (pada 17 Ramadan)." "nya I\nhuruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (mempunyai nilai 7000)." "nya II\n1.\n kata ganti nama diri orang ketiga seperti, beliau, dia:\npada~\n;\n \njiwa~;\n2.\n oleh (yang tersebut terlebih dahulu), oleh beliau, oleh dia:\ndipilih~ buku; \n3.\n kata untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud:\nsetelah esok hari~, maka \u2026; \ndengan hormat~ dijemput encik hadir." "nyadik\n[Jakarta] menjadi gemar benar." "nyah\n[bahasa kasar] pergi, berhambus, lari:\nsudahlah, ~lah kau semua balik;\nmengenyahkan\n1.\n menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari):\npenjarah ditembak, dinyahkan, diikat di ekor kuda dan seterusnya; \nsyaitan di dunia ini dapat dinyahkan dari kampung kita; \n2.\n menghilangkan, menghapuskan, melenyapkan:\nbahan peluntur itu ada kuasa ~ bau;\n pengenyahan\n perihal (proses, perbuatan) mengenyahkan, perihal menghilangkan (melenyapkan), penghapusan:\nproses ~ asid bertujuan membersihkan fiber kertas daripada unsur-unsur asid." "nyah-\nawalan\n \nasing \nbuang atau hapus, misalnya \nnyahcas \ndan\n nyahwarna." "nyah-nyah\n[Kelantan] berjalan cepat-cepat dengan tidak memandang kiri kanan." "nyahasli\npenyahaslian\n (Biologi) perubahan rupa bentuk protein atau asid nukleik dengan memanaskan atau menindakkannya dengan asid, alkali, atau agen lain." "nyahcas\n~\n \nelektrik\n (Fizik) pengaliran cas elektrik melalui gas atau udara." "nyahhutan\npenyahhutanan\n (Perhutanan) pemusnahan hutan secara kekal, misalnya untuk membuat jalan raya dan bangunan." "nyahkafeina\ntelah dikeluarkan atau dihapuskan seluruh atau sebahagian kandungan kafeinanya daripada kopi, teh dan sebagainya:\nkopi ~;\n menyahkafeinakan\n menghilangkan atau menyingkirkan sebahagian atau kesemua kandungan kafeina daripada kopi, teh dan sebagainya:\npengambilan teh atau kopi yang telah dinyahkafeinakan juga tidak digalakkan." "nyahkod\n(Komputer)\n1.\n tindakan menukarkan data yang terkod kepada bentuk asalnya;\n2.\n tindakan menentukan makna yang terkandung dalam sesuatu mesej yang terkod." "nyahpepijat\n(Komputer) tindakan mencari dan membasmi kesilapan yang terdapat dalam perisian atau perkakasan komputer." "nyahtentera\nmenyahtenterakan\n menyingkirkan (mencegah) fungsi ketenteraan di sesuatu kawasan, mendemiliterisasikan:\n perjanjian untuk ~ kawasan Antartik pada tahun 1951." "nyahtoksik\nmenyahtoksikkan\n menghapuskan atau mengeluarkan racun daripada sesuatu (badan dan sebagainya):\nada banyak cara yang boleh digunakan untuk ~ tubuh anda;\n penyahtoksikan\n perihal (proses, tindakan dan sebagainya) menyahtoksikkan:\nkesemua program ~ melibatkan pembebasan bahan toksik daripada organ-organ dan sel." "nyahwarna\nmenyahwarnakan\n menghilangkan warna daripada sesuatu." "nyai\n1.\n perempuan simpanan (terutama oleh orang Eropah), gundik, kendak;\n2.\n panggilan kepada perempuan tua, mak cik;\n3.\n [sastera lama] adinda." "nyak\n[Jakarta] emak." "nyak-nyak\n[Kelantan] bergerak berulang-ulang, mengembut-embut." "nyala\n~ api\n lidah api:\nfosforus terbakar dalam oksigen dengan mengeluarkan ~ kuning; \npadam ~ tarik puntung\n (peribahasa) di mana mati di situlah ditanam;\nbernyala, menyala\n1.\n ada nyalanya, hidup (api):\njikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; \nlampu menyala dengan terang-benderang; \nmerah ~ \n= \nmerah menyala\n merah seperti api;\n2.\n [kiasan] bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar:\nkemarahannya makin menyala;\nmenyalai\n memasang supaya menyala;\nmenyalakan\n1.\n menjadikan bernyala, menghidupkan api, membiarkan menyala:\ndengan perlahan-lahan dia ~ api; \n2.\n [kiasan] mengorbankan, menimbulkan:\n~ peperangan;\npenyalaan\n perbuatan atau hal menyala(kan);\npenyala\n alat untuk menyalakan sesuatu." "nyalang\n1.\n terbuka (mata), celik;\n2.\n dapat melihat, tidak buta;\nmenyalangkan\n membukakan (mencelikkan) mata, membelalakkan." "nyalar\n[arkaik] selalu, sering." "nyali\n[Jakarta] hempedu;\n \n~ besar\n berani;\n \n~ kecil \npenakut, pengecut;\n \npecah ~nya \nhilang keberaniannya." "nyalin\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Polyangalaceae, minyak beruk, mengkapas, \nXanthophyllum spp." "nyam\n[bahasa percakapan] makan (kanak-kanak)." "nyaman I\n1.\n cergas, segar, sihat:\nbadannya ~; \n2.\n enak rasanya, sedap:\nair limau ~ rasanya; \nlagu yang ~ didengar; \nudara yang ~;\nmenyamankan\n menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan, menyegarkan:\nudara di sini ~ badan;\nkenyamanan\n perihal (keadaan dan sebagainya) nyaman, kesegaran, kesedapan:\nkesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; \nudara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian seperti udara menjelang subuh di KL;\npenyaman\n sesuatu yang menyamankan (menyegarkan);\n ~ udara \nalat yang mengawal kelembapan dan suhu di dalam sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dan sebagainya untuk menghasilkan udara yang kering, sejuk dan nyaman." "nyaman II\n[Brunei];\nminyak ~\n sejenis minyak wangi (diperbuat daripada beberapa jenis bunga)." "nyambing\nsejenis tumbuhan (herba), \nLasia spinosa." "nyampang\n= senyampang, nyampang-nyampang, menyampang\n1.\n barangkali, jangan-jangan, kalau-kalau:\njangan bercakap kuat, senyampang ada orang mendengar; \n2.\n jika, kalau, sekiranya:\n~-~ lalu, singgah di rumah aku; \n3.\n sementara, kebetulan, selagi:\nmari kita pergi senyampang ada orang di jalan; \n4.\n mujur, untunglah:\nia hampir mati lemas, ~ ada orang menolongnya; \n5.\n hanya kerana, mentang-mentang:\n~ kaya hendak kahwin lagi; \nsenyampang\n." "nyampelung\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCalophyllum inophyllum." "nyamuk\nsejenis serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah;\n \n~ aedes (rimau) \nsejenis nyamuk, \nAedes aegypti;\n~ biasa\n sejenis nyamuk, \nCulex fatigans;\n~ tiruk \n(jenis nyamuk yang membawa penyakit malaria)\na) \nAnopheles maculatus; \nb) \nAnopheles sundaicus; \nc) \nAnopheles umbrosus;\n~ pers \n[Indonesia] [bahasa percakapan] pemberita surat khabar, wartawan;\n \ntamparan ~\n bahagian badan antara tulang belikat dengan tulang leher;\n \n~ mati gatal tak lepas \n(peribahasa) menaruh dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kita walaupun ia sudah dihukum." "nyamur\n[Minangkabau] embun." "nyana\nagak, duga, kira, sangka;\n \ntidak ~ \ntidak tersangka (terduga);\nmenyana\n menduga, mengagak, mengira." "nyanat\n[Brunei] mengulangi kesalahan yang telah lalu (dengan sengaja)." "nyanya\n[Jakarta];\nmenyanya\n menggoreng tanpa minyak, merendang." "nyanyah\nmenyanyah\n bercakap yang bukan-bukan, meracau, merepek." "nyanyang\n[Minangkabau] tidak tenang hati, gelisah." "nyanyar\n1.\n lunak pada sebelah luar (kulit), bonyor;\n2.\n gambut, gembur (tanah dan lain-lain)." "nyanyi\ngubahan muzik yang dilagukan dengan suara:\ndari jauh terdengar ~ seorang gadis; \npeti ~ \nalat untuk memainkan piring hitam;\nbernyanyi, menyanyi\n melagukan nyanyi, berlagu:\nmaka biduanda yang baik suara pun ~lah; \nbudak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi;\nmenyanyikan\n melagukan (dengan nyanyi):\nSalmah ~ lagu itu;\nnyanyian\n nyanyi;\npenyanyi\n orang yang menyanyi, tukang nyanyi, biduan." "nyanyu\n[arkaik];\nmenyanyu\n bercakap yang bukan-bukan, meraban, merepek." "nyanyuk\nberkelakuan seperti kanak-kanak (berkenaan (dengan) orang yang sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (berkenaan (dengan) fikiran orang yang sangat tua), raban:\nentahlah, orang tua itu sudah ~ betul;\nmenyanyukkan\n menyebabkan nyanyuk;\nkenyanyukan\n perihal (keadaan atau sifat) nyanyuk:\nmereka menyaksikan ~ orang tua itu dengan rasa insaf." "nyapang\n[arkaik] kawan, sahabat, teman." "nyapnyap\n[Jakarta] bercakap mengikut suka hati sahaja, merepek." "nyapung\n[Kelantan] mencarut." "nyarang\n1.\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nCythula prostrata; \n2.\n = \n~ songsang \nsejenis tumbuhan (rumpai yang dibuat ubat), \nAchyranthes aspera." "nyarik\n[arkaik] keras suara;\nnyaring\n." "nyaring\n1.\n keras dan terang (bunyi, suara), lantang:\ntelah genap tujuh kali dinobat itu, maka bentara pun berseru dengan ~ suaranya; \n2.\n elok (tajam) pendengaran:\ntelinga kanak-kanak ~ ;\nmenyaringkan\n menguatkan (suara, bunyi);\n \n~ telinga \nmendengar baik-baik;\nkenyaringan\n keadaan atau hal nyaring." "nyaris, nyaris-nyaris\nhampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas:\nbarisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga ~ keselamatan panglima mereka terancam." "nyaru\n[Jakarta] menyamar sebagai;\nsaru I." "nyarum\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPsychotria rostrata." "nyarum-nyarum\nsejenis tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, \nIxora pendula." "nyata\n1.\n jelas dan terang (pada pendengaran, pelihatan):\ndari jauh tampak ~ lembaga itu; \n2.\n nampak dengan terang, ketara:\nmakin aku perhatikan orang itu, makin ~ tujuannya; \n3.\n benar-benar ada, maujud, wujud:\nalam yang ~ ;\nmenyatakan\n1.\n menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan:\ndi dalam buku ini ada dinyatakan dengan ringkas perihal mengubat penyakit yang biasa terjadi; \n2.\n menampakkan, menunjukkan:\nYa Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; \n3.\n memberitahu, melaporkan, memaklumkan:\nIsmail berjumpa dengan pegawai tingginya untuk ~ ketibaannya; \nberkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja;\nternyata\n1.\n sudah nyata (nampak dengan terang), terbukti, ketahuan, ketara:\nbakal jodoh yang dipilihnya ~ sudah ada yang punya; \nkesalahannya sudah ~ ; \n2.\n sudah tersebut (tertulis, tercatat, dan lain-lain), tersiar;\nkenyataan\n1.\n perihal nyata, kejelasan, keterangan:\nsegala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; \n2.\n keadaan atau hal yang nyata, hakikat, kebenaran:\nakhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; \n3.\n sesuatu yang dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dan lain-lain), penjelasan, pengumuman:\nPerdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; \npapan ~; \n4.\n sudah nyata, terbukti, ternyata;\npernyataan\n1.\n kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman:\nsatu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ kepercayaan dan pengetahuan tentang bercucuk tanam; \n2.\n kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media:\n~ bersama; \npenyataan\n perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain):\nkesusasteraan bukanlah lahir daripada kekosongan, tetapi adalah ~ daripada pergolakan dan perkembangan masyarakat;\npenyata\n sesuatu yang dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu:\nsetelah mengetahui untung rugi perniagaan dalam sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~ ;\n~ kira-kira\n penyata (keterangan) yang menjelaskan kedudukan kira-kira;\n \n~ tahunan\n laporan tahunan." "nyatuh\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya elok untuk bahan rumah), tabah putih, \nPalaquium obovatum; \n2.\n = \n~ beringin\n = \n~ sondai\n sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya elok untuk bahan rumah), \nPayena Lavilandii." "nyawa\n1.\n roh yang menghidupkan manusia (haiwan dan lain-lain), jiwa, semangat:\njanganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; \nundang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia;\n~nya sudah melayang \nia sudah mati;\n \nmembuang ~ \n= \nmenyabung ~\n menentang bahaya maut;\n \nminta ~ \nminta dihidupkan;\n \n~-~ ikan \nhampir-hampir mati;\n2.\n [kiasan] yang amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati:\naduhai adinda, ~ kekanda;\n~ bergantung di hujung kuku \n(peribahasa) dalam keadaan yang sulit dan berbahaya;\n \nsatu ~ dua badan \n(peribahasa) sehidup semati (berkenaan (dengan) dua orang sahabat atau sepasang suami isteri);\nsenyawa\n sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati;\nbersenyawa\n menjadi satu (dengan), bersebati (dengan):\nhidrogen dan oksigen kalau dicampurkan ~ menjadi air;\nmensenyawakan\n menjadikan senyawa;\nmempersenyawakan\n menjadikan bersenyawa, menyebatikan:\nkalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain;\npersenyawaan\n perihal bersenyawa, perpaduan, penyebatian:\npercantuman antara sel jantan dengan sel telur ini dinamakan ~ ;\n~ sendiri\n penswasenyawaan;\n ~ silang\n persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan daripada spesies yang sama;\nbernyawa\n1.\n mempunyai nyawa, hidup;\n2.\n [kiasan] ada aktiviti yang berlangsung, bergerak dengan pelbagai kegiatan (urus niaga dan sebagainya) dijalankan, hidup:\nperut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ." "nyedar\nnyenyak (tidur), lelap, lena:\norang lain di rumahnya masih lagi terlantar tidur dengan ~." "nyeding\n[Kelantan] berjalan dengan melentikkan belakang." "nyelap\n[Perak] tidak sedarkan diri." "nyelonong\n[Jakarta] datang (masuk, hadir, menyasar, dan lain-lain) dengan tiba-tiba." "nyendih\n[Kelantan] menyandar (duduk)." "nyengat\n[Kelantan] menghendaki sesuatu dengan tiba-tiba (mendadak)." "nyenyai\ntidak kerap (tenunan, anyaman, dan lain-lain), jarang." "nyenyak\ntidak sedar apa-apa (ketika tidur), lena, lelap, nyedar:\nsetelah itu ia pun tidur dengan ~nya;\nmenyenyakkan\n menjadikan (seseorang) nyenyak:\n dia tertidur semula dinyenyakkan oleh dendang renyaian gerimis;\n kenyenyakan\n perihal (sifat atau keadaan) nyenyak, kelenaan:\nlampin yang direka dengan sempurna dpt memastikan keselesaan dan ~ tidur seseorang bayi." "nyenyarum\nnyarum-nyarum." "nyenyat\nsunyi sepi." "nyenyeh\nmenyenyeh\n meminta (menyuruh) berulang-ulang, meracau, merepek, nyinyir:\nsemalam-malaman apabila suaminya terus muntah dan ~ itu, Kintan menangis sendirian." "nyenyek\n[Kelantan] lembik (kuih, buah-buahan, dan lain-lain), lunak." "nyenyen\nmenyenyen\n mengajuk, mengejek." "nyenyulung\nsejenis ikan laut, \nHemirhamphus spp." "nyerama\n[Kedah] berebut-rebut (untuk mencapai sesuatu)." "nyeri\nsakit seperti ditusuk-tusuk jarum dan sebagainya pada mana-mana bahagian tubuh, terutamanya apabila disentuh, ditekan dan sebagainya:\nbola mata terasa sakit dan ~ apabila ditekan;\n kenyerian\n rasa nyeri." "nyik\n[Kelantan];\nmenyik\n menindih atau menekan." "nyik-nyik\nlambat-lambat (berjalan)." "nyilu\nngilu." "nyinyir\nsuka bercakap-cakap, banyak mulut, merepek." "nyirih\n= \n~ bunga \n= \n~ hudang\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCarapa granatum;\n~ batu\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCarapa moluccensis." "nyiru\nsejenis alat (yang dianyam daripada bilah, rotan, dan lain-lain) untuk menampi beras dan lain-lain;\n \nbak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian \n(peribahasa) murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yang tidak baik)." "nyit\nnyah, pergi, berhambus." "nyiur\nsejenis tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, \nCocos nucifera;\n~ bawang \n= \n~ manis \nkelapa yang boleh dimakan dengan sabut-sabutnya;\n \n~ bisu \n[Kelantan] orang tua yang pendiam tetapi berakal;\n \n~ cungkilan \n= \n~ sungkuran \nbuah kelapa yang isinya baru hendak keras;\n \n~ dara \npohon kelapa yang belum berbuah;\n \n~ gading \na) pohon kelapa yang agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sebagai perhiasan), \nCocos plumosa; \nb) [Kelantan] anak gadis yang comel-comel (kesayangan ibu bapa);\n \n~ ingusan\n buah kelapa yang baru hendak berisi;\n \n~ kapal \n[Kelantan] nyiur yang berbatang kecil dan rendah;\n \n~ koman\n [Kelantan], [kiasan] orang yang tidak berguna kepada masyarakat;\n \n~ masam \n[Kelantan]\na) nyiur yang busuk kerana rosak;\n b) perempuan yang tidak berguna;\napabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya\n (peribahasa) ganti yang hilang itu mestilah yang sama pula;\n \nlaksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat\n (peribahasa) tidak boleh orang yang bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dalam sesuatu majlis;\n \norang yang bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya \n(peribahasa) orang yang menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya;\n \numpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang \n(peribahasa) mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yang baik dan benar, dan yang buruk dibuang." "nyiur-nyiur\n1.\n sejenis ikan laut, \nMonodactylus argenteus; \n2.\n sejenis ikan laut,\na) \nTrachinotus bailloni; \nb) \nTrachinotus blochii." "nyokak\n[Kelantan] membongkokkan badan dan menyisihkan tangan (ketika berjalan di hadapan orang)." "nyolo\nsejenis alat tempat perasapan, pedupaan." "nyolong\n[Jakarta] mencuri;\nnyolong-nyolong\n dengan diam-diam atau sembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dan lain-lain)." "nyonya\n1.\n panggilan kepada perempuan Cina yang sudah bersuami;\n2.\n perempuan Cina daripada golongan Baba;\n3.\n [Indonesia] panggilan kepada perempuan yang sudah bersuami;\n \n~ rumah\n perempuan tuan rumah, perempuan yang empunya (memiliki) rumah." "nyonyeh\nsudah tua dan tidak bergigi." "nyonyong\nmenyonyong\n menganjur ke depan (muncung, bibir, dan lain-lain)." "nyoyang\nsejenis penyakit yang biasanya menyerang ibu yang baru melahirkan anak." "nyuar\nsejenis ikan darat, menyuar, \nLuciosoma setigerum." "nyunyut I\nmenyunyut\n menarik panjang-panjang, menjujut, menghela." "nyunyut II\nmenyunyut\n mengulum dan menghisap (puting, gula-gula, dan lain-lain):\nanak itu sedang ~ gula-gula." "nyunyut III\n[Kelantan];\nmenyunyut\n bergerak turun naik, mengembut." "nyut\ndenyut." "O\nsimbol kimia bagi oksigen." "o I\nhuruf ke-15 abjad Rumi." "o II\n1.\n [kata seru] kata untuk menyatakan hairan dan lain-lain:\n~, begitu rupanya ya! \n2.\n [kata seru] kata untuk memanggil orang:\nTipah, ~ Tipah!;\n~ ya! \n[kata seru] kata untuk menyatakan teringat akan sesuatu." "o III\nkopi (teh) ~\n kopi (teh) yang tidak dibubuh susu;\n \nkopi (teh) ~ beng \nkopi (teh) yang tidak dibubuh susu tetapi dibubuh ais." "O.K.\n[bahasa percakapan] ya, baiklah, akur, bersetuju:\n~, kita pergi sekarang;\n~lah \nyalah\n." "oak\nsejenis pokok yang besar, kayunya yang keras dan kuat biasanya digunakan sebagai bahan binaan, perabot dan sebagainya. \noase\n [Indonesia] oasis." "oasis\nkawasan yang subur dan mempunyai air di padang pasir, wahah." "oat\nbijirin daripada sejenis rumput, \nAvena sativa, \nyang dijadikan sebagai bahan makanan." "obar\n(Sabah);\n \n~ suluk\n sejenis tumbuhan, nemesu, \nShorea pauciflora." "obeng\n[Indonesia] alat untuk memutar skru dan sebagainya." "obes\ngemuk yang keterlaluan." "obesiti\nkegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan." "obi\n(Jepun) sejenis kain lebar sebagai ikat pinggang yang dipakai bersama dengan kimono." "obituari\npemberitahuan kematian seseorang yang biasanya disertai maklumat ringkas tentang masa hayat dan pencapaiannya yang disiarkan di dalam akhbar." "objek\n1.\n sesuatu yang dapat disentuh atau dilihat, benda, barang;\n2.\n perkara yang menjadi tajuk atau pokok pembicaraan (tulisan, lukisan, dan lain-lain):\nmengapa hanya rupa wanita menjadi ~ lukisan? \n3.\n matlamat, sasaran, tujuan;\n \n~ pembangunan\n sesuatu yang hendak (sedang) dibangunkan;\n4.\n (Linguistik) penyambut." "objektif\n1.\n sesuatu yang khusus yang ingin dicapai, matlamat, tujuan;\n2.\n berasaskan kenyataan atau fakta sebenar;\n3.\n tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri;\n \nujian ~\n ujian (peperiksaan) yang menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yang diberikan tidak bergantung pada penilaian pemeriksa;\nberobjektifkan\n mempunyai sesuatu sebagai objektif;\nmengobjektifkan\n menjadikan objektif;\nkeobjektifan\n perihal objektif, objektiviti." "objektivisme\nfaham atau kecenderungan yang menekankan apa yang objektif. \nobjektiviti\n (objktiviti) perihal atau keadaan objektif, sifat (sikap dan sebagainya) tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri:\napakah ini yang dikatakan ~ dalam kritikan dan kajian." "oblak\n[Jakarta] lebar, luas." "obligasi I\nsurat pinjaman oleh kerajaan dan lain-lain, bon." "obligasi II\nsesuatu yang mesti dilaksanakan, kewajiban:\npenerbit mempunyai ~ kepada dirinya sendiri dan kemudian kepada pembaca." "obligato\n(Seni Muzik) bahagian iringan sesuatu karya yang merupakan unsur yang sangat penting dalam gubahan muzik." "obo\nsejenis alat muzik yang dibuat daripada kayu dan lain-lain dan dimainkan dengan cara meniupnya." "obor\n1.\n jamung, suluh;\n \n~ Olimpik\n obor yang dinyalakan ketika Olimpik diadakan (dan menjadi lambangnya);\n2.\n [kiasan] pemberi, penerangan, penunjuk (jalan):\n betapa perlunya Islam dijadikan sebagai ~ yang menerangi liku-liku kehidupan;\nmengobor\n1.\n mengasapi dengan obor;\n2.\n [kiasan] membuat orang berang, membangkitkan kemarahan orang, menghasut;\nmengobori\n menerangi, menyuluhi." "obral\n[Indonesia]\n1.\n menjual dengan harga murah (kerana hendak menghabiskan barang-barangnya):\ntukang-tukang jual kain ~ sangat lucunya, mulut mereka bersorak-sorak; \n2.\n [kiasan] membuang (mengeluarkan, memakai, dan lain-lain) banyak-banyak;\n \n~ pekerja \nmembuang pekerja banyak-banyak;\n \n~ tenaga \nmenggunakan tenaga banyak-banyak, memboroskan tenaga;\nmengobralkan\n1.\n menjual secara obral;\n2.\n mengeluarkan (memakai dan lain-lain) banyak-banyak, membualkan (perkataan dan lain-lain), memboroskan (barang-barang, tenaga, dan lain-lain);\nobralan\n barang-barang yang diobralkan;\npengobralan\n perihal atau perbuatan mengobralkan." "obrol\n[Indonesia] ;\nmengobrol\n bercakap-cakap mengenai hal yang tidak berfaedah, berbual (bersembang) kosong, berborak-borak, beromong kosong:\nia ~ menggantang bersama kawannya;\nmengobrolkan\n menceritakan yang bukan-bukan, membualkan hal yang tidak berfaedah;\nobrolan\n omong kosong, borak, kecek." "obros\n[arkaik] [Indonesia-Belanda] leftenan-kolonel." "obsesi\n1.\n sesuatu yang sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran seseorang:\nsegera dapat saya tangkap semacam ~ dalam kepala teman itu; \n2.\n keadaan terlalu memikirkan sesuatu." "obsesif\nsentiasa atau asyik memikirkan, mengenangkan atau dihantui sesuatu (berkenaan (dengan) fikiran, perasaan dan sebagainya seseorang):\nkeadaan ini amat ketara di kalangan ibu bapa yang mudah murung atau terlalu ~ terhadap anak-anak mereka." "obstetrik\ncabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan pengendalian ibu semasa hamil, sewaktu bersalin dan selepas bersalin." "ocak-ocak\n[Perak] sumber (air), mata(air);\n \n~ air meleleh\n mata air." "oceh\n[Jakarta];\nmengoceh\n1.\n berbunyi (burung), berkicau;\n2.\n bercakap yang tidak keruan (bukan-bukan), berceloteh, mengobrol, merapik, mericau:\nia terkekeh-kekeh lalu berkata tidak keruan dan ~ ke sana-sini;\n mengocehkan\n mengatakan sesuatu dengan tidak tentu pokok pangkalnya:\nTarman yang tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi;\nocehan\n1.\n kicauan:\nsukarlah baginya untuk memahami ~ burung itu; \n2.\n kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan." "ocok\n[Kedah], [Pulau Pinang];\nmengocok\n menghasut, mengacum." "OCR\n[kependekan] \noptical character recognition \n(pengecaman aksara optik)." "oda\n(Kesusasteraan) sajak panjang yang menyanjung atau memuji seseorang atau sesuatu atau untuk meraikan sesuatu peristiwa." "odeli\norang suruhan di pejabat." "oder\n[bahasa percakapan];\nmengoder\n memesan (makanan dan lain-lain sewaktu di kedai makan dan lain-lain)." "odim\n[Indonesia-Belanda] sakit kerana pergumpalan air dalam tisu sel (kerana kurang makan dan lain-lain)." "odol\n[Indonesia] tepung dan lain-lain penggosok gigi, tapal gigi, ubat gigi." "odometer\n(Kejuruteraan) alat yang merakamkan jarak perjalanan yang telah dilalui oleh sesebuah kenderaan bermotor, seperti kereta dan motosikal." "odontalgia\n(Perubatan) sakit gigi." "odontologi\nkajian saintifik tentang anatomi, perkembangan dan penyakit-penyakit gigi." "ofensif\n[bahasa percakapan]\n1.\n bersifat, cenderung atau digunakan untuk menyerang (berkenaan (dengan) senjata, tindakan dan sebagainya):\npara penunjuk perasaan juga dikatakan ada membawa senjata-senjata ~; \n2.\n menyakitkan atau memanaskan hati (berkenaan (dengan) kata-kata, kenyataan dan sebagainya), menyelar, menghina:\njangan mengeluarkan kata-kata yang ~." "ofiologi\ncabang zoologi yang berkaitan dengan kajian tentang ular." "ofis\n[bahasa percakapan] pejabat." "ofsaid\n(Suk) berada di luar kawasan yang dibenarkan bermain sehingga menjadi suatu kesalahan (berkenaan (dengan) pemain bola sepak, hoki dan sebagainya)." "ofset\njarak terdekat dari suatu titik ke garis tertentu (dari garis lurus yang menghubungi dua hujung sesuatu sempadan yang tidak lurus dengan suatu titik di sempadan tersebut)." "oftalmia\n(Perubatan) radang pada mata." "oftalmologi\nkajian tentang mata dan penyakitnya." "oftalmoplegia\n(Perubatan) kelumpuhan otot mata." "oftalmoskop\n(Perubatan) alat untuk memeriksa bahagian di dalam mata, seperti retina dan sebagainya." "oftalmoskopi\n(Perubatan) pemeriksaan bahagian di dalam mata dengan menggunakan oftalmoskop." "ogah I\nsejenis paip tembakau." "ogah II\nmengogah\n menggoyang-goyangkan (gigi, pancang, pokok, dan lain-lain) supaya mudah tercabut, mengoyak-ngoyak (menggoncang-goncang)." "ogah III\n[Jakarta] tidak suka berbuat sesuatu, enggan, segan:\n~ membaca buku sekolah;\nogah-ogahan\n berasa tidak suka (segan, enggan, dan lain-lain)." "ogak-ogak\npengogak-ogak\n [sastera lama] tukang lawak (jenaka), alan-alan, badut;\nberogak-ogak\n berjenaka, berkelakar, melawak." "ogoh\nmengogoh\n menggoyang-goyangkan (dahan dan lain-lain), mengogah." "ogok I\n[Minangkabau];\nmengogok-ogok\n berjalan lambat, berjalan bertatih (oleh sebab baru sembuh daripada sakit dan lain-lain)." "ogok II\n[Minangkabau];\nmengogokkan\n menunjukkan sesuatu (barang dan lain-lain) dengan tujuan menawarkan (untuk dijual)." "Ogos\nbulan kelapan dalam tahun Masihi." "oh\n[kata seru] kata untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain):\n~ ! baru ini kau tahu;\n~ ! kata Ros terkejut; \no II" "ohm\nunit ukuran rintangan elektrik." "oi\n[kata seru] kata untuk memanggil dan lain-lain:\n~, tak makan dulu!" "OIC\n[kependekan] \nOrganization of Islamic Conference\n (Pertubuhan Persidangan Islam)." "oja\nmengoja\n1.\n memberangsangkan (ayam dan lain-lain) supaya menyerang lawannya:\nbaginda lalu mengoja-oja ayamnya; \n2.\n [kiasan] memberanikan, menghasut." "ojah\n[arkaik] oja." "ojok\n[Minangkabau];\nmengojok\n berjalan perlahan-lahan dan membongkok-bongkok." "ok I\n[Kelantan]\n1.\n sabar:\n~ dulu, nanti saya panggilkan doktor;\n2.\n nanti, tunggu (dahulu):\n~ sebentar, saya nak mandi dulu." "ok II\nbuluh." "okarina\n(Seni Muzik) sejenis alat tiup yang bentuknya bujur telur, mempunyai lapan lubang nada dan dua lubang ibu jari." "okb\n[Indonesia] [kependekan] orang kaya baru (sebagai ejekan)." "oker\n[Indonesia-Belanda] sejenis cat yang dibuat daripada campuran sejenis tanah liat dengan tahi besi (warnanya kuning)." "okey\nbaiklah, yalah, O.K.:\n~, ~, Zul. Kau yang lebih faham." "oknum\n[Indonesia] orang seorang, peribadi, perseorangan:\nbaik berupa kumpulan mahupun berupa ~, yang salah harus dihukum;\nkeoknuman\n keperibadian." "okok\n[arkaik] bakhil, kedekut, kikir, lokek." "oksiasetilena\n(Kimia) campuran oksigen dan asetilena yang membakar dengan nyalaan terang yang sangat panas dan digunakan untuk memotong dan mengimpal logam." "oksida\n(Kimia) sebatian oksigen dengan satu unsur kimia lain;\n~ berasid \nsebatian oksigen dengan unsur bukan logam, yang menghasilkan larutan berasid apabila bercampur dengan air;\n \n~ berbes \nsebatian oksigen dengan unsur logam, yang menghasilkan larutan berbes apabila bercampur dengan air;\nmengoksidakan\n menyebatikan dengan oksigen;\npengoksidaan\n perbuatan mengoksidakan." "oksigen\n(Kimia) gas yang tidak berwarna dan tidak berbau yang merupakan kira-kira 21% daripada atmosfera yang membantu pembakaran dan diperlukan bagi pernafasan sebahagian besar benda hidup;\nberoksigen\n mengandungi oksigen;\nmengoksigenkan\n memberi oksigen;\npengoksigenan\n perihal mengoksigenkan." "oksigenator\n(Perubatan) alat untuk membekalkan oksigen kepada darah, terutamanya semasa pesakit sedang menjalani pembedahan." "oksihemoglobin\n(Perubatan) bahan merah cerah yang terbentuk hasil daripada tindakan oksigen dari paru-paru ke atas hemoglobin dalam darah." "oksihidrogen\n(Kimia) campuran hidrogen dan oksigen yang digunakan untuk menghasilkan nyalaan yang sangat panas bagi kerja kimpalan." "oksitosia\n(Perubatan) pelahiran bayi yang terlalu cepat." "oksitosik\n(Perubatan) agen yang mempercepat pelahiran bayi dengan merangsang pengecutan otot rahim." "oktaf\n(Seni Muzik) bunyi yang dikeluarkan oleh dua kali atau setengah kadar getaran daripada satu bunyi (not), kumpulan 8 bunyi (not) berturut-turut." "oktagon\n(Matematik) poligon yang mempunyai lapan sisi." "oktahedron\n(Matematik) bongkah yang mempunyai lapan permukaan." "oktana\n(Kimia) hidrokarbon alkana cecair yang terdapat dalam petroleum." "oktavo\n(Percetakan) saiz buku atau halaman yang terhasil daripada lipatan sehelai kertas bersaiz standard sebanyak tiga kali untuk menghasilkan lapan helai kertas." "oktet\n(Seni Muzik)\n1.\n gubahan muzik untuk sekumpulan lapan orang penyanyi atau pemuzik;\n2.\n kumpulan yang terdiri daripada lapan orang penyanyi atau pemuzik." "Oktober\nbulan kesepuluh dalam tahun Masihi." "okulus\n(Biologi) berkenaan mata." "okupasi\n[Indonesia-Belanda] penggunaan tanah secara haram (tanpa kebenaran dan lain-lain)." "olah I\n1.\n cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah:\nbagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? \n2.\n perbuatan, buatan, kerja:\nini sudah tentu ~ anak saya; \nbukan ~ \nbukan buatan, bukan main;\n3.\n perbuatan yang aneh-aneh, canda, tingkah:\norang tua yang banyak ~nya;\nolah-olah; \nbukan ~\n bukan buatan, bukan mainan;\nseolah-olah\n seakan-akan, selaku, seperti:\nmelangkah indah, ringan, cepat ~ tak berpijak di lantai;\nberolah\n1.\n berbuat (berperangai) yang aneh-aneh, bercanda, bertingkah:\nisterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; \n2.\n berbuat sesuatu untuk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dan lain-lain;\nmemperolahkan\n1.\n mempermainkan, memperolok-olokkan, mempersendakan;\n2.\n memperdayakan, menipu;\nolahan\n suka berperangai, suka bertingkah:\nseorang laki-laki yang keterlaluan ~nya." "olah II\nmengolah\n mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yang lain (yang dapat digunakan, lebih sempurna, dan lain-lain):\ngetah dan bijih yang dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar untuk diolah; \ncerpen yang diolah daripada perbendaharaan lama;\n~ bahan mentah \nmengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yang boleh digunakan dan lain-lain;\n \n~\n \ntanah \nmengerjakan tanah untuk ditanami;\nolahan\n cara mengolah atau diolah:\ndengan itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya;\npengolahan\n perihal (usaha, perbuatan, dan sebagainya) mengolah:\nBelanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; \nkejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yang segar;\npengolah\n orang yang mengolah, alat untuk mengolah." "olahraga\nlatihan atau sukan yang memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dan lain-lain);\ngedung ~ \n[Indonesia] bangunan tempat diadakan olahraga;\n \nlapangan ~ \nmedan tempat olahraga diadakan;\nberolahraga\n bergiat (mengambil bahagian) dalam olahraga:\n~ menyihatkan badan;\nkeolahragaan\n perihal olahraga;\npengolahraga\n orang yang suka berolahraga." "olahragam\n[arkaik] berbagai-bagai olah." "olahragawan\norang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga;\n \n~ Tahun 1988 \nolahragawan yang terpilih sebagai olahragawan yang terbaik bagi tahun 1988." "olahragawati\norang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga;\n \n~ Tahun 1987\n olahragawati yang terpilih sebagai olahragawati yang terbaik bagi tahun 1987." "olak I\n1. = olakan\n gerakan berpusing (berkisar, berputar), kisaran, pusaran, putaran;\n \n~ air\n pusaran air;\n \n~ angin\n pusaran angin;\n \narus ~ \narus yang berpusing;\n2.\n ombak kecil:\n~-~ itu berkejar-kejaran menumpu permatang;\nberolak\n1.\n berkisar, berpusing, berputar;\n2.\n berombak kecil;\nperolakan\n perihal berolak:\nlakukan penyemburan dan pendebuan pada waktu pagi untuk menghindari ~ angin menegak;\npengolak\n \n~ haba \nalat dan lain-lain yang memutarkan haba." "olak II\nsejenis gelendong kayu yang berputar (pada alat tenun)." "olak III\n[Minangkabau]\n1.\n hilir;\n \nsebelah ~ \nsebelah hilir (bawah);\n \nke ~ \nke hilir;\n2.\n kembali, ulang;\n \nmembayar ~ \nmembayar kembali;\nberolak\n tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dan lain-lain), tidak mujarab lagi (ubat dan lain-lain);\nmengolak\n1.\n terpelanting kembali (kerana tidak lut dan lain-lain);\n2.\n enggan atau tidak hendak lagi (makan sesuatu)." "olak-alik\nberulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dan lain-lain);\nmengolak-alikkan\n1.\n membolak-balikkan, memutar-balikkan;\n2.\n mempermain-mainkan, mempersenda-sendakan." "olak-olak\nsejenis burung, itik laut, dendang laut (air), \nSula leucogaster plotus.\nOlanda\n [arkaik] Belanda." "olang\n~-aling \nberolang-aling;\n berolang-aling\n (bergoyang) ke kiri ke kanan (perahu dan lain-lain), oleng:\n sampannya ~ berkecipak-cipak\n;\nterolang-aling\n terayun-ayun atau tergoyang-goyang;\nolang-alingan\n perihal olang-aling." "oleander\nsejenis tumbuhan (pokok berbunga), \nNerium oleander." "oleh\n1.\n (kata sendi nama) untuk menunjukkan pembuat dalam ayat-ayat pasif:\ndaerah yang ditawan ~ musuh; \nditimbus ~ tanah longsor; \n2.\n sebab, akibat, kerana:\n~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dalam air; \nmati ~ kerisnya sendiri; \n3.\n pada, bagi, untuk:\ntampak ~nya seorang tua berjalan di tengah-tengah sawahnya; \n4.\n (ke) pada (yang menyatakan hubungan keluarga):\nia pun sepupu juga ~ tuan; \nia anak yang satu-satunya ~ pak cik saya; \n5.\n dengan:\npokok-pokok yang lebat ~ buah; \ndewan yang penuh sesak ~ orang ramai;\n~ itu \n= \n~ sebab itu \n= \n~ yang demikian \nlantaran itu;\nberoleh\n1.\n mendapat, menerima:\n~ anak lelaki;\n~ kebajikan;\n~ kesenangan; \n2.\n [sastera lama] boleh, dapat:\n~ selamat sempurnalah anakanda daripada sekalian bencana;\nmemperoleh\n mendapat, menerima (mencapai, menemui, dan sebagainya) dengan ikhtiar atau usaha:\nsagu diperoleh daripada pokok rumbia; \nkanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; \nkeuntungan yang diperolehnya berlipat ganda;\npemerolehan\n perbuatan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) memperoleh;\npemeroleh\n pihak (orang, firma dan sebagainya) yang memperoleh sesuatu:\npindaan itu membolehkan pihak yang berkenaan memindahkan hak milik tanah kepada mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;\nperolehan\n sesuatu (barang, hasil, dan lain-lain) yang diperoleh:\n~ padi tahun ini lebih baik daripada tahun lalu." "oleh-oleh\npembawaan daripada berpergian, buah tangan." "olek I\nmengolek\n mengulit, membobok, mendodoi:\nentah mengantuk, entah diolek oleh nyanyian;\nmengolekkan\n mengulitkan, membobokkan, mendodoikan;\nulit I." "olek II\n[Kelantan];\nmengolek\n mengelecek (bola)." "oleng I\nberayun-ayun atau bergoyang-goyang ke kiri kanan (perahu dan lain-lain):\nia terumbang-ambing dalam perahu yang makin lama makin ~; \nkepalanya ~ ke kiri dan ke kanan;\nberoleng-oleng\n berayun-ayun atau bergoyang-goyang (perahu yang dipukul ombak dan lain-lain):\nbebola itu berputar dan ~;\nmengoleng\n mengayunkan (menggoyang, menggoncang), menggelengkan (kepala):\njong mereka dioleng oleh ombak besar;\nmengoleng-oleng\n menyebabkan menjadi berayun-ayun, bergoyang-goyang, atau berolang-aling:\nombak kecil ~ perahunya\n;\nteroleng-oleng\n tergoyang-goyang, terolang-aling:\nkayu bercabang ~ dalam air yang penuh; \naku semakin lemah dan tubuhku terasa ~\n;\nolengan\n gerakan mengoleng-oleng, ayunan, goyangan, goncangan:\nkepala diteleng-telengkan, ~nya seperti kapal." "oleng II\nalat yang berbentuk L untuk memutar mesin, pemutar." "oleo-\nawalan asing \nminyak, misalnya \noleometer." "oleograf\ngambar cetak yang dihasilkan menyerupai catan (lukisan) minyak." "oleometer\nalat untuk menentukan ketumpatan dan ketulenan minyak." "oleoresin\ncampuran daripada minyak pati dengan resin, misalnya balsam." "oles\n[Jakarta];\nmengoles\n melumur, melumas, menyapu:\n~ badan dengan minyak;\nmengoleskan\n melumurkan, melumaskan, menyapukan:\nia ~ minyak itu pada tempat yang bengkak;\nolesan\n lumuran, sapuan:\n~ balsam ternyata tidak menolong Meiti." "olet\nmengolet\n menidurkan anak, mengulit;\nulit I." "olfaksi\n(Biologi)\n1.\n deria bau;\n2.\n perbuatan atau proses menghidu, pembauan." "olfaktori\n(Biologi) berkaitan dengan deria bau:\nsaraf ~; \norgan ~." "oligarki\n1.\n pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan kecil orang yang berkuasa sahaja;\n2.\n sekumpulan kecil orang yang menguasai dan mentadbir sesebuah negara atau organisasi." "oligopoli\n(Ekonomi) keadaan pasaran yang bilangan penjualnya begitu kecil sehinggakan tindakan salah seorang daripada mereka boleh mempengaruhi harga dan dengan itu mempunyai kesan yang ketara ke atas pesaing." "oligopolistik\n(Ekonomi) berkenaan oligopoli." "oliguria\n(Perubatan) kurangnya air kencing yang keluar, biasanya disebabkan oleh gangguan buah pinggang." "olimpiad\ntempoh masa empat tahun antara dua Sukan Olimpik." "Olimpik\nsukan ~\n sukan antarabangsa yang diadakan empat tahun sekali;\n \napi (obor) ~\n api (obor) yang menjadi lambang sukan Olimpik." "oloh\n[Perak], [bahasa percakapan];\nberoloh\n tidur (banyak):\nai, dah pukul 10 pun masih ~ lagi?" "olok\nolok-olok\n main-main, lawak-lawak:\nbangkangannya itu hanya ~ sahaja; \nbukan ~ \nbukan main-main, sungguh-sungguh;\n \ngambar ~ \ngambar sindiran, karikatur;\n \nmasak ~ \n[Minangkabau] selalu dipermainkan orang;\nberolok-olok\n bermain-main, berlawak-lawak:\n~ boleh, tak ada halangannya, asal berketika dan pada tempatnya;\nmengolok-olokkan, memperolok-olok, memperolok-olokkan, memperolokkan\n mempermainkan dengan perkataan atau perbuatan (seperti mengejek dan lain-lain):\nselalu orang ~ Pak Dolah; \naku tidak suka diperolok-olokkan seperti ini; \nsaudara telah memperolok-olok saya;\nolok-olokan, olokan\n olok-olok;\nperolok-olokan\n main-main:\n unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir\n." "olong-olong\nsejenis ulat pada kayu jati, \nDuoitus cermaicus." "om\n[arkaik] (Sanskrit) sejenis seruan (pembukaan mantera);\n= ong I." "ombak\n1.\n gerakan air yang turun naik atau bergulung-gulung, gelombang kecil:\nhanyut dibawa ~ ke tepi pantai; \norang ~ \nark orang yang gerak-gerinya sangat gelisah;\n \nmabuk ~ \nmabuk laut;\n2.\n [kiasan] gerak fikiran atau rasa hati yang tidak tetap (kacau):\nia tak dapat lagi menahan ~ di dadanya;\n~ fikiran;\n~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan \n(peribahasa) telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi;\n \n~ yang kecil jangan diabaikan \n(peribahasa) jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yang boleh mendatangkan bahaya;\n \nbagai ~ Purus \n(peribahasa)\na) deru yang amat menghibakan;\n b) riuh suara orang ramai;\n \nmenguap(-nguap) bagai orang ~\n (peribahasa) perihal orang yang ketagihan candu dan lain-lain;\n \npayah-payah dilamun ~, tercapai juga tanah tepi \n(peribahasa) setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga daripada sengsara);\n \nseperti ~ membanting diri \n(peribahasa) perihal seseorang yang dalam keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan;\n \nsilih berganti bagai ~ di tepi pantai \n(peribahasa) keadaan hidup yang tiada tetap (sekali susah, sekali senang);\n \nyang ~ itu ~ jua, yang air itu air jua\n (peribahasa) serupa benar;\nberombak, berombak-ombak\n1.\n mempunyai ombak, bergelombang kecil-kecil:\nangin bertiup dan laut pun ~; \n2.\n berkeluk-keluk turun naik (seperti gelombang kecil):\ntirai ~ sebagai latar belakang tambah mencantikkan rekaannya; \nrambutnya ~ \nrambutnya ikal;\n3.\n sesak (seperti orang yang bernafas dengan kencang), sebak (kerana tekanan perasaan):\ndadanya semakin ~; \nsuara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dengan seribu kemarahan;\nmengombak\n1.\n membuat ombak;\n2.\n seperti ombak;\n \nrambut pendek yang diombak-ombak\n rambut yang dikeritingkan." "omboh\ncakera atau silinder padat yang bergerak turun naik di dalam silinder bergeronggang di bawah tekanan bendalir, seperti dalam enjin." "ombor-ombor\norang-orangan." "ombudsman\n(Undang-undang) pegawai atau badan rasmi ataupun separa rasmi yang bertanggungjawab menerima dan menyiasat aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan jentera kerajaan." "omega\nhuruf ke-24 (terakhir) dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u03a9, \u03c9." "omel\nmengomel\n marah dan merepek, bersungut-sungut, meleter, mencomel, menggerutu:\njika aku mandi lebih daripada lima gayung, induk semangku akan ~ panjang;\nmengomeli\n memarahi, memberangi, menggusari;\nmengomelkan\n mengomel tentang:\nsekali-sekala terdengar isterinya ~ hawa panas;\n omelan\n gerutu, comelan, leteran, sungutan;\npengomel\n orang yang suka mengomel, peleter." "omfalitis\n(Perubatan) radang pada tali pusat." "omikron\nhuruf ke-15 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol O, \u03bf." "omnivor\n(Biologi) organisma yang memakan haiwan dan juga tumbuhan, misalnya manusia." "omong\n1.\n [bahasa percakapan] bahasa, bicara:\n~ Jawa;\n~ Melayu; \n2.\n cakap, kecek:\nbanyak ~;\n~ kosong (melompong) \ncakap angin;\n3.\n berkata, bercakap:\nsuka ~ kotor; \nlagak Padang, ~ Betawi \n(peribahasa) cakap tinggi tetapi tidak berisi;\nomong-omong, beromong-omong\n bercakap-cakap, berkata-kata;\nmengomong\n bercakap, berkata;\nmengomongkan\n memperkatakan, mengatakan;\nomongan\n bicara, cakap, kecek:\nia ngeri mendengar ~ itu; \njadi ~ orang \njadi buah mulut orang." "ompang-ompang\noleh-oleh." "ompol\n[Jakarta] air kencing pada masa tidur;\nmengompol\n terkencing pada masa tidur;\nngompol\n." "ompong\n[Jakarta] tidak bergigi lagi, luruh giginya:\nsebenarnya dia sudah ~ sama sekali." "ompreng\n[Jakarta] sejenis bakul kecil bertutup untuk tempat nasi catu dan lain-lain." "omslag\n[Indonesia-Belanda] kulit buku." "onak\n1.\n = \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, damai-damai, dedamai, jambu kelawar, kuku lang rimba, \nZizyphus calophylla; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok rotan yang berduri), \nPlectocomia griffithii; \n3.\n duri yang bengkok (seperti kait)." "onang\n~-aning \n[Perak] keturunan yang ketujuh." "onani\nperbuatan mengeluarkan mani dengan tangan;\nberonani\n melakukan onani." "onar I\ngempar, huru-hara, kacau, rusuh:\nberita yang menimbulkan ~ ;\nmengonarkan\n menggemparkan, mengacaukan, menghuru-harakan;\nkeonaran\n kegemparan, kehuru-haraan, kekacauan, kerusuhan." "onar II\n[sastera lama] akal busuk, tipu daya." "oncom\nsejenis tempe yang bercendawan." "ondak\nberondak-ondak\n bergelombang, mengombak (air):\nair ~;\nterondak-ondak\n teroleng-oleng, tersentak-sentak (ke atas dan ke bawah):\nia berkayuh dengan cepat mendapatkan perahu yang ~ tiba ." "onde-onde\n1.\n sejenis kuih Melayu (seperti bola kecil yang dibuat daripada tepung pulut dan berinti gula melaka dan sebagainya serta bersalut kelapa parut), buah melaka;\n2.\n [Kedah], [Pulau Pinang], [Perlis] sejenis kuih Melayu (seperti bola bentuknya, kulitnya dibuat daripada tepung pulut dan bersalut bijan serta berinti kelapa atau kacang hijau), kuih bom." "onderdil\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] alat perkakas motokar (basikal dan lain-lain)." "onderneming\n[Indonesia-Belanda] perkebunan, ladang." "ondoh\nberondoh-ondoh\n berdesak-desak, bersesak-sesak (kerana ramai):\nberjalan ~;\nmengondoh\n menghanyuntukan;\nterondoh-ondoh\n terlanggar-langgar." "ondok\nmengondokkan\n menyembunyikan." "oneng-oneng\nanak piut (keturunan yang kelima)." "ong I\n[arkaik] sejenis seruan (doa) kepada dewa." "ongah-angih\ngoyah-goyah atau goyang-goyang (kerana tidak kuat)." "ongek\n[Perak], [bahasa percakapan];\nmengongek\n meminta-minta berulang-ulang (berkenaan (dengan) kanak-kanak), merengek." "onggak\nmengonggak-onggak\n \nberjalan ~ \nberjalan dengan kepala melonjak-lonjak." "onggek\nteronggek-onggek; \nmenari ~ \nmenari terlonjak-lonjak." "onggok\nlonggok, timbun, tompok:\nse~ jerami; \nse~ jering;\nberonggok-onggok\n berlonggok-longgok, bertimbun-timbun, bertompok-tompok:\nia mengerat kayu api ~ banyaknya; \nkanak-kanak mulai ~, berbisik-bisik sesama sendiri;\nmengonggokkan\n melonggokkan, menimbunkan, menompokkan:\nbermacam-macam jenis buah-buahan, ulam, dan lain-lain dionggokkan di atas meja di pasar itu; \nrezeki itu tidak akan dionggokkan di hadapan kita tanpa bekerja;\nteronggok\n terlonggok:\nkain yang ~ di atas katil;\nonggokan\n longgokan, timbunan, tompokan." "ongji\n[Cina] izin, lesen." "ongkah-angkih\nberjalan terhoyong-hoyong." "ongkang I\nongkang-ongkang\n [Jakarta]\n1.\n duduk dengan kaki terjuntai (terkulai);\n2.\n [kiasan] tidak ada kerja apa-apa." "ongkang II\n[Minangkabau];\nmengongkang-ongkang\n berjalan dengan langkah yang panjang, melangkah panjang-panjang (ketika berjalan)." "ongkok\n[Minangkabau];\nmengongkok-ongkok\n berjalan membongkok-bongkok;\nmengongkoki\n menghampiri dengan membongkok-bongkok (untuk menyerang dan lain-lain)." "ongkos\n[Indonesia-Belanda] biaya, belanja:\n~ cetak;\n~ makan; \nberapa ~ untuk kerja ini?\nmengongkosi\n membayar ongkos, membiayai, membelanjai:\nmereka dapat ~ aku belajar di universiti;\nperongkosan\n bermacam-macam ongkos (belanja, biaya)." "ongok\n[Minangkabau] bodoh, dungu." "ongol-ongol\nsejenis penganan yang dibuat daripada tepung sagu dan lain-lain." "oniks\nsejenis batu permata yang mempunyai lapisan-lapisan yang beraneka warna." "onkogenik\n(Perubatan) berkenaan sesuatu yang mengakibatkan pembentukan tumor." "onkolisis\n(Perubatan) pemusnahan sel tumor sama ada secara mekanikal atau dengan menggunakan bahan kimia atau virus." "onkologi\nkajian tentang tumor." "onomasiologi\nkajian tentang hubungan makna antara lambang bahasa dengan objek yang dilambangkan, misalnya kajian tentang sinonimi dan polisemi." "onomastik\nkajian tentang nama khas seperti nama orang dan nama tempat, terutamanya yang berkaitan dengan asal usul dan makna nama yang berkenaan." "onomatopeia\npembentukan (penggunaan) kata yang bunyinya ditiru daripada bunyi alamiah seperti bek, kuak, miau." "ons\n[Indonesia-Belanda] auns." "onslah\n[Indonesia-Belanda];\nmengonslah\n [bahasa percakapan] memberhentikan (pekerja), melepaskan, memecat." "ontogeni\nkajian tentang kebiasaan berbahasa seseorang sepanjang hayatnya." "ontologi\ncabang ilmu falsafah atau metafizik yang berkaitan dengan fitrah makhluk (manusia):\nsetiap bentuk pemikiran manusia dapat dikembalikan pada dasar ~." "onyah\n~-anyih \n= \nmengonyah-anyih\n tidak lekas-lekas membuat kerja, malu-malu, segan-segan." "onyak\n~-anyik \na) onyah-anyih;\n b) goyah (goyang, tidak teguh)." "onyok\nmengonyok, mengonyokkan\n mengunjukkan, menonjolkan, menyodokkan, menyodorkan, memberikan, mendesakkan:\nmengonyokkan surat." "oosperma\n(Perubatan) ovum yang baru tersenyawa." "opah\n[Perak] nenek perempuan." "opak I\n~ angin \n= \nopak-opak\n sejenis penganan:\n~ ubi." "opak II\n[arkaik];\nmengopak\n menyalakan (membesarkan) api yang hampir padam (dengan menghembus dan lain-lain)." "opal\nsejenis batu permata yang terdapat dalam pelbagai warna atau tanpa warna, sama ada lut sinar atau legap, biasanya terdapat dalam batu igneus atau kawasan kolam air panas, baiduri." "opan\n[Perak] panggilan kepada perempuan yang berpangkat nenek." "opas\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n tukang jaga;\n2.\n penyelenggara pejabat, peon;\n \n~ polisi\n mata-mata;\n \n~ pos \npembawa surat, posmen." "opau\n[Cina] sejenis kantung wang pada tali pinggang (daripada manik)." "OPEC\nakronim bagi\n Organization of Petroleum Exporting Countries\n (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum)." "opelet\n[Indonesia-Belanda] sejenis kereta sewa." "open I\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] dapur." "open II\n[Jakarta]\n1.\n suka memerhatikan segala-galanya, cermat, hemat;\n2.\n suka memungut barang-barang yang terlantar;\nmengopeni\n memerhatikan, mengendahkan, memungut (mengutip) apa-apa yang terlantar." "oper\n[Indonesia] [bahasa percakapan];\nmengambil ~ \nmenggantikan pekerjaan (tanggungan, tugas, dan lain-lain) orang lain, mengambil alih;\n \nkerja ~ \nkerja luar masa, kerja lembur;\nmengoper\n1.\n mengambil oper:\nlebih dahulu, pelajarilah gerak perempuan di Eropah dalam-dalam, sebelum kita ~ sahaja cita-citanya; \n2.\n memindahkan, mengalihkan;\n3. = mengoperkan\n memberikan kepada, menyerahkan:\n~ bola;\npengoperan\n pemindahan, pengalihan, penyerahan." "opera\nsejenis drama yang disertai dengan nyanyian dan muzik." "operasi\n1.\n pembedahan:\nia sanggup menjalani suatu ~ asal sahaja penyakitnya itu boleh hilang; \n2.\n perjalanan (alat, pesawat, jentera, dan lain-lain):\nbuku ini juga menjelaskan ~ beberapa alat berdasarkan prinsip mekanik; \n3.\n kegiatan (syarikat perniagaan, perusahaan, dan sebagainya);\n4.\n gerakan tentera, polis, dan lain-lain:\n~ jenayah dan keselamatan; \ndaerah ~ \ndaerah yang sedang dijalankan gerakan tentera;\n \nkamar ~ \na) bilik tempat dilakukan pembedahan, bilik bedah;\n b) bilik tempat dikawal atau dikendalikan sesuatu gerakan, bilik gerakan;\nberoperasi\n1.\n melakukan gerakan (tentera dan lain-lain);\n2.\n bergerak, berjalan:\nmenerangkan cara sistem itu ~ dalam situasi-situasi baru; \n3.\n menjalankan kegiatan (perniagaan dan sebagainya):\nsehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~;\nmengoperasi\n melakukan pembedahan (atas), membedah:\n~ orang yang sakit." "operasional\n1.\n berkaitan dengan operasi:\nstrategi dan program yang ~; \n2.\n berkeadaan baik dan sedia untuk digunakan." "operator\norang yang menjalankan atau mengendalikan sesuatu alat, mesin, dan sebagainya:\n~ telefon." "opereta\n(Seni Muzik) sejenis komedi muzik yang pendek dan ringan." "operkomplit\n[Indonesia-Belanda] berlebih (pegawai)." "opis\n[bahasa percakapan] pejabat." "opium\ncandu." "opor\nsejenis masakan (ayam atau itik panggang dengan rempah-rempah)." "oportunis\norang yang suka mengambil kesempatan daripada sesuatu keadaan, terutamanya untuk kepentingan peribadi." "oportunisme\nsikap suka atau pandai mencari dan menggunakan kesempatan daripada sesuatu keadaan, terutamanya untuk kepentingan diri sendiri." "oposisi\n1.\n penentangan;\n2.\n = \nparti ~ \nparti politik yang menentang parti pemerintah (dalam parlimen dan lain-lain), parti pembangkang." "opseter\n[Indonesia-Belanda] pegawai yang mengawasi pekerjaan (membuat rumah dan lain-lain), penyelia." "opsiner, opsinder\n[Indonesia-Belanda] pengawas atau penyelia (sekolah, ladang, dan lain-lain)." "opsir\npegawai yang bertauliah, perwira (dalam perkhidmatan tentera)." "opsyen\n1.\n hak (kebebasan) untuk memilih, pilihan:\nmereka akan diberi ~ sama ada hendak terus berkhidmat atau sebaliknya\n;\n2.\n (Ekonomi) hak untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu." "opsyenal\nterserah kepada pilihan sendiri." "optik\n1.\n kajian saintifik tentang cahaya dan pelihatan;\n2.\n berkaitan dengan mata atau pelihatan;\n \n~ gentian \n(Komputer) teknik penghantaran data digital dalam bentuk denyutan cahaya melalui berkas gentian kaca yang panjang, lut sinar, dan halus." "optimis\nselalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan, dan lain-lain), (orang yang) selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik:\nsaya juga seorang ~, tetapi lebih munasabah dan menguntungkan jika kita mengambil sikap berhati-hati dan berjaga-jaga." "optimisme\nsikap (pandangan hidup atau pendirian) yang melihat segala hal dari sudut kebaikannya sahaja atau yang menjangkakan perkembangan (kemungkinan dan sebagainya) yang baik-baik sahaja." "optimistik\npenuh harapan baik dalam menghadapi sesuatu:\ndia berasa ~ tentang keputusan itu\n." "optimum\n1.\n kedudukan (jumlah, paras, dan lain-lain) yang terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran, perkembangan, dan lain-lain);\n2.\n paling baik atau menguntungkan (berkenaan (dengan) pengeluaran dan lain-lain):\npengeluaran yang ~ dengan kos yang rendah serta efisien hanya diperoleh melalui teknologi yang berintensif modal dan tidak pada teknologi yang berintensif buruh;\n mengoptimumkan\n merancang atau menjalankan kegiatan ekonomi dan lain-lain dengan kecekapan maksimum:\n ke arah ~ potensi ekonomi umat Islam;\n pengoptimuman\n perihal (perbuatan atau tindakan) mengoptimumkan:\n~ pengeluaran sangat penting dalam menentukan keuntungan." "optometer\n(Perubatan) alat untuk menguji kuasa pembiasan mata." "optometri\npengukuran ketajaman pelihatan dan penentuan kaca mata yang sesuai (dari segi kuasa) untuk memperbaik pelihatan\n." "opu\ngelaran bangsawan Bugis." "opus\n(Seni Muzik) gubahan muzik, misalnya simfoni, yang diberi nombor (untuk menunjukkan bila gubahan itu ditulis)." "or\n[Kelantan];\nhabis ~; \nhabis\n." "orak I\nmengorak\n1.\n menguraikan, mengungkai, membuka (tali, lingkaran, dan lain-lain);\n2.\n menghitung untuk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka;\n~ ikatan \nmenguraikan ikatan;\n \n~ langkah \nmembuka langkah, mulai melangkah (berjalan);\n \n~ lingkar\n mulai bekerja;\n \n~ pura \nmembuka pundi-pundi wang (membayar hutang);\n \n~ selimut\n membuka selimut;\n \n~ senyum \ntersenyum;\n \n~ sila\n bangkit berdiri, pergi;\n \nsegan ~ lingkar \nsangat malas;\nterorak\n terurai, terungkai, terbuka;\norakan\n cara atau kaedah menghitung untuk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka." "orak II\n~-arik \nkacau-bilau." "oran\nakar ~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar cina putih, bunga jengkal, \nNeuropeltis racemosa." "orang\n1.\n manusia (sebagai peribadi):\ndari sini kami lihat ~ berkelahi; \ntadi ada ~ telefon awak; \nsatukanlah ~ berdua ini; \n2.\n salah satu manusia (ganti diri ketiga yang umum):\njangan suka dengar cakap ~ sangat; \ndagingnya ~ buat lauk; \ndengar kata ~ terjun masuk lubuk; \ndi aku hak aku, di ~ hak ~ \n(yang) pada orang lain itu haknya;\n3.\n diri manusia:\nbarangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; \nmana ~nya yang memanggil aku tadi;\n~ seorang \norang sendiri;\n4.\n penjodoh bilangan bagi manusia:\nlima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan; \n5.\n pengikut, anak buah:\nberapa ramaikah ~ awak?; \nkalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; \n6.\n manusia yang berasal dari sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara:\ndia ~ Perak, bukan ~ Selangor; \nnampaknya dia itu seperti ~ kampung; \n7.\n bangsa, kaum, suku:\n~ Iban;\n~ Kadazan;\n~ Melayu; \n8.\n = \n~ lain \nlain daripada diri sendiri, bukan kaum keluarga:\nitu motokar ~, bukan motokar kita;\n~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; \nnegeri ~ \nnegeri lain, bukan negeri sendiri;\n9.\n [Jakarta] kerana, lantaran (sebenarnya):\nmana dapat membayar, ~ belum gajian; \n10.\n [bahasa percakapan] diri sendiri dan sebagai penguat untuk kata ganti seperti \nawak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;\n~ asing\na) (Undang-undang) orang yang bukan warganegara bagi sesebuah negara;\n b) orang luar;\n \n~ asli \npenduduk asal sesebuah negeri;\n \n~ atas \na) orang yang tinggal di sebelah atas;\n b) orang yang berpangkat tinggi, orang besar-besar;\n \n~ awam\na) rakyat biasa, khalayak ramai;\n b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera;\n \n~ banyak \nkhalayak ramai, orang biasa, orang awam;\n \n~ Barat \norang berkulit putih yang berasal dari Eropah dan negara-negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand;\n \n~ baru \n(\nbaharu\n)\na) orang yang baru bekerja;\n b) orang yang baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat;\n c) orang yang baru berkahwin;\n d) anak yang akan atau baru dilahirkan;\n \n~\n \nbawah (bawahan)\n orang yang tidak berpangkat, orang yang berpangkat rendah;\n \n~ belakang \na) [bahasa percakapan] isteri;\n b) orang yang akan datang (lahir) kemudian;\n \n~ (yang) berada \norang yang berharta;\n \n~ besar \na) orang yang besar tubuh badannya;\n b) orang yang sudah dewasa;\n c) orang yang berpangkat tinggi;\n d) orang mulia (bangsawan);\n \n~ biasa\n rakyat biasa;\n \n~ buangan \norang yang diasingkan daripada masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dan lain-lain);\n \n~ bukit \norang yang tinggal di bukit;\n \n~ bumi\n penduduk asli;\n \n~ buruan \norang yang diburu (dicari) oleh yang berwajib kerana kesalahan jenayah dan lain-lain;\n \n~ dagang \norang yang datang dari negeri lain, orang yang datang merantau, bukan anak negeri;\n \n~ dalam \na) orang yang bekerja dalam istana raja;\n b) orang yang bekerja di dalam sesuatu jabatan dan sebagainya;\n c) [kata seru] orang yang dijemput khas kerana menolong kerja kahwin;\n d) [Kelantan] orang yang dapat bergaul dengan sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai;\n \n~ darat \na) orang asli;\n b) orang kampung (dusun);\n c) [Kelantan] [kiasan] orang yang tidak tahu akan perkara;\n d) [Minangkabau] orang bahagian pedalaman Minangkabau (lawan orang pesisir);\n \n~ datang\n keturunan atau angkatan yang akan datang, orang belakang;\n \n~ gaji(an) \norang yang bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah;\n \n~ galang\n orang yang menjadi pelindung kepada orang lain (seperti pembesar), orang yang bersedia menyabung nyawanya untuk tuannya dan lain-lain;\n \n~ halus \na) jin, roh, orang bunian;\n b) orang yang pandai-pandai;\n \n~ harapan \norang yang diberi kepercayaan penuh atau yang amat diharapkan untuk melaksanakan sesuatu (projek, program dan sebagainya);\n \n~ hilir\na) orang yang tinggal di sebelah hilir sungai;\n b) [Kelantan] orang yang tahu segala-galanya (lawan orang darat);\n \n~ hulu \na) orang yang tinggal jauh di pedalaman negeri;\n b) orang yang tidak tahu adat dan lain-lain;\n \n~ hobatan \norang yang pandai menjampi (bomoh);\n \n~ hutan \na) orang yang tinggal di hutan;\n b) sejenis kera besar, mawas, \nPongo pyangmaeus\n;\n c) orang yang tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dan lain-lain);\n \n~ jemputan\n orang yang berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yang menjemputnya dengan wang dan lain-lain);\n \n~ kalau \norang yang memainkan nobat;\n \n~ kampung \na) orang yang tinggal di kampung;\n b) [bahasa percakapan] orang yang tidak tahu suatu apa;\n \n~ kanan \norang yang diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yang utama;\n \n~ kaya\na) orang yang berharta, hartawan;\n b) = \n~ kaya-kaya\n orang yang berpangkat (berkedudukan) tinggi;\n c) = \nrangkaya\n panggilan kepada isteri orang yang berpangkat atau yang patut dihormati;\n \n~ kebanyakan\n orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat);\n \n~ kecil \na) orang yang kecil badannya;\n b) rakyat biasa (orang kebanyakan);\n \n~ keluaran \na) orang yang di luar (yang tidak turut campur dan lain-lain);\n b) orang luar istana (lawan orang dalam);\n \n~ kenamaan\n orang yang terkenal, orang yang masyhur, orang besar;\n \n~ kepercayaan\n orang yang dipercayai, orang harapan;\n \n~ lain \nbukan diri sendiri, manusia lain;\n \n~ lama\n orang yang sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dan lain-lain) dan banyak pengalamannya;\n \n~ laut \nsuku bangsa yang hidup (tinggal) di laut;\n \n~ liar\n orang yang belum bertamadun (beradab), orang hutan;\n \n~ luar (luaran)\n orang yang di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dan lain-lain);\n \n~ mendatang \norang dagang;\n \n~ minyak\n orang yang melumuri badannya dengan minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dan lain-lain) dan biasanya mengganggu orang perempuan dengan tujuan hendak mencabul kehormatan mereka;\n \n~ muda\na) orang yang masih muda;\n b) pemuda;\n c) [Minangkabau] tukang salung (tari dan lain-lain);\n d) (biasanya) pelaku utama lelaki dalam bangsawan dan lain-lain, hero;\n \n~ papak\n pondan;\n \n~ perjuangan \ntokoh-tokoh politik;\n \n~ preman \norang awam (bukan tentera);\n \n~ putih \norang Barat;\n \n~ ramai\n khalayak ramai, orang banyak, umum;\n \n~ rantai \norang hukuman;\n \n~ rendah\na) orang yang tidak tinggi badannya;\n b) orang yang kedudukannya (bangsanya dan lain-lain) rendah, orang biasa;\n \n~ rumah\na) isteri;\n b) orang yang tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah;\n \n~ sabun \norang balar;\n \n~ sakit \na) orang yang menghidap penyakit, pesakit;\n b) orang yang dirawat di hospital;\n \n~ salah \norang yang dihukum kerana melakukan kesalahan;\n \n~ setangga \n= \n~ sebelah \njiran, tetangga;\n \nO~ Sungai \nsuku kaum peribumi di Sabah termasuk dalam kumpulan kaum Kadazan Dusun, yang kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yang berkaitan dengan laut dan sungai;\n \n~ suruhan \na) orang gaji;\n b) wakil daripada satu pihak (sebagai pembawa pesanan dan lain-lain), utusan;\n \n~ tahanan \norang yang ditahan oleh pihak yang berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dan sebagainya;\n \n~ tani \npeladang, petani;\n \n~ tebusan \norang yang ditahan (biasanya orang yang tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yang menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan;\n \n~ tengah\na) orang yang menjadi pendamai bagi pihak-pihak yang berbalah;\n b) orang yang menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dengan pengguna;\n c) orang yang menjadi pengantara antara pihak-pihak dalam rundingan kahwin dan lain-lain;\n \n~ timur \norang Asia;\n \n~ tua \na) orang yang sudah tua;\n b) ibu bapa;\n c) = \n~ tua-tua\n orang yang dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dalam kampung;\n \nO~ Ulu \nsuku kaum peribumi di Sarawak yang terbahagi kepada banyak suku yang berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yang kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pada adat, dan mahir dengan kerja tangan;\n \n~ upahan \norang yang diupah untuk melakukan sesuatu, biasanya yang tidak baik;\n~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya \n(peribahasa) mengikut rasa hati masing-masing;\n \n~ kaya suka dimakan,\n \n~ elok selendang dunia \n(peribahasa) perihal orang kaya yang selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian);\n \n~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam \n(peribahasa) tiap-tiap anak muda itu ada yang dirinduinya (nasihat kepada orang tua);\n \n~ tua diajar makan pisang (dadih) \n= \njangan diajar ~ tua makan dadih \n(peribahasa) orang yang sudah tahu (pandai dan lain-lain) itu jangan diajar lagi;\n \napabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang\n (peribahasa) perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yang berkuasa Tuhan jua;\n \nbak ~ gombang di lebuh \n(peribahasa) elok di luar sahaja sedang di dalam tidak elok (tidak sempurna);\n \nlain ~, lain hati \n= \nmakin banyak ~ makin banyak niat\n (peribahasa) kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dan lain-lain);\n \nseperti menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;\n \ntakkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat \n(peribahasa) sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi);\nseorang\n1.\n satu orang;\n \nsalah ~ \nmana-mana satu orang (daripada yang banyak);\n2.\n sendiri;\n \n~ diri \nsendiri sahaja;\n \n~ budi-budian, ~ tabung seruas \n(peribahasa) perihal dua orang yang berlainan tabiatnya (iaitu seorang suka berahsia dan yang satu lagi lurus);\nseseorang\n seorang (daripada yang banyak) yang tidak dapat dipastikan:\n~ calon itu hendaklah lulus ujian;\nberseorangan, berseorang\n1.\n dengan cara seorang-seorang;\n \npengajaran ~\n pengajaran dengan cara seorang-seorang;\n2.\n seorang diri:\nsoalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi ~;\nkeseorangan\n terasing seorang diri, tinggal seorang diri, kesunyian:\ndia betul-betul ~ jauh dari segalanya;\nperseorangan\n dengan cara berseorang-seorang (tidak secara berkumpulan dan sebagainya), satu-satu orang (tidak bersama atau dengan pelibatan orang lain):\nusaha menulis bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara ~; \njohan ~\n johan atau juara yang terdiri daripada satu orang pemenang sahaja (bukan pasangan atau pasukan);\n \norang ~\n orang bersendiri, individu;\norang-orangan, orang-orang\n1.\n tiruan orang, boneka, patung:\nkami dianggap ~; \n2.\n sejenis patung yang dibuat untuk menakuntukan burung:\nmereka buat ~ daripada kain baju yang buruk-buruk;\n~ mata\n bahagian yang hitam pada biji mata;\nberorang\n ada orang:\nrumah itu sepi tidak\n \n~\n;\nberorang-orang\n [Minangkabau] secara dengan orang lain (bukan secara sanak-saudara);\nperorangan\n perihal orang seorang:\n sajak ini menyiarkan teknik ~ bagi menghidupkan perasaan manusia." "orang-aring\n1.\n sejenis tumbuhan (rumpai), aring-aring, keremak jantan (hutan), rumput migus (kunang putih), \nEclipta alba; \n2.\n sejenis tumbuhan (herba), akar batu babi, daun balam, kica, kuda paya, pokok kedudu paya, rubai, ubai-ubai, ubai itik, \nPouzolzia zeylanica." "orbit\n(Fizik)\n1.\n laluan yang diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dan sebagainya dalam pergerakannya mengelilingi jasad cakerawala yang lain di bawah pengaruh graviti;\n \n~ rendah \norbit yang biasanya bulat, altitudnya kurang daripada 1 000 km dan tempoh bergerak dalam orbit kira-kira 90 minit;\n2.\n laluan elektron mengelilingi nukleus atom;\nmengorbit\n1.\n bergerak mengikut peredaran orbit:\ntempoh ~ kira-kira 90 minit; \n 2\n. [kiasan] mencari jalan memburu kejayaan (nama) dalam bidang tertentu:\n manusia hanya sekadar makhluk tidak bererti yang ~ dalam dunia yang maha luas\n." "orbital\n(Fizik) kawasan di sekitar nukleus sesuatu atom." "orde\n= order\n [Indonesia-Belanda] sistem, peraturan, susunan;\n \n~ baru \na) peraturan (pemerintahan, dan lain-lain) secara baru (sistem pemerintahan sesudah jatuhnya Sukarno);\n b) peraturan (golongan, aliran, dan sebagainya) yang baru atau yang muncul pada waktu-waktu kebelakangan;\n <" "order\nsalah satu kategori pengelasan benda hidup, sebelum famili." "ordi\n1.\n perintah;\n2.\n rodi;\nwardi\n." "ordinal\nnombor ~ \n(Matematik) nombor yang menunjukkan kedudukan relatif (sesuatu benda) dalam satu urutan (kumpulan):\n pertama, ketujuh, dan kesepuluh adalah contoh nombor ~." "ordinan\nperintah, peraturan, statut, dan sebagainya oleh sesuatu pihak berkuasa, undang-undang." "ordinat\ngarisan yang antara lain dipakai untuk menentukan titik dalam suatu ruang." "ordonan\n[Indonesia-Belanda] orang suruhan dalam perkhidmatan ketenteraan." "ordonansi\n[Indonesia-Belanda] peraturan kerajaan." "oregano\nsejenis tumbuhan herba yang daunnya digunakan sebagai perasa dalam masakan Itali dan Mexico, \nOriganum vulgare\n." "oren\n1.\n sejenis buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) daripada tumbuhan \nCitrus sinensis\n;\n2.\n = \nair ~\n air limau;\n3.\n warna kuning kemerah-merahan, jingga." "oreng\n[Minangkabau] alur antara hidung dengan bibir, uring." "organ I\n1.\n alat dalam tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yang mempunyai tugas yang penting;\n2.\n institusi (badan dan sebagainya) yang melaksanakan sesuatu bidang tugas dan tanggungjawab:\ntiga ~ asas negaraeksekutif, legislatif dan kehakiman menjalankan tugas secara berasingan." "organ II\n[Indonesia-Belanda] majalah atau akhbar sesebuah parti politik dan lain-lain." "organ III\nalat muzik yang mempunyai papan nada yang memerlukan kuasa elektronik untuk menghasilkan bunyi;\n \n~ elektrik \norgan yang bunyinya diubah suai secara elektronik." "organdi\n(Tks) sejenis fabrik kapas yang nipis dan agak keras." "organik\nbahan ~ \na) berkenaan bahan, proses, dan lain-lain yang ada kaitan dengan (sumber) haiwan atau tumbuhan;\n b) berkenaan bahan kimia yang mengandungi unsur karbon;\n c) berkenaan tanaman yang menggunakan baja daripada sumber haiwan atau tumbuhan (bukan daripada bahan kimia buatan):\ntanaman ~;\nkimia ~\n cabang kimia yang berkaitan dengan sebatian karbon;\n \npenyakit ~\n penyakit yang melibatkan perubahan struktur tubuh." "organisasi\nkesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya), pertubuhan:\n~ kaum wanita;\n~ politik;\nberorganisasi\n mempunyai organisasi, tersusun dengan baik dan rapi:\nkaum tani mulai ~ dalam gerakan pertahanan rakyat; \nkejayaan hidup berkeluarga bergantung pada kejayaan dirinya hidup ~; \nkeganasan yang dilakukan secara ~;\nmengorganisasikan\n mengatur dalam organisasi, menyusun menjadi kesatuan dan sebagainya yang teratur:\n~ badan politik;\npengorganisasian\n perihal (proses) mengorganisasikan sesuatu:\n institusi itu menitikberatkan ~ ilmu." "organisator\n[Indonesia-Belanda] orang yang mengorganisasikan, penyusun, pengatur." "organisir\n[Indonesia-Belanda];\nmengorganisir\n mengorganisasikan." "organisma\nhaiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak." "organza\n(Tks) sejenis fabrik nipis, jarang dan keras yang diperbuat daripada benang kapas, sutera, rayon dan sebagainya." "orgasma\npuncak kenikmatan syahwat." "orgel\norgan." "orgi\npesta liar, biasanya disertai dengan minum minuman keras secara berlebih-lebihan dan kegiatan seks." "ORI I\n[arkaik] [Indonesia] [kependekan] \nOeang Repoeblik Indonesia\n, iaitu mata wang yang digunakan pada zaman revolusi (1945 1955). \norientalis\n (orintalis) pakar dalam bahasa, kebudayaan, dan lain-lain bangsa timur." "ori II\n[bahasa percakapan] singkatan bagi original." "orientalisme\nnilai (ciri, gaya, pandangan, tatalaku dan sebagainya) yang berkaitan dengan atau berasaskan bangsa Timur." "orientalistik\nberkaitan dengan (berasaskan dan sebagainya) orientalisme:\nkita tidak harus terpengaruh oleh kecenderungan ~ dalam menentukan pandangan kita tentang khazanah bangsa." "orientasi\n1.\n arah aliran yang diikuti atau yang menjadi seperti landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dan lain-lain):\nsikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yang berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; \n2.\n kegiatan (peninjauan dan sebagainya) yang menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dan lain-lain):\npada hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kepada pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yang kita letakkan pada mereka;\nberorientasi\n melihat-lihat atau meninjau-ninjau dan sebagainya (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan dan lain-lain);\nberorientasikan\n mempunyai sebagai orientasi, berasaskan sesuatu orientasi:\nindustri-industri yang ~ eksport; \nsistem pendidikan yang ~ peperiksaan; \nsebuah karya Melayu yang ~ tradisi Arab; \nstrategi ekonomi yang ~ pertumbuhan;\nmengorientasikan\n menyesuaikan (menyelaraskan dan sebagainya) kepada sesuatu atau untuk mencapai sesuatu:\n diperlukan latihan semula atau latihan dalam perkhidmatan untuk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka;\n \nkeseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan untuk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar." "origami\n(Jepun) seni lipat kertas untuk membuat objek hiasan yang berbentuk seperti manusia, binatang dan sebagainya." "original\n[bahasa percakapan] bukan tiruan (berkenaan (dengan) karya, produk, idea dan sebagainya), asli, tulen. \nOrion\n nama sekumpulan bintang yang bercahaya terang, bintang belantik, bintang tiga beradik." "orisinil\n[Indonesia-Belanda] asli, tulen." "orkes\n1.\n pasukan pancaragam yang kecil bilangan ahli muziknya (biasanya setiap pemuzik memainkan hanya satu jenis alat muzik):\n~ Ahmad Wan Yet; \nO~ Sinar Murni; \n2.\n bunyi-bunyian, muzik." "orkestra\npasukan pancaragam yang besar bilangan ahli muziknya dan sesuatu jenis alat muzik (terutama biola, trompet, saksofon, dan sebagainya) dimainkan oleh beberapa orang pemuzik dengan seorang memimpin pasukan ini:\nO~ RTM;\n~ simfoni \norkestra yang mempersembahkan atau memainkan simfoni;\nmengorkestrakan\n mempersembahkan atau menggubah (lagu atau muzik) untuk orkestra:\ndia ~ beberapa buah lagu rakyat." "orkid\n1.\n tumbuhan daratan atau epifit dari famili \nOrchidaceae \nyang bunganya berwarna terang dan cantik, anggerik;\n2.\n bunga dari tumbuhan ini, anggerik." "orkidektomi\n(Perubatan) pembuangan salah satu atau kedua-dua testis secara pembedahan." "ormas\n[Indonesia] [kependekan] organisasi massa." "orna\n[arkaik] warna." "ornamen\nsesuatu yang menghiasi, perhiasan (seperti lukisan dan lain-lain)." "ornitologi\nkajian tentang burung, terutama aspek kelakuan, pengelasan, dan kawasan tempat tinggalnya." "orogeni\n(Geografi) proses pembentukan gunung." "orografi\ncabang geografi fizikal yang berkaitan dengan gunung." "orok I\nanak ~ \nbayi." "orok II\nmengorok\n mendengkur." "orok-orok\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok), kacang kayu, kacang riang-riang, kacang sekucuk, \nCrotalaria striata;\n~ cina \nsejenis tumbuhan (pokok), giring landak, \nCrotalaria retusa." "orong-orong I\n[Minangkabau] lubang sumbu meriam (senapang) kuno." "orong-orong II\n[Jawa] anjing tanah." "orpol\n[Indonesia] [kependekan] organisasi politik." "ortodoks\nberpegang teguh pada peraturan, pendapat, prinsip, dan sebagainya yang diterima umum seperti dalam agama, kelakuan atau sikap:\nbegitu juga beberapa ilmu kebatinan yang bertentangan dengan Islam yang ~;\nkeortodoksan\n perihal (keadaan) ortodoks:\n ~ tidak menolong masa kesusahan dalam amalan sosial." "ortodoksi\nketaatan kepada prinsip agama dan undang-undang (peraturan)." "ortodontik\ncabang ilmu pergigian yang berkaitan dengan pengelakan berlakunya pertumbuhan gigi yang tidak normal (tersusun) dan perawatan gigi yang bermasalah." "ortografi\n1.\n (sistem) ejaan;\n2.\n ejaan yang betul atau standard." "ortopedik\nsubbidang ilmu pembedahan yang khususnya berkaitan dengan pemulihan fungsi sistem rangka serta sendi dan struktur yang berkaitan." "ortopnea\n(Perubatan) keadaan sukar bernafas kecuali semasa duduk tegak atau berdiri." "ortoptik\n(Perubatan) rawatan atau teknik pemulihan pelihatan yang cacat, seperti dengan melakukan senaman mata untuk memperkuat otot-otot mata yang lemah." "Os\nsimbol kimia bagi osmium." "oseanarium\nakuarium air laut yang besar tempat memelihara binatang atau hidupan laut." "oseanografi\nilmu tentang segala aspek (termasuk fizik, biologi, kimia, geologi) yang berkaitan dengan lautan." "osikel\n(Biologi) tulang kecil." "osiloskop\nsejenis alat pengujian elektronik yang boleh memaparkan pelbagai rupa bentuk gelombang pada tabir tiub sinar katod." "oskar\nhadiah berupa ukiran (patung dan sebagainya) yang diberikan kepada pemenang sesuatu pertandingan (seperti nyanyian, lakonan, dan sebagainya)." "oskeoplasti\n(Perubatan) pembedahan plastik pada kerandut buah zakar untuk tujuan pemulihan atau pembaikan." "osmium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang berwarna putih dan keras." "osmosa\n[Indonesia] osmosis." "osmosis\n(Kimia) pengaliran molekul pelarut dari larutan yang kurang pekat ke larutan yang lebih pekat melalui membran separuh telap." "oso\n~ sekata\n persetujuan penuh (sebulat suara)." "osteofit\n(Perubatan) tunasan tidak normal pada tulang yang mengakibatkan rasa sakit pada tulang." "osteologi\nkajian tentang struktur dan penyakit tulang." "osteomalasia\n(Perubatan) keadaan tulang menjadi lembut akibat gangguan proses pembentukan mineral, yang mengakibatkan rasa sakit, nyeri, lemah otot, kekurangan berat badan, dan lain-lain." "osteopati\n(Perubatan)\n1.\n sebarang penyakit tulang;\n2.\n cara mengubati sesetengah penyakit dengan menggerak-gerakkan atau memicit-micit tulang dan otot." "osteoplasti\n(Perubatan) pembedahan plastik pada tulang." "osteoporosis\n(Perubatan) kelampungan tulang (biasanya dialami orang tua)." "osteotomi\n(Perubatan) pemotongan tulang secara pembedahan." "osteotrofi\n(Perubatan) hal yang berkaitan dengan nutrien yang diperlukan untuk pembentukan dan perkembangan tulang." "otak I\n1.\n organ di bahagian atas kepala, yang mengawal pemikiran (perasaan), benak;\n2.\n alat berfikir, fikiran:\nterlintas di ~ku kejadian-kejadian ngeri itu;\n~ ayam \nbodoh;\n \n~ minyak\n pandai;\n \n~ telur\n bodoh;\n \n~ udang\n bodoh;\n \nkepala ~\n [bahasa kasar] sejenis makian;\n \nkerja ~ \nkerja yang menggunakan fikiran;\n \npicik ~ \nsempit fikiran;\n~ batu kepala \n[sastera lama] kepala (dalam percakapan dengan raja dan lain-lain);\n \n~ telur, bukan ~ minyak\n (peribahasa) perihal seorang yang bodoh;\nberotak\n1.\n mempunyai fikiran, berakal, berfikiran:\nia seorang yang ~; \ntidak ~ \ntidak berfikiran (berakal);\n2.\n mempunyai otak:\n~ geliga;\n~ udang." "otak II\notak-otakan\n [Jakarta] suka berbuat yang bukan-bukan (supaya dikatakan berani dan lain-lain), mengada-ngada, sombong." "otak III\n~ udang \n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), katak udang, pauh pipit, \nBuchanania lucida; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal, medang melukut, serapuh bukit, \nNorrisia malaccensis." "otak-otak\nsejenis lauk yang dibuat daripada ikan dan lain-lain bercampur rempah (dibalut dengan daun kelapa dan dipanggang)." "otalgia\n(Perubatan) sakit di bahagian tengah atau di dalam telinga." "otek I\nikan ~ \n1.\n sejenis ikan laut, \nArius utik; \n2.\n sejenis ikan laut, \nTachysurus utik." "otek II\n[Jakarta] goyang, goyah;\nmengotekkan\n menguit-guit:\nanjing itu ~ ekornya." "otek III\n[Jawa] sejenis biji-bijian, sekoi." "otek IV\nIV; \nmengotek\n melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan." "otitis\n(Perubatan) radang di dalam telinga yang dicirikan oleh demam, gangguan pendengaran dan sebagainya." "oto I\n[Indonesia] motokar;\n \n~ gerobak\n lori;\n \n~ sedan \nmotokar yang tertutup bumbungnya (tidak dapat dibuka-buka seperti pada motokar sport)." "oto II\npakaian penutup dada (untuk kanak-kanak)." "otobis\n[Indonesia-Belanda] bas sewaan." "otokoyok\n[Kelantan] sama kuat (perlawanan dan lain-lain)." "otologi\ncabang perubatan yang berkaitan dengan kajian tentang anatomi dan penyakit telinga." "otoman\nsejenis tempat duduk yang panjang, rendah dan berkusyen tanpa penyandar atau lengan, kadang-kadang digunakan sebagai kotak untuk menyimpan barang seperti cadar dan sebagainya." "otomat\n[Indonesia-Belanda] perkakas yang dapat berjalan atau bekerja sendiri." "otopet\n[Indonesia-Belanda] sejenis basikal kanak-kanak yang tidak berpengayuh (ditolak dengan kaki)." "otorea\n(Perubatan) lelehan dari telinga, terutamanya yang mengandungi nanah." "otorinolaringologi\nkajian tentang penyakit telinga, hidung dan kerongkong." "otoritet\n[Indonesia-Belanda] pembesar, penguasa." "otot\n(berkas) tisu yang terdiri daripada berkas sel-sel memanjang yang boleh ditegangkan dan dikendurkan untuk menghasilkan pergerakan pada organ atau bahagian;\n~ jalur\n = \n~ kawal \n(Biologi) otot di bawah kawalan otak, yang tisunya terdiri daripada gentian otot yang jalur-jalur melintangnya kelihatan melalui mikroskop, misalnya otot pada tulang rangka;\n \n~ jantung \n(Biologi) otot jalur yang terdapat pada jantung, yang di luar kawalan otak;\n \n~ licin \n(Biologi) otot di luar kawalan otak, yang tisunya terdiri daripada sel berbentuk gelendong dan tanpa jalur melintang yang ketara, misalnya otot dinding usus;\nberotot\n mempunyai otot:\ntangan yang ~;\nmengotot\n keras (tegar) hati." "output\n1.\n hasil pengeluaran, keluaran:\npada masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri daripada 80% jumlah ~ industri; \n2.\n (Komputer) hasil pemprosesan data oleh komputer;\n3.\n (Fizik) isyarat yang diperoleh daripada litar elektronik;\n~ data \ndata yang boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer;\n \n~ grafik \nhasil janaan komputer dalam bentuk cetakan atau plot grafik;\nmengoutput\n mengeluarkan data dari sesuatu (sumber dan sebagainya):\ndata input dikawal, disemak, diproses dengan betul menurut tatacara yang diperlukan, dan dioutput dengan tepat;\npengoutputan\n proses mengoutput sesuatu." "ovalbumin\n(Biologi) albumin yang terdapat dalam putih telur." "ovari\n(Biologi)\n1.\n salah satu daripada dua organ pembiakan (pada perempuan dan binatang betina) yang mengeluarkan ovum dan hormon estrogen;\n2.\n organ pembiakan pada tumbuhan betina yang mengeluarkan biji." "ovariotomi\n(Perubatan) pembuangan ovari atau tumor ovari secara pembedahan." "overdraf\n1.\n pengambilan wang dari bank yang melebihi simpanan di bank;\n2.\n jumlah wang dikeluarkan dari bank yang melebihi simpanan." "overhed\n(Ekonomi) kos bahan dan perkhidmatan yang diperlukan dalam pengeluaran barang atau perkhidmatan, tetapi tidak boleh dikesan secara langsung seperti kos bahan mentah tak langsung (mis sewa atau bayaran elektrik syarikat), buruh tak langsung (tukang sapu, penjaga stor, dan lain-lain), dan sebagainya." "overtur\n(Seni Muzik) gubahan muzik sebagai pengenalan kepada persembahan opera, balet dan sebagainya." "oviduktus\n(Biologi) tiub yang menyalurkan ovum dari ovari, saluran ovum." "oviparus\n(Biologi) berkenaan haiwan yang bertelur, dengan telur yang dikeluarkan itu berkembang dan menetas di luar tubuh haiwan itu (seperti ayam, burung, dan lain-lain)." "ovoviviparus\n(Biologi) berkenaan haiwan yang menghasilkan anak secara perkembangan dan penetasan telur di dalam badan haiwan tersebut (seperti ular, ikan, dan lain-lain)." "ovul\n(Biologi) struktur yang terdapat di dalam ovari angiosperma yang berkembang menjadi biji setelah berlakunya persenyawaan." "ovum\n(Biologi) sel telur haiwan betina yang belum tersenyawa yang dihasilkan oleh ovari;\npengovuman\n (Biologi) penghasilan telur oleh ovari." "oyak I\n[Minangkabau];\nmengoyak-oyak\n menggerakkan, menggoncangkan (supaya lepas), mengogah." "oyak II\n[Jawa];\n mengoyak\n1.\n berlari untuk mendapatkan sesuatu atau seseorang yang sedang bergerak, misalnya kucing menangkap tikus, polis menangkap pencuri dan sebagainya;\n2.\n berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu atau memenuhi tujuan." "oyod\n[Jawa] [arkaik] akar." "oyok\n[Jakarta];\nmengoyok\n memburu, mengejar, menghambat;\noyak II\n." "oyong I\nberayun-ayun, bergerak-gerak, goyang;\nmengoyongkan\n menggerakkan, menggoyangkan hingga condong;\nhuyung\n." "oyong II\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok menjalar yang buahnya seperti peria), ketola (hutan), petola sanding (segi), \nLuffa acutangula." "ozon\n(Kimia) bentuk gas oksigen dengan tiga atom oksigen dalam satu molekul;\n lapisan ~\n lapisan atmosfera yang tinggi kandungan ozonnya dan bertindak sebagai perisai terhadap sinar ultralembayung matahari yang memudaratkan kehidupan." "ozonosfera\n(Geografi) lapisan atmosfera bumi, tempat yang terletak di antara 15 \u2013 30 km di atas permukaan bumi, tempat terdapat ozon dalam jumlah yang paling banyak dan mampu menyerap sinaran ultraungu." "p I\nhuruf ke-16 abjad Rumi." "P II\nsimbol kimia bagi fosforus." "P.\n[kependekan] Pulau:\n~ Pinang\n." "P\u2019cis\n[Indonesia] [kependekan] Perancis." "Pa\nsimbol kimia bagi protaktinium." "pa I\nhuruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000)." "pa II\n[Kedah], [Pulau Pinang];\ndia ~ \nmereka (semua), depa;\n \nhang ~ \nhang semua, engkau semua;\n \nsaya ~\n kami (semua), sepa." "pabean\nkastam:\npeti dan guni yang telah diperiksa dan dicap oleh ~\n \nsegera dimuatkan ke dalam kapal\n." "pabila\nsingkatan bagi apabila;\n \nbarang ~\n bila-bila sahaja, sebarang waktu." "pabrik\n[Indonesia-Belanda] kilang:\n~\n \ntebu\n." "pacah\n[Brunei] buta." "pacai\nserbuk kayu cendana atau setanggi (ditabur atas mayat)." "pacak I\n1.\n sesuatu yang panjang dan runcing, cucuk (ikan yang hendak dipanggang, sate, dan lain-lain);\n2.\n kayu (tongkat dan lain-lain) yang tirus hujungnya, pancang;\n \npak ~\n orang yang tidak penting peranannya (watak tambahan dalam lakonan pentas dan lain-lain);\nmemacak\n mencucuk, menusuk:\n~ ikan;\n \n~\n \nhari \n[Kelantan] menetapkan hari bulan;\nmemacakkan\n memasang pacak (pancang dan lain-lain), memancangkan:\nsatu tiang yang tirus, panjangnya 1 meter dipacakkan di dalam air\n;\n ~ pancang;\n terpacak\n1.\n telah dipacakkan, terpancang:\ndicabutnya turus pagar yang ~\n \nitu\n;\n2.\n [kiasan] terdiri tegak, terpancang, terpaku:\nia melewati kedua-dua orang pengawal yang ~ seperti tiang tiada bergerak-gerak itu; \ndia sudah nampak Bedah ~\n \ndi tepi pantai; \n3.\n [kiasan] tepat:\ndia mesti berada di Kelab Golf jam lima ~\n \n." "pacak II\nbiasa (mengerjakan sesuatu), cekap, mahir, pandai." "pacak III\n[Minangkabau] recik, percik;\nmemacak-macak\n merecik-recik." "pacak IV\n[Jawa];\nmemacak\n menjantani (ternakan) untuk membiakkan keturunan yang baik;\npemacak\n binatang (lembu, kuda, dan lain-lain) jantan yang dibela sebagai baka (bibit)." "pacal I\n1.\n [sastera lama] hamba kepada raja:\npaduka anakandalah akan ayahanda harap memelihara ahli-ahli ayahanda serta memelihara ~\n \nBugis itu; \n2.\n kata ganti nama diri pertama (apabila bercakap dengan raja dan lain-lain), patik:\nTuanku terlalu baik kepada patik ~\n \nyang hina papa ini; \nhad itulah yang terbaca oleh ~\n \ndatuk\n." "pacal II\nsejenis ikan laut, parang-parang, \nChirocentrus darab\n." "pacang\nmemacang\n menunangkan;\npacangan\n tunangan." "pacar I\n~ cina \n= \n~\n \nculam \nsejenis tumbuhan (herba), culan, pokok telur belangkas, \nAglaia odorata\n;\n \n~\n \nkuku \nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat pemerah kuku), inai, \nLawsonia inermis;\n berpacar\n = \n~ inai \n[Brunei], [kata seru] berinai." "pacar II\ntikar ~ =" "pacar III\n[Jakarta] kekasih;\nberpacaran\n menjalin hubungan cinta atau kasih dengan teman lelaki atau wanita:\ndia terkejut apabila mengetahui anaknya ~ dengan warga asing; \ngadis berkenaan dilarang ~ selagi dia menjadi anggota kumpulan penari itu;\n berpacar-pacaran\n berseronok-seronokan, berkasih-kasihan." "pacaran\ntikar yang berlapis-lapis dan berwarna (untuk raja dan orang-orang besar)." "pacat I\nsejenis binatang yang menghisap darah (sejenis lintah di darat), \nHaemadipsa javanica\n;\n \n~\n \nbesar \nark = \n~\n \nmelompat \nki penghisap darah (orang yang meminjamkan wang dengan mengambil bunga yang terlalu banyak), lintah darat;\n \n~\n \nkenyang \na) besar di tengah (badan dan lain-lain);\n b) = \ncincin ~\n \nkenyang \ncincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris);\n~\n \nhendak menjadi ular sawa \n(peribahasa)\na) perihal orang yang hina (miskin) berlagak seperti orang yang mulia (kaya);\n b) berangan-angankan sesuatu yang tidak mungkin tercapai;\n \nseperti ~ melompat \n(peribahasa) lintah darat;\n \nseperti ~ (kenyang) \n(peribahasa) perihal orang yang setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dengan tidak menunggu-nunggu dahulu." "pacat II\nburung ~\na) sejenis burung, burung kubung, burung lah, \nPitta brachyuna cyanoptera; \nb) sejenis burung, \nPitta c. caerulea\n." "pacat III\nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), kayu ribu, pokok kancil, rambai ayam, \nAnisophyllea disticha\n." "pacau\n1.\n sejenis azimat yang digantungkan di pokok (untuk mengelakkan buahnya daripada dicuri orang);\n2.\n benda yang busuk baunya (digunakan untuk menakuntukan burung datang ke tanaman);\n3.\n periuk yang diberi berbintik-bintik dengan kapur untuk menakuntukan burung dan lain-lain daripada merosakkan tanaman." "pacek\n(Sunda);\nmemacek\n1.\n masuk ke dalam tanah;\n2.\n menjantani (binatang ternakan);\npemacek\n binatang jantan yang digunakan untuk membiakkan keturunan;\n \nkuda ~\n kuda jantan yang digunakan untuk membiakkan keturunan." "paceklik\n[Jawa] musim kekurangan bahan makanan." "paceri\npajeri." "pacih, pacis\nsejenis permainan seperti dam." "pacing\n[Terengganu] gusti lengan:\ntangan dia terseliuh kerana ~ dengan Pak Mat." "pacu\n1.\n besi tajam atau bulat bergigi-gigi yang dilekatkan pada tumit kasut (dipakai untuk mencepatkan kuda berlari);\n2.\n (Komputer) tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan;\n3.\n (Komputer) tindakan menyalurkan data atau isyarat dari satu titik ke titik yang lain;\nberpacu\n1.\n ada pacunya, memakai pacu;\n2.\n digertak dengan pacu supaya berlari deras;\n3.\n berlumba lari dan lain-lain;\n \n~\n \nkuda \nberlumba kuda;\nmemacu\n1.\n menggesa (kuda) dengan menusukkan pacu supaya berlari deras:\nmaka Arung Lenga pun ~\n \nkudanya; \n2.\n [kiasan] melarikan deras-deras (kereta dan lain-lain):\ndipacunya motosikalnya dengan laju\n;\n3. = memacukan\n memperlumbakan;\n4.\n menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dan sebagainya) dengan lebih cepat atau pesat, memesatkan:\nbeberapa strategi untuk ~ pertumbuhan ekonomi negara; \nmereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk ~ perniagaan masing-masing;\n pacuan\n1.\n perlumbaan (kuda, sapi, dan lain-lain);\n \nanak ~\n penunggang kuda lumba, joki;\n \nkuda ~\n kuda lumba;\n2.\n tempat atau padang perlumbaan (kuda dan lain-lain);\n3.\n yang dipacu oleh:\nkenderaan ~ empat roda;\n~ empat roda \nsistem kenderaan bermotor yang keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan;\npemacuan\n perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) memacu:\npenguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara;\n~ kuda;\npemacu\n1.\n faktor (unsur dan sebagainya) yang memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dan sebagainya):\nhasrat kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai salah satu ~ ekonomi negara; \nsyarikat itu diiktiraf sebagai kuasa ~ yang membawa banyak kemajuan teknologi; \n2.\n (Komputer) perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan atau perisian lain:\njika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya;\n~ cakera \nperanti perisian ingatan komputer yang digunakan untuk menyimpan dan mendapatkan kembali data pada cakera." "pacuk I\nmemacuk\n mematuk dengan paruh, memagut:\nkemudian dari itu seekor burung, abeni namanya, ~\n \nseekor ular besar." "pacuk II\ntabung atau bekas air dan lain-lain daripada buluh, bacuk." "pacul I\ncangkul;\nmemacul\n mencangkul:\nsawah yang dipaculnya itu sudah bukan kepunyaannya\n." "pacul II\nmemacul\n memicit atau menekan (buah-buahan, bisul, dan lain-lain) supaya keluar isinya;\nterpacul\n1.\n terkeluar (isi dari kulitnya dan lain-lain), tersembul, terpersil;\n2.\n keluar (timbul) dengan tiba-tiba, terjengul:\nsetelah orang yang berada di bilik mandi itu pergi, Abd Fakar akan ~\n \nsemula." "pad\n1.\n helaian kertas yang diikat sekali pada satu hujung:\n~ tulis\n;\n 2.\n bahan lembut (span) yang memberi perlindungan bentuk kepada sesuatu:\n~ kasa; \nkot itu ada ~ pada bahunya\n;\n 3.\n pelapik untuk melindungi bahagian tertentu pada badan:\n~ lutut; \n4.\n kepingan logam yang rata yang digunakan untuk mengapit cakera brek." "pada I\n1.\n kata sendi nama yang bererti di:\n~\n \nbulan Januari; \ndalam ~\n \nitu \nsementara (sambil) itu;\n2.\n kata sendi nama yang bererti terhadap:\nBang Uda marah tak ~\n \nIda? \n3.\n dalam, menurut, mengikut:\n~\n \nfikirannya\n;\n \n~\n \nhatinya\n;\n \n~\n \nsangkanya; \n4.\n buat, bagi:\n~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; \n5.\n [sastera lama] akan, untuk:\nbab ~\n \nmenyatakan; \n6.\n dari, daripada:\n~\n \nbercerai mahulah mati;\n~\n \njadi Komunis biarlah dia mati\n." "pada II\n1.\n tidak kurang dan tidak lebih, cukup:\nkaum kita hidup ~\n \ndengan sesuap nasi; \n2.\n berasa puas (senang), berasa cukup:\nhatinya belum ~;\nasal ada kecil pun ~\n (peribahasa) asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah;\nberpada\n mencukupi:\n dalam keadaan serba sederhana dan ~;\n berpada-pada\n1.\n elok-elok cukup, tidak berlebih-lebihan:\namatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~\n \natau melebihi batasan-batasan yang dihadkan; \n2.\n agak cukup (walaupun tidak banyak), lumayan, sedang;\nmemadai\n mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dan lain-lain):\nrang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; \nmakanan semata-mata tidak ~;\nmemada-memadai\n membuat seelok-elok cukup sahaja;\nmemadakan\n1.\n menjadikan pada, menganggap pada:\napabila malam dipadakanlah tidur bertikar\n;\n2.\n membiarkan, mendiamkan:\norang tua mahulah sabar dan ~\n \nkelakuan orang muda; \n3.\n menjadikan puas, memuaskan:\n~\n \nhati\n;\nterpada; \ntak ~\n tidak boleh ditandingi, terlalu sangat." "pada III\nsama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu):\nibu-ibu itu ~\n \nduduk mengobrol; mereka ~\n \nberebut minta makanan; \nburung-burung sudah ~\n \nresah menunggu\n." "pada IV\n[sastera lama]\n1.\n [arkaik] kaki;\n2.\n tempat (dalam kata majmuk):\nmaya ~, marca ~." "padah I\n= padahan\n alamat atau tanda (sesuatu kejadian yang akan berlaku)." "padah II\n[Minangkabau] = \npadahan\n akibat, imbangan, balasan:\nsekiranya tergelincir nescaya cedera ~nya\n;\n \nperbuatan ini buruk ~nya\n." "padah III\nmemadah\n menjemput:\nPak Mat telah ditugaskan untuk ~\n \nsemua orang kampung itu\n." "padahal\nsebetulnya, sebenarnya, sedangkan:\nmengapa ia mesti jadi begitu susah ~\n \nayah dan ibunya orang yang berada\n." "padak\n[Jawa] tambak tempat membuat garam." "padaka\n[sastera lama] \n= pedaka I\n." "padam I\n1.\n tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dan lain-lain), mati:\nlampu-lampu rumah buruh ~\n \nsatu-satu; \napi yang meliuk-liuk lemah itu ~; \n2.\n tenang semula (kemarahan, keinginan, semangat, dan lain-lain), tidak bergelora lagi;\n \ntidak kunjung ~\n tidak reda-reda (terus bergelora);\n3.\n tidak berkecamuk lagi (pertempuran dan lain-lain), reda, tenteram;\n4.\n sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput sesuatu:\nrindunya tidak pernah ~;\n~ nyawa \n(\nhayat\n) mati;\n \ndi mana api ~, di sanalah puntung tercampak \n= \n~\n \nnyala tarik puntung \n(peribahasa) di mana mati di situlah dikuburkan;\nmemadamkan\n1.\n mematikan (api dan lain-lain):\n~\n \napi; \nlampu hendak kaupadamkan; \n2.\n menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dan lain-lain), menenangkan:\n~\n \nberahi;\n~\n \nsekali segala harapan;\n 3.\n meredakan, menenteramkan (kekacauan dan lain-lain);\n4.\n menghilangkan dahaga;\n5.\n menghilangkan, melenyapkan:\nangin sejuk itu tidak dapat ~\n \ntitik-titik keringat di dahinya;\n~\n \ntulisan;\n kepadaman\n1.\n perihal padam:\n~\n \nlampu itu dengan sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; \n2.\n mengalami sesuatu sebab padam;\npemadaman\n perbuatan memadamkan;\npemadam\n1.\n = \n~\n \napi \nalat untuk memadamkan api (kebakaran);\n2.\n alat untuk memadamkan tulisan di papan hitam dan sebagainya;\n \ngetah ~\n getah untuk memadamkan tulisan." "padam II\nmerah ~ \nmerah seperti bunga padma (berkenaan (dengan) muka ketika marah)." "padan I\n1.\n banding, imbangan, lawan, tanding, tara:\n lawan itu bukan ~nya; \nsama ~\n seimbang;\n2.\n cocok, sesuai, patut, sama:\npakaian baru yang ~ dengan bentuk badannya; \nbanyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya;\n~lah engkau dipilih menjadi ketua; \n3.\n dapat dipakai (berkenaan (dengan) pakaian seperti baju, seluar, dan sebagainya), muat:\nbaju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;\nsepadan\n kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dan lain-lain), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai:\nkalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; \ncubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~\n \ndengan kekuatan jiwanya;\n kesepadanan\n keadaan sepadan:\n adanya ~ skema dengan perwakilannya;\n berpadan\n1.\n sepadan (dengan), sesuai (dengan):\nkekuatan peribadinya ~\n \ndengan rupa lahirnya; \n2\n. bermuafakat, bermesyuarat, berunding:\nmaka Pak Si Molong pun ~lah dengan juara Raja Jalan itu; \nsetelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah\n;\nberpadanan\n1.\n padan atau kena antara satu sama lain:\nkhusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya\n;\n2.\n berpadan (dengan):\nbadannya agak gempal ~\n \ndengan rupa orang yang tengah naik\n;\nmemadan\n memperbandingkan dua benda atau lebih (untuk melihat persamaannya, perbezaannya, dan lain-lain):\nmaka juaranya pun pergilah ~\n \nayam kepada juara yang di gelanggang itu; \ntidak ~-madan \ntidak mengira-ngira, tidak mengagak-agak atau menimbang-nimbang (kesesuaian diri sendiri, hati orang, dan lain-lain);\nmemadankan\n1.\n menjadikan padan (dengan sesuatu yang lain), menyesuaikan, menyelaraskan:\n~\n \ndirinya untuk menerima segala perubahan; \nyang lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yang dipadankan dengan seluar panjang; \n2.\n membandingkan (untuk mengetahui sesuai atau tidaknya dan lain-lain):\nmemadan-madankan gadis itu dengan anaknya\n;\n3.\n memberikan (membentuk dan sebagainya) sesuatu yang menjadi persamaan bagi sesuatu yang lain, memberikan padanan kepada sesuatu:\npercubaan untuk ~\n \nsatu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya\n;\npadanan\n1.\n bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang:\ncita-citanya ialah membuat projeksi daripada kenyataan-kenyataan yang dilihatnya, ia ingin membuat ~\n \ndari alam di sekitarnya; \n2.\n perihal padan, persesuaian, persamaan:\nuji ~\n \nbenang itu dengan nat\n;\n3.\n = \n~ kata \nkata atau rangkai kata dalam sesuatu bahasa yang sama maknanya dengan kata atau rangkai kata dalam suatu bahasa yang lain:\nkamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris\n;\npemadanan\n perihal memadankan sesuatu, penyesuaian, perbandingan:\n~\n \nkonsep yang wujud dalam fikiran dengan penyataannya yang diterbitkan dalam bentuk kata\n;\npemadan\n sesuatu yang memadan(kan);\n \ngarisan ~\n garisan (pada kain jahitan) tempat dijahit." "padan II\nhad atau tempat melempar batu (damar, guli, dan lain-lain) dalam permainan, sempadan." "padan III\n[Minangkabau] janji;\nberpadan\n berjanji." "padan IV\n[Jakarta] curang (dalam permainan dan lain-lain)." "padang\n1.\n tanah yang lapang, lapangan;\n \n~\n \nbola \npadang tempat bermain bola sepak;\n \n~\n \nbelantara = ~\n \ngurun = ~ tiah \ntanah luas yang tidak dikerjakan;\n \n~\n \njarak \n= \n~\n \ntekukur \npadang atau tanah luas yang ditinggalkan (tidak dikerjakan);\n \n~\n \n(kapal) terbang \nlapangan terbang;\n \n~\n \nmahsyar \npadang tempat berkumpul pada hari kiamat;\n \n~\n \nminyak \ntanah luas yang ada minyak tanah di dalamnya;\n \n~\n \npasir \ntanah pasir yang sangat luas;\n \n~\n \nragut = ~ rumput ternak \nkawasan tanah yang ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yang sesuai untuk diragut oleh binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri;\n \n~ rumput\n padang yang ditumbuhi rumput;\n \n~\n \ntandus \npadang yang tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan;\n \n~\n \ntembak \npadang tempat berlatih menembak;\n \n~\n \nusaha \nlapangan atau lingkungan pekerjaan;\n2.\n [Kedah] sawah, bendang;\n~\n \nperahu di lautan, ~ hati di fikiran \n(peribahasa)\na) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya;\n b) fikirkan sungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu menurut kehendak hati;\n \ndi ~\n \norang berlari, di ~\n \nsendiri berjingkat \n(peribahasa) suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri;\n \nlain ~\n \nlain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) \n(peribahasa) lain negeri lain adat resamnya;\n \ntersesak ~\n \nke rimba \n(peribahasa) habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi;\nberpadang\n mempunyai padang, ada padangnya;\ndiberi ~\n \nluas \n(peribahasa) diberi kebebasan untuk memilih apa kehendaknya;\n \norang menebus ~\n \nsenang, orang diberi beroleh sahaja \n(peribahasa) sesuatu yang telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati." "padas\n[Jawa] lapisan tanah yang keras, cadas." "padasan\nsejenis tempayan besar tempat air sembahyang." "padat\n1.\n penuh dan rapat sekali (isinya, kandungan, susunannya, dan lain-lain), padu, pejal, tumpat:\ntanah tidaklah ~\n \nseperti batu, tetapi peroi dan berliang-liang; \ngas itu dipam ~\n\u2013\n~\n \nke dalam silinder besi waja yang tebal; \n2.\n penuh, sesak, berasak-asak:\nrestoran-restoran mereka ~\n \ndengan makanan yang baik-baik;\n~\n \nseperti ikan sardin dalam tin; \n3.\n banyak sekali penduduk (daerah dan lain-lain);\n4.\n banyak isinya (berkenaan (dengan) karangan, ucapan, dan lain-lain), berisi, bernas;\n \nbahasa jurnalistik lebih ~\n \ndan tepat; \n5.\n [Indonesia] pejal (tidak cair atau seperti gas):\nair kalau didinginkan menjadi ~;\nmemadat\n menghempap-hempap (memijak-mijak, mengasak-asak) hingga padat:\n~\n \nperut \n(memberi) makan kenyang-kenyang;\nmemadati\n1.\n memenuhi hingga padat:\ngulungan-gulungan kertas ~\n \nalmari yang kecil; \n2.\n mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dan lain-lain) hingga padat;\nmemadatkan\n1.\n mengisi atau mengasak sesuatu (seperti guni dan lain-lain) hingga padat;\n2.\n mengisikan sesuatu hingga padat:\nbas yang satu pertiga besarnya daripada ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~\n \npenumpang sekali ganda daripada yang telah ditetapkan; \n3.\n menjadikan padat, memampatkan, memejalkan:\npadatkan tanah dalam silinder itu dengan mengetuk-ngetuk;\n~ air dengan mendinginkannya\n;\npadatan\n1.\n [Indonesia] pejal;\n2.\n perihal padat (penduduk dan lain-lain);\nkepadatan\n1.\n perihal padat;\n2.\n terlalu ramai atau penuh sesak (dengan penduduk):\ndaerah-daerah yang ~\n;\npemadatan\n perbuatan memadatkan:\nRobert Boyle ialah orang yang pertama mempelajari ~\n \ngas." "padau\nlayar ~\n layar yang dipasang tatkala ribut turun." "paderi\norang Kristian (terutama lelaki) yang dilantik khas untuk mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Kristian (di gereja dan sebagainya);\n \n~\n \ntentera \npaderi yang kerjanya menjaga keselamatan jiwa askar-askar Katolik." "padi I\n1.\n sejenis tumbuhan (rumput yang buahnya dijadikan beras), \nOryza spp.\n;\n2.\n buah pokok padi;\n~ bendang (paya, sawah) \npadi yang ditanam di tempat yang berair;\n \n~\n \nberat (dalam, lambat) \npadi yang lama baru berbuah, padi yang lambat berbuah;\n \n~\n \nberdukung \npadi yang kembar buahnya dan dianggap bertuah;\n \n~\n \nbibit \npadi yang bakal disemai;\n \n~\n \nbukit (gogo, huma, ladang) \npadi yang ditanam di tempat yang tidak berair;\n \n~\n \nburung \nsejenis tumbuhan (rumput) yang biasanya tumbuh di sawah, \nEchibochloa crusgalli\n;\n \n~ cerai \npadi yang cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya;\n \n~\n \nkernap \npadi semaian untuk menggantikan pokok yang mati;\n \n~\n \nketam \npadi pulut;\n \n~\n \nkunca \npeminjaman wang oleh petani dengan perjanjian akan dibayar dengan padi apabila masak nanti;\n \n~\n \nlekas (radin, ringan) \npadi yang cepat berbuah;\n \n~\n \nMahsuri \nsejenis padi kacukan (antara padi dari Taiwan dengan padi dari Kedah) yang menghasilkan tanaman dua kali setahun;\n \n~\n \nMalinja \nsejenis padi kacukan (antara padi Malaysia, India dan Jepun) yang menghasilkan biji padi yang besar;\n \n~\n \npulut (sipulut) \npadi yang berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dan lain-lain);\n \n~ rambai\n [Kedah] sejenis padi yang panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang);\n \n~\n \nusang \na) padi yang lama tersimpan;\n b) [Kelantan] orang tua yang berpengalaman banyak;\n~\n \ndikebat dengan daunnya \n(peribahasa) mengusahakan sesuatu tidak dengan modal lain tetapi dengan bahagian usaha itu jua;\n \n~\n \nmasak jagung mengupih \n(peribahasa) keuntungan yang diperoleh dengan berlipat ganda;\n \n~\n \nsegenggam dengan senang hati, lebih baik daripada ~\n \nselumbung dengan bersusah hati \n(peribahasa) kesenangan hati lebih berharga daripada kekayaan;\n \n~\n \nsekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang \n(peribahasa) perihal seseorang yang nampaknya kaya tetapi sebenarnya miskin;\n \n~\n \nselumbung dimakan orang banyak \n(peribahasa) hiburan kepada isteri daripada seorang suami yang beristeri lebih daripada satu;\n \n~\n \nsetangkai bernas semuanya \n(peribahasa) keluarga yang bahagia dan beruntung semuanya;\n \nbaik membawa resmi ~\n, \njangan membawa resmi lalang \n= \nseperti buah ~\n, \nmakin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi \n= \nseperti ilmu ~\n \nkian berisi kian runduk \n(peribahasa) semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong);\n \nbukan tanahnya menjadi ~\n (peribahasa) bukan tampannya akan jadi orang baik-baik;\n \njika ada ~\n, \ntentu ada hampanya \n= \njika ada ~\n \nberhampalah, jika ada hati berasalah \n(peribahasa) siapa yang berasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu;\n \njika kasih akan ~\n, \nbuangkanlah akan rumput \n(peribahasa) jika kasihkan anak isteri berhentikanlah daripada mengasihi orang lain;\n \nmenyisip ~\n \ndengan bilalang (lalang) \n(peribahasa) mencampurkan yang baik dengan yang jahat, akhirnya musnahlah yang baik itu;\n \nseperti ~\n \nhampa, makin lama makin mencongak \n(peribahasa) orang sombong yang tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya;\n \ntak ada ~\n \nyang bernas setangkai \n(peribahasa) tidak ada sesuatu yang sempurna segala-galanya;\nberpadi\n1.\n mempunyai padi;\n2.\n bertanam (bersawah, berladang) padi;\n \nmusim beremas kemas, ~\n \nmenjadi \n(peribahasa) orang berharta dapat mencapai apa yang dikehendakinya;\npadi-padian\n segala tumbuhan (rumput) jenis padi." "padi II\n(untuk menyatakan) kecil atau yang kecil:\ncili (lada) ~\n;\n \nlempoyang ~\n;\nsepadi\n sedikit:\ntak ~\n \npun yang ada." "padian\n[Brunei] perempuan yang berjaja (biasanya makanan) dengan menggunakan perahu." "padma\nbunga teratai (seroja, telepok)." "padol\n[Kelantan] peduli." "padpinder\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pandu." "padsyah\n(Parsi) raja, syah." "padu\n1.\n mampat, padat, pejal, tumpat:\n~\n \nseperti batu dan besi; \nroti mudah dihancurkan di dalam tubuh kerana ia tidak ~\n;\n2.\n telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati:\nanak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~\n \ndalam satu perarakan; \nbersatu ~\n bersatu benar-benar;\n3.\n [kiasan] kukuh (teguh, utuh) dan kuat:\nkesatuan yang ~\n;\nsepadu\n sebati, terserap, berjalin:\nada lebih kurang 800 kata Sanskrit yang kekal ~\n \ndengan kata-kata Melayu sekarang; \npembangunan material dan spiritual hendaklah ~\n;\nbersepadu\n berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dan sebagainya):\npembangunan secara ~\n \nini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial\n;\n \nmempunyai asas sumber asli yang ~ dengan struktur perindustrian;\nmenyepadukan\n menjadikan sepadu atau bersepadu:\nkesemuanya telah dicampur aduk dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yang utuh dan berfungsi\n;\ntersepadu\n telah bersepadu:\nini bermakna kaum bumiputera akan ~ dalam perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020;\n kesepaduan\n keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh;\n \nmalahan ~\n \nkomuniti itu diasaskan pada pertalian kekeluargaan\n;\npersepaduan\n perihal bersepadu (bangsa, masyarakat,dan sebagainya);\npenyepaduan\n proses menyepadukan, penyebatian;\npenyepadu\n orang, unsur, pihak dan sebagainya yang menyepadukan:\nsyarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yang terkemuka di negara ini;\n berpadu\n1.\n bercampur menjadi satu, menjadi sebati:\nketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~\n \nmenjadi satu; \nzat besi mudah ~\n \ndengan oksigen\n;\n2.\n bercampur, bergaul:\nsenyum dan tangis ~\n \nmenyambut kepulangannya; \n3.\n menjadi beku dan keras (darah dan lain-lain);\n4.\n teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu;\n~\n \npadan \na) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar;\n b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan (menyesuaikan) fikiran;\n \n~\n \nsuara \na) berduet;\n b) [kiasan] menjadi satu, berbaur:\nangin laut dan desir ombak ~\n \nsuara\n;\nmemadu\n1.\n melebur (emas);\n2.\n melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam);\n3.\n mengikat (janji dan lain-lain), menguatkan, mengukuhkan:\n~\n \njanji; \nkata sudah dipadu; \nnegara-negara yang tidak memihak ~ tenaga untuk memperkuat pengaruh mereka; \n4.\n membandingkan, menyesuaikan, mencocokkan, memadankan;\n \n~\n \npendapat \nmencocokkan pendapat;\n \n~\n \nhati \nmenyatukan hati (kasih dan lain-lain);\n \n~\n \nsatu \n= \nmenyatupadukan\n menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh;\nmemadukan\n menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampurkan, menyatukan:\n~\n \nfahaman semua manusia\n;\nmemperpadukan\n menjadikan berpaduan:\nmanusia berjaya ~\n \nbahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru\n;\nterpadu\n sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dan lain-lain), tergabung;\npaduan\n1.\n apa yang telah dipadu, sesuatu yang telah disatukan (digabungkan dan lain-lain):\n~\n \nsuara;\n 2.\n persesuaian, kecocokan;\nkepaduan\n kesatuan (pendapat, cita-cita, dan lain-lain), kemuafakatan;\nperpaduan\n1.\n penggabungan, peleburan;\n2.\n persesuaian, kecocokan;\n3.\n perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dan lain-lain), persatuan:\nbahasa dan sastera adalah alat untuk ~\n \nkebangsaan; \nbahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional\n;\npemaduan\n1.\n perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dan lain-lain) menjadi satu:\nair boleh dibuat melalui ~\n \nhidrogen dan oksigen\n;\n2.\n persesuaian, kecocokan;\npemadu\n sesuatu yang memadukan:\nkuasa ~." "paduk\ngarisan (had, batas) tempat permulaan (melempar dan lain-lain) dalam permainan." "paduka\n1.\n [sastera lama] kasut, sepatu;\n2.\n panggilan kepada sultan dan raja:\nSeri P~\n \nBaginda Yang di-Pertuan Agong\n;\n3.\n panggilan kepada orang yang dimuliakan:\nsurat ~\n \nayahanda sudah anakanda terima\n;\n4.\n gelaran orang yang berpangkat (mulia-mulia dan lain-lain):\nBendahara P~\n \nRaja; \nDato\u2019 P~\n;\n \nImam P~\n \nTuan\n." "padung I\nbahagian yang menganjur (pucuk dan lain-lain) daripada batang pokok yang menjalar." "padung II\nburung ~\n burung enggang." "padung III\n[kata seru] loteng." "padusi\n[Minangkabau] perempuan, isteri." "paduta\nnaib duta." "paesan\n[Jawa] hiasan pada dahi pengantin perempuan." "paf I\npastri yang biasanya berisi inti krim, jem dan sebagainya:\n~ krim." "paf II\n~ bedak \nkepingan kain, span dan sebagainya yang lembut untuk menyapu bedak pada muka." "pagai\nnyiur ~\n sejenis kelapa yang rendah pokoknya, nyiur puyuh." "pagan I\ntegap (badan dan lain-lain), teguh, kukuh, kuat:\npemuda yang ~\n\u2013\n~\n \ndan tabah hati\n." "pagan II\norang yang tidak percaya pada sebarang agama utama, seperti Islam, Kristian, atau Yahudi." "pagar I\n1.\n sesuatu yang dibuat untuk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (kebun dan lain-lain):\n~\n \nbesi;\n~ buluh;\n~ dawai (kawat); \nturus ~ \ntiang pagar;\n2.\n sesuatu yang serupa pagar;\n \n~\n \nbulan \nlingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan;\n~\n \ndesa \norang yang membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat;\n \n~\n \nduri \npagar daripada dawai berduri;\n \n~\n \nhidup \npagar daripada pokok-pokok kecil;\n \n~\n \nmusang (sasak, tenggalung) \npagar pada buritan perahu;\n \n~\n \nsua \npagar yang menyekat dua ekor kerbau yang akan diadu;\n~\n \nmakan padi (tanaman) \n(peribahasa) orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang mengkhianati kita;\n \nbagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi \n(peribahasa) keadaan atau pertolongan yang tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung);\nberpagar\n mempunyai sesuatu sebagai pagar:\nkebun yang tidak ~;\nberpagarkan\n mempunyai sesuatu sebagai pagar:\njalan itu ~ pohon ru;\nmemagar\n1.\n membuat pagar, memasang pagar:\npohon-pohon mempelam dalam kebun itu dipagar berkeliling dengan besi;\n 2.\n menyerupai pagar;\n~\n \ndiri \nmenjaga diri;\n \n~\n \ndiri bagai aur \n(peribahasa) [Minangkabau] menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain);\nmemagari\n1.\n membuat atau mendirikan pagar pada (di sekeliling):\nkebun itu dipagari dengan kawat berduri; \n2.\n berada (terletak, berdiri, dan sebagainya) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi:\ntasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yang berwarna-warni; \npenonton yang sedang ~ medan permainan itu; \n3.\n [kiasan] menghalangi (daripada kejahatan, bahaya, dan lain-lain), melindungi, mendindingi;\nmemagarkan\n1.\n menggunakan sesuatu sebagai pagar;\n2.\n membuatkan pagar (pada), mendirikan (memasangkan) pagar pada;\npemagaran\n proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pada atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dan sebagainya):\nkerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai;\npagaran\n pagar." "pagar II\n~ anak betina (hitam, merah) \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), bunga meragung, jenjagung, \nIxonanthes icosandra\n." "pagas\n[arkaik];\nmemagas\n memangkas, memenggal." "pageri\nserban orang Hindustan." "pagi\nwaktu selepas matahari terbit (kira-kira dari pukul enam hingga pukul sepuluh):\nsarapan ~; \nia pergi ~ tadi;\n~ petang \ntiap-tiap pagi dan petang;\nusahlah teman dimandikan ~ \n(peribahasa) janganlah dipermainkan dengan pujian yang berlebih-lebihan;\nsepagi, sepagian\n sepanjang (seluruh) pagi:\n~\n \nitu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya;" "pagi-pagi\n1.\n pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali:\n~\n \nia pergi ke pasar; \n2.\n terdahulu daripada waktunya, awal lagi:\npergilah ~ supaya tentu dapat bas;\n~ buta (hitam) \npagi-pagi sekali;\nkepagian\n1.\n terlalu pagi, pagi benar;\n2.\n terlalu awal." "pagina\n[Indonesia-Belanda] muka (buku dan lain-lain), halaman." "pagoda\nkuil (terutamanya Buddha dan Hindu) yang berbentuk menara bertingkat-tingkat yang di setiap keliling tingkatnya terdapat bumbung hiasan." "pagu\n[Minangkabau]\n1.\n para dapur;\n \narang ~ \narang para, jelaga;\n2.\n loteng, loteng tempat menyimpan barang." "pagun\n[Minangkabau] pagan, kuat, kukuh, teguh." "pagut I\nmemagut\n mematuk (ular, burung, dan lain-lain), mencatuk;\npagutan\n perbuatan memagut, patukan." "pagut II\n[Minangkabau];\nberpagut; \n~\n \nlutut \nberpeluk (berdakap) lutut, tidak membuat kerja apa-apa;\nmemagut\n1.\n memeluk, mendakap:\ndia menangis tersedu-sedu sambil ~ bantal gulingnya; \n2.\n [kiasan] mengelubungi, menyelubungi:\nkesepian terus juga ~ ; \ndi kala senja ~ bumi;" "pagutan\npelukan, dakapan:\nlama sekali kepala yang mongel itu dalam ~nya;\nsepemagutan\n sepemeluk." "pah I\n1.\n [Perak] nenek;\n2.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] pak, bapak." "pah II\n[Indonesia-Belanda] pajak;\n= pak IV\n." "paha I\n1.\n bahagian kaki manusia di antara lutut dan pinggul;\n2.\n bahagian kaki belakang binatang-binatang tertentu di antara lutut dan pinggul;\n3.\n [sastera lama] perempat, suku;\n \nse~ \nsesuku;\n~\n \nbelalang \na) paha yang kecil dan lurus;\n b) sejenis penyemat (pin) baju;\n c) spring, pegas;\n \n~\n \nkek \nbahagian kek (alat tenun) yang berat di sebelah bawah (tempat bahagian-bahagian kek lain dipasang);\nbergendang ~ \n(peribahasa) bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan;\n \ncubit ~ kanan, ~ kiri sakit juga \n(peribahasa) kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, ia pun akan berasa juga kesusahannya;\n \ndiberi betis hendak ~ \n(peribahasa) diberi sedikit, kemudian hendak banyak." "paha II\n[Kelantan] mata tenggala." "paha III\nburung ~ kelati \nsejenis burung, \nDicrurus aeneus malayensis\n." "pahala\nganjaran daripada Tuhan (kerana berbuat baik), lawan dosa:\norang-orang yang bersedekah akan menerima ~ daripada Allah; \nberbuat ~\n berbuat kebaikan;\nberpahala\n mempunyai pahala:\nlebih baik mati segera dengan ~ daripada hidup lama bergelumang dosa." "pahang I\n(Sunda) [arkaik] sejenis bau yang tidak sedap (seperti bau daun pohon buah nona);\n \npahit ~ \npahit getir." "Pahang II\nnegeri di tenggara Semenanjung, keluasan 35 965 km2 , Kuantan sebagai ibu negeri, Darul Makmur." "pahar\nsejenis talam berkaki yang dibuat daripada gangsa atau tembaga (untuk bekas makanan)." "pahat I\nalat besi yang berbentuk bilah yang tajam hujungnya (untuk menebuk lubang, mengukir kayu, dan lain-lain);\n jenis-jenisnya:\n~\n \ncaku, ~ kuku, ~ mata bulat, ~ mata lintang, ~ putar, \ndan lain-lain;\n \n~ kuku \npahat yang matanya melengkung, digunakan untuk membuat lurah dan ukiran biasa;\n \n~\n \npating \nsejenis pahat yang tidak tajam;\n ~ pelubang \npahat yang khusus digunakan untuk menebuk lubang;\nbagai ~, tidak ditukul tidak makan \n= \nlaksana ~ dengan penukul \n(peribahasa) orang yang hanya bekerja apabila diperintah (disuruh);\n \nmenciritkan ~ \n(peribahasa) sudah tua sangat (orang);\nberpahat\n1.\n sudah dipahat;\n2.\n berukir;\n \nyang berbaris yang ~, yang bertakuk yang bertebang \n(peribahasa) [Minangkabau] pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (aturannya) yang biasa;\nmemahat\n1.\n menebuk lubang dan lain-lain dengan pahat;\n2.\n mengukir, membuat patung dengan pahat:\ndi atas tugu itu semua nama pejuang yang gugur turut dipahat;\n~ di dalam baris, berkata dalam pusaka \n(peribahasa) [Minangkabau] mengerjakan sesuatu dengan aturannya (supaya selamat);\nterpahat\n1.\n telah diukir dengan pahat, terukir:\nukiran yang ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; \ntulisan yang ~ pada batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; \n2.\n ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-olah telah dipahat pada sesuatu:\nhasrat untuk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; \nbagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dalam ingatan mereka;\npahatan\n sesuatu yang dipahat, hasil memahat, ukiran:\ndi sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman;\n pemahatan\n perbuatan (proses) memahat;" "pahat II\nbulu ~ \nbulu paku, bulu yang halus-halus pada burung." "pahi\nmata ~ \nbesi pada hujung mata bajak." "pahit I\n1.\n rasa seperti rasa hempedu:\nterasa ~ sedikit minuman keras itu; \nmendapat kopi ~ \na) mendapat kopi yang tidak bergula;\n b) kena marah;\n2.\n [kiasan] menyakitkan hati, menyusahkan hati (perasaan):\nsemua perkataannya ~ dan melukakan hati belaka; \nkenyataan yang ~; \n3.\n [kiasan] tidak senang, susah, sukar, payah:\nbetapa ~nya kehidupan orang-orang kampung; \n4\n. sukar untuk ditanggung atau diterima:\n peristiwa ~ yang diharungi mereka;\n~(-pahit) darah \npanjang umur;\n \n~\n \ngetir \n= \n~\n \nmaung \n= \n~\n \npahang \nkesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam;\n \n~\n \nlepang \n[Kelantan] pahit benar;\n \n~\n \nmeninggal (peninggal) \na) bagai melekat di tekak (rasa pahit);\n b) sesudah dimakan baru terasa pahit;\n c) kemudiannya baru ternampak (terbukti) ketidakjujurannya;\n \n~\n \nperia \n[Kelantan] buruk (keji) tetapi berfaedah atau disukai;\n \n~\n \ndahulu, manis kemudian \n(peribahasa) yang rumit (sulit dan lain-lain) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dalam perjanjian) supaya senang kemudiannya;\nsepahit; \n~ semanis \nbersama-sama menderita dan bersuka;\n \n~\n\u2013\npahit mambu, kelatnya menjadi ubat \n(peribahasa) perkataan yang keras tetapi mengandungi pelajaran itu mendatangkan kebaikan;\nberpahit-pahit\n1.\n bersusah payah, bersusah-susah, berpayah-payah:\n~\n \ndahulu bermanis-manis kemudian; \n2.\n berterus terang menyatakan sesuatu (yang buruk dan yang baik);\nmemahitkan\n menyebabkan pahit, menjadikan pahit;\nkepahitan\n1.\n perihal pahit;\n2.\n [kiasan] kesusahan, kegetiran, penderitaan:\nsama-sama kami mengalami ~ hidup\n." "pahit II\nrumput ~ \na) sejenis tumbuhan (rumput) kerubung padi, rumput mentebung, \nCyrtococcum oxyphyllum; \nb) sejenis tumbuhan (rumput, rumput ala negeri, rumput kerbau, \nPaspalum conjugatum\n." "pahlawan\norang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira:\n~\n \ntanah air;\nkepahlawanan\n perihal gagah berani (berani berjuang dan lain-lain), keberanian, keperwiraan:\nkita puja Rizal kerana semangat nasionalismenya dan ~nya\n." "pahuk\nmemahuk\n memauk, menetak." "pai I\n1.\n makanan berupa pastri yang berintikan daging atau buah-buahan;\n \n~ kotej \n(ERT) makanan daripada daging kisar yang dibakar dan diletakkan kentang lecek di atasnya;\n2.\n = \ncarta ~ \ncarta bulat yang terbahagi kepada beberapa bahagian yang masing-masing mewakili peratusan tertentu sesuatu satuan." "pai II\nbelum ~ \nbelum lagi." "pain\nunit ukuran cecair yang bersamaan dengan 1/8 gelen atau lebih kurang 0.57 liter (Britain) dan 0.47 liter (A.S.)." "paip\n1.\n pembuluh untuk menyalurkan air (minyak, gas, dan lain-lain), pipa:\n~\n \nangin; \n2.\n = \n~\n \nair \ncerat pancuran air (untuk orang awam dan lain-lain), pili:\ndibukanya ~ dan air pun terpancarlah; \n3.\n a) alat daripada kayu dan lain-lain untuk menghisap tembakau, pipa;\n b) pembuluh (daripada kayu dan lain-lain) penyambung rokok, pipa;\nmemaipkan\n membuat hiasan pada kek, biskut, dan lain-lain dengan mengasak krim atau aising melalui sejenis bekas bermuncung:\ndia~ aising di keliling kek itu;\nperpaipan\n (sistem, kerja dan lain-lain) pemasangan paip:\nsistem ~ air dan gas untuk bangunan itu telah siap dipasang; \nbayaran itu tidak termasuk kos ~." "pair I\n1.\n peronda atau penjaga keamanan di laut:\ndialah yang menjadi suluh dan ~;\n2.\n = \nperahu ~\n perahu yang meronda di laut (untuk menjaga keamanan;\nberpair-pair\n belayar pulang balik (untuk menjaga keamanan di laut);\nmemairi\n merondai atau mengawali (laut) dengan perahu (kapal);\npemair\n1.\n perahu (kapal) pair, kapal peronda;\n2.\n kapal penjajah." "pair II\n[Indonesia] ;\n \n~\n \njantung \ngerakan jantung yang tidak betul." "pais\nsejenis lauk (daripada ikan dan lain-lain yang ditaruh rempah-rempah) yang dimasak dalam bungkusan daun pisang, pepes;\nmemais\n membuat (memasak) pais:\nMilah sibuk menumbuk lada untuk ~ ikan selar." "paja\n[Minangkabau] budak." "pajah\n[Brunei];\nmemajahkan\n memadamkan (lampu)." "pajak\n1.\n kuasa untuk mengerjakan sesuatu dengan membayar sewa kepada kerajaan dan lain-lain, pak;\n \n~ candu \na) kuasa untuk menjual candu;\n b) tempat menjual candu;\n2.\n [Indonesia] cukai:\n~ bumi (tanah);\n~ pendapatan (penghasilan, pencarian) \ncukai yang dikenakan pada pendapatan orang;\n3.\n kedai atau warung;\n4.\n sejenis gerai tempat menjual barang-barang (di pasar);\n \n~ ikan (sayur) \ntempat ikan (sayur) dijual;\n~ gadai \na) kuasa untuk membuka rumah gadai;\n b) = \nrumah ~\n tempat menggadaikan barang-barang;\n \n~\n \njudi \ntempat berjudi;\n \n~ kepala \nark cukai yang dikenakan pada tiap seorang;\nmemajak\n1.\n mengerjakan sesuatu dengan membayar sewa kepada kerajaan dan lain-lain, mengepak;\n2.\n menggadai:\n~ barang-barang emas; \n3.\n menjual di pajak:\ndia memanaskan susu lembu yang dipajaknya setiap pagi;\n memajaki\n membayar pajak untuk;\nmemajakkan\n menyerahkan sesuatu hak kepada orang lain dengan menerima sewa:\nbaginda ~ kuasa memungut cukai di muara Sungai Perak kepada seorang Cina\n;\npajakan\n kontrak (kuasa atau hak) yang membolehkan orang lain menggunakan atau menduduki tanah, bangunan dan sebagainya orang lain dalam tempoh masa dan dengan bayaran tertentu;\npemajakan\n proses memajak:\n~\n \ndaerah-daerah kepada Baron;\npemajak\n orang yang memajak." "pajal\n[Brunei];\nmemajal\n memaksa." "pajan\n[Kelantan];\nmemajan\n mendenda." "pajang\nmemajang\n \n1.\n menghiasi (dengan berbagai-bagai bunga, daun, dan lain-lain);\n2.\n = \nmemajangkan\n [Jakarta] mempamerkan (mempertunjukkan) barang-barang dagangan dengan menyusunnya elok-elok:\nisi dan pajangannya kurang menarik, biarpun dipajang secara komersil yang mengghairahkan\n;\npajangan\n1.\n perhiasan (rumah dan lain-lain);\n2.\n [Jakarta] barang-barang dagangan yang dipamerkan:\nmelihat-lihat etalase-etalase ~ yang mewah-mewah; \n3.\n [Jakarta] tempat mempamerkan barang-barang dagangan;\n4.\n = \npemajangan\n pelamin." "pajar\npaja." "pajeri\nsejenis masakan yang terdiri daripada nanas, mangga, kedondong, dan sebagainya yang dimasak dengan rempah, santan dan kerisik." "paji\n[Jakarta] baji." "paju\n[arkaik];\ndipajukan\n diajukan, dimajukan." "pajuh\ngelojoh, lahap, rakus;\nmemajuh\n memakan banyak-banyak dan dengan cepat-cepat, melahap." "pak I\nsingkatan bagi bapak;\n~\n \nalang (ngah) \nbapa saudara yang tengah;\n \n~\n \nbelang \nharimau;\n \n~\n \ncik \na) \n~\n \ncu (usu) \nbapa saudara yang termuda;\n b) panggilan kepada orang yang separuh umur;\n \n~\n \njanggut \na) orang yang berjanggut;\n b) orang Benggali;\n \nP~\n \nKaduk \norang yang malang kerana kebodohannya;\n \n~\n \nlong (tua, ua, wa) \nbapa saudara yang tua sekali;\n \n~ mulung \ntukang cerita dalam persembahan mekmulung yang turut sama melakonkan ceritanya dengan pelakon lain;\n \n~\n \nna \n[Kelantan] barua;\n \n~\n \npacak \norang yang tidak penting peranannya dalam sesuatu peristiwa (seperti watak tambahan dalam lakonan pentas dan lain-lain);\n \nP~\n \nPandir \norang yang bodoh;\n \n~\n \npecocok \norang yang jahat (pencuri dan lain-lain);\n \n~\n \nsanggup \na) orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan;\n b) orang yang mengahwini perempuan yang sudah hamil;\n \n~\n \nteh \nbapa saudara (adik yang kelima atau keenam daripada ayah atau ibu);\n \n~\n \nturut \norang yang tidak mempunyai pendirian sendiri (menurut orang lain sahaja)." "pak II\n1.\n peti atau kotak (dibuat daripada kayu) tempat barang;\n2.\n [Indonesia-Belanda] bungkus (tembakau, rokok, dan lain-lain);\nmengepak\n membungkus (membalut dan lain-lain) barang-barang." "pak III\n[Indonesia-Belanda] pajak;\n~\n \ntemurun \n[Indonesia] pak (pajak) atas tanah yang berlanjutan turun-temurun;\nmengepak\n1.\n memajak;\n2.\n [bahasa percakapan] memborong;\nmengepakkan\n menyerahkan atau memborong sesuatu dengan cara pak (pajak)." "pak IV\n1.\n [arkaik] pakatan (antara negara-negara dan lain-lain), pakta, perjanjian;\n2.\n [bahasa percakapan] tempat hiburan (permainan, judi, dan lain-lain)." "pak V\n[bahasa percakapan];\n~\n \nkereta \nkawasan tempat menyimpan (meletakkan) kereta." "pak-pak\n~\n \nlang \nsejenis permainan kanak-kanak, longlang burung jawa." "paka\npuru ~ \nsejenis penyakit kulit seperti tokak, patik." "pakah I\n[Kelantan] pangkah (guli)." "pakah II\n[Brunei] barangkali." "pakah III\n[Kelantan], [Terrenganu] disengat (tebuan, lebah, dan lain-lain):\nkepala orang itu bengkak kena ~." "pakai\n1. = memakai\n:\n semua ~ baju tangan panjang; \nboleh ~ kasut; \nmakan ~; \n2.\n dengan cara, dengan jalan:\ntiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja;\n~ paksa sahaja;\ndipakai\n [bahasa percakapan] didengar (diberi perhatian):\nteguranku tidak sedikit pun ~nya;\nberpakai\n1.\n = \nberpakai-pakai\n (sedang) mengenakan pakaian:\nkira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; \n2.\n [Minangkabau] masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku;\nmemakai\n1.\n mengenakan (meletakkan) pakaian dan lain-lain:\n~\n \nbaju Melayu;\n~ kasut; \n2.\n menggunakan, melakukan sesuatu dengan:\n~\n \nsenjata; \njalan bahasa seperti yang dipakai oleh orang Melayu;\n~ bau-bauan;\n~ adat;\n~ pembantu;\n~ faham dengki-mendengki; \n3.\n menjadikan sebagai gundik:\nperempuan-perempuan muda yang disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; \n4.\n menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dan sebagainya) untuk menjaga badan (diri dan sebagainya);\nmemakaikan\n1.\n mengenakan baju dan lain-lain pada:\nia telah dipakaikan pula baju dan seluar yang labuh dan besar; \n2.\n menggunakan (mempergunakan) pada:\ndiberinya sebilah keris yang bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kepada anaknya; \n3.\n [arkaik] memakai;\nterpakai\n1.\n dipakai:\napa yang telah disebuntukan tentang sistem otot dahulu ~ juga pada sistem saraf; \n2.\n sudah dipakai:\nwang yang ~ hanya sebahagian sahaja;" "pakaian\n1.\n sesuatu yang dipakai (baju, seluar, kasut, dan lain-lain);\n2.\n sesuatu yang biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan:\nmencarut, memaki, memanglah ~nya; \nsilat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar;\n~ adat \npakaian yang biasa dipakai pada waktu upacara yang beradat;\n \n~\n \nangkatan \npakaian kebesaran (rasmi) yang lengkap;\n \n~\n \nbasahan \npakaian biasa yang dipakai hari-hari (untuk bekerja dan lain-lain);\n \n~\n \ndunia (hidup) \nadat kebiasaan dunia (hidup);\n \n~\n \nkebesaran \npakaian yang dipakai pada majlis-majlis rasmi;\n \n~\n \nkuda \nalat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dan lain-lain);\n \n~\n \nseragam \npakaian yang serupa (polis, tentera, dan lain-lain);\n \n~\n \nsiap \npakaian yang dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu;\nberpakaian\n1.\n ada pakaiannya, memakai pakaian:\nseorang muda ~ rapi; \n2.\n mengenakan pakaian;\npemakaian\n1.\n perihal (perbuatan, cara, dan sebagainya) memakai atau menggunakan, penggunaan:\nberbagai-bagai perkara yang sering menimbulkan kekeliruan dari segi ~ dibincangkan secara terperinci;\n~ bahasa;\n~ pesawat jet; \n2.\n ilmu (azimat, tangkal, dan lain-lain) untuk menjaga badan dan lain-lain;\nsepemakaian\n selengkap pakaian dan lain-lain;\npemakai\n1.\n (orang dan lain-lain) yang memakai atau menggunakan:\n~\n \nbahasa; \n2.\n ilmu (azimat, tangkal, dan lain-lain) untuk menjaga badan dan lain-lain;\n3.\n orang yang suka menghias diri:\ndia tu memang ~\n \norangnya." "pakal\nbenda (tali, kulit kayu, dan lain-lain) yang digunakan untuk menutup celah-celah papan (perahu dan lain-lain), gala-gala, gegala;\nmemakal\n menutup celah-celah papan (perahu dan lain-lain) dengan pakal;\npemakal\n1.\n alat yang digunakan untuk memakal;\n2.\n orang yang memakal." "pakam\nmakan sungguh-sungguh (berkenaan (dengan) brek kereta dan lain-lain);\n= pakem I\n." "pakan I\nbenang tenun yang melintang (dalam kek), lawan benang lungsin;\nberpakan\n mempunyai (memakai) pakan:\nkain dibaja yang ~ emas; \nmaka diambilnya kain raja yang ~ emas itu dipakainya\n;\nmemakankan\n1.\n memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun;\n2.\n menggunakan sesuatu sebagai benang pakan pada tenunan;\npakanan\n barang apa yang dipakankan." "pakan II\n~\n \njantan (kutang tanduk) \nsejenis tumbuhan (pokok renek), setukal paya, susuh ayam, serian putih, \nKibara cantacea;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok renek), mempulih, mengkudu badak, serawas, tembusu paya, \nFragraea racemosa;\n~ rimba \nsejenis tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, lidah buaya, senduduk hutan, \nAllomorphia malaccensis\n." "pakan III\n[Minangkabau] pekan." "pakan IV\nubat ~ \nubat kebal." "pakanira\n[Jawa] [sastera lama] tuan, engkau:\njika ~ hendakkan pakai keris manira kuberikan." "pakansi\n[Indonesia-Belanda] cuti, libur:\ndatanglah bulan Julai bulan ~ anak sekolah;\nberpakansi\n bercuti, berlibur." "pakar\n1.\n ahli (mahir, pandai sekali) dalam sesuatu ilmu dan lain-lain:\norang yang ~ ; \n2.\n orang yang ahli (pandai sekali, mahir) dalam sesuatu ilmu dan lain-lain:\n~ ekonomi;\n~ kewangan;\n~ tanaman;\n~ runding \npakar (dalam sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yang dirujuk atau dirunding untuk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu;\nkepakaran\n pengetahuan dan kemahiran seorang pakar." "pakaram\n[Brunei] menangkap ikan." "pakarangan\n[Brunei], [kata seru] perahu (untuk menangkap ikan dan lain-lain)." "pakasi\n[Indonesia-Belanda];\nwang ~ \nwang upah (bayaran) kepada pemeriksa." "pakat\n1.\n muafakat, pembicaraan, perundingan:\nSabariah dan Mak Minah telah putus ~\n;\n2.\n [arkaik] perjanjian;\nsepakat\n setuju, sependirian, seia sekata:\nsaya ~ seratus peratus dengan Yahya; \nmereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; \nkata ~ \npersetujuan;\nbersepakat\n semuafakat, sepakat, setuju;\nmenyepakati\n menyetujui:\n mereka mengandaikan bahawa tidak ada isu yang tidak dapat disepakati;\nkesepakatan\n perihal sepakat (semuafakat), persetujuan:\nmesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; \nMajlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ untuk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu;" "pakau I\n[Cina] sejenis permainan terup." "pakau II\n1.\n kayu palang pada perigi (timba);\n2.\n kelim (daripada rotan dan lain-lain) untuk menguatkan sesuatu." "pakau III\npemidang." "pakau IV\n[Minangkabau] bingung, kacau, rusuh." "pakbon\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kesatuan sekerja." "pakej\n1.\n tawaran (cadangan) yang dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga, perkhidmatan, dan lain-lain dengan butiran lengkap (kos, bilangan hari, dan sebagainya) yang mesti diterima semuanya sebagai suatu keseluruhan:\n~\n \npercutian ke Pulau Langkawi; \n2.\n (Komputer) atur cara dan dokumen berkaitan yang membentuk suatu sistem perisian yang bersepadu;\nmempakejkan\n memasukkan tawaran (cadangan, perkhidmatan dan sebagainya) ke dalam satu pakej:\nsemua perkhidmatan terbabit dipakejkan ke dalam pakej tersebut." "pakem I\nmemakem\n makan sungguh-sungguh atau erat-erat (berkenaan (dengan) brek kereta dan lain-lain);\n= pakam, pekam." "pakem II\n[Jawa] cerita wayang yang asli." "pakenira\n[arkaik] \npakanira." "paket\n[Indonesia-Belanda] bungkusan yang dikirim melalui pos." "pakiderma\n1.\n (Biologi) binatang mamalia yang besar dan berkulit tebal seperti gajah dan badak sumbu;\n2.\n (Perubatan) penebalan yang luar biasa pada kulit." "pakihi\n[Arab] kitab yang mengandungi hukum-hukum Islam;\n \nilmu ~ \nilmu tentang hukum-hukum Islam." "pakis\nsejenis tumbuhan, paku;\n \npaku ~\n berbagai-bagai jenis paku." "pakma\n= \nkembang ~\n sejenis tumbuhan (parasit yang bunganya dibuat ubat), \nRafflesia hasseltii." "paksa I\n1.\n perbuatan memestikan (orang melakukan sesuatu dan lain-lain);\n \nkahwin ~\n kahwin tidak dengan suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dan lain-lain);\n \nkerja ~ \nkerja tidak dengan kemahuan sendiri (kerana hukuman);\n2.\n kekerasan, tekanan, dan lain-lain;\n \ndengan ~\n dengan kekerasan;\nmemaksa\n memestikan (dilakukan sesuatu), menyuruh dengan paksa:\naku tidak ~ engkau mendengar nasihatku;\nmemaksa-maksa\n meminta dengan sangat, mendesak;\nmemaksakan\n menyorongkan (menganjurkan, memberikan, dan lain-lain):\npendapat yang baik tidak payah dipaksakan kepada orang;\nterpaksa\n dipaksa, mesti, tidak boleh tidak:\nmahu tidak mahu kami ~ bermalam di situ;\n paksaan\n1.\n paksa, desakan kuat, kekerasan:\n~\n \nuntuk bekerja bagi kepentingan kaum kapitalis tidak ada; \ntiga setengah tahun lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun; \n2.\n yang dipaksa;\nketerpaksaan\n keadaan terpaksa:\n~ Nila Utama\n \nmembuang mahkota lambang kekuasaannya ke laut\n;\npemaksaan\n perihal atau perbuatan memaksa:\nia membantah ~ terhadap dirinya;" "paksa II\n[sastera lama] masa (waktu, saat) yang baik, peluang (kesempatan) baik:\nhari ini memang beta mendapat ~; \nsekali ini ~ tekukurlah mendapat padi rebah; \nangin ~ \nangin yang baik (untuk belayar)." "paksa III\n[arkaik] bahagian sebelah kiri atau kanan, samping, sisi, belah." "paksi I\n1.\n puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya;\n2.\n gandar (roda dan lain-lain), poros:\n~\n \nbumi\n;\n3.\n garis (benar atau khayali) yang padanya sesuatu objek dapat berputar atau yang padanya bentuk atau binaan sesuatu objek itu bersimetri;\n~ optik \n(Fizik) garis yang menyambungkan pusat optik dan pusat kelengkungan suatu sistem kanta;\n \n~ putaran \n(Fizik) garis yang padanya sesuatu jasad berputar, atau garis lurus yang merentasi titik putaran jasad yang pegun, sedangkan titik lain pada jasad itu bergerak dalam bulatan;\n \n~ simetri \n(Matematik) garis lurus yang membahagi sesuatu bentuk atau rajah kepada dua bahagian yang sama saiz dan bentuk;\nberpaksikan\n [kiasan] berpegang pada, bertunjangkan:\numat Islam harus ~ akidah." "paksi II\n[sastera lama] sejenis burung:\n~ dewata;\n~ jentayu; \npeksi" "paksi III\npaku gasing;\npangsi I\n." "paksina\n[sastera lama] utara:\narah ke ~; \ndari daksina ke ~." "paku\nmati\n \n1.\n paku yang yang tidak boleh dicabut-cabut lagi;\n 2.\n hal yang tidak boleh diubah-ubah lagi;\nmemakumatikan\n memaku dengan paku mati:\n papan itu telah dipakumatikan pada peti itu." "paku I\n1.\n benda tajam biasanya daripada besi untuk melekatkan papan dan lain-lain, pasak besi;\n2.\n tanda pangkat (pegawai) pada bahu baju tentera (polis dan lain-lain):\npegawai yang mempunyai dua ~ di bahunya;\n~ Belanda \n= \nharga ~ \nharga tetap (tidak dapat ditawar-tawar lagi);\n \n~ kembang \nsejenis jemeki untuk perhiasan pada kasut;\n \n~ payung \npaku yang kepalanya besar dan pipih;\n \n~ pelir itik \nskru;\n \n~ rebana \npaku yang berkepala kuningan;\nmemulangkan ~ buah keras \n(peribahasa) membangkitkan kembali perkara yang sudah lepas, menempelak;\n \nmengata ke dulang ~ serpih \n(peribahasa) mencela perbuatan orang, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi;\nberpaku\n1.\n mempunyai paku, ada pakunya;\n2.\n dikenakan (dilekatkan dengan, dipasang) paku:\ndipenjarakannya di dalam satu kota kecil yang ~ dari luar;\n~ pada \nberpegang teguh pada:\nmemaku\n1.\n memasang paku pada:\n~ dinding; \n2.\n [kiasan] tidak bergerak-gerak (dari tempat dan lain-lain):\nkami berdua masih ~ di kerusi.\nmemakukan\n1.\n melekatkan sesuatu dengan paku:\nhujung rantai itu dipakukan pada suatu kepala balak; \n2.\n [kiasan] melekatkan, mengekalkan (perhatian, ingatan, pandangan, dan lain-lain):\nia masih ~ matanya pada wajah isterinya;\nterpaku\n1.\n telah dipaku (dilekatkan dengan paku):\ntutup peti itu sudah ~; \n2.\n (duduk, berdiri, dan lain-lain) dalam keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi):\nseperti ~ ia ketika sampai di situ; \nsemua yang mendengar kisahnya itu diam ~; \n3.\n terlekat (pada), tertumpu (pada):\nmatanya ~ pada muka gadis itu\n." "paku II\n[arkaik] = \n~ pakis \nsejenis tumbuhan yang tidak berbunga, pakis;\n \n~ acu \n[Kelantan], [Terengganu] sejenis tumbuhan seperti paku pakis, \nCycas rumphii;\n~ cai (sumpah) \nsejenis tumbuhan, \nPleopeltis nigrescens;\n~ ikan (lipan, ubil, ulat), Blechuum orientale;\n~ mega (padang, pelanduk, unkut) \nsejenis tumbuhan, \nPtreis ensiformis;\n~ sisik \nsejenis tumbuhan, \nAdiantum spp.;\n~ tanjung \nsejenis paku yang tumbuh di rawa, \nDiplazium esculentum;\nbetapa pun lurus ~, hujungnya berkelok juga \n(peribahasa) seseorang yang jahat, walaupun baik rupa perkataan dan kelakuannya, hatinya jahat juga;\n \nkelok ~ asam (kacang) belimbing, anak di pangku kemanakan dibimbing \n[Minangkabau] (peribahasa) anak dan anak saudara mestilah sama-sama dijaga (dididik)." "paku III\nsejenis ikan laut, renyau, \nAntherina forkali\n." "pakuh\nburung ~ \nsejenis burung enggang, burung tebang mentua, burung torak, enggang gading, \nRhinoplax vigil\n." "pakuk\nmemakuk\n menetak (dengan parang dan lain-lain):\nia didenda kerana kesalahan ~ kerbau\n." "pakul\ntempat duduk (lapik punggung) di atas kerbau." "pakus\n[arkaik] [bahasa percakapan] gudang." "pakwe\n[bahasa percakapan] teman lelaki bagi seseorang wanita." "pal I\n[Indonesia-Belanda] ukuran jauh (kira-kira 1500 meter), batu, tonggak;\nberpal-pal\n beberapa pal (jauhnya)." "pal II\nmembuang ~ \n= \nberpal-pal\n belayar dengan membelokkan kapal dan lain-lain ke kiri dan ke kanan, belayar serong-menyerong, berperai-perai:\nperahu itu dilayarkan juga berpal-pal ke laut dan ke darat\n." "pala I\nsejenis tumbuhan (pokok, bunga dan buahnya), \nMyristica fragrans;\n~ burung \n= \n~\n \npaya \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), penarahan kikik, pendarah kikik (paya), \nKnema intermedia\n." "pala II\nsepala, sepala-pala, pala-pala\n kalau hendak (terlanjur, terpaksa), kalau benar-benar:\n~\n \njahat jangan alang kepalang;\n~ bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kepada ayah hamba;\n~ mandi, biar basah \n(peribahasa) jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah)." "pala III\npada (tidak kurang dan tidak lebih), cukup;\nmemala-malai\n1.\n memada-madakan (mencukup-cukupkan) mana-mana yang ada sahaja;\n2.\n melakukan (mengerjakan, mencuba, dan lain-lain) sedikit-sedikit." "paladium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang terdapat semula jadi dalam bijih platinum, emas, dan tembaga digunakan untuk membuat aloi, barang kemas, dan lain-lain." "palai\n[Minangkabau] pais atau pepes (ikan yang kecil-kecil);\nmemalai\n memais (ikan yang kecil-kecil)." "palak I\n[Minangkabau]\n1.\n panas (badan), gerah;\n2.\n berasa panas, marah, radang (hati):\ndari mula-mulanya lagi dia sudah ~ melihat lagak orang itu; \n3.\n sangat berani, tidak takut (bimbang) barang sedikit;\nmemalak\n mengacau, mengganggu, menyusahkan;\npemalak\n1.\n orang yang lekas marah, pemarah;\n2.\n orang yang sangat berani (tidak takut akan apa sahaja apabila berbuat sesuatu)." "palak II\n[Kelantan] kemaluan lelaki." "palam I\nsumbat (lubang, celah, dan lain-lain);\nmemalam\n menyumbat, menutup;\npemalam\n penyumbat, penutup." "palam II\nperanti yang mempunyai dua atau tiga cemat yang disambungkan dengan wayar dan digunakan sebagai sambungan elektrik apabila dimasukkan ke dalam soket, plag;\n \n~ pencucuh \nperanti yang mencetuskan bunga api elektrik dalam enjin petrol." "palang\n1.\n sesuatu (kayu, besi, dan lain-lain) yang dipasang melintang (sebagai pengunci, penggalang, paksi, dan lain-lain);\n2.\n tanda silang (seperti tanda campur + atau tanda kali x);\n~\n \njalan \na) batang besi dan sebagainya untuk menghalang jalan (lalu lintas);\n b) pengadang jalan yang memotong atau menyeberangi landasan kereta api;\n \nP~\n \nMerah\n pertubuhan atau persatuan sukarela antarabangsa (yang berlambangkan tanda campur berwarna merah) yang berkhidmat untuk kemanusiaan (seperti menolong mangsa peperangan, mangsa bencana alam dan sebagainya);\n \n~\n \npintu \nkayu yang dipasang melintang pintu (untuk menguncinya);\nmemalang\n mengenakan (memasang) palang;\nmemalangi\n mengenakan (memasang) palang pada;\nmemalangkan\n1.\n menggunakan sesuatu sebagai palang;\n2.\n memasang (mengenakan dan lain-lain) melintang seperti palang;\n3.\n menghukum mati pada kayu palang (salib), menyalibkan." "palar\ntidak ~ \ntidak hendak, tidak ingin;\nmemalarkan\n1.\n menghendaki (menginginkan, mengharapkan);\n2.\n mengira (menerima, menganggap) cukup atau pada (walaupun sedikit)." "palas I\nsejenis tumbuhan (palma yang daunnya dibuat atap, pembalut ketupat, dan lain-lain), \nLicuala spp\n." "palas II\n~\n \nbujur \ngeladak atau lantai kapal yang di bahagian depan;\n \n~\n \nlintang \nsejenis beranda yang melintang di geladak kapal, anjungan;\npalas-palas\n rak atau para-para tempat menjemur dan lain-lain;\n \nrumah ~ \nrumah atau tempat tinggi untuk menjaga (mengawasi) dan lain-lain." "palasik\n[Minangkabau] pelesit." "palat I\nkayu ~ \nkayu pengapit tempat mengikat kaki budak-budak nakal (untuk merotan tapak kakinya)." "palat II\nkemaluan laki-laki;\n \ntahi ~ \nnajis yang melekat pada kemaluan." "palat III\n[Kedah] orang yang tidak berguna." "palatografi\nkajian tentang artikulasi lelangit keras dengan lidah." "palau\nparut dan lain-lain pada badan (yang menjadi tanda atau ciri untuk mengenalnya)." "palawija\n[Indonesia] tanaman (seperti jagung, ubi dan lain-lain) yang menjadi selingan padi di sawah." "paldu\nsejenis tabir atau dinding (untuk melindungi sesuatu daripada tempias)." "pale\n, \npaleh\n (palh) [Jakarta];\ndipale\n dipelihara dan diperkuat dengan mengurut, memberi makanan yang baik-baik dan lain-lain (ayam sabungan dan lain-lain);\npalean; \nayam ~ \nayam yang dipale." "palem\n[Indonesia] palma." "palen\nbarang ~ \nbarang kelontong, barang yang dipakai hari-hari (seperti selipar, sabun mandi, dan lain-lain)." "paleografi\n1.\n bentuk tulisan kuno;\n2.\n kajian tentang tulisan kuno, termasuk penentuan asal dan tarikhnya." "paleolitik\n(Sejarah) (berkaitan dengan) peringkat awal Zaman Batu:\nusia ~." "paleontologi\nkajian tentang fosil haiwan, tumbuhan, dan bentuk-bentuk hidupan purbakala." "palet\npapan nipis yang digunakan oleh pelukis untuk membancuh warna." "pali\n= pemali\n larangan (selalunya untuk selama-lamanya), pantang." "paliatif\n(rawatan, ubat dan sebagainya yang) bertujuan untuk melegakan, mengurangkan atau meringankan sesuatu kesakitan, penyakit dan sebagainya, tetapi bukan untuk menyembuhkannya:\npembedahan ~." "paling I\n1.\n (yang) teramat, (yang) amat sangat, (yang) ter \u2026:\nbadan yang ~ berkuasa di negeri ini; \nmawar yang ~ indah; \n2. = sepaling\n yang satu;\npaling-paling\n1.\n teramat sangat;\n2.\n sehabis-habisnya, sehabis banyaknya, sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya." "paling II\nberpaling\n \n1.\n mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang):\nia ~ ke arah pemuda itu; \n2.\n [kiasan] beralih atau bertukar (perhatian, pandangan, dan lain-lain):\ntiba masanya kita ~ kepada soal lain; \n3.\n [kiasan] berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dan lain-lain), berbelot, membelot;\n~\n \nhaluan \na) beralih (berubah) haluan;\n b) berubah (beralih) pandangan dan lain-lain;\n \n~ sembah \n[sastera lama] derhaka, tidak setia (kpada sultan dan lain-lain);\n \n~\n \ntadah \nberalih atau bertukar kesetiaan (pegangan dan lain-lain);\nroda yang ~, kuda sudah digerindin \n(peribahasa) kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yang sebenarnya susah;\n \ntegak ~, duduk berkisar \n(peribahasa) berubah (berlainan) daripada apa yang telah dikatakan atau dijanjikan;\nmemalingkan\n1.\n mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang):\n~ mukanya ke arah lain; \n2.\n memusingkan arah (perahu dan lain-lain):\n~ perahunya;\n3\n. mengubah arah pandangan (fikiran, dan sebagainya):\n tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka daripada agama mereka;\n~ muka \na) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang);\n b) [sastera lama] tidak setia (suka), derhaka;\n \n~ percakapan \nmengalihkan percakapan ke arah lain;\npalingan\n yang dapat atau senang berpaling (dipalingkan);\n \nhati ~ Allah, mata ~ setan \n= \nneraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan \n(peribahasa) fikiran (pendirian dan lain-lain) seseorang itu boleh berubah-ubah;\nkepalingan\n (Linguistik) superlatif." "paling III\n[Minangkabau];\nsuling-~ \ntunggang-langgang;\nsuling III\n." "palinologi\nkajian tentang debunga dan spora fosil dan digunakan dalam pentarikhan karbon." "palis I\nberpalis\n memandang atau memaling ke arah lain (kerana malu, marah, dan lain-lain):\ndengan tidak menjawab apa-apa Salmiah ~ dan bangun\n;\nmemaliskan\n memalingkan, mengarahkan:\nisteriku ~ muka masam padaku." "palis II\nmemalis\n menolak bala, marabahaya dan sebagainya." "palis III\n[Jakarta];\nmemalis\n menggosok rapi-rapi (licin-licin)." "palis IV\n[Indonesia-Belanda] istana." "palit I\n= pemalit\n sesuatu yang digunakan untuk mengecat atau mewarnai (bibir, kening, dan lain-lain);\n \nsi ~ gila \n[sastera lama] sejenis ubat guna-guna (pengasih);\nmemalit\n mencalitkan (menyapukan) sesuatu (gincu dan lain-lain) pada:\nkakinya disapu belaking, tubuhnya dipalit belacan;\nmemalitkan\n mencalitkan (sesuatu) pada:\n~ lipstik ke bibir; \nkemudiannya ia ~ perenjis yang basah ke atas dahi;\nterpalit\n1.\n tercalit, tersapu:\nTuan Sutan meraba-raba mukanya kalau-kalau ada lumpur ~\n;\n2.\n [kiasan] terkait atau terlibat sama (dalam hal orang), terbabit;\n \nseekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis ~ \n(peribahasa) seorang yang membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dan lain-lain;\npalitan\n hasil memalit;\nberpalitan\n diliputi dengan palitan:\ntubuhnya ~ lumpur, begitu juga baju dan seluarnya." "palit II\n[Indonesia-Belanda] jatuh rugi (perniagaan dan lain-lain), bankrap, muflis;\nmemalitkan\n mengisytiharkan atau menyatakan palit (bankrap)." "palka\npetak atau ruang dalam kapal tempat menyimpan muatan;\nperaka\n." "palkat\nsurat (kertas) yang dilukis (dicap) pada sebelah muka (untuk ditampal bagi mengumumkan sesuatu)." "palma\nsejenis pokok daripada famili Palmaceae yang batangnya tegak lurus tidak bercabang dan berdaun di atas seakan-akan payung, seperti nyiur, kabung dan pinang." "palok\n[Kelantan], [Terrenganu] sesuai, kena campurannya." "palomino\nsejenis kuda yang berwarna kelabu keemasan atau krim dengan ekor dan surainya berwarna putih:\nkuda ~." "palpat\nmempalpat\n (Perubatan) memeriksa mana-mana bahagian tubuh dengan cara menyentuh dan menekannya dengan tangan perlahan-lahan;\npempalpatan\n perbuatan mempalpat." "palpitasi\n(Perubatan) denyutan jantung yang pantas, kuat atau tidak teratur, debaran." "palsu\n1.\n tidak benar (tulen), lancung, tiruan:\nkaki ~; \nrambut ~; \nwang ~; \n2.\n tidak sungguh-sungguh, tidak lurus (jujur), curang:\ndalam dunia ini memang banyak \nyang \n~\n;\n \njanji ~;\nmemalsukan\n melakukan sesuatu yang palsu, meniru sesuatu (untuk mengabui mata atau menipu), melancungkan:\n penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal;\n~ wang kertas;\nkepalsuan\n1.\n perihal palsu;\n2.\n kecurangan, ketidakjujuran:\nkota yang penuh ~;\npemalsuan\n perbuatan atau hal memalsukan:\nmembongkar amalan-amalan ~ dalam bidang penciptaan;\n pemalsu\n orang yang memalsukan sesuatu." "paltu\n[sastera lama] pembantu (penolong, wakil) untuk sementara:\n~ syahbandar;\n~ dol \ntiang layar sementara;\n \nikat ~ \nikat yang sementara sahaja." "palu\n1.\n pukul, pukulan:\naku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; \nkena ~ \nkena pukul;\n2.\n pengetuk, pemukul, tukul besi:\n~\n \ntukang besi;\nberpalu\n [sastera lama] dipukul:\n~lah tabuh kembali; \nombak ~ sendirinya;\n berpalu-palu\n [arkaik] bertukar-tukar barang (waktu berdagang);\nberpalu-paluan\n berpukul-pukulan;\nberpalukan\n [sastera lama] memukulkan:\nmaka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya;\n memalu\n memukul:\n~ gendang raya besar;\n paluan\n1.\n pukulan dan palu;\n2.\n hasil memalu:\n~ gendang; \n3.\n kerugian, pukulan:\nsorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula\n;\npemalu\n benda seperti rotan, kayu, dan lain-lain untuk memalu:\n~\n \nbeduk." "paluh\n1.\n tanah lekuk yang bertakung dengan air, lopak, lubuk;\n2.\n anak sungai, alur;\n3.\n [Jawa] tanah berlumpur yang dalam." "palui\n[Brunei] bodoh, tolol." "palun\n[Minangkabau];\nberpalun-palun\n berpeluk-pelukan, peluk-memeluk, berbelit-belit;\nmemalun\n memeluk, membelit." "palung\n1.\n tanah lekuk yang bertakung air, paluh;\n2.\n petak atau kotak tempat makan (minum) binatang (kuda, lembu, dan lain-lain), lawak-lawak;\n3.\n sejenis saluran panjang yang berpetak-petak tempat mengasingkan bijih daripada batu-batu dan lain-lain;\n4.\n saluran air (daripada buluh dan lain-lain);\n5.\n [Kedah] sejenis bekas untuk mengisi semaian;\n \n~\n \nikan \nbekas atau kotak daripada kaca tempat memelihara ikan, akuarium." "palut\nbalut, bungkus, salut, sampul, sarung;\nelok ~ , pengebat kurang\n (peribahasa) kelihatannya sahaja bagus tetapi keadaan sebenarnya belum baik;\nberpalut\n berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung:\ntiga pucuk surat ~ kuning; \ndawai yang ~ getah;\nmemalut\n membalut, membungkus, menyalut, menyampul, menyarung:\ntubuhnya pun habis dipalut selumbar, tampak mata sahaja;\nterpalut\n dipalut, disalut:\nlidahmu seakan-akan ~ madu;" "palutan\nhasil memalut:\nketam dan udang sedap dimakan dengan ~ kuahnya yang pekat lagi beraroma;" "pam\nalat, biasanya mempunyai tiub dan pemegang, untuk memasukkan cecair, angin, gas, dan sebagainya ke dalam (atau mengeluarkannya daripada) sesuatu, bomba, pompa;\n~ air \npam untuk menghisap dan mengeluarkan air;\n ~ angin\n pam untuk menghisap dan mengeluarkan angin;\n \n~ basikal \npam untuk memasukkan angin ke dalam tayar basikal;\n \n~\n \nminyak \na) pam untuk menghisap dan mengeluarkan minyak;\n b) tempat membeli (mengisi) minyak petrol dan lain-lain untuk kereta;\n \n~\n \nudara \npam angin;\nmengepam\n mengisi atau menyedut air (angin dan lain-lain) dengan pam:\nkami menyewa sebuah pam dan ~ air dari sungai; \ndia sedang ~ bola kami;\n mengepamkan\n1.\n mengepam untuk;\n2.\n memasukkan gas (cairan dan sebagainya) ke dalam:\n~\n \nangin ke dalam tayar;\npengepaman\n perbuatan atau hal mengepam(kan);\npengepam\n (alat, mesin dan sebagainya) yang digunakan untuk mengepam:\ndi kebun sayurnya terdapat juga sebuah mesin ~ untuk mengepam air dari kolam;\n~ susu." "pamah\n1.\n lembah, tanah yang rendah;\n2.\n rendah (tanah):\ntanah yang ~; \nkawasan ~." "paman\n1.\n pak cik, bapa saudara;\n2.\n panggilan kepada orang yang lebih tua yang harus dihormati." "pamegat\n(Sunda);\n \njuragan ~ \ntuan." "pameo\n[Minangkabau] ejekan (sindiran) yang jadi buah mulut orang." "pamer\nmempertunjukkan (pakaian, kebolehan, dan lain-lain);\nmempamerkan\n1.\n mempertunjukkan atau memperagakan (pakaian dan lain-lain):\nKadir senang benar ~ pengetahuannya;\n2.\n mempertunjukkan kepada orang ramai terutama untuk tujuan pertandingan atau demonstrasi:\n~\n \nlukisan dan arca ciptaan tanah air;\n pameran\n pertunjukan (hasil seni, buku, dan lain-lain);\npempamer\n pihak atau orang yang mempamerkan sesuatu produk, barang dan sebagainya:\npameran ini mencatat sejarah dengan penyertaan lebih enam ribu ~ dari kira-kira dua ratus buah negara." "pamflet\nrisalah." "pamit\n[Jawa] = \nberpamitan, pamitan\n minta diri (untuk pulang dan lain-lain):\nKadir mengajak Ratna pulang tanpa pamitan lagi dari tuan rumah." "pamong\npemelihara, pendidik, guru;\n \n~\n \ndesa \norang yang mentadbirkan desa;\n \n~\n \npraja \npegawai pentadbiran negara." "pamor\n[Jawa]\n1.\n besi putih yang dimasukkan dalam mata keris;\n2.\n kurai daripada besi putih pada mata keris:\nmata keris jenis ini biasanya berkilat dan mempunyai ~; \n3.\n keindahan, kemurnian, seni;\nberpamor\n mempunyai (memakai) pamor:\nmata keris ada yang ~ dan ada yang licin." "pampan I\nlubang tempat rantai sauh di haluan kapal." "pampan II\n[Brunei];\nmemampan\n menutup atau menyekat lubang (laluan dan lain-lain)." "pampang I\nmemampangkan\n membentangkan, memaparkan;\nterpampang\n kelihatan jelas terbentang, terpapar dan lain-lain di depan mata:\nnamanya ~ dalam surat khabar." "pampang II\n[Brunei] cabang penahan kemudi;\npampangan\n kayu yang dibuat khas untuk dipasang pada kaki orang gila atau orang tidak siuman." "pampas I\ndenda atau ganti rugi (kerana melukai orang dan lain-lain):\nmembayar ~ yang patut;\nmemampas\n membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dan lain-lain);\nmemampasi\n membayar pampasan (ganti rugi) kepada seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dan sebagainya):\nkerajaan akan ~ setiap tuan tanah yang tanah mereka terlibat dalam projek pelebaran jalan itu; \npampasan\n1.\n wang (barang dan lain-lain) yang dibayar sebagai ganti rugi:\nwang\n \n~;\n~ perang; \n2.\n =\n pemampasan\n perihal membayar ganti rugi." "pampas II\ndataran berumput yang luas di kawasan iklim sederhana di Amerika Selatan terutama di Argentina." "pampat\n1.\n tidak berongga, padat, tumpat;\n2.\n [Jakarta] tidak mengalir, tersendat, tersumbat;\nmemampat\n menjadi pampat;\nmemampatkan\n menumpatkan, memadatkan, mengasak;\npemampat\n penekan, pengasak." "pan I\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] alat untuk menggoreng (memasak);\ndipan\n dimasak (goreng) dalam pan." "pan II\n[Perak] singkatan bagi opan." "pan-\nawalan asing\n seluruh atau segenap, misalnya \npan-Afrika dan pan-Asia." "pana\nfana\n." "panah\n1.\n = \nibu ~ \n= \nbaur ~ \nkayu (buluh dan lain-lain) yang kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (untuk melancarkan senjata yang tajam);\n2.\n = \nanak ~ \nbenda tajam yang dilancarkan dengan ibu panah, anak busur;\n~\n \nkelodan \n[sastera lama] petir, \n~ matahari \ncahaya (sinar) matahari;\nberpanah\n1.\n memakai (mempunyai) panah:\nsatu pasukan askar ~; \n2.\n menggunakan panah:\nkami ada lawan ~;\nberpanah-panahan\n saling menggunakan panah (dalam pertempuran):\nmaka segala yang memegang panah ~;\n memanah\n1.\n melancarkan anak panah (kepada):\nmaka dipanahnya Seri Rama; \n2.\n bergerak (terlepas dan lain-lain) dengan amat laju;\n3.\n mengenakan sebagai panah:\nrumah itu dipanah petir;\nmemanahi\n melepaskan anak panah berkali-kali kepada;\nmemanahkan\n1.\n [sastera lama] melancarkan anak panah:\nmaka Seri Rama pun ~ anak panah itu; \n2.\n melancarkan sesuatu seperti anak panah;\npanahan\n1.\n hasil perbuatan memanah;\n2.\n pandangan (mata) yang seolah-olah memanah:\nTun Kudu tak tahan menentang kilat ~ anak mata Tun Pateh;" "panai\n[Jakarta] dulang daripada kayu." "panakawan\n[Jawa] hamba yang menjadi pengiring, juak-juak, budak kundang:\nmaka orang lima itu pun menyembah lalu berjalan diiringkan oleh ~ itu." "panar\n[Minangkabau] tercengang-cengang (kerana kehairanan), termangu-mangu." "panas\n1.\n lawan sejuk (dingin), hangat;\n \nair ~ \nair yang dimasak (dihangatkan);\n2.\n demam, gerah, palak;\n \ndemam ~\n penyakit demam dengan suhu badan yang sangat panas (tinggi);\n \nsakit ~ \ndemam;\n3.\n sinar atau cahaya (matahari):\napabila kena ~ matahari bernyala rupanya; \nmatanya itu selalu pula terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; \nhujan ~\n hujan pada waktu matahari bersinar;\n4.\n [kiasan] sangat marah, sangat sakit hati:\ndengan perasaan hati yang ~ ia bangun segera; \nbagaimana hendak menyudahkan kerana hati terlampau ~; \n5.\n [kiasan] hebat, genting, tegang:\npertentangan semakin ~; \n6.\n masih baharu (peristiwa dan lain-lain):\nsemalam ia mendapat berita ~ untuk akhbarnya; \n7.\n tidak kurang tetapi lebih pula sedikit (timbangan):\ntimbang ~; \n8.\n tidak memberi keuntungan, mendatangkan bala, sial;\n \nilmu ~ \nilmu yang membuat orang yang memakainya susah (mahal rezeki dan lain-lain);\n~ baran (bara, darah) \ncepat marah, sangat pemarah;\n \n~\n \nhati\n sangat marah (benci);\n ~\n \nkering \npanas dan kering;\n \n~\n \npedih \ntidak tetap (senang) duduk;\n \n~ radang \npanas badan (kerana berpeluh dan lain-lain), palak;\n \n~\n \nrezeki \nmahal rezeki;\n \n~\n \nsengangar \nsangat panas (hawa);\n \n~\n \nterik \n= \n~ jantan \n[Perak] = \n~\n \nngetek \n[Kelantan] sangat panas (matahari);\n~ setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau \n= \n~ setahun dihapuskan oleh hujan sehari \n(peribahasa) jasa atau kebaikan yang banyak boleh hilang oleh kesalahan yang sedikit;\n \nbagai ~ mengandungi hujan \n(peribahasa) walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dalam kesusahan);\n \ndisangka ~ sampai petang, kiranya hujan tengah hari \n(peribahasa) disangka senang (baik dan lain-lain) selama-lamanya tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dan lain-lain);\n \nmemegang besi ~ \n(peribahasa) melakukan sesuatu dengan kebimbangan (kekhuatiran dan lain-lain);\n \nmenyeladang bagai ~ di padang \n(peribahasa) sesuatu hal (perbuatan dan lain-lain) yang mengenai semuanya;\n \nredup atau ~ keras \n(peribahasa) hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja;\n \nsudah ~ berbaju pula \n(peribahasa) sudah susah ditambah lagi dengan kesusahan;\n \ntak ~ punggung \n[Kelantan] (peribahasa) sebentar sahaja;\n \ntidak lekang dek (oleh) ~; \ntidak lapuk dek (oleh) hujan \n(peribahasa) tiada berubah-ubah, tetap selama-lamanya (berkenaan (dengan) adat);\npanas-panas\n masih baharu, hangat-hangat;\nberpanas\n berada dalam panas matahari, berjemur:\nnelayan yang ~ dan berhujan di laut;\nberpanas-panasan\n berjemur dalam panas matahari untuk bersuka-suka:\n mereka yang sedang ~ di pantai itu;\nmemanasi\n1.\n menghangatkan:\nperiuk yang masih dipanasi bara; \n2.\n menambah panas;\nmemanaskan\n menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan:\nmakanan-makanan itu ialah untuk ~ tubuh badan kita;\n~ hati \nmenimbulkan (membangkitkan) marah (benci);\n \n~ kerusi \nmemegang sesuatu jawatan (kedudukan dan sebagainya) tanpa melakukan atau mencapai sesuatu;\nmemperpanas\n menjadikan lebih panas:\nmatahari semakin ~ dirinya;\nkepanasan\n1.\n perihal panas, kehangatan:\nada alat penetap suhu yang mengawal ~;\n~ hati \nkemarahan hati;\n2.\n tersangat panas;\n3.\n kena panas;\npemanasan\n perihal memanasi (memanaskan):\ntindakan kimia bertambah cepat dengan ~;" "panasaran\n(Sunda) [Jakarta]\n1.\n terlalu ingin hendak mendapat (berbuat dan lain-lain) sesuatu, berasa kecewa (tidak puas);\n2.\n sangat marah atau sakit hati (kerana kecewa, dicela, dan lain-lain)." "panau\nsejenis penyakit kulit yang berupa bintik-bintik, (tompok-tompok) putih (kadang-kadang gatal);\n jenis-jenisnya:\n~ besi, ~ bunga, ~ lekir, ~ mengharung, ~ terkukur, \ndan lain-lain;\nberpanau\n berpenyakit panau:\ndi sana ini lengannya ~." "panca\n\u2013 (Sanskrit) \nawalan asing\n lima, misalnya \npancaindera \ndan \npancalogam." "panca I\n1.\n kelima-lima jari tangan;\n \nmain ~ \nberlawan kekuatan dengan pulas-memulas jari atau tangan;\n2.\n lima.\nberpanca\n berlawan kekuatan dengan pulas-memulas (tolak-menolak) jari atau tangan, main panca;\nmemancakan\n menyatukan (menyelang-nyelikan) jari-jari satu tangan dengan jari-jari tangan yang lain:\nia ~ jarinya ke jari tangan Ramli\n." "panca II\n[Negeri Sembilan] hadiah bunga telur dan pulut dalam bekas kayu yang berkaki dan dihiasi dengan bunga kertas (waktu perkahwinan)." "pancabicara\n1.\n sejenis perhiasan bercabang lima yang dipakai pada destar raja (pengantin) pada waktu pertabalan (perkahwinan);\n2.\n campuran lima jenis bunga (bau-bauan dan lain-lain)." "pancabuta\nunsur-unsur yang lima (bumi, air, api, udara, dan eter)." "pancadarma\ntugas atau kewajiban yang lima jenis." "pancaguna\nbermacam-macam guna;\n \nketam ~ \nketam yang bermacam-macam gunanya." "pancaindera\nderia atau alat perasa yang lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh);\n \nalat ~\n lidah, hidung, telinga, mata, tangan, dan lain-lain." "pancaka\n[sastera lama] tempat membakar mayat." "pancakara\n[sastera lama] bergaduh, berperang." "pancal\n[arkaik] pancalogam." "pancalima\n[arkaik] sejenis ramalan dengan jari." "pancalogam\n1.\n [sastera lama] campuran lima atau berbagai-bagai logam (batu);\n2.\n campuran dua atau lebih logam yang menjadi logam berlainan (lebih berguna) daripada bahan asalnya, aloi;\n \n~ meriam \npancalogam daripada tembaga, timah, dan zink." "pancalongok\n(Sunda) pencuri, bangsat, pencoleng." "pancalumba\npertandingan sukan yang menghendaki tiap-tiap peserta memasuki lima acara (seperti lari, lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, dan lempar lembing)." "pancanegara\nlima negara." "pancang I\nkayu (buluh dan lain-lain) yang dipacakkan ke tanah (untuk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dan lain-lain);\n~ dirasa \n[Kelantan] penderitaan hidup, perasaan yang luar biasa;\n \n~ yang empat \n[Minangkabau] sempadan ladang di keempat-empat penjurunya;\n \nbagai ~ digoncang arus \n(peribahasa) tidak tegas (tetap) pendiriannya (berubah-ubah mengikut mana yang kuat dan lain-lain);\nmemancang\n1.\n memacak pancang, memasang pancang;\n \n~ gelanggang \na) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dan lain-lain);\n b) kebenaran untuk menyabung ayam;\n c) mengadakan keramaian (kerana perkahwinan dan lain-lain);\n2.\n macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dan lain-lain):\nkayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang;\nmemancangkan\n1.\n memacakkan pancang (galah dan lain-lain) ke tanah:\n~ beberapa batang tiang di pantai; \n2.\n meletakkan atau menempatkan (tulisan dalam penerbitan dan lain-lain);\nterpancang\n1.\n sudah dipancangkan, tercacak:\ndi mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; \n2.\n [kiasan] terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pada satu tempat, terpaku:\nBasir masih ~ di lantai; \nmatanya ~ ke pintu kamar itu;" "pancang II\n~ bendera \nsejenis ikan laut, \nParachaetodon ocellatus." "pancangan\n1.\n pancang, pacak, tonggak;\n2.\n yang telah dipancang;\n3.\n [sastera lama] tunangan:\nrajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya;\npemancangan\n perihal atau perbuatan memancang(kan) sesuatu:\nupacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara." "pancapada\n(Kesusasteraan) baris puisi (sajak) yang terdiri daripada lima pola irama atau matra. \npancapersada\n1.\n tempat tinggi yang bertingkat-tingkat, tempat bersemayam raja waktu pertabalan (tempat orang besar-besar dan lain-lain):\nmaka ia menyuruh berbuat ~ tujuh pangkat; \n2.\n tempat mandi yang bertingkat-tingkat;\n3.\n rumah yang bertingkat tempat berehat-rehat." "pancar\nketurunan, anak cucu:\n~\n \ndaripada anak cucu bagindalah segala raja-raja di Pasai itu turun-temurun;\n~ gas \n[Indonesia] pancutan gas, jet (yang menggerakkan kapal terbang):\npesawat terbang ~ gas;\nsepancar\n [kiasan] seketurunan, sejenis, seasal:\nbahasa Melayu ialah bahasa yang mesra dan ~ dengan kejadian dirinya;\n berpancaran\n keluar ke sana sini (berbagai-bagai hala), berpancutan:\nair ~ dari paip rosak itu;\nmemancar\n1.\n keluar memancut dengan deras (berkenaan (dengan) air dan sebagainya);\n2.\n mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang:\nmatahari belum kelihatan ~; \nsebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah;\nmemancarkan\n1.\n memancuntukan atau memancurkan deras-deras (air, minyak, dan lain-lain):\ndi sana sini mata air ~ air yang jernih; \n2.\n mengeluarkan sinar (cahaya):\nbulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yang gemilang; \n3.\n mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dan lain-lain), mengeluarkan (sesuatu):\nbunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; \nnyanyian yang dipancarkan oleh Radio Malaysia; \n4.\n melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan);\nterpancar\n1.\n keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan:\nmaka air susu Minuram Dewi pun ~; \ncahaya itu harus ~ balik dari muka benda itu; \n2.\n [kiasan] terbit:\ndari mulut dia ~ kalimat itu; \nharapan yang ~ dalam hati; \n3.\n terlahir, keluar (anak);\npancaran\n1.\n yang dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dan lain-lain), yang dikeluarkan (diterbitkan dan sebagainya):\n~ cahaya dari lampu menyinari mukanya;\n~ air \npaip air yang memancarkan (mengeluarkan) air;\n2.\n siaran;\n \n~ radio \nsiaran radio;\n3.\n gambaran, bayangan:\nsastera ialah ~ kehidupan; \n4.\n keturunan;\npemancaran\n perihal memancarkan:\n~ bunyi atau gambaran;" "pancaragam\n1.\n [sastera lama] bermacam-macam ragam;\n2.\n muzik, bunyi-bunyian;\n3.\n pasukan (kumpulan) pemain muzik:\nsebuah ~ mengikuti perarakan itu." "pancaraja\n[sastera lama];\n \n~\n \ndiraja \n[sastera lama] alat (tempat) mengusung jenazah raja." "pancaroba\n1.\n pertukaran atau peralihan musim (cuaca kadang-kadang baik, kadang-kadang buruk, dan lain-lain);\n \nangin ~ \nangin yang berubah-ubah (tiada tetap arahnya);\n \nmusim ~ \nmusim antara musim kemarau dan musim hujan;\n2.\n [kiasan] keadaan yang kacau (tidak tentu arah):\nbagaimana mereka itu akan hidup dalam dunia yang sekarang penuh dengan ~\n." "pancarona\n[sastera lama] bermacam-macam warna, pancawarna." "pancasila\nlima dasar falsafah kenegaraan Republik Indonesia (ketuhanan yang Maha Esa, kebangsaan, perikemanusiaan, kedaulatan rakyat, dan keadilan sosial)." "pancasona\n[sastera lama] sejenis jampi yang boleh menyebabkan orang mati hidup kembali." "pancasuara\n[arkaik]\n1.\n bermacam-macam suara atau bunyi;\n2.\n suara atau bunyi yang janggal." "pancawarna\n1.\n lima warna;\n2.\n bermacam-macam warna, berwarna-warna." "pancawarsa\n(perayaan, peringatan) setiap lima tahun." "panci\n[Indonesia-Belanda] sejenis kuali besi." "pancing\nalat untuk menangkap ikan dan sebagainya yang terdiri daripada joran, tali yang hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail;\n \nmakan ~ \nterlekat pada mata kail, kena tangkap dengan kail (berkenaan (dengan) ikan dan lain-lain);\n~ kacar \npancing yang tidak memakai mata (untuk menangkap sotong dan lain-lain);\n \n~\n \ntunda \npancing yang ditarik pada belakang perahu;\n \nmain ~ \nsejenis permainan daun terup (kartu);\n \numpan habis ~ putus, punca terlepas daripada tangan \n(peribahasa) perbuatan atau usaha yang sia-sia, malahan rugi pula;\nmemancing\n1.\n menangkap ikan dan lain-lain (dengan pancing);\n mengail:\naku hendak ~, apa umpannya Andeh? \n2.\n [kiasan] melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapat (mengetahui dan lain-lain) apa yang dihajati, mengumpan (memikat dan lain-lain):\nusul ini semata-mata untuk ~ undi; \nmenatap dengan pandangan seakan-akan ~ reaksiku;\n~ rahsia; \nmencari (mengetahui) rahsia;\n~ di air keruh \n(peribahasa) mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau dan lain-lain;\n \nniat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan \n(peribahasa) perihal orang yang mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi;\npancing-memancing\n [kiasan] saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dalam kumpulan berkenaan, biasanya dengan menawarkan pelbagai ganjaran yang menarik dan lumayan:\nkini soal ~ pemain-pemain dengan menjanjikan ganjaran dan habuan yang lumayan menjadi topik utama;\nterpancing\n kena pancing, terkail;\n \nniat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka \n(peribahasa) lain yang dikehendaki lain yang didapat (kemuliaan yang dihajati kehinaan yang diperoleh);\npancingan\n sesuatu yang digunakan untuk memancing (memikat dan lain-lain), provokasi:\nrancangan itu sebagai satu ~ undi pilihan raya; \nini semua hanya ~;\nkepancingan\n penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail;\npemancing\n orang yang memancing." "pancir\n[arkaik] bahagian yang di hadapan sekali (perarakan dan lain-lain)." "pancis-pancis\nsejenis tumbuhan (herba), jobong beralih, seruas semalam, tebuk seludang, tuba seluang, \nPolyangonum barbatum." "pancit I\nmemancit\n memancut (memancur) sedikit-sedikit;\nmemancitkan\n memancuntukan cecair (air, minyak dan sebagainya) sedikit-sedikit, menyebabkan memancit:\npemancit ini berupa muncung untuk ~ petrol ke dalam alur masuk.\n pancitan\n hasil memancit atau memancitkan:\nmikrokomputer yang mengawal ~ petrol; \npemancitan\n proses, perbuatan dan sebagainya memancit atau memancitkan;\npemancit\n alat untuk memancitkan (minyak dan sebagainya):\n~ yang dikawal secara elektronik ini dapat menentukan banyaknya petrol yang harus digunakan." "pancit II\nmenjadi kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, pecah dan sebagainya (berkenaan (dengan) tayar kereta, basikal dan sebagainya), bocor:\ntayar kiri keretanya ~; \ndia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~;\nmemancitkan\n menyebabkan tayar, belon dan sebagainya kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dan sebagainya, membocorkan:\ndia sudah berani ~ tayar kereta gurunya;\n pemancitan\n perbuatan memancitkan." "pancung I\nkuih ~ \nsejenis kuih." "pancung II\n1.\n bahagian hujung, punca atau penjuru (kain dan lain-lain);\n \n~ serong \n(kain yang) disusun atau diikat serong dengan puncanya tergantung;\n2.\n bersegi dan tirus ke hujung, bersegi lancip;\n3.\n penggal (leher dan lain-lain), kerat:\nhukum ~;\npepat di luar ~ di dalam \n(peribahasa) rupanya baik tetapi hatinya jahat;\nberpancung\n berikat serong dengan puncanya tergantung (kain):\njika baginda itu berkain ~, maka puncanya digantung;\nmemancung\n memenggal, mengerat (kepala, leher, dan lain-lain);\npancungan\n hasil kerja memancung:\n~\n \npedang;\npemancung\n (alat) untuk memancung:\nparang ~; \npedang ~\n." "pancur\n[bahasa percakapan] pancuran;\nmemancur\n keluar atau memancar (air dan lain-lain);\nterpancur\n keluar memancur, terpancar:\ndibukanya paip dan air pun ~lah ke badan Kadir;\npancuran\n1.\n air yang keluar memancur:\nbunyi ~ air; \n2.\n cerat, paip air;\n3.\n saluran tempat air dan lain-lain mengalir (memancur):\nmereka telah pulang dari ~ mengisi perian betungnya." "pancut\nmemancut\n keluar dengan deras (kerana tekanan), memancar:\nair ~ dari muka bumi;\nmemancuntukan\n mengeluarkan air dan lain-lain dengan deras, memancarkan, memancurkan:\nbelerang itu akan menjadi cair dan dipancuntukan keluar oleh udara yang ditekan masuk;\npancutan\n (air dan lain-lain) yang memancut:\ntanah tepi lubang itu diruntuhkan dengan ~ air;\n~ angin;" "pancut-pancut\n= \npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nSpathodea spp." "panda\nsejenis binatang seperti beruang (berbulu hitam dan putih) yang hidup di hutan bambu di China\n, Ailuropoda melanolenca." "pandai\n1.\n cerdik, pintar:\nsemua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; \norang ~-~ \norang yang terpelajar (berilmu);\n \nbijak (cerdik) ~\na) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yang terpelajar, cendekiawan;\n2.\n bijak, cekap, mahir:\nbegitu ~ ia berpura-pura; \n3.\n boleh, mampu, sanggup:\nsekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; \n4.\n sesuka hati (ikut mana yang difikirnya elok), sekehendak hati:\nselama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; \n5.\n orang yang mahir dalam pertukangan dan lain-lain, tukang, ahli;\n~ besi \ntukang besi;\n \n~\n \ncanai \ntukang mencanai pisau;\n \n~\n \nemas \ntukang emas;\n \n~ hidup \na) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dan lain-lain);\n b) pandai bergaul dengan orang lain supaya tidak dibenci dan lain-lain;\n \n~\n \njatuh \n[bahasa percakapan] pandai mencari alasan dan lain-lain untuk menyelamatkan diri;\n \n~ kayu \ntukang kayu;\n \n~ lukis \nark orang yang pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis;\n \n~\n \nmembawa untung \nsedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dan lain-lain;\n \n~ tenggang (akal) \npandai mencari akal;\n \n~ ubat \nahli ubat;\n~ menyipat, tidak ~ menarah \n(peribahasa) tahu menyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu membuat kerja;\n \n~ makan, ~ simpan \n(peribahasa) pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia;\nsepandai-pandai\n bagaimana (betapa) pandai sekalipun:\n~ tupai melompat, sekali akan gawal juga;\n berpandai-pandai\n [Minangkabau] melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dengan orang lain:\n~ engkau mengajak lakimu;\n memandai, memandai-mandai\n membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri:\nkebanyakannya itu, kerananyalah yang ~ sendiri;\n~ diri \nberpandai-pandai;\nmemandaikan\n1.\n [sastera lama] membuat, membina;\n2.\n menjadikan pandai:\namanat guru ialah untuk ~ murid;\nkepandaian\n kecerdikan, kemahiran, kepintaran:\nada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga;\nberkepandaian\n mempunyai kepandaian (kemahiran):\nia tiada ~ suatu apa." "pandak I\npendek:\nkeris ~; \norang ~ tembun;\nmemandakkan\n menjadikan pandak, memendekkan;\nmemperpandak\n menjadikan lebih pandak, memperpendek;\npandak II\n [Perak] timang-timangan untuk anak yang kelima." "pandam I\ndamar atau embalau yang digunakan untuk melekatkan sesuatu (parang pada hulunya dan lain-lain);\nmemandam\n [sastera lama] melekatkan pandam (embalau) pada:\ndipandam giginya dengan malau." "pandam II\n[Minangkabau] = \n~ perkuburan \nperkuburan." "pandan I\nsejenis tumbuhan (daunnya wangi atau berduri), \nPandanus spp.; \njenis-jenisnya:\n~ duri, ~ hutan, ~ wangi; \ntikar ~ \ntikar yang dibuat daripada daun pandan." "pandan II\nanjing ~ \nanjing yang merah bulunya." "pandan III\nikan ~\n sejenis ikan laut, ikan kapas-kapas, \nGerres abbreviatus." "pandang\n1.\n lihat (sambil memerhatikan);\n \nberadu ~ \nbertemu mata, berhadapan muka;\n \nmembuang ~ \na) memalingkan muka, melihat ke tempat lain;\n b) = \nmelayangkan ~ \nmelihat jauh-jauh;\n \nseimbas (selayang) ~\n melihat dengan sekali imbas (sepintas lalu);\n2.\n [bahasa percakapan] memandang;\n \n~\n \nringan \nmenganggap sepi atau tidak penting;\nalat ~ dengar \nalat untuk mengajar melalui pelihatan dan pendengaran (mis pita rakaman, televisyen, dan lain-lain);\n \n~\n \ntilik \npendapat (fikiran);\n \n~ tinggi \nmenganggap mulia (berharga dan lain-lain);\n~ anak, ~ menantu \n(peribahasa) memilih menantu biar sepadan dengan anak;\n \n~ jauh dilayangkan, ~ dekat ditukikkan \n(peribahasa) [Minangkabau] memeriksa sesuatu dengan cermat (teliti);\nberpandangan, berpandang-pandangan\n saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka:\nmaka ~lah segala rakyat bala tentera; \nmereka semua berpandang-pandangan sejurus;\n~ dengan \nberhadapan dengan;\n \n~ mata \nbertemu mata;\n \n~ muka \nberhadapan atau bertemu muka;\nmemandang\n1.\n menggunakan mata untuk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati:\ndipandangnya bangunan yang tiga tingkat itu; \nsegala perempuan yang ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; \n2.\n menganggap:\nWan Derus dipandang sebagai seorang ketua; \n3.\n memikirkan, mempedulikan, memerhatikan:\nkeadilan tidak ~ pangkat atau harta; \n4.\n menghormati, menghargai:\nia dipandang orang di kampung itu;\n~ berat \nmenganggap sesuatu bukan sebagai perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dengan penuh kesungguhan;\n \n~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) \nmenganggap enteng (gampang dan lain-lain), menganggap tidak penting;\n \n~ hina (rendah) \na) menganggap hina (rendah);\n b) menghinakan (merendahkan);\n \n~ jauh (ke hadapan) \nmemberikan perhatian kepada atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dan sebagainya) jangka panjang;\n \n~ kepada \nmengambil kira akan memperhitungkan, memikirkan;\n \n~ serong \nmenganggap tidak jujur, tidak mempercayai;\npandang-memandang\n1.\n berpandang-pandangan, saling memandang:\nmasing-masing ~; \nmereka ~ ; \n2.\n saling menghormati (menghargai dan lain-lain), hormat-menghormati, segan-menyegani, dan lain-lain:\nhidup berjiran begini, kita harus ~;\nmemandangi\n memandang dengan teliti, melihati, mengamati:\nisterinya tegak juga di situ ~nya bekerja;\n terpandang\n1.\n dapat dipandang, terlihat, kelihatan:\n~lah si anak itu telah terjeringing; \ntidak ~ \na) tidak terlihat (kelihatan);\n b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu;\n2.\n tidak sengaja atau tiba-tiba memandang (kepada, pada):\nserta ia ~ muka Tuan Raffles; \n3.\n terkemuka, terbilang, disegani, dihormati:\nia hendak menjodohkan anaknya dengan orang yang ~;\nterpandang-pandang\n seakan-akan tampak, teringat:\ndalam seminggu selepas perpisahan itu ~ saya akan rupanya;\n terpandangkan\n terpandang akan:\napabila ~ Milah yang sedang muncung, dia cepat-cepat mengalih mukanya;\n memandangkan\n memikirkan, (apabila) mempertimbangkan atau memperhitungkan:\n~ pengalaman puan selama ini saya dengan sukacitanya melantik puan sebagai ahli jawatankuasa Kongres Cendekiawan Melayu ke III;\n pandangan\n1.\n hasil perbuatan memandang:\nia memusatkan ~nya pada gadis itu; \nmencuri ~ \nmemandang dengan tidak diketahui orang;\n2.\n apa yang terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang:\ndengan mendekatkan mata pada kanta itu kita nampak satu ~ yang luas; \nwang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; \n3.\n a) yang menjadi perhatian:\nanak muda itulah yang menjadi ~nya; \nb) [kiasan] yang dihormati (dicita-citakan dan lain-lain):\ndialah ~ orang di kampung itu; \n4.\n anggapan, pendapat, tanggapan, fikiran:\n~nya terhadap Aini tidak berubah;\n~ hidup \npendapat tentang hidup, falsafah hidup;\n \n~ politik \npendapat terhadap politik, falsafah politik;\nberpandangan\n mempunyai pandangan (bahawa), berpendapat:\nia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat daripada aspek etika dan agama; \nmereka juga ~ sama tentang perkara ini;\n~ jauh \nmempunyai hematan dan kebolehan menjangka (keperluan, masalah, perkembangan, dan sebagainya) yang akan datang atau timbul:\nkita memerlukan rancangan yang rapi dan jangka waktu yang agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yang berkaliber, matang, berani dan ~ jauh;\npemandangan\n1.\n keupayaan (kemampuan) mata untuk memandang, pelihatan:\n~nya sudah kabur; \n2.\n [sastera lama] pemerhatian:\n pada ~ patik ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kepada patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; \n3.\n keadaan (alam dan lain-lain) yang indah dipandang:\nbukan buatan indah ~ dewasa itu; \nlukisan ~ \nlukisan berkenaan alam;\n4.\n hasil memandang, pandangan:\n~ dari depan berbeza dari belakang; \n5.\n pendapat, pandangan, pengetahuan:\nmemberikan ~nya tentang ciptaan itu; \njauh perjalanan, luas ~ \njauh perjalanan, luas pengetahuan;\n \n~ umum \npemandangan mengenai seluruh soal atau hal;\n6.\n ulasan, komentar:\n~ politik hari ini;\nsepandangan\n sejauh yang dapat dipandang;\npemandang\n1.\n orang yang memandang;\n2.\n [sastera lama] pandangan, pelihatan." "pandau\n[arkaik] paya, rawa." "pandemik\nwabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia." "pandiang\npelacur, sundal." "pandidip\n[Brunei] gores api, mancis." "pandir\nbodoh, tolol:\nmemang engkau sudah ~ ; \nbagaimana ~ dan gila cita-citanya; \nPak P~ \norang bodoh;\nsepandir\n sebodoh, setolol;\nkepandiran\n kebodohan, ketololan;\nkepandir-pandiran\n kebodoh-kebodohan." "pandu I\n1. = pemandu\n orang yang menunjukkan jalan (di laut dan lain-lain), perintis jalan:\nhamba sanggup menjadi ~ kepada ketua-ketua kita itu; \n2.\n kapal yang menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim;\n3.\n [Indonesia] anggota pasukan pengakap;\n \n~ puteri \nanggota pasukan pengakap wanita;\nberpandu\n memakai penunjuk jalan;\n \npeluru ~\n peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya;\nberpandukan\n1.\n memakai penunjuk jalan;\n2.\n memakai sesuatu sebagai petunjuk (pedoman, pimpinan, dan lain-lain):\nmembina jambatan ~ pelan;\nmemandu\n1.\n memimpin:\ndialah yang ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; \n2.\n membawa (kereta, kapal terbang):\n~ kereta dengan laju;\n memandukan\n menunjukkan (kapal dan lain-lain) jalan, memimpin (kapal dan lain-lain);\npanduan\n1.\n orang yang menunjukkan jalan, pengiring;\n2.\n pedoman, petunjuk, pimpinan:\nQuran ialah kitab Islam yang mengandungi segala ~ bagi umat Islam; \n3.\n sesuatu yang dipakai untuk rujukan (untuk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dan lain-lain);\n \n~ telefon \nbuku yang mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya;\nkepanduan\n perihal pandu;\npemanduan\n perbuatan memandu (kereta, kapal, dan lain-lain):\nia akan lebih awas dengan ~ keretanya;\npemandu\n1.\n orang yang memandu (menunjukkan jalan), pandu, perintis jalan:\nmereka menjadi ~ kepada gerila-gerila Indonesia; \n2.\n orang yang memandu atau membawa (kereta, kapal terbang, dan lain-lain):\n~ bas." "pandu II\nmemandu\n mencuba, menguji;\n \n~ pakaian \nmencuba pakaian;\n \n~ senjata \nmencuba atau menguji senjata." "pandu uji\nperihal atau perbuatan memandu sesebuah kenderaan bermotor (kereta, motosikal dan sebagainya) seketika, terutamanya oleh bakal pembeli, untuk menguji atau menilai apa-apa jua kelebihan atau kelemahannya:\nsemua bakal pembeli diberi peluang melakukan ~ kereta model yang terbaru itu;\n memandu uji\n memandu sesebuah kenderaan bermotor, seperti kereta dan motosikal, untuk menguji atau menilai kelebihan atau kelemahannya, melakukan pandu uji:\nselepas ~ Jaguh, dia mendapati motosikal ini mudah dikendalikan." "panel\n1.\n kumpulan orang yang membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dengan politik, ekonomi, dan lain-lain di hadapan para pendengar atau penonton;\n2.\n kumpulan orang yang dilantik atau dipilih itu untuk melakukan tugas tertentu:\nbeliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih sepenuh masa; \n3.\n kepingan kayu atau papan yang disambung-sambung dan digunakan untuk menghias dinding." "panembrama\n[Jawa] lagu untuk menghormati (menyambut) kedatangan tetamu dan lain-lain;\nberpanembrama\n berlagu dan berhibur." "panen\n[Jawa]\n1.\n = \npanenan\n pemungutan hasil sawah atau ladang, penuaian:\nmereka mesti dapat memberi nasihat dan memimpin orang desa bagaimana dapat membesarkan ~; \n2.\n memungut hasil cucuk tanam dari sawah atau ladang, menuai:\napabila musim ~ tiba, kami semua harus ke sawah." "pang\n1.\n bunyi seperti bunyi orang menampar;\n2.\n [Kedah] tampar." "pangah\nterpangah\n ternganga." "pangalaban\n[Brunei]\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok) yang buahnya boleh dimakan, \nLitsea garciae\n;\n 2.\n sejenis kuih basah yang bentuknya seperti buah pangalaban." "pangan I\n[arkaik] hutan;\n \norang ~ \norang asli yang tinggal di hutan Malaysia." "pangan II\n[Jawa] makanan;\n \nsandang ~ \npakaian dan makanan, keperluan hidup." "pangeran\n[Jawa] gelaran untuk anak (keluarga) raja dan orang besar." "pangestu\n[Jawa] berkat, restu:\norang Bali yakin bahawa aku membawa ~ kepada mereka." "panggak\n[Minangkabau] bangga, megah, sombong;\nmemanggakkan\n membanggakan, memegahkan, menyombongkan:\ntidak ada kuasa dan pangkat yang hendak dipanggakkannya." "panggal I\npotong, penggal;\npanggalan\n [Minangkabau] galah (untuk mengait buah-buahan dan lain-lain)." "panggal II\n[Brunei] nilai wang yang besarnya 14 sen." "panggang\nyang dimasak (dipanaskan, didinginkan) di atas bara api:\nayam ~; \nikan ~; \npulut ~;\n~ peringgi \nbaru hendak masak (padi dan lain-lain);\n \njauh ~ dari api \n(peribahasa) tidak kena atau jauh daripada yang dimaksudkan;\nmemanggang\n1.\n memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api:\n~\n \nikan; \n2.\n [Minangkabau] membakar:\nmaka berkedut-kedut yang hitam dipanggang cahaya matahari;\ndipanggang tiada hangus \n(peribahasa) beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat;\n \nterlampau panggang jadi hangus \n(peribahasa) terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya;\npanggangan\n1.\n bahan yang dipanggang;\n2.\n hasil memanggang;\npemanggangan\n perihal (proses atau perbuatan) memanggang;\npemanggang\n alat (penyepit) yang digunakan untuk memanggang." "panggar I\nsejenis para-para untuk menjemur ikan dan lain-lain, panggau." "panggar II\nTr\n1.\n membuang, memotong (kulit kayu, rambut, dan lain-lain), papar:\nrambutmu sudah panjang. Pergi ~ di kedai gunting; \n2.\n tempat ayam bertenggek di dalam reban, tempat burung bertenggek di dalam sangkar." "panggas\ntempat yang bertiang dua (untuk menyimpan kayu api)." "panggau\n1.\n panggar;\n2.\n [Brunei], [kata seru] sejenis katil yang berukir-ukir (untuk Sultan, pengantin)." "panggil\nmemanggil\n \n1.\n menyuruh datang (balik) dengan menyebut nama dan lain-lain:\nmaka bertemulah dengan sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; \n2.\n menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dan lain-lain):\nsegala orang yang berkenaan akan dipanggil untuk menyaksikan perayaan itu; \n3.\n menamakan, menggelar, menyebut:\nbuah ini dipanggil timun; \nselama besar ini dia termalu-malu ~ abang;\nbelum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang \n(peribahasa) terlalu rajin (lekas mengerjakan sesuatu yang disuruh);\n \nkalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua \n(peribahasa) jawaban yang tepat bagi sesuatu pertanyaan;\nmemanggil-manggil\n menyebut (meneriak) nama seseorang berulang kali:\ntatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dalam rumah, kami terdengar orang ~ ayah dari luar; \nanak itu menangis sambil ~ ibunya;\nmemanggilkan\n1.\n memanggil untuk:\npanggilkan dia sebuah teksi; \n2.\n memanggil (menyebut) dengan:\nia berasa gembira apabila orang ~ tuan kepadanya;\nterpanggil\n1.\n [Minangkabau] dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu perkara:\nseisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah tahu bahawa Yusuf ~; \nbagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke pengadilan; \n2.\n berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab, terpengaruh dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu:\nsebagai penyanyi, dia turut ~ untuk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yang membimbangkan ketika ini; \ndia semacam ~ untuk menolak dan menentang sekeras-kerasnya gagasan itu;\npanggilan\n1.\n suara memanggil:\ndalam gelap itu terdengar suatu ~ yang jelas dari jalan; \n2.\n ajakan, jemputan, undangan:\nhatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dengan kerosakan di kilang elektrik; \ndia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; \n3.\n gelaran, sebutan nama:\nia pun menukarkan nama dengan ~ Ken Anglira Sari; \n4.\n orang yang dipanggil;\n~ hidup (jiwa) \nkesukaan atau kecenderungan dalam sesuatu lapangan (pekerjaan dan lain-lain);\n \n~ jauh = ~ STD = ~ nasional \npanggilan yang dibuat ke tempat yang melebihi 4 km dari ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pada bil telefon dengan butiran terperinci;\n \n~ kejut \npanggilan melalui telefon yang bertujuan menyedarkan atau mengejuntukan tetamu yang menginap di hotel dan sebagainya, biasanya dibuat oleh pihak hotel dan sebagainya atas permintaan tetamu;\n \n~ mulut \njemputan dengan mulut (tidak dengan kad dan lain-lain);\n \n~ tempatan \npanggilan yang dibuat dalam jarak 4 km dari ibu sawat;\n P~ Terus Antarabangsa \npanggilan telefon ke luar negara yang boleh dilakukan secara terus kepada orang yang dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator.\npemanggil\n (orang) yang memanggil:\ndinanti-nantilah oleh semua ~ itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari; \ncanang ~ \ncanang untuk memanggil (memberitahu);\nsepemanggil\n sejauh suara orang memanggil." "panggil-panggil\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nClerodendron paniculatum." "panggu\n[Pulau Pinang] habuan, bahagian;\npangguk; \nmemangguk\n meletakkan sesuatu ke atas benda lain:\njala yang ditaruhnya dalam petak diambilnya dan dipangguk pada lengannya\n." "panggul I\n[Jakarta] pangkal paha." "panggul II\n[Jawa];\n memanggul\n memikul, menjulang:\n~ senjata;\n~ tajak." "panggung\n1.\n lantai yang bertiang (untuk meninjau-ninjau dan lain-lain);\n \nrumah ~ \na) rumah yang bertiang (tinggi);\n b) rumah bertingkat;\n2.\n pentas tinggi tempat bermain sandiwara dan lain-lain;\n \n~ wayang (gambar) \ntempat menayangkan wayang gambar;\n \nseri ~ \npelakon bangsawan (sandiwara) yang utama (terkemuka);\n3.\n tempat duduk penonton yang tinggi (di stadium dan lain-lain);\n4.\n penonton wayang dan lain-lain;\nberpanggung\n mempunyai panggung:\nrumah Melayu awal ialah rumah ~ dan berbumbung lipat kajang;\n memanggung\n mengangkat;\n \n~ kepala \nmengangkat kepala:\nTukya ~ kepala melihat Besah yang bertimpuh di sisi Lamin;\n memanggungkan\n memainkan sandiwara di panggung, mementaskan;\npanggungan\n1.\n lantai yang tinggi untuk meninjau (menonton dan lain-lain);\n2.\n penonton (wayang dan lain-lain);\npemanggungan\n kegiatan (usaha) mempersembahkan sandiwara di panggung, pementasan (sandiwara) di panggung:\ndi tangannya sudah ada tradisi penulisan skrip; \npengarahan, ~, dan aspek-aspek pementasan yang lain." "pangkah I\nmemangkah\n \n1.\n menghentakkan (membantingkan) gasing ke atas gasing lain;\n2.\n mengalahkan lawan (dalam permainan terup dan lain-lain)." "pangkah II\ntanda silang seperti tanda kali dan lain-lain;\nberpangkah\n bertanda pangkah:\npetak ~ menunjukkan aspek keluaran yang dipentingkan;\nmemangkah\n membuat tanda pangkah (pada jawaban yang salah pada kertas peperiksaan dan lain-lain):\n~ kertas undi.\n \npangkai I\n [arkaik];\nbertikai-~ \nbertengkar, berselisih." "pangkai II\n[arkaik] besar." "pangkal\n1.\n bahagian permulaan (pokok, tongkat, dan lain-lain), lawan hujung:\nbuah kelapa keluar bertandan-tandan di ~ pelepahnya; \nHaji Maunmenggigit-gigit ~ cerut; \n2.\n permulaan, awal:\npergerakankebangsaan itu telah bermula pada ~ abad kedua puluh; \n3.\n asal, mula, sebab:\nRamli menjadi ~ sebab daripada perbuatan-perbuatanwanita itu; \nhujung ~ \nsebab-musababnya (permulaan dankeputusannya dan lain-lain);\n4.\n modal;\n \nwang ~ \na) wang modal;\n b) yuranmasuk menjadi ahli (persatuan dan lain-lain);\n~ bahu \nbahagian bahu dekat leher;\n \n~ bedil \ntangkai atau gagang bedil;\n \n~ cerita \npokok (dasar) cerita;\n \n~ hidung \nbahagian sebelah atas batang hidung di antara mata;\n \n~ jalan \na) permulaan jalan;\n b) [kiasan] keadaan (kelakuan dan lain-lain) yang mula-mula;\n \n~ kata \na) kata pokok, kata dasar;\n b) permulaan percakapan;\n \n~ kaki \nbahagian di atas kaki (kuda);\n \n~\n \nleher \nleher di sebelah bawah;\n \n~ lengan \nlengan sebelah atas di bawah bahu;\n \n~ mata \nbahagian mata berhampiran hidung;\n \n~ nama \n[Indonesia] nama benar (bukan nama keluarga dan lain-lain);\n \n~ paha \npaha sebelah atas;\n \n~ pedang \nhulu (tangkai) pedang;\n \n~\n \npokok = pokok ~\n sesuatu yang menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dan lain-lain);\n \n~\n \nrumah \nbahagian rumah di sebelah atas tangga;\n \n~ tangan \nbahagian tangan di bawah siku;\n \n~ telinga \nbahagian di antara telinga dan kepala;\n \nsi ~ = si ~ helat \n[Minangkabau] tuan rumah (penerima tetamu);\nberpangkal\n bermula, berasal, berpunca:\nsering terjadi ketegangan di rumah itu ~ daripada adanya perbezaan pendirian antara keluarga; \ntidak berhujung, tidak ~ \ntidak tentu atau tidak keruan sebab-musababnya (permulaan dan kesudahannya dan lain-lain);\nberpangkalkan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai pangkal:\nnama sesuatu yang khusus yang ejaannya ~ huruf besar;\nmemangkal, mangkal\n [Jakarta] berhenti di sesuatu tempat yang tertentu (teksi dan lain-lain);\nmemangkalkan\n1.\n menyimpan perahu dan lain-lain di darat;\n2.\n menempatkan tentera (kapal terbang dan lain-lain) di pangkalan;\n3.\n mengumpulkan (menaruh) barang-barang di suatu tempat (untuk diangkat dan lain-lain);\nterpangkal\n pokoknya, modalnya;\n \nmenjual ~ \nmenjual dengan tidak ada laba;\npangkalan\n1.\n tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh);\n2.\n tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain);\n3.\n pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya:\ndua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya;\n~ armada \npangkalan kapal-kapal perang;\n4.\n [Jakarta] tempat tertentu untuk berkedai, perhentian teksi, dan sebagainya;\n~\n \ndata \nsimpanan sejumlah besar data dalam bentuk yang dapat dikendalikan oleh komputer;\n \n~ tentera udara (laut) \npangkalan tempat operasi tentera udara (laut);\n \nsi ~ \n[Minangkabau] tuan rumah (penerima tetamu);\nsepangkalan\n [Minangkabau] tuan rumah (pada sesuatu jamuan dan lain-lain);\nberpangkalan\n mempunyai pangkalan (di):\npenempatan tentera Amerika Syarikat yang ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pada 24 November 1992." "pangkas\ntoko ~ \nkedai gunting rambut;\n \ntukang ~\n tukang gunting (cukur);\nberpangkas\n bergunting rambut:\njanganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja ~ gambak;\n memangkas\n1.\n menggunting rambut supaya rapi:\nrambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya;\n 2.\n memotong hujung (rumput, pokok, dan lain-lain), mencantas:\njikalau ia tidak dipangkas atau ditutuh nescaya ia tumbuh menjadi pokok yang besar;\n~ kata \nki meringkaskan cerita;\nterpangkas\n memangkas atau dipangkas dengan tidak sengaja:\ndia ~ dahan anak rambutan itu;\npemangkasan\n perbuatan (kerja dan sebagainya) memangkas:\n~ perlu dilakukan untuk membuang daun atau dahan yang rosak;\n pemangkas\n1.\n perkakas atau alat untuk memangkas (memotong):\n~ rumput; \n2.\n orang yang memangkas, tukang pangkas." "pangkat\n1.\n sejenis tingkat (mahkota, bumbung istana, dan lain-lain):\ndikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; \nbesar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya;\n2.\n lantai (panca-persada):\nmaka ia menyuruh membuat panca-persada tujuh ~;\n3.\n tingkat atau lenggek (rumah dan lain-lain);\n4.\n martabat, darjat, kedudukan:\nyang dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; \n5.\n tingkatan kedudukan dalam kerja (di pejabat, dalam ketenteraan, dan lain-lain):\nKarim diberi ~ koperal; \nguru-guru besar yang ada hati perut mahu naik ~,\n \nmahu jadi guru-guru pelawat; \ngila ~\n terlalu ingin mendapat pangkat;\n \nnaik ~ \na) mendapat pangkat (yang lebih tinggi);\n b) naik kelas;\n \ntanda ~\n tanda yang menunjukkan pangkat;\n \nturun ~\na) turun kedudukan dalam pejabat dan lain-lain;\n b) turun kelas;\n6.\n kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dan lain-lain):\nmurid-murid ~ lima; \n7.\n taraf (darjah) kelulusan peperiksaan (sijil dan lain-lain):\nkelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; \nSijil Persekolahan ~ satu;\n8.\n tingkatan atau kedudukan dalam pertalian keluarga:\ndia ~ anak saudara pada saya; \n9.\n [Indonesia] hasil menggandakan sesuatu bilangan dengan mendarabkannya (beberapa kali) dengan bilangannya sendiri, kuasa:\ndua ~ tiga ialah 23 = 2 x 2 x 2;\nsepangkat\n1.\n sama pangkatnya, setaraf, sedarjat;\n2.\n sama umurnya, sebaya;\nberpangkat\n1.\n mempunyai (memegang) pangkat:\nketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; \nsekarang ia ~ kapten; \n2.\n mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bangsawan:\ndi sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yang ~ belaka; \n3\n. berkedudukan tertentu dalam pertalian keluarga:\n dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sebagai orang ~ tua dalam puaknya; \npulai ~ naik, manusia ~ turun \n(peribahasa) manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik;\nberpangkat-pangkat\n bertingkat-tingkat, bersusun-susun;\nmemangkatkan\n1.\n menentukan atau menetapkan pangkatnya;\n2.\n mengangkat, melantik;\n3.\n menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dan lain-lain);\nkepangkatan\n perihal pangkat (martabat, darjah, dan lain-lain);\npemangkatan\n [arkaik] pemberian pangkat, pengangkatan, pelantikan." "pangkin\n1.\n sejenis tempat seperti para (biasanya di pasar) untuk penjual meletakkan barang jualannya (seperti ikan, sayur, dan lain-lain);\n2.\n = pangking." "pangking\nC\n1.\n sejenis tempat tidur yang merupakan lantai yang ketinggian;\n2.\n bilik tidur." "pangku\nriba, ribaan:\ntuanku Malim Deman bersenda gurau dengan tuan Puteri Bungsu, pujuk, ~, belai, menghabiskan kesukaannya;\nberpangku\n (duduk, tidur, dan lain-lain) di atas pangku:\ndia menjenguk ke dalam seketika dan mendapati orang banyak, ada yang sedang ~-pangku; \nanak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai;\n~ tangan \ntidak berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja;\nmemangku\n1.\n meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), meriba:\naku tidak dapat ~nya lagi di atas lutuntuku; \n2.\n membawa sesuatu di atas lengan yang dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya):\nenam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; \nbininya dipangku dan dibawa keluar dari semak itu; \n3.\n [arkaik] memeluk atau menganut (agama, ideologi, dan lain-lain);\n4.\n mengelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dan lain-lain):\n~ negeri; \n5.\n mewakili (sebagai wali), memegang jawatan sementara bagi menggantikan pegawai dan lain-lain yang tetap:\nRaja Abdul Jalil dirajakan seperti wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; \nkerana Maha Hakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; \n6.\n memegang sesuatu jawatan (pangkat), memikul tanggungjawab:\nsiapakah yang ~ jawatan pengarah syarikat itu pada masa ini?; \njangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina \n(peribahasa) kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan;\npangkuan\n1.\n ribaan:\nia membaringkan Masdi di atas ~nya; \n2.\n [kiasan] kalangan, lingkungan:\nIrian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; \nia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka;\npemangkuan\n1.\n perbuatan memangku;\n2.\n perbuatan mengelolakan (negara, tanah, dan lain-lain);\npemangku\n1.\n orang yang memegang sesuatu jawatan;\n2.\n timbalan (raja, pegawai, dan lain-lain);\n \n~ raja\n timbalan raja:\nTun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; \n3.\n orang yang menyelenggarakan pemerintahan dan lain-lain, pengelola." "pangkung\nmemangkung\n memukul kuat-kuat (dengan belantan dan lain-lain)." "pangkur\ncangkul, pacul;\nmenjual tangkal ~ dedap \n(peribahasa) menceritakan yang bukan-bukan (cerita bohong);\n \nmeraih ~ ke dada \n(peribahasa)\na) berasa insaf akan diri;\n b) berasa tersindir (tersinggung);\nmemangkur\n mencangkul." "panglima\n1.\n [sastera lama] hulubalang, ketua pasukan:\nia menyuruh ~ berbaju rantai serta dengan beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; \n2.\n ketua atau pemimpin angkatan tentera:\nJeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik;\n~ Agung (Besar) \npanglima tertinggi yang memerintah sesuatu angkatan tentera (daripada berbagai-bagai pasukan);\n \n~ gajah \n[sastera lama] ketua yang menyelenggarakan urusan gajah;\nP~ Mangku Negara (P.M.N.) \nbintang kehormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri);\n \n~ pangkalan \nark syahbandar;\n \n~ perang kanan (kiri) \npanglima perang yang di bawah panglima besar;\nmisai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang \n(peribahasa) rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut." "panglin\nburung ~ \nsejenis burung, ayam air, burung pangulin, \nPorphyrio poliocephalus viridis." "pangling\n[Jawa] lupa, tidak kenal lagi:\naku sama sekali tidak ~ padanya\n." "panglong\n[Cina] perusahaan menebang kayu orang-orang Cina." "pangonan\n[Jawa] padang rumput tempat binatang ternakan merumput." "pangreh\n~-praja \nark pamung praja, pegawai pemerintah negeri." "pangsa\npetak atau bahagian-bahagian dalam buah-buahan dan lain-lain (seperti dalam buah durian):\n~ durian; \nrumah ~ \nsatu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai tempat kediaman;\n \n~ menunjukkan bangsa, umpama durian = seperti durian menunjukkan ~nya \n(peribahasa) kelakuan dan percakapan seseorang itu menunjukkan baik atau jahat asalnya (perangainya);\nberpangsa\n1.\n mempunyai pangsa, ada pangsanya:\nsebuah kotak kaca ~ dua; \n2.\n berulas:\nurat-urat daging mereka timbul ~-pangsa akibat menggunakan tenaga sepanjang hari." "pangsai\nC buang air besar." "pangsapuri\nrumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan." "pangsi I\n1.\n paku gasing, paksi;\n2.\n (Kejuruteraan) paksi pada motokar (enjin dan lain-lain);\nberpangsikan\n [kiasan] menganggap atau menjadikan sesuatu sebagai keutamaan (teras, dasar dan sebagainya), berteraskan, berdasarkan, bertunjangkan:\ngaya hidup yang ~ mutu telah mendorong ramai orang menggunakan kristal sebagai hiasan;\nmemangsikan\n memasang (mengenakan) pangsi pada, menempatkan di atas pangsi, melekatkan (menyambungkan) dengan pangsi dan lain-lain." "pangsi II\n[Cina] sejenis kain sutera hitam." "pangsit\nsejenis makanan orang Cina." "panguk\nterpanguk\n terdongak." "pangulin\nburung ~; \npanglin." "pangur\n1.\n [Minangkabau] kukuran, pengukur;\n2.\n sejenis kikir, patar." "pangus I\n[sastera lama] cekap, tangkas:\nterlalu baik parasnya, sedap, manis, pantas, ~, tiada siapa taranya pada zaman itu." "pangus II\nmemangus\n berbunyi seperti bunyi ikan lumba-lumba." "pani\nnibung ~ \nbulu (janggut) jagung." "panik\ncemas (takut, bimbang, gelisah dan sebagainya) yang datang dengan tiba-tiba:\nsaya benar-benar ~ ketika itu; \nkadangkala kita mudah ~ apabila diarah menyiapkan sesuatu projek dengan segera;\nkepanikan\n1.\n perasaan atau keadaan panik (cemas):\n~ benar-benar mencengkamnya;\n~ jelas terbayang di wajahnya; \n2.\n mengalami perasaan panik, dalam keadaan panik:\norang tua yang ~ itu telah bergegas melarikan diri ke dalam belukar; \nnampaknya dia ~." "panili\n[Indonesia-Belanda] sejenis tumbuhan yang menjalar dan harum bau buahnya (digunakan untuk mewangikan kuih dan lain-lain)." "panir\n[arkaik] keju." "paniradya\n[Jawa] [arkaik] jabatan;\n \n~ pati \nketua jabatan (departemen)." "panitera\npenulis, setiausaha;\n \n~ jaksa \npenulis (kerani) kejaksaan;\n \n~ pengadilan \npenulis (kerani) dalam pengadilan;\nkepaniteraan\n1.\n jawatan atau pejabat panitera (setiausaha);\n2.\n pentadbiran (dalam persatuan dan lain-lain)." "panitia\njawatankuasa:\nmembentuk satu ~ khusus untuk menyelidiki sebab-sebab bencana;\n~ bahasa Melayu-Indonesia." "panja\nmengarak ~ \nmengarak jari-jari tangan (daripada gangsa) yang dihiasi dengan bunga-bungaan di atas tabut (perarakan Hasan Husain)." "panjak\npemain muzik gamelan (kadang-kadang bermain sebagai penyanyi atau penari)." "panjang I\n1.\n lawan pendek:\ntali itu ~; \npenselnya masih ~ lagi; \n2.\n lawan lebar, bujur:\nmukanya ~; \n3.\n tinggi:\nbadannya ~ lampai; \n4.\n berlarut-larut, luas:\ncerita yang ~; \nberfikir ~; \n5.\n lama:\n~ umurnya; \n6.\n jarak dari hujung ke hujung (di antara dua tempat), lawan lebar:\n~ sebuah bilik tiga meter lebih daripada lebarnya; \n7.\n jarak masa, lama:\n~ waktu siang di khatulistiwa sentiasa selama 12 jam;\n~ akal (ingatan, kira-kira) \ntidak sempit (pendek) akal, boleh berfikir baik-baik;\n \n~ bulat \npanjang dan bulat (seperti buluh), bulat torak;\n \n~ ekor \nberani berbuat jahat (melanggar peraturan);\n \n~ gelombang \n(Fizik) jarak di antara dua puncak gelombang yang bersebelahan;\n \n~ ikatan \n(Kimia) jarak di antara dua nukleus atom yang terikat bersama dalam satu sebatian;\n \n~ lampai \nkecil tinggi (badan);\n \n~ lanjut (lebar) \ndengan butir dan keterangan yang banyak;\n \n~ lidah (mulut, muncung) \nsuka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap orang, suka menceritakan hal orang;\n \n~ nafas \ntidak pendek nafas, boleh berlari jauh;\n \n~ pendek \npanjang atau pendek;\n \n~ tangan \nsuka mencuri;\n \n~ tangkai \n[Minangkabau] hujan;\n \n~ umur (usia) \nlama hidup;\n~ langkah singkat pinta (permintaan) \n(peribahasa) sudah sampai ajal, meninggal dunia;\n \nditindih yang berat dililit yang ~\n (peribahasa) kemalangan yang tidak dapat dielakkan;\n \nhendak ~ terlalu parah \n(peribahasa) hendak meninggikan diri sangat, akhirnya jatuh;\n \nkalau ~ beri beruas, kalau pendek beri berbuku \n(peribahasa) sebelum berbuat sesuatu tentukan aturan-aturannya supaya tidak kacau;\n \nmendapat ~ hidung \n(peribahasa) mendapat malu;\n \nsama ~ dengan urat perut (belikat) \n(peribahasa) terlalu bohong;\n \nsudah ~ langkahnya \n(peribahasa) sudah meninggal;\nsepanjang\n1.\n sejauh, mengikut panjang:\nmatanya menyelusur ke ~ tembok itu; \nia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; \n2.\n segenap waktu, selama, seluruh:\n~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; \nia memandang muka kawannya yang ~ masa tunduk sahaja;\n~ tahun \nselama setahun penuh;\n3.\n mengikut, pada:\n~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dalam bahasa Melayu;\n~ yang mereka ketahui;\n berpanjang; \n~ kalam \nmenceritakan dengan lanjut (panjang lebar);\n \n~ madah \nbercakap banyak-banyak;\nberpanjang-panjang\n bercakap dengan panjang lebar:\njanganlah saudara ~ kerana kita sudah tidak ada masa lagi;\nberpanjangan, berpanjang-panjangan\n berlanjut-lanjut, berlanjutan, tidak berkeputusan, berterus-terusan:\ninginkah saudara soal ini diusut berpanjang-panjangan; \nkemesraan yang ~;\n memanjang\n1.\n menjadi panjang (lanjut):\nspring itu ~; \ntepuk tangan yang ~; \n2.\n mengikut panjang, membujur:\npotong sekeping kain ikut tepi atau ~; \n3.\n terletak dan lain-lain mengikut panjang, tidak melintang:\ndi ampaian di tepi beranda yang ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja;\nmemanjangkan\n1.\n menjadikan panjang, melanjuntukan, meneruskan:\ndan Tuk Hassan Temenggung yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; \naku bersyukur kepada Tuhan yang telah ~ umurku; \nkeadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yang sedang berlaku; \n2.\n menyampaikan:\nsegala keputusan yang dibuat akan dipanjangkan kepada kerajaan;\nmemperpanjang\n menjadikan lebih panjang:\njalan-jalan raya akan dibina, diperpanjang, dan diperlebar dalam kawasan-kawasan yang berpenduduk padat;\n panjangan\n lanjutan;\nkepanjangan\n1.\n perihal panjang (lama dan lain-lain), kelanjutan:\nkata pengantar yang ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yang disengajakan; \n2.\n terlalu panjang:\nnampak seolah-olah kaki dan lengannya terlalu ~;\nberkepanjangan\n berpanjang-panjangan, berpanjangan:\nabang memohon doa yang ~ daripada engkau; \nzaman yang ~;\npemanjangan\n perihal atau perbuatan memanjang(kan):\nHukum Hooke menyatakan bahawa ~ dawai atau spring itu adalah berkadar dengan beban pada dawai-dawai atau spring itu;\n pemanjang\n sesuatu yang memanjangkan:\n huruf ~ bunyi." "panjang II\n[Perak] panggilan kepada anak lelaki keempat." "panjar\ncengkeram, wang muka (pendahuluan):\nkain itu diberikannya kepada kepala kampung itu, akan jadi ~;\nmemanjari\n memberi panjar." "panjarwala\nkelasi yang bertugas di tiang kapal untuk menggulung (membentangkan) layar dan lain-lain." "panjat\nmemanjat\n \n1.\n naik ke atas (pokok, tiang, dan lain-lain);\n2.\n mendaki (bukit, gunung, dan sebagainya), menanjak:\nmereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; \n3.\n meminta ulang bicara di mahkamah yang lebih tinggi;\n~ bersengkelit \n(peribahasa) sesuatu yang sudah menjadi adat (kebiasaan);\n \n~ dedap \n(peribahasa) melakukan sesuatu dengan nekad (berani);\n \n~ pokok cekur boleh mati jatuh \n(peribahasa) menerima hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit;\n seperti ~ terkena seruda \n(peribahasa) mendapat rintangan sukar dalam sesuatu usaha;\nmemanjati\n memanjat pada:\nsurau di kampung itu dipanjati rumput;\nmemanjatkan\n1.\n menaikkan sesuatu pada;\n2.\n menyampaikan (membaca) doa kepada Tuhan:\n~ doa;\n~ puji dan puja kepada Tuhan Yang Maha Esa;\n~ perkara \nmeminta perkara (tuduhan dan lain-lain) diulangbicarakan di mahkamah yang lebih tinggi;\npanjatan\n1.\n tempat untuk memanjat, pendakian;\n2.\n perihal memanjat, pendakian;\npemanjat\n (orang dan lain-lain) yang memanjat." "panji\n= panji-panji\n bendera (biasanya yang bersegi tiga panjang);\n \ndi bawah ~ \ndi bawah naungan (dilindungi oleh);\n \nseperti ~, ditiup angin berkibar-kibaran \n(peribahasa) tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yang kuat." "panjing\n(Palembang) [arkaik] menjadi hamba di rumah pesirah atau ketua kaum (bagi perempuan yang bunting di luar nikah dan enggan menyatakan lelaki yang bertanggungjawab);\nmemanjingkan\n menyuruh bekerja di rumah pesirah (orang yang tidak menunaikan kewajibannya)." "panjunan\n[sastera lama] tukang periuk belanga." "panjut I\n1.\n sejenis suluh (daripada damar berbungkus daun dan lain-lain);\n2.\n belang putih pada ekor anjing dan lain-lain;\n3.\n warna putih pada hujung mata keris." "panjut II\npancut;\nmemanjut, memanjut-manjut\n memancut(-mancut), memancar(-mancar), memercik(-mercik);\nmemanjuntukan\n memancuntukan, memancarkan, memercikkan;\npanjutan\n pancaran:\nperlahan-lahan ~ sinar lampu menjadi kelam." "panjut III\nseluar panjang ~ \nseluar panjang yang ketat pada kakinya." "pankek\nsejenis kuih yang bentuknya nipis, leper, bulat, dan diperbuat daripada tepung, susu, telur, dan lain-lain." "pankreas\n(Biologi) kelenjar yang terletak di belakang perut yang merembeskan enzim pencernaan seperti lipase dan amilase serta hormon insulin dan glukagon." "panorama\n1.\n pemandangan yang luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu:\nmata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; \n2.\n tinjauan yang menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (keadaan, situasi dan sebagainya):\n~ sejarah bahasa Arabselama 2000 tahun\n;\n3.\n gambaran yang luas tentang suatu siri peristiwa yang sentiasa berubah-ubah:\n ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun\n. \npanoramik\n bersifat (merupakan) panorama, luas terbentang:\npemandangan ~ Kota Kinabalu." "panta\n[sastera lama] guli." "pantai\n1.\n tebing atau tepi laut (tasik, dan sebagainya) yang diliputi pasir (batu-batu kecil atau besar):\nkereta mereka sudah sampai di ~ Songkhla;\n~ menganjur \nisi pantai yang memotong urat tanah;\n \n~ selari \n(Geografi) pantai yang selari dengan urat tanah;\n2.\n menurun sedikit, landai;\nberpantai\n mempunyai pantai;\nmemantai\n1.\n menuju ke arah pantai;\n2.\n turun (matahari)." "pantak I\nmemantak\n masuk dalam-dalam (pasak dan lain-lain):\nperkataan-perkataan yang tajam ~ tepat ke telinga Pak Dollah;\nmemantakkan\n1.\n memasukkan dalam-dalam, menukul hingga masuk dalam-dalam (pasak, paku, dan lain-lain):\nmuncung keluli ini dipantakkan ke dalam tanah; \n2\n. [kiasan] memasukkan (idea, konsep, dan sebagainya) ke dalam fikiran, mempengaruhi:\nkanak-kanak kini turut membuat keputusan membeli jenama yang dipantakkan oleh iklan televisyen ke dalam fikiran mereka;\npantakan\n hasil atau perbuatan memantakkan:\n~ itu meninggalkan lekuk yang dalam; \nkesan ~ itu menyebabkan masyarakat selalu berhati-hati ketika menggunakan gula dalam makanan dan minuman;\npemantak\n alat untuk memantakkan sesuatu, penukul." "pantak II\n[Brunei], [kata seru] (ilmu) sihir." "pantang\n1. = pantangan\n sesuatu yang dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan), larangan:\nbagi ibu-ibu yang sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yang dikenakan tentang apa-apa makanan;\n~ di hutan (di laut) \nsesuatu yang tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut);\n2.\n = \npantangan\n makanan (minuman) yang ditegah (terlarang) untuk sesuatu penyakit dan lain-lain:\npenyakit gatal ini ~nya ialah udang; \ndaging lembu ialah ~ bagi orang yang beragama Hindu; \n3.\n keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu (berkenaan (dengan) perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dan lain-lain):\nkeadaan Minah selama dalam ~, tidur baring di atas penyalai; \nmemang laki-laki ~ surut; \ndalam ~ \ndalam keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yang terlarang selama 44 hari (berkenaan (dengan) perempuan yang baru bersalin), dalam hari;\n \nmakan ~ \nmakan dengan tidak boleh memakan makanan tertentu;\n4.\n tidak mahu (suka):\nLahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; \ndia berkepala batu, ~ menyerah; \n5.\n tidak dapat (boleh):\norang sini ~ tengok orang yang belum berkahwin; \nmusuh ~ dicari \nmusuh tidak boleh (jangan) dicari;\n6.\n = \nkepantangan\n sesuatu yang tidak disukai (dibenci, dikutuki);\n~ gelanggang \nperbuatan yang dilarang melakukannya sewaktu menyabung ayam;\n \n~ larang \n= \n~ pemali \nbermacam-macam pantang atau larangan;\n~\n \nkutu dicukur, ~ manusia dihina \n(peribahasa) berhati-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yang dilawan bercakap;\n \n~ lang dengan ayam lambat-laun disambar juga \n(peribahasa)\na) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dengan perempuan akhirnya jadi tidak baik jua;\n b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua;\n \n~ mati sebelum ajal \n(peribahasa) tidak akan mati sebelum waktunya;\n \n~ si tegang dibawa mengetul \n(peribahasa) orang keras kepala tiada dapat mendengar kata (nasihat) orang;\nberpantang\n1.\n mempunyai pantang (tidak boleh makan dan lain-lain sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh):\n~ ayam dan daging; \n2.\n ada larangannya, tidak bebas:\nmaka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; \njenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dengan jenaka Inggeris yang berpantang-pantang;\nmemantang\n1.\n sengaja tidak mahu memakan dan lain-lain sesuatu;\n \n~ kopi \ntidak mahu meminum kopi;\n2.\n menolak, menampek;\n \ntiada ~ lawan \ntiada menolak lawan;\nmemantangkan\n menjadikan pantang, melarang memakan (melakukan dan lain-lain) sesuatu:\nmakanan-makanan ini tidak dipantangkan kepada semua orang; \ntiada ~ barang sesuatu pekerjaan \nbarang apa pekerjaan pun dikerjakan;\npantangan\n pantang, larangan, makanan (minuman) yang terlarang;\nkepantangan\n pantang, yang tidak disukai:\nbergambar bertiga itu ~ orang tua-tua;\nbagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa \n(peribahasa) serba salah;\n \npejatian awak ~ orang \n(peribahasa) berbeza (bertentangan) pendapat dengan orang ramai;\nperpantangan\n berkenaan pantang:\nbarang ~\n;\npemantangan\n perihal atau perbuatan memantang atau memantangkan:\nkehamilan yang kerap dan ~ makanan yang berulang kali tidak memberi peluang kepada ibu yang bersalin untuk kembali pulih kepada keadaan kesihatan yang asal." "pantaran I\n[Brunei] beranda (biasanya tidak beratap) di bahagian hadapan ibu rumah." "pantaran II\n[Jawa];\nsepantaran\n sebaya." "pantas I\n1.\n cepat, kencang, lekas:\nia menarik nafas dengan ~ dan kuat; \nlangkahnya ~ dan pendek-pendek; \n2.\n cekap, cekatan, mahir, tangkas:\nBakhtiar lebih ~ bekerja daripada dia; \nmereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya;\n~ mulut \npandai (bijak) bercakap;\n \n~ pangus \n[sastera lama] cepat dan cekap;\n \n~ tangan \npanjang tangan, suka mencuri;\nsepantas-pantas\n biar betapa pun pantasnya:\n~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; \nmemantaskan\n mencepatkan, melekaskan:\nlangkahnya pun dipantaskan;\nkepantasan\n1.\n kecepatan, kelajuan:\nkuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dengan ~ larinya; \n2.\n kecekapan, ketangkasan:\npada malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya;\n pemantasan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) memantaskan, pencepatan." "pantas II\n[Jawa]\n1.\n patut, baik, layak:\nbeberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yang ~; \nkatanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; \n2.\n kena benar (dengan), sesuai (dengan), sepadan (dengan):\ngaun itu ~ dengan potongan tubuhnya; \n3.\n tampan, segak:\nkita harus berpakaian yang ~; \nsebarang kelakuannya ~ manis semuanya; \n4.\n patutlah, padanlah, sudah selayaknya:\n~ Sopian mengatakan ia punya adik\nyang bodoh sekali;\n~ tiap-tiap pegawai yang pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka;\n memantas\n mengemasi (menghiasi dan lain-lain) supaya pantas (elok dan lain-lain), mematut;\npemantas\n perhiasan dan lain-lain yang dipakai supaya pantas (elok dan lain-lain)." "pantat\n1.\n punggung;\n2.\n dubur;\n3.\n kemaluan perempuan;\n4.\n bahagian benda yang di sebelah bawah sekali:\n~ cawan;\n~ cerek;\n~ kuning \n[bahasa percakapan] kedekut, kikir;\nhitam bagai ~ belanga \n(peribahasa) tidak cantik (hitam dan lain-lain);\n \nmulut disuapnya pisang, ~ dikaitnya dengan onak \n(peribahasa) pujukan yang mengandungi tipu muslihat;\n \nseperti lebah, mulut membawa madu ~ membawa sengat \n(peribahasa) rupa elok dan manis cakapnya tetapi berperangai jahat (berkenaan (dengan) perempuan)." "pantau I\n[Minangkabau] sejenis ikan sungai." "pantau II\n[arkaik];\nmemantau\n1.\n menengok, melihat, menjenguk;\n2.\n memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dan sebagainya) sesuatu perkara, fenomena dan sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan untuk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dan sebagainya:\nkerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkannya dengan sesuka hati;\n terpantau\n dapat atau berupaya memantau atau dipantau:\npihak berkuasa tidak ~ segala kegiatan yang berlaku di perairan laut kita yang panjang dan luas itu; \nkegiatan haram itu tidak ~ ;\n pantauan\n hasil memantau:\ntindakan susulan yang konkrit perlu diambil segera berdasarkan ~ yang dibuat oleh pihak yang berkenaan itu;\n pemantauan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) memantau:\n~ terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan;\n pemantau\n1.\n orang atau pihak yang memantau:\npasukan ~ yang ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; \n2.\n alat untuk memantau:\nsistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles." "pantau III\nmemantau\n [Sabah] menahan darah daripada keluar:\n pihak doktor berjaya ~ tangan kanak-kanak yang tercedera dalam kemalangan itu, sebelum menjahit lukanya." "panteisme\n1.\n fahaman yang menyamakan Tuhan dengan kuasa dan hukum alam;\n2\n. kepercayaan bahawa Tuhan itu berada di mana-mana dalam alam dan cakerawala." "pantek\n[Jawa] pasak;\nmemantek\n melekatkan kayu dan lain-lain dengan menggunakan pantek (pasak), memasak." "Pantekosta\nhari raya yang dirayakan lima puluh hari selepas hari raya Paskah (Kristian)." "pantelon\nseluar panjang berkaki lebar yang berkedut di pergelangan kaki." "panti\n[Jawa] rumah, tempat tinggal;\n \n~ asuhan \n(rumah) tempat memelihara anak yatim (piatu);\n \n~ derma \nrumah tempat merawat anak yatim (piatu, orang tua, dan lain-lain)." "pantik\nmemantik\n \n1.\n melagakan (menggosokkan) batu api (kayu dan lain-lain) untuk mengeluarkan api;\n \n~ api \nmembuat api dengan melagakan batu api (kayu dan lain-lain);\n2.\n memetik (untuk mengeluarkan bunyi) dengan menggesekkan ibu jari dengan telunjuk;\n \n~ urat (nadi) \nmengeluarkan darah kotor dengan mencucuk urat darah;\npemantik; \n~ api \nalat untuk mengeluarkan api." "panting\npontang-~ \nberserakan, kucar-kacir;\nberpantingan\n berpelantingan, berhamburan jatuh;\nterpanting\n terpelanting, tercampak jatuh." "pantis\nbenda untuk menghitamkan kening (alis);\nberpantis\n ada pantisnya, dihitamkan dengan pantis:\nkening tak ~;\nmemantis\n menghitamkan kening (alis)." "panto\n[Minangkabau] [arkaik] belak, belang-belang atau garis-garis pada kayu." "pantograf\n1.\n alat untuk menyalin pelan, gambar rajah dan sebagainya yang sebentuk pada skala tertentu;\n2.\n (Kejuruteraan) alat yang membawa arus elektrik dari kabel atas ke bumbung kereta api." "pantomin\ndrama yang dipersembahkan dengan menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik." "pantri\n1.\n almari atau bilik kecil di dalam rumah tempat makanan disimpan;\n2.\n bilik tempat menyimpan pinggan mangkuk, alas meja dan sebagainya, terutamanya di dalam kapal, hotel dan sebagainya." "pantul\nmemantul\n \n1.\n mengambul (seperti bola yang dilontarkan ke dinding), menganjal, melantun:\ntayar itu setiap masa ~ dari muka jalan; \n2.\n berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (berkenaan (dengan) cahaya, gelombang, bunyi dan sebagainya):\ncahaya ~;\n3.\n [kiasan] melonjak semula (berkenaan (dengan) harga saham dan sebagainya):\npasaran ~ dan memecahkan paras rintangan 730 mata;\n memantul-mantul\n memantul beberapa kali atau berulang kali:\nbola itu kelihatan ~ lalu masuk ke dalam kolam;\nmemantulkan\n menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul;\nterpantul\n terkena pantul:\nsinar yang ~;\npantulan\n1.\n gerakan memantul (mengambul):\n~ bola;\n~ spring;\n~ cahaya;\n~ dalam penuh \n(Fizik) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dalam medium yang lebih tinggi indeks pantulannya;\n 2.\n tindakan (gerak balas) yang automatik atau tidak disengajakan terhadap rangsangan;\n3.\n [kiasan] reaksi;\npemantulan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) memantul atau memantulkan:\n~ mikrogelombang oleh bekas logam ke magnetron; \nAmanah Saham Wanita (Asnita) dijangka mampu memperlihatkan lonjakan menarik jika berlaku ~ pasaran pada paras selesa; \npemantul\n permukaan (objek) yang memantulkan cahaya, bunyi, dan lain-lain:\ndinding itu boleh menjadi\n \n~\n." "pantun\n1.\n sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya);\n \nberbalas ~ \nmengucapkan pantun bersambut-sambutan;\n2.\n [arkaik] sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran;\n3.\n [arkaik] sebagai jawaban kepada tuduhan dan lain-lain;\nsepantun\n seperti, macam, seumpama;\nberpantun\n mengucapkan (menyanyikan) pantun:\ntiadalah pernah ia bertitah serta ~ seloka malam ini;\nberpantun-pantunan\n berbalas-balas pantun;\nmemantuni\n menyindir (mengejek) dengan pantun;" "panu\n[Jakarta] panau." "panunggul\n[Jawa] tengkolok, kuluk, mahkota." "panus\n[Arab] [arkaik] kaki (penyangga) dian." "PAP\n[kependekan] \nPeople\u2019s Action Party \n(Parti Tindakan Rakyat, di Singapura)." "papa I\nsangat miskin;\n \n~ kedana \nterlalu papa;\n \n~ kerma \n[sastera lama] azab dan sengsara;\n \ntujuh kali pindah jadi ~ \n(peribahasa) pekerjaan yang tiada tetap itu menambahkan kerugian sahaja;\nmemapakan\n menyebabkan (menjadikan) papa;\nkepapaan\n keadaan papa:\nmenderita ~;\n pemapaan\n perbuatan menjadikan papa:\n penganiayaan dan ~ secara tersusun." "papa II\n[bahasa percakapan] bapa, ayah." "papadum\npopadom." "papah I\nberpapah\n (berjalan atau bangun dengan) berpegang atau berpaut pada bahu orang dan lain-lain:\ndia ~ bangun;\n memapah\n membantu orang bangun (berjalan) dengan memegang (menopang) tangannya:\nSulong Muda ~ kekasihnya bangun; \nabang dan aku berjanji untuk ~nya malam itu ke madrasah;\npapahan\n perihal memapah." "papah II\n[Jawa] pelepah kelapa dan lain-lain." "papah III\n[Kelantan] ragu-ragu:\nsaya ~ hendak buat atau tidak pekerjaan itu." "papah IV\n[Kelantan];\nmemapah\n merempuh, melanda, melanggar:\nmotobot itu sedang ~ gelombang." "papain\n(Biologi) enzim pencerna protein yang terdapat di dalam buah dan daun betik, biasanya dihasilkan secara komersial dan digunakan sebagai pelembut daging." "papak I\n1.\n tidak tajam (runcing), pepat, rata;\n \nrumah ~ \nrumah yang atapnya tidak merunjung (datar);\n2.\n = \norang ~ \npondan, banci;\n \nayam ~ \nayam jantan yang tidak berbalung dan tidak berlawi." "papak II\nmemapak\n mengunyah." "papak III\nberpapakan\n berjumpa (bertemu) di jalan;\nmemapak\n menyambut (menjemput) kedatangan orang;\npemapakan\n perihal memapak, penyambutan." "papak IV\n[sastera lama] pepak." "papak V\nburung ~ \nsejenis burung, burung tirjup, \nLanius tigrinus." "papakerma\n[sastera lama]\n1.\n jahat;\n2.\n malang dan azab sengsara hidupnya." "papan I\n1.\n keping kayu yang nipis atau lebar;\n \nkilang ~ \nkilang untuk membuat papan daripada kayu;\n \nrumah ~ \nrumah yang dindingnya daripada papan;\n2.\n keping (penjodoh bilangan petai, mercun, dan lain-lain);\n~ bam \npapan tumpuan kemudi atau tiang pada perahu (kapal);\n \n~ batu \npapan daripada sejenis batu (untuk menulis), batu tulis;\n \n~ berapit \npapan di atas apit lempang;\n \n~ canai \npapan untuk mencanai;\n \n~ catur \npapan untuk permainan catur;\n \n~ cuki \npapan untuk permainan cuki;\n \n~ dam \npapan untuk bermain dam (tempat digerakkan buah dam);\n \n~ dondang \npapan buaian (ayunan);\n \n~ gentian \nsejenis papan yang dibuat daripada gentian selulosa (yang dipadatkan dengan menggunakan haba dan tekanan);\n \n~ hitam \n= \n~ tulis \npapan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur;\n \n~ iklan \npapan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan;\n \n~ jongkang-jongket \npapan permainan kanak-kanak yang boleh turun naik;\n \n~ karom \npapan dengan empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan untuk bermain karom;\n \n~ kedua \n(Ekonomi) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yang menyenaraikan saham syarikat sederhana dengan modal berbayarnya antara RM 5 juta hingga RM 20 juta;\n \n~ kekunci \nalat yang mempunyai set kekunci yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer;\n \n~ kenyataan \npapan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dan lain-lain);\n \n~ keranda \npapan untuk membuat keranda;\n \n~ lantai \npapan yang digunakan untuk membuat lantai;\n \n~ lapis \npapan yang merupakan satuan daripada kepingan nipis papan;\n \n~ lukis(an) \npapan tempat kertas disemat (direntangkan dan lain-lain) supaya senang melukis;\n \n~ nada \n(Seni Muzik) alat yang mempunyai set kekunci yang mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, misalnya pada piano, organ dan sebagainya;\n \n~ notis \npapan kenyataan;\n \n~ pembasuh \npapan tempat membasuh kain;\n \n~ pemuka \nbahagian di dalam kereta dan sebagainya di bawah cermin depan yang menghadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dan sebagainya;\n \n~ serpai \npapan panel yang dihasilkan daripada gabungan serpihan bahan-bahan lain yang diikat dengan resin atau bahan pengikat lain;\n \n~ tanda \npapan nama sesuatu tempat (kawasan);\n \n~ utama \n(Ekonomi) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yang menyenaraikan saham syarikat besar yang modal berbayarnya melebihi RM 20 juta;\nsepapan\n sekeping:\n~ petai;\nmemapan\n mengenakan (memasang) papan untuk lantai rumah dan lain-lain;\n \nperut ~ \n[Indonesia] perut keras;\n \nbelayar sambil ~\n (peribahasa) melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus." "papan II\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang lima, \nVitis lanceolaria." "papar I\n1.\n tidak runcing, papak, pepat, rata;\n2.\n belakang (parang, pisau, dan lain-lain);\nmemaparkan\n menjadikan pepat (rata):\n~ gigi; \nalat ini dibuat daripada keluli yang dicanai selari atau dipaparkan." "papar II\nmemaparkan\n \n1.\n mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dan sebagainya) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dan sebagainya, mendedahkan, membentangkan:\ndipaparkannya segala isi hatinya;\n~ satu kejadian yang berlaku pada zaman Jepun; \n2.\n memperlihatkan teks, data, grafik dan sebagainya pada skrin komputer dan sebagainya;\nterpapar\n (telah) dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera:\ndi dalam rajah ini ada ~ dua jenis skala; \nhal seumpama itu sering ~ dalam akhbar dan majalah;\npaparan\n1.\n sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dan sebagainya) yang dipaparkan:\n~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika;\n~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini untuk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; \n2.\n maklumat seperti teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dan sebagainya yang dipaparkan pada skrin komputer dan sebagainya:\ntelefon itu menawarkan ~ grafik yang besar;\npemaparan\n perihal (perbuatan, proses, usaha dan sebagainya) memaparkan:\n~ teksnya tidak begitu bagus; \nmedia massa terlalu banyak memberi ruang kepada ~ hidup cara Barat;\n pemapar\n alat (unsur dan sebagainya) yang memaparkan sesuatu:\ntelefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna untuk penggunaan yang menarik." "papar III\n[arkaik];\nmemapar\n mencari orang untuk menjadi askar (kelasi dan lain-lain);\npemaparan\n perbuatan mencari orang untuk dijadikan askar (kelasi dan lain-lain)." "paparazi\n(Itali) jurugambar bebas yang sering mengekori orang ternama atau selebriti untuk mengambil gambar mereka tanpa disedari." "papas I\nmemapas\n \n1.\n menanggalkan atau membuka (pakaian, khemah, dan lain-lain):\nia menyuruh ~ kajang; \n2.\n mengambil, mencuri, menyerobot:\nlekas-lekas Andeh, kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita melepas sahaja; \n3.\n mengubati atau menawar (penyakit, bisa, dan lain-lain):\ncarikan dukun yang pandai-pandai ~ serta dipintakan tangkal azimat kepada tuan-tuan Sayid." "papas II\nberpapasan\n bertemu sewaktu berselisih lalu:\nketika melalui lorong kabin jurumudi, Ramli ~ dengan serang kapal; \napakah aku tidak boleh menegurmu kalau kebetulan kita ~ dijalan?\nmemapas\n menyongsong, menongkah:\n~ angin." "papaya\nbetik." "papirologi\nkajian tentang naskhah, dokumen atau manuskrip kuno yang ditulis pada kertas papirus." "papirus\nsejenis tumbuhan air yang batangnya boleh dibuat kertas, \nCyperus papyrus." "PAPITA\nakronim bagi Persatuan Penyanyi Tanah Air." "pappui\nC sejenis tenungan untuk melihat nasib (di tokong)." "paprika\nsejenis serbuk perasa masakan yang dibuat daripada sejenis lada merah." "papul\n(Perubatan) bintat kecil yang keras pada permukaan kulit." "par\n(dalam permainan golf) jumlah pukulan yang diperlukan untuk seseorang pemain menyempurnakan sesuatu permainan atau lubang." "para I\nkata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai:\n~ mahasiswa dan pelajar;\n~ peserta." "para II\n= para-para\n1.\n sejenis rak daripada kayu dan lain-lain untuk menyimpan perkakas dapur, pagu;\n2.\n rak tempat meletakkan barang-barang di rumah (kereta api dan lain-lain);\n3.\n sejenis rak daripada kayu (buluh) untuk menjemur tepung (ikan dan lain-lain)." "para III\ngetah, karet." "para IV\nsingkatan bagi paragraf:\n berita itu panjangnya lebih kurang dua puluh ~." "para-para\nrumput ~ \na) sejenis tumbuhan (rumput), \nCyperus pilosus; \nb) sejenis tumbuhan (rumput), rumput kepala lalat, \nFimbristylis diphylla." "parabola\n1.\n keluk rata datar yang dibentuk dengan jalan pembelahan kon dengan satah (dataran) yang selari dengan sisinya;\n2.\n aerial berbentuk mangkuk besar untuk menerima isyarat dari satelit." "paracut\npayung terjun." "parada\nperbarisan kawat tentera dalam sesuatu upacara." "paradam\n= \n~-paradom \n[bahasa percakapan] kata makian (umpatan);\nmemparadam\n memaki, mencela, mengumpat." "paradigma\n1.\n daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan;\n2.\n contoh atau model yang jelas tentang sesuatu:\nkedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yang diterima sebagai ~ yang universal; \n3.\n lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yang ada;\n \nanjakan ~ \nperalihan paradigma daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik)." "paradigmatik\nberkaitan dengan paradigma." "paradoks\nsesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum:\ntampak kepada kita suatu ~ yang menyolok." "paradoksikal\nbersifat paradoks, yang bertentangan:\nsecara ~ dapat dikatakan bahawa walaupun masyarakat lama mempunyai kemungkinan-kemungkinan yang jauh kurang, tetapi pada keyakinan orang dahulukala, yang mungkin itu seolah-olah tidak terbatas." "paradom\nparadam-~; \nparadam." "parafin\n(Kimia) \n1.\n campuran hidrokarbon yang biasanya berlilin, mudah terbakar, didapati daripada sulingan kayu, arang batu, petroleum, dan lain-lain, dan digunakan dalam membuat lilin, sintesis kimia, dan kosmetik;\n2.\n hidrokarbon cecair mudah terbakar yang didapati dengan menyuling petroleum dan digunakan terutamanya sebagai bahan api." "parafrasa\npengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan (karangan dan sebagainya) dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna atau maksud asalnya;\nmemparafrasa\n membuat parafrasa:\n ~ teks yang berkaitan dengan bahasa sumber." "paragog\n(Linguistik) penambahan huruf, suku kata atau bunyi pada akhir sesebuah kata, untuk memudahkan sebutan atau untuk menyedapkan pendengaran, misalnya huruf \na \nbagi \npulpa \ndalam bahasa Malaysia daripada \npulp \ndalam bahasa Inggeris." "paragraf\n1.\n bahagian sesuatu penulisan yang terdiri daripada sekumpulan beberapa ayat (bermula di baris baru dan biasanya bermula terkedalam daripada baris-baris berikutnya, perenggan;\n2.\n [Indonesia] tanda (untuk menandakan fasal baru)." "parah\n1.\n teruk atau berat sangat (luka, penyakit):\nmereka cedera ~; \npenyakit lemah jantungnya bertambah ~; \n2.\n susah, sukar, teruk (keadaan dan lain-lain):\npenghidupannya sudah ~; \nrumah kita ini sudah ~ benar; \nRamli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; \npada hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~;\nmemperparah\n menjadi lebih parah;\nkeparahan\n perihal atau keadaan parah:\ntindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang;\n~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport." "paraji\n(Sunda) bidan:\nmassa-aksi adalah senantiasa menjadi ~ pada saat masyarakat tua yang hamil itu melahirkan masyarakat yang baru." "parak I\nperpisahan, perceraian;\nberparak\n berpisah, bercerai;\nmemarakkan\n memisahkan, menceraikan:\ndahulu dia berniat hendak ~ si Mat daripada isterinya." "parak II\n~\n \nsiang \npagi-pagi benar (kira-kira pukul 3-5), dinihari:\npada suatu hari pukul tiga ~ siang orang telah ramai dan sibuk." "parak III\n[Minangkabau] kebun, ladang:\nibu Ramlah datang pula dari ~, membawa kacang panjang;\n~ awak sahajalah siangi \n(peribahasa) jaga sahajalah diri (keluarga) sendiri, janganlah pedulikan hal orang lain;\n \ndiperluas ~ tidak tersiangi \n(peribahasa) jika mata pencarian ditambah, penjagaannya tidak sempurna." "parak IV\n[Kelantan] terlalu banyak:\nmakan nasi ~ benar; \npendapatannya tiap-tiap bulan memang ~." "parakit\nsejenis burung, \nPsikologittacidae." "paraleli\nyang mengenai paralelisme:\nkerana adanya sajak ini ~ dalam bentuk nampak lebih jelas, misalnya pada bentuk gurindam dan pantun." "paralelisme\npembentukan rangkap (ayat) yang seimbang dengan satu bahagian mengulang bentuk (erti) bahagian lainnya (berkenaan (dengan) puisi)." "Paralimpik\n= \nSukan ~ \nsukan antarabangsa yang bermodelkan Sukan Olimpik, diadakan khusus untuk orang cacat." "param\n= param-param\n sejenis ubat atau bedak yang disapu pada badan (kening, kaki, dan lain-lain);\n \nminyak ~ \nminyak yang digunakan sebagai param." "paramasastera\ntatabahasa:\n~\n \nmemuat ajaran tentang struktur bahasa yang timbul akibat sistem bahasa." "paramedik\norang yang tugasnya membantu atau melengkapi kerja-kerja yang ada kaitan dengan bidang perubatan (seperti jururawat, pembantu makmal, juruterapi, dan lain-lain)." "paramesium\n(Biologi) protozoa air tawar daripada genus \nParamecium\n, badannya bujur, diliputi silia dan mempunyai alur berbentuk corong untuk makan." "parameter\ngaris-garis yang menentukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya:\nkalau ditinjau secara objektif, ~ kesetiaan seseorang berkisar dalam ruang bulatan yang berlegar dan bertindih; \nwatak-watak di dalamnya bertingkah laku secara konkrit dalam lingkungan ~ sistem dunia itu." "paramilitari\nberkaitan dengan pasukan keamanan dengan struktur organisasi seperti pasukan angkatan tentera, yang memberikan khidmat bantuan kepada angkatan tentera." "paran\n[Jakarta] arah, hala, tujuan;\nmemarani\n menghala, mengarah, menuju." "parang I\nsejenis pisau besar, golok;\n jenis-jenisnya:\n~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, \ndan lain-lain;\n~ gabus menjadi seperti ~\n \nbesi \n(peribahasa) tidak disangka orang yang lemah menjadi kuat dan berkuasa;\n \nbagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok \n(peribahasa) perihal orang yang lemah, pekerjaan yang ringan pun tiada terdaya melakukannya;\n \nbelakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam \n(peribahasa)\na) orang yang bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya;\n b) orang yang sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat;\n \nseperti ~ mata dua \n(peribahasa) orang yang mendapat keuntungan daripada dua pihak;\n \nmendebek mata ~\n (peribahasa) melawan orang yang lebih berkuasa, kita juga yang menyesal;\nberparang\n1.\n membawa (memakai atau menggunakan) parang:\nada yang berlembing, ~ dan berkeris; \n2.\n bergaduh atau berkelahi dengan menggunakan parang:\nhampir-hampir mereka ~ di sungai;\nmemarang\n1.\n menetak (memotong dan lain-lain) dengan parang (golok dan lain-lain):\nmereka meluru dan ~ kiri dan kanan; \n2.\n memberi garisan panjang (mencoret) pada tulisan yang salah;\nmemarangkan\n menetakkan (parang, golok, pedang):\ndihunuskannya pisau dari pinggangnya dan diparangkannya kepada anak kera itu." "parang II\nikan ~ \n= \nikan parang-parang \nsejenis ikan laut, \nChirocentrus dorab." "parang III\nsakit ~ = sakit parangan \nsejenis penyakit kulit pada tengkuk atau hidung." "parangan\n[Brunei] sejenis ikan laut, \nPristis cuspidatus\n." "paranoia\n(Psikologi)\n1.\n gangguan mental yang menyebabkan seseorang mengkhayalkan perkara yang aneh-aneh, seperti merasa dirinya terlalu penting atau percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya;\n2.\n perasaaan takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain dengan berlebih-lebihan." "paranoid\n(Psikologi)\n1.\n (orang yang) mengalami paranoia;\n2.\n terlalu curiga, takut atau tidak percaya terhadap orang lain." "paranormal\ntidak dapat dijelaskan secara saintifik atau rasional:\nfenomena ~." "parap I\nmemarap\n memukul dengan barang yang tidak tajam (dengan sisi pedang dan lain-lain), menampar, menumbuk:\ndiangkat baginda tangannya diparap baginda, lalu putus pengait itu." "parap II\nsingkatan tandatangan;\nmemarap\n menurunkan parap." "parapati\n[Minangkabau] burung merpati." "paraplasma\n(Linguistik) kata baru yang dibentuk untuk menggantikan kata yang sudah lama dipakai atau dikenal, misalnya \ntatabahasa \nuntuk \nnahu \ndan \npawagam \nuntuk \npanggung wayang gambar." "paraplegia\n(Perubatan) kelumpuhan bahagian bawah tubuh, termasuk kedua-dua anggota bawah." "paras I\nrupa muka (wajah):\nyang lima orang itu baik-baik belaka ~nya." "paras II\n1.\n rata, tidak tinggi rendah;\n2.\n aras, had:\nberendam sehingga ~ lutut;\n~ raksa pada jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yang tertinggi;\n separas\n1.\n sama paras (dengan), sama rata (dengan), sampai ke:\ntingginya ~ bahu Karim; \nia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang; \n2.\n sama banyak (dengan), seimbang (dengan):\nsedapat-dapatnya biarlah ~ dengan kemampuannya; \nperbadanan ini mengaku akan menebus balik dengan bayaran ~;\n memaras\n menjadikan rata, memotong supaya rata:\nbahagian atas timun itu telah diparas;\n~ janggut \nmencukur janggut rata-rata;\nparasan\n permukaan:\nbahagian-bahagiannya timbul dari ~ air;\n pemarasan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) memaras. \nparas III\n [arkaik];\nbatu ~ \nsejenis batu atau lapisan tanah yang keras, cadas, padas." "parasetamol\n(Kimia) sejenis sebatian yang digunakan untuk membuat ubat sakit kepala." "parasintesis\n(Linguistik) pembentukan kata dengan mengimbuh kata dasar." "parasit\n1.\n tumbuhan atau haiwan yang hidup pada tumbuhan atau haiwan lain dan mendapat makanan serta perlindungan daripadanya, di samping memudaratkan haiwan atau tumbuhan yang ditumpanginya;\n2.\n benalu, pasilan;\n3.\n [kiasan] orang yang tidak berguna yang menumpang hidup pada orang lain;\nberparasit\n disebabkan atau dijangkiti parasit:\npenyakit kulit ~." "parasitisid\n(Kimia) bahan yang dapat memusnahkan parasit." "parasitisme\n(Biologi) hubungan antara parasit dengan perumahnya yang merosakkan perumah." "parasitologi\nkajian tentang parasit." "paratifoid\n(Perubatan) penyakit yang menyerupai demam tifoid tetapi kurang berbahaya." "paration\n(Kimia) sejenis bahan yang digunakan untuk membuat racun serangga." "parau\nserak, garau (suara):\nkerana itu, aku harus berteriak sampai ~; \nsuaranya ~." "pare\n[Jawa] peria." "parentesis\n(Linguistik)\n1.\n kata, frasa atau ayat yang disisipkan sebagai maklumat atau penjelasan lanjut dalam sesuatu ayat atau teks, biasanya dipisahkan dengan diapit tanda koma, tanda sengkang atau tanda kurung;\n2.\n tanda kurung bulat:\ndiikuti dengan angka Roman dalam ~ yang menunjukkan nombor pengoksidaan." "parestesia\n(Perubatan) rasa kebas atau semut-semut pada anggota." "parewa\n[Minangkabau] penjahat, pengganas, perisau." "pargajul\n[arkaik] \nbergajul." "pari\n= \nikan ~ \nsejenis ikan laut;\n~\n \nlalat (rimau) \nsejenis ikan laut, \nDasyatis kuhli;\n~ lang \nsejenis ikan laut, \nRhinoptre javanica;\n~ lendir \n(licin) sejenis ikan laut, \nTemera hardwickii;\n~ nyonya \nsejenis ikan laut, \nDasyatis sephen." "pari-pari I\nsejenis tumbuhan (pokok), melapari, mempari, \nPongamia pinnata." "pari-pari II\ndewa atau roh perempuan yang elok rupanya." "paria\norang atau golongan yang paling rendah kastanya di India:\ndia anak orang miskin daripada keturunan ~." "parih\nmemarih\n \n1.\n membuang (dadu);\n2.\n membahagi-bahagikan (daun terup);\n3.\n melihat nasib (meramalkan) dengan memakai daun terup." "parik\nporak-parik." "paripurna\n[Jawa];\nrapat ~ \nrapat lengkap." "paris\nkain (cita) ~ \nsejenis kain cita separuh sutera;\n \n~\n \ngoyang \nkain paris yang berkilat." "pariskot\n[bahasa percakapan] persekot." "parit\n1.\n alur (salur dan lain-lain) untuk mengalirkan air dan lain-lain;\n2.\n lubang yang panjang dalam tanah (sebagai kubu dan lain-lain);\n3.\n alir, terusan air, tali air;\n4.\n lubang tempat menggali bijih dan lain-lain, lombong;\n5.\n alur atau jalur pada kayu dan lain-lain;\n6.\n [arkaik] ranjau darat (laut);\nberparit\n mempunyai parit:\nkebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya;\nmemarit\n membuat (menggali) parit;\nperparitan\n yang berkaitan dengan parit:\nmasalah bekalan air dan ~; \npelan-pelan ~; \nprojek ~." "pariti\n1.\n kesamaan seperti pangkat, gaji, dan lain-lain;\n2.\n kadar pertukaran yang sama antara dua unit mata wang." "pariwarta\n[arkaik]\n1.\n iklan;\n2.\n warta berita (dalam surat khabar dan lain-lain)." "pariwisata\npelancongan." "parji\n[Arab] kemaluan perempuan, faraj." "parket I\n[Indonesia-Belanda] pejabat peguam negara." "parket II\nkepingan kayu kecil-kecil yang mempunyai corak tertentu untuk digunakan sebagai tutupan lantai:\nsetiap unit mengandungi tigabilik tidur dengan berlantaikan ~.\nParkinson\n = \npenyakit ~ \n(Perubatan) penyakit neurologi yang dicirikan dengan kurang pergerakan, kekakuan otot dan kaki tangan yang terketar-ketar." "parkir\n[Indonesia-Belanda];\nmemarkir\n menghentikan (menyimpan) kereta:\nsebuah teksi diparkir; \nmobil saya diparkir di pinggir jalan;\n parkiran\n tempat menghentikan (menyimpan) kereta." "parlemen\n[Indonesia-Belanda] parlimen." "parlementer\n[Indonesia-Belanda] yang mengenai parlimen, menurut sistem parlimen:\nmembubarkan sistem kabinet ~ dan kembali ke Undang-Undang Dasar 45.\nParlimen\n majlis (dewan) tertinggi pembuat undang-undang yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara;\nberparlimen\n1.\n mempunyai parlimen;\n2.\n menurut aturan parlimen;\n \ndemokrasi ~ \ndemokrasi yang menurut aturan parlimen." "parodi\nkarya sastera, seni, dan sebagainya yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yang melucukan atau menyindir;\nmemparodikan\n menghasilkan parodi." "parokhi\nkawasan (daerah) sesebuah gereja Roman Katolik." "parokial\nberfikiran sempit:\nmasyarakat mereka dikatakan bersifat ~." "parol\n(Undang-undang)\n1.\n pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dan sebagainya;\n2.\n tempoh seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu." "paron\nlandasan tempat menempa besi." "paronikia\n(Perubatan) radang pada sekeliling kuku." "parpu\nkacang ~ \nkacang dal." "parsi I\nakar ~\n sejenis tumbuhan (herba yang akarnya agak keras), \nAsparagus officinalis.\nParsi II\n nama dahulu bagi negara Iran sehingga tahun 1935." "parsli\nsejenis tumbuhan herba berwarna hijau tua, daunnya keriting, beraroma dan digunakan sebagai perasa dan hiasan dalam masakan, \nPetroselinum crispum." "parsnip\nsejenis tumbuhan yang ubinya berwarna krim dan boleh dimakan sebagai sayuran, \nPastinaca sativa." "partai\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n parti;\n2.\n sejumlah barang dagangan." "parti\n1.\n = \n~\n \npolitik \nsatu golongan (kumpulan) orang yang bergerak untuk tujuan (dasar dan lain-lain) yang sama dalam politik:\n~ Perikatan;\n~ Rakyat;\n~ pemerintah;\n~ pembangkang \nparti politik yang menjadi penentang parti(-parti) politik lain yang memegang teraju kerajaan;\n \n~ pemerintah \nparti politik yang menjadi pemerintah atau menubuhkan kerajaan sesebuah negara;\n2.\n perjumpaan sosial untuk bersuka-sukaan:\nmengadakan ~ di rumahnya;\nberparti\n1.\n mengikut (menjadi ahli) sesuatu parti politik;\n2.\n menurut (berdasarkan) parti politik:\npemerintahan secara ~ sudah tidak dapat dielakkan terutama di negeri-negeri demokrasi;\nkepartian\n perihal parti (politik), yang berasaskan atau mengenai parti:\njulukan kanan dan kiri digunakan untuk membezakan jenis aliran ~; \nmaka dalam konteks ini politik ~ begitu dominan." "partikel\n(Linguistik) kata tugas seperti (-kah, -lah, pun, dan lain-lain), kata penyerta." "partikelir\n[Indonesia-Belanda] bukan untuk awam, bukan milik kerajaan;\n \nperusahaan ~ \nperusahaan bukan kerajaan;\n \norang ~ \norang biasa (bukan kakitangan kerajaan);\n \nsekolah ~ \nsekolah bukan kerajaan." "partisan\npenyokong kuat sesuatu kumpulan, parti, tujuan, dan sebagainya." "partisipasi\n[bahasa percakapan] perihal atau perbuatan ikut serta dalam sesuatu kegiatan dan sebagainya, penyertaan:\ntindakan itu memerlukan ~ oleh semua lapisan masyarakat." "paru-paru\norgan pernafasan vertebrat yang berfungsi dalam pertukaran udara untuk membekalkan darah dengan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah;\n~ besi \nsarung logam kedap udara yang dipasang di sekeliling badan, kecuali kepala, untuk membantu pernafasan seseorang secara mekanikal;\n \npenyakit ~ \npenyakit batuk kering, penyakit TB;\n \nradang ~ \nsejenis penyakit bengkak paru-paru, pneumonia." "paruh I\nbahagian mulut pada burung yang terdiri daripada rahang yang mengunjur yang diliputi selaput belulang." "paruh II\nseparuh\n \n1.\n setengah, seperdua:\npantun yang saya nyanyikan itu ~ saya dapat daripada orang Kelantan dan ~ daripada Orang Laut; \n2.\n tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%):\npertandingan ~ profesional;\n~ akhir \npusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (berkenaan (dengan) bola sepak dan sebagainya);\n \n~ hati \ntidak sungguh-sungguh;\n \n~ jalan \nsekerat jalan;\n \n~ mahir \nbelum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan khusus:\npekerja ~ mahir\n;\n \n~ masak \nsetengah masak, belum masak betul;\n \n~ mati \nsetengah mati;\n \n~ sedar \ntidak sedar sepenuhnya;\n \n~ umur \nsetengah umur;\nmemaruh\n membahagi (membelah) dua." "parung\nkeris ~ sari \nkeris yang berlok-lok dan berbentuk ular." "parut\n1.\n = pemarut, parutan, alat untuk mengukur kelapa dan lain-lain;\n2.\n bekas luka (bisul dan lain-lain) pada kulit:\ndi dahinya kelihatan satu ~ yang telah tua; \n3.\n bekas ditetak pada pokok (kayu dan lain-lain):\nkapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu;\nluka itu sembuh ~nya tinggal juga = luka sudah hilang ~ tinggal juga \n(peribahasa) walaupun sudah berbaik-baik tetapi dalam hati, pertelingkahan yang lepas itu terasa jua;\nberparut\n mempunyai parut:\nkepala yang ~;\nmemarut\n mengukur (kelapa dan lain-lain) dengan parut:\nkelapa diparut kemudian diperah;\n parutan\n1.\n parut;\n2.\n sesuatu yang sudah diparut." "parwah\nambil ~ \nambil tahu (peduli), endah akan." "PAS\nakronim bagi Parti Islam Se-Malaysia." "pas I\ndokumen, tiket, dan sebagainya yang memberi seseorang kebenaran untuk masuk ke sesuatu tempat, duduk di sesuatu tempat di panggung, dan lain-lain:\nmereka berjalan lagi dengan dilengkapi ~." "pas II\n[bahasa percakapan] lulus (ujian dan sebagainya):\ndarjah tujuh sekolah Melayu pun tidak ~." "pas III\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n tepat, kena, sesuai benar:\nbarang itu sangat ~ kepada isteriku; \n2.\n tidak longgar dan tidak sempit, sedang (pakaian dan lain-lain):\nbaju itu tidak begitu ~, tapi tidak apalah;\n mengepas\n mencuba untuk mengetahui sesuatu sesuai (cocok) atau tidak." "pasah\n[Minangkabau];\nterpasah\n sampai (tiba) di sesuatu tempat (dengan tidak sengaja)." "pasai\n[Minangkabau] jemu, bosan." "pasak I\n1.\n sejenis baji (paku) daripada kayu dan lain-lain untuk mengetatkan sesuatu;\n2.\n sejenis skru daripada logam yang mempunyai kepala (nat) untuk mencantumkan alat-alat mesin;\n~ aman \npasak pada senapang untuk menjaga supaya jangan meletus;\n \n~\n \nkampung \na) penduduk kampung yang tinggal tetap (tidak pernah ke mana-mana);\n b) orang kampung (dusun, hulu);\n \n~ kuku \ngaris hitam di tengah kuku kuda;\n \n~\n \nkunci \nark orang yang berkuasa;\n \n~ negeri \norang yang paling dihormati (tempat berunding dan lain-lain) dalam sesebuah negeri;\nbesar ~ daripada tiang \n(peribahasa) besar belanja daripada pendapatan;\nberpasak\n dilekatkan dengan pasak:\npeti itu ~ mati pada lantai dalam bilik;\nmemasak\n mengenakan (memasang) pasak, memaku dengan pasak;\nmemasakkan\n menggunakan (memaku) sesuatu sebagai pasak, memasukkan pasak;\n \n~ ke telinga \nki menasihatkan atau memperingatkan benar-benar." "pasak II\n~\n \nberas-beras = ~ linga = ~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok), melupas, \nAglaia glabriflora;\n~ perahu \nsejenis tumbuhan (pokok), balau, keranji, merlimau, temilang,\n Aglaia odoratissima." "pasal\n[bahasa percakapan] fasal." "pasalewa\nseluar ~ \nseluar yang banyak warnanya (dipakai oleh hulubalang sahaja)." "pasang I\n1.\n jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan betina);\n2.\n dua benda yang melengkapi satu sama lain:\ntiga ~ selipar, dua ~ stoking; \n3.\n selengkap, seperangkat, satu set:\ndua ~ pakaian;\n sepasang\n1.\n satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap:\n~ pengantin;\n~ baju Melayu;\n~ merpati \na) sekelamin burung merpati jantan dan betina;\n b) [kiasan] sekelamin lelaki dan perempuan;\n2.\n sesuai (dengan), sepadan (dengan):\ntali lehernya ~ dengan bajunya; \n3.\n = \n~ dengan \nmerupakan pasang (dengan), selengkapan (dengan):\nbarang ini ~ dengan yang di atas meja;\nberpasang = berpasangan\n;\nberpasang-pasang\n1.\n banyak pasang, beberapa pasang:\n~ kasut yang dibelinya; \n2.\n berdua-dua, sepasang-sepasang:\nkasut itu disusun ~; \nmereka datang ke kelab malam itu ~;\nmemasangkan\n menjadikan sepasang (dengan), menjodohkan;\npasangan\n1.\n barang apa yang merupakan pasang (jodoh dan lain-lain):\n~ dari Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; \n2.\n jodoh (imbangan, lengkapan):\n~ hidup; \nbenda ini mana ~nya?\n berpasangan\n1.\n merupakan pasangan kepada:\ngelas ini ~ dengan yang itu; \n2.\n = \nberpasang-pasangan\n berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang):\npara tamu sama ~ mengikuti irama muzik." "pasang II\n1.\n naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lawan surut:\napabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; \n2.\n [kiasan] semakin kuat (berkenaan (dengan) penyakit);\n~ anak \nair pasang kecil yang berlaku pada suku pertama (pengakhir) bulan;\n \n~ bah \nair pasang yang mengakibatkan bah (tenggelam);\n \n~ besar (perbani) \nair pasang besar pada masa bulan muda (atau penuh);\n \n~ keling \nair pasang besar sekali;\n \n~ kering \nair surut (timpas);\n \n~ menyurut \nair pasang yang sedang naik (di laut);\n \n~ penuh \nair pasang yang penuh atau besar (sebelum surut);\n \n~ purnama \nair pasang tatkala bulan purnama;\n \n~ surut \na) = \n~ turun \nair laut (sungai) surut atau turun;\n b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dan lain-lain (berkenaan (dengan) hasil, keadaan, dan lain-lain);\nadat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa \n(peribahasa) keadaan (kekayaan, pangkat, dan lain-lain) itu tiada tetap;\n \nibarat ~ masuk muara \n(peribahasa) perkataan (celaan) yang tiada ditahan-tahan keluarnya;\n \nkalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai \n(peribahasa) kalau takuntukan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan;\n \ntidak mengenang ~ surut \n(peribahasa) tidak memikirkan kesusahan yang mungkin terjadi di kemudian hari;\nberpasang; \n~ surut \nada pasang surutnya:\nhidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut." "pasang III\n~ siap \n(yang) dibina atau dibuat dengan mengena-ngenakan atau mencantum-cantumkan bahagian-bahagiannya yang telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu." "pasang IV\nberpasang-pasangan, pasang-memasang\n tembak-menembak, bedil-membedil;\nmemasang\n1.\n menembakkan (senapang, meriam, dan lain-lain):\nmaka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; \n2.\n menyalakan (lampu dan lain-lain), mencucuh (suluh, rokok, mercun);\n3.\n mengenakan (mencantumkan dan sebagainya) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yang lengkap atau sempurna, mencantumkan (untuk membina, melengkapi, dan lain-lain):\nkilang ~ kereta;\n~ pagar \nmendirikan pagar;\n \n~ paip air \nmelengkapi dengan paip air;\n4.\n menahan (perangkap, jerat, lukah, dan lain-lain);\n5.\n mempertaruhkan wang (dalam permainan judi dan lain-lain), menahan;\n6.\n mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dan lain-lain);\n~ aksi \n[Indonesia] berkelakuan yang dibuat-buat supaya elok kelihatan;\n \n~ badan \na) memakai pakaian cantik, menghias diri;\n b) [Jakarta] menjalani hukuman di penjara;\n \n~ bendera \nmenaikkan (mengibarkan) bendera;\n \n~ guna-guna \nmengenakan guna-guna;\n \n~ harga \nmeletakkan (menentukan) harga;\n \n~ iklan \nmemasukkan iklan (dalam akhbar, majalah, dan lain-lain);\n \n~ jaga \nmenempatkan (mengadakan) jaga;\n \n~ kaki \nmengadakan (menempatkan) pengintip;\n \n~ kancing \nmengenakan (melekatkan) kancing;\n \n~ layar \nmenaikkan (mengenakan) layar;\n \n~ mata \nmenjaga (memerhatikan) baik-baik;\n \n~ mata-mata \nmenempatkan (mengadakan) mata-mata untuk menjaga dan lain-lain;\n \n~ pelana \nmengenakan pelana;\n \n~ telinga \nmeneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dan lain-lain);\nmemasangkan\n memasang sesuatu untuk, mengenakan sesuatu pada, melengkapi sesuatu dengan:\naku pasangkan juga kipas angin di depan ibu;\n pasangan\n1.\n sesuatu yang dipasang;\n2.\n wang yang dipasang (dalam permainan judi);\n3.\n kuk yang dipasang pada tengkuk kerbau dan lain-lain (untuk menarik kereta dan lain-lain);\n \n~ tiba di kodok \n(peribahasa) perintah (pekerjaan) yang tidak dapat dielakkan lagi;\npemasangan\n perbuatan (kerja) memasang:\n~ kawat telegraf;\npemasang\n orang yang memasang." "pasang-pasang\n= pasang-pasangan\n sejenis penyakit yang disebabkan oleh terkumpulnya bendalir yang tidak normal dalam ruang kekantung pada buah zakar." "pasanggrahan\n[Jawa] rumah rehat (kerajaan), persinggahan." "pasar I\nbangunan atau kelompok gerai dan sebagainya tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (lapangan dan sebagainya untuk) orang berjual beli:\n~ Chow Kit di Kuala Lumpur; \nlebuh pekan ~ pun penuh dengan kedai;\n~ amal (derma, ria) \npasar yang diadakan oleh badan amal dan lain-lain untuk mengutip derma;\n \n~ besar \npasar (tempat menjual ikan, sayur, dan lain-lain) yang terbesar di sesuatu tempat;\n \n~ borong \npasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kepada peniaga runcit;\n \n~ gelap \ntempat berjual beli yang tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yang diharamkan dan lain-lain);\n \n~ lambak \ntempat menjual barang-barang murah yang dilambakkan (seperti di tepi jalan dan lain-lain);\n \n~ malam \na) pasar pada waktu malam;\n b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dan lain-lain) yang dibuka untuk beberapa hari pada waktu malam;\n \n~ mini \nkedai moden yang tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan (biasanya dalam tin, bungkusan, dan sebagainya) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri;\n \n~ modal = pasaran modal \n(Ekonomi) badan (lembaga) kewangan yang meminjamkan wang (bank dan lain-lain);\n \n~ raya \nkedai moden yang besar yang menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dalam tin, bungkusan, dan sebagainya) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri;\n \n~ tahunan \npasar yang ada bermacam-macam pertunjukan dan lain-lain yang diadakan tiap-tiap tahun;\n \n~ tani \npasar yang khusus untuk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kepada orang ramai;\nmemasarkan\n1.\n menjual sesuatu di pasar;\n2.\n memperdagangkan:\n~ barang-barang pengeluaran;\n pasaran\n1.\n kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli);\n2.\n lingkungan (keluasan, kemungkinan, dan sebagainya) perniagaan yang memberi kesempatan kepada penjualan barang-barang atau perkhidmatan:\nkita harus bekerja keras untuk mencari ~ di luar negeri; \n3.\n permintaan pembeli atau penawaran penjual:\nbukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; \npegawai ~ \norang yang bertugas memperluas (mencari dan lain-lain) pasaran untuk barang-barang;\n4.\n kualiti kurang baik (barang dagangan);\n~ bebas \n(Ekonomi) kawasan tempat orang berjual beli dengan bebas tanpa sekatan harga (banyaknya);\n \n~ bersama \n(Ekonomi) beberapa negara yang meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yang sama terhadap negara lain;\n \n~ buruh \npasaran yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan tenaga manusia;\n \n~ dalam negeri \npasaran terhad di dalam negeri;\n \n~ dunia \npasaran di negara-negara di dunia (antarabangsa);\n \n~ saham \ntempat berjual beli saham;\n \n~ terbuka \npasaran yang tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kepada semua peniaga) dengan harga barang bergantung pada penawaran dan permintaan;\n \n~ wang \n(Ekonomi) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dan lain-lain);\npemasaran\n perihal atau perbuatan memasarkan:\nrancangan ~ untuk pekebun-pekebun kecil; \nLembaga P~ Pertanian Persekutuan \nbadan yang membantu (menguruskan dan lain-lain) penjualan hasil-hasil pertanian;\npemasar\n pihak (orang, firma dan sebagainya) yang memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dan sebagainya:\n~ utama benih kayu jati tempatan;\n~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yang agak besar." "pasar II\n[Minangkabau] licin (berkenaan (dengan) jalan yang mati rumputnya kerana selalu dilalui);\n \n~ jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang \n(peribahasa) [Minangkabau] orang tentu menjadi mahir dalam sesuatu lapangan kalau selalu mengerjakannya." "pasara\n[Minangkabau]\n1.\n pusara, perkuburan;\n2.\n [arkaik] pasar, pekan." "pasasir\n1.\n penumpang (kapal dan lain-lain);\n2.\n [Jakarta] orang yang datang melihat-lihat (membeli) di kedai dan lain-lain, pelancong." "pasat\nangin ~ \nangin yang bertiup ke khatulistiwa di antara garisan lintang 30 Utara dan Selatan." "pasca\n\u2013 \nawalan asing \nsesudah, selepas, setelah, misalnya \npascasiswazah." "pascakolonial\nselepas penjajahan kolonial (berkenaan (dengan) kewujudan atau kejadian sesuatu):\nera ~." "pascamajlis\nselepas berlangsungnya atau selesainya sesuatu majlis." "pascamatang\nberkembang melebihi tempoh matang (berkenaan (dengan) bayi dalam kandungan):\nbayi ~\n." "pascamati\nsetelah mati." "pascasiswazah\n[berkenaan (dengan)] penuntut yang meneruskan pendidikan yang lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama." "paset\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sejenis intan atau berlian;\n2.\n permukaan kecil-kecil yang tergosok licin (rata) pada intan (berlian)." "pasfoto\n[Indonesia-Belanda] gambar kecil seperti pada pasport (dari kepala hingga dada saja)." "pasi\n pucat-~ \npucat lesi, pucat sangat." "pasien\n[Indonesia-Belanda] orang sakit yang dalam rawatan doktor, pesakit." "pasif\n1.\n menerima pengaruh (tidak mempengaruhi), tidak giat (melawan dan lain-lain), lawan aktif:\nmenunjukkan sifat yang beku dan ~ terhadap kegiatan sosial; \n2.\n (Linguistik) berkenaan bentuk kata kerja yang digunakan apabila subjek dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pada kata kerja, misalnya \nAhmad dikejar lembu\n;\n3.\n [Indonesia] pengeluaran lebih daripada penerimaan;\nmempasifkan\n1.\n menyebabkan tidak aktif:\nlapisan sulfida dapat ~ tampalan gigi dan mengurangkan kakisan\n;\n2.\n (Linguistik) menjadikan ayat atau kata kerja dalam bentuk pasif: \nayat yang mengandungi objek boleh dipasifkan;\nkepasifan\n perihal pasif." "Pasifik\nLautan Teduh." "pasifikasi\n[Indonesia-Belanda] pengamanan." "pasifis\norang yang mencintai kedamaian dan menentang keganasan atau peperangan." "pasifisme\n(Pol) fahaman, prinsip atau aliran yang menekankan bahawa sebarang bentuk keganasan atau peperangan tidak wajar terjadi dan mestilah dielakkan melalui penyelesaian secara aman." "pasigrafi\n(Linguistik) sistem tulisan yang menggunakan lambang yang diterima secara meluas dan tidak terbatas kepada sesuatu bahasa tertentu, misalnya sistem angka Arab, 1, 2, 3." "pasik\ngila." "pasilan\nbenalu, parasit;\n \n~ kelapa \nsejenis tumbuhan (parasit yang dibuat ubat), \nDrynaria rigidula." "pasir I\n1.\n batu yang hancur halus seperti yang dilihat di pantai, gurun, dan lain-lain, kersik halus:\nmengasingkan ~ daripada batu; \n2.\n kawasan (timbunan) pasir (kersik halus):\nbermain galah panjang di ~; \nbeting ~ \ngosong yang panjang;\n \nbusung ~ \ngosong;\n \ngurun (padang) ~ \nkawasan luas (lapang) yang tandus dan diliputi pasir;\n3.\n berbiji-biji (berbutir-butir) seperti rupa pasir;\n \nemas ~ \nemas urai, emas yang halus-halus seperti pasir;\n \ngula ~ \ngula daripada air tebu yang berbutir-butir;\n4.\n [Minangkabau] [arkaik] laut;\n \ntepi ~ \ntepi laut;\nbersuris bagai ~, berbau bagai embacang \n(peribahasa) kaum kerabat yang jauh tidaklah sangat kuat pada hak waris;\n \nseperti ~ di tepi pantai, tatkala air timpas bolehlah dibahagikan \n(peribahasa) hendak menyatakan kebenaran kepada orang yang berkuasa janganlah tatkala ia marah, tunggulah ketika kurang marahnya." "pasir II\n~ lingga \nsejenis tumbuhan (pokok), keruntum, pelawan todak, \nTristania maingayi; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (herba), rumput tahi babi, sembung gajah, \nAdenostemma lavenia." "pasir III\nikan ~\n sejenis ikan darat, tali, \nAcanthopsis choirorhynchos;" "pasir-pasir\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nScolopsis spp." "pasirah\nkepala kampung, kepala marga." "pasit\n[Jakarta] melekat (pelupuk mata)." "Paska\n[Indonesia] hari ulang tahun kebangkitan semula Christ yang disambut pada hari Ahad pertama bulan penuh pada atau selepas 31 Mac." "pasmat\n[Indonesia-Belanda], [sastera lama] wang ringgit Sepanyol." "pasmen\n[Indonesia-Belanda] hiasan daripada benang emas atau perak yang dipasang pada pakaian seragam dan lain-lain;\nberpasmen\n memakai pasmen, dihiasi dengan pasmen:\nbajunya baju roki daripada baldu merah yang leher, tangan dan pinggirnya ~ mas." "pasport\n1.\n dokumen (mengandungi butir-butir peribadi) yang didapati daripada sebuah kerajaan oleh seseorang warganegara untuk dibawa apabila ke luar negeri;\n2.\n sesuatu (kelayakan dan sebagainya) yang dianggap membolehkan seseorang diterima masuk tanpa halangan dalam mana-mana bidang (kegiatan dan lain-lain) yang diingininya:\nsebilangan besar ibu bapa menganggap bahawa kelulusan SPM, STPM, atau kelulusan ijazah merupakan ~ untuk memasuki dunia pekerjaan." "pasrah\n[Jawa] menyerah;\nmemasrahkan\n menyerahkan:\nkepada-Nyalah kita pasrahkan doa dan harapan;\nterpasrah\n terserah;\nkepasrahan\n keadaan menyerah diri (nasib) kepada Tuhan:\n ~ doa untuk menunggu saat-saat berkabung." "pasta I\n[Indonesia-Belanda];\n~ gigi \nubat gosok gigi." "pasta II\n(ERT) bahan makanan kering yang dibuat daripada campuran tepung, telur dan air dan dibentuk menjadi pelbagai rupa, seperti makaroni dan spageti." "pastel I\n(Seni Lukis)\n1.\n = \nwarna ~ \nwarna yang pucat dan lembut;\n2.\n krayon yang diperbuat daripada bahan bak kapur yang digunakan untuk melukis gambar;\n3.\n lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan bahan pastel:\npotret ~." "pastel II\n[Indonesia-Belanda] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dan daging." "pasteur\n mempasteur\n memanaskan cecair (seperti susu, wain, dan lain-lain) atau makanan pepejal (seperti keju) untuk memusnahkan mikroorganisma yang berbahaya atau untuk mengehadkan kadar penapaian bahan yang berkenaan;\npempasteuran\n proses mempasteur;\npempasteur\n1.\n orang yang melakukan proses atau kerja pempasteuran;\n2.\n alat untuk mempasteurkan sesuatu bahan seperti susu, keju dan krim." "pasti\ntidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu;\nbelum ~ \nbelum nyata, belum tentu;\n \nilmu ~ \nilmu hisab;\n \nkurang ~ \nkurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar;\nmemastikan\n menyatakan dengan pasti, menentukan (menetapkan) dengan pasti:\nyang dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; \nseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya;\n kepastian\n perihal pasti, ketentuan:\naku tercengang mendengar ~ yang tidak tertolak itu; \nDato\u2019 Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya;\nketidakpastian\n perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan:\nkemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan;\n pemastian\n perbuatan memastikan." "pastil\npil berperisa untuk dihisap." "pastor\npaderi terutamanya bagi gereja selain Gereja Katolik, Gereja England dan Gereja Scotland." "pastrami\nsejenis daging lembu salai yang berempah, biasanya dihiris tipis dan dihidangkan sejuk." "pastri\n(ERT)\n1.\n adunan tepung dengan air, mentega (atau bahan lemak yang lain) dan lain-lain;\n2.\n kuih yang diperbuat daripada adunan tepung, lemak dan sebagainya." "pastura\npadang ragut." "pasu\n1.\n bekas daripada tanah dan lain-lain, diisi dengan tanah untuk menanam pokok;\n2.\n bekas air dan lain-lain yang dibuat daripada tanah dan lain-lain;\nmemasukan\n menanam (memasukkan dan sebagainya) dalam pasu (yang berisi tanah):\nada juga jenis-jenis pokok renek yang dipasukan tidak boleh diletakkan dalam teduh lebih daripada satu minggu." "pasu-pasu\ntulang pipi." "pasuel\n[arkaik] surat terbang (kaleng);\ndipasuel\n diberi surat terbang." "pasuk\npasukan\n \n1.\n sekumpulan (binatang), kawanan:\ntampak dari jauh se~ gajah; \n2.\n sekumpulan (orang, tentera, dan lain-lain), sekelompok;\n~ berkaki = ~ jalan kaki \npasukan tentera bersenjata yang berjalan kaki, infantri;\n \n~ berkuda \npasukan tentera yang berkuda, kavalri;\n \n~ berani mati \npasukan tentera yang bersedia mati (pantang undur);\n \n~ jurutera \npasukan tentera yang terlatih dalam lapangan kejuruteraan (membina jambatan dan lain-lain);\n \n~ kawalan kampung \nkumpulan orang yang mengawal keselamatan kampung;\n \n~ kesebelasan \nkumpulan pemain bola sepak yang terdiri daripada sebelas orang;\n \n~ keselamatan \npasukan polis bersenjata (tentera) yang mengawal keselamatan negara;\n \n~ liar \n[Indonesia] pasukan yang tidak teratur (tidak termasuk tentera rasmi);\n \n~ pencegah rusuhan \npasukan polis yang mencegah rusuhan atau perkumpulan haram;\n \n~ pertahanan awam \npasukan sukarelawan yang mengawal keselamatan orang awam;\n \n~ pertolongan cemas \npasukan yang terlatih (seperti bulan sabit merah dan lain-lain) sementara mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya;\n \n~ petugas \nsekumpulan orang yang diberi tugas menangani isu, masalah atau operasi tertentu;\n \n~ udara \nsekumpulan kapal terbang angkatan udara;\nberpasukan\n berkumpul dalam pasukan, berpuak, berkawanan;\nberpasuk-pasukan\n berkumpul-kumpulan, berkelompok-kelompok, berkawan-kawan." "pasumandan\n[Minangkabau] pengiring perempuan." "pasung I\n= pasungan\n alat daripada kayu berlubang dan lain-lain yang dipasang pada kaki (tangan, leher) orang salah (gila) sebagai hukuman atau supaya jangan lari;\n \nrumah ~ \na) balai polis;\n b) penjara, kurungan, tempat tahanan;\nmemasung, memasungkan\n1.\n me" "pasung II\n[Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada beras." "pasupati\n[Jawa] sejenis senjata;\n \nkeris ~ \nsejenis keris." "pata I\n~ puling \nsejenis ikan darat, kerengkek, \nPuntioplite fasciatus." "PATA II\nakronim bagi \nPacific Area Travel Association\n (Persatuan Pelancongan Kawasan Pasifik)." "patah I\n1.\n putus (berkenaan (dengan) barang yang keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat-kuat lagi:\npenselnya sudah ~; \n2.\n [kiasan] tidak dapat diteruskan (dilanjuntukan) lagi;\n \npelajaran saya ~ di tengah jalan \ntidak tamat, terhenti;\n3.\n penjodoh bilangan untuk kata (perkataan):\nbeberapa ~ kata; \nse~ dua kata \nsatu atau dua patah kata, sedikit perkataan;\n~ arang \nputus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan);\n \n~ balik \nberbalik, bertukar arah hingga berlawanan dengan yang semula;\n \n~ batu (hatinya) \ntidak mahu berusaha lagi;\n \n~ celana \n[Indonesia] lipatan pada seluar;\n \n~ hati \na) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan);\n b) = \n~\n \nlesu \nputus harapan, kecewa (dalam percintaan dan lain-lain);\n \n~ jetam \n[Kelantan] penyakit pecah-pecah kulit pada kaki;\n \n~\n \nkaki \ntidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yang boleh diharap);\n \n~ lagu \ngentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi);\n \n~ lidah \ntidak dapat berkata (dengan lancar), tidak dapat menjawab;\n \n~ mayang \nikal atau mengombak (rambut);\n \n~ nafsu (selera) \nhilang nafsu (selera) makan;\n \n~ perang \nkalah perang;\n \n~ pucuk \ntidak habis atau selesai (pekerjaan dan lain-lain);\n \n~ riuk \npatah yang teruk (tulang);\n \n~ said \nrenyuk, tidak licin (baju, seluar);\n \n~ semangat \nhilang keberanian atau kemahuan (untuk berusaha dan lain-lain), tawar hati;\n \n~\n \nsiku \na) sudut siku-siku;\n b) tidak dapat menolak (membantah dan lain-lain) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dan lain-lain);\n \n~\n \ntulang \na) patah tulangnya;\n b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dan lain-lain);\n~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak \n(peribahasa) tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dan lain-lain;\n \n~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang \n(peribahasa) tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja);\n \n~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati \n(peribahasa) tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah;\n \n~ tumbuh hilang berganti \n(peribahasa) seseorang ketua dan lain-lain yang mati (pergi) yang lain ada gantinya;\n \nsiapa melalah siapa ~\n (peribahasa) siapa yang berhajat sangat, dialah yang datang meminta (peminangan);\n \nsudah ~ yang bertaji \n(peribahasa) [Minangkabau] kalau kematian bapa (mamak) yang berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yang tinggal;\n \ntiada ~ yang tak tempang \n(peribahasa) tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yang tidak baik;\nsepatah\n satu patah;\n \n~ kata \na) suku kata (perkataan);\n b) kata pendahuluan (pengantar);\nberpatah\n bertukar haluan (arah):\ndia ~ mahu pergi;\n~ balik \nberbalik, bertukar arah yang bertentangan dengan yang semula;\n \n~ arang \nberputus langsung (perselisihan);\n \n~ hati \nberasa patah hati (kecewa dan lain-lain);\nmematah\n1.\n menukar haluan (arah):\nkemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong;\n~ balik \nmenukar haluan ke arah tempat datangnya;\n \n~ selekoh \nmenukar arah mengikuti selekoh;\n2.\n PI tidak dapat berjalan, lemah:\nkenapa pula itik itu ~ sangat;\nmematah-matah; \n~ jari \nmelipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi;\nmematahkan\n1.\n menjadikan (menyebabkan) patah:\n~ batang besi; \n2.\n [kiasan] menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dan lain-lain, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dan lain-lain):\n~ cita-cita;\n~ serangan lawan;\n~ haluan \nmengalih (menukar) haluan;\nmematah-matahkan\n mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali:\nmereka ~ ranting kayu untuk dibuat kayu api;\n patah-mematahkan\n [kiasan] saling mengalahkan;\nterpatah\n telah (sudah) patah:\ntujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~;\n patahan\n sesuatu yang patah;\npematahan\n perbuatan mematahkan;\npematah\n1.\n pepatah, bidalan;\n2.\n sesuatu yang dipakai untuk mematahkan;\n \n(doa, mantera) ~ lidah \nmantera untuk membuat orang tidak boleh berkata-kata." "patah II\n~ kemudi \nsejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat);\n \n(kayu) ~ tulang \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), kayu urip, tulang-tulang, \nEuphorbia tirucalli; \nrumput ~ pisau \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput bakau (batu, macap, meresek), \nDaemonorhops leptopus; \nrumput ~ siku \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput katik belalang (tulang sentadu), \nPaspalum orbiculare." "patam\nsl\n1.\n hiasan (daripada benang emas dan lain-lain) pada tepi pakaian;\n2.\n penutup dahi pengantin;\nberpatam\n mempunyai (memakai) patam:\n~ mas berpelik mutiara kesturi." "patang\n[Brunei] gelap." "patar\nsejenis kikir yang besar serta kasar (untuk melicinkan kayu dan lain-lain);\nmematar\n menggosok (melicinkan) dengan patar." "patat\n[Kelantan] pantat, punggung, bahagian di bawah sekali;\n \n~ kain \nkepala kain;\n \n~ kawah \na) bahagian bawah kawah;\n b) [kiasan] tempat yang paling hina;\n \n~ siput \npusar pada jari (tanda pandai bertukang)." "patela\n(Biologi) tempurung lutut." "paten\nsurat kerajaan yang memberi hak kepada orang (perusahaan) untuk mengeluarkan barang ciptaannya sendiri untuk beberapa tahun dengan melarang orang lain menirunya:\ndengan menggunakan ~ Marconi, sebuah syarikat wayarles yang pertama telah ditubuhkan." "patera\n[sastera lama] daun." "pateri\nsejenis perekat daripada aloi timah dan timah hitam (untuk melekatkan perkakas ayan dan lain-lain);\nberpateri\n berlekat (bersambung) dengan pateri, mempunyai pateri;\nmematerikan\n1.\n melekatkan dengan pateri:\nudaranya telah dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; \n2.\n [kiasan] melekatkan, menyambungkan (menyatukan dan lain-lain) erat-erat:\n~ perjanjian dengan sumpah;\n terpateri\n1.\n sudah dipaterikan, sudah dilekatkan;\n2.\n [kiasan] sudah dilekatkan (diperkukuh dan lain-lain) erat-erat:\nsukar untuk melupakan cinta yang telah ~ sekian lama;\n pematerian\n perihal (proses atau perbuatan) mematerikan:\n~ kekisi besi yang patah;\n pemateri\n alat untuk mematerikan sesuatu." "paternalisme\ndasar (sikap atau amalan) sesuatu pihak yang melayani atau berurusan dengan seseorang atau sesuatu pihak lain dengan semangat atau sikap keayahan (sebagaimana sikap seorang ayah melayani berbagai-bagai kehendak anaknya):\nsalah satu ciri yang menimbulkan unsur ~ dalam firma-firma Jepun ialah sistem pengekalan pekerjaan." "patgulipat\n1.\n sejenis permainan kanak-kanak, main sorok-sorok (sembunyi-sembunyi);\n2.\n [bahasa percakapan] main curang, tidak jujur;\nmempatgulipatkan; \n~\n \nwang \nmenggelapkan wang." "pati I\n1.\n isi yang terutama (baik sekali) daripada sesuatu, sari, inti;\n \n~ arak \narak yang tulen, alkohol;\n \n~ santan \nsantan yang terbaik, kepala santan;\n2.\n sejenis tepung yang halus-halus yang mendak daripada campuran ubi (kopi dan lain-lain) dengan air:\n~ kopi, ~ sagu;\n~ ubi; \n3.\n [kiasan] isi yang terpenting daripada sesuatu percakapan (perbincangan dan lain-lain), inti, pokok:\n~ titah itu adalah cukup nyata; \nyang perlu dicatat ialah ~ isi tulisannya;\n~ cerita \npokok cerita;\n \nambil ~nya buangkan hampasnya \n(peribahasa) tiap-tiap cerita (kata) orang, janganlah dihiraukan yang salahnya (buruknya), ambil sahajalah isinya yang betul (baik)." "pati II\ndenda ~ \ndenda kerana membunuh orang (melanggar adat):\nmelanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~; \nkerap ~ \nmembunuh orang dengan sembunyi-sembunyi." "pati III\n[Minangkabau] pateri." "pati IV\npatih II." "patih I\ntaat, setia:\nsekalian dayang berbalik pulang dengan ~nya;\n kepatihan\n ketaatan, kepatuhan, kesetiaan;\npematih\n suka menurut perintah." "patih II\n[Jawa]\n1.\n perdana menteri, bendahara, mangkubumi, wazir;\n2.\n timbalan bupati (kepala daerah);\n3.\n [sastera lama] panggilan (sebutan) orang besar, tuan;\nkepatihan\n tempat tinggal patih, kediaman patih." "patik I\n1.\n hamba, saya (dipakai sewaktu bercakap kepada raja-raja):\nmana titah ke bawah duli ~ junjunglah; \n2.\n [sastera lama] hamba tebusan, budak belian;\nberpatik\n memakai (menyebut) patik:\nia sebentar ~ dan sebentar bersaya." "patik II\nmematik\n menyentuh (memetik) dengan jari." "patik III\n[Jakarta] sirip (sengat) yang berbisa pada ikan sembilang (keli dan lain-lain)." "patik IV\npenyakit ~ \npenyakit puru." "patil I\nsejenis alat seperti beliung kecil untuk menarah kayu;\nmematil\n menarah kayu dengan patil." "patil II\nsirip yang berbisa pada ikan keli (sembilang dan lain-lain);\nmematil\n menikam dan lain-lain dengan patil." "patil III\nkepingan daripada besi dan lain-lain (papan nombor kereta, dalam bateri, dan lain-lain)." "patin\nsejenis ikan darat, \nPangasius spp." "pating\npasak (paku kayu) tempat berpijak apabila memanjat;\nmemating\n memasak (mengenakan) pating pada." "patio\nkawasan atau ruang berturap di sisi rumah, biasanya dijadikan tempat bersantai, minum dan sebagainya." "patis\nsejenis kain panjang yang dililit di sekeliling kaki di antara buku lali dan bawah lutut (untuk menjaga kaki)." "patogen\n(Perubatan) agen yang menyebabkan penyakit, terutamanya organisma seni seperti bakteria dan virus." "patok\n[Jawa] kayu pancang, tonggak;\npatokan\n dasar (aturan) untuk menjalankan sesuatu, ketentuan (untuk dijadikan asas sesuatu), syarat, prinsip:\nbidang ilmu bahasa memberikan ~-~ baharu bagi penyusunan ejaan yang baik; \naku menganalisis sesuai dengan ~-~ yang telah disediakan oleh parti." "patologi\ncabang perubatan yang mengkaji sebab, punca, proses perkembangan, dan akibat penyakit." "patriark\nlelaki yang menjadi ketua sesuatu keluarga atau suku kaum." "patriarki\nsistem masyarakat yang sebahagian besar kekuasaannya dipegang oleh kaum lelaki." "patrilineal\n(Antropologi) berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa." "patrilokal\n(Antropologi) berkaitan dengan, berdasarkan atau mengikut sistem atau pola perkahwinan masyarakat yang menetapkan pasangan yang berkahwin itu tinggal dengan keluarga suami:\nkeluarga ~." "patrimoni\n(Antropologi) harta pusaka yang diwarisi daripada bapa atau nenek moyang sebelah bapa." "patriot\norang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara." "patriotik\nbersifat patriot:\nkau sudah mempunyai satu sikap yang ~, kau berani dan tegas." "patriotisme\nperasaan cinta yang kuat terhadap tanah air:\npuisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan ~ keitalian yang menjadi tema popular ketika itu." "patrol, patroli\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n perondaan oleh polis (tentera) untuk menjaga keselamatan dan lain-lain:\npasukan itu menjalankan ~ di tempat itu; \n2.\n anggota-anggota polis (tentera) yang meronda (untuk menjaga keselamatan dan lain-lain):\n~ yang sedang bertugas ditembak mati; \n3.\n = \nberpatroli\n meronda (untuk menjaga keselamatan dan lain-lain)." "patrum\ntabung kecil daripada kertas atau logam yang berisi mesiu (ubat bedil)." "patrun\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sesuatu yang disediakan untuk ditiru atau dituruti, contoh, suri teladan;\n2.\n gambar yang digunakan untuk contoh batik, pola." "patuh\nmenurut (perintah, peraturan, hukum, dan lain-lain), taat, tidak membantah:\nke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; \norang yang kalah undian ini mesti ~ kepada keputusan ramai;\n~ janggal \nnampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak;\nmematuhi\n menurut (perintah, suruhan, dan lain-lain), mentaati:\nUdin ~ cakap ibunya; \npemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze;\nkepatuhan\n perihal patuh (menurut perintah dan lain-lain), sifat patuh, ketaatan:\n~ mereka itu memerlukan balasan yang sama;\npematuhan\n perbuatan mengikut perintah:\n ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan." "patuk I\nmematuk\n \n1.\n memagut atau mencatuk (biasanya dengan paruh):\nayam ~ cacing; \nmati dipatuk ular; \n2.\n memukul (picu atau petikan bedil):\npicu yang dipetiknya tidak ~ pada kali itu;\nayam tak patuk, itik tak sudu \n(peribahasa) dalam keadaan hina (tidak dipedulikan orang);\n \nayam ~ anaknya \n(peribahasa) memukul (menghukum) anak dan lain-lain bukan untuk menyeksa tetapi untuk mengajarnya." "patuk II\ndaun ~ tuan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), lana, \nThunbergia laurifolia." "patung I\n1.\n sesuatu bentuk manusia (binatang dan lain-lain) yang dibuat daripada batu (logam, kayu, dan lain-lain), arca:\ndi atas tugu itu ~-~ polis khas akan didirikan; \nduduk seperti ~ \nduduk tidak bergerak;\n2.\n = \nanak ~ \npatung kecil (permainan kanak-kanak), anak-anakan, boneka;\n3.\n [kiasan] orang dan lain-lain yang menjadi lambang sahaja (menjadi permainan orang lain dan lain-lain):\nmaharaja itu menjadi ~, dimainkan oleh maharaja yang sudah bersara;\nmematung\n (diam, tiada bergerak-gerak) seperti patung:\ngadis itu tetap ~; \ndia ~ di tepi kereta;\nmematungkan\n1.\n menyebabkan jadi patung, menjadikan patung;\n2.\n memandang (menganggap) sebagai patung." "patung II\nbelalang ~ \n= \npatung-patung\n sepatung, sibur-sibur." "patung III\nsejenis ikan darat, kepar, \nPristolepis fasciatus." "patung IV\n[Jakarta] = \npatungan\n berkongsi membeli dagangan (menyewa dan lain-lain)." "patungut\n[Brunei] puntung kayu dan lain-lain yang berapi." "patut I\n1.\n baik atau elok (perangai, perbuatan, dan lain-lain), senonoh:\njangan kamu ingin akan yang tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; \norang ~-~ \norang baik-baik;\n2.\n layak, sesuai (untuk melakukan sesuatu dan lain-lain):\nguru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; \naku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; \n3.\n tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai:\nharga barang itu sudah ~; \n4.\n [sastera lama] sepadan (dengan), sesuai benar (dengan), setuju:\nmaka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan tadi; \n5.\n berpadanan, seimbang, setimbal:\nbelum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; \nkalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; \n6.\n tidak boleh tidak, mesti, wajib:\nukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; \n7.\n perlu, penting:\n~\n \njuga diberitahu di sini bahawa \u2026; \n8.\n sudah seharusnya, selayaknya:\njika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; \ntetapi Menteri Muda bukan orang yang ~ dilupakan; \n9.\n sebenarnya, sesungguhnya:\npada ~nya, dialah yang menjadi raja kerana dia yang tuanya; \n10.\n tidak dihairankan, padan benar:\n~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; \n11.\n [Kelantan] boleh jadi, mungkin;\nsepatutnya\n1.\n semestinya, selayaknya, sepantasnya:\nkasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; \n2.\n sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya:\npolis ialah pegawai keamanan yang ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; \n3.\n = \ndengan ~ \ndengan selayaknya, dengan baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan:\nia akan menghukum orang yang didapati bersalah dengan ~;\n berpatut-patut\n ada had atau batasnya yang patut, berpada-pada;\nberpatutan\n1.\n tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dengan), sesuai:\nkita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yang ~ untuk mempertahankan diri kita; \n2.\n setimbal, secocok, sepadan:\njikalau negara mesti mengambil harta itu untuk kebajikan umum harga yang ~ haruslah diberi; \n3.\n tidak keterlaluan, sederhana, sedang:\nbagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dari satu bikar yang ~ besarnya; \n4.\n [sastera lama] baik (kelakuan, perangai, dan lain-lain), elok, senonoh:\nmaka adat itu meluluskan yang boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yang tiada ~; \n5.\n [sastera lama] kena, cocok, sesuai:\njikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dengan tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; \n6.\n perlu, cukup:\nmereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yang terlalu jauh untuk diberi perhatian yang ~ dalam rancangan pelajaran kebangsaan;\n mematut\n1.\n mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memperelok:\nia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; \n2.\n = \nmematut-matut; \n~ diri \nmenghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan:\nbujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya;\nmematut-matut\n1.\n [Minangkabau] melihat (menyelidiki, memandang, dan lain-lain) untuk mengetahui buruk baiknya;\n2.\n mengira-ngira (untuk mengetahui berapa banyaknya dan lain-lain), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan:\ndia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; \nkalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti;\n mematuntukan\n1.\n mengatur (menyusun dan lain-lain) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan;\n2.\n [sastera lama] menganggap patut (padan, sesuai):\nmaka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; \n3.\n = \nmematut-matuntukan; \n~ diri \nmencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dengan bersolek, berdandan, dan sebagainya:\ndi hadapan cermin muka, ia ~ diri; \n4.\n menjadikan patut (padan, sesuai, dan lain-lain), pertimbangan;\n5.\n perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan." "patut II\nakar ~ tuan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nThunbergia grandiflora." "pau I\n[Cina] sejenis kuih yang berintikan kacang merah (kaya dan lain-lain)." "pau II\n[Cina] sejenis kantung wang (pada tali pinggang);\n= paupau." "pauh I\nsejenis tumbuhan (pokok dan buah),\na) \nMangifera indica; \nb) = \n~\n \ndamar \nmempelam bemban, \nMangifera pentandra;\n~ janggi \nsejenis tumbuhan (palma), nyiur laut, \nLodoicea maldiviica;\n~ kijang \na) sejenis tumbuhan (pokok), kebayang, merelang, \nIrvingia malayana; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kempas roman, kijai, \nTrigonochlamys griffithii;\n~ pipit \nsejenis tumbuhan (pokok), katak udang, ketak udang, otak udang, puan, terentang tikus, \nBuchanania lucida;\n~ pungah \nsejenis tumbuhan (pokok), balai, \nAralidium pinnatifitdum; \npipi laksana ~ dilayang \nki pipi yang licin dan penuh (berkenaan (dengan) perempuan)." "pauh II\n[arkaik] sejenis sukatan yang bersamaan dengan suku cupak, kepul;\nberpauh-pauh; \n~ padi \nmenyukat-nyukat padi dengan pauh." "pauh III\n~ layang \n[Kelantan] sejenis kuih daripada telur." "pauh-pauh\n~ pasir \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar kani, akar merenang, akar toko takal, ara lumut, gurah peria, gurah periat, mendarung akar, peringkat keting, tuku takal, \nCroton caudatum." "pauk I\nlauk-~ \nbermacam-macam jenis lauk;\nlauk." "pauk II\nmemauk\n menarik (mengambil dan lain-lain) dengan sesuatu yang berpengait, mengait, menggait, meraih;\npemauk\n galah yang berpengait di hujungnya, pengait, gancu." "paul\n[arkaik]\n1.\n (Sunda) warna biru;\n2.\n [Jakarta] orang yang tidak senonoh (kurang adat, tidak sopan)." "paun I\n1.\n = \n~ sterling \nunit mata wang United Kingdom;\n2.\n unit mata wang beberapa buah negara, seperti Sudan, Syria dan Mesir;\n3.\n perhiasan (seperti rantai, aguk, dan sebagainya) daripada emas berbentuk seperti duit syiling." "paun II\nukuran berat (yang bersamaan dengan 16 auns atau 0.4536 kg);\n \nroti ~ \nsejenis roti yang dibuat daripada tepung gandum (yang tiap-tiap ketul beratnya satu paun)." "paun III\ntempat mengurung binatang (kerbau, lembu, dan lain-lain) yang merayau-rayau;\n \nmasuk ~ \nmengurung binatang yang merayau-rayau dalam paun (sehingga diambil oleh tuannya)." "paung\n(Portugis) [arkaik] sejenis roti kering;\n \npisau ~ \nsejenis pisau untuk memotong roti;\n= paun II." "paupau\n[Cina] sejenis kantung wang (pada tali pinggang);\npau II." "paus I\nikan ~ \nsejenis mamalia laut yang besar, pada zahirnya menyerupai ikan besar, dan biasanya diburu untuk minyak, isi dan tulang, ikan gajah mina, ikan lodan." "paus II\nbiskop di Rom yang mengetuai gereja Roman Katolik." "paut I\nsangkut ~ \nkaitan antara dua tiga hal (perkara dan lain-lain);\n \n~ bingkai tangguk \n[Kelantan] cara duduk dengan bercangkung dan tangan memeluk kedua-dua lutut;\nberpaut\n1.\n berpegang kuat-kuat (pada), melilit erat-erat (pada sulur-suluran dan lain-lain), tertambat kuat (pada):\ntangannya yang ~ pada tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; \nanak-anak kelawar ~ pada bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; \n2.\n [kiasan] berpegang teguh-teguh (pada), mengasaskan sesuatu kegiatan dan sebagainya:\nkita ~ erat kepada suatu metodologi yang lemah yang ditolak oleh pengasasnya sendiri; \n3.\n tertutup kembali, terkatup semula, bertaut:\napung terendam di seberang sana, beting ~ dari kuala; \n4.\n [kiasan] bertemu, bertembung;\n~ tidak bertali \na) terikat tetapi tidak dengan tali;\n b) [kiasan] masih belum selesai (sesuatu perkara);\n c) [kiasan] perempuan yang sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya;\n \n~ sehasta tali \n(peribahasa) tidak dapat berbuat sesuatu dengan sesuka hati;\nberpautan\n saling berpaut, berpegangan:\nMike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~;\n~ dengan \nada hubungannya dengan, berkaitan dengan, bersangkutan dengan, bertalian dengan;\nmemaut\n1.\n memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh):\ntangannya ~ kedua-dua lututnya itu; \nmuka Wan Intan diangkatnya dengan ~ dagu lebah bergantung itu; \n2.\n melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut:\nbanyak pokok mengeluarkan sulur paut yang ~ pada sokong; \n3.\n [kiasan] menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dan lain-lain):\nia harus melukiskan suasana dan peristiwa yang benar-benar berlaku, yang ~ sebilangan besar masyarakat; \n4.\n [kiasan] mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dan lain-lain):\ngadis kampung itulah yang telah ~ hatiku pada kampung halamanku;\nterpaut\n1.\n terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dan lain-lain), terpikat kepada:\nhatinya sudah ~ oleh anak dagang yang hitam manis itu;\n~ kasih, tersangkut sayang \nterlalu amat cinta;\n2.\n terikat dengan, bersebati dengan:\nanak-anak panah yang ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dalam serombong buluh; \n3.\n terlekat (pada), tertumpu (pada):\nmatanya ~ ke awan berarak; \n4.\n bertemu, tersua:\njika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dengan masalah-masalah yang lebih panjang; \nsemasa dia menyunting karya itu dia ~ dengan beberapa kesalahan ejaan;\n~ bertali, tertambang berlantak \n(peribahasa) terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi;\npautan\n1.\n hasil memaut (memegang dan lain-lain), pegangan:\nmereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; \n2.\n tempat berpaut (berpegang dan lain-lain), sesuatu yang dipaut:\nia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; \n3.\n hubungannya dengan, kaitannya dengan;\n4.\n tempat menambatkan lembu dan lain-lain, tempat mengikat ayam;\n5.\n [kiasan] tempat asal;\n \nayam pulang ke ~ \n(peribahasa) sudah pada tempatnya;\nperpautan\n perihal berpaut, perhubungan, pertalian;\npemaut\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk memaut, pemegang (untuk menarik):\nketika ia membuang batu fatom yang ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; \n2.\n alat yang menghubungkan enjin dengan sesuatu yang hendak digerakkan (gear)." "paut II\nterpaut\n [Jakarta] perbezaan, selisih;\ntepaut." "paut III\n[sastera lama] hampir akan sampai (berkenaan (dengan) umur), hampir akan mati:\numur kita telah ~lah." "pavilion\n1.\n bangunan di tepi lapangan olahraga untuk kemudahan peserta dan penonton;\n2.\n rumah tambahan di samping rumah besar;\n3.\n bangunan sementara, terutamanya untuk dijadikan tempat pameran, peraduan, dan sebagainya, astaka." "pawagam\nakronim bagi panggung wayang gambar." "pawah I\nrempah-~ \nberbagai-bagai jenis rempah;\n= rempah II." "pawah II\nmembahagi dua hasil yang diperoleh (daripada sawah, binatang ternakan, dan lain-lain) antara pengusaha (penjaga) dengan tuan punya:\nlembu ~;\n memawahkan\n menyuruh orang lain mengusahakan sawah (memelihara binatang dan lain-lain) dengan membahagi dua hasilnya, memperduakan;\npemawahan\n perihal (perbuatan, usaha, tindakan dan sebagainya) memawahkan sesuatu, seperti sawah, ternakan dan sebagainya:\n~ sawah;\n~ lembu;\n pemawah\n orang yang mengusahakan tanah, memelihara ternakan dan sebagainya yang dipawahkan oleh tuan punya kepadanya." "pawai\n1.\n = \nalat ~ \n[sastera lama] alat kebesaran raja-raja yang dibawa ketika berarak dan lain-lain:\ndan ~ burung-burung dibubuh di hujung galah; \nsetelah pagi-pagi harinya maka segala alat ~ yang berbagai-bagai itu pun diatur oranglah; \n2.\n [sastera lama] pembawa alat kebesaran raja-raja, penjabat:\n~ diatur; \n3.\n perarakan:\nrakyat telah berbaris dan membuat suatu ~ yang besar, berbatu-batu panjangnya;\nberpawai\n berarak (beramai-ramai):\nmaka ~lah gadis-gadis itu di hadapanku." "pawaka\n[sastera lama] api." "pawana\n[sastera lama] angin, bayu." "pawang\n1.\n orang yang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib);\n2.\n orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mantera dan lain-lain), bomoh, dukun;\n~ belat (jermal, kelong) \norang yang menangkap ikan dengan belat (jermal, kelong);\n \n~ buaya \norang yang pandai menangkap buaya;\n \n~ buru \n= \n~ pemburuan \norang yang ahli dalam hal memburu;\n \n~ darat \npawang yang bertugas di darat (tidak di laut);\n \n~ gaharu (kapur) \npawang yang bijak dalam hal-hal mengutip gaharu (kapur);\n \n~ gajah \norang yang pandai menangkap serta menjinakkan gajah;\n \n~ hujan \norang yang pandai menolak (menjauhkan) hujan;\n \n~ hutan \norang yang ahli mengenai hutan;\n \n~ kapal \njurumudi;\n \n~ laut (pukat) \nketua kumpulan nelayan;\n \n~ lebah \norang yang pandai mencari manisan lebah;\nberpawang\n meminta pertolongan pawang untuk mengubati penyakit dan sebagainya:\npuas sudah kami berbomoh dan ~;\n perpawangan\n hal (amalan, pengubatan dan sebagainya) yang berkaitan dengan pawang:\nkehadirannya di pentas perbomohan, perdukunan atau ~ memberi tokoh itu keistimewaan tertentu." "pawitera\n(Sanskrit);\n \nair ~ \nair suci." "paya\n1.\n kawasan tanah bencah (digenang air) yang ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa:\ntukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yang penuh dengan ~ dan rawa;\n~ bakau \nkawasan paya yang ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau;\n \n~ kumbuh \nkawasan paya yang ditumbuhi sejenis rumpai (yang daunnya boleh dianyam);\n2.\n [Pahang] kawasan tanah bencah yang ditanami padi, bendang, sawah." "paya-paya\n[arkaik] air ludah sirih." "payah\n1.\n tidak mudah, tidak senang, sukar, susah:\nbukannya ~ benar membuat kerja itu;\n~ basa \n[Kelantan] susah hendak memperkatakan (merundingkan, membincangkan) sesuatu;\n2.\n berat atau teruk (penyakit):\nbapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; \n3.\n (berasa) letih, lelah, lesu, penat:\nrupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dengan cepat selama setengah jam;\ntak ~ \ntidak perlu, tidak usah:\nbaginda jua mempunyai kuasa untuk bertindak sendiri dengan tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; \nberjerih ~ \n= \nbersusah ~ \n= \nberpayah-payah;\nberpayah-payah\n mengerjakan (melakukan) sesuatu dengan berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah:\njanganlah saudara ~ kerana saya;\nmemayahkan\n menyebabkan payah, menjadikan payah, menyusahkan, melelahkan:\nsekali itu dia berasa payah kembali dari rapat, padahal apalah yang akan ~ dalam rapat itu;\n memayah-mayahkan; \n~ diri \nbekerja keras-keras (dengan bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah;\nmemperpayah\n menjadikan lebih payah:\nbukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah;\n kepayahan\n1.\n perihal payah, kesukaran, kesusahan:\nWahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yang diadakan oleh kerajaan; \n2.\n menderita payah (kesulitan, kekurangan):\nsedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yang bersejarah; \n3.\n kelelahan, keletihan:\nbeberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah seperti orang ~." "payang I\n= pemayang\n sejenis pukat (untuk menangkap ikan);\n \norang ~ \npenangkap ikan yang menggunakan payang;\n \nperahu ~ \nsejenis perahu nelayan (untuk menarik pukat)." "payang II\n[Jakarta];\nmemayang\n menolong orang berjalan dengan menyangga tangan orang itu, memapah, menyangga." "payang III\nsejenis tumbuhan (pokok), buah keluak, kepayang, \nPangium edule." "payau I\n1.\n agak masin (rasa air):\nia terminum air itu sedikit ketika berkumur-kumur, rasanya ~ dan berbau lumpur; \n2.\n tidak enak rasanya:\ntekakku ~, semacam nak demam rasanya." "payau II\n[Brunei] rusa." "payit\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] menderita kerugian besar hingga jatuh (perniagaan dan lain-lain), jatuh miskin, bankrap." "payon\n[Jawa] atap rumah." "payu\n[Jawa]\n1.\n harga atau nilaian (sesuatu);\n2.\n laku (barang jualan), laris;\nberpayu\n tawar-menawar (harga sesuatu);\nmemayukan\n menentukan harga sesuatu, menawarkan." "payudara\nbuah dada:\nbarah ~." "payuk\n[Brunei];\nmemayuk\n mengikat kaki dan tangan." "payung I\n1.\n alat bertangkai yang biasanya dibuat daripada kain, kertas, dan sebagainya yang dipasang pada kerangka boleh lipat untuk melindungi seseorang atau sesuatu daripada terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sebagai alat kebesaran raja dan lain-lain;\n \n~ kain;\n~ kertas;\n~ sutera; \npaku ~ \npaku yang kembang kepalanya dan digunakan untuk memaku atap zink;\n2.\n = \n~ terjun \nkain bulat yang diberi bertali pada tepinya dan digunakan untuk terjun dari kapal terbang (tempat tinggi dan lain-lain);\n \naskar ~ terjun \npasukan askar yang digugurkan oleh kapal terbang;\n3.\n [kiasan] sesuatu yang melindungi, penaung, pelindung:\npada suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris;\n~ bawat = ~ pawat \n[Jawa] payung kecil yang berbatang tinggi dan berwarna-warni (untuk menunjukkan kebesaran seseorang);\n \n~ berapit \npayung kerajaan yang dibawa berdampingan di hadapan raja dan lain-lain;\n \n~ cetera \nsejenis payung untuk menunjukkan kebesaran seseorang;\n \n~ iram-iram \n= \n~ rama-rama \nsejenis payung kuning yang bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (untuk raja-raja);\n \n~ perteduhan naungan \nki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mempertaruhkan nasib;\n \n~ ubur-ubur \nsejenis payung putih yang berlipat-lipat tepinya untuk memayungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yang masih hidup);\ndianjungkan seperti ~, diambak seperti kasur \n(peribahasa) terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (terutama orang besar-besar);\n \nsediakan ~ sebelum hujan \n(peribahasa) hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik;\nberpayung\n memakai payung;\nyang ~ yang ditembak \n(peribahasa) jikalau anak-kemanakan atau anak semang yang bersalah tentulah yang akan dituntut mamaknya atau induk semangnya;\nberpayungkan\n menggunakan sesuatu sebagai payung:\nmereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yang rimbun;\nmemayungi\n1.\n melindungi, (menutupkan) dengan payung;\n2.\n [kiasan] melindungi, menaungi:\nsinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi;\nmemayungkan\n mempergunakan sebagai payung;\npayungan\n tempat yang dipayungi, lindungan:\nkami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu." "payung II\n~\n \nali \na) sejenis tumbuhan (herba), \nBiologiphytum adiantoides; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), \nEurycoma longifolia; \ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, \nTeysmannia altifrons; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), rumput pinang, \nMariscus cyperinus.\nPb\n simbol kimia bagi plumbum." "PBB\n[kependekan] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu." "PBE\n[Indonesia] [kependekan] Pasaran Bersama Eropah." "PBH\n[Indonesia] [kependekan] Pemberantasan Buta Huruf." "PBS\n[kependekan] Parti Bersatu Sabah." "PBSM\n[kependekan] Persatuan Bulan Sabit Merah." "PC\n[kependekan] \npersonal computer \n(komputer peribadi)." "pd I\n[kependekan] pada." "Pd II\nsimbol kimia bagi paladium." "pdg.\n[kependekan] padang." "PDN\n[Indonesia] [kependekan] Perusahaan Dagang Negara." "PDPN\n[kependekan] Pusat Daya Pengeluaran Negara." "PDRM\n[kependekan] Polis Diraja Malaysia." "pear\nsejenis buah yang berbentuk sfera di bawahnya dan menirus menuju ke atas, dengan isi berwarna putih, dan kulit yang berwarna hijau lembut." "pebahu\n= \n~ layar \nkayu yang melintangi pada tiang perahu untuk menggantungkan layar." "pebisi\nsejenis tumbuhan (paku), paku laut, piai, piai raya, umbi piai, \nAcrostichum aureum." "pecacal\npacal, hamba." "pecah belah\nkeadaan tidak bersatu padu (huru-hara, kacau-bilau dan sebagainya) sehingga boleh membawa kepada kehancuran, keruntuhan dan sebagainya sesuatu institusi (masyarakat, keluarga dan sebagainya):\n~ boleh berlaku dalam sebuah masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yang berlainan; \nayah sekali-kali tidak mahu menjadi punca yang menimbulkan ~ sesama sendiri yang buruk padahnya nanti;\nberpecah belah\n1.\n bercerai-berai, tidak bersatu lagi:\nmelihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun ~, lalu lari cerai-berai; \n2.\n kucar-kacir, porak-peranda:\nrumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; \n3.\n = \nbarang ~\n barang-barang tembikar (pinggan mangkuk dan lain-lain);\nmemecahbelahkan\n menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai:\nmereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum." "pecah I\n1.\n berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras):\npinggan itu terlepas dari tangannya lalu ~; \nduit (wang)\n \n~\n duit kecil;\n 2.\n retak atau merekah (kulit, bibir, dan lain-lain):\npenyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; \nbibir orang tua itu ~-~; \n3.\n terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dan lain-lain):\nbisulnya tidak juga ~; \n4.\n menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yang basi);\n5.\n tersebar (khabar, rahsia, dan lain-lain):\ntiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; \ndisuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; \n6.\n bermula (perang, darurat, dan lain-lain):\nharga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; \n7.\n [sastera lama] kalah:\nmaka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; \n8.\n menggeletar (bunyi);\n9. = berpecah\n berpisah-pisah, tidak bersatu lagi:\npersatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; \n10.\n [sastera lama] cerai-berai, bersurai:\nmaka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dengan banyak matinya;\n~ amanah \nperbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah;\n \n~\n \nbau \nmerata (tersebar) baunya;\n \n~\n \ndaun \n[Kelantan] keluar daun;\n \n~\n \nhati \ntawar hati;\n \n~ kepercayaan \nhilang kepercayaan;\n \n~\n \nkeringat (peluh) \nkeluar peluhnya;\n \n~ minyak \nkeluar minyak (masakan);\n \n~ perang \na) mula terbit peperangan;\n b) [sastera lama] kalah perang;\n \n~ perut \nberasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa;\n \n~\n \nrumah \nmemasuki rumah untuk merompak;\n \n~\n \ntembelang \nterbuka rahsia;\n~ bunyi (tepi) buruk berita \n(peribahasa) [Minangkabau] kejadian yang kecil diperbesar orang ke sana sini;\n \n~ kapi putus suai \n(peribahasa) sesuatu yang tidak dapat diperbaiki lagi;\n \n~ menanti sebab, retak menanti belah \n(peribahasa) hanya menanti masa untuk membalas dendam dan lain-lain;\npecah-pecah\n pecah pada banyak tempat atau bahagian (sesuatu);\nberpecah\n terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dan lain-lain):\nkumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yang lebih kecil;\n berpecah-pecah\n tidak bersatu padu (masing-masing dengan haluannya sendiri), berpecah belah:\nmasyarakat yang dilanda perang saudara itu masih hidup ~;\nmemecah\n1.\n menjadi pecah-pecah (ombak dan lain-lain):\nsekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; \n2.\n = \nmemecahkan\n: \nHalim ~ kesunyian;\n~ masuk \nmemecahkan sesuatu (seperti pintu, tingkap, dan lain-lain) dan memasuki (rumah, bilik, dan sebagainya);\nmemecahkan\n1.\n menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dan sebagainya yang lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian daripada sesuatu pecah:\nbudak itu telah ~ cermin tingkap mereka; \nkecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan;\n2.\n memecahbelahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dan lain-lain):\nmereka hendak ~ perpaduan nasional, harta dipecahkan menjadi empat bahagian;\n~ cerita kepada komponennya; \npecahkan 893025 menjadi pengisi tunggal; \n3.\n merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana):\nbunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; \n4.\n menyiarkan (berita, rahsia);\n5.\n menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dan lain-lain) berkenaan sesuatu soal (kerumitan dan lain-lain):\nmasalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; \nmukanya keruh memikirkan sesuatu yang tidak dapat dipecahkan; \n6.\n [sastera lama] mengalahkan:\nmaka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu;\n~ kepala (otak) \na) memerah otak;\n b) susah sekali;\n \n~ rekod = ~ rekor \n[Indonesia] membaiki atau mengatasi rekod yang telah ada;\n \n~ telinga \nsangat kuat bunyinya (suaranya);\nterpecah-pecah\n terpisah-pisah, bercerai-cerai;\npecahan\n1.\n sesuatu yang sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yang sudah dipisahkan dan sebagainya daripada sesuatu yang lain atau yang lebih besar atau lengkap:\n~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku;\n~ bom; \nlihat Rajah 2 untuk melihat ~ tajuk; \n2.\n angka (bilangan) yang bukan angka bulat (seperti 1/2, 2/3, dan lain-lain);\n \n~ berulang = ~ repeten \npecahan persepuluhan yang bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang;\n \n~ biasa \npecahan yang pengatasnya lebih kecil daripada pembawahnya (seperti 3/4);\n \n~ janggal \npecahan yang pengatasnya sama atau lebih besar daripada pembawahnya (seperti 8/8,11/4, dan lain-lain);\n \n~ perpuluhan = ~ persepuluhan \n[Indonesia] pecahan yang menggunakan titik perpuluhan (seperti 0.5, 0.8, dan lain-lain);\nkepecahan\n perihal pecah;\nperpecahan\n keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu:\npertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat;\npemecahan\n perbuatan memecahkan:\n~ cahaya putih kepada berbagai-bagai warna;\npemecah\n1.\n orang yang memecahkan:\n~ amanah; \n2.\n orang yang selalu (suka) memecahkan:\nbudak itu ~; \n3.\n alat untuk memecahkan." "pecah II\n~\n payung = ~ piring paya \nsejenis tumbuhan (pokok), segading jantan, sampu tikus, terubul, \nIxora crassifolia;\n~ periuk \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, kayu tentulang, penujuh, pial ayam hutan, siantan hutan, \nIxora chinensis; \nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga selang, penabas, \nIxora lobbii;\n~ periuk jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), bunga merah hutan, jambul siul, jarum-jarum, mata pialing, medang asam, seratung padi, \nIxora pendula;\n~ pianggang \nsejenis tumbuhan (pokok renek), kecubung rimba, selumbar, \nRancia macrophylla." "pecah III\n~ periuk \na) sejenis ikan laut, \nLobotes surinamensis; \nb) sejenis ikan laut, \nScolopsis vosmeri." "pecah rekod\nperihal mengatasi pencapaian yang pernah dicapai sebelumnya dalam sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dan sebagainya);\nmemecah rekod\n mengatasi pencapaian yang pernah dicapai sebelumnya dalam sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dan sebagainya):\n rekod dagangan hari Selasa pula ~ dengan nilai dagangan yang berjumlah RM1,014.50 bilion;\n pemecah rekod\n orang atau sesuatu yang mengatasi pencapaian yang pernah dicapai sebelumnya dalam sesuatu (peristiwa, sukan, kegiatan dan sebagainya)." "pecai\nsejenis kubis yang daunnya seperti daun lobak." "pecak\n1.\n penyek, pesuk, pilih (bola, buah, dan lain-lain);\n2.\n buta (sebelah mata) yang pecah bola-bola matanya;\n \n~ boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan = bulat segiling = ~ setapik \n(peribahasa) [Minangkabau] sudah sepakat benar, seia sekata;\nmemecakkan\n memenyekkan, memipihkan:\n~ badan di atas tanah." "pecakari\npicagari." "pecal I\n[Jawa]\n1.\n sejenis makanan daripada sayur-sayuran (kangkung, tauge, dan lain-lain) dan sambal kacang;\n2.\n sejenis makanan daripada daging ayam atau ikan, berkuah santan, dengan ramuan cili padi, daun cekur dan lain-lain." "pecal II\nmemecal\n memicit dengan jari atau tangan." "pecat\nmemecat\n \n1.\n melepaskan, memberhentikan (daripada jawatan, keanggotaan persatuan, dan lain-lain):\nbagaimana kita ~nya kerana tiada apa salahnya kepada kita; \ndia dipecat kerana melanggar undang-undang persatuan; \n2.\n mengeluarkan, menyingkirkan (daripada sekolah dan lain-lain);\n3.\n membebaskan daripada jawatan (untuk sementara waktu);\npemecatan\n perbuatan memecat, pembuangan:\n ~ duta dan para pegawai dari negara-negara lain." "pecen\n[Kelantan] memejamkan sebelah mata." "peci\n[Indonesia] songkok, kopiah." "pecicilan\n[Jawa] terbelalak matanya." "pecinan\n[Jawa] kampung Cina." "pecok I\n[Jakarta] pesuk." "pecok II\ntempang, pincang (kakinya)." "pecok III\n= pincuk I." "pecomberan\n[Jakarta] tempat membuang air kotor dan lain-lain, pelimbahan." "pecuk\nsejenis burung makan ikan." "pecun\nhari yang dirayakan oleh orang Cina dengan bersampan-sampan di sungai dan lain-lain." "pecus\n[bahasa percakapan] becus." "pecut\ncambuk, cemeti;\nmemecut\n1.\n mencambuk, melecut:\nkerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dengan tak payah dipecut; \n2.\n [kiasan] menggiatkan, merangsang, menggalakkan;\n3.\n bergerak dengan jauh lebih laju daripada sebelumnya:\nsebuah kereta yang mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat daripada kereta yang mempunyai kuasa kurang; \n4.\n menyebabkan bergerak dengan jauh lebih laju daripada sebelumnya:\ndia lalu ~ keretanya dengan perasaan geram;\npecutan\n hasil memecut:\ndengan sekali ~, dia sudah berdiri;\n kepecutan\n kepantasan memecut;" "peda\nikan asin;\nmemeda\n mengasinkan ikan." "pedada\nsejenis tumbuhan (pokok), bedata, berembang, berembung, bidada, gedaba, \nSonneratia caseolaris (acida)." "pedagogi\nkajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran:\nsebilangan besar guru di negara ini memerlukan latihan semula tentang perkembangan terbaru dalam bidang kurikulum dan ~." "pedak I\n[Jakarta] peda." "pedak II\n[arkaik] sejenis binatang bisa." "pedaka I\n[sastera lama] sejenis kalung aguk (dokoh)." "pedaka II\n[Kedah] papan penutup liang lahat;\ndaka." "pedaka III\npintu gerbang yang berbumbung dan dilengkapi bangku." "pedal\nperkakas yang ditekan dengan kaki (seperti pada basikal, mesin jahit, dan lain-lain) untuk menggerakkan sesuatu bahagian dalam mekanisme, pijak-pijak, injak-injak." "pedal I\nhempedal" "pedal II\n~ ayam \nibu kunci, mangga." "pedal III\nsejenis tumbuhan (pokok renek), empedal ayam, hempedal ayam, mempedal ayam, nasi sejuk, serapat, \nSalacia grandflora;\n~ itik \nsejenis tumbuhan (pokok), dedalu api laut, hempedal itik, kepala beruk, senaluh api laut, \nHydnophytum formicarium." "pedanda\nketua agama di Bali, pendeta." "pedang\nsenjata yang panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam;\n~ beladau \npedang pendek;\n \n~ bentuk \npedang yang melengkung bilahnya;\n \n~ ekor pari \n= \n~\n \nsetiabu \npedang yang bersegi tiga matanya;\n \n~ jenawi \npedang panjang yang dipegang dengan dua belah tangan;\n \n~ kerajaan \npedang kebesaran (raja dan lain-lain);\n \n~ lurus (serunai) \npedang untuk bermain anggar;\n \n~ rumput \nsejenis alat seperti pedang untuk memotong rumput;\n \nmain ~ \nberlawan pedang;\n(seperti) kena ~ bermata dua \n(peribahasa) terlalu sakit hati;\n \nmenepek mata ~ \n(peribahasa) menentang orang yang kuat (berkuasa);\nmemedang\n menetak dengan pedang;\n \n~ rumput \nmemotong rumput (dengan pedang rumput)." "pedangit\n~ putih \nsejenis tumbuhan (herba), ati-ati besar (merah), daun ati-ati, \nColeus atropurpureus." "pedap\nkertas ~ \nkertas untuk menyerap dakwat dan lain-lain, kertas sap;\nmemedap\n menyerap (dakwat, air, dan lain-lain)." "pedapa\n[arkaik] [sastera lama] ranting muda;\n= pendapa I." "pedar\n1.\n rasa pahit dan pedas (seperti rasa kulit limau), tengik (rasa atau bau);\n2.\n = \n~\n \nhati \nkesal;\nkepedaran\n perihal pedar, kekesalan hati, kepahitan." "pedarat\nsejenis kuih daripada tepung yang berinti kelapa dengan gula dan ditabur dengan bijan." "pedas\n1.\n rasa seperti rasa lada (cili dan lain-lain):\nkuahnya terlalu ~; \nia lebih suka makan yang ~-~; \nrendang ~\n sejenis lauk yang pedas;\n2.\n tajam atau keras (teguran, komen, dan lain-lain), menyakiti hati (kata-kata dan lain-lain):\npemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ daripada surat-surat khabar; \nkata-kata yang tajam dan ~; \nbercakap ~ \nmengeluarkan kata-kata yang tajam;\nbelum tahu dipedas lada \n(peribahasa) belum ada pengalaman;\n \nsupaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam \n(peribahasa) supaya tahu akan susah hidup;\nmemedaskan\n menjadikan pedas;\n \nkatanya ~ hati \nmenyakiti hati;\nkepedasan\n terasa sangat pedas." "pedati\nsejenis kereta yang ditarik oleh kuda (lembu);\nberpedati\n menaiki pedati:\ndia ~ di sepanjang jalan ke Jefferson." "pedena\n[arkaik] sejenis tempayan besar yang luas mulutnya." "pedendang I\n[sastera lama] sejenis pita berbenang emas untuk perhiasan pakaian:\nkain ~; \nseluar ~." "pedendang II\nsejenis burung, itik air, \nHeliopais personata." "pedendang III\n~ gagak \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar labu air, akar timun gajah, ketimun, labu air hutan, \nTrichosanthes wallichiana." "pedengan\n[Jakarta]\n1.\n sesuatu untuk menutup (layar, tabir, tirai, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] sesuatu yang digunakan untuk menutup (menyembunyikan) maksud yang sebenarnya, dalih, topeng;\n3.\n = \nnama ~ \nnama samaran." "pedewakan\n[arkaik] sejenis perahu Bugis." "pediah\n[bahasa percakapan] fidyah." "pediatrik\ncabang sains perubatan yang berkaitan dengan perkembangan, penjagaan, dan penyakit kanak-kanak:\nwad ~." "pedigri\n(Biologi)\n1.\n rekod rasmi yang mencatatkan turunan baka sesuatu binatang;\n2.\n berasal daripada baka tertentu yang terpilih atau diketahui (berkenaan (dengan) binatang), baka jati:\nkuda ~; \nlembu ~." "pedih\n1.\n rasa sakit seperti apabila luka kena air limau (mata kena asap dan lain-lain):\nkulit mukanya terasa ~ kena matahari; \n2.\n = \n~ hati \na) sangat pilu atau sedih;\n b) sakit hati:\nia berasa ~ mendengar ucapan itu; \n3\n. menyakitkan:\nazab yang amat ~;\n~ hulu hati\n rasa pedih pada hulu hati yang menaik hingga ke leher dan tekak, kadangkala disertai dengan rasa masam di tekak, disebabkan penyongsangan aliran asid dari perut ke atas;\nmemedihkan\n menjadikan pedih:\nasapnya ~ mata; \nia mengeluarkan kata-kata yang ~ telinga;\nkepedihan\n1.\n perihal pedih, rasa pedih;\n2.\n menderita pedih:\nanak itu menangis ~ apabila luka nya dicuci; \n3.\n kesedihan, kesakitan dalam hati:\napa yang bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~;\npemedih\n sesuatu yang memedihkan:\ngas ~ mata." "pedikir\n1.\n [sastera lama] lagu perang:\nmaka Tun Bija Sura pun menyanyi ~, perisainya bergenta \u2026; \n2.\n penyanyi dikir;\n= dikir." "pedo\n[Kedah] teliti (berhati-hati) untuk melakukan sesuatu:\nberjalan tu ~-~lah." "pedofilia\n(Psikologi) keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak." "pedologi I\nkajian tentang kehidupan, tingkah laku dan perkembangan diri kanak-kanak." "pedologi II\n II\n kajian saintifik tentang pembentukan, ciri, penggunaan dan sebagainya tanah." "pedoman\n1.\n sejenis alat berupa jam yang menunjukkan arah (mata angin), kompas;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang dijadikan asas (pegangan) untuk melakukan sesuatu, petunjuk:\nkitab suci al-Quran ialah sebaik-baik panduan dan ~ bagi kehidupan manusia; \nharga ~ \nharga yang dijadikan dasar harga jualan umum;\n3.\n buku petunjuk (mengandungi cara menjalankan atau melakukan sesuatu):\nkebanyakan pembuat motokar membekalkan buku ~ yang memberi penerangan tentang kereta itu; \n4.\n pimpinan (perkumpulan dan lain-lain), pengurus;\nberpedoman\n1.\n mempunyai pedoman;\n2.\n berpegang (pada), mengarah ke:\n~ pada agama;\nberpedomankan\n berpedoman (berpegang) pada:\norang-orang itu mencari jalannya dengan ~ bintang-bintang di langit." "pedometer\nalat untuk menganggarkan jarak seseorang berjalan kaki dengan merakamkan jumlah langkahnya." "pedongkang\n= \nsampan ~ \nsejenis perahu besar, tongkang." "pedor\n[Terengganu] mengalir, mengubah haluan (perahu dan lain-lain):\ndia bernasib baik kerana sempat ~, kalau tidak pasti perahunya melanggar tebing." "pedu\nhempedu." "pedukang I\nsejenis ikan laut;\nbedukang." "pedukang II\n[Kedah] lelaki yang mata keranjang." "peduli\n= \n~ akan (dengan) \nmenghiraukan, mengambil perhatian akan, endah akan:\ndia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~;\n~ apa dengan benda-benda yang tidak menguntungkan; \nambil ~ \na) mengendahkan;\n b) turut campur (hal orang lain);" "pedung\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang akarnya dibuat ubat), penawar lipan, pokok lalipan, tentulang jantan, \nPedilanthus tithymaloides." "pedusi\n[Minangkabau]\n1.\n perempuan;\n2.\n isteri;\n \ndilangkahi ~\n dikuasai perempuan (isteri)." "peduta\n[sastera lama] wakil, utusan;\n= duta." "peg I\n[Indonesia] [kependekan] pergunungan." "Peg. II\n[kependekan] Pegawai:\n\n\n~ Penyelidik." "pegaga, pegagan\n= \n~ tekukur = ~ ular \nsejenis tumbuhan (herba yang menjalar, daunnya dibuat ulam), penggaga, \nHydrocotyle asiatica;\n~ embun \nsejenis tumbuhan (herba), kara-kara, ulam gunung, \nHydrocotyle sibthorpioldes (rotundifolia);\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (herba)," "pegah\n[arkaik];\nterpegah\n termasyhur, terkenal;\nmegah." "pegal\n1.\n berasa tegang dan kaku (anggota badan):\nduduk dua jam itu sudah membuat pinggangnya ~-~; \n2.\n \n= ~ hati \nkesal, sesal;\nmemegalkan\n1.\n menyebabkan menjadi pegal;\n2.\n menyebabkan menjadi sesal, kesal." "pegan\n[arkaik];\nterpegan\n kaku dan tidak dapat berkata (kerana terperanjat dan lain-lain), terpegun:\nmereka ~ melihat kejadian itu." "pegang\n[bahasa percakapan] = \nberpegang, memegang;\nberpegang\n = \n~\n \npada \n1.\n memaut sesuatu dengan tangan, berpaut (pada), berkuat (pada):\nia ternampak seorang budak hanyut yang ~ pada sekeping papan; \nZaini terhuyung-hayang mencari tempat untuk ~;\n~ tangan \na) berganding tangan;\n b) bekerjasama, bahu-membahu;\n2.\n berpedoman atau berpandu kuat (pada):\nmereka ~ kukuh pada adat dan agama;\n~ pada yang benar;\n~ pada prinsip-prinsip tertentu;\nberpegangan\n1.\n saling berpegang:\nkami ~ melintas jalan itu; \n2.\n berpegang pada, berpedoman pada, menggunakan pegangan;\nmemegang\n1.\n memaut (menggenggam, mencapai) dengan tangan, menangkap (pencuri dan lain-lain):\nia terperanjat apabila orang ~ bahunya; \ntangan kanannya ~ beg;\n~ pencuri \nmenangkap pencuri;\n2.\n memakai (menggunakan) senjata dan lain-lain:\nseluruh pasukan itu ~ senapang; \norang yang tidak ~ kad pengenalan \norang yang tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan;\n3.\n menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dan lain-lain), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dan lain-lain):\npenghulu-penghulu yang ~ bala tentera; \nsegala yang ~ hasil negeri; \nmaka pada masa itu Inggeris ~ perintah dalam Melaka; \ndia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; \n4.\n melaksanakan (perintah, aturan, dan lain-lain), mematuhi:\nia ~ segala peraturan; \n5.\n berpegang teguh pada (janji dan lain-lain), menerima (sebagai sesuatu yang boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dan lain-lain):\nmereka tetap ~ adat; \ncakapnya tak boleh dipegang \ntidak boleh dipercayai;\n6.\n memasuki tubuh manusia (berkenaan (dengan) hantu dan lain-lain), merasuk:\nsaya ini dah dipegang syaitan;\n~ amanah \nmenjalankan amanah;\n \n~ buku \nmengurus buku kira-kira (dalam perniagaan);\n \n~ cempurit \na) memegang pimpinan;\n b) memimpin sesuatu gerakan (dengan rahsia);\n \n~ kemudi \na) memandu (kereta dan lain-lain);\n b) memimpin (persatuan dan lain-lain);\n \n~ peranan \nmenjalankan peranan;\n \n~ wang (duit) \na) menggenggam wang;\n b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dan lain-lain);\n c) mempunyai wang;\n \nbagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak \n(peribahasa) dalam keadaan serba salah;\nmemegangkan\n memegang untuk:\npegangkan budak itu bajunya;\npegangan\n1.\n sesuatu yang dipegang:\nkerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; \n2.\n bahagian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dan lain-lain);\n3.\n pekerjaan (daerah dan lain-lain) yang dipegang:\ndan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; \n4.\n sesuatu yang dijadikan dasar untuk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian:\nada beberapa perkara yang harus diingat dan dijadikan ~; \nbuku ~ \nbuku pedoman;\n \nhilang ~ \nhilang kepercayaan;\n5.\n perbuatan memegang:\ndicubanya melepaskan diri daripada ~ orang itu;\nperpegangan\n pegangan;\npemegangan\n perbuatan memegang;\npemegang\n1.\n alat untuk memegang sesuatu:\n~ kanta; \n2.\n bahagian alat tempat dipegang (tangkai, gagang, dan lain-lain), pegangan;\n3.\n orang yang memegang atau mempunyai hak atas sesuatu:\n~ saham;\n~ amanah \norang yang menjalankan amanah;\n \n~ andil (saham) \norang yang memegang saham, persero;\n \n~ buku \norang yang mengurus buku kira-kira;\n \n~ polisi \norang (badan, syarikat, institusi dan sebagainya) yang mempunyai polisi insurans;\n \n~ rekod \norang yang berjaya memperoleh pencapaian terbaik, tertinggi dan sebagainya dalam sukan atau kegiatan lain;\n \n~ saham \norang atau badan yang memiliki saham dalam sesebuah syarikat;\n \n~ serah hak \n(Undang-undang) orang yang dipindahkan harta atau hak kepadanya mengikut undang-undang;\n \n~ wang \norang yang menjaga hal kewangan (perniagaan dan lain-lain)." "pegar\n= \nayam ~ = burung ~ \nsejenis burung, burung tatera, \nLophura ignita rufa." "pegari\n[sastera lama] dapat dilihat, muncul, menjelma." "pegas\n1.\n besi baja yang nipis dan boleh melenting (terdapat dalam jam, senapang, dan lain-lain), spring, per;\n \n~ jam;\n~ rambut \npegas yang halus-halus seperti rambut;\n \ngaya ~ \nkekuatan atau kuasa melenting;\n2.\n [Minangkabau] rotan dan lain-lain untuk memukul tilam dan lain-lain;\nmemegas\n1.\n melenting, menganjal;\n2.\n mengibas-ngibaskan kepak hendak terbang;\n3.\n memukul tilam dan lain-lain dengan rotan dan lain-lain." "pegat\nmemegat\n \n1.\n menahan (menghalang) di jalan, mengadang;\n2.\n memutuskan (perhubungan dan lain-lain);\npemegatan\n perbuatan memegat." "pegawai\n1.\n orang yang bekerja dengan kerajaan (perusahaan dan lain-lain):\nayahnya seorang ~ di Jabatan Perdana Menteri; \n2.\n orang yang berpangkat Leftenan Muda ke atas (dalam tentera), orang yang berpangkat Inspektor ke atas (dalam pasukan polis);\n3.\n [sastera lama] perkakas:\nbukankah Allah Taala menjadikan tujuh petala langit itu tiada dengan semata ~;\n~ bertauliah \npegawai dalam angkatan tentera yang diberi tauliah;\n \n~ daerah \npegawai yang mengetuai sesuatu daerah;\n \n~ de facto \n(Undang-undang) pegawai yang memegang sesuatu jawatan tanpa mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang;\n \n~ kanan \npegawai yang lebih tinggi daripada pegawai-pegawai lain;\n \n~ kerajaan \npegawai yang bekerja dengan kerajaan;\n \n~ kontrak \npegawai yang dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek dan sebagainya);\n \n~ memerintah \npegawai tentera yang bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu kompeni\n \n~ pelajaran \npegawai perkhidmatan pelajaran;\n \n~ pemerintah\n pegawai tentera yang bertanggungjawab untuk mengawal atau mengawasi satu batalion;\n \n~ rendah \npegawai tingkatan bawah;\n \n~ tinggi \npegawai tingkatan atas;\n \n~ turus \nkumpulan pegawai kanan tentera yang membantu pegawai pemerintah;\nkepegawaian\n perihal pegawai." "pegawam\n[arkaik] \npeguam." "pegel\n[Jakarta] pegal." "pegimana\n[Indonesia], [bahasa percakapan] bagaimana." "pegoh\nsejenis siput yang menghasilkan mutiara." "pegon\n[Jawa] bahasa Jawa yang ditulis dengan huruf Arab (memakai tanda bunyi)." "peguam\norang yang ahli dalam bidang undang-undang, yang biasanya menjadi pembela atau pendakwa dalam sesuatu perkara di mahkamah;\n= guam I." "peguam bela\npeguam yang membela kliennya dalam mahkamah undang-undang, advokat." "peguam cara\npeguam yang menyediakan dokumen undang-undang seperti wasiat, jualan tanah atau bangunan, menasihati klien tentang perkara-perkara perundangan dan bercakap bagi pihak mereka di mahkamah rendah." "pegun\ntidak bergerak, kaku:\ngambar ~;\n memegunkan\n1.\n menyebabkan pegun (tidak bergerak);\n2.\n [kiasan] menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dan sebagainya):\nada yang benar-benar dapat ~ tetamu dengan suaranya; \nkelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar;\nterpegun\n kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dan lain-lain):\ndia ~ berdiri di pintu dengan mulutnya ternganga;\n keterpegunan\n keadaan terpegun:\n~ seorang insan." "peheh\n[Terengganu] tidak berdaya, tidak berapa pandai:\ndia tu ~ tapi hendak sangat bermain bola." "peher\n[Kelantan];\nmemeher\n mencubit, memulas, menggetil." "pehong\n[Cina] penyakit perempuan." "pejajaran\n[Jakarta] hantu, syaitan." "pejal\nkeras dan padat, tidak berongga dalamnya:\ntubuhnya gempal dan ~; \nbatu ~ \nsejenis batu yang keras dan padat, granit;\nmemejalkan\n menjadikan pejal, memadatkan, memampatkan;\nkepejalan\n perihal (keadaan) pejal;\npemejalan\n proses menjadikan sesuatu pejal;\npemejal\n bahan yang memejalkan:\nkrim ~ payudara." "pejalwap\nmemejalwap\n (Kimia) bertukar daripada keadaan pepejal kepada wap (gas);\nmemejalwapkan\n menukarkan sesuatu daripada keadaan pepejal menjadi wap (gas) dengan memanaskannya;" "pejam\ntertutup (mata), kejam:\nmatanya hampir ~;\n~ celik \nseketika pejam seketika celik;\nmemejamkan\n menutup (mata), mengejamkan:\nia ~ matanya;\nterpejam\n tertutup (mata):\nanak anjing itu belum boleh melihat kerana matanya masih ~." "pejatian\n[arkaik];\n~ awak, kepantangan orang \n(peribahasa) tidak sependapat dengan orang ramai." "pejera\nalat pada hujung senapang untuk membidik, pembidik." "pejoh\n[Negeri Sembilan] pejur." "pejong\n[Kelantan];\nterpejong\n kejang, keras;\n \nmati ~ \nmati kejang." "pejorasi\n(Linguistik) perubahan (peluasan) makna sesuatu kata daripada makna yang baik kepada yang kurang elok, misalnya \nkhalwat \nyang asalnya bermaksud \nmenyendiri untuk beribadah\n kepada \nberdua-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram di tempat yang terpencil atau tersembunyi." "pejoratif\nyang mempunyai makna yang tidak menyenangkan atau mencemuh (berkenaan (dengan) kata atau ungkapan)." "pejur\ntidak berhenti-henti (hujan)." "pek I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] minyak tar untuk melapis jalan, aspal." "pek II\n[Kelantan] menyusu pada kopek (tetek);\n \nmak ~\n sejenis permainan menghalau hantu." "pek III\n[Jakarta] [kependekan] empek." "pek IV\n IV\n satu bungkusan kecil sesuatu benda (untuk dijual dan sebagainya):\nsatu ~ bateri empat saiz AA." "peka\n1.\n [sastera lama] tidak lengah (lalai);\n2.\n lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dan lain-lain), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif:\nalat yang amat ~ yang boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; \nlabah-labah mempunyai sesungut yang ~ terhadap sentuhan; \n3.\n menyedari (dengan sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sensitif:\nkita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; \npensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar;\nmemeka\n menghiraukan, mempedulikan;\nkepekaan\n perihal peka (mudah berasa, mudah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu):\ncara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yang terlalu terang;\n~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti." "pekaca\nadiratna ~ \npermata yang suci (panggilan untuk kekasih)." "pekah\n[bahasa percakapan] nafkah." "pekaja\n[sastera lama] sejenis bunga teratai." "pekak I\n1.\n tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik, tuli:\nayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; \n2.\n bengap, tidak nyaring bunyinya;\n~ (-pekak) badak \na) = \n~\n \nbatu \npekak (tuli) benar-benar;\n b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar;\n c) tidak mendengar bunyi (suara) yang kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yang lembut;\n \n~ labang \nkurang baik pendengarannya, tuli sedikit;\n \nyang ~ pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh penghuni rumah \n(peribahasa) setiap orang ada gunanya;\nmemekak\n membuat bising;\nmemekakkan\n1.\n menjadikan pekak;\n2.\n menyebabkan terasa pekak:\nbunyi enjinnya ~ telinga;\n terpekak\n pekak dengan serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dan lain-lain)." "pekak II\ndaun terup yang bertanda J." "pekaka, pekakak\nsejenis burung, burung buaya, \nPelargopsis amauroptera; \nkeris (hulu) ~ \nsejenis keris dari Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka);\n \n~ api \nsejenis burung, binti-binti \nCeyx e. erithacus;\n~ bukit \nsejenis burung, \nAlcedo curyzona peninsulae;\n~ cicit \nsejenis burung, burung raja udang, \nAlcedo atthis bengalensis;\n~ rimba \nsejenis burung, kaing-kaing rimba, \nLacedo p. pulchella;\n~ rimba besar \nsejenis burung, \nHalcyon c. concreta." "pekam\nbrek yang kuat, brek angin." "pekan I\n1.\n tempat perniagaan, bandar:\nPetaling Jaya ialah ~ tambahan kepada Kuala Lumpur; \n2.\n tempat orang berjual beli, pasar:\nsegenap lorong di ~ pesara penuh dengan kaum Melayu, Cina dan Siam; \n3.\n = \n~ sari (sehari) \npasar yang diadakan sehari dalam satu minggu;\n \n~ Ahad (minggu) \npekan yang diadakan hanya pada hari minggu;\n4.\n minggu, tujuh hari:\ndua tiga ~ sebelum perayaan itu anak negeri telah sibuk bersiap-siap; \nse~ \nseminggu;\n \nwarta se~ \nmajalah mingguan;\nberpekan-pekan\n beberapa pekan (minggu)." "pekan II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek dan bunganya), melur, \nJasminium curtisii; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nAzima tetracantha; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDehaasia microcarpa;\n~ betina = ~ hutan = ~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek dan bunganya), melur, \nJasminium bifarium." "pekap\nmemekap\n menutup (telinga, mulut, dan lain-lain) dengan sesuatu yang pipih (seperti tangan dan lain-lain), menekap:\nraungan guruh membuat penumpang ~ telinga;\n memekapkan\n memekap sesuatu pada, menekapkan:\nTuan Abdusuki membawa alat pendengaran yang dipekapkan ke telinga." "pekarang\n(Sunda) [arkaik] senjata." "pekasam\nikan (daging, sayur, dan lain-lain) yang diasinkan (dimasamkan) dan disimpan beberapa lama;\n \nalang-alang menyeluk ~, biar sampai ke pangkal lengan \n(peribahasa) membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang)." "pekat I\n1.\n tidak cair, kental, likat:\nsantan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; \npenuh ~ \npenuh sesak;\n \nsusu ~ \nsusu likat (dalam tin);\n \ntanah ~ \ntanah liat;\n2.\n keras (kopi dan lain-lain):\nWak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dengan air kopi ~; \nasid ~ \nasid yang kuat (tiada banyak bercampur air);\n3.\n tidak jernih (air);\n4.\n gelap atau kelam (warna dan lain-lain);\n \ngelap (kelam) ~ \ngelap sekali;\n \nhitam ~ \nhitam sekali;\n5\n. [kiasan] tebal, teguh, kuat, dan sebagainya (berkenaan (dengan) percakapan, kepercayaan dan sebagainya):\n loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; \ntambah Solisir yang ~ dengan kepercayaan pada cerita dongeng;\nmemekat\n menjadi pekat:\nhitam malam kian ~;\nmemekatkan\n menyebabkan jadi pekat:\nbijirin ini digunakan untuk ~ susu bayi;\nkepekatan\n perihal atau keadaan pekat:\n~ ammonia;\n~ malam;\n~ warna\n;\npemekatan\n perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (berkenaan (dengan) cecair dan sebagainya):\n~ dengan penambahan gula, garam dan pengawet lain;\n pemekat\n bahan yang menjadikan pekat, bahan yang memekatkan:\nbiasanya tepung jagung digunakan sebagai ~ dalam masakan itu." "pekat II\n[bahasa percakapan] muafakat." "pekatu\nbedil ~\n [sastera lama] sejenis meriam;\n= pengatu." "pekatul\ntepung melukut (untuk dibuat bubur dan lain-lain)." "pekau\nmemekau\n [arkaik] memekik, menjerit;\n= pikau I." "pekerma\n(Sanskrit) gelaran untuk orang besar." "pekerti\n1.\n = \nbudi ~ \nperangai, kelakuan, tabiat:\niman yang sempurna dan ~ yang baik itulah yang kekal; \n2.\n perbuatan (kurang baik):\nia pun sangat marah mendengar ~ anaknya;\nberpekerti\n mempunyai pekerti:\n dia cuba membentuk sebuah masyarakat yang bersopan dan ~ mulia." "peket\nbekas kecil daripada kadbod, kertas, plastik, dan sebagainya untuk mengisi barang, bungkusan kecil:\nsatu ~ gula-gula.\nberpekik\n = \nmemekik;\nmemekik\n berteriak kuat, menjerit:\nmahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya;\n~ sampai ke langit \nmemekik kuat-kuat;\nmemekikkan\n1.\n mengatakan sesuatu dengan suara yang keras, meneriakkan, menjeritkan:\nia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; \n2.\n [kiasan] menyeru-nyerukan, melaung-laungkan, mengheboh-hebohkan;\nterpekik\n tiba-tiba memekik;\nterpekik-pekik\n terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dan lain-lain):\nanak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik." "pekin I\nterpekin\n termenung, terpegun." "pekin II\n[Kedah] jimat, tidak boros;\nberpekin\n berjimat." "peking I\nmemeking\n mendengking (anjing dan lain-lain), menangis menjerit-jerit." "peking II\nsejenis burung pipit." "pekir\n[bahasa percakapan] tidak dapat dipakai lagi;\napkir." "pekis\nmemekis\n mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati (keras, menghinakan, dan lain-lain)." "pekiwan\n[Jawa] tempat kencing (cebok dan lain-lain)." "pekojan\nkampung tempat khoja;\nkhoja." "pekong I\ntopekong." "pekong II\n[Kelantan];\nsepekong\n sepelontar;\n \n~ tempurung \ndekat sangat;\nmemekong\n melempar, melontar." "pekong III\nterpekong\n tercengang, terpegun." "pekpa\npekung." "peksa\n[Kelantan] kurang periksa, tidak tahu." "peksi\n[sastera lama] sejenis burung;\npaksi II." "pektin\n(Kimia) sejenis bahan yang terdapat dalam buah-buahan, yang menjadi kental apabila dipanaskan dengan larutan gula (untuk membentuk jem)." "peku\n[arkaik];\nse~ \nseribu." "pekuk I\nbengkok, cengkok (tangan, kaki, dan lain-lain)." "pekuk II\n[Minangkabau];\nmemekuk\n menetak." "pekuku\nsejenis ikan laut, bekukung." "pekula\nsejenis tumbuhan (pokok), kekula, mengkula, pokok tanjung, \nMimusops elenggi." "pekulun\n[Jawa], [sastera lama] tuanku." "pekung\nsejenis penyakit kulit yang teruk seakan-akan bisul yang sangat besar danberbau busuk, cabuk;\nmembuka ~ di dada = meraih ~ ke dada \n(peribahasa) mendedahkan keburukan diri, sengaja mencari malu (kesusahan);\nberpekung\n berpenyakit pekung." "pekup\nkerekot (jari-jari tangan)." "Pekuper\n[Indonesia] akronim bagi Pelaksana Kuasa Perang." "pekur\nmemekur\n merenungkan, memikirkan;\ntafakur." "pel I\n[Indonesia] kain pengesat;\nmengepel\n menyapu atau mengesat dengan pel." "pel II\n= \npelan\n tanah lapang." "pel III\n[Indonesia-Belanda] gentel, butir (ubat dan lain-lain);\n= pil." "pel IV\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n helai (kertas);\n2.\n sehelai kertas yang bercetak (8 atau 16 halaman)." "pelabi\n[Jakarta] dalih, tipu daya (muslihat)." "pelabur\n[sastera lama] makanan dan lain-lain yang sudah ditentukan, catu, rangsum:\nSultan Iskandar Shah menyuruh mengeluarkan beras kepada bendahari akan ~ segala rakyat;\n~ habis Palembang tak alah \n(peribahasa) modal telah banyak habis tetapi faedah akhirnya tiada." "pelacut\n[Perlis];\nterpelacut\n terpancut, terpelanting." "pelaga I\nsejenis ikan darat, belaga, sepalai, \nBetta splendens\n." "pelaga II\nkepulaga." "pelagik\n1.\n dijalankan di laut terbuka (berkenaan (dengan) penangkapan ikan, paus dan sebagainya);\n2.\n terdapat atau hidup berhampiran dengan bahagian permukaan laut terbuka (berkenaan (dengan) hidup-hidupan laut):\nplankton merupakan organisma ~." "pelagra\npenyakit yang terjadi akibat kekurangan sejenis vitamin B (niasin) dan dicirikan dengan gatal-gatal kulit, radang mulut, cirit-birit, dan gangguan mental." "pelah I\n= \n~\n \nlidah \npelat, telor." "pelah II\ndaun ~ besar \nsejenis tumbuhan (pokok renek), gajah beranak, bunga cenang, \nGoniothalmus scortechinii." "pelahang\nterpelahang\n terbuka luas (pintu dan lain-lain), ternganga, terpelangah." "pelahau\n[Perak], [Kedah];\nterpelahau\n terlepas (peluang dan lain-lain), kecewa, hampa." "pelajau\nsejenis tumbuhan (pokok), pelung, \nPentaspadon officinalis." "pelak\npelang, belang." "pelak I\n[arkaik]\n1.\n sejenis hantu yang jahat, badi;\n2.\n kata makian." "pelak II\nsalah, silap;\n \ntak ~ lagi \ntidak salah lagi, sudah tentu benar;\n \ntak ~ dari \ntidak luput dr." "pelakar\n[Kelantan] petir." "pelakat\n[Indonesia-Belanda] surat pengumuman dan lain-lain yang ditampalkan ke dinding dan lain-lain." "pelalah\npelahap." "pelaling\nsejenis ikan laut, \nRastrelliger kanagurta." "pelam\nmempelam." "pelambai\nse~ \nukuran jauh, sejauh nampak orang melambai." "pelamin\n= pelaminan\n1.\n tempat pengantin bersanding;\n \nnaik ~ \nkahwin;\n2.\n tempat tidur pengantin:\ntelah sudah kahwin, masuklah ke dalam ~." "pelampang\n[Jakarta] pondok (balai, rumah) sementara pada masa kenduri dan lain-lain." "pelampas\npokok ~ budak \nsejenis tumbuhan (herba), kencing pelanduk, mengkuang tikus, \nApostasia nuda." "pelampung I\nsesuatu yang ringan dan terapung (untuk mengapungkan pancing atau orang supaya tidak tenggelam dan lain-lain, menunjuk jalan di laut)." "pelampung II\n~ jaring \nsejenis ikan darat, \nPuntius partipentazona." "pelampung III\nsejenis tumbuhan (pokok), ambung-ambung, \nScaevola frutescens." "pelan\n[Jakarta] tanah lapang, lapangan." "pelan I\n[bahasa percakapan] perlahan;\n \n~-~ \nperlahan-lahan:\nia membuka matanya ~-~." "pelan II\n1.\n rajah yang menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan (tanah dan lain-lain);\n \n~\n \nbandar;\n~ rumah; \n2.\n rancangan yang sudah diatur untuk dilaksanakan;\n~\n \ninduk \nrancangan menyeluruh yang merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yang akan dilaksanakan (dalam pembangunan, perekonomian, dan sebagainya):\nbeberapa kajian yang terkandung dalam P~ Perindustrian Malaysia;\n~ lantai \n(Seni bina) lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dan sebagainya pada satu lantai sesebuah bangunan;\n \n~ tindakan \nlangkah-langkah tindakan yang diambil untuk mencapai sesuatu tujuan." "pelana\n1.\n lapik tempat duduk belakang kuda dan lain-lain, sela:\nkuda kami sudah dikenakan ~ dan sudah dimuati dengan makanan; \n2.\n (Geografi) genting di antara dua kemuncak yang sama bentuk dan tingginya:\nbahu, genting, dan ~ semuanya terdapat di rabung-rabung bukit; \n3.\n (Biologi) bahagian cacing dan lain-lain yang tebal (yang mengeluarkan kelongsong untuk telur);\nberpelana\n memakai pelana;\nmemelanai\n mengenakan pelana pada." "pelancar I\n= pelancaran\n [arkaik] pelantaran;\npelantar I." "pelancar II\nkayu palang yang dipasang memanjang untuk menyangga rasuk." "pelancit\nterpelancit\n terpancut;\npelencit." "pelanduk I\nsejenis binatang seperti kancil tetapi lebih besar saiznya;\n jenis-jenisnya:\n~ angin, ~ bulu, ~ sendau, \ndan lain-lain;\n~ dua serupa \n(peribahasa) dua orang yang seakan-akan sama rupanya;\n \n(bagai) ~ di dalam cerang = ~ dicerang rimba \n(peribahasa) gelisah kerana ketakutan (kesusahan);\n \n~(lah) melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan ~ \n(peribahasa) orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam;\n \nseperti ~ terlepas daripada jerat \n(peribahasa) perihal terlepas daripada sengsara." "pelanduk II\nsejenis ikan laut, \nLethrinus minitus." "pelang\n[sastera lama] sejenis perahu dagang:\nmaka baginda pun segera menyuruh berlengkap tiga ratus buah jong, lain daripada itu kelulus, ~ jongkong, tiada terbilang lagi." "pelang I\nbelang, jalur (bulu harimau, bendera, dan lain-lain)." "pelang II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] papan (nama dan lain-lain)." "pelang III\nbuluh ~ \nsejenis buluh, buluh akar, \nGigantochloa wrayi." "pelanga\nsejenis tumbuhan (pokok renek), pelangas, pelangih, pelangi, pelangis, pelayas, beberas merah, jejamu, \nAprosa microcalyx." "pelangah\nterpelangah\n ternganga, terbuka luas (pintu dan lain-lain)." "pelangeh\npelanga." "pelanggi\nsejenis batu marmar yang berwarna-warni." "pelangi I\n1.\n cahaya yang melengkung dan bermacam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu;\n2.\n [kiasan] warna yang bermacam-macam;\n3.\n = \nkain (selendang) ~ \nkain (selendang) yang bermacam-macam warnanya:\nsetelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~." "pelangi II\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), beberas merah, jejamu, pelanga, pelangih, pelangis, pelayas, \nAporosa microcalcyx." "pelangki\nsejenis usungan atau tandu;\n \nkereta ~ \nsejenis kereta yang rupanya seperti tandu." "pelangkin I\npelangki." "pelangkin II\n[arkaik] \n= belaking." "pelangking\npelangki." "pelangkung\n[bahasa percakapan] pukul." "pelantar I\n= pelantaran\n1.\n bangku panjang tempat duduk di pekarangan (belakang rumah):\nmereka duduk di ~ sambil berhandai-handai dengan riang; \n2.\n lantai tinggi yang bersambung dengan rumah dan tidak beratap (tempat menjemur kain, meletak air, dan lain-lain):\nd" "pelantar II\npenghantar, pengantara;\nlantar I." "pelantik\nbelantik I" "pelanting\nberpelantingan\n jatuh (tercampak) terguling-guling:\nditepisnya tin-tin itu habis ~ semuanya;\nmemelantingkan\n menjadikan jatuh (tercampak) terguling-guling;\nterpelanting\n (tercampak) terguling-guling, tercampak jauh-jauh:\nia menyerbu pengawal itu hingga ~ senjata apinya;\n~ memilihi, terserak mengampungkan \n(peribahasa) [Minangkabau] kewajiban mamak untuk menjaga harta benda kemanakannya (menyatukan mereka kembali jika kemanakan itu cerai-berai);\n \nyang ~ akan dipilih yang terserak tidak dikampungkan lagi \n(peribahasa) [Minangkabau] mestilah hemat tetapi apabila perlu jangan kikir mengeluarkan belanja." "pelar\n[Kedah] celaka." "pelara\n= \nikan ~ \nsejenis ikan yang diperam dalam bekas yang bertutup rapat." "pelas I\nmemelas\n mengikat tali (supaya jadi bersambung dan lain-lain)." "pelas II\nbotol atau balang untuk menyimpan air panas (supaya tidak menjadi sejuk), termos." "pelas III\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVitis elegans." "pelas IV\nmemelas (mempelas)\n menggosok (papan dan lain-lain) dengan kertas pasir dan lain-lain supaya licin;\nempelas." "pelasari\npulasari." "pelasuh\npemalas." "pelat I\njarum penyemat, peniti." "pelat II\n1.\n kurang betul mengucapkan kata-kata, telor:\norang Cina itu pandai benar berbahasa Melayu, tidak ~ sedikit pun; \n2.\n cara atau gaya tertentu mengucapkan kata-kata:\ndia berbahasa Melayu ~ Kedah;\n~ Kelantan\n." "pelata\nsejenis ikan laut, \nCaranx spp.;\n~ bulat \nsejenis ikan laut, \nSelar crumenophthalmus;\n~ kuning = ~ sami \nsejenis ikan laut, \nSelaroides leptolepis." "pelator\n[Kelantan] bersanding." "pelatuk I\n= belatuk." "pelatuk II\n= \n~ bedil \npicu senapang." "pelatut\npemalas, pelasuh." "pelau\n[Pulau Pinang], [Kedah] hampa, sia-sia." "pelawa\nmempelawa\n mengajak, mempersilakan:\nia ~ aku minum air teh yang sedang tersaji itu;\npelawaan\n perbuatan mempelawa, ajakan, undangan:\nia menerima ~ untuk tinggal bersama-sama mereka." "pelawai\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok) antoi, belawan, kayu rajah, pokok belang rimau, \nTerminalia citrina; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), gelawai, jelawai, \nTerminalia foetidissima; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), mempelam babi, pauh kijang, \nTerminalia phellocarpa." "pelawan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), keruntum, seluncur, \nTristania subauriculata; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), canjal, kayu mulu, seluncur, \nTristania sumatrana." "pelawas\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nCalycopteris floribuna." "pelayon\n[arkaik] (Palembang) denda kerana melarikan perempuan." "pelbagai\nbagai." "pelbak\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] tempat (tong) sampah." "pelebaya\n[sastera lama] orang yang menjalankan hukuman mati, algojo, pertanda." "pelecet\npelencit." "pelecok\nterpelecok\n tergeliat (kaki, tangan, dan lain-lain):\nia jatuh tangga, ~ kaki kirinya." "peleh\n[Kelantan];\nmemeleh\n menyapu bedak ke muka." "pelek\n[Indonesia-Belanda] bingkai roda, gading-gading roda." "pelekat\n= \nkain ~ \nsejenis kain sarung (yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya)." "pelekat I\npelakat." "pelekat II\nperekat, gam;\nberpelekat\n dilekat (dicantum) dengan perekat." "pelekok\n;\n \nterpelekok\n terpelecok." "pelekong\n[Terengganu] baling." "pelekuh I\nbengkok, bongkok (leher dan lain-lain);\nterpelekuh\n terbengkok, terbongkok." "pelekuh II\nmemelekuh (mempelekuh)\n memaksa untuk membuat sesuatu, mengerasi." "pelempap\nukuran panjang yang besarnya selebar tapak tangan (empat inci), telempap;\nsepelempap\n selebar tapak tangan." "pelencit\nterpelencit\n terloncat atau terpancut keluar (kerana dipicit dan lain-lain)." "pelengak\n[Jakarta];\nterpelengak\n tercengang kerana terperanjat (hairan dan lain-lain)." "pelengan\n[Jakarta] pelipis." "pelenggar\n[Kedah], [Pulau Pinang] pelantar." "pelengset\nbelengset." "pelepah\n1.\n tangkai daun, tulang daun (nyiur, pisang, dan lain-lain);\n2.\n tulang (bulu ayam dan lain-lain);\n~ nyiur \n[Kelantan] hidung yang besar hujungnya;\n \n~ bawah luruh, ~ atas jangan gelak \n(peribahasa) mestilah ingat bahawa semua yang hidup akan mati juga sudahnya;\nmemelepah (mempelepah)\n membaling (memukul) sesuatu dengan kayu dan lain-lain." "pelepar\ntempat berpegang atau meletakkan tangan (pada kerusi dan lain-lain);\nberpelepar\n1.\n memakai pelepar;\n2.\n berpegang, bertopang, berpapah:\nsewaktu menuruni tangga yang berbelok-belok itu, dia ~ pada bahuku." "pelera\n[Pulau Pinang] pelihara." "peles\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] botol, balang dari kaca tempat menyimpan kuih, dan lain-lain." "pelesat\nterpelesat\n terpelanting jauh-jauh." "peleset\nterpeleset\n tergelincir:\ndia hampir ~ sewaktu mendaki di atas tanah yang licin itu." "pelesir\n[Indonesia-Belanda] = \npelesiran\n1.\n bersenang-senang, bersuka-suka:\nanak muda itu suka keluar pada malam hari dan menghabiskan masa dalam ~; \nmain pelesiran perempuan \nbersetubuh dengan perempuan sundal;\n \ntempat pelesiran \ntempat bersuka-suka (bersenang-senang);\n2.\n berjalan-jalan (bersiar-siar) untuk mencari kesukaan, bertemasya:\ndari pagi kelihatan mereka naik amko, naik sado dan oto ~ kian ke mari;\n berpelesir\n = \nberpelesiran\n bersuka-suka, berseronok-seronok:\npemuda dan pemudi ~ di jalan-jalan dengan tidak berasa segan dan malu;\nkepelesiran\n perihal pelesir, kesenangan, kesukaan:\n~ kota Jakarta yang ramai itu diceritakan belaka." "pelesit I\n1.\n sejenis belalang kecil, belalang bajang;\n2.\n sejenis hantu yang suka menghisap darah atau memakan mayat kanak-kanak (selalu merupakan diri sebagai belalang);\n~ dua sejinjang \n(peribahasa) perempuan yang menduakan lakinya;\n \n~ dua sekampung \n(peribahasa) lelaki yang membuat adik ipar sebagai isterinya." "pelesit II\nsejenis wisel, tiup-tiup." "pelet\n[bahasa percakapan] rumah pangsa." "pelet I\n[Jawa] belang-belang pada kayu;\n \nkayu ~ \nkayu yang berbelang-belang (dari pokok \nKleinhevia hospita \nyang selalu digunakan untuk membuat sarung keris dan lain-lain)." "pelet II\n[Jakarta]\n1.\n sejenis getah untuk menangkap burung;\n2.\n = \nminyak ~ \nsejenis minyak (daripada ikan duyung dan lain-lain) untuk memikat hati perempuan dan lain-lain;\n3.\n = \npeletan\n kata-kata manis untuk memujuk, pujukan, rayuan;\nmemelet\n1.\n menggetah burung;\n2\n. memikat perempuan dengan menggunakan minyak pelet;\n3.\n menggunakan kata-kata manis (untuk memikat hati), memujuk, merayu." "pelet III\n1.\n bahan makanan ternak yang berbutir-butir:\n~ ikan; \n2.\n benda yang berbutir-butir:\nracun jenis ~ lebih berkesan kerana ia dapat membebaskan racun serangga secara perlahan-lahan." "pelet IV\n[Kedah], [Pulau Pinang] pelat." "peleting I\n= \nbuluh ~ \nbuluh penggulung benang (dalam alat tenun)." "peleting II\n[Kedah], [Pulau Pinang] mencuri." "peletok\nterpeletok\n terpelecok (kaki dan lain-lain), terpulas (leher dan lain-lain)." "peleton\n[Indonesia] platun." "pelias\n[sastera lama] mantera yang menjadikan seseorang kebal (terelak daripada bahaya):\nazimat ~ perang." "pelih\nlimpa;\n \ndemam ~ \ndemam yang disebabkan oleh sakit limpa." "pelihara\nmemelihara\n \n1.\n membela, menjaga, merawat:\nmereka ~nya sehingga ia dewasa; \ndi rumah sakit dia dipelihara dengan sempurna;\n~ tubuh daripada diserang oleh penyakit; \n2.\n mengerjakan (mengusahakan, membina, dan lain-lain) dengan baik;\n \n~ pelajaran dan bahasa;\n~ cucuk tanam; \n3.\n menternak binatang:\nia banyak ~ lembu; \n4.\n mempunyai atau menyimpan (gundik dan lain-lain);\n5.\n membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dan lain-lain);\n6.\n menyelamatkan, melepaskan (melindungi) daripada bahaya dan lain-lain:\ndipeliharakan Allah daripada segala bala dan aniaya; \nterlalu adil sekali ia ~ negerinya;\n~ lidah \nmenjaga supaya tidak terkeluar kata-kata yang kurang baik;\nterpelihara\n1.\n dipelihara (dibela), terjaga:\ntanaman itu dalam keadaan tidak ~; \n2.\n terlepas (terlindung) daripada bencana dan lain-lain, terselamat:\n~ daripada segala bahaya;\n peliharaan\n (orang dan lain-lain) yang dipelihara, piaraan:\nanak-anak yatim piatu ~ Dato\u2019 Bendahara itu pun pulang dari bermain; \nbiri-biri ~ mempunyai bulu yang tebal serta lembut;\n keterpeliharaan\n keadaan terpelihara:\n ~ daripada kesalahan dan keabdian yang dijamin oleh al-Quran;\n pemeliharaan\n1.\n perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan:\namalkan langkah-langkah asas ~ kulit; \n2.\n pendidikan:\nanaknya itu diserahkan ke dalam ~ seorang pengasuh; \n3.\n penternakan (binatang):\ndiadakan kawasan khas untuk ~ binatang-binatang ternakan; \n4.\n penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dan lain-lain:\npada Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; \n5.\n penyelamatan (daripada bencana, rosak, dan lain-lain):\n~ tanah;\n pemelihara\n1.\n orang yang memelihara;\n2.\n suka memelihara." "pelik I\n1.\n aneh, ganjil, tidak biasa (lazim):\nbarang-barang yang dibawanya ~-~; \ncerita itu penuh dengan hal yang ~-~; \n2.\n sukar, sulit:\nperkataan yang ~-~; \npertanyaan yang ~; \n3.\n penting:\nperkara yang ~;\nmemelikkan\n menganehkan, menghairankan:\n itulah yang ~ teman-teman sepejabat;\nkepelikan\n1.\n perihal pelik, keanehan, keganjilan;\n2.\n kesukaran, kesulitan." "pelik II\n= pelikan\n [Indonesia] barang tambang;\n \nilmu ~ \npengetahuan berkenaan barang tambang." "pelik III\n[arkaik] [sastera lama] sejenis kerabu, subang." "pelima, pelimau\n[Kelantan] berlimau pada hari tamat belajar bersilat." "pelin\n[Kelantan];\nberpelin\n1.\n berbelit, bersimpul (tali, dawai, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] tiada teratur (percakapan dan lain-lain), kelam-kabut, tak keruan;\npilin." "pelinggam\nbatu marmar yang berwarna-warni." "pelinting\n[Jawa] alat untuk melantingkan batu dan lain-lain, ali-ali, lastik." "pelipir\n[Pahang] dapur." "pelipis\n= pelipisan\n bahagian kepala di antara dahi dengan telinga." "pelir I\nkemaluan laki-laki, zakar;\n \nbuah ~ \nbola-bola dalam kantung kemaluan laki-laki;\n \n~ itik \nsejenis skru;\n \nmenanti ~ kambing terputus \n(peribahasa) menanti sesuatu yang mustahil." "pelir II\n~ anjing \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nChaillettia griffithii;\n~ kambing \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), cemperai, cemperai gajah, cipras, cipreh, \nLepionurus sylvestris; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), pulai pipit, \nRauwolfia sumatrana;\n~ musang \na) sejenis tumbuhan (pokok), bunga lerak, kekapur, pali monyet, sekubang kecil, sesundo bukit, \nAnaxagorea scortechinii; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), \nFagraea auricalata;\n~ tikus \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDrypetes spp." "pelisir\n[Indonesia-Belanda] sejenis pita yang dijahit pada tepi pakaian dan lain-lain." "pelit\n[Jakarta] kedekut, kikir, lokek." "pelita\n1.\n sejenis bekas berbagai-bagai bentuk (berisi minyak dan bersumbu) yang digunakan untuk memberikan cahaya;\n \n~ duduk \npelita yang diletakkan di atas meja (lantai);\n \n~ gantung \npelita yang digantung;\n \n~ panjat \npelita yang dipasang di luar rumah pada malam hari dalam bulan puasa;\n2.\n lampu;\n3.\n [kiasan] sesuatu yang membahagikan (memberi panduan dan lain-lain):\ngadis yang menjadi ~ dalam hidupnya; \nfikiran itu ~ hati. \nmemasang ~ tengah hari \n(peribahasa) menerangkan sesuatu yang sudah jelas, perbuatan yang sia-sia;\n \npasang ~ dilanggar tikus \n(peribahasa) keadaan yang menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yang kecil." "pelitik\n[arkaik] skru." "pelitor\n[Indonesia-Belanda] sejenis cat untuk mengilatkan kerusi meja dan lain-lain;\ndipelitor\n disapu (dicat) dengan pelitor;\npelitoran\n1.\n sudah dipelitor;\n2.\n cara mengecat dengan memakai pelitor." "PELNI\n[Indonesia] akronim bagi Pelayaran Nasional Indonesia." "pelo\n[Jawa] pelat, telor." "pelog\n[Jawa] laras atau nada bunyi gamelan." "peloh\n[Indonesia] lemah zakar." "pelohong\nterpelohong\n berlubang besar, terbuka luas:\npintu rumahnya kelihatan ~ sahaja." "pelojok\n[Jakarta] pelosok." "peloksok\n[Jakarta] pelosok." "pelonci\n[arkaik] pelonco (mahasiswa) wanita, mahasiswi." "pelonco\n[Jawa]\n1.\n tembikai (semangka) yang muda;\n2.\n masih terlalu muda (baharu atau belum berpengalaman);\n3.\n = \nkepala ~ \nkepala yang dicukur bersih-bersih, gondol;\n4.\n mahasiswa baharu di universiti yang sedang menghadapi percubaan (dugaan seperti dicukur licin-licin dan lain-lain) daripada mahasiswa yang lebih lama;\nmemelonco\n1.\n mencukur sehingga gondol;\n2.\n menguji dan menduga dengan keras (berkenaan (dengan) mahasiswa baharu yang hendak masuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa), mendera;\nperpeloncoan\n percubaan (ujian dan lain-lain) untuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa, penderaan." "pelong\nmelengkung, bengkok." "pelonok\npulas (leher ayam);\nterpelonok\n [Perlis] terhimpit:\nkucing itu terjatuh dan ~ di celah tiang rumah." "pelontang\npelampung (untuk menimbulkan tali kail atau pukat)." "pelopak\nkelopak I." "pelopor\n1.\n orang yang berjalan di hadapan (dalam perarakan dan lain-lain), orang yang berjalan dahulu (untuk meninjau atau melihat-lihat), pemimpin, penganjur, peninjau:\npegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan merupakan ~ dalam tugas menyatupadukan rakyat menghadapi ancaman dari dalam dan luar negeri; \n2.\n orang yang mula-mula mengusahakan (mewujudkan) sesuatu, perintis jalan, pengasas:\ndi Filipina kaum intelek yang berpendidikan Barat menjadi ~ nasionalisme, politik, dan kebudayaan; \n3.\n pasukan perintis (tentera dan lain-lain) yang bergerak di hadapan sekali;\n4.\n (Biologi) bahan pemula dalam pembentukan sesuatu sebatian;\n \nmempelopori, memelopori\n1.\n mendahului (dalam pekerjaan, perjalanan, dan lain-lain), memimpin, mengepalai:\nkomplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; \naku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yang moden dan besar; \n2.\n merintis atau membuka jalan (untuk):\nsejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi;\n kepeloporan\n perihal (kebolehan, keupayaan) sebagai pelopor:\n kegigihan dan semangat ~ pemimpin masyarakat Melayu." "pelor\npeluru." "pelosok\nceruk, penjuru, pojok, sudut:\nSumatera menggantikan Melaka pada tahun 1568, sebagai pusat perkembangan agama Islam ke seluruh ~ Nusantara; \nke ~-~ = ke segala (seluruh) ~ \nsehingga ke tempat yang jauh-jauh." "pelosot\n(Sunda);\nterpelosot\n turun sangat (harga dan lain-lain), merosot." "pelpolisi\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] sejenis pasukan polis yang dilatih sebagai tentera untuk mengawal daerah perladangan dan lain-lain." "peluang\n1.\n terhenti atau reda (angin dan lain-lain), senggang atau tidak sibuk (pekerjaan dan lain-lain);\n \nmusim ~ \nmusim tak ada angin;\n2.\n kelapangan, kesempatan:\nia memberanikan hatinya mengambil ~ datang bertemu dengan suaminya;\n~ keemasan;\n berpeluang\n mempunyai (mendapat) peluang:\nmereka tidak ~ untuk menggunakan kebolehannya." "peluh\nair yang keluar dari lubang-lubang seni pada kulit tubuh, keringat;\n \n~ dingin (sejuk, seni) \npeluh yang sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat;\n \nmandi ~ \nbasah oleh peluh;\nberpeluh\n1.\n mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat;\n2.\n = \nberpeluh-peluh\n bekerja kuat:\nmereka telah bersedia untuk ~ di luar masa kerja mereka;\nperpeluhan\n1.\n perihal berpeluh;\n2.\n pengeluaran (pembuangan) air atau wap oleh tumbuhan." "peluit\nsejenis alat yang berbunyi nyaring apabila ditiup, siren:\nkedengaran deru jentera kereta api dengan ~nya yang nyaring; \nseorang anggota polis membunyikan ~nya." "peluk\n1.\n dakap, kapuk;\n \nbantal ~ \nbantal untuk didakap, bantal golek (guling);\n2.\n depa untuk ukuran besar (benda bulat);\nberpeluk\n berdakap, berkapuk:\nRaja Puspa Dewi pun ~ bercium dengan adinda baginda;\n~ tangan (tubuh) \na) berdakap (bersilang) tangan di dada;\n b) [kiasan] malas berusaha (bekerja);\n \nduduk ~ lutut \na) duduk dengan tangannya mendakap lutut;\n b) [kiasan] malas berusaha (bekerja);\nberpeluk-pelukan, berpelukan\n saling berpeluk:\nmereka ~ sebelum berpisah;\nmemeluk\n mendakap, merangkul:\nmaka baginda pun segeralah ~ dan mencium anakanda baginda dengan tangisnya;\n~ lutut \na) mendakap lutut;\n b) [kiasan] tidak membuat kerja apa-apa;\n \n~ agama \nmenganut atau masuk sesuatu agama;\nterpeluk\n tak sengaja memeluk, dipeluk;\n \ntakut di hantu, ~ ke bangkai \n(peribahasa) kerana takuntukan rugi sedikit lalu menderita kerugian yang banyak;\npelukan\n perihal memeluk, dakapan:\nSoo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dalam ~ ibunya;\npemeluk\n1.\n sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar):\nsi Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; \n2.\n penganut atau pengikut agama:\n~ agama Islam;\n sepemeluk\n sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk:\n Kumbai teringat lagi pada pokok sebesar ~ itu." "peluluk\n[arkaik] sejenis pokok kabung, \nArenga pinnata." "pelumpong\n[Jawa] sejenis tumbuhan seperti pokok tebu yang tumbuh di tanah yang berpaya-paya." "pelung I\nsejenis perahu kecil." "pelung II\nikan ~ \nsejenis ikan laut, tamuk, \nMugil vaigiensis." "pelung III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), medang gombong, merambung bukit, tampang, besi, \nVernonia wallichii; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok) leban nasi, selongcong, setulang, \nVitex gamosepala; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), geredas padi, giring antan, keredas (antan, padi), \nPithecellobium bubalinum." "pelunggol\n[Kelantan]\n1.\n pancang:\n~ lembunya diperbuat daripada kayu; \n2.\n [kiasan] sesuatu yang utama, teras, pusat:\nyang menjadi ~ negeri ini dalam perekonomian ialah getah dan timah." "pelupuh\nbuluh yang dipukuli supaya pipih (dilupuh) untuk dibuat dinding dan lain-lain;\nmemelupuh\n melupuh;\n= lupuh." "pelupuk\n~\n \nmata \nkelopak mata." "pelur\n[Terengganu] sejenis tempayan besar (untuk mengisi air)." "peluru\nbola-bola atau benda-benda tajam (daripada besi dan lain-lain) yang ditembakkan dengan senjata api dan lain-lain, anak bedil (meriam), pelor:\n~ senapang; \n~ baksut \npeluru untuk menembak binatang besar dan lain-lain;\n \n~\n \nberpandu = ~ terkendali \npeluru yang dapat dipandu dari jauh arahnya (untuk mengenai sasaran);\n \n~ hidup \npeluru daripada tembaga kuning campuran (bukan daripada getah atau plastik) yang boleh membunuh;\n \n~ kapur\n peluru daripada plastik yang bukan untuk membunuh, biasanya hanya untuk tujuan latihan dan sebagainya;\n \n~ penabur\n peluru berbentuk silinder yang mengandungi bebola logam yang kecil-kecil (kacang-kacang), yang ditembakkan dengan senapang patah;\n \n~ sesat \npeluru yang ditembakkan dari senapang, meriam dan sebagainya tidak mengenai sasarannya, tetapi tersasar ke tempat lain;\n \nkena (dimakan) ~ \nkena tembak, tertembak;\n \numpan ~ = makanan ~ \na) yang menjadi sasaran peluru musuh;\n b) askar upahan;\n \ntak empang ~ di lalang \n= \ntiada terempang ~ oleh lalang \n(peribahasa) orang yang lemah tidak dapat menegah kehendak orang yang berkuasa." "peluruh I\nsejenis ubat muntah." "peluruh II\nsejenis tumbuhan (pokok renek), lutut ayam, \nArdisia ridleyi." "peluwap\nmemeluwap\n (Kimia) berubah daripada wap (gas) kepada cecair;\nmemeluwapkan\n menjadikan wap (gas) berbentuk cecair;\npemeluwapan\n proses perubahan keadaan sesuatu bahan daripada wap (gas) kepada cecair, kondensasi." "pelvis\n(Biologi) struktur berbentuk besen di bahagian bawah badan pada kebanyakan vertebrat." "pemahat\norang yang memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat." "pemaksa\norang atau benda yang memaksa." "pemali\nlarangan (selalunya untuk selama-lamanya), pantang:\njika perang ~ menghadap ke matahari mati." "pemalut\nsesuatu yang memalut, pembalut, sampul." "pemanah\norang yang memanah;\nsepemanah\n sejauh tiba panah yang dilepaskan." "pemanas\n1.\n yang memanasi (memanaskan):\nkuasa ~ ; \nalat ~ ; \n2.\n alat untuk memanaskan:\n~\n \nelektrik; \n3.\n (orang yang) lekas panas atau marah, pemarah, tidak penyabar:\nbapanya ~ dan pembengis." "pemancar\n1.\n yang memancarkan:\nalat ~; \nstesen ~; \n2.\n alat yang memancarkan (bunyi, cahaya, dan lain-lain):\n~ air;\n~ radio." "pemancut\nalat untuk memancuntukan air, cecair, dan sebagainya:\n hos ~ air." "pemancutan\nproses memancuntukan sesuatu;" "pemanggil\nsejenis tumbuhan (pokok renek), bunga mara, bunga tinggal, \nClerodendron paniculatum." "pemantun\norang yang mengarang pantun." "pemara\nkurungan (kelengkeng) yang kecil pada belat." "pemarip\n[sastera lama] hamba raja yang menyanyikan anak raja supaya lekas tidur." "pemarit\nalat (sauh) untuk mengait benda yang tenggelam." "pematah\nperibahasa;\npepatah." "pematung\n[Negeri Sembilan] saluran air daripada buluh, pembuluh." "pemayang\nsejenis jaring yang besar, pukat;\n \nperahu ~ \nperahu yang digunakan nelayan untuk menangkap ikan dengan jaring besar;\n=\n \n= payang I, mayang IV." "pembarap\n1.\n (Palembang) ketua kampung, lurah;\n2.\n = \npembarep\n [Jawa] [arkaik] sulung (anak)." "pembayan\n[Minangkabau] biras, ipar." "pembidang\nbidang I." "pemburas\npemuras." "pemecutan\nperihal (perbuatan dan sebagainya) memecut." "pemejalwapan\nproses memejalwap(kan):\ndua benda yang mengalami proses ~ ialah iodin dan ammonium klorida." "pemelak\npelawak, kelakar." "pemencaran\nperbuatan memencarkan." "pemendak\n[arkaik] pendongkok keris." "pemendekan\nperihal (perbuatan dan sebagainya) memendekkan atau menyingkatkan:\nujaran seperti ini menunjukkan ciri-ciri ~ seperti yang berlaku pada pesanan telegram." "pemengkul\ntiang pada penjuru (kurung) belat Kedah atau kelong." "pemeo\n=\n \npameo." "pemerahan\nperbuatan memerah, pemerasan;\npemerah\n1.\n alat atau mesin untuk memerah (jus dan sebagainya):\n~ oren;\n~ tebu; \n2.\n orang yang memerah (susu dan sebagainya):\n~ susu lembu." "pemeras\n1.\n orang yang memeras, pemerah;\n2.\n (alat) untuk memeras;\n \nmesin ~ \nmesin untuk memeras." "pemerian\n1.\n perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan;\n2.\n penjelasan, penerangan, penghuraian:\nmasalah pertama yang dihadapi oleh penyusun kamus dalam ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata;\n pemeri\n yang menerangkan (menghuraikan)." "pemerintahan\nperihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran:\ndi bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yang luas;\n~ sewenang-wenang \n(Undang-undang) sistem pemerintahan yang tidak dibatasi oleh undang-undang;\npemerintah\n1.\n kekuasaan yang memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dan sebagainya:\nmenerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~;\n~ daerah \nkekuasaan yang memerintah daerah;\n2.\n badan atau kumpulan orang yang memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan:\nparlimen menjaga dan mengawasi segala yang dibuat oleh ~; \nkabinet yang terdiri daripada perdana menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yang menentukan dasar pentadbiran negara; \nparti ~\n parti politik yang memerintah (kerajaan);\n3.\n negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan;\n \ntanah (pejabat dan lain-lain) ~ \ntanah (pejabat dan lain-lain) kepunyaan negara atau kerajaan;\n4.\n pegawai (polis, tentera, dan lain-lain) yang mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan):\nperintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; \n5.\n [arkaik] pengawas, pengelola, pengurus:\n~\n \nperkebunan;\n~ berperlembagaan \npemerintah (kerajaan) yang mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan;\n \n~ pelarian \nkerajaan yang berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dan sebagainya);\n \n~ peralihan \nkerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yang sebenarnya);\n \n~ pusat \nkerajaan pusat (yang berkuasa terhadap seluruh negara);\n \n~ tentera \npemerintah yang dikuasai oleh tentera." "pemerintis\njalan yang dirintis (di hutan dan lain-lain)." "pemetaan\nperihal membuat peta;\npemeta\n orang yang membuat peta." "pemiawaian\nperbuatan memiawaikan." "pemidang, pemidangan\nbingkai (tempat membentangkan kulit, gambar, dan lain-lain), pembidang, pembidangan." "pemilihan\nhal atau perbuatan memilih:\nsuara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pada ~ kayu yang istimewa;\n~ yang dijalankan itu tidak begitu adil;\n ~ alamiah \n(Biologi) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yang menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran akan dapat hidup dalam persekitaran itu dan cenderung membiak dengan banyak ;\n \n~ bertingkat (berjenjang \nark\n) \n[Indonesia] pemilihan wakil parlimen yang tidak langsung oleh rakyat;\n \n~ buatan \n(Biologi) pemilihan tumbuhan atau haiwan yang mempunyai ciri terbaik untuk dikacukkan;\n~ langsung \n[Indonesia] pemilihan wakil parlimen yang langsung oleh rakyat;\n \n~ umum \n[Indonesia] pilihan raya umum;\npemilih\n1.\n orang yang memilih;\n2.\n terlalu memilih-milih:\nia sangat ~." "pemimpin\n1.\n orang yang memimpin:\n~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; \n2.\n buku pedoman, petunjuk;\nberpemimpinkan\n mempunyai seseorang sebagai pemimpin, berketuakan:\nberuntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yang jujur, cekap dan bertanggungjawab;\nkepemimpinan\n keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin:\ndalam pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya." "pemimpit\nsejenis serunai untuk memanggil rusa." "pemindahan\nperbuatan memindahkan (mengalihkan):\n~ penduduk; \nmelatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi." "pemirah\npenakut, pengecut." "pemiutang\npiutang." "pemo\nPI musim:\nsekarang ini bukan ~ menuai padi." "pempan\nterpempan\n terpegun, tercengang:\nsi Laba ~ tiada dapat berkata apa-apa kerana terkejut besar." "pemparang\nikan parang-parang." "pempuk\n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok), \nElaeocarpus obtusus." "pemuas\n(sesuatu dan sebagainya) yang memuaskan:\n~ nafsu seks lelaki." "pemukul\n1.\n orang yang memukul:\n~-~ rebana duduk di belakang para penari; \n2.\n alat untuk memukul;\n \n~ besi \ntukul daripada besi." "pemukulan\nhal atau perbuatan memukul atau memukulkan;" "pemulihan\nperbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan yang semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dan lain-lain):\nrundingan ~ hubungan antara dua negara yang bersengketa; \nsatu lagi cara ~ buku daripada rosak ialah dengan menggunakan plastik; \nsekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan;\n~ harga \npengembalian harga daripada paras yang lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kepada keadaan sebelumnya atau paras yang lebih tinggi;\npemulih\n alat untuk memulihkan:\ninjap ~." "pemuncak\n1.\n puncak;\n2.\n [Minangkabau] orang yang tertinggi pangkatnya;\n3.\n johan, juara." "pemunggah\norang yang memunggah, alat (jentera) yang melakukan kerja memunggah." "pemuntal\ntanjak, destar, tengkolok." "pemuras\n[sastera lama] sejenis senapang zaman dahulu yang mempunyai muncung yang besar." "pen I\npena." "Pen. II\n[kependekan] Penolong;\n\n\n~ Pegawai Penyelidik." "pena\ntali ~ \nsejenis tali yang diikat pada dada gajah." "pena I\nsejenis alat tulis yang mempunyai mata yang runcing dan menggunakan dakwat, pen;\n \n~ mata bulat \nsejenis pena yang matanya merupakan biji logam yang kecil;\n \nbuah ~ \nkarangan, tulisan;\n \nmakan ~ \n[Indonesia], [bahasa percakapan] mencari rezeki (wang) dengan mengarang;\n \nmata ~ \nbahagian hujung pena yang runcing (untuk menulis)." "PENA II\nakronim bagi Persatuan Penulis-Penulis Nasional." "pena-pena\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nGuioa pleuropteris;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPsychotria cantleyi." "penabas\nsejenis tumbuhan (pokok renek), bunga selang, pecah periuk, \nIxora lobbii." "penaga\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok), derum paya, geronggang, geronggong, gonggang ronggang, \nCratoxylon aborescens;\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok), bentangur, bentangur lempung, \nCalophyllum inophylloide;\n~ lilin (putih, sabut, suga) \nsejenis tumbuhan (pokok), naga sari, \nMessua ferrea." "penah\n[sastera lama] pernah." "penahap\n[sastera lama] penjuru;\n \nempat ~ alam \nempat penjuru alam." "penai\nsejenis tumbuhan (pokok renek), cempenai, mempenai, rempenai, \nArdisia littoralis." "penak\nsejenis tumbuhan (pokok), cengal, \nBalanocarpus maximus; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVentilago oblongifolia." "penaka\n[sastera lama] sebagai, seolah-olah, seperti:\nmanusia yang tak punya percampuran di dunia ini adalah ~ katak di bawah tempurung; \napa hal kita ini, kerana sekarang ~ Raja Rekanlah tuan kita, bukannya Raja Abu Shahid." "penakan\n[arkaik] anak saudara, kemanakan, keponakan." "penakawan\nhamba pengiring raja." "penalti\n1.\n hukuman atau denda yang dikenakan kerana melanggar undang-undang, peraturan atau kontrak;\n2.\n = \ntendangan ~ \n(dalam permainan bola sepak) tendangan percuma yang dibuat dari jarak 12 ela (lebih kurang 11 meter) dari gol lawan yang dipertahankan oleh seorang penjaga gol;\n \ngol ~ \n(dalam permainan bola sepak) gol yang dijaringkan daripada tendangan penalti;\n \nkawasan ~ \n(dalam permainan bola sepak) ruang di hadapan pintu gol yang sekiranya pasukan pertahanan melanggar sebarang peraturan di dalam kawasan ini, pasukan lawan akan diberi tendangan percuma." "penalu\nbendalu." "penama\n[Perlis], [bahasa percakapan] apa." "penampan\nsejenis dulang (talam);\ntetampan I." "Penan\nsuku kaum peribumi Sarawak termasuk dalam kumpulan Orang Ulu, yang sebahagian kecilnya masih tinggal di rumah panjang jauh di pedalaman, mengembara di dalam hutan dan memakan sagu rumbia." "penanjung\nsemenanjung, jazirah." "penarahan\npendarahan." "penaram\npeniaram." "penat\ntidak mempunyai kekuatan pada fikiran dan badan (terutamanya berehat selepas sesuatu kegiatan), jerih, letih, payah;\n \nmelepaskan ~ \nberehat, untuk menghilangkan penat;\n \n~\n \nlelah (jerih) = jerih ~\na)\n sangat letih;\n b) [kiasan] segala kesusahan (kesukaran);\nberpenat-penat\n berlelah-lelah, bekerja kuat, bersusah-susah:\nkita tak usah ~ menunggu lori dalam perjalanan;\n memenatkan\n melelahkan, meletihkan;\nkepenatan\n1.\n kelelahan, keletihan:\nnafasnya kedengaran mendesis kerana ~ mengayuh beca; \n2.\n rasa penat (lelah, jerih)." "penat lelah\njerih penat;\nberpenat lelah\n berusaha sedaya upaya:\norang yang ~ sepanjang umurnya mencari ilmu." "penataran\n[Indonesia] tempat memusatkan pekerjaan-pekerjaan angkatan laut." "penatu\nbenatu." "penatua\n[Indonesia] anggota Dewan Gereja Kristian." "penatuh\nsejenis tumbuhan (herba), ganja-ganja, \nClerodendron indicum." "penawar\nubat untuk menawar racun dan lain-lain;\n \n~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok), dedarum, pisang-pisang, \nGoniothalamus giganteus;\n~ jambi \nsejenis tumbuhan (paku), bulu empusi (pusi), \nCibotium barometz;\n~ lipan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pokok lalipan, \nPedilanthus tithymaloides;\n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), limau-limau, melimau, \nGelonium glomerulatum." "pencak\nkepandaian menangkis (mengelak dan lain-lain) untuk mempertahankan diri, silat;\n \n~\n \nsilat \npermainan menangkis (mengelak) dengan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri;\nberpencak, memencak\n bermain pencak, bersilat:\npendekar leka memencak;\nmemencak-mencak\n terlalu marah (panas hati)." "pencalak\nsejenis anak gobek." "pencalang\n[sastera lama] sejenis perahu yang besar untuk mengangkut barang-barang dagangan;\n \nlaksana ~ sarat, tiada ke timur tiada ke barat \n(peribahasa) orang yang sudah berpakaian cantik dan berhias tetapi duduk di rumah sahaja." "pencaluk\ncencaluk." "pencar\nberpencar, berpencar-pencar, berpencaran\n \n1.\n berserak di sana sini, bertaburan;\n2.\n (pergi) bercerai-cerai:\n~\n \nberlarian;\nmemencar, memencar-mencar\n berpisah-pisah pergi (mengikut haluan masing-masing);\nmemencarkan\n menabur-naburkan, menyerak-nyerakkan, menanam benih dan lain-lain berpencar-pencar:\nkekuatan pasukannya di Bara Baraya dipencarkan;\n terpencar\n tidak terkumpul, terserak-serak:\n~ keluar dari pondok-pondok mereka menuju kampung;" "pencaus\nrumah tumpangan, hotel." "pencen\n1.\n bayaran tetap bulanan yang dibuat oleh kerajaan atau majikan kepada bekas pekerjanya yang telah bersara:\nRaja Yi telah diberi ~ yang agak banyak juga; \n2.\n tidak bekerja lagi tetapi mendapat wang sara:\nia sudah terlalu tua untuk menghadapi soal baharu ini, barangkali dia akan minta ~;\n berpencen\n mendapat pencen apabila bersara (berhenti kerja):\njawatan ini tetap dan ~;\nmemencenkan\n memberhentikan kerja dengan diberi pencen." "pencet\npenyek, penyet;\nmemencet\n menekan dengan ibu jari dan lain-lain, memicit." "pencil\nmemencil\n mengasingkan (memisahkan) diri daripada yang lain, menyendiri;\nmemencilkan\n1.\n mengasingkan (memisahkan) diri daripada orang atau benda yang lain:\nkita tidak boleh hidup dengan ~ diri daripada kebudayaan Barat; \n2.\n tidak menyukai, menghindari, menjauhi:\ndunia akan datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita dipencilkan oleh zaman; \nia dipencilkan oleh keluarganya;\nterpencil\n terasing (terpisah) daripada yang lain, tersendiri:\nbeliau lahir di sebuah kampung yang ~;\nketerpencilan\n keadaan terpencil, keterasingan:\n~nya daripada pengaruh bahasa Melayu baku;\n~ blok komunis dalam sistem antarabangsa semakin berkurang;\n pemencilan\n perbuatan dan sebagainya memencilkan;\n \n~ diri \nperbuatan memencilkan atau menyisihkan diri." "pencolam\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), kecolam, puding, \nClerodendron disparifolium." "pencoleng\npencuri;\npancalongok." "pencong\n= \n~-mencong \nerang-erot, tidak lurus, serong-merong;\nmemencongkan\n mengherotkan, menyerongkan, membenyotkan." "pencuk\nsejenis rojak daripada sayur-sayuran yang direbus dan dicampur dengan lada (gula, belacan, dan lain-lain)." "pendaga\nsejenis peti tempat menyimpan pakaian dan lain-lain, kendaga." "pendahan\n[sastera lama] sejenis lembing pendek (pisau) untuk dilemparkan." "pendakwa raya\npegawai yang mendakwa bagi pihak kerajaan." "pendam\nmemendam\n \n1. = memendamkan\n menyembunyikan sesuatu dalam tanah dan lain-lain:\nbahan ini dileburkan berkali-kali, kemudian disimpan dalam tempayan dan dipendamkan di hutan; \n2. memendamkan diri\n tidak menunjukkan diri kepada orang ramai, tidak keluar-keluar dari rumah, menyembunyikan diri;\n3.\n menyimpan sesuatu dalam hati dan lain-lain:\ndia sudah terlalu lama ~ rasa, sudah lama menyimpan kasih;\n~ cinta;\n terpendam\n1.\n tertanam (tersimpan) dalam tanah dan lain-lain;\n2.\n tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dan lain-lain):\npuisi Rustam Effendi adalah kekayaan yang lama ~, tidak banyak diketahui oleh masyarakat; \n3.\n tersimpan dalam hati dan lain-lain:\ntidak disangkanya Dang Kenanga begitu berani lancang meramalkan apa yang tersimpan atau ~ dalam hatinya;\n pendaman\n sesuatu yang dipendam." "pendap\nmemendap, berpendap\n berkurung, bersembunyi, tidak keluar-keluar:\nkalau dia di rumah, dia ~ sahaja sehari-harian suntuk;\n memendapkan\n mengurungkan, menyembunyikan;\nterpendap\n terkurung, tersimpan, tersembunyi." "pendapa I\n[arkaik] [sastera lama] ranting muda, pedapa." "pendapa II\n[Jawa] ruang atau balai (di hadapan rumah) untuk mengadakan perjumpaan dan lain-lain;\n= mendapa.\n berpendar-pendar\n1.\n berkelip-kelip mengeluarkan cahaya pendar;\n2.\n berkunang-kunang (pelihatan):\ntubuhnya menjadi menggeletar menggigil, matanya jadi ~ seperti orang yang hendak pitam." "pendapun\n= pendipun." "pendar I\ncahaya atau sinar seperti yang kelihatan pada kunang-kunang (permukaan laut di waktu malam dan lain-lain);\nberpendar, berpendar-pendar\n \n1.\n berkelip-kelip mengeluarkan cahaya pendar;\n2.\n berkunang-kunang (pelihatan): \ntubuhnya menjadi menggeletar menggigil, matanya jadi ~ seperti orang yang hendak pitam." "pendar II\n[Minangkabau];\nberpendar\n1.\n berpusing, berputar, berguling-guling;\n2.\n pusing;\nmemendar-mendarkan\n memutarbalikkan sesuka hati, mencuai-cuaikan, mempermain-mainkan:\nsebab anak tetap tanggungan bapa, tak dapat dipendar-pendarkan." "pendarah I\npendarahan." "pendarah II\n[sastera lama] keris yang sakti." "pendarahan\nsejenis tumbuhan (pokok), mendarah, penarah(an), pendarah, pala bukit, pala semang, \nMyristica cinnamomea." "pendaram\npeniaram." "pendarcahaya\nFizik) pancaran sinaran (oleh sesuatu jasad) akibat tindak balas kimia dan lain-lain, bukannya akibat pemanasan." "pendarfluor\nFizik) pancaran sinaran daripada atom atau molekul yang terkena sinaran lain atau yang dibedil dengan zarah seperti elektron." "pendaringan\n[Jakarta] sejenis tempayan tempat menyimpan beras." "pendawa\nkeris ~ \nsejenis keris." "pendek\n1.\n tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas:\nmereka memakai seluar kain kapas yang ~ dengan baju singlet; \n2.\n tidak lama, singkat:\ndalam waktu yang ~; \numur semakin ~, badan semakin uzur;\n~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira \nsempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dan lain-lain), picik ;\n \n~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya \ndengan ringkas, ringkasnya:\n~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pada masa baginda masih hidup\n;\n \n~ nafas \ntidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas;\n \n~ permintaan \npendek umur;\nmemendek\n menjadi pendek:\notot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan;\nmemendekkan\n1.\n menjadikan pendek, memotong dan lain-lain supaya pendek:\nMuda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; \nsama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kepada pertimbangan hakim; \n2.\n mengikhtisarkan, menyingkatkan, meringkaskan:\nguru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; \ndipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yang paling baik dan ikrab;\nkependekan\n1.\n perihal pendek:\npergerakan semua haiwan itu adalah hasil daripada ~ dan kegemukan gentian otot; \n2.\n ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dan lain-lain), singkatan:\nPBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;" "pendekar\n1.\n orang yang pandai bersilat (bermain senjata dan lain-lain);\n2.\n jaguh, pahlawan:\nsegala hulubalang, pahlawan, ~ tiadalah terhingga lagi;\n~ lidah (kata) \norang yang pandai berbahas, ahli pidato (syarah);\n \n~ pena \norang yang pandai menulis rencana dan lain-lain di surat khabar;\n \n~ pulut \n[Kelantan] ahli pencak silat yang mengambil kesempatan untuk mendapat rezeki daripada pengetahuannya;\n \n~ sambal \n[Kelantan] pendekar yang pengecut dan mudah ditewaskan;\n~ elak jauh \n(peribahasa) orang yang amat berhati-hati dan sentiasa bersedia mengelakkan diri daripada bahaya;\n \ntiada ada ~ yang tak bolos, tak ada juara yang tak kalah \n(peribahasa) bagaimana pandai seseorang itu ada kalanya membuat kesilapan (kesalahan dan lain-lain) jua;\nkependekaran\n perihal (sifat) pendekar:\nmasing-masing cuba menunjukkan ~nya\n." "pendendang\nburung ~ \nsejenis burung, itik air, \nHeliopais personata." "pendeta\n1.\n orang yang banyak ilmu (pandai-pandai);\n2.\n ulama agama Hindu (Kristian dan lain-lain);\n3.\n orang yang bertapa (dalam cerita-cerita lama);\nkependetaan\n1.\n sebagai seorang pendeta:\nmereka lebih mengutamakan hidup ~;\n2\n. darjah kebijaksanaan pendeta:\n rangkap-rangkap yang\n \nmanakah yang buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya." "pendiat\nkurungan binatang liar (gajah dan lain-lain)." "pending\nsejenis perhiasan pada dada atau tali pinggang yang dibuat daripada emas (perak) dan berkerawang." "pendipun\nbaju ~ \nbaju yang dihiasi dengan perada emas dan lain-lain." "pendong\n[Kelantan] kendong." "pendongkok\nsejenis gelang-gelang perhiasan (seperti bentuk tampuk bunga) yang dipasang di antara hulu keris dan matanya, pemendak;\n= kedongkok." "pendopo\n[Jawa] \n= pendapa II." "penduk\npenyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain)." "pendulum\nsesuatu jasad yang tergantung berayunan dari tempat tetap di bawah pengaruh graviti yang digunakan untuk mengawal pergerakan, bandul, buah jam:\nahli sains dan ahli astronomi membuat percubaan tentang tarikan graviti dan prinsip pergerakan menentukan ayunan ~ sejak abad ke-17 lagi." "penembahan\n[Jawa] [arkaik] panggilan untuk raja atau orang yang sangat dihormati, yamtuan." "penes\nsejenis kapal kecil." "pengah\n[Kelantan] gatal, miang;\n=\n \npengas." "pengalan\n[Minangkabau] galah untuk mengait buah dan lain-lain, pengait." "pengalasan\n[Jawa] [sastera lama] hamba raja:\nsuruh ~ pergi ke Tuban membawa segala makanan anakku Ratu Melaka itu." "penganan\nberbagai-bagai jenis kuih;\n~ juadah \n[sastera lama] beraneka jenis kuih dan makanan;\n \n~ talam \nsejenis kuih dibuat daripada tepung beras (gula, santan, dan lain-lain) yang dikukus." "pengang\n[Jakarta] bising (berkenaan (dengan) telinga)." "pengantin I\norang yang sedang menjalani istiadat perkahwinan, mempelai:\nmaka disambut oranglah ~ itu dibawa naik;\n~ baru \norang yang baru berkahwin;\n \nsenapang ~ \nsejenis senapang yang berlaras dua;\nberpengantin\n1.\n menjadi pengantin;\n2.\n merayakan istiadat perkahwinan." "pengantin II\nkembang ~ \n[Indonesia] sejenis tumbuhan (pokok renek), \nNyctanthes arbortristis." "pengap\n1.\n tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah hendak bernafas (kerana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak;\n2.\n berbau hapak dan menyesakkan nafas;\nberpengap\n dibiarkan pengap, dipengap:\npakaian kotor yang ~ beberapa hari di dalam beg telah mengeluarkan bau masam;\nmemengap\n1.\n menutup (ikan dan lain-lain) dalam sesuatu dengan rapat sehingga udara tidak dapat masuk;\n2.\n [kiasan] mengurung (menyembunyikan):\nsiapa yang dapat bergembira kalau dirinya dipengap dalam kurungan yang sempit ini;\nmemengapkan\n menjadikan pengap, melemaskan, menyesakkan;\nterpengap\n tertutup (tersembunyi) dalam bilik dan lain-lain." "pengapuh\nlayar ~ \nlayar yang kecil pada puncak tiang." "pengar\nberasa pening-pening sedikit (sesudah hilang mabuk dan lain-lain)." "pengaruh\nkuasa yang terbit daripada orang (benda dan lain-lain) atas orang (benda dan lain-lain) lain, kekuatan batin (ghaib dan lain-lain) yang meninggalkan kesan pada orang (lain) dan lain-lain:\nia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia;\nberpengaruh\n mempunyai pengaruh, berkuasa:\nDato\u2019 Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; \nkesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia;\nmempengaruhi\n berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kepada, menguasai:\nkedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar untuk ~ umat Arab ke pihak masing-masing;" "pengaruh-mempengaruhi\nsaling mempengaruhi:\n ~ menyebabkan pertimbangan untuk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng;\nterpengaruh\n kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai:\n~ oleh prasangka;\n~ oleh kata-kata manis." "pengas\n[Kelantan] [bahasa kasar] gatal, biang;\n= pengah." "pengat\n1.\n sejenis penganan daripada ubi dan lain-lain (yang dimasak dengan gula dan santan), serawa;\n2.\n sejenis lauk yang tidak berkuah daripada ikan atau daging;\n \nkepala ~ \n[Kelantan] ketua kumpulan jahat;\n \nmenyenduk kuah dalam ~ \n[Minangkabau] (peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia;\nmemengat\n memasak pengat;\n \niba akan kacang sebuah, tak jadi ~ \n(peribahasa) oleh kerana kesal akan hal yang sedikit (kecil) tak jadi mengerjakan sesuatu yang dimaksudkan." "pengatu\nbedil ~ \n[sastera lama] sejenis meriam;\n= pekatu." "pengawinan\n[sastera lama] pembawa tombak istiadat (upacara);\n \ntombak ~ \ntombak yang dibawa dalam istiadat kerajaan." "pengembar\nsejenis bidai untuk mengarahkan (memaksa) ikan masuk belat." "pengeng\n[arkaik] berasa sangat pening kepala." "pengeram\npeniaram." "pengeras\nbayaran kepada pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya." "pengerawan\n= \n~ jantan = ~ penak \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHopea mengarawan." "pengerek\npenebuk lubang." "pengerih\nsejenis lukah." "pengestu\nrestu." "penget\nmemenget-menget\n menusuk-nusuk lubang hidung (berkenaan (dengan) bau), hangit:\nbuah macang itu baunya ~." "pengga\njeluk (pinggan, mangkuk, dan lain-lain) yang dalam." "penggaga\nsejenis tumbuhan (herba yang melata);\n \nHydrocotyle asiatica; \npegaga." "penggah\n[arkaik] pegah, megah." "penggal\n1.\n kerat, potong:\nempat ~ tebu; \n2.\n sebahagian daripada buku (kutipan cerita dan lain-lain), bahagian, jilid;\n3.\n bahagian daripada masa pengajian setahun (di sekolah dan lain-lain):\ncuti ~ pertama ialah pada bulan April; \n4.\n = \nterpenggal:\n \nkepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; \n5.\n [Kelantan] gagal, kecewa;\nberpenggal-penggal\n1.\n berkerat-kerat, berpotong-potong;\n2.\n terdiri daripada atau meliputi beberapa bahagian;\nberpenggalan\n dikerat-kerat atau dipotong-potong (kepalanya);\nmemenggal\n1.\n memotong, memancung, mengerat:\nia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dengan maksud hendak ~ lehernya;\n~ lidah \nki memotong percakapan orang, menyampuk;\n2.\n membahagi dalam bahagian-bahagian (cerita dan lain-lain);\nterpenggal\n sudah dipenggal, terpancung;\npenggalan\n1.\n keratan, potongan;\n2.\n bahagian (cerita dan lain-lain);\n \nkasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ \n(peribahasa) kasih anak kepada bapa tidak sama dengan kasih bapa kepada anak;\npemenggalan\n perbuatan memenggal;\npemenggal\n1.\n orang yang memenggal (kepala);\n2.\n alat untuk memenggal (kepala)." "penggang\n[arkaik] pegang." "penggar\npengar." "penggawa\n1.\n [sastera lama] ketua pasukan;\n2.\n ketua kampung (daerah), penghulu;\n \n~ marga \n(Palembang) [arkaik] camat." "penggehi, penggeli\nsejenis tumbuhan (herba), \nAglaonema angustifoloium." "pengguling\ntenggiling." "penghulu\n1.\n [sastera lama] ketua, kepala:\n~ dapur;\n~ kenaikan; \nNabi Muhammad SAW adalah ~ segala nabi dan rasul; \n2.\n ketua sebuah mukim, lurah, penggawa;\n3.\n [Minangkabau] ketua (kepala) adat;\n4.\n [Indonesia] ketua yang mengurus hal-hal agama daerah, kadi;\n5.\n [Indonesia] penasihat hal-hal agama Islam dalam mahkamah negeri;\n \n~ andeka \n[Minangkabau] ketua adat, undang;\n \npantangan ~ menyingsingkan lengan \n(peribahasa) orang yang berakal budi harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu;\nberpenghulukan\n menganggap (menjadikan) seseorang sebagai penghulu, berketuakan:\norang-orang Bugis ~ Raja Haji." "pengilar, pengilau, pengilir\nsejenis lukah (bubu) yang panjang." "pengiran\n[Brunei]\n1.\n gelaran untuk keturunan tertentu dalam susur galur masyarakat Melayu;\n2.\n panggilan bagi awangku atau dayangku yang sudah berkahwin." "pengit\nhangit-~ = \nmemengit\n berbau terlalu hangit (hapak dan lain-lain)." "pengkal\n[arkaik] pingkal." "pengkar\nbengkok (kaki);\n \n~\n \ndalam \nbengkok ke dalam (kakinya);\n \n~ luar \nbengkok ke luar (kakinya)." "pengki\nsejenis bakul tempat sampah dan lain-lain;\n= pungki." "pengkilai\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), bunga pagoda, \nClerodendron paniculatum." "pengkis\nmemengkis\n membentak, menengking:\nmaka laksamana ~ serta menghunus pedangnya." "pengkol\n[Jakarta] bengkok;\nmemengkol\n melengkok, membelok, mengelok;\npengkolan\n lekuk (jalan dan lain-lain);\n= bengkol." "pengkor\n[Jakarta] tempang (kaki), pincang." "pengluru\n[arkaik] peluru." "pengor\n[Perak] terlalu busuk (baunya)." "pengorak\nsejenis tumbuhan (herba), \nAsystasia intrusa." "pengsan\ndalam keadaan tidak sedar akan diri:\naku telah ~ beberapa jam lamanya, apabila aku sedar semula aku dikerumuni oleh beberapa orang tua-tua; \njatuh ~ \n= \nterpengsan\n tidak ingat, tidak sedar akan diri." "penguin\nsejenis burung laut di Antartika yang berwarna hitam putih, berkaki pendek, menggunakan sayapnya untuk berenang, dan berjalan tegak lurus di darat." "pengulun\n[arkaik] [sastera lama] tuanku." "peni\n(di Great Britain sejak 1971) duit syiling daripada gangsa yang bernilai 0.01 paun." "peniaram\nsejenis kuih daripada tepung beras dan gula merah, denderam." "peniat\npendiat." "peniau\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nQuercus kunstleri." "pening I\n[Indonesia-Belanda] bulatan daripada timah dan lain-lain yang bercap sebagai tanda sudah membayar lesen anjing dan lain-lain." "pening II\n1.\n sakit kepala, pusing kepala;\n~\n \nkepala\n berasa sakit dan seakan-akan berpusing-pusing;\n\n\n~-~ lalat = ~-~ pikat \nberasa pening-pening sedikit;\n2.\n [kiasan] habis akal (fikiran dan lain-lain), bingung, runsing;\nmemeningkan\n = \n~\n \nkepala \n\n\n1.\nmemusingkan (menyakitkan) kepala;\n2.\n [kiasan] menyebabkan tidak tahu apa yang hendak dibuat, membingungkan, merunsingkan:\n\n\nSharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya;\n kepeningan\n kesakitan kerana pening, rasa pening:\n\n\nubat ini juga berkesan melegakan ~." "pening-pening\nsejenis tumbuhan (pokok), \nQuercus argentata." "penisilin\nantibiotik yang digunakan untuk mengubati pneumonia, gonorea, dan infeksi-infeksi lain yang disebabkan oleh bakteria." "peniti\nsejenis jarum penyemat." "penjajap\n[sastera lama] sejenis kapal perang Bugis:\nkici itu pun ditutuhnya dibuat ~ perang; \nseperti ~ berpaling hendak hilir \n(peribahasa) (perempuan) berjalan keluar rumah dengan hebat dan menarik." "penjan I\nsejenis kuih daripada ubi (pisang) yang dimasak dengan air gula." "penjan II\nmemenjan\n memijak, melanyak, melenjan." "penjara\n1.\n tempat atau bangunan penjenayah dikurung sebagai hukuman, bui, jel, kurungan, terongko, tutupan;\n \n~ besi \n[Kelantan] (dalam) jagaan yang kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi;\n \nhukuman ~ sepanjang hayat \nhukuman penjara yang tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati;\n \nhukuman ~ seumur hidup \nhukuman penjara yang tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pegampunan jika patuh kepada peraturan penjara dan berkelakuan baik);\n2\n. situasi apabila seseorang berasa terperangkap:\npengarang itu tidak akan terlepas daripada ~ pengalamannya;\n memenjarai\n [kiasan] mengongkong, membelenggu:\nsuara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya;\nmemenjarakan\n mengurung penjenayah dan lain-lain dalam penjara:\nPangeran Agung pun dipenjarakan di dalam sebuah kota kecil;\nterpenjara\n dikurung (terkurung) dalam penjara atau seolah-olah seperti dalam penjara:\nramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pada mulanya merupakan orang yang paling bahagia; \nada segolongan orang yang ~ dalam khurafat;\n pemenjaraan\n perihal (perbuatan) memenjarakan, perihal (keadaan) terpenjara:\nsatu lagi bentuk hukuman ialah ~;\nkepenjaraan\n perihal penjara." "penjarang\nsejenis tumbuhan (herba), \nCyathula prostrata." "penjong\nmenganjur keluar." "penjul\nbaki wang yang kecil-kecil." "penjurit\nperajurit." "penjuru I\npojok, sudut;\n \n~ sudut tepat \n(Matematik) penjuru yang luasnya 90." "penjuru II\n1.\n [sastera lama] polis, perajurit;\n2.\n [sastera lama] gagah berani, pemberani." "penologi\n1.\n kajian tentang pengurusan penjara;\n2.\n kajian yang berkaitan dengan hukuman terhadap kesalahan jenayah." "penomah\n[arkaik];\nraja ~ \npemberian kepada bakal mentua." "pensel\n1.\n sejenis alat tulis daripada kayu kecil yang berisi terutamanya grafit, potlot;\n2.\n berus (untuk melukis)." "pensi\n[Minangkabau] sejenis lokan kecil." "pensiun\n[Indonesia-Belanda] pencen, wang sara;\ndipensiun, dipensiunkan\n diberhentikan bekerja dengan diberi wang sara;\npensiunan\n (orang) yang sudah bersara (menerima pensiun)." "pentagon I\n(Matematik) poligon yang mempunyai lima sisi dan lima sudut." "Pentagon II\nIbu Pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat." "pental\nterpental\n terpelanting jauh:\nia jatuh ~ ke tepi jalan." "pentan\n[arkaik] tentu, sah:\npenikamnya belum ~." "pentang\nmementang\n \n1.\n membentang, merentang:\n~ dada;\n~ sayap; \n2.\n menarik:\n~ busar;\n terpentang\n terbentang, terbuka (lebar), terentang:\ndi hadapan kami ~ sebuah jalan yang luas." "pentar\n[arkaik] lemah (suara)." "pentas\n1.\n lantai ( di rumah dan lain-lain) yang ditinggikan untuk tempat tidur (tempat memasak);\n2.\n tempat yang ditinggikan untuk bermain sandiwara dan lain-lain, panggung:\n~ bangsawan; \npresiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; \norang berdendang di ~nya \n(peribahasa) orang berkuasa di rumahnya sendiri;\n pementasan\n perbuatan mementaskan (sandiwara dan lain-lain):\nmenikmati hasil ~ anekawarna." "pentatlon\n(Suk) pertandingan olahraga yang menghendaki setiap pesertanya mengambil bahagian dalam lima acara yang berlainan." "pentil I\n1.\n puting susu;\n2.\n cembul kecil;\n3.\n putik (buah);\nmementil\n menjentik, menyentil, memetik:\nia mencari nafkah dengan jalan menyanyi sambil ~ gitar;\npentilan\n jentikan, petikan." "pentil II\n[Indonesia-Belanda] sejenis alat untuk memasukkan udara (gas) dan menahannya supaya jangan keluar, injap." "penting I\n1.\n amat perlu, sangat berharga (berguna), mustahak:\nyang ~ baginya ialah pengakuan itu; \nperkara yang sangat ~; \n2.\n [arkaik] genting (keadaan), berbahaya, tegang:\nmusim yang ~;\nmementingkan\n memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dan lain-lain), memberatkan, mengutamakan:\nmereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup;\n~ diri sendiri \nmemikirkan hal (keuntungan) diri sendiri;\nkepentingan\n1.\n perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan:\nia sedar akan ~ bandar Melaka; \nbelanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dengan hemat;\n2.\n sesuatu yang penting (dituntut, dihargai dan sebagainya) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat:\nmasing-masing mempunyai ~ diri; \ntugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan;\n~ umum \nkepentingan untuk orang ramai;\n3.\n hak, saham dan sebagainya dalam sesuatu syarikat (harta, perniagaan dan sebagainya):\nbeliau menguasai 52% ~ dalam syarikat tersebut;\nberkepentingan\n mempunyai kepentingan:\ntidak dibenarkan orang yang tidak ~ masuk ke dalam." "penting III\nberpentingan\n berpelantingan." "pentol I\n[Jakarta] cembul." "pentol II\npentolan\n [bahasa percakapan] orang yang terkemuka, jaguh, penganjur:\nseorang ~ sosialis." "pentopan\nrumah (tempat) berjudi, perjudian." "pentung\n= pentungan\n tongkat untuk memukul, belantan;\nmementung\n memukul dengan pentung." "penubal\nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), mengkapas, \nVanilla griffithii." "penuh\n1.\n seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak:\ntong itu ~ lagi berisi minyak; \nbas itu sudah ~;\n~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) \nsangat penuh;\n2.\n banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu):\nkedai itu ~ dengan kain; \n3.\n [kiasan] tidak kurang, cukup:\nkalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; \nmarkah ~; \nsijil ~; \n4.\n banyak (ramai) sekali:\n~lah pasar itu dengan perempuan;\n~ harapan \ndengan berharap sangat;\n \n~ kesedaran \ndengan cukup sedar;\n \n~ perasaan \ndengan seluruh perasaan (hati);\n \n~ sarat \npenuh sekali;\n \n~ semangat \ndengan bersemangat sekali;\nsepenuh\n secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya):\ndiberi keterangan ~nya;\n~ perhatian \ndengan seluruh perhatian;\nmemenuhi\n1.\n mengisi (memuatkan) penuh-penuh:\nair paip itu dibiarkan ~ baldi itu; \n2.\n memadai, memuaskan, mencukupi:\nmengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; \npemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; \n3.\n memuaskan permintaan dan lain-lain, menyampaikan harapan dan lain-lain, mengabulkan:\nsekadar ~ permintaan yang berulang-ulang diucapkan itu; \n4.\n menjalankan (kewajiban dan lain-lain), menepati (janji dan lain-lain), menunaikan, menyempurnakan:\nkita yakin tuntutan-tuntutan yang dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya;\nmemenuhkan\n menyebabkan sesuatu menjadi penuh, menjadikan penuh:\ndia sedang ~ baldi itu dengan air;\nterpenuhi\n sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan)." "penujuh\nsejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, \nIxora chinensis (stricta)." "penumbra\n1.\n (Fizik) kawasan yang sebahagiannya gelap di sekeliling bayang-bayang sesuatu objek legap;\n2.\n (Ast) bahagian luar tompok matahari yang lebih cerah." "penurun\nakar ~ lotong (tupai) \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nGalearia ridleyi." "penyangak\npencuri, penjahat." "penyap\n[arkaik];\nmemenyapkan\n melenyapkan." "penyau\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, upun (Sabah), \nUpuna borneensis." "penyek\nleper (pipih, kemik) kerana terhempap dan lain-lain;\nmemenyekkan\n meleperkan (memipihkan, mengemikkan) dengan menindih dan lain-lain." "penyet\n= \nterpenyet\n penyek:\nsongkok mereka ~-~ oleh berat Quran dan papan rehal." "penyok\n[Jakarta] lekuk pada tin (badan kereta dan lain-lain), kemik." "penyu\nsejenis kura-kura besar yang bertelur banyak;\n jenis-jenisnya:\n~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau;\n~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri \n(peribahasa) keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang." "penyucuk\n[Brunei] kayu palang yang dipasang di antara tiang-tiang rumah untuk meletakkan lantai, rasuk." "penyuk\n[arkaik];\nperenyuk." "penyum\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAgathis alba." "peok\nbengot, herot, piuh (kaki dan lain-lain), kemik (tin, songkok, dan lain-lain)." "peon\nbudak suruhan pejabat, penyelenggara pejabat." "pepah\nmemepah\n \n1.\n memukul dengan tongkat dan lain-lain;\n2.\n [bahasa percakapan] memakan dengan lahap:\napa saja makanan habis dipepahnya." "pepai\nudang ~ \nsejenis udang yang kecil." "pepak I\npenuh, penuh lengkap:\nmeja itu ~ dengan lauk-pauk; \npenuh ~ \npenuh sekali;\nsepepak\n selengkap, semuanya." "pepak II\nmemepak\n memamah, mengunyah." "pepaku\nburung ~ \nsejenis burung, burung cerewet, burung duit-duit, \nSarcogrammus atrinuchalis." "pepanggil\npanggil\n\u2013\npanggil." "pepara\nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, \nRhynchospora corymbosa." "peparam\nparam, param-param." "pepare\n~ kurung \n[Jawa] sejenis tumbuhan (rumpai), \nCardiospermum halicacabum." "peparu\nparu-paru." "pepas\nsejenis kail (pancing), mata kail;\nmemepas\n memancing, mengail;\n \n~ dalam belanga \n(peribahasa) mencari keuntungan daripada keluarga atau kawan sendiri." "pepasang\nsejenis tumbuhan (herba memanjat), \nCoccinia indica." "pepat\nrata kerana dikerat (dipenggal dan lain-lain), dempak:\ngiginya yang tidak ~ itu berceranggah-ceranggah;\ntiga hari ~ \n[Minangkabau] tiga hari betul (genap);\n~ di luar rencong (pancung) di dalam \n(peribahasa) baik pada lahirnya tetapi hatinya jahat;\nmemepat\n1.\n mengerat untuk diratakan, memangkas, mendabung, meratakan:\nkumisnya dipepat menurut aturan orang soleh-soleh; \n2.\n memaras (beras dalam sukatan dan lain-lain)." "pepatah\nsejenis peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dan lain-lain, bidal;\n \n~ adat \nperkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat;\n \n~ dan petitih \nberbagai peribahasa;\nberpepatah\n menyebut (memakai) pepatah:\npandai benar kanda ~; \npematah." "pepatil\npatil;\n \nturun ijuk turun ~ \n(peribahasa) barang yang dibeli hendaklah dibayar sekali." "pepauh I\nbuah yang berisi tebal dan berbiji." "pepauh II\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Rutaceae, cabang tiga, leban nasi, pauh-pauh (Sabah), \nEuodia spp\n." "pepaya\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), betik, \nCarica papaya." "pepayang\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nHodgsonia capniocarpa." "pepe I\n[Jakarta] sejenis penganan daripada pisang dan tepung." "pepe II\n[Indonesia] ;\n \nkain ~ \n[bahasa percakapan] sejenis kain, kipar." "pepe III\n[Jawa];\npepean; \ntembakau ~ \ntembakau yang dijemur." "pepeh\n[Kelantan] pipih." "pepejal\nbenda yang mempunyai bentuk yang tidak berubah-ubah, benda padat." "pepek\npertaruhan luar daripada pertaruhan biasa (dalam permainan dobolo)." "pepenjuru\n(Matematik) garisan lurus yang menghubungkan dua penjuru yang bersetentangan." "peper\n[arkaik];\nmemeper\n menyimpang daripada halanya (perahu dan lain-lain)." "peperai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAporosa symplocoides." "pepermin\n1.\n sejenis pudina;\n2.\n gula-gula yang berperisa pudina." "pepes\n= \npepesan\n sejenis lauk daripada ikan dan lain-lain yang dirempahi dan dibakar dalam daun pisang, pais." "pepet\n[Jawa] [arkaik];\nmemepet\n mendesak, menghimpit;\nkepepet\n terdesak, terhimpit." "pepet I\n(Linguistik) bunyi vokal e." "pepet II\n[Jakarta]\n1.\n buntu, tertutup;\n2.\n [kiasan] tidak ada jalan lain, habis (hilang) akal, habis ikhtiar." "pepijat I\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Rosaceae, kelanus (Sabah), \nPrunus spp\n." "pepijat II\n(Komputer)\n1.\n kesilapan yang terdapat dalam perisian, sistem atau perkakasan komputer;\n2.\n peranti elektronik yang tersorok di tempat tertentu untuk menangkap perbualan orang secara rahsia, seperti dalam pengintipan;\n \n~ alaf \ngangguan terhadap perisian atau sistem komputer yang dijangka berlaku akibat perubahan tarikh apabila bermulanya abad ke-21 sehingga boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah." "pepina\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nHiptagesericea." "pepinang\nsejenis tumbuhan (rumpai), lancung, \nLeptaspis urceolata." "pepindan\n[Jawa] persamaan (berkenaan (dengan) metafora)." "pepisang\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAlphonsea maingayi; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nUvaria purpurea." "pepsin\nenzim di dalam perut yang mengubah protein kepada pepton." "pepsinogen\n(Biologi) bahan pemula tak aktif bagi pepsin yang terdapat di dalam mukosa perut." "peptida\n(Biologi) sebatian yang terbentuk daripada dua asid amino atau lebih, yang dihubungkan oleh ikatan peptida." "peptidase\n(Biologi) enzim yang memangkinkan hidrolisis peptida kepada asid amino dan terdapat di dalam usus kecil." "pepton\nsejenis bahan yang merupakan hasil daripada tindakan pepsin ke atas protein (dalam perut)." "pepuah\nkeriting (rambut)." "pepuju\n[Jakarta] kandung, peranakan." "pepulut\nsejenis tumbuhan (pokok renek), pulut-pulut, \nUrena lobata." "pepunden\npepundi\n [Jawa] junjungan, pujaan, tangkal, (azimat dan lain-lain) yang sangat dihormati." "pepura\n[arkaik] pura-pura." "peputut\n[arkaik] [sastera lama] murid dari pertapa (pendeta)." "pepuyu\nsejenis ikan;\npuyu." "per I\ndibahagi dengan (dalam kata majmuk yang menunjukkan angka pecahan);\n \nsatu ~ tiga\n satu dibahagi tiga (1/3);\n \ntiga ~ empat \ntiga dibahagi empat (3/4);\nseperdua\n satu dibahagi dua." "per II\ntiap-tiap:\nsatu ~ satu; \nlima batu ~ minit." "per III\n[Indonesia-Belanda] spring, pegas;\nberper\n memakai per (spring)." "per IV\n[Indonesia-Belanda] mentol lampu elektrik;\nperabot\n = \nperabotan\n [Jawa] alat perkakas;\n \n~ mobil \nalat-alat bahagian kereta;\n \n~ rumah \nperkakas rumah (kerusi, meja, dan lain-lain);\n \n~ tukang kayu \nalat perkakas tukang kayu." "per kapita\nbagi setiap orang atau penduduk (berdasarkan kiraan purata):\npendapatan ~ dijangka lebih tinggi pada tahun 1995." "per se\n(Latin) itu sendiri (ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa sesuatu itu dipertimbangkan atas sifatnya sendiri, bukan berdasarkan hubungannya dengan perkara lain):\nkajian ini bukan membabitkan satira ~ seperti yang ditegaskan pengkaji; \ntransformasi budaya yang dimaksudkan hendaklah mencakupi transformasi dalam bidang kebudayaan ~." "perabu\n[sastera lama] panggilan kepada raja;\n \nsang ~ \nbaginda;\nkeperabuan\n kerajaan (kebesaran)." "perabung\n= perabungan\n atap penutup bumbung rumah;\n \n~ lima bentuk \nberbentuk limas (rumah)." "peracit\nsejenis tumbuhan (pokok renek) tanduk-tanduk, puding hutan, \nErvatamia malaccensis." "peracut\npecah (bisul)." "perada I\nsejenis serbuk berwarna emas (perak dan sebagainya) digunakan sebagai perhiasan (membuat tulisan dan lain-lain);\n \n~ telepuk \nbunga-bungaan daripada perada." "perada II\n[arkaik] perarakan barisan tentera." "peragat\n[Minangkabau] [arkaik] tanda-tanda kebesaran raja." "peragawan\nlelaki yang memperagakan (mempamerkan) pakaian dan lain-lain yang dipakainya." "peragawati\nperempuan yang memperagakan (mempamerkan) pakaian dan lain-lain yang dipakainya." "perah I\nmemerah\n memicit dan lain-lain untuk mengeluarkan air (susu dan lain-lain), memeras:\n~ kain;\n~ susu lembu;\n~ keringat \nbekerja dengan kuat;\n \n~ otak \nbelajar dengan kuat, berfikir dengan bersungguh-sungguh;\nmemerahkan\n memerah untuk:\ndia ~ ibunya santan untuk dibuat bubur;\nperahan\n1.\n hasil daripada memerah (air, susu, dan lain-lain);\n2.\n binatang dan lain-lain yang diperah:\nlembu ~;" "perah II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nElateriospermum tapos;\n~ ikan \nsejenis tumbuhan (pokok), ara bukit, lindung matahari, medung, pokok perut budak, \nPimeleodendron griffithianum;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), \nElaeocarpax mastersii; \nakar ~ bentuk \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar saga molek, \nLettsomia maingayi." "perahu\nsejenis kenaikan (daripada kayu dan lain-lain) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar;\n~ jalur\n sejenis perahu yang dibuat daripada sebatang kayu yang dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk seperti perahu;\n \n~\n \nkura \nsejenis kapal perang lama;\n \n~ lading \nperahu yang kecil panjang dibuat daripada sebatang kayu;\n \n~ layar \nperahu yang memakai layar;\n \n~ mayang (payang, pemayang, pukat) \nperahu untuk memukat di laut;\n \n~ som\n sejenis perahu perang yang kecil dan laju;\n~ bertambatan, dagang bertepatan \n(peribahasa) teratur dan kena pada tempatnya (perdagangan);\n \n~ papan bermuat intan \n(peribahasa) sesuatu yang tidak layak diperjodohkan;\n \nibarat ~ takkan karam sebelah \n(peribahasa) dua orang yang bersyarikat dan lain-lain jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua-duanya;\n \nterlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik \n(peribahasa) sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati-hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik;\nberperahu\n menaiki perahu:\nmereka lari ~." "perai I\nberperai-perai\n bercerai-berai, berderai-derai, berpisah-pisah;\nmemerai\n menumbuk dan lain-lain supaya bercerai-cerai (berderai-derai), mencerai-beraikan, memisah-misahkan." "perai II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n hari cuti, libur;\n2.\n tidak payah membayar, percuma." "perai III\nmembuang ~ \n= \nberperai-perai\n mengemudikan kapal (layang-layang dan lain-lain) ke kiri dan ke kanan, berpal-pal." "perai IV\nbawang ~ \nsejenis bawang, \nAllium porrum." "perai V\nkain ~ \nkain sutera hitam yang ditenun berbunga-bunga." "peraja\n[kata seru] sejenis pantang larang selepas berkahwin." "perajurit\n1.\n anggota tentera, askar, serdadu;\n2.\n [Indonesia] pangkat terendah dalam angkatan tentera, prebet;\n3.\n [sastera lama] gagah dan berani;\nkeperajuritan\n perihal perajurit, kepahlawanan, ketenteraan." "perak I\n[Kelantan];\nmasin ~ \nterlampau masin." "perak II\n[Kelantan];\nmemerak\n menyimpan (meletakkan) barang-barang dan lain-lain dengan tidak teratur dan lain-lain." "perak III\n[Kedah] hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dan sebagainya." "perak IV\n1.\n sejenis logam yang berwarna putih dan berkilat (digunakan untuk membuat perhiasan duit dan lain-lain):\nmangkuk ~; \nwang ~; \n2.\n = \nperakan\n wang rupiah:\ndia meminta sekeping surat keterangan dengan bayaran beberapa ~ sahaja;\nkeperakan, keperak-perakan\n warna putih kekelabuan yang terang atau berkilau:\n biru ~." "Perak V\nnegeri di barat daya Semenanjung, keluasan 20 668 km2, Ipoh sebagai ibu negeri." "peraka\nruang di geladak kapal tempat memuat barang-barang dan lain-lain;\n= palka." "peram I\nberperam\n [kiasan] selalu tinggal di rumah sahaja;\nmemeram\n1.\n menyimpan buah-buahan dan lain-lain (dengan membungkusnya dan lain-lain) supaya lekas masak:\n~ pisang; \n2.\n [kiasan] menyuruh tinggal di rumah sahaja, memingit, mengurung;\n 3.\n [kiasan] menyimpan, memendam (perasaan):\nbertahun-tahun Mamat ~ dendam;\n~ hati \nki menyimpan perasaan dalam hati;\n \nyang seorang ~ batu, yang seorang ~ pisang \n(peribahasa) yang seorang dapat menunggu tetapi yang seorang tidak;\nterperam\n [kiasan] dipendam atau tersimpan dalam hati:\nmengeluarkan segala yang ~;\n peraman\n buah-buahan (tapai dan lain-lain) yang diperam;\npemeraman\n perbuatan memeram." "peram II\nmemeram\n berbunyi (burung merpati dan lain-lain), mendekut." "peran I\n1.\n pemain sandiwara;\n2.\n pelawak dalam pertunjukan makyung, badut;\n3.\n topeng pelawak;\nmemerankan\n melakonkan peranan:\njadi bung minta aku ~ bahagian-bahagiannya?\nperanan\n1.\n pemain sandiwara, pelawak;\n2.\n bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yang dipegang:\nbahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sebagai bahasa Kebangsaan yang tunggal;\n berperanan\n mempunyai peranan, memainkan (memegang) sesuatu peranan:\ndalam hal ini guru ~ sebagai penasihat saja." "peran II\n1.\n kayu yang menyambung sebelah atas tiang rumah dan tempat melekatkan kasau-kasau;\n2.\n bahagian atas alang yang berlantai untuk menyimpan barang dan lain-lain:\nperkakas tembaga itu berlaga sesama sendiri apabila diturunkan dari atas ~ rumah." "perancah I\nkayu (buluh dan lain-lain) yang dipasang sebagai rangka untuk tumpuan dan lain-lain semasa mendirikan rumah (membuat tembok dan lain-lain), aram-aram:\nketika angkatan kami memanjat ~ itu untuk masuk ke kota Melaka, kami dihujani oleh peluru-peluru." "perancah II\n[Minangkabau];\n~ gulai \ncampuran gulai;\n= perencah." "perancit, perancut\n= pancit I" "peranda\nporak-~ \nberserak-serak, bercerai-berai." "perang I\n1.\n perkelahian (pertempuran dan lain-lain) dengan menggunakan senjata antara negeri dengan negeri dan lain-lain:\n~ antara kedua-dua negeri itu tidak berkesudahan; \npecah ~ \na) mulai terbit perang;\n b) [sastera lama] kalah perang;\n2.\n [kiasan] perbuatan beradu tenaga (kekuatan dan lain-lain), pergaduhan, perjuangan:\ntimbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu; \n3.\n [bahasa percakapan] = \nberperang\n bertempur;\n \npergi ~ \npergi bertempur;\n~ asabat = ~ (urat) saraf \nperang tidak bertempur (hanya baharu saling menggertak, menakuti, dan lain-lain), usaha untuk melemahkan musuh dengan menunjukkan moralnya;\n \n~ asap \nlatihan perang;\n \n~ atom \nperang dengan menggunakan senjata-senjata atom;\n \n~ besar \nperang yang lama dan hebat;\n \n~ biologi\n perang yang menggunakan virus atau kuman penyakit untuk memusnahkan manusia, tanaman dan sebagainya;\n \n~ dingin \na) perang secara saling menggertak (belum menggunakan senjata lagi untuk menyerang dan sebagainya);\n b) [bahasa percakapan] bergaduh dengan tidak bercakap (suami isteri dan lain-lain);\n \n~ dunia \nperang yang besar antara beberapa buah negara besar di dunia;\n \n~ ekonomi \npermusuhan atau persengketaan yang melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (seperti penyekatan eksport dan import barang dan lain-lain) dengan tujuan hendak menghancurkan pihak musuh;\n \n~ gerila \nperang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan (secara bersembunyi);\n \n~ harga \npersaingan harga yang sengit untuk menguasai pasaran antara firma-firma dalam industri yang sama, dengan menurunkan harga barangan masing-masing serendah yang mungkin;\n \n~ kilat \nperang yang dilakukan dengan pantas dan mengejut supaya lekas habis;\n \n~ kimia \nperang yang menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sebagai senjata;\n \n~ konvensional \nperang biasa yang tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi;\n \n~ mendada = ~ tanding(an) \nperang (pergaduhan) seorang melawan seorang;\n \n~ mulut (bicara) \nbertengkar dengan menggunakan (mengeluarkan) kata-kata yang keras dan kasar, saling berbantahan;\n \n~ nuklear \nperang yang melibatkan penggunaan senjata nuklear;\n \n~ paderi \nperang antara kaum Islam dengan kaum adat (yang dibantu oleh Belanda di Sumatera Barat pada tahun 1821-1837);\n \n~ pena \npertengkaran (polemik) melalui tulisan di akhbar dan lain-lain;\n \n~ sabil \nperang untuk mempertahankan agama Islam;\n \n~ salib \nperang untuk membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian);\n \n~ (urat) saraf \nperang (persengketaan) setakat gertak-menggertak dan ancam-mengancam sahaja tanpa benar-benar serang-menyerang dengan senjata;\n \n~ saudara = ~ sipil \n[Indonesia] perang antara orang-orang yang sebangsa (atau antara puak-puak) dalam sesebuah negara;\n \n~ terbuka \nperang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang gerila);\n~ bermalaikat sabung berjuara \n(peribahasa) kita berusaha tetapi Tuhan yang menentukan berjaya atau tidak;\n \nkalau tak takut akan mati tak sedunia ~\n (peribahasa) dikatakan tentang pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang;\nperang-perangan\n1.\n latihan berperang;\n2.\n permainan berperang;\nberperang\n melakukan perang, berjuang, bertempur:\nmereka ~ untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka;\nberperangan\n saling berperang:\n umat manusia kembali ke zaman kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan;\n memerangi\n1.\n berperang dengan, berperang melawan:\nsenjata itu sekarang digunakan pula untuk ~ rakyat Indonesia; \n2.\n melawan, membasmi, menghapuskan:\nfaham-faham yang berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan;\n memerangkan, memperperangkan\n1.\n merebuntukan sesuatu dengan berperang, berperang untuk;\n2.\n memperlagakan (mengadu) supaya berperang;\npeperangan\n perang, perjuangan, pertempuran;\n \nmedan ~ \nmedan (tempat) berperang." "perang II\nmerah yang kehitam-hitaman (kekuning-kuningan):\nparasnya memang menarik dengan rambutnya yang ~;\n keperang-perangan\n agak perang." "perangai\n1.\n kelakuan, tingkah laku:\ndia tahu ~ isterinya; \n2.\n tabiat, budi pekerti, watak:\n~nya jahat;\n berperangai\n1.\n mempunyai perangai, berkelakuan:\npekerja yang ~ baik; \n2.\n berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah." "perangan\n[Kelantan] buluh dan lain-lain untuk mengapit ikan (daging dan lain-lain) yang dipanggang, pemanggangan." "perangat\nmemperangat\n memanaskan semula nasi (gulai dan lain-lain) yang telah sejuk." "peranggang\nayam ~ \nayam panggang." "peranggu\nbeberapa benda dan lain-lain yang menjadi kesatuan yang lengkap, set;\nseperanggu, seperangguan\n selengkap (pakaian dan lain-lain)." "perangkap\n1.\n alat untuk menangkap (kancil, harimau, dan lain-lain), jebak:\nkami ke hutan menahan ~; \n2.\n [kiasan] tipu muslihat untuk memperdaya dan lain-lain orang:\nFirdaus pasti masuk ~ Israel kali ini; \naku terkurung dalam ~ serba salah;\n \n~ laju \nsistem yang digunakan oleh pihak polis untuk mengesan pemandu kenderaan (kereta dan sebagainya) yang memandu melampaui had laju yang dibenarkan di jalan raya tertentu;\n \n~ maut \nsesuatu (bangunan, tempat, keadaan dan sebagainya) yang berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang;\nmemerangkap\n1.\n menangkap orang dan lain-lain dengan perangkap, menjebak;\n2.\n [kiasan] menipu, memperdaya:\nhatinya ragu-ragu Dang Kenanga datang hendak ~nya dan membuat fitnah;\n terperangkap\n1.\n kena perangkap, terkurung, tertangkap\n: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yang ~ dalam lombong;\n2.\n terpedaya, tertipu:\nAini sedar bahawa dirinya benar-benar ~." "perangkat\nseperangkat\n selengkap (pakaian dan lain-lain), seperangguan." "perangkawan\norang yang pakar atau berpengetahuan tentang (ilmu) perangkaan, ahli perangkaan, ahli statistik." "perani\npadang yang berbentuk bundar dengan tempat penonton ditinggikan di sekelilingnya (seperti tempat sarkas)." "peranjat\nmemeranjatkan\n menjadikan terkejut (kaget), mengagetkan, mengejuntukan:\ntiba-tiba ia tersentak bangun seakan-akan ada sesuatu yang ~nya;\nterperanjat\n kaget, terkejut:\npengemis itu ~ dan kagum;\n keterperanjatan\n perihal atau keadaan terperanjat:\nada yang mati kerana sakit teruk, atau mengalami ~ yang amat sangat." "peranti\n1.\n alat, perkakas, pesawat:\ntatacara dan ~ optometri moden dapat membantu supaya pelihatan yang baik dapat dikekalkan; \n2.\n syarat;\n3.\n buat, bagi, untuk." "perantis\norang yang bekerja dengan tujuan untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang:\ndia menjadi ~ di sebuah kedai dapur arang;\n perantisan; \nlatihan ~\n latihan sebagai seorang perantis (untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran);\nkeperantisan\n latihan dan kerja sebagai perantis:\ndia berjaya menamatkan ~ selama enam tahun." "peranyak\n[Minangkabau] [arkaik];\nterperanyak\n terjatuh atau terduduk di kerusi dan lain-lain kerana terkejut dan lain-lain:\nEngku menteri telah hilang kekuatannya dan ~ di atas kerusi; \nperenyak." "perap I\n[arkaik]\n;\n \nmemerap\n mengepak-ngepakkan (mengirai-ngiraikan) sayap, menggelepar (ayam, itik, dan lain-lain)." "perap II\nmemerap\n \n1.\n mengurung (menyembunyikan) diri dalam rumah dan lain-lain (tidak keluar-keluar):\ndia ~ sahaja di rumah; \n2.\n membiarkan daging, ikan dan sebagainya yang telah digaul dengan bahan yang terdiri daripada sos, garam, rempah dan sebagainya, untuk beberapa waktu sebelum dimasak:\n~ daging ayam itu beberapa jam atau semalaman;\n~ diri \nmemerap;\n \nterperap\n1.\n tertahan, tidak terurus, tertumpuk (surat dan lain-lain);\n2.\n terkurung, terpendam:\ndia lebih suka ~ di dalam biliknya;\n perapan\n sesuatu (seperti ayam, daging, sotong dan sebagainya) yang diperap, hasil memerap:\n~ itu direbus selama 3 jam sehingga masak;\npemerapan\n perihal (perbuatan atau proses) memerap:\n~ daging itu sekurang-kurangnya dua jam;\npemerap\n1.\n (orang) yang bertabiat suka memerap:\nsi anak akan berasa tersinggung, jauh hati, lalu menjadi kanak-kanak yang ~; \n2.\n bahan yang terdiri daripada rempah, herba, minyak, cuka dan sebagainya yang digaulkan pada daging, ikan dan sebagainya, dan dibiarkan menyerap beberapa waktu sebelum dimasak untuk menambah rasa dan melembuntukan daging, ikan dan sebagainya." "perap III\n[Kedah];\nmemerap\n meminta sesuatu dengan memaksa (kanak-kanak), merengek untuk mendapatkan sesuatu." "perapat\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Sonneratiaceae, berembang, gedabu, redada dan perapat laut (Sabah), \nSonneratia spp\n." "perapatan\n[Jawa] simpang empat." "peras I\nmemeras\n \n1.\n memerah:\n~ kelapa;\n~ keringat \nki bekerja keras;\n \n~ otak \nki berfikir (belajar) bersungguh-sungguh;\n2.\n mengambil keuntungan yang berlebih-lebihan daripada orang, menindas:\nmereka sudah mengetahui bahawa orang tengah itulah yang selama ini ~ mereka;\n~ tenaga \nmembanting tulang;\n \n~ tenaga orang \nmembuat orang bekerja untuk keuntungan sendiri;\n3.\n = \nmemeras ugut;\nperasan\n hasil memeras, perahan;\npemerasan\n perbuatan memeras, pemerahan:\nsaya berazam akan merampas segala hak mereka yang didapati dengan ~ itu;" "peras II\n[Minangkabau]\n1.\n licin;\n2.\n rata;\n= paras II." "peras ugut\nkegiatan meminta wang, barang kemas, dan lain-lain secara paksa (dengan ugutan, ancaman): \nkejadian ~ menjadi-jadi di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini;\n memeras ugut\n meminta wang, barang kemas, dan lain-lain dengan mengugut (mengancam) secara paksa:\nsamseng-samseng itu ~ pekedai untuk mendapatkan duit;\n pemeras ugut\n orang yang melakukan peras ugut." "perasan I\nsedar (akan berlakunya atau adanya sesuatu);\n \ntidak ~ \ntidak sedar (nampak):\ntak ~ aku bila dia meletakkan dulang yang berisi air dan kuih itu." "perasan II\n[Kedah]\n1.\n megah, berasa bangga;\n2.\n agak." "perasat\n[Indonesia] kecekapan memegang, pegangan;\n \npersalinan ~ \n[Indonesia] perihal melahirkan anak dengan menggunakan perkakas (tidak seperti biasa)." "Perasman\nPerancis." "perasukan\n[arkaik] pasukan." "perat I\n[arkaik]\n1.\n tengik baunya (seperti bau minyak kelapa yang sudah disimpan lama);\n2.\n masam, kelat (buah dan lain-lain);\nhancing ~ \n[Kelantan] terlalu hancing;\n \nmasam (masin, pahit) ~ \n[Kelantan] terlalu masam (masin, pahit);\n \nterung ~ \nsejenis terung yang kecil." "perat II\n[Kelantan];\n perat-perat\n bunyi seperti bunyi tapak kasut orang berjalan." "perat III\n[Kelantan];\nmemerat\n memagut (berkenaan (dengan) ayam):\nanak ayam diperat ibunya." "perat IV\n[Kelantan];\n~-taka \nentah ke mana-mana, jauh;\n \npergi ~-taka \npergi entah ke mana-mana (jauh sekali)." "perata\nroti ~ \nroti canai." "perau\n[Perak] perahu." "perawan\n1.\n anak dara, gadis:\nRamli ingin mengetahui adakah ia ~ atau janda, atau sudah menjadi isteri orang;\n~ tua \nanak dara tua;\n2.\n belum berkahwin (gadis), belum hilang dara:\nia masih ~; \nsudah hilang ~nya \nsudah hilang daranya;\nkeperawanan\n perihal perawan, kegadisan, kesucian:\nkalau terlalu bebas bergaul dengan lelaki orang akan meragukan ~nya." "perawas\nsejenis tumbuhan (pokok), medang asam (penang), \nLitsea penangiona." "perawis\n[sastera lama] berbagai-bagai bahan (ramuan) yang diperlukan untuk sesuatu." "perbal\n[Indonesia-Belanda] = \nproses ~ \nlaporan (keterangan) yang jelas mengenai sesuatu perkara (perbicaraan di mahkamah dan lain-lain), berita acara;\ndiperbal\n dibuat perbal (laporan) mengenai sesuatu perkara (perbicaraan)." "perban\nkain pembalut (luka dan lain-lain):\nhampir seluruh kepalanya terbungkus ~ putih;\n~ kasa \nperban daripada kain kasa (yang jarang-jarang tenunannya);\nmemerban\n membalut (luka dan lain-lain):\nperutnya telah diperban dengan kain putih tetapi bekas darahnya yang sudah kering masih kelihatan." "perbani\nair ~ \npasang yang paling tinggi atau surut yang paling rendah;\n \nbulan ~ \nbulan yang belum penuh (makin hari makin besar), bulan muda;\n \npasang ~ \npasang yang paling besar (tinggi)." "perbatin I\nBatin II." "perbatin II\n[sastera lama] penghulu adat." "perbawa\n[Jawa]\n1.\n pengaruh;\n2.\n [arkaik] kewibawaan." "perbegu\nkafir." "perbek\n[Kelantan] kayu pemukul bola (dalam sejenis permainan)." "perca I\nkepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan dan lain-lain, reja (carik) kain:\ndia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya." "perca II\ngetah ~ \nsejenis getah, getah taban." "perca III\nlintah ~ \nsejenis lintah yang besar, \nHirundinaria javanica." "percaya\n1.\n = \n~\n \nakan (kepada) \nmengakui (menerima, yakin) akan benarnya (adanya dan lain-lain) sesuatu:\n~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; \norang Islam wajib ~ kepada Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; \n2.\n = \n~\n \nakan (kepada) \nyakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dan lain-lain orang), pasti dapat berbuat sesuatu (akan terhasilnya sesuatu):\naku ~ kepada kau, aku tahu bahawa kau jujur; \nia ~ cita-citanya akan tercapai; \nundi tidak ~ \nundi (dalam mesyuarat, parlimen, dan lain-lain) untuk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dan lain-lain seseorang (sesebuah parti) yang berkuasa;\n~ angin lalu \npercaya kepada kata-kata atau khabar yang belum pasti benar atau tidaknya;\nmempercayai\n1.\n mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dan lain-lain) sesuatu, menerima sebagai benar kata-kata dan lain-lain orang:\nia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; \nsenapang tersebut dipercayai telah dicuri daripada seorang pengawal kampung; \n2.\n menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dan lain-lain):\ndatuk penghulu itu seorang yang dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya;\n percaya-mempercayai\n saling mempercayai:\nperasaan tidak ~ antara satu sama lain;\n mempercayakan\n menyerahkan atau meninggalkan dengan sepenuh keyakinan (supaya dijaga dan lain-lain), mengamanatkan:\ntanah dan rumah yang baru dibelinya itu dipercayakan kepada orang yang menyewa rumahnya;\n kepercayaan\n1.\n keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dan lain-lain) sesuatu, iman, iktikad:\nada ~ yang mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; \nkerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dan sebagainya;\n~ kuno \nkepercayaan kepada yang kuno (kolot);\n2.\n sesuatu yang dipercayai (diyakini, diterima sebagai benar, dan lain-lain);\n \nsudah jadi ~ yang turun-temurun \nsudah jadi sesuatu yang dipercayai turun-temurun;\n3.\n keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dan lain-lain) orang;\n \n~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; \nkerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi;\n~ akan (kepada) diri sendiri \nkepercayaan (keyakinan) pada kebolehan diri sendiri;\n \nmosi ~ \n[Indonesia] usul (dalam parlimen dan lain-lain) untuk menegaskan keyakinan pada kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah;\n \nsurat ~ \nsurat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dan lain-lain yang dinyatakan);\n4.\n boleh dipercayai, amanah (jujur dan lain-lain):\nini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; \n5.\n orang yang dipercayai (diamanahkan sesuatu):\nperkara itu diserahkan kepada ~nya;\n berkepercayaan\n mempunyai kepercayaan\n;\n ketidakpercayaan\n perihal (atau keadaan) tidak percaya:\n telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yang berkenaan." "percik\ntitik-titik air dan lain-lain yang berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dan lain-lain), recik, renjis;\nberpercikan\n berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (berkenaan (dengan) benda cair seperti air dan lain-lain):\nair hujan dari bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~;\n memercik\n menghambur ke sana sini (untuk titik air dan lain-lain):\nkereta itu berjalan dengan laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; \nombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara;\n memerciki\n menaburkan titik-titik air kepada, merenjisi:\nbaju yang hendak diseterikanya itu dipercikinya dengan air;\n memercikkan\n menyebabkan berpercikan (air dan lain-lain), merenjiskan:\nseorang lepas seorang ~ air mawar pada kedua-dua pengantin yang sedang bersanding; \nkain yang dipercikkan dengan air emas \nkain yang disulam dengan air emas;\nterpercik\n1.\n kena percik (air dan lain-lain):\ntepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; \n2.\n memercik, keluar menghambur:\nair di dalam bekas itu ~ bajunya;\n percikan\n1.\n sesuatu yang memercik (air dan lain-lain), renjisan:\nsudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; \nluka matanya kerana termasuk ~ karat; \n2.\n fikiran (perasaan, sinar, dan lain-lain) yang tiba-tiba timbul atau memancar:\nbeberapa ~ telah terbit dalam fikirannya; \nkelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar;\n pemercik\n alat yang digunakan untuk memercikkan air dan sebagainya." "percis\n[bahasa percakapan] persis." "percit\nmemercit, terpercit\n \n1.\n keluar memancut (darah, nanah, dan lain-lain);\n2.\n memercik, keluar menyembur sedikit-sedikit." "percul\nterpercul\n terpacul, tersembul." "percuma\n1.\n tidak ada faedahnya (gunanya, hasilnya), sia-sia:\nguru tidak harus membuang masa dengan ~;\n~ sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu; \n2.\n (dengan) tidak meminta bayaran:\ntidak seorang pun mahu bekerja ~ sahaja, semua menuntut upah; \n3.\n diperoleh dengan tidak perlu membayar, tidak dikenakan bayaran:\npemenang peraduan tersebut diberi tiket ~ untuk melancong ke Tokyo; \npekerja-pekerja diberi gaji yang agak rendah tetapi diberi makan ~; \ncuma I." "percung\n[Terengganu] sengaja:\nSemek ~ mencari alasan kelahi dengan suaminya." "perdah I\ntangkai (pegangan) beliung." "perdah II\ntirai, tabir." "perdah III\n[Kelantan], [Terrenganu] tulang ikan yang bercabang tiga." "perdak\n[Kelantan];\nmemerdak\n mengisi hingga penuh (seperti mengisi kekabu dalam bantal)." "perdana\n1.\n yang terutama;\n \nP~ Menteri \nketua menteri sesebuah negara (mengepalai jemaah menteri);\n2.\n yang mula-mula, yang pertama (sekali);\n \npertunjukan (tayangan) ~ \ntayangan (filem) yang pertama kali;\n3.\n [sastera lama] bendahara." "perdata I\npengadilan:\nsegala tindak pidana dan ~ tersimpul dalam beberapa perkara; \nhukum ~ \n[Indonesia] undang-undang yang menentukan hak serta harta benda dan perhubungan antara orang dan lain-lain." "perdata II\n[Jakarta]\n1.\n hati-hati, ingat-ingat, jaga-jaga, teliti;\n2.\n memerhatikan, mempedulikan, menghiraukan." "PERDAUS\nakronim bagi Persatuan Pelajar-Pelajar Ugama Dewasa Singapura." "perdeo\nperdio\n [bahasa percakapan] (dengan) percuma, tidak dikenakan bayaran;\n \nhotel ~ \n[Indonesia], [bahasa percakapan] penjara." "perdom\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kata makian;\ndiperdom, diperdomi\n dimaki-maki, dimarahi." "perdu I\n1.\n kelompok pokok (buluh dan lain-lain), rumpun:\ndigenggamnya serumpun padi dan dicabutnya berderai jatuh tanah daripada ~nya; \n2.\n pangkal pokok:\nia menyandarkan basikalnya pada ~ membacang." "perdu II\nberperdu\n berasas:\n kehidupan mereka tidak lagi ~ kepada tradisi dan peradaban Islam." "pere\n[Kelantan] sejenis kain yang halus (lembut)." "peredus\nterperedus\n buncit (perut), gendut." "pereh\nterpereh-pereh\n terlalu letih (tidak berdaya), terhuyung-hayang (kepenatan)." "perek\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kata makian." "perekik\n[Indonesia]\n1.\n tendangan bebas oleh suatu pasukan terhadap pasukan lawannya yang telah melakukan kesalahan (dalam permainan bola sepak);\n2.\n [bahasa percakapan] melanggar peraturan, berlaku kurang sopan." "perem\n[bahasa percakapan] pemidang (bingkai) untuk gambar dan lain-lain:\ngambar itu dibubuh ke dalam ~ dan digantung di dinding biliknya;\n berperem\n dibubuh atau dimasukkan di dalam perem (berkenaan (dengan) gambar foto, lukisan dan sebagainya):\nada beberapa keping gambar ~ yang menarik perhatiannya;\n memperemkan\n diberi berperem." "perempuan\n1.\n wanita, lawan laki-laki:\n~ itu isteri dia; \nraja ~ \npermaisuri;\n \npenyakit ~ \npenyakit sifilis;\n2.\n isteri:\n~nya orang Minangkabau;\n~ gatal \nperempuan yang suka akan laki-laki;\n \n~\n \njahat =~ jalang \npelacur;\n \n~ joget \nperempuan penari joget;\n \n~ jungkat \nperempuan gatal;\n \n~\n \nsimpanan\n perempuan yang dijadikan teman untuk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah;\n~ melangkahi ular tiada lepas \n(peribahasa) perihal kelemahan perempuan;\n \nbagai bunyi ~ di air \n(peribahasa) sangat bising (riuh-rendah);\nkeperempuanan\n perihal sifat perempuan:\nkelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yang nyata tentang isi hati ~nya." "perenang\ncentang-~ = simpang-~ \nberantakan;\ncentang I, simpang." "perencah\n= \n~\n \ngulai \ncampuran gulai (bahan penyedap gulai)." "perendeng\n[Kelantan] menunjuk-nunjukkan (memegah-megahkan) sesuatu yang dimiliki." "perengat\n~ kering \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar kani (meranang), ara lumut, gurah peria, tukul-takal, \nCroton caudatum." "perengau\nterperengau\n terbuka lebar (luka, pintu, dan lain-lain), besar (luas) lubangnya:\nasap rokoknya keluar daripada lubang hidungnya yang ~ itu." "perenggan\n1.\n batas, perhinggaan, sempadan:\npergaulan bebas haruslah ada ~nya;\n~ negeri \nsempadan negeri;\n2.\n had, takat:\napabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; \n3.\n bahagian daripada muka atau bab dalam buku (rencana dan lain-lain) yang terdiri daripada beberapa baris, paragraf:\ntiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; \nsyarat-syarat yang diperlukan ada dinyatakan dalam ~ kedua bab pertama;\n berperenggankan\n berbataskan, bersempadankan;\nmemerenggankan\n1.\n mengehadkan, membataskan;\n 2\n. membahagikan sesuatu (mis teks) kepada beberapa perenggan;\npemerengganan\n proses atau perbuatan memerenggankan sesuatu:\npenggunaan tanda baca dan ~ yang wajar." "perenyak\n[Minangkabau];\nterperenyak\n terduduk atau terjatuh dengan tiba-tiba (kerana letih, terkejut, dan sebagainya):\n~ Sharif di kerusinya setelah selesai surat itu dibacanya." "perenyek\n[Kelantan];\nmemerenyek\n menekan (pijat-pijat dan lain-lain) untuk membunuhnya." "perenyuk\nterperenyuk\n lekuk, kepek." "perenyup\n[arkaik] perenyuk." "perepat I\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya keras dan dibuat gading-gading perahu dan lain-lain), berebat, gedabu, pedada laut, \nSonneratia griffithii;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan ruba, redan, ridau, tasai, \nMischocarpus lessertianus." "perepat II\n(Palembang) [arkaik] kawan." "peres\n[Kelantan];\nmemeres\n memaras atau meratakan (beras dalam gantang dan lain-lain),\nperesih\n (putih) bersih." "peresuk\nmemeresukkan\n memasukkan ke dalam lubang (kotak dan lain-lain), meresukkan;\nterperesuk\n1.\n telah dimasukkan;\n2.\n termasuk, terperosok." "perewa\n[Minangkabau] pemberani, pengacau, pengganggu (keamanan)." "perewah\nperawis (masakan)." "pergajul\nbergajul." "pergam\nsejenis burung merpati besar, \nDucula aenea polia;\n~ bukit \nsejenis burung merpati besar, \nDucula b. badia." "perganda\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] propaganda, dakyah;\nmempergandakan\n mempropagandakan, mendakyahkan." "pergar\nsejenis kambing." "pergat, pergata\n[sastera lama] sejenis kapal." "pergedel\nbergedel." "pergi\n1.\n berjalan dan lain-lain menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dan lain-lain):\nia mengajak saya ~ ke Kelantan; \nkalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; \n2.\n meninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr):\norang muda tadi telah ~ dari situ; \n3.\n berangkat, bertolak:\npagi esok saya ~ dengan kereta api pertama;\n~ balik (datang, mari) = pulang ~ \npergi dan balik (berulang-alik);\n \n~ dahulu \na) pergi lebih dahulu;\n b) [kiasan] mati;\n \n~ haji \nnaik haji;\n \n~ jahanam = ~ setan = telukup (telungkup) \npersetan (binasalah, jahanamlah);\nberpergian\n pergi (berjalan dan lain-lain) ke tempat yang jauh:\nsejak keretanya rosak, ia sukar ~;\n kepergian\n perihal pergi, keberangkatan:\nyang lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yang sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya;\n pemergian\n1.\n perjalanan (yang jauh):\nDaim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; \n2.\n kepergian." "pergok\n[Jakarta];\nmemergoki\n menjumpai (dengan tidak disangka-sangka atau disengajakan), mendapati atau mengetahui (perbuatan jahat dan lain-lain):\nketika meronda di kawasan itu polis telah ~nya sedang memanjat rumah orang;\n terpergok\n dilihat (diketahui) orang ketika sedang berbuat sesuatu (kesalahan dan lain-lain), terjumpa, terserempak, tersua:\ndi tempat perjudian itu ia ~ dengan ayah saudaranya; \n= kepergok, perogok." "pergol, pergul\nbersadur (bersalut) dengan emas atau perak, sepuh emas (perak);\ndipergol, dipergul\n dilapis (disadur) dengan emas (perak dan lain-lain)." "pergola\nstruktur berupa junjung atau gerbang daripada kayu atau besi (biasanya terdapat di taman) yang menjunjung tumbuh-tumbuhan memanjat dan dapat dijadikan lorong pejalan kaki bertutup." "perhati\nmemerhatikan, memperhatikan\n \n1.\n mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat (pada):\nia tidak ~ sedikit pun kata-kata suaminya itu;\n2.\n melihat (memandang, menengok) dengan teliti, mengamat-amati:\nibunya sangat-sangat ~ kelakuannya; \n3.\n mengawasi, menjaga, memeriksai:\ntugas saya dalam Dewan ini ialah untuk ~ bahawa setiap orang mendapat layanan yang sama; \ntuan tidak ~ segala saudagar yang tinggal dalam daerah tuan;\nperhatian\n perihal menumpukan pandangan (fikiran dan sebagainya) pada sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan):\nmereka memberikan sepenuh ~ pada pelajaran; \nsemenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; \nmenarik ~ \nmenimbulkan minat (dan reaksi);\n \nmengambil ~\n mempedulikan;\n \n~! ~! \n(seruan) minta supaya diberi perhatian pada apa yang akan dicakapkan (diumumkan dan sebagainya);\npemerhatian\n perihal memerhatikan, usaha, dan sebagainya memerhatikan atau mengamati sesuatu:\nsetelah diperbuat ~ dan percubaan diketahuilah asal-usul penyakit itu;\n~ jenis \n(Pertanian) pengamatan, dan lain-lain yang dilakukan untuk menentukan hasil baja (yang terbaik dan lain-lain);\n \npada ~ saya \nberdasarkan apa yang sudah saya perhatikan atau amati;\npemerhati\n1.\n orang yang mengikuti perkembangan sesuatu:\n~ politik yang objektif akan menyetujui Perdana Menteri; \n2.\n orang yang menghadiri persidangan dan sebagainya tetapi tidak mengambil bahagian dalam perbincangan dan sebagainya." "PERHILITAN\nakronim bagi Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara." "peri I\n1.\n hal, keadaan, sifat:\ndiwartakannya kepada wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka; \nterdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu;\n~ kebinatangan \nsifat-sifat yang terdapat pada binatang;\n \n~ kehidupan \nkeadaan kehidupan;\n \n~ kesopanan \nsifat sopan;\n2.\n cara (mengerjakan sesuatu dan lain-lain), laku:\nakibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~; \nbetapa ~(nya) \nbagaimana caranya (halnya);\n ~\n \nyang layak bagi manusia \nperbuatan yang layak bagi manusia;\n3.\n bagaimana, betapa:\nkita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pada negara; \n4.\n [sastera lama] hal (yang berlaku), kejadian, peristiwa:\npada bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dari kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi." "peri II\n[sastera lama] kata;\nberperi\n berkata, berucap:\nbukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair;\n berperi-peri\n bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dan lain-lain):\nYazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; \nia ~ benar mengatakan berita itu palsu; \nhujah yang ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia;\n memerikan\n1.\n mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal):\nsaya selalu membaca buku-buku cerita yang ~ kisah-kisah cinta; \ntidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; \n2.\n menerangkan, menghuraikan, menjelaskan;\nterperi, terperikan\n terkatakan, terceritakan, tergambarkan;\n \ntidak ~ \ntidak terkatakan (tergambarkan):\nadinda suka tidak ~; \nsedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan;" "peri III\nsejenis jin (menyerupai perempuan yang cantik):\nkami bukannya daripada bangsa jin dan ~." "peri IV\n[bahasa percakapan] percuma (tidak dikenakan bayaran):\nuntunglah dia kerana dapat makan ~ tiap-tiap hari." "peria I\nsejenis tumbuhan (pokok menjalar yang buahnya pahit dan dibuat sayur), \nMomordica charanthia;\n~ bulan \nsejenis tumbuhan (rumpai), bintang berahi, uban kayu, \nCardiospermum halicacabum;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVitiss mollissima;\n~ laut = ~ pantai \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nColubrina asiatica;\nada pun buah ~ itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga \n(peribahasa) orang yang tabiatnya jahat dan tidak akan dapat diperbaiki lagi;\n \nsudah tahu ~ pahit \n(peribahasa) kesal terhadap orang yang mempercayai orang yang diketahui tidak jujur." "peria II\npemuda, lelaki, teruna:\nbergaul bebas antara pemuda dan pemudi, antara ~ dan wanita." "perian I\nsejenis bekas (daripada buluh) tempat membawa air:\ndari sungai itu ia berjalan pulang ke rumah menyandang ~ di bahunya;\nbagai bunyi ~ pecah \n(peribahasa) suara yang buruk (tidak merdu);\n \nbagai mengisi ~ bubus \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia sahaja." "perian II\n[Terengganu] musim;\n \n~\n \nbuah \nmusim buah-buahan." "perian III\nsejenis tumbuhan (pokok), mendeluka, tampang, tempunai, \nArtocarpus rigida." "periang\n[arkaik] ketika yang baik untuk berbuat sesuatu." "periap, periat\n[Pulau Pinang] tidak jujur (lurus), penipu." "peribadi\n1.\n manusia sebagai diri sendiri (diri perseorangan):\nperkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; \npendapat ~ \npendapat sendiri seseorang (sebagai orang perseorangan);\n \npengawal (penolong, setiausaha) ~ \npengawal (penolong, setiausaha) untuk diri sendiri;\n2.\n sifat-sifat (kelakuan, sikap, dan lain-lain) seseorang yang sudah sebati dengan dirinya sendiri untuk merupakan wataknya (yang terasing daripada yang umum):\npuasa adalah satu daripada beberapa latihan untuk membentuk kesopanan dan ~ yang tinggi;\n berperibadi\n mempunyai peribadi (sifat-sifat dan lain-lain diri sendiri):\nseorang pengarang harus merupakan seorang manusia yang ~ sendiri, dengan pendapatnya dan pendiriannya sendiri;\nkeperibadian\n perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dan sebagainya) yang khusus terdapat pada seseorang, bangsa, dan sebagainya:\nkeistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pada kejayaan pengarang mencipta watak-watak yang diberi ~ orang Melayu kampung; \nfaham komunis hendak membuat manusia hidup sebagai mesin yang tidak mempunyai ~;\n~ bangsa;\n~ Islam;\nberkeperibadian\n mempunyai keperibadian:\nusaha membina bangsa Malaysia yang kreatif, dinamis dan ~ sendiri." "peribudi\n[arkaik] kebaikan hati:\nhidup telah mengajarnya tentang ~ manusia." "peribumi\npenduduk asli, bumiputera;\nmemperibumikan\n menjadikan sesuatu bersifat peribumi, membumiputerakan:\nhakikat dunia peristilahan kita ialah usaha ~ istilah Barat;\nkeperibumian\n sifat bangga kerana menjadi anggota peribumi sesebuah negara, yang terpancar (biasanya dalam sesebuah organisasi) melalui penonjolan ciri-ciri peribumi:\nsemangat ~; \ninstitusi itu bercorak ~." "peridi\nmudah berkembang biak (dengan beranak atau bertelur banyak):\nayam ~." "peridung\nsejenis ikan darat, \nLobocheilus spp." "perigi\nlubang (yang digali dalam tanah) untuk mendapatkan air, sumur:\nkerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pada ~ sahaja untuk mendapat air;\n~ buta \nperigi yang tidak mengandungi air lagi;\n \n~ wakaf \nperigi untuk digunakan oleh orang ramai;\nlopak (men)jadi ~ \n(peribahasa) naik darjat (menjadi kaya dan lain-lain);\n \norang yang menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? \n(peribahasa) orang yang hampir dengan orang yang berilmu (kaya dan lain-lain) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dan lain-lain);\n \nsebab berkelahi dengan ~ akhirnya mati dahaga \n(peribahasa) jangan menentang orang yang berkuasa nanti kita juga yang mendapat kesusahan." "perih\n[Jawa]\n1.\n pedih:\nmasing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; \n2.\n [kiasan] payah, susah, tidak senang:\nkalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui bagaimana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; \njerih ~ \nsusah payah;\nmemerihkan\n menyusahkan, tidak menyenangkan;\nkeperihan\n1.\n kepedihan, kesakitan:\nsetitik air sabun yang masuk ke matanya menyebabkan ~; \n2.\n [kiasan] perasaan tidak senang (tidak gembira dan lain-lain), kepahitan, kepedihan (perasaan):\ndia sendiri dapat berasa ~ yang mencengkam hatinya itu." "perihal\n1.\n keadaan:\nsebenarnya saya merantau ke Sumatera ini kerana hendak melihat adat temasya dan ~ negeri-negeri Melayu di sini; \n2.\n hal, kejadian, peristiwa:\ntelah dilihat oleh baginda ~ itu, maka baginda pun terlalu marah; \n3.\n tentang hal (kejadian dan lain-lain), tentang keadaan, mengenai (sesuatu atau seseorang):\nia bertanya ~ nasib ibunya sepeninggalannya hampir-hampir dua tahun itu;\nmemerihalkan\n mengisahkan, menceritakan, menyatakan (tentang sesuatu) dengan jelas, menerangkan, menghuraikan:\nboleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan;" "perihalan\nsesuatu yang diperihalkan:\n ~ tentang potensi bagi percubaan;\nkeperihalan\n kisah, keterangan, huraian:\n~\n \nsejarah yang terkhusus;\npemerihalan\n pemberian keterangan (penjelasan), penjelasan, penghuraian;\npemerihal\n yang memerihalkan, yang mengisahkan (menerangkan dan sebagainya)." "perihelion\n(Fizik) kedudukan dalam orbit apabila sesuatu planet atau komet berada paling hampir dengan matahari:\nbumi beredar di sekeliling orbitnya lebih cepat masanya tatkala ia berada di bahagian ~." "perijih\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kesinan, \nFicus quercifolia." "perikardium\n(Biologi) membran yang membaluti jantung." "perikarpa\n(Biologi) keseluruhan kulit luar pada buah." "perikemanusiaan\n1.\n sifat-sifat yang wajar bagi manusia (seperti bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dan sebagainya);\n2.\n keadaan manusia umumnya;\nberperikemanusiaan\n mempunyai perikemanusiaan (seperti perasaan bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dan sebagainya);\nketidakberperikemanusiaan\n perihal tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan." "perikondritis\n(Perubatan) radang pada perikondrium." "perikondrium\n(Perubatan) membran berserat yang menutupi permukaan rawan." "periksa\nselidik, penyelidikan, siasat;\n \nkurang (tiada) ~ \na) (saya) tidak tahu, entah;\n b) kurang hati-hati (teliti);\n \nsalah ~ \nagak lambat (perbuatan);\n \nusul ~ \npenyelidikan (penyiasatan, penelitian);\nmemeriksa\n1.\n mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) untuk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dan lain-lain sesuatu:\nia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; \ntugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; \n2.\n menyelidik (mengkaji) untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dan lain-lain):\ndoktor yang ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut; \nbahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; \n3.\n menyiasat (kejadian, perkara, dan lain-lain), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yang dituduh dan lain-lain) untuk mengetahui kebenarannya (kesalahannya):\nJabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; \n4.\n mengamat-amati, mengawasi:\nbeg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon; \nbaginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan;\nmemeriksakan\n1.\n memeriksa untuk (orang lain):\nsesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; \n2.\n meminta (membiarkan) supaya diperiksa;\npeperiksaan\n ujian (untuk menentukan kebolehan atau kepandaian seseorang):\nkira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran;\npemeriksaan\n1.\n perbuatan memeriksa, penyelidikan, penelitian, pengusutan:\ndi hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya untuk menentukan jenis penyakit yang dihadapinya; \n2.\n hasil atau pendapat daripada memeriksa:\n~ yang baik akan memberi panduan kepada kanak-kanak dalam pelajaran mereka;\n pemeriksa\n orang yang memeriksa:\n~ kira-kira." "periksa balas\nmemeriksa balas\n (Undang-undang) menyoal seseorang (terutamanya saksi dalam perbicaraan di mahkamah) dengan teliti untuk menguji benar tidaknya keterangan atau jawaban yang telah diberikannya sebelum itu;\npemeriksaan balas\n proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) memeriksa balas;\npemeriksa balas\n orang yang melakukan pemeriksaan balas." "perilaku\ntindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap sesuatu (rangsangan) yang menggambarkan sikapnya\n: pemilihan itu didasarkan pada ~nya." "perimeter\n(Matematik) ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan." "perimpin, perimping\ntali ~ \ntali di tepi layar." "perincat\nsejenis burung, \nMunia spp." "perinci\nmemperincikan\n menghuraikan (membentangkan, menimbangkan) dengan teliti (perkara, kira-kira, dan lain-lain):\nsetelah ditimbangkan dan diperincikan soal itu baharu diketahuinya di mana telah berlaku kesilapan;\n terperinci\n diperincikan, dihuraikan dengan butir-butirnya:\nterdapat juga keterangan-keterangan yang ~ mengenai daerah-daerah di sekeliling;\nketerperincian\n perihal terperinci;\nperincian\n huraian (keterangan) yang meliputi tiap-tiap aspek atau butir sesuatu perkara (perbelanjaan dan lain-lain):\nperdebatan mengenai ~ belanjawan Kementerian Pelajaran akan diteruskan esok;\n pemerincian\n perihal atau perbuatan memperincikan, penghuraian (secara terperinci):\nada yang terlalu luas liputan maksudnya hingga memerlukan ~." "perincis\n[Jakarta];\nmemperinciskan\n memperincikan;\nperincisan\n perincian;\nperinci, rinci." "perincit\n[arkaik] burung kelicap." "perindu I\nbuluh ~ = talang ~ \nbunyi-bunyian yang dibuat daripada buluh yang mengeluarkan bunyi dengan sendirinya apabila ditiup angin;\n \nseperti buluh ~\n suara (bunyi) yang merdu." "perindu II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPremna divaricata." "pering I\nberbau busuk (seperti bau air kencing), haring, hancing." "pering II\n[Jawa] [arkaik] buluh;\n \n~ petung (betung) \nbuluh betung." "peringat\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nBreynia reclinata.\nPeringgi\n orang Portugis." "peringgitan\n[Jawa] sejenis serambi yang menghubungkan rumah belakang dengan rumah depan." "peringkat\n1.\n batas yang sudah dicapai (dalam sesuatu kerja, kegiatan, perundingan, dan lain-lain), tingkat (dalam perkembangan sesuatu), tahap:\nkerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; \n2.\n bahagian (darjat, kelas, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, kemajuan, dan lain-lain):\nkerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yang di ~ rendah serta yang berkedudukan tinggi;\n berperingkat\n bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan:\ncontoh kira-kira yang diberikan oleh guru hendaklah ~, daripada yang senang kepada yang susah;\nberperingkat-peringkat\n peringkat demi peringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap:\nal-Quran diturunkan ~; \nsetiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~;\nmemeringkatkan\n menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dan sebagainya mengikut peringkat-peringkat tertentu:\npelajaran yang diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid;\n pemeringkatan\n perbuatan memeringkatkan sesuatu:\n sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~.\n~ berkurung \nperintah yang melarang orang keluar dari rumah pada masa-masa yang ditentukan;\n \n~ halus \nperintah yang berupa nasihat (cadangan dan lain-lain);\n \n~ keras \nperintah yang mesti dipatuhi;\nseperintah\n menurut segala perintah (ibu bapa dan lain-lain):\nmenurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak;\n memerintah\n1.\n mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melakukan sesuatu:\njika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; \n2.\n menguasai dan mengurus (negara, orang, dan lain-lain):\nmenurut sistem demokrasi, kerajaan yang dipilih rakyat ~ negeri;\nmemerintahi\n1.\n memberi (mengeluarkan) perintah kepada:\nsebagai ketua ia ~ orang-orang di bawahnya; \n2.\n membawahkan, memimpin;\n3.\n [arkaik] memerintah (menguasai dan mengendalikan):\nselama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun;\n memerintahkan\n1.\n memberikan perintah kepada, mengarahkan supaya mengerjakan:\nke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh; \n2.\n memerintah (menguasai dan mentadbir negeri dan lain-lain):\nduduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja; \n3.\n mengelolakan, mengurus (kawasan dan lain-lain);\nterperintah\n diperintah, dikuasai:\nbagi saya orang yang ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti;" "periode\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n edaran atau pusingan masa;\n2.\n jangka waktu (dalam sejarah dan lain-lain):\nseperti yang saya ramalkan kita akan mengalami satu ~ pendudukan Jepang;\n~ 1945-1950 adalah ~ revolusi fizik; \n3.\n [Indonesia] ayat yang berupa rangkaian beberapa ayat;\n4.\n [Indonesia] kelompok bilangan yang berulang-ulang dalam pecahan repetan (pecahan perpuluhan yang mengandungi angka perpuluhan yang berulang-ulang)." "periodontik\ncabang bidang pergigian yang berkaitan dengan penyakit yang menjejaskan tisu dan struktur yang mengelilingi gigi serta rawatannya dan sebagainya." "periodontium\n(Perubatan) tisu yang mengukuhkan kedudukan gigi." "periostosis\n(Perubatan) ketumbuhan pada permukaan tulang." "perirana\n[sastera lama] sejenis alat bunyi-bunyian." "perisa\n1.\n sedap (bahan makanan), enak, lazat:\nsesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; \n2.\n rasa tersendiri yang memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, seperti buah-buahan dan tumbuhan:\n~ oren;\n~ anggur;\n~ vanila; \n3.\n = \nbahan ~ \nbahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya:\nkebanyakan makanan yang diproses telah dicampur dengan pewarna, ~ dan pengawet;\nberperisa\n mengandungi perisa:\nminuman air sirap ~ limau; \nminuman ~ halia;\nkeperisaan\n kesedapan, keenakan:\nnikmatilah ~ buah-buahan sejati." "perisai\n1.\n alat untuk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dan lain-lain), taming:\nlembingnya ditimang-timangnya dengan ~ bergenta dikirap-kirapnya; \n2.\n [Indonesia] besi (keluli) tipis yang digunakan sebagai pelindung (pada meriam dan lain-lain);\n \nkereta ~ \nkereta tentera yang berdinding atau berlapis besi (untuk melindungi daripada tembakan);\n3.\n [kiasan] orang (benda dan lain-lain) yang dijadikan pelindung diri (daripada bahaya, tuduhan, dan lain-lain):\nabang akulah yang menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dengan kakakku; \n4.\n barang daripada perak dan lain-lain yang berupa perisai (taming) yang dijadikan hadiah kepada pemenang dalam pertandingan sukan dan lain-lain:\nselesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~;\n~ pusingan \nperisai yang dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama);\nberperisai\n memakai (mempunyai) perisai." "periskop\nalat optik berbentuk tiub yang mengandungi kanta, cermin, atau prisma untuk melihat objek yang tidak selari dengan garis pelihatan, misalnya dalam kapal selam, untuk melihat objek di permukaan air." "peristalsis\n(Biologi) pergerakan berombak terutamanya pada salur makanan (untuk menolak bahan makanan), akibat pengecutan dan pengenduran otot secara berturut-turut." "peristiwa\nsesuatu (hal dan lain-lain) yang berlaku (menarik perhatian dan lain-lain), kejadian, perkara:\npengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu ~ yang penting dalam sejarah negeri ini; \nsekali ~ \n[sastera lama] pada suatu kejadian;\n \n~ bahasa \n[Indonesia] sesuatu kejadian yang berkaitan dengan perkembangan bahasa;\n \n~ sejarah \nkejadian-kejadian penting (besar) dalam sejarah;\nberperistiwa\n bersejarah;\n \nhari ~ \nhari yang bersejarah (kerana berlakunya kejadian penting)." "perit I\n1.\n rasa sakit (seperti luka kena ubat dan lain-lain), pedih, perih:\nluka di mukanya masih pedih dan ~; \n2.\n [kiasan] sangat dukacita (kecewa dan lain-lain), sakit hati, pilu:\nia berasa amat pahit dituduh demikian, ~ dan sayu; \n3.\n susah payah, sukar:\npenulis cuba menggambarkan bagaimana ~nya hidup seorang pengemis;\nmemeritkan\n menyebabkan (sesuatu) perit:\ncahaya matahari yang ~ kulit badan;\n keperitan\n perihal perit, kepedihan, kesusahan, kesukaran:\nia menghadapi segala ~ hidup dengan sabar." "perit II\n[Kelantan] jera, serik." "perit III\n[Kelantan];\nterperit-perit\n terkedip-kedip, terkelip-kelip (mata), terkenyit-kenyit." "perit IV\n[Jakarta] burung pipit." "peritoneum\n(Biologi) membran yang melapik dinding rongga abdomen pada mamalia." "peritonitis\n(Perubatan) radang pada peritoneum." "periuk I\nsejenis bekas daripada tanah (aluminium dan lain-lain) tempat memasak nasi (gulai dan lain-lain);\n~ api \nsejenis bom yang ditanam dalam tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dan lain-lain;\n \n~ belanga \nberbagai-bagai bekas untuk memasak (periuk, belanga, kuali, dan lain-lain);\n \n~ nasi \na) periuk tempat menanak nasi;\n b) [kiasan] mata pencarian, rezeki;\n \n~ tekanan \nsejenis periuk logam bertutup kedap yang boleh memasak (seperti mengempukkan daging dan sebagainya) dengan cepat menggunakan wap bertekanan tinggi;\n~ mengumpat belanga \n(peribahasa) mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga;\n \nbarang di mana pun pantat ~ itu hitam juga \n(peribahasa) barang di mana pun kehidupan orang yang miskin itu miskin juga;\n \nbesar ~ besar kerak(nya) \n(peribahasa) besar pendapatan besar pula perbelanjaan;\n \ndi mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal \n(peribahasa) perihal orang yang mengembara yang tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam;\n \njangan menumbuk di ~, bertanak di lesung \n(peribahasa) jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan;\n \nmenumbuk di ~, bertanak di lesung \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu dengan cara yang ganjil (luar biasa)." "periuk II\n~ hantu \nsejenis tumbuhan (pokok renek), sembuku, \nMymedocia tuberosa;\n~ kera = ~ kerengga = ~ monyet \nsejenis tumbuhan (pakis), \nNepenthis spp." "perjaka\norang muda, pemuda:\numumnya buat lelaki ~, kalau sudah berkumpul demikian, main kartu hingga pagi; \njaka II." "perji\n[sastera lama] kemaluan perempuan;\nfaraj." "perkakas\n1.\n benda-benda yang digunakan untuk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, bertukang, dan lain-lain), alat:\nkerja itu tidak dapat dibuat dengan sempurna kerana kekurangan ~; \n2.\n (Biologi) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yang menjalankan tugas-tugas tertentu, organ:\npada binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dan lain-lain; \nbinatang-binatang seperti arnab atau tikus biasanya dibedah untuk diperiksa ~ di dalam tubuhnya; \n3.\n [kiasan] orang yang bekerja untuk orang lain (biasanya dengan tujuan-tujuan buruk), alat, ejen:\nbaik dibunuh sahaja orang yang menjadi ~ musuh kita;\n~ dapur \nalat-alat untuk kegunaan di dapur (periuk belanga dan lain-lain);\n \n~ makan \nalat-alat yang digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dan lain-lain);\n \n~ perang \nalat-alat untuk berperang (senjata dan lain-lain);\n \n~ rumah \nbenda-benda yang diperlukan dalam rumah (almari, kerusi, meja, dan lain-lain), perabot;\n \n~ tukang kayu \nalat-alat yang digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dan lain-lain);\n \n~ tulis \nalat-alat menulis (pensel dan lain-lain);\nmemperkakaskan\n menggunakan sebagai perkakas, memperalat:\nmereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yang berkuasa;\n perkakasan\n1.\n bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas:\nsebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; \n2.\n (Komputer) peralatan yang membentuk satu sistem komputer seperti monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dan lain-lain." "perkara I\n1.\n sesuatu yang harus diselesaikan, pokok perbincangan (pertelingkahan dan lain-lain), fasal, hal:\nsebagai pengurus syarikat banyak ~ yang harus diselesaikannya; \nPiagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengandungi seratus sebelas ~ yang pendek-pendek;\n~ belakang \nurusan yang boleh diselesaikan kemudian;\n \n~ besar \nhal yang penting;\n \n~ kecil \nhal yang tidak penting (tidak sukar);\n \nhabis ~ \nsudah beres segala-galanya (tidak ada yang hendak diuruskan lagi);\n2.\n kejadian, peristiwa:\nwartawan yang memberikan ~ kemalangan itu sempat juga mengambil gambar; \n3.\n hal yang menghendaki keputusan, mahkamah, dan lain-lain (perbuatan jenayah, perselisihan, dan lain-lain), kes, sengketa:\nbeberapa ~ menerima rasuah sedang disiasat oleh jabatan itu; \nmasih dalam ~ \nsedang dibicarakan (oleh mahkamah);\n4.\n [bahasa percakapan] berkenaan dengan, mengenai, tentang hal:\nlupakan sajalah dahulu ~ hutangnya yang belum selesai itu; \n5.\n [bahasa percakapan] disebabkan oleh, kerana:\n~ perempuanlah mereka berdua itu bergaduh;\n seperkara; \n~ lagi (pula) \nsatu hal lagi, tambahan lagi:\nia dilantik memegang jawatan itu kerana kecekapannya, ~ lagi ia memang berpengalaman;\n berperkara\n1.\n mempunyai perkara (urusan);\n2.\n sedang dibicarakan (diadili);\nmemperkarai\n [arkaik] menjadikan perkara (kes), membawa ke mahkamah;\nmemperkarakan\n1.\n menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili:\nkalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; \n2.\n menjadikan perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan, mendebatkan:\ntidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja.\nPerkara II\n (Undang-undang)\n1.\n sebutan tentang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan:\n~ 152 Perlembagaan Persekutuan;\n2.\n sebutan tentang sesuatu peruntukan dalam dokumen tertentu, misalnya Memorandum Persefahaman." "perkasa\n1.\n = \ngagah ~ \ngagah berani:\nHang Tuah terkenal sebagai seorang hulubalang Melayu yang ~; \n2.\n berkuasa, hebat, kuat;\n \ndengan ~ \ndengan paksa (kekerasan);\nmemperkasakan\n menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya):\nusaha untuk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera;\n~ bahasa Melayu;\n keperkasaan\n1.\n perihal perkasa, keberanian, kegagahan:\ndia tahu benar ~ Iskandar Muda dengan armadanya yang besar menyerang Melaka; \n2.\n kekuasaan, kekuatan, kekerasan;\npemerkasaan\n perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan:\nkongres tersebut turut meluluskan resolusi dalam aspek ~ bahasa Melayu." "perkelang\n[arkaik] [sastera lama] gelaran bagi hulubalang Siam (Pra Kelang)." "PERKESO\nakronim bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial." "PERKIM\nakronim bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia." "perkosa\n1.\n gagah, kuat, perkasa;\n2.\n paksa, kekerasan, perkasa:\nrakyat seluruhnya harus menentang serangan ~ daripada lawan dengan segala tenaga dan alat yang ada padanya; \ndengan ~ \ndengan paksa (kekerasan);\nmemperkosa\n1.\n melakukan persetubuhan dengan kekerasan, merogol (perempuan):\nseorang pemuda ganas telah melarikannya dan ~nya;\n 2.\n menakluki (menguasai) dengan kekerasan, memaksa, menggagahi:\nia telah menggunakan pangkat dan kekuasaannya untuk ~ orang lain; \n3.\n menyerang (negeri dan lain-lain) dengan kekerasan, melanggar (hukum dan lain-lain) dengan kekerasan:\npenindasan penduduk negeri yang dijajah itu adalah ~ Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu;\n~ kedaulatan negeri lain;\n perkosaan, pemerkosaan\n1.\n perbuatan merogol (perempuan);\n2.\n perihal, perbuatan memperkosa, paksaan, pelanggaran, penggagahan:\nlangkah-langkah untuk mengelakkan jenayah rogol, ~ dan khalwat;\npemerkosa\n orang yang memperkosa\n." "perkusi\n(Perubatan) kaedah mengetuk sesuatu bahagian tubuh dengan jari untuk mendiagnosis sesuatu penyakit." "perkutut\nsejenis burung, balam, ketitir, merbuk, \nGeoplia striata." "perlah\nastaga ~ \n[bahasa percakapan], [kata seru] kata untuk menyatakan rasa hairan atau terkejut;\n= astaga." "perlahan\n= \nperlahan-lahan\n1.\n tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat:\nia berjalan sangat ~ seperti tiada berdaya lakunya; \nsetiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yang terkemuka; \n2.\n tidak kuat (percakapan, suara), lembut:\ncakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; \n3.\n tidak dengan tenaga yang banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit:\nmeriam itu ditarik perlahan-lahan;\nmemperlahankan\n1.\n menjadikan perlahan, memperlambat:\napabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yang dipandunya; \n2.\n mengecilkan suara atau bunyi:\nperlahankan sedikit radio itu." "perlak I\n1.\n = \nkain ~ \nsejenis kain yang tebal dan berkilat, kain cat;\n2\n. \n= \nkulit ~ \nkulit yang dilapisi dan berkilat:\nsepatunya diperbuat daripada kulit ~ hitam." "perlak II\n[Minangkabau] kebun, taman." "perlan\nmemerlan\n menelan." "perleng\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] memperpanjang (waktunya, lamanya), diperpanjang atau dilanjuntukan (waktunya, lamanya)." "perlente\n1.\n suka memakai pakaian cantik-cantik, gagah, kacak, lawa:\ndia memang seorang ~; \n2.\n bijak berkata-kata." "perlenteh\n1.\n orang yang suka merayau ke sana sini, orang pemalas (suka menganggur);\n2.\n [sastera lama] pencuri, penjahat:\nsudah itu akan segala perajurit dan ~ kita perbaiki dan engkau menjadi ratu di dalam negeri ini, aku menjadi patih;\n diperlenteh\n [sastera lama] dicuri." "perli\nsindiran, ejekan, cemuhan:\nkata-kata ~ itu kian lama kian terasa menggores hatinya;\n memerli, memperli\n1.\n menyindir, mengejek, mencemuh:\nkalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; \n2.\n menyindir seseorang:\ndia berasa jengkel kerana abangnya ~nya;\nmemperlikan\n mempersendakan sesuatu:\nSiti Salina kali ini ~ bahasa Melayu Kurupaya itu;\nperlian\n [arkaik] perli, sindiran." "perlina\n[sastera lama] hilang, tidak kelihatan." "perling I\nterperling\n berkilat (mata)." "perling II\n1.\n sejenis burung, burung nuri, \nPsikologittinus c. cyanurus; \n2.\n sejenis burung, burung koran, \nAplonis panayensis strigatus." "perlip\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n [bahasa percakapan] jatuh cinta, sangat cinta;\n2.\n [bahasa percakapan] kekasih;\nperlip-perlipan\n [bahasa percakapan] bercinta-cintaan, berkasih-kasihan, bersuka-sukaan." "Perlis\nnegeri di barat laut Semenanjung, keluasan 803 km2, Kangar sebagai ibu negeri." "perlop\n1.\n cuti (kerana berehat, sakit, dan lain-lain):\nia mendapat ~ panjang untuk ke luar negeri; \n2.\n bercuti (untuk berehat dan lain-lain)." "perlu\n1.\n keharusan (yang tidak dapat dielakkan), kemestian:\nsembahyang dan puasa antara perkara yang menjadi ~ bagi orang Islam; \n2.\n menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu dan lain-lain), harus, terpaksa:\ntiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; \npenanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun untuk mendapat hasilnya; \ntidak ~ \ntidak mesti, tidak payah, tak usah;\n3.\n harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting:\nkerjasama petani-petani adalah ~ untuk menjayakan rancangan tersebut; \nsebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kepada kita; \n4.\n = \n~ akan (dengan) \nsangat menghendaki (akan), berhajat (akan):\nuntuk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; \n5.\n sesuatu yang dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepentingan:\nada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; \napa ~nya \napa gunanya (sebabnya);\n6.\n = \n~\n \nuntuk \nuntuk, bagi, buat, guna:\nia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya;\nseperlunya\n sekadar (setakat) yang perlu sahaja, jika perlu sahaja:\nia sedia memberi bantuan ~;\nmemerlukan\n1.\n menjadikan perlu, memestikan, mewajibkan:\nibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; \n2.\n menghendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar:\nnegara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; \n3.\n membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu daripada perkara (kerja) lain;\nperlu-memerlukan\n saling memerlukan:\n mereka hidup dalam masyarakat yang ~ antara seorang dengan yang lain;\nkeperluan\n1.\n perihal perlu:\n~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; \n2.\n sesuatu yang diperlukan, keharusan, kemestian:\nundang-undang yang sempurna dan adil adalah suatu ~ untuk mencapai pemerintahan yang baik; \n3.\n sesuatu yang diperlukan (dikehendaki), sesuatu yang berguna, kepentingan:\nwang daripada gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup untuk keluarganya;\n~ bersama \nkepentingan bersama;\n \nuntuk (bagi, buat, guna) ~ \nperlu atau digunakan untuk;\n4.\n hajat, kehendak, maksud, tujuan:\nia tidak ada ~ apa-apa, hanya untuk berkenal-kenal dengan mereka sahaja." "perlung\nburung ~ \nsejenis burung, \nGorsachoi melanolophus." "perlup I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] bertunangan." "perlup II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] tidak ketat, galir, longgar (skru dan lain-lain)." "perlus I\nterperlus\n termasuk (terperosok) ke dalam lubang;\n \n~ maka hendak menutup lubang \n(peribahasa) sesudah ditimpa kecelakaan (kemalangan) baru ingat akan jalan keluar (ikhtiar dan lain-lain)." "perlus II\n[Kelantan] longgar, perlup." "permafros\n(Geografi) ibun abadi." "permai\nindah, cantik, elok:\npayah dicari sebuah desa se~ Tenong, sawahnya lebar saujana mata memandang; \nindah ~ \nsangat indah;\nkepermaian\n perihal permai, keindahan, kecantikan, keelokan:\npengarang gemar melukiskan kecantikan seorang puteri atau sebuah ~ istana." "permaidani\nhamparan daripada bulu domba dan lain-lain (berwarna-warna), ambal:\ndi lantai terhampar ~ yang luas, tebal dan berbunga-bunga." "permaisura\npanggilan bagi raja." "permaisuri\n1.\n isteri raja, raja perempuan:\nsekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; \n2.\n [kiasan] isteri (biasanya dalam bahasa puitis):\nketika itu juga, beliau melamar Linda untuk menjadi ~nya;\n~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan \n(peribahasa) perihal orang miskin atau hina menyamai orang yang kaya-kaya dalam perasaan hatinya." "permak\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan];\nmemermak\n meminda dan memperbaiki (baju dan lain-lain) supaya dapat dipakai dan lain-lain:\nbajuku aku beri begitu sahaja kepadanya untuk dipermak." "permana\n[sastera lama] banyaknya, bilangan;\nterpermanai; \ntiada ~ \na) tiada terkira (banyaknya), sangat banyak (ramai):\nterlalu besar kerajaannya syahdan terlalu banyak hulubalangnya dan rakyatnya tiada ~ lagi; \nb) tiada ternilai, sangat tinggi nilainya." "permanen\n[bahasa percakapan] kekal, tetap, lawan sementara." "permanganat\n(Kimia) garam asid permanganik." "permanganik\nasid ~ \nasid yang hanya wujud dalam larutan dan dalam bentuk garam permanganat." "permasan\n[sastera lama] (kaum) bangsawan atau ningrat." "permata\nbatu yang berharga yang diikat pada cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dan lain-lain);\n~ dibalas dengan senjata \n(peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;\n \n~ lekat di pangkur \n(peribahasa) tidak kena pada tempatnya (orang, perbuatan, dan lain-lain);\n \nbagai menjaga ~ intan semasa dicanai \n(peribahasa) kasih yang amat sangat (suami terhadap isteri dan lain-lain);\n \nseperti cincin dengan ~ \n(peribahasa)\na) bersetujuan dalam segala hal;\n b) berpadanan (sama-sama cantik dan lain-lain);\nberpermata\n ada permatanya, diikat dengan (bertatahkan dan sebagainya) permata:\nrantai emas ~." "permatang\njalan kecil yang tinggi sedikit daripada permukaan di sekelilingnya (di sawah dan lain-lain)." "permen\n[arkaik] sejenis gula-gula yang mengandungi minyak perangsang daripada tumbuhan;\n \nminyak ~ \nminyak dari sejenis tumbuhan yang rangsang baunya (rasanya)." "permil\n[bahasa percakapan] satu dibahagi seribu, per seribu;\n \nsepuluh ~\n sepuluh dibahagi seribu, sepuluh per seribu." "permisi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n izin, kebenaran, persetujuan:\nia dimarahi pengurus syarikat kerana membuat tindakan tanpa ~ daripada ketuanya; \n2.\n (minta) maaf:\n~ dulu, saya belum mandi; \n3.\n = \nminta ~ \nminta izin (kebenaran), minta diri:\nAziz ~ pulang lalu keluar; \norang-orang yang ~ bertambah banyak sehingga tambah lama tambah kosong rumah; \nWati minta ~ masuk ke dapur dan kembali dengan semangkuk teh; \n4.\n tidak hadir (ke tempat kerja dan lain-lain) dengan izin;\nmempermisikan\n1.\n meminta izin (tidak dapat datang bekerja dan lain-lain), meminta kebenaran;\n2.\nark membenarkan, mengizinkan." "permisif\nbersifat terbuka yang membolehkan atau mengizinkan berlakunya sesuatu:\nterdapat sikap ibu bapa yang lebih ~, lebih mengizinkan dan lebih membiarkan; \nlangkah demikian boleh mewujudkan masyarakat yang ~ dan menimbulkan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi." "permit\ndokumen rasmi (atau kebenaran bertulis) daripada pihak berkuasa yang memberi seseorang hak untuk melakukan sesuatu:\nrumah-rumah yang hendak dirobohkan itu telah didirikan dengan tidak ada ~ kerajaan;\nberpermit\n ada permitnya, mempunyai permit." "pernah I\nsudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dan lain-lain), sudah berlaku:\nia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; \nbelum (tidak) ~ \nbelum sekalipun (berlaku, kedengaran, mengalami, dan lain-lain)." "pernah II\n[Jakarta] kedudukan, tempat, pertalian kekeluargaan;\n \n~ apa dia? \napa pertaliannya denganmu? \n~ anak \nanak kepadaku (kepadanya)." "PERNAMA\nakronim bagi Perwira Niaga Malaysia." "PERNAS\nakronim bagi Perbadanan Nasional (perbadanan yang berusaha menubuhkan syarikat-syarikat perusahaan dan perniagaan)." "perni\nsejenis bekas air daripada kaca." "pernik\nbanyak ~ \n[bahasa percakapan] banyak ragam (kerenah), banyak selok-beloknya, tidak mudah." "pernikel\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] bersadur dengan nikel." "pernis\n[Indonesia-Belanda] varnis;\ndipernis\n dicat dengan varnis." "perogok\nterperogok\n terpergok;\npergok." "perohong\nlubang besar (di dinding, di lantai, dan lain-lain);\nterperohong\n terbuka luas (lubang, luka, dan lain-lain), ternganga." "peroi I\n1.\n mudah pecah-pecah (tanah dan lain-lain), tidak padat (padu), gembur:\ntanah itu ~ dan senang dikerjakan; \n2\n. = \nseroi\n [Kedah] nasi yang tidak boleh dikepal-kepal kerana kurang air;\nmemeroikan\n menjadikan peroi, menggemburkan, menghancurkan:\nmenggali dan membajak untuk melonggarkan atau ~ tanah;\n keperoian\n perihal, sifat atau keadaan peroi (tidak padat)." "peroi II\nsejenis ikan darat, \nOsteochilus hasselti." "peroksida\n(Kimia) kumpulan sebatian yang terhasil melalui pemanasan oksida dalam udara atau oksigen dan digunakan sebagai agen pengoksidaan, agen peluntur, dan lain-lain." "perolok\n[Kedah] makan lekas-lekas, memolok." "peroman\n[sastera lama] roman muka, rupa muka:\njikalau ~ sama baik." "peron\n[Indonesia-Belanda] platform (di stesen kereta api):\naku melompat dari pintu sebelum kereta berhenti di tebing ~." "peronggah\n[Perak] mencarut." "perongo\nterperongo\n terbuka luas (lubang hidung dan lain-lain)." "peronyok\nmemperonyok\n merenyuk (kertas dan lain-lain), mengerumukkan, mengumalkan;\nmemperonyokkan\n membenamkan atau menekankan (supaya masuk):\ndiperonyokkannya songkok itu hingga tertutup separuh kepalanya;\nterperonyok\n1.\n renyuk, kerumuk, kumal;\n2.\n terbenam, terperosok:\nia duduk ~ di kerusi panjang itu tanpa bergerak." "perop\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n gabus (sumbat botol);\n2.\n = \ntopi ~ \ntopi daripada gabus." "peropok\nsejenis tumbuhan (pokok), \nHemigyrosa longifolia." "peropong\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAdina rubescens;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nGlyptopetalum quadtrangulare." "perosah\n[Kedah] mencuba-cuba membaiki sesuatu (radio, basikal, dan lain-lain):\ndia dok ~ radio itu." "perosok\nterperosok\n \n1.\n termasuk atau terbenam (kaki dan lain-lain) ke dalam lubang (parit dan lain-lain), terperlus:\nkakinya ~ ke lubang jalan; \n2.\n termasuk ke dalam (mata):\nia merenung tepat pada orang tua yang kurus cengkung dengan matanya yang ~ ke dalam itu; \n3.\n [kiasan] terjatuh dalam kehinaan (kesukaran dan lain-lain):\nia sudah ~ ke lembah kehinaan." "perot\nherot." "peroyak\n[Kelantan] banyak ragam (kanak-kanak), selalu menangis." "perpatih\n1.\n [sastera lama] panggilan untuk orang besar di Sumatera (zaman dahulu);\n2.\n = \nadat ~ \nadat orang Minangkabau (diamalkan oleh setengah-setengah penduduk Negeri Sembilan)." "perponding\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n = \npajak ~ \ncukai tanah dan cukai pintu (cukai rumah);\n2.\n = \ntanah ~ \ntanah yang dimiliki turun-temurun (bagi orang Indonesia)." "perpuakan\nperihal berpuak-(puak):\n ini bertentangan dengan rasisme, perkauman, dan ~ dalam segala bentuk." "perpuisian\nsegala-gala yang berkaitan dengan puisi:\nkita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yang kuat; \nsejarah ~ Melayu;\n pemuisi\n orang yang mencipta (mengarang, menulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak." "pers\n[Indonesia] surat khabar, persuratkhabaran:\nselangkah demi selangkah pemerintahan totaliter menghancurkan kemerdekaan ~, kebebasan pengarang, kebebasan pelukis." "persada\n1.\n = \npanca ~ \n[sastera lama] sejenis lantai yang tinggi bertingkat atau bertangga tempat duduk raja (pembesar negeri dan lain-lain);\n2.\n = \npanca ~ \n[sastera lama] taman tempat bersuka-sukaan (beristirahat dan lain-lain);\n3.\n = \n~ tanah air \ntanah tumpah darah, tanah air (ibu pertiwi):\nmereka anak negeri yang bertanggungjawab atas ~ tanah airnya; \npancapersada." "persangga\n1.\n [sastera lama] ukuran jauh kira-kira 6 km atau 3.75 batu;\n2.\n [sastera lama] perbatasan:\nbunyinya sampai ke ~ bumi." "persegi\n1.\n = \nempat ~ \nsegi empat yang sisinya sama panjang;\n2.\n ukuran luas yang diperoleh daripada hasil darab ukuran panjang dan lebar sesuatu benda itu:\nbesar pulau itu 50 km ~." "persekot\nwang pendahuluan, wang muka, cengkeram, panjar:\njika perlu wang sebelum habis bulan, dia dapat minta ~;\nmemersekoti, mempersekoti\n memberi wang pendahuluan (wang muka), membayar cengkeram (panjar)." "persen I\nperatus:\npengarang buku biasanya mendapat sepuluh ~ daripada harga buku yang tidak dicetaknya sendiri;\n persenan\n berdasarkan persen (peratus)." "persen II\n[Indonesia] hadiah, pemberian, upah, wang kopi:\n~ yang diterima Fauzi hari itu dibawanya pergi dengan hati yang teguh;\n memerseni\n memberi persen kepada, menghadiahi;\nmemersenkan\n memberikan sebagai persen (hadiah);\npersenan\n hadiah, pemberian." "perseneling\n[Indonesia], [bahasa percakapan] gear (kereta dan lain-lain)." "persepakatan\npermuafakatan, persetujuan;\nberpakat\n bermuafakat, berunding:\nada yang ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu;\nmemakati\n1.\n memuafakati, menyetujui;\n2.\n menasihati;\npakatan\n1.\n perjanjian:\n~\n \nkeselamatan Asia; \n2.\n persekutuan yang bermaksud jahat, komplot:\n~\n \nuntuk membunuh Presiden;\n~ sulit \npakatan antara dua pihak atau lebih untuk melakukan sesuatu perbuatan dengan tujuan untuk memudaratkan pihak ketiga, atau untuk maksud yang tidak sah di sisi undang-undang, atau untuk memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu." "persepsi\ngambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan:\nkekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yang khusus pada karya-karyanya;\n mempersepsi\n membuat gambaran (bayangan) dalam hati atau fikiran tentang sesuatu:\n objek-objek yang dipersepsi secara visual diterima tanpa soal." "perseptif\ncepat melihat, memahami, atau menyedari sesuatu:\npihak penganjur Seminar Seni Islam ini begitu ~ dalam memilih tema; \npengungkapan pemikiran yang ~ dan mendalam dalam karya-karya Sastera." "persetua\nperistiwa." "persih\n[sastera lama] bersih, putih bersih:\ndi luar jendela langit ~, matahari menyinar keras; \nputih ~ \nputih bersih." "persil I\nterpersil\n tertonjol, tersembul." "persil II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sebidang tanah (untuk tapak rumah, kebun, dan lain-lain):\n~-~ di Bandung hanya 15 meter lebar dan 20 meter ke dalam dan rumah-rumahnya sempit; \n2.\n = \ntanah ~ \ntanah sewa (untuk jangka waktu 75 tahun)." "persis\n1.\n kena benar, sama benar, serupa benar:\nlagaknya ~ lagak seorang diplomat; \nwajah Amelia ~ wajah emaknya; \n2.\n tepat (berkenaan (dengan) waktu), genap:\nMimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;\nkepersisan\n perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan:\n arahan yang ideal ialah yang tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dari segi ~nya;\n~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pada mutu bahasa Melayu yang dikuasai." "perslah\n[Indonesia-Belanda] huraian (keterangan) mengenai sesuatu kejadian (mesyuarat dan lain-lain), laporan, minit;\n \n~ pandangan mata \nulasan selari atau secara langsung menerusi radio berkenaan pertandingan bola sepak dan lain-lain." "persona\n1.\n (Kesusasteraan) watak rekaan di dalam cereka, drama, novel dan sebagainya:\ncara penelitian demikian juga dilakukan terhadap ~ dalam karya-karya sajak; \n2.\n (Psikologi) watak atau sifat seseorang seperti yang ditampilkan kepada orang lain atau seperti yang ditanggapi oleh orang lain;\n3.\n [Indonesia-Belanda] orang." "persona grata\n(Latin) orang yang boleh diterima atau dialu-alukan kehadirannya di sesebuah negara dan sebagainya, misalnya diplomat asing." "persona non grata\n(Latin) orang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah)yang tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut." "personal\n(bersifat) peribadi." "personaliti\nkeperibadian, perwatakan:\ntelah banyak benar diperkatakan tentang sasterawan ini, daripada hasil-hasil karyanya membawa kepada persoalan ~nya." "personel\npegawai, kakitangan (pejabat dan lain-lain);\n \nurusan ~ \nurusan kakitangan." "personifikasi\n1.\n pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, \n2.\n pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia;\nmempersonifikasikan\n melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia:\ndia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih." "perspektif\n1.\n cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dan lain-lain pada permukaan yang rata sebagaimana yang kelihatan dari sesuatu tempat pada mata seseorang;\n2.\n pandangan (pentafsiran) yang wajar berkenaan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan keseluruhannya:\nlogika dan ~ amat penting dalam menghadapi hal ini; \noleh yang demikian ~ latihan hendaklah dilihat dari sudut lain." "perspirasi\n(Perubatan) kehilangan cecair melalui permukaan tubuh, sama ada melalui proses perpeluhan atau pengewapan." "persuasif\nberupaya mempengaruhi atau meyakinkan orang lain untuk melakukan sesuatu:\n ramai orang tertarik untuk membeli alat itu kerana cara promosi yang sangat ~." "pertal\n[Indonesia-Belanda];\nmemertal\n [bahasa percakapan] menterjemahkan;\npertalan\n terjemahan." "pertala\nkenderaan dewa, kenderaan sakti." "PERTAMA I\nakronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia." "pertama II\n1.\n (yang) kesatu:\n\n\npenuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; \n2.\n = \n~\n \nkali \nmula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali:\n\n\ninilah tunjuk perasaan antikerajaan yang ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya;\n\ninilah ~ kali seniwati itu berlakon sebagai seorang perempuan tua; \n3.\n terutama, terpenting:\n\n\nkewajibankau yang ~ ialah menjayakan perusahaan yang baru dijalankan ini;\n pertama-tama\n yang pertama sekali, yang mula-mula (terdahulu) sekali:\n\n\ncandu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan;\n dipertamakan\n didahulukan, dipentingkan, diutamakan." "pertanda\n[sastera lama] algojo, pelebaya, tanda:\nmaka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada ~." "pertang\n1.\n sejenis ikan laut,\na) \nEpinephelus tauvina; \nb) \nEpinephelus megachir; \nc) \nEpinephelus lanceolatus; \n2.\n sejenis ikan laut, \nPromicrops lanceolatus." "pertiwi I\ndewi ~\n dewi yang memerintah (menguasai) bumi;\n\n\nibu ~ \ntanah tumpah darah, tanah air:\n\n\nbeliau berkata pelajar-pelajar di luar tanah air juga hendaklah bersiap sedia menyambut panggilan ibu ~." "PERTIWI II\nakronim bagi Persatuan Wanita Islam Malaysia." "pertua\n[arkaik]\n1.\n tua-tua (orang yang dipandang atau dianggap tua);\n2.\n = \nYang Di~ \nketua, pemimpin:\ndalam mesyuarat agung itu ia telah dipilih menjadi Yang Di~ Kesatuan." "pertun\nsejenis tumbuhan (pokok), butung, \nBarringtonia asiatica." "pertusis\n(Perubatan) penyakit berjangkit (terutamanya menyerang kanak-kanak) yang dicirikan dengan batuk bertalu-talu, sedutan nafas yang panjang dan berbunyi, muntah, dan perdarahan (dalam kes yang teruk), batuk kokol." "peru\n[Kelantan];\nmemeru\n menabur (benih)." "peruan\n[Indonesia] [arkaik] kayu di tiang kapal tempat menggantungkan layar, andang-andang." "peruang\nilmu ~\n ilmu untuk tahan lama menyelam (dengan menjadikan ruang udara di sekeliling badan)." "peruk\nmemeruk\n memasukkan dengan sembarangan sahaja ke dalam beg dan lain-lain (tidak menyusun baik-baik), membenamkan:\npakaian tidur dan tuala mandi diperuknya saja dalam beg;\n terperuk\n1.\n tersimpan (terbenam dan lain-lain) dalam beg (di ceruk, di pelosok rumah, dan lain-lain):\ndi dalam peti itulah ~ sebuah novelnya; \n2.\n [kiasan] tinggal dalam rumah sahaja dan lain-lain (tidak keluar-keluar), terkurung (dalam rumah dan lain-lain):\nia ~ sahaja di rumah hingga tidak mengetahui perkara-perkara yang berlaku di kampung itu; \n3.\n [Jakarta] terbenam (ke dalam lubang dan lain-lain), terperosok." "perum\n= \nbatu ~\n batu penduga;\n \nmembuang ~ \nmenduga laut dan lain-lain;\nmemerum\n membuang perum, menduga (laut dan lain-lain)." "perumpung\ngelagah ~ \nsejenis tumbuhan (seperti pokok tebu yang biasa didapati di tepi sungai dan lain-lain), \nEulia japonica." "perun\ntimbunan kayu-kayu (daun-daun dan lain-lain) yang hendak dibakar;\n \npuntung ~ \na) sisa kayu-kayu dan lain-lain yang sudah dibakar;\n b) [Minangkabau] perjamuan yang terakhir bagi pengantin;\nmemerun\n membakar saki-baki kayu-kayu (daun-daun dan lain-lain) bagi kali kedua di tanah yang baru dibuka, membakar timbunan sampah:\nsekarang sudah tiba masanya untuk ~ dan membersihkan kawasan itu sebelum menanam anak-anak getah; \ndiperun kulambai \n[Minangkabau] habis terbakar;\npemerunan\n perbuatan memerun (kayu-kayuan dan lain-lain), pembakaran (sampah dan lain-lain)." "perundung\n(kain dan lain-lain) penutup:\nlalu dibukanya ~ tempat kuih, disuruhnya Leman mengambil." "perung\n[Kedah] kayu yang reput." "perunggu\nlogam daripada campuran tembaga dengan timah putih, gangsa." "perungus\npemanas, pemarah." "perunjung\nukuran tinggi (dalam) yang sama dengan panjang antara kaki hingga ke hujung jari tangan yang dihulurkan ke atas:\ndalamnya kolam ini adalah lebih kurang tiga ~;\n seperunjung, seperunjungan\n setinggi perunjung." "perupuk I, peruput\nsejenis ikan laut, \nPellona spp." "perupuk II\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Calastraceae, keruih, tinjau tasik, \nLophopetalum spp\n." "perus\ntidak peramah, bengis (garang, kasar), perungus." "perusa\nmemerusa\n [sastera lama] memaksa, memperkosa, mengganggu, menguasai." "perusah\nbersusah payah, berusaha bersungguh-sungguh:\ntelah beberapa hari kami ~ membuat kerja." "perusat\nsejenis tumbuhan (pokok), \nMitrephora macrophylla." "perusi\n[Jawa] [arkaik] terusi." "perut I\n1.\n bahagian depan tubuh di bawah dada:\n~nya buncit; \nisi ~ \na) kandungan perut (segala-gala yang ada dalam perut besar, usus, dan lain-lain);\n b) segala perasaan yang terkandung dalam hati (isi hati);\n \nmembawa ~ \nberkunjung ke rumah orang dan lain-lain untuk makan (tidak membawa suatu apa pun);\n2.\n organ dalam tubuh tempat penghadaman makanan (perut besar dan usus dan lain-lain):\nmakanan yang ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ untuk dicerna; \n3.\n [kiasan] tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan:\napabila sampai ketikanya anak itu lahir dari ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pada masa kecil; \n4.\n [bahasa kasar] makanan, rezeki:\njikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yang diharapkan? \n5.\n sesuatu (bahagian sesuatu) yang rupanya (bentuknya, letaknya, dan lain-lain) seperti perut manusia;\n \n~ daun \nbahagian daun (rokok) yang mengandungi tembakau;\n \n~ kapal\n bahagian dalam kapal sebelah bawah;\n \n~ kereta \nbahagian sebelah bawah kereta;\n 6.\n [arkaik] bahagian daripada suku atau bangsa;\n \nbuah ~ \n[Minangkabau] orang-orang dalam sesuatu suku (anak cucu yang turun-temurun daripada nenek perempuan);\n~ besar \na) alat dalam tubuh yang menyerupai kantung tempat penghadaman makanan;\n b) [bahasa percakapan] bunting, mengandung;\n \n~ bumi \nbahagian bumi sebelah dalam (lawan permukaan bumi);\n \n~ buta \n= \n~ buntu \nusus kecil (usus tambahan), \nintestinum caecum;\n~ kaki \na) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki);\n \n~ kapal (perahu) \nbahagian kapal (perahu) yang di tengah-tengah;\n \n~ laut \nbahagian yang dalam di bawah permukaan laut;\n \n~ muda = ~ panjang = tali ~ \nusus (alat pencernaan makanan yang berupa saluran yang panjang berlingkar-lingkar);\n \n~ padi \nbahagian batang padi yang besar;\n~ besar, entah anak entah tahi \n(peribahasa) tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu miliknya sendiri atau tidak;\n \n~ buncit lama-lama menjadi busung \n(peribahasa) sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya;\n \n~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas \n(peribahasa) perihal orang yang amat susah (tidak dapat dihiburkan);\n \n~\n \npanjang sejengkal \n(peribahasa) berasa kecewa (gelisah);\n \nmencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup \n(peribahasa) pergi berdagang ke negeri lain untuk mencari penghidupan;\n \ntak berkelipat ~\n (peribahasa) orang yang tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri;\n \ntiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan \n(peribahasa) perihal orang yang tidak adil dalam menjatuhkan hukuman (seperti kaum kerabat dilepaskan daripada hukuman);\nseperut\n1.\n sama-sama dari satu perut;\n2.\n [Minangkabau] berkeluarga kerana mempunyai nenek perempuan yang sama;\nberperut\n1.\n mempunyai perut, ada perutnya;\n2.\n berbentuk seperti perut (besar pada bahagian tengahnya);\n3.\n mulai berisi (padi):\npadinya sedang muda, sedang mulai ~;\nmemeruti\n mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dan lain-lain):\n~ ikan." "perut II\n[arkaik] gulungan benang yang kecil." "perut III\n~ pelanduk \nsejenis tumbuhan (pokok), mayang bukit, nyatuh bunga (kerangan, pipi), \nPayena lucida; \nakar ~ gagak \n= \nakar kerbau betina \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nByttneria maingayi; \nakar ~ kerbau (kijang) \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), secerek (sejerit) hitam, selempah, \nGnetum campestre." "perutak\nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), \nMyurmecodia tuberosa." "peruwa\n[Kelantan];\nmemperuwa-peruwa\n mengheboh-hebohkan (sesuatu perkara)." "perversi\n(Perubatan) kecenderungan yang kuat untuk mengamalkan hubungan seks secara tidak normal." "Perwanit\n[Indonesia] akronim bagi Persatuan Wanita dan Teruna." "perwara\n[sastera lama] gadis yang mengiringi raja (permaisuri):\nmaka Puteri Nila Pancadi itu pun naiklah ke kapal dengan lima ratus orang ~nya." "perwatin\npenghulu adat:\norang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah ~;" "perwawai\n perwai, perwai-wai\n pemberitahuan (dengan melaung), pengumuman." "perwira\n1.\n [sastera lama] berani, gagah:\nia seorang perajurit agung lagi ~;\n~ perkasa = gagah ~ \ngagah perkasa;\n2.\n [sastera lama] orang yang gagah berani, pahlawan:\nmaka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; \n3.\n [Indonesia] pegawai tentera (daripada leftenan muda ke atas):\nkerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dengan berpangkat leftenan dua;\n~ laut \npegawai dalam angkatan laut;\n \n~ menengah \npegawai tentera daripada kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan-kolonel);\n \n~ penghubung \npegawai tentera yang menghubungkan pasukan dan lain-lain dengan pasukan lain;\n \n~ pertama = ~ rendah \npegawai (pangkat leftenan dan kapten);\n \n~ tinggi \npegawai yang lebih tinggi daripada kolonel;\nkeperwiraan\n1.\n [sastera lama] keberanian, kegagahan, kepahlawanan:\nriuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; \n2.\n perihal perwira." "pes I\n1.\n campuran cecair dan serbuk yang lembut dan pekat yang mudah dibentuk atau disapu;\n2.\n (ERT) sediaan makanan, seperti daging atau ikan kisar, untuk disapu pada roti dan sebagainya." "pes II\n[Indonesia-Belanda] sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh tikus." "pesa\nalat penggulung kain yang sudah ditenun." "pesai\nberpesai-pesai\n lepas dan bercerai-cerai (tidak lagi melekat atau berpadu), bercerai-berai (pasukan dan lain-lain)." "pesak I\nkulit padi, sekam." "pesak II\nkain yang dijahit pada kelangkang atau depan seluar (tempat kancing) atau di bawah ketiak baju;\nberpesak\n ada pesaknya, mempunyai pesak." "PESAKA\nakronim bagi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia." "pesam\n1.\n hangat, panas (air dan lain-lain): pakaian yang \nsudah dicuci itu hendaklah dibilas dengan air ~ dan kemudian dengan air sejuk; \n2.\n = \n~ kuku = panas ~ \ntidak berapa panas, suam-suam kuku;\nmemesamkan\n menghangatkan, memanaskan." "pesan\n1.\n amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dan lain-lain) yang diterima (diteruskan kepada orang lain):\nia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kepada tangan orang lain; \nada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; \n2.\n amanat (nasihat, wasiat, dan lain-lain) yang penghabisan daripada orang yang akan meninggal:\nemaknya yang baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; \n3.\n permintaan barang untuk dibeli, tempahan;\n \n~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati \n(peribahasa) mempercayakan sesuatu kepada orang dengan tidak percaya bulat-bulat;\nberpesan\n1.\n meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dan lain-lain) diterima atau diteruskan kepada orang, memberi pesan (kepada):\nsebelum ia bertolak ia ~ kepada Kak Loyah supaya menjaga anaknya; \n2.\n memberi nasihat (amanat, wasiat, dan lain-lain) ketika hampir akan meninggal:\nsebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; \n3.\n membuat permintaan (untuk membeli dan lain-lain barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah:\nKek, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk;\n~ berturut, harap ada, percaya tidak \n(peribahasa) tidak mempercayai sepenuh-penuhnya;\nmemesan\n1.\n memberi pesan (nasihat, arahan, dan lain-lain):\nsejak dari rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; \n2.\n meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dan lain-lain), menempah:\ntidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dengan makanan dan minuman yang dipesan;\n~ tempat \nmenempah tempat;\nmemesani\n berpesan (memesan) kepada:\nmaka kata orang yang dipesan itu, Baiklah;\n memesankan\n1.\n memesan kepada;\n2.\n memesan (barang dan lain-lain) untuk orang:\nsudah saya pesankan tuan buku itu; \n3.\n meminta (menerusi orang lain) supaya datang dan lain-lain:\napa maksud ~ saya ke mari?\n pesanan\n1.\n pesan:\n~ ibu tidak akan kami lupakan; \n2.\n sesuatu yang dipesan (dipesankan);\npemesanan\n perbuatan memesan (memesankan);\npemesan\n orang yang memesan atau menempah (barang dan lain-lain):\n~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali." "pesan-pesan\nsejenis lipan yang sangat bisa;\n= sepesan." "pesantren\n[Jawa] sejenis asrama tempat murid-murid belajar mengaji (membaca Quran dan lain-lain)." "pesara\npasar:\ndi tempat-tempat ~ orang berjual barang-barang." "pesari\n(Perubatan)\n1.\n sejenis ubat berbentuk pepejal yang dimasukkan ke dalam faraj dan melebur untuk merawat jangkitan dan sebagainya;\n2.\n alat yang dimasukkan ke dalam faraj untuk menyokong uterus atau mencegah kehamilan." "pesat I\n1.\n sangat cepat, pantas:\nair sungai itu mengalir dengan ~nya; \n2.\n berkembang dengan cepat, maju dengan cepat:\nmereka mendapat kemajuan ~; \nperusahaan yang ~;\n memesatkan\n1.\n menjadikan pesat (pantas, cepat);\n2.\n memperkembangkan (memajukan) dengan cepat, melaksanakan (menggerakkan dan sebagainya) dengan pesat atau lebih pesat:\nkeinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yang cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yang terpilih; \nusaha-usaha dan langkah-langkah yang membantu ~ perkembangan bahasa Melayu;\n kepesatan\n perihal pesat, kemajuan yang pesat:\n~ penubuhan dan pembinaan syarikat-syarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran;\n pemesatan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) memesatkan:\nmelalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang." "pesat II\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nMaesa ramentacea." "pesawat\nsawat II." "peseban\n[Jawa], [sastera lama] balai tempat menghadap;\n \n~ agung \nbalai penghadapan yang besar." "peseh\nkeleseh-~ = gereseh-~; \nkeleseh." "pesek\npenyek, pipih (hidung):\nmatanya terperosok, hidungnya ~." "pesemendan\n[Minangkabau] segala isteri daripada orang-orang lelaki yang sesuku." "peser\nwang tembaga yang bernilai setengah sen, rini;\nsepeser\n setengah sen, serini:\nkeadaan kami terlalu melarat, sehingga wang ~ pun ada harganya;\n~ buta \nsesen pun, sedikit pun." "peseta\nunit mata wang Sepanyol." "pesi\n[arkaik]\n1.\n terlalu sejuk;\n2.\n lesi." "pesimis\norang yang bersikap pesimistik." "pesimisme\nsikap atau kecenderungan memandang sesuatu itu dari sudut keburukannya (dengan perasaan tidak yakin akan kejayaannya dan sebagainya)." "pesimistik\nbersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, segera berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu), lawan optimis:\ndi dalam bukunya terdapat rasa ~ kerana ia melihat banyak kejelikan dan kepincangan dalam masyarakatnya; \norang-orang yang ~ meramalkan kemungkinan berlakunya perang dunia dalam kurun ini." "pesing\nbau busuk (bau air kencing), hancing, pering." "pesir\n[Kelantan];\n~ mata \ntidak berkelip-kelip mata (ketika melihat orang dan lain-lain)." "pesirah\n(Palembang) ketua marga." "pesisir I\n= pesisiran\n kawasan pantai yang datar dan berpasir." "pesisir II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n penumpang kapal;\n2.\n [Jakarta] orang yang masuk ke kedai dan lain-lain untuk membeli (melihat-lihat dan lain-lain)." "peso\nunit mata wang Filipina dan beberapa buah negara Amerika Latin." "pesolot\nteluk yang kecil (di pantai)." "pesona\n1.\n guna-guna, mantera, sihir:\n~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; \nilmu ~ \nilmu sihir, ilmu guna-guna;\n \nkena ~ \nkena guna-guna (sihir);\n \nmembuat (mengenakan) ~ kepada \nmengenakan guna-guna (sihir) kepada;\n \ntukang ~ \na) tukang (ahli) sihir;\n b) [arkaik] [bahasa percakapan] pemimpin rakyat (yang kurang jujur);\n2.\n =\n pesonaan\n kata-kata jahat untuk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah:\norang yang berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; \nfitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pada masa itu di kalangan masyarakat kita; \nsegala godaan dan ~ syaitan untuk menyesatkan manusia daripada jalan Allah;\n mempesona\n memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:\nkejelitaannya ~ setiap lelaki yang melihatnya; \nia mempunyai suara merdu yang ~;\n mempesonakan\n1.\n mengenakan pesona (sihir);\n2.\n mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan:\nlukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia;\n terpesona\n1.\n kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi):\naku seolah-olah ~ dengan segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yang dapat kulahirkan; \n2.\n sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dan lain-lain), sangat terpikat (tertarik) hati:\npenonton-penonton ~ oleh lagu sayu yang sedang mengalun itu;\nkepesonaan\n perihal (keadaan) pesona:\n pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dengan penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat;\n keterpesonaan\n keadaan terpesona:\n kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yang tersirat di dalamnya." "pesong\n1.\n belok (ke kanan atau ke kiri), memutar (mengubah) haluan:\nkerana itu kemudian ~ ke kiri memasuki suatu lorong; \n2.\n [kiasan] mengalih (percakapan), mengubah atau menukar (perkara):\napabila ibunya bercakap tentang perkahwinan, Halim cuba ~ ke soal lain;\n memesongkan\n1.\n membelokkan (ke kiri atau ke kanan), memusingkan, menukarkan haluan:\nakar pokok yang menjalar dalam tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yang ada air; \n2.\n [kiasan] mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dan lain-lain):\nparti itu telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri yang cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya;\n terpesong\n menyimpang dari tujuannya (haluannya, sasarannya), menyeleweng:\nkalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~ dan tidak mengenai sasarannya; \ntiba-tiba percakapannya ~ ke soal lain;\n pemesongan\n perbuatan memesongkan (kepercayaan, pendirian, dan sebagainya):\n langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah;\n pemesong\n alat yang memesongkan:\nkanta ~ sinar matahari." "pesta\n1.\n kerja dan sebagainya menjamu (bersuka ria dan lain-lain) untuk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan:\ndia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yang diadakan; \n2\n. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dan lain-lain) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dengan konsep dan tujuan yang tersendiri, festival:\n~ buku;\n~ makanan; \n3.\n perayaan kebudayaan atau keagamaan:\nP~ Kaamatan; \nP~ Gawai;\n~ bola \nacara mengadakan siri pertandingan bola sepak;\n \n~ buku \nkempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan;\n ~ dansa \nperayaan dengan berdansa;\n \n~\n \nfilem \npertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem;\n \n~ gila \n[bahasa percakapan] perayaan tari-menari dengan orang yang menghadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dan lain-lain);\n \nP~ Kaamatan \npesta yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dengan memuja semangat padi;\n \n~ kahwin = ~ nikah \nperayaan kahwin;\n \n~ lagu\n pertandingan lagu yang mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (seperti jaz, rap, rok, asli, dan lain-lain);\n \n~ makanan\n kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yang beraneka rasa (seperti masakan pedas, manis, masin, dan lain-lain);\n \n~ ria \nacara keramaian untuk bersuka ria yang diadakan di tempat lapang dan sebagainya, biasanya disertai berbagai-bagai aktiviti lain seperti pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dan sebagainya;\nberpesta, berpesta-pesta\n bersuka ria (dengan makan-makan, berdansa, dan lain-lain):\nmereka ~ sahaja selepas kejayaan itu;\n~ pora \nberpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dengan makan minum dan lain-lain);\nmemestakan\n1.\n merayakan (sesuatu peristiwa dan lain-lain) dengan makan minum dan bersuka ria:\naku tidak pernah berasa perlu untuk ~ ulang tahun; \n2.\n mengadakan pesta untuk:\n~ anaknya yang baru pulang dari luar negeri;\n pesta-pestaan\n perihal berseronok-seronok (bersuka ria):\n kebudayaan itu adalah suatu yang serius, bukan sekadar riuh-rendah ~." "pestaka\n1.\n sejenis kitab ramalan (mantera dan lain-lain);\n2.\n = \nilmu ~ \nguna-guna, jampi, pesona;\n3.\n kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain);\npustaka." "pestisid\n(Kimia) racun yang digunakan untuk membunuh binatang perosak, seperti serangga, tikus dan sebagainya, racun perosak." "pesuk\n1.\n lubang kemik, lekuk (pada talam dan lain-lain):\n~\n \nkopiahnya; \n2.\n tembus, bocor (atap, tikar, dan lain-lain):\njika tikar ~, barang dua tiga lubang, tiada dipakainya;\n berpesuk-pesuk\n1.\n berlekuk-lekuk, renyuk-renyuk:\n~ songkoknya; \n2.\n berlubang-lubang, bocor-bocor;\nmemesukkan\n menjadikan pesuk (kemik), melubangkan:\nada yang ~ dinding, ada yang memanjat pagar." "pesuruhjaya\n1.\n orang (pegawai) yang dilantik oleh suruhanjaya dan lain-lain (untuk memegang jawatan atau tugas penting);\n2.\n wakil sesuatu kerajaan yang menjadi ahli persatuan negara (Komanwel dan lain-lain);\n \nP~ Tinggi \nketua diplomat negara Komanwel di negara Komanwel yang lain." "pet\n[Indonesia-Belanda] sejenis songkok atau topi yang bertepi di depan." "PETA\n[Indonesia] akronim bagi Pembela Tanah Air (tentera simpanan pada zaman pemerintahan Jepun)." "peta I\n1.\n lukisan (gambar) pada kertas dan lain-lain yang menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dan lain-lain;\n2.\n lukisan (gambar) yang menunjukkan kedudukan bintang dan lain-lain di langit;\n~ angin \npeta yang menunjukkan arah peredaran angin;\n \n~ antarabangsa \npeta dunia yang biasanya berskala 1:1,000,000;\n \n~ bahasa \npeta yang menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan;\n \n~ bumi \npeta yang khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dan lain-lain);\n \n~ kontur \npeta yang dilukiskan dengan garisan-garisan kontur;\n ~ kosong \npeta yang belum ditandai dengan nama tempat (letak sungai, gunung, dan lain-lain);\n \n~ lakar \npeta sesuatu kawasan dan lain-lain yang dilukis dengan secara kasar dan mengandungi hal-hal yang penting sahaja;\n \n~ laut \npeta yang khusus menunjukkan laut (pulau-pulau, aliran ombak, dan lain-lain);\n \n~ timbul \npeta yang dibuat daripada tanah liat (plastisin) dengan gambaran bukit (gunung, sungai, dan lain-lain) seperti yang terdapat di muka bumi;\n \n~ topo \npeta lengkap sesuatu tempat (yang menunjukkan bandar, jalan, dan lain-lain);\nberpeta\n berupa peta:\nmendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya;\nmemeta\n membuat peta;\nmemetakan\n1.\n membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dan sebagainya) sesuatu dalam bentuk peta:\nsebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; \n2.\n menggambarkan, melukiskan:\nNasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yang bergaji kecil hidup;" "peta II\njelas, terang;\n \npandang ~-~ \npandang dengan terang." "peta III\n[Jakarta] = \npetaan\n gerakan tangan (mata dan lain-lain) untuk memberi isyarat dan lain-lain." "peta IV\n[sastera lama] \n~-ratna; \npeterana." "petah\n= \n~\n \nlidah \npandai berkata-kata, lancar pertuturannya, fasih, petes:\nengkau memang bijak berkata-kata, ~ berperibahasa;\n memetahkan; \n~ lidah \nberlatih berkata-kata;\nkepetahan\n perihal petah, kefasihan, kepetesan." "petai\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya, bijinya berbau haring), \nParkia speciosa;\n~ belalang = ~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), dendulang,\n Desmodium umbellatum.;\n~ jawa \n= \n~\n \nbelanda = ~ tiga bulan \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nLeucaena glauca;\n~ kerayung \nsejenis tumbuhan (pokok dan buah), sungga, \nAlbizzia pedicellata;\nsebagai ~ sisa pengait \n(peribahasa) tidak berguna sama sekali;\n \nkulai-balai bagai ~ sisa pengait \n(peribahasa) seseorang yang lemah-lembut tingkah lakunya;\n \nmenjual ~ hampa \n(peribahasa) bercakap yang bukan-bukan, omong kosong." "petak\n[Jakarta];\n~ kadal \nsejenis permainan kanak-kanak dengan menggunakan bilah buluh;\n \n~ umpat (umpet) \nbermain saling mencari (bercari-carian)." "petak I\n1.\n ruang yang disekat-sekat atau bersekat-sekat:\ndalam ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; \n2.\n bilik (kamar) kecil:\napi yang membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dalam ~-~ kapal; \n3.\n sebidang sawah yang disempadani dengan batas (permatang), piring;\n4.\n bahagian sawah dan lain-lain tempat menyemai (menanam):\nmanakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dalam ~-~;\n berpetak-petak\n1.\n beberapa (banyak) petak:\n~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; \n2.\n terbahagi kepada beberapa petak;\nmemetak-metakkan\n membahagikan atau mengasingkan kepada atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dan sebagainya) tertentu:\nini mungkin merupakan langkah pertama untuk membebaskan bidang keilmuan daripada dipetak-petakkan." "petak II\n[Jawa] belang putih di dahi kuda;\n \nkuda ~ \nkuda yang berbelang putih pada dahinya." "petak III\nburung ~\n sejenis burung, lanting, selanting, \nRhizothera l. longirostris." "petaka\n[sastera lama] bencana, kecelakaan, kesengsaraan, kesusahan:\nbantuan untuk menghadapi masalah ~ alam seperti kemarau." "petal\n[Jawa];\nmemetalkan\n menekankan sesuatu (pada), menekapkan." "petala I\n1.\n [sastera lama] lapis, susun(an), tingkat(an);\n \ntujuh ~ bumi \ntujuh bahagian (daerah) bumi;\n \ntujuh ~ langit \ntujuh tingkat (lapis) langit;\n2.\n (Fizik) bahagian di keliling nukleus sesuatu atom yang mengandungi elektron dengan jarak aras tenaga tertentu;\n \n~ valens \n(Fizik) petala yang paling luar sekali pada sesuatu atom." "petala II\n~ bumi \na) sejenis tumbuhan (pokok), \nEurycoma longifolia; \nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nSantaloides floridum." "petalangan\n[arkaik] sejenis dusun kecil di hutan;\ntalang V." "petaling\n= \n~ air = ~ bukit = ~ merah = ~ misu = ~ padi \nsejenis tumbuhan (pokok yang boleh dibuat tiang dan buahnya boleh dimakan), mentalin, \nOchanostachys amentacea;\n~ air \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHomalium caryphyllaceum;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHomalium longifolium;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHomalium friffithianum;\n~ tanduk \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAporosa prainiana." "petam\nsejenis penutup atau pembalut dahi pengantin." "petamari\n[sastera lama] sejenis perahu yang laju dan bertiang satu atau dua." "petan\nsejenis ikan darat, \nOsteochilus brachynotopterus." "petang I\nwaktu selepas tengah hari (mulai dari matahari turun hingga matahari masuk), sore, lawan pagi:\nmatahari terbit lebih kurang pada pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pada pukul 6 ~; \nhari sudah ~;\n~ esok \nwaktu petang pada hari esoknya;\n \n~ semalam \nwaktu petang pada hari semalam;\n \nbesok ~ \na) petang esok;\n b) = \nbesok ~nya \npetang yang berikutnya;\n \n~ Sabtu malam Ahad \nSabtu malamnya sebelum Ahad;\nsepetang-petangan\n selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk;\nmemetang-metangkan\n~ hari \n[Minangkabau] membuang-buang masa dengan berbual-bual dan lain-lain;\nkepetangan\n mengalami (menempuh) petang, kena petang;\npemetang-metangkan; \n~ hari \n[Minangkabau] perintang-perintang masa." "petang II\nkepetangan\n \n1.\n [sastera lama] sejenis mata-mata:\nsembah ~ itu, Apa daya kula menyendal dia kerana Melayu ini berkeris di hadapan?; \n2.\n pandai membuat helah (tipu muslihat), cerdik, licik:\nperajurit yang ~." "petap\nmemetap\n mengeringkan air di badan dengan kain dan lain-lain, mengelap:\nselepas mandi ia ~ dengan tuala." "petaram\n[sastera lama] sejenis keris kecil yang dipakai oleh perempuan." "petarang\npukat ~ \nsejenis pukat besar." "petarangan\ntempat ayam bertelur (mengeram), sangkak, terak, tarang." "petas I\nberas ~ \nberbagai-bagai jenis beras." "petas II\npetasan\n mercun:\ndi sana sini kedengaran suara letusan, seolah-olah bunyi ~ di malam hari raya layaknya." "petat\n[Kelantan] jamah, raba." "petaya\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sagu paya, akar urat-urat, \nDalbergia stercoracea." "peteh\nTr\n1.\n banyak bercakap, petes:\nbudak ini sungguh ~; \n2.\n tendang pada kaki (betis), bentes:\njangan ~ orang apabila main bola." "petek\n petek-petek\n sejenis ikan laut." "petekat\nsejenis tumbuhan (pokok), nona burung, \nCordia dichotoma." "petekia\n(Perubatan) bintik-bintik perdarahan yang kelihatan pada kulit." "peteng\n[Jawa];\nkepetengan\n mata-mata kampung;\npetang II." "petentengan\n[Jawa] bersikap terlalu sombong atau angkuh." "peterana\nsejenis tempat duduk untuk orang yang dihormati (raja, mempelai, dan lain-lain)." "peteras\nbongkak, pongah, sombong." "petes\npetah bercakap (kanak-kanak);\n \n~ mulut \npeteh lidah." "peti I\nsejenis kotak yang besar dan bertutup (dibuat daripada kayu dan lain-lain);\n~ besi \npeti yang kukuh daripada besi tempat menyimpan barang-barang berharga;\n \n~ gewang \nsejenis peti yang dihiasai dengan intan permata (mutiara dan lain-lain);\n \n~ jenazah (mati, mayat) \npeti untuk menanam orang mati, keranda;\n \n~ (me)nyanyi = ~ bicara (ngomong) \n[bahasa percakapan] mesin bicara, gramofon;\n \n~ pekak = ~ wang \npeti (tabung) tempat menyimpan wang;\n \n~ radio \nradio;\n \n~ sejuk = ~ ais (air batu) \npeti penyejuk untuk menyimpan sayur-sayuran (ikan dan lain-lain) supaya tahan lama dan lain-lain;\n \n~ suara \nbahagian kerongkong tempat mengeluarkan suara;\n \n~ surat \npeti (kotak) tempat surat (bernombor dan ditempatkan di pejabat pos);\n \n~ undi \npeti berkunci dan bermeterai tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah memangkah calon pilihan masing-masing dalam sesuatu pilihan raya dan lain-lain;\nberpeti-peti\n beberapa buah peti." "peti II\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nOstracon spp." "petia\nmemetia, memetiakan\n memerhatikan:\ncuba petiakan betul-betul." "petiban\n~ sampir \nhadiah pengantin." "petik\nmemetik\n \n1.\n mengambil (buah, bunga, pucuk, dan lain-lain) daripada tangkainya:\ntelah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; \nbuah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dengan lori ke kilang-kilang; \n2.\n mengambil atau menyalin sebahagian daripada isi buku (karangan dan lain-lain), menukil:\ndalam ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yang dipetik daripada Quran; \n3.\n bermain gitar (kecapi dan lain-lain) dengan menggamit talinya:\nia bernyanyi sambil ~ gitar; \n4.\n menarik picu senapang dan lain-lain dengan jari, menarik tali panah dengan jari;\n5.\n merapatkan dan menggesekkan ibu jari dengan jari lain supaya mengeluarkan bunyi:\nbarangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dengan riang; \n6.\n menekan (memusing) suis lampu dan lain-lain yang menggunakan kuasa elektrik:\ndia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; \n7.\n memilin atau memintal misai dengan menggunakan dua jari;\n8.\n menghisap rokok dan lain-lain dengan menyelitkan rokok itu di antara dua jari;\n~ bola \nmelompat sambil menangkap (memukul) bola;\n \n~ hasil \nmengutip hasil;\nmemetiki\n memetik berulang-ulang;\nmemetikkan\n memetik untuk orang;\nterpetik\n telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan;\npetikan\n1.\n hasil (pendapatan) memetik;\n2.\n = \npemetik\n picu senapang dan lain-lain;\n3.\n = \npemetik\n suis lampu elektrik;\n4.\n kutipan, nukilan;\n \n~ api \nalat untuk memasang rokok;\npemetikan\n perbuatan memetik;\npemetik\n1.\n orang yang memetik;\n2.\n petikan." "petilan\n[Jawa] sebahagian daripada cerita lakon (pertunjukan) wayang orang dan lain-lain." "peting\nmemeting\n menjentik;\n \n~ kapas \nmengasingkan kapas daripada bijinya, membusur kapas;\nterpeting-peting\n [Kedah] berjalan berlenggang-lenggok (untuk menunjuk-nunjuk)." "petinggi\n[arkaik] ketua kampung, lurah." "petiol\n(Biologi) tangkai yang menyambungkan daun pada batang." "petir I\nsejenis bunyi guruh yang kuat (biasanya disertai kilat), geledek;\n \n~ tunggal \npetir yang amat kuat dan berbunyi dengan tiba-tiba;\n \nmata (panah) ~\n halilintar, kilat;\n \ndisambar (ditembak) ~\n terkena panahan api (elektrik) petir;\n \nbagai kilat senja, bagai ~ tunggal \n(peribahasa) tangkas sikap dan kuat bunyi suaranya (pahlawan dan lain-lain);\nmemetir, memetir-metir\n mendegam-degam, menggeledek (suara dan lain-lain)." "PETIR II\nakronim bagi Parti Tindakan Rakyat (Singapura)." "petis\nsejenis bahan penyedap rasa makanan (seperti laksa, rojak, dan sebagainya) yang dibuat daripada kentalan air udang, otak udang." "petisi\n[Indonesia-Belanda] (surat) permohonan yang dihantar kepada pemerintah." "petisyen\n1.\n surat permohonan atau rayuan (biasanya ditandatangani oleh sekumpulan orang) kepada pihak berkuasa untuk meminta sesuatu pertimbangan:\n mereka menandatangani tiga ~ tentang soal-soal persekitaran;\n2\n. permohonan rasmi kepada mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat diambil\n;\npempetisyen\n orang yang mengemukakan petisyen:\ndalam kes ini, pihak ~ telah membentangkan beberapa kes untuk menyokong hujahnya." "petit\n[Kelantan] belang, bunga;\nberpetit-petit\n berwarna-warni:\ntikar-tikar itu dianyam ~ supaya dapat dijual dengan harga yang mahal." "petitih\n[Minangkabau] pepatah, peribahasa." "petola I\n= \n~ hutan = ~ sagi = ~ sanding \nsejenis tumbuhan (herba memanjat dan buah), \nLuffa acutangula;\n~ buntal = ~ manis \nsejenis tumbuhan (herba memanjat dan buah), \nLuffa cylindrica;\n~ ular \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), ketola ular, timun bengkok, \nTr" "petopan\ntempat bermain judi, penjudian." "petor\n[sastera lama] pengawas atau penolong residen." "petot\n[Kedah] pendek." "petro-\nawalan asing \n1.\n berkaitan dengan petroleum, misalnya \npetrokimia; \n2.\n berkaitan dengan batuan, misalnya \npetrologi." "petrodolar\nwang dalam nilai dolar Amerika yang diperoleh oleh negara pengeksport petroleum." "petrografi\ncabang petrologi yang berkaitan dengan komposisi, struktur dan pengelasan batuan." "petrokimia\nbahan kimia yang terhasil daripada sumber petroleum dan gas asli:\nbahan ~." "petrol\ncecair mudah terbakar yang diperoleh daripada petroleum dengan proses penapisan dan digunakan sebagai bahan api untuk menjalankan enjin." "petroleum\nsejenis minyak yang didapati dari dalam tanah dan digunakan untuk menghasilkan petrol, parafin, dan berbagai-bagai bahan kimia." "petroliam\npetroleum." "petrologi\nkajian tentang asal usul, komposisi, pembentukan, struktur dan sebagainya batuan." "Petronas\nakronim bagi Petroliam Nasional Berhad." "petua\nnasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan:\n~ awet muda; \nbetapa banyak ~ dukun kuturuti;\n berpetua\n memberi petua (nasihat):\npandai pula engkau ~, pandir;\ndipetuakan\n1.\n digunakan sebagai petua;\n2.\n dianjurkan, dinasihatkan." "petuk\n[Jawa] [arkaik] surat sebagai tanda penerimaan sesuatu." "petung\n[Kelantan] baling, buang, lontar." "peturun\nharimau ~ \nharimau kumbang." "petus\npetir, halilintar;\n \n~ tunggal \npetir tunggal, petir yang berbunyi kuat dengan tiba-tiba;\n \nsebagai ~ tunggal \nsangat mengejuntukan (memeranjatkan)." "petut I\n[arkaik] lumpuh, lemah, tepuk." "petut II\n[Terengganu];\nmemetut\n memburu, menghambat." "petutu I\nsejenis ikan, betutu." "petutu II\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAdinandara macrantha;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHibiscus florcosus." "peweng\n[Terengganu] bengkok:\nkenapa pengayuh basikal tu ~?" "peyot\n[Jawa] [arkaik] herot, bengot." "PGB\n[kependekan] Panglima Gagah Berani (pingat keberanian yang dianugerahkan kepada pegawai-pegawai dan lain-lain dalam angkatan bersenjata)." "Pgh.\n[kependekan] Pengarah:\n~ Pentadbiran dan Operasi." "pH\n(Kimia) ukuran tentang keasidan atau kealkalian sesuatu larutan dengan skala antara 0 hingga 14, iaitu pH 7 menunjukkan larutan yang neutral, kurang daripada pH 7 menunjukkan larutan berasid, dan lebih daripada pH 7 menunjukkan larutan beralkali.\nPhD\n kep\n Doctor of Philosophy \n(Doktor Falsafah)." "pi\n1.\n huruf ke-16 abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u03a0, \u03c0;\n 2.\n (Matematik) nombor asas dalam matematik (bernilai 22/7 atau 3.142) yang merupakan nisbah lilitan sesuatu bulatan terhadap garis pusatnya." "pi I\n[bahasa percakapan] pergi." "pi II\n[Cina] taruhan dalam permainan judi;\n \nmain ~ \nberjudi dengan membayar taruhannya kemudian." "pi III\n[Cina] sejenis kura-kura yang kecil di sungai dan lain-lain, bulus." "piadah\n[sastera lama] buah catur yang di depan, bidak." "piagam\n1.\n surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah dan lain-lain (tertulis pada batu, logam, dan lain-lain);\n2.\n surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dan lain-lain):\n~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; \n3.\n [arkaik] diploma, ijazah;\nmemiagamkan\n menentukan (menyatakan) sesuatu dalam piagam." "piah\nrempah-~ \nberbagai-bagai jenis rempah." "piai\n= \n~\n \nlasu (raya) = umbi ~ \nsejenis tumbuhan (paku-pakis), kerakas, paku tiai, pebisi, \nAcrostichum aureum." "piak I\nherot;\npiat I." "piak II\nberpiak\n berbunyi \npiak-piak\n:\naku dengar bunyi rotan ~." "piak III\n[Kelantan];\nsepiak\n sekacip (pinang), secarik (kertas dan lain-lain);\n \n~ pinang \nsebentar sangat, sekejap benar." "pial I\ncopeng merah yang lembut pada dagu (telinga) ayam dan lain-lain." "pial II\nberpial-pial\n berpilin-pilin seperti dipulas, berpiuh-piuh;\nmemial\n memulas:\nanaknya pula jadi seperti budak-budak baru masuk yang pernah ditengking dan dipial telinganya." "piala\nsejenis cawan yang berkaki dan diperbuat daripada perak atau emas dan lain-lain (untuk minuman, hadiah sukan, dan lain-lain);\n~\n \nhati \nki batin, kalbu;\n \n~ pusingan (bergilir) \npiala yang pada tiap-tiap tahun diperebuntukan dalam pertandingan." "pialang\nperantara dalam jual beli, cangku;\nberpialang\n membeli dengan perantara cangku." "pialing\nsejenis burung serindit, perling, serindit gajah, \nPsikologittinus c. cyanurus." "pialu\nsejenis tumbuhan (pokok renek), sepucat pelanduk, \nOrophea setosa; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (akar yang berteras dan memanjat), akar berumat, akar kuayah, jendereh, jenderus burung, kabau, \nDerris thysiflora." "piama I\n[Indonesia-Belanda] sejenis baju dan seluar untuk waktu tidur, pijama." "piama II\n= \nmusim ~ \nmusim yang baik untuk memulakan penanaman padi, musim hujan;\n \nawal ~ \npermulaan musim hujan;\n \nsayup ~ \nakhir musim hujan;\n \nsemasak buah ~ \ngenap satu musim dalam setahun." "pian I\nsejenis tumbuhan (pokok) medang biawak, melidah, kahwa-kahwa, salang rusa, tinjau laut, \nAlangium uniloculare." "pian II\n[Kelantan], [Terrenganu] musim, perian:\n~ buah-buahan." "piang I\n[arkaik] \n= biang I." "piang II\n[arkaik] sejenis kuih dibuat daripada ketan (pulut);\nmemiang\n memasak piang." "piang III\npengawal, penjaga:\nmaka ~ dan merinyu pun selalu menangkap orang yang mabuk itu." "piang IV\n[Perak];\nberpiang-piang\n berpusing-pusing." "pianggang\nsejenis belalang kecil yang memakan dan merosakkan buah padi, denangau, walang sangit, \nLeptocoriza varicornis." "pianggu\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nClerodendron umbratile; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nHorsfieldia irya; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nMyristica ellipitica;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nFicus consociata;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nPellacalyx axillaris." "piano\nalat muzik yang dimainkan dengan menekan mata hitam atau putih pada papan kekunci, menyebabkan tukul-tukul kecil mengetuk tali logam untuk menghasilkan not yang berbeza." "piantan\n[arkaik]\n1.\n waktu tertentu bila umumnya berlaku sesuatu:\nsewaktu ~ memasak-masak tiba dia ke dapur menolong isterinya; \nbukan ~\n bukan masa atau musimnya;\n \n~ demam \nwaktu yang selalunya demam datang;\n \n~ hujan \nmusim hujan yang biasa berlaku;\n2.\n [Indonesia] sehari semalam (24 jam)." "piara\npelihara, bela;\n \nanak ~ \nanak orang lain yang dibela dari kecil, anak angkat;\nmemiara\n memelihara, membela;\n \n~ ayam;\n~ misai;\n~ isteri \nmempunyai isteri;\nterpiara\n terpelihara, terbela;\npiaraan\n1.\n sesuatu yang dipelihara (ayam, kucing, dan lain-lain);\n2.\n \n= bini ~ \nperempuan simpanan, gundik;\npemiaraan\n perihal (perbuatan atau usaha) memiara, pemeliharaan:\n~ ayam telur." "piarit\nsejenis serampang atau seruit yang mempunyai dua mata;\n \nlurus bagai ~ \n(peribahasa) rupanya saja baik tetapi hatinya jahat." "piartrosis\n(Perubatan) pembentukan nanah di dalam sendi." "pias I\n[arkaik]\n1.\n bidang-bidang tikar mengkuang dan lain-lain yang dijahit menjadi layar;\n2.\n lajur, jalur." "pias II\npercikan (air hujan dan lain-lain);\ntempias." "pias III\nsejenis ikan laut, selangat, \nDorosama chacunda." "piasau\n[Brunei] kelapa, nyiur." "piat I\npiuh, herot, bengkok;\npiak I." "piat II\nmemiat\n1.\n memial, memulas;\n2.\n [Kelantan] pukul, sebat (dengan benda kecil seperti lidi, rotan, dan lain-lain)." "piat III\n~-piut \nanak cucu atau keturunan yang sudah terlalu jauh." "piat IV\nsejenis tumbuhan (pokok), bebuas, sarang burung, \nPremna tomentosa." "piatu\n1.\n tiada beribu dan tiada berbapa:\nanak ~; \nrumah ~ \nrumah tempat memelihara anak-anak piatu;\n2.\n [sastera lama] tidak mempunyai sanak-saudara;\n \ndagang ~ \norang asing yang tidak mempunyai sanak-saudara;\n \nrimba ~ \n[sastera lama] rimba besar;\nkepiatuan\n [sastera lama] hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri." "piawai\n[Minangkabau]\n1.\n cekap, pandai, pintar:\nseorang jurutenung yang ~ telah pernah meramalkan hal ini; \n2.\n betul, tepat (timbangan, waktu, dan lain-lain);\n \nbungkal yang ~ \na) anak timbangan yang betul;\n b) [kiasan] keputusan (pertimbangan) yang adil;\n3.\n yang (telah ditetapkan untuk) menjadi asas bagi penentuan atau penilaian sesuatu (seperti ukuran, timbangan, mutu, dan lain-lain), dasar (asas) yang sah:\nsuhu ~; \nsukatan ~; \nwaktu ~;\nmemiawaikan\n menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dan sebagainya) piawai:\n bank data harus mencakup istilah yang dipiawaikan;\n terpiawai\n sudah atau telah dipiawaikan:\npakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dalam bentuk ujian personaliti yang ~;\n piawaian\n asas (rujukan dan sebagainya) untuk penentuan sesuatu (seperti timbangan, mutu, dan lain-lain):\nMalaysia memerlukan satu sistem ~ yang kemas kini;\n kepiawaian\n kecekapan, kepintaran:\nlalu hilang pulalah ~nya sebagai perjaka perkasa;" "PIBG\n[kependekan] Persatuan Ibu Bapa dan Guru." "pic I\n1.\n sejenis pokok yang mempunyai bunga berwarna samar dan buahnya bulat dan boleh dimakan, \nPrunus persica\n;\n2.\n = \nbuah\n \n~\n buah daripada pokok pic yang bulat, berkulit kekuningan, dan isi yang manis;\n3.\n warna kuning kemerah-merahan seperti warna buah pic yang masak." "pic II\n(Seni Muzik) darjah tinggi atau rendahnya nada suara (bunyi)." "pica\n[Minangkabau] = \nterpica\n lalai, lengah, meling;\nmemicakan\n melalaikan, melengahkan." "picagari\nsejenis alat untuk menyedut cecair dan memancuntukannya ke tempat lain;\nmemicagari\n menyedut, menyuntikkan dan sebagainya cecair dengan picagari." "picahbeling\nsejenis tumbuhan (herba yang daunnya digunakan sebagai ubat penyakit kencing manis dan lain-lain), \nStrobilanthes crispus." "pici\npeci, kopiah." "picik\n1.\n tidak lebar (luas), sempit:\nkamar yang ~ lagi kotor; \n2.\n tidak luas, sempit, cetek (pandangan, fikiran, pengetahuan, dan lain-lain):\nbertambah-tambah pula ~ pengetahuanku dalam ilmu mengarang; \n3.\n sempit, susah (wang, penghidupan, dan lain-lain):\nkalau kita sesak dan ~ wang, tidak ada siapa boleh memberi; \n4.\n [Jakarta] tidak boros, cermat, hemat;\nmemicikkan\n menyempitkan, mengurangkan, dan lain-lain;\nkepicikan\n perihal picik (tempat, fikiran, wang, dan lain-lain):\npada masa ~ wang ia akan menanti di lorong-lorong yang gelap untuk merompak." "picing\n[Minangkabau] pejam;\nsepicing\n sekelip (mata), sebentar, sekejap:\nRosnah belum dapat tidur walau ~ pun;\n berpicing\n memejamkan mata;\nmemicingkan\n memejamkan mata, tidur:\nsemalam-malaman aku tidak dapat ~ mataku;\nterpicing\n terpejam (matanya), tertidur:\ndipandangnya muka Azimah dengan mata yang separuh ~." "picis\n[Indonesia] wang yang bernilai 10 sen, ketip, pitis;\nsepicis\n seketip;\npicisan\n1.\n wang ketip;\n2.\n tidak berharga, rendah mutunya:\napabila orang kata mahasiswa hanya suka membaca majalah hiburan bebas dan buku-buku ~, mahasiswa diam; \nroman ~\n roman yang murah harganya (roman yang rendah mutunya)." "picisan\nsejenis tumbuhan (pakis), pakis duitan, paku duitan, sakat ribu-ribu, sisik naga, \nDrymoglossum heterophyllum." "picit\nlampu ~ \nlampu suluh yang dinyalakan dengan menekan tombolnya;\n \ntukang ~ \ntukang urut;\nmemicit\n memecal, memijit, mengurut:\nia ~ hon; \nHendon ~-micit dahinya beberapa kali;\nterpicit\n1.\n tertekan;\n2.\n terurut;\npicitan\n pijitan, tekanan, urutan." "picu\npemetik (pistol, senapang, dan lain-lain);\nmemicu\n menarik atau memetik picu pistol, senapang dan sebagainya." "picung\nsejenis tumbuhan (pokok renek), buah keluak, (ke)payang, kapecong, simaung, \nPangium edule." "pidal\n[Kelantan], [Terrenganu] tidak mahu membayar hutang." "pidana\n[Indonesia] kejahatan, kesalahan jenayah;\nhukum ~ = undang-undang ~ \nundang-undang berkenaan perbuatan-perbuatan jenayah;\n \nperkara ~ \nperkara (kes) jenayah;\n \ntindakan (perbuatan) ~ \nperbuatan yang dianggap sebagai jenayah;\n \nkitab undang-undang hukum ~ \nbuku undang-undang yang menyatakan hukuman-hukuman jenayah." "pidato\n1.\n ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai:\nlebih daripada itu ia dapat juga diakui sebagai seorang ahli ~ yang mempunyai bakat istimewa; \n2.\n [arkaik] ceramah yang membicarakan sesuatu perkara;\nberpidato\n menyampaikan pidato:\ndia memang sudah biasa ~; \nkemahiran ~;\nmempidatoi\n memberi pidato kepada, berpidato kepada:\naku ~ perkumpulan pemuda pada waktu malam;\nmempidatokan\n membincangkan dalam pidato;\npemidato\n orang yang berpidato." "pidi\n[Jakarta];\nmemidi\n mengarahkan (guli dan lain-lain) ke, membidik, menuju." "pigi\n[bahasa percakapan] pergi." "pigimana\n[Indonesia], [bahasa percakapan] bagaimana." "pigmen\n1.\n (Biologi) bahan berwarna yang terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan;\n2.\n (Kimia) sebarang bahan yang dapat mewarnai bahan lain." "pigmentasi\n(Biologi) warna asli yang kelihatan (terdapat) pada tumbuhan dan haiwan (termasuk manusia)." "pigmi I\norang atau binatang yang kerdil." "Pigmi II\nsuatu puak yang terdiri daripada orang-orang kerdil di Afrika dan beberapa bahagian Asia Tenggara." "pigura\nfigura\n." "pihak\n1.\n belah, sisi:\n~ atas;\n~ bawah;\n~ kanan;\n~ kiri; \n2.\n arah, hala, jurusan:\nbeberapa ekor kera yang besar datang dari segenap ~ mengelilinginya; \n3.\n salah satu daripada dua kumpulan (golongan) orang yang berlawanan dalam peperangan (permainan, politik, dan lain-lain):\ntidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; \n4.\n termasuk dalam kumpulan (golongan) yang berlawanan:\nnanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; \n5.\n hal, perkara;\n \npada ~\n berkenaan hal;\n~ berikat = ~ bersekutu \nnegara-negara yang bersekutu dalam perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis);\n \n~ berkuasa \ngolongan atau orang yang mempunyai kuasa, pemerintah;\n \n~ berkuasa tempatan \nbadan yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dan sebagainya, misalnya Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya dan sebagainya;\n \n~ kedua \norang (yang kedua) yang disebuntukan kemudian dalam perjanjian;\n \n~ ketiga \na) orang lain yang tidak serta dalam perjanjian;\n b) golongan lain yang tidak berpihak dalam persengketaan (peperangan dan lain-lain);\n \n~ pertama (kesatu) \norang (yang pertama) yang disebuntukan dahulu dalam perjanjian;\n \n~ sana \nkumpulan orang dan lain-lain yang termasuk pihak lawan dan lain-lain;\n \n~\n \nsini\n kumpulan orang dan lain-lain yang termasuk pihak kita;\nsepihak\n sebelah (pihak), satu sisi;\n \npembatalan ~\n pembatalan daripada satu pihak sahaja (perjanjian dan lain-lain);\nberpihak, memihak\n menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (golongan):\ndia tidak ~ ke mana-mana; \nia memujuk saya supaya memihak kepadanya;\nberpihak-pihak\n berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai;\nmemihakkan\n1.\n memasukkan dalam salah satu pihak;\n2.\n mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak;\n3.\n mengesampingkan, menyisikan;\npemihakan\n perihal memihak pada sesuatu kumpulan (aliran):\nsumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pada ~nya kepada kelompok antifalsafah." "pihit\n[Brunei] ;\nmemihit\n menekan, menghempap, menindas;\nterpihit\n tergelek, tergilas, tertindas." "pijak\npijak-pijak\n alat yang digerakkan dengan kaki (pedal basikal dan lain-lain), injak-injak;\nberpijak\n1.\n bertumpu dengan kaki (pada), berdiri (di), berjejak (di):\ndia turun dari kereta api dan ~ di tanah; \ntempat ~ \ntempat berdiri (berada);\n \ntidak ~ di tanah \nki terlampau tinggi angan-angan;\n2.\n [kiasan] bertumpu (pada), berasas (pada):\nkarya yang terpisah daripada tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pada tradisi sendiri;\nmemijak\n meletakkan kaki pada, menginjak:\napabila dilangkahkannya kakinya ~ darat maka meriam pun dipasanglah;\n~\n \nkepala (orang) \nmenghina orang;\nmemijak-mijak\n memijak berkali-kali, menginjak-injak:\ndia ~ tanah di keliling rumput itu supaya kejap;\nmemijakkan\n meletakkan (menumpukan) kaki pada, menginjakkan kaki pada;\n \n~ tanah \nistiadat pada mula-mula kanak-kanak meletakkan kaki di tanah, turun tanah;\nterpijak\n memijak dengan tidak sengaja;\n \n~ bayang-bayang = matahari ~ \ntepat waktu tengah hari;\n~ benang arang, hitam tapak \n(peribahasa) berbuat jahat jahatlah balasannya;\n \n~ di bara panas \n(peribahasa) sangat gelisah;\n \n~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak \n(peribahasa) perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya;\npijakan\n perbuatan memijak;\npemijak; \n~ kaki \na) tempat berpijak (memijak);\n b) injak-injak, sanggurdi;\n c) telapak kaki;\n \n~\n \ntanah \nturun tanah." "pijama\nbaju dan seluar longgar yang dipakai untuk tidur biasanya oleh orang lelaki." "pijar I\n1.\n merah menyala kerana terbakar (logam);\n2.\n pecahan logam yang menyala;\n \nbesi ~ \nbesi yang merah menyala waktu ditempa;\n \nlampu ~\n lampu elektrik yang berisi dawai menyala;\n \nmangkuk ~ \nbekas yang digunakan untuk membakar logam;\n3.\n berasa seakan-akan panas kulit kerana lama memegang cili (terutamanya cili yang sudah ditumbuk);\n4.\n panas betul (minyak):\nlumuri daging dengan rempah dan goreng dalam minyak yang telah ~;\n berpijar-pijar\n berapi-api seperti pijar;\nmemijar\n1.\n membakar (logam) sehingga lembut;\n2.\n [kiasan] mengeluarkan bahang (kepanasan):\ndi ufuk barat, matahari menghantarkan sinarnya yang tak lagi ~;\n memijarkan\n membakar besi (logam) untuk menjadikan pijar." "pijar II, pijar-pijar\nsejenis damar untuk menghancurkan pateri." "pijat I\nmemijat\n memicit, memijit." "pijat II, pijat-pijat\nsejenis kutu yang busuk baunya, kepinding, kutu busuk;\nkerana ~ mati tuma \n(peribahasa) mendapat kesusahan kerana bersahabat dengan orang jahat;\n \nmarahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah \n(peribahasa) kerana takuntukan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang merana;\n \n~ menjadi kura-kura \n(peribahasa) orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia)." "pijat-pijat\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nScolopsis vosmeri." "pijau\n[Perak] demam dengan sangat panas." "pijin\n(Linguistik) bahasa yang terdiri daripada campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yang digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dengan yang lain." "pijit\ntukang ~ \ntukang urut;\nmemijit\n1.\n menekan dengan jari, memecal, memencet, memicit;\n2.\n = \nmemijit-mijit\n mengurut (badan dan lain-lain);\nterpijit\n terpecal, terpencet, terurut;\npicit." "pik\n[kependekan] pikul (ukuran berat yang besarnya 100 kati)." "pika I\nunit cetakan bagi saiz taip yang bersamaan dengan 12 poin (lebih kurang 4.21 mm)." "pika II\n(Perubatan) keinginan dan tabiat memakan bahan bukan makanan (seperti rambut dan pasir), yang biasanya dialami oleh wanita mengandung, pesakit histeria, dan kanak-kanak yang mengalami malnutrisi." "pikalili\njeruk pedas daripada sayur-sayuran yang dipotong dan dicampur dengan rempah dan mustard." "pikap\n1.\n van atau trak kecil yang badannya terbuka dan tepinya rendah untuk digunakan sebagai pengangkutan ringan;\n2\n. bahagian pemain rekod yang mempunyai lengan dan jarum di hujungnya;\n3.\n [bahasa percakapan] kebolehan untuk memecut:\nkereta tua ini sudah tidak ada ~." "pikares\n(Kesusasteraan) berkaitan dengan cereka pengembaraan yang menarik tentang seorang hero yang walaupun berupa seorang penyangak tetapi disukai:\nnovel ~." "pikat I\nmemikat\n \n1.\n menangkap burung dan lain-lain dengan menggunakan burung lain yang jinak, menjebak:\nberburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; \n2.\n memerangkap (musuh dan lain-lain), memancing:\ntingkap itu sengaja dibuka untuk ~ pencuri masuk; \n3.\n melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati:\nseorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah;\n~ hati \nmemujuk-mujuk dan menarik-narik hati:\n lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar;\nterpikat\n kena pikat, tertarik (hati):\naku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya;" "pikat II\nsejenis lalat besar yang mengerumuni (kerbau, lembu, dan lain-lain), langau;\n \npening ~\n pening yang tidak kuat;\n \nseperti ~ kehilangan mata \n(peribahasa) bingung tidak tentu arah (kehilangan akal)." "pikatan\nburung (orang dan lain-lain) yang telah dipikat;\npemikatan\n perihal (proses atau perbuatan) memikat:\npepatung jantan terbang ke arah pepatung betina dalam proses ~;\npemikat\n1.\n orang yang memikat;\n2.\n burung (orang dan lain-lain) yang digunakan untuk memikat;\n \n~ hati \npenarik (penawan) hati." "pikau I\nberpikauan\n menjerit-jerit dengan tidak tentu arah (kerana takut dan lain-lain);\nterpikau-pikau\n kebingungan dan menjerit-jerit dengan tidak tentu arah:\nmaka terkejutlah segala Bugis di dalam kubu itu ~." "pikau II\nsejenis burung, burung puyuh, \nExcalfactoria c. chinensis." "pike\n[Indonesia-Belanda];\nkain ~ \nsejenis kain cita halus." "piket I\nmogok dengan menghalang orang lain bekerja (mengajak orang lain jangan bekerja):\nburuh kilang itu akan mengadakan ~;\nberpiket\n mengadakan piket." "piket II\n[Indonesia-Belanda] anggota-anggota tentera yang sedang berjaga pada malam hari (di pejabat dan lain-lain)." "piknik\nmakan bersama di luar untuk bersuka-suka, berkelah, perkelahan;\nberpiknik\n mengadakan piknik:\nkeluarganya ~ di Port Dickson\n." "pikokomputer\n(Komputer) komputer yang berupaya memproses data dalam lingkungan masa pikosaat." "pikolo\n(Seni Muzik) sejenis alat muzik kecil yang rupanya seakan-akan seruling tetapi menghasilkan nada yang lebih tinggi." "pikosaat\nunit masa yang bersamaan dengan 10-12 saat." "pikrama\npekerma." "piktograf\n1.\n (Linguistik) tanda atau lambang yang mewakili kata atau kata-kata seperti dalam tulisan Cina;\n2.\n pernyataan statistik, data dan sebagainya secara bergambar atau berlambang mengenai sesuatu perkara pada graf, carta dan sebagainya." "piktografi\nsistem tulisan yang menggunakan piktograf." "piktogram\npiktograf." "piku\n[Indonesia] [kependekan] pemimpin kurcaci (pemimpin pandu kecil)." "pikuk\nhiruk-~ \nhingar bingar, riuh-rendah;\nhiruk." "pikul\n1.\n barang yang diangkat dengan galas di atas bahu:\nmembeli se~ air minum; \n2.\n ukuran berat yang besarnya 100 kati (lebih kurang 62.5 kg):\nharga lima ~ beras ialah RM150;\n berpikul-pikul\n beberapa pikul;\nmemikul\n1.\n membawa barang dengan galas di atas bahu, mengandar, menggalas:\n~ padi; \n2.\n mengangkat, mengusung:\n maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; \nHassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; \n3.\n [kiasan] menghadapi dan harus melaksanakan dan sebagainya (sesuatu) sebagai tanggungjawab, menanggung:\ndia pun sama ~ hutang bapanya;\nakan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung \n(peribahasa) tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang);\n \nberat sama dipikul, ringan sama dijinjing \n(peribahasa) suka duka sama-sama ditanggung;\nmemikulkan\n1.\n memikul beban untuk orang lain;\n2.\n meletakkan sesuatu di bahu untuk dipikul;\n3.\n membebankan, memberi menanggung, menyerahkan (kewajiban, tanggungjawab, dan lain-lain) kepada:\naturan-aturan baru yang dipikulkan kepada kita;\nterpikul\n1.\n dapat atau berupaya dibawa di atas bahu:\nsaya tidak ~ seguni beras itu; \n2.\n ditanggung, terletak:\nkini tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak ~ di bahunya; \n3.\n dapat ditanggung, terderita, tertahan:\ndia mengalami tekanan jiwa yang tidak ~ olehnya;\n pikulan\n1.\n tongkat untuk memikul sesuatu, galas, gandar;\n2.\n beban atau muatan yang dipikul;\npemikul\n orang yang memikul beban." "pikun\n[Jakarta] sangat tua." "pil\nubat yang berbentuk bulat, pipih, dan kecil yang biasanya ditelan bulat-bulat, tablet;\n~ perancang (keluarga)\n pil yang dapat mencegah kehamilan\n;\n~ tidur \npil yang dapat menyebabkan seseorang mudah atau lekas tidur." "pilanggu\n[Minangkabau] belenggu." "pilar\ntiang tegak yang diperbuat daripada batu dan lain-lain, digunakan sebagai penyokong hiasan dan sebagainya." "pilas\n[Minangkabau] sejenis ayam sabungan yang borek serta berparuh dan berkuku hitam." "pilau\n[arkaik] perahu." "pilek\n[Jakarta] selesema sebab kena sejuk." "pili\npancuran air, paip;\n \nair ~ \nair paip." "pilih\n~ bulu \nmemandang kedudukan, bangsa, keturunan, dan sebagainya;\n \n~ kasih \nmengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain;\nberpilih-pilih\n1.\n pilih dengan amat teliti;\n2.\n susah didapat, sedikit saja (yang), tidak sebarang (orang dan lain-lain):\n~ orang yang boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu; \nraja-raja dan menteri-menteri yang banyak itu ~ yang tahu akan bahasa Nigrama itu;\n memilih\n1.\n menunjukkan (menentukan) barang (orang dan lain-lain) yang disukai:\nia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; \nmereka tidak dapat ~ nasi yang lain daripada jenis yang dimakan di rumah masing-masing; \nkami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yang mana satu; \ntidak ~ = tidak memilih-milih \ntidak memandang orang (tempat dan lain-lain), tidak menghiraukan orang (tempat dan lain-lain);\n2.\n mencari atau memisah-misahkan mana yang baik (besar, kecil, dan lain-lain):\n~ beras;\n~ kopi; \n3.\n menentukan calon (orang dan lain-lain) dengan menyatakannya:\nahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sebagai pengerusinya; \n4.\n = \nmemilih-milih\n sangat teliti memilih, berpilih-pilih;\n \npilih-pilih ruas, terpilih buku \n(peribahasa) kerana berharap sangat mendapat yang baik, akhirnya menerima yang buruk;\nmemilihkan\n memilih (barang, jodoh, dan lain-lain) untuk orang lain;\nterpilih\n1.\n dapat dipilih, telah dipilih:\nwakil PAS yang tunggal dalam Parlimen pernah ~ dari Kerian; \n2.\n memilih dengan tidak sengaja;\npilihan\n1.\n yang telah dipilih, hasil memilih:\nsiapalah yang tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; \n2.\n yang terbaik (terpilih, terkemuka, dan lain-lain):\ndihantarnya beberapa orang ~;" "pilihan raya\npemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya;\n \n~ kecil \npilihan raya yang diadakan untuk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dan sebagainya yang timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri;\n \n ~Negeri \npilihan raya yang dijalankan untuk memilih ahli Dewan Undangan Negeri;\n ~ Parlimen \npilihan raya yang dijalankan untuk memilih ahli Dewan Rakyat;\n \n~\n \numum \npilihan raya yang dijalankan untuk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yang ditetapkan oleh Perlembagaan." "pilik\n= pilek.\n memilin\n1.\n memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dengan tangan;\n2.\n memulas (sakit perut);\n \nperut ~ \nperut memulas;\n3.\n memintal atau memulas dengan jari:\ntangannya ~ misainya;\n~ telinga \nmemulas dan memutar telinga, memial;\npilinan\n hasil memilin, yang dipilin;\npemilinan\n perihal atau perbuatan memilin." "pilin\npiuh ~-~ \nputar balik (percakapan), tipu helah;\n \ntangga ~ \nsejenis tangga yang berbelit-belit (berpusing-pusing), tangga sulur batang;\n \n~ kacang hendak mengebat, ~ jering hendak berisi \n(peribahasa) suatu pembicaraan atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuannya;\nberpilin\n1.\n dipilin;\n2.\n = \nberpilin-pilin\n berkelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dan lain-lain):\n~ bagai kelindan;" "pilis\n1.\n ubat yang ditepekkan (dipalitkan) di dahi (di pelipisan);\n2.\n garis pangkah di dahi untuk menghindarkan penyakit;\nberpilis\n menggunakan (memakai) pilis." "pilon I\n(Kejuruteraan) struktur keluli yang tinggi yang didirikan untuk menopang kabel elektrik bervoltan tinggi." "pilon II\n[Jakarta] tidak mengerti apa-apa, bodoh;\n \nberlagak ~ \nberpura-pura tidak mengerti, berpura-pura bodoh." "pilong\n[Jawa] buta." "pilot\n[Indonesia-Belanda] pemandu kapal terbang, juruterbang, penerbang." "pilu I\n1.\n (berasa) sangat terharu, rawan:\nsaya berasa terharu dan ~; \n2.\n (berasa) sangat sedih, hiba:\nsedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; \nmemberi ~ hati \nmengharukan (menyedihkan, merawankan) hati;\nmemilukan\n1.\n mengharukan (merawankan) hati:\nperasaan yang ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; \n2.\n menyedihkan:\nyang paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku;\nkepiluan\n1.\n perihal pilu, kesedihan;\n2.\n = \nkepilu-piluan\n berasa pilu (hiba, sedih, dan lain-lain)." "pilu II\n[arkaik] pilau." "pilus\nsejenis penganan daripada tepung beras yang digoreng." "pimpan\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nSetaria plicata." "pimpin I\nberpimpin\n \n1.\n dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk:\nyang capek datang bertongkat, yang buta datang ~; \nabang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; \n2.\n berbimbing;\n \n~\n \ntangan = ~ jari \nberpegangan tangan;\nmemimpin\n1.\n memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dan lain-lain), membimbing, menuntun:\nMalim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; \n2.\n mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dan lain-lain), mengepalai (rapat dan sebagainya):\ndia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; \ntentera yang dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia untuk menghadapi kemungkinan perlawanan daripada anasir-anasir prokomunis; \n3.\n melatih (mendidik, mengasuh, dan lain-lain) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri;\n \npelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yang terlatih;\n terpimpin\n dipimpin:\n masyarakat yang tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kepada manusia; \nekonomi ~ \nsistem ekonomi yang mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dan lain-lain;\npimpinan\n1.\n hasil memimpin, bimbingan, tuntunan:\nrakyat yang mengharapkan ~ daripada mereka; \ndi bawah ~ \ndipimpin (oleh);\n \nmemegang ~ \nmemimpin (kumpulan dan lain-lain), \npucuk ~ \norang atau badan yang mempunyai kuasa pimpinan yang tertinggi;\n2.\n yang dipimpin:\npara ~ Datuk Onn; \n3.\n buku pedoman atau panduan, petunjuk;\nkepimpinan\n keupayaan memimpin:\n~ melalui teladan;" "pimpin II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), lada hitam hutan, \nPiper malaccense." "pimping\nsejenis tumbuhan (rumput seperti gelagah yang batangnya tidak berongga dan digunakan untuk batang kalam, joran, dan lain-lain), \nThemeda gigantea; \nbagai ~ di lereng \n(peribahasa) orang yang berpendirian tidak tetap;\n \nlampai bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda \n(peribahasa) puji-pujian terhadap perempuan yang cantik potongan badannya;\n \nkesat daun ~\n (peribahasa) lemah tetapi membahayakan;\n \nkesat-kesat daun ~, kalau kesat daun labu boleh dicelur \n(peribahasa) orang miskin dan tidak berilmu yang tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya." "PIN\nakronim bagi \npersonal identification number \n(nombor pengenalan peribadi)." "pin I\nsejenis jarum yang digunakan untuk mencucukkan dan melekatkan sesuatu pada benda lain, pasak, peniti, semat;\n \n~ susup \npin yang digunakan untuk memasukkan tali (getah atau reben) ke dalam kelim;\nmengepin\n mengenakan pin pada (baju dan lain-lain)." "pin II\n(dalam permainan boling) objek daripada kayu atau bahan sintetik yang berbentuk seperti botol, yang disusun secara berkelompok untuk dijadikan sebagai sasaran pukulan bola." "pina\n(Biologi) daun telinga." "pina-pina\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), cumbai, \nPterococcus corniculatus." "pinak\nanak ~ \nanak cucu, keturunan;\n \nberanak ~ \nberanak cucu." "pinang I\nsejenis tumbuhan (palma yang buahnya dimakan dengan sirih), \nAreca catechu;\n~ kotai = ~ kosi \na) buah pinang tua yang dikeringkan;\n b) sejenis binatang seperti halipan, gonggok;\n c) [Kelantan] orang bodoh yang mempunyai sifat-sifat kekerasan;\n \n~ masak \na) warna kuning kemerah-merahan;\n b) buah pinang yang sudah masak;\n \n~ muda \na) buah pinang yang masih muda;\n b) alku, muncikari;\n \n~ raja \nsejenis tumbuhan (palma), \nCyrtostachya lakka;\n~ sebatang \na) tidak mempunyai sanak saudara;\n b) [kiasan] kurus dan tinggi;\nseperti ~ dibelah dua \n(peribahasa) dua orang (suami isteri, teman dan lain-lain) yang hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan);\n \n~ pulang ke tampuk \n(peribahasa) sudah cocok benar (sudah pada tempatnya);\n \n~ tua merah ekor \n(peribahasa) [Minangkabau] perempuan yang sudah berumur tetapi berkelakuan seperti perempuan muda;\n \nbak ~ dianduh, putus tali dia berdiri \n(peribahasa) [Minangkabau] melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa;\n \ndarah baru setampuk ~ \n(peribahasa) masih muda benar;\n \nkasihkan ~ sebatang daripada aur serumpun \n(peribahasa) [Minangkabau] lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri." "pinang II\nmeminang\n \n1.\n meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar:\nketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; \n2.\n memohon pekerjaan dan lain-lain, melamar:\nbanyak orang yang ~ jawatan itu;\npipit ~ anak enggang \n(peribahasa) orang miskin hendak memperisteri anak orang kaya;\n \ntabuhan ~ anak labah-labah \n(peribahasa) mencari jodoh yang tidak sepadan;\nmeminangkan\n meminang gadis untuk orang lain:\nmana muafakatlah ia dengan segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar;\n pinangan\n1.\n permintaan untuk menjadikan isteri:\ndengan tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; \n2.\n lamaran (pekerjaan dan lain-lain);\npeminangan\n hal (pekerjaan dan lain-lain) meminang:\nharam melakukan ~ ke atas perempuan yang telah dipinang\n;\npeminang\n1.\n orang yang datang meminang;\n2.\n pemohon pekerjaan, pelamar;\n3.\n [arkaik] bekas (tempat) sirih." "pinang III\n[Minangkabau];\nmeminang-minang\n menimang-nimang;\ntimang I." "pinang IV\nsejenis ikan laut, \nSpilotichthys pictus." "pinang-pinang\nsejenis ikan laut, \nCaesio chrysozona (diagramma)." "pinar I\npinaremas." "pinar II\nberpinar-pinar\n berkunang-kunang, berpendar-pendar (mata);\nmeminarkan\n menyebabkan berpinar-pinar:\nair yang bergenang di kelopak mata ~ pandangan." "pinaremas\n[sastera lama] disulam dengan benang emas atau dihiasi dengan air emas." "pincang I\n1.\n tempang (kaki atau jalannya), incut;\n2.\n ada kekurangannya (cacatnya dan lain-lain), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dan lain-lain):\nmanusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; \n3.\n tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dan lain-lain);\n \n~-pincung \ntidak teratur (perjalanannya);\nmemincangkan\n menyebabkan pincang:\nberamal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup;\nkepincangan\n1.\n perihal pincang:\nsebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kepada komunis; \n2.\n keadaan yang tidak seimbang atau tidak sebagai yang sepatutnya, kekurangan, cacat cela." "pincang II\nsepincang\n [Jakarta] satu sen setengah." "pincuk I\nsejenis rojak buah-buahan yang dicampur dengan gula dan belacan serta lada dan lain-lain." "pincuk II\n[Jakarta];\nmemincuk\n memikat hati;\nkepincuk\n [Jakarta] sangat berkenan, jatuh cinta, terpesona." "pincung\npincang-~ \ntidak teratur, tidak betul perjalanannya;\npincang I." "pincut\n(Sunda) pincuk;\nkepincut\n kepincuk." "pinda\nmeminda\n membetulkan (kesalahan dan lain-lain), membaiki, mengubah:\nundang-undang ini telah dipinda;\n pindaan\n1.\n sesuatu yang dibuat untuk meminda, hasil meminda:\njawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu; \n2.\n (Undang-undang) perubahan yang dibuat terhadap dokumen undang-undang dengan pelbagai cara, sama ada dengan penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dan sebagainya;\npemindaan\n hal atau perbuatan meminda:\n~ yang memberi hak mengawal, mengehadkan atau menahan, tetapi bukannya melarang kemasukan orang-orang asing;\n peminda\n pihak atau orang yang meminda sesuatu, seperti peraturan, garis panduan dan sebagainya." "pindah\nbertukar tempat (kediaman, kerja, dan lain-lain);\n \n~-randah \nselalu bertukar tempat (kediaman, dan lain-lain);\n \n~ milik \nbertukar pemilik atau tuan punya;\n \n~ tangan \nbertukar tuan (barang, harta benda, dan lain-lain);\n \ntujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan \n(peribahasa) pekerjaan yang tiada tetap akan merugikan;\nberpindah\n1.\n beralih tempat (kediaman, kerja, dan lain-lain), beranjak:\ndia mengajak isterinya ~ ke Brunei, dia ~ dari tempat duduk yang di hadapan ke tempat duduk belakang; \n2.\n bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dan lain-lain):\n datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; \nsetelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kepada pembentangan pendapat yang asasi; \n3.\n = \nberpindah-pindah\n menjangkit, menular;\n~ ke negeri yang baqa (ke akhirat) \nmeninggal dunia, mati;\n \n~-randah \nselalu berpindah-pindah;\n \n~ tangan \nberganti pemiliknya;\nmemindah\n1.\n [bahasa percakapan] = \nmemindahkan; \n2.\n = \nmemindah-mindah, pindah-memindah\n menjangkit(-jangkit), menular(-nular);\nmemindahi\n1.\n [arkaik] banyak yang dipindahkan, banyak kali memindahkan;\n2.\n menjangkiti, menulari;\nmemindahkan\n1.\n meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain:\nkerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini untuk ~ setinggan-setinggan; \npangkat-pangkat tinggi yang dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; \n2.\n menterjemahkan:\nhikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan daripada bahasa Jawa ke bahasa Melayu; \n3.\n menjangkitkan, menularkan:\npenyakit ini berjangkit dengan sebab dipindahkan oleh lalat;\n~ hak \nmemberikan hak kepada orang lain;\n \n~ perhatian \nmengalihkan perhatian;\npindahan\n barang (harta dan lain-lain) yang dipindahkan:\nbarang-barang ~; \nkaum ~ \nkaum atau bangsa yang hidupnya berpindah-randah;\nkepindahan\n kejangkitan, ketularan;\nperpindahan\n perihal (perbuatan, kejadian, dan sebagainya) berpindah, peralihan:\nsebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~;\n~ pejabat;" "pindai\n[Minangkabau] [arkaik];\nmemindai\n melihat dengan bersungguh-sungguh, memandangi, memerhatikan." "pindang\nsejenis masakan berkuah daripada ikan dan lain-lain yang dimasak dengan asam (kunyit dan lain-lain)." "pindis\nsejenis tumbuhan (pokok), kepin(d)is, tempinis, \nSloetia sideroxylon." "pinga\nterpinga-pinga\n tercengang-cengang kehairanan:\nkami ~ memikirkan di mana sebenarnya kami ditempatkan." "pingai\nwarna kuning muda (kuning air), putih kekuning-kuningan;\n \nburung ~ \na) sejenis burung yang bulunya kekuning-kuningan;\n b) sesuatu yang ganjil (ajaib);\n c) = \nsiburung ~\n jiwa, semangat." "pingat\nbintang yang dikurniakan oleh kerajaan (sultan dan lain-lain) untuk menghormati jasa seseorang." "pinggah\n[arkaik] hembusan, ububan, puputan." "pinggan\nsejenis alat atau bekas daripada tembikar dan lain-lain biasanya berbentuk bulat leper seperti piring tetapi lebih besar (untuk makan nasi dan lain-lain);\n~ hidang \npinggan berbentuk bulat atau bujur yang lebih besar daripada pinggan biasa;\n \n~ jorong \npinggan yang bulat panjang;\n \n~ kerang \npinggan kasar;\n \n~ lingkar \npinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar);\n \n~ makan \npinggan yang digunakan untuk sarapan utama (seperti makan nasi dan sebagainya);\n \n~ mangkuk \nperkakas atau alat-alat makan minum (piring, cawan, mangkuk, dan lain-lain);\n~ tak retak nasi\ntak dingin \n(peribahasa) cermat melakukan sesuatu pekerjaan;\n \nseperti ~ dengan mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk \n(peribahasa) perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa." "pinggang\nbahagian badan antara rusuk dengan pinggul;\n \n~ bukit (gunung) \n[Minangkabau] lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dengan kaki);\n \nbuah ~ \nginjal, kerinjal;\n \nikat ~ = tali ~ \npengikat kain atau seluar, sabuk;\n \nsakit ~ \nsakit pada bahagian pinggang;\n \nbercekak (berkerak, bertolak) ~ \nberpegang pada pinggang dengan kedua-dua belah tangan;\n \nhutang sekeliling (selilit) ~ \nterlalu banyak hutang;\n~ ramping bagai ketiding \n(peribahasa) ejekan kepada perempuan yang gemuk dan besar pinggangnya;\n \n(tinggal) sehelai se~ \n(peribahasa) habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dalam perniagaan dan lain-lain;\nberpinggang\n mempunyai pinggang;\n \ntidak ~ \n[bahasa percakapan] terlalu gemuk;\npeminggang\n bahagian tengah-tengah perahu, lambung perahu;\n \ndayung ~ \ndayung di bahagian tengah-tengah perahu." "pinggir\ntepi:\n~ jalan;\n~ kota;\n~ laut \npantai;\n \n~ sungai \ntebing sungai;\nmeminggir\n pergi ke pinggir, menepi;\nmeminggiri\n memberi berpinggir, berada (terletak, tumbuh, dan sebagainya) di pinggir sesuatu:\nkawasan-kawasan sesak yang ~ kota; \nburung-burung yang menangkap serangga mempunyai mulut yang lebar dipinggiri rambut-rambut keras;\nmeminggirkan\n mengesampingkan, mengetepikan:\n masyarakat semakin ~ bahasa Melayu;\nterpinggir\n [kiasan] sudah diketepikan kerana dianggap tidak penting\n: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata;\n keterpinggiran\n perihal atau keadaan terpinggir:\nkita mampu meramalkan ~ nasionalisme yang ditelan zaman;" "pinggiran\n1.\n tepi, perbatasan:\npeneroka tanah ~;\n2\n. [kiasan] tidak penting, kurang berpengaruh:\n Panglima Salleh, dalam menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sebagai insan biasa dan ~; \n3.\n tidak berapa (kurang) penting:\n masalah-masalah ~;\n peminggiran\n1.\n perbuatan mengesampingkan atau mengetepikan:\n~ bahasa Melayu sejak lima tahun yang lalu\n;\n2.\n perbatasan atau sempadan negeri (kota dan lain-lain):\nmaka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak." "pinggul\n[Minangkabau] pangkal paha bahagian belakang, punggung, pantat (bokong);\n \nberat ~ \npemalas." "pingin\n[bahasa percakapan] kepingin." "pingit\nberpingit\n berkurung dalam rumah:\ngadis Melayu dahulunya ~ dan hanya kelihatan sekali-sekala sahaja;\nmemingit\n1.\n menjaga dengan rapi dalam rumah (anak dara dan lain-lain):\nanak dara yang dipingit; \n2.\n mengurung (dalam sangkar dan lain-lain):\n~ kuda;\npingitan\n yang dipingit (dikurung):\ntiga dara ~; \nkuda ~;\n pemingitan\n perihal atau perbuatan memingit:\n~ dan pengurungan wanita bukanlah satu cara untuk mengembalikan kedudukan dan hak wanita." "pingkal\n[Jawa];\nterpingkal-pingkal\n tertawa gelak-gelak (kial-kial)." "pingpong\nsejenis permainan dengan menggunakan pemukul (daripada papan dan lain-lain) untuk menampar bola kecil di atas meja yang luas." "pinis\ntempinis." "pinjal\nkutu (anjing dan lain-lain)." "pinjam\n1.\n = \nmemberi ~ \nmemberi sesuatu untuk digunakan buat sementara (dengan janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya):\nsiapa boleh ~ saya pisau raut? \n2.\n = \nminta ~ \nmeminta menggunakan sesuatu buat sementara (dengan maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya):\nbuku ini baru saya ~ dari perpustakaan;\n~ sewa \nmembeli dengan membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja);\n \nsyarikat ~-meminjam \nsyarikat yang memberi pinjaman (wang dan lain-lain);\n \n~ kayu ara \n(peribahasa) meminjam barang orang dengan tidak berniat untuk memulangkannya;\nmeminjam\n1.\n menggunakan barang (buku, wang, dan lain-lain) orang lain untuk sementara waktu, minta pinjam:\nkedatangannya pada saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; \n2.\n mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep, dan lain-lain) yang dipetik dan sebagainya daripada sesuatu sumber:\npenasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dari agensi berita Perancis AFP;\nmeminjami\n1.\n memberi pinjam kepada:\nkami tidak perlu membeli semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; \n2.\n meminjam barang dan lain-lain pada;\nmeminjamkan\n memberikan barang dan lain-lain untuk dipinjam:\ndia pula tidak sepi daripada ~ beras atau wang kepada tetangganya;\n pinjaman\n1.\n barang dan lain-lain yang dipinjam (dipinjamkan);\n2.\n wang yang diberikan kepada seseorang dan lain-lain untuk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang;\n~ bercagar \n(Ekonomi) pinjaman yang bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sebagai jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan;\n \n~ kenderaan \npinjaman wang dengan kadar faedah tertentu yang diberikan oleh institusi kewangan atau majikan untuk membolehkan seseorang (pekerja dan sebagainya) membeli kenderaan sendiri, misalnya kereta dan motosikal;\n \n~ peribadi = ~ persendirian\n pinjaman wang tunai dengan kadar faedah tertentu yang diberikan oleh institusi kewangan dan sebagainya kepada individu yang memohon, dengan syarat tertentu;\n~\n perumahan \npinjaman wang dengan kadar faedah tertentu yang diberikan oleh majikan atau institusi kewangan kepada seseorang (pekerja dan sebagainya) untuk membeli rumah;\n \nkata ~ \n(Linguistik) perkataan yang diambil daripada bahasa asing;\npeminjaman\n perihal (perbuatan dan sebagainya) meminjam atau meminjamkan;\npeminjam\n1.\n orang yang meminjam:\n~ wang dari bank harus membayar bunga; \n2.\n orang yang memberi pinjam:\nseorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya." "pinjul I\n[Kedah] bengkak, binjul." "pinjul II\n[Kedah], [Pulau Pinang] baki (wang dan lain-lain)." "pinjung\n[Johor] penjuru." "pinokol\nsejenis kalung manik yang dipakai oleh suku kaum Rungus di Sabah semasa upacara perkahwinan, keagamaan dan sebagainya." "pinser\nsejenis penyepit yang digunakan oleh doktor dan lain-lain." "pinset\n= pinser." "pinta\n1.\n minta, mohon:\nmengapa itu yang datuk ~?;\n~lah yang lain; \n2.\n permintaan, permohonan:\nperkenankan olehmu akan ~ hambamu; \n3.\n nasib, untung malang;\n \nburuk ~ \nnasib yang buruk;\n \nsingkat ~nya \ncepat sampai maut(nya);\nmeminta\n1.\n menentukan nasib, mentakdirkan;\n2.\n memohon, menghendaki:\nmaka ia ~ karangkan suatu kitab dalam bahasa Melayu; \nTinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yang difikirkannya;\n~ izin \nmemohon supaya diizinkan;\n \n~\n \ntangguh \nmemohon supaya ditangguhkan;\nterpinta\n sudah ditakdirkan atau ditentukan;\npintaan\n permintaan, permohonan, pinta;\npeminta\n nasib, untung malang, pinta;\n= minta." "pintak\n[arkaik] pinta, minta;\ndipintaki\n diminta." "pintal\npilin, terpilin (tali dan lain-lain);\n \ntali ~ \ntali yang terpilin;\nberpintal-pintal\n berpilin-pilin (dawai, rambut, dan lain-lain), berpiuh-piuh;\nmemintal\n1.\n memilin supaya jadi tali:\n~ tali rami; \n2.\n membuat benang, mengantih:\nperusahaan-perusahaan ~ benang dan menenun kain kapas;\n pemintalan\n1.\n hal atau perbuatan memintal;\n2.\n perkakas (tempat dan lain-lain) memintal;\npemintal\n1.\n perkakas untuk memintal benang atau tali, pengantihan;\n2.\n orang yang memintal (benang, tali, dan lain-lain):\nia ~ tali." "pintang\n[arkaik];\nhilang ~ \nhilang sama sekali, hilang lenyap." "pintar\n1.\n cekap, pandai:\ndatuk itu ~ orangnya; \n2.\n banyak akal, cerdik, licin:\norang yang kita hadapi itu lebih ~ dan lebih cergas daripada kita; \n3.\n mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan:\ntukang-tukang gambar dan pelukis-pelukis yang ~; \nmereka sudah ~ membuat baju sendiri;\n memintarkan\n menjadikan pintar;\nterpintar\n tercekap, terpandai;\nkepintaran\n1.\n kepandaian;\n2.\n kecerdikan;\n3.\n kemahiran." "pintas\njalan ~ \njalan yang paling dekat:\nkerana takuntukan tentera Jepun yang berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota;\nsepintas; \n~ lalu \na) sambil lalu, sekali lalu:\ndapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; \nb) selayang pandang, sebentar sekali;\n c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji, dan lain-lain):\nia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; \nd) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan, dan lain-lain):\ntiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar lalu;\nmemintas\n1.\n melalui (menempuh) jalan yang paling dekat:\nuntuk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; \n2.\n menyeberang jalan dan lain-lain, merentas jalan dan lain-lain:\nmereka ~ arah ke selatan padang itu; \n3.\n = \nmemintasi\n memotong (menghalang) perjalanan orang:\nsesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dari darat; \n4.\n menyelang (perbualan, percakapan, dan lain-lain) orang:\nmanalah aku tahu, Karim cepat-cepat ~; \n5.\n = \nmemintasi\n mencegah atau menghalang (cita-cita, maksud, serangan musuh, dan lain-lain);\n6.\n = \nmemintasi\n melintasi, melalui, menjalani, mengatasi:\n~ segala kesulitan;\n memintaskan\n [sastera lama] memintasi, mengatasi;\npintasan\n1.\n jalan yang paling dekat, jalan pintas;\n2.\n penyeberangan jalan;\nkepintasan\n telah dipintasi (dilalui, dicegah, dan lain-lain);\npemintasan\n1.\n perbuatan memintas (memintasi);\n2.\n [Minangkabau] tempat harimau selalu kelihatan." "pintau\n[arkaik];\nburung ~ \nsejenis burung, manyar, tempua, \nPlocella javanensis." "pinter\n[Jakarta] pintar." "pintil\nseunting benang." "pintu\n1.\n ruang untuk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah, dan lain-lain):\njangan duduk di ~; \n2.\n papan dan lain-lain untuk menutup ruang pintu:\nsebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; \n3.\n [kiasan] kesempatan untuk mencapai sesuatu, jalan ke:\nmembuka ~ untuk perundingan damai; \nkalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; \n(politik) ~ terbuka \npolitik yang membolehkan penanaman modal dari negeri asing;\n4.\n [Indonesia] palang pada jalan yang melintasi landasan kereta api;\n5.\n penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dan sebagainya:\nada kira-kira sepuluh ~ kedai yang terletak di kiri kanan jalan raya; \ncukai ~ = hasil ~ \ncukai yang dikenakan pada pemilik rumah (di kawasan perbandaran);\n~ air \npenahan air (dibuat daripada besi atau papan) yang boleh diturunnaikkan;\n \n~ angin \nsejenis lubang kecil untuk udara keluar masuk;\n \n~ belakang \na) pintu bangunan (rumah dan sebagainya) yang letaknya di belakang;\n b) [kiasan] cara mencapai sesuatu matlamat (seperti jawatan, pekerjaan dan sebagainya) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dan sebagainya;\n \n~ gerbang (gapura, lawang) \npintu besar untuk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dan lain-lain);\n \n~ hati \nkalbu;\n \n~ jendela \npenutup jendela (daripada papan, kaca, dan lain-lain);\n \n~ keluar (masuk) \npintu atau jalan yang digunakan untuk keluar atau masuk;\n \n~ maling \npintu kecil di belakang atau di samping rumah;\n \n~ mati \npintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi), \n~ monyet \npintu yang berdaun dua (di atas dan di bawah);\n \n~ rangkap \ndaun pintu yang berangkap dua;\n \n~ rezeki \njalan (peluang) untuk mendapat rezeki;\n \n~ salah \nsejenis tingkap pada dinding istana;\n \n~ sorong(an) = ~ sorok \npintu yang disorong untuk membuka atau menutupnya;\n \n~ tani \nsejenis pintu gerbang istana;\nbagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi \n(peribahasa) sesuatu yang membahayakan;\n \nsatu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka \n(peribahasa)\na) suatu perkara yang tidak dapat dirahsiakan lagi;\n b) orang yang mahir dalam berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dari pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yang boleh dibuatnya;\nberpintu\n1.\n mempunyai pintu;\n2.\n [sastera lama] mengukur pintu, berperaturan:\nhatta maka Laksamana pun terlalu karib kepada raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi;\n berpintukan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai pintu:\nbilik air rumahnya juga ~ kayu nyatoh yang divarnis." "pinuh\n[Perak] kepuk atau belubur yang terletak di sawah untuk menyimpan padi." "pioderma\n(Perubatan) sebarang penyakit kulit yang bernanah." "piokolpos\n(Perubatan) timbunan nanah di dalam faraj." "piometra\n(Perubatan) timbunan nanah di dalam rahim." "pion\n[Indonesia-Belanda] sejenis buah catur, bidak." "pionir\n[Indonesia-Belanda] perintis atau pembuka jalan." "piorea\n(Perubatan) radang pada gusi yang menyebabkannya kecut dan gigi menjadi goyah, penyakit gusi." "pipa\n1.\n buluh-buluh, pembuluh, paip;\n2.\n a) alat penyambung rokok (daripada tulang dan lain-lain), paip;\n b) = \n~ tembakau \nalat daripada kayu dan lain-lain untuk menghisap tembakau, paip;\n3.\n [Indonesia] = \n~ paberik \ncerobong asap (kilang);\n4.\n [sastera lama] bekas yang bulat tempat mengisi sesuatu, tong:\ntiada terkira-kira tenggiri sampai dibuang ikannya, diambil telurnya sahaja, diisi ke dalam ~ bubuh garam." "pipet\nsejenis pembuluh kaca yang hujung pangkalnya kecil untuk menyukat atau memindahkan isi padu tertentu cecair." "pipi\nbahagian muka di bawah pelipis:\nair matanya membasahi kedua-dua belah ~nya;\n \nekor ~ \nbahagian pipi di sebelah bawah;\n \nlesung ~ \nlekuk pada bahagian pipi, lesung pipit;\n \ntulang ~ \ntulang pada bahagian pipi di atas tulang rahang." "pipih\n1.\n rata serta tipis, leper:\nbadannya yang leper atau ~ ini membolehkan lipan merayap melalui lubang-lubang kecil dan bersembunyi di bawah-bawah kayu; \nbulat ~ \nbulat dan rata serta tipis (duit syiling dan lain-lain);\n2.\n kemik, pesek (hidung);\nmemipih\n menjadi pipih;\n \nkanta mata itu pun ~ menjadi rata;\nmemipihkan\n menjadikan pipih." "pipis\nberpipis\n sudah dilumatkan (dihaluskan):\nlada yang hampir lumat ~ itu dijemputnya;\n memipis\n melumatkan atau menghaluskan (lada, rempah, dan lain-lain) dengan batu giling dan lain-lain:\n~ kasar;\n memipiskan\n memipis (lada, rempah, dan lain-lain) untuk;\npipisan\n alat untuk memipis atau melumatkan (lada, rempah, dan lain-lain), batu giling." "pipit I\nsejenis burung kecil, mentua pelanduk, \nMotacilla cinerea melanope;\n~ anggerik \nsejenis burung kecil, kelicap berjambul, \nYuhina zantholeuca interposita;\n~ padang \nsejenis burung kecil, apit-apit, cak padang (tanah), lak padi, lancar-lancar, seri lancar, \nAnthus novaesee landiae malarensis;\n~ padi = ~ uban \nsejenis burung kecil, cak padi, ciak, \nMunia maja maja;\n~ pinang \nsejenis burung kecil, \nMunia punctulata fretensis;\n~ rumah \nsejenis burung kecil, \nPasser montanus malaccensis;\n~ tuli \nsejenis burung kecil, \nMunia striata subsquamicollis;\n~ berperang dengan garuda \n(peribahasa) orang kecil melawan orang besar;\n \n~ bukan seeekor, jagung bukan sebatang \n(peribahasa) jawaban untuk menolak tuduhan tentang sesuatu kejahatan;\n \n~ hendak jadi enggang \n(peribahasa) ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan;\n \n~ meminang anak enggang \n(peribahasa) orang kecil (hina) hendak meminang anak orang besar (mulia);\n \n~ pekak makan berhujan \n(peribahasa) sangat rajin;\n \n~ menelan jagung \n(peribahasa) orang miskin yang berlagak seperti orang kaya akhirnya akan mendapat kesusahan;\n \n~ sama ~, yang enggang itu sama enggang juga = ~ sama enggang mana boleh terbang bersama \n(peribahasa)\na) perjodohan atau persahabatan akan sempurna kalau sama darjat;\n b) bergolong-golong mengikut taraf atau darjat masing-masing;\n \n~ tuli makan berhujan, tak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah \n(peribahasa) serba salah untuk menyelesaikan pekerjaan yang sulit (jika diteruskan pun berbahaya);\n \n~ yang makan padi, merbah terbawa rendong \n(peribahasa) orang lain yang mendapat kesenangan, orang lain yang menanggung akibatnya." "pipit II\npangkal serunai yang pipih tempat meniup." "pipit III\n[Jawa];\nmemipit\n mengapit;\npipitan\n apitan." "pipit IV\n[bahasa percakapan] kemaluan kanak-kanak lelaki." "pipit V\nsejenis ikan laut, sumpit-sumpit, \nChelmo rostratus." "pirai\nsejenis penyakit sengal-sengal dalam tulang dan sendi-sendi." "piramid\n1.\n binaan daripada batu yang mempunyai dasar segi empat atau segi tiga dan sisi cerun yang bertemu di puncak, terutama yang dibina daripada batu di Mesir kuno;\n2.\n limas;\n3.\n (Matematik) bongkah yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga dan bertemu di bucu;\n \n~ tepat \n(Matematik) piramid yang mempunyai tepi atau sendeng yang sama panjang." "pirana\nsejenis ikan kecil yang bergigi tajam dan memakan daging, yang lazim terdapat dalam sungai-sungai di Amerika Selatan, \nSerrasalmus spp." "piranha\npirana." "piras\n[Kelantan];\n~ hangit \ntidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudak-budakan, tolol." "pirau I\n1.\n warna seperti warna abu, kelabu;\n2.\n [Minangkabau] tidak terang (pelihatan), kabur." "pirau II\nberpirau, memirau\n tidak lurus perjalanannya, melencong (menyimpang) ke kiri atau ke kanan;\nberpirau-pirau\n berjalan menyimpang-nyimpang (menyerong-nyerong, berpal-pal, berperai-perai)." "piridoksina\n(Perubatan) salah satu vitamin B kompleks yang banyak terdapat dalam hati, jagung dan susu dan berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis asid amino daripada karbohidrat." "pirih\n[Johor]\n1.\n parah, teruk (kerugian, penyakit, dan lain-lain);\n2.\n letih, tewas (perlawanan dan lain-lain)." "pirik I\nmemirik\n menumbuk (lada, rempah, dan lain-lain) lumat-lumat, melumatkan, memipis." "pirik II\n[Minangkabau];\nmemirik\n mencubit, menyepit." "piring\n1.\n sejenis pinggan yang kecil untuk mengisi kuih dan lain-lain atau untuk alas cawan dan lain-lain:\nia menyorongkan ~ kuih itu kepada kawannya; \n2.\n = \npiring-piring, piringan\n barang yang bulat pipih serupa piring:\n~ peti nyanyi; \n3.\n petak (kebun, ladang, dan lain-lain):\nkebun kelapanya berbau-bau dan sawahnya beratus-ratus ~;\n~ mangkuk \na) = \n~ cangkir \n[Indonesia] perkakas atau alat-alat untuk makan minum (piring, cawan, mangkuk, dan lain-lain);\n b) alas mangkuk (cangkir);\n \n~ peti nyanyi = ~ hitam \nrekod;\n \n~ (piring-piring) sepeda \n[Indonesia] cakeram yang bergigi untuk memusingkan rantai sepeda (basikal);\n \n~ terbang \nsejenis benda bercahaya berbentuk cakera yang kelihatan melayang dengan pantas di angkasa, kononnya menjadi pengangkutan makhluk asing;\n \n~ warna Newton \nsejenis piring (daripada kertas dan lain-lain) yang diwarnai dengan warna-warna yang ada dalam spektrum (kalau dipusing warnanya menjadi putih)." "pirit\n(Kimia) sejenis bahan galian yang rapuh, berwarna kuning, dan digunakan dalam pembuatan asid sulfurik dan lain-lain." "piromania\n(Psikologi) keinginan yang tidak terkawal untuk membakar sesuatu benda dan sebagainya." "pirometer\nalat untuk mengukur suhu yang sangat tinggi, misalnya di dalam relau." "pirosis\n(Perubatan) pedih hulu hati." "piroteknik\nseni membuat bunga api dan mercun." "piruk\nhiruk-~; \n= hiruk." "pisah I\ncerai, lerai;\n \nilmu ~ \n[Indonesia] ilmu kimia;\n \njuru~ \n[Indonesia] pelerai, penegah, wasit;\nberpisah\n1.\n tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dan lain-lain), bercerai:\nhendaknya Tuhan yang Maha Mengasihani akan menemukan saya dengan ayah sesudah sekian tahun ~; \nmengucapkan selamat ~ \nmengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang;\n2.\n berenggang, berjarak, berjauhan;\n \nhidup ~ \n[Indonesia] suami isteri yang belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi;\nberpisah-pisah\n berasing-asing, bercerai-cerai, berdiri sendiri-sendiri;\nmemisah\n menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dengan):\ndia sengaja ~ dari keluarganya untuk mencari pengalaman;\n memisahkan\n1.\n meleraikan (orang yang bergaduh dan lain-lain), menceraikan:\nUda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yang berkelahi itu; \nkawasan bukit yang kecil ini ~ lembah Sungai Sittang daripada lembah Sungai Irrawadi; \n2.\n membezakan:\nwalau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yang pokok daripada kepercayaan mereka: \n3.\n mengasingkan yang satu daripada yang lain:\nmaksud kita ialah ~ barang itu dari kumpulannya yang semacam; \nadat istiadat amat keras ~ mereka; \n4.\n = \nmemisah-misahkan\n memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dan lain-lain) untuk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan:\nhendak ~ masyarakat yang berbilang kaum;\n terpisah\n1.\n tidak bersatu (berdekatan, bersama, dan lain-lain), terasing, tercerai, terpencil, tersendiri:\npulau itu ~ dari Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; \npembicaraan yang ~; \n2.\n lepas dr:\nperjuangan menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yang tidak ~ daripada perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini;\nterpisah-pisah\n berasing-asing, tercerai-cerai;\nketerpisahan\n keadaan (perihal) terpisah, keterasingan;\nperpisahan\n1.\n perceraian;\n2.\n hal berpisah;\n \nmalam ~ \nmalam perjumpaan untuk menyatakan selamat berpisah;\npemisahan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dan lain-lain);\npemisah\n1.\n sesuatu yang memisahkan atau menceraikan;\n \nbadan ~ \n[Indonesia] badan yang tugasnya mengamankan segala persengketaan;\n \ngaris ~ \ngaris yang memisahkan atau menyekat;\n2.\n = \njuru~ \njurupisah." "pisah II\n[Kelantan] sengaja." "pisah III\n[Terengganu] jalan, ikhtiar." "pisang I\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) yang bermacam-macam jenisnya, \nMusa spp.; \njenis-jenisnya:\n~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk \ndan lain-lain;\n \n~ benang (manila) = ~ tali \nsejenis pokok pisang yang seratnya dibuat benang atau tali;\n \nanak ~ \n[Minangkabau] panggilan atau gelaran kepada anak daripada keluarga sebelah bapa;\n \njantung ~ \nbunga pisang;\n \npucuk ~\n daun pisang yang muda sekali;\n \nseperti ~ rebah \nki mendiamkan diri dengan tidak bergerak-gerak atau berkata-kata;\n \n~ sesikat \nsengkuap;\n~ ditanam tak berjantung \n(peribahasa) usaha yang tidak memberi hasil yang dimaksudkan;\n \n~ masak separak \n(peribahasa) satu keluarga yang hidup berbahagia;\n \n~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama \n(peribahasa) sahabat (keluarga dan lain-lain) yang hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan;\n \n~\n \ntak akan berbuah dua kali \n(peribahasa) sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pada masa akan datang:\nbagai rasa batang ~ \n(peribahasa) amat sejuk (badan);\n \nbukan budak-budak makan ~ \n(peribahasa) seseorang yang tidak mudah ditipu atau diperdayakan;\n \nmencari ~ gala tiada butir \n[Kelantan] menunggu ketibaan sesuatu yang tidak munasabah;\n \nmendapat ~ terbuka (terkubak) \n(peribahasa) mendapat keuntungan dengan tiada bersusah payah;\n \nmengenalkan diri bagai ~ lebat \n(peribahasa) beroleh bencana kerana keangkuhan diri;\n \nmenopang ~ yang tak berbuah \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu yang tidak memberi hasil." "pisang II\n~ kaki \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, \nDiospyros kaki." "pisang III\npucuk ~ \nsejenis ikan darat, \nLabeobarbus faciatus;" "pisang-pisang I\nsejenis gading-gading (bahagian rangka perahu)." "pisang-pisang II\nsejenis tumbuhan (pokok), pokok segauh, segumpal hitam, \nPolyalthia cinnamomea;\n ~ hitam = ~ padi = ~ pipit, akar ~ jantan = akar ~ kuning = akar ~ tanduk \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nUvaria spp.;\n~ buku \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nDesmos chinensis." "pisang-pisang III\n1.\n sejenis ikan laut, \nAlbula vulpes; \n2.\n sejenis ikan laut, \nCaesio caerulaureus, \n3.\n sejenis ikan laut, \nDhanos chanos; \n4.\n sejenis ikan laut, \nElegatis bipinnulates." "pisat\nterpisat-pisat\n kehairanan kerana terkejut, termangu-mangu." "pisau I\nsejenis besi tipis yang tajam dan berulu untuk memotong (menghiris dan lain-lain);\n~ belati \nsejenis pisau kecil yang tajam (digunakan oleh kelasi kapal);\n \n~ calung \nsejenis pisau besar yang bengkok hujungnya untuk menebas belukar;\n \n~ cukur (pencukur) \na) sejenis pisau yang tajam untuk mencukur rambut;\n b) [kiasan] perempuan yang suka menghabiskan wang (harta) lelaki;\n \n~ dapur \npisau yang digunakan di dapur;\n \n~ getah \nsejenis pisau yang digunakan untuk menoreh getah;\n \n~ lipat \nsejenis pisau yang matanya (bilahnya) boleh dilipat;\n \n~ makan \n=\n ~ meja \nsejenis pisau yang digunakan untuk memotong daging waktu makan;\n \n~ raut \nsejenis pisau kecil yang tajam untuk meraut rotan dan lain-lain;\n \n~ runcing\n sejenis pisau tajam yang matanya tirus ke hujung;\n \n~ sadap \nsejenis pisau untuk menyadap mayang kelapa dan lain-lain;\n \n~ wali \nsejenis pisau kecil yang tajam untuk mengukir dan lain-lain;\nberapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia \n(peribahasa) kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata;\n \nbermain ~ luka \n(peribahasa) seseorang yang melakukan kejahatan akan merasakan akibatnya;\n \nseperti ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul \n(peribahasa) kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan pertolongan orang lain;\n \ntajam ~ kerana diasah \n(peribahasa) jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar." "pisau II\nburung ~ raut \nsejenis burung, burung kendi, \nNumenius phaeopus variegatus.\nPises\n lambang kedua belas dalam zodiak, yang berlambangkan dua ekor ikan." "pisik\n[Minangkabau] padat, pejal, sintal (tubuh)." "pisikultur\n(Pertanian) pembiakan dan penternakan ikan dalam persekitaran yang terkawal." "pisis\n[Cina] picis, pitis." "pisit I\npisik." "pisit II\nmemisit\n menyoal dengan teliti atau dengan ancaman supaya mengaku (membuka rahsia dan lain-lain);\n \ndengan tidak payah dipisit, Ahmad telah membuka mulut hendak menyatakan sesuatu." "pisivor\n(Biologi) haiwan yang tabiatnya memakan ikan:\nburung ~.\npiskal\n [Indonesia-Belanda] pegawai pengadilan yang tugasnya mendakwa, pendakwa raya." "pispot\n[Indonesia-Belanda] sejenis bekas yang bertutup untuk tempat kencing dan lain-lain." "pistasio\n1.\n pokok daripada famili Anacardiaceae yang menghasilkan kacang kecil yang berkulit keras,\n Pistacia vera\n;\n2\n. = \nkacang ~\n kacang daripada pokok ini yang isirungnya boleh dimakan." "pistil\n(Biologi) bahagian pembiakan betina bunga yang terdiri daripada satu atau lebih karpel terpisah atau bercantum." "pistol\nsejenis senjata api berlaras pendek dan kecil;\n~ air \nsejenis permainan kanak-kanak yang berbentuk pistol dan menggunakan air sebagai pelurunya;\n \n~ angin \npistol yang menggunakan tekanan udara untuk menembakkan pelurunya;\nmemistol\n menembak dengan menggunakan pistol." "pit I\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] basikal, kereta angin, sepeda." "pit II\n[Cina] sejenis pensel Cina;\nmopit." "pit III\ntempat berhenti di litar lumba yang membolehkan kereta atau motosikal lumba berhenti sebentar untuk mengisi minyak, menukar tayar baru dan sebagainya semasa dalam perlumbaan." "pita\njalur (kain, kertas, dan lain-lain) yang panjang, reben:\nDatuk penghulu pun menjemput beliau untuk menggunting ~ yang terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai;\n~ cukai \n[Indonesia] pita kertas yang bertuliskan harga dan dilekatkan pada bungkusan rokok dan lain-lain, banderol;\n \n~ magnet \npita plastik bersalut bahan bermagnet yang digunakan untuk merakam bunyi atau gambar, atau untuk menyimpan maklumat;\n \n~ mesin \n[Indonesia] tali pesawat;\n \n~ mesin tulis \npita yang berdakwat untuk mesin tulis;\n \n~ rakam (rakaman) \nsejenis pita untuk merakam (menangkap) suara dengan menggunakan rakam pita;\n \n~ suara \n[Indonesia] bahagian alat dalam halkum manusia yang bergerak-gerak (dengan gerakannya manusia boleh bercakap);\n \n~ ukur \nsejenis alat untuk mengukur panjang dan lain-lain;\n \n~ video \nsejenis pita untuk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pada kaca TV dengan menggunakan perakam video;\nberpita\n mempunyai pita atau dibubuh pita:\n topi yang ~ merah di kelilingnya." "pitam\nhilang kesedaran dan pelihatan buat seketika akibat kekurangan bekalan darah ke otak;\n \n~ babi \ngila babi, sawan babi, penyakit ayan;\n \nnaik ~ \nki naik darah, terlalu marah." "pitar, memitar\n[sastera lama] mengarahkan meriam dan lain-lain." "pitarah\n[arkaik] nenek moyang." "pitas\n[Kelantan]\n1.\n pintas;\n2.\n hambat, kejar, kepung." "pitawat\n[Minangkabau] [arkaik] nasihat, petua." "piterseli\n[Indonesia-Belanda] sejenis sayuran." "pitih\n[Minangkabau], [Kelantan] pitis, duit." "piting I\n[Jakarta];\nmemiting\n menyepit (mengait) dengan kaki dan lain-lain." "piting II\nkepiting." "pitis\n1.\n sejenis mata wang pada zaman dahulu;\n2.\n duit, wang:\nada ~ semua kerja jadi;\n~ garis \nwang yang terkecil (bernilai 1/48 ketip);\n~ habis, keinginan tiba \n(peribahasa) keinginan (kemahuan dan lain-lain) datang setelah jatuh miskin;\n \n~ sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata \n(peribahasa)\na) keadaan yang serba salah;\n b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian;\npitisan\n beberapa banyak wang (pitis)." "pitis-pitis\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kambing-kambing, akar (batu) pelir kambing, buah pitis, \nSarcolobus globosus." "pitpit\n burung~ \nsejenis burung, burung bitbit, \nCacomantis merulinus threnodes." "pitu\n[Jawa] tujuh." "pitut\n[arkaik] bengkok (kaki dan lain-lain)." "piuh\n~-pilin \nputar balik (percakapan dan lain-lain), tipu helah;\nberpiuh\n berpilin, berpulas, berputar;\nberpiuh-piuh\n1.\n berpilin-pilin seperti dipintal (tali, rambut, dan lain-lain);\n2.\n lilit-melilit, saling memilin;\nmemiuh\n1.\n memegang sesuatu lalu memilin (memutar);\n2.\n memulas (sakit perut):\nperut ~; \nmemiuh-miuh tangan \nmeramas-ramas tangan;\nterpiuh\n1.\n terpilin, terpulas;\n2.\n tergeliat, terpelecok (kaki, tangan)." "piuh-piuh\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nChasalia curviflora." "piung\n[sastera lama] anggota polis." "piuria\n(Perubatan) kehadiran nanah di dalam air kencing." "piut\nketurunan yang kelima (cucu kepada cucu);\n~-miut \nketurunan yang sudah jauh;\n \npiat-~ \nanak cucu yang sudah jauh." "piutang\nwang yang dipinjamkan kepada orang (boleh ditagih kembali);\n \nhutang ~ \nwang yang dipinjam daripada orang lain dan yang dipinjamkan kepada orang lain;\n \nsi ~ \norang yang memberikan pinjaman wang;\nberpiutang\n mempunyai wang yang dipinjamkan kepada orang:\nyang berhutang membayar dan yang ~ menerima;\n memiutangi\n meminjamkan wang kepada orang;\nmemiutangkan\n menjualkan barang dagangan dan lain-lain dengan berhutang (pembayarannya dilakukan kemudian);\npemiutang\n orang atau pihak yang memberikan pinjaman, pemberi pinjaman (hutang)." "piuter\n1.\n aloi yang mengandungi timah (80-90%), plumbum (10-20%), dan kadangkala logam-logam lain seperti kuprum dan antimoni;\n2.\n barangan seperti pinggan mangkuk, barang hiasan, dan lain-lain yang diperbuat daripada logam ini:\n kole ~; \npiring\n \n~\n." "piza\nsejenis makanan yang berasal dari Itali yang diperbuat daripada doh dengan campuran berempah sos tomato, daging, keju, dan lain-lain." "PJ\n[kependekan] Petaling Jaya." "PJJ\n[kependekan] Pengajian Jarak Jauh." "PJK\n[kependekan] Pingat Jasa Kebaktian." "pk\n[kependekan] pikul." "PKBM\n[kependekan] Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia." "PKI\n[kependekan] Partai Komunis Indonesia." "PKMM\n[kependekan] Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia." "PKPIM\n[kependekan] Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia." "PKPIPTM\n[kependekan] Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu." "plag\nperanti yang mempunyai dua atau tiga cemat yang disambungkan dengan wayar dan digunakan sebagai sambungan elektrik apabila dimasukkan ke dalam soket, palam." "plagiarisme\n1.\n perbuatan mencedok kata-kata, idea, dan lain-lain daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri, penjiplakan;\n2\n. sesuatu yang dijiplak, tiruan, cedokan. \nplagiat; \nmemplagiat\n mencedok kata-kata, idea, dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri, menjiplak." "plaintif\npihak yang mendakwa (dalam kes sivil yang dibawa ke mahkamah)." "plak\n1.\n enapan yang terbentuk pada permukaan gigi yang terdiri daripada campuran air liur, bakteria, dan saki-baki makanan, yang boleh menyebabkan penyakit gusi." "plak II\nplat daripada gangsa, kayu, dan lain-lain yang berhias dan berukir sebagai tanda peringatan:\nsebuah ~ gangsa Renong Berhad." "plaksegel\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] meterai tampal." "planet\nsebarang jasad, kecuali komet, meteor atau satelit, yang beredar mengelilingi matahari dalam sistem suria, misalnya Bumi, Marikh,Utarid, Zuhrah, Jupiter, dan lain-lain." "planetarium\n1.\n alat yang digunakan untuk memperlihatkan susunan dan pergerakan matahari, bulan, planet, dan bintang-bintang di langit\n; \n2\n. bangunan berkubah yang memuatkan alat yang digunakan untuk tujuan memperlihatkan imej tentang susunan dan pergerakan bintang dan planet di langit." "planetologi\nkajian tentang planet, termasuklah asal-usul, taburan dan komposisinya." "planimetri\nilmu ukur bidang (luas)." "plankton\nsejenis benda halus (organik) yang terapung-apung di air (menjadi makanan ikan)." "planologi\n[Indonesia-Belanda] pengetahuan berkenaan rancangan pembangunan bandar dan lain-lain." "plasenta\n(Perubatan) organ yang menghubungkan ibu dengan janin dalam rahim (membekalkan makanan, termasuk oksigen daripada ibu kepada janin dan juga mengeluarkan bahan kumuh daripada janin melalui ibu), tembuni, uri;\n \n~ previa\n kedudukan plasenta yang tidak normal yang boleh mengakibatkan perdarahan yang serius." "plasma\nsejenis cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah." "plasmodium\n(Biologi) parasit yang dibawa oleh nyamuk tiruk masuk ke dalam darah manusia dan menyebabkan malaria." "plaster\n1.\n campuran kapur, pasir, simen dan air yang menjadi keras apabila kering untuk melapis dinding, siling, lepa, turap;\n2.\n = \n~ paris \nsejenis serbuk putih yang mengeras apabila dicampur dengan air, biasanya digunakan untuk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yang patah dan sebagainya, kapur paris;\n3.\n sejalur bahan daripada kain dan sebagainya yang berperekat dan berubat untuk menampal luka pada kulit;\nmemplaster\n menyapu atau menyalut dengan plaster (campuran simen, pasir, kapur dan air), melepa:\nkerja ~ tembok rumah itu hampir selesai.\nplastid\n (Biologi) benda-benda halus dalam sel hidup yang menjadi pusat tindakan (pergerakan kimia)." "plastik\n1.\n sejenis bahan sintetik yang warnanya bermacam-macam untuk membuat pelbagai jenis alat (pinggan, sisir, alas meja, dan lain-lain);\n2.\n kesenian membuat patung dan lain-lain dengan mengukir atau memahat." "plastis\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n mempunyai sifat-sifat yang mudah dibentuk untuk menjadikan barang lain;\n2.\n digambarkan sebagai benar-benar terjadi dan lain-lain." "plastisin\nsejenis bahan tanah liat yang mudah dibentuk-bentuk (digunakan untuk membuat patung dan lain-lain)." "plastoponik\n(Pertanian) sistem hidroponik yang menggunakan kompos tiruan daripada bahan plastik bagi menggantikan bahan seperti habuk kayu." "plat I\njarum penyemat, peniti." "plat II\nkepingan nipis logam, plastik, dan sebagainya untuk menulis nama, nombor, dan sebagainya;\n~ arloji \npiring jam tempat ditulis angka;\n \n~ layar \nsarung jari tukang pembuat layar;\n \n~ nombor \nplat yang memaparkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan (seperti kereta, motosikal dan sebagainya), biasanya dipasangkan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan itu;\n \n~ panas \nbesi leper, biasanya pada dapur gas atau elektrik yang dipanaskan dengan kuasa elektrik, digunakan untuk memasak atau memanaskan makanan dan sebagainya." "platelet\n(Biologi) sel yang terdapat dalam darah yang membantu pembekuan darah." "platform\n1.\n lantai yang ditinggikan sebagai pentas untuk penyanyi (pelakon dan sebagainya);\n2.\n lantai yang ditinggikan di stesen kereta api untuk memudahkan para penumpang naik turun dari kereta api;\n3.\n dasar, (prinsip sesuatu parti politik dan lain-lain), asas perjuangan;\n \n~ parti \ndasar (rancangan dan lain-lain) parti." "platinum\n(Kimia) unsur logam berharga berwarna putih kekelabuan, tidak kakis, digunakan sebagai mangkin, untuk membuat barang kemas, dan lain-lain." "platipus\nsejenis binatang kecil berbulu tebal di Ausralia yang mempunyai paruh seperti itik, berkaki renang, berekor leper dan bertelur, \nOrnithorhynchus anatinus." "plato\n[Indonesia-Belanda] dataran tinggi." "platonik\nsemata-mata bersifat spiritual, bukan didorong oleh atau bermotifkan keinginan nafsu syahwat (berkenaan (dengan) hubungan persahabatan atau kasih sayang):\nhubungan ~ antara Hafiz dengan Zakiah adalah inti novel Langit Pelangi; \napakah yang menarik tentang cinta ~?" "platuk\n[Jawa] picu (senapang dan lain-lain)." "platun\nsekumpulan tentera (antara 30-40 orang) yang diletakkan di bawah pimpinan seorang leftenan, biasanya dibahagikan kepada tiga seksyen." "playar\nalat untuk memotong (membengkokkan) dawai dan lain-lain." "plaza\n1.\n jalan yang diluaskan (dilebarkan) sebagai jalan masuk ke sekumpulan rumah tol di sesuatu lebuh raya;\n2.\n kompleks membeli-belah." "plebisit\n(Pol) pemungutan suara umum dalam sesebuah negara untuk menentukan (menyelesaikan) sesuatu tuntutan (krisis dan lain-lain)." "plecet\n[Jakarta];\nwang ~ \nwang sogok." "plek\nbunyi daun terup dan lain-lain yang dibanting pada meja dan lain-lain." "plektrum\n(Seni Muzik) kepingan logam, plastik dan sebagainya yang kecil dan nipis untuk memetik tali gitar, mandolin dan sebagainya." "pleno\nrapat (sidang) ~ \nrapat atau sidang yang lengkap daripada seluruh anggota." "pleomorfisme\nkejadian atau kewujudan sesuatu organisma atau hablur yang dapat wujud dalam berbagai-bagai bentuk." "pleonasme\n(Linguistik) penggunaan kata-kata yang tidak perlu dan membazir." "pleura\n(Perubatan) selaput nipis yang melapisi paru-paru dan rongga toraks." "pliding\n(Undang-undang) pernyataan bertulis secara formal tentang sebab sesuatu tindakan atau pembelaan yang dikemukakan oleh plaintif dan defendan dalam sesuatu tuntutan mahkamah." "plintir\n[Jawa];\ndiplintir\n dipilin, dipulas, dipiuh." "PLN\n[Indonesia] [kependekan] Perusahaan Listerik Negara." "PLO\n[kependekan] \nPalestinian Liberation Organization\n (Pertubuhan Pembebasan Palestin)." "plombir\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sejenis cap daripada timah menandakan telah membayar cukai kenderaan dan lain-lain;\n2.\n pengisi gigi yang berlubang;\ndiplombir\n diisi (gigi yang berlubang)." "plosif\n(Linguistik) letupan." "plot\njalan cerita (dalam novel, filem, drama, dan sebagainya):\nadakah ~ dan perwatakannya baik? Adakah buku itu mempunyai nilaian yang kekal?\n memplot\n (Matematik) \n1.\n menandakan titik-titik pada graf;\n2\n. melukis melalui titik-titik graf;\nmemplotkan\n membentuk (menghubungkan) peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita (novel, sandiwara, dan lain-lain) yang rapat pertaliannya dengan watak dalam cerita;\npemplot\n (Komputer) peranti output yang melukis lukisan atau graf pada kertas secara automatik dengan menyambungkan titik-titik data satu per satu." "pluerisi\n(Perubatan) radang pada membran yang melapisi paru-paru dan rongga toraks sehingga mengakibatkan rasa sakit pada dada semasa bernafas atau batuk, radang pada pleura." "plum\nsejenis tumbuhan (pokok) yang buahnya berbentuk bujur atau bulat, berbiji keras dengan isinya lembut dan masam-masam manis, \nPrunus spp." "plumbum\n(Kimia) unsur logam berwarna putih kebiru-biruan, mulur, lembut, dan digunakan sebagai bahan untuk membuat paip air, bateri, pateri, dan lain-lain;\n \nminyak tanpa ~ = petrol tanpa ~ \npetrol yang kandungan plumbumnya dikurangkan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar\n." "pluralis\n[Indonesia-Belanda] (Linguistik) lebih daripada satu, jamak." "pluralisme\n1.\n keadaan yang majmuk, kemajmukan:\nmotivasi ini kuat bagi faham ~nya tentang ruang dan waktu\n;\n2.\n keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dan sebagainya:\n ~ dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa perlu dihormati." "pluralistik\nbersifat majmuk, berasaskan pluralisme:\n masyarakat kita yang ~." "plus\n(Matematik)\n1.\n tanda campur (+);\n2.\n tambah, campur:\ndua ~ tiga jadi lima.\nPLUS\n akronim bagi Projek Lebuhraya Utara Selatan." "Pluto\nplanet yang kesembilan jauhnya dari matahari (paling jauh dari matahari)." "plutokrasi\npemerintahan yang dikuasai oleh kaum pemodal (kapitalis)." "plutokrat\norang yang kaya-raya dan berkuasa, orang yang berpengaruh kerana kekayaannya." "plutonium\n(Kimia) sejenis unsur logam radioaktif yang sangat beracun dan bersifat karsinogen, dan digunakan terutamanya sebagai bahan bakar dalam stesen kuasa nuklear dan senjata nuklear." "pm\n[kependekan] \npost meridiem\n (selepas tengah hari)." "Pm I\nsimbol kimia bagi prometium." "PM II\n1.\n [kependekan] Perdana Menteri;\n2.\n [Indonesia] [kependekan] Polisi Militer." "Pmg.\n[kependekan] Pemangku:\n~ Pengarah Perancangan Bahasa." "PMN\n[kependekan] Panglima Mangku Negara (pingat kelas kedua dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, pemegang pingat ini bergelar Tan Sri)." "PMR\n[kependekan] Penilaian Menengah Rendah." "PNB\n[kependekan] Permodalan Nasional Berhad." "pneumatik\n1.\n berkaitan dengan udara, angin, atau gas;\n2.\n (berkenaan (dengan) alat, mesin, dan sebagainya) yang dikendalikan oleh udara mampat." "pneumonia\nradang paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian daripada paru-paru berisi cecair." "PNI\n[kependekan] Partai Nasional Indonesia." "po I\n[Cina];\n \nmain ~ \nsejenis judi dengan menggunakan daun terup kecil." "Po II\nsimbol kimia bagi polonium." "pocak\n[Kelantan] memacak, menanam, menghunjam:\npada hari sukan, murid-murid sekalian sibuk ~ bendera di padang." "poces\n[Jakarta] sejenis permainan dengan menggunakan guli." "poci\nsejenis bekas daripada tembikar dan lain-lain untuk memasak kopi (teh dan lain-lain), cerek, teko." "pocong\nhantu ~\n sejenis hantu yang berupa mayat yang dibalut dengan kain kafan." "pocong I\n[Jawa];\nsepocong\n segemal atau secekak padi." "pocot\n[Jawa] [arkaik] pecat." "podak\npandan ~ \nsejenis tumbuhan (mengkuang), \nPandanus tectoris." "podar\n[bahasa percakapan] bedak halus." "podemporem\n[Indonesia], [bahasa percakapan] tepung yang berwarna kuning serta kuat baunya untuk mengubat kudis dan lain-lain." "podium\npentas kecil tempat seseorang berdiri untuk berceramah, memimpin orkestra, dan sebagainya:\norang yang hadir bertepuk tangan sebelum beliau naik ke atas ~ yang telah tersedia." "podo\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Podocarpaceae, jati, kebal musang, ru bukit, setada, (di Sabah, kayu cina, lampias atau rampayan), landin (Sarawak), \nPodocarpus spp\n." "pogrom\npenganiayaan (penghapusan) secara terancang sesuatu kumpulan etnik." "pohon I\n1.\n tumbuhan yang berbatang besar serta keras, pokok:\n~ beringin, ~ kenanga;\n~ sena; \n2.\n [kiasan] asal mula, pangkal, pokok;\n \n~ segala kejahatan \nasal usul segala kejahatan;\n~ angin \nawan (mendung) yang bergumpal-gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun;\n \n~ bahasa \ndasar-dasar bahasa;\n \n~\n \nbuah (buah-buahan) \npokok yang mengeluarkan buah-buahan;\n \n~ kayu \nbatang kayu, pokok kayu;\n \n~\n \nmata \nsudut mata sebelah dalam yang hampir dengan hidung;\n \n~ telinga \npangkal telinga;\nada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal \n(peribahasa) segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya);\n \nbagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya \n(peribahasa) orang yang bersahabat dengan orang jahat (walaupun ia daripada orang besar) akhirnya rosak juga;\n \nseperti ~ beringin ditiup angin \n(peribahasa) menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut;\npohonan\n [kiasan] berbagai-bagai pohon (terutamanya digunakan dalam karya sastera);\npohon-pohonan, pepohonan\n [Jakarta] sekumpulan pohon yang berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan;\npepohon\n pohon-pohon." "pohon II\nmemohon\n meminta dengan halus (dengan hormat):\n~ taufik dan petunjuk-Nya;\nmemohonkan\n memintakan dengan halus (dengan hormat);\nmohon." "pohu\n[Kelantan]\n1.\n buruk, mudah patah:\nlantai jemuran sudah ~, nak salin lain pun tidak ada masa lapang; \n2.\n senang hancur, rapuh, reput:\nbiskut ini ~, sesuai untuk makanan kanak-kanak." "poin\n1.\n titik, noktah:\ndengan pensel dan kayu pembaris sambungkan ~ yang ditanda itu; \n2.\n saiz atau ukuran (huruf dan sebagainya) kira-kira 0.35 mm:\nmuka taip tajuk hendaklah antara 12 ~ hingga 60 ~; \n3\n. [bahasa percakapan] sesuatu yang penting dalam sesuatu perbincangan atau perkara:\n ~ utama dalam perbincangan ini ialah kerja dan fungsi pekerja adalah saling bergantungan." "pojok\n1.\n penjuru, pelosok, sudut;\n2.\n ruangan dalam akhbar dan lain-lain yang memuatkan kata-kata lucu tetapi pedas serta menyindir;\n \nisi ~ \nkarangan-karangan pendek di sudut akhbar." "pokai\n[bahasa percakapan] tidak ada wang lagi, sudah kehabisan wang:\nengkau hendak pinjam daripada aku, macam mana aku hendak beri sebab aku pun dah ~." "pokar\n[Kelantan] kumpulan, peringkat:\ndalam ~ yang pertama dua puluh orang telah dinaikkan pangkat." "pokat\nbuah ~ \nbuah adpokat, \nPersea gratissima." "pokeng\n[arkaik] tidak berekor, bogel." "poker\nsejenis permainan daun terup (biasanya melibatkan pertaruhan wang)." "poket I\n1.\n kantung yang dijahit pada pakaian (seluar, baju dan sebagainya) tempat menaruh sapu tangan, duit, dompet dan sebagainya, kocek, saku:\nseluarnya mempunyai banyak ~; \n2.\n kantung pada pintu kereta, beg pakaian dan sebagainya;\n3.\n beg jaring kecil pada meja biliard, meja snuker dan sebagainya tempat bola dimasukkan." "poket II\n~ udara \nkawasan bertekanan rendah di ruang udara yang menyebabkan kapal tebang yang melaluinya terturun dengan tiba-tiba. \npok-o; \nminyak ~ \nminyak angin." "pokok\n1.\n batang kayu dari pangkal ke atas:\nsetiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pada ~nya; \n2.\n pohon:\n~ jati;\n~ kemunting;\n~ saga; \n3.\n [kiasan] perkara (bahagian, hal, dan lain-lain) yang penting atau utama, hal yang menjadi sebab atau lantaran hal yang menjadi asas atau dasar, hal yang jadi ibu (induk), asal usul:\nperkara-perkara ~ dalam agama Islam;\n4.\n wang pangkal dalam sesuatu perniagaan, modal;\n~ angin \nawan (mendung) yang bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun;\n \n~ dasar \ndasar yang terpenting, asas;\n \n~ fikiran \nasas atau dasar fikiran (faham, pendapat):\n~ hujan \nmendung;\n \n~ hukum \n[Indonesia] asas (dasar) hukum;\n \n~ kalimat \n[Indonesia] perkataan dan lain-lain yang menjadi huraian dalam ayat, subjek;\n \n~ kata = kata ~ \nkata dasar yang belum diberi penambahan;\n \n~ memanjat \nsejenis pokok kecil yang hidupnya memanjat pada pokok-pokok besar dan lain-lain;\n \n~ pangkal \nsebab-sebab yang utama (penting), sebab-sebab yang menjadi dasar, punca, asas, dasar;\n \n~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) \npekerjaan yang menjadi asas bagi penghidupan;\n \n~ pembicaraan (cerita, perundingan) \nperkara yang dibicarakan (diceritakan, dirundingkan);\n \n~ penanti \n(Pertanian) pokok yang menerima tunas baka pokok lain yang sama jenis dengannya dalam proses cantuman;\n ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) \nsebab-sebab yang memulakan perselisihan dan lain-lain;\n \n~ renek \nsejenis pokok kecil yang batangnya berteras;\n \n~ ribut \nawan (mendung) yang menandakan ribut hendak turun;\n \n(pada) ~nya \n(pada) asasnya (dasarnya);\n \n~ tentera \n[Indonesia] tentera pusat, ibu (induk) tentera;\nsepokok\n satu pokok, sama pokoknya, sama dengan harga beli (modal);\nberpokok 1.\nditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok:\nsebidang tanah lapang yang langsung tidak ~; \n2.\n berasal (daripada), bermula (dr);\n3.\n berasas (pada), berdasar (pada);\n \n~ pangkal pada \nberpunca daripada, mempunyai sesuatu sebagai asasnya;\n4.\n berlantaran, bersebab;\n5.\n bermodal;\nmemokoki\n memodali, memberi modal;\nmemokokkan\n memusatkan (pada), menumpukan (pada);\nterpokok\n1.\n terpenting sekali, terutama sekali;\n2.\n mempunyai harga seperti yang ditetapkan, berharga." "pokrol\n1.\n [Indonesia] wakil orang yang berperkara di mahkamah (dituduh atau menuduh), peguam, pembela;\n2.\n [bahasa percakapan] orang yang pandai bertengkar (berbantah, berbahas, dan lain-lain);\n~ bambu \na) pokrol (pembela) yang tidak berkelulusan (berkelayakan);\n b) orang yang pandai bertengkar (berbantah, berbahas, dan lain-lain);\n \n~ jenderal \n[Indonesia] [arkaik] jaksa agung;\nmemokrolkan\n menyerahkan perkara kepada pokrol (peguam);\npokrol-pokrolan\n [bahasa percakapan] bertikam lidah, berlawan berbicara (bertengkar dan lain-lain)." "pokta\n[sastera lama] tersangat indah (mulia), tidak ada bandingnya, (yang) terbaik." "pol I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan]\n1.\n penuh;\n2.\n sudah sampai ke peringkat yang sehabis tinggi atau banyak (kekuatan, masa kerja, gaji, dan lain-lain):\ndari warung-warung kopi dan restoran-restoran kecil yang punya radio, radionya dipasang ~; \n3.\n selesai dibayar, lunas;\ndipolkan\n [bahasa percakapan]\n1.\n dipenuhkan;\n2.\n dibayar semua, dilunasi;\n3.\n dibiarkan sehingga habis." "pol II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] volt." "pol III\nukuran panjang yang bersamaan dengan 51/2 ela." "pola\n1.\n lukisan untuk contoh batik;\n2.\n corak batik (tenun dan lain-lain), ragi, suri;\n3.\n contoh, model, patrun:\nkadang-kadang ~ yang diambil untuk pembentukan kata baru itu terdapat dalam bahasa daerah pula; \nada empat ~ ayat dalam bahasa Melayu;\nberpola\n mempunyai pola:\nsampel ~;\nberpolakan\n menggunakan sesuatu sebagai pola:\n sajak Balada Pemuda dan Dara ~ sajak-sajak W. S. Rendra." "polah\n[Minangkabau];\nberpolah-polah\n terlalu mewah, kemewahan." "polak\n[Negeri Sembilan] panas, radang." "polan\nsi ~ \nsi anu (sebutan kepada orang yang tidak diketahui namanya)." "polang I\n~-paling \nberpusing-pusing dan berubah-ubah arahnya (berkenaan (dengan) angin)." "polang II\n~-poleng \n[Jakarta]\na) berwarna belang-belang (berkotak-kotak) seperti tapak catur;\n b) berbelang-belang, bertelau-telau." "polangan\n[Negeri Sembilan] dalal (yang menjual kambing)." "polarisasi\nkeadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak (prinsip, kecenderungan, pendapat, dan sebagainya) yang bertentangan sama sekali:\npada masa lalu, soal ~ antara kuasa di kalangan pelajar tidak wujud kerana mereka mempunyai satu tujuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran;\nberpolarisasi\n mengamalkan polarisasi:\n tetapi struktur kuasa dan pengaruh di dunia tidak lagi ~ dalam semua isu." "polaroid\nbahan plastik yang mempunyai sifat mengutubkan cahaya yang lalu menerusinya dan digunakan sebagai turas yang mengurangkan silauan matahari:\nkaca mata ~." "poldan\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] sudah selesai dibayar." "polder\n(Geografi) kawasan tanah rendah (tepi laut, tasik, dan lain-lain) yang telah dikeringkan dan diperbaiki dengan menggunakan empangan." "polek\n[Kelantan] benda likat (getah, tanah liat, gam, dan lain-lain) yang menyelaputi tangan (kayu dan lain-lain)." "polemik\nperbahasan (perdebatan, perbantahan) dengan rencana atau tulisan dalam surat khabar (majalah dan lain-lain):\nwujudkan ~ yang sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa;\n berpolemik\n berbahas atau berbantah dalam surat khabar (majalah dan lain-lain):\nmemupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai;\n mempolemikkan\n membahaskan sesuatu pendapat (isu) dan sebagainya dalam bentuk polemik." "polemis\n[Indonesia-Belanda] bersifat polemik." "poleng I\n[Jawa] berwarna atau bercorak tapak catur (damdam);\n= polang II." "poleng II\n[Kelantan] berpusing dari arah yang asal;\nmemoleng\n memusingkan (ke arah lain)." "poles\n[Indonesia-Belanda] sejenis bahan (tepung, minyak, dan lain-lain) yang digunakan untuk menggosok dan mengilatkan sesuatu;\nmemoles\n menggosok dan mengilatkan dengan poles;\npolesan\n yang telah dipoles, hasil memoles." "polet\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sepotong kain (logam dan lain-lain) yang dipasangkan pada bahu baju untuk menandakan pangkat;\n2.\n [bahasa percakapan] garis yang berwarna atau takik pada batang kayu sebagai tanda;\nepolet." "poli\n[Kelantan] sejenis kuih yang dibuat daripada ubi kayu (gula dan lain-lain) yang dikukus." "poli-\nawalan asing \nbanyak, misalnya \npoligami, poliklinik \ndan \npoliglot." "poliandri\n(Antropologi) amalan bersuami lebih daripada satu orang pada masa yang sama." "polidipsia\n(Perubatan) kehausan yang teruk dan berpanjangan, seperti pada penyakit kencing manis." "poliester\n(Kimia) sejenis polimer yang digunakan untuk membuat plastik, resin, serat tiruan, dan lain-lain." "polietena\n= politena." "polietilena\n= politena." "poligami\n(Antropologi) amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama;\nberpoligami\n mengamalkan poligami, mempunyai lebih daripada seorang isteri pada masa yang sama:\n sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti." "poliglot\n1.\n mengetahui, menguasai, atau mengandungi banyak bahasa;\n2\n. orang yang dapat bertutur dalam beberapa bahasa." "poligon\n(Matematik) bidang atau rajah yang bersudut lebih daripada empat." "poligraf\n(Perubatan) alat untuk merakam berbagai-bagai gerak balas fisiologi secara serentak, seperti gerakan gelombang nadi, pernafasan dan tekanan darah." "polihedron\n(Matematik) bongkah yang dibatasi oleh beberapa permukaan bersegi, dengan bilangan permukaan tersebut tidak kurang daripada empat." "poliklinik\nhospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit." "polimer\n(Kimia) sebatian (sama ada terbentuk secara semula jadi atau buatan) seperti kanji, politena, dan lain-lain yang terdiri daripada molekul kompleks yang terbentuk daripada gabungan unit-unit kecil (ringkas) yang serupa." "polinomial\n1.\n (Biologi) nama haiwan atau tumbuhan yang terdiri lebih daripada dua nama atau sebutan;\n2.\n (Matematik) ungkapan yang mengandungi lebih daripada dua angka atau nilaian." "polio\nsingkatan bagi poliomielitis." "poliomielitis\npenyakit berjangkit serius yang disebabkan oleh sejenis virus yang boleh mengakibatkan pesakitnya mengalami kelumpuhan, terutamanya di kalangan kanak-kanak." "polip\n1.\n sejenis binatang laut yang hidup di batu karang;\n2\n. sejenis ketumbuhan yang berlaku pada sebarang membran mukus, misalnya dalam hidung." "polipektomi\n(Perubatan) pembuangan polip (ketumbuhan) secara pembedahan." "polipeptida\n(Kimia) polimer asid amino (mis keratin, protein, dan lain-lain), yang rantainya terdiri daripada beratus-ratus unit asid amino." "polis\n1.\n pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang;\n2.\n anggota pasukan polis, mata-mata;\n~ hutan \npasukan polis yang bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan;\n \n~ lalu lintas \n= \n~ trafik \npolis yang mengawal keselamatan lalu lintas;\n \n~ marin \npolis yang bertugas menjaga keselamatan di laut;\n \n~ pencegah rusuhan \npasukan polis yang ditugaskan untuk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dan lain-lain);\n \n~ rahsia \npasukan polis yang ditugaskan untuk mencari (mengintip) rahsia;\n \n~ simpanan \npasukan polis yang diambil bertugas pada masa darurat (kecemasan dan lain-lain);\n \n~ tentera \npasukan tentera yang bertugas sebagai polis (mengawasi tentera);\nkepolisan\n yang berkaitan dengan polis (pada pelbagai aspek), berkaitan dengan urusan (tugas dan tanggungjawab, kegiatan, dan lain-lain) polis:\nPolis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kepada orang ramai bagi mencegah jenayah; \nInstitusi ~." "polisakarida\n(Biologi) karbohidrat yang menghasilkan beberapa banyak unit monosakarida (seperti glukosa) apabila diuraikan." "polisemi\n(Linguistik) sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain." "polisi I\nrancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar;\n \n~ kerajaan \ndasar kerajaan." "polisi II\ndokumen yang mengandungi kontrak insurans;\n \n~ insurans \ndokumen perjanjian yang mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans." "polisi III\n[Indonesia-Belanda] polis;\nkepolisian\n yang berkaitan dengan polis (pada pelbagai aspek), kepolisan." "polisionil\n[Indonesia-Belanda] bersifat polis, mengenai polis;\n \naksi ~ \n[bahasa percakapan] gerakan tentera yang bertujuan untuk memulihkan keamanan." "polistirena\n(Kimia) sejenis polimer yang digunakan sebagai bahan pembungkusan dan lain-lain." "politburo\n(Pol) badan penggubal dasar tertinggi di kebanyakan negara komunis atau dalam parti komunis." "politeisme\nkepercayaan kepada lebih daripada satu Tuhan." "politeknik\npusat pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus, terutamanya dalam bidang sains dan teknik." "politena\n(Kimia) sejenis polimer yang digunakan untuk membuat pembungkus (pembalut), paip, dan lain-lain." "politik\n1.\n = \nilmu ~ \nilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siasah, ilmu kenegaraan:\npentingnya pengetahuan ~ kepada setiap rakyat negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; \n2.\n segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain:\ndasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dalam ~ antarabangsa; \ndiayah ~ \npenyebaran pengetahuan (ajaran) politik;\n \nparti ~ \npertubuhan yang bergiat dalam bidang politik;\n \ntokoh ~ \nahli politik yang terkemuka (terkenal);\n3.\n kelicikan, muslihat, tipu muslihat;\n~ parti \nkegiatan politik yang dijalankan untuk, melalui atau oleh parti:\nbeliau telah diberi peluang berkecimpung dalam kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek;\n \n~ wang \nkegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kepada kumpulan orang atau individu tertentu untuk mendapatkan sokongan, terutamanya untuk pemilihan sesuatu jawatan penting dalam parti dan sebagainya;\nberpolitik\n mengambil bahagian dalam politik, menjalankan (mengamalkan) politik:\nkeadilan ~ adalah subjektif;\nmempolitikkan\n memasukkan ke dalam urusan politik, menjadikan sebagai urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dengan politik:\nMenteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yang sebenar yang akan dijalankan oleh kerajaan;\n kepolitikan\n perihal politik;\npempolitikan\n perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu)." "politiking\n[bahasa percakapan] kegiatan yang dilakukan untuk kepentingan politik, misalnya berkempen untuk memancing undi, menonjolkan diri seseorang untuk mencapai sesuatu tujuan, dan lain-lain:\n~ berlaku apabila seseorang yang belum layak dinaikkan pangkat mencuba menggunakan pihak-pihak luaran dan dalaman sesebuah organisasi; \nkurangkan ~ dan hindarkan kecam-mengecam ke arah pembangunan rohani rakyat seluruhnya." "politikus\n[Indonesia-Belanda] ahli politik, ahli kenegaraan." "polivinil\n(Kimia) kumpulan polimer (seperti vinil klorida, vinil asetat, dan lain-lain) daripada vinil." "polka\n(Seni Muzik)\n1.\n sejenis tarian rakyat Bohemia:\ntarian ~; \n2.\n muzik yang digubah untuk mengiringi atau mengikut rentak tarian\n1.\n di atas:\nmuzik ~." "polmah, polmak\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n [bahasa percakapan] surat kuasa;\n2.\n orang yang diberi kuasa, kuasa." "polo\nsejenis permainan bola yang melibatkan dua pasukan pemain yang menunggang kuda dan menggunakan kayu panjang sebagai pemukul bola untuk memasukkan bola ke dalam gol;\n \n~ air \nsejenis permainan bola di air." "polok\nmemolok\n makan dengan menyuap banyak-banyak sekali dan pantas." "polong I\n1.\n sejenis hantu yang suka mengacau orang (membuat orang sakit);\n2.\n sejenis penyakit urat saraf (kerana kena guna-guna);\n \nseperti ~ kena sembur \n(peribahasa) berlari dengan pantas kerana ketakutan (jera dan lain-lain)." "polong II\nkacang ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCanavalia gladiata." "polong III\nsejenis bunga cengkih (lawang)." "polong IV\n~ angin \nsejenis bintil-bintil pada kulit." "polong V\npolongan\n [Minangkabau] saluran air, pipa (air dan lain-lain), berombong;\nberpolongan\n [Minangkabau] mempunyai polongan;\n \n~ air, bertitian asap \n(peribahasa) [Minangkabau] mempunyai sahabat yang mencarikan kita keuntungan (kerana pernah memberi pertolongan kepadanya)." "polonium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "polos\n1.\n tidak bercorak atau berbunga (kain dan lain-lain);\n2.\n sangat lurus (hati, fikiran, dan lain-lain), tidak berniat jahat." "poma\n= poma-poma\n [Jawa] [arkaik] benar-benar (jangan), hubaya-hubaya (jangan), sekali-kali (jangan)." "pomade\n[Indonesia-Belanda] sejenis minyak rambut yang wangi." "pompa\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sejenis perkakas untuk menghisap dan mengeluarkan (air, angin, dan lain-lain), pam minyak kereta dan lain-lain;\n2.\n perkakas untuk menghisap benzin (pada enjin);\n~ air \npam untuk mengambil (mengeluarkan) air;\n \n~ angin \npam untuk memasukkan angin ke dalam tayar kereta dan lain-lain;\n \n~ benzin \npam minyak (tempat mengambil minyak kereta dan lain-lain);\nmemompa\n1.\n mengepam:\n~ air dari sungai; \n2.\n [bahasa percakapan] memasukkan (pelajaran, pengetahuan, dan lain-lain) banyak-banyak, mengajar banyak-banyak;\nmemompakan\n1.\n menyuruh mengepam;\n2.\n mengepam untuk orang lain;\n3.\n [bahasa percakapan] memasukkan banyak-banyak dengan paksa (pengetahuan dan lain-lain):\naku terlalu sibuk ~ soal-soal politik ke kepalaku;\npompaan\n sesuatu yang dipompa;\npemompaan\n perbuatan memompa." "pompang\n[Kedah], [Pulau Pinang] sejenis jaring untuk menangkap ikan." "pompong I\nsejenis sotong yang kecil." "pompong II\nkepompong." "pompong III\n[Minangkabau];\n kepompongan\n bingung, kebingungan, gelisah, resah." "pompong IV\n[arkaik];\nmemompong\n membopong, mendukung." "pompong V\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), bentan, buta-buta pongpong, \nCerbera manghas." "ponakan\n[Jawa] anak saudara, kemanakan, keponakan." "ponco\nsejenis pakaian berupa selimut yang (dibuat daripada kain persegi empat) dengan lubang di tengah." "pondamen\n[Indonesia-Belanda] dasar atau tapak (rumah dan lain-lain)." "pondan\n1.\n laki-laki yang lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi, papak, ponen;\n2.\n [arkaik] perempuan yang lebih bersifat kelelakian." "pondar\n[Minangkabau] pendek dan gemuk (tubuh badan)." "pondik\n[Minangkabau] angkuh, pongah, sombong." "pondoh\n[Jawa] umbut." "pondok\n1.\n rumah kecil yang didirikan untuk sementara (di sawah, di ladang, dan lain-lain), dangau, gubuk, teratak;\n2.\n rumah (untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang);\n3.\n [Jakarta] rumah kecil yang tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dan lain-lain);\n4.\n [Jawa] madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dan lain-lain);\n \n~ telefon \nbangunan kecil tempat telefon untuk kegunaan orang ramai;\nmemondok\n menumpang tinggal dan makan;\nmemondokkan\n1.\n memberi tempat menumpang (di rumah orang dan lain-lain), menumpangkan (di rumah orang dan lain-lain);\n2.\n memberi tempat menumpang;\npondokan\n1.\n = \npemondokan\n rumah tumpangan, rumah tempat menginap;\n2.\n tumpangan, penginapan." "pondong I\nmemondong\n membawa sesuatu dengan meletakkannya di atas kedua-dua belah lengan." "pondong II\nsejenis atap atau para-para untuk melindungi tanaman yang masih kecil daripada hujan dan panas." "ponen\n[Kedah], PI, [Pulau Pinang] banci, kedi, papak, pondan." "pong\nbunyi seperti bunyi barang dan lain-lain yang jatuh di air." "pong-pong I\n~ along \nsejenis permainan kanak-kanak, seruan (nyanyian) pada sejenis permainan kanak-kanak." "pong-pong II\nburung ~ \nsejenis burung \nMocronus ptilosus." "pongah I\nsangat sombong, angkuh, bongkak, congkak:\ndengan ~ engkau membusungkan dada mengatakan engkau Tuan Pengarah;\n berpongah-pongah\n berlagak (berkelakuan dan lain-lain) sombong, bercakap sombong;\nmemongahkan\n menyombongkan, memperagakan, memperlagakkan;\nkepongahan\n keangkuhan, kecongkakan, kesombongan." "pongah II\n[Jakarta] bebal, bodoh, dungu;\ndipongah\n dibodohkan, dipermainkan, ditipu." "pongang\nsipongang." "ponggek\n[Kelantan] belakang sekali, pengakhir, penghujung." "ponggok I\ntidak berekor, kudung ekornya, togel." "ponggok II\n[Minangkabau];\nterponggok\n kelihatan melonggok, duduk bercangkung:\nkadang-kadang guru hanya duduk ~ di sekolah dengan tiada seorang pun muridnya." "pongia\n[Perlis] sejenis pisau untuk memotong padi." "pongkang\n[Jakarta];\nbalik-~ \npulang balik;\nterpongkang\n1.\n terbalik (yang di bawah ke atas);\n2.\n tertonggeng." "pongkes\n1.\n sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki;\n2.\n sejenis alat (daripada rotan) yang leper untuk menangkis pukulan dan lain-lain." "pongking\n[Johor];\nterpongking\n tertonggeng." "pongkol\n[Kelantan] perengus." "pongoh\n[Kelantan] perengus." "pongpong\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCerbera manghas;\n~ raya \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAdinandra macrantha." "pongsu I\n[arkaik] anak bukit, busut;\npusu I." "pongsu II\nmerak ~ = kuang ~ \nsejenis burung;\nkuang I." "poni\n[bahasa percakapan] satu cara mendandan rambut dengan mengaturnya kemas-kemas di dahi:\npotong ~ = \nberponi;\nberponi\n mempunyai potongan rambut cara poni." "ponis\n[Indonesia-Belanda] keputusan mahkamah (pengadilan);\n \nmenjatuhkan ~ \nmemutuskan perkara." "ponjen\ndompet, kantung, pundi-pundi." "ponjok\n[Terengganu] bungkusan (daripada kain, plastik, dan lain-lain), punjut:\ntolong masukkan kain itu ke dalam ~ supaya senang dibawa." "ponok\nbonggol pada tengkuk (lembu dan lain-lain), kelasa." "pontang-panting\n1.\n bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir;\n 2.\n berlari tunggang-langgang (lintang-pukang);\n3.\n berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, bangun tergesa-gesa;\nberpontang-panting\n berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, pontang-panting;\nmemontang-mantingkan\n1.\n mengucar-ngacirkan, menyerak-nyerakkan;\n2.\n mengguling-gulingkan, melempar-lemparkan, menghumbankan;\nterpontang-panting\n berlari tunggang-langgang." "ponten I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] markah (peperiksaan, ujian dan lain-lain);\nmemonten\n memberi markah." "ponten II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pancutan air (di taman dan lain-lain)." "ponten III\n[bahasa percakapan];\n~ pen \npena yang diisi dengan dakwat." "ponteng\n[bahasa percakapan]\n1.\n kecoh, tipu;\n2.\n lari daripada tugas (tanggungjawab dan lain-lain):\njarang yang ~ kerja melainkan kalau terhalang;\nmemonteng\n1.\n mengecoh, menipu:\ndia akan menggunakan segala kepandaian untuk mengecek dan ~ perempuan; \n2.\n [bahasa percakapan] meninggalkan tugas (tanggungjawab dan lain-lain) tanpa kebenaran." "pontoh\n[sastera lama] gelang besar yang berukir dengan naga dan lain-lain (dipakai di lengan sebelah atas)." "ponton\n[Indonesia-Belanda] pontun." "pontun\nbot yang rendah dan lebar, atau platform terapung, biasanya digunakan untuk menyangga atau menggalang jambatan dan sebagainya;\n \njambatan ~ \njambatan sementara yang disangga atau digalang dengan pontun." "pooh\nminyak ~ \nsejenis minyak yang berangin." "pop\npopular;\n \nlagu ~ \nlagu (nyanyian) yang popular;\n \npenyanyi ~ \npenyanyi lagu popular." "popadom\nsejenis keropok yang nipis, rangup dan mempunyai rasa yang agak masin, biasanya dimakan dengan nasi dan kari, yang asalnya merupakan makanan masyarakat India. \npopi I\n sejenis tumbuhan (herba yang berbunga merah), \nPapavar somniferum." "popi II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] anak-anakan, boneka." "popia\nsejenis kuih yang berinti sayur-sayuran dan bersalut dengan tepung yang nipis." "poplin\nsejenis kain cita yang agak berkilat." "popok I\n[Jawa];\nkain ~ \nkain untuk mengalas bayi, lampin." "popok II\npopokan\n [arkaik] sejenis hantu, momok." "popong\npongpong." "popor\n[Jakarta] gagang (pangkal) senapang." "popular\ndigemari atau disukai ramai:\nmengapa lagu-lagunya dalam waktu yang singkat menjadi demikian ~?; \nbintang-bintang filem yang ~;\nmempopularkan\n menjadikan popular (disukai ramai):\nhal ini tidak pula bererti bahawa saya tidak dapat dan tidak ada hak menulis novel untuk ~ perjuangan pemuda-pemuda Indonesia;\n kepopularan\n perihal popular, populariti:\nuntuk mengembangkan ~ di luar negara." "populariti\nkepopularan." "populasi\n1.\n jumlah semua orang yang mendiami sesuatu tempat (negara, negeri, daerah, dan sebagainya), penduduk;\n 2\n. kumpulan individu sesuatu spesies (haiwan dan tumbuhan) yang terdapat di sesuatu kawasan geografi atau habitat tertentu." "populis\n(Pol) orang yang menyokong faham populisme." "populisme\n(Pol) aliran atau fahaman yang mempertahankan serta menyanjung pendapat, hak dan kepentingan rakyat biasa." "porah\n[Minangkabau] suka menghabiskan wang, boros, royal;\nberporah-porah\n beroyal-royal." "porak-parik\nporak-peranda." "porak-peranda\n1.\n (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dan sebagainya), kucar-kacir:\nkampung kami yang aman damai menjadi ~; \nmasalah ini boleh mengakibatkan ~ dalam masyarakat; \nada juga yang menganggap isu itu sebagai punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga;\n 2\n.\n cerai-berai, berserak;\nmemporak-perandakan\n menjadi porak-peranda (kacau-bilau, kucar-kacir, morat-marit):\nperbuatan itu akan melahirkan permusuhan dan boleh ~ masyarakat;\nkeporak-perandaan\n perihal porak-peranda." "porang\n[Kelantan] tempat kapur." "poren\n[Johor] sejenis ikan terubuk yang besar." "poreng\n[Terengganu] comot." "pori\n[Indonesia] liang-liang halus pada kulit (benda padat)." "PORIM\nakronim bagi \nPalm Oil Research Institute of Malaysia \n(Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia)." "PORLA\nakronim bagi \nPalm Oil Registration & Licensing Authority \n(Lembaga Pendaftaran & Pelesenan Minyak Kelapa Sawit)." "porno\nsingkatan bagi pornografi." "pornografi\n1.\n penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian, dan lain-lain) dengan cara yang mengghairahkan atau yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan, dan sebagainya), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan dan sebagainya secara lucah;\n 2.\n segala bahan (seperti filem, gambar foto, dan bahan bacaan) yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks, segala bahan (seperti filem, terbitan, dan sebagainya) yang lucah." "porok I\n[arkaik] separuh tempurung (untuk permainan kanak-kanak);\n \nmain ~ \nbermain dengan porok (tempurung dipusingkan dengan kaki dan diarahkan ke suatu bulatan);\n= temporok." "porok II\n[Brunei] pokok kecil atau tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan." "porok III\n[Indonesia-Belanda] garpu." "porong\ntanda-tanda hitam pada badan (sejak dilahirkan)." "poros I\n1.\n = \ngandar ~ \ngandar roda dan lain-lain;\n2.\n hujung atau puncak tiang (tombak, piramid, dan lain-lain);\n3.\n [Indonesia] pemain bola sepak yang di tengah-tengah (antara hafbek kanan dengan hafbek kiri)." "poros II\nberliang-liang kecil (pada kulit atau benda padat)." "porot\n[Jakarta];\nmemorot, memoroti\n1.\n melubangi (guni beras dan lain-lain), menggerit, menggigit;\n2.\n mencuri (beras dalam guni dan lain-lain)." "porselin\nsejenis bahan yang dibuat daripada campuran tanah liat, kuarza, dan lain-lain yang dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yang licin, keras, dan digunakan untuk membuat perkakas dapur dan makmal dan sebagainya, tembikar." "porsetel\n[Indonesia-Belanda] anjuran, cadangan, usul;\nmemporsetelkan\n menganjurkan, mencadangkan, mengusulkan." "porseter\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] ketua." "porsi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n [bahasa percakapan] sepinggan makanan (di kedai makan dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] bahagian yang tertentu untuk dikerjakan (diselesaikan dan lain-lain)." "port\n(Komputer) pangkal atau hujung sesuatu saluran penghantaran." "portal\n(Komputer) laman web yang mempunyai hubungan dengan pelbagai laman web yang lain, biasanya boleh dicapai melalui Internet. \nporter\n1.\n orang yang bekerja mengangkat barang (di stesen kereta api dan sebagainya);\n2.\n penjaga pintu di gudang (pejabat dan sebagainya)." "portfolio\n1.\n bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri;\n2.\n keseluruhan pelaburan yang dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat;\n3.\n (Seni Lukis) bekas mudah alih untuk membawa kertas, dokumen, lukisan dan sebagainya;\nberportfolio\n memegang atau mempunyai portfolio:\nkepelbagaian pasaran modal menarik portfolio pelaburan yang kukuh serta menarik perhatian pelabur ~; \nMenteri Tak B~ \nMenteri yang tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab." "portir\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] penjaga pintu (di pejabat dan lain-lain)." "porto\n[Indonesia-Belanda] bayaran atau belanja mengirimkan surat dan lain-lain dengan pos." "pos I\n1.\n sistem atau perkhidmatan menghantar surat, bungkusan, dan sebagainya:\ntawaran-tawaran yang tidak dihantar melalui ~ hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di pejabat itu; \npejabat ~ \n= [Indonesia] \nkantor ~ \npejabat tempat mengirim surat (wang dan lain-lain);\n \nkartu (kad) ~ \n[Indonesia] kad bersetem yang dijual di pejabat pos dan boleh dikirim melalui pos pada kadar yang lebih rendah daripada surat yang bersampul;\n \nkereta ~ \nkereta yang menjalankan urusan jabatan pos;\n2.\n surat, bungkusan, dan lain-lain yang dihantar melalui pos;\n3.\n [Indonesia] kereta (kuda dan lain-lain) yang menguruskan kiriman surat dan lain-lain pada zaman dahulu;\n4.\n [Indonesia] [arkaik] perhentian kereta pos pada zaman dahulu;\n5.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] perhentian kereta api dan lain-lain, stesen;\n~ berdaftar \nperkhidmatan menghantar surat, bungkusan dan sebagainya yang didaftarkan, biasanya dikenakan bayaran yang lebih mahal sedikit dan diberi ganti rugi sekiranya surat, bungkusan dan sebagainya itu hilang atau rosak;\n \n~ laju \nsistem atau perkhidmatan menghantar bungkusan, surat dan sebagainya dengan cepat yang disediakan oleh jabatan pos atau syarikat tertentu;\nmengepos\n mengirim (surat dan lain-lain) melalui pos;\nmengeposkan\n mengepos untuk:\ndia pergi ke pekan untuk ~ kakaknya surat." "pos II\n1.\n pondok atau tempat polis (tentera dan lain-lain) berjaga:\nsi Amat masih menjaga ~nya; \n2.\n jawatan atau kedudukan orang yang menjalankan tugas (pegawai dan lain-lain);\n3.\n [Indonesia] rumah atau tempat orang menjaga (mengawasi) gunung berapi dan lain-lain." "pos III\n[Indonesia]\n1.\n sejumlah wang bagi peruntukan sesuatu keperluan (pekerjaan dan lain-lain);\n2.\n bahagian daripada anggaran belanja." "posisi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n kedudukan, letaknya:\nkita tak mahu membahayakan ~ tentera kita; \n2.\n jawatan (dalam pekerjaan dan lain-lain), pangkat;\n3.\n letak sesuatu perkataan dalam ayat." "positif\n1.\n pasti, tegas, tentu, tetap;\n2.\n lawan negatif (elektrik dan lain-lain);\n3.\n gambar yang diambil dengan kamera yang sudah jadi (bukan pada filem), gambar foto yang sebenarnya (bukan negatif);\n4.\n memperlihatkan (mengemukakan, menekankan, dan sebagainya) sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat dan sebagainya:\nsikap-sikap ~;\n mempositifkan\n menjadikan positif (pasti, baik, membina dan sebagainya):\nbeberapa langkah perlu diambil untuk ~ pengaruh media dan komunikasi terhadap keluarga dan remaja; \nanda perlu ~ pemikiran anda;\n kepositifan\n perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina dan sebagainya)." "positivis\norang yang mendukung faham positivisme." "positivisme\nalliran falsafah yang menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu yang pasti (berlawanan dengan metafizik)\n." "positron\n(Fizik) sejenis zarah bercas positif yang jisimnya sama dengan elektron (tetapi berlawanan cas)." "poskad\nkad yang biasanya bergambar pada sebelah hadapannya dan pada sebelah belakangnya boleh ditulis khabar berita dan alamat (dan dikirim melalui pos)." "poskod\nnombor (atau huruf) yang ditetapkan bagi zon (kawasan, jalan, dan sebagainya) tertentu bagi memudahkan urusan pos." "posmen\npekerja pos yang ditugaskan menghantar bungkusan, surat, dan lain-lain." "poso\n[arkaik] sejenis bahagian daripada perkakas tenun." "pospaket\n[Indonesia-Belanda] bungkusan yang dikirim melalui pos." "post-mortem\n1.\n pemeriksaan dan pembedahan mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian, autopsi;\n2.\n pemeriksaan sesuatu rancangan yang gagal untuk mengetahui sebab kegagalannya." "poster\nnotis atau gambar yang ditampal pada dinding atau papan kenyataan, terutamanya untuk mengiklankan sesuatu." "posterior\n(Biologi) \n1.\n terletak berhampiran dengan bahagian belakang, atau di bahagian belakang sesuatu struktur yang lain, pada tubuh:\npituitari ~; \n2.\n terletak paling hampir dengan batang utama (berkenaan (dengan) bahagian tunas atau bunga sisi)." "postulat\nsesuatu yang dianggap benar, atau diterima sebagai asas penaakulan atau perhitungan, sesuatu usul yang dikemukakan sebagai bukti kebenaran:\nmengikut ~ Henle-Koch, sesuatu organisma boleh menjadi agen penyebab sekiranya wujud dan cukup untuk menimbulkan penyakit." "postur\nposisi atau sikap tubuh seseorang, terutamanya semasa duduk, berdiri dan sebagainya:\n~ yang baik menonjolkan imej yang positif." "poswesel\n[Indonesia-Belanda] kiriman wang melalui pos." "posyen\nminuman yang mengandungi ubat, racun atau sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib." "pot I\n1.\n bekas yang dibuat daripada tin, tin;\n2.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] jambangan bunga, pasu bunga;\n3.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] tempat buang air kecil, pispot." "pot II\n[Kedah], [Perlis];\nmacam muka ~ \n[bahasa percakapan] muka yang berkedut-kedut (tidak sedap dipandang)." "potamologi\nkajian yang berkaitan dengan sungai." "potasy\n(Kimia)\n1.\n bahan kalium karbonat yang digunakan untuk membuat sabun dan lain-lain;\n2.\n = \n~ kaustik \nkalium hidroksida." "pote\n[Kelantan] puncak yang tertinggi." "potehi\n[Cina] sejenis wayang golek Cina." "poten\n(Perubatan)\n1.\n mempunyai kesan kimia atau fizikal yang kuat (berkenaan (dengan) dadah, racun dan sebagainya);\n2.\n berupaya melakukan hubungan seks dengan berkesan (berkenaan (dengan) orang lelaki)." "poteng\n[Kelantan] pusing, paling, putar." "potensi\nkemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju dan sebagainya:\nEEC akan memberikan penerangan kepada Asean tentang hasil kajian berhubung dengan ~ usaha sama antara negara-negara Asean;\nberpotensi\n mempunyai potensi, berkemampuan, berkebolehan, berkesanggupan, berkeupayaan (untuk berkembang maju dan sebagainya):\nrasional, sikap yang mengabaikan pasaran ASEAN yang jelas ~ sesungguhnya sukar hendak difahami; \npemimpin yang ~; \nadakah kata-kata itu ~ untuk digunakan?" "potia\n[Cina] sejenis mandur, pengawas." "potlot\npensel." "potol\n[Jakarta]\n1.\n rompang, terpenggal;\n2.\n [kiasan] kehabisan wang." "potometer\n(Biologi) alat untuk mengukur kadar transpirasi tumbuhan." "potong\n1.\n kerat, penggal, hiris:\nbeberapa ~ roti; \n2.\n [bahasa percakapan] penjodoh bilangan untuk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dan lain-lain):\nbiasanya aku mendapat se~ baju daripada ibuku; \n3.\n = \nmemotong\n memenggal, mengerat;\n \nrumah ~ \nrumah (tempat) menyembelih lembu dan lain-lain;\n \ntukang ~ \na) orang yang memotong (menyembelih);\n b) tukang gunting rambut;\n c) tukang sunat, mudin;\n~ ayam \na) memotong (menyembelih) ayam;\n b) sejenis sumpah pada orang Cina;\n \n~ leher \na) memenggal leher, b) [bahasa percakapan] meletakkan harga yang terlalu tinggi (memeras);\n c) [kiasan] dengan sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri);\n \n~ rambut \nmenggunting rambut;\n \n~ ramus \nsejenis guntingan rambut (laki-laki);\n \n~ trip \n[bahasa percakapan] memotong giliran (peluang) orang;\n \n~ wajik \nbentuk wajik yang dipotong menyerong;\n \n~ hidung rosak muka \n(peribahasa) membuat sesuatu yang tidak baik kepada keluarga sendiri akhirnya dia juga yang mendapat malu (kesusahan);\nberpotong\n dipotong:\nkain yang di dalam kotak itu masih belum ~;\n berpotong-potong\n berkerat-kerat, berpenggal-penggal;\nmemotong\n1.\n memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat;\n2.\n menghiris (daging, ikan, dan lain-lain);\n3.\n menebang (kayu,pokok, dan lain-lain);\n4.\n menyembelih (binatang dan lain-lain);\n5.\n menggunting (rambut), memangkas;\n6.\n menggunting (pakaian dan lain-lain);\n7.\n menuai (jagung, padi, dan lain-lain);\n8.\n mengudungkan (tangan dan lain-lain);\n9.\n membedah (perut dan lain-lain);\n10.\n mengurangi (gaji, pendapatan, dan lain-lain);\n11.\n memintasi (jalan, perjalanan, dan lain-lain);\n12.\n menyelang (percakapan, orang, dan lain-lain);\n13.\n memendekkan (kata, nama, dan lain-lain);\n14.\n menoreh (getah);\npotong-memotong\n1.\n saling memotong (melintasi);\n2.\n pekerjaan menggunting (pakaian);\nmemotongkan\n1.\n memotong untuk orang, menyuruh memotong;\n2.\n menggunakan pisau dan lain-lain untuk memotong, memotong dengan;\n3.\n = \nmemperpotongkan\n mengira-ngira dengan cara memotong gaji (pendapatan dan lain-lain) yang akan diperoleh;\n \nmemperpotongkan hutang-piutang \nmengurangkan hutang-piutang;\nterpotong\n dapat dipotong:\nsebatang kayu pun tidak ~ pada petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji;\n potongan\n1.\n bahagian-bahagian kecil atau pendek yang didapati setelah memotong sesuatu yang (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan;\n2.\n cara memotong baju (seluar dan lain-lain), guntingan:\n~ baju; \n3.\n bentuk (muka, rumah, dan lain-lain);\n \n~ badan;\n~ muka;\n~ rumah; \n4.\n pengurangan gaji (harga dan lain-lain):\n~ gaji; \n5.\n kependekan kata (nama dan lain-lain);\npemotongan\n1.\n perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal, dan sebagainya) pengeratan, pemenggalan:\njenayah curi yang membawa kepada hukuman ~ tangan;\n2.\n penyembelihan;\n3.\n pemintasan (jalan dan lain-lain);\n4.\n pengurangan (gaji, harga, dan sebagainya);\npemotong\n1.\n orang yang memotong;\n2.\n alat untuk memotong." "potpuri\nrampaian kelopak bunga dan daun kering, rempah dan sebagainya yang berbau harum, gunanya untuk mengharumkan sesuatu persekitaran (bilik, ruang dan sebagainya)." "potret\n1.\n gambar yang diambil dengan menggunakan kamera, foto;\n \ntukang ~ \ntukang gambar;\n2.\n gambar orang yang dilukis;\nmemotret\n1.\n mengambil gambar dengan kamera, membuat foto:\nkedua-dua pelancong itu sibuk ~ bangunan-bangunan pencakar langit dan warung-warung kecil; \n2.\n melukis potret;\npemotretan\n hal atau perbuatan memotret.\npemotret\n1.\n tukang potret;\n2.\n = \nalat ~ \nalat untuk memotret;\n3.\n pelukis sesuatu potret." "poyan\nempoyan II." "poyang I\nlampoyang." "poyang II\n1.\n = \ndatuk ~ \nark nenek moyang, leluhur;\n2.\n [Minangkabau] ayah atau ibu kepada nenek, moyang;\n3.\n [sastera lama] bomoh, dukun, pawang." "PPH\n[kependekan] Pasukan Polis Hutan." "PPK\n[kependekan] Parti Perhimpunan Kebangsaan (Tanah Melayu)." "PPM\n[kependekan] Pingat Peringatan Malaysia." "PPMPB\n[kependekan] Persatuan Pelajar Maktab Perguruan Bahasa." "PPN\n[kependekan] Pingat Pangkuan Negara (pingat kesateriaan yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong)." "PPP\n[kependekan] \nPeoples Progressive Party \n(Parti Progresif Rakyat)." "PPZ\n[kependekan] Pusat Pungutan Zakat." "Pr I\nsimbol kimia bagi praseodimium." "PR II\n[kependekan]\n1.\n \npublic relations \n(perhubungan awam);\n2.\n Parti Rakyat." "pra\n\u2013 \nawalan asing\n sebelum, misalnya \nprakata, prasejarah, \ndan\n prasekolah." "praakhir\nsebelum akhir." "praanggapan\n[arkaik] prasangka." "prabawa\n1.\n pengaruh;\n2.\n [Indonesia] imbasan elektrik;\n= perbawa." "prabayar\ntelah dibayar terlebih dahulu:\nkad telefon ~." "pracetak\nsebelum kerja pencetakan dibuat:\nkos kertas dan ~ meningkat berikutan penurunan nilai mata wang." "pracukai\nsebelum dipotong cukainya:\nkeuntungan ~ syarikat tahun ini semakin bertambah baik." "pragmatik I\n(mempunyai sifat atau pendirian yang) lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan sebagainya, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya terdapat atau akan timbul:\nwalau bagaimanapun, pelaksanaannya harus bersifat ~ supaya tidak menimbulkan kesusahan di kalangan rakyat." "pragmatik II\n(Linguistik) cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu." "pragmatis\n[Indonesia] pragmatik (praktikal)." "pragmatisme\n1.\n kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin, dan sebagainya bergantung pada kegunaannya secara praktik;\n2.\n cara menangani masalah atau menghadapi sesuatu isu secara praktikal, sikap pragmatik." "prah\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] muatan di kereta api." "prahaid\nsebelum datangnya haid:\ngejala-gejala ~." "prahara\n[Jawa] [arkaik] angin ribut, badai, taufan." "prahoto\nlori untuk mengangkut barang-barang." "prairie\nkawasan dataran rumput yang luas dan tidak ditumbuhi pokok, terutamanya di Amerika Utara. \npraja\n [arkaik] kota, negeri." "prakarsa\ninisiatif, daya usaha, ikhtiar." "prakata\nkata pendahuluan (oleh pengarang sesebuah buku dan sebagainya)." "praktik\n1.\n perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dan lain-lain), pelaksanaan:\nbiarpun cinta pada teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pada ~nya begitu; \n2.\n perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam, dan lain-lain):\nsudah bertahun-tahun dia membuka ~;\nmempraktikkan\n menjalankan seperti yang tersebut dalam teori dan lain-lain, melaksanakan, mengamalkan, melakukan:\nsekarang mereka cuba ~ apa yang mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu." "praktikal\n1.\n melibatkan atau berkaitan dengan pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan teoretikal;\n 2.\n sesuai untuk digunakan:\nlangkah-langkah ini dianggap lojik lagi ~." "praktis\nberdasarkan kepada sesuatu yang praktik, boleh dan mudah melaksanakannya (menjalankannya, menggunakannya dan lain-lain), kena benar:\nkomandan perahu memberikan perintah-perintah singkat dan petunjuk yang ~; \npenubuhan badan cawangan seperti yang dilakukan itu dipercayai tidak ~;\n kepraktisan\n perihal atau sifat bergunanya sesuatu atau berupayanya melakukan sesuatu, sifat (ciri) praktis:\nmempersoalkan ~ pedoman yang disediakan itu\n." "pramasa\nsebelum tiba masanya yang dijangkakan atau yang sebenar (berkenaan (dengan) sesuatu kejadian, peristiwa dan sebagainya):\nkelahiran ~; \nkematian ~." "pramatang\n1.\n lahir tidak cukup bulan (berkenaan (dengan) bayi):\nbayi ~; \n2\n. \ndicairkan atau dijual sebelum tempoh yang ditetapkan (berkenaan (dengan) saham, insurans dan sebagainya)." "pramoden\nsebelum moden, sebelum mencapai kemajuan zaman moden, primitif:\nzaman ~ Jepun." "pramugara\npelayan kapal terbang (lelaki)." "pramugari\npelayan kapal terbang (perempuan)." "pramuka\n[Indonesia] [kependekan] gerakan Praja Muda Karana, pemuda perintis, pandu." "pramusaji\norang yang tugasnya melayan pesanan makanan, minuman dan sebagainya oleh para pengunjung restoran." "prangas\n~ peringus \n[Jawa] [arkaik] mengernyih, menyeringai." "prangko\n[Indonesia]\n1.\n setem:\nhantaran itu datangnya dari seberang laut, dengan ~nya berhiaskan gambar tugu pahlawan; \n2.\n telah dibayar belanja mengirim (barang dagangan dan lain-lain)." "PRANITA\nakronim bagi perajurit wanita." "prarasa\n[arkaik]\n1.\n firasat;\n2.\n suka (akan), memilih (pada)." "prasangka\nsangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) yang sebenarnya:\nmereka amat terpengaruh oleh ~ terhadap orang Negro yang dianggap rendah;\nberprasangka\n menaruh prasangka:\n barangkali ~ dan bimbang akan berlaku bencana ke atas dirinya;\nkeprasangkaan\n sifat (rasa) prasangka:\n ~ menyekat kecenderungan ke arah kecemerlangan." "prasaran\nhuraian atau keterangan dan lain-lain yang menjadi pengantar untuk membincangkan sesuatu masalah, prausul." "prasarana\nkeseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan lain-lain) yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur:\nladang rakyat Felda diwujudkan dengan pembangunan ~ yang besar-besaran." "prasarjana\nsebelum peringkat sarjana:\npendidikan\n \n~\n." "prasasti\ntulisan pada batu (tembaga dan lain-lain) yang berupa peringatan, penghormatan, dan lain-lain." "prasejarah\n(pengetahuan mengenai masa) sebelum sejarah tertulis, zaman purbakala." "prasekolah\nsebelum memasuki sekolah, tabika, tadika:\nbuku untuk bacaan ~." "praseodimium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang digunakan untuk membuat pewarna kaca, mangkin, dan lain-lain." "prasetia\n[arkaik] niat atau janji yang teguh." "prasiswazah\nsebelum lulus sebagai siswazah." "prasunting\npenyuntingan yang dilakukan sebelum penyuntingan sebenar." "prasyarat\n1.\n syarat yang amat penting dan perlu dipenuhi supaya berlaku atau tercapai sesuatu, (seperti perkembangan, pembangunan, kemajuan, dan sebagainya) atau terhindar sesuatu keburukan:\nbuku teks yang bermutu\nmestilah dianggap sebagai satu ~ bagi peningkatan mutu pengajaran bahasa Malaysia; \n2.\n syarat yang mesti dipenuhi sebelum (boleh) melakukan (menyertai, mengikuti, dan sebagainya) sesuatu." "pratonton\ntayangan filem, persembahan teater dan sebagainya yang dikhususkan untuk wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum filem, teater dan sebagainya itu dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai;\nmempratontonkan\n mempertontonkan atau menunjukkan filem, teater dan sebagainya, terlebih dahulu kepada wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai:\nfilem itu akan dipratontonkan kepada sekumpulan wartawan sebelum ditayangkan kepada orang ramai bulan depan." "prauniversiti\nsebelum memasuki universiti." "prausul\n[arkaik] prasaran." "prawacana\n[arkaik] kata pendahuluan, kata pengantar." "prebet I\npangkat yang rendah sekali dalam pasukan polis atau tentera." "prebet II\n[bahasa percakapan] persendirian, perseorangan (tidak rasmi atau umum);\n \nkereta ~ \nkereta yang digunakan oleh pemiliknya sendiri (bukan kereta sewa)." "predikat\n1.\n (Linguistik) bahagian ayat yang menandai apa yang dikatakan atau dinafikan tentang subjek;\n 2.\n [Indonesia-Belanda] nama, gelaran kehormatan." "prejudis\nrasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, prasangka, dan sebagainya\npreman\n (prman)\n1.\n bukan tentera;\n \norang ~ \norang yang bukan anggota pasukan bersenjata;\n \npakaian ~\n pakaian bebas atau pakaian biasa (bukan pakaian seragam);\n2.\n milik sendiri (bukan untuk umum) persendirian;\n \nmobil ~\n [Indonesia] kereta kepunyaan sendiri (bukan untuk kegunaan orang ramai)." "premi\n[Indonesia-Belanda] premium." "premis I\nsesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan (dianggap) sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak;\nberpremiskan\n mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sebagai premis, berteraskan:\npuisi ini ~ lalang, tetapi lalang yang rapuh itu dijilat api." "premis II\nbangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dan sebagainya:\n ~ perniagaan; \nfirma itu telah berpindah ke ~ baru di Jalan Tun Razak." "premium\n1.\n (Ekonomi) sejumlah wang dibayar secara tetap kepada syarikat insurans bagi sesuatu polisi insurans;\n2.\n bayaran tambahan yang dibuat bagi sesuatu;\n3.\n (Ekonomi) amaun nilai saham yang lebih tinggi daripada harga tawaran asal (nilai tara) apabila saham itu mula disenaraikan di Bursa Saham:\nsyarikat itu mencatatkan ~ sebanyak 50 sen apabila dibuka pada harga RM 2.00 berbanding dengan harga tawaran asalnya RM 1.50 sesaham; \n4.\n bermutu dan harganya lebih mahal sedikit (berkenaan (dengan) sesuatu produk dan sebagainya):\ndia lebih suka menggunakan minyak petrol ~." "premolar\n(Perubatan) geraham kecil." "preposisi\n(Linguistik) kata sendi nama." "prerogatif\nhak istimewa (mis yang diberikan kepada raja-raja untuk memberi ampunan kepada orang hukuman)." "pres\nmesin ~ \nmesin untuk mengapit (menindih dan lain-lain);\ndipres\n diapit (ditindih)." "presbiopia\n(Perubatan) kekurangan daya mata untuk memfokus pada sesuatu objek akibat pengerasan kanta mata, terutamanya semakin teruk apabila umur meningkat." "presiden\n1.\n ketua negara sesebuah republik yang juga biasanya merupakan ketua kerajaannya;\n2.\n ketua eksekutif sesebuah syarikat, bank, firma, dan sebagainya;\n3.\n [Indonesia] ketua (mahkamah, persatuan, rapat, dan lain-lain)." "presidium\n[Indonesia-Belanda] jawatan ketua." "presint\nkawasan kecil dalam bandar yang ditentukan sempadannya berdasarkan ciri-ciri dominan kawasan tersebut untuk tujuan perancangan." "preskripsi\n1.\n arahan doktor tentang ubat yang harus disediakan untuk pesakit tertentu dan cara menggunakannya (memakannya);\n2.\n sesuatu ketetapan (keputusan dan sebagainya) yang bersifat atau bertujuan menentukan, ketentuan (untuk menjadi pegangan atau panduan);\nmempreskripsikan\n memberikan preskripsi (berkenaan (dengan) penggunaan ubat dan sebagainya):\ndoktor telah ~ ubat yang perlu dimakan untuk mengubati penyakitnya." "preskriptif\nbersifat preskripsi, bersifat menentukan atau panduan." "prestasi\nhasil yang telah diperoleh (dicapai dan lain-lain), pencapaian:\nkekurangan kakitangan dikatakan telah menjejaskan ~ sesetengah jabatan;\nberprestasi\n mempunyai (menunjukkan) prestasi." "prestij\n1.\n penghormatan yang diperoleh kerana kejayaan, (pencapaian, pangkat, dan sebagainya), nama baik, reputasi:\n Sparta dihormati dan mendapat ~ daripada kecekapan berperang;\n2.\n martabat, kemegahan;\nberprestij\n mempunyai prestij:\nkedudukan yang ~ dalam kerajaan." "presto\n(Seni Muzik) tempo pergerakan muzik yang dimainkan dengan cepat." "pretensi\ndakwaan atau gambaran kononnya mempunyai atau melakukan sesuatu yang istimewa (padahal tidak kelihatan atau terbukti demikian):\ntidak ada ~ di sini untuk bersikap objektif apalah lagi untuk mengatakan pendapat yang dikemukakan muktamad atau tidak." "preventif\nbersifat mencegah atau bertujuan mencegah (supaya sesuatu tidak berlaku):\npengambilan tindakan ~ lebih baik daripada terpaksa mengambil tindakan korektif\n." "previu\n1.\n pratonton;\n2.\n laporan pemerian tentang sesebuah filem, drama dan sebagainya yang akan dipertontonkan atau dipersembahkan kepada orang ramai:\nkami berpeluang membaca ~ filem yang akan ditayangkan itu;\nmempreviu\n melihat pratonton:\nbeberapa orang pengkritik dijemput untuk ~ filem itu." "priayi\n[Jawa] orang (golongan orang) yang berpangkat tinggi (pegawai kerajaan dan lain-lain);\nkepriayian\n sifat-sifat priayi." "pridato\n[Indonesia], [bahasa percakapan] pidato." "prigel\n[Jawa] pandai atau cekap (bekerja dan lain-lain)." "prihatin\n= berprihatin\n1.\n mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara:\n sebagai jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok\n;\n 2.\n [Jawa] berdukacita atau kecewa yang amat sangat (kerana gagal usaha, me" "prima\n[Indonesia-Belanda] yang penting, yang pertama, yang terutama." "prima facie\n(Latin) (Undang-undang) pada zahirnya, pada pandangan kasar (sebelum diselidik dengan lebih terperinci):\nketerangan ~." "primadona\npelakon utama wanita (dalam opera), seri panggung." "primat\nkelas (kumpulan) mamalia, antaranya termasuklah monyet, orang hutan, dan manusia." "primatologi\ncabang zoologi yang berkaitan dengan kajian tentang primat." "primbon\nkitab mengenai ramalan (ketika yang tidak baik dan lain-lain), pestaka." "primer\nyang pertama, yang terpenting, yang utama:\nkedudukan dan kesejahteraan hidup adalah hasil sampingan yang secara kebetulan akan diperoleh, tetapi bukan menjadi matlamat ~." "primigravida\n(Perubatan) wanita yang baru pertama kali mengandung (hamil)." "primipara\n(Perubatan) wanita yang baru pertama kali melahirkan anak." "primitif\n1.\n berkaitan dengan atau pada zaman purbakala, kolot, kuno:\nkpada bangsa-bangsa yang ~, sihir itu besar ertinya; \n2.\n sangat sederhana (seolah-olah dari zaman purbakala), kuno:\nalat-alat ~." "primitivisme\n1.\n keadaan primitif, kekunoan;\n2.\n fahaman bahawa nilai budaya primitif lebih unggul daripada nilai budaya zaman peradaban moden." "prinsip\nasas atau dasar (yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan, dan lain-lain), hukum (sesuatu teori dan lain-lain):\nuntuk membuka kedai sendiri, seseorang itu haruslah mengetahui ~-~ perniagaan; \ndengan langkah ini maka tertubuhlah ~ bahawa kerajaan bertanggungjawab membela orang yang menderita; \npada ~nya \npada dasarnya;\nberprinsip\n mempunyai prinsip:\nseorang tokoh politik yang ~;\nberprinsipkan\n menggunakan (sesuatu) sebagai prinsip." "prinsipal\n(Undang-undang) orang yang melantik orang lain untuk bertindak selaku ejennya:\nsebagai ejen, dia patut mematuhi arahan ~nya." "prinsipil\n[Indonesia-Belanda] berkaitan dengan prinsip (asas, dasar)." "prioriti\nsesuatu yang didahulukan atau diutamakan, keutamaan:\ndalam parti politik hal-hal kebudayaan diberi ~ yang rendah, hal-hal ekonomi lebih dipentingkan; \nwalau apa pun bidang nyanyian merupakan ~nya;\nmemprioritikan\n memberikan keutamaan atau mendahulukan sesuatu:\nprogram perjuangan Dr. Burhanuddin ~ usaha pembinaan jiwa merdeka." "pripih\n[Jawa] [arkaik] sejenis azimat (tangkal)." "pris\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] hadiah (dalam loteri, perlumbaan kuda, dan lain-lain)." "prisma\n1.\n hablur yang mempunyai tiga atau lebih permukaan yang selari dengan paksi hablur dan digunakan dalam peralatan optik seperti teropong dan periskop;\n2.\n (Matematik) polihedron atau blok geometri yang dibatasi oleh sekurang-kurangnya dua permukaan bersegi atau poligon yang selari." "privasi\nkeadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan:\ntentunya di rumah sewa seperti itu kami tidak ada ~. \nPRM\n [kependekan] Parti Rakyat Malaysia." "PRO\n[kependekan] \nPublic Relations Officer\n (Pegawai Perhubungan Awam)." "pro I\nbersetuju dengan, menyebelahi, menyokong:\ndalam perbincangan itu ada pendapat yang ~ dan ada yang kontra;\n~ dan kontra \nalasan, hujah dan sebagainya yang menyokong dan menentang sesuatu, baik buruknya." "pro II\n[bahasa percakapan] singkatan bagi profesional (terutamanya ahli sukan profesional):\ntiada pemain ~ yang memenangi sesuatu kejohanan dua kali di gelanggang yang sama; \ndia diterima menjadi pemain ~ keenam persatuan itu." "pro rata\n(Latin) mengikut kadar, mengikut bahagian tertentu:\npara pekerja itu akan menerima bonus secara ~." "pro-\nawalan asing \n1.\n memihak kepada, menyebelahi, menyokong, misalnya \npro-Barat, pro-Peking, proreformasi \ndan \nprokerajaan; \n2.\n bertindak sebagai atau selaku, misalnya \nPro-Canselor." "proaktif\nberkenaan sikap positif (individu, institusi, dan lain-lain) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku):\nkerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ untuk menjayakan projek yang dirancangkan." "probet\n(Undang-undang)\n1.\n proses membuktikan secara rasmi kesahihan atau kesahan sesuatu wasiat;\n2.\n sijil pengesahan wasiat." "probiotik\n(Biologi) organisma atau bahan yang menggalakkan tumbesaran haiwan secara penghadaman makanan dalam perut dan kadar metabolisme." "probosis\n(Biologi) bahagian mulut yang panjang dan tajam pada sesetengah serangga, digunakan untuk menghisap makanan atau menusuk.\nPro-Canselor\n orang yang jawatannya satu tingkat di bawah canselor di universiti." "prodemokrasi\ncenderung menyokong demokrasi:\nperjuangan ~ lebih berkisar di kalangan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)." "prodeo\nkerana Allah, percuma (mendapat sesuatu)." "prodrom\n(Perubatan) gejala awal yang menunjukkan kemungkinan berlakunya sesuatu penyakit." "produk\nsesuatu (barang, perkhidmatan dan sebagainya) yang dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dan sebagainya:\neksport ~ elektronik Malaysia ke negara-negara Asia akan terus ditingkatkan;\n~ kewangan Islam boleh diterima ramai." "produksi\n[Indonesia-Belanda] barang-barang yang dibuat atau dihasilkan." "produktif\n1.\n berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yang banyak:\nperumahan boleh dianggap sebagai industri ~ negara; \npenulis skrip yang ada sekarang adalah dalam peringkat umur yang ~; \n2.\n mencapai banyak hasil, berhasil:\nperbincangan kami pada petang itu sangat ~; \n3.\n berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur:\numur ~." "produktiviti\ndaya pengeluaran:\n beliau menggesa kakitangannya membaharui azam dan tekad untuk bekerja keras bagi meningkatkan ~." "produsen\n[Indonesia-Belanda] pengeluar (barang-barang)." "produser\n[bahasa percakapan] penerbit filem, drama dan sebagainya." "Prof\nsingkatan bagi Profesor." "profesi\n[Indonesia] profesion." "profesion\npekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas (mis dalam bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dan lain-lain)." "profesional\n1.\n yang berkaitan dengan (bergiat dalam) bidang profesion (seperti undang-undang, perubatan, dan lain-lain):\ngolongan ~; \nahli ~; \n2.\n berasaskan (memerlukan dan sebagainya) kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu:\nsetiap pengurus atau eksekutif dalam satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; \n3.\n melibatkan pembayaran dilakukan (dilibati dan sebagainya) sebagai mata pencarian, mendapat bayaran:\nmereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; \n4.\n orang yang mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion\n;\n memprofesionalkan\n menjadikan bersifat atau bertaraf profesional:\npersatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan untuk ~ pengurusan skuad negeri dengan melantik jurulatih asing; \npihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dalam soal ~ jabatan dan anggotanya;\n keprofesionalan\n kemampuan yang khusus (sebagai seorang profesional), keupayaan seorang profesional:\nusaha untuk menumpukan perhatian pada aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu." "profesionalisme\nsifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu, dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional." "profesor\ntenaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi, mahaguru;\n~ adjung \ngelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat dan sebagainya yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang, yang dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi;\n \n~ diraja \ngelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong\n;\n~ emeritus \ngelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan;\n \n~ madya \npensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti;\n \n~ pelawat \nprofesor yang diundang mengajar dan sebagainya di universiti lain (biasanya di luar negara) untuk suatu tempoh masa tertentu;\n \npenolong ~ \npensyarah yang tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti;\nkeprofesoran\n ciri (sifat, kewibawaan dan sebagainya) sebagai profesor." "profil\n1.\n bentuk atau gambaran sesuatu sebagaimana yang dilihat dari sisinya;\n \n~ sungai \nbahagian (gambaran) yang menunjukkan cerun (aliran) sungai dari hulunya ke muaranya;\n \n~ tanah \nbahagian (gambaran) yang menunjukkan berbagai-bagai lapisan tanah;\n2.\n gambaran yang menunjukkan (membayangkan) kedudukan (peranan dan sebagainya) sesuatu pada sesuatu masa:\npenulis mengalihkan perhatiannya kepada ~ bahasa di negara ini." "profilaksis\n(Perubatan) pencegahan (pengawalan) penyakit." "profilaktik\n(Perubatan) berkaitan dengan atau bersifat melindungi (mencegah) penyakit:\nrawatan ~." "progeni\n1.\n salasilah atau jurai keturunan yang berasal daripada rumpun yang sama, anak cucu;\n2.\n anak yang dihasilkan oleh induk." "progeria\n(Perubatan) keadaan tua yang dialami sebelum waktunya, yang biasanya dialami semasa peringkat kanak-kanak lagi." "progesteron\n(Biologi) hormon steroid yang merangsang persediaan uterus untuk menghadapi kehamilan." "prognosis\n1.\n ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutamanya setelah pesakit menjalani rawatan, seperti pembedahan, dengan mengambil kira semua faktor seperti umur, dan lain-lain;\n2.\n ramalan atau telahan." "program\n1.\n rancangan yang menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan (dalam pembangunan negara, perekonomian, dan lain-lain);\n2.\n acara pertandingan (pertunjukan dan lain-lain):\ntiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; \n3.\n susunan rancangan seperti drama, muzik, filem, dan sebagainya yang ditonton di TV atau didengar di radio;\n4.\n arahan berupa kod yang dimasukkan ke dalam sistem komputer untuk membolehkannya memproses atau mengendalikan data secara tertentu, atur cara;\nmemprogramkan\n1.\n mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancangkan;\n2.\n memasukkan program ke dalam komputer:\n~ komputer;\n terprogram\n telah diprogramkan:\nsistem ~ yang sangat efisien;\npemprograman\n1.\n proses mengatur sesuatu, rancangan, perencanaan:\n ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yang lebih kecil; \n2.\n pengaturcaraan." "progresif\n1.\n menuju ke arah perbaikan atau kemajuan, maju:\ndasar yang ~ ;\n 2.\n semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yang boleh dicukai bertambah:\ncukai ~;\n3.\n bertahap-tahap, berperingkat-peringkat:\npelaksanaannya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~." "projek\n1.\n rancangan kerja atau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan\n: ~ perumahan\n;\n \n~ pengairan; \n2.\n kajian terperinci tentang sesuatubidang atau subjek." "projeksi\n1.\n anggaran atau ramalan tentang sesuatu berdasarkan data, keterangan, pemerhatian, dan sebagainya yang diketahui;\n2.\n gambaran, pancaran, sorotan:\nbahasa adalah suatu kenyataan ilmiah yang mendukung maksud sebagai ~ daripada peribadi pemakainya;\nmemprojeksikan\n membuat ramalan tentang sesuatu hal (rancangan) berdasarkan pemerhatian dan data yang sedia ada." "projektil\nobjek seperti peluru dan roket, yang ditembak daripada meriam atau senjata lain." "projektor\nalat untuk menayangkan filem atau slaid pada skrin dan sebagainya." "proklamasi\n[Indonesia-Belanda] pengumuman yang rasmi kepada seluruh rakyat, pemberitahuan, pengisytiharan, pemakluman:\ntanggal 17 Ogos 1945 adalah hari ~ kemerdekaan Negara Republik Indonesia;\n memproklamasikan\n mengumumkan dengan rasmi kepada seluruh rakyat:\nkita harus ~ kemerdekaan sebelum Jepun menyerah." "proklamir\n[arkaik];\nmemproklamirkan\n memproklamasikan." "proksi\n1.\n kuasa yang diberikpada seseorang untuk bertindak bagi pihak atau mewakili orangberkenaan yang tidak hadir, misalnya dalam sesuatu pengundian:\nmengundi secara ~; \n2\n. orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak orang lain yang tidak hadir." "proktitis\n(Perubatan) radang pada rektum." "proktokolektomi\n(Perubatan) pembuangan rektum dan kolon secara pembedahan." "proktokolitis\n(Perubatan) radang pada kolon dan rektum." "proktoskop\n(Perubatan) alat untuk memeriksa bahagian rektum." "prolaktin\n(Perubatan) hormon polipeptida yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari anterior yang merangsangkan dan mengekalkan laktasi pada mamalia selepas melahirkan anak." "prolaps\n(Perubatan) penyeseran atau penonjolan sebahagian atau seluruh struktur atau organ, seperti yang boleh terjadi pada rahim, dubur, dan lain-lain, tumbung." "proletar\n[Indonesia-Belanda] orang yang hidupnya mengambil upah dengan memberi tenaga, memburuh;\n \nkaum ~ \nkaum yang hidupnya memburuh." "proletariat\n(Antropologi) golongan pekerja, terutamanya mereka yang tidak mempunyai modal dan menyara kehidupan dengan makan gaji atau mengambil upah." "prolifik\nbanyak menghasilkan karya, banyak hasil tulisannya (ciptaannya):\nseorang penulis yang ~ dan sehingga kini telah menghasilkan lebih daripada 14 buah buku; \ndramatis yang ~." "prolog I\n1.\n kata-kata atau bahagian pendahuluan kepada sandiwara atau pidato, pembukaan kepada cerita sandiwara dan lain-lain;\n2.\n peristiwa pendahuluan (permulaan)." "Prolog II\nakronim bagi \nprogramming in logic \n(pengaturcaraan dalam logik, iaitu sejenis bahasa pengaturcaraan komputer)." "prometium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif, dan digunakan untuk membuat bateri, cat berpendar cahaya, bahan semikonduktor, dan lain-lain." "promo\n[bahasa percakapan] sesuatu, seperti tayangan filem video ringkas, yang ditayangkan untuk mempromosikan sesuatu produk, peristiwa dan sebagainya:\nstesen televisyen akan menampilkan ~ mengenainya dalam usaha menarik perhatian penonton." "promosi\n1.\n kenaikan pangkat, naik pangkat, dan lain-lain;\n2.\n [Indonesia] (upacara) penerimaan gelaran doktor;\n3.\n segala usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkat jualan barang (eksport, pelancongan, dan sebagainya);\nmempromosikan\n melakukan promosi untuk sesuatu yang (hendak) dipasarkan." "promoter\n1.\n orang (atau pihak) yang menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, misalnya acara sukan, penganjur;\n2.\n orang yang berusaha memperkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan;\n3.\n [Indonesia-Belanda] profesor yang memimpin dan mengawasi orang yang bakal menerima gelaran doktor." "prop\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] penyumbat botol, gabus;\n \ntopi ~ \ntopi gabus." "propaganda\n1.\n penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat, dan lain-lain), ideologi atau pendapat yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai, diayah:\npemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; \n2.\n = \nberpropaganda\n menerangkan pendapat (ideologi, fahaman, dan lain-lain) dengan tujuan untuk mendapat sokongan daripada orang ramai:\ntujuan perundingan itu hanyalah untuk melengah-lengahkan masa atau untuk ~;\n3.\n [bahasa percakapan] iklan barang dagangan dan lain-lain;\nmempropagandakan\n1.\n menghebahkan secara teratur pendapat (ideologi, fahaman, dan lain-lain) dengan tujuan mempengaruhi serta untuk mendapat sokongan daripada orang ramai:\naku yang di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kepada keperibadian bangsa; \n2.\n [bahasa percakapan] mengiklankan barang dagangan dan lain-lain." "propagandis\norang yang menyebarkan propaganda." "propana\n(Kimia) sejenis sebatian gas yang tidak berwarna, mudah terbakar, dan digunakan untuk bahan api, sintesis organik, dan lain-lain." "propelan\n1.\n bahan api roket;\n2\n. gas mampat dalam sesuatu bekas yang berfungsi untuk menolak keluar isi bekas (dalam bentuk aerosol)." "proreformasi\ncenderung menyokong reformasi:\nmereka mungkin sedang mengatur strategi untuk memastikan kepentingan mereka tidak diganggu-gugat oleh rakyat yang ~." "prosa\nkarangan yang bertulis dengan bahasa yang biasa (tidak berbentuk sajak dan lain-lain), lawan puisi;\nmemprosakan\n menukarkan puisi (sajak dan sebagainya) kepada prosa:\nmereka juga diberi bimbingan tentang teknik ~ puisi, sajak dan sebagainya." "prosaik\n1.\n bersifat prosa;\n2.\n tiada imaginasi dan menjemukan:\npendeknya sebuah puisi itu tidak diucapkan secara lurus, kasar, ~ dan dangkal; \nungkapan-ungkapannya kadangkala begitu mudah dan ~." "prosedur\ncara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara:\ndia akan memastikan yang dia melakukan atau melaksanakan tugasnya dengan betul menurut ~ dan peraturan." "prosen\n[Indonesia-Belanda] peratus;\npersen I." "prosenium\nbahagian pentas di hadapan tirai (dalam panggung)." "proses\n1.\n satu siri perubahan yang berlaku secara semula jadi:\nsedangkan kanak-kanak menghadapi ~ perkembangan jiwa untuk mendapatkan bahan-bahan ilmu; \n2.\n satu siri tindakan yang dilakukan untuk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu;\n3.\n kaedah teknik operasi yang digunakan dalam industri untuk membuat sesuatu:\ndi Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan untuk dapat memisahkan antah daripada beras;\n \n~ Haber \n(Kimia) sejenis proses untuk menyediakan ammonia daripada nitrogen;\n4.\n [Indonesia] pembicaraan dalam mahkamah;\nberproses\n telah diproses:\nsebilangan besar makanan ~ diimport dari luar negara;\nmemproses\n1.\n mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yang ditetapkan:\npihak majikan sedang ~ permohonan mereka; \n2.\n mengolah bahan mentah menjadi barangan siap:\nsudah ada banyak kilang yang menggunakan alat moden untuk ~ barang-barang yang hendak dieksport;\npemprosesan\n perbuatan (usaha, kerja, dan sebagainya) memproses:\n~ permohonan untuk mengimport barang;\n~ makanan;\n~ data;\n pemproses\n1.\n alat (kilang dan lain-lain) yang memproses sesuatu:\npenggunaan komputer sebagai ~ perkataan;\n~ makanan; \n2.\n (Komputer) perkakasan atau perisian yang mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil:\npenggunaan komputer sebagai ~ kata.\n \nprosesi\n (prossi) [Indonesia-Belanda] pawai atau perarakan (dalam upacara Roman Katolik)." "proses-verbal\n[Indonesia-Belanda] laporan tentang terjadinya sesuatu perkara, berita acara." "prosiding\n1.\n rakaman maklumat (biasanya dicetak) tentang perbincangan dan keputusan sesuatu mesyuarat, persidangan, dan sebagainya:\nanalisis ini ialah ~ mesyuarat jawatankuasa pemuliharaan alam sekitar\n;\n2.\n (Undang-undang) sebarang tindakan mahkamah yang diambil terhadap seseorang:\n Akta Bahasa Kebangsaan dipinda bagi membolehkan seluruh ~ mahkamah dijalankan dalam bahasa Melayu." "prosodi\n1.\n (Kesusasteraan) kajian tentang pelbagai aspek persajakan (mis tentang matra, intonasi, rentak, irama, dan lain-lain);\n2.\n (Linguistik) pola tekanan dan intonasi dalam sesuatu bahasa." "prospek\n1.\n kemungkinan atau peluang untuk mencapai kejayaannya akan datang:\nrencana ini menumpukan perbincangan kepada beberapa isu, masalah, ~, dan strategi pembangunan industri desa; \n2.\n harapan untuk terus maju dalam kerjaya." "prospektor\n1.\n pencari gali;\n2.\n syarikat, organisasi dan sebagainya yang sentiasa mencari dan mengeksploitasi peluang dan pasaran baru." "prospektus\n1.\n kenyataan rasmi untuk perhatian umum yang memberikan butir-butir tentang tawaran saham, penerbitan buku, dan sebagainya;\n2.\n brosur atau risalah yang memberikan butir-butir pelbagai kursus yang ditawarkan oleh sesebuah pusat pengajian." "prostat\n(Biologi) kelenjar yang mengelilingi leher pundi kencing dan uretra pada lelaki atau mamalia jantan, merembeskan cecair yang merupakan sebahagian daripada air mani." "prostatektomi\n(Perubatan) pembuangan sebahagian atau keseluruhan prostat secara pembedahan." "prostatitis\n(Perubatan) radang pada prostat." "prostesis\n(Perubatan) gantian (secara buatan) sesuatu bahagian tubuh yang hilang, seperti kaki dan tangan." "protagonis\n1.\n watak utama dalam sesuatu cerita, drama, dan lain-lain;\n2.\n penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan, dan sebagainya." "protaktinium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "protein\nzat yang membina tubuh (terdapat dalam daging, susu, telur, dan lain-lain):\n~ membina tubuh serta membaiki segala bahagian tubuh yang rosak, luka, atau cedera;\n berprotein\n mengandungi protein:\n makanan ~\n." "proteinuria\n(Perubatan) kehadiran protein yang berlebihan dalam air kencing." "proteksi\n[Indonesia-Belanda] perlindungan (dalam politik, perdagangan, dan lain-lain);\n \npolitik ~ \n[Indonesia] politik yang memberikan perlindungan daripada negara asing." "protektorat\n(Undang-undang) negara yang mendapat perlindungan daripada negara asing dan tidak mempunyai raja berdaulat." "protes\npernyataan tidak setuju dengan sesuatu dasar (usul dan lain-lain), sanggahan, sangkalan, tentangan;\nmemprotes\n menyatakan tidak bersetuju, menentang, menolak, menyanggah, menyangkal:\napabila ini tidak dipatuhi, kedua-dua pihak, kerajaan dan rakyat akan ~.\nProtestan\n (protstan) (penganut) agama Kristian (pada mulanya dipelopori oleh Martin Luther) yang keluar daripada agama Roman Katolik." "protokol\n1.\n surat-surat rasmi berkenaan keputusan perundingan (persetujuan dan lain-lain);\n2.\n peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi (menyambut tetamu-tetamu negara dan lain-lain)." "proton I\nzarah bercas positif yang membentuk nukleus atom." "PROTON II\nakronim bagi Perusahaan Otomobil Nasional." "protoplasma\n(Biologi) bahan hening (yang terdiri daripada air, protein, karbohidrat, garam tak organik, dan lain-lain) yang kental, yang terdapat dalam segala sel haiwan dan tumbuhan." "prototaip\nmodel pertama yang dibina bagi menghasilkan sesuatu (seperti perisian komputer) yang dapat dijadikan asas bagi menghasilkan model yang lebih baik (canggih)." "protozoa\n(Biologi) organisma satu sel yang mempunyai satu nukleus dan merupakan organisma paling ringkas dalam alam haiwan." "protraktor\nalat yang berbentuk separuh bulatan (biasanya dibuat daripada plastik lut sinar yang bersenggat mengikut darjah) yang digunakan untuk mengukur sudut atau untuk melukis sudut." "provinsi\ndaerah yang di bawah jagaan seorang gabenor wilayah." "provinsialisme\nfaham (gerakan, semangat, dan sebagainya) kedaerahan." "proviso\nsyarat dalam sesuatu perjanjian (khasnya dalam dokumen undang-undang)." "provitamin\nsejenis bahan yang menjadi pelopor untuk membina vitamin (mis pelopor vitamin A ialah karotena)." "provokasi\nperbuatan membangkitkan kemarahan, minat, dan sebagainya:\nsaya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya;\n memprovokasi\n1.\n membangkitkan kemarahan:\nbarangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; \n2.\n membangkitkan, menimbulkan, mencetuskan:\nbiarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya untuk ~ pemikiran." "provokatif\nbersifat membangkitkan kemarahan atau menggoda." "provos\nketua bagi sesetengah kolej universiti:\nP~ ITM Cawangan Sabah." "pruf\ncetakan percubaan (karangan dan lain-lain) yang perlu dibandingkan dengan manuskrip asal untuk meneliti kesalahan cetak dan lain-lain:\nkerjanya membaca ~ dan membetulkan kesilapan percetakan;\n~ galei \npruf yang diambil daripada bahan-bahan yang diatur huruf ketika bahan itu masih dalam peringkat galei." "prun\n= \nbuah ~ \nbuah plum yang dikeringkan." "ps\n[kependekan] \npostscript\n (catatan tambahan pada surat selepas tandatangan penulisnya)." "PSC\n[kependekan] \nPublic Services Commission\n (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)." "PSD\n1.\n [kependekan] Panglima Setia Diraja (pingat yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada orang yang telah memberikan khidmat yang cemerlang kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong);\n2.\n [kependekan] \nPublic Services Department." "pseudo-\nawalan asing\n palsu (bukan sebenarnya, pura-pura), misalnya \npseudonim." "pseudonim\nnama samaran yang digunakan oleh seseorang penulis, pengarang, dan sebagainya, nama pena." "pseudosiesis\n(Perubatan) kehamilan palsu." "psi\nhuruf ke-23 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u03a8, \u03c8." "psikedelik\n1.\n (Perubatan) menyebabkan atau mengakibatkan halusinasi (berkenaan (dengan) dadah):\ndadah ~; \n2.\n (Seni Lukis) mempunyai pelbagai warna yang sangat terang atau garang, dan bentuk yang berbelit-belit seperti yang diilhamkan melalui khayalan (berkenaan (dengan) lukisan abstrak, hiasan, pakaian dan sebagainya)." "psikiatri\ncabang perubatan yang berkaitan dengan kajian dan rawatan gangguan mental." "psikik\n(Psikologi)\n1.\n yang berkaitan dengan jiwa atau fikiran manusia;\n2.\n berkaitan dengan atau mempunyai kekuatan dalaman yang luar biasa, misalnya telepati;\n3.\n orang yang mempunyai kekuatan dalaman yang luar biasa:\nbenarkah dia seorang ~?" "psiko\norang yang menderitai sakit (tekanan) jiwa." "psikoanalisis\nrawatan yang dilakukan pada seseorang yang mengalami tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk mencungkil masalah dan perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya." "psikodinamik\n1.\n kajian tentang proses dan kuasa mental;\n 2\n. berkenaan atau berkaitan dengan proses dan kuasa mental." "psikodrama\nteknik psikoterapi secara berkumpulan yang menghendaki pesakit melakonkan dan meluahkan segala masalah yang sedang dihadapinya." "psikolinguistik\nilmu yang berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia." "psikologi\n1.\n kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan;\n2.\n pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu;\n3.\n [bahasa percakapan] kebijaksanaan memahami sifat manusia;\nberpsikologi\n menggunakan psikologi:\nbagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yang masih kecil?" "psikometri\nkaedah dan teknik mengukur kepintaran berfikir seseorang." "psikomotor\n(Psikologi) berkenaan pergerakan tubuh yang berkaitan dengan aktiviti mental." "psikopat\n(Psikologi) orang yang mempunyai personaliti antisosial sehingga menunjukkan tingkah laku yang tidak normal." "psikopati\n(Psikologi) sebarang bentuk gangguan mental, termasuk gila." "psikopatologi\nkajian saintifik berkenaan penyakit gangguan mental." "psikoseksual\n(Psikologi) berkaitan dengan atau melibatkan unsur atau aspek psikologi dalam dorongan seks:\npematangan ~." "psikosis\n(Psikologi) gangguan mental yang teruk, yang dicirikan oleh perubahan perwatakan dan ketakpekaan terhadap persekitaran." "psikosomatik\n(Psikologi) berkenaan gangguan fizikal manusia yang timbul akibat masalah psikologi, seperti rasa bimbang (takut dan lain-lain)." "psikososial\nberkaitan dengan atau melibatkan faktor atau pengaruh psikologi dan sosial:\nperkembangan ~." "psikoterapi\nrawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi." "psikotik\n(Psikologi)\n1.\n orang yang mengalami psikosis:\n pelajar yang dipercayai telah dibunuh oleh seorang pembunuh ~\n;\n2\n. bersifat (mempunyai ciri-ciri) psikosis." "PSK\n[kependekan] percuma sampai kapal." "PSM\n[kependekan] Panglima Setia Mahkota (pingat yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada orang yang telah memberikan khidmat yang cemerlang kepada negara)." "psoriasis\n(Perubatan) penyakit yang menyebabkan kulit mengalami tompok-tompok merah yang diliputi sisik keputih-putihan, biasanya terdapat pada lutut, siku dan kulit kepala." "Pt I\nsimbol kimia bagi platinum." "Pt. II\n[kependekan] Parit:\n\n\n~ Jawa." "PTA\n[kependekan] Pegawai Tadbir Am." "PTD\n[kependekan] Pegawai Tadbir dan Diplomatik." "pteridologi\ncabang botani yang berkaitan dengan kajian tentang paku-pakis." "pterigium\n(Perubatan) ketumbuhan konjunktiva yang mengunjur ke atas kornea, yang bermula dari hujung mata sebelah hidung dan mengarah ke anak mata sehingga boleh menutupinya." "ptialin\n(Perubatan) enzim amilase yang terdapat di dalam air liur manusia dan haiwan, yang menguraikan kanji kepada maltosa." "PTM\n[kependekan] Persekutuan Tanah Melayu." "Pu\nsimbol kimia bagi plutonium." "puadai\n[sastera lama] sejenis hamparan daripada kain, (tikar dan lain-lain) untuk tempat berjalan atau tempat duduk orang besar-besar (pengantin ketika bersanding dan lain-lain)." "puah\n[kata seru] kata untuk menyatakan tidak puas (menghina dan lain-lain)." "puak\n1.\n kelompok (orang dan lain-lain), golongan, kumpulan, pasukan:\nmereka dibahagi-bahagikan kepada beberapa ~, \nse\n~ pergi ke hutan mencari kayu dan yang lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; \n2.\n kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum:\nbahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa untuk berkenalan; \n3.\n golongan orang dalam parti politik (tentera dan lain-lain) dengan fahaman atau pendirian yang tersendiri, parti:\nperselisihan ~-~ dalam angkatan darat;\n~ kebangsaan (nasionalis);\n~ kiri \norang (parti) yang berfaham kiri;\n \n~ liberal \norang (parti) yang berfaham sederhana;\n \n~ pembangkang \nparti politik yang bukan parti pemerintah;\nberpuak, berpuak-puak,\n1.\n bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok;\n2.\n [bahasa percakapan] berbagai-bagai, berpecah-belah:\nhidup berpuak-puak dan berseteru;\n memuak-muakkan\n menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kepada beberapa puak:\norang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yang kecil di situ;\n kepuakan\n yang berkaitan dengan (sesuatu) puak:\nakibat daripada itu maka semakin subur faham ~ yang mendukung pelbagai macam aliran fikiran;" "puaka\n1.\n = \nhantu ~ \nhantu penunggu, roh jahat, demit:\nkebanyakan mereka tidak selamat, kelong-kelongnya habis dibinasakan oleh ~-~ dan hantu-hantu laut;\n~ air;\n~ tanah; \n2.\n [kiasan] orang yang (dianggap) jahat, pengacau, perosak:\nbudak-budak itulah ~nya; \n3.\n = \nberpuaka\n [sastera lama] ada hantu penunggunya, berhantu, sakti:\npokok ~; \nrumah ~; \ngua ~." "pual I\n[Indonesia-Belanda] sejenis kain (kain cita halus yang berkerut-kerut)." "pual II\n[arkaik] olakan, pusaran;\nberpual-pual\n memancar keluar, berkepul-kepul, membual-bual (asap dan lain-lain), berpusing-pusing, berpusar-pusar (fikiran dan lain-lain):\nasap keluar ~ dari serombong; \nfikirannya ~ memikirkan perkara-perkara yang sulit." "pualam\n= \nbatu ~ \nsejenis batu, batu kapur yang keras bersih dan bercahaya, marmar;\n \nnilam ~ \nberbagai-bagai batu yang bercahaya." "puan I\nsejenis tempat sirih yang diperbuat daripada emas atau perak (biasanya dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sebagai tanda kekuasaan raja)." "puan II\n1.\n [kependekan] empuan (perempuan);\n \ndatuk ~ \npanggilan kepada isteri datuk, datin;\n \nToh (Tok) P~ \na) panggilan kepada isteri Tun;\n b) [Pahang] isteri kepada Tok Muda;\n \nsakit ~ \na) cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang khusus dihidapi orang perempuan terutama yang berkaitan dengan organ-organ seks dan salur kencing;\n b) penyakit (seperti sifilis, gonorea, dan sebagainya) yang boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin;\n2.\n = \ncik ~ \npanggilan kepada perempuan yang sudah bersuami, nyonya (lawan tuan);\npuan-puan\n sapaan kepada sekalian orang perempuan yang hadir dalam sesuatu majlis:\ntuan-tuan dan ~ yang dihormati sekalian;\nberpuankan\n mempunyai wanita sebagai majikan:\ndia bekerja dengan Datuk dan ~ Datin\n." "puan III\nkelapa ~ \nkelapa yang isinya lembut (lunak) sekali;\n \nais ~ \n[Indonesia] ais dengan kelapa puan;\n \nkuih ~ \nsejenis kuih." "puan IV\n[kata seru] pokok bunga buatan (tiruan)." "puar\n~ birah \nsejenis tumbuhan (rizom), halia hutan (hantu, kera), lidah hantu, \nGlobba panicoides;\n~ gajah (hijau, hutan) \nsejenis tumbuhan (rizom), tepus merah, \nAmomum uliginosum;\n~ hudang (gajah, halia, rimba) \nsejenis tumbuhan (rizom), \nGlobba malaccensis;\n~ kampung \nsejenis tumbuhan (rizom), \nElettariopsis pubescens;\n~ mengkang (mengkanang) \nsejenis tumbuhan (rizom), tepus kijai, \nLanguas (Alpinia) rafflesiana;\n~ minyak \nsejenis tumbuhan (rizom), temu, \nLanguas (Alpinia) connifolia;\n~ putih \nsejenis tumbuhan (rizom), tepus (putih), pokok gingin, kantan hutan, \nLanguas (Alpinia) javanica;\n~ tadah embun \nsejenis tumbuhan (rizom), \nAmomum sqarrosum;\ntercencang ~ tergerak andilau \n(peribahasa) [Minangkabau] jika menyindir (memusuhi dan lain-lain) orang, mungkin sanak saudara orang itu turut sakit hati;\nberpuar\n menghalau hantu (seperti berpura-pura memukul sana sini) dengan menggunakan batang puar." "puas\n1.\n berasa senang (kenyang, lega, dan lain-lain) kerana sudah mendapat secukup-cukupnya:\nsesudah sepinggan penuh ~lah ia; \n2.\n berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati:\nrakyat berasa ~ dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan; \n3.\n lebih daripada cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu:\n~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga;\n~ hati \nberpuas hati;\n \n~ lelas \npuas sungguh-sungguh;\npuas-puas\n hingga puas (jemu):\nSharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; \nbelum ~ \nbelum jemu-jemu;\n \ntidak ~-~nya \ntidak jemu-jemunya;\nsepuas-puas; \n~ hati \n= \n~nya \nhingga puas (kenyang dan lain-lain), hingga jemu (tidak mahu lagi):\nbudak itu diciumnya ~ hati; \nbiarlah mereka mengatakan hal kita ~nya;\nberpuas; \n~ hati \nberasa puas (kenyang, lega, senang, dan lain-lain);\nmemuaskan\n1.\n menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dan lain-lain) hingga puas:\nwang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; \nbuah anggur sangat ~ selera saya; \n2.\n memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dan lain-lain) kepada, menyenangkan, menyukakan:\nlayanannya ~; \nia ingin berbuat sesuatu yang dapat ~ hati ibunya; \n3.\n memadai (harapan, hasrat, dan lain-lain), menyenangkan:\npendapatan daripada hasil padi tahun ini agak ~;\n~ dahaga (haus) \nminum hingga hilang dahaga;\n~ dendam \nmembalas dendam;\n \n~ hawa nafsu \nmengikut hawa nafsu supaya puas hatinya;\n \n~ selera \ndapat memenuhi kemahuan seleranya;\nkepuasan\n perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan:\nmencari ~ dan ketenteraman jiwa;\nketidakpuasan\n perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati;\npemuasan\n perihal memuaskan:\n~ nafsu;" "puasa\n1.\n perbuatan menahan diri daripada makan dan minum dengan sengaja (untuk sesuatu maksud yang tertentu);\n2.\n perbuatan menahan diri daripada makan dan minum dan lain-lain antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dalam agama Islam);\n \nberbuka ~ \nmakan atau minum (pada hari puasa);\n \nfardu ~ = ~ perlu \n[Indonesia] puasa yang diwajibkan, puasa Ramadan;\n \n~ sunat \npuasa yang tidak diwajibkan (puasa enam dalam bulan Syawal dan lain-lain);\n3.\n = \nbulan ~ \nbulan Ramadan:\npada masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; \nhari raya ~ = ~ liburan \nhari raya apabila tamat puasa (pada 1 Syawal);\n4.\n [bahasa percakapan] = \nberpuasa:\n \nkau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur?\nberpuasa\n1.\n berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum;\n2.\n melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib)." "puatang\n[Cina], [bahasa percakapan] tidak sampai maksud (tujuan), tidak beruntung, gagal, kecewa." "puawang\n[arkaik] pawang." "pub\ntempat khusus untuk dan meminum minuman keras (sambil menikmati hiburan muzik)." "publik\n1.\n orang ramai, masyarakat umum, awam, umum:\nmenarik perhatian ~; \ndi muka ~ \ndi hadapan orang ramai;\n2.\n berkenaan orang ramai, terbuka kepada umum." "publikasi\n[Indonesia-Belanda] perihal menyiarkan atau menyebarkan (berita, buku, dan lain-lain), penyebaran, penyiaran." "publisiti\n1.\n teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu (mis barangan, personaliti, dan sebagainya) terutamanya melalui media massa: \n2\n.\n \nperhatian umum:\nseberapa boleh ia mahu mengelakkan dirinya daripada ~; \n3.\n maklumat yang disebarkan untuk menarik perhatian umum:\nmemberi ~ yang secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami;\n mempublisitikan\n menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara untuk menarik perhatian umum, membuat supaya mendapat publisiti (perhatian umum):\nsemoga banyak pihak yang mementingkan perspektif agama ~ amalan seperti sembahyang sunat gerhana, doa dan ceramah menjelang gerhana." "puca\n~ potong \n[Kelantan] sejenis kain (biasanya dipakai apabila menyambut kedatangan pembesar-pembesar negeri)." "pucak\npuncak." "pucang\n[Jawa] (pokok) pinang." "pucat\n1.\n putih pudar (air muka);\n \n~ sepucat-pucatnya \npucat sungguh-sungguh;\n \n~ cengkung \npucat dan kurus (cengkung);\n \n~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) \npucat sungguh, pucat sekali;\n2.\n agak putih (warna):\nmerah-merah ~;\n~ lesi bagai ayam kena lengit \n(peribahasa) rupa seseorang yang lemah dan pucat kerana menghidap penyakit;\nmemucatkan\n menyebabkan atau menjadikan pucat;\nkepucatan\n agak pucat;\n \nkuning ~ \nkuning yang agak keputihan (tidak kuning sungguh)." "pucik\npancang atau tiang belat (kelong)." "pucuk I\n1.\n daun yang baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting):\nmemakan ~-~ kayu;\n \n~ nipah yang muda untuk menggulung rokok; \nmati ~ \na) mati pada pucuknya (tumbuh-tumbuhan);\n b) lemah zakar;\n2.\n hujung yang tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dan lain-lain):\ndaun-daun masih terlekat di ~ pokok; \n3.\n yang tertinggi, yang terpenting, yang berkuasa;\n \nditanam ~ \n[Minangkabau] didirikan penghulu;\n \n~ pimpinan \n(pemerintahan)\na) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan);\n b) orang yang memegang kekuasaan tertinggi;\n4.\n penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain):\nse~ surat; \nbeberapa ~ senapang; \n5.\n [kiasan] sesuatu perasaan yang baru tumbuh (perasaan cinta dan lain-lain):\n~ cinta;\n~ kemesraan;\n~ api \nlidah api (hujung nyala api);\n \n~ biji \npucuk yang akan tumbuh menjadi batang (daun dan lain-lain), bakal batang;\n \n~ bulat \norang yang memegang kekuasaan tertinggi;\n \n~ jala \npusat jala;\n \n~ ombak \nkepala ombak;\n \n~ pangkal \npokok pangkal (asal-usul);\n \n~ rebung \na) rebung yang masih muda;\n b) ukiran atau lukisan yang berbentuk gerigi (pada tepi sesuatu benda);\n \n~ tiang \npuncak tiang;\n~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai \n(peribahasa) beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan;\n \nbagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) \n(peribahasa) sangat laju atau luncur perginya;\n \nlebih ~ lebih pelepah \n(peribahasa) pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yang baharu dengan yang lama (mana yang lebih pucuk atau pelepah);\n \nmenghendaki ~ alu = minta ~ pada alu \n(peribahasa) menghendaki (meminta) sesuatu yang tidak akan dapat;\n \nsedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya \n(peribahasa) sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang;\n \nseperti ~ dengan pelepah \n(peribahasa) sama juga (kiasan pada orang yang bersaudara yang sama pangkat atau darjatnya), \nseperti ~ eru, ke mana angin yang keras ke sana condongnya \n(peribahasa) tiada tetap pendirian sebentar begini sebentar begitu (mana orang yang menang atau kuat itulah yang diikut);\n \ntidak (ber)pucuk di atas enau \n(peribahasa) [Minangkabau] perihal seseorang yang sangat angkuh (senantiasa memandang rendah kepada orang lain);\n \numpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham \n(peribahasa) sesuatu yang kurang berguna akan dipakai juga apabila yang lain-lain tiada lagi;\nberpucuk\n1.\n keluar pucuknya:\npokok getah ~ selepas musim kemarau; \n2.\n ada pucuknya;\n \nkata tidak ~ \nputusan yang terakhir (muktamad);\n \nke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang \n(peribahasa) jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa." "pucuk II\n1.\n sejenis tumbuhan (herba), \nSaussurea lappa; \n2.\n sejenis tumbuhan (palma), gebang, ibus, lontar utan, \nCorypha gebanga." "pucuk III\n= \nikan ~ \nsejenis ikan laut, ikan timah langgai, selayur, \nTrichiurus savala (haumela);\n~ pisang \nsejenis ikan darat, \nLabeobarbus faciatus;\n~\n \nrebung \nsejenis ikan laut, \nChepeoides venulosus." "pucung I\n= \nburung ~ \nsejenis burung, \nArdea cinerea rectirostris;\n~ keladi (bakau) \nsejenis burung, \nButorides striatus javanicus." "pucung II\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok), kepayang, pakem, payang, \nPangium edule." "pudar\n1.\n kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram:\nbulan yang ~; \ncahaya lampu yang ~; \n2.\n tidak berapa terang, kabur (gambar dan lain-lain), pucat (warna), tidak berseri-seri, luyu, ruyup (mata):\nbajunya ~; \nkian lama matanya kian ~; \npucat ~ \npucat sekali;\n3.\n tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (pergerakan dan lain-lain), agak kecewa (harapan dan lain-lain), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dan lain-lain), tidak begitu manjur (kesakitan dan lain-lain):\nkeaktifan persatuan mereka mulai ~; \nharapannya turut ~ \nagak kecewa;\n \nsemangatnya sudah ~ \ntidak bersemangat lagi;\nmemudar\n menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dan sebagainya);\nmemudarkan\n menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dan lain-lain), menyuramkan:\nkestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020;\nkepudaran\n keadaan atau hal pudar:\nbiru ~." "pudat\n[arkaik] penuh tumpat, padat." "pudi\n= \nintan ~ \nintan yang (butirnya) kecil-kecil;\nberpudi\n dibubuh pudi;\nmemudikan\n menghancurkan (intan), menjadikan butir-butir kecil." "pudina\ntumbuhan renek, daunnya berbau harum, digunakan sebagai perisa makanan, minuman, dan sebagainya, \nMentha spp." "puding I\nsejenis tumbuhan (pokok kecil);\n jenis-jenisnya:\n~ emas, ~ hutan, ~ merah, dan lain-lain;\n~ mas = ~ perak \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), adal-adal, daun segenting, puring (Jawa), \nCodiaeum variegatum." "puding II\nsejenis hidangan manis dan lembut yang dibuat daripada pelbagai bahan seperti tepung, susu, telur, gula, dan buah-buahan." "pudur\n[Minangkabau] mati (gunung berapi), padam;\nmemuduri, memudurkan\n memadamkan, mematikan:\n~ api;\n~ nafsu." "pueng\n[Kelantan];\nberpueng\n meronta-ronta (kerana hendak melepaskan diri)." "pugai\n[kata seru] sesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna:\naktiviti ~ menyalahi perintah agama." "pugak\n[arkaik];\nberpugak-pugak\n melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh." "pugar I\nsegar-~ \nsihat benar, bugar;\nmemugar, memugari\n1.\n [sastera lama] memperbaiki atau memperelok semula, membaharui, memulihkan:\nindahnya konon kota negeri, sekaliannya baru dipugari; \n2.\n = \n~\n \ntanah (hutan) \na) menjadikan hutan semula;\n b) membuka hutan, menebangi hutan (untuk ditanami);\npemugaran\n1.\n pemulihan semula, pembaikan kembali, pembaharuan;\n2.\n perihal memugar (membuka, mengusahakan) tanah." "pugar II\n[Minangkabau];\nmemugar\n melakukan atau mengerjakan dengan sungguh-sungguh, menyungguh-nyungguh;\n~ berjalan \nberjalan sungguh-sungguh (cepat-cepat);\n \n~ minum \nminum sungguh-sungguh (banyak);\n= pugak." "pugas\nmemugas\n [Sabah] meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada sesuatu:\npemuda itu akhirnya dapat ~ daripada ikatan yang membelenggu kaki dan tangannya." "pugau\nterpugau\n terpampang;\n \n~ di depan mata \nterpampang di depan mata (tampak nyata)." "pugut\n[Brunei] vandalisme." "puhu\n[Kelantan] reput." "puing\nruntuhan rumah dan lain-lain:\nrumahnya sudah menjadi ~; \nabu ~ \nabu daripada runtuhan;\n \nbatu ~ \nbatu daripada runtuhan rumah;\n \ntimbunan ~ \ntimbunan runtuhan;\nmemuingkan\n menjadikan puing, menghancurkan rumah (bangunan dan lain-lain)." "puisi\nkarangan yang berbentuk sajak (syair, pantun, dan lain-lain);\nberpuisi\n mengarang puisi, menyatakan sesuatu dalam bentuk puisi;\nmempuisikan\n melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dalam bentuk puisi:\npelbagai kisah yang dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang;\n kepuisian\n berkaitan dengan puisi, yang menunjukkan ciri-ciri dalam puisi:\npembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca;" "puitis\nbersifat puisi:\nnama yang ~; \npilihan kata dan pengucapan yang ~;\nkepuitisan\n keadaan puitis:\n ~ bahasanya dapat dilihat melalui banyaknya pilihan kata yang mempunyai pertalian bunyi." "puja\nsejenis upacara penghormatan kepada dewa-dewa (berhala dan lain-lain);\n \npesta ~ umur \npesta untuk memperingati hari jadi;\n \n~-puji \nberbagai-bagai macam puja dan puji;\nmemuja\n1.\n memuliakan dewa-dewa dan lain-lain dengan membakar dupa (membaca mantera dan lain-lain);\n \n~ berhala \nmenyembah berhala;\n \nistiadat ~ pantai \nistiadat dalam perayaan pantai di Kelantan;\n2.\n = \nmemuja-muja\n mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan, menyanjung-nyanjung, mencintai (menyukai) sangat:\nhati wanita memang suka diistimewakan dan dipuja;\n~ dunia \nmemuliakan atau menyanjung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan, dan lain-lain) dengan melupakan akhirat (agama);\n \n~-muji \nmemuja-muja;\n3.\n [Jawa] [sastera lama] menjadikan sesuatu dengan membaca mantera (cipta);\npujaan\n1.\n sesuatu (orang dan lain-lain) yang dipuja(-puja):\npenyanyi (penari dan lain-lain) ~;\n~ hati \nbuah hati, kekasih;\n2.\n sesuatu yang dipakai atau dilakukan untuk (ketika) memuja:\napi ~; \ndupa ~; \ntarian ~; \n3.\n = \npemujaan; \n4.\n [Jawa], [sastera lama] yang dijadikan dengan mantera, yang dipuja:\npanah ~;" "puja-pujaan\nsesuatu yang dipuja-puja\n: mereka tidak perlu kepada ~;\npemujaan\n1.\n penghormatan kepada dewa-dewa (berhala dan lain-lain), pujaan\n: sesungguhnya arak, judi, dan ~ berhala adalah perbuatan yang berunsurkan syaitan;\n2.\n tempat memuja (kuil dan lain-lain);\npemuja\n orang yang memuja." "pujangga\n1.\n pengarang sajak (syair dan lain-lain) yang agung dan tinggi mutunya;\n2.\n ahli fikir, ahli sastera (bahasa);\nkepujanggaan\n perihal pujangga (karang-mengarang kesusasteraan), sifat-sifat pujangga." "puji\npenghargaan kepada kebaikan (kelebihan dan lain-lain):\nsegala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; \npuja-~ \nbermacam puja dan puji;\nmemuji\n1.\n menyatakan penghargaan kepada sesuatu yang baik (indah dan lain-lain):\nsumbangannya yang begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji; \n2.\n memuliakan, menyanjung (nama Tuhan dan lain-lain):\n~ nama Tuhan;\nmemuji-muji\n sangat memuji, berkali-kali memuji:\nbaginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu;\nmemujikan\n menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (untuk dipakai dan lain-lain):\npara guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu;\nterpuji\n1.\n (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya;\n2.\n sangat baik (mutu dan lain-lain), termasyhur kebaikannya (mutunya dan lain-lain):\nsifat-sifat yang ~;\n pujian\n pernyataan memuji, kata-kata untuk memuji:\nsambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kepada murid-muridnya; \nubat ini sudah mendapat ~ daripada pemakai-pemakainya; \ndoa (sembahyang) ~ \n[Indonesia] doa bersama-sama pada petang hari untuk memuliakan Tuhan (Roman Katolik);\n \nsurat ~ \nsurat yang mengandungi pernyataan memuji;\npuji-pujian\n1.\n perkataan memuji-muji kebaikan (kelebihan dan lain-lain) sesuatu;\n2.\n ayat-ayat pada permulaan surat dan lain-lain yang berisi pujian kepada orang yang dikirimi surat itu;\nkepujian\n1.\n yang dipuji, sangat terpuji:\n~ dalam ilmu hisab dan sains; \npangkat ~ \npangkat yang sangat terpuji;\n2.\n = \npujian; \nmendapat (menerima) ~ \nmendapat (menerima) pujian;\npemujian\n hal atau perbuatan memuji;\npemuji\n orang yang memuji." "pujuk\n= pujukan\n kata-kata yang sangat menarik untuk memikat hati:\n~ rayu;\n~ cumbuan;\nberpujuk; \n~ cumbu (rayu) \nsaling memakai kata-kata yang manis untuk memikat hati dan lain-lain;\nmemujuk\n memakai kata-kata manis dengan tujuan hendak memikat" "pujut\nmemujut\n mencekik atau mengikat leher dengan tali (sebagai hukuman), mengujut;\nkujut." "puk I\n1.\n bunyi seperti bunyi orang memukul;\n2.\n [bahasa percakapan] pukul." "puk II\n[Kelantan]\n1.\n masak, empuk:\nubi ini kurang ~; \n2.\n getah yang berketul-ketul (tidak dimesin)." "pukah\npatah, rekah atau bengkok patah (dahan kayu dan lain-lain);\nmemukah\n memecah, mengopak, merosakkan:\nsetitik air pun tidak ada, ini tentu Berahim yang ~ gelung kita semalam; \nkami ~ papan pada dinding pondok itu." "pukal\n1.\n bongkah, gumpal, ketul (emas dan lain-lain);\nsepukal\n segumpal, sebongkah;\n \nemas ~ \nemas sebongkah, emas kimpal, emas tampan;\n keris ~ \na) keris ganja iras;\n b) keris yang lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yang berlok);\n \ntaat setia yang ~ \ntaat setia yang tidak berbelah bagi;\n2.\n [Kedah] bernas, tepat;\n \njawabannya ~ \njawabannya bernas (tepat);\nmemukal\n menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul):\n~ emas." "pukang I\n1.\n paha (kuda, lembu, dan lain-lain);\n2.\n = \nsela ~ \ncelah kangkang;\n3.\n sudut jangka dan lain-lain;\nmemukang-mukang\n1.\n memotong-motong atau mengerat-ngerat binatang yang disembelih, menyendi-nyendi, merincik-rincik (daging);\n2.\n membagi-bagi, memecah-mecah (daerah dan lain-lain)." "pukang II\nlintang-~ = silang-~ \n(berlari) tunggang-langgang." "pukang III\nkukang, kongkang I." "pukang-pukang\n[arkaik] sejenis hantu yang hanya kelihatan kakinya sahaja." "pukas\n1.\n kemaluan perempuan, puki;\n2.\n [Kedah], [kata seru] orang latah (terkejut):\noh ~;\n berpukas\n berbogel, bertelanjang (perempuan);\nberpukas-pukasan\n sindir-menyindir dengan kata-kata yang tidak senonoh, berlaku tidak senonoh;\n \nmandi ~ \nmandi bertelanjang dengan tidak malu-malu." "pukat\nsejenis jaring besar dan panjang untuk menangkap ikan, biasanya digunakan di laut;\n jenis-jenisnya:\n~ bawal, ~ cang, ~ cina, ~ hanyut, ~ harimau, ~ tangkul, ~ tarik, ~ tunda, \ndan lain-lain;\nmata ~ \nlubang-lubang pada pukat, \npawang ~ \norang yang ahli dalam menangkap ikan dengan pukat, \nperahu (sampan) ~\n perahu (sampan) untuk menangkap ikan dengan pukat, perahu mayang, perahu pemayang;\n \n~ terlabuh ikan tak dapat \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;\nmemukat\n menangkap ikan dengan pukat;\npemukat\n1.\n nelayan yang menggunakan pukat;\n2.\n perahu mayang." "pukau\nsejenis tepung (daripada biji kecubung dan lain-lain) atau jampi serapah (tangkal dan sebagainya) yang digunakan untuk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap;\n \nkena ~ \na) [kiasan] hilang akal, tidak dapat berkata (berbuat) apa-apa, bingung, terdiam;\n b) dipukau (oleh pencuri);\nmemukau\n1.\n mengenakan (membubuh) pukau;\n2.\n [kiasan] memperdaya, mengakali, menipu;\n3\n. memikat hati, mempesonakan, mengagumkan:\nkerajinan serta ketekunan orang Jepun membangunkan negara mereka ~ seluruh dunia\n;\nterpukau\n1.\n tertidur (mabuk) kerana kena pukau;\n2.\n [kiasan] terpedaya, tertipu;\n 3\n. terpesona, terpikat (hati):\nribuan penonton ~ oleh persembahan yang agak luar biasa itu;\n pukauan\n hasil perbuatan atau usaha memukau:\ndia membaca sedikit mantera untuk menyedarkan anaknya daripada ~ itu;\n pemukau\n orang yang mengenakan pukau." "puki I\n1.\n [bahasa kasar] kemaluan perempuan, pukas;\n2.\n = \n~\n \nmak \nsejenis makian, carut." "puki II\n~ anjing\n sejenis tumbuhan (pokok besar), salah nama, \nCynometra cauliflora." "pukul I\n1.\n ketuk (dengan benda yang keras atau berat);\n2.\n [kiasan] ketuk (dengan perkataan dan lain-lain), perintah;\n \nkena ~ \na) kena ketuk, diketuk;\n b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dan sebagainya);\n \nsalah ~ \na) salah mengetuknya;\n b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dan lain-lain);\n \ntukang ~ \norang yang biasa memukul orang dengan upah, jagoan, samseng;\n3.\n bahagian daripada sesuatu hari seperti yang ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dalam sesuatu hari:\njarum pendek dipanggil jarum ~nya, kerana ia menunjukkan waktu dengan bilangan ~ jam; \nkami sampai di rumah ~ lima petang; \njam ~ \njam yang menyatakan waktu;\n4.\n [bahasa percakapan] = \nmemukul\n mengetuk;\n \n~ dulu bayar belakang \nbarangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian;\n5.\n [bahasa percakapan] mengenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan:\nmengikut kemahuanku dengan harga yang telah aku ~ kepada mereka;\n~ besar \nuntung besar;\n \n~ besi \ntukul besi, palu (martil) daripada besi;\n \n~ cap \nmengenakan (membubuh) cap;\n \n~ curi \na) memukul dengan bersembunyi, memukul dan lari;\n b) tidak berani bertanggungjawab;\n \n~ gambar \n[bahasa percakapan] bergambar;\n \n~ gebang \n[bahasa percakapan] bergebang sahaja, berbual-bual sahaja;\n \n~ kaki \n[bahasa percakapan] berjalan kaki;\n \n~ rata \nhitung panjang;\n \n~ tidak tahu (peduli) \n[bahasa percakapan] buat tidak tahu (peduli) saja;\n~ anak sindir menantu \n(peribahasa) lain orang yang dimarahi, lain orang pula tujuan kata-katanya;\n \n~ anjing tak pandang mata tuannya \n(peribahasa) orang yang terdesak hilang takutnya;\n \nkena ~ di punggung, gigi habis tanggal \n(peribahasa) sindiran itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindiran bagi seseorang akan mengenai orang ramai);\nmemukul\n1.\n mengenakan sesuatu yang keras atau berat dengan kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dan lain-lain:\nkepalanya dipukul dengan besi paip;\n~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dan lain-lain) \nmembunyikan beduk dan lain-lain dengan pemalu;\n2.\n [kiasan] melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dan lain-lain:\napabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dari darat; \nperahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; \nbersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan \nbersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan;\n3.\n [kiasan] mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu:\nini bukan menolong tetapi ~ namanya; \n4.\n [kiasan] memakan atau membunuh (dalam permainan catur):\ntidak dapat ~ kuda; \n5.\n [kiasan] = \nmemukulkan\n [arkaik] [Indonesia] memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan:\nbelajar membahagi dan ~; \ndua dipukulkan dengan tiga;\n~ besi \nmenempa besi;\n \n~ cap \nmengecap;\n \n~ gambar \nmengambil gambar, memotret;\n \n~ gamelan (canang, gong, sarun, dan lain-lain) \nmemainkan gamelan dan lain-lain;\n \n~ kawat \n[Indonesia] berkirim telegram;\n \n~ knock-out \nmeninju sehingga langsung kalah;\n \n~ meja \nmengetuk meja;\n \n~ mundur \nmenyerang (musuh) hingga mundur;\n \n~ musuh \nmenyerang (mengalahkan) musuh;\n \n~ rata(kan) \nmenjadikan rata-rata, menyamaratakan;\n \n~ roboh \nmeninju sampai roboh;\n \n~ telefon \n[bahasa percakapan] bertelefon;\n \n~ telur (dan lain-lain) \nmengacau telur (supaya hancur dan naik);\ndipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu \n(peribahasa) [Minangkabau] serba salah dalam sesuatu pekerjaan yang sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya);\npukul-memukul\n saling memukul antara satu sama lain;\nmemukuli, memperpukuli\n memukul berkali-kali, mengajar;\nmemukulkan\n1.\n memukul dengan;\n2.\n memukul untuk orang lain;\n3.\n [arkaik] memperbanyakkan, mendarabkan:\ndua dipukulkan dengan tiga;\n terpukul\n1.\n memukul atau dipukul dengan tidak sengaja, terhantuk:\nkepalanya ~ keras pada bucu meja; \n2.\n [kiasan] tersinggung:\ndia berasa ~ dengan kata-kata sahabatnya itu;\npukulan\n1.\n hasil perbuatan memukul:\n~ yang tidak berhenti-henti daripada lawannya; \n2.\n ketukan, hentaman, serangan:\nmenerima ~ hebat daripada angkatan bersenjata;\n~ kilas \npukulan yang dilakukan dengan bahagian belakang tangan yang memegang raket menghala ke pemain lawan dalam permainan badminton, tenis dan sebagainya;" "pukul II\n~ lima \nsejenis tumbuhan (pokok besar), \nEnterolobium saman." "pukul III\n~ gendang \nsejenis ikan laut, \nParapercis pulchela." "pul I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan]\n1.\n kutub;\n2.\n pusat pengumpulan kereta dan lain-lain." "pul II\nkacang ~ \nsejenis kacang." "pula\n1.\n sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi:\nkelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; \nnampaknya saya ini dicalonkan ~; \n2.\n = \nlagi ~ \nlebih-lebih lagi, tambahan lagi;\n \nmemang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yang sangat suka berkhidmat; \nistimewa ~ \nlebih-lebih lagi;\n3.\n juga (sama halnya dengan yang terdahulu):\nsaya pun demikian ~; \nsaya ~ yang menyokongnya; \n4.\n gerangan, konon (yang bererti tah):\napa ~ yang mengganggui fikirannya itu?; \napa ~ ertinya hidup seorang yang telah putus harapannya?" "PULADA\nakronim bagi Pusat Latihan Darat." "pulai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAlstonia spp.;\n~ pipit \nsejenis tumbuhan (pokok), medang api (kelawar, miang), jambu kelawar mengkerai hutan, setui tupai, \nElaeocarpus stipularis;\n~ berpangkat naik, manusia berpangkat turun \n(peribahasa) manusia itu haruslah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik." "pulan\n1.\n empuk atau lembut, tidak lembik (nasi dan lain-lain);\n2.\n belum masak benar lagi (ubi yang direbus dan lain-lain)." "pulang\n1.\n pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali:\n~ ke negerinya sendiri; \nsuaminya masih belum ~ daripada kerja;\n~ kepada isterinya yang pertama \nrujuk semula dengan isterinya yang pertama;\n \n~ kepada yang punya \nterserah (balik) kepada tuan punya;\n2.\n \n~ kepada \njatuh kepada, terserah kepada, tertanggung atas:\nhal ini ~ kepada bapa \nhal ini terserah kepada bapa;\n \nkalau terjadi sesuatu ~ kepada tuan \nkalau terjadi sesuatu tuanlah yang menanggungnya;\n~ asal \na) kembali ke asalnya;\n b) kembali kepada keadaan yang asal;\n \n~ -balik = ~ -pergi \na) pulang dan pergi;\n b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir);\n \n~ haji \nkembali dari naik haji;\n \n~ hari \nkembali lagi pada hari yang semula (sesudah enam hari, seperti hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya);\n \n~ ikhtiar (kepada) \nterserahlah ikhtiarnya (kepada);\n \n~ (ke) kandung \nkembali ke tempat asalnya;\n \n~ ke rahmatullah \nmeninggal dunia, mati;\n \n~ maklum kepada \nterserah kepada pendapat (pertimbangan) orang;\n \n~ modal \nmendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi);\n \n~ nama \nyang pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dan lain-lain);\n \n~ -paling \nark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari;\n \n~ pohon \n= \n~ pokok \n[Indonesia] pulang modal;\n \n~ pulih \nsembuh semula, kembali lagi;\nsepulang\n waktu (masa) pulang, sekembali;\nberpulang\n = \n~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yang baqa) \nmeninggal dunia;\n \n~-paling \nberulang-alik;\nmemulangi\n1.\n rujuk dengan isteri yang telah diceraikan:\nkehidupannya menjadi bertambah baiksejak ia ~ isterinya; \n2.\n [Minangkabau] memperisteri saudara sepupu:\napabila engkau ~ anak mamakmu, maka \n\u2026;\nmemulangkan\n1.\n membawa pulang, mengirimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dan lain-lain), mengembalikan:\n~ motokar itu kepada tuannya; \nsemua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing;\n~ kata \nmembalas (menjawab);\n2.\n menyusun (mengatur) semula, memulihkan:\nsusunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan seperti susunan yang dahulu; \nRaja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula;\n~ nafas \nberistirahat;\n3.\n merujukkan (kepada), menyerahkan (kepada):\nsemua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kepada pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya;\n terpulang\n terserah:\nsemuanya ~ kepada kemahuan mak, saya menurut saja;\npulangan\n hasil daripada atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dan lain-lain);\nkepulangan\n perihal pulang:\n~ku disambut oleh ibu dan keluarga dengan mesra;\npemulangan\n perbuatan memulangkan, pemulihan, pengembalian." "pulangan\ntempat duduk orang yang mendayung atau mengayuh (dalam perahu)." "PULAPOL\nakronim bagi Pusat Latihan Polis." "pulas I\nberpulas, berpulas-pulas\n berputar-putar, berpintal-pintal, berpusing-pusing (tali dan lain-lain);\nmemulas\n1.\n memusing (kunci, leher, skru, telinga, dan lain-lain), memutar:\njika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; \n2.\n memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dan lain-lain):\nkain itu dipegang dengan dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yang dapat; \n3.\n [kiasan] memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dan lain-lain):\nseorang yang terkenal pandai ~ perkataan; \ntujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi;\n~ pusing \n[bahasa percakapan] memutarbalikkan (perkataan dan lain-lain);\npemulas\n alat untuk memulas (skru dan lain-lain)." "pulas II\nmemulas\n berasa sakit seperti berpilin-pilin dalam perut, mulas;\n \nusus ~ \nsakit kejang pada usus." "pulas III\n(ber)hempas-~; \nhempas." "pulas IV\n[Jakarta] nyenyak atau nyedar (tidur):\nanak-anak sudah ~ tidur;\nkepulasan\n tertidur nyenyak (nyedar)." "pulas V\n[Jawa];\nmemulas\n1.\n mewarnai, mengecat, menyapu (dengan bubukan dan lain-lain yang berwarna):\ndinding rumah itu dipulas dengan kapur putih;\n~ gambar; \npipinya dipulas merah jambu; \n2.\n memperbaiki (mengembangi) tayar luar yang telah haus;\n \ntukang ~ ban \n[Indonesia] tukang yang membaiki tayar;\npulasan\n1.\n yang sudah dipulas (diwarnai);\n2.\n = \nberpulasan\n [kiasan] nampaknya saja baik, tidak asli (tulen), palsu;\n3.\n [arkaik] tayar yang dipulas." "pulas VI\n~ keladi \nsejenis ikan laut, \nCaranx sexfasciatus." "pulasan\nsejenis tumbuhan (pokok seperti pokok rambutan), arang para, gerat, merat, mutan reba, rambutan kafri, \nNephelium mutabile;\n~ hutan \na) sejenis tumbuhan (pokok tinggi yang buahnya manis), buah nangka pipit, kelempayan, mempayan, mengkal, tumbung dayung, \nNauclea maingayi; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), bengkel, empayan, kelampi, kelempayan, mempayan, mengkal, timbung dayung, \nAnthocephalus cadamba." "pulasari\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya tipis), empelas hari, \nAlyxia forbesii; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat yang bunga dan kulitnya wangi), akar bagan, empelas hari, mempelasari, mempelas hari, \nAlyxia lucida." "pulasi\n[Indonesia] wang belanja yang harus dibayar oleh orang yang menjual tanah (rumah)." "pulau\ntanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dan lain-lain);\n \nbelayar di ~ kapuk \n[Indonesia], [bahasa percakapan] tidur;\n \n~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam \ngagal sama sekali;\n \n~ harapan (perca) \n[Indonesia] Pulau Sumatera;\n \n~ karang \n(Geografi) pulau yang terjadi daripada batu karang (jauh dari daratan), terumbu;\nbelayar menentang (mengadang, menuju) ~ \n(peribahasa) sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya;\n \nseperti batu di ~ \n(peribahasa) amat banyak;\nberpulau, berpulau-pulau\n1.\n bertompok-tompok (orang, kampung, dan lain-lain);\n2.\n mempunyai pulau (lautan dan lain-lain);\npulau-memulau\n saling memulaukan:\nkejadian ~ juga berlaku dalam masyarakat itu;\nmemulaukan\n1.\n memisahkan daripada yang lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dengan orang lain):\nmereka yang melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; \norang itu telah dipulaukan daripada masyarakat setempat; \n2.\n enggan menyertai atau berurusan dengan sesuatu, memboikot:\nhanya Parti Buruh sahaja yang ~ pilihan raya kali ini;\n terpulau\n dipulaukan, disingkirkan;\nkepulauan\n sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau:\n~ Melayu;\n~ Riau;\n pemulauan\n perbuatan memulaukan, pemboikotan, pengasingan:\n~ terhadap barang-barang dari Afrika Selatan.\nPulau Pinang\n negeri di luar pantai barat Semenanjung, keluasan 285 km2, Georgetown sebagai ibu negeri." "pules\n[Jakarta] nyedar atau nyenyak (tidur);\n= pulas IV." "puli\n[Terengganu] sejenis kuih daripada ubi kayu dan manisan." "pulih I\nkembali seperti biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (daripada sakit dan lain-lain), menjadi baik (baharu lagi):\nkesihatannya ~ semula; \nkeadaan sudah ~ seperti sediakala; \npenghidupan telah ~ sedikit; \nperhubungan mereka ~ seperti biasa; \nkeberaniannya kembali ~\n keberaniannya datang semula;\n \npulang ~ \npulih semula;\nmemulihkan\n1.\n mengembalikan kepada keadaan yang semula, membaikkan, menyembuhkan:\nmenawarkan khidmatnya untuk menolong ~ keadaan; \nmasa lapangnya digunakan untuk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; \nbagaimana kita ~ barang-barang yang rosak itu?; \nberusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; \n2.\n memberi kembali (kpada tuannya), memulangkan, mengembalikan:\nia ~ barang itu kepada tuannya;\nkepulihan\n keadaan pulih;" "pulih II\nburung tua ~ \nsejenis burung, \nMalacopteron cinereum." "pulihara\nmemulihara\n memulihkan serta memelihara (menjaga dan sebagainya), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik:\nkita juga akan melihat betapa pentingnya bentuk muka bumi ini kepada kita dan mengapa kita harus mengekalkan dan ~nya;\npemuliharaan\n perihal (proses, usaha, perbuatan, dan sebagainya) memulihara (sesuatu):\nkini usaha sedang dipergiat untuk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yang dikenali sebagai ~ tanah." "puling I\npialing." "puling II\npata ~ \nsejenis ikan darat, kerengkek, \nPuntioplites fasciatus; \npata" "puling III\nsejenis burung, burung nuri, \nPsikologittinus c. cyanurus." "puling IV\n[Kelantan] sejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup (diperbuat daripada tanah liat, berongga dan berbentuk burung)." "pulmonari\n(Perubatan) berkaitan dengan paru-paru:\narteri ~." "pulpa\n1.\n bahan yang diperoleh daripada kayu dan lain-lain secara kimia atau mekanikal untuk dibuat kertas;\n2.\n (Perubatan) bahagian gigi paling dalam yang lembut dan mengandungi saraf dan salur darah." "pulpen\n[Indonesia-Belanda] tangkai (batang) pena yang berisi tinta (dakwat)." "puluh\n= sepuluh\n sembilan dicampur dengan satu (10);\n \ndua ~ \ndua kali sepuluh (20);\n \nangka ~ \nangka yang kedua dari kanan (selepas angka se dalam deretan angka);\npersepuluh\n dibahagi sepuluh;\n \nse~ \nsatu dibahagi sepuluh (1/10)" "pulun I\nberpulun-pulun\n \n1.\n bergumpal-gumpal atau berkepul-kepul naik ke atas (berkenaan (dengan) asap);\n2.\n berlipat-lipat, bertompok-tompok (kain);\nmemulun-mulun\n menggulung-gulung, melipat-lipat (kain dan lain-lain)." "pulun II\n[Kedah] (ber)sungguh-sungguh:\nbukan main lagi dia ~ buat kerja itu." "pulung\n[Jakarta] butir, gentel, untal (pel);\nmemulung\n1.\n membuat butir, menggentel (ubat dan lain-lain);\n2.\n menggulung (rokok dan lain-lain)." "pulur\nisi atau bahagian yang lembut dalam batang tumbuh-tumbuhan;\nempulur I." "pulut I\ngetah (daripada tumbuh-tumbuhan untuk menangkap burung);\nmemulut\n1.\n menangkap burung dan lain-lain dengan getah, menggetah (burung dan lain-lain):\nia selalu ~ burung tekukur; \n2.\n [kiasan] memikat (hati), membujuk-bujuk:\nbanyak gadis yang terpikat kepadanya kerana dipulut dengan kata-kata yang manis;\nterpulut\n1.\n kena pulut, terlekat;\n2.\n terpikat (hatinya), tertipu." "pulut II\n1.\n = \nberas ~ \n= \nsipulut\n [Minangkabau] sejenis bijian seperti beras tetapi lebih berkanji, beras ketan;\n2.\n sejenis penganan yang dibuat daripada beras ketan;\n jenis-jenisnya:\n~ dakap, ~ kacau, ~ kuning (kunyit), ~ kinta, ~ panggang, ~ udang, ~ urap, \ndan lain-lain\n;\ndilihat ~, ditanak berderai \n(peribahasa) [Minangkabau] apa yang kelihatan pada lahirnya berlainan dengan keadaan sebenarnya (kelihatan sebagai orang kaya tetapi sebenarnya miskin dan lain-lain);\n \nsebab ~ santan binasa sebab mulut badan binasa \n(peribahasa) perkataan yang tajam itu kerap kali mendatangkan kecelakaan kepada diri sendiri." "pulut III\n~ lembu \n= \npulut-pulut\n sejenis tumbuhan (pokok renek), kelulut, pepulut, \nUrena lobata;\npulut-pulut\n1.\n sejenis tumbuhan (rumpai), lemak ketam, \nMelochia corchorifolia; \n2.\n sejenis tumbuhan (rumpai), daun susu babi, pokok lokman al-hakim, rumput pasir (tahi babi), sembung gajah, \nAdenostema lavenia (viscosum);\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok renek), merepuh, setampin, tampin hutan, \nMallotus griffithianus;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), jarak hutan, ludai api, sembang, tapak gajah, \nMallotus porterianus; \npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), pokok melukut (pepulut), \nChrysophyllum roxburghii; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput bawang, siameh gunung, siamit, \nFimbristylis asperrima." "pulutan\nsejenis ikan laut, \nTachysurus spp." "puma\nsejenis binatang liar yang termasuk dalam famili kucing, rupanya seakan-akan singa, berbulu coklat kekelabu-kelabuan dan berekor panjang, biasanya terdapat di kawasan pergunungan Amerika Utara dan Selatan, kugar, \nFelis concolor." "pumis\nbatu ~ \nbatu gunung berapi yang poros dan ringan yang biasanya digunakan untuk menggilap dan sebagai bahan pelelas, batu apung, batu timbul:\ntepung ~." "pumpun I\n[Minangkabau];\nberpumpun\n berhimpun, berkampung, berkumpul;\n \n~ abu \nada alamat-alamat (tanda-tanda) kesalahan;\nmemumpun\n menghimpunkan, menampungkan, mengumpulkan;\nterpumpun\n terhimpun, terkampung, terkumpul, terpusat;\npumpunan\n1.\n tempat berkumpul, tempat untuk dikumpulkan;\n2.\n himpunan, kumpulan, perkumpulan;\n \npusat jala ~ ikan \n(peribahasa) (menjadi) tempat berkumpul (menjadi pusat bermacam-macam hal atau urusan), pusat pentadbiran, pusat pemerintahan." "pumpun II\nsejenis lipan laut (boleh dibuat umpan kail)." "pumpun III\n[Minangkabau] [arkaik] tumpul." "pun\n1.\n juga, dan demikian juga:\nmemang saya ~ berpendapat demikian; \nperkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; \nesok ~ boleh saya ambilkan; \nitu ~ dia datang; \npermintaannya itu sudah ~ diterima; \n2.\n biar, kendati, meski, walau:\nsusah ~ dikerjakannya juga; \nhendak tidak ~ makan jugalah saya; \n3.\n bahkan, malahan, sedangkan\u2026 (apa lagi\u2026):\nduduk ~ penat apa lagi berjalan; \njangankan menegur memandang ~ tidak hendak; \n4.\n apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua:\napa ~ dikerjakannya (juga); \nsiapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; \n5.\n \n~ \u2026lah \nuntuk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi):\nmaka rotan itu ~ tumbuhlah; \n6.\n untuk menguatkan serta menegaskan pokok ayat:\nsetelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dalam istana; \n7.\n = \nsekali ~ \nsekali juga;\n \nkalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; \ntidak bayar ~ tidak apa; \napalah yang Ida berikan kepada abang tu, tidak sejemput ~ \ntidak sedikit jua pun." "punah I\n1.\n binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah:\ntanaman mereka habis ~ dimakan babi; \nbandar yang cantik itu ~ dibom oleh kapal\n \nterbang Jepun; \n2.\n mati semuanya (tidak ada lagi yang tinggal sisanya):\nlarangan itu diadakan untuk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; \n3.\n hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah:\nmendengar itu ~lah harapannya;\n~-ranah \nrosak binasa;\nmemunahkan\n menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya, membinasakan semuanya, memusnahkan, menghancurkan:\nmereka mencuri dan ~ harta benda orang;\n kepunahan\n perihal (keadaan) punah, kemusnahan, kehancuran\n;\n pemunahan\n perbuatan memunahkan:\n~ tanah di negeri-negeri yang beriklim sederhana." "punah II\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Tetrameristaceae, tuyut (Sabah), entuyut (Sarawak), \nTetramerista glabra\n." "punai I\n1.\n sejenis burung seperti merpati (kecil sedikit dan hijau);\n2.\n [bahasa percakapan] kemaluan lelaki;\n~ bakau \nsejenis burung punai, \nTreron f. fulvicollis;\n~ berkok lengguak = ~ lengguak \nsejenis burung punai, \nButretron capellei magnirostris;\n~ bukit \nsejenis burung punai, \nSphenurus robinsini;\n~ daun = ~ ara = ~ kericau \nsejenis burung punai, \nTreron c. curvirostra;\n~ gading = ~ jambu \nsejenis burung punai, \nPtilinopus jambu;\n~ gunung \nsejenis burung punai, \nSphnurus s. seimundi;\n~ kocok \nsejenis burung punai, \nTreron vernans griseicapina;\n~ lembu \nterkukur api, \nMacropyangia ruficeps malayana;\n~ siul \nsejenis burung punai, \nTreron o. olax;\n~ tanah = ~ dekut \nsejenis burung punai, \nChalcophaps i. indica." "punai II\n1.\n \ndawai (kawat) mata ~ \nsejenis jaring yang dibuat daripada dawai kecil (untuk reban ayam dan lain-lain);\n2.\n kain mata ~ \nsejenis kain jarang (untuk membuat kelambu);\n3.\n \nmata ~ \nsejenis anyaman." "punai III\n~\n \nbintang \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nPolyalthia spp.\nPunan\n suku kaum peribumi Sarawak, termasuk dalam kumpulan Orang Ulu, yang tinggal di pedalaman, terutamanya di Hulu Sungai Baram dan Sungai Rejan, dan kegiatan utamanya memburu dan memungut hasil hutan\npunat\n1.\n benih (bisul dan lain-lain), mata bintil (bengkak dan lain-lain):\nmacam bisul yang pecah ~nya; \n2.\n [kiasan] sumber segala kejahatan;\n3.\n [bahasa percakapan] tombol (lampu, radio, dan lain-lain):\nia memetik ~ lampu di dinding dan ruangan itu menjadi terang." "PUNB\n[kependekan] Perbadanan Usahawan Nasional Berhad." "punca I\n1.\n hujung (benang, obor, tali, dan lain-lain);\n \n~ tali kail \nhujung tali kail yang dipegang;\n2.\n sudut kain (sebai, selendang, dan lain-lain) yang lepas tergantung:\nterpandang ~ baju layang dalam tiang seri;\n~ sebai \nhujung sebai yang tergantung;\n3.\n tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dan lain-lain);\n \nkitab ~ usuluddin; \nperpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sebagai ~ pengajaran; \n4.\n pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dan lain-lain):\n~ pertengkaran yang umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; \nharta akan terus menjadi ~ ketegangan yang hebat; \nibu dan anak-anak yang sihat itu adalah satu daripada punca-punca kebahagiaan rumah tangga; \napa ~nya \napa sebabnya;\n \nmula ~nya \nmulanya (sebabnya);\n \ntidak tentu ~nya \ntidak tentu pokok persoalannya;\n \ntenggelam (kehilangan) ~ \ntidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dan lain-lain);\n tidak tahu apa yang hendak dibuat;\n \n~ ganda dua \n(\u221a) (seperti \u221a4 = 2), akar (Id);\n ~ ganda tiga \n(3\u221a) (seperti 3\u221a8 = 2 dan lain-lain);\n \n~ persamaan \n(Matematik) nilai nombor yang tidak diketahui dalam ilmu hisab (seperti 2n + 7 = 25 dan lain-lain);\n5.\n sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dan lain-lain):\nberita ini diperoleh daripada ~ yang boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sebagai satu ~ kehidupan; \ndinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; \nwang yang didapati daripada segala ~;\n~ hasil \nsumber pendapatan;\n \n~ kekayaan \nsumber kekayaan;\n \n~ pendapatan \nperkara yang mendatangkan pendapatan;\nberpunca; \n~ daripada \nberasal daripada, bersumber daripada:\nmasalah-masalah yang kita hadapi kini ~ daripada penjajahan juga." "punca II\n[Minangkabau];\nangin ~ beliung \nangin puting beliung (olakan angin)." "puncak\n1.\n bahagian yang tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dan lain-lain):\n~ Titiwangsa yang diliputi awan; \nbendera negara kita sudah berkibar di ~ tiang; \n2.\n (Matematik) titik sudut segi yang berhadapan dengan garis dasar, titik tempat pertemuan dua (atau lebih) garis, hujung sudut:\nsebuah sudut yang ~nya pada pusat O bulatan;\n~ sudut \ntitik tempat pertemuan dua garis atau lengan sudut;\n3.\n [kiasan] paras dan sebagainya yang teratas, paras dan sebagainya yang tertinggi:\napabila matahari sampai ke ~nya pasar itu sunyi senyap; \nsemua orang ingin sampai ke ~ hidup; \nharga barang-barang membumbung tinggi dan dirasakan tidak lama lagi akan sampai di ~nya;\n~ gigi \n[Indonesia] bahagian gigi yang di sebelah atas;\n \n~ kejayaan \nkejayaan yang tertinggi;\n \n~ paru \n[Indonesia] hujung paru-paru;\nmemuncak\n1.\n menuju ke puncak, membumbung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dan sebagainya yang tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi:\napi yang sedang marak dan ~ sekali; \n2.\n menjadi sangat (genting, tegang, dan lain-lain), meluap-luap (semangat dan lain-lain), melambung (harga):\nkemarahannya kian ~; \nkegiatan pejuang-pejuang BK yang ~ dari hari ke hari; \nharga barang-barang di kedainya ~ naik;\nmemuncakkan\n menjadikan (menyebabkan) memuncak:\n usaha untuk ~ krisis hendaklah diperlahankan;\n pemuncakan\n proses (perbuatan) yang menyebabkan sesuatu memuncak:\n kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal;" "punci\n[sastera lama] baiklah, mujur benar, untunglah:\nsekali-sekali tiadalah aku melihat ia membesarkan dirinya baik daripada kelakuannya ataupun pakaiannya, ~ orang-orangnya yang memakan gajinya memakai seperti orang besar-besar." "pundak\nbahu (juga dalam erti kiasan):\ndi atas ~ merekalah terletaknya tinggi\nrendah mutu ilmu nanti; \nangkat ~ \n[bahasa percakapan] menyatakan (menunjukkan) tidak tahu;\n \ntertanggung (terpikul) di atas ~ \n(tanggungjawab dan lain-lain) terletak di atas diri." "pundi I\n= pundi-pundi\n1.\n kantung kecil (tempat wang dan lain-lain), dompet kecil;\n2.\n [kiasan] perbendaharaan;\n~ hempedu \nkantung pada hati tempat tersimpannya hempedu;\n ~ (air) kencing \nkantung kecil yang mengandungi air kencing (terletak di had" "pundi II\n[Jawa] [arkaik];\nmemundi-mundi, memundi-mundikan\n menjunjung tinggi, memuliakan, menghormati:\nperempuan mereka dipundi-pundikan sebagai dewi." "punding\n[arkaik] kusutan atau simpulan (tali, benang, dan lain-lain)." "punduk\n[Brunei] ;\npunduk-punduk\n duduk (seorang diri) dengan tidak berbuat apa-apa;\nberpundukan\n duduk lebih daripada seorang dengan tidak berbuat apa-apa, melepak." "pundung\npondok." "pungar\n[Brunei] pokok mati." "punggah\n~\n \nangkat \nmengangkut;\nmemunggah\n1.\n menurunkan (muatan kapal dan lain-lain):\norang biasa tidak boleh membuat kerja memuat barang-barang ke dalam kapal atau ~ barang-barang dari kapal; \n2.\n membongkar, membuka (rumah dan lain-lain):\nlepas itu D.O. datang suruh Pak Long ~ hari itu juga; \nsiapa yang ~ tempat tidur kita ni?\n punggahan 1.\n tempat memunggah barang-barang;\n2.\n muatan yang sudah dipunggah:\nmenerima ~ dari kapal;\npemunggahan\n perbuatan memunggah:\nkeadaan yang tidak begitu baik menyebabkan ~ barang-barang terbatas;" "punggai I\nsejenis tumbuhan (pokok), bengang, durian badak (tuang), baha-baha, huhu-huhu, \nCoelostegia griffithii." "punggai II\nmemunggaikan\n melontari (dengan kayu, untuk menjatuhkan buah dan lain-lain);\npemunggai\n = \nkayu ~ \nkayu dan lain-lain untuk memunggaikan, pelontar." "punggal I\n[arkaik] \npunggai II." "punggal II\n[Jakarta] terpotong atau terkerat (hujung, pucuk, dan lain-lain);\nmemunggal\n memotong, mengerat, mematahkan (pucuk dan lain-lain)." "pungguk I\nsejenis burung helang malam atau burung hantu, betemak, \nNinox scutulata malaccensis; \nburung ~ api \nsejenis burung pungguk, \nPhodilus b. badius; \nseperti ~ merindukan bulan \ndikatakan kepada orang yang sangat rindu pada kekasihnya." "pungguk II\ntidak berekor (ayam dan lain-lain), dogel, dogeng." "punggung\n1.\n pantat, bokong, pinggul;\n2.\n [Indonesia] bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang;\n \nbuah ~ \nbuah pinggang, ginjal;\n \ntulang ~ \na) tulang belakang;\n b) sesuatu yang menjadi kekuatan;\n3.\n sesuatu yang menyerupai belakang:\n~ bukit (gunung); \n4.\n bahagian sebelah belakang atau atas (pada sesuatu benda):\n~ kaki;\n~ pisau (lading dan lain-lain);\n memunggung\n [Minangkabau]\n1.\n memperlihatkan punggung, membelakang;\n2.\n [kiasan] tidak hendak mempedulikan saudara-mara lagi;\npunggung-memunggung\n belakang-membelakangi (beradu punggung);\nmemunggungi\n menghadapkan punggung kepada:\n mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya." "punggur\nbatang kayu mati yang tidak ada dahannya lagi;\n~ rebah belatuk menumpang mati \n(peribahasa) jika orang yang jadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya pun akan merasai akibatnya;\n \nbagai ~ rebah \n(peribahasa) keadaan seseorang yang gemuk jatuh;\nmemunggur\n [arkaik] menjadi buruk (kering mati):\ndiharap kasih sayang kita tidak ~ dek kepanasan." "pungkah, pungkahan\n[arkaik] bongkah:\nbeberapa ~ kayu\n." "pungkas I\n[Jawa] yang akhir (penghabisan)." "pungkas II\n[kata seru] marah yang amat sangat:\nabangnya\n \n~ lalu mengamuk apabila mendapat tahu tanaman di kebunnya dimusnahkan oleh ternakan jiran." "pungki\nsejenis bakul (keranjang) tempat sampah;\n= pengki." "pungkir\n[arkaik];\ndipungkiri\n dimungkiri;\n= mungkir." "pungkis\npongkes." "pungkur\n1.\n [sastera lama] belakang, burit(an), punggung;\n2.\n = \npemungkur\n [arkaik] sisa (sagu dan lain-lain)." "pungut\nanak ~ \nanak orang lain yang dipelihara dari kecil (anak angkat);\n \nmak ~ \nmak kepada anak pungut;\n \nsaudara ~ \norang lain yang dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat;\nmemungut\n1.\n mengambil atau mengutip sesuatu yang ada di bawah (kerana jatuh dan lain-lain):\nsemua barang lama, tempurung, botol, dan lain-lain hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; \n2.\n memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dan lain-lain):\npetani gembira ~ hasil tanaman mereka; \nkanak-kanak yang rajin ~ bunga; \n3.\n [kiasan] mengambil manfaat (faedah, untung, dan lain-lain):\nkita yang bersusah-payah, orang lain yang ~ hasilnya; \n4.\n menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dan lain-lain):\npertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; \nkalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; \nhasil zakat yang dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; \n5.\n mengutip atau memetik (karangan dan lain-lain), mengambil atau meminjam kata-kata (daripada bahasa lain):\nbuku ini mengandungi beberapa cerita yang dipungut daripada beberapa hikayat yang terkenal;\n 6.\n = \nmemunguntukan\n [arkaik] mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) untuk dijadikan menantu, mengambil orang untuk dijadikan pembantu rumah tangga:\npersatuan untuk ~ anak-anak yang terbiar; \nakan kupungut anak cucunya; \n7.\n = \n~ suara \nmengundi dengan mengambil suara (anggota, rakyat, dan lain-lain):\ncadangannya untuk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua;\nmemunguti\n memungut (mengambil) berkali-kali;\nmemunguntukan\n memungut (mengambil) sesuatu untuk orang lain;\npungutan\n sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut:\nkata ~; \nwang ~;\n~ suara \na) referendum;\n b) pilihan raya;\n \n~ zakat \nhasil kutipan zakat;\npemungutan\n perbuatan memungut:\n~ hasil (cukai dan lain-lain);\n~ suara;\n pemungut\n1.\n orang yang memungut:\n~ derma;\n~ sampah;\n~ zakat; \n2.\n orang yang mengetuai jabatan memungut hasil dan lain-lain:\n~ hasil tanah;\n~ hasil setem." "punitif\nberkenaan perbuatan mengenakan (melibatkan) hukuman:\n negara kecil sanggup mengambil tindakan penentangan yang ~." "Punjabi\nbangsa yang berasal dari Punjab, India." "punjin\n[Minangkabau] [arkaik] sejenis tali pinggang yang ada tempat wang, angkin." "punjung I\npara-para tempat menjalarkan tanam-tanaman, rumah kecil (di kebun dan lain-lain) untuk tanaman-tanaman menjalar:\nbersenang-senang di dalam ~ taman bunga." "punjung II\nmemunjung\n \n1.\n terkeluar ke muka, menganjur, membusung (ke depan):\ndadanya ~ ke depan; \n2.\n = \nmemunjungi\n [Minangkabau] menghormati, memuliakan:\n~ arwah nenek moyang." "punjut\nsapu tangan dan lain-lain yang keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (untuk membawa sesuatu);\nmemunjut\n menyimpulkan (mengikat) keempat-empat sudut sapu tangan dan lain-lain (menjadikan punjut)." "punsu\n[Cina] cerdik, pandai, pintar." "puntal\nberpuntal-puntal\n \n1.\n bergulung-gulung seperti dipintal-pintal:\nurat yang ~; \nrambutnya ~; \n2.\n beberapa gulung benang (tali dan lain-lain):\n~ benang;\nmemuntal\n1.\n menggulung di tangan atau kayu (benang, tali, dan lain-lain), menggelendong, mengumpar:\n~ tali sabut; \n2.\n menyingkatkan, memendekkan, meringkaskan (perkara, urusan, dan lain-lain);\n \npuntalan\n gulungan (benang, tali, dan lain-lain)." "punti I\nsejenis pisang, pisang raja." "punti II\n1.\n = \nikan ~ \nsejenis ikan laut;\n2.\n = \nular ~ \nsejenis ular, ular tiung." "puntianak I\nsejenis hantu perempuan yang suka menghisap darah orang (terutama orang beranak), langsuir, si ngiang-ngiang." "puntianak II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar (ara) dani, akar suluh, (re)dani, selimpas, u(r)dani, \nQuisqualis indica." "puntir\n[Jawa];\nmemuntir\n memulas, memilin;\nterpuntir\n terpulas." "puntu\npontoh." "puntuk\n[Jawa] bukit kecil, longgok (timbun) tanah." "puntul\n[Jakarta] tidak runcing, tidak tajam (lancap), tumpul." "puntung I\n1.\n lebihan atau kelebihan (rokok, kayu, dan lain-lain) yang sebahagian besarnya sudah terbakar:\n~ rokok;\n~ kayu;\n~ suluh; \nberhubung ~\n sangat banyak menghisap rokok;\n \nseperti meninggalkan ~ suluh di tangga \ntidak dihiraukan lagi;\n2.\n kudung, buntung, kotong:\nbaju ~; \nseluar ~; \nada banyak orang yang ~ tangannya, ~ kakinya; \n3.\n [bahasa percakapan] merugi:\ndasar sial sepuluh kali beruntung, sebelas kali ~; \n4.\n penjodoh bilangan untuk keratan kayu yang pendek-pendek (kayu api dan lain-lain):\ntolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah; \nsekerat se~ saja \nbeberapa orang saja;\n \n~ api \nsisa kayu api yang telah terbakar;\n \n~ rokok \nrokok yang tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap);\n~ berasap \n(peribahasa) sesuatu yang mustahil;\n \n~ sekerat penyiar rimba \n(peribahasa) orang seorang banyak anaknya;\n \ndibakar melilit ~ \n(peribahasa) orang yang tidak membiarkan godaan nescaya dia membalas;\n \njangan ~ berasap jua \n(peribahasa) perselisihan yang telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi supaya keadaan tenang kembali;\n \nmengambil ~ pemukul kepala \n(peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;\n \npadam menyala tarik ~ \n(peribahasa) barang di mana mati di situlah ditanamkan;\n \nselembap-lembap (selemau) ~ di dapur, ditiup menyala juga \n(peribahasa) sesuatu pekerjaan jika dilakukan dengan sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua;\n \ntarik ~ padamlah bara \n(peribahasa) berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi;\nmemuntung\n menjadi puntung (kotong, kudung);\nmemuntungkan\n memotong (mengerat) hingga puntung, mengudungkan;\nkepuntungan\n tinggal puntung, jadi puntung (pendek sahaja lagi):\nrokok yang dihisapnya itu sudah ~." "puntung II\n(ikan) ~ damar \nsejenis ikan laut, \nMugil vaigiensis (Sillago spp.)." "punya\n1. = mempunyai\n menaruh, ada, memiliki:\nkau masih ~ duit?;\n~ kerja \n[Jakarta] berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dan lain-lain);\n2.\n = \nkepunyaan\n sesuatu yang dimiliki, hak, milik:\nbuku ini ~ saya bukan ~ tuan; \n3.\n = \nyang ~\n = \ntuan ~ \nyang memiliki, pemilik:\ntolong kembalikan buku ini kepada tuan ~nya; \nmanusia sejati yang ~ segala kemungkinan; \nini saya ~ \nsaya pemiliknya (kepunyaan saya);\n4.\n [bahasa percakapan] milik daripada;\n \ndia ~ fasal \nfasalnya;\n \ndia ~ rumah \nrumahnya;\n \nengkau ~ salah \nsalahmu;\n \ntuan ~ hal \nhal tuan;\n5.\n [bahasa percakapan] sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dan lain-lain), dengan sungguh-sungguh, baik-baik (untuk mempersangat):\njalan ~ jalan bersualah mereka dengan seorang perempuan; \nhitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga \napabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul-betul;\n \nfikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu \nsesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh;\n \npilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai \napabila memilih-milih sangat terdapat yang tidak elok;\nsepunya\n dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih:\nkerjasama ini jelas kelihatan dengan munculnya satu bidang ~;\n berpunya\n1.\n ada yang punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan:\nharta tidak ~ \nharta yang tidak ada pemiliknya;\n2.\n sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang:\ngadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; \n3.\n berada, kaya (orang):\ndia suka bergaul dengan orang yang ~ sahaja;\n mempunyai, mengepunyai\n ark\n,\n \nmengempunyai\n [arkaik] memiliki, menaruh:\nfantasi sebenarnya suatu pembawaan yang tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; \nPak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yang dungu tetapi ~ daya berfikir;\n mempunyakan\n ark\n1.\n menjadikan milik;\n2.\n mempunyai;\nkepunyaan\n sesuatu yang dipunyai (oleh), hak, milik:\nkebanyakan tanah ini ~ orang kampung;\n pemunya\n yang empunya, yang mempunyai, pemilik;\n= empunya" "pupa\n(Biologi) serangga pada peringkat perkembangan antara larva dengan dewasa yang biasanya tidak aktif." "pupal\n[sastera lama] pinang." "pupil\n(Biologi) bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi mengawal banyaknya cahaya yang masuk ke retina." "pupu\nanak ~ \nkemanakan;\n \nsaudara dua ~ \nsaudara semoyang;\n \ncucu ~ \ncucu daripada saudara sepupu;\n \n~ poyang \nbanyak saudara pupu;\nsepupu\n = \nsaudara ~ \nsaudara sedatuk (senenek);\nbersepupu\n mempunyai hubungan sepupu:\nmereka berdua ~;\n bersepupukan\n mempunyai seseorang sebagai sepupu:\naku rasa bertuah dapat ~ budak itu;\nberpupu\n mempunyai (hubungan) pupu;\n \n~-poyang \nmempunyai (hubungan) pupu dan poyang." "pupuh\nayam ~ \nayam sabungan (tidak bertaji);\n \nberperang ~ \n[sastera lama] latihan berperang (permainan berperang), perang-perangan;\n \nkena ~ \nkena pukul;\nberpupuh\n1.\n berlaga, bersabung (ayam):\nmaka ~ dua tiga kali pupuh; \n2.\n sedang menyabung (ayam):\n~ ayam; \n3.\n = \n~ bertinju \n[Minangkabau] berkelahi pukul-memukul hebat atau kuat;\nmemupuh\n1.\n [arkaik] memukul;\n2.\n [Minangkabau] menyabung (ayam) lama-lama;\n \ndipupuhnya jalan \n[Minangkabau] ia berjalan cepat-cepat (tidak berhenti-henti);\n \ndipupuhnya makan \n[Minangkabau] ia makan banyak-banyak;\n \ndipupuhnya bekerja \n[Minangkabau] ia bekerja sekuat-kuatnya;\nmemperpupuhkan\n menjadikan berpupuh, menyabungkan ayam yang tidak bertaji." "pupuk I\n1.\n benda yang digunakan untuk menyuburkan tanah (tanam-tanaman), baja;\n2.\n sesuatu yang boleh menyebabkan subur (maju, berkembang, dan lain-lain):\nnasihat itu dirasainya sebagai ~ bagi cita-citanya yang ingin maju; \nkekalahan Jepun menjadi ~ yang memanaskan perkembangan baharu menuju kemerdekaan;\n~ alam \npupuk asli seperti tahi binatang atau daun-daun (bukan yang dibuat oleh manusia), baja asli;\n \n~ buatan \npupuk yang dibuat secara kimia, baja buatan, baja tiruan;\n \n~ hijau \npupuk daripada daun atau tumbuh-tumbuhan, baja hijau;\n \n~ kandang \npupuk daripada tahi binatang (seperti tahi lembu, kerbau, dan lain-lain), baja kandang;\n \n~ kuda \npupuk daripada tahi kuda;\nmemupuk\n1.\n menyuburkan tanah (tanam-tanaman) dengan pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pada, membajai:\ntanah itu dipupuk dengan baja; \n2.\n menggemukkan (badan, binatang, dan lain-lain):\nayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; \n3.\n menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dan lain-lain):\nkarya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; \nmenyemai dan ~ semangat cintakan tanah air;\n pupukan\n hasil (perbuatan) memupuk: \nmasyarakat mulai menerima ~ fikiran moden;\npemupukan\n perbuatan (cara, usaha, dan sebagainya) memupuk:\n~ pengaruh harus banyak mendapat perhatian kita;\n~ satu kesedaran dan semangat kemalaysiaan;\npemupuk\n yang digunakan (dipakai) untuk memupuk." "pupuk II\n= \n~ ubat \nubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan (daun-daunan dan lain-lain) yang ditumbuk atau digiling lumat-lumat dan diletakkan di ubun-ubun dan lain-lain;\n \nmasih berbau ~ jerengau \n[bahasa percakapan] masih muda sangat, masih belum berpengalaman (masih mentah lagi);\nme" "pupul\n[Pahang] gulung (tali kail)." "pupur I\n= \ntepung ~ \n= \npupuran\n bedak;\nberpupur\n berbedak:\nada yang ~ sebelah mukanya sambil berlari-lari pergi melihat;\nmemupurkan\n membedaki (muka dan lain-lain)." "pupur II\nmemupur\n berguling-guling dan berkepak-kepak di tanah dan lain-lain (ayam, burung);\npupuran; \n~ ayam \ntempat ayam memupur." "pupur III\nsejenis tumbuhan (pokok), \nBaccaurea sapida." "pupus I\nhabis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah:\nbekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yang kian ~; \nsebagai seorang yang berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dengan kerana hidupnya yang sengsara itu;\nia sudah ~ \nia tidak mempunyai kaum keluarga lagi;\n \nharta bendanya telah ~ \nharta bendanya habis semuanya;\nmemupuskan\n membinasakan, memunahkan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali:\nadakah kasih sayang kita yang lama bercambah itu akan kita pupuskan?; \napakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dari hatimu?;\n~ malu \nmenghilangkan malu;\nterpupus\n sudah terhapus (hilang, lenyap, dan lain-lain):\nperbuatanmu yang derhaka itu merupakan suatu aib yang tidak akan ~ lagi;\n kepupusan\n hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali:\nkajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; \nmemelihara warisan budaya daripada ~;\npemupusan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) memupuskan, pemusnahan, penghapusan:\nkadar pemulihan hutan yang tidak seimbang dengan kadar ~;\npemupus\n orang yang memupuskan;\n \n~ orang \norang yang menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat." "pupus II\n[Jawa] pucuk yang masih muda, daun muda:\n~ daun pisang." "puput I\n[Minangkabau] sejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup (diperbuat daripada batang padi, daun kelapa, dan lain-lain), wisel, semboyan:\nmenghembus ~; \nkedengaran ~ kereta api;\n berpuput\n1.\n bertiup, berhembus:\nhujan mulai teduh dan angin sejuk pun ~; \nangin laut ~ sepoi bahasa; \n2\n. meniup puput;\nmemuput\n meniup (puput), menghembus:\nair laut itu berolak-olak kecil apabila dipuput angin;\n puputan\n1.\n tiupan;\n \n~ angin; \n2.\n hembusan:\n~ bayu yang menyegarkan; \n3.\n [Brunei] buluh dan lain-lain untuk menghembus angin (menyalakan api)." "puput II\n[Jakarta] sepotong besi untuk mengumpil dan lain-lain, linggis." "puput III\nsejenis ikan laut, belalak mata, \nPellona spp.;\n~ banang = ~ bandang \nsejenis ikan laut, \nHemirhamphus far;\n~ melaka \nsejenis ikan laut, \nPellona spp." "pura I\n[Minangkabau]\n1.\n pundi-pundi yang diperbuat daripada kain (tempat wang), kantung kecil, dompet;\n2.\n [arkaik] tempat memperjualbelikan saham, tempat saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa;\n3.\n [arkaik] wang yang disediakan atau dikumpulkan untuk sesuatu tujuan, dana:\nsekali membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar \n(peribahasa) sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai." "pura II\n[sastera lama] bandar, kota, negeri (Singapura, Inderapura, dan lain-lain)." "pura-pura\ntidak sungguh-sungguh, main-main sahaja:\nbukan sakit sungguh, melainkan ~ saja;\nberpura-pura\n berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan dirinya seperti (seseorang dan sebagainya yang bukannya dirinya yang sebenar), berlagak:\nseorang ahli sihir ~ menjadi seorang perempuan tua yang peramah;\n~ tidak tahu;\n~ tidak melihat; \n \nkepura-puraan\n perbuatan dan lain-lain yang hanya pura-pura sahaja, kepalsuan:\ndia ingin mendedahkan segala ~ yang diamalkan oleh gadis itu." "purah\n[Kelantan] kasar (tidak lumat), berkerutu (tidak licin)." "puras I\npurah." "puras II\npemuras." "purata\nnilai yang diperoleh dengan membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dengan bilangan kuantiti tersebut, hitung panjang;\nmemuratakan\n mengira secara purata:\njika dipuratakan, hasil bijirin seekar yang diperoleh ialah 20.8 pikul;\n pemurataan\n proses atau perbuatan menilai (menghasilkan dan sebagainya) sesuatu secara purata." "purau\n[arkaik] parau." "purba\n[sastera lama] zaman dahulu, dahulu;\n \nmasa (zaman) ~ \nzaman dahulu;\nkepurbaan\n perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) purba." "purbakala\nmasa dahulu sekali, zaman kuno, dahulukala;\nahli ~ \norang yang mempunyai pengetahuan tentang barang-barang atau hal-hal kuno;\n \nilmu ~ \npengetahuan tentang barang-barang atau keadaan zaman kuno;\nkepurbakalaan\n hal (ciri dan sebagainya) yang berkaitan dengan purbakala." "purbarasa\n[arkaik] firasat, prarasa." "purbasangka\n[arkaik] prasangka." "purbawan\norang yang mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang antik." "purbawara\nsejenis drama satu babak yang mengisahkan cerita kuno." "purbawisesa\n[Jawa] [arkaik] kekuasaan sepenuh-penuhnya." "purdah\n1.\n [arkaik] kain (tirai) untuk menutup orang perempuan supaya tidak dapat dilihat;\n2.\n kain (tirai) yang dipakai di muka perempuan (supaya jangan kelihatan);\nberpurdah\n memakai (atau mempunyai) purdah:\napakah wanita yang bertudung dan ~ sukar bertemu jodoh?" "puri I\n1.\n [sastera lama] benteng atau kota yang dilingkungi parit:\n~ dengan lubang-lubang tempat menembak; \n2.\n istana, keraton:\nmengamuk segala dayang dalam ~; \n3.\n ruang atau tempat yang lega dalam istana;\n4.\n (Bali) rumah pemujaan, kuil:\nkemudian nyala api kelihatan membumbung-bumbung dari atas ~." "puri II\nperahan yang pekat daripada buah atau sayur yang dimasak dan ditapis;\nmemurikan\n memproses atau membuat buah-buahan atau sayur-sayuran menjadi puri:\n~ tomato." "puring I\n= \nikan ~ \nsejenis ikan laut." "puring II\n[bahasa percakapan] kain lapisan baju yang di sebelah dalam." "puris\n[Kedah], [Perak] lidi atau bilah-bilah yang kecil;\n~ api \nbilah (anak-anak) mancis api;\n \n~ nyiur \nlidi;\n= purus III." "purisme\nsikap, faham atau aliran yang mempertahankan kemurnian dalam sesuatu perkara, terutamanya bahasa, muzik dan seni." "purit\n[Kelantan];\nmasam ~ \nsangat masam." "purnama\n1.\n = \nbulan ~ \nbulan yang bulat benar pada 14 dan 15 hari bulan mengikut bulan Tahun Hijrah:\nbarang siapa yang ingin melihat keindahan Taj Mahal seindah-indahnya datanglah pada malam 15 ~; \ndi bawah sinar bulan ~;\n~ raya \nbulan purnama yang sebulat-bulatnya;\n \ncahaya ~ \ncahaya bulan yang penuh;\n \npasang ~ \n(air) pasang naik ketika bulan purnama;\n2.\n bulan (tiga puluh hari):\nkadang-kadang sampai dua ~, kadang-kadang sampai empat ~ baru ia pulang." "puru\n1.\n sakit patik, \nFramboestia tropica;\n~\n \nbunga \nbelang putih-putih pada kulit tanda akan sakit puru (patik);\n \nibu ~ \npuru yang besar;\n2.\n sejenis penyakit kulit;\n jenis-jenisnya:\n~ dedak, ~ jahat, ~ koci, ~ sekam, ~ sembilik, \ndan lain-lain;\ngetikkan ~ di bibir \n(peribahasa) tidak dapat membenci anak isteri (keluarga) yang buruk kelakuannya;\n \norang yang ~ gatal tubuhnya nescaya menggaru juga kerjanya \n(peribahasa) sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat laun nampak juga oleh orang;\nberpuru\n menghidap sakit puru." "puruh\nrumput ~ batu \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput kepala lalat, \nFimbritylis diphylla." "puruk I\n[Minangkabau];\nmemurukkan\n1.\n memasukkan ke dalam lubang dan lain-lain, membenamkan, memperosokkan:\nkakinya itu dipurukkannya ke dalam lumpur;\n~ kapal ke laut \nmenenggelamkan kapal ke laut;\n2.\n memasukkan (ke dalam, ke bawah), menjejalkan, menyusupkan:\nia ~ badannya di bawah longgokan kain;\nterpuruk\n1.\n terbenam:\nmatahari ~ di balik pergunungan; \nmatanya ~ \nmatanya terbenam;\n2.\n terperosok, terperlus:\nkakinya ~ ke dalam lubang." "puruk II\n~-porak \n[sastera lama] porak-peranda, terserak-serak." "purun\n= \n~ danau \nsejenis tumbuhan (rumput), \nLepironia articulata (mucronata);\n~ tikus \ntumbuhan (rumpai), \nFimbristylis globulosa; \nrumput ~ batu \nsejenis tumbuhan (rumpai),\na) rumput serai jantan (janggut kuau, kepala lalat halus, salah pemakai), \nFimb" "purung\nsejenis ikan laut, \nLycothrissa crocodilus." "purus I\n[Jawa] sejenis puting pada pangkal tiang rumah dan lain-lain (yang dimasukkan ke dalam batu sendi)." "purus II\n= memurus, murus\n [Indonesia] sakit buang-buang air;\nurus II." "purus III\n[Kedah] lidi (kelapa), bilah-bilah yang halus;\n= puris." "purut\nberbintil-bintil, kasap, kasar (kulit);\n \nlimau ~ \nsejenis limau yang kasap kulitnya, \nCitrus papeda." "purwakanti\n[Jawa] persesuaian bunyi pada beberapa kata, sajak." "pus\n1.\n [Indonesia], [kata seru] kata untuk memanggil kucing;\n2.\n [Kedah], [kata seru] kata untuk menghalau kucing." "pusa\n[arkaik] desakan (dorongan, keinginan), hal, hasrat." "pusaka\n1.\n segala harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal (untuk diwarisi oleh keluarganya dan lain-lain), warisan:\nayahnya baru meninggal dunia dengan meninggalkannya ~ yang agak banyak juga; \n2.\n sesuatu yang diwarisi turun-temurun;\n \nadat ~ \nadat yang turun-temurun;\n \nkeris (tanah) ~\n keris (tanah) yang diwarisi turun-temurun;\n3.\n = \nharta ~ \n[Minangkabau] harta turun-temurun daripada nenek moyang yang boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dan lain-lain;\n~ rendah \npusaka yang diperoleh daripada orang perseorangan (barang-barang pemberian dan lain-lain);\n \n~ tinggi \nharta pusaka yang dimiliki oleh kaum (tanah dan lain-lain);\nberpusaka\n beroleh (memiliki) pusaka;\nmemusakai\n menerima (mewarisi) pusaka daripada:\nkepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka; \nwaris-warisnya ~ hartanya;\n memusakakan\n meninggalkan (memberi) pusaka kepada:\ndalam wasiatnya segala hartanya dipusakakan kepada isteri dan anaknya." "pusal\nkusal." "pusam\ntidak bercahaya, kabur, kusam." "pusang\n[arkaik]\n1.\n = \n~ hati \ntidak tenteram hati, rusuh hati, gelisah:\ndi dalam hati sangatlah ~ melihat pangkalan ditutup pasang; \n2.\n = \nperut ~ \nperut busung." "pusar I\n= \n~ kepala \n= \npusar-pusar\n rambut yang merupakan lingkaran (di kepala dan lain-lain)." "pusar II\nberpusar, berpusar-pusar\n berkisar, berpusing, berputar (kisaran angin, olak air, dan lain-lain):\nfikirannya ~; \ncerita ini ~ pada soal cinta;\n memusar\n1.\n memutar, memusingkan, mengisarkan;\n2.\n menghancurkan (daun sirih dan lain-lain) yang dihimpit antara tapak tangan yang dipusing-pusing;\npusaran\n1.\n sesuatu yang berpusar, barang apa yang berpusar;\n2.\n gerakan berpusar, kisaran, pusingan, putaran:\nkelasi-kelasi berdayung menghindarkan diri dari ~ air kapal yang akan tenggelam;\n~ angin \nkisaran angin;\n \n~ telefon \nputaran telefon;\nperpusaran\n perihal berpusar, perkisaran, perputaran." "pusar III\n[Jawa] pusat;\n \ntitik ~ \ntitik pusat." "pusara I\n[Minangkabau] kubur, perkuburan." "pusara II\n[Jawa] tali (teraju, pimpinan);\n \nmemegang ~ negara \nmemegang pimpinan negara." "pusat\n1.\n lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dengan uri ketika baru lahir):\nmaka dikerat ~nya lalu dibedung dengan kain putih; \ntali ~ \nusus yang menyambungkan perut bayi dengan uri;\n2.\n = \npusatan\n titik yang di tengah-tengah sekali (pada bulatan, lingkaran rajah, dan lain-lain);\n \ngaris(an) ~ \ngaris(an) yang di tengah-tengah;\n3.\n kawasan (daerah) yang letaknya di tengah-tengah benar:\nMasjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur; \n4.\n punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dan lain-lain, tempat yang menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dan sebagainya yang utama atau tertentu:\nKuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; \nUniversiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional;\n~ penjagaan kanak-kanak dan bayi;\n~ kesihatan; \nkantor ~ \n[Indonesia] ibu pejabat;\n \nkerajaan (pemerintah) ~ \nkerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional;\n \npemimpin ~ \npemimpin yang terutama (dalam syarikat dan lain-lain), pemimpin di peringkat kebangsaan;\n5.\n [Indonesia] kerajaan atau pemerintah pusat;\n \nkuasa ~ \nkuasa kerajaan pusat;\n \n~ air \nbahagian tengah pusingan air yang berupa lekuk;\n \n~ alam (bumi) \nbahagian tengah alam (bumi);\n \n~ belia \ntempat belia berkumpul;\n \n~ berat \ntitik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda);\n \n~ dialisis \ntempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah;\n \n~ jala \npertengahan jala;\n \n~ jalan \ntempat tumpu jalan dari berbagai-bagai hala (dalam bandar);\n \n~ kesihatan (bidan) \nklinik;\n \n~ latihan \ntempat diadakan latihan;\n \n~ pemerintahan (kerajaan) \ntempat yang jadi pokok kedudukan pemerintahan negara;\n \n~ pengajian (tinggi) \n= \n~ ilmu pengetahuan \nsekolah (tinggi), institut, dan lain-lain;\n \n~ penyelidikan (percubaan) \ntempat diadakan penyelidikan;\n \n~ perhatian (pemerhatian) \nobjek yang jadi tumpuan perhatian;\n \n~ perusahaan \ntempat yang jadi pokok kedudukan perusahaan;\n \n~ serenti \ntempat pemulihan orang yang bermasalah, terutamanya yang berkaitan dengan penagihan dadah;\n \n~ tali air \ntempat kawalan bekalan air;\n \n~ tenaga elektrik (listrik) \n[Indonesia] kilang pembangkit elektrik;\n \n~ jala pumpunan ikan \n(peribahasa) orang yang jadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dalam sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan);\nsepusat\n (Matematik) sama (satu) titik yang di tengah-tengah (pada bulatan):\nbulatan ~;\nberpusat\n1.\n seluruhnya berpunca (daripada), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pada), bertumpu (pada):\nkebanyakan cerita yang dikemukakannya ~ pada tema yang sangat sederhana dan biasa sahaja; \nperbualan mereka biasanya ~ pada soal kenaikan harga barang-barang; \n2.\n mempunyai pusat (di), berkedudukan (di):\nYamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yang ~ di Betawi;\nberpusatkan\n mempunyai pusat di:\nberkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yang ~ istana;\n memusat\n menumpu, mengarah, menuju:\nfikirannya lebih memberat dan lebih ~ pada soal lain;\n memusatkan\n mengarahkan (mengumpulkan, menujukkan, dan lain-lain) ke suatu tempat (perkara, titik, dan lain-lain):\nMalaysia ~ ekonominya kepada pengeluaran getah dan bijih timah; \napabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam; \nsebahagian daripada kekuatan tentera dipusatkan di sempadan;\nterpusat\n diletakkan di bawah kawalan pusat:\n organisasi perniagaan dalam bentuk ~;" "pusatan\n[arkaik] pusat;\npemusatan\n perbuatan memusatkan:\nSultan Perak menentang ~ yang terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur;\n~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua;\n~ angkatan perang di sempadan." "puser\n[Jawa] \n= pusar III." "pusing\n1.\n [bahasa percakapan] berputar;\n \n~ belit \nakal (perkataan, tipu daya, dan lain-lain) yang berbelit-belit;\n \ncakap ~ \nberputar balik (perkataannya);\n2.\n = \n~ kepala \nsakit kepala, pening:\nia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; \n3.\n hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung:\nsampai ~ saya dibuat olehnya; \n4.\n = \npusing-pusing\n [bahasa percakapan] bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah:\njanganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; \n5.\n [bahasa percakapan] turut memikirkan dan lain-lain, endah, peduli:\nsaya tidak ~, itu bukan urusan saya; \n(tidak) ambil ~ \n[bahasa percakapan] (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan;\n6.\n = \ndadu ~ \n[Indonesia] dadu putar, sintir;\n \n~ ganti\n (Ekonomi)\na) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan;\n b) nisbah jualan dengan purata stok untuk sesuatu tempoh yang dinyatakan;\nberpusing\n1.\n berputar (baling-baling, kipas, roda, dan lain-lain):\nenjin sebuah motokar ~ 4 kali tiap-tiap kali rodanya ~;\nbumi ~ di paku alamnya; \n2.\n beralih hala, berubah arah:\nkanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur;\n berpusing-pusing\n1.\n berputar-putar, berkisar-kisar, berpusar-pusar:\nperahu ~ dihempaskan ombak; \nia dipukul pada kepalanya, ~ lalu rebah; \n2.\n bergerak berkeliling:\nhelikopter ~ di udara mengakap; \nberjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi;\nmemusing\n memutar:\n~ skru;\n~ jarum jam;\nmemusingkan\n1.\n menjadikan berpusing, memutar:\napabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga;\n~ undang-undang \nmemutarbalikkan maksud undang-undang;\n \n~ wang (modal) \nmengedarkan wang untuk berniaga, memperniagakan;\n2.\n = \n~ kepala \nmenyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala:\nsemua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; \nada beberapa hal yang ~ saya masa ini; \n3.\n menghilangkan akal, membingungkan, menyukarkan, menyusahkan:\ncara menghafal satu-satu seperti pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; \n4.\n bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan:\nsegala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; \n5.\n mengalihkan hala, mengubah arah:\n~ mukanya ke arah lain; \nia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain;\nterpusing-pusing\n bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dan lain-lain) tidak tentu hala:\nbeberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut;\n pusingan\n1.\n gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran;\n \npiala ~ \npiala yang menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dan lain-lain);\n \n~ wang \n(Ekonomi) gerakan berpusing wang dalam masyarakat;\n2.\n (Geografi) gerakan berpusing pada satu titik pusat:\nkelajuan ini sama dengan kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; \n3.\n bahagian permainan (pertandingan dan lain-lain) yang tertentu waktunya, babak;\nperpusingan\n1.\n perkisaran, perkitaran, perputaran;\n2.\n perihal berpusing-pusing (perkara dan lain-lain);\npemusingan\n perbuatan memusingkan, pemutaran;\npemusing\n1.\n [Indonesia] alat atau mesin yang menggunakan tenaga pusingan;\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk memusing, alat pemutar (obeng dan lain-lain);\n3.\n [arkaik] orang yang bersifat putar belit." "puspa I\n[sastera lama] bunga;\n \n~ hati \nki kekasih, buah hati;\n \ntaman ~ (sari) \ntaman bunga, jambangan." "puspa II\n[Brunei] mahkota;\nberpuspa\n bermahkota;\n \nselamat ~ \nselamat bermahkota;\nperpuspaan\n permahkotaan, pertabalan." "Puspakom\nakronim bagi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer." "Puspanita\nakronim bagi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia." "pusparagam\n1.\n [sastera lama] aneka warna, berbagai-bagai warna, berwarna-warni;\n2.\n himpunan berbagai-bagai lagu (muzik)." "puspas\n[Indonesia-Belanda] bercampur tidak tentu, campur aduk." "PUSPATI\nakronim bagi Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail." "puspawarna\n1.\n [sastera lama] warna bunga;\n2.\n [sastera lama] berwarna-warna, berbagai-bagai, bermacam-macam." "puspita\n[sastera lama] bunga;\n \n~ hati \nkekasih hati." "pusta\nsejenis perahu (kapal) zaman dahulu." "pustaka\n1.\n [sastera lama] kitab, buku;\n2.\n kitab ramalan, perimbon;\n \ntaman ~ = balai ~ \na) tempat simpanan (persediaan) buku-buku untuk digunakan;\n b) = \nperpustakaan\n kumpulan buku (bacaan dan lain-lain);\n3.\n (Komputer) kumpulan atur cara, rutin, atau subrutin yang disimpan secara tersusun dalam storan untuk kegunaan pengguna atau atur cara lain;\nperpustakaan\n1.\n kumpulan buku (bacaan dan lain-lain);\n2.\n bangunan (bilik dan lain-lain) yang mengumpulkan buku-buku (untuk bacaan dan lain-lain);\n3.\n = \nkepustakaan\n kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan;\n~ awam \nperpustakaan yang perkhidmatannya terbuka kepada masyarakat umum (orang ramai);\n \n~\n \nbergerak \nperpustakaan yang dibawa kepada masyarakat (dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan kenderaan);\nkepustakaan\n1.\n kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan;\n2.\n senarai buku yang dipakai untuk mengarang dan lain-lain, bibliografi;\n3.\n semua buku (terbitan, hasil karya, dan sebagainya) tentang sesuatu bidang ilmu pengetahuan dan sebagainya." "pustakawan\norang yang mempunyai pengetahuan yang dalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan;\nkepustakawanan\n hal (ciri, sifat, fungsi dan sebagainya) yang berkaitan dengan pustakawan." "pustul\n(Perubatan) jerawat yang mengandungi nanah." "pusu I\n[arkaik] busut, longgok, timbunan;\n= pongsu I." "pusu II\nkelompok;\nberpusu, berpusu-pusu\n berkelompok-kelompok, berduyun-duyun:\norang ~ berdiri di kaki lima; \naskar Jepun berpusu-pusu menaiki kereta api." "pusu III\n[Minangkabau] = \nberpusu, berpusu-pusu\n kusut atau berterbangan ke sana sini (asap, kekabu, rambut, dan lain-lain):\nia menyapu-nyapu rambut anaknya yang ~ kerana angin; \nasap rokok mula berpusu-pusu dari mulutnya; \nfikiran yang berpusu-pusu \nfikiran yang kusut;\n \nlari berpusu-pusu \nlari ke mana-mana tidak tentu hala." "pusung\n[Minangkabau] bodoh, pandir, tolol." "pusut\n[Jakarta] pencucuk, penggerek, penusuk (jarum dan lain-lain);\nmemusut\n mencucuk, menggerek, menusuk." "putar\ngerakan berpusing (bertukar arah);\n \n~ alam \ncenderung melakukan tipu daya atau tipu muslihat;\n \n~ negeri \nperebutan kekuasaan pemerintah, revolusi;\nseputar\n [Jakarta] sekeliling, sekitar, sepanjang:\n~ kampung;\n~ malam; \nkejadian ~;\n berputar\n1.\n berpusing, berkisar, berkitar, berpusar:\nanak kunci ~; \nceritanya ~ pada soal cinta; \nroda ~ dengan kelajuan 3 radian tiap-tiap saat; \n2.\n berganti arah, berbelok, berkelok:\nia ~ ke jurusan lain; \n3.\n beredar (bergerak, berjalan) berkeliling:\n~ dari pejabat ke padang tenis; \nwang baru Malaysia sudah ~; \nkapal terbang itu dua kali ~ di atas kota; \n~ fikiran \nberubah fikiran;\n \n~ haluan \nberganti haluan;\n \n~ kecek (cakap) \nberalih (berubah) percakapan;\n \n~ lidah \nberbelit-belit perkataannya, mengingkari janji, berbohong;\nberputar-putar\n1.\n berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar:\nbaiklah jangan ~ pada keterangan ini sahaja; \nsebuah kereta radio polis dengan lampu birunya ~; \n2.\n = \nberputar\n bergerak (berjalan, terbang, dan lain-lain) berkeliling:\nmereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yang ~ di pasar itu; \n3.\n tidak langsung menuju (tempat dan lain-lain yang dimaksudkan, tujuan yang sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dan lain-lain);\nmemutar\n1.\n menjadikan berputar, memusing(kan):\n~ dadu;\n~ skru; \n2.\n mengubah arah dan lain-lain, membelokkan, mengelokkan:\nmeriam itu diputar ke arah kapal perang yang sedang belayar; \nkesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kepada yang lebih sempurna; \n3.\n membelit-belitkan (perkataan dan lain-lain), membolak-balikkan (kebenaran dan lain-lain):\nkebenaran tidak dapat diputar-putar; \nia seorang yang pandai ~ perkataan; \n4.\n memindahkan (tanaman dan lain-lain):\napabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; \n5.\n mencampur, mengaduk, mengarau;\n~ enjin \nmenghidupkan enjin;\n \n~ filem \nmempertunjukkan filem;\n \n~ lidah \nmembelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji;\n \n~ otak \nmemikirkan dengan sungguh-sungguh (atau dengan susah payah);\n \n~ percakapan (cakap kecek, perbualan) \nmengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kepada perkara lain;\n \n~ wang (modal) \nmenjalankan wang untuk berniaga;\nmemutarkan\n1.\n menggerakkan supaya berputar, memusingkan:\n~ jarum jam ke belakang; \n2.\n memutar untuk orang lain;\nmemperputarkan\n1.\n memperedarkan (wang, barang dagangan, dan lain-lain);\n2.\n mengeluarkan dan menjalankan wang dalam perniagaan dan lain-lain;\nterputar\n1.\n memutar atau diputar dengan tidak sengaja;\n2.\n dapat atau berupaya memutar:\ndia tidak ~ skru itu kerana terlalu ketat;\nputaran\n1.\n gerakan berputar, kisaran, kitaran, pusingan;\n \nbeberapa ~ \nbeberapa kali berputar;\n2.\n sesuatu yang diputar (tombol pada radio dan lain-lain, roda pada mesin jahit, dan lain-lain), sesuatu yang dipindahkan (dialihkan dan lain-lain);\n \n~ air \nkisaran air;\n \n~ angin \na) kisaran angin;\n b) pergantian angin;\n~ filem \npertunjukan filem (gambar);\n \n~ masa \npusingan atau perubahan masa;\n \n~ nasib \nperubahan (baik atau buruknya) nasib;\nperputaran\n1.\n perihal berputar-putar, perkisaran:\n~ semua baling-baling itu sama cepatnya; \n2.\n peralihan (perubahan, pergantian) masa atau keadaan dan lain-lain:\nbersiap sedia untuk menghadapi sendiri ~ sejarah pada masa akan datang; \n3.\n pergerakan (wang, peristiwa, kehidupan, dan lain-lain) yang merupakan lingkaran, proses perdagangan (wang dijadikan bahan dan diproses dan kemudian menjadi wang lagi);\npemutaran\n perbuatan memutar(kan):\nminyak melicinkan ~ sebuah roda;\npemutar\n1.\n alat untuk memutar:\n~ pancur air;\n~ piring;\n~ skru; \n2.\n orang yang memutar;\n \n~ semangat \nki sesuatu (nasihat dan lain-lain) yang memulihkan atau mendatangkan semangat." "putar balik\n1.\n berbelit-belit (perkataan dan lain-lain), bolak-balik;\n2.\n mantera untuk memanggil pulang orang yang berpergian;\nmemutarbalikkan\n1.\n memutarbelitkan;\n2.\n membalikkan, memusing balik (semula), mengubah (arah, kedudukan, dan lain-lain):\nbagaimanapun diputarbalikkan, pilihan kata adalah syarat syair yang mengenai bentuk lahir." "putar belit\nakal (tipu muslihat, tipu daya, dan lain-lain) yang berbelit-belit:\nberita itu mengandungi segala macam ~;\nberputar belit\n berlaku tidak jujur, berubah-ubah janjinya dan lain-lain;\nmemutarbelitkan\n mengubah-ubah janji (kebenaran, perkataan, dan sebagainya) dengan tujuan untuk menipu dan sebagainya:\nkita tidak harus ~ fakta-fakta sejarah." "putarwali\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar seruntun, batang wali, gasing-gasing, \nTinospora tuberculata; \nsungguhpun ~ itu raja segala penawar tetapi pada kebanyakan selera ialah hamba segala makanan \n(peribahasa) sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna tetapi kebanyakan orang tidak hendak menerimanya." "putat\nsejenis tumbuhan;\n jenis-jenisnya:\n~ air \nsejenis tumbuhan (pokok), \nBarringtonia conoidea;\n~ darat = ~ bukit = ~ gajah = ~ rimba \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nBarringtonia sumatrana;\n~ gajah = ~ hutan = ~ tuba \nsejenis tumbuhan (pokok), \nBarringtonia scortechini;\n~ hutan = ~ bukit putih = ~ darah = ~ gajah = ~ talang \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nBarringtonia macrostachya;\n~ kampung = ~ darat = ~ kedul = ~ padi \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nBarringtonia racemosa;\n~ laut = ~ air = ~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok), peratun, \nBarringtonia asiatica;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nBarringtonia fusiformis; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar telur bujuk, dagan, dagum, serapat akar, telinak, \nGnetum tenuifolium." "putera\n1.\n anak raja yang laki-laki;\n \n~ mahkota \nanak raja bakal pengganti ayahnya (bakal raja);\n2.\n anak atau anak laki-laki (untuk menghormati);\n \n~ Malaysia;\n~ bumi \nbumiputera;\nberputera\n1.\n mempunyai putera, beranak:\nadalah ia ~ dua orang; \n2.\n melahirkan anak (laki-laki), bersalin:\npermaisuri pun ~lah seorang laki-laki;\n berputerakan\n [sastera lama] mempunyai sebagai putera (anak), beranakkan:\nadapun baginda itu ~ Sultan Mahmud;\n diputerakan\n dilahirkan (anak):\nbaginda ~ di Istana Anak Bukit pada 28 November 1927;\nkeputeraan\n1.\n darjat sebagai putera raja:\n dia menjaga ~ raja Thai;\n 2\n. kelahiran;\n \nhari ~ \nhari kelahiran;\n \nulang tahun ~ \nulang tahun kelahiran." "puteranda\nanakanda, putera." "puteri I\n1.\n [sastera lama] anak raja yang perempuan;\n \ntuan ~ \nanak perempuan raja, permaisuri raja;\n2.\n anak perempuan (untuk menghormati), (kaum) wanita:\npandu ~;\n~ sejati;\n~ malam \n[arkaik] [kiasan] bulan.\nkeputerian\n hal (sifat, darjat dan sebagainya) yang berkaitan dengan puteri." "puteri II\n~ malu \nsejenis tumbuhan (pokok renek), keman, \nMimosa pudica; \nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (anggerik), bunga bidadari, ekor gajah, \nGrammatophyllum speciosum; \ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), adap-adap, balik adap, serogah, \nMusaenda glabra." "puteri III\n~ mandi \n[Kelantan] sejenis kuih." "puti\n[Minangkabau] [arkaik] gelaran bagi wanita keturunan raja-raja, puteri." "putih I\n1.\n warna yang paling cerah (seperti warna kapas), lawan hitam:\nbahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~; \norang ~ = bangsa kulit ~ \nbangsa Eropah;\n2.\n [kiasan] bersih, murni, suci;\n~ bersih \nputih lagi bersih, putih sekali;\n \n~ gading \nwarna putih kekuning-kuningan (seperti warna gading);\n \n~ hati \na) lurus hati, jujur;\n b) baik hati (suka menolong dan lain-lain);\n \n~ krim \nwarna putih bercampur kuning (berkenaan (dengan) kain, cat dan sebagainya);\n \n~ kuning \na) kuning langsat (warna kulit yang elok);\n b) kekasih;\n \n~ langsat \nputih kuning;\n \n~\n \nlesi \nputih pucat (putih sekali);\n \n~ lueh (sueh) \n[Kelantan] putih lesi;\n \n~ melepak \nputih sekali, putih benar;\n ~ metah\n putih sekali;\n \n~ pucat\n putih lesi;\n (ber)putih mata \na) mendapat malu;\n b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yang tidak senonoh, menunggu lama-lama dan lain-lain);\n c) terlepas (peluang dan lain-lain);\n \n~ sepor \n[Kelantan] putih sekali;\n \n~ telur \na) bahagian daripada isi telur yang putih warnanya;\n b) albumin (zat yang sebatian kimianya seperti putih telur);\n \n(sampai) ~ tulang \n(sampai) mati;\n \n~ umbut \nputih dan lembut;\n~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat \n(peribahasa) baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia;\n \n~ di luar kuning di dalam \n(peribahasa) perihal orang yang kelihatan baik pada lahirnya tetapi jahat di dalam hatinya;\n \n~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan \n(peribahasa) putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pada keadaannya (tingkah lakunya);\n \nbelum tentu hitam putihnya \n(peribahasa) belum tentu keputusan sesuatu perkara;\n \n(ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang daripada (ber)putih mata \nlebih baik mati daripada menanggung malu;\n \nsuruh ~ hitam datang \n(peribahasa) kemuliaan yang dikejar kehinaan yang diperoleh;\nberputih; \n~ mata \n(peribahasa) berhiba hati menanggung rindu (seperti seorang muda melihat tunangnya diambil orang);\nmemutih\n1.\n menjadi putih, nampak putih-putih:\n~ seperti kapas; \nrambut mulai ~; \n2.\n kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dan lain-lain):\n~ kelihatan orang berhimpun di padang itu;\n memutihi\n menyebabkan berwarna putih pada (oleh sesuatu):\nkepalanya yang diputihi uban itu diusap-usap;\nmemutihkan\n1.\n memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri:\n~ kain dengan bahan kimia; \n2.\n menjemur (kain dan lain-lain) sesudah disabun atau direndam dalam air sabun, mengelantang (kain dan lain-lain):\n~ kain seperah;\nmenghitamkan dan ~ \nki menentukan, membuat keputusan;\n \n~ mata \nki\na) memalukan;\n b) menyakiti hati;\nkeputihan\n1.\n keadaan atau hal putih;\n2.\n sejenis penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih);\nkeputih-putihan\n agak putih, kelihatan putih;\npemutihan\n1.\n perihal (proses atau perbuatan) menjadikan berwarna putih atau cerah:\nramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; \n2.\n gerakan (program atau proses) yang dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) untuk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin:\nsejumlah 900,000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu." "putih II\n[Perak] nama timang-timangan untuk anak lelaki dan perempuan yang keenam atau ketujuh, teh." "putih III\nsejenis ikan darat, tebal sisik, \nPuntius binotatus." "putih IV\nkayu ~ \na) sejenis tumbuhan (pokok), gelam, \nMelaleuca leucadendron; \nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), naga buana (jumat), kelarut tanjung semelit patung, ubat kelumut, \nPhyllanthus pulchar." "putik\nbuah yang baru jadi (bakal buah), buah yang masih muda dan kecil;\n \n~ mempelam \nbuah mempelam yang baru jadi;\nberputik\n1.\n mulai mempunyai putik, mulai berbuah:\nrambutan kami sudah mulai ~; \n2.\n [kiasan] menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dan lain-lain)." "puting I\n1.\n hujung yang runcing pada pangkal parang (pisau dan lain-lain) yang dimasukkan ke dalam hulu;\n2.\n [kiasan] kelentit;\n3.\n sisa kayu (rokok dan lain-lain) yang pendek-pendek, puntung:\nmemungut ~ rokok di atas jalan; \n4.\n = \n~ tetek (susu) \nbahagian hujung tetek;\n5.\n susu palsu (diperbuat daripada getah dan lain-lain):\nanak itu diajar menghisap ~ kosong;\n~ beliung \na) pangkal beliung;\n b) = \nangin ~ beliung \nangin puyu;\n \n~ cepu-cepu \nhujung tiang (perahu dan lain-lain);\n \n~ damar \ntangkai suluh yang dibuat daripada damar;\n \n~ kayu \n[bahasa percakapan] puntung kayu, sisa kayu (yang pendek-pendek);\n \n~ rokok \n[bahasa percakapan] sisa rokok;\n \n~ tunam \n[sastera lama] tali api-api untuk memasang meriam, murang;\nberputing\n1.\n ada putingnya:\nbeliung ialah sejenis mata pisau yang tajam lagi ~; \n2.\n [bahasa percakapan] jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja lagi:\nrokoknya dah ~." "puting II\n~\n \nbeliung \nsejenis ikan darat, susah batu, \nHomaloptera spp.;\n~ damar \nsejenis ikan laut, \nSillago sihama." "putu\n1.\n = \n~\n \nkacang\n sejenis penganan yang dibuat daripada kacang hijau yang ditumbuk dengan gula;\n2.\n = \nkuih ~ \nsejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras dan lain-lain;\n jenis-jenisnya:\n~ buluh, ~ mayang, ~ piring." "putung\n[Kelantan];\n~ kalung \nkayu untuk memunggal." "putus\n1.\n tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dan lain-lain (tali dan lain-lain):\nanjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; \n2.\n [kiasan] tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dan lain-lain):\n~lah sudah tali persahabatan antara mereka; \nperhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; \n3.\n berakhir, habis, selesai:\nkampung yang tidak pernah ~ makanan; \nperundingan sudah ~ \nsudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dan lain-lain);\n \nsampai sekarang pun perkara itu belum ~; \nfikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; \nkata ~ \nkepastian, keputusan, ketentuan;\n~ akal \nhabis akal, tidak tahu apa yang harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung);\n \n~ arang \nputus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dan lain-lain);\n \n~ bicara \na) = \n~ ikhtiar \nsudah habis ikhtiar, hilang akal;\n b) = \n~\n \nkata \nsudah selesai (pembicaraan, perkara, dan lain-lain);\n c) = \n~ kata \nsudah mendapat kata sepakat;\n \n~ haid \nterhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pada sekitar umur 50 tahun, menopaus;\n \n~ harap (harapan) \ntidak mempunyai harapan lagi;\n \n~ harga \na) harga mati, harga tetap;\n b) sudah sesuai mengenai harganya;\n \n~ limau = ~ ubat \nupacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dengan berkenduri atau mandi air buyung);\n \n~ loteri \n[Indonesia] menang loteri;\n \n~ muafakat (pakat) \nsudah mendapat kata sepakat;\n \n~ nafas \na) tidak dapat bernafas;\n b) mati;\n \n~ niat \na) sudah tetap hati;\n b) sudah tercapai maksudnya;\n \n~ nyawa (jiwa) \nmati;\n \n~ rezeki \nkehilangan mata pencarian;\n \n~ saudara \ntidak lagi mengaku bersaudara;\n \n~ suap \nkehabisan nasi tambah ketika sedang makan;\n \n~ umur \nmati;\n~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu \n(peribahasa) bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti;\n \n~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) \n(peribahasa) sesuatu hal diputuskan dengan menilik asalnya;\n~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak \n(peribahasa) kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan);\n \n~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba \n(peribahasa) perihal seseorang yang kematian suaminya (bercerai dengan taulan yang diharap);\nputus-putus\n1.\n kerap kali putus, selalu putus;\n2.\n = \nberputus-putus, berputusan, terputus-putus\n berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti:\nberbicara dalam bahasa Inggeris dengan terputus-putus; \nsuara ~ \nsuara yang terhenti-henti;\n \ndiparangnya tombak-tombak itu habis ~; \ntidak ~(nya) \ntidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja);\n \nbelum ~ \nbelum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi;\nberputusan\n berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus:\nhabis ~ batang pinang; \ntiada ~ \ntiada putus-putus (habis-habis);\nmemutus; \n~ jalan \na) menghalangi (merosakkan dan lain-lain) jalan;\n b) memotong (memintas) jalan;\n \n~ perkataan orang \nmenyela (memenggal) perkataan orang;\nmemutusi\n [arkaik] = \nmemutuskan\n menentukan;\nmemutuskan\n1.\n menjadikan putus, mengeratkan:\naneh sekali perkara yang sekecil itu rupanya yang ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; \nperhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; \n2.\n menyelesaikan (sesuatu yang sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dan lain-lain):\nfikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; \nmereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; \ntiba-tiba dia ~ ceritanya yang baru hendak dimulai; \n3.\n mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan:\nkuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; \nkalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kepada orang tua-tua atau guru; \n4.\n menjatuhkan hukuman, menghukum:\nsesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah;\n~ cakap \nmenyela cakap orang;\n \n~ fikiran (hati, niat) \nmenetapkan fikiran (hati, niat);\n \n~ nyawa (umur) \na) membunuh, mematikan;\n b) mati;\nterputus\n terhenti, terpenggal:\nsayang ceritanya ~ di tengah-tengah; \nsetiap orang yang mati akan ~ segala amalannya;\nputusan\n1.\n barang apa yang sudah putus:\n~ tali; \n2.\n = \nkeputusan:\n aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku;\nkeputusan\n1.\n kesudahan, akhir, penghabisan:\nsampai mana ~ sungai ini? \n2.\n putusan, ketentuan, ketetapan:\nia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; \nsemua ~ parlimen diambil dengan suara yang lebih daripada separuh; \n3.\n = \nputusan\n kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan:\ndaripada kejadian yang berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yang mesti dijalankan; \n4.\n = \nputusan\n pertimbangan atau ketentuan (yang dijatuhkan oleh hakim):\nmengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; \n5.\n = \nputusan\n kesudahan (pemeriksaan dan lain-lain), hasil:\n~ pilihan raya itu sungguh mengejuntukan;\n~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pada bulan Mac; \n6.\n mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dan lain-lain), kehabisan:\njentera yang kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; \nia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja;\n~\n \nasa \nperihal menderita putus asa;\n \n~ benar \nsangat kekurangan (wang dan lain-lain);\nberkeputusan\n mempunyai keputusan (kesudahan dan sebagainya);\n \ntidak ~ \ntidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir;\nperputusan\n perihal berputus, perceraian, perpisahan;\npemutusan\n perbuatan memutus(kan);\npemutus\n1.\n alat atau orang yang memutus(kan);\n2.\n yang memutuskan, penentu:\nkata ~; \nkuasa ~; \nundi (suara) ~ ." "putus asa\nhabis atau hilang harapan, tidak ada harapan lagi;\nberputus\n \nasa\n putus asa;\nkeputusasaan\n perihal putus asa." "putut\n[sastera lama] peputut." "puyan I\n[Jakarta] benda yang kotor (daki dan lain-lain), kotoran;\nberpuyan\n kotor, berdaki:\nmotokarnya ~ dan berdebu." "puyan II\n[Kelantan] musim (buah-buahan dan lain-lain)." "puyeng\n[Jakarta] pening." "puyer\n[bahasa percakapan] serbuk, bubukan (ubat)." "puyu I\nangin ~ \nangin yang berkisar (berpusing-pusing), angin puting beliung." "puyu II\n= \nikan ~ \n= \npuyu-puyu, pepuyu\n sejenis ikan darat, \nAnabas terstudineus;\n~ laut \nsejenis ikan laut, \nScolopsis vosmeri; \nbagai ~ di air jernih \n(peribahasa) perihal orang yang senang kehidupannya." "puyu III\n[Minangkabau];\nmemuyu-muyu\n menggosok-gosok atau menyapu-nyapu (mata)." "puyuh I\nsejenis burung kecil yang tidak berekor, \nTatnix suscitator atrogularis;\nbagai ~ laga \n(peribahasa) percakapan yang tidak habis-habis;\n \nmati ~ hendakkan ekor \n(peribahasa) menghendaki sesuatu yang mustahil didapati;\n \nsembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan \n(peribahasa) perihal orang yang berbuat sesuatu yang tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui;\n \nseperti ~ mahu yang betina daripada yang jantan \n(peribahasa) perihal isteri yang berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja)." "puyuh II\nbintang ~ \nbintang tujuh;\n \n~ berlaga \nsejenis bintang dua (kembar)." "puyuh III\npuyu I." "PVC\n[kependekan] \npolyvinyl chloride \n(sejenis bahan plastik yang digunakan untuk membuat barang-barang seperti kasut, pembalut sofa, pakaian dan sebagainya)." "PWTC\n[kependekan] \nPutra World Trade Centre \n(Pusat Dagangan Dunia Putra)." "q\nhuruf ke-17 abjad Rumi." "qada I\n~ hajat (besar) \nbuang air (besar)." "qada II\n[Arab] menggantikan (mencukupkan, membayar) fardu yang ketinggalan;\n \n~ puasa \nberpuasa untuk mencukupkan (membayar) puasa yang tertinggal;\n \n~ sembahyang\n bersembahyang untuk mengganti (membayar) sembahyang yang tertinggal;\nmengqada\n melakukan qada:\nkalau sakit dibolehkan tidak berpuasa, tetapi mesti ~nya pada hari yang lain." "qadak\n[Arab] hukum atau takdir Allah:\n~ dan qadar." "qadar\n[Arab] keputusan (ketentuan) Tuhan, takdir, untung:\norang Islam mesti percaya akan ~ baik dan jahat." "qadim I\n[Arab] tiada permulaan dan tiada pengakhirannya:\nTuhan yang ~;\nkeqadiman\n keadaan atau perihal qadim:\n~\n \nalam\n." "qadim II\n[Arab] masa yang akan datang, kemudian hari;\nmengqadimkan\n menelah, meramalkan." "qaf\n1.\n huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100);\n2.\n huruf ke-24 abjad Jawi." "qalqalah\n[Arab] bunyi akhir huruf (qaf, ta (tO), ba, jim, dal) dengan nyata dan melantun ketika wakaf. \nqanaah\n [Arab] sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dengan apa yang ada." "qari\n[Arab] pembaca Quran (lelaki)." "qariah\n[Arab] pembaca Quran (wanita)." "qasar\n[Arab] kelonggaran yang dibenarkan bagi musafir untuk memendekkan solat fardu yang empat rakaat kepada dua rakaat (dengan syarat yang dibolehkan):\nsembahyang ~;\nmengqasarkan\n memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat dengan syarat yang dibolehkan." "qasidah\n[Arab] sejenis syair Arab yang dilagukan;\nberqasidah\n menyanyikan qasidah." "qiamullail\n[Arab] berjaga pada waktu malam untuk beribadat (seperti bersembahyang sunat, berzikir, berdoa)." "qidam\n[Arab] tiada permulaan dan tiada pengakhirannya (berkenaan (dengan) sifat Allah)." "qiraah, qiraat\n[Arab] bacaan:\nal-Quran disempurnakan dengan ~ yang berlainan." "qiran\n[Arab] = \nhaji ~ \nibadah haji dan umrah yang dikerjakan serentak dalam bulan haji, dan dikenakan dam." "qisas\n[Arab] = \nhukum ~ \nhukuman bunuh (sebagai pembalasan)." "qunut\n[Arab] = \ndoa ~ \ndoa supaya dijauhkan sesuatu bala atau memohon sesuatu pertolongan daripada Allah yang dibaca pada waktu tertentu (pada rakaat kedua sembahyang subuh, bermula pada malam ke-15 bertarawih pada bulan Ramadan, dan lain-lain)." "Quraisy\n[Arab] suku bangsa Arab." "Quran\n[Arab] = \nal-~\n kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup manusia (untuk dunia dan akhirat):\n membaca dan menghafaz ~;\n~ buruk \nki sesuatu yang tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu." "r I\nhuruf yang ke-18 abjad Rumi." "R II\n[Indonesia] [kependekan] Raden." "R&D\n[kependekan] \nResearch and Development \n(Penyelidikan dan Pembangunan, iaitu suatu aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh sesuatu industri dan sebagainya untuk menghasilkan ciptaan baru, inovasi, perbaikan dan sebagainya produk, proses dan sebagainya)." "Ra\nsimbol kimia bagi radium." "ra I\n[kependekan] radiallahuanhu:\nSayidina Umar al-Khatab ~." "ra II\n(rO)\n1.\n huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200);\n2.\n huruf ke-11 abjad Jawi." "Rab I\n[Arab] yang empunya segala sesuatu (Allah)." "RAB II\n[kependekan] Republik Arab Bersatu." "raba I\ntekaan, agakan, dugaan, taksiran;\n \nsalah ~ \nsalah dugaan;\nmeraba, meraba-raba\n1.\n menyentuh (memegang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dengan tidak melihat):\nserangga menggunakan sesungutnya untuk ~ jalan; \ntuan Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; \n2.\n mencari sesuatu pada tubuh orang (dalam saku dan lain-lain), memeriksa orang untuk mencari sesuatu:\nsusahlah sedikit memeriksa perempuan yang lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; \nAmir ~ saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; \n3.\n meneka, mengagak (yang tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu:\nia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; \nia mencari-cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri;\nmerabai\n meraba berkali-kali atau merata-rata:\ndia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai;\nteraba-raba\n1.\n meraba-raba (memegang-megang);\n2.\n tercari-cari (sesuatu yang terselindung dan sebagainya):\nsebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ untuk mencari rumus pemakaiannya;" "raba II\n[Minangkabau];\nmeraba\n marah;\nperaba\n pemarah." "raba III\n~-rabu\n tergesa-gesa (ke sana ke mari)." "raba IV\n[Kedah], [bahasa percakapan] getah pemadam." "raba-raba\npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), rawa, \nMangifera macrophylla." "rabaan\n1.\n sentuhan untuk meraba(-raba);\n2.\n agakan, dugaan, taksiran, tekaan;\nperaba; \nalat ~ \npancaindera untuk merasa (dengan kulit), perasaan kulit, perasa." "rabab\n[arkaik] \nrebab." "rabah I\nsejenis burung yang biasa terdapat di hutan kecil, \nCriniger tephrogenys." "rabah II\n[Brunei] rebah, tumbang." "rabak\nkoyak panjang atau besar, cabik-cabik;\n \nkoyak ~ = rabik ~\n banyak koyaknya;\nmerabak\n mengoyakkan, mencabik-cabikkan:\noleh terlalu panas hatinya, maka dirabaknya baju orang itu." "raban\nbahasa ~\n [arkaik] bahasa (cakap) yang tidak tentu (tidak keruan), bahasa yang bercampur aduk;\nmeraban\n1.\n mengigau, merepek;\n2.\n berkelakuan (berperangai) tak tentu arah:\nia pun berjalanlah ~ dengan tiada tentu arah tujuannya; \njangan engkau ~ dalam kampung ini, nanti kepala engkau diketuk orang." "rabas\n[Minangkabau]\n1.\n air yang menitik dari daun sesudah hujan;\n \nhari ~ \nhari gerimis;\n \nhujan ~-~ \nhujan rintik-rintik, gerimis;\n2.\n bertitikan (air, air mata, dan lain-lain), berjatuhan, berguguran, berluruhan (buah-buahan dan lain-lain)." "rabat\n[Indonesia-Belanda] potongan daripada jumlah bayaran yang mesti dibuat, potongan kemudian." "Rabbana\n[Arab] Tuhan kami;\n \nya ~ \nya Tuhan kami." "rabbani\n[Arab] yang berkaitan dengan Tuhan, ketuhanan:\ngenerasi ~.\nRabbi\n [Arab] Tuhan yang memiliki diriku:\nya Allah, ya ~.\nRabbulalamin\n [Arab] Tuhan empunya seluruh alam, Tuan (pemilik dan penguasa) seluruh alam." "Rabbulghafur\n[Arab] Tuan segala ampun, Tuhan Yang Maha Pengampun." "Rabbulizzati\n[Arab] Tuan segala kemuliaan (Allah)." "Rabbuljalil\n[Arab] Tuan Yang Maha Mulia (Allah)." "rabies\npenyakit berjangkit (lazimnya menjangkiti manusia melalui gigitan anjing yang menghidapnya) yang mengakibatkan kelumpuhan pernafasan yang akhirnya membawa maut, penyakit anjing gila." "rabik\npecah, robek (di tepi), cabik-cabik, rabak;\n \ncarik ~ = robak-~ \nkoyak-koyak (pecah-pecah);\n= rabit." "rabit\nkoyak, robek (memanjang):\nbibirnya ~; \nrobat-~ \nkoyak-koyak;\ntelinga ~ dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin \n(peribahasa) pemuliaan kepada yang tidak patut dimuliakan;\nmerabit\n mencabik panjang, merabik panjang:\n~ muncung \n[Minangkabau] berteriak keras-keras;\nmerabitkan\n menyebabkan rabit:\nditariknya baju yang tersangkut pada cangkuk itu kuat-kuat sehingga ~ bahagian kolarnya\n;\n = rabik." "rabitah, rabitat\n[Arab]\n1.\n (per)ikatan, perkumpulan;\n2.\n terikat (kpada guru)." "Rabiulakhir\n[Arab] bulan keempat dalam tahun Hijrah yang mengandungi 30 hari." "Rabiulawal\n[Arab] bulan ketiga dalam tahun Hijrah yang mengandungi 29 hari." "rabu I\n[Minangkabau] paru-paru;\n \nbesar ~\n [Minangkabau] bodoh, dungu;\n \ndendeng ~ \nsejenis makanan daripada paru-paru;\n \nsakit ~\n sakit paru-paru." "rabu II\n~\n \nkembang \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), akar serimbung, julung jantan, \nAlchonea rugosa (javenis); \nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), melur jawa, rompok setumpuk, \nClerodendron fragrans.\nRabu III\n hari keempat dalam seminggu, selepas hari Selasa." "rabub\n(Seni Muzik) sejenis alat bunyi-bunyian bertali satu yang digesek, yang terdapat di kalangan kaum Kenyah di Sarawak." "rabuk I\n1.\n sejenis cendawan (jamur);\n2.\n bulu halus-halus yang terdapat pada pokok kabung (untuk menghidupkan api dengan pemantik), kaul;\n3.\n sesuatu yang menjadi bibit perselisihan dan lain-lain;\nsehabis ~ sehabis putaran \n(peribahasa) kerja selesai wang pun habis;\n \nseperti ~ dengan api \n(peribahasa) mudah terjadi perkara yang kurang baik kalau didekatkan (jika gadis didekatkan dengan teruna)." "rabuk II\n[Jawa] baja, pupuk;\n \n~\n \nbuatan = ~ garam \nbaja (pupuk) buatan;\n \n~ hijau \npupuk hijau;\nmerabuk, merabuki\n memupuk, membaja:\nlaksana tanaman yang sudah jadi, tidak perlu dirabuk-rabuk, tidak perlu disiram." "rabun I\nasap (daripada daun-daun, dupa, dan lain-lain) untuk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, mengubati orang sakit, dan lain-lain);\nmerabuni\n mengasapi (rumah, orang sakit, dan lain-lain);\nmerabunkan\n membakar (daun-daun, dupa, dan lain-lain) untuk merabuni;\nperabun\n daun-daun dan lain-lain yang dibakar untuk mengusir hantu syaitan dan lain-lain." "rabun II\nkabur (kurang terang, kurang jelas):\norang tua itu sudah ~ matanya;\n~ ayam = ~ senja \n[Minangkabau]\na) buta ayam;\n b) samar muka;\n~\n \ndekat \nkabur melihat benda-benda yang dekat, hipermetropia;\n \n~\n \njauh \nkabur melihat benda-benda yang jauh, miopia;\n \n~\n \nmalam \nkabur pada waktu malam;\n \n~\n \ntua \nrabun kerana sudah tua;\nberabun-rabun\n bermain tutup mata;\nmerabunkan\n menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan:\nserangan penyakit itu telah ~ matanya;\nkerabunan\n perihal rabun, kekaburan:\ndia tidak diterima sebagai juruterbang kerana ~ matanya." "rabung\n1.\n puncak bumbung rumah;\n \nair pasang ~\n pasang yang naik tinggi-tinggi;\n \nbercakap ~ \nbercakap besar (banyak);\n2.\n jalur tanah tinggi yang panjang, barisan bukit, kemuncak bukit;\n3.\n [Kedah] terlalu ramah, bercakap banyak;\nmerabung\n membumbung tinggi, memuncak, meninggi;\n \nair pasang ~ \nair pasang rabung;\nperabung, perabungan\n puncak atap rumah, puncak bumbung rumah;\n \n~ limas (panjang) \n[Indonesia] bumbungan rumah yang berbentuk limas (panjang);\nberperabungkan\n mempunyai perabung:\nruang tetamu bersiling tinggi yang berhiaskan kayu dan ~ konkrit\n." "rabut I\nlepas (lulus) kerana diragut;\nmerabut\n meragut, mencabut, merenggut." "rabut II\nberabut\n [Brunei] tergesa-gesa, lekas, pantas." "racak Mn\n[arkaik];\nmeracak\n mengenderai, menunggang:\naku ~ basikalku hendak pergi ke kedai." "racau I\nmeracau, meracau-racau\n bercakap dengan tidak tentu fasal (tidak keruan) ketika demam dan lain-lain, mengigau:\n sepanjang sakitnya dia ~;\nkemeracauan\n perihal meracau." "racau II\n[Minangkabau] selalu bergerak-gerak, lincah, rencah." "racik I\nsejenis jerat untuk menangkap burung;\ntahan ~ burung tak masuk, burung biasa makan di tangan \n(peribahasa) orang yang biasa bercampur dengan orang yang berakal itu susah hendak dikalahkan;\nmeracik\n menangkap burung dengan menggunakan racik;\nperacik\n orang yang meracik burung:\nbapanya bukanlah ~ burung sepenuh masa." "racik II\nmeracik\n menghiris, memotong atau mengerat (timun, pinang, dan lain-lain) tipis-tipis, menyayat (merajang) tipis-tipis;\nracikan\n sesuatu yang sudah dihiris (dipotong dan lain-lain) tipis-tipis, hirisan yang tipis-tipis;\nperacik\n alat, seperti pisau dan sebagainya, yang digunakan untuk meracik sesuatu:\nkilang-kilang papan ini dilengkapi dengan peralatan seperti gergaji gelung, pembelah dan ~." "racit\nracik II." "racun\n1.\n bahan yang berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut (kalau dimakan dan lain-lain):\nia pun makan ~ lalu mati;\n~ herba \nracun perosak yang digunakan untuk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yang tidak dikehendaki;\n \n~ kulat \nracun perosak yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat\n;\n~ perosak\n racun daripada bahan kimia yang digunakan untuk membunuh perosak seperti serangga dan rumpai;\n \n~ serangga \nracun perosak yang digunakan untuk membunuh serangga yang berbahaya pada manusia;\n2.\n bahan yang berbisa dan boleh menyebabkan sakit:\nkuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sejenis ~ yang menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; \n3.\n [kiasan] sesuatu yang merosakkan batin (fikiran dan lain-lain):\nkerisauan menjadi ~ kepada kehidupan; \nperbuatan seperti ini akan menjadi ~ kepada syarikat dan juga kepada ahli yang berkenaan; \njikalau air ~, rembesnya pun ~ juga \n(peribahasa) jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga;\nberacun\n ada racunnya, mengandungi racun:\ngas yang ~; \nmakanan yang ~;\nmeracun\n memberi makan racun (supaya mati):\nia dituduh ~ anjing jirannya;\nmeracuni 1\n.\n membubuh racun pada:\ndia berteriak mengatakan aku ~ makanan itu; \n2\n. \nmengganggu, mengusik, menggiurkan (hati):\n senyumnya ~ hati; \n3.\n merosakkan, membinasakan:\ndia dikatakan ~ fikiran rakyat;\nmeracunkan\n meracun untuk:\ndia ~ ibunya lalang yang tumbuh terbiar di sekeliling rumah;\nkeracunan\n kena racun, termakan racun;\n \n~\n \nmakanan \ntermakan makanan yang mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yang menyebabkan penyakit;\nperacunan\n perihal meracun (meracuni);\nperacun\n1.\n orang yang meracun atau meracuni:\nperempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; \n2.\n orang yang membuat racun." "racut\nperacut\n [bahasa percakapan] sejenis penyakit seperti bisul." "rad\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] dewan, majlis;\n \n~\n \nagama \nark mahkamah yang mengurus hal ehwal yang bersangkutan dengan hukum Islam (di Indonesia pada zaman penjajahan)." "rada\n= rada-rada\n [Jakarta] agak, sedikit;\n \n~\n \ngila \nagak gila;\n \nkain-kain yang ~ halusan \nkain-kain yang agak halus." "radai I\n[Minangkabau] kepak pada ikan, sirip." "radai II\n[Minangkabau] [arkaik];\nmeradai\n1.\n mengarak tabut;\n2.\n meminta derma (sedekah)." "radak I\nberadak\n (berperang, berlawan, dan lain-lain) tusuk-menusuk, tohok-menohok, tombak-menombak;\nmeradak\n1.\n menusuk (menohok, menombak) dengan lembing dan lain-lain (dari bawah dan lain-lain):\nsakit meradak-radak; \n2.\n [bahasa kasar] makan dengan lahap;\nmeradakkan\n menusukkan tombak dan lain-lain:\nkeris itu dapat juga diradakkan ke dadanya;\n~ diri \nmerempuh, menyerbu." "radak II\nmeradak\n \n1.\n berjalan melanggar;\n2.\n menyerang, menyerbu." "radang\n1.\n panas badan, gerah, meriang, palak;\n \nnaik ~ \nmarah sungguh, panas hati, geram;\n2.\n (Perubatan) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan:\n~ paru-paru;\n~ lidah \npenyakit bengkak-bengkak pada lidah (kerana kekurangan vitamin B2);\n \n~ paru-paru \nsakit bengkak pada paru-paru, pneumonia;\n \n~\n \ntenggorok \nbengkak pada tenggorok, bronkitis;\n \nsakit ~ \npenyakit yang disebabkan oleh bengkak;\nmeradang\n1.\n radang:\nbadannya ~; \n2.\n naik radang, marah sungguh, panas hati:\nbanyak orang yang ~ dan marah-marah apabila menerima surat dari pejabat kerajaan yang ditulis dalam bahasa Inggeris;\nmeradangkan\n marah kepada, panas hati kepada:\napa yang kauradangkan?\nkeradangan\n1.\n perihal radang, kemarahan:\ndalam pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; \n2.\n (Perubatan) (keadaan) radang:\njangkitan kuman pada saluran pernafasan mengakibatkan ~ dan kebengkakan di saluran telinga tengah;\nkemeradangan\n perihal meradang;\nperadangan\n berkaitan dengan, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (berkenaan (dengan) penyakit):\nhepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati;\nperadang\n orang yang lekas panas hati (lekas marah):\ndia memang ~ benar orangnya." "radar\nalat untuk mengesan arah dan jarak jauh kapal (kapal terbang dan lain-lain) dengan gelombang radio." "radas\nalat, perkakas:\nmakmal merupakan woksyop yang istimewa dan di dalamnya ada perkakas sains atau ~;\nberadas\n menggunakan radas, ada radas:\npermanian ~ dijalankan terhadap binatang untuk mendapatkan baka yang lebih baik." "raden\n[Jawa]\n1.\n gelaran putera dan puteri raja;\n2.\n panggilan atau sebutan keturunan raja (yang sudah jauh);\n~ ajeng \ngelaran anak perempuan bangsawan;\n \n~ ayu \ngelaran wanita bangsawan (yang telah bersuami);\n \n~\n \nmas \ngelaran anak laki-laki bangsawan." "rades\n[Indonesia-Belanda] sejenis lobak, lobak cina (putih), \nRaphanus sativus radicula." "radi\n[Arab];\nsudi dan ~\n sudi dan rela hati." "radiallahuanhu\n[Arab] moga-moga Allah memberi keredaan kepadanya (disebut sesudah menyebuntukan nama khalifah Abu Bakar, Umar, Othman, dan Ali)." "radian\nunit ukuran sudut satah pada bulatan (satu radian = 57.296 darjah)." "radiator\nalat untuk menyejukkan enjin kereta dan lain-lain dengan menggunakan air yang beredar dan kipas." "radif\n[Arab], [sastera lama] sajak (persesuaian bunyi)." "radikal\n1.\n secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yang menjejaskan (mengubah dan sebagainya) aspek atau sifat asas sesuatu:\nperubahan yang ~ dalam adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; \nmanusia boleh berubah dengan ~; \n2.\n memperjuangkan (menyokong atau cenderung kepada) perubahan-perubahan dasar pada bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dan lain-lain):\nparti yang akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri daripada UMNO sekira-kira dapat mempengaruhi golongan ~ dalam parti itu; \n3\n. = \n~ bebas \n(Kimia) atom atau kumpulan atom yang mempunyai elektron luar yang tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif;\nmeradikalkan\n menjadikan sesuatu radikal:\n proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatuan sekerja yang tradisional;\n keradikalan\n perihal (sifat) radikal:\ntidak ada seorang pun yang melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yang melebihi ~nya." "radikalisme\n1.\n fahaman (kepercayaan) yang radikal dalam politik;\n 2\n. fahaman (aliran) yang menginginkan perubahan yang mendadak dalam arena politik dan sosial." "radikel\n(Biologi) bahagian embrio biji benih yang akan berkembang menjadi akar utama." "radin\n[arkaik]\n padi ~ \nsejenis padi (ringan), padi cere, \nOryza sativa." "radio\n1.\n pemancaran (penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dan lain-lain menerusi udara:\nbaginda akan berucap kepada rakyat melalui ~ ; \n2.\n = \npemancar ~\n tempat memancarkan bunyi dan lain-lain menerusi udara, tetuang udara:\nwarta berita dari ~ Malaysia; \nJepun dengan perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu tenggelam; \n3.\n = \npesawat ~ = peti ~ \nalat perkakas untuk menerima (menangkap) siaran menerusi udara:\ndari ~nya terdengar lagu-lagu instrumental yang lembut;\nkereta ~\n kereta peronda polis yang mempunyai sistem radio;\n \n~\n \ntransistor \nradio kecil yang mudah dibawa ke mana-mana;\nmeradiokan\n menghebahkan (mengumumkan, menyiarkan) melalui radio." "radioaktif\nberkaitan dengan atau mengandungi bahan (mis uranium, radium, dan lain-lain) yang menghasilkan sinar (alfa, beta, dan gama) yang sangat kuat dan berbahaya;\nkeradioaktifan\n sifat nuklid yang secara spontan memancarkan sinaran yang mengion." "radiobiologi\ncabang biologi yang berkaitan dengan kajian tentang kesan sinaran terhadap organisma dan penerapan teknik radiologi dalam proses biologi." "radioekologi\nkajian tentang kesan sinaran terhadap spesies tumbuhan dan haiwan dalam komuniti semula jadi." "radiogenik\n(Fizik) berkenaan sesuatu yang terhasil daripada pereputan radioaktif:\nhaba ~.\nradiograf\n gambar X-ray." "radiografi\n(Perubatan) penggambaran struktur dalam tubuh pada filem dengan menggunakan sinar-X atau sinar lain." "radiogram\n1.\n = \npeti ~\n peti nyanyian yang digabungkan dengan radio untuk memainkan piring hitam;\n2.\n [Indonesia] telegram yang dihantar melalui radio, berita melalui radio." "radioimunologi\npenggunaan unsur radioaktif seperti sinar-X dalam proses imunologi." "radiokarbon\nsejenis karbon yang radioaktif yang terdapat dalam bahan organik, biasanya digunakan sebagai penyurih untuk menentukan struktur dalaman, misalnya sistem dalam tubuh, atau menentukan usia sesuatu bahan organik kuno." "radiokardiografi\npengukuran aliran darah berlabel radioaktif yang melalui jantung dengan menggunakan pengesan Geiger-Muller." "radiokimia\nbidang kimia yang berkaitan dengan bahan radioaktif." "radiokoloid\nbahan radioaktif dalam keadaan koloid." "radiologi\ncabang ilmu perubatan yang melibatkan penggunaan unsur (tenaga) radioaktif dalam pemeriksaan dan perawatan sesuatu penyakit." "radiometer\nalat untuk mengukur atau mengesan tenaga sinaran." "radiometri\nkaedah analisis yang berdasarkan pengukuran sinaran." "radionuklid\n(Fizik) nuklid yang tidak stabil dan mengalami pereputan radioaktif semula jadi." "radiosond\nalat yang dibawa ke angkasa dengan belon khas yang digunakan untuk menentukan suhu, tekanan, kelembapan bandingan dan sebagainya yang berlaku dalam lapisan atmosfera atas dan menghantar balik data ke stesen pencerapan di bumi." "radiotelegrafi\nsistem komunikasi telegraf yang menggunakan pemancaran gelombang radio." "radioterapi\nkaedah rawatan penyakit dengan menggunakan pancaran sinar seperti sinar-X dan lain-lain." "radiotermi\n(Perubatan) rawatan penyakit dengan menggunakan haba yang dihasilkan oleh sinaran elektromagnet." "radiotropisme\ntindak balas tumbuhan atau organisma terhadap sinaran elektromagnet." "radium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif yang terdapat semula jadi dalam bijih uranium dan digunakan dalam bidang perubatan, radiografi, cat berkilau, dan lain-lain." "radius\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sinar;\n2.\n garis dari pusat ke keliling lingkaran, jejari (jari-jari)." "radom\n(Fizik) penutup atau pelindung antena radar, terutamanya pada bahagian muncung pesawat udara, yang diperbuat daripada bahan yang boleh ditembusi oleh gelombang radio." "radon\n(Kimia) sejenis unsur gas yang radioaktif." "radu\n[Brunei] bajak, tenggala." "radung\nmeradung\n melanggar, merempuh (dawai, pagar, dan lain-lain);\nteradung\n terlanggar." "radup\njahit ~\n sejenis jahitan pada lipatan, jahit sembat." "rafak\n[Arab] naik;\nmerafakkan\n mengangkat:\n~\n \nsembah." "rafia\n1.\n sejenis pokok palma, \nRaphia ruffia\n, yang pelepah daunnya menghasilkan serat yang boleh dibuat tali, tikar dan sebagainya;\n2.\n serat daripada pelepah (daun) pokok rafia yang digunakan untuk membuat tali, tikar, bakul, dan sebagainya." "rafidi\n[Arab] ajaran agama yang terkeluar daripada dasar asalnya (kaum Syiah dan lain-lain)." "rafik I\n[Arab] tinggi, mulia." "rafik II\n[Arab] kawan, sahabat, taulan (yang karib)." "raga I\n1.\n sejenis bakul yang diperbuat daripada bilah (rotan dan lain-lain) untuk mengisi barang dan lain-lain:\nia pergi ke pasar, tangannya membimbit ~; \n2.\n \nbuah ~\n sejenis bola yang dianyam daripada rotan;\n \nbermain sepak ~\n bermain raga dengan menyepaknya dan menjaga supaya jangan jatuh ke tanah;\n (\nbermain\n) \nsepak ~ jaring \nbermain raga dengan menggunakan jaring;\nmeraga\n sebagai raga, kasap, berserabut." "raga II\n[Jawa] badan:\nseolah-olah jiwa seni yang ada pada ~ Abdul Aziz dulu sungguh-sungguh telah bertukar; \njiwa dan ~." "raga III\nraga-raga\n sl, \nberaga, meraga\n memperlihat-lihatkan (menunjukkan) diri, berlagak, sombong, menyombongkan dirinya:\nakan kita ~ dengan bermain; \nmemperagakan\n1.\n mempamerkan (kpada bakal pembeli dan lain-lain), menunjukkan (barang dagangan) kepada orang ramai:\nperuncit harus menggunakan segala ruang dalam kedainya dengan sebaik-baiknya untuk ~ barangannya; \n2.\n memperlihat-lihatkan kebagusan diri (pakaian dan lain-lain), mempamerkan, menunjuk-nunjukkan, melagakkan:\ngadis-gadis berjalan ke sana ke mari ~ pakaian mereka; \n3.\n menunjuk-nunjukkan (kekayaan dan lain-lain);\nperagaan\n perbuatan memperagakan sesuatu;\nperaga\n orang yang suka memperagakan diri, pesolek." "ragah I\nberagah-agah agah I." "ragah II\n[Perak] tegap badan (manusia)." "ragam I\n1.\n tingkah, cara, laku, olah:\naku menjunjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yang lain masing-masing dengan ~nya; \n2.\n jenis, macam:\ndalam masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; \naneka ~ \nberbagai-bagai jenis;\n \nserba ~ \nserba macam;\n3.\n lagu, langgam:\nmaka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pada se~ sekalinafiri berbunyi; \nahli ~ \nark ahli muzik;\n4.\n corak, ragi, warna:\nkain yang cantik ~nya;\n~ bahasa \nvariasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yang berkaitan dengan situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dan lain-lain) yang tertentu;\n banyak orang banyak ~nya \n(peribahasa) banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, lakunya);\nseragam\n1.\n sama potongan dan warnanya (berkenaan (dengan) pakaian dan lain-lain), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dan lain-lain):\npakaian ~; \n2.\n sesuai, sepakat;\n \n~ sebau \nsehati (suami isteri dan lain-lain);\nmenyeragamkan\n menjadikan seragam:\n~\n \nejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia;\nkeseragaman\n perihal (keadaan dan sebagainya) seragam:\n~ bentuk;\n~ warna;\npenyeragaman\n perbuatan menyeragamkan:\nia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia;\nberagam; \nberagam-ragam\n berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna:\nmasyarakat yang digaulinya jauh lebih ~ dan luas daripada masyarakat zaman ayahnya; \nramai ~, rimbun menyelara \n(peribahasa) setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dan lain-lain) sendiri;\nmeragam\n1.\n menyanyi (bernyanyi, berlagu);\n2.\n mewarnai;\n3.\n [bahasa percakapan] berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka):\nkereta buruk yang ~; \ngadis itu terus-menerus ~;\nmeragamkan\n menjadikan beragam, membuat (mengubah dan sebagainya) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja:\nmereka tahu ~ masakan untuk hidangan sehari-hari;\nkeragaman\n1.\n perihal berjenis-jenis ragam:\norang yang begini membawa sekali ~ yang beraneka juga; \n2.\n = \n~\n \njiwa \nkeadaan (jiwa)." "ragam II\n[Jawa] bersatu hati, rukun;\nmeragamkan\n mengeratkan persaudaraan (persahabatan dan lain-lain), merukunkan;\nkeragaman\n kedamaian, kerukunan." "ragan\n[Kedah] [arkaik] tujuh." "ragang I\nmeragang\n \n1.\n memanjat (dengan memegang):\nia jatuh ~ pagar; \npokok ~\n pokok yang memanjat pada benda-benda lain;\n2.\n menyerang dan menyerbu (kota dan lain-lain), merangsang;\n \n~ gawe \n(Palembang) menggunakan kekerasan terhadap perempuan, memperkosa perempuan." "ragang II\nragangan\n [Jakarta] rangka bangunan dan lain-lain, tulang-tulangan." "ragas I\nmeragas\n \n1.\n [sastera lama] menyentak (rambut, rumput, dan lain-lain);\n2.\n [arkaik] memotong rambut, memangkas tanaman, dan lain-lain." "ragas II\nmeragas\n \n1.\n melata naik, memanjat (tumbuh-tumbuhan):\nbatang semalu diliputi duri-duri dan ~ naik ke atas rumpun-rumpun pokok yang tidak begitu tinggi; \n2.\n [bahasa percakapan] memanjat-manjat (kerana bermain-main seperti yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak):\njangan suka ~, nanti jatuh." "ragbi\nsejenis permainan bola yang para pemainnya (antara dua pasukan yang berlawan) boleh membawa bola dengan tangan;\n \nbola ~\n bola bujur untuk permainan ini." "ragbol\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] sejenis sikat (sapu) bulat yang bertangkai panjang untuk membersihkan sawang dan lain-lain." "ragem\n[Jawa] \nragam II." "raghib\n[Arab] asyik, gemar, suka sekali:\nmembaca kitab dengan ~." "ragi I\n1.\n sejenis bahan yang dibuat daripada beras dan lain-lain untuk menapai (tapai, arak, dan lain-lain);\n2.\n berjenis-jenis zat yang mengandungi ragi;\nberagi\n1.\n menggunakan ragi:\nroti yang tidak ~; \n2.\n berbuih, berbusa (kerana ragi), muai;\nmeragi\n membubuh ragi (pada):\nuntuk membuat tapai, ubi kayu itu diragi dahulu;\nmeragikan\n menjadikan ragi." "ragi II\nwarna (kain), corak (anyaman, batik, dan lain-lain):\nkain tenunan ~ jawa; \ncantiknya ~ tikar ini;\nmeragi\n mewarnai (kain dan lain-lain)." "ragi III\nmeragi\n \n1.\n mengadun (rempah dan lain-lain), mencampur:\nminta tolong dia ~ rempah kambing; \n2.\n [Kelantan] mencampur sesuatu untuk dibahagi sama rata." "ragin\n[sastera lama] tumbuhan (pokok memanjat), \nMicroglossa volubilis." "rago\n[Sarawak];\nudah ~ \nsudah sibuk." "ragu\n~\n \nhati =" "ragu-ragu\nsyak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas:\n ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; \nia berasa ragu-ragu hendak menjawab;\nmeragu\n [Minangkabau] mengganggu, mengacau, membingungkan:\njangan ~ engkau di sini, mari pulang;\nmeragui\n menaruh syak pada, bimbang terhadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, mengesyaki:\nkedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yang diragui lagi; \nkejujuran orang itu masih diragui lagi;\nmeragukan\n menjadikan ragu-ragu:\njadi, apakah yang ~ hatimu lagi?\nkeraguan, keragu-raguan\n1.\n perihal ragu, kesangsian, kebingungan:\nkelewatannya pulang daripada biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yang bukan-bukan daripada isterinya; \nkeragu-raguan itu timbul kerana kata yang dipakai kurang jelas; \n2.\n = \nragu-raguan\n dalam keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak):\nNawawi bertanya ~." "raguk\nreguk." "ragum\nsejenis alat (daripada besi) untuk menyepit atau memegang benda yang hendak dikikir dan lain-lain.\nmeragum\n mencabut (menyepit dan sebagainya) dengan ragum:\n~ paku." "ragung\n[arkaik]\n; \nteragung\n terlanggar, tertumbuk;\nagung II." "ragus\nrabut." "ragut\nmeragut\n \n1.\n menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan:\ntas tangannya diragut perompak; \n2.\n memakan rumput hidup dan sebagainya (berkenaan (dengan) lembu, kambing, dan lain-lain):\nyang meragut-ragut rumput, itulah kerbau; \n3\n.\n \nki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dan sebagainya):\ndia berasa dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila kebahagiaannya yang tinggal secebis itu diragut dengan tiba-tiba;\n~ nyawa \nmenyebabkan mati dengan tiba-tiba:\nkemalangan itu telah ~ nyawa\n \npemandu tersebut;\nragutan\n hasil meragut;\nperagut\n orang (penjahat) yang meragut dan melarikan sesuatu barang yang sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang:\npelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; \ndalam kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yang sedang membeli-belah." "rahak I\n[Minangkabau] dahak." "rahak II\n[Kelantan], [Terrenganu] pekerjaan yang berat lagi rumit, pekerjaan yang teruk benar." "rahak III\n[Selangor] roboh, runtuh (rumah dan lain-lain yang sudah buruk)." "raham\nrahim I." "rahang I\nbahagian kepala di sebelah depan yang terdiri daripada dua tulang (tulang rahang) yang membolehkan mulut dibuka dan ditutup;\n~ atas \ntulang rahang sebelah atas;\n \n~ bawah \ntulang rahang sebelah bawah;\n \nkeras ~\n tidak mahu mengalah (tidak mahu menurut, ketegar);\n \ntali ~\n tali kekang (yang diikat pada rahang kuda dan lain-lain);\n \ntulang ~\n tulang pada rahang." "rahang II\n[Pahang] rasa seperti rasa jering." "rahap I\nkain ~ = tudung ~ \nkain (tudung) untuk menutup mayat;\nmerahap\n1.\n menutup mayat dengan kain (rahap):\nia ~ mayat ibunya; \n2.\n menutup (badan dengan kain):\nia dapat ditenteramkan, diletakkan di tempat tidur, dan dirahap dengan kain batik lepas;\nmerahapkan\n menggunakan kain untuk menutup;\nperahap\n kain rahap." "rahap II\nmerahap\n \n1.\n = \nterbang ~ \nterbang turun (hinggap):\nburung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; \n2.\n bertelut di samping orang yang berbaring dan lain-lain, meniarap, menyerahap:\nMokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu;\nbagai dirahap kain basah \n(peribahasa) dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;\nterahap\n tertelungkup (jatuh)." "rahat I\nroda (jentera) untuk menggulung benang pada alat memintal benang." "rahat II\ngugur dengan banyak (durian):\nbuah durian dalam kampung itu sudah cukup ~ atau memuncak gugurnya; \ngugur ~ \ngugur dengan banyaknya." "rahat III\n[Arab] istirahat, rehat." "rahi\nberahi." "rahib\n[Arab] orang yang bertapa dalam biara Kristian." "rahim I\n[Arab]\n1.\n belas kasihan:\nbelas ~; \nkasihan ~; \nia hidup mengikut ~ dan belas kasihan orang lain; \n2.\n pengasih, penyayang;\n \nAllah yang ~ \nAllah Yang Maha Pengasih;\nmerahimi\n menaruh belas kasihan pada, mengasihi, menyayangi;\nkerahiman\n perihal rahim (belas kasihan);\n= rahman." "rahim II\n[Arab] organ pada perempuan dan lain-lain untuk mengandung anak, kandung(an), peranakan:\nayahnya meninggal ketika ia masih dalam ~ ibunya;\n~ bunga \novari." "rahimahullah\n[Arab] Allah menaruh belas kasihan padanya." "rahman, rahmani\n[Arab] belas kasihan, pengasih:\nTuhan yang bersifat ~ dan rahim; \nrahim I." "rahmat\n[Arab]\n1.\n belas kasihan:\nmoga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas hakim; \ndipohonkan ~ daripada Yang Maha Kuasa; \n2.\n kurnia, berkat:\n~\n \nAllah; \nmudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup padanya; \n3.\n bahagia:\nmalam itu mereka berjumpa lagi, alangkah ~nya; \n4.\n kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan:\ndia teringat kepada ~-~ puasa yang diamalkannya selama ini;\nkata yang benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan \n(peribahasa) ingkar daripada mengakui kebenaran;\nmerahmati\n1.\n mengasihani;\n2.\n memberkati, menganugerahi, mengurniai." "rahmatullah\n[Arab];\nkembali (pulang) ke ~ \nmeninggal dunia, mati." "rahsia\n1.\n benda yang tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja):\nia cuba mencungkil ~ yang tersurat di hati Noor; \nmembuka (memecahkan, membongkar) ~ \nmenceritakan sesuatu rahsia;\n \nmemegang (menyimpan) ~\n tetap tidak mahu menceritakan sesuatu rahsia;\n2.\n sesuatu (benda, akal, dan lain-lain) yang sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya:\nkalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; \ndalam kitab ini diterangkan segala ~ untuk mencapai keredaan Allah; \npintu ~; \nsurat ~ \nsurat yang isinya khusus untuk orang yang tertentu sahaja;\n3.\n secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit:\nperempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; \n(per)hubungan ~ \n(per)hubungan yang senyap-senyap (diam-diam) dengan tidak diketahui orang;\n~ alam \nbahagian (keadaan dan lain-lain) alam yang belum diketahui orang;\n \n~\n \njabatan \n[Indonesia] rahsia berkenaan urusan pejabat;\nberahsia\n1.\n mempunyai rahsia, menaruh rahsia;\n \nbilik ~ \nbilik yang ada rahsianya;\n2.\n menyembunyikan sesuatu daripada:\ntidak perlu ~ lagi dengan aku; \n3.\n memberitahukan sesuatu rahsia kepada:\nia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang;\n berahsia-rahsia\n menyembunyikan sesuatu dengan sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain:\nbeliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dalam tindakannya; \naku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku;\nmerahsiakan\n tidak memperlihatkan (memberitahukan), menyimpan sebagai rahsia:\nkenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kepada saya?\nkerahsiaan\n perihal rahsia:\nMubarak datang dengan penuh keghaiban dan ~;\nperahsiaan\n perbuatan merahsiakan sesuatu;\nperahsia\n suka berahsia:\n anak muda itu pendiam dan ~.\nRahu\n raksasa (kononnya ada kepalanya sahaja) yang menelan bulan atau matahari dan menyebabkan gerhana." "rai\n meraikan\n1.\n menjamu (untuk memuliakan, menghormati):\ntujuan kenduri ini ialah melepaskan orang yang hendak berjalan dan meletakkan orang yang tinggal, yakni ~ orang yang pergi dan memberi gembira dan sokongan bagi orang yang tinggal; \n2.\n mengadakan keramaian, merayakan:\nsekalian tertunggu-tunggu hendak ~ temasya bersuka ria; \nkaum Sakai dalam hutan itu sibuk bersiap-siap kerana hendak ~ perkahwinan anak batin mereka;\nkeraian\n1.\n jamuan (untuk memuliakan dan lain-lain):\nsuatu majlis ~ diadakan di Istana Negara; \n2.\n keramaian, perayaan:\n~ menyambut Maulud Nabi." "rai I\nbunyi biji-biji (butir-butir) kecil jatuh." "rai II\nsejenis tumbuhan bijirin yang bijiannya dijadikan tepung, makanan ternak, wiski dan sebagainya, \nSecale cereale." "raiat\nrakyat." "raifal\nsejenis senapang berlaras panjang yang bahagian dalamnya mempunyai alur berpilin supaya pelurunya berpusing apabila ditembakkan;\n \n~ angin \nraifal yang menembakkan peluru dengan tekanan udara, senapang angin." "raih\ntarik, lawan tolak (dorong, sorong);\n \ntolak (menolak) ~\na) beri-memberi serta ambil-mengambil;\n b) tawar-menawar (berjual beli);\nmeraih\n1.\n menarik kepada diri sendiri:\nSufian diraihnya ke dadanya; \nia ~ anak itu ke dalam rangkulannya;\n~ dayung; \n2.\n [kiasan] menarik (hati), memikat (orang dan lain-lain);\n \n~\n \nhati \nmenarik hati;\n3.\n memborong untuk menjual lagi (barang dagangan):\nkerjanya ~ ikan untuk dibawa ke kampung-kampung; \n4.\n memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan:\nmemang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; \ndia hanya berjaya ~ pingat perak dalam acara 200 meter;\n~ pekung ke dada \n(peribahasa) sengaja mencari malu atau bencana;\n \n~\n \npangkur ke dada \n(peribahasa) insaf akan diri sendiri;\n \nmalang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih \n(peribahasa) segala-galanya terserah kepada untung (nasib);\nperaih\n1.\n pedagang yang membeli barang dengan jumlah yang banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah;\n2.\n sampan untuk berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya);\n \nberjagal ~ \n[Minangkabau] berjual beli barang dalam jumlah yang banyak, memborong." "rairat\n[arkaik] \nghairah." "rais\nmerais\n menyapu dan menghimpunkan (sampah, sisa makanan, dan lain-lain)." "rait\n[bahasa percakapan] tanda (? ) untuk menandai sesuatu yang betul, sudah dikerjakan, dan sebagainya:\njawaban yang betul ditandakan dengan ~ dan jawaban yang salah ditandakan dengan pangkah." "raja I\n1.\n orang yang mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yang diwarisi):\n~ Inggeris pada masa ini ialah seorang wanita; \n2.\n kepala negeri, sultan:\ndi Malaysia Barat lapan daripada raja-rajanya bergelar sultan; \n3.\n kepala suku (daerah):\ndi Nusa Tenggara masih banyak ~; \n4\n. \ngelaran orang bangsawan (keturunan sultan);\n5.\n [arkaik] [bahasa percakapan] orang yang berkuasa, ketua, pemerintah:\nkompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; \ndi dalam kapalnya dialah ~, memerintah dari haluan ke buritan; \nkita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yang termakan budi kita; \n6.\n orang yang besar kuasanya (pengaruhnya dan lain-lain) dalam sesuatu lingkungan (seperti dalam lingkungan perusahaan, kewangan, dan lain-lain);\n \n~ minyak \norang yang berkuasa (berpengaruh) dalam perusahaan minyak;\n \n~ getah \norang yang berkuasa (berpengaruh) dalam perusahaan getah;\n7.\n binatang (jin dan lain-lain) yang menguasai binatang (jin dan lain-lain);\n \n~ jin;\n~ laut;\n~ rimba;\n~ binatang \nsinga;\n8.\n nama buah catur yang terpenting;\n9.\n nama kad (terup) besar yang bergambar raja;\n~ agas \ngelaran seseorang yang berbadan kecil tetapi berani;\n \n~ badar \nsejenis kain putih;\n \n~ berpelembagaan \nraja yang pemerintahannya tertakluk pada peruntukan perlembagaan negara;\n ~ besar \nraja yang berkuasa (berpemerintahan) besar;\n \n~\n \nbola \npemain bola yang pandai;\n \n~ cacing \norang yang sangat kurus;\n \n~ jenang (jejenang) \norang yang mengatur dalam penyabungan ayam;\n \n~\n \nkecil \nputera raja;\n \n~\n \nkecil besar \nputera mahkota;\n \n~\n \nkecil muda \nputera raja yang bongsu;\n \n~\n \nlaut \nlaksamana;\n \n~\n \nmuda \nputera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yang memerintah (tanah jajahan dan lain-lain);\n \n~ penomah \npemberian kepada bakal mentua;\n \n~ permaisuri \ngelaran isteri raja yang memerintah sesebuah negeri (negara);\n \n~\n \nPermaisuri Agong \ngelaran untuk permaisuri Yang di-Pertuan Agong;\n \n~\n \nputih \npenyakit keputihan;\n \n~ sehari (sari) \npengantin;\n \n~\n \nsinga \npenyakit perempuan, sifilis;\n \n~\n \nwang \norang yang sangat kaya;\n \n(si)\n \n~\n \ndiraja \nusungan jenazah raja;\n~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah \n(peribahasa) raja yang adil disayangi, dan raja yang zalim dibenci;\n \nsiapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga \n(peribahasa) siapa pun yang menjadi raja, dihormati juga;\n \nseperti ~ dengan menteri \n(peribahasa) bersetuju dalam segenap hal;\n \ntak ada (tiada) ~ menolak sembah \n(peribahasa) tidak ada orang yang tidak suka dihormati;\nberaja\n1.\n berlaku sebagai raja, menjadi raja;\n \n~\n \ndi mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata \n(peribahasa) mengikut nafsu masing-masing;\n2.\n ada rajanya, mempunyai raja:\nadat negeri itu tiada ~, batin sahaja penghulunya; \nbaiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~;\n~ kepada \nmengabdikan (menghambakan) diri kepada;\nberaja-raja\n [sastera lama] bercampur (bergaul) dengan raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dalam istana):\nbaiklah anakku, supaya engkau tahu ~;\nberajakan\n mengabdikan diri kepada, beraja kepada:\nsegala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau;\nmeraja\n1.\n seperti raja, berbuat (berlaku, berlagak) seperti raja;\n2.\n [kiasan] merajalela:\npenyeksaan telah ~ di kampung itu;\nmerajai\n1.\n menjadi raja di (atas), memerintah:\nSultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; \n2.\n [kiasan] menguasai, mempengaruhi:\nhati akan ~ seluruh jiwa; \nia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; \napabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka;\n~ diri \nmenguasai diri;\nmerajakan\n1.\n menjadikan raja, menobat jadi raja:\nmaka anakanda baginda yang tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda; \n2.\n menganggap atau memandang sebagai raja:\n~\n \npangkat;\nkerajaan\n1.\n negeri atau negara yang dikepalai oleh raja :\n~\n \nMalaysia;\n~ Arab Saudi; \n2.\n pemerintahan, negara:\n~ Indonesia berparlimen; \n3.\n martabat (kedudukan) raja:\nsetelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~; \n4.\n tanda-tanda alat kebesaran raja:\npakaian ~; \npayung ~; \ntakhta ~; \n5.\n sifat sebagai raja:\njika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; \n6.\n [sastera lama] naik takhta, menjadi raja:\njika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini;\n~ buangan \npemerintahan yang dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dan lain-lain);\n \n~\n \ncampuran \npemerintahan yang anggota-anggota kabinetnya terdiri daripada berbagai-bagai golongan parti politik;\n \n~ negeri \npemerintahan negeri yang menjadi sebahagian daripada kerajaan kebangsaan atau pusat;\n \n~\n \npusat \npemerintahan yang bersifat kebangsaan (tidak dari negeri bahagian);\n \n~\n \nsementara \nkerajaan yang dibentuk untuk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yang sempurna menurut perlembagaan dan sebagainya;\n \n~\n \nsendiri \npemerintahan yang setengah merdeka (pemerintahan yang mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh);\n \n~\n \ntempatan \n(Undang-undang) sistem kerajaan yang meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pada pihak berkuasa setempat, misalnya majlis perbandaran dan majlis daerah;\nberkerajaan\n mempunyai kerajaan, ada kerajaannya:\nperubahan-perubahan yang patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri." "raja II\n~\n \nudang \nsejenis burung, binti-binti, \nAlcedo meninting verrauxii; \nburung ~ udang \nsejenis burung, pekaka cicit, \nAlcedo atthis bengalensis." "raja III\nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok) \nCassia fistula; \nrumput ~ sari \nsejenis anggerik, anggerik raja sari, \nDendrobium calcaratum." "rajah I\n1.\n tulisan (gambaran, suratan, tanda-tanda, dan lain-lain) yang dibuat sebagai azimat (ubat penghalau hantu dan lain-lain);\n2.\n garis-garis pada tapak tangan, suratan tangan;\n3.\n coreng-coreng pada tubuh yang dibuat dengan barang tajam dan lain-lain, cacahan;\n4.\n gambar dengan garis-garis, bagan;\nmerajah\n1.\n membuat rajah (dengan kapur dan lain-lain) sebagai mengubat orang sakit dan lain-lain;\n2.\n mencoreng (badan), mencacah;\n3.\n [sastera lama] merodok, menusuk dengan tombak (lembing dan lain-lain):\ndirajahnya dengan tombaknya;\nmerajahkan\n membuat rajah sesuatu, melukis sesuatu dengan rajah:\nrajahkan sebuah bilik rehat." "rajah II\n~\n \nbangun \nsejenis tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang, tumbuh daun, \nBryophyllum pinnatum (calcynum);\n~ kayu \na) sejenis tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, \nCassiafistula; \nb) sejenis tumbuhan (herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh, \nDracaena congesta; \nc) sejenis tumbuhan (pokok renek), \nDracaena porteri (congesta)." "rajalela\nmerajalela\n1.\n melakukan sesuatu dengan sesuka hati, berbuat sesuka hati (sewenang-wenang);\n2.\n timbul menular-nular, bercabul (penyakit dan lain-lain);\n3.\n menjadi-jadi, berkecamuk:\nParis telah dikepung, kelaparan ~; \ndia cuba untuk menghilangkan fikiran yang ~ dalam otaknya;\nbermerajalela\n merajalela." "rajan\nkeluar darah yang berlebihan (pada perempuan yang datang bulan)." "rajang\n[Jawa];\nmerajang\n menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik:\n~\n \ndaun nasi ulam;" "rajangan\nhirisan, racikan;\n \ntembakau ~ \ntembakau racikan." "rajastali\npisang ~\n sejenis pisang, pisang keling;\n= rastali." "rajau\n[Perak] padi (pokok dan buah) yang ditinggalkan ketika dituai pertama kali (kerana kurang masak);\nmerajau\n menuai padi yang dahulunya ditinggalkan." "rajawali\n1.\n sejenis burung, \nAccipiter badius poliopsis; \n2.\n sejenis burung, lang belalang, \nMicrohierax fringillarius." "raji\ntalak ~ \ntalak (cerai) pertama dan kedua, talak (cerai) yang boleh dirujuk semula." "rajim\n[Arab] yang dilempari dengan batu, yang disumpahi (syaitan)." "rajin\n1.\n suka bekerja (belajar dan lain-lain), giat, bersungguh-sungguh, tekun:\ndia ~ belajar; \ndia ~ bekerja untuk menambah pendapatan keluarga; \n2.\n kerap kali, selalu (berbuat sesuatu, melakukan sesuatu):\nia ~ ke masjid; \ntak ~ \n[Kelantan], [bahasa percakapan] tidak pernah;\nrajin-rajin\n dengan sungguh-sungguh rajin, dengan rajin betul:\nkita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; \nIs mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh;\nmerajinkan; \n~\n \ndiri \nberusaha benar-benar, mengusahakan diri;\nkerajinan\n1.\n perihal rajin, kegiatan, ketekunan:\nguru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pada kanak-kanak; \nkerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; \n2.\n perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu:\nmereka mesti pandai memajukan ~ rakyat;\n~ rumah tangga \nperusahaan kecil yang dikerjakan di rumah;\n \n~\n \ntangan \npekerjaan (perusahaan) dengan tangan (bukan dengan mesin)." "rajok\n[Minangkabau] pancang daripada kayu hidup (untuk batas dan lain-lain)." "rajuk\nmerajuk\n \n1.\n menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, dan lain-lain):\nisterinya yang ~ itu dijemput kembali; \n2.\n bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dan lain-lain):\nkenapa ia ~ petang semalam?;\n~ pada yang kasih (sayang) \n(peribahasa) barang kehendak janganlah yang mustahil (hendaklah mana yang mungkin);\nmerajuki\n merajuk terhadap (kepada):\nkalau lambat pulang ia akan dirajuki isterinya;\nperajuk\n (orang yang) suka merajuk." "rajungan\nsejenis ketam yang sedap dimakan." "rajut\n1.\n jala-jala, jaring-jaring;\n2.\n siratan benang dan lain-lain yang berupa jaring untuk membuat pundi-pundi (dipakai pada sanggul dan lain-lain);\n3.\n pundi-pundi (pura, kantung) yang dibuat daripada siratan benang (rami dan lain-lain):\nwalaupun meregas rumput dan menjualnya tiga sen se ~ , atau membuka toko yang bertingkat-tingkat\u2026. ;\nmerajut\n1.\n menyirat jaring-jaring (jala-jala), membuat rajut:\ngentian bulu itu dipintal menjadi benang, kemudiannya ditenun menjadi kain, ataupun dirajut menjadi pakaian; \n2.\n memasang rajut;\n~ badan \nmenyusahkan diri;\n \n~\n \nburung \nmenangkap burung dengan menggunakan rajut (jaring);\n \n~\n \nperut \nmenahan lapar, menahan (mengurangkan) makan;\nrajutan\n sesuatu (jala, jaring, dan lain-lain) yang dirajut:\n~\n \nyang kemas;\n \nperajutan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) merajut;\nperajut\n1.\n orang yang merajut (jaring, jala dan sebagainya);\n2.\n alat untuk merajut (menyirat)." "rak I\n1.\n bunyi seperti bunyi pena yang digoreskan;\n2.\n bunyi seperti bunyi kayu patah dan lain-lain;\n \n~-rok \nbunyi pokok yang patah;\n= derak." "rak II\nsejenis para-para daripada kayu atau logam untuk meletakkan pinggan mangkuk, buku, dan lain-lain;\n \n~\n \nbuku \npara atau tempat meletakkan buku." "rak III\n[Kelantan] semak-samun (tipis)." "rak IV\n[Kelantan] larat." "raka\nretak dan hampir pecah atau patah (kayu, pinggan, dan lain-lain):\npinggan itu ~, hanya menanti pecah." "rakaat\n[Arab] bahagian dalam sembahyang (satu kali berdiri, satu kali rukuk dan dua kali sujud):\nsembahyang asar terdiri daripada empat ~ ." "rakah\nmerakah\n = \ngelak ~\n ketawa terkakah-kakah (terdekah-dekah);\n= dekah." "rakak\n[arkaik] \n= rangkak." "rakam\n1.\n hasil mengecap (bunga-bunga pada kain, huruf atau tanda yang dicetak, dan lain-lain);\n2.\n garis-garis berwarna pada kain tenun, suji atau sulam yang berwarna lain;\n3.\n alur bunyi atau suara pada piring hitam atau pada pita (perakam pita);\nberakam\n dirakamkan:\nmuzik yang sudah ~;\nmerakam\n1.\n mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dan lain-lain);\n2.\n memberi garis-garis dengan warna lain (tenunan), menekat (dengan benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam;\n3.\n mengekalkan suara (bunyi, lagu, dan lain-lain) pada piring hitam atau pita:\njarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yang ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yang dirakam;\n~ rompak \nmerakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kepada yang berhak);\n4.\n [Minangkabau] melekap, menempel, melekat (baju pada tubuh dan lain-lain);\nmerakamkan\n1.\n mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dan lain-lain);\n2.\n menekatkan, menyulamkan, menyujikan;\n3.\n mengambil bunyi (suara, nyanyian, dan lain-lain) untuk dicapkan (diterakan) pada piring hitam (pita rakam dan lain-lain):\n~\n \ncerita-cerita pelipur lara; \n4.\n melekatkan (menyematkan) dalam hati, menyimpan dalam hati;\n5.\n melakukan dengan mencatatkan dan lain-lain supaya (sesuatu itu) tersimpan untuk kegunaan (rujukan dan sebagainya) pada suatu waktu kemudian kelak:\nsesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yang berlaku dalam parlimen; \nnovel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhannya;\nterakam\n1.\n tercap, tercatat, tersurat (dalam perlembagaan, perjanjian, dan lain-lain):\nhak-hak istimewa yang sudah ~ dalam perlembagaan; \n2.\n tersirat dalam hati, terlekat dalam hati:\nkenangan-kenangan yang sedih itu sudah ~ dalam hatinya; \n3.\n tercatat dan tersimpan (untuk kegunaan, rujukan, dan sebagainya pada waktu kemudian);\nrakaman\n sesuatu yang dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dan lain-lain);\nperakaman\n proses merakamkan sesuatu, perekodan:\n~ data;\nperakam\n sesuatu yang merakamkan, alat merakam:\nakhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara kita;\n~ pita \nalat merakam yang menggunakan pita." "rakan I\n= rakanan\n1.\n sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dan lain-lain):\nkanak-kanak yang menjadi ~ sepermainan anaknya; \n2\n. \nkawan dalam sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan, dan lain-lain) atau sesuatu kegiatan:\n~ sejawat;" "rakan II\n[Kelantan] ark\n1.\n bala, bahaya (yang akan datang);\n2.\n huru-hara, kacau-bilau." "rakap I\n1.\n besi tempat memijak (meletakkan kaki) ketika menunggang kuda, sanggurdi;\n2.\n pengayuh basikal." "rakap II\npenyangkut pada palang senjung neraca kimia dan lain-lain." "rakat\n[sastera lama] sejenis pertunjukan tari-menari dengan lawak jenaka (dengan memakai topeng);\nmerakat\n bermain tari-menari dengan memakai topeng, mengadakan pertunjukan tari-menari dengan topeng:\ngemuruh bunyi orang bermain itu terlalu ramai, ada yang bertandak, ada yang berwayang, ada yang ~." "rakbi\n[Arab] sejenis lagu Arab." "raket\nalat untuk memukul bola dalam permainan tenis (badminton dan lain-lain), penangkis:\n~\n \ntenis." "rakit I\nbeberapa batang buluh (kayu dan lain-lain) yang diikat berangkai (digunakan untuk mengangkut orang, barang, dan sebagainya menyeberangi sungai dan sebagainya);\n~\n \nbalai gambang \nsejenis rumah di atas rakit;\n \n~ pisang \n[Minangkabau] sejenis penganan yang dibuat daripada pisang muda yang disayat dan diatur seperti rakit;\nberakit\n bergerak di air di atas rakit, menggunakan rakit:\nperjalanan ~ hanyamemakan masa kira-kira tiga jam;\nberakit-rakit\n bergerak ke sana sini di air dengan menggunakan rakit:\nbiarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ketepian; \nberakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian \n(peribahasa) bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang;\nmerakit\n1.\n membuat rakit;\n2.\n [kiasan] mengatur atau menyusun rapi-rapi;\n3.\n mereka-reka, mencari akal;\nperakit\n pengatur, penyusun." "rakit II\n[Jawa];\nserakit\n sepasang (kuda dan lain-lain)." "rakit III\nburung ~ \nsejenis burung, burung hujan-hujan, \nCymbirhyncus macrorhyncos malaccensis." "rakmo\n[Kelantan] dapur tempat memasak manisan kelapa dan lain-lain." "rakna\n[arkaik] [sastera lama] \n= ratna." "raksa\n= \nair ~\n sejenis logam cair berwarna putih perak (untuk mengisi jangka suhu dan lain-lain), merkuri." "raksamala\n= \npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok besar yang kayunya berbau harum), \nAltingia excelsa." "raksasa\n1.\n sejenis makhluk seperti manusia yang sangat besar dan tinggi badannya (dalam cerita-cerita), bota, gergasi;\n2.\n [kiasan] tersangat besar, besar sekali;\nkemajuan ~\n kemajuan yang tersangat besar;\n \nkekuatan ~\n kekuatan yang besar sekali;\n \nrancangan ~\n rancangan yang besar sekali;\n \nrapat ~\n rapat umum yang besar (biasanya di tanah lapang);\nraksasa-raksasaan\n banyak raksasa, secara besar-besaran:\nkini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yang maha besar berhadapan satu dengan lain; \nkeraksasaan\n (Biologi)\n1.\n keadaan tubuh yang terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuhan yang berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dengan kemampuan mental dan seks yang sangat rendah);\n2.\n pertumbuhan yang berlebihan pada tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yang berlebihan." "raksi I\n1.\n sesuatu yang harum, bau-bauan;\n2.\n harum, wangi;\n \nminyak (di) ~ \nminyak wangi;\nmeraksi\n mewangikan dengan bunga-bungaan (minyak wangi dan lain-lain);\nperaksi\n sesuatu yang harum (bunga-bungaan dan lain-lain) untuk meraksi." "raksi II\nrasi." "rakuk\n[Minangkabau] takik, takuk;\nberakuk\n bertakik, bertakuk;\n \nmembuat titian ~ \n(peribahasa) mencelakakan orang dengan tipu muslihat;\nmerakuk-rakuk\n membuat takik atau takuk beberapa kali:\nAzman sampai di hadapan ibunya, lalu ~ sekeping papan dengan sebilah pisau yang dipegangnya." "rakun\nsejenis binatang kecil pemakan daging yang bermuncung panjang dan bulu ekornya kembang berbelang putih dan hitam, biasanya terdapat di kawasan hutan Amerika Utara dan Selatan, \nProcyon lotor." "rakung I\n[Kelantan], [Terrenganu];\nmerakung\n mengambil semua, membeli semua." "rakung II\nrakungan\n [Minangkabau] kerongkongan." "rakus\n1.\n gelojoh, lahap:\nalangkah ~nya ia memakan juadah itu; \n2.\n [kiasan] selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak:\n~\n \nakan kekayaan; \nsangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup;\nkerakusan\n1.\n kegelojohan, kelahapan:\nia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dan lain-lain; \n2.\n kelobaan, ketamakan:\nuntuk mengubah sikap dan ~ peribadi kepada sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang;\nperakus\n orang yang sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dan lain-lain)." "rakut\nmerakut\n \n1.\n memasang jaring, memasang sarang (labah-labah);\n2.\n [kiasan] memperdayakan, mengakali, menipu." "rakyat\n1.\n seluruh penduduk sesebuah negara (sebagai syarat mendirikan sesuatu pemerintahan):\n~ Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai kaum; \ndewan ~\n dewan yang mewakili suara rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi;\n \nwakil ~\n ahli dewan rakyat;\n2.\n anak buah, orang-orang sebawahan:\nsetahun sekali penghulu menjamu ~nya; \n3.\n orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa:\npadang permainan untuk ~; \nia keturunan ~, bukan keturunan raja; \ncerita ~\n cerita yang diceritakan untuk orang biasa;\n4.\n pasukan perang, bala tentera:\nmaka baginda pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dengan senjatanya; \n5.\n [Pahang], [bahasa percakapan] orang asli;\n \n~ jelata (jembel, marhaen, murba) \norang kebanyakan (bukan golongan bangsawan);\nmerakyat\n tersebar luas kepada rakyat:\nbudaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dengan itu pecahlah monopoli pujangga istana sebagai elit ilmuwan;\n merakyatkan\n menyebarluaskan ilmu, amalan dan sebagainya kepada rakyat:\nilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata;\nkerakyatan\n1.\n perihal rakyat;\n2.\n demokrasi;\n3.\n [arkaik] kewarganegaraan:\n~ akan diberikan kepada orang dagang di negeri ini." "ralat I\n1.\n tidak betul, keliru, salah, silap;\n2.\n kesalahan cetakan (tulisan dan lain-lain)." "ralat II\n[bahasa percakapan] berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yang baik atau terpaksa membuat sesuatu yang tidak baik):\ntidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini." "rali\n1.\n perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, seperti di estet, jalan raya dan sebagainya:\ndia pernah menyertai ~ kereta klasik antarabangsa Bejing-Paris\n;\n2.\n (Ekonomi) kenaikan harga saham dan sebagainya secara keseluruhan selepas mengalami suatu kejatuhan;\n \n~ teknikal \nkenaikan secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan saham untuk jangka masa pendek dalam pasaran semasa pasaran menurun;\n3.\n (Suk) pertukaran pukulan antara pemain dalam beberapa siri sehingga satu mata diperoleh seperti dalam permainan badminton dan skuasy." "ralik\n[Kelantan], [Terrenganu] ralip, ralit." "ralip\n= meralip\n sangat mengantuk, setengah tidur;\nperalip\n orang yang (tabiatnya) selalu mengantuk, pengantuk." "ralit\n[Kedah], [Pahang], [Pulau Pinang] asyik, leka (suka benar):\ndia ~ membaca buku kini;\n meralitkan\n menyebabkan ralit, mengasyikkan, melekakan:\nwarna merah, kuning, biru, jingga serta liuk lentok rumput-rampai yang menyelit di celah-celahnya sungguh ~ mata yang memandangnya." "ram I\nbunyi deram." "ram II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n jendela, tingkap;\n2.\n bingkai untuk dibentangkan kain dan lain-lain untuk disulam dan lain-lain, pemidang(an)." "ram III\neram." "ram IV\nbilah-bilah yang berpusing pada baling-baling (kipas angin dan lain-lain)." "rama\n[Jawa], [sastera lama] ayah(anda), bapa." "rama-rama\n1.\n sejenis serangga yang sayapnya lebar dan cantik (dalam pelbagai warna), kupu-kupu;\n2.\n kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya)." "Ramadan\n[Arab] bulan kesembilan dalam tahun Hijrah, bulan puasa." "Ramadan al-Mubarak\n[Arab] bulan Ramadan yang diberkati." "ramah\n1.\n elok dan menarik budi bahasanya (terhadap sesiapa):\nperempuan yang berbudi itu mempelawa lagi dengan ~nya; \nmereka menyambuntuku dengan ~nya; \n2.\n suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dan lain-lain) dengan mesra:\ngadis yang dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; \numumnya kaum lelaki ~-~ benar;\n~ lidah \nsuka bercakap-cakap;\n \n~\n \nmesra \nsangat karib (pergaulan);\nberamah-ramahan\n bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dengan ramah:\nserta ~lah aku dengan segala supai-supai itu;\nmeramahi\n bersikap ramah-tamah kepada, mengambil hati:\nsiapa pun diramahinya;\nkeramahan\n sifat atau sikap ramah, kemesraan (dalam pergaulan dan sebagainya):\nkecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat dinafikan;\n~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan;\nperamah\n orang yang ramah, bersifat ramah:\npenumpangnya itu ~ orangnya; \nbahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang daripada kawannya." "ramah-tamah\nsangat ramah;\n perjumpaan ~ \nperjumpaan selaku sahabat yang karib (secara kekeluargaan);\nberamah-tamah\n berbual-bual (bercakap-cakap, bergaul) dengan ramah:\nmereka tidak ada masa langsung untuk ~;\n keramah-tamahan\n sifat atau sikap ramah-tamah:\nsemuanya manis-manis dan ~ mereka sangat menyenangkan hati para tetamu." "ramai\n1.\n riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dan lain-lain):\norang menyabung terlalu ~, bunyi sorak seperti akan sampai ke langit; \n2.\n sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dan lain-lain):\nmaka berperanglah Temenggung Seri Udana dengan Peringgi terlalulah ~; \n3.\n sangat gembira, sangat meriah, riang gembira:\nEncik Ramli pun hanya ~ dalam hati sendiri; \n4.\n aktif, giat, sibuk:\nsesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; \nSingapura ialah bandar perniagaan yang ~; \n5.\n banyak penghuninya (penduduknya):\npada zaman itu negeri Siak ~; \n6.\n banyak (orang), orang banyak, umum:\n~\n \norang berkumpul; \nperkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; \ndi muka ~ \ndi depan orang banyak (umum);\n \nkhalayak ~ \norang banyak, umum;\n \nkegemaran ~\n kesukaan umum;\n \nkemahuan ~\n kemahuan umum;\n \norang ~\na) orang biasa (kebanyakan);\n b) orang yang banyak (umum);\n \nsuara (pendapat) ~\n suara atau pendapat umum;\n~\n \nberagam, rimbun menyelara \n(peribahasa) kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;\nseramai\n1.\n sama banyak (dengan);\n2.\n sebanyak, sejumlah:\npenduduk-penduduk yang ~ sejuta orang itu;\nberamai-ramai\n1.\n berbuat sesuatu dengan riuh-rendah (hiruk-pikuk):\nmereka ketawa ~; \nundang-undang tidak dapat digubal dengan bertengkar ~; \n2.\n bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang):\nselepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; \nmari kita kerjakan ~;\nmeramai-ramai\n \nanak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara;\nberamai-ramaian\n sl\n1.\n dengan ramainya, dengan banyaknya:\nsekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; \n2.\n dengan riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya):\nterlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu;\nmeramaikan\n1.\n menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk):\nkereta ini diramaikan dengan bual penumpang-penumpangnya; \n2.\n menjadikan banyak, membanyakkan:\n~\n \nkaum keluarga; \n3.\n menjadikan gembira, memeriahkan:\nia mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya yang datang ~ majlis hari jadinya;\nmemperamai, memperamaikan\n menyerang beramai-ramai, membanyaki:\nmalangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam; \nia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi;\nkeramaian\n1.\n perihal ramai (riuh-rendah dan lain-lain):\nmelalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; \nia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; \n2.\n perayaan, pesta:\n~\n \nmenyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; \nsatu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan." "ramal I\n[Arab]\n1.\n pasir;\n \nnegeri ~ \nnegeri Arab;\n2.\n pasir untuk menengok nasib, sesuatu yang digunakan untuk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yang akan berlaku dan lain-lain (kitab nujum dan lain-lain);\n \nmembaca (membilang, membuka) ~\n melihat nasib orang dan lain-lain (dengan menengok kitab nujum dan lain-lain);\nmeramal\n menengok nasib, menelah: \nprofesor ini mungkin punya bola kristal untuk ~;\nmeramalkan\n1.\n menengok nasib orang dan lain-lain dengan membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah:\nia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; \n2.\n memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yang akan berlaku, menerka, menduga, menelah:\nbanyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; \nia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan meramalkan apa yang difikirkannya;\n teramal\n dapat diramalkan:\nkehidupan yang tidak ~ dan tidak terkawal;" "ramal II\nsejenis sapu tangan:\nsehelai ~ sutera yang bertaburkan benang emas disampaikan di hulu keris itu; \nrumal" "ramalan I\nsesuatu yang diramalkan, dugaan, telahan, tekaan:\nKarl Marx telah membuat suatu ~ yang meleset; \ningatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; \nkitab ~\n kitab nujum, pustaka;\nketeramalan\n perihal dapat diramalkan;\nperamalan\n perbuatan meramal (meramalkan);\nperamal\n orang yang meramal atau meramalkan sesuatu:\nsebagai seorang ~ yang selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan." "Ramalan II\n[Indonesia] \nRamadan." "ramanda\n[arkaik] \nrama." "ramas I\nmeramas\n1.\n menggumpal-gumpal dan memeras-meras (adunan, kelapa, nasi, dan lain-lain):\ntepung gandum digaul dan diramas dengan lemak;\n~ kelapa; \n2.\n memegang-megang dan memicit-micit, memijit-mijit, mengurut:\nlapan orang yang ~ kaki Yang Dipertuan; \n3.\n memulas dan memeras (kain basah), memerah:\ndia ~ kain yang baru dibasuhnya itu; \nperut ~\n perut memulas;\n4.\n merenyukkan, mengumalkan:\ndia ~ surat layang yang baru diterimanya;~ api \nmemadamkan api;\n \n~\n \nbibir (mulut) \nki menggasak, mengajar;\n \n~ jantung (perut) \nki marah dalam hati, mendongkol, sebal, sangat menyesal;\nmeramas-ramas\n memicit, memeras, merenyukkan dan sebagainya berulang kali dengan jari-jari tangan:\nbunga itu diramas-ramasnya dengan sebelah tangannya; \ntangannya ~ tangan ibunya;\nramasan\n pegangan atau picitan untuk meramas:\nia berasa satu ~ yang mesra di bahunya." "ramas II\nnasi ~ \nnasi yang dicampurkan lauknya sekali." "rambah\nmerambah\n \n1.\n menebas, menebang;\n (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat:\nmereka ~ pokok-pokok kecil; \n2.\n membuka (meneroka) hutan, merintis (jalan):\nbiar sedikit benih yang ditanam dan sedikit rimba yang dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya disiangi;\n~ hutan;\n~ jalan; \n3.\n merampat (memarang, memukul, menembaki, menyebat, dan lain-lain) semuanya sekali gus:\npasukan yang menceroboh itu dirambah dengan mesingan;" "rambahan I\n~\n \nbukit \nsejenis tumbuhan (pokok renek), rami bukit (bulan, hutan, jantan), sumin bukit (jantan), malam petai, \nAlchornea villosa." "rambahan II\ndaun-daunan (pokok dan lain-lain) yang sudah dirambah, sisa merambah;\nperambah\n orang yang merambah;\n\n\n~ jalan \nperintis jalan." "rambai I\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya boleh dimakan), \nBaccaurea motleyana;\n~ ayam = ~ bukit = ~ burung = ~ tikus = ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nBaccaurea brevipes;\n~ cengkuang \nsejenis tumbuhan (pokok), pasak lingga, \nDysoxylon densiflorum;\n~ hutan \na) sejenis tumbuhan (pokok), setambun, \nBaccaurea parviflora; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), mempaung, \nBaccaurea lanceolata; \nc) = \n~ puntianak \nsejenis tumbuhan (pokok), pokok bantun, kelap, \nSymplocos rubiginosa;\n~ kera \nsejenis tumbuhan (pokok), jintik-jintik, mesekam, \nBaccaurea kingii;\n~ padang \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar daldaru, \nPsychotria sarmentosa;\n~ puntianak\n sejenis tumbuhan (pokok), kelat jambu putih, \nSymplocos rigida; \nakar ~ daun \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), berenas, \nTrichosporum radicans." "rambai II\n1.\n bulu yang halus-halus lagi panjang (pada leher dan ekor ayam dan lain-lain), bulu yang panjang-panjang pada janggut kambing dan lain-lain;\n2.\n akar yang halus dan panjang-panjang serta berumbai-rumbai pada beberapa jenis pokok;\nrambaian\n berambut, berbulu halus-halus (pada buah dan lain-lain), berbulu panjang-panjang (ayam dan lain-lain)." "rambai III\nsejenis ikan laut, \nCaranx armatus;\n~ landih \nsejenis ikan laut, \nAlectis indica." "rambak I\nmerambak\n \n1.\n menjalar-jalar, merayap ke mana-mana (tumbuh-tumbuhan yang menjalar);\n2.\n bertambah-tambah bilangannya, bertambah-tambah luasnya;\nmerambakkan\n1.\n menjadikan merambak;\n2.\n menjadikan banyak (luas);\n \n~ wang \nmemperbanyak wang (dengan diperbungakan dan lain-lain)." "rambak II\n[Jawa] sejenis keropok yang dibuat daripada kulit lembu atau kerbau." "rambak III\n~\n \ncina \nsejenis burung." "ramban, rambanan\n[Jakarta] (mencari) daun-daun untuk makanan kambing." "rambang\n1.\n tidak tetap (hati, tujuan, dan lain-lain);\n \n~ mata \na) mata keranjang (suka bermain perempuan, suka kahwin);\n b) tidak tahu yang mana satu yang hendak dipilih (kerana banyak pilihan);\n \njala ~ \njala yang lebar-lebar matanya;\n \nmulut ~ \nbanyak cakap, cerewet;\n \nmerawak ~\n = \nrambang-rambang; \n2.\n tidak atau tanpa ditentukan (diatur, dirancang, dan sebagainya) terlebih dahulu, diambil (dipetik dan sebagainya) secara sembarangan sahaja, rawak:\nsebagai contoh penggunaan sebenar, saya petik sebuah ayat secara ~ daripada Kamus Dewan;" "rambang-rambang\nsecara sembarangan sahaja, merambang:\nKarim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~;\n merambang\n berbuat sesuatu (berkata dan lain-lain) dengan membabi buta sahaja (dengan mengagak-agak sahaja):\ntangannya dirambang bagaikan mencari sesuatu dalam gelap;\nkerambangan\n keadaan rambang:\n membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~." "rambas\nmerambas\n Pr\n1.\n mengibas-ngibas kain dan lain-lain;\n2.\n mengibaskan kain (untuk menghalau hantu ketika mengubati orang sakit):\nmaka tok bidan yang tua pun lalu ~ dengan kain tujuh warna." "rambat I\nmerambat\n \n1.\n merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan);\n2.\n menjalar (api dan lain-lain), menular (penyakit dan lain-lain), tersebar ke mana-mana (khabar, berita), berpanjang-panjangan (pertengkaran, perselisihan, dan lain-lain);\n3.\n [Indonesia] menjalar atau meluas (panas dan lain-lain);\n4.\n [Jawa] merayap atau melata naik:\npermukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yang ~ dan melata;\n rambatan\n (Fizik) gerakan gelombang tenaga yang berlaku pada gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yang normal dengan muka gelombang yang biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah;\nperambatan\n1.\n perihal (proses atau perbuatan) merambat, penyebaran;\n2.\n (Fizik) pergerakan gelombang tenaga yang berlaku pada gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yang normal dengan muka gelombang yang biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah." "rambat II\n[arkaik] tempat yang tinggi sedikit (dalam rumah dan lain-lain), tempat menerima tetamu yang dihormati dan lain-lain." "rambat III\n1.\n [Brunei], [Perak] jala;\n2.\n [Kedah] rantai (batu) jala;\nmerambat\n [Perak] membubul jala." "rambih\nberambih, merambih\n pergi (berziarah, berkelah, dan lain-lain) beramai-ramai." "rambu I\n= rambu-rambu\n rumbai-rumbai, jumbai-jumbai, jerambat (pada tepi kain, tuai, dan lain-lain);\n \ntombak ~ \ntombak yang diberi berjumbai;\nberambu-rambu\n1.\n = \nberambu\n berjerambai;\n \ntirai ~\n tirai yang berjerambai;\n2.\n [Kedah] tida" "rambu II\nsejenis pancang, patuk, tiang (untuk tanda dan lain-lain)." "rambu III\nkaki ~\n [bahasa percakapan] orang yang suka merayau-rayau ke sana sini (tanpa tujuan);\nmerambu\n berjalan ke mana-mana (tanpa tujuan), merayau-rayau ke sana sini, berkeliaran:\n~ siang dan malam itulah kerjanya." "rambun\nsemak yang masih belum menjadi belukar." "rambung I\nsejenis tumbuhan (pokok), \nFicus elastica." "rambung II\nsejenis tarian Siam." "rambuni\n[sastera lama] sejenis kayu." "rambustan\n[arkaik] rambutan." "rambut I\n1.\n sejenis bulu yang tumbuh di kepala:\n~nya ikal, lebat, dan hitam;\n~ kelong dahi \nrambut yang ikal di dahi;\n \nanak ~\n hujung rambut yang ikal pada dahi dan lain-lain;\n \ngigi ~ \nrambut yang di pinggir;\n \nkaki ~ \nrambut yang di pinggir atas tengkuk;\n \nsi ~ panjang \n[bahasa percakapan] orang perempuan;\n \ntermakan di ~\n sangat susah;\n \nsakit kepala panjang ~\n pura-pura sakit kepala;\n2.\n sesuatu yang seperti rambut;\n~ anak kundai \nrambut pendek di dahi pengantin;\n \n~ genjur \nrambut yang kejang (tegak kaku);\n \n~\n \nikal \nrambut yang mengombak;\n \n~\n \njagung \nbulu pada jantung jagung;\n \n~ kerul = ~ keriting \nrambut ikal kecil-kecil;\n \n~\n \npalsu \nrambut buatan;\n~ sama hitam, hati masing-masing berlainan \n(peribahasa) masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dan lain-lain) yang berlainan;\n \nbagai ~ dibelah tujuh \n(peribahasa) perihal sesuatu yang terlalu sedikit (kecil);\n \nseperti bergantung pada (di) ~ sehelai \n(peribahasa) sentiasa dalam keadaan yang sangat sulit dan berbahaya;\n \nseperti menghela ~ dalam tepung, ~ jangan putus, tepung jangan terserak \n(peribahasa) menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya;\nserambut\n sebesar rambut, sekecil-kecilnya:\ntidak ada suatu kejadian yang betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua;\n berambut\n mempunyai atau ditumbuhi rambut:\nhatinya terpaut dengan pemuda yang ~ hitam berkilat itu; \nkepalanya hampir botak tidak ~ lagi;\nmerambut\n berhelai-helai seperti rambut;\nperambut\n sejenis tali (dawai) yang kuat antara tali kail dengan mata kail." "rambut II\nakar ~ cambang \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nCynanchum spp.; \ncendawan ~ ali \nsejenis tumbuhan (cendawan), \nMarasmius gordipes." "rambutan\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), \nNephelium lappaceum;\n~ hutan \na) = \n~ kabung = ~ kahang \nsejenis tumbuhan (pokok), gumpuh, gerik, \nNephelium eriopetalum; \nb) = \n~ pacat \nsejenis tumbuhan (pokok), redan (tumu), \nNephelium glabrum; \nc) sejenis tumbuhan (pokok), mertajam, \nErioglossum edule;\n~ kapri \nsejenis tumbuhan (pokok), pulasan, mutan reba, sanggul lotong, \nNephelium mutabile;\n~ pacat \na) sejenis tumbuhan (pokok), sanggul lotong, gumpal benang, arang para, \nNephelium hamulatun; \nb) = \n~\n \nhutan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nNephelium glabrum; \nc) sejenis tumbuhan (pokok), \nXerospermum spp.;\n~ cantum(an) \n(pokok) rambutan hasil daripada percantuman kulit tunas yang baik kepada pokok yang kurang baik;\n \n~ jantan \npokok rambutan yang berbunga sahaja (tidak berbuah);\n \n~ kahwin \n[bahasa percakapan] rambutan cantuman;\n \n~ lekang \nbuah rambutan yang longkah isinya (dari biji);\n \ngelagah boreh ~ jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak \n(peribahasa) perihal nasib yang malang seseorang yang berbuat seperti orang lain tetapi tidak beroleh faedah (seperti orang lain)." "rambuti\n[arkaik];\nkain ~\n sejenis kain tenun daripada bulu kambing biri-biri (domba)." "rami\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang seratnya dibuat tali), rami-rami, \nBoehmeria nivea; \nkain ~\n sejenis kain tenun yang kasar;\n \ntali ~\n tali daripada serat rami;\n~ buah \nsejenis tumbuhan (herba), dukung anak, \nPhyllanthus niruri;\n~ bukit = ~ bulan = ~ hutan = ~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nAlchornea villosa;\n~ hantu = ~ bukit = ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nFicus chartacea;\n~ sengat \nsejenis tumbuhan (pokok), rebung pengayuh, \nAbroma augusta." "ramin I\nsejenis anyaman yang berlilit-lilit (berjalin-jalin);\nmeraminkan\n menganyam berlilit-lilit (berjalin-jalin)." "ramin II\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Gonystylaceae, dara eluk, melawis, pinang baik, pinang muda, \nGonystylus spp\n." "ramis\n[Brunei] remis." "rampai\n1.\n campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam;\n \nbunga ~\na) campuran berbagai-bagai bunga dan daun-daun yang harum;\n b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan daripada cerita dan lain-lain);\n \nminyak ~\n campuran berbagai-bagai minyak wangi;\n \nrumput ~\n berbagai-bagai rumput;\n2.\n [bahasa percakapan] bahan untuk dijadikan campuran, bahan untuk dicampurkan, perencah:\njagung muda pun ada untuk dijadikan ~ sayur;" "rampai-rampai\ncampuran berbagai-bagai macam:\ncerita ~ ;\nmerampai\n1.\n membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan sekolah:\nbila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu memuji-muji murid yang banyak betul; \n2.\n mencampur bahan-bahan dalam masakan (lauk, gulai, dan lain-lain), merencah:\nsambal tumis yang dirampai dengan kacang panjang; \ngulai ikan yang dirampai dengan terung;\nmerampaikan\n mencampur berbagai-bagai bunga;\n \n~\n \nkhabar \nmenyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar;\nrampaian\n1.\n campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai:\njagung muda pun ada untuk dijadikan ~ sayur; \n2.\n latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah:\nkanak-kanak akan lebih mundur dalam ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung;\n~ sains \nberbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am);\n \nbuku ~\n buku yang digunakan untuk menulis (menjawab) latihan di sekolah;\n \nkerja ~\n berbagai-bagai kerja (latihan)." "rampak I\n= berampak\n1.\n bercabang atau berdahan banyak dan panjang-panjang, memapar (seperti pokok ketapang, hujan-hujan):\nsepohon kayu yang amat ~ dahannya;\n~ rendang = rimbun ~\n rampak lagi lebat daunnya;\n2.\n [kiasan] banyak pakaian atau perhiasan yang d" "rampak II\n[Minangkabau] jatuh rebah, rebah, runtuh, tumbang (kerana dilanggar dan lain-lain);\n \nrebah ~\n rebah;\nmerampak\n melanda, melanggar (hingga roboh, jatuh, dan lain-lain), menyerang." "rampang\n[arkaik] \nmerampang\n berang, marah, meradang;\nperampang\n pemarah." "rampas\nberampas-rampasan\n saling merampas, bertarik-tarikan:\nmaka Dewa Perkasa pun meronta, lalulah ~lah dengan panglima itu;\nmerampas\n1.\n mengambil dengan kekerasan, merebut:\npergerakan sulit untuk ~ kekuasaan negara;\n~ kuasa \nmengambil alih kekuasaan (negara) dengan kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan;\n2.\n menyamun, membegal, menjabal:\nwang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; \n3.\n menyita:\njika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas;" "rampasan\nsesuatu yang dirampas, hasil merampas:\nbanyak beroleh barang ~ ;\n~ kuasa;\nperampasan\n perihal merampas (perebutan, penyamunan, penyitaan);\n \n~ kuasa \nperebutan kuasa;\nperampas\n orang yang merampas." "rampat\nmerampat\n \n1.\n memarang (memukul, menyebat, dan lain-lain) semuanya dengan serentak, membabat (merambah, memangkas, menebang) dengan serentak:\nsegera diparangkan baginda kenalah leher penyamun yang ketujuh itu putus ketujuhnya bagai dirampat;\n~ tanaman; \n2.\n = \n~\n \npapan \nmenganggap semuanya salah (jahat dan lain-lain), menganggap sama, menyamaratakan:\nkita semua dirampat, dikatakan malas." "ramping I\n1.\n kecil menggenting (berkenaan (dengan) pinggang):\npinggangnya ~; \n2.\n kecil panjang (tidak gemuk), langsing:\nmerampingkan\n menjadikan ramping:\nherba ubatan yang berkesan sebagai sejenis minuman ~ badan;\n kerampingan\n perihal (keadaan atau sifat) ramping:\n~ pinggang." "ramping II\nmeramping\n cabik-cabik (koyak-koyak) pada tepinya;\n= rompang." "rampis\n[arkaik] ramping." "rampok\n[arkaik] kumpulan yang memecah rumah orang:\nukuran hidup makin hari makin naik dan bersama itu makin naik pula jumlah ~, pengemis, dan kupu-kupu malam;\nmerampok\n mencuri dengan memecah rumah, mengambil barang orang dengan paksa, menjarah:\nmaka turunlah Badwi dari gunung datang ~ dan menyamun;" "rampokan\nbarang) yang dirampok, hasil merampok:\nbarang-barang ~;\nkerampokan\n kemasukan perampok;\nperampokan\n perihal merampok, perbuatan merampok:\nia dihukum 15 tahun penjara kerana ~ bersenjata;\nperampok\n orang yang merampok, penjarah." "rampung\n[Jawa] selesai, beres:\npekerjaan kita sudah ~; \ntelah ~ segala permuafakatan;\nmerampungkan\n menyelesaikan, membereskan:\ntahap pertama harus dirampungkan dulu." "rampus\ntidak lemah lembut, tidak sopan, kasar (perkataan dan lain-lain):\nmulut ~ \nkotor mulut (suka memaki-maki dan lain-lain);\nberampus, merampus\n1.\n mengeluarkan kata-kata kasar, memaki-maki, sangat marah:\ntenang dan sabar ia menjalankan kerjanya, tidak sedikit pun tanda merampus atau menyesali untung; \nlama-kelamaan datang bebal hatinya serta merampus lalu ia menurunkan layar dan melabuhkan sauhnya; \n2.\n membuat sesuatu dengan kasar, membuat sembarangan sahaja (semahu-mahunya)." "ramput\n[arkaik] rampus." "ramu\nmeramu\n mencari bahan-bahan (kayu, ubat, dan lain-lain) untuk dipakai (digunakan):\n~ akar-akaran dan daun-daunan untuk membuat ubat;\n~ rumah \nmencari kayu yang baik untuk rumah;\nramuan\n1.\n bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesuatu (kayu-kayan untuk rumah, daun-daun dan akar-akar untuk ubat dan lain-lain):\nmelainkan diubatilah Tunku dengan ilmu dan ~ ; \n2.\n rempah-rempah yang dipakai untuk menyedapkan gulai, bumbu, rampai:\nlepas itu gorenglah ~ \u2013 ~ yang lain kecuali telur yang sudah digoreng dan tauhu; \n3.\n [kiasan] benda-benda yang perlu untuk digunakan:\nbahawa jiwa Islam dan Quran itulah yang memberikan ~ istimewa." "ramunia\nsejenis tumbuhan (pokok), pohon gandaria." "ramus\n= beramus\n berbulu sangat tebal dan panjang-panjang (misai, janggut):\nseorang yang bermisai dan berjanggut terlalu ~nya; \npemuda itu merenung muka d\u2019 Albuquerque yang beramus dengan janggut dan misai." "ran\npondok yang dibuat di atas pokok (tempat kediaman orang asli atau tempat pemburu berteduh)." "rana I\nmerana\n \n1.\n menderita penyakit yang lama:\nsakit ~; \n2.\n sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus:\nbadan ~ kerana dia; \n3.\n sentiasa menanggung susah (sedih dan lain-lain):\nhati ~ ; \nhidupnya ~." "rana II\n[arkaik] sl\n1.\n peperangan;\n2.\n medan perang." "rana III\n[arkaik]\n= ratna." "ranah I\n1.\n tanah datar, dataran rendah, lembah;\n2.\n kawasan yang berpaya-paya;\n3.\n ruang lingkup, lingkungan bidang atau lapangan sesuatu (aktiviti, ilmu pengetahuan dan sebagainya), domain:\ndialek Melayu sesuai digunakan dalam ~ tak formal; \nperlu diperkuat dasar dan strategi pembangunan negara yang berteraskan bahasa Kebangsaan dalam semua ~ kehidupan." "ranah II\npunah-~ \nhabis rosak sama sekali;\n= punah." "ranai\n[Minangkabau]\n1.\n basah (oleh air mata, peluh, dan lain-lain);\n2.\n = \nmeranai\n keluar berderai-derai, bertitik-titik, menitis-nitis (air mata, hujan, dan lain-lain);\n= renai." "ranap I\n1.\n berada dalam keadaan (hampir) rata dengan tanah (kerana roboh, tumbang, dan lain-lain):\nrumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yang tumbang; \n2.\n [kiasan] rosak binasa, jahanam, musnah:\nmotokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu; \napabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~;\n~ petulang, ijuk penebal \n(peribahasa) pencarian tambahan selain gaji (tetap);\nmeranapkan\n menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dengan tanah (memukul kayu ke dalam tanah sehingga sama dengan permukaan tanah dan lain-lain), memusnahkan:\nangin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia;\nkeranapan\n perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan." "ranap II\n[Minangkabau] sunyi (senyap)." "ranca\n[arkaik];\nmeranca\n menganggap ringan (gampang, mudah)." "rancah\nberpaya-paya;\n= rencah I." "rancak I\n1.\n [Minangkabau] bagus, baik, cantik, elok, molek;\n \n~ di lebuh \nsuka berpakaian yang bagus-bagus (cantik), pesolek;\n2.\n cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dan lain-lain):\nMasri suka menyanyikan lagu-lagu ~; \nmurai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; \n3.\n aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas:\ndia berjalan dengan ~ menghala ke kampungnya; \npersatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; \ndegup jantungnya bertambah ~; \nkedengaran suara tembakan yang ~ dari suatu arah; \nperjuangan begitu ~, begitu tangkas;\nmerancak\n menjadi rancak:\nperlumbaan senjata yang semakin ~;\nmerancakkan\n menjadikan rancak:\nbanyak rancangan yang diatur untuk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara;\nkerancakan\n perihal rancak;\nkerancak-rancakan\n sombong kerana cantiknya." "rancak II\n[Jawa];\nmerancak\n menetak(-netak), memenggal(-menggal), mengerat(-ngerat)." "rancak III\n[Jawa];\nserancak\n seperangkat gamelan;\nrancakan\n sejenis alat gamelan (sejenis para-para yang dibuat daripada kayu untuk menaruh bonang dan lain-lain)." "rancang I\nsejenis pancang yang ditajamkan di hujungnya supaya dapat dicucukkan ke tanah (untuk menandai, turus pagar, dan lain-lain);\nmerancang\n1.\n memacakkan rancang ke dalam tanah (untuk menentukan sempadan dan lain-lain);\n2.\n tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing)." "rancang II\nberancang\n \n1.\n dengan diatur (difikirkan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu:\npembunuhan ~\n;\n2.\n ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu):\nsistem laissez-faire digantikan dengan sistem ~;\nmerancang\n1.\n mengatur lebih dahulu, mempersiapkan, merencanakan:\nantara beberapa kemajuan yang dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; \nseorang daimio ~ suatu pemberontakan; \n2.\n menganggarkan:\nnegara ~ jumlah penghasilan yang mesti dicapai, menentukan apa yang penting dan tidak\u2026; \n3.\n bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mempertimbangkan:\nkerajaan Indonesia ~ hendak memutuskan hubungan diplomatik dengan China Komunis;\nterancang\n sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dan sebagainya yang telah ditentukan;\nrancangan\n1.\n sesuatu yang dirancang, persediaan, persiapan, program, rencana;\n \n~\n \nlima tahun \nrencana pembangunan negara untuk jangka masa lima tahun;\n2.\n = \ntanah ~\n tanah yang diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dan sebagainya);\nperancangan\n perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu:\n~\n \nekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya;\n~ bahasa;\nperancang\n orang yang merancang:\nseorang ~ pelajaran yang terkemuka telah didatangkan; \nbadan ~\n badan (jawatankuasa dan lain-lain) yang bertugas membuat rancangan (undang-undang dan lain-lain);\n \nLembaga P~ Keluarga \nlembaga yang bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam untuk merancang keluarga." "rancang III\n~\n \nbesi \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), tongkat ali, dedawai, sedawai, \nSmilax calophylla; \nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), pudak tikus, \nFreycinetia malaccensis;\n~ hantu \nsejenis tumbuhan (sakat), serugut, \nTropidia curculigoides." "rancang usaha\nprojek." "rancap I\n[Indonesia] perihal memuaskan nafsu syahwat dengan cara yang tidak wajar (dengan tangan dan lain-lain);\nmerancap\n memuaskan nafsu syahwat dengan cara yang tidak wajar." "rancap II\n[Jawa] rancung, runcing, sangat tajam (senjata);\n \ntukang ~ \nark tukang mengasah senjata." "rancu\ntidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa);\nmerancukan\n menjadikan tidak teratur, mencampuradukkan, mengacaukan;\nkerancuan\n keadaan rancu (tidak teratur dan sebagainya), kekacauan:\nkekeliruan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar ~ kita berbahasa." "rancung\nberhujung lancip, runcing dan tajam (pensel dan lain-lain);\nmerancung\n1.\n meraut (memotong, mengasah) supaya rancung;\n2.\n semakin ke hujung semakin rancung:\nhujung kayu yang ~ ." "rand\nunit mata wang utama Afrika Selatan dan Namibia." "randa I\nperempuan yang tidak ada suami lagi, janda:\nlebih baik ~ seperti ini, bebas sebagai burung di udara; \ningatlah keluh-kesah ~-~ miskin yang menangis dengan sedih di atas kuburan suaminya;\n~ tua \nperempuan atau lelaki yang sudah tua tetapi masih belum berkahwin;\nmeranda\n hidup sebagai randa (janda), menjanda:\nsebab memikirkan nasib anaknya maka ibu Hanafi tetap ~ ;\n~ tua \n(gadis yang) hingga tua tidak mahu berkahwin." "randa II\nsejenis tumbuhan (pokok), cempaka hutan, \nGardenia carinata;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), bongkal mempulur rimba, \nRandia anisophylla." "randah\nberpindah-~\n selalu berpindah." "randai I\nmerandai\n mengharungi air, paya, rumput, dan lain-lain), meranduk." "randai II\n[Minangkabau] [arkaik] sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang yang berdiri melengkung yang bernyanyi-nyanyi dan bertepuk tangan;\nberandai-randai\n [kiasan] bersambung-sambung, berturut-turut." "randajawa\n[arkaik] jawawut, sekoi." "randau I\nmerandau\n memasukkan benda-benda lain dalam makanan supaya menjadi lebih sedap atau lebih banyak;\nmerandaukan\n memasukkan benda-benda lain dalam makanan (supaya lebih sedap atau banyak):\nbiarlah hamba randaukan dahulu sayur-mayur, nantilah hamba cari anak-anak ikan." "randau II\n[kata seru] pertukaran pendapat tentang isu-isu tertentu, dialog:\n Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan akan mengadakan majlis ~ dengan kakitangan bagi membincangkan isu kenaikan pangkat." "randek\n[Jakarta];\njam ~\n jam yang digunakan untuk mencatat waktu dalam pertandingan sukan dan lain-lain, jam detik, jam sukat, jam randik;\nmerandek\n terhenti." "randi\nkain ~\n sejenis kain sutera yang bergaris-garis." "randih\nrondah-~; \n= rondah." "randu I\nsejenis tumbuhan (pokok), kabu-kabu, kapuk, \nCeiba pentandra." "randu II\nmerandukan\n mengacaukan, mengaduk, mengarau." "randuk I\nmeranduk\n mengharungi (air, rumput, dan lain-lain), menempuh, merandai:\nmereka ~ air itu menuju ke sawah; \nBudin ~ rumput tebal di tepi jalan." "randuk II\nkambing ~\n kambing jantan (yang berjanggut dan berbulu banyak);\n \nbapa ~\na) [kiasan] kambing randuk;\n b) [kiasan] lelaki yang suka bermain muda;\n c) [Kedah] harimau." "randung\n[arkaik];\nterserandung\n terhantuk pada (kaki), tersampuk, tersandung:\nada yang lari berhambat-hambat ~ jatuh rebah-rempah daripada sangat sukanya itu;\nmerandungkan\n melanggarkan, memijakkan." "raneh\nrane\n (ran) (Sunda)\n1.\n sejenis tumbuhan (paku-pakis), paku serani, paku kawat, \nLycopodium cernum; \n2.\n sejenis tumbuhan (paku-pakis), paku merak, paku lumut, \nSelaginella willdenovii." "rang I\nbarang apa (tulisan, gambar, dan lain-lain) yang dibuat sebagai contoh (teladan, pola), buram, rancangan;\n \n~\n \nundang-undang \ndraf undang-undang (yang akan dibincangkan di parlimen dan apabila diluluskan dinamakan \u2018Akta\u2019);\n= rangrangan." "rang II\nbunyi seperti bunyi gendang dan lain-lain;\n= derang I." "rang III\n[Indonesia-Belanda] pangkat, tingkatan." "rang IV\n[Minangkabau] [kependekan] daripada kata orang;\n \n~\n \nkaya \norang kaya." "rang V\ntanah ~\n [Kedah] tanah bendang (sawah) yang terbiar atau tidak ditanami." "rang VI\n[Kelantan]\n1.\n tempat duduk yang dibuat di perdu kayu besar supaya senang menebangnya;\n2.\n [Terengganu] (seperti) para daripada buluh untuk menjemur ikan." "rangah\n= merangah\n angkuh, congkak, pongah, sombong." "rangai\nmerangai\n membersihkan sawah daripada rumput, membuang rumput, menyiangi." "rangak I\nsiput ~\n sejenis siput." "rangak II\n[Minangkabau] gaduh, hingar, kacau, recok, rusuh;\nmerangak\n membuat gaduh (kacau, recok, dan lain-lain)." "rangam\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), tomato, \nSolanum spp." "rangan\nsejenis tumbuhan (pokok), geresek, medang kuning, kunyit, lasa, \nCryptocarya caesia (scortechinii)." "rangas\n[Jakarta] sejenis anai-anai (yang suka makan tikar dan lain-lain)." "rangga I\nrunggu-~ = \nberangga\n bercabang-cabang (tanduk rusa);\n= runggu I." "rangga II\n[Jawa] sebutan atau pangkat:\nrakyat bala, temenggung, dan ~ jaksa kita hendak bawa bersama-sama." "ranggah I\nmeranggah\n menjolok (memetik) habis buah-buahan pada pokok, meradak (dengan tongkat dan lain-lain)." "ranggah II\n[Minangkabau] balung, jengger." "ranggah III\nmeranggah\n bk\n1.\n makan dengan gelojoh:\nsemua buah-buahan habis diranggah oleh mereka; \n2.\n [Kedah] tertawa (dengan kuat)." "ranggak I\nmeranggakkan\n menaikkan ke darat (perahu)." "ranggak II\n[Terengganu];\nmeranggak\n melanggar, menyerang, melanda." "ranggas\n1.\n luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi:\npokok papaya itu ~ daunnya; \n2.\n ranting-ranting kayu yang mati;\ntampak ~\n \ntak akan meleting \n(peribahasa) perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut;\nmeranggas\n1.\n gugur daunnya:\npohon-pohon yang sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~; \n2.\n luruh bulu (buahnya):\nayam ~;\n meranggaskan\n menyebabkan tidak ada daun:\ncuaca panas dan musim kemarau yang berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yang dahulunya subur dan rendang;\n peranggasan\n perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan;\nperanggas\n sesuatu (bahan, faktor dan sebagainya) yang menyebabkan pokok ranggas:\nulat beluncas disifatkan sebagai ~." "ranggeh\n[Jakarta];\nmeranggeh\n menghulurkan tangan untuk mencapai, mencapai, menjengkau." "ranggi I\n1.\n elok, gagah, tampan (sikap dan lain-lain):\npemuda itu ~ dan lawa; \ntahun 1985, muda-mudi lebih senang dengan gaya ~; \npakaian yang santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; \n2.\n [bahasa percakapan] angkuh, lagak, sombong:\nanak kurang ajar, nak tunjuk ~; \nsengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dengan ringgitnya;\nmeranggikan\n menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dan lain-lain) dengan, melagakkan, menyombongkan:\nia hendak ~ wang ringgit orang tuanya;\nkeranggian\n sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan:\nberpindah daripada ~ dan rasa tinggi diri para akademik kepada sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang." "ranggi II\nkelopak bunga." "ranggit\n[arkaik] kait;\nmeranggitkan\n mengaitkan, menggantungkan." "ranggoi\nmeranggoi\n membuang atau menyisikkan duri dari batang nibung." "ranggu I\nmeranggu\n mencampurkan, merencamkan." "ranggu II\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Anacardiaceae, \nKoordersiodendron pinnatum\n." "ranggul\n[arkaik];\nmeranggul\n terangkat ke atas (muncung meriam dan lain-lain yang dinaikkan), mendongak, anggul." "ranggung I\nterkangkang (kaki, dua kayu yang membuat sudut, dan lain-lain);\nmeranggung\n1.\n membongkok dengan bertopang pada kedua-dua belah kaki dan tangan;\n2.\n duduk di atas lutut dengan kaki terkangkang dan tangan tertumpu ke depan;\nmeranggungkan\n mencapai sesuatu dan meraih:\nambil puan dari daraji, pandan di Jawa diranggangkan; \nrangkung I." "ranggung II\nsejenis pengait pancing yang diperbuat daripada tanduk yang berlubang (tempat memasukkan perambut), pelampung kail;\n (\npandai\n) \nmemainkan ~ \n(pandai) mencari peluang baik." "ranggung III\nburung ~\n sejenis burung bangau yang jinak." "rangin\nsejenis perisai panjang:\nsegala yang memegang ~ terus dengan ~nya, segala yang memegang perisai terus dengan perisainya." "rangit\n[Brunei] rengit." "rangka I\n1.\n tulang-tulangan (tubuh, rumah, dan lain-lain), kerangka:\n~ basikal; \nbadannya kurus kering, tinggal ~;\n~ rumah sudah berdiri; \n2.\n buram, bagan, rancangan (yang menyeluruh dan tidak terperinci):\nguru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah untuk mendapat kejayaan, oleh yang demikian ~ yang diberikan ini hanyalah panduan sahaja; \n30 orang intelek Melayu dari seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dengan beliau dalam ~ sokongan intelek-intelek;\n~ pembangunan \nrang (rencana) pembangunan;\n \n~ lawatan \nrancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan;\nberangka\n mempunyai rangka, ada bentuknya (bangunnya dan lain-lain):\nbinatang yang tidak ~; \nsyair yang ~ tetap;\nmerangka\n membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dan lain-lain) untuk sesuatu:\nmalam itu abang ~ jadual untuk esok; \nbaginda akan membaca titah diraja yang ~ dasar kerajaan; \ndia ~ program yang akan diisinya kelak; \nia ~ bahan yang akan dipercakapkan nanti;\nmerangka-rangka\n mengatur-atur, mereka-reka:\nia ~ bahan yang akan dipercakapkan nanti;\n perangkaan\n ilmu yang membicarakan cara-cara membuat kesimpulan daripada data, menganalisis data dan mentafsir data, statistik;\nperangka\n orang yang merangka (program, rancangan dan sebagainya), perancang:\npara ~ dan penyelia program ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan." "rangka II\n[arkaik] tempat duduk di atas belakang gajah:\nRaja Melaka pun naik ke atas gajah yang berangka emas; \n= rengga" "rangkai\nbeberapa benda yang dihubungkan (dikaitkan, dipauntukan):\nlampu tiga se~; \nbentuk-bentuk penambah yang ditulis se~ dengan kata-kata dasar; \nse~ pantun \nserangkap pantun;\n~\n \nhati \n[Minangkabau] kekasih;\n \n~\n \nkata \nkelompok beberapa kata;\nberangkai\n dirangkaikan (antara satu dengan yang lain), bersambung:\nPasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yang menjual pelbagai jenis barangan;\nberangkai-rangkai\n bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut:\nhuruf Rumi dituliskan ~; \nbanjaran gunung yang ~;\n berangkaian\n mempunyai rangkaian:\nmisi yang dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yang lain;\nmerangkaikan\n menghubungkan berangkai-rangkai, memauntukan, mengaitkan:\ntulang belakang terjadi daripada beberapa kerat tulang yang dirangkaikan oleh urat tendon; \nIndonesia sedang ~ kerjasama dengan dua lagi anggota OPEC;\nmenyerangkaikan\n menjadikan serangkai;\nrangkaian\n1.\n hubungan, kaitan:\ntiap katanya mempunyai tugas penuh di dalam ~nya masing-masing; \n2.\n sesuatu yang bersambung-sambung (berkait-kait):\nnyonya presiden dengan penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pada ibu bapa; \n3.\n untaian (kejadian dan lain-lain), kumpulan (berbagai-bagai karangan dan lain-lain), siri:\norang Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur;\n~ cerita James Bond; \n4.\n hubungan susunan (huruf, kata, ayat):\nsetiap kata mempunyai tugas penuh dalam ~nya masing-masing;\n~ kata \nungkapan;\n5.\n (Matematik) kumpulan atau untaian lambang atau angka yang menyatakan suatu jumlah, seperti a(p + 2q) + 3b(4x + 2y);\n 6\n. sebilangan benda, peristiwa, dan lain-lain yang bertalian :\n se~ harapan; \nPulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; \n7.\n kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain:\n satu ~ kedai; \nsatu ~ pemasaran yang dapat menyelaraskan keluaran;\nperangkaian\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) merangkaikan sesuatu (seperti sistem dan sebagainya);\nperangkai\n yang merangkaikan (menghubungkan);\n \nkata ~\n (Linguistik) kata depan, misalnya \ndari, di \ndan \nke." "rangkak\nmerangkak\n \n1.\n berjalan dengan bertumpu di atas tangan dan lutut:\ndia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yang curam; \nbaru pandai ~ \na) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut (kanak-kanak);\n b) [kiasan] baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan sesuatu dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] berjalan (bergerak, berlalu) dengan perlahan-lahan (berkenaan (dengan) masa dan lain-lain), menyusup:\nmalam ~ dari senja ke Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; \npengaruh Barat ~ masuk ke dalam alam fikiran kita;\nmerangkak-rangkak\n maju dengan lambat, tidak lancar, terhenti-henti (belajar, membaca, bercakap, dan lain-lain):\nada yang tidak dapat membaca sekali-kali, ada yang ~ membaca; \nia menanyai Hilmy dengan bahasa Melayu pasar yang terlalu ~; \nmemang dia masih ~ untuk mengenal dunia;\nmerangkaki\n1.\n mendekati atau menghampiri dengan merangkak:\nHanira perlahan-lahan ~ tangga flat; \n2.\n [kiasan] menghampiri waktu (masa) dengan perlahan-lahan:\nhari kian ~ tepi petang;\nmerangkakkan\n membuat (membiarkan) merangkak:\n~\n \nanak;\n terangkak-rangkak\n tidak lancar dan agak kekok dalam membuat sesuatu:\nsemakin parah lagi apabila mereka ~ menggunakan komputer." "rangkam\n[Minangkabau];\nmerangkam\n memegang dengan semua jari tangan, mencengkam." "rangkang\n[Jakarta];\nmerangkang\n merangkak." "rangkap I\nmerangkap\n \n1.\n menelungkup dengan tapak tangan yang dilengkungkan;\n2.\n menangkap dengan kedua-dua belah tapak tangan;\nperangkap\n perkakas untuk menangkap binatang (kandang yang pintunya boleh tertutup dengan sendirinya apabila dimasuki binatang)." "rangkap II\n1.\n lipat dua (tiga dan lain-lain), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar;\n \nhuruf ~ \ndua huruf yang melambangkan satu bunyi, misalnya \ngh, kh \ndan \nng, \ndigraf, dwihuruf, dwilambang;\n \nkelas ~ \ndua tiga kelas yang sedarjah;\n \npintu ~\na) pintu dua lapis (deret, saf);\n b) pintu yang daun pintunya dua lapis;\n2.\n beberapa baris (dalam pantun, sajak, dan lain-lain) yang merupakan satu kesatuan:\nbeberapa ~ ayat Quran;\n~ pantun \ndua bait atau empat baris;\n3.\n (Matematik) rangkaian ilmu hisab yang mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (seperti y = 3\u00d74 4\u00d73 + 12\u00d72 + 6);\nserangkap\n1.\n sepasang:\nlembing ~; \n2.\n satu rangkap (pantun, sajak, dan lain-lain);\n \n~\n \npantun \nempat baris pantun;\nberangkap\n1.\n berkembar, berpasangan;\n2.\n bersajak:\nhendaklah kanak-kanak itu tertarik kepada karangan-karangan yang baik, sama ada daripada karangan natar atau ~;\nberangkap-rangkap\n berdua-dua, berpasang-pasang:\nberdansa ~ ;\nmerangkap\n1.\n memakai dua atau tiga lapis (baju dan lain-lain), mengembarkan dua tiga helai menjadi satu:\ndua helai kain dirangkap untuk penutup motokar ini; \nkuliah-kuliah itu boleh dirangkap \nbeberapa kuliah disatukan;\n2.\n yang juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali):\nTimbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; \npengarah baru Proton ~ pengurus besar bahagian korporat; \nbilik tidur ~ bilik makan; \nbilang ~\n [Perak] membilang dua-dua sekali (sekali sepasang);\nmerangkapkan\n1.\n menjadikan berangkap:\ncadar yang lama nipis itu dirangkapkan pada kain tebal; \n2.\n menyuruh (membiarkan) orang mengerjakan dua atau tiga pekerjaan:\nwaktu ketiadaan Tun, Kementerian Pertahanan dirangkapkan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri;" "rangkapan\nsesuatu yang dirangkap(kan):\n~\n \nsyair itu adalah petikan daripada naskhah Syair Panji Semirang; \nayat ~\n beberapa ayat yang dijadikan satu." "rangkaya\norang kaya (gelaran)." "rangkayo\n[Minangkabau] rangkaya." "rangkik\nsejenis siput, angkek, \nCanus spp." "rangking\nsejenis bakul besar yang bertutup." "rangkit\nmerangkit\n menyebat dengan rotan dan lain-lain." "rangkuk\n[Jawa] burung enggang." "rangkul\nmerangkul\n \n1.\n memeluk, merangkum:\ndia melonjak keriangan dan meluru ~ anak kecil itu; \nbantal guling ini bagi kami gunanya dirangkul sepanjang malam; \n2.\n mencapai (kemenangan dan sebagainya), memenangi, menggondol:\nkedua-dua pemain dari China itu pernah ~ kejayaan acara perseorangan dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa; \npasukan PDRM ~ 11 pingat emas;" "rangkulan\npelukan:\nia meraih anak itu ke dalam ~nya;\nseperangkul\n sepemeluk." "rangkum I\nserangkum\n sebanyak yang terbawa (terangkat) dalam pelukan:\n~\n \nkain kotor;\nmerangkum\n1.\n membawa (mengangkat) dalam pelukan tangan:\nlonggokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pembasuhan; \n2.\n memeluk:\nkedua-dua belah tangannya ~ gadis itu; \n3.\n [kiasan] mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dan lain-lain, membolot:\nSofia ~ wang itu kesemuanya; \n4.\n = \nmerangkumi\n melingkupi, melingkungi, mencakupi, mencangkum:\nsistem insurans kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur bersekolah dan umur bersara; \nsiaran berita harus ~ peristiwa-peristiwa penting di dunia;\n merangkumkan\n1.\n merangkum sesuatu untuk (dengan);\n2.\n memasukkan ke dalam (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan menjadi satu:\nsembahyang lima waktu boleh dirangkumkan atau dipendekkan ketika dalam pelayaran; \n3.\n meringkaskan, mengikhtisarkan;\nterangkum\n termasuk dalam lingkungan sesuatu, tercakup:\n~\n \ndalam konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya menangkap sesuatu yang didengar;" "rangkum II\nsejenis alat untuk menyepit dan mencabut (paku dan lain-lain), kakaktua;\nmerangkum\n1.\n menyepit dan mencabut (paku dan lain-lain):\n~\n \npaku; \n2.\n [kiasan] menyepit, menjepit:\ntangannya ~ gelas." "rangkuman\n1.\n [kiasan] pelukan, lingkungan:\nmenyatukan manusia dalam suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; \n2.\n ringkasan, ikhtisar (dari huraian dan lain-lain);\nperangkuman\n perbuatan merangkumkan sesuatu." "rangkun\n[arkaik];\nmenyerangkunkan\n mengumpulkan (menghimpunkan) menjadi satu:\npantun-pantun dalam sejarah Melayu telah diserangkunkan dalam sebuah daftar; \n= rangkum I." "rangkung I\nmerangkung\n bercanggung, berjangkuh, bertinggung, mencangkung;\n= ranggung I." "rangkung II\nrangkungan\n kerongkongan." "rangkup I\nlubang (antara dua tapak tangan yang dikatupkan dan lain-lain);\nmerangkup\n merupakan lekuk (seperti dua tapak tangan apabila meraup beras dan lain-lain)." "rangkup II\nmerangkup\n \n1.\n merangkum, memeluk;\n2.\n menudungi, menutupi, melingkupi:\nmalam ~ sekitar lorong belakang;\n terangkup\n dapat dirangkup, dapat dilingkungi:\nmalangnya pandangan tersebut adalah hasil daripada pendapat yang ~ di bawah tempurung sahaja;\n rangkupan\n rangkuman, cakupan, lingkungan:\nmereka menumpukan perhatian pada penyelesaian masalah dalam ~ paradigma tertentu" "rango-rango\nsejenis tumbuhan (pokok yang selalu bengkok), \nVoacanga foetida." "rangrang I\n[Jawa] kerengga." "rangrang II\nsejenis tumbuhan (herba), kacang kayu (riang-riang), \nCrotalaria atriata." "rangrangan\nburam surat, draf, rancangan." "rangsa\n[Kedah] angsa." "rangsang I\n1.\n amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau);\n2.\n amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dan lain-lain):\nsaya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya \u2026; \n3.\n minuman dan lain-lain yang menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dan lain-lain);\n4.\n (Biologi) = \nperangsang\n:\nsaraf itu mengalirkan ~ dari alat perasa masuk ke otak;\n berangsang\n marah;\nmerangsang\n1.\n menyebabkan berasa rangsang:\ndi dapur bau daging ~ hidungnya; \n2.\n membangkitkan sesuatu perasaan (seperti keghairahan, keberanian, kemarahan, dan lain-lain), menimbulkan sesuatu perkembangan dan lain-lain:\nkami diberi minuman untuk ~ diri; \nlarangan daripada mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat untuk bangkit memberontak; \ncerpen-cerpen beragam macam dengan hiasan ilustrasi yang cukup ~ selera; \npromosi yang ~ minat pengguna; \n3.\n = \n~\n \nhati \npanas hati, marah:\nSutan Ameh ~;\n~ hatinya melihat tingkah lakunya itu;\n terangsang\n tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dan sebagainya) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dan sebagainya, bersemangat:\ndia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; \nsememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan seperti itu;" "rangsang II\n[Jawa];\nmerangsang\n1.\n menyerang, menyerbu:\nPeringgi banyak mati ~ ke laut, dibunuh orang Melayu;\n~ musuh; \n2.\n membantah perkataan (pendapat dan lain-lain), menyanggah:\nkalau disuruh ia ~ ;\nperangsang\n pasukan yang menyerang, penggempur, penyerbu." "rangsang III\n[Minangkabau]\n1.\n ranting kering (mati) yang telah gugur;\n2.\n ranting-ranting kayu berduri yang dipasang pada batang kayu (supaya tidak dapat dipanjat orang)." "rangsangan\nsesuatu yang merangsang, faktor (sumber dan sebagainya) yang menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi:\nSkinner juga berpegang pada teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas;\nperangsangan\n perihal merangsang;\nperangsang\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dan lain-lain);\n \nmemberi ~ \nmemberi galakan;\n \nubat ~ \nubat yang membangkitkan rangsang;\n2.\n kegusaran, kemarahan:\n~\n \nhasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gempar; \nnaik ~ \nmenjadi marah (gusar);\n=berangsang; = serangsang." "rangsuk\n[Jakarta] rasuk." "rangsum\ncatuan (makanan dan lain-lain), pelabur:\nbiarlah kau makan ~ penjara;\nmerangsum\n memberi makan (kpada askar, orang tahanan, dan lain-lain), mencatu." "rangu\ncendawan ~\n sejenis kulat (yang boleh dimakan), cendawan tekukur, kulat sisir, \nSchizophyllum spp." "rangum\n[arkaik];\nmerangum\n menyentak (merebut, menarik) dengan paksa, merenggut." "rangup\n1.\n mudah pecah atau patah, rapuh:\ndinding zink minyak tar itu akan ~ dilanyak traktor; \n2.\n pecahan:\n~\n\u2013\n~\n \ntulang \npecahan tulang;\nmerangupkan\n menjadikan rangup (mudah pecah atau patah);\nkerangupan\n perihal (keadaan dan sebagainya) rangup:\nbiskut yang dibakar sempurna untuk ~ sejati." "rani I\nraja perempuan, permaisuri, ratu." "rani II\nghani." "rani III\n[arkaik] (tinggi rendah) nada suara, laras, lagu:\n~ gambus." "ranjah\n[Jakarta];\nmeranjah\n merompak." "ranjang\nsejenis tempat tidur (daripada besi dan sebagainya), katil:\nberbaring di atas ~;\n~ spring \nranjang besi yang memakai spring." "ranjau\n1.\n benda tajam (daripada besi, buluh, dan lain-lain) yang dipasang di tanah dan lain-lain untuk melukai orang:\njalan yang akan ditempuhinya itu penuh dengan duri dan ~; \n2.\n sejenis alat letupan (peledak) yang ditanam di darat (dipasang di laut):\n~ darat;\n~ laut; \nbanyak kapal yang tenggelam kerana melanggar ~ laut; \nkapal penyapu ~\n kapal yang mengesan dan memusnahkan ranjau laut;\n3.\n [kiasan] sesuatu yang dibuat untuk mencelakakan orang, tipu daya;\n \n~\n \nlapuk\n tipu muslihat yang tersembunyi;\n4.\n [kiasan] = \n~ hidup\n kesukaran (percubaan dan lain-lain) yang harus ditempuh oleh seseorang dalam hidupnya:\nHendon lebih lama berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ~ dan jurang hidup;\n~ cacak \nranjau yang dipasang tegak;\n \n~\n \npers \n[Indonesia] undang-undang yang menyekat kebebasan akhbar;\nduduk meraut ~, berdiri melihat musuh = duduk meraut ~, tegak meninjau jarah \n(peribahasa) sentiasa berusaha (berwaspada dan lain-lain);\nmeranjau\n1.\n memasang ranjau:\n~\n \njalan; \n2.\n melukai (kaki dan lain-lain):\nanak duri ~ tapak." "ranjing\nkeranjingan\n \n1.\n kemasukan hantu;\n2.\n [kiasan] berkemahuan (bercita-cita) keras." "ranju\n[Jakarta] ranjau." "ranjungan\nrajungan." "ranking\n[bahasa percakapan] kedudukan atau tempat (individu atau pasukan) dalam senarai pemain (pasukan dan sebagainya) berdasarkan skala pencapaian dalam sesuatu bidang sukan:\nlebih banyak pingat emas lebih tinggi kedudukan kita dalam ~ negara yang terbabit; \npasukan itu masih menduduki ~ kedua dalam liga bola sepak." "ransel\n[Indonesia-Belanda] sejenis beg besar yang digalas di belakang." "rantai\n1.\n sejenis tali daripada cincin-cincin logam yang berkaitan:\n~\n \nemas;\n~ leher;\n~ basikal \nrantai yang menghubungkan pendayung basikal dengan roda belakang (untuk menjalankannya);\n \norang ~ \norang hukuman yang dikenakan rantai;\n2.\n = \nrantaian\n untaian, deretan, rangkaian, rentetan, deretan memanjang, leretan:\nkonfrontasi, putusnya hubungan diplomatik dengan Filipina, Indonesia, dan lain-lain merupakan ~ daripada beberapa peristiwa penting dalam sejarah Malaysia; \n3.\n ikatan, kaitan, pertalian:\n~\n \nkasih dan tulus mesra; \n4.\n [kiasan] sesuatu yang mengikat (tidak bebas):\ndengan pinjaman yang murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar bandar daripada ~ orang tengah; \n5.\n ukuran panjang yang panjangnya 22 ela atau 20.117 meter:\nrumahnya terletak kira-kira empat ~ dari situ;\n~ kangkang \nrantai yang dikenakan pada kaki orang salah, belenggu;\nberantai\n1.\n memakai rantai:\nmasakan orang laki-laki ~ leher; \nmaka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; \n2.\n = \nberantai-rantai\n berangkai-rangkai (berangkaian), berturut-turut, bersambung-sambung:\nperistiwa sejarah yang ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; \nlari ~\n lari berganti-ganti (bersambung-sambung);\n \nreaksi ~\n reaksi yang berangkai-rangkai (bersambung-sambung);\nmerantai\n1.\n mengikat dengan rantai, membelenggu:\npanglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; \n2.\n [kiasan] menghambat, menyekat:\nkau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah dirantai kota;" "rantaian\nuntaian, rangkaian, rentetan, runtunan;\n \norang ~\n orang rantai;\nperantaian\n orang hukuman yang dirantai, orang rantai." "rantaka\nrentaka." "rantam\nberantam\n bersama-sama (beramai-ramai) membuat sesuatu pekerjaan (membeli barang bersama-sama, membahagi-bahagikan, dan lain-lain)." "rantang\n1.\n sejenis bakul bertutup (tempat makanan dan lain-lain);\n2.\n mangkuk tingkat (untuk membawa makanan), siya, mangkuk tepen:\nsebuah ~ berisi makanan." "rantas\n[Jawa] putus sama sekali;\nmerantas\n menebas, memotong, mengerat (rumput dan lain-lain):\nrumput dirantas dengan tajak;\n~ angin \nmenetak angin (mencuba parang dan lain-lain dengan menghayun-hayunkannya);\n \n~ permatang \nmenebas rumput di permatang." "rantau I\n1.\n =\n rantauan\n pantai sejauh teluk (sungai), pesisir:\nberkelana sepanjang ~; \nanak (orang) ~\na) orang pesisir;\n b) orang dagang, orang asing;\n \nceruk ~\n segala pelosok (daerah);\n \nteluk ~\n = \nteluk dan ~ = daerah ~\n daerah dan takluknya;\n2.\n daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan:\nia telah meninggalkan kampung halaman dan membawa hidup di ~ orang dengan berserah kepada suratan takdir; \nsiapa gerangan yang pulang dari ~?; \ntanah ~ \nnegeri lain (asing);\n3.\n daerah, kawasan (yang luas):\npenambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; \nyang ia tahu ia masih dalam lingkungan bandar London, tetapi di mana ~ nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui;\n~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai \n(peribahasa) harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat;\n \n~\n \njauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai \n(peribahasa) perihal seseorang yang sangat tua yang tidak terturuntukan lagi oleh sanak saudaranya;\n \nsegan bergalah hanyut se~ \n(peribahasa) kalau malas berusaha bencanalah akibatnya;\n \nteluknya dalam, ~nya sakti \n(peribahasa) sukar dialahkan;\nserantau\n dalam satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yang berhampiran dengan sesebuah negara seperti Malaysia dengan negara-negara di Asia Tenggara):\n kerjasama ekonomi ~;\n keserantauan\n perihal berada dalam keadaan serantau:\n semangat ~;\nmerantau\n1.\n berjalan, belayar, atau mengembara (mencari penghidupan dan lain-lain) di sejauh rantau (dari sungai ke sungai dan lain-lain):\nesok subuh-subuh aku ~ lagi; \n2.\n pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan):\nsejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya;\n~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur \n(peribahasa) pergi mencari penghidupan ke negeri yang tidak berapa jauh;\nperantauan\n1.\n negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yang didiami oleh orang luar (orang yang datang dari negeri lain):\nkalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; \norang ~\na) orang yang mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar);\n b) pengembara, kelana;\n2.\n perjalanan:\nmoga-moga engkau akan selamat dalam ~mu; \nia berpesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dalam ~nya;\nperantau\n1.\n orang asing, pengembara, kelana;\n2.\n orang yang pergi ke negeri lain, orang yang mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang):\nkira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dari Minangkabau." "rantau II\n[Brunei] sejenis pukat (pukat hanyut)." "ranti\nsejenis tumbuhan (herba yang buahnya seperti buah tomato kecil-kecil), kelampung puyuh, terung meranti, terung perat, \nSolanum nigrum." "ranting\n1.\n bahagian cabang yang kecil-kecil, cabang daripada cabang:\ndibukanya baju, disangkutnya pada ~ kayu mati; \n2.\n cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dan lain-lain);\n \n~\n \nBank Rakyat \ncawangan Bank Rakyat;\n \nPartai Rakyat R~ Johor Baharu; \n3\n. bukan utama (tidak penting):\n perkara-perkara ~ dalam agama Islam;\ndi mana ~ dipatahkan, di situ air disauk \n(peribahasa) seseorang itu harus menurut adat resam negeri yang didiaminya;\n \ningat ~ yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait \n(peribahasa) dalam sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan;\nberanting\n ada rantingnya:\npokok itu mulai bercabang dan ~ ; \nlari ~ \nlari berangkai;\nmeranting\n1.\n seperti ranting, tegak menganjur ke atas:\nkakinya naik ~ ke atas; \n2.\n kering, meranggas (tidak berdaun lagi):\npohon-pohon mulai ~; \nkurus ~\n kurus kering;\n3.\n memangkas (menggunting atau memotong hujung) ranting tanam-tanaman:\n~\n \npokok pagar;\n4.\n menjadi cabang yang kecil-kecil:\n kritikan yang berpusat pada teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme." "rantuk\nmerantuk\n melanggar, membentur, menumbuk;\nmerantukkan\n melanggarkan, membenturkan, menumbukkan;\n= hantuk." "rantus I\n[arkaik] putus sama sekali, rantas." "rantus II\n[Minangkabau] ketularan, kejangkitan (penyakit)." "ranum\n1.\n cukup masak (berkenaan (dengan) buah-buahan):\nrambutan yang ~; \n2.\n [kiasan] segar dan menarik (nampaknya):\nkekasihnya yang bertubuh mongel ~;\n meranum\n menjadi ranum;\nmeranumkan\n menjadikan ranum:\nkarbaid digunakan untuk ~ pisang;\n keranuman\n perihal atau keadaan ranum:\n~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula;\n peranuman\n proses meranum atau meranumkan:\nbetik mesti dipetik pada peringkat yang sesuai untuk mengelakkan terjadinya ~ yang tidak sempurna." "ranya\n[Kelantan];\nmeranya\n1.\n menggagau benda (ikan dan lain-lain) dalam air:\ngunakan senduk, jangan ~, nanti basi pula gulai itu; \n2.\n mencuci (membersihkan) telaga dan lain-lain (dengan membuang lumpur dan lain-lain):\nair telaga itu keruh, mesti diranya dulu; \n3.\n mengambil semua sekali (pencuri dan lain-lain), menyapu bersih:\npencuri ~ habis barang-barang dalam almari itu." "ranyah I\n[arkaik];\nmeranyah\n mendahului makan (memakai, mengambil, dan lain-lain)." "ranyah II\n[Minangkabau] gelisah;\nmeranyah\n gelisah, selalu menangis (anak kecil), selalu merengek." "ranyang\n[Minangkabau] selalu bergerak-gerak (tidak dapat diam), lincah, tidak tetap hati." "ranyau I\n[arkaik] \nmeranyau\n mengigau, meracau." "ranyau II\nranya." "ranyuk\nradang:\npintu itu dibuka oleh Saniah dengan kuat dan ~;\nmeranyuk\n meradang." "RAP\n[Indonesia] [kependekan] Republik Arab Persatuan;\nRAB." "rap I\nbunyi seperti bunyi dua kayu bergesel (tembakau dihiris dan lain-lain)." "rap II\nsama ~ \nsama padan:\ndua salur yang sama ~, satu menyelaputi akar biji dan yang satu lagi menyelaputi batang biji." "rap III\n[Kedah]\n1.\n sudah boleh dikerjakan atau disiapkan untuk ditanami (tanah sawah);\n2.\n cekap, cekatan (manusia dan binatang):\n~\n \nsungguh budak ini, ke dapur dan ke majlis boleh diharap." "rap IV\nsekali ~\n sekali gus:\nsekali ~ setengah gelas." "rapah\nmerapah\n1.\n berjalan atau berlari memijak-mijak (tanaman dan lain-lain):\nmereka mara ke hadapan ~ lalang; \npokok padi habis dirapah; \n2.\n [arkaik] pergi ke mana-mana, menjelajah, mengembara:\nbeberapa bulan lamanya sudah ia ~; \n3.\n [arkaik] membuang (mencabut) rumput, menyiang, merumput (sawah dan lain-lain):\nrumput di sawah sudah selesai dirapah." "rapai\n[arkaik];\nmerapai\n menghulurkan tangan kerana hendak mencapai (mencari pegangan dan lain-lain), mencapai, menggapai:\nanak montel yang merapai-rapai tangannya hendak memegang pipi ayahnya; \ngerapai." "rapak\n[Kedah], [Kelantan], [Pahang], [Pulau Pinang];\nmerapak\n berbunyi riuh-rendah, rancak (rebana dan lain-lain), berbunyi kuat (pokok tumbang dan lain-lain)." "rapana, rampana\n[Brunei] rebana." "rapang\nsejenis ikan laut, \nMungil bleekeri." "rapat I\n1.\n hampir bertemu, hampir tidak bercelah:\nduduk ~ dalam masjid; \nkampung yang rumah-rumahnya ~ sekali; \npadi yang ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; \n2.\n tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dan lain-lain), padat (penduduk);\n3.\n penuh sesak, padat (penduduk):\nkawasan yang ~ penduduknya; \n4.\n tertutup dengan tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi):\ntabung itu ditutup ~; \nkawasan itu telah terkepung ~; \npinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; \n5.\n dekat sangat (dengan), berhampiran sungguh (dengan):\nhatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jambatan; \n6.\n erat, karib, kuat, teguh (persahabatan, pertalian, dan lain-lain):\nperhubungan antara Malaysia dengan kedua-dua negara jirannya sangat ~; \nada kerjasama yang ~ antara pengarang-pengarang Melayu dengan ahli-ahli sains Melayu;\n rapat-rapat\n dengan seberapa rapat yang boleh, dengan betul-betul rapat:\ntutup pintu itu ~; \njemaah diminta meluruskan saf dan berdiri ~;\nberapat\n1.\n = \nberapatan\n menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat):\nlalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas sebelah-menyebelah \u2026 maka, apabila ~ lalulah beramuk; \nmaka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; \n2.\n berkawan, bersahabat:\nWan Umar cuba hendak ~ dengan Kompeni Inggeris; \n3.\n bersama-sama, bersekali:\norang-orang dalam negeri itu telah berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur;\nmerapat\n1.\n menjadi rapat, mendekat;\n \ndia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; \n2.\n menutup (mata):\nlari ~\n tiada memandang ke belakang lagi;\n3.\n berlabuh atau berhenti dekat dengan (pangkalan dan lain-lain):\nkapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dengan barang-barangnya;\n~ sambil belayar \n(peribahasa) sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;\nmerapati\n1.\n menghampiri, mendekati:\nia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; \n2.\n datang (untuk memperbaiki hubungan persahabatan dan lain-lain), selalu mengunjungi (mendatangi):\ndia mesti ~ setiap orang kampung ini jikalau dia ingin mendapat kerjasama daripada mereka;\nmerapatkan\n1.\n menjadikan rapat, mendekatkan (pada sesuatu):\nmuka dirapatkan pada cermin;\n~kapal ke pangkalan \nmelabuhkan kapal dekat pangkalan;\n2.\n menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat;\n3.\n memperkukuh (persahabatan dan lain-lain), mengeratkan (perhubungan):\ntentu ada sesuatu yang ~ mereka berdua;\n~ diri dengan \nmenggabungkan diri dengan;\n \n~\n \ntali silaturrahim \nmengukuhkan tali persahabatan;\nmemperapat\n menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi;\n \n~\n \nsila \nbersila baik-baik;\nrapatan\n sesuatu yang menyebabkan rapat (sambungan dan lain-lain), sesuatu yang dirapatkan:\ndaripada pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihatan ~nya lagi;\n kerapatan\n perihal atau keadaan rapat:\npelabur Britain akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pelaburan yang paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara;\nperapatan\n [Brunei] (bahagian tepi sampan dan lain-lain) yang hampir bertemu:\n~\n \nperahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya." "rapat II\n= kerapatan\n perkumpulan, perhimpunan (untuk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang:\n~\n \nselesai lebih cepat daripada yang diduga;\n~ anggota \n[Indonesia] sidang yang dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan;\n \n~ besar \n[Indonesia] perhimpunan agung;" "rapat III\n~\n \nbukit \nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, \nMelanochyla angustifolia; \nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar yang kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, \nParameria bata." "rapel\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n bayaran (wang) kebelakangan, tunggakan:\nia telah menerima sebahagian wang ~ kenaikan pangkatnya; \n2.\n kenaikan pangkat atau gaji yang dinanti masa pelaksanaannya kerana sesuatu sebab (seperti terlupa dan lain-lain):\ndua kali ~ pangkat dan dua kali kenaikan gaji." "rapet\n[Kelantan] \nrapik II." "rapi\n1.\n bersih dan elok, apas, apik:\nwajahnya ~ dan manis; \nseorang lelaki berpakaian ~ turun; \n2.\n teratur baik, tertib:\nbuku-buku tersusun ~ dalam almari; \nsemua pegawai bekerjasama dengan ~; \n3.\n serba beres, serba selesai, habis:\nsemua kerja diselenggarakan dengan ~ dan memuaskan; \n4.\n siap sedia, ketat, siaga:\nkawasan itu dikawal dengan ~; \n5.\n kemas, kukuh, teguh:\npintu bertutup dan berkunci ~; \nperpaduan yang teguh dan ~; \n6.\n cermat, saksama, teliti:\nbuku-buku resit dikawal dengan ~ untuk mencegah daripada digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab; \nubat ini dibuat dengan cukup ~ dan cermat; \nsuatu penyelidikan yang ~ harus dijalankan;\n merapi\n menjadikan (rambut, kulit, dan lain-lain) sihat dengan menggunakan perapi:\n ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan segar dan bermaya;\nmerapikan\n menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan, menyelesaikan, menyempurnakan:\ndirapikannya pakaian suaminya; \nia membantu isterinya ~ dapur; \nAristotles yang ~ kaedah-kaedah sains;\nkerapian\n perihal rapi:\nsajak itu dimaksudkan sebagai anasir yang menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; \ndisusun bantal-bantal itu dengan penuh ~;\nperapian\n proses merapikan sesuatu:\ndengan kesan ~, Kao Merit baru meninggalkan suatu sensasi yang menyegarkan;\n perapi\n cecair pekat yang dibubuh pada rambut selepas dicuci untuk menjadikannya lebih lembut\n." "rapih I\nrapi." "rapih II\n[Perak];\nmerapih\n mencabut (membuang) anak-anak padi yang mati (selepas ditanam):\nsambil ~ sambil menyulam." "rapik I\nmerapik\n berkata yang bukan-bukan, beromong, mengobrol, merapik:\nsudalah, jangan ~ lagi." "rapik II\nrapat, dekat, bersahabat (berkawan) benar-benar:\ndi maktab dulu dia terlalu ~ dengan Hamsiah;\nberapik\n selalu rapat (dekat), berkawan:\ndihiburkan hatinya dengan ~ dengan kawan-kawannya." "rapit\n= rapik II" "rapor, rapot\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n laporan (rasmi):\nsekarang aku harus membuat ~ perjalanan; \n2.\n = \nbuku ~\n buku yang berisi keterangan (markah dan lain-lain) mengenai murid sekolah, buku laporan;\nmeraporkan\n melaporkan, memberitahukan;\nraporan\n laporan;\n= repot I;\n \n= lapor." "rapsodi\n1.\n pengungkapan perasaan gembira dengan berlebih-lebihan dalam pertuturan atau penulisan;\n2.\n karya sastera yang ditulis dengan gaya yang sangat gembira atau penuh perasaan;\n3.\n gubahan (muzik) yang bebas dan tidak sekata bentuknya." "raptai\npersembahan percubaan atau latihan besar-besaran sebelum persembahan atau pertunjukan sebenar." "rapu\n[arkaik];\nmerapu\n1.\n memunguti (barang-barang yang terbuang atau tidak berguna), meminta sedekah;\n2.\n [Perak] mengambil semuanya, memenangi semuanya (dalam permainan), menyapu;\n3.\n melakukan sesuatu (berkata-kata, berkelakuan, dan lain-lain) dengan tidak menentu, merapik:\njangan ~ sangat, cakap betul sedikit." "rapuh\n1.\n mudah patah (cabik, pecah, putus, robek, sobek):\nkeropok yang ~; \ndaun-daun musim buah yang telah ~ dan reput; \n2.\n [kiasan] tidak teguh, tidak kuat, lemah:\ntubuh yang kecil ~; \nbetapa lemahnya dan betapa ~nya jiwa pemuda-pemuda kita apabila berdepan dengan pengaruh dari luar; \npertelingkahan tentang beberapa isu membayangkan betapa ~nya hubungan yang terjalin antara kita; \nhidupnya (nyawanya) ~ \nlekas mati;\n~ hati \na) lemah hati (semangat), lunak;\n b) mudah tersinggung perasaannya;\n \n~\n \niman \ntidak kuat (teguh) iman;\n \n~\n \njiwa (semangat) \nlemah jiwa (semangat);\n \n~\n \nmulut \ntidak dapat menyimpan rahsia, suka sangat bercakap;\nmerapuhkan\n menjadikan (menyebabkan) rapuh;\nkerapuhan\n1.\n perihal rapuh;\n2.\n kelemahan (hati dan lain-lain);\nperapuh\n1.\n sesuatu yang merapuhkan;\n \nilmu ~ \njampi (mantera) untuk melembuntukan musuh (senjata dan lain-lain);\n2.\n (orang yang) mudah rapuh (hati dan lain-lain):\npeguam muda yang ~ hati." "rapun I\n[Minangkabau] hancur, pecah, remuk;\nmerapunkan\n menghancurkan, memecahkan, meremukkan:\nmenolak serangan musuh dan ~ seteru yang durjana." "rapun II\n[Kedah], [Pulau Pinang] kelim yang berkerut, ropol;\nberapun\n1.\n ada rapunnya;\n2.\n [Pulau Pinang], [kiasan] tua:\ndia dah ~." "rapung\nmerapung\n mengapung (di air);\nmerapungkan\n mengapungkan;\napung." "rapus I\nmerapus\n mengikat keempat-empat kaki binatang (yang akan disembelih):\nPak Pandir pun ~ kerbau itu lalu disembelihnya." "rapus II\nmerapus\n merajuk." "Raqib\nmalaikat yang menulis segala kebaikan seseorang." "rar\n[Kelantan] kutu, arisan, senoman." "rarai\n[arkaik];\nmerarai\n melarai, melerai." "rarak\nberarakan\n berantakan;\n= lerak I, rerak." "raras\n[Minangkabau] gugur, luruh;\nmerarasi\n gugur (luruh) daun semuanya (pohon);\n= laras V." "ras I\nbunyi seperti bunyi daun kering yang digosokkan dan lain-lain." "ras II\ntali ~\n tali kekang." "ras III\nkaum, keturunan." "rasa\n1.\n perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dan lain-lain apabila kena sesuatu):\n~\n \nmanis (tawar, masam, masin, dan lain-lain);\n~ pedih (sakit, ngilu, dan lain-lain);\n~ badanku seperti dibakar dengan api; \n2.\n tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa:\ngula manis ~nya; \n3.\n = \n~\n \nhati \nkeadaan hati terhadap sesuatu:\n~\n \nsedih (kecewa, pilu, senang, dan lain-lain);\n~ hormat (cinta, sayang, takut, dan lain-lain); \nmengikut ~, binasa; \n4.\n anggapan tentang baik buruk (salah benar dan lain-lain), pendapat, fikiran:\n ~ adil dan saksama; \npada ~ saya \npada pendapat saya;\n5.\n = \nrasa-rasa, rasanya, rasa-rasanya\n agaknya, barangkali, gerangan, kalau-kalau, kira-kira, rupa-rupanya:\nrasanya sedikit benar orang yang mengetahuinya; \n6.\n = \nrasanya, serasa, rasa-rasa, serasa-rasa, rasakan\n sama rasanya dengan, seakan-akan, seolah-olah, selaku:\ndia sendiri serasa mengalami semula pengalaman Hilmy di sekolahnya; \nbiadab di hadapan Bendahara itu rasa-rasa di hadapan kita; \nAmran rasa-rasa mendidih darahnya mendengar ucapan itu; \nrasakan lebih enak daripada rokok kita pasak kampung; \nserasa bayang \nhilang semangat;\n7.\n = \nrasa-rasa\n ada ingatan, ada terlintas di hati (bagi menyatakan bimbang, ragu-ragu):\n~\n \nhendak dipukulnya pencuri itu habis-habisan; \n8.\n memikir, mengagak, menganggap:\nsaya ~ dia belum pulang lagi; \ndia ~ tidak ada gunanya mengamuk;\n~ akan \nrasakan, bagaikan, seolah-olah oleh;\n \nturuntukan ~ binasa, turuntukan hati mati \n(peribahasa) perihal orang yang menuruntukan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya binasa juga;\n \nyang dimakan ~, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi \n(peribahasa) melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan sudah dipersaksikan;\nberasa\n1.\n mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian-bahagian badan):\nkakinya ~ sengal; \nseluruh badannya ~ sakit; \n2.\n mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dan lain-lain):\nkerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; \nair ialah suatu cecair yang tidak berwarna, ~, atau berbau; \n3.\n mengalami rasa di dalam hati (batin):\norang Melayu lekas ~ tersinggung;\n~ suka;\n~ takut; \n4.\n = \ndirasa, dirasai, terasa:\n \nrumahku ini tiada ~ rumahku lagi; \nmaka ~ kepada dadanya seperti kena panah;\n~ berat \nberasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan (kesanggupan);\n \n~ hati \na) ingin akan sesuatu, tertarik kepada;\n b) berasa kecewa, tidak senang hati, agak marah;\n c) tersinggung;\nmerasa\n1.\n mengalami rasa dengan lidah:\nair itu dirasanya masin; \n2.\n mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh:\nsetelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; \nnanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; \n3.\n = \nmerasa-rasa\n mencuba dengan lidah untuk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dan lain-lain):\nia ~ gula itu; \ndua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; \n4.\n = \nmerasa-rasa\n meraba-raba (menjamah dan lain-lain) untuk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya dan lain-lain):\nlicin tidaknya dapat dirasa sendiri dengan tangan;\nmerasai\n1.\n mengecap (makanan, minuman, dan lain-lain), mencicip:\nalangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; \nrasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; \n2.\n menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dan lain-lain):\nkesenangan dan kemewahan hidup yang dirasainya itu ialah daripada harta isterinya; \nbelum pernah ia ~ hidup senang seperti orang-orang lain; \n3.\n menderita (kesusahan, sengsara, dan lain-lain):\nbarulah hamba ~ sengsara hidup di dalam penjara; \nmereka akan ~ duka nestapa yang tidak terkira-kira lagi; \nrasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu; \n4.\n = \nmerasa-rasai\n meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dengan tangan dan lain-lain:\nrasa-rasai dahulu dengan kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; \n5.\n [kiasan] menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dan lain-lain) hati orang dan lain-lain:\ndaripada air mukanya, kita dapat ~ apa yang terkandung dalam hati perutnya; \nsyor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; \n6.\n mengalami rasa dalam hati (batin):\ndirasainya cintanya pada wanita itu kian lumpuh; \n7.\n [sastera lama] menyedari, menginsafi:\nduduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana;\nmerasakan\n1.\n = \nmemperasakan\n membiarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai:\nia mencuba sungguh-sungguh untuk ~ fahamnya kepada seluruh pendengarnya; \n2.\n merasai, menginsafi, memikirkan, mengendahkan:\nbeliau masih dirasakan penting untuk memimpin Jabatan itu; \nuntuk memberikan nilai kepada sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; \ndan dirasakannya sekali bahawa tugasnya untuk menjaga dirinya sudah semakin bertambah; \n3.\n merasai, menderita:\nsaya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; \nair matanya berderai menahan pedih yang dirasakannya;\nterasa\n dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dengan tiba-tiba:\npenat membawa barang-barang itu semakin ~;\n~ sekarang belanja kita berlebihan daripada biasa; \nakhirnya ~ senang juga hatinya;\nterasakan\n terasa akan:\ndia ~ sesuatu yang memilukan hatinya;\nkerasaan\n mendapat rasa, dapat dirasa;\nperasaan\n1.\n perihal merasa(i) dengan badan atau kulit dan lain-lain, hasil atau perbuatan merasa dengan badan atau kulit dan lain-lain:\nmakanan yang lama tinggal dalam perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yang tidak menyenangkan; \n2.\n perihal merasa(i) dalam hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dalam hati atau batin, sentimen:\nseorang gadis yang sangat halus ~nya;\n~ kurang senang; \ntunjuk ~\n perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi;\n3.\n kemampuan (kecekapan, kekuatan) untuk merasa(i):\nseekor tikus menangkap mangsanya dengan ~; \ntajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; \n4.\n fikiran, pendapat, pertimbangan:\nbagaimana ~ tuan berkenaan dengan masalah ini?;\n~ perkauman \nsentimen yang berdasarkan kaum;\nberperasaan\n1.\n ada atau mempunyai perasaan:\norang yang tidak ~; \nmereka ~ mulia dan tinggi budi; \n2.\n penuh dengan perasaan:\npelukannya menjadi semakin kuat dan ~;\nperasa\n1.\n = \nalat ~\n alat atau bahagian badan untuk merasa(i);\n \norgan ~\n lidah dan lain-lain;\n2.\n mudah (berasa):\nia seorang tua ~ yang sering mengeluarkan air mata apabila berhadapan dengan anak-anak yatim;\n~ angin \nlekas tersinggung;\n3.\n benda yang memberi rasa (pada masakan dan lain-lain);\n \nserbuk ~\n serbuk yang dipakai untuk menyedapkan rasa masakan;\nberperasa\n mempunyai perasa (berkenaan (dengan) makanan):\nbiskut krim ~ buah-buahan." "rasai\n[Minangkabau];\nmerasai, merasaikan\n selalu menderita (kesusahan dan lain-lain), mengalami kesedihan:\n~ kesengsaraan hidup;\nperasaian\n perihal merasai(kan), penanggungan (kesedihan, kesusahan, dan lain-lain):\nia sudah dihanyuntukan untung ~." "rasak\n[Kedah];\nmerasak\n sesak;\n \npenuh ~\n penuh sesak;\n= asak, sesak." "rasam I\nsup berperisa kari yang berasal daripada Inggeris-India (dibuat dengan air rebusan daging)." "rasam II\nadat, aturan, kebiasaan, sifat;\n \n~\n \nminyak ke minyak, ~ air ke air \n(peribahasa) setiap orang mencari (pulang kepada) golongannya sendiri;\n \ntidak se~ (dengan) \ntidak sesuai (dengan)." "rasamala\nraksamala." "rasan I\nrasam II." "rasan II\n[arkaik];\nberasan\n bermesyuarat (dengan sulit atau antara dua orang sahaja);\nperasanan\n permesyuaratan, perundingan." "rasan III\nresan." "rasan IV\n[Minangkabau] basi:\nnasi sudah ~." "rasau\n= rasau-rasau\n sejenis tumbuhan (pokok yang bunganya harum), selensing, \nPandanus helicopus." "rasdung\nresdung." "rase\n[Jawa] musang bulan." "rasi\n1.\n sekumpulan bintang dalam zodiak (mintakulburuj) terbahagi kepada dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur);\n2.\n ilmu melihat nasib (yang dianggap ada hubungan dengan bintang-bintang), ilmu perbintangan, ilmu bintang;\n \ntinggi ~\na) baik bintangnya, beruntung;\n b) bertuah, berbahagia, sakti;\n3.\n = \nserasi\n (se)cocok, sepadan, sesuai:\nsi Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dengan kau; \nubat yang ~;\nmerasi, merasikan\n1.\n mengetahui jodoh orang dengan menilik bintang (mimpi dan lain-lain);\n2.\n meramalkan nasib orang dengan membuka kitab tib;\nmenyerasikan\n menjadikan serasi (secocok, sesuai):\nkedua-duanya perlu diselaraskan dan diserasikan;\nkeserasian\n perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai);\nperasian\n ilmu perbintangan untuk membuat ramalan, nujum." "rasialis\n1.\n bersifat atau bersikap perkauman;\n2.\n orang yang menganut atau mengamalkan faham rasialisme." "rasialisme\n1.\n layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya, misalnya satu kaum mendapat layanan yang lebih istimewa daripada kaum yang lain;\n2.\n fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul." "rasian\n[Minangkabau] mimpi (terutama yang memberi alamat);\nberasian\n bermimpi;\nmerasian\n memimpikan." "rasional\n1.\n alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan:\napakah ~ kamu untuk menolak permintaannya? \n2\n. \nberdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras:\ndi manakah ada kejadian atau fakta yang hanya dapat difahami secara ~?\nmerasionalkan\n menjadikan atau membuat sesuatu (sebagai) rasional, menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional:\nkami berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan untuk ~ ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; \njika ia, bagaimana pula seseorang itu ~ dirinya dalam situasi begini?\nkerasionalan\n sifat (keadaan) rasional:\npengarang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud;\n perasionalan\n proses merasionalkan sesuatu:\n ~ retorik." "rasionalis\norang yang menganut fahaman rasionalisme." "rasionalisasi\n[Indonesia-Belanda] penghematan tenaga buruh dalam perusahaan dan lain-lain dengan tujuan memperbanyak hasil:\nrencana pembangunan dan ~ dalam ketenteraan dan perindustrian menemui kesulitan-kesulitan dalam pelaksanaannya;\nmerasionalisasikan\n mengatur perusahaan dan lain-lain dengan menghematkan tenaga supaya memperoleh hasil yang setinggi-tingginya." "rasionalisme\nfahaman bahawa taakulan adalah asas yang paling baik dalam melakukan sesuatu tindakan, menyelesaikan masalah, dan sebagainya." "rasionalistik\nberkenaan fikiran yang berasaskan logik, bukan berasaskan emosi atau ajaran (kepercayaan) agama:\npemikiran ~; \njawaban yang cukup\n \n~\n." "rasis\nrasialis." "rasisme\nrasialisme." "rasmi\ndisahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, (yang) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dan lain-lain:\nbahasa ~; \nejaan ~; \nkenyataan ~; \npakaian ~; \nresit ~; \ntugas ~; \nupacara ~;\nmerasmikan\n mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dan lain-lain) dengan rasminya:\n~\n \npameran lukisan;\n~ pembukaan sekolah;" "rasmi-rasmian\nbersifat rasmi:\nmajlis yang ~;\nkerasmian\n perihal rasmi:\nbahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dalam segala lapangan ~ dan keilmuan;\nperasmian\n pengisytiharan (pelantikan, penentuan, penetapan, pengangkatan, pengumuman, dan lain-lain) yang rasmi:\nmasa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yang mungkin dideritai;\n~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia." "raspberi\nsejenis tumbuhan renek yang buahnya lembut, kecil, berwarna merah dan boleh dimakan, \nRubus idaeus\n." "rastali\npisang ~\n sejenis pisang;\n= rajastali." "rasuah\npemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap):\nJabatan Pencegah R~;\nmerasuahi\n memberi rasuah kepada:\n dia dituduh ~ pegawai itu;\n perasuah\n orang yang memberi rasuah:\nAllah mengutuk ~, orang yang menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya." "rasuk I\nkayu yang dipasang di antara tiang-tiang rumah (untuk menyangga gelegar tempat dipasang lantai);\ngar-gar kata pelantar, ~ juga yang menahannya \n(peribahasa) kita tidak boleh mendengar cakap orang yang tidak bertanggungjawab." "rasuk II\nkena ~ = dirasuk hantu \nkemasukan hantu syaitan dan lain-lain;\nmerasuk\n1.\n masuk ke dalam tubuh manusia (hantu, jin, dan lain-lain):\ntiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; \n2.\n mendalam, menyerap atau meresap benar:\napabila melihat orangnya, tambah ~ lagi keyakinanku kepada ajarannya;\n~ hati (jiwa) \nmengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati):\nberbagai-bagai fikiran datang ~ hatinya terutama fikiran hendak menceraikan isterinya;\n rasukan\n hasil perbuatan merasuk:\nmaka al Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini;\nkerasukan\n kemasukan (hantu, jin, dan lain-lain)." "rasul\n= \n~\n \nAllah \nutusan atau pesuruh Allah yang dipilih-Nya untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain:\nNabi Isa ialah seorang ~; \nR~ Allah \ngelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW;\n <" "rasuli\n[Arab] [arkaik] perihal rasul." "Rasulullah\n[Arab] gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW." "rasyid\n[Arab] orang yang mengikut jalan yang benar (agama). \nrat I\n [Jawa] [arkaik] alam, dunia, jagat." "rat II\n[Kelantan] jinak." "rata I\n1.\n tidak tinggi rendah, datar, papak, papar:\nbahagian atas meja itu ~; \npadang bola yang menghijau ~; \npukul (hitung) ~\n semuanya dianggap sama (tidak dibeza-bezakan), hitung panjang;\n \nsama ~\na) sama tinggi dan sama rendah (semuanya);\n b) = \nsama ~ sama rasa \nsama hak dan kewajibannya (sama tarafnya);\n2.\n seluruh bidang (permukaan) sama diliputi, menyeluruh:\nhendaknya lantai itu disapu ~; \nkurang ~ ditutup lantai itu dengan tikar; \n3.\n seluruhnya beroleh bahagian yang sama, tersebar ke merata tempat (berita dan lain-lain), terdapat (terkena dan lain-lain) di mana-mana:\npusaka itu dibahagi ~; \ntelah ~ lukisannya ditunjukkan; \npada masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka;\n~-riti \n[Kelantan] ke mana-mana;\nserata\n seantero, segenap, seluruh:\ngetah dieksport ke ~ dunia; \nposter-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung;\n keserataan\n perihal (keadaan) serata:\n tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah;\nmenyeratakan\n menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh;\nrata-rata\n1.\n rata sekali, sama banyaknya dan lain-lain di serata tempat:\nbaja itu hendaklah ditaburkan ~; \nsaya ingin benar hendak melihat ~ dalam kebun itu; \n2.\n = (\ndi)pukul ~ \na) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pada umumnya:\nkeistimewaannya ialah orang-orang bawahannya ~ segan dan hormat kepadanya;\n~ mereka tidak berbaju, kecuali yang paling depan; \napatah lagi dalam arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; \nb) diambil tengah-tengah, dibahagi rata;\n \n~\n \nseekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; \npeon dan buruh kasar ~ mendapat dalam lingkungan RM80 dan RM100 sebulan;\nmerata\n1.\n (menjadi) rata:\nmatanya terpaku ke permukaan laut yang sekali-kali tersebak dan ~; \nbuah padi yang sedang masak, kuning, dan ~; \n2.\n = \nmerata-rata\n tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, merebak:\nsebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; \nbeberapa lamanya ia ~ di Eropah; \n3.\n = \nmerata-rata\n serata, segenap, seluruh, seantero:\nmakanan untuk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; \nlipas didapati di ~ tempat di negeri panas;\nmeratai\n merata ke segenap\u2026, meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dan lain-lain) kesemuanya:\nmata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; \ntidak mungkin rasanya peraturan itu ~ seluruh lapisan rakyat;\n meratakan\n1.\n menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan:\nseluruh kawasan bukit itu diratakan untuk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; \n2.\n membahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke merata tempat:\n~\n \nkemakmuran ke seluruh negara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; \nbantuan kecemasan diratakan kepada segenap mangsa bah;" "rata II\n[sastera lama] sejenis kenderaan, kereta;\n \n~\n \nterbang (melayang) \n[sastera lama] kereta yang dapat terbang." "rataan\n[arkaik] dataran;\nkerataan\n perihal rata:\nsemua permukaan cecair adalah rata dan selari dengan ~ tanah;\nperataan\n perihal (proses) meratakan sesuatu:\n ~ permukaan jalan itu telah selesai;\nperata\n alat untuk meratakan (mendatarkan dan lain-lain)." "ratah\ntidak bercampur dengan benda lain (lauk-pauk);\nmeratah\n1.\n makan lauk sahaja (tidak dengan nasi):\nhabis lauk itu diratahnya; \n2\n. [kiasan] mengalahkan, menundukkan:\n malam gerhana bagi Malaysia apabila diratah oleh China dalam pusingan akhir perlawanan bola sepak Piala Asia;" "ratahan\nsesuatu yang diratah." "ratan\n[Kelantan], [Terrenganu];\nberatan\n bersama-sama, berserta;\nmeratan\n membantu, menolong, turut campur:\nkalau mereka bertumbuk kau jangan ~." "ratap I\n= ratapan\n rintihan kerana kesedihan (dengan mengeluh, menangis, menjerit, dan lain-lain):\n~\n \nanak-anak yang kehilangan kedua-dua ibu bapa itu sungguh menyayat hati;\n~ tangis \nratap dan tangis;\n \n~ petolong ijuk penebal \n(peribahasa) penghasilan tambaha" "ratap II\nmeratap\n berbunyi sebiji-biji dengan banyak, berbunyi berulang-ulang (mesingan dan lain-lain)." "ratap III\n[Perak];\nmeratap\n penuh dengan barang hiasan (cincin dan lain-lain):\njarinya ~ dengan cincin." "ratas\n[Minangkabau] retas." "ratau\n[Kelantan] rantau." "rati\nmerati, meratikan\n memerhatikan;\nhati-hati I." "ratib\nsejenis zikir, puji-pujian yang diucapkan berulang-ulang (lailahaillallah dan lain-lain);\n~ bang \nazan yang dilaung berkali-kali;\n \n~\n \nsaman \nsejenis ratib amalan tarekat Saman (ajaran Abd. Karim al-Saman);\nberatib, meratib\n melakukan ratib, berzikir:\nia pernah ~ tiap-tiap malam di surau;\nmeratibkan\n meratib atau mendoa untuk (orang meninggal dan lain-lain), menzikirkan:\nmayat pun dikebumikan, diratibkan, dan ditahlilkan." "ratifikasi\n[Indonesia-Belanda] pengesahan perjanjian oleh parlimen dan lain-lain:\ntinggal saja ~ pembubaran Universiti itu oleh Dewan Perwakilan Rakyat;\nmeratifikasi, meratifikasikan\n mengesahkan (perjanjian dan lain-lain):\nlalu diteruskan ke D.P.R. untuk diratifikasi." "rating\n[bahasa percakapan] kadar kepopularan sesuatu rancangan radio atau televisyen yang diukur berdasarkan jumlah pendengar, penonton dan sebagainya:\ntayangan klip video Barat menarik minat penonton remaja dan menaikkan ~ rancangan dan keuntungan hasil iklan." "ratna\n1.\n [sastera lama] intan;\n2.\n [arkaik] puteri (gadis) yang cantik;\n \n~\n \ncempaka manikam kuning;\n~ mutu manikam\n berbagai-bagai intan permata;\n \n~\n \npakaja \na) jantung hati, yang tercinta, kekasih;\n b) sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat sayur), \nGomphrena globosa." "ratu\n1.\n raja (perempuan):\n~\n \nElizabeth; \n2.\n permaisuri;\n3.\n [sastera lama] raja:\n~\n \nMajapahit; \n4.\n [kiasan] gelaran kepada pemenang wanita dalam peraduan kecantikan dan lain-lain:\n~ cantik;\n~ fesyen;\n~ kebaya;\n~ sanggul;\nberatukan\n mengabdikan diri kepada ratu, beratu kepada:\nanak buah Patrik Aria Gajah Mada yang ~ Raden Galuh Wi Kesuma." "ratus I\nbilangan sepuluh kali sepuluh;\nseratus\n satu ratus (100);\nberatus-ratus\n beberapa ratus:\n~\n \nrakyat mati;\nmeratus\n1.\n [sastera lama] beratus-ratus;\n2.\n = \nmenyeratus; \n~\n \nhari \nmengadakan kenduri untuk memperingati orang mati pada hari yang keseratus sesudah meninggal;\nratusan\n1.\n bilangan seratus:\nkalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan dikumpulkan dengan satuan, puluhan dengan puluhan ,dan ~ dengan ~; \n2.\n beratus-ratus:\ndentuman-dentuman meriam saling berganti dengan dengungan ~ pesawat udara sekutu;\nperatus\n1.\n = \nperseratus, seperatus\n satu dibahagi dengan seratus (1/100);\n2.\n persen:\nsepuluh ~ \n10%;\n \nseratus ~\na) 100%;\n b) [kiasan] seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi):\nkekotoran dan kedurjanaannya sudah seratus ~ terdedah;\nperatusan\n1.\n bilangan (dengan kiraan) peratus:\n ~\n \nrakyat yang sudah berumur juga kian meningkat; \n2.\n persen." "ratus II\n[arkaik];\nmeratus\n1.\n berkicau (burung);\n2.\n berkata yang bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dan lain-lain), mengoceh." "ratus III\n[Jawa] [arkaik] sejenis dupa." "ratus IV\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nJusticia bracteata." "rau I\nbunyi seperti bunyi hujan lebat yang kedengaran dari jauh dan lain-lain;\nderau I." "rau II\nkayu (pohon) ~\n sejenis tumbuhan (pokok), pokok rawa, kedondong bulan, kedondong bulu, \nSantiria laxa." "rauk\n[Kelantan];\nmerauk\n meraup, menyapu." "raum\nmeraum\n mengaum, menderum;\nraung." "raun\n[bahasa percakapan]\n1.\n = \nmeraun\n berjalan berkeliling, berkeliling, meronda;\n2.\n sepusingan (permainan, tarian, dan lain-lain), sekali tamat;\nmeraun\n berjalan dan lain-lain berkeliling, berjalan berputar-putar:\nmereka ~ dengan jip." "raung\nbunyi (suara) nyaring lagi panjang, teriak panjang:\n~ tangis yang amat sedih juga yang kedengaran di keliling rumah itu;\n~ harimau;\nmeraung\n1.\n berbunyi (bersuara) nyaring dan panjang (anjing, serigala, dan lain-lain), menggeru:\nharimau ~; \n2.\n = \nmeraung-raung\n menangis serta menjerit keras-keras, menggerung:\ndia ~ apabila saja dia melihat mayat anaknya terbujur; \norang sakit itu meraung-raung sambil berlari ke sana sini; \nmeraungkan\n meraung akan:\njangan diraungkan mayat itu;\nmeraung-raungkan\n menggembar-gemburkan, melaung-laungkan:\nke mana-mana pun ia pergi, ia tetap ~ cita-cita politiknya;\n raungan\n raung:\n~\n \ndan tangisan bercampur-campur." "raup\nseraup\n sebanyak yang dapat diambil dengan kedua-dua belah tangan (yang dikembarkan):\n~\n \nberas;\nmeraup\n1.\n rapat kedua-dua belah tangan ketika mencedok:\nberas itu disukatnya dengan tangan ~; \n2.\n mencedok (mengambil, mengumpulkan) dengan kedua-dua belah tangan (yang dikembarkan):\n~\n \nberas;\n~ kaki \nmengampu kaki dengan kedua-dua belah tangan ketika sujud kepada raja dan lain-lain;\nharap hendak ~, tidak boleh menggenggam \n(peribahasa) kerana hendak hidup dengan kemewahan habis harta benda." "raut I\npisau ~\n sejenis pisau khas yang tajam untuk melicinkan (menajamkan, menghaluskan) rotan dan lain-lain, seraut, siraut;\nberaut\n sudah dilicinkan (dihaluskan dan lain-lain);\n \nlidi ~ \nlidi yang sudah dilicinkan (dibersihkan daripada daun);\nmeraut\n meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan lain-lain) dengan pisau:\n~\n \nrotan penjalin lukah;\n~ pensel dengan pisau." "raut II\n= rautan\n bentuk, potongan, roman, tampang;\n \n~\n \nbadan \nbentuk (sikap) tubuh;\n \n~\n \nmuka (wajah) \ntampang muka, roman." "raut III\nburung ~\n sejenis burung, burung kendi, \nNumenius arquata orientalis; \nburung pisau ~ \nsejenis burung, burung kendi, \nNumenius phaeopus variegatus." "rauvit\n(Kimia) mineral yang mengandungi kalsium, uranium dan vanadium." "rawa I\nkain ~\n sejenis kain pelangi (kain yang bermacam-macam warnanya)." "rawa II\npaya, rawang:\nsuatu daerah ~ yang luas;\nberawa\n berpaya, berawang:\nkeadaan buminya ~ dan berlebak-lebak." "rawa III\nburung ~\n sejenis burung (merpati liar), \nDucula bicolor; \ncucak ~\n [Jawa] burung barau-barau." "rawa IV\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), raba-raba, \nMangifera microphylla; \n2.\n = \npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok besar), \nDiacontomelum mangiferum." "rawa V\n[Kelantan], [Terrenganu] sejenis alat untuk menangkap ikan (udang)." "rawa VI\n[Kelantan], [Terengganu];\nmerawa\n mengacau barang-barang makanan dalam periuk dengan tangan, mengambil(isi) makanan sahaja." "rawah I\n[Minangkabau] sejenis kuali (belanga) besar:\ntelinga ~ \npekak, enggan menerima nasihat orang." "rawah II\n[arkaik] sejenis persekutuan dagang yang setengah ahlinya memberi modal dan yang lainnya memberi tenaga sahaja." "rawai I\nsejenis alat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk kail yang digantungkan pada tali atau rotan yang terentang;\nmerawai\n menangkap ikan dengan rawai." "rawai II\nsejenis tumbuhan (pokok), dedali paya, lima beruk, minyak beruk, \nXanthophyllum griffithii." "rawai-rawai\n[Brunei] sejenis ukiran lama yang biasanya terdapat pada bahagian tertentu rumah." "rawak\ntidak ditentukan atau diatur lebih dahulu, rambang;\n \nmenembak ~\n menembak rambang (untung-untungan);\n \nsecara ~\n secara rambang (sesuka saja), diambil (dicabut dan sebagainya) secara sembarangan;\n \n~\n \nrambang \nmerambang, mengawur;\nmerawak\n merambang, mengawur (menabur), kena tak kena;\nkerawakan\n keadaan rawak:\nkajiannya penuh dengan ~\n;\n \n~ sampel\n." "rawan I\n= \n~ hati \npilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu:\nbeberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; \ndengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita;\nsayu ~\n sayu dan rawan;\nberawan =\n \n~ hati\n berasa rawan;\nmerawan, merawani\n berasa rawan terhadap (kepada);\nmerawankan =\n \n~ hati \nmenimbulkan (membangkitkan, mendatangkan) rasa rawan:\nsuara yang sangat sedih dan ~ hati;\nkerawanan =\n \n~ hati\n perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, keharuan:\n~ hati\n \nseseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yang dilihat dan dirasainya terlalu pincang;\nperawan\n yang merawankan hati:\n~\n \nhati." "rawan II\ntulang ~\na) tulang yang lembut, tulang muda;\n b) tulang dada." "rawan III\npenjodoh bilangan yang menyatakan selengkap (jala, jaring, kancing baju, dan lain-lain);\n \nse~ jala \nsatu jala." "rawan IV\nnasi ~\n nasi yang bercampur dengan sayur dan lauk-pauknya." "rawan V\n[arkaik] [sastera lama] sejenis kenderaan, kenaikan;\n \ntakhta ~ \nsejenis tandu." "rawan VI\n[arkaik] \nmerawan\n berawan;\nawan." "rawan VII\n(pokok) ~\n \nhantu \nsejenis tumbuhan (palma), pinang biring padi, pinang legung, pinang penawar, \nPinanga disticha." "rawang I\nhutan yang berpaya-paya, rawa." "rawang II\n[Minangkabau];\nmerawang\n merambang, merawak:\njanganlah kamu fikirkan perkara-perkara itu ~ saja; \nmatanya liar ~ ke sana ke mari." "rawat I\njuru~\n orang yang menjaga orang sakit (di hospital dan lain-lain);\nmerawat\n memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dan lain-lain) dengan memberi ubat dan sebagainya:\nisterinya dirawat di rumah sakit umum; \nia dirawat di hospital; \ndalam buku ini dihuraikan arahan-arahan untuk memelihara, ~, dan membaja lebih daripada 50 jenis pokok buah-buahan;\nterawat\n dirawat:\nkeadaannya ~ baik;" "rawat II\n[Perlis] pulih kembali seperti sediakala, kembali kepada keadaan asal." "rawatan\nhasil merawat;\n \n~\n \nmuka\n rawatan untuk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dengan membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dan lain-lain);\n \n~ rapi \nrawatan dan penjagaan yang intensif dan berterusan terhadap seseorang pesakit yang berada dalam keadaan tenat, biasanya ditempatkan dalam bilik khas;\nperawatan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) merawat, pemeliharaan, penyelenggaraan, pembelaan, penjagaan:\norang yang berwang saja yang menghendaki ~ yang luar biasa;\n~ muka \nrawatan untuk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dengan membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dan lain-lain);\nperawat\n orang yang merawat, bahan untuk merawat (tumbuh-tumbuhan dan sebagainya)." "rawi I\n[Arab] \n1 .\n = \nperawi\n orang yang meriwayatkan hadis Nabi, periwayat:\n~\n \nhadis; \n2.\n orang yang bercerita, pengarang cerita:\nkata ~ bahawa Sultan Muhammad Shah itu di atas kerajaan terlalu sekali adil;\nmerawi\n beriwayat, bercerita;\nmerawikan\n meriwayatkan, menceritakan;\nperawian\n perihal menceritakan riwayat hidup:\n~ teks HS;\nperawi\n orang yang meriwayatkan hadis." "rawi II\n[sastera lama] matahari." "rawit I\ncabai ~\n cabai kecil yang pedas, cabai burung (Melaka), lada api:\nkecil-kecil cabai ~, biarpun kecil tetapi berani." "rawit II\n[Jawa];\nrawitan, kerawitan\n1.\n sejenis lagu (gending) permulaan pertunjukan wayang;\n2.\n seni suara (gamelan)." "rawit III\nmerawit\n membabit (menyangkut, melibatkan) dalam sesuatu perkara." "rawon\n[Indonesia] ;\n \nnasi ~\n nasi rawan." "raya I\n1.\n besar (terbatas pemakaiannya);\n \nalam ~\n dunia sejagat;\n \nbadak ~\n sejenis badak yang besar;\n \nbandar ~\n bandar yang besar;\n \ngendang ~\n gendang besar;\n \nhari ~\n = \nhari ~\n \npuasa \nhari untuk meraikan berakhirnya puasa, lebaran;\n \nhari ~ besar \na) hari raya puasa;\n b) hari raya haji;\n \nhari ~ haji (korban, adha) \nhari besar Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah);\n \nIndonesia ~\n lagu kebangsaan Indonesia;\n \njalan ~\n jalan besar;\n \nkaya ~\n kaya sekali;\n \nbulan purnama ~\n bulan purnama yang penuh;\n2.\n [bahasa percakapan] hari besar;\n \n~\n \nhaji \nhari raya haji;\n \nkuih ~\n kuih hari raya;\n3.\n umum, awam (dipakai dalam beberapa ungkapan sahaja);\n \nbalai ~\n balai untuk orang ramai;\n \nJabatan Kerja R~\n jabatan yang mengurus kerja-kerja umum seperti membina jalan dan lain-lain;\n \npendakwa ~\n pegawai yang mendakwa bagi pihak kerajaan;\n \npilihan ~\n pilihan umum;\n \nrimba ~\n rimba luas;\nberaya\n [bahasa percakapan] berhari raya;\nmerayakan\n memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dan lain-lain):\n~\n \nhari kemerdekaan negara;\n~ hari jadinya;\nperayaan\n pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dan lain-lain:\n~\n \nmaulud Nabi SAW;\n~ hari kemerdekaan." "raya II\nbunga ~\n sejenis tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, \nHibiscus rosasinensis \n(bunga kebangsaan Malaysia)." "rayah\nmerayah\n merebut dan merampas, menjarah, merompak:\nharta benda habis dirayah dan rumah-rumah dibakar." "rayan\nrayan-rayan\n [Minangkabau]\n1.\n = \nmerayan\n mengigau, meracau:\n~\n \nkerana demam panas; \n2.\n mimpi yang berhubungan dengan pengalaman siang hari, memikir-mikirkan peristiwa yang lalu:\npada waktu siang menjadi angan-angan yang menindih dan pada waktu malam menjadi ~ yang mengganggu;\nterayan-rayan\n (berada) antara tidur dan jaga, termimpi-mimpi, teringat-ingat, terbayang-bayang." "rayang\nmerayang\n berasa agak pening, pusing kerana kena pukul." "rayap I\n1.\n anai-anai:\npapan-papan kayu yang sana sini sudah lapuk dimakan ~; \n2.\n [bahasa percakapan] orang yang suka mengaruk saku orang, orang yang suka melakukan rasuah;\nmerayap\n seperti rayap, berkeriapan, berkerumun banyak-banyak." "rayap II\nmerayap\n \n1.\n berjalan (berkenaan (dengan) binatang kecil seperti semut dan lain-lain):\nsemut dan anai-anai ~ di tanah; \n2.\n melata (tumbuh-tumbuhan yang menjalar):\nbatangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; \n3.\n [kiasan] bergerak dengan perlahan-lahan dan arah yang berubah-ubah (pandangan, fikiran, dan lain-lain), bergerak dengan perlahan-lahan:\nmatanya ~ ke sekujur badan orang itu; \nbeberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; \ntangan yang terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; \n4.\n [bahasa percakapan] berjalan-jalan membuang masa dengan tidak tentu hala (tidak bertujuan dan lain-lain), merayau:\nkadang-kadang ia ~ sampai subuh; \nbeberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun;\nmerayapi\n1.\n merayap pada (di):\nsemut ~ gula; \nmatanya ~ seluruh bangunan itu; \n2.\n mengerumuni, mengelubungi:\nperlahan-lahan bumi pasar minggu itu dirayapi semut manusia; \nKuala Lumpur sedang dirayapi malam;\nmerayapkan\n menjadikan merayap:\n dirayapkan sayapnya melata bumi;\nterayap-rayap\n sedang merayap(-rayap):\n~\n \nbergerak perlahan-lahan orang menuai di tengah bendang;" "rayapan\npergerakan yang perlahan-lahan:\nia mengikuti ~ suluhan lampu itu." "rayau\nmerayau, merayau-rayau\n \n1.\n meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu):\ngadis itu menyandarkan badannya pada tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; \ntangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; \n2.\n pergi ke mana-mana untuk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dan lain-lain), mengembara:\nia ~ di bandar Melaka; \nsaya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yang dibuat orang; \n3.\n tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah:\nmatanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dalam rumah; \nmaka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan;\n perayau\n orang yang suka merayau, kutu rayau." "rayon\nbahan (kain) seakan-akan sutera yang diperbuat daripada selulosa." "rayu I\n1.\n = \nsayu ~\n pilu hati, rawan hati, terharu;\n2.\n = \nmerayu\n berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dan lain-lain)." "rayu II\n= rayuan\n pujukan atau hiburan (janji yang muluk-muluk dan lain-lain) untuk menyenangkan hati:\ntertidurlah oleh ~ irama merdu; \npujuk dan ~nya sudah tidak bermakna lagi;\nmerayu\n1.\n menyedapkan hati (menawan hati, mempersenang hati) dengan hiburan dan lain-lain:" "rayu undi\nmerayu\nundi\n meminta atau memujuk pengundi supaya mengundi seseorang calon parti yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya dan sebagainya;\nperayu undi\n orang yang merayu undi." "rayuan\n1.\n rayu;\n2.\n permohonan, permintaan (yang dimajukan):\n~ kepada pemaju perumahan; \n3.\n (Undang-undang) permohonan kepada mahkamah atau pihak berkuasa yang lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau pihak berkuasa yang lebih rendah:\n membuat ~ bagi meringankan hukuman;\nperayu\n orang (pihak) yang merayu." "rayun\n[arkaik] rayu." "razia\n[Indonesia-Belanda] penangkapan beramai-ramai, penggerebekan (penjahat, orang yang berbahaya, dan lain-lain):\npolis mengadakan ~ antara pelacur-pelacur yang melacurkan dirinya di pinggir-pinggir jalan;\nmerazia\n menangkap beramai-ramai, menggerebek." "Rb\nsimbol kimia bagi rubidium." "Re\nsimbol kimia bagi renium." "reagen\n(Kimia) bahan (molekul, ion, radikal bebas, dan lain-lain) yang terlibat dalam tindak balas kimia." "reaksi\n1.\n gerakan atau aksi yang lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dan lain-lain):\nsistem sosialis merupakan ~ kepada sistem liberal demokrasi; \n2\n.\n \npenentangan (perlawanan) yang timbul kerana sesuatu tindakan (aksi):\n kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yang hebat dalam akhbar-akhbar; \n3.\n [Indonesia] akibat (hasil) daripada ubat dan lain-lain yang digunakan;\nbereaksi\n memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dan lain-lain):\naku ~ lebih baik terhadap wanita;\nmereaksi\n [Indonesia] mengadakan reaksi;\npereaksi\n [Indonesia] untuk mengadakan reaksi dalam kimia (kertas litmus untuk mengetahui barang yang mengandungi asid atau alkali dan lain-lain)." "reaksioner\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n orang (puak) yang berfaham kolot atau hendak mengembalikan keadaan yang lama (dalam politik);\n2.\n orang yang menghalang kemajuan, orang yang kolot;\n3.\n kolot:\nia menjalankan politik yang ~." "reaksionis\n1.\n cenderung menentang perubahan atau pembaharuan yang radikal, terutamanya dalam sistem politik atau sosial;\n2.\n pihak (orang atau kumpulan) yang menentang perubahan atau pembaharuan dalam sistem politik atau sosial negaranya." "reaktif\n1.\n cenderung menunjukkan reaksi atau mengambil tindakan setelah berlakunya sesuatu terhadap seseorang, sesuatu situasi dan sebagainya:\nmereka bertindak secara proaktif, bukannya ~, untuk mendampingi keseluruhan masyarakat setempat; \ndengan demikian, perencanaan kita lebih bersikap ~ kepada keadaan krisis yang mendadak; \n2.\n (Kimia) dapat atau cenderung bertindak balas secara kimia dengan berbagai-bagai bahan:\nlitium adalah kurang ~ daripada logam-logam lain; \nmetana adalah stabil dan tidak ~ di dalam udara." "reaktor\n= \n~\n \nnuklear\n (Fizik) alat yang digunakan untuk mengawal dan mengekalkan tindak balas nukleus dalam menghasilkan tenaga nuklear." "realis\n1.\n orang yang berpegang pada kenyataan;\n2.\n penganut (pengikut) faham realisme (dalam kesenian dan lain-lain)." "realisasi\nperihal menjadikan kenyataan, perwujudan:\nhal itu menjadi satu ~ cita-citanya;\nmerealisasi, merealisasikan\n menjadikan kenyataan, mewujudkan:\nkami masih dalam proses ~ cita-cita kami; \ngerakan Islam yang dimaksudkan di sini bertujuan untuk ~ Islam sebagai satu sistem kehidupan yang unggul lagi serba sempurna." "realisir\n[Indonesia-Belanda];\nmerealisir, merealisirkan\n merealisasi(kan):\ngagasan persatuan nasional tidak bisa dengan begitu sahaja direalisir." "realisme\n1.\n fahaman atau ajaran yang berdasarkan kenyataan;\n2.\n aliran sastera dan seni lukis yang menggambarkan kisah hidup sebenar (bukan khayalan):\nKala Dewata dengan Atap Genting Atap Rumbia dianggap sebagai pelopor drama ~\n." "realistik\n1.\n berhubungan dengan fahaman realisme. \n2.\n bersifat atau menunjukkan keadaan yang sebenarnya:\ngambaran yang diberikan dapat dikatakan ~." "realitet\n[Indonesia-Belanda] kenyataan." "realiti\nkeadaan yang nyata (bukan khayalan), kenyataan, hakikat:\nmereka berjumpa Oliver Twist untuk mengikuti ~ hidup kanak-kanak yang sebenarnya." "realpolitik\naliran politik yang berdasarkan kenyataan-kenyataan, politik yang praktikal." "reba\n1.\n tompokan pohon-pohonan (ranting-ranting dan lain-lain) sesudah ditebang, semak-semak kecil. \n2.\n [Kedah], [bahasa percakapan] halangan, bala, malapetaka;\n \njangan cari ~\n jangan cari bala (fasal);\n3.\n [Kedah] ranting kayu yang sudah dipotong dan dilonggokkan di satu tempat." "rebab\nsejenis alat bunyi-bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga;\nberebab\n menggesek rebab." "rebah I\njatuh terbaring (orang dan lain-lain), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dan lain-lain), tumbang:\nia ~ pengsan;\n~ menyembah tikar;\n~ terlentang di atas lantai; \nmembawa (memberi) ~\n menjatuhkan (menggagalkan);\n~\n \nbek \n[Kelantan] rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi;\n \n~\n \nbelakang \n[Kelantan], [bahasa percakapan] berehat (menghilangkan penat);\n \n~\n\u2013\nrempah \nrebah terguling-guling;\ndapat tebu ~\n (peribahasa) mendapat untung;\n \nsokong membawa ~\n (peribahasa) dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri;\nrebah-rebah, rebah-rebahan\n berbaring-baring (kerana menghilangkan penat dan lain-lain):\ndia sedang ~ di anjung rumahnya;\nmerebahkan\n1.\n menjatuhkan, menumbangkan:\n~\n \ntiang rumah; \n2.\n membaringkan, menidurkan:\n~\n \ndiri di atas pangkin; \n3.\n menyembelih (binatang besar):\ntahun itu juga perkahwinan berlangsung, ayah ~ seekor kerbau jantan besar; \n4.\n [kiasan] menumbangkan (pemerintah dan lain-lain), menggagalkan:\n~\n \npemerintah;" "rebah II\n~\n \nbangun \nsejenis tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu, puteri malu, semalu, \nMimosa pudica." "rebahan\n1.\n robohan, tumbangan;\n2.\n tempat berbaring, pembaringan." "rebak I\n[Perak] runtuh (tebing sungai dan lain-lain):\ndi mana-mana sahaja ada sungai mengalir, tanah tetap ~;\nmerebak, merebakkan\n memecahkan dan meruntuhkan (batu, tanah):\ndi mana-mana sahaja sungai air batu itu mengalir, maka bahagian gunung itu direbakkannya." "rebak II\nmerebak\n meleleh air matanya." "rebak III\n1.\n carik atau sobek panjang (kain, layar, dan lain-lain);\n2.\n luka yang dalam (kerana kena pisau dan lain-lain)." "rebak IV\nmerebak\n\n\n1.\n menjalar-jalar, menular-nular (penyakit), tersebar atau tersiar merata-rata (berita dan lain-lain):\n\n\npenyakit cacar ~ di seluruh negeri;\n\nberita itu sudah ~ sampai ke mana-mana; \n2.\n menjangkit, meluas, merembet (api dan lain-lain):\n\n\ndalam beberapa ketika sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana;\n\nperang ini lebih dahsyat dan nanti ~ ke sini;\nmerebakkan\n menyebabkan sesuatu merebak, menularkan, menjangkitkan, menyebarkan:\n\n\n zina boleh ~ penyakit;\nkemerebakan\n keadaan merebak:\n\n\n ~ ilmu pengetahuan nuklear;\n pemerebakan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) merebak atau merebakkan, penularan:\n\n\ntujuannya adalah untuk mencegah atau mengawal ~ sesuatu penyakit." "reban I\nkandang untuk ayam (itik);\nmerebankan; \n~ ayam (itik); \nmemasukkan ayam (itik) ke dalam reban, mengandangkan ayam (itik)." "reban II\n[Kedah], [Pulau Pinang] runtuh (terutama pokok, rumah);\nmerebankan\n meruntuhkan:\n~\n \nrumah." "reban III\n[arkaik];\ntereban\n terhempas (terbanting, terpelanting) ke kiri atau ke kanan." "rebana I\nsejenis gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit;\nberebana\n bermain rebana." "rebana II\n= rebanar; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar kelona, \nSmilax megacarpa." "rebang\nkucir (kuncit, taucang) yang terlepas daripada anyaman (ikatan)nya;\nmerebang\n terlepas daripada ikatannya (rambut);\nmerebangkan\n melepaskan (rambut), menggerbangkan." "rebas\nbertitikan, berjatuhan (air dan lain-lain);\n \nhujan ~-~ \nhujan rintik-rintik (gerimis);\nmerebas\n menitik (air mata):\nair matanya ~ turun;\nmerebaskan\n menitikkan (air mata):\nia ~ air matanya kerana terlalu gembira; \n= rabas." "rebat I\npotongan daripada sejumlah bayaran yang kena dibayar atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran." "rebat II\nmerebat\n menyekat jalan dengan rintangan (kayu, duri, dan lain-lain), memagar atau menyekat dengan pokok-pokok dan lain-lain (supaya tidak dapat dimasuki orang, binatang, dan lain-lain)." "rebeh I\ntergantung terkulai (sayap yang patah atau layar robek dan lain-lain), tidak kaku lagi, berlekut, melentur (tepi topi dan lain-lain);\nmerebeh\n [Perak] tidak kemas (kain)." "rebeh II\nII, rebek\n (rbk) [Jawa]\n1.\n compang-camping, rompang-ramping (pakaian dan lain-lain);\n2.\n buruk, usang." "reben\n1.\n jalur kain, kertas, dan sebagainya yang panjang, nipis, dan biasanya dalam pelbagai warna yang digunakan sebagai pengikat bungkusan, hiasan, dan sebagainya, pita;\n2.\n jalur kain yang panjang, nipis, dan mengandungi dakwat khas yang digunakan dalam mesin taip." "rebet\n[arkaik] \n= rembet II." "rebewes, rebewis\n[Indonesia-Belanda] lesen memandu kereta." "Rebo\n[Indonesia] \n= Rabu." "rebon\n[Jakarta];\nudang ~\n sejenis udang yang halus-halus, udang geragau." "rebu\n[arkaik];\nmerebu\n datang masuk banyak-banyak, menyerbu masuk." "rebuk\nmerebuk\n berisi nanah (luka dan lain-lain), bernanah." "rebung\nanak buluh (yang akan menjadi batang);\n~\n \ntidak jauh dari rumpun \n(peribahasa) perangai anak hampir sama dengan perangai orang tuanya;\n \n~\n \ntak miang, bemban pula miang \n(peribahasa) orang yang bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur;\n \ntatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya \n(peribahasa) mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi;\nmerebung\n tumbuh rebungnya, (tumbuh) seperti rebung (janggut dan lain-lain)." "rebus\nkacang (telur, ubi) ~\n kacang (telur, ubi) yang dimasak dalam air (sehingga empuk, keras, dan sebagainya);\nmerebus\n memasak sesuatu dalam air, menggodok:\n~\n \nkeledek;\n~\n \nair \nmenjerang air;\nmerebuskan\n merebus untuk:\ndia sempat ~ ibunya beberapa biji telur pada pagi itu;" "rebusan\nbarang apa yang direbus, sesuatu yang direbus:\nair ~\n air yang sudah dipakai untuk merebus;\nperebusan\n proses atau perbuatan merebus:\n~ pelbagai jenis akar kayu." "rebut\n~\n \nrampas \nbermacam-macam perampasan (perompakan, penyamunan);\nberebut\n berlumba-lumba (berdahuluan) untuk mengambil sesuatu:\n~\n \nkuasa;\n~ tempat;\n~ (dengan) malam \nsudah mulai malam;\n \n~\n \nmulut \nbertengkar, berbantah;\n \n~\n \nnama \nberlumba-lumba untuk mendapat kemasyhuran;\n \n~\n \n(dengan) senja \nsudah mulai senja;\n \n~\n \ntinggi \natas-mengatasi;\n \n~ rampas bertanda beti \n(peribahasa) semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya;\nberebut-rebut\n berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (memperoleh, mengambil, dan lain-lain):\norang ramai ~ hendak pulang; \nbeberapa ekor ayam sedang ~ makan; \nmereka ~ menghendakkan hadiah itu;\nberebut-rebutan, berebutan\n saling mengambil atau mendapatkan sesuatu dengan paksa (susah payah):\nMajid dengan kawan-kawannya ~ macam anak kecil merebut gula-gula;\nmerebut\n1.\n mengambil (mendapatkan, memperoleh) sesuatu dengan kekerasan:\ndengan cepat ia ~ senjata itu daripada penjahat; \nyang muda hendak ~ kerajaan abangnya; \n2.\n mengambil (negeri, tempat, dan lain-lain) dengan kekuatan senjata, merampas:\nbeberapa tempat penting sudah dapat direbut kembali oleh pasukan kita; \n3.\n mendapat sesuatu dengan susah payah (seperti dalam perlumbaan dan lain-lain):\npasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; \n4.\n [kiasan] mengambil, memikat, menarik:\nsastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih daripada semasa zaman klasik; \nnama Hamka pada masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dengan cerita-cerita pendek;\nmerebuntukan, memperebuntukan\n mengusahakan sungguh-sungguh (memperjuangkan) untuk merebut sesuatu:\nIndia dan China berperang ~ Himalaya; \nanakku inilah yang kelak akan diperebuntukan oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa;" "rebutan\n1.\n sesuatu yang direbuntukan (diperebuntukan):\nsebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yang bertanding; \n2.\n = \nsedekah ~ \n[Indonesia]\na) sejenis perayaan orang Cina dengan memberi sedekah yang diperebuntukan oleh orang ramai;\n b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yang dilumur dengan minyak dan lain-lain (untuk mengambil barang-barang yang diletakkan di puncaknya);\n3.\n [bahasa percakapan] = \nberebutan;\nperebutan\n1.\n perihal berebut sesuatu:\n~\n \npangkat;\n~ kedudukan;\n~ kekuasaan; \n2.\n = perihal merebut (memperebuntukan), perampasan, dan lain-lain." "reca\narca." "recak I\n[Jawa] borek (bopeng) yang tidak dalam;\n= bercak." "recak II\n[arkaik];\nberas ~-~ \nberas yang pecah-pecah, manir, melukut." "recak III\n[Minangkabau];\nmerecak\n duduk mengangkang di atas (kuda dan lain-lain), menunggang;\n \n~\n \nkuda \nmenunggang kuda." "recak IV\n~\n \nanjing \n[Kelantan] berlari perlahan-lahan, berlari-lari anak." "receh\nwang ~\n = \nrecehan\n wang kecil, wang pecah;\n= renceh I." "receng\nhirisan (keratan, potongan) kecil-kecil." "recik\npercik;\nmerecik\n memercik;\n \n~ peluh \nbertitik peluhnya, terkeluar (terpancur) peluhnya:\ndi dahi kami ~ peluh kepanasan;\nmereciki\n memerciki, merenjis:\nkain yang dipakainya direciki lumpur;\n merecikkan\n menjadikan merecik, memercikkan:\npanas di dadanya ~ peluh di dahinya;" "recikan\npercikan:\n~\n \nair yang naik ke atas;\nperecik\n alat untuk mereciki." "recok\ngaduh, honar, ramai, rewel, ribut:\nsurat khabar Filipina membuat ~ tentang rundingan di Bangkok;\nmerecokkan\n menggemparkan, meribuntukan;\nkerecokan\n perihal recok, kegemparan, kehonaran, keributan." "recup\nmerecup\n \n1.\n mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (seperti biji-biji padi dan lain-lain), berkecambah banyak-banyak, mulai keluar daun:\npucuk-pucuk muda ~ memayungi ranting-ranting yang telanjang; \n2.\n timbul dan berloncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dan lain-lain);\n3.\n timbul atau lahir dengan tiba-tiba (idea, ilham, dan sebagainya):\ndaripada kesibukan inilah mungkin ~ ilham untuk terbang." "reda I\n1.\n mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dan lain-lain):\nsebentar sahaja angin dan hujan pun ~; \nledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; \n2.\n semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dan lain-lain), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dan lain-lain), mulai tenang kembali:\nkebisingan masih belum ~; \nkemarahannya sudah mulai ~; \ntangisannya masih belum ~-~ lagi; \nperbincangan mengenai soal itu belum juga ~; \ndemamnya sudah mulai ~; \n3.\n hampir habis, hampir hilang, kurang:\nkereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; \nmaka dengan hal yang demikian, ~lah sedikit tikus itu;\nbereda\n [Minangkabau] berlindung, bernaung, berteduh;\nmereda\n menjadi reda:\ntangisannya agak ~ sedikit; \npada masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun;\nmeredakan\n menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengurangkan (kemarahan dan lain-lain):\nmereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dalam parti; \nia ~ sedikit ketawanya;\nkeredaan\n perihal reda, ketenangan, keamanan, kekurangan:\nrasa hormat yang demikian itu dengan sendirinya membawa ketenangan suasana, ~ suara." "reda II\nbersedia dengan ikhlas hati (untuk membuat sesuatu), rela:\nada di dalamnya orang-orang yang ~ bersekutu bersama-sama sebagai manusia;\nmeredai\n merelai:\n jalan yang diredai Allah itu jalan Islam yang akan menenteramkan hidup;\nmeredakan\n merelakan;\nkeredaan\n kerelaan:\nterhasil sebuah masyarakat yang berdisiplin, sebuah negara yang aman damai di bawah ~ Allah." "redah I\n[Minangkabau];\nmeredah\n menebang (menebas) banyak-banyak:\n~\n \nbuluh;\n~ belukar." "redah II\nmeredah\n \n1.\n menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dan lain-lain), mengharung:\n~\n \nhutan semak samun;\n~ hujan;\n~ padang pasir bergunung batu; \nbelayar ~ samudera; \nperempuan ini ~ jalan raya berpuluh batu dengan hanya menunggang sebuah basikal; \n2.\n [kiasan] merempuh (masuk dan lain-lain), melantasi, menembusi:\npemuda yang berbaju hitam itu ~ masuk bilik; \nsuara halus merdu itu terbang keluar dari kamarnya ~ kesunyian malam; \n= rejah\n.\nredai\n [Kedah]\n1.\n tempat menjemur ikan (tembakau dan lain-lain);\n2.\n jaringan besi yang digunakan untuk meletakkan kuih (biskut, kek, dan sebagainya) yang masih panas:\n~\n \nkuih." "redaih\n[Kedah] \n= daih." "redak I\nmeredak\n meledak;\n= ledak." "redak II\n[Kedah]\n1.\n kelebihan makanan (lauk, kuih, dan lain-lain);\n2.\n butir-butir kecil, habuk;\nberedak\n1.\n ada redaknya;\n2.\n hancur." "redaksi\n1.\n sidang pengarang (pada persuratkhabaran, majalah, dan lain-lain):\n~ majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat; \ncerpen terus sampai ke meja ~ setiap hari; \n2.\n gaya penyusunan kata dan ayat dalam sesuatu pengumuman (undang-undang dan lain-lain):\n~\n \nresolusi itu masih harus dibaiki." "redam I\n= redam-redam, meredam\n kurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup:\nnampak meredam pokok ribut dari sebelah utara;\n~ padam \npadam (rosak, musnah) sama sekali;\nmeredamkan\n menjadikan redam;\nperedama" "redam II\nremuk-~ \nremuk semuanya, hancur lebur;\nmeredamkan\n menghancurkan, meremukkan." "redam III\nbunyi seperti bunyi kayu dipukul (pintu ditumbuk dan lain-lain)." "redan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan riba, ridan, \nMischocarpus lessertianus; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nNephelium glabrum; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), kusip bukit, \nAglaia cordata." "redang I\n[arkaik] paya (rawa, rawang) yang dalam;\n \npaya dan ~\n bermacam-macam tanah paya;\n \n~\n \nbakau \npaya yang ditumbuhi bakau;\n \nkawasan ~\n kawasan atau daerah yang berpaya-paya." "redang II\n[arkaik] radang." "redani\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, selimpas, \nQuisqualis densiflora." "redap I\nsejenis gendang (rebana) kecil;\n= dap." "redap II\nmeredap\n1.\n makan di dalam sahaja (api), marah di dalam hati sahaja;\n \nrindu-~ \nrindu yang bersangatan dalam hati;\n2.\n berlarut-larut (penyakit), merana." "redas I\n[Kelantan];\nmeredas\n melontar dengan kayu dan lain-lain (untuk menjatuhkan buah dan lain-lain), membaling:\nbuah mempelamnya habis diredas budak-budak jahat." "redas II\n[Kelantan] celaan, kejian, makian." "redih\nsemaian (padi dan lain-lain);\n \ntapak ~\n tapak semaian;\nmeredih\n menanam semaian padi dan lain-lain;\nperedih\n [Kedah] tempat meredih." "redik\nherdik;\nmeredik\n mengherdik." "redip\n~ pepuyuh\n sejenis tumbuhan (pokok atau pokok renek), sisih puyuh, sisik puyu, meransi, \nCarallia suffruticosa." "redoks\n(Kimia) gabungan proses penurunan dan pengoksidaan." "reduksi\n[Indonesia-Belanda] potongan (harga barang-barang dan lain-lain), pengurangan:\nuntuk barang ini boleh diberi ~ 15%." "reduksionis\npenyokong reduksionisme." "reduksionisme\n1.\n mencerakin data yang kompleks menjadi juzuk yang kurang kompleks;\n2\n. teori yang menyatakan bahawa idea, sistem, dan lain-lain yang kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yang kurang kompleks." "redum I\nbunyi seperti bunyi barang besar jatuh dalam air." "redum II\n[arkaik] mendung, redup, suram (gelap);\n= redam I." "redum III\n[Kedah];\nmeredum\n menutup (jalan dan lain-lain) dengan daun-daunan dan lain-lain (untuk menyembunyikan sesuatu dan lain-lain)." "redup\n1.\n berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung:\nhari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari; \n2.\n agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik:\nmatahari ~; \n3.\n berasa panas (kerana cuaca mendung);\n4.\n [kiasan] kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dan lain-lain), kurang terang atau hampir padam (nyala api);\n5.\n berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dan lain-lain);\n6.\n mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dan lain-lain):\nribut itu pun ~; \n7.\n sayup-sayup (bunyi-bunyi):\ngemercik air sayup-sayup dan desau angin ~; \n8.\n tidak gembira, susah hati (perasaan dan lain-lain):\nia menyahut dengan ~;\n~-~ alang= ~-~ bahasa \nagak redup (gelap, suram) sedikit;\nmeredup\n menjadi redup (tidak terang);\nmeredupkan\n menjadikan redup, menyuramkan, dan lain-lain;\nkeredupan\n perihal redup:\n~ petang menambahkan kesunyian di ladang itu." "redut\n[Minangkabau] [arkaik];\nmeredut; \nhatinya ~ \nia berasa tersinggung (kecil hati)." "referendaris\n[Indonesia-Belanda] pegawai tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan atau daerah." "referendum\npemungutan suara rakyat berhubung dengan sesuatu dasar politik, dan sebagainya yang penting, pungutan suara:\ndengan ~ ini, semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu masalah yang besar." "referi\n1.\n [bahasa percakapan] pengadil;\n2.\n orang yang dirujuk untuk memberikan maklumat, sokongan dan sebagainya tentang watak, kebolehan, kelayakan dan sebagainya seseorang, terutamanya yang memohon sesuatu pekerjaan. \nreflasi\n (rflasi)\n1.\n (Ekonomi) tindakan memulihkan semula ekonomi dengan cara meningkatkan penawaran wang dan kredit untuk merangsang kegiatan dan pertumbuhan ekonomi dan sebagainya;\n2.\n [Indonesia-Belanda] ikhtiar untuk membaiki nilai wang menjadi nilai sebelum inflasi." "refleksi\nbayangan, gambaran (dalam cermin, fikiran, dan lain-lain):\ninilah ~ mutlak daripada keperibadian Indonesia; \npuisi boleh menimbulkan sesuatu reaksi tertentu sebagai ~ daripada kehidupan masyarakat." "refleksologi\nsejenis terapi yang mengamalkan pengurutan tapak kaki untuk merangsang saraf dan dengan itu melegakan rasa tegang\n." "reflektor\n[Indonesia-Belanda] alat yang mengembalikan cahaya (suara, haba, dan lain-lain)." "reformasi\nperubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, misalnya dalam sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat:\nmaka lahirlah ~ gereja Protestan yang memisahkan diri dari gereja Katolik; \nbahasa Melayu sedang mengalami ~;\n mereformasi\n membuat reformasi pada:\n keperluan untuk ~ sistem pendidikan agama yang ada." "reformis\norang (golongan dan sebagainya) yang menganjurkan atau mengusahakan supaya berlaku perbaikan atau pembaharuan (dalam bidang kebudayaan, sosial, keagamaan, dan lain-lain)." "rega\n[arkaik] harga." "regan\n[Minangkabau] bahagian atas dan bawah rangka jendela." "regang\ntidak kendur, kencang, tegang (tali yang ditarik, kain yang direntangkan, dan lain-lain);\nberegang-regang\n1.\n merentang-rentangkan anggota badan untuk bersiap-siap (hendak bertumbuk dan lain-lain);\n2.\n = \nberseregang, bersiregang\n berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi;\n \nberseregang mulut \nbertengkar, berbantah keras;\nmeregang\n1.\n menjadi tegang (tidak kendur):\ndawai telefon mengendur pada waktu panas dan ~ pada waktu sejuk; \nbengkak ~; \n2.\n merebut dengan paksa, menarik, menyentak, merenggut;\n \nmerebut ~\n merebut dengan paksa;\n~ badan \nmenarik-narik badan (hampir mati);\n \n~\n \ndiri \nmenegang-negangkan diri (kerana kesakitan dan lain-lain);\n \n~\n \nhidupnya \nsengsara hidupnya;\n \n~\n \njiwa (nyawa) \nhampir-hampir mati;\n \n~\n \ntelinga \nmenarik (memilin) telinga;\nmeregangkan\n menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dan lain-lain), membentangkan (kain dan lain-lain) tegang-tegang, menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang:\ndia ~ kedua-dua belah tangannya;\nteregang\n diregangkan, menjadi regang:\ndawai yang ~ di dalam kamar;" "regangan\nsesuatu yang regang, tegangan;\nkeregangan\n keadaan regang, ketegangan;\nperegangan\n perihal (perbuatan) meregangkan sesuatu." "regas\nmeregas\n memotong, mengerat (bulu, rumput, dan lain-lain)." "regat\nmeregat\n \n1.\n menyeberangi (jalan, sungai, dan lain-lain) dengan lurus;\n2.\n memotong perjalanan, memintas." "regata\nperlumbaan perahu kayuh, perahu layar, dan sebagainya." "rege\nsejenis muzik (atau tarian) berirama rancak yang popular di Hindia Barat." "regek\n[Perak];\nberegek\n bergaya, berhias, bersolek." "regel\n[Indonesia-Belanda] papan pada tembok, belebas." "regen\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] kepala daerah (bahagian dari keresidenan), bupati;\nkeregenan\n kabupaten." "reges\n[Jakarta] luruh daunnya, meranggas." "reggae\n= rege." "regi\n[Indonesia-Belanda] (pengurus) perusahaan monopoli pemerintah:\n~\n \ncandu;\n~ garam." "regio\n(Ast) kawasan yang luas yang kelihatan seperti berlorek-lorek di permukaan planet atau satelit." "regionalisme\nfaham (semangat) keserantauan." "regis I\n[Kelantan] bahagian, cabang, cawangan;\n \nse~ \nsatu bahagian." "regis II\n[Kedah] lidi;\n \n~\n \nnyiur;\nberegis, beregis-regis\n bercabang-cabang, bercawang-cawang (tanpa daunnya lagi)." "regisir\n[Indonesia-Belanda] pemimpin atau pengatur permainan sandiwara atau filem, sutradara." "register\nrekod atau senarai yang mengandungi butir-butir seperti nama, alamat, dan aktiviti yang disediakan secara teratur, buku daftar.\nberegister\n berdaftar;\n \nsurat yang ~ \nsurat yang berdaftar;\nmeregisterkan\n memasukkan (mendaftarkan) nama dan lain-lain ke dalam register." "registrasi\n[Indonesia-Belanda] pendaftaran, pencatatan (nama dan lain-lain dalam register)." "reglemen\n[Indonesia-Belanda] aturan, peraturan." "regmografi\n(Fizik) teknik sinematografi sinar-X yang menghasilkan gambar dengan masa dedahan yang amat singkat." "regol\n[Jawa] pintu gerbang." "regresi\n[Indonesia-Belanda] gerakan dan lain-lain mundur." "regresif\ncenderung bergerak ke belakang atau mengundur, mundur:\nekonomi pekebun berkenaan bersifat ~." "regu\n1.\n pasukan (rombongan) orang bekerja:\nburuh di perkebunan itu dibahagi atas beberapa ~; \n2.\n pasukan (kesatuan) tentera yang terkecil (12 atau 14 orang):\nsepuluh perajurit gerila di suatu desa merupakan satu ~, tiga buah desa membentuk satu platun; \n3.\n satu pasukan pemain dalam olahraga:\nempat pemain, iaitu satu ~ dan seorang pemain simpanan, akan bertolak dengan kereta; \n4.\n [Indonesia] golongan, jenis (tumbuh-tumbuhan dan lain-lain);\nberegu\n berpasangan (dua orang dalam satu pasukan yang bertanding):\npertandingan perseorangan dan ~ lelaki;\nmeregukan\n membahagi-bahagikan atas beberapa regu;\n= gu I." "reguk\n[Minangkabau] teguk:\nminum se~ air;\nmereguk\n1.\n meneguk, minum;\n2.\n [kiasan] merasai (nikmat dan lain-lain):\nhendak ~ nikmat hidup sepuas-puasnya." "rehabilitasi\n[Indonesia-Belanda] pemulihan kepada keadaan yang dahulu, pemulihan kehormatan;\nmerehabilitasikan\n memulihkan kepada keadaan yang dahulu, memulihkan kehormatan (nama baik)." "rehal\nsejenis bangku kecil sebagai tempat meletak Quran yang hendak dibaca." "rehat\nmelepaskan lelah, mengaso:\n~\n \nyang terbaik sekali ialah tidur nyenyak; \nubat letih ialah ~; \nbilik ~\n bilik untuk melepaskan lelah;\n \nkerusi ~\n kerusi tempat duduk dengan mengunjurkan kaki;\n \nmasa ~\n waktu untuk bersenang-senang melepaskan lelah;\nberehat\n melepaskan lelah, bercuti untuk mengaso, bersenang-senang:\ntiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga;\nmerehatkan\n membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso:\nduduk bersandar ~ diri; \nseminggu di Adelaide, walaupun bekerja tetapi bagaikan ~ fikiran;\nkerehatan\n keadaan rehat:\njika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; \n= istirahat." "rehek\n[Perak];\nmerehek; \nkurus ~\n kurus kering." "reinkarnasi\npenjelmaan kembali makhluk yang telah mati (mengikut sesetengah kepercayaan)." "reja\nbuangan, lebihan, lebihnya sesuatu setelah dipotong (dikerat dan lain-lain);\n~-~ ayam \nbahagian ayam (seperti kaki, isi perut, dan lain-lain) yang dibuang;\n \n~-~ kain \npotongan-potongan kain yang lebih;\n \n~-~ kayu \npotongan-potongan kayu yang lebih;\n \n~-~ sabun \npotongan-potongan kecil sabun;\n \n~ sayung \n(Perhutanan) bahagian luar kayu balak yang digergaji, dengan satu permukaannya rata dan yang satu laginya melengkung;\n \n~ tepi \n(Perhutanan) jaluran kayu (biasanya masih berkulit) yang terhasil daripada pemotongan tepi kayu." "Rejab\n[Arab] bulan ketujuh dalam tahun Hijrah, bulan Mikraj." "rejah\nmerejah\n berjalan menempuh (melanda, merempuh) dengan tidak mempedulikan apa-apa, melanggar;\nmerejahkan\n melanggarkan, melandakan;\nperejah\n pelanggar (adat dan lain-lain)." "rejam I\nmerejam\n \n1.\n melempari dengan batu:\norang itu dipukul dan direjam hingga mati; \n2.\n melempari dengan sesuatu (botol, telur busuk, dan lain-lain):\npolis melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada kumpulan orang ramai yang ~ batu;\n rejaman\n hasil merejam;\nperejam\n orang yang melakukan rejaman (lembing, tombak dan sebagainya):\ndia menjadi ~ lembing pertama yang mengekalkan kejuaraan dalam sukan Olimpik." "rejam II\n[sastera lama] seksaan, aniaya:\nalamat ~ dan azab atas diriku akan terus berlaku;\nmerejam\n1.\n menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan meletakkan di panas terik dan lain-lain);\n2.\n menolak kepala dan lain-lain ke dalam air (kerana menyeksa);\nmerejamkan\n memasukkan sesuatu ke dalam air sehingga tenggelam, merendam:\nambil sebarang bekas kosong dan rejamkan ke dalam air." "rejan I\nbatuk ~\n sejenis penyakit batuk yang keras dan berjangkit (terutama pada anak-anak kecil);\n \nsakit ~\n sakit perut dengan buang-buang air;\nmerejan\n meneran, mengejan." "rejan II\n[Kelantan];\nmerejan\n menghentak-hentakkan kaki (kanak-kanak) kerana marah dan lain-lain." "rejang I\ncara perkiraan baik buruk untuk tiap-tiap hari bulan biasanya dilambangkan oleh binatang, seperti 1 hari bulan oleh kuda, 2 hari bulan oleh kijang, 3 hari bulan oleh harimau, dan lain-lain (perkiraan ahli nujum)." "rejang II\nmerejang\n memecahkan, membelahkan, membongkar;\nperejang\n alabangka, linggis." "rejang III\nserejang\n \n~ kuda berlari \nsejauh kuda melompat (berlari)." "rejang IV\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), jelutung, pulai, \nAlstonia scholaris; \n2.\n = \npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok), pulai paya, pulai putih, \nAlstonia spathulaa; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, ketiak, limau hutan, \nAcronychia laurifolia." "rejap\n[Terengganu] bocor, tiris (kecil):\ntempayan itu ~." "rejasa\ntimah." "rejat\n[Kelantan] rejap." "rejeh\nmerah dan berair pada pelupuk mata sebelah dalam, belengset." "rejeng\n[Jakarta];\ndirejeng\n ditangkap atau dipegang oleh orang ramai." "rejim\nsistem kerajaan, pemerintahan, atau pentadbiran:\n~ penjajahan." "rejimen\nsatu pasukan tentera yang besar yang biasanya diperintah oleh seorang kolonel, resimen." "rejuk\nmerejuk\n melompat ke hadapan dan ke atas (seperti harimau, kucing, dan lain-lain)." "rek I\nbunyi seperti bunyi pisau yang digoreskan pada papan dan lain-lain." "rek II\n= rak II." "reka\n1.\n = \nreka-reka\n [arkaik] aturan, tindakan:\nmengambil ~ untuk menyelamatkan dirinya; \n2.\n = \nrekaan\n (sesuatu) yang dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan:\nkita tumpukan perhatian kita pada sebuah keluarga Jepun rekaan kita; \ncerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; \n3.\n daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar:\nia seorang yang banyak ~nya;\n~ letak\n susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain;\nmereka, mereka-reka\n1.\n menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik:\nperlembagaan itu telah direka oleh orang yang bijak pandai; \nsedikit sekali pengarang kita yang dapat ~ cerita-cerita yang bermutu tinggi; \nsiapa tahu kalau cerita itu direka-reka; \n2.\n mencari akal (daya, upaya, ikhtiar):\nsepanjang minggu, ia mereka-reka keputusan yang akan diambilnya nanti; \n3.\n memikirkan (sesuatu), merancang, merencanakan:\nseorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; \ndia ~ jawaban yang akan diberikan esok; \n4.\n membayangkan (dalam angan-angan), mencita-citakan:\nia mereka-reka siapa yang patut menjadi suaminya; \n5.\n menduga, mengagak-agakkan, mengira-ngirakan:\ntidak ada orang yang ~ bahawa ia akan terpilih sebagai wakil rakyat;\n rekaan, reka-rekaan\n1.\n karangan (khayal), cerita karangan:\ncerita ini semata-mata ~; \n2.\n buatan, ciptaan:\nreka-rekaan baharu yang dicipta oleh ahli-ahli sains;\n~ bunga \nciptaan bunga;\n3.\n angan-angan, fantasi, rancangan;\n4.\n kira-kiraan, perkiraan, perhitungan;\nperekaan\n perbuatan mereka:\n ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yang usang;\npereka\n orang yang mereka (mereka-reka)." "reka bentuk\nrancangan (corak, bentuk, dan sebagainya) yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya):\npengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~ kapal terbangnya yang pertama;\nmereka bentuk\n membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dan lain-lain);\npereka bentuk\n orang yang mereka bentuk." "reka cipta\nbarang yang pertama kali dicipta, ciptaan baharu;\nmereka cipta\n membuat ciptaan baharu:\nAlexander Graham Bell ialah orang Amerika yang ~ telefon;\n perekaciptaan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) mereka cipta;\npereka cipta\n orang yang mencipta sesuatu yang baharu:\nJohn Baird ialah ~ bangsa Scot." "rekah\n= merekah;\nmerekah\n1.\n meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dan lain-lain):\napabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; \n2.\n mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang;\n3.\n mulai terbit (fajar);" "rekam\n[Kedah];\nmerekam\n \nhati ~\n marah sangat tetapi dalam diam-diam." "rekan\n[Indonesia] = \nrekanan I\n1.\n kawan atau teman (sekerja, seperjuangan, dan lain-lain):\ntiga kamar lainnya dihuni ~ sekerja; \n2.\n kawan bersyarikat, kawan bersekutu, dan lain-lain:\nia pun sudah menjadi ~ Si Karim dalam perniagaan batik;\nberekan, merekan\n bersama-sama berusaha (berdagang dan lain-lain), bersekutu, bersyarikat." "rekan II\n[arkaik] tempat tumpuan barang dagangan, pekan." "rekat I\nmerekat\n melekat, menampal:\n\n\ngambar itu tidak mahu ~ di dinding; \nmerekatkan\n melekatkan, menampalkan:\n\n\ndalam buku itu direkatkannya gambar ibunya;\n perekatan\n perihal (proses atau perbuatan) merekat atau merekatkan:\n\n\n~ batuan itu menghasilkan permukaan baru yang luas;\nperekat\n gam, lem;\nberperekat\n disaluti perekat:\n\n\npita ~." "rekat II\n[Kelantan] rengkat." "rekata\n[arkaik] sejenis rasi, kala." "rekayasa\npenerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu;\nmerekayasa\n melakukan rekayasa:\nDBP harus lebih serius ~ bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta;\n perekayasaan\n proses merekayasa:\nMABBIM akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui ~ bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan." "reke I\nsejenis ikan laut, \nTriacanthus spp." "reke II\n[Kelantan] rengkel." "reken\n[Indonesia-Belanda];\nmereken\n1.\n [bahasa percakapan] menghitung, memperhitungkan, memperkirakan;\n2.\n [bahasa percakapan] memasukkan dalam bilangan, membilang;\nrekenan\n [bahasa percakapan] hitungan, perhitungan." "rekening\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] perkiraan (wang langganan, wang sewa, dan lain-lain), bil:\ndengan apa akan dibayarnya ~ doktor itu;\n~ hotel \nsewa hotel;\n \nmembuka ~\n membuka perkiraan (di bank dan lain-lain);\n \nmeminta (menarik)\n \n~\n menagih pembayaran (wang langganan, sewa, dan lain-lain);\n \ntukang ~\n orang (pesuruh) yang menagih rekening." "rekes\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n (surat) permohonan (lamaran, permintaan, rayuan):\nbuat ~ malam ini dan hantarkan esok pagi; \n2.\n (surat) permohonan (lamaran dan lain-lain) pekerjaan;\n3.\n = \nmerekes\n memasukkan surat permohonan (pekerjaan dan lain-lain), memohon pekerjaan dan lain-lain." "reket\n[Johor];\nmereket\n tidak mahu membesar atau segar (berkenaan (dengan) badan atau tumbuh-tumbuhan)." "reklame\n[Indonesia-Belanda] pengumuman kepada orang ramai tentang barang dagangan;\nmereklamekan\n membuat (pengumuman dan lain-lain) dengan reklame, mengiklankan:\ntukang ubat berpidato ~ ubat-ubatnya." "reklasering\n[Indonesia-Belanda] pengembalian ke dalam masyarakat atau kepada kehidupan yang biasa (memberi bantuan kepada orang yang dibebaskan dari penjara supaya dapat pekerjaan, memerhati orang yang kena hukum dengan syarat, dan lain-lain)." "rekod I\n1.\n prestasi terbaik yang dicapai dalam bidang sukan:\n~\n \nbaharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; \nmemegang ~\n mencapai prestasi yang terbaik;\n \nmemecahkan ~\n mengatasi prestasi terbaik yang pernah dicapai;\n2.\n catatan yang dibuat untuk ingatan atau rujukan dan lain-lain, keterangan dan lain-lain yang tercatat:\nmemberi ~ yang lebih lengkap; \nmengumpulkan ~ dan dokumen lama;\n~ pelajaran (pekerjaan) \ncatatan mengenai pelajaran (pekerjaan);\n \n~\n \ndaripada catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; \n3.\n butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang:\nia mempunyai ~ yang baik;\nmerekodkan\n mencatat:\n~\n \nhasil kerja;\n~ pergerakan kapal." "rekod II\npiring hitam:\n ~-~\n \nlagu Melayu." "rekoder\nalat muzik yang terdiri daripada tiub yang agak runcing di hujungnya, mempunyai lapan lubang untuk jari, dan bahagian mulutnya seperti wisel." "rekok\n[Kedah] ringkuk." "rekomen\nmerekomen, merekomenkan\n menyokong, memperakukan, atau mencadangkan:\nsaya boleh ~ dia bekerja di sini." "rekomendasi\nperakuan." "rekonsiliasi\n[Indonesia-Belanda] perdamaian, perbaikan:\nia ingkar, tidak mahu mengetahui kompromi dan ~." "rekonstruksi\nperbuatan membentuk gambaran, misalnya tentang sesuatu peristiwa lalu dengan mengumpulkan dan menjalinkan maklumat yang (dapat) diperoleh;\nmerekonstruksi\n membuat rekonstruksi:\nsatu usaha sedang dibuat untuk ~ syair." "rekor\n[Indonesia] rekod." "rekot\nmerekot\n1.\n menjadi keriting (rambut);\n2.\n menjadi bengkok (badan, dawai, dan lain-lain);\n= ringkuk." "rekreasi\nkegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, seperti beristirahat dan menghiburkan hati, riadah;\nberekreasi\n beristirahat serta menghiburkan hati (untuk menyegarkan badan dan akal fikiran):\nrombongan memburu yang ~ sambil menjalankan tugas." "rekrut\n1.\n anggota yang baru sahaja memasuki perkhidmatan tentera atau polis dan sedang menjalani latihan;\n2.\n anggota baru bagi sesebuah pertubuhan atau badan;\nmerekrut\n memasukkan (mengambil) ahli baru:\nkolej latihan guru dan akademik teologi juga lebih banyak ~ anak-anak daripada kelas pekerja pertanian." "reksa\n1.\n [sastera lama] menjaga;\n2.\n [Indonesia] [arkaik] polis." "rektifier\n(Fizik) peranti elektrik yang dapat menukarkan arus ulang-alik menjadi arus terus dengan membenarkan arus mengalir mengikut satu arah sahaja." "rekto\nhalaman (buku) yang di sebelah kanan." "rektor\n1.\n ketua universiti (maktab dan lain-lain);\n2.\n ketua dalam biara (Kristian)." "rektum\n(Biologi) bahagian usus besar yang paling bawah." "rel\n1.\n besi landasan kereta api dan lain-lain, landasan kereta api (trem);\n \nkeluar ~\na) terlepas (terkeluar) dari rel;\n b) [bahasa percakapan] terkeluar daripada pokok pembicaraan, menyimpang daripada jalan yang benar, melampaui had;\n2.\n palang lintang untuk menggantung sesuatu:\n~ langsir \npalang yang digunakan untuk menggantung langsir." "rela I\n1.\n dengan hati yang ikhlas (menerima dan lain-lain), berkenan, bersedia, sudi:\n\n\nmaka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; \n2.\n izin, persetujuan, perkenanan:\n\n\nanakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; \n3.\n memberikan (dengan ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dan lain-lain) dengan senang hati:\n\n\nia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu;\n\ndengan ~ hati \ndengan senang atau suka hati:\n\n\nkeizinan hendaklah diberikan dengan ~ hati, bukan dengan paksaan atau ugutan;\nmerelai\n memberikan (membiarkan, melepaskan, dan lain-lain) dengan hati yang ikhlas, mengizinkan, memperkenankan:\n\n\njalan yang direlai Allah;\nmerelakan\n\n\n1.\n menerima (menderita dan lain-lain) dengan hati yang ikhlas;\n2.\n memberikan (melepaskan, menyerahkan, dan lain-lain) dengan senang hati;\n3.\n mengizinkan, menyetujui;\nkerelaan\n keikhlasan (hati), keizinan, kesudian, perkenanan, persetujuan:\n\n\nmencari ~ Allah; \n= reda" "RELA II\nakronim bagi Ikatan Relawan Rakyat." "relah\n[Kedah], [Pulau Pinang]\n1.\n putus (jahitan):\nkain engkau tu dah ~, jaga baik-baik sedikit; \n2.\n pecah atau terkoyak (kain, kulit, dan lain-lain)." "relai\n[Indonesia] [arkaik];\nmerelai\n memancarkan semula (siaran radio dan lain-lain dari studio lain):\nberita itu disiarkan oleh RRI Jakarta dan direlai oleh studio Medan." "relai I\nsejenis siput mutiara." "relai II\nberpisah-pisah, hancur, remuk:\nmencedok padi yang sudah ~; \nreput ~\n rosak berpisah-pisah (kerana lapuk atau buruk);\nmerelaikan\n memisahkan (orang berkelahi, biji-biji padi dari tangkainya, dan lain-lain):\n~\n \norang berkelahi;\n~ biji kacang dari kulitnya." "relak\n[Terengganu] pamor (pada keris dan lain-lain), urat (pada kayu)." "relaks\ntenang (bebas daripada tekanan atau desakan), santai:\ntemu ramah yang berlangsung dalam suasana ~ dan ketawa;\n merelakskan\n menjadikan relaks:\n senaman untuk merangsang reaksi fizikal sambil ~ tubuh badan." "relaksasi\n[bahasa percakapan] istirahat:\n~ dapat mengawal rasa resah dalam jiwanya." "relang I\nmerelang\n cemerlang, gilap, kilau-kilauan." "relang II\n[Kedah], [Pulau Pinang]\n1.\n lingkaran (daripada rotan dan lain-lain) seperti yang dipasang di tengkuk kambing;\n2.\n kesan atau cat pada batang dan lain-lain yang melingkari batang itu;\nmerelang\n membuat relang (dengan cat dan lain-lain):\nia ~ tiang rumahnya dengan cat yang beraneka warna." "relap\nmerelap\n berkilau, berkilat;\nmerelap-relap\n berkilau-kilau, berkilat-kilat." "relaps\n(Perubatan) kemunculan semula gejala penyakit sesudah kelihatan hampir sembuh (dalam beberapa minggu atau bulan)." "relas\nmerelas\n \n1.\n [sastera lama] membuang kulitnya, menguliti, mengupas;\n2.\n [Kedah] mengambil seluruhnya (terutama buah-buahan):\nrambutan saya habis direlas pencuri malam tadi." "relasi\n[Indonesia-Belanda] hubungan, perhubungan, pertalian:\nsetiap orang menempuh jalannya sendiri-sendiri melalui ~nya; \nbanyak ~ \nbanyak hubungannya (dengan orang lain)." "relatif\nberkenaan sesuatu yang berdasarkan perbandingan atau saling berkait dengan sesuatu yang lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan:\nsebenarnya kesopanan itu satu konsep ~; \nkini usia kemerdekaan telah memberikan pengalaman kehidupan yang secara ~ boleh dikatakan memadai sehingga pada satu peringkat;\nkerelatifan\n perihal (keadaan dan sebagainya) relatif." "relativisme\nfaham bahawa kebenaran nilai moral dan sebagainya tidak semestinya mutlak tetapi mungkin berbeza antara individu atau kebudayaan." "relau\nsejenis dapur untuk meleburkan timah dan lain-lain;\n \n~ bagas\n relau yang (menggunakan aliran udara panas sebagai sumber haba) memanaskan campuran bijih besi dan arang batu untuk memperoleh besi lebur;\n \n~ elektrik \nrelau yang menggunakan kuasa elektrik sebagai sumber haba untuk memanaskannya." "relban\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] jalan kereta api." "relbas\nsejenis kenderaan yang menggunakan landasan (seperti kereta api) yang terdiri daripada beberapa buah gerabak sahaja (tidak sepanjang kereta api biasa)." "relevan\nada kaitan atau hubungannya dengan apa yang dibicarakan, apa yang berlaku dan sebagainya:\nseksyen 96(1) hanya ~ dalam kedudukan insurans wajib;\n merelevankan\n menjadikan relevan:\nada cubaan untuk ~ perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kes itu;\n kerelevanan\n perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi:\nhakim mempersoalkan ~ soalan itu dalam kes yang sedang dibicarakan." "relevansi\nkerelevanan." "religi\n[Indonesia-Belanda] agama." "reluh\nmereluh, menereluh, tereluh\n [bahasa percakapan]\n1.\n tidur;\n2.\n berdengkur." "relung I\n= relungan\n lekuk atau jeluk (di tanah dan lain-lain);\n~\n \nhati \nlubuk hati (dalam hati);\n \n~\n \nlangit \nruang langit, kolong langit;\nmerelung\n berlekuk, berbentuk seperti kubah." "relung II\nukuran luas tanah ([Indonesia] lebih kurang 5300 m2 atau 2800 m2, [Kedah] satu relung lebih kurang 0.71 ekar atau 0.29 hektar)." "relus\nterperelus\n \n1.\n terjatuh dalam lubang dan lain-lain;\n2.\n [Kedah] terbuka (terkoyak dan lain-lain) sehingga dapat dilihat dan lain-lain barang yang ditutup, relah." "rem\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n brek:\n~\n \nsepeda;\n~ angin \nbrek yang menggunakan kekuatan tekanan udara;\n2.\n [kiasan] sesuatu (faktor dan lain-lain) yang menghambat (menghalang) kemajuan dan lain-lain:\nIslam sejati mahu mengangkat darjat perempuan, tetapi kekolotan menjadi ~ besar bagi evolusinya;\n~\n \nkaki \nbrek yang dipijak dengan kaki;\n \n~\n \ntangan \nbrek yang diputar (ditekan) dengan tangan;\n \n~\n \nteromel (teromol) \nrem sepeda yang berupa piringan yang dipasang pada poros gandar roda;\nmengerem\n1.\n mengenakan brek supaya berhenti;\n2.\n [bahasa percakapan] menahan, mengekang (hawa nafsu, kemahuan, perasaan, dan lain-lain)." "rema\n[Jawa] rambut." "remah I\n= \nremah-remah\n cebisan-cebisan roti dan lain-lain, sisa-sisa atau lebih-lebihan makanan dan lain-lain:\nia makan dari ~-~ orang; \nia tidak makan nasi se~ pun;\nmeremah-remah, meremah-remahkan\n merepih-repih:\n~ roti." "remah II\n[Minangkabau] berkerut-kerut, bergumal, berkeremut." "remai\nberasa sakit (nyeri) di tulang:\ntulang tangannya ~-~ sahaja." "remaja\n1.\n mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin;\n2.\n \n= muda ~\n muda;\n \ngadis ~ = ~ puteri \ngadis yang sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi);\n \n~\n \nputera \npemuda yang sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi);\n \nmasa ~\n masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;\nmeremaja\n menjadi remaja:\nAmnah ~\n;\nmeremajakan\n menjadikan muda, memudakan;\n \n~\n \npegawai negeri \nmenggantikan pegawai-pegawai tua dengan pegawai-pegawai muda;\nkeremajaan\n perihal (keadaan) remaja:\nseorang gadis yang sedang dalam ~;\nperemajaan\n perihal meremajakan." "remak\n[sastera lama] lebih baik, biarlah:\n~lah aku mati daripada berkhianat kepada kawanku." "reman I\n[Perak] kayu atau buluh kecil (seperti jarum) yang diikat pada tali dan menyebabkan perangkap tertutup." "reman II\ntahanan ~ \na) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah daripada mahkamah bagi tujuan siasatan, dalam tempoh tertentu:\nsebelum ini dia pernah ditahan untuk siasatan berhubung dengan pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat\n;\n b) seseorang yang ditahan selepas mendapat perintah daripada mahkamah bagi tujuan siasatan, dalam tempoh tertentu;\nmereman\n menahan seseorang yang dituduh melakukan jenayah ke dalam tahanan (penjara atau lokap) untuk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan dan sebagainya:\nmereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah; \nsemua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah itu." "remang I\nbulu halus-halus di badan, roma;\n \nkacang ~\n sejenis kacang yang kulitnya berbulu;\nmeremang\n tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), seram:\n~\n \nbulu suak di tengkuknya;\nmeremangkan\n menegakkan (bulu roma):\nRamlah diharu-birukan fikiran yang mengerikan diri dan ~ bulu romanya." "remang II\n[arkaik];\nmeremang\n mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh)." "remang III\nremang-remang\n agak gelap (kelam), kabur, samar muka, redup:\napabila sampai di kampung, hari telah ~ malam;\n keremangan\n suasana (keadaan) yang remang (kelam, kabur):\nmereka bertolak-tolakan dalam ~; \npinggir pantai yang diserkup ~ senja." "remang IV\n~\n \npanas \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nBreynia coronata." "remayung\nsejenis tumbuhan (herba), gendola, \nBasella spp." "remba\n[Kedah], [Pulau Pinang];\nberemba, beremba-remba; \nberjalan ~ \nberjalan bersaing(-saingan)." "rembah\n~\n\u2013\nrembih \na) bercucuran (air mata);\n b) tidak rapi (memakai kain dan lain-lain);\nmerembah\n meleleh (air mata);\n= rembih." "rembak\n[Kelantan], [Terengganu];\n~\n \nitulah \nagak-agak itulah, seakan-akan itulah, tempat itulah (agaknya)." "remban I\n[Kedah] batang kayu kecil (buluh dan lain-lain) yang dipasang pada titi dan lain-lain sebagai pemegang ketika meniti." "remban II\n[Perak];\nmeremban\n merembat:\nnanti kuremban kakinya dengan parang;\nteremban\n terbuang (benda);\n= rembat." "rembang I\n1.\n titik di langit yang betul-betul di atas kepala kita, kedudukan yang setingginya (matahari, bulan);\n \nmatahari ~ = ~ tengah hari \nwaktu tengah hari tepat (benar);\n \nsebelum ~ tengah hari \nsebelum tengah hari;\n \n~\n \npetang \nsudah mulai petang, lewat pukul tiga petang;\n2.\n [sastera lama] tepat sungguh (waktunya):\nsegala takwim kitab dibuka, ~lah saat dengan ketika;\nberembang\n merembang;\nmerembang\n \nhari sudah ~\n rembang petang;\nperembang\n [Kedah], [bahasa percakapan] mengarahkan (senapang dan lain-lain ketika hendak menembak dan lain-lain) dengan setepat-tepatnya." "rembang II\n~\n \npanas \nsejenis tumbuhan (pokok sederhana), ceremai burung, mengkirai gajah, ubah kecil, \nGlochidion laevigatum." "rembas I\n[arkaik];\nhabis \n~\n \nhabis semuanya, rosak semuanya." "rembas II\nmerembas\n bercucuran (air mata):\nair matanya ~ gugur." "rembas III\nmerembas\n menghumban (ke bumi), meletakkan dengan kasar (kerana marah dan lain-lain), menghempas:\nlalu dicekik pinggang jin itu dan dirembas ke muka bumi; \nguni beras itu dirembas ke lantai dengan marahnya." "rembat\npukulan dari kanan ke kiri atau sebaliknya dengan rotan yang panjang dan lain-lain;\nmerembat\n1.\n memukul dari kanan ke kiri atau sebaliknya dengan rotan yang panjang dan lain-lain;\n2.\n (dalam permainan bola sepak) menendang (dengan mengayunkan kaki);\nrembatan\n1.\n pukul (dengan rotan), rembat;\n2.\n tendangan (dengan mengayunkan kaki)." "rembega\nsejenis tumbuhan (herba), \nCalotropis gigantea." "rembes\n[Jakarta] rembes (meresap masuk atau keluar)." "rembes I\nmerembes\n1.\n meresap masuk atau keluar (barang cair seperti air dan lain-lain), menitis, tiris:\nair matanya masih ~ keluar dengan tidak berhenti-hentinya; \n2.\n menyeludup (dengan diam-diam), menyusup:\nia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya; \npasukan gerila ~ masuk kota;\n merembeskan\n mengalirkan keluar (air mata, hormon, enzim dan sebagainya);" "rembes II\n[Jawa] sejenis penyakit mata (tepi mata merah dan berair)." "rembesan\n1.\n aliran (air mata dan lain-lain), titisan:\ndia berusaha memahami ~ air matanya, dia tidak mahu mengalah pada emosinya; \n2.\n (Biologi) sebarang bahan seperti peluh, enzim, dan air liur yang dihasilkan oleh sel atau kelenjar tubuh untuk melakukan fungsi tertentu;\nperembesen\n1.\n (Biologi) proses menghasilkan rembesan;\n2.\n penyusupan:\nbuku dan surat khabar, idea, dan lain-lain yang telah menerobos atau dalam proses ~ masuk ke dalam negara." "rembet I\ntidak bebas bergerak atau berjalan (kerana banyak pekerjaan atau diekori orang dan lain-lain), terganggu;\nmerembet\n menyebabkan tidak boleh bergerak (berjalan) dengan bebas, mengganggu, menghalangi, merintangi." "rembet II\nII; \nmerembet\n1.\n menjalar, merambat (api, penyakit, percakapan, dan lain-lain):\nperbualan itu akhirnya ~ kepada hal-hal peribadi; \nsekejap sahaja api itu ~ ke estet yang berhampiran; \n2.\n = \nmerembet-rembet\n melibat-libat yang lain, sangkut-menyangkut:\nperkara rasuah ini merembet-rembet melibatkan beberapa orang pegawai tinggi;\n merembetkan\n melibatkan, menyangkut (perkara dan lain-lain), membawa-bawa:\nperbincangan kita biarlah terhad kepada soal pokok sahaja, jangan rembet-rembetkan soal peribadi." "rembih\nmerembih\n meleleh (air mata);\n= rembah." "rembik\nberembik\n bergoyang (seperti galah atau kayu yang panjang)." "rembuh\n~-rembai \n[Perak] meleleh (air mata);\n= rembih, rembah." "rembuk\nbicara, muafakat, nasihat, runding;\nberembuk\n berbicara, bermuafakat, berunding:\nitulah sebabnya adik diundang, dipinta datang sama ~, memilih berat ringannya;\nmerembukkan\n membicarakan, memuafakatkan, merundingkan:\nkami berkumpul ~ siasat yang akan dipakai;" "rembukan\npembicaraan, permuafakatan, perundingan:\nkalau dia sudi maka ~ itu biarlah disempurnakan di belakang; \nkami orang di rumah menyempurnakan ~ itu sematang-matangnya;\nperembukan\n perbuatan atau hal berembuk atau merembukkan." "rembulan\n[Jawa] bulan." "rembunai\n[sastera lama] sedang (besarnya atau tingginya), sederhana:\ntubuh kecil rendah ~." "rembung\n[Kelantan] dubur yang terkeluar pada pesakit buasir." "rembut I\nterembut-rembut\n berkelip-kelip, berkedip-kedip (nyala api dan lain-lain):\npelita-pelita itu menyala ~." "rembut II\n[Jawa];\nberembut-rembut\n berdahulu-dahuluan hendak melihat dan lain-lain, berebut-rebut." "rembut III\nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), janggut baung, jintik-jintik, rambutan siamang, \nRinorea anguifera (Alsodeia enchinocarpa)." "remedi\n(Undang-undang) cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani dan dipampasi." "remeh\ntidak penting, tidak mustahak, tidak berharga:\nmasalah itu tidak boleh dipandang ~;\n~-cemek \nark remeh-temeh;\n meremehkan\n menganggap remeh (tidak penting, kecil, dan lain-lain), mengabaikan, menghinakan:\nkita tidak mengatakan bahawa kita harus ~ kekuatan musuh;\nkeremehan\n perihal remeh (kecil, tidak berharga, tidak penting, dan lain-lain):\nseorang rahib dari Najran berkhutbah-khutbah memperkatakan ~ hidup dunia serta kebesaran hidup akhirat." "remeh-temeh\ntidak mustahak, tidak penting, tidak berharga:\norang yang tidak suka kepada segala perkara yang ~;\nmeremeh-temehkan\n meremehkan:\nkecenderungannya memegah-megahkan satu pihak dan ~ pihak lain;" "remenia\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang boleh dimakan), gondongan, kondongan, kundang(an), rembunia, rumia, setar, \nBouea macrophylla." "remet\nmeremet\n bercakap tidak menentu, merepek." "remia\nremenia, rumia." "remiak\nriak-~; \n riak I\n." "remis I\nsejenis kepah (kijing) yang boleh dimakan (biasanya dikorek dari dalam pasir di tepi pantai)." "remis II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] tidak ada yang kalah atau yang menang (dalam permainan catur), seri." "remisier\norang yang bekerja di firma broker untuk menjual dan membeli saham di pasaran saham bagi pihak pelabur dengan memperoleh komisen." "remoh\n[Minangkabau] renyuk, kepang-kepot." "remos\nsejenis potongan rambut lelaki (yang disikat dan dibentuk seperti ombak atau balung);\nberemos\n mempunyai rambut potongan remos." "rempa\n[arkaik];\nmerempa\n melanggar, menempuh, merempuh:\nbeberapa pun dipasang orang meriam, dirempa juga lalu masuk ke dalam." "rempah\nrebah-~\n jatuh berguling-guling, rebah terguling-guling." "rempah I\nbahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain." "rempah II\nbenda yang dimasukkan dalam masakan (gulai dan lain-lain), bumbu:\ngulai ini cukup ~nya;\n~-pawah = ~-perawis = ~-piah \nberbagai-bagai macam rempah;\n \n~-ratus \na) berbagai-bagai macam rempah;\n b) sejenis jamu daripada bermacam-macam campuran;\n c) [kiasan] berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka);\nrempah-rempah\n berbagai-bagai macam rempah;\nmerempahi, merempah-rempahi\n1.\n memasukkan rempah, mencampuri dengan rempah:\nia pandai ~ berbagai-bagai masakan; \n2.\n [arkaik] mengharumkan dengan bau-bauan, meraksi:\n~\n \nmayat \nmelumur mayat dengan minyak dan lain-lain supaya tidak lekas hancur;\nperempah\n barang-barang yang dipakai untuk merempahi:\nlada hitam ~ daging." "rempah III\n~\n \ngunung \nsejenis tumbuhan (pokok renek), cucur atap, \nBaeckia frutescens." "rempak\nsumbing, sompek (pisau dan lain-lain)." "rempak I\nberempak\n bersama-sama maju atau bergerak, berderet sejajar;\nserempak\n bersama-sama, serentak:\nberlaku ~; \ndatang ~; \nketawa ~;\n~ dengan itu \nserentak dengan itu;\nmenyerempak\n melanggar (mengerjakan dan lain-lain) serentak (bersama-sama);\nkeserempakan\n perihal (keadaan) serempak, keserentakan." "rempak II\nrampak II." "rempang I\n[Kedah], [Pulau Pinang];\n~\n \nbahasa \ngila-gila bahasa, tiga suku." "rempang II\n~\n\u2013\nrempong \nluka-luka (badan), koyak-rabak (pakaian)." "rempat\nmerempat\n1.\n terhempas ke batu karang (perahu);\n2.\n membawa (diri) ke mana-mana, melarat:\nakhirnya dia ~ ke Singapura;\n~lah dia entah ke mana." "rempelas\nempelas;\n \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar yang daunnya boleh digunakan sebagai penggosok kayu dan lain-lain), \nTetracera scandens." "rempelu\n[Jawa] empedu." "rempenai\nsejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya dibuat ubat kudis), \nArdisia humalis (coriacea)." "rempenang\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar), akar pahit, akar terung kemang, akar terung kemar, \nCyclea peltata (laxiflora)." "rempeyek\nsejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras dan kacang tanah, dan digoreng berkeping-keping." "rempit\n[Perak];\nmerempit\n menyebat dengan rotan dan lain-lain, menyesah." "rempoh\n[Pahang];\nmerempoh\n menjatuhkan orang dan lain-lain dengan menggalangi kakinya." "rempong\nterikat kakinya;\nmerempong, merempongkan\n mengikat kedua-dua belah kakinya:\nmaka Terung Pipit pun segeralah berlari-lari, dirempongkan kaki Tak Rancang Besi itu; \nrimpung." "rempuh\nberempuh-rempuh, berempuh-rempuhan\n berasak-asakan (berebut-rebut) hendak mendahului:\n~\n \nmembeli tiket; \nPak Mat berempuh-rempuhan dengan penumpang-penumpang yang berebut tempat duduk;\nmerempuh\n menempuh (mencari jalan dan lain-lain) dengan paksa, mengharung, menyerbu:\nkami ~ masuk; \nkami berjalan ~ orang ramai;\n~ rintangan kawat berduri;\n~ maut \ntidak mempedulikan keselamatan jiwa;\nrempuhan\n desakan, langgaran, serbuan:\nsemuanya lari bercempera kerana menghindarkan diri daripada ~ lembu; \nrambutnya kusut kerana ~ di pintu bas." "rempung\nse~ \nseberkas, seikat, setangkai (buah-buahan)." "rempus\nmerempus\n mengikat keempat-empat kaki binatang (yang akan disembelih);\n= rapus I." "remujung\nsejenis tumbuhan (herba yang digunakan sebagai ubat kencing manis), kumis kucing, misai kucing, \nOrthosiphon grandiflorus." "remuk\n= \n~-redam \nhancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai:\ngelas itu dihempaskannya ke lantai, ~; \nkereta itu ~ di bahagian tepinya;\n~ hati (perasaan) \nhancur luluh rasa hati, sedih sekali;\nmeremukkan, me" "remung\nsejenis ikan laut, \nLutianus lineolatus." "remunggai\n= lemunggai." "remut\nmeremut\n [bahasa percakapan] tersangat banyak:\n~\n \nmanusia di padang itu;\n~ semut makan gula.\nRen.\n [kependekan] Rendah:\nSek. ~ Hulu Kelang." "rena\n[arkaik] rona, warna." "renai\n[Minangkabau];\nhujan ~-~\n gerimis, hujan renyai-renyai, hujan rintik-rintik;\n= renyai." "renaisans\nkelahiran semula sesuatu, terutamanya yang berkaitan dengan bidang seni:\n~ kebudayaan." "renak\n[Perak];\npepak ~\n bersepah-sepah, terserak-serak (barang, sampah, dan lain-lain)." "renal\n(Perubatan) berkaitan dengan buah pinggang:\narteri ~." "renang I\nkolam ~ \nkolam untuk berenang;\n \nlumba ~\n perlumbaan berenang (sukan);\nberenang\n bergerak dengan tangan dan kaki dan lain-lain di air:\nikan ~ dalam air; \nacara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, menembak, ~;\n~ kodok \n[Indonesia] suatu cara berenang, gaya dada;\n \n~ menelentang \nberenang dengan badan yang menelentang;\n \nmengajar itik ~\n (peribahasa) perihal membuat sesuatu pekerjaan yang sia-sia;\nberenang-renang\n berenang ke sana sini:\nbeberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dalam kolam itu;\nmerenangi\n berenang di (ke):\n~\n \norang lemas;\n~ laut lepas \n(peribahasa) perihal pergi ke negeri lain dengan tiada tentu tujuan;\nmerenangkan\n membawa berenang, membiarkan berenang:\nBenderang dititahkan baginda ~ rantai terlalu besar, maka direnangkan oleh Benderang dengan Badang rantai itu;\n renangan\n gerakan (perbuatan, gaya dan sebagainya) berenang:\nSi Hitam mengikut ~ ikan itu yang bergerak dengan kepayahan pada tempat yang cetek itu;\nperenang\n ahli sukan renang, ahli renang." "renang II\npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok), ubah paya, ubah merah, samat tebangau, \nGlochidion brunneum." "renardit\n(Kimia) mineral yang mengandungi plumbum, uranium dan fosforus." "rencah I\nmerencah\n \n1.\n berjalan menempuh lumpur (becak dan lain-lain), menginjak-injak:\nia terhuyung-huyung ~ air sawah; \n2.\n [kiasan] menempuh atau mengharungi (bahaya dan lain-lain):\nsepanjang hidupnya ia ~ kesusahan; \n3.\n = \n~\n \nsawah \nmenyuruh kerbau menginjak-injak tanah di sawah hingga jadi gembur, melunyah sawah:\ntanah sawahnya direncah oleh berpuluh-puluh ekor kerbau yang ditambat di situ;\nterencah\n1.\n terlangkahkan;\n2.\n sudah direncah, terinjak." "rencah II\n= perencah\n campuran berbagai-bagai barang atau rempah supaya masakan menjadi lebih sedap:\n~-~\n \nuntuk membuat rendang hati; \nterung panjat buat perencah gulai ikan kering;\nmerencah\n mencampur lauk dan lain-lain." "rencah III\nmerencah\n \n1.\n tidak tetap pendirian (pekerjaan, fikiran, dan lain-lain), selalu bertukar-tukar (pendirian, fikiran, dan lain-lain), lincah;\n2.\n mengerjakan bermacam-macam pekerjaan serentak (tetapi tidak ada yang selesai atau sempurna)." "rencak\n[Kedah] giat, tangkas;\n= rancak I." "rencam I\nmerencam\n tidak terang atau tidak jelas kelihatan, mengaburkan mata (kerana terlaluhalus dan lain-lain)." "rencam II\n1. = rencaman\n campuran daripada pelbagai macam;\n2.\n (terdiri) daripada pelbagai macam;\n \nkecekapan Pak Mustafa ~ juga; \nmakanan yang ~ \nmakanan yang terdiri daripada pelbagai macam bahan;\nkerencaman\n perihal rencam (terdiri daripada pelbagai macam), kepelbagaian:\n~\n \ndan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat." "rencana\n1.\n [sastera lama] cerita, karangan, kisah:\nia giat dalam menulis esei-esei dan ~-~ ringan;\n~ pengarang = tajuk ~ \nkarangan (terutama dalam surat khabar, majalah, dan lain-lain) yang merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu;\n2.\n catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dan lain-lain, laporan, minit:\ndia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yang lalu; \n3.\n rangka sesuatu yang akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan:\nkami membuat ~ kota teladan; \npemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; \n4.\n acara (pembicaraan), agenda, jadual, program:\nperkara ini termasuk dalam ~ yang akan kita rundingkan kemudian; \nkami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yang telah diatur terlebih dahulu; \n5.\n buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang:\nberi saya ~ surat itu sekarang juga; \n6.\n perkataan (ayat dan lain-lain) yang dibacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yang lain, imlak:\nsemasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dengan baik dan menulis apa yang sedang guru bacakan;\n~ Colombo \nrancangan bantuan teknik antarabangsa;\n \n~ kerja \nrancangan pekerjaan yang akan dilaksanakan;\n \n~ lima tahun \n[Indonesia] rancangan pembangunan yang harus dilaksanakan dalam masa lima tahun;\nberencana\n dengan rencana, berancang;\nmerencana\n [sastera lama] bercerita;\nmerencanakan\n1.\n mengarang (cerita dan lain-lain), menghuraikan, menceritakan:\nmaka adalah kurencanakan dalamnya dari zaman moyangku sampai ke masa aku; \ntidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dan lain-lain; \ntidak semua kejadian yang direncanakan dalam cerita ini sebenarnya berlaku; \n2.\n menyusun laporan (keterangan, minit, dan lain-lain):\nhasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yang direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dalam laporannya kepada U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; \n3.\n menyusun atau membuat rancangan (program dan lain-lain), merancang:\nia meminta kepadaku untuk ~ suatu projek perumahan Bupati; \ndua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; \n4.\n mengucapkan perkataan (ayat dan lain-lain) supaya ditulis oleh orang lain:\napa yang direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dalam tulisan trengkas;\nterencana\n terancang:\nskim ini bertujuan untuk mengendalikan program terjemahan secara ~;\nperencanaan\n perihal merencanakan, perancangan:\npelajaran yang menjadi kegemaranku ialah ~ kota; \nnamun begitu hasilnya kurang memuaskan dari segi keaktifan dan ~;\nperencana\n1.\n [sastera lama] penyusun cerita (kisah, huraian, dan lain-lain);\n2.\n orang dan lain-lain yang merencanakan, perancang." "rencang I\nbunyi yang keras (seperti gerencang)." "rencang II\n[Jawa] kawan, pembantu, pengikut, pengiring." "rencat\nmerencatkan\n menyebabkan terbantut atau terhenti, membantuntukan:\nracun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium, percambahan spora, dan pembiakan seks kulat;\nterencat\n terbantut, terhenti, tertahan:\nkerjanya ~ kerana air pasang;\n~ akal \ntidak normal keupayaan atau perkembangan mentalnya disebabkan faktor tertentu (berkenaan (dengan) seseorang, terutamanya kanak-kanak);\n \n~ otak \nterencat akal;\nketerencatan\n perihal atau keadaan terencat;\nkerencatan\n perihal (keadaan dan sebagainya) terencat (terbantut dan sebagainya), kebantutan:\nkanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan;\n~ akal \nkeadaan atau keupayaan mental seseorang yang tidak berkembang dan berfungsi secara normal, yang biasanya ditandai ciri-ciri tertentu.\nperencatan\n perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut):\n~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga;\n perencat\n sesuatu yang merencatkan sesuatu yang lain;\n=bencat, gencat." "renceh I\nkecil (dipakai untuk beberapa perkataan sahaja);\n \nselar ~\n ikan selar yang kecil;\n= receh." "renceh II\nkelebihan, sisa." "rencek\n[Johor] mengada-ada." "renceng I\npanjang lampai, tinggi kurus, tidak berlabu betis (pada kaki):\npotongan badannya kecil ~." "renceng II\n[Jakarta];\nserenceng, serencengan\n seuntai (manik, mercun, dan lain-lain), serenting;\nrencengan\n rentengan, untaian (mercun dan lain-lain)." "renceng III\n[arkaik];\n~ mulut \nsangat mudah bercakap-cakap, ramah." "rencet I\n[Johor];\nterencet-rencet\n terkinja-kinja, terloncat-loncat." "rencet II\n[arkaik];\nberencetan\n berangkaian, berentetan, beruntun-runtun;\nrentet." "rencik\nrecik." "rencing\nbunyi berdencing-dencing;\nmerencing\n berbunyi berdencing-dencing:\nLaidin bertanya dari atas basikalnya yang ~ itu; \ngemerencing." "rencis\nrenjis." "rencong I\nsejenis badik (Acheh)." "rencong II\nrancung (keratan atau potongan), serong;\n \npepat di luar ~ di dalam \n(peribahasa) orang yang lahirnya baik tetapi di hatinya jahat;\nmerencong\n1.\n memotong (mengerat, membuat) rencong:\ndahan-dahan yang besar hendaklah direncong supaya pangkalnya serong dan tajam, dan mudah hendak dipacakkan; \n2.\n meruncing:\nmenara yang indah ukirannya dan bumbung yang ~ ke atas;\n kerencongan\n perihal (keadaan, potongan dan sebagainya) rencong:\n~ itulah yang menyebabkan ia tahu bahawa sebenarnya di situlah tempat benda yang dicarinya disimpan." "renda\nsejenis kerawang yang biasa dipasang di tepi baju (bantal dan lain-lain);\nmerenda\n membuat (mengait, menekat) renda:\nlepas sekolah ia dipingit, lalu diajar ke dapur, menjahit, dan ~." "rendah I\n1.\n tidak jauh jaraknya dari bawah, tidak tinggi (lawan tinggi):\nbangunan yang ~; \npokok yang ~;\n~ rembunai \nsedang (saja) rendahnya (badan orang);\n2.\n tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dan lain-lain):\nsuara yang ~; \n3.\n = \n~\nhati\n suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya:\ndia orang kaya yang ~ hatinya; \n4.\n tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista:\n~\n \nbudi;\n~ akhlak; \n5.\n tidak mahal (harga), murah:\nharga getah terlalu ~ sekarang; \n6.\n tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dan lain-lain):\ngolongan yang berpendapatan ~; \n7.\n (taraf) permulaan;\n \nsekolah (pendidikan) ~ \nsekolah (pendidikan) permulaan;\n \nmahkamah ~\n mahkamah permulaan;\n8.\n tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dan lain-lain), tidak istimewa, kecil:\nbagi remaja yang sentiasa dipandang ~ dan dianggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dalam diri mereka sendiri; \npegawai ~ \npegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi);\n \n~\n \npangkatnya (darjatnya, mutunya) \ntidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutunya);\n \norang ~\n orang biasa yang tidak berpangkat;\n \nberpangkat ~\n berpangkat kecil;\n9.\n kurang baik (mutu dan lain-lain):\nbarang-barang yang bermutu ~; \n10.\n tidak maju lagi:\nkeadaan hidup (ekonomi) yang masih ~ di negara itu;\n~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar \n(peribahasa) perihal sifat raja di Minangkabau yang diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dengan kata muafakat;\nmerendah\n1.\n menjadi rendah, menurun:\nbulan separuh sudah ~ di kaki langit; \nayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; \nsuara yang ~;\n~ benar rezeki Marah \nsangat menguntungkan (dari segala yang dikerjakan);\n2.\n rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak):\nsifatnya yang selalu ~ itu mendatangkan kawan yang banyak kepadanya;\nmerendahkan\n1.\n menjadikan rendah, menurunkan:\nbadannya direndahkan supaya tidak dilihat orang;\n~ suara \nmenurunkan (melembuntukan) suara;\n2.\n memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dan lain-lain), mengecil-ngecilkan:\nia tidak suka ~ orang lain; \nia berasa tidak senang dengan perkataan-perkataan yang ~ Malaysia;\n~ diri \na) membongkok supaya rendah;\n b) = \n~ hati\n memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri;\n \n~ mutu\n mengurangkan mutu (nilai);\n \n~\n \nrezeki \nmenurunkan (memberi) rezeki;\nmerendah-rendahkan\n memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak berkualiti dan sebagainya) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan:\nmenangkis sikap suka ~ kemampuan wanita;\nrendahan\n yang rendah (tidak penting) pangkatnya atau kedudukannya, bawahan:\ndia pegawai ~ di jabatan itu;\nkerendahan\n1.\n rendah letaknya (duduknya):\ntanah yang ~; \n2.\n perihal rendah;\n \n~\n \nbudi \nkehinaan, kenistaan;\n \n~ hati \nsifat rendah hati (tidak sombong);\n3.\n direndahkan oleh:\ndia pantang ~;\nperendahan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) merendahkan, perihal (proses dan sebagainya) merendah." "rendah II\nriuh-~ \nriuh gemuruh, sangat riuh." "rendam\nberendam\n \n1.\n berada di dalam air dan lain-lain:\njangan dibiarkan kain ~ lama-lama dalam air; \nmandi ~ di sungai; \n2. = terendam\n tenggelam (dalam air), terbenam (dalam air), tergenang (dalam air):\ntanah yang sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; \n3. = terendam\n [kiasan] tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dalam sesuatu hal pekerjaan dan lain-lain):\nbuat apa dia ~ di rumah sahaja?;\n~ air mata \ntergenang dalam air mata, selalu menangis;\n \n~ sesajak air, berpaut sejengkal tali \n(peribahasa) perihal seseorang yang susah hidupnya (serba kekurangan);\nmerendam\n1.\n menaruh sesuatu di dalam air dan lain-lain beberapa lamanya:\npadi itu direndam di dalam air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; \nmelemaskan lipas dengan ~nya dalam air;\nmerendamkan\n menjadikan digenangi (air dan lain-lain):\nsawah itu direndamkan dahulu;\n \ndirendam tak basah \n(peribahasa)\na) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dan lain-lain);\n b) belum ada keputusannya (perkara);\n c) orang yang degil atau kikir;\nterendam\n1.\n sudah direndam;\n2.\n terbenam dalam air, tergenang;\n3.\n [kiasan] tinggal lama di rumah (di suatu tempat dan lain-lain);\n \n~\n \nsama basah, terampil sama kering \n(peribahasa) sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia;\nrendaman\n (Kimia) bekas yang dipenuhi air (pasir, minyak, dan lain-lain) untuk memindahkan haba secara seragam kepada objek yang diletakkan ke dalamnya;\nperendaman\n perbuatan dan sebagainya merendam (menaruh dalam air)." "rendang\n1.\n goreng;\n \npisang ~ \npisang goreng;\n \n~ kasturi \nkuih kasturi, kuih rengas;\n2.\n sejenis lauk yang dibuat daripada daging dan lain-lain yang dirempah-rempahi (dibubuh santan dan dimasak sampai kering):\n~\n \nJohor;\n~ Padang;\nberendang\n yang direndang;\n \ntermakan cirit ~\n (peribahasa) termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang;\nmerendang\n1.\n menggoreng:\n~ ikan;\n2.\n memasak hingga kering dengan santan, memasak rendang;\n3.\n menggoreng tanpa minyak:\n~\n \nbertih;\n~ biji kopi;\nperendangan\n periuk (belanga dan lain-lain) yang dipakai untuk merendang." "rendang I\nrendah dan banyak daun serta cabangnya:\ndi bawah pokok kayu yang ~ kelihatan sepasang manusia;\nmerendang\n menjadi rendang:\npokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya;\n merendangkan\n menjadikan rendang:\ndahan-dahan tertentu perlu dicantas untuk ~ pokok itu;" "rendang II\n[Kedah];\nmerendang\n meratib saman." "rendang III\n[Kedah] sejenis perahu yang sempit lagi rendah." "rendangan\ndaun yang rendang:\nia dilindungi oleh ~ pokok ceri;\nkerendangan\n perihal, keadaan atau sifat rendang:\n~ pohon-pohon di situ dapat dijadikan tempat berteduh daripada pancaran matahari yang terik." "rendap\n[Perak];\nmerendap\n menenggelamkan sebahagian badannya dalam air." "rendeng I\n[Jawa] musim hujan, musim tengkujuh." "rendeng II\n[Jakarta];\nberendeng, berendeng-rendeng\n berderet(-deret), berturut-turut, beruntun(-runtun):\nberjalan ~." "rendet\n[Jawa] tidak lancar (licin), sempit, sendat." "rendidih\n1.\n (hidangan) daging, sayur dan sebagainya yang direbus perlahan-lahan di dalam periuk yang bertutup;\n2.\n kaedah memasak dengan merebus daging, sayur, buah dan sebagainya dengan api yang perlahan di dalam periuk yang bertutup;\nmerendidih\n merebus daging, sayur, buah dan sebagainya dengan api yang perlahan di dalam periuk yang bertutup." "rendong\n[Minangkabau];\nterbawa ~\n = \nterendong\n tersangkut (terbabit) dalam perkara dan lain-lain, terbawa-bawa:\nnamanya terbawa ~ dalam perkara rasuah itu." "renduh\nmerenduh\n \n1.\n terlalu banyak barang (barang perhiasan yang dipakai dan lain-lain);\n2.\n terlalu lebat (buahnya)." "reneh I\nI; \nmereneh\n mendidih." "reneh II\nII; \nmereneh\n meleleh (air mata dan lain-lain):\nmatanya ~;" "renehan\nlelehan (air mata, peluh)." "renek I\npendek, rendah:\nbudak ~; \nanjing itu jenis ~; \npokok ~ \npokok yang kecil dan berbatang keras." "renek II\nII; \nmerenek\n gementar, menggeletar (suara)." "renet\nbahan yang digunakan untuk mengentalkan susu, terutamanya dalam pembuatan keju." "reng I\n[Jawa] bilah (buluh, kayu) yang dipasang pada kasau;\n= = rengrengan." "reng II\nsejenis burung;\n \n= hering." "reng III\n[Kedah], [Kelantan] kudrat, tenaga;\n \nada ~ \nada tenaga, larat;\n \ntidak ada ~\n tidak ada tenaga, tidak larat;\n= riang III." "renga\nulat kecil-kecil yang putih (dan akan menjadi lalat dan lain-lain);\nberenga\n sudah dihinggapi renga, ada renga padanya:\ndaging itu sudah ~." "rengadean\n[Indonesia] sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya boleh dibuat bahan rumah dan lain-lain), \nPloiarum alternifolium." "rengah\nengah." "rengak\n[saster lama];\nmerengak\n berbau keras (sehingga menusuk hidung)." "rengan\nsejenis tumbuhan (palma), salak hutan, \nZalacca glaborescens." "rengap\n[arkaik];\nberengap, merengap\n (ter)mengah-mengah (kerana lelah, penat, dan lain-lain);\nperengap\n jampi (mantera) untuk menundukkan lawan;\nmemperengap\n membuat (dengan menggunakan jampi dan lain-lain) supaya lawan atau musuh tunduk kepada kita." "rengas I\n1.\n = \n~\n \napi \nsejenis tumbuhan (pokok), kembal benang, pokok laga, \nMelanochyla tomentosa; \n2.\n = \n~\n \nayam \nsejenis tumbuhan (pokok), \nGluta elegan; \n3.\n = \n~\n \nair = ~ tembaga \nsejenis tumbuhan (pokok), \nGluta renghas; \n4.\n = \n~\n \nair \nsejenis tumbuhan (pokok), \nGluta velutina; \n5.\n = \n~\n \nkerbau jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nGluta wrangi; \n6.\n = \n~\n \nmanuk \n= \n~\n \nair = ~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok) sumpah biawak, \nMelanorrhoea wallichii;\n~ ayam = ~ pasir \nsejenis tumbuhan (pokok), pauh hutan, \nBuchanania sessilifolia;\n~ lanjut \nsejenis tumbuhan (pokok), \nBuchanania lucida; \nminyak ~ \nvarnis (diperoleh daripada pokok rengas);\nmerengas\n memvarnis, menggilapkan (dengan varnis)." "rengas II\nkuih ~\n sejenis kuih yang dibuat daripada kacang hijau (yang telah dimasak, dikepal, dicelup tepung, dan digoreng), kuih kasturi." "rengat I\nretak;\n \n~\n \nhati \nsakit hati." "rengat II\n[Minangkabau];\nmerengat\n keluar peluh (lahar dan lain-lain), meleleh, menitik:\n~\n \npeluh di keningnya." "rengat III\nmerengat-rengat\n rasa sakit di dalam perut yang mencerut-cerut (sebelum dan sesudah melahirkan bayi)." "rengau I\nperengau." "rengau II\n[Kedah] mencakar:\nkucing ~ budak itu." "rengeh I\nmerengeh\n meringkik (kuda)." "rengeh II\ntua ~ = tua merengeh \ntua amat." "rengek\nrengekan\n tangis (sungut, gerutu, dan lain-lain) yang meleret-leret (oleh kanak-kanak yang menghendaki sesuatu dan lain-lain):\ntak sanggup ia mendengar ~ adiknya meminta-minta; \nrengekan anaknya tidak henti-henti;\nmerengek, merengek-rengek\n selalu menangis, merungut-rungut, menggerutu:\nanaknya yang berumur tiga tahun merengek-rengek meminta makan." "rengga\n[sastera lama] tempat duduk di belakang gajah;\n= rangka II, rengka." "renggah\n[Kedah] besar (ketawa dan lain-lain), banyak, sangat;\n \ndia ~ gelak \ndia gelak besar;\n \n~\n \nmakan \nmakan banyak." "renggam\nsejenis tuai;\n \nberhenti ~ hari \nberehat masa sedang menuai (perayaan)." "renggang I\n1.\n tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dan lain-lain:\napabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; \n2.\n agak berjauhan, kurang erat (persahabatan dan lain-lain), kurang karib:\nmaka timbullah suatu pertengkaran yang membuat mereka semakin ~; \nanak kecil itu sudah tidak hendak ~ dari ayahnya lagi; \n3.\n antara, selang:\nada kira-kira ~nya setahun dari perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; \n4.\n jarak(nya), jauh(nya), beza(nya):\nlain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; \nkehidupan anak-anakku dibandingkan dengan kehidupanku macam bumi dengan langit ~nya;\nberenggang\n berantara, berjauh, berpisah:\nkedua-duanya tidak pernah ~; \nbiar masa ~ sedikit untuk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah;\nmerenggang\n menjadi renggang (jauh dan lain-lain):\nperhubungan antara dua manusia itu sudah ~;\nmerenggangi\n menjauhi (supaya renggang):\nkenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia;\nmerenggangkan\n menjadikan renggang:\n~\n \npersahabatan;\n~ tulisan; \nia ~ tangannya melepaskan budak itu; \nia mencuba ~ dirinya dari budak-budak yang ramai itu; \ntidak ada sesuatu yang dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak;\nmemperenggang\n menjadikan lebih renggang;\nterenggang\n terbuka:\npintu itu ~ sedikit;\nkerenggangan\n perihal renggang:\naku mengerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan;\nperenggangan\n perbuatan (proses) merenggangkan sesuatu;\nperenggang; \n~\n \nwaktu \nark perintang waktu." "renggang II\nmerenggang\n \n~\n \ngawai \n(Palembang) [arkaik] memperkosa perempuan, merogol." "renggat\ngaris-garis berlingkar pada tanduk atau batang kayu." "renggeh\n[Kelantan] tinggal sedikit sahaja lagi (buah-buahan di pokok):\nbuah rambutan itu dah ~ direlas budak-budak jahat;\n kerenggehan\n keadaan renggeh:\nyang terpampang jelas hanya ~." "renggek\nmerenggek, merenggek-renggek\n merengek-rengek, meminta-minta dengan mendesak, menangis-nangis kerana menghendaki sesuatu;\n= rengek." "rengges\n[arkaik] \n= ranggas." "renggut\nmerenggut\n1.\n menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan, merampas:\nperompak itu ~ beg dari tangannya; \nRatna dengan tiba-tiba ~ surat khabar yang sedang dibaca Mansor; \n2.\n meraih, merengkuh:\n~ dayung;\n~ kaki \nmenarik-narik kaki, hampir mati;\nmerenggut-renggut\n merenggut beberapa atau berulang kali, menarik-narik:\ndia ~ rambutnya seperti orang kemasukan syaitan;\nrenggutan\n sentakan (tarikan) yang keras atau kuat, rampasan." "rengit\nsejenis nyamuk kecil, agas, gegat." "rengka\n[sastera lama] tempat duduk di belakang gajah;\n= rengga." "rengkah\nrekah, belah, retak:\ndinding rumahnya telah ~; \nrerak ~\n rosak dan pecah-pecah;\nmerengkah\n menjadi retak, merekah, (ber)belah:\ntanah sawah ~ kerana kemarau kuat;" "rengkahan\nbelahan, rekahan, tetakan:\nada kelipan api yang seperti mahu menyelinap keluar dari ~ dinding-dinding buluh." "rengkam\nsejenis tumbuhan (rumpai yang biasanya terdapat pada batu karang), rumput karang, \nSargassum spp." "rengkat\n[Kedah], [Pulau Pinang] pincang, tempang (kakinya);\n \nkaki ~\n kaki pendek sebelah (maka jalannya pincang);\n \nberjalan ~\n berjalan pincang (tempang)." "rengkau\n[Perak];\nmerengkau\n menangis, meratap." "rengkeh\n[arkaik];\nmerengkeh\n bengkok belakang (kerana beban yang berat dan lain-lain), membongkok, meliuk;\nterengkeh-rengkeh\n terbongkok-bongkok (kerana memikul beban):\n~\n \nadik mendukung Shan." "rengkek I\n[Kedah] \n= rengkeh." "rengkek II\ntidak subur tumbuhnya (orang, tanaman)." "rengkel\nikatan atau rangkaian (buah-buahan dan lain-lain) yang kecil:\nse~ manggis;\nberengkel, berengkel-rengkel\n berangkai-rangkai (buah-buahan), berekoran (orang berjalan):\nberengkel-rengkel manggis itu digantung; \nmereka berjalan berengkel-rengkel;\nmerengkel\n membuat (mengikat, berjalan) berengkel-rengkel." "rengket\n[Jakarta];\nmerengket\n menggigil, menggeletar ketakutan." "rengkiang\ntempat menyimpan padi, baluh, jelapang, kepuk, lumbung;\n= kerengkiang." "rengkinang\nsejenis tumbuhan (pokok), kemesu, medang biawak (teja, telur), sepah puteri, \nElaeocarpus floribundus." "rengkit\n[Minangkabau] berasa kaku atau pegal (tulang sendi dan lain-lain)." "rengkuh\nmerengkuh\n menarik (mendekatkan) ke arah diri sendiri, meraih, merenggut:\ndirengkuhnya anak itu, diusap kepalanya lalu dibawa pergi mandi; \ndirengkuhnya besi palang itu hendak digoncangnya;\n~ orang \nmembujuk-bujuk orang;\n \n~\n \nuntung \nmencari untung;\nrengkuhan\n tarikan (yang kuat):\nagaknya lebih kuat lagi ~ yang menarik manusia membelakangkan Allah SWT;\nperengkuh\n alat untuk merengkuh (merenggut)." "rengkuk\nsejenis tumbuhan (pokok renek atau pokok kecil), medang gambut (kertau, pacat), \nRinorea anguifera." "rengkung I\nsejenis tumbuhan (pokok yang agak besar), mentasawa, mersawa, \nAnisoptera curtisii." "rengkung II\n1.\n pembuluh (pada leher) yang menyalurkan makanan masuk ke dalam usus besar:\n~nya bergerak ke bawah menolak ubat-ubat yang baru ditelan\n;\n2.\n lekum, tenggorokan;\nkerongkong." "rengrengan\n[Jawa] buram, konsep, rangsangan, rencana." "rengsa I\n1.\n lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dan lain-lain);\n2.\n gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dan sebagainya pada sesuatu bahagian tubuh:\nkadangkala mata mungkin menjadi ~; \nhemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; \n3.\n (Biologi) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan seperti sentuhan, cahaya dan haba (berkenaan (dengan) organisma hidup):\nnyamuk itu ~ terhadap DDT yang disembur di dalam rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pada dinding;\nmerengsa\n bermalas-malas, berasa malas (untuk bekerja dan lain-lain);\nmerengsakan\n menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dan sebagainya):\nlampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; \npendedahan dalam jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong;\nkerengsaan\n1.\n rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan;\n2.\n keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dan sebagainya pada sesuatu bahagian badan, iritasi:\nini akan menimbulkan ruam dan ~ pada kulit; \ntempat suntikan yang berulang-ulang boleh menyebabkan ~; \n3.\n mengalami keadaan rengsa:\nperbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kepada kerosakan;\n perengsa\n bahan atau unsur yang merengsakan:\nsemut yang menggigit mengeluarkan cecair ~ pada tempat gigitannya; \nasap rokok sebagai bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali daripada lingkungan pesakit asma." "rengsa II\n~\n \nsengsara = remuk ~ \nmenderita kesusahan hidup, berasa sangat sengsara." "renguh III\nmerenguh\n \n1.\n berdengkur;\n2.\n [Kedah] berbunyi seperti bunyi lembu, mengeboh;\n3.\n [Kedah], [bahasa percakapan] menangis (agak kuat):\nbudak ini asyik ~ sahaja, bagi makan tak hendak; \ndah besar gajah pun nak ~ lagi." "rengus\nmerengus\n bersungut atau berbuat sesuatu dgn keras dan kasar serta muka yang masam kerana marah, tidak senang hati dan sebagainya:\n \n\u201cCelaka budak ini,\u201d Bidin ~ sambil mengheret Bujal naik; \nkami rasa, dia tidak suka bergaul dan suka ~;\nmerengus-rengus\n bersungut-sungut atau berbuat sesuatu kerana marah (tidak puas hati dan sebagainya), merungut-rungut:\ndia ~ sambil berjalan pergi dari situ; \nsambil ~ aku balik juga, meninggalkan radio Pak Mat dengan lakonan bangsawan seterusnya;\nperengus\n orang yang suka merengus (masam muka, keras dan kasar, dan lain-lain)." "rengut I\ngerutu, omelan: \nAida melepaskan ~;\n\u201cTak usah cakap pasal itu lagi\u201d, ~ Haji Maun;\nmerengut, merengut-rengut\n1.\n bersunggut-sungut, mengomel:\nia menggelengkan kepala sambil ~; \n2.\n tampak keruh atau masam mukanya, merengus;\nperengut\n pengomel, perengus;\n= rungut." "rengut II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nEpipremnum giganteum." "renik\nhalus, kecil;\n \nhujan ~\n\u2013\n~\n hujan rintik-rintik;\n \nliang ~\n [Indonesia] liang (rongga) yang kecil-kecil;\n \nneraca \n~\n \n[Indonesia] timbang untuk mengukur barang yang halus-halus;\n \npadi ~\n padi yang halus bijinya;\nmerenik-renik\n bertitik-titik (gerimis dan lain-lain)." "renin\n(Biologi) enzim yang memangkinkan penukaran kaseinogen susu menjadi kasein yang tak larut, terdapat dalam jus gaster dan biasanya diekstrak daripada perut lembu untuk membuat keju." "rening\nmerening, rening-rening\n bengkak, cekang, kaku, kejal, tegang (badan dan lain-lain)." "renium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang digunakan untuk membuat aloi dan lain-lain." "renjana\nrasa berahi (cinta, kasih, rindu, dan lain-lain) yang kuat:\nbanyak antara anak dara dan remaja puteri yang tertuna rindu dan ~ kerana perwira yang muda belia ini." "renjas\n[Pulau Pinang];\nmerenjas\n melompat bangun dengan marah, menunjukkan marahnya (dengan bangun dari tempat duduk dan lain-lain):\nmaka Tuan Puteri Sita Dewi pun terlalu marah di dalam hatinya, lalu bangkit ~ masuk ke dalam peraduannya." "renjat\nrenjatan\n \n1.\n = \n~ elektrik \nrasa sakit apabila bahagian tubuh terkena arus elektrik;\n2.\n perasaan amat terperanjat seperti seketika selepas mengalami sesuatu kemalangan;\nkerenjatan, terenjat\n (berada dalam keadaan) terperanjat dan kebingunan." "renjer\n1.\n orang yang tugasnya meronda atau mengawasi hutan, taman negara, dan sebagainya;\n2.\n unit tentera yang terlatih khas untuk melakukan serangan terhadap kawasan musuh." "renjis I\npercik, recik;\nmerenjis\n mengenakan air dengan memercikkannya:\nkain-kain direnjis dengan air sebelum diseterika;\n merenjis-renjis\n merenjis beberapa kali atau berulang kali:\ndengan cermat, dia ~ pokok bunga itu dengan air;\nmerenjiskan\n memercikkan, merecikkan:\nistiadat ~ tepung tawar dan menabur beras kunyit;\n merenjis-renjiskan\n merenjiskan beberapa atau berulang kali:\nseorang wanita kelihatan sedang ~ air pada mempelai lelaki yang baru tiba itu;" "renjis II\npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau-limau, pokok temin, semantan, \nTaxotrophis macrophylla." "renjisan\nbahan yang direnjiskan, percikan:\n ~ air mawar;\n perenjisan\n perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) merenjis, merenjiskan atau merenjis-renjiskan (air dan sebagainya):\n~ air mawar pada kedua-dua mempelai;\nperenjis\n1.\n alat untuk merenjiskan;\n2.\n orang yang merenjis." "renjong\n[arkaik] tinggi:\nseorang yang ~; \ntinggi ~ \ntinggi;\nmerenjong\n1.\n mengangkat, meninggikan;\n2.\n renjong:\ntinggi ~;\n~ lidah \nberkata." "renminbi\nunit mata wang Republik Rakyat China." "renta I\n[arkaik];\nmerenta-renta\n membentak-bentak, menengking, mengherdik-herdik:\ndemi didengarnya kata-kata itu, ia pun marah ~ ." "renta II\ntua ~\n [sastera lama] sangat tua." "rentak\nrentak II." "rentak I\n1.\n hentaman kaki, hentak:\nia menjawab dengan ~ dan marahnya; \n2.\n = \n~\n \nlagu (muzik) \ngerakan yang teratur (dalam lagu), irama, tingkah:\nbertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; \n3.\n [kiasan] gaya, kelakuan, tingkah:\nia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri;\n~ sedegam, langkah sepijak \n(peribahasa) [Minangkabau] setuju, semuafakat;\nberentak\n mengikut, mempunyai atau memakai rentak (lagu atau muzik), berirama:\nsebuah lagu Melayu asli ~ perlahan didendangkan dalam majlis itu;\nmerentak, merentak-rentak\n menghentak-hentakkan kaki (kerana marah dan lain-lain):\nia bangun sambil ~ dan menengking;\nmerentakkan; \n~\n \nkaki \nmenghentakkan (menghentamkan) kaki.\nperentak\n = \n~ jantung \nalat elektronik yang dipasang pada jantung untuk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yang lemah." "rentak II\nrenggut, sentak;\nmerentak\n menyentak, merenggut:\nanjing itu ~ rantainya lalu putus; \nkemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang;\nterentak\n tersentak, tergoncang, dan lain-lain." "rentak III\nserentak\n bersama-sama (melakukan sesuatu), sekali gus, serempak:\nkerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; \nbangun ~; \nlawatan tuan itu ~ dengan ketibaan pasukan tentera tambahan." "rentaka\n[sastera lama] meriam yang boleh dipusing-pusingkan;\n lela II." "rentan\nmudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit lagi;\n \n(me)~ hati \nki lekas marah (sakit hati, kecewa);\nkerentanan\n perihal (keadaan atau sifat) rentan:\n~ organ berbeza antara satu dengan yang lain." "rentang I\nterhulur panjang, terhulur memanjang;\nse~ perjalanan \n[Minangkabau] beberapa lamanya (jauhnya) berjalan;\n \nse~ ayam \nselama (sepusing) menyabung ayam;\nmerentang\n1.\n membentang panjang, terletak memanjang:\nsatu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; \ndawai telefon yang ~ dari rumah ke rumah; \ntugas hidupku ~ di depanku; \n2.\n menggalang, menghalang, melintang (di jalan dan lain-lain);\n~\n \nantap \nark memotong (memintas) jalan;\n \n~\n \njalan \nmembuat jalan;\n \n~\n \njambatan \nmembuat jambatan;\n \n~\n \npanjang \nmenghuraikan (menceritakan) panjang lebar;\nmerentangi\n1.\n merentang pada:\nmereka membina sebuah jambatan gantung yang ~ sungai; \njalan kereta api Trans-Siberia yang lurus ~ kawasan ini; \n2.\n menghalangi, merintangi:\nbeberapa banyak kesukaran yang ~ usahanya telah dapat diatasi;\n merentangkan\n1.\n menarik atau memasang kawat (benang, tali, dan lain-lain) tegang-tegang, meregangkan:\n~\n \nkawat;\n~ tali; \nmaka diregangkan oleh Benderang dengan Badang rantai itu dan direntangkannya; \n2.\n menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dan lain-lain:\nia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; \n3\n. \nmenerangkan dengan panjang lebar, menghuraikan:\npandai ~ cerita;\nterentang\n1.\n sudah direntangkan, terbentang:\ngunung itu ~ dari utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; \n2.\n tergalang, terhalang;\nperentangan\n perbuatan dan sebagainya merentangkan:\nkegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat;\n perentang\n sesuatu (benda atau orang) yang merentang (menghalang), penghalang:\nrantai ~ itu dapat diputuskan; \nkenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu daripada berkahwin." "rentang II\n[arkaik];\nmerentang-rentang\n membentak-bentak, menengking, menggerantang." "rentap\nberentap\n beradu pengaruh, kebolehan, kekuatan dan sebagainya dengan hebatnya untuk mencapai kemenangan dan sebagainya:\nempat belas orang peserta akan ~ untuk merebut gelaran juara itu;\nberentap-rentap\n1.\n tarik-menarik (dengan paksa), bertarik-tarikan;\n2.\n [kiasan] beradu pengaruh atau kekuatan dan sebagainya (dengan hebatnya):\nakhirnya suatu pemilihan Ketua Kampung yang baru terpaksa dibuat, setelah Munir dan Suif ~;\nberentap-rentapan\n \n1.\n saling merentap, tarik-menarik dengan paksa, bertarik-tarikan;\n2.\n saling berlawan atau beradu pengaruh, kehebatan dan sebagainya:\nmenjelang tahun 1957, cogan kata seperti Merdeka dengan Darah dan Biar Lambat Asalkan Selamat ~ dengan Merdeka secara Damai dengan Bertolak Ansur;\nmerentap\n menarik dengan paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut:\ndengan marah, ia ~ tangan gadis itu;\nmerentap-rentap\n menarik-narik dengan kuat atau paksa, merentap berulang kali:\ndia ~ kain yang tersangkut pada paku di dinding itu hingga koyak; \ndia segera ~ tali sebagai isyarat;\nterentap\n terenggut, tersentak:\n siku dan umbi lengan dan umbi paha sudah tidak ~ seperti muda-muda dulu;\n rentapan\n hasil merentap, sentapan:\nakhirnya dengan ~ kuat, beg itu terlepas juga dari pinggang." "rentas\nlintang;\n \ngaris(an) ~\n garis(an) yang melintang;\n \nkeratan ~\n keratan yang melintang;\nmerentas\n1.\n meretas, membuka, memutuskan:\nkena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; \n2.\n melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani:\njalan raya yang ~ negeri itu sangat banyak; \nkita ~ padang yang penuh dengan lalang; \nberlari ~ desa; \n3.\n merintis;\n \n~\n \njalan \na) merintis (membuka) jalan;\n b) memintas jalan;\n4\n. [kiasan] mencakup atau merangkumi:\nbahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu;\nrentasan\n garisan dan lain-lain yang merentas:\nnilaian n dapat diperoleh dari ~ graf pada paksi melintang dan ~ graf pada paksi tegak; \nsalah satu cara yang mudah sekali untuk menggambarkan kontur ialah dengan melukis ~;\nperentas\n (Matematik) garisan lurus yang memotong dua atau lebih garisan lurus;\nretas." "rente\nrenten." "renten\n[Indonesia-Belanda] bunga wang:\npinjaman dikenakan ~ sebanyak 13%;\nmerenteni\n memberi bunga wang;\nmerentenkan\n membungakan wang (yang dipinjamkan), meminjamkan wang dengan dikenakan bunga." "renteng\n[Jakarta];\nserenteng\n serangkai, seuntai (mercun dan lain-lain);\nberenteng-renteng\n1.\n beruntai-untai;\n2.\n berendeng-rendeng, berganding-ganding, beruntun-runtun;\nmerenteng; \n~\n \nmercun \nmembakar mercun seuntai (tidak satu-satu)." "rentenir\n[Indonesia-Belanda] orang yang meminjamkan wang dengan mengenakan bunga:\nia dipaksa berkahwin oleh ibunya dengan seorang ~ yang kaya." "rentet\n1.\n berhubungan satu dengan yang lain, sambung-menyambung, berangkaian;\n2.\n berturut-turut, beruntun-runtun, berekor-ekor;\nrentetan\n1.\n rangkaian, untaian:\n~\n \nkata; \nrondo ialah satu ~ bunyi yang berulang-ulang dimainkan;\n~ peristiwa \nbeberapa peristiwa yang berlaku berturutan (satu demi satu);\n2.\n deretan, runtunan, siri:\nse~ dengan itu ia melengking sambil berdiri;\n3.\n bunyi senapang dan lain-lain yang berturut-turut;\nberentetan\n berangkaian, berturut-turut, beruntun-runtun:\ntembakan kedengaran ~ di luar." "renti\nmerentikan\n menghentikan;\nserenti; \npusat ~\n tempat pemulihan orang yang bermasalah, terutamanya yang berkaitan dengan penagihan dadah;\n= henti." "rentik\n[Jawa];\nmerentik\n berasa sakit (bahagian tubuh), nyeri." "rentung\n1.\n terbakar hingga jadi abu (hangus):\nrumah dan harta benda habis\n \n~\n;\n2.\n terbakar hingga hitam:\nmembakar ikan sampai ~; \nbenda ~\n benda yang (sudah) terbakar hangus;\nmerentungkan\n menyebabkan rentung:\nkebakaran kali kedua yang berlaku tujuh tahun kemudian telah ~ beberapa buah bangunan lagi." "renung I\nmerenung\n \n1.\n memerhatikan dengan teliti, menatap:\ndirenungnya muka anaknya lama-lama; \n2.\n menjenguk, menjengul:\nia ~ ke luar jendela;\nmerenungi\n1.\n memandang baik-baik, mengamat-amati dengan saksama, menatap(i):\ndirenunginya wajah Siti Salina; \nlama juga ia ~ kitab itu;\n 2.\n memikirkan (sesuatu masalah dan lain-lain), dengan mendalam;\nrenungan\n1.\n hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan:\nmalu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; \ndaripada air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk;\n perenungan\n perbuatan dan sebagainya merenung(i):\n~ tentang hubungan antara manusia sebagai peribadi yang berdaulat." "renung II\nmerenung\n diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan sesuatu:\nbeberapa lama ia tinggal ~ di dalam biliknya;\n~ hari depan \nmemikir-mikirkan masa depannya;\nmerenungkan\n memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), memenungkan:\nia mengambil masa yang lama untuk ~ nasihat-nasihat yang diberikan oleh ibunya;" "renungan\nsesuatu yang direnungkan." "renut\n[Kedah];\ntali ~\n tali yang mengikat rengga ke badan gajah." "renyah I\nleceh, rumit, susah (kerana memerlukan tenaga, benda, dan lain-lain yang banyak):\nantara ketupat dengan lemang, maka lemang lebih menyelerakan tetapi amat ~ mengerjakannya;\nberenyah, berenyah-renyah\n1.\n bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk:\nsaya orang tua, tentulah tidak dapat berenyah-renyah seperti orang muda; \n2.\n = \nmerenyah\n membuat (mengerjakan) sesuatu dengan teliti (saksama)." "renyah II\ntidak senang, gelisah, risau, was-was:\nia berasa sangat ~;\nmerenyahkan\n menggelisahkan (merisaukan dan lain-lain):\napa yang hendak direnyahkan, beras ada dan wang pun banyak." "renyah III\n[Jakarta] keras tetapi senang menghancurkannya (mentimun dan lain-lain), rapuh." "renyai\nhujan ~ (renyai-renyai) \nhujan rintik-rintik, rebas, gerimis;\nberenyaian\n keluar sedikit-sedikit (peluh), bertitik-titik;\nmerenyai\n menjadi sedikit (kurang):\nhujan yang mulanya lebat sudah ~;\nmerenyai-renyai; \nsakit ~ \nberasa sakit sedikit-sedikit." "renyak\nmerenyak\n \n1.\n menginjak-injak sesuatu dengan kaki;\n2.\n menyumbat sesuatu ke dalam bekas (peti dan lain-lain) hingga padat;\n3.\n [kiasan] memperlakukan secara keras (orang yang sudah lemah.)\nrenyam I; \nmerenyam, merenyam-renyam\n1.\n berasa gatal, miang:\nbadannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; \n2.\n [bahasa kasar] galak, gatal (perempuan):\ntidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat!\nmerenyamkan\n menyebabkan berasa merenyam." "renyam II\nmerenyam\n [bahasa percakapan] tersangat banyak, tidak terbilang banyaknya:\n~\n \nsemut memakan gula." "renyang\n[Minangkabau]\n1.\n tidak tetap hati, gelisah, lincah;\n2.\n tidak rapi, tidak selesai;\n3.\n tidak sedap badan:\nbadannya ~ dan lesu; \nrenyah II." "renyap\n[arkaik] lenyap, nyenyak:\nwaktu semua orang ~ dalam tidur." "renyau\nsejenis ikan laut, \nAtherina spp." "renyeh I\nmerenyeh\n1.\n merengek:\nah, engkau seperti anak yang merenyeh-renyeh; \n2.\n berkata-kata (berkelakuan dan lain-lain) yang berlebih-lebihan (antara lelaki dan perempuan):\nmeluat aku melihat lelaki perempuan merenyeh-renyeh di pasar minggu; \namboi, janda muda itu ~ sangat!; \n= ronyeh I" "renyeh II\nterenyeh-renyeh\n [Kedah] gatal, miang." "renyek\n[Jakarta] kumal, renyuk." "renyem\n[Jakarta]\n1.\n [bahasa percakapan] tidak tentu hala (rasa hatinya), tidak beres, tidak selesai dan lain-lain:\nia menjadi ~ memikirkan hal anaknya; \n2.\n (Sunda) [bahasa percakapan] gatal-gatal tubuhnya, renyam." "renyih\n[Kedah];\nmerenyih\n merangsang (kerana marah dan lain-lain), merenjas." "renyik\nrenyuk." "renyuh\nmerenyuh\n \n1.\n [Pulau Pinang] menyentuh dengan hujung jari, menonyoh, mengetuk dengan buku jari;\n2.\n [Kedah] menolak atau melanggar orang dengan kasar (dalam perkelahian atau perlanggaran), menggocoh." "renyuk I\n1.\n kumal, berkerumuk (kain, kertas):\nnanti ~ pula pakaian yang sudah diseterika itu; \n2.\n remuk:\npondok buruk itu habis ~ dihempap batang kelapa yang tumbang;\nmerenyukkan\n mengumalkan, meremukkan:\nbunga itu direnyukkannya; \nmahu rasanya kepala Si Sudin itu direnyukkannya; \nkerenyukan\n perihal atau keadaan renyuk;\n= ronyok." "renyuk II\n[Minangkabau] rajuk;\nmerenyuk\n merajuk." "renyuk III\n[Minangkabau] rentak, sentak;\nserenyuk\n serentakan:\ntidak semena-mena ribut datang ~;\nmerenyuk\n1.\n = \ndengan ~\n dengan serta-merta berdiri (kerana marah dan lain-lain);\n2.\n = \nmerenyukkan\n menyentakkan, merentak (merenggut, merengkah) dengan kuat-kuat (cepat-cepat):\njangan direnyukkan tali kekang kuda itu; \n3.\n = \nmerenyukkan\n mengunjukkan (memberikan) dengan marah." "renyut I\ndenyut;\nmerenyut\n berdenyut;\nmerenyuntukan\n mendenyuntukan (kening dan lain-lain), menggerakkan:\nkita cuma dapat ~ kening saja." "renyut II\nmerenyut\n \n1.\n bergerak perlahan-lahan dan banyak-banyak (semut, ulat, dan lain-lain), merayap;\n2.\n [Kedah], [Pulau Pinang], [kiasan] terlalu banyak (bilangannya):\n~\n \nikan dalam kolam;\n~ manusia di padang." "renyut III\nubat ~\n sejenis tumbuhan (herba), \nHedyotis capitellata." "reofit\n(Biologi) sejenis tumbuhan yang hidup di tepi atau di dalam sungai, mempunyai akar yang mencengkam atau menjalar di celah batu, serta berdaun kecil dan sempit." "reok\n[Jakarta] berketuk." "reorganisasi\n[Indonesia-Belanda] penyusunan semula, pembetulan aturan (susunan, perjalanan):\ndiadakan ~ dalam sistem pentadbiran sesuai dengan sebuah negara yang membangun." "reorganisir\nmereorganisir\n [Indonesia-Belanda] menyusun semula, membetulkan susunan perjalanan sesuatu." "reorientasi\norientasi semula, penyesuaian semula:\n semua ini memerlukan ~ dalam cara bekerja." "reostat\n(Fizik) alat (dalam barang-barang elektrik) untuk mengawal aliran arus elektrik." "reot\nreyot I." "rep\n(Seni Muzik) gaya muzik yang seni kata lagunya tidak dinyanyikan, tetapi dituturkan secara cepat dan berirama, yang berasal dari masyarakat berkulit hitam di Amerika:\n muzik ~." "repak\nrepas." "repang\npapak atau rata (dipangkas), pepat:\ncucur atap yang ~; \ngigi yang ~;\n berepang\n (telah) direpang:\nrambutnya yang ~ pendek memang senang diurus;\nmerepang\n memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujungnya):\nbuluh itu direpang supaya rata;\n merepangkan\n merepang untuk:\ndia ~ ibunya tepi kain yang berumbai-rumbai itu agar kelihatan lebih kemas;\n perepangan\n perihal (perbuatan, proses dan sebagainya) merepang." "reparasi\n[Indonesia-Belanda] perbaikan (pembetulan) apa yang rosak:\n~ kereta;\nmereparasi\n membaiki, membetulkan:\nmotokarnya terpaksa direparasi." "repas\nmudah pecah (rosak), rapuh." "repatriasi\n[Indonesia-Belanda] pengembalian (penghantaran kembali) ke tanah air;\nmerepatriasikan\n memulangkan (mengembalikan) ke tanah air." "repek\nmerepek\n bercakap terus-menerus dan yang bukan-bukan, berleter, mengoceh, meracau:\napa yang kau cakapkan ini? M~ sahaja tidak menentu, macam orang gila." "repertoir\n1.\n semua drama, muzik, nyanyian, cerita dan sebagainya yang sedia untuk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dan sebagainya) oleh penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya;\n2.\n (Komputer) set arahan lengkap yang dimiliki oleh komputer tertentu." "repertori\npersembahan teater yang terdiri daripada beberapa lakonan (drama) oleh satu kumpulan teater untuk tempoh masa yang singkat." "repes\nmerepes\n berbuat sesuatu yang tidak ada faedahnya atau untuk menghabiskan masa sahaja." "repet\nmerepet\n1.\n berleter, mengoceh, meracau:\nsejak tadi lagi perempuan tua itu ~; \n2.\n mengigau, meracau;\nperepet\n (orang yang) suka merepet;\nrepek." "repeten\n[Indonesia-Belanda] angka yang selalu berulang dalam pecahan perpuluhan;\n \npecahan ~\n pecahan persepuluhan yang mempunyai angka yang selalu berulang." "repetir\n[Indonesia-Belanda];\nsenapang ~\n senapang yang sekali diisi boleh digunakan untuk menembak berulang kali." "repetisi\n[Indonesia-Belanda] ulangan (pelajaran), latihan ulangan (lakonan dan lain-lain):\nseorang bintang filem berkali-kali mengadakan ~ untuk menyesuaikan dirinya dengan lakonan yang akan dijalankan." "repih I\nmudah dipatahkan atau dipecahkan (seperti roti kering dan lain-lain), rapuh;\nmerepih\n menggetas (mematahkan, memecahkan, dan lain-lain) kecil-kecil:\n~\n \nroti;" "repih II\n[Pahang], [Perak];\nmerepih\n menebas semak (rumput dan lain-lain), mencuci ladang (halaman), merumput." "repihan\npecahan (sobekan, potongan, dan lain-lain) yang kecil-kecil, serpih:\nbanyak orang yang terbunuh terkena ~ bom." "repis\n= repih I." "replika\n1.\n model sesuatu objek, seperti bangunan, jentera, catan, dan lain-lain, yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli:\n~\n \nsebuah meriam zaman kesultanan Melaka akan dipamerkan di Muzium Melaka; \n2.\n seseorang atau sesuatu yang sifat-sifatnya hampir-hampir menyamai sifat-sifat seseorang atau sesuatu yang lain:\nmalangnya media di dunia Islam adalah semata-mata ~ media Barat;\nmereplikakan\n membuat atau meniru sesuatu objek (seperti bangunan dan sebagainya) dalam bentuk replika:\nkerja ~ Menara Berkembar Kuala Lumpur juga memerlukan kreativiti pembuatnya." "repolper\n[Indonesia-Belanda] pistol." "repot I\n[bahasa percakapan] lapor;\n \nkena ~\n dilaporkan;\nmerepotkan\n melaporkan, memberitahukan:\nkehilangan motokarnya itu dengan segera direpotkan ke balai polis;" "repot II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n banyak kerja, sibuk:\nia begitu ~ mengurus dan melayani orang-orang yang datang di rumahnya; \nmereka akan membenarkan kita lewat tanpa ~; \n2.\n dalam kesukaran, berabai, kalut, kelam-kabut:\norang ramai mulai ~ kerana harga beras telah meningkat naik;\nmerepotkan\n menyebabkan repot;\nkerepotan\n kesibukan, kekalutan." "repotan\nkenyataan yang dibuat (ditulis) ketika merepotkan, laporan." "representasi\n1.\n sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, pernyataan;\n2.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mewakili, perwakilan." "representatif\nmewakili (golongan dan lain-lain), sesuai untuk mewakili." "represif\nbersifat menekan (menindas):\nlangkah-langkah ~ perlu diambil untuk mencegah kegiatan jenayah." "reproduksi\ntiruan lukisan (lukisan yang diambil gambar dengan kamera)." "reproduktif\nberkenaan dengan pembiakan:\norgan ~." "reprografi\n(Percetakan) proses, seni atau amalan membuat salinan atau mencetak semula bahan bercetak dan sebagainya." "reptilia\nhaiwan berdarah sejuk, seperti buaya, ular, cicak, dan kura-kura, yang bernafas dengan paru-paru, bertelur, dan badannya diliputi kulit keras atau bersisik." "repu\n[Perak];\nmerepu\n1.\n menimbun sampah dan lain-lain untuk dibakar (untuk menghalau nyamuk, hantu, dan lain-lain);\n2.\n tersangat banyak, berlambak-lambak." "republik\nnegara yang sistem pemerintahannya berdasarkan kuasa rakyat melalui wakil yang mereka pilih dan diketuai oleh seorang presiden;\nkerepublikan\n yang mempunyai ciri-ciri republik:\ndoktrin ~ revolusi Perancis." "republikan\norang (parti politik) yang menganut faham ketatanegaraan yang berbentuk republik." "republikanisme\nfaham (aliran, kepercayaan, doktrin dan sebagainya) yang menganjurkan bahawa sistem kerajaan yang terbaik adalah sebuah republik." "repuh I\n[arkaik]\n1.\n = \n~\n \nmuda =" "repuh II\n[Perak];\nmerepuh\n penuh (dengan bunga):\npokok-pokok durian sedang ~." "repuh-repuh\nmangga, induk kunci gantung, kura-kura, pedal ayam." "repuhan\nhutan muda atau belukar;\n2.\n [Kedah] sisa-sisa (seperti ranting-ranting dan lain-lain) pokok-pokok yang ditebang dan terbiar (kadang-kadang dilindungi oleh anak-anak kayu)." "repui\n[arkaik] repas, repih, reput." "reput\nburuk atau lapuk (kayu, kain, dan lain-lain):\npokok itu direndam dalam air sehingga ~ dan tanggal segala bahagian yang lembut dan isi batangnya;~ fros \nkemusnahan tisu, terutamanya tisu pada jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pada suhu sejuk beku (seperti yang pernah dialami oleh pendaki gunung);\n \n~ relai \nrosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dan lain-lain);\nmereput\n menjadi reput;\nmerepuntukan\n menyebabkan menjadi reput:\nhidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yang mati;\n reputan\n benda yang reput:\ntumbuhan itu hidup di tanah yang kaya dengan ~ benda-benda organik;\nkereputan\n perihal (keadaan) reput;\npereputan\n perihal (proses dan sebagainya) menjadi reput:\nkarbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yang mati dan lain-lain." "reputasi\n1.\n nama baik:\naku mempunyai pengikut, aku mempunyai ~, aku sudah menjadi tokoh politik; \n2.\n perbuatan dan lain-lain yang menyebabkan nama baik." "rerak\n= bererakan\n rosak bercerai-cerai, berantakan, terserak-serak;\nmererak\n menjadikan bercerai-cerai kerana mengambil bahagian-bahagiannya dan lain-lain;\n \n~ rengkah \nrosak dan pecah-pecah;\n= lerak I." "rerambut\n1.\n sesuatu yang halus seperti rambut:\ntiub ~;\n2.\n (Bio) kapilari;\nkererambutan\n (Fizik) kecenderungan cecair di dlm bahan penyerap atau tiub rerambut naik atau turun disebabkan oleh tegangan permukaan." "reras\n[Minangkabau] [arkaik] gugur, luruh." "reriang I\nriang-riang (sejenis serangga)." "reriang II\nriang-riang (sejenis tumbuhan)." "reribu\nribu-ribu (sejenis tumbuhan)." "rerot\n[Jakarta];\nbererot, bererot-rerot\n berjalan beriring-iring (berduyun-duyun);\nmererot\n berderet-deret, berduyun-duyun, berjejer, beruntun-runtun;\nrerotan\n deretan, runtunan." "reruku\nruku-ruku." "reruntuh\nruntuhan, reruntuk." "reruntuk\nruntuhan, barang-barang yang sudah rosak (buruk), runtuh:\n~ rumah;\n~ dunia \nark sampah dunia, sundal." "resa\n1.\n gerakan yang terasa di dalam perut (badan dan lain-lain, seperti gerak bayi yang akan lahir dan lain-lain):\nperempuan itu makin bertambah sakit, datang ~nya bertubi-tubi; \n2.\n dorongan (hati), gerak (hati):\nbiarkanlah ia mengikut ~ hatinya, biarlah kita berpegang pada yang benar." "resah\ntidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup:\nia kelihatan ~ dan serba salah; \nmereka telah ~ menanti;\n~ gelisah \nresah;\nberesah, beresah-resah\n berada dalam keadaan resah, berusuh hati:\nsejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya;\nmeresah\n menjadi resah:\nsebentar kemudian ia ~ lagi;\nmeresahkan\n menyebabkan resah:\npanas yang ~ badan;\nkeresahan\n1.\n perihal (keadaan) resah:\nsenang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; \n2.\n mengalami resah:\nteruk betulkah? Karim ~." "resak\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nVatica spp.; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nShorea spp.; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCotylelobium spp." "resam I\nsejenis tumbuhan (paku-pakis yang batangnya keras dan biasa dibuat kalam), bengkawang, \nGleichenia linearis;\n~ lumut = ~ padi \nsejenis tumbuhan (paku-pakis), paku telur belangkas, temangah, \nCheilanthes tenuifolia." "resam II\n1.\n adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat;\n \nadat ~\n adat (aturan) yang biasa;\n \nhukum ~\n [arkaik] hukum adat;\n2.\n pembawaan, kebiasaan, sifat, tabiat:\ndalam pantun banyaklah terdapat perasaan, fikiran, ~, dan tabiat orang Melayu;\n~ tubuh \n[Indonesia] keadaan tubuh;\nseresam\n sesuai;\n \n~\n \ndengan \nsesuai dengan;\nresaman\n resam;\n= resmi." "resam III\nburung ~\n sejenis burung, \n[Pulau Pinang]oepyanga pusilla harterti." "resan\n= meresan\n1.\n berasa sakit hati oleh kata-kata dan lain-lain orang lain, berasa tersindir:\n~\n \nbenar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ;\n~ hatinya kerana diejek; \n2.\n [Kedah] berasa tidak senang hati terhadap (kel" "resap\nhilang, lenyap, lesap:\ntimol itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; \ntuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya;\nmeresap\n1.\n masuk ke dalam liang dan lain-lain (terutama barang yang cair), menyerap:\nsejuk angin timur laut yang bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; \nperapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dan lain-lain ~ benar; \nmeresap-resap ke rumah orang \nmasuk-masuk ke rumah orang;\n2.\n menyusup keluar, menitis, merembes (peluh):\npeluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; \n3.\n hilang, lenyap (daripada pandangan);\n \nmakanan itu habis ~\n habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan);\n4.\n masuk benar (ke dalam hati dan lain-lain), lekat benar (di dalam hati):\nsegala apa yang dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; \ndia berasa sesuatu yang mesra ~ ke dalam jiwanya; \n5.\n masuk ke dalam sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya:\nbeberapa banyak kata asing yang telah ~ ke dalam bahasa Melayu;\nmeresapi\n meresap ke dalam, memasuki rata-rata:\nlantai hendaklah dibuat daripada bahan yang tidak boleh diresapi air; \nseluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai;\nmeresapkan\n menyerapkan, memasukkan rata-rata:\naku berbaring-baring di tanah untuk ~ khasiat daripada sinar matahari yang membakar ke dalam tubuhku;\nteresap\n sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam (rata-rata);\nresapan\n perihal meresap (masuk ke dalam sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dalam sesuatu:\nkertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; \nakibat pengaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yang menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara;\nkeresapan\n perihal atau keadaan resap atau teresap;\nperesapan\n perihal (proses dan sebagainya) meresap:\n~\n \ngas;\n~ unsur-unsur budaya material." "resbang\n[Indonesia-Belanda] sejenis bangku panjang tempat berbaring untuk berehat." "resdung\nsejenis penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada membran sinus." "resen\n[bahasa percakapan] catuan." "resensi\npertimbangan atau pembicaraan mengenai buku dan lain-lain, ulasan buku:\n~\n\u2013\n~\n \nterhadap buku ini telah terbit dalam surat khabar setempat." "resep\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan, resipi;\n2.\n penentuan ubat (yang diberi oleh doktor)." "resepsi\n[Indonesia-Belanda] majlis perjamuan yang diadakan untuk menerima tetamu (yang datang untuk mengucapkan selamat dan lain-lain)." "reseptif\nmudah, bersedia atau terbuka untuk menerima (idea baru, cadangan, dan sebagainya):\nmereka begitu ~ terhadap rancangan baru itu; \nminda yang ~ kepada ilmu-ilmu moden." "reseptor\n(Biologi) tisu khusus (biasanya pada organ deria) yang sensitif terhadap rangsangan tertentu." "reserse\n[Indonesia-Belanda] mata-mata gelap." "resesi\nkeadaan ekonomi yang meleset, kemelesetan." "resesif\n(Biologi) berkenaan gen yang hanya ketara pengaruhnya apabila pasangannya juga sama (tidak dominan)." "resi I\n[sastera lama] orang pertapa, orang suci." "resi II\n= \nsurat ~\n [Indonesia] surat pengakuan penerimaan, tanda penerimaan, resit." "resi III\nharum, wangi;\n2.\n bau-bauan;\nraksi I." "residen\nwakil kerajaan British di tanah jajahan atau negeri naungan British:\n~\n \nbagi keempat-empat buah negeri itu tertakluk kepada ~ jeneral;\n~ jeneral \nresiden besar (ketua bagi seluruh residen);\nkeresidenan\n1.\n kediaman (pejabat) residen;\n2.\n daerah yang diketuai oleh residen." "residu\nsesuatu yang tinggal setelah yang lain digunakan, sisa, baki, kerdak." "resik I\nmeresik\n \n1.\n nyaring kedengaran, lantang;\n2.\n berdesir, berkersik;\n3.\n desas-desus, kasak-kisik (suara berbisik)." "resik II\n[Jakarta] bersih." "resimen\n[Indonesia-Belanda] pasukan tentera yang biasanya diperintah oleh kolonel atau leftenan-kolonel, rejimen." "resin\n1.\n bahan lekit berwarna kuning atau coklat yang diperoleh daripada pokok tertentu, seperti pain dan fir, dan digunakan untuk membuat varnis, ubat dan sebagainya, damar;\n2.\n damar yang dibuat secara sintetik, yang digunakan sebagai bahan asas dalam membuat barangan plastik dan sebagainya." "resipi\n1.\n senarai bahan (ramuan) dan peraturan yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu masakan atau makanan;\n2.\n cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan;\n \n~\n \nkecantikan \ncara menjadikan diri (seseorang) cantik." "resit\nsepotongan kertas bertulis yang mengesahkan atau mengakui penerimaan sesuatu bayaran atau barangan;\n \nbuku ~\n buku yang mengandungi helai-helai resit." "resital\n(Seni Muzik) persembahan muzik dan sebagainya oleh pemain, penyanyi dan sebagainya solo atau oleh kumpulan kecil:\n~ piano." "resmi\nsifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat):\nkanak-kanak dari kecil lagi telah memiliki ~ atau kelakuan serta pembawaan yang tersendiri; \napabila menerangkan sifat-sifat sesuatu benda, eloklah dikumpulkan sifat-sifat atau ~-~nya ke dalam dua kategori; \nbaik membawa ~ ayam betina \n(peribahasa) lebih baik merendahkan diri (supaya selamat dalam hidup), resam." "resolusi\n1.\n keputusan rasmi yang dicapai dalam sesuatu mesyuarat, persidangan, dan sebagainya, ketetapan;\n \nsebanyak 16 ~ telah diambil dalam perjumpaan itu; \n2\n.\n \nazam, tekad:\n ~ tahun baru." "respek\n[Indonesia-Belanda] hormat, kehormatan." "respirasi\n 1\n.\n pernafasan:\nsistem ~ bermula dari hidung dan mulut; \n2\n.\n \n(Biologi) proses penguraian kimia yang berlaku dalam sel organisma, dengan penghasilan tenaga dan karbon dioksida." "respirator\n1.\n alat untuk membantu pernafasan seseorang, terutamanya kerana sakit atau mengalami kecederaan;\n2.\n alat yang dilekapkan di hidung dan mulut untuk mencegah penyedutan asap atau gas beracun." "responden\n1.\n orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan sebagainya) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik:\nkerja menemu bual memerlukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan mengadakan hubungan mesra dengan ~ atau pengisah; \n2.\n orang atau pihak yang didakwa dalam aduan atau rayuan yang dikemukakan ke mahkamah." "respons\nsambutan, reaksi, jawaban:\n tentu sekali kami mengharapkan ~ daripada pembaca." "responsif\nsegera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yang bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dan sebagainya." "restan\n[Indonesia-Belanda] kelebihan (makanan dan lain-lain), sisa:\ndi muluntuku masih terasa jua adanya ~ gelak tadi." "reston\n[Jawa] [arkaik];\nmerestoni\n memberi berkat, mendoakan;\n= restu." "restoran\nkedai makan." "restorasi\n[Indonesia-Belanda] pemulihan kepada kedudukan yang asal (terutama berkenaan takhta kerajaan, negara, dan lain-lain)." "restriksi\n[Indonesia-Belanda] pembatasan." "restu\n1.\n berkat dan perkenan daripada Allah yang mendatangkan kebaikan kpada seseorang atau manusia:\nberdoa memohon ~ daripada Ilahi; \nkejayaan itu hanyalah dengan ~ Allah; \n2.\n persetujuan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang mempunyai kuasa, hak tertentu dan sebagainya untuk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yang lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan:\nsi anak mendapat ~ daripada ibunya; \nbaginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yang akan dilakukan tidak akan sempurna; \n3.\n [sastera lama] pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera;\nmerestui\n1.\n mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kepada:\nsaya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yang terbabit dan menerima ibadah mereka sebagai haji mabrur; \nselepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yang baru dibinanya itu; \n2.\n memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kepada seseorang atau sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu dan sebagainya, bersetuju dengan, mengizinkan, membenarkan:\npenubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; \ndari awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; \n3.\n [sastera lama] mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi)." "restung I\nresdung." "restung II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), jelutung badak, susuk ayam, susun kelapa, \nErvatamia corymbosa; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), lada-lada (hutan, jantan, padi), lelada, puding hutan, susun kelapa, \nErvatamia malaccensis;\n~ badak \nsejenis tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, \nErvatamia hirta; \nakar ~\na) sejenis tumbuhan (rizom), gadung seberang, ubat raya, \nSmilax china; \nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar tongkat ali, \nSmilax myosotiflora." "resuk\nmeresukkan\n memasukkan ke dalam lubang (kotak dan lain-lain), memeresukkan." "resume\n1.\n [Indonesia-Belanda] ringkasan (ikhtisar);\n2.\n keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dan sebagainya seseorang, biasanya disertakan untuk memohon sesuatu pekerjaan;\nmeresumekan\n meringkaskan, mengikhtisarkan." "resusitasi\n(Perubatan) kaedah memulihkan seseorang yang hampir maut secara tiba-tiba, misalnya kerana lemas atau serangan jantung." "reta\nmereta-reta\n beromong kosong, berborak, mengobrol, merepek." "retai\nretak-~\n banyak retaknya, retak-retak;\n= retak." "retak\n1.\n garis yang nampak pada benda keras (pinggan dan lain-lain) yang menunjukkan ia akan pecah atau belah:\n~\n \npada pinggan itu makin menjadi besar; \n2.\n mempunyai garis yang menunjukkan akan pecah atau belah:\npinggan-pinggan yang sudah ~ itulah yang digunakan setiap hari; \n3.\n [kiasan] ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela:\nkerja-kerja yang dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; \n4.\n [kiasan] ada perbalahan (perselisihan dan lain-lain) yang boleh menimbulkan perpecahan (perceraian dan lain-lain), sudah tidak semuafakat lagi:\ndia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; \n5.\n = \n~\n \ntangan \na) rajah tangan, suratan tangan;\n b) nasib badan:\nmanusia ini dilahirkan dengan cara yang sama tapi ~ tangannya berlainan;\n~-~ mentimun \n[Minangkabau] retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah);\n \n~\n\u2013\nretai \nbanyak retaknya;\n \n~\n \nseribu \na) banyak retaknya;\n b) sejenis corak kain batik moden Malaysia;\n~\n \nbatu \n(peribahasa) tidak didamaikan lagi (perselisihan dan lain-lain);\n \n~\n\u2013\n~\n \nbulu ayam \n(peribahasa) mudah didamaikan (perselisihan dan lain-lain);\n \n~\n \nmenanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) \n(peribahasa)\na) perkara kecil yang akan menjadi besar;\n b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yang lebih besar (pergaduhan, kematian, dan lain-lain);\n \n~\n \npertujuh \n[Minangkabau] (peribahasa) perasaan hati yang hancur (kerana tersangat merindu);\n \nbukan di ~ panas \n(peribahasa) [Minangkabau] bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan);\nmeretak\n menjadi retak, mulai retak;\nmeretakkan\n menjadikan retak, menyebabkan retak:\ncahaya matahari ~ genting-genting atap; \nisu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dengan Turki;" "retakan\ngaris yang menunjukkan akan pecah, retak;\nkeretakan\n perihal retak:\n~\n \npada dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; \ntelah berlaku ~ dalam rumah tangga itu;\n peretakan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) meretak atau meretakkan:\nlekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pelendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi." "retas\nterputus benang jahitannya, terbuka jahitannya (kelimnya);\nmeretas\n1.\n memutuskan (mengerat, memotong) benang-benang pada jahitan;\n2.\n membuka dengan pisau (surat dan lain-lain), membelah kulit (karung dan lain-lain);\n \n~\n \nbisul \nmembedah bisul;\n \n~\n \nperut \nmembedah perut;\n3.\n menebang pokok dan lain-lain untuk membuat jalan, merentas, merintis;\n \n~\n \njalan \nmembuat jalan dengan menebang pokok-pokok dan lain-lain;\n4.\n merosakkan (membuka pagar dan lain-lain), menembusi rintangan;\nperetasan\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) meretas:\n~ benang pada jahitan yang silap itu masih dilakukan;\nperetas\n orang yang meretas, alat untuk meretas." "retat\n[Kelantan];\nmeretat\n memukul dengan belakang tangan." "retek I\n[Minangkabau];\nmeretek\n gementar, menggigil." "retek II\n[Kelantan], [Terengganu] bersama, getek, juga;\n \nsaya nak pergi ~\n saya nak pergi bersama (juga)." "retet\n[Jakarta];\nberetetan\n1.\n berderet, beruntun-runtun;\n2.\n berbunyi mendedas (mesingan);\n= rentet." "reti\n[bahasa percakapan] mengerti, tahu:\ndia tak ~ bercakap Melayu; \n= erti." "retih I\nmeretih\n berbunyi seperti bertih direndang (daun-daun basah dibakar dan lain-lain), mendedas." "retih II\nmeretih\n berbintik-bintik pada kulit (peluh dan lain-lain), berbutir-butir." "retik I\n[Kedah];\nmeretik; \ntak ~\n tidak berani bergerak (berbuat apa-apa), takut benar." "retik II\n[Kelantan];\nmeretik\n merecik (air dan lain-lain)." "retikulasi\nsusunan, corak dan sebagainya yang berjalin-jalin seperti jaring:\nsistem perparitan ~." "retikulum\n(Biologi)\n1.\n jalinan halus protoplasma sel;\n2.\n perut kedua pada haiwan ruminan yang banyak menyimpan air untuk digunakan dalam pencernaan." "retin\ndaun terup yang bergambar potongan wajik, daiman." "retina\n(Biologi) lapisan mata paling dalam yang peka kepada cahaya." "retok\nrecok." "retorik\n1.\n (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan;\n2.\n seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato;\n3.\n pertuturan atau tulisan yang menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar;\n4.\n berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar:\nkita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya bercakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; \ndia menyifatkan ucapan Belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yang digunakan; \nsoalan ~;\n beretorik\n berpidato, berbicara dan sebagainya dengan menggunakan bahasa yang muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yang sungguh-sungguh) yang bertujuan untuk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar:\npertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; \nkita tidak perlu ~ dengan teori ekonomi yang muluk-muluk yang langsung tidak difahami oleh rakyat." "retorsi\n[Indonesia] perbuatan membalas oleh sebuah negara (terhadap negara yang menyusahkan perdagangan)." "retort\nbekas kaca yang bulat, dengan leher yang panjang tirus yang membengkok ke bawah dan digunakan dalam makmal untuk penyulingan;\n \nkaki ~\n sejenis tiang besi tempat radas-radas disokong dengan sejenis penyepit berskru." "retribusi\nhukuman atau balasan kerana sesuatu kesalahan, dosa, dan sebagainya." "retroaktif\nmulai berkuat kuasa dari tarikh yang lalu, yang diundurkan tarikh berkuat kuasanya (berkenaan (dengan) undang-undang dan sebagainya):\nseseorang tidak boleh didakwa mengikut undang-undang yang belum wujud ketika jenayah itu dilakukan walaupun ada peruntukan ~ dalam undang-undang." "retrogresif\nbersifat berbalik kepada keadaan sebelumnya yang lebih buruk (kurang maju, menurun dan sebagainya):\nlangkah ~ yang boleh menjejaskan kedudukan ekonomi negara bagi jangka panjang; \npandangannya yang ~ itu menimbulkan kebimbangan kepada pergerakan wanita di negara ini." "retrospeksi\ntinjauan kembali pengalaman atau peristiwa yang lalu:\ngolongan pertama menyelongkar semula nostalgia serta ~ lama." "retrospektif\nmeninjau atau mengenang kembali peristiwa, dan sebagainya yang lalu." "retur\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kembali;\n \nkarcis ~\n [Indonesia] tiket kereta api dan lain-lain untuk pergi dan balik;\nmeretur\n mengembalikan, mengirim kembali:\nsurat itu diretur kepada pengirimnya." "retus\n[Terengganu] memetik (bunga, daun, dan lain-lain):\njangan ~ tangkai mempelam tu." "reumatik\nberkaitan dengan atau disebabkan oleh reumatisme:\ndemam ~\n." "reumatisme\n(Perubatan) penyakit yang dicirikan oleh radang dan rasa sakit, terutamanya pada otot dan sendi." "reumatologi\ncabang perubatan yang berkaitan dengan reumatisme, artritis dan sebagainya, termasuklah punca, diagnosis dan perawatannya." "revivalisme\ngerakan atau kecenderungan untuk menghidupkan kembali adat (idea, gaya dan sebagainya) yang lampau:\npendekatan ~ menghidupkan kembali gaya rupa silam dalam konteks reka bentuk kontemporari." "revolusi\n1.\n perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata:\nAngkatan 45 lahir sebagai pernyataan ~ Indonesia; \n2.\n perubahan yang menyeluruh dan mendadak, terutamanya dari segi cara berfikir, bertindak, dan sebagainya;\nR~ Hijau \ngerakan untuk meningkatkan hasil tanaman di negara-negara sedang membangun melalui teknik pertanian moden, seperti kesuburan tanah, penggunaan jentera, kawalan penyakit dan sebagainya;\n \n~ mental \nrevolusi fikiran, perubahan pemikiran secara menyeluruh;\nberevolusi\n mengadakan revolusi;\nmerevolusikan\n mengubah sistem pemerintahan (sosial dan lain-lain) dengan kekerasan (cepat dan lain-lain), membawa perubahan kepada sesuatu atau dalam sesuatu bidang secara radikal (meluas, menyeluruh, dan cepat)." "revolusioner\n1.\n berkenaan atau bersifat revolusi;\n2.\n benar-benar baru dan berlainan:\nkaedah ~ membuat kereta; \nidea-idea ~;\n3.\n orang yang menyokong revolusi;\nkerevolusioneran\n perihal revolusioner." "revolver\nsejenis pistol yang beberapa butir pelurunya disimpan di dalam silinder yang berputar setiap kali tembakan dilepaskan." "rewak I\nI; \nmerewak\n meluas, merata (khabar dan lain-lain), menjalar, merebak, merembet (kerusuhan, penyakit, dan lain-lain)." "rewak II\n[arkaik] ada perkara yang hendak dikatakan (dikhabarkan)." "rewan\n[arkaik] pilu, rawan:\nterbang mengawan segala ~." "rewang I\nI; \nmerewang\n1.\n tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dan lain-lain):\ndi sebelah petang ~lah cikgu singgah ke mana-mana; \nangan-angan dan jalan fikirannya panjang ~; \n2.\n oleng (perahu dan lain-lain)." "rewang II\nII; \nmerewang\n merambang, merawak;\nrawak." "rewang III\ngotong-royong sebagai persiapan menjayakan sesuatu majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan)." "rewel\n[Jawa]\n1.\n ada-ada sahaja yang dikatakan (diminta dan lain-lain), suka membantah, susah menurut, banyak mulut (bicara):\norang tua yang ~; \ntukang ~\n orang yang banyak mulut (cakap);\n2.\n susah mengerjakan dan lain-lain sesuatu, tidak berjalan dengan lancar (mesin dan lain-lain), berabai, recok;\nkerewelan\n perihal rewel (kerecokan, kerusuhan, kesukaran, percecokan)." "rewet\n[arkaik];\nmerewet\n merembet." "reyok\n[Kelantan] tidak betul kedudukan (sesuatu benda), senget." "reyot I\n[Jakarta] sudah rosak benar dan hampir roboh:\nkerusi tua yang sudah ~." "reyot II\n= reyok." "rezeki\n[Arab]\n1.\n segala sesuatu yang dikurniakan oleh Allah untuk keperluan rohani dan jasmani, misalnya makanan, ilmu dan sebagainya;\n \nada nyawa (umur) ada ~ \nselama masih hidup tentu mendapat makanan;\n \nitu bukan ~ saya \nitu bukan untuk saya (makanan dan lain-lain);\n \nmemberi ~\na) memberi makanan (nafkah);\n b) membawa keuntungan (kemujuran);\n2.\n [kiasan] pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dan lain-lain untuk sara hidup);\n \nkehilangan ~\n kehilangan mata pencarian;\n \nmencari ~\n mencari makan, mencari penghidupan (dengan berusaha dan lain-lain);\n \nmendapat ~\na) mendapat makanan (penghidupan dan lain-lain);\n b) mendapat untung (laba), mujur;\n \nputus ~\n kehilangan pencarian;\n3.\n peluang untuk beroleh makanan dan lain-lain, keuntungan, perolehan;\n \nbukan ~\n bukan habuan (untung) seseorang;\n \ndekat ~nya \ncepat (mudah) mendapat untung;\n \njauh ~nya \nsulit (susah) mencari untung;\n kalau ada ~\n kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung);\n \nmudah-mudahan dimurahkan ~nya \nmudah-mudahan banyak (mudah) mendapat keuntungan dan lain-lain;\n \nnaik ~nya \nsemakin bertambah keuntungannya;\n \norang makan gaji, umur panjang ~ beragakkan \n[Minangkabau] orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad;\n \npembahagian ~\n pembahagian keuntungan dan lain-lain;\n \nperebutan ~\n perebutan keuntungan dan lain-lain;\n~\n \nbatin \nsesuatu yang berfaedah untuk batin, makanan rohani (jiwa);\n \n~\n \nharimau \nki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis;\n \n~\n \njangan ditolak \nuntung jangan dibuang (dibiarkan terlepas);\n \n~\n \nmahal \nsusah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan;\n \n~\n \nmata \nsesuatu yang sedap dipandang;\n \n~nya meninggi \nmendapat keuntungan tidak dengan bersusah payah;\n \n~\n \nmerendah \nsemua yang diusahakannya itu menguntungkannya;\n \n~\n \nmurah \nselalu mendapat keuntungan tidak dengan bersusah payah;\n \n~\n \nyang halal \npendapatan dan lain-lain yang halal (bukan dengan penipuan dan lain-lain);\n \n~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) \n(peribahasa) semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain;\nmerezekikan\n memberikan rezeki:\nmereka tidak direzekikan dengan gugur syahid di medan jihad." "RH\nsimbol kimia bagi rodium." "RI\n[kependekan] Republik Indonesia." "ria I\n1.\n gembira, girang, riang, sukacita:\nia cukup ~ menerima ijazahnya; \nbersuka ~ \nberseronok-seronok, bersuka-suka;\n2.\n ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, berseronok-seronok, dan lain-lain);\n~\n \ngembira \ntersangat ria;\n \n~\n \nriuh \nramai bersuka-suka;\nberia-ria\n bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok, bersuka-suka;\nmeriakan\n menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan, menyukakan:\n mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya?\nkeriaan\n perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan, kesukaan):\napa yang bagiku merupakan ~, baginya merupakan kepedihan." "ria II\n[Arab] \n= riyak." "ria III\n(Geografi) sejenis teluk kecik (serokan) yang panjang yang terbentuk akibat daripada penenggelaman lembah di pinggir laut yang disebabkan oleh kenaikan aras laut:\nada sebuah pinggir laut yang mengandungi ~, teluk dan tanjung tinggi." "riadah I\n[Arab] amalan kerohanian untuk mengawal hawa nafsu, misalnya berpuasa, mengamalkan amalan sunat dan sebagainya." "riadah II\n[Arab]\n1.\n gerak badan, senaman;\n2.\n segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan badan dan fikiran (seperti bersenam, bermain, dan sebagainya), rekreasi;\nberiadah\n1.\n melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam;\n2.\n melakukan riadah (rekreasi), berekreasi." "riadiah, riadiat\n[arkaik];\nilmu ~\n ilmu pasti." "riah\nriyak." "riak I\n1.\n gerakan air yang mengombak (di permukaannya), gerakan air yang merupakan bulatan (kerana batu jatuh di air dan lain-lain), ombak kecil:\ndia merenung ~-~ air tempat jatuhnya batu itu; \nangin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, pohon-pohon kelapa melambai-lambai riang, ~-~ kecil berlari di gigi air; \n2.\n getaran (gerakan) udara:\nketika hari terang dan panas terik ternampaklah ~-~ udara; \n3.\n [kiasan] gerak-geri yang menandakan ada sesuatu yang terkandung dalam hati, gelagat:\nmaka Hitam terentap ke muka Deraman, sinar matanya tidak menimbulkan ~; \nada ~-~ yang menunjukkan kedua-dua orang itu mempercayai kata-kataku;\n~ gelombang \ngelombang radio;\n \n~\n \nikan \nkocakan air yang disebabkan oleh ikan;\n \n~\n \nmua \n[Kelantan]\na) gelombang kecil-kecil;\n b) tingkah laku yang kebudak-budakan (bersifat kebudak-budakan);\n \n~-remiak \nberiak-riak (air);\nberiak, beriak-riak, meriak\n1.\n bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air):\nhatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yang tidak ~; \nudara yang tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; \nhanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu \nhanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu;\n2.\n [kiasan] ada gelagatnya (yang menunjukkan kandungan hatinya):\nperasaan benci ~ di mukanya;\n~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh \n(peribahasa) perihal orang yang sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya)." "riak II\ndahak." "riak III\n[arkaik] \nriyak." "rial\n1.\n = \n~\n \nbatu \n[sastera lama] sejenis mata wang:\nbaginda bertitah menyuruh ambil tiga ~ batu diberikan kepada tok mudim; \n2.\n wang:\nmaka oleh Bendahara apabila Tun Biajid bersalam, disuruhnya ikut pada seorang hambanya iring jauh-jauh membawa ~; \n3.\n ukuran berat yang besarnya 1/2 tahil (kira-kira 20 gram):\nemas tiga ~\n;\n4.\n [Kelantan] ringgit;\n5.\n unit mata wang utama Iran dan Oman;\nbak kambing rega se~ \n(peribahasa) perihal orang yang tidak senonoh kelakuannya (tidak tentu kedudukannya, bercakap ke sana sini dengan cakap yang tidak ada ertinya);\n \njikalau tiada ~ di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang \n(peribahasa) jikalau sudah miskin, orang pun tidak menyukai kita lagi." "riam\nair terjun yang rendah, cegar;\njeram I." "rian\nukuran benang yang besarnya 1/16 tukal." "riang I\nsangat gembira, girang hati, suka hati:\nanak-anak sedang menari dan menyanyi dengan ~;\n~ gembira \nsuka dan gembira;\n \n~ hati \ngirang (senang) hati, suka hati, sukacita;\n \n~ ria \nriang gembira;\nberiang; \n~\nhati\n = beriang-riang\n bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang:\nhamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya;\nmeriangkan\n menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati;\nkeriangan\n1.\n = \n~\nhati\n perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan;\n2.\n berasa riang, berasa sangat gembira:\nSalina ~ melihat gelagat Si Bulat;\nperiang\n (orang yang) selalu riang:\nia seorang yang ~ dan peramah." "riang II\n= meriang; \n~\n \nsemangat \nberasa pening-pening, berasa gamang;\n \nbadannya meriang \ndia agak demam;\nmeriang I." "riang III\n[Kedah], [Pulau Pinang] tenaga, kuasa;\n \ntak ada ~ lagi \ntidak ada tenaga lagi (tidak larat lagi), sudah lemah;\n= reng III." "riang IV\n[Kelantan], [Terengganu] senget sedikit, reyok." "riang V\n~\n \nbatu \nsejenis tumbuhan (herba), \nBegonia isoptera; \npokok ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), carik merah, \nVitis japonica; \nakar asam ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang, akar yang-yang, akar kerayang, \nVitis hastata." "riang-riang I\nbiawak ~\n sejenis biawak yang besar, \nVaranus salvator." "riang-riang II\nsejenis serangga yang sayapnya lut sinar (yang jantannya berbunyi bising dan nyaring pada waktu senja)." "riang-riang III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya keras), \nPloiarum alternifolium Melch; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), iang-iang, kayu kuat, keriang, \nArchytae vahlii;\n~ gelugur \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pakan paya, \nFagraea racemosa; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nThemeda gigantea Hack." "riap\nperihal bertambah-tambah besar (binatang, kanak-kanak, dan lain-lain);\nmeriap\n menjadi bertambah besar (bertambah banyak):\n~\n \nanak-anak kayu di kebunnya." "rias I\nhati batang pisang:\nmaka baginda pun mengerahkan rakyat berkotakan ~." "rias II\n[Jakarta] hias;\n \nkaca ~\n cermin untuk berhias;\n \nkamar (ruang) ~\n bilik tempat berhias diri;\n \ntukang ~\n tukang menghias (pengantin);\nberias\n berhias (diri), berdandan, bersolek;\nmerias\n menghiasi;\n \n~\n \nmata \nmenghiasi mata (dengan celak dan lain-lain);\n \n~\n \nrambut \nmengandam rambut;\nriasan\n hiasan." "riayah\n[Arab] naungan, penjagaan:\nkekuatan rohani, iaitu rakyat beriman kepada Allah, rakyat di bawah pemerhatian Allah, dan di bawah ~-Nya." "riba I\n= ribaan\n pangkuan:\nanak yang kecil itududuk di atas ~ ibunya;\nberiba\n duduk di atas riba (pangkuan);\nmeriba\n memangku:\nisterinya ~ anaknya." "riba II\n[Arab]\n1.\n bunga berganda yang membebankan, yang diharamkan oleh Islam;\n \nmakan ~\na) hidup dengan membungakan wang;\n b) membungakan wang dengan bunga yang tinggi, menghisap darah;\n 2.\n [arkaik] pelepas wang, ceti;\n \ntukang ~ \nceti." "ribak\nriba (bunga wang)." "ribang\n[arkaik] rindu." "ribatat\n[Arab] pertalian (keluarga dan lain-lain)." "riboflavin\nsejenis vitamin B kompleks yang terdapat di dalam sayur-sayuran hijau, ikan, susu, hati, ginjal, telur dan sebagainya dan kekurangannya boleh menyebabkan penyakit pelagra." "ribu\nbilangan sepuluh kali seratus;\n \nempat ~\n 4000;\nseribu\n1.\n 1000;\n2.\n banyak sekali, bermacam-macam;\n \ndengan ~ daya \ndengan bermacam-macam daya;\n \ndiam (membisu) ~ bahasa \ndiam sama sekali;\n \nmembuat (mengangkat) langkah ~\n lari dengan bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dan lain-lain), cabut lari;\n \nretak ~\na) retak yang banyak lagi kecil-kecil (pada pinggan dan lain-lain);\n b) sejenis corak batik Malaysia;\nmenyeribu; \n~\n \nhari \nmengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang meninggal;\nperseribu\n dibahagi seribu;\n \nsatu ~\n satu dibahagi seribu 1/1000;\nberibu, beribu-ribu\n beberapa ribu, banyak ribu:\n~\n \norang;\nmeribu\n [sastera lama] beribu-ribu:\nmeratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang;\n ribuan\n1.\n (dalam) bilangan ribu:\nkemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dalam tahun-tahun dua ~; \n2.\n beribu-ribu:\n~\n \nmanusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan." "ribu-ribu\nsejenis tumbuhan (paku-pakis), selada, \nLyangodium scandens;\n~ besar = ~ gajah \nsejenis tumbuhan (paku-pakis), \nLyangodium flexuosum;\n~ bukit = ~ duduk \nsejenis tumbuhan (paku-pakis), akar sidin, paku jari merah, \nLyangadium circinnatum; \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nAnisophylla scortechinii." "ribut I\n1.\n = \nangin ~\n angin kencang, badai;\n2.\n keadaan cuaca buruk yang merupakan gabungan unsur seperti angin, tekanan, awan dan kerpasan, yang merangkumi ribut petir, siklon dan tornado;\nhujan ~\n hujan dan ribut;\n \nturun ~\n angin kencang bertiup;\n \n~ angin \nribut dengan angin yang sangat kencang;\n \n~ api \napi kebakaran yang tidak terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom;\n \n~ pasir \nangin kencang di padang pasir yang menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan;\n \n~ petir \nribut yang disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat;\n \n~ salji \nangin kencang yang sangat sejuk dan disertai salji;\n \n~\n \ntenggara \nribut dari arah tenggara;\n \n~\n \ntaufan \nangin ribut;\ntak ada ~ masakan daun bergoyang \n(peribahasa) tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu perkara;\nberibut\n membadai, berkecamuk (angin dan lain-lain):\ntaufan ~." "ribut II\n1.\n banyak yang harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk:\nentah apa yang diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ untuk menangkapi kata-kata itu; \nbuat ~\n buat sibuk, pura-pura sibuk;\n2.\n bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh:\nmereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; \ndi pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; \n3.\n marah-marah, mengamuk:\n~\n, \nkelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya;\nmeribuntukan\n1.\n menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan;\n2.\n menimbulkan huru-hara (gaduh dan lain-lain), merusuhkan;\nkeributan\n1.\n kesibukan, kegiatan (kerja):\n~\n \ndi jalan raya sungguh memeningkan kepala; \n2.\n kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan:\nsoal yang ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda;\nperibut\n pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh." "ricau\nmericau\n \n1.\n berkicau (burung dan lain-lain), menggericau;\n2.\n banyak mulut, cerewet, berleter, berceloteh, mengoceh, meracau;\npericau\n orang yang suka mericau (berleter, berceloteh, dan sebagainya)." "ricetit\n(Kimia) bijih yang mengandungi plumbum dan uranium." "ricih\nmericih\n menghiris, menyayat;\nrincih." "ricis\nmericis\n meracik;\n=\n \nrincis." "ricu\ncampur aduk, kacau, kalut, kusut;\nkericuan\n perihal ricu, kekacauan, kekalutan." "RIDA\nakronim bagi \nRural and Industrial Development Authority\n (Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Kampung)." "ridan\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dibuat papan dan lain-lain), \nNephelium maingayi." "ridap\nmeridap\n [Sabah] (dalam keadaan) tertidur atau terlelap dengan mata terpejam dan tidak sedarkan diri buat seketika kerana penat." "riddah\n[Arab] perbuatan keluar daripada agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat." "Ridhwan\nmalaikat yang menjaga pintu syurga." "riding\n1.\n [sastera lama] sejenis jaring besar (untuk menangkap kijang dan lain-lain);\n2.\n [sastera lama] kayu-kayu kecil (anak-anak kayu) di pinggir-pinggir hutan dan lain-lain:\nmaka diintai oleh Badang dari balik ~." "ridip\nsirip di belakang ikan." "ridwan\n[Arab]\n1.\n rela;\n2.\n berpuas hati." "riel\nunit mata wang Kampuchea." "rigai\n[Minangkabau] tinggi lampai, tinggi kurus, panjang dan ramping." "rigap I\n[Perak] cekap dan pantas (kerja):\n~\n \nseperti lipas kudung." "rigap II, rigat\n[Kelantan] tangkap, igap, igat." "rigi-rigi\n[Minangkabau] gerigi;\nberigi-rigi\n bergigi tajam pada tepinya (seperti gergaji), bergerigi, beringgit-ringgit:\nia mempunyai rahang-rahang yang ~." "rih\n[Arab] angin." "rihal\nrehal." "rijalulghaib\n[Arab] wali Allah yang tidak kelihatan pada mata kasar manusia biasa." "rijil\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] nyata, sungguh:\ndalam renungan, bisa dilukiskan kejadian-kejadian yang ~ dengan tidak merosakkan suasana renungan." "rikaz\n[Arab] bahan galian seperti bijih emas, perak dan minyak:\nzakat ~; \nundang-undang ~\n undang-undang mengenai bahan-bahan galian (seperti minyak dan bijih). \nriket\n (rikt) sejenis penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin D (biasanya dialami semasa bayi dan kanak-kanak) yang mengakibatkan tulang menjadi lembut dan seterusnya bengkok (seperti pada kaki pengkar)." "riketsia\nsejenis mikroorganisma parasit daripada genus \nRickettsia \nyang hidup dalam tisu tungau, sengkenit dan artropod lain, dan boleh menyebabkan penyakit tifus dan sebagainya pada manusia." "rikuh\n[Jawa] malu-malu, canggung, segan-segan." "rim I\nkuantiti kertas yang berjumlah 480 helai (biasanya kertas tulis) atau 500 helai (biasanya kertas cetak)." "rim II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] tali pinggang daripada kulit." "rim III\nbingkai (daripada besi) tempat memasang tayar motokar (basikal dan lain-lain)." "rima I\nbunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir dalam sesuatu rangkap (seperti dalam gurindam)." "rima II\n(Ast) rekahan yang kelihatan di permukaan planet atau satelit." "rimas\n1.\n berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dan lain-lain:\nkebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; \n2.\n tidak senang hati, gelisah hati:\nperkataan itu seolah-olah untuk menyenangkan hatinya sendiri yang berasa ~ bergelap begitu;\nmerimaskan\n menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dan lain-lain), mengganggu (fikiran), merunsingkan:\nia disuruh memakai pakaian yang ~; \nberita buruk yang diterimanya itu ~ kepalanya;\nkerimasan\n perasaan rimas, kegelisahan hati." "rimau I\n[bahasa percakapan] harimau." "rimau II\nrumput ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), keman, \nMimosa pudica; \nsusu ~\n sejenis tumbuhan (kulat), \nPolystictus rhinocerotis." "rimba\nhutan besar (yang belum pernah dibuka manusia);\n \nhutan ~\n berbagai-bagai hutan;\n~\n \ndara \nrimba (hutan) yang masih terpelihara seperti keadaannya yang asli (tidak terganggu oleh kerja-kerja pembangunan dan sebagainya);\n \n~\n \nraya (belantara) \nhutan yang sangat besar;\nmerimba\n menjadi rimba, seperti rimba:\njelatang yang ~ kecil di tepi tubir." "rimbas\n1.\n sejenis alat untuk menarah kayu, penarah kayu, beliung, patil;\n2.\n sejenis alat untuk menyiangi tanaman dan lain-lain, tajak;\nmerimbas\n1.\n menarah kayu dengan rimbas;\n2.\n menyiangi rumput dan lain-lain dengan rimbas." "rimbat\n1.\n kayu panjang pada bibir perahu, kayu palang pada pintu;\n2.\n galah kayu (buluh) panjang yang diikat pada turus (pancang)." "rimbu\n[arkaik] rimba." "rimbuk\n[Kedah], [bahasa percakapan] tamparan, pukulan (yang kuat);\n \nkena ~\n kena tampar (yang kuat);\nmerimbuk\n menampar (dengan kuat)." "rimbun\n1.\n lebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyak:\npokok yang ~; \npokok getah itu ~ semula; \n2.\n lebat (rambut, bulu, dan lain-lain), tebal (rambut, bulu, dan lain-lain);\n \nkepala ~\n berambut banyak;\n3.\n memakai atau mempunyai banyak (alat, pakaian, dan lain-lain):\npakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; \nperahu yang ~ layarnya; \nsuaminya itu tidaklah orang terbuang melainkan ~ rampak dalam kaumnya, ada beradik kakak;\nmerimbun\n1.\n sangat rimbun:\nia pun berjalan menuju rumpun tebu yang ~; \n2.\n menjadi rimbun:\npokok-pokok lainnya tetap juga ~;\nmerimbunkan\n1.\n menjadikan rimbun;\n2.\n menjadikan banyak:\ndia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; \ndidirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya;" "rimbunan\n1.\n pohon-pohonan yang rimbun:\npengganas itu hilang dalam ~ tebal; \n2.\n daun-daun (ranting-ranting) yang banyak:\ncahaya yang indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; \n3.\n lindungan:\nkalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yang dilakukan oleh Basir akan ternampak;\n kerimbunan\n perihal atau keadaan rimbun:\n~ pohon-pohon di situ tentunya menyediakan tempat berteduh yang sangat nyaman." "rimis\n[Minangkabau] wang tembaga yang bernilai setengah sen, peser;\nserimis\n setengah sen, sepeser:\ntidak berharga ~ \ntidak berharga langsung." "rimpai\n[Cina] gimpal." "rimpang\nbatang pokok dalam tanah (yang tumbuh mendatar dan bercabang-cabang, seperti halia, kunyit, dan lain-lain);\n \njari ~\n jari tangan (kaki) yang renggang dan tidak teratur (searah)." "rimpi\npisang dan lain-lain yang dikeringkan (dijemur atau disalai)." "rimping\nperimping\n yang di hujung sekali (orang, barang-barang)." "rimpuh\ntidak ada tenaga lagi, kehabisan tenaga (lelah, letih, penat);\nmerimpuhkan\n menjadikan rimpuh, memenatkan." "rimpung\nterikat kakinya;\nmerimpung\n mengikat kedua-dua belah kakinya." "rimpus\n[Perlis] mengikat keempat-empat kaki binatang (yang akan disembelih);\n= rapus I." "rinai I\n[Minangkabau] renai, renyai (hujan);\n \nhari ~\n hari renyai, hujan rintik-rintik (gerimis, rebas)." "rinai II\n[arkaik];\nmerinai\n menyanyi kecil, bersenandung;\nmerinaikan\n menyanyikan atau melagukan (nyanyi dan lain-lain)." "rinci\nmerinci\n \n1.\n memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil;\n \nsoal yang rumit itu telah dapat dirinci \ntelah dapat dipecahkan;\n2.\n menerangkan (memperkatakan, merancang, dan lain-lain) dengan menyebut bahagian yang kecil-kecil, menerangkan dan lain-lain sampai kepada perkara-perkara yang sekecil-kecilnya, memperincikan:\n~\n \nmasalah negara;\nperincian\n1.\n pembahagian (pemecahan) dalam bahagian yang kecil-kecil, perincisan:\njadual yang menunjukkan ~ perolehan dan perbelanjaan dalam setahun; \n2.\n huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dan lain-lain:\n~\n \nrancangan pembangunan yang diterima oleh kabinet;\nperinci\n orang yang merinci, alat untuk merinci;\n \njawatankuasa ~\n jawatankuasa perancang." "rincih\nkeratan (potongan, sayatan) kecil;\n \n~-rancah \nsegala maklumat (terutamanya yang kecil-kecil) tentang sesuatu:\nsemoga Midah menemukan ~-rancah sejarah nenek moyangmu, selapis demi selapis; \nharga ~\n harga jualan sedikit-sedikit, eceran;\n \nperniagaan ~\n [arkaik] perniagaan kecil (lawan perniagaan secara borongan);\nmerincih\n menghiris (memotong, mengerat, dan lain-lain) kecil-kecil, menyayat, meracik." "rincik\n1.\n keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil;\n \nwang belanja ~\n wang untuk belanja perkara-perkara kecil (yang bermacam-macam);\n \ndaging ~\n daging yang dipotong halus-halus atau yang kecil-kecil;\n2.\n baki, pinjul;\nmerincik\n memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil):\n~\n \npinang." "rincin\nrincih." "rincis\n[arkaik];\nmerincis\n menghiris tipis-tipis, menyayat kecil-kecil, meracik, merajang;\nperincisan\n perihal merincis." "rincu, rincuh\nkacau;\n= rancu, ricu." "rinding I\n[Jawa] sejenis alat bunyi-bunyian, genggong." "rinding II\nmerinding\n seram bulu roma, ngeri;\nmerindingkan\n menyeramkan bulu roma, mengerikan." "rindu I\n1.\n ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang:\nia selalu ~ akan pakaian yang indah-indah; \nterlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda;\n~ akan kampung halaman; \n2.\n = \n~\n \nberahi = ~ dendam = ~ rawan \nperasaan sangat cinta atau berahi pada seseorang:\nsayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; \nmelepaskan ~\n mencurahkan perasaan cinta kasih;\n \nmenanggung ~\n menaruh cinta kasih;\nmerindu\n1.\n menjadi rindu, menanggung rindu:\nseperti orang ~ sahaja lagaknya; \n2.\n bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu;\nmerindui\n mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu dan sebagainya, yang sentiasa berada dalam ingatan, kenangan dan sebagainya:\norang tua itu ~ anak cucunya; \nsaat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yang tidak akan kutemui lagi di dunia ini; \nyang pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; \nrindu-merindui\n saling berasa rindu:\ntentunya mereka ~ ketika berjauhan; \nmerindukan\n1.\n membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu:\nnyanyian yang merawankan dan ~ hati; \n2.\n menaruh rindu akan:\nseperti pungguk ~ bulan;" "rindu II\nperindu\n \nbuluh ~ \na) sejenis tumbuhan (buluh), \nBambusa magica; \nb) sejenis seruling." "rindu III\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok besar), \nMillettia albiflora." "rinduan\n1.\n sesuatu yang dirindukan;\n 2.\n orang yang dirindukan, kekasih:\ngadis tunggal ~nya dirampas orang;\nkerinduan\n perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dan lain-lain):\n~\n \ntidak akan ada lagi apabila mata bertentangan;\nperindu\n orang yang menanggung rindu." "ring I\nbunyi seperti bunyi loceng (riang-riang dan lain-lain);\n= dering I." "ring II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] cincin, gelang-gelang;\n \ngelang ~\n [Indonesia] gelang tangan yang agak tebal." "ringan\n1.\n tidak berat, enteng:\nkayu ~; \nbungkusan yang ~ diangkat dengan sebelah tangan; \n2.\n senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dan lain-lain), mudah:\npekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yang ~; \n3.\n tidak mendalam (kandungannya dan sebagainya), tidak menimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpada pembaca, pelajar, dan sebagainya):\nakhbar dan majalah yang popular sering memuatkan cerpen-cerpen yang bersifat ~; \nbahan-bahan bacaan ~; \n4.\n tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dan lain-lain):\nsikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~; \ndikenakan cukai yang ~; \nkesalahan ~\n kesalahan yang kecil sahaja;\n \nperbualan ~\n perbualan mengenai perkara-perkara remeh;\n \nnajis ~\n najis yang memadai disucikan dengan hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yang meminum susu ibunya sahaja);\n5.\n tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (penyakit dan lain-lain), tidak berat:\nakibat daripada pertempuran itu, beberapa orang mendapat luka ~; \n6.\n tidak memabukkan (minuman, tembakau, dan lain-lain):\nmereka menyajikan minuman ~; \n7.\n ringkas dan tidak mengenyangkan (berkenaan (dengan) makanan), hidangan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (berkenaan (dengan) jamuan):\njamuan ~; \n8.\n mudah, ringkas (pakaian):\nia berpakaian ~; \n9.\n perlahan, rendah (suara dan lain-lain):\nkalimat itu diikuti oleh keluhan ~; \nia melenggang ~ menuju ke daun pintu; \n10.\n kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan):\nkadang-kadang rintik-rintik hujan yang berpanjangan itu turun dengan kasarnya, kadang-kadang ~ pula; \n11.\n cepat mengeluarkan buah (tanaman):\npadi ~; \npisang ~;\n~ kaki \nsuka berkunjung (melawat dan lain-lain);\n \n~\n \nkepala \nmudah memahami (mengerti) ajaran;\n \n~\n \nmulut (lidah) \na) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap;\n b) suka cerewet (banyak mulut);\n \n~\n \ntangan \na) suka menolong, cepat berbuat sesuatu;\n b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri;\n \n~ tulang \nrajin bekerja, tangkas;\n \n~\n \nsama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing \n(peribahasa) bersama-sama dalam suka dan duka atau sama-sama mengerjakan sesuatu;\n \n~\n \ntulang berat perut \n(peribahasa) siapa yang rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki;\nberingan-ringan\n [sastera lama] meringankan;\nmeringani\n [Minangkabau];\n~\n \ndatang \ndengan suka hati datang, sudi datang;\nmeringankan\n1.\n menjadikan ringan, mengentengkan, memudahkan:\n~\n \nbebanan; \ndalam usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya keaslian penulisannya dikekalkan; \n2.\n = \nmeringan-ringankan\n menganggap ringan (mudah dan lain-lain):\nia sangat ~ agamanya; \nia sengaja meringan-ringankan hukum; \npenyakit yang berjangkit tidak boleh diringan-ringankan; \nsembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; \n3.\n [kiasan] mengurangkan (hukuman):\nmerayu supaya hukuman mati itu diringankan kepada penjara seumur hidup sahaja;\n~ kaki \nsudi datang;\nmemperingan\n menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dan lain-lain):\njangan engkau peringan ibadatmu kepada Allah;\nkeringanan\n1.\n perihal ringan:\nia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; \n2.\n terlampau ringan;\nperinganan\n perihal meringankan." "ringga\n= rengga." "ringgi\nemping daripada padi yang masih lembut isinya;\nberinggi, meringgi\n [Kedah] buah padi yang sedang berisi (masih lembut isinya)." "ringgin\nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nCorex cryptostachys." "ringgis\n= ranggas." "ringgit I\n1.\n mata wang yang bernilai 100 sen:\nwang ~; \nR~ Malaysia \n(dengan simbol RM) unit mata wang Malaysia, misalnya \nRM20.00 \ndan\n RM320.00; \n2.\n [Indonesia] mata wang atau wang daripada perak yang bernilai 2.5 rupiah, digunakan pada zaman penjajahan Belanda;\nberinggit-ringgit\n beberapa ringgit, banyak ringgit." "ringgit II\ngerigi atau rigi-rigi (pada tepi roda pemetik api dan lain-lain);\nberinggit, beringgit-ringgit\n bergerigi, berigi-rigi;\nmeringgiti\n membuat ringgit-ringgit (pada besi dan lain-lain);\nbesi baik diringgiti \n(peribahasa) perihal sesuatu yang sudah baik dibaiki lagi." "ringih\nmeringih\n meringkik." "ringin\nsapu-sapu ~\n [sastera lama] sejenis permainan anak-anak." "ringis\nmeringis\n \n1.\n menyeringai, mengernyih:\nia ~ memandang kepadaku; \n2.\n geronyot mukanya (kerana kesakitan dan lain-lain);\n3.\n bermuka masam (kerana kecewa dan lain-lain)." "ringkai I\nkering benar (daun dan lain-lain);\n \n~\n \nringan \nkering serta ringan;\nmeringkai\n menjadi kering benar;\nmeringkaikan\n mengeringkan." "ringkai II\n(pokok) ~ jernang \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), kiru, pisang-pisang bukit, \nMitrephora reticulata." "ringkas\n1.\n tidak banyak mengambil tempat (kecil):\nlipat baju itu supaya ~; \n2.\n tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dan lain-lain):\nlaporan yang ~; \npenerangan ~ diberikan kepada semua pegawai; \njalan ~\n jalan yang singkat;\n \nhuruf ~ \nkependekan (singkatan);\n \n~nya \npendeknya;\n \n~\n \ntegas = tegas ~\n pendek dan padat (keterangan dan lain-lain);\n3.\n tidak banyak olahnya (bicaranya dan sebagainya), tidak cerewet:\norangnya ~ dan mudah diajak berunding;\nmeringkaskan\n1.\n menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya tidak mengambil tempat:\nbenda itu diringkaskan supaya masuk ke dalam beg; \n2.\n memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dan lain-lain), mengikhtisarkan:\n~\n \nkarangan;\n~ pembicaraan;" "ringkasan\n1.\n ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dan lain-lain);\n2.\n kependekan;\nkeringkasan\n perihal, keadaan atau sifat ringkas:\npentingnya bahan ini terletak pada kepelbagaian dan ~nya;\nperingkasan\n perihal meringkaskan:\nkerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil." "ringkat\n[Brunei] mangkuk tingkat, mangkuk tepen, siya." "ringkik\nbunyi kuda yang bunyinya kuat, langsing dan panjang, biasanya apabila dalam keadaan ketakutan atau teruja;\nmeringkik\n berbunyi ringkik (kuda dan lain-lain):\nseekor kuda ~ diiringi uakan beberapa ekor lembu;\nringkikan\n bunyi kuda meringkik, ringkik:\nbeliau berangkat sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau terdengar bunyi ~ kuda." "ringking\nmeringking\n \n1.\n mendengking, menyalak;\n2.\n menengking, memekik." "ringkuk\nmeringkuk\n \n1.\n duduk (tidur dan lain-lain) meromok:\nanaknya tidur ~ di atas lantai; \n2.\n mendekam (dalam penjara), terkurung, terpenjara:\nsetidak-tidaknya pembunuh itu akan ~ sepuluh tahun dalam penjara;" "ringkukan\ndalam ~\n dalam tahanan (penjara)." "ringkus\n[Jakarta];\nmeringkus\n1.\n mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki binatang yang hendak disembelih;\n2.\n [bahasa percakapan] menangkap, menahan, membekuk (penjahat dan lain-lain):\ntugas polis ialah memelihara keamanan, ~ penjahat, menangkap pencuri; \n3.\n [kiasan] memakai (mencuri) barang yang diamanahkan, menggelapkan." "ringsek\n[Jakarta] rosak dan kemik." "ringsing\n[arkaik];\nmeringsing\n berkerut-kerut:\numur sudah lewat dan kulit pun mulai ~." "rini\n[Indonesia] setengah sen, peser, cepeng." "rinitis\n(Perubatan) radang pada membran mukus hidung." "rinjing\n[Jawa] sejenis bakul." "rinologi\ncabang perubatan yang berkaitan dengan hidung serta penyakit-penyakitnya." "rinoplasti\n(Perubatan) pembentukan semula hidung, sama ada untuk membaik pulih kecacatan atau untuk tujuan kecantikan secara pembedahan plastik." "rinorea\n(Perubatan) lelehan mukus cair dari hidung." "rinoskop\n(Perubatan) alat untuk memeriksa struktur dalaman hidung." "rinoskopi\npemeriksaan bahagian dalaman hidung untuk mengesan penyakit dan sebagainya dengan menggunakan rinoskop." "rinovirus\n(Biologi) kumpulan virus yang mengakibatkan selesema dan beberapa penyakit saluran pernafasan." "rintang I\nmerintang\n terletak melintang:\nbatang kelapa ~ di jalan itu;\nmerintangi\n1.\n menggalang:\nSungai Kelantan yang dirintangi beting-beting; \nada sebatang batang pinang yang ~ parit itu digunakan sebagai titi; \n2.\n menghalang-halangi, menyukarkan (perjalanan dan lain-lain):\nbeberapa faktor sosial yang ~ kemajuan kaum tani kita; \n3.\n mengacau, mengganggu, mengusik:\nusaha-usahanya digagalkan oleh pemerintah kolonial, segala kerjanya dirintangi;\nmerintangkan\n meletakkan merintang, merintangi sesuatu dengan:\npolis ~ sekatan-sekatan di jalan;\nterintang\n terhalang, terganggu;\nrintangan\n sesuatu yang merintangi, halangan, gangguan:\ntiadanya pendidikan yang mustahak ini akan menjadi ~ besar untuk kanak-kanak melanjuntukan pelajaran;\nperintang\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk merintangi;\n2.\n orang yang merintangi." "rintang II\n1.\n sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan sesuatu):\nsekalian orang telah ~ dengan pekerjaan masing-masing; \n2.\n sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dan lain-lain):\n~\n \nmain;\n~ madat;\nmerintang, merintang-rintang\n berbuat sesuatu untuk menyenangkan hati (menghilangkan susah, menghabiskan waktu, dan lain-lain):\nmujur ada pekerjaan penting yang ~ dia daripada fikiran kacau itu; \ndengan bekerja berat, kesusahan dalam rumah dapat jua dirintang-rintang;\n~ anak \nmenghiburkan anak supaya jangan menangis dan lain-lain;\n \n~(-rintang) fikiran \nmenghilangkan rasa susah (dengan mengalih fikirannya kepada perkara lain seperti bekerja, bermain, dan lain-lain);\n \n~(-rintang) hati \nmenghiburkan hati;\n \n~(-rintang) lelah (payah, penat) \nmenghilangkan lelah (dengan berbuat sesuatu);\n \n~ (-rintang) mata \nmenjamu mata (dengan melihat benda yang indah-indah dan lain-lain);\n \n~(-rintang) waktu \nmengisi waktu lapang dengan berbuat sesuatu;\nperintang, perintang-rintang\n sesuatu yang dilakukan bagi merintang-rintang (hati, fikiran, dan lain-lain):\nmari kita menyanyi untuk ~;\n~ fikiran;\n~ hati;\n~ waktu (masa)." "rintas\nmerintas\n melintas, memintas." "rintih I\n= rintihan\n1.\n suara mengerang (kerana kesakitan dan lain-lain), keluhan, keluh-kesah:\nkedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; \n2.\n kesedihan yang dilahirkan dengan kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan:\nrintihan anggota kesatuan itu terhadap" "rintih II\n[Kedah];\nmerintih\n memotong daun kelapa dengan menggunakan pisau, parang, dan lain-lain supaya daun terpisah daripada pelepah:\n~ daun kelapa." "rintik\n1.\n titik-titik pada dasar yang lain warnanya, bintik, korek:\n~\n\u2013\n~\n \nputih pada kulit; \nanak singa mempunyai belang serta ~-~ yang samar; \nkuda ~\n kuda yang bulunya ada rintik-rintik;\n2.\n titik (percik air dan lain-lain), titis:\n~\n \nembun;\n~ hujan; \nhujan ~(-~) \nhujan renyai, gerimis;\n \nbapa borek anak ~ \n(peribahasa) anak itu mengikuti kelakuan dan lain-lain orang tuanya;\nberintik, berintik-rintik\n berbelang kecil-kecil, berbintik-bintik, kurik:\nkain tapak biru ~ hijau; \nmerintik-rintik\n bertitik-titik, menitis:\nembun mulai ~; \npeluh ~ di keningnya; \nair hujan masih juga ~." "rinting\nsejenis tumbuhan (palma), kerinting, \nPtychoraphis singaporensis." "rintis\n= rintisan\n jalan kecil dalam hutan (yang baru sahaja dibuat);\nmerintis\n1.\n menerangi hutan (dengan menebangi kayu-kayuan dan lain-lain) untuk membuat jalan:\nmereka dengan segera mengukur, ~, dan menebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; \n2.\n mem" "rinyai\n[Minangkabau] renai, renyai." "ripai\n[Perak] wang yang diturunkan secara berdikit-dikit oleh beberapa orang untuk membeli sesuatu benda yang mahal, wang pakatan;\nmeripai\n (berpakat) mengumpulkan wang berdikit-dikit untuk membeli sesuatu benda yang mahal." "riparian\n(Undang-undang)\n1.\n berkaitan dengan hak pemilik tanah yang sah di sisi undang-undang ke atas kawasan tebing sungai, misalnya hak untuk menangkap ikan dan sebagainya:\nhak-hak ~; \n2.\n orang yang tanahnya terletak di tebing sungai." "ripau\n[Brunei] hampas sagu, tahi sagu." "riping\n[Kelantan] sepet." "ripit\n[Minangkabau] kerepek pisang (keladi)." "ripu, ripuh\n[Jakarta]\n1.\n mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang, dan lain-lain);\n2.\n banyak kerja, sibuk, repot;\n3.\n kacau-bilau, tidak keruan, ribut." "ripuk\npatah, pecah-pecah (remuk), rosak;\n \nruntuh ~\n hancur sama sekali." "riri\n[kata seru] untuk memanggil itik." "ririt\n[Minangkabau] [arkaik] deret, leret." "risa\n1.\n sejenis bincul pada kulit (seperti kutil atau jerawat);\n2.\n belulang (kulit yang keras) pada tapak tangan dan lain-lain." "risak\n[arkaik];\nmerisak\n mengacau, mengganggu, mengusik." "risalah\n[Arab]\n1.\n surat edaran (siaran):\nsiaran itu dikeluarkan dengan rasmi melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yang ditaburkan; \n2.\n karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara:\ndiusahakan buku-buku kecil atau ~-~ pengenalan tentang PBB;\n~ ujian \n[Indonesia] karangan untuk peperiksaan, disertasi;\n3.\n [sastera lama] yang diutuskan (surat, utusan, dan lain-lain), yang dikirimkan;\n \nmenyebarkan (menyampaikan) ~ \nmenyebarkan (menyampaikan) seruan agama (rasul-rasul);\nrisau I\n jahat perangai (suka berbuat honar dan lain-lain);\n \norang ~\n orang yang jahat;\nmerisau\n hidup tanpa aturan, hidup liar, berkeliaran, bertualang:\niaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu;\nperisau\n orang risau, orang jahat (buruk perangai atau kelakuannya)." "risau II\n1.\n = \n~\n \nhati \nrusuh hati, cemas, gelisah:\njangan ~ dan bimbang; \njangan-jangan mereka ~ saya lambat balik ni; \n2.\n huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh:\npembangunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau;\nmerisaukan\n1.\n mengacau (keamanan, ketenangan, dan lain-lain), mengganggu (ketenteraman);\n2.\n menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran):\nbeberapa kejadian yang ~ hati; \nia semakin ~ orang-orang yang mendengar kata-katanya; \n3.\n berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu:\napa yang dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; \ndia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan;" "risauan\nsesuatu yang merisaukan, gangguan (keamanan dan lain-lain);\nkerisauan\n perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan, kegelisahan:\nperkara yang mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita;\nperisau\n1.\n orang yang selalu risau, pencemas, perusuh;\n2.\n pengacau, pengganggu (keamanan dan lain-lain)." "RISDA\nakronim bagi \nRubber Industry Small Holders Development Authority \n(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)." "risi\n[Jakarta]\n1.\n berasa geli (tidak senang);\n2.\n [kiasan] berasa tersinggung (perasaannya)." "risik I\nmerisik\n meraba-raba atau mencari-cari sesuatu:\ndalam gelap itu, ia ~ suis lampu." "risik II\n= risikan\n1.\n usaha (dengan diam-diam) untuk mengetahui sesuatu, penyiasatan yang dilakukan dengan sembunyi-sembunyi, pengusutan:\n~-~\n \ndamai telah dibuat melalui Bangkok; \ndaripada ~ yang dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar daripada yang dijangka semula;" "risik III\n1.\n gerisik;\n2.\n bisik:\nada pula ~-~ yang mengatakan ia sudah berkahwin semula;\nberisik\n berbisik-bisik;\nmerisikkan\n1.\n menggerakkan (daun dan lain-lain) hingga menggerisik;\n2.\n membisikkan (memberitahukan dengan berbisik-bisik):\nkononnya ketua-ketua tentera itu merisik-risikkan hendak perempuan muda." "risik IV\nberisik\n bising, riuh;\n= berisik." "risiko\n1.\n kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian:\nseorang sahaja yang menanggung ~ perniagaan ini; \nmengambil ~\n melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya;\n 2.\n akibat atau hasil yang kurang menyenangkan (daripada sesuatu tindakan dan lain-lain), padah:\nmogok itu senang tetapi ~nya besar;\nberisiko\n mempunyai (menghadapi) risiko (berkenaan (dengan) perniagaan, pelaburan, dan lain-lain)." "risoto\n(ERT) sejenis masakan Itali daripada nasi yang dimasak dengan bahan-bahan seperti daging, ikan dan tomato." "ritau\nricau, racau." "riti\n[Kelantan];\nrata-~ \nke mana-mana;\n= rata I." "ritma\n1.\n urutan proses semula jadi yang berulang dalam sela masa yang tetap:\nkiraan ~ dapat membantu jika pusingan haid anda tetap, namun kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan haid yang tidak dapat diduga;\n \n~ denyutan jantung;\n2.\n [Indonesia-Belanda] irama:\nsalah satu hasilnya ialah ~ drama yang teratur dan agak halus; \nmanakala ~ pula merupakan alunan yang teratur dan berulang-ulang sehingga menghasilkan kepuitisan puisi itu;\nberitma\n berirama:\ngerak-geri yang ~." "ritual\n1.\n tatacara dalam upacara keagamaan, adat, dan sebagainya;\n2.\n berkenaan tatacara dalam upacara keagamaan, adat, dan sebagainya." "ritualisme\namalan menggunakan ritual dalam majlis keagamaan dan sebagainya." "ritul\n[Indonesia] pemindahan (pegawai dan lain-lain) kerana tidak sesuai dengan tugas dan lain-lain." "ritus\n[Indonesia-Belanda] upacara agama." "riu\n= riu-riu\n sejenis ikan darat, \nLaides hexanema." "riuh I\nbising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain):\nsuara di dapur orang sebelah masih ~; \nmulut ~\n [bahasa percakapan] bercakap banyak (kuat), suka bercakap;\n \n~-rendah \nsangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk;\nmeriuhkan\n menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan:\nsuara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana;\nkeriuhan\n perihal riuh, kebisingan, kegemparan:\norang dapat merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah; \ntiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja." "riuh II\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), berombong, kurau, merombong, tulang, \nTimonius penducularis." "riuk\nterpulas, tergeliat, terpelecok, terpelekok:\ncapik ~; \npatah ~." "riung\nsejenis tumbuhan (rumput), buluh terberau, tebu salah, \nSaccharum arundinaceum; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), rumput perimping (tempayang), \nThemeda villosa." "rivet\n(Kejuruteraan) pasak (paku) untuk menyambung dua keping logam (bahagian yang tidak berkepala dimasukkan melalui lubang dalam kepingan-kepingan itu dan kemudian diketuk);\nmerivet\n menyambungkan kepingan-kepingan logam dan lain-lain dengan menggunakan rivet." "riwayat\n[Arab]\n1.\n cerita (berita, kisah) yang turun-temurun:\npada suatu ~, orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; \n2.\n keterangan atau berita tentang perbuatan (perkataan dan lain-lain) Nabi yang disampaikan oleh isterinya (sahabat-sahabatnya dan lain-lain) sebagai satu nas:\nmendahulukan yang kanan daripada yang kiri tidak diwajibkan dalam mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; \ndisunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ daripada Aishah; \n3.\n sejarah (kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku), tambo:\nbuku ~ perjuangan Nabi; \n4.\n = \n~\n \nhidup \nketerangan (huraian, penjelasan) segala sesuatu yang telah dialami oleh seseorang, biografi;\n \nmenamatkan (menghabiskan) ~nya \na) menghabiskan kisahnya (sejarahnya);\n b) [bahasa percakapan] membunuh atau membinasakan;\n5.\n [Indonesia] (dalam agama Kristian) khutbah;\nberiwayat\n1.\n bercerita, berkisah;\n2.\n mengandungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dan lain-lain yang harus diingat dan lain-lain);\n \nhari ~\n hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi);\n3.\n [Indonesia] (dalam agama Kristian) berkhutbah;\nmeriwayatkan\n1.\n menceritakan, mengisahkan:\ndengan novel, diertikan karangan panjang yang ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dalam masyarakat; \n2.\n memberitahukan, menerangkan, menyampaikan:\nhadis yang diriwayatkan oleh Muslim;\nperiwayat\n1.\n orang yang meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita;\n2.\n orang yang meriwayatkan hadis;\nperiwayatan\n perbuatan (proses) menghuraikan riwayat hidup seseorang:\n~ hidup Raja Kecil." "riyak\n(sifat atau sikap) suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau sesuatu kebaikan dengan tujuan mendapat pujian atau sanjungan daripada orang lain, bukan kerana Allah;\nmeriyakkan\n menjadikan riyak." "riyal\nunit mata wang utama Arab Saudi, Qatar dan Yaman." "rizab\nsesuatu yang diperuntukkan atau disimpan khas bagi sesuatu tujuan tertentu pada masa yang akan datang, simpanan;\n \nhutan ~\n hutan simpanan (yang dikawal);\n \ntanah (kawasan) ~\n tanah simpanan (yang dikhaskan) untuk satu-satu tujuan (golongan) yang tertentu;\n~\n \nkerbau lembu \nkawasan yang ditentukan oleh kerajaan hanya untuk ternakan kerbau lembu;\n \n~\n \nMelayu \nkawasan khas untuk orang Melayu;\nmerizabkan\n memasukkan ke dalam bahagian simpanan, mengkhususkan (tanah dan lain-lain) untuk sesuatu tujuan:\nkerajaan telah ~ sekeping tanah seluas 200 hektar untuk ternakan kerbau lembu; \nkawasan ini telah dirizabkan untuk orang Melayu;\nperizaban\n perbuatan merizabkan sesuatu." "rizoid\n(Biologi) struktur seperti akar yang terdapat pada kulat, lumut, lumut hati, liken dan paku-pakis, yang berfungsi membantu tumbuhan tersebut untuk melekap pada sesuatu permukaan." "rizom\n(Biologi) batang tumbuhan, seperti kunyit dan halia, yang tumbuh mendatar dalam tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan." "rizosfera\n(Pertanian) kawasan di dalam tanah yang mengelilingi akar tumbuhan, yang keadaannya dipengaruhi oleh rembesan akar tersebut." "RK\n[Indonesia] [kependekan]\n1.\n Roman Katolik;\n2.\n Rukun Kampung." "RM\n[kependekan] Ringgit Malaysia." "RMIK\n[kependekan] Radio Malaysia Ibu Kota." "RMKL\n[kependekan] Radio Malaysia Kuala Lumpur." "RMS\n[Indonesia] [kependekan] Republik Maluku Selatan." "Rn\nsimbol kimia bagi radon." "RNA\n(Biologi) [kependekan] \nribonucleic acid \n(asid ribonukleik, iaitu sejenis asid nukleik yang terdapat dalam semua sel organisma hidup, yang memainkan peranan penting dalam sintesis protein dan juga merupakan bahan genetik)." "ro\nhuruf ke-17 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol P, \u03c1." "roba\npancaroba." "robah\nmerobah\n mengubah;\n= ubah I." "robak\n~-rabik \nkoyak-koyak, sangat robek (tikar, permaidani, dan lain-lain)." "robat\n~\n\u2013\nrabit \nrobak-rabik;\n= rabit." "robek\nkoyak, cabik (pakaian, layar, dan lain-lain), sobek:\nbajunya ~ di bahu; \ndijahit layar mana yang ~;\nmerobek\n1.\n mengoyakkan;\n \n~\n \njantung (hati) \nmenyayat hati, melukai hati;\n2.\n [kiasan] memecah masuk ke dalam, membolosi, menembusi:\nmereka lebih pintar menggerakkan bola dan ~ gawang kami;\n merobek-robek\n merobek (mengoyakkan) berulang kali, mengoyak-ngoyakkan, mencabik-cabik:\nkerana terlalu marah, habis sehelai kain dirobek-robeknya dengan sebilah pisau yang ada di tangannya;\nmerobekkan\n mengoyakkan." "roboh\n1.\n jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dan lain-lain), runtuh:\nrumah-rumah yang tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; \n2.\n tumbang, rebah (pokok dan lain-lain);\n3.\n [kiasan] jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] luntur (iman, pendirian, keyakinan, dan lain-lain), berkurang;\nmerobohkan\n1.\n meruntuhkan (rumah, tembok, dan lain-lain);\n2.\n menumbangkan, merebahkan (pokok dan lain-lain);\n3.\n menjatuhkan (pemerintahan, kekuasaan, dan lain-lain);\n4.\n membinasakan, melunturkan (iman, pendirian, harapan, dan lain-lain);\nrobohan\n sisa-sisa rumah (bangunan dan lain-lain) yang runtuh, runtuhan:\nmadrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yang lama;\n kerobohan\n perihal atau keadaan roboh, keruntuhan:\nberita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dengan rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid;\nperobohan\n perihal atau perbuatan merobohkan." "robok I\n[arkaik];\nmerobok\n membual-bual dan berbunyi (botol kosong dibenamkan dalam air)." "robok II\nmerobok\n makan di dalam sahaja di luar tidak nampak (penyakit dan lain-lain)." "robot I\n[Jakarta];\nmerobot\n berbunyi berdetus (seperti senapang, mercun, dan lain-lain)." "robot II\n1.\n mesin automatik yang diprogramkan untuk bergerak dan melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia;\n2.\n [kiasan] orang yang melakukan sesuatu tanpa fikiran dan perasaan bagaikan sebuah mesin;\nmerobotkan\n menjadikan berfungsi (bekerja dan sebagainya) seperti robot:\napakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia?" "robotik\nbidang sains yang berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, penggunaan dan sebagainya robot." "rocah\nkotor, tidak bersih." "rocet\n(Sunda) kacau, tidak keruan." "rock\n= rok." "rocoh\nmerocoh\n menjolok (dengan galah, tongkat, dan lain-lain)." "rod I\nukuran panjang yang bersamaan dengan 161/2 kaki atau 51/2 ela atau 5.03 meter, pol." "rod II\nbatang (kayu dan lain-lain) yang lurus bulat." "roda\nbenda yang bulat (biasanya berjari-jari):\n~\n \nbasikal;\n~ kereta lembu;\n~ angin = ~ dua \n[Indonesia], basikal;\n \n~\n \n(ber)gigi \nroda yang bergerigi;\n \n~\n \ncanai \nroda untuk mencanai (mengasah) sesuatu;\n \n~\n \ngendeng \n[Indonesia], [bahasa percakapan] roda yang menggerakkan mesin;\n \n~\n \nkapal \nbaling-baling kapal;\n \n~\n \npandu \nroda (alat) untuk memandu (kereta dan lain-lain);\n \n~\n \npenghidupan \npertukaran keadaan (nasib dan lain-lain) dalam kehidupan;\n \n~\n \ntangan \nroda yang digerakkan dengan tangan;\n \n~\n \ntiga \na) basikal beroda tiga;\n b) beca;\n \nuntung sebagai ~ pedati \n(peribahasa) nasib manusia berubah-ubah (yang miskin menjadi kaya, yang kaya menjadi miskin);\nberoda\n memakai roda, ada rodanya." "rodak\nmerodak\n berbunyi seperti tikus dalam peti, menggerodak." "rodan\n[sastera lama] terlalu (sangat) sakit." "rodat\nsejenis tarian yang ditarikan oleh lelaki dan perempuan yang nyanyiannya (Arab) diiringi dengan rebana." "rodek\n[Kedah] menjolok (merodok) sesuatu dengan menggunakan kayu yang panjang." "rodensia\n(Biologi) binatang mamalia kecil, seperti tikus, arnab dan tupai, yang mempunyai gigi depan yang tajam dan kuat untuk mengunggis makanan dan sebagainya." "rodeo\npertandingan atau pertunjukan kemahiran menunggang kuda liar, menali lembu dan sebagainya." "rodi\n1.\n perintah;\n2.\n kerja wajib (mengusahakan tanah, membuat jalan, dan lain-lain) dengan tidak mendapat upah;\n \norang ~\n orang yang diwajibkan mengerjakan rodi;\n \npekerjaan ~\n pekerjaan yang wajib dilakukan (dengan tidak mendapat upah);\nberodi\n melakukan rodi;\n \norang ~\n orang rodi;\n= ordi." "rodium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang digunakan untuk membuat aloi, barang kemas, dan lain-lain." "rodok I\nmerodok\n \n1.\n mencucuk (menikam) ke depan atau ke atas, menusuk:\ndirodoknya habis serata kandang-kandang babi dan rumah-rumah dengan tongkat besi; \n2.\n [bahasa kasar] bersetubuh." "rodok II\nmerodok\n \n1.\n [Minangkabau] berlari dengan leher terjulur (seperti angsa menyudu);\n2.\n melakukan sesuatu dengan tidak berfikir panjang, membabi buta." "rodong I\n1.\n erat (persahabatan dan lain-lain), karib;\n \nsahabat ~\na) sahabat baik;\n b) kawan dalam perjalanan;\n2.\n [Pahang] teman hidup (suami, isteri);\n3.\n [Pahang] kawan, rakan;\nmerodongkan\n bertemu dengan tiba-tiba, terserempak dengan;\nmerodong; \nmengeratkan (persahabatan dan lain-lain)." "rodong II\n[arkaik];\nmerodong\n1.\n mengembara;\n2.\n menarung, melanggar (batu dan lain-lain), merempuh (hutan, duri, dan lain-lain), berjalan membabi buta." "rodopsin\n(Biologi) pigmen mata vertebrat yang peka terhadap cahaya merah, yang diperlukan untuk pelihatan dalam cahaya malap." "roentgenografi\nradiografi." "rogo\nrogoh." "rogoh\nmerogoh\n \n1.\n menyelukkan tangan ke dalam saku dan lain-lain untuk mengambil sesuatu:\nia ~ sakunya untuk mengambil wang pembayaran beca itu; \n2.\n mengeluarkan sesuatu dengan memasukkan tangan ke dalam saku dan lain-lain:\n~\n \nrokok dari kantungnya; \n3.\n menyeluk poket, mencopet." "rogok\n[Jakarta];\nmerogok\n merodok, menjolok." "rogol\nperbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan:\nberlakulah perkara-perkara sumbang seperti ~ dan zina;\n merogol\n memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan:\nkesalahan seperti menipu, ~, dan sebagainya adalah menjadi kesalahan jenayah;\nperogolan\n perbuatan merogol:\nakibatnya berlakulah kejadian dahsyat seperti membunuh dan ~;\nperogol\n orang yang merogol;\n \n~ bersiri \norang yang merogol beberapa orang perempuan, seorang demi seorang dalam kejadian yang berurutan." "roh\n[Arab]\n1.\n yang dihembuskan Allah SWT ke dalam badan manusia dan hiduplah ia:\nsemua mendoakan ~nya dirahmati Allah;\n~\n \nal-Kudus \ngelaran yang diberikan kepada malaikat Jibrail;\n2.\n [kiasan] semangat, jiwa:\nhukum yang benar-benar tepat dan sesuai dengan ~ Islam." "rohani\n[Arab]\n1.\n roh;\n2.\n berkenaan dengan roh, rohaniah:\nfalsafah kebendaan yang tidak mengakui ketuhanan, ~, dan perkara-perkara yang lain daripada kebendaan; \n3.\n batin, yang berkaitan dengan jiwa, lawan jasmani:\napakah sebenarnya yang hendak dikejar, kepuasan ~ atau kepuasan jasmani?\nkerohanian\n perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah:\nkebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian." "rohaniah\n[Arab]\n1.\n berkenaan dengan roh, rohani:\nsecara ~, manusia itu bebas; \n2.\n kerohanian:\nnilai-nilai hidup ~." "rohaniwan\n[Indonesia] (Roman Katolik) orang yang telah membuang atau meninggalkan kebendaan (paderi dan lain-lain)." "rohmat\n[arkaik] rahmat." "rohok\n[Kelantan], [Terrenganu];\nborohok\n bekerja kuat, bersusah payah." "roi\n[Indonesia] ;\n \ngaris ~\n garis sempadan jalan, sempadan tempat boleh atau tidak boleh didirikan rumah dan lain-lain di atas sebidang tanah." "rojak I\n1.\n sejenis makanan daripada buah-buahan mentah dan sayur-sayuran campur yang berkuah:\n~\n \nmanis;\n~ ulek; \n2\n. [bahasa percakapan] sesuatu yang bercampur aduk\n: eh, ini majalah ~!" "rojak II\nmerojak\n menumbuk (sirih);\nperojak; \n~\n \nsirih \npenumbuk sirih, gobek." "rojoh\n[Kedah] jolok." "rojol\nmerojol\n menyembul, menonjol keluar (daripada jendela, lubang, dan lain-lain)." "rok I\nmuzik yang mempunyai rentak yang kuat (selalunya dimainkan dan dinyanyikan oleh sekumpulan pemuzik, diiringi dengan gitar elektrik dan dram)." "rok II\n[Indonesia-Belanda] sejenis baju perempuan (cara Barat), gaun." "rok III\n[Kelantan], [Terrenganu] belukar." "rok IV\n[Kelantan], [Terrenganu] larat, upaya:\n barang itu terlalu berat, aku tak ~ memikulnya." "roket\n1.\n sejenis pesawat berbentuk silinder yang dilancarkan dengan ledakan;\n2.\n sejenis senjata (peluru) yang dilancarkan dengan ledakan." "roki\n[Indonesia-Belanda] sejenis baju laki-laki cara Eropah." "rokok I\ntembakau yang digulung dalam daun nipah (kertas dan lain-lain):\nmenghisap ~;\n~\n \ndaun = ~ nipah = ~ pucuk \nrokok yang pembalutnya daripada pucuk enau;\n \n~\n \nkeretek \n[Indonesia] rokok yang tembakaunya dibubuh cengkih;\n \ndaun ~\n pucuk nipah yang dikeringkan untuk pembalut rokok;\n \nduit (wang) ~\n duit sirih, pemberian, upah;\nmerokok\n menghisap rokok:\nia seorang yang tidak ~ dan tidak minum minuman keras;\nperokok\n (orang yang) banyak atau kuat menghisap rokok." "rokok II\nsejenis ikan laut, \nPomadasys maculatus." "rol I\n[Indonesia-Belanda] tugas tertentu (dalam kerja, lakonan, dan lain-lain), peranan:\nmemegang ~ utama." "rol II\n1.\n gulung:\nsatu ~ filem; \n2.\n [Indonesia-Belanda] kayu (besi dan lain-lain) yang berbentuk bulat panjang untuk menggiling (menindih, menggaris, dan lain-lain)." "rolet\nsejenis permainan judi yang menggunakan sebiji bola kecil yang diputarkan di atas roda mendatar yang bergerak dan mempunyai beberapa lubang bernombor." "Rom\n1.\n = \nnegeri ~\n [sastera lama] Byzantium (Istanbul), Turki;\n2.\n ibu negeri Itali." "roma\n= \nbulu ~\n bulu-bulu yang halus pada badan;\n \nliang (lubang) ~\n lubang seni pada kulit;\n \ntegak (berdiri) bulu ~\n seram, ketakutan;\n \ntak boleh bertemu \n~\n \n(peribahasa) selalu bertelingkah;\nseroma; \n~\n \ndengan \nsemaca" "roman I\n= peroman\n [arkaik] rupa (muka), paras:\nlincah benar matanya dan segar sekali ~ mukanya;\nseroman\n serupa (dengan)." "roman II\n= \ncerita ~\n1.\n = \nbuku ~\n cerita panjang yang ditulis dalam bentuk prosa, novel:\n~\n \nini dikarang oleh Tuan Hamka sebelum Perang Dunia Kedua meletus;\n~ kodian (picisan) \nroman yang sangat rendah nilai sasteranya;\n \n~\n \nmas" "roman III\ntangkai padi;\n \npenyapu ~\n sejenis penyapu yang dibuat daripada tangkai padi dan lain-lain." "Roman IV\n[arkaik];\nhuruf ~\n huruf Rumi." "romantik\n1.\n memberikan suasana (gambaran dan sebagainya) seperti yang terdapat dalam cerita roman (percintaan dan lain-lain);\n2.\n memperlihatkan suasana yang penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan, dan sebagainya seperti dalam alam percintaan:\nalangkah ~nya pemandangan di sini." "romantikus\n[Indonesia-Belanda] orang atau golongan yang beraliran romantik." "romantis\nberkaitan dengan percintaan dan keindahan dan lain-lain, romantik:\nalam dan suasana di taman itu begitu ~ ." "romantisisme\naliran sastera dan seni di Eropah pada hujung abad ke-18 hingga awal abad ke-19 yang mengutamakan perasaan dan keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu." "romba\ntanda untuk menandakan kawasan yang akan didirikan jermal (belat dan lain-lain)." "rombak\nterbongkar, terurai:\njahitannya buruk dan berkedut kerana selalu kena ~;\nmerombak\n1.\n membongkar, memecahkan, merosakkan:\nrumah-rumah yang buruk telah dirombak beransur-ansur;\n~ adat (aturan, perjanjian, dan lain-lain) \nmenghapuskan atau meniadakan adat (aturan perjanjian dan lain-lain);\n \n~\n \ndapur \n[Kelantan] selesai bersalai (perempuan yang telah bersalin);\n2.\n menyusun semula (dengan meminda atau membongkar semuanya):\ndia ~ susunan kabinet dengan menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis; \nundang-undang itu patut dipinda dan dirombak supaya sesuai dengan negara Malaysia yang merdeka;" "rombakan\nbongkaran, runtuhan;\nperombakan\n perbuatan merombak, pembongkaran:\nusul itu merupakan satu ~ susunan tradisi masyarakat kampung;\nperombak\n orang yang merombak." "rombang\n~\n\u2013\nrambing \ncompang-camping, robak-rabik." "rombeng\nrobek, compang-camping:\npakaian yang ~;\nmerombengkan\n menjual (barang-barang lama atau buruk) kepada pedagang barang-barang lama;\nrombengan\n1.\n pakaian-pakaian yang sudah usang;\n2.\n barang-barang yang lama atau rosak:\nbarang-barang ~; \ntukang ~\n pedagang barang-barang lama atau buruk." "rombin\n1.\n sejenis ikan laut, \nHolacanthus spp.; \n2.\n sejenis ikan laut, \nAmphiprion spp." "rombok\n[Minangkabau] rimbun, rampak." "rombong I\n1.\n sejenis bakul besar yang bertutup tempat menyimpan padi dan lain-lain;\n2.\n sejenis kembal tempat jahitan dan lain-lain." "rombong II\nmerombong\n \n1.\n berkumpul menjadi kumpulan (orang);\n2.\n [arkaik] bertimbun banyak-banyak;\nrombongan\n sekumpulan orang (yang bekerja atau datang dan lain-lain bersama-sama):\nmenteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; \nsatu ~ pegawai Malaysia akan berunding dengan pegawai-pegawai Filipina;\n~ kebudayaan \nsekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dan lain-lain) yang melawat ke sesuatu tempat untuk membuat pertunjukan dan sebagainya;\nberombongan\n secara (berupa) rombongan, berkumpulan:\nmembuat lawatan ~." "rombus\n(Matematik) segi empat selari bersudut serong yang mempunyai empat sisi yang sama." "romen\n[bahasa percakapan] asmara;\nberomen\n berasmara, bercumbu-cumbuan." "romeo\n[kiasan] lelaki yang gemar memikat perempuan (menukar-nukar teman wanita):\nayah saya juga penjudi dan ~." "romok\nmeromok, teromok\n duduk membongkok seperti orang atau ayam sakit:\nada yang ~ seperti mengidap penyakit meredap." "romong\n[Jakarta] pakaian atau barang-barang yang sudah lama (atau buruk), rombengan." "rompak I\nmerompak\n menyamun, merampok:\nlima orang telah ~ kedai itu semalam; \ndagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut;" "rompak II\n[Minangkabau];\nmerompak\n merobohkan, meruntuhkan:\ngajah itu ~ kandangnya." "rompakan\nkejadian merompak:\n~\n \nitu berlaku sewaktu mereka tidak ada di rumah;\n~ bersenjata \nrompakan dengan (si perompak) menggunakan senjata;\nperompakan\n perbuatan merompak, perampokan:\n~\n \nbersenjata;\nperompak\n orang yang merompak, perampok, penyamun." "rompang\n~\n\u2013\nramping \ncompang-camping, robak-rabik." "rompeng\npecah sedikit atau sumbing di tepi atau di luar (gigi, buah yang dimakan burung, dan lain-lain)." "rompes\nsumbing atau pecah sedikit pada tepinya (telinga dan lain-lain)." "rompi\n[Indonesia-Belanda] sejenis baju dalam yang tidak berlengan, weskot." "rompok\n[Jawa] pondok, rumah." "rompong\nrosak atau terkerat pada cuping atau hujungnya (hidung, belalai, dan lain-lain):\nmaka diparang seorang lagi, kena hidungnya ~;\nmerompongkan\n mengerat (hujungnya):\nkepadanya aku balaskan hatiku yang amarah itu sebab ia ~ hidung adikku." "romusya, romusa\n(Jepun) orang yang dipaksa membuat kerja berat pada zaman Jepun;\ndiromusyakan\n dijadikan romusya, dipaksa membuat kerja berat." "rona\n1.\n warna:\nberkain batik lepas ~ biru tua; \n2.\n warna muka, roman muka:\n~\n \nmukanya berubah menjadi marah; \nhilang ~ kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang \n(peribahasa) orang yang tidak ber wang dipandang rendah;\nserona\n sewarna, serupa;\nberona\n berwarna, berupa elok warnanya (rupanya);\nmeronai\n menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan:\ncerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial;\nmeronakan\n memberikan rona, mewarnakan:\n karya sastera yang bernada protes dalam masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk sastera." "ronce\n[Jakarta];\nmeronce\n merampas, merompak;\nperoncean\n perampasan, perompakan." "ronda\n1. = meronda\n berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan):\npolis ~ di jalan-jalan raya untuk mencegah berlakunya rusuhan; \n2.\n perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal;\n3.\n = \nperonda\n orang atau sesuatu yang menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dan lain-lain):\npolis ~; \naskar ~; \nkapal peronda; \n4.\n [Minangkabau] bersiar-siar, makan angin;\nrondaan\n perjalanan berkeliling untuk meronda, hasil meronda:\npolis melakukan ~ mengejut di kawasan itu untuk menangkap penagih-penagih dadah;\nperondaan\n perbuatan (kerja-kerja) meronda." "rondah\n~\n\u2013\nrandih \nark tidak beraturan, kacau-bilau." "rondas\nsejenis permainan berpasukan yang menggunakan bola dan kayu pemukul, dan pemain-pemainnya berlari melalui tapak dalam satu bulatan." "rondo\n(Seni Muzik) bentuk lagu yang menggunakan formula melodi A, B, A, C, A, D, A, iaitu melodi utamanya diulang-ulang." "rondok\n[arkaik];\nberondok, merondok\n bersembunyi, menyorok;\nmerondokkan\n menyembunyikan, menyorokkan." "roneo\n[Indonesia] ;\nmeroneo\n memperbanyak dengan mesin stensil, mensiklostil." "rong I\n[Jawa] lubang dalam tanah." "rong II\n[Jawa] dua." "rongak\nada yang tanggal atau hilang (gigi, papan, pagar, dan lain-lain), rumpang:\nia sudah tua juga, gigi depannya ~;\nmerongakkan\n menjadikan rongak, merumpangkan:\nterlalu banyak makan gula-gula boleh ~ gigi;\nkerongakan\n perihal rongak, kerumpangan." "rongga I\nlubang, ruang;\n~\n \nbulu \n[Minangkabau] liang bulu roma;\n \n~\n \ndada \nruang dada;\n \n~\n \nhidung \nlubang hidung;\n \n~\n \nkayu \nlubang yang terdapat dalam kayu;\n \n~\n \nmata \nlubang tempat mata;\n \n~\n \nmulut \nruang mulut;\nberongga\n berlubang, beruang:\nbatu-bata yang ~; \ngelang itu ~, tidak padat;\nmerongga\n menjadi rongga;\nmeronggai\n [arkaik] menjadikan berongga pada." "rongga II\n1.\n = \npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok), gegambir, keranji, pasak perahu, pokok selubat jantan, temilang, \nAglaia odoratissima; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nChisocheton erythrocarpus;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), kelumpang, perupuk, unting-unting, \nSterculia parviflora." "ronggah\n[Perak];\nperonggah\n mencarut." "ronggang\nrenggang, jarang." "ronggeng\n1.\n [Jawa] penari perempuan, tandak;\n2.\n sejenis tarian seperti joget (diiringi oleh biola, gendang, dan gong);\nmeronggeng\n menari, bertandak." "ronggok I\n[arkaik];\nmeronggok\n membongkok, meringkuk." "ronggok II\nberonggok, beronggok-ronggok\n berlonggok-longgok, berkelompok-kelompok:\ndi serambi masjid, ramai orang duduk beronggok-ronggok." "rongkah\n[Kedah], [Perlis];\nmerongkah\n merosakkan atau memusnahkan (rumah, mesin, dan lain-lain), membongkar." "rongkok\nmerongkok\n membongkok (sewaktu duduk, berjalan, dan lain-lain), meringkuk." "rongkol\n[arkaik];\nserongkol\n seikat, seberkas;\nberongkol\n berikat-ikat, berberkas-berkas." "rongkong I\nrangkungan, tenggorokan;\nkerongkongan, rongkongan\n1.\n pembuluh nafas di leher;\n2.\n halkum, lekum, tenggorokan;\n3.\n saluran di leher (makanan masuk ke perut melaluinya):\nmakanan itu masuk ke dalam ~ lalu ke perut;\nrongkongan mengadap hilir \n(peribahasa) susah mendapat rezeki;\n \nrongkongan mengadap mudik \n(peribahasa) [Minangkabau] mudah mendapat rezeki;\n \nberair rongkongan \n(peribahasa) [Minangkabau] mendapat rezeki;\n \npembuluh rongkongan \n(peribahasa)\na) orang yang mendatangkan untung;\n b) mata pencarian." "rongkong II\nrongkongan, rerongkongan\n [Jakarta] tulang-tulang badan, rangka." "rongoh, rongok\nrongak, rumpang." "rongong\n[Minangkabau];\nmerongong\n berdengung (seperti bunyi langau dan lain-lain)." "rongos\n[arkaik];\nmerongos\n lekas marah, pemarah;\nperongos\n orang yang lekas marah." "rongrong\n[Jakarta];\nmerongrong\n1.\n memakan sedikit-sedikit tetapi tidak putus-putus;\n2.\n [kiasan] selalu mengganggu atau menyusahkan orang (meminta wang, makanan, dan lain-lain), merosakkan sedikit demi sedikit, merugikan sebab selalu rosak atau banyak makan wang:\npemerintah selalu dirongrong hingga pekerjaan pembangunan rakyat yang lebih penting terbengkalai." "rongsok\n[Jakarta] rosak benar;\nrongsokan\n barang-barang yang sudah rosak, rosokan, rombengan." "ronot\n[Kedah];\nmeronot\n menyusup dengan merangkak (seperti bergerak di bawah rumah yang rendah lantainya)." "ronta\nmeronta, meronta-ronta\n berusaha sekuat tenaga melepaskan diri daripada pegangan (ikatan dan lain-lain) dengan bergerak-gerak dan lain-lain, menggelepar-gelepar:\nia semakin kuat ~ untuk lepas; \nikan itu ~ hingga tembus jalaku; \npelajar perempuan yang diserang penyakit ganjil sedang meronta-ronta dan ditolong oleh rakan-rakannya; \nhati (fikiran) ~\n selalu resah (gelisah);\nrontaan\n sesuatu gesaan (runtunan) perasaan." "rontek\n[Jawa] sejenis tombak yang berpanji-panji." "rontok\n[Jakarta]\n1.\n gugur (buah-buahan, bunga), luruh, (bulu, daun, dan lain-lain), banyak tanggal (gigi), terkelupas (cat, kulit, dan lain-lain);\n \nmusim ~\n musim gugur (antara musim panas dan musim dingin);\n \npenyakit ~ rambut \npenyakit yang menyebabkan luruhnya rambut;\n2.\n [kiasan] semakin berkurang (kesihatan, tenaga, dan lain-lain), semakin lemah:\nsemangat perbudakan mulai ~, dan timbul semangat baharu yang semakin lama semakin besar;\nmerontokkan\n menggugurkan, meluruhkan, menanggalkan." "ronyeh I\nmeronyeh\n berkata-kata atau bercakap-cakap dengan tidak menentu (tidak keruan), bercakap-cakap tidak jelas (orang tua), merepek:\ngadis-gadis pun suka ~ dan bersenda gurau; \n= renyeh." "ronyeh II\n[Kedah]\n; \nmeronyeh, meronyeh-ronyeh\n merosak-rosakkan (kertas, bunga, dan lain-lain kerana marah dan lain-lain), mengumalkan:\nbuku itu dironyeh-ronyehnya sebelum dibuang." "ronyoh\nmeronyoh\n \n1.\n meradak, menohok:\naku ~mu dengan keris ini nanti; \n2.\n [bahasa kasar] menolak (orang)." "ronyok\nberkerut-kerut, kumal, renyuk:\nkainku habis ~;\nmeronyokkan\n mengumalkan (kain, kertas, dan lain-lain):\nia mengambil semula kertas-kertas yang sudah dironyokkannya itu; \nrenyuk." "ropa\n[Perak], [bahasa percakapan] rupa." "ropak\n~\n\u2013\nrapik \nberserak-serak, berantakan, bongkar-bangkir." "ropol\nkelim yang berkedut-kedut (pada bantal, baju, dan lain-lain);\nberopol\n mempunyai ropol:\n renda ~;\n beropol-ropol\n mempunyai ropol yang banyak:\nkain kuning yang\n \n~\n;\n= rapun II." "ropong\n[Kelantan] rompong." "ros\n= \nbunga ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek dan bunganya), bunga mawar, \nRosa spp." "rosak\n1.\n tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dan lain-lain):\nbanyak rumah yang ~ dipukul ribut; \n2.\n [kiasan] bercalar-calar, kemik (tin dan lain-lain), luka-luka;\n \nbanyak pemain kita yang ~\n banyak yang luka-luka;\n3.\n [kiasan] buruk, busuk (buah-buahan, daging, dan lain-lain), hancur:\nbuah-buahan itu banyak yang ~; \nmayat yang sudah ~\n sudah busuk dan lain-lain;\n4.\n [kiasan] tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dan lain-lain):\nkereta saya ~ lagi pagi ini; \n5.\n [kiasan] tidak beraturan lagi (bahasa, adat, dan lain-lain):\nbahasa (adat, perangai, dan lain-lain) yang sudah ~; \n6.\n [kiasan] tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dan lain-lain):\nperkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; \nseorang panglima yang telah ~ ingatannya; \n7.\n [kiasan] kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dan lain-lain):\njika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dalam negeri, ~ isi negeri; \n8.\n [kiasan] tidak baik, jahat (nama);\n~\n \nbinasa \nrosak sama sekali;\n \n~\n \nhatinya \na) amat menderita sedih;\n b) buruk perangainya;\n \n~\n \nmoralnya \nburuk tingkah lakunya;\n \n~\n \nnamanya \nmendapat nama buruk;\n \n~\n \nperkahwinannya \nperkahwinannya gagal;\n \n~\n \nbadan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku \n(peribahasa) kelakuan yang jahat itu memburukkan bangsa yang mulia seperti penyakit menghilangkan rupa yang elok;\nberosak; \n~\n \ndiri \nbersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri;\n \n~\n \nhati \na) menanggung sedih, bersusah hati;\n b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya);\nmerosak\n mempunyai sifat dan lain-lain yang mengakibatkan rosak:\npengaruh yang ~; \nkecaman yang ~;\nmerosaki\n selalu menjadikan rosak:\nbinatang peliharaan yang suka ~ tanamannya;\nmerosakkan\n menyebabkan rosak:\n~\n \nbadan;\n~ hati;\n~ jiwa;\n~ nama;\n~ bahasa Melayu; \nSocrates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda;\nkerosakan\n1.\n perihal rosak:\nsemua ~ ini boleh dibaiki dengan senang; \nangin membawa ~ yang banyak; \n2.\n menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dan lain-lain):\ntanaman banyak yang ~ akibat hujan lebat;\n perosakan\n perihal merosakkan;\nperosak\n ark\n1.\n alat untuk merosakkan;\n2.\n orang dan lain-lain yang merosakkan;\n \nbinatang (haiwan) ~\n binatang yang merosakkan tanaman dan lain-lain;\n \nkapal ~\n kapal perang kecil yang dapat bergerak cepat;\n \n~\n \nkeamanan \norang yang mengganggu keamanan, pengacau." "rosan\nsejenis bentuk bumbung (pisang sikat) di istana." "rosario\ntasbih (Roman Katolik)." "rosbang\n[Indonesia-Belanda] \n= resbang." "roset\ngubahan daripada reben atau bahan lain yang berbentuk bunga ros dan lain-lain dan dijadikan sebagai lencana, hiasan, dan sebagainya." "rosia\n[Perak] rahsia." "rosok I\n[Minangkabau];\nmerosok\n mencari-cari dengan meraba, meresek, merogoh:\n~\n \nsaku;\n~ ikan \nmencari ikan dengan meraba-raba di antara batu-batu dan lain-lain;\nmerosokkan\n memasukkan sesuatu (kaki dan lain-lain) ke dalam lubang dan lain-lain:\nia segera ~ sapu tangannya ke dalam saku." "rosok II\nrosak sama sekali, rosak seluruhnya, binasa, musnah, rongsok;\nrosokan\n barang-barang yang sudah rosak (tua), rongsokan, rombengan." "rosok III\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), geremung jantan (betina), kayu tengah, jerumau, medang kenyat, samak tebengan, temengau (jantan), \nGlochidion superbum." "rosot\nmerosot\n \n1.\n meluncur turun, gelongsor, menggelingsir:\nia tidak sedar ketika anaknya ~ dari pangkuannya; \n2.\n sangat banyak turunnya, jatuh sekali (harga barang dan lain-lain):\nharga getah sangat ~ tahun ini; \n3.\n menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dan lain-lain):\nmaka majalah itu pun mulai ~ penjualannya; \ngengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; \n4.\n semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dan lain-lain):\nkesihatannya semakin ~;\nmerosotkan\n menurunkan, mengurangkan, menyusuntukan (harga, mutu, dan lain-lain);\nkemerosotan\n perihal (kejadian dan sebagainya) merosot, keadaan merosot, kemerosotan:\nkesan-kesan ~ ekonomi;\n~ disiplin." "rostrum\npentas orang berucap, mimbar (jika dalam masjid)." "rosyom\n[Kedah] = \nmuka ~\n muka masam (kerana marah, sombong, dan lain-lain)." "rot\n[Kedah] masih bertenaga, masih kuat." "rota\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCanarium spp." "rotameter\nalat untuk mengukur kadar alir cecair atau gas di dalam paip." "rotan I\n1.\n sejenis tumbuhan (palma yang memanjat dan digunakan untuk kerusi, tikar, raga, dan lain-lain):\nkerusi ~\n;\n \nsimpai ~; \ngelang ~\n lingkaran yang dibuat daripada rotan untuk permainan anak sekolah;\n2.\n sebat (pukulan) dengan rotan sebagai hukuman:\nhukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~;\n~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar \nsejenis rotan, \nCalamus aquatilis;\n~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak \nsejenis rotan, \nDaemonorhops hyangrophilus;\n~ batu = ~ seni \nsejenis rotan, \nCalamus insignis;\n~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini \nsejenis rotan, \nCalamus javensis;\n~ bini = ~ dini = ~ tikus \nsejenis rotan, \nFlagellaria indica;\n~ kerai hitam, \nsejenis rotan, \nCalamus diepenhorstii;\n~ bukit = ~ kolam \nsejenis rotan, \nCalamus diepenhorstii;\n~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja \nsejenis rotan, \nPlectocomiposis scortechinii, ~ cici = ~ cicit = ~ pahit \nsejenis rotan, \nCalamus densiflorus;\n~ cincang = ~ raja = ~ semambu \nsejenis rotan, \nCalamus scipionum;\n~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal \nsejenis rotan, \nDaemonorhops geniculatus;\n~ cincin = ~ kertung = ~ semang \nsejenis rotan, \nDaemonorhops grandis;\n~ cucur = ~ atap cucur \nsejenis rotan, \nCalamus castaneus;\n~ dahan \nsejenis rotan, \nKorthalsia wallichiifolia;\n~ dalam buku = ~ manau \nsejenis rotan, \nCalamus conioastris;\n~ gunung = ~ paku \nsejenis rotan, \nCalamus exilis;\n~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak \nsejenis rotan, \nCalamus ornatus;\n~ kerai = ~ perut ayam \nsejenis rotan, \nCalamus luridus;\n~ kikir \nsejenis rotan \nCalamus radulosus (scabridulus): ~ kipas \nsejenis rotan, \nCalamus lobbianus;\n~ manana \nsejenis rotan, \nCalamus lobbianus;\n~ manau = ~ manau telur \nsejenis rotan, \nCalamus manau;\n~ perut ayam = ~ senik = ~ telur \nsejenis rotan, \nCeratolabus laevigatus;\n~ relang \nsejenis rotan, \nPlectocomiopsis geminisflorus;\n~ sega perak \nsejenis rotan, \nCalamus caesuis;\n~ semiang \nsejenis rotan, \nCalamus curtissi;\n~\n \nsemut\n sejenis rotan\n, Korthalsia scahigera;\n~ udang\n sejenis rotan, \nKorthalsia echinometra;\nada ~ ada duri \n(peribahasa) ada kesenangan tentu ada kesusahannya;\n \nbagai ~, asal berinsang dicucuk sahaja \n(peribahasa) perihal orang yang tidak memilih pekerjaannya (perbuatannya);\n \nkerat ~ patah arang \n(peribahasa) putus pertalian (perhubungan) yang tidak dapat disambung (didamaikan) lagi;\n \ntiada ~ akar pun berguna (jadi) \n(peribahasa) kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga;\nmerotan\n1.\n = \nberotan\n mencari (mengambil) rotan:\njikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan; \n2.\n memukul atau menyebat dengan rotan (sebagai satu hukuman):\nibunya pun mengugut hendak ~;\nperotan\n orang yang bekerja mencari rotan." "rotan II\nrumput ~ beras \nsejenis tumbuhan (rumput), kerubung padi, \nCyrtococcum oxyphyllum." "roti\nsejenis makanan yang diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain;\n~\n \nbenggali \nbermacam-macam jenis roti yang biasanya dijual oleh orang India;\n \n~ canai\n = \n~\n \nperata\n roti leper yang bentuknya bulat atau empat segi yang adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak;\n \n~\n \ncapati \nsejenis roti India;\n \n~\n \njala \nroti seperti jala yang dimakan dengan kuah;\n \n~\n \nkering \nbiskut;\n \n~\n \nlapis \nsandwic;\n \n~\n \npaun \nroti tawar daripada tepung gandum dan lain-lain yang biasanya dijual dalam ketulan satu paun;\n \n~ perancis \n roti putih yang bentuknya panjang dan kulitnya berkerak;\n \n~\n \ntawar \n[Indonesia] roti paun;\n \nibu ~\n sejenis bahan yang digunakan untuk menaikkan adunan roti, yis." "rotok\nmerotok\n \n1.\n berbunyi seperti bunyi senapang (letusan kecil-kecil), mendedas;\n2.\n bersungut-sungut, mencomel, menggerutu, mengomel." "rotor\n(Kejuruteraan)\n1.\n bahagian yang berputar yang terdapat dalam motor elektrik, dinamo, dan sebagainya;\n2.\n alat yang terdiri daripada beberapa bilah yang berputar di sebelah atas helikopter untuk mengangkatnya naik ke udara dari bumi." "rotorkraf\nsejenis pesawat udara yang mempunyai sayap berputar untuk menghasilkan daya angkat ketika terbang." "rotunda\n(Seni bina) bangunan atau bilik yang bentuknya bulat dengan bumbungnya berbentuk kubah." "rouble\nunit mata wang Rusia." "royak\nmeroyak\n menjadi lebih luas lukanya (kudis, sobek, dan lain-lain), melebar, meluas." "royal\n[Indonesia-Belanda] berlebih-lebih (membelanjakan wang, makan, minum, sikap, dan lain-lain), serba banyak, serba mewah, boros:\ndilarang bakhil, dilarang pula ~, dan membuang-buang harta;\nberoyal-royal\n membuang-buang (menghabiskan, membelanjakan) wang dengan berlebih-lebihan untuk bersuka-suka (berfoya-foya dan lain-lain):\nkerana bapanya orang kaya, dapatlah ia hidup ~;\nmeroyalkan\n memboroskan wang dan lain-lain;\nkeroyalan\n perihal royal, keborosan." "royalti\n1.\n perkongsian keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak, atau ciptaan jentera, yang dibayar kepada syarikat pengusaha kepada pemilik tanah (kerajaan) atau pencipta jentera:\nsemua logam ialah harta haus dan adalah menjadi kebiasaan kepada kerajaan mengenakan ~ terhadap pengusahaannya; \n2.\n bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dan sebagainya atas setiap naskhah karya mereka, seperti buku dan piring hitam, yang terjual:\nsaya bayar karangan-karangan beliau dengan harga yang mahal atau saya membayar ~ yang lebih tinggi." "royan\nsejenis penyakit pada perempuan yang datang sesudah bersalin;\n \n~\n \ntahi \npenyakit berak-berak sesudah bersalin;\nmeroyan\n menderita sakit sesudah bersalin, dihinggapi royan." "royat\n[Kelantan], [Pahang], [Terengganu];\nmeroyat\n menceritakan, memberitahukan;\n= riwayat." "royong I\ngotong-~; \n= gotong." "royong II\ncondong-~ \n[Perak] huyung-hayang;\n= ruyung II." "Rp\n[Indonesia] [kependekan] rupiah." "RPA\n[Indonesia] [kependekan] Republik Persatuan Arab (Republik Arab Bersatu)." "RPKAD\n[Indonesia] [kependekan] Resimen Pertempuran Komando Angkatan Darat." "RRI I\n[kependekan] \nRubber Research Institute of Malaysia \n(Pusat Penyelidikan Getah Malaysia)." "RRI II\n[Indonesia] [kependekan] Radio Republik Indonesia." "RRT\n[Indonesia] [kependekan] Republik Rakyat Tiongkok." "RTM\n[kependekan] Radio dan Televisyen Malaysia." "ru\nsejenis tumbuhan (pokok), cemara (laut), \nCasuarina equisetifolia;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDacrydium elatum; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (paku-pakis), \nLycopodium casuarinoides.\nRu\n simbol kimia bagi rutenium." "rua I\n1.\n banyak makan tempat, banyak mengambil ruang, lebar, luas;\n2.\n tidak ringkas, tidak kemas, longgar;\nmerua\n melebar, meluas, mengembang;\n= ruak." "rua II\n[arkaik] jalan." "ruadat\n[arkaik] [Arab] perihal menyatakan hormat, penyataan (pemakluman) hormat;\nrudah." "ruah I\n(ber)tumpah ~ = (me)limpah ~ = penuh ~\na) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah;\n b) penuh sangat, penuh sekali;\n c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah;\nmeruah\n1.\n [Kedah], [bahasa kasar] membuang air besar (kecil), berak, kencing;\n2.\n [Kedah] membuang-buang air;\nmeruahkan\n mencurahkan, melimpahkan, menumpahkan." "ruah II\nseruah, seperuah\n sejauh suara memanggil, sejauh dapat didengar, sepemanggil;\nmeruah\n [sastera lama] memanggil dari jauh, melaung, menyeru:\nbaginda pun menyuruh anakanda baginda diruah." "Ruah III\nbulan ~\n bulan Arab yang kelapan, bulan Syaaban;\n= bulan I." "ruah-ruah\nburung ~; \n= ruak-ruak." "ruai I\n[arkaik]\n1.\n tidak cekang, kendur (tali);\n2.\n tidak berapa kuat (tiang dan lain-lain);\n3.\n kurang tenaga, lemah (badan)." "ruai II\n~\n \ngajah \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), rambai hantu, tampung besi, \nGonocaryum longeracemosum." "ruai III\n[kata seru] ruang menunggu, ruang legar, lobi:\n mereka bersetuju untuk berkumpul di ~ hotel sebelum bertolak ke tempat lawatan." "ruak\nmeruak\n \n1.\n merata ke mana-mana, meluas (api dan lain-lain);\n2.\n bertambah lebar, meroyak (kudis dan lain-lain);\n3.\n terbuka menjadi lebar, kembang (gulungan tikar dan lain-lain);\n= rua I." "ruak-ruak\nsejenis burung yang hidup di tepi-tepi paya (alur dan lain-lain), burung ruah-ruah, burung wak-wak, \nAmaurornis phoenicurus chinensis." "ruam\nbintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dan lain-lain);\n \n~\n \npanas \nruam yang gatal-gatal yang disebabkan oleh radang pada kelenjar peluh;\nmeruam\n timbul ruam." "ruan\nsingkatan bagi haruan." "ruang\n1.\n sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah):\nbesarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; \n2.\n bahagian yang (dibiarkan) kosong atau terbuka dalam sesebuah bangunan;\n3.\n lubang yang terdapat dalam sesuatu benda, rongga:\n~\n \nhidung;\n~ dada; \n4.\n rongga yang dibatasi oleh bidang;\n \nilmu ukur ~\n pengetahuan untuk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dan lain-lain);\n5.\n (dalam ilmu falsafah) tempat atau rongga yang tidak ada batasnya, tempat segala yang ada:\nnamun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas untuk bergerak, baik dalam ~ mahupun waktu; \n6.\n = \n~\n \nwaktu (masa) \njarak antara satu waktu dan waktu lain;\n \n~\n \nwaktu yang sempit \njarak waktu yang pendek (terhad);\n7.\n = \nruangan\n tempat yang lapang, bilik (bilik dalam rumah, bilik darjah, dan lain-lain):\n~\n \nduduk kami menghadap ke beranda; \nmatanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu;\n8.\n petak-petak dalam buah, pangsa;\n \ndurian lima ~\n durian lima pangsa;\n9.\n = \nruangan\n tempat yang lapang dalam kapal (perahu), tempat memuat barang-barang, palka:\nperahu itu bocor, ~nya berisi air; \nair ~\n air dalam ruang kapal (perahu);\n10.\n = \nruangan\n petak atau kolum dalam surat khabar dan lain-lain, lajur:\nsatu hal yang baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan seperti sorotan, cerita pendek, dan lain-lain; \n11.\n = \nruangan\n petak atau kolum untuk angka:\nsifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa sahaja dengan 76;\n~ se (puluh, ratus, dan lain-lain); \n12.\n = \nruangan\n kalangan, lapangan, lingkungan;\n \nmencari ruang(an) hidup baharu; \ntiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya \nnampak di lingkungan pandangan mata;\n 13.\n peluang atau skop:\n Islam memberi ~ kepada akal manusia menyingkap rahsia alam tabii;\n~ angkasa \nangkasa lepas;\n \n~\n \nbadan \nrongga pada badan;\n \n~\n \ndalam (tengah) \nbilik dalam (tengah) dalam rumah;\n \n~\n \ndapur \nbahagian dapur rumah;\n \n~\n \ndepan (muka) \nbahagian depan rumah;\n \n~\n \nlakon \nruang (di pentas dan sebagainya) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita);\n \n~\n \nlegar \nruang yang agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dan sebagainya, lobi, foyer;\n \n~\n \nlingkup = ~ liput(an) = ~ litupan \nbidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dan sebagainya);\n \n~\n \nmulut \nrongga mulut;\n \n~\n \nniaga \nruang untuk menjadi tempat berniaga (dalam kompleks perniagaan dan sebagainya);\n \n~\n \nrias (hias) \nbilik atau tempat berhias;\n \nruang(an) selisih\n kolum (petak) yang menunjukkan angka selisih (dalam matematik);\n \n~\n \ntamu \nbilik atau ruang untuk menerima tamu;\n \n~\n \nudara \na) ruang terhad tempat udara wujud;\n b) angkasa;\n c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yang dari segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan:\n~ udara Malaysia;\n \nbawah ~ \n[Brunei] bahagian di antara penyokong dengan lantai perahu;\n \nmerajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga \n(peribahasa) marah yang tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kepada kita;\nberuang\n mempunyai atau ada ruang yang kosong atau lapang:\nbilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung untuk berbaring merehatkan badan;\nmeruang\n mengeluarkan kotoran dari dalam perut mayat, menyucikan mayat;\n \n~\n \nsenjata \nmembersihkan senjata;\nruangan\n ruang;\n \n~\n \npojok \nruangan dalam akhbar atau majalah yang dikhaskan untuk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan." "ruap\n[Minangkabau] buih:\napabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dan lain-lain;\n~ (dan) sampah \n= \n~ (dan) hampar \nki orang yang sangat hina dalam masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat;\nmeruap\n1.\n [Minangkabau] berbuih, membuih:\nair sabun itu ~; \n2.\n mendidih dan melimpah, meluap (nasi dan lain-lain), membual dan berbuih-buih (air soda dan lain-lain yang dituang dalam gelas):\nnasi yang ditanaknya itu ~; \ngulai (sayur) ~ \ngulai (sayur) melimpah kerana mendidih;\n3.\n = \nmeruap-ruap\n menjadi-jadi perasaannya (geram dan lain-lain), meluap-luap, menyala-nyala:\nsemangat orang akan ~ dan menyala lagi; \nperasaan manusia yang hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yang merdeka; \ndarah ~ naik ke muka;\n~\n \ndarahnya \nmarah sekali;\n4.\n menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan:\n~\n \nkerana kena panas; \n5.\n menyombong, bercakap besar (membual):\njangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; \n6.\n merebak (bau dan lain-lain):\ndari dapur, ~ bau gulai ayam yang membuka selera;\n7.\n (Kimia) cepat menjadi wap pada suhu bilik (berkenaan (dengan) pepejal atau cecair);\nkemeruapan\n1.\n (Kimia) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yang cepat bertukar menjadi wap:\nsetiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yang mempunyai kelikatan dan ~ yang berbeza; \n2.\n (Ekonomi) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dengan cepat." "ruas I\nbahagian di antara buku dengan buku (buluh, jari, tebu, dan lain-lain):\n~\n \nbuluh; \nbeberapa ~ tebu; \nbeberapa ~ lemang \nbeberapa batang lemang;\n \nbertongkat ~\n bertelekan, berteleku;\n \nsebagai betung se~ \njujur benar, lurus hati;\nbertemu (berjumpa) ~ dengan buku \n= \nbertemu (berjumpa) buku dengan ~\n (peribahasa)\na) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan);\n b) balasan atau pembelaan yang sangat tepat (setimpal);\n \nterhentak ~ ke buku \n(peribahasa) [Minangkabau] hilang akal;\n \ntinggi terbawa oleh ~nya \n(peribahasa) perihal seseorang yang masih bodoh walaupun tubuhnya besar;\nberuas, beruas-ruas\n ada ruas-ruasnya:\nkaki yang ~; \nbinatang yang mempunyai anggota ~; \nbuluh yang tidak beruas \nbuluh yang tidak ada ruasnya;\nperuasan\n sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pada tulang dan lain-lain)." "ruas II\nse~ semalam \nsejenis tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-pancis, tebuk (tuba) seludang, \nPolyangonum barbatum." "ruas-ruas\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), limau, melimau, penawar putih, \nGelonium glomerulatum;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nDaphniphyllum laurinum." "ruat I\n1.\n goyah, goyang (gigi), hampir tumbang (pokok);\n2.\n [kiasan] tidak tetap, selalu berubah-ubah (hati dan lain-lain);\n3.\n terbongkar perdu dan tumbang (pokok)." "ruat II\n[Jawa]\n1.\n pulih kembali seperti sediakala (jadi-jadian, orang kena tulah, dan lain-lain);\n2.\n terselamat (terlepas, bebas) daripada nasib buruk yang akan menimpa (bagi orang yang menurut kepercayaan akan tertimpa nasib buruk);\n3.\n = \nruatan\n upacara menyelamatkan orang daripada nasib buruk yang akan menimpa, upacara menolak bala;\nmeruat\n1.\n mengembalikan kepada keadaan yang dahulu:\n~\n \nharimau jadi-jadian; \n2.\n menyelamatkan orang daripada malapetaka yang akan mengenainya, menolak bala." "ruat III\nruwat." "ruat IV\nrot." "ruba\n= ruba-ruba\n [Jawa]\n1.\n [sastera lama] hadiah daripada nakhoda perahu kepada pembesar pelabuhan dan lain-lain;\n2.\n pemberian sebagai suap, pemberian rasuah." "rubah I\n[Arab] sejenis binatang seperti anjing, \nCanis vulpes." "rubah II\n[arkaik];\nberubah\n menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dan lain-lain);\nmerubah\n menjadikan lain daripada yang asal, mengubah:\nia ingin ~ penghidupannya; \nkebudayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa manusia;\n~ perangai \nmenukar perangai;\nperubahan\n perihal berubah;\nubah I." "rubai I\nsejenis tumbuhan (herba), akar kutu babi, daun balam, \nPoulzolzia zeylanica." "rubai II\n[Arab] sejenis sajak (empat baris)." "ruban\n[arkaik] = \nair ~\n air yang terdapat dalam minyak kelapa (masa memasak minyak);\nmeruban\n membuang (mengeluarkan) air ruban." "rubarb\nsejenis sayuran seperti saderi yang berdaun besar daripada genus \nRheum\n, tangkai daunnya yang panjang, berisi dan berwarna merah tua, biasanya dimakan setelah dimaniskan dan dimasak." "rubela\n(Perubatan) penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan." "rubiah\n[Arab]\n1.\n wanita yang soleh;\n2.\n isteri guru (ulama);\n3.\n guru wanita yang mengajar mengaji (Quran). \nrubidium\n (Kimia) sejenis unsur logam yang sangat reaktif dan mudah terbakar." "rubik\n[Minangkabau] sejenis penganan, kerepek." "rubin I\nbatu ~\n batu jubin, batu ubin." "rubin II\n[Kedah] \n= = rubing II." "rubing I\ndinding tokok atau tambahan sementara untuk meninggikan tepi perahu (yang dibuat daripada anyaman, kain kasar, dan lain-lain)." "rubing II\nhujung, tebing, tepi." "rubrik\n[Indonesia-Belanda] ruangan sesuatu karangan dalam surat khabar:\n~\n \ncerita-cerita pendek." "rubu\nmerubu\n \n~\n\u2013\nraba = \nmerubu-rubu\n1.\n [Minangkabau] pergi ke mana-mana (dengan tidak bertujuan), berkelana, merayau-rayau;\n2.\n meraba-raba atau mencari-cari ke sana sini (dalam gelap dan lain-lain)." "rubung\nmerubung, merubungi\n datang berkeliling banyak-banyak, mengerumuni, menggerubungi." "rucah\n[Jawa]\n1.\n apa-apa sahaja, sebarang sahaja (bukan pilihan), sembarangan;\n2.\n hina, keji, kotor;\nlucah." "rudah\n[arkaik] tanda hormat;\n= ruadat." "rudi\n[Minangkabau] urat keting." "rudimen\n1.\n (Biologi) bahagian atau organ yang belum sempurna perkembangannya, terutamanya dalam peringkat embrio;\n2.\n belum berkembang atau terbentuk dengan sempurnanya:\nekor ~; \nsayap ~." "rudin\n[Jakarta] habis harta bendanya, miskin benar, papa:\napabila serangan selesai ia mendapati dirinya ~." "rudu I\n[arkaik] mengantuk (mata), luyu, ruyup." "rudu II\nmerudu\n \n1.\n (berjalan) membongkok;\n2.\n bergerak maju (seperti perahu di air dan lain-lain), meluncur." "rudul\n[Perlis] rudu, luyu." "rudum\nmerudum 1\n [Kedah]\n.\n berbunyi kuat (pokok tumbang dan lain-lain):\napa yang ~ tadi tu? \n2.\n [Kedah] berlari-lari, bergomol dan lain-lain hingga menyebabkan bising (terutama dalam rumah):\nhai jangan ~, bapa nak sembahyang; \n3.\n [kiasan] jatuh atau merosot dengan teruknya (berkenaan (dengan) nilai saham, ekonomi dan sebagainya):\nberikutan kegawatan ekonomi dan pasaran saham yang turut ~; \nnilai ringgit ~ kerana diserang oleh pedagang mata wang." "rudus I\n(Acheh) sejenis pedang pendek, kelewang." "rudus II\n[Kedah] rudu, luyu." "rugat\n[Brunei] tertanggal daripada sesuatu bahagian (benda dan lain-lain), tercabut." "rugi\n1.\n (dijual dan lain-lain) lebih rendah daripada harga pokok, tidak mendapat keuntungan:\njika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya modal untuk menjalankan perniagaan itu habis; \njatuh (menanggung, menderita) ~\n tidak beroleh keuntungan;\n \n~\n\u2013\n~\n \nuntung \nwalaupun rugi ada baiknya juga;\n2.\n kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah daripada harga pokok):\nberjual beli getah pada masa ini akan mendatangkan ~; \ndia tidak sanggup lagi menanggung ~; \nganti ~ = silih ~\n wang dan lain-lain sebagai pengganti sesuatu yang rosak (hilang dan lain-lain), pampasan;\n \nkira-kira untung ~\n kira-kira yang menunjukkan untung dan rugi sesuatu perniagaan;\n3.\n tidak mendapat faedah (manfaat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja:\nia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yang disaksikannya adalah hasil seni yang amat murah; \n4.\n sesuatu yang kurang baik (tidak berfaedah), mudarat:\ntidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; \n5.\n hilang, habis (wang dan lain-lain):\nia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya berkahwin;\n~ barang (tempoh, tenaga, wang) \nhabis barang (tempoh, tenaga, wang);\n~ atas kertas \nkerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yang belum nyata kerana tidak dijual;\n \n~ modal \nkerugian yang ditanggung daripada penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat daripada penurunan harga;\n \n~\n \nmenentang laba, jerih menentang boleh \n(peribahasa) harus bersusah payah (merugi dan lain-lain) dahulu untuk mendapat sesuatu yang dikehendaki;\nberugi, merugi\n menanggung rugi:\nsiapa pula lagi yang akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; \nsiapa yang mahu ~?; \ntak mahu ~ (merugi) \ntidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dan lain-lain) dengan cuma-cuma;\n \napa guna ~ \napa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dan lain-lain);\nmerugikan\n1.\n menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kepada):\npemogokan kereta api yang berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; \nberjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; \n2.\n sengaja menjual lebih rendah daripada harga pokok, sengaja merugi:\nkerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; \n3.\n membawa akibat dan lain-lain yang kurang baik (kepada):\ndirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; \naku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu;\nkerugian\n1.\n mengalami (menanggung, menderita) rugi:\ndalam masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; \napa pun dasar yang dijalankan, kitalah juga yang ~ besar; \n2.\n banyaknya atau jumlah perolehan yang kurang apabila dibandingkan dengan modal yang telah dibelanjakan, lawan keuntungan, rugi:\nberapa besar ~nya? \n3.\n sesuatu yang merugikan (seperti kerosakan dan lain-lain):\nbesarlah ~ yang akan menimpa mereka." "ruhban\n[Arab] pertapa laki-laki (Roman Katolik)." "ruhbanat\n[Arab] pertapa wanita (Roman Katolik)." "ruhulkudus\n1.\n Jibrail;\n2.\n [Indonesia] (Kristian) roh suci, (diri ketiga dalam keesaan Tuhan, mengikut ajaran Kristian)." "ruing\nsejenis alat untuk menggulung benang yang pertama pada alat tenun;\nmeruing\n menggulung benang pada ruing." "ruit\nbengkok seperti kait;\nteruit\n tersangkut (kaki, tanduk, dan lain-lain)." "rujah\nmerujah\n merodok (menikam, menusuk) hala ke bawah." "ruji I\n[sastera lama] makanan harian yang utama (nasi dan lain-lain):\nberas ~; \ntanaman ~\n tanaman bahan-bahan makanan yang utama." "ruji II\n= ruji-ruji\n1.\n kisi-kisi, terali;\n2.\n jari-jari roda, anak jentera, kasau pada payung;\n3.\n (Biologi) kumpulan sel yang mengunjur seperti jejari dalam xilem dan floem tumbuhan." "rujuk\n[Arab]\n1.\n kembali (kahwin) dengan isteri yang sudah diceraikan mengikut syarat-syarat tertentu;\n2.\n [kiasan] kembali kepada kedudukan atau pendirian yang asal (sebelum daripada itu):\nia tidak mengharapkan pemimpin-pemimpin itu datang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali;\n merujuk\n1.\n = \nmerujuki\n berkahwin kembali dengan isteri yang sudah diceraikan:\nhatinya bertanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? \n2.\n melihat untuk meneliti, melihat lebih lanjut:\ncalon-calon hendaklah ~ kepada risalah-risalah panduan; \njika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kepada karya Euler;\n merujukkan\n mengemukakan untuk dikaji, memanjangkan (kepada):\nbeliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kepada jawatankuasa pilihan; \nhakim besar ~ semula perkara itu kepada mahkamah rendah;" "rujuk silang\ncatatan (kata atau tanda) yang mengarahkan perhatian pembaca dari suatu tempat ke tempat lain dalam sesebuah buku, fail dan sebagainya untuk keterangan atau maklumat selanjutnya:\n mungkin ~ ini digunakan kerana masalah ejaan; \nsatu lagi kelemahan kamus itu ialah terdapatnya terlalu banyak ~;\n merujuk silang\n merujuk daripada satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dan sebagainya) kepada satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dan sebagainya) yang lain:\npemilihan kata dibuat secara ~ kepada kata yang menjadi komponen makna yang lain;\n merujuksilangkan\n merujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dan sebagainya) kepada sesuatu (kata, bahagian buku dan sebagainya) yang lain dengan menggunakan kata atau tanda:\nsetiap entri haruslah dirujuksilangkan dengan entri lain yang bersinonim dengannya." "rujukan\nketerangan lanjutan mengenai sesuatu perkara (buku dan lain-lain), sumber untuk dirujuk:\nbuku itu menjadi ~ dalam lapangan ilmu ekonomi; \nbuku ~\n buku untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut;\nperujukan\n perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan;\nperujuk\n orang atau tempat yang dirujuk untuk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dan sebagainya) tentang sesuatu." "rukah\n[Kelantan];\nmerukah\n memanjat rumah dan lain-lain (oleh pencuri, budak nakal, dan lain-lain)." "rukam\n~\n \nair \nsejenis tumbuhan (pokok renek), kasip keludut, \nErismanthus obliqua;\n~ babi \nsejenis tumbuhan (pokok), bunga tanjung hutan, selimber, \nHomalium longiflorum;\n~ gajah = ~ hutan = ~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), pokok damak-damak hutan, \nScolopia rhinanthera;\n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok renek), bedara laut, \nXimenia americana;\n~ padang \nsejenis tumbuhan (pokok kecil atau renek), medang kundur, \nLitsea ujongensis; \npokok ~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nScleropyrum maingayi." "rukas\n[Kelantan]\n= rukah." "rukhsah\n[Arab] kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat (seperti memakan bangkai, memendekkan sembahyang dalam perjalanan, meninggalkan puasa ketika sakit)." "rukiah, rukiat\n[Arab] segala yang berhubungan dengan guna-guna (sihir dan lain-lain)." "ruku I\n~\n \ngajah \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nVernonia patula;\n~ hutan \na) sejenis tumbuhan (herba), kumis kucing;\n b) sejenis tumbuhan (herba), rumput kucing-kucing (talah), \nAdenosma capitatum." "ruku II\nmeruku\n berbunyi (burung tekukur)." "ruku-ruku\n1.\n sejenis tumbuhan (rumpai), pokok kemangi, selasih hutan, \nHyptis suaveolens; \n2.\n = \n~\n \nhutan \nsejenis tumbuhan (herba), kemangi, selasih, selasih antan (hitam, jantan, putih), \nOcimum basilicum;\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok renek), selasih besar (cina, jambi, mekah), \nOcimum gratissimum;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (herba), \nHemigraphis confinis." "rukuk\n[Arab]\n1.\n membongkokkan badan dalam sembahyang (dengan tangan ditekankan ke lutut sehingga paras belakang dan kepala sama rata);\n2.\n membongkok;\nmerukuk\n = \nduduk ~\n (duduk) membongkok (menunduk) dalam keadaan rukuk." "rukun I\n[Arab]\n1.\n = \n~\n \nIslam = ~ agama \ndasar atau tiang agama Islam (syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan, dan mengerjakan haji);\n \nmenunaikan ~ yang kelima \nmengerjakan ibadat haji;\n2.\n dasar, tiang, asas, sendi:\nnegara yang mengamalkan ~-~ demokrasi; \n3.\n sesuatu yang diharuskan, syarat:\nseseorang yang hendak membuka kedai runcit perlu mempunyai tiga syarat atau ~ seperti yang dinyatakan di bawah ini;\n~ fikli \nrukun yang berupa perbuatan dalam ibadat (rukuk dan sujud dalam sembahyang, tawaf dalam ibadat haji, dan lain-lain);\n \n~ hidup \nsyarat hidup;\n \n~\n \niman \npercaya akan Allah (malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya, hari kiamat, dan untung baik dan buruk daripada Allah);\n R~ Negara \nfalsafah negara Malaysia yang mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan;\n \n~\n \nsyarak \nasas dan hukum agama Islam;\n \n~\n \nsyarat \n[Minangkabau] sesuatu yang harus diadakan mengikut adat." "rukun II\n1.\n tenang dan tenteram, aman (perhubungan, persahabatan, dan lain-lain), tidak bertengkar dan lain-lain:\nia ingin kembali hidup ~ dengan isterinya; \nhidup ~ damai dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaysia; \n2.\n bersatu hati, bersepakat, berseia dan bersekata:\ningin memberikan sumbangan kita supaya semua bangsa di dunia ini hidup ~; \n3.\n persatuan yang bertujuan untuk bantu-membantu;\n \n~\n \nkampung \n[Indonesia] persatuan penduduk kampung;\n \n~\n \ntani \n[Indonesia] persatuan kaum tani;\n \n~\n \ntetangga \n[Indonesia] persatuan antara orang-orang yang berjiran (bahagian daripada rukun kampung);\nmerukunkan\n1.\n menyebabkan damai (aman dan lain-lain), mendamaikan:\nsiapa yang dapat ~ dua beradik yang berselisih itu? \n2.\n menjadikan bersatu hati (bersepakat dan lain-lain), menjadikan bersepakat:\npenduduk tempat itu tidak dapat dirukunkan dengan cakap-cakap biasa sahaja tetapi harus dengan usaha-usaha yang positif daripada kerajaan;\nkerukunan\n1.\n perihal hidup rukun, kesepakatan:\n~\n \nhidup dalam masyarakat; \n2.\n perasaan rukun (bersatu hati)." "rukyah\n[Arab]\n1.\n pelihatan, pandangan;\n2.\n = \nrukyatulhilal\n melihat anak bulan untuk menentukan permulaan Ramadan (Syawal dan Zulhijah);\n \nahli ~\n orang yang menganut hukum wajib berpuasa dengan melihat anak bulan (lawan ahli nisab yang menentukan permulaan puasa menurut perhitungan);\n \ntanda ~\n alamat dengan memukul gendang raya dan lain-lain untuk mengumumkan nampaknya anak bulan." "rul\n[bahasa percakapan];\nkayu ~ \nkayu pembaris (penggaris)." "rulus\nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok besar), ludai (pelanduk), mayang, \nSapium baccatum." "rum I\n[Indonesia-Belanda] lemak kentalan air susu, kepala susu;\n \n~\n \ngula \ncampuran susu (mentega) dengan gula." "rum II\nminuman keras yang diperoleh daripada sulingan air tebu yang ditapaikan." "Rum.\n[kependekan] rumah." "rumah I\n1.\n binaan untuk tempat tinggal;\n \nahli (orang) ~\na) isteri;\n b) ahli keluarga yang tinggal di rumah;\n \nanjung ~\n bahagian depan rumah yang menganjur;\n \nelaun ~\n elaun sewa rumah untuk pegawai;\n \nnyonya ~\n [Indonesia] isteri;\n \nperkakas ~\na) bahan untuk membuat rumah;\n b) perabot;\n \ntuan ~\n pemilik rumah;\n2.\n (biasanya dipakai apabila memberi nama kepada sesuatu bangunan dengan erti) bangunan, gedung:\nR~\n \nPersekutuan; \n3.\n [kiasan] pasukan atau kumpulan dalam olahraga (di sekolah dan lain-lain):\nsebuah sekolah selalunya dibahagikan kepada empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dan lain-lain; \n4.\n = \n~\n \nangka \nbahagian dalam susunan angka, ruang, kolum:\n~\n \nse;\n~ puluh;\n~ ratus;\n~ adat \nbalairung;\n ~ Allah \na) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau;\n b) Kaabah;\n \n~ api \nmenara api (mercu suar);\n \n~ asap \nbangunan atau tempat khas untuk mengeringkan atau mengawet sesuatu (seperti getah, tembakau, ikan dan sebagainya) dengan mengasapinya;\n \n~ bandar \na) rumah bertingkat yang sama bentuknya dan dibina bercantum dalam satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah;\n b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yang kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mempunyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu;\n \n~\n \nbatu \nrumah yang berdinding batu-bata;\n \n~\n \nberhala \nkuil (tempat memuja berhala);\n \n~\n \nbesar \na) rumah yang besar;\n b) rumah yang pokok (sebagai ibu atau induk);\n \n~\n \nbicara \n[Indonesia] bangunan tempat bermesyuarat;\n \n~\n \nbola \n[Indonesia] rumah tempat bermain biliard, rumah kelab;\n \n~\n \nbutang (kancing) \nlubang tempat memasukkan butang (buah kancing) baju;\n \n~\n \ndansa \n[Indonesia] rumah tempat berdansa (menari), kabaret;\n \n~\n \ndapur \nbahagian rumah yang di belakang (tempat memasak);\n \n~\n \ngadai (pajak) \nrumah tempat menggadaikan barang-barang;\n \n~\n \ngedang \n[Minangkabau] rumah ibu (induk) sebagai tempat tinggal kaum keluarga;\n \n~\n \ngila \nrumah tempat merawat orang gila;\n \n~\n \nhantu \ntempat pertemuan ahli persatuan Freemason;\n \n~\n \nharam \nrumah yang didirikan tanpa kebenaran pihak yang berkuasa (tuan punya tanah dan lain-lain);\n \n~ hijau \nrumah kaca;\n \n~\n \nibadat (ibadah) \nrumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil);\n \n~\n \nibu \nbahagian yang utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang;\n \n~\n \ninstansi \n[Indonesia] rumah untuk pegawai kerajaan;\n \n~\n \njaga \npondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu;\n \n~\n \njudi \ntempat berjudi, petopan;\n \n~ kaca \nbangunan khas yang bumbung dan dindingnya daripada kaca, digunakan untuk melindungi tanaman tertentu dalam keadaan yang terkawal;\n \n~\n \nkampung \n[bahasa percakapan] (biasanya) rumah yang diperbuat daripada kayu yang berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dan lain-lain);\n \n~\n \nkedai \nrumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan untuk kedai;\n \n~\n \nkembar \nrumah yang dua serangkai (sebandung);\n \n~\n \nkilat \n[bahasa percakapan] rumah haram yang didirikan dengan cepat (biasanya pada waktu malam);\n \n~\n \nkit \ntempat menghisap candu;\n \n~\n \nkomedi \n[Indonesia] panggung sandiwara;\n \n~\n \nkutai \nsejenis rumah tradisional Melayu Perak;\n \n~ ladang \ntempat kediaman yang didirikan di kawasan ladang yang mengusahakan tanaman atau ternakan, biasanya secara komersial;\n \n~\n \nlelang \n[Indonesia] rumah tempat melelong barang-barang;\n \n~\n \nliar \n[bahasa percakapan] rumah haram;\n \n~ limas = ~ bumbung lima \nrumah yang mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan);\n \n~\n \nloteng (berloteng) \nrumah yang bertingkat;\n \n~\n \nmakan \nkedai tempat makan;\n \n~\n \nminum \nkedai tempat minum (menjual minuman);\n \n~\n \nmiskin \nrumah tempat merawat orang miskin;\n \n~\n \nmonyet \nrumah jaga (gardu kecil);\n \n~\n \nmurah \nrumah yang murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan untuk dijual kepada orang ramai yang berpendapatan rendah);\n \n~\n \npanggung \nrumah yang tinggi lantainya;\n \n~\n \npangsa \nrumah yang bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga);\n \n~\n \npanjang \na) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dan sebagainya di Borneo;\n b) rumah pelacuran;\n \n~ pasang siap \nrumah yang dibina dengan beberapa bahagiannya telah tersedia untuk dipasang dan disiapkan di tapak binaan;\n \n~ pasung \na) balai polis;\n b) rumah tempat menahan orang salah;\n \n~\n \npelacuran \nrumah tempat sundal;\n \n~\n \npenginapan (pemalaman \nark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dan lain-lain);\n \n~ penjelasan \n(Ekonomi)\na) pusat pertukaran cek antara bank untuk tujuan menjelaskan cek;\n b) pusat yang menguruskan penjelasan bagi urus niaga yang dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi;\n \n~\n \nperdeo (perai) \n[Indonesia], [bahasa percakapan] penjara;\n \n~\n \nperhentian \nrumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan);\n \n~\n \npesanggarahan \n[Indonesia] = \n~\n \npersinggahan \nrumah perhentian;\n \n~\n \npetak \nrumah deret;\n \n~\n \npiatu \nrumah yang menempatkan anak-anak yatim piatu;\n \n~\n \npotong = ~ sembelih \ntempat menyembelih (lembu, kerbau, dan lain-lain), pembantaian, pejagalan;\n \nR~\n \nPutih \nnama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat;\n \n~\n \nrehat \nbangunan (yang disediakan oleh kerajaan) yang memberi kemudahan penginapan (seperti hotel) terutamanya untuk kakitangan kerajaan;\n \n~\n \nsakit \ntempat merawat orang sakit, hospital;\n \n~ setinggan \nrumah yang didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya;\n \n~\n \nsewa \nrumah untuk disewakan;\n \n~\n \nsiput \nkulit siput;\n \n~ tanaman \nrumah kaca;\n \n~\n \ntengah \nbahagian rumah Melayu yang di tengah;\n \n~ terbuka\n majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yang terbuka kepada sahabat handai dan sebagainya (biasanya semasa musim perayaan, seperti perayaan Aidilfitri);\n \n~\n \nteres \nrumah yang dibina yang satu di sisi yang lain (sehingga menjadi deretan yang terdiri daripada beberapa buah atau unit rumah);\n \n~\n \ntetamu \nrumah yang memberi penginapan;\n \n~\n \ntumpangan \nrumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pada kadar murah);\n \n~\n \nturutan \nrumah samping (bukan rumah induk);\n \n~\n \nubat \n[Indonesia] kedai tempat menjual ubat-ubatan;\n \n~\n \nurut \na) rumah tempat berurut;\n b) rumah pelacuran;\n~\n \nburuk disapu cat \n(peribahasa) orang tua yang suka bersolek;\n \n~\n \ngedang ketirisan \n(peribahasa) perihal seorang perempuan yang kurang membawa bahagia kepada suami;\n \n~\n \ngedang bersendi perak \n(peribahasa) orang bangsawan dan kaya pula;\n \n~\n \nsudah, tukul (pahat) berbunyi \n(peribahasa) mengemukakan pendapat dan lain-lain sesudah perkara diputuskan;\n \ndalam ~ membuat ~\n (peribahasa) mencari keuntungan untuk diri sendiri ketika bekerja dengan orang lain;\n \ndiseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala \n(peribahasa) kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dan lain-lain di rumah itu;\n \nmemperlihatkan ~ buruk kepada orang maling \n(peribahasa) mempertontonkan rahsia sendiri kepada orang;\n \ntiada berorang di ~\n (peribahasa) perihal seorang perempuan yang belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi;\nserumah\n1.\n seisi rumah, seluruh rumah;\n2.\n tinggal dalam satu rumah:\nkedua-dua perempuan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; \n3.\n sudah kahwin (beristeri atau bersuami);\nmenyerumahkan\n meletakkan (menaruhkan) dalam satu rumah:\napakah dia akan diserumahkan dengan madunya?" "rumah II\n~\n langsuyar \nsejenis tumbuhan (paku-pakis), daun samun, paku pandan, selimber, \nNeottopteris nidus." "rumah tangga\nperihal rumah dan kehidupan dalam rumah, rumah dengan keluarga yang mendiaminya;\nberumah tangga\n1.\n mengurus rumah tangga, berkeluarga:\n pendapatan dan umurnya sudah cukup untuk dia ~; \n2.\n berkahwin (beristeri atau bersuami):\nsebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu." "rumah-rumah\n1.\n banyak rumah;\n2.\n = \nrumah-rumahan\n sesuatu yang menyerupai rumah atau boleh disamakan dengan rumah, tiruan daripada rumah;\nberumah\n1.\n mempunyai (memiliki) rumah:\nseorang muda yang berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar; \n2.\n = \n~\n \ntinggal \ndiam (tinggal) di:\nia lebih suka ~ di Ulu Langat; \n3.\n \n= \nberumah tangga\n bagai ~ di tepi tebing \n(peribahasa) selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dan lain-lain);\nberumahkan\n menjadikan sebagai rumah:\n orang Arab yang hidup ~ khemah yang dibuat daripada kulit unta;\nmemperumahkan\n mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan):\nlebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok;\nperumahan\n1.\n kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal:\nPetaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; \nsyarikat ~\n syarikat yang mendirikan rumah-rumah (untuk ahli-ahli atau untuk dijual);\n2.\n perihal pengurusan tempat tinggal (rumah):\nmasalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dengan pembinaan rumah-rumah pangsa; \npejabat ~\n pejabat yang mengurus rumah pegawai kerajaan;\n3.\n tanah kosong (tapak) untuk mendirikan rumah:\nkawasan ~ baharu di Kampung Tunku; \n4. = perumah\n kayu tempat mata ketam (serut);\n5.\n [Minangkabau] [arkaik] pendirian, maksud:\n~mu sudah jelas kini;\nperumah\n (Biologi) tumbuhan atau haiwan yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggalnya, serta sebagai sumber makanan dan perlindungan." "rumal\n[arkaik] sapu tangan,? ramal." "Rumawi\nberkaitan dengan kebudayaan, bahasa, politik dan sebagainya dari kerajaan Rom Kuno;\nhukum ~\n hukum yang dipakai oleh bangsa Rom (Roman atau Itali zaman dahulu);\n \nhuruf ~\n huruf Rumi, huruf Roman, huruf Latin." "rumba\n1.\n sejenis tarian yang berasal dari Cuba, biasanya ditarikan di dewan tari menari;\n2.\n muzik yang dimainkan untuk mengiringi tarian\n1.\n di atas:\nmuzik ~." "rumbah\nberbagai-bagai daun mentah yang dimakan bersama-sama dengan nasi, lalap, ulam." "rumbai I\njumbai;\nberumbai-rumbai\n bergantungan hujungnya, berjumbai-jumbai;\nberumbai-rumbaikan\n berjumbai-jumbai dengan:\n~\n \nmutiara dikarang." "rumbai II\n= \n~\n \nlatah \nsejenis tumbuhan (rumpai), sediang air, \nScirpodendron ghaeri." "rumbia\nsejenis tumbuhan (palma yang menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, \nMetroxylon spp.; \natap ~\n atap yang diperbuat daripada daun rumbia." "rumbing\n[Minangkabau] sumbing, sempak:\npisau saya ~ ." "rumbu I\n[arkaik] sejenis bubu." "rumbu II\n1.\n tidak tentu hala, tidak senonoh (kelakuan);\n2.\n rambu:\nbudak ini ~ sangat;\nmerumbu\n1.\n berlaku tidak senonoh;\n2.\n berjalan ke mana-mana, berkeliaran, merambu." "rumbu III\nmerumbu\n penuh melimpah (cairan dan lain-lain)." "rumbun\nmerumbun, merumbunkan\n \n~\n \napi \nmenyorongkan kayu ke dalam api (untuk memarakkan api)." "rumbung-rumbung\nsejenis ikan laut, \nLutianus lutianus." "rumen\n(Biologi) ruang pertama perut binatang ruminan yang menyimpan makanan yang separuh cerna buat sementara waktu sebelum diluahkan balik ke dalam mulut untuk dikunyah sehingga lumat." "rumenia\nrumia." "Rumi\n= \nhuruf ~\n abjad dalam bahasa Melayu dan bahasa moden yang lain yang bermula dengan A dan berakhir dengan Z, yang berasal dari kerajaan Rom Kuno, huruf Rumawi, huruf Roman, huruf Latin;\nmerumikan\n menyalin (menulis) ke dalam tulisan Rumi;\nperumian" "rumi-rumi\nsejenis ikan laut, lumi-lumi, \nEchineis naucrates." "rumia\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya boleh dimakan), remenia, \nBouea macrophylla." "rumiah\nrumia." "rumin\n[Minangkabau];\ntali ~\n tali rami;\n \nbenang ~ \nbenang rami." "ruminan\n(Biologi) haiwan seperti lembu, kambing dan rusa yang mengeluarkan balik makanan yang separuh cerna dari perut untuk dikunyah semula\n." "rumit\n[Minangkabau] tidak mudah, sukar, sulit, susah:\nkami menghadapi persoalan beras yang ~; \nkalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak kerana tiada pekerjaan; \ndalam ~\n sedang hamil;\nmerumitkan\n menyukarkan, menyulitkan, menyusahkan:\nkalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut; \nperkara cadangan di luar negeri itu akan ~ perjalanan Bank Negara;\nkerumitan\n perihal rumit, kesukaran, kesulitan, kesusahan:\n~\n \nyang besar kepada pekedai ialah memungut hutang." "rumpai\nrumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yang tidak berguna di kawasan yang telah diusahakan;\n \n~ laut \ntumbuhan berwarna hijau, perang atau merah gelap yang hidup di dalam laut, atau di atas batuan yang terendam di pinggir laut." "rumpair\nsejenis tumbuhan di air (laut), rumpai air, alga." "rumpang\n[Minangkabau]\n1.\n berselang-selang (bersela-sela) sebab luruh gigi, ompong, rongak;\n2.\n berselang-selang (pagar dan lain-lain), rongak:\npagar yang ~ ; \n3.\n antara (waktu), sela:\nselama ia masih dalam perjalanan, tidak akan ~nya aku berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis." "rumpil\n[Jawa] sukar dijalani (ditempuh), sulit, susah." "rumpun\n1.\n kumpulan tumbuhan yang seolah-olah mempunyai akar yang sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu:\n~\n \nbuluh, ~ padi; \n2.\n [kiasan] perindukan (orang-orang yang seketurunan, mempunyai nenek moyang yang sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yang sama asal dan jenisnya, golongan yang sejenis (karya kesusasteraan):\n~\n \nbangsa Mongol; \nbahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dalam satu ~ bahasa;\n~ cerita rakyat; \n3.\n = \n~\n \ntelinga \nlekuk daun telinga;\n4.\n ikatan, rangkaian;\nalah di ~ betung \n(peribahasa), [Minangkabau] kekalahan yang tidak memuaskan orang (pihak yang kalah);\n \ntak jauh rebung di ~nya \n(peribahasa) perihal perangai anak yang tidak berbeza daripada orang tuanya;\nserumpun\n1.\n satu rumpun, satu perdu yang banyak pokoknya:\n~\n \nbuluh; \n2.\n segolongan bangsa (bahasa dan lain-lain) yang sama jenisnya, seperindukan:\nbangsa yang ~ dengan bangsa Mongolia; \n3.\n setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dan lain-lain):\n~\n \nbunga semarak api;\n~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu \n(peribahasa) bersatu hati dalam segala hal;\n \ntebas buluh ~ \n(peribahasa) perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yang tidak baik);\nkeserumpunan\n perihal atau keadaan tergolong di dalam satu rumpun atau rumpun yang sama:\n~\n \nbahasa;\nberumpun, berumpun-rumpun\n1.\n tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yang berperdu;\n2.\n beberapa rumpun, banyak rumpun;\n3.\n [kiasan] beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dan lain-lain):\nbunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya." "rumput\n1.\n sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya):\n~\n \nbenggala;\n~ gerinting;\n~ pahit; \n2.\n sejenis tumbuhan yang kecil-kecil;\n \n~\n \nkejut-kejut (kemaluan) \nsemalu;\n \n~ rampai \nberbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput;\n~\n \nmencari kuda \n(peribahasa) perempuan yang mencari laki-laki;\n \nbicarakan ~ di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga \n(peribahasa) kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar;\n \nembun di hujung ~\n (peribahasa) sesuatu yang mudah hilang atau tidak tetap;\n \nibarat ~ yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali \n(peribahasa) perihal orang yang sengsara yang dengan tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia;\n \nterhenti-henti bagai ~ di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu \n(peribahasa) perihal kehidupan yang melarat;\nrumput-rumputan, rerumputan\n berbagai-bagai jenis rumput:\nmereka segera berbaris ke tengah ladang yang telah bersih daripada ~ sambil memikul galah; \npemuda itu masih terbaring di atas rerumputan seperti tadi sementara matanya masih basah;\nmerumput\n1.\n memotong rumput, menyabit rumput;\n2.\n sedang makan rumput (lembu dan lain-lain);\n3.\n = \nmerumputi\n menyiangi kerana membersihkan tanah, membuang rumput;\n4.\n = \nmerumputi\n menaruh tanah yang berumput (tanah bata) di;\nperumputan, rumputan\n tanah yang ada rumput, tanah yang ditumbuhi rumput, padang rumput." "rumrum\n[Jawa];\nmerumrum\n [sastera lama] membelai-belai dan membujuk-bujuk (perempuan), mempersenang hati." "rumung\n[Jakarta];\nmerumung\n merubung, mengerubungi, mengerumuni." "rumus\n1.\n singkatan bagi sesuatu ungkapan yang terdiri daripada beberapa huruf, misalnya \nDBP\n untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan;\n 2.\n (Kimia) seperangkat simbol yang terdiri daripada huruf, atau huruf dan angka yang menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, misalnya rumus untuk karbon monoksida ialah \nCO\n, dan ammonia ialah \nNH3\n, formula:\n~ kimia untuk air ialah H2O; \n3.\n (Matematik) aturan, prinsip, hubungan dan sebagainya matematik yang dinyatakan dalam bentuk simbol, formula:\n ~\n \nuntuk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang x lebar = pl; \nmerumuskan\n1.\n memendekkan atau meringkaskan (perkataan):\nUMNO dirumuskan daripada kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; \n2.\n menyatakan sesuatu (seperti hukum dan lain-lain) dengan rumus:\ntambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; \nhukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; \n3.\n menyebuntukan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dengan ringkas lagi tepat:\nhanya kepemimpinan berwibawalah yang sanggup ~ keputusan terakhir;\n rumusan\n pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dan lain-lain) yang dinyatakan secara ringkas dan tepat:\ntegasnya bolehlah kita membuat ~ seperti ini;\nperumusan\n perihal (perbuatan, proses) merumuskan, pernyataan yang ringkas lagi tepat:\n~ teori-teori baru;\nperumus\n orang yang merumuskan sesuatu perkara." "runas\n[Perak];\nmerunas\n meregut, mematahkan (pucuk, bunga, dan lain-lain)." "runcing\n1.\n lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip):\njarinya yang ~; \nbambu ~\n buluh yang ditajamkan hujungnya (tombak daripada buluh);\n2.\n [kiasan] genting atau memuncak, tegang (keadaan, perselisihan, dan lain-lain):\nketegangan antara Filipina dengan Malaysia bertambah ~;\n~ tanduk bangkah kening \n(peribahasa) sudah terkenal kejahatannya;\nmeruncing\n1.\n menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip):\ndicabutnya turus pagar yang ~ halus; \nbenua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; \n2.\n [kiasan] menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dan lain-lain), menjadi tegang:\nkeretakan itu semakin melebar dan ~;\nmeruncingkan\n1.\n membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dan lain-lain) supaya runcing:\nranjau ialah buluh yang diruncingkan tajam; \nmasing-masing dengan batang kayu yang diperbuat seperti galah dan diruncingkan hujungnya; \n2.\n menyebabkan genting (suasana dan lain-lain):\nmaka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dalam negeri; \nmemperuncing\n mempertajam atau memperhalus (semangat, pendengaran, dan lain-lain):\ndan diperuncingnya pendengarannya; \nia ~ telinganya;\nkeruncingan\n1.\n perihal runcing;\n2.\n kegentingan (keadaan, perselisihan, dan lain-lain)." "runcit\nbermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai:\nmenjual barang-barang ~; \nkedai ~\na) kedai yang menjual barang secara sedikit-sedikit (terus kepada pengguna);\n b) kedai yang menjual barang yang bermacam-macam;\n \njual(an) ~ \njual(an) secara kecil-kecilan;\n \npenjual ~\n penjual berbagai-bagai barang;\n \nperbelanjaan ~\n perbelanjaan untuk membeli barang yang kecil-kecil atau sedikit-sedikit;\nberuncit;\n \nberuncit-runcit\n sedikit demi sedikit, berdikit-dikit, beransur-ansur:\nmengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kepada semua peringkat;\nperuncitan\n (yang berkaitan dengan) perniagaan runcit (iaitu pembelian dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit:\n konsep ~; \nsistem ~;\nperuncit\n peniaga secara sedikit-sedikit (terus kepada pengguna), peniaga runcit." "runding\n1.\n [sastera lama] perhitungan, perkiraan, pertimbangan;\n2.\n pembicaraan (perkiraan) yang sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal;\n \nhamba tidak berbanyak ~\n tidak banyak bicara;\n~\n \ncara \nkhidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya;\n \nmerentang ~\n memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan);\n \npakar ~\n pakar perunding;\n \n~\n \nbanyak nan ka disebut \n(peribahasa) jika banyak berembuk akan dicapai keputusan;\nberunding\n1.\n bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dengan sungguh-sungguh, berbicara, berembuk:\nTuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju untuk ~ di Bangkok; \n2.\n bercakap-cakap (tentang sesuatu), berkira-kira:\nletakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; \ninda ~ \n[Brunei] tidak berkira, bertolak ansur;\nmerunding\n [sastera lama] menghitung, memperhitungkan;\n \nrunding-~ \nhitung-menghitung, timbang-menimbang;\nmerundingkan\n1.\n memperhitungkan, memperkirakan:\nmereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; \n2.\n memperkatakan (membicarakan) sesuatu untuk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan:\nbarang sesuatu yang akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dengan isterinya;" "rundingan\n1.\n perbincangan antara dua atau banyak untuk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dan sebagainya atau mencapai sesuatu persetujuan):\n~ telah membawa kepada pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kepada perkelahian; \npersengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~;\n~ meja bulat \nrundingan dengan menggunakan meja bulat sebagai menunjukkan bahawa pihak-pihak yang terlibat mempunyai taraf yang sama;\n \n~\n \ntelah putus \npembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian;\n2.\n butir-butir pembicaraan (pembincangan dan lain-lain), isi pembicaraan:\nsegan menurut ~ orang lain \nsegan menurut nasihat orang lain;\n \n~\n \ndamai \npembicaraan untuk mencari perdamaian;\nperundingan\n perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan, perembukan:\nia telah memajukan tuntutannya dalam ~ itu;\nperunding\n1.\n orang yang berunding (untuk mencapai sesuatu persetujuan):\nseorang diplomat dan ~ yang ulung; \n2.\n orang (syarikat dan sebagainya) yang dirujuk untuk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dan sebagainya);\n \npakar ~\n orang (syarikat dan sebagainya) yang mempunyai pengetahuan kepakaran yang tertentu dan berlaku sebagai perunding." "rundu\n~\n\u2013\nranda \n[Jakarta] pergi ke sana ke mari dengan membawa barang-barang sekali (seperti orang mengungsi), berpindah-randah." "runduk\n= merunduk\n tunduk, menunduk:\nia melihat buah padinya yang ~; \nia ~ sejenak, kemudian mengangkat muka;\nmerundukkan\n menundukkan (kepala)." "rundung\nmerundung\n \n1.\n mengacau, mengganggu, menyusahkan:\nia ~ suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini; \n2.\n menimpa (berkenaan (dengan) kemalangan, kesusahan, dan lain-lain):\nselalu dirundung malang." "rung I\n1.\n sejenis ikan darat, \nLabeo caeruleus; \n2.\n sejenis ikan darat, \nLabiobarbus leptocheilus; \n3.\n sejenis ikan darat, \nOsteochilus vittatus." "rung II\n[Kelantan] batas untuk menanam ubi." "rungas\nberungas\n tidak rapi, tidak kemas, kusut (rambut dan lain-lain)." "runggas I\nmerunggas\n menyentak, merenggut." "runggas II\nberunggas-runggas\n banyak permatanya:\ncincin yang ~." "runggau\n[arkaik] kurang tidur." "runggu I\n~\n\u2013\nrangga \nberhujung-hujung tajam (tanduk rusa dan lain-lain), bercerancang." "runggu II\n[Minangkabau] rungguh, cagaran, jaminan." "rungguh I\n= rungguhan\n barang dan lain-lain yang diletakkan sebagai tanggungan untuk wang yang dipinjam, cagaran, jaminan, sandaran:\nia harus menyerahkan tanahnya sebagai ~ bagi pinjaman itu; \nrumah rungguhan \nark rumah gadai;\nmerungguhkan\n meletakkan sesuatu sebagai caga" "runggun\nunggun." "rungkai\nmerungkaikan\n menghuraikan (simpulan tali dan lain-lain), membuka (bungkusan dan lain-lain);\n= ungkai." "rungkap\nmerungkap\n bercakap kasar (biadap)." "rungkas\nmerungkas\n merombak, membongkar, membuka, mencabut." "rungkau\n[arkaik]\n; \nmerungkau\n terburai dan bergantungan menutup muka (rambut)." "rungkuh\nkelihatan sudah tua benar;\n \ntua ~\n sangat tua;\nkerungkuhan\n menjadi tua renta." "rungkun\n(Sunda) [Jakarta] rumpun (buluh dan lain-lain)." "rungkup\nmerupakan penutup (tudung dan lain-lain);\n \natap ~\n atap yang sangat lebar dan rendah (rumah seolah-olah ditudunginya);\n \nkajang ~\n dua helai kajang yang dipasang hingga menutupi;\nmerungkup\n melingkupi, menudungi, menutupi (hingga tidak tampak lagi)." "rungrum\nrumrum." "rungus I\n[Minangkabau];\nmerungus\n berbunyi gemuruh (besar), menderam;\n \n~-rungus kecil \nbernyanyi perlahan-lahan (untuk diri sendiri sahaja)." "Rungus II\nsuku kaum peribumi di Sabah, termasuk dalam rumpun kaum Kadazan Dusun, kebanyakannya tinggal di Kudat.\nmerungut, berungut\n berleter, bersungut, menggerutu, mengomel:\nia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; \nkelambatan balik dari menoreh sudah menjadi kebiasaanku, tidaklah ibuku berungut lagi;\nmerungut-rungut\n bersungut-sungut, mengomel-omel:\npendayung itu ~ kerana wang yang diterimanya itu tidak mencukupi;\nmerunguntukan\n merungut mengenai, bersungut sebab:\nsuaminya ~ bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dengan lelaki; \nSalmiah merungut-runguntukan keburukan rumah yang disewa; \napa hendak dirunguntukan, bukan jodoh engkau;" "rungutan\n1.\n perbuatan merungut:\nHayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil; \n2.\n omelan:\nia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yang berkuasa;\nperungut\n orang yang suka merungut, peleter, pengomel." "runjam\n[arkaik];\nmerunjam\n menusuk (menikam, menjolok, merodok) dari bawah;\nhunjam." "runjang\nmerunjang\n1.\n merodok, mencucuk (ke dalam lubang dan lain-lain), menikam, menjolok;\n2.\n [kiasan] meraba-raba, mencari-cari (ke sana ke mari):\nia ~ ke sana ke mari untuk membuat hubungan." "runjau\n[arkaik];\nmerunjau\n kurus tinggi, panjang ramping, lampai." "runjun\nmerunjun\n mengail (ikan haruan) dengan sejenis kail yang panjang batangnya dan umpannya katak hidup." "runjung\nberupa kelongsong (basung, kerucut);\n \nhantu ~\n [arkaik] sejenis hantu yang mulanya nampak kecil kemudian menjadi besar;\nmerunjung\n makin ke atas makin lancip (kecil), mengerucut." "runsing\n1.\n cepat marah, suka mengomel (merungut-rungut);\n2.\n = \n~\n \nhati \nsebal hati, risau:\njanganlah pula engkau menambah ~ hati mak;\nmerunsing\n mengomel, bersungut, merungut;\nmerunsingkan\n menjadikan runsing, menyebabkan runsing, merisaukan:\ndalam keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan; \nperbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai;\nkerunsingan\n perihal runsing, kerisauan:\nmereka dalam ~;\nperunsing\n orang yang selalu runsing, perisau." "runtai\nseruntai\n segugus, seikat (buah-buahan);\nmeruntai\n bergantung terayun-ayun, berjuntai;\nuntai." "runtas\n[arkaik];\nmeruntas\n menyambar, menyentak, merenggut:\n~\n \nbuah dari ranting." "runti\nmerunti\n menggosok rotan (terutama rotan sega) supaya hilang bahagian yang keras dan lain-lain." "runtih\nmeruntih\n memetik (daun, bunga, dan lain-lain), menanggalkan biji jagung dari tongkolnya, menyobek." "runtuh\n1.\n jatuh kerana rosak dan lain-lain (bangunan), roboh:\nbanyak bangunan lama yang ~ akibat angin puting beliung; \n2.\n jatuh sebelum masak dan lain-lain, gugur;\n3.\n gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dan lain-lain), rebak:\npecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; \n4.\n [kiasan] rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, harapan, dan lain-lain), binasa, jahanam:\nkekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; \norang yang ~ akhlaknya \norang yang rosak akhlaknya;\nlangit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban \n(peribahasa) kehilangan orang tempat menumpang hidup;\nmeruntuh\n1.\n (menjadi) runtuh;\n \nmusim durian ~ \nmusim durian gugur;\n2.\n [arkaik] turun atau menyusup (tentera dan lain-lain);\nmeruntuhkan\n1.\n merosakkan dan menjatuhkan, merobohkan:\nsebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; \n2.\n menyebabkan gugur (lungsur atau gelongsor):\ntanah tepi lubang itu diruntuhkan dengan pancutan air; \n3.\n [kiasan] menjatuhkan, membinasakan, merosakkan (kekuasaan, pertahanan, dan lain-lain), menghancurkan (cita-cita, iman, dan lain-lain):\nkita akan menghancurkan segala kekejaman yang ~ kedaulatan raja kita; \nayahnyalah yang ~ seluruh kehidupannya;\n~ hati \nmembangkitkan berahi (dan lain-lain hati);\n \n~\n \niman \na) merosakkan (menghancurkan) iman;\n b) menggoda orang;\nruntuhan, reruntuhan\n benda yang telah runtuh, bekas bangunan dan lain-lain yang rosak, puing:\nKemboja dan Thailand berperang kerana merebuntukan ~ sebuah kuil;\nkeruntuhan\n1.\n perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan:\npesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; \npangkalan-pangkalan itu sebagai pusat ~ maruah orang yang tinggal di situ; \n2.\n tertimpa oleh sesuatu yang runtuh:\nbeberapa orang mati ~ bukit itu;\n peruntuh\n [arkaik] orang yang meruntuhkan:\nsekarang dia akan jadi ~ pula, akan meruntuhkan kemanusiaan." "runtuk\nreruntuk." "runtun I\nmeruntun 1. menarik (menyeret) kuat-kuat, membantun, menyentak, merenggut:\nia telah diruntun masuk ke dalam perahu; \n2.\n [sastera lama] mengambil dengan paksa, membegal, menawan, merampas, merebut:\nMelaka itu hendak diruntunnya; \n3.\n [kiasan] mengalih atau menarik (perhatian, perasaan, dan lain-lain):\nia cuba ~ fikirannya ke babak lain; \nkisah yang dibentangkan dalam drama ini pasti dapat ~ perasaan siapa sahaja;\n~ hati \nmenarik hati;\n4.\n = \nmeruntun-runtun\n mendesak-desak, melonjak-lonjak (perasaan kerana terlalu ingin benar):\nhatinya meruntun-runtun hendak mengetahui kandungan surat itu;" "runtun II\nberuntun, beruntun-runtun\n berderet-deret, berikut-ikut, berturut-turut:\nsuara itu disusuli bunyi tembakan yang ~ dari arah jalan besar; \nayat-ayat al-Quran yang turun itu banyak sekali beruntun-runtun satu ayat demi satu ayat;" "runtunan I\ntarikan (sentakan), desakan:\napabila ~ nafsu mudanya bergelora, ia lekas-lekas pergi bekerja;\n~ hati (jiwa dan lain-lain) \ntarikan atau desakan hati (jiwa dan lain-lain)." "runtunan II\nderetan, jajaran, leretan:\ndemonstrasi harus beruntun-runtun sebagai ~nya ombak." "runtut I\n[Jawa] bersesuaian, selaras, sepadan." "runtut II\n[Jawa];\nruntutan\n runtunan, rentetan." "runut\nbekas tapak kaki dan lain-lain, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dan lain-lain):\n~\n \nharimau;\n~ kereta; \nmendapat ~\n mendapat keterangan (berkenaan (dengan) perkara yang sedang diselidiki;\n \nputus ~ \nkehilangan jejak (bekas);\n \nsongsang ~\n [Minangkabau] sejenis tenung;\nmerunut, merunuti\n1.\n mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani:\ndirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; \n2.\n [kiasan] menyelidiki (mengusut) perkara dan lain-lain:\n~\n \nperkara kecurangan dalam pembinaan rumah." "runyam\n[Jakarta]\n1.\n susah mengerjakan, leceh, rumit, sukar, sulit:\nagak ~ juga kerja itu bagi orang yang belum biasa; \n2.\n tidak berhasil (jadi), gagal:\nkalau dia masih berkeras juga tentu akan ~ cita-cita kita;\nmerunyamkan\n1.\n menyulitkan, merumitkan;\n2.\n menggagalkan." "runyas\nmerunyas\n [Johor] berbulu-bulu (kain), berjerabai, cemabai." "runyut\n[Minangkabau];\nmerunyut\n berkedut (kerana kering dan lain-lain), berkerut, kisut, lisut." "ruok\n[Minangkabau] [arkaik];\nmeruok\n1.\n berbuih, membual;\n2.\n meluap, mendidih;\n3.\n [kiasan] marah;\nruap." "rupa\n1.\n perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, sifat sesuatu pada lahirnya:\nkepala binatang itu ~nya seperti kuda; \ntidak memandang ~ \ntidak mempedulikan keadaan dari luar, tidak mengendahkan;\n \n~\n \nbentuk \nrupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda);\n2.\n = \n~\n \nmuka \nrautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka:\nperempuan yang elok ~nya; \nada ~ \ncantik;\n3.\n apa yang tampak (kelihatan), wujud:\ntamsil seperti matahari dengan cahaya dengan panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; \n4.\n bangun, bentuk, tokoh:\nmenara itu ~nya seperti roket; \ndapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dengan kasarnya; \n5.\n bagai, jenis, macam:\nsiap sedia segala ~ juadah untuk hari raya; \nmengapa gerangannya hal ini demikian ~;\n~ bangsa \na) kerakyatan, kewarganegaraan;\n b) sifat-sifat (cara hidup dan lain-lain) bangsa;\n \n~\n \nbumi \nlukisan atau gambaran bentuk muka bumi pada peta, topografi;\n \n~ taip \nmuka taip;\n~ boleh diubah, tabiat dibawa mati \n(peribahasa) terlalu susah hendak mengubah tabiat;\n \n~\n \nharimau hati tikus \n(peribahasa) nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut;\n \nbagai ~ orang terkena beragih \n(peribahasa) muka masam kerana rugi dan lain-lain (ketika berbagi barang-barang syarikat);\n \nindah khabar dari ~ \n(peribahasa) khabar selalunya lebih baik daripada keadaan sebenarnya;\nberserupa\n sama rupanya, bersamaan;\nmenyerupa\n [Minangkabau] berlagak atau berlaku seperti, merupakan diri seperti, menyamar (menyaru) seperti;\nmenyerupai\n1.\n serupa dengan, mirip dengan, hampir menyamai, mengarah-arahi:\nhulunya diperbuat daripada kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; \n2.\n sama dengan, menyamai:\nTuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yang baharu; \nsungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; \n3.\n [Jakarta] meniru(-niru), menyama-nyamai:\nlakunya ~ orang tuanya;\nmenyerupakan\n1.\n menjadikan serupa (dengan), menyamakan (rupanya, aturannya, dan lain-lain):\nsistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan; \n2.\n mengatakan sama (dengan), menganggap sama (dengan), memisahkan sama (dengan):\nia diserupakan dengan kanak-kanak sekolah menengah sahaja;\nkeserupaan\n kesamaan rupa:\nsebutan dua ~ dalam cara pembiakan ayam dan katak;\nperserupaan\n persamaan rupa, persesuaian, persetujuan;\nrupa-rupa\n berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk):\ndikumpulnya ~ barang lama;" "rupa-rupanya\n1.\n agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya:\n~\n \nrundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; \n2.\n sebaliknya, melainkan:\nyang disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya;\nberupa\n1.\n ada rupanya yang boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud:\nroh ialah suatu kejadian Allah yang tidak ~; \n2.\n rupanya, bentuknya (bangunnya) sebagai:\nlambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; \n3.\n terjadi daripada, terdiri daripada:\nmemberi bantuan yang ~ mata benda; \n4.\n elok rupanya, cantik:\nbakal isterinya itu hendaklah orang yang berbangsa dan ~; \n5.\n dalam keadaan (bentuk):\nundang-undang yang diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yang mengandungi dasar undang-undang yang kasar sahaja; \n6.\n berkelakuan, berperangai:\norang yang sistem sarafnya terganggu itu ~ seperti orang mabuk;\nberupa-rupa\n berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis;\nmerupa\n1.\n menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dan lain-lain);\n2.\n nampak membayang (dalam mimpi, angan-angan, dan lain-lain);\nmerupai\n menyerupai (mengarah-arahi, mirip dengan):\nrajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur;\nmerupakan\n1.\n membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa:\npeti rahsia itu dirupakan buku; \n2.\n melahirkan, menggambarkan, mewujudkan:\nmalaikat Jibrail dirupakan seorang yang cantik dan diberi bersayap; \n3.\n menjadi, membentuk:\nrancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yang terpenting; \ngetah ~ 40% daripada pendapatan negara Malaysia; \n4.\n [kiasan] melambangkan, melukiskan, menggambarkan:\nPak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; \nulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan;\n~ diri \na) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma:\nPuteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua; \nia dapat ~ dirinya seperti harimau; \nb) berlagak (berlaku dan lain-lain) sebagai:\ndengan ~ dirinya sebagai seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;\nterupa\n boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan):\n~\n \ndi hadapannya wajah anaknya yang nakal itu; \ntidak ~ oleh akal \ntidak masuk akal;\nrupa-rupaan\n [sastera lama] [arkaik] rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa)." "rupal\nsejenis tumbuhan (pokok), bekoi, berkol, buah babi, tukoi, \nCrypteronia paniculata." "rupawan\nelok rupanya, cantik:\ngadis ~;\nkerupawanan\n kecantikan:\nia menjadi pujaan ramai kerana ~nya dan kebaikan perangainya." "rupee\nunit mata wang India, Pakistan, Sri Lanka dan beberapa negara lain." "rupi\nrupee." "rupiah\nunit mata wang Indonesia;\n \n~\n \nsikah \nsejenis mata wang lama India;\nserupiah\n satu rupiah, seperak;\nmerupiahkan\n menukarkan (wang asing) menjadi rupiah." "rupuh\nmerupuh\n \nbunyi ~\n berbunyi kuat (seperti pokok besar tumbang dan lain-lain)." "rupung\nruyung, huyung-hayang." "ruruh\nluruh." "rurut I\n[Minangkabau] gugur, jatuh:\ntelah ~ bunga hayatku sebelum dia mekar;\n~ hati \njatuh hati, terharu hati;\n= lurut II." "rurut II\nmerurut\n melurut (melucuntukan, meluluskan) cincin dan lain-lain;\n= lurut I." "rusa I\nsejenis binatang yang tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, \nCervus equimus; \njenis-jenisnya\n: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung;\n~ di hutan, kancah sudah terjerang \n(peribahasa) barang sesuatu yang belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya;\n \nmati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi \n(peribahasa) mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yang menjadi kemegahannya;\n \nmati ~ kerana tanduknya \n(peribahasa) mendapat kecelakaan kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya;\n \nseperti ~ kena tambat \n(peribahasa) selalu dalam keluh-kesah;\n \nseperti ~ masuk kampung \n(peribahasa) tercengang-cengang;\n \ntak akan rintang ~ oleh tanduknya \n(peribahasa) tidak terganggu seseorang yang cekap itu daripada melakukan pekerjaannya." "rusa II\nakar ~ =" "rusa-rusa\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar kacang-kacang, \nAgelaea verstita; \npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), mempisang, \nVitex hollrungii." "rusam\n[Kedah] sejenis alat (batang atau pegangan yang boleh berputar) untuk mengajar anak-anak kecil berjalan." "rusih\npokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), kayu membuah, jambul burung cicit, \nPolyalthia beccarii." "rusuh I\n1.\n terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah seperti pencurian dan lain-lain), tidak aman:\nkeadaan ekonomi yang begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali; \n2.\n gaduh, huru-hara, kacau, ribut:\nnegara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera; \n3.\n tidak sopan (kelakuan, perkataan, dan lain-lain), kasar (permainan bola sepak dan lain-lain), tidak berperaturan, ceroboh:\nbahasanya ~ benar;\n~ benar makanannya \napa sahaja dimakannya;\n4.\n tidak tenteram fikiran, (sangat) gelisah:\n~\n \nresah \nberbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dan lain-lain);\nmerusuh\n membuat rusuh (seperti mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dan lain-lain):\norang salah ~ dalam penjara; \nsekumpulan kecil daripada penonton telah ~ kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil;\nmerusuhi\n mengganggu (ketenteraman), mengacau:\ntikus tanah yang selalu ~ sawah kami;\nmerusuhkan\n menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dan lain-lain);\nrusuhan\n kejadian merusuh:\nbanyak yang luka akibat ~ pelajar-pelajar itu;\n~ kaum \nrusuhan yang berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yang berlainan dalam sesebuah komuniti atau negara, yang berpunca daripada sebab-sebab tertentu;\n \npasukan (polis) pencegah ~ \npolis untuk memadamkan rusuhan;\nkerusuhan\n perihal rusuh (kekacauan, keributan, dan sebagainya);\nperusuhan\n1.\n perbuatan merusuhi (merusuhkan);\n2.\n huru-hara, pemberontakan, dan sebagainya;\nperusuh\n pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka." "rusuh II\n= \n~\n \nhati\n sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya:\n semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua;\nberusuh\n \n~\n \nhati \nbersusah hati, berdukacita, ge" "rusuk I\n1.\n samping, sisi (sebelah badan dan lain-lain):\nsatu tumbukan lagi kena dibawah ~ ; \nangin bertiup di ~ \nangin bertiup dari sebelah (bukan dari hadapan);\n \ntumbuk ~\n [bahasa percakapan] memberi rasuah;\n2.\n pinggir, tepi (jalan dan lain-lain);\n \n~\n \njalan \njalan kecil di tepi jalan besar;\n \n~\n \nkepala \nalur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala;\n \n~\n \nsurat \ntepi surat;\n \ndaerah ~\n daerah pinggir (perbatasan);\n \npintu ~\n pintu yang di sebelah (tepi);\n3.\n = \ntulang ~\n bilah-bilah tulang dari tulang belakang ke tulang dada, iga:\n~nya patah akibat jatuh;\n~ benua \n(Geografi) dasar laut yang tidak begitu dalam yang letaknya dekat pantai;\n \n~\n \nkanan (kiri) \nsebelah kanan (kiri);\nmerusuk\n1.\n menikam dan lain-lain di sisi (sebelah) atau pada lambung:\ndirusuknya orang itu di sebelah kanan; \n2.\n menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dari samping:\nberjalan ~; \n3.\n rusuk, (tidur dan lain-lain) di atas tulang rusuk, mengiring:\ndia tidur ~." "rusuk II\n(Mentawai) rumah sementara waktu." "rut I\n[arkaik] lut, telut." "rut II\n[Kelantan];\nmerut\n memperkuat (ikatan)." "rutai\nmerutai\n mencomel, mengomel:\nsuara bininya masih kedengaran ~ macam bertih." "rutbir\nsejenis minuman (bukan arak) yang diperbuat daripada pati beberapa jenis akar tumbuhan." "rutenium\n(Kimia) sejenis unsur kimia logam keras berwarna putih keperak-perakan yang terdapat terutamanya dalam bijih platinum, digunakan sebagai mangkin dan dalam aloi tertentu." "ruterfordium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "rutin\n1.\n pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yang telah menjadi kelaziman dan tidak berubah:\n~ kerja mingguan yang perlu dibereskan; \n2.\n sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim:\nmasa selebihnya digunakan untuk kerja-kerja ~ seperti berkemas, membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; \nperaturan ~; \n3.\n (Komputer) atur cara atau bahagian atur cara yang melaksanakan sesuatu fungsi." "rutu\nrutuk." "rutuk\nmerutuk, mengomel, menggerutu:\nia masih ~ dan bersungut-sungut sambil mengemaskan rumah." "rutup\n[arkaik] riuh-rendah, hiruk-pikuk;\nmerutup\n berbunyi riuh-rendah (hiruk-pikuk), berbunyi seperti benda meletup banyak-banyak." "RUU\n[Indonesia] [kependekan] Rancangan Undang-Undang." "ruwat\ntidak keruan, kacau, kalut, kusut, rumit, sulit:\nperubahan kata kerja yang ~ dan sulit seperti pada bahasa-bahasa Indo-Jerman tidak ada;\nmeruwatkan\n mengacaukan, mengaluntukan, mengusuntukan, menyulitkan:\nacap kali kiasan malah mengusuntukan maksud, ~ makna;\nkeruwatan\n kekacauan, kekalutan, kekusutan, kesulitan:\ndi mana-mana, yang lama dengan yang baharu bertempur hebat, ~ yang tidak habis-habisnya timbul daripada pertempuran itu." "ruwet\n[Jawa] ruwat." "ruwin\n[Kelantan] alat tenun." "ruyung I\nkulit atau kayu yang keras daripada batang rumbia (enau dan lain-lain);\njika tidak dipecah ~ di mana boleh mendapat sagu \n(peribahasa) tidak akan tercapai cita-cita dengan tidak berusaha kuat;\n \nawak yang payah membela ~, orang lain yang beroleh sagunya \n(peribahasa) kita yang berusaha dan bersusah payah tetapi orang lain yang mendapat faedahnya." "ruyung II\n1.\n [Kelantan] condong, senget (rumah, pokok, dan lain-lain);\n2.\n [Perak] huyung;\nroyong II." "ruyup\n= meruyup\n1.\n sangat mengantuk (berasa atau kelihatan):\nmatanya ~; \n2.\n turun atau masuk (matahari):\nmatahari dah ~ apabila ia sampai;\nmeruyupkan; \n~\n \nmata \nmemejamkan (mata)." "s\nhuruf yang ke-19 abjad Rumi." "sa I\n1.\n huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500);\n2.\n huruf keempat abjad Jawi." "sa II\n[Kedah] mentang-mentang, kerana \u2026 maka \u2026:\n~ dia kaya, bukan main sombong lagi." "sa III\n[Kelantan] mencuri." "saadah, saadat\n[Arab]\n1.\n bahagia, kebahagiaan;\n2.\n yang berbahagia, yang mulia." "saat\n1.\n masa yang sangat pendek:\nse~ duduk, baginda pun berangkat masuk;\n2.\n waktu yang panjangnya 1/60 daripada satu minit, detik:\nseorang laki-laki berjalan dua meter se~;\n3.\n ketika, waktu:\nkami menunggu ~ tibanya." "saba\nbersaba\n [sastera lama] bercampur, bergaul, berkunjung;\nmenyaba\n selalu mendatangi, melawat-lawat." "Sabah\nnegeri di Malaysia yang terletak di timur laut Borneo, keluasan 73 711 km2, Kota Kinabalu sebagai ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu;\nkesabahan\n berkenaan sifat kenegerian seseorang yang berasal dari Sabah." "sabak I\n[Minangkabau]\n1.\n muram, suram (muka dan lain-lain):\nmenangis berbiji-biji\n \n~;\n2.\n redup (hari atau cuaca), mendung;\nmenyabak\n menangis." "sabak II\n1.\n dapur tempat memasak nasi ketika diadakan kenduri:\ndatanglah orang-orang negeri itu membuat ~, membuat balai, berbagai-bagailah permainannya;\n2.\n dapur tempat memasak nira;\nmenyabak\n memasak nira (untuk membuat gula)." "sabak III\ndigenangi air, sebak." "sabak IV\n[Jawa] batu untuk membuat papan batu." "saban\ntiap-tiap\n:\n \nperaduan belia diadakan ~ minggu;\n saban-saban\n setiap kali, sebentar-sebentar, sekejap-sekejap." "sabang\nlayar ~\n layar kecil pada perahu yang kecil-kecil." "sabar\n1.\n betah menahan penderitaan (kesakitan, kesusahan, dan lain-lain):\nsegala seksaan diterimanya dengan ~;\n2.\n tidak terburu-buru, tenang:\nia menanti dengan ~ ketibaan suaminya;\n~ itu separuh daripada iman;\nbersabar\n = \n~ hati\n bertenang (fikiran, perasaan, dan lain-lain), bersifat sabar:\nceritalah segera, desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi;\nmenyabarkan\n1.\n menahan kesusahan (kesedihan, kemarahan, dan lain-lain) dengan sabar, menenangkan perasaan (fikiran dan lain-lain):\nmaka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi;\n~ hati \nmenahan hati (marah dan lain-lain);\n2.\n menahan orang (lain) daripada marah dan lain-lain, meredakan perasaan orang yang sedang marah dan lain-lain, membuat orang bersabar:\nAbang Mat ~ ibuku yang di kemuncak kemarahannya;\ntersabar\n sanggup atau boleh bersabar:\nMak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu;\nkesabaran\n perihal sabar:\nmengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan kepandaian guru;\npenyabar\n1.\n orang yang sabar;\n2.\n sabar:\nisteri yang ~ itu hampir tidak pernah kering air mata." "sabasani\n[sastera lama] sejenis tumbuhan yang seperti ular rupanya." "sabat I\nmenyabat\n memukul dengan tali atau cemeti, menyebat;\nsebat I\n." "Sabat II, Sabbat\nhari) Sabtu bagi orang Yahudi." "sabatikal\n(di universiti-universiti tertentu dan sebagainya) tahun (penggal, jangka masa) yang bebas daripada mengajar yang diberikan kepada pensyarah (pengajar) untuk tujuan melanjuntukan pelajaran, membuat penyelidikan, dan sebagainya." "sabayon\n(ERT) pencuci mulut yang pekat dan manis, yang mengandungi kuning telur, wain putih, gula dan perisa." "sabda\n[bahasa halus] kata Allah (nabi, raja, orang besar-besar), titah:\nmaka ~ rasul Allah, adapun namamu Sultan Muhammad;\nbersabda\n berkata, bertitah:\nundang tidak dua kali ~ , lembaga tidak dua kali berkata;\nmensabdakan\n mengucapkan, menitahkan:\nhadis yang disabdakan oleh Rasulullah." "sabdu\ntanda untuk menyatakan bunyi berangkap (dalam tulisan Arab), tasydid." "sabel\n[Indonesia-Belanda] pedang." "sabel I\nsejenis mamalia bertubuh kecil yang terdapat di kawasan Artik, mempunyai bulu hitam atau perang gelap yang bernilai tinggi, dan digunakan untuk membuat pakaian seperti kot dan sebagainya, \nMartes zibellina." "saben\n[Indonesia] saban." "sabet\n[Indonesia] sabat." "sabi\n[sastera lama] sejenis baju kemeja." "sabil\n1.\n = \n~ Allah, sabilillah, sabilullah \njalan kepada Allah;\n2.\n = \nperang ~\n perang untuk mempertahankan agama Islam, jihad;\n \nmati ~ \nmati dalam menunaikan tugas agama (naik haji, perang sabil, dan lain-lain)." "sabit I\n1.\n sejenis pisau yang melengkung (untuk memotong padi, rumput, dan lain-lain);\n2.\n (bentuk) melengkung seperti sabit;\n \nbulan ~\n bulan sehari (bulan baru);\nmenyabit\n memotong (padi, rumput, dan lain-lain) dengan sabit:\norang tua itu sedang ~ di bendang;\n~ kelapa \nmengait kelapa dengan sabit;\nmenyabitkan\n menyabit untuk:\npetang itu dia ~ ayahnya rumput untuk lembu ternakan mereka;\npenyabit\n1.\n pisau yang digunakan untuk menyabit, sabit;\n2.\n orang yang kerjanya menyabit:\n~ rumput." "sabit II\n[Arab] sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):\napabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; \njika ~ kesalahan, dia akan dipenjarakan;\nbersabit\n berkaitan (dengan), berhubungan (dengan):\nsegala hal ehwal yang ~ dengan tanah mestilah didaftarkan di dalam buku ini;\nmensabitkan\n1.\n menentukan dengan pasti berdasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah:\nkesalahan itu telah dapat disabitkan; \n2.\n mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):\nketerangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk ~ semua yang tertuduh;\nsabitan\n (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dan sebagainya):\nanak guamnya juga akan kehilangan jawatan sebagai pengarah syarikat berikutan ~ itu; \nMahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka daripada mengedar dadah kepada memiliki sejumlah kecil kanabis." "sabitah\n[arkaik] bintang tetap." "sabot\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n perbuatan memusnahkan harta benda musuh dan lain-lain (untuk mematahkan gerakan mereka);\n2.\n perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dan lain-lain;\nmenyabot\n1.\n memusnahkan barang-barang musuh dan lain-lain (untuk mematahkan usaha mereka);\n2.\n menggagalkan sesuatu usaha dan lain-lain;\npenyabotan\n perbuatan menyabot;\npenyabot\n orang yang menyabot." "sabotaj\n1.\n perbuatan memusnahkan harta benda musuh dan lain-lain semasa pertelingkahan politik;\n2.\n perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dan sebagainya, perbuatan khianat:\nsyarikat itu terpaksa menghadapi pelbagai ~;\nmensabotaj\n menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dan lain-lain, mengkhianati:\nkita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dengan memperkukuh bahasa Inggeris;\npensabotaj\n orang (pihak) yang melakukan sabotaj, pengkhianat:\n akhirnya kegiatan ~ itu dapat dikesan." "sabotir\n[Indonesia-Belanda];\nmenyabotir\n menyabot, mensabotaj." "Sabtu\nhari ketujuh dalam seminggu, selepas hari Jumaat." "sabugalit\nmineral yang mengandungi kira-kira 54% uranium." "sabuk\nikat pinggang yang dibuat daripada kain (sutera dan lain-lain), bengkung:\nmaka diurainya ~nya, diikatkannya pada pinggang Tun Menida sekerat." "sabun I\nsejenis bahan pencuci pakaian (badan dan lain-lain) yang diperbuat daripada lemak dan soda;\n~ basuh \nsabun yang digunakan untuk membasuh (pakaian dan lain-lain);\n \n~ mandi (wangi)\n sabun yang harum baunya untuk mandi;\nbersabun\n memakai sabun:\nkami mandi tidak\n \n~\n;\nmenyabun\n1.\n mencuci dengan sabun;\n2.\n menjadi seperti sabun;\npenyabunan\n (Kimia) proses penghasilan sabun daripada lemak melalui pemanasan lemak dengan alkali." "sabun II\n(warna) putih atau putih kekuning-kuningan;\nanjing ~ \nanjing yang putih bulunya;\n \norang ~ \norang yang balar kulitnya;\n \nsakit ~\n sakit kencing nanah." "sabun III\nbuah ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), buah lerak, \nSapindus rarak." "sabung\nadu, laga (ayam, lembu, dan lain-lain):\ndi gelanggang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara;\n~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi\n (peribahasa) berserah kepada nasib (untung-untungan);\n \nbiar alah ~ asalkan menang sorak \n(peribahasa) biar harta habis asalkan hati puas;\nbersabung\n1.\n beradu, berlaga (ayam dan lain-lain), bertarungan, berlawan;\n \n~ ayam \nmengadu ayam;\n \nayam ~ \nayam berlaga;\n2.\n [kiasan] bertarung, berlanggaran (ombak, kilat, petir, dan lain-lain);\n \nkilat ~\n kilat berlanggaran;\n \nombak ~ \nombak berlanggaran;\n3.\n [kiasan] bertemu (mata, pandangan):\nkedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; \nangin berputar (bersiru) ombak ~ \n(peribahasa) perkara yang amat sulit;\nmenyabung\n1.\n mengadu, melaga (ayam):\nia asyik dengan ~ dan berjudi saja; \n2.\n [kiasan] menggadai, mempertaruhkan (nyawa dan lain-lain):\npenghidupan yang berbahaya itu bererti ~ nyawa;\n~ untung \na) menyerah pada nasib;\n b) membawa nasib;\nsabung-menyabung\n berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dan lain-lain):\nmaka berbunyilah guruh petir, kilat ~;\nmenyabungkan\n melagakan, mengadukan, mempertarungkan:\nbeta hendak ~ ayam biring nenek itu;\ntersabung\n1.\n selesai diadu, sudah diadu;\n2.\n tidak sengaja diadu;\n \n~ akan itik (induk ayam) \n(peribahasa) tidak tepat dengan dugaan semula (kecewa);\nsabungan\n yang disabung, yang diadu, aduan;\n \nayam ~ \nayam laga;\n \nseperti ayam ~ \n(peribahasa) sangat dimanjakan;\npersabungan\n1.\n perihal bersabung, perlagaan, perlawanan;\n2.\n tempat menyabung, gelanggang;\npenyabungan\n perbuatan menyabung;\npenyabung\n orang yang menyabung:\nmaka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh." "sabur\n1.\n = \n~ limbur\n bercampur baur (kerana orang terlalu ramai dan lain-lain), tidak keruan, haru-biru:\nmaka di dalam ~ itu disendal oleh kepetangan itu keris Tun Bija Sura;\n2.\n = \n~ limbur \ntidak begitu terang, samar-samar;\nmenyabur\n1.\n masuk di celah-celah orang banyak, masuk bercampur dengan orang banyak;\n2.\n menyamar diri di kalangan musuh;\nsabur-menyabur\n kelam-kabut, serbu-menyerbu:\nmaka Yamtuan Muda pun mangkatlah di situ sebab kerana ~ orang beramuk-amuk itu;\nmenyaburkan\n1.\n menjadikan kelam-kabut (tidak keruan, berkacau-bilau, dan lain-lain);\n2.\n menjadikan samar-samar (kabur, tidak terang), menyuramkan." "sabut I\nkulit yang berserat (kulit nyiur, pinang, dan lain-lain);\nbongkok ~ \n(orang yang) bongkok seperti sabut kelapa (kerana tua dan lain-lain)\n; \ntali ~ \ntali yang dibuat daripada sabut;\n \nuntung ~ timbul untung batu tenggelam \n(peribahasa) kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan)." "sabut II\nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), rumput buah, rumput cicih, \nDaemonorhops hystrix." "sad I\n1.\n huruf ke-14 abjad Arab (mempunyai nilai 90);\n2.\n huruf ke-15 abjad Jawi." "sad II\n[Arab] [arkaik] tembok, alangan." "sadah\n[Minangkabau] kapur sirih;\n \ntermakan di ~ \n(peribahasa) kesal hati kerana tertipu;\n= sedah." "sadai\nbersadai\n berbaring santai (orang di pantai, buaya di tebing sungai, dan lain-lain), terletak di tempat yang lebih tinggi (perahu yang tidak dipakai), terdampar;\nmenyadaikan\n meletakkan perahu di tempat yang lebih tinggi;\ntersadai\n1.\n terbaring belunjur (orang sakit dan lain-lain):\nsudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yang datang;\n2.\n terletak di tempat yang lebih tinggi (perahu), terkandas, terdampar:\ntinggallah perahu yang dua buah ~ di atas batu;\n3.\n [Minangkabau] tidak laku (barang-barang jualan, anak dara yang tidak dipinang orang, dan lain-lain)." "sadak I\ncondong (tiang dan lain-lain), miring, senget." "sadak II\n1.\n [Jawa] sekapur sirih (yang akan dimakan);\n2.\n [Minangkabau] kapur sirih, sadah." "sadal\n[Indonesia-Belanda] \nsadel\n." "sadang\npintu ~-sading\n pintu bertirai ke pelaminan." "sadap\n1.\n [Kedah] sejenis alat yang hulunya lebih panjang daripada hulu sabit, digunakan untuk memotong rumput;\n2.\n = \npisau ~\n pisau pemotong (penoreh dan lain-lain) untuk mengambil air atau getah daripada pokok:\ndikeluarkan ~nya, disadapnya anggur itu;\nmenyadap\n1.\n mengeluarkan air daripada pokok dengan memotong (menoreh) bahagian-bahagian yang tertentu;\n \n~ kelapa\n mengambil nira dengan memotong mayangnya;\n2.\n [Indonesia] mengeluarkan darah dan lain-lain dari badan (dengan menggunakan pembuluh getah dan lain-lain);\nsadapan\n sesuatu yang disadap, hasil menyadap:\nia sangat gembira menerima hadiah ~ itu;\npenyadapan\n perbuatan menyadap;\npenyadap\n1.\n orang yang menyadap:\nmaka ada seorang ~ pergi bermain ke laut;\n2.\n alat atau perkakas untuk menyadap (seperti pisau sadap dan lain-lain);\n3.\n [Indonesia] pembuluh getah untuk menampung air kencing." "sadar\n[Arab]\n1.\n dada, depan;\n2.\n pendahuluan." "sadariah\n[Arab] sejenis baju dalam (pakaian orang Arab)." "sadarulkalam\n[Arab] pendahuluan (permulaan) cerita." "sadau I\nmenyadau\n menjolok sarang lebah." "sadau II\n[arkaik];\nmenyadau\n mendayung dengan tidak berhenti dengan dayung yang panjang." "sadaya\n[Jawa] [sastera lama] semua(nya)." "sadel\n[Indonesia-Belanda] tempat duduk pada basikal, pelana." "saderi\nsejenis tumbuhan yang daunnya boleh dimakan." "sadik I\n[Arab] benar, jujur (hati), lurus;\nmensadikkan\n meluruskan." "sadik II\n[Arab] betul, benar:\nfajar ~." "sadin\n[bahasa percakapan] pura-pura tidak tahu, acuh tak acuh:\ngadis itu buat ~ apabila ditegur." "sading I\npintu sadang-~;\nsadang\n." "sading II\n[Minangkabau] sedang." "sadir\nsejenis garam ammonia (NH4Cl) berhablur (digunakan dalam bateri kering dan lain-lain)." "sadis\n1.\n suka atau bersifat menyakiti atau menyeksa orang dari segi fizikal atau mental untuk mendapat keseronokan atau kepuasan:\nmemang ada lelaki ~ yang mendapat kepuasan seks dengan mendera pasangannya; \njenaka itu begitu ~ bagi Zura; \n2.\n tidak mengenal belas kasihan, kejam:\nkelihatan penuh ~, burung hering itu menyiat-nyiat mangsanya; \n3.\n orang yang suka menyakiti atau menyeksa orang untuk mendapat keseronokan atau kepuasan, orang yang melakukan sadisme." "sadisme\nperlakuan memuaskan nafsu dengan menyakiti (menyeksa) orang lain." "sado\n[Indonesia] sejenis kereta beroda dua (yang ditarik oleh kuda)." "sadu I\n[sastera lama] terbaik, termulia;\n \n~ perdana \nsangat baik." "sadu II\nsejenis tumbuhan (pokok), rambu, \nMelia indica." "sadung\nmenyadung\n melanggar (merempuh dan lain-lain) dengan kaki;\ntersadung\n terlanggar (terempuh) dengan kaki, terhantuk." "sadur\nlapisan (salutan) logam yang nipis pada logam lain, sepuh;\n~\n \nelektrik\n sadur yang dibuat dengan elektrik;\n \n~ timah \nsadur daripada timah;\n \nsebagai ~ menimbulkan senam\n (peribahasa) kelihatan keadaan yang sebenarnya;\nbersadur\n bersalut atau berlapis (logam);\nmenyadur\n1.\n menyalut (melapis) dengan logam (emas, timah, dan lain-lain), menyepuh:\nkasa dawai dibuat daripada dawai besi yang disadur dengan timah;\n2.\n mengarang atau mengolah kembali cerita dan lain-lain yang isinya diambil daripada cerita lain:\nhingga sekarang pun masih ada pengarang yang ~ cerita-cerita daripada bahasa asing;\n3.\n mengolah kembali (hasil penyelidikan dan lain-lain), mengikhtisarkan;\n \nlaksana barang yang disadur \n(peribahasa) tidak tahan uji;\nsaduran\n1.\n sesuatu yang disadur (emas dan lain-lain), sepuhan, lapisan (emas dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] cerita yang isinya (pokoknya) diambil daripada cerita lain:\nterjemahan berbeza daripada ~;\n3.\n hasil pengolahan (daripada penyelidikan dan lain-lain), ikhtisar;\npenyaduran\n perbuatan menyadur;\npenyadur\n1.\n alat untuk menyadur;\n2.\n orang yang menyadur (meniru dan lain-lain):\nseringkali ~-~ dengan sengaja atau tidak sengaja menyimpang daripada naskhah asalnya." "saf\nbaris, lapis;\nbersaf-saf\n berderet-deret, berlapis-lapis:\nmaka segala orang yang duduk di balai semuanya turun berdiri ~." "safa\n[Arab] bersih, putih:\nmasjid Baitur-Rahman pun disalut oranglah dengan kain putih ~." "safan\n[Arab];\n~-safa \nhabis licin sama sekali, melawas:\ndengan sesaat itu juga rimba yang besar itu habis ~-safa seperti padang yang maha luas.\nSafar\n [Arab] bulan yang kedua dalam tahun Hijrah;\n \nmandi ~ \nupacara mandi untuk menolak bala (pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dengan hukum Islam)." "safari\nekspedisi untuk melihat atau memburu binatang-binatang buas;\n \ntaman ~ \nkawasan tanah yang luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yang menaiki kenderaan dalam kawasan itu." "safi\n[Arab] bersih, murni, suci, tulus hati." "safih\n[Arab] bodoh, gila, pemboros." "safil, safilin\nkeji (orang dan lain-lain)." "safron\nkoma-koma." "safsaf\n[Arab] [arkaik] tandus (tanah, padang), tidak bertanaman." "saga I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil),\na) \nAdenanthera pavonina; \nb) \nAdenanthera bicolor;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok), jering tupai, \nPithecellobium ellipticum; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nAbrus precatorius; \nakar ~ molek \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, \nLettsomia maingayi;\n2.\n penolong timbangan (emas);\nseperti ~ di atas talam \n(peribahasa) kelakuan yang tidak tetap;\n \nyang merah ~ yang kurik kundi\n (peribahasa) yang indah dan yang baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa;\n \ndiuji timbang lebih se~ \n(peribahasa) perbezaan yang amat kecil." "saga II\ncerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yang diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi." "sagai\n1.\n sejenis ikan laut, cermin, \nCaroides armatus;\n2.\n sejenis ikan laut, \nUlua mentalis." "sagang\npenyangga untuk senapang (tombak dan lain-lain), sandaran, topang;\nmenyagang\n1.\n menyandarkan (senapang, tombak, dan lain-lain) pada sagang;\n2.\n menopang dengan kayu dan lain-lain yang dipasang condong;\ntersagang\n tersandar pada sagang, tersandar dengan condong (senapang dan lain-lain)." "sagar I\nijuk kabung yang boleh dibuat kalam;\nbersagar\n \nanak ~ \n[Minangkabau] anak yang selalu kena sakit, anak yang saudara-saudaranya mati;\n \norang ~ \n[Minangkabau] orang yang tidak beranak (anaknya selalu mati);\n \nijuk tidak ~ \n(peribahasa) keluarga yang tidak mempunyai laki-laki yang disegani orang;\nmenyagar\n1.\n melekatkan dengan sagar;\n2.\n (menjadi) keras seperti sagar." "sagar II\n[arkaik] sakar, gula." "sagat\nalat untuk memarut kelapa, ubi kayu dan sebagainya, pemarut.\nmenyagat\n memarut (kelapa, ubi, dan lain-lain);\npenyagat\n sagat." "sage\nsej." "saghir\n[Arab] kecil atau muda (pangkat)." "sagi\nsegi\n." "Sagitarius\nlambang kesembilan dalam zodiak, yang berlambangkan sentora sedang melepaskan anak panah." "sagu I\n1.\n hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dan lain-lain);\n \njika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat\n \n~\n (peribahasa) tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha;\n2.\n = \ntepung ~\n tepung yang diperbuat daripada pati hati batang rumbia dan lain-lain;\n3.\n = \npokok ~ \nsejenis tumbuhan (palma yang pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), \nMetroxylon spp.;\n~ belanda (betawi) \nsejenis tumbuhan (palma), \nMarantha arundinacea;\n~ pisang\n hati batang pisang;\n \n~ rendang \n(biji-biji) sagu yang kasar;\n \n~ rumbia \nsagu yang diperbuat daripada pati hati batang rumbia;\n~ tampin \npati sagu yang diperdagangkan;\n \nakar ~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, \nDalbergia stercorea;\nmenyagu\n1.\n membuat sagu;\n2.\n [bahasa percakapan] menganji dengan sagu." "sagu II\n~ hati\na) wang dan lain-lain yang diberikan sebagai ganti rugi:\nkerajaan telah membayar ~ hati kepada tuan-tuan tanah yang membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka; \nb) ganjaran sebagai penghargaan:\nselama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati daripada syarikat; \nhadiah ~ hati \nhadiah yang diberikan kepada orang yang tidak menang (sebagai penghargaan dalam sukan dan lain-lain)." "saguir\n[Indonesia] tuak." "sagun\nsejenis makanan (kuih) yang diperbuat daripada tepung beras, kelapa, dan gula (kadang-kadang dicampur telur)." "sagun-sagun\nsagun." "sagur\nperahu ~\n perahu yang diperbuat daripada batang kayu." "sah\n1.\n lulus pada sisi undang-undang (adat, hukum, dan lain-lain), lawan batal (puasa, sembahyang, dan lain-lain):\nsudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yang ~; \nsembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak bersuci;\n2.\n benar, pasti, nyata:\njikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; \nkhabar yang ~\n khabar yang benar;\nmengesahkan\n1.\n mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan:\nbeliau ~ ia akan berada di Tokyo selama empat hari; \npembuangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat;\n2.\n memastikan, menetapkan:\nkematian anak dalam kandungan itu dapat disahkan dengan gambar X-ray; \n3.\n mengakui (dokumen, cek, perjanjian dan sebagainya) sah dengan menurunkan tandatangan dan sebagainya:\nPresiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu untuk disampaikan kepada pihak berkenaan;\nkesahan\n perihal sah, sah tidaknya (sesuatu):\nnegara-negara Islam telah menjadikan persetujuan pihak yang berkahwin sebagai syarat ~ sesuatu perkahwinan;\n~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan;\npengesahan\n perbuatan atau hal mengesahkan:\n~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi;\npengesah\n sesuatu (orang dan sebagainya) yang mengesahkan sesuatu\n." "sahabat\n1.\n kawan, teman, taulan:\ndaripada banyak seteru, lebih baik banyak ~;\n2.\n pengikut, murid;\n \n~ nabi \npengikut nabi;\n~ handai\n = \n~ kenalan\n sahabat-sahabat;\n \n~ karib\n sahabat yang rapat (baik);\n \n~ kita (beta) \n[bahasa halus] tuan (dalam surat raja-raja dahulu);\n \n~ pena \nsahabat menerusi surat sahaja;\nbersahabat\n berkenalan dan berbaik-baik, berkawan (dengan), berteman (dengan):\nkita ~ dengan orang yang baik-baik; \nAustralia dan New Zealand merupakan negara-negara yang ~ baik dengan kita;\nbagai ~ dengan ular bisa \n(peribahasa) kalau berkawan dengan orang yang jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita;\n \ndaripada ~ dengan orang yang bodoh, baik berseteru dengan orang berakal \n(peribahasa) tidak berfaedah bersahabat dengan orang yang bodoh;\nbersahabatan\n berbaik-baik antara satu sama lain;\nmempersahabatkan\n memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yang belum berkenalan);\npersahabatan\n perihal bersahabat:\n~ kami sudah menjadi begitu erat sekali." "sahaja\n1.\n yang satu-satunya, cuma, hanya, melainkan:\ntuan ~ yang dapat menolong saya;\n2.\n selalu (demikian), terus (demikian):\nia mengeluh ~; \n3.\n juga (demikian), juga (begitu):\nmuzik sama ~ mustahaknya dengan bahasa atau kesusasteraan; \n4.\n barang \u2026 pun, sebarang:\napa ~; \nsiapa ~; \ndi mana ~; \nbila ~; \n5.\n dengan mudah, dengan senang:\ndisembelihnya ~ kijang yang tidak dapat berlari lagi itu; \n6.\n -lah (sebagai anjuran), lebih baik:\nmakan ~ apa yang ada; \n7.\n sangat (untuk mengeraskan kata sebelumnya), sekali:\nmudah ~ mengalahkan orang itu; \n8.\n sememangnya, memang:\n~ sebenarnyalah pekerjaan seperti titah duli tuanku itu; \n9.\n sengaja, dengan niat sendiri:\n~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; \n10.\n seperti biasa (tidak ditambah-tambah):\ndengan mata ~ dapat dilihat bintang itu;\n~ bahasan \n(peribahasa) sudah menjadi kebiasaan;\nbersahaja, bersahaja-sahaja\n1.\n sederhana (pakaian dan lain-lain), tidak ditokok tambah (dihiasi dan lain-lain), tidak secara berlebih-lebihan, biasa:\nperayaan yang ~;\n2.\n sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dan sebagainya):\nwatak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pengaruh sekitar yang melingkunginya sehingga pertentangan yang ada menjadi ~ dan meyakinkan;\n3.\n dalam keadaan kuno, primitif:\nmereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yang masih ~ dalam hutan;\nkebersahajaan\n sifat atau keadaan bersahaja:\n~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar\n;\nmenyahaja\n [sastera lama] melakukan sesuatu dengan sengaja:\nbukan disahaja sebab akal budak;\nmenyahajakan\n1.\n menyederhanakan, memudahkan;\n2.\n melakukan dengan sengaja;\nkesahajaan\n perihal sahaja, kesederhanaan;\npersahajaan\n perihal bersahaja;\n= saja\n." "saham\nmodal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik, syer:\n~ syarikat telekomunikasi itu mendapat sambutan yang cukup besar daripada seluruh pelabur;\n~ mewah \n(Ekonomi) saham bermutu tinggi yang dapat memberikan pulangan dividen yang baik, biasanya saham syarikat yang besar dan terkenal;\n \npemegang ~\n orang yang mempunyai saham sesuatu perniagaan." "sahan\nsejenis pinggan besar." "sahang\n[arkaik] lada, merica." "sahap\n[Minangkabau] penutup, penudung;\nbersahap\n bertutup, bertudung;\nmenyahap\n menutup, menudungi." "sahara\n[Arab] padang pasir." "saharah\n[arkaik] sejenis peti." "sahaya\n1.\n abdi, hamba;\n2.\n kata ganti diri pertama, saya." "sahayanda\n[sastera lama] yang diperhamba." "sahi I\n[arkaik] lalai." "sahi II\n[arkaik] sejenis air teh yang harum lagi keras." "sahib\n[Arab]\n1.\n yang empunya;\n2.\n kawan, sekutu." "Sahibul Fadilah\n[Arab] panggilan hormat bagi kadi besar atau orang yang dihormati yang mempunyai kelebihan ilmu agama Islam." "sahibulhikayat\n[Arab] yang empunya cerita." "Sahibus Samahah\n[Arab] panggilan hormat bagi mufti:\n~ Mufti Selangor." "sahifah\n[Arab] lembaran yang bertulis, muka surat (buku dan lain-lain), naskhah bertulis, dokumen;\n= suhuf." "sahih\npasti, benar, sah, dapat diakui (diterima):\nrasa-rasa tu kenal juga, tapi tak ~; \nditerima sebagai bukti yang ~;\n mensahihkan\n mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan;\n kesahihan\n perihal sahih (benar, pasti, sah):\nmereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka;\n ketidaksahihan\n perihal atau keadaan tidak sahih;\npensahihan\n perihal mensahihkan sesuatu." "sahir\n[Arab] ahli sihir." "sahmura\n[arkaik] [sastera lama] sejenis permata." "sahsiah\n[Arab] keperibadian, peribadi:\nyang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sebagai insan yang terpuji." "sahur\nberjaga:\nmakan ~ \nmakan selepas waktu tengah malam sebelum terbit fajar dalam bulan Ramadan (juga dalam bulan lain bagi orang yang hendak berpuasa);\nbersahur\n makan sahur:\n pagi itu saya tidak ~\n." "sahut\nbalasan (kpada panggilan atau pertanyaan), jawab:\nApa, kak? ~ perempuan itu;\nbersahut\n berjawab, berbalas:\nlaungan itu tiada juga ~;\nbersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut\n berbalasan, berjawab-jawaban:\nbunyi riang-riang rimba ~ dengan bunyi burung hutan;\nmenyahut\n1.\n menjawab (panggilan, pertanyaan, dan lain-lain), membalas:\nia tidak ~ ketika disapa oleh temannya; \nsaya ~ salamnya; \n2.\n memberi reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dan sebagainya):\nkita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yang akan datang;\nmenyahuti\n menjawab akan, membalaskan:\nmaka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu;\nsahutan\n kata-kata untuk menyahut, hasil perbuatan menyahut:\n~nya kedengaran begitu lemah;\npenyahutan\n perbuatan menyahut." "sai\n[Arab] rukun dalam ibadat haji atau umrah, iaitu berjalan ulang-alik menurut peraturan tertentu dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali;\nbersai\n mengerjakan sai:\norang yang uzur boleh ~ dengan diusung atau berkereta sorong." "said\nlipatan pada pakaian (seluar, baju, dan lain-lain) yang telah digosok (diseterika);\nbersaid\n ada saidnya:\nsekarang dia memakai pakaian yang ~ \n." "saidani\n[Arab] [arkaik] Hassan dan Husain (kedua-dua cucu Nabi Muhammad SAW)." "saidi\n[Arab] tuanku;\n \nya ~ \nya tuanku." "saif\n[Arab] pedang." "saikad\n(Biologi) tumbuh-tumbuhan tropika yang menyerupai palma, dan mempunyai daun seperti paku-pakis." "Sailan\nSri Lanka, Ceylon." "sain\n[bahasa percakapan]\n1.\n tandatangan;\n \n~ terbang \ntandatangan tiruan (palsu);\n2.\n kontrak:\nabangnya bercakap tentang rancangannya selepas habis ~nya dengan tentera;\nmenyain\n menurunkan tandatangan, menandatangani." "saing I\n1.\n kawan, sahabat, teman:\nWahilah ~ baik saya;\n2.\n bersama-sama (berjalan, bergerak, dan lain-lain):\nangkat gelung yang ~ dengan gelung yang ditinggalkan dahulu;\nbersaing\n1. = bersaing-saing\n berjalan (bergerak, dan lain-lain) beriring-iring, berjalan dengan arah yang sama:\nkedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar;\n2.\n turut serta (dalam pekerjaan dan lain-lain), bersama-sama:\nberhentilah sebentar, aku hendak ~ berjalan;\n3.\n berdampingan:\nsegeralah ia berangkat ke balai penghadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dengan baginda;\n4.\n sejajar, selari:\ntiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan;\nbersaingan\n bersamaan, bergandingan, beriringan:\nperindustrian dan pembangunan kampung hendaklah berjalan ~;\nmenyaingi\n1.\n mengiringi, menemani:\nkami sampai di lorong lain, ramai orang yang ~ kami; \n2.\n mengikuti, menyertai:\nperubahan daripada pepejal kepada cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yang penting." "saing II\nbanding, imbang, tanding:\ngadis yang hemat selalu mendalihkan lamaran orang yang bukan ~nya dengan pelbagai helah;\nsesaing\n [Minangkabau] sebanding, sepadan, setanding;\nbersaing, bersaingan\n atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba:\norang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dengan bangsa-bangsa yang maju;\nmenyaingi\n menandingi, melawan (atas-mengatasi dan lain-lain):\nseperti anak dagang yang serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal;\nsaingan\n tandingan, lawan:\nRusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dari Amerika Syarikat dalam memberi bantuan ekonomi kepada Yaman;\npersaingan\n perihal bersaing, perlawanan (untuk atas-mengatasi), pertandingan:\ngetah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yang kuat daripada getah tiruan;\npesaing\n orang (pihak dan lain-lain) yang bersaing(an):\ndalam era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain." "saing III\n[Minangkabau] taring;\nsaing-menyaing\n gigit-menggigit." "sains\n1.\n ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya;\n2.\n cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biologi, dan lain-lain)." "saintifik\nberkenaan sesuatu yang dilakukan menurut kaedah atau prinsip sains;\nkesaintifikan\n keadaan saintifik:\n~ sejarah hanyalah dalam aspek penyelidikan dan pengamatan bukti sahaja." "saintis\nahli sains." "sair I\n[Arab] \nsyair." "sair II\n[Arab] api neraka, neraka yang kelima." "sais\npemandu, pengemudi;\n \n~ pedati \npengemudi pedati;\n ~ mobil \n[Indonesia] [arkaik] drebar;\nmenyais\n memandu, mengemudi." "sait\nsayat I." "saiz\nbesarnya (kasut, baju, dan lain-lain), ukuran besar (sesuatu);\nbersaiz\n dengan saiz:\ndua keping gambar ~ poskad." "saja\n[bahasa percakapan] sahaja." "sajak I\n1.\n persamaan bunyi pada suku kata (dalam syair, pantun, dan lain-lain):\n~nya janggal, banyak yang tidak kena; \n2. = sanjak\n [arkaik] puisi moden (berbeza daripada pantun atau syair) yang digubah dalam bahasa yang indah untuk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dan sebagainya);\n \n~ kabur \nsajak yang tidak jelas maksud atau maknanya;\n3.\n [arkaik] irama (lagu):\n~ tarinya;\nbersajak\n1.\n bersesuaian bunyi suku kata (dalam pantun, syair, dan lain-lain):\nkata lengang ~ dengan kata awang; \n2.\n berbentuk sajak (pantun, syair, dan lain-lain):\ncerita ~;\n3.\n menyajak:\nsejak mula ~ dulu, sajaknya panjang-panjang; \n4.\n mengungkapkan atau mendeklamasikan sajak:\ndalam majlis itu, ada yang berpantun, ~ atau bersyair;\nmenyajak\n mengarang (menggubah) sajak:\npengalaman ~;\nmenyajakkan\n1.\n menjadikan bersajak (karangan), menyesuaikan bunyi:\nkedua-dua rangkap itu dipilih untuk ~ bunyi pepatah itu; \n2.\n mengarang dalam bentuk sajak;\npersajakan\n perihal bersajak (menyajak), hal-hal yang berkaitan dengan sajak:\ndia juga terkenal dalam bidang ~; \nia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis;\n penyajak\n orang yang mengarang sajak, pengarang sajak, penyair:\nseorang ~ menggunakan bunga-bunga bahasa untuk mengindahkan sajaknya." "sajak II\nsegak (orang), bergaya, tampan (laki-laki), padan atau cocok:\nsangat tampan Wan Derus dengan pakaian itu, nampak benar ~ Wan Derus sebagai seorang panglima; \nmanis sikap dan ~;\nbersajak\n [arkaik] padan, sesuai, cocok:\nmendapat isteri yang ~;\nmenyajak\n menghias (memakai dan lain-lain) supaya kelihatan sajak:\nNorman seorang pemuda Melayu yang sajak dan lawa, payah ditandingi dalam ~ badan;\npenyajak\n orang yang suka menyajak (supaya kelihatan sajak)." "sajang\n[sastera lama] sejenis minuman keras, arak." "sajen\n[Jawa] makanan dan lain-lain yang dijamukan kepada hantu (orang halus dan lain-lain), semahan." "saji\nmakanan yang telah dihidangkan (sedia untuk dimakan):\ndibubuhnya ~ dan dipasangkan setanggi; \ntudung\n \n~\n penutup hidangan;\nbersaji\n [sastera lama] menghidangkan makanan, menyediakan (mengatur) makanan:\nmaka Bendahara menyuruh ~ nasi akan memberi makan segala orang banyak itu;\nmenyajikan\n1.\n menghidangkan makanan:\nMak Andeh masih sibuk ~ hidangan; \n2.\n [kiasan] memberikan (karangan, hiburan, dan lain-lain), mempersembahkan, mengetengahkan:\n di samping cerpen-cerpen asli, disajikan juga cerpen-cerpen terjemahan;\ntersaji\n sedia disajikan, telah disajikan:\nmi yang ~ itu pun disudunya dengan penuh selera; \nini jelas terlihat pada sejumlah besar karya cerpen yang ~ dalam antologi ini;\n sajian\n1.\n sesuatu yang disajikan, hidangan makanan;\n2.\n persembahan (cerita dan lain-lain);\npersajian\n perihal bersaji:\n upacara ~ korban;\npenyajian\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyajikan;\n2.\n (ERT) perkhidmatan membekalkan dan menyajikan makanan untuk sesuatu majlis;\npenyaji\n orang yang menyajikan makanan dan sebagainya." "sajid\n[Arab] orang yang sujud." "sajidun\n[Arab] (jamak bagi sajid) mereka yang sujud." "sak\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n poket, saku;\n2.\n karung, sumpit." "saka I\npusaka." "saka II\n1.\n leluhur daripada sebelah emak;\n \n~ baka \nleluhur daripada kedua-dua belah pihak (ibu dan bapa);\n2.\n pangkat yang turun-temurun." "saka III\ntidak subur lagi (tanah), usang:\npadi tidak berapa jadi, tanahnya pun sudah ~." "saka IV\n[Jawa]\n1.\n tiang seri (pada rumah), tiang ibu rumah;\n2.\n [kiasan] penegak atau pengukuh (negara dan lain-lain)." "saka V\n(Pertanian) jenis tumbuhan (kunyit dan lain-lain) yang hidup semusim atau setahun sahaja." "sakai\n1.\n nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya);\n2.\n nama untuk suatu kaum daripada orang asli, Senoi;\n \npenghulu ~\n ketua orang sakai, tok batin;\n3.\n orang suruhan, hamba, pengikut:\nmaka segala ~ biduanda di perahu itu pun habis terjun." "sakal I\nangin ~\n angin yang bertiup dari haluan perahu." "sakal II\npukul, bantai;\n \nkena ~\n kena pukul;\n \nsamun ~\n menyamun serta menganiaya;\nmenyakal\n memukul, membantai:\naku mesti sakal kepala engkau kali ini." "sakan\n[Kedah], [Kelantan], Tr\n1.\n banyak (barang dan lain-lain);\n2.\n teruk (penyakit), berat;\n3.\n lebat (hujan)." "sakar I\ngula:\nnasi segantang, susu searai, dan ~ secupak." "sakar II\nsakal II\n." "sakar III\nsaqar." "sakarat\n= sakaratulmaut\n [Arab] kesengsaraan yang dialami ketika menghadapi maut." "sakarida\n(Biologi) karbohidrat yang larut dalam air, berhablur, berasa manis, yang terdapat dalam tisu hidup, misalnya glukosa dan sukrosa." "sakarin\nserbuk hablur putih, rasanya manis, digunakan sebagai pengganti gula." "sakat I\nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), bendalu, pasilan;\n~ batu \nsejenis tumbuhan (paku pakis), \nCyclophorus adnascens;\n~ bunga \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), \nAgrostophyllum glumaceum;\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (paku pakis), paku wangi;\n \n~ sarang langsuir\n sejenis tumbuhan (paku pakis), \nCyclophorus spp.;\n~ tanduk rusa \nsejenis tumbuhan (paku pakis), \nPlatycerium spp." "sakat II\nmenyakat\n mengusik (supaya jadi takut, menangis, dan lain-lain), mengganggu:\ndulu suka juga saya ~ adik saya." "sakat III\nmenyakatkan\n meletakkan di tanah (perahu dan lain-lain), mendamparkan;\ntersakat\n terletak di tempat yang tinggi (perahu dan lain-lain), terdampar." "sakat IV\n[Kelantan], [Terrenganu] batas, had." "sakat V\nsuku-~\n kaum kerabat." "sake\n(Jepun) sejenis arak yang diperbuat daripada beras." "sakhawat\n[Arab] kemurahan hati:\ndialah raja yang tinggi hematnya, dan amat sangat pemurahnya dan ~nya." "sakhi\n[Arab] dermawan, murah hati." "sakhlat\nsejenis kain yang diperbuat daripada bulu domba (biri-biri dan lain-lain);\n \nseperti ~ bermuka dua \n(peribahasa) (orang yang) menduakan hati, tidak jujur." "sakhrat\n[Arab] batu (terutama yang terdapat di Baitulmuqaddis)." "sakhsi\n[Arab] \n syakhsi." "saki I\n[sastera lama] kawan, teman." "saki II\n~-baki \n(segala) sisa." "saki III\n(Parsi) pelayan minuman." "sakin\n[bahasa percakapan] semakin." "sakinat\n[Arab] aman, damai, tempat yang aman dan damai." "saking\n[Jakarta]\n1.\n oleh sebab, kerana:\ndia diam ~ bingungnya; \n2.\n sebab sangat:\n~ sengitnya tidak seorang pun berani masuk." "sakit\n1.\n menderita sesuatu (seperti demam, pening, dan lain-lain) yang menyebabkan seluruh tubuh atau sesuatu bahagiannya tidak segar, (berada dalam keadaan) tidak sihat, uzur:\ntekaknya ~; \nadikku ~; \n2.\n [kiasan] menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dan lain-lain), sedih:\nkalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti;\n~ akal\n gila;\n \n~ angau\n rindu akan kekasih (berkenaan (dengan) orang dalam percintaan);\n \n~ angin pasang-pasang\n sejenis sakit angin pasang-pasang yang menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak;\n \n~ angin selenyap \nsejenis sakit angin pasang-pasang yang menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak;\n \n~ angin taufan\n = \n~ (maha)raja singa \npenyakit yang berpunca daripada perhubungan seks (perhubungan kelamin) secara liar, sifilis;\n \n~ asabat \nsakit pada urat saraf;\n \n~ baka \nbeguk;\n \n~ berat\n = \n~ lasat \n= \n~ payah \nsakit yang teruk;\n \n~ fikiran \n= \n~ ingatan \n= \n~ otak \ngila;\n \n~ gajah \n=\n ~ gajah-gajahan \nelefantiasis, untut;\n \n~ hati \nberasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dan lain-lain);\n \n~ jantung \napa sahaja penyakit yang ada kaitan dengan jantung;\n \n~ jiwa \na) sakit mental;\n b) [bahasa percakapan] tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yang menekan jiwa;\n \n~ kepala\n pening kepala;\n \n~ kuning \nsakit yang menyebabkan tubuh menjadi kuning;\n \n~ mental \ntidak siuman fikirannya, sakit otak, gila;\n~ menimpa sesal terlambat \n(peribahasa) perbuatan yang terlanjur dan tidak dapat diubah lagi;\n \n~ perut, baharu tahu di liang lantai\n (peribahasa) sesudah mendapat kesusahan baru teringat akan yang perlu;\n \n~ sama mengaduh, luka sama menyiuk \n(peribahasa) sama-sama bertanggungjawab;\n \napa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian \n(peribahasa) biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya;\n \nlain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat \n(peribahasa) jawab yang bersalahan dengan soalan (lain yang diminta, lain yang diberikan);\n \ntiada ~ makan ubat \n(peribahasa) menyusahkan diri sendiri;\nbersakit, bersakit-sakit\n1.\n berusaha benar-benar (untuk memperoleh sesuatu), bersusah payah:\ntidak akan dapat mencapai sesuatu dengan tidak ~; \n2.\n selalu sakit:\nsudah beberapa lama dia ~ sahaja;\n3.\n menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dan lain-lain):\nbersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian;\nmenyakit\n mendatangkan sakit (sengsara, sedih dan lain-lain):\nsegala maki hamun tidak ~ padanya;\nmenyakiti\n1.\n menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dan lain-lain):\njanganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; \naku tidak sanggup ~ hatimu; \n2.\n [arkaik] sakit ketika melahirkan anak:\nketika itu bininya sedang ~;\nmenyakitkan\n menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dan lain-lain), menyebabkan berasa sakit:\nhulu kikir yang bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya;\n~ hati\n menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dan sebagainya):\nZarina ketawa seolah-olah mengejeknya, ini ~ hatinya;\n \n~ mata \nmerupakan sesuatu yang sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yang melihatnya;\nkesakitan\n1.\n perihal sakit, menderita sakit (susah dan lain-lain):\nraja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; \n2.\n sengsara, kesusahan hidup;\npenyakitan, berpenyakitan\n selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit:\nanak yang berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik;\npenyakit\n1.\n sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit (atau yang mengganggu kesihatan):\ndia sudah sihat daripada ~ lelah;\n~ berjangkit \npenyakit yang mudah berjangkit (seperti kurap, malaria, dan lain-lain);\n \n~ kelamin \npenyakit berjangkit yang lazimnya tersebar melalui hubungan seks;\n \n~ mental \n(Perubatan) gangguan mental;\n \n~ organik\n (Perubatan) penyakit yang melibatkan perubahan struktur tubuh;\n \n~ sosial\n amalan atau perlakuan yang tidak baik yang berlaku dalam masyarakat, misalnya penagihan dadah dan tabiat melepak;\n \n~ tidur \n(Perubatan) penyakit yang ditularkan kepada manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dengan demam yang berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pada bahagian tertentu tubuh;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dan lain-lain yang merebak (seperti pelacuran, rasuah, dan lain-lain), sesuatu yang menyusahkan:\npengangguran menjadi ~ dalam negeri itu;\n \n~ sosial \namalan atau perlakuan yang tidak baik yang berlaku dalam masyarakat;\n3.\n ki, [Indonesia] bangsat, sial (makian);\nberpenyakit\n menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit;\npesakitan\n [Indonesia]\n1.\n orang yang didakwa (dalam mahkamah):\npolis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; \n2.\n orang tahanan;\npesakit\n orang yang sakit, si sakit;\n~ dalam \npesakit yang dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani rawatan penyakitnya;\n \n~ luar \npesakit yang hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dalam wad." "sakral\n(Antropologi) berkaitan dengan atau untuk upacara suci:\nunsur ~ atau magis akan menyentuh jiwa atau semangat pendukungnya; \nkita harus melihat bagaimana orang Barat menggunakan transformasi bahasa seni bina ~ kepada seni bina lain di negaranya." "saksama\n1.\n cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti:\nmenjatuhkan hukuman dengan ~; \n2.\n tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil:\ninilah raja yang adil lagi ~ pada zaman itu; \nmereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dengan adil, ~, timbang rasa, dan dengan tidak berperasaan pilih kasih; \n3.\n berpatutan, munasabah:\nsebilangan daripada majikan enggan membayar upah yang ~;\nkesaksamaan\n perihal saksama (teliti, adil, dan lain-lain), sifat saksama:\n~\n, \nkejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim." "saksi\norang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan):\nsiapa ~nya dalam perbicaraan tadi?; \nada ~ku yang kauambil barang itu;\n~ ahli \n[Indonesia] saksi yang dipilih kerana keahliannya;\n \n~ alibi \n[Indonesia] saksi yang tidak melihat sesuatu peristiwa;\n \n~ dusta \n[Indonesia] = \n~ palsu\n saksi yang diada-adakan (tidak benar);\nbersaksi\n1.\n mempunyai saksi, ada saksi:\nperbicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~; \n2.\n menjadikan sebagai saksi;\n \n~ ke lutut \n(peribahasa)\na) menjadikan sanak saudara sebagai saksi;\n b) meminta pengadilan kepada orang yang bodoh;\nbersaksikan\n mempunyai seseorang sebagai saksi:\npernikahan itu ~ dua orang saksi lelaki yang memenuhi syarat sebagai saksi;\n menyaksikan\n1.\n melihat (menghadiri dan lain-lain) sebagai saksi, melihat (menghadiri dan lain-lain) sendiri:\nmereka berkahwin dengan disaksikan oleh ibu bapa mereka; \n2.\n melihat (sendiri):\norang yang datang untuk ~ permainan itu makin bertambah;\n \nkonsep inilah yang telah diterapkan, dan akibatnyamasih dapat disaksikan hingga ke masa kini;\nmempersaksikan\n1.\n memperlihatkan sebagai bukti, membuktikan:\ndia ingin ~ kebolehannya kepada rakan-rakannya; \n2.\n memperlihatkan kepada orang lain supaya menjadi saksi;\nkesaksian\n keterangan yang diberikan oleh orang yang melihat (mengetahui dan lain-lain), bukti, kenyataan:\nsekiranya seseorang daripada saksi-saksi itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah;\n penyaksian\n perbuatan menyaksikan;\npenyaksi\n \n~ mata \norang yang melihat sendiri." "saksofon\nsejenis alat muzik yang ditiup dan digunakan terutamanya dalam muzik jaz." "saktah\n[Arab] tempat menghentikan bacaan (dalam al-Quran) seketika tanpa menarik nafas, kemudian menyambung semula bacaan dengan nafas yang sama." "sakti\n1. = kesaktian\n kuasa yang di luar kemampuan manusia dan lain-lain biasa (kebal dan lain-lain):\nmasing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga; \n2.\n menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat:\nkeris yang ~;\nmenyaktikan\n1.\n menjadikan sakti;\n2.\n melakukan sesuatu dengan sakti;\nkesaktian, kesakti\n [arkaik] sakti:\nmereka mempunyai sifat-sifat ~ yang tidak dapat ditandingi lagi." "saku I\nkocek (pada baju, seluar, dan lain-lain), kantung;\n \nanak ~ \nkocek kecil;\n \nkamus ~ \nkamus yang dapat dimasukkan ke dalam saku;\nmenyakukan\n memasukkan ke dalam kocek (saku)." "saku II\n[Indonesia] [arkaik];\nmenyakukan\n mengasingkan;\ntersaku\n terasing." "sakulus\n(Biologi) struktur berbentuk kantung kecil bermembran yang membentuk sebahagian telinga dalam." "sakur\nbuah ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), nasi dingin, \nXerospermum spp." "sakura\nsejenis bunga berwarna merah jambu atau putih yang mekar pada awal musim panas di Jepun." "sal I\n1.\n sejenis selendang (pembalut leher);\n2.\n [arkaik] kain serban." "sal II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] ruang (dalam rumah sakit, asrama, dan lain-lain)." "sala\nsejenis tumbuhan (pokok), \nEurya japonica." "salad\n1.\n sejenis tumbuhan (herba yang dibuat sayur), \nLactuca sativa; \n2.\n sejenis makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran mentah (seperti salad, timun, tomato, dan sebagainya), selada;\n3.\n = \n~ buah-buahan \ncampuran buah-buahan yang dipotong-potong dan disejukkan." "salaf\n[Arab] generasi sahabat Nabi Muhammad SAW, tabiin dan tabi tabiin;\n \nulamak ~ \nsatu daripada dua golongan Ahli Sunah Waljamaah yang hidup 300 tahun selepas Hijrah." "salafiah\n[Arab] mereka yang termasuk dalam golongan salaf." "salah ajar\nmenyalahajarkan\n mengajarkan sesuatu yang salah (tidak betul):\nyang lebih malang lagi ialah bahasa Melayu disalahajarkan oleh pihak yang tidak benar-benar mengetahui dan menguasai tatabahasa bahasa Melayu." "salah faham\ntidak mengerti hal yang sebenarnya (silap mengerti);\nmenyalahfahamkan\n memberi pengertian yang salah, salah mengertikan sesuatu, menyalahertikan:\npihak-pihak yang tertentu telah ~ pengumuman itu." "salah guna\ntidak menggunakan sesuatu (seperti kuasa dan lain-lain) sebagaimana yang sepatutnya;\n ~ kuasa \nmenggunakan kuasa dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang;\nmenyalahgunakan\n menggunakan sesuatu tidak seperti yang sepatutnya (dengan cara dan lain-lain yang salah, tidak betul dan lain-lain):\nkepercayaan yang diberikan kepadanya telah disalahgunakan;\n~ kuasa;\n penyalahgunaan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyalahgunakan (sesuatu):\n~ dadah;\n~ kuasa;\n~ tenaga dan kepakaran." "salah I\n1.\n tidak benar, tidak betul:\ndia boleh membezakan antara yang ~ dan yang benar; \njawaban kamu ~; \n2.\n tidak tepat (sasaran, maksud, dan lain-lain), tidak kena:\nkakinya terkehel kerana ~ menendang bola;\n3.\n tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela:\nKolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya;\n~ sedikit baginda tidak berputera\n sayang sedikit baginda tidak berputera;\n4.\n perbuatan yang menyalahi hukum (aturan dan lain-lain), perbuatan yang tidak patut (layak):\nitu ~nya sendiri; \n5.\n = \nbersalah\n berbuat sesuatu yang menyalahi hukum (aturan dan lain-lain), berbuat sesuatu yang tidak patut (tidak layak):\nlain yang ~, lain yang diseksa; \ndia didapati ~ kerana bersubahat dengan musuh-musuh negara;\n~ adat \ntidak mengikut adat, melanggar adat;\n \n~ agak \n= \n~ duga\n = \n~ kira \n= \n~ sangka \ntidak betul telahannya;\n \n~ ambil \nsilap mengambil;\n \n~ ambilan \nsilap mengerti;\n \n~ anggapan \nkeliru;\n \n~ angkuh\n [Minangkabau] tidak patut pada pandangan orang;\n \n~ asuhan \ntidak elok didikannya;\n \n~ (sesat) air\n salah didikan (sukar untuk diajar);\n \n~ bantal \nberasa sakit pada tengkuk atau leher selepas bangun daripada tidur;\n \n~ bawa \ntidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dan sebagainya;\n \n~ bebal \nsalah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan;\n \n~ benang \n[Minangkabau]\na) silap menenun sesuatu;\n b) sakit (badan);\n \n~ besar\n kesilapan yang sangat besar;\n \n~ cakap \nkesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dan lain-lain);\n \n~ cerna \nsakit kerana tidak hadamnya makanan;\n \n~ cetak \nkesilapan (yang dilakukan) pada waktu mencetak, ralat;\n \n~ dengar \ntidak mendengar mesej, berita dan sebagainya dengan betul;\n \n~ dorong \nterlanjur perbuatan;\n \n~ duga \nsilap menduga;\n \n~ eja(an) \nsilap mengeja;\n \n~ faham \ntidak mengerti hal yang sebenarnya (silap mengerti);\n \n~ gamak \nsalah agak;\n \n~ hati \nsusah (sakit, mendongkol, dan lain-lain) hati;\n \n~ jalan\n tersesat;\n \n~ kain \nterselak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha);\n \n~ kata \ntidak betul perkataannya;\n \n~ kena \ntidak kena pada tempatnya;\n \n~ kira \nsalah sangka, marah kerana salah mengerti;\n \n~ laku \nkelakuan yang dianggap tidak bermoral atau tidak beretika:\nmasalah ~ laku di kalangan pelajar yang merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; \npolitik wang merupakan suatu kegiatan ~ yang serius yang boleh merosakkan perjuangan parti;\n~ langkah \na) silap melangkah;\n b) mendapat bencana dalam perjalanan kerana sial, sial;\n c) silap (tidak dengan sepatutnya) memulakan sesuatu;\n d) buruk perbuatan (maksud);\n \n~ lihat\n = \n~ mata\n = \n~ pandang \na) keliru pelihatan;\n b) melihat dengan maksud buruk;\n \n~ mengerti \nsalah tafsir;\n \n~ mulut\n terlajak kata, terlepas cakap;\n \n~ orang \na) bukan orang yang dimaksudkan (kerana silap pandangan dan lain-lain);\n b) bukan orang yang dapat dipermain-mainkan orang lain;\n \n~ paduk\n tidak sepadan (pasangan suami isteri dan lain-lain);\n \n~ pakai\n silap memakai;\n \n~ pandang \nmenyangka orang yang dilihat sebagai orang yang dikenali (sebenarnya tidak demikian);\n \n~ periksa \na) silap memeriksa;\n b) berbuat sesuatu yang tidak layak;\n \n~ piantan\n bukan waktunya;\n \n~ pilih \ntersilap memilih;\n \n~ raba \na) tersilap meraba;\n b) tuduhan (dakwaan) yang tidak tepat;\n \n~ rasa \na) perasaan yang tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk;\n b) tidak senang hati;\n c) tidak tepat sangkaannya;\n \n~ rupa (roman) \n[Minangkabau] tidak layak pada pandangan orang;\n \n~ sedikit\na) berbeza sedikit;\n b) = \n~nya sedikit\n sayang sedikit;\n \n~ sangka \ntidak tepat sangkaannya, menyangka yang tidak benar;\n \n~ semat \nsalah faham;\n \n~ sendi\n tergeliat, terseliuh;\n \n~-silih \nbermacam-macam kesilapan;\n \n~ tampa \nsalah faham;\n \n~ tanggap\n salah mengerti, salah memahami (sesuatu);\n \n~ tangkap\na) silap menangkap sesuatu atau seseorang;\n b) salah faham, salah mengerti;\n \n~ tebak\n = \n~ teka \ntidak benar telahan;\n \n~ terima\na) salah faham, salah mengerti;\n b) berasa marah kepada;\n \n~ timbang \na) silap menimbang;\n b) berat sebelah (menjatuhkan hukuman dan lain-lain);\n \n~ tingkah\n tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan;\n \n~ tubruk\n [bahasa percakapan] salah pegang;\n \n~ urat \nterseliuh, tergeliat;\n \n~ wisel \n[Indonesia], [bahasa percakapan] salah faham;\n~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas \n= \n~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun \n= \n~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut \n(peribahasa) kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yang telah ditetapkan);\n \n~ makan memuntahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali \n(peribahasa) kesilapan dalam sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera;\n \njika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah \n(peribahasa) hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dengan kesalahan;\n \nberani kerana benar, takut kerana ~ \n(peribahasa) bertindak kerana berada pada pihak yang benar;\nsalah-salah\n1.\n walaupun (sungguhpun, meskipun) salah:\n~ dibebaskan juga; \n2.\n jika tidak bernasib baik, jangan-jangan:\n~ bersikap, takut akan tertuduh pula;\nbersalah\n1.\n melakukan sesuatu yang salah (seperti melanggar hukum dan sebagainya):\njika aku yang ~, aku minta ampun; \nmereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang ~; \n2.\n ada salahnya, mempunyai salah:\nsesiapa yang ~ lima, tidak akan lulus;\nbersalahan\n1.\n berbeza daripada, berlainan:\ntempat itu sungguh baik, tiada ~ seperti berita orang itu; \n2.\n = \nbersalah-salahan\n bertentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah:\njangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; \nmenghukum seseorang tanpa bukti yang nyata adalah ~ dengan hukum Allah;\n3.\n [Minangkabau] kurang sihat (badan);\nkebersalahan\n perihal (rasa, sikap dan sebagainya) bersalah:\nkadang-kadang dalam penyaringan ini semacam terjadi ~;\nmenyalah\n1.\n menyimpang (halanya), menyeleweng;\n2.\n tidak mengikut peraturan (undang-undang dan lain-lain);\n3.\n mengelak (tikaman dan lain-lain), menangkis:\nRaja Ngah pun memejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; \n4.\n [Minangkabau] kurang sihat (badan);\nmenyalahi\n1.\n tidak mematuhi peraturan (undang-undang dan sebagainya), bersalahan dengan:\nadinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; \nunsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; \n2.\n tidak menyetujui, membantah, menentang:\nPateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; \n3.\n tidak menepati (janji dan lain-lain);\nmenyalahkan\n1.\n menganggap salah:\naku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; \n2.\n menangkis (tikaman, pukulan, dan lain-lain), mengelakkan:\nia pun melompat ~ tikaman orang itu;\n3.\n menyangkal (tuduhan dan lain-lain), tidak mengakui;\nmempersalahkan\n menimpakan kesalahan kepada, menyatakan (seseorang dan sebagainya) bersalah:\nKamallah yang harus dipersalahkan;\ntersalah\n1.\n tidak sengaja membuat salah, tersilap:\njikalau ada apa-apa yang ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; \nmenurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dalam sastera; \n2.\n tidak tepat;\n3.\n tertuduh (melakukan kesalahan dan lain-lain), disalahkan;\nketersalahan\n perihal (atau keadaan) tersalah:\n~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang\n;\nkesalahan\n1.\n perihal salah (perbuatan salah, kesilapan):\nlebih baik saudara mengaku sahaja ~ yang telah dilakukan itu; \n2.\n dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah;\npesalah\n orang yang didapati bersalah (kerana melanggar hukum dan sebagainya)." "salah II\n~ satu (sebuah, seorang) \nsatu antara dua atau banyak (buah, orang, dan lain-lain);\n \n~ suatu\n = \n~ sesuatu \na) segala sesuatu;\n b) suatu antara semuanya." "salah III\n~ nama\n sejenis tumbuhan (pokok), puki anjing, \nCynometra cauliflora;\nakar ~ hutan\n sejenis tumbuhan (akar memanjat), akar larak, \nFissistigma fulgens; \nrumput ~ pemakai \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput janggut kuau, \nFimbristylis aestiralis." "salah tafsir\ntidak betul atau silap tafsirannya, salah mengerti;\nmenyalahtafsirkan\n memberikan atau membuat tafsiran yang salah, salah mentafsir:\nkebanyakan orang cenderung ~ kebudayaan sebagai kesenian dan adat resam;\n penyalahtafsiran\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyalahtafsirkan:\n~ dalam hal agama Islam tidak sewajarnya berlaku." "salai\nikan ~ \nikan yang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api;\n \npisang ~\n pisang yang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api;\nbersalai\n1.\n sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api;\n2.\n duduk di atas tempat yang agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara untuk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yang baru bersalin):\namalan ~ untuk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecuntukan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap;\n \nbergantung tidak bertali, ~ tidak berapi\n (peribahasa) perempuan yang mengandung di luar nikah;\nmenyalai\n1.\n mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api:\nibunya sedang ~ daging tupai; \ngetah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yang berkeping-keping dan disalai di rumah asap; \n2.\n memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yang baru bersalin);\n3.\n memasang lampu (damar dan lain-lain):\nkemudian dian pula yang disalai;\ntersalai\n (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api:\nribuan keping getah yang ~ di situ;\n salaian\n1.\n penyalai;\n2.\n sesuatu yang disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (mengasapi) di atas api;\npenyalaian\n perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dan lain-lain);\npenyalai\n perkakas (para-para dan sebagainya) yang digunakan untuk menyalai:\ndinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~." "salajur\n[Brunei] (dengan) serta-merta, langsung:\nsaya akan ~ menonton orang bermain bola selepas kerja." "salak I\nbunyi (suara) anjing yang kuat:\n~ anjing bersahut-sahutan di kiri kanan rumah;\nmenyalak\n1.\n berbunyi dengan keras (anjing), menggonggong: s\neekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; \n2.\n menggonggong kepada:\nanjing itu ~ pencuri;\n3.\n [Minangkabau] tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek;\nanjing ~, bukit takkan runtuh \n(peribahasa) tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yang jahat;\n \nseperti disalak anjing bertuah\n (peribahasa) tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi;\nsalakan\n salak." "salak II\nsejenis tumbuhan (palma), \nZalacca edulis;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (palma),\na) \nZalacca affinis; \nb) \nZalacca conferta;\n c) \nZalacca glaborescens;\n~ kumbar\n = \n~ ringan\n sejenis tumbuhan (palma), \nZalacca wallichiana; \ntinggal kelopak ~ \n(peribahasa) habis harta bendanya (tinggal yang ada di badan sahaja)." "salam I\n1.\n sejahtera (dalam kata majmuk), damai;\n2.\n (pemberian) hormat, (penyataan) hormat:\nbaginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas ~ rakyat baginda;\n~ takzim \nsalam dan hormat;\n \nberjabat ~\n berjabat tangan;\n \nmemberi ~\n mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dan sebagainya);\nbersalam\n berjabat tangan:\nia telah dikerumuni oleh orang-orang yang ingin ~ dengannya;\nbersalaman, bersalam-salaman\n saling bertukar salam (berjabat tangan):\nkami ~ sambil bertukar senyum;\nmenyalami\n bersalam dengan:\n dia ~ lelaki tua itu\n;\npersalaman\n perihal bersalam:\n~ yang mesra." "salam II\nsejenis tumbuhan (pokok), jiwat, \nEugenia cumini." "salam III\n[Indonesia] salmon." "salamander\n1.\n sejenis binatang amfibia daripada genus \nSalamandra \nyang rupanya seakan-akan bengkarung yang hidup di darat dan juga di air;\n2.\n sejenis reptilia mitos yang dipercayai hidup di dalam api." "salambau\n[Brunei] sejenis alat untuk menangkap ikan." "salami\nsejenis sosej yang berasal dari Itali, biasanya diberi perasa bawang putih." "salang I\nhukuman yang dilaksanakan dengan menikam (dengan keris) dari lekuk tulang selangka kiri hingga ke hati:\norang itu telah dikenakan hukuman sula atau ~;\nmenyalang\n menikam orang (dengan keris) dari lekuk tulang selangka kiri hingga ke hati:\ndengan keris jenis inilah, pekerjaan ~ dilakukan;\npenyalang\n \nkeris ~ \nkeris yang digunakan untuk menyalang;\n \ntempat ~ \nbahagian di antara tulang selangka dengan leher (tempat menyalang)." "salang II\n1.\n sejenis bakul tergantung (tempat menaruh makanan dan lain-lain);\n2.\n sejenis perkakas daripada buluh dan lain-lain (tempat meletakkan bakul dan lain-lain) yang diberi bertali supaya boleh dipikul." "salang III\n[Minangkabau];\nsalangkan\n sedangkan, meskipun." "salang IV\n~ rusa \nsejenis tumbuhan (pokok), medang biawak, \nAlangium uniloculare\n." "salang V\n[Brunei] damar." "salangkir\n[Brunei] sejenis burung." "salap\nsejenis ubat (untuk kudis, luka, lebam, dan lain-lain) yang disapu:\n~ pencegah kuman;\ndisalap\n diubati dengan salap." "salasal\n[Arab] [arkaik] penyakit kencing manis." "salasilah\n[Arab] daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan).;\nkesalasilahan\n hal yang berkaitan dengan salasilah." "salat\nsolat." "salatin\n[Arab] [arkaik] (jamak bagi sultan) sultan-sultan, raja-raja." "salbi\n= \ntulang ~ \ntulang tongkeng;\n \nanak ~ \nanak sendiri." "saldo\n[Indonesia-Belanda] selisih (wang masuk dan wang keluar), baki." "saleit\n(Kimia) bijih uranium daripada kumpulan fosfat." "sali I\n[sastera lama] kuat, kukuh, teguh;\n \nsama ~ \nsama kuat;\n \nbulang ~ kacak sama, tinggal lagi mujur malang \n(peribahasa) kalah menang dalam perlawanan yang sama kuat itu bergantung pada nasib sahaja." "sali II\n~ hantu\n (penyakit) batuk kering." "salib\n1.\n dua batang kayu yang bersilang seperti tanda campur;\n2.\n tanda yang berupa garis yang bersilang seperti tanda campur (lambang agama Kristian, Palang Merah, dan lain-lain);\nmenyalib\n menghukum mati dengan mengikat atau memaku orang yang dihukum itu pada kayu salib;\npenyaliban\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyalib." "salidak\ncorak anyaman kaum Iranum di Sabah yang menggunakan motif siku keluang, lazimnya terdapat pada anyaman tudung saji." "salih I\nsoleh I" "salih II\n[sastera lama] datang atau pergi:\nsilakan tuanku ~ kembali, paduka adinda cintakan tuan;\n~ berlancang \npergi dengan perahu lancang." "salih III\nganjil, lain daripada kebiasaan (balar, bangkut, dan lain-lain);\n \nmat ~\n panggilan bagi orang berkulit putih (bangsa Eropah dan Amerika)." "salin\ntukar (pakaian, nama, dan lain-lain), ganti (kenaikan), tiru (tulisan, karangan, dan lain-lain);\n \n(se)~ tak tumpah \n(peribahasa) dua orang yang serupa benar;\nbersalin\n1.\n bertukar (pakaian dan lain-lain), berubah (warna, kulit, bulu, dan lain-lain):\ndia mahu ~ pakaian;\n2.\n [bahasa halus] melahirkan anak, beranak:\nmaka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~;\nbersalin-salin\n bertukar-tukar, berganti-ganti;\nmenyalin\n1.\n menukar (dengan yang lain), mengganti:\npakaian hendaklah selalu disalin;\n2.\n memindahkan (ke bekas, tempat lain, dan lain-lain):\npenjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dalam botol; \n3.\n meniru, menulis (serupa dengan yang ada):\nbapaku diupah untuk ~ hikayat-hikayat yang tua itu;\n4.\n menterjemah:\npada hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu;\nmenyalini, mempersalin, mempersalini\n [sastera lama] memberi hadiah atau anugerah (dengan selengkap pakaian):\nmaka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya; \nutusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari;\nmempersalinkan\n [sastera lama] menghadiahkan selengkap pakaian, menganugerahkan:\nbaiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia;\nsalinan\n1.\n turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal:\nhanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar;\n2.\n terjemahan;\npersalinan, persalin 1. = pesalin\n [sastera lama] selengkap pakaian (sebagai hadiah):\nsegala orang yang datang itu semuanya dianugerahinya pesalin;\n2.\n pakaian untuk bersalin:\ndiambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; \n3.\n perihal bersalin:\n~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap;\npenyalinan\n perbuatan dan sebagainya menyalin (sesuatu naskhah dan sebagainya);\npenyalin\n1.\n orang yang menyalin (menterjemah dan lain-lain):\n~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan\n;\n2.\n alat atau mesin yang digunakan untuk membuat salinan bahan bercetak dan sebagainya." "saling\nkata yang menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan;\n \n~ membantu \nbantu-membantu, bertolong bantu;\nkesalingan\n perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) berbalas-balas antara dua pihak:\nkebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsionalisme dalam kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya." "salinometer\nalat untuk mengukur kadar garam dalam sesuatu larutan, misalnya air laut." "salip\nsejenis tumbuhan (rumpai), senayan hutan, siamit hutan, \nScleria lithosperma." "salir\nmenyalir, menyalirkan\n mengalirkan atau menyalurkan keluar (air dari sesuatu kawasan):\ndi kawasan yang rendah, airnya agak susah untuk disalirkan; \ntanah ini kalau disalirkan airnya, akan menjadi tanah ladang yang baik;\n saliran\n sesuatu yang digunakan untuk menyalir, saluran;\npenyaliran\n perbuatan (kerja) menyalir(kan);\npenyalir\n sesuatu (alat dan sebagainya) yang menyalirkan cecair." "salit\n[bahasa percakapan] calit." "salji\nhablur-hablur ais yang turun dari awan (rupanya putih seperti kapas)." "salju\nsalji." "Sallallahualaihiwasallam\n[Arab] moga-moga Allah memberkati dan memberi kesejahteraan ke atasnya (dikatakan setelah menyebut nama Nabi Muhammad)." "salmon\n= \nikan ~\n sejenis ikan laut,\na) \nSalmo salar;\nb) \nOncorhynchus spp." "salmonela\n(Biologi) sekumpulan bakteria daripada genus \nSalmonella \nyang menyebabkan keracunan makanan atau demam tifoid." "salon\n[Indonesia-Belanda] bilik yang indah (untuk menerima tetamu)." "SALT\nakronim bagi \nStrategic Arms Limitation Talks." "saluir\nbersaluir\n [Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] mengangkat tangan sebagai tanda hormat, mengangkat tabik." "saluk\n[Minangkabau] sejenis destar." "salun\nruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat berniaga), sejenis kedai atau tempat perniagaan:\ndi Singapura, dia mengusahakan ~ kecantikan." "salun II\nkereta ~ \nkereta sedan." "salung\n[Minangkabau] sejenis serunai pendek, seruling;\n~ api \nbuluh yang digunakan untuk meniup api, teropong api, buluh solan;\n \n~ asap \ncorong lampu;\nbersalung\n meniup seruling." "salur\nsesuatu (seperti pembuluh, parit, dan lain-lain) yang menjadi jalan atau laluan untuk mengalirkan air dan sebagainya;\n~ buah pinggang \nsaluran yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi-pundi kencing;\n \n~ darah\n saluran (dalam badan) yang menyalurkan darah;\n \n~ halus\n salur darah dengan salur nadi yang halus, jalan saraf, arteriol;\n \n~ kencing\n saluran yang menyalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh, uretra;\n \n~ makanan\n saluran yang membawa makanan dari mulut ke perut;\n \n~ mani\n saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dalam buah zakar);\n \n~ nadi\n saluran yang membawa darah dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri;\nmenyalurkan\n1.\n mengalirkan (sesuatu yang cair dan lain-lain):\nair yang kotor itu disalurkan ke laut;\n2.\n menyampaikan (membawa dan sebagainya) melalui jalan atau cara tertentu:\nsegala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama;\ntersalur\n dapat disalurkan, (sudah) disalurkan;\nsaluran\n1.\n salur;\n2.\n [kiasan] jalan (perantaraan, cara, dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu:\nkerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; \nsegala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; \n3.\n jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dan sebagainya) yang berfungsi untuk menyiarkan sesuatu rancangan;\npenyaluran\n perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dan lain-lain);\npenyalur\n (sesuatu) yang menyalurkan, penyampai, pembawa:\nbahasa yang berkesanggupan menjadi alat ~ ilmu dan kebudayaan." "saluru\nmenyalurukan\n memperolok-olokkan seseorang dengan perkataan atau perbuatan." "salut I\npembalut, pembungkus, sampul, sarung, selonsong;\n \n~ bunga\n kecubung yang terdapat pada bahagian luar kelopak bunga, kaliks (bunga);\n \n~ surat \nsampul surat;\nbersalut\n1.\n berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung:\ntongkat kecil hitam dengan kepalanya ~ tembaga; \nbungkusan itu ~ kertas minyak;\n2.\n [kiasan] berselubung, berselindung:\nhadiah yang murah tetapi ~ ikhlas; \nseruku riang ~ jenaka;\nmenyalut\n membalut, membungkus, menyampul:\ngambar itu hendaklah disalut supaya tidak pudar;\n~ sarung keris dengan perak;\nmenyaluti\n menjadi sebagai salut pada, membaluti:\ntepung ubi ~ kesemua kepingan keladi;\nsalutan\n sesuatu yang digunakan untuk menyalut;\npenyalutan\n perihal (proses atau perbuatan) menyalut atau menyaluti sesuatu." "salut II\n[Indonesia-Belanda] memberi hormat (dengan mengangkat tabik)." "salvo\ntembakan yang serentak." "sama\n1.\n tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dan lain-lain), serupa:\nbajunya ~ dengan baju saya; \ndua kali dua ~ dengan empat; \npangkatnya ~ tinggi dengan pangkat saya;\n2.\n (turut) serta, bersaing (dengan orang lain) melakukan sesuatu:\npenjaga kedai turut ketawa ~ apabila mendengar cerita itu; \n3.\n yang setanding (setaraf dan sebagainya) dengan, setanding, seimbang, setara, setaraf:\njikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya;\n4.\n = \nsama-sama\n semua sekali, kesemuanya:\nmereka sama-sama ketawa; \n5.\n = \nsama-sama\n kata yang menunjukkan perbuatan dan sebagainya yang berbalas-balasan, saling:\nmemang laki bini itu ~ tidak suka; \ntahu ~ tahu \nsama-sama tahu\n; \n6.\n [bahasa percakapan] akan, kepada:\naku mulai sebal ~ perempuan itu; \nmengapa engkau mesti marah ~ dia?\n7.\n [bahasa percakapan] dengan, berserta:\nAhmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami;\n8.\n [sastera lama] sambil, seraya:\nmaka kata Raja Muhammad, Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, ~ ia memandang penjawatnya; \n~ ada \napakah, ataukah;\n \n~ ada \u2026 atau \nbaik \u2026 mahupun;\n \n~ bina \nmempunyai nilai (kadar, keadaan, dan lain-lain) yang sama;\n \n~ dengan \nserupa dengan;\n \n~ kita \nantara kita sahaja;\n \n~ nilai\n (mempunyai) sama nilaian (ukuran dan lain-lain);\n \n~ sahaja \ntidak berbeza (berubah);\n \n~ sahaja (juga halnya) dengan \ntidak ubahnya seperti;\n \n~\nsegi \n(mempunyai) segi yang sama;\n \n~ sekali \nseluruhnya, segenapnya;\n \n~ sendap\n [Kelantan] berpadanan dan sesuai, cocok;\n \n~ sendiri\n = \nsatu ~ lain \nantara mereka itu sendiri;\n \n~ tengah \na) betul-betul di tengah;\n b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali;\n \n~ ukur\n kesamaan dalam bentuk (saiz dan lain-lain) antara dua bahagian;\n \n~ unsur\n (unsur-unsur yang) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop;\nair ~ air, sampah ke tepi juga \n(peribahasa) jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga;\n \nburung pipit ~ enggang\n (peribahasa) jodoh yang tidak sepadan;\n \ntak ~ getah batang dengan getah daun \n(peribahasa) kasih kepada anak sendiri itu tidak sama dengan kasih kepada anak saudara;\n \ntelentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir \n= \ntertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun\n (peribahasa) orang yang seia sekata dalam pergaulan;\nsesama\n antara (mereka itu) sendiri:\nmereka pun asyik berbicara ~ mereka;\n~ manusia;\nsama-sama\n1.\n semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sebagai satu kumpulan);\n2.\n serta, bertepatan (dengan);\n3.\n turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dengan orang lain:\nsaya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dalam konteksnya; \n4.\n ungkapan yang lazim digunakan untuk membalas ucapan terima kasih daripada orang lain, terima kasih kembali;\n?\nbersama 1. = bersama-sama\n berserta, bergandingan dengan, serentak dengan:\nesok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; \nkami mudik bersama-sama;\n~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit;\n2.\n semuanya sekali, seluruhnya:\ntempat perundingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; \nkedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dengan penuh selera; \n3.\n untuk sesamanya, untuk sekaliannya:\nharta ~; \nkemakmuran ~; \n4.\n [bahasa halus] melakukan hubungan jenis, bersetubuh:\nisteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~;\nbersamaan\n1.\n bertepatan dengan, berbetulan dengan:\nhari Khamis ~ 20 September; \nada dua orang ahli Tasawuf yang ~ waktunya di Acheh;\n2.\n hampir sama, hampir serupa;\n3.\n berbandingan (dengan), berimbangan (dengan):\n30 sentimeter salji ~ dengan\n \n2.5 sentimeter hujan; \nskalanya\n \n2 sentimeter ~\n1 kilometer; \n4.\n berpadanan, sesuai:\n~ dengan teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; \n5.\n setara, sebanding, setingkat:\nprofesor madya di Amerika Syarikat ~ dengan pensyarah kanan di sini;\nkebersamaan\n keadaan atau hal bersama:\nrasa ~ dengan anggota masyarakat;\nmenyama-nyama\n membuat diri seperti, berlaku spt:\ntidak usahlah kita hendak ~ orang kaya;\nmenyamai\n sama dengan, setaraf dengan, setanding dengan:\npada zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; \nkuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Tertinggi di Amerika;\nmenyamakan\n1.\n menjadikan sama (serupa, selaras, dan lain-lain):\narnab dapat ~ warna dirinya dengan warna tanah; \nkerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dengan negeri yang lain;\n2.\n menganggap (memandang) sama sahaja (dengan sesuatu), menganggap tidak berbeza daripada, menganggap serupa (setara, setanding, dan lain-lain):\npendekatan formalistik sering disamakan dengan pendekatan struktur; \ngadis Melayu tidak boleh disamakan dengan gadis Barat; \n3.\n mengumpamakan, mengibaratkan, menganggap sama atau seolah-olah spt:\nmanusia tidak boleh disamakan dengan jentera;\n \nperbuatan serupa itu dapat disamakan dengan mengusik anjing tidur;\n mempersamakan\n menjadikan bersama-sama, memperikuntukan, mengembarkan, menyertakan;\nmempersama-samakan\n melakukan sesuatu bersama-sama (dengan orang banyak):\ntidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan;\nkesamaan\n perihal (sifat, keadaan) sama:\nmanusia sangat sukar untuk memelihara ~ dan kesatuan dalam soal bahasa;\nketidaksamaan\n perihal (sifat, keadaan) tidak sama:\n~ antara gambaran dan hakikat;\npersamaan\n1.\n perihal sama (sifat-sifatnya dan lain-lain), persesuaian:\nyang membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; \nada ~ antara orang asli di Filipina dengan orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; \n2.\n perbandingan, perumpamaan, ibarat:\n~ yang diberikan dalam sajak-sajak itu banyak yang salah; \n3.\n perbandingan dua ungkapan yang sama nilainya (dalam ilmu hisab, fizik, kimia, dan lain-lain);\n \n~ kimia \nperlambangan tindak balas kimia dengan menggunakan simbol unsur-unsur untuk menandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas;\npenyamaan\n perbuatan menyamakan (menyelaraskan):\nperjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia\n;\npenyama\n sesuatu (orang, perkakas, dan lain-lain) yang menyamakan." "sama rata\n1.\n ratanya serupa;\n2\n. = \nsama rasa\n semuanya sama;\nmenyamaratakan\n menjadikan atau menganggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain):\nengkau ~ sahaja manusia lain dengan Wim;\nkesamarataan\n sifat (keadaan dan sebagainya) sama rata atau sama sahaja (antara satu sama lain):\nanda mempersoalkan hak dan tanggungjawab, keadilan dan ~ antara lelaki dengan perempuan\n;\npenyamarataan\n proses menyamaratakan sesuatu." "samah\n~-samai \nsampah sarap." "samak I\nsejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak kulit, pukat, dan lain-lain),\na) = \n~ terberau \n= \n~ ubar\n = \nkelat ~\n sejenis tumbuhan (pokok), jambu air paya (laut), kelat lapis (seluang), \nEugenia palembanica; \nb) kelat balak (bising, lapis, merah), medang telur, \nEugenia griffithii." "samak II\nzat yang digunakan untuk memasak dan mewarnai kulit binatang (untuk dibuat kasut dan lain-lain);\n \nkulit ~\n kulit yang sudah dimasak dan diwarnai;\nbersamak\n disamak:\n kulit ~;\nmenyamak\n1.\n memasak kulit (supaya berwarna dan lembut dan lain-lain):\nkulit bakau digunakan untuk ~ kulit atau pukat;\n2.\n menggelas (menggosok dengan serbuk kaca) tali layang-layang;\n3.\n menyucikan anggota badan, tempat, dan sebagainya yang terkena najis mughallazah dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali;\npenyamakan\n1.\n perbuatan menyamak:\nsampai ke akhir abad kelapan belas ~ masih dilakukan dengan cara-cara lama;\n2.\n tempat menyamak kulit;\npenyamak\n1.\n orang yang kerjanya menyamak kulit;\n2.\n bahan yang digunakan untuk menyamak kulit:\nbahan ~ kulit." "samampai\ntinggi lampai (orang)." "saman I\nperintah rasmi yang menuntut seseorang hadir ke mahkamah untuk didakwa, (surat) panggilan untuk diadili:\nhutang kajang belum habis dibayar, ~ pula tiba;\nmenyaman\n mendakwa (menuntut) untuk diadili:\norang-orang yang tidak membayar cukai akan disaman." "saman II\n[Kelantan] sejenis topi yang diperbuat daripada mengkuang." "saman III\nratib ~; \n= ratib." "samar\n= samar\n\u2013\nsamar\n1.\n kurang jelas (pada pelihatan), agak kabur:\nketika itu wajah ayahnya terbayang samar-samar; \ndi dalam cahaya yang samar-samar itu mata mereka bertentang tepat;\n2.\n kurang terang (sesuatu kenyataan, keterangan, bukti, dan lain-lain), masih tersembunyi, tidak nyata:\nsebab-sebab mengapa ia dibunuh masih samar-samar lagi; \n3.\n tidak dengan terang-terang, tersembunyi:\ndia datang itu dengan maksud yang ~; \n(waktu) ~ muka \n= \n(waktu) samar-samar daun \nwaktu petang benar (daun atau muka orang tidak jelas kelihatan lagi);\nmenyamar\n1.\n mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal orang):\nkerja mereka ialah ~ seperti nelayan biasa;\n2.\n masuk ke dalam kalangan musuh dan lain-lain (dengan tidak dikenali):\nsetelah ia datang ke mari ~, maka dibencanainya menteri hamba yang besar empat orang; \n3.\n tidak dengan memperlihatkan yang sebenarnya:\nterlalu elok barang kelakuan, disamar dengan perkataan lain supaya jangan jadi ketahuan;\nmenyamarkan\n1.\n menjadikan kurang terang (cahaya), mengaburkan:\n lampu-lampu merah dan biru yang sengaja disamarkan sudah terpasang;\n2.\n menjadikan diri tidak dikenal orang (dengan menukar pakaian dan lain-lain), masuk ke dalam kalangan tertentu (untuk mencari rahsia, melakukan pengkhianatan, dan lain-lain):\nWan Intan sendiri telah keluar ~ dirinya untuk mencari rahsia; \n3.\n menyembunyikan (melindungkan) sesuatu daripada yang sebenarnya:\nRaja Harman Shah pun terlalu marah, maka disamarkan baginda dengan tersenyum-senyum;\n~ diri \nmenyaru, merupakan diri sebagai;\nsamaran\n sesuatu yang disamarkan atau disembunyikan (nama, rupa, dan lain-lain), sesuatu yang digunakan untuk menyamarkan diri (pakaian dan lain-lain):\nrumah itu berbumbung zink yang ditutup dengan daun nipah dan lain-lainnya sebagai ~ ; \nnama ~ \nnama yang bukan nama yang sebenarnya;\nkesamaran\n perihal (keadaan dan sebagainya) samar:\nmatanya masih juga memerhatikan lembaga yang hampir hilang dalam ~ malam; \nnamun pada satu tahap mungkin nanti akan timbul ~ disebabkan oleh perkara ~ pentafsiran;\n penyamaran\n perbuatan dan sebagainya menyamar;\npenyamar\n orang yang menyamar." "samara\nbuah yang berkepak (buah keruing dan lain-lain)." "samarium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang berwarna putih perak dan digunakan untuk membuat magnet dan lain-lain." "samarskit\n(Kimia) mineral yang mengandungi plumbum, niobium, tantalum dan uranium." "samas\n[Indonesia] [arkaik] penolong atau perawat orang miskin (dalam agama Kristian)." "samawi\n[Arab]\n1.\n berkaitan dengan langit (cakerawala);\n2.\n berkaitan dengan ketuhanan:\nsolat adalah titik pertemuan antara agama ~ daripada Adam hingga Muhammad." "samb.\n[kependekan] sambungan." "samba\n1.\n sejenis tarian moden dan rancak yang berasal dari Brazil;\n2.\n muzik yang digubah untuk mengiringi tarian\n1.\n di atas:\nmuzik ~;\n bersamba\n menari samba." "sambah-sambah\n[Brunei] sejenis serangga, gegancung, mentadak-mentadu." "sambal\nsejenis lauk yang dibuat daripada lada serta garam dan lain-lain:\n~ belacan;\n~ tumis; \ngertak ~ \nkata-kata yang hanya menakut-nakuntukankan sahaja;\n \nulam mencari ~\n (peribahasa) perempuan yang mencari laki-laki;\nsambal-sambalan, sambalan\n berjenis-jenis sambal;\nmenyambal\n membuat sambal." "sambalewa\n= \nmenyambalewa\n tidak sungguh-sungguh (dalam melakukan sesuatu), sambil-sambilan, sambil lewa;\nmenyambalewakan\n melakukan sesuatu tidak dengan sungguh-sungguh." "sambang I\nronda (untuk menjaga keselamatan);\nbersambang\n berjalan dan berjaga-jaga, meronda:\nRaja Pangan dan Raja Semang ~ berkeliling padang;\nmenyambangi\n1.\n mengelilingi (untuk menjaga keselamatan);\n2.\n [Jawa] mengunjungi, menjenguk." "sambang II\n[Jawa] bermacam-macam penyakit (yang disebabkan oleh sesuatu yang ghaib)." "sambang III\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nExcoecaria cochinchinensis." "sambang IV\nsarang lebah yang telah kosong." "sambang V\n[Minangkabau] sejenis tabung atau kotak yang diperbuat daripada bilah (buluh);\n \n~ tembakau \ntabung tempat menyimpan tembakau." "sambang VI\nmempelai ~\n [Perak] pengapit pengantin laki-laki." "sambangan\n[Minangkabau] sejenis burung (sebesar gagak)." "sambar\nmenyambar\n \n1.\n menangkap (dengan paruh, cakar, dan lain-lain) sambil terbang, menangkap (mangsa) dengan cepat:\nhelang ~ anak ayam; \nharuan ~ anak;\n2.\n menangkap (merampas, menyamun, menyerang, dan lain-lain) dengan cepat:\ndisambarnya wang yang ada dalam genggaman saya; \nbaginda terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu; \n3.\n menjilat dengan cepat (api), memanah atau mengenai (kilat, peluru, dan lain-lain):\napi itu dengan bengisnya ~ minyak, merosakkan harta benda; \ncepat seperti kilat ~; \nsebuah lori hampir ~ becanya dari belakang;\n4.\n [arkaik] mencelah atau menyampuk (orang sedang bercakap) dengan cepat:\nTapi apa? merinyu ~; \n5\n. [kiasan] mengambil kesempatan tanpa teragak-agak:\n yang penting ialah kemampuan untuk ~ kesempatan;\nayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang \n(peribahasa) nasib yang malang (buruk) sekali;\n \nbagai ayam disambar helang\n (peribahasa) mati tanpa sakit;\n \npantang helang dengan ayam, lambat-laun disambar juga \n(peribahasa) mudah menimbulkan sesuatu yang tidak baik kalau didekatkan;\nmenyambar-nyambar\n menyambar beberapa kali atau berulang kali:\nkelihatan sekumpulan ikan ~ cebisan roti yang dicampakkannya;\n sambar\n\u2013\nmenyambar\n menyambar (memanah) berturut-turutan:\nkilat ~ diikuti dengan bunyi petir yang sangat kuat;\n sambaran\n tangkapan (yang cepat);\npenyambar\n orang yang menyambar, pencuri, perampas." "sambarana\n[Brunei] tidak cermat (tidak teliti dan lain-lain)." "sambat I\n[Indonesia] ;\nbersambat\n bersambungan (dengan), bertambatan (dengan), berhubungan;\nmenyambat\n menyambung (menambat, menghubungkan)." "sambat II\n[Jawa];\nbersambat, menyambat\n meminta pertolongan (untuk mengerjakan sesuatu);\nsambatan\n1.\n pertolongan (untuk mengerjakan sesuatu), bantuan;\n2.\n tolong-menolong;\n3.\n orang yang menolong (mengerjakan sesuatu)." "sambat III\n[Jawa] mengeluh, mengaduh (kerana kesusahan dan lain-lain)." "sambat IV\nsembat, sebat;\nsebat I\n." "sambat V\n[Brunei] awal (hari), pagi hari:\nJamaliah terpaksa bangun ~ benar kerana kebunnya agak jauh." "sambau I\n~ jangkang\n sejenis tumbuhan (pokok renek), gadu gajah, \nTrigonosteman longifolius; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nEleusina indica; \nbagai ~ di tengah jalan\n = \nbagai ~ di pintu kandang \n(peribahasa) kehidupan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat)." "sambau II\n[Minangkabau] gembung perut (kemasukan angin dan lain-lain)." "samben\n[Jawa] kerja sambilan." "samber\n[Jakarta] sambar." "sambet\n[Jakarta] sakit yang disebabkan oleh puaka (hantu dan lain-lain);\nkesambet\n." "sambil\ndengan atau di samping (melakukan sesuatu yang lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya:\nia bertanya kepada gadis itu ~ tersenyum;\n~ berniaga ~ mengajar;\nsambil-sambil\n sambil lalu;\nmenyambil\n mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yang utama atau pokok:\njanganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; \nbersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam;\nmenyambilkan\n membuat bersama-sama dengan yang lain:\ndia pun ada kerja istimewa agaknya yang boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; \nsetelah sudah Mak Andeh menghidupkan api lalu ia bertanak, dan disambilkannya juga membakar pisang;\ntersambil\n dilakukan sambil membuat pekerjaan lain, tidak menganggap penting;\nsambilan\n1.\n sesuatu yang dilakukan bersama-sama dengan yang lain;\n2.\n sesuatu yang kurang pentingnya;\n3.\n alasan yang dibuat-buat, dalih." "sambil lalu\n1.\n sepintas lalu (tidak secara terperinci atau secara khusus);\n2\n. tidak dengan sungguh-sungguh (melakukan sesuatu);\nmenyambillalukan\n melakukan sesuatu sambil lalu (dengan tidak sungguh-sungguh)." "sambit\n[Jakarta];\nmenyambit\n membaling, melempar (dengan kayu, batu, dan lain-lain):\ndia ~ buah itu dengan kayu;\nmenyambitkan\n membalingkan:\nkulit jeruk itu disambitkannya kepada aku." "sambuk I\ncambuk, cemeti;\nmenyambuk\n menyebat dengan cemeti." "sambuk II\n[sastera lama] sejenis perahu kecil." "sambung\n~ tangan \nki pertolongan, bantuan;\nbersambung\n1.\n berhubung dengan (tali dan lain-lain), bercantum dengan, berkaitan dengan:\nanjung rumah itu ~ dengan rumah ibu;\n2.\n berlanjutan, berpanjangan, berturut-turut:\nketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; \nlari ~ \n[Indonesia] lari berganti-ganti;\n3.\n diberi tambahan:\npita yang ~;\n~ berulas tangan \nki mendapat bantuan (pertolongan);\nsambung-bersambung\n berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti;\nmenyambung\n1.\n menjadikan lebih panjang dengan tambahan (tali, perbualan, cerita, dan lain-lain), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dan lain-lain):\njalan raya itu akan disambung lagi pada tahun depan; \nibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar;\n2.\n menghubungkan sesuatu dengan yang lain (benda yang putus-putus dan lain-lain):\nayah saya sedang ~ rantai basikal dengan dawai; \n3.\n menghubungkan (telefon yang mendapat panggilan dengan sambungan-sambungan lain);\nsambung-menyambung\n1.\n bersambung-sambung terus;\n2.\n sambung-bersambung;\nmenyambungkan\n1.\n memanjangkan (cerita, perbualan, dan lain-lain), meneruskan:\napa yang saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; \ndia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya;\n2.\n menghubungkan sesuatu dengan yang lain (perkara yang putus-putus dan lain-lain):\nleher itu ~ kepala dengan badan; \n3.\n menggunakan sesuatu untuk menyambung;\n4.\n menyambung untuk (orang lain):\ndia ~ anaknya tali itu;\nsambungan\n1.\n tambahan (untuk memanjangkan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dan lain-lain):\nada ~nya lagi;\n2.\n sesuatu yang telah disambung;\n \n~ tangan \npenolong, pembantu;\n3.\n talian telefon daripada telefon utama, yang disambungkan ke beberapa bahagian lain dalam sesebuah bangunan:\n~ telefonnya di pejabat ialah 2751;\nbersambungan\n mempunyai sambungan (tambahan, lanjutan);\n \nkata ~ \n[Indonesia] kata terbitan;\npersambungan\n perihal (keadaan dan sebagainya) bersambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpada sesuatu yang sebelumnya):\n~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; \nbudaya popular merupakan ~ budaya tradisi;\npenyambungan\n perihal menyambung, penerusan:\nhari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan;\npenyambung\n1.\nsesuatu (alat dan lain-lain) yang menyambung atau meneruskan, penghubung;\n \ntanda ~ \ntanda sempang;\n2\n. orang yang menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dan lain-lain:\nkamu semua adalah ~ usahaku\n;\n \n~ lidah \norang perantaraan, jurubicara." "sambur\n~-limbur \nbercampur baur (kerana terlalu ramai dan lain-lain)." "sambut\nbersambut\n \n1.\n ada balasan (jawaban dan lain-lain):\npertanyaan tadi tidak ~;\n2.\n disertai (oleh):\nbunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pada anak tangga ~ dengan cakap-cakap kasar dan bangga; \n3.\n membeli sesuatu dengan membayar kemudian;\n \ndagangan ~ yang dijualnya\n [kiasan] mengatakan sesuatu dengan hanya menurut kata orang lain;\nbersambutan\n1.\n berpadanan, sesuai (dengan):\nrambutnya ikal terlalu panjang ~ dengan lehernya jinjang;\n2.\n = \nbersambut-sambutan, sambut-menyambut\n berbalas-balasan, bersahut-sahutan:\nmaka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dengan bunyi-bunyian sekalian; \nbunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya;\nmenyambut\n1.\n menerima (menangkap dan lain-lain) dengan tangan:\nmaka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kepada Sultan Pahang; \nsaya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya;\n2.\n menerima (perkhabaran, cadangan, dan lain-lain), memberi (menunjukkan) reaksi kepada:\nibu ~ berita itu dengan menghamburkan air mata; \nini dilakukan sebagai ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; \n3.\n = \nmenyambuti\n [sastera lama] menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dan lain-lain), menyongsong:\nmaka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu;\n4.\n menjawab (percakapan dan lain-lain), menyampuk:\nWan Derus ~ cakap isterinya; \n5.\n menjawab (cabaran, tentangan, dan lain-lain), melawan (serangan, kecaman, dan lain-lain):\nia ~ cabaran itu;\n6.\n meneruskan (giliran), melanjuntukan (kerja yang berganti-ganti):\ndua orang polis khas datang dengan senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu;\n7.\n membeli dengan membayar beransur-ansur:\ndia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu;\n~ baik \nmenerima baik, berkenan, bersetuju:\njurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu;\nsambut-menyambut\n1.\n berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dan lain-lain):\nmereka berpantun ~ ;\n2.\n berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung;\nsambutan\n1.\n penerimaan (ketibaan tetamu dan lain-lain), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain):\nbagaimana nanti ~ yang akan diterimanya kalau ia pergi ke sana?;\n2.\n perhatian (pandangan, anggapan, dan lain-lain) terhadap sesuatu hal, reaksi:\nbuku karangannya telah mendapat ~ yang baik daripada masyarakat; \n3.\n jawaban terhadap cabaran (tentangan dan lain-lain), balasan, perlawanan:\ncabaran itu mendapat ~ daripada orang-orang muda;\n4.\n barang yang dibeli dengan bayarannya ditangguhkan, barang yang diamanahkan untuk dijual;\n~ baik\n penerimaan baik, perkenanan, persetujuan;\n \n~ permaidani merah \nsambutan istimewa yang diberikan kepada tetamu kenamaan atau orang yang terkenal, biasanya ketibaannya disambut dengan hamparan permaidani merah;\npenyambutan\n perihal menyambut:\nsebuah senyum telah diberikannya sebagai salam ~;\npenyambut\n1.\n orang yang menyambut (tetamu dan lain-lain), penerima:\n~ tetamu;\n2.\n kayu yang dipasang untuk menyangga gelegar (pada rumah);\n3.\n angka pembahagi yang besar (dalam kira-kira pecahan);\n4.\n pelengkap (dalam sesuatu ayat)." "samfu\npakaian wanita Cina yang terdiri daripada blaus berpinggang dan seluar." "sami I\npendeta (agama Buddha)." "sami II\n[Arab] mulia, tinggi." "sami III\n[Jawa];\n~ mawon\n sama sahaja." "samin\nminyak ~ \nsejenis minyak sapi." "samir\ndaun (nipah, rumbia, dan lain-lain) yang dibuat atap atau pengalas muatan;\n \n~ tak habis, kajang pula \n(peribahasa) hutang lama belum dibayar, sudah datang pula orang menagih hutang baru." "samosa\nsejenis kuih berbentuk tiga segi yang berintikan daging atau sayur-sayuran berempah." "sampa\nubi ~\n ubi kayu." "sampah\n1.\n benda-benda yang dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dan lain-lain), sarap;\n \n~ sarap \nbermacam-macam sampah;\n2.\n sesuatu (benda atau orang) yang tidak berharga atau berguna;\n \n~ dunia \n= \n~ masyarakat \norang yang hina;\n~ itu di tepi juga \n(peribahasa) orang yang hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang;\n \n~ jangan ditendang sepak \n(peribahasa) orang yang miskin jangan dihinakan;\n \nseperti ~ hanyut \n(peribahasa) orang miskin yang hidup melarat;\n \nteralang-alang bagai ~ dalam mata \n(peribahasa) kemusykilan yang tidak dapat dilahirkan;\nmenyampah\n1.\n berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik:\nSemah ~ bukan kepalang; \n2.\n seperti sampah (kerana terlalu banyak dan lain-lain);\n3.\n [bahasa percakapan] mengganggu orang (mengacau dan lain-lain);\npersampahan\n tempat membuang (timbunan) sampah." "sampai I\n1.\n tiba (di):\ntidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; \n2.\n mencapai tujuan (maksud, niat, dan lain-lain):\nmaka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; \napa lagi yang kaufikirkan? Maksudmu telah ~; \n3.\n sehingga menjadi:\nmengapa mak ~ begini melarat;\n4.\n mencapai had, cukup:\ngajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya;\n5.\n hingga ke, sehingga:\n~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;\n~ ajal \nmeninggal;\n \n~ akal \nboleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil;\n \n~ bulan(nya) \na) tiba waktu untuk melahirkan (anak dalam kandungan);\n b) cukup tempoh (yang telah ditetapkan);\n \n~ hati \n= \n~ hemat\n berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu;\n \n~ tempoh \ntiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan);\n \n~ umur \na) sudah dewasa;\n b) sudah lanjut umur;\n \nsudah ~ umurnya \nmeninggal;\n \nnan dimaksudkan, ~, nan diamalkan pecah \n(peribahasa) sudah berlaku apa-apa yang dimaksudkan atau yang dicita-citakan;\nsesampai, sesampainya\n sebaik sahaja sampai, apabila sampai, setibanya:\n~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang bertengkar di belakang;\nsampai-sampai\n1.\n bahkan, hingga(kan), malahan:\n~ memulangkan padi dari ladang pun diselenggarakannya dengan baik;\n2.\n hingga sampai:\npada rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya;\nmenyampai\n1.\n mencukupi, cukup:\njumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit;\n2.\n mendatangi (sesuatu tempat):\npulau ini jarang-jarang disampai orang;\nmenyampaikan\n1.\n membawa dan menyerahkan, mengirimkan (surat, khabar, dan lain-lain), memberikan kepada, mengunjukkan kepada:\nia datang ~ pesan orang itu; \nisteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kepada pemenang;\n2.\n memberitahukan, melaporkan:\nmereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kepada kerajaan; \n3.\n melanjuntukan (berita, ajaran, dan lain-lain), memanjangkan (kpada umum):\norang Arablah yang telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kepada orang di Eropah;\n4.\n memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dan lain-lain), memperkenankan, mengabulkan:\njikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik;\n5.\n mencukupkan, menjadikan cukup;\nkesampaian\n1.\n ketibaan, tibanya, sampainya:\norang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka;\n2.\n tercapai (maksud, cita-cita, dan lain-lain), terlaksana:\njanji-janjinya tidak pernah ~; \n3.\n sampai-menyampai;\npenyampaian\n perihal menyampaikan sesuatu:\nadakah ~ pelajaran itu dilakukan dengan tulus ikhlas?\npenyampai\n1.\n orang yang menyampaikan (surat, khabar, berita, dan lain-lain);\n2.\n (sesuatu) yang menyampaikan:\nnamun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka." "sampai II\nmenyampai\n \n1.\n menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan:\ndi atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung;\n2.\n = \nbersampaian\n tersampir, tersidai;\nmenyampaikan\n menyampirkan, menyidaikan:\nempat puluh cindai kara, semuanya disampaikan kepada galah;\ntersampai\n tersampir, tersidai:\ndia menghilang ke dalam bilik dan kemudian keluar dengan tuala mandi ~ di bahu;\nsampaian\n tempat menyampirkan (menyidaikan) kain, ampaian." "sampak I\nsimpai daripada logam (besi, emas, dan lain-lain) yang dipasang pada hulu pisau dan lain-lain supaya jangan pecah;\nmenyampak\n mengenakan (memasang) sampak." "sampak II\nmain ~ \nark sejenis permainan meneka gambar pada duit syiling (yang dijatuhkan, dipusingkan, dan lain-lain)." "sampak III\nseluar ~ \nsejenis seluar pendek, seluar katuk." "sampan\nsejenis perahu kecil;\n \n~ kolek \nsejenis sampan yang tidak memakai layar;\n \n~ kotak \nsampan yang mempunyai petak-petak;\n \n~ ludang (seludang) \nsampan yang bentuknya seperti seludang (mancung);\n \n~ payang \nsejenis sampan yang bersama perahu besar dipakai untuk meregangkan jaring;\n~ ada pengayuh tidak\n (peribahasa) kekurangan syarat untuk melakukan sesuatu;\n \nada ~ hendak berenang \n(peribahasa) ada perkara yang senang tetapi sengaja hendak bersusah payah;\n \nair besar, ~ tak hanyut \n(peribahasa) harapan yang tidak dapat dipenuhi;\nbersampan\n menaiki sampan:\nmaka pergilah Bujang Selamat ~ datang ke tongkang;\nbersampan-sampan\n bersuka ria dengan menaiki sampan." "sampang I\nsejenis varnis untuk mengilatkan kayu:\nbersikat berminyak seperti ~;\n menyampang\n mengilatkan sesuatu (dengan sampang dan lain-lain)." "sampang II\n[arkaik];\nmenyampang\n mengayuh perahu dari haluan." "sampang III\n[arkaik]\n1.\n masih ada masa, sempat;\n2.\n sekiranya." "sampang IV\n[Minangkabau] sejenis pasung (untuk menahan kepala kerbau ketika mencucuk hidungnya)." "sampang V\ntersampang\n tersangkut, terhenti." "sampanyi\n[Indonesia-Belanda] sejenis minuman keras." "sampar I\nsejenis penyakit yang menular (terutama pada haiwan), hawar;\n \n~ ayam \nsejenis penyakit ayam yang mudah menular." "sampar II\n[Brunei] sejenis hantu." "sampat\n[arkaik];\nmandi ~\n upacara bermandi-manda pada hari ketiga selepas hari perkahwinan." "sampean\n~ andika \n[Jawa] [sastera lama] paduka tuanku." "sampel\nbahagian (bilangan, kumpulan, dan sebagainya) yang kecil yang mewakili bahagian dan sebagainya yang jauh lebih besar (biasanya dijadikan contoh untuk penelitian, kajian, dan sebagainya), contoh:\nWan Hashim memilih nelayan Dinding di Pulau Pangkor sebagai ~ kajian kerana beberapa sebab;\npensampelan\n proses memilih sampel secara rawak." "samper\n[Jakarta];\nmenyamperi\n1.\n mendekati, menghampiri;\n2.\n menyinggahi." "sampi\n[Jakarta] sapi." "sampil I\nkulit pada pangkal pelepah pinang (kelapa dan lain-lain)." "sampil II\n[Jawa] paha lembu (kerbau dan lain-lain) yang sudah disembelih." "samping I\nsebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi:\norang tua itu menolaknya ke ~ dan membuka pintu kereta itu;\ndi samping\n1.\n di sebelah, di rusuk, di sisi:\nmereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman;\n2.\n bersama-sama dengan, bergandingan dengan, bersanding bahu dengan:\nkami akan berjuang ~ saudara; \n3.\n \u2026 dan juga \u2026, selain \u2026 juga \u2026:\n~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu;\nke samping\n ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi:\nia menolak adiknya ~;\nmengesampingkan\n1.\n meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi:\npen dikenakan sarungnya dan buku dikesampingkannya sahaja; \n2.\n mengetepikan (menganggap kurang penting), menyingkirkan:\nbesar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja;\nbersampingan\n1.\n berdekat-dekat, berhampiran;\n2.\n bersama-sama;\nmenyamping\n menyusur (di tepi jalan dan lain-lain);\nmenyampingi\n1.\n mendekatkan (diri) dengan, berdampingan dengan, mendampingi;\n2.\n [kiasan] menolong, membantu;\nmenyampingkan\n1.\n menyisihkan (ke tepi), mengetepikan;\n2.\n menganggap tidak penting, menyingkirkan;\n3.\n meletakkan bersama-sama dengan, mendampingkan;\ntersamping\n terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir:\noleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dengan sendirinya dia ~\n;\nsampingan\n yang turut terdapat (timbul, digunakan, dan lain-lain) selain yang asas atau yang utama:\nmasalah kecil dan ~ yang boleh diselesaikan;\n \nhasil ~ \nhasil yang turut diperoleh daripada usaha untuk menghasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yang utama;\n \nkesan ~ \nkesan lain di samping kesan yang utama." "samping II\nsejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja;\nbersamping\n memakai kain di sebelah luar seluar (pada pakaian Melayu), memakai samping." "sampir I\nbahagian sarung keris yang di atas sekali." "sampir II\nmenyampirkan\n menggantungkan (sesuatu) pada ampaian, menyidaikan (kain dan lain-lain);\ntersampir\n tergantung;\nsampiran\n1.\n tempat menyidai (kain dan lain-lain), ampaian, gantungan;\n2.\n pembayang maksud (pada pantun)." "sampu I\nsejenis penyakit (yang berpanjangan dan boleh menguruskan badan);\n \n~ pening\n penyakit selalu pening-pening;\nmenyampu\n menawarkan (menghentikan) penyakit yang dipesonakan orang." "sampu II\nsejenis tumbuhan (pokok);\n~ dingin\n sejenis tumbuhan (pokok), \nVernonia chinensis;\n~ pucat \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHedyotis congesta;\n~ tikus \nsejenis tumbuhan (pokok), pecah payung, \nIxora crassifolia." "sampuk\n= menyampuk\n1.\n melanggar sesuatu (ketika berjalan);\n2.\n menangkis atau menepis (pukulan dan lain-lain);\n3.\n mengganggu kesihatan (oleh hantu), merasuk (oleh hantu):\nkenapa budak itu terjerit-jerit sahaja, disampuk hantu agaknya;\n4.\n mencelah (percakapan orang), memotong cakap, mencampuri (hal orang lain):\nAzlan tidak sedikit pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap;\nmenyampukkan\n melanggarkan, menghantukkan;\ntersampuk\n1.\n terlanggar atau terhantuk (ketika berjalan), tersandung;\n2.\n jatuh sakit (kerana diganggu hantu), keteguran:\nanaknya ~ hantu petang tadi." "sampul\nsarung (surat, bantal, dan lain-lain), pembungkus, penyalut;\n \n~ bantal \nkain pembungkus bantal;\n \n~ buku \npenyalut buku (kertas, plastik, dan lain-lain);\n \n~ duit \nsarung daripada kertas berwarna yang digunakan untuk mengisi duit yang diberikan pada hari raya, perkahwinan dan sebagainya;\n \n~ surat\n sarung daripada kertas, biasanya berbentuk segi empat tepat, untuk mengisi surat dan sebagainya yang hendak diposkan dan sebagainya;\n \n~ (surat) hari pertama \n(Pos) sampul surat yang bersetem istimewa dan bercap tarikh keluaran hari pertama bagi memperingati sesuatu peristiwa;\nbersampul\n berbungkus, bersalut, bersarung;\n \nanak ~ \nanak yang dilahirkan berbungkus dengan kulit tipis (dianggap kebal);\nmenyampul\n memasukkan ke dalam sampul, membungkus, menyalut." "sampun\nmenyampun\n membiarkan panjang (rambut)." "sampur\n[Jawa] sejenis selendang atau sabuk (yang dipakai ketika menari)." "samsam\n[Kedah] orang Melayu (Islam) yang bercakap Siam, peranakan Melayu Siam." "samseng I\n[Cina], [bahasa percakapan] [arkaik] melawat (orang mati)." "samseng II\n[Cina] penjahat (suka merompak, menyamun, dan lain-lain):\nlagaknya persis seorang ~ yang ganas;\n kesamsengan\n hal (sifat, perilaku dan sebagainya) yang berkaitan dengan samseng:\nada juga yang menunjukkan kebiadaban dan ~ mereka dalam bilik darjah." "samsu\n[Cina] sejenis minuman keras (arak)." "samudera\nlautan:\nmasing-masing melihat jauh ke tengah ~\n." "samum\n[Arab] angin panas (di padang pasir)." "samun I\n= \n~ sakal \nperampasan dengan paksa (aniaya);\n \n~ sakal berdarah tangan \n(peribahasa) sesuatu yang diperiksa (disiasat) hendaklah ada buktinya;\nmenyamun\n merampas di tengah jalan dan lain-lain (dengan paksa):\nlapan orang lanun telah ~ sebuah perahu nelayan;\nsamunan\n hasil rampasan;\n \nkesamunan\n kehilangan kerana disamun orang;\npenyamunan\n perihal menyamun, perampasan;\npenyamun\n orang yang menyamun." "samun II\n~ gurun\n tumbuh-tumbuhan (semak dan belukar) di kawasan yang berhampiran dengan padang pasir;\n \nsemak ~ \nsemak dan belukar." "samurai\n(Jepun)\n1.\n sejenis kasta bangsawan (ketenteraan) pada zaman feudal Jepun;\n2.\n anggota kasta ini." "sana I\n1.\n tempat yang jauh atau yang dianggap jauh:\ndi dalam kolam ~, ramai orang yang sedang mandi;\n2.\n [bahasa percakapan] dia, orang yang ketiga;\n \npihak ~ \npihak lawan (dalam permainan dan lain-lain);\ndi sana\n tempat yang jauh (dari orang yang bercakap):\nmereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi;\n~ sini \ndi merata-rata tempat;\nke sana\n menghala ke tempat yang jauh (lain):\nbawalah tong sampah ini ~;\n~ ke mari \npergi balik, pulang balik;\nkesanakan\n [arkaik] sebelah sana, jauh sedikit;\ndikesanakan\n1.\n dibawa (dialih, dianjak, dan lain-lain) ke sana;\n2.\n dikeluarkan (daripada kumpulan, keluarga, dan lain-lain)." "sana II\ntempat, tempat duduk (dalam kata majmuk);\n \nsinggah~\n takhta kerajaan." "sana III\nangsana\n." "sanad\n[Arab] rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yang digunakannya untuk sampai kepada matan:\nhadis itu telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dengan ~ yang sama." "sanak\n1.\n = \n~ saudara\n orang-orang yang seketurunan (sekerabat), orang-orang yang sekaum keluarga:\nsaya senang hati dapat berhadap-hadapan muka dengan ~ saudara; \n2.\n [Negeri Sembilan] saudara sebelah ibu, kemanakan;\nbersanak\n = \n~ saudara\n mempunyai kaum kerabat, berkaum kerabat;\nmenyanak\n menganggap diri sebagai sanak (dalam keluarga orang lain);\npersanakan\n perihal hubungan kekeluargaan, kekerabatan:\nkajian tentang ~ bermula hampir satu abad yang lalu." "sanan I\n[Minangkabau] sana." "sanan II\n[Kedah] sejenis bau yang busuk (bau badan pemanjat kelapa)." "sanat\n[Arab] tahun, tarikh;\n \n~ Hijrah \ntahun (tarikh) Hijrah." "sanatorium\ntempat untuk rawatan perubatan dan pemulihan (terutamanya bagi orang yang telah lama sakit) dalam keadaan persekitaran yang nyaman dan selesa." "sanatu\n[Brunei] di sana, di situ." "sanatulhijrah\n[Arab] tahun (tarikh) Hijrah." "sanbal\n(Parsi) narwastu." "sanca\nsejenis ular sawa." "sanda I\n[sastera lama] [kependekan] sahayanda, saya, hamba." "sanda II\n[Minangkabau] gadai;\nmenyandakan\n menggadaikan." "sandak I\nmenyandak\n memendekkan tali kail, menyentak." "sandak II\n[Brunei] sejenis alat untuk mengorek tanah." "sandal\nsejenis alas kaki yang bahagian tapaknya agak rendah dan bahagian atasnya pula tidak menutupi bahagian kaki sepenuhnya;\nbersandal\n memakai sandal:\nada yang berkasut, ~ atau berterompah sahaja." "sandang I\ntali dan lain-lain yang diselendangkan di bahu (disilangkan di dada) untuk membawa sesuatu;\n \nsayap ~\n selepang (rantai emas) yang disilangkan di dada;\n \nkata ~ \n(Linguistik) kata penyerta;\nmenyandang\n1.\n membawa sesuatu dengan tali dan lain-lain yang diselendangkan di bahu:\n~ senapang; \nketika bertanya itu, ia sedang ~ kameranya;\n2.\n memikul, memanggul:\n~ pedang; \norang yang membawa persalinan itu semuanya ~ tetampan kekuningan; \n3.\n [kiasan] menanggung atau menderita sesuatu (kesusahan, kesakitan, dan lain-lain):\n~ derita;\n4.\n [kiasan] menjawat sesuatu pekerjaan (tugas dan lain-lain), menjabat, memegang gelaran (pangkat dan lain-lain):\njawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah lama benar disandangnya;\nmenyandangkan\n memikulkan, menyuruh memanggul;\npenyandang\n1.\n orang yang menyandang sesuatu (di bahu);\n2.\n orang yang menyandang (memikul, memanggul);\n3.\n orang yang menyandang (sesuatu jawatan dan sebagainya)." "sandang II\n~ pangan\n [Jawa] barang-barang berupa pakaian dan minuman." "sandang III\n~ gawai\n (Palembang) mengupah orang lain untuk mengerjakan tugas sendiri (rodi)." "sandang IV\nrumput ~\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nFimbristylis globulosa." "sandar I\nbersandar\n \n1. = menyandar\n meletakkan belakang (bahu, dada, dan lain-lain) pada sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dan lain-lain sambil bertopang (bersangga) pada:\nAwang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; \nayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar;\n2.\n = \n~ pada (ke, atas)\n berharap (bergantung) pada, beralasan (berdasar) pada:\nmereka terlalu sangat ~ kepada bantuan dari luar negeri;\nbersandarkan\n bersandar pada:\nbaginda menjalankan pemerintahan dengan bersandarkan apa yang telah dipelajarinya;\nsandar-menyandar\n saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu:\nkerjasama dan bantu-membantu dalam masyarakat orang yang beriman itu, samalah seperti hubungan yang rapat dan ~ yang erat sesebuah bangunan;\nmenyandari\n mengadakan (memasang, mengenakan) tempat untuk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dan lain-lain):\nmaka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pada Seri Nara Diraja;\nmenyandarkan\n1.\n meletakkan (membiarkan dan lain-lain) bersandar pada:\nseorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu;\n2.\n mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dan lain-lain) pada:\n~ rezekinya pada orang yang dermawan; \n3.\n meletakkan (mengasaskan) pada sesuatu yang digunakan sebagai dasar (alasan, bukti, dan lain-lain), mendasarkan:\ndalam soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pada agama; \ndia tidak ~ tulisannya pada karya-karya sasterawan tanah air;\n sandaran 1. = persandaran, penyandar\n tempat bersandar atau untuk menyandarkan sesuatu:\nakhirnya orang muda itu mengampai ke ~ kerusinya; \n2.\n bantuan, sokongan:\nmereka berdoa memohon ~ daripada Tuhan; \nini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah." "sandar II\n= sandaran\n sesuatu yang dijadikan cagaran atau jaminan (dalam berhutang dan lain-lain), gadai, petaruh;\nmenyandarkan\n memberikan sesuatu untuk jaminan (dalam berhutang), menggadaikan;\ntersandar\n dijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai." "sandar III\n~ malam\n sejenis tumbuhan (herba), kerak nasi, \nPolianthes tuberosa." "sandel\nkuda ~ \nkuda dari Sumba." "sandera\n[sastera lama] orang yang tertawan atau tergadai untuk tanggungan hutang dan lain-lain;\nmenyanderakan\n menjadikan hamba (kerana berhutang)." "sandi\n(Linguistik) ubah suaian bunyi pada bentuk-bentuk tatabahasa yang digandingkan, boleh berupa elipsis, pemendekan, dan lain-lain (mis hala + laju = halaju, se + orang = seorang)." "sanding I\ndekat, damping, hampir;\nbersanding\n1.\n duduk bersebelah-sebelahan (berjajar, berdamping, seperti pengantin di atas pelamin, dan lain-lain):\nmereka sedang ~ di atas pelamin;\n2.\n [kiasan] [arkaik] setanding, setaraf;\nmenyandingi\n1.\n mendampingi;\n2.\n menandingi;\nmenyandingkan, mempersandingkan\n mendudukkan bersanding (pengantin dan lain-lain), meletakkan bersebelah-sebelahan:\nnanti akan datang waktunya kamu akan dipersandingkan pula;\nsandingan\n1.\n jodoh, pasangan;\n2.\n imbangan, tandingan;\npersandingan\n perihal bersanding:\n~ kedua-dua pengantin itu akan dilangsungkan esok." "sanding II\nsudut (penjuru, bucu) yang tajam pada sesuatu;\nbersanding\n1.\n berbucu (bersudut) tajam;\n2.\n [kiasan] bisa atau tajam (perkataan dan lain-lain);\n \nbulat bersegi, ~ melukai \n(peribahasa) orang yang nampaknya lurus tetapi tidak dapat dipercayai." "sandiwara\n1.\n pertunjukan cerita yang dilakonkan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil:\nmereka bersetuju untuk mengadakan ~ pada Hari Ibu Bapa nanti; \nbintang ~;\n2.\n sesuatu kejadian yang tidak sungguh-sungguh (untuk mengabui mata sahaja dan lain-lain);\nbersandiwara\n1.\n bermain sandiwara:\ndia pandai ~, lakonannya memberi kesan pada penonton;\n2.\n berbuat sesuatu dengan tidak sungguh-sungguh (untuk mengabui mata dan lain-lain):\nia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu;\nmenyandiwarakan\n1.\n melakonkan sandiwara, mementaskan:\ncerita itu pernah disandiwarakan di radio; \n2.\n mengarang cerita sandiwara daripada cerita biasa;\n3.\n [kiasan] memainkan, mempermainkan;\npersandiwaraan\n bidang, hal, dan lain-lain yang berkaitan dengan sandiwara:\nzaman sebelum perang adalah dianggap sebagai zaman pembaharuan atau pengenalan pengaruh Barat dalam ~ Indonesia." "sando\n[Indonesia] sejenis alat (spring) untuk melatih kekuatan." "sandung I\n= sandungan\n tempat menginjak pada perkakas tenun, injak-injak." "sandung II\nmenyandung\n melanggar sesuatu (dengan kaki);\ntersandung\n1.\n terlanggar atau terhantuk (kaki) pada sesuatu:\nkakiku ~ pada sebatang akar getah;\n2.\n [kiasan] mendapat sesuatu rintangan (kesusahan dan lain-lain);\nsandungan\n = \nbatu ~ \nrintangan (galangan, halangan, dan lain-lain);\nsadung\n." "sandung III\n[arkaik];\nsandungan\n ayunan, buaian." "sandwic\ndua keping roti yang biasanya disapu mentega dan dibubuh sardin, telur, dan sebagainya di antaranya." "sang I\nkata sandang yang lebih hormat daripada si,\na) depan nama orang dan lain-lain yang dimuliakan:\nS~ Arjuna; \nS~ Samba; \nS~ Sepurba; \nS~ Nata; \nb) di depan nama benda yang dimuliakan:\nS~ Saka Merah Putih; \nS~ Surya; \nc) di depan nama binatang (dalam cerita-cerita):\nS~ Kancil; \nd) [bahasa percakapan] di depan sesuatu yang dianggap sebagai benda hidup:\n~ api; \ne) [bahasa percakapan] sebagai ejekan:\n~ menantu;\n~ suami;\npersangan\n [sastera lama] orang-orang yang bergelar sang (sebagai penghormatan):\nmaka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang kecil menjemput dia." "sang II\n~ serok \nsejenis burung, \nArborophilla charltonii;\n~ serok gunung \nsejenis burung, \nArborophila brunneopectus;\n~ serok rimba \nsejenis burung, \nCaloperdix oculea." "sanga I\ntahi leburan, buih berserta kotoran yang lain (daripada logam yang dileburkan);\n \n~ bes \nhasil sampingan (campuran beberapa sebatian daripada pembuatan keluli) yang boleh dibuat baja." "sanga II\ntersanga-sanga\n tergopoh-gopoh." "sangai I\ntudung saji." "sangai II\n[Minangkabau];\nbersangai\n berdiang, berjemur, berpanas:\nia memperlihatkan tangannya yang sudah kisut, sudah hitam ~ dengan panas;\nmenyangai\n1.\n memanaskan (menjemur, mendiang, dan lain-lain);\n2.\n menggoreng tanpa minyak, merendang;\ntersangai\n1.\n (telah) disangai;\n2.\n tidak diminta orang (gadis)." "sangap\n[Johor], [Melaka] menguap:\nsekali-sekala dia ~ dan menggeliat di tempat duduknya." "sangar I\n[Jakarta] mendatangkan bala (bencana dan lain-lain)." "sangar II\n[Minangkabau] bau seperti bau bawang." "sangat\n1.\n terlalu, terlampau:\nbilangan murid yang mendapat sijil pertama ~lah sedikit;\n2.\n hebat, kuat, menjadi teruk:\nsusahnya amat ~; \npenyakitnya bertambah ~; \n3.\n benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dan lain-lain):\nmereka mahu ~ mendengar cerita itu; \napalah ~ \napa pentingnya (mustahaknya dan lain-lain);\nsangat-sangat\n1.\n terlalu (terlampau dan lain-lain) sangat, amat sangat:\ncermin itu suatu benda yang ~ ajaib; \nelektromagnet adalah ~ berguna;\n2.\n sungguh-sungguh benar:\nburung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka;\nbersangatan\n amat (terlalu) sangat:\nseluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat;\nmenyangat\n menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dan lain-lain):\ndari sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu;\nmenyangatkan\n menjadikan hebat (kuat, teruk, dan lain-lain);\nmempersangat\n menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dan lain-lain);\ntersangat\n terlalu sangat, teramat sangat:\npenyakit ini ~ mudah berjangkit;\n kesangatan\n1.\n perihal sangat, keterlaluan;\n2.\n teramat sangat:\nsegala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, daripada ~ bedil Peringgi itu." "sangau\nsejenis tumbuhan (lumut di laut untuk membuat agar-agar), \nGelidiopsis rigida." "sangga I\nbenda yang digunakan untuk menopang (menahan dan lain-lain) dari bawah;\n~ bunuh \n[sastera lama] azimat atau tangkal (supaya tidak terbunuh dalam peperangan dan lain-lain);\n \n~ galah \ncagak tempat meletakkan galah (di perahu);\n \n~ layar \ncagak tempat meletakkan layar (ketika berlabuh);\n \n~ mara \na) galah yang berkait untuk menolak dan meraih perahu;\n b) ganja atau besi melintang pada pangkal mata tombak;\n \n~ payung \nbesi dan lain-lain yang menahan payung supaya terbuka;\n \n~ pedang\n besi palang di atas hulu pedang;\n \n~ penetap \nperkakas yang digunakan untuk menetapkan kedudukan benda kerja (ketika melarik dengan jentera);\n \n~ tuas\n benda yang menyangga tuas jika menuil sesuatu dengan tuas;\nbersangga\n1.\n ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dengan sesuatu;\n2.\n [kiasan] mempunyai sesuatu sebagai sandaran, sokongan dan sebagainya, berpegang (pada):\nkita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukannya setakat ~ pada cakap-cakap sahaja;\n menyangga\n menopang (menahan) dari bawah, menyokong:\ntiub teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yang berat dan kejal;\npenyangga\n benda yang digunakan untuk menyangga (menopang, dan lain-lain):\n~ senapang." "sangga II\n~ berduri\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nSida rhombifolia." "sangga III\n[Kelantan]\n1.\n balasan hantaran (pada hari perkahwinan);\n2.\n menahan (menepis, menangkis) serangan atau pukulan dengan tangan." "sangga IV\n[Jawa] ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat)." "sangga V\n[Kedah];\ntak ~\n terlalu, sangat:\nbesar tak ~." "sanggah I\nmenyanggah\n1.\n membantah, menyangkal:\ndia boleh bermulut keras kepadaku dan ~ kataku;\n2.\n melawan, menentang:\nraja adil, raja disembah, raja zalim, raja disanggah;\nmenyanggahkan\n [sastera lama] menyanggah:\nkapal armada itu tiada dapat kita ~\n \ndi laut;\nsanggahan\n bantahan atau tentangan (terhadap sesuatu):\nlekas benar dia mengalah apabila menerima ~ daripada isterinya;\npenyanggahan\n perihal menyanggah, pembantahan, penentangan;\npenyanggah\n orang yang menyanggah, pembantah, penentang:\nbudak itu tidak derhaka, tidak ~ orangnya." "sanggah II\n[arkaik] tempat pemujaan dalam rumah (di Bali)." "sanggam\n[arkaik];\nmenyanggam\n meminjam (perahu, basikal, dan lain-lain) sebentar sahaja." "sanggama\n(Sanskrit) bersetubuh;\nbersanggama\n melakukan hubungan jenis, bersetubuh;\npersanggamaan\n persetubuhan." "sanggan\n1.\n sejenis bokor berkaki (tempat membawa hantaran), cerana;\n2.\n [Minangkabau] sejenis bakul daripada rotan atau lidi (tempat pinggan mangkuk)." "sanggar\n[Jawa]\n1.\n [sastera lama] tempat pemujaan (dalam rumah), sanggah;\n2.\n rumah atau bahagian daripada rumah yang kemas teratur (tempat mengerjakan sesuatu)." "sanggat\n= tersanggat\n terkandas (perahu, kapal, dan lain-lain), terdampar." "sanggep\n[Indonesia] [arkaik];\nmenyanggep\n menangkis (menepis dan lain-lain) pukulan." "sanggerah\npemantikan urat (untuk mengeluarkan darah kotor);\nmenyanggerah\n mengeluarkan darah dengan memantik (urat darah)." "sanggeraha\n[sastera lama];\nbersanggeraha\n berhenti beristirahat (berehat)." "sanggit\nbersanggit\n1.\n bergeser atau bergesel (kereta dengan kereta, dahan dengan dahan, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] bertentang (pendapat, fikiran, dan lain-lain), berselisih;\nmenyanggit\n = \n~ gigi\n menggesekkan (mengeritkan, mengetap) gigi." "sanggrah\npesanggrahan\n rumah persinggahan (rehat)." "sanggul\ngelung atau simpul rambut perempuan, kundai;\n jenis-jenisnya:\n~ ayam mengeram, ~ bulat, ~ kelung, ~ lintang, ~ miring, \ndan lain-lain;\n \n~ Fatimah \nsejenis azimat pelias;\nhang tak kurang ~, aku tak kurang tenggek \n(peribahasa) hilang yang satu masih ada lagi gantinya yang lain (laki-laki dan perempuan);\n \nterlintang oleh ~\n (peribahasa) suami yang selalu menurut kata isterinya;\nbersanggul\n1.\n memakai sanggul:\nrambutnya ~ lintang sangkut; \n2.\n sedang mengenakan sanggul;\nmenyanggul, menyanggulkan\n mengenakan (memasang) sanggul:\nmaka disanggulnya rambut yang terurai." "sanggup\n1.\n bersedia (untuk melakukan sesuatu dan lain-lain), rela, sudi:\ntiada siapa yang ~ mendengar dongeng itu lebih lanjut; \n2.\n boleh atau mampu (melakukan sesuatu):\nbahasa Melayu ~ mengambil peranan sebagai Bahasa Kebangsaan di Tanah Melayu; \npak ~\na) lelaki yang mengahwini perempuan yang sedang hamil (tetapi bukan dia yang menyebabkan kehamilan itu);\n b) cina buta;\nmenyanggup\n sanggup melakukan sesuatu:\njanganlah kamu ~ saja;\nmenyanggupi\n1.\n menyatakan sanggup (untuk melakukan sesuatu), menerima dan bersedia, merelai:\ndemikian sumpah ayahku ketika permintaan itu diterima, dan engkau pun ~nya pula;\n2.\n menyatakan atau menjadikan boleh (kuasa, mampu):\ntidak seorang pun yang berani ~ cabaran itu;\nkesanggupan\n1.\n kesediaan (kerelaan dan lain-lain) untuk melakukan sesuatu:\nkalau ada ~ berunding, maka ada harapan baik untuk menyelesaikannya dengan damai;\n2.\n kebolehan, kemampuan:\nkaum wanita juga mempunyai ~ untuk memegang jawatan sebagai penyelia itu;\nberkesanggupan\n mempunyai (menunjukkan) kesanggupan, sanggup:\npelajar di sekolah menengah sudah ~ untuk menerima pengajaran melalui penyampaian hukum-hukum bahasa yang dipelajarinya." "sanggurdi\ntempat berpijak (pada kuda tunggang), rakap." "sangih\n[Minangkabau] berasa penuh atau senak perut (kerana kekenyangan), segah, senuh." "sangir\ntaring, siung;\ntersangir\n tersengih (menampakkan sangir)." "sangit\n[Jawa] hangit." "sangka I\n1.\n pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira:\npada ~nya tuan hamba berani; \nmak cik ~ saya yang mencuri getah mak cik?; \ntiada ~ \n[sastera lama] tiada terkira (terperi, terkhabar, dan lain-lain);\n2.\n keraguan, kekhuatiran, syak, waham:\ntimbul syak dan ~ dalam hatinya;\nbersangka\n1.\n mengira, menaksir, menduga, mengagak:\njanganlah sekali-kali tuan-tuan yang membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku; \n2.\n menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas:\njangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain;\nmenyangka\n1.\n menduga, mengira:\nada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang mengingat sesuatu daripada orang dewasa;\n2.\n menaruh syak, mencurigai:\nbiarlah orang lain ~ jahat akan ibu; \n3.\n menganggap seperti, mengira sebagai;\n \nyang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia \n(peribahasa) orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya;\ntersangka\n1.\n diduga, dikira;\n2.\n disyaki, dicurigai;\nsangkaan, persangka, persangkaan\n apa yang disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak:\njanganlah kamu menaruh ~ yang buruk-buruk; \napa dipedulikan pada persangkaan orang terhadap kita;\npenyangka\n orang yang menyangka." "sangka II\nsejenis lokan yang besar (untuk dibuat serunai atau tetuang)." "sangkak I\n1.\n = \n~ kayu\n cabang kayu;\n2.\n = \n~ ayam \nsarang ayam (yang sedang mengeram), petarangan, terak, sangkar ayam;\n \nmenjunjung ~ ayam \n(peribahasa) mendapat malu besar;\nmenyangkak\n1.\n = \n~ bulu \ntegak bulu roma (kerana takut, seram, dan lain-lain);\n2.\n = \n~ hatinya \nmarah, meradang." "sangkak II\nmenyangkak, menyangkaki\n1.\n menggalangi, menyawar, merintangi;\n2.\n menentang, melawan." "sangkakala\n1.\n [sastera lama] sejenis serunai daripada kulit kerang;\n2.\n trompet." "sangkal\nbantah:\nTidak, itu tidak benar sama sekali, ~nya;\nbersangkal\n1.\n tidak menurut atau mengikut (perintah dan lain-lain), mengabaikan (pekerjaan, tugas, dan lain-lain):\nmengapa maka engkau ~ pula akan pekerjaanmu itu? \n2.\n tidak mengaku, berdalih, berdusta:\nwalaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di hadapan tuan hakim;\nmenyangkal\n1.\n tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dan lain-lain), tidak mengiakan:\npegawai itu telah ~ berita yang mengatakan ia akan berhenti;\n2.\n membantah, melawan, menentang, menolak, menyanggah:\nselama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak pernah disangkal orang;\nsangkalan\n bantahan, sanggahan:\nkerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh mereka;\npenyangkalan\n perihal menyangkal (membantah dan lain-lain), penafian;\npenyangkal\n orang yang menyangkal;\n \n~ Allah \norang yang tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yang kufur)." "sangkala\n[arkaik] masa, waktu." "sangkan\nlaki-laki yang bertabiat perempuan, banci, papak." "sangkap I\n[Minangkabau] genap atau cukup (bilangan dan lain-lain)." "sangkap II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPiper febrifugum." "sangkap III\n[Brunei] sejenis alat untuk menangkap ikan (matanya bercabang dua tau tiga), serampang;\nmenyangkap\n menikam ikan dengan sangkap." "sangkar I\n= sangkaran\n kurungan (burung dan lain-lain);\n \n~ ayam\na) kurungan ayam;\n b) sangkak, petarangan, terak, sarang;\nmenyangkarkan\n memasukkan ke dalam sangkar." "sangkar II\nbujur ~\n empat persegi;\n \ndua meter bujur ~ \ndua meter persegi." "sangkil I\n1.\n sampai atau tercapai;\n2.\n kena tepat, mengenai;\n3.\n mujarab atau serasi (ubat)." "sangkil II\n[Johor];\ntak ~ \ntidak disangka." "sangking\nsaking." "sangku\nmangkuk (daripada tembaga atau kuningan) tempat membasuh tangan." "sangkuh\n[Brunei] sejenis alat bermata satu (seperti tombak) yang digunakan untuk menangkap ikan." "sangkur\n= \nmata ~\n pisau yang dilekatkan pada hujung senapang, bayonet." "sangkut\n[sastera lama] = \ntersangkut\n terpikat:\nlagi pula rasa hamba pun ~ melihat muka tuan hamba;\nbersangkut\n1.\n bergantung, berpaut, berpegang:\nilmu yang menjadi tempat ~ kepercayaanku;\n2.\n = \nbersangkutan\n bersangkut paut:\nsifat mereka itu pun, pada umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu pekerjaan yang ~ dengan kewujudan dan maksudnya;\n3. = bersangkutan\n terlibat (dalam sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan:\nhal besar-besar yang ~ dengan pemerintahan dan kerajaan; \norang yang bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri;\nmenyangkut\n1.\n menggantung (pada kait dan lain-lain), memaut, menggayut:\ndia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya;\n2.\n bersangkutan dengan, berkaitan (bertalian) dengan:\nempat daripada kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yang ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan;\nsangkut-menyangkut\n hubungan, kaitan, kena-mengena;\nmenyangkuntukan\n1.\n menggantungkan (pada kait dan lain-lain), memauntukan, menggayuntukan:\nlempengnya itu pun disangkuntukannya pada sigai tempat ia memanjat pohon itu;\n2.\n = \nmempersangkuntukan\n menjadikan kait-mengait, melibatkan, mengaitkan, menyangkutpauntukan:\nsatu krisis besar pernah berlaku yang ~ menteri;\n~ hati\n [kiasan] menumpukan cinta;\ntersangkut\n1.\n tergantung pada sesuatu, terletak pada sesuatu (seluar pada duri dan lain-lain):\nbeg tangan putih yang ~ di jenjang kerusi;\n2.\n terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa:\n kelima-lima orang ini tidak ~ dengan kejadian merompak itu;\n3.\n tertumpu pada (pandangan), terlekat:\npandangannya ~ pada parut di bawah siku tangan kanannya; \n4.\n terhenti (perjalanan):\ndi mana ~, di situlah singgah; \n5.\n \n= ~ hati \njatuh hati kepada, terpikat;\ntersangkut-sangkut\n terputus-putus, tertahan-tahan, gagap (percakapan dan lain-lain):\naku bertanya dalam bahasa Inggeris dengan cara yang ~;\n sangkutan\n1.\n penyangkut;\n2.\n gangguan (halangan dan lain-lain);\npersangkutan\n perhubungan, pertalian;\npenyangkut\n tempat menyangkut sesuatu." "sangkut paut\n1.\n hubungan atau kaitan (dalam beberapa perkara dan lain-lain):\nceritanya itu ada ~ pautnya dengan sejarah; \n2.\n kena-mengena (dalam hal kekeluargaan dan lain-lain), bertalian:\norang itu tidak ada ~ paut dengan kita; \n3.\n kaitan hutang-piutang (bayar-membayar);\nbersangkut paut\n ada kena-mengena, berkaitan (dengan), bertalian (dengan):\nkarangan hendaklah daripada perkara-perkara yang ~ dengan pekerjaan yang dibuat;\nmenyangkutpauntukan\n menjadikan kait-mengait, melibatkan, mengaitkan:\nbanyak tohmahan dan cerita karut yang ~nya dengan projek-projek kerajaan." "sangling\n[Jawa];\nmenyangling\n mengumpan, mengilapkan (emas, perak, dan lain-lain)." "sangluat\n[Perak] kandang kerbau jalang." "sanglur\n[Kedah] gugur anak (pada binatang)." "sangrai\nmenyangrai\n [Indonesia] menggoreng sesuatu (kacang tanah dan sebagainya) tanpa minyak, merendang, menyangai:\npadi pulut yang telah dibasuh itu disangrai di dalam kuali tebal hingga menjadi bertih; \ndia ~ satu camca ketumbar." "sangsai\n[Minangkabau] melarat, sengsara." "sangsang\n[Jakarta];\nmenyangsang\n menyangkut;\ntersangsang\n tersangkut." "sangsi I\n= bersangsi\n (berperasaan) ragu-ragu, syak:\nmereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya;\nmenyangsikan\n menaruh syak akan, meragu-ragui:\nmengapa pula kita mesti ~ perhubungan mereka?\nkesangsian\n perihal sangsi, keragu-raguan:\ntindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~;\npenyangsi\n (orang yang) selalu sangsi, (orang yang) tidak mudah percaya." "sangsi II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pengakuan sudah sah (diluluskan dan lain-lain), perbuatan meluluskan, pengesahan (oleh parlimen dan lain-lain);\n2.\n tindakan (kuasa dan lain-lain) untuk memaksa orang menepati perjanjian dan lain-lain;\n3.\n tindakan dalam hal ekonomi dan lain-lain sebagai hukuman terhadap sesuatu negara (seperti pemulauan dan lain-lain)." "sangu\n[Jawa] bekal." "sangulun\n[sastera lama] (paduka) tuanku, tuan hamba." "sangyang\n[sastera lama] sebutan kepada dewa:\n~ dewata." "sani I\n[Arab] indah, mulia." "sani II\n[Arab] yang menjadikan." "sanitasi\nsistem kawalan kebersihan awam, termasuk bekalan air bersih, pembuangan sampah dan pembuangan najis." "sanjai\n[Minangkabau] tinggi lampai (bentuk badan)." "sanjak\n= sajak I." "sanjung\nmenyanjung\n1.\n sangat menghargai (sesuatu yang dianggap baik, berani, dan lain-lain), meletakkan pada tempat (kedudukan) yang mulia, memuji:\nmereka ~ tinggi kepala negara mereka;\n2.\n = \n~ hati \nmengambil hati, memujuk:\npandai benar engkau ~ hati orang;\n \npenghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan kajinya, orang muda disanjung dengan mudanya \n(peribahasa)\na) kalau memuji orang hendaklah dengan pujian yang kena pada tempatnya;\n b) mengambil hati orang hendaklah dengan perkara yang digemarinya;\nmenyanjung-nyanjung\n memuji dengan berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat:\nhairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali?\nsanjungan\n1.\n penghormatan, pujian:\ndengan kemenangan itu agama Islam telah tersebar dengan pesatnya dan mendapat ~ yang tinggi;\n2.\n suka dipuji-puji." "sano\n[arkaik] hilang akan (fikiran), lupa segala-galanya, bingung." "sanserif\n(Percetakan) bentuk huruf (rupa taip) yang tidak mempunyai serif." "Sanskerta\nSanskrit." "Sanskrit\nbahasa kesusasteraan Hindu kuno." "santa\n[Indonesia] gelaran bagi wanita yang keramat (dalam agama Kristian):\nS~ Maria." "santai\ndalam keadaan rehat dan bebas, bebas daripada tekanan (desakan, ketegangan):\nsesuai benar untuk tempat berbincang tentang perkara-perkara yang rumit secara ~ tetapi mendalam;\nbersantai, bersantai-santai\n berbuat apa sahaja dengan bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan):\napabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga;\n menyantaikan\n menyebabkan atau menimbulkan rasa santai:\npemandangan di situ amat ~;\nkesantaian\n keadaan santai, keadaan sedang berehat-rehat dan bebas daripada tekanan:\nsetiap kali anak mahu berbual mesra dengan mereka, ini dianggap sebagai gangguan terhadap ~ diri mereka itu." "santak I\nmenyantak\n meninju, menumbuk." "santak II\nhingga (sampai) ke:\ndari pagi ~ ke petang saya duduk keseorangan di rumah; \nkatil itu diletakkan berderet-deret hingga ~ ke dinding;\n~ kanan \nbahan teks yang diatur huruf dan direka letak sejajar dengan jidar kanan halaman sesebuah buku, majalah, dan lain-lain;\n \n~ kiri \nbahan teks yang diatur huruf dan direka letak sejajar dengan jidar kiri halaman sesebuah buku, majalah, dan lain-lain." "santam\nsejenis tumbuhan (pokok renek), tarum akar, \nMarsdenia tinctoria." "santan\nair perahan kelapa yang telah diparut (dikukur);\n~ dibalas dengan tuba \n(peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;\n \n~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah \n(peribahasa) ketika berguna disayangi, sesudah tidak berguna dibuang;\n \nkena-kena seperti ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala \n(peribahasa) sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan;\n \nmeramas ~ di kuku \n(peribahasa) meminta pada orang yang tidak mempunyai sesuatu;\n \nseperti ~ dengan tengguli \n(peribahasa) dua perkara (hal) yang berpadanan benar;\n \nsungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga \n(peribahasa) orang yang cantik itu akhirnya akan tua juga." "santap\n= bersantap\n [bahasa dalam] makan, minum:\n~ ia ~ beradat, dua suap ketiga sudah; \nSeri Paduka kemudiannya telah bersantap tengah hari bersama pegawai-pegawai tinggi;\nmenyantap\n memakan, meminum:\ndiambil tuan puteri buah asam itu disantapnya;\nsantapan, persantapan\n1.\n makanan dan minuman, hidangan:\ntengah baginda di penghadapan diangkat dayang nasi ~ ; \n2.\n [kiasan] bahan bacaan yang menarik dan mencetuskan pemikiran:\nakhbar-akhbar tempatan jarang benar dapat\n \nmembekalkan ~ yang berfaedah untuk pembaca\n." "santau\nsejenis racun yang paling berbahaya (dibuat daripada berbagai-bagai ramuan);\nmenyantau\n memberi (seseorang) makan santau:\n~ orang sememangnya perbuatan yang keji." "santer\n[Jakarta] kuat (bunyi dan lain-lain), nyaring." "santing\n[Minangkabau] elok (bagus) sekali." "santir\n[Minangkabau] = \nsantiran\n1.\n tandingan, tolok banding;\n2.\n [Indonesia] bayang (dalam cermin)." "santo\n[Indonesia] gelaran bagi orang lelaki yang keramat (dalam agama Kristian)." "santun\n1.\n halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan:\nsungguh tidak diduganya perempuan yang lemah lembut, sopan dan ~ itu telah berubah sikap; \npakaian yang ~ dan ranggi ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi;\n2.\n berasa kasihan (akan orang lain), suka menolong;\n \nsudah merasa maka ~ \n(peribahasa) setelah merasai sesuatu kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang lain;\nmenyantun, menyantuni\n menaruh belas kasihan, suka menolong (orang lain);\nkesantunan\n perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti):\nbaik dalam bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;\npenyantunan\n1.\n perihal menyantun(i);\n2.\n pemberian pertolongan;\npenyantun\n1.\n (orang yang) halus budi bahasa, sopan:\ndia gadis pemalu, pelajar dan ~;\n2.\n menaruh belas kasihan (akan orang lain), suka menolong, baik hati:\nengkau akan beroleh kemanakan yang ~, yang tidak mengenal bosan dan jemu;\n3.\n penolong, pembantu." "santung I\n[Minangkabau] erat, rapat;\n \n~ pelalai \nsejenis jampi untuk menyekat perempuan daripada bersuami." "santung II\nsutera ~\n sejenis sutera buatan China." "sanubar\n[arkaik] pokok-pokok yang berbentuk kon." "sanubari\n= \nhati ~\n1.\n jantung hati;\n2.\n perasaan dalam hati atau batin:\ntidak ada cara yang tertentu untuk menyelami isi sajak yang lahir daripada ~ penyairnya." "sanuk\nburung ~\n sejenis burung,\na) burung kerak, \nRhinortha chlorpphaea;\nb) burung cenuk besar, \nRhopodyfes fristis longicandatus." "sanya\nsebenarnya, sesungguhnya:\n~lah kata saudara hamba itu; \nbahawa~ \nbahawa sesungguhnya." "sap\n= \nkertas ~\n kertas (kain) lembut dan tebal yang boleh menyerap dakwat dan digunakan untuk mengeringkan dakwat basah pada kertas selepas menulis;\nmengesap\n mengeringkan dakwat dengan kertas (kain) sap." "sapa\n1.\n tegur:\nDuduklah nona, ~nya lembut;\n2.\n ramah:\nraja itu murah sekali serta dengan tegur ~nya kepada rakyatnya;\nsapa-menyapa\n saling menyapa atau bertegur sapa, bersapa-sapaan:\nbanyak teman mulai ~; \nmereka sudah lama tidak ~;\nbersapa\n keteguran (oleh hantu dan lain-lain);\nbersapaan, bersapa-sapaan\n saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur;\nmenyapa\n mengajak bercakap-cakap, menegur:\nseorang pun tidak ~ atau mengendahkan dia;\ntersapa\n1.\n [arkaik] ditegur, diajak bercakap-cakap;\n2.\n disapa, keteguran (oleh hantu, orang halus, dan lain-lain);\nsapaan\n teguran, ajakan untuk bercakap-cakap:\ntiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah;\n~ salam \nucapan salam." "sapai\n[Minangkabau];\nangin si ~-~\n angin sepoi-sepoi." "sapan\n[bahasa percakapan] habis rosak, lenyap, musnah sama sekali, binasa:\nsemuanya sudah musnah, habis kena lanyak, habis kena sodok, ~ licau." "sapar I\npondok dalam hutan untuk sementara sahaja (tidak teratur benar);\nbersapar\n bermalam dalam sapar." "sapar II\n[Brunei];\nbersapar-sapar\n bersekat-sekat (rumah dan lain-lain):\nrumahnya ~ menjadikannya berupa sebuah stor." "sapat\n(Sunda) [arkaik] terpenggal." "sapau\n[arkaik] \nsapar I\n." "sapenuh\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (herba), \nEurycles amboinensis\n." "sapersi\nsejenis tumbuhan (herba yang dibuat sayur), \nAsparagus officinalis." "sapi I\n1.\n sejenis binatang yang rupanya seperti lembu dan berwarna hitam, \nBos indicus;\n2.\n [Indonesia] lembu;\n \nlembu punya susu, ~ dapat nama \n= \nkerbau sakit, ~ beroleh nama\n (peribahasa) orang lain yang berbuat kebajikan orang lain pula yang mendapat pujian." "sapi II\npohon ~\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), \nOtophora spectabilis." "sapih I\n[arkaik] lumpuh (mati) sebelah badan." "sapih II\nmenyapih\n menghentikan anak daripada menyusu;\nsapihan\n = \nanak ~\n anak yang baru sahaja dihentikan daripada menyusu." "sapir I\n[Indonesia-Belanda] bahagian tentera yang membuat jambatan (benteng dan lain-lain)." "sapir II\n[Indonesia-Belanda] penjaga penjara." "saprofagus\n(Biologi) memakan bahan organik yang mati atau reput (berkenaan (dengan) haiwan)." "saprofit\n(Biologi) tumbuhan yang hidup dengan memakan benda-benda yang reput (busuk)." "saproplankton\n(Biologi) plankton yang hidup dalam air yang tercemar." "saprozoit\n(Biologi) haiwan atau tumbuhan yang bergantung hidup pada bahan organik yang mati atau reput sebagai sumber makanannya." "sapta\n(Sanskrit) tujuh (dalam kata majmuk)." "saptadarma\n[Indonesia] kewajiban yang tujuh." "saptamarga\n[Indonesia] jalan yang tujuh (tujuh fasal yang mesti dipatuhi oleh anggota tentera)." "sapu I\n1.\n alat (daripada lidi, sabut, roman, dan lain-lain) untuk membersihkan lantai dan lain-lain:\ndia membersihkan rumahnya dengan ~ lidi;\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk membersihkan (mengesat, menghapus, dan lain-lain);\n~ jagat \na) sejenis meriam besar;\n b) sejenis hantu hutan;\n \n~ tangan\na) kain segi empat (untuk mengesat muka, peluh, dan lain-lain);\n b) destar, setangan;\n~ tangan menali ayam \n(peribahasa) perihal kemiskinan yang amat sangat;\n \nseperti ~ (penyapu) diikat dengan benang sutera \n(peribahasa) sesuatu yang tidak kena pada tempatnya;\nbersapu\n1.\n (sudah) dibersihkan (dikesat dan lain-lain) dengan sapu:\nbilik saya belum ~;\n2.\n (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pada permukaannya):\nbersama-sama susu lembu itu disediakannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega;\nmenyapu\n1.\n membersihkan lantai dengan sapu:\n~ lantai;\n2.\n mengesat, menghapuskan, mengusap:\nsambil mengesat ia ~ air matanya;\n3.\n = \nmenyapu-nyapu\n mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap:\ndilucuntukan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; \n4.\n mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke:\ndi dalam gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; \n5.\n melumas (dengan cat, kapur, dan lain-lain):\nrumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; \n6.\n melumur (bedak ke muka dan lain-lain);\n7.\n [bahasa percakapan] melenyapkan sama sekali (wang dan lain-lain), mengambil habis, membinasakan sama sekali:\nwangnya habis disapu oleh Cik Rafeah;\n~ bersih (licin) \nmengambil (memperoleh, memenangi, dan sebagainya) kesemuanya;\nmenyapukan\n1.\n menyapu untuk orang lain;\n2.\n memakai sesuatu untuk menyapu, menyapu dengan;\n3.\n melumurkan (melumaskan, menggosokkan, dan lain-lain) sesuatu pada (sesuatu permukaan dan sebagainya):\nmaka oleh si pelulut ubat guna daripada Hang Nadim itu disapukannya pada tubuh Tun Teja; \nselepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pada muka dan leher;\ntersapu\n1.\n sudah disapu, sudah dibersihkan;\n2.\n (telah) dibinasakan (dirosakkan, dimusnahkan, dan lain-lain):\nhaluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya;\nsapuan\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyapu:\ndia merasai sesuatu daripada ~ hujung rambut perempuan itu; \n2.\n hasil menyapu;\npenyapu\n alat untuk menyapu (membersihkan dan lain-lain), sapu:\nsebatang ~ lidi dikeluarkannya;\n~ ranjau \nkapal untuk membersihkan ranjau di laut;\n \ndisambut dengan ~ tak bersimpai \n(peribahasa) dihalau keluar dari sesuatu majlis kerana dibenci orang." "sapu II\n[Jawa];\nmenyapu\n memukuli dengan rotan (sebagai hukuman)." "sapu III\n~ leman \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nSida rhombifolia\n." "sapu-sapu\n~ ringin \nsejenis permainan kanak-kanak (melunjurkan kaki dan disapukan jari di atas kaki itu)." "sapung\nbunga ~\n sejenis tumbuhan (pokok), akar belalang puak, \nPittosporum ferrugineum." "saput I\nlapisan yang tipis, selaput;\nmenyaput, menyaputi\n melitupi sesuatu dengan benda-benda yang tipis (embun, awan, selaput, dan lain-lain):\nmasjid itu pun disaput orang dengan berbagai-bagai warna; \ndi tengah tasik itu ada sebuah pulau sentiasa berasap seperti disaput embun rupanya." "saput II\nakar ~ tunggal\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung janing, \nTylophora tenuis\n." "saqar\n[Arab] neraka (yang keempat)." "sar I\nbunyi seperti bunyi angin kencang." "sar II\n[Kelantan] lembing untuk menikam kelapa." "sara I\n1.\n = \n~ hidup\n keperluan untuk hidup (wang, makanan, dan lain-lain), nafkah:\n suamilah yang berkewajiban berusaha mencari ~ hidup;\n2.\n =\n wang ~\n wang bantuan, wang sokongan hidup:\n ia mendapat ~ daripada syarikat itu;\nbersara\n1.\n berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab):\n biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati;\n2.\n berhenti daripada bergiat dalam sesuatu lapangan (seperti kegiatan sukan):\n bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ daripada arena badminton baru-baru ini;\n membersarakan\n menyebabkan (membuat supaya) bersara:\n langkah ini diambil untuk memudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang difikirkan perlu diganti;\n menyara\n menanggung sara hidup, memberi sara kepada:\n harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; \nmereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yang berbilang mulut;" "sara II\nbersara\n turut serta (dalam sesuatu perkongsian dan lain-lain)." "sara III\n ~-bara\n =\n tersara-bara\n kacau-bilau, kelam-kabut, tidak keruan:\n maka orang pun larilah ~-bara." "sara IV\n[Minangkabau];\n minta ~ \n= \nbersara\n minta pertimbangan (bagaimana baiknya)." "sara V\n[Kelantan] pusar pada badan lembu." "sara VI\n[Kelantan];\ntidak berapa ~\n kurang waras (siuman)." "saraan\nwang yang diberikan kepada seseorang untuk membantu kehidupannya:\n ~ ini akan berpanjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari;\n persaraan\n perihal (keadaan dan sebagainya) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara:\n pengecualian cukai juga diberikan ke atas pendapatan daripada~\n;\npenyaraan\n perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) menyara:\nkos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah;\n pesara\n orang yang sudah bersara (daripada bekerja atau berkhidmat);\npenyara\n orang yang menyara:\nsebagai anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sebagai ~ keluarga mereka." "saraf I\n[Arab] kajian tentang bentuk dan pembentukan kata (dalam bahasa Arab), morfologi;\n ilmu ~\n ilmu perubahan kata-kata;\n cucuku sudahkah mengaji ~ dan nahu?" "saraf II\n=\n urat ~\n urat (tisu atau saraf) yang menghubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dengan bahagian-bahagian lain dalam tubuh badan:\n ~-~ itu mengalirkan rangsang dari alat perasa masuk ke otak;~ aferen \n(Biologi) saraf yang mengalirkan impuls dari bahagian badan ke sistem saraf pusat;\n \n~ eferen \n(Biologi) saraf yang mengalirkan impuls dari sistem saraf pusat ke bahagian badan;\n \n~ tunjang \n(Biologi) bahagian sistem saraf pusat yang terdapat dalam tulang belakang;\n \npenyakit ~ \ngila, tidak siuman." "sarah I\n[Brunei], [Minangkabau] serah." "sarah II\n[Brunei] sejenis peti daripada kayu." "sarak I\ncerai, pisah;\nbersarak\n bercerai, berpisah;\n \n~ serasa hilang, bercerai serasa mati\n (peribahasa) seseorang yang terlalu rindu kerana bercerai dengan orang yang dikasihi;\nmenyarak\n1.\n menceraikan (isteri), memisahkan;\n2.\n memberhentikan anak daripada menyusu, menyapih." "sarak II\nisi ramuan (dimasukkan ke dalam ketam, ayam, dan lain-lain) yang dimasak." "saran I\ncadangan (fikiran, pendapat, dan sebagainya) yang dikemukakan;\n memberi\n \n~\n mengemukakan cadangan;\nmenyarani\n mengemukakan cadangan (fikiran dan lain-lain) kepada;\nmenyarankan\n1.\n mengemukakan (pendapat dan sebagainya), mengemukakan cadangan, memberi saran:\n dalam tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan;\n2.\n menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan:\n dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kepada rakyat;\n saranan\n hal yang disarankan (dikemukakan dan lain-lain):\n ~nya mendapat sambutan daripada orang ramai;\npenyaranan\n perihal menyarankan sesuatu, pencadangan, pengutaraan:\n ~ kesamaan hak itu bukanlah semata-mata demi kepentingan golongan tertentu;\n penyaran\n pihak atau orang yang menyarankan sesuatu, pencadang, pengusul." "saran II\n[Kelantan] pusar (pada tubuh manusia atau binatang)." "sarana\nsesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu:\n bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai ~ yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; \nkarya-karya sastera ialah wadah atau ~ untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya." "sarang I\n1.\n tempat diam burung dan lain-lain (tempat berteduh, bertelur, memelihara anak, dan lain-lain):\n ~ tempua;\n~ lebah;\n~ tikus;\n2.\n [kiasan] tempat persembunyian (lanun, perompak, samseng, dan lain-lain):\n di sini juga banyak ~ pengganas;\n~ buaya\na) tempat kediaman (banyak) buaya;\n b) blok kayu atau tembaga untuk mengecap kain batik;\n ~ gagak \ntempat melihat (pada tiang seri kapal layar);\n ~ nanah \ntempat nanah dalam bisul;\n ~ pipit \na) sarang burung pipit;\n b) lesung pipit;\n umpama orang memelihara dirinya dalam ~ lebah\n (peribahasa) mempertahankan diri di tengah-tengah musuh;\nbersarang\n1.\n membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dan lain-lain), mempunyai sarang:\n burung tiung ~ di hujung terap;\n2.\n bertempat untuk bersembunyi (perompak, penyamun, dan lain-lain):\n perompak-perompak itu ~ di dalam sebuah gua; \n3\n. [kiasan] mengambil tempat di, menetap di:\n penyakit malaria sudah ~ dalam tubuhnya; \ndia tidak berani membiarkan perasaan yang buruk-buruk itu ~ dalam kepalanya; \n4.\n [kiasan] duduk dengan senang di:\n ia ~ dengan leganya di atas sebuah kerusi;\n5.\n kena (pukulan dan lain-lain), masuk (tikaman, peluru, dan lain-lain), tembus, lut:\n kerisnya ~ dalam dada musuh yang menyerangnya;\n6.\n [Indonesia] masuk gol (dalam permainan bola sepak);\n7. = bersarang-sarang\n berlubang-lubang, banyak lubangnya:\n saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; \nbetung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~\n (peribahasa) anak bujang yang bebas berjalan ke mana-mana;\nbersarang-sarang\n1.\n banyak sarangnya;\n 2.\n berlubang-lubang (ditembusi peluru dan lain-lain), berkerawang." "sarang II\n akar ~ punai\n sejenis tumbuhan (akar memanjat), akar kacang-kacang,\n Dichapetalum deflexifolium; \nrumput ~ buaya\n sejenis tumbuhan (rumpai),\na)\n Ischaemum timorense;\nb)\n Ichnanthus vicinus; \nsakat ~ langsuir\n sejenis tumbuhan (pakis),\n Cyclophorus spp." "sarang-sarang\n[Brunei] rangka tudung saji." "sarangan\n[Jawa] buah berangan." "sarap I\nsampah (daun-daun kering, debu, dan lain-lain):\n dia mengibas-ngibas ~ ke tepi dinding dengan kain; \nsampah ~\n berbagai-bagai sampah;\n \n~ sehelai dituilkan, batu sebuah digulingkan \n(peribahasa) memeriksa dan menyelidik sesuatu dengan teliti;\nmenyarap\n1.\n bertaburan (seperti sarap):\n kartu bertaburan, wang berserak-serak, rokok ~ di lantai;\n2.\n [kiasan] tidak berguna, dianggap sebagai sampah." "sarap II\nmenyarap\n \n1. = menyarapi\n memberi berlapik atau beralas dengan barang-barang yang tipis (kain dan lain-lain):\nkatil itu disarapi dengan kain putih;\n2.\n makan pagi:\nsampai sekarang ia belum ~ lagi;\n sarapan\n1.\n alas, lapik, lapisan;\n2.\na) makanan pagi (sebagai alas perut);\n b) makan pagi;\nbersarapan\n mengambil sarapan." "sarap III\nsejenis penyakit kulit (pada kanak-kanak)." "sarat\n1.\n terlalu banyak (muatan, bebanan, buah, dan lain-lain) hingga berat atau penuh:\n maka pilu itu disuruh baginda isi dengan sagu rendang sampai ~; \nbagai pinang ~ berbuah; \nbadannya sudah ~ dengan pakaian dan perhiasan;\n2.\n [kiasan] penuh berisi (dengan air, fikiran, harapan, kesusahan, dan lain-lain):\n lapisan atas tanah itu ~ dengan air; \ndadanya ~ dengan harapan besar untuk masa depan; \n3.\n mengandung (hamil, bunting) dan hampir akan bersalin:\n isterinya yang sudah ~ mengandung;\nmenyarat, menyarat-nyarat\n [arkaik] penuh sekali, sangat penuh;\nmenyarati\n menjadikan penuh berisi, memenuhi." "sarau I\n[Minangkabau] sial, celaka, malang:\n sekali malang datang, dua tiga ~ menyusul;\nmenyaraukan\n menjadikan sial (celaka), mencelakakan." "sarau II\n[Indonesia] sejenis bakul besar." "saraung\n[Brunei] sejenis tutup kepala (topi)." "Sarawak\nnegeri di Malaysia yang terletak di barat laut Borneo, keluasan 1,129,500 km2, Kuching sebagai ibu negeri, Bumi Kenyalang." "saraya\n[Johor];\nmenyaraya\n menyuruh bekerja tanpa upah (hanya menanggung makan sahaja)." "sardin\n1.\n sejenis ikan laut (biasanya ditinkan),\na) \nHarengula fimbriata;\nb)\n Harengula melanura;\n c)\n Amblyangaster sirm,\n dan lain-lain;\n2.\n [bahasa percakapan] penuh sesak (orang dalam kereta dan lain-lain), penuh sekali, tumpat:\n orang dalam bas itu penuh sesak macam ~." "sarean\n1.\n [Indonesia] [arkaik] sarjan;\n2.\n [Jawa] [arkaik] kakitangan ketua kampung;\n3. = serang\n ketua kelasi." "sarer\n[Kelantan] sejenis lumut laut." "sarhad\n[sastera lama] batas, had." "sari I\n1.\n pati daripada sesuatu (makanan, buah-buahan, dan lain-lain):\n ~ susu;\n2.\n bahagian yang penting (daripada karangan, berita, pelajaran, dan lain-lain), isi pokok;\n ~ kata \nterjemahan dialog dalam filem yang disiarkan serentak dengan tayangan filem berkenaan;\n inti ~ \npokok, isi;\n3.\n =\n serbuk (tepung) ~ \n[Indonesia] debunga (pada tumbuh-tumbuhan);\n \n~ bunga\n kelopak bunga;\nmenyarikan\n1.\n menghisap madu dari sari bunga (kumbang, rama-rama, dan lain-lain);\n2.\n memetik pati sahaja (daripada karangan, berita, dan lain-lain), mengikhtisarkan;\npenyarian\n perbuatan (proses) memetik isi daripada karangan, berita, dan lain-lain:\n~\n \ndata\n." "sari II\n[sastera lama] bunga: \npuspa~; \nsang lir ~ \ntuan yang seperti bunga." "sari III\nsejenis pakaian tradisional wanita India;\nbersari\n memakai sari:\nwanita India yang ~ biru itu ialah rakan sekuliah saya dahulu." "sari pati\nisi atau pokok (daripada karangan dan lain-lain);\n inti sari." "sari salut\nbahagian luar daripada bunga (termasuk sari bunga dan salut bunga)." "sarih\n[Arab] jelas, nyata, atau terang (makna):\nayat\n \nal-Quran itu adalah ~ dalam menetapkan prinsip akidah Islam." "sarik\nsejenis buluh yang halus batangnya." "sarikan\n akar ~ \n[Indonesia] sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar guih,\n Spatholobus ferrugineus." "saring I\nmenyaring\n \n1.\n membersihkan sesuatu (menerusi benda yang berlubang kecil-kecil), menapis:\n ~ minyak;\n2.\n [kiasan] memilih (untuk mencari yang baik, elok, dan lain-lain):\n ~ pemohon-pemohon yang akan diambil bekerja;\n saringan\n1.\n = \npenyaring\n penapis, tapisan;\n2.\n acara dan sebagainya untuk memilih (yang baik, elok dan lain-lain):\ndaripada jumlah ini, seramai 16 orang akan dipilih untuk menjalani ~ bagi memilih 6 orang peserta paling baik;\npenyaringan\n1.\n perihal (kerja, proses, dan sebagainya) menyaring, penapisan;\n2\n. perbuatan atau proses memilih (yang baik, elok, dan lain-lain);\n3\n. yang telah disaring." "saring II\n[Minangkabau] ramping, langsing." "sarira\n[sastera lama] badan, tubuh." "sarirah\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Acronychia laurifolia." "sarit\n[Minangkabau]\n1.\n susah (hidup), sulit;\n2\n. [kiasan] miskin;\n3\n. = \nsarit-sarit\n jarang-jarang." "sarjan\npangkat dalam tentera dan polis (lebih tinggi daripada koperal);\n \n~ mejar \npegawai polis yang pangkatnya satu tingkat di atas sarjan." "sarjana\n1.\n orang yang pandai-pandai (bijak), ahli dalam ilmu pengetahuan, cendekiawan;\n2\n. gelaran orang yang telah melengkapi pelajaran di universiti (telah mendapat ijazah);\n ~ muda \ngelaran orang yang telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana);\nkesarjanaan\n1.\n pengetahuan dan kemampuan seseorang sarjana, kepandaian, keahlian:\n ~ ini penting di universiti; \n2\n. hal-hal yang berkaitan dengan sarjana:\n nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dalam perkembangan dan ~ Melayu." "sarkas\n1.\n sekumpulan penghibur yang terdiri daripada akrobat, badut, dan sebagainya serta binatang terlatih, yang menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat pertunjukan;\n2.\n persembahan hiburan oleh kumpulan ini." "sarkasme\n(Kesusasteraan) kiasan atau ironi yang mengandungi unsur-unsur kata yang pedas yang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, sindiran." "sarkastik\nbersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang:\nkata-katanya yang sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang." "saron\nsejenis alat bunyi-bunyian (dalam gamelan)." "SARS\n[kependekan] \nSevere Acute Respiratory Syndrome \n(Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk, iaitu penyakit salur pernafasan yang boleh membawa maut, dicirikan oleh demam panas, sukar bernafas dan batuk tanpa kahak, akibat jangkitan koronavirus dan merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidap bersin atau batuk)." "sarsaparila\n1.\n sejenis minuman tanpa alkohol yang disediakan daripada akar tumbuhan tropika genus \nSmilax\n, berwarna coklat dan mempunyai aroma yang menyegarkan;\n2.\n pokok yang mempunyai akar yang beraroma yang digunakan untuk minuman\n1.\n di atas." "sarsi\nsingkatan bagi sarsaparila, iaitu air yang dihasilkan daripada sarsaparila." "Sartan\nbintang ~\n bintang mengkara;\n garisan (balik) ~ \ngaris lintang yang letaknya 23 26\u2032 di utara khatulistiwa." "saru I\n[Jakarta] tidak jelas pada pelihatan (pendengaran dan lain-lain), tidak nyata, samar;\nmenyaru\n1.\n menjadi saru (tidak jelas);\n2.\n menyamar;\nmenyarukan\n menjadikan saru (tidak jelas, tidak nyata, dan lain-lain), menyamarkan;\npenyaruan\n1.\n perihal menyamar, penyamaran;\n2.\n perbuatan dan lain-lain untuk menutup maksud." "saru II\n[Jawa] tidak senonoh (perbuatan, perkataan, dan lain-lain)." "saru III\n[Kelantan] tidak senang hati (kerana runsing, bosan, dan lain-lain)." "saru IV\n[Arab] [arkaik] sejenis pokok ru." "sarudung\nsejenis pondok yang didirikan di atas lantai rumah yang belum siap." "saruk\nmenyaruk\n \n1.\n menyentuh atau melanggar sesuatu, menyandung;\n2\n. [arkaik] mujur (dalam perjudian);\ntersaruk, tersaruk-saruk\n tersandung-sandung, terlanggar-langgar." "sarung I\n1.\n salut (tempat menyimpan keris, pedang, dan lain-lain) yang dibuat daripada kayu dan lain-lain:\n pedang yang sudah terhunus daripada ~nya;\n2.\n sampul (bantal, surat, dan lain-lain), bungkus;\n3.\n =\n kain ~ \nkain yang hujung pangkalnya dijahit bersambung;\n~ akar \ntisu yang menyalut hujung akar (supaya tidak rosak, patah, dan lain-lain);\n ~ bantal\n kain pembungkus bantal (supaya bantal tidak kotor dan lain-lain);\n ~ bidal\n =\n ~ jari \nsarung jari yang diperbuat daripada logam (untuk orang menjahit), jidal, didal;\n ~ kepompong \nlapisan yang menyaluti telur (kepompong) serangga;\n ~ keris \nsarung tempat menyimpan keris;\n ~ surat \nsampul surat;\n ~ tangan \nkaus tangan;\n seberapa panjang ~, begitulah panjang matanya \n(peribahasa) perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyaknya ilmu seseorang;\nbersarung\n memakai sarung:\n dia bertopeng dan ~ tangan;\nbersarungkan\n menggunakan sesuatu sebagai sarung:\n ia mengambil goloknya yang berhulukan buluh dan ~ upih itu;\n menyarung\n1.\n memberi bersarung:\n ~ keris;\n2\n. memakai atau mengenakan (pakaian dan lain-lain):\n dia terus ~ pakaian;\n menyarungkan\n1.\n memasukkan ke dalam sarung:\n kemudian Panglima Hitam pun ~ kerisnya kembali;\n2\n. mengenakan atau memasukkan (pakaian, cincin, dan lain-lain):\n dia terpaksa menahan nafas ketika ~ baju sutera halus tanpa tangan itu;\n~ baju di badan maka sesuai\n (peribahasa) mengukur perbuatan orang dengan keadaan diri sendiri;\ntersarung\n1.\n terletak dalam sarung (keris, pedang, dan lain-lain), dalam keadaan bersarung;\n2\n. terlekat atau terpakai (pakaian dan lain-lain):\n cincin pertunangan ~ di jarinya;\n penyarung\n [sastera lama] orang yang membuat sarung:\nmaka oleh segala perawangan itu dibawanya keris itu kepada segala ~ disuruh sarungkan." "sarung II\n[Minangkabau];\nmenyarung\n mencelah (perkataan orang), menyampuk." "sarut I\nmenyarut\n menggesel, bersanggit dengan:\n tayarnya hendaklah jangan ~ rodanya;\n sarutan\n geselan." "sarut II\n[Minangkabau] kusut." "sarut III\n[Brunei] sejenis bakul yang dibawa di belakang tubuh." "sarwa\n[sastera lama] segala, sekalian, seluruh:\n Tuhan ~ sekalian alam." "sarwajagat\nbersifat) sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, alam semesta:\n unsur-unsur yang mendukung idea atau konsep keindahan sastera ~; \nmenghadapi teknologi komunikasi yang bersifat ~;\n kesarwajagatan\n keadaan sejagat:\n kertas kerja yang membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dengan menitikberatkan ~." "sarwal\n[sastera lama] seluar, celana." "sasa\n[sastera lama] kuat, tegap:\n adapun Sang Guna itu baik sikapnya, tegap ~ tubuhnya;\nkesasaan\n ketegasan (tubuh), kekuatan dan ketegapan (tubuh):\nbangga juga Mek melihat ~ Awang Lekir itu." "sasak\nbilah yang dianyam (untuk dinding rumah, pagar, dan lain-lain):\nkota delapan pagar ~ ." "sasakala\n(Sunda) [arkaik];\ndongeng ~\n cerita-cerita dahulukala (cerita dewa-dewa dan lain-lain)." "sasap I\nmenyasap\n \n1.\n mencabut (rumput), merumput, menyiangi;\n2\n. menghapuskan, memadamkan (tulisan dan lain-lain)." "sasap II\n susup-~;\nsusup." "sasar I\nsetengah gila, kurang siuman;\n \n~ bahasa \ngila bahasa." "sasar II\n[Jakarta];\nmenyasar\n tidak mengikut arah yang sepatutnya, sesat;\nkesasar, tersasar\n terpesong (daripada arah atau landasan yang sewajarnya), tersesat (fikiran dan lain-lain):\n oleh itu, yang salah harus dibetulkan, yang ~ hendaklah ditepatkan dan yang kurang perlu digenapkan; \nbelut yang ~ di bawah permatang; \nanak ~ \nanak yang sudah rosak fikirannya\n." "sasar III\n[Jakarta];\nmenyasar\n membidik, menghala, menuju;\nmenyasarkan\n1.\n menghalakan, menujukan;\n2.\n menetapkan sasaran (hasil, perolehan dan sebagainya yang ingin dicapai):\nsyarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; \nnegara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu;\nsasaran\n1.\n tujuan (menembak), bulan-bulan:\n ada yang menembak ~, ada yang bercatur, ada yang bersepak raga;\n2.\n tujuan (serangan politik, marah, kritik, dan lain-lain):\n Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan hamun; \n3.\n hasil daripada sesuatu usaha, tindakan dan sebagainya yang ingin dicapai, matlamat:\nkami harus mencapai ~ kerja bulanan yang telah ditetapkan." "sasar IV\n[Minangkabau];\nsasaran\n tempat belajar (menembak, bersilat, mengaji, dan lain-lain):\n apabila hari malam, ia pun pergi ke ~ silat;\n~ tenis \npadang tenis;\nsasarannya\n biasanya, akibatnya:\n banyak minum air dingin ~ sakit perut." "sasar V\n[Brunei];\nmenyasar\n menolak atau menyorong sesuatu (barang, orang, dan lain-lain)." "sasau I\nsasar I." "sasau II\n[Minangkabau] [arkaik];\nmenyasau\n [bahasa kasar] makan banyak-banyak." "sasi I\n[Jawa] [arkaik] bulan." "sasi II\n[Minangkabau] saksi." "sasian\n[Minangkabau];\n anak ~ \n(anak) murid." "saspens\nkeadaan teruja, tegang, cemas, bimbang, dan sebagainya ketika menunggu sesuatu berita atau menghampiri sesuatu klimaks:\ndi samping itu, unsur-unsur ~ juga dimasukkan untuk menjadikan novel ini lebih menarik." "sastera\n1.\n bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan bahasa basahan);\n2. = kesusasteraan\n hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu;\n ahli ~ \n(orang yang) pakar dalam hal kesusasteraan;\n seni ~ \nseni karang-mengarang (prosa, puisi, dan lain-lain);\n3.\n [arkaik] kitab suci Hindu;\n4.\n [sastera lama] kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yang mengandungi ramalan (perhitungan dan lain-lain);\n5.\n [sastera lama] tulisan, huruf;\n~ bandingan \nkajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dari berbagai-bagai negara dan bangsa;\n \n~ hiburan \nbentuk sastera yang bertujuan memberikan keseronokan atau hiburan, misalnya yang bertemakan percintaan dan sebagainya;\n \n~ lisan \nsastera rakyat;\n \n~ rakyat \nsastera yang berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain, misalnya mitos, lagenda dan mantera. \nsasterawan\n1.\n orang yang menghasilkan karya sastera (seperti prosa dan puisi), ahli sastera, pengarang, pujangga:\n Asas 50 merupakan sebuah gerakan ~ yang progresif;\n2.\n orang yang cerdik pandai, cendekiawan:\n memanggil segala ahli nujum dan ~;\n kesasterawanan\n hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan sasterawan:\npengarang harus memiliki keterampilan ~ yang menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan." "sasul\ntersasul\n terlajak (perbuatan, perkataan, dan lain-lain), terlangsung, terlebih (daripada sepatutnya):\n dia telah ~ memperkatakan soal itu;\nketersasulan\n keadaan tersasul:\n ~ ini beberapa kali dapat ditemui dalam novel ini." "sasyimi\nsejenis makanan Jepun yang berupa filet ikan mentah." "sat I\ndaun terup yang tertinggi nilainya." "sat II\n[arkaik] ukuran banyak beras dan lain-lain;\n ~ besar \nsepuluh gantang;\n \n~ kecil \nlima gantang." "sat III\n[bahasa percakapan] saat, sesaat, sekejap, sebentar." "sat IV\n[Kelantan];\n ~ patat \njauh (benar)." "satah\npermukaan yang rata, rataan." "satar\n[Terengganu] sejenis makanan yang dibuat daripada ikan yang dicampur dengan rempah serta kelapa dan dibungkus dengan daun pisang, dicucuk dengan buluh dan dibakar." "sate\nsejenis makanan yang dibuat daripada potongan kecil daging yang dicucuk dan dipanggang (dimakan dengan kuah);\n ~ ayam (kambing) \nsate daripada daging ayam (kambing);\nmenyate\n1.\n membuat sate;\n2. = mempersate\n ki, [bahasa percakapan] melakukan perpecahan (pada sesuatu persatuan dan lain-lain);\npersatean\n ki, [bahasa percakapan] perpecahan (pertubuhan dan lain-lain)." "satelit\n1.\n bintang siarah yang beredar mengelilingi bintang siarah lain yang lebih besar:\n dengan menggunakan teropong jauh yang lebih besar ia menemui dua buah ~ untuk Uranus;\n2.\n pengikut, penganut;\n negara ~\n negara yang mengikut negara lain yang lebih besar dan kuat;\n3.\n sejenis alat rekaan manusia yang dilancarkan mengedari bumi, bulan, atau planet lain untuk tujuan perhubungan, penyelidikan dan sebagainya." "sateria\nkesateria." "satih\n[Minangkabau] [arkaik];\nmenyatih\n mendenda." "satin\nsejenis kain sutera, antelas." "satinet\nsejenis kain yang ditenun daripada kapas dan nampaknya seperti satin." "satir I\nmakhluk dalam mitologi Rumawi dan Yunani lama yang berupa separuh manusia dan separuh haiwan." "satir II\n[Minangkabau];\n sumpah ~ \nsumpah yang tidak dapat dimungkiri lagi, sumpah setia." "satira\nkarya (prosa atau puisi) yang mempersendakan atau menyindir orang dan lain-lain." "satirawan\npenulis satira." "satni\n1.\n [Kedah], [Perlis], [bahasa percakapan] sebentar lagi;\n ~lah aku pergi \nsekejap lagi aku pergi;\n2.\n [Kelantan], [Terengganu] baru sebentar;\n ~ sahaja dia pergi\n baru sebentar dia pergi." "sato\n[Jawa] binatang, haiwan." "satron\n[Jakarta];\nmenyatroni\n bersikap memusuhi, mengganggu, menceroboh." "satsuma\nsejenis oren Jepun yang kulitnya lekang dan ulas-ulasnya mudah dipisahkan." "satu\n1.\n angka permulaan membilang bilangan (1), esa:\n cincin bermata ~;\n~ sama lain \nsama sendiri (sesama mereka);\n tidak ada ~ pun \ntidak ada langsung;\n2.\n [bahasa percakapan] ganjil (dalam maksud mencemuh, marah, dan lain-lain), lain daripada yang lain, pelik:\n awak ni ~ juga;\n~ per ~ \n= \nsatu-satu\n ~ detik sepuluh rebah \n(peribahasa) seorang yang disindir, semua yang hadir turut tersinggung;\nsatu-satu\n1.\n tiap kali satu, satu demi (lepas) satu:\n timbang benda itu ~;\n2.\n [bahasa percakapan] apa-apa, sesuatu:\n banyak orang yang menyalahkan polis apabila berlakunya ~ jenayah;\n satu-satunya\n tidak ada yang lain, satu sahaja:\ndialah ~ orang Melayu yang sanggup memikirkan masalah masyarakat Melayu;\n bersatu\n1.\n bergabung menjadi satu:\n Bangsa-Bangsa B~; \nenam puluh orang pemuda dari kampung itu telah pun ~ untuk menjaga keamanan di situ\n;\n2.\n bertaut atau bertemu (menjadi satu yang lebih besar):\n saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; \n3.\n bersebati (menjadi satu):\nzat makanan itu ~ dengan oksigen di dalam sel; \n4.\n =\n ~ hati \nbermuafakat benar, seia sekata;\n5.\n duduk bersama (sebagai suami isteri):\nmereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; \n6.\n [bahasa halus] melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama;\n~ padu \nbersatu benar-benar, merupakan perikatan (permuafakatan) yang kukuh:\ncinta laki-laki ~ padu dengan cinta perempuan sehingga tidak dapat dipisah-pisahkan; \nsewajibnyalah mereka ~ padu dan bekerjasama untuk mencapai kemajuan;\n menyatukan\n1.\n mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh):\nbahasa ~ bangsa;\n2.\n menyelaraskan (tujuan, tekad, dan lain-lain), memusatkan:\nsekarang marilah kita ~ tekad kita; \n3.\n [bahasa halus] mengahwinkan, menikahkan;\nmempersatukan\n1.\n menjadikan bersatu (berkenaan (dengan) rakyat sesebuah negara dan sebagainya);\n2.\n mengahwinkan,menikahkan:\nmaka muafakatlah segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya kedua-dua raja itu jadi laki isteri;\nsatuan\n1.\n angka yang kurang daripada 10 pada bilangan yang mempunyai lebih daripada satu angka;\n2.\n sesuatu yang digunakan sebagai dasar sukatan (ukuran dan lain-lain), unit:\n gantang ialah ~ ukuran banyak; \nringgit merupakan ~ wang di Malaysia; \nkesatuan\n1.\n keadaan yang satu (tunggal), keesaan:\n~ Allah;\n2.\n keadaan yang satu (sama):\n manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau linguistic unity itu; \n3.\n = \n~ sekerja \npertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (untuk menjaga kepentingan mereka):\nK~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; \n4.\n [Indonesia] satuan, unit;\n5.\n [Indonesia] satu kumpulan (orang, perkakas, dan lain-lain) yang merupakan badan dan lain-lain yang tersendiri, unit:\n~ tentera payung; \npersatuan\n1.\n gabungan, ikatan, kumpulan:\n anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; \nP~ Bola Sepak Malaysia;\n2.\n perikatan, syarikat:\n setiausaha ~ kastam; \n3.\n perihal bersatu:\n ~ urat pada tangan dengan urat pada mata;\n berpersatuan\n mempunyai persatuan, ada persatuannya:\nmemperbanyak aktiviti ~;\npemersatuan\n perihal mempersatukan sesuatu:\n ~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu;\npenyatuan\n perihal menyatukan:\n ~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yang besar;\npenyatu\n orang (faktor dan lain-lain) yang menyatukan atau menyatupadukan:\n ciri-ciri yang membezakan manusia tetapi yang juga menjadi unsur ~nya." "satu padu\nbersatu padu\n bersatu benar-benar, merupakan perikatan (permuafakatan) yang kukuh:\ncinta laki-laki ~ dengan cinta perempuan sehingga tidak dapat dipisah-pisahkan; \nsewajibnyalah mereka ~ dan bekerjasama untuk mencapai kemajuan;\nmenyatupadukan\n menjadikan bersatu padu (supaya lebih kuat, kukuh, dan lain-lain):\nsalah satu tujuan ibadat haji ialah untuk ~ umat Islam; \nBahasa Kebangsaan merupakan alat perhubungan untuk ~ semua rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini;\nmempersatupadukan\n [arkaik] menjadikan bersatu padu;\npenyatupaduan\n proses menyatupadukan." "satwa\n[sastera lama] binatang." "sau I\nbunyi seperti bunyi angin bertiup pada daun-daun kayu, desau." "sau II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), sawah, sawai, sawuh,\n Manilkara kauki;\n2.\n \n= ~ menila \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), ciku,\n Achras zapota." "saudagar\norang yang berniaga atau berdagang;\n~ keliling\n penjual yang menjaja jualannya dari satu tempat ke satu tempat;\n ~ minyak urat \norang yang pembohong (orang yang berniaga untuk orang lain tetapi mengaku perniagaannya sendiri dan lain-lain);\n ~ pengantara\n [Indonesia] orang tengah (dalam perniagaan), saudagar penghubung saudagar besar dengan saudagar kecil." "saudara\n1.\n orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik:\n ia berazam untuk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya;\n2.\n orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak:\n dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; \n3.\n orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dan lain-lain):\n ~ sekampung; \n4.\n kawan, sahabat, teman:\n ~ sepermainan;\n5\n. [bahasa halus] kata ganti diri kedua (seperti awak, kamu, anda) yang digunakan terutamanya pada lelaki:\n ~, boleh saya tumpang bertanya?\n6\n. tembuni, uri (yang keluar mengiringi bayi yang lahir);\n7\n. [kiasan] sesuatu yang hampir sama (keadaan, sifat, dan lain-lain):\n menipu itu ~ mencuri;\n~ angkat \norang lain yang dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yang diakui sebagai saudara sendiri;\n ~ anjing \nsaudara seibu tetapi berlainan bapa;\n \n~ baru \n(panggilan yang ditujukan kepada) orang yang baru memeluk agama Islam;\n ~ bau bacang (embacang) \nsaudara yang telah jauh pertaliannya;\n ~ belahan \nsaudara yang sama nenek moyangnya;\n \n~ daging\n semua kaum keluarga jauh dan dekat;\n \n~ dekat \n=\n ~ rapat \nsaudara yang masih dekat;\n \n~ dua pupu \nsaudara yang datuk atau neneknya adik-beradik;\n \n~ jauh \n= \n~ renggang \nsaudara yang telah jauh;\n ~ kandung (sekandung) \nsaudara sendiri, saudara seibu sebapa;\n ~ kembar \nadik-beradik yang dilahirkan sebagai anak kembar;\n \n~-mara \nsemua kaum keluarga (jauh dan dekat);\n ~ pungut\n saudara angkat;\n ~ pupu \nsaudara yang masih dekat;\n ~ sejalan sejadi \nsaudara yang sama ibu bapanya, saudara kandung;\n ~ seperjuangan \nteman yang sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) untuk sesuatu;\n ~ sepupu\n saudara yang datuk atau neneknya sama;\n ~ susu\n =\n ~ susuan \n=\n ~ setetek\n saudara yang bukan saudara sendiri tetapi menyusu pada perempuan yang sama;\n ~ tiri\na) anak ibu atau bapa tiri;\n b) [Indonesia] saudara daripada bapa (ibu) yang sama tetapi ibu (bapa) yang berlainan;\nbersaudara\n1.\n mempunyai saudara:\n aku tidak ~ dan tidak berkeluarga;\n2\n. adik-beradik:\n maka datang pula raja beruk empat ~; \n3\n. [kiasan] mempunyai sifat (keadaan dan lain-lain) yang hampir serupa:\nbakteria ialah sejenis tumbuhan yang ~ rapat dengan kulat; \nbadan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada \n(peribahasa) bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda;\nsaudara-bersaudara\n [sastera lama] sesama saudara, adik-beradik:\n apa kerja kita berkelahi ~?\n bersaudarakan\n mempunyai (seseorang) sebagai saudara:\n dia lebih rela ~ orang miskin daripada saudara-saudaranya yang hidup mewah dan angkuh itu;\nmempersaudarakan\n menjadikan (seperti) bersaudara:\nanakanda ini ayahanda persaudarakan dengan anak ayahanda sekalian ini;\n persaudaraan\n perihal bersaudara, perhubungan seperti bersaudara, pertalian yang rapat sekali (seolah-olah bersaudara):\n merekalah yang menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum." "saudari\n[bahasa halus] kata ganti diri kedua (seperti awak, kamu, anda) yang digunakan pada perempuan (terutama dalam surat-menyurat)." "sauh I\nalat yang berkait dan berat, yang dilabuhkan ke dalam air supaya perahu (kapal dan lain-lain) tidak hanyut, jangkar;\n membongkar ~ \nmengangkat sauh (kerana hendak belayar);\n membuang (melabuhkan) ~ \nmencampakkan sauh (supaya perahu tidak hanyut);\n~ buji\n sauh kecil yang ada empat pengaitnya;\n ~ cemat\n =\n ~ kecil \nsauh kecil yang dilemparkan ke perahu dan lain-lain untuk menariknya;\n ~ terbang \nsauh yang dilemparkan (ke darat, ke tebing, dan lain-lain);\nbersauh\n1.\n memakai (menggunakan) sauh;\n2\n. berlabuh (kapal, perahu)." "sauh II\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok),\na) cana, \nParinarium griffthianum; \nb) merbatu layang,\n Parinarium corymbosum;\n~ menila \nsejenis tumbuhan (pokok), ciku,\n Achras zapota." "saujana\n[sastera lama] luas, jarak yang jauh:\n berhimpun di padang ~;\n~ mata (memandang) \nsejauh pemandangan mata, sejauh mata memandang." "sauk I\n1.\n benda yang digunakan untuk mencedok sesuatu, pencedok;\n2\n. = \nsauk-sauk, sesauk\n [bahasa percakapan] sejenis jaring yang bertangkai untuk menangkap ikan (kupu-kupu dan lain-lain);\n ~ air mandikan diri \n(peribahasa) hidup dengan usaha sendiri;\nmenyauk\n1.\n mencedok, menimba;\n2\n. menangkap ikan (kupu-kupu, belalang, dan lain-lain) dengan sauk;\n3\n. [kiasan] memaut dengan tangan (seperti hendak memeluk):\n ia ~ pasangan berdansa; \n4\n. menahan kaki orang dengan kaki sendiri (supaya ia jatuh);\n5\n. mengambil tanpa kebenaran, menyapu, menyerobot, menyikat:\n apabila rumah terbakar, adalah orang yang datang hendak ~ barang-barang;\n6\n. [Minangkabau] meminjam wang perkongsian;\n~ kering-kering, membeli habis-habis\n (peribahasa)\na) menyelidiki sesuatu hal biar sampai jelas;\n b) menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya;\nmenyaukkan\n mengenakan sesuatu untuk menyauk, menjeruntukan:\n maka disaukkanlah jerat pada kaki gajah yang lepas itu;\n tersauk, tersaukkan\n tertangkap (akan), terlingkup (akan), terperap (akan);\n tersaukkan ikan, suka, tersaukkan batang, masam \n(peribahasa) ketika untung bersuka ria tetapi ketika rugi marah-marah;\nsaukan\n [Minangkabau] sesuatu yang disauk (dipinjam daripada perkongsian dan lain-lain):\nbarang yang diambil dan wang yang dipakai itu dinamakan ~, pada hitungan perniagaan itu tidak rugi, tetapi pada keadaan, pokoklah yang termakan." "sauk II\n[arkaik] keluh, erang." "saum\n[Arab] (ber)puasa;\nsiam III." "sauna\n1.\n = \nmandi ~ \nmandi wap untuk menyegarkan badan;\n2.\n bilik atau bangunan tempat mandi wap." "saung\n[Minangkabau] gaung, gua, liang (dalam tanah)." "saur I\n[Minangkabau];\nbersaur\n berbelit, berkait, berpautan;\nmenyaur\n1.\n melemparkan tali dan lain-lain ke kaki orang (binatang) untuk menjatuhkannya;\n2\n. menyauk tali layang-layang lawan;\nmenyauri\n membelit-belit (pada);\ntersaur\n terbelit, tersangkut." "saur II\n[Kelantan];\n tidak ~ \ntidak masuk (diterima) akal." "saur III\n[Brunei] sahur." "saus\n[Indonesia-Belanda] kuah yang dimasak bersama makanan atau yang dibubuh pada makanan." "saut\nakar ~ \n=\n akar sautan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Adenia singaporeana." "saute\n(ERT)\n1.\n kaedah memasak dengan menggoreng makanan dengan cepat dalam minyak atau lemak panas yang sedikit di atas api bersuhu tinggi;\n2.\n yang digoreng dengan cepat dalam minyak atau lemak panas yang sedikit di atas api bersuhu tinggi:\nkentang ~." "savana\n(Geografi) kawasan padang rumput yang ditumbuhi oleh sedikit pohon-pohonan (di antara padang pasir dengan hutan khatulistiwa)." "SAW\n[kependekan] Sallallahualaihiwasallam." "sawa I\nsejenis ular yang besar;\nular ~ cindai \nsejenis ular,\n Phyton reticulatus; \nular ~ katak (batu) \nsejenis ular,\n Phyton curtus; \nular ~ rendam \nsejenis ular,\n Phyton molurus;\n~ mengampai\n sejenis ukiran awan larat;\napa lagi ~ ia berkehendakkan ayamlah\n (peribahasa) orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya;\n pacat hendak menjadi ~ \n(peribahasa)\na) orang miskin berlaku seperti orang kaya;\n b) mengharapkan sesuatu yang bukan-bukan." "sawa II\n[Kelantan] tidur selepas makan." "sawa III\n[Kedah] buah ciku." "sawab I\n[Arab] yang benar, sebenarnya, sesungguhnya;\n ratap ~ \nark ratap yang bersungguh-sungguh;\n raung ~ \nark raung dengan sekuat-kuatnya." "sawab II\n[Arab] pahala, balasan di akhirat." "sawah\ntanah yang bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang;\n turun ~ \n(mulai) mengerjakan sawah;\n~ air \nsawah yang berair kerana hujan;\n \n~ bencah \nsawah yang mendapat airnya dari tali air;\n \n~ rawang \nsawah di tanah yang berpaya-paya;\n \n~ tadahan \n[Jawa] sawah yang hanya mendapat air daripada air hujan;\n~ berpermatang, ladang berbintalak\n (peribahasa) sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya);\n \n~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak \n(peribahasa) jika ada orang yang meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya;\n ke ~ tidak berluluk, ke ladang tidak berarang \n(peribahasa) memperoleh keuntungan (dan lain-lain) tidak dengan bersusah payah;\nbersawah\n1.\n mempunyai sawah:\n orang-orang kita yang tidak ~ biasanya membeli beras dari kedai;\n2. = menyawah\n bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah:\n kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~;\n~ seperempat piring, ke sawah sama dengan orang \n(peribahasa) orang miskin yang berlagak seperti orang kaya-kaya;\n ~ sepiring tidak akan tempat sepasin bertanya \n(peribahasa) peri kemiskinan yang amat sangat;\npersawahan\n1.\n perihal bersawah (mengusahakan sawah):\n dalam sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; \n2\n. kawasan yang dijadikan sawah;\npesawah\n orang yang kerjanya bersawah, petani:\n menantunya bukan seorang ~ lagi, melainkan sudah bakal jadi saudagar." "sawai I\nsejenis tumbuhan (herba),\n Tricgosporum spp." "sawai II\n1.\n sejenis burung, burung anting-anting, \nDissemurus paradiseus malayensis; \n2\n. sejenis burung, burung hamba kera, \nSurniculus m. malayanus." "sawai III\nbersawai\n tidak sedarkan diri (kerana kemasukan orang halus), menurun." "sawala\nperbahasan, perdebatan, pertengkaran;\nbersawala\n berbahas, berdebat, bertengkar." "sawan\nsejenis penyakit yang datang dengan tiba-tiba (menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang, berbuih mulut, dan lain-lain);\n~ babi \ngila babi, ayan, epilepsi;\n ~ bangkai (terjun)\n pengsan dengan tiba-tiba kerana darah masuk ke otak, apopleksi;\n ~ inja \n=\n ~ lenja \nsawan dengan mulut berbuih." "sawang I\n=\n ~ langit \n=\n sawangan \nawang-awang, ruangan di antara langit dengan bumi:\n fikirannya melayang jauh entah ke ~ mana." "sawang II\nsarang labah-labah, kotoran yang terdapat pada langit-langit (alang, penjuru, dan lain-lain) rumah:\n istana besar sudah penuh ~ dan balairung seri sudah berlapuk." "sawang III\n[Minangkabau];\n rimba ~\n rimba (hutan) yang besar atau luas;\npersawangan, pesawangan\n tempat yang sunyi (tidak didiami orang):\n ia di ~, rumah dan warung-warung tidak ada di tepi jalan." "sawang IV\nsejenis tumbuhan (yang boleh dibuat ubat kurap)." "sawang V\npunai ~\n sejenis burung." "sawang VI\n[Brunei] lubang;\n ~ kumbang \nlubang di perut perahu (untuk mengeluarkan air);\nbersawang-sawang\n berlubang-lubang, banyak lubangnya:\n almarinya yang tua itu sudah ~." "sawanila\n[Kelantan] (buah) ciku." "sawar\n1.\n penghalang yang dibuat daripada ranting kayu, duri, rotan, dan lain-lain (untuk menutup jalan, supaya pokok tidak dipanjat orang, dan lain-lain);\n2\n. semacam belat yang dibuat daripada ranting kayu, duri, dan lain-lain (untuk melorongkan binatang masuk perangkap, ikan masuk lukah, dan lain-lain);\nmenyawar\n memasang sawar, menghalang dengan sawar." "sawardi\n[sastera lama] [arkaik] ;\nbersawardi\n telah diasah, berasah." "sawat I\ntali atau selendang yang diselepangkan ke bahu (untuk menggantungkan keris, pedang, dan lain-lain);\n ~ sandang \ntali kulit (sabuk) tempat menggantungkan keris (pedang)." "sawat II\npesawat (dalam kata majmuk):\n tenaga ~; \nkerja ~;\n pesawat\n1.\n alat perkakas, jentera, mesin:\n banyak ~ moden digunakan untuk membuat kerja itu; \nilmu ~\n ilmu mengenai alat jentera (mesin);\n2.\n alat (tali, rantai, bahagian jentera, dan sebagainya) yang menggerakkan jentera dan sebagainya:\n jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; \ntali ~\n tali untuk menggerakkan jentera atau roda;\n3\n. =\n ~ terbang \n=\n ~ udara \nkapal terbang:\n~ PIA;\n~ asap (wap)\n mesin yang dijalankan dengan tenaga wap;\n \n~ capung \n[Indonesia] kapal terbang kecil (untuk berlatih dan sebagainya);\n ~ jet \nkapal terbang jet (digerakkan dengan semburan gas yang terbakar, tidak dengan kipas);\n ~ peluncur \nsejenis kapal terbang yang tidak bermotor (berjentera);\n ~ pengebom (pembuang bom, pelempar bom)\n [Indonesia] kapal terbang yang digunakan untuk menggugurkan bom;\n ~ pemburu \nkapal terbang yang dapat bergerak deras (digunakan untuk mengejar kapal terbang musuh dan lain-lain);\n ~ penempur \nkapal terbang untuk bertempur;\n ~ pengintai \nkapal terbang untuk mengintai di sesuatu kawasan dan lain-lain;\n ~ radio \nradio (alat) untuk menerima siaran radio;\n \n~ telefon\n alat untuk berhubung dengan telefon;\nberpesawat\n memakai pesawat (alat, mesin)." "sawat III\n[Kelantan] alat kelamin binatang (kuda, lembu, dan lain-lain)." "sawer\n[Jakarta];\nmenyawer\n mengutip wang daripada penonton." "sawi\nsejenis tumbuhan (herba) yang dibuat sayur,\n Brassica rugosa;\n~ putih \nsejenis tumbuhan (herba),\n Brassica parachinensis: ~ tanah \nsejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat),\n Ilysanthas antipoda; \nrumput ~ air \nsejenis tumbuhan (herba), kerak-kerak (merah),\n Bonnaya antipoda." "sawi-sawi\nsawi." "sawit I\nkelapa ~\n sejenis tumbuhan (palma yang buahnya menghasilkan minyak), kelapa bali, \nElaeis guineensis." "sawit II\n[Jawa];\nsawitan\n sepasang pakaian yang sama corak dan raginya, pakaian sedondon." "sawo I, sawoh\n= \nbuah ~ (menila) \nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), ciku, \nAchras zapota;\n~ durian \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Chrysophyllum cainito;\n~ kecik \nsejenis tumbuhan (pokok), sawai,\n Manilkara kauki; \n(warna) ~ matang \n(warna) coklat kemerah-merahan," "sawo II\n[Minangkabau] \nsawa I." "saya\n1.\n ganti nama diri pertama (lebih halus daripada aku), hamba:\n nama ~ Ahmad; \n2.\n ya, benar: \n~ encik; \nsahaya" "sayak\n[Minangkabau] tempurung (yang dikerat dua):\nair yang jernih, ~ yang landai \n(peribahasa) hukuman yang adil;\n berandam se~ air, berpaut sejengkal tali \n(peribahasa) peri penghidupan yang amat susah;\n \nbiasa di ~ dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang \n(peribahasa) orang yang suka mencela orang lain yang melakukan sesuatu yang tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya;\n dijual ~ dibeli tempurung \n(peribahasa) sama sahaja halnya (yang hilang sama dengan penggantinya)." "sayang\n1.\n mengasihi, mencintai:\n ~ benar Zalina kepada suaminya; \nibu mana yang tidak ~ kepada anaknya; \n2.\n kasihan, berasa belas (akan):\n orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan untuk kami;\n3.\n kasih, cinta:\n dari mana datangnya ~, dari mata turun ke hati; \nkasih ~\na) kasih, cinta;\n b) belas kasihan;\n4.\n [bahasa percakapan] kekasih, jantung hati:\n kenapa ~ bercakap begitu?\n5.\n terasa kesal (rugi dan lain-lain):\n ~nya Si Tuah tiada;\n~, dia tidak datang;\n~ akan \n= \nsayangkan\n suka akan, gemar akan;\n \nsayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan \n(peribahasa) anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong;\n sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku \n(peribahasa) dikatakan kepada suami yang mencari kekasih lain;\n ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggalkan \n(peribahasa) sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;\nbersayangan, bersayang-sayangan\n berkasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang:\n benci-membenci antara satu dengan lain itu akhirnya akan ~ juga;\n menyayangi\n1.\n berasa sayang akan, mengasihi, mencintai:\n isteri yang tua engkau kasihi tetapi yang muda engkau sayangi; \ndia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; \n2.\n berasa gemar akan, suka akan:\n sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yang sangat disayanginya;\n3.\n berasa kesal, menyesali;\nmenyayangkan\n1.\n sayang (kasih, cinta) akan:\nsemua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; \n2.\n menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dan lain-lain):\n sangat disayangkan kejadian itu berlaku;\n tersayang\n1.\n terasa amat sayang sekali, (yang) amat disayangi;\n2.\n terasa menyesal akan (sesuatu hal);\ntersayang-sayang\n terasa kesal (rugi):\n raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yang diharapnya;\n kesayangan\n1.\n perasaan kasih sayang (cinta dan lain-lain), cinta kasih:\n ~ Mak Wati kepada anaknya bertambah dalam;\n2.\n yang disukai, kesukaan:\n itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu;\n3.\n yang disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih:\n baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya;\n4.\n perasaan kesal (rugi dan lain-lain);\npenyayangan\n perbuatan menyayangi:\ndari situ dibawa kepada ~ rumah, kampung negeri , dan negara;\n penyayang\n orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan:\n dia induk semang kami yang pengasih lagi ~." "sayap\n1.\n bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dan lain-lain) yang digunakan untuk terbang, kepak:\n tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang;\n \nmemperkembangkan ~\n [kiasan] menggunakan (memperlihatkan) kebolehan atau kekuatan;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang menyerupai sayap:\n ~ kapal terbang;\n~ ikan \nsirip ikan;\n3\n. bahagian sesuatu yang letaknya di sebelah kanan dan kiri;\n4\n. golongan atau puak dalam sesebuah parti politik atau pertubuhan:\n mereka dianggap termasuk dalam ~ sosialis parti itu;\n~ kanan \na) golongan politik yang tidak berhaluan sosialis;\n b) barisan yang di sebelah kanan;\n c) pemain bola dari barisan penyerang yang di kanan sekali;\n ~ kiri \na) golongan politik yang berhaluan kiri (tetapi bukan komunis);\n b) pemain bola dari barisan penyerang yang di kiri sekali;\n ~ kelima \n(pergerakan) orang-orang yang mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dengan musuh;\n ~ roda \n[Indonesia] bahagian yang menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad;\n ~ sandang \nsawat sandang;\n ~ senteng \nserba kekurangan;\n ~ singkat, terbang hendak tinggi \n(peribahasa) hendak berbuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya;\nbersayap\n mempunyai sayap, ada sayapnya:\n burung-burung itu berbulu dan ~; \nhendak terbang tiada ~\n (peribahasa) ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya." "sayarah, sayarat\n[Arab] \nsiarah." "sayat I\npotong nipis-nipis, hiris;\n dua ~\n dua potong (kerat);\n kurang se~ sebelanga \n(peribahasa) sesuatu yang hanya sedikit sahaja kurangnya;\nmenyayat\n memotong nipis-nipis, menghiris, meracik:\n ~ daging;\n~ hati\n =\n ~ jantung\n menyakitkan hati, melukai hati, menyedihkan hati;\n tersayat\n terhiris, terkoyak, terpotong:\n ~ hujung jarinya; \n~ hati \ntersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih;\nsiat I" "sayat II\nbenang\n \n~\n sejenis benang daripada bulu biri-biri dan lain-lain." "sayembara\npertandingan (perlumbaan, peraduan, dan lain-lain) untuk mendapat hadiah:\nDesa Pingitan menggondol hadiah kedua dalam ~ mencipta novel Dewan." "sayid\n[Arab] gelaran orang yang berketurunan daripada Nabi Muhammad SAW." "sayidina\n[Arab] tuan kami (biasanya panggilan untuk Nabi Muhammad SAW serta khalifah-khalifah Ar-Rasyidin." "sayu\n1.\n =\n ~ rawan \n=\n ~ rayu \nperasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dan lain-lain):\n hatinya mengkal bercampur ~; \nia selalu merindui anak itu dengan ~ rawan;\n2.\n tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka):\n matanya layu, pemandangan ~;\n3.\n tidak nyaring (suara), lembut dan menyedihkan;\nbersayu-sayu\n sedih (suara dan lain-lain), sedih benar:\n dia merayu ~;\n menyayu\n menjadi sayu (sedih dan lain-lain):\n tangannya meraba-raba perutnya yang sakit itu dan suaranya ~;\nmenyayukan\n menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dan lain-lain), menyedihkan, menghibakan:\n Lamah memeluknya dengan ratapan yang ~, suaranya hampir tidak dapat didengar;\nkesayuan\n perihal sayu (sedih, pilu, dan lain-lain), kesedihan, kepiluan:\n masa untuk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; \naku juga merasai ~ yang dirasai oleh mereka itu;\n penyayu\n orang yang mudah berasa sayu:\n dia seorang gadis yang ~." "sayugia\nyogia." "sayung\nserong, rencong, tirus;\n ~ tirus \ntirus yang tidak sama;\nmenyayung\n1.\n memotong menyerong, merencong;\n2\n. [kiasan] menyindir;\n jangan disindir jangan disayung \njangan mengias (menyindir)." "sayup I\n1.\n kurang jelas pada pelihatan (pendengaran dan lain-lain) kerana jauh:\n ~ mata memandang;\n2.\n sedikit sahaja kurangnya (kain, perbelanjaan, dan lain-lain), hampir cukup (sampai dan lain-lain);\n~ bulan \na) hampir cukup bulan;\n b) sudah tidak ada wang lagi (sudah habis wang gajinya);\n ~ hati \nbelas (sedih) hati;\nsayup-sayup\n1.\n kurang jelas (pandangan, pendengaran, dan lain-lain):\n dari jauh kedengaran ~ bunyi guruh;\n2. = sayup-menyayup\n hampir cukup, kurang sedikit:\n belanja rumah tangga sudah ~;\n~ ingat \nlupa-lupa ingat;\n ~ sampai \na) hampir tercapai, kurang sedikit lagi tercapai;\n b) kurang sedikit lagi sampai pada mata atau telinga (kerana kurang nyata)." "sayup II\n[Perlis] lambat, lewat." "sayur\n1.\n tumbuhan atau daun-daunan yang boleh dimakan (paku, sawi, dan lain-lain):\n Din pergi ke pasar membeli ~; \n2.\n masakan daripada sayur (daun-daunan, buah, dan sebagainya, biasanya diberi berkuah):\n kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; \nseperti ~ dengan rumput \n(peribahasa) hal keadaan yang tidak sama (banyak perbezaannya);\nmenyayur\n1.\n memasak sayur:\n Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~;\n2\n. = \nmenyayurkan\n memasak jadi sayur:\n Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; \ndisuruhnya sayurkan kangkung itu;\nsayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran\n bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur:\n biarlah hamba randaukan dahulu ~." "sbg\n[kependekan] sebagai.\n[Sabah]\n simbol kimia bagi antimoni." "SC I\n[kependekan] \nSpecial Constable\n (mata-mata khas pada zaman darurat)." "Sc II\nsimbol kimia bagi skandium." "Sdn Bhd\n[kependekan] Sendirian Berhad:\nSyarikat ~." "sdr\n[kependekan] saudara." "sdri\n[kependekan] saudari." "se I\n1.\n satu, esa, tunggal;\n2.\n awalan yang bermaksud satu:\n ~buah, ~hari, ~kali, ~belas." "se II\n1.\n awalan yang bermaksud sama (serupa):\n ~-begitu;\n~kuat;\n~pandai;\n~tinggi;\n2.\n awalan yang bermaksud seluruh (segenap):\n ~lama;\n~panjang;\n~kitar;\n3.\n awalan yang bermaksud sedari (dari):\n~mula;\n4.\n awalan yang bermaksud lepas, sudah, telah:\n~habis;\n~sudah;\n5\n. awalan yang bermaksud hingga (sampai):\n~cukup;\n~hingga;\n~lanjut;\n~takat; \n6.\n awalan yang bermaksud dengan:\n ~benarnya;\n~ patutnya;\n~sungguhnya;\n~wajarnya;\n7.\n awalan yang bermaksud berapa mungkin:\n ~boleh-bolehnya;\n~dapat-dapatnya;\n8.\n awalan yang bermaksud kian (bertambah):\n ~makin;\n9.\n awalan yang bermaksud kalau (bila):\n ~andainya;\n~kiranya;\n10.\n awalan yang bermaksud yang:\n ~lain;\n~nya\n adapun:\n~nya baik dan jahat itu daripada engkau." "Se III\nsimbol kimia bagi selenium." "SEAMEO\nakronim bagi\n Southeast Asia Ministers of Education Organization\n (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara)." "SEATO\nakronim bagi \nSouth-East Asia Treaty Organisation\n (iaitu ikatan negara-negara untuk menjaga keselamatan negara-negara di Asia Tenggara)." "seba\n[Jawa];\nberseba\n [sastera lama] sedang menghadap (raja di balai);\nmenyeba\n [sastera lama] mengadap (raja di balai);\npeseban." "sebab\nyang mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula:\n doktor dapat mencari ~ penyakit itu ; \nia dipecat ~ malas; \noleh ~\n kerana;\n ~-musabab \nberbagai-bagai sebab;\nbersebab\n ada sebabnya (alasan mulanya):\n sakit bermula mati ~; \npolis tidak ada kuasa untuk menangkap orang dengan tidak ~;\nmenyebabkan\n menjadikan sebab, mengakibatkan:\n hanya belas kasihan oranglah yang ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; \nhal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap;\ntersebab\n disebabkan oleh, terjadi kerana:\n kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain;\npenyebab\n1.\n orang (pihak dan sebagainya) yang menjadi sebab atau punca kepada sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dan lain-lain);\n2.\n sesuatu (seperti penyakit, bencana alam, dan lain-lain) yang menjadi sebab kepada sesuatu:\n dia tidak menyangka tindakannya yang menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dalam kancah kehinaan." "sebai\nkain yang dibelitkan di leher untuk menutup bahu dengan kedua-dua hujungnya tergantung di dada, selendang yang digantungkan di bahu;\nmenyebaikan\n membelitkan sebai di leher untuk menutup bahu:\n serbannya disebaikan, meninggalkan ketayapnya terserkup di kepala." "sebak I\n1.\n hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air:\n air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang; \nrupa darah seperti air ~, bangkai berhantaran di bumi;\n2.\n [kiasan] digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata);\n3.\n [kiasan] sesak (dada dan lain-lain):\n Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada;\nmenyebakkan\n menyebabkan jadi sebak;\nkesebakan\n keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dan sebagainya):\ntidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf." "sebak II\nkuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri);\nbersebak\n1.\n berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dan lain-lain) bercerai, berkuak;\n2.\n berbelah (rambut):\n rambutnya ~ di tengah-tengah; \n3.\n menepi ke kiri atau ke kanan (untuk memberi jalan), menyisi;\n air besar, batu ~\n (peribahasa) saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan;\nmenyebak\n1.\n menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dan lain-lain), menyiah;\n2.\n [bahasa percakapan] membuka (halaman buku dan lain-lain), menyingkap (kain dan lain-lain);\nmenyebak-nyebak\n1.\n menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan;\n2.\n [bahasa percakapan] membuka-buka atau membalik-balik (muka surat dan lain-lain);\ntersebak\n1.\n terkuak ke kiri ke kanan (air yang ditempuh kapal dan lain-lain), berbelah (sisiran rambut);\n2.\n [bahasa percakapan] terbuka (berkenaan (dengan) buku)." "sebakang\nsejenis ikan laut,\n Pseudopristipoma nigra." "sebal I\n=\n ~ hati \nberasa dongkol atau marah dalam hati (kerana kecewa dan lain-lain), berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol:\n melegakan hati yang ~; \ndengan perasaan yang ~, kami bertujuh pulang hampa;\n menyebal\n menjadi (berasa) sebal, menjadi jengkel (mendong" "sebal II\n[Jawa] tidak beruntung, malang, sial." "sebal III\n[Jawa];\nmenyebal\n menyimpang (daripada yang sepatutnya), tidak menurut peraturan, menyeleweng." "sebalai\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Aralidium pinnatifidum." "sebam\n1.\n sudah luntur warnanya, tidak berseri lagi, malis;\n2.\n warna yang suram (kelabu dan lain-lain)." "seban-seban\n[Minangkabau] sebentar-sebentar kencing (tetapi sedikit sahaja)." "sebar\n bersebar\n1.\n bertabur (benih dan lain-lain), berserak:\n tetamu ~ dalam kelompok tunggal atau berdua, bertiga, pada satu meja;\n 2.\n berkembang (ajaran, agama, dan lain-lain), meluas:\n agama Islam ~ di negeri itu;\n bersebaran\n bertaburan (di merata tempat), berserakan;\nmenyebarkan\n menabur (benih dan lain-lain), menghamburkan, menyerakkan:\n cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; \nmereka berani mengorbankan apa saja untuk ~ agama Islam;\ntersebar\n terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dan lain-lain):\n berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun;\nketersebaran\n keadaan tersebar:\n~ komoditi sejajar dengan ~ budaya;\n sebaran\n (sesuatu) yang disebarkan, tebaran (cahaya dan lain-lain);\n \nsurat ~\n surat yang dibahagi-bahagikan kepada orang ramai;\n \n~ am \nmedia massa (seperti surat khabar, radio, televisyen, dan sebagainya);\npersebaran\n perihal bersebaran:\n~ geografi dialek-dialek Melayu;\n penyebaran\n perihal (kegiatan, usaha, dan sebagainya) menyebarkan, penaburan, pengembangan:\nperubahan besar telah berlaku dalam cara ~ agama Islam;\n penyebar\n1.\n orang yang menyebarkan (menaburkan, mengembangkan, dan lain-lain), penabur, pengembang (agama dan lain-lain):\npara ~ agama;\n2.\n alat untuk menyebarkan." "sebar I\nsebar (bertabur atau berkembang)." "sebar II\n1.\n berasa kebas, kesemutan;\n2.\n beriberi." "sebar luas\nmenyebarluaskan\n menyebarkan secara meluas, menyebarkan dengan berbagai-bagai cara sehingga diketahui dan sebagainya di merata tempat:\n jenama dan cap dagangan disebarluaskan melalui media massa seperti iklan di radio, televisyen, dan pawagam;\n~ senarai istilah, ejaan, dan maklumat bahasa kepada para pengguna bahasa di sektor awam, institusi pengajian tinggi, dan sektor swasta;\ntersebar luas\n tersebar dengan meluasnya, tersebar ke merata tempat (sehingga diketahui ramai)." "sebarau\nsejenis ikan darat, barau-barau, kap,\n Hampala macrolepidota." "sebasah\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), gambir hutan,\n Trigonopleura malayana;\n~ hitam (minyak)\n sejenis tumbuhan (pokok), pelangas,\n Aporosa aurea;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), rukam hutan,\n Aporosa pseudoficiofolia." "sebasuh\n~ akar \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Coptosapelta tomentosa." "sebat\n[Jakarta] cepat, pantas, tangkas;\nkesebatan\n kecepatan, kepantasan." "sebat I\npukul (dengan rotan dan lain-lain):\n hukum ~;\nmenyebat\n1.\n memukul dengan benda yang halus dan lentur (rotan, lidi, dan lain-lain), merotan:\n orang salah itu bukan sahaja boleh dipenjarakan, tetapi juga boleh disebat;\n2.\n [bahasa percakapan] mengambil sesuatu tanpa kebenaran, mencuri, menyerobot:\n barang-barang kemasnya habis disebat pencuri;\nsebatan\n pukulan." "sebat II\nsusah bernafas (kerana kena selesema), tersumbat (hidung kerana berhingus):\n dengkur yang kasar-kasar terlepas daripada hidung yang ~." "sebatan\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau hutan, limau lelang antan, limau-limau, pokok renjis, pokok temin,\n Taxotrophis macrophylla." "sebatian\nbati." "sebekah\nsejenis ikan laut, seriding,\na)\n Apogon aureas;\nb)\n Apogon fleurieu;\n c)\n Apogon taeniatus;\n d)\n Cheilodipterus linentus;\n~ karang \nsejenis ikan laut,\n Myripristis murjan;\n~ laut \nsejenis ikan laut,\n Diploprion bifasciatus." "sebelah\npelbagai jenis ikan laut, sisa nabi,\n Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp.,\n dan lain-lain\n." "sebeng\n layar ~\n sejenis tabir (dalam panggung wayang dan lain-lain)." "seberang\n1.\n sebelah sana sungai (jalan, laut, dan lain-lain):\nkerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah;\n~ laut \nluar negara, negara asing:\n Razman akan melanjuntukan pelajaran di ~ laut; \ntanah ~\na) tanah asing;\n b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu);\n c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera);\n2.\n tempat yang bertentangan dengan, berhadapan dengan:\nrumahnya di ~ rumah saya;\n berseberangan, seberang-menyeberang\n1.\n berhadapan letaknya (duduknya), bertentangan:\nsampailah aku ke suatu tempat yang bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dengan Kampung Laut;\n2.\n (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dan lain-lain) dan bertentang, (terletak) saling di seberang:\n maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang;\n menyeberang\n1.\n pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dan lain-lain), melintas (jalan), mengharung:\n mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; \n2.\n [kiasan] memihak kepada musuh (lawan dan lain-lain), membelot:\n terdapat juga menteri-menteri kerajaan yang ~ ke pihak pembangkang;\nmenyeberangi\n1.\n pergi ke seberang sana sungai, jalan, dan lain-lain, melintasi, mengharungi:\ndengan apa hendak diseberangi lautan?\n2.\n [kiasan] menempuh (melalui, merasai) kesusahan dan lain-lain:\n tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dengan selamat, bahagialah kita;\nmenyeberangkan\n membawa ke seberang, membawa menyeberang;\nterseberang\n1.\n sudah diseberangkan (diseberangi);\n2.\n terlepas daripada, terhindar, terbias:\n tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dengan selamat, bahagialah kita;\nkeseberangan\n1.\n sudah diseberangi;\n2.\n [kiasan] telah diketahui (maksud, tujuan, dan lain-lain);\n dalam sudah keajukan, lebar sudah ~\n (peribahasa) telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang;\npenyeberangan\n1.\n perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dan lain-lain);\n2.\n tempat menyeberang (di sungai, jalan raya, dan lain-lain)." "seberetih\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Coptosapelta flavescens; \n2.\n =\n ~ kayu \nsejenis tumbuhan (pokok renek),\n Fagraea racemosa." "seberhana\n[sastera lama]\n1.\n selengkap (pakaian, perhiasan, dan lain-lain):\n ~ pakaian, ~ perhiasan;\n2.\n seluruh (anggota), segenap:\n maka cahaya itu menyelubungi ~ tubuh hingga limpah cahayanya." "sebiak\n akar ~\n sejenis tumbuhan (herba),\n Gynura procumbens." "sebih\n[arkaik];\n buah ~\n sejenis tumbuhan (herba), buah tasbih,\n Canna orientalis." "sebik\nmenyebik\n \n1.\n bermuka masam, mencebik:\n gadis itu bangun dan ~ kepada kami berdua;\n2.\n mencebik (hendak menangis), menjebik:\n dia mula ~ apabila dimarahi ibunya." "sebit\nmenyebit\n \n1.\n mengoyakkan tipis-tipis (daging dan lain-lain), mencarikkan berkeping-keping;\n2.\n mencabut sedikit-sedikit (kapas dan lain-lain), menjonjot." "sebokoh\nsejenis ikan laut,\n Pomadasys maculatus." "sebokok\nsejenis ikan laut,\n Ichthyoscopus lebeck." "sebrot\n[Jawa];\nmenyebrot\n merebut, merampas, merenggut." "sebu\n1.\n penuh berisi:\nperut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri;\n2.\n tersumbat (hidung, saluran, dan lain-lain), terkambus (parit, sungai, dan lain-lain), sendat:\n parit yang ~ diperdalam;\n3.\n [kiasan] sebak, sesak:\nSharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar;\nmenyebu\n mengisi penuh-penuh, memadatkan, mengambus, menimbus:\nasap putih yang ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan;\n menyebukan\n menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni:\n serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong;\nkesebuan\n perihal atau keadaan sebu:\nkeupayaan parit dan sungai yang sedia ada tidak mencukupi, tambah pula dengan ~ kelodak." "sebuih\n~ bukit\n sejenis tumbuhan (herba),\n Ophiorrhiza major; \nrumput ~\n sejenis tumbuhan (herba),\n Hedyotis grabra." "sebuk\nmenyebuk\n \n1.\n masuk mencelah (ke dalam orang banyak dan lain-lain);\n2.\n menyampuk (percakapan orang dan lain-lain), menyelang." "sebum\n(Biologi) rembesan berlemak yang dihasilkan oleh kelenjar pada kulit mamalia, yang mengawal dan melicinkan rambut, bulu, serta kulit." "sebun I\nnaik bengkak (bisul)." "sebun II\nsebu." "sebura\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Adinandra dumosa." "seburas\nsejenis tumbuhan (herba), pokok tebuk keluih, tampuk lilin,\n Pollia sorzogonensis." "seburu\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Ouratea sumatrana." "seburus\n~ hitam\n sejenis tumbuhan (pokok), akar kembang hutan,\n Urophyllam trifurcum." "seburut\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), geroboh,\n Thottea grandiflora." "sebusuk\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), busuk-busuk, \nCassia nodosa;\n2\n. sejenis tumbuhan (pokok renek), beluntas padi, rumput turi,\n Clitoria laurifolia; \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek yang memanjat), melur hutan, perual, \nCoptosapelta griffithii." "sebut\n[bahasa percakapan] = \nmenyebut;\nmenyebut\n1.\n menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yang tertentu):\nadapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar;\n2.\n memanggil, menyeru (nama dan lain-lain):\n aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; \n3.\n melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkataan, kalimah, dan lain-lain):\n guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dengan terang;\n4.\n memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu:\n kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa seperti yang telah disebut tadi;\nmenyebut-nyebut\n selalu benar menyebut:\n mulutnya ~ ibunya;\n tersebut\n1.\n telah disebut (diceritakan dan lain-lain), pernah disebut:\n maka saya pun terimalah rial yang ~ itu dengan beribu-ribu terima kasih; \n2.\n terkatakan, terperikan:\n maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi;\n3. = kesebutan\n [arkaik] terkenal atau termasyhur (berkenaan (dengan) orang dan lain-lain);\n ~lah perkataan \n[sastera lama] akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;\nsebutan\n1.\n apa yang disebut, (sesuatu) yang disebut:\nada yang perempuan seperti yang telah lalu ~nya pada bab yang pertama\n; 2.\n cara melafazkan atau menyebut (perkataan dan lain-lain), ucapan, lafaz:\n pendengaran bergantung pada bunyi ~ huruf saksi;\n~ baku \nsebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, sebutan standard;\n3. = sebut-sebutan\n yang selalu dipercakapkan (dibualkan dan lain-lain), buah mulut:\ntelah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yang baik dan rendah hati; \nbaginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah;\n4.\n panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dan sebagainya):\n Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia;\n5.\n (Matematik) simbol atau rangkaian simbol yang mempunyai nilai-nilai tertentu (seperti 3\nxy\n2);\n6\n. [Indonesia] cerita (dalam sesuatu ayat), hal, perkara;\npenyebutan\n1.\n perihal menyebut:\nia berkehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dengan betul; \n2.\n panggilan, gelaran, sebutan:\n segala orang dalam, memanggilnya Dato Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato Putih;\npenyebut\n1.\n (orang) yang menyebut;\n 2.\n [Indonesia] penyambut dalam angka pecahan (angka 3 dalam angka pecahan 2/3)." "sebut harga\n(Ekonomi) pernyataan harga yang diberikan oleh pembekal kepada bakal pembeli untuk sesuatu barangan yang dipesan;\nmenyebut harga\n menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan:\nkontraktor itu ~ RM 2000.00 bagi kerja membaiki longkang berkenaan." "secang\n[Jawa] sepang." "secerek\nsejenis tumbuhan (pokok renek), cama,\n Clausena excavata." "secina\nsejenis kumbang yang sesungutnya panjang." "sedah\n[arkaik] kapur sirih;\nsadah." "sedak I\ntersedak, kesedakan terbelahak kerana salah menelan (tercekik, kemasukan air dalam lubang pernafasan, dan lain-lain):\n\n\nkadi ~ dan menyembur sedikit air yang di dalam mulutnya." "sedak II\nrotan dan lain-lain yang dipasang berkeliling gendang dan lain-lain (untuk menegangkan kulit gendang);\nmenyedak\n menegangkan kulit gendang dan lain-lain dengan sedak, memasang sedak:\n\n\n~ rebana." "sedakang\nsejenis ikan laut, \nGerres setifer." "sedam\n[sastera lama] bunyi letupan meriam:\n bedil kecil merendang garam, bedil besar ~-~ ." "sedan I\n=\n sedu-~ \n= \n~-sedu \nsuara seperti suara orang yang sudah lama menangis, tangis yang terputus-putus (timbul tenggelam):\n\n\nUrip pun menangis ~-~\n;\nbersedan-sedan, tersedan-sedan\n menangis dengan suara yang terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, terisak-isak:\n\n\nia menangis tersedan-sedan sambil memeluk leher abangnya." "sedan II\n= \nkereta ~\n kereta bertutup yang mempunyai dua atau empat pintu, dan tempat duduk untuk empat atau enam orang, termasuk pemandu." "sedang I\n1.\n tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih:\nsaya ~ mencuci tangan; \nia ~ sakit; \n2.\n sementara, dalam pada itu, dalam waktu itu, ketika itu:\n matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~ rembang." "sedang II\n1.\n menengah, tidak besar (kaya, cantik, dan lain-lain) dan tidak kecil (miskin, buruk, dan lain-lain), berpatutan:\n sejak pagi tadi angin bertiup ~;\n \npendapatannya ~ sahaja; \n2.\n cukup, lumayan, pada:\n baju ini ~ untuk saya;\n3.\n bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan:\n kepintarannya ~ saja;\n menyedang\n1.\n memeriksa (menilik, mencuba) sedang atau tidak:\n ~ baju; \n2. = sedang-menyedang\n [Minangkabau] mencukupi, memadai;\nmenyedangkan, menyedang-nyedangkan\n menjadikan cukup (pada), menjimatkan supaya cukup." "sedang III\n= sedangkan\n1.\n sekalipun, walaupun, meskipun:\n belum pernah ia merasai hidup senang seperti perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; \nsedangkan binatang yang tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; \n2.\n padahal, walhal:\ndapatkah ia menolak kemungkinan itu sedangkan ia lemah." "sedang IV\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gegerip jantik, akar gegerip putih, akar kesidang jantan, akar seraput,\n Parameria polyneura." "sedap I\nenak (pada rasa, bau, dan lain-lain), senang (pada perasaan dan lain-lain), nyaman:\n tubuh saya tidak ~; \nkedua-dua laki isteri itu pun duduk makan bersama-sama dengan ~nya; \nasal ada kata begitu alangkah ~ di dalam hati;\n~ hati\n senang, tenteram;\n \n~ keleh\n [Kelantan] indah (pada pandangan) dan menarik;\n ~ manis\na) sopan santun dan menarik hati (kelakuan);\n b) enak (cita rasanya);\n ~ mulut \nsekehendak hati:\n jangan pakai cakap ikut ~ mulut;\n~ dahulu pahit kemudian\n (peribahasa) melakukan sesuatu dengan tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal;\n ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan \n(peribahasa) sebarang bicara orang hendaklah ditimbangkan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak;\nmenyedapkan\n menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dan lain-lain), menyamankan, menyenangkan (hati, perasaan):\n pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; \nAji-no-moto ialah sejenis bahan untuk ~ masakan\n;\nsedap-sedapan, sedapan\n (hidangan) makanan yang sedap-sedap atau enak;\nkesedapan\n perihal sedap, rasa sedap, keenakan, kelazatan:\n mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur;\n penyedap\n sesuatu yang menyedapkan:\n kata-kata itu menjadi ~ hatinya." "sedap II\n ~ malam\n sejenis tumbuhan (herba), kerak nasi,\n Polianthes tuberosa." "sedapat\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ulan, sampu paya,\n Aspidopterys concara." "sedar\n1.\n tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti:\nia ~ dirinya diancam dari luar dan dalam; \nkau pun ~ bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini; \n2.\n ingat kembali, bangun atau jaga (daripada tidur), siuman semula:\n~ daripada pengsan (tidur);\n~ tak ~ \nantara sedar dan tidak;\n ~ (sedarkan) diri\na) tahu akan dirinya;\n b) siuman;\n \ntidak ~ (sedarkan) diri \na) tidak ingat akan diri;\n b) tidak tahu di untung;\nmenyedar\n = \n~ arwah \n[Minangkabau] kenduri mengingati arwah, kenduri pada bulan Syaaban;\nmenyedari\n mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi:\n dia mula ~\n \nbahawa perbuatannya itu adalah satu dosa; \nkita ~ kelemahan bangsa kita dalam lapangan sains;\n menyedarkan\n menjadikan sedar, mengingatkan, menginsafkan:\n ~ bangsa sendiri supaya lebih maju;\n~ orang daripada pengsan;\n tersedar\n1.\n teringat, ingat:\n maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda; \n2.\n terjaga (daripada tidur), sedar (daripada), kembali sedar (daripada pengsan dan lain-lain):\n tiba-tiba ~ daku daripada tidurku;\n kesedaran\n perihal (keadaan dan lain-lain) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan:\n usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mempunyai nilai yang amat tinggi;\n~ ingin belajar juga telah timbul; \nsentimen yang demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dalam dada Abdullah sendiri;\n ketidaksedaran\n perihal (atau keadaan) tidak sedar akan sesuatu;\npenyedaran\n perbuatan menyedarkan;\npenyedar\n1.\n yang menjadikan sedar, yang menyedarkan;\n 2.\n yang menyedari atau menginsafi (sesuatu):\n Latiff merasakan sesuatu yang diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yang terlalu ~." "sedara\n[bahasa percakapan] saudara." "sedat\nsusah untuk berfikir, tidak tetap fikiran, bingung." "sedatif\n(Perubatan)\n1.\n mempunyai kesan menenangkan saraf atau melegakan ketegangan (berkenaan (dengan) ubat):\nubat ~; \n2.\n ubat yang menenangkan saraf atau melegakan ketegangan, ubat penenang." "sedawa\n[Kedah], [Perlis], [Pulau Pinang], [Kelantan], [Terengganu];\n sendawa II." "sedawai\nsejenis tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai,\n Smilax calophylla." "sedekah\n1.\n pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas):\norang memberi ~ kepada fakir bukan untuk mendapat pahala; \nteringat saya akan duit ~ tahlil arwah ayah; \n2.\n kenduri (minta selamat dan lain-lain):\ntujuh malam kami membaca Kulhuwallah di madrasah sebagai ~ kami kepada roh Ungku Sahrin;\n3.\n jamuan (makanan, bunga-bungaan, dan lain-lain) untuk orang halus (penunggu, hantu, dan lain-lain);\n~ arwah\n kenduri untuk memperingati arwah;\n ~ bumi\n kenduri (tanda bersyukur) sesudah menuai;\n ~ kubur\na) kenduri selepas mengebumikan mayat;\n b) sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dan lain-lain);\nbersedekah\n1.\n memberi sedekah (hadiah, derma):\n ~ ialah satu daripada amal kebajikan; \n2.\n berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dan lain-lain):\n orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan;\n menyedekahi\n1.\n memberi sedekah kepada:\n aku tidak sudi ~ orang pemalas; \n2.\n mengadakan kenduri untuk:\n ia ~ arwah anaknya;\n menyedekahkan\n memberikan sesuatu untuk sedekah, mendermakan:\n maka sekalian harta itu disedekahkan kepada segala fakir dan miskin." "sedelinggam\nsejenis bahan cat yang merah;\n= linggam." "sederam\nserentak (letupan dan lain-lain), sekali gus:\nbedil kecil meredang garam, bedil besar ~-~\n." "sederhana\n1.\n tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang:\nbadannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; \npakaiannya yang ~; \n2.\n tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah:\nbuat satu ayat yang ~; \ndia menjelaskannya dengan kata-kata yang ~;\n menyederhanakan\n menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dan lain-lain):\n kerajaan hendak ~ sistem pelajaran\n;\nkesederhanaan\n perihal sederhana (sedang, pertengahan):\n suasana kampung yang harmonis digambarkan oleh Othman dengan penuh ~;\npenyederhanaan\n perbuatan menyederhanakan:\n Ejaan Suwandi\n \nmerupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen." "sedia\n1.\n memang ada (sejak dari mula atau dahulu), yang asal (sudah-sudah, dahulu), semula:\n Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang Singapura; \n2.\n memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah (biasanya):\n yang hidup itu ~ akan mati juga sudahnya; \nkegemarannya tetap macam ~;\n3.\n siap (untuk berbuat sesuatu), mustaid:\ntetapi sudahlah ~ kawannya memegang murang;\n4.\n sanggup dan rela (mahu), sudi:\n Amerika ~ mengirimkan rombongan itu pada bila-bila masa sahaja;\n5.\n telah sudah:\n Si Sirih telah ~ mengetahui perangai Si Tenggang;\nsedianya\n sememangnya, sebetulnya, sepatutnya, jangkanya:\n ~ hamba hendak ke rumah Tuan;\nbersedia\n1.\n bersiap (untuk melakukan sesuatu, menanti, dan lain-lain):\n ~ untuk menghadapi musuh; \n2. = bersedia-sedia\n mempersiapkan diri:\n ia sedang ~ untuk berangkat;\n3.\n rela dan sanggup:\n ~ menolong orang miskin;\nkebersediaan\n perihal (keadaan) bersedia:\n~ untuk tolong-menolong;\n menyediakan\n1.\n menyiapkan (makanan dan lain-lain), melengkapkan (kapal, kenaikan, dan lain-lain), mencukupkan (wang dan lain-lain):\n diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat ~ pancapersada;\n~ wang untuk membeli kereta; \n2.\n mengadakan (sesuatu untuk), mengatur, menyusun:\nwakil itu ~ kenderaan untuk membawa mereka ke asrama yang dikhaskan;\n tersedia\n telah disediakan (dilengkapkan), ada:\n teman hidupmu yang ibu idam-idamkan sudah~;\nketersediaan\n keadaan tersedia:\n~\n \nindeks\n;\nkesediaan\n perihal sedia, kesanggupan, kerelaan\n: mereka menampakkan ~ untuk berjuang demi bangsa dan negara;\npersediaan\n1.\n perbuatan menyediakan, persiapan:\nperasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; \n2. = sediaan\n sesuatu yang telah disediakan (ada), cadangan;\n buku ~ mengajar \nbuku yang mengandungi butir-butir pelajaran yang akan diajarkan kepada murid sehari-hari (disediakan oleh guru);\npenyedia\n orang (institusi, badan, dan sebagainya) yang menyediakan sesuatu:\n~\n \nmakanan." "sediakala\n1.\n yang dahulu, yang semula, yang sudah-sudah:\n maka surat dari Johor disuruh baginda jemput, seperti adat yang ~; \n2.\n [sastera lama] sentiasa, selalu, setiap waktu:\n adapun Seri Rama ~ duduk dengan percintaannya juga." "sedih I\nsedan, sedu:\n tangis dan ~;\ntersedih-sedih\n tersedan-sedan, tersedu-sedu, teresak-esak." "sedih II\n1.\n = \n~ hati\n berasa pilu (susah, hiba) dalam hati:\n Ramli memandang kepada ibunya dengan sayu, ~, perih;\n2.\n menyebabkan rasa pilu (susah, hiba):\n Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; \nberita ~; \ncerita ~;\nbersedih\n =\n ~ hati\n berasa susah (pilu, hiba), berdukacita:\n dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh;\n menyedihkan\n1.\n menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, mendukacitakan:\n apa yang ~ hati adik? \n2.\n berasa sedih kerana sesuatu:\n tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu;\n kesedihan\n perihal sedih, kepiluan:\n bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~;\npenyedih\n orang yang mudah berasa sedih (selalu berasa sedih)." "sedik\ntersedik\n terlintas (dalam hati):\n ketika perkataan itu ~ di hatinya, dia mengangkat tangannya." "sedimen\n(Geologi) bahan seperti lumpur, pasir, kelikir dan sebagainya yang dibawa dan ditinggalkan oleh air, angin atau ais di permukaan tanah, endapan." "seding\n[Kelantan];\nmenyeding, terseding\n condong, meliuk." "sedingin\nsejenis tumbuhan (herba untuk ubat sakit demam),\n Bryophyllum calycinum." "sedok\n[Kelantan];\nmenyedok\n menanduk (lembu dan lain-lain)." "sedot\n[Jakarta];\nmenyedot\n menghisap (rokok dan lain-lain), menghirup." "sedu I\nsedan;\n ~-sedan\n suara yang terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama menangis dan lain-lain):\n dengan tiba-tiba ~-sedannya bertambah dan dia menjerit sekuat-kuat hatinya;\n bersedu, bersedu-sedu, tersedu, tersedu-sedu\n menangis dengan suara yang terputus-putus (timbul tenggelam dan lain-lain), teresak-esak, tersedan:\n ibunya masih ~ dengan kesedihan yang mendalam untuk meninggalkan rumahnya." "sedu II\n[sastera lama] =\n ~ hati\n sedih, pilu, susah hati." "sedu III\n[Jakarta] \nseduh." "sedu IV\n[arkaik] [sastera lama] cantik, elok, manis (rupa dan lain-lain);\n tingkah laku puteri itu ~ perdana \nsedap manis dipandang." "seduayah\nsejenis tumbuhan (pokok renek),\n Woodfordia fruticosa." "seduh\nmenyeduh\n mencampurkan (menghancurkan, merendam seperti daun teh, dan lain-lain) dengan air panas:\n ~ kopi (teh);\nseduhan\n (air dan lain-lain) yang telah diseduh:\n air ~ daun-daunan." "sedut\nmenyedut\n \n1.\n menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut, hidung, dan lain-lain), menghirup, menghisap:\n dia mengesat-ngesat air matanya dan ~ air yang keluar dari hidungnya; \ndia ~ rokoknya; \n2.\n [kiasan] memetik, mengambil, mendapatkan (dengan keras), memeras:\ndi bawah ini kita sedut sebahagian besar daripada surat-surat itu; \nmereka ~ wang daripada orang ramai;\ntersedut\n terhisap (dengan kekuatan udara) masuk kerana disedut:\nmaka darah itu dengan serta-merta ~ masuk ke dalam tiga pembuluh besar;\n sedutan\n1.\n yang telah disedut, hasil menyedut:\n~ pertamanya pada rokok itu panjang sekali; \n2.\n sebahagian kecil daripada sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dan sebagainya yang dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan:\nsekarang ikutilah ~ wawancara tersebut; \ntayangan ~ filem yang berkenaan menjadi sebahagian daripada atur cara majlis;\n penyedutan\n perbuatan menyedut (menghisap dan lain-lain), penghisapan;\npenyedut\n sesuatu (alat dan lain-lain) yang menyedut;\n ~ air batu \npembuluh untuk menyedut air batu, straw;\nberpenyedut\n mempunyai penyedut:\ngelas ~." "seer\n[Kelantan] berasa jijik atau geli kerana kotor, berlendir, dan sebagainya." "seg\nsek II." "sega\nlicin berkilat (kulit rotan dan lain-lain);\n rotan ~\n sejenis tumbuhan (palma),\n Calamus caesius." "segading\n~ jantan \na) sejenis tumbuhan (pokok), pecah payung,\n Ixora crassifolia; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), jarum hutan,\n Ixora grandifolia." "segah\n1.\n berasa penuh (kerana kekenyangan dan lain-lain), senak;\n 2.\n terlalu penuh berisi (pundi-pundi, karung, dan lain-lain)." "segak I\nmenyegak\n menengking, membentak, mengherdik." "segak II\n\n\n1.\n bergaya, gagah, kacak, tampan:\n\n\n Latif yang ~ tampan sedang menukar bajunya; \n2.\n sembuh daripada sakit, segar, sihat;\nmenyegakkan\n menyihatkan (menyegarkan) badan;\n\n\n ~ diri\n menggayakan (menggagahkan) diri;\nkesegakan\n perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan." "segala\n1.\n semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh:\n ~ negeri yang bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; \n2\n. seluruh, segenap:\n ~ badannya berlumuran darah;\n3\n. semuanya, serba;\n ~ salah \nserba salah;\n4\n. [Jakarta], [bahasa kasar] memangnya, sungguh (untuk memaki);\nsegalanya\n termasuk apa sahaja (tidak terkecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya:\n~ kabur dan dangkal; \ndi kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir;\n segala-galanya\n seluruhnya sekali, sekaliannya (tiada kecuali):\n mereka itu menguasai ~;\ndisegalaapakan\n [arkaik] dilakukan dengan sekehendak hati (sewenang-wenangnya);\nkesegalaan\n keseluruhan:\n~ yang wujud dalam masyarakat Malaysia." "segan I\n1.\n tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas:\n mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu\n;\n 2.\n = \n~-silu \nberasa malu (silu, hormat, dan lain-lain):\nada sesetengah ibu yang berasa ~ kerana mengandung;\ntak ~\na) mahu, sudi, suka;\n b) tidak malu;\n c) tidak takut-takut;\n \ntak ~-~ \ntidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai;\n \n~ tak ~ \ntidak malu-malu, tidak takut-takut;\n ~ bergalah, hanyut serantau\n =\n ~ berkayuh perahu hanyut \n=\n ~ bertanya sesat jalan \n(peribahasa) kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;\nsegan-segan\n malu-malu:\n janganlah ~, jemputlah masuk\n;\nsegan-menyegan\n saling berasa segan: \nrasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita;\n menyegani\n berasa segan (hormat, malu, takut) kepada, memalui, menghormati serta menakuti:\n ia sangat disegani oleh teman-temannya; \npahlawan perang dan anggota dewan perwakilan rakyat yang disegani;" "segan II\n1.\n sejenis burung,\na) burung malas,\n Caprimulgus indicus; \nb) burung kubur, \nCaprimulgus macrurus; \n2.\n sejenis burung, burung cucur,\n Batrachostomus auritus." "segan-menyegani\nsaling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dengan lain);\nmenyegankan\n berasa segan (hormat, malu, takut) akan:\nkalau begitu apalagi yang kakak segankan;\n keseganan\n1.\n yang disegani (ditakuntukan, dimalukan):\n tetapi ada anaknya yang mulia dan gagah ~ orang banyak; \n2.\n perihal segan (malu, takut, malas, dan lain-lain), keengganan, kemalasan;\npenyegan\n orang yang segan (malas, malu, dan lain-lain), pemalas, pemalu:\n dahulunya saya perawan yang pendiam lagi ~." "seganda\nsejenis tumbuhan." "segani\n[arkaik] jurumudi." "segar I\n1.\n nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas:\n perjalanan darah menjadi bertambah kencang dan seluruh anggota akan ~; \n2.\n menimbulkan rasa nyaman (enak, tenteram):\n angin yang berhembus sepoi-sepoi dari balik bukit itu ~ nyaman;\n3.\n tumbuh dengan suburnya (berkenaan (dengan) tumbuh-tumbuhan), tidak layu:\n tumbuh-tumbuhan hidup ~ di taman ini;\n4.\n rancak, cergas, hidup:\n gaya pengucapan yang ~; \nia juga mengharapkan novel Alias Ali yang akan datang akan lebih ~ daripada novel Gersang ini;\n 5.\n masih baru (sesuatu barang, berlakunya sesuatu peristiwa dan lain-lain), terlekat pada ingatan:\nsegala apa yang terjadi antara dia dan teman-temannya masih ~ dalam ingatannya; \ntenaga-tenaga baru yang masih ~;\n~-bugar \n=\n ~-pugar \na) sihat (cergas, subur, pantas) benar:\n menangis ibunya melihat keadaan puteranya yang dahulunya ~-bugar, kini hanya sebagai rangka; \nb) masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dan lain-lain);\nmenyegar\n menjadi segar (kulit dan sebagainya):\nkulit boleh melembut dan ~ dengan menggunakan krim muka ini;\n menyegarkan\n menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar:\n bersenam dan bermain itu ~ otak; \nangin malam berhembus ~;\n kesegaran\n perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dan lain-lain), kecergasan:\n ~ badannya dijaga sungguh-sungguh;\npenyegaran\n proses menyegarkan sesuatu;\npenyegar\n sesuatu yang menyegarkan (menyebabkan menjadi segar)." "segar II\nlidi ijuk." "segara\n[sastera lama] lautan, laut." "segari\n ~ berdahan\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), cindangan hutan, jolok hantu, lupa dahan, malas berdahan, mempelai bukit, segan berdahan hutan, telur obok, tumbuh nyiur,\n Arthrophyllum oralifolium." "segau\n ~ petaling\n sejenis tumbuhan (pokok), akar kembang hutan, kayu cenderus, seburas hitam,\n Trifurcum urophyllum." "segeh\n[Minangkabau] siap sedia, kemas, teratur;\nbersegeh\n berkemas, bersiap sedia;\nmenyegehi\n mengemasi, menyelesaikan (persiapan)." "segel\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n cap (sebagai tanda), tera, meterai;\n ~ tempel\n segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dan lain-lain;\n 2.\n kupon (untuk membeli barang-barang);\nmenyegel\n1.\n mengecap (dengan tera, meterai);\n2.\n membubuh cap (pada surat-surat penting dan lain-lain) dengan lak dan lain-lain;\n3\n. [kiasan] menutup kedai dan lain-lain (oleh polis kerana melanggar undang-undang dan lain-lain);\npenyegelan\n perbuatan menyegel." "segeli\nsejenis tumbuhan (di kawasan paya), geli-geli, \nLasia spinosa." "segenap\nseluruh, setiap;\ngenap." "segenting I\nkawasan yang sempit yang menghubungkan dua kawasan daratan yang besar:\nS~\n \nKra." "segenting II\n daun ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), adal-adal, puding, puding mas, puding perak,\n Codiaeum variegatum." "segera\ntidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas:\n marilah kita pergi ~ ;\n segera-segera\n [sastera lama] segera:\n pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini;\n bersegera\n cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa:\n kami pun ~ menukar pakaian;\nbersegera-segera\n [sastera lama] bersegera;\nmenyegerakan\n1.\n melekaskan, mencepatkan:\n Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; \n2.\n menggesa (meminta) supaya lekas-lekas:\n maka Bendahara dan Seri Nara Diraja ~ orang membuat istana;\n kesegeraan\n keadaan segera:\n ~ usaha di peringkat persekutuan untuk melaksanakan perubahan;\n penyegeraan\n perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan:\nkajian itu mengaitkan vitamin C dengan ~ pemulihan serangan sakit jantung." "segerah\n[sastera lama] segera." "segerang\n akar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat),\na) akar tengkang merah, akar tengkang putih, getah gerip putih, \nWillughbeia flavescens;\nb) akar cerit murai, akar gerip relong, akar getah gerip, getah pucung kapur, \nWillughbeia tenuiflora." "segi\n1.\n garis pada tepi dadu (kotak dan lain-lain), sanding:\n batang pensel yang enam ~nya; \nkikir tiga ~; \n2.\n garis pada tepi bidang, garis-garis yang menjadi pemidang (pada rajah, gambar rajah, dan lain-lain), sisi:\n lukis sebuah rajah tiga ~ di dalam bulatan ini;\n3.\n permukaan yang kecil-kecil (pada intan dan lain-lain);\n4.\n [Indonesia] ruangan yang memanjang pada kertas, lajur, kolum;\n 5.\n [kiasan] pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek:\n dari ~ agama, suaminya memang berhak beristeri lagi;\n bersegi\n ada seginya (sanding, sisi);\n betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang\n (peribahasa) orang yang bebas sekali hidupnya;\npersegi\n1.\n ada seginya, bersegi:\n ~ lima; \n2.\n bidang yang mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat;\n \n~ panjang \n=\n empat ~ panjang \nempat persegi yang sisinya tidak sama panjang;\n3.\n [Indonesia] bujur sangkar, ganda dua:\n daerah itu luasnya 12 batu ~\n." "segi empat\n(Matematik) rajah satah yang mempunyai empat sudut;\n~ sama \nsegi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90?;\n \n~ selari \nsegi empat yang tiap-tiap sepasang sisinya yang bertentangan adalah selari;\n \n~ tepat\n segi empat yang mempunyai dua pasang sisi bertentangan yang sama panjang dan setiap sudutnya 90?." "segi tiga\n(Matematik) rajah yang mempunyai tiga sempadan (sisi) atau tiga sudut;\n~ cakah\n segi tiga yang satu daripada sudutnya sudut cakah (melebihi 90? bukanya);\n ~ dua sama \nsegi tiga yang dua sempadannya sama panjang;\n \n~ sama \nsegi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang;\n \n~ sebentuk\n (beberapa) segi tiga yang sama bentuk dan buka sudutnya tetapi tidak sama sempadannya;\n ~ serba sama\n (beberapa) segi tiga yang sama besar sempadan dan sudutnya;\n ~ tak sama \nsegi tiga yang mempunyai satu sudut tepat (90?);\n ~ tirus\n segi tiga yang semua sudutnya sudut tirus (kurang daripada 90?)." "segini\n[bahasa percakapan] sebanyak (sebesar, selama, dan lain-lain) ini, begini." "segitu\n[bahasa percakapan] sebanyak (sebesar, selama, dan lain-lain) itu, begitu." "segmen\n1.\n bahagian (dari sesuatu), penggal;\n 2.\n (Biologi) bahagian dari binatang yang beruas-ruas (cacing, serangga, dan lain-lain)." "segok I\n[Terengganu] menanduk." "segok II\n[Kedah], [Pulau Pinang] segan, malu, janggal.\nsegok-segok\n seolah-olah berasa sangat segok, agak segok, malu-malu, segan-segan:\n\n\n agak ~ Pak Hamid duduk berlaga lutut dengan teman lamanya itu." "segombang\n~ paya\n sejenis tumbuhan (pokok renek), pakau jantan, pokok kelang tanduk, seriyan putih, susuh ayam,\n Kibra chartacea." "segondol\n ~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok menumpang),\n Microstylis congesta." "segoreh\n pokok ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek), adap-adap, balik adap, cagedi, daun puteri,\n Mussaenda glabra." "segregasi\npengasingan (antara satu kelompok dengan kelompok lainnya), pemisahan, pemencilan:\n~ sosial\n." "seguih\nsejenis tumbuhan (pokok renek),\n Tarenna napieri." "segumbar\n ~ urat\n sejenis tumbuhan (herba), lemba,\n Piper umbellatum." "segunja\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), daun bajang,\n Anadendrum montanum." "seh\n(sh);\n naik ~ \n[bahasa percakapan] naik angin, marah." "seharah\nsejenis peti besar yang bertutup (tempat menyimpan beras dan lain-lain)." "seih\n[Kelantan] terlampau kenyang." "seilometer\nalat untuk mengukur ketinggian dasar lapisan awan." "seismograf\nalat untuk merakam dan mengukur kekuatan gempa bumi." "seismogram\nbacaan atau rakaman yang dihasilkan oleh seismograf." "seismologi\nkajian saintifik tentang fenomena gempa bumi." "seismometer\nalat yang merakam dan mengukur kekuatan gempa bumi." "seismonasti\n(Biologi) pergerakan tumbuhan sebagai gerak balas terhadap rangsangan getaran atau kejutan." "seismos\n(Geologi) berkaitan dengan atau disebabkan oleh gempa bumi:\npeningkatan kegiatan ~ membayangkan gunung itu akan meletup tidak lama lagi." "seismoskop\nalat yang menunjukkan berlakunya kejadian gempa bumi." "seit\n[Kelantan] panas dan berpeluh (tubuh kerana demam)." "sej\nsejenis tumbuhan (herba) yang daunnya wangi dan berwarna hijau kekelabuan, digunakan sebagai perasa dalam masakan daging, \nSalvia officinalis\n. \nsejadah\n tikar sembahyang." "sejahtera\naman dan makmur, senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana (kesusahan, gangguan, dan lain-lain):\n moga-moga kita dapat hidup dalam ~; \nselamat ~;\n menyejahterakan\n menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan:\n Ya Tuhanku, sejahterakanlah Laksamana itu;\nkesejahteraan\n keselamatan, kesenangan (hidup dan lain-lain), kesentosaan, ketenteraman:\n manusia mesti bekerja keras untuk mendapat ~ di dunia dan di akhirat." "sejak\nbermula dr, mulai, dari:\n dia hampir bingung ~ dua tiga hari yang lalu;\nsemenjak." "sejangat\n akar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar guih, akar jangat, akar sekuit, \nSpatholobus ferrugineus." "sejangkang\nsejenis tumbuhan (pokok), jangkang betina,\n Xylopia ferruginea." "sejarah\n1.\n [sastera lama] asal usul (keturunan), salasilah:\n ~ Melayu; \n2.\n peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo:\n cerita yang disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya;\n3.\n =\n ilmu ~\n kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu, tawarikh:\n ~ Tanah Melayu; \nahli ~;\n~ umum\n sejarah mengenai seluruh dunia;\nbersejarah\n1.\n [arkaik] menanyakan asal usul, mengusul:\n sungguh, lebih baik hamba ~ dengan dia; \n2.\n mengandungi sejarah, termasuk dalam sejarah:\n Melaka ialah sebuah bandar yang ~;\n menyejarahkan\n meriwayatkan, mengisahkan;\nkesejarahan\n perihal sejarah:\nwatak perwira Hang Tuah dilukiskan dengan amat terbatas sekali, sesuai dengan ~nya dalam Sejarah Melayu;\npersejarahan\n perihal sejarah, yang berkaitan dengan sejarah:\nhakikat keilmuan dan ~ yang ditunjukkan oleh al-Quran;\n penyejarahan\n penulisan sejarah:\n Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dalam ~ Melayu." "sejarang\nsejenis tumbuhan (pokok renek), lada-lada, (batang) lelada,\n Ervatamia peduncularis." "sejarawan\nahli sejarah." "sejarawi\nberkaitan dengan sejarah:\npernyataan ini tentunya agak berlawanan dengan pernyataan klasik ahli linguistik ~ tempatan; \npendekatan ~ tidak dapat menerangkan fenomena demikian." "sejat\nhilang atau kering (air, minyak, dan lain-lain) kerana menjadi wap dan lain-lain:\n ada seketika air pun ~lah; \nsaya ada sepuluh gelen minyak petrol, tetapi tiga gelen daripadanya telah ~ kerana panas;\nmenyejatkan\n mengeringkan air dan lain-lain (dengan mengewapkan dan lain-lain):\n air bersih tidak meninggalkan apa-apa hampas apabila disejatkan;\n tersejat\n telah hilang atau kering (air dan lain-lain) kerana diwapkan dan lain-lain:\ngaram akan menghablur di sekeliling pantai laut apabila airnya ~ oleh panas matahari;\n penyejatan\n perihal menyejat (menjadi kering):\n untuk menghindarkan ~, permukaan air itu hendaklah dilapisi dengan minyak;\n penyejat\n alat (mangkuk dan lain-lain) untuk menyejatkan sesuatu:\nmangkuk ~\n ." "sejerit\n~ hitam \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perut lembu, secerek (hitam), selempah, serepat jantan,\n Gnetum campestre." "sejingkat\nbersejingkat\n berjalan dengan hujung kaki, berjengket, bertonjet." "sejoker\n[Kelantan] sebahagian kecil (kuih dan lain-lain), secebis, sekelumit." "sejopok\n[Kelantan] setompok kecil, sejemput." "sejuk beku\ndiawet secara proses penyejukan sehingga berkeadaan beku supaya tahan lama (berkenaan (dengan) bahan makanan dan sebagainya):\nkesegaran dan mutu ikan ~ juga sama dengan ikan segar biasa; \nsperma ~;\n menyejukbekukan\n menyebabkan (bahan makanan dan sebagainya) sejuk beku:\nperingkat pertama ialah langkah ~ makanan basah;\n penyejukbekuan\n proses (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menyejukbekukan:\nbuah itu boleh dimakan segar atau diawet secara ~, pengetinan atau pengeringan; \npektin digunakan untuk mengawal saiz hablur ais yang terbentuk semasa ~." "sejuk I\n1.\n tidak panas atau hangat, rendah suhunya, dingin:\n peti ~;\n2\n. segar dan nyaman:\n apabila banyak udara keluar masuk dari sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~;\n 3.\n berasa dingin:\n kulit ini memelihara tubuh daripada ~, basah, \u2026;\n4\n. [kiasan] tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega:\n berita yang hendak hamba nyatakan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman;\n~ hati\n tidak risau, lega, tenang;\n ~ paru-paru \nsejenis penyakit bengkak paru-paru;\n ~ senyek \n[Kelantan] sejuk benar (macam air batu);\nbersejuk\n terdedah kepada keadaan sejuk, kena sejuk:\n kenapa ayah dibenarkan bangun pada pagi hari untuk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~?\n menyejuki\n menjadikan sejuk oleh sesuatu:\n bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung;\n menyejukkan\n1.\n menjadikan sejuk (dingin, segar, dan lain-lain), mendinginkan:\n dia pergi merendamkan dirinya dalam sungai untuk ~ badannya yang panas itu;\n2\n. menenangkan (fikiran, perasaan, dan lain-lain), meredakan atau menghilangkan (kemarahan dan lain-lain), menghiburkan, menyenangkan:\n senyuman dan pandangan yang berisi itu ~ hatinya; \ncinta sebagai api membakar, cinta sebagai air ~;\n 3.\n [kiasan] membaikkan (keadaan), memulihkan:\n nilai mata wang sterling telah diturunkan untuk ~ ekonomi yang terlalu kucar-kacir;\n kesejukan\n1.\n perihal sejuk, kedinginan:\n di tengah-tengah ~ yang menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah;\n 2.\n kena (mendapat) sejuk, masuk angin:\n kaki tangannya menggeletar ~\n;\npenyejukan\n perihal menyejukkan;\n ~ hawa \nperihal menyamankan hawa (udara dalam bilik, kereta, dan lain-lain);\npenyejuk\n sesuatu yang menjadikan sejuk (kipas angin, dan lain-lain):\n mesin ~\n." "sejuk II\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat),\n Kalanchoe laciniata." "sejulung\n[Kelantan] beberapa ketika (bulan, tahun) yang lalu." "sejumbuk\nsejenis tumbuhan (herba), ekor angin,\n Plantago major." "sek I\n[Kelantan] koyak, carik." "sek II\n[Indonesia] ;\n \ntembakau ~ \nsejenis tembakau yang halus racikannya." "Sek.\n[kependekan] Sekolah:\n~ Rendah." "seka\nberseka\n menyapu-nyapu (menggosok-gosok) dengan kain dan lain-lain:\n maka ~lah ia di hadapan meja cuci muka, lalu berpakaianlah;\nmenyeka, menyekai\n menyapu (menggosok dan lain-lain) supaya bersih atau kering:\n disekanya air mata yang mengalir di pipinya yang cengkung itu; \npeluh yang mengalir di muka diseka dengan tangan;\n menyekakan\n menyapukan, menggosokkan." "sekaca\n ~ lima jantan \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), balung ayam, ceret hutan, kayu sampu kelau,\n Clerodendron deflexum." "sekah\npatah dan jatuh (dahan kayu dan lain-lain):\n dahan-dahan kayu yang sudah lapuk itu mungkin akan ~ dan menimpa pondok mereka." "sekah I\n[sastera lama] lukisan (bunga) pada mata wang:\n maka disuruhlah Raja Kida Hindi suratkan nama Raja Iskandar atas ~ dirhamnya." "sekah II\n[sastera lama] segak dan pantas (sikap), sajak, bergaya:\n dia menari terlalu ~\n." "sekak I\n[Indonesia], [bahasa percakapan] main catur." "sekak II\n[Kelantan], [bahasa percakapan]\n1.\n senak (kerana kekenyangan);\n 2.\n sesak, risau (kerana dukacita dan lain-lain)." "Sekak III\n orang (bangsa) ~ \nsejenis suku bangsa di Belitong." "sekakar\n[Indonesia], [bahasa percakapan] kedekut (bakhil, kikir, lokek) benar." "sekakelar\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] suis (elektrik)." "sekaker\nsekakar." "sekala\nbiasanya, ghalibnya, selalunya." "sekali\nkali I." "sekali gus\n(melakukan sesuatu dan lain-lain) dengan satu kali sahaja atau serentak:\nmereka mahu membayar baki hutang mereka ~." "sekalian\nkali I." "sekalipun\nmeskipun, sungguhpun, walaupun." "sekam\nkulit padi (yang tertanggal setelah ditumbuk dan lain-lain);\n~ menjadi hampa berat \n(peribahasa) (kehilangan yang) tidak merugikan sangat;\n \nseperti api di dalam ~ \n(peribahasa)\na) perbuatan jahat yang tersembunyi;\n b) cinta yang terpendam;\n \ntiada terbawa ~\n (peribahasa) seseorang yang dungu rupanya tetapi terlalu jahat perangainya;\n tiada terbawa ~ segantang\n (peribahasa) keadaan seseorang yang sangat lemah (kerana uzur dan lain-lain)." "sekan\n(Matematik) garisan lurus yang memotong suatu bulatan pada dua tempat yang berlainan." "Sekanak\norang ~\n sejenis suku bangsa (orang Laut) di Kepulauan Riau." "sekang\n[Minangkabau] sumbat;\nmenyekang\n menyumbat, mengganjal;\n~ mata\n [kiasan] menyakitkan (tidak menyenangkan, merisaukan) hati;\n ~ perut\n [bahasa kasar] makan, mengisi perut;\ntersekang\n tersumbat, tersekat." "sekap\n[Jakarta];\nmenyekap\n1.\n menyimpan di tempat yang tersembunyi (tertutup), memeram (buah-buahan):\n ~ pisang;\n 2.\n mengurung (menahan, memingit) dalam bilik (penjara dan lain-lain\n): pencuri itu senang disekap di penjara;\n~ mulut \nmenutup (mengunci) mulut;\nsekapan\n1.\n sesuatu yang diperam, (buah) peraman;\n 2.\n orang yang disekap (ditahan, dipenjarakan, dikurung);\n 3. = penyekapan\n tempat menyekap, penjara, kurungan;\npenyekapan\n1.\n perbuatan menyekap;\n 2.\n tempat menyekap, penjara." "sekapar\nsejenis ikan laut." "sekar\n[Jawa], [sastera lama] bunga;\n ~ suhun\n sejenis kalung daripada emas." "sekarang\nwaktu atau masa ini (bukan waktu yang telah lalu dan bukan yang akan tiba), kini:\n kira-kira ini mesti dibuat ~ juga." "sekasap\nsejenis tumbuhan (pokok renek), daun bunga cina, daun sengsara, daun telinga kerbau, terung belah raya, rembang, rimba,\n Solanum verbascifolium." "sekat I\n1.\n sesuatu (dinding, tabir, dan lain-lain) yang membahagi-bahagikan ruangan:\ndi antara kedua-dua tempat tidur mereka dipasang ~;\n~ hidung \nbahagian antara kedua-dua lubang hidung;\n 2. = sekatan\n halangan, galangan, rintangan;\nbersekat\n1.\n mempunyai (memakai) sekat:\nrumah itu tidak berbilik, hanya ~ di antara bahagian dapur dengan bahagian depan;\n 2.\n ada had atau batasnya (kuasa dan lain-lain);\nbersekat-sekat\n mempunyai banyak sekat, terbahagi-bahagi oleh sekat (ruang bilik dan lain-lain);\nmenyekat 1. = menyekati\n memisahkan (membahagi-bahagikan) dengan sekat, memberi bersekat:\nruang yang besar itu disekat menjadi beberapa bilik kecil;\n 2. = menyekati\n menahan supaya tidak merebak atau melimpah (penyakit, air, dan lain-lain), membatasi, membendung, menghalang:\njika lekas diubati, penyakit itu akan dapat disekat daripada melarat; \npasukan keselamatan akan dapat ~ gerila-gerila itu daripada bermaharajalela;\n 3.\n membatasi (menyekap, mengasingkan) diri;\ntersekat\n kena sekat, disekati, terhalang:\npandangannya ~ oleh daun-daun pisang yang menghijau;\ntersekat-sekat\n terputus-putus (suara dan lain-lain), tersangkut-sangkut:\nsuaranya itu ~ sedikit keluarnya;\nsekatan\n1.\n benda (dinding dan lain-lain) yang membahagikan sesuatu, sekat;\n 2.\n rintangan, galangan:\n~-~\n \nekonomi dan perdagangan hendaklah dibatalkan dengan segera;\n 3.\n ruang (bilik dan lain-lain) yang telah dibahagi-bahagikan oleh sekat;\npenyekatan\n perbuatan menyekat;\npenyekat\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk menyekat, tabir, tebeng:\n ~ kekisi;\n 2.\n sesuatu yang menyekat (menggalang, menghalang, merintangi, dan lain-lain)." "sekat II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] bermain melincir di atas air batu (dengan kasut yang berpisau)." "sekaten\n[Jawa] perayaan (pasar malam) pada bulan Maulud;\n gamelan ~ \ngamelan yang dipukul pada perayaan itu." "sekati I\n[Jawa] gamelan sekaten." "sekati II\n[sastera lama] sejenis alat bunyi-bunyian." "sekati III\n~ lima \n[sastera lama] sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ara tanah, akar gerit putih,\n Aganosma marginata." "sekatuk\nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat atau menjalar), pokok kuku lang,\n Zanthoxylum hirtellum." "sekaut\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] mata-mata, penyuluh." "sekebah\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar mambu, jemerah, lemak pahit, mambu jantan, memambu,\n Millettia sericea." "sekeber\n[sastera lama] petor." "sekedeng\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] belah rambut, sebak rambut." "sekedim\n[Negeri Sembilan];\n saudara ~ \nadik-beradik seibu dan sebapa, adik-beradik kandung." "sekeduduk\nsejenis tumbuhan (pokok renek), ke(n)duduk, \nMelastoma malabathricum (polyanthum)." "sekeduk\nrumput ~\n sejenis tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing, rumput jalang, rumput tali ayam, selasih dandi,\n Ageratum conyzoides." "sekedup\ntempat duduk di atas belakang unta, pelana, sela;\n= syakduf." "sekeh\nmenyekeh\n memukul kepala dengan buku jari, meluku." "sekek\n[Kelantan], [bahasa kasar] (makian) celaka, sial." "sekembang\nsejenis tumbuhan (herba),\n Hedyotis capitellata." "sekencong\nsejenis tumbuhan (pokok renek),\n Desmos chinensis." "sekendai, sekendal\nsejenis tumbuhan (pokok), nona burung, \nCordia dichotoma." "sekendi\nsejenis burung, \nThreskiornis aethiopica." "sekenhen\n[bahasa percakapan] sudah dipakai (dimiliki orang dan sebagainya) sebelumnya, bukan baru atau pertama kali digunakan (dimiliki) oleh seseorang:\nbasikal ~." "sekentut\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kentut-kentut,\n Saprosma glomerulatum." "sekepet\nrumput ~ burit\n sejenis tumbuhan (herba), kancing baju jantan, katup perenggang, rumput teki, \nKyllinga brevifolia." "sekeram\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] sejenis dinding, sekat." "sekerap\n1.\n bahan buangan atau barang yang telah digunakan, terutamanya logam, yang dipungut dan diproses semula:\nlogam\n \n~\n;\n2.\n sisa daripada sesuatu;\n \ngetah ~ \ngetah buku daripada sisa lelehan susu getah yang telah mengeras." "sekeras\ndaun ~ akar\n sejenis tumbuhan (herba), daun lipah, peparu hitam,\n Polytrema vulgare." "sekeri\nengsel atau sendi (pada pintu dan lain-lain)." "sekering\n[Indonesia-Belanda] fius (elektrik)." "sekerja\nsama pekerjaannya, sejawat;\nkerja." "sekesel\n[Indonesia-Belanda] sejenis sekat yang boleh dialih-alih, skrin." "seket\nbagan, lakar, skema." "seketeng\n lawang ~\n [sastera lama] sejenis pintu kota, pintu gerbang." "sekijang\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar pelanduk, akar perut kerbau (kijang), akar ulan jantan, jambul siul,\n Erycibe princei\n." "sekiki\nsejenis ikan laut,\n Leiognathus spp." "sekilwak\n[Indonesia-Belanda] penjaga (di istana dan lain-lain), senteri." "sekin\nsejenis pisau." "sekip\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sasaran atau matlamat menembak (untuk berlatih), bulan-bulan;\n 2.\n tempat berlatih menembak." "sekjen\n[Indonesia] akronim bagi sekretaris jenderal." "seko I\n(Seni Lukis) teknik membuat lukisan dinding atau mural yang dibuat pada plaster kapur kering." "seko II\n[Indonesia] penyuluh, mata-mata." "sekobang\nsejenis tumbuhan (pokok), bunga leraki, kekapur, pelir musang, pokok guring, sesundo bukit,\n Anaxagorea scortechinii." "sekoci\n1.\n sejenis kapal (perahu) kecil, perahu (potongan Eropah):\ntiga buah ~ diturunkan ke laut untuk mencari Tahir;\n 2.\n tempat gelendong benang yang di bawah jarum (pada mesin jahit)." "sekoi\nsejenis tumbuhan (pokok daripada jenis padi dan buahnya), enjelai, jawawut, menjelai,\n Panicum spp." "sekolah\n1.\n tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran:\n~ Melayu;\n~ menengah\n;\n 2.\n masa belajar di sekolah:\npukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari?\n 3.\n penuntutan ilmu, pengajaran atau pelajaran (yang diperoleh dari sekolah), ilmu pengetahuan:\n saya ingin benar hendak melanjuntukan ~ saya ke peringkat yang lebih tinggi;\n4\n. [bahasa percakapan] pergi ke sekolah, menuntut (di sekolah):\nkenapa engkau tidak ~ hari ini?~ atap \nsekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dan lain-lain);\n \n~ bestari \nsekolah yang berasaskan komputer dan multimedia sebagai bahan bantuan pembelajaran;\n \n~ buta huruf \n= \n~ dewasa \nsekolah untuk orang dewasa yang buta huruf;\n \n~ liar\n [Indonesia] sekolah persendirian yang tidak menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh kerajaan;\n \n~ malam \nsekolah yang diadakan pada waktu malam sahaja;\n \n~ menengah \nsekolah peringkat menengah yang penuntut-penuntutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah);\n \n~ partikelir\n [Indonesia] sekolah yang tidak didirikan oleh pemerintah;\n \n~ pembaik akhlak \nsekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dan lain-lain;\n \n~ penerbangan \npusat yang melatih bakal juruterbang;\n \n~ pondok \nsekolah agama di kampung-kampung;\n ~ rakyat \na) sekolah persendirian di kampung-kampung;\n b) [Indonesia] =\n ~ rendah \nsekolah permulaan (untuk kanak-kanak);\n ~ siswazah \njabatan atau fakulti di sesebuah universiti yang menawarkan kursus atau pengajian lanjutan kepada para siswazah;\n \n~ subsidi \n[Indonesia] sekolah persendirian yang mendapat bantuan daripada pemerintah;\n ~ terbang\n sekolah yang mengajarkan pengetahuan dan kepandaian memandu kapal terbang;\n ~ tinggi \nuniversiti;\n \n~ wawasan \ngabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di dalam satu kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan seperti padang permainan, dewan, kantin dan sebagainya dengan tujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum;\nbersekolah\n1.\n (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah:\nkanak-kanak yang baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka;\n 2.\n berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah):\n orang-orang yang ~;\n menyekolahkan\n memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah:\n dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu;\n sekolahan\n [Indonesia] [arkaik] rumah sekolah;\npersekolahan\n perihal sekolah:\n ibunya meninggal dunia ketika mengurus ~nya;\nsepersekolahan\n bersama-sama menuntut di sekolah:\n kawan ~." "sekomin\n[Perak] sedikit." "sekon I\n[Indonesia] saat, detik." "sekon II\n[Terengganu] tersadai (kereta, lori, bas, dan sebagainya.)\nsekongkol\n1.\n (orang yang) turut serta dalam sesuatu pergerakan jahat (menyeludup, merompak, dan lain-lain);\n 2. = bersekongkol\n berkomplot (berpakat, bersubahat) dalam sesuatu pergerakan jahat:\n Ali telah sungguh-sungguh ~ dengan bangsa asing;\n 3. = sekongkolan\n kumpulan atau pakatan untuk melakukan kejahatan (menyeludup, merompak, dan lain-lain);\npersekongkolan\n perbuatan bersekongkol." "sekonyar\nskuner." "sekop\n[Indonesia-Belanda] penyodok tanah (pasir dan lain-lain) daripada besi yang bergandar panjang." "sekopong\ndaun terup yang bergambar dayung keling, sped;\nmain ~ \nmain terup;\n menengok ~ \nmenilik serasi dengan daun terup." "sekosol\nsekesel." "sekotah\n[sastera lama] seluruhnya, semuanya." "sekoteng\n[Indonesia] sejenis minuman yang manis (diperbuat daripada air panas, tangkue, gula, dan lain-lain)." "sekoyah\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar katup-katup, kekatup, akar kait-kait rimba,\n Bauhinia flammifera." "sekretari\n[bahasa percakapan] setiausaha." "sekretariat\n1.\n jawatan setiausaha;\n 2.\n pejabat setiausaha;\n 3.\n pegawai-pegawai atau jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rekod dan melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan, urus setia." "sekretaris\n[Indonesia-Belanda] setiausaha;\n~ peribadi\n setiausaha peribadi;\n ~ jenderal \n[Indonesia]\na) setiausaha agung (sesebuah parti politik dan lain-lain);\n b) setiausaha tetap (kementerian)." "sekretin\n(Biologi) hormon yang dikeluarkan oleh duodenum dan berfungsi untuk merangsang pankreas supaya merembeskan jus pankreas." "seks\n1.\n sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina;\n 2.\n keinginan syahwat;\n~ bebas\n perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah;\n \n~ rambang \nperbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah dengan bertukar-tukar pasangan." "seksa\n1.\n kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dan lain-lain) yang dideritai sebagai hukuman, hukuman yang menyakitkan (menyusahkan dan lain-lain), aniaya, azab:\n azab ~ Tuhan akan menimpa orang yang tidak jujur;\n 2.\n pedih, sakit, sengsara, susah:\nhidup pun ~ benar;\n menyeksa\n1.\n memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dan lain-lain), menganiaya:\n lain yang salah lain yang diseksa;\n 2.\n menyakitkan, menyusahkan:\n~\n \ndiri sendiri;\nmenyeksai\n menyeksa berkali-kali;\nterseksa\n (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dan sebagainya), (telah diseksa):\njiwa mana yang tidak ~; \nlebih baik mati di medan perjuangan daripada hidup ~ di bawah cengkaman musuh;\n seksaan\n1.\n aniaya, penganiayaan:\nmereka menjadikan perkahwinan bukan sebagai syurga dunia melainkan sebagai neraka ~;\n 2.\n kesakitan, kesusahan:\nkeluhannya keluar bagaikan satu ~ yang tidak tertanggung lagi;\n penyeksaan\n perihal menyeksa, penganiayaan:\n sekarang dia berasa lapang kerana terlepas daripada ~ jiwa yang dihadapinya;\n penyeksa\n orang yang menyeksa, sesuatu yang menyeksa (peperangan, kebuluran, dan lain-lain)." "seksi I\n1.\n seksyen, bahagian:\n\n\n ~ penerbitan majalah;\n 2.\n [Indonesia] pembedahan mayat (untuk menyiasat sebab-sebab kematian dan lain-lain)." "seksi II\n[bahasa percakapan] menimbulkan nafsu syahwat, menggiurkan, memberahikan, mengghairahkan:\n\n\nberbadan\n \n~\n;\nkeseksian\n keadaan atau sifat seksi:\n\n\nrambut ikalnya yang hitam mengurai masih menyerlahkan ~ dan kecantikannya." "seksionalisme\nsikap lebih prihatin terhadap kepentingan atau kesejahteraan sesuatu puak (kumpulan, golongan dan sebagainya) tertentu, bukan terhadap kepentingan atau kesejahteraan masyarakat seluruhnya." "seksisme\nsikap diskriminasi yang berdasarkan jantina, terutamanya sikap memandang rendah terhadap kaum wanita (oleh kaum lelaki)." "seksologi\nkajian tentang perlakuan seks manusia." "sekstan\n(Ast) sejenis alat optik yang digunakan untuk mengukur sudut dalam pandu arah, seperti altitud jasad samawi." "sekstet\n(Seni Muzik)\n1.\n gubahan muzik untuk sekumpulan enam orang penyanyi atau pemuzik;\n2.\n kumpulan muzik yang terdiri daripada enam orang penyanyi atau pemuzik." "seksual\n1.\n berkenaan seks;\n2\n. berkenaan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan;\nkeseksualan\n1.\n ciri (sifat) atau peranan seks;\n2\n. dorongan seks." "seksualiti\nsifat, tabii atau dorongan seks, keseksualan:\nmasalah yang cuba ditimbulkan ialah masalah ~ di kalangan remaja;\n~ juga dianggap sebagai elemen penting bagi mengukuhkan kebahagiaan rumah tangga." "seksuil\n[Indonesia-Belanda] yang bersangkutan dengan jantina (seks)." "seksyen\n1.\n bahagian kecil daripada badan yang lebih besar (jabatan, kawasan, dan lain-lain);\n 2.\n bahagian daripada karangan (undang-undang dan lain-lain), fasal, ceraian;\n 3.\n bahagian daripada platun (tentera);\n4.\n bahagian tertentu dalam sesuatu kawasan (bandar dan sebagainya):\nbeliau tinggal di S~ 3, Bandar Baru Bangi." "sekta\n(Sos) sekumpulan orang yang mempunyai kepercayaan agama tersendiri yang berbeza daripada kebanyakan orang lain. \nsektarian\n (sktarian) (Sos)\n1.\n berkaitan dengan atau berdasarkan sekta:\npandangan politik ~; \n2.\n berakibat daripada atau disebabkan oleh perbezaan antara sekta:\nkeganasan ~." "sektarianisme\n(Sos) kecenderungan untuk berpecah mengikut fahaman politik, agama dan sebagainya tertentu." "sektor\n1.\n bahagian bulatan yang letaknya di antara dua garisan lurus dari pusat bulatan itu, tembereng tajam;\n 2.\n bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan);\n 3.\n bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dan lain-lain):\n ~ pertanian merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia;\n~ awam \nbidang yang berkaitan dengan kerajaan dan orang ramai;\n ~ swasta \nbidang yang berkaitan dengan pihak swasta (seperti syarikat-syarikat perniagaan dan sebagainya)." "sekuang\nsejenis tumbuhan (pokok), sengkuang,\n Dracontomelum mangiferum." "sekuas\n[Indonesia] = \nlimau ~\n sejenis minuman yang masam dan menyegarkan." "sekubin\n~ air\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), mahang, maya-maya, memaya, tampin,\n Mallotus floribundus." "sekuit\n akar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar (se)jangat,\n Spatholobus ferrugineus." "sekul\nsejenis bekas air atau makanan (daripada tempurung yang ditebuk dan lain-lain)." "sekulan\nsejenis tumbuhan (pokok renek),\n Ochthocharis borneensis." "sekular\nberkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan:\n Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dengan kehidupan ~; \npendidikan ~\n pendidikan yang memberikan pelajaran atau pengetahuan yang bukan bersifat atau berkaitan dengan keagamaan;\nmensekularkan\n menjadikan sesuatu (sistem, fahaman, dan lain-lain) bersifat sekular:\norientalis Barat cenderung untuk ~ sistem perundangan Islam;\n kesekularan\n keadaan sekular;\npensekularan\n proses mengubah nilai-nilai keluhuran keagamaan kepada nilai kehidupan duniawi, sekularisasi." "sekularis\norang yang menganut fahaman sekularisme." "sekularisasi\npensekularan." "sekularisme\nfaham (doktrin, pendirian dan sebagainya) yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia." "sekularistik\nbersifat (mengamalkan) sekularisme:\napa jua bentuk pemisahan dan pembelaan, kedua-duanya akan melahirkan sikap ~." "sekun\n[Kelantan] sesuai, serasi." "sekunder\nyang kedua (pentingnya, tingkatannya, dan lain-lain), tidak yang utama, yang terbit atau terhasil daripada sesuatu yang asas atau utama:\n manusia merupakan individu psikologikal yang wajib memenuhi beberapa keperluan asas dan ~; \nfungsi yang ~ ini boleh ada, boleh tidak; \nsumber-sumber\n \n~\n." "sekunyit\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kekunyit, mengkunyit, merkunyit,\n Coscinium blumeanum." "sekuriti\n1.\n sijil saham, bon, dan sebagainya yang membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen;\n 2.\n keselamatan;\n3.\n jaminan, cagaran, sandaran." "sekut I\npukau yang dikenakan oleh pencuri." "sekut II\nkedekut, kikir, lokek." "sekutu\n1.\n kawan yang turut sama dalam sesuatu pakatan (perniagaan, perusahaan, dan lain-lain), teman yang turut dalam sesuatu pakatan (pergabungan dan lain-lain):\n kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy; \nnegara-negara ~\n;\n 2.\n turut terlibat atau bersalah (dalam kejahatan dan lain-lain):\n orang yang menerima rasuah itu dianggap ~ dengan pemberi rasuah\n;\n 3.\n gabungan (daripada beberapa negeri, badan, dan lain-lain), syarikat:\n Raja Sharif Hussain menyatakan perlawanannya terhadap Turki dan menggabungkan diri dengan pihak ~;\n bersekutu\n1.\n berkawan (untuk melakukan sesuatu), bersahabat:\nVietnam dan Malaysia ~ dalam perjuangan mengekalkan kebebasan dengan keperibadian sendiri\n;\n 2.\n bergabungan dengan (supaya lebih kuat, besar, dan lain-lain), bersatu, bersepakat:\n mereka telah ~ dengan kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah; \nnegeri-negeri ~;\n 3.\n merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok:\n gajah ialah binatang yang hidup ~;\n menyekutui\n1.\n mengawani (menemani) dalam sesuatu pakatan;\n 2.\n bersekutu (bersahabat, bersubahat, dan lain-lain) dengan;\nmenyekutukan\n menganggap sebagai sekutu (bersekutu):\njangan sekali-kali ~ Allah dengan sesuatu yang lain;\n mempersekutukan\n menjadikan bersekutu (bersahabat, bersatu):\nperjanjian untuk ~ negeri-negeri itu;\npersekutuan\n1.\n pergabungan (persatuan dan lain-lain) untuk kepentingan bersama ahli-ahli;\n 2.\n pergabungan negara-negara dan lain-lain:\nP~ Tanah Melayu;\n 3.\n [Indonesia] syarikat perdagangan (perusahaan dan lain-lain), perkongsian;\npenyekutuan\n proses (perbuatan) menyekutukan sesuatu." "sel\n1.\n (Biologi) unit terkecil sesuatu organisma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma yang dikelilingi membran sel;\n 2.\n bilik kecil dan sempit tempat mengurung orang salah di penjara;\n3.\n (Fizik) bahagian (pada bateri) yang diisi bahan-bahan kimia untuk mengeluarkan tenaga elektrik;\n \n~ elektrik = ~ elektrokimia \nsel yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik atau untuk melakukan elektrolisis (terdiri daripada dua elektrod yang terendam dalam elektrolit);\n \n~ elektrolisis \nsel yang menggunakan tenaga elektrik arus terus untuk menguraikan elektrolit;\n \n~ fotoelektrik \nperanti yang menghasilkan kesan elektrik apabila terdedah pada cahaya;\n \n~ kering \nbateri;\n \n~ piawai \nsel primer yang voltannya diketahui dengan tepat;\n \n~ primer \nsel yang menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yang tidak berbalik (tidak dapat dicas semula);\n \n~ sekunder \nsel yang menghasilkan arus elektrik melalui tindak balas elektrokimia yang berbalik (dapat dicaskan semula);\n \n~ suria \nsejenis sel elektrik yang menukarkan tenaga suria kepada tenaga elektrik." "sela\n1. = sela-sela\n ruang di antara dua benda, celah:\ndari ~ daun-daun,\n \ndipandangnya pemuda itu dengan terharu;\n 2.\n sesuatu yang terletak (terselit dan lain-lain) di antara dua benda;\n tanaman ~\n tanaman (seperti jagung, kacang, dan lain-lain) yang ditanam di antara pokok-pokok lain;\nbersela\n1.\n mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang:\n maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi;\n 2.\n berseling dengan, bersambut dengan (bunyi dan lain-lain), bertingkah dengan:\n bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yang panjang;\nbersela-sela\n berselang-seli, selang-menyelang:\n pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yang rendang yang ~ dengan pohon kerambil;\n menyela\n1.\n terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dan lain-lain), tersisip, terselit;\n 2.\n meletakkan sesuatu di antara dua benda, menyelitkan, menyisipkan:\n gerak irama yang teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair;\n 3.\n mencelah atau menyampuk (percakapan orang):\n ia mendiamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu;\n sela-menyela\n saling menyela (mencelah), berselang-seli;\nmenyelakan\n meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyisipkan;\nselaan\n sesuatu yang menyela (diselakan)." "sela I\n[sastera lama] tempat duduk di atas belakang kuda, pelana." "sela II\n[sastera lama] batu;\nmenyelakan\n membaling (melontar) dengan batu." "sela III\n[Minangkabau] juling (mata)." "selabar\n[arkaik] penggosok lantai (daripada guni yang dibasahi)." "selaberak\n[bahasa percakapan] (kain) pengalas pelana." "selada\n1.\n sejenis tumbuhan (paku pakis), ribu-ribu, \nLyangodium scandens;\n 2.\n sejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat sayur), salad,\n Lactuca sativa;\n 3.\n sejenis makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran (daun-daun selada, mentimun, tomato, dan lain-lain);\n~ air \nsejenis tumbuhan (herba),\n Nasturtium officinale; \nminyak ~ \nsejenis minyak (daripada biji-bijian) untuk memasak." "seladang I\nsejenis lembu hutan, \nBos gaurus; \nkerbau tak berkandang ~ \n(peribahasa) dua bangsa yang tidak dapat bercampur kerana berlainan adat." "seladang II\nselantai dan rata (dua tiga buah rumah dan lain-lain);\nmenyeladang\n menyeluruh dan merata;\n \n~ bagai panas di padang \n(peribahasa) sesuatu yang menyeluruh jadinya (penyakit, bencana, dan lain-lain)." "seladang III\nsama besar (betis yang tidak berjantung dan lain-lain), sama gadah." "seladeri\nsejenis tumbuhan (herba yang dibuat sayur),\n Apium graveolens." "selai\n[Indonesia-Belanda] jem." "selaju\n[Indonesia] ;\nberselaju\n bermain-main (meluncur) di atas air beku." "selak\nmenyelak\n1.\n menyingkap (tudung, selubung, dan lain-lain), membuka, menyingsingkan:\n kain yang menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; \nTun Tuah pun segera ~ penduanya;\n 2.\n menyebak (buku dan lain-lain), membuka:\nbuku\n \nitu diselaknya lepas semuka ke semuka;\nmenyelak-nyelak\n menyelak (buku, majalah, dan lain-lain) dengan cepat tanpa membaca atau melihatnya dengan teliti:\ndia masih asyik ~ majalah, membaca tajuk, dan melihat gambar;\nmenyelakkan\n menyelak untuk;\nterselak\n tersingkap (kain, selubung, tudung, dan lain-lain), terbuka, tersebak." "selak I\n= penyelak\n sejenis kayu palang (untuk mengunci pintu), kancing pintu:\n perlahan-lahan dia berdiri, bergerak ke pintu, dan mengenakan ~ pintu itu;\n berselak\n terpasang selaknya, berkunci, berkancing:\n pintu itu ~ di atas dan di bawah;\n menyelak\n mengunci dengan selak, mengancing:\n daun pintu diselak perlahan-lahan." "selak II\n[Jakarta];\nmenyelak\n mendesak (supaya lekas dan lain-lain), menggesa." "selak III\n[Jawa];\nterselak, keselak\n tersedak, kesedakan." "selak IV\n ~-selok \nselok-belok." "selak V\n[Kelantan] tidak boleh bernafas, pengsan;\n ~ kera \npengsan dalam keadaan seperti orang mati." "selaka I\n[arkaik] tempat mengukup pakaian (daripada buluh dan lain-lain) supaya harum, tempat perasap pakaian." "selaka II\n[Jawa], [sastera lama] perak." "selakangan\n[Jakarta] celah kangkang." "selakarang\n[Jawa] sejenis penyakit kudis (pada kuda)." "selalu I\n1.\n sentiasa, selamanya, sepanjang masa:\nsayur-sayurnya ~ dijual ke bandar;\n 2.\n kerap benar, acap kali:\nibunya ~\n \nsahaja sakit;\n menyelalukan\n menjadikan (melakukan) selalu, membiasakan:\n hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku;\nkeselaluan\n keadaan selalu, keseringan, kekerapan:\n ~ itu menyebabkan tumpuan pada pekerjaan tidak berjalan lancar." "selalu II\n[Minangkabau] seluruh, semua;\n ~ hari \nsepanjang hari;\n hitam\n \n~\n hitam seluruhnya." "selalu III\nterus, langsung:\n maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya." "selam I\n juru~ \norang yang kerjanya masuk ke dalam air (untuk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dan lain-lain);\n kapal ~ \nkapal yang boleh bergerak di dalam air (biasanya untuk kegunaan peperangan);\nberselam\n [Perak] menguji siapa yang akan memusingkan gasing dahulu (dalam permainan gasing);\n ~ air \nbersumpah dengan menyelam (untuk membuktikan kebenaran);\nmenyelam\n1.\n masuk ke dalam air (dengan seluruh badan):\n burung penguin sangat pandai ~ dan berenang;\n2.\n masuk ke dalam air untuk mencari sesuatu:\n dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; \n3.\n [kiasan] masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dalam sesuatu:\n keris itu ~ ke dalam belikatnya; \nkapal terbang itu ~ ke dalam awan; \n4.\n [kiasan] = \nmenyelami\n mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dan lain-lain orang lain), mengetahui, memeriksa:\n kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sebagai nelayan; \naku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku;\npandai ~ di air dangkal\n (peribahasa) pandai membawa diri;\n sambil ~ minum air\n (peribahasa) sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai;\nmenyelami\n1.\n menyelam ke dalam air (laut dan lain-lain);\n2.\n menyelam untuk mencari sesuatu dan lain-lain:\n engkau jatuh dia yang menyambut, engkau karam dia yang ~\n;\n3.\n [kiasan] menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), berusaha untuk mengetahui sesuatu:\n dia seoranglah yang pernah ~ hati Juliana; \ntugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya;\n~ air dalam tonggak\n (peribahasa) sukar sekali untuk mengetahui isi hati orang lain;\nmenyelamkan\n memasukkan (sesuatu) ke dalam air, membenamkan, mencelupkan:\n maka dibawanya timba, diselamkannya ke dalam air yang keruh itu;\n terselam\n dapat atau sudah menyelam, terbenam;\nterselami\n boleh diselami, dapat difahami, terduga;\nselaman\n hasil atau usaha menyelam, menyelami atau menyelamkan;\npenyelaman\n perbuatan menyelam, menyelami atau menyelamkan;\npenyelam\n1.\n orang yang menyelam, juruselam:\n~\n\u2013\n~\n \nyang memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri;\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk menyelam, sesuatu yang diselamkan." "Selam II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] Islam;\n orang ~ \na) orang yang beragama Islam;\n b) orang Melayu (Indonesia)." "selamat\n1.\n terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya:\n tidak ~ berdiri tegak di dalam perahu yang kecil;\n~ dari nahas jalan raya;\n2.\n aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan:\n si kecil berasa ~ di dalam pelukan ibunya; \n3.\n ucapan atau doa dengan harapan supaya sejahtera (terhindar daripada segala bencana, sampai hajat, dan lain-lain) atau sebagai tanda bersyukur:\n ketiga-tiga ratu itu pun menyuruh penggawanya membawa persembah dan memberi ~ akan baginda sesudah berputera; \ndoa ~ ; \nkenduri ~; \n4.\n harapan supaya aman sentosa (sejahtera dan lain-lain) yang diucapkan sebagai tegur sapa (salam):\n ~ datang;\n~ jalan;\n~ malam \ndan lain-lain;\nberselamat\n mengucapkan kata-kata sapaan seperti selamat pagi atau selamat petang kepada seseorang:\ntidak pernah aku ~ pagi kepadanya;\n menyelamati\n [arkaik] mengadakan kenduri untuk;\nmenyelamatkan\n1.\n menjauhkan bencana (bahaya dan lain-lain) daripada seseorang dan lain-lain, mengusahakan (melindungi dan sebagainya) supaya selamat:\n berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; \nsangatlah sukar hendak ~ bangunan yang terbakar manakala angin yang kencang sedang bertiup-tiup;\n2.\n menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dengan sia-sia:\n berfikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; \n3.\n mengebumikan (mayat):\nmayat orang mati itu telah diselamatkan; \n4.\n mengadakan kenduri untuk, menyelamati;\nterselamat\n terhindar atau terpelihara daripada bencana (bahaya dan lain-lain), (telah) dijauhi daripada sebarang kecelakaan:\n saya sedia perhambakan diri asalkan saya ~ daripada pengkhianat-pengkhianat itu;\nselamatan\n kenduri untuk mendapat selamat:\n tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya;\n berselamatan\n1.\n mengadakan kenduri (selamatan);\n2.\n [arkaik] saling mengucap selamat;\nkeselamatan\n perihal selamat, kesejahteraan, keamanan:\n saya memang selalu menjaga ~ seseorang yang berkerabat dengan saya;\n~ dalam negeri;\n penyelamatan\n perbuatan (usaha dan sebagainya) menyelamatkan;\npenyelamat\n orang yang menyelamatkan:\n sekarang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak." "selamba\n1.\n pada lahirnya macam biasa (sedangkan sebenarnya telah berlaku sesuatu), berlagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura:\n kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu;\n2.\n kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu." "selambut\n[Kelantan] sejenis permainan kanak-kanak (dengan anak batu)." "selampai I\n1.\n kain sutera yang dipakai di bahu atau dikalungkan di leher (dalam istiadat kerajaan), tetampan;\n2.\n [Jakarta] sapu tangan, selampik;\nmenyelampai\n memakai selampai (tetampan dan lain-lain) di bahu, menyebai selampai dan lain-lain di bahu:\n hulubalang delapan di kiri, delapan di kanan masing-masing ~ selendang kain kuning;\n menyelampaikan\n menyebaikan (mengenakan) selampai (selendang dan lain-lain) di bahu;\nterselampai\n tersebai, tergantung, tergayut:\n maka dengan tiba-tiba terpandanglah olehnya tangan orang ~ di alang kedai itu." "selampai II\n1.\n sejenis ikan laut, \nPseudosciaena discanthus;\n2.\n sejenis ikan laut, \nOtolithoides biauritus." "selampik\n[Jakarta] sapu tangan;\nselampai I." "selampit I\ndandan rambut (pintalan tali dan lain-lain) yang pipih:\n maka ditambat orang pada tali kail itu tunda, maka ditarik ke atas, maka ditambatkan pula ~ yang seni." "selampit II\ncawat;\nberselampit\n memakai selampit, bercawat:\njika ingin melihat Orang Asli masih ~, Kampung Peta bukan tempatnya;\n berselampitkan\n memakai sesuatu sebagai selampit;\nmenyelampitkan\n mengenakan cawat, mencawatkan (kain dan lain-lain):\n maka Pak Pandir pun ~ kainnya lalu berlari mengejar kawan kambing itu." "selampit III\npersembahan cerita yang sangat terkenal di Kelantan, yang diceritakan oleh pelipur lara atau tukang cerita dengan bahasa berirama sambil menggesek rebab." "Selan\nSailan." "selancak\nsejenis burung,\n Anthus rufulus." "selancang\nsejenis burung, burung kapas,\n Lalage nigra." "selancar\nberselancar\n bermain dengan membaling batu merata di permukaan air, bermain lancang-lancang." "selang I\n1.\n lat (waktu, tempat, dan lain-lain):\n~ beberapa\n \nlama dari itu, permaisuri pun hamillah pula; \nmeriam ditembak ~-~ satu minit;\n2. = selangan\n sesuatu yang letaknya di antara benda lain:\ntanaman ~;\n~ surup\n [Jakarta] salah faham;\nberselang\n1.\n berantara (waktu), ada antaranya:\ntiap-tiap hari dia menghantar susu kepada ibu dan bapanya dengan tidak pernah ~;\n2.\n ada selangnya (antaranya):\ntemilang dua ~; \nsudut yang ~;\n berselang-selang\n1.\n saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yang lain pula:\n di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dengan bunyi desiran daun-daun kayu yang bergeser;\n2.\n tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat:\n maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pada sehari pergi menyalinkan kepada bahasa Melayu dan sehari pergi mengarangkan dia dalam tempat cap;\n berselangan\n menggunakan sesuatu sebagai selang:\nkemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yang ~ dengan pasak kayu untuk mengukuhkannya;\n menyelang\n1.\n mencelah dengan sesuatu (dalam membuat pekerjaan dan lain-lain), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang:\n di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dengan bunyi suara orang memanggil;\n~ perkataan wazir menteri itu dengan perkataan yang lemah lembut;\n2.\n menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang;\nmenyelangi\n mencelah dengan sesuatu:\n bunyi guruh sayup-sayup dengan diselangi angin menderu; \nkawasan yang tidak ramai penduduknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan;" "selang II\nbahagian di antara (yang menghubungkan) rumah ibu dengan rumah dapur." "selang III\n[Minangkabau] pinjam;\nberselang;\n ~ tenggang \npinjam-meminjam, bertolong bantu, meminta pinjaman (pertolongan):\n rumahnya tempat orang ~ tenggang dalam kampung itu;\n menyelang\n meminjam;\nmenyelangi, memperselangi\n meminjami;\nmenyelangkan, memperselangkan\n meminjamkan." "selang IV\nsedang;\nselangkan\n sedangkan:\n ~ kepada orang lagi usaha belajar, kononlah pula kepada ayah sendiri; \nsalang III" "selang-seli\nberselang-seli\n \n1.\n berganti-ganti, celah-mencelah, sela-menyela:\n soljar India dan British yang ~ di atas kereta kebal melambai-lambaikan tangan sambil gelak ketawa;\n2.\n tidak ada antaranya, terus-menerus:\ndengan seketika itu juga ~ suara paluan gendang dan irama serunai memenuhi suasana;\n menyelang-nyeli, menyelang-nyelikan, menyelang-nyelingi\n menjadikan (mengaturkan, mendudukkan, membuat, dan lain-lain) berselang-seli:\n kicau murai riuh rendah di atas pohon kerian, diselang-seling oleh bunyi burung kelicap yang berdecit-decit." "selang-seling\nselang-seli\n." "selangan\n1.\n sesuatu yang letaknya di antara benda lain;\n2.\n lat atau jarak (berkenaan (dengan) waktu):\n bunyi itu terdengar dengan ~ masa yang sama;\n berselangan\n ada selangnya, tidak terus-menerus:\n sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi;\n perselangan\n1.\n perihal berselang;\n2.\n selang:\napabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pada layar;\n penyelangan\n perihal (perbuatan atau proses) menyelang atau menyelangi;\n penyelang\n sesuatu yang menyelang (mengantarai)." "selangat\nsejenis ikan laut,\n Anodontostoma chacunda;\n~ belau \nsejenis ikan laut,\n Nematolosa nasus." "selangka\ntulang ~ \ntulang yang menghubungkan tulang dada dengan pangkal bahu." "selangkang\n= selangkangan\n [Jakarta] kangkang." "selangkom\n[Perlis] bekerja dengan bersungguh-sungguh." "selangkup\nmenyelangkup\n menyelubungi, melingkupi;\nlingkup I\n." "Selangor\nnegeri di barat Semenanjung, keluasan 8184 km2, Shah Alam sebagai ibu negeri." "selanting\nsejenis burung, saulanting,\n Rhizothera l. longirostris." "selap I\nhilang akal (tidak sedarkan diri, pengsan, pitam, dan lain-lain) kerana kerasukan:\n ~ ia seperti rupa dimasuki jin;\n menyelap, menyelapi\n1.\n merasuk, mengganggu (roh jahat dan lain-lain):\ndiselap hantu;\n2.\n menimpa, menyerang (penyakit dan lain-lain);\nkeselapan\n1.\n hilang akal (ingatan) kerana marah dan lain-lain;\n2.\n kerasukan." "selap II\n[Perlis], [bahasa percakapan];\n selap-selap\n kadang-kadang." "selapan\n1.\n [Minangkabau] delapan;\n 2.\n (Sunda) sembilan." "selapanan\nkenduri (pesta) yang diadakan ketika bayi mencapai umur 35 hari." "selaput\nlapisan nipis tisu (pada benda-benda hidup) yang menyaluti sesuatu;\n~ dara \nselaput yang menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks);\n \n~ jantung \nselaput yang membalut jantung;\n \n~ mata \nselaput pembungkus biji mata;\nberselaput\n ada selaput, bersalut dengan kulit tipis, berlapis (bersalut) dengan sesuatu:\n mukanya kotor ~ habuk; \nmata ~ \nmata yang disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular;\nmenyelaputi\n menyelubungi, melitupi, membungkusi:\nbiji kacang yang kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; \nbulu susuk yang ~ badan burung; \ntiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin;\n menyelapuntukan\n memberi bersalut (berlapis) dengan, menyaluntukan, menyelubungkan;\n selaputan\n benda yang menyelaputi (menyelubungi) sesuatu:\n matanya masih lagi berbalam kerana ~ air matanya." "selar I\n tanda ~ \ncap atau tanda (yang dibakar dahulu sebelum digunakan);\nmenyelar\n1.\n membubuh tanda dengan besi panas:\npenternak itu ~ lembu peliharaan mereka\n;\n2\n. [kiasan] mengecap (dengan kata-kata), mengecam, membidas (dengan kerasnya):\n Munshi Abdullah ~ beberapa adat istiadat yang membazir dan pincang yang berlaku di Pahang; \n3\n. [Minangkabau] menggoreng (ikan dan lain-lain);\nselar-menyelar\n tuduh-menuduh (kata-mengata dan lain-lain);\nmenyelarkan\n membubuh (tanda) pada sesuatu:\ndia ~ tanda bintang pada lembu itu;\n selaran\n1.\n hasil menyelar (dengan besi panas);\n ~ matahari \nkeadaan merah dan melecur pada kulit akibat terlalu lama berjemur di bawah matahari yang panas terik;\n2.\n [kiasan] tuduhan, kecaman, kritik:\n ~ ini menyakitkan juga hati kita yang mendengarnya." "selar II\nsejenis ikan laut, \nAtule mate\n;\n~ abu-abu (ubur-ubur)\n sejenis ikan laut,\n Carangoides praeustus;\n~ batang (keledek, renceh) \nsejenis ikan laut,\n Carangoides djedabba;\n~ gelek\n sejenis ikan laut,\n Atule mate;\n~ kuning \nsejenis ikan laut, pelata kuning,\n Selaroides leptolepis;\n~ kuning jantan \nsejenis ikan laut, \nSelar boops;\n~ letup-letup \nsejenis ikan laut,\n Carangoides oblongus;\n~ papan\n sejenis ikan laut,\n Alepes bari;\n~ pucat a\n) sejenis ikan laut, pelata bulat, lolong putih,\n Selar crumenophthalmus; \nb) sejenis ikan laut,\n Selar megalaspis." "selar III\nular tedung ~ \nsejenis ular,\n Ophiophagus hannah;\n menyelar\n melata atau menjalar (ular, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain)." "selar IV\n[Perak];\n ~-belar \nkucar-kacir, tidak tersusun (barang-barang dan lain-lain)." "selara I\nbulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan." "selara II\n anak ~ \nanak ikan sembilang." "selara III\n[Minangkabau] daun-daun yang telah tua dan kering;\n sedangkan pucuk lagi tak merah konon pula ~nya\n (peribahasa) waktu lagi kaya tidak pernah berderma apalagi waktu miskin;\nmenyelara\n menjadi kering (daun)." "selarak\n[Jawa] palang (selak) pengunci pintu dan lain-lain." "selaru\ncelaru." "selarung\ndenai atau jejak binatang (gajah, babi, dan lain-lain) dalam hutan." "Selasa\nhari ketiga dalam seminggu, selepas hari Isnin." "selasar\nsambungan pada ibu rumah (yang menganjung ke luar), sejenis serambi (beratap atau tidak):\n segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di ~ balai." "selasih\n=\n ~ putih \nsejenis tumbuhan (herba untuk rempah dan ubat), ruku-ruku,\n Ocimum basilicum; \n~ dandi\na) sejenis tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing, rumput tahi ayam,\n Ageratum conyzoides;\nb) =\n ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek),\n Stachytarpheta indica; \nbuah ~ \nsejenis tumbuhan (herba dan buah), \nPassiflora foetida; \nbunga ~ \nbunga pokok selasih putih." "selat I\nlaut yang sempit yang menceraikan dua daratan atau pulau-pulau:\nS~ Melaka;\n \nS~ Teberau\n;\n \nNegeri-Negeri S~\n negeri-negeri yang letaknya di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pada zaman kolonial)." "selat II\n[Minangkabau] celah, sela;\nmenyelat\n masuk di celah-celah:\n ~ di antara orang banyak;\n menyelatkan\n meletakkan (mendudukkan) di celah-celah, menyelitkan;\nterselat\n termasuk di antara dua benda, terselit." "selat III\n[Kelantan], [bahasa percakapan] jikalau, sekiranya." "selatan\nmata angin (arah) yang bertentangan dengan utara, daksina, kidul;\n~\n \ndaya\n =\n ~ barat daya \narah antara barat daya dengan selatan;\n \n~\n \nmenenggara\n arah antara selatan dengan tenggara." "selawat\ndoa kesejahteraan ke atas Nabi:\n setelah membaca ~, mereka pun mulai berjalan;\nberselawat\n membaca selawat, berdoa:\n kadi ~ tiga kali dengan nyaring suaranya;\n menyelawatkan\n berselawat untuk memohon sesuatu." "selawe\n[Jawa] [arkaik] dua puluh lima." "selayah\nsejenis kain tudung (perempuan)." "selayak\nsejenis burung, cenuk, kerak, sanuk,\na)\n Rhamphococcyx curvirostris erythrognathus;\nb)\n Rhinortha chlorophaea." "selayang\nsejenis ikan laut,\n Decapterus spp." "selayun\ntali tempat menggantungkan orang-orangan (kain, daun-daunan, dan lain-lain) untuk menakuntukan atau menghalau burung dan lain-lain." "selayur\nikan laut,\na)\n Eupleurogrammus spp.; \nb)\n Tentoriops spp.; \nc)\n Trichiurus spp." "selayut\nselayun." "sele\n[Indonesia-Belanda] sejenis makanan daripada buah-buahan (dimakan dengan roti dan lain-lain), jem." "selebar\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (palma), daun keruh, daun lat, daun payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, \nTeysmannia altifrons." "selebaran\nsurat ~ \nsurat yang diberikan kepada orang banyak, surat sebaran." "selebele\n[Kelantan], [bahasa percakapan] tidak teratur atau dijaga (pakaian dan lain-lain), kucar-kacir, selekeh." "selebeng\n[Kelantan] berselisih faham, tidak secocok." "selebing\n[Kelantan] terlentang, terbaring." "selebriti\norang yang terkenal dan menjadi tumpuan ramai, terutamanya dalam bidang hiburan seperti bintang filem, pelakon dan penyanyi." "selebu\nlaut ~ \nlautan lepas (besar);\n ombak ~ \nombak yang besar (di lautan besar)." "seleder\n[Jakarta] tidak hati-hati, lengah, lalai, malas." "seleguri\n~ padang \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), bunga padung, celeguri, getangguri, jerun, lemak ketam, sedeguri, tapak leman,\n Sida rhombifolia; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nAlysicarpus vaginalis." "selek I\n[Kelantan] angkat atau singsing (kain atau seluar)." "selek II\n[Terengganu] menyapu (syelek, minyak, dan lain-lain)." "selekeh\n1.\n kotoran, palit, noda:\ngambar itu tidaklah ubahnya seperti satu ~ warna-warna yang bercampur aduk;\n2\n. kotor, tidak senonoh (pakaian dan lain-lain), dipenuhi kotor:\n dia membetulkan gincunya yang agak ~ sedikit;\n berselekeh\n penuh dengan kotoran (cemar, noda), berpalit (dengan benda-benda kotor), tidak senonoh (pakaian):\n pakaian mereka ~, dan rambut panjang tidak berbela;\n menyelekehi\n mengenakan kotoran (noda), mengotori." "selekoh\nlengkok, kelok, liku, siku (jalan, sungai, dan lain-lain):\n mereka telah menahan Sani di ~ jalan;\n~ kota \nsudut atau penjuru benteng yang menganjur keluar;\nberselekoh\n1.\n berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dan lain-lain):\n sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China;\n2\n. = \nmenyelekoh\n membelok, membengkok, berganti arah:\nbas itu terhuyung-hayang apabila ~;\n= telengkoh." "selekor\nsejenis ikan bawal." "seleksi\n[Indonesia-Belanda] pilihan, pemilihan (dalam olahraga dan lain-lain);\nmenyeleksi\n memilih (untuk mendapat yang terbaik), menapis, menyaring." "selektif\n1.\n berdasarkan pilihan, terpilih:\nini bukan koleksi terjemahan yang ~; \n2\n.\n \nbersifat memilih:\nBaharuddin Zainal berpendapat perlu adanya sikap yang terbuka, yang sanggup mendedahkan dirinya kepada kebudayaan-kebudayaan luar dan menerimanya secara ~." "selektir\n[Indonesia-Belanda] [arkaik];\nmenyelektir\n menyeleksi." "seleler\nberseleler, berseleleran\n meleleh-leleh (air, darah, getah, dan lain-lain);\nleler I." "selema\n[bahasa percakapan] selesema." "selemah\nsejenis ikan laut, lelemah, selembu, serumbu,\n Lactarius lactarius." "selembada\nsejenis semut besar, selempada." "selembana\nmenyelembana\n menghalakan kapal (perahu dan lain-lain) menentang angin supaya berhenti." "selembat\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Eugenia conglomerata." "selembu I\nsejenis ikan laut, \nLactarius lactarius." "selembu II\nsejenis binatang hasil kacukan seladang dengan lembu." "selembubu\npusaran (kisaran) angin, angin puting beliung." "selempada\nsejenis semut besar (merah atau hitam warnanya)." "selempah\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar perut lembu, secerek, secerek hitam, serapat jantan,\n Gnetum campestre." "selempang\nsesuatu yang diselendangkan dari bahu menyilang dada (sebagai tanda pangkat dan lain-lain):\n kain cindai berambu kuning, ~ kain Bugis Kembayat;\n berselempang\n memakai selempang;\nberselempangkan\n memakai sesuatu sebagai selempang:\npetang itu dia berbaju Melayu, berkopiah putih, dan ~ kain serban di bahu;\n menyelempangkan\n mengenakan sesuatu dari bahu menyilang dada, mengenakan selempang:\n memakai baju Melayu dan seluar warna hitam serta berdestar, dan kainnya diselempangkan di bahunya;\nterselempang\n tersandang di bahu dan menyilang dada:\n senapang yang ~ di belakangnya tadi, sekarang dipegangnya." "selempang I\n[Jakarta] khuatir, cemas, bimbang, gelisah;\nmenyelempangkan\n mengkhuatirkan, membimbangkan, mencemaskan, menggelisahkan." "selempang II\n[arkaik];\nterselempang\n jatuh terkangkang." "selempar\n akar ~ \nsejenis tumbuhan (pakis),\n Antrophyum recticulatum." "selempukau\nsejenis burung, kepudang." "selempuri\nkain ~ \nsejenis kain tenunan India." "selencur, selencus\nsejenis tumbuhan (pokok), belucus, lenciu, mempat, sampat,\n Cratoxylon lingustrinum (polyanthum)." "selendang\nkain panjang untuk menutup kepala (leher, bahu):\nkusebaikan ~ku di atas bahu;\n~ dunia\n (peribahasa) orang kaya yang dermawan atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (untuk pujian sahaja);\nberselendang\n memakai selendang:\n seorang perempuan muda bertocang dua dan ~ kain kasa kuning;\n menyelendangi\n mengenakan (memakai) selendang pada;\nmenyelendangkan, memperselendang\n memakai atau menggunakan sesuatu sebagai selendang, menyibaikan di bahu sebagai selendang:\n ~ tuala ke bahu;\nterselendang\n terletak, tergantung:\nbeg yang ~ pada bahu Nani." "selendap\nsejenis tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan, bunga tembaga suasa,\n Crinum asiaticum." "selender\n[Indonesia] kereta penggelek jalan (supaya rata)." "selendro\n[Jawa] laras gamelan." "selenggara\nmenyelenggarakan\n \n1.\n mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan:\n ladang yang luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains;\n2\n. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dan lain-lain):\n pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan;\n~ pembangunan ekonomi; \n3\n. membela, memelihara, menjaga, merawat:\nberi maaf saya,\n \nengku, kerana saya belum sanggup ~ engku dengan sepatutnya; \n4\n. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain):\npegawai ini telah dihantar khas untuk ~ pameran buku agama Islam;\n selenggaraan\n1.\n peliharaan;\n2.\n hasil daripada menyelenggarakan (mengusahakan, mengelolakan, dan lain-lain);\npenyelenggaraan\n1.\n perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan:\n cara-cara ~ pemerintahan;\n2\n. pemeliharaan, pengawasan:\nia di rumah sakit dan dalam ~ tuan doktor;\n penyelenggara\n1.\n pemelihara, penjaga:\n~\n kebun;\n2.\n orang yang menyelenggarakan (mengusahakan dan lain-lain) sesuatu:\n ~ upacara;\n~ pejabat \nbudak suruhan di pejabat-pejabat, peon." "selengut\nseruling yang ditiup di hidung di kalangan kaum Kenyah dan Kayan di Sarawak." "selenium\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang berbentuk serbuk merah, dan digunakan untuk membuat peranti elektronik, pewarna kaca, dan lain-lain." "selenografi\ncabang astronomi yang berkaitan dengan kajian atau pemetaan ciri-ciri permukaan bulan." "selenologi\ncabang astronomi yang mengkaji bulan, seperti ciri fizikal dan asal kejadian." "selentik\n[Jawa];\nmenyelentik\n mencubit (menjepit) dengan ibu jari dan jari." "selenting\n[Jawa];\nmenyelentingkan\n menyiarkan (menyebarkan) khabar angin;\nselentingan\n =\n khabar ~ \nkhabar angin, desas-desus." "selenyap\nangin ~ \nsejenis penyakit pasang-pasang." "seleo\n keseleo." "selepa\nselepah\n sejenis kotak (peti kecil, lokap) tempat menyimpan tembakau (rokok dan lain-lain):\n kemudian ia datang membawa ~ loyang lalu duduk berlunjur di hadapan Wim;\n= celepa." "selepang\nselempang:\n~ itu dipakai dengan pakaian kebangsaan." "selepat I\nberselepat\n berpalit, berlumur (dengan cat, lumpur, dan lain-lain)." "selepat II\n ~ tungau \nsejenis tumbuhan (herba), kangkung bulu,\n Ipomea triloba." "selepe\n[Jakarta] ikat pinggang (daripada emas, perak, dan lain-lain)." "selepetan\n[Jakarta] alat untuk melantingkan batu dan lain-lain, lastik." "selepi\nsejenis selepa yang dianyam daripada mengkuang dan lain-lain." "selepoh\n[Kelantan];\nberselepoh;\n duduk ~ \nduduk bertimpuh." "selepong\n[Kedah];\nberselepong\n berlumuran, berselepat." "selepot\nberselepot\n duduk bertimpuh (dengan diam):\n Satirah duduk ~ dengan senyum gelinya." "selepur\nberselepur\n berlumuran dengan lumpur, berselepat dengan lumpur (kerbau dan lain-lain)." "selera I\n1.\n keinginan untuk makan, nafsu makan:\nmi\n \nyang tersaji di hadapannya itu disudunya dengan penuh ~; \nmembuka ~\n =\n membangkitkan ~ \nmenimbulkan nafsu makan;\n patah ~ \nhilang selera;\n2\n. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa:\n siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; \n3\n. nafsu, keinginan:\nrupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut;\n~ tajam\n sangat ingin hendak makan;\n~ bagai cetus api \n(peribahasa) orang yang sangat rakus (tamak);\n ~ bagai taji, tulang bagai kanji \n(peribahasa) orang yang bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan;\nberselera\n ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (untuk makan dan lain-lain):\n ia tidak ~ untuk makan lagi;\n menyelerakan\n memberikan (mendatangkan) selera (untuk makan dan lain-lain):\n ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yang ~ ." "selera II\n[sastera lama] badan, tubuh." "selerak\nberselerak\n1.\n bersebar, bersepah, berserak:\ndia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yang masih ~ itu; \njamuan\n \n~\n jamuan yang tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari);\n2.\n [kiasan] terdapat di mana-mana, bertaburan:\nsyarikat penerbangan itu mempunyai wakil yang ~ di seluruh dunia; \n3.\n tidak selari (cahaya), terurai (dalam pelbagai warna);\nberselerakan\n bertaburan, bersebaran;\nmenyelerakkan\n menjadikan berselerak, menyebarkan (ke merata-rata tempat);\nterselerak\n1.\n tersebar (ke merata-rata tempat);\n2.\na) terbias ke sana ke mari (cahaya);\n b) terurai kepada pelbagai warna (setelah terbias);\npenyelerakan\n perihal menyelerakkan (benih dan lain-lain), penyebaran." "selerang I\n[Minangkabau] kulit ari, kulit yang di luar sekali." "selerang II\n[Minangkabau];\n tenun ~ \nsejenis kain tenun." "seleret\n rumah ~ \nrumah yang kecil panjang." "selesa\n1.\n tidak sempit, lega, luas:\n ketika mencari tempat berdiri yang lebih ~, dia terpijak kaki seorang anak kecil;\n2\n. kesempatan, peluang;\n3.\n (berasa) enak, sedap, senang:\njika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; \npakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang;\n menyelesakan\n menjadikan selesa (enak, sedap);\nkeselesaan\n perihal selesa, keadaan (rasa dan sebagainya) selesa;\nketidakselesaan\n keadaan tidak selesa:\nPuan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu." "selesai\n1.\n sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat):\n setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana;\n2\n. berakhir, habis, tamat:\nsetelah ~ daripada sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing; \n3\n. tidak berbaki lagi (wang dan lain-lain), habis, jelas (hutang), langsai:\n dia tidak percaya wangnya telah ~ di meja judi; \n4\n. [Minangkabau] tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata);\nberselesai\n mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dan lain-lain), berdamai:\nperkara ini perkara dia dengan suaminya, biar mereka sahaja yang ~;\n menyelesaikan\n1.\n menyudahkan, menyiapkan (kerja, tugas, dan lain-lain):\nsekarang aku sibuk ~ satu kerja; \n2.\n mengusahakan supaya berakhir (tamat dan sebagainya), menamatkan, mengakhiri (persengketaan dan lain-lain):\npintu masih terbuka untuk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; \n3.\n menjelaskan (membayar) hutang:\njika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; \n4.\n memecahkan sesuatu masalah (kira-kira dan lain-lain), mencari jalan mengatasi (masalah dan lain-lain), menghuraikan:\nberi nama hukum yang kamu gunakan untuk ~ masalah ini; \n5.\n mengatur baik-baik (rambut dan lain-lain), mengemasi;\nterselesai\n dapat diselesaikan:\nmasalah yang semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita;\nkeselesaian\n perihal selesai, keputusan;\npenyelesaian\n perbuatan menyelesaikan (membereskan dan lain-lain) sesuatu:\nmencari ~ secara damai untuk memulihkan keamanan;\n penyelesai\n orang atau sesuatu yang menyelesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dan sebagainya:\n~ perlu memilih salah satu daripada beberapa operasi yang diketahui; \nmereka sudah mula meyakini Islam sebagai ~ masalah ummah seluruh dunia." "selesema\n1.\n sakit sejuk:\ndemam ~; \n2.\n berhingus, sentiasa keluar hingus." "selet\n[Perlis], [Kedah];\ntak ~ \ntidak berhenti-henti, tidak berselang, terus-menerus." "Seletar\npenduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut, tinggal dalam perahu, di pulau yang berdekatan pantai dan kuala sungai, terutamanya di selatan Johor dan utara Singapura." "seletuk\n[Jakarta];\nmenyeletuk\n mencelah (menyela, menyelang, menyampuk) percakapan orang." "seleweng\nmenyeleweng\n1.\n menyimpang dari arah yang betul, tidak menurut jalan yang betul:\nlembu yang kena rebuk itu ~ ke tengah jalan; \n2.\n [kiasan] menyimpang dari tujuan sebenarnya, tidak menurut landasan-landasan (syarat, perintah, dan lain-lain) yang telah ditetapkan, mengkhianati, membelot:\nhadirin dibawa balik kepada tajuk perbincangan kiranya mereka ~;\n menyelewengkan\n1.\n menjadikan menyeleweng (menyimpang dari tujuan dan lain-lain):\nsaya melihat gerak hidup beberapa cabang kesenian yang telah diselewengkan hingga menyalahi prinsip susila Timur; \n2.\n menggelapkan, mencuri:\ndan kemudian dia ditangkap terbukti ~ gula pasir;\n terseleweng\n telah menyeleweng atau diselewengkan:\nrakaman dan tafsirannya ~ daripada yang sebenarnya;\npenyelewengan\n perbuatan menyeleweng(kan), penyimpangan;\n \n~ daripada dasar, memisahkan kita daripada hakikat pengajaran agama;\npenyeleweng\n orang yang menyeleweng, pembelot:\naku yang berjuang menentang penjajahan, sekarang dituduh sebagai ~." "seli\nselang-seli." "selia I\nelok, bersih dan bagus, rapi." "selia II\nmenyelia\n melihat, mengawas:\ndia berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dalam ~ penyelenggaraan dan membaiki kereta-kereta yang berat;\n seliaan\n hasil atau tindakan menyelia:\nmemang menjadi tanggungjawab usahawan untuk memastikan inventori dikawal melalui ~ yang rapi;\n penyeliaan\n perbuatan menyelia, pengawasan:\nMarie telah belajar di bawah ~ Pierre;\npenyelia\n orang yang menyelia, pengawas:\n~ Kelas Dewasa." "seliap\nsejenis ikan laut, talang, \nChorinemustol (lysan, santipetri)." "seliat I\n= menyeliat\n menguliti (binatang, pokok, dan lain-lain)." "seliat II\n[Kelantan] tali yang diikatkan pada kaki (untuk menyenangkan memanjat pokok)." "selibah\nberselibah\n berpakaian tidak senonoh (serbah-serbih)." "selibu\n[Minangkabau];\npadi ~ \npadi yang tumbuh dari batangnya yang telah dipotong." "selibut\nberselibut\n membuat kacau-bilau, membuat kucar-kacir." "selicin\nsejenis ikan laut, \nAnampses caerulopunctatus." "selidik\nteliti dan cermat:\nterlalu rajin ia belajar bahasa Melayu serta dengan ~nya;\n menyelidik, menyelidiki\n1.\n memeriksa sesuatu yang belum terang, menyiasat untuk mendapat keterangan dan sebagainya tentang sesuatu:\nbeberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dari negeri China ke Tanah Melayu; \n2.\n mempelajari sungguh-sungguh (untuk mengetahui sesuatu):\nbiarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; \n3.\n mengintip (mengintai) musuh, menyuluh;\npenyelidikan\n perbuatan menyelidik, pemeriksaan:\n~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak;\n penyelidik\n1.\n orang yang menyelidiki (mempelajari dengan sungguh-sungguh) sesuatu:\nRaja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yang cermat; \n2.\n pengintip, penyuluh, peluluk:\nkomandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung." "seligar\n[Perlis] selubung." "seligi I\nsejenis senjata seperti lembing (diperbuat daripada ruyung, buluh, dan lain-lain yang ditajamkan):\noleh orang Melaka dilanggarnya sekali dijeraminya dengan ~;~ tajam bertimbal, tak ujung pangkal mengena \n(peribahasa) orang yang mempunyai dua mata pencarian;\nmenyeligi\n melemparkan seligi." "seligi II\nsejenis ikan laut, \nAnacanthus barbatus." "seligit\nberkerumun banyak-banyak (semut dan lain-lain), menyemut, mengerumut, terbang berkeliaran (kelawar dan lain-lain)." "seligut\nseligit." "selikur\nsejenis ikan laut, \nMegalaspis cordyla." "selimang\n~ batang \nsejenis ikan darat, \nEpalzeorhynchos kalopterus;\n~ batu \nsejenis ikan darat, \nCrossocheilus oblongus." "selimbar\nsejenis tumbuhan (pokok), merbuluh merah, \nJackia ornata." "selimbu\nselibu." "selimpang I\nmenyelimpang menyimpang (menyeleweng) dari jalan yang betul;\nsimpang." "selimpang II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, redani, \nQuisqualis densiflora." "selimpat I\n1.\n nama sejenis anyaman (cara menganyam):\nada di sisi gunung itu kandang baginda, \u2026 diukir pelbagai warna, dan nakas, dan ~; \n2.\n beberapa jenis jaringan saluran darah dan lain-lain (dalam badan)." "selimpat II\nular ~ \nsejenis ular laut (yang pipih kepalanya)." "selimpat III\n~ air \nsejenis tumbuhan (herba), keladi bukit, mata udang, senjuang hutan, \nAglaonema pictum." "selimpat IV\nmenyelimpat\n menyembunyikan (menyorokkan) diri." "selimut\n1.\n kain untuk menutup tubuh (pada masa tidur), gebar:\ngebar atau ~ lebih cepat dan senang dibasuh dengan menggunakan mesin pencuci kain; \n2.\n [kiasan] sesuatu yang digunakan untuk menutupi atau melindungi pekerjaan jahat dan lain-lain, sesuatu untuk menyelubungi kejahatan;\n \n~ elektrik \nselimut yang dipanaskan dengan arus elektrik;\nberselimut\n1.\n memakai selimut, berselubung:\nia minum air panas dan ~ dengan kain yang tebal supaya keluar peluh; \n2.\n [kiasan] berselindung di belakang sesuatu, menggunakan sesuatu untuk melindungi maksud sendiri;\n \nmalam ~ embun, siang bertudung awan \n(peribahasa) orang yang terlalu miskin (tidak mempunyai apa-apa pun);\nberselimuntukan\n mempunyai sesuatu sebagai selimut:\nibarat ~ sehelai kain batik, ditarik ke atas di bawah lapang, ditarik ke bawah di atas lapang;\nmenyelimuti\n1.\n menutupi dengan selimut:\nsehelai gebar berbenang kasar ~ tubuhnya yang kerdil; \n2.\n menyelubungi, meliputi:\nlembah di kaki kampung itu masih tetap diselimuti awan; \n3.\n [kiasan] melindungi (kejahatan dan lain-lain), menutupi;\nmenyelimuntukan\n1.\n mengenakan (memakaikan) selimut, memberi berselimut, menyelubungkan (tubuh):\nMaheran sedang ~ anaknya; \n2.\n [kiasan] menyembunyikan (sesuatu perkara dan lain-lain);\nmemperselimut\n menjadikan (menggunakan) sebagai selimut:\nia pun ~ kain sarungnya." "selinap I\nmenyelinap\n \n1.\n bergerak dengan pantas (untuk menyembunyikan diri), menyorok, menyusup:\ntiga orang gerila berjalan kaki menuju persawahan dan akhirnya ~ ke hutan tebal; \nmereka melompat keluar dan ~ ke dalam lubang perlindungan; \n2.\n bergerak dengan laju dan tidak kedengaran (seperti ular dan lain-lain), melantas, meluncur:\nkereta-kereta besar dan kecil ~ masuk ke pekarangan lapangan terbang itu; \n3.\n meresap (menyerap) masuk:\nhawa malam yang sejuk ~ ke segala tulang sumsum; \n4.\n timbul atau mendatang (fikiran, ingatan, dan lain-lain):\ndan sekarang ketakutan yang lain pula ~ di dalam kalbunya; \n5.\n menghilangkan diri dengan segera, menyembunyikan diri:\nberangkatlah Raja Maulana ke muara dengan sembunyi-sembunyi ~-nyelinap dalam gelap-gelita;\n menyelinapkan\n1.\n memasukkan pantas-pantas, meresapkan;\n2.\n menghilangkan (menyembunyikan, menyorokkan, dan lain-lain) diri dengan pantas:\nKohlar ~ dirinya hilang di belakang diplomat negara berkecuali tersebut;\n penyelinapan\n proses atau perbuatan menyelinap (kan);\npenyelinap\n orang yang menyelinap." "selinap II\nmenyelinap\n menguliti (ayam dan lain-lain untuk membersihkan), menyiangi." "selinat\nsejenis tumbuhan (rumpai), serai bukit, \nGahnia tristis." "selindit\nserindit." "selindung\nberselindung\n1.\n bersembunyi, menyorok:\nia terus lari ~ di balik pohon kelapa; \n2.\n [kiasan] tidak terang-terang (perbuatan dan lain-lain):\nJamilah tidak ~ lagi bahkan terus mengaku akan perbuatannya;\nberselindungkan\n [sastera lama] menyembunyikan, menyorokkan:\nsegala monyet di dalam hutan itu pun berlarilah mencari tempat ~ dirinya;\n terselindung\n tertutup (dari pemandangan), tersorok, tersembunyi." "seling I\nberseling\n berselang (bersela) dengan, ada yang mengantarainya;\nmenyelingi\n menyela (menyelang) dengan, mengantarai:\nperempuan ini ~ kalimat-kalimatnya dengan ketawa kecil;\n selingan\n sesuatu yang menyelingi (menyelang, menyela), sesuatu yang mengantarai:\nlagu-lagu ~; \nperselingan\n perihal berseling, perselangan;\nselang I." "seling II\nsejenis anduhan untuk memunggah muatan (ke kapal)." "seling III\ntembikar." "selingar\nmenyelingar\n diam kerana hairan dan lain-lain, terdiam kehairanan." "selingkit\n[Minangkabau];\nberselingkit\n berasak-asak, bersesak-sesak;\nmenyelingkit\n mendesak-desak (ke dalam orang ramai), mendorong." "selingkuh\n[Jawa] tidak jujur, curang." "selingkup\nmenyelingkup\n menutupi, melingkupi, menudungi, meliputi, menyelungkupi." "selingsing\nsingsing." "selip I\nmenyelipkan\n memasukkan di celah-celah benda yang lain, menyelitkan, menyisipkan;\nterselip\n1.\n termasuk di antara benda-benda lain, terselit, tersisip:\n~ sebatang pensel di telinganya; \n2.\n tesembunyi (di dalamnya), terkandung (di dalamnya):\ndi dalam surat itu ada ~ sebuah kalimat yang menyirapkan darahnya;\n selipan\n sesuatu yang diselipkan;\nselit I." "selip II\n1.\n tergelincir, terpeleset;\n2.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] berselisih jalan;\nterselip\n = \n~ keluar \nterlepas keluar dengan cepat, melecit keluar." "selipar\nsejenis alas kaki, capal, selop;\n \n~\n \nJepun\n selipar daripada getah yang mempunyai tali berbentuk v dan hujungnya dikepit antara ibu jari dengan jari kedua (ketika memakainya);\nberselipar\n memakai selipar:\nkebanyakan kami lebih suka ~ sahaja ketika berehat." "seliput\nberseliput\n penuh (bersalut):\njarinya yang ~ dengan nasi itu menunjuk ke arah Halimah;\nmenyeliputi\n menyaluti, meliputi." "selir I\n[Jawa] gundik." "selir II\nmenyelir\n berbunyi seperti bunyi pasir ditabur ke air (daun-daun bergeser dan lain-lain)." "selir III\n[Indonesia]\n1.\n kain cadar;\n2\n. langsir (jendela dan lain-lain)." "selirat\nberselirat\n \n1.\n berjalin-jalin dan kusut (sarang labah, jaring, dan lain-lain):\nsaluran-saluran darah yang halus ~ di dalam dinding usus; \n2.\n [kiasan] berkecamuk (fikiran dan lain-lain), tidak tenteram:\nbanyak benar perkara yang ~ dalam kepala saya; \nmenyeliratkan\n menjadikan atau menyebabkan berselirat:\n~ fikiran\n menyebabkan fikiran berkecamuk atau tidak tenteram;\n= sirat I." "seliri\n[sastera lama] sejenis kerusi." "selisa\nberselisa\n \n1.\n bersisa;\n2.\n = \ntidak ~\n terlalu rapat, tidak ada antaranya:\npeluru mesingan yang menembusinya itu tidak ~ di seluruh badan." "selisih\n1.\n beza, perbezaan, kelainan:\ntidak jauh ~ umurnya dengan umur kakaknya;\n 2.\n tidak sama (pendapat, fikiran, dan lain-lain), berbeza atau berlainan (pendapat dan lain-lain);\n \n~ basah \nsimpang-siur (perahu dan lain-lain);\n \n~ faham (pendapat) \nberlainan faham (pendapat);\nberselisih\n1.\n tidak sama (jumlah dan lain-lain), berbeza:\nisi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm\n \npadu;\n2.\n berlainan pendapat (fikiran dan lain-lain), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dengan yang lain):\nsiapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; \nmendamaikan orang-orang yang ~;\n~ semat \n[Minangkabau] salah faham;\n3.\n bertemu di jalan dan lain-lain (tetapi berlainan hala), berpapasan:\nsekali-sekala kereta kami ~ dengan kereta kenalan;\nberselisihan\n saling berselisih:\n kehendak dan harapan pihak yang ~;\n menyelisihkan, memperselisihkan\n1.\n menimbulkan pendapat dan lain-lain yang berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan:\n~ kandungan surat; \n2.\n menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan;\nselisihan\n sesuatu (angka, jumlah, data, dan sebagainya) yang berselisih:\ntugas yang asas ialah menyediakan standard dan arahan bagi menghitung dan membuat ~ jadual data tersebut;\n perselisihan\n1.\n perbezaan pendapat (fikiran dan lain-lain):\ntimbullah ~ faham antara Dato Temenggung dengan Dato Perpatih; \n2.\n perbalahan, persengketaan, pertikaian:\nberunding menyelesaikan ~." "selisik\nmenyelisik\n \n1.\n membersihkan rambut (dengan mencari kutu), mengutui:\nia pun duduk bersandar ke tiang tengah sambil ~ rambut yang panjang itu; \n2.\n [kiasan] mencari bukti (keterangan dan lain-lain), menyelidik, menyiasat;\n \npandai ~ sedang berlaga \n(peribahasa) orang yang dapat mencari kesenangan diri walaupun dalam bahaya atau kesusahan." "selisip\nmenyelisip\n memasukkan di celah-celah (disela-sela dan lain-lain) benda yang lain, menyelip, menyelit, menyisip;\nmenyelisipkan\n menyisipkan, menyelipkan, menyelitkan." "selisir\nmenyelisir\n berjalan (belayar dan lain-lain) sepanjang tepi, menyusur;\nsisir II." "selit I\n~-belit \nberselok-belok;\nberselit; \n~ sepit \nki berbelit-belit, berbelok-belok;\n \npandai ~ sepit \npandai melepaskan diri daripada kesulitan;\nmenyelit\n masuk di celah-celah (orang banyak dan lain-lain), menyisip:\ndia ~ di celah-celah penonton yang ramai itu;\n menyelit-nyelit, selit-menyelit\n mencelah-celah (di antara orang banyak dan lain-lain), mencelah berliku-liku:\nia menuju ke tempat orang ramai itu ~ masuk mencari tempat; \nmaka alahlah Raja Kecil itu, lari dari Lingga selit-menyelit;\n menyelitkan\n memasukkan sesuatu di celah, menyelakan, menyisipkan:\nia ~ kerisnya ke pinggang lalu berjalan;\n terselit\n terletak di celah (benda lain dan lain-lain), terselip, tersisip:\nsebatang cerut ~ di bibirnya;\nselitan\n sesuatu yang terselit di celah;\npenyelitan\n perihal (perbuatan) menyelitkan:\n~ kata-kata dan ungkapan-ungkapan daerah." "selit II\nbatu ~ \n(Geologi) sejenis batu jelma (berwarna kelabu kebiru-biruan) yang berlapis-lapis." "seliuh\nterseliuh\n salah urat, tergeliat, terpelecok, keseleo." "seliwir\n= berseliwiran, seliwiran\n berjalan ke sana ke mari, berulang-alik:\nmereka berjalan berseliwiran sepanjang tempat tidur yang berbaris-baris itu." "selo\nsejenis alat bunyi-bunyian yang seperti biola rupanya tetapi lebih besar." "selob\n[Indonesia-Belanda], [sastera lama] sejenis perahu." "selobok\nsobok." "selodok\nmenyelodok\n merangkak (menyusup) di bawah sesuatu, membongkok masuk (ke tempat-tempat yang rendah);\n~ sama bongkok, melompat sama patah \n(peribahasa) orang yang seia sekata;\n biar ~ ke bawah rumah asal mendapat telur ayam \n(peribahasa) biarlah mengerjakan sesuatu yang kurang martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal." "selofan\nsejenis bahan seakan-akan kertas yang nipis dan lut sinar yang digunakan sebagai pembungkus, pembalut, dan sebagainya." "selok-belok\nslok-blok)\n1.\n = \nselok jumbai \nark perhubungan atau pertalian antara satu dengan lain (kekeluargaan dan lain-lain), kaitan, sangkut-paut:\n antara saya dengan dia, tidak ada ~nya; \n2.\n sesuatu yang ada hubungannya dengan yang lain, hal yang berkaitan dengan sesuatu:\nJohan mempelajari ~ berniaga; \nmereka sedang menghuraikan sesuatu kepadanya tentang ~ pelayaran; \n3.\n hal yang berselit-belit (berliku-liku):\nmereka tahu benar akan segala ~ kerja-kerja yang sedang dijalankan itu;\n berselok-belok\n \n1.\n berkaitan (kekeluargaan dan lain-lain), bersangkut paut;\n2\n. ada hubungannya dengan, berkait-kait dengan, berbelit-belit dengan;\n3.\n banyak kesulitannya, sukar, sulit." "seloka\nsejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dan lain-lain);\nberseloka\n mengarang atau membawakan seloka:\nsambil itu ia bersyair, berbait, bergurindam dan ~." "selokan I\nlongkang, bandar, parit, serokan." "selokan II\nsejenis tumbuhan (pokok renek), seluk, \nOchthocharis javanica." "seloki\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] sejenis gelas kecil (untuk minuman keras)." "selom\nsejenis tumbuhan (herba), piopo, syelum, \nOenanthe javanica." "selomot\n[Jawa];\nmenyelomoti\n1.\n mencucuh-cucuh sesuatu (dengan api);\n2.\n [bahasa percakapan] memperdayakan, mengakali, dan sebagainya." "selompret\n[Jakarta] trompet." "Selon\nSailan, Sri Lanka." "selongkang\n[arkaik] tidak tulen, palsu, tiruan." "selongkar\nmenyelongkar\n mencari (memeriksa dan lain-lain) dengan membongkar-bongkar, membongkar-bongkar atau mengaduk-aduk untuk mencari (memeriksa dan lain-lain) sesuatu:\npolis Thai baru-baru ini telah ~ satu pangkalan komunis;\npenyelongkaran\n perbuatan menyelongkar, pembongkaran:\n~ polis mencari barang-barang makanan;\n penyelongkar\n orang atau binatang yang menyelongkar:\n~ bilik tamu itu sudah dapat dikenal pasti." "selongsong\n[Jakarta]\n1.\n salut, kelubung, pembungkus, sarung;\n2.\n simpai atau berangus (pada mulut anjing);\nmenyelongsongi\n membungkus, mengelubungi, menyalut, menyelubungi." "selonong\n[Jakarta];\nmenyelonong\n dengan tiba-tiba masuk (pergi dan lain-lain), terus masuk (pergi dan lain-lain), dengan pantas menuju:\nperempuan itu ~ pergi ke arah jalan besar." "selop I\n[Indonesia-Belanda] selipar." "selop II\n[Kedah] menangis sehingga tidak keluar suara." "selopong\nberselopong\n berpalit, berlumur:\nketika pulang dari sawah, kakinya penuh ~ dengan selut." "seloro\nseloroh." "seloroh\n1.\n menggelikan hati, lucu;\n2.\n gurau senda, kelakar, lawak, lelucon, olok-olok:\nmereka tersenyum-senyum mendengar ~ itu;\nberseloroh\n bergurau senda, berkelakar, berolok-olok:\nada bunyi gelak ketawa orang muda berborak sambil ~;\nmenyelorohkan, memperselorohkan\n mempermain-mainkan, mempersendakan:\nRamli ~ Kamal sambil tersenyum." "selot\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] (ibu) kunci;\n \n~ gantung \nmangga (kunci), hempedal ayam;\ndiselot\n dikunci." "seloyak\nkoyak, soyak." "seloyong\n[Jakarta];\nberseloyongan, seloyongan\n terhuyung-hayang (hendak jatuh), meliuk-liuk." "selu\n~-sela \n[Kelantan] bekerja dengan gopoh-gapah (tidak berhati-hati)." "seluang I\nsejenis ikan darat, \nRasbora spp.; \njenis-jenisnya:\n~ bada(ng), ~ bara, ~ juau, ~ nipis; \ntak sungguh ~ melaut akhirnya balik ke tepi juga \n(peribahasa) tidak betah merantau akhirnya balik semula ke kampungnya." "seluang II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nMiquelia caudata;\n~ mudik \nsejenis tumbuhan (herba), kekulut gajah, sesawi pasir, \nArtanema anguistifolium; \nkayu ~ mudik \nsejenis tumbuhan (pokok renek), gurah bukit, pokok tampang puteri, \nPseuderanthemum graciliflorum." "seluar\nsejenis pakaian, celana;\n \n~ dalam = ~ katuk \nseluar yang dipakai yang terhampir sekali dengan bahagian kulit;\n \n~ lemang \nseluar yang kecil kakinya;\n \n~ panjang \nseluar yang panjang kakinya;\n \n~ pendek (pandak, sampak) \nseluar yang pendek kakinya;\nberseluar\n memakai seluar:\nia ~ panjang warna kuning." "selubat\nsejenis tumbuhan (pokok), balai, hempedu buaya, sebelai (tinggal), sebalat, senjuang gajah, tampung tulang, \nAralidium pinnatifidum; \npokok ~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), balau, gambir-gambir, kenar, keranji, merlimau, pasak perahu, pokok rongga, temilang, \nAglaia odoratissima." "selubung\n1.\n kain dan lain-lain untuk menutup badan (kepala dan lain-lain), kelubung:\nsangka mereka anaknya itu sudah tidur tetapi Salim dari dalam ~nya mendengar perbualan mereka; \n2.\n sesuatu yang digunakan sebagai penutup, pembungkus, pembalut;\n \n~ air \n(Kejuruteraan) air penyejuk yang mengisi ruang di sekeliling silinder enjin;\nberselubung\n memakai selubung, berselimut, bertudung (bertutup) litup:\nmaka diambilnya kain lalu ~ ia pada tempat tidur itu; \nseorang perempuan muda yang ~ kain Bugis ungu halus dari kepala sampai ke lututnya;\n menyelubung, menyelubungi\n1.\n menutup (menudung) litup dengan selubung dan lain-lain, memberi berselubung:\ndia menyelubungi kepalanya dengan kain selimutnya; \n2.\n membungkusi, membaluti:\nbadan tikus belanda diselubungi oleh rambut atau bulu; \n3.\n [kiasan] menutupi sesuatu (kejahatan dan lain-lain), menyelimuti:\nmukanya yang manis itu ~ hatinya yang jahat; \n4.\n [kiasan] menyelaputi, melitupi:\nketika itu alam sedang diselubungi cuaca gelap-gelita; \nkebingungan yang ~ pemikiran orang ramai;\n menyelubungkan\n menutupkan (menudungkan) menyelimuntukan." "seludang I\n1.\n kelopak atau pembalut mayang (pada kelapa, pinang, dan lain-lain);\n2.\n = \nsampan ~ \nsejenis sampan (perahu) yang berbentuk seperti seludang;\n \n(seperti) ~ menolakkan mayang \n(peribahasa) menyombongkan diri." "seludang II\n~ pinang \nsejenis tumbuhan (herba), \nPeliosanthes spp." "seludu\n1.\n sejenis ikan laut, \nArius macronotacanthus; \n2.\n sejenis ikan laut, \nTachysurus macronotacanthus (maculatus); \n3.\n sejenis ikan laut, \nSilurus maculatus." "seludup\nmenyeludup\n \n1.\n masuk bersembunyi:\nia\n \n~ ke bawah rumah; \n2.\n masuk (sesuatu kawasan dan lain-lain) secara haram:\nada motobot yang secara gelap ~ ke dalam perairan Malaysia; \n3.\n masuk dengan diam-diam (bersembunyi-sembunyi):\nbagaimana aku dapat ~ ke daerah musuh? \n4.\n (turun, terjun, terbang, dan lain-lain) dengan kepala dahulu, menjunam:\nkapal terbang itu ~ serta menjatuhkan bom;\nmenyeludupi\n masuk ke dalam tubuh manusia (roh jahat, orang halus, dan lain-lain), merasuk;\nmenyeludupkan\n1.\n menyembunyikan, menyorokkan;\n2.\n memasukkan (barang dan lain-lain) secara haram atau gelap:\nbarang dagangan itu akan diseludupkan ke Jepun atau ke Eropah; \n3.\n memasukkan sesuatu dengan diam-diam, menyusupkan:\nkadang-kadang penyair sengaja ~ ciri-ciri prosa dalam ciptaan mereka; \nCIA juga ~ ejen-ejen Chile ke dalam kumpulan pimpinan atasan dalam parti Allende; \n4.\n menggerakkan (menerjunkan dan lain-lain) arah ke bawah atau menyerong ke bawah, menjunamkan:\n~ kapal terbangnya ke kawasan pertahanan musuh;\n seludupan\n sesuatu yang diseludupkan:\nmereka telah lama berlangganan dengan Wim tentang barang ~;\npenyeludupan\n perihal menyeludup(kan);\npenyeludup\n orang yang menyeludup(kan) sesuatu:\nDanil seorang pembunuh dan ~ besar; \npesawat ~ \n[Indonesia] kapal terbang yang boleh menyerang sambil menjunam." "selui\nsejenis burung puyuh." "seluk I\n~\nsaku \nperbuatan merogoh (saku);\nmenyeluk\n1.\n memasukkan tangan (jari dan lain-lain) ke dalam lubang (saku dan lain-lain), merogoh:\ndia ~ saku seluarnya; \n2.\n [kiasan] menduga (isi hati, fikiran, dan lain-lain), menyelami:\ntidak dapat aku ~ akan maksudnya;\n~ saku\na) memasukkan tangan ke dalam saku;\n b) [kiasan] mencuri dari saku orang lain, mencopet, merogoh;\npenyeluk; \n~ saku\n orang jahat yang suka merogoh (mencopet):\nsudah kerap kali didengarnya di bandar banyak ~ saku." "seluk II\n[Minangkabau] belit, lilit, keluk;\n \n~-semeluk \nbelit-membelit, kait-berkait;\nberseluk\n1.\n berbelit antara satu dengan yang lain (akar dan lain-lain), belit-membelit:\npucuk berhempas akar ~; \n2.\n dibelitkan atau dililitkan dengan (selendang dan lain-lain);\n3.\n berbelok, berkelok;\n4.\n silang-menyilang tidak keruan (jalan dan lain-lain), simpang-siur;\n \n~ tanda \nbertukar tanda (orang bertunang);\nmemperselukkan\n membelitkan, menyilangkan (tangan dan lain-lain)." "seluk III\nsejenis tumbuhan (pokok renek), selokan, \nOchthocharis javanica." "selukat\nsejenis alat bunyi-bunyian (saron kecil) yang diperbuat daripada logam;\nmenyelukat\n memukul selukat." "selukung\nsejenis perisai besar (melindungi seluruh tubuh)." "selulase\n(Biologi) enzim yang berfungsi menguraikan selulosa dan sangat penting dalam kitaran karbon, dihasilkan oleh bakteria, kulat dan serangga yang menjadi perosak utama bahan kayu, kertas, pulpa, kapas atau rayon." "selulit\nlemak yang berbonjol-bonjol di bawah kulit, terutamanya pada paha dan pinggul orang perempuan." "seluloi\n[Kedah] selalu." "seluloid\nsejenis benda plastik yang diperbuat daripada selulosa nitrat dan dicampur kapur barus." "selulosa\n(Biologi) rangkaian unit glukosa yang terdapat pada dinding sel tumbuh-tumbuhan (digunakan dalam perusahaan kertas, rayon, getah tiruan, dan lain-lain)." "selulup\n[Jawa];\nberselulup\n menyelam (dalam air)." "selulur\n[arkaik];\nterselulur\n tergelincir, tergelongsor:\napabila dirasainya akan ~ maka direntakkannya pinggang gajah itu dengan isyarat." "selumar\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), merbuluh merah, \nJackia ornata; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), malabera (melabira) bukit, \nMussaendopsis beccariana." "selumbar I\nserpihan kayu (duri nibung, buluh, dan lain-lain) yang halus dan tajam:\nmaka tubuhnya pun habis dipalut ~, tampak mata sahaja." "selumbar II\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kecubung rimba, pecah pinggang, \nRandia macrophylla." "selumbari\n[Minangkabau] kelmarin dulu." "selumbat\n[Jakarta] sejenis alat (seperti sula) untuk mengopek kulit kelapa." "selumu\n[Minangkabau];\nberselumu\n1.\n berlumur (berpalit) dengan kotoran;\n2.\n berbulu (tepi kain yang tidak berjahit)." "selumur\nkulit ular yang telah tanggal (selepas bersalin kulit), kerosong ulat;\nmenyelumur\n bersalin kulit (ular)." "selumus\n[Perak] berlumuran;\nlumus." "selunang\n[Terengganu] benang yang terentang pada kayu sewaktu menenun." "seluncur\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), cancal, kayu malu, pelawan, \nTristania sumatrana; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), keruntum, pelawan, \nTristania subauriculata." "selunda\nsejenis ikan laut." "selungkap\ntidak melekat lagi (kulit dan lain-lain), terkelupas, tersungkap." "selungkup\n[arkaik];\nmenyelungkupi\n menutupi, melingkupi." "selungkur\nmenyelungkur\n \n1.\n merempuh masuk untuk mencari (mengambil dan lain-lain) sesuatu, membongkar:\nmereka bersedia mencari peluang untuk ~ masuk ke dalam gedung makanan itu; \n2.\n [kiasan] membongkar, mendedahkan, memaparkan:\nkecenderungannya pula ialah ~ kisah-kisah penderitaan rakyat; \nselongkar" "selunsur\nseluncur." "selup\nsejenis perahu;\nselob, sulup I." "selupan\n[arkaik] bunga melati." "selupat\nkulit tipis, kulit ari, selaput:\n~ telur." "selurah\n[arkaik] seluruh." "selurai\nsejenis makanan daripada tepung gandum yang berjala-jala rupanya, roti kirai, roti surai." "seluru\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang daunnya dibuat ubat), \nPericampylus glaucus." "seluruh\nsegenap, seantero, semuanya (dianggap satu):\n Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan untuk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan;\n~ perhatian mestilah diberikan kepada percakapan itu;\n menyeluruh\n1.\n merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dan lain-lain):\npengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; \n2.\n meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dan lain-lain):\nsatu sistem yang ~ untuk menyampaikan maklumat;\n menyeluruhi\n meliputi seluruhnya, meratai:\npandangannya ~ ruang bilik darjah itu;\n keseluruhan\n1.\n perihal semuanya (seluruhnya):\nbaca rencana itu berkali-kali dan fahamkan maksud ~nya; \n2.\n kesatuan, keseutuhan:\nmasing-masing tidak dapat berdiri sendiri, melainkan harus merupakan suatu ~; \npada ~ nya \npada umumnya, amnya." "selurut\nmenyeluruti\n \n1.\n melurut (akan);\n2.\n [kiasan] memandang dengan tajam, menyoroti:\nmereka ~ tubuh gadis itu." "selusuh I\nmenyelusuh\n menggelongsor (meluncur, melorot, dan lain-lain) turun." "selusuh II\njampi (ubat) untuk memudahkan orang bersalin;\n~ anak \njampi dan lain-lain yang memudahkan anak keluar (ketika bersalin);\n \n~ uri \njampi dan lain-lain yang memudahkan uri (tembuni) keluar." "selusuh III\n~ fatimah \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nLabisia pothoina." "selusup\nmenyelusup\n \n1.\n masuk ke dalam hutan (semak dan lain-lain), masuk ke bawah sesuatu;\n2.\n masuk dengan diam-diam (ke kawasan musuh dan lain-lain), menyeludup;\nsusup." "selusur I\nmenyelusur\n menggelongsor (meluncur, melorot ) turun, menggelincir;\nmenyelusurkan\n meluncurkan, melorotkan;\nterselusur\n tergelincir, tergelongsor." "selusur II\ntempat berpegang atau pengadang pada titi (jambatan dan lain-lain), langkan." "selut\nlumpur:\nia duduk di atas batas sambil menyapu-nyapu ~ di betisnya; \njejak ~ kaki terbenam \n(peribahasa) membuat sesuatu hal yang tidak diketahui benar-benar akhirnya akan mendapat kekecewaan;\nberselut\n1.\n penuh dengan selut:\ndi sana sini terdapat kawasan yang berlembah dan ~; \nsungai itu sudah tidak mampu menampung bot atau kapal yang masuk kerana dasarnya semakin cetek dan ~; \n2.\n diselaputi atau dikotori selut, kena selut:\nbasuh tayar yang ~ itu." "seluwit\nburung ~ \nsejenis burung, burung takau, \nCalyptomena viridis viridis." "selva\n(Sepanyol) kawasan hutan tebal di lembah Sungai Amazon." "sema\n[bahasa percakapan] semua." "sema-sema\nsejenis cadik (perahu), katir." "semabur\n[Kelantan] hampir sama (serupa)." "semadi\n= bersemadi\n1.\n mengheningkan cipta dan memusatkan fikiran:\nsedang ia bersemadi di gua Hira tiba-tiba datang seorang yang tidak dikenalinya dan memberi salam kepadanya; \n2.\n [kiasan] kekal:\nperasaannya sudah masuk ke otaknya dan ~ di situ; \ndi" "semafor\n1.\n sistem memberi isyarat dengan menggunakan tangan, memegang dua bendera yang digerak-gerakkan dan sebagainya dalam kedudukan tertentu untuk melambangkan huruf yang berlainan dalam abjad;\n2.\n alat dengan lampu merah dan hijau yang digunakan untuk memberi isyarat di landasan keretapi." "semah\njamuan makanan dan lain-lain yang diberikan kepada hantu atau orang halus (dengan sesuatu tujuan):\nkalau makyung itu akan dimulai, ketuanya akan membuat ~, menanam azimat dan memotong ayam;\nbersemah\n mengadakan upacara semah:\n dari sinilah timbulnya adat memuja pantai dan ~;\n menyemah\n menyediakan (menghidangkan) semah untuk hantu atau orang halus, menjamu:\nistiadat merenjis tepung tawar atau ~ pantai adalah untuk memujuk penunggu laut;\nmenyemahkan\n menyediakan (menghidangkan) sesuatu sebagai semah, mengadakan semah:\naku cadangkan supaya disemahkan dahulu tempat itu sebelum didirikan kelong;\n semahan\n semah;\npenyemahan\n perbuatan dan sebagainya menyemah(kan):\n~ kali ini adalah kali terakhir, kerana itulah adat kaumnya.\n penyemah\n1.\n semah, semahan;\n2.\n orang yang menyemah." "semah-semah\n sema-sema." "semai I\nbenih tumbuhan (yang telah bercambah) yang akan ditanam di tempat lain:\naku mencabut ~ dan ayah membajak di sawah;\nmenyemai\n menanam atau menabur benih di tempat yang tertentu (yang akan dipindahkan ke tempat lain):\ndialah yang ~, membuang rumput, dan menuai;\n menyemaikan\n1.\n menanam atau menabur benih di tempat yang tertentu (dan akan dialih ke tempat lain):\n semaikan beberapa biji kacang buncis dalam sebuah pasu tanah;\n2.\n [kiasan] memupukkan, menyebarkan:\n~ semangat kebangsaan pada tiap-tiap warganegara;\n tersemai\n1.\n telah disemai(kan);\n2.\n [kiasan] telah merebak atau tersebar (sesuatu ideologi dan lain-lain);\nsemaian\n1.\n sesuatu yang disemai, semai;\n2.\n = \npersemaian, pesemaian\n tempat menyemai(kan):\ntapak ~;\npenyemaian\n perbuatan dan sebagainya menyemai(kan):\n~ tisu; \nperkembangan moral yang berupa ~ nilai-nilai akhlak yang diperlukan.\n penyemai\n1.\n orang yang menyemai (benih dan sebagainya) atau menyemaikan (rasa, semangat dan sebagainya):\norang tua sebagai ~ rasa akrab antara keluarga berlainan bangsa; \n2.\n alat untuk menyemai:\nmesin ~ padi.\nSemai II\n penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang tinggal di kawasan banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat." "semaja\n[sastera lama] (se)memangnya, sesungguhnya, sahaja, tentu:\njikalau terhunus keris panjangnya itu, ~ berterjunlah segala raja di peseban ini." "semak\nmenyemak\n1.\n mendengarkan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dengan teliti:\nmurid mesti ~ kalau guru mengajar; \n2.\n mengkaji, meneliti:\nmurid-murid hendaklah ~ jawaban yang ada di dalam jadual ini; \n3.\n memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yang salah dan lain-lain), memerhatikan baik-baik:\nsukatan pelajaran yang digunakan pada zaman penjajah dahulu perlu disemak semula;\n semakan\n catatan (angka, kependekan, dan lain-lain) untuk dirujuk, rujukan:\nsampul surat yang mengandungi permohonan hendaklah ditanda dengan nombor ~ jawatan yang tertentu;\npenyemakan\n perbuatan (kerja dan sebagainya) menyemak:\nsetelah ia berpuas hati dengan kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melakukan ~ lagi;\npenyemak\n orang yang menyemak, peneliti, pemeriksa." "semak I\n1. = semak-semak\n tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar:\nrumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; \n2.\n ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil dan rendah:\nbudak itu diupahinya supaya membersihkan halaman rumahnya yang ~; \n3.\n [kiasan] kusut (perasaan, fikiran, dan lain-lain), kacau:\nMuluk terasa ~ di dada;\n~ hati = hati ~-~ \ntidak keruan fikiran (perasaan dan lain-lain), berkecamuk fikiran dan lain-lain;\n \n~ samun \nberjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil;\n~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh \n(peribahasa) sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik;\n \ndari ~ ke belukar \n(peribahasa) meninggalkan sesuatu yang buruk, tetapi mendapat yang buruk juga;\nmenyemak\n1.\n tumbuh menjadi semak (tumbuh-tumbuhan), menyerupai semak:\ndia menyabit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yang ~ di sekeliling rumahnya; \n2.\n tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut;\n3.\n semak hati;\nmenyemakkan\n1.\n membiarkan tumbuh semak;\n2.\n merisaukan (fikiran dan lain-lain), mengusuntukan." "semak II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] sama emak (ibu)." "semakin\nmakin." "semalakama\n[sastera lama] \nmalakamo." "semalam\nmalam I." "semalu\nsejenis pokok renek yang bunganya kecil, berwarna merah jambu, kuning dan sebagainya dan berbau harum, puteri malu, \nMimosa pudica." "semambu I\nsejenis rotan yang besar (biasanya dibuat tongkat), \nCalamus scipionum." "semambu II\n= \nhantu ~ \nsejenis hantu." "semambu III\nsejenis ikan laut, \nGermo sibi." "semampai\n[Minangkabau] tinggi dan lembut (tubuh), lampai, langsing:\nbadannya tinggi ~, matanya besar dan hitam, alisnya seraut jatuh; \nlemah ~ \nlemah gemalai (lenggang)." "semampang\n[arkaik] sekiranya, kalaulah." "semampat\nsejenis tumbuhan (pokok), gerunggang betina, mempapit, mempat (hitam), mempitis, mempoyan, sepedas bunga, \nCratoxylon cochinchinense." "seman\n= \nkesemanan\n1.\n tidak jadi (tapai, apam, dan lain-lain), gagal;\n2.\n hilang (ingatan):\nberubah fikiran ingatan ~; \n3.\n tidak sempurna (anak dalam kandungan dan lain-lain), rosak." "semanah\n[Pahang];\ntak ~ \ntidak senonoh (pakaian dan lain-lain), buruk." "semanda\nsemenda." "semandan\n[arkaik] pengiring (pengapit) pengantin." "semandarasa\nsemandarasah semendarasa." "semandera\nsejenis bendera kecil yang dipasang di haluan perahu." "semang I\nanak ~ \na) orang yang menumpang makan dan bekerja pada orang lain;\n b) orang yang bekerja dengan orang lain kerana terikat (oleh hutang dan lain-lain);\n c) orang yang menolong orang lain menjalankan perniagaan dan lain-lain;\n \ninduk ~ \na) orang yang memberi tumpangan (makan dan pekerjaan ) kepada orang lain;\n b) orang yang memberikan modal (dagangan dan lain-lain) kepada orang lain untuk diperniagakan." "semang II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nQuisqualis densiflora." "Semang III\nsejenis suku bangsa orang asli yang tinggal di Tanah Melayu, Pangan (di Kelantan dan di Pahang)." "semangat\n1.\n roh yang terdapat dalam segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu):\ntepuk bantal panggil ~, ~ datang dalam mimpi;\n~ padi \nsemangat yang menyebabkan padi boleh tumbuh dan berbuah dengan bernas;\n2.\n perasaan hati, jiwa:\nkedua-duanya mempergunakan ~ perkauman untuk memecahbelahkan rakyat;\n~ kesukanan; \n3.\n maksud atau tujuan yang terkandung dalam sesuatu perjanjian (ucapan dan lain-lain):\n~ perjanjian Asean; \n4.\n kemahuan untuk melakukan sesuatu, nafsu:\n~ bekerja;\n~ waja \nkemahuan yang keras;\n \nmempertinggi ~ anjing \n(peribahasa) bersusah payah memperbaiki nama yang jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja;\nbersemangat\n1.\n ada semangatnya (roh yang menjiwainya dan lain-lain), mempunyai semangat:\nhampir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yang ngeri itu; \n2.\n berjiwa keras:\nsuara mereka menjadi semakin garang dan ~; \n3.\n berkemahuan (untuk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat:\nmereka bersorak gembira mendengar ucapan daripada guru silat mereka yang telah tua tetapi masih ~ itu;\n menyemangati\n memberi semangat (kepada), membangkitkan semangat (keberanian, kemahuan, dan lain-lain)." "semangga\nhanya:\n~ sayalah tempat merekamenggantungkan hidup." "semanggang\nalat (daripada bilah) untuk memanggang ikan dan lain-lain." "semanggi\n= \n~ gunung \nsejenis tumbuhan (herba, daunnya boleh dimakan), kara-kara, pegaga embun, ulam gunung, \nHydrocotyle sibthorpioides." "semangka I\nsejenis tumbuhan (herba menjalar), mendelikai, mendikai, tembikai, temikai, timun cina,\n Citrullus vulgaris;\n~ belanda \nsejenis tumbuhan (herba menjalar), \nCucumis melo." "semangka II\nsejenis ikan laut, \nApogon spp." "semangkin\nmakin." "semangkuk\nkembang ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang bijinya dibuat ubat), selayar, \nScaphium affine (linearicarpum)." "semangsuk\nsejenis tumbuhan (pokok), balik angin bukit, cenderai (gajah), kemesat, melokan, mengkucing, (se)mengkeh, \nCroton argyratum." "semanja\nsemaja." "semantah\nsejenis tumbuhan (pokok), \nVitex clarkeana." "semantan I\nnyiur ~ \nbuah nyiur yang sudah cukup tua (boleh mengeluarkan santan)." "semantan II\n= \nbiras ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nRinoria lanceolata." "semantik\n(Linguistik) kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata." "semantis\n[Indonesia-Belanda] berkenaan makna kata-kata, berhubungan dengan semantik." "semantung\nguruh dengan tiada hujan (cuaca yang kurang baik)." "semaput\n[Jawa] pengsan." "semar\n[Kelantan]\n1.\n semaian padi yang belum dipindahkan ke sawah;\n2.\n sejenis kuih." "semara\nperasan) kasih, berahi, cinta;\nkesemaran\n gila berahi;\nasmara." "semarai I\n[Minangkabau] berbelah, merekah, retak." "semarai II\n[Minangkabau];\nsorak -~ \nsorak-sorai." "SEMARAK\nakronim bagi Setia Bersama Rakyat (suatu kempen yang bertujuan mengeratkan lagi jalinan hubungan antara pemimpin dengan rakyat)." "semarak I\n1.\n seri, cahaya;\n2.\n [kiasan] kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan:\nmenjadi ~ bangsa dan negara;\n bersemarak\n1.\n berseri, bercahaya, gilang-gemilang:\nlampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; \n2\n. \nki mulia, megah, meriah, gembira, dan lain-lain:\nmalam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; \nsejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; \n3.\n bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi:\nsebagai api itulah ~ cintanya kepadaku;\n menyemarakkan\n1.\nmenjadikan bersemarak, menggembirakan, menyerikan:\nkalau ada perayaan, Ramli pun dipanggil untuk ~ perayaan tersebut; \n2\n. membangkitkan semangat:\n bayangan cita-cita yang indah akan ~ semangat;\nkesemarakan\n keadaan semarak:\n ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran untuk diluahkan;\n penyemarakan\n perihal (proses dan lain-lain) menyemarakkan.\npenyemarak\n orang atau sesuatu (faktor, unsur dan sebagainya) yang menyemarakkan:\nkemenangan ini merupakan ~ semangat yang sangat dicari-cari." "semarak II\n~ api \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDelonix regia." "semaram I\nsejenis tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik, surin, \nPayena leerii." "semaram II\nsejenis ikan laut, \nCentrogenys vaigiensis;\n~ karang \nsejenis ikan laut, \nSynanceja verrucosa." "semat\nbenda (jarum peniti, peniti cantil, dan lain-lain) yang digunakan untuk mencucuk dua benda yang hendak dicantumkan;\nmenyemat\n mencantumkan dua benda dengan semat, menusukkan semat (supaya bercantum dan lain-lain):\nibu sedang ~ atap;\nmenyematkan\n1.\n mencantumkan (dua benda) dengan semat:\nsematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pada satu bongkah kayu; \n2.\n meletakkan dengan semat:\nSeri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka; \n3.\n mencucukkan sesuatu sebagai semat:\nlilitkan benang ini pada kepala dan hujung peniti yang disematkan menegak; \n4.\n [kiasan] menyertakan, melampirkan:\nbersama surat ini disematkan sekeping cek untuk ayahanda; \ntersemat\n1.\n telah disemat atau disematkan, telah tercantum:\ndi dadanya ~ sebuah pingat yang menjadi kebanggaannya; \n2.\n [kiasan] terletak, terpateri (dalam hati, ingatan, dan lain-lain), terasa:\ntidak seorang pun antara kawan-kawannya yang mengetahui apa yang ~ di hatinya itu;\n sematan\n1.\n sesuatu yang disemat atau disematkan;\n2.\n lampiran, tambahan (yang disertakan);\npenyematan\n perihal menyemat atau menyematkan;\npenyemat\n alat untuk menyemat:\njarum ~." "semawa\npelawa, ajak." "semawang\nsembawang." "semawar\nsejenis dapur kecil (yang menggunakan minyak dan angin)." "semayam\nbersemayam\n bd\n1.\n duduk (di atas takhta, singgahsana):\npada ketika itu, baginda kedua-dua laki isteri ada hadir ~ di atas peterana yang keemasan; \n2.\n tinggal, berkediaman di:\nmaka akhirnya istana itu terbakar, kemudian berpindah pula baginda itu ke Riau, ~ di Riau;\n menyemayami\n bersemayam di, berkediaman di, mendiami:\nhari ini hanya tinggal enam buah istana sahaja yang masih wujud dan tiada sebuah pun yang disemayami oleh raja;\nmenyemayamkan\n mendudukkan (di atas takhta, singgahsana):\nmaka disambut oleh temenggung tangan baginda dan disemayamkan ke atas singgahsana takhta kerajaan;\npersemayaman\n tempat-tempat bersemayam (duduk, tinggal):\nShah Alam ialah tempat ~ Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor." "sembabat\n[Jakarta] cocok (sesuai, sama, pantas) benar." "sembada\n[Jawa], [sastera lama] patut." "sembah\n1.\n penghormatan kepada raja dan lain-lain (dengan menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi):\nmengangkat ~; \n2.\n kata-kata yang ditujukan kepada raja (orang yang dimuliakan):\nsetelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; \nberdatang ~ \nberkata kepada raja (orang yang dimuliakan);\n \n~ salam \n= \n~ dan sujud \nhormat dan khidmat (dalam surat-menyurat kepada orang yang dihormati dan lain-lain);\n \n~-simpuh \ntertib sopan (kelakuan);\nbersembah\n berkata dengan hormat dan takzim;\nbersembahkan\n [sastera lama] = \nmempersembahkan;\nmenyembah\n1.\n memberi hormat dengan mengangkat sembah:\nmaka sekalian orang yang duduk di bawah itu pun ~; \n2.\n memberi hormat dengan mencium dan lain-lain pada (lutut dan lain-lain):\nanak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; \n3.\n menghormati sesuatu sebagai Tuhan atau dewa, memuja:\n~ berhala;\n~ matahari; \n4.\n mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dan lain-lain), tunduk kepada, mengaku taat kepada:\nSultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam;\n~ bumi \ntumbang tertiarap di bumi, roboh:\ndia tersungkur ~ bumi dengan kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yang kegemparan; \nkondominium yang sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi;\n menyembahkan, mempersembahkan\n1.\n menyampaikan (berita, surat, dan lain-lain) dengan takzim, mengatakan, menceritakan:\nsekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong; \nmaka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; \n2.\n memberikan (mengunjukkan dan lain-lain) dengan takzim:\nmaka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; \n3.\n menghidangkan (pertunjukan dan lain-lain), mempertunjukkan (permainan dan lain-lain):\nmalam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara;\n sembahan\n yang disembah (Tuhan), yang dipuja-puja atau dihormati, pujaan:\n berhala yang menjadi ~ penganut agama Buddha;\npersembahan\n1.\n hadiah (kpada raja, orang-orang yang lebih tinggi martabatnya):\nsegala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dengan persembahannya; \n2.\n sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain):\n~ lakonan yang diselingi lagu-lagu;\n penyembahan\n1.\n perihal menyembah atau memuja;\n2.\n pemujaan;\npenyembah\n orang yang menyembah, pemuja:\n~ berhala." "sembahyang\n1.\n perbuatan menyembah Allah, solat;\n \n~ lima waktu (fardu, wajib) \nsembahyang yang wajib dikerjakan dalam sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak);\n \nair ~ \nair untuk bersuci sebelum sembahyang, wuduk;\n \nada air ~ \nberada dalam keadaan yang membolehkan seseorang mengerjakan ibadat seperti sembahyang, membaca al-Quran, dan sebagainya;\n2.\n (bagi orang bukan Islam) permohonan kepada Tuhan, doa;\n~ berjemaah \nsembahyang beramai-ramai (dengan berimam);\n \n~ fardu \nsembahyang yang diwajibkan (bagi orang Islam yang sudah baligh) mengerjakannya;\n \n~ hajat \nsembahyang istimewa untuk memohon (kpada Allah) sesuatu;\n \n~ Jumaat \nsembahyang berjemaah pada hari Jumaat (waktu zohor);\n \n~ mayat (orang mati) \nsembahyang untuk orang mati;\n \n~ (hari) raya \nsembahyang sunat pada hari raya;\n \n~ sunat \nsembahyang yang tidak diwajibkan mengerjakannya (sembahyang tahajud dan lain-lain);\n \n~ tahajud \nsembahyang sunat pada waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya);\n \n~ tarawih \nsembahyang sunat yang dilakukan pada malam hari dalam bulan Ramadan;\n \n~ mencari akal, rukuk mencari kira-kira \n(peribahasa) orang yang rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yang terlarang;\nbersembahyang\n1.\n melakukan sembahyang (solat):\npada suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; \n2.\n (Kristian) berdoa pada petang hari (agama Kristian), bermohon kepada Tuhan;\n \n~ pujian \nupacara berdoa pada petang hari (agama Kristian);\n3.\n (di kalangan orang Cina) upacara untuk menghormati nenek moyang;\nmenyembahyangkan\n mengerjakan sembahyang untuk (ditujukan kepada):\nseorang akan merobekkan kafan dan seorang menjadi imam ketika ~ dia." "sembai I\npasir halus (seperti tahi lombong)." "sembai II\n[Minangkabau];\nmenyembai\n menyambut dengan pantas, menyambar, merengkuh, merenggut." "sembak\n1.\n sejenis ikan laut, \nEuthynnus alleteratus; \n2.\n sejenis ikan laut, \nGermo sibi." "sembam I\nsungkur ~ \n= \nmenyembam, tersembam\n jatuh tersungkur (ke depan), terjerumus, tertiarap:\nseorang lagi kelihatan lesu, jatuh melutut kemudian menyembam; \nbatang-batang bulat, minyak gris dan minyak-minyak lain semuanya boleh menyebabkan seseorang itu tersembam;\n menyembamkan\n menungkupkan muka pada sesuatu, membenamkan muka:\nia pun ~ muka ke bantal dengan tangis yang terus menggila." "sembam II\nsembap atau bengkak (muka)." "sembam III\n[Minangkabau];\nmenyembam\n membakar (memasak) dalam abu panas, membembam." "sembang I\nakar meroyan ~ \nsejenis tumbuhan (bendalu), akar asam tebing darat, akar (daun) ketam, akar segunja, daun bajang, serundang, \nAnadendrum montanum." "sembang II\nperbualan, percakapan:\n\n\nbertali-tali borak dan ~ mereka menjelang waktu petang;\n bersembang\n berbual, berborak, bercakap-cakap:\n\n\nkita sama-sama ~ tiap-tiap malam di tembok itu dahulu." "sembap\nbengkak, balut, gembung:\nmukanya ~ dan pucat;\nkesembapan\n keadaan sembap:\n bahan ini bertindak menyusuntukan ~ supaya kulit di sekeliling mata lebih berseri." "sembar I\nsabur." "sembar II\n[Minangkabau] sambar." "sembarang\napa (asal, siapa, dan lain-lain) sahaja, sebarang, asal sahaja:\nHayati orang bersuku, berhindu, berkaum kerabat, bukan ~ orang;\n sembarangan\n dengan begitu sahaja, tidak menentu, tidak dengan usul periksa, tidak memilih:\nabang tidak patut menuduh ~ seperti itu; \nbuku itu agak ~ isinya dan agak liar gayanya;\nmenyembarangi\n melakukan dengan sembarangan (tidak dengan usul periksa, ikut suka, dan lain-lain)." "sembari\nsambil, serta:\nAnuar berkata dengan senyum dibuat-buat ~ memandang kepada abangnya." "sembat\nmenyembat\n menyebat;\nsebat I." "sembat I\nsejenis jerat yang menggunakan joran;\nmenyembat\n1.\n menarik dengan pantas, menyendal (keris dan lain-lain), menyentak, merenggut, memiuh (kail, dan lain-lain):\nmaka disembatnya keris Betara, dapat lalu dipakainya oleh Tun Bija Sura; \n2.\n membingkas (jerat dan lain-lain), melenting, menganjal." "sembat II\nsejenis jahitan (untuk menetapkan tepi berlipat) yang menyerong;\n \n~ susup \njahitan sembat yang tidak nampak benangnya;\nmenyembat\n membuat (menjahit) sembat:\nlipatkan lapik itu dan sembat atas garisan jelujur halus." "sembawang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nKayea ferruginea." "sembayan\n[Minangkabau] madu;\nbersembayan\n bermadu." "sembelih\nmenyembelih\n memotong leher (binatang dan lain-lain hingga putus merihnya), menggorok, membantai:\npada pagi-pagi esoknya Pak Pandir pun merapus kerbau lalu disembelihnya;\n~ ayam dengan pisau, ~ orang dengan kapas \n(peribahasa) manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut;\nsembelihan\n sesuatu yang disembelih (untuk disembelih):\nkerbau ~;\n penyembelihan\n1.\n perbuatan menyembelih, pemotongan:\ndua ekor kerbau itu ditambat di belakang rumahnya sementara menunggu hari ~nya; \n2.\n daging upah menyembelih;\n \ntidak usak kerbau oleh ~ \n(peribahasa) tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yang berderma;\npenyembelih\n1.\n orang yang kerjanya menyembelih;\n2.\n alat (seperti pisau dan lain-lain) untuk menyembelih." "sembelit I\nsukar buang air besar, sukar ke sungai besar." "sembelit II\n~ darah (putih) \n= \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kelentit kera, akar perejeb, \nSantaloides spp.;\n~ jalan \nsejenis tumbuhan (pokok renek yang memanjat), akar belimbing, akar kacang inai, saga negeri, \nAbrus pulchellus;\n~ jangka \nsejenis tumbuhan (pokok), lorotan haji, \nDalbergia tamarindifolia;\n~ jantan (papan) \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar merah, akar sekalat, bunga setebal, \nConnarus ferrugineus;\n~ jekok \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), katut selayer, saga monyet, \nBreynia discigera;\n~ patung \nsejenis tumbuhan (pokok renek), kayu putih, kelurut tanjung, naga buana (jimat), ubat kelurut, \nPhyllanthus pulcher." "sember\npecah (bunyi, suara), menggeletar." "semberani I\nkuda ~ \n[sastera lama] kuda yang bersayap (boleh terbang)." "semberani II\nbesi ~ \nbesi berani;\n= berani II." "semberap\n[sastera lama] selengkapnya (persalinan, sirih, dan lain-lain)." "semberip\ndulang (talam) yang berkaki, pahar kecil, cerana." "semberono\n1.\n tidak hati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan sahaja, kurang teliti:\nmelakukan sesuatu dengan ~; \n2.\n kurang sopan (perkataan, perbuatan), kurang manis (dalam erti kiasan);\nmenyemberonokan\n melakukan sesuatu dengan kurang teliti (kurang sopan, kurang manis, sembarangan, dan lain-lain);\nkesemberonoan\n1.\n perihal semberono (sembarangan);\n2.\n kelalaian, kelengahan." "sembesi\n[arkaik] [sastera lama] sejenis kuda." "sembeta\nkayu dan lain-lain untuk menahan atau menyokong perahu di darat supaya jangan terguling, jermang." "sembiang\n[arkaik] sejenis tempuling kecil, seligi (untuk menikam ikan)." "sembih\nsembir III." "sembilan\nbilangan sepuluh kurang satu (9);\n \n~\n \nbelas \n19;\n \n~ puluh \n90;\n \n~ ratus\n 900\n;\nbersembilan\n sembilan (orang dan sebagainya) bersama-sama sekali, sembilan (orang dan sebagainya) semuanya:\nkami ~ ditempatkan di sebuah rumah lain;\n kesembilan\n (peringkat, bilangan dan sebagainya) yang nombor sembilan:\nbanjir ini adalah kali yang ~ berlaku di sini; \ndia merupakan anak yang ~ daripada sebelas orang adik beradik;\n kesembilan-sembilan\n semua seramai atau sebanyak sembilan (orang dan sebagainya) sekali:\n~ anaknya berhari raya di kampung pada tahun ini." "sembilang\n1.\n sejenis ikan darat yang bisa sengatnya, \nParaplotosus anguillaris; \n2.\n = \n~ karang \nsejenis ikan laut yang bisa sengatnya, gemang, kelara, (unsat-unsat), \nPlotosus spp.." "sembilik\npuru ~ \npenyakit buasir (kelepasan dubur)." "sembilu\nkulit buluh yang nipis lagi tajam (digunakan untuk mengerat tali pusat bayi yang baru lahir dan lain-lain), selumbar buluh:\nia meraba ke dadanya mencari kalau-kalau benar ada ~ yang tertusuk ke situ; \nserasa dihiris dengan ~ \na) pedih atau sakit sekali;\n b) (rasa hati) terlalu sedih, pedih hati;\nmenyembilu\n [kiasan] tajam (perkataan);\nsembiluan\n pedih atau sakit sekali (seperti dihiris dengan sembilu)." "sembir I\n1.\n bahagian tepi atau pinggir (pinggan, dulang, surat, dan lain-lain);\n2.\n sanding (pada buah belimbing dan lain-lain);\nsembiran\n perbatasan (negeri dan lain-lain), sempadan." "sembir II\n= menyembir\n tidak tepat arahnya (jarum kompas dan lain-lain)." "sembir III\nsejenis ikan laut, \nHemirhamphus marginatus." "semboja\nkemboja." "sembor\n[Minangkabau] sembul." "semboyan\n1.\n alamat (bunyi tetuang, kibaran bendera, dan lain-lain) untuk memberitahu, tanda, isyarat:\nsetelah sampai ke pertengahan jalan, kedengaranlah bunyi ~ lima das alamat raja besar telah mangkat; \n2.\n kata rahsia (sebagai alamat untuk mengenal kawan sendiri dan lain-lain):\nkatakanlah ~ pengenal itu dan kalian akan kuampuni; \n3.\n kata atau rangkaian kata yang dijadikan pegangan atau ikutan, cogan kata:\ntaat setia ialah ~ bagi pasukan Askar Melayu;\n~ kita hanyalah satu, Merdeka dan tetap Merdeka;\nbersemboyan\n menggunakan (memakai) semboyan;\nbersemboyankan\n menggunakan sesuatu sebagai semboyan;\nmenyemboyankan\n1.\n memberitahu (mengisyaratkan) dengan semboyan;\n2.\n menggunakan atau menjadikan sesuatu (rangkaian kata dan lain-lain) sebagai semboyan." "sembuang I\npancang yang besar-besar di laut (hujungnya dihubung-hubungkan) untuk melindungi atau tempat menambat perahu dan lain-lain." "sembuang II\nancak (semah) yang dibuang ke hutan." "sembuh\nmenjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (daripada sakit, penyakit), baik, betah:\norang-orang yang sakit itu akan ~ semula dengan segera; \nmaka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung;\nmenyembuhkan\n menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh):\njanganlah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dalam beberapa hari sahaja;\n kesembuhan\n perihal sembuh;\npenyembuhan\n perihal menyembuhkan, pemulihan;\npenyembuh\n (sesuatu) yang menyembuhkan:\n tiada\n \nubat ~ untuk penyakit AIDS\n." "sembuku\nsejenis tumbuhan (pokok renek), periukhantu, perutak, \nMyrmecodia tuberosa." "sembul\nmenyembul, tersembul\n \n1.\n menganjur atau menonjol keluar (hujung atau kepala sesuatu daripada lubang, liang, permukaan, dan lain-lain):\nmata yang tersembul seperti mata buaya; \n2.\n menampakkan diri, menjongol, timbul:\nkepala buaya yang tersembul di tepi air; \nsebelum sedan itu meluncur, lelaki segak itu ~ keluar;\n menyembulkan\n1.\n menonjolkan atau mengeluarkan hujung (kepala dan lain-lain):\nDollah ~ biji matanya; \n2.\n = \n~ diri \nmenampakkan (menjongolkan) diri, memperlihatkan diri." "sembulu\n[bahasa percakapan] berbulu, tidak licin (papan yang tidak berketam dan lain-lain)." "sembung\nsejenis tumbuhan (herba yang akarnya dibuat ubat), capa, capur, sembang, sembing, sembuh, telinga kerbau, \nBlumea balsamifera;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (herba), daun susu babi, pokok lokman al-hakim, rumput pasir, rumput tahi babi, \nAdenostemma lavenia;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (rumpai), cenderung (cong-cong) hari, ekor kuda, rumput sepagi, rumput tahi babi, seson daun, \nVernonia cinerea;\n~ hutan jantan \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), balung ayam, ceret hutan, kelusam jantan, lemak beruk, merambung bukit, \nClerodendron deflexum;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (herba), capa, ketumbit, riang batik, sawi bulan, \nErigeron sumatrensis." "sembunyi\nmain ~ \nsejenis permainan menyorok dan mencari, main cari-carian;\n~ tuma kepala\n \ntersorok ekor kelihatan \n(peribahasa) menutup perbuatan jahat yang telah diketahui ramai;\n \nlempar batu ~ tangan \n(peribahasa) berbuat sesuatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu;\nsembunyi-sembunyi\n dengan tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap:\ndia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; \ndengan ~ \ndengan diam-diam:\nmereka meninggalkan tempat itu dengan ~;\n~ puyuh \n(peribahasa)\na) menutup perbuatan jahat yang telah diketahui ramai;\n b) tidak mahu tahu akan perkara yang benar-benar berlaku;" "sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sembunyian\nbermain menyorok dan mencari-cari;\nbersembunyi\n1.\n berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok:\nmereka masuk ~ di dalam rumah Menteri Besar yang telah kosong itu; \n2.\n tidak mengatakan (memberitahukan) dengan sebenarnya, berahsia:\njangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dengan terus terang;\n menyembunyikan\n1.\n melindungkan (menutup dan lain-lain) supaya tidak kelihatan, menyorokkan:\nmaka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; \ndi situlah tempat ia ~ hartanya yang baik-baik; \n2.\n tidak menceritakan (sesuatu), merahsiakan:\nia tidak dapat ~ perasaan hatinya; \nkerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; \nseperti harimau ~ kukunya \n(peribahasa) orang yang hendak menyorok-nyorokkan kelebihan dirinya;\ntersembunyi\n tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan:\napakah yang ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; \ntujuan yang ~ dan kemahuan nafsu yang terpendam;\n tersembunyi-sembunyi\n dengan diam-diam (berselindung), tersorok-sorok;\npersembunyian\n tempat bersembunyi (menyembunyikan):\nlima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu;\n penyembunyian\n perbuatan menyembunyikan;\npenyembunyi\n orang yang menyembunyikan sesuatu:\n~\n \nharta." "sembur\n1.\n sesuatu (kunyahan sirih dan lain-lain) yang dipancuntukan dari mulut (untuk mengubat penyakit dan lain-lain);\n \n~ jampi (mantera) \ncara mengubat penyakit dengan jampi dan sembur;\n2.\n [kiasan] kata-kata yang kasar (dikeluarkan kerana marah dan lain-lain), makian, hamun:\nkelasi yang kena ~ ini kembali membersihkan geladak seperti biasa; \nseperti polong kena ~ \n(peribahasa) berlari lekas-lekas kerana ketakutan;\nbersembur-sembur\n keluar memancut atau memercik (darah, air, dan lain-lain), berpancaran:\ndari belakang lehernya darah ~ keluar;\n bersembur-semburan\n saling memancarkan (air dan lain-lain):\nmandi ~ di sungai;\n menyembur\n1.\n keluar dengan memancut, memancar:\nsungai yang arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; \n2.\n = \nmenyemburi\n mengubati (penyakit) dengan jampi dan sembur:\n ibu hanya disembur dengan air sirih dan jampi mantera; \n3.\n = \nmenyemburi\n memancarkan sesuatu (cat, air dan lain-lain) pada:\n~ dinding dengan cat berwarna biru; \n4.\n [kiasan] mengeluarkan kata-kata dengan kasar, menghamun, memaki:\ndaripada mulutnya ~ entah beberapa ratus perkataan yang tidak dapat difahami;\n sembur-menyembur\n saling menyembur, bersembur-semburan;\nmenyemburkan\n1.\n memancarkan atau memancuntukan sesuatu (kunyahan sirih, air, dan lain-lain) daripada mulut:\nsambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; \n2.\n memancarkan sesuatu kepada (dengan penyembur):\nJamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya;\n tersembur\n1.\n terpercik (terpancar) keluar:\nseorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yang masih belum terkunyah; \n2.\n kena sembur, disembur;\n3.\n terkeluar atau terbit dengan tiba-tiba (kata-kata dan lain-lain):\nbelum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar;\n~ gelak \n[Minangkabau] tiba-tiba ketawa;\nsemburan\n1.\n sesuatu yang terpancar (terpancut) keluar, pancaran:\n~ halus minyak bahan api itu terbakar dengan serta-merta; \n2.\n [kiasan] makian, marah:\ndengan ~ kata-kata itu, bapa berubah dari gelegar buluh ke kepala bendul;\n bersemburan\n keluar memancut atau memercik (darah, air, dan lain-lain), bersembur-sembur:\ndarah ~ keluar dari rusuknya;\n penyemburan\n perbuatan menyembur(kan);\npenyembur\n1.\n sesuatu (ubat-ubatan dan lain-lain) yang disemburkan;\n2.\n alat untuk menyemburkan sesuatu:\n~ cat." "semburit\n[bahasa kasar] persetubuhan sesama lelaki;\nbersemburit\n bersetubuh sesama lelaki." "semecah\nsejenis permainan kanak-kanak (dengan buah keras)." "semedang\nsentiasa, selalu:\ntakkan di pejabat itu ~ kerja banyak." "semedera\n[sastera lama] lautan;\nsamudera." "semejana\nsedang;\nsemenjana." "semek\n[Jakarta] demek." "Semelai\npenduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di Pahang Tengah (Tasik Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak) dan sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan (Sungai Lui dan Ulu Muar)." "sememeh\nbersememeh\n berselekeh mulut (kerana terpalit kuih dan lain-lain), cemuas, comot:\nsolekan ~ apabila kita berpeluh." "semen\n(Biologi) cecair beralkali yang mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yang dihasilkan oleh lelaki atau haiwan jantan, mani." "semenanjung\ntanah yang menganjur panjang ke laut, jazirah:\nS~ Tanah Melayu;\n~ Arab;\nkesemenanjungan\n keadaan yang menunjukkan ciri-ciri semenanjung:\nciri-ciri ~." "semenda\npertalian kekeluargaan menerusi perkahwinan;\nkeluarga ~ \nkeluarga kerana perkahwinan;\n \norang ~ \norang yang berkahwin dengan anggota daripada suku yang lain;\nbersemenda\n berkahwin:\nsetelah sampai idahnya, diminta orang engkau akan ~ ke sana; \nsi suami tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri perkara-perkara besar yang timbul dalam suku tempat ia ~;\n semenda-menyemenda\n saling mengahwini (antara dua keluarga);\npersemendaan\n hal yang berkaitan dengan bersemenda: \nhubungan ~." "semendal\n[arkaik] abrak, batu cermin, mika." "semendarasa\n[sastera lama] bunga cempaka;\n \n~ Wilis \ncempaka biru." "semenggah\npatut, senonoh, layak;\n \nkelakuannya tidak ~ \ntidak senonoh kelakuannya." "semengkih\nsejenis tumbuhan (pokok), balik angin bukit, ceret budak, cenderai (gajah), kemesak, melokan, mengkucing, semangkuk, \nCroton argyratum." "semenjak\nmulai dari, sejak:\nia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; \nsejak" "semenjana\n[sastera lama] sedang;\nsemejana." "semenjuh\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar gadung tikus, akar kelona betina, banar (canar) babi, gadung jantan, kijil, \nSmilax helferi." "sementah\nsejenis tumbuhan (pokok), manggis, \nGarcinia mangostana." "sementang\n1.\n = \n~ pun \nsungguhpun, walaupun, biarpun:\n~ pun patik orang Bugis tiada akan mengamuk; \n2.\n = \nsementang-mentang, sementangkan\n kerana \u2026 maka, mentang-mentang." "sementara\n1.\n untuk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal:\nuntuk ~; \nbantuan ~; \n2.\n = \nsementaraan\n [sastera lama] selama, selagi:\ntelah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; \nmarilah cucuku yang kedua ini kududukkan sai-sainya sementaraan aku lagi hayat; \n3.\n sedang (berlakunya sesuatu dan lain-lain):\npengetahuan orang pada masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ kepercayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; \n4.\n = \n~ itu \npada ketika itu, dalam pada itu:\n~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; \n5.\n di samping:\n~ bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; \ningat ~ belum kena, jimat ~ belum habis \n(peribahasa) hendaklah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dan lain-lain);\nkesementaraan\n perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal:\nkesedaran terhadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta." "sementelah\n= sementelahan\n [sastera lama] lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi:\nsudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; \naku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan." "sementung\nbodoh, dungu, tolol." "semer\n[Kelantan]\n1.\n tidak sedap rasanya (makanan);\n2.\n tidak bersemangat (ucapan)." "semerbak\n1.\n merata (bau yang wangi), meruap:\nminyak yang ~ harum baunya sudah disiramkan di dalamnya; \n2.\n harum:\nbunga-bungaan yang ~ baunya;\n= serbak." "semerdanta\n[sastera lama] putih seperti warna bunga serigading (gigi)." "semerit\nsemberip." "semerta\ntanpa berlengah-lengah, serta-merta:\nmereka mesti bertindak balas dengan ~; \npemulihan boleh diadakan secara ~ dalam bilik darjah; \nkontrak ~." "semesta\n[sastera lama] seluruh, segenap, sekaliannya;\n \n~ alam = alam ~ \nseluruh alam;\nkesemestaan\n keadaan semesta:\nyang termuat di dalamnya bentuk-bentuk intelektual dalam darjah\n \n~\n \nyang lebih kecil\n." "semester\nsatu daripada dua sesi pengajian dalam sesuatu tahun akademik di pusat pengajian (universiti, kolej, sekolah, dan sebagainya):\n~ pertama;\n~ kedua." "semetik\nsejenis taut (yang berbingkas apabila mengena)." "semi\ntunas, taruk;\n \nmusim ~ \nmusim bunga (selepas musim sejuk);\nbersemi\n bertunas:\ntanah penimba belum seperti semula, kayu kemboja belum panjang ~." "semi-\nawalan\n \nasing \nseparuh atau setengah, misalnya \nsemiparasit." "semi-profesional\nberkenaan orang yang mengambil bahagian dalam sesuatu kegiatan untuk mendapatkan bayaran tetapi bukan sebagai pekerja tetap." "semiak\n[Perak];\ntak ~ \ntidak sedap badan." "semiang\n= \n~ kalam \nsedikit benar;\n \n~ pun tak ada \nsedikit pun tidak ada." "semidra\nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nAcronychia laurifolia." "semifinal\n[Indonesia] (pertandingan) separuh akhir." "semikonduktor\n(Fizik) bahan (mis silikon dan germanium) yang kadar aliran elektriknya bertambah dengan bertambahnya suhu (nilai kadar ini terletak antara kadar aliran logam dan penebat)." "semilang\n[bahasa percakapan] sembilang." "semiliang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAglaia spp." "semilir\nsilir I." "semilu\nsembilu." "seminai\nsejenis tumbuhan (pokok), belian, betis, putat bukit, surin, \nMadhuca utilis." "seminar I\n[sastera lama] bersinar-sinar;\n sinar." "seminar II\nperjumpaan untuk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu:\npada tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ untuk membincangkan kedudukan kaum wanita;\nberseminar\n mengadakan seminar, menghadiri (menyertai) seminar:\njanganlah kita asyik ~ tanpa usaha lanjutan;\nmenseminarkan\n membahaskan sesuatu perkara, isu, dan sebagainya dalam seminar:\n perkara itu perlulah diseminarkan terlebih dahulu." "seminari\nmaktab (sekolah latihan) untuk melatih bakal paderi." "seminaris\n[Indonesia-Belanda] pelajar atau penuntut di seminari." "seminau\nbercahaya, berkilau-kilau, bersinar;\nsinau." "semingkin\n[bahasa percakapan] makin." "semiotik\n(Linguistik) kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksudkan." "semiparasit\n(Biologi) parasit, khususnya beberapa jenis kulat, yang boleh juga menjalani hidup sebagai saprofit." "semipro\nsingkatan bagi semi-profesional:\n pemain skuad ~; \nliga ~ bermula Mei ini." "semir\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n = \n~ sepatu \nsejenis bahan (lemak, minyak) untuk mengilatkan kulit atau kasut kulit;\n2.\n = \nminyak ~ \nsejenis minyak untuk melincirkan (melicinkan) mesin dan lain-lain, minyak pelincir;\n3.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] wang suap;\nmenyemir\n1.\n mengilatkan dengan semir;\n2.\n membubuh minyak supaya lincir atau licin (mesin);\n3.\n [bahasa percakapan] memberi suap, menyogok." "semomah\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), hujan panas, seruyan, \nBreynia rhamnoides.\nSemoq Beri\n (semoq bri) penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu." "sempada\nketam ~ \nsejenis ketam." "sempadan\n1.\n batas (negeri, daerah, kampung, dan lain-lain), perbatasan:\npertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; \n2.\n tanda garisan, (pancang dan lain-lain) perbatasan atau batas;\n3.\n (Matematik) salah satu garisan lurus yang membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dan lain-lain):\nrajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; \n4.\n [kiasan] had, takat:\nia kasih kepada anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya;\n bersempadan\n = \n~ dengan \nberbatas dengan (sesuatu kawasan, daerah, dan lain-lain):\nnegeri-negeri yang ~ dengan Lautan Atlantik;\nbersempadankan\n mempunyai (sesuatu) sebagai sempadan:\nkawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah;\nmenyempadani\n menjadi (garis) sempadan bagi atau kepada, membatasi, memisahkan, menceraikan:\njalan sempit yang ~ Kampung Kambing dengan bangunan-bangunan pekerja JKR;\n persempadanan\n hal yang berkaitan dengan sempadan (seperti penentuan sempadan dan lain-lain):\nsengketa ini jelas membayangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya;\n~ bahagian pilihan raya \n(Undang-undang) perubahan yang dibuat dalam pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kepada bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya." "sempak I\nbersempak-sempak\n bersepak-sepakan (ayam yang disabung)." "sempak II\nsumbing (pinggan, mangkuk dan lain-lain), sompek." "sempal I\nmenyempal, tersempal\n menyembul atau tersembul keluar (pusat yang bujal, tembakau songel, dan lain-lain)." "sempal II\nmenyempal\n mengisi (lubang, mulut dan lain-lain) penuh-penuh, menyumbat, menjejal:\nbuluh yang disempal dengan daun pisang;\n~ lidah (mulut) \nki mendiamkan diri, tidak menyahut (panggilan orang dan lain-lain);\ntersempal\n1.\n tersekat (di tekak dan lain-lain), tersumbat;\n2.\n [kiasan] tidak terasa apa-apa, kelu." "sempal III\n[Jakarta] patah (dahan, cabang kayu, dan lain-lain), sekah;\nmenyempal\n mematahkan (dahan kayu dan lain-lain), menyentak hingga (menyebabkan jadi) sekah." "sempalai\nbersempalai, tersempalai\n terlantar (seperti bangkai) kerana terlalu letih dan lain-lain." "sempang I\n= \ntanda ~ \ngaris pendek melintang untuk menceraikan suku kata, tanda hubung;\nsengkang." "sempang II\n~-sempung \nberolang-aling (perahu), terolek-olek:\nbelalah perahu buruk ~-sempung di pangkalan itu." "sempat\nmasih ada peluang (waktu, masa) untuk\u2026, dan ([bahasa percakapan]):\nsaya cuba lari tetapi tak ~, saya hanya dapat berundur ke belakang;\n menyempat\n menantikan peluang (waktu yang baik);\n \ntak ~ \ntidak mahu menunggu-nunggu (bertangguh) lagi;\nmenyempati\n mendapat peluang (waktu) untuk;\nmenyempatkan\n mengadakan peluang untuk, meluangkan waktu untuk;\nkesempatan\n peluang untuk, waktu yang terluang untuk:\nRejab mengambil ~ itu untuk melarikan diri; \nhal ini tidak memberikan ~ kepadanya untuk membalas; \npada ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera;\n berkesempatan\n ada kesempatan (peluang) untuk:\nkadangkala apabila ~, dia pulang menjenguk ibunya di kampung." "sempayan\n~ pitu \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), celeguri, guriam, kecolam, lampin budak, puding, \nClerodendron disparifolium;\n~ ular \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), kelentit nyamuk (laut), medang putih, pena-pena, senyamuk, \nGuioa pleuropteris;\n~ ular \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), cendarah hantu, cungah putih, dada ruan, lengkuang, \nOstodes macrophylla." "sempelah\nhampas, keladak, semperah:\n~ kelapa;\n~ tebu; \n2.\n [kiasan] tidak berguna (orang), sampah masyarakat;\n \nanak ~ \nanak yang tidak berguna." "sempelat\nbersempelat\n berlumur dengan kotoran, berselekeh." "sempena I\nberkat, tuah;\n \nmengambil ~ \nmengambil berkat;\n keris ~ \nkeris yang berlok tiga (lima, tujuh);\nbersempena\n mengambil berkat (daripada):\npertunjukan MAHA pada tahun ini diadakan ~ dengan hari ulang tahun kemerdekaan yang kesepuluh;\n menyempenakan\n mendatangkan berkat (tuah) kepada." "sempena II\n[sastera lama] mimpi;\n \n~ hati \nilham." "semperah\nhampas, keladak, tahi (kopi atau teh)." "semperit\nsejenis kuih." "semperung\n1.\n corong (lampu dan lain-lain), cimni, serombong;\n \n~ asap \ncorong asap (pembuluh tempat keluar asap);\n2.\n buluh (besi dan lain-lain) untuk meniup api, salung api;\n3.\n teropong." "sempil\nmenyempil, tersempil\n menyelit, terselit (di antara dua benda)." "sempilai\n= \nikan ~ \nsejenis ikan darat (ikan pelaga), \nBetta spp." "sempilur\nsejenis tumbuhan (pokok), ru bukit, \nDacrydium elatum." "semping\n[Kelantan] tidak lengkap (bahagian badan), cacat;\nkepala ~\n kepala yang tidak berambut sebelah (sebahagian daripadanya botak);\n \ntelinga ~ \ntelinga yang rabit (terpotong dan lain-lain)." "sempit\n1.\n tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dan lain-lain), kecil, ketat (pakaian):\ndi kiri kanan lorong yang ~ itu terdiri beberapa buah rumah; \nmemakai seluar yang ~; \n2.\n [kiasan] cetek atau picik (pandangan, fikiran, dan lain-lain), dangkal:\nfikirannya ~; \n3.\n tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus:\nperkataan agen dalam konteks racun kulat mempunyai erti yang ~;\n4.\n sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dan lain-lain), susah (penghidupan dan sebagainya):\nsemakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya; \nsejak kampung itu dihitamkan, kehidupan penduduknya semakin ~;\n~ akal \npendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran;\n \n~ alam \n[Minangkabau] pemarah;\n \n~ dada \nlekas marah;\n \n~ hati \nlekas marah, tidak sabar;\n \n~ kening \nmudah tersinggung;\nbersempit-sempit\n berasak-asak, bersesak-sesak:\nhidup ~ dalam sebuah rumah kecil;\n menyempit\n menjadi sempit, membuat jadi sempit:\ntak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja;\nmenyempitkan\n1.\n menjadikan sempit, mengurangkan keluasan (sesuatu), mengecilkan:\npintu disempitkan lagi kerana tidak dipisahkan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang; \n2.\n [kiasan] menjadikan sempit, mengurangkan (mengecilkan dan sebagainya), menyusahkan, menyesakkan, membataskan:\nperkara ini tidak ~ perjalanan nafas; \nbiarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya; \nsecara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat daripada pergerakan belia;\n mempersempit\n menjadikan lebih sempit;\nkesempitan\n1.\n perihal sempit (susah, sesak, dan lain-lain):\nkita dalam ~, kekurangan dan ketiadaan; \nkerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; \n2.\n dalam keadaan terdesak, tersesak:\ndia tidak dapat bergerak lagi kerana ~;\npenyempitan\n perbuatan menyempitkan." "sempoa\nsejenis alat untuk menghitung (buatan Cina), dekak-dekak." "sempoh\n[Perak] menanduk (kerbau)." "semporong\ncorong;\nsemperung." "sempoyongan\n[Jakarta] terhuyung-hayang (seperti hendak jatuh)." "semprit\n1.\n sejenis wisel, peluit;\n2.\n [Indonesia] alat untuk mencucukkan (menyuntikkan) ubat ke dalam tubuh." "semprot\n[Indonesia]\n1.\n = \nsemprotan\n sejenis pam untuk menyemburkan sesuatu (seperti air, cat, dan lain-lain);\n2.\n alat untuk mencucukkan (menyuntikkan) ubat ke dalam tubuh;\nmenyemprot\n1.\n menyembur:\nsegenap ruang dan bilik mesti disemprot dengan gas beracun; \n2.\n memasukkan (ubat dan lain-lain) ke dalam tubuh dengan semprot;\n3.\n [bahasa percakapan] mengeluarkan kata-kata yang keras, memarahi, memaki:\nia tidak berani keluar malam lagi kerana takut disemprot isterinya;\nmenyemprotkan\n menyemburkan (cat, air, dan lain-lain);\nsemprotan\n1.\n = \nsemprot\n alat untuk menyemburkan sesuatu (air, cat dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] celaan, makian, cacian." "sempudal\nbersempudal\n diselaputi kotoran yang kering (pada mulut)." "sempuh\n~ baruh \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar darah, akar kenanga, akar pisang-pisang, akar sesugi, merpisang, tepang, \nDesmos chinensis;\n~ padi \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), jarum-jarum rimba, kemenang, randa hutan, ulai-ulai, \nRandia scortechinii." "sempul\n[arkaik];\ntersempul\n tersembul." "sempung\nsempang II." "sempuras\n1. = bersempuras\n penuh dengan kotoran (pada muka), berselekeh;\n2.\n [Minangkabau] hampas (kelapa, tebu, dan lain-lain)." "sempurna\n1.\n tidak ada cacat celanya (kekurangannya):\niman yang ~ dan pekerti yang baik itulah yang kekal; \nhidup yang ~; \n2.\n lengkap, tidak ada kekurangan:\ntidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; \nanggota badannya tidak ~; \n3.\n baik lagi teratur (latihan dan lain-lain):\nupacara itu dilangsungkan dengan cukup ~; \n4.\n sudah selesai (tamat) dengan selamat atau sebaik-baiknya:\n~lah sudah tugasnya sebagai seorang anak yang telah berjasa kepada ibunya; \n5.\n baik sekali, sesuai:\nsaat yang ~;\n menyempurnakan\n1.\n menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dan lain-lain):\nmereka sedang berusaha untuk ~ enjin hasil ciptaan mereka; \n2.\n melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai atau tamat, menguruskan hingga selesai segala-galanya dengan sempurna:\nia mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang telah datang ~ perkahwinan anaknya; \n3.\n menunaikan (perjanjian dan lain-lain), memenuhi (tugas, permintaan, dan lain-lain):\nhendaklah kamu ~ segala kewajiban yang telah disuruh oleh guru; \nkakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; \n4.\n (Matematik) menyelesaikan (sesuatu masalah dan lain-lain), mencari jawaban kepada:\nsempurnakan ganda dua bagi x2 \n+ \n8x dan y2 \u2013 10 y;\n kesempurnaan\n perihal sempurna (lengkap, teratur):\nmencari ~ jiwa dengan membuat kebajikan;\npenyempurnaan\n perbuatan (usaha dan sebagainya) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dan lain-lain) sesuatu:\nejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yang berlaku sejak tahun 1901; \nseniman mencipta suatu situasi yang berhubungan dengan masa depan yang segala-galanya memperlihatkan ~ kepada keinginannya;\n penyempurna\n orang dan lain-lain yang menyempurnakan (sesuatu):\njusteru itu manusia masih lagi berfungsi sebagai ~ kepada sesuatu kehendak dan keperluan orang lain." "semput\nsusah bernafas, sesak nafas, lelah (teruk);\nkesemputan\n [kiasan] ketenatan:\n bagaimana kalau ~ syarikat tidak juga pulih." "semu\n1.\n bukan yang sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura:\nkeadilan yang hanya ~ sahaja; \n2.\n = \nsemu-semu\n lebih kurang, agak;\n \n~ lengkung\n agak lengkung;\n3.\n = \n~ daya \ntipu daya, muslihat:\nbaiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah;\n~ Jawa, pujuk Melayu;\n menyemu, menyemui\n mengakali, menipu;\nmenyemukan\n memperdayakan, mengenakan (tipu muslihat);\ntersemu\n terpedaya:\nterlalu cerdik segala orang Melaka ini, tiada ~ oleh kita;\npenyemu\n orang yang menyemu, penipu." "semua\n1.\n sekalian, segala:\nkalau ada wang, ~ boleh dibuat; \n2.\n = \nsemuanya, kesemuanya\n sekaliannya:\n~ memuji dia; \n3.\n = \nkesemua\n segenap, setiap, seluruh:\nbunga itu merah ~;" "semua-semuanya\nsegala-galanya." "semucup\nkemuncup." "semugum\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nSymplocos adenophylla." "semulut\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga butang, akar kelupas, akar terung-terung, akar ulan gajah, \nLettsomia maingayi." "semun\n~ bidadari \nsejenis tumbuhan (paku pakis), \nPlatycerium coronarium." "semuncup\nkemuncup." "semunding\nsejenis kera." "semunian\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), segeger, \nLycopodium cernum." "semur\n[Indonesia-Belanda] sejenis masakan daging." "semut\nsejenis serangga yang merayap;\n jenis-jenisnya:\n~ api \nsejenis semut, \nTetraponera rufonigra;\n~ gajah \nsejenis semut, \nCamponotus gigas;\n~ gula \nsejenis semut, \nMonomorium pharaonis;\n~ kayu \nsejenis semut yangbesar dan hitam (yang mengorek kayu), \nCamponotus herculaneus\n;\n \n~ kerengga \nsejenis semut, \nOecophylla smaragdina dan lain-lain;\n~ dipijak tidak mati, gajah diharung bergelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga \n(peribahasa) perihal jalan seorang perempuan yang baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat);\n \n~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi \n(peribahasa) perbuatan yang bukan-bukan;\n \ndi mana ~ mati kalau tidak dalam gula = mati ~ kerana gula \n(peribahasa) manusia itu akan tertipu dengan pujuk rayu;\n \numpama ~ mempersembahkan paha belalang kepada raja \n(peribahasa) pemberian yang amat sedikit;\nsemut-semut\n berasa kebas kerana lama tertekan dan lain-lain (berkenaan (dengan) kaki dan tangan), berasa senyar;\nmenyemut\n berkerumun dengan ramainya, mengelilingi sesuatu dengan ramainya:\nia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana;\n semut-semutan, kesemut-semutan, kesemutan\n semut-semut:\nsekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya." "semutar\nsejenis kain pelilit kepala (biasanya dipakai oleh orang lelaki);\nbersemutar\n memakai semutar, berlilit kepala." "semutega\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kait-kait, belingun akar, beroyol, sebuih, sebusuk, \nCoptosapelta tomentosa." "sen\nmata wang yang bernilai 1/100 ringgit, duit." "sena I\nsejenis tumbuhan (pokok), angsana, \nPterocarpus indicus;\n~ bima (hutan) \nsejenis tumbuhan (pokok), \nColubrina anomala." "sena II\n[sastera lama] (bala) tentera." "senagu\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), cemama, cerek-cerek, daun cerek, daun gelang, secerek, \nMicromelum hirsutum." "senaguri\nseleguri." "senai\nbersenai berehat (bagi cenayang yang sedang menurun)." "senak\n1.\n berasa sesak dalam perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dan lain-lain):\ndia mempercepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; \n2.\n berasa sesak dada (kerana susah bernafas dan lain-lain);\n3.\n [kiasan] berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dan lain-lain);\n4.\n tergenang dan menjadi penuh (air);\nmenyenakkan\n1.\n menjadikan senak (perut, dada, dan lain-lain), menyesakkan:\nwaktu malam, minumlah yang saya perbanyak, sehingga ~ perut; \nbau ikan bakar ~ hidungnya; \n2.\n [kiasan] mendatangkan rasa senak (pada fikiran, perasaan, dan sebagainya):\ntimbullah rasa hiba ~ dadanya;\ntersenak\n1.\n = \ntersenak-senak\n tersesak (hingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata dan sebagainya), tersedu-sedu:\nmaka ia pun menangislah dengan teramat sangat tersenak-senak dan teresak-esak sehingga bercucuran air matanya; \n2.\n = \n~ hati \nberasa penuh hiba, terharu;\n3.\n tersekat, tergenang dan menjadi penuh (air dan lain-lain):\nlehernya ~ hendak menangis;\nkesenakan, kesenak-senakan\n menderita senak (perut, dada, perasaan, dan lain-lain)." "senalu\n[Perak] selalu." "senam I\n= senaman\n latihan gerak badan:\njika seseorang tidak membuat apa-apa senaman, maka darahnya tidak dapat berjalan dengan kuat dan betul;\nbersenam\n1.\n melakukan latihan gerak badan;\n2.\n [arkaik] menggeliat (selepas tidur);\nmenyen" "senam II\n1.\n warna biru tua atau biru kehitam-hitaman:\nairnya keruh bagai air kerak, warnanya ~ alamat dalam; \n2.\n [arkaik] biru pucat;\n3.\n warna asal (pada barang-barang yang disadur);\n \nhilang sepuh nampak ~ \n(peribahasa) sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya)." "senamaki\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang daunnya dibuat ubat), \nCassia angustifolia." "senamrobik\nlatihan jasmani yang menggabungkan aerobik dan senaman biasa (lazimnya dilakukan beramai-ramai sebagai suatu acara)." "senan\n[Jakarta] duit sen." "senandika\n(Kesusasteraan) percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dalam drama atau bentuk karya sastera lain, yang ditujukan kepada dirinya sendiri atau pendengar (penonton) untuk mengungkapkan perasaan, konflik batin, firasat dan sebagainya yang dihadapinya atau untuk memberikan sesuatu maklumat kepada pendengar (penonton) itu;\nbersenandika\n mengungkapkan senandika." "senandung\nlagu atau nyanyian (yang dinyanyikan perlahan-lahan) untuk menghiburkan hati sendiri;\n \n~ buaian \nlagu yang dinyanyikan perlahan-lahan untuk menidurkan anak;\nbersenandung\n bernyanyi dengan suara yang perlahan untuk menghibur hati sendiri:\ndalam sebuah pedati kerbau kedengaran suara seorang laki-laki ~ seperti sedang menyedar untung." "senang\n1.\n (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yang susah-susah), tidak ada yang menyusahkan:\nkerja mereka ~ dan mudah; \nmakanan yang murah dan ~ mendapatnya untuk memberikan tenaga ialah karbohidrat; \n2.\n suka, mesra:\nkalau begitu, saya tidak ~ kepada engkau lagi;\n3.\n berasa puas (enak, nyaman, gembira, dan lain-lain), rehat:\nsehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; \nbelum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dengan ~nya melainkan sentiasa dalam pekerjaannya; \n4.\n bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat:\nsusah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi penghalang kepada budak-budak itu bersuka ria; \n5.\n [kiasan] bersahaja (percakapan dan lain-lain), tenang:\nLili meneruskan kata-katanya dengan tenang dan ~;\n~ cakap \nmudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu;\n \n~ hati \nberasa puas (gembira);\n \n~-lenang \nberbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang;\n \n~ sentosa \nsentiasa dalam aman bahagia;\nbersenang; \n~ diri = \nbersenang-senang\n berbuat sesuatu dengan senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka:\nkasihan, sepatutnya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; \nkita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa;\n bersenangkan, bersenang-senangkan; \n~ diri \nbersenang-senang;\n \n~ lelah \n[sastera lama] melepaskan lelah, berehat;\nmenyenangi\n berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai:\ndalam memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; \nsaya lebih ~ teater; \ntidak ada suatu pun yang kusenangi;\n menyenangkan\n1.\n menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan):\nuntuk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan; \n2.\n menggembirakan, menyukakan hati:\nmuka yang satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; \nbagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesungguhnya ~; \n3.\n mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dan lain-lain), memuaskan:\nhatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yang tidak ~; \n4.\n membetahkan (penyakit), menyembuhkan:\nia tidak dapat hendak memberikan ubat yang boleh ~ penyakit itu; \n5.\n menjadikan senang (bahagia, mewah):\naku nak menolong awak, nak ~ awak juga;\n kesenangan\n perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan:\nsegala perintah dan hukumnya itu menuju kepada suatu perkara yang besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat;\n~ dan kemewahan hidup yang dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri." "senangguri\nseleguri." "senangin\nsejenis ikan laut, \nPolynemus tetradactylus;\n~ buis \nsejenis ikan laut, \nPolynemus sextarius." "senantan\n[arkaik] putih seperti santan, kinantan." "senantiasa\nsepanjang masa, selalu(nya);\nsentiasa." "senapang\nsejenis senjata yang berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam), bedil;\n~ angin \nsenapang yang melepaskan penabur dengan tekanan udara;\n \n~ bambu (buluh) \na) sejenis senapang (bedil) yang dibuat daripada buluh untuk mainan kanak-kanak;\n b) (peribahasa) rupanya sahaja berbahaya tetapi sebenarnya tidak;\n \n~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah \nsenapang yang patrumnya diisikan dari pangkal laras;\n \n~ kembar = ~ pengantin \nsenapang yang berlaras dua;\n \n~ [kependekan] = ~ lantak = ~ lantakan \nsenapang yang pelurunya diisikan dari mulut:\n~ mesin \nsenapang yang boleh melepaskan banyak peluru dengan sekali tarik picunya;\nkalau tiada ~, baik berjalan lapang \n(peribahasa) jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah;\n \nmercun buluh ~ bambu kepada saya jangan dituju \n(peribahasa) tidak berguna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tiada memberi erti;\nbersenapang\n memakai senapang, bersenjatakan senapang." "senapati\n[sastera lama] imam perang, ketua tentera, panglima perang." "senar\ntali biola." "senarai\ncatatan (rakaman) nama, perkara, dan lain-lain yang disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dari atas ke bawah, daftar:\n~ harga barang;\nmenyenaraikan\n1.\n menuliskan dalam bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai:\nbukti-buktinya terlalu banyak untuk disenaraikan; \n2.\n (Ekonomi) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dalam senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut:\nsaham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur;\ntersenarai\n tercatat (terakam, termasuk) dalam sesuatu senarai atau dalam senarai tertentu;\npenyenaraian\n1.\n perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dan sebagainya) memasukkan ke dalam senarai:\n~ manuskrip dalam bahasa Melayu;\n~ kata kerja; \n2.\n (Ekonomi) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dalam senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut." "senarai hitam\nsenarai nama orang dan lain-lain yang mempunyai rekod buruk (seperti telah melanggar peraturan atau undang-undang, mengingkari perjanjian, dan lain-lain);\nmenyenaraihitamkan\n merakamkan (memasukkan) dalam senarai hitam:\nJPJ akan ~ pemandu teksi yang kerap melakukan kesalahan lalu lintas dan yang menipu penumpang." "senario\n1.\n ringkasan plot sesuatu drama dan lain-lain termasuk maklumat tentang watak, adegan, dan lain-lain;\n2.\n urutan peristiwa serta perkembangannya yang diramalkan berlaku:\njikalau ini ~nya, maka kesimpulannya boleh dibuat bahawa kehadiran Soviet di Afghanistan akan berlarutan, malah mungkin berkekalan; \nSukan Olimpik mungkin akan mendatangkan ~ baru di Semenanjung Korea." "senarung\n~ betina \nsejenis tumbuhan (herba), jelita, kancing baju, pokok betung, \nCorchorus capsularis;\n~ kambing \nsejenis tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, sianggit, tahi anjing, tambuk-tambak jantan, \nAgeratum conyzoides." "senat I\nsejenis jong Cina." "senat II\n1.\n dewan perwakilan rakyat yang tertinggi (ahli-ahlinya dilantik), dewan negara;\n2.\n majlis atau badan pentadbir yang utama dan tertinggi di sesetengah universiti:\nS~ Universiti Malaya; \n3.\n [Indonesia] majlis mahasiswa." "senator\nahli dewan negara (senat)." "senawan\nular tedung ~ \nsejenis ular yang berbisa." "senawar\npinang ~ \nsejenis tumbuhan (palma), \nActinorhytis spp." "senawat\nsejenis cemeti daripada rotan (untuk menyebat kerbau dan lain-lain)." "senawi\npenumpang perahu yang membayar tambang dengan bekerja (menolong mengayuh dan lain-lain)." "Senayan\nhari) Isnin." "senda I\n= \n~ gurau\n = \ngurau ~ \nkelakar, jenaka, olok-olok, seloroh:\nsajak dan ulangan suara banyak dipakai baik dalam ~ mahupun dalam percakapan;\n bersenda\n = ~ gurau\n = \nbersenda-senda\n1.\n berkelakar, berseloroh, berje" "senda II\n[sastera lama] saya ([kependekan] sahayanda), hamba:\n~lah bercakap mengamuk di dalam kampung Bendahara Paduka Raja; \nsanda I" "sendaan\nsesuatu (bahan dan sebagainya) yang dipersendakan:\n ibu tidak mahu kau jadi ~ orang;\npersendaan\n hal yang berkaitan dengan perbuatan bersenda:\n bahan ~." "sendaguri\nseleguri." "sendak I\nmenyendak\n menegangkan (kulit gendang dan lain-lain)." "sendak II\nmenyendak\n mengunci dengan palang (pintu dan lain-lain):\npintu pondoknya dikunci dari dalam, disendaknya dengan kayu palang;\npenyendak\n kayu palang untuk menutup pintu, selak." "sendal I\n= penyendal\n1.\n lapik (alas dan lain-lain) yang disisipkan ke bawah sesuatu benda supaya tidak goyah atau goyang;\n2.\n sesuatu (baji dan lain-lain) yang disisipkan untuk mengetatkan benda-benda yang longgar;\nmenyendal\n mengenakan (membubuh, memasang) sendal." "sendal II\nmenyendal\n sl, \nmenyendalkan\n mencuri dengan pantas, menyentak dengan cepat (dengan tidak disedari), merenggut:\napa daya kula ~ dia kerana Melayu berkeris di hadapan, jika ia berkeris dari belakang dapat juga kula sendal;\n kesendalan\n terkena curi (copet), kecurian:\n~ aku oleh Jawa ini." "sendalu\nangin ~ \nangin yang sedang (sederhana) kencangnya." "sendam\ntersendam\n [sastera lama] jatuh menjunam (lurus ke bawah)." "sendang\n[Jawa] mata air." "sendar\nbersendar\n berdengkur (tidak kuat), berkeruh:\nTamin sudah ~-sendar kecil di sisinya." "sendarat\nsejenis ikan laut, \nLutjanus argentimaculatus." "sendat\n1.\n tidak longgar (cincin dan lain-lain), ketat, sempit:\nsampai di rumah, dia melucuntukan segala pakaiannya yang serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; \n2.\n tidak dapat diisi lagi (karung dan lain-lain), penuh betul, tumpat:\npondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dengan manusia;\nmenyendati\n memenuhi ruang hingga padat, memadati:\ndia hilang di celah-celah orang ramai yang ~ lorong itu;\n menyendatkan\n menjadikan sendat, menyumbatkan;\ntersendat\n1.\n tersumbat (saluran dan lain-lain), terketat, tersekat:\nnegara-negara maju mengalami keadaan ~ disebabkan birokrasi pentadbiran yang berlebih-lebihan;\n2.\n = \ntersendat-sendat\n;\ntersendat-sendat\n [kiasan] tersekat(-sekat), tidak lancar:\nmereka harus dilatih berbicara dengan tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit;\n kesendatan\n keadaan sendat." "sendawa I\n1.\n bahan kimia kalium nitrat (KNO3) yang digunakan sebagai campuran dalam ubat bedil;\n \nasam ~ \n[Indonesia] asid nitrik;\n \nbaja ~ \nbaja yang mengandungi nitrat;\n \nzat ~ \n[Indonesia] gas nitrogen;\n2.\n = \nubat ~ \nmesiu, ubat bedil:\nmaka lakulah ~ di dalam Riau." "sendawa II\nbunyi (seperti bunyi meneguk) yang keluar dari kerongkongan kerana kekenyangan dan lain-lain:\n ~ perlahan melonjak dari kerongkongan Leman;\n bersendawa\n mengeluarkan bunyi dari kerongkongan (kerana kekenyangan dan lain-lain):\napabila ia ~, yang keluar hanya bau durian sahaja." "sendayan\nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendarayan, senayan batu, seratit, \nThoracostachyum bancanum;\n~ masin \nsejenis tumbuhan (rumpai), mengkuang tikus, pandan tikus, pokok selangsang, \nPandanus oratus;\n~ piah = rumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput pepara, \nRhynchospora corymbosa." "sendel\nbersendel\n bersandar;\n \n~ bahu \na) saling menyandarkan bahu;\n b) bekerja bersama-sama, saling membantu, saling menolong:\npahlawan itu sedang berjuang ~ bahu dengan kawan-kawannya menggempur barisan musuh." "sendeng I\n1.\n tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah;\n2.\n (Matematik) sempadan (pada sesebuah segi tiga tepat) yang letaknya bertentangan dengan sudut tepat;\n3.\n [bahasa percakapan] agak kurang siuman, kurang ingatannya;\n \n~-mendeng \nterhuyung-huyung (seperti hendak jatuh);\nbersendeng\n bersandar:\ndia tidak duduk terus melainkan ~ pada tempat pegangannya sahaja;\nbersendengan\n agak miring (condong, senget) letaknya:\nkalau angin kencang, layar perahu ~;\n menyendeng\n senget atau condong letaknya, miring:\nseseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh;\n menyendengkan\n meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu);\ntersendeng-sendeng\n terhuyung-hayang (seperti hendak jatuh)." "sendeng II\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n usaha mubaligh agama Kristian (Protestan);\n2.\n mubaligh agama Kristian (Protestan);\n \nrumah sakit (sekolah dan lain-lain) ~ \nrumah sakit (sekolah dan lain-lain) yang diselenggarakan oleh mubaligh agama Kristian." "sender I\nbersender, menyender\n bersandar (pada);\nmenyenderkan\n menyandarkan (pada)." "sender II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pemancar radio." "senderayan\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), sendayan, \nThoracostachyum bancanum." "senderik\nsejenis keris pendek." "senderung\n1.\n sejenis ikan laut, \nPlectropoma maculatum; \n2.\n sejenis ikan laut, \nEpinephelus fasciatus." "sendi I\n1.\n = \n~ tulang = tulang ~ = \npersendian\n tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang:\ntakut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; \n2.\n = \npersendian\n tempat bersambungnya dua benda (seperti pintu dan lain-lain), sambungan yang boleh dilipat-lipatkan, engsel;\n3.\n simpai (bingkai, ikatan, dan lain-lain) pada sesuatu, salut;\n~ bahu \ntempat berhubungnya tulang pangkal lengan dengan tulang belikat;\n \n~ engsel\n sendi yang bertindak seperti engsel, yang hanya membolehkan pergerakan pada satu satah, misalnya sendi siku;\n \n~ kata\n kata yang menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung;\n \n~ lesung\n sendi yang terbentuk di antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung, yang membolehkan anggota digerakkan dengan bebas, misalnya sendi bahu dan sendi pinggul;\n \n~ lutut \nsendi yang menghubungkan tulang betis dengan tulang paha;\nbersendi, bersendi-sendi\n1.\n ada sendinya, berhubungan antara satu dengan yang lain dengan sendi:\nperiksa kepala lipas dengan kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yang panjang dan ~; \n2.\n bersalut dengan, bersimpai dengan, berbingkai dengan:\n\u2026 suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dengan permata; \nbagai tanduk ~ gading \n(peribahasa) hal keadaan yang tidak sepadan;\nmenyendi\n1.\n memberikan bersendi;\n2.\n = \nmenyendi-nyendi\n memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yang disembelih;\n3.\n menyalut:\npakaiannya daripada baldu dan daripada timah, disendi dengan perak, rupanya seperti sisik naga." "sendi II\n1.\n = \nbatu ~ \nbatu pengalas tiang rumah dan lain-lain, batu pengganjal;\n2.\n [kiasan] dasar, asas, lunas, pegangan;\nbersendi\n memakai batu sendi (alas, pengganjal);\nbersendikan\n1.\n memakai (menggunakan) sesuatu sebagai batu sendi;\n2.\n berdasarkan, berasaskan, berpegang pada (sebagai pedoman):\ntuntutan adat yang ~ hukum; \nkita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yang tertentu;\nmenyendi\n membubuh batu sendi (di bawah tiang dan lain-lain);\nmenyendikan, mempersendikan\n mendasarkan sesuatu pada, mengasaskan;\npersendian\n asas, dasar." "sendiri\n1.\n tubuh diri yang sebenarnya (bukan wakil dan lain-lain), diri:\ntidak ada masa untuk memikirkan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih penting; \n2.\n tidak dengan bantuan (pertolongan dan lain-lain) orang lain, tidak berhubungan dengan orang lain:\napabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semuanya; \nberkerajaan ~ \nmerdeka;\n3.\n seorang diri, tidak berkawan:\npada hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku; \n4.\n = \nsendiri-sendiri\n masing-masing:\nkedua-duanya sedang tenggelam dalam bacaan ~-~; \n5.\n tidak berkaitan dengan orang lain, bukan (kepunyaan, hak, dan lain-lain) orang lain;\n \ntinggal di rumah ~ \nbukan di rumah orang lain;\n6.\n tidak termasuk yang lain, dalam kumpulan tertentu sahaja;\n \nberbunuh sama ~nya \nberbunuh sesama mereka (tidak dengan orang lain);\n7.\n terpisah (tersisih) daripada yang lain, tidak bersama yang lain, berasingan;\n8.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] yang paling (belakang, depan, dan lain-lain);\nsendirinya\n = \ndengan ~ \n1.\n tidak bercampur (berteman dan lain-lain) dengan yang lain, seorang diri;\n2.\n secara automatik;\nbersendiri\n tidak berteman (berkawan dan lain-lain), tidak berkaitan dengan yangn lain, tersisih (terpisah) daripada yang lain:\nejaan bukanlah suatu pelajaran yang ~ atau tidak berkait dengan pelajaran-pelajaran yang lain; \nterdapat kecenderungan untuk ~;\n menyendiri\n duduk seorang diri, mengasingkan (memencilkan, menyisihkan) diri:\nia hendak ~ lalu lari dengan diam-diam;\n menyendirikan\n mengasingkan daripada yang lain:\nkemeja yang tanggal butang lebih baik disendirikan dahulu;\ntersendiri\n1.\n tidak sama dengan yangn lain, terasing:\nesei memerlukan satu gaya bahasa yang ~ iaitu gaya yang mudah dan sederhana; \n2.\n tersisih (terpisah dan lain-lain) daripada yang lain:\npekerjaannya dapat dijalankan dalam suasana aman, senyap dan ~, sama seperti bekerja di rumah;\nketersendirian\n keadaan tersendiri, keunggulan :\nbanyak teori sastera cenderung untuk mewujudkan ~ sastera sebagai satu kategori yang berasingan;\n sendirian\n1.\n seorang diri, tidak berteman:\npada suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; \nia tersenyum ~; \n2.\n tidak dengan bantuan (pertolongan dan lain-lain) orang lain:\npondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi;\n bersendirian\n1.\n berlainan daripada yang umumnya, tersendiri:\nkeistimewaannya di dalam bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; \n2.\n tidak bersekutu (berkaitan dan lain-lain) dengan yang lain, tidak bersama (dengan pelibatan dan sebagainya) orang atau pihak lain, berasingan:\nkebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; \n3.\n tidak menerima bantuan (pertolongan dan lain-lain) daripada mana-mana pihak pun:\npenuntut-penuntut boleh dibahagikan kepada penuntut ~ dan penuntut berbiasiswa; \n4.\n tidak berkahwin, membujang:\nbiarlah saya ~;\n kebersendirian\n perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi:\nisu tentang ~ dalam internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber;\nkesendirian\n1.\n perihal sendiri (terpencil, tersisih daripada yang lain);\n2.\n perihal lain daripada yang lain, keistimewaan;\npersendirian\n perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan:\nsumbangan terbesar kepada perkhidmatan sosial datang daripada sumber-sumber ~ dan bukan daripada kerajaan;\n penyendirian\n perbuatan mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyendirikan sesuatu;\npenyendiri\n (orang) yang suka menyendiri, (orang) yang suka mengasingkan diri:\nseniman bagi Freud adalah seorang ~ yang amat suka mencipta fantasi." "sendocong\nsejenis ikan darat." "sendok\nmenyendok\n [bahasa percakapan] menyondol, menanduk;\n= senggok." "sendong\n1.\n sejenis kandang atau pasung tempat memerah (susu) kerbau;\n2.\n = \n~ gajah \nsejenis kandang gajah." "sendorong\n[Minangkabau];\nbersendorongan\n menggelincir (ke hadapan);\ntersendorong\n tergelincir ke hadapan, terdorong ke hadapan." "sendu\n[sastera lama]\n1.\n sedih dan pilu:\ndengan hati yang ~, kutulis surat kepadanya; \n2.\n sedu:\nLajos mengeluh dalam ~ yang menyayat;\n bersendu\n bersedih hati:\n~ diri;\nkesenduan\n perihal sedih dan pilu:\nkpada siapakah lagi hendak dicurahkan kerinduan dan ~ hatinya?" "senduduk\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nMelastoma malabathricum (imbricatum, molle, muticum, sanguineum); \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek yang berasal dari Brazil), \nTibouchina semidecandra; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kemunting akar, \nMarumia nemorosa." "senduk I\n1.\n segala jenis alat yang digunakan untuk mencedok nasi (menimbuk gulai dan lain-lain), centong, sudip:\n~ nasi (gulai dan lain-lain); \n2.\n sudu, camca:\n~ makan (teh, sup, dan lain-lain);\n~ dan periuk (belanga) lagi berhantuk (berlaga) \n(peribahasa) suami isteri (kaum keluarga dan lain-lain) ada kalanya berselisih juga;\n \n~ berdegar-degar nasi habis budi dapat \n(peribahasa) kalau membuat pekerjaan kurang hati-hati akhirnya akan mendapat malu;\n \n~ besar tak mengenyang \n(peribahasa) janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati;\n \nberani ~ pengedang, air hangat direnanginya \n(peribahasa) berani yang membuta tuli;\n \nkulai-balai bagai ~ didukung \n(peribahasa) orang yang lemah lembut gerak-gerinya;\nmenyenduk\n mencedok dengan senduk:\nia terus ~ nasi ke pinggan suaminya, kemudian ke pinggannya sendiri;\n menyendukkan\n mencedok (mengaut dan lain-lain) sesuatu untuk membubuhkan;\ntersenduk\n sudah disenduk, tercedok;\n \nnasi ~ tidak termakan \n(peribahasa) tidak dapat merasainya walaupun sudah diperoleh, belum menjadi rezeki." "senduk II\nular (tedung) ~ \nsejenis ular (yang berwarna hitam dan bertampuk kuning pada lehernya), \nNaja trupudians." "senduk-senduk\nsejenis tumbuhan (pokok), bebulan, bulan-bulan, membulan, sesenduk, \nEndospermum malaccense; \ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nPlantago major." "senduri\nseleguri." "senel\n[Indonesia-Belanda];\nsepar ~ \n[bahasa percakapan] kereta api mel." "Senen\n= Senin." "senencing\nsejenis ikan laut, ikan pelanduk, \nLethrinus miniatus." "senerih\n[Kedah], [Perlis];\ntersenerih\n tersentuh, tergesel." "senewen\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan]\n1.\n sakit urat saraf, agak gila;\n2.\n bingung, gugup." "seng\n[Indonesia] zink;\n \nkepalanya sudah beratap ~ \nki rambutnya sudah beruban." "sengah\ntersengah-sengah\n termengah-mengah." "sengai I\nsejenis tumbuhan (pokok), sungi (berrang), \nSantiria wrayi." "sengai II\nsejenis damar yang didapati daripada sejenis pokok \nCanarium spp." "sengaja\n= \ndengan ~ \n1.\n memang diniatkan (dimaksudkan dan lain-lain) lebih dahulu, memang diniatkan begitu:\npenyair ~ ingin berbeza daripada orang biasa; \nbukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; \n2.\n = \nbersengaja\n dibuat-buat, sahaja:" "sengal I\n1.\n berasa sakit-sakit pada sendi (kerana perjalanan darah tertahan dan lain-lain), kaku, kebas, pegal:\n~ kaki (tangan); \n2.\n = \n~ tulang \nsejenis penyakit tulang (reumatisme);\n \n~ pinggang \nsakit (pegal) pinggang." "sengal II\nsengal-sengal\n = \n~ nafas \nsusah bernafas, sesak nafas:\ndengan nafas ~, diberikannya wang lima puluh sen kepada perempuan tua itu;\n tersengal-sengal\n termengah-mengah (nafas)." "sengam\nmenyengam\n [bahasa kasar] memakan sampai habis, membaham." "sengangar\n[Minangkabau];\n~ petir \n(pancaran) kilat, petir;\n \npanas ~ \npanas terik." "sengap\ntidak berbunyi (berkata-kata), diam, senyap:\nakhirnya dia ~, memerhatikan tiap-tiap inci gerak-geri suaminya;\n menyengap\n diam membisu, membatu;\nmenyengapkan\n1.\n menyuruh diam, menengking supaya diam, mendiamkan;\n2.\n merahsiakan, menyorokkan;\npenyengap\n pendiam." "sengarat\nsejenis ikan darat (biasa terdapat di paya-paya)." "sengaring\nsejenis ikan darat, garing, tambra, \nLabeobarbus tambra." "sengat\nsejenis alat yang tajam lagi berbisa yang terdapat pada beberapa jenis serangga dan binatang-binatang lain (labah-labah, lipan, kala, ikan keli, dan sebagainya), antup;\n \nseperti lebah, mulut membawa madu, pantat membawa ~ \n(peribahasa) perempuan yang elok parasnya dan manis tutur bahasanya tetapi buruk dan jahat kelakuannya;\nbersengat\n1.\n ada sengatnya;\n2.\n [kiasan] disegani (ditakuti dan lain-lain) orang;\nmenyengat\n1.\n menikam dengan sengat (lipan dan lain-lain), mengetip dengan sengat:\nseekor kala jengking tanah ~ tapak tanganku; \n2.\n [kiasan] tajam (berkenaan (dengan) kata-kata, sindiran, dan sebagainya), berbisa:\nkata-katanya ~;\n sengatan\n hasil (akibat) daripada perbuatan menyengat:\n tekanan darah mangsa ~ menurun secara mendadak;\npenyengat\n sejenis serangga yang bersengat;\n jenis-jenis:\nRopalidia spp., Vespa auraria, Provespa anomala \ndan lain-lain;\n \nmemelihara ~ dalam baju \n(peribahasa) menaruh musuh dalam rumah tangga sendiri akhirnya tentu akan mendapat kecelakaan." "sengau\ndengan bunyi suara yang keluar melalui hidung apabila bercakap;\n \nhuruf ~ \nhuruf (seperti \nn, ng\n) yang dilafazkan dengan mengeluarkan udara melalui rongga hidung;\nmenyengaukan\n melafazkan (huruf dan lain-lain) dengan bunyi yang keluar melalui hidung:\nvokal i yang berlaku selepas atau sebelum konsonan n seperti pada perkataan ini, disengaukan;\nsengauan\n bunyi sengau, sebutan sengau;\nkesengauan\n sifat (keadaan atau bunyi) sengau:\n~ yang sengaja dibuat-buat untuk menyindir seseorang;" "sengau-sengauan\nbercakap-cakap seperti orang sengau;\npenyengauan\n perbuatan menyengaukan sebutan (sesuatu huruf)." "sengelat\norang yang banyak helahnya (tidak jujur, curang, dan lain-lain), pengelat;\n helah." "sengeleng\n[Kelantan], [Terengganu] sengaja (melakukan sesuatu)." "senget\ntinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng:\nketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi;\n~-menget \ntinggi rendah, tidak sama (permukaan);\n \nbiar ~ jangan tertiarap \n(peribahasa) lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak;\nmenyenget\n menjadi senget (tidak seimbang dan lain-lain), menyendeng:\nmotokar yang mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh;\nmenyengetkan\n meletakkan senget, menyendengkan, memiringkan;\ntersenget\n miring, sendeng (letak sesuatu)." "senggah\nsanggah II." "senggak I\n[Jawa] sorak (dalam nyanyian), tingkah." "senggak II\nmenyenggak\n menengking, mengherdik." "senggama\nsanggama." "senggang I\ntidak sibuk, lapang (waktu), lega, terluang:\nwaktu ~ dipergunakannya untuk membaca buku;\n menyenggangkan\n menjadikan lapang (waktu), melapangkan;\nkesenggangan\n perihal senggang." "senggang II\n[Kelantan], [Terrenganu] antara, jarak, lat, selang (waktu atau tempat)." "senggang III\n[Minangkabau] keras kepala, degil." "senggara\nmenyenggarakan\n mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan;\npenyenggaraan\n perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan;\n= selenggara." "senggat\n= \nsenggatan\n had atau takat, tanda yang menunjukkan tingkatan sukatan (pada kayu pembaris dan lain-lain);\nbersenggat\n mempunyai tanda-tanda yang menunjukkan tingkatan sukatan:\nkayu pembaris ialah sekeping kayu yang diberi ~ dengan unit-unit sesuatu ukuran;\n menyenggat\n memberi bertanda dengan senggat." "senggau\nmenyenggau\n \n1.\n mencapai (dari jauh), menjangkau;\n2.\n menjilat (api), membakar:\nrumahnya disenggau api." "senggayut\nbersenggayut, bersenggayutan\n bergayut (kera, keluang, dan lain-lain), bergayutan, bergantung, bergantungan:\nbas-bas penuh sesak dan ramai penumpang yang tidak dapat tempat duduk, hanya ~ sebagai keluang kesiangan;\n menyenggayuti\n bergayut (bergantung) pada;\ngayut." "senggeng\n[Terengganu] senget (perahu dan lain-lain);\nmenyenggengkan\n menjadikan senggeng, menyengetkan:\nikan-ikan itu ~ badan tatkala melalui air yang cetek." "senggerah\nsenggerahan\n rumah rehat (tempat beristirahat, menginap, dan lain-lain), pasanggrahan:\nmaka Pateh Adam pun kembalilah pada ~nya." "senggeruk\n[Jawa]\n1.\n sejenis tumbuhan untuk dihidu-hidu (dicium-cium);\n2.\n sejenis ubat bius." "sengget I\nsanggit." "sengget II\n[Jakarta];\nmenyengget\n menjolok (mengait) dengan galah:\nbunyi galah Sumi ~ buah nangka bertambah nyata terdengar." "senggiling\ntenggiling." "sengging\nsengging-sengging memakai (pakaian) dengan berlebih-lebihan." "senggok\nmenyenggok\n menyondol dengan kepala, menanduk (kerbau dan lain-lain);\n \njangan buat kerbau tanduk panjang ~ ke mana-mana \n(peribahasa) jangan ikut campur dalam urusan orang lain;\n= sendok." "senggol\n[Jawa];\nbersenggol, bersenggolan\n bersentuhan, bergesel;\nmenyenggol\n menyentuh, menggesel:\nsebuah lori telah ~ bahagian depan kereta Suryono;\ntersenggol\n tersentuh, tergesel;\nsenggolan\n hasil menyenggol, sentuhan." "senggora\nkucing ~ \nsejenis kucing yang cantik bulunya, kucing siam." "senggugu I\nsenggugur." "senggugu II\nudang yang kecil-kecil, geragau." "senggugur\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), lampin budak, mata kesang, sunga (taman, tenjal, timba), tasik, \nClerodendron serratum." "senggugut\nsejenis penyakit orang perempuan ketika haid (selepas bersalin dan lain-lain);\n jenis-jenis:\n~ bangkai, ~ bunga, ~ darah, ~ kulit, ~ lintah, ~ tanduk, \ndan lain-lain." "sengguk I\nmenyengguk\n \n1.\n mengangguk, mengangguk-angguk;\n2.\n menghantukkan (kepala dan lain-lain):\ndipegangnya kepala budak itu dan disengguk-sengguknya di tanah;\ntersengguk\n1.\n terangguk:\nbrek menjerit dan mereka agak ~ ke muka; \n2.\n terhantuk (ke depan);\ntersengguk-sengguk\n terangguk-angguk (orang mengantuk dan lain-lain):\nmalam telah begitu tua dan ada antara kami yang sudah ~." "sengguk II\n= sesengukan\n tersedu-sedu, tersedan-sedan." "senggulung I\nsejenis binatang seperti lipan (bergulung apabila disentuh), pinang kotai bukit (Kelantan), pinang gusi (Pahang), \nOniscomorpha spp.." "senggulung II\nalas kepala (dibuat daripada kain yang digulung, sabut, dan lain-lain) yang digunakan ketika menjunjung sesuatu;\nbersenggulung\n memakai senggulung (ketika menjunjung);\n \nmencencang berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung ~ \n(peribahasa) jika hendak mengerjakan sesuatu sediakanlah segalaalat dan syaratnya dahulu." "senggulung III\n~ hati \npenyakit memulas (hati, perut)." "sengiang\n[Perlis] marah (kepada)." "sengih\nmenyengih\n tersenyum dengan mulut terbuka sedikit (sehingga menampakkan gigi);\nmenyengihkan\n = \n~ gigi \nmembuka mulut sedikit dan menampakkan gigi:\n~ gigi putihnya yang panjang-panjang;\ntersengih\n tersenyum dengan mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi):\nanak-anaknya ~ kegelian melihat telatah emak mereka;\n tersengih-sengih\n tersenyum-senyum dengan terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit:\nNoorain ~ melihat gelagat Kamarul; \ndilihatnya Azman ~ kesukaan;" "sengihan\nhasil perbuatan menyengih." "senging\n[Kedah] herdik, pekik." "sengingih\nsengih." "sengir I\n[Jawa] rasa (bau) seperti rasa (bau) kulit limau;\n \nmangga ~ \nsejenis mangga yang baunya seperti bau limau." "sengir II\nmenyengir\n mengangkat hidung (kerana tidak suka dan lain-lain)." "sengiring\nsejenis ikan darat, \nMystus carasius." "sengit I\n1.\n hangit (berkenaan (dengan) bau sesuatu seperti makanan dan rambut terbakar);\n2.\n tajam dan menusuk hidung (berkenaan (dengan) bau bahan kimia, gas dan sebagainya)." "sengit II\n1.\n keras dan menyakitkan hati (perkataan), pedas:\ntidaklah adat istiadatnya sampai seburuk yang engkau katakan itu, engkau belum kenal akan dia, tuduhanmu telah ~ sahaja; \n2.\n hebat atau hangat (perkelahian, pertempuran, perdebatan, dan lain-lain):\nlarut tengah malam pertempuran bertambah ~, peluru bersiung-siungan membelah kesunyian; \n3.\n bengis (perbuatan, muka, dan lain-lain):\nia tetap menentang saran itu dengan tegas, bahkan dengan ~ dan berangnya;\nmenyengit\n menjadi sengit, menghangat, menghebat;\nkesengitan\n perihal sengit." "sengkak I\nberasa kenyang sekali, segah (perut)." "sengkak II\nmenyengkak\n mengurut perut ke atas (untuk mengeluarkan angin dan lain-lain)." "sengkak III\n[Minangkabau];\nmenyengkak\n seram (ngeri)." "sengkal\nkayu palang (baluk) yang dipasang melintang perahu." "sengkalan\npapan tempat menggiling lada (rempah dan lain-lain);\n \nanak ~ \npenggiling lada dan lain-lain di atas sengkalan;\n \nseperti ~ tak sudah \n(peribahasa) sesuatu yang terlalu buruk rupanya." "sengkang I\n1.\n palang daripada kayu dan lain-lain (pada pintu, penyokong tiang, kekang, dan lain-lain):\napabila ada ~-~ bangku itu yang galir atau longgar hendaklah segera diketatkan segala pasaknya; \n2.\n [arkaik] garisan pusat (pada sesuatu bulatan);\n3.\n = \ntanda ~ \ntanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang;\n \n~ bajang \npalang yang hujung tiap-tiap balaknya berbentuk ekor ikan;\n \n~ merah \n[Indonesia] palang merah;\nmenyengkang\n1.\n membubuh palang (pada pintu, tiang, dan lain-lain), menyokong dengan palang;\n2.\n meletakkan sesuatu pada mulut dan lain-lain supaya terus ternganga (terbuka):\nkelopak matanya seperti disengkang-sengkang dengan kayu agar terus celik;\nbersengkang; \n~ mata \nmenahan diri daripada tidur, berjaga (tidak tidur) hingga larut malam;\ntersengkang\n1.\n terbuka sentiasa kerana disengkang (mulut dan lain-lain);\n2.\n terletak atau terhenti melintang (pada kerongkongan dan lain-lain), menyengkang:\npenuh di dalam mulutnya dengan nasi dan daging serta sekerat tulang kerbau ~ di mulutnya;\npenyengkang\n kuda-kuda (pada biola)." "sengkang II\nmenyengkang\n (berjalan, berdiri, dan lain-lain) dengan kaki terbuka, mengangkang:\n duduk ~;\ntersengkang\n terangkat sebelah (kaki)." "sengkar\npapan (tempat duduk) yang letaknya melintang perahu." "sengkarut\nbersengkarut\n \n1.\n berbelit-belit dan berjalin-jalin (akar, tali, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] banyak selok-beloknya, berkait-kait, bersangkut-paut;\n3.\n [kiasan] tidak menentu (percakapan dan lain-lain), tidak keruan, karut." "sengkawang\nsejenis tumbuhan (pokok), damar laut, membatu, tengkawas ijuk, \nIsoptera sumtrana;\n~ air = meranti ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea lepidota." "sengkawas\nsejenis tumbuhan (pokok), medan beluluk, taring pelanduk, tuba buah, \nDiospyros wallichii." "sengkayan\nair yang berpusing dan terangkat ke atas (kerana dipuput angin puting beliung dan lain-lain)." "sengkek\n1.\n orang Cina totok (yang baru datang dari negeri China);\n2.\n [kiasan] bangsat, papa, miskin." "sengkela I\nsengkang kaki, belenggu, pasung;\n \nseperti gajah dengan ~nya \n(peribahasa)\na) sesuatu hal yang menyusahkan;\n b) orang besar-besar sekalipun ada juga mendapat kesusahan;\nbersengkela\n dikenakan sengkela (pada kakinya), dipasung:\n~ kakinya;\nmenyengkela\n mengenakan sengkela (pada kaki), memasung, membelenggu, menyengkang." "sengkela II\n[Kedah] penyakit kudis atau gatal-gatal pada buah kemaluan" "sengkelang I\nsengkela (penyakit kudis)." "sengkelang II\nbersilang (kaki atau tangan seperti waktu berpeluk tubuh dan lain-lain);\nmenyengkelangkan\n menyilangkan (kaki, tangan)." "sengkelat I\nsakhlat." "sengkelat II\ntidak bersuci (selepas buang air)." "sengkeling\nbersengkeling;\nbersengkeling\n tindih-menindih (kaki tangan), bersilang;\nmenyengkelingkan\n menyilangkan (kaki, tangan):\ntangannya tidak pernah disengkelingkan ke belakang; \ncengkeling." "sengkelit I\ntali yang bersilang tempat melekatkan kaki (sewaktu memanjat pohon dan lain-lain);\nbersengkelit\n menggunakan sengkelit (untuk memanjat)." "sengkelit II\nbersengkelit\n berasak-asak, berdesak-desak;\nmenyengkelit\n mengasak-asak (masuk), mendesak." "sengkelit III\n[Jawa];\nmenyengkelit\n menyelitkan (menyisipkan) keris di belakang." "sengkenit\nsejenis kutu (pada binatang), cengkenit." "sengker I\n[Jawa];\ndisengker\n tidak dibenarkan keluar, dikurung, dipingit;\nsengkeran\n kurungan, pingitan." "sengker II\n(Sunda) = \nsengkeran\n batas." "sengketa\n1.\n = \npersengketaan\n pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan, pertentangan, pertikaian:\nAmerika diingatkan supaya jangan campur tangan dalam ~ Arab-Israel; \nhalangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh ~ sesama sendiri di kalangan pemimpin Perikatan; \n2.\n hal atau perkara (dari segi pengadilan):\ntidak ada ~ yang tidak dapat diselesaikan;\n bersengketa\n bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dan lain-lain):\npihak-pihak yang ~ bersedia menghadapi persoalan itu dengan fikiran tenang dan terbuka;\nmempersengketakan\n memperbantahkan, mempertikaikan:\nBahasa Kebangsaanlah yang menjadi soal yang dipersengketakan oleh kedua-dua pihak itu;\npersengketaan\n1.\n perselisihan, pertelagahan, pertikaian, perbalahan:\n~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kepada anak masing-masing; \n2.\n perebutan (terhadap sesuatu):\nmaka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan." "sengkil\nduduk ~ \nduduk di jendela atau di pintu untuk memperlihatkan diri (perempuan)." "sengkilit\n[Jakarta];\nmenyengkilit\n1.\n menjatuhkan orang dengan mengangkat kakinya (menahan kaki orang ketika berjalan dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] menipu." "sengkit\nsejenis tumbuhan (pokok), mempatuh, pala hutan, pianggu, samban, sungkit, \nMyristica elliptica." "sengkok\nbengkok (kaki, tangan), berpiuh (kerana pernah patah), cengkok, riuk." "sengkokol\nmengerekot kerana sejuk, mengokol;\nkokol I." "sengkol\nbersengkol\n berpulas-pulas (urat dan lain-lain)." "sengkuang\n1.\n = \nubi ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang berumbi), bengkuang, mengkuang, singkuang, \nPachyrrhizus erosus; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), bengkuang, cengkuang, sakal, sekuang, sepul surgan, \nDracontomelum mangiferum; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), bekak, rambutan pacat, \nMischocarpus sumatranus." "sengkuap\natap yang dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sebagai tambahan sahaja):\nmalam hari, bukan tidur di lepau atau di dalam rumah, melainkan di bawah ~ atap rumah orang;\n~ gantung \ncetera (payung) di atas singgahsana." "sengkul\nsakit kerongkong dan susah menelan, sakit kail-kail." "sengkurat\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Elaeocarpaceae, sanga burung, medang, kungkurad dan parius-parius (Sabah), empedu, perdoh dan sanga (Sarawak), \nElaeocarpus spp\n." "sengokol\nsengkokol;\n kokol I." "sengoti\n[Kelantan] sungguh, benar, betul." "sengsai\nsedih benar, menderita (kesusahan, kepiluan, dan lain-lain), sengsara:\nsesungguhnya Marah Adil sudah ~; \nsangsai" "sengsam\n[Minangkabau];\nkesengsaman, tersengsam\n tercocok (dengan sesuatu), tertusuk, terkeluani." "sengsara\n1.\n kesusahan (kesulitan dan lain-lain), penderitaan:\nberbagai-bagai ~ dan kesusahan yang ditanggungnya; \nazab ~ \nberbagai-bagai penderitaan;\n2.\n menderita kesusahan (kesukaran dan lain-lain):\nbuat seorang bapa tentulah tidak suka melihatkan diri anaknya dalam keadaan hidup ~;\n menyengsarakan\n menjadikan (menyebabkan, mendatangkan) sengsara, menganiaya, menyusahkan:\n~ rakyat jelata;\nkesengsaraan\n perihal sengsara:\nibu kandungku telah mati dalam ~." "sengsem\n[Jawa];\nkesengsem\n terlalu asyik (berahi), jatuh cinta (kepada)." "sengseng\n singsing." "sengsurit\nsejenis burung, \nCaloperdix oculea." "senguk\n~-sengak \ntersedu-sedu, terisak-isak;\nmenyenguk\n menghidu, mencium bau." "sengun\nsejenis tumbuhan (pokok), batai, jinjing, \nAlbizzia falcata." "sengungut\nsejenis ikan darat." "sengut\ntersengut-sengut\n tersedu-sedu, tersedan-sedan;\nsenguk." "seni I\nhalus (kecil, elok), tipis dan halus, enak didengar (suara), comel (bentuk badan):\nmaka Perdana Menteri pun menyuruh melengkapi sebuah pilu diisinya dengan jarum yang ~-~ yang berkarat; \nbercelak ~ \nmenggunakan celak yang halus;\n \nair ~ \n[bahasa halus] air kencing;\n \nhajat ~ \nrasa hendak ke sungai;\n hidupan ~ \nbenda-benda hidup yang halus (bakteria, ameba, dan lain-lain);\n \npeluh ~ \npeluh yang keluar dari badan orang yang sedang ketakutan dan lain-lain;\n puteri yang ~ \nputeri yang halus kulitnya;\n \nsuara yang terlalu ~ \nsuara yang lembut dan tinggi;\nmenyeni\n [arkaik] halus, lembut." "seni II\n1.\n karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan:\nkalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; \n2.\n kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dan lain-lain) yang indah-indah;\n~ bahasa \nkeindahan (susunan kata-kata) bahasa;\n \n~ bina \n= \n~ bangunan \n[Indonesia] seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan penyeliaan pembinaan bangunan dan sebagainya);\n \n~ drama \nseni mengenai lakonan pentas (sandiwara);\n \n~ foto \nseni tentang pengambilan gambar dengan kamera dan penghasilan gambar;\n \n~ halus \ncabang dan karya seni yang mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kepada peminatnya, seperti lukisan, muzik, puisi dan ukiran;\n \n~ jarum \nkecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-menjahit);\n \n~ kata \nsusunan kata-kata yang indah (untuk lagu dan lain-lain);\n \n~ khat\n seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dengan gaya yang khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yang indah-indah;\n \n~ kraf tangan \nseni kemahiran pekerjaan tangan (seperti ukir-mengukir, membuat barang-barang dengan kemahiran tangan, dan sebagainya);\n \n~ kreatif \napa sahaja seni yang dapat mencipta sesuatu;\n \n~ lakon \nseni drama;\n \n~ lukis \nseni mengenai lukis-melukis;\n \n~ murni \nseni mengenai penciptaan barang yang indah-indah (seni lukis, seni pahat, dan lain-lain);\n \n~ muzik \nseni mengenai muzik termasuk lagu;\n \n~ pahat (ukir) \nseni mengenai pahat-memahat (seperti membuat patung dan lain-lain), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dengan pahat;\n \n~ rupa \nseni pahat dan seni lukis;\n \n~ sastera \nseni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi);\n \n~ silat \nseni mengenai bersilat atau berpencak;\n \n~ suara \nseni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dan lain-lain);\n \n~ tari \nseni mengenai tari-menari;\n \n~ ukir(an) \nseni atau kemahiran ukir-mengukir;\nberseni\n mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni:\ntidak pula bermakna ia menghargai tulisan yang tidak ~;\n kesenian\n perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan):\nkaulah seorang seniman yang tahu menikmati ~ alam." "seni III\n[Indonesia-Belanda] (orang yang mempunyai) kebolehan untuk mencipta sesuatu yang luar biasa." "seni IV\n[Indonesia-Belanda] bahagian kejuruteraan dalam tentera." "seniah\nsejenis tumbuhan (pokok), \nFicus hispida." "senigai\ntangga ~ \nsigai." "seniman\n1.\n orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu (seperti pelukis, penyair, penyanyi, dan lain-lain);\n2.\n bintang filem (lelaki) yang telah lama melibatkan diri dalam perfileman dan telah mencapai tahap yang tertentu:\n~ Mustafa Maarof; \nS~ Agung\n seniman yang paling tinggi kedudukannya:\nS~ Agung P. Ramlee;\n kesenimanan\n hal (sifat, ciri, dan lain-lain) yang berkaitan dengan seniman." "Senin\n1.\n [bahasa percakapan] Isnin;\n2.\n [Indonesia] hari Isnin;\n \n~ Kamis \nki sesak nafas (seperti akan mati), mengap-ngap." "senior\n1.\n lebih tinggi dari segi pangkat, kedudukan (dalam sesebuah organisasi), kanan;\n2\n. lebih tua dari segi umur." "senioriti\nkekananan:\nprinsip ~ tidak berlaku tetapi berdasarkan prinsip kemampuan dan kecekapan." "seniwan\n[arkaik] seniman." "seniwati\nbintang filem (wanita)." "senja\nwaktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam), ketika hampir akan malam:\n~ hampir tiba, ayam dan itiknya kedengaran riuh rendah masuk ke reban; \nberebut ~ \n[Minangkabau] hari mulai malam;\n \n~ buta = ~ raya \nsenja yang sudak agak larut (lebih kurang pukul 8.00 malam);\nkesenjaan\n sudah terlalu petang (hampir benar akan malam), kepetangan." "senjah\n[Kelantan];\nmenyenjah\n menarik (merentap) dengan kuat." "senjakala\nwaktu senja." "senjang\n[Minangkabau]\n1.\n tidak sama yang di kiri dengan yang di kanan (sulaman, ukiran, dan lain-lain), tidak seimbang, genjang;\n2.\n berlainan sekali, berbeza;\nkesenjangan\n keadaan senjang, ketidakseimbangan, kelainan, perbezaan;\npersenjangan\n perihal tidak seimbang (serupa), perbezaan." "senjarang\nsejenis tumbuhan (herba yang menjalar), angkup merah, bayam pasir (rusa), ekor kucing, jarang-jarang, keremak, nyarang (putih), penjarang (ayam), \nCyathula prostrata." "senjata\n1.\n alat yang digunakan untuk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dan lain-lain):\nkeris Majapahit dikatakan tidaklah digunakan sebagai ~ tetapi hanya disimpan sebagai azimat; \nalat ~ \nberbagai-bagai senjata;\n \nmeletakkan ~ \nberhenti berperang;\n \nmengangkat ~ \nmulai berperang;\n2.\n [kiasan] sesuatu (surat, kejadian, dan lain-lain) yang digunakan untuk mencapai sesuatu maksud:\n~ yang besar yang digunakan oleh mereka untuk memancing undiialah dengan menimbulkan persoalan hidup petani; \n3.\n tanda bunyi atau baris pada tulisan Arab (fatahah, kasrah, dan lain-lain);\n \n~ api \nsenjata yang menggunakan ubat peledak (seperti senapang, meriam, bom, dan lain-lain);\n \n~ berat \nsenjata api yang besar-besar (seperti meriam dan lain-lain);\n ~ biologi \nsenjata yang menggunakan organisma hidup, seperti kuman dan virus, yang boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan;\n \n~ gelap \nsenjata api yang digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa;\n \n~ kimia \nsenjata yang terdiri daripada bahan kimia yang bukan bahan ledakan (mis gas beracun dan lain-lain);\n \n~ konvensional \nsenjata api yang tidak melibatkan penggunaan bahan nuklear (kimia dan sebagainya);\n \n~ nuklear \nsenjata api yang menggunakan tenaga nuklear;\n \n~ ringan \nsenjata api yang kecil-kecil (pistol dan lain-lain);\n \n~ tajam \nsenjata yang tajam (keris, lembing, dan lain-lain);\n \n~ makan tuan \n(peribahasa) senjata yang dipakai untuk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri;\nbersenjata\n memakai (berlengkap dengan) senjata:\nmaka bertemu dalam kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; \nangkatan ~ \ntentera, askar;\nbersenjatakan\n mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sebagai senjata:\nRaja Mambang pun keluar ~ pedang;\n mempersenjatai\n melengkapi dengan senjata:\nMalaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan;\n kesenjataan\n perihal senjata;\npersenjataan\n1.\n perihal melengkapi dengan senjata;\n2.\n segala alat dan perlengkapan senjata." "senjelai\nenjelai." "senjolong\nsejenis ikan laut, jolong-jolong, pupu, sembir, \nHemirhamphus spp." "senjong\nsejenis talam kecil daripada logam yang berkaki, semberip." "senjuang\nsejenis tumbuhan (pokok), anjiluang, lenjuang, \nCordyline terminalis." "senjung\nlengan neraca, batang dacing." "senohong\nsejenis ikan laut, \nPolynemus spp.\nSenoi\n penduduk asli Semenanjung Malaysia, yang tinggal di lereng Titiwangsa di pedalaman negeri Perak, Kelantan dan Pahang." "senoncong\nsejenis ikan laut, \nLethrinus miniatus." "senonoh\ntidak ~ \n= \nkurang ~ \ntidak patut atau tidak sopan (perkataan, perbuatan, dan lain-lain), tidak menentu (pakaian), tidak manis dipandang:\nia tidak suka aku bercampur dengan orang yang tidak ~." "senonya\nsejenis tumbuhan (pokok renek), api-api hutan, delik-delik jambu, kelat batu, pantat ulat, \nMemecylon coeruleum." "senoyong\nbersenoyong\n terhuyung-huyung (seperti hendak jatuh)." "sensagun\nsejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras yang digoreng dengan kelapa parut dan digaul dengan gula, sagun." "sensasi\n1.\n sesuatu (kejadian, keadaan, dan lain-lain) yang menggemparkan atau yang membangkitkan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat, dan sebagainya):\n~ dicarinya, ~ dilakukannya dan disebarkannya ke seluruh masyarakat; \n2.\n menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dan lain-lain):\nberita-berita itu kebanyakannya tersiar di kota Medan oleh beberapa buah majalah yang ingin menyiarkan berita-berita ~;\n mensensasikan\n menyebabkan sesuatu perkara (keadaan, peristiwa dan sebagainya) terutama laporan akhbar menjadi sensasi:\nakhbar memang gemar ~ tajuk sesuatu berita." "sensitif\n1.\n mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dan lain-lain);\n2.\n boleh memperlihatkan perubahan yang sekecil-kecilnya (alat yang menyukat seperti jangka suhu, neraca, dan lain-lain), mudah (lekas) bergerak balas (berkenaan (dengan) alat, mesin, dan sebagainya);\nkesensitifan\n perihal (keadaan) sensitif, kepekaan, sensitiviti:\n~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh." "sensitiviti\nkeadaan sensitif, kepekaan:\npihak pengurusan percetakan dan penerbitan mestilah mengambil kira ~ kaum-kaum yang bermastautin di negara ini; \nmereka telah meletakkan segala-galanya kepada mesin dan melupakan kemampuan daya fikir dan ~ serta rangsangan seorang insan." "sensitometer\n(Fizik) alat untuk mengukur kepekaan bahan fotografi terhadap cahaya." "sensor I\nalat yang dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dan sebagainya, penderia:\nkipas akan hidup sebaik sahaja ~ mengesan bahang berlebihan dalam hidup enjin terutamanya ketika dalam kesesakan lalu lintas yang teruk." "sensor II\n[Indonesia-Belanda] badan atau orang yang bertugas menapis atau memeriksa sesuatu yang akan disiarkan (buku, majalah, filem, dan sebagainya) untuk kepentingan umum atau kerana sesuatu sebab tertentu:\npihak Jepun mengawasi penerbitan ini dan setiap karangan yang tersiar sudah melalui ~ Jepun;\n disensor\n ditapis atau diperiksa oleh pihak yang berkenaan (sesuatu yang akan disiarkan)." "sensual\nmembangkitkan nafsu syahwat, penuh ghairah, mengghairahkan, bernafsu." "sensualisme\n1.\n ajaran (fahaman) yang menganggap bahawa segala pengetahuan manusia itu didasarkan pada cerapan pancaindera;\n2.\n keadaan sensual." "senta I\nbaluk penyangga geladak (dipasang membujur perahu)." "senta II\nmenyenta\n menolak (permohonan, permintaan, dan lain-lain)." "sentada I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), jati laut, \nPodocarpus polystachyus; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), kayu cina, \nPodocarpus neriifolius." "sentada II\nsemut ~ \nsejenis semut;\n \nketam ~ \nsejenis ketam." "sentadu\n=\n \nbelalang ~ \nsejenis belalang berwarna hijau dan panjang kakinya, belalang kacung, cengkadak, mentadak-mentadu, \nTenodera aridifolia; \nulat ~ \nsejenis ulat yang besar berwarna hijau." "sentagi\n1.\n sejenis tali;\n2.\n sejenis bengkung (ikat pinggang) perempuan, setagen." "sentak\nmenyentak\n1.\n menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut:\ndisentaknya nyiur gading dari mulut ular itu dengan tangan kiri; \n2.\n menarik dengan pantas (keris, pedang, dan lain-lain), mencabut, menyendal:\nmaka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; \n3.\n menarik (mengecut, mengendur) dengan tiba-tiba:\nmestilah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pada tembaga atau besi;\n tersentak\n1.\n tertarik dengan kuat, terpiuh;\n2.\n tersedar (daripada tidur, lamunan, dan lain-lain) dengan tiba-tiba, terperanjat:\nlaki-laki bermuka cengkung itu ~ daripada khayalannya; \nsentap" "sentak I\n[Jawa];\nmenyentak\n kuat dan keras (suara orang marah dan lain-lain):\nwalaupun suaranya itu ~, tetapi saya tidak begitu terkejut;\nmenyentakkan\n menengking, mengherdik:\ntiba-tiba suara bapa dalam kamar menyentakkan kami." "sentak II\nPI sejenis penyakit (kaku kaki tangan dengan tiba-tiba dan lain-lain)." "sental\nmenyental\n \n1.\n menggosok dengan kuat (supaya bersih), mengganyah:\ndia sudah ~ badannya dengan sabun lebih dua kali sewaktu mandi tadi; \n2.\n [bahasa kasar], [kiasan] makan (hingga habis);\n3.\n [kiasan] mengambil hak orang lain (tanpa kebenaran), mencuri, mencopet:\nsemalam pencuri telah masuk kampung dan ~ tiga buah basikal;\n menyentalkan\n menggosokkan keras-keras, mengganyahkan;\nsentalan\n hasil atau tindakan menyental:\n~ ini menanggalkan sel kulit yang telah mati;\npenyental\n alat untuk menyental:\nbatu ~." "sentali\nsejenis burung, burung tukang besi, \nMegalaima haemacephala indica." "sentana I\n[Jawa], [sastera lama] kaum keluarga diraja (orang bangsawan)." "sentana II\n[Minangkabau];\nkalau ~ \nsekiranya, seandainya." "sentana III\n[Minangkabau];\nbersentana\n [arkaik] dengan sepertinya (selayaknya, sepatutnya):\nmalunya timbul kerana pakaiannya yang tidak ~ itu." "sentang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), setan, setang, \nMelia excelsa;\n 2.\n sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Meliaceae, limpaga (Sabah), \nAzadirachta excelsa." "sentap\nmenyentap\n menarik kuat-kuat (dengan tiba-tiba), meragut:\npada ketika ini Wan Jamil ~ tali lehernya;\n~ nyawa \nmencabut nyawa, menyebabkan mati (dengan serta-merta)\nsentapan\n hasil atau tindakan menyentap:\nmata terasa amat pedih kerana mengantuk, namun ~ demi ~ ikan baung pada mata kailnya menjernihkan semula mata yang layu." "sentausa\n[sastera lama] \n sentosa." "senteng I\n1.\n pendek atau singkat (baju, kelambu, dan lain-lain):\nseperti kain pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~; \n2.\n kekurangan (wang dan lain-lain), tidak mencukupi:\n~ wang; \n3.\n [bahasa percakapan] sudah tidak menentu lagi ingatannya, cacau;\nmenyentengkan\n1.\n menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan;\n2.\n menjadikan kurang (tidak cukup), mengurangkan;\nkesentengan\n perihal senteng." "senteng II\n(Bali) kain kemban." "senter I\n[Indonesia]\n1.\n = \nlampu ~ \nlampu picit;\n2.\n lampu yang boleh menyinarkan cahaya jauh-jauh, lampu corong;\n \ngambar ~ \ngambar bayangan di atas layar (seperti wayang) tetapi tidak bergerak;\nmenyenter, menyenteri\n menerangi dengan lampu picit." "senter II\n[bahasa percakapan];\n~ haf \npemain barisan kedua yang di tengah (dalam permainan bola sepak, hoki);\n \n~ por \npemain barisan penyerang yang di tengah (dalam permainan bola sepak, hoki);\n \ntak ~ \n[bahasa percakapan] agak gila, tiga suku." "senteri\n1.\n orang yang mendalami pengajiannya dalam agama Islam dengan merantau jauh-jauh (berguru di tempat yang jauh-jauh);\n2.\n orang yang kuat beribadat (soleh)." "senti\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n singkatan bagi sentimeter;\n 2.\n seperseratus." "sentiabu\nbenet, bayonet, sangkur;\nsetiabu." "sentiare\nsatuan ukuran luas yang bersamaan dengan satu meter persegi." "sentiasa\nsepanjang masa, selalu;\n= senantiasa." "sentigram\nsatuan sukatan berat yang bersamaan dengan 0.01 gram." "sentigred\nskala suhu yang bersimbol C dengan takat sejuk beku pada 0\u00b0 dan takat didih pada 100\u00b0 (unit lama bagi Celsius)." "sentil I\n~ tembakau \nsongel daripada tembakau, sugi;\ntersentil\n tersembul (tersempil) sedikit:\n songel yang ~ di bibirnya itu ditenyeh-tenyehkannya terus tanpa menghiraukan pertanyaan suaminya." "sentil II\n[Jakarta];\nmenyentil\n1.\n memukul dengan jari yang dibidaskan dengan ibu jari, menjentik;\n2.\n [kiasan] menegur (dalam erti mencaci, mencerca, dan lain-lain), mengkritik;\nsentilan\n1.\n jentikan;\n2.\n celaan, kritikan." "sentiliter\nsatuan ukuran isi padu yang bersamaan dengan 0.01 liter." "sentimen\n1.\n perasaan yang berlebih-lebihan dan menuruntukan kata hati terhadap sesuatu;\n2.\n emosi atau perasaan yang lembut dan halus yang mudah mengusik jiwa;\n3.\n pandangan atau pendapat tentang sesuatu:\nkau yang mengapi-apikan ~ perkauman;\n \nkau terlalu lekas tersinggung, terlalu lekas mengeluarkan perasaan ~mu." "sentimental\n1.\n berkaitan dengan atau dicirikan oleh sentimen;\n2.\n bersifat lembut, romantis, atau mudah terusik perasaan:\nlagu~; \ngadis ~." "sentimentalis\norang yang sentimental:\n Ishak Haji Muhammad seorang ~." "sentimeter\nsatuan ukuran panjang yang bersamaan dengan 0.01 meter." "senting I\n[Minangkabau] [arkaik] susah, sukar." "senting II\n[Minangkabau] [arkaik] bagus (baik) sekali." "sentiung\n[Cina] jirat (kubur) Cina." "sentosa\naman dan tenteram, bebas daripada segala bencana, sejahtera, selamat:\npada masa itu negeri Melaka pun dalam ~nya, dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk;\n bersentosa\n berada dalam keadaan aman dan tenteram (sejahtera, mewah, dan lain-lain), berbahagia;\nmenyentosakan\n menjadikan sentosa (sejahtera), mengamankan;\nkesentosaan\n perihal sentosa, keamanan, kesejahteraan, ketenteraman:\nmereka menyanjung tinggi Presiden mereka yang telah memimpin negara mereka ke arah ~ itu." "sentral\n1.\n di tengah atau pusat;\n \npasar ~\n pasar yang terletak di tengah bandar;\n2.\n (pejabat dan lain-lain) yang menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dan lain-lain), ibu (pejabat dan lain-lain);\n \npemerintah ~\n pemerintah pusat." "sentralisasi\nperihal menyerahkan atau meletakkan kekuasaan (pemerintahan dan lain-lain) kepada pihak berkuasa pusat, pemusatan (pemerintahan, pentadbiran, dan sebagainya);\nmenyentralisasikan\n menyerahkan atau meletakkan kekuasaan dan lain-lain kepada pihak pusat, memusatkan (pentadbiran dan sebagainya):\nbeberapa aspek pentadbiran dan pengurusan pendidikan kini harus disentralisasikan untuk menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian dalam pendidikan di negara ini." "sentri\npenjaga, pengawal." "sentroid\n(Matematik) pusat bagi sesuatu rajah." "sentrum\n1.\n [Indonesia] tempat yang terletak di tengah-tengah (bandar dan sebagainya), pusat bandar;\n 2.\n titik pada pusat bidang (bulatan, dan sebagainya), titik pusat;\n3.\n (Biologi) bahagian atau badan utama tulang ruas." "sentuang\nbuluh dan lain-lain untuk meniup api, salung api." "sentuh I\nbersentuh\n \n1.\n kena sedikit pada, berhantuk sedikit dengan, mengenai (antara dua benda), bersenggol:\npenyakit ini berjangkit kerana ~ dengan badan orang yang berpenyakit; \n2.\n [bahasa halus] bersetubuh;\nbersentuhan\n1.\n berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit:\nkerana disesak orang, ~lah aku dengan gadis itu; \n2.\n [kiasan] bersangkut-paut (dengan), berkaitan (dengan);\nmenyentuh\n1.\n mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah:\ndia berasa pipinya disentuh orang;\n2.\n melanggar sedikit, terkena pada, terhantuk pada:\nlengannya luka kerana ~ dawai berduri; \n3.\n memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal):\nkali ini saya ~ kedudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar;\n 4.\n menyinggung (perasaan), mengganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (perasaan terharu, sedih, dan sebagainya);\nmenyentuhi\n mengenai, mencecah:\n langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi;\ntersentuh\n1.\n terkena (tersinggung) sedikit, terjamah;\n2.\n terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pada:\nkakiku ~ batu; \n3.\n diperkatakan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dalam sesuatu ucapan dan lain-lain):\nsudah tentu ada ibu bapa yang menghadapi soal-soal yang tidak ~ langsung dalam buku ini; \n4.\n [kiasan] tersinggung (perasaan), terganggu (perasaan), terharu:\ndia lekas ~;\n sentuhan\n senggolan, singgungan:\n~ tangan yang takut-takut;\n kesentuhan\n1.\n kena sentuh, disentuh;\n2.\n dirasuki (dimasuki) orang halus;\npersentuhan\n perihal bersentuh (bersenggol, bergesel);\npenyentuhan\n perbuatan menyentuh;\npenyentuh\n sesuatu yang digunakan untuk menyentuh (sesungut pada serangga dan lain-lain)." "sentuh II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kepayang, akar lokan, \nTrichosanthes tricuspidata." "sentuk\ntersentuk\n terhantuk (tersentuh) pada." "sentul\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) kecapi, \nSandoricum koetjape." "sentulang\nsejenis tumbuhan (pokok), medang gembut, medang tanduk, mentagur paya, pokok segan selumbar, \nJackia ornata." "sentung I\nbulatan, lingkaran, lingkungan;\n \nkain ~ \nkain sarung." "sentung II\n[Minangkabau]\n1.\n erat, rapat;\n \n~ pintu \npalang pintu;\n \n~ pelalai \nsejenis ubat guna-guna yang menyebabkan perempuan tidak mahu berkahwin atau beroleh jodoh;\n2.\n sejenis baji untuk menegangkan kulit rebana (gendang);\nmenyentung\n mengenakan (memasang) sentung." "senu\nsejenis tumbuhan (pokok renek), terembesi, tutup awu, \nPipturus incanus." "senuh\nberasa senak perut (kerana kekenyangan dan lain-lain)." "senuhun\n[arkaik] [sastera lama] \n sinuhun." "senumpul\nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Flacourtiaceae, setumpul, karpus (Sabah), \nHydnocarpus spp\n." "senun\n[bahasa percakapan] sana." "senunggang\nsejenis ikan laut." "senyak\nsenyap." "senyampang\n1.\n kebetulan, untunglah, mujurlah:\n~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali; \n2.\n kalau-kalau, jika sekiranya:\n~ balik esok, jemputlah singgah; \n3.\n selagi, sementara:\n~ ada peluang tuan ziarahi kubur; \n4.\n mentang-mentang, masakan:\n~ dia berpangkat, bukan main sombong lagi." "senyamuk\nsejenis tumbuhan (pokok renek), nyamuk, penyamuk, sugi damar, \nGuioa pleuropteris." "senyap\n1.\n = \n~ sunyi = sunyi ~ \nsunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi;\n2.\n tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yang bercakap (berkata-kata):\nketika itu ~, tiada siapa yang berani bercakap; \n3.\n tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak bersuara, diam;\n4.\n nyenyak (tidur), lena;\n5.\n tidak sibuk (perniagaan), lengang;\n6.\n tidak diperkatakan lagi (sesuatu perkara):\nakhirnya perkara itu ~ dengan sendiri;\n senyap-senyap\n tidak dengan berkata-kata, secara rahsia:\nperasaan kecewa itu tersimpan ~;\n bersenyap-senyap\n dengan diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dan lain-lain);\nmenyenyapkan\n menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dan sebagainya):\nmakanan yang diberikan itu ~ salakan anjing jirannya;\nkesenyapan\n perihal (keadaan dan sebagainya) senyap:\npenuturan perkataan itu dalam dua ujaran yang dipisahkan oleh ~; \nseseorang pengerusi yang putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sebagai tanda bersetuju;\n penyenyap\n alat untuk mengurangkan bunyi bising (pada ekzos enjin, senapang, piano, dan lain-lain)." "senyar\nrasa menggelenyar atau geranyam di tangan (apabila siku terhantuk pada benda-benda yang keras dan lain-lain)." "senyek\n[Kelantan]\n1.\n = \nsejuk ~ \nterlalu sejuk;\n2.\n lembap (melakukan sesuatu kerja), lemah." "senyonyong\nminyak ~ \nsejenis ubat guna-guna, minyak pengasih." "senyum\n1.\n gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dan sebagainya) tanpa mengeluarkan suara:\nperempuan muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kepada laki-laki itu; \n2.\n menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dan sebagainya) tanpa mengeluarkan suara:\n~, ~, kata ayah sebelum memetik kamera;\n~(-senyum) kambing \nsenyum yang dibuat-buat untuk mengejek;\n \n~ kanyur\n senyum yang dibuat-buat (ketika marah);\n \n~ kucing \n[Kelantan] senyum yang mengandungi sesuatu muslihat;\n \n~ manis \nsenyum yang menarik sekali (menampakkan kejelitaan seseorang);\n \n~ mesra \na) senyum yang menunjukkan rasa mesra;\n b) sejenis kuih daripada tepung yang dicampur dengan berbagai-bagai ramuan;\n \n~ raja \nsenyum yang dibuat-buat (tidak mengandungi apa-apa makna);\n \n~ serong-serong bahasa \nsenyum sedikit sahaja;\n \nsimpul \nsenyum yang menandakan gembira (geli hati, dan lain-lain);\n \n~ sinis \nsenyum yang dibuat-buat kerana mengejek (menyindir);\n \n~ sumbing \nsenyum sedikit sahaja;\n ~ tawar \nsenyum yang dibuat-buat ketika berdukacita (dalam kecewa dan lain-lain);\nsenyum-menyenyum\n saling tersenyum:\n sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur;\nmenyenyumi\n melahirkan senyuman kepada:\ndia ~ si pelacur tua secara sinis;\ntersenyum\n melahirkan senyum:\nWan Intan ~ berkulum melihat temasya yang berlaku di hadapannya itu;\ntersenyum-senyum\n mengeluarkan senyum yang berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dengan agak berpanjangan:\nbeberapa orang mahasiswa kelihatan ~ memandang gelagat kami; \ndia ~ mendengar segala janjiku itu;\n senyuman\n hasil tersenyum:\n~nya menyejukkan hati." "senyur\nsejenis ikan laut, \nMonodactylus falciformis." "senyur I\n(Portugis) kata sapaan atau panggilan untuk orang lelaki yang bererti \ntuan\n atau \nencik\n." "senyur II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] jurutera." "sep\n[Indonesia-Belanda] ketua di sesuatu pejabat (stesen dan lain-lain):\nsaya ~ di sini, engkau boleh angkat kaki sekarang juga, saya tidak dapat menunggu lama lagi;\n bersep\n [bahasa percakapan] menghamba (kepada), bertuankan (kepada)." "sepa I\n[Perak];\ntersepa\n terlalu letih, keletihan." "sepa II\n[Kedah], [Pulau Pinang] kami semua." "sepada\n[Jakarta] [kependekan] siapa ada (di rumah)." "sepadan\n1.\n sejenis tumbuhan (palma), pinang boreng, pinang buring, pinang bohong, pinang burung, pinang hutan, pinang kelasak, pinang pacat, pinang (palas) tikus, \nIguanura geonomiformis; \n2.\n = \npinang ~ \nsejenis tumbuhan (palma), \nIguanura wallichiana." "sepagi\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, \nVernonia cinerea." "sepah\nbersepah, bersepah-sepah\n1.\n = \ntersepah\n berserak-serak (dengan tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat:\nrambut dan habuk ~ di lantai; \n2.\n = \nmenyepah\n [bahasa percakapan] banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat):\nbukankah banyak buah belolok dalam kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan;\n bersepahan\n bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau tersusun (pakaian, pinggan mangkuk, dan lain-lain):\npinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~;\n menyepahkan\n menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat:\nmajalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya." "sepah I\nhampas benda yang telah dikunyah dan dihisap airnya (seperti tebu, sirih, dan lain-lain):\nmaka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kepada tuan puteri Kuntum Ratna Sari; \nsepelontar ~ sirih \njarak yang dekat sekali;\n \n~ tembakau \n[Kelantan]\na) sesuatu yang tidak berguna lagi;\n b) sampah masyarakat;\n \nhabis manis ~ dibuang \n(peribahasa) digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan;\nmenyepah\n mengambil sari atau air daripada sesuatu (seperti sirih, tebu, dan lain-lain) dengan mengunyah:\napa yang disepah oleh budak itu?" "sepah II\n~ puteri \na) sejenis burung, \nDicaeum cruentatum ignitum; \nb) sejenis burung, \nDicaeum t. trigonostigmum;\n~ puteri gunung \nsejenis burung, \nDicaceum sanguinolentum dolichorhynchum;\n~ puteri kecil \nsejenis burung, \nDicaeum concolor borneanum;\n~ raja\n sejenis burung, kelicap merah, \nAethopyanga siparaja siparaja." "sepah III\n~ bulan \nsejenis binatang kecil seperti lipan (tetapi banyak kakinya dan mudah bergulung apabila tersentuh), gengulung, gonggok, mentibang, ulat monggok, \nTrigoniulus lumbricinus." "sepah IV\nsejenis batu permata (ada gambar akar atau kayu di dalamnya)." "sepai I\nbersepai\n \n1.\n bersepah menjadi kecil dan terserak ke merata, berkecai:\nmaka bergegarlah rumah itu seluruhnya bagai akan pecah ~; \n2.\n berserak-serak, bertabur ke merata-rata tempat:\nair liur ~ ke muka Lebai Dusin;\nbersepaian\n berserakan, bertaburan:\n~ kaca." "sepai II\n[bahasa percakapan] penyuluh (pencari) rahsia, perisik, pengintip." "sepak\npukulan dengan kaki, depak, tendangan;\n~ raga jaring = ~ takraw \nsejenis permainan dengan bola raga yang memakai jaring di tengah gelanggang;\n \n~ sila \ntendangan dengan bahagian kaki di sebelah dalam;\n \n~ singkar \ntendangan dengan bahagian kaki sebelar luar;\n \n~ terajang \na) tendangan dan pukulan dengan kaki (kerana marah, dalam perkelahian, dan lain-lain);\n b) tingkah laku, gerak-geri, sikap;\n \nbola ~ \nsejenis permainan bola di padang dengan cara menyepak;\nbersepak\n bermain sepak;\n \n~ raga \nbermain sepak raga;\nmenyepak\n memukul dengan kaki, menendang, mendepak:\nia ~ punggung temannya;\n~ bola;\n~ raga;\nbunga disunting perdu disepak buang \n(peribahasa)\na) seseorang yang gemar akan hak orang tetapi benci akan tuannya;\n b) perihal anak menantu yang membenci mentuanya;\nmenyepakkan\n memukulkan dengan kaki, menendangkan;\nsepakan\n hasil menyepak, tendangan;\n \n~ sudut \ntendangan penjuru." "sepak I\nbunyi seperti bunyi tamparan dan lain-lain:\nmenampar dengan amat keras ~nya;\n menyepak\n menampar, menempeleng:\nia ~ tengkuknya yang dihinggapi nyamuk." "sepak II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] jari-jari pada roda." "sepam\n1.\n [Johor], [Pahang] sejenis tumbuhan (pokok), kolah, topah, \nMangifera longipetiolata; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nMangifera maingayi." "sepan I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok menjalar), \nGymnopetalum cochinchinensis; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), keranji, kuran, \nDialium spp." "sepan II\n[Indonesia], [bahasa percakapan]\n1.\n secukup-cukup sahaja (tidak berlebih);\n2.\n sempit, ketat;\ndisepan\n1.\n dihadkan (sehingga cukup sahaja);\n2.\n diregangkan supaya tegang, menegangkan." "sepana\nsejenis alat untuk mencengkam dan mengetatkan atau melonggarkan nat (bolt dan lain-lain);\n \n~ hidup \nsepana yang satu bahagian pencengkamnya dapat digerak-gerakkan untuk menyesuaikannya dengan saiz nat, bolt, dan lain-lain." "sepandri\n[Indonesia-Belanda] sejenis pangkat dalam tentera (tinggi sedikit daripada prebet)." "sepanduk\nkain dan lain-lain bertulis yang dibawa dalam perarakan dan lain-lain untuk menyatakan sesuatu kepada orang ramai dan lain-lain." "sepang I\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya boleh dibuat bahan pencelup), \nCaesalpinia sappan; \nmerah ~ \nmerah tua." "sepang II\n~ kederang \n[Kelantan] orang yang tidak boleh diharap (kerana malas dan lain-lain)." "sepanggil\nsejenis tumbuhan (pokok renek), bunga mara, bunga tinggal, panggil-panggil, pemanggil, pengkilai, pepanggil, \nClerodendron paniculatum." "separa\nsebahagian sahaja, tidak sepenuhnya, separuh:\nragum boleh diperbuat daripada keluli, ~ keluli atau besi tuang." "separbang\n[Indonesia-Belanda] bank simpanan wang." "separo\n[Jawa] separuh." "sepasan\nsepesan." "sepasin\n[Minangkabau] kepompong sibur-sibur;\n~ dapat bersiang \n(peribahasa) mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka;\n \nbersurih bak ~, berjejak bak berkik, berbau bak embacang \n(peribahasa) mempunyai bukti (tanda) yang sahih berkenaan sesuatu kejahatan (kesalahan dan lain-lain)." "sepat I\nrasa kelat (buah-buahan dan lain-lain)." "sepat II\n1.\n = \n~ karang = ~ laut \nsejenis ikan laut, \nPempheris spp.; \n2.\n = \n~ siam \nsejenis ikan darat, \nTrichogaster pectoralis;\n~ padi = ~ ronggeng \nsejenis ikan darat, \nTrichogaster trichopterus;\nbagai anak ~ ketohoran \n(peribahasa) seseorang yang menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang;\n \nbodoh-bodoh ~, tak makan pancing emas \n(peribahasa)\na) orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa yang baik untuk dirinya;\n b) orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap seperti orang tahu;\n \ntersendeng-sendeng seperti ~ di bawah mengkuang \n(peribahasa) orang kecil yang takut dan malu hendak menghampiri orang yang lebih besar dan mulia." "sepat III\nkacang ~ \nsejenis tumbuhan (herba yang memanjat), kacang kara, kacang kedele, kacang keriji, kacang monyet, kekora, \nDolichos lablab; \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nMacaranga triloba; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), rumput minyak, \nDaemonorhops angustifolius." "sepat IV\n[Kelantan];\nmenyepat\n mengoyak atau menyiat kulit (dari batang kayu)." "sepati\nsejenis tumbuhan (pokok renek), jarum merah, kepayang air, mata pelanduk, \nIxora arguta." "sepatu I\n1.\n sejenis pakaian (diperbuat daripada getah, kulit, dan lain-lain), kasut, kaus;\n2.\n sesuatu yang menyerupai sepatu (seperti alas kaki meja dan lain-lain);\n~ besi \n[Indonesia] = \n~ kuda \nladam;\n \n~ luncur \nkasut luncur;\n \n~ roda \nkasut roda;\nbersepatu\n memakai sepatu:\ndia ~ kilat." "sepatu II\nbunga (kembang) ~ \n[Indonesia] sejenis tumbuhan (pokok kecil), bunga raya, \nHibiscus rosasinensis." "sepatung\nsibur-sibur:\nbagai ~ mandi = selama ~ cebok \n(peribahasa) menyatakan waktu yang sebentar sekali." "sepeda\n[Indonesia] basikal, kereta angin (lereng);\n \n~ kumbang \nbasikal yang bermotor;\n \n~ motor \nmotosikal." "sepedas\n1.\n sejenis tumbuhan (rizom), halia, jahe, \nZingiber officinale; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), banik, cia kubit, kubang, kubin, mengkubung, sekubin, telinga gajah, selaru, \nMacaranga gigantea: \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), landas bukit, mahang bulan, mahang kukur, mahang serindit, mahang tekukur, tutup cangur, \nMacaranga triloba;\n~ bunga \nsejenis tumbuhan (pokok), geronggong betina, mempat, mempat hitam, mempapit, mempitis, semempat, \nCratoxylon cochinchinensis." "sepedih\n1.\n sejenis tumbuhan (bendalu), akar landang putih, ara kesinai, \nFicus parietalis; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar beringin, \nFicus ramentacea;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), ara nasi, pulut-pulut, tampang burung, \nFicus vasculosa; \n4.\n = \n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), ara perak, akar semelit dadih, cementung, kelumpung air, kelumpung burung, kelumpung jantan, \nFicus alba; \n5.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), gading-gading, langsit, nasi-nasi, susun kelapa hutan, tulang-tulang, \nPrismatomeris malayana." "sepekang\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kait-kait tajam, kuku lang, mata pelanduk, siantan jantan, \nRandia longiflora." "sepekuk\n[Indonesia-Belanda] sejenis kuih." "sepel I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan];\nmenyepel\n mengeja;\nsepelan\n ejaan." "sepel II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] berlatih (bermain bola, muzik, dan lain-lain)." "sepeling\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n [bahasa percakapan] peruntukan (wang dan lain-lain) yang sengaja dilebihkan sedikit daripada yang semestinya, kelebihan;\n2.\n [bahasa percakapan] longgar (roda dan lain-lain)." "sepen\n[Indonesia-Belanda] almari (bilik) tempat menyimpan barang makanan." "sepenah\n[sastera lama] berkat, sempena, tuah." "sepeng\nbahagian yang tidak berambut (pada kepala), bahagian kepala yang botak." "sepenuh\n1.\n = \ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, berangan babi, giring-giring minyak beruk, \nQuercus lucida." "sepera\n[Perak];\n(orang) gila ~ \norang yang bebal akal (bodoh benar)." "seperadian\nadi III\n." "seperah\nkain yang digunakan untuk mengalas makanan yang disajikan;\nmenyeperah\n mengalasi dengan (kain) seperah." "seperai\n[Indonesia-Belanda] kain alas tilam, kain cadar:\nselembar-lembar dibukanya sarung bantal dan ~." "seperantu\nsejenis bahan ubat yang berasal daripada pokok \nSindora sumatrana." "seperti\n1.\n sama (serupa) dengan, sebagai, semacam:\nrambutnya ~ rambut perempuan; \nlaki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar; \n2.\n sesuai dengan, sebagaimana:\nkeputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yang tersiar dalam akhbar ini; \n3.\n seolah-olah, macam:\n~ tidak ada orang lain yang pandai; \n4.\n = \nsepertinya\n misalnya, contohnya, umpamanya:\nakhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dan lain-lain banyak dibaca di kampung-kampung; \nbukan ~ \nbukan main;\nsepertinya\n1.\n jikalau, seandainya, sekiranya:\n~ engkau diajak mahukah engkau pergi? \n2.\n selayaknya, semestinya:\nmaka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dengan ~; \n3.\n umpamanya;\nsepertikan\n tidak ubahnya, bagaikan:\nia berjalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya;\n menyepertikan\n sl\n1.\n menjadikan sebagai sepatutnya, menjadikan sebagai yang sepantasnya;\n2.\n menyamakan dengan, menganggap seperti." "sepertimana\nsebagaimana, seperti." "sepesan\n1.\n sejenis serangga (seperti belalang) yang berbisa, pesan-pesan, \nGryllacris spp.; \n2.\n [Indonesia] lipan;\n \nmengaki ~ \nmenyerupai kaki lipan, bertiras;\n \n~ anak beranak, anaknya beranak (menggigit) pula \n(peribahasa) cepat sekali berkembang biak." "sepet I\n[Jakarta]\n1.\n sepat, kelat;\n2.\n rasa tidak enak (mata), rasa sakit." "sepet II\nkuyu, kecil sedikit (mata):\nmatanya ~ juga, macam mata orang Cina;\n menyepetkan\n menjadikan kelihatan sepet, menguyukan (mata)." "sepetang\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sepucat, balik adap (bukit), bunga bintang kuning (merah), cempaka hutan, pokok beruas hutan, puding belacan, \nMussaenda mutabilis." "sepetir\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kedondong hutan, saga, \nOrmosia parviflora; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Leguminosae, tampar hantu (Sabah), petir (Sarawak), \nSindora spp\n.;\n ~ hantu = ~ senduk \nsejenis tumbuhan (pokok), \nSindora wallichii;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), \nSindora velutina;\n~ minyak \nsejenis tumbuhan (pokok), \nSindora coriacea." "sepi\n1.\n tidak riuh, senyap, sunyi:\nkedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yang tidak putus-putus; \n2.\n tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dan lain-lain), lengang:\nawak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya; \n3.\n [kiasan] tidak meriah (sambutan berkenaan sesuatu dan lain-lain), dingin:\nkunjungannya ke sana telah mendapat sambutan yang ~ sekali; \nmemandang (menganggap) ~ \nki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat;\nmenyepi\n1.\n = \nbersepi-sepi\n pergi ke tempat yang sunyi (untuk menenteramkan diri dan lain-lain);\n2.\n menghindarkan diri daripada orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri;\n3.\n menjadi sepi:\nkeriuhan ayam itik juga turut ~;\nmenyepikan\n menjadikan sepi:\n Allah tidak ~ alam ini daripada mereka;\n~ diri \nmenghindarkan diri daripada orang banyak, menyepi;\nkesepian\n1.\n perihal keadan sepi, kesunyian:\nhanya bunyi gobek itulah sahaja yang memecahkan ~; \n2.\n berasa sepi (kerana keseorangan dan lain-lain):\ndia ~ apabila ditinggalkan seorang diri;\npenyepian\n perbuatan menyepi atau menyepikan diri:\n selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yang paling penting." "sepiding\nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput giring-giring, selensing, selising, \nHypolytrum latifolium." "sepih\n[Minangkabau] serpih." "sepilai I\nsejenis ikan darat, belanga, pelaga, \nBetta splendens." "sepilai II\n[Kedah] sejenis alat yang diperbuat daripada kayu, rotan, digunakan untuk menangkap ikan." "sepina\n(Undang-undang) surat yang meminta seseorang hadir (untuk memberikan keterangan sebagai saksi dan sebagainya) di mahkamah;\ndisepina\n diminta menghadirkan diri di mahkamah." "sepincang\n[Jakarta] satu sen setengah." "seping\n~ kederam \n[Kelantan] bodoh benar." "sepion\n[Indonesia-Belanda] mata-mata (gelap);\nmenyepion\n mengintip (untuk mendapatkan rahsia dan lain-lain), memata-matai." "sepit I\n1.\n alat untuk menjepit atau mengapit (seperti jari ketam);\n2.\n alat makan orang Cina;\n \n~ (penyepit) api \nalat (daripada besi dan lain-lain) untuk menjepit bara api;\n \n~ baju \na) sepit yang digunakan untuk menyepit pakaian di ampaian;\n b) pin baju;\n \n~ bara \nalat penjepit seperti yang digunakan oleh tukang emas;\n \n~ ketam \na) jari ketam dan lain-lain yang boleh menjepit;\n b) sejenis jahitan untuk bahagian tepi benda yang dijahit;\n \n~ rambut \nalat untuk menyepit rambut (supaya tidak ditiup angin);\n \nkuih ~ \nsejenis penganan yang tipis daripada tepung gandum (telur, santan dan gula putih);\n \nkuat ~ kerana kempa \n(peribahasa) orang yang menjadi kuat dalam sesuatu perkara kerana ada yang menolong atau menyokongnya dari belakang;\nmenyepit\n1.\n memegang (mencengkam dan lain-lain) dengan sepit, menjepit dengan sepit:\nular mematuk, ketam ~; \n2.\n mengapit atau menekan sesuatu di antara dua benda (seperti dengan kaki, jari, dan lain-lain);\ntersepit\n1.\n sudah disepit (diapit, dijepit, dan lain-lain):\ncerut cap ayam yang ~ di bibirnya itu, dipasangnya; \n2.\n [kiasan] terhimpit, tertekan:\nseluruh kehidupan mereka ~ antara dua pihak yang mengadu kekuatan senjata dan tenaga;\npenyepit\n sepit." "sepit II\n1. = sepit-sepit\n sejenis tumbuhan (herba yang menjalar), gelang laut, sesepit, \nSesuvium portulacastrum; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), bangsa jantan, hal(e)ban, leban, leban bunga (hitam, kunyit, nasi, pelanduk, tanduk), tampang besi, \nVitex vestita; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nOrmosia microsperma." "sepoa\nsempoa." "sepoi\n[sastera lama] askar India." "sepoi-sepoi\n= \n~ bahasa \nperlahan-lahan atau lemah lembut (tiupan angin), silir-semilir:\nangin yang tadinya bertiup dengan ~ bahasa telah berubah menjadi ganas.\nSept\n [kependekan] September." "September\n(Sptmber) bulan kesembilan dalam tahun Masihi yang mengandungi 30 hari." "septet\n(Seni Muzik)\n1.\n gubahan muzik untuk sekumpulan tujuh orang penyanyi atau pemuzik;\n2.\n kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang penyanyi atau pemuzik." "septisemia\n(Perubatan) keracunan darah yang berpunca daripada mikroorganisma penyebab penyakit dan toksinnya dalam darah." "septum\n(Biologi) dinding atau membran yang memisahkan dua rongga atau tisu." "sepucat\nsejenis tumbuhan (pokok renek), geharu badak, gembadak, \nPhyllochiamys wallichii." "sepuh I\n1.\n campuran (daripada tawas, sendawa, garam, dan lain-lain) untuk menuakan warna emas;\n2.\n lapisan logam (yang nipis) pada logam yang lain, sadur:\n~ emas; \n3.\n cara mengeraskan besi (pisau, cangkul, dan lain-lain) dengan membakarnya dan kemudian mencelupkannya ke dalam air;\n4.\n [Jakarta] pewarna (pencelup) kuih;\n \nhilang ~ tampak senam \n(peribahasa) ketahuan kejahatannya (sesudah terbuka rahsianya);\n5.\n bahan yang disapukan pada seramik dan lain-lain untuk menjadikannya licin dan berkilat;\nbersepuh\n berlapis atau bersadur dengan:\ndi kepalanya ada bunga sanggul daripada perak ~ emas;\n menyepuh\n1.\n menuakan warna emas dengan mencelupkannya ke dalam cairan tertentu (seperti campuran sendawa, tawas, garam, dan lain-lain);\n2.\n melapiskan sesuatu logam dengan logam yang lain, menyadur;\n3.\n mengeraskan besi dan lain-lain dengan membakar dan kemudian mencelupkannya ke dalam air;\n4.\n [Jakarta] mewarnai kuih (dengan pencelup);\n \nseperti emas baharu disepuh \n(peribahasa) peri keelokan seseorang perempuan;\ntersepuh\n sudah disepuh atau disadur:\nmaka turun dewa dari keinderaan merupakan dirinya seekor lembu putih seperti perak yang sudah ~; \nseperti emas yang sudah ~ \n(peribahasa) paras yang elok;\nsepuhan\n sesuatu yang telah disepuh, saduran;\npenyepuh\n air dan lain-lain untuk mencelupkan barang yang hendak disepuh." "sepuh II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil yang biasa dijadikan kayu api), kecapi, tumbit kayu, \nAllophylus fulvinervis; \n2.\n = \n~ puteri \nsejenis tumbuhan (pokok), kedi, leban condong, melampai bukit, mengkedi, \nEngelhardtia nudiflora; \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), derumun babi (hitam), medang keli (manih, musang, tanjung), \nElaeocarpus petiolatus." "sepuh lindap\n(Kejuruteraan) proses pemanasan dan penyejukan untuk mengaruh pelembutan bahan;\nmenyepuh lindap\n mengukuhkan (melegakan) tekanan dalaman pada keluli, kaca dan lain-lain dengan pemanasan dan penyejukan beransur-ansur." "sepuit\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] alat untuk menyemburkan air (ubat nyamuk, cat, dan lain-lain), semprot." "sepuk\nmenyepuk\n \n1.\n mencampak dengan sewenang-wenang (dengan tidak mengendahkan apa-apa):\nmengapa disepuk kain baju engkau di situ? \n2.\n mengambil dengan sewenang-wenang, menyerobot;\ntersepuk\n1.\n terbuang atau terhantar (pakaian, barang-barang, dan lain-lain), tercampak dengan sewenang-wenangnya;\n2.\n jatuh, terjerembap (binatang, orang)." "sepulih\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), kopi (kahwa) hutan, mengkudu hutan, sepulis, \nFragracea racemosa; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), pokok batu pelir kambing, \nRauwolfia perakensis; \n3.\n = \ndaun ~ duduk \nsejenis tumbuhan (herba), \nPlocoglottis porphyrophylla." "sepulis\nsepulih." "sepuluh\nbilangan sembilan dengan satu;\npuluh." "sepulut\nsejenis tumbuhan (rumpai), lerkuing, malbar hutan, pokok-pokok hutan, pokok kemangi, ruku-ruku, selasih hutan, \nHyptis suaveolens." "sepur\n[Indonesia] kereta api." "seput I\n[Indonesia], [bahasa percakapan] cepat, pantas, lekas, deras:\nkereta api ~ tidak berhenti di bandar itu." "seput II\n[Pahang];\nmenyeput\n melapikkan tangan dengan kain dan lain-lain untuk memegang (mengangkat) benda-benda yang panas." "seput III\n[Terengganu] hampir tamat:\npergilah sembahyang zuhur cepat sedikit. Waktu sembahyang zuhur sudah ~." "seputih\ndaun ~ tulang \nsejenis tumbuhan (bendalu), anggerik merpati, \nDendrobium crumenatum." "sera\ntersera-sera\n tergopoh-gopoh atau tergesa-gesa (berjalan, berlari, dan lain-lain), berjalan dan lain-lain seperti orang dalam kecemasan:\npenat berkejar tidak terkira ke sana ke mari ~; \nserah II" "serabai\nsejenis kuih yang bersarang-sarang diperbuat daripada tepung beras." "serabi\nserabai." "serabut\n1.\n serat seperti yang terdapat pada sabut (kulit kayu dan lain-lain), sesuatu yang berupa serat;\n \nakar ~ \nakar pokok yang tidak mempunyai akar tunjang (buluh dan lain-lain), akar yang berambu-rambu;\n2.\n berambu-rambu, berbulu-bulu (tali, benang, dan lain-lain);\n3.\n = \n~ perut \n[Kelantan] terharu (fikiran), risau, runsing;\nberserabut\n1.\n berambu-rambu (tali, benang, dan lain-lain), tidak kemas, berserat-serat, kusut:\npakaiannya semua kain yang mahal-mahal, tetapi pada setengah-setengah tempat, telah ~ benangnya; \n2.\n [kiasan] tidak menentu, kucar-kacir (fikiran dan lain-lain):\nsetelah selesai ia membaca buku itu, fikirannya jadi ~ untuk mencari pertimbangan;\nmenyerabuti\n [kiasan] menyelubungi atau menyusahkan (fikiran):\n persoalan yang ~ kepalanya kini akan terjawab juga akhirnya;\nmenyerabuntukan\n menjadikan (fikiran) kusut:\n persoalan itu ~ fikirannya;\n keserabutan\n1.\n keadaan berserabut atau berambu-rambu;\n2.\n [kiasan] keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan:\nplot tragedi moden dengan adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; \ntragedi konvensional Greek yang dimulai dengan kegembiraan dan diakhiri dengan ~ dan pembunuhan." "seradung\nsandung II." "seraga\nbantal ~ \nsejenis bantal besar (yang hujung dan pangkalnya dihiasi sulaman, cermin-cermin kecil, dan lain-lain) untuk perhiasan." "serah\nsirah I." "serah hak\n~ mutlak \n(Undang-undang) kesemua hak pemilikan yang diserahkan kepada pemilik baru (pihak ketiga);\npenyerahhakan\n proses memindahkan hak, harta, tanggungan dan sebagainya mengikut undang-undang;\npenyerah hak\n orang yang memindahkan hak, harta, tanggungan dan sebagainya mengikut undang-undang." "serah I\nberserah\n \n1.\n bergantung nasib diri kepada, memulangkan nasib kepada:\nsudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; \n2.\n = \n~ diri \nmemberikan diri kepada yang berkuasa seperti kepada polis (orang salah dan lain-lain);\nmenyerah\n1.\n menggantungkan nasib kepada, bertawakal kepada, berserah:\njangan lekas ~ kepada takdir; \n2.\n = \n~ kalah \ntidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah:\nbiarlah darahnya dihirup daripada ~ kalah; \n3.\n = \n~ diri\n memberikan diri kepada yang berkuasa (orang salah, orang yang ditewaskan dalam peperangan, dan lain-lain):\nbeberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; \n4.\n tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja:\nakhirnya ia ~ kepada kehendak Raden Menteri;\nmenyerahi\n memberikan (mengamanahkan) sesuatu kepada:\nbeliau telah diserahi tugas yang serupa;\nmenyerahkan\n1.\n memberikan (melepaskan, menyampaikan, dan sebagainya) sesuatu kepada:\nayahnya telah ~ wang yang diminta itu; \ntempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kepada sahaya;\n~ kehormatan \nmembiarkan diri dinodai (dicabuli);\n2.\n mempercayakan (kepada), mengamanahkan sesuatu (kepada):\nmana pekerjaan yang diserahkannya kerjakan olehmu;\n 3.\n = \n~ diri\n menyerah diri:\nia ~ dirinya kepada aku; \n4.\n \n~ diri \nmenggantungkan (mempertaruhkan) nasib dan lain-lain kepada, bertawakal kepada:\nhendaklah engkau sangat-sangat ~ ke hadrat Allah Taala;\n terserah\n1.\n diserahkan (diberikan) kepada:\ndan lagi ada pula kuasa yang besar ~ ke dalam tangannya; \n2.\n bergantung kepada, terpulang kepada (pertimbangan, pemikiran, dan lain-lain):\nbagi mentafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kepada aliran fikiran orang yang mentafsirkan itu;\n serahan\n apa-apa yang diserahkan:\nanakku, aku serahkan ke dalam tanganmu, ~ yang bulat-mulat;\npenyerahan\n perbuatan menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dan lain-lain):\nkekalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kepada British.\n penyerah\n orang atau pihak yang menyerahkan sesuatu." "serah II\nterserah-serah\n tergopoh-gopoh, tergesa-gesa:\n~ benar engkau datang sekali ini; \nsera." "serah III\n~ beruk \nsejenis penyakit (bengkak di leher), beguk, bengkak cantik." "serahi\nsejenis botol yang panjang lehernya." "serai I\n1.\n = \n~ betul = ~ makan = ~ sayur \nsejenis tumbuhan (rumput yang daunnya berbau harum), \nCymbopogon citratus; \n2.\n = \n~ wangi \nsejenis tumbuhan (rumput yang lebih rimbun dan wangi daripada serai betul), \nCymbopogon nardus;\n~ kayu \nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, \nEugenia polyantha;\n~ kemangi \nki kerabat yang jauh;\ngulai lampau ~, tentu maung \n(peribahasa) sesuatu yang berlebihan (perbuatan, percakapan, dan lain-lain) itu akan mendatangkan keburukan;\n \nserumpun bagai ~, selubang bagai tebu \n(peribahasa) muafakat sekali, seia sekata." "serai II\nterserai\n terserak, tersebar." "serai-serai\nsejenis burung, \nMelanochlora sultanea flavoctistata." "serak\nberserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak\n bertabur (tersebar dan lain-lain) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah:\nsegala barang di dalam rumahnya ~; \nkartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai;\n berserakan\n tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan:\npuntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permaidani;\n menyerak\n merebak (memencar, berserak) ke mana-mana;\nmenyerakkan\n menaburkan (supaya berserak), menyebarkan, memencarkan:\nkipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserakkan di cerpu kaki masing-masing;\npenyerakan\n proses menyerak(kan)." "serak I\n1.\n parau atau garau (suara):\nmakin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yang akhir;\n~-~ basah \nagak serak suaranya (tetapi sedap didengar);\n2.\n tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain)." "serak II\nburung ~ \nsejenis burung hantu." "serak III\n~-serik = ~-seruk \nbunyi seperti bunyi orang menggosok lantai dan lain-lain." "serak IV\n[Kelantan] sejenis bakul (diperbuat daripada mengkuang), bujam;\n \n~ tak sudah \na) anak baru lahir yang subur;\n b) gadis yang tidak berpinggang (kerana terlalu gemuk)." "serakah\nloba, rakus, tamak:\nia sekarang mengetahui apa yang diidamkan oleh kedua-dua orang yang tamak dan ~ itu;\n keserakahan\n perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan:\ntatahukum itu sebenarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis;\n~ untuk memperoleh keuntungan yang tidak terhingga." "seram I\n1.\n berdiri bulu roma (kerana ketakutan dan lain-lain), meremang:\nkecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dalam ingatannya bahaya yang mungkin datang; \n2.\n berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan):\nhutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; \n3.\n tampak menakuntukan (rupa yang bengis, kejam, dan lain-lain):\ndi mana-mana terdapat slogan yang ~, berapi-api dan pedas; \nnampak ~ mukanya;\n~ sejuk \na) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dan sebagainya;\n b) berasa sejuk seperti hendak demam;\nmenyeramkan\n menjadikan seram, menakuntukan, mengerikan:\nTolong! pekiknya dengan suara yang ~;\n keseraman\n perihal (keadaan atau rasa) seram:\ndia tersentak juga, tetapi cuba menyembunyikan ~nya." "seram II\nPI makan dengan cepat-cepat." "serama\ngendang ~ \n[sastera lama] gendang dua muka (yang sebelah dipukul dengan tangan dan sebelah lagi dipukul dengan pemukul);\nberserama\n sl\n1.\n bermain gendang serama;\n2.\n bersilat atau berpencak:\nmaka orang bermain pun terlalu ramai, ada yang menapak, \u2026, ada yang ~, ada yang main wayang." "seraman\nsejenis tumbuhan (sakat), \nBromheadia finlaysoniana." "seramba\n[arkaik] [sastera lama] serambi." "serambab\nmenyerambab\n merebahkan atau menjatuhkan badan ke hadapan:\nakhirnya ia pun ~ ke badan suaminya dan berteriak kuat-kuat." "serambi\n1.\n selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit);\n2.\n [Indonesia] platform (di stesen kereta api), peron;\n~ belakang \nserambi yang di bahagian belakang rumah;\n \n~ depan (muka) \nserambi yang di depan rumah;\n \n~ jantung\n (Biologi) rongga atau ruang jantung yang di sebelah atas." "seramik\n1.\n bahan keras dan rapuh yang dibuat dengan membakar tanah liat dan lain-lain;\n2.\n barang, seperti kepingan lantai, yang dihasilkan daripada tanah liat, tembikar, dan lain-lain;\n3.\n seni dan teknik membuat barang-barang daripada tanah liat, tembikar, dan sebagainya." "serampang I\n1.\n sejenis tombak yang bercabang hujungnya (untuk senjata, menangkap ikan, dan lain-lain);\n2.\n garpu makan;\n~ dua mata \na) [kiasan] sesuatu dasar, program, dan sebagainya yang mempunyai dua matlamat, kepentingan, objektif, dan sebagainya;\n b) (peribahasa) orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan;\n ikan biar dapat, ~ jangan pokah \n(peribahasa) maksud biar tercapai tetapi jangan kerugian;\nmenyerampang\n menikam dengan serampang (kpada musuh, ikan, dan lain-lain);\nterserampang\n tertikam dengan serampang, kena serampang." "serampang II\n[Minangkabau];\nterserampang\n1.\n tersangkut (terlekat, tertahan) pada, terkait;\n2.\n [kiasan] tersekat, terhenti, tertahan." "serampang III\nmenyerampang\n \n1.\n membaling sesuatu (seperti kayu dan lain-lain) hampir dengan paras tanah;\n2.\n [bahasa percakapan] menyerang (melanggar, merempuh) dengan sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dengan membabi buta sahaja, merambang;\n3.\n [bahasa percakapan] mengambil dengan sewenang-wenang, mencuri, menyerobot;\nserampangan\n dengan sewenang-wenang sahaja, tidak berfikir panjang lagi (melakukan sesuatu dan lain-lain), membabi buta:\nantara penulis-penulis kita, terdapat sikap yang melulu dan ~ sahaja dalam mempergunakan bahasa." "serampang IV\n~ dua belas = ~ laut \nsejenis tarian dan lagunya." "serampat\n[arkaik] tali yang diikatkan pada kedua-dua belah kaki untuk memudahkan memanjat, sengkelit." "serampin\n[arkaik]\n1.\n sejenis tikar pengalas tempat membuat sagu (untuk mengumpulkan sagu);\n2.\n sisa sagu yang tinggal di atas tikar (setelah yang baik diambil)." "serampu\nsumpah-~ \nbermacam-macam sumpah dan kutuk." "seran\njalur-jalur yang miring, loreng;\nberseran\n berjalur-jalur miring, berloreng." "serana I\nmenyerana\n [sastera lama] merana, melarat:\nlemahlah badan akal pun ~." "serana II\n[Jawa] [arkaik] segala sesuatu yang perlu untuk menyampaikan maksud, alat, syarat." "seranah\nkata-kata yang mengutuk (menista dan lain-lain), serapah;\n \nsumpah ~ \nberbagai-bagai kutuk dan nista;\nmenyeranah\n mengutuki, menyumpahi:\nHajah Kadiah ~ dan menyumpah babi-babi yang memakan ubinya." "seranam\nsejenis tumbuhan (herba), akar keremak, daun patuk tuau, deras malam, rumput halyur, \nRuellia repens." "serandang\ndua batang kayu yang bersilang (sama ada diikat atau dipasak) untuk menyangga sesuatu, kuda-kuda tukang kayu;\nmenyerandang\n menyangga (menopang, mengalas, dan lain-lain) dengan serandang." "serandau\nsejenis burung, pucung, \nArdea purpurea manilensis.\nSerandib\n [sastera lama] Pulau Ceylon, Sri Lanka." "seranduk\nterseranduk\n tersampuk (kaki pada akar dan lain-lain ketika berjalan), tersandung:\nada antara kami yang tersungkur kerana kakinya ~ pada akar-akar kayu." "serandung\nterserandung\n terhantuk pada (kaki), tersampuk, tersandung:\nada yang berlari berhambat-hambatan, ~ jatuh rebah-rempah daripada sangat sukanya itu." "serang balas\nserangan yang dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan pihak musuh atau lawan:\ndia juga melatih askar untuk melakukan ~;\n menyerang balas\n menyerang balik (pihak musuh, penentang dan sebagainya) yang telah melakukan serangan (kecaman dan sebagainya):\npasukan keselamatan telah bersedia untuk ~ serangan musuh itu;\nserangan balas\n serang balas:\ndua orang anggota tentera kita cedera dalam ~ pihak musuh itu." "serang hendap\ntindakan menyerang atau menyerbu secara tiba-tiba terhadap musuh setelah menunggu dan menghendapnya di tempat yang tersembunyi:\nlanun itu tidak menyangka sama sekali ia terkena ~;\n menyerang hendap\n menyerang seseorang (musuh, lawan dan sebagainya) dengan tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu beberapa ketika di tempat tersembunyi:\npasukan keselamatan telah mengatur rancangan untuk ~ pihak musuh;\n serangan hendap\n serang hendap;\npenyerang hendap\n pihak (orang atau kumpulan) yang melakukan serang hendap." "serang I\nlanggar, serbuan;\nmenyerang\n\n\n1.\n mendatangi untuk melawan (mengalahkan, menaklukkan, dan lain-lain), melanggar, menyerbu:\n\n\nmaka Sultan Mansor Shah pun menitahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; \n2.\n menimpa (penyakit dan lain-lain), menyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dan lain-lain):\n\n\npenyakit yang datang ~nya itu ialah hasil daripada perbuatannya sendiri; \n3.\n [kiasan] menentang (seperti mengkritik dan lain-lain), mencela, mencerca:\n\n\npihak pembangkang telah ~ pihak kerajaan dengan kata-kata yang pedas;" "serang II\n[Minangkabau];\nberserang\n bertambah, makin." "serang III\nketua kelasi (yang mengawasi kelasi-kelasi lain)." "serang IV\n[Minangkabau] silau;\nkeserangan\n kesilauan." "serang V\njarang (mata keranjang, jala, dan lain-lain)." "serang-menyerang\nsaling membalas serangan, saling menyerang antara satu dengan yang lain:\nkedua-dua pihak terus ~;" "serangan\n1.\n perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dan lain-lain):\nIskandariah diancam oleh ~ tentera Afrika Korps yang dipimpin oleh Jenderal Rommel; \n2.\n kecaman keras secara lisan atau bertulis:\n dalam buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka;\n~ udara \nserangan bom, misil dan sebagainya dari pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi;\npenyerangan\n perihal menyerang (melanggar, menyerbu), penyerbuan:\nJepun telah melakukan ~nya untuk menakluki Malaya;\npenyerang\n1.\n orang (pihak, pasukan, dan lain-lain) yang menyerang:\npasukan ~ yang dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; \n2.\n pemain bola sepak dan sebagainya yang menyerang untuk menjaringkan gol:\n~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan." "serangga\nsejenis binatang kecil yang badannya bertekung tiga dan kakinya enam serta beruas-ruas (seperti nyamuk, lalat, belalang, dan lain-lain);\n \n~ perosak \n(Pertanian) serangga (seperti belalang, pianggang, dan lain-lain) yang merosakkan tanam-tanaman." "seranggah\nceranggah." "serangguh\nmenyerangguh\n duduk bertopang dagu dengan siku tertekan ke lutut;\n \nsudah bongkok jangan ~ \n(peribahasa) jangan dibesar-besarkan sesuatu yang buruk." "seranggung\nberseranggung, menyeranggung\n duduk membongkok(dengan tangan menopang dagu dan siku tertekan ke lutut), menyerangguh:\naku menyeranggung di muka pintu." "serangkak I\nduri-duri (ranting, kawat, dan lain-lain) yang dililitkan pada batang kayu supaya jangan dipanjat orang, sawar;\n \n~ payung \njari-jari payung." "serangkak II\n[Minangkabau] sejenis ketam (kepiting);\nbagai ~ tertimbakan \n(peribahasa) orang yang miring jalannya (kerana cacat dan lain-lain);\n \nhati bak ~ dibungkus \n(peribahasa) sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini." "serangsang\nmenyerangsang\n naik marah, marah benar, memberang;\nrangsang I." "serani I\nrumput ~ = paku ~ \nsejenis tumbuhan (herba), rumput kenarus, \nLycopodium cernum." "Serani II\nKristian;\nair ~ \nair suci (dalam agama Kristian untuk pembaptisan);\n \nmasuk ~ \nmemeluk agama Kristian;\n \norang ~ \na) orang yang beragama Kristian;\n b) orang peranakan daripada bangsa Eropah dengan bangsa Asia (Eurasian);\n c) [sastera lama] orang Portugis;\nmenyeranikan\n1.\n menjadikan Kristian, membaptis(kan), memandikan (dengan air Serani);\n2.\n [Indonesia] mengahwini dengan sah (orang Eropah yang memperisteri orang Indonesia);\nkeseranian\n hal (sifat, keadaan dan sebagainya) yang berkaitan dengan Serani;\npenyeranian\n perihal atau perbuatan menjadikan seseorang Serani, pengkristianan. \nseranjung\n [Kelantan], [bahasa percakapan] menyambar sesuatu (seperti buah dan lain-lain) sambil melompat." "seranta\npegawai ~ \npegawai yang tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi (institusi dan sebagainya) yang dianggotainya dengan orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej organisasi (institusi dan sebagainya) yang berkenaan (dengan menyebarkan maklumat dan lain-lain);\n \npenulis ~ \npenulis yang memberitahukan (hal-hal yang tertentu seperti iklan dan lain-lain) kepada orang ramai;\nmenyerantakan\n memberitahukan kepada khalayak ramai, memaklumkan, mengumumkan:\nmaka bentara pun menyuruh orang ~ maklumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat malam kepada segala daerah Acheh;\n serantaan\n yang berkaitan dengan hubungan antara organisasi (institusi dan sebagainya) dengan orang ramai." "serantan\n~ tua \nsejenis tumbuhan (pokok), medang gatal (hakat, keladi, layang), putut paya, \nHilicia javanica." "serap I\nmasuk melalui liang-liang kecil;\n \n~ mesra \nmesra atau mendalam benar (perasaan);\n \nmakan ~ \nmenumpang hidup (makan) pada orang lain;\nmenyerap\n1.\n masuk ke dalam melalui liang-liang kecil (benda-benda cair seperti air dan lain-lain), meresap:\nmakanan yang telah hadam itu bersebati dengan air dan ~ masuk ke dalam saluran darah; \n2.\n [kiasan] meresap benar (ke dalam badan, hati, dan lain-lain), menjadi mesra sekali (perasaan):\nkemesraan itu sudah ~ pada kedua-dua orang itu; \n3.\n [kiasan] merasuk (orang halus, hantu, dan lain-lain), masuk mengganggu (roh yang jahat);\n4.\n menghisap benda-benda cair (kain, kertas, dan lain-lain):\nbatu kapur dan kapur sangat kuat ~ air; \n5.\n mengambil dan memasukkan ke dalam sesuatu, menerima (sehingga menjadi sebahagian daripada sesuatu):\nkata-kata yang sudah diserap ke dalam sistem fonologi dan morfologi Melayu;\nmenyerapi\n meresapi:\nsistem pendidikan Islam jalan terakhir ~ kehidupan dan pemikirannya;\n menyerapkan\n menyebabkan atau menjadikan terserap:\nanggota persatuan telah diserapkan ke dalam badan sukarela itu; \nkebanyakannya mengambil kesempatan berkahwin dan ~ diri sebagai anggota masyarakat pribumi itu;\n terserap\n1.\n telah (boleh, dapat) menyerap atau diserapkan:\npembukaan kawasan yang pesat menyebabkan jumlah air yang ~ ke bumi berkurang; \n2.\n diterima sebagai sebahagian daripada sesuatu, sebati:\nfungsi negeri bertambah luas dan menjadi ~ dalam kehidupan rakyat;\nserapan\n1.\n hasil menyerap, (sesuatu) yang diserap;\n2.\n lubang (yang biasanya ditutup dengan ijuk dan lain-lain) tempat air yang kotor;\n3.\n alat untuk menyerap, alat penyerap (sesuatu);\nketerserapan\n keadaan atau sifat boleh diserapkan:\npenggolongan kata pinjaman dapat dilakukan berdasarkan darjah ~ kata tersebut dalam bahasa Melayu;\n penyerapan\n1.\n proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil;\n2.\n pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran, dan lain-lain), penerimaan (dan penyebatian):\n~ budaya yang begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; \nini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dalam ~ bunyi-bunyi ini;\n~ ilmu pengetahuan;\n penyerap\n sesuatu yang menyerap (menghisap dan lain-lain) benda yang lain." "serap II\n[Indonesia] peruntukan yang disediakan (untuk mengganti jika ada yang rosak, hilang, dan lain-lain), cadangan;\nmenyerapkan\n menyediakan atau menguntukkan sesuatu (untuk serap), mencadangkan;\n= serep I." "serapah\nkutuk, sumpah:\n baharulah diketahuinya naga itu dewa kena ~ juga;\n menyerapah\n1.\n mengutuk, menyeranah, menyumpahi;\n2.\n mengucapkan jampi atau mantera (untuk menghalau hantu dan lain-lain):\npawang dan bomoh sibuk menjampi, ~ di kaki, di kepala si sakit." "serapat\nsejenis tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, ketibung, nasi sejuk, pokok sedang, \nSalacia flavescens; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nStreptocaulon wallichii." "serapuh\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal, kayu karkaras, kayu tankat, medang melukut, \nNorrisia malaccensis; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), gerugum, \nCeiba malayensis." "serasa\nsejenis sirih:\nmukanya seperti bujur ~." "serasah I\nsegala jenis kotoran (sampah, tahi binatang, ikan busuk, dan lain-lain) yang boleh dijadikan baja, pupuk." "serasah II\nkain ~ \nsejenis kain tenunan India." "serasah III\n[Minangkabau] air terjun, jeram." "serat I\ntidak licin (lancar, lincir), susah dicabut atau dikeluarkan (paku dan lain-lain), ketat, sendat:\nkata-kata itu ~ keluar dari mulutnya;\nmenyeratkan\n menyebabkan jadi serat (sendat, tidak licin, dan lain-lain), menyendatkan, mengetatkan;\nterserat\n terhenti, tersendat (perjalanan, pergerakan sesuatu)." "serat II\n[Jawa]\n1.\n serabut yang seperti benang (terdapat pada daun nanas, batang pisang, dan sebagainya) yang boleh dijadikan tali dan lain-lain:\ndari ~ pokok Corchorus capsularis ini dibuat orang guni;\n~ saraf \nurat saraf;\n2.\n bahan makanan yang tidak tercerna oleh enzim gaster usus makanan." "seratah\nsejenis tumbuhan seperti keladi, birah ratah." "serati I\ngembala gajah." "serati II\nitik ~ \nsejenis itik yang besar badannya, itik nila (manila), \nAnas moschata; \nsurati." "seratung\n~ padi \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, \nIxora pendula." "serau I\ntidak rapat (barang tenunan), kurang kedap, jarang." "serau II\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar gerip putih, akar putar angin, akar serpat putih, \nParameria barbata." "seraunometer\nalat yang digunakan untuk mengira luahan kilat dalam satu radius tertentu." "seraut\npisau raut;\nsiraut; \nraut I." "serawa\n1.\n sejenis makanan (pulut yang dimasak dengan santan dan gula);\n2.\n pengat." "serawak I\nnanas ~ \nsejenis nanas yang manis rasanya;\n \nmanis laksana gula ~ \n(peribahasa) sesuai benar dalam serba-serbi, cocok benar." "serawak II\nbatu ~ \nsejenis galian (bijih) yang mengandungi belerang dan antimoni." "serawal\n[Minangkabau] seluar, celana." "serawan I\nsejenis penyakit yang berbintik-bintik memerah, ruam." "serawan II\npokok ~ kubang \nsejenis tumbuhan (herba), \nStaurogyne malaccensis." "serawas\nsejenis tumbuhan (pokok), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah rusa, mempulih, mengkudu badak, riang-riang gelugur, rumpo-rumpo, \nFagraea racemosa." "seraya I\nsambil, serta:\nPak Kaduk pun membabarkan layarnya ~ menujukan haluan perahunya ke kuala." "seraya II\n[Minangkabau];\nwang ~ \nwang yang dipungut daripada penduduk (untuk keperluan tempatan seperti membayar gaji ketua kampung dan lain-lain);\nmenyeraya, menyerayakan\n meminta pertolongan atau bantuan (untuk mengerjakan sesuatu):\nAsmah ~ membeli sehelai kain sutera untuk jirannya;\n seraya-menyeraya\n tolong-menolong (bertolong bantu) mengerjakan sesuatu, berderau." "seraya III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nShorea curfisii; \n2.\n \n= ~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Dipterocarpaceae, urat mata (Sabah dan Sarawak), \nParashorea spp\n." "serayu\nbunga ~ \n[sastera lama] sejenis bunga." "serayut\n[Kelantan];\nberserayut\n bergantungan (berkenaan (dengan) kain baju dan lain-lain);\ngayut." "serba\n1.\n semua(nya), segala(-galanya), seluruhnya:\nia berpakaian ~ hijau;\n2.\n dalam apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun;\n \nkeadaannya yang ~ lemah \nkeadaannya lemah dalam segala hal;\n \npada masa ~ maju ini \npada masa maju dalam segala hal;\n3.\n = \n~-serbi \nbermacam-macam (hal, perkara, dan lain-lain), berbagai-bagai:\ndilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dalam taman itu; \n4.\n [sastera lama] (segala jenis) alat perkakas;\n \n~ kapal \nalat perkakas kapal;\n \n~ rumah \nperabot rumah;\n~ aneka (jenis) \npelbagai aneka, bermacam jenis;\n \n~ dua \na) bagi tiap-tiap jenis dua (berkenaan (dengan) hantaran dalam perkahwinan dan lain-lain);\n b) [Indonesia] dualisme;\n \n~ guna \nberbagai-bagai gunanya:\ndewan ~ guna; \nperiuk ~ guna;\n \n~ sama\n (Matematik) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih);\n \n~ satu \nbagi tiap-tiap jenis satu (berkenaan (dengan) hantaran dalam perkahwinan dan lain-lain);\n \n~ sedikit \nhanya sedikit daripada tiap-tiap jenis;\n \n~-serbi \nsegala macam, segala-galanya;\n \n~ zat \n[Indonesia] materialisme." "serba salah\nsalah dalam segala hal, bagaimanapun salah juga;\nkeserbasalahan\n keadaan serba salah:\n pandangan ini menggambarkan ~ di kalangan pengarang Afrika." "serbah\n~-serbih \ntidak kemas (pakaian dan lain-lain)." "serbak\nmenyerbak\n merebak ke merata-rata tempat (bau-bauan), semerbak;\nmenyerbakkan\n menyerakkan ke merata-rata tempat (bau-bauan);\nsemerbak." "serban I\nkain yang diikatkan di kepala (seperti yang dipakai oleh haji dan lain-lain);\nberserban\n memakai serban;\n \nsudah ~ \nsudah menjadi haji." "serban II\n[Kelantan]\n1.\n sakit sengal-sengal tulang;\n2.\n [Kelantan], [Terengganu] kebas, semut-semut." "serbaneka\nbermacam jenis, berbagai-bagai." "serbang\nkusut-masai (rambut), berterbangan." "serbarasa\nsejenis tumbuhan (pokok dan buah)." "serbat\n1.\n minuman daripada air gula (biasanya dimerahkan) yang menyegarkan (menyamankan), sirap;\n2.\n minuman daripada halia dan lain-lain (biasanya manis)." "serbet\n[Indonesia-Belanda] sejenis kain linen dan lain-lain untuk menyapu tangan (mulut) sesudah makan." "serbi\nserba-~; \nserba." "serbih\nserbah." "serbu\nmenyerbu\n1.\n (datang, pergi) melanggar (menyerang):\ntentera Jepun sudah mulai ~ Siam; \n2.\n masuk (datang, pergi) beramai-ramai dengan meluru:\nselesai sahaja imam memberi salam, anak-anak ~ keluar; \n3.\n merempuh, meluru:\nseorang laki-laki yang besar badannya ~ ke dalam kamar kerjanya;\n menyerbui\n menyerbu ke, menyerang;\nmenyerbukan\n menyebabkan (menjadikan) menyerbu:\npasukan itu diserbukan ke tempat-tempat yang tidak kuat pertahanannya;\n~ diri \nmenghamburkan (menceburkan, melurukan) diri kepada atau ke dalam;\nserbuan\n hasil menyerbu, serangan:\ndia dapat melepaskan diri daripada ~ polis;\n penyerbuan\n perbuatan menyerbu, penyerangan:\n~ itu , apabila sampai ke dalam istana, sudah tidak dapat dikawal lagi;\npenyerbu\n orang (pihak) yang menyerbu, penyerang:\naku berharap ~-~ itu mempunyai rasa kasihan kepada seorang bayi." "serbuk\nbenda yang berbutir-butir dan halus (seperti tepung, kopi, teh, dan lain-lain), bubuk:\nia mengibas-ngibas ~ kopi yang tertumpah di atas tikar;kena ~ \ntermakan ubat guna-guna (dalam makanan);\n \n~ besi \nhabuk daripada besi yang telah digergaji dan lain-lain;\n \n~ bunga \n[Indonesia] debunga;\n \n~ gergaji \nhabuk yang diperoleh ketika menggergaji papan dan lain-lain, tahi gergaji;\n \n~ letupan \ncampuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dan lain-lain, yang menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan;\n \n~ peluntur \ncampuran garam kalsium (seperti kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dan lain-lain) yang digunakan untuk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman;\n \n~ penaik \ncampuran natrium bikarbonat dengan bahan lain (lazimnya asid tartarik) yang digunakan untuk membuat roti dan kuih;\n \n~ ubat \nubat dalam bentuk serbuk;\nmenyerbuk\n menjadi (seperti) serbuk;\n \nmenyerbukkan\n menghancurkan (menumbuk, mengisar, dan lain-lain) menjadi serbuk;\nmenyerbuki\n [Indonesia] memindahkan (mengenakan) debunga pada stigma;\npenyerbukan\n1.\n proses membuat sesuatu menjadi serbuk;\n2.\n [Indonesia] pemindahan debunga." "serdadu I\nanggota tentera, askar, perajurit:\ntidak lama kemudian, turunlah dua orang ~ dari atas gunung itu; \nbagai ~ pulang baris \n(peribahasa) orang yang kelihatan selalu bergaya tetapi berada dalam pekerjaan berat dan bahaya." "serdadu II\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nArius macronotacanthus." "serdadu III\nkembang ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nLochnera rosea." "serdak\ndebu halus (yang melekat pada barang-barang di rumah dan lain-lain), habuk." "serdam\nsejenis seruling daripada buluh;\nberserdam\n meniup serdam." "serdang\nsejenis tumbuhan (palma yang daunnya boleh dibuat atap), \nLivistona saribus." "serdi\nsejenis penyakit selesema (pada kuda)." "serdih\nmenonjol atau menganjur ke depan (berkenaan (dengan) perut, dada)." "sere\n[Kelantan], [Terengganu] sejenis rumput laut yang boleh dimakan." "serebeh\n= \nberserebeh\n tidak kemas atau teratur (berkenaan (dengan) pakaian), serbah-serbih:\npakaiannya pula berserebeh macam lanun." "serebelum\n(Biologi) bahagian otak vertebrat yang berperanan menyelaraskan pergerakan otot dan menyeimbangkan badan." "serebrum\n(Biologi) bahagian depan otak vertebrat yang mengawal pemikiran, persepsi, dan sebagainya." "seregai\n[Kedah], [Perlis],[Pulau Pinang] tidak licin (papan, tapak tangan, dan lain-lain), kesat." "seregum\n[Kedah], [Pulau Pinang] kusut-masai (berkenaan (dengan) rambut), tidak teratur." "seregut\n[Perak] tidak hati-hati, gopoh." "serek\nmenyerek\n menyendengkan badan serta mengembangkan kepak seperti hendak berlaga (berkenaan (dengan) ayam)." "sereke\nsejenis ikan laut, \nTriacanthus spp." "serelum\n[Kedah], [Pulau Pinang] menyarungkan dari atas (seperti baju Melayu, songkok, dan lain-lain);\nterserelum\n tersarung, tersungkup:\ndi kepala botaknya itu ~ sebuah songkok." "serem\n[Jakarta] menakuntukan (cerita dan lain-lain), dahsyat, ngeri, tampak bengis;\nseram I." "serembab\nmenyerembab\n rebah atau jatuh ke hadapan (badan, muka):\nSuriati tiada diam, melainkan ~ ke dadanya;\nmenyerembabkan\n1.\n merebahkan ke hadapan;\n2.\n [kiasan] menjatuhkan (ke taraf yang rendah):\nlaki-lakilah yang telah ~ dia jatuh serendah dan sehina itu; \nserambab" "serembah\n~-serembih \na) berlebihan atau bercucuran (air mata):\nPak Mat yang sedang sakit itu dihadapi oleh anak-anaknya dengan air mata yang ~-serembih; \nb) tidak kemas (pakaian dan lain-lain), selekeh, serbah-serbih:\nmereka datang dengan memakai pakaian yang ~-serembih dan bertampal-tampal." "seremban\nsejenis permainan kanak-kanak (dengan batu-batu kecil yang dilambung-lambung)." "serempak\npada ketika atau waktu yang sama (melakukan sesuatu dan lain-lain), serentak:\ndengan\n \n~ semuanya menjawab tidak! tidak!\nmenyerempak\n menyerang (menyerbu, menyergap) bersama-sama dengan serentak;\nterserempak\n1.\n diserang (diserbu dan lain-lain) dengan tiba-tiba;\n2.\n bertemu (bersua) dengan tidak disangka-sangka:\nsesekali dia ~ dengan orang yang hendak ke kampung tempat dia berguru." "serempet\n[Jakarta];\nmenyerempet\n menyentuh (menggesel dan lain-lain) sedikit, tidak tepat kenanya (tembakan dan lain-lain), menyipi;\nterserempet, keserempet\n terkena (tergesel, tersentuh) sedikit." "serempu\n1.\n = \nlunas ~ \nlunas panjang dan lekuk;\n2.\n = \nbiduk (jalur) ~ \nsejenis perahu yang dibuat dengan lunas panjang dan lekuk;\n \nada biduk, ~ pula \n(peribahasa) tidak puas dengan apa yang ada." "serendah\n1.\n sejenis pinang;\n2.\n sejenis padi." "serendeng\ntinggi sebelah (sesuatu permukaan dan lain-lain), miring, sendeng, senget;\nmenyerendeng\n miring, sendeng, senget;\nmenyerendengkan\n menjadikan (meletakkan) menyerendeng, memiringkan, menyengetkan." "sereng\n[Jawa] sejenis panah bunga api." "serengam I\nmakan hingga habis (dengan tamak)." "serengam II\nberserengam\n \n1.\n banyak benar, berkerumun (semut dan lain-lain);\n2.\n tumbuh dengan tebal (bulu hidung dan lain-lain)." "serengan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nFlemingia strobilifera; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek);\n \nDesmodium gangeticum;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nUraria crinita;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nFlemingia macrophylla;\n~ kerbau \nsejenis tumbuhan (herba), kacit fatimah, \nSonerila nidularia." "serengeh\n[Minangkabau];\nmenyerengeh\n menggerenyotkan muka (mulut, bibir, dan lain-lain) menandakan marah dan lain-lain, menyeringai." "serenging\n[Kedah] tengking, herdik." "serengit\n[arkaik] seringai." "serengkung\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nApama tomentosa." "serenjak\nsejenis perangkap tikus." "serenjang\n[sastera lama] tegak lurus (orang berdiri, tiang, dan lain-lain);\n \ngaris ~ \n(Matematik) garis yang tegak lurus terhadap garis lain;\nberserenjang\n berdiri tegak lurus." "serenta\n[Jakarta] apabila (sebaik) sahaja, demi, serta." "serentak\npada waktu yang sama (melakukan sesuatu dan lain-lain), bersama-sama, serempak:\nlima orang anak kita boleh dihantar ~ ke sekolah tinggi;\nmenyerentakkan\n menyebabkan berlaku atau berjalan serentak;\nkeserentakan\n perihal (keadaan) serentak." "serentang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), terentang, \nCampnosperma auriculata; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), terentang, \nCampnosperma macrophylla." "serep\n[Indonesia] cadangan (untuk mengganti yang lain), persediaan." "serep I\n[Indonesia] \nserap." "serep II\n[Jakarta];\nmenyerepi\n menanyai untuk mengetahui (keadaan yang sebenarnya dan lain-lain)." "serepuh\n[Perlis] pukul, godam." "seresah I\nbermacam-macam sampah, baja, pupuk;\nserasah I." "seresah II\npukul, belasah." "seresari\n[sastera lama] sejenis kain." "seret\n[bahasa percakapan] tidak lancar (licin), serat." "seret I\nkasut ~ \nkasut yang dipakai di dalam rumah, cenela;\nmenyeret\n1.\n menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah), menghela, mengheret:\nkemudian diseretnya sebuah kerusi dari kamarnya sampai ke ambang pintu; \n2.\n membawa dengan paksa (orang dan lain-lain), memaksa (orang dan lain-lain) supaya menurut:\nmereka berdua telah diseret balik ke tempat persembunyian mereka; \n3.\n = \nmenyeret-nyeret\n membawa-bawa (ke dalam sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut:\nia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yang telah berlaku; \nnamanya diseret-seret dalam lagu-lagu yang disukai oleh penuntut di sekolahnya;\n terseret\n (telah) diseret, terikut-ikut (melakukan sesuatu), turut terlibat (dalam sesuatu perkara dan lain-lain), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dan lain-lain):\nMas Reso ~ ke dalam dunia main judi;\n seretan\n hasil atau tindakan menyeret:\nketika itu terdengarlah bunyi ~ selipar menuju ke bilik itu." "seret II\n[Jawa] jalur (pada tepi kain dan lain-lain), coreng, loreng." "sereyat\n[Kedah] berhenti (hujan), reda." "serga\nsejenis tumbuhan (pokok renek), penluruh, \nLepidagathis longifolia." "sergah\nkata-kata atau suara yang kuat (untuk memeranjatkan orang dan lain-lain);\nmenyergah\n memeranjatkan orang dengan suara yang keras, membentak, mengherdik:\nMak Limah dan Bedah selalu ~ Ani kerana leternya;" "sergahan\nsuara (bunyi) menyergah:\ndia tersentak mendengar ~ itu; \nsergap." "sergai\n[Kedah] tidak licin atau sama (papan tidak berketam dan lain-lain), bergerigih." "sergam\ntersergam\n kelihatan tinggi dan besar daripada yang lain-lain (rumah, gunung, dan lain-lain):\nbangunan itu ~ megah." "sergap\nmenyergap\n \n1.\n menyerang (menyerbu, menerpa, dan lain-lain) dengan tiba-tiba dan memeranjatkan:\nmusuh yang hendak ~; \n2.\n mendatangi dengan tiba-tiba dan memeranjatkan (untuk menangkap dan lain-lain), menyerbu:\ntempat judi itu disergap polis; \n3.\n menyergah;\npenyergapan\n perbuatan menyergap." "seri I\n1.\n cahaya semarak:\nnila gunanya untuk menghilangkan warna perang pada kain putih dan menambah ~ pada warna biru; \n2.\n kemuliaan, keindahan, kemegahan:\nRafeah itu ~ segala perempuan di situ;\n~ balai \n[sastera lama] balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat);\n \n~ gadus \nsejenis kuih pipih dan bulat yang diperbuat daripada tepung gandum;\n \n~ gunung \nkelihatan cantik (elok, bagus);\n \n~ kaya \nsejenis makanan (daripada telur, gula, santan, dan tepung) yang biasanya dimakan dengan roti;\n \n~ muka \na) air (cahaya) muka;\n b) = \nberseri muka \nkelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirangan dan lain-lain);\n c) sejenis penganan daripada pulut berlapis dengan seri kaya;\n \n~ panggung \norang bintang bangsawan (sandiwara dan lain-lain);\nberseri\n1.\n bercahaya, bersemarak;\n2.\n kelihatan cantik, berupa mulia (megah dan lain-lain):\nmaka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; \n3.\n = \nberseri-seri\n kelihatan bercahaya mukanya dan lain-lain (kerana kegirangan, keriangan, dan lain-lain):\n dengan wajah yang ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya;\n menyerikan\n menjadikan berseri, menyinarkan, menyemarakkan (majlis dan lain-lain):\nmajlis itu diserikan dengan pencak silat; \npohon rendang yang sedang diserikan oleh bunga yang memerah cerah;\nkeserian\n keadaan yang (ber)seri:\n ~ pakaian baginda terserlah dengan selendang kuning yang dipakainya;\n penyeri\n seseorang atau sesuatu yang menyerikan:\nanak-anak itulah yang menjadi ~ rumah tangga mereka." "seri II\npanggilan untuk memuliakan (raja, orang besar, dan lain-lain):\nS~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; \nS~ Nara Diraja;\n perserian\n [sastera lama] orang besar-besar (raja dan lain-lain) yang mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dan lain-lain):\nmaka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia." "seri III\nmenyeri\n menghisap (madu) daripada bunga:\nlaksana kumbang ~ bunga, kumbang terbang bunga pun layu; \nsari I" "seri IV\n1.\n tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah (dalam permainan, perlawanan, dan lain-lain), balui:\nperlawanan bola sepak itu berakhir dengan ~; \n2.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] tidak untung dan tidak rugi (dalam perniagaan), pulang pokok, sama sahaja (malu dan lain-lain) bagi kedua-dua belah pihak." "seri V\n~ pancar \nsejenis burung, pipit padang, \nAnrhus novaeseean diae malayensis." "seri VI\n~ sebulan \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), api-api, dedalu umping, selarapi, \nViscum orientale." "seri VII\nsiri." "seri VIII\n[Indonesia] ;\n \npohon (bunga) ~ \nsejenis tumbuhan (pokok dan bunga)." "seriap\nsejenis burung, pucung,\na) \nArdea cinerea rectitostris; \nb) \nArdea sumatrana." "seriat\n[Pulau Pinang] berhenti (hujan), teduh, sidang." "seriau\n1.\n perasaan ngeri atau seram (kerana melihat luka yang besar dan lain-lain);\n2.\n [Kedah] ngilu (rasa yang tidak enak kerana gigi dikikir dan sebagainya)." "seriawan I\nsejenis penyakit pada mulut atau lidah (kelihatan merah seolah-olah melepuh);\n \n~ usus \na) sejenis penyakit lemah badan (kerana kurang makan buah-buahan, atau sayur-sayuran tetapi banyak makan daging);\n b) sejenis penyakit perut yang menyebabkan selalu buang-buang air (biasanya pada kanak-kanak)." "seriawan II\ndaun ~ \ndaun daripada sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat sakit seriawan), \nElaecarpus obtusa." "seribu\nsibu." "seribulan\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), akar serau malam, bawal hutan, \nPhyllagathis rotundifolia." "seribumi\nsejenis tumbuhan (herba), rumput ekor kucing, rumput kala jengking, rumput oleh, \nHeliotropium indicum." "seridanta\nserigading." "seriding I\nserendeng, sendeng." "seriding II\n1.\n sejenis ikan laut, sebekah, \nApogon fleurieu; \n2.\n sejenis ikan laut, sebekah, \nApogon taeniatus." "serif\n(Percetakan) unjuran kecil yang menjulur dari hujung coret sesuatu huruf (rupa taip) sama ada di bawah atau di atas:\nhuruf tanpa ~;\n berserif\n mempunyai serif (berkenaan (dengan) huruf):\nhuruf ~." "serigading\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nNyctanthes arbortristis." "serigala\nsejenis binatang liar (rupanya seperti anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan), \nCanis lupus; \nanjing ~ \nsejenis anjing hutan, \nCyon rutilans;\n~ berbulu domba \n(peribahasa) orang yang kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang;\n \n~ dengan buah anggur \n(peribahasa) orang yang mencela sesuatu yang diingininya kerana ia tidak berupaya untuk mendapatkan benda itu." "serigrafi\nseni, teknik atau proses mencetak corak yang melibatkan cat atau dakwat yang disaring ke atas kertas atau tekstil melalui saring yang dibuat daripada sutera." "serigunting\nsejenis burung (berbulu hitam dan ekornya seperti gunting)." "serik I\ntidak mahu melakukan lagi (kerana sudah menderita atau sudah melihat orang lain yang menderita akibat perbuatan itu), jera, takut:\nkehendak hati hamba bunuh dia, supaya yang lain ~;\n menyerikkan\n menyebabkan seseorang berasa serik:\n hukuman yang ringan itu tidak akan ~ mereka untuk mengulangi kesalahan yang sama." "serik II\n[Kelantan] teduh atau berhenti (berkenaan (dengan) hujan), reda." "serik III\nserak III." "serika\nseterika." "serikandi\n[arkaik] \nsrikandi." "serikaya\nsejenis tumbuhan (pokok dan buah), buah nona, \nAnona squamosa." "serikultur\npenternakan ulat sutera untuk menghasilkan sutera mentah." "serimala\n[sastera lama] tukang kayu, tukang ukir:\nada seorang ~ bersahabat dengan seorang pandai emas." "serimbung\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), julang jantan, rabu kumbang, \nAlchornea rugosa." "serimpet\n[Jawa];\nkeserimpet\n tersampuk (tersangkut, tersaur) kaki." "serimpi\n[Jawa] gadis penari (di istana):\ndengan gerak tangan seperti ~, dia mempersilakan aku duduk di atas kerusi; \ntari ~ \ntarian oleh gadis-gadis (hanya di istana sahaja)." "serindai\n1.\n sejenis hantu air (yang suka mengganggu orang perempuan);\n2.\n merdu dan enak didengar (suara)." "serindit\nsejenis burung (bulunya berwarna hijau), \nLoriculus galgulus galgulus;\n~ gajah \nsejenis burung, nuri, \nPsikologittinus cyanurus cyanurus." "sering I\n1.\n kemas dan keras (pintalan tali, benang, dan lain-lain), keras (kain yang dikanji, kertas tebal, dan lain-lain);\n2.\n tegang (tali diregangkan, urat, dan lain-lain), kejang;\n3.\n [arkaik] kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang):\norang yang suka makan pedas, badannya ~ tapi liat;\nbersering; \n~ urat leher \nki bertengkar:\nItam dan Baki sedang ~ urat leher membincangkan sesuatu;\nmenyering\n1.\n memintal (tali, benang dan lain-lain) hingga sering;\n2.\n menegangkan sesuatu yang ditenun (dianyam dan lain-lain)." "sering II\n1. = sering-sering\n kerap kali, acap kali, selalu:\norang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; \n2.\n = \nsering-sering\n [arkaik] kadang-kadang:\nAli dan Azman sering-sering bertengkar;\n keseringan\n perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya:\n~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita." "sering III\n[Minangkabau] langsing (badan), ramping." "sering IV\n[Minangkabau];\nmenyering\n menyeri (bunga)." "sering kali\nacap kali, kerap kali." "sering V\n~ lanting \n[sastera lama] sejenis burung." "sering VI\n[Kelantan] kering (air dalam nasi yang hampir akan masak)." "seringai\n1.\n gerak bibir atau muka (untuk mengejek, mengeji, dan lain-lain), kenyih, gerenyot;\n2.\n senyuman lebar (yang menampakkan gigi);\nmenyeringai\n menggerenyotkan bibir atau mulut (untuk mencebik, mengeji, mengejek, dan lain-lain):\ngadis itu cuma tersenyum ~;\nmenyeringaikan; \n~ gigi \nmenampakkan gigi (ketika menyeringai):\nnenek Tempe ~ gigi hitamnya;\n terseringai\n1.\n terbuka sedikit mulutnya (seperti orang tersenyum) dan tergerenyot bibir atau muka:\n kawannya itu ~ kesakitan; \nbahagian kepala Razak terasa sakit dan dia ~ menahannya; \n2.\n tersengih dan kelihatan giginya, terkernyih, tergerenyot." "seringan\n= \n~ laut \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nDodonaea viscosa." "seriosa\nsejenis irama atau rentak muzik." "seripit\nmenyeripit\n masuk dengan mencelah-celah:\nbeca Ahmad ~ sangat lincah di antara kenderaan lain." "serit\nsejenis sikat rambut (yang kerap dan halus giginya untuk mencari kutu);\nmenyerit\n menyikat rambut dengan serit." "serium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang berwarna kelabu, sangat reaktif, dan digunakan untuk membuat aloi dan lain-lain." "serius\n1.\n sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main:\nini suatu usaha yang murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara ~; \ndia termenung seolah-olah berfikir dengan ~; \nkita hendaklah bekerja dengan ~; \n2.\n genting, berat, dan parah kesannya:\nkeruntuhan moral merupakan satu perkara yang ~ yang perlu diatasi; \n3.\n (berkenaan (dengan) penyakit, dan sebagainya) tenat, berat, teruk, parah:\npenyakit kansernya semakin ~;\nkeseriusan\n keadaan serius, kesungguhan:\n ~ menghadapi sebarang kemungkinan." "serkah\nsekah." "serkai\nmenyerkai\n memulas sesuatu (adunan yang dibungkus dengan kain dan lain-lain) untuk mengeluarkan airnya, memulas (memerah) kain untuk mengeluarkan airnya, mengayak (menapis) sesuatu." "serkap\n1.\n sejenis alat untuk menangkap ikan (diperbuat daripada buluh, rotan atau bemban) yang berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya;\n2.\n sejenis alat untuk menyungkup ayam (diperbuat daripada buluh dan lain-lain);\n \n~ jarang \nki menuduh (meneka dan lain-lain) dengan sembarangan sahaja;\nmenyerkap\n1.\n menangkap ikan dengan menggunakan serkap:\ntiap-tiap petang Ani mengikut bapa angkatnya ~ ikan di sawah; \n2.\n = \nmenyerkapi\n menyungkup atau mengurung dengan serkap (ayam dan lain-lain);\n3.\n menyerang (menyerbu, memerangkap) dengan tiba-tiba:\nia diserkap secara tiba-tiba oleh musuhnya;\n terserkap\n [sastera lama] dengan tiba-tiba atau mengejut (serangan dan lain-lain):\nmaka datanglah ia dengan ~, tiada sempat Yang diPertuan Muda berbuat kubu lagi." "serkat\n[Kelantan] galah yang bersangkak di hujungnya (untuk mengambil buah-buahan supaya jangan jatuh)." "serkup\nsesuatu benda yang jeluk yang digunakan untuk menyungkup (menutup dan lain-lain) sesuatu yang lain:\n~ kaca;\nmenyerkup\n1.\n menyungkup (menutup dan lain-lain) dengan sesuatu yang jeluk:\ntuanku Malim Deman pun disembunyikan olehnya di bawah dapur diserkup dengan kawah;\n 2.\n menutup (menudung) dengan sesuatu:\nia membetul-betulkan rambutnya yang ~ dahi; \n3.\n [kiasan] menyelubungi, meliputi:\nkelam malam ~ seluruh kampung itu;\nmenyerkupkan\n memakai sesuatu untuk menyerkup:\nLong mengambil songkoknya dan ~nya ke atas kepalanya." "serlah\nmenyerlah\n \n1.\n kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dan lain-lain), kelihatan bercahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dan lain-lain):\ndi kala langit itu cerah, bintang nampaknya ~; \n2.\n (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol:\ndi samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yang ~ bakatnya;\n menyerlahkan\n1.\n menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dan sebagainya):\nsetiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yang ~ cahaya dan kilauan dengan sepenuhnya; \n2.\n mengemukakan (dengan nyatanya), menonjolkan:\ntulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu;\nterserlah\n menyerlah;\nketerserlahan\n perihal (keadaan) terserlah;" "serlahan\nsesuatu yang menyerlah (terserlah);\npenyerlahan\n perihal (usaha, proses, dan sebagainya) menyerlahkan sesuatu, penonjolan:\n amanat yang mengarah kepada ~ permasalahan itu." "serling\nlubang (sebagai jerat) untuk menangkap binatang, pelubang;\nterserling\n terjatuh ke dalam serling." "sermangin\ngendang serama." "sermet\nbahan tahan panas yang diperbuat daripada campuran seramik dan logam." "sernak\nmenyernak\n menjadi senak (hati), menyesak (hati);\nsenak." "sero I\n[Indonesia] pancang-pancang seperti pagar (daripada kayu, buluh, dan lain-lain) yang dipasang di tepi laut untuk menghalau ikan ke tempat yang dikehendaki, kelung, belat betawi." "sero II\n[Indonesia] syer, saham;\n \nuntung ~ \nkeuntungan yang diperoleh daripada perniagaan dan lain-lain dan dibahagi-bahagikan kepada pemegang-pemegang syer;\nperseroan\n persyarikatan dalam hal perdagangan (perniagaan), perkongsian;\n \n~ terbatas \n[Indonesia] syarikat berhad;\npesero\n orang yang mempunyai syer dalam sesuatu badan perniagaan, pemegang syer." "serobeh\ntidak teratur atau tidak kemas (pakaian, rambut, dan lain-lain)." "serobok\nberserobok, terserobok\n bertemu (bersua, berjumpa) dengan;\nsobok." "serobot\n[Jakarta];\ntukang ~ \norang yang suka merampas (merebut, mencuri, dan lain-lain) hak orang lain;\n \nmain ~ \nberbuat perbuatan yang melanggar peraturan (tidak sah);\nmenyerobot\n1.\n mengambil sesuatu dengan melanggar hukum atau peraturan (mencuri, merampas, menyerang, dan lain-lain):\nbasikal itu diserobot orang; \ntunangannya diserobot orang; \n2.\n mengerjakan sesuatu dengan nekad (dengan diam-diam):\nia akan ~ sahaja masuk ke dalam tempat siaran itu; \nbola itu diserobot oleh lawannya dari belakang; \n3.\n menggunakan jalan dengan tidak mengendahkan orang lain (peraturan jalan raya dan lain-lain):\njangan suka ~ jalan;\npenyerobotan\n perbuatan menyerobot;\npenyerobot\n orang yang menyerobot." "seroda\nduri dan lain-lain yang dibelitkan pada batang pokok (untuk mencegah daripada dipanjat orang dan lain-lain), serangkak;\nseperti memanjat terkena ~ \n(peribahasa) perihal orang yang mendapat bahaya kerana nafsunya sendiri." "serodi\nmenyerodi\n [sastera lama] mencanai (mengasah) batu-batu permata." "serodok\nmenyerodok\n \n1.\n menyusup di bawah sesuatu (belukar, pagar, dan lain-lain), menyeluduk, menyorok;\n2.\n menyondol dengan kepala (orang, binatang, dan lain-lain), menyudu dengan paruh (itik dan lain-lain):\nitik telah keluar dan berebut-rebut ~ ke dalam pelimbahan;\n~ galas lalu \n(peribahasa) menyesuaikan diri dengan pekerjaan." "serografi\nseni atau teknik membuat ukiran atau reka bentuk pada lilin." "seroi\n[Kedah] peroi." "seroja\n1.\n sejenis tumbuhan (herba dan bunga), bunga pukul empat, bunga pecah empat, kembang pukul empat, \nMirabilis jalapa; \n2.\n = \n~ biru \nsejenis tumbuhan (herba), kelepok, telepuk, teratai kecil, tunjung biru, \nNymphaea stella; \n3.\n = \n~ merah \nsejenis tumbuhan (herba), bunga padma, bunga telepok, teratai, \nNelumbium nelumbo." "serok I\nsero I." "serok II\n[Jawa] sejenis alat untuk mencedok, pencedok;\nmenyerok\n mengaut, mencedok." "serok III\nteluk kecil (yang terdapat di sungai atau pantai laut);\nserokan." "seroka\nmenyeroka\n membuka tanah baru (untuk dijadikan sawah dan lain-lain);\nteroka." "serokan\n1.\n teluk kecil (yang terdapat di sungai-sungai atau di pantai laut);\n2.\n aliran air (di sawah), parit;\nserok III." "serologi\nkajian tentang serum darah." "serolok\n[Perak] terperlus (ke dalam lubang, lumpur, dan lain-lain)." "serombong\n1.\n benda seperti corong yang kembang ke hujung dan disambungkan pada hujung serunai (alat pembesar suara dan lain-lain);\n2.\n = \n~ asap \ncorong yang menyalurkan asap pada kapal (dapur, lampu, dan lain-lain), cerobong, semperung." "serompok\n[arkaik];\nterserompok\n tidak dapat bergerak lagi, tersesak (tersuntuk) benar." "seron I\n[Kedah] sangkak dan lain-lain tempat ayam bertelur." "seron II\n[Kedah];\nbujang ~ \nperempuan yang telah ditingalkan oleh suaminya tetapi tidak diceraikan (cerai gantung)." "serondeng\n1.\n sejenis makanan (yang dibuat daripada kelapa yang dikukur);\n2.\n sejenis makanan (yang tahan lama) daripada siatan daging (udang atau ikan yang dihancurkan dan sebagainya) yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering." "serondok\nterserondok\n mencuar atau menjulang ke atas (ke hadapan)." "serondol\nmenyerondol\n menyondol (dengan kepala dan lain-lain)." "serondong\nmenyerondong\n (mendorong) membongkok ke hadapan, menyondol, menyorok;\nterserondong\n terdorong (terlangsung, terlanjur) ke hadapan." "serong I\n1.\n menyimpang dari arah yang lurus (garis dan lain-lain), tidak tepat atau tidak lurus (letak, potongan sesuatu, dan lain-lain):\nletak rumahnya ~; \nbatang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong ~; \njalan yang ~ \na) jalan yang tidak lurus (ke barat, ke timur, dan lain-lain);\n b) perbuatan yang salah (tidak sebagai semestinya);\n \nkain ~ (bugis) \nsejenis cara memakai kain;\n \nmemandang ~ \na) memandang ke samping;\n b) menganggap tidak wajar;\n2.\n [kiasan] tidak lurus hati, tidak jujur, curang:\nberlaku ~;\nmenyerong\n tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dan lain-lain), mencong:\nmasukkan jarum ~ dari belakang;\nmenyerongkan\n1.\n menjadikan serong (letak, bentuk, dan lain-lain), memencongkan:\n~ jarum ke kiri; \n2.\n [kiasan] menjadikan curang, memesongkan:\nkekayaan boleh ~ kebenaran;\nkeserongan\n [kiasan] perihal serong (curang dan lain-lain), kecurangan;\npenyerongan\n perihal menyerongkan sesuatu." "serong II\n~ ekor \nsejenis ikan laut, \nMugil dussumierii." "serongeh\n[Kelantan] tidak teratur (gigi, seperti berlapis-lapis, jongang, dan lain-lain)." "serongkong\nmenyerongkong\n merebahkan diri ke hadapan dan bahagian punggung ditinggikan dengan mendirikan lutut:\nZabidi\n \nsedang ~ minum air dari tasik itu." "seronok\nperasaan yang menyenangkan (menyukakan) atau menyedapkan hati, sedap didengar (dilihat dan lain-lain):\nmereka berasa ~ membuat lukisan atau pekerjaan tangan; \nsangat ~ melihat mereka menari;\n berseronok-seronok\n bersuka ria, bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya:\n sampai hati dia ~ dengan perempuan lain sedangkan isterinya sedang terlantar sakit di rumah;\n menyeronokkan\n menimbulkan rasa seronok (nyaman, enak, dan lain-lain):\nbagi orang yang sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteramkan hati;\n keseronokan\n perihal (keadaan, rasa, dan sebagainya) seronok, kesedapan sesuatu yang menyebabkan seseorang dan sebagainya berasa seronok:\nkanak-kanak mempunyai kecenderungan dalam pelajaran yang mendatangkan ~ kepada mereka;\n ketidakseronokan\n perihal (keadaan, rasa, dan sebagainya) tidak seronok." "seronot\nmenyeronot\n merangkak dan lain-lain di bawah sesuatu (semak, kawat, dan lain-lain), menyusup." "seronyeh\n1.\n tidak teratur atau tidak tersusun (dan tidak sedap dipandang);\n2.\n koyak rabak (pakaian dan lain-lain);\n3.\n tercerai-cerai (buku dan lain-lain)." "seropot\nmenyeropot\n [bahasa percakapan] menghirup (air), menghisap, menyedut:\nBung Parta sedang ~ kopi manisnya." "serosoh\n[Minangkabau];\nmenyerosoh\n menggelongsor, menggeluncur, menyelusur." "serot\n[Jawa];\nmenyerot\n menghirup, menghisap, menyedut." "seroyong, seroyongan\n[Jakarta] terhuyung-hayang (berjalan)." "serpa\n[arkaik] serapah." "serpai\n1.\n serpih;\n2.\n (Perhutanan) kepingan kecil kayu yang dihasilkan daripada kayu balak dan lain-lain yang digunakan untuk membuat papan serpai, pulpa, tepung kayu, dan lain-lain;\npenyerpai\n mesin untuk memotong balak, reja kayu, dan lain-lain, menjadi serpai yang agak sekata saiznya." "serpih\n1.\n sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dan lain-lain):\ntiang batu itu kelihatan ~ sedikit; \n2.\n = \nserpihan;\nmenyerpih\n1.\n menyerupai serpih;\n2.\n menjadi serpih, pecah-pecah;\n3.\n menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil;\nserpihan\n kepingan-kepingan kecil (daripada sesuatu seperti batu, kayu, dan lain-lain), sobekan:\ndi samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; \njangan dimasukkan ~-~ kaca ke dalam laci kamu." "serpuk\nterserpuk\n tertiarap (kerana jatuh), tersembam:\nia menerkam anaknya yang ~ di kaki tangga." "sersan\n[Indonesia] sarjan." "sersi I\n[Indonesia] polis rahsia, mata-mata gelap." "sersi II\n[Indonesia] sejenis kain tipis yang diperbuat daripada bulu biri-biri." "serta\n1.\n turut, bersama, ikut, mengikut:\nAustralia telah menyatakan hasratnya untuk ~ dalam persidangan itu; \njikalau datang kepada had nyawa sekalipun yang pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; \napabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dari darat; \n2.\n = \nberserta\n bersama-sama (dengan):\nmaka dipilihnya empat puluh anak peria yang baik-baik, dibawanya ~; \n3.\n dan juga, juga:\nEncik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; \n4.\n sebaik sahaja, demi, apabila:\nmaka baginda diam pada suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; \n5.\n sambil, seraya:\nBenar pula itu, kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kepada Sutan Baginda; \n6.\n baharu sahaja, sesudah:\n~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kepada ibunya;\n serta-serta\n = \nserta-menyertai;\nberserta\n bersama-sama (dengan), mengikut, menurut:\norang kaya-kaya yang ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; \njika engkau mati dengan pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dengan kamu;\n menyertai\n1.\n mengiringi, mendampingi, mengikuti:\nsetiap pelajaran yang saya berikan itu, disertai dengan latihan; \nbantahan mereka kali ini disertai dengan ugutan yang lebih hebat; \n2.\n bersama-sama dengan, menemani, mengawani (untuk menolong dan lain-lain):\nTuhan ~ orang yang sabar; \n3.\n mengikut serta, turut bersama:\ntidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu?\nserta-menyertai\n turut serta (dalam hal orang dan lain-lain), ikut mencampuri;\nmenyertakan, mempersertakan\n1.\n membiarkan menyertai, memperikuntukan;\n2.\n mengembarkan bersama (surat dan lain-lain), mengirimkan bersama (dengan);\npesertaan\n perihal berserta;\npenyertaan\n perbuatan menyertai (menyertakan):\n~ negara-negara anggota dalam rancangan-rancangan PBB;\n peserta\n orang yang mengikut serta (dalam sesuatu perkara seperti pertandingan, pergerakan, dan lain-lain), pengambil bahagian:\nseminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dari Asia Tenggara, Australia dan New Zealand;\n penyerta; \nkata ~ \n[Indonesia] kata yang menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (seperti \nthe\n, \na\n dan\nan\n dalam bahasa Inggeris, atau \nder\n, \ndie\n dan \ndas\n dalam bahasa Jerman), kata sandang." "serta-merta\npada ketika itu juga, tanpa berlengah-lengah, segera:\narahan itu berkuat kuasa dengan ~;\n keserta-mertaan\n keadaan serta-merta." "sertipikat\n[Indonesia-Belanda] surat keterangan, surat tanda, surat akuan;\n \n~ doktor \nsurat akuan daripada doktor." "sertu\nmenyertu\n menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak." "SERU\nakronim bagi\n Socioeonomic Research Unit \n(Unit Penyelidikan Sosioekonomi)." "seru I\nkata ~ \na) kata untuk memanggil;\n b) kata yang dikeluarkan dengan tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dan lain-lain);\nberseru\n1.\n memanggil dengan berteriak (dengan suara nyaring):\nMariam ~ dengan suara tinggi; \n2.\n mempelawa, mengajak, menganjurkan:\nPresiden Park telah ~ kepada semua rakyat supaya bekerja dengan lebih kuat lagi;\n berserukan\n [sastera lama] = \nmenyerukan;\nmenyeru\n memanggil, meneriak:\npegawai itu ~ nama Salim; \npesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kepada Allah;\n menyerukan\n1.\n meneriakkan atau mengucapkan sesuatu dengan nyaring:\nseorang pegawai yang berpakaian hebat telah ~ suatu titah daripada yang maha mulia; \n2.\n menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan:\nkeputusannya akan diserukan kemudian; \n3.\n menganjurkan atau mengusulkan (supaya):\nrencana yang ~ supaya ada kerjasama antara sasterawan, wartawan, dan ahli sains Melayu sangat menarik perhatian; \n4.\n = \nmenyeru-nyerukan\n mengheboh-hebohkan, menggembar-gemburkan;\nseruan\n1.\n sesuatu yang diserukan, panggilan (dengan suara yang nyaring):\n~ yang berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; \n2.\n anjuran, ajakan:\nNabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kepada orang yang hampir sekali dengannya;\npenyeruan\n perbuatan menyeru (menyerukan):\nAbu Talib telah memberi sepenuh-penuh sokongan kepada Rasulullah dalam ~nya itu;\n penyeru\n1.\n [arkaik] seruan;\n2.\n orang yang menyeru atau menyerukan, juruhebah." "seru II\nsengit (pertempuran, peperangan, dan lain-lain), hebat:\npeperangan di Asia dan di Pasifik masih berjalan dengan ~." "seru III\n[sastera lama] serba, sarwa:\ndengan pertolongan Tuhan ~ sekalian alam, sudahlah selamat kami kembali dengan sejahteranya." "seru IV\nsejenis tumbuhan (pokok), \nSchima bancana." "seruak\n[Minangkabau];\nmenyeruak\n membuka jalan ( di antara orang banyak), masuk melalui tempat yang sempit, berjalan serta menguak-nguakkan (tumbuh-tumbuhan, orang, dan lain-lain) supaya dapat dilalui:\nUda Patah dengan termengah-mengah berlari dan ~ ke tengah orang banyak itu." "serual\n[sastera lama] seluar." "seruas\nsejenis tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa (kopi) hutan, lidah rusa, mempulih, riang-riang gelugur, rumpu-rumpu, seberutut, tembusu paya, \nFagraea racemosa." "serugat\nsejenis tumbuhan (anggerik), rancung hantu, \nTropidia curculigoides." "seruh I\n1.\n kecut atau kempis (bisul, bengkak, dan lain-lain), susut kerana mendap dan lain-lain (beras dalam karung dan lain-lain);\n2.\n [Kedah] pucat lesi (seperti orang baru betah daripada demam)." "seruh II\n~-serah \nbunyi seperti bunyi orang berjalan dengan mengheretkan kakinya." "seruh III\n[arkaik] seru, sengit." "seruit\nsejenis tombak yang digunakan untuk menikam kura-kura, tempuling bermata satu." "seruk\n[Jawa] sejenis tempat menyimpan beras daripada mengkuang dan lain-lain (boleh memuat 10 gantang);\n \nbagai ~ dihentak \nki orang yang terlalu gemuk." "serul\ntidak melekat (butir-butir nasi, ketul-ketul tanah, dan lain-lain), gembur." "seruling\nsejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup (daripada buluh dan lain-lain)." "serum\n1.\n = \n~ darah \ncecair jernih yang terpisah daripada bekuan darah dalam penggumpalan darah;\n2.\n bahan antitoksin yang diperoleh daripada serum darah binatang yang dilalikan dengan bakteria penyebab penyakit;\n 3.\n cecair jernih yang dirembes oleh selaput tertentu;\nmenyerum\n [Indonesia] menyuntik dengan serum." "serumat\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar tapak rimau, bulang pelanduk, kelurai, melur hutan, \nCanthium aciculatum." "serumpu\n~ telinga badak \nsejenis tumbuhan (pokok), kelat tampoi, sempuh telinga badak, \nCrypteronia griffithii." "serunai I\nsejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup (diperbuat daripada kayu dan lain-lain)." "serunai II\n~ laut = pokok ~ \nsejenis tumbuhan (herba), bunga butang, seremai, \nWedelia biflora." "serunci\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, akar kirai, dedalu bukit, pepina, \nHiptage sericea." "serunda I\nmenyerunda\n menarik perahu di darat (untuk dipindahkan ke sungai lain dan lain-lain)." "serunda II\nberserunda, terserunda\n berjuntai (bergayut, bersenggayut) sampai ke tanah." "serundang I\nmenyerundang\n menyungkur tanah dan lain-lain dengan muncung (babi dan lain-lain)." "serundang II\nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar asam tebing darat, akar ketam (meroyan, sembang, segunja), daun bajang (ketam), \nAnodendrum montanum." "serungkup I\nsejenis tumbuhan (pokok), mesekang putih, pokok lemos, putat gajah, rambai ayam, talan, \nRyparosa fasciculata." "serungkup II\nmenyerungkupi\n menutupi rapat-rapat, melindungi, menutupi:\nseorang daripada mereka berambut panjang ~ dahi; \nselungkup" "seruni\n~ laut \n[Indonesia] sejenis tumbuhan, \nWedelia biflora; \nserunai II." "serunjang\nsejenis tombak daripada kayu." "seruntun\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), batang wali, gasing-gasing, petawali, \nTinospora tuberculata." "serupih\n[Minangkabau] serpih." "seruput\nsejenis tumbuhan (herba), \nJusticia uber." "seruras\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), akar belalang puak, \nPittosporum ferrugineum." "seruru\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPericamphylus glaucus." "serusah\nsejenis kain." "serut\n[Jakarta] ketam (kayu);\nmenyerut\n melicinkan kayu, mengetam;\nserutan\n = \ntahi ~ \ntahi ketam, tatal (daripada barang yang diserut)." "serutu\ncerutu, lisong." "seruyan\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), hujan panas, semomah, \nBreynia rhamnoides." "server\n(Komputer) [bahasa percakapan] pelayan." "serviks\n(Biologi) salur pada bahagian bawah rahim yang membuka ke faraj." "servis\n1.\n hantaran (pukulan atau tamparan) pertama bola dalam permainan badminton, tenis, skuasy, dan sebagainya;\n2.\n [bahasa percakapan] khidmat, perkhidmatan:\n~ mereka akan ditamatkan tidak berapa lama lagi; \n3.\n tindakan memeriksa, mencuci, memperbaiki, menyenggara dan sebagainya sesebuah jentera, kereta, dan sebagainya supaya dapat beroperasi dengan baik dan selamat:\npusat ~ kereta; \nsyarikat itu akan memberikan ~ percuma untuk ~ pertama bagi kereta-kereta yang dibeli daripada syarikatnya;~ kilas \nservis yang dilakukan dalam permainan badminton, pingpong dan sebagainya dengan bahagian belakang tangan yang memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan;\n \n~ kuda \nteknik hantaran (sepakan) pertama bola dalam permainan sepak takraw dengan menggunakan bahagian atas kaki;\nmenservis\n membaiki keadaan sesuatu (seperti perkakas elektrik, jentera, kenderaan, dan sebagainya) dengan mencuci bahagian-bahagiannya (menukar bahagian yang perlu, mengganti minyak, dan sebagainya):\nkeretanya sudah perlu diservis." "servo\n(Kejuruteraan) peranti dalam sistem hidraulik yang menukarkan tekanan hidraulik menjadi pergerakan mekanikal." "serwa\nserba." "ses\nsejenis cukai khas yang dikenakan bagi maksud tertentu:\n~ penyelidikan dikenakan kepada eksport getah; \npekebun kecil memohon wang ~ tanam semula dikembalikan kepada mereka." "sesagun\nsagun." "sesah\nbersesah\n \n~ bertinju \nberpukul-pukul atau tinju-meninju (bergaduh dan lain-lain);\nmenyesah\n1.\n memukul dengan benda yang melenting (rotan dan lain-lain), menyebat, membelasah:\ndikejarnya budak itu dan disesahnya; \n2.\n mencuci (pakaian dan lain-lain) dengan membanting-bantingkannya;\nbagai ~ kain dapat \n(peribahasa) memakai barang (biasanya barang pinjaman) dengan sekehendak hati sahaja;\n \nbagai cendawan disesah \n(peribahasa) perihal pucat lesi (muka dan lain-lain)." "sesai\nwang ~ \nwang hantaran atau mas kahwin yang belum dibayar." "sesajen\n[Jawa] jamuan yang disajikan untuk orang halus dan lain-lain, semahan." "sesak\n1.\n tidak lapang (lega, longgar), sempit:\nbilik itu ~; \n2.\n terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dalam kenderaan dan lain-lain):\nsyahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dengan kapal; \n3.\n tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dan lain-lain), sendat, senak:\nnafasnya ~-~ macam dikejar anjing; \n4.\n susah (kehidupan), sempit:\nia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening sekalian anak buah;\n~ dada (nafas) \nsusah bernafas (kerana sakit, marah, dan lain-lain), mengah-mengah;\n ~ kencing \nberasa hendak membuang air kecil;\n \n~ padat = penuh ~ \npenuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi);\n \n~ berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu \n(peribahasa) perihal orang yang tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga;\nbersesak, bersesak-sesak\n berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit:\npara penonton ramai ~-sesak;\n~ bagai ular tidur \n(peribahasa) perihal orang yang dalam kesempitan (kerana ditagih hutang dan lain-lain);\nmenyesak\n = \nmenyesak-nyesak\n mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak):\nmata-mata mencuba menyuraikan orang yang ~ di depan rumah; \norang itu menyeru kepada seorang pemuda yang sedang ~-nyesak dalam orang banyak; \nmenyesakkan\n1.\n menjadikan sesak (sempit), menyempitkan:\ntiada ia ~ tempat kita; \n2.\n meminta dengan sangat (supaya mengerjakan sesuatu dan lain-lain), mendesak:\n orang kampung ~ dia agar kahwin seorang lagi; \n3.\n menyendatkan (perjalanan nafas dan lain-lain):\nhawa terkurung dan lembap di dalam bilik yang kecil itu ~ hidung mereka;\n4.\n menjadikan susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan:\njangkanya belum ~, ada lagi harta benda yang boleh dijual atau digadai;\n tersesak\n1.\n tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak;\n2.\n dalam kesulitan atau kepayahan:\ntelur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan;\n~ hidup \nhidup dalam kesukaran;\n 3.\n tersekat-sekat (perjalanan nafas dan lain-lain), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu:\ndia menangis ~-sesak seperti budak-budak;\n~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kepada yang runcing, tak dapat bertenggang lagi \n(peribahasa) habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi;\nkesesakan\n1.\n perihal sesak, kesempitan, kesukaran;\n2.\n sangat sesak (sukar, sulit, dan lain-lain):\napabila Datuk Bendahara mendengar perkataan kapitan kapal itu, ~lah ia." "sesal\nperasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yang tidak baik (dosa dan lain-lain), keinsafan telah bersalah:\napabila ia melihat perbuatannya yang kasar itu, ia berasa ~;\n~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna \n(peribahasa) sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis;\nbersesal\n = \n~ hati = \nmenyesal;\nbersesalan, bersesal-sesalan\n salah-menyalahkan;\n \n~ bagai Batak lari \n(peribahasa) tuduh-menuduh sesama sendiri;\nmenyesal\n1.\n berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dan lain-lain), insaf telah bersalah:\nkalau rugi jangan ~ nanti; \n2.\n berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan):\nia tidak ~ atas perbuatannya;\nmenyesali\n1.\n berasa sesal terhadap:\ntidak baik ibu berkata demikian sebagai ~ untung; \n2.\n berasa tidak senang kepada, mempersalahkan:\ndia ~ jawatankuasa pengelola yang seakan-akan tidak tahu menjalankan tugasnya;\n sesal-menyesali\n bersesalan;\nmenyesalkan\n1.\n berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan:\nsiapa yang hendak disalahkan, siapa yang harus disesalkan, manusia juga yang mengajar manusia jadi begini; \n2.\n menyebabkan jadi menyesal:\nperbuatan yang sangat ~ dirinya;\n sesalan\n1.\n perasaan sesal, (sesuatu) yang disesalkan:\njikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; \nair mukanya membayangkan rasa ~nya; \n2.\n penentangan, celaan:\nkeris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini;\nkesesalan\n perihal sesal, kekesalan:\nuntuk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dengan pemerintah;\n penyesalan\n perihal menyesal(i)." "sesalang\nsejenis tumbuhan (pokok renek), julung-julung (bukit), meroyan sakat, pokok sebertih, salung(-salung), \nPsychotria stipulacea." "sesap I\nmenyesap\n \n1.\n menghisap air dan lain-lain (burung, binatang, dan lain-lain), menyedut:\nlebah ~ madu bunga; \n2.\n menyusu (anak kecil):\nbudak itu sedang ~;\n sesapan\n \n= ~ burung \nbekas tempat minuman burung;\npenyesapan\n perihal menyesap, penghisapan." "sesap II\n[Minangkabau] = \nsesapan\n ladang atau huma yang telah ditinggalkan;\n \ndikatakan berhuma, lebar sesapan di halaman \n(peribahasa) kekayaan (keberanian, kegagahan, dan lain-lain) seseorang itu tentulah ada bukti-buktinya (tidak boleh dipercayai khabar sahaja)." "sesar\nmenyesar\n \n1.\n beralih (sedikit-sedikit), berganjak, bergeser;\n2.\n mendesak supaya beralih (cecair oleh benda padu dan lain-lain);\njangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia = ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga \n(peribahasa) sesuatu perkara yang telah tentu itu tidak perlu digopoh-gopohkan sangat (hendaklah sabar mengerjakannya);\nmenyesarkan\n1.\n mengalihkan, menggeserkan (menguakkan dan menutup seperti kelambu dan lain-lain);\n2.\n mendesak supaya keluar atau bebas;\n3.\n (Kimia) membebaskan sesuatu unsur daripada sebatian kimia (seperti hidrogen daripada asid dan lain-lain);\npenyesaran\n perbuatan menyesar(kan)." "sesari\n[bahasa percakapan] sehari-hari, sekarang." "sesat\n1.\n tidak mengikut jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan:\n~ di jalan; \n2.\n [kiasan] tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dan lain-lain), menyimpang dari jalan yang benar:\nlama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala;\n~ akal \ntidak siuman, gila;\n \n~ barat \nsalah sekali (jalan yang diikuti);\n \n~ fikiran \nsalah pegangan (pendirian, pendapat);\n \n~ lalu \nmengikut jalan yang salah;\n \n~ langkah \na) melakukan perbuatan yang salah;\n b) mendapat bencana (sial) dalam perjalanan;\n \n~ pusat \nbingung;\n~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan \n(peribahasa) jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya;\n \n~ surut, terlangkah kembali \n(peribahasa) membaiki kesalahan yang telah dilakukan;\n \nkelarai ~ taja \n(peribahasa) sesuatu kesilapan yang memang salah dari mulanya lagi;\nbersesat\n tersalah jalan yang diikuti, dalam keadaan yang sesat (perjalanan);\nmenyesatkan\n1.\n menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yang salah:\npermatang yang panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; \n2.\n [kiasan] menjadikan keliru atau tersalah:\nhidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yang benar-benar akan ~ semata-mata;\ntersesat\n1.\n tersalah jalan yang diikuti:\nsemenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; \n2.\n [kiasan] terpesong daripada kebenaran (fikiran, fahaman, dan lain-lain):\ndia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan;\nkesesatan\n1.\n perihal sesat (perjalanan dan lain-lain):\ndalam ~ yang menyesakkan ini, aku masuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; \n2.\n [kiasan] kekeliruan (berkenaan (dengan) fahaman, pegangan, dan lain-lain), kesilapan:\nagama menunjukkan jalan yang benar dan menyelamatkan manusia daripada ~;\npenyesatan\n perbuatan mendatangkan kesesatan:\nsoal ~ memang sukar diselesaikan." "sesawat\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar carik puteri, akar puding rimba, daun pakan, gadung samak, selantung, \nVitis cinnamomea." "sesawi\nsawi-sawi;\n \nseperti suatu biji ~ dalam rumput \n(peribahasa)\na) orang yang hina sekali;\n b) benda kecil yang disembunyikan di tempat yang pelik;\nsawi." "sesekat\n(Kejuruteraan) alat seperti plat, papan dan sebagainya yang digunakan untuk mengawal atau menyekat aliran udara, cecair atau bunyi melalui salur masuk atau keluar." "sesenap\nsejenis tumbuhan (herba), akar seleguri, \nAlysicarpus vaginalis." "sesenduk\nsejenis tumbuhan (pokok), bulan-bulan, \nEndospermum malaccense." "sesentuh\nKejuruteraan) alat yang menghubungkan sesuatu pengalir elektrik dengan yang lain (untuk meneruskan pengaliran elektrik)." "seser\n[Jawa] sejenis alat untuk menangkap ikan (diperbuat daripada bilah)." "sesi\n1.\n tempoh (penggal, semester, atau tahun) pengajian di universiti dan lain-lain:\n~ pertama bermula pada bulan Jun; \n2.\n suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti:\n~ temu duga; \n3.\n perjumpaan sekumpulan pegawai (mahkamah, parlimen, dan sebagainya) untuk sesuatu tujuan, sidang:\n~ parlimen." "sesia\ntidak mendatangkan apa-apa hasil atau faedah, tidak ada gunanya, sia-sia:\nusahanya untuk menjayakan projek itu ~ sahaja; \nmensesiakan\n mensia-siakan:\njanganlah kamu ~ peluang untuk melanjuntukan pelajaran ini;\nkesesiaan\n perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) sesia:\nberilah aku kesempatan yang panjang untuk menebus ~ hidupku." "sesibar\nsibar-sibar (serangga)." "sesibur\nsibur-sibur." "sesira\nsejenis tumbuhan (pokok), \nAcronychia laurifolia." "sesium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang sangat reaktif, mudah terbakar, dan digunakan untuk membuat sel elektrik dan sebagai mangkin." "sesoca\n[Jawa] intan." "sesondol\n(Kejuruteraan) bahagian yang menonjol keluar dari roda atau aci untuk mengubah pergerakan (dari yang berpusing kepada yang turun naik dan lain-lain)." "sesorok\nsejenis serangga, \nGymnogryllus elegans." "sesuai\n1.\n padan benar (keadaan, rupa, dan lain-lain), cocok benar:\nseluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar; \ncarilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu; \n2.\n berpadanan (dengan), berpatutan (dengan):\nbunyi besi itu ~ dengan bunyi piano; \n3.\n setimbal, seimbang, selaras:\nhukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu; \n4.\n sepakat, sehati, setuju:\n~ benar pendapat mereka; \n5.\n serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar:\nrumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;\nbersesuaian\n cocok benar dengan, berpadanan, berpatutan:\nsaya rasa tugas ini ~ benar untuk kaum wanita;\n menyesuaikan\n menjadikan sesuai, menyelaraskan, memadankan:\nbukanlah mudah ~ diri dengan orang-orang di tempat yang baru; \nperaturan dan adat istiadat ini akan diubah untuk ~ dengan keadaan dan adat resam di sini;\n tersesuai\n (telah) disesuaikan, menjadi sesuai:\nnyatakan dua cara bagaimana katak itu ~ untuk hidup di dalam air;\n kesesuaian\n perihal (keadaan dan sebagainya) sesuai, keselarasan, kesamaan;\nketidaksesuaian\n perihal (keadaan dan sebagainya) tidak sesuai:\nmasalah seperti kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yang dihadapi oleh negara ini;\n berkesesuaian\n cocok (padan, layak) benar, sesuai;\npersesuaian\n perihal bersesuaian (cocok, sama, dan lain-lain), persamaan, persetujuan:\nlelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham;\n penyesuaian\n perihal (perbuatan, proses, dan sebagainya) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dan sebagainya sesuai (dengan sesuatu yang lain):\nbahasa Melayu maju dengan pesat sekali sehingga ~ diri dengan kemajuan itu perlu dilakukan;\npenyesuai\n alat dan lain-lain yang menyesuaikan." "sesuat\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nVitis cinnamomea." "sesuka-suka\ndengan) sekehendak hati, (dengan) semahu-mahunya:\npihak yang berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka;\nsuka-suka\n seronok-seronok:\npenceburan mereka dalam sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~;\nbersuka\n = \n~ hati\n = \n~\n \nria \nbersenang-senang, bergembira;\nbersuka-suka\n bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya:\ntua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~;\nbersuka-sukaan\n1.\n bersuka-suka:\nsetelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~; \n2.\n [bahasa halus] bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dan lain-lain):\ndia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dalam pelaminan ~;\nmenyukai\n1.\n menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati:\nindah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; \n2.\n gemar akan (makanan), menggemari:\nMinah tidak ~ kuih yang berbau minyak sapi atau mentega; \n3.\n menaruh kasih pada, mencintai, menyayangi:\nia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; \n4.\n menaruh simpati kepada, suka kepada:\nparti yang memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yang tidak disukai mereka;\nmenyukakan\n1.\n menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan:\nberita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; \n2.\n [bahasa percakapan] menyukai:\nibu tidak memaksa kau beristeri dengan orang yang tidak kausukakan;\nsukaan\n [bahasa percakapan]\n1.\n segala apa yang disukai, sesuatu yang menyukakan;\n2.\n orang yang dikasihi, kekasih, kendak;\nkesukaan\n1.\n perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan:\ntujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan daripada apa yang dibaca; \n2.\n sesuatu yang diminati (digemari), kegemaran:\nmenggambar itu adalah ~nya; \n3.\n sebagaimana yang disukai, kemahuan:\ncara memakai sari itu terpulanglah kepada ~ masing-masing;\n4.\n sesuatu yang disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki)." "sesumbar\n[Jawa] bercakap besar (takbur)." "sesup\nsejenis tumbuhan (pokok di kawasan yang berpaya), \nLumnitzera coccinea." "set I\n1.\n sekumpulan barang yang merupakan suatu kesatuan, beberapa benda yang digunakan bersama-sama sehingga yang satu merupakan pelengkap yang lainnya (seperti pinggan mangkuk, kerusi meja, dan lain-lain), peranggu:\nterdapat dua ~ kutipan yang terdiri daripada terjemahan tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan; \n2.\n sesuatu pusingan dalam permainan (tenis, bola tangkis, dan lain-lain):\nmarilah kita bermain satu ~ lagi." "set II\nII; \nmengeset\n menggubah, membentuk (rambut), mengatur (huruf dalam mesin cetak, dan lain-lain):\nsetiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yang diset dengan begitu kemas." "seta\n[bahasa percakapan] hasta." "setabelan\n[Indonesia], [bahasa percakapan] pasukan meriam." "setada\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), kayu cina, \nPodocarpus neriifolius; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), jati laut, \nPodocarpus polystachyus." "setagen\nsejenis ikat pinggang perempuan, sabuk." "setagi\nsetagen." "setai\nbersetai-setai, tersetai-setai\n koyak rabak (pakaian), compang-camping, bersepai:\npakaiannya yang ~ itu terketar-ketar ditiup angin." "setak\n[Pahang] sejenis perahu kecil." "setaka\nastaka." "setaking\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] mogok, pemogokan." "setakona\nastakona." "setal I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kandang kuda;\n \n~ kereta \nrumah tempat menyimpan kereta." "setal II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] besi baja." "setambuk\n[Indonesia-Belanda] buku daftar yang di dalamnya terdapat nama orang (buku dan lain-lain) secara berurutan yang masuk suatu perkumpulan (kumpulan dan lain-lain);\n \nnombor ~ \nnombor bilangan (yang terdapat dalam setambuk)." "setambul\nIstanbul;\n \nkopiah ~ \nterbus;\n \nkomedi ~ \nsejenis sandiwara yang berpindah-pindah, komedi bangsawan." "setambun\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nBaccaurea parviflora." "setampin\nsejenis tumbuhan (pokok renek), merepuh, pulut-pulut bukit, tampin hutan, \nMallotus griffithianus." "setan\n1.\n [bahasa percakapan] makhluk halus yang jahat (menggalakkan membuat kejahatan), syaitan:\ndi sini tempat ~ dan iblis bermain; \n2.\n [kiasan] (orang yang) jahat lagi buruk perangainya:\npelajar-pelajar itu ada juga yang ~-~; \n3.\n [bahasa percakapan] kata makian;\nmempersetan, mempersetankan\n tidak mempedulikan (mengendahkan):\nrakyat mempersetankan seruan pengkhianat-pengkhianat itu;\n kesetanan\n dirasuk (diganggu) setan;\npersetan\n [bahasa kasar] jahanam:\n~lah dengan mesyuarat; \nsyaitan" "setana\n[bahasa percakapan] istana." "setandang\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), ketumbit akar, rumput anak temot, rumput setawar, rumput sumpu, rumput susur, \nBorreria articularis." "setang\n[Indonesia-Belanda] bahagian yang dipegang untuk mengemudikan basikal (kereta), stereng." "setangan\n[bahasa percakapan] sapu tangan;\n \n~ kepala \nkain ikat kepala, destar." "setanggi\nsejenis kemenyan (yang berbau harum apabila dibakar)." "setanjak\ntengkolok;\ntanjak I." "setapak\nserambi atau langkan yang di rusuk rumah;\ntapak I." "setapuh\nsejenis tumbuhan (pokok), beras-beras, buah punai mengantuk, gading betina, menubung, pelangas, sebasah hitam, (minyak, nipis kulit), \nAporosa aurea." "setar\nsejenis tumbuhan (pokok), kundang, rumia, \nBouea macrophylla." "setarek\n[Kelantan] sejak, semenjak." "setat I\n[bahasa percakapan];\nmenyetat\n menghidupkan enjin kereta dan lain-lain:\ndrebar telah masuk hendak ~ kereta;\n penyetat\n alat atau pesawat yang digunakan untuk menghidupkan enjin." "setat II\n[Indonesia-Belanda] daftar serta catatan-catatan ringkas berkenaan sesuatu (pegawai, murid, dan lain-lain)." "setatar\n[bahasa percakapan] alat untuk menghidupkan enjin;\ndisetatar\n dihidupkan (dijalankan) enjin." "setatuten\n[Indonesia-Belanda] peraturan dasar (syarikat, pertubuhan, dan lain-lain)." "setawar\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), tawar-tawar, \nCostus speciosus; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), bayam beralih, \nCyrtandromoea grandis; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), bayam beralah, \nCyrtandromoea grandis;\n~ betina = ~ gajah = ~ hutan = ~ jantan \nsejenis tumbuhan (herba), \nForrestia spp.;\n~ bukit = ~ gunung \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nPseuderanthemum crenulatum;\n~ kampung \nsejenis tumbuhan (herba), cakar bebek (itik), tapak itik, \nKalanchoe laciniata;\n~ padang \nsejenis tumbuhan (herba), ganti batang, kerencung, raja bangun, sedingin, seringin, tumbuh daun, \nBryophyllum pinnatum;\n~ ular \nsejenis tumbuhan (herba), bunga kuau cermin, paha ayam, pokok tangkai jerami, rumput lidah jin, \nPeristrophe acuminata." "setebal\nsejenis tumbuhan (pokok), kalung, medang biawak, \nAlangium nobile; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar berenas, akar kecubung air, akar rambai daun, \nTrichosporum radicans." "seteger\n[Indonesia-Belanda] para-para tempat orang membuat kerja (seperti membuat rumah dan lain-lain), aram-aram." "seteheng\n[Indonesia], [bahasa percakapan] setengah gila, tiga suku (dalam erti kiasan)." "setek\n[Indonesia-Belanda] potongan batang kayu (dahan dan lain-lain) untuk ditanam, turus." "seteker\n[Indonesia-Belanda] suis lampu elektrik." "setel I\n[Indonesia] selengkap (pakaian, pinggan mangkuk, dan lain-lain), peranggu, set:\ndia selalu memanggil pak pada orang yang punya pakaian lebih daripada satu ~;\n setelan\n1.\n selengkap (pakaian, pinggan mangkuk, dan lain-lain);\n2.\n [bahasa percakapan] pasangan atau jodoh (piring dengan cawan dan lain-lain)." "setel II\n[Indonesia-Belanda];\nmenyetel\n1.\n mengunci jam atau membetulkan jarum jam;\n2.\n memasang atau membunyikan radio (dengan mendapatkan stesennya):\ntidak ubahnya seakan kita ini pesawat radio yang selalu disetel pada gelombang bernama Barat; \n3.\n memasang roda (mesin dan lain-lain);\nsetelan\n1.\n alat pengunci jam, pemutar radio (untuk mencari stesen);\n2.\n cara memasang (roda, mesin, dan lain-lain)." "setela\nubi ~ \nubi keledek." "seteleng\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pameran:\natas usaha perkumpulan ini, diadakan beberapa ~ lukis;\nmenyetelengkan\n [bahasa percakapan] mempamerkan (barang-barang, lukisan, dan lain-lain)." "seteling\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan]\n1.\n kedudukan pertahanan (tentera), tempat bertahan dan melancarkan gerakan, segala kelengkapan pertahanan dalam gerakan tentera;\n2.\n menyusun kedudukan untuk melancarkan gerakan dan lain-lain;\nmenyeteling\n [bahasa percakapan]\n1.\n mengatur kedudukan pertahanan (tentera), bertahan pada suatu tempat;\n2.\n melakukan serangan dan lain-lain, mengepong." "setem I\nkertas kecil bergam, bergambar, dan mempunyai nilai (mata wang) tertentu yang digunakan sebagai tanda bayaran pos, bayaran cukai surat perjanjian, dan lain-lain;\nbersetem\n mempunyai setem:\nsurat permohonan hendaklah disertai dengan satu sampul surat yang beralamat sendiri dan ~." "setem II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan]\n1.\n suara pengundi (dalam pilihan raya dan lain-lain);\n2.\n sama nadanya, selaras, setala;\n \ntidak ~ \na) tidak sama nadanya;\n b) tidak sesuai (cocok);\nmenyetem\n [bahasa percakapan]\n1.\n membuang undi, mengundi;\n2.\n menyamakan nada (dalam permainan muzik), menala;\nseteman\n [bahasa percakapan] pemungutan suara, pengundian." "setemi\n[sastera lama] surat, warkah." "setenggar\nsl, [bahasa percakapan] sejenis senapang;\nistinggar." "setepek\nsejenis ikan laut, \nCynoglossus spp." "seter I\n[Indonesia-Belanda] bintang (tanda pangkat dan lain-lain)." "seter II\n[Indonesia-Belanda] = \ntukang ~ \n[bahasa percakapan] orang yang menyusun huruf (dalam percetakan), penyusun huruf." "seterika\nsejenis alat (diperbuat daripada besi) yang dipanaskan untuk menggosok kain baju dan lain-lain supaya licin;\n~ arang \nseterika yang dipanaskan dengan arang;\n \n~ elektrik \nseterika yang dipanaskan dengan tenaga elektrik;\nberseterika\n telah digosok atau dilicinkan dengan seterika (kain baju dan lain-lain):\nseluar biru panjang yang dipakainya itu keras berkanji dan licin ~;\n menyeterika\n menggosok (melicinkan) dengan seterika:\nbangku ini berguna untuk ~ baju kanak-kanak atau lengan baju;\n seterikaan\n1.\n barang-barang yang (hendak dan sudah) diseterika;\n2.\n [Jakarta] seterika." "seteru\nmusuh atau lawan (orang perseorangan):\ndaripada banyak ~, baik banyak sahabat;\nberseteru\n mempunyai seteru, bermusuh:\n barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara;\n \ndaripada bersahabat dengan orang yang bodoh, baik ~ dengan orang yang berakal \n(peribahasa) tidak ada sesuatu pun yang boleh didapati daripada orang bodoh tetapi daripada orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita;\nmenyeterui\n memusuhi;\nmemperseterukan\n menjadikan seteru, menganggap musuh;\nperseteruan\n perihal berseteru, permusuhan:\numat Arab sebelum Islam sentiasa dalam huru-hara, pertelingakahan dan ~." "setewel\n[Indonesia] [arkaik] \nsetiwal." "seti I\n[arkaik] sejenis kain sutera." "seti II\nsejenis kerusi panjang dengan tempat duduk dan tempat sandar yang berkusyen, boleh diduduki dua orang atau lebih." "setia\n1.\n teguh hati (dalam hal perkahwinan, persahabatan, dan lain-lain), tetap hati:\nia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; \nsumpah ~ \na) sumpah untuk tetap setia selama-lamanya;\n b) sumpah yang tidak akan diubah lagi;\n2.\n berpegang teguh (pada janji dan lain-lain), patuh, taat:\nanak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dengan rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dengan patuh dan ~; \ntidaklah diragui lagi bahawa dia orang yang ~ kepada ketuanya;\n~ lencana \n[Indonesia] pingat tanda kesetiaan (dalam tentera);\n \nS~ Mahkota Johor \nnama bintang kehormatan yang dianugerahkan oleh Sultan Johor;\n \n~ rahsia \npembantu yang mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas;\nbersetia\n mengaku setia, bermuafakat:\nlalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dengan Bugis;\n kesetiaan\n perihal setia, keteguhan hati (dalam hal perkahwinan, persahabatan, dan lain-lain), ketaatan:\nPahang yang dahulunya menjadi sebahagian daripada kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kepada Sultan Johor;\n persetiaan\n perjanjian mengaku setia:\njika akan mungkir daripada sumpah dan daripada ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; \nMatelieff menandatangani satu ~ baharu dengan Sultan Johor." "setia kawan\nberasaskan (memperlihatkan dan sebagainya) perasaan bersatu (bersefahaman, bersepakat dan lain-lain), mempunyai (membayangkan dan sebagainya) pendirian dan kepentingan yang serupa:\nmenandatangani perjanjian kerjasama dan ~; \nsemangat ~ adalah penting bagi menjamin kestabilan rantau ini;\n kesetiakawanan\n sikap (pendirian, perasaan, dan lain-lain) setia kawan:\nsemangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong untuk ketahanan dan kegigihan dalam persaingan yang hebat." "setiabu\n[sastera lama] sejenis ular;\n \npedang ~ \na) sejenis pedang yang bermata tiga;\n b) sangkur senapang, benet, bayonet." "setiar\n[Jawa], [bahasa percakapan] ikhtiar." "setiausaha\n1.\n orang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya) untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan;\n2.\n pegawai yang mengendalikan pentadbiran dan lain-lain sesuatu kementerian (jabatan dan sebagainya), orang yang mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dan sebagainya:\nKetua S~ Kementerian Luar Negeri;\n~ Persatuan Sejarah Malaysia;\n~ akhbar \nsetiausaha kepada menteri yang tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan seterusnya mengurus penyiarannya dalam akhbar;\n \n~ kehormat \nsetiausaha yang menjalankan tugas atau berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah);\n \n~ parlimen \nsetiausaha kepada menteri dalam urusan yang bersangkutan dengan parlimen;\n \n~ peribadi \nsetiausaha yang mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-tugas rasminya;\n \n~ politik \nsetiausaha kepada menteri dalam urusan yang bersangkutan dengan politik;\n \n~ sulit \nsetiausaha yang mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dan sebagainya seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dan sebagainya;\n ~ syarikat \npegawai kanan syarikat korporat yang bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dan sebagainya syarikat;\nkesetiausahaan\n (segala urusan) yang berkaitan dengan tugas atau profesion setiausaha:\ndia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; \nkerja-kerja ~." "setiawan\n[sastera lama] setia sekali." "setiga\n[Indonesia] [arkaik] sejenis puisi yang mempunyai tiga baris tiap-tiap serangkap." "setik I\n[Indonesia-Belanda] jahitan;\n \n~ balik \njahitan kembar yang dibalikkan." "setik II\n[Jakarta] jengkal;\nsetikan\n sejenis permainan guli (dengan jengkal)." "setina\n(Biologi) bunga yang tidak mempunyai stamen." "seting\npemandangan, persekitaran, atau latar belakang yang dibuat untuk mewujudkan lokasi bagi drama pentas, filem, dan sebagainya." "setinggan\norang yang menempati tanah kerajaan secara haram." "setinggar\nistinggar." "setinggi\nbahagian layar yang boleh digulung (untuk mengurangi angin)." "setinja\nistinjak." "setip I\n[Indonesia-Belanda] getah pemadam tulisan." "setip II\n[Indonesia-Belanda] kekejangan (anggota badan), kena sawan." "setir\n[Indonesia] stereng (kereta), kemudi;\n \nmemegang ~ \nmenyetir;\nmenyetir\n memandu (kereta):\naku kira aku sudah tidak boleh lagi ~ sendiri;\n penyetir\n pemandu (kereta)." "setirman\n[Indonesia-Belanda] jurumudi." "setiwal\n[Indonesia-Belanda] pembalut kaki (kulit), bengkap, but yang tinggi." "setoi\n~ tupai \nsejenis tumbuhan (pokok), sangah, \nElaeocarpus robustus." "setoka\nikan ~ \nsejenis ikan pari kecil,\n Tryangon spp.;\nniat hati nak pancing temenung, sudah terpancing ikan ~ \n(peribahasa) lain yang dikehendaki, lain yang didapati." "setokin\n[bahasa percakapan] stoking." "setolop\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n semperung (cimni) kaca;\n2.\n lampu yang memakai semperung." "setom\n[Negeri Sembilan];\n~ lampu \ncorong lampu." "seton\n[Jawa] sejenis buyung, guci." "setonggang\nsejenis ikan laut, jepun, \nMonocentris japonicus." "setop\n[bahasa percakapan]\n1.\n tempat berhenti (bas dan lain-lain):\ndari satu ~ ke satu ~, semakin banyak penumpang turun; \n2.\n berhenti, terhenti;\nmenyetop\n menahan (supaya berhenti), menyuruh berhenti:\nmereka ~ dua buah beca yang lain di hadapan mereka;\ntersetop\n tidak diteruskan (perjalanan, percakapan, dan lain-lain), terhenti;\nsetopan\n [Indonesia] tempat berhenti (bas dan lain-lain), perhentian;\npenyetopan\n perihal atau perbuatan menyetop (menahan supaya berhenti)." "setori\n[Indonesia], [bahasa percakapan] bising (orang bergaduh dan lain-lain)." "setoter\n[Indonesia] bermain daun terup." "setrap\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] hukuman atau denda (di sekolah), dera;\nsetrapan\n hukuman, denda." "setrat\n[arkaik] [Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] jalan raya, lebuh." "setrik\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] pita sutera (untuk mengikat rambut dan lain-lain)." "setrimin\n[Indonesia] sejenis jaring kawat (halus)." "setrip\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n garis yang lebar-lebar, jalur (perhiasan, tanda, dan lain-lain), senggatan (pada alat pengukur);\n2.\n tanda, pangkat di lengan;\nmenyetrip\n membubuh (memasang) setrip." "setrum\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] aliran elektrik;\nmenyetrum\n1.\n mengalirkan elektrik kepada sesuatu;\n2.\n [kiasan] mempengaruhi orang dengan kuasa batin." "setrup\n[Indonesia-Belanda] air sirap." "setu I\n[Jawa], [sastera lama] berkat, pesona, restu;\nmenyetui\n memberi restu (berkat), mempesona (dengan kata-kata hikmat dan lain-lain):\ndisetui baginda semoga Jayeng Kesoma tiada makan oleh senjata; \nmaka Raden Galoh pun disetui oleh Betara Kala, maka berubahlah rupanya laki-laki;\npenyetu\n orang (binatang) yang telah direstui." "setu II\nsejenis tumbuhan (herba di laut), deringan (jerangau, jeringan) laut, setul, \nEnhalus spp." "setu III\nular ~ \nsejenis ular yang biasa terdapat di tempat yang banyak pokok setu." "setubuh\ntubuh." "setui\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek yang menjalar), ketuai, melapari, salang, \nDerris trifoliata; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), sentul, setul, \nSandoricum indicum." "setuju\ntuju I." "setul\nsentul." "setulang\nsejenis tumbuhan (pokok renek), leban nasi (pacat), pelong, selong cong, \nVitex gamosepala." "setum\n[Indonesia-Belanda] wap (air);\n \nnaik ~ \n[bahasa percakapan] naik darah, marah;\nmenyetum\n memasak dengan wap, mengukus." "setumpuk\nsejenis tumbuhan (pokok renek), melur jawa, pokok rabu kembang, rompok, \nClerodendron fragrans." "setumpul\nsejenis tumbuhan (pokok), \nHydnocarpus spp." "setunduk\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), asam tunduk, belimbing besi (hutan), tetinduk, \nConnaropsis macrophylla; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), belimbing akar (besi, burung, kera, keris, penjuru, pipit), pupoi, \nConnaropsis monophylla; \n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), belimbing cercak (hutan), gerigi, \nConnaropsis sericea." "setung I\nrestung I." "setung II\n~ jundur \nsejenis tumbuhan (pokok), \nHenslowia buxifolia." "setup\n[Indonesia-Belanda] buah-buahan yang dimasak (direbus atau dikukus)." "seturi\nkesturi I." "seturu\n[Jakarta] sekumpulan, sekawan, segerombolan." "sewa\n1.\n penggunaan (peminjaman) sesuatu dengan membayar wang:\nsegala yang bersabit dengan tanah itu seperti jual beli, gadai-menggadai, ~, dan lain-lain mestilah didaftarkan; \n2.\n sesuatu (kereta, rumah, dan lain-lain) yang boleh digunakan dengan membayar wang:\nkereta ~; \nrumah ~; \ntanah ~; \n3.\n wang yang dibayarkan untuk menggunakan sesuatu, tambang (berkenaan (dengan) kenderaan):\n~ rumah kami sangat murah;\n~ pergi balik;\n~ beli \nurus niaga atau sistem jual beli yang membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (seperti kereta dan lain-lain) yang dibelinya dengan hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;\nmenyewa\n menggunakan (meminjam) dengan membayar sewa:\nsekarang mereka ~ sebuah bilik kecil;\n menyewakan\n = \nmempersewakan\n memberi orang lain menggunakan sesuatu dengan mengutip sewa:\ntuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya untuk tempat berjudi; \nrumah-rumah petak itu didirikannya untuk dipersewakan;\ntersewa\n berupaya (mampu) membayar sewanya:\nsaya berpindah dari sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi, sebab tidak ~ sendiri;" "sewaan\nsesuatu yang disewa (disewakan):\nselepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India;\npenyewaan\n perbuatan menyewa(kan);\npenyewa\n1.\n orang yang menyewa:\ndi serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi untuk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang; \n2.\n wang dan lain-lain untuk membayar sewa:\nwang ~ rumah;\n~ kecil \norang lain yang menyewa tanah, rumah dan sebagainya daripada penyewa utamanya." "sewah I\n~ tekukur \nsejenis burung, \nCuculus vagans." "sewah II\n[Kelantan];\nmenyewah\n1.\n terbang melayang rendah (seperti helang dan lain-lain);\n2.\n menyambar (berkenaan (dengan) helang)." "sewah III\nsewar." "sewaka\n[arkaik];\nbersewaka\n [sastera lama] duduk menghambakan diri (kpada raja, orang-orang besar, dan lain-lain), duduk menumpang di rumah orang (dengan menolong tuan rumah bekerja dan lain-lain)." "sewal\n[arkaik] sial." "sewar\n[sastera lama] senjata yang menyerupai tumbuk lada tetapi matanya lebih melengkung." "sewat\nmenyewat\n mengambil sesuatu benda dengan pantas, mencuri, menyambar:\nia pun berlari, disewatnya suatu benda yang terletak di atas meja itu." "sewel\n[bahasa percakapan] tidak begitu waras atau siuman, kegila-gilaan, kemamar." "sewu\n[Jawa] seribu." "seyek\n[Kelantan];\nmenyeyek\n mencarik (kertas dan lain-lain), mengoyak." "seyogia\n= yogia." "sfera\nobjek (benda) atau rajah yang berbentuk seperti bola." "sferometer\n(Fizik) alat untuk mengukur kelengkungan sesuatu permukaan kanta atau cermin." "Sg.\n[kependekan] Sungai:\n~ Pahang.\nSherpa\n suku kaum di pergunungan Himalaya yang tinggal di sempadan Nepal dan Tibet, yang berkemahiran mendaki gunung, sering menjadi pengiring, pemandu arah, pembawa barang dan sebagainya untuk pendaki gunung." "si I\n1.\n kata penyerta yang digunakan di depan nama orang (sebagai timang-timangan, panggilan, ejekan atau sebagai penghinaan):\n S~ Ali;\n~ bisu;\n~ bodoh;\n~ bongsu;\n~ hitam;\n~ pencuri; \n2.\n kata penyerta yang digunakan di depan nama sendiri (untuk merendahkan diri):\nS~ Tuah tidak mahu menderhaka kepada tuannya; \n3.\n kata penyerta untuk menegaskan orang yang melakukan atau yang terkena sesuatu:\n~ mati;\n~ penjual;\n~ piutang;\n~ pencuri;\n~ tertuduh." "si II\nawalan pada berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se:\n~dingin;\n~kedidi;\n~tawar." "si III\n1.\n kata yang bergabung dengan imbuhan \nber-\n untuk menyatakan diri membuat sesuatu;\n \nbersibisu \nberbuat seperti orang bisu (berbuat-buat bisu);\n \nbersitidak tahu \nberpura-pura tidak tahu;\n2.\n kata yang bergabung dengan imbuhan \nber-\n dan \n-an\n untuk menyatakan saling berbuat sesuatu;\n \nbersipandangan \nberpandang-pandangan." "si IV\n[Jakarta], [bahasa percakapan]\n1.\n agaknya, gerangan:\nsiapa ~ yang bertanya ke mari tadi? \n2.\n memang, benar, sungguh;\n= sih." "Si V\nsimbol kimia bagi silikon." "SI VI\n[kependekan] \nSystme International (dUnits) \n(Sistem Unit Antarabangsa, iaitu set unit ukuran, misalnya meter, kilogram dan liter, untuk kegunaan saintifik dan teknikal di seluruh dunia)." "sia\nikan ~ \nsejenis ikan darat, \nMystacoleusus marginatus." "sia-sia\n1.\n tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia:\nmembuang wang dengan ~;\n~ berbuat baik kepada orang yang tidak berbudi; \ndia tidak membuang masanya dengan ~; \n2.\n kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dengan sembarangan sahaja:\nmenuduh orang dengan ~ sahaja;\n~ hutang tumbuh \n(peribahasa) jika terlalu berani membuat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun;\n \n~ negeri alah \n(peribahasa) pekerjaan yang dilakukan dengan kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian;\nbersia-sia\n tidak berguna, percuma;\nmensia-siakan\n1.\n menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dan lain-lain) dengan percuma:\nsayang hari mudamu kausia-siakan dengan menunggu orang yang telah meninggalkan engkau; \nmereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yang maksum; \n2.\n tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dan lain-lain), mengecewakan (harapan dan lain-lain), mengabaikan:\naku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku;\n~ hidup \nmerosakkan hidup;\n \n~ nyawa \na) membuang nyawa dengan sia-sia;\n b) merosakkan hidup;\n \n~ umur \nmenjadi tua dengan tidak menghasilkan apa-apa;\ntersia-sia\n tidak berguna:\nkerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yang sempurna, banyak anak muda kita yang ~ hidup mereka;\n kesia-siaan\n hal yang sia-sia:\nsudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba." "siaga\n[Jawa] = \nsiap ~ \nsiap sedia;\nkesiagaan\n keadaan siap sedia:\n~ orang Melayu untuk menarik kerisnya dalam membela diri." "siah I\n~ layah \ntergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dan lain-lain), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dan lain-lain)." "siah II\n~ palis \nsejenis mantera untuk menjauhkan (menolak) bahaya;\nbersiah\n1.\n berganjak ke tepi (untuk mengelakkan sesuatu), menepi (untuk memberi jalan dan lain-lain):\nwaktu berpapasan jalan denganku, dia akan ~ seolah-olah takut terkena najis; \n2.\n [arkaik] berlari dengan tidak tentu arah, berlari tunggang-langgang;\nmenyiah, menyiahkan\n1.\n mengganjakkan ke tepi, mengetepikan;\n2.\n menguakkan (menolakkan) ke tepi:\n~ rambut; \n3.\n [kiasan] mengelakkan bahaya dan lain-lain:\napabila hari hendak hujan, disiahkan pula hujan itu ke tempat lain dengan isyarat dan ilmu." "siak\n1.\n orang yang hidup miskin (biasanya tinggal di masjid dan mendapat rezeki daripada sedekah orang);\n2.\n orang yang kerjanya menjaga masjid, pengawal masjid:\nlepas gendang maghrib ditabuh ~, dia cabut pulang; \ngentar ~ \n(peribahasa) sifat orang siak jika terkejut lalu gaduh (gempar atau kecoh)." "siak-siak\n~ basyal = ~ jantan \nsejenis tumbuhan (herba), benjuang, lenjuang benar, meroyan bakai (bungkus), senjuang, setagit, \nDianella ensifolia;\n~ rimba \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nMapanis humilis." "siakap\n1.\n = \n~ putih \nsejenis ikan laut, kakap (putih), \nLates calcarifer; \n2.\n = \n~ merah \nsejenis ikan laut, jenahak, kakap (merah), sendarat, ungar, \nLutjanus argentimaculatus." "sial I\n1.\n tidak beruntung (selalu gagal dalam mendapat sesuatu dan lain-lain), tidak bernasib baik (selalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dan lain-lain), celaka, malang:\nkami juga mengisahkan tentang tuah ~ masa hadapan anak-anak kami;\n~ benar nasib mereka;\n~ dangkalan \nsial benar;\n2.\n (yang) mendatangkan kecelakaan (kemalangan dan lain-lain), (yang) tidak mendatangkan keuntungan (kebahagiaan dan lain-lain):\nmenurut kepercayaan Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yang ~; \nbesok mari ikut aku, kita tinggalkan tempat ~ ini; \n3.\n jahanam, si celaka (kata makian):\njangan sebut-sebut lagi nama perempuan ~ itu!\n~ bercampur malang \n(peribahasa) kehidupan orang yang sangat sengsara (segala yang dihajati tidak diperoleh);\n \nbagai menjenguk jerat ~ \n(peribahasa) pergi ke sesuatu tempat tetapi untuk sebentar sahaja, orang yang gemar berjalan-jalan;\nmenyialkan\n mendatangkan sial:\ntidak cukup engkau dengan sial dirikau, kausialkan orang lain pula;\nsialan\n1.\n orang yang (mendatangkan) sial;\n2.\n [Indonesia] jahanam, celaka (kata makian):\n~ lu!\n kesialan\n perihal sial, kecelakaan:\ntetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yang ditumpanginya jadi kacau." "sial II\n~ menahun \na) sejenis tumbuhan (pokok), \nPternandra capitellata; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), lidah katak, \nPternandra coerulescens." "sialang I\nsarang lebah;\nbersialang\n1.\n berterbangan banyak-banyak atau berkerumun (lebah);\n2.\n [Minangkabau] mengambil manisan dari sarang lebah." "sialang II\n= \npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok tempat lebah suka bersarang), tualang, \nKoompassia excelsa." "sialit\nsejenis tumbuhan (rumpai untuk ubat kencing nanah), \nScleria sumatrensis." "siam I\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pokok lasana, \nAcacia farnesiana." "siam II\nburung ~ \nsejenis burung, burung kuning, \nPyconotus a. atriceps; \npunai ~ \nsejenis burung, \nTreron b.\nbicinta." "siam III\n[Arab] puasa;\nsaum." "Siam IV\nnama negara yang letaknya di utara Tanah Melayu, Muang Thai." "siamang I\nsejenis beruk yang besar (bertangan panjang dan tidak berekor), \nHylobates syndactylus;\n \nbagai ~ kurang kayu \n(peribahasa) bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari." "siamang II\nsejenis logam berwarna kelabu, tungsten." "sian\n[bahasa percakapan] sedemikian." "sianang\nsejenis ikan darat." "siang I\n1.\n = \n~ hari \nwaktu dari matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lawan malam:\nmereka berjanji akan berjumpa pada waktu ~; \nbuta ~ \nkurang pelihatan pada waktu siang;\n \nmaharaja ~ \nmatahari;\n2.\n = \nsiang-siang\n lebih awal (daripada yang sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas:\nwah, ~nya dapat kad jemputan!; \nkedai telah ditutup ~-~ lagi;\n~ malam \nsiang dan malam;\n~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan \n(peribahasa) perihal orang yang melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga;\n \nmurai berkicau hari ~ \n(peribahasa) sesuatu yang sudah terang dan nyata;\n \ntakkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ \n(peribahasa) sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yang tidak suka;\nkesiangan\n terlewat (bangun daripada tidur dan lain-lain) hingga siang:\nmereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; \nseperti bulan ~ hari \n(peribahasa) muka yang pucat benar." "siang II\nterang (halaman, kawasan, dan lain-lain), bersih;\nmenyiang\n1.\n = \nmenyiangi\n mencabut rumput (semak dan lain-lain) supaya bersih:\nHari Raya Pak Mat lumayan dengan duit, tanah perkuburan dia yang menyianginya; \nmusim yang ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; \n2.\n = \nmempersiang\n membersihkan ikan (daging dan lain-lain) sebelum dimasak:\naku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru;\n menyiangkan\n menyiang (ikan, ayam dan sebagainya) untuk:\nselain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pada pagi itu." "sianggit\nsejenis tumbuhan (rumpai), ara batu, daun misai kucing, rumput jalang (pereh jarang, sekeduk, tahi ayam) selasih dandi, senorang kambing, tahi asu (anjing), \nAgeratum conyzoides." "sianida\nsejenis sebatian kimia yang sangat beracun." "sianogen\n(Kimia) gas yang tidak berwarna, berbau sengit, sangat beracun dan larut dalam air, alkohol dan eter, digunakan dalam sintesis bahan organik yang lain dan juga sebagai bahan pewasap." "sianometri\nkajian tentang langit dan pengukuran kebiruannya." "siantan\n~ hutan \na) = \n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, pecah periuk, penujuh, \nIxora chinensis; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), delak ayam, jarum-jarum (jejarum, menjarum) merah, nipis kulit, \nIxora concinna." "siap\n1.\n sudah sedia (pakaian, makanan, dan lain-lain), sudah disediakan, mustaid:\nmakanan sudah ~; \n2.\n selesai (dibuat dan lain-lain):\nibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; \n3.\n = \n~ sedia = ~ siaga \nsudah bersedia untuk (melakukan sesuatu dan lain-lain):\nmereka sudah ~ untuk menghadapi tugas; \n4.\n = \nbersiap\n [Indonesia] jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dalam tentera);\nbersiap\n1.\n = \n~ sedia = ~ lengkap = \nbersiap-siap\n berjaga-jaga untuk menghadapi sesuatu, berwaspada:\nsetelah kelihatan itu, maka masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; \n2.\n berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu:\nmaka ia pun ~lah menghamparkan tikar yang cantik lalu menyuruh tamu naik; \n3.\n [Indonesia] siap (perintah dalam tentera);\nbersiap-siap, bersiap-siapan\n membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersedia-sedia:\nnegeri Kuripan sedang ~ untuk perkahwinan tuan puteri;\nbersiapkan\n [sastera lama] = \nmempersiapkan:\n \nYang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya;\nmenyiapkan, mempersiapkan\n1.\n menyediakan, mengadakan:\nisterinya ~ makan pagi; \n2.\n menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan:\nberilah aku masa yang cukup untuk ~ pekerjaan ini; \n3.\n melengkapkan (mengemaskan) sesuatu untuk:\ndisiapkannya sebuah perahu untuk belayar; \n4.\n mengusahakan, membentuk, membuat:\nmereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yang akan mencegah perbuatan rasuah;\n persiapan\n1.\n perihal bersiap-siap (mempersiapkan):\nempat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sebagai ~ untuk merebut gelaran johan; \n2.\n segala sesuatu yang disiapkan, kelengkapan, persediaan:\nia pun pulang untuk membuat ~ belayar; \nbeberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat;\npenyiapan\n perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dan lain-lain)." "siapa\n1.\n kata untuk menanyakan orang, orang mana:\n~ yang mengusik awak? \n2.\n kata untuk menanyakan nama orang:\n~ nama kamu? \n3.\n kata untuk menyatakan orang secara umum, orang yang tidak tentu;\n \n~ yang makan cabai, dialah berasa pedas \n(peribahasa) yang berbuat salah akan berasa;\n \ntiada ~ \ntiada seorang pun;\n \n~ lagi \na) = \n~ pula \nadakah orang lain lagi;\n b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dan lain-lain);\n \n~ lu ~ gua \n[Indonesia], [bahasa percakapan] masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu);\n \n~ pun = ~ sahaja \na) barang siapa;\n b) sebarang orang, siapa juga;\nsesiapa\n siapa-siapa:\n~ sahaja boleh menyertai peraduan ini;\nsiapa-siapa\n1.\n orang yang tertentu:\nkakak tidak menunggu ~; \n2.\n siapa juga, siapa pun:\naku tidak mahu menyalahkan ~, sekalipun engkau; \n3.\n barang siapa, seseorang (orang yang tidak tentu):\n~ yang didapati bersalah, akan dihukum." "siapuh\n[bahasa percakapan] kata untuk menyelang nyanyian keroncong." "siar I\nmenyiarkan\n \n1.\n menghebahkan kepada orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dan lain-lain), mengumumkan:\nberita itu telah disiarkan melalui radio; \n2.\n memasukkan (gambar dan lain-lain ke dalam majalah, surat khabar, dan lain-lain) dan menerbitkannya:\nmemang sudah biasa majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; \n3.\n memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dan lain-lain);\n4.\n memancarkan (cahaya dan lain-lain);\n5.\n membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan;\n \n~ raya\n alat untuk membuat pengumuman, misalnya pembesar suara, dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya;\ntersiar\n1.\n telah dihebahkan (diumumkan, dikhabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana-mana:\nkhabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; \n2.\n telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dan lain-lain):\nkesemua cerpen dalam kumpulan ini telah ~ dalam mingguan Utusan Zaman;" "siar II\nbersiar, bersiar-siar\n [arkaik] berjalan-jalan (mengambil angin dan lain-lain), bertemasya:\nmalam itu, Maskam membawanya ~ ke taman bunga;\npersiaran\n1.\n hal atau perbuatan bersiar-siar:\nbas ~;\n2.\n tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar;\npersiar\n \nkapal ~ \nkapal untuk bertemasya (bersuka-suka) di laut." "siar III\n[Minangkabau];\n~ bakar \nperihal membakar dengan sesuka hati (rumah dan lain-lain);\n \n~ bakar berpuntung suluh \n(peribahasa) sesuatu perkara itu boleh diputuskan setelah cukup bukti dan keterangannya;\nmenyiar\n membakar, menunu;\ntersiar\n terbakar." "siar IV\nperekat (daripada simen dan lain-lain) batu bata, turap;\nmenyiar\n merekatkan bata dengan bata, menurap." "siar V\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), segeger, \nLycopodium cernum." "siar VI\n[Kelantan], [Pahang], [Terengganu] sembuh (penyakit)." "siar VII\n[Brunei];\nudang ~ \nsejenis udang kecil." "siarah, siarat\nbintang ~ \nplanet yang beredar mengelilingi matahari (Marikh, Musytari, Zuhrah, dan lain-lain), kaukab." "siaran\nsesuatu yang disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dan lain-lain):\naku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; \nsurat ~ \nsurat yang disebarkan kepada orang ramai;\npersiaran\n [arkaik] pengumuman, pemberitahuan;\npenyiaran\n1.\n perbuatan menyiarkan:\n~ agama Islam di Tanah Melayu; \n2.\n (Komunikasi) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog, satelit atau kabel;\npenyiar\n1.\n orang yang menyiarkan, pengembang (agama);\n2.\n alat pemancar (radio dan lain-lain);\n3.\n penerbit dan penjual (buku dan lain-lain);\n4.\n petugas radio dan televisyen yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyiaran rancangan media elektronik." "siarawan\n(Komunikasi) orang yang terlibat secara langsung dalam aktiviti merancang, menyediakan dan menyiarkan rancangan untuk disalurkan melalui media elektronik:\nkebebasan ini sudah disalahgunakan oleh ~ stesen radio swasta." "siasah\n1.\n pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan (pemerintahan dan lain-lain), politik:\norang asing yang tinggal di negeri ini telah diingatkan supaya jangan mencampuri hal-hal ~ negeri kita; \nparti ~ \nparti politik;\n2.\n kebijaksanaan (kebolehan, muslihat) untuk mencapai sesuatu maksud:\nsekarang ia sedang mengatur ~ hendak membalas sakit hatinya;\n~ perang \nmuslihat (tipu helah) peperangan;\nsiasat I." "siasat I\n1.\n pemeriksaan (yang teliti), penyelidikan:\nmereka bersidang untuk menjalankan ~ ber hubung dengan keselamatan dalam negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; \nterlalu sangat periksa dan ~nya; \nbadan ~ \nbadan penyelidik (mencari keterangan);\n2.\n teguran, celaan, kecaman, kritik;\n3.\n segala sesuatu yang bersangkutan dengan kenegaraan (pemerintahan negeri), siasah, politik:\ncampur tangan Belanda dan Inggeris dalam ~ Alam Melayu juga dikisahkan dalam buku tersebut; \n4.\n kebijaksanaan (kebolehan, kecekapan, dan lain-lain) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik:\nahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin untuk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat;\n~ bumi hangus \ntindakan memusnahkan segala yang dianggap penting bagi musuh;\n \n~ dunia \npolitik dunia;\n \n~ kura-kura \n[bahasa percakapan] tindakan yang diambil mengikut keadaan;\n \n~ luar negeri \npolitik luar negeri;\n \n~ perang \nmuslihat dalam peperangan;\n \n~ perniagaan \nhal (ilmu pengetahuan, putar belit) dalam perniagaan;\nbersiasat\n1.\n membuat penyelidikan (pemeriksaan) dengan bertanya dan lain-lain;\n2.\n menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dan lain-lain) untuk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi;\nmenyiasat, menyiasati\n1.\n menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yang belum terang, mencari keterangan berkenaan sesuatu perkara, mengusut:\nkerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; \nkalau disiasati dengan lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; \n2.\n menghuraikan (sesuatu perkara dan lain-lain), menyelidiki (untuk mengetahui kebenaran dan lain-lain), menelaah:\ndoktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; \nmereka mempercayai apa sahaja yang mereka dengar dengan tiada ~ atau menguji kebenarannya; \n3.\n menanyai atau menyoal (untuk mengetahui sesuatu), menemu duga:\nmereka telah dibawa ke Ipoh untuk disiasat;" "siasat II\n[sastera lama] hukuman, aniaya, seksa;\nmenyiasat, menyiasatkan\n menghukum, menganiaya, menyeksa." "siasatan\n1.\n hasil daripada menyiasat, kajian, siasat:\nlima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ berkenaan dengan atom itu; \n2.\n perihal menyiasat (menyelidik, mengusut):\n~ ini dijalankan dengan bertanya kepada beberapa orang yang tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu;\npenyiasatan\n perbuatan menyiasat (menyelidik), pemeriksaan, penyelidikan:\npihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli-ahli yang hendak meminjam;\npenyiasat\n orang yang menyiasat, penyelidik." "siat I\nmenyiat\n mencarik halus-halus (dengan tangan, gigi, paruh, dan lain-lain), mencarik (kertas), mengoyak (kulit daripada daging, kertas, dan lain-lain), menguliti:\ngigi yang berjenis-jenis itu digunakan untuk memotong, ~, mengisar, dan menghancurkan makanan; \nkadang-kadang majalah ayahnya disiatnya dan dibuatnya kapal atau layang-layang;\nmenyiat-nyiatkan\n [kiasan] menghancurkan sesuatu hingga berkecai:\naku merasakan pertengkaran kali ini seperti ~ hatiku;\n tersiat\n terpisah kulit daripada daging, terkelupas (kulit), tercarik:\nrambutnya direntap-rentap seperti hendak ~ kulit kepala; \nsayat I." "siat II\n[Kelantan] tak usah, jangan." "siau\nsejuk semula (air panas, besi panas, dan lain-lain), tidak panas lagi (tubuh orang demam)." "sibar\n= sibar-sibar\n1.\n tambahan atau lapisan pada tepi baju dan lain-lain;\n2.\n binaan tambahan (anjung, serambi, dan lain-lain) pada rumah besar." "sibar-sibar\nsejenis serangga \n(Crocothemis servilia, Neurothemis fluctuans, Thyothemis Phyllis, Nannophya pyangmaea \ndan lain-lain);\n= sibur-sibur." "siber\nberkaitan dengan komputer dan Internet:\nInternet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang ~; \nibu bapa kini menghadapi cabaran yang lebih besar dalam mendidik anak-anak yang membesar dalam dunia ~." "siberfobia\nperasaan cemas atau takut terhadap komputer." "sibernetik\nkajian yang berkaitan dengan kawalan dan komunikasi pada sistem elektronik yang kompleks, serta pada sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia." "sibir\n[Minangkabau] kerat, cabik, potong;\nsesibir\n secarik, secabik, sekerat;\nsibiran\n serpihan, keratan, pecahan;\n \n~ tulang \nki anak, kekasih, buah hati." "sibu\nsejenis tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, siku dengan, siku-siku, \nOldenlandia corymbosa." "sibuk I\n1.\n banyak yang dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk:\ndi rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; \n2.\n banyak kenderaan lalu-lalang (berkenaan (dengan) jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (berkenaan (dengan) pelabuhan, lapangan terbang):\njalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dari pejabat; \nkenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; \n3.\n suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain:\n dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut;\n bersibuk\n sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu:\nmereka berpura-pura ~ dengan benda-benda di atas meja;\n menyibukkan\n1.\n menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan;\n2.\n bersibuk tentang:\napa yang kau sibukkan benar;\nkesibukan\n1.\n perihal (keadaan dan sebagainya) sibuk, perihal (keadaan dan sebagainya) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dan sebagainya):\nusaha itu terbengkalai untuk beberapa ketika kerana ~ kerja; \n2.\n perihal keadaan sibuk dengan kenderaan dan lain-lain, kesesakan, keributan:\nsemakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yang menggila itu;\npenyibuk\n orang yang suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain:\n jangan suka jadi ~." "sibuk II\n[Minangkabau];\nmenyibuk\n mengintai, mengintip." "sibur\nsejenis pencedok air (daripada tempurung), gayung;\nmenyibur\n mencedok dengan sibur." "sibur-sibur\nsejenis serangga, capung;\nsibar-sibar." "sibusuk\nsebusuk." "sice\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] satu set kerusi meja (satu meja dan empat kerusi), selengkap kerusi meja." "sida\n[sastera lama] gelaran orang daripada keturunan bangsawan;\nsida-sida\n sl\n1.\n pegawai dalam istana (semacam pendeta);\n2.\n pegawai dalam istana yang telah dikasi (dikembiri);\nmenyidai\n [sastera lama] mengasi, mengembiri." "sidaguri\nseleguri." "sidai\nbersidai\n1.\n bergantung pada sesuatu yang lebih tinggi dari tanah, lantai dan lain-lain (berkenaan (dengan) kain baju dan lain-lain):\nkain yang basah itu kelihatan ~ di ampaian; \n2.\n [kiasan] duduk-duduk di sesuatu tempat (biasanya di tembok dan sebagainya) tanpa tujuan:\nmereka memilih untuk ~ di pusat membeli-belah dan di tembok-tembok bangunan;\n bersidaian\n bersidai di sana sini (kain baju dan lain-lain), bergantungan, bersangkutan:\nkain-kain buruk ~ di dinding;\n menyidai\n menggantung (kain baju dan lain-lain) supaya kering, mengampai, menjemur:\nkain-kain yang bergulung tadi hendaklah disidai semula;\n menyidaikan\n menyidai untuk:\ndia ~ ibunya kain-kain yang baru dibasuh itu di ampaian;\n tersidai\n tersangkut (kain baju dan lain-lain), tergantung:\ndi ampaian kain, masih ada ~ sehelai baju tidur;" "sidaian\ntempat menyidai (pakaian dan sebagainya), ampaian:\n aku menyusup melalui ~ kain;\npenyidai\n tempat menyidai (daripada tali, dawai, dan lain-lain), ampaian:\n~ hendaklah dibuat di tempat lapang yang mendapat cahaya matahari." "sidang I\n1.\n seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dan lain-lain), sekalian anggota:\n~ mesyuarat;\n~ majlis \nsemua orang yang hadir dalam majlis;\n2.\n sekalian, para, segala (untuk menyatakan banyak):\n~ pendengar; \n3.\n = \npersidangan\n perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat:\nmasing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu; \nMajlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; \n4.\n [arkaik] dewan, majlis;\n \n~ perang \nmajlis perang;\n~ (persidangan) akhbar \npenerangan atau penjelasan yang diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dan lain-lain) kepada pemberita akhbar;\n \n~ jemaah \na) = \n~ Jumaat \norang yang bersembahyang Jumaat;\n b) [Indonesia] segolongan daripada masyarakat Kristian;\n \n~ kemuncak \npersidangan atau mesyuarat yang diadakan pada peringkat tertinggi (oleh ketua-ketua negara dan lain-lain);\n \n~ pembaca \nsegala orang yang membaca, para pembaca;\n \n~ pengarang \nsetiap anggota pengarang (pada sesebuah penerbitan dan lain-lain), anggota redaksi;\n \n~ pengurus \na) badan atau majlis yang mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dan lain-lain);\n b) setiap anggota pengurus;\n \n~ pleno\n sidang lengkap (daripada seluruh ahli);\n \n~ ramai \norang ramai, masyarakat seluruhnya;\n \n~ tergempar \nmesyuarat yang diadakan secara tergempar (untuk menyelesaikan sesuatu);\n \n~ tertutup \nsidang untuk para ahli sahaja;\n \n~ video \nperbincangan dan sebagainya yang menggunakan alat komunikasi yang membolehkan dua individu atau lebih dari tempat yang berlainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain;\nbersidang\n mengadakan sidang atau persidangan, bertemu untuk berunding, bermesyuarat:\npahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ untuk menyusun langkah menyerang musuh." "sidang II\nketua kampung." "sidang III\n1.\n berhenti (hujan dan lain-lain), reda;\n2.\n [Kelantan] berkurang (sakit dan lain-lain), beransur pulih." "siddi\n[arkaik];\npurnama ~ \nbulan penuh purnama." "siddiq\n[Arab] sifat benar dalam pertuturan (salah satu sifat Rasulullah yang wajib dipercayai)." "sidi I\n[sastera lama] sejenis gelaran pada pangkal nama:\nS~ Ali Hishamuddin." "sidi II\n1.\n [sastera lama] makbul atau diterima (doa, jampi, dan lain-lain), sah:\nsah ~ pengajaran guruku; \n2.\n [Indonesia] anggota yang sah (dari gereja Kristian Protestan)." "sidik I\n~ jari \n[Indonesia]\na) pemeriksaan bekas garis-garis atau retak pada jari (untuk mengetahui atau membeza-bezakan orang);\n b) cap (ibu) jari, cap jempol;\n \n~-midik \nsiasatan (pemeriksaan yang teliti sekali);\nmenyidik\n [sastera lama] memeriksa (menyelidik) dengan hati-hati;\nselidik." "sidik II\n[Arab];\nfajar ~ \nmenjelang pagi, dinihari." "siding\n1.\n sejenis jerat daripada rotan (untuk menangkap burung, kijang, dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia] segi yang tajam." "sidingin\nsedingin." "Sidratulmuntaha\n[Arab] suatu tempat yang paling tinggi di langit ketujuh yang telah dikunjungi Nabi Muhammad SAW semasa Mikraj." "siduga\n[Minangkabau];\nbersiduga\n berlari berdahulu-dahuluan, berlumba." "siena\nsejenis tanah liat yang digunakan sebagai bahan pewarna." "siera\n(Geografi) banjaran gunung yang panjang dengan puncak yang bercerancang dan lereng yang curam, terutamanya di Sepanyol dan Amerika Selatan." "sifar\nkosong." "sifat\n1.\n keadaan atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat:\nadapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; \nkekurangan ~ \ncacat pada badan;\n2.\n keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dan lain-lain), tanda-tanda yang khas untuk mengenal sesuatu benda:\npuisi mempunyai ~ yang berlainan daripada prosa;\n~ kimia sesuatu asid; \n3.\n (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak:\nitu sudah ~ seorang perempuan;\n bersifat\n mempunyai sifat:\nseni ~ universal; \nmanusia ~ lemah;\nmenyifatkan\n1.\n menggambarkan, mengisahkan, menceritakan:\ndapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup? \n2.\n menganggap sesuatu sebagai:\nbeliau ~ mereka sebagai musuh dalam selimut;\n tersifatkan\n terperikan, terkatakan, terkhabarkan:\nmaka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi." "sifatekun\n[arkaik] inersia." "sifatullah\n[Arab] sifat Allah." "sifilis\nsejenis penyakit kelamin yang kronik dan berjangkit, penyakit raja singa." "sifir\ndaftar bilangan yang dipergandakan berturut-turut (seperti 1\u00d71=1, 1\u00d72=2, 1\u00d73=3, dan lain-lain), daftar kalian, kali-kali." "sifon\nsejenis bahan (kain) yang lembut, nipis, halus, dan jarang." "sifon II\n1.\n tiub yang digunakan untuk mengeluarkan cecair dari sesuatu bekas dengan menggunakan tekanan udara apabila satu hujung tiub berada di dalam bekas dan hujung yang satu lagi berada pada kedudukan yang lebih rendah;\n2.\n organ bertiub pada haiwan seperti moluska, tempat lalunya air." "sigai I\n1.\n pasak yang dipasang pada tiang (buluh dan lain-lain) tempat berpijak apabila memanjat;\n2.\n = \ntangga ~ \ntangga yang dibuat daripada batang kayu (buluh dan lain-lain) yang mempunyai pasak-pasak tempat berpijak;\n~ dua segeragai \n(peribahasa) perkara yang ada sangkut pautnya dengan perkara yang lain;\n \nenau mencari ~ \n(peribahasa) perempuan mencari lelaki;\nmenyigai\n memanjat (pokok dan lain-lain) dengan menggunakan sigai;\n \ndisigai sampai ke langit \n= \ntinggi di sigai besar diterbang \n(peribahasa) dicari atau diselidiki dengan sedaya upaya;\n= senigai." "sigai II\n[Kedah], [bahasa kasar] pukul, hentam." "sigak\n[kata seru] pergi, nyah (untuk menghalau anjing)." "sigando\n[arkaik] sejenis tumbuhan (bebawang), \nAllium odorum." "siganjur\nganjur II." "sigap\npantas, cepat, cergas, tangkas (berkenaan (dengan) gerak-geri):\nmemang gadis-gadis itu ~ dan cekatan;\n bersigap\n bersiap sedia (untuk melakukan sesuatu), bersikap:\nia pun ~ memegang senjata;\nkesigapan\n perihal sigap, kecekapan, ketangkasan:\ndalam kejadian ini, kelihatan betapa ~ doktor-doktor, berjuang membasmi penyakit." "sigar\nsejenis kain penutup kepala perempuan (ketika turun ke sawah dan lain-lain)." "sigaret\n[bahasa percakapan] rokok." "sigasir\nsejenis cengkerik, \nGymnogryllus elegans." "sigenting\nsejenis tebuan (yang genting pinggangnya), \nSceliphron madraspatanum." "sigi I\nsejenis suluh (daripada kayu yang berdamar atau bilah buluh);\nmenyigi\n1.\n menyuluh dengan sigi, menerangi:\nmaka diambilnya sebuah lampu minyak tanah, lalu disiginya ketiduran anaknya; \n2.\n [kiasan] menyelidiki dengan teliti." "sigi II\ngelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk menguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain), temin." "sigi III\nmenyigi\n mencungkil (lubang), mengorek." "sigma\nhuruf ke-18 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u03a3, \u03c3." "signal\ntanda untuk menyatakan sesuatu, isyarat, semboyan." "signifikan\nbermakna, penting:\nhal-hal yang ~." "siguh\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), buah catung, cerek rimba, kenidai badak, \nMicrodesmis caseariifolia." "sigun\nsejenis tumbuhan (pokok), \nCrytocarya friffithiana." "sigung I\nmenyigung\n menyentuh (menghentak) dengan siku, menyiku;\ntersigung\n menyigung dengan tidak sengaja:\ndia ~ gelas yang terletak di atas meja itu; \n= singgung I;" "sigung II\nsejenis musang yang berbau busuk, musang jebat, \nMydaus meliceps." "sigup\n[Brunei] tembakau;\nbersigup\n menghisap rokok, merokok." "sih\n[Jakarta], [kata seru] memang, tentu;\nsi IV." "sihat\n1.\n tidak kena (menghidap) sebarang penyakit, tidak sakit-sakit, afiat, segar:\nanak-anaknya ~-~ sahaja; \n2.\n sembuh daripada sakit, pulih, betah:\naku ingin menolong engkau sampai anak engkau ~ seperti sediakala; \n3.\n [kiasan] dalam keadaan yang baik (elok, biasa, dan lain-lain), berjalan dengan lancar (rancangan dan lain-lain), masuk akal (pendapat dan lain-lain), dapat diterima:\nwalaupun kami miskin tetapi rakyat kami ~ fikirannya; \n4.\n berjalan (dilakukan dan sebagainya) dengan baik, tidak menimbulkan keburukan (persengketaan dan sebagainya):\nmereka haruslah mengendalikan proses pembelian dengan berkesan agar wujud pertandingan yang ~ dalam pasaran;\nmenyihatkan\n1.\n menjadikan sihat:\nmakanan itu tidak sedap tetapi mesti dimakan untuk ~ badan;\n2.\n memulihkan (seperti sediakala atau lebih baik):\nmereka didapati menghidap penyakit yang susah hendak disihatkan; \ncita-citanya ialah hendak ~ masyarakat yang telah rosak moral itu; \n3.\n mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan, berkhasiat:\nmakanan yang ~;\npenyihatan\n perihal menyihatkan;\nkesihatan\n perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dan lain-lain):\nKementerian K~." "sihir\nperbuatan (atau kejadian) luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus;\nmenyihir\n1.\n menggunakan sihir:\ndia pandai ~; \n2.\n mengenakan sihir pada, mempesona:\nmengapakah jadi begini, adakah saudara telah ~ saya?;\nmenyihiri\n menjadikan seseorang seolah-olah terpukau (oleh seni, kecantikan dan sebagainya):\nmanusia pada zaman itu disihiri\n \noleh seni;\nmenyihirkan\n menjadikan sesuatu sebagai bahan untuk membuat seseorang terpukau:\ndi sinilah ketakutan atau kengerian disihirkan kepada penonton;\ntersihir\n kena sihir atau disihir, terpesona, terpukau:\nsuasana dalam bilik itu kaku, seolah-olah ~ menyaksikan drama kehidupan yang tak terduga itu; \njari-jarinya tidak bergerak lagi, seakan-akan ~ , lalu kaku di mata mesin taip;\n penyihiran\n perihal atau perbuatan menyihir, menyihiri atau menyihirkan;\npenyihir\n orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain." "sijil\n1.\n surat gulungan, daftar:\ndisuruh suratkan pada suatu ~ segala nama yang mengikrarkan tauhidnya;\n2.\n surat akuan (dari sekolah, pihak berkuasa, dan lain-lain), surat tanda lulus dalam sesuatu peperiksaan dan lain-lain:\nS~ Rendah Pelajaran;\n pensijilan\n pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dan sebagainya yang dikehendaki atau ditetapkan:\n~ itu melambangkan kualiti kereta Proton sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna antarabangsa; \nsistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia." "sika I\nsini;\n \ndi ~\n di sini." "sika II\nbaju ~ \nsejenis baju Melayu." "sikah\nrupiah ~ \n[sastera lama] sejenis mata wang di India." "sikai\nsejenis rotan yang daunnya dibuat atap." "sikak\n[Cina] sebatang besi (digunakan sebagai senjata)." "sikang\nsejenis ikan darat, \nBarilius guttatus." "sikap I\n1.\n = \n~ tubuh \nbentuk tubuh, potongan badan, tokoh:\ndengan takjubnya ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan ~nya;\n2.\n gaya berdiri (bergerak, berpakai, dan lain-lain):\nhebat ~ lakunya; \n3.\n perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran dan lain-lain):\ndalam hatinya, dia mengutuk ~nya yang kurang adil itu;\n~ wanita Pakistan terhadap perancangan keluarga telah berubah;\nbersikap\n1.\n berdiri tegak;\n2.\n berpegang pada pendapat (pendirian dan lain-lain), berkelakuan, berlagak:\ndia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu." "sikap II\nsigap" "sikap III\n~ malam \n= \nburung (lang) ~ \nsejenis burung helang, \nAcupititer virgatus." "sikap IV\nbaju ~ \nsejenis baju Melayu." "sikap V\n[Brunei] siap (berpakaian);\nbersikap\n bersiap (berpakaian)." "sikap VI\n[Brunei];\n~ kiri\n selalu menggunakan tangan kiri, kidal." "sikap VII\n~ dada \nsejenis tumbuhan (herba), \nOxalis corniculata." "sikari\n[sastera lama] sejenis tombak." "sikat I\n1.\n alat untuk menyisir rambut, sisir;\n2.\n sejenis alat untuk membersihkan sesuatu (diperbuat daripada bulu dan lain-lain), berus:\n~ gigi;\n~ pakaian; \n3.\n sejenis alat yang bergigi untuk menggemburkan dan membersihkan tanah, pencakar, penggaruk, garu;\n4.\n tangkai (bahagian dari tandan) pisang:\nberapa harga pisang ini se~?\nbersikat\n telah (sudah) disisir:\nrambutnya ~ kemas;\nmenyikat\n1.\n menyisir (rambut) supaya kemas:\nia mengeluarkan sisir lalu ~ rambutnya yang agak kusut itu;\n2.\n membersihkan dengan sikat, memberus:\ngentian kapas itu disikat, dipintal dan disambung-sambungkan jadi benang; \n3.\n menggembur dan membersihkan tanah dengan sikat (cakar):\ntanah itu dibajak dan disikat; \n4.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] menghabiskan semua sekali (memakan hingga habis, mencuri, dan lain-lain);\nmenyikatkan\n menyikat untuk:\nsi ibu sedang ~ anaknya rambut." "sikat II\npohon ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nAlchornea rugosa." "sikedempung\nsejenis buah." "sikedidi\nsejenis burung;\nkedidi." "sikeduduk\nsenduduk." "sikeras\nbersikeras\n bertindak (berlaku) dengan keras, berkeras hati:\nPendekar Sutan ~ hendak menggadaikan setumpak sawah;\n= keras." "siketumbak\nsikudomba." "Sikh\norang (golongan) yang menganut agama Sikhisme." "Sikhisme\nagama yang diasaskan oleh Guru Nanak (pada abad ke-16 di India) dengan berteraskan kepercayaan pada satu Tuhan dan kitab Granth sebagai pegangan utama." "sikik\nsejenis tumbuhan (pokok), \nDodonaea viscosa." "sikikih\nsejenis burung." "sikin\nsejenis pisau kecil." "sikit\n[bahasa percakapan] sedikit;\n dikit." "sikjut\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), tado ikan, \nAglaia salicifolia." "siklik\n(Kimia) berkenaan sebatian yang atom-atomnya tersusun dalam struktur gelang." "siklomorfosis\n(Biologi) perubahan bentuk badan, misalnya serangga, yang disebabkan oleh pengaruh suhu." "siklon\nangin puting beliung." "siklostil\nsejenis mesin pendua yang menggunakan stensil;\nmensiklostil\n menghasilkan banyak salinan dengan menggunakan siklostil." "siklotron\n(Fizik) alat yang digunakan untuk memecuntukan zarah bercas supaya mencapai tenaga yang tinggi." "sikoi\n[Brunei] tembikai." "siku I\n1.\n persendian di antara lengan atas dengan lengan bawah;\n2.\n selekoh atau kelok (pada sungai, jalan, dan lain-lain);\n3. = siku-siku\n = \n~ bedil \npangkal atau gagang senapang, popor;\n~ bersimpai \norang yang malas bekerja;\n \n~ jalan \nselekoh atau kelok jalan;\n \n~ keluang \na) garisan yang patah-patah dan bersudut-sudut;\n b) selekoh jalan yang tajam;\n c) motif batik, anyaman, tembikar dan sebagainya yang berbentuk jalur runcing yang bersudut dan bertingkat-tingkat;\nsiku-siku, sesiku\n1.\n sudut tepat, sudut 90 ;\n2.\na) sejenis alat berbentuk L atau T (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat);\n b) sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90, 60, dan 30 atau 90, 45, dan 45 );\n3.\n gagang senapang, siku bedil;\n4.\n = \nkayu ~ \ngading-gading;\nbersiku\n ada sikunya;\nmenyiku\n1.\n merupakan sudut 90;\n2.\n menyinggung dengan siku;\nmenyikukan\n menyinggung (dengan siku);\npenyiku\n pukulan dengan siku." "siku II\n~ dangan (dengan) \nsejenis tumbuhan (herba), kerak nasi, sandar malam, sedap malam, sundal malam, \nPolianthes tuberosa;\n~ dengan\n sejenis tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, \nOldenlandia corymbosa;\nsiku-siku\n1.\n = \n~ dengan \nsejenis tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, \nOldenlandia corymbosa; \n2.\n = \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nStriga asiatica." "sikudidi\nburung kedidi;\nbersikudidi\n berjengket-jengket." "sikudomba\nsejenis ikan laut yang besar." "sikut I\n[Jawa] siku;\n \nmain ~ \n= \nmain sikut-sikutan \n[bahasa percakapan]\na) menyinggung dengan siku (dalam permainan dan lain-lain);\n b) berlaku curang, mencuri, menipu, dan lain-lain;\nmenyikut\n1.\n menyinggung (memukul) dengan siku;\n2.\n [bahasa percakapan] bermain sikut." "sikut II\n[Brunei];\nmenyikut\n membawa sesuatu atau seseorang (di belakang tubuh)." "sil I\nlapisan mendatar batuan igneus intrusif yang merentang di antara lapisan-lapisan batuan lain." "sil II\nanjing laut." "sila I\n= silalah, silakan, silakanlah\n minta dengan hormat supaya \u2026, jemputlah, sudilah:\n~lah, kekanda;\nmenyilakan, mempersilakan\n meminta (menjemput, mengajak) dengan hormat supaya \u2026:\nibu telah ~ perempuan yang datang itu duduk dekatnya; \ndia menuangkan air lalu mempersilakan abang sepupunya minum; \nsemua yang berbakat dalam memasak dipersilakan menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yang disediakan;\ntersila\n terserah (terpulang) kepada." "sila II\nduduk dengan kaki berlipat dan bersilang:\norang tua itu membetulkan ~nya sambil mengapur sirih; \nmengalih ~ \nberalih tempat duduk;\n \nmengorak ~ \nbangkit dari duduk;\nbersila\n duduk dengan melipatkan dan menyilangkan kaki:\nseumur hidupnya tidak pernah dia makan ~;\n~ angkat \nduduk dengan melapiskan kaki ke atas paha yang lain;\n \n~ panggung \nduduk dengan bertindih kaki (tidak menyilangkan kaki);\nmenyilakan; \n~ kaki \nmenyilangkan kaki (seperti bersila)." "sila III\n(Sanskrit) perbuatan yang mengikut peraturan, budi pekerti, adab;\npancasila, susila." "silabik\n(Linguistik) berkaitan dengan suku kata:\nlambang ~." "silah\nsejenis senjata." "silah-silah\nsalasilah." "silaj\n(Pertanian) makanan ternakan berupa tanaman seperti rumput dan jagung yang masih hijau yang disimpan di dalam silo, biasanya digunakan sebagai makanan lembu pada musim sejuk." "silalatu\n(Sunda) barang-barang kecil yang terbakar dan berterbangan ketika kebakaran." "silam I\n1.\n gelap (cuaca), kelam, suram:\n~ tidak lagi nampaknya terang;\n2.\n sudah terbenam (matahari);\n3.\n telah lampau (lalu):\nsemuanya itu adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yang hanya dapat dikenang-kenang sahaja;\nmenyilamkan\n1.\n menggelapkan, mengelamkan, menyuramkan;\n2.\n menenggelamkan, membenamkan;\ntersilam\n kemalaman;\nkesilaman\n keadaan (zaman silam)." "silam II\nkapal ~ \nkapal selam." "silambam\nsejenis seni mempertahankan diri dengan menggunakan sebatang kayu, buluh dan sebagainya di kalangan masyarakat India." "silampukau\n selempukau." "silang\n1.\n bentuk seperti salib (pangkah, palang) yang miring letaknya, bentuk seperti tanda darab;\n2.\n = \nkayu ~ \nkayu palang, salib;\n~ empat \nsimpang empat (jalan);\n \n~ gunting \nbentuk atau rajah yang bersengkelang;\n \n~ kata \nsejenis teka-teki untuk mencari perkataan (dengan mengisi huruf-huruf dalam petak-petak yang disediakan);\n \n~ keris\n bahagian hujung ganja (keris) yang tajam, kepit;\n \n~ pukang \ntidak tersusun (letaknya), lintang-pukang;\n \n~-seli\n selang-seli;\n \n~ selimpat \nkusut tidak menentu, kacau sekali;\n \n~ selisih \na) = \n~ sengketa \ntidak sesuai (fikiran, pendapat, dan lain-lain), bertikaian;\n b) berlawanan arah, simpang-menyimpang;\n~ berpangkal, kerja berjunjung \n= \n~ berpangkal, kerakap berjumpa junjung \n(peribahasa) dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat;\nbersilang\n1.\n bersengkelang (seperti salib atau tanda darab):\nkedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja;\n2.\n = \nsilang-menyilang\n bersimpang-siur (jalan, motokar, dan lain-lain), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang;\n~ selisih \nberlawanan arah;\nmenyilangkan, mempersilangkan\n menjadikan atau meletakkan bersilang:\nia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; \nkedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan;\nsilang-menyilang\n bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dan lain-lain), bersimpang-siur, berpapasan:\nawan di langit ~;\ntersilang\n disilangkan:\nia berjalan mundar-mandir dengan tangan ~ ke belakang;\nsilangan\n sesuatu yang letaknya (bentuknya dan lain-lain) bersilang, silang:\nmereka bersandar pada ~-~ papan yang sedang dikeringkan;\npersilangan\n1.\n perihal bersilang;\n2.\n tempat pertemuan (jalan raya dan lain-lain), persimpangan;\npenyilangan\n perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu." "silang-siur\n1.\n bersimpang-siur (jalan raya dan lain-lain), simpang-menyimpang, saling merintangi;\n 2.\n hilir mudik (kenderaan dan lain-lain), bersimpang-siur;\nbersilang-siur\n bersimpang-siur." "silap\n1.\n salah pandangan atau perasaan (dengan yang sebenarnya);\n \n~ faham\n tidak memahami apa yang sebenarnya;\n2.\n [sastera lama] sulap, sunglap:\ntukang ~;\n3.\n = \n~ hati \ntidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dan lain-lain);\n4.\n salah yang tidak disengajakan, khilaf:\nkalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun;\n~ gayung\n [Kelantan] telah melakukan sesuatu yang salah;\n \n~ langkah \ntidak mengambil tindakan, keputusan dan sebagainya yang betul sehingga boleh mendatangkan kesan yang buruk;\n \n~ mata \na) sejenis permainan yang mengelirukan pandangan orang lain (membuat sesuatu yang aneh-aneh dan lain-lain), sulap, sunglap;\n b) salah pandangan;\n c) silau;\n d) agak lupa, tidak sedar;\n~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja \n(peribahasa) memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya;\n \n~ mata, pecah kepala\n (peribahasa) kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana;\nmenyilap\n menjadikan silap (pandangan dan lain-lain), mengelirukan, menipu;\ntersilap\n (telah) melakukan kesalahan dengan tidak sengaja, tersalah, terkhilaf;\nkesilapan\n perihal silap, kekeliruan, kekhilafan;\npenyilap\n1.\n tukang silap mata, tukang sunglap;\n2.\n penipu." "silara\nrimbunan daun pada bahagian atas pokok." "silat\nsejenis seni (permainan dan sebagainya) atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak;\n jenis-jenisnya:\n~ cekak, ~ gayung, ~ pulut\n;\n \nahli ~ \norang yang cekap (mahir) tentang silat;\nbersilat\n bermain silat (pencak), berjuang dengan silat:\nsebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~;\n~ lidah (kata)\n [kiasan] pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah);\nmenyilat\n mengelak (pukulan, serangan, dan lain-lain) dengan gerak silat, menangkis;\npersilatan\n yang berkaitan dengan silat:\ngimnasium itu akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dan lain-lain; \npertarungan silat yang menunjukkan kaedah ~;\n~ lidah (kata)\n [kiasan] perbahasan dan lain-lain dengan menguji kepandaian berkata-kata (memainkan kata-kata);\npesilat\n orang yang bersilat:\n~ sedang bersedia untuk memulakan pertandingan." "silaturahim\n[Arab] = \nhubungan ~ = tali ~\n hubungan persaudaraan (kekeluargaan, persahabatan);\nbersilaturahim\n mengadakan hubungan silaturahim:\nada waktu yang lama untuk mereka ~ selepas makan." "silaturahmi\n[Arab] persaudaraan, persahabatan:\nperjumpaan ~." "silau I\nkabur mata (kerana kena cahaya yang sangat terang):\n~ mata kena sinar matahari;\nmenyilaukan\n menyebabkan menjadi silau:\nsinar matahari itu sungguh ~ mataku;\ntersilau\n menjadi silau;\nkesilauan\n1.\n perihal silau;\n2.\n tersilau, menjadi silau:\nmereka duduk itu diterangi oleh sorotan lampu kereta sehingga mata mereka ~." "silau II\nmenyilau\n [sastera lama] memandang (sesuatu yang jauh), meninjau:\n mata datuk ~ ke seluruh ruang rumah." "silengah\n[Minangkabau];\nbersilengah\n tidak mengendahkan apa-apa, bersikap tidak tahu:\nia tahu apa yang merawankan hati anaknya, tetapi ia pura-pura ~ saja;\nlengah." "silet\n[Indonesia] ;\n \npisau ~ \nsejenis pisau cukur (daripada besi nipis dan bermata dua)." "silia\n(Biologi) bulu yang halus-halus yang terdapat pada bahagian-bahagian tertentu tumbuhan atau binatang." "silih I\n= \n~ ganti = ~ sambut \nsaling berganti;\n~ berganti \nberganti-ganti, bertukar-tukar;\n \n~ mata \nsesuatu yang digunakan untuk mata sahaja (memberi banyak mas kahwin yang kemudiannya akan dikembalikan secara diam-diam dan lain-lain);\n \n~-semilih <" "silih II\nsalah-~;\nsalah I." "silik\n[Minangkabau];\nmenyilik\n mengintai, mengintip." "silika\n(Geologi) bahan yang terdapat dalam pasir, batu api, kuarza, dan sebagainya, dan digunakan untuk membuat kaca." "silikat\n(Kimia) sebatian yang mengandungi silika, yang digunakan untuk membuat simen dan kaca." "silikon\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang terdapat dalam pasir, kuarza, dan granit, dan digunakan untuk membuat komponen komputer, peralatan elektronik, kaca, dan lain-lain." "silikone\n(Kimia) sejenis bahan buatan yang rintang terhadap air, suhu, dan lain-lain, dan digunakan untuk membuat pelekat, pelincir, penyalut, penebat elektrik, dan lain-lain." "silikosis\n(Perubatan) sejenis penyakit yang menyerang paru-paru akibat tersedut udara yang mengandungi silika, terutamanya di kalangan mereka yang bekerja di lombong arang batu." "silinder\n1.\n bulat torak;\n2.\n sesuatu yang berbentuk bulat torak." "siling\nlangit-langit rumah (daripada papan dan lain-lain)." "silir I\nangin yang lemah lembut;\n \n~-semilir \nbertiup perlahan-lahan (angin dan lain-lain);\nbersilir-silir\n bertiup perlahan-lahan, atau sepoi-sepoi bahasa (angin), silir-semilir;\nsiliran\n tiupan angin yang lemah lembut;\n \nangin ~ \nangin yang lemah lembut." "silir II\nkemeja ~ \nsejenis kemeja yang berbelah leher depannya, kemeja sport." "silir III\n~ bawang \nkulit yang tipis, selaput." "silo\n1.\n (Pertanian) lubang, parit atau silinder tinggi (daripada kayu atau konkrit) tempat membuat (menyimpan) makanan ternakan;\n2.\n binaan bawah tanah yang menyimpan peluru berpandu." "silogisme\nskema atau analisis logik yang dibuat berdasarkan premis umum dan khusus untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan (mis perempuan beranak, Aminah adalah perempuan, maka Aminah akan beranak)." "silok\n[Minangkabau] [arkaik] belum celik benar (mata orang yang baru terjaga dari tidur)." "silu\n1.\n berasa segan, malu, takut-takut:\ndengan tidak ~-~ lagi, dia mendapatkan orang itu dan memeluknya;\n2.\n berasa sedih (pilu, rawan, dan lain-lain) hati;\n3.\n tidak senang mendengar (bunyi benda bergeser dan lain-lain), ngilu;\nmenyilukan\n1.\n = \n~ diri \nberlaku sopan sekali (gadis);\n2.\n memilukan (menyedihkan, merawankan) hati;\n3.\n menimbulkan ngilu." "siluet\nimej atau gambar seseorang atau sesuatu dalam bentuk bayang." "siluk\nsejenis tumbuhan (pokok), kayu gambir, tapis kunyit, \nGironniera subae qualis." "siluman\n1.\n orang halus, orang bunian;\n2.\n [kiasan] tidak kelihatan, tersembunyi, ghaib." "silungkang\nsejenis tenunan (dari Silungkang)." "silvik\nkajian terhadap sejarah hidup dan ciri am pokok hutan serta kepadatan pokok sebagai asas bagi silvikultur." "silvikultur\ncabang perhutanan yang berkaitan dengan sistem pembangunan, pemeliharaan dan penghutanan semula kawasan balak berdasarkan pengetahuan silvik." "simaung\n[Minangkabau] kepayang." "simbah I\nbersimbah\n \n1.\n basah (kerana disirami air, peluh, dan lain-lain), kuyup:\nmukanya kian lama semakin pucat penuh ~ peluh dingin;\n2.\n berlumuran (darah);\nmenyimbah\n1.\n menyiram (dengan air dan lain-lain hingga basah), memerciki, menyimbur:\nkadang-kadang disimbahnya air ke perahu kawan yang berselisih; \nsanggupkah kau melihat darah merah ~ bumi?\n2.\n keluar dengan banyaknya (peluh):\nkeringat dinginnya juga telah ~ di dahinya;" "simbah II\n[Minangkabau];\nbersimbah\n ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dan lain-lain), disiah(kan), disingsingkan:\nada yang berlari sambil ~ kain;\nmenyimbah, menyimbahkan\n1.\n menyingsingkan (kain, baju, dan lain-lain);\n2.\n menyelak, menyingkap:\n~ kelambu;\ntersimbah\n tersingsing, terselak, tersingkap." "simbahan\ncurahan." "simbai\n[sastera lama] baik tingkah laku, sopan, tertib." "simbal\nalat muzik yang terbentuk daripada sepasang piring loyang yang dihantuk bersama atau dipalu dengan kayu untuk menghasilkan bunyi:\nalat-alat muzik Thai seperti gendang, gong, dan\n \n~\n." "simbang I\nsejenis burung laut, \nFregata andrewsi." "simbang II\n[Minangkabau];\nbersimbang\n bermain melambung-lambungkan batu dan lain-lain ke atas dan menyambutnya kembali, seremban;\nmenyimbang\n melambungkan sesuatu ke atas dan kemudian menyambutnya kembali." "simbar\nsejenis tumbuhan (pakis yang daunnya dibuat ubat), \nDrynaria sparsisora;\n~ gadang \nsejenis tumbuhan (pakis), kumpai lubang, \nOphioglossum pendulum;\n~ watu \nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), rumput (paku) serani, rumput kenarus, \nLycopodium cernum." "simbat\nsejenis jerat (perangkap)." "simbion\n(Biologi) organisma yang hidup secara simbiosis:\nada ~ yang hidup di dalam rongga badan perumah." "simbiosis\n(Biologi) perkaitan hidup antara dua spesies yang berlainan:\n bakteria dan ikan buntal ini hidup secara ~." "simbiotik\n(berkenaan (dengan) hubungan erat) saling bergantung pada satu sama lain demi faedah dan kebaikan bersama:\njelas sekali wujudnya hubungan ~ antara kegiatan pertanian dengan perindustrian di Malaysia." "simbol\n1.\n sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang, tanda:\nraja berketurunan tidak dibuang tetapi dijadikan kepala negara sebagai ~ kenegaraan;\n2.\n [arkaik] contoh:\nhiduplah dengan rukun dan damai supaya menjadi ~ kepada orang di dalam masyarakatmu;\nbersimbolkan\n menggunakan sesuatu sebagai simbol, berlambangkan:\n garisan lurus yang bercerun positif, ~ x dan y." "simbolik\nberkaitan dengan lambang, sebagai lambang, menjadi lambang:\nia terkenal dengan rumah adat bergonjong berwarna-warni, ~ daripada seni bangunan Minangkabau;\n \nhadiah itu disampaikan secara ~ kepada menteri; \ncerita ~." "simbolis\n[Indonesia-Belanda] simbolik." "simbolisme\n1.\n penggunaan simbol (lambang) untuk melahirkan atau menyampaikan sesuatu;\n2.\n simbol(-simbol) atau lambang(-lambang) untuk melahirkan sesuatu:\nseperkara yang begitu menonjol dalam tiga buah sajaknya yang lain ialah unsur ~, meskipun lambang-lambang yang diterapkan bukanlah baru." "simbukan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), kesimbek, kesimbukan, merbuluh paya, sekentut, \nSaprosma ternatum;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nTylophora asthmatica." "simbur\nbersimbur\n \n1. = menyimbur\n menyimbah air dan lain-lain dengan tangan, menyembur ke atas (air dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] disaput (oleh malam, gelap), diselubungi;\nbersimbur-simbur, bersimbur-simburan\n saling menyimbah dengan air (ketika mandi bersama dan lain-lain), saling memercik:\nsambil mandi dan berkejar-kejar itu kami ~-simburan air pula;\nmenyimbur\n menyimbah (memercik, menyiram) dengan air;\nmenyimburi\n memerciki, menyirami;\ntersimbur\n1.\n tersimbah (tersembur) dengan tiba-tiba, tiba-tiba menyimbur, terpercik:\ntergeger kena rebas, ~ kena percik;\n2.\n [kiasan] tersirap (darah), naik marah, dan lain-lain." "simen\n1.\n sejenis serbuk (daripada batu kapur, tanah liat, dan lain-lain) untuk perekat bata atau membuat tembok;\n2.\n campuran serbuk simen dengan pasir dan air untuk membuat atau melapisi tembok dan lain-lain;\n3.\n bahan untuk menampal gigi yang berlubang;\n4.\n zat kapur yang membentuk lapisan luar gigi;\nbersimen\n dibubuh plaster Paris pada kaki tangan atau bahagian tubuh yang lain untuk melindungi tulang yang retak atau patah supaya pulih:\nkutemui ayah yang terbaring dengan kaki kanannya ~;\n menyimen\n membubuh simen pada:\n pekerja-pekerja yang sedang sibuk ~ lantai rumah banglo itu." "simetri\nkedua-dua belahnya sama, setangkup." "simfoni\n1.\n sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh orkestra;\n2.\n kumpulan pancaragam yang berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yang ramai." "simile\nperumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda, dan sebagainya) dan yang lain, misalnya bodoh macam lembu." "simis I\n(Biologi) kelopak bunga (yang berwarna), sari bunga." "simis II\nkain dalam wanita (dipakai di bawah skirt, kain kembang, dan sebagainya)." "simpai I\ngelang-gelang (lingkar, bingkai) daripada rotan dan lain-lain untuk mengikat penyapu (meneguhkan sarung parang dan lain-lain):\nia berkata sambil membetul-betulkan ~ penyapunya;\nbersimpai\n diikat dengan simpai;\n \nsiku ~ \nki pemalas;\nbersimpaikan\n menggunakan sesuatu atau diikat dan sebagainya dengan, sesuatu sebagai simpai:\nsebilah parang panjang ~ rotan;\nmenyimpai\n memasang (membubuh) simpai;\ntersimpai\n1.\n telah diikat dengan simpai (penyapu dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] terikat dengan ketat dan kemas." "simpai II\n[Minangkabau] sejenis kera, cipai, \nSemnopithecus melalophos." "simpan\n1.\n [sastera lama] singkat (cerita, kisah, dan lain-lain), ringkas;\n \nmengambil ~ \nmeringkaskan (cerita dan lain-lain), menyingkatkan;\n2.\n cadangan;\n \nhutan ~\n hutan yang dipelihara sebagai cadangan;\n \ntayar ~\n tayar cadangan;\nbersimpan\n [sastera lama] berkemas-kemas, bersiap sedia:\nmaka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya;\n \npandai makan tak pandai ~\n (peribahasa) orang yang tidak pandai menaruh rahsia;\nmenyimpan\n1.\n menaruh di tempat yang selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dan lain-lain):\nbarang itu disimpan dalam stor;\n2.\n menghimpun (wang), menabung:\nseorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus daripada pendapatannya;\n3.\n = \nmenyimpani\n mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dan lain-lain);\n4.\n tidak membuang, membiarkan, mengekalkan:\nbeliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yang prokomunis dalam kabinetnya; \ndia lebih suka ~ rambut panjang; \n5.\n memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan):\nMahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah; \n6.\n memegang (rahsia) dengan teguh, merahsiakan;\n7.\n menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit:\nia ada ~ seorang gundik; \n8.\n memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai;\n9.\n mengandungi, memuat:\nubat itu ~ pelbagai khasiat; \n10.\n membuat peringatan atau catatan, merekodkan:\n~ kira-kira;\nmenyimpankan\n1.\n menyimpan untuk;\n2.\n menyuruh simpan kepada;\ntersimpan\n1.\n (sudah) disimpan, terkandung:\nkekayaan yang ~ dalam perbendaharaan bahasa;\n2.\n [sastera lama] terserah (terpulang) kepada:\nkami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita;\nsimpanan\n1.\n sesuatu yang disimpan (wang, barang makanan, dan lain-lain):\nwang ~\n wang yang disimpan;\n2.\n sesuatu yang disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dan lain-lain), cadangan;\n \ntentera ~ \ntentera (bukan tentera biasa) yang dipanggil untuk berkhidmat apabila diperlukan;\n3.\n = \ntempat ~ \n= \npersimpanan\n tempat menyimpan;\npenyimpanan\n1.\n perihal menyimpan;\n2.\n tempat menyimpan (mengumpulkan);\npenyimpan\n orang dan lain-lain yang menyimpan:\nakar ~ makanan dinamakan akar cepuk;\n~ kira-kira \norang yang memegang kira-kira (perniagaan dan lain-lain)." "simpang\nsesuatu yang melencong atau bercabang dari yang lurus, tempat jalan (sungai dan lain-lain) bercabang atau berpisah dari yang lurus:\nsebuah lori berhenti tidak jauh dari ~ empat di pekan itu;\n~ belahan \n[Minangkabau] sebahagian daripada sesuatu kaum atau cabang kaum (yang berpindah ke tempat lain, yang berjauhan tempatnya);\n \n~ jalan \ncabang jalan;\n \n~-perenang \nporak-peranda;\nbersimpang\n1.\n bercabang (jalan, sungai, dan lain-lain), berbelah:\ndi tempat itu jalan tadi ~;\n2.\n [Minangkabau] tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dan lain-lain), berbeza (pendapat dan lain-lain);\nbersimpangan\n bertemu tetapi masing-masing dengan haluan sendiri, berselisih jalan;\nmenyimpang\n1.\n melencong dari arah yang asal, membelok ke jalan lain:\nia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya;\n2.\n membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dalam perjalanan), menghindar (ke tepi dan lain-lain):\njika ia bertahan kamu sekalian ~;\n3.\n tidak menurut yang betul (ajaran dan lain-lain), menyeleweng (daripada yang ditentukan), sesat:\ncara ahli hukum bekerja tidak ~ daripada ketentuan hukum; \nistilah yang dibentuk tidak terlalu jauh ~ daripada istilah asal;\nmenyimpangkan\n menjadikan menyimpang, membawa menyimpang, memesongkan, menyesatkan;\nsimpangan\n (jalan, sungai, dan lain-lain) yang menyimpang, cabang kepada sesuatu (jalan, sungai, dan lain-lain) yang lebih besar;\npersimpangan\n = \n~ jalan \ntempat jalan menyimpang atau bercabang:\nkebetulan pada ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke rumah saya;\npenyimpangan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyimpang (daripada sesuatu):\n~ daripada tatabahasa baku bahasa Melayu." "simpang-siur\n1.\n terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon, dan lain-lain);\n2.\n terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku;\n3\n. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dan lain-lain);\n4\n. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik.\nbersimpang-siur\n bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik;" "simpasi\n[Indonesia] [arkaik] \nsimpati." "simpat\n[Jakarta];\nkesimpatan\n tersangkut (makanan) di kerongkong, termengkelan." "simpatetik\nmempunyai atau menunjukkan belas kasihan, bersimpati:\nia melihat Aziz yang sihat, kuat dengan wajah yang ~." "simpati\n1.\n perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan:\nbencana seperti itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dari dalam dan luar negeri;\n2.\n perasaan bersetuju dengan satu menyokong sesuatu idea, pendapat, dan sebagainya bagi tujuan tertentu;\nbersimpati\n menunjukkan simpati, menaruh simpati:\nsaya sangat ~ dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu." "simpatisan\n[Indonesia-Belanda] orang yang menaruh simpati (terhadap sesuatu perkara dan lain-lain)." "simpir\nmerak ~\n sejenis langkan (serambi) di perahu;\nmenyimpirkan\n mengembangkan atau membentangkan (sayap dan lain-lain);\n \n~ sayap \nmengembangkan sayap (burung merak)." "simposium\npertemuan antara para cendekiawan, pakar, dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan, perkara, dan sebagainya;\nbersimposium\n menghadiri, menyertai atau mengadakan simposium:\nmemang ada orang yang suka berseminar, berbengkel, ~ dan sebagainya di sana sini." "simptom\n[bahasa percakapan] gejala penyakit." "simptomatologi\ncabang perubatan yang berkaitan dengan kajian dan pengelasan gejala penyakit." "simpuh I\ntimpuh;\n \nsembah ~ \ndengan hormat dan takzim;\nbersimpuh\n = \nduduk ~ \nduduk bertelut, bertimpuh (seperti perempuan duduk):\ndia duduk ~ di antara ibunya dengan Mak Sinah;\nmenyimpuh; \nmenyembah ~ \nduduk berlutut serta berdatang sembah;\ntersimpuh\n (dalam keadaan) bersimpuh atau bertelut:\ndia dengan hormat ~ meletakkan hidangan itu sambil tersenyum manis; \njatuh ~ \njatuh berlutut (bertelut)." "simpuh II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDillenia aurea;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), peradun, \nDillenia indica;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDillenia eximia; \n4.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nDillenia ovata; \n5.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nWormia spp." "simpuk\n[arkaik];\nmenyimpuk\n menyentuh (melanggar, merempuh) ketika berjalan;\nsampuk." "simpul\n= simpulan\n ikatan pada tali (benang dan lain-lain);\n \ntersenyum ~ \ntersenyum sedikit;\n~ anjing berhimpit \n= \n~ pengail \nikatan untuk menyambung dua tali yang licin;\n \n~ belit \nikatan untuk mengikatkan tali pada batang;\n \n~ buku sila \nsimpul untuk mengikat bungkusan;\n \n~ bunga geti \nsimpul untuk menghubungkan dua tali;\n \n~ hidup \nsejenis simpul yang mudah diurai;\n \n~ kerusi \nsimpul untuk menurunkan orang dari tempat yang tinggi;\n \n~ manuk \nsimpul untuk mengikatkan tali pada balak;\n \n~ mati \nikatan yang susah diurai;\n \n~ pulih \nsimpul untuk memendekkan tali (mudah diurai);\n \n~ sentak \nsejenis simpul yang mudah diurai (dengan menyentak);\n \n~ tindih kasih \nsimpul untuk membuat tanjul;\nmenyimpul\n1.\n mengikat (hingga menjadi simpul):\n~ tali kasut;\n2.\n merupakan simpul;\n \nsenyum ~ di bibir \ntersenyum;\n3.\n [kiasan] memberi pendapat secara ringkas (dari apa yang telah dibicarakan), menggulung:\nketika ~ pendapatnya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza daripada keadaannya sekarang;\nmenyimpulkan\n1.\n mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul;\n2.\n membentangkan (pendapat dan sebagainya) dengan ringkas (daripada apa yang telah dibicarakan), memberikan inti atau isi perbincangan (daripada apa yang telah dibincangkan) dengan ringkas, mengikhtisarkan:\nkita mengkaji catatan penulis-penulis semasa dan cuba ~nya;\n3.\n [kiasan] memuat, mengandungi:\nperkataan yang penuh ~ apa yang terasa dalam hatinya;\ntersimpul\n1.\n telah disimpulkan (tali, benang, dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] terdapat atau termuat (dalam), terkandung di dalam:\npuas rasa hatinya mencurahkan segala yang ~ di dalam hatinya selama ini;\n3.\n [kiasan] terjalin, terikat:\npertunangan mereka telah ~ juga pada hari itu; \nlalu ~lah semacam persahabatan antara kami;\nsimpulan\n sesuatu yang disimpulkan, ikatan, simpul:\nbuat satu ~ di hujung sehelai benang;\n~ bahasa \nungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya (seperti kaki ayam dan lain-lain);\nkesimpulan\n1.\n ringkasan dari apa yang telah dibicarakan dan lain-lain, inti atau isi dari keseluruhannya (karangan, syarahan, dan lain-lain), kesudahan pendapat, ikhtisar:\nboleh pula disuruh kanak-kanak membuat satu-satu ~ dari bacaannya;\n2.\n keputusan:\nmahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara;\npenyimpulan\n proses menggulung pendapat." "simulasi\nperbuatan (latihan dan lain-lain) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya;\nmensimulasikan\n menghasilkan semula keadaan tertentu untuk tujuan kajian atau latihan:\nprogram komputer ~ proses kognitif manusia." "simulator\nsistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan)\n: Malaysia dan Brunei mungkin dapat berkongsi ~ untuk melatih juruterbang pesawat pengebom Hawk." "simuntu, simuntus\n[Minangkabau] kanak-kanak yang bertopeng atau yang berconteng muka dengan arang (dalam perarakan tabut)." "sin\n1.\n huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60);\n2.\n huruf ke-13 abjad Jawi." "sinaga\nsejenis penyakit kulit (kulit menggelembung dan berisi air), \nHerpes zoster." "sinai\n~ anjing \nsejenis tumbuhan (rumpai), getah puyuh, lancung, pepinang, rumput babi, sayung tikus, tampuk gelang (kelang, relang), \nLeptaspis urceolata." "sinalinkawang\nmotif anyaman kaum Murut di Sarawak yang berunsurkan tumbuhan berbentuk daun resam." "sinambalas\ncorak tenunan kaum Dusun dan Kadazan di Sabah yang berunsurkan geometri berbentuk jalur tanpa ruang." "sinambung\nbersinambung, bersinambungan\n berlanjutan, berterusan, berpanjangan:\nbahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yang panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf kemantapan;\nkesinambungan\n perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan:\ntetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; \njusteru yang moden itu merupakan ~ bagi yang tradisional dan yang lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya;\nketidaksinambungan\n perihal (keadaan dan sebagainya) tidak bersinambungan (tidak berterusan dan sebagainya)." "sinampipin\ncorak anyaman kaum Murut di Sarawak yang berunsurkan geometri berbentuk segi tiga tepat yang condong." "Sinansari\n[Minangkabau] [arkaik] Dewi Seri." "sinar\npancaran cahaya (sesuatu yang berkilau):\npagi pun tibalah bersama ~ matahari;~ alfa \n(Fizik) sejenis sinar bercas positif yang terdiri daripada nukleus helium;\n \n~ beta \n(Fizik) sejenis sinar bercas negatif yang terdiri daripada elektron;\n \n~ gama \n(Fizik) sejenis sinar yang bertenaga tinggi;\n \n~ kosmos \n(Fizik) sinar dari ruang angkasa yang bertenaga tinggi (lazimnya terdiri daripada proton, elektron, dan lain-lain);\n \n~ mata \na) cahaya yang tajam dari mata (ketika marah dan lain-lain);\n b) kelipan mata;\n \n~-seminar \nmengeluarkan cahaya yang gilang-gemilang, memancar-mancar;\nbersinar, menyinar\n1.\n mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya):\nmatahari ~ menerangi alam;\n~ titisan air matanya di pipi;\n2.\n [kiasan] berseri atau harum namanya dan lain-lain:\nkali ini pasti ucapannya akan disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak;\nbersinar-sinar\n memancarkan sinar yang gilang-gemilang, memancar-mancar, sinar-seminar:\nlampu yang ~ bergemerlapan menghiasi malam;\nmenyinari\n1.\nmemancarkan cahaya kepada, menerangi, menyuluhi:\ntubuh badannya terang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu; \n2.\n [kiasan] mengajar makhluk Allah (manusia, dan lain-lain) supaya dapat melihat kebenaran-Nya:\nal-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan;\nmenyinarkan\n memancarkan (menghamburkan) sinar:\nmatahari telah pun ~ cahayanya;\n sinaran\n1.\n sinar;\n2.\n (Fizik) pancaran dan rambatan gelombang, seperti cahaya atau bunyi, yang menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain;\n \n~ elektromagnet\n rambatan tenaga yang dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, misalnya gelombang radio dan X-ray;\n3.\n (Fizik) aliran zarah, seperti zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron;\npenyinaran\n perbuatan menyinarkan atau menyinari;\npenyinar\n [kiasan] yang memberikan harapan, semangat dan sebagainya:\nibu tua itulah yang menjadi pembimbing, teman dan ~ hidupnya." "sinar-X\nX-ray." "sinau\n~-seminau \n= \nbersinau-sinau\n bersinar-sinar (cahaya), berkilau-kilau." "sinawar\n[Minangkabau] sejenis tumbuhan (palma), \nPhychosperma silverstris (kuhlii)." "sinda\n[sastera lama] \n senda II." "sindaktili\n(Biologi) keadaan apabila beberapa jari, sama ada jari tangan atau jari kaki, bercantum." "sindap\n[Jawa] daki di kepala, kelemumur." "sindau\nbersindau\n [Sabah] terbang melayang atau bergerak berpusing-pusing di udara:\nburung helang itu ~ sebelum menyambar mangsanya." "sinder\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n orang yang mengawas orang bekerja (di ladang dan lain-lain);\n2.\n [arkaik] pelawat (pemeriksa) sekolah, nazir." "sindiket\n1.\n kumpulan orang yang bersatu menjalankan kegiatan-kegiatan haram (seperti menjual barang-barang secara haram, menyeludupkan sesuatu, dan sebagainya):\n~ membuat wang palsu;\n2.\n kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dan lain-lain) yang bersatu untuk melaksanakan sesuatu projek dan sebagainya secara bersama;\n3.\n kumpulan atau persatuan yang menjalankan sesuatu usaha atau kegiatan untuk kepentingan bersama anggota-anggotanya;\nbersindiket\n mempunyai (melibatkan, menggunakan, dan sebagainya) sindiket." "sindir\n= sindiran\n perkataan dan lain-lain yang digunakan untuk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dengan terus terang, kiasan:\nbanyaknya ~ kedengaran; \nmereka terdiam kerana mendengar percakapanku yang mengandungi sindiran itu;\n~ kiasan\n = \nsindir-sind" "sindrom\nkumpulan gejala atau tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu (seperti sesuatu keburukan, masalah, dan lain-lain):\ntiga kes ~ kekurangan daya tahan penyakit dilaporkan sehingga akhir bulan Mac ini; \nMenteri Pendidikan telah bercakap tentang ~ malas membaca di kalangan golongan profesional;\n~ Down \n(Perubatan) kecacatan sejak lahir yang dicirikan oleh kepala dan muka yang lebar, mata yang sepet, hidung yang kemek, tangan dan kaki yang pendek dan daya berfikir yang lembap." "sinekologi\nkajian ekologi tentang komuniti tumbuhan atau haiwan." "sinematograf\nperalatan untuk menayangkan wayang gambar." "sinematografi\nteknik membuat filem (wayang gambar), seni perfileman." "sineresis\n(Kimia) proses pengecutan bahan bergel, seperti gelatin dan agar-agar, yang disertai dengan pengeluaran cecair." "sinergi\n1.\n tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dan lain-lain untuk menghasilkan tindakan paduan yang lebih berkesan daripada tindakan bahan tersebut secara berasingan;\n2.\n usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian." "sinergisme\nkeadaan apabila kesan tindakan gabungan dua komponen atau lebih menghasilkan nilai yang lebih baik dibandingkan dengan tindakan komponen tersebut secara bersendirian." "sing\nbunyi mendesing." "singa I\nsejenis binatang buas, \nPanthera leo;\n~ laut \nsejenis anjing laut\n, Zalophus californiasus; \n(penyakit) raja ~ \nsejenis penyakit yang berbahaya, sifilis;\n \nhendak ~ di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput\n = \nlebih baik seekor ~ di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput \n(peribahasa) lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit;\nmenyinga\n [kiasan] memberang, meradang:\nia memandangnya dengan muka ~." "singa II\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nMelochia umbellata." "singahak\n[Minangkabau] [arkaik];\ntersingahak\n terkejut, terperanjat." "singas\n(Kimia) gas tiruan yang mengandungi karbon monoksida dan hidrogen, digunakan sebagai bahan mentah asas untuk pemprosesan bahan kima." "singga\n[bahasa percakapan] sehingga." "singgah\nberhenti sebentar di suatu tempat (dalam perjalanan), mampir:\nbarang di mana pasir yang baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat;\nsinggah-menyinggah\n kerap benar singgah (dalam perjalanan):\nlekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana-mana; \nmenyinggahi\n1.\n berhenti atau singgah di (dalam perjalanan):\nnegara-negara Arab yang disinggahi oleh Tun itu adalah negara-negara yang penting dalam pergolakan politik di Timur Tengah; \ntiga buah pelabuhan telah disinggahinya; \n2.\n (berhenti di suatu tempat untuk) mengambil atau menjemput sesuatu:\nmaka mudiklah ia lalu disinggahinya sampan Gusti itu; \n3.\n mengambil semula sesuatu yang telah diamanahkan (disuruh baiki dan lain-lain);\nmenyinggahkan\n1.\n menghentikan perjalanan di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang);\n2.\n menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dalam perjalanan);\n3.\n menyilakan singgah (naik ke rumah dan lain-lain);\nmempersinggah\n [Minangkabau] mempersilakan singgah (mampir);\npersinggahan\n tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat):\nColombo telah menjadi tempat ~ yang penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang." "singgahsana\nkerusi kerajaan (tempat raja bersemayam), takhta:\nmaka sultan pun duduk di atas ~ kerajaan di atas peterana yang bertatahkan permata." "singgan\n[Minangkabau] sehingga, sampai." "singgang I\n1.\n sejenis masakan (ikan, daging, dan lain-lain) yang direbus dan digarami dan lain-lain;\n2.\n [Minangkabau] panggang, salai;\nmenyinggang\n [Minangkabau] memanggang, menyalai." "singgang II\n[sastera lama] memegang telinga dengan menyilangkan tangan dan duduk bangun berulang-ulang (sebagai denda atau hukuman), ketuk ketampi." "singgir\nmenyinggir\n \n1.\n membuka dan menampakkan sesuatu, menyingkap;\n2.\n [kiasan] memperlihatkan, menunjuk-nunjukkan." "singgit\n[arkaik] sanggit." "singguh\nbersingguh\n bersentuh bahu (kerana terlalu rapat), bertempuh;\nsigung I, singgung I." "singgul\nmenyinggul\n menyondol ke tepi." "singgung I\nbersinggungan\n bersentuhan dengan siku, berhantukan;\nmenyinggung\n1.\n menolak (menghentak, memukul) dengan siku, menyenggol, menyigung:\nia kelihatan ~ kawan-kawannya dengan siku; \n2.\n mengenai sedikit, menyentuh;\n3.\n menyebut-nyebut sesuatu (dalam ucapan, karangan, dan lain-lain), membicarakan sedikit, menyentuh:\njalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yang disinggung secara sepintas lalu; \n4.\n menyakiti atau melukai hati (perasaan dan lain-lain):\nperkataannya selalu menyebut hal yang kadang-kadang ~ hati isterinya; \n5.\n menodai (nama baik seseorang dan lain-lain):\ndia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dengan sewenang-wenangnya;\n~ mata bisul orang \n(peribahasa) menyakiti hati orang lain dengan sindiran dan lain-lain (dalam sesuatu perjumpaan dan lain-lain);\ntersinggung\n1.\n terkena, terjamah, tersentuh;\n2.\n disakiti hati (terhina dan lain-lain):\nkalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; \nmudah ~ \nmudah sakit hati;\n \n~ lebih bak kena \n(peribahasa) mudah berasa hati." "singgung II\n[Jawa] sejenis musang yang berbau busuk, sigung, \nMydaus meliceps." "Singh\nsebahagian daripada nama orang Sikh, yang menandakan ia seorang lelaki." "singit\n[Minangkabau];\nmenyingit\n1.\n menyelak (membuka, menyingkap) sedikit;\n2.\n tampak (kelihatan) sedikit;\ntersingit\n1.\n terselak sedikit (kain selimut dan lain-lain), terbuka, tersingkap;\n2.\n kelihatan sedikit (bulan dan lain-lain), terserlah." "singkak\n[Minangkabau] singkap." "singkal\nsungkal." "singkap\nmenyingkap, menyingkapkan\n1.\n membuka (selubung, pakaian, penutup, dan lain-lain), menyelak:\nia ~ selimut yang menutup kepala anaknya; \nada yang menengok dari kisi-kisi, ada yang menengok dari tingkap, ada yang ~ atap; \n2.\n [kiasan] membongkar atau membuka (rahsia dan lain-lain), mendedahkan (sesuatu):\nbeliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yang tidak disukai; \nsajak-sajak A. Wahab Ali ada yang boleh diterima sebagai panduan hidup kerana ia telah menyingkapkan rahsia hidup yang sebenarnya;\n3.\n [kiasan] menceritakan kembali (perkara yang telah lalu, sejarah, dan lain-lain):\nperbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yang telah lalu; \nsingkap daun, ambil isi \n(peribahasa) berkata-kata dengan terus terang (tidak berbelit-belit);\ntersingkap\n1.\n terbuka, terselak:\nmaka tirai pedati Sumirah pun ~; \n2.\n [kiasan] terbongkar (rahsia dan lain-lain);\n \n~ hati \nki suka (senang) hati;\npenyingkapan\n perbuatan menyingkap(kan), pendedahan:\n~ dengan bersandarkan pengetahuan yang lalu." "singkar\n[Negeri Sembilan] sejenis sikat bajak (untuk membajak sawah)." "singkat\n1.\n tidak panjang (waktu, umur, dan lain-lain), pendek:\nkunjungannya sangat ~; \nkain pendek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; \n2.\n ringkas (berita, cerita, percakapan, dan lain-lain):\nBesok aku ke mari lagi, katanya ~, lalu melangkah hendak pergi; \n3.\n [kiasan] picik atau cetek (fikiran dan lain-lain):\norang-orang yang ~ pemikirannya dan yang sangat tamak terlalu ramai;\n~\n \nakal (faham, fikiran) \ntidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik;\n \n~ bayang\n alamat tidak panjang umur;\n \n~ kata \n= \n~nya \npendek kata, pendeknya;\n \n~ pengetahuan \nlekas mati;\n \n~ sungu \n[Minangkabau] (orang yang) pemarah;\n \n~ tangan \norang yang kedekut (kikir);\n \n~ umur (usia) \ntidak panjang umurnya, lekas mati;\n~ diulas, panjang dikerat \n(peribahasa) yang kurang hendaklah ditambah sedangkan yang lebih hendaklah dikurangkan;\n \n~ tidak terulas, panjang tidak terkerat \n(peribahasa) tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati;\n \nsenteng dibilai, ~ diulas\n (peribahasa) yang kurang ditambah dan yang pendek disambung;\nmenyingkatkan\n1.\n menjadikan singkat (pendek dan lain-lain), memendekkan (waktu dan lain-lain):\nkerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; \n2.\n meringkaskan (karangan dan lain-lain), mengikhtisarkan;\nmempersingkat\n menjadikan lebih singkat;\nsingkatan, kesingkatan\n sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan:\n~ seperti pak dari bapak, bu dari ibu, merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa;\npenyingkatan\n perihal menyingkatkan." "singkawang\ntengkawang." "singke\n[Kedah] ngilu." "singki\npenadah air paip tempat membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain (daripada tembikar, aluminium, dan lain-lain)" "singkil I\n[arkaik];\ntali ~ \nsejenis tali pinggang (dipakai oleh perempuan yang sedang mengandung)." "singkil II\nberasa tidak enak bagi pendengaran (seperti mendengar batang buluh bersanggit, besi dikikir, dan lain-lain), berasa tidak enak kerana terlalu masam (hingga mengilukan gigi), ngilu." "singkir\nmenyingkir\n1.\n mengelak, menghindar, menepi, menyisi:\nsetiap orang ~ dariku; \norang berbadan gemuk yang berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; \n2.\n menyelamatkan diri (ke tempat yang lebih aman), mengungsi;\n3.\n [kiasan] tidak memakainya lagi (adat lama), membuang:\nakhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yang berlainan dan aneh itu; \n4. = menyingkirkan\n mengelilingi atau mengedari sambil berjengkek-jengkek (seperti ayam jantan ketika hendak mengawan);\nmenyingkiri\n1.\n menjauhkan (menghindarkan) diri dr:\n~ bahaya; \n2.\n [kiasan] tidak memakainya atau menggunakannya lagi (dalam berbagai-bagai erti), membuangi:\nsegala ungkapan yang dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri;\nmenyingkirkan\n1.\n menjauhkan (menghindarkan) dr:\npergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan;\n~ diri dari keindahan dan kelazatan hidup di kota; \n2.\n membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan:\nuntuk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; \nsekularisme ~ nilai-nilai yang diperoleh dalam usaha-usaha untuk mencari objektiviti dan ilmu yang dapat dimanfaatkan; \n3.\n menyelamatkan ke tempat yang lebih aman, mengungsikan;\n4.\n [kiasan] menjatuhkan (orang dari jawatannya), mengeluarkan (orang sebagai ahli sesuatu badan dan lain-lain):\nparti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yang terlibat dalam perarakan haram itu; \n5.\n [kiasan] menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi:\nsetiap orang yang menentang Hitler disingkirkan; \n6.\n mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (seperti ayam jantan mengedari ayam betina);\ntersingkir\n1.\n sudah disingkirkan (diberhentikan, ditolak, dan lain-lain), terbuang:\nsetelah ~ dari parti politik, ia cuba bergiat dalam badan kebudayaan; \n2.\n terluput (terhindar) dr, dijauhkan (dipisahkan) dr:\nkepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; \n3.\n terasing (terpisah) dr, terbuang:\ndia tidak mahu melihat Murad ~ dari keluarganya; \nselagi tidak ~ kuasa asing dari bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati;\npenyingkiran\n1.\n perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan:\ndalam rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; \n2.\n pengungsian;\npenyingkir\n = \nkaum ~ \npengungsi." "singkong\n[Indonesia] ubi kayu." "singkur\nmenyepak ~ \n=\n menyingkur\n menyepak ke tepi." "singlet\nsejenis baju dalam tanpa lengan (untuk lelaki)." "singsat I\n(Sunda);\nmenyingsat, menyingsatkan\n menggulung (kain dan lain-lain), menyingsing." "singsat II\n[Jawa] erat, rapat;\nmenyingsatkan\n mengeratkan, merapatkan." "singse\n[Cina] tabib (dukun) Cina." "singsing\nmenyingsing\n1.\n = \nmenyingsingkan\n menarik ke atas (kain, lengan baju, dan lain-lain) supaya pendek, menggulung (supaya pendek):\n~ lengan baju; \n2.\n hilang (awan, kabus, dan lain-lain), lenyap, menyisih:\nkabus mulai ~; \n3.\n mulai terbit (fajar), mulai terang:\nkadang-kadang ia melanjuntukan tidurnya sehingga fajar ~;\n4\n. menyingkap, mendedahkan:\n al-Quran yang ~ makrifat yang betul;\ntersingsing\n sudah disingsingkan (lengan baju, kaki seluar, kain, dan lain-lain), terbuka atau terselak sedikit (kelambu, langsir, dan lain-lain), tersisih (awan dan lain-lain)." "Sinhala\nbangsa yang berasal dari negara Sri Lanka." "sini\n1.\n = \ndi sini\n di tempat ini:\nMahkamah Tinggi di ~ telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua orang pemuda; \n2.\n [bahasa percakapan] saya, aku:\n~ tidak setuju dengan cadangan itu;\nke sini\n ke mari:\nia berlari ke sana dan ~;\ndikesinikan\n dibawa ke mari, dikemarikan." "sinis\n1.\n cenderung untuk mempersoalkan kebaikan (kejujuran dan lain-lain) orang:\nia mempunyai perasaan yang sensitif dan sikap yang ~ terhadap hal-hal yang diceritakannya; \n2.\n suka mengejek-ejek (memerli, mempersendakan, dan lain-lain), mengandungi ejekan (cemuhan dan sebagainya), bersifat mengejek atau memandang rendah:\ncerpen-cerpen yang lebih banyak ~nya daripada menggambarkan keadaan yang sebenar; \ntersenyum ~;\n kesinisan\n sikap (pandangan, pernyataan dan sebagainya) sinis." "sinisisme\npandangan atau sikap yang cenderung untuk mempersoalkan kebaikan (kejujuran, kebolehan dan sebagainya) seseorang." "sinisme\nsinisisme." "sink\nsingki." "sinkope\n(Linguistik) pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran \nha \ndalam \nsahaja \nmenjadi \nsaja, \ndan \nid \ndalam \ntidak \nmenjadi \ntak." "sinkronik\nberkenaan peristiwa atau fenomena yang terjadi dalam tempoh waktu tertentu, tanpa mengambil kira perkembangannya." "sinkronisasi\npenyelarasan antara dua perkara:\n ~ antara Kongres Ilmu Pengetahuan dengan penyusunan GBHN." "sinkroskop\n(Kejuruteraan) peranti elektrik yang digunakan untuk menguji komponen sistem pencucuh." "sinologi\nilmu pengetahuan tentang bahasa dan kebudayaan Cina." "sinoman\n[Jawa]\n1.\n kumpulan anak muda yang membawa hidangan dan melayani tetamu makan dalam sesuatu majlis perkahwinan;\n2.\n usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yang mendapatnya dengan cara mengundi." "sinonim\n(Linguistik) kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya \ncantik \ndengan \nindah \ndan \ncepat \ndengan\n pantas, \nkata seerti;\nbersinonim\n mempunyai kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya:\nperkataan cantik ~ dengan perkataan indah;\n mensinonimkan\n menganggap sama antara dua perkara atau benda:\norang Melayu disinonimkan dengan agama ini;\nkesinoniman\n keadaan bersinonim." "sinonimi\n(Linguistik) hubungan antara sinonim." "sinopsis\nringkasan yang memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dan sebagainya), ikhtisar." "sintaksis\npengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dan sebagainya) tentang susunan kata dalam ayat." "sintal\ngemuk padat (badan), gempal." "sintar I\n[Minangkabau] sintal." "sintar II\nsejenis burung;\n~ dada kelabu\n, \nRallus striatus;\n~ api, Rallina fasciata;\n~ merah,\n \nRallus eurizonoides;\n~ kecil \nsejenis burung, \nPorzana pusilla." "sintesis\n1.\n proses menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan, dan sebagainya menjadi suatu kesatuan atau keseluruhan yang kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan;\n2.\n suatu keseluruhan yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai unsur, bahan, dan sebagainya;\n3.\n cara mencari prinsip yang umum daripada prinsip-prinsip yang khusus;\nmensintesiskan\n melakukan sintesis, menyatukan, menggabungkan, memadukan:\ndalam beberapa banyak hal, novel ini padat dengan idea-idea dan gagasan-gagasan falsafah yang masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dalam perwatakan atau suasana keseluruhan novel." "sintetik\nberkenaan bahan yang disediakan daripada bahan kimia atau bahan tiruan (bukan daripada sumber semula jadi)." "sintetis\n[Indonesia-Belanda] yang berkaitan dengan (mengenai) sintesis, yang dipadu-padu." "sintigrafi\nkaedah untuk melihat organ tubuh dengan mengimbas bahagian berkenaan dengan pengesan kelipan selepas suntikan sebatian berlabel radioaktif." "sinting I\nsenteng I." "sinting II\n1.\n senget (sendeng) sedikit letaknya, miring;\n2.\n [bahasa percakapan] agak gila, kurang siuman." "sintir\n[Jakarta] sejenis permainan dengan buah dadu." "sintua\n[arkaik] ketua (sesuatu puak dan lain-lain), kepala." "sintuk\nsejenis tumbuhan (pokok, dan kulit batangnya boleh dibuat ubat), \nCinnamomum spp.;\nbersintuk\n bergosok (badan) ketika mandi:\nmaka isteri Khoja Maimun pun bangun lalu pergi mandi, ~ berlimau;\nmenyintuk\n menggosok, menggonyoh;\nmenyintukkan\n menggosokkan, menggonyohkan;\npenyintuk\n sesuatu yang digunakan untuk menyintuk:\ndibunuhnya Tok Wak jurubahasanya, untuk diambil darah, dibuat ~ meriam itu." "sintulang\nsejenis tumbuhan (pokok), \nJackia ornata." "sintung\n[Minangkabau];\nmenyintung\n menyinggung (dengan siku)." "sinu\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] urat saraf;\n \nsakit ~ \nsakit urat saraf." "sinuhun\n[sastera lama] baginda." "sinus I\n(Matematik) fungsi trigonometri bagi sudut tirus pada segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah panjang sisi yang bertentangan dengan sudut terhadap panjang hipotenus." "sinus II\n(Perubatan) rongga yang dipenuhi udara dalam tulang tengkorak yang bersambung dengan (rongga) hidung." "sinusitis\n(Perubatan) radang pada selaput sinus hidung." "sinyal\n[Indonesia-Belanda] tanda alamat (lampu dan lain-lain), tanda isyarat." "sinyalir\n[Indonesia-Belanda];\nmensinyalir\n memperingatkan supaya memerhatikan (sesuatu) atau beringat-ingat (terhadap sesuatu)." "sinyo\nanak lelaki (bangsa Eropah)." "sioca, siociah\n[Cina] [arkaik] anak perempuan." "siongka\n[Cina] sejenis damar." "sipahi, sipai\n[sastera lama] askar India." "sipak I\n[Minangkabau] sepak." "sipak II\n[Brunei] jari yang lebih (keenam) pada tangan." "sipat I\narah;\n \n~ kuping \n[Jawa] berlari lintang-pukang;\n \ntali ~ \ntali untuk mengetahui lurus tidaknya (sesuatu), tali pengukur;\nmenyipat, menyipatkan\n mengukur (untuk mengetahui lurus tidaknya) dengan tali sipat." "sipat II\n= \n~ mata \ncelak mata:\nia jarang sekali memakai bedak, ~ mata atau gincu bibir;\nmenyipat\n membubuh sipat (pada mata):\nbibir matanya disipat hitam dan alisnya dicukur melecut." "sipat III\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat), \nEclipta alba." "sipedas\n[Minangkabau] halia." "sipesan\nsepesan." "sipi\ntidak tepat kenanya (pukulan, tembakan, dan lain-lain), tidak kena betul, menyerempet:\npenumbuk itu singgah ~ ke pipi Malek; \nbiar ~ asal jangan tepat (sesat) \n(peribahasa)\na) biarlah rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak;\n b) jika sudah mengalami susah (rugi dan lain-lain) hendaklah diikhtiarkan supaya jangan terlampau sangat;\nmenyipi\n mengenai tepi (pinggir) sahaja." "sipil\n[Indonesia-Belanda] orang awam (bukan tentera):\nia datang ke baris depan, tempat duduk para pembesar dari pihak ~, polisi dan militer; \nhukum ~ \nundang-undang mengenai orang awam, undang-undang awam;\n \npemerintahan\n \n~\n pemerintahan oleh orang-orang awam (bukan tentera);\n \nperang ~ \nperang saudara;\n \nperkara ~\n perkara dalam mahkamah mengenai hal-hal umum (bukan perkara jenayah dan lain-lain)." "sipir\n[Indonesia-Belanda] penjaga penjara;\nsapir II." "sipoa\nsempoa." "sipon\n[Indonesia-Belanda];\nkain ~\n sejenis kain (cita)." "sipongang\n[Minangkabau] gaung, gema;\nbersipongang\n bergaung, bergema:\nbunyi itu ~ ke setiap penjuru perkebunan." "sipu I\ntersipu-sipu\n = \nmalu ~ \n= \nkesipuan, kesipu-sipuan\n malu sekali:\nHasnah ~ tunduk kemalu-maluan; \nmereka itu pun kesipu-sipuan malu." "sipu II\n[Jakarta];\ntersipu-sipu\n (dengan) pantas, lekas, segera." "sipulut\nberas pulut, beras ketan, \nOryzasativa japonica." "siput I\nsejenis kerang-kerangan (binatang lunak) yang berkulit keras;\n jenis-jenisnya:\n~ akik \nsejenis siput yang dibuat perhiasan;\n \n~ asin \nsejenis siput yang telah diasinkan;\n \n~ babi \nsejenis siput, \nAchatina;\n~ kemudi, Atrina spp.;\n~ mutia \nibu mutiara;\n \n~ pahat, Cultellus spp.;\n~ piring, Placuna plasenta;\n~ sudu, Chromytilus chorus;\n~ memuji buntut \n(peribahasa) sifat memuji diri sendiri;\n \ntak tahu akan ~ empuk \n(peribahasa) orang yang terlalu bodoh." "siput II\nsejenis sanggul (rambut perempuan);\nbersiput\n memakai siput (sebagai perhiasan rambut):\nkawan saya tidak pernah memakai gincu atau bedak dan rambutnya ~ sahaja;\n menyiput\n (sedang) menggulung rambut untuk membuat siput:\nrambutnya yang panjang sampai ke punggung itu segera disiputnya." "siput III\nburung ~\n sejenis burung, burung gua, \nMyophones falvirostris dicrorhyncus." "sir I\n[Arab]\n1.\n rahsia, tersembunyi (dalam ilmu tasawuf);\n2.\n keinginan (kemahuan) hati, ingin (mahu) akan sesuatu:\ntiadalah ia ~ kepada perempuan itu; \ntak ~ \n[Kelantan] tidak mahu (ingin);\nkalau tak ~ berdegak, ~ melayang \n(peribahasa) jika barang yang diinginkan tidak diperoleh maka hilanglah daya upaya." "sir II\nbunyi seperti bunyi desir." "sira I\n[sastera lama] beliau, engkau." "sira II\n= \ngula ~ \ngula yang telah dicairkan (untuk digaulkan atau disalut pada kuih dan sebagainya);\nbersira\n sudah (telah) disira:\ndia menghidangkan kerepek ubi goreng yang ~ dengan gula;\nmenyira\n menggaul atau menyalut kuih dan sebagainya dengan gula yang telah di" "sira III\n[Brunei] garam." "sirah I\n[Minangkabau] merah:\nmatanya itu ~ seperti bunga raya; \ntanah ~ \nkubur yang baharu;\ntersirah\n \nmendapat tanah ~ \nki\na) mati;\n b) menjumpai mayat yang telah ditanam." "sirah II\n[Arab] kisah, riwayat atau perjalanan hidup seseorang nabi atau rasul;\n \n~ Nabi \nkisah atau riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sejak kecil hinggalah baginda wafat." "siram\nbersiram\n [bahasa dalam] mandi:\nsilakan tuanku dua laki isteri berangkat ~;\nmenyiram\n1.\n mencurahkan air dan lain-lain pada, mendirus, menjirus:\nseorang perempuan muda ~ bunga dalam taman; \n2.\n menjirus dengan air dan lain-lain (supaya bersih);\nmenyirami\n menyiram pada:\nKadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dengan air;\nmenyiramkan\n1.\n menyiram dengan, menjiruskan, mencurahkan:\nmaka kedua-duanya terkejut seperti orang mengantuk disiramkan air; \n2.\n sl, [bahasa dalam] memandikan:\nmaka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda, dilimau dan dibedak;\npersiraman\n [sastera lama] tempat mandi, permandian;\npenyiraman\n perbuatan menyiram (menyiramkan).\npenyiram\n1.\n orang yang menyiram:\ntugas utamanya hanya sebagai ~ pokok bunga setiap pagi; \n2.\n alat yang digunakan untuk menyiramkan air dan sebagainya:\ndia menyiram sayur-sayuran dengan menggunakan ~." "sirampang\n[Minangkabau] \n serampang II." "sirap I\n menyirap\n menyorok, menyusup:\ndarahnya ~ ke telinganya;\n~ darahnya \nberdebar-debar hatinya (kerana takut dan lain-lain);\nmenyirapkan\n1.\n [Indonesia] menyelakkan (menyingkapkan) sedikit;\n2.\n menyebabkan jadi marah, menaikkan darah (dalam erti kiasan);\n3.\n = \n~ darah \nmenjadikan terkejut (berdebar-debar dan lain-lain), memeranjatkan:\nada sesuatu dalam semak yang ~ darah Melayunya;\ntersirap\n \n~ darah \nberdebar-debar (kerana terkejut, terperanjat, dan lain-lain);\n \n~ hati \nmarah." "sirap II\nsejenis atap daripada keping-keping papan;\nmenyirap\n memasang sirap;\n \ntimah disirap \ntimah yang dipasang sebagai sirap." "sirap III\n1.\n larutan gula dan air yang agak pekat dan biasanya berwarna merah dan berperisa;\n2.\n = \nair ~ \nminuman yang diperbuat daripada sirap;\n \n(air) ~ bandung \nair sirap yang dicampur dengan susu;\n \n~ batuk \nubat batuk yang berupa sirap. \nsirap IV\n [Jakarta]\n1.\n senyap, sunyi;\n2.\n tidak berpanjangan atau berlarutan, kebah (demam), padam (api), reda;\n3.\n pukau (sejenis mantera untuk menidurkan orang);\nmenyirap\n1.\n meredakan, memadamkan;\n2.\n memukau (supaya orang tertidur atau terus tidur)." "sirat I\nmata jala (jaring dan lain-lain);\n \n~-~ gigi \ncelah-celah gigi;\nbersirat\n berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat:\nkain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam;\nmenyirat\n membuat jala dan lain-lain, menganyam, menjalin, merajut:\nia sedang ~ jala ikannya di dapur;\ntersirat\n1.\n telah disirat (jala, rajut, dan lain-lain), terjalin;\n2.\n [kiasan] terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu):\nrahsia besar yang ~ di hatinya tidak ada seorang pun yang mengetahuinya;\nsiratan\n1.\njalinan;\n2.\n sesuatu yang tersembunyi:\ndengan melihat ~ dalam suratan." "sirat II\n[Arab]\n1.\n jambatan, titian;\n2.\n titian (yang halus) yang melintasi neraka untuk ke syurga." "siratulmustakim\n[Arab] jalan yang benar." "siraung, saraung\n[Brunei] sejenis tutup kepala, terendak." "siraut\nsejenis pisau raut (yang tajam);\nseraut raut I." "siren\n1.\n alat yang mengeluarkan bunyi raungan yang kuat, biasanya sebagai semboyan amaran;\n2.\n bunyi raungan siren." "sirene\n[Indonesia-Belanda] siren." "sirep\npukau untuk menidurkan orang;\n sirap IV." "siri\nrangkaian sesuatu yang sama (seperti cerita, buku, peristiwa, dan lain-lain) yang dikeluarkan (diadakan, disiarkan, dan lain-lain) berturut-turut:\ninilah ceramah yang kedelapan dalam ~ ceramah ilmiah;\n~ aktinid \n(Kimia) siri unsur radioaktif dalam jadual berkala, bermula dengan aktinium dan berakhir dengan lawrensium;\n \n~ homolog \n(Kimia) siri sebatian karbon daripada jenis yang sama dan diwakili satu formula am (mis alkana dan alkena;\n \n~ lantanid \n(Kimia) siri lima belas unsur logam dalam jadual berkala, bermula dengan lantanum dan berakhir dengan lutetium;\n \nnombor ~ \nnombor (bilangan) yang berturut-turut." "sirih I\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang memanjat dan daunnya dimakan dengan pinang, gambir, kapur, dan lain-lain), \nPiper spp.;\nbujur ~\n bentuk seperti bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah;\n \nmenghantar ~ \n[sastera lama] menghantar berbagai-bagai barang kepada bakal besan;\n \nwang ~ \nwang upah;\n~ air \nsejenis sirih, \nPiper miniatum;\n~ berbunga \n[Kelantan] alat perlengkapan untuk meminang;\n \n~ carang\n daun sirih yang muda;\n \n~ duduk \nsejenis sirih, \nPiper sarmentosum;\n~ hantu \nsejenis sirih, \nPiper caninum;\n~ hutan \nsejenis sirih, \nPiper caninum (curtisii);\n~ kaduk \nsejenis sirih, \nPiper caba;\n~ kerakap \ndaun sirih yang di bawahnya kasar dan keras;\n \n~ masak \nsirih selengkapnya (untuk dikunyah);\n \n~ Melayu \n= \n~ Cina \n= \n~ hudang \nsejenis sirih, \nPiper betle;\n~ murai \nsejenis sirih, \nPiper ribesioides;\n~ pinang \nbarang-barang yang dibawa kepada seseorang (sebagai tanda penghormatan);\n \n~ rakit\n [Kelantan] susunan daun sirih yang ada seratus dua puluh helai;\n \n~ rimau \nsejenis sirih, \nPiper porphyrophyllum;\n~ rimau putih \nsejenis sirih, \nPiper argyrites;\n~ seberkas \n[Kelantan] susunan daun sirih yang seratus helai banyaknya;\n \n~ sekapur (setampin)\n sirih segulung (selengkapnya);\n \n~ sesusun \n[Kedah] susunan daun sirih yang dua puluh helai banyaknya;\n \n~ tanya\n sirih selengkapnya yang diberikan kepada ibu bapa anak gadis yang dipinang;\n~ naik, junjungan naik \n(peribahasa) mendapat untung dan bahagia silih berganti;\n \n~ naik, junjungan patah \n(peribahasa) baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula;\n \n~ pulang ke gagang \n(peribahasa) kena pada tempatnya;\n \n~ berlipat datang sendiri \n(peribahasa)\na) beroleh keuntungan dengan mudah;\n b) mendapat orang yang dicintai dengan tidak bersusah payah;\n \nada ~ hendak makan sepah \n(peribahasa) ada yang baik hendakkan yang buruk;\n \nseikat bagai ~, serumpun bagai serai \n(peribahasa) orang yang bermuafakat benar-benar (seia sekata);\n \numpama ~, menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung \n(peribahasa) tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya;\npenyirih\n orang yang suka makan sirih." "sirih II\nmenyirih\n [Minangkabau] mengunjukkan atau memberikan (sirih, rokok, dan lain-lain):\norang itu mengeluarkan tempat rokok dari dalam sakunya dan ~ kepada sekalian orang itu;\nmenyirihi\n mengunjukkan atau memberikan sirih, rokok, dan lain-lain kepada:\naku disirihi rokok daun;\nmenyirihkan\n [Minangkabau] mengunjukkan atau memberikan sirih (rokok dan lain-lain):\nsekali-sekali pernah juga dia ~ rokoknya kalau bertemu." "sirik I\n[Jakarta] iri hati, dengki." "sirik II\n[Brunei] ridip ikan, sirip." "SIRIM\nakronim bagi \nStandards & Industrial Research Institute of Malaysia \n(Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia)." "siring I\nsejenis tangguk daripada rotan untuk menangkap udang dan lain-lain." "siring II\n[arkaik] terusan (air), bendar, parit, tali air." "siring III\n[Minangkabau] tepi (kain dan lain-lain) yang berlainan warnanya." "siring IV\nmenyiring\n mencurahkan (air dan lain-lain) dengan menyerendengkan bekasnya, menuang dari satu bekas ke satu bekas yang lain;\npenyiringan\n perihal (proses atau perbuatan) menyiring:\nloji itu akan dilengkapi peralatan seperti alat pengudaraan automatik dan mekanisme ~." "siring V\n[Kelantan] habuk (gergaji), reja-reja kayu (setelah digergaji)." "siring VI\n[Brunei] (bahagian) tepi atau pinggir." "sirip\n1.\n sayap ikan (untuk berenang), ridip;\n2.\n (Kejuruteraan) struktur tetap yang menegak pada ekor pesawat udara untuk meningkatkan kestabilannya;\nbersirip\n bertindih-tindih atau berlapis-lapis (atap genting dan lain-lain):\natapnya tembaga dan timah ~ ." "sirkam\n[Indonesia-Belanda] sejenis ikat untuk perhiasan." "sirkol\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kubis putih yang diracik halus-halus dan dijeruk." "sirkuit\nsiri atau rangkaian pertandingan yang disertai sering kalinya oleh pemain (peserta, petanding) yang sama:\nsebelum ini Indonesia telah memiliki Piala Thomas yang menjadi rebutan setiap negara yang menyertai pertandingan ~ antarabangsa." "sirkulasi\n[Indonesia-Belanda] peredaran." "sirkuler\n[Indonesia-Belanda] surat pekeliling, surat edaran." "sirkumfleks\n(Linguistik) tanda (^) yang diletakkan di atas huruf vokal bahasa tertentu, misalnya bahasa Perancis, untuk menunjukkan bagaimana vokal itu dibunyikan." "sirna\n[Jawa] hilang, lenyap, musnah;\nmenyirnakan\n menghilangkan, memusnahkan;\npenyirnaan\n pemusnahan, penghapusan, penghilangan." "siroko\n(Geografi) angin selatan yang panas di kawasan Mediterranean." "sirop\n[Indonesia] sirap (air gula)." "sirosis\n(Perubatan) penyakit hati yang dicirikan oleh matinya sel-sel hati dan sebagainya (yang terjadi akibat jangkitan kronik, terlalu banyak minum minuman keras, dan sebagainya)\nsirsak\n [Indonesia-Belanda] durian belanda, \nAnnona muricata." "siru\n[Minangkabau];\nbersiru\n berputar (angin), beralih haluan." "sirung\n[Brunei] serong." "sirup\nsirop." "sisa\napa-apa yang tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dan lain-lain), baki (wang dan lain-lain), lebihnya, reja:\n~ makanan;\n~ wang;\n~ nabi\na) lebih makanan nabi;\n b) ikan sebelah;\n \n~ remeh \nsisa yang tidak berharga langsung;\n \n~ radioaktif \nsisa atau bahan buangan yang dapat mengeluarkan pancaran radioaktif;\nkulai-balai bagai petai ~ pengait \n(peribahasa) orang yang lemah lembut gerak-gerinya;\nbersisa\n ada sisanya (bakinya, lebihnya), berbaki, berlebih:\ngaji suaminya tiap-tiap bulan tiada ~ sedikit juga;\nmenyisakan\n menjadikan bersisa, membiarkan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit:\nisteri hulubalang yang mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda;\ntersisa\n (dapat, sudah) disisakan sedikit:\ntidak ~ waktunya untuk membuka buku sekolah." "sisal\nserat dari daun sejenis tumbuhan \nAgave sisalana \nuntuk dijadikan tali dan lain-lain." "sisalak\n[Minangkabau];\nbersisalak\n berbantah, bertengkar." "sisi\n1.\n bahagian yang di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping, tepi:\ndia lari dari ~ku; \nlukisan badan ikan itu dilihat dari ~; \n2.\n garisan lurus yang menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi:\ndi tiga ~, dia dikelilingi oleh air; \n3.\n segi, sudut, pihak (pandangan dan lain-lain):\nmereka memandang dari ~ mereka sahaja;\ndi sisi\n1.\n di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dengan:\nia duduk ~ suaminya; \n2.\n di samping (bersama-sama):\nibu Ema yang telah tua itu dapat jua menghibur-hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; \n3.\n di samping (selain):\n~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yang memakainya; \n4.\n dari segi (pandangan dan lain-lain):\ntiap-tiap rakyat itu mempunyai hak-hak yang sama antara satu dengan lain ~ undang-undang; \n5.\n di kalangan:\najaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat;\nke sisi\n ke tepi, ke samping;\ndikesisikan\n diketepikan, dikesampingkan;\nbersisi, bersisi-sisian\n berdampingan, berdekatan (berjalan, duduk, dan lain-lain):\ntelah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dengan dia ke mana-mana;\nmenyisi\n1.\n pergi ke sisi (ke tepi, ke samping), menepi;\n2.\n berjalan dan lain-lain di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur;\nmenyisikan\n1.\n membawa dan lain-lain ke sisi (ke tepi);\n2.\n mengetepikan (kerana tidak penting dan lain-lain), mengesampingkan." "sisih\nbersisih\n berpisah, berasing;\n \n~ antah dengan beras\n (peribahasa) berasingan orang kaya dari orang miskin;\nmenyisih\n1.\n beralih ke samping atau ke tepi (untuk memberi jalan lalu dan lain-lain), menepi, menyamping:\ndia ~ ke tepi memberi jalan kepada ibunya mendapatkan adiknya;\n2.\n mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri:\nselesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga;\n3.\n = \nmenyisihkan\n mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan;\n \ndisisih bagai antah \n(peribahasa)\na) diasingkan dari yang lain kerana tidak disukai;\n b) tidak boleh ikut campur kerana miskin;\nmenyisihkan\n1.\n mengasingkan (diri dan lain-lain), memencilkan, menjauhkan:\nperasaannya yang berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yang sunyi;\n2.\n memisahkan, mengetepikan:\npentingnya bahasa sebagai alat dalam sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada;\n3.\n [Indonesia] menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dalam permainan dan lain-lain), menyingkirkan (lawan);\ntersisih\n (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah:\ndia berasa dirinya ~ dari kawan-kawan yang telah lama bekerja di sana; \nhidupnya ~ dari kaum keluarga;\nsisihan\n (Matematik) perbezaan antara nilai keputusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji;\npenyisihan\n perbuatan menyisihkan:\n~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia." "sisik I\n1.\n lapisan kulit yang berkeping-keping (pada ikan, ular, kaki ayam, dan lain-lain):\nmemang tuah ayam dan burung dapat dilihat daripada ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu;\n2.\n [kiasan] corak atau ragam:\nengkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia;\nkurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik tinggal kaji di guru \n(peribahasa) kalau kurang hati-hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya;\n \nminta ~ pada limbat \n(peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak mungkin dapat;\nbersisik\n ada sisiknya, mempunyai sisik:\ndengan takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan;\nmenyisik, menyisiki\n1.\n membuang sisik (dari ikan dan lain-lain);\n2.\n meraut buluh (lidi dan lain-lain) supaya licin;\n3.\n melihat tuah ayam sabungan pada sisik di kakinya." "sisik II\n~ keli \n= \n~ naga bukit \n= \n~ tenggiling \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), \nPolychroa repens;\n~ naga \n= \n~ tenggiling \nsejenis tumbuhan (herba), \nDesmodium triflorum;\n~ penyu \n= \n~ puyuh \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCaralia suffruticosa; \nrumput ~ naga \nsejenis tumbuhan (herba), \nDesmodium heterophyllum." "sisip\nbersisip\n terletak dan lain-lain di celah-celah (di sela-sela), terselit:\nsepucuk pistol ~ di pinggangnya;\n~ keris \na) memakai keris dengan menyelitkannya di pinggang;\n b) [kiasan] masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara;\nbersisipkan\n memakai sesuatu (keris dan lain-lain) dengan menyelitkannya di pinggang:\ndi dalam andung itu duduk seorang bangsawan dengan pakaian yang indah, ~ keris;\nmenyisip\n1.\n masuk di celah-celah (di sela-sela):\nditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah;\n2.\n = \nmenyisipi\n memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yang bocor:\nKamal telah ~ bahagian-bahagian atap yang bocor dengan daun pisang atau dengan upih pinang; \n3.\n = \nmenyisipi\n menyirat (jala, jaring, dan lain-lain):\nsentiasa baldu itu disisipnya; \n4. = menyisipi\n (Linguistik) membubuh sisipan (em, el, er, dan sebagainya) dalam kata-kata:\nperkataan gilang apabila disisipi dengan em menjadi gemilang; \n5.\n = \nmenyisipi\n menukar tanaman yang mati (yang kurang baik) dengan tanaman yang elok dan lebih segar:\n~ padi;\nmenyisipkan, mempersisipkan\n1.\n memasukkan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan:\nbunga itu disisipkannya ke lubang kancing baju tentang dadanya;\n \npura ialah sejenis pundi-pundi tempat menyimpan wang yang disisipkan di pinggang;\n 2.\n memasukkan (ke dalam cerita, buku, dan lain-lain), memuatkan:\nbahagian-bahagian lucu disisipkan di sana sini;\n3.\n menggunakan sesuatu untuk menyisip (atap, jala, dan lain-lain);\n4.\n (Linguistik) memasukkan sisipan (em, el, er, dan sebagainya) dalam kata-kata:\n~ em dalam kata guruh menjadi gemuruh;\ntersisip\n1.\n sudah disisip, terselit:\nsebilah keris ~ di pinggangnya;\n2.\n terkandung (termasuk) dalam;\nsisipan\n1.\n sesuatu yang disisipkan;\n2.\n (Linguistik) imbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok;\nkesisipan\n termasuk (tertikam) sesuatu ke dalam daging, kemasukan;\npenyisipan\n (Linguistik) perihal membubuh sisipan pada kata-kata pokok;\npenyisip\n alat untuk menyisipkan sesuatu:\nproses ini memerlukan ~ untuk menegangkan anyaman." "sisir I\n1.\n alat untuk mengemaskan rambut, sikat;\n2.\n alat untuk menggemburkan dan membersihkan tanah, pencakar, penggaruk, sikat;\n3.\n tangkai atau gugus pisang (sebahagian daripada tandan), sikat;\n4.\n sikat pada alat tenun, suri;\n5.\n injap (pada pintu lukah, bubu, dan lain-lain) untuk menahan ikan keluar;\n \n~ insang \nbahagian insang ikan yang berupa seperti sikat (untuk menyekat air, kumin-kumin makanan daripada terkeluar);\n \nseperti gerup dengan ~ \n(peribahasa) perihal dua orang yang sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan);\nbersisir\n1.\n memakai sisir, bersikat;\n2.\n (sudah) disisir, bersikat:\npakaiannya selekeh, rambutnya tidak ~;\n3.\n sedang menyikat rambut;\nmenyisir\n1.\n menyikat (rambut):\nia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu;\n2.\n membersihkan (tanah) dengan sisir, menggaru, menyikat (tanah):\ntanah bendang yang berselut itu akan disisir pula;\n3.\n memotong daun kelapa dari pelepahnya." "sisir II\nmenyisir\n berjalan atau lalu di tepi (sesuatu), menyusur (pantai dan lain-lain):\nkami mengambil masa lebih kurang sejam ~ sungai, baru sampai ke tempat yang ditujui;\n~ pantai \nmenyusur pantai;\npersisiran\n daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai:\n kawasan ~." "sisir III\n[Minangkabau];\nkesisiran\n termasuk duri dan lain-lain dalam daging, kesisipan;\n \nterbuang ~ \nberasa senang atau lega." "sista\n(Perubatan) ketumbuhan di dalam tubuh atau di bawah kulit yang mengandungi cecair." "sistem\n1.\n cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan:\nmenurut ~ tulisan yang dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dengan cara menggunakan sempang;\n2.\n kumpulan beberapa bahagian (alat dan lain-lain) yang sama-sama bekerja untuk satu tujuan:\n~ penghadaman;\n~ saraf;\n3.\n kumpulan pendapat (prinsip, teori, dan lain-lain) yang teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yang teratur untuk melakukan sesuatu:\n~ pendidikan;\n~ pemerintahan;\nbersistem\n ada sistemnya, menurut sistem, sistematik;\nmensistemkan\n menjadikan bersistem;\npensisteman\n proses menjadikan bersistem." "sistematik\n1.\n berasaskan atau menurut sistem:\nekonomi ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang ~; \n2.\n pengetahuan mengenai sesuatu sistem." "sistematis\n[Indonesia-Belanda] menurut sistem, berasaskan sesuatu sistem, sistematik." "sistina\n(Biologi) asid amino bersulfur yang merupakan komponen kebanyakan protein." "sistisis\n(Perubatan) radang pada pundi kencing, terutamanya pada perempuan, yang disebabkan oleh jangkitan." "sistole\n(Perubatan) tempoh pengecutan jantung apabila darah dipam keluar ke sistem peredaran darah." "sistrum\n(Seni Muzik) alat muzik Mesir kuno yang dimainkan dengan menggoncangnya." "sisurut\n[Minangkabau];\nbersisurut\n mengundurkan diri, mundur;\nsurut." "siswa\npenuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi." "siswazah\norang yang telah lulus dalam peperiksaan terakhir universiti dan lain-lain, orang lulusan universiti;\npensiswazahan\n perihal (program, proses, usaha dan sebagainya) menjadikan seseorang sebagai siswazah atau berkelulusan ijazah:\n~ guru besar boleh meningkatkan tahap profesionalisme dan maruah diri pentadbir di sekolah rendah." "siswi\nsiswa perempuan." "sit\nbunyi desit." "sita I\n[arkaik]\n1.\n tuntutan mahkamah;\n2.\n = \npenyitaan\n perihal mengambil (menahan, merampas) barang-barang dan lain-lain dengan perintah mahkamah atau oleh polis;\nmenyita\n merampas (mengambil, menahan) barang-barang dan lain-lain dengan perintah mahkamah atau oleh polis:\nsekalian barang itu telah disita dan dijaga baik-baik oleh tentera;\nsitaan\n (barang dan lain-lain) yang disita;\npenyita\n orang yang tugasnya menyita." "sita II\n[sastera lama] putih bersih." "sitak\nsejenis pundi-pundi (tempat mengisi barang-barang), sejenis uncang." "sitar\nsejenis alat muzik bertali orang India yang rupa bentuknya seakan-akan gitar dan dimainkan dengan memetik talinya:\nalunan lagu daripada petikan ~ dan pukulan gendang amat mengasyikkan penonton\n." "sitat\n[Indonesia-Belanda] sesuatu yang dikutip (dipetik), kutipan, nukilan." "sitegang\nbersitegang\n = \n~ urat leher \nmempertahankan (sesuatu pendapat dan lain-lain) dengan bersungguh-sungguh, tidak mahu mengaku kalah (dalam pertengkaran dan lain-lain), berkeras hati:\njangan bonda selalu ~ pada adat yang buruk itu;\n tegang." "sitekan\n[arkaik];\nbersitekan\n \n~ lutut \nmenekankan (menopangkan, menumpukan) tangan di lutut;\ntekan." "siti I\n1.\n [Arab] sebutan kepada wanita yang mulia:\nS~ Hawa; \nS~ Fatimah;\n2.\n sebutan kepada anak-anak perempuan yang tinggi martabatnya:\nmalu sangat rasanya aku apabila kuingat saudaraku tidak laku kepada puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini." "siti II\nsejenis wisel." "siting\nsejenis binatang lunak (siput), \nPlacuna sella." "sitir\n[Indonesia-Belanda] [arkaik];\nmenyitir\n mengutip ayat (kata-kata dan lain-lain), menyebut atau menulis kembali kata-kata yang telah disebut (ditulis) oleh orang lain." "sitkom\nsiri komedi televisyen atau radio yang menampilkan sekumpulan watak yang sama dalam setiap episod, biasanya mempunyai tema dan jalan cerita yang berkisar pada kisah kehidupan sehari-hari." "sitokar\n stoker." "sitokinin\n(Biologi) sekumpulan hormon tumbuhan yang mengawal pembahagian sel." "sitolisis\n(Biologi) pelarutan sel apabila musnahnya membran sel." "sitologi\nkajian tentang sel haiwan dan tumbuhan." "sitoplasma\n(Biologi) bahan di dalam sel kecuali nukleus dan dinding sel." "sitrat\n(Kimia) garam asid sitrik." "sitrik\nberkaitan dengan atau diperoleh daripada buah-buahan sitrus, seperti lemon dan oren:\nasid ~." "sitrus\nberkenaan tumbuhan (pokok dan pokok renek) dalam genus \nCitrus\n, seperti pokok limau, oren, lemon, dan lain-lain." "sitti\n[Arab] \n siti I." "situ I\n(kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara:\nkedai-kedai Cina yang ada dekat-dekat ~ telah menurunkan harga barang-barang jualan mereka;\ndi situ\n1.\n di tempat itu:\nia duduk dan menyandarkan badannya ~;\n2.\n [bahasa percakapan] awak, engkau, kamu;\n3.\n pada waktu (ketika, masa) itu;\nke situ\n ke tempat itu." "situ II\n(Sunda) [arkaik] danau, tasik, telaga." "situasi\n1.\n keadaan, kedudukan, atau suasana sesuatu perkara:\nbesok ~ mungkin semakin buruk; \n2.\n letaknya sesuatu, kedudukan." "siuh\n[kata seru] kata untuk menghalau ayam dan lain-lain." "siuk\n[Minangkabau];\nmenyiuk\n menyedut atau menarik nafas dengan mulut (kerana kesakitan, kepedasan, dan lain-lain);\nsiapa luka siapa ~, siapa sakit siapa mengaduh \n= \nsiapa sakit siapa ~\n (peribahasa) siapa yang terasa apabila disindir, maka dialah yang bersalah." "siul I\n= siulan\n1.\n bunyi (seperti bunyi suling) yang dibuat dengan menghembuskan angin melalui mulut yang disempitkan;\n2.\n bunyi burung, desis ular:\naku terdengar ~ burung dara yang menyanyikan lagu bahagia;\nbersiul\n1.\n membuat bun" "siul II\nsejenis burung;\n~ bertam, Melanoperdix nigra;\n~ bukit, Arborophila torquelo;\n~ jambul\n, \nRollulus roulroul." "siuman\n1.\n ingat atau sedar kembali (dari pengsan, mabuk, terperanjat, dan lain-lain):\ndia masih belum ~ daripada terperanjatnya;\n2.\n waras (fikiran, ingatan), tidak gila:\norang yang tidak ~;\n kesiuman\n keadaan siuman;\nketidaksiuman\n keadaan tidak siuman." "siung I\ngigi) taring:\ngementarlah segala anggotanya melihat ~nya bota dan raksasa itu;\nbersiung\n bertaring." "siung II\nseulas atau sebiji (bawang)." "siung III\nbunyi seperti bunyi lebah terbang (peluru melayang dan lain-lain), dengung;\nbersiung, bersiung-siung, bersiung-siungan\n berbunyi siung (seperti lebah terbang dan lain-lain):\ndi udara ~-siung peluru; \npeluru ~-siungan, meriam dan bom tangan berdentuman membelah kesunyian." "siur I\nsilang-~, simpang-~;\nsilang, simpang." "siur II\nberkesiuran\n bertiup kencang (angin), mendesir." "siut I\n1.\n bunyi seperti bunyi wisel yang nyaring;\n2.\n bunyi seperti bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dan lain-lain);\n3.\n bunyi seperti bunyi rotan dan lain-lain disebatkan di udara;\n4.\n bunyi seperti bunyi api disiram dengan air;\nbersiut\n berbunyi siut, berbunyi seperti orang menyiuk (kerana kepedasan dan lain-lain);\nsiutan\n bunyi siut yang berkali-kali." "siut II\n[Brunei] sejenis alat untuk menangkap udang, ikan, dan lain-lain." "sivik\n1.\n ilmu tatarakyat;\n2.\n hak, perasaan tanggungjawab, dan sebagainya seseorang terhadap masyarakatnya." "sivil\n1.\n berkaitan dengan orang awam atau orang biasa, berkaitan dengan rakyat sebagai orang perseorangan:\npara pemimpin autoritarian gemar mencari alasan untuk mengurangkan hak ~ dan politik; \npentadbiran kehakiman ~ yang kita warisi daripada sistem kehakiman Inggeris; \n2.\n (Undang-undang) berkaitan dengan yang bukan jenayah:\nmahkamah ~; \nkes ~." "siwalan\n[Jawa] lontar." "siya\nsejenis bekas yang bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang makanan (bekalan dan lain-lain), mangkuk tingkat, mangkuk tepen." "skabies\n(Perubatan) penyakit kulit berjangkit yang ditandai rasa gatal dan kudis, kudis buta." "skala\n1.\n tanda-tanda yang terdapat pada alat pengukur (jangka suhu dan sebagainya) untuk menentukan besarnya satuan ukuran:\n~ Centigrade; \nkayu ~ \nkayu pembaris;\n2.\n tingkatan (gaji dan lain-lain);\n3.\n nisbah atau kadar jarak (dalam peta, pelan, dan lain-lain) sebagai ganti yang sebenarnya:\npelan sebuah rumah dilukis dengan ~ satu sentimeter bagi satu meter;\n~ Celsius \nskala suhu yang berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100);\n \n~ Fahrenheit \nskala suhu yang berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212);\n \n~ Richter \nskala yang digunakan untuk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dari 0 hingga 8 atau lebih;\npenskalaan\n penghasilan skala." "skalogram\n(Sos) teknik berbentuk jadual tentang hierarki petempatan yang digunakan dalam analisis. \nskalop\n hiasan berkelok-kelok berbentuk seperti kulit kerang pada tepi kain, langsir, pastri dan lain-lain." "skalpel\nsejenis pisau kecil yang tajam yang digunakan dalam pembedahan." "skandal\nperkara atau perbuatan keji (malu, aib, hina, dan sebagainya yang biasanya menimbulkan kemarahan orang ramai):\n~ itu melibatkan beberapa orang ternama." "skandium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang lembut dan berwarna perak." "skapula\n(Biologi) tulang belikat." "skarf\nkain berbentuk segi empat, segi tiga, atau panjang yang dipakai di kepala (sebagai tudung) atau pada leher atau bahu sebagai perhiasan dan lain-lain." "skarlatina\n(Perubatan) demam merah." "skema\nrajah (rancangan dan sebagainya) yang perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yang teratur:\n~ tatacara pembentukan istilah." "skeptikal\nwaswas, kurang percaya, ragu-ragu." "skeptis\n[Indonesia-Belanda] berasa waswas, kurang percaya, ragu-ragu:\npenderitaan dan pengalaman menjadikan orang bersifat sinis dan ~." "skeptisisme\nkeraguan, kesangsian:\napakah darjah ~ yang sesuai dalam pemeriksaan data selanjutnya?" "sketsa\n1.\n lukisan yang dibuat secara kasar dan cepat, lakaran;\n2.\n karangan atau lakonan pendek yang menggelikan hati." "ski\npapan peluncur di atas salji, papan tongkah;\nberski\n bermain ski." "skil\n[bahasa percakapan] kemahiran (dalam sesuatu bidang pekerjaan):\npekerjaan itu memerlukan ~ yang khusus." "skim\nrancangan;\n \n~ cepat kaya \nskim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan." "skion\n(Biologi) tunas pokok yang dipotong untuk dicantumkan dengan pokok yang lain." "skirt\nsejenis pakaian luar perempuan (cara Barat) yang dilekatkan di pinggang dan labuhnya berbeza-beza, rok;\nberskirt\n memakai skirt:\nsemalam gadis itu kelihatan ~ biru." "skirting\n1.\n [bahasa percakapan] kambi;\n2.\n (ERT) fabrik untuk hiasan pada tepi keliling meja, pentas dan sebagainya yang biasanya berlisu." "skizofrenia\n(Psikologi) penyakit jiwa yang dicirikan dengan fikiran yang bercelaru, halusinasi, pemencilan diri, dan emosi yang tidak stabil." "skizoid\n(Psikologi) mengalami atau menghidapi skizofrenia." "sklerenkima\n(Biologi) tisu tumbuhan yang mempunyai dinding sel yang tebal untuk memberikan sokongan pada bahagian-bahagian tumbuhan." "sklerosis\n(Perubatan) keadaan apabila organ, tisu, salur darah dan sebagainya menjadi keras." "skon\nsejenis roti kecil yang dibuat daripada tepung gandum, lemak dan susu, biasanya disapu dengan mentega." "skop I\n[Indonesia-Belanda] penyodok tanah (pasir dan lain-lain) daripada besi yang bergandar panjang." "skop II\nbidang yang diliputi, ruang liputan, ruang lingkup,:\nprakata mengandungi penerangan tentang tujuan buku itu ditulis, ~ kandungan buku, dan sejarah penulisan buku itu." "skor\n(mata, gol, jaringan, dan sebagainya) jumlah angka kemenangan dalam perlawanan." "Skorpio\nlambang kelapan dalam zodiak, yang berlambangkan kala." "skors\n[Indonesia-Belanda];\ndiskors\n1.\n dihentikan untuk sementara sahaja (mesyuarat, perjumpaan, dan lain-lain);\n2.\n digantung (jawatan, pangkat, dan lain-lain) untuk sementara." "skrabel\nsejenis permainan untuk membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang berasingan." "skrin\n1.\n sekat (tabir dan lain-lain);\n2.\n permukaan yang rata berupa kaca dan sebagainya (pada televisyen, monitor komputer dan sebagainya) tempat memaparkan gambar, teks, grafik dan sebagainya." "skrip\ncerita dan lain-lain yang bertulis (bertaip dan sebagainya);\n \n~ filem \nskrip yang disediakan untuk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dan sebagainya, lakon layar;\npenskripan\n hal (proses) penulisan skrip:\nmemanglah drama Melayu sebelum ini tidak ada tradisi ~." "skrip II\nsijil sementara (dalam urusan saham) yang membolehkan pemiliknya menukarkannya menjadi wang atau sijil saham biasa." "skriptorium\nbilik untuk menulis atau menyalin manuskrip." "skrol\ngulungan kertas, kertas kulit dan sebagainya yang di atasnya tertera tulisan, lukisan dan sebagainya." "skrotum\n(Biologi) kantung buah zakar." "skru\nsejenis pasak atau paku besi yang berbenang atau beralur badannya (yang diputar untuk memasang);\n \n~ gila \nskru yang tidak sekata benangnya (alurnya);\nmenskru\n1.\n memasang skru;\n2.\n membuat benang atau alur pada batang besi supaya menjadi skru, membuat skru;\nmenskrukan\n memasang (melekatkan dan lain-lain) sesuatu dengan skru;\npenskru\n alat untuk membuat (membenang) skru." "skuad\n1.\n suatu kumpulan orang yang bekerja (melakukan sesuatu) sebagai suatu pasukan:\n~ bola sepak Malaysia;\n2.\n suatu pasukan kecil polis (tentera) yang bertanggungjawab menjalankan tugas khas:\nS~ Polis Khas;\n~ penembak \nsekumpulan askar yang ditugaskan untuk menembak seseorang yang dijatuhi hukuman mati." "skuadron\n1.\n unit tentera udara yang terdiri daripada 10 hingga 18 buah pesawat terbang;\n2.\n pasukan tentera darat yang terdiri daripada lebih kurang 100 orang anggota, merupakan sebahagian daripada rejimen, dan biasanya dibahagikan kepada tiga trup;\n3.\n unit tentera laut yang terdiri daripada dua buah kapal atau lebih yang sama jenisnya." "skuasy\nsejenis permainan memukul bola ke dinding dengan raket (dimainkan di dalam gelanggang yang berdinding)." "skuasy II\nminuman yang diperbuat daripada jus buah-buahan yang ditambah air atau gula:\n~ oren;\n~ lemon." "skuba\nalat yang terdiri daripada set pernafasan dan silinder udara mampat, yang digunakan oleh penyelam untuk membantunya bernafas semasa berada di bawah permukaan air (laut dan sebagainya)." "skuner\nsejenis kapal layar yang bertiang dua." "skup I\n[bahasa percakapan] pencedok." "skup II\nberita penting atau eksklusif yang diterbitkan atau disiarkan lebih awal oleh sesebuah akhbar atau televisyen sebelum disiarkan oleh mana-mana akhbar atau televisyen lain." "skurvi\n(Perubatan) penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C dalam makanan (ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, perdarahan di bawah kulit, dan lain-lain)." "skuter\nsejenis kenderaan seperti motosikal (yang rodanya lebih kecil)." "slaid\n1.\n kepingan kaca yang kecil untuk memeriksa spesimen di bawah mikroskop, sisip kaca;\n2.\n gambar pada kepingan seluloid yang lut sinar (ditayangkan pada skrin atau layar)." "slalom\n1.\n perlumbaan ski yang melalui laluan yang bengkang-bengkok serta pelbagai halangan yang sukar;\n2.\n perlumbaan yang serupa, misalnya dengan menaiki kayak." "slander\n(Undang-undang) kenyataan secara lisan yang tidak benar, biasanya bertujuan untuk memburuk-burukkan atau merosakkan nama baik seseorang." "slang\n[Indonesia-Belanda] pembuluh yang diperbuat daripada getah." "slanga\nkata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi)." "slek\nseluar panjang kasual yang dipakai oleh orang lelaki dan perempuan. \nslendro\n (slndro) nada muzik gamelan Jawa." "slip\nkepingan kertas yang kecil panjang:\nelakkan menampal ~ pindaan pada manuskrip;\n~ gaji;\n~ gaji \nkertas yang mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dan sebagainya." "slogan\nkata-kata keramat yang dijadikan pegangan (panduan, dan lain-lain) sesuatu organisasi (kempen dan sebagainya), cogan kata, kata semboyan:\nberamai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka;\nberslogankan\n menggunakan (sesuatu) sebagai slogan:\npertubuhan itu ~Seni Untuk Seni." "slot\nruang waktu yang diperuntukkan oleh media massa untuk membolehkan sesuatu maklumat (berita, dan lain-lain) disiarkan:\n~ berita telah diperkenalkan oleh TV3 sejak tarikh penubuhannya.\nSm\n simbol kimia bagi samarium." "SM\n[kependekan] Sebelum Masihi." "SMA\n[Indonesia] [kependekan] Sekolah Menengah Atas." "smalt\nkaca yang diwarnai biru dengan kobalt oksida." "SMK\n[kependekan] Seri Mahkota Kelantan (pingat yang dianugerahkan oleh Sultan Kelantan kepada rakyat yang berjasa kepada negeri)." "SMN\n[kependekan] Seri Maharaja Mangku Negara (pingat kelas satu dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, pemegangnya bergelar Tun dan isterinya Toh Puan)." "smokel\n[Indonesia], [bahasa percakapan] pemasukan barang-barang secara gelap, penyeludupan;\ndismokel\n diseludupkan (barang-barang)." "smoking\nsejenis perhiasan pada pakaian dengan mengeduntukan kain (dan dimatikan kedut itu dengan jahitan)." "SMP\n[Indonesia] [kependekan] Sekolah Menengah Pertama." "SMS\n[kependekan] \nshort message service \n(khidmat pesanan ringkas, iaitu khidmat yang membolehkan teks ringkas dan sebagainya dihantar dan diterima dengan menggunakan telefon bimbit, komputer peribadi dan sebagainya). \nSmSa\n [kependekan] Sarjana Muda Sastera." "SmSn\n[kependekan] Sarjana Muda Sains." "Sn\nsimbol kimia bagi stanum." "snek\nmakanan ringan (yang selalunya dimakan dalam masa yang singkat)." "snekbar\ntempat menjual makanan ringan." "snorkel\nalat yang terdiri daripada gogal, penutup hidung dan tiub yang hujungnya dimasukkan ke dalam mulut dan menganjur ke atas permukaan air untuk membolehkan perenang bernafas ketika mukanya menangkup di dalam air;\nbersnorkel\n berenang(-renang) dengan memakai snorkel:\nsaya dan rakan-rakan dibawa ~ untuk melihat keindahan batu karang di perairan pulau itu." "snuker\nsejenis permainan yang pemain-pemainnya bergilir-gilir memukul bola-bola berwarna di atas meja untuk dimasukkan ke dalam lubang pada penjuru meja." "soak\n[bahasa percakapan] tidak kuat lagi, lemah." "soal\n1.\n soalan:\n~ semacam itu tidak perlu dijawab; \n2.\n hal atau perkara (yang sulit atau rumit), masalah:\n~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya;\n~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dalam perbualan kami;\n~ pokok \nhal (perkara) yang penting atau utama;\n \n~\n \nselidik \nsejumlah soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu;\nbersoal\n mengemukakan soal, bertanya;\nmenyoal\n mengemukakan pertanyaan, memberi soalan, menanya:\nSiti ~ lagi apabila didapatinya soalan tadi tidak mendapat jawaban;\n~ balas \nmenyoal seseorang yang memberi keterangan untuk sesuatu pihak (pihak lawan dan lain-lain) untuk memastikan kesahihan keterangan yang diberikannya;\nmenyoalkan\n menanyakan sesuatu kepada;\nmempersoalkan\n mengemukakan sesuatu sebagai soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan:\nakhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang;\nsoalan\n sesuatu yang ditanyakan (dalam peperiksaan dan lain-lain), pertanyaan:\n jawab lima daripada tujuh soalan yang di bawah ini;\n \n~ bocor \nsoalan (peperiksaan, ujian dan sebagainya) yang sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dan sebagainya dijalankan:\nmereka mendapat ~ bocor SPM daripada pemuda itu;\n~ ramalan \nsoalan yang diramalkan akan keluar atau ditanyakan dalam peperiksaan, ujian dan sebagainya:\ndalam saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kepada ~ ramalan serta tip yang diberi oleh guru.\npersoalan\n1.\n sesuatu yang dipersoalkan, masalah:\nsemakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; \n2.\n pembicaraan, perbahasan, perbincangan;\npenyoalan\n perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan:\ncerpen ini berakhir dengan ~ terhadap dirinya;\n penyoal\n orang yang menyoal atau mengemukakan soalan:\nsoalan yang dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden." "soal jawab\n1.\n tanya jawab (dalam surat khabar, majalah, dan lain-lain);\n2.\n perbahasan, perdebatan;\n 3.\n temu ramah, temu bual, wawancara;\n 4\n. temuduga;\nbersoal jawab\n bertanya jawab, berbahas, bertengkar." "soal siasat\nkaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat;\nmenyoal siasat\n menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu;\npenyoal siasat\n orang yang menyoal siasat." "soang\n[Jakarta] angsa." "sobai\n[Perak] tidak kemas (pakaian), serbah-serbih." "sobat\n[bahasa percakapan] sahabat (yang rapat), kawan, teman;\nbersobat\n bersahabat, berkawan;\nmenyobat, menyobati\n1.\n menjadikan sahabat yang baik;\n2.\n [kiasan] mengambil hati orang;\npersobatan\n perihal bersobat, persahabatan." "sobek I\nkoyak (pakaian dan lain-lain), cabik, carik, robek:\nkemejanya telah ~;\nmenyobek\n mengoyakkan (pakaian, kertas, dan lain-lain), mencabik, merobek:\ncepat-cepat sampul surat tadi disobeknya dan kandungannya dikeluarkannya;\nsobekan\n sesuatu yang disobek, cabikan, carikan:\n~ daripada sebuah buku." "sobek II\n[Kelantan];\nmenyobek\n mengukir." "sobok\n[Minangkabau] campuran dua logam dan lain-lain (yang sama banyaknya);\nbersobok, tersobok\n bertemu (dengan), berjumpa (dengan), bertembung (dengan):\ntetapi di tengah laut ~ dengan bala bantuan yang dikirim dari Acheh;\n~ musuh di jalan; \nserobok" "SOBSI\n[Indonesia] akronim bagi Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia." "soda\n1.\n pelbagai jenis sebatian natrium (terutamanya karbonat) dalam bentuk hablur atau serbuk yang digunakan untuk masakan atau cucian;\n \n~ abu = ~ basuh (pencuci) \nnatrium karbonat;\n \n~ kapur \ncampuran natrium hidroksida dengan kalsium hidroksida;\n \n~ kaustik = ~ api \nnatrium hidroksida;\n \n~ penaik \nnatrium hidrogen karbonat;\n2.\n = \nair ~ \nsejenis minuman yang berbusa." "sodek\n[Kelantan] sejenis alat untuk mengaut nasi (daripada kayu dan lain-lain), senduk;\nsudip I." "sodit\n(Kimia) mineral sekunder yang mengandungi 71% uranium." "sodok I\n= penyodok\n alat untuk menggali tanah dan lain-lain, sekop;\nmenyodok\n menggali (membalikkan dan lain-lain) tanah dengan sodok." "sodok II\n(main) bola ~\n [Jakarta] main biliard;\nmenyodok\n1.\n menolak, menyorong;\n2.\n [kiasan] melanggar, merempuh:\nmotosikalnya ~ buntut lori;\n3.\n menumbuk (di perut), menggocoh;\n4.\n [bahasa kasar] menyetubuhi, mengamput." "sodomi\nhubungan jenis melalui dubur, terutamanya antara lelaki dengan lelaki." "sodor I\n[Jakarta];\nmenyodorkan\n1.\n menyorongkan ke depan, menganjurkan:\nketika aku masuk, ada yang berdiri hendak ~ kerusi, ada yang duduk sahaja;\n2.\n menghulurkan (tangan dan lain-lain), mengunjukkan, memberikan:\nKartini ~ tangannya untuk berjabatan; \nia ~ gelas berisi air limau kepada temannya;\n3.\n memaksakan, mendesak, menonjol-nonjolkan, menuntut:\nkami para pemuda tidak mahu menerima syarat yang disodorkan oleh Jepun." "sodor II\n[Jawa] sejenis tombak panjang." "soek\nmenyoek, menyoekkan\n menyobek(kan), mencabik(kan)." "sofa\nsejenis kerusi panjang yang bertilam empuk dan mempunyai tempat sandar dan alas lengan." "sofbol\nsejenis permainan besbol yang menggunakan bola yang lebih besar dan lebih lembut." "sofis\norang yang bijak menggunakan hujah yang menarik dan meyakinkan tetapi palsu dengan tujuan untuk menipu atau memperdayakan seseorang." "sofisme\nhujah atau alasan yang nampaknya menarik dan meyakinkan tetapi sebenarnya palsu, biasanya bertujuan untuk menipu atau memperdayakan seseorang." "sofistikasi\nsifat dan sebagainya yang kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), kecanggihan:\ntahap kematangan dan ~ tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia." "sofistikated\n1.\n mempunyai cita rasa (perangai, tingkah laku, pandangan, dan lain-lain) yang tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), canggih:\nkeadaan kehidupan berubah dengan cepat dan pengalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan menimbulkan cita-cita dan harapan baru; \ndia sudah berubah daripada seorang gadis yang sederhana kepada seorang gadis yang begitu ~ sekali;\n2.\n mempunyai atau menunjukkan ciri-ciri dan sebagainya yag kompleks (moden, rumit, pelbagai, dan sebagainya), tidak ringkas atau sederhana, canggih:\npuisi Melayu moden mula mempunyai variasi dengan persoalan yang kompleks dan ~; \nmuzik yang ~; \nmesin jahit model baru yang ~." "soga\nsejenis tumbuhan (pokok yang kulit batangnya dibuat pencelup batik), \nPeltophorum pterocarpum." "sogang\n[Indonesia] pagar (yang turusnya dipacak miring), pancang yang dipacak berderetan dan diberi berpalang (dijadikan pagar)." "sogek\n[Kedah] songel daripada tembakau, lebihan cerut." "sogok I\n[Johor] kayu panjang di haluan perahu." "sogok II\n= \nwang ~ \n= \nsogokan\n wang rasuah (suap);\n \nmakan ~\n [kiasan] menerima rasuah, makan suap;\nmenyogok\n1.\n merodok (ke dalam), menjolok:\nia mengambil gelasnya, ~ mulut kawannya dengan gelas itu;\n2.\n [kiasan] memberi rasuah, menyuap;\nmenyogokkan\n1.\n [kiasan] memberi rasuah kepada, menyuapi:\nmereka bertindak, tetapi setelah disogokkan beberapa keping kertas merah, mereka segera diam;\n2.\n menghulurkan, mengunjurkan, mengunjukkan:\ntangannya ~ dua cawan berisi arak kepada kami;\n \nsogokkan sebatang rokok kepadanya;\n 3.\n [kiasan] mengemukakan (untuk diterima, digunakan, dan sebagainya), menyorongkan, menonjolkan:\nsebelum murid-murid disogokkan dengan bahan-bahan pelajaran yang lebih formal, beberapa kemahiran persediaan haruslah dikuasainya;\n penyogok\n orang yang memberikan sogokan:\n~ juga mesti didakwa di mahkamah." "soh\n[Perak] senyap sunyi." "sohor\n= kesohor, tersohor\n [bahasa percakapan] termasyhur, terkenal:\ndialah yang paling kesohor antara mereka;\nkesohoran\n keadaan (sifat) sohor." "soja\n[Cina] tunduk (memberi hormat), membongkok;\ntersoja-soja\n berkali-kali membongkok (untuk menghormati), tertunduk-tunduk." "sojah\n[Cina] soja." "sojar\n[bahasa percakapan] askar, serdadu, tentera." "sok\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sarung kaki (panjang), stoking panjang;\n2.\n penyambung paip (besi)." "soka\nangsoka." "sokah\n[Minangkabau] [arkaik] suka mengeluarkan wang, boros, pemboros." "sokak\nsejenis tumbuhan (pokok), \nGnetum gnemon." "soket\nlubang pada sesuatu bahagian alat atau bahagian tubuh tempat melekat sesuatu:\n~ elektrik;\n~ mata \nrongga bertulang yang mengandungi biji mata\n." "sokmo\n[Kelantan], [Pahang], [Terengganu], [bahasa percakapan] selalu, sentiasa." "sokoguru\n[Jawa]\n1.\n tiang tengah (seri);\n2.\n [kiasan] turus (negeri)." "sokom\nbersokom\n [sastera lama] dilumur dengan arang (muka), dilumas (dilabur, diconteng);\nmenyokom, menyokomkan\n melumur (melumas, melabur) muka dengan arang dan lain-lain." "sokong\ntiang yang dipasang condong untuk menyangga sesuatu (supaya jangan rebah dan lain-lain), junjungan, penjalaran (untuk tumbuh-tumbuhan seperti kacang panjang dan lain-lain);\n \n~ membawa rebah \n(peribahasa) orang yang dipercayai itu sendiri yang berkhianat kepada kita;\nmenyokong\n1.\n menyangga (menopang) sesuatu supaya jangan rebah atau roboh:\nbeberapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah;\n2.\n menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan dan lain-lain, memberi bantuan (tenaga, wang, dan lain-lain), membantu:\nsaya ~ penuh fikiran penulis itu; \ngerila kami ~ pemberontakan mereka;\nsokongan\n1.\n sesuatu yang dijadikan sokong (tiang dan lain-lain), tunjangan;\n2.\n perbuatan menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dan lain-lain), pertolongan:\ntidak ada sebuah parti politik yang boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu;\n~ moral\n sokongan yang tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yang memberikan perangsang (mengukuhkan semangat dan sebagainya);\npenyokong\n1.\n alat untuk menyokong, sokong;\n2.\n orang yang menyokong (membantu, menolong), pengikut:\nia tidak segan-segan menghukum orang-orang yang menjadi ~-~ penderhaka." "soksek-soksek\n[bahasa percakapan] berbual, merungut, dan sebagainya dengan suara perlahan hingga tidak jelas biji butirnya:\nbiar semuanya berpuas hati, jangan ada yang ~ di sana sini." "sol\n[Indonesia-Belanda] tapak kasut (selipar dan lain-lain);\nmengesol\n memasang sol (pada kasut dan lain-lain)." "solak I\nsuka:\ntuan tak ~, saya tak sudi." "solak II\n[Kelantan] sejenis makanan (diperbuat daripada kelapa)." "solang\n[Minangkabau];\nmenyolang\n membantah (perintah dan lain-lain), menyangkal." "solar\n[Indonesia] ;\n \nminyak ~ \nsejenis minyak yang pekat (untuk enjin diesel)." "solarimeter\nalat yang digunakan untuk mengukur sinaran matahari." "solarium\n1.\n bilik daripada kaca sebagai tempat menikmati cahaya matahari, terutamanya untuk tujuan merawat sesuatu penyakit;\n2.\n tempat yang dilengkapi katil berserta lampu khas untuk menjadikan kulit seseorang berwarna perang." "solat\nsembahyang (dalam agama Islam)." "soldadu\nserdadu I." "solder\n[Indonesia-Belanda] pateri;\nmenyolder\n memateri, mematerikan." "soleh I\n[Arab] taat dan patuh kepada perintah Allah:\nsebagai seorang yang ~, baginda mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia; \nsemoga kita dikurniai anak-anak yang ~ dan solehah;\nkesolehan\n perihal soleh (ketaatan kepada agama, kesucian hidup)." "soleh II\n[Perak] lemah." "solehah\n[Arab] taat dan patuh kepada perintah Allah (digunakan khusus bagi perempuan):\ndoa saya semoga puan menjadi isteri yang ~; \nitulah hasil didikan daripada seorang ibu yang ~." "solek\n1.\n serba elok (pakaian, hiasan, dan lain-lain);\n2.\n cara menghias diri (dalam berbagai-bagai erti):\n~nya sederhana sekali; \nmaka dikenakan ~ helang terbang menyongsong angin; \nalat ~ \nsegala yang digunakan untuk menghias diri (bedak, gincu, celak, dan lain-lain);\nbersolek\n1.\n berhias diri (memakai bedak, mengenakan gincu, dan lain-lain):\nAida sedang ~ di dalam biliknya;\n2.\n berhias dengan, menggunakan sesuatu sebagai hiasan;\nmenyolekkan\n mengenakan alat solek pada seseorang:\nmereka sama-sama mendandan dan ~ model pengantin itu;" "solekan\nhasil bersolek atau menyolekkan:\ngadis itu mengenakan ~ yang nipis saja;\npersolekan\n perihal bersolek:\nsudah ramai wanita Melayu yang mendapat ijazah dalam ilmu ~;\npesolek\n (orang yang) suka bersolek:\ndia ~ benar orangnya." "solenoid\ngulungan dawai tembaga yang menjadi magnet apabila dihubungkan dengan aliran elektrik." "solider\n[Indonesia-Belanda] (perasaan) bersatu atau bersepakat:\nsebagai pemuda tentu sahaja ~ dengan pemuda-pemuda lainnya;\nkesolideran\n keadaan yang bersatu (bersepakat)." "solihin\n[Arab]\n1.\n jamak bagi orang yang soleh:\ntugas berdakwah ini adalah lanjutan daripada tugas rasul dan nabi, sahabat, aulia dan ~; \n2.\n taat dan patuh kepada perintah Allah:\ninsya-Allah kita akan tergolong ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang ~." "solilokui\n(Kesusasteraan) senandika." "solipsisme\n(Sos) teori yang menafikan sebarang pengetahuan kecuali tentang dirinya sendiri." "soljar\n[bahasa percakapan] askar, tentera, serdadu, sojar." "solo\n1.\n nyanyian atau lagu muzik yang dinyanyikan (dimainkan) oleh seorang sahaja;\n2.\n (tugas, persembahan, dan sebagainya) dilakukan secara berseorangan:\npenerbangan ~; \nnyanyian ~; \n3.\n sendirian (seperti melakukan sesuatu seorang diri):\ndia membuat larian ~ meninggalkan lawannya jauh di belakang." "solok I\n= pesolok, penyolok\n pemberian atau sumbangan (barang-barang makanan untuk orang yang mengadakan majlis perkahwinan dan lain-lain)." "solok II\n[Minangkabau] [arkaik] lembah (antara gunung)." "solokan\n[bahasa percakapan] selokan, parit." "solstis\n(Geografi) waktu (ketika) matahari berada paling jauh ke selatan atau ke utara dari khatulistiwa;\n~ musim panas \n21 Jun;\n \n~ musim sejuk\n 22 Disember." "som\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] lipatan pada tepi kain, kelim;\ndisom\n dikelim (berkenaan (dengan) kain)." "sombok\n[Indonesia], [bahasa percakapan] alat pembesar suara." "sombol\nmenyombol\n menyuapkan makanan dengan menjejal-jejal (ke dalam mulut kanak-kanak)." "sombong\ntinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah:\nhanya orang yang ~ dan bongkak sahaja yang suka berkata begitu; \nhendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih \n(peribahasa) kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran;\nmenyombong\n berlaku sombong, membesar-besarkan diri:\ndaripada gayanya yang ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dari kampung itu;\nmenyombongkan\n berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan:\njangan suka ~ ijazahmu;\n~ diri\n memegahkan (meninggi-ninggikan) diri;\nkesombongan\n perihal (sifat dan sebagainya) sombong, keangkuhan:\ncukuplah ~ dan keangkuhanmu pada hari ini;\npenyombong\n orang yang sombong (suka menyombong)." "sombrero\nsejenis topi lelaki yang tepinya lebar, seperti yang dipakai oleh orang Mexico." "someng\n[arkaik] tidak sedap dilihat (didengar dan lain-lain), janggal, memberi malu, menyakiti hati, sumbang." "somet\n[kata seru] misai." "somnambulis\n(Perubatan) orang yang berjalan semasa dalam keadaan tidur." "somnambulisme\n(Perubatan) perbuatan berjalan semasa dalam keadaan tidur." "sompek\nsobek tepinya (pengayuh dan lain-lain), sumbing besar:\nsampan rempung, kayuhnya ~ ;\ntersompek\n menjadi sompek:\n ia diuji bagi menjamin ketahanan daripada ~, tergaris, dan pecah." "sompeng\nsompek." "somplak\n[Jakarta] sompek." "somplok\n[Jakarta];\ntersomplok\n = \n~ dengan \n= \nkesomplokan\n = \n~ dengan \ntiba-tiba bersua dengan, terjerempak dengan." "sompoh\n[arkaik];\nmenyompoh\n menjulang (di atas bahu)." "sompok I\ntersompok\n bertemu (berjumpa) dengan tiba-tiba, terjerempak." "sompok II\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nJasminum bifarium." "sompong\nberlubang (karung, buah kelapa, dan lain-lain)." "sonar\nsistem atau peranti untuk mengesan kedudukan sesuatu sasaran (objek) di dalam air melalui pantulan gelombang bunyi." "sonata\nsejenis muzik instrumental, terutamanya yang digubah untuk dimainkan pada piano (sama ada tanpa alat muzik lain ataupun bersama-sama dengan satu alat muzik lain seperti viola)." "sonatina\n(Seni Muzik) sonata pendek atau ringkas." "sondai I\n[Minangkabau] miring (tanah, pantai, dan lain-lain), landai." "sondai II\nsejenis tumbuhan (pokok), sondek, \nPayena leerii." "sondang\n[Minangkabau];\nmenyondang\n memanggul barang-barang berat, memikul;\nsandang I." "sondek\n[Jakarta];\nmayang ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), sondai, \nPayena leerii." "sonder\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] dengan tidak, tanpa:\ndia pergi ~ memberitahu aku." "sondok\n[Minangkabau] rambut di dahi, gombak, jambul, surai (kuda)." "sondol\nmenyondol\n \n1.\n menolak (merempuh, melanggar dan sebagainya) dengan menundukkan kepala atau dengan muncung (bahagian hadapan sesuatu, tanduk dan sebagainya):\nlembu itu ~ budak yang sedang bermain-main; \ntanpa disengajakan, keretanya telah ~ kereta Adam sehingga kemek teruk di bahagian belakangnya; \n2.\n menangkis bola dengan kepala, menanduk bola;\nbersondol-sondolan\n saling menyondol antara satu sama lain;\ntersondol\n menyondol atau disondol dengan tidak sengaja;\nsondolan\n hasil atau gerakan menyondol:\ndia tidak dapat mengawal keretanya akibat ~ kereta yang sangat kuat dari belakang." "sondong\nsejenis jaring untuk menangkap udang;\nmenyondong\n mencari (menangkap) udang;\npenyondong\n sejenis alat untuk menyondong udang." "sondor\n[Jakarta] \nsodor I." "sonet\nsoneta." "soneta\nsejenis sajak yang terdiri daripada empat belas baris dan tiap-tiap baris pula mengandungi sepuluh suku kata dan mempunyai corak irama yang sama." "songar\n[Jakarta] sombong, congkak, takbur." "songeh\n[bahasa percakapan] kehendak yang agak menyusahkan orang lain;\n \nbanyak ~ \nbanyak kehendak atau ragam yang menyusahkan orang lain." "songel\ngumpalan tembakau yang dikemam dalam mulut, biasanya tersentil atau digerak-gerakkan di antara bibir atas dengan gusi:\ntangannya memainkan ~ tembakau yang tersentil di bibirnya;\n menyongel\n meletakkan atau menggerak-gerakkan songel di antara bibir atas dengan gusi supaya tersentil:\nbeberapa orang perempuan sedang duduk-duduk makan sirih dan ~; \nbegitulah kata orang tua yang asyik ~ itu;\ntersongel\n tersembul sedikit." "songgak\n[Minangkabau] tampan, kacak." "songgeng I\nsungging I." "songgeng II\n1.\n tegak dada, terkedik, melentok sedikit ke belakang (dada);\n2.\n punggung ternaik sedikit ke atas, tonggek." "songket\n= \nkain ~ \nkain tenun yang bersulam dengan benang emas atau benang perak:\nibu membelikan ayah ~ berwarna biru;\nbersongket\n1.\n bersulam dengan benang emas atau benang perak:\nkain\n \n~;\n2.\n memakai songket:\nkedua-dua mempelai itu ~ hijau yang ditempah khas di Terengganu;\nmenyongket\n menyulam dengan benang emas (perak):\nwanita itu mewarisi kehandalan menenun, menyulam, \n~\n, menekat dan mengarang manik." "songkok I\nsejenis tutup kepala untuk lelaki (biasanya diperbuat daripada baldu), kopiah." "songkok II\nsejenis tumbuhan (pokok), \nGnetum gnemon;\n~ rimau \nsejenis tumbuhan (pokok), merbatu (layang), sauh hutan, \nParinarium corymbosum." "songkong\n[arkaik] [bahasa percakapan] sokong." "songlap\nsulap I." "songong\n[Jakarta] tidak tahu adat." "songor I\n[Perak] sombong, bongkak." "songor II\n[Terengganu] kelihatan bodoh, berpura-pura tidak tahu:\nAli ~ sahaja, tetapi di sekolah dia selalu mendapat nombor satu." "songsang I\n1.\n terbalik letaknya atau duduknya (yang di atas menjadi di bawah, yang di depan menjadi di belakang, dan sebagainya), terbalik keadaannya dan sebagainya (yang sepatutnya didahulukan dikemudiankan dan sebagainya):\nkerbau bertanduk ~; \nberjalan ~ \nberjalan di atas tangan (kaki ke atas);\n \nletak ~ \nkaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan);\n 2.\n [kiasan] berlawanan daripada biasa (berkenaan (dengan) ajaran, kepercayaan, amalan, dan sebagainya):\n ajaran ~;\n \nseperti aur ditarik ~ \n(peribahasa) pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan;\nmenyongsang\n terbalik (letaknya, duduknya, dan lain-lain);\nmenyongsangkan\n menjadikan terbalik (yang di atas menjadi di bawah, yang sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dan lain-lain), membalikkan, menterbalikkan;\ntersongsang\n terbalik;\nsongsangan\n sesuatu yang tersongsang, kebalikan;\nkesongsangan\n keadaan yang terbalik daripada kebiasaan:\nselama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air\n;\npenyongsangan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyongsangkan;\npenyongsang\n alat yang menyongsangkan arus terus kepada arus ulang-alik." "songsang II\nkembang ~ \n[Indonesia] sejenis tumbuhan (herba), \nGloriosa superba." "songsering\n[Perlis] selesema, lemas hidung." "songsong I\nberlawanan (bertentangan) arah;\n \n~ arus \nbelayar bertentangan dengan arah arus;\nbersongsong\n berjalan (dan lain-lain) bertentangan arah, bertembung di jalan (tetapi berlainan arah), berpapasan dengan:\npemandu kereta dan penunggang basikal itu ~ di jalan;\nmenyongsong\n1.\n menempuh sesuatu yang bertentangan arahnya (ketika belayar menentang arus air dan lain-lain):\npelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; \nmenyeberang lautan ~ gelombang; \n2.\n menyambut kedatangan orang (tetamu dan lain-lain), mengalu-alukan:\nbudak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dari kerja; \n3.\n melawan (untuk membasmi), menentang;\n4.\n menyambut (hari jadi, hari raya, dan lain-lain) dengan perayaan;\n5.\n membayar ganti rugi, menyilih;\n6.\n memenuhi (harapan dan lain-lain);\n7.\n mengembalikan wang yang berlebih;\n8.\n pergi (ke), datang:\ntak malukah abang ~ ke tempat yang lengang sepi ini?" "songsong II\n~ arus \nsejenis ikan laut, betung, selar papan, \nCaranax malam." "songsong III\n ~ arus \nsejenis siput." "songsong IV\n[Jawa] payung kebesaran." "sono I\n[Jakarta] sana." "sono II\n[Jawa] [arkaik] tempat (dalam kata majmuk)." "sonometer\nsejenis alat untuk menyukat tegasan batuan." "sonor I\n[Indonesia] merdu (bunyi), nyaring." "sonor II\n1.\n sejenis ikan laut, \nSaurus myops; \n2.\n sejenis ikan laut, \nSaurida tumbil." "sontak I\n[Jakarta] serpih tepinya (pinggan mangkuk dan lain-lain), sompek, sumbing." "sontak II\nmendadak ~ \ndengan tiba-tiba, dengan sekonyong-konyong." "sontek\nmenyontek\n melanggar, meninju, menolak, menyorong." "sontok I\n[Minangkabau] pendek, singkat;\n \n~ akal (fikiran) \npicik akal;\nsuntuk." "sontok II\n[Jawa] [arkaik];\nmenyontok\n menumbuk, meninju." "sontoloyo\n[Indonesia], [bahasa percakapan] kata untuk menyatakan sesuatu tidak baik (buruk, tolol, dan lain-lain)." "sooh\n[Kelantan] panas badan (kerana memakai pakaian tebal dan lain-lain)." "sopak\nsejenis penyakit kulit (berbelang-belang putih pada tangan atau kaki)." "sopan\n1.\n hormat (segan, takzim) dengan tatatertib:\njangan kurang ~ di hadapannya; \n2.\n baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab:\nsuaranya lembut dan ~; \nkau memang kasar dan tidak ~; \n3.\n baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur):\nperempuan hendaklah sepanjang masa ~ dari segenap segi; \n4.\n [sastera lama] berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan:\ntiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; \nbukanlah Raja itu besar namanya dan segala seteru pun tiada ~ akan dia;\nbersopan\n berbudi bahasa, beradab:\norang kampung memang ~ kepada orang luar;\nmenyopani\n1.\n berlaku sopan terhadap, menghormati;\n2. = mengesopani\n [sastera lama] berasa takut (gentar, segan) akan:\ntiada siapa yang dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja;\nmenyopankan\n mendidik (mengajar, mengasuh, dan lain-lain) supaya menjadi sopan, mengadabkan;\nkesopanan\n1.\n perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dan lain-lain):\ngambar yang membayangkan ~ seorang gadis desa; \n2.\n adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yang baik:\nperbuatan kita sudah melanggar ~ timur; \n3.\n keadaban, peradaban;\nketaksopanan\n keadaan tidak sopan:\n nilai-nilai ~." "sopan santun\n1.\n sikap lemah lembut, baik budi pekerti, beradab, hormat dan sebagainya:\n ia menjadi bertambah indah apabila dikaitkan dengan kehalusan dan ~ wanita; \njaga ~ anda ketika menghadiri temu duga; \n2.\n adat istiadat yang baik, tatasusila:\ntakkanlah dia tidak mengetahui ~ kehidupan orang Islam;\n bersopan santun\n mempunyai atau menunjukkan sopan santun, berkelakuan sopan:\norangnya kecil molek dan ~; \nsejak kecil lagi, anak-anak harus diajar ~ dan berdisplin;\n kesopansantunan\n hal yang berkaitan dengan sikap (sifat, tutur kata, tingkah laku dan sebagainya) yang bersopan santun:\nterselit nilai keislaman dan ~ dalam berbahasa dan juga dalam penyelesaian masalah." "sopeng\n[Kelantan] sumbing." "sopi\n[Indonesia] sejenis minuman keras;\n \n~ manis \nsejenis minuman keras yang harum dan manis." "soprano\n(Seni Muzik) nada suara perempuan atau kanak-kanak yang tertinggi (dalam nyanyian)." "sora\n[bahasa percakapan] suara." "sorai\nsorak-~;\nsorak I." "sorak I\n= \n~-sorai\n bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dan lain-lain):\ngemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang; \ndi sekeliling terdengar bunyi petasan berletusan disela oleh ~ kawan-kawanku kerana kegirangan;\nbiarlah alah sabung, menang ~ \n(peribahasa) biarlah harta habis asal hati puas;\n \ndulu ~ kemudian tohok \n(peribahasa) menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yang belum pasti (terjadi, terbukti);\nbersorak\n =\n ~-sorai \nberteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dan lain-lain):\nsemuanya ~ ria; \nramai orang yang ~ dengan gegak-gempita;\nmenyoraki\n bersorak kepada (untuk memberangsang, mengejek, dan lain-lain), bersorak-sorak akan:\ndari kanan dan kiri, teman-temannya ~ keburukan emaknya;\nmenyorakkan\n meneriakkan atau menyerukan dengan suara yang nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dan lain-lain):\norang ramai ~ setuju;\nsorakan\n teriakan yang nyaring, sorak:\n~ mereka masih berlanjut-lanjut;\npenyorak\n orang yang menyoraki (dalam sesuatu pertandingan, permainan, dan lain-lain)." "sorak II\n[Kelantan] laci meja." "sorang\n[bahasa percakapan] seorang." "sordel\nsolder." "sore\n[Indonesia] petang:\npada suatu ~, aku bersiar-siar naik sepeda;\n~nya \n(pada sebelah) petangnya." "sorek\nsejenis buluh (boleh dibuat tali)." "soren I\n disoren, tersoren\n disisip atau tersisip (keris dan lain-lain di pinggang)." "soren II\n[Indonesia] tanah yang terjadi daripada daun-daunan yang lama terpendam, humus." "sorga\nsyurga." "sorjan\nbaju ~ \nsejenis potongan baju lelaki." "sorogan\n[Jawa];\ndurian ~ \nbuah durian yang dijolok (bukan yang gugur kerana masak)." "sorok I\nmenyorok\n \n1.\n masuk ke dalam sesuatu dengan merangkak (membongkok), menyusup atau menyeluduk dengan membongkok;\n2.\n [kiasan] menyembunyikan diri, bersembunyi;\n~ di balik lumbung\n (peribahasa) menyembunyikan sesuatu hal yang mudah atau sudah diketahui orang;\n \n~ hilang-hilang, memakan habis-habis\n (peribahasa) jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar menyimpannya;\n \nsementara ~, ekor habis \n(peribahasa) perihal seseorang yang malang nasibnya;\nmenyoroki\n menyusup (menyeluduk) ke, menyorok ke;\nmenyorokkan\n1.\n memasukkan ke bawah (ke dalam, ke belakang) sesuatu, menyusupkan (menyeludukkan):\nia masih lagi ~ mukanya di bawah bantal; \n2.\n [kiasan] menyimpan (menutup dan lain-lain) supaya tidak kelihatan, menyembunyikan:\ntak usahlah engkau ~ perkara yang seharusnya ibu tahu itu;\ntersorok\n1.\n tersembunyi:\nbuku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; \n2.\n [kiasan] jauh dari yang lain, terpencil:\ntentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yang ~ seperti Kampung Sulung itu;\nsorokan\n1.\n sesuatu yang disembunyikan atau disorokkan;\n2.\n tempat bersembunyi (menyembunyikan), persembunyian;\nsorok-sorokan, bersorok-sorokan\n bermain sembunyi, bermain cari-carian." "sorok II\n[arkaik];\npintu ~ \npintu sorong." "sorok III\nmenyorok\n [Kedah] bersarapan." "sorong\n1. = sorongan\n gerakan (bergeser) ke hadapan;\n \nkotak ~ (sorong-sorong, sorongan) \nlaci meja;\n2.\n tolak (ke hadapan), dorong:\nmaka disuruh baginda ~, tiada tersorong;\n \n~ dayung \nmenolak air dengan dayung, melais;\n \nair ~ buih \nair pasang turun;\n angin ~ buritan \nangin yang bertiup dari belakang perahu;\n \nkereta ~\n kereta yang beroda dan ditolak dari belakang;\n 3.\n rasuah, sogok;\n \nkena ~ \nmenerima rasuah;\n \ntahan jerat ~ kepala \n(peribahasa) hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka;\nmenyorong, menyorongkan\n1.\n menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong:\nterdengar kerusi disorong tarik; \nmaka disuruh baginda ~, tiada tersorong;\n~ dayung \nmenolak air dengan dayung, melais;\n 2.\n memberikan, mengunjukkan, menghulurkan:\nWan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih;\n~ tangan \nmenghulurkan;\n3.\n memberi rasuah, menyogok:\nsegala saudagar itu ~ , ada yang seratus, ada yang dua ratus;\n4.\n mengajak, mempelawa, menganjurkan:\n~ damai;\n5.\n memberikan dengan paksa, memaksa-maksakan, menyodorkan;\n6.\n [bahasa kasar] menyetubuhi;\n7.\n mulai (pasang atau surut):\nair telah mulai ~ pasang;\ntersorong\n1.\n dapat disorong, terdorong, tertolak:\nmaka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; \n2.\n [Minangkabau] terlanjur atau terlepas (kata dan lain-lain);\n \nbajak sudah ~ ke bencah \n(peribahasa) sudah tidak dapat ditarik kembali;\ntersorong-sorong\n tersua-sua, terdorong-dorong, tersodor-sodor (diri dan lain-lain);\n \nhidung tak mancung pipi ~\n (peribahasa)\na) suka ikut campur dalam urusan orang lain;\n b) suka menonjol-nonjolkan diri;\nsorongan\n1.\n dorongan, tolakan:\ndi satu selekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikalnya; \n2.\n yang disorong (disorongkan);\n3.\n pemberian, hadiah:\npengemis itu menyambut ~ itu dengan penuh syukur." "sorot\ncahaya, seri, sinar:\nsebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena ~ matahari; \ngambar ~ \n[Indonesia]\na) gambar hidup;\n b) projektor (gambar sisip dan lain-lain);\nmenyorot\n1.\n memancar (cahaya, sinar), bercahaya, bersinar:\nnyala lampu minyak ~ keluar; \nmatahari masih condong ~ dari belakang daun-daun kelapa yang mengilap-ngilap hijau; \n2. = menyoroti\n memancarkan cahaya pada, menerangi (dengan cahaya), menyuluhi:\nbiliknya hanya disoroti dengan lampu minyak yang samar-samar; \n3.\n = \nmenyoroti\n memandang dengan tajam:\ndia ~ muka anak muda itu;\n4.\n [kiasan] menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dan lain-lain) dengan teliti:\nbeliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; \nakan tetapi ada bahagiannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu;\nsorotan\n1.\n pancaran cahaya, sinaran:\n~ lampu kereta menyilaukan mata mereka; \n2.\n [kiasan] huraian (sesuatu perkara), pembicaraan:\nia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu;\npenyorotan\n perihal (perbuatan) menyorot:\nini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yang lazim kita dapati dari ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya;\npenyorot\n \nlampu ~ \na) lampu picit;\n b) lampu cari." "sorti\npenerbangan yang dilakukan oleh pesawat udara tentera untuk misi tertentu." "sortir\n[Indonesia-Belanda];\ntukang ~ \norang yang memilih;\nmenyortir\n memilih, mengasing-asingkan (dalam kelompok, jenis, dan lain-lain)." "soru\n[bahasa percakapan] makan." "sos I\nbahan (cair atau pekat) untuk menyedapkan makanan:\n\n\n~ tomato." "SOS II\n[kependekan] \nsave our souls, \niaitu isyarat kecemasan yang dihantar dari kapal, kapal terbang dan sebagainya yang sedang menghadapi bahaya melalui radio dan sebagainya untuk meminta pertolongan segera:\n\n\nkapal itu sempat menghantar ~ kepada pusat kawalan pantai sebelum tenggelam." "soseh-soseh\n[bahasa percakapan] bunyi percakapan yang tidak jelas kedengaran (bisikan dan lain-lain)." "sosej\nsejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan." "sosial\n1.\n segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan:\nkedudukan ekonomi dan ~nya pada masa ini belum begitu kuat; \n2.\n berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang:\nkelab ~; \naktiviti ~; \n3.\n suka bergaul dan bermesra:\n gadis yang ~; \n4.\n berkenaan hal-hal kemasyarakatan:\npemimpin yang ~; \nperjumpaan ~ \nkeramaian;\n~ demokrasi\n faham atau ajaran yang bertujuan membangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai masyarakat sosialis;\n \n~ demokrat \npenganut atau penganjur faham sosial demokrasi;\nbersosial\n bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dengan perempuan):\npemuda pemudi yang pandai ~ dan menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak zaman;\nkesosialan\n perihal sosial:\nkerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dalam pergaulan." "sosialis\n1.\n orang yang menyokong sosialisme;\n2.\n berkaitan dengan sosialisme." "sosialisasi\n1.\n [Indonesia-Belanda] usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara (umum);\n2.\n perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra (antara satu sama lain), pergaulan:\nTunstall telah menekankan pentingnya kajian media massa dalam konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat;\n~ yang dialami para siswa berjalan tanpa sekatan, apalagi mereka jauh dari perhatian ibu bapa;\n3.\n proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dan sebagainya) yang dapat diterima dalam masyarakat:\nanak-anak hari ini mudah terdedah kepada pelbagai agen ~ bukan sahaja daripada ibu bapa;\n~ manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak kecil hingga sepanjang hayat;\nbersosialisasi\n melakukan sosialisasi:\nantara tujuan menghantar anak ke tadika adalah untuk mengajarnya ~;\nmensosialisasikan\n1.\n [Indonesia-Belanda] menjadikan milik negara, memiliknegarakan;\n2.\n mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dan sebagainya) yang dapat diterima dalam masyarakat:\nkomunikasi memainkan peranan yang penting dalam ~ ahli-ahli masyarakat; \nterdapat beberapa faktor yang mempengaruhi cara ibu bapa ~ anak-anak mereka." "sosialisme\nteori atau sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal, dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata." "sosialit\norang yang terkenal dalam golongan orang ternama atau masyarakat golongan atasan." "sosiawan\n[Indonesia] orang yang bekerja untuk kepentingan masyarakat." "sosio-\nawalan asing \nberkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), misalnya \nsosioekonomi \ndan \nsosiopolitik." "sosiobiologi\nkajian tentang aspek tingkah laku sosial manusia atau haiwan dari segi biologi." "sosiobudaya\nhubungan masyarakat dengan budaya (seperti cara hidup, adat istiadat, dan lain-lain):\nMalaysia mengalami perkembangan pesat dalam ~, ekonomi, dan sebagainya." "sosiodrama\ndrama yang memaparkan pelbagai masalah sosial dan politik yang berlaku dalam masyarakat." "sosioekonomi\nberkaitan dengan, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi:\nkajian-kajian ~." "sosiolek\n(Linguistik) dialek sosial." "sosiolinguistik\nkajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat." "sosiologi\nkajian tentang perkembangan, organisasi, kehidupan, dan sebagainya masyarakat manusia." "sosiologis\n[Indonesia-Belanda] mengenai sosiologi." "sosiometri\nkaedah penelitian yang umumnya bertujuan untuk meneliti hubungan sosial dan psikologi antara individu di dalam sesuatu kelompok." "sosiopolitik\nberkaitan dengan atau melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan dan politik." "sositet\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] rumah (balai) tempat bersenang-senang." "sosoh I\nmenyosoh\n memutihkan atau membersihkan beras dan lain-lain dengan menumbuknya perlahan-lahan, menceruh;\npenyosohan\n1.\n perbuatan menyosoh (beras dan lain-lain);\n2.\n mesin untuk memutihkan (menceruh) beras;\n3.\n tempat menyosoh beras." "sosoh II\n[Minangkabau];\nbersosoh\n = \nberperang ~ \n= \nperang ~ \nberperang serang-menyerang (langgar-melanggar) dengan hebatnya;\nmenyosoh\n1.\n menyerang atau melanggar serentak (bersama-sama);\n2.\n melakukan sesuatu dengan banyak (berlebih-lebih);\n \n~ makan\n makan dengan banyak." "sosok I\nlubang (pada jerat dan lain-lain), lubang butang baju." "sosok II\n[Minangkabau] yang akan dijadikan (negeri, ladang, dan lain-lain), bakal, permulaan;\nbersosok\n beransur-ansur mula;\nmenyosok\n memulai mengerjakan (melakukan) sesuatu;\n \n~ negeri \nmemulai membuka negeri." "soto\nsejenis makanan seperti sup yang dicampur dengan daging ayam bersama nasi himpit (mi, tauge, dan lain-lain) ." "sotong\n= \nikan ~ \nsejenis ikan gurita (ikan tinta, cumi-cumi);\n~ gurita \nsejenis sotong, \nOctopus spp.;\n~ katak \nsejenis sotong\n, Sepia spp.;\n~ mengabang, Sepioteuthis lessoniana;\n~ kering \na) sotong yang dikeringkan;\n b) [kiasan] orang yang kurus benar;\n c) [kiasan] orang yang penakut, pengecut." "sotor\n[arkaik] langit-langit, loteng." "sowan\nsoang." "sowang\nsoang." "sowek\nsobek I." "soya\nkacang ~ \nsejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh dimakan), \nGlycine soja." "soyak\nkoyak, cabik, sobek;\nmenyoyak, menyoyak-nyoyak\n mengoyak, menyobek, mencabik-cabik:\ndisoyaknya kain songkok itu sebelah dalam." "soyok\nruang tambahan yang berbumbung, bertiang, ada kalanya berdinding, biasanya tidak berlantai, dan bersambung dengan rumah ibu, sama ada di depan, di rusuk atau di belakang." "SP\n[kependekan] Seri Paduka." "spa I\n1.\n tempat atau kolam mata air mineral yang mengandungi khasiat ubat-ubatan yang baik untuk kesihatan:\nkonsep penjagaan kesihatan dan ~ semakin popular dan membudaya di kalangan golongan korporat; \n2.\n tempat yang menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan dengan cara mandi wap, khidmat urut dan sebagainya;\n3.\n jakuzi." "SPA II\n[kependekan] Suruhanjaya Perkhidmatan Awam." "spageti\nsejenis makanan seperti mi yang berasal dari Itali." "span\n1.\n sejenis binatang laut yang tubuh badannya berliang-liang (ringan dan mudah menyerap air);\n2.\n benda yang berliang-liang halus (daripada getah dan lain-lain) yang boleh menyerap air atau benda cair dan digunakan untuk mencuci dan sebagainya." "spasi\n1.\n [Indonesia-Belanda] jarak antara huruf-huruf atau antara baris huruf:\nhendak ditaip dengan ~ rangkap; \n2.\n kepingan timah yang kecil-kecil untuk merenggangkan huruf atau baris (dalam percetakan)." "spasma\n(Perubatan) pengecutan otot luar kawal, terutamanya yang menyebabkan kekejangan. \nspasmodik\n (Perubatan) berkaitan dengan atau disebabkan oleh kekejangan otot:\nasma ~\n." "spastik\nberkenaan kecacatan anggota akibat kekejangan otot hingga menyebabkan sesetengah bahagian tubuh pesakit tidak boleh bergerak." "spatbor\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] madgad." "Speaker\norang yang mempengerusikan sidang mesyuarat (Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri), Yang Dipertua (Dewan Rakyat, Dewan Negara)." "sped\nsatu daripada corak pada daun terup yang berbentuk hati berkaki dan berwarna hitam." "spektrofotometer\nalat untuk menghasilkan atau merakam spektrum dan mengukur keamatan cahaya." "spektrograf\n(Fizik) spektrometer atau spektroskop yang menghasilkan rakaman fotograf." "spektrografi\nteknik merakam sesuatu spektrum." "spektrometer\n(Fizik) alat untuk mengukur panjang gelombang pelbagai jenis sinar;\n \n~ jisim \nsejenis spektrometer yang digunakan untuk menentukan jisim atom atau molekul dan bilangan relatif isotop yang berlainan." "spektroskop\n(Fizik) alat optik untuk menghasilkan dan memeriksa spektrum cahaya atau sinaran daripada sebarang sumber." "spektroskopi\nkajian tentang spektrum, terutamanya aspek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum;\n~ inframerah \nkaedah analisis yang mengukur julat panjang gelombang inframerah yang diserap oleh sesuatu bahan sampel untuk membolehkan atom atau kumpulan atom dalam molekul sampel dikenal pasti;\n \n~ jisim \nkaedah analisis untuk menentukan jisim atom atau molekul dengan menggunakan spektroskop." "spektrum\n1.\n paparan cahaya yang berwarna-warni (seperti warna pelangi) yang terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca prisma;\n2.\n julat atau lingkungan sesuatu perkara tertentu:\nproses pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam apa juga ~; \nperkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dalam satu ~ yang luas;\n~ garis \nspektrum pemancaran atau penyerapan yang terdiri daripada garis-garis (setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron);\n \n~ jalur \nspektrum yang terdiri daripada satu siri jalur sinaran yang dipancarkan atau diserap;\n \n~ jisim \nspektrum yang terhasil daripada spektrometer atau spektrograf;\n \n~ pemancaran \nspektrum yang terhasil akibat pemancaran sinaran elektromagnet daripada sesuatu jisim;\n \n~ penyerapan \nspektrum yang terhasil daripada penyerapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim." "spekulan\n[Indonesia-Belanda] orang yang mencari keuntungan besar (dalam perniagaan)." "spekulasi\n1.\n perenungan, tafakur;\n2.\n pendapat (kesimpulan, dugaan, dan lain-lain) yang tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta;\n3.\n perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dan lain-lain) dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula;\nberspekulasi\n membuat spekulasi:\nsaya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi;\n penspekulasi\n orang yang membuat spekulasi." "spekulatif\n1.\n dengan pemikiran semata-mata, secara teori, berdasarkan atau bersifat spekulasi (tidak berasaskan fakta-fakta);\n2.\n bersifat spekulasi (dengan mengadu untung sahaja), berasaskan harapan akan memperoleh keuntungan besar walaupun terpaksa menanggung risiko (berkenaan (dengan) kegiatan jual beli)." "spekulator\norang yang membuat spekulasi (dalam pasaran saham dan sebagainya) dengan harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa menghadapi risiko." "spekulum\n(Perubatan) alat yang dimasukkan ke dalam rongga tubuh untuk tujuan pemeriksaan." "speleologi\n1.\n kajian saintifik tentang gua, terutamanya dari segi pembentukan geologi dan juga flora dan fauna yang terdapat di dalamnya;\n2.\n rekreasi meneroka gua." "sperma\n(Biologi) benih (haiwan) jantan, sel pembiakan (haiwan) jantan." "spermatozoon\n(Biologi) gamet jantan yang matang." "spesial\n[bahasa percakapan] istimewa, khas, khusus." "spesialis\n[bahasa percakapan] ahli dalam sesuatu bidang (istimewa dalam ilmu perubatan), pakar:\nseorang ~ dalam pekerjaan jalan raya dan pengairan." "spesialisasi\nkepakaran dalam sesuatu cabang ilmu dan lain-lain." "spesies\ngolongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain) yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa, jenis." "spesifik\nkhas, khusus, tertentu:\nkarangannya biasa menjadi bahan bagi para guru untuk menerangkan istilah-istilah yang ~ bagi dunia keagamaan Islam;\n kespesifikan\n perihal (keadaan atau sifat) spesifik." "spesifikasi\nbutiran terperinci yang ditentukan (dinyatakan) untuk sesuatu, perincian (tentang sesuatu):\njuga terdapat keadaan apabila pelanggan-pelanggan memohon\n \nwarna model dan ~ yang sukar dibekalkan." "spesimen\ncontoh, sampel:\nberdasarkan ~ darah yang akan dianalisis." "spidometer\n[bahasa percakapan] meter laju." "spinet\nsejenis alat muzik lama (abad ke-16 hingga ke-18) yang dimainkan seperti piano." "spion\n[Indonesia-Belanda] penyuluh rahsia." "spirilum\n(Biologi) bakteria yang bentuknya berlingkar." "spirit\ncairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar;\n \n~ bermetil \ncampuran etanol dan metanol, dengan sedikit bahan lain (digunakan sebagai bahan api dan pelarut)." "spiritisme\n1.\n pemujaan roh (orang yang telah meninggal);\n2.\n kepercayaan bahawa roh dapat berhubungan dengan manusia;\n3.\n ajaran dan cara-cara memanggil roh." "spiritual\n1.\n berkaitan dengan atau bersifat rohani atau jiwa (bukan bersifat fizikal), rohaniah:\nkegiatan pembangunan ~ juga akan diteruskan bagi memastikan artis menjadi golongan yang dihormati; \npembangunan yang berimbang antara aspek material dengan aspek ~." "spiritualisme\nkepercayaan bahawa roh orang yang mati boleh berkomunikasi dengan orang yang hidup (terutamanya melalui perantaraan)." "spirituil\n[Indonesia-Belanda] spiritual." "spirogira\n(Biologi) beberapa jenis tumbuhan (rumpair) yang halus seperti benang, \nSpirogyra spp." "spirograf\nalat untuk merakamkan pergerakan pernafasan dan isi padu udara yang disedut dan dihembuskan semasa pernafasan." "spiroket\n(Biologi) sekumpulan bakteria berbentuk pilin yang bergerak dengan membengkok-bengkokkan selnya, termasuklah jenis yang menyebabkan penyakit sifilis pada manusia." "spirometer\nalat untuk menyukat isian udara dalam paru-paru." "spirulina\nsejenis alga yang berkhasiat untuk kesihatan." "splenektomi\n(Perubatan) pembuangan limpa secara pembedahan." "splenitis\n(Perubatan) radang pada limpa." "SPM\n[kependekan] Sijil Pelajaran Malaysia." "spoiler\naksesori yang biasanya dipasang di atas penutup ruang barang belakang kereta untuk meningkatkan kestabilan semasa kereta bergerak laju." "spondilitis\n(Perubatan) radang pada ruas tulang belakang." "spondilosis\n(Perubatan) penyakit sendi pada tulang belakang yang menyebabkan sendi tersebut tidak dapat bergerak." "spontan\ntidak dengan paksaan, dengan desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dengan sendiri (tidak dengan dipaksa-paksa atau setelah dirancang-rancang):\nkita ingin melihat penyair-penyair secara ~ menyuarakan sesuatu yang berfaedah untuk insan sejagat; \npenerimaan dan pengertian masyarakat terhadap sesuatu yang baru tidak selalunya ~;\n kespontanan\n keadaan spontan." "spora\n(Biologi) biji-biji sel yang menjadi benih bagi tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga (seperti paku pakis, cendawan, dan lain-lain)." "sporangium\n(Biologi) struktur pada kulat yang menghasilkan spora." "sporozoa\n(Biologi) kumpulan protozoa parasit yang membiak dengan menghasilkan spora dan biasanya tidak mempunyai organ gerak alih atau organ pemakanan." "sport\n[bahasa percakapan] sukan." "sportif\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n mempunyai semangat sport (jujur dan lain-lain);\n2.\n cergas, tangkas, gagah:\nada pemuda-pemuda ~ yang berlatih berlari dengan hanya memakai pakaian dalam." "sporting\n[bahasa percakapan] berfikiran terbuka dan memenuhi kehendak seseorang:\nayahku memang rasional dan ~ orangnya; \nsikap ~ ibu bapa terhadap anak-anak adalah keterlaluan sehingga pelibatan mereka dengan dadah tidak dipedulikan." "SPR\n[kependekan] Suruhanjaya Pilihan Raya." "spring\nobjek daripada jalur logam yang berpilin, bergelung-gelung, dan menganjal, pegas:\n~ jam." "springbok\nsejenis binatang seakan-akan rusa kecil di Afrika Selatan yang dapat berlari pantas dengan melompat-lompat tinggi ke udara, \nAntidorcas marsupialis\n." "spt\n[kependekan] seperti." "Spura\n[kependekan] Singapura." "sputnik\nsejenis satelit rekaan yang dilancarkan ke angkasa lepas oleh Soviet Union." "sputum\n(Perubatan) kahak." "SPVM\n[kependekan] Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia." "SR I\n[Indonesia] [kependekan]\n\n\n1.\n Sekolah Rendah;\n2.\n Sekolah Rakyat." "Sr II\nsimbol kimia bagi strontium." "srikandi\n1.\n isteri Arjuna yang gagah berani;\n2.\n [kiasan] wanita yang gagah berani, pahlawan wanita:\nkalau perempuan biarlah mewarisi sifat Tun Fatimah, ~ yang bersemangat nasional sejati." "SRJK\n[kependekan] Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan." "SRP\n[kependekan] Sijil Rendah Pelajaran." "SS\n[kependekan] Sarjana Sastera." "SSB\n[kependekan] Sistem Saraan Baru, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang diguna pakai dari 1992 hingga Oktober 2002 yang berasaskan penilaian prestasi individu." "SSM I\n[kependekan] Seri Setia Mahkota (pingat kelas satu dalam Darjah Yang Mulia Seri Mahkota Malaysia, pemegangnya disebut Tun dan isterinya Toh Puan)." "SSM II\n[kependekan] Sistem Saraan Malaysia, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan, yang menggantikan Sistem Saraan Baru mulai 1 November 2002, yang berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf." "st I\n[kependekan] ston." "st II\n[Indonesia] [kependekan] sutan." "stabil\n1.\n tidak berubah-ubah atau turun naik dan sebagainya dengan kerapnya (berkenaan (dengan) harga dan lain-lain);\n2.\n tidak bergoyang ( berkenaan kenderaan dan lain-lain);\n3.\n mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (berkenaan (dengan) keadaan politik dan sebagainya):\npolitik yang ~;\nmenstabilkan\n menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan;\n \nmenjual sedikit-sedikit untuk ~ harga, jangan membanjiri pasar dengan sekali gus;\nkestabilan\n perihal atau keadaan stabil (ekonomi dan lain-lain) kemantapan, stabiliti:\nkerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara;\nketidakstabilan\n perihal atau keadaan tidak stabil:\nsalah satu punca utama masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia;\npenstabilan\n proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dan lain-lain), stabilisasi, pemantapan;\npenstabil\n alat (faktor dan lain-lain) untuk menstabilkan (ekonomi, harga, dan lain-lain), pemantap." "stabil II\n(Seni Lukis) arca pegun berbentuk abstrak yang biasanya diperbuat daripada dawai, kepingan logam dan sebagainya." "stabilisasi\n[Indonesia-Belanda] usaha untuk menjadikan stabil (tetap), penstabilan." "stabiliti\nkeadaan stabil, kestabilan, kemantapan:\nuntuk menjamin ~ negara, perancangan keluarga mesti dijalankan." "stadion\n[Indonesia-Belanda] stadium (gelanggang olahraga)." "stadium\ngelanggang olahraga yang besar dikelilingi oleh tempat duduk bertingkat-tingkat:\n~ bola sepak;\n~ hoki." "stadium II\n[Indonesia-Belanda] tingkatan atau tempoh masa (berkenaan (dengan) penyakit)." "staf\n1.\n kumpulan pekerja yang bekerja bersama-sama (di bawah ketua dan lain-lain yang sama), kakitangan;\n 2.\n kumpulan pegawai kanan tentera yang memimpin (mengatur dan lain-lain) tentera:\nS~ Angkatan Darat;\n~ sarjan \npegawai tentera yang pangkatnya setingkat di atas sarjan." "stafaj\ntambahan bentuk manusia dan haiwan pada lukisan, khususnya lukisan landskap." "stag\n(Ekonomi) orang yang membeli syer baru dengan harapan untuk menjualnya semula apabila disenaraikan bagi memperoleh keuntungan dengan segera." "stagflasi\n(Ekonomi) keadaan ekonomi yang tidak mengalami pertumbuhan dan disertai dengan kadar inflasi yang tinggi." "stagnasi\n[Indonesia-Belanda] kelambatan, terhambat, terhenti." "stail\n1.\n cara atau gaya melakukan sesuatu (mengarang, bercakap, dan lain-lain):\nia adalah seorang tokoh sastera yang mempunyai ~, gaya bawa yang tersendiri; \n2.\n bentuk, potongan, atau fesyen (pakaian dan lain-lain)." "stalagmit\n(Geologi) batu kapur yang bercerancang dalam gua (terjadi daripada titisan air yang mengandungi sebatian kalsium)." "stalaktit\n(Geologi) batu kapur yang meruncing ke bawah di dalam gua (terjadi daripada titisan air yang mengandungi sebatian kalsium)." "stamen\n(Biologi) bunga jantan yang menghasilkan debunga." "stamina\ndaya tahan (keupayaan untuk) membolehkan seseorang itu bekerja kuat (berlari laju dan sebagainya):\ndia berlari setiap pagi untuk menambah ~nya\n." "standard\n1.\n [Indonesia] panji-panji;\n2.\n [Indonesia] penopang yang berkaki (pada tiang bendera dan lain-lain);\nstandard II\n1.\n sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur (menilai dan sebagainya) sesuatu yang lain (seperti berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dan lain-lain), piawai:\nsupaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yang tertentu;\n2.\n taraf (kehidupan);\n3.\n sesuatu yang dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai ukuran nilai (harga):\n~ emas;\n4.\n (bentuk bahasa, ejaan, dan sebagainya) yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku:\nbahasa (ejaan) ~;\nmenstandardkan\n menjadikan standard (bahasa, ejaan, dan sebagainya), membakukan:\nusaha-usaha untuk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP;\npenstandardan\n perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan:\n~ tatabahasa bahasa Melayu." "standardisasi\nperihal (tindakan dan sebagainya) menjadikan standard, penstandardan, pembakuan:\nejaan baru berusaha mencapai ~ yang lebih rasional dalam penggunaan huruf-huruf itu; \npembakuan atau ~ bahasa Melayu meliputi segala aspek bahasa." "stanum\n(Kimia) sejenis unsur logam, timah." "stanza\nrangkap (sajak) yang terdiri daripada sebilangan tertentu baris, bait (sajak)." "stapler\nsejenis alat untuk mencantum kepingan-kepingan kertas, pengokot." "stasion, stasiun\n[Indonesia-Belanda] stesen." "statik\nberada dalam keadaan tidak aktif (tidak bergerak-gerak, tidak berubah), tidak berubah (tingkatan kemajuan dan lain-lain):\ndasar pemerintah zaman itu ialah mengekalkan satu masyarakat yang ~; \npasaran saham menjadi ~ apabila keadaan politik tidak stabil;\n menstatikkan\n menyebabkan statik;\n \nkestatikan\n perihal, keadaan atau sifat statik. \nstatis\n [Indonesia] statik." "statistik\n1.\n catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka, perangkaan;\n2.\n cabang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu yang didasarkan kepada bukti-bukti dalam bentuk angka atau bilangan." "stator\n(Kejuruteraan) bahagian jana kuasa yang tidak bergerak." "status\ntaraf atau kedudukan (negara, orang, dan lain-lain):\nguru-guru mestilah mengenal pasti matlamat kurikulum tidak formal yang boleh memberi kesan kepada ~ dan pencapaian pelajar;\n berstatus\n mempunyai atau ada status:\npengunjung pusat spa terdiri daripada golongan~ tinggi yang ingin mendapatkan kesegaran mental dan fizikal;\nberstatuskan\n mempunyai sesuatu sebagai status:\nbangunan itu dibina di atas tanah yang masih ~ tanah pertanian." "status quo\n(Latin) keadaan sebagaimana yang sedia ada tanpa dibuat sebarang perubahan." "statut\nundang-undang bertulis yang diluluskan oleh Parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang." "statutori\nmengikut statut (undang-undang atau peraturan) tertentu yang telah ditetapkan, berkanun:\nterdapat peruntukan ~ khusus yang hanya terpakai kepada jurubank apabila mereka memungut dan membayar cek." "STB\n[kependekan] Suhu Tekanan Biasa." "STD\n[kependekan] Sistem Terus Dail:\npanggilan ~." "stearin\n(Kimia) sebatian organik yang diperoleh daripada penyabunan lemak, digunakan untuk membuat sabun, lilin, gula-gula, pelekat dan sebagainya." "stelsel\n[Indonesia-Belanda] sistem." "stempel\n[Indonesia-Belanda] cap, tera;\nmenstempel\n mengecap, menera." "sten I\n stengan." "sten II\n(Perubatan) sejenis alat atau acuan yang digunakan untuk menetapkan cantuman kulit pada tempatnya." "stengan\nsejenis senapang automatik yang pendek." "steno\n[bahasa percakapan] jurutrengkas." "stenografi\nkemahiran atau seni menulis trengkas, ilmu trengkas." "stenogram\nlaporan dan lain-lain yang ditulis dengan trengkas." "stenosis\n(Perubatan) penyempitan yang tidak normal pada laluan atau saluran dalam tubuh." "stensil\n1.\n helaian kertas atau kepingan nipis plastik, logam, dan sebagainya yang ditebuk untuk menghasilkan huruf, reka bentuk, dan sebagainya apabila dakwat atau warna disapukan padanya;\n2.\n helaian kertas berlilin yang digunakan pada mesin taip untuk membuat stensil bagi mencetak huruf dan sebagainya;\nmenstensil\n mencetak semula dengan stensil;\nstensilan\n rakaman yang dibuat dengan stensil." "steppe\n(Geografi) kawasan padang rumput yang luas dan biasanya tidak ditumbuhi pokok." "stereng\nalat yang berbentuk seperti roda untuk mengemudikan kereta dan lain-lain." "stereo\nsistem, peralatan, dan sebagainya yang digunakan untuk menghasilkan bunyi stereofonik;\n \n~ hi-fi \nsistem audio dua saluran dengan bunyi yang tinggi mutunya." "stereofonik\nberkenaan dengan bunyi yang dirakam dan disiarkan melalui pembesar suara dan berbunyi seperti datang dari beberapa hala." "stereometri\n(Fizik) ilmu ukur ruang atau isi padu (benda pejal)." "stereoskop\n(Fizik) alat yang dengannya dua keping gambar yang diambil dari sudut yang berlainan sedikit kelihatan seolah-olah bersatu dan timbul, teropong stereo." "stereoskopi\npandangan atau rupa objek dalam atau seolah-olah dalam tiga demensi." "stereotaip\ntidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dan sebagainya yang baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yang sering kali kedapatan (kedengaran dan sebagainya):\npendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional; \ntemanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan;\n menstereotaipkan\n membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu:\nbahasa yang ~ golongan wanita sebagai golongan lemah, sebagai suri rumah dan sebagainya." "steril\n1.\n terpelihara (bebas, bersih) daripada kuman atau hama;\n2.\n [Indonesia] tidak subur, tidak dapat beranak atau berbuah, mandul;\nmensteril\n menjadikan steril (bebas daripada kuman):\ngunakan jarum atau pin yang sudah disteril;\nkesterilan\n perihal atau keadaan steril;\npensterilan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menjadikan steril, sterilisasi;\npensteril\n alat untuk mensteril:\n~ alat-alat bedah dan sebagainya." "sterilisasi\nperihal (perbuatan dan sebagainya) menjadikan steril, pensterilan." "sterling\n1.\n piawai (wang, logam murni);\n2.\n mata wang Inggeris yang piawai;\n \nwang (paun) ~ \nsejenis mata wang Inggeris." "sternum\n(Biologi) tulang yang terletak pada garis tengah dada vertebrat (pada vertebrat peringkat tinggi, seperti mamalia, tulang ini merupakan tempat bersambungnya tulang rusuk)." "steroid\n(Kimia) sebatian organik yang mempunyai struktur gelang tertentu dan terdapat semula jadi dalam tumbuhan dan haiwan, termasuk sesetengah hormon dan vitamin:\nBen Johnson didapati positif menggunakan ~ dalam acara 100 meter di Sukan Olimpik Seoul." "sterol\n(Biologi) sekumpulan alkohol steroid semula jadi seperti kolesterol dan ergosterol." "stesen\n1.\n bangunan perhentian kereta api atau bas:\napabila turun di ~ Singapura, aku menaiki teksi pula; \n2.\n tempat (bangunan dan sebagainya) yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu:\n~ radio;\n~ hidroelektrik;\n~ jana kuasa; \n3.\n saluran gelombang radio." "stet\nperkataan yang mengarahkan supaya kata atau frasa asal yang telah dipotong atau dipinda (yang digarisi garis putus-putus) itu dikekalkan, biasanya ditulis di sebelah baris letaknya kata atau frasa berkenaan;\nmenstetkan\n menandakan atau membubuh stet sebagai arahan mengekalkan kata atau frasa asal yang telah dipotong atau dipinda:\nsemasa penyuntingan, perkataan-perkataan itu distetkan kerana penggunaannya didapati tepat dan betul." "stetoskop\n(Perubatan) alat yang digunakan oleh doktor untuk mendengar bunyi dalam tubuh (bunyi degupan jantung, pernafasan, dan lain-lain)." "stew\nstu." "stigma\n1.\n (Biologi) bahagian hujung benang sari yang menerima debunga (tepung sari);\n2.\n sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban:\nwanita kita juga tidak menghadapi ~ sosial seburuk yang dihadapi wanita banyak negara lain." "stik\n1.\n sepotong daging tebal untuk dipanggang atau digoreng;\n2.\n hidangan yang merupakan sepotong daging yang dipanggang dan dihidangkan dengan sos lada hitam, salad dan sebagainya." "stiker\n[bahasa percakapan] pelekat:\nkegemarannya adalah mengumpul pelbagai ~;\n~ kereta." "stil\n(Biologi) struktur (pada bunga) yang panjang dan halus, dan pada hujungnya terdapat stigma." "stilistik\n1.\n kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam penulisan;\n2.\n berkaitan dengan stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa penulisan:\ndemikian juga, Umar Yunus dengan tegas mengatakan bahawa unsur ~ yang utama ialah ayat; \nsaya tidak bermaksud menutup penerokaan ~ penulis." "stilistika\n stilistik\n." "stim\nwap yang terjadi apabila air dipanaskan ke takat didih;\n \nnaik ~ \nki, [bahasa percakapan]\na) marah, naik darah;\n b) naik syahwat." "stimulus\ndorongan, rangsangan." "stirena\n(Kimia) sejenis hidrokarbon cecair yang digunakan untuk membuat plastik dan getah." "STM\n[Indonesia] [kependekan] Sekolah Teknik Menengah." "STMB\n[kependekan] Syarikat Telekom Malaysia Berhad." "stok\n1.\n barang dagangan (tersimpan di kedai-kedai) untuk dijual;\n2.\n himpunan barang yang tersimpan di stor dan lain-lain;\n3.\n saham;\n \n~ penimbal \nsimpanan sesuatu komoditi oleh pihak berkuasa dan sebagainya untuk mengatasi masalah turun naik penawaran dan harga yang tidak menentu;\n4.\n (Biologi) bahagian batang sesuatu tumbuhan yang menerima tunas daripada tumbuhan lain dalam pencantuman." "stoker\n[Indonesia-Belanda] juruapi (di kereta api yang menggunakan arang dan lain-lain)." "stoking\nsejenis pakaian yang dibuat daripada benang sutera (kapas, bulu, dan lain-lain) untuk membalut kaki, kaus kaki;\n \n~ panjang \nstoking yang panjangnya hampir ke paras lutut atau lebih;\nberstoking\n memakai stoking." "stokis\norang atau syarikat yang menyimpan sejumlah stok barang atau produk tertentu untuk dijual atau diedarkan kepada penjual lain." "stoma\n(Biologi) liang-liang seni terutamanya pada epidermis daun untuk pernafasan." "stomata\nstoma." "stomatitis\n(Perubatan) radang pada membran mukus mulut." "ston\nunit berat yang bersamaan dengan 14 paun atau 6.35 kilogram." "stopkeran\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kepala paip, pili air." "stopkontak\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] alat penghubung aliran elektrik, palam." "stoples\n[Indonesia-Belanda] sejenis balang bertutup yang dibuat daripada kaca." "stor I\n[Indonesia-Belanda] memasukkan (menyerahkan, membayarkan) wang dan lain-lain;\nmenstor, menstorkan\n memasukkan (menyerahkan, membayarkan) wang dan lain-lain kepada;\nstoran\n sesuatu yang distorkan (dibayarkan);\npenstoran\n perihal menstor(kan)." "stor II\n(rumah, ruang, bilik, dan sebagainya) tempat menyimpan barang:\nkarbida dan mercun yang disimpan dalam ~;\nstoran\n1.\n simpanan barang dan sebagainya (dalam sesuatu tempat untuk digunakan apabila diperlukan);\n2\n. (Komputer) peranti ingatan yang digunakan untuk menyimpan data komputer." "stout\nsejenis bir yang berwarna hitam." "STP\n1.\n [kependekan] Suhu dan Tekanan Piawai;\n2.\n [kependekan] Sijil Tinggi Persekolahan." "STPM\n[kependekan] Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia." "strata\n1.\n lapisan (bumi dan sebagainya);\n2.\n tingkat kedudukan, peringkat taraf (dalam susunan atau hierarki tertentu):\nnovel-novel yang menyentuh soal keruntuhan akhlak, perbezaan ~, perbezaan kaum, penyelewengan persahabatan, dan sebagainya;\n berstrata\n terbahagi kepada beberapa kelas, golongan, tingkat dan sebagainya, bersusun lapis:\nsebuah masyarakat yang ~;\n penstrataan\n proses pembentukan tanah atau batuan yang bersusun lapis:\nbeberapa muara tertentu akan mengalami percampuran sekata manakala pada masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau menjadi berlapis." "strategi\n1.\n ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang;\n2.\n siasat perang, taktik perang;\n3.\n [bahasa percakapan] siasat (muslihat) untuk mencapai sesuatu maksud;\n4.\n rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan;\n \n~ dua (tiga) serampang \nstrategi yang terdiri daripada dua (tiga) rancangan atau pendekatan yang utama yang dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu." "strategik\n1.\n berdasarkan strategi:\nletaknya ~ dan hanya dapat dicapai daripada tiga jurusan; \n2.\n [bahasa percakapan] baik (elok) letaknya." "strategis\n[Indonesia-Belanda] strategik." "stratifikasi\n= \n~ sosial \npembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata." "stratigrafi\n(Geologi) kajian tentang ciri-ciri lapisan batu batan (seperti kandungan dan kedudukan relatif) untuk menentukan sejarah geologi lapisan tersebut." "stratokrasi\n(Sos) pemerintahan atau kerajaan tentera." "stratopaus\n(Geografi) sempadan di antara stratosfera dengan mesosfera yang altitudnya kira-kira 50 \u2013 55 km." "stratosfera\n(Geografi) lapisan atmosfera bumi yang terletak di antara 10 \u2013 50 km di atas permukaan bumi." "straw\ntiub yang diperbuat daripada plastik, kertas, dan sebagainya untuk menyedut minuman." "strawberi\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nFragaria spp.; \n2.\n buah daripada pokok strawberi yang berwarna merah dan mempunyai biji-biji kecil berwarna kuning di bahagian luarnya (dimakan mentah atau dibuat jem)." "strecer\n[bahasa percakapan] usungan untuk orang sakit dan sebagainya." "streptokokus\n(Perubatan) bakteria daripada genus \nStreptococcus \nyang boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit, misalnya sakit tekak, demam merah dan pneumonia." "streptomisin\n(Perubatan) sejenis ubat antibiotik yang diperoleh daripada bakteria \nStreptomyces griseus, \ndigunakan untuk merawat beberapa penyakit tertentu." "stres\nkeadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal:\nbanyakkan sembahyang sunat dan zikir terutamanya pada waktu malam jika anda mengalami ~ dalam rumah tangga." "striknina\n(Perubatan) bahan yang sangat beracun daripada sejenis tumbuhan, yang digunakan dalam jumlah yang sangat sedikit sebagai ubat untuk merangsangkan saraf." "stroboskop\nalat yang mengeluarkan cahaya terang yang berkelip-kelip dengan pantas, digunakan untuk menentukan kelajuan putaran atau getaran atau untuk melaraskan gerakan sesuatu objek." "strok\n(Perubatan) keadaan yang berlaku tiba-tiba akibat rosaknya atau pecahnya salur darah otak yang boleh menjadikan seseorang tidak sedar diri, (biasanya) diikuti oleh kelumpuhan, dan penyekatan salur darah oleh gumpalan darah." "strontium\n(Kimia) unsur logam berbentuk pepejal lembut berwarna putih perak dan sangat reaktif, digunakan untuk membuat aloi." "strudel\npastri daripada doh lembut yang nipis, berinti dan digulung seperti baulu gulung, terkenal di Austria dan Jerman." "struktur\n1.\n cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu:\n~ bahasa Melayu; \n2.\n sesuatu yang dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan;\n3.\n pola sesuatu (organisasi, masyarakat, dan sebagainya) yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai unsur yang mempunyai hubung kait antara satu dengan lain:\n~ organisasi Jabatan yang baru;\nberstruktur\n mempunyai struktur, ada strukturnya;\nmenstrukturkan\n menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pada:\nmasyarakat kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas;\npenstrukturan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menstrukturkan." "struktural\nberkaitan dengan struktur:\npenyatuan tanah sering dianggap sebagai satu bentuk reformasi ~ di peringkat ekonomi mikro; \nteori-teori ini bagaimanapun sengaja menekankan unsur kelas dalam analisis ~." "strukturalisme\n(Linguistik) satu kaedah kajian bahasa yang mengkaji dan menghuraikan struktur bahasa (berbeza daripada kaedah yang berdasarkan perspektif perbandingan, sejarah mahupun fungsi)." "stu\nrendidih;\nmenstu\n memasak daging, sayur dan sebagainya secara rendidih." "studen\n[bahasa percakapan] pelajar di universiti, mahasiswa." "studi\nkajian, pelajaran:\notakku sudah terlalu penuh dengan soal-soal politik, sehingga tidak mungkin memusatkan perhatian pada ~." "studio\n1.\n bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dan sebagainya bekerja;\n2.\n bilik yang dilengkapi pelbagai peralatan untuk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam;\n3.\n bangunan yang digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sebagai tempat pembuatan filem." "stuko\n(Seni bina) plaster berkualiti tinggi untuk membentuk corak pada sesuatu permukaan seperti dinding atau siling." "stupa\nbangunan daripada batu yang berbentuk loceng." "stupor\n(Perubatan) keadaan hampir pengsan atau tidak sedar." "sturgeon\nsejenis ikan besar daripada famili Acipenseridae yang telurnya dijadikan kaviar." "su I\nsingkatan bagi bongsu;\n \nmak ~ \nmak bongsu." "SU II\n1.\n [kependekan] Setiausaha;\n2.\n [Indonesia] [kependekan] Sekretaris Umum." "sua I\npagar ~ \npagar yang menyekat dua ekor kerbau yang akan diadu;\nbersua\n1.\n datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan:\nitulah pertama kalinya mereka ~; \n2.\n = \ntersua\n bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak:\ndalam perjalanan itu, ia ~ dengan seekor harimau; \napabila ~ dengan masalah-masalah agama;\n3.\n bertemu (dengan barang yang dicari dan lain-lain):\npuas ia mencari tetapi tidak ~;\n4.\n = \ntersua\n boleh didapati, terdapat, ada:\ntembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yang serupa ini;\n5.\n = \ntersua\n berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dan lain-lain), tepat (ramalan, telahan);\n \n~ alurnya \nki sesuai benar, cocok, padan;\nmenyua\n1.\n mempersemukakan (ayam yang akan dilagakan);\n2.\n memberi sesuatu kepada, mengunjuk:\ndia ~ bakul yang berisi udang kepada Bedah;\n3.\n menghulur (tangan);\n4.\n menemui, menjumpai:\napa yang disua itu ialah sesuatu yang luar biasa baginya;\nmenyuakan\n1.\n menyogokkan, memberikan, menyodorkan:\nKarim ~ sepiring kuih; \n2.\n menghulurkan (tangan dan lain-lain);\nmempersuakan\n menjadikan bersua (bertemu, berjumpa), mempertemukan, menyemukakan:\napalagi sekarang bulan tabut, tiap-tiap orang bebas keluar, jadi di tabut kita persuakan;\ntersua\n bertemu dengan, terjumpa;\npersuaan\n pertemuan." "sua II\nbulu ~\n bulu di leher ayam;\nsuak I." "suah\n[arkaik] [bahasa percakapan] pernah, sudah;\n \nbelum ~ \nbelum pernah (sudah)." "suai I\n~ kenal \nmenyesuaikan diri (dengan sesuatu keadaan yang baru) serta berkenal-kenalan dengan rakan sejawat dan lain-lain, orientasi:\nminggu ~ kenal sudah menjadi program tradisi yang diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi;\n bersuai\n bersesuaian;\nsesuai." "suai II\ntali ~ \ntali penarik dari puncak tiang ke hujung haluan (pada kapal layar);\n \nlampu ~\n [Brunei] lampu pada puncak tiang kapal." "suak I\nbulu ~ \nbulu di leher ayam;\nsua II." "suak II\nteluk kecil (di sungai, di laut), serokan." "suak III\n[arkaik] tidak jadi, tidak berhasil, batal, gagal, urung;\n \nminta ~\n [Minangkabau]\na) minta dibatalkan atau dibebaskan daripada denda yang dijatuhkan;\n b) minta dikembalikan sedikit daripada wang denda yang dijatuhkan;\n \nbelum pernah ~ \na) belum pernah batal;\n b) selalu." "suak IV\n= \n~ rambut \nbelah rambut yang disikat atau disiah ke kiri atau ke kanan:\ndia membuat ~ rambut isterinya dengan menggunakan duri landak;\nmenyuak\n membelah atau menyiah (rambut)." "suaka\n[sastera lama] tempat berlindung atau menumpang (hidup);\n \n~ politik \n(Undang-undang) perlindungan daripada tekanan politik atau kezaliman yang diberikan oleh sesebuah negara kepada rakyat asing yang lari dari negaranya;\nbersuaka\n berlindung (menumpang) hidup pada:\njika demikian, baik aku ~ pada Bendahara Seri Buana." "sualak\n[arkaik] suka;\nsolak I." "suam\ntidak terlalu panas, hangat:\ntuang sedikit air ~ supaya semua garam itu larut;\n~-~ kuku\n tidak berapa panas (air);\n \nbadannya ~-~\n badannya agak panas (kerana demam), dedar;\nkesuaman\n rasa hangat:\nkasih sayang, dakapan mesra sambil merasai ~ tubuh ibu." "suami\norang (lelaki) yang dikahwini seseorang perempuan, laki, lawan isteri:\nbanyak lagi orang muda di kampung ini yang padan menjadi ~nya;\n~ isteri \nlaki bini;\nbersuami\n mempunyai suami, sudah berkahwin (perempuan):\njikalau begitu sudah patutlah engkau ~; \nbersuamikan\n mempunyai seseorang sebagai suami, berkahwin dengan (perempuan):\nanak jarahan itu tidak patut ~ tuan; \ndia yang ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dengan masalah keluarga;\nmempersuami\n menjadikan suami;\nmempersuamikan\n mengahwinkan (anak perempuan):\nsekarang ayahanda hendak ~ anakanda dengan orang ini." "suang\nmudah, senang, lekas;\n \n~ pecah \nmudah (senang) pecah;\n \ntak ~ \n= \ntak ~ -~ \na) tidak mudah, tidak lekas;\n b) tidak putus-putus, sentiasa." "suangi I\n1.\n sejenis hantu yang jahat;\n \nburung ~ \nburung hantu;\n2.\n pawang (dukun) yang mendapat pertolongan daripada hantu." "suangi II\nbomoh yang bekerja dengan bantuan orang halus." "suangi III\nikan ~ \n= \n~ batu \nsejenis ikan laut, \nHolocentrum rubrum." "suap\n1.\n sebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dan lain-lain):\nboleh kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air; \n2.\n = \nwang ~ \nwang sogok, rasuah;\n \nmakan ~ \nmenerima rasuah;\nbersuap\n makan dengan tangan;\nbersuap-suapan\n saling memberi makan dengan tangan, bertukar suap (pengantin yang sedang bersanding dan lain-lain):\nsetelah sudah ~, maka ia pun memimpin tangan isterinya;\nmenyuap\n1.\n makan dengan tangan (tidak dengan sepit atau dengan sudu dan lain-lain);\n2. = menyuapi\n memasukkan makanan ke dalam mulut orang, memberi makan dengan tangan:\nia terus ~ anaknya; \n3.\n = \nmenyuapi\n memberi wang suap kepada, memberi rasuah, menyogok:\nmana-mana yang boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yang boleh disuap telah juga disuap;\nmenyuapkan\n memasukkan (makanan dan lain-lain) ke dalam mulut seseorang:\nia ~ pulut kacau ke dalam mulut anaknya;\nmempersuapkan\n [sastera lama] menyuruh atau meminta bersuap-suapan (pengantin yang sedang bersanding):\npengantin itu dibawa naik ke dalam istana dipersandingkan dan dipersuap-suapkan makan nasi kunyit;\nsuapan\n1.\n apa-apa yang disuapkan:\ntiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa untuk ditelan;\n2.\n wang rasuah, sogokan;\n3.\n (Kejuruteraan) bahan yang dimasukkan ke dalam sesuatu peralatan unit operasi untuk diproses bagi mendapatkan hasil;\npenyuapan\n perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan." "suar\n1.\n cahaya lampu (nyala api dan lain-lain) yang digunakan sebagai isyarat;\n \nmemberi ~ \nmemberi isyarat dengan api;\n \nmercu ~\n [Indonesia] rumah api;\n2.\n suluh atau obor yang digunakan untuk memikat ikan;\nbersuar\n memakai suar, memberi isyarat dengan nyala api (cahaya lampu dan lain-lain);\nmenyuar\n menyinari, menyuluhi;\n~ ikan \nmemikat ikan dengan suluh, menyuluhi ikan;\n \n~ lebah\n mengusir lebah dengan suluh untuk mendapatkan madunya;\ntersuar\n dinyalakan, terpasang." "suara\n1.\n bunyi manusia (bercakap dan lain-lain):\n~ itu nyatalah ~ perempuan; \n2.\n bunyi binatang:\nia sangat hairan mendengar ~ burung itu;\n3.\n bunyi alat perkakas (radio dan lain-lain);\n4.\n apa yang dikatakan (diucapkan), perkataan, ucapan:\n~ menentang Presiden Filipina makin lama makin lantang kedengaran; \nmembuka ~ \nmemberi pendapat;\n5.\n bunyi yang dikeluarkan oleh manusia dalam sesuatu bahasa, bunyi bahasa;\n6.\n sesuatu yang menjadi jurucakap atau lidah rasmi (untuk melahirkan perasaan, pendapat, dan lain-lain):\nakhbar itu mewakili ~ kerajaan; \n7.\n pernyataan bersetuju atau tidak (dalam mesyuarat, perundingan, pemilihan, dan lain-lain):\ncadangannya itu telah mendapat sokongan sebulat ~;\n~ bulat \npersetujuan daripada semua pihak;\n \n~ hati \nperasaan hati (untuk membezakan antara baik dengan buruk);\n \n~ latar \nulasan atau penerangan dalam sesebuah filem dan sebagainya oleh penutur yang tidak dapat dilihat;\n \n~ pemutus \nkuasa untuk membuat sesuatu keputusan (dalam pembicaraan dan lain-lain);\n \n~ ramai \npendapat orang ramai;\n \n~ sumbang \npendapat yang bertentangan dengan pendapat umum;\n \nkalah ~ \nkalah undi;\n \nmemberikan ~ \nmenyatakan setuju atau tidak, turut membuang undi;\n \nmendapat ~ \ndipilih dalam pengundian;\nbersuara\n mengeluarkan suara, bercakap, berkata, berucap:\ntiada seorang pun yang ~ mengatakan saya tidak mahu pergi bekerja;\nmenyuarakan\n1.\n mengatakan, mengucapkan:\nahli-ahli politik hendaknya janganlah ~ soal-soal perkauman dalam perjumpaan-perjumpaan umum; \n2.\n menyanyikan (lagu);\npenyuaraan\n perihal mengeluarkan suara." "suarang\n[Minangkabau] harta yang diperoleh oleh suami isteri selama dalam perkahwinan, milik bersama (syarikat dan lain-lain);\n~ diagih, sekutu dibelah \n(peribahasa) jika dua orang suami isteri bersetuju bercerai harta pencarian bersama dibagi dua dan harta pembawaan dipulangkan kepada kaum masing-masing;\nbersuarang\n [Negeri Sembilan] bermesyuarat antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk bercerai dan membahagi harta pencarian bersama;\nmenyuarangkan\n bersama-sama mencari harta, menjadikan milik bersama." "suargaloka\n[sastera lama] syurga untuk dewa-dewa." "suari I\nkasuari." "suari II\nbantal ~ \nbantal seraga." "suasa\nsejenis pancalogam (campuran emas dan tembaga)." "suasana\n1.\n [sastera lama] hawa, udara;\n2.\n keadaan yang melingkungi atau meliputi sesuatu:\nkesulitan yang menyelubungi ~ hidup mereka akan dapat diatasi;\n~ tenang telah berubah;\nmenyuasanai\n memberi suasana kepada, menyelaputi, menyelubungi." "suatu\n1.\n hanya satu, satu:\ntidak ~ pun; \ntiap-tiap ~;\n~ hari; \n2.\n [sastera lama] tiap-tiap satu:\npada ~ bagai empat puluh helai, pada sehelai empat puluh perkara bunganya;\n3.\n [sastera lama] pertama-tama, yang pertama:\n~ kerajaan dalam dunia, kedua kerajaan kepada keinderaan, ketiga tempat kerajaan dalam bumi;\nsesuatu\n perkara (hal, barang, dan lain-lain) yang kurang atau belum tentu:\nkepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; \nsegala ~\n segala apa, apa-apa;\nbersuatu\n bergabung menjadi satu, bersatu:\nkita berdua ini ~ perasaan, ~ peringatan, ~ tujuan;\nmempersuatukan\n menjadikan bersuatu, mempersatukan;\nsatu." "sub judice\n(Undang-undang) sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak boleh diperkatakan di khalayak ramai." "sub-\nawalan asing\n di bawah (bawahan, bahagian yang kecil, separuh), misalnya \nsubinspektor\n dan \nsubtropika\n." "subahat\n1.\n syak, ragu-ragu, keragu-raguan;\n \n~ hati \nsyak hati;\n2.\n orang yang bekerjasama dengan musuh dan lain-lain, kolaborator;\nbersubahat\n1.\n menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi;\n2.\n bekerjasama dengan musuh dan lain-lain:\npejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dengan komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan;\n persubahatan\n perbuatan bersubahat." "subak\n[arkaik] [Indonesia] (majlis) kawasan pengairan (di Bali)." "subakua\nberkaitan dengan sukan di bawah permukaan air:\nkelab~." "subal I\n[arkaik] kurang baik (buatannya dan lain-lain), kasar." "subal II\n[Jawa] [arkaik] sesuatu yang dicampurkan (supaya kelihatan banyak, menjadi lebih berat dan lain-lain)." "subam\n[arkaik] tidak berkilat (logam dan lain-lain), kusam, suram." "suban\nserpih kayu, selumbar." "subang I\nsejenis perhiasan cuping telinga perempuan yang berbentuk bulat dan lain-lain;\n \ntelinga rabit dipasangkan ~, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin \n(peribahasa) canggung sekali;\nbersubang\n memakai subang (di telinga);\nbak gadis baru (jolong) ~ \n(peribahasa) orang hina papa atau miskin yang menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan;\n \nsungguh ~ tidak berdara \n(peribahasa) wanita yang sungguhpun berpakaian elok tetapi buruk juga kelakuannya;\nmenyubang\n memotong nipis-nipis dan bulat;\n \n~ tebu \nmengerat-ngerat tebu." "subang II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek yang menjalar), \nSphenodesma pentandra." "subantartik\nberkaitan dengan kawasan berhampiran dengan Garisan Antartik, yang terletak di sebelah utaranya." "subartik\nberkaitan dengan kawasan berhampiran dengan Garisan Artik, yang terletak di sebelah selatannya." "subbahagian\nbahagian kecil daripada sesuatu bahagian utama (induk) yang telah dibahagikan." "subbidang\nbidang kecil daripada bidang induk:\ngeomorfologi adalah ~ kepada bidang geografi; \nrancangan membentuk kira-kira 300 000 istilah dalam pelbagai bidang dan ~ ilmu pengetahuan." "subbudaya\namalan, cara hidup, sikap dan sebagainya sekumpulan orang yang berbeza daripada masyarakat seluruhnya:\npelajar Melayu yang baru tinggal dalam masyarakat Indonesia sudah tentu mengalami masalah ~." "subeditor\npenolong editor." "subentri\nkata masukan atau entri kamus yang merupakan turunan daripada entri utama (pokok), misalnya \nmemasak \nyang terbit daripada entri utama \nmasak." "subfamili\n1.\n kategori di antara famili dan genus;\n2.\n (Linguistik) pembahagian bahasa-bahasa yang diletakkan lebih rendah daripada famili tetapi lebih tinggi daripada cabang." "subgenus\nbahagian yang lebih kecil daripada genus." "subgolongan\ngolongan yang lebih kecil (sebagai pecahan daripada golongan induk)." "subhana\n[Arab] yang maha suci." "Subhanahuwataala\n[Arab] maha suci dan maha tinggi;\n \nAllah ~ \nAllah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. \nSubhanallah\n [Arab]\n1.\n Maha Suci Allah;\n2.\n ungkapan menandakan rasa takjub atas kebesaran dan keagungan Allah." "subinspektor\npegawai polis setingkat di bawah inspektor dalam kumpulan pegawai rendah polis." "subjek\n1.\n pokok perbincangan, perkara, tajuk;\n2.\n (Linguistik) pokok kalimat, perkara (dalam ayat dan lain-lain);\n3.\n mata pelajaran." "subjektif\nterbit daripada atau berasaskan pandangan (perasaan dan sebagainya) orang atau pihak yang melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yang dilihat atau dinilai), melihat (menilai dan lain-lain) daripada pandangan (perasaan sendiri), lawan objektif:\nbuku-buku sejarah yang ada masih penuh dengan unsur-unsur ~ yang kurang penting;\nkesubjektifan\n keadaan yang subjektif:\n kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yang ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai estetik." "subjektiviti\n(sifat, sikap, dan sebagainya) yang subjektif." "subjektivitisme\nfaham atau kecenderungan yang menekankan bahawa pengetahuan, moral, persepsi dan sebagainya adalah subjektif dan relatif." "subjudul\njudul kecil atau judul tambahan kepada sesuatu judul, kata-kata atau frasa yang menjelaskan atau menjadi pelengkap kepada sesuatu judul." "subkelas\nbahagian (pecahan) kecil daripada kelas." "subkontrak\nkontrak yang dipertangunggjawabkan kepada sesuatu kontraktor oleh sesuatu kontraktor lain (asal) untuk menjalankan sesuatu projek (tugasan);\nmensubkontrakkan\n menjalankan kerja secara subkontrak:\nsesuatu kontrak itu mungkin disubkontrakkan kepada pengusaha lain." "subkontraktor\norang (syarikat) yang bertanggungjawab menjalankan subkontrak\n." "subkultur\n(Biologi) kultur mikroorganisma yang diperoleh daripada kultur lain yang sedia wujud." "subkumpulan\nbahagian daripada sesuatu kumpulan." "sublema\nsubentri." "sublimat\n[Indonesia-Belanda] sejenis benda beracun (untuk membunuh kuman dan lain-lain)." "submesingan\nsejenis mesingan mudah alih dan ringan." "subnormal\ntidak mencapai tahap normal, terutamanya kecerdasan atau perkembangan:\npendidikan kanak-kanak ~." "suborder\n(Biologi) kumpulan taksonomi yang merupakan subbahagian daripada satu order." "subordinat\npekerja (pegawai) yang bekerja di bawah orang lain atau pekerja bawahan seseorang:\nketua mestilah bersikap terbuka dengan ~nya untuk memudahkan penyelesaian sesuatu masalah kerja." "subplot\nplot sampingan bagi sesuatu cerita dalam sesebuah drama, novel, filem dan sebagainya yang berasingan tetapi berkaitan dengan plot cerita utamanya." "subrutin\n(Komputer) bahagian atur cara yang disimpan hanya sekali dan boleh digunakan oleh atur cara, apabila perlu." "subseksyen\nbahagian kecil daripada seksyen (dalam undang-undang dan lain-lain)." "subsektor\nbidang (kegiatan dan lain-lain) kecil daripada bidang (kegiatan dan lain-lain) induk, seperti ekonomi:\n~ tanaman dagangan menguasai sektor pertanian keseluruhannya." "subsidi\nbantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu (seperti perbadanan, kumpulan petani, dan lain-lain):\nBP ialah sebuah perbadanan yang mendapat ~ daripada pemerintah pada masa itu;\nbersubsidi\n mendapat atau diberi subsidi:\nbas disediakan dengan tambang yang ~; \n \nmensubsidi\n memberikan subsidi supaya sesuatu lebih rendah harganya:\nsebenarnya kerajaan juga telah ~ harga minyak di negara ini; \npensubsidi\n pihak (orang, badan dan sebagainya) yang memberikan subsidi, pemberi subsidi." "subsidiari\n1.\n (peringkat) yang lebih rendah, kelulusan pada atau lulus sebahagian daripada sesuatu mata pelajaran (dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan):\nmendapat kelulusan peringkat ~ dalam mata pelajaran Ekonominomi; \n2.\n = \nsyarikat ~ \nanak syarikat." "subsistem\nsistem kecil yang membentuk sebahagian daripada sistem yang lebih besar (utama):\ndalam seluruh organisasi yang separuh bersistem itu, terdapat banyak ~." "subskrip\naksara (angka, huruf, pecahan, atau simbol) yang dicetak di suatu sisi aksara lain, dengan kedudukan yang ke bawah sedikit (mis dalam x3, 3 ialah subskrip)." "subsonik\nberupaya bergerak dengan kelajuan yang lebih rendah daripada kelajuan bunyi:\njet ~" "subspesies\nkumpulan taksonomi tumbuhan atau haiwan yang merupakan subbahagian di bawah sesuatu spesies." "substandard\n1.\n lebih rendah daripada standard yang ditetapkan atau yang dikehendaki;\n2.\n berkaitan dengan dialek atau ciri penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa standard (sehinggakan penggunaannya dipandang rendah oleh masyarakat):\npenggunaan dialek dianggap sebagai ~ oleh sesetengah ahli bahasa." "substantif\n1.\n (Undang-undang) berkenaan peruntukan hak dari segi undang-undang (berbeza daripada prosedur undang-undang):\n undang-undang ~ memberikan hak, kewajiban, kebebasan, dan kuasa kepada orang ramai; \n2.\n (Percetakan) berkenaan kerja mengedit aspek isi sesebuah manuskrip." "substantiva\n[Indonesia-Belanda] kata benda, nama." "substesen\npencawang." "substruktur\n(Kejuruteraan) struktur yang mendasari atau menyokong struktur, binaan dan sebagainya." "subtajuk\ntajuk bagi sesuatu pecahan bab atau bibliografi, tajuk kecil." "subtanah\n(Biologi) lapisan tanah yang kurang subur yang terletak di antara bunga tanah dengan batuan induk." "subtropika\nkawasan yang terletak di antara kawasan tropika dengan kawasan beriklim sederhana." "subuh\n1.\n = \nwaktu ~ \nwaktu terbit fajar hingga terbit matahari;\n \nbada ~ \nwaktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh setengah pagi);\n2.\n = \nsembahyang ~ \nsembahyang fardu pada waktu subuh;\n~ buta \n= \n~ sepei \n= \n~ syafii \npagi-pagi benar;\n \n~ gajah \nwaktu sesudah subuh." "subuk\n[Brunei]\n1.\n intai;\n2.\n tilik;\nmenyubuk\n1.\n mengintai;\n2.\n menilik." "subur\n1.\n tumbuh dengan baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat:\nanak getahnya ~ macam anak getah estet; \n2.\n sihat dan berisi (badan):\nanak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yang cukup;\n3.\n banyak mengandungi zat untuk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk:\npertanian menghendaki bukan sahaja tanah yang ~ tetapi juga iklim yang sesuai;\n4.\n berkembang dengan baik, bertambah maju dan besar (luas dan sebagainya), berkembang biak:\nagama Islam pun berkembanglah dengan ~nya di negeri-negeri tersebut;\n5.\n [bahasa percakapan] mudah mendapat rezeki, murah rezeki, senang hidup;\n 6.\n berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dengan benih perempuan):\npuan boleh tentukan waktu ~ dengan menggunakan carta khas;\nmenyubur\n tumbuh dengan subur;\nmenyuburkan\n1.\n menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain):\ndi bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula untuk penanaman getah; \npupuk itu ~ tanaman;\n2\n. memajukan (perniagaan dan lain-lain), membesarkan, memperkembangkan:\n guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pada setengah-setengah murid;\nmempersubur\n menjadikan lebih subur;\nkesuburan\n1.\n perihal subur:\nkerana hawanya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai untuk pokok kopi;\n2\n. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan):\nsuami juga perlu menjalani pemeriksaan ~;\n ketidaksuburan\n keadaan tidak subur;\npenyuburan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyuburkan, pemupukan:\n~ akal;\n penyubur\n sesuatu yang menyuburkan:\nmereka mendekatkan diri pada kebenaran sebagai ~ iman untuk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki." "subversi\nkegiatan (gerakan, usaha, tindakan dan sebagainya) yang bertujuan untuk melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem pemerintahan, politik dan sebagainya yang sedia ada." "subversif\nbertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dan lain-lain, dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit:\nkita hendaklah sentiasa berjaga-jaga mencegah gerakan ~." "subversifisme\nfahaman subversif:\nmemperjuangkan Islam sebagai fundamentalisme juga dikelirukan dan ditonjolkan bersama ciri-ciri militerisme dan ~." "subyek\n[Indonesia] subjek." "subyektif\n[Indonesia] subjektif." "suci\n1.\n bersih (dari segi agama):\nmakanan yang ~; \n2.\n tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh:\norang yang ~;\n3.\n bersifat keagamaan (ketuhanan):\nayat ~; \nKitab S~; \nTanah S~\n Mekah;\n4.\n bersih daripada sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dan lain-lain), murni:\nTuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yang berniat ~ itu; \nhati yang ~;\n5.\n bersih atau bebas (daripada kotoran dan lain-lain):\nwajib baginya menggantikan kembali puasa yang tertinggal itu apabila ~ daripada haid; \n6.\n [sastera lama] tidak kotor (semak), bersih;\nbersuci\n1.\n membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk;\n2.\n membersihkan diri (daripada kekotoran):\n~ daripada najis;\n3.\n hidup suci;\n4.\n [bahasa percakapan] berkhatan, bersunat;\nmenyucikan\n1.\n membersihkan diri (dari segi agama);\n2.\n [sastera lama] membersihkan diri daripada kekotoran (semak samun dan lain-lain):\nmaka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu;\n3.\n membersihkan daripada segala yang keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, menguduskan:\nhari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan;\n4.\n menganggap suci (mulia):\nada orang yang ~ anjing;\nkesucian\n perihal suci;\npersucian\n perihal bersuci;\npenyucian\n perihal menyucikan, pembersihan;\npenyuci\n sesuatu yang digunakan ketika bersuci atau untuk menyucikan sesuatu." "suda\nranjau daripada buluh atau bilah buluh yang diruncingkan (dipasang berkeliling kubu dan lain-lain)." "sudagar\n[bahasa percakapan] saudagar." "sudah\n1.\n telah siap sedia, lengkap, selesai:\nsurat itu pun ~lah; \n2.\n habis, berakhir;\n3.\n = \nsudah-sudah\n telah lalu (lampau):\nbulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang;\n4.\n telah berlaku (terjadi), telah:\ndan lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal lagi dalam sungai;\n5.\n = \nsudahlah\n cukuplah (dengan yang demikian itu), padalah:\n~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi!\n6.\n memang begitu (keadaannya, halnya, dan lain-lain), sememangnya:\nbagaimana boleh kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang; \n7.\n = \nsudahnya, sudah-sudahnya\n akhirnya, kemudiannya:\nyang hidup itu sedia akan mati juga ~nya;\nsesudah, sesudahnya\n setelah sudah, sehabis, selepas, setelah:\n~ minum mereka pun berpisah;\nsesudah-sudah, sesudah-sudahnya\n sehabis-habisnya (melakukan sesuatu), sekehendak hatinya, semahu-mahunya;\nbersudah\n ada sudahnya (akhirnya, penghabisan);\nbersudah-sudah\n telah putus atau habis (persahabatan, perhubungan, keluarga, perkahwinan, dan lain-lain);\nmenyudahi\n1.\n mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dan lain-lain), menghabisi:\nia ~ nasihatnya dengan umpatan; \n2.\n menunaikan (permintaan, keinginan, dan lain-lain), memenuhi;\n3.\n [kiasan] menamatkan riwayat, membunuh;\n \nikhtiar menjalani, untung ~ \n(peribahasa) untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kepada nasib;\nmenyudahkan, mempersudahkan\n1.\n mengerjakan hingga habis (pekerjaan, tugas, dan lain-lain), menyempurnakan, menyiapkan:\nmereka akan berlumba-lumba untuk ~ sesuatu kerja; \n2.\n menjadikan berakhir, menamatkan:\npatik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu; \n3.\n mencari penyelesaian (masalah dan lain-lain), menyelesaikan:\nsalin dan sudahkan kira-kira di bawah ini;\nkesudahan\n1.\n penghabisan, akhir, akibat:\nmaka diceritakannya dari mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; \n2.\n keputusan (daripada sesuatu), kesempurnaan, keselesaian;\n3.\n akhirnya, kemudiannya:\n~nya rumah di kawasan itu habis musnah;\nberkesudahan\n berakhir (dengan), berkeputusan, berakibat:\nRamlah sakit keras, kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~;\nkesudah-sudahan\n akhir-akhirnya, kemudiannya:\nmaka ~ iaitu kelak memberi mudarat kepada nyawa;\npenyudahan\n perihal menyudahkan, penyelesaian, penyempurnaan;\npenyudah\n yang akhir sekali, penutup (percakapan dan lain-lain):\nbarangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pada ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah." "sudang\n[bahasa percakapan] seludang." "sudara\n[bahasa percakapan] saudara." "sudera\n[sastera lama] golongan atau kasta yang terendah (dalam masyarakat Hindu)." "sudi I\n1.\n tidak keberatan (untuk melakukan sesuatu), bersedia, rela:\njikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; \n2.\n suka (akan), berkenan, mahu:\nkalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi dikatanya tidak ~;\nbersudikan\n berkenan akan, suka akan;\nmenyudikan, mempersudikan\n1.\n menjadikan sudi (mahu, suka), memahukan;\n2.\n meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan:\ntamu-tamu dipersudikan masuk; \nsudikanlah masuk ke rumah saya; \n3.\n menarik (memancing) supaya mahu dan lain-lain (melakukan sesuatu);\nkesudian\n perihal sudi, kemahuan, kerelaan." "sudi II\n~ siasat \n[Minangkabau] bertanya-tanya untuk menyelidiki (menyiasat dan lain-lain);\nmenyudi\n memeriksai, menyelidiki, menyiasat." "sudi III\n[Kelantan];\nmenyudi\n mencuba, menguji." "sudip I\nalat seperti sudu (daripada kayu dan lain-lain) untuk mencedok;\n \n~ sepatu \nsejenis alat untuk memudahkan kaki masuk ke dalam kasut;\nmenyudip\n mencedok dengan sudip." "sudip II\n~ bekang\n sejenis lembing yang matanya lebar." "sudip III\nsejenis ikan laut, \nChirocentrus dorab." "sudu I\n1.\n paruh yang lebar (paruh itik dan lain-lain);\n2.\n alat (daripada tempurung, tembikar, logam, dan lain-lain) untuk mencedok gulai dan lain-lain, camca, senduk, alat pencedok (daripada daun pisang dan lain-lain);\n3.\n = \n~ hati \ntulang hulu hati (tulang dada yang di bawah sekali);\nmenyudu\n1.\n mematuk dengan sudu (itik dan lain-lain):\nbunyi hirupannya macam bunyi itik ~; \n2.\n mencedok dengan sudu;\ntersudu\n sudah disudu, dapat disudu;\n \nsudah tidak ~ oleh angsa, baharu diberikan kepada itik \n(peribahasa) barang yang tiada berguna kepada orang kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina)." "sudu II\n= sudu-sudu\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nEuphorbia antiquorum; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nEuphorbia nerifolia;\n~ itik \n[Kedah] sejenis tumbuhan (pokok jenis lembut) yang tumbuh dalam belukar dan boleh dibuat ulam;\n \n~ di tepi" "suduayah\nsejenis tumbuhan (pokok renek yang bunganya boleh dibuat ubat), \nNerium oleander." "suduk\n[Jawa] [arkaik] tikam." "sudung\n1.\n atap (pisang sesikat), kapa-kapa, sengkuap;\n2.\n = \nsudung-sudung\n pondok kecil (di ladang dan lain-lain), dangau, gubuk;\n3.\n [kiasan] rumah (untuk merendahkan diri)." "sudur\nrimbunan daun yang paling atas pada pokok-pokok yang hampir sama tinggi, kanopi." "sudut\n1.\n penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dan lain-lain), ceruk, pojok (rumah dan lain-lain):\nsesudah sembahyang maghrib, sesetengah orang berangkat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; \n2.\n bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yang bertemu:\nsatuan ukuran ~ ialah darjah;\n~ 90; \n3.\n = \nsudutan\n tempat yang terletak jauh, ceruk rantau, pelosok:\nkapal pengangkut tentera dari Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea untuk melakukan pendaratan di Port Moresby;\n4.\n pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan lain-lain), arah pandangan, segi:\nbeliau telah mengkritik mahaguru itu dari ~ agama bukan dari ~ sastera;\n~ bersebelahan \nsudut yang berada di sebelah sudut yang lain;\n \n~ bertentangan \npasangan sudut yang terbentuk oleh sepasang garis yang bersilang, yang terletak di sebelah bertentangan titik persilangan;\n \n~ bucu \nsudut bertentangan;\n \n~ cakah \nsudut yang besarnya lebih daripada 900 tetapi kurang daripada 1800;\n \n~ hati \n= \n~ jantung \nki jantung hati, hati sanubari;\n \n~ lurus \nsudut yang besarnya 1800, seperti yang terbentuk pada garis lurus;\n \n~ mata \nekor (hujung) mata;\n \n~ pelengkap \nsudut yang apabila ditambah dengan sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 900;\n \n~ refleks \nsudut yang besarnya lebih daripada 1800;\n \n~ sama \nsudut-sudut yang sama besarnya dalam sebuah rajah satah;\n \n~ sepadan \nsudut yang sama besar dan sama kedudukannya pada dua segi tiga yang kongruen;\n \n~ tegak \nsudut yang besarnya 900;\n \n~ tirus \nsudut yang besarnya kurang daripada 900;\nmenyudut\n1.\n merupakan sebuah sudut;\n2.\n pergi ke sudut, duduk di sudut." "sueh\n[bahasa percakapan] malang, sial." "suf\n(pakaian daripada) bulu domba." "sufal\n[arkaik] [sastera lama] takik pada busur:\nmaka ditambatkannya pada ~ panah itu tali kail seni." "sufi\n[Arab] = \nahli ~ \nahli ilmu suluk (tasawuf);\n \nilmu ~ \nilmu suluk (tasawuf);\nkesufian\n tingkat pencapaian menjadi ahli sufi:\nrahsia ~." "sufisme\ndoktrin ahli ilmu suluk (tasawuf):\nrubai juga digunakan dalam puisi Melayu untuk menulis tema ~ dan falsafah Islam." "sufistik\nbersifat seperti orang tasawuf:\npuisi-puisi ~ Abdul Hadi W.M." "sufle\nhidangan yang dibuat daripada telur, susu dan lain-lain, dipukul hingga menjadi buih dan dibubuh keju, dan lain-lain lalu dibakar." "sugar I\nmenyugar\n menyikat rambut dengan jari, menggeragas." "sugar II\n(Parsi) gula." "sugesti\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n pendapat yang dikemukakan (untuk dipertimbangkan), anjuran, cadangan, saran;\n2.\n sesuatu (pengaruh dan lain-lain) yang dapat menggerakkkan hati orang dan lain-lain, dorongan, galakan;\n3.\n bayangan, gambaran:\nbarang-barang ini hanya memberi ~ kepada kita tentang kenyataan yang sebenarnya." "sugestif\nmenyarankan tanggapan, idea, fikiran, dan sebagainya tentang sesuatu:\ncaranya mengarang ~, dipaksanya pembaca berfikir sendiri; \nmungkin juga dengan kedudukan set yang tidak ~, beberapa simbol menjadi keliru." "sugi I\n1. = pesugi\n bilah kayu dan lain-lain untuk mencungkil gigi, kayu yang (dititik hujungnya) digunakan sebagai berus gigi;\n2.\n = \n~ landak \n[Minangkabau] duri landak;\n3.\n [Minangkabau] tembakau yang dikemam di dalam mulut, songel:\nibunya meneruskan percakapannya sambil memindah-mindahkan ~nya ke kiri ke kanan;\nbersugi\n1.\n membersihkan (menggosok) gigi dengan sugi:\nKarim membasuh muka, ~, dan kemudian menghadapi sarapannya; \n2.\n mengemam tembakau sambil makan sirih;\nmenyugi\n1.\n menggosok gigi dengan sugi;\n2.\n mencungkil gigi (sumbu lampu yang pendek dan lain-lain):\nibu tua itu meletakkan anyamannya dan ~ sumbu pelita yang sudah kian malap nyalanya; \n3.\n mengemam atau mengulum sugi (ketika makan sirih)." "sugi II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nMischocarpus sumatranus; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nMischocarpus sundaicus." "sugih\n[Jawa] kaya, berada." "suguh\n[Jawa];\nmenyuguhi\n1.\n memberi makanan kepada (tetamu), menjamu, memperjamu:\nia disilakan singgah ke dalam toko dan disuguhi minuman yang mahal dan lazat; \n2.\n [kiasan] mengemukakan (sesuatu) kepada, menonjolkan (sesuatu) kepada;\nmenyuguhkan\n1.\n menyediakan (menghidangkan, menyajikan) makanan:\nsementara pembicaraan itu berlangsung, seorang perajurit Jepun berengsot ~ air teh; \n2.\n [kiasan] menyediakan, memaparkan (karangan dalam akhbar dan lain-lain), mengemukakan atau menonjolkan (sesuatu), memperdengarkan (lagu dan lain-lain):\nsesudah beberapa orang kawan ~ lagunya masing-masing, tibalah giliranku pula; \nhari-hari yang dilaluinya selepas itu lebih banyak ~ kengerian tentang pembunuhan kejam itu;\nsuguhan\n sesuatu yang disuguhkan, hidangan, sajian;\npenyuguhan\n perihal (perbuatan) menyuguhi atau menyuguhkan." "sugul\nmasyanghul, (berasa) dukacita, susah hati;\nkesugulan\n kemasyanghulan, perasaan dukacita, kesusahan hati." "sugun I\n~ hantu \nkusut benar (rambut), tidak rapi;\nmenyugun, menyugunkan\n menarik rambut (dan menghelakan kepalanya);\n \ndisugun hantu \nkusut benar (rambut)." "sugun II\n[Terengganu] tersungkum." "suh\npanas badan;\n suhu." "suhad\n[sastera lama] tidak dapat tidur." "Suhakam\nakronim bagi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (badan bebas yang memperjuangkan hak asasi manusia)." "suhian\n[Cina] rumah tempat bersenang-senang (rumah pelacuran dan lain-lain)." "suhu\npanas sejuknya sesuatu benda (badan, hawa, dan lain-lain);\n \n~ bilik \nsuhu normal dalam sesebuah bilik, biasanya pada sekitar 200C." "suhuf\n[Arab] (jamak bagi sahifah)\n1.\n kitab suci (yang diturunkan oleh Tuhan kepada beberapa orang rasul);\n2.\n lembaran yang bertulis, halaman (buku);\n sahifah." "suhun\nsekar ~ \nsejenis kalung emas." "sui generis\n(Latin) tersendiri, unggul:\nDurkheim menegaskan bahawa fakta sosial adalah ~;" "suing\n[bahasa percakapan] memukul (dengan menghayunkan tangan), menumbuk." "suir I\nlangsuir." "suir II\n[bahasa percakapan] sial, celaka, sueh." "suis\nalat penghubung atau pemutus litar elektrik, alat (yang dipetik) untuk menyalakan atau memadamkan lampu elektrik;\n \n~ lampu \npemetik lampu;\npensuisan\n proses atau kaedah memasang suis sesuatu:\nlitar ~." "suit\nbunyi seperti bunyi wisel (orang bersiul dan lain-lain);\nbersuit\n mengadakan bunyi seperti wisel, bersiul;\nsuitan\n siulan." "sujana\n[sastera lama] orang yang baik budi (bijaksana, mulia, pandai)." "sujen\n[Jawa] (lidi dan lain-lain) pencucuk sate." "suji I\n= sujian\n sejenis jahitan (untuk membuat bunga pada kain), sulam, tekat;\nbersuji\n yang disuji, bersulam, bertekat;\nmenyuji\n menyulam, menekat:\ndalam keagungan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi, teknik menyulam atau ~ benang emas telah dihasilkan oleh tukang tempatan untuk hiasan peterana dan pakaian raja." "suji II\nsejenis tepung yang kasar." "suji III\n1.\n sejenis ikan laut, \nTetrapferus brevirostris; \n2.\n sejenis ikan laut, \nMakaira indica." "sujud\n[Arab]\n1.\n berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai dalam sembahyang dan lain-lain:\nperbuatan rukuk dan ~ itu merupakan penghormatan daripada seorang hamba kepada Allah; \n2.\n = \nsembah ~ \nmemberi hormat dengan bertelut sambil menundukkan kepala ke tanah (kpada raja, orang yang ditakuti, dan lain-lain):\nia ~ pada kaki baginda dengan takutnya; \n3.\n [kiasan] menghormati akan, patuh kepada:\nhabis, dia tak ~ pada agama Islam sebelum mati?;\n~ sahwi \nsujud sebanyak dua kali yang sunat dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum salam kerana terlupa melakukan perbuatan seperti membaca doa qunut, tahiyat awal dan ragu tentang bilangan rakaat;\nbersujud\n melakukan sujud:\ningin ia cepat-cepat ~ menyembah di hadapannya;\ntersujud\n duduk membongkok seperti bersujud." "suka\n1.\n perasaan girang dalam hati:\nmaka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu; \n2.\n girang hati, senang hati:\nsemua orang ~ melihat mereka berbahagia; \n3.\n mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi:\naku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; \n4.\n gemar akan:\norang di sini tidak ~ memakan daging; \n5.\n setuju (dengan), cocok, sesuai:\nayahku tidak ~ duduk di sini; \n6.\n kehendak (kemahuan) hati:\nmahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air; \n7.\n menaruh kasih (kepada), cinta (akan), sayang (akan):\ndia tidak ~ pada budak-budak; \n8.\n berkenan akan, mahu akan:\naku tak ~ engkau mengganggu mereka; \n9.\n mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali:\nkereta ini ~ rosak;~ hati \na\n)\n girang (senang) hati, sukacita;\n b) kehendak (kemahuan) hati;\n \n~ ramai \n(yang) digemari ramai, popular:\nlagu-lagu (majalah-majalah) ~ ramai;\n~ duka \nkegembiraan dan kesedihan;\nsesuka\n = \n~ hati =" "suka ria\nriang gembira, girang hati, suka hati;\nbersuka ria\n bersuka-suka, bergembira, bergirang-girang:\norang ramai juga turut ~." "sukacita\nsenang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan:\nkanak-kanak yang pandai akan berasa ~; \nmereka dengan ~ mengambil peluang ini;\nbersukacita\n bergirang (bersenang) hati, beriang hati, bergembira:\nsampaikan aku ke karang cinta, di sanalah tempat ~;\nmenyukacitakan\n menyebabkan jadi sukacita, menjadikan sukacita, menggirangkan, menggembirakan:\nRasulullah sentiasa mencari jalan yang ~nya." "sukai\nsejenis tumbuhan (pokok), medang air (hitam, keladi, lebar daun, sangkak), \nNothaphoebe panduriformis." "sukamandi\n[Jakarta] sejenis kain belacu (berwarna hitam dan lain-lain)." "sukan I\nsegala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga ( seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dan lain-lain) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan, dan lain-lain);\n~ lapangan \naktiviti sukan yang dilakukan di lapangan, misalnya memancing, menembak dan memburu;\n \n~ laut \nacara-acara sukan yang berlangsung (dipertandingkan) di laut (seperti perlumbaan perahu dan lain-lain);\n \nS~ Olimpik \nsukan sedunia yang diadakan empat tahun sekali;\n \nahli ~\n orang yang giat bermain dalam sukan;\nbersukan\n melakukan atau menyertai aktiviti sukan:\nAndy sering mengajaknya ~ di kawasan itu;\nkesukanan\n perihal sukan:\nsemangat ~." "sukan II\nsejenis tumbuhan (herba), \nColeus amboinicus." "sukaneka\nsukan yang pelbagai jenis." "sukar\n1.\n tidak mudah (senang), payah, sulit, susah:\nperkara yang ~; \nsangat ~ membuat pekerjaan ini; \n2.\n [sastera lama] serba kekurangan, daif, miskin:\nmereka hidup dalam ~; \n3.\n tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk:\npenyakitnya terlalu ~; \n4.\n tidak mudah mendapat, jarang ada:\nwang ~ pada masa ini;\nmahal dibeli, ~ dicari\n (peribahasa) sesuatu yang terlalu sukar diperoleh;\n \norang ~ baharu kaya \n(peribahasa) orang yang hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan);\nmenyukarkan\n menjadikan sukar, menyulitkan, menyusahkan:\nmeningkatnya harga barang modal hasil industri negara yang telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yang kurang maju;\nmempersukar\n menjadikan lebih sukar;\nkesukaran\n1.\n perihal sukar, kesulitan, kesusahan:\n~nya makin bertambah; \n2.\n menderita susah (kemiskinan):\nmereka selalu dalam ~." "sukarela\n= \ndengan (secara) ~\n dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah, dengan rela hati:\nmereka dengan ~ membantu petani-petani; \npekerja ~\n pekerja yang tidak digaji atau diupah;\nbersukarela\n dengan sukarela (melakukan sesuatu):\nmereka telah ~ membuat karangan bunga untuk diletakkan di tugu peringatan perang;\n kesukarelaan\n sikap sukarela:\nsistem kredit itu dapat menambahkan semangat ~." "sukarelawan\norang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela:\n~ yang ingin memberikan khidmat mereka kepada golongan ini tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu;\n kesukarelawanan\n segala hal (sifat, kegiatan dan sebagainya) yang berkaitan dengan sukarelawan:\nsemangat ~ sudah mendarah daging dalam dirinya; \nmajlis pelancaran pertandingan menulis esei ~ peringkat kebangsaan." "sukarelawati\norang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela." "sukat I\n1.\n takaran yang besarnya empat gantang;\n2.\n = \nsukatan\n ukuran (panjang, luas, dan isi padu);\n3.\n [bahasa percakapan] = \nmenyukat\n mengukur (menakar dan lain-lain);\n \ntukang ~ \n[bahasa percakapan] orang yang mengukur tanah;\n \nyang se~ tak akan jadi segantang \n(peribahasa) untung nasib tidak dapat diubah-ubah;\nbersukat\n1.\n mengukur (menakar) dengan sukat;\n2.\n diukur (dikira) dengan satuan tertentu:\nmakanan itu ~ betul-betul;\n~ dengan rah \n[sastera lama] membunuh orang;\n~ darah, bertimbang daging \n(peribahasa) berlawan bermati-matian;\n \ntelah penuh sebagai ~ \n(peribahasa) sudah habis kesabarannya;\nmenyukat\n1.\n mengukur dengan sukat;\n2.\n mengukur (panjang, luas, isi):\nselepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah;\nsukatan\n1.\n satuan yang digunakan untuk menyukat, ukuran:\nberapakah luasnya dalam ~ hektar?; \nsebuntukan isinya dalam ~ liter; \n2.\n sesuatu hasil daripada menyukat (setelah disukat), catuan:\ndi bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yang memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori;\n3.\n sesuatu yang digunakan untuk menyukat (menentukan, menilai, dan lain-lain):\nsudut itu diukur dengan ~ darjah;\n~ pelajaran \nbutir-butir ringkas daripada mata pelajaran yang diberikan (di sekolah dan lain-lain);\npenyukatan\n perbuatan menyukat;\npenyukat\n1.\n alat yang digunakan untuk menyukat (mengukur dan lain-lain):\n~ suhu; \n2.\n orang yang menyukat." "sukat II\n[sastera lama] asalkan, jikalau, kalau:\n~ aku buraikan perutnya barulah puas hatiku." "sukduf\ntempat duduk di atas belakang unta." "suki\n[Minangkabau] cukup banyaknya (makanan), limpah mewah." "sukiyaki\nsejenis masakan Jepun daripada hirisan daging yang digoreng cepat-cepat dengan sayur-sayuran dan sos." "sukma\n[sastera lama] jiwa, nyawa:\nia menahan gelora sedih pilu ~nya." "sukrase\n(Biologi) enzim yang menghidrolisis sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa." "sukrosa\n(Kimia) gula yang banyak terdapat dalam tebu." "sukses\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n hasil daripada sesuatu (kegiatan, usaha, dan lain-lain), terhasilnya (sesuatu), kejayaan:\napabila bung menulis buku dan saya menerbitkannya, kita berdua akan mendapat ~ yang luar biasa; \n2.\n mendapat kejayaan (kerana melakukan sesuatu), berhasil, berjaya, beruntung:\nayah ~ dalam membela perkara Si Ali yang dituduh menerima rasuah itu." "suku\n1.\n [sastera lama] kaki;\n \n~ lembu \nkaki lembu;\n2.\n tiga bulan;\n3.\n [Kedah], [Perlis] seperempat ringgit (25 sen);\n4.\n [Indonesia] setengah rupiah;\n5.\n = \n~ emas \nsejenis wang emas yang digunakan juga sebagai ukuran berat emas;\n6.\n sebahagian daripada, bahagian;\n \n~ kata \nsatuan bunyi yang diucapkan sekali dalam sesuatu kata, bahagian kata;\n7.\n satu daripada empat bahagian, seperempat (dalam matematik);\n8.\n = \nsuku-sakat\n; \n9.\n [Minangkabau], [Negeri Sembilan] golongan orang yang seketurunan (daripada sebelah ibu), kaum keluarga yang seketurunan (daripada sebelah ibu):\nmaka menyembahlah penghulu yang empat ~ serta lembaga yang dua belas ~; \n10.\n = \n~ bangsa \ngolongan bangsa yang menjadi bahagian kepada bangsa yang besar:\nmereka ialah orang asli daripada Kacir dan ~ Shan;\n~ Jawa; \n11.\n [Kelantan], [Pahang], [Terengganu] terpisah, berasingan;\n \nduduk ~ \nduduk berasingan (di rumah dan lain-lain);\n~ abad \ndua puluh lima tahun;\n \n~ batu \nseperempat batu yang bersamaan dengan 440 ela atau 402 meter;\n \n~ jam \nlima belas minit;\n \n~ kalimat \nbahagian daripada sesuatu kalimat;\n \n~\n \ntahun\n tiga bulan dalam setahun;\n \n~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih \n(peribahasa) orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semuanya);\n \ndekat mencari ~, jauh mencari hindu \n(peribahasa) mencari pertalian keluarga, menyusur-galur;\nbersuku\n1.\n [sastera lama] berkaki;\n2.\n mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian;\n3.\n berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dalam salah satu suku;\n \ntidak ~ \na) tidak termasuk dalam sesuatu suku;\n b) tidak tahu adat, biadab;\nbersuku-suku\n berkelompok (berkumpul dan lain-lain) mengikut suku masing-masing, berkelompok-kelompok, berpuak-puak:\nmereka hidup dengan ~ atau berpuak-puak;\nsukuan\n1.\n (Matematik) bahagian yang besarnya suku daripada bulatan;\n2.\n menunjukkan atau mengandungi unsur-unsur (ciri-ciri dan sebagainya) yang berkaitan dengan sesuatu suku bangsa, yang ada kaitannya atau hubungannya dengan sesuatu suku bangsa:\nbahasa ~; \nsastera ~;\nkesukuan\n perihal suku, bersifat suku:\nkadangkala kita terbaca puji-pujian yang ditujukan khas kepada orang Bugis, sekali lagi menunjukkan sikap ~nya;\npersukuan\n perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut suku, adat bersuku-suku:\nakan ditegakkan rumah untuk isteri di atas tanah kepunyaan ~ sendiri;\nsepersukuan\n sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan:\nyang seorang mengatakan Leman adalah ~, yang lain mengatakan bertali darah." "suku-sakat\ngolongan orang yang seketerunan;\nbersuku-sakat\n mempunyai suku-sakat, mempunyai hubungan suku-sakat." "sukubanyak\n[arkaik] polinomial." "sukudua\n[arkaik] binomial." "sukulen\n(Biologi) mempunyai batang dan daun tebal yang mengandungi banyak air:\ntumbuh-tumbuhan ~." "sukulometer\nsejenis alat untuk mengukur banyaknya jus dalam buah, daun atau batang tumbuhan." "sukun I\n[Jawa] tidak bergigi, rompong." "sukun II\nsejenis tumbuhan (pokok), kulur, \nArtocarpus incisus." "sukutiga\n[arkaik] trinomial." "sula\n1. = penyula, sulaan\n sejenis pancang yang runcing lagi tajam hujungnya (untuk mengopek kelapa, menghukum orang, dan lain-lain);\n2.\n = \nhukum ~ \n= \nhukuman ~ \nhukuman bunuh dengan menikam dari dubur hingga ke perut dengan sula:\nkedua-dua orang yang melakukan durjana itu kemudian dihukum ~;\n~ laut \nsakit perut dengan cirit-birit;\nmenyula\n1.\n mengopek buah kelapa dengan sula:\n~ kelapa; \n2.\n = \nmenyulakan\n menikam daripada dubur hingga ke perut dengan sula, membunuh dengan sula:\nbeberapa orang ketua mereka disula tetapi yang lain diampunkan." "sulah\n1.\n berdahi luas:\nyang lelaki sederhana besar badannya, separuh umur, dan ~ kepalanya; \n2.\n botak, gondol;\n \nbangau ~ \nsejenis bangau yang botak kepalanya;\n \ngunung ~ \ngunung yang gondol;\n \nlada ~\n lada putih." "sulak\n[Kelantan];\nmenyulak\n menanam semula (untuk menggantikan tanaman yang telah mati)." "sulalah, sulalat\n[Arab] keturunan keluarga, asal usul, susur galur;\n \nSulalatus Salatin \nasal usul raja-raja (tajuk buku)." "sulam I\njahitan pada kain (sebagai bunga), suji, tekat:\nsapu tangan yang cantik dan banyak ~nya;\n~ padu \nsejenis jahitan yang berselari dan rapat-rapat;\nbersulam\n bersuji atau bertekat dengan:\nbantal peluknya ~ dengan gambar rama-rama besar;\nbersulamkan\n bersulam dengan:\nbantal baldu ~ benang emas;\nmenyulam\n menjahit sulam, menekat, menyuji:\nAini sedang ~ kain alas meja ketika sahabatnya datang;\nsulam-menyulam\n pekerjaan menyulam;\nsulaman\n hasil daripada menyulam, sujian, tekatan:\ndiangkatnya barang ~ isterinya;\n penyulaman\n perihal menyulam." "sulam II\nmenyulam\n \n1.\n mengganti tanaman yang mati dengan yang baru, menyilih:\nbenih yang baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yang tidak tumbuh disulam lagi; \n2.\n [kiasan] menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dan lain-lain) dengan yang lain, menyelitkan sesuatu dengan yang lain (biasanya untuk mengindahkan, menyeronokkan, dan lain-lain):\ndia begitu pandai ~ ceritanya dengan hal yang lucu-lucu;\nmenyulami\n [kiasan] menyelang dengan, menyelingi:\ndalam sesuatu pelajaran hendaklah guru ~ percakapannya dengan memberikan kerja yang senang-senang; \ncerita-cerita ini memberi peluang untuk disulami dengan tarian;\nsulaman\n [kiasan] sesuatu yang diselingi, selingan:\nsegala adunan dan ~ yang terkandung dalam cerita ini dapat memuaskan selera." "sulang I\nbersulang, bersulang-sulangan, sulang-menyulang\n \n1.\n saling memberikan minuman (makanan dan lain-lain):\nminum sulang-menyulang; \n2.\n beradu paruh (burung dan lain-lain), berlaga;\nmenyulang, menyulangi\n memberi minuman dan lain-lain, mengajak minum;\nmenyulangkan\n memberikan minuman dan lain-lain." "sulang II\n= \n~ asap \ncelaga (jelaga) asap." "sulang III\n[Brunei]\n1.\n sejenis bekas tembaga untuk menyimpan air;\n2.\n sejenis bekas tembikar untuk menyimpan minyak kemenyan." "sulap I\n= sulapan\n permainan silap mata, sunglap;\ntukang ~ \norang yang bermain sulap;\n \nmain ~ \n= \nbermain ~ \nmemberi pertunjukan silap mata;\nbersulap\n main sulap;\nmenyulap\n1.\n bermain sulap, bermain silap mata;\n<" "sulap III\n[Brunei] pondok (biasanya didirikan di sawah dan lain-lain) yang digunakan untuk sementara sahaja." "sulap IV\n[Kelantan];\nmenyulap\n mengganti atap yang tua dengan yang baru." "sulat\n~-salit \ntidak tersusun rapi (gigi), jerongkah." "sulfat\n(Kimia) garam atau ester asid sulfurik." "sulfida\n(Kimia) sebatian sulfur dengan unsur logam." "sulfit\n(Kimia) garam atau ester asid sulfurus." "sulfur\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam, belerang;\n \n~ dioksida \n(Kimia) sejenis gas yang tidak berwarna (terdapat apabila sulfur terbakar dalam udara)." "sulfurik\nasid ~ \n(Kimia) sejenis cecair tidak berwarna, sangat mengakis, larut dalam air, dan digunakan untuk membuat bahan letupan, baja, dan penghasilan asid lain." "suli I\n(Sunda) [sastera lama] cucu, anak cucu:\n~ku nyawa nenenda." "suli II\ngandasuli." "sulih\n[Jawa] ganti, pengganti, wakil;\nmenyulih, menyulihi\n mengganti, mewakili." "suling I\n1.\n sejenis serunai, bangsi, salung, seruling:\nmemetik kecapi dan meniup ~ pada waktu malam; \n2.\n = \n~ kapal (kereta api) \npeluit (wisel) untuk memberi semboyan (pada kapal, kereta api);\nmeniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah \n(peribahasa) lain yang dihajati, lain yang diperoleh;\nmenyuling\n meniup suling:\nPanji ~ Sri menari." "suling II\n1. = sulingan\n cairan yang diperoleh daripada wap (sesuatu yang direbus, dikukus, dan lain-lain);\n \nair ~\n = \nair sulingan \nair daripada wap air yang disejukkan;\n2.\n [Brunei] alat daripada tanah liat untuk mendapatkan suling;\nmenyuling\n mengewapkan sesuatu (minyak dan lain-lain) dan kemudian menyejukkannya hingga menjadi cairan, membuat wap jadi cairan:\ndi negeri Arab, air minum disuling daripada air laut;\nsulingan\n cairan yang diperoleh dengan cara menyuling, suling;\npenyulingan\n perbuatan menyuling;\n~ berperingkat \n(Kimia) penyulingan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai pelbagai takat didih yang berbeza (dengan menggunakan turus pemeringkatan);\n \n~ stim \n(Kimia) penyulingan yang dilaksanakan dengan melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap untuk mengasingkannya daripada bahan yang tidak meruap;\npenyuling\n alat untuk menyuling." "suling III\n[Minangkabau] kepala ke bawah dan kaki (buntut dan lain-lain) ke atas, jungkir, tunggang;\n \n~-daling \n= \n~-paling \ntunggang-langgang, tunggang-balik;\nmenyulingkan\n meletakkan kepala ke bawah dan kaki ke atas, membalikkan, menjungkirkan, menunggangkan;\ntersuling\n terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), tertunggang." "suling IV\n[Kelantan];\nmenyuling\n menggigit serta menarik (atau mengoyak) dengan gigi." "sulit\n1.\n dirahsiakan, tersembunyi, rahsia:\nsegala perkara yang didapati daripada penyiasatan itu dianggap sebagai perkara ~; \n2.\n tidak terang-terangan, tersembunyi, gelap:\npembunuhan itu terjadi dengan pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; \n3.\n gelap (perkumpulan dan lain-lain), haram;\n \nkumpulan ~ \nkumpulan penjahat (secara gelap);\n \npasar ~ \npasar haram (di sisi undang-undang);\n4.\n jarang terdapat atau diketemui, susah dicari;\n \nperkataan yang ~-~ \nperkataan yang jarang-jarang ditemui;\n5.\n sukar, payah, susah:\npertanyaan itu ~ untuk dijawab; \n6.\n sukar, gawat, rumit, ruwet:\nperkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dalam sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur;\nmenyulitkan\n1.\n menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan:\nsoal wang selalu ~; \n2.\n menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan;\nmempersulit\n menjadikan lebih sulit;\nkesulitan\n perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan:\nsaudara harus berani menghadapi segala ~;\n~ wang \nkesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang." "suloi\nsejenis tumbuhan (paku-pakis), \nCyclophorus acrostichoides." "sultan\n[Arab] raja (yang memerintah):\nS~ Pahang; \nS~ Perak; \nnafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati \n= \nberaja di mata bersultan di hati \n(peribahasa) melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain);\nkesultanan\n1.\n kawasan (wilayah) yang diperintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan);\n2.\n istana sultan;\n3.\n kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau pemerintahan sultan:\nmakyung terus-menerus mendapat semacam naungan dari istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri." "sultana\nsejenis kismis daripada anggur berwarna hijau jernih, yang biasanya digunakan dalam membuat kek, puding dan sebagainya:\nkek ~." "sultanah\n[Arab] raja perempuan, tengku ampuan, permaisuri." "sultanat\n[Arab] kerajaan (di bawah seorang sultan), kesultanan." "sultani\n[Arab] perihal sultan, kesultanan." "sulu I\n[arkaik] \nsuluh I." "Sulu II\nsuku kaum peribumi yang berasal dari Kepulauan Sulu, Filipina." "sulub\nsalbi." "suluh I\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk menerangi (daun kelapa kering yang dibakar dan lain-lain), jamung, obor:\ndi sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip; \nlampu ~ \nsejenis lampu yang menggunakan bateri, lampu picit;\n2.\n = \npenyuluh\n [sastera lama] orang yang mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik;\nbersuluh\n menggunakan suluh (untuk menerangi):\nsudah terang lagi ~;\nbersuluhkan\n menggunakan (sesuatu) sebagai suluh;\n \n~ bulan \ntidur di bawah langit (tidak berumah);\nbagai ~ tengah hari \n(peribahasa)\na) = \nlagi terang lagi bersuluh \nperkara yang sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum);\n b) mensia-siakan wang (tenaga dan lain-lain);\n \nbukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari \n(peribahasa) sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dan lain-lain);\nmenyuluh, menyuluhi\n1.\n menerangi dengan suluh:\nsinar neon yang benderang ~ sekitar bandar raya itu; \ndi bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil untuk ~ jalan keluar; \n2.\n mencari ikan (berburu dan lain-lain) dengan suluh:\n~ burung; \n3.\n mencari-cari rahsia (keterangan dan lain-lain), menyelidiki, merisik:\nkawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yang dikatakan sedang bergerak ke utara Tanah Melayu;\n4.\n [kiasan] menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk:\n~ manusia supaya mengikuti jalan yang benar;\npenyuluhan\n1.\n perihal menyuluh (mengintip, mengintai, dan lain-lain), pengintaian, penyelidikan;\n2.\n [kiasan] penerangan;\npenyuluh\n1.\n orang yang tugasnya mencari rahsia, pengintip, perisik, suluh:\nia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; \n2.\n [kiasan] pemberi penerangan (petunjuk dan lain-lain):\nibu memberi pelajaran untuk ~ kehidupanmu." "suluh II\nakar ~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar montek (serepat), \nUrceola torulosa." "suluk I\n1.\n jalan ke arah atau untuk mencapai kesempurnaan batin, mistik, tarekat, tasawuf;\n \nilmu ~ \nilmu untuk mencapai kesempurnaan batin, ilmu tasawuf;\n \nahli ~ \nahli tasawuf;\n2.\n pengasingan diri, khalwat;\n \nmasuk ~ \n= \nbersuluk;\nbersuluk\n mengasingkan diri, berkhalwat (untuk bertafakur, menenangkan fikiran, dan lain-lain)." "suluk II\n[Jawa] sejenis nyanyian (dalam pertunjukan wayang)." "Suluk III\nsuku kaum peribumi yang tinggal di pesisiran pantai timur Sabah, terutamanya di daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna." "sulung I\nyang terdahulu (mula-mula sekali), yang tertua;\nanak ~ \nanak yang pertama (tertua);\n \nbahasa ~ \nperkataan kanak-kanak (ketika mulai bercakap);\n \nbuah ~ \nbuah yang pertama (daripada pohon);\n \ngigi ~ \ngigi yang mula-mula tumbuh." "sulung II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nGynochthodes sublanceolata." "sulup I\nsejenis perahu;\nselup." "sulup II\n[Brunei] tempat berteduh (di tepi jalan dan lain-lain), pondok." "sulur I\n1.\n pucuk ranting daripada tumbuhan yang melata atau melilit, carang, julai;\n2.\n akar yang tumbuh daripada cabang dan lain-lain (pokok beringin, ara, dan lain-lain);\n3.\n (Biologi) tunas yang menjulur (daripada tumbuhan seperti bawang dan lain-lain);\n4.\n [Indonesia] garisan (dawai dan lain-lain) yang berlingkar-lingkar seperti spring;\n \n~ batang \nberbentuk melingkar-lingkar seperti spring;\n~ bayung\n sejenis ukiran yang berupa tunas (pada bumbung dan lain-lain);\n \n~-bulur\na) berbelit-belit tidak keruan;\n b) tidak menentu (percakapan dan lain-lain);\n \n~ paut\n sejenis julai yang tidak berdaun daripada beberapa jenis tumbuhan (untuk berpegang atau berpaut pada batang lain);\n \n~ tiang \nsambungan pada puncak tiang;\nbersulur\n ada sulurnya, tumbuh sulurnya;\nmenyulur\n keluar memanjang (tunas daripada beberapa jenis tumbuhan), menjalar, menjulur;\nsulur-suluran\n tumbuh-tumbuhan yang menjalar (rotan, sirih, dan lain-lain)." "sulur II\n[sastera lama] penyuluh, perisik;\nsuluh I." "sulur III\n[Perlis] alas sirih untuk pengantin." "sulut\n[Jakarta];\nmenyulut\n memasang api, menyalakan:\norang itu memberikan sebatang rokok yang kemudian disulutnya;\nsundut III." "sum\n[sastera lama] = \nperahu ~ \nsejenis perahu (kapal) Siam." "sumazau\nsejenis tarian tradisional kaum Kadazan di Sabah." "sumba\n[Kedah] duri atau serpihan kayu yang tajam." "sumbang I\n1.\n tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dan lain-lain), melanggar adat, tidak sopan:\ndia telah melakukan sesuatu yang ~ pada mata dan pengertian masyarakat kampung; \nkalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidakkah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; \nanak ~\n anak luar nikah, anak haram;\n2.\n salah atau silap (sesuatu perbuatan dan lain-lain), keliru;\n \nlangkah ~ \ntersilap langkahnya (dalam silat);\n \ntegak ~\n terkeliru tegaknya (dalam silat);\n3.\n tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dan lain-lain), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember;\n \nsuara ~ \na) suara yang tidak sedap didengar, sember;\n b) [kiasan] percakapan bermusuh-musuhan;\n~ balai melintang \nberzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini (pada agama atau adat);\n \n~ kadim \nbermukah dengan keluarga yang rapat;\n \n~ kelakuannya \nburuk lagi keji kelakuannya;\n ~ langkah \na) = \nlangkah ~ \ntersilap langkah (dalam silat);\n b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan);\n \n~ mahram \nperlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota terdekat dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya;\n \n~ melangsi \nlebih tinggi daripada yang seharusnya (nada suara);\n \n~ pati\n [sastera lama] bermukah dengan saudara sendiri;\n \n~ salah\n melakukan zina;\nmenyumbangkan\n;\n \n~ langkah \na) sengaja membuat langkah sumbang dalam silat (untuk mengumpan lawan);\n b) melakukan sesuatu yang bertentangan dengan adat, melanggar adat;\nmenyumbang-nyumbangkan\n memburuk-burukkan atau menghina-hinakan orang (dengan menuduhnya melakukan perbuatan sumbang):\norang lain sudah biasa ~ Hanafi dengan nona pos itu;\nkesumbangan\n perihal sumbang (berkenaan (dengan) perbuatan dan lain-lain), keadaan dan sebagainya sumbang." "sumbang II\n~ saran \nperbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya.\nmenyumbang\n1.\n memberikan sesuatu kepada orang yang mengadakan keramaian (sebagai bantuan, sokongan), memberi solok:\nbanyak orang yang ~ ketika ia mengadakan kenduri; \n2.\n turut membantu atau menyokong (dengan tenaga, wang, dan lain-lain):\nmereka ~ ke arah penubuhan Universiti Kebangsaan dengan masa dan tenaga;\nmenyumbangkan\n memberikan sesuatu (tenaga, wang, dan lain-lain) sebagai sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan):\nbeberapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dalam gerakan gerila melawan Jepun; \nnamun Islamlah yang ~ ciri-ciri yang dominan dalam kebudayaan Islam;\nsumbangan\n1.\n sesuatu yang diberikan sebagai bantuan (kpada keramaian dan lain-lain);\n2.\n bantuan atau pertolongan yang diberikan, sokongan:\nmahasiswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kepada tanah air; \nsenarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah memberi ~ yang besar terhadap kajian cerita rakyat;\npenyumbangan\n perihal memberikan sumbangan;\npenyumbang\n orang yang memberikan sumbangan, orang yang menyumbang." "sumbangsih\nsesuatu (tenaga, wang, dan lain-lain) yang diberikan sebagai bantuan, sokongan, sumbangan." "sumbar\n[Jawa];\nbersumbar, menyumbar\n bercakap besar, menyombong:\nmereka sama ~ sahut-menyahut." "sumbat\n= penyumbat\n sesuatu yang digunakan untuk menutup lubang (liang, mulut botol, dan lain-lain), pemalam, penutup;\n \n~ botol \npenutup botol (daripada gabus dan lain-lain);\nmenyumbat\n1.\n menutup (lubang, liang, mulut botol, dan lain-lain) dengan sumbat, menyumpal:\n~ telinga dengan kapas; \n2.\n memasukkan sesuatu (padat-padat) ke dalam, mengisi:\nmereka sedang ~ guni-guni tadi dengan barang-barang itu;\nmenyumbatkan\n1.\n menggunakan sesuatu untuk menyumbat:\ndicari kayu hendak disumbatkan pada lubang itu; \n2.\n memasukkan sesuatu ke dalam, mengisikan:\nbapanya sedang diikat dan kemudian disumbatkan ke dalam guni;\ntersumbat\n1.\n tertutup (dengan sumbat dan lain-lain), tersumpal:\nrongga-rongga ini ~ dengan biji-biji gabus; \n2.\n terisi, termasuk:\nnasi yang ~ dalam mulutnya menyebabkan dia membisu; \n3.\n seolah-olah tertutup atau tersekat kerongkongan (kerana termengkelan dan lain-lain);\nsumbatan\n hal tersumbat (tertutup atau tersumpal):\ngejala yang terakhir ini merupakan tanda bahawa radang sudah mengakibatkan bengkak dan ~ pada saluran nafas;\n~ salur itu memerlukan suatu rawatan yang khusus." "sumbel\nsongsang ~ \n[Jakarta] pontang-panting, jungkir-balik, tunggang-langgang." "sumber\n1.\n mata air, perigi, sumur;\n \n~ minyak \ntelaga minyak;\n2.\n asal, mula, punca:\ncukai eksport merupakan ~ kewangan negara yang penting; \nbahasa ~ sesuatu perkataan \nbahasa asal sesuatu perkataan (yang telah menyerap ke dalam bahasa yang lain);\nbersumber\n berasas (pada), bersandar (pada):\nkonsep sejarah ~ pada peristiwa-peristiwa yang berunsurkan kebenaran hakiki;\nbersumberkan\n mempunyai sesuatu sebagai sumber:\nbuku yang ditulis ~ falsafah Yunani; \nkita tidak dapat menafikan lagi bahawa undang-undang akhlak yang semulia-mulianya haruslah ~ al-Quran dan Sunah." "sumbi I\nsejenis kayu peregang kain (pada alat tenun)." "sumbi II\n= \ngigi ~ \na) gigi yang ditampal;\n b) gigi tambahan atau buatan (biasanya diselit di celah-celah gigi yang jarang):\nempat pasang ~ emas terserlah di antara dua bibirnya;\n bersumbi\n memakai atau mempunyai sumbi:\ndia ~ emas;\nmenyum" "sumbing\n1.\n serpih pada tepi (pinggan mangkuk dan lain-lain), rompes sedikit pada bahagian yang tajam (mata pisau dan lain-lain), sompek:\npahat itu hendaklah cukup keras supaya tidak mudah ~ matanya; \n2.\n cabik yang dalam (bibir dan lain-lain), terbelah:\nalangkah baik berbini ~, sungguh marah tertawa juga; \n3.\n [kiasan] dibuat-buat (ketawa, senyum, dan lain-lain):\nkemudian ia tertawa ~ mengejek;\n~ melalui, retak melampaui garis\n (peribahasa) kesalahan yang amat besar;\n \n~ menitik patah mengimpal \n(peribahasa) barang yang dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki;\nmenyumbingkan\n menyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir pinggan, mata parang dan sebagainya):\ncara membasuh yang kasar boleh ~ pinggan dan cawan kaca yang dibasuh itu." "sumbu I\n1.\n kain (benang, kapas, dan lain-lain) pada lampu yang dinyalakan, benang dan lain-lain dalam lilin:\nanak mancis itu lambat-lambat dicucuk ke ~ pelita; \n2.\n tali api-api (pada mercun, meriam kuno, dan lain-lain), murang, tunam:\n~ meriam;\nmenyumbui\n1.\n memasang sumbu pada, memberi bersumbu;\n2.\n [kiasan] mengapi-apikan (supaya orang marah dan lain-lain);\npersumbuan\n lubang tempat sumbu (pada meriam kuno)." "sumbu II\n1.\n gandar roda;\n2.\n garisan lurus dari kutub utara terus ke kutub selatan, paku alam." "sumbu III\n= \n~ badak \ncula badak;\n \nbadak ~ \nsejenis badak yang besar culanya, \nRhinoceros sondaicus." "sumbu IV\nsejenis ikan laut, \nLactarius lactarius." "sumbuk\n[sastera lama] sejenis perahu." "sumbul I\n[Jawa] sejenis bakul yang bertutup." "sumbul II\n[Minangkabau] sembul." "sumbur\n[Minangkabau];\nmenyumbur\n keluar menonjol, menyembul;\nsembul." "sumbut\n[Jawa] [arkaik] berpadanan atau berpatutan (dengan tenaganya, wangnya, dan lain-lain)." "sumengit\nsejenis tumbuhan (herba), \nNyptis suaveolens." "sumin\n~ bukit \n= \n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), malam petai, rami bukit (bulan, hutan, jantan), rom baharu bukit, \nAlchornea villosa." "sumir\n[bahasa percakapan] pendek, ringkas;\nmenyumirkan\n memendekkan (karangan, perkara, dan lain-lain), meringkaskan." "sumo\nsejenis perlawanan gusti cara Jepun." "sumpah bohong\nsumpah yang bersalahan dengan kebenaran;\nbersumpah bohong\n berbohong setelah mengangkat sumpah untuk memberikan keterangan yang benar." "sumpah I\n1.\n pengakuan yang dibuat (dengan bersaksikan Tuhan atau sesuatu yang dianggap suci) untuk menguatkan apa yang dikatakan dan lain-lain:\nberani aku katakan ini dengan ~; \ndimakan ~ \nmenderita (sakit dan lain-lain) kerana membuat sumpah bohong;\n \nmakan ~\na) sudah mengucapkan sumpah;\n b) membuat sumpah bohong;\n \nmengambil ~ \nmenyuruh membuat sumpah;\n2.\n pengakuan bahawa apa yang dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani menderita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar);\n \n~ potong ayam \nsumpah dengan menyembelih ayam (bagi orang Cina sahaja);\n3.\n kata-kata yang mengutuk (maki hamun dan lain-lain), kutuk, tulah:\nSi Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya;\n4.\n janji yang teguh untuk melakukan sesuatu, ikrar:\nbaginda telah mengangkat ~ untuk memerintah negeri ini dengan adil;\n~ besi kawi \nsumpah dengan meminum air yang di dalamnya telah direndam besi kawi;\n \n~ celur (celup) \nsumpah dengan mencelupkan tangan dalam air (minyak) yang mendidih;\n \n~ jabatan \n[Indonesia] sumpah yang dibuat pada waktu memegang jawatan;\n \n~ jilat besi \nsumpah yang dibuat dengan menjilat besi panas;\n \n~ keramat \nsumpah yang dibuat di tempat yang dianggap keramat;\n \n~ menyelam \nsumpah yang dibuat oleh dua orang yang menyelam (siapa yang lebih lama dalam air dialah yang benar);\n \n~ minum air keris \nsumpah dengan meminum air keris (yang dianggap sakti);\n ~ palsu \nsumpah bohong;\n \n~ Quran \nsumpah yang dibuat dengan memakai Quran;\n \n~ seranah \n= \n~ serapah \nberbagai-bagai sumpah;\n \n~ setia \nsumpah untuk menyatakan kesetiaan;\n \n~ uji api \nsumpah dengan menggunakan api;\nbersumpah\n1.\n menyatakan kebenaran dan lain-lain sesuatu perkara dengan sumpah, menyatakan kesetiaan dan lain-lain dengan sumpah, mengangkat sumpah:\njikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; \nia ~ akan setia kepada janjinya; \n2.\n berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar:\nia berazam, ~, tidak akan beristeri dua;\nbersumpah-sumpahan\n [sastera lama] saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji:\nmaka kedua-duanya pun ~lah;\nmenyumpah\n1.\n mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah, bersumpah:\nmaka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, Jikalau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dengan barang siapa yang menyelamatkan beta; \n2.\n = \nmenyumpahi\n menghamburkan kata-kata yang tidak baik kepada, mengutuki, menyeranah:\nputeri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturunan; \ndulu dia menyumpahi dirinya, disangkanya tidak menurunkan baka;\nmenyumpah-nyumpah\n mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut:\nbeberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah;\nmempersumpahkan\n1.\n membenarkan membuat sumpah, menyuruh bersumpah;\n2.\n membuat sesuatu kenyataan dengan sumpah, bersumpah;\nsumpahan\n sesuatu yang disumpah, sumpah:\nbegitulah ~ ayahnya sebagai ganjaran dosanya;\npersumpahan\n perihal bersumpah, akuan, ikrar." "sumpah II\nbalik ~ \n= \nsumpah-sumpah\n sejenis binatang kecil yang seakan-akan cicak, kulitnya berwarna hijau dan boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling, \nCalotes cristatellus." "sumpal\npadat, sumbat;\nmenyumpal\n menyumbat:\nkemudian ia mengambil kain-kain buruk, ~ kedua-dua tumit sepatunya;\n menyumpalkan\n menyumbatkan;\ntersumpal\n tersumbat." "sumpel\n[Jakarta] sumpal." "sumping\n[Jakarta] sejenis perhiasan yang dilekatkan di telinga (berbentuk sayap);\nsunting." "sumpit I\n1. = sumpitan\n alat yang merupakan pembuluh (daripada buluh dan lain-lain) untuk melepaskan damak dengan meniup, temiang;\n2.\n alat (yang berupa pembuluh daripada kaca dan lain-lain) yang berlubang halus untuk memancuntukan air dengan kuat;\nmenyumpit\n meniup sumpitan untuk melepaskan damak, melepaskan damak pada sesuatu (dengan sumpitan):\nkalau terlihat tupai melompat dari dahan ke dahan habis disumpitnya;\nsumpitan\n sumpit;\n \nlurus ~ hendak mengena \n= \nlurus-lurus ~ \n(peribahasa) tipu muslihat untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri;\npenyumpit\n orang yang menyumpit." "sumpit II\nikan ~ \n= \nsumpit-sumpit\n1.\n sejenis ikan laut, \nToxotes jacula; \n2.\n sejenis ikan darat, \nToxotes jaculatrix." "sumpit III\n= sumpit-sumpit\n sejenis karung yang dianyam daripada mengkuang dan lain-lain (bekas beras dan lain-lain):\nbukunya sudah dimasukkan ke dalam ~ mengkuang;\nmenegakkan ~ tak berisi \n(peribahasa)\na) orang bodoh (miskin) yang berlagak pandai (kaya);\n b) perbuatan yang sia-sia sahaja;\n \nseperti ~ (abu) ditegakkan\n = \nbagai ~ dihentakkan \n(peribahasa) ejekan untuk orang yang gemuk dan lembam." "sumpit IV\nalat untuk menyuap makanan (orang Cina), sepit." "sumpu\nsejenis tumbuhan (herba), kerak-kerak, \nBonnaya antipoda." "sumpuh\n~ bulan \n= \n~ kering \nsejenis tumbuhan (herba), penggahir, penggeheh, penggeli, sagut, \nAglaonema angustifolium." "sumsum\nisi dalam tulang panjang yang berwarna merah kehitaman, tulang hitam, benak;\n \nmeresapi tulang ~ \n= \nsampai ke tulang ~ \nki mendalam sekali (rasa sejuk dan lain-lain);\n \nbubur ~ \nsejenis bubur yang diperbuat daripada tepung beras." "sumur\nperigi, telaga:\nmandi di ~;\n~ bor \n[Indonesia] sejenis perigi yang airnya memancut dari tanah (tidak perlu dipam ke atas);\n \n~ buta \n= \n~ mati\n perigi yang telah kering (tidak dipakai lagi);\n \n~ minyak \ntelaga minyak;\n \n~ pantik\n [Jakarta] pancuran air yang dibuat dengan memasukkan paip ke dalam tanah;\n~ digali air terbit \n(peribahasa) hasil yang didapati lebih daripada yang diharap-harapkan;\n \n~ (di) tepi jalan \n(peribahasa) perempuan yang tidak senonoh kelakuannya (perempuan lacur);\n \nbagai ~ (di) tepi rawa \n= \nbagai bersumur (di) tepi rawa \n(peribahasa) orang yang selalu cemburu." "sumurung\n[arkaik] melebihi yang lain (kedudukan, pangkat, dan lain-lain), terutama (terbaik), unggul." "sun\nC;\n \ntembakau ~ \nsejenis tembakau yang baik." "sunah\n[Arab] peraturan atau adat yang berdasarkan perbuatan dan perkataan Nabi Muhammad SAW yang digalakkan amalannya;\n \nAhli S~ Waljamaah\n golongan yang berpegang teguh pada perbuatan dan perkataan Nabi Muhammad SAW." "sunai\n~ laut \nsejenis tumbuhan (herba), bunga butang, seremai, serenah laut, serunai (laut), \nWedelia biflora." "sunam\nmenyunam\n terbang (terjun dan lain-lain) ke bawah dengan kepala dahulu, menjunam, menukik;\nmenyunamkan\n menggerakkan dan lain-lain ke arah bawah, menjunamkan, menukikkan." "sunan\n[Jawa] raja (di Solo dan lain-lain);\nkesunanan\n daerah kekuasaan sunan." "sunat I\nhukum menggalakkan sesuatu perbuatan (dalam Islam) yang menjanjikan ganjaran pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan:\nberpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis atau pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat hukumnya ~;\npuasa ~ \npuasa yang tidak diwajibkan (mis puasa enam dalam bulan Syawal dan lain-lain);\n \nsembahyang ~\n sembahyang yang tidak diwajibkan (selain sembahyang lima waktu);\ndisunatkan\n dianjurkan mengerjakan sesuatu (tidak diwajibkan):\nsebelum ihram, ~ mandi dan sembahyang ihram dua rakaat." "sunat II\n= \n~ rasul \nkhatan;\n \ntukang ~ \norang yang mengkhatankan, bengkong, mudim;\nbersunat\n = \n~ rasul \ndikhatankan, masuk Jawi, bersuci:\nkata kawan-kawannya yang telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak tera" "sunbulat\n[Arab] nama segugusan bintang (Virgo). \nsundae\n aiskrim yang di atasnya dibubuhi sos manis, kacang, krim putih dan sebagainya." "sundai\n[Minangkabau];\nlimau ~ \nsejenis limau purut (untuk menggulai)." "sundak I\n[Minangkabau];\nmenyundak\n1.\n = \ntersundak\n terhantuk (terlanggar, tertumbuk) pada, membentur, menyondol:\nia bangkit berdiri, hampir-hampir tersundak pada lampu gantung; \n2.\n naik (air), pasang:\nkolek itu tidak dapat dilajukan sangat kerana pasang sudah ~ ." "sundak II\n[arkaik] hujung (duri dan lain-lain) yang tajam, sengat." "sundal I\n1.\n tidak elok kelakuannya (berkenaan (dengan) perempuan), jahat, lacur:\nkau memang gatal, ~; \n2.\n perempuan lacur, perempuan jalang;\n \n~ bolong \nsejenis hantu puntianak, langsuir;\nbersundal, menyundal\n menjadi sundal (berkenaan (dengan) perempuan), menjadi pelacur, melacur;\nmempersundalkan\n menyebabkan atau memaksa (seseorang) menjadi sundal atau perempuan lacur;\npersundalan\n perihal bersundal (menyundal), pelacuran." "sundal II\n~ malam \nsejenis tumbuhan (herba yang berbunga), kerak nasi, sandar malam, sedap malam, siku dangan (dengan), \nPolianthes tuberosa." "sundang\n1.\n = \nkeris ~ \nsejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang;\n2.\n [Johor] senjata." "sundari\nsejenis alat (dipasang pada layang-layang) yang berbunyi apabila ditiup angin." "sundatang\nsejenis alat bunyi-bunyian bertali dua yang dipetik, biasanya terdapat di Sabah." "sundusi, sundusin\n[arkaik] [sastera lama] kain sutera yang berpakankan benang emas." "sundut I\n[Minangkabau] [arkaik] anak cucu, keturunan;\n \n~-bersundut \nsampai ke anak cucu, turun-temurun." "sundut II\n[Minangkabau];\nmenyundut\n membawa dengan tandu dan lain-lain, mengusung." "sundut III\n[Jakarta] bakar, cucuh, sulut;\n \nbedil (meriam, senapang) ~\n bedil (meriam, senapang) yang dicucuh dengan api apabila hendak diletupkan;\nmenyundut\n mencucuh, menyulut." "sungai I\ntali air yang semula jadi, batang air, kali:\n~ Pahang;\nanak ~\n cabang dari sungai yang besar, sungai kecil;\n \nhilir ~ \nbahagian sungai sebelah bawah, lawan udik (hulu);\n \nhulu ~\n bahagian atas sungai, udik;\n \nkalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil-kecil \n(peribahasa) jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa (ditegur oleh orang yang berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil;\nke" "sungai II\n[bahasa halus] (pergi) membuang air besar;\n \n~ sambil mandi \n(peribahasa) sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan." "sungga\n1.\n benda yang tajam atau roda bergerigi untuk memacu kuda, pacu;\n2.\n buluh atau bilah yang ditajamkan dan dipacakkan di tanah, ranjau, suda;\nmenyungga\n menggertak (kuda) dengan sungga supaya kencang larinya, memacu." "sunggi\n[Jawa];\nmenyunggi\n menjunjung." "sungging I\nlukisan atau perhiasan (berwarna-warni);\n \njuru~ \npelukis sungging;\n \nseni ~ \nseni membuat gambar perhiasan;\nmenyungging\n melukis dengan warna-warni (cat dan lain-lain), mewarnai (lukisan dan lain-lain);\ntersungging\n1.\n sudah disungging (lukisan);\n2.\n [kiasan] terlukis (senyuman):\nakhirnya ~lah di bibirnya sebuah senyuman." "sungging II\n[Minangkabau];\nmenyungging\n menungging." "sunggit\nsungkit." "sungguh\n1.\n tidak bohong, tidak lancung, benar, betul:\n~ demikianlah yang sebenar-benarnya kejadian; \n2.\n = \n~ hati \n= \nsungguh-sungguh\n tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun:\nkelemahan inilah yang harus diketahui, yang harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; \n3.\n amat, sangat, terlalu:\nbising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; \nletih ~ rasa badan saya;\n4.\n memang, sebenarnya, sebetulnya:\n~ ada bapamu meninggalkan engkau emas;\nsesungguhnya\n1.\n bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya:\n~ dua hari yang telah lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia; \n2.\n memang (begitu), sememangnya:\n~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat;\nbersungguh-sungguh\n (berusaha, bekerja) dengan segenap hati, dengan penuh minat, tidak main-main:\napakah pengakuannya itu satu pengakuan yang dibuat ~ atau kerana paksaan?\nmenyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi\n [Minangkabau] mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh (tidak main-main, dengan sedaya upaya):\nmaka diangkat tiada terangkat, maka disungguhi, terangkat sehingga lutut;\nmenyungguhkan\n1.\n mengakui, membenarkan, mengesahkan:\nsekalian yang mendengar itu ~; \n2.\n = \nmempersungguhkan\n mengusahakan benar-benar (dengan segenap hati):\nsegala amalan mengutamakan penggunaan bahasa Kebangsaan akan dimajukan terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi; \n3.\n = \n~ diri \nmenjaga diri supaya selamat (daripada musuh dan lain-lain);\nkesungguhan\n perihal (sikap dan sebagainya) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan:\nia mendengarnya dengan penuh ~; \nsatu persoalan yang dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dalam usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;\npenyungguhan\n perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan." "sungguhpun\nmeskipun, kendati, walaupun:\n~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga." "sungkah\n[Minangkabau];\nmenyungkah, menyungkahkan\n memakan hingga habis, memakan dengan rakus." "sungkai I\nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat sakit gigi), \nPeronema canescens." "sungkai II\n[Brunei]\n1.\n berbuka puasa;\n2.\n tidak berpuasa." "sungkal\n~ bajak\n mata bajak, nayam;\nmenyungkal\n membalikkan tanah dengan sungkal bajak, membajak, menenggala." "sungkan\n[Jawa] tidak mahu (mengerjakan sesuatu), enggan, segan." "sungkap\ntersungkap\n tidak melekat lagi (kertas yang ditampal ke dinding dan lain-lain), terlepas, tertanggal." "sungkawa\n[Jawa] sedih hati, susah hati, gundah;\nbersungkawa\n bersedih hati, berdukacita, berkabung;\nbelasungkawa." "sungkit\nmenyungkit\n1.\n mencungkil, mengungkit, mengumpil:\npekerja itu ~ batang pokok yang tumbang;\n2.\n menguis bola ke atas dengan pantas menggunakan kaki dalam bola sepak atau pemukul dalam hoki dan sebagainya:\npemain itu ~ bola dari sebelah kanan pintu gol;\n sungkitan\n perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit:\nbeliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~\n." "sungkuk\n[arkaik];\ntersungkuk, tersungkuk-sungkuk\n menunduk dengan melengkungkan belakang, membongkok-bongkok." "sungkum\n[arkaik];\nmenyungkum\n meniarap dengan muka mencecah atau kena pada tanah dan lain-lain, menekapkan muka pada (ribaan ibu dan lain-lain);\n \n~ tanah \nsujud;\ntersungkum\n tersembam (muka ke tanah dan lain-lain)." "sungkup\n= penyungkup\n sesuatu (barang yang berongga di dalamnya seperti tudung saji dan lain-lain) yang digunakan untuk menutup, tudung;\nbersungkup\n ditutup dengan sungkup, bertudung:\nnasi yang telah lama dihidangkan di meja makan masih ~ dengan tudung saji;\nmenyungkup, menyungkupi\n menutup dengan sungkup, menudung, menutup:\n~ makanan dengan tudung saji;\nmenyungkupkan\n menutupkan sesuatu pada, menudungkan;\ntersungkup\n tertutup dengan sungkup dan lain-lain, tertudung;\nsungkupan\n sejenis bakul untuk menyungkup pakaian (yang dikeringkan dan lain-lain)." "sungkur I\n~-sangkar \ntertiarap (dengan tangan dan kaki terdepang);\n \n~ sembam\n tersembam (muka mencium tanah);\n \nsang ~ \nbabi (yang merosakkan tanaman);\nbersungkuran\n tersembam (jatuh dan sebagainya) dengan kepala tertunduk rendah-rendah:\nsekalian rakyat tentera menghadap baginda sujud kepalanya masing-masing lalu ke tanah ~;\nmenyungkur\n1.\n menundukkan kepala rendah-rendah (seperti kerbau hendak berlaga dan lain-lain):\nbudak itu ~ di hadapannya meminta ampun; \n2.\n menggali-gali tanah dan lain-lain dengan muncung (babi dan lain-lain):\nmereka ~ tanah dengan hidungnya mencari akar untuk dimakan;\ntersungkur\n jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap:\ndengan sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati;\nsungkuran\n \nnyiur ~ \nnyiur yang masih muda (boleh dicungkil isinya)." "sungkur II\n[Minangkabau] alat untuk mencedok atau menggali tanah dan lain-lain, penyodok (tanah dan lain-lain), skop;\nmenyungkur\n menyodok tanah dan lain-lain dengan sungkur." "sunglap\nsilap mata;\nsulap I." "sungu I\n[Jawa] tanduk." "sungu II\n[Minangkabau] muncung yang panjang, jongor;\n \n~ badak \ncula (sumbu) badak;\n \nsingkat ~\n [kiasan] lekas marah, pemarah." "sungul\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, kerat telunjuk, tiup, \nCanarium rufum." "sungut I\n1.\n = \nsungut-sungut, sesungut\n alat perasa yang menyerupai rambut dan terdapat pada beberapa jenis serangga dan lain-lain:\nlipas mempunyai sayap dan ~ yang panjang; \n2.\n kumis, misai:\n~ kucing." "sungut II\n= \n~ leter \ngerutu, omel, rungut, comel:\nmuka masam dan ~ pada tiap-tiap hari;\nbersungut, bersungut-sungut\n mengomel, menggerutu, merungut, mencomel:\nsebagai melepaskan perasaan, mereka ~ dan menyumpah-nyumpah dari belakang;\nmenyunguntukan\n bersungut tentang (sesuatu):\nmereka akan terasa kehilangan kalau tidak ada peraturan untuk disunguntukan;\nsungutan\n kata-kata dan sebagainya yang melahirkan perasaan tidak puas hati (tidak suka dan sebagainya), omelan." "suni\n[Minangkabau] sunyi." "sunjam\n[arkaik];\ntersunjam\n jatuh kepala dahulu, jatuh menjunam, jatuh terjungkir;\nhunjam." "sunnah\nsunah." "sunni\n[Arab] ahli sunah." "suntang\n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nBrucea amarissima." "sunti I\n= \n~ halia \nsejenis tumbuhan (rizom yang boleh dibuat ubat), halia, \nZingeber officianale; \nasam ~ \nhalia jeruk." "sunti II\nanak dara ~ \n= \ngadis ~ \nanak perempuan yang mulai jadi gadis." "suntih\n[Minangkabau];\nmenyuntih\n mengoyak-ngoyakkan menjadi carik-carik kecil (daging dan lain-lain), mencarik-carik, menyayat-nyayat." "suntik\n1.\n pemasukan ubat ke dalam badan dengan menggunakan jarum, cucuk:\n~ untuk mencegah penyakit; \njarum ~ \njarum yang digunakan untuk memasukkan ubat ke dalam badan;\n \nubat ~ \nubat yang dimasukkan ke dalam badan dengan jarum;\n2.\n tanam cacar;\nmenyuntik\n1.\n mengorek keluar (duri dari dalam kulit dan lain-lain) dengan jarum, mencungkil, mencucuk;\n2.\n mengukir dengan benda tajam (pada logam dan lain-lain);\n3.\n memasukkan ubat ke dalam badan dengan jarum:\nkemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; \n4.\n = \n~ cacar \nmemasukkan benih penyakit cacar ke dalam badan (untuk mencegah penyakit cacar), menanam cacar;\n5.\n [bahasa percakapan] mengapi-apikan, mengacum, menghasut:\nmereka akan disuntik dengan fikiran-fikiran anti-Barat; \n6.\n memberikan, menyediakan;\nmenyuntikkan\n memasukkan (ubat, cairan, dan lain-lain) ke dalam badan dengan jarum:\n~ serum;\n suntikan\n1.\n pemasukan ubat ke dalam badan dengan jarum, cucuk:\njururawat datang lagi memberi ubat dan ~; \n2.\n penanaman cacar;\n3.\n [bahasa percakapan] hasutan;\npenyuntikan\n perihal menyuntik:\nmemasukkan ubat ke dalam tubuh dengan jalan ~ tidak membatalkan puasa;\npenyuntik\n alat untuk menyuntik:\njarum ~." "sunting\nperhiasan berupa bunga dan lain-lain yang dicucukkan di rambut atau di belakang telinga:\ndi kepalanya terhias ~ emas;\n~ hati \nki anak kesayangan;\n \n~ malai \nsejenis perhiasan rambut yang dipakai di belakang telinga;\nbersunting, bersuntingkan\n memakai sunting (daripada bunga dan lain-lain);\nmenyunting\n1.\n memetik bunga (untuk dijadikan sunting dan lain-lain):\nia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni\n;\n2.\n memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dan lain-lain) untuk dicetak;\n3.\n menyusun filem dan lain-lain (sebelum ditayangkan);\nmenyuntingkan\n1.\n meletakkan bunga dan lain-lain di kepala atau di belakang telinga (sebagai perhiasan), memakai sunting (daripada bunga dan lain-lain):\nia ~ bunga mawar di sanggulnya; \n2.\n memasukkan kata pendahuluan dan lain-lain (dalam buku dan lain-lain), mencantumkan;\nmempersunting\n1.\n memakai bunga dan lain-lain sebagai sunting, menyuntingkan:\nbunga dipersunting sudahnya akan layu; \n2.\n mengambil gadis untuk dijadikan isteri, memperisteri:\ntimbullah keinginan dalam dadanya untuk ~ gadis itu;\n3.\n [arkaik] mendapat sesuatu yang berguna;\nsuntingan\n1.\n sesuatu yang disunting (bunga dan lain-lain);\n2.\n pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dan lain-lain);\npenyuntingan\n perbuatan menyunting (buku, makalah, dan lain-lain);\npenyunting\n orang yang menyunting (karangan, filem, dan lain-lain)." "suntuk\n1.\n sampai hadnya, telah habis waktunya (tempohnya), terlambat, terlewat:\nsia-sia sahajalah kalau ia singgah, tambahan pula masa telah ~, hampir pukul lima; \ntua ~\n tidak mengaku dirinya tua;\n2.\n selama, sepanjang, seluruh (hari, malam, dan lain-lain);\n \nsehari ~ \nsepanjang hari;\n \nsemalam ~ \nsepanjang malam;\n3.\n [Minangkabau] tidak panjang, pendek, picik, singkat;\n \n~ akal \npendek (singkat) akalnya;\n \nfikirannya ~ \ncetek pengetahuannya;\ntersuntuk\n tidak dapat bergerak (maju dan lain-lain) lagi, terhalang, tertahan, tertumbuk atau tersundak kepada;\nkesuntukan\n perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dan lain-lain), kesempitan." "sunu\n[Minangkabau];\nmenyunu\n mencucuh, membakar, menunu, menyulut;\ntunu." "sunyata\n[Jawa];\nkesunyataan\n kenyataan (dalam agama atau ilmu tasawuf);\nalam ~ \nalam mistik (suluk, tasawuf);\n \nilmu ~ \nilmu tasawuf (suluk)." "sunyi\n1.\n tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap:\nsuasana menjadi ~, masing-masing membisu;\n~ senyap \nsangat sunyi;\n2.\n tidak berorang, kosong, lengang, sepi:\ndari jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; \nnegeri itu ~; \npasar sudah mulai ~;\n3.\n bebas daripada, jauh (dr), lepas daripada:\nmanusia di dalam dunia ini tidak ~ daripada tamak dan haloba; \nbahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dengan lebih ghairah walaupun tidak ~ daripada masalah; \ntiada ~nya\n = \ntiada ~-~nya \ntiada putus-putus, selalu, sentiasa;\n4.\n [Pahang] rindu (akan);\nbersunyi, bersunyi-sunyi\n menjauhkan diri daripada orang ramai, mengasingkan diri, menyendiri:\nsengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlama-lama di situ;\nmenyunyi\n [arkaik] menjadi sunyi (senyap, sepi);\nkesunyian\n1.\n perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan, kesepian:\nbunyi air yang mencurah dari cucuran atap menimpa daun-daun kering kedengaran membelah ~ malam; \n2.\n berasa sunyi (kerana keseorangan dan lain-lain):\nsegala yang berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan." "sup\nsejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, dan sebagainya):\n~ ayam;\n~ kambing." "supai\nsipahi." "supaya\nkata perangkai yang menerangkan maksud ayat sebelumnya, agar, hendaknya:\nia berpesan ~ kami pandai-pandai membawa untung; \nmakan ~ kenyang;\n~ jangan \njanganlah hendaknya." "super-\nawalan asing\n lebih baik, lebih bermutu, lebih berkuasa dan sebagainya, misalnya \nsuperkomputer \ndan \nsupersonik." "superego\n(Psikologi) bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan atau keburukan sesuatu, dan yang membuatkan kita terasa bersalah sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan." "superfisial\ntidak mendalam, hanya pada permukaan, cetek:\npenulis-penulis itu menuduh bahawa akhbar popular tidak serius dalam pendekatannya, sebaliknya hanya menyentuh isu-isu ~ dan menimbulkan gambaran palsu tentang keadaan yang sebenarnya." "superfosfat\nbaja yang dihasilkan secara mengolah batuan fosfat dengan asid fosforik atau asid sulfurik." "superintenden\n~ polis \njawatan pegawai dalam pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi daripada jawatan inspektor." "superior\n1.\n lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf kedudukan, dan sebagainya, unggul;\n2.\n lebih tinggi letaknya atau kedudukan sesuatu;\n3.\n pegawai yang lebih tinggi taraf jawatannya, pegawai atasan." "superioritas\n[Indonesia-Belanda] superioriti." "superioriti\nkedudukan taraf, darjat, dan sebagainya yang lebih tinggi." "superkomputer\n(Komputer) sistem komputer kerangka utama yang paling besar, paling berkuasa dan paling laju." "superlatif\n(Linguistik) bentuk kata yang menggambarkan yang paling atau ter-, darjah (tingkatan) yang tertinggi." "supernova\n(Ast) bintang yang menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yang menghamburkan jisimnya." "superordinat\n1.\n (Linguistik) perkataan yang maknanya merangkumi makna perkataan(-perkataan) lain, misalnya \nbunga \nialah superordinat bagi \nmelur, mawar \ndan \norkid;\n 2.\n berkedudukan atau berkeadaan lebih tinggi atau besar (berkuasa, berpengaruh dan sebagainya):\nmasyarakat kapitalis, terbahagi kepada dua kelompok atau kelas, iaitu kelompok dominan atau ~, dan kelompok subordinat." "superskrip\naksara (angka, huruf, pecahan, atau simbol) yang dicetak ke suatu sisi aksara lain, dengan kedudukan yang ke atas sedikit (mis dalam Y2, 2 ialah superskrip)." "supersonik\nberupaya bergerak dengan kelajuan yang lebih cepat daripada kelajuan bunyi." "superstruktur\n1.\n struktur atau binaan yang dibina di atas bahagian utama sesuatu bangunan;\n2.\n (Layar) bahagian atas geladak utama kapal." "supir\n[Indonesia] pemandu kereta;\n \n~ beca \npengayuh beca;\nmenyupir\n memandu kereta." "supit\nsumpit I." "suplemen\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n sesuatu yang ditambah kemudian (pada buku dan lain-lain), tambahan, pelengkap;\n2.\n sesuatu yang dijadikan tambahan (pada akhbar, majalah, dan lain-lain), tambahan istimewa, lampiran." "supletoar\n[Indonesia-Belanda] sesuatu yang digunakan untuk menambah, penambah." "supositori\n(Perubatan) ubat pejal berbentuk silinder atau kon yang dimasukkan ke dalam dubur atau faraj supaya larut dan melepaskan bahan aktifnya." "supra-\nawalan asing \nmelebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan dan sebagainya, melampaui, melangkaui, misalnya \nsupranasional\n." "supranasional\nmelangkaui sempadan atau kepentingan negara:\numat Islam ~; \nbahasa dunia yang cerah masa depannya ialah bahasa yang bersifat ~; \ninstitusi ~." "supransionalisme\nnasionalisme yang melampaui atau melangkaui batas, sempadan dan sebagainya negara." "supremasi\n[Indonesia-Belanda] kekuasaan yang tertinggi:\nuntuk menjaga ~ mereka di bidang politik, mereka telah membentuk sistem keturunan mengikut kasta.\nSupt\n [kependekan] Superintenden:\n~ Yahya.\nSura; \nbulan ~ \nbulan yang pertama dalam tahun Islam, bulan Muharam;\nAsyura." "suraga\n[Brunei] seraga." "surah\n[Arab] bahagian atau bab (yang mengesahkan sesuatu) dari Quran;\n= surat II." "surahi\n[Arab] berkaitan dengan surah (dalam Quran);\n \nilmu ~ \npengetahuan berkenaan Quran." "surai I\n1.\n [bahasa dalam] rambut (di kepala);\n2.\n bulu atau rambut pada tengkuk kuda (singa dan lain-lain)." "surai II\nbersurai\n berpisah-pisah, bercerai-cerai:\nsetelah mayatnya ditimbus, semua yang hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-masing;\nmenyurai, menyuraikan\n menjadikan bersurai, membubarkan (perkumpulan dan lain-lain), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan:\npolis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perkumpulan haram itu." "surai III\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nFimbristylis aestivalis." "suralaya\n[sastera lama] tempat kediaman dewa-dewa, kayangan." "suraloka\n[sastera lama] suralaya." "suram\n1.\n tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca):\ndi dalam kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yang hidup, lampu kecil yang ~ cahayanya; \npetang yang ~; \n2.\n tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dan lain-lain), tidak bening (batu permata), buram:\nkalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~;\n3.\n tidak berseri-seri (muka, mata, dan lain-lain), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dan lain-lain):\ndi ambang pintu terdiri Jenab dengan pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; \nmatanya ~; \n4.\n kurang seronok (kehidupan dan lain-lain), kurang berbahagia, susah (hati dan lain-lain), sedih:\nsesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; \nkehidupan yang ~;\nsuram-suram; \n~ gelap \nsedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur-limbur;\nmenyuram\n bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar);\nmenyuramkan\n menjadikan suram (buram, pudar, dan lain-lain), memuramkan, memudarkan:\njalan ke rumahnya yang gelap makin ~ pandangannya;\nkesuraman\n perihal suram, kemuraman, kepudaran:\ndi wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu." "surat I\n1.\n kertas yang ditulis, segala sesuatu yang tertulis (tercetak dan lain-lain):\nmaka dikeluarkannya dua gulung ~; \njuru~ \norang yang menulis surat (penulis);\n2.\n = \n~ kiriman \nkertas yang ditulis (mengandungi khabar dan lain-lain) dan dikirim kepada orang lain:\ndia baru menerima ~ daripada ayahnya; \npeti ~ \npeti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat;\n \nsampul ~ \n= \nsarung ~\n selongsong daripada kertas (tempat memasukkan surat yang hendak dikirim);\n \ntukang ~ \n[Indonesia] tukang pos;\n3.\n sesuatu yang ditulis, tulisan:\ndalam zaman itu, belumlah ada seorang pun yang terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya;\n~ akuan\n surat yang ditulis untuk memperakukan sesuatu (seperti barang jualan, kelayakan seseorang, dan sebagainya);\n \n~ anggota \n[Indonesia] surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dan lain-lain;\n \n~ angkatan\n [Indonesia] surat rasmi untuk menjabat sesuatu jawatan;\n \n~\n \nanonim \nsurat yang tidak diketahui penulisnya;\n \n~ azimat \nkertas yang bertulis dengan ayat tertentu sebagai tangkal dan lain-lain;\n \n~ bahari \nark surat yang mengesahkan penerimaan, resit;\n \n~ beranak\n = \n~ jadi \n= \n~ lahir \nsurat keterangan mengenai kelahiran dan lain-lain;\n \n~ berdaftar \nsurat kiriman yang didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang);\n \n~ berhenti \na) surat pengesahan berhenti (dari sekolah) yang diberi oleh guru besar;\n b) surat memohon berhenti daripada jawatan;\n c) surat dipecat daripada jawatan;\n \n~ belasungkawa \nsurat untuk menyatakan turut berdukacita;\n \n~ buta \n= \n~ gelap \n= \n~ kaling \n= \n~ mentega \nsurat yang tidak diketahui penulisnya (khas untuk mengkritik dan lain-lain);\n \n~ cap\n surat yang rasmi;\n \n~ cara\n dokumen undang-undang seperti geran, kontrak, dan sebagainya;\n \n~ cepat\n [Indonesia] surat (penting) yang mesti disampaikan lekas-lekas;\n \n~ cerai \n= \n~ talak \nsurat yang menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya;\n \n~ dakwa \nsurat yang mengandungi tuduhan yang dibacakan di hadapan hakim;\n \n~ daftar\n senarai;\n \n~ dinas \n[Indonesia] = \n~ jawatan\n surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos);\n \n~ doktor \nsurat pengesahan daripada doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja);\n \n~ edaran \n= \n~ keliling \n= \n~ pekeliling \nsurat yang diedarkan (untuk pengetahuan umum);\n \n~ gadai \na) surat tanda meminjam wang dengan menggadaikan barang;\n b) [Indonesia] surat penetapan cukai;\n c) [Indonesia] surat izin (senjata api dan lain-lain);\n \n~ hasrat \n(Ekonomi) surat yang menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak untuk melaksanakan kontrak, projek dan sebagainya;\n \n~ hutang \nsurat pengakuan telah meminjam wang daripada orang;\n \n~ ikatan \n(Ekonomi) dokumen yang sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yang terlibat;\n \n~ insurans\n surat perjanjian mengenai insurans, polisi;\n \n~ iringan \nsurat penjelasan yang dihantar bersama-sama dengan dokumen, barang dan sebagainya;\n \n~ isian \n[Indonesia] surat yang harus diisi, borang;\n \n~ izin \n= \n~ kebenaran \nsurat yang menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran untuk melakukan (memiliki) sesuatu;\n \n~ jaminan \nsurat untuk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dan lain-lain);\n \n~ jemputan \n= \n~ undangan \nsurat untuk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dan lain-lain);\n \n~ kahwin \n= \n~ nikah \nsurat pengesahan perkahwinan;\n \n~ kawat\n telegram;\n \n~ keberatan \n[Indonesia] surat yang menyatakan berkeberatan;\n \n~ kenalan\n surat untuk memperkenalkan seseorang dan lain-lain;\n \n~ kepercayaan \n[Indonesia] surat yang menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dan lain-lain;\n \n~ keterangan \nsurat yang memberi keterangan berkenaan sesuatu;\n \n~\n \nkiriman \nsurat yang dikirimkan dengan pos;\n \n~ kredit \n(Ekonomi) dokumen daripada sebuah bank kepada bank lain yang membenarkan pembayaran dibuat kepada penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sebagai bukti kemampuan pengimport membayar beliannya;\n \n~ kuasa \nsurat yang memberi kuasa kepada orang tertentu untuk mengurus sesuatu;\n \n~ layang\n = \n~ terbang \nsurat yang tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yang mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dan lain-lain);\n \n~ lepas \na) surat cerai;\n b) surat yang menyatakan sudah diberhentikan daripada jawatan;\n \n~ mati\n surat keterangan tentang kematian;\n \n~ nujum \nsurat yang mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas);\n \n~ paksa\n [Indonesia] surat amaran yang diberikan kepada orang yang tidak membayar cukai;\n \n~ partikelir\n [Indonesia] surat yang bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan);\n \n~ pas\n surat yang mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dan lain-lain);\n \n~ pelekat \nsurat iklan dan lain-lain yang ditampalkan di mana-mana;\n \n~ pemberitahuan \nsurat untuk memberitahukan sesuatu kepada orang;\n \n~ pemilih \n= \n~ suara \n[Indonesia] surat untuk memilih (wakil rakyat dan lain-lain);\n \n~ pengantar \n[Indonesia] surat yang dikirim bersama barang yang dihantar;\n \n~ perintah \n= \n~\n \ntugas \n[Indonesia] surat yang menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) untuk melakukan sesuatu;\n \n~ perjanjian \nsurat yang menyatakan perjanjian yang telah dibuat;\n \n~ permintaan\n = \n~ permohonan \na) surat untuk meminta sesuatu daripada pembesar dan lain-lain;\n b) surat untuk melamar pekerjaan;\n \n~ pujian \n= \n~ puji-pujian \na) surat yang menyatakan kebaikan sesuatu;\n b) surat yang mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dan lain-lain;\n \n~ rantai \n= \n~ berantai\n surat yang dikirimkan kepada orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kepada orang lain;\n \n~ rayuan\n surat yang mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dan lain-lain) kepada pembesar-pembesar dan lain-lain;\n \n~ salinan \nsurat yang disalin dari surat asal;\n \n~ saman \n= \n~ sita \nsurat yang mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah);\n \n~ sebaran \n= \n~ selebaran \nsurat yang dibahagi-bahagikan kepada orang ramai (mengandungi pengumuman untuk orang ramai dan lain-lain);\n \n~ segel \n[Indonesia] surat yang bercap (untuk perjanjian dan lain-lain);\n \n~ sembah \n[sastera lama] surat tanda tunduk (kpada raja lain);\n \n~ sumpah \na) surat pengganti surat beranak yang hilang (dikeluarkan oleh kerajaan);\n b) surat ikrar atau janji yang teguh;\n \n~ syer \nsurat yang menandakan seseorang memiliki syer (dalam sesuatu syarikat perdagangan dan lain-lain);\n \n~ tanda\n surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dan lain-lain);\n \n~ tempelan \n[Indonesia] surat pelekat;\n \n~ terbuka \na) surat yang tidak dimasukkan ke dalam sampul surat;\n b) surat kepada orang tertentu yang disiarkan di dalam akhbar dan lain-lain (sebagai menyatakan bantahan dan lain-lain);\n \n~ tercatat \n= \n~ terdaftar \n[Indonesia] surat berdaftar;\n \n~ titah \nsurat yang mengandungi titah raja;\n \n~ tuduhan \nsurat yang mengandungi tuduhan;\n \n~ tukar nama \nsurat yang mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dan lain-lain);\n \n~ ugutan \nsurat yang mengugut atau mengancam;\n \n~ ukur \n[Indonesia] surat yang mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali;\n \n~ uleman \n[Indonesia] surat jemputan;\n \n~ undi (undian) \na) surat yang berisi nombor untuk mengundi;\n b) tiket loteri;\n \n~ wakil \nsurat yang membenarkan pembawanya bertindak sebagai ganti orang yang mengeluarkan surat itu;\n \n~ wasiat \nsurat yang mengandungi pesanan orang yang meninggal;\n \n~ atas batu \n(peribahasa) sesuatu adat yang terus dipakai selama-lamanya;\nbersurat\n1.\n memakai surat;\n \npara jemputan yang tidak ~ \npara jemputan yang dijemput dengan mulut (tidak dengan surat);\n2.\n ditulis, bertulis;\n \nbatu ~ \nprasasti;\nmenyurat\n1.\n membuat surat:\nia pun mengambil upah ~; \n2.\n menulis:\nkerjanya ~; \nsebagai ~ di atas air \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia;\nsurat-menyurat\n1.\n saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat:\nselepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; \n2.\n perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat;\n \nkerani ~ \nkerani yang mengurus hal surat (di pejabat dan lain-lain);\nmenyurati\n1.\n menulis pada, menulisi;\n2.\n menulis (mengirim) surat kepada;\nmenyuratkan\n1.\n menulis untuk:\nsuratkan hamba cerita ini; \n2.\n menulis sesuatu pada:\ndirham itu disuratkan nama Raja Iskandar;\n \n3.\n menulis, mencatatkan:\ndan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya;\ntersurat\n1.\n telah ditulis, tertulis, tercatat:\npembaca tidak tahu akan maksud yang ~ itu; \n2.\n telah ditakdirkan:\nkalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas;\nsuratan\n1.\n sesuatu yang disurat, tulisan:\napabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yang dibubuh cap; \n2.\n = \n~ takdir \nsesuatu yang telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang:\nia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~;\n~ tangan \na) garis-garis (retak) pada tapak tangan;\n b) suratan takdir;\npersuratan\n perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan:\ncerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dalam ~ Melayu." "surat II\n[arkaik] bahagian (bab) dalam Quran;\nsurah." "surat khabar\nkertas bercetak yang menyiarkan berita dan lain-lain (umumnya diterbitkan hari-hari), harian;\npersuratkhabaran\n perihal surat khabar, kewartawanan." "surati\ndari kota Surate (di India);\n \nitik ~ \nsejenis itik, itik nila (manila), \nAnas moschata; \nserati II" "surau\ntempat beribadat (sembahyang, belajar agama, dan lain-lain), langgar, madrasah;\n \nbagai bertandang ke ~ \n(peribahasa) perihal bertandang ke rumah orang yang tidak memberi apa-apa kepada tetamunya, tidak mendapat apa-apa." "suraya\nbintang ~ \nbintang ketika, bintang tujuh." "surcaj\n(Ekonomi) bayaran tambahan sebagai cukai atau denda yang dikenakan di samping bayaran atau harga biasa." "surd\n(Matematik) angka orakan yang tidak boleh dihitung dengan angka genap (hanya lebih kurang sahaja, seperti 11, 5, dan lain-lain)." "surealis\n1.\n penulis atau pelukis yang karyanya berunsurkan konsep atau idea surealisme;\n2.\n berfahaman surealisme:\npenulis ~." "surealisme\naliran atau gerakan dalam bidang seni dan sastera (dalam 1920-an) yang mementingkan atau memberi tempat kepada unsur-unsur bawah sedar manusia (di luar kenyataan atau realiti)." "surealistik\n1.\n berkaitan dengan atau mengikut gaya surealisme:\narca itu bersifat ~ dan mengandungi unsur seni fantasi\n;\n2.\n di luar alam nyata:\ndrama yang pertamanya ialah Bukan Lalang Ditiup Angin yang menjadikan latarnya ~." "suren\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok), surian." "surgeri\n1.\n cabang (ilmu) perubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit atau kecederaan dengan cara memotong atau membuang sesuatu bahagian (organ, sel dan sebagainya) badan yang berkenaan, ilmu bedah;\n2.\n rawatan kecederaan atau penyakit dengan memotong atau membuang bahagian badan berkenaan:\nbeberapa jenis ~ dilakukan di dalam bidang obstetrik, pergigian dan urologi." "suri I\nsejenis sisir pada alat tenun;\n \n~ teladan \ncontoh yang baik (yang patut ditiru)." "suri II\nmati ~ \nkelihatannya sahaja mati (sebenarnya tidak);\n \nair ~ \n[Minangkabau] air nira yang belum jadi tuak." "suri III\nraja perempuan, rani;\n \nibu ~ \nibunda raja;\n \n~ rumah (tangga) \nisteri." "suria\n= \nsang ~ \nmatahari:\nsinar ~ menerangi sekitar alam; \ncakera ~ \nmatahari berserta cakerawala yang beredar mengelilinginya." "surian I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nParishia insignis; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), buah kayu, geronggang semut, kedondong kerut, kerantai (merah), \nSantiria laevigata;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), kerantai (merah), kerati, \nSantiria tomentosa;\n~ batu \nsejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Meliaceae, cerana putih, repuh, suntang, \nChukrassia tabularis\n." "surian II\n[Indonesia-Belanda] [arkaik] sarjan." "surih\n1.\n coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores;\n2.\n kesan atau jalan yang telah dilalui oleh sesuatu, bekas;\n \n~ gelombang \njalan yang diikuti oleh sesuatu gelombang;\n \nkertas ~ \nkertas nipis yang digunakan untuk meniru peta dan lain-lain yang diletakkan di bawahnya;\nbersurih\n ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores;\nmenyurih\n1.\n melukis garisan, menggaris, menggores;\n2.\n melukis peta dengan menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawahnya);\nmenyurihkan\n membuat garisan, menggariskan, menggaritkan, menggoreskan;\n \n~ api-api \nmenggores mancis api;\n \n~ jalan \na) mencari akal (daya upaya);\n b) memberi petunjuk (petua);\n \n~ percakapan \nmemesongkan perbualan;\npenyurihan\n (Kimia) penggunaan bahan (biasanya radioaktif) untuk mengesan taburan, perjalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dan lain-lain dalam sesuatu sistem atau dalam tubuh;\npenyurih\n1.\n orang yang melukis peta dan lain-lain (dengan meniru dari peta yang sedia ada);\n2.\n (Kimia) bahan (biasanya radioaktif) yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dalam sesuatu sistem atau dalam tubuh." "surih-surih\n[Perak] perhitungan keturunan, salasilah, susur galur." "surin\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), bengku, ketiau, mayang (medang) ketur, mitis, nyatuh tanjung, pujang, \nGanua motleyana; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), betis mitis, putat bukit, seminai, \nMadhuca utilis;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok), getah sundik, nyatuh, semaram, \nPayena havilandii; \n4.\n sejenis tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik, semaram, \nPayena leerii;\n5.\n sejenis tumbuhan (pokok), \nPayena obscura." "suris\nsurih." "surplus\n[Indonesia-Belanda] kelebihan (hasil dan lain-lain), lebih, sisa;\n \ndaerah ~ \ndaerah yang berlebih hasilnya." "sursak\n[arkaik] \nsirsak." "suruh I\nperintah (firman, titah) supaya melakukan sesuatu, lawan larangan:\nhendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah;\nbersuruh-suruhan\n [sastera lama] utus-mengutus, berkirim-kiriman (utusan, wakil, dan lain-lain);\nmenyuruh\n1.\n memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (dilakukan sesuatu), mengarahkan:\ntiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya melanjuntukan cerita itu; \n2.\n memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus:\ndari tadi dia sudah disuruh ke sekolah;\ndisuruh, pergi, dipanggil, datang \n(peribahasa) perihal seseorang yang patuh menurut perintah;\n \nbelum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang \n(peribahasa) perihal orang yang arif dan rajin;\nmenyuruh-nyuruh\n menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu):\ndia menjawab itu seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana datangnya;\nmenyuruhkan\n1.\n menyuruh mengerjakan, memerintahkan:\nada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; \n2.\n [sastera lama] mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus:\nsultan pun ~ utusan kepada segala raja yang di bawah angin ini;\ntersuruh\n sudah disuruh;\n \n~ pada orang yang akan pergi, terimbau (terpanggil) pada orang yang akan datang \n(peribahasa) menyuruh seseorang mengerjakan sesuatu yang sangat diingininya;\nsuruhan\n1.\n sesuatu yang disuruh, perintah:\norang yang rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; \n2. = pesuruh\n orang yang disuruh;\n \nbudak ~ \n= \norang ~ \norang yang disuruh-suruh, pembantu rumah, dan lain-lain;\n3.\n = \npenyuruh\n [sastera lama] perihal menyuruh, perbuatan menyuruh:\nadapun kami ke mari dengan ~ keramat wali Allah;\nsuruh-suruhan\n hamba yang disuruh-suruh;\npenyuruhan\n [sastera lama] orang yang disuruh:\nmaka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyambut Gusti itu;\npesuruh\n orang yang disuruh:\nwakil seorang ~ telah diutus untuk memanggil Pak Amat;\n~ Allah \nRasulullah, utusan Allah;\npenyuruh\n1.\n orang yang menyuruh;\n2.\n [sastera lama] perbuatan menyuruh." "suruh II\n[arkaik] \nsirih II" "suruhanjaya\nbadan yang terdiri daripada beberapa orang (yang dilantik oleh kerajaan dan lain-lain) untuk melakukan tugas tertentu;\n~ bebas\n badan yang ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yang dianggotai oleh orang yang bukan pegawai kerajaan;\n \nS~ Diraja \nbadan yang ditubuhkan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menyiasat sesuatu perkara, peristiwa dan sebagainya secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan;\n \nS~ Perkhidmatan Awam \nbadan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan, kenaikan pangkat dan sebagainya untuk kakitangan kerajaan;\n \nS~ Perkhidmatan Pendidikan \nbadan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan, kenaikan pangkat dan sebagainya untuk pegawai pendidikan;\n \nS~ Pilihan Raya \nbadan yang mentadbirkan pilihan raya;\n \nS~ Sekuriti \n(Ekonomi) badan berkanun yang mengawasi pertumbuhan dan perjalanan pasaran modal di Malaysia." "suruk-suruk\n[Brunei] sejenis serangga (biasanya terdapat di kawasan sawah)." "surup I\n[Jakarta] sepadan, layak, patut." "surup II\n[Jawa];\nkesurupan\n dirasuk (hantu dan lain-lain), kemasukan, kerasukan." "surut\n1.\n kembali (ke asal dan lain-lain), balik (ke belakang), mundur:\nkemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah;\n~ kepada bekas isterinya \ntelah rujuk;\n \nberlaku ~ dari\n dihitung kembali dari;\n \npantang ~\n pantang mundur;\n2.\n menjadi berkurang, reda (kemarahan dan lain-lain), susut:\nmarahnya yang memuncak-muncak tadi telah ~ dalam sekejap mata; \nkian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; \n3.\n = \nair ~ \n= \npasang ~ \nair turun (selepas pasang atau naik):\nmereka berjalan-jalan di tepi sungai yang kebetulan sedang ~; \nakan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak \n(peribahasa) sesuatu perkara yang serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah);\nmenyuruti\n1.\n menjadikan berkurang, mengurangi, menyusuti;\n2.\n rujuk dengan isteri (yang telah diceraikan), memulangi;\nmenyuruntukan\n1.\n menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, mengundurkan:\npinang akan disuruntukan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; \n2.\n menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusuntukan:\nhendaklah disuruntukan airnya dahulu barulah boleh dirapah;\n3.\n mengurangkan (nyala api dan lain-lain), meredakan (marah, nafsu, dan lain-lain):\nair yang dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disuruntukan apinya;\n~ darah\n menenangkan fikiran (hati, perasaan);\ntersurut\n berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang:\nsebentar itu juga ia ~ ke belakang lalu jatuh;\n~ fikiran \nmelepaskan niat;\n \n~ hati \ntawar hati." "suryakanta\nkaca bulat untuk melihat sesuatu supaya kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya, kanta, lensa." "susah\n1.\n perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dan lain-lain), perasaan tidak senang:\npekerjaan makan gaji itu memang ~ pada mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang; \n2.\n tidak mudah (mendapat, mencari, dan lain-lain sesuatu), sukar, sulit:\nmasa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal;\n3.\n = \n~ hati \ntidak senang hati, sedih hati, dukacita:\njangan ~, nanti ia akan kembali lagi; \n4.\n serba kekurangan, miskin, papa:\n~ dan senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang kepada budak-budak itu bersuka ria; \n5.\n kesukaran, kesulitan:\nadalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu;\nbersusah\n1.\n = \n~ payah \n= \nbersusah-susah\n melakukan sesuatu dengan susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu):\nPresiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dalam hal itu; \n2.\n = \n~ hati\n berasa susah hati, berdukacita:\ndia berharap mak cik tidak akan ~ lagi;\nmenyusahi\n menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui:\ntak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit;\nmenyusahkan\n1.\n menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan:\naku tidak ada kerja dan itulah yang ~ aku; \nkanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dengan pengajaran penggunaan imbuhan yang kompleks; \n2.\n menjadikan susah (sedih, risau, dan lain-lain), mendukacitakan, merisaukan:\ntak usah menangis, apa pula yang disusahkan;\nmempersusah\n menjadikan lebih susah:\njangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah;\n kesusahan\n1.\n perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan:\nseparuh daripada ~ yang dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan; \n2.\n menanggung susah, kepayahan:\njanganlah kamu biarkan pada masa ia dalam ~ atau keuzuran." "susastera\nkesusasteraan\n1.\n seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa (novel, sajak, dan lain-lain), karang-mengarang, persuratan, seni sastera;\n2.\n hasil daripada mengarang (menyajak dan lain-lain);\n3.\n pengetahuan dalam hal sastera;\n4.\n karya-karya yang tergolong dalam seni sastera." "susila\n1.\n baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib;\n2.\n = \nkesusilaan\na) adat istiadat yang baik, keadaban, kesopanan:\npergaulan aku dengan kau pada ~ bangsaku tidak menjadi kesalahan; \nb) pengetahuan berkenaan adab:\npendidikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya;\nbersusila\n bersopan santun, beradab, berakhlak." "susilat\n[Jakarta] sejenis sakit bengkak bernanah pada leher." "suspek\n[bahasa percakapan] orang yang disyaki melakukan jenayah:\n~ itu berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota cawangan trafik." "suspens\n saspens." "suspensi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n penangguhan (sesuatu) untuk sementara waktu, penundaan;\n2.\n pemecatan daripada jawatan untuk sementara, pergantungan jawatan (seseorang);\n3.\n cairan yang mengandungi hancuran daripada benda-benda keras, ampaian." "suster\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n perempuan dari badan kerohanian (Roman Katolik) dan tinggal di biara;\n2.\n [bahasa percakapan] jururawat." "susu I\n1.\n buah dada, tetek, kopek;\n \nhujung ~ \n= \nmata ~\n = \npentil ~ \n= \nputing ~ \nbahagian hujung susu;\n \nruang ~\n ruang di antara dua buah dada;\n2.\n = \nair ~ \nair berwarna putih yang keluar dari buah dada;\n \nbinatang ~ \nbinatang yang dipelihara untuk mendapat susu;\n \nkepala ~ \nlemak yang kental pada air susu;\n \nkilang ~ \na) kilang tempat memproses susu;\n b) bahagian badan yang menghasilkan susu;\n \nlapar ~ \nmahu susu (anak kecil);\n3.\n cairan yang menyerupai air susu yang diperoleh dari tumbuhan (pokok getah, tuba, dan lain-lain):\nselepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang;\n~ badan\n susu ibu;\n \n~ (ber)formula\n susu tepung yang disediakan mengikut formula khusus untuk golongan tertentu seperti bayi, ibu mengandung dan sebagainya;\n \n~ bundar \nbuah dada (perempuan) yang bulat dan cekang;\n \n~ berlemak \nsusu asli yang tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya);\n \n~ bubuk \nsusu tepung;\n ~ cair \nsejenis susu yang agak kental yang dibuat dengan jalan pengewapan dengan tekanan dan suhu tinggi;\n \n~ ibu\n susu dari buah dada;\n \n~ kaleng \n= \n~ kalengan \n[Indonesia] susu yang telah diproses dan diisikan dalam tin;\n \n~ kopek \n= \n~ lanjut \nbuah dada yang labuh;\n \n~ macan \n[bahasa percakapan] sejenis minuman daripada air susu yang dicampur dengan minuman keras;\n \n~ pekat \nsusu yang dipekatkan dan dibubuh gula;\n \n~ tanpa lemak\n susu yang lemaknya telah dikeluarkan;\n \n~ tepung\n sejenis susu yang diproses menjadi tepung;\n \n~ tin \nsusu dalam tin;\n~ di dada tak dapat dielakkan \n(peribahasa) nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat);\n \nair ~ dibalas dengan air tuba \n(peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;\n \nseperti ~ dengan sakar\n (peribahasa)\na) dua hal yang bersetujuan benar;\n b) aturan yang masih tetap berlaku dan dipakai;\nmenyusu\n menghisap susu:\nbudak itu sudah tidak mahu ~;\ngajah ~\n (binaan) atap atau sengkuap yang bersambung dengan rumah;\nmenyusui\n memberi minum susu kepada:\nbinatang mamalia ~ anaknya yang masih kecil;\nmenyusukan\n1.\n menyusui:\nmereka menyerahkan kanak-kanak yang baru lahir kepada perempuan lain untuk disusukan; \n2.\n membiarkan menghisap susu (menyusu);\nsusuan\n1.\n yang diberi susu, yang disusui;\n \nanak ~ \na) anak yang masih menyusu;\n b) anak orang yang disusui;\n \nsaudara ~ \nsaudara kerana menyusu dari perempuan yang sama;\n2.\n puting susu yang dibuat daripada getah (sebagai ganti susu ibu):\nyang seorang masih lekat ~ di mulutnya;\npenyusuan\n perihal (perbuatan) menyusui:\npemendekan tempoh ~ bayi boleh membahayakan kesihatannya;\npenyusu\n orang yang menyusui, pengasuh, inang:\nMuhammad besar di bawah peliharaan ~nya itu." "susu II\n~ rimau \nsejenis kulat, \nPolystictus rhinocerotis." "susu III\n~ kubung \nsejenis tumbuhan (benalu), \nDesmotrichum spp.;\n~ lopek \nsejenis tumbuhan (rumpai laut yang boleh dimakan), berembang bukit, \nLongetia malayana; \nbuah ~ \na) sejenis tumbuhan (pokok), \nChrysophyllum monopyrenum; \nb) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), buah belewar, buah selasih, \nPassiflora laurifolia; \nbunga ~ \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga cina, susuk ayam, susun kelapa, \nErvatamia coronaria; \nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga cina, \nGardenia augusta." "susuh I\n1.\n duri yang besar (pada tumbuh-tumbuhan);\n2.\n = \n~ ayam \nbahagian yang keras lagi tajam pada kaki ayam jantan, jalu;\n3.\n sejenis pasak atau baji (untuk mengetatkan rasuk, pelancar, dan lain-lain);\n4.\n pacu atau taji pada tumit kasut (untuk memacu kuda);\n5.\n sejenis pengait (dari kayu);\n6.\n rabung bukit (gunung) yang menganjur." "susuh II\n~ ayam \nsejenis tumbuhan (pokok renek), susun kelapa, \nTabernaemontata divaricata." "susuh III\n~ batu \nsejenis ikan darat, puting beliung, \nHamaloptera spp." "susuk I\n1.\n bentuk (rupa, wujud), lembaga:\njauh di hadapannya dalam samar-samar ternampak suatu ~ tubuh yang berjalan dengan tergesa-gesa;\n~ badan (tubuh) \na) bentuk rupa, bangun tubuh;\n b) bayangan badan;\n \n~ jijak \nsikap dan perawakan;\n \nbulu ~ \nbulu yang lembut lagi halus (terdapat pada seluruh badan burung dan sebagainya atau di celah-celah bulu yang lebih besar;\n \n~ ayat \n(Linguistik) bentuk atau susunan ayat;\n \n~ bahasa\n bentuk (gaya) bahasa;\n2.\n rangka (perahu dan lain-lain);\nmenyusuk\n1.\n memasang rangka (rumah perahu dan lain-lain);\n2.\n memulai membuat (sesuatu dan lain-lain)." "susuk II\n1.\n sejenis pasak atau baji (untuk mengetatkan rasuk dan lain-lain), penyemat (baju dan lain-lain), susuh, tusuk;\n \n~ igu \npasak untuk melekatkan igu;\n \n~ kondai \n= \n~ sanggul \npenyemat sanggul;\n2.\n jarum emas dan lain-lain yang dimasukkan ke dalam kulit muka dan lain-lain untuk memaniskan rupa;\n3.\n lubang tempat memasukkan sesuatu (butang dan lain-lain);\n \n~ baju \nlubang tempat kancing baju;\n \n~ pelipit \ntempat meletakkan geligin (pada alat tenun);\nbersusuk\n1.\n memakai susuk, berpasak;\n2.\n memakai susuk untuk pemanis;\nbersusuk-susuk, bersusuk-susukan\n berasak-asakan (kerana terlalu ramai dan lain-lain);\nmenyusuk\n1.\n mencucuk, menusuk;\n2.\n memasukkan jarum emas dan lain-lain dalam kulit untuk memaniskan." "susuk III\nsusukan\n [Jawa] sungai buatan, terusan." "susuk IV\n[Jawa] wang lebih daripada pembayaran (yang dikembalikan), wang kembali, wang penyongsong." "susul\nmenyusul\n1.\n mengikuti (mengejar) sesuatu yang terdahulu (untuk menyaingi atau mendahuluinya):\nia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; \n2.\n mengikut di belakang, mengekori:\ndia masuk ke dalam rumah disusul dari belakang oleh anaknya;\n3.\n ikuti (datang) kemudian:\nbiarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; \n4.\n mengekori, mengikuti jejak:\nia mengambil teksi untuk ~ dari belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; \n5.\n mengikuti, melanjuntukan, menyambung, menyertai:\nsetelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dengan mengasah gigi;\n6.\n (yang) akan datang, (yang) akan muncul:\ndalam musim panas yang ~, batang itu tumbuh memanjang dan mengeluarkan daun; \n7.\n menyelidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dan lain-lain):\nkebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaannnya; \n8.\n menyambung (surat yang terdahulu):\nkerana surat yang pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dengan surat yang kedua; \n9.\n keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alukan, menyongsong:\ndia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yang sedang masuk ke halaman;\nmenyusuli\n1.\n menuruti sesuatu yang terdahulu, mengikuti, mengiringi:\ntidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yang disusuli dengan bacaan Fatihah; \n2.\n mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori:\nkata ku dan kau tidak ditulis terpisah daripada kata dasar pasif yang ~nya;\n3.\n memberi tambahan, menambahi;\nmenyusulkan\n1.\n menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dan lain-lain kemudian, membawa menyusul:\nkuminta kepada ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; \n2.\n memperikuntukan, memasukkan (dalam surat dan lain-lain) supaya turut, melampirkan (surat dan lain-lain), menambahkan (sebagai keterangan, lanjutan, dan lain-lain);\nsusulan\n1.\n sesuatu yang menyusul (datang kemudian dan lain-lain):\nkemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; \n2.\n sesuatu yang disusulkan, lampiran, tambahan;\n3.\n = \nangin ~ \nark angin yang berlawanan dengan arah perahu dan lain-lain, angin sakal;\npenyusulan\n perbuatan menyusul." "susun I\n1.\n longgok yang teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih);\n2.\n tingkat, (se)perangkat barang yang bertingkat-tingkat (pinggan, mangkuk, tepen, dan lain-lain):\nia membeli pinggan se~;\n3.\n rangkai, untai (sajak);\n \nse~ sajak; \n4.\n rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dan lain-lain);\n \n~ atur \ncara menyusun dan mengatur sesuatu seperti perabot, hiasan dan sebagainya dalam sesuatu ruang, taman dan sebagainya mengikut pelan yang dikehendaki;\nbersusun\n1.\n berlonggok bertindih-tindih (yang satu di atas yang lain):\nbeberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; \n2.\n terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturut-turut, dan lain-lain):\nnama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad; \n3.\n \nkalimat ~ \n[Indonesia] (Linguistik) dua tiga ayat yang dipadukan menjadi satu;\n4.\n [sastera lama] berikut, bersusul:\nAhad ~ dengan Isnin;\n bersusun\n\u2013\nsusun\n terletak dalam beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat:\nkereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; \nmaka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupanya;\nmenyusun\n1.\n meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih, yang satu di atas yang lain), menaruh berlapis-lapis:\nia sedang ~ buku di atas meja; \n2.\n mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan:\nsekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yang kedua;\n3.\n mengatur (karangan dan lain-lain), menggubah:\nAntologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad;\n~ acara \nmengatur acara;\n \n~ barisan (pasukan dan lain-lain) \nmempersiapkan barisan (pasukan dan lain-lain);\n \n~ huruf \nmengatur huruf (dalam percetakan);\n \n~ jari\n = \n~ jari sepuluh \nmenangkupkan kedua-dua belah tapak tangan seperti hendak menyembah;\n \n~ kalimat\n [Indonesia] mengatur kata-kata untuk dijadikan ayat;\n \n~ kamus\n membuat (mengarang) kamus;\n \n~ laporan (rancangan, undang-undang, dan lain-lain) \nmembuat laporan (rancangan, undang-undang, dan lain-lain);\nmenyusunkan\n menyusun sesuatu untuk, mengaturkan;\ntersusun\n sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dengan teratur:\nbeberapa buah buku ~ rapi di atas meja; \nkata-katanya ~ indah;\nsusunan\n1.\n timbunan (barang) yang bertindih-tindih, longgok yang bertindih-tindih:\n~ batu bata; \n2.\n sesuatu yang disusun (diatur dan lain-lain), sesuatu yang letaknya bersusun:\nnama mereka ditulis dalam daftar itu mengikut ~ abjad; \njari bagai ~ sirih;\n~ buku-buku di dalam almari itu kelihatan kemas dan rapi;\npenyusunan\n perihal menyusun:\nsuatu kesempatan untuk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu;\n~ kembali sejarah Malaysia;\npenyusun\n1.\n orang yang menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dan lain-lain):\nWilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dengan pengertian pandai atau tukang dalam kamus mereka;\n~ huruf \norang yang kerjanya menyusun huruf (dalam percetakan);\n2.\n alat untuk menyusun." "susun II\n~ kelapa \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), susuh ayam, \nTabernaemontata divaricata; \nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), lada-lada, \nTabernaemontata malaccensis; \nc) sejenis tumbuhan (pokok renek), lada-lada, \nTabernaemontata peduncularis." "susun lapis\npembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan dan sebagainya:\n~ sosial;\n bersusun lapis\n terbahagi kepada beberapa kelas, golongan, lapisan dan sebagainya yang berlainan:\norang Melayu di peringkat tempatan telah ~, sama ada dari segi status ataupun kelas." "susung I\n[arkaik] \n songsong I." "susung II\n[Kelantan] dekat benar, hampir sekali." "susup\n~-sasap \nmenyorok (masuk) ke sana ke mari:\npengganas yang ditembak itu lari ~ -sasap dalam hutan senduduk;\nmenyusup\n1.\n menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu:\nmereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; \ndiparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; \n2.\n masuk ke dalam (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dan lain-lain), merempuh ke dalam:\nia cuba ~ di celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu di kaki lima;\n3.\n meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap:\ndingin malam ~ sampai ke tulang; \n4.\n masuk dengan bersembunyi-sembunyi atau diam-diam (dalam kalangan musuh dan lain-lain), menyeludup masuk:\nia ~ sampai ke dalam pertahanan musuh;\nmenyusupi\n1.\n masuk dengan cara menyusup:\nkerajaan boleh melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut;\n2.\n meresap masuk ke, meresapi:\ndi luar, angin malam bertiup berat, ~ celah-celah dinding;\nmenyusupkan\n1.\n memasukkan (menyorokkan) ke bawah atau di celah-celah sesuatu:\nia ~ surat itu ke bawah tilam; \n2.\n menyorokkan, menyeludupkan:\nsalah seorang daripada mereka berhasil ~ surat kepadaku;\n3.\n [kiasan] memasukkan sesuatu (ke dalam sesuatu) secara tidak ketara:\nmaka agak sukar bagi orang itu ~ ajaran agamanya;\nkesusupan\n kemasukan sesuatu ke dalam (daging dan lain-lain), kesisipan, kesisiran;\npenyusupan\n perbuatan menyusup atau menyusupkan, penyeludupan:\npercubaan mereka dengan melakukan ~ dan serangan-serangan dalam gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak memberi bekas sama sekali;\n \n~\n \nkebudayaan Barat dalam Islam;\npenyusup\n orang yang menyusup masuk (secara diam-diam), penyeludup:\nkedua-dua ~ itu tidak bersenjata apabila ditangkap." "susur galur\nsalasilah keturunan, asal usul (seseorang atau sesuatu);\nmenyusur galur\n menyelidiki asal usul (hal dan lain-lain), mengusul;\nmenyusurgalurkan\n menyusun salasilah keturunan (asal usul seseorang atau sesuatu):\nsaya akan ~ sejarah pembakuan bahasa Melayu." "susur I\ntepi, pinggir;\n~ bantal \ntepi bantal pada lintangnya;\n \n~ daratan \n= \n~ pantai \nbahagian tepi pantai atau dataran;\n \n~ kota \ntembok kota yang di luar sekali;\n \n~ tangan \ntempat berpegang pada titian dan lain-lain, selusur;\n \n~ tangga \ntempat berpegang pada tangga, langkan;\nmenyusur\n1.\n berjalan (belayar dan lain-lain) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi:\nmereka belayar dengan perahu ~ pantai Pahang; \n2.\n lalu sepanjang (jalan dan lain-lain), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dan lain-lain):\nia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; \nkajian seterusnya akan ~ arah-arah yang berbeza;\nmenyusuri\n1.\n menyusur:\nmereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; \nmereka berjalan ~ kaki lima; \n2.\n [kiasan] mengikuti, meneliti:\nsaya susuri ceramah beliau dengan hati-hati;\nsusuran; \n~ tangga\n susur tangga;\npenyusur\n \nkapal ~ \nkapal yang menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja)." "susur II\n[Jawa] sugi tembakau, songel, sentil." "susur III\n[arkaik];\npenyusur; \n~ bayar \npembayaran hutang secara beransur-ansur." "susur IV\n[Kelantan] tidak jauh, dekat, hampir benar." "susur V\n~ batang \nsejenis ikan darat, \nRasbora einthoveni." "susut I\n1.\n semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dan lain-lain sesuatu):\nharga jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus;\n 2.\n menjadi lebih pendek (kecil dan lain-lain), mengecut (kain dan lain-lain), mengerut:\nkain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh;\n3.\n turun paras permukaannya (air dan lain-lain), surut:\nberapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dari baldi itu? \n4.\n menjadi kurus (badan dan lain-lain):\nanak yang begitu subur badannya sekarang mulai ~; \nagung ~, pongah masih \n(peribahasa) orang berbangsa yang telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga;\nmenyusut\n menjadi susut, berkurang;\nmenyusuti\n menjadikan berkurang, mengurangi:\nsejak bercerai dengan Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yang nyata, melainkan ~ yang telah ada;\nmenyusuntukan\n menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan:\njatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung;\nsusutan\n (Ekonomi) kemerosotan nilai barang (yang dipergunakan dalam perusahaan atau perniagaan);\nkesusutan\n perihal susut, kekurangan, kemerosotan;\npenyusutan\n perihal menyusuntukan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan." "susut II\n[Kelantan];\nmenyusut\n menyembunyikan, menyorokkan." "susut nilai\n1.\n (Ekonomi) turunnya nilai barang modal seperti mesin dan bangunan kerana telah usang, rosak atau haus;\n2.\n (Ekonomi) jatuhnya nilai suatu mata wang dalam sebutan mata wang lain;\n3.\n berkurang atau merosot nilainya (berkenaan (dengan) barang, modal dan sebagainya):\nmesin itu akan ~ setelah digunakan selama beberapa tahun;\n menyusutnilaikan\n menyebabkan barang, modal dan sebagainya susut nilai: \nmereka perlu menganggarkan berapa tahun untuk \n~\n harta syarikat." "susyi\nsejenis makanan Jepun berupa nasi bersalut dan diletakkan lauk, terutamanya ikan mentah di bahagian atas atau di dalamnya." "sut I\n1.\n bunyi seperti bunyi daun buluh ditiup angin;\n2.\n [kata seru] (seakan-akan siulan) untuk menyuruh orang diam." "sut II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] [kependekan] suten." "sut III\n1.\n [Kedah], [Kelantan] hujung, penghabisan;\n2.\n yang penghabisan (terakhir) sekali." "sut IV\n1.\n satu set pakaian luar daripada bahan (kain) yang sama, untuk lelaki terdiri daripada seluar dan jaket atau weskot dan untuk perempuan terdiri daripada skirt atau seluar dan jaket;\n2.\n selengkap pakaian Melayu (lelaki dan perempuan) yang sedondon." "sutan\n[Minangkabau]\n1.\n gelaran kaum bangsawan:\nberapa banyaknya orang Darat yang berbini di sini, jadi menantu S~-S~ dan Marah-Marah; \n2.\n awal nama gelaran:\nsebenarnya ia bergelar S~ Baginda;\nbersutan\n \n~ di mata, beraja di hati\n membuat sekehendak hati;\nbersutan-sutan\n berasa megah atau sombong kerana kebangsawanannya." "suten\nbersuten\n [Indonesia], [bahasa percakapan] mengundi (dengan mengadu jari beramai-ramai) untuk menentukan siapa yang akan bermain dan lain-lain dahulu;\n= sut II." "suter\n1.\n sejenis benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat;\n \nulat ~ \nsejenis ulat rama-rama \nBombyx mori \nyang mengeluarkan benang sutera;\n2.\n kain atau cita yang dibuat daripada benang sutera;\n~ kembang \nsutera yang bersulam;\n \n~ buatan \n= \n~ tiruan \nsutera yang dibuat secara kimia;\njual ~, beli mastuli \n(peribahasa) kehilangan yang berharga, mendapat yang lebih baik (lebih berharga);\n \nseperti ~ dalam lukisan \n(peribahasa) sesuatu yang sudah bagus beroleh darjat atau tempat yang bagus pula." "sutil\n[Jawa] sejenis sudip untuk membalik-balikkan benda yang digoreng dan lain-lain." "sutradara\n[Indonesia] pemimpin (pengatur) sesuatu lakonan (filem dan lain-lain), pengarah;\nmenyutradarakan\n memimpin (mengatur) sesuatu lakonan (filem dan lain-lain), mengarah;\npenyutradaraan\n perihal (proses) menyutradarakan (mengarah) sesuatu lakonan, filem, dan sebagainya." "sutuh\n[Arab] atap rumah yang rata yang diperbuat daripada batu dan dilapisi dengan tanah." "sutur\n(Perubatan)\n1.\n benang, dawai halus dan sebagainya yang digunakan untuk menjahit luka atau insisi pada bahagian tubuh;\n2.\n jahitan pada bahagian luka atau insisi selepas pembedahan." "suun\n[Cina] sejenis makanan seperti mihun tetapi lebih halus (biasanya sebagai perencah sayur)." "suwer\n[Kelantan] gelap dan sunyi senyap (kerana ketakutan)." "suwir\nmenyuwir\n mengoyak halus-halus." "swa\n\u2013 (Sanskrit) \nawalan asing\n sendiri, misalnya \nswakarya \ndan \nswalayan\n." "swadaya\nkekuatan sendiri, tenaga (daya) sendiri." "swadesi\n[Indonesia] gerakan yang menganjurkan atau menggalakkan orang ramai supaya menggunakan barang-barang buatan negeri sendiri." "swakarya\nhasil kerja atau usaha sendiri." "swalayan\nperihal (perbuatan) melayan diri sendiri kerana pihak penjual tidak menyediakan atau memberikan khidmat melayan para pelanggan, layan diri." "swapraja\n[Indonesia] daerah yang berpemerintahan sendiri." "swasambada\n[Indonesia] mencukupi untuk keperluan sendiri." "swasenyawa\npenswasenyawaan\n (Biologi) penyatuan gamet jantan dengan gamet betina daripada individu yang sama, seperti pada sesetengah protozoa, kulat, dan lain-lain, autogami." "swasraya\n[Indonesia] melayani diri sendiri." "swasta\nyang mengendalikan kegiatan (perusahaan dan sebagainya) sendiri, bukan milik kerajaan:\npenerbit ~; \nsekolah ~; \nsyarikat ~;\nmenswastakan\n memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yang diurus oleh kerajaan kepada pengendalian pihak swasta (dengan kerajaan memungut cukai daripada keuntungan yang diperoleh), menjadikan swasta (bukan lagi milik kerajaan):\nada rancangan untuk ~ beberapa jenis perkhidmatan yang kini dikendalikan oleh kerajaan;\npenswastaan\n perihal (tindakan) menswastakan (perkhidmatan dan perusahaan kerajaan)." "swastika\nlambang pihak atau kaum Nazi di Jerman." "swatantra\n[Indonesia] memerintah sendiri, autonomi." "sweater\n(Tks) pakaian bahagian atas badan yang dibuat daripada benang bulu, gentian buatan dan sebagainya yang boleh dipakai di luar sebagai jaket, atau dipakai bersama kot." "swiper\n(dalam perlawanan bola sepak) pemain yang kedudukannya di belakang pemain pertahanan dan membantu pemain barisan pertahanan dan kadang-kadang membuat serangan, libero." "SWT\n[kependekan] Subhanahuwataala:\nAllah ~. \nSyaaban\n bulan yang kelapan dalam tahun Hijrah." "syabah\n[Arab]\n1.\n tidak terang, samar-samar;\n2.\n iras-iras, hampir serupa." "syabas\n[kata seru] kata untuk menyatakan bagus (baik dan lain-lain):\nmasing-masing bangun menjongkok menghulurkan tangan mengucapkan ~." "syabi\n[Arab] (baju) kemeja." "syabu\nsejenis dadah berbahaya berbentuk kristal yang digunakan terutamanya sebagai perangsang (menyebabkan pengambilnya bertenaga, agresif, tahan berjaga dan sebagainya) dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh merosakkan sistem saraf pusat." "syaddah\n[Arab] tanda untuk menyatakan bunyi berangkap (dalam tulisan Arab), sabdu." "syafaat\n[Arab] kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah SAW untuk menolong umatnya di padang mahsyar kelak:\nbarang pintanya dikabulkan Allah SWT dengan berkat ~ Nabi Muhammad SAW." "syafak\n[Arab] awan-awan merah di langit (waktu maghrib)." "syafakat\n[Arab] belas kasihan, simpati." "Syafii\nmazhab ~ \nsatu daripada empat mazhab yang teraku dalam agama Islam (didirikan oleh Imam Syafii)." "syagar\n[arkaik] gula;\nsakar I." "syah\n1.\n raja, baginda;\n \n~ alam\n [sastera lama] raja segala alam;\n \n~ alam di rimba\n gelaran kepada pelanduk;\n2.\n raja (dalam permainan catur)." "syahadah\n[Arab]\n1.\n [arkaik] (surat) pengakuan, sijil, ijazah:\n Shafik Afandi mempunyai ~ Al-Bakaluria; \n2.\n syahadat." "syahadan\nkata yang biasa dipakai pada permulaan cerita atau bab, selanjutnya \u2026, lalu \u2026:\n~ datanglah kepada suatu hari, maka gajah itu pun sampailah." "syahadat\n[Arab]\n1.\n kesaksian, pengakuan;\n2.\n = \nkalimah ~ \nkalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya;\n3.\n sijil, ijazah, syahadah;\nbersyahadat\n1.\n mengucapkan kalimah syahadat:\nAli mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula;\n2.\n = \nanak tidak ~\n anak di luar nikah, anak haram;\npensyahadatan\n perbuatan bersyahadat:\n upacara ~ beramai-ramai." "syahbandar\npegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan, ketua pelabuhan;\n \nDatuk S~ \ngelaran salah seorang Orang Besar Berempat di Pahang." "syahda\n[Arab] \nsyahdu." "syahdu\nelok, cantik, manis, (yang) mulia atau terutama:\nmalam yang ~;\nkesyahduan\n keadaan (sifat) syahdu, kemuliaan:\n~ malam itu begitu mendamaikan hatinya." "syahid\n[Arab]\n1.\n saksi (yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam), orang yang mati kerana agama Islam, mati dalam perang sabil:\nperlawanan itu berakhir dengan ketiga-tiga orang pihak Quraisy telah terbunuh dan seorang daripada pihak Islam telah ~;\n2.\n [arkaik] mati berdarah (terbunuh):\nsetelah Raja Rekan merasai luka itu maka ditikamnya Sultan Abu Shahid, maka baginda pun mati ~lah;\n kesyahidan\n keadaan syahid:\n~ al-Hallaj yang luar biasa apabila melukiskan mistik." "syahmat\nraja telah terkepung (dalam permainan catur)." "syahmura\n[sastera lama] sejenis senjata." "syahwat\n[Arab] keinginan (untuk melakukan persetubuhan), nafsu bersetubuh, keberahian." "syair\n1.\n sejenis karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri daripada empat baris yang sama bunyi hujungnya):\n~ Burung Pungguk\n;\n2.\n sajak, puisi;\nbersyair\n1.\n (sedang) menggubah syair;\n2.\n membaca syair dengan berlagu:\nramai orang yang mengambil bahagian dalam peraduan bersyarah, bersajak, dan lain-lain;\nmensyairkan\n ark\n1.\n mengarang syair;\n2.\n membaca syair dengan berlagu, melagukan syair;\npensyair\n penyair;\npenyair\n orang yang mengarang syair (sajak), pujangga.\nkepenyairan\n segala hal yang berhubungan dengan penyair:\nnilai tradisi yang teguh dengan keagamaan dalam tingkat-tingkat ~." "syairi\nsejenis karangan bersajak, puisi." "syaitan\nsejenis makhluk halus yang jahat (menggalakkan orang membuat kejahatan dan sebagainya);\nkesyaitanan\n seperti syaitan:\nia bersifat menghina manusia yang korup dan bersifat ~;? \nsetan." "syajar\n~ khuldi \n[Arab] sejenis pokok di syurga (siapa yang memakan buahnya akan hidup kekal)." "syajarat\n[Arab] pokok." "syak\nrasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dan sebagainya;\n \nmenaruh ~ \ntidak mempercayai, mencurigai;\n \ntidak ~ lagi \nyakin benar, tentu;\n~ hati \nkurang percaya, curiga;\n \n~ sangka \n= \n~ wasangka \nrasa tidak percaya, sangsi;\n \n~ walang\n susah hati, khuatir;\n~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah \n(peribahasa) jangan banyak sangka, bekerja dengan yakin kerana dengan keyakinan sahaja maksud akan tercapai;\nmengesyaki\n1.\n menaruh syak pada, berasa sangsi pada, mencurigai:\nia mula ~ Marina;\n \nHilmi ~ sesuatu yang buruk sedang berlaku; \n2.\n menyangka, menduga:\nKamal disyaki lari mengikut Komunis." "syakar\n[sastera lama] gula;\nsakar I." "syakduf\n[Arab] tempat duduk (di belakang unta), pelana unta;\nsekedup." "syakhsi\n[Arab] [arkaik] perseorangan, peribadi (sendiri)." "syal I\n1.\n sejenis jubah yang tidak berlengan;\n2.\n sejenis selendang, mafela." "syal II\n(Geologi) sejenis batu lembut yang terjadi daripada tanah lumpur dan lain-lain yang mengendap." "syala\n(Sanskrit);\n \npohon ~\n sejenis tumbuhan (pokok), \nArtocarpus spp.\nSyam\n negeri Syria." "syamali\n[Arab] utara;\n \nkutub ~ \nkutub utara." "syampu\n1.\n cecair bersabun untuk mencuci rambut:\n~ berubat;\n2.\n sejenis bahan pencuci khas untuk mencuci permaidani dan sebagainya;\nmensyampu\n mencuci sesuatu (rambut, permaidani, dan sebagainya) dengan syampu:\ndia sedang ~ rambutnya;\npensyampuan\n kerja-kerja mensyampu." "syamsi\n[Arab] matahari;\n syamsu." "syamsiah, syamsiat\n[Arab];\ntahun ~ \ntahun yang dihitung dengan berdasarkan matahari." "syamsir\n[sastera lama] sejenis pedang." "syamsu\n[Arab] matahari;\n= syamsi." "syandi\nsejenis minuman keras daripada bir yang dicampurkan dengan air halia atau lemoned." "syantung\nsejenis kain sutera tebal yang permukaannya tidak rata atau berkedut-kedut:\nsutera ~." "syar\n[Arab] kejahatan." "syarab\n[Arab] [sastera lama] minuman keras, air anggur." "syarah I\n[Arab] keinginan yang kuat terhadap sesuatu (terutama kepada makanan), selera." "syarah II\n1.\n keterangan, huraian, penjelasan, ulasan;\n2.\n = \nsyarahan\n ceramah, pidato;\nbersyarah\n memberi ceramah, berpidato, berucap:\nia hendak ~ kepada pengundi-pengundi pada masa pilihan raya;\n mensyarahkan\n membicarakan sesuatu perkara (dalam bentuk syarahan), menceramahkan:\nbeliau juga meneliti pemikiran-pemikiran lama Yunani dan ~nya;\nsyarahan\n1.\n ceramah, pidato, ucapan:\nia mendengar ~ gurunya dengan tekun;\n2.\n pelajaran yang diberikan di universiti, kuliah;\npensyarah\n1.\n orang yang memberikan syarahan (ceramah), penceramah;\n2.\n guru di universiti, orang yang memberikan kuliah:\nsaya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu." "syarah III\nsyarahan\n [arkaik] penerbitan (surat khabar, majalah, dan lain-lain), terbitan:\nakhbar ~ pagi." "syarak\n[Arab] hukum yang bersandarkan ajaran agama Islam, hukum Islam:\npakaian yang bersih dan suci sebagaimana yang dikehendaki ~; \nberbuatlah ia suatu pekerjaan yang tidak patut pada ~ dan pada adat iaitu bermain muda." "syarat\n1.\n tuntutan (permintaan) yang mesti dipenuhi, jaminan, janji:\njika orang yang meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yang telah dipersetujui dahulu dibatalkan; \n2.\n segala yang diperlukan (untuk mencapai sesuatu yang dimaksudkan dan lain-lain):\n~ yang paling mustahak untuk menamatkan perselisihan itu ialah kemahuan\n \ndan kesediaan untuk berselesai;\n3.\n ketentuan (rukun, peraturan, dan lain-lain) yang mesti dipatuhi:\nIslamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yang diwajibkan atas seorang Islam? \n4.\n bayaran (barang dan lain-lain) yang perlu kepada guru silat (bomoh dan lain-lain);\n \n~ mutlak \nsyarat yang tidak boleh tidak dipenuhi;\nbersyarat\n ada syaratnya, dengan syarat, (dengan) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sebagai) syarat:\ndia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu;\nmensyaratkan\n menuntut (meminta) sebagai syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sebagai) syarat:\nPBB telah ~ bahawa negara anggota yang tidak membayar hutang sampai tiga tahun dengan sendirinya akan gugur haknya untuk mengundi\n;\npensyaratan\n proses mengenakan syarat:\npelbagai disiplin memerlukan ~ yang lain pada ciri sosiologi sastera." "syarbat\n[Arab] \nserbat." "syariah\n[Arab] hukum Islam;\n \nmahkamah ~ \nmahkamah yang mengurus perkara-perkara yang bersangkutan dengan hukum Islam;\n syariat." "syariat\n[Arab] hukum Islam:\nal-Quran ialah sumber pertama daripada ~ Islam;\nmensyariatkan\n menjadikan sebagai syariat, memerintahkan:\ndisyariatkan azan supaya menyedarkan orang-orang yang lalai supaya berhimpun di masjid bagi menunaikan sembahyang; \nbeliau haruslah mengabdikan diri semata-mata kepada Allah melalui ibadat-ibadat yang telah disyariatkan Allah." "syarie\n syarii." "syarif\n[Arab] bangsawan atau mulia (sebutan untuk keturunan Nabi Muhammad SAW yang langsung daripada Husain)." "syarifah\n[Arab] perempuan keturunan Nabi Muhammad SAW." "syarii\n[Arab]\n1.\n berkaitan dengan syariah:\npeguam ~; \nhakim ~; \n2.\n bersandar pada atau mengikut hukum Islam:\nmereka tidak boleh menunaikan ibadat puasa atas sebab uzur ~." "syarik\n[Arab] kawan, sahabat." "syarikat\n1.\n persekutuan, perkumpulan, gabungan;\n \nAmerika S~\n negara persekutuan di Amerika Utara;\n2.\n badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yang dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dalam perniagaan), firma:\nkita bersama memodali perniagaan itu yang dengan sendirinya menjadi sebuah~; \nanak\n \n~\n syarikat yang sekurang-kurangnya separuh daripada modalnya dimiliki oleh syarikat lain;\n3.\n persekutuan negara-negara yang menjadi sahabat (dalam peperangan), sekutu;\n~ berhad \nsyarikat perusahaan atau perniagaan yang tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pada wang dan sebagainya yang telah dilaburkan ke dalam syarikat itu;\n \n~ bersekutu \n(Undang-undang) syarikat yang sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain;\n \n~ gergasi \n= \n~ raksasa;\n~ induk \nsyarikat yang memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat;\n \n~ kerjasama \nkoperasi (syarikat);\n \n~ kewangan \nsyarikat yang memberikan kemudahan pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang lebih tinggi daripada bank perdagangan, terutamanya untuk urus niaga sewa beli;\n \n~ multinasional \nsyarikat yang beroperasi di beberapa buah negara;\n \n~ nomini \n(Ekonomi) syarikat yang fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan;\n \n~ pembuatan \nsyarikat yang kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dan sebagainya);\n \n~ perniagaan\n syarikat yang kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli);\n \n~ perusahaan\n syarikat yang menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (seperti pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dan lain-lain);\n \n~ raksasa\n syarikat yang amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dan sebagainya);\n \n~ tersenarai \n(Ekonomi) syarikat yang saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan;\nbersyarikat\n1.\n bersama-sama (bersatu, bermuafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dan lain-lain);\n2.\n bersekutu, berkawan, bersahabat;\nmensyarikati\n [arkaik] bersyarikat dengan, ikut serta, bersama-sama (dalam kesusahan dan lain-lain);\nmensyarikatkan\n \n~ Allah \nmenganggap Allah tidak esa (lebih daripada satu);\npersyarikatan\n1.\n persekutuan, perhimpunan, perkumpulan, persatuan:\np~ Bangsa-Bangsa Bersatu;\n2.\n = \n~ dagang \n[Indonesia] perkongsian (dalam perniagaan);\n \n~ Malaysia \nkonsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan memberi lebih banyak sumbangan kepada pembangunan negara." "syarpit\n(Kimia) mineral yang mengandungi kira-kira 68.5% uranium." "syatar\n[Arab] halaman (buku dan lain-lain), muka surat." "syaulam\n[sastera lama] sejenis jampi (untuk membius)." "Syawal\nbulan yang kesepuluh dalam tahun Hijrah." "syed\nsayid." "syeikh\n1.\n sebutan kepada orang yang berketurunan sahabat-sahabat Nabi;\n2.\n sebutan kepada orang Arab (yang berasal dari Hadramaut);\n3.\n sebutan kepada alim ulama;\n4.\n = \n~ haji \n= \n~ jemaah \norang-orang yang mengurus orang naik haji." "syelek\n1.\n sejenis bahan berdamar yang berbentuk kepingan nipis dan digunakan untuk membuat varnis bagi mengilatkan kayu dan lain-lain;\n2.\n varnis yang dibuat dengan melaruntukan syelek dalam etanol atau lain-lain yang seumpamanya;\nmensyelek\n menyapu syelek pada sesuatu;\nsyer\n (syr) bahagian dalam modal sesuatu perniagaan, saham, sero:\nsyarikat itu mengeluarkan ~ untuk mendapat modal;\n~ kosong \n[bahasa percakapan] syer yang diberikan kepada seseorang dengan tidak membayar harganya." "syeri\nsejenis wain berwarna kuning atau perang yang berasal dari Sepanyol." "Syiah\n[Arab] salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga khalifah ar-Rasyidin yang awal dan menganggap Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad yang sah;\n \nkaum ~ \nkaum yang mengasingkan diri daripada kaum Sunah (dalam agama Islam)." "syiar\n[Arab] lambang kebesaran, keagungan, atau kemuliaan:\nhingga sekarang ini, sentiasalah kedengaran suara azan pada tiap-tiap waktu sembahyang, yang menandakan ~ Islam." "syif\n1.\n kumpulan yang bekerja (mis di kilang) bergilir-gilir dengan kumpulan lain;\n 2\n. tempoh kerja yang dijadualkan:\nminggu depan saya bekerja ~ malam." "syifa\n[Arab] sesuatu yang menyembuhkan penyakit (kerunsingan dan sebagainya), penawar:\nselawat ~." "syiling\n1.\n unit mata wang Inggeris yang bernilai 1/20 paun atau 5 peni;\n2.\n = \nduit (wang) ~ \nmata wang yang dibuat daripada logam." "syim\nkepingan logam, kayu, getah, dan sebagainya yang nipis untuk memalam sesuatu, sesendal." "syin\n1.\n huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300);\n2.\n huruf ke-14 abjad Jawi." "Syinto\nagama tradisional masyarakat Jepun." "syirik\n[Arab] perbuatan menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dan sebagainya;\nmensyirikkan\n menganggap Allah itu banyak, menyekutukan (menduakan) Allah;\nkesyirikan\n tahap (darjah) berada dalam keadaan syirik." "syiuh\n siuh." "syogun\n(Jepun) panglima tertinggi tentera Jepun yang menjadi pemerintah dan lebih berkuasa daripada Maharaja (sehingga tahun 1867)." "syok\n[bahasa percakapan]\n1.\n sangat menarik hati (seronok, suka dan sebagainya):\n~ juga dengar cerita dia;\n2.\n sangat tertarik hati:\nkata kawan-kawannya Azhar tu ~ pada dia;\n~ sendiri \nberasa seronok, puas dan sebagainya dengan apa yang dilakukan oleh diri sendiri sahaja tanpa mengira tanggapan, perasaan dan sebagainya orang lain;\n3.\n [Indonesia] berlagak, berpura-pura." "syor\ncadangan, anjuran, nasihat, petunjuk, saran:\ncadangan atau ~ yang terbaik akan dikira menang;\nmengesyorkan\n mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyarankan:\ndia ~ kepada peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja." "syot\nfoto (gambar) yang diambil dengan kamera sinematograf." "syubhah\n[Arab] kesamaran (kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram)." "syuhada\n[Arab] (jamak bagi syahid) saksi (tentang kebenaran agama Islam)." "syukur\n1.\n terima kasih:\nkalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kepada Tuhan;\n2.\n [kata seru] untunglah, mujurlah;\n3.\n beruntung, mujur, bertuah:\nsaya berasa ~ dapat berjumpa dengan datuk;\nbersyukur\n berasa syukur, berterima kasih:\nsekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kepada Tuhan; \nperempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dengan apa yang ada, tidak pernah ~;\nmensyukuri\n mengucapkan syukur (terima kasih) kepada, melakukan sesuatu (berkenduri dan lain-lain) sebagai tanda bersyukur:\norang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak untuk kenduri, kerana ~ pernikahannya;\nkesyukuran\n rasa syukur:\ntidak dapat digambarkan lagi kesukaan dan ~ mereka pada ketika itu." "syumul\n[Arab] bersifat menyeluruh dan sempurna:\nundang-undang Islam yang bersifat ~ dan universal;\n kesyumulan\n perihal (sifat) syumul, kesejagatan:\napakah kurikulum yang berjalan telah benar-benar menggambarkan ~ Islam?" "syura\nmesyuarat (untuk mencapai keputusan menurut suara terbanyak):\nperanan masjid yang ketiga adalah sebagai tempat ~ masyarakat setempat." "syurah\nhuraian, keterangan, penjelasan;\nmensyurahkan\n menghuraikan, menjelaskan;\nsyarah II." "syurga\n= \n~ jannah\n = \n~ jannat \nalam akhirat (tempat roh manusia yang baik-baik dan banyak membuat pahala ketika di dunia), tempat balasan pahala dan tempat mengecap nikmat Tuhan yang kekal;\n \n~ dunia \nsegala rupa kenikmatan (kesenangan, kebahagiaan) di dunia;\nkesyurgaan\n segala yang berkaitan dengan syurga." "syurgaloka\n[sastera lama] alam kayangan tempat kediaman Betara Guru." "syuruk\n[Arab] waktu terbit matahari." "t I\nhuruf ke-20 abjad Rumi." "t II\n[kependekan] tan (ukuran berat)." "ta I\n1.\n huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400);\n2.\n huruf ketiga abjad Jawi;\n \n~ marbutah\n huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yang boleh menjadi ha besar atau ta." "ta II\n(tO)\n1.\n huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan);\n2.\n huruf ke-17 abjad Jawi." "Ta III\nsimbol kimia bagi tantalum." "taajal\n[Arab] dengan terburu-buru, gopoh-gopoh, lekas-lekas, tergesa-gesa, serta-merta, segera:\njangan ~ kita membinasakan negeri itu." "taakul\n[Arab] hal membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal, tinjauan akal;\nmenaakul\n membuat pertimbangan dan lain-lain dengan logik:\ndi dalam buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi;\ntaakulan\n hasil menaakul;\npenaakulan\n perbuatan menaakul." "Taala\n[Arab] maha tinggi (mulia):\nAllah ~\n Allah Yang Maha Tinggi;\n \nAllah Subhanahuwa~ \nAllah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi." "taaruf\n[Arab] perkenalan." "taasub\n[Arab] kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik:\nmereka sangat ~ dan amat berbangga dengan keturunan dan kaum mereka;\nmentaasubi\n berlaku taasub kepada atau terhadap:\nkamu terlalu ~ kemajuan sehingga terlupa pada insan yang bersaudara denganmu;\nketaasuban\n keadaan taasub." "taat\n1.\n sentiasa menurut perintah (tuhan dan lain-lain), tidak mengingkari (perintah dan lain-lain), patuh:\nPesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal Allah dan ~ kepada Allah; \n2\n. kuat beribadat, soleh:\nisteriku ialah wanita yang ~ mengerjakan suruhan agama Islam;\nmentaati\n berlaku taat kepada, patuh kepada seseorang atau sesuatu, tidak membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dan lain-lain):\nmereka akan ~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan masalah Malaysia;\nketaatan\n1.\n perihal taat, kepatuhan, kesetiaan:\nmereka sibuk dengan ~ masing-masing kepada raja mereka; \n2.\n kesungguhan hati terhadap agama, kesolehan;\nketidaktaatan\n keadaan tidak taat:\noleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yang cemerlang itu menjadi kabur." "taat setia\ntidak berlaku curang, jujur, setia:\nKhalid ~ di bawah perintah ketua baru itu;\nketaatsetiaan\n keadaan (tahap) taat setia:\n diskriminasi seperti ini mempertikaikan ~ mereka sebagai individu dan sebagai kelompok." "taazur\n[Arab] halangan, rintangan;\nuzur." "tab\n= \n~ mandi \nsejenis tempat mandi berupa bekas atau takung besar daripada besi (tembikar dan lain-lain) yang dipasangkan di bilik air." "tabah I\ntebah I." "tabah II\n= \n~ hati \ntidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dengan penuh semangat dan azam, berani, cekal dan sebagainya demi mencapai kejayaan, kecemerlangan dan sebagainya:\ndia harus ~ menerima cabaran dan dugaan hidup; \ntelah dirasainya miskin dan sengsara, h" "tabah III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), berombong, tentulang, \nTimonius penduncularis; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), beras-beras, berombong, merombong, \nTimonius walichianus." "tabak I\nsejenis talam atau tetampan." "tabak II\n[Brunei];\nmenabak\n menikam (dengan lembing dan lain-lain)." "tabal\n1.\n sejenis beduk atau tabuh yang dipalu ketika raja dinobatkan, nobat;\n2.\n majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja:\nsetelah sudah ~ maka menteri hulubalang sekaliannya menjunjung duli;\nbertabal\n = \nnaik ~ \nnaik takhta kerajaan:\norang besar-besar menjunjung duli pada hari ~;\nmenabalkan\n1.\n merasmikan (mengumumkan) menjadi raja, menobatkan:\nbaginda hendak ~ putera baginda sebagai ganti;\n2.\n [sastera lama] mengarak (surat dan lain-lain) dengan upacara, membawa dengan arak-arakan:\nmaka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu;\npertabalan\n perihal bertabal;\npenabalan\n perihal menabalkan, penobatan:\ndiperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada dan berbagai-bagai lagi persiapan untuk istiadat ~ itu." "taban\n~ balam kuning \n= \n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok, menghasilkan getah perca), nyatuh, \nPalaquium obovatum;\n~ bunga \nsejenis tumbuhan (pokok, menghasilkan getah), buah gumai, \nLucuma maingayi;\n~ ketapang \nsejenis tumbuhan (pokok, menghasilkan getah), \nPalaquium oxleyanum;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok) yang menghasilkan getah), \nPalaquium gutta." "tabar-tabar\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok), setawar, tawar-tawar, \nCostus speciosus." "tabaruk\n[Arab] diberkati, berbahagia, selamat, sentosa." "tabas\n[Minangkabau] tebas." "tabe\ntabik." "tabel\n[Indonesia-Belanda] daftar (nama, angka, dan lain-lain) yang disusun dengan teratur, jadual, senarai." "tabela\npeti mayat, keranda." "tabernakel\nalmari tempat menyimpan kitab agama yang terletak di tengah mazbah dalam gereja Roman Katolik." "tabi\n[Arab] pengikut, penganut;\n \n~ tabiin \ngolongan selepas tabiin." "tabia\n[arkaik] sejenis gendang kecil." "tabiat\n1.\n budi pekerti, pekerti, perangai, watak:\nbaginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; \n2.\n perbuatan yang selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku:\nmemang ~ku membaca dalam hati sahaja;\nbertabiat\n1.\n berperangai, berkelakuan:\nmengapakah dia ~ seperti itu?; \n2.\n bersifat, beresmi:\nspirogira ~ seperti tumbuh-tumbuhan hijau." "tabib\norang yang ahli dalam hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun);\n \nilmu ~ \npengetahuan mengenai ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit;\nketabiban\n1.\n ilmu perubatan (kedoktoran);\n2.\n perihal ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit." "tabii\n[Arab] menurut sifat (keadaan, bentuk) kejadiannya;\n \nilmu ~ \nilmu fizik." "tabiin\n[Arab] (jamak bagi tabi) pengikut (menurut ilmu hadis, mereka ialah orang yang bertemu dan berguru dengan para sahabat tetapi tidak bertemu dengan Rasulullah SAW)." "tabik\n1.\n ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam):\nmaka aku memberi ~ demikian bunyinya, selamat pagi, tuan; \n2.\n perbuatan menghormati (dengan cara mengangkat tangan dan lain-lain), hormat, takzim:\njalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; \n3. = tabik-tabik\n minta maaf (ketika melakukan sesuatu), minta izin:\njika kita lalu di belakang orang yang sedang duduk, mahulah kita meminta ~ hendak berbuat demikian;\nkirim ~\n sampaikan salam;\n \nminta ~ \na) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dan lain-lain);\n b) memberi salam (ketika bermohon diri);\nbersitabik\n [Minangkabau] mengalu-alukan tetamu dengan memberi hormat;\nbertabik\n hormat-menghormati:\ndalam percampuran itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;\nmenabik\n1.\n memberi salam;\n2.\n memberi hormat (dalam perbarisan dan lain-lain), mengangkat tabik:\nkemudian kuangkat tangan ~ kepada mereka." "tabika\nakronim bagi taman bimbingan kanak-kanak." "tabir\n1.\n kain dan lain-lain yang digantung untuk menyekat (melindungi dan lain-lain) sesuatu, tirai:\nbilik tempat Mahat itu sama dengan bilik-bilik lain, tetapi di tengah-tengahnya digantung ~ merah muda; \n2.\n [kiasan] sesuatu yang menutupi (melindungi):\nsaya tahu apa yang ada di sebalik ~ perjuangannya;\n~ asap \nasap untuk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dan lain-lain);\n \n~ besi \nsempadan yang memisahkan negara-negara blok Soviet daripada negara-negara Eropah yang lain;\n \n~-mabir \nberbagai-bagai jenis tabir;\nbertabir\n1.\n memakai tabir:\nbahagian amben ~, dan di atas tabir itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; \n2.\n [kiasan] bertutup dengan, berselindung, berdindingkan;\nbertabirkan\n menggunakan atau memakai sesuatu sebagai tabir, bertiraikan:\nkami duduk di sebelah ruang yang ~ bidai buluh;\nmenabiri\n1.\n menjadi tabir pada:\nkain yang tebal ~ ruang solat wanita; \n2.\n melindungi (dengan), menutupi (dengan):\ndia pun ~ dirinya dengan surat khabar; \nawan larat ~ langit." "tabla\n(Seni Muzik) sejenis alat bunyi-bunyian yang berupa sepasang gendang kecil yang mempunyai satu muka dan dipalu dengan tangan, biasanya dimainkan oleh orang India." "tablet\nubat yang berbiji-biji, pil." "tabligh\n[Arab]\n1.\n perbuatan menyampaikan perintah Allah kepada yang tidak mengetahui atau memberi peringatan kepada yang mengetahui\n; \n2.\n sifat wajib yang ketiga bagi Rasulullah SAW;\nbertabligh\n menyampaikan ajaran Islam;\nmentablighkan\n menyiarkan ajaran agama Islam." "tablo\n1.\n sejenis lakonan pentas yang menggambarkan sesuatu peristiwa atau kejadian (para pelakonnya tidak bergerak);\n2.\n lakonan pentas yang pelakon-pelakonnya tidak bercakap." "tabloid\nsurat khabar yang kecil sedikit saiz halamannya daripada surat khabar biasa (30 cm x 40 cm), yang lazimnya banyak menyiarkan gambar dengan beritanya tersiar secara sensasi untuk menarik minat pembaca." "tabo\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang daunnya digunakan untuk memerahkan kuku), inai ayam (pacar), keembung, \nImpatiens balsamina." "tabrak\n[Jakarta];\n~-tubruk \nbermacam-macam pelanggaran;\nbertabrakan\n berlanggaran (bertumbukan) dengan;\nmenabrak\n1.\n membentur, melanggar, melanda (kereta dan lain-lain):\nmasing-masing terus menolak, ~ lalu tersungkur; \n2.\n mendatangi untuk melawan dan lain-lain, menyerang;\ntertabrak\n terlanggar (oleh), tertumbuk, terbentur;\ntabrakan\n perlanggaran, tubrukan:\noto dinas itu rosak kerana ~ seminggu yang lalu." "tabtibau\ntaptibau." "tabu I\n1.\n sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali;\n2.\n (yang) terlarang, (yang) diharamkan atau ditegah daripada dipercakapkan dan sebagainya:\napakah ini suatu isu ~ yang tidak diperbincangkan?\nmenabukan\n menganggap sebagai pantang larang." "tabu II\n~ kayu \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCrescentia cujete." "tabuh\n1.\n gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dan lain-lain);\n \n~ larangan \ntabuh di istana raja yang hanya dipalu apabila ada hal-hal yang penting;\n2.\n alat untuk memalu bunyi-bunyian (gong dan lain-lain):\n~ beduk; \n3.\n bunyi beduk (gendang) sebagai isyarat:\nterdengar ~ panjang tentu ada orang yang meninggal;\nakan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih \n= \nuntuk ~ singkat, untuk gendreng panjang \n(peribahasa) sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud;\n \nlulus ~ perhatian \n(peribahasa) berasa lapang atau senang hati kerana terlepas daripada tugas yang berat dan lain-lain;\n \nmasuk meliang penjahit, keluar meliang ~ \n(peribahasa) besar belanja daripada hasil pendapatan;\n \nmulut ~ dapat disumbat,mulut orang bagaimana menyumbatnya \n(peribahasa)jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya;\nmenabuh\n1.\n memalu (memukul) tabuh dan lain-lain:\nmereka ~ gendang raya pada tiap-tiap petang Jumaat; \n2.\n [Perlis], [bahasa kasar] membuat sesuatu dengan kasar (makan dengan rakus dan lain-lain);\ntabuhan, tabuh-tabuhan\n segala alat bunyi-bunyian yang dipalu;\npenabuh\n1.\n orang yang memalu (memukul) tabuh dan lain-lain, pemalu;\n2.\n [Kedah] perbuatan memukul seseorang." "tabuk\n[Brunei] jendela, tingkap." "tabun I\nmenabun\n1.\n = \ntabun-~\n naik berkepul-kepul (asap): \n\u2026 bersertaan pula bunyi lotong, asapnya naik tabun-~, pelurunya seperti kilat panah kelodan memancar-mancar ke sana ke mari; \n2.\n membakar timbunan sampah (kayu dan lain-lain), menghidupkan api unggun:\nsiapakah yang ~ di kebun itu?\ntabunan\n timbunan sampah (kayu dan lain-lain) yang dibakar, api unggun." "tabun II\ndapat ditembusi cahaya, lut sinar." "tabung I\n1.\n bekas daripada ruas buluh dan lain-lain (untuk menyimpan sesuatu), bumbung:\n~ air; \n2.\n bekas yang berbentuk silinder:\n~ gas oksigen; \n3.\n peti atau kotak (untuk surat dan lain-lain);\n4.\n tempat menyimpan wang (daripada buluh dan lain-lain), celengan;\n5.\n sesuatu yang berbentuk bulat torak (dalam enjin dan lain-lain), silinder;\n6.\n wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dan lain-lain) untuk maksud tertentu, dana:\nT~ Pertahanan Negara;\n~ damak \ntabung (daripada buluh) tempat menyimpan damak;\n \n~ darah \nbadan yang mengumpul dan menyimpan darah (di hospital dan lain-lain\n);\n~ didih \nsejenis tabung kaca yang berdinding tebal (digunakan dalam makmal untuk mendidihkan bahan cecair);\n \n~ empar \nsejenis tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas untuk bahan campuran dalam alat pengempar;\nT~ Haji \nPerbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji;\n \n~ kimia\n [Indonesia] = \n~ uji \ntabung (bekas berbentuk silinder) daripada kaca untuk mengadakan percubaan atau ujian makmal;\n \n~ madat \nsejenis paip untuk menghisap madat;\n \n~ pekak \ntabung wang yang biasanya dibuat daripada buluh;\n \n~ pemilihan \na) bekas tempat memasukkan lidi yang digunakan sebagai ganti surat undi;\n b) kotak untuk memasukkan surat undi;\n \n~ seruas \nki tidak dapat menyimpan rahsia;\n \n~ surat\n peti surat;\n \n~ tablet\n tabung pil;\n \ntinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan \n(peribahasa) telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran);\nmenabung\n menyimpan wang (di bank, dalam tabung, dan lain-lain):\naku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda;\nmenabungkan\n memasukkan wang dan lain-lain ke dalam tabung, menyimpan dalam tabung (bank dan lain-lain):\nmereka ~ wang syiling atau ringgit lama dalam tin-tin susu yang ditebuk;\ntabungan\n1.\n tempat menabungkan wang, celengan (daripada buluh dan lain-lain);\n2.\n = \nwang ~ \nwang yang disimpan, simpanan (wang);\n \n~ masjid \nwang yang dikumpulkan untuk keperluan masjid;\n \n~ pos \n(akaun) simpanan wang di pejabat pos;\npenabungan\n perihal menabung wang, penyimpanan wang;\npenabung\n orang yang menabung (wang), penyimpan." "tabung II\n~ beruk \nsejenis tumbuhan (pokok renek), periuk kera, \nNepenthes spp.; \nbunga ~ jarum\n sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, nyarum-nyarum, \nIxora pendula." "tabur I\npadi ~ \n[Brunei] padi yang ditanam tidak dengan teratur (dicampakkan atau diselerakkan sahaja benihnya);\nbertabur\n1.\n = \n~ dengan \n= \nbertaburkan\n disebari (dengan), dihamburi (dengan):\nbilik tidur pengantin itu ~ dengan bunga rampai; \n2.\n penuh dihiasi (dengan):\ndi dadanya tersemat bintang yang ~ intan berlian; \n3.\n memberikan derma, bersedekah:\nhendak tuah ~ urai;\n4.\n [kiasan] banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tempat):\ndi langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yang muram;\n5.\n rintik-rintik, borek:\nayam ~;\n6.\n bersongket:\nkain ~;\n~-tebar \n= \nbertaburan;\nbertaburan, bertabur-tabur\n1.\n berselerak (di sana sini), berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak:\ndi hadapannya ~ beberapa keping kad selamat hari raya; \n2.\n terdapat (kelihatan) dengan banyaknya:\nmereka singgah di pulau-pulau yang ~ di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu;\nmenabur\n1.\n menghamburkan supaya berselerak, menyebar (benih dan lain-lain):\n~ benih padi; \n2.\n (kelihatan) dengan banyaknya, bertaburan:\ndi pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; \n3.\n [Perak] mulai terbit buahnya (padi):\npadi teman sudah ~;\n~ budi\n berbuat baik (sering kali atau kepada banyak orang dan sebagainya), berbudi;\n \n~ fitnah \nmembuat fitnah merata-rata;\n \n~ wang \nmembuang-buang wang;\nmenaburi\n1.\n menabur atau menyebar (bunga dan lain-lain) kepada:\nsampai di rumah, Wan Derus ditaburi beras kunyit; \n2\n. bertabur di:\nejen-ejen Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia;\nmenaburkan\n1.\n menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dan lain-lain):\nNajela ~ beberapa kuntum bunga melur; \nDatuk Ujang ~ benih lagi; \n2.\n [sastera lama] membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak:\nsegala ulama dan hukma ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kepada kaki Raja Iskandar; \n3.\n [kiasan] menyebarkan (pendapat dan lain-lain), memberikan:\nkesedihan tidak dapat diatasi dengan nasihat yang sudah berkali-kali ditaburkan; \nmereka ~ fitnah dengan tujuan untuk memecah-belahkan pemimpin dan umat Islam;\ntertabur\n telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata);\ntaburan\n1.\n yang ditabur (tertabur);\n2.\n sebaran, serakan;\npertaburan\n kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dan lain-lain) di sesuatu kawasan atau dalam tempoh masa tertentu:\nkeadaan tidak seimbang dalam ~ kuasa;\npenaburan\n perbuatan menabur (baja, benih, dan lain-lain);\npenabur\n1.\n orang yang menabur (bunga, benih);\n2.\n alat untuk menabur sesuatu (seperti baja, benih dan sebagainya):\n~ baja;\n~ benih; \n3.\n peluru kecil-kecil, kacang-kacang;\n \nhabis ~ Palembang tak alah \n(peribahasa) sesuatu usaha yang tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata." "tabur II\n~ dol \nbahagian puncak tiang layar;\n \n~ peruan \nkayu palang tempat menggantungkan layar tabur;\n \nlayar ~ \nlayar yang dipasang pada puncak tiang layar." "tabut\n1.\n peti perarakan yang dianyam daripada bilah (menyerupai buraq dan lain-lain) untuk memperingati kematian Hassan dan Hussain pada 10 Muharam;\n \nbulan ~\n 1 hingga 10 Muharam;\n2.\n perarakan atau keramaian untuk memperingati kematian Hassan dan Hussain dengan membawa tabut:\n~ perjanjian\n sejenis peti berisi batu yang bertulis dengan perintah Tuhan yang diturunkan kepada Nabi Musa." "taci\n[Cina], [bahasa percakapan] kakak (perempuan)." "tadah I\n1.\n benda yang digunakan untuk menampung sesuatu, bekas (seperti baldi dan lain-lain);\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk mengalas benda lain (seperti piring untuk cawan dan lain-lain);\n3.\n perihal menerima barang gelap (curian dan lain-lain);\n~ air pinang\n gigi yang diasah atau dipapas;\n \n~ cawan (gelas, mangkuk) \npiring alas cawan (gelas, mangkuk);\n \n~ embun \nsikat pisang yang di atas sekali;\n \n~ kanan \nmenampung angin yang datang dari kanan (untuk membelok ke kiri);\n \n~ keringat (peluh) \nkain yang dilekapkan pada sebelah dalam baju;\n \ntukang ~\n orang yang menerima barang gelap dan lain-lain;\nbertadah\n1.\n memakai tadah;\n2.\n menggunakan alas (lapik), beralas;\n3.\n = \n~ tangan (amin) \nmengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin);\nmenadah\n1.\n menyambut apa yang gugur atau jatuh, menampung:\ndi atas tergantung beberapa buah tabung dibuat daripada ruas buluh untuk ~ tuak; \n2.\n menerima barang-barang curian (gelap);\n \n~ tangan \nmengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tapak tangan;\nmenadahkan\n1.\n menggunakan sesuatu bekas untuk menadah, menampungkan:\nRamli ~ baldinya yang besar itu berhampiran dengan tempayan yang ada di situ: \n2.\n mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan seperti meminta-minta sesuatu):\n~ tangan; \n3.\n mengucapkan (amin ketika berdoa):\n~ amin;\ntadahan\n sesuatu yang ditadah:\nair ~;\n penadahan\n perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan:\n~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau;\npenadah\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk menadah, bekas:\ndia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yang terletak di atas meja; \n2.\n [Indonesia] pemain yang menyambut bola dalam permainan kasti." "tadah II\n~ matahari \nsejenis tumbuhan (pokok), akar fatimah, kacip fatimah, \nLabisia pathoina." "tadah III\nburung ~ hujan hijau \nsejenis burung, burung hujan-hujan hijau, \nPsarisomus dalhousiae psittacinus." "tadak\n[Brunei] cacah;\nbertadak\n bertanda pada kawasan tertentu dengan kayu, buluh, dan lain-lain." "tadarus\n[Arab] pembacaan al-Quran yang dilakukan secara berkumpulan dan dibaca bergilir-gilir seorang demi seorang sambil disemak oleh ahli-ahli kumpulan;\nbertadarus\n [Arab] membaca al-Quran beramai-ramai hingga tamat (biasanya pada bulan Ramadan):\ndalam bulan puasa ramai orang pergi ke masjid untuk bersembahyang tarawih dan ~." "tadbir\nurusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dan lain-lain), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan:\nTuan Kadi itu menjalankan ~nya; \nmangkubumi wazir yang empunya ~ di dalam negeri Johor Darul Takzim;\n \n~ urus korporat \n(Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dan sebagainya dasar, fungsi, perjalanan dan sebagainya sesebuah organisasi (syarikat dan sebagainya) yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Pengarah;\nmentadbirkan\n mengurus dan menjalankan (pejabat dan lain-lain), mengelolakan, memerintah:\nmereka ini haruslah mempunyai pengetahuan asas untuk mengelola dan ~ perpustakaan; \nbaik buruknya pemerintahan sesebuah negeri bergantung pada keadaan pegawai-pegawai yang ~ kerajaan negeri itu;\ntadbiran\n (sesuatu) yang ditadbirkan:\nbumi ~ manusia;\npentadbiran\n perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan:\ndengan adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dengan tidak putus-putus;\npentadbir\n orang yang mentadbirkan, pengelola, pengurus, pemerintah." "tadi\n1.\n tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yang lalu:\nsiapa yang datang berjumpa dengan kamu ~? \n2.\n terdahulu dari ini, yang dahulunya:\nkedaulatan Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yang ~nya tertutup untuk mereka; \n3.\n yang telah (baru) lalu:\nmalam ~; \npetang ~;\n4.\n yang tersebut dahulu, yang baru sahaja disebuntukan:\nsebagaimana yang dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang." "tadika\nakronim bagi taman didikan kanak-kanak." "tadung I\nayam ~ \nayam yang hitam bulu kakinya;\ntedung." "tadung II\n[arkaik];\ntertadung\n tersangkut atau terhantuk kaki pada batu (akar), tersandung:\nkakinya ~ pada batu." "tae kwan do\nsejenis seni mempertahankan diri." "taf\nkain ~ \nsejenis kain sutera." "tafahus\n[Arab] penyelidikan yang teliti, pemeriksaan, penggeledahan;\nmentafahus\n memeriksa dengan teliti, menyelidiki, menggeledah:\nsetelah ditafahus orang kedapatan suatu surat;\nmentafahusi\n mentafahus." "tafakur\n[Arab]\n1.\n renungan, perenungan;\n2.\n perihal merenung memikirkan sesuatu;\n3.\n pengheningan cipta;\nbertafakur\n1.\n bermenung memikirkan sesuatu dengan sungguh-sungguh:\nRaja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; \n2.\n menumpukan segenap perhatian dan fikiran pada sesuatu, mengheningkan cita:\nsemua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur;\nmentafakurkan\n memikirkan (dengan sedalam-dalamnya);\ntafakuran\n sesuatu yang ditafakurkan." "tafeta\nsejenis fabrik yang berkilat, nipis dan ringan, biasanya digunakan dalam pembuatan pakaian wanita." "tafsil\n[Arab];\nmentafsilkan\n menghuraikan sesuatu dengan terperinci:\n~ perkara yang telah diketahui akal secara umum;" "tafsilan\nhuraian atau keterangan kata (kalimah) secara terperinci." "tafsir\n1.\n keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat Quran (kitab suci):\nkuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; \nahli\n \n~\n orang yang bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran;\n2.\n = \ntafsiran\n keterangan dan penjelasan (maksud ayat dan lain-lain), kupasan, ulasan:\nada manusia yang salah ~ menganggap sajak Salim berunsur cercaan; \nberbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan tersebut; \njuru~ \norang yang memberi penjelasan (ulasan dan lain-lain);\nmentafsirkan\n1.\n menerangkan maksud (ayat-ayat Quran):\nguru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yang disebuntukannya; \n2.\n memberi penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan:\nmahkamah mempunyai kuasa untuk ~ perkara undang-undang yang syak dan waham;\ntafsiran\n1.\n penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir;\n2.\n hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat;\npentafsiran\n perihal (perbuatan) mentafsirkan (sesuatu);\npentafsir\n orang yang mentafsirkan, ahli tafsir." "taftah\n[arkaik]\ntaf." "tagak\nbertagak-tagak\n berlengah-lengah (melakukan sesuatu dan lain-lain), bertangguh-tangguh:\npihak yang berkuasa janganlah ~ untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap peniaga-peniaga itu;\nmenagak\n tidak mengendahkan atau mempedulikan (bahaya dan lain-lain), menahan, menentang, menghadapi;\nmenagak-nagak\n menahan-nahan (pekerjaan dan lain-lain), menangguh-nangguhkan;\ntertagak-tagak\n tertahan-tahan (berbuat sesuatu), tertangguh-tangguh." "tagal\n[Brunei] \nsetagal\n sebentar, sekejap;\n \nnanti se~\n nanti sebentar." "Tagalog\nbahasa rasmi Filipina." "tagan\n1.\n wang (barang dan lain-lain) yang dipertaruhkan dalam perjudian, pertaruhan:\npermata intan dijadikan ~ , kekasih tidak abang tinggalkan; \n2.\n wang dan lain-lain yang disumbangkan untuk (modal dan lain-lain) usaha bersama, sumbangan;\n3.\n gundu (dalam permainan guli, getah, jengkek, dan sebagainya);\nbertagan\n1.\n [Kelantan] bertaruh, berjudi:\ndi kaki lima ramai orang ~ daun terup; \n2.\n [Kedah] berangan-angan, mengira-ngira:\nengkau ini belum lagi memulakan kerja itu asyik ~ sahaja." "tagar I\nbunyi) guruh (guntur):\nmaka sorak orang pun gemuruhlah seperti ~ di langit bunyinya; \nbagai ~ di Pulau Sembilan \n(peribahasa) percakapan yang terlalu tinggi lagi sombong;\nbertagar\n berbunyi seperti guruh, gemuruh, berdegar-degar." "tagar II\n[Brunei];\nbertagar\n berkarat:\npagar besi di tangga rumah itu ~ menyebabkan tangan saya kotor." "taghut\n[Arab]\n1.\n sifat zalim yang melampaui batas;\n2.\n syaitan yang mendorong manusia melakukan kejahatan;\n3.\n nama salah satu berhala kaum Quraisy." "tagih I\nmenagih\n \n1.\n menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dan lain-lain), meminta dijelaskan (hutang dan lain-lain):\ndia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; \n2\n.\n menuntut supaya menunaikan janji dan lain-lain, menggugat:\nRokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera;\ntagihan\n1.\n wang dan lain-lain yang ditagih, hasil daripada menagih:\ntanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah untuk bayaran rumah Mariatun; \n2.\n tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dan lain-lain:\nsurat ~ hutang;\npenagihan\n perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dan lain-lain:\nhutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan;\npenagih\n orang yang menagih." "tagih II\n~ judi \nsuka (kuat) berjudi;\n \n~ rokok \nsuka (kuat) menghisap rokok;\nmenagih\n berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan:\nmenagihkan\n menyebabkan suka atau gemar benar akan sesuatu:\nIslam juga melarang meminum atau mengambil benda yang ~ seperti alkohol dan dadah;\nketagih\n rasa ingin benar akan sesuatu:\nsaya, dengan main ekor ini seperti ~ candu;\nketagihan\n dalam keadaan ketagih:\n sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar;\n~ dadah (candu, rokok, dan lain-lain);\npenagihan\n perihal menagih sesuatu:\n~ dadah di kalangan anak-anak muda sudah agak terkawal sekarang;\npenagih\n orang yang menagih sesuatu;\n \n~ dadah \norang yang ketagihan dadah;\n \n~ televisyen \norang yang ketagihan menonton televisyen." "tagir\n[Minangkabau];\nketagiran\n ketagihan." "tagur\n[Kelantan];\nmenagur\n melempar, membaling." "tah I\npartikel pada akhir kata (untuk menyatakan pertanyaan pada diri sendiri), gerangan:\napa~ ?; \nbukan~ ?; \nmana~ ?; \nmengapa~ ?" "tah II\n[bahasa percakapan] entah (untuk menyatakan tidak tahu):\n~lah." "tah III\n[kependekan] tahil." "tahajud\n[Arab];\nsembahyang ~ \nsejenis sembahyang sunat yang dilakukan pada tengah malam, sebaik-baiknya selepas tidur;\nbertahajud\n melakukan sembahyang tahajud:\ndia perlu tidur awal untuk kelak bangun ~." "tahak\n[Jakarta] sendawa;\nbertahak\n bersendawa." "tahalul\n[Arab] perbuatan mencukur dan menggunting rambut untuk melepaskan diri daripada ihram selepas melakukan ibadah haji dan umrah;\nbertahalul\n melakukan tahalul:\nbercukur atau bergunting rambut, sekurang-kurangnya tiga helai, kerana ~." "tahan I\n1.\n tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dan lain-lain):\nperkakas itu kalau dijaga dengan baik akan ~ bertahun-tahun; \n2.\n sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dan lain-lain):\norang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya; \n3.\n dapat menguasai dirinya, betah:\nmereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; \n4.\n tidak mudah jemu (kasihan dan lain-lain), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dan lain-lain:\nmana ~ makan ubi tiap-tiap hari; \n5.\n mencukupi, memadai (pada makanan, bekalan, dan lain-lain):\nberas ini ~ untuk seminggu; \n6.\n tidak roboh (runtuh), kuat:\nbahagian hadapannya ditopang dengan dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; \n7.\n lebih baik, bertambah baik (daripada sakit), sihat sedikit:\nsemalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;\n~ air \ntidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air;\n \n~ api \ntidak boleh terbakar, kalis api;\n \n~ besi (peluru, tembak) \ntidak lut senjata, kebal;\n \n~ cuci \ntidak turun warna (apabila dicuci);\n \n~ gelombang (ombak) \ndapat belayar dengan baik (tidak oleng);\n \n~ harga \ntetap harganya (tidak turun harganya);\n \n~ hati \ncekal atau teguh hati;\n \n~ hina \ntidak lekas marah apabila dihina;\n \n~ kias \ntidak lekas menjadi marah apabila disindir;\n \n~ kulit\n [Johor] tidak lut senjata;\n \n~ lama \ntidak lekas rosak atau busuk;\n \n~ lapar \nkuat berlapar;\n \n~ lasak \na) kuat dan cekap membuat kerja;\n b) teguh, awet (pakaian);\n \n~ palu \n(\npukul\n) tidak sakit jika dipukul;\n \n~ sabar\n sabar, tidak pemarah;\n \n~ sesah \ntidak turun warna;\n \n~ tangan \ntidak sakit kena pukul;\n \n~ tonggak \n[Minangkabau] ditanggung oleh tonggak;\n \n~ uji \na) boleh diuji;\n b) terbukti kebaikannya (keelokannya dan lain-lain);\nbertahan\n1.\n tidak berganjak (dari tempat atau kedudukannya), tidak undur:\nmereka ~ hingga musuh berundur kembali; \n2.\n = \n~ diri \nmempertahankan diri (daripada serangan, ancaman):\nFolley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yang tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; \n3.\n tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati:\npenjudi yang sedang malang nasibnya, kalah dalam perjudian, namun dia ~; \nMakhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~;\n 4.\n mencukupi (untuk beberapa lamanya):\nkalau kita berhemat, akan ~ juga; \n5.\n [sastera lama] tersekat, terhambat:\nbarang siapa dapat memanah pohon lontar yang hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini;\n~ larat\n = \nbertahan-tahan larat\na) mengurangkan kesukaran yang dideritai;\n b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan;\nmenahan\n1.\n tidak membiarkan berlalu (mengalir dan lain-lain), menghentikan, menyekat:\nada sebuah tandup yang ~ air sungai itu untuk digunakan di sawah; \n2.\n memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga:\nmereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu untuk ~nya supaya jangan runtuh; \n3.\n melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dan lain-lain) berhenti:\naku ~ bas itu; \n4.\n mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dan lain-lain):\n~ diri daripada diperdaya; \n5.\n melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan):\ndia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dari Sabukit; \n6.\n menguasai perasaan (hawa nafsu dan lain-lain), mengekang:\nsaya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; \n7.\n tidak memanjangkan (permohonan dan lain-lain) kepada yang lebih tinggi, tidak disampaikan kepada:\nsurat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; \n8.\n tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dan lain-lain):\nkami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yang disuruh masuk; \n9.\n memasukkan dalam penjara (untuk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung:\npolis ada kuasa ~ seseorang yang disyaki selama empat belas hari; \n10.\n menyekat sesuatu daripada sampai kepada yang berhak, tidak memberikan sesuatu kepada yang berhak:\npermintaan isteri untuk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; \n11.\n menyimpan (untuk persediaan dan lain-lain):\ndua karung beras ditahan untuk bekalan dalam pelayaran; \n12.\n menguatkan diri supaya sanggup menderita dan lain-lain, menderita:\ndia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan;\nmenahani\n tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi:\nbarang kehendak kamu tiada aku tahani; \nmaka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan;\nmenahankan\n1.\n menjadikan tahan;\n2.\n menggunakan sesuatu untuk menahan, menahan dengan:\nmaka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; \n3.\n menguatkan diri supaya tahan, menahan:\nNor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; \n4.\n menggalang, menyekat, merintangi, menahan:\ntidak boleh ditahankan kehendak raja;\nmempertahankan\n1.\n mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal):\nkaum tua mahu tetap ~ adat yang mendapat kritikan paling hebat daripada kaum muda; \n2.\n tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh:\nkemerdekaan yang dicapai itu mesti dipertahankan; \n3.\n menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dan lain-lain), melindungi, membela:\njika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pada kami ~ negeri;\n~ diri;\ntertahan\n1.\n dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat:\nmaka dilakukan serangan terus-menerus yang tiada ~ oleh musuh; \nlama dia membiarkan nafasnya ~; \n2.\n = \ntertahani\n sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dan lain-lain), sanggup menanggung (kesakitan dan lain-lain), sabar:\nsegala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; \ntiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; \ntiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini;\ntertahan-tahan\n tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus:\nbeliau terus bercerita dengan suara yang ~;\ntahanan\n1.\n sesuatu yang menahan, halangan, rintangan:\nbenda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; \n2.\n simpanan untuk masa depan, cadangan, persediaan;\n3.\n sesuatu yang ditahan (orang, barang, dan lain-lain):\nkerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kepada anak dan isteri orang ~ politik; \n4.\n tempat menahan orang, penjara:\nsaya telah dilemparkan ke dalam ~ selama lapan puluh enam hari; \n5.\n perihal menahan (dalam penjara dan lain-lain):\nbeliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dalam ~ rumah di Kahirah dahulu;\nketahanan\n keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dan lain-lain) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati);\npertahanan\n1.\n hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dan lain-lain):\nhak ~ tubuh dan harta; \n2.\n perihal membela, pembelaan:\nsekarang, dengan tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dari rumahmu; \n3.\n sesuatu (seperti kubu atau benteng) yang digunakan untuk mempertahankan diri dan lain-lain daripada serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dan lain-lain:\nkekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; \nmemperkukuh ~ negara;\npenahanan\n1.\n perbuatan menahan (menangkis), penangkisan;\n2.\n perbuatan menahan (mengekang), pengekangan:\n~ hawa nafsu; \n3.\n perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dan lain-lain);\n4.\n perbuatan (tindakan) menahan orang (daripada memasuki sesuatu kawasan dan sebagainya);\n5.\n perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dan sebagainya untuk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan:\n~ mereka dianggap tidak sah;\npenahan\n orang dan lain-lain yang menahan, penyekat, perintang." "tahan II\nmenahan\n memasang jerat dan lain-lain (untuk menangkap binatang, ikan, dan lain-lain):\n~ bubu;\ntertahan\n (sudah) terpasang." "tahan III\n~ turut \ntali dari puncak tiang ke bibir perahu (kapal)." "tahana I\n[sastera lama] darjat, martabat (kebesaran, kemuliaan), taraf;\nbertahana\n bersemayam, duduk." "tahana II\n1.\n [Kedah], [bahasa percakapan];\nmembuat ~ \nmenderhaka;\n2.\n [Kedah], [Perlis], [bahasa percakapan] menganiaya." "tahang I\npasu besar daripada kayu, tong:\n~ minyak." "tahang II\ngaung, jurang, lurah, ngarai." "tahap\nperingkat, tingkat:\npemikirannya sudah sampai ke ~ yang begitu tinggi; \nsekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yang lebihtinggi; \nminyak pelincir yang membawa prestasi enjin ke ~ yang tinggi;\nbertahap\n ada tahapnya, berperingkat, bertingkat;\nbertahap-tahap\n (dengan) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat:\nprojek itu akan dilaksanakan secara ~ dalam tempoh tiga tahun;\n menahapkan\n membahagikan sesuatu kepada beberapa tahap;\npenahapan\n perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) membahagikan sesuatu kepada beberapa tahap:\npenggolongan dan ~ sastera dalam tulisan beliau." "tahapan\n(Sunda) tingkatan, pangkat." "tahar I\nbertahar\n belayar terus (dalam angin, ribut, dan lain-lain);\nmenaharkan\n melayarkan terus (dalam angin, ribut, dan lain-lain):\nditaharkan perahunya olang-aling dipalu ombak." "tahar II\nbertahar\n terbiar, terdedah:\nmengapa budak itu ~ di tengah panas?" "taharah\n[Arab] hukum fikah yang berkaitan dengan kebersihan (merangkumi hukum air, bersuci, najis, dan sebagainya), kebersihan." "tahayul\n[Arab]\n1.\n hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan:\nmeramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; \n2.\n kepercayaan yang karut-karut (kpada sesuatu yang sebenarnya tiada):\nmenurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali;\n ketahayulan\n sesuatu yang dipercayai sebagai tahayul:\nsains tabii merupakan satu daya yang membebaskan manusia daripada belenggu ~." "tahbis\n[Arab] disucikan (untuk keperluan agama Kristian);\nmentahbiskan\n menyucikan atau memberkati (untuk keperluan agama Kristian):\n~ paderi;\n~ air suci;\npentahbisan\n perihal mentahbiskan." "tahfifah\n[Arab] [sastera lama] hadiah, persembahan (kpada orang yang terhormat):\nmaka Raja Kida Hindi pun keluarlah menghadap Raja Iskandar dengan segala persembahannya, daripada ~ yang mulia-mulia dan daripada mata benda yang ajaib-ajaib." "tahfiz\n[Arab] menghafal (al-Quran);\n \nInstitut T~ al-Quran \nInstitut Menghafal al-Quran." "tahi I\n1.\n hampas makanan dalam perut (manusia, binatang) yang keluar melalui dubur, najis:\n~ anjing;\n~ kambing; \nnajis atau ~ itu mengandungi benda-benda yang kasar yang tidak dapat diserap oleh tubuh; \n2.\n berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa;\n3.\n [kiasan] orang yang ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan):\n~ judi;\n~ air \nsampah sarap yang mengapung di atas air;\n \n~ angan \norang yang suka mengelamun;\n \n~ angin \na) awan tipis yang ditiup angin;\n b) [bahasa percakapan] borak, obrol, sembang;\n \n~ arak \norang yang suka dan kuat minum arak;\n \n~ besi \nkarat pada besi;\n \n~ betina \nlelaki yang suka berzina;\n \n~ bijih \nsanga, terak;\n \n~ bintang \nbenda yang kelihatan berkilau seperti bintang dan melayang di angkasa untuk beberapa ketika;\n \n~ candu \na) kotoran yang melekat pada paip penghisap candu;\n b) orang yang gemar menghisap candu;\n \n~ gergaji\n serbuk daripada kayu yang digergaji;\n \n~ gigi \nkotoran yang di celah-celah gigi;\n \n~ hidung \nhingus kering dalam hidung;\n \n~ ketam \nsisa kayu yang diketam, tatal;\n \n~ kikir \nserbuk daripada besi yang dikikir;\n \n~ kuku \nkotoran hitam di celah-celah kuku;\n \n~ lalat\na) tanda hitam bulat pada kulit;\n b) bintik-bintik hitam pada pakaian;\n \n~ mata \nkotoran pada mata;\n \n~ minyak\na) kerak minyak (kelapa);\n b) [Johor] orang yang suka berbohong;\n \n~ rokok \norang yang suka (kuat) menghisap rokok;\n \n~ telinga \nkotoran dalam telinga;\n \n~ tembaga\n karat yang melekat pada tembaga, terusi;\n \ntiada terbuangkan ~ mata dengan empu kaki \n(peribahasa) aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga." "tahi II\n~ angin\n sejenis tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, \nUsnea spp.;\n~ anjing \n= \n~ asu \n= \nrumput ~ ayam \nsejenis tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, \nArgeratum conyzoides;\n~ gigi \nsejenis tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, \nMiliosma nitida;\n~ musang \nsejenis tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, \nFagraea racemosa; \nrumput ~ babi \nsejenis tumbuhan (rumput), \nAdenostemma lavenia; \nrumput ~ kerbau \na) sejenis tumbuhan (rumpai), \nFimbristylis miliacea; \nb) sejenis ular, \nColuber radiatus." "tahi III\n~ ayam \nsejenis ikan laut, \nTachysurus thalassinus." "tahil\nukuran berat yang bersamaan dengan\na) 1/16 kati atau 37.8 gram (untuk barang-barang);\n b) 16 mayam (untuk emas);\n c) 10 ci atau 3.8 gram (untuk candu)." "tahir\n[Arab] bersih, murni, suci." "tahiyat\n[Arab]\n1.\n penghormatan;\n2.\n ucapan penghormatan terhadap Allah dan Rasul-Nya semasa duduk dalam solat;\n~ akhir \nsalah satu rukun solat pada rakaat akhir sebelum salam;\n \n~ awal \n tahiyat yang dibaca pada rakaat kedua, kecuali solat dua rakaat." "tahkik\n[Arab]\n1.\n pengesahan sesuatu kebenaran dengan bukti;\n2.\n benar, sahih, sungguh:\nsyahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor; \nahli ~ \nahli sufi;\nmentahkikkan\n1.\n membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan:\nkejahatan orang lain yang belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya;\n2.\n menyunting sesuatu karya;\npentahkikan\n proses mentahkikkan sesuatu maklumat:\n apabila komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara automatik." "tahkim\n[Arab]\n1.\n perihal melantik hakim, pengangkatan hakim;\n2.\n keputusan yang dibuat oleh hakim, pertimbangan hakim;\nbertahkim\n memakai hakim (dalam pertelingkahan)." "tahlik\n[arkaik] \ntaklik I." "tahlil I\n[Arab] sejenis zikir kepada Allah dengan mengucapkan kalimah lailahaillallah berulang-ulang:\nselesai semua doa dan ~, Karim dengan kawan-kawannya mula beredar dari situ;\nbertahlil\n1.\n melakukan tahlil:\nkemudian daripada selesai menyempurnakan fardu Isyak lalu ~; \n2.\n [Indonesia] nyanyian puji-pujian (dalam agama Kristian)." "tahlil II\n[Arab] menjadikan halal perkahwinan antara suami isteri sesudah talak tiga (dengan perantaraan muhalil)." "tahmid\n[Arab] zikir dengan mengucapkan alhamdulillah berulang-ulang;\nbertahmid\n melafazkan tahmid, berzikir." "tahniah\nucapan selamat (untuk orang yang berkahwin, mendapat anak, naik pangkat, dan lain-lain):\naku ucapkan ~ atas kejayaanmu." "tahnik\n[Arab] perbuatan memasukkan sedikit benda manis (seperti kurma yang telah dimamah) ke dalam mulut bayi yang baru lahir sebelum diberi susu." "tahsil\n[Arab] perihal mendapat atau memperoleh, pemungutan hasil (cukai, sewa, dan lain-lain)." "tahsin\n[Arab] hal memperelok dan memperindah bacaan al-Quran dari segala aspek seperti tajwid, lagu dan sebagainya:\n beliau pernah menyertai majlis ~ al-Quran anjuran Jabatan Agama Islam." "tahu I\n1.\n maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti:\nentah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; \nkita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yang bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; \n2.\n kenal (akan, pada), mengenal:\ndia tidak ~ saudara-maranya; \n3.\n cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak:\nmaka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; \n4.\n mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan:\nitu urusan engkau, aku tidak mahu ~; \n5.\n sedar akan keadaan sebenarnya, insaf:\nanak yang tidak ~ diuntung; \n6.\n pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu:\ndalam seratus orang tiada sepuluh yang ~ memakan daging; \n7.\n menganggap sudah semestinya:\ngurunya ~ siap sahaja segala kerja yang dibekalkannya;\n~ adab\n beradab;\n \n~ adat \nmengerti sopan santun;\n \n~ bahasa \nberbudi bahasa;\n \n~ balas \nmahu membalas budi;\n \n~ diri\n = \n~ di untung \nsedar akan kedudukan dirinya;\n \n~ senang \nmahukan segala-galanya senang;\n \n~ timun \n[sastera lama] pandai menawar minuman yang beracun (mabuk dan lain-lain);\n \n(tidak) ~ malu\n (tidak) ada perasaan malu;\n \n~ sama ~\na) saling mengerti;\n b) saling tidak mengganggu;\n \nambil (mengambil) ~ \na) mengetahui (mendapati);\n b) mempedulikan;\n \nbanyak ~nya\n banyak pengalamannya;\n \nbawa (membawa) ~nya sendiri \nmenurut fikirannya sahaja;\n \ncari (mencari) ~ \nhendak mengetahui;\n \nterlalu ~ \nsangat pandai;\n \n~ makan ~ simpan \n(peribahasa) merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sempurnanya;\nsetahu\n1.\n sepanjang (sebanyak) yang dimaklumi:\nmaka kujawablah dengan ~ku; \n2.\n dengan dimaklumi atau disaksikan oleh:\ndengan tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; \n3.\n [bahasa percakapan] saya tidak tahu, entah;\ntahu-tahu\n1.\n dengan tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba:\n~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; \n2.\n [sastera lama] pandai, bijak:\nada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh daripada perajurit yang ~;\nbertahu\n \nunjuk ~ \n= \nbertahukan\n [Jakarta] memberitahukan kepada;\nbertahu-tahu\n1.\n berpura-pura (berlagak) tahu;\n2.\n [Minangkabau] (dengan) setahu;\nbertahuan\n [sastera lama] berkenalan (dengan);\ntahu-menahu; \ntidak ~ \na) tidak tahu apa-apa:\nkami tidak ~ tentang pergolakan dunia; \nb) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli:\nia berbuat seperti tidak ~ sahaja; \nc) tidak kenal-mengenal:\naku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa;\nmempertahukan\n [arkaik] mempermaklumkan, memberitahukan;\ntertahu\n [sastera lama] terkenal, termasyhur:\nmaka dua puluh hulubalang yang tertahu-tahu mati;\nmengetahui\n1.\n tahu akan, memaklumi:\nMak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; \nbaru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; \n2.\n tahu setelah melihat tanda-tanda atau buktinya, mengenali:\ntidak sulit bagi kita untuk ~ binatang jenis mamalia ini; \n3.\n mendapati, menginsafi, menyedari (akan):\nwaktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; \n4.\n mengerti akan, memahami:\nkata-katanya masih belum diketahui sepenuhnya oleh masyarakat bahasa Indonesia;\nketahuan\n1.\n (sudah) diketahui, dikenali:\nsejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; \n2.\n telah didapati, kedapatan, terbukti:\napabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; \n3.\n terang, nyata, jelas:\ntidak ~ apa hendak dibuatnya;\ntak ~ \n[Kedah] tidak siuman;\nberketahuan\n tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih:\ntiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; \ntidak ~ \ntidak keruan (menentu), kacau sekali;\npengetahuan\n1.\n perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui:\nkisah serong yang dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; \n2.\n perihal tahu, kepandaian, kebijakan:\nbiasanya orang yang ada ~ dalam ilmu sains kurang pula ~nya dalam bahasa Melayu; \n3.\n = \nilmu ~ \nsegala yang (akan) diketahui atau dipelajari berkenaan sesuatu:\ntelah kukuasai ~ tentang falsafah dengan mudah;\n~ umum \npengetahuan mengenai berbagai-bagai hal;\nberpengetahuan\n (banyak) mempunyai pengetahuan, berilmu, terpelajar:\n~ luas dan peka terhadap alam sekeliling." "tahu II\nsejenis burung, burung tuwu, \nEudynamys scolopacea malayana." "tahun I\n1.\n jangka waktu (masa) yang lamanya dua belas bulan:\numurnya enam belas ~; \nberapa ~ kamu tinggal di kampung itu?; \n2.\n angka yang menyatakan tarikh:\nbeliau dilahirkan pada ~ 1945; \n3.\n masa dua belas bulan yang ke\u2026 (seperti majalah, surat khabar, dan lain-lain):\nMajalah Bahasa ~ yang kedua bilangan satu; \n4.\n masa dua belas bulan untuk \u2026;\n \n~ buku \n[Indonesia] masa untuk perhitungan kewangan dalam perniagaan (biasanya dari 1 Januari hingga 31 Disember);\n5.\n masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim;\n \n~ jagung \nmasa selama tiga atau empat bulan;\n~ akademik \nseluruh tempoh masa dalam satu tahun yang digunakan untuk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dan sebagainya:\nProgram Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yang mengambil masa empat ~ akademik;\n \n~ akademik 1997/98;\n~ asas \n(Ekonomi) tahun yang dipilih sebagai permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yang mempunyai ciri normal seperti ketiadaan kemelesetan dan inflasi yang tinggi;\n \n~ baru \nhari yang pertama dalam satu-satu tahun;\n \n~ belakang \n[Indonesia] = \n~ depan\n = \n~ hadap(an) \ntahun yang akan datang;\n \n~ cahaya \n(Fizik) unit jarak yang bersaman dengan jarak yang dilalui cahaya dalam satu tahun;\n ~ Dal \ntahun yang kelima dalam daur kecil (windu);\n \n~ fiskal \njangka masa dua belas bulan yang diliputi oleh belanjawan sesebuah negara;\n \n~ Gajah \ntahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dari Yaman) ke atas Kaabah, yang bersamaan dengan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW;\n \n~ Hijrah \ntarikh yang dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah;\n \n~ kabisat \n= \n~ lompat\n = \n~ panjang \n[Indonesia] tahun yang sehari lebih panjang daripada tahun yang biasa;\n \n~ kalendar \ntempoh masa satu tahun dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun yang sama;\n \n~ kamariah = ~ qamari \ntahun yang dikira mengikut perjalanan bulan;\n \n~ kewangan \na) jangka masa dua belas bulan yang pada akhirnya sesebuah syarikat dan lain-lain menutup akaunnya;\n b) tahun fiskal;\n \n~ lalu \ntahun yang lepas;\n \n~ Masihi \ntarikh yang dikira mulai dari tarikh lahirnya Nabi Isa as;\n \n~ syamsiah \ntahun yang dikira mengikut perjalanan matahari;\nsetahun\n satu tahun;\n \n~ padi \ntempoh lima atau enam bulan;\n \nberumur ~ jagung \na) muda sekali;\n b) [kiasan] belum matang (pemikiran dan lain-lain);\nsetahun-tahunan\n sepanjang tahun;\nbertahun; \nsudah ~ \nsudah beberapa tahun yang lalu:\nsudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yang habis;\nbertahun-tahun\n beberapa tahun lamanya:\nsudah ~ lamanya Nasir bergaul dengan gadis itu;\nmenahun\n1.\n tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya:\nbeliau telah menjauhkan diri naik ke Makkatul-musyarrafah lalu duduk ~ di sana; \n2.\n lama benar:\ndia sudah ~ di sini; \n3.\n lama merana (menghidap penyakit):\ndia menjadi korban daripada fungsinya juga dan akibatnya timbul infeksi yang ~;\ntahunan\n1.\n (berlaku atau diadakan) setiap tahun:\nsalah satu daripada tujuan ibadat haji ialah untuk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yang berlangsung di tanah suci; \nmesyuarat agung ~; \npenyata ~; \n2.\n [bahasa percakapan] sudah bertahun-tahun." "tahun II\n[Minangkabau];\nbertahun\n bertanam padi, bersawah;\npertahunan\n hasil sawah, panen, panenan:\n~ rosak binasa, kerana batang padi habis dikerat-kerat tikus sebelum berbuah." "tahyul\ntahayul." "tai I\n[bahasa percakapan] tali leher;\nbertai\n memakai tai, bertali leher:\nsiapakah lelaki yang ~ biru kuning itu?" "tai II\n[Kedah] tal." "taici\nsejenis senaman dengan gerak badan yang perlahan-lahan yang pada asalnya diamalkan oleh orang Cina untuk menyihatkan badan." "taifah\n[Arab] golongan, kaum, suku." "taiga\n(Rusia) (Geografi) kawasan hutan pokok tirus yang terletak di antara kawasan tundra dengan kawasan steppe." "taijin\n[Cina] pegawai yang mengawasi hal ehwal orang Cina." "taik\n(Sunda);\nditaiki\n dinaiki;\nditaikkan\n dinaikkan;\nnaik." "taiko\n[Cina] sejenis penyakit kusta." "taikong\ntekong I." "taikun\nahli perniagaan yang kaya-raya dan berkuasa:\ndia seorang ~ gula dan tepung yang terkenal di wilayah ini." "taiming\n[bahasa percakapan] sombong, besar hati:\njangan hendak tunjuk ~ dan keras kepala." "tain\ntakyin." "taip\nmesin ~ \nmesin papan kekunci untuk menulis huruf, angka, dan sebagainya secara mekanikal;\nmenaip\n menulis dengan mesin taip:\ntatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf;\ntaip-menaip\n perihal menaip (surat, rencana, dan lain-lain):\nmereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~;\nmenaipkan\n menaip sesuatu untuk (kerana);\ntaipan\n yang ditaip, hasil daripada (perbuatan) menaip:\nmembetulkan kesilapan-kesilapan ~;\npenaipan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menaip:\nsatu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan untuk semakan;\npenaip\n orang yang menaip." "tairu\n(Tamil) susu (kambing atau lembu) yang pekat dan masam." "tais\n[arkaik] tidak bersih, cemar, kotor." "tais liur\n[Brunei] ingin akan sesuatu (biasanya makanan)." "taiso\n(Jepun) [arkaik] senaman, gerak badan, gimnastik." "taitut\nsejenis burung, burung ceketing, \nLobivanellus indicus astronuchalis." "taj\n[Arab] mahkota;\n \nT~ul-Salatin \nmahkota segala raja (tajuk buku);\n= taju." "taja\nmenaja\n1.\n mulai membuat sesuatu anyaman (tenunan):\nlain ditaja, lain dianyam; \n2.\n berbuat sesuatu dari mula, mempelopori sesuatu (gerakan, rancangan, dan lain-lain):\nsyarikat perusahaan yang baru ditaja; \nuntuk ~ sebuah kampung baru yang seindah pusaka nenek moyang yang ada ini adalah satu perkara yang tidak mudah; \nia telah ~ suatu cabang ilmu kaji bumi yang tersendiri yang dinamakan paleontologi; \n3.\n merancang, mengatur:\naku telah ~ hidupku; \n4.\n membiayai rancangan radio atau televisyen sebagai ganjaran masa tayangan iklan (berkenaan (dengan) syarikat dan sebagainya):\nsiaran langsung itu ditaja oleh syarikat Rothmans;\n tajaan\n sesuatu yang ditaja, apa yang ditaja;\npenajaan\n perihal (usaha, tindakan) menaja:\nbeliau telah berhubungan rapat dengan ASAS 50 sejak ~nya;\npenaja\n1.\n orang yang menaja, orang yang mempelopori sesuatu:\nbeliau ialah salah seorang daripada ~ parti tersebut; \n2.\n syarikat dan sebagainya yang menaja sesuatu rancangan radio atau televisyen." "taja jamin\n(Ekonomi) persetujuan atau tindakan menjamin untuk membeli atau menyerap semua terbitan saham yang tidak dapat dijual kepada orang ramai dengan harga yang dipersetujui:\nbeliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis ~ saham syarikat tersebut;\n menaja jamin\n1.\n bersetuju untuk membeli semua saham baru yang tidak dibeli orang ramai pada harga yang ditetapkan bersama:\npengurus terbitan akan ~ bon terbitan pada satu kadar faedah yang dipersetujui; \n2.\n bersetuju untuk membiayai kos sesuatu perusahaan (perniagaan dan sebagainya):\nprojek perumahan yang terbengkalai akan dibangunkan semula oleh pemaju atau institusi kewangan yang ~ projek itu;\n penajajaminan\n proses atau hal menaja jamin;\n penaja jamin\n bank, institusi kewangan dan sebagainya yang menaja jamin:\nbeberapa buah bank telah mengambil bahagian sebagai ~ saham terbabit." "tajak\nsejenis alat untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah (bendang dan lain-lain), rimbas:\nmereka sedang berhempas pulas menghayun cangkul dan ~ , membuat kebun sayur;\n~ kebat\n [Minangkabau] cagaran;\n \ntiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga \n(peribahasa) kerana mencari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan;\nmenajak\n merumput dengan tajak, mengerjakan tanah dengan tajak;\npenajakan\n perbuatan (kerja) menajak;\npenajak\n orang yang menajak." "tajalli\n[Arab]\n1.\n tersingkap atau terbuka hijab (berkenaan (dengan) sufi, tasawuf);\n2.\n jelas dan nyata (sesuatu yang ghaib), sudah terang, tidak tersembunyi;\n3.\n kebenaran yang diperlihatkan Tuhan, wahyu." "tajam I\n1.\n mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dan lain-lain), lawan tumpul:\nparang yang ~; \n2.\n runcing hujungnya, lancip:\npaku yang ~; \n3.\n dapat melihat (mendengar, merasai, dan lain-lain) dengan cepat atau dengan cekap:\ndengan menggunakan pendengarannya yang ~ sebagai orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola seperti bapanya itu; \n4.\n mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik:\n~ juga otak budak sekolah menengah ini; \n5.\n kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka):\nia memerhati dengan pandangan yang ~; \n6.\n keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dan lain-lain):\nwalaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; \n7.\n boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dan lain-lain), dapat melukai:\nwalaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yang ~ itu; \n8.\n menjadi genting, memuncak:\npertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; \n9.\n kuat, berpengaruh:\nbudi bahasa yang baik ialah satu daripada daya penarik yang ~ bagi pekedai;\n 10.\n jelas, ketara:\n ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yang ~ antara sektor;\n ~ akal \n= \n~ fikiran \npintar, cerdik;\n \n~ mata\n lekas dapat melihat;\n \n~ mulut \nsuka mengeluarkan kata-kata yang pedas;\n \n~ pendengaran \nlekas dapat mendengar;\nberapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia \n= \nkeris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia \n(peribahasa) kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang daripada dilukai dengan senjata tajam;\n \nyang ~ tumpul, yang bisa tawar\n (peribahasa) [Minangkabau]\na) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh;\n b) kerana percakapan yang manis sengketa hilang;\nmenajam\n menjadi tajam:\nkeningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kepada gadis di sisinya itu;\nmenajamkan\n menjadikan tajam:\npensel itu mesti ditajamkan; \ndia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur;\nmempertajam\n menjadikan lebih tajam:\npemakaian bahasa setiap hari dengan sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yang kita pakai; \npembacaan yang luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran;\n~ sanding \nki membesarkan perselisihan;\n \nadakah duri dipertajam \n(peribahasa)\na) orang yang cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi;\n b) musuh tidak perlu diberi pertolongan;\nketajaman\n hal atau sifat tajam:\nia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu;\n penajaman\n perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) menajamkan:\n~ mata pisau." "tajam II\n~ damak \nsejenis tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak bulu, \nGrewia latifolia;\n~ molek \nsejenis tumbuhan (pokok), takam molek, karaes, \nBaccaurea brevipes." "tajau\nsejenis tempayan besar yang dibuat daripada tanah liat (berlapis sejenis kaca)." "tajdid\n[Arab] pembaharuan (yang menurut ulama fikah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yang semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah)." "taji I\n= \n~ ayam \nsusuh buatan (daripada besi, tembaga, dan lain-lain) yang dipasang pada kaki ayam sabungan;\n \n~ bentuk \ntaji yang melengkung bentuknya dipasang pada susuh ayam;\n \n~ golok \ntaji yang dipasang pada kais ayam (bermacam-macam bentuknya);\n \nberombong ~ \nmemakai taji (ayam sabungan);\n \nmembulang ~ \nmengikat atau melekatkan taji pada kaki ayam sabungan;\n \npenggabus ~ \nalat tempat memasang taji (pada kaki ayam);\n \ntuntung ~ \nhujung taji yang tajam;\n \nseperti ~ dibentuk \nki bentuk alis atau kening yang cantik;\n \nduduk diambung-ambung ~ \n(peribahasa) perihal seseorang yang senantiasa dalam kerunsingan;\nbertaji\n memakai taji (ayam sabungan);\n \nbelum ~ hendak berkokok \n(peribahasa) belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri;\nmenaji\n menikam, mencucuk, menusuk dan sebagainya dengan taji atau dengan benda tajam:\ndia segera berpaling ke belakang untuk ~ Sang Jebat tetapi ditahan." "taji II\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya elok untuk perabot rumah dan daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, \nPodocarpus neriifolius." "tajin\nkanji (untuk mengeraskan pakaian);\nbertajin\n berkanji (pakaian);\nmenajin\n mengeraskan pakaian dengan tajin;\nmenajinkan\n menganji (pakaian)." "tajribah\n[Arab] percubaan." "taju\nmahkota;\ntaj." "tajuk I\n1.\n perhiasan kepala yang dibuat daripada emas (perak dan lain-lain), mahkota, patam, jamang;\n2.\n perhiasan kepala daripada karangan bunga yang dicacak pada rambut atau pada tutup kepala (mahkota, serban, dan lain-lain):\n~ bunga cempaka dan bunga cina; \n3.\n = \n~ perahu \nkili-kili atau pasak pada tepi perahu;\n4.\n kepala surat (karangan, makalah, dan lain-lain), judul, mauduk, pokok (percakapan):\nbelum lagi diberi ~ untuk karangan itu; \nHilmy mengubah ~ percakapannya;\n~ berita \na) serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita yang dicetak besar dan tebal di atas halaman surat khabar dan sebagainya;\n b) ringkasan pendek tentang butir-butir berita penting dalam siaran televisyen dan radio;\n \n~ dayung \nkeliti dayung (pada perahu);\n \n~ mahkota \na) karangan bunga pada mahkota;\n b) yang tercinta, yang dikasihi;\n \n~ rencana \ninduk karangan (dalam majalah, surat khabar, dan lain-lain);\n \n~ surat \nkepala surat;\nbertajuk\n1.\n ada tajuknya, memakai tajuk:\nia memakai seberhana tubuh, berkain pancung, bersebai, berdestar, ~; \n2.\n ada judulnya (karangan dan lain-lain), berkepala:\nkarangan ini tidak ~;\nmenajuk\n kelihatan menganjur (tinggi), tercacak, terkemuka;\nmempertajuk\n [sastera lama] memberi bertajuk, memakai tajuk pada:\nmaka dipertajuk tuan puteri berjerlai-jerlai." "tajuk II\n[Minangkabau] tingkat;\nbertajuk\n bertingkat;\nbertajuk-tajuk\n bertingkat-tingkat." "tajun\n~\n\u2013\nmenajun\n menitik, menitis (air, peluh, dan lain-lain):\npeluh ~\n\u2013\nmenajun laksana manik berhambur daripada karangannya." "tajung\nkain ~ \nark sejenis kain sarung sutera." "tajur I\nkail besar yang berjoran, semetik, taut." "tajur II\n[arkaik] kelihatan menganjur (memanjang);\npenajur\n deretan yang memanjang (pancang kelong dan lain-lain)." "tajur III\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat ubat sakit perut), \nCherodendron buchanani." "tajwid\n[Arab] ilmu (hukum) yang berkaitan dengan lafaz atau sebutan yang betul dan tepat dalam bacaan al-Quran:\nHaji Saleh diangkat menjadi guru bahagian ~;" "tak I\n[kependekan] tidak:\n~\n \nkan \ntidak akan, tidak mungkin;\n \n~\n \napa\na) tidak mengapa;\n b) tidak ada apa-apa;\n \nacuh ~ acuh\n tidak ambil peduli;\n \n~ mboh \n[Terengganu] tidak mahu:\nMeli tak ~ ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak." "tak II\nbunyi seperti bunyi orang mengetuk kayu dan lain-lain dengan batu, bunyi detak." "taka\nunit mata wang Bangladesh." "takabbur\n[Arab] \n takbur." "takadum\n[Arab] martabat (darjat, taraf) yang tertinggi." "takaful\n[Arab] insurans yang didasarkan pada atau yang mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam." "takah I\ntakik, takuk;\nbertakah-takah\n bertakuk-takuk:\ndia terus menuruni tanah bukit yang ~." "takah II\n[Kedah] sejenis kera, kongkang, kera duku, nilung." "takah III\n[Minangkabau]\n1.\n sikap, rupa, tingkah laku:\n~nya masih perawan;\n2.\n segak, gagah, kacak, tampan:\n~\n \njuga rupa orang itu; \n3.\n perawakan, tokoh:\n~nya akan jadi orang besar;\nmenakah\n [arkaik] kelihatan elok dan lain-lain." "takai\nmenakai\n mengenal pasti dan memilih binatang dalam sesuatu kawanan yang berpenyakit, lemah dan sebagainya untuk dibunuh, disingkirkan dan sebagainya sebagai langkah mencegah pemerebakan penyakit dan sebagainya:\nberitahu rakan-rakan lain supaya ~ ayam yang didapati lemah dan berpenyakit; \ntindakan ~ kambing yang kurang baik seharusnya dijalankan dari semasa ke semasa;\n penakaian\n proses (tindakan, perbuatan, usaha dan sebagainya) menakai:\nmaklumat ini diperlukan untuk memudahkan kerja ~ ternakan yang berpenyakit." "takak I\nkain (ber)~ \nsarung yang dibuat daripada dua helai kain yang dijahit bersambung;\nmenakak\n menjahit dua helai kain menjadikan sarung." "takak II\ntakuk." "takal\nalat berupa roda-roda kecil yang diberi bertali atau berantai (untuk mengangkat barang berat), kapi, kerek." "takang\n~-takik \nberbagai-bagai takik." "takar\n1.\n sejenis bekas daripada tembikar (untuk menyimpan cuka, halia, dan lain-lain), buyung, guri;\n2.\n ukuran banyak (gelen, liter, dan lain-lain);\n \ngelas ~ \n[Indonesia] tabung kaca yang bersenggat-senggat untuk menyukat benda-benda cair (dalam ujian kimia);\nsetakar\n [kiasan] sama ukuran, seimbang, sekadar;\nmenakar\n1.\n menyukat (ubat dan lain-lain) dengan takar, mengukur dengan takar;\n2.\n [kiasan] mengambil semuanya, membolot:\nsegala belanja yang dikeluarkan oleh isterinya hendak ditakarnya;\n takaran\n1.\n alat untuk menakar sesuatu;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang menjadi ukuran, kadar;\n~\n \nkehidupan\n perbelanjaan hidup yang mencukupi;\n \n~\n \nsudah hampir penuh \nsudah tua." "takarir\n[Arab] catatan di tepi halaman kitab." "takat I\n1.\n hingga, sampai:\ndalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja;\n2.\n had atau peringkat (pada sesuatu ukuran);\n~ beku = ~ sejuk beku \nhad suhu ketika air dan lain-lain membeku;\n \n~ didih\n had suhu ketika air dan lain-lain mendidih;\n \n~ embun \nsuhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dengan sesuatu permukaan;\n \n~ lebur \nsuhu ketika suatu pepejal mulai lebur;\nsetakat\n sampai had, sehingga:\n~\n \nini, perbualan mereka terhenti;\n~ manakah hasil yang didapati daripada pengajaran yang telah diberikan?;\nbertakat-takat\n bersenggat-senggat, berperingkat-peringkat:\ncampuran ini dialirkan melalui satu saluran yang ~." "takat II\n[Jawa] tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit." "takat III\n[Brunei] terumbu." "takau\n~ rimba \nsejenis burung, burung tukang, tukang besi, \nEurylaimus javanicus;\n~ selawit \nsejenis burung, burung seluit, \nCalyptomena viridis." "takbir I\n[Arab] kalimah mengagungkan Allah dengan menyebut Allahuakbar berulang kali:\nsuara ~ berkumandang pada malam raya; \nmembaca ~ \nmelafazkan Allahuakbar (berulang-ulang);\n \nmengangkat ~\n mengangkat kedua-dua belah tangan Allahuakbar;\nbertakbir\n membaca takbir:\nsuara orang ~ bergemuruh bunyinya;\ntakbiran\n puji-pujian kepada Allah dengan bertakbir." "takbir II\n[Arab] huraian menjelaskan sesuatu, makna, penafsiran, takwil (biasanya mengenai mimpi):\npuaslah ia memikirkan apakah ~ mimpinya itu;\nmentakbirkan\n menerangkan atau menafsirkan erti mimpi, mentakwilkan (mimpi)." "takbur\nberperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dan sebagainya daripada orang lain), angkuh, bongkak:\nia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; \nIblis berdendam apabila diusir dari syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yang enggan sujud kepada Adam;\nketakburan\n perihal takbur." "takdim\n[Arab] pembukaan, pendahuluan (sembahyang)." "takdir\n1.\n = \n~\n \nAllah\n = \ntakdirullah\n sesuatu yang ditentukan oleh Allah terlebih dahulu, penentuan daripada Allah, qadak:\nsuratan ~ di tangan Tuhan;\n2.\n [kiasan] untung nasib:\njangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kepada ~; \n3.\n = \n~nya \njikalaulah, seandainya, sekiranya:\n~nya terjadi apa-apa kepada diri abang, kepada siapa kami akan bergantung; \n4.\n kalau\u2026 pun, meski\u2026 pun:\n~\n \npun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya;\nmentakdirkan\n menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu:\ndia telah ditakdirkan mati dengan cara yang dahsyat;\nketakdiran\n perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dan lain-lain):\nsesuatu ~ tiada datang dengan tiba-tiba, tetapi ada garis yang dilaluinya; \nyang ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang." "takdis\n[Arab] penyucian, pengudusan;\nmentakdiskan\n menyucikan, menyatakan suci." "takeyari\n(Jepun) [arkaik] tombak buluh, buluh runcing." "takhir\n[Arab] kemudian, lewat;\nmentakhirkan\n mengemudiankan, melewatkan:\n~ sembahyang." "takhlik\n[Arab];\nmentakhlikkan\n membentuk, menciptakan, menjadikan." "takhta\ntempat raja bersemayam;\n~\n \nkerajaan\na) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana;\n b) [kiasan] kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja;\n \n~\n \nrawan \ntandu untuk raja-raja;\n \nnaik ~ \nmenjadi raja;\n \nturun ~ \nmeletakkan jawatan raja;\nbertakhta\n1.\n = \n~\n \nkerajaan \nmenjadi raja, memerintah negeri;\n2.\n berkerajaan di, bersemayam di;\n3.\n [kiasan] berada, berkedudukan:\njiwa besar mesti ~ dalam seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis;\n4\n. [kiasan] bertempat, tersemat:\n apa yang sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman;\nmentakhtai\n menduduki (memegang) takhta;\nmentakhtakan\n mendudukkan di takhta kerajaan, menabalkan menjadi raja:\nbaginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja negeri itu;\n ketakhtaan\n perihal naik takhta:\n~ dinasti." "taki I\nbertaki\n berbantah, berbahas, bertengkar:\nkadang-kadang sampai merah muka aku ~ dengan kawanku akan sesuatu hal yang tidak aku setujui;\nmenaki\n menentang, membantah;\npenaki\n (orang yang) suka bertaki (berbahas, bertengkar):\naku tidak berani menerangkannya lebih panjang lagi kerana ayahku itu ~ orangnya." "taki II\n[arkaik];\nbertaki\n berjanji." "takik\ntoreh yang agak dalam pada pokok (kulit pokok dan lain-lain), takuk, gubang:\npotongan itu tebal-tebal ~nya; \ntakang-~ \nberbagai-bagai takik;\nbertakik-takik\n ada takiknya di beberapa tempat, bertakuk-takuk;\nmenakik\n1.\n melukai sesuatu dengan parang dan lain-lain, membuat takik (dengan memarang dan lain-lain), menakuk:\npohon-pohon getah yang ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatannya;\n2.\n menoreh kulit kayu untuk mengambil getah, menyadap:\n~\n \npokok getah;\n~\n \ndarah di batu\n (peribahasa) [Minangkabau] meminta pertolongan kepada orang yang tidak mampu;\ntertakik\n menakik atau ditakik dengan tidak sengaja:\njika salah-salah hayun, kapak tergelicir sasaran dan betis pula yang ~;\n takikan\n1.\n hasil daripada perbuatan menakik;\n2\n. takuk yang dibuat untuk memudahkan orang berpijak, takukan;\npenakikan\n1.\n perbuatan (kerja) menakik (menakuk), penakukan;\n2.\n perbuatan (kerja) menakik (menoreh, menyadap), penorehan, penyadapan;\npenakik\n1.\n orang yang menakik (menakuk), penakuk;\n2.\n orang yang menakik (menoreh), penoreh, penyadap." "takipnea\n(Perubatan) pernafasan yang terlalu cepat dan pendek." "takir\n[Jakarta] bekas air dan lain-lain (daripada daun pisang, daun kelapa, dan lain-lain), limas." "takjub\nberasa aneh atau pelik (kerana melihat atau mendengar sesuatu), hairan, kagum:\nMak Guna tercengang, hairan dan ~;\nmenakjubi\n berasa takjub (hairan) akan, mengagumi;\nmenakjubkan\n mendatangkan rasa takjub, mengagumkan, menghairankan:\nkesakitan Wira Pati sangat ~ Sang Nata;\nketakjuban\n perihal takjub, kehairanan, kekaguman." "takkan\nsingkatan bagi tidak akan." "taklid\n[Arab]\n1.\n pegangan pada pendapat ahli hukum yang muktabar;\n2.\n percaya bulat-bulat kata orang, menurut (meniru, meneladani orang lain);\n3.\n = \n~\n \nbuta\n hanya menurut (mengikut) sahaja;\nbertaklid\n berpegang pada pendapat ahli hukum yang muktabar:\nnamun bagi golongan awam, mereka memang perlu ~ kepada para ulama atau mereka yang lebih mengetahui;\nbertaklidkan\n bertaklid kepada:\n mereka wajib ~ para nabi." "taklif\n[Arab] penyerahan beban (tugas, pekerjaan) yang berat kepada seseorang." "taklik I\n[Arab] perjanjian (kahwin dan lain-lain) atau pengakuan gugurnya talak dengan janji (seperti ke darat enam bulan ke laut setahun, tiada berita, talak gugur dengan sendirinya):\ndengan ~ kaum perempuan boleh melepaskan dirinya daripada kongkongan suami yang tidak disukainya; \nhukuman ~ \nhukuman yang dikenakan dengan perjanjian." "taklik II\n[Arab];\nmenaklik\n membaca dengan teliti, mempelajari." "taklikat\ncatatan di tepi kitab." "taklim\n[Arab] perihal mengajarkan agama Islam:\naktiviti pengayaan ilmu ini boleh diadakan di dalam kelas, kelas khas atau semasa ~ selepas atau sebelum kelas amali solat.\ntaklimat\n penerangan ringkas tentang sesuatu perkara;\nmentaklimatkan\n memberikan penerangan atau arahan yang perlu secara ringkas tentang sesuatu perkara:\npengarah akan ~ arahan yang terbaru itu kepada semua staf yang terlibat." "takluk\n1.\n tunduk kepada (pemerintahan, kuasa, dan lain-lain), menyerah kalah, mengaku taat:\ntelah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya;\n2.\n kawasan yang masuk dalam sesuatu pemerintahan, jajahan;\n \njajahan ~ \njajahan yang diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri;\nmenakluki\n1.\n = \nmenaklukkan\n menyerang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan:\nbangsa Turki ~ Istanbul pada tahun 1453 Masihi; \nkhabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah;\n2.\n [kiasan] menguasai:\ndengan ini, dongeng-dongeng dengan sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia;\n tertakluk\n1.\n telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan:\ndengan ~nya Mekah bererti ~nya seluruh negeri Arab;\n2.\n wajib, patuh kepada, wajib mentaati:\ndia ~ kepada Undang-Undang Adat; \n3.\n sangat-sangat bergantung pada, terikat pada:\nekonomi kita ~ sangat pada jualan getah dan bijih timah;\n taklukan\n (orang dan lain-lain) yang ditaklukkan, tawanan;\npenaklukan\n perihal menaklukkan, penawanan;\npenakluk\n orang yang menakluk." "takma\njalinan atau kepang tali (kabel dan lain-lain);\nmenakma\n menjalin atau mengepang (tali, kabel, dan lain-lain)." "takmir\n[Arab] amalan (usaha, kegiatan, dan sebagainya) menjadikan sesuatu makmur, gilang-gemilang, giat dan digunakan sepenuhnya;\n \n~ masjid \nusaha menjadikan masjid sebagai pusat pelbagai kegiatan agama." "takograf\nalat untuk merekodkan kelajuan, masa dan jarak perjalanan sesebuah kenderaan." "takol\n(Sunda) [arkaik];\nmenakol\n memukul." "takometer\nalat yang digunakan untuk mengukur laju putaran enjin, dinyatakan dalam putaran per minit (ppm)." "takoyong\n[Brunei] \nulun." "takraw\n= sepak ~ \nsejenis permainan sepak raga yang memakai jaring, sepak raga jaring." "takrif\nhuraian yang ringkas dan tepat (tentang sesuatu seperti makna perkataan dan lain-lain), penjelasan (berkenaan (dengan) sesuatu), penentuan, pernyataan (yang menerangkan), definisi:\ndengan ~ ini, dapat kita faham akan perasingan undang-undang dengan moral dan ilmu siasah;\nmentakrif\n memberi atau membuat takrif (definisi);\nmentakrifkan\n memberi takrif (pengertian dan lain-lain) tentang, mendefinisikan:\npengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata bahawa novel itu tidak didefinisikan;\npentakrifan\n perihal (perbuatan, cara, dan sebagainya) mentakrifkan (sesuatu):\n~ harus dimulai dengan penerangan yang umum ke penerangan yang khusus;\npentakrif\n orang yang memberikan takrif tentang sesuatu kata, istilah, dan sebagainya (apabila menyusun sesebuah kamus dan lain-lain)." "takrim\n[Arab] hormat, penghormatan, pemuliaan:\nmaka anakanda sambut dengan takzim dan ~." "takrir\n[Arab] pengakuan kebenaran secara lisan." "taksa\nmempunyai makna yang kabur (menyangsikan, meragukan), boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran;\nketaksaan\n perihal (keadaan dan sebagainya) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (berkenaan (dengan) sesuatu makna):\nadanya imbuhan-imbuhan membantu menghilangkan ~ sesuatu ayat\n." "taksi\n[Indonesia] teksi;\nmenaksi\n [bahasa percakapan] menaiki teksi, menumpang teksi;\nmenaksikan\n1.\n menumpangkan pada teksi;\n2.\n memakai kereta (motokar) sebagai teksi, menjadikan teksi;\n= teksi." "taksidermi\nseni atau kaedah mengawet binatang dan burung yang telah mati sehingga ia kelihatan seolah-olah masih hidup." "taksir I\ntidak mengendahkan (pekerjaan dan lain-lain), kurang ingat-ingat, alpa, lalai:\njangan ~ daripada memeriksai alat rakyatmu supaya sentosa kerajaan engkau; \nberlepas ~ \nmembebaskan diri daripada kesalahan orang;\nmentaksirkan\n melalaikan, mengalpakan." "taksir II\nkira, hitung, nilaian:\n~\n \nkasarnya bolehlah didapati dengan mengira bunga biasa dengan kadar 4%; \nsalah ~ \nsalah kira (hitung);\n \nkurang ~ hilang laba\n (peribahasa) pekerjaan yang dibuat tidak dengan hati-hati akan mendatangkan kerugian;\nmenaksir\n1.\n mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dan lain-lain):\nditaksir-taksir Solihin perongkosan yang harus dikeluarkannya;\n2.\n menyangka, menelah, mengagak, mengira:\npenduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; \n3.\n memberi penghargaan (dengan sewajarnya), menghargai, menilai:\ndengan jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dengan lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; \n4.\n mengkaji, meneliti:\nkita hendaklah ~ semula kedudukan kita yang tertakluk sangat-sangat pada getah asli;\n5.\n = \nnaksir\n ingin memiliki (mempunyai) sesuatu, menghendaki, berkeinginan untuk, ada keinginan hendak;\ntaksiran\n1.\n hasil daripada menaksir, anggaran, nilaian:\nbelanja atau kerajat yang diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% daripada ~ harta;\n2.\n telahan, dugaan, persangkaan:\nbila beresnya revolusi ini menurut ~mu?\n3.\n proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yang kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sebagai cukai pendapatan atau kadaran;\npenaksiran\n perihal menaksir;\npenaksir\n orang yang menaksir." "taksis I\n[Arab] pembatasan;\nmentaksiskan\n membatasi, mengehadkan." "taksis II\n(Biologi) pergerakan berarah (mendekati atau menjauhi rangsangan) oleh organisma ringkas seperti alga, sebagai gerak balas terhadap rangsangan luar seperti cahaya, suhu dan bahan kimia." "taksonomi\nkajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu." "taksun\n[Kelantan] tidak sesuai, canggung (tentang pakaian):\nmemang ~ kain hitam dipakai orang yang berkulit hitam." "taktih\n[Kedah] tatih." "taktik\ncara atau kaedah untuk memperoleh, mencapai, atau mendapatkan sesuatu tujuan yang dikehendaki, muslihat, siasat:\nmusuh sedang menggunakan ~ baru dalam usahanya hendak menghancurkan negara tersebut." "taktikal\n1.\n berkaitan dengan taktik yang digunakan untuk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan:\nsemua pemain perlu mengikuti latihan ~ lima kali seminggu; \n2.\n digunakan atau dilakukan untuk bantuan serta-merta dalam sesuatu operasi ketenteraan (berkenaan (dengan) senjata, pengeboman dan sebagainya):\nTUDM juga mempunyai pesawat ~ jarak sederhana." "takuh\n~-takah\n berbagai-bagai takik, tidak rata." "takuk\n1.\n takik yang agak dalam (pada pokok kelapa dan lain-lain tempat berpijak ketika memanjat), tokek;\n2.\n bahagian kemaluan laki-laki yang berlurah, leher kemaluan laki-laki;\n3.\n [kiasan] had, takat, peringkat:\npetani-petani masih di ~ lama dan mungkin lebih buruk lagi nasib mereka;\n~-takak \nberbagai-bagai takik dan takuk, tidak rata;\nbertakuk\n ada takuknya, sudah ditakik (ditoreh);\n \n~\n \nyang ditebang, yang bergaris yang dipahat\n (peribahasa) [Minangkabau] mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim;\nmenakuk\n1.\n memarang untuk membuat takuk, menakik;\n2.\n [Minangkabau] menentukan (perjanjian dan lain-lain);\n \n~\n \njanji \nmenentukan janji." "takul\n[Brunei] peluk, dakap;\nbertakul\n berpeluk, berdakap." "takung\nbekas air (makanan ayam, susu getah, dan lain-lain), bak, bejana:\n~\n \nyang berisi air;\nbertakung\n tidak mengalir, tergenang, tersekat:\nsegala tempat air ~ hendaklah ditambak;\nmenakung\n1.\n membiarkan mengendap (minyak dan sebagainya), membeningkan atau mengheningkan sesuatu (dengan membiarkan tahinya, keladaknya, mendap):\n~\n \nminyak kelapa;\n2.\n menyekat atau mengempang air dan sebagainya (supaya banyak terkumpul), menampung:\nair ini ditakung untuk air minum penduduk; \n3.\n menadah, menampung (air hujan dan sebagainya):\naku takung air malam ini;\n tertakung\n1.\n tidak mengalir (air, minyak, dan sebagainya), tersekat, terhenti:\ndi sini, air ini ~;\n2.\n sudah diendapkan, terendap;\ntakungan\n1. = penakung\n bekas untuk menakung sesuatu, takung, bejana;\n \n~\n \nais \nbekas yang berpetak-petak dan sebagainya yang diisi air untuk dijadikan (dibuat) ais;\n2.\n tempat untuk menakung sesuatu, kolam;\npenakungan\n perbuatan (kerja dan sebagainya) menakung (air, minyak, dan sebagainya), penadahan, penampungan." "takup\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang berumbi), akar kakub, janggut kelonak, ubi akub, ubi garam, ubi takub, \nDiscorea orbiculata." "takur I\n[Minangkabau] tekur, tunduk." "takur II\nsejenis burung;\n \n~ akar, Megalaima australis;\n~ besar = ~ jambang mas\n, \nMegalaima chrysopogon;\n~ gunung\n, \nMegalaima rafflesii;\n \n~ mahkota kuning\n, \nMegalaima hendricii." "takut\n= \n~\n \nakan (pada)\n1.\n gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri:\naku tidak ~ pada anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya;\n2.\n berasa segan dan hormat, takwa:\nhendaklah kita ~ akan Allah" "takuwih\nburung ~ \nsejenis burung, burung mati anak, \nPenthoceryx sonneratii malayanus." "takuyung\n[Brunei];\n~\n \npulas\n sejenis siput, \nPotamides cerithium;\n \n~ rimba\n siput darat;\n \n~\n \ntimba \nsejenis siput, \nNeritina crepidularia." "takwa\n[Arab]\n1.\n ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan:\ndi mukanya kelihatan sinar yang jernih dan tajam, sinar ~ iman yang biasa terbayang di muka orang zahid;\n2.\n takut akan Allah, hidup soleh:\nsesungguhnya orang yang paling ~ kepada Allah ialah orang yang benar-benar taat kepada perintah Allah;\n bertakwa\n mempunyai sifat takwa;\nketakwaan\n perihal takwa." "takwil\n[Arab] keterangan (mimpi dan lain-lain), penjelasan, takbir, tafsir:\nmereka tidak pernah mengerti akan ~ ceritanya;\nmentakwilkan\n memberi penjelasan, menerangkan, mentafsirkan;\ntakwilan\n sesuatu yang ditakwilkan:\n mimpi yang memerlukan ~ simbolik." "takwim\ndaftar hari bulan, almanak, kalendar, penanggalan." "takyin\n[Arab] huraian mengenai sesuatu, penerangan, penjelasan." "takziah\nperyataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa:\nkpada keluarga si mati, kami mengucapkan ~ untuk menyatakan rasa dukacita;\nbertakziah\n turut bersedih (berdukacita), mengunjungi (orang mati):\nberibu-ribu orang telah pergi ~ ke rumah si mati." "takzim\namat hormat, penuh hormat dan sopan:\nia menjawab dengan ~nya;\nmentakzimkan\n memberi takzim akan, menghormati, mempermuliakan." "takzir\n[Arab] hukuman yang dijatuhkan atas dasar kebijaksanaan hakim kerana tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis bertujuan untuk pengajaran;\nmentakzirkan\n menjatuhkan hukuman yang menyimpang daripada hukum yang ditetapkan." "tal\nsejenis tumbuhan (palma), lontar, tah, tai, \nBorassus fiabellifera." "tala I\n1.\n kesesuaian nada, laras;\n \n~ bunyi\n = \ngarpu ~ \n[Indonesia] alat berbentuk U yang dibuat daripada besi dan digunakan untuk melaraskan bunyi (nada, suara, dan lain-lain);\n2.\n gema, talun:\nting, bunyi loceng di rumah pasung besar, maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dari seluruh bandar; \ndihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~;\nsetala\n selaras bunyinya, sama bunyinya;\nmenyetalakan\n menyelaraskan bunyi, menyamakan nada:\n~\n \nbunyi alat muzik;\nbertala-tala\n [sastera lama] bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan, bertingkah-tingkah:\nkedua-dua belah pihak ~;\nmenala\n1.\n menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dan lain-lain) dengan nada yang betul, membetulkan bunyi (alat muzik);\n2.\n melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar dan efisien;\npenalaan\n perihal (perbuatan) menala;\npenala\n tala bunyi, garpu tala." "tala II\n[Perak] ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam." "tala III\nmenala\n memukul dengan tangan tergenggam." "tala IV\nhala, arah." "talah\n[Minangkabau];\ntertalah-talah\n terburu-buru, tergopoh-gapah, tergesa-gesa." "talai\n[arkaik] lalai." "talak\npelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai, dan sebagainya oleh suami:\ndengan mudah ia menjatuhkan ~ kepada isterinya;\n~ bain \ntalak yang tidak boleh dirujuk kembali;\n \n~ dua \ntalak rajii yang dijatuhkan dua kali secara berasingan atau dengan lafaz talak dua;\n \n~ rajii \ntalak yang masih boleh dirujuk kembali (pada talak pertama atau kedua) dengan syarat isteri yang dicerai itu masih dalam idah;\n \n~ satu \ntalak rajii yang dijatuhkan kali pertama atau dengan lafaz talak satu;\n \n~ tiga \ntalak yang dijatuhkan tiga kali secara berasingan, atau dengan lafaz talak tiga, yang tidak boleh dirujuk kembali;\nmentalak\n menceraikan isteri:\nisterinya itu ditalaknya." "talam\nsejenis dulang yang tidak berkaki (tempat menyajikan makanan, minuman, dan lain-lain):\ndia keluar membawa sebuah ~ yang berisi secawan kopi; \nkuih ~\n = \ntepung ~ \nsejenis kuih yang lapisan bawahnya dibuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) daripada santan kelapa;\nseperti ~ dua muka \n(peribahasa) perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keuntungan diri sendiri);\n \nseperti air dalam ~ \n(peribahasa) dalam keadaan sentosa." "talan\nsejenis tumbuhan (pokok renek), gapih paya, paluh periuk, tudang puyuh, \nSaraca triandra;\n~ kunyit\n = \n~\n \ngajah \nsejenis tumbuhan (pokok), gapis, gapih, gapis kunyit, \nSaraca declinata; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput kucing-kucing, tasik-tasik, timba tasik, \nAdenosma capitatum." "talang I\n1.\n sejenis ikan laut, seliap, seliat, \nChorinemus lysan;\n2.\n = \n~\n \npadi\n sejenis ikan laut, seliat, \nChorinemus tol; \n3.\n sejenis ikan laut, \nChorinemus sanctipetri." "talang II\n[Jawa] saluran air (biasanya daripada buluh pada cucuran atap dan lain-lain)." "talang III\n[Jakarta] pengantara dalam berjual beli, orang tengah, broker, cangku;\n~\n \nkuda \norang yang bekerja sebagai penjual kuda;\n \n~\n \nwang\n orang yang meminjamkan wang dengan mengenakan bunga, ceti;\nmenalang, menalangi\n1.\n memberi pinjaman wang;\n2.\n membeli barang dengan berhutang;\npenalang\n \n~\n \nwang\n talang wang." "talang IV\nsejenis buluh yang banyak mengandungi air;\n \n~\n \nperindu\n buluh perindu." "talang V\ndusun kecil yang berhampiran dengan hutan (ladang dan lain-lain);\n \norang ~\na) orang dusun (hulu);\n b) orang yang dianggap rendah martabatnya;\npetalangan." "talang VI\nbujang ~ \na) orang laki-laki yang tidak beristeri;\n b) balu yang tidak beranak." "talangkai\ntelangkai." "talar I\nbertalaran\n (bercakap) dengan terus terang, tidak bersembunyi-sembunyi." "talar II\n[Johor];\nmenalar\n tidak menghalang, membiarkan." "talas\nsejenis tumbuhan (herba yang berubi), (birah) keladi, \nColocasia esculentum." "talasemia\n(Perubatan) sejenis penyakit keturunan yang berpunca daripada kurangnya protein globin yang menjadi komponen hemoglobin dalam darah." "talbiah\n[Arab] menyerahkan diri kepada Tuhan (Allah);\n \n~\n \nbihaj\n berniat hendak menunaikan fardu haji." "talek\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] bedak daripada sejenis tepung halus (yang mengandungi zat tertentu)." "talen\n[Jawa] wang perak bernilai dua puluh lima sen, wang tali;\ntali II." "talenan\n[Jawa] papan dan lain-lain tempat memotong sayur-sayuran dan lain-lain;\ntelenan." "taler\n[arkaik] [kependekan] tali leher, dasi." "tales\n[Jawa] talas." "tali I\n1.\n serat yang dipintal panjang-panjang:\n~\n \nitu dibuat daripada sabut kelapa;\n2.\n benda yang halus panjang-panjang untuk mengikat sesuatu:\nbungkusan itu diikat dengan ~ pisang;\n~ agas \n= \n~\n \nanggas \n= \n~\n \nkala\n = \n~\n \nkeleleh \n= \n~\n \nsenam\n = \n~\n \nsingkil\n tali yang dipegang oleh perempuan ketika bersalin;\n \n~ air\na) saluran untuk mengalirkan air ke sawah dan lain-lain;\n b) = \n~\n \narus \naliran arus (air);\n c) [arkaik] pengairan (sawah dan lain-lain);\n \n~\n \nalir\n tali kail untuk menangkap buaya;\n \n~\n \nalit\n = \n~\n \ngasing\n = \n~\n \nsering \ntali untuk memusingkan gasing;\n \n~ ambin\n tali pengikat beban;\n \n~\n \nanduh \nkain dan lain-lain yang digunakan untuk menggantungkan tangan yang patah ke bahu;\n \n~\n \napi (api-api)\n tunam, murang, sumbu;\n \n~\n \nari-ari \ntali pusat;\n \n~\n \nbarut\na) tali pembebat (pembarut);\n b) tali pinggang;\n c) [kiasan] orang yang menjadi ampama orang lain, barua;\n \n~\n \nbatung\n selepang tempat menyisipkan peluru;\n \n~\n \nbawat\n tali yang diikatkan pada palang layar (untuk menggerakkan layar supaya mendapat angin);\n \n~\n \nbelati\n tali buatan Eropah (daripada sisal);\n \n~\n \nbesi\n [arkaik] tali daripada besi, kabel;\n \n~\n \nbicara \nark [Indonesia] telefon;\n \n~\n \nbosa (kap) \ntali untuk menahan kabel (bergoyang dan lain-lain);\n \n~\n \nbubut \ntali untuk menurun-naikkan layar;\n \n~\n \ncemat \ntali untuk menunda (menarik) perahu dan lain-lain;\n \n~\n \ndahi layar \ntali yang mengikat bahagian layar yang di sebelah atas;\n \n~\n \ndogang\n tali yang dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dengan badan;\n \n~\n \nduga (penduga) \ntali untuk menentukan dalamnya laut;\n \n~\n \ngantung\n tali untuk menggantung orang (yang dihukum mati);\n \n~\n \nkail \ntali tempat diikat mata kail;\n \n~\n \nkajai (kejai)\n tali leher kuda (kalung kuda);\n \n~\n \nkang (kekang, kendali, tum)\n tali untuk mengemudikan kuda;\n \n~\n \nkelat\na) tali untuk menarik layar;\n b) tali untuk menarik pohon yang ditebang;\n \n~\n \nkeledar \ntali yang dipasang pada pinggang dan sebagainya untuk keselamatan (dalam kapal terbang, kereta, dan sebagainya);\n \n~\n \nkendit (kemendit) \ntali pinggang (daripada kulit dan lain-lain);\n \n~ kipas \ntali yang berupa gelung yang dibuat daripada getah, bahan sintetik dan sebagainya yang memusingkan kipas untuk menyejukkan enjin kereta dan sebagainya;\n \n~\n \nladung\n tali tempat bergantung batu unting;\n \n~\n \nleher \njalur kain sutera, linen dan sebagainya yang dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada;\n \n~ leher kupu-kupu\n tali leher yang diikat dengan cara simpul pulih;\n \n~\n \nlenggang\n tali untuk menegakkan tiang layar;\n \n~\n \nliung\n sejenis selempang tempat menyisip peluru;\n \n~\n \npendarat\n tali yang menambatkan kapal dan lain-lain ke pangkalan;\n \n~\n \npendendang\n tali yang mengikatkan andang-andang pada tiang layar;\n \n~\n \npengandak (setop, setu)\n tali untuk mengecilkan layar;\n \n~\n \npengangguk\n tali untuk menggantungkan layar;\n \n~\n \nperampat \ntali untuk mengikat kemudi pada tiang goyang;\n \n~\n \nperimping (aris, eris, ris) \ntali pada tepi layar supaya layar jangan koyak;\n \n~\n \npersaudaraan\n hubungan persaudaraan;\n \n~\n \nperut\na) usus;\n b) = \n~\n \nbenang\n tali yang mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah);\n \n~\n \npinggang \ntali untuk mengikat seluar supaya jangan lucut (daripada kulit dan lain-lain);\n \n~\n \npupuh\n tali yang direntangkan untuk menandakan kawasan larangan atau pantangan;\n \n~\n \npusar\n [Indonesia]\na) = \n~\n \npusat\n bahagian usus yang menghubungkan bayi dengan urinya;\n b) bahagian buah yang menghubungkan biji dengan kulit buahnya;\n \n~ rafia \na) tali daripada serat pelepah rafia;\n b) tali yang diperbuat daripada plastik dalam pelbagai warna untuk mengikat barang, kotak dan sebagainya;\n \n~\n \nrelap\n tali yang diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) untuk menghalau ikan;\n \n~\n \nsas \ntali yang mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan;\n \n~\n \nsauh\n tali untuk mengikat sauh;\n \n~\n \nsawar\n tali untuk menghela kerbau;\n \n~ sawat \njalur tali bundar atau bulat yang digunakan untuk menggerakkan bahagian tertentu mesin dan sebagainya;\n \n~\n \nsemberang (sidai, penyidai kain)\n tali untuk ampaian kain;\n \n~\n \nsepatu (kasut)\n tali untuk mengikat kasut;\n \n~\n \nsira \ntangga daripada tali;\n \n~\n \nsifat\na) tali hitam untuk menandai kayu yang akan digergaji;\n b) tali pada batu unting;\n \n~\n \nsuai \ntali yang menyangga layar;\n \n~\n \ntajuk\n tali untuk mengikat dayung pada bibir perahu;\n \n~\n \ntandur\n tali untuk menurun-naikkan bidai;\n \n~\n \ntangsi \ntali (benang) yang dilumas dengan lilin untuk tali kail;\n \n~-temali\n bermacam-macam tali di kapal (perahu);\n \n~\n \ntudung\na) tali yang diikatkan ke dagu;\n b) jambang yang nipis sampai ke bawah dagu;\n \n~\n \ntep\n pita untuk mengukur;\n \n~\n \ntunda\n tali untuk menunda perahu dan lain-lain;\n \n~\n \nulang\n tali yang digunakan melalui beberapa kapi;\n~\n \ndi dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya\n (peribahasa) seorang perempuan yang dalam pingitan telah melakukan perbuatan salah dengan diam-diam;\n \n~\n \njangan putus, kaitan jangan sekah\n (peribahasa) menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dengan seadil-adilnya;\n \n~\n \nyang tiga lembar itu tak suang-suang putus \n(peribahasa) orang yang sekutu atau sebicara dalam sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dalam pekerjaan;\n \nbagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan \n(peribahasa) perbuatan yang dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yang berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dengan sempurna;\n \nbagai menghela ~ jala\n (peribahasa) melakukan sesuatu pekerjaan dengan hati-hati supaya tidak kerugian;\n \ndigantung sehasta ~ \n(peribahasa) perempuan yang ditinggalkan oleh suaminya dengan tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan;\n \nsepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting\n (peribahasa) telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi);\n \nsepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia \n(peribahasa) sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana;\nsetali\n bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan;\nbertali\n1.\n ada talinya, memakai tali:\npada bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yang diberi ~ panjang;\n2.\n = [kiasan] sudah bertunangan (gadis), berikat;\n~\n \narus\n banyak sekali (orang lalu lalang dan lain-lain);\n \n~\n \ndarah\n ada perhubungan keluarga dengan;\n~\n \nboleh diheret, bertampuk boleh dijinjing \n(peribahasa) hal kejahatan yang cukup keterangan dan buktinya;\n \ndiberi ~ panjang\n (peribahasa) membiarkan memilih apa yang disukainya;\ntali-bertali\n bertali-tali;\nbertali-tali\n1.\n ada kaitannya dengan, berhubungan dengan:\nUngku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dengan Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar;\n2.\n sambung-menyambung, bersambung-sambung, terus-menerus, berterusan:\ndi luar hujan masih ~;\n3.\n berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;\nbertalian\n ada kaitannya dengan, berhubungan, berkaitan:\nketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dengan Paus di Rom;\nmenali\n menangkap lembu (kuda dan sebagainya) dengan menggunakan tali:\npertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dan sebagainya;\n mempertalikan\n1.\n mengikatkan berbelit-belit:\nia menyerah diri lalu dirantai dipertali-talikan;\n2.\n mengait-ngaitkan dengan, melibat-libatkan dengan, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan, menjalin-jalinkan:\njangan dipertalikan hal ini dengan perkara tadi;\n3.\n menghubungkan (dengan), menyambungkan (dengan):\njalan raya ini ~ Kuala Lumpur dengan Seremban;\n4.\n menjadikan bertali-tali,menyambung-nyambungkan, menghubungkan:\nbukankah yang ~ hati suami isteri itu kecintaan yang penuh diikat oleh kesetiaan?\n5.\n menjodohkan dengan, mengahwinkan:\nRamli tidak mahu dipertalikan dengan orang yang belum dilihatnya;\n talian\n1.\n wayar dan sebagainya yang menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesawat elektrik dan sebagainya:\npastikan ~ mikrofon, alat perakam dan sebagainya semuanya teratur;\n2.\n aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon;\n \ndalam ~ \n(Komputer)\na) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer;\n b) berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer;\n \nluar ~ \n(Komputer) berada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dengan sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer;\npertalian\n1.\n perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dan lain-lain) perkariban, sangkut paut:\napa ~ kita dengan dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang?;\n2.\n rangkaian yang mempunyai nilaian yang sama (seperti 2\nx\n + 5=11), persamaan;\n~\n \nbatin \nperhubungan yang tidak kelihatan;\n \n~\n \ndarah\n perhubungan kekeluargaan;\n \n~\n \nsilaturahim \nperhubungan persahabatan (persaudaraan);\npenali\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk mengikat, pengikat;\n2.\n [arkaik] takrif, kesimpulan." "tali II\n= \nwang ~ \nmata wang yang bernilai dua puluh lima sen;\nsetali\n dua puluh lima sen;\n \n~\n \ntiga wang\n sama sahaja, tidak lebih dan tidak kurang." "tali III\n~\n \nputeri\n sejenis tumbuhan (herba), cemar batu, rambut puteri, \nCassytha filiformis; \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nGnetum spp.;" "tali IV\nsejenis ikan darat, \nAcanthopsis choirorhynchos." "tali-tali\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang cantik bunganya), \nQuamoclit pennata." "talib\n[Arab] orang yang menuntut (kebenaran, ilmu, dan lain-lain);\n \ntalibul-ilmi\n penuntut ilmu." "talibun\nsejenis puisi lama yang terdiri lebih daripada empat baris (biasanya terdiri daripada enam belas atau dua puluh baris) yang bersajak pada hujungnya." "talidomida\n(Perubatan) sejenis ubat penenang yang dahulunya pernah diberikan kepada wanita mengandung sehingga didapati kesannya boleh menyebabkan kecacatan anggota badan bayi yang dilahirkan itu." "talium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang digunakan untuk membuat aloi." "talkin\n[Arab]\n1.\n petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dalam kubur yang dibacakan kepada jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan;\n2.\n bimbingan mengucapkan kalimah syahadah yang dibisikkan pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut;\n \nair ~\n air yang disiram ke atas kubur (orang yang baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan;\nbertalkin\n membaca talkin:\nbiar dia sendiri mendengar orang ~ hingga tamat;\n mentalkinkan\n membaca talkin kepada jenazah yang baru sahaja dikebumikan, atau kepada seseorang yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut." "talkum\nserbuk halus daripada sejenis batu yang lembut untuk membuat bedak;\n \nbedak ~ \nbedak serbuk yang halus, lembut, dan harum yang disapukan pada muka dan badan, biasanya selepas mandi." "talon\nsejenis tumbuhan (pokok), tukul, \nRyparosa scortechinii." "talu I\nbertalu-talu\n tidak putus-putus (melakukan sesuatu), berulang-ulang, berturut-turut, terus-menerus:\nia bertanya ~." "talu II\n[Jawa] permainan gamelan pada permulaan pertunjukan wayang." "taluki\nteluki I & II." "talun\nbertalun-talun, talun-menalun\n [sastera lama] bergema, bergaung, bergemuruh, bertala-tala:\nsekejap kemudian tangis dan ratap kedengaran ~." "tam\nbunyi seperti bunyi letupan senapang dan lain-lain;\ndentam." "tama-tama\n[bahasa percakapan] yang mula-mula, pertama-tama;\npertama." "tamadun\n1.\n keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi, peradaban;\n2.\n negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi, peradaban:\n~ Arab;\n3.\n budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban:\n~\n \nIslam;\n~ klasik;\n4.\n keadaan pemikiran (budaya dan moral) yang halus, peradaban;\nbertamadun\n1.\n telah mencapai tamadun, berperadaban, beradab:\nbarang-barang itu ialah buatan dari negeri-negeri yang lebih ~ dan lebih maju;\n2.\n mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yang halus, berperadaban, beradab:\nkita mestilah menyelesaikan masalah itu dengan cara yang ~;\n mentamadunkan\n menjadikan bertamadun:\ndalam proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan;\n ketamadunan\n perihal tamadun, (segala-gala) yang berkaitan dengan tamadun:\nmalah drama sendiri merupakan sebagai cermin kepada ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa." "tamah\nramah-tamah." "tamak\ningin memiliki sesuatu tanpa batasan, haloba:\njangan ~ akan harta orang;\n~ hilang malu, loba dapat kebiasaan\n (peribahasa) sesuatu perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat kerja-kerja yang terhina;\nketamakan\n perihal tamak, kehalobaan." "tamakninah\n[Arab]\n1.\n tetap atau kekal (pendirian dan lain-lain);\n2.\n (dalam sembahyang) berhenti sebentar antara dua rukun sekadar tetap semua anggota pada tempatnya, misalnya antara dua sujud:\nrukuk dan ~." "tamam\n[Arab] sempurna, selesai, tamat:\napabila sudah ~ sembahyang itu, ia pun meminta doa kepada Allah." "taman I\n1.\n kebun yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan (untuk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga;\n2.\n [kiasan] tempat bersiar-siar (mengambil angin dan lain-lain);\n3.\n [Jawa] tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan);\n4.\n kawasan perumahan yang terancang (lengkap dengan kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain):\nT~ Tun Dr Ismail;\n ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak \ntempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dan lain-lain, taska, tabika;\n ~ bacaan\na) ruangan atau rumah tempat membaca buku;\n b) = \n~ pustaka\n perpustakaan, kutub khanah;\n \n~ bahagia \na) tempat menikmati kebahagiaan;\n b) makam untuk pahlawan (yang telah terkorban dalam peperangan);\n \n~ berpusing (bertangkap, mayang) \njenis-jenis tempat mandi (berkaitan dengan salah suatu istiadat);\n \n~ botani \nkawasan yang ditanami pelbagai spesies tumbuhan untuk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi;\n \n~ didikan kanak-kanak \nkelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika;\n \n~ hiburan\n tempat bersuka ria (dengan berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dan lain-lain);\n \n~ hutan\n (Perhutanan) kawasan hutan yang diurus sebagai kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah;\n \n~ larangan \n[sastera lama] taman bunga khas untuk puteri-puteri diraja sahaja;\n \n~ negara \nkawasan hutan milik negara yang dijadikan sebagai kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah;\n \n~\n \nsari \nkebun bunga (tempat bersenang-senang);\n \nair se~ \nair yang bercampur dengan berbagai-bagai bunga;\npertamanan\n hal yang berkaitan dengan taman:\nminat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pada akhir-akhir ini sangat menggalakkan; \nurusan ~." "taman II\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nPycreus nitens." "taman III\n[Minangkabau] [arkaik] rajin, betah, giat:\n~\n \nbekerja." "tamar\n[Arab] buah kurma;\n \n~\n \nhindi\n asam Jawa." "tamat\n1.\n sudah dibaca (diceritakan dan lain-lain) hingga akhirnya, khatam;\n \n~\n \nmengaji\na) sudah khatam Quran;\n b) sudah siap mengaji;\n \n~\n \nbelajar (sekolah)\n sudah selesai pelajaran;\n \n~\n \nriwayatnya\n sudah mati;\n2.\n berakhir, habis, selesai:\nperkhidmatannya akan ~ pada tahun depan;\n menamatkan\n1.\n membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis:\nbagaimana caranya yang baik hendak ~ cerita ini?;\n2.\n menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan:\nia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; \nia mesti ~ khidmatnya setakat ini;\n tamatan\n yang sudah tamat belajar (di), yang lulus (dr):\n~\n \nsekolah menengah; \ntanda ~ \n[Indonesia] sijil, ijazah;\npenamatan\n perbuatan dan sebagainya menamatkan atau mengakhiri:\nPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dengan Kepulauan Marshall; \nadakalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dengan memberhentikan sahaja proses kaunseling;\n penamat\n yang terakhir, pengakhir, penutup, penyudah." "tambah\n1.\n sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh:\nberapa ~nya ukuran dada apabila dikembangkan?; \nminta ~ \nminta lebih banyak, minta dilebihkan;\n \ntukar ~ \nmenukar barang dengan wang;\n2.\n [bahasa percakapan] = \nbertambah\n menjadi lebih banyak (besar, luas, dan lain-lain):\nmaka tentulah aku ~ gembira lagi;\n3.\n [bahasa percakapan] = \nditambah\n dijadikan lebih banyak (besar, luas, dan lain-lain), ditokok, dijumlahkan:\njika tawar ~lah gula lagi; \ntanda ~ \ntanda campur;\n4. = bertambah\n semakin:\nlama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah seorang wanita yang kasar dan garang;\n~ sentara\n yang ditambah untuk keperluan sementara (berkenaan (dengan) pekerja);\nbertambah\n1.\n menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dan lain-lain):\nmakin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu;\n2.\n diberi tokok (tambah) supaya menjadi lebih banyak, mendapat tambah (tokok):\npendapatannya ~ lima puluh ringgit;\n3.\n semakin:\nhujan ~ lebat;\n~ kurang\n semakin kurang, berkurangan;\n \n~\n \npula\n apa lagi, lebih-lebih lagi:\nimam khatib lagi berdosa, ~ pula kita yang jahil;\n~ semakin kurang \n(peribahasa) perihal kawan yang datang bukan untuk membantu melainkan menambahkan kesusahan;\nbertambah-tambah\n1.\n sentiasa bertambah, bertambah dengan beransur-ansur:\ndiberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya;\n2.\n semakin (banyak, besar, kuat, dan lain-lain):\nlelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir;\n~ lagi\n = \n~\n \npula \ntambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula:\nmaka ~ pula picik pengetahuanku dalam ilmu mengarang;\n menambah\n1.\n menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dan lain-lain):\ngaramnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; \nmenerima ini bererti ~ beban;\n2.\n memberi tambah, menokok:\nmemang ada peluang ~ jenis barang yang dikeluarkan;\n3.\n menjumlahkan dengan, mencampur:\ngajinya ditambah dengan gaji isterinya menjadikan gaji mereka berganda;\n4.\n = \n~\n \nkata\n melanjuntukan kata:\nbeliau ~ , tidak seorang pun kawan saya dalam kabinet yang menunjukkan minat dalam lumba kuda;\n menambahi\n memberi tambah pada, menokok (mengimbuh, menambah) pada:\n~\n \napa yang kurang;\n menambahkan\n menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dan lain-lain):\nbunga wang itu ditambahkan pada pokoknya;\nmempertambah\n menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, memperluas:\nadanya jalan itu ~ lagi hasil negeri;\n tambahan\n1.\n sesuatu yang ditambahkan pada, imbuh, tokok:\nperaturan-peraturan dan ~-~ peraturan;\n2.\n sesuatu (surat, keterangan, dan lain-lain) yang dilampirkan, lampiran, pelengkap;\n~\n \npula \n= \n~\n \nlagi \nlebih-lebih lagi, apalagi;\n \nkata ~ \nkata yang menerangkan kata kerja atau kata sifat;\npertambahan\n perihal bertambah:\npenduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar;\npenambahan\n1.\n perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pada;\n2.\n perihal memberi imbuhan pada kata pokok;\npenambah\n1.\n sesuatu yang menambah;\n2.\n imbuhan (yang ditambah pada kata pokok);\n3.\n angka yang bercampur dengan angka lain." "tambah baik\nbertambah baik\n menjadi semakin baik;\npenambahbaikan\n perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) menjadikan bertambah baik:\nlaman web ini secara keseluruhannya masih lagi dalam proses ~ dan banyak lagi bahan atau maklumat akan dimasukkan dari semasa ke semasa; \nkualiti penerbitan masih terbuka luas untuk dilakukan ~." "tambak I\n1.\n timbunan tanah dan lain-lain untuk menahan air, bendung, benteng, gili-gili;\n2.\n jalan dan lain-lain yang dibuat daripada timbunan tanah dan lain-lain menyeberangi selat (tanah bencah dan lain-lain):\nkalau hendak membuat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yang bertepi curam;\n3.\n kolam di tepi laut (diberi berbatas) untuk memelihara ikan, tebat;\nmenambak\n1.\n menimbunkan (melonggokkan) tanah dan lain-lain supaya tinggi:\nia melihat tanah yang tinggi seperti ditambak;\n2.\n menimbun (lubang dan lain-lain) dengan tanah dan lain-lain, menimbus:\njika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung;\n3.\n menurap jalan dan lain-lain dengan tanah, melepa, menampali;\n4.\n membina tambak pada, membuat benteng pada, membentengi dengan tambak:\nmereka sedang ~ tebing sungai itu dengan tanah;\n5.\n [kiasan] memberi (barang) banyak-banyak kepada, menghadiahkan banyak-banyak;\n6.\n [kiasan] melepa ubat pada, membubuh ubat (pada luka dan lain-lain);\n7.\n [kiasan] menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dan lain-lain), membendungi;\n \n~\n \ngunung menggarami laut\n (peribahasa) memberi pertolongan kepada orang yang sekali-kali tidak perlu ditolong;\npenambak\n sesuatu yang dijadikan tambak (tanah, batu, dan lain-lain):\ntanah itulah hendak dibuatnya ~ di seberang sini." "tambak II\n[Brunei] dapur berbentuk segi empat yang dibuat daripada tanah." "tambak III\n~\n \ndapur\n sejenis ikan laut, \nParastromateus niger." "tambak IV\npokok ~ bukit\n = \ntambak-tambak\n sejenis tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, sembung hutan, \nVernonia cinerea." "tambal I\n[Jawa] perca kain dan lain-lain yang dilekatkan pada tempat yang koyak (sobek dan sebagainya), tampal:\nlihat kain sarungmu, pelekat Jerman yang tidak terhitung lagi banyak ~nya;\n menambal\n melekatkan tambal pada tempat yang koyak (bocor dan sebagainya), menampal:\ndijahit layar mana yang koyak, ditukar mana yang usang, biduk ditambal mana yang tiris;\n tambalan\n apa yang ditampal, tampalan:\nbajunya bersih biarpun penuh ~; \ntampal I." "tambal II\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), pokok tampal, pokok tupai, \nPolyosma laetevirens." "tamban\nsejenis ikan laut, \nClupea spp.;\n~ beluru \nsejenis ikan laut, \nClupea leiogaster;\n~ betul\n = \n~\n \nnipis\n sejenis ikan laut, \nClupea peforata;\n~ bontok \nsejenis ikan laut, \nClupea jussieu;\n~ bujur (jalur, lopek, panjang, siantan) \nsejenis ikan laut, \nClupea fimbriata;\n~ bulat (japuh, jebuh, jepuh) \nsejenis ikan laut, \nDussumieria hasseltii;\n~ cencang rebung \nsejenis ikan laut, \nClupeoides lile;\n~ setu\n sejenis ikan laut, \nClupea dispilonotus;\n~ sisik\na) sejenis ikan laut, \nClupea jussieu;\nb) sejenis ikan laut, \nClupea melanura." "tambang I\nlubang yang digali untuk mengambil hasil bumi (emas, bijih timah, minyak, dan lain-lain), lombong;\n \n~\n \nbesi\n lombong besi;\n \n~\n \nemas\n lombong emas;\n \nbarang-barang ~ \nbahan galian dari bumi (besi, emas, arang batu, dan lain-lain);\nmenambang\n menggali hasil bumi dari tanah, melombong (bahan tambang);\npertambangan\n segala sesuatu mengenai tambang, perlombongan." "tambang II\n1.\n = \nwang ~\n = \nharga ~ \nbayaran untuk membawa barang-barang dan lain-lain dengan kenderaan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan:\nkepulangannya itu adalah untuk menerima wang daripada datuknya untuk dibuat ~ belayar ke Mekah;\n2.\n yang disewakan (kereta dan lain-lain), yang membawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan:\nkereta ~; \nperahu ~; \nsampan ~;\n3.\n penumpang atau muatan kenderaan dengan membayar sewa;\n \n~\n \nmalam\n [Perlis] tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi;\nmenambang\n1.\n menaiki kereta (sampan dan lain-lain) tambang:\nmaka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut;\n2.\n mengangkut penumpang(muatan) dengan kereta (sampan dan lain-lain) tambang;\n3.\n bekerja sebagai pembawa kereta (sampan dan lain-lain) tambang;\nmenambangkan\n menyewakan kereta dan lain-lain;\ntambangan\n1.\n perahu (sampan) tambang;\n2.\n pangkalan tempat penumpang menyeberang dengan perahu (sampan) tambang;\n3.\n wang tambang;\npenambangan\n perihal menambang (menambangkan);\npenambang\n orang yang mengangkut penumpang dengan perahu tambang;\n \nperahu ~ \nperahu tambang." "tambang III\n[Jakarta] tali yang besar untuk menambat binatang pada pokok (tiang dan lain-lain);\n \n~\n \nmanuk\n simpul manuk;\nmenambang\n [kiasan] tidak mempedulikan isteri (tetapi tidak pula menceraikannya), menggantung tidak bertali;\nmenambangkan\n;\n \n~\n \nlayar\n mengembangkan layar dengan tali." "tambang IV\n[Minangkabau] pancang untuk tambatan binatang;\nmenambangkan\n menambatkan (mengikat) binatang." "tambang V\n= \n~\n \nsisir \nsejenis tumbuhan (pokok renek), medang ketanah, medang merah, medang panjang, \nArdisia teysamanniana.\nTambanuo\n suku kaum peribumi di Sabah, termasuk dalam rumpun kaum Kadazan Dusun." "tambar\n[sastera lama] ubat, penawar;\nmenambari\n mengubati (menawari) penyakit." "tambat\nbertambat\n terikat (pada pokok, tiang, pancang, dan lain-lain), berlabuh dan terikat pada sesuatu (kapal):\nkapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar;\n bertambatan\n bertalian, terikat pada;\n \nperahu ~ dagang bertepatan \n(peribahasa) melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempatnya;\nmenambat\n1.\n mengikat dengan tali pada pancang (tiang dan lain-lain):\ndia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu;\n2.\n [kiasan] memikat, menawan, menarik (hati dan lain-lain):\ndia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita;\nmenambati\n [sastera lama] menambat sesuatu pada:\nsegala pohon kayu itu sekaliannya ditambati puntung api;\ntertambat\n1.\n terikat (pada):\nseekor kerbau ~ pada sebatang pokok; \nperahu itu ~ pada sebatang tiang;\n2.\n [kiasan] terpikat, tertawan, tertarik (hati, perhatian, dan lain-lain):\nhatinya telah ~ dan bulat kepada Ismayatim;\n tambatan\n1.\n pancang dan lain-lain untuk menambatkan binatang (perahu dan lain-lain):\ndari situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal;\n2.\n sesuatu (seperti tali dan sebagainya) untuk menambat:\nmereka kemudian membuka tali ~ yang terlilit-lilit pada pokok pisang itu;\n3.\n = \n~\n \njiwa\n = \n~\n \nlarat\n orang yang dikasihi (dicintai), kekasih;\npertambatan\n ikatan, pertalian, perkaitan;\npenambat\n1.\n alat untuk menambat, pengikat:\ntelah putuskah tali ~ kerbau itu?;\n2.\n [kiasan] orang yang menambat (hati), pemikat." "tambera I\n(Sanskrit) tembaga, piagam (undang-undang) yang tertulis pada tembaga:\njikalau tuan hamba tiada percaya, lihatlah dalam ~." "tambera II\nsejenis ikan darat, tebera, tembereh, \nLabeobarbus tambra." "tambi\n(Tamil)\n1.\n panggilan untuk orang India yang berpangkat adik;\n2.\n pelayan pejabat, peon, jongos;\n3.\n orang Keling." "tambing\n[Brunei] tebing sungai." "tambo\n[Minangkabau] riwayat dahulukala, babad, hikayat, sejarah:\ndemikianlah ceritanya menurut ~ Sungai Ujung; \nmembuka ~ lama \nmembangkit-bangkit (mengungkit-ungkit) perkara yang sudah-sudah." "tambok\n[kata seru] sejenis bakul tradisi orang Iban:\ntergerak hatinya untuk melihat kandungan ~ itu." "tamborin\nsejenis alat muzik seperti rebana kecil yang berloceng-loceng di sekeliling bingkainya dan dimainkan dengan menggoncang atau memukulnya." "tambuh I\nsejenis tumbuhan (pokok renek), pelawan beruk, \nEuthemis leucocarpa." "tambuh II\n[Minangkabau] = \ntambuhan\n nasi yang disediakan sebagai penambah, nasi tambah;\nbertambuh\n menambah nasi (ketika makan);\nmenambuhkan\n \n~\n \nnasi\n menyenduk nasi sebagai penambah, menambahkan nasi ke dalam pinggan." "tambul I\n1.\n makanan (kuih dan lain-lain) yang dihidangkan bersama minuman:\nsetelah sudah, maka diangkat pula minuman dengan ~, pelbagai rupadan rasanya;\n2.\n minuman yang dihidangkan (untuk menyegarkan badan);\nbertambul\n dihidangkan dengan tambul:\nsayang kita minum ini tiada ~, jika ada gerangan tambulnya alangkah baiknya;\ntambur II" "tambul II\n[arkaik];\nbertambul, menambul\n1.\n bermain silap mata (sihir dan lain-lain);\n2.\n menunjukkan kepandaian gerak badan (melompat, meniti kawat, dan lain-lain);\npenambul\n1.\n pemain silap mata;\n2.\n pelawak, tukang lawak." "tambun I\ngemuk (orang, binatang), berisi:\ntubuhnya semakin hari semakin ~;\nmenambunkan\n menjadikan tambun (badan), menggemukkan;\ntembun\n." "tambun II\n[Minangkabau] timbun (tanah dan lain-lain), longgok, tompok;\nbertambun, bertambun-tambun\n1.\n bertimbun-timbun, berlonggok-longgok:\nsebenarnya juga dinar emas bertambun-tambun, bertindih-tindih, bersusun-susun;\n2.\n [kiasan] penuh sesak, berjedal-jedal;\nmenambun\n menimbun, melonggok, menompok:\ntanah bendang Cu Piah ditambun tanah merah hampir-hampir dua relung;\ntambunan\n timbunan, longgokan, tompokan;\n \n~\n \nbudi lubuk akal\n orang yang bijak (cerdik pandai)." "tambun III\n~\n \ncucut\n sejenis tumbuhan (pokok), beras buah punai mengantuk, gading betina, \nAporosa aurea." "tambung\nkurang ajar, biadab, nakal;\nmenambungi\n berlaku kurang ajar kepada." "tambur I\n1.\n sejenis alat muzik (Eropah) yang dipukul, dram, genderang;\n2.\n = \ntukang ~ \npemain (pemukul) genderang." "tambur II\n[Terengganu] apa yang dihidangkan kepada tamu, jamuan;\ntambul I." "tambura\nsejenis alat bunyi-bunyian bertali empat dan berleher panjang yang digunakan dalam muzik India untuk menghasilkan bunyi dengung." "tambus\n[Jakarta];\nmenambus\n membakar (ubi dan lain-lain) dalam bara atau abu hangat, membembam:\n~\n \nubi;\n tertambus\n terbakar;\n \nmati ~ \nmati terbakar." "Tamil\nbahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka." "tamin\n[Kelantan] alat untuk memotong padi, tuai." "taming\n[Jawa] perisai." "tampa\nsalah ~ \nsalah sangka, salah kira, salah terima:\naku bertanyakan perempuan itu hanya supaya jangan salah ~, salah raba kelak;\n menampa\n1.\n menyangka, menganggap, mengira:\njikalau di dalam sunyi mahulah hamba kalau hamba ditampa Raja Umar;\n2.\n mengerti (pendapat, fikiran orang lain), memahami, menerima." "tampah I\n[Jawa] nyiru." "tampah II\n[Minangkabau] tempah." "tampak I\n1.\n tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan:\ndi sana sini ~ pula pohon kelapa;\n2.\n memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari):\nlama benar ia tidak ~; \npada bulan ~ \n[Indonesia] pada satu hari bulan;\n3.\n nyata kelihatan, ketara:\n~\n \nkasih sayangnya;\n~ duri tak akan mengait\n = \n~\n \nranggas tak akan meleting \n(peribahasa) mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut;\ntampaknya\n kelihatannya, pada zahirnya, rupanya:\nmeletusnya perang dengan Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi;\n tampak-tampak\n1.\n = \n~\n \napung\n tidak dapat dilihat (dengan nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak;\n \ntidak ~\n tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul);\n2.\n sebentar-sebentar terbayang (dalam ingatan, fikiran, dan lain-lain);\nmenampak\n (dapat) melihat, nampak:\nkalau ia berjalan-jalan dalam kota dan ~ rumah yang besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang;\n menampakkan\n menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan:\nkemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;\n tertampak\n terlihat, kelihatan, ternampak;\nketampakan\n keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dalam keadaan cahaya atau cuaca tertentu:\nistilah ini ditakrifkan sebagai kekaburan yang ~nya kurang daripada satu kilometer." "tampak II\nsakit ~ \nsakit campak;\ntampek." "tampal I\n1.\n perca kain dan lain-lain yang dilekatkan (dijahitkan) untuk menutup barang yang koyak:\n~ itu mesti menutup bahagian yang nipis di sekeliling tempat yang koyak; \n2.\n benda yang dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat;\nbertampal\n1.\n memakai tampal:\nkain alas ini boleh dibuat daripada kain cadar yang lama tetapi tidak koyak atau ~; \n2.\n = \n~ dengan \nbertambal dengan (pelekat, iklan, dan lain-lain):\nbangunan-bangunan yang indah itu di sana sininya ~ dengan iklan;\nmenampal\n1.\n membubuh tampal pada (baju dan lain-lain yang koyak), melekatkan tampal pada, menampung:\nbaju yang koyak itu sudah ditampal; \n2.\n merekat sesuatu (pelekat, poster, dan lain-lain) pada, menampalkan pada (dengan gam dan lain-lain):\ndinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dengan gambar seorang calon pilihan raya; \n3.\n menyumbat atau memalam (gigi yang berlubang);\nmenampali\n [sastera lama] memberi bertampal dengan, menampal dengan:\ndinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yang besar-besar;\nmenampalkan\n1.\n melekatkan perca kain dan lain-lain pada;\n2.\n merekatkan (turap, lepa, dan lain-lain) pada:\ndibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pada segenap simpang;\n~ kersik ke buluh\n (peribahasa) tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya;\ntertampal\n1.\n sudah ditampal dengan;\n2.\n terlekat pada, tertempel pada:\nsuatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab;\ntampalan\n sesuatu yang ditampal:\ndi dinding rumah itu penuh dengan ~ surat khabar; \njuita bukan kerana pakaian yang indah-indah dan emas perak yang gilang-gemilang, bukan kerana ~ dari luar;\npenampalan\n perbuatan (kerja dan sebagainya) menampal;\npenampal\n sesuatu (perca kain, kulit, dan lain-lain) yang digunakan untuk menampal:\nperca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~." "tampal II\n~ besi \na) sejenis tumbuhan (pokok renek), capal (kecil), karat besi, tampah besi, \nCallicarpa longifolia; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), kayu darah belut, \nPhyllanthus reticulatus." "tampan I\n1.\n elok (rupa, sikap, dan lain-lain), cantik, kacak, segak:\ndalam pakaian hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; \npotongan badannya cukup ~; \n2.\n cakap, cocok, layak, pantas, patut:\nbeliau ~ menjadi tentera; \n3.\n = \n~ rupa \nsikap badan, tokoh (perawakan):\npegawai tentera itu tidak mempunyai ~ seorang perwira; \n4.\n = \n~ muka \nair muka, roman muka, rupa:\nbagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? \n5.\n sesuai benar, kena benar, padan:\ntiada ~ ia berlakon sebagai ibu; \n6.\n corak, jenis, tokoh (untuk menghina):\nbukan ~ dia yang berhak mengaku ibu dari seorang peguam; \n7.\n = \ntampannya, tampan-tampannya\n rupanya, gayanya, gelagatnya, nampaknya:\n~ akan binasa;\n~ sudah, langgam terbawa \n(peribahasa) tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang);\ntampan-tampan; \n~ orang\na) rupa-rupanya seperti orang;\n b) [kiasan] orang yang tidak boleh dipercayai;\nmenampan\n1.\n mengambil sikap yang dibuat-buat, bersikap yang dibuat-buat;\n2.\n mencuba-cuba (pakaian dan lain-lain);\n3.\n mengelokkan diri (rumah dan lain-lain), mengatur diri;\nketampanan\n perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan:\n~nya menarik hati gadis itu." "tampan II\nmenampan\n menahan (perjalanan, aliran, pergerakan sesuatu), menghalang, menyekat;\ntertampan\n tertahan, tersekat, terhalang;\npenampan\n sesuatu yang menampan, penahan." "tampan III\ntetampan I, penampan." "tampang I\n1.\n potongan atau keratan yang rata (seperti potongan ubi, roti, dan lain-lain), potongan yang lebar dan pipih (seperti potongan roti dan lain-lain);\n2.\n [arkaik] garis tengah bulatan, garis pusat;\n3.\n = \n~ tembakau \n[Jakarta] tembakau yang berkeping-keping seperti lempeng;\nmenampang\n mengerat, memotong, menghiris;\npenampang\n permukaan yang rata pada sesuatu barang yang dipotong di tengah-tengah muka belahan (keratan)." "tampang II\n1.\n bongkah timah yang berbentuk seperti bata;\n2.\n wang timah yang berharga 1/16 ringgit;\n \n~ jongkong\n wang timah yang berbentuk seperti perahu;\n \n~ roman \nwang timah yang berbentuk seperti bata dan padu." "tampang III\n= \n~ muka\n1.\n rupa (bentuk) muka, tampan muka, paras, wajah:\nbiarpun kulitnya sudah mulai kerenyut di sini sana, namun ~ dan air mukanya tetap manis; \nmenjual ~ \nberlagak;\n2.\n bentuk muka dipandang dari sisi." "tampang IV\n[Minangkabau]\n1.\n biji buah dan lain-lain yang akan ditanam atau disemai, benih, bibit;\n \n~ cacar \nark benih cacar;\n2.\n keratan tumbuhan untuk dijadikan benih:\nambil ~ tebu itu dan tanamkan di belakang rumah; \n3.\n [kiasan] asal usul, pokok pangkal (daripada sesuatu), punca (daripada sesuatu):\ninilah ~ segala kejahatan; \n4.\n [kiasan] bakal manusia atau binatang (di dalam rahim ibu), lembaga." "tampang V\n[Brunei] bahagian pipih tempat meniup serunai." "tampang VI\n~ besi \na) sejenis tumbuhan (pokok), medang gombong, merabong bukit, \nVernonia wallichii; \nb) = \n~ besi merah \nsejenis tumbuhan (pokok atau pokok renek), hati-hati ketan, tampung besi putih, \nCallicarpa cana." "tampar I\npukulan dengan tapak tangan, tepuk (dengan kuat):\nkena ~ dan nista;\nbiar kena ~ dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis \n= \nkalau kena ~, biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dengan kaki yang pakai kasut \n(peribahasa) kalau tersalah dalam sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu daripada dianiaya oleh orang yang bodoh;\n \nse~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar\n (peribahasa) sepala-pala nama jahat jangan kepalang;\nbertampar\n bertepuk;\n \n~ dada \nbertepuk dada;\n \n~ tangan \nbertepuk tangan;\nbertampar-tampar\n saling menampar antara satu sama lain;\nbertampar-tamparan\n saling menampar antara satu sama lain;\nmenampar\n1.\n memukul dengan tapak tangan, menepuk:\ndua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja; \n2.\n [kiasan] memukul perlahan (angin), memuput, menempuh (ombak dan lain-lain):\nangin malam yang dingin ~ tubuhnya; \nkedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;\nmenampar-nampar, menampari\n menampar berulang-ulang (berkali-kali):\npermaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada;\nmenamparkan\n menggunakan sesuatu untuk menampar, menampar dengan;\ntamparan\n1.\n pukulan dengan tapak tangan, tepukan:\ndia terkenang pada ~ suaminya; \n2.\n [kiasan] pukulan (ombak dan lain-lain), tempuhan (angin):\n~ ombak yang tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; \n3.\n peristiwa, kritikan, dan sebagainya yang tidak menyenangkan hati:\nisu bahasa itu memberikan ~ yang hebat kepadanya;\n~ nyamuk \ntulang belikat;\npenampar\n pukulan dengan tapak tangan, tamparan:\nsebuah ~ dari tangan kiri hinggap ke pipinya." "tampar II\n~ hantu \nsejenis tumbuhan (pokok), sepetir, sepetir (hantu, senduk), \nSindora wallichii." "tampas\n[arkaik] pepat dan rata (seperti dipangkas);\nmenampas\n memotong (memaras, memangkas) supaya rata dan licin, memepat rata." "tampek\n[Jakarta] tampak, campak." "tampel\n[Jakarta];\nbola ~ \npermainan tenis;\n \nbulu ~ \npermainan bulu tangkis, badminton;\nmenampel\n menepis, menangkis." "tampi\nbertampi\n ditampi:\nberas itu masih belum ~ lagi;\n menampi\n1.\n membersihkan beras (padi, kacang, dan lain-lain) dengan nyiru yang digerak-gerakkan:\nsewaktu ~ kita mengasingkan segala butir yang besar daripada yang lebih kecil; \n2.\n [kiasan] menapis untuk memilih yang elok:\nsudah kami tampi maksud tuan itu; \n3.\n bergerak-gerak turun naik (dada dan lain-lain), termengah-mengah (nafas):\ndada saya ~ lebih keras daripada biasa, badan saya berasa seram sejuk; \ndarah ~\n berdebar-debar (kerana terperanjat dan lain-lain);\n \nkalau ~ jangan tumpah padinya\n (peribahasa)\na) jikalau bekerja hendaklah dibuat dengan baik-baik;\n b) jikalau memilih sesuatu janganlah pula barang yang berguna sampai terbuang;\ntampian\n penampi;\npenampi\n alat untuk menampi (nyiru, badang, dan lain-lain):\npagi-pagi lagi mereka telah turun ke sawah membawa ~." "tampik I\nmenampik\n tidak mahu menerima (memenuhi), menolak (pinangan, pemberian, permintaan, dan lain-lain):\ndia tidak dapat ~ ajakan sahabat karibnya;\ntampikan\n sesuatu yang telah ditampik." "tampik II\ntempik." "tampik III\n[Brunei];\n setampik\n sebelah, sekerat;\nmenampik\n membelah (buah, kayu, dan lain-lain)." "tampil\n= menampil\n ark\n1.\n datang atau melangkah ke hadapan (ke muka), maju ke muka:\nsebelum berlaku pertempuran antara dua pihak itu, tiba-tiba ~ seorang panglima dari pihak orang Musyrikin; \n2.\n mengambil peranan, mengambil daya usaha:\nkita harap banyak lagi wanita kita ~ ke depan untuk memenuhi lapangan ini;\nmenampilkan\n1.\n membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan:\nmaka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajahnya mengusir Seri Nara Diraja; \npenulis ~ karya yang memberatkan tema-tema persoalan; \n2.\n memperlihatkan, menampakkan, menunjukkan:\norang yang berwajah murung itu kini ~ senyuman;\npenampilan\n perihal (tindakan, usaha) menampilkan (mengemukakan) seseorang atau sesuatu:\nkesan seninya akan mengatasi kesan ~ pengarang sebagai dalang." "tampin I\n1.\n pembungkus yang dibuat daripada daun nipah (untuk membungkus sagu, belacan, dan lain-lain);\n \nsagu ~ \nsagu mentah;\n \nsagu se~ \nsagu sebungkus;\n \nsirih se~\n sirih sekapur;\n2.\n [Kelantan] bekas dan lain-lain tempat tembakau, lopak, celepa." "tampin II\n[Minangkabau] taruhan untuk mengimbangi taruhan yang lain, imbangan, lawan;\nbertampin\n ada tampinnya (imbangannya):\ntaruh ~ pula;\n~ taruh \nmenandingi taruhan lawan;\nmenampin\n mengimbangi taruhan yang lain." "tampin III\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), balik angin, \nMallotus berbatus; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), mahang, maya-maya, memoya, mempasuh, sekubin air, \nMallotus floribondus;\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok), jarak gajah (hutan), \nMallotus su[bahasa percakapan]eltatus;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), langi-langi buaya, merepuh, pulut-pulut bukit, setampin, \nMallotus griffithianus." "tamping\nsejenis tumbuhan (pokok), kepinis, tampinis, temakah, tepul, \nSloetia enlongata." "tampoi\n1.\n = \n~ tangau \nsejenis tumbuhan (pokok), tampul, tempuni, \nBaccaurea malayana; \n2.\n = \n~ kera \n= \n~ tangau\n sejenis tumbuhan (pokok), \nBaccaurea bracteata;\n~ bunga \nsejenis tumbuhan (pokok), geresek hitam, gigi buntal, kikir buntal, rambutan pacat, \nXerospermum intermedium;\n~ paya \nsejenis tumbuhan (pokok), cenarahan, kasi, \nOuratea hookeri." "tampon\npenyumbat daripada kain tiras, kapas, dan lain-lain yang dibubuh pada luka atau ke dalam rongga badan untuk menahan darah, menyerap kumuhan, dan lain-lain." "tamponek\nsejenis tumbuhan (pokok), medang sampang, mempelam rimba, \nArtocarpus gomesiana." "tampu\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), mahang bulan, mahang serendit, \nMacaranga hullettii; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), capak singa, \nMelochia umbellata;\n~ putih \n= \n~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok), incung, kunduh, \nMacaranga tanaria;\n~ rengat \na) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kayu lang, darat belut, \nMezoneuron sumatrana; \nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), \nRubus moluccanus." "tampuk I\n1.\n bahagian hujung tangkai tempat buah melekat:\n~ manggis; \n2.\n perhiasan sebagai penutup (di atas, di pangkal, di hujung sesuatu):\n~ pending; \n3.\n gagang atau pegangan sesuatu alat (cerek, pistol, dan lain-lain), tangkai yang kecil dan pendek:\n~ pistol; \n4.\n [kiasan] yang tertinggi (pimpinan sesuatu dan lain-lain), yang utama, yang pokok, pucuk:\nia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sebagai ketuanya yang pertama;\n~ bantal seraga\n penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat daripada emas, perak, sulaman, dan lain-lain);\n \n~ caping \npenutup kemaluan anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat daripada emas atau perak);\n \n~ cerek \npegangan cerek;\n \n(memegang) ~ kuasa \n(memegang) kuasa yang tertinggi;\n \n~ labu \na) tampuk buah labu;\n b) [arkaik] kelentit;\n \n~ lampu elektrik\n soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting;\n \n~ manggis \na) tampuk buah manggis;\n b) [kiasan] perhiasan yang menyerupai tampuk manggis;\n \n(memegang) ~ negeri (negara)\n (memegang) pemerintahan negeri (negara);\n \n~ pemerintahan \nkuasa yang tertinggi dalam pemerintahan;\n \n~ pimpinan \npucuk pimpinan, pimpinan yang tertinggi;\n \n~ pistol \ngagang pistol;\n \n~ subang \nbahagian subang yang dimasukkan ke dalam lubang cuping telinga;\n \n~ susu \nlingkaran hitam sekeliling puting susu;\n~nya masih bergetah \nki ada mata pencariannya;\n \ndarah se~ pinang \nki masih muda benar dan kurang berpengalaman;\n \nmelanting menuju ~\n (peribahasa) tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya;\nbertampuk\n ada tampuknya, memakai tampuk;\n \n~ bertangkai \n(peribahasa) ada bukti yang kuat;\nbertampukkan\n menggunakan sesuatu sebagai tampuk:\ntiga lapis bantal susun, ~ emas berpermata." "tampuk II\n~ pinang \nsejenis burung, burung bunga, \nCalyptomena viridis; \nc) sejenis burung, burung seluit, burung takau, \nCalyptomena v. viridis;" "tampuk-tampuk\nsejenis ikan laut, \nGerres oblongus." "tampung I\nmenampung\n \n1.\n menadah sesuatu yang jatuh atau menitik:\nbaldi untuk ~ air hujan; \n2.\n menerima, memberi tempat untuk:\nbeliau telah memilih Irian Barat sebagai tempat ~ penduduk Jawa yang berlebihan itu; \n3.\n menerima dan mengurus (penganggur dan lain-lain):\nbagaimanakah dapat ditampung mereka yang gagal di sekolah? \n4.\n menerima dan mengumpulkan (hasil, bahan, dan lain-lain):\nhilanglah segala media penerbitan yang selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; \n5.\n mengadang di jalan dan melawan (musuh yang menyerang dan lain-lain), mencegat, memegat, menahan:\nserangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita;\n 6.\n menerima dan mengatasi (masalah dan sebagainya):\n ada cara untuk ~ kemiskinan dan kekurangan diri;\n~ doa \nbertadah amin;\nmenampungkan\n menampung dengan, menadahkan;\n \n~ tangan \nbertadah amin (ketika berdoa);\ntertampung\n dapat (berupaya) ditampung;\npenampungan\n perihal menampung, penerimaan, penadahan;\npenampung\n1.\n alat untuk menampung:\ncawan ~ susu getah; \n2.\n orang yang menampung (menguruskan sesuatu)." "tampung II\n1.\n perca kain dan lain-lain yang digunakan untuk mengganti (menyambungkan) bahagian kain yang sobek;\n2.\n belang (pada kuda, lembu);\n \nbadak ~ \ntenuk;\nbertampung\n berganti (tempat yang sobek) dengan kain lain, bertampal, bersambung (dengan kain lain):\nbajunya ~ tetapi bersih;\nmenampung\n menampal dengan perca kain dan lain-lain (untuk mengganti yang koyak atau sobek), menampal:\nbakul yang tembus ditampung dengan mengkuang;\n~ lantai \nmengganti papan lantai yang telah rosak." "tampung III\n[arkaik];\nmenampung\n menampar, menempeleng." "tampung IV\nburung ~ bajau \nsejenis burung, bangau, pucung (padi), \nArdeola bacchus." "tampung V\n~ besi\n sejenis tumbuhan (pokok renek), capal (kecil), nasi-nasi, \nCallicarpa longifolia;\n~ besi putih\n sejenis tumbuhan (pokok), hati-hati ketan, kuping besi, tampang besi (merah), \nCallicarpa cana;\n~ tulang \nsejenis tumbuhan (pokok), balai, hempedu buaya, malai, \nAralidium pinnatifidum;\n~ urat \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), patung urat, \nDunbaria scortechinii." "tampur\ntempur\n." "tampus\n[Minangkabau] kuning kemerah-merahan." "tamsil\n1.\n persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: s\natu ~ lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dalam air; \n2.\n ajaran yang terkandung dalam sesuatu cerita, ibarat:\nterkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yang mengandungi ~ dan ibarat;\nbertamsil\n menggunakan tamsil (contoh);\nmentamsilkan\n menggambarkan sesuatu (sebagai contoh), mengibaratkan, mengumpamakan;\ntamsilan\n contoh, ibarat, persamaan, perumpamaan." "tamtam I\n[Minangkabau] sejenis tumbuhan (pokok memanjat)." "tamtam II\n[arkaik] sejenis gendang (Hindu). \ntamtama\n perajurit." "tamu I\n1.\n orang yang datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dan lain-lain), pengunjung:\nseorang ~ selalu diterima dengan sukacita; \n2.\n orang yang datang untuk membeli-belah di kedai (menginap di hotel dan lain-lain):\npelayan yang berdiri di belakang meja bar, sibuk melayani ~-~ lainnya; \n3\n. tokoh seperti karyawan, penulis, seniman yang ditempatkan di sesebuah institusi (organisasi) untuk menghasilkan karyanya:\n Arena Wati menjadi karyawan ~ di Fakulti Sains Pembangunan UKM;\n~ agung \npelawat yang termulia;\n \n~ yang tidak diundang\n [bahasa percakapan] pencuri, maling, perompak;\nbertamu\n pergi melawat, datang berkunjung:\nbanyak orang datang ~ ke rumahnya;\nmenamu\n1.\n pergi melawat, berkunjung, bertamu;\n2.\n menjamu, memperjamu, menyuguhi;\nmenamui\n datang melawat, mengunjungi;\nketamuan\n kedatangan tamu." "tamu II\n[Brunei] pekan (pasar) sehari." "tamuk\nsejenis ikan laut, \nMugil vaigiensis." "tamyiz\n[Arab] dapat atau tahu membezakan antara baik dengan jahat, mumaiyiz;\nmentamyizkan\n membezakan." "tan I\nukuran berat yang bersamaan dengan 2240 lb (1016.05 kg) di Britain dan 2000 lb (907.19 kg) di Amerika Syarikat." "tan II\n[Minangkabau] singkatan bagi sutan." "tan III\n[Jawa] [kependekan] tidak;\n \n~ ada \ntidak ada;\n \n~ beza \ntidak berbeza." "tan IV\n[Kedah], [Pulau Pinang], [bahasa percakapan] kandang (kuda dan lain-lain), bangsal:\n~ kuda yang di tengah padang itu kotor sungguh." "tan metrik\nukuran berat yang bersamaan dengan 1000 kilogram." "tan V\nsingkatan bagi tangen (dalam ilmu hisab)." "tan VI\nC;\n \nmain ~ \nmain ceki." "Tan VII\n~ Dewa Sakti\n [Perak] gelaran untuk salah seorang orang besar di Perak;\n \n~ Sri\n gelaran untuk orang yang menerima bintang Panglima Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota dari Yang di-Pertuan Agong." "tanah I\n1.\n lapisan bumi yang di atas sekali:\n~ kaki tiang rumahnya pun digali, dibuangkan ke laut; \n2.\n keadaan bumi di sesuatu tempat:\ndaerah itu subur ~nya; \n3.\n bahagian permukaan bumi yang diberi bersempadan:\ntiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima ekar untuk bercucuk tanam; \n4.\n negeri, daerah, wilayah:\nT~ Melayu; \nT~ Lampung; \n5.\n bahan-bahan bumi (pasir, batu, dan lain-lain) sebagai campuran dengan bahan yang lain:\nrumahnya tidak bertiang tinggi sebagai rumah kita, ia cuma rumah ~ berdindingkan tanah liat atau tanah keras; \n6.\n warna dasar (pada kain dan lain-lain):\nwarna ~ baju yang dipakainya itu hitam;\n~ air \na) negeri tempat seseorang dilahirkan;\n b) daerah yang di bawah sesuatu pemerintahan;\n ~ bendang \ntanah (untuk) sawah;\n \n~ beroya \nark pasir yang hanyut;\n \n~ besar \ntanah daratan yang luas sebagai lawan pulau;\n \n~ cempaka \nbelerang kasar (ketul-ketul belerang yang diambil dari lombong);\n \n~ dangkal \ntanah yang tidak subur;\n \n~ datar \n= \n~ pamah \n= \n~ rata \ntanah yang rata (dataran);\n \n~ daun \n= \n~ labu \nark tanah daripada daun-daun yang lama terpendam, humus;\n \n~ dingin \nnegeri yang berhawa dingin;\n \n~ gambut\n = \n~ hitam \ntanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput (banyak mengandungi karbon);\n \n~ gembur \ntanah subur yang terdiri daripada campuran pasir dan tanah liat serta bahan-bahan organik lain;\n \n~ goyang \nark gempa bumi;\n \n~ haram \na) kawasan suci (Mekah, Madinah);\n b) tanah yang didiami tanpa kebenaran kerajaan;\n \n~ hidup \n[Indonesia] tanah yang diusahakan (ditanami);\n \n~ jajahan \nnegeri (daerah) yang dijajah oleh negara asing;\n \n~ kampung\n perkarangan, kawasan rumah;\n \n~ kebun \ntanah untuk berkebun;\n \n~ kerajaan \na) tanah kepunyaan raja;\n b) tanah kepunyaan kerajaan;\n \n~ kering \na) tanah yang tidak diusahakan;\n b) huma, ladang;\n \n~ kompeni \ntanah kerajaan di Negeri-Negeri Selat;\n \n~ kongsi \n[Indonesia] bahagian dari tanah persendirian yang tidak jadi tanah usaha;\n \n~ kosong \ntanah yang tidak didiami atau diusahakan orang;\n \n~ kuburan (mati, perkuburan) \ntanah tempat menanam orang mati (mayat);\n \n~ kuripan \nark tanah kepunyaan orang perseorangan;\n \n~ kurus\n [Indonesia] tanah yang tidak berapa subur;\n \n~ lalang \nkawasan tanah tinggal yang dipenuhi lalang;\n \n~ lanar \n(Geografi) tanah dan lain-lain yang dibawa oleh air;\n \n~ lapang \nkawasan yang hanya ditumbuhi rumput, padang;\n \n~ leluhur \n[Indonesia] negeri asal orang-orang yang mendatang;\n \n~ liat \ntanah yang terdiri daripada zarah-zarah halus batu-batan yang luluh hawa;\n \n~ lombong \nkawasan tanah untuk menambang (melombong);\n \n~ mati \na) tanah yang tidak diusahakan lagi;\n b) tanah kuburan (perkuburan);\n c) kawasan tanah tandus yang disebabkan hakisan di Amerika Utara;\n \n~ menanjung (semenanjung) \ntanah yang menganjur ke laut, jazirah;\n \nT~ Mengandung \nSri Menanti;\n \n~ mentah \n[Indonesia] tanah milik negara;\n \n~ merah \nsejenis tanah liat berwarna merah yang mengandungi zat besi (biasanya digunakan untuk membuat jalan);\n \n~ milik \ntanah hak milik orang;\n \n~ milik bebas\n tanah (ladang, estet) yang boleh dimiliki untuk selama-lamanya;\n \n~ nampal (napal) \nsejenis tanah liat yang boleh dimakan;\n \n~ nap \nlumpur yang dibawa oleh air;\n \n~ negara \n[Indonesia] tanah kepunyaan kerajaan;\n \n~ partikelir \n[Indonesia] tanah milik tuan tanah (yang dibeli dari kompeni Belanda);\n \n~ pegangan pajak \ntanah (ladang, estet) yang dipajakkan kepada seseorang (syarikat dan sebagainya) untuk jangka masa tertentu;\n \n~ penganjur\n tanah yang menganjur ke laut, tanjung;\n \n~ pekat\n [Indonesia] tanah liat;\n \n~ pinggir \ntanah yang diberi kepada penduduk oleh kerajaan untuk diusahakan (biasanya terletak di pinggir kampung);\n \n~ pusaka \ntanah peninggalan nenek moyang, tanah yang diwarisi;\n \n~ rap \n= \n~ rat \ntanah yang telah siap untuk ditanami;\n \n~ raya \nbenua;\n \n~ sewa \ntanah yang disewakan (untuk sewaan);\n \n~ suci \ntanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (seperti Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dan lain-lain);\n \n~-tanih\n segala macam tanah;\n \n~ tinggal \ntanah yang tidak ditanami atau didiami;\n \n~ tol \ntanah yang diberi kebenaran duduk sementara;\n ~ tumpah darah \ntempat dilahirkan;\n \n~ ulayah \ntanah hutan yang belum diusahakan tetapi sudah bertuan;\n \n~ usaha\n [Indonesia] tanah milik yang diusahakan orang lain;\n \n~ wakaf \ntanah yang didermakan untuk kegunaan umum;\n~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera \n(peribahasa) tiap-tiap sesuatu sebab yang ada itu akan mendatangkan sebab yang lain;\n \nbagai ~ pelempar balam \n(peribahasa) usaha yang tidak sungguh-sungguh jika berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa;\n \nbukan ~ menjadi padi\n (peribahasa) sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yang tidak berharga lagi;\n \ndi mana ~ dipijak di situ langit dijunjung \n(peribahasa) hendaklah sentiasa menurut adat negeri yang didiami;\n \nkalau digali ~ berbingkah, ~ berderai yang akan bertemu \n(peribahasa) usahlah dicari sangat siapa yang salah siapa yang benar dalam perselisihan di kalangan keluarga, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik;\n \nmendapati ~ tersirah \n(peribahasa) mendapati mayat sudah dikuburkan;\n \nmenimbun ~ yang tinggi, menggali ~ yang lekuk\n (peribahasa) membantu orang kaya dan menganiayai orang miskin;\nbertanah\n1.\n memiliki tanah, ada tanahnya:\ncara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yang dikenakan kepadanya, ia tidak boleh diusir dari tanah itu; \n2.\n dipenuhi tanah, diselaputi tanah:\ndia tidur dengan baju dan seluar yang ~; \n3.\n [arkaik] berurat berakar, berakar berumbi;\nmengetanahkan\n1.\n menurunkan ke tanah, membawa ke tanah;\n2.\n [kiasan] menurunkan darjat (kehormatan dan lain-lain);\n3.\n mengebumikan (mayat), menguburkan:\norang dari Pagai tidak akan melihat badan hamba diketanahkan." "tanah II\n[arkaik] ukuran panjang yang bersamaan dengan enam kaki atau 1.8 meter, depa." "tanai\n[Minangkabau];\nmenanai\n menatang, menating." "tanak\njuru~ \n= \ntukang ~ \norang yang memasak, tukang masak;\n \nminyak ~ \nminyak kelapa;\nbertanak\n1.\n (sedang) memasak nasi:\nibuku sudah siap ~ dan menggulai; \n2.\n yang ditanak;\n \nnasi ~ \nnasi yang ditanak (bukan dikukus);\n \nbagai ~ di kuali \n(peribahasa) bermurah-murah kepada orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri;\nmenanak\n1.\n memasak nasi (dalam periuk, kawah, dan lain-lain):\nmaka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; \n2.\n memasak sesuatu dengan merebusnya sahaja;\n \n~ kentang \nmerebus kentang;\n \n~ minyak \nmemasak santan kelapa untuk dijadikan minyak;\n \nditanaknya semua berasnya \n(peribahasa) [Minangkabau] perihal orang yang suka memperlihatkan kepandaian atau kebijaksanaannya di hadapan orang ramai;\nmenanakkan\n menanak untuk:\ndia sempat ~ ibunya nasi sebelum pergi ke ladang setiap pagi;\ntanak-tanakan\n bermain masak-masak (berkenaan (dengan) anak-anak);\nmempertanak\n [arkaik] menanak (nasi);\npetanakan\n sesuatu yang ditanak, masakan;\nsepenanak\n = \n~ nasi \nwaktu yang lamanya serupa dengan lama orang menanak nasi (lebih kurang 20 minit);\npenanak, pertanak\n [sastera lama] orang yang menanak, tukang masak:\njikalau hendak disuruh jadi ~ nasi sekalipun redalah beta." "tanam\ncucuk ~\n perihal tanam-menanam (bertani);\n \nmusim ~ \nmusim menanam padi;\nbertanam\n1.\n sedang bercucuk tanam, membuat pekerjaan pertanian:\nkehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; \n2.\n [sastera lama] mengebumikan, menguburkan mayat:\ndi bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati;\n \n~ cacar \nbersuntik;\n \nberkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar \n(peribahasa) sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan;\nmenanam\n1.\n menaruh (mencucuk, menabur, dan lain-lain) benih ke dalam tanah supaya tumbuh:\nbendang ialah tempat ~ padi; \n2.\n menaruh sesuatu dalam lubang dan dikambusi dengan tanah, menimbuni sesuatu yang di dalam lubang dengan tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dan lain-lain):\nia menyumpah orang yang ~ barang letupan itu; \nmaka baginda pun mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid; \n3.\n = \nmenanamkan\n menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dan lain-lain), membangkitkan dengan memupuk (semangat, perasaan, dan lain-lain):\ndi sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yang telah patah; \n4.\n memasukkan wang (modal) dalam sesuatu perusahaan dan lain-lain, memodali, melabur:\nia telah ~ modal sebanyak RM600; \n5.\n menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan):\npihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; \n6.\n memasukkan benih penyakit ke dalam badan (untuk mencegah daripada dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan (benih penyakit dan lain-lain);\n7.\n mempunyai niat, berhajat (untuk berbuat sesuatu), berniat:\n~ niat untuk naik haji; \n8.\n mengangkat atau menempatkan (sebagai wakil, pegawai, dan lain-lain);\n9.\n [Perlis], [bahasa percakapan] masuk ke dalam lumpur (ikan), membenamkan diri (dalam lumpur):\npuas aku mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya;\n~ budi \nberbuat kebajikan (kebaikan) kepada;\n \n~ modal \nmengeluarkan modal untuk sesuatu perusahaan, melabur;\n \n~ semula \nmenanam pokok baru untuk mengganti yang tua (getah);\n \nbagaimana ditanam, begitulah dituai \n(peribahasa) tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balasannya;\ntanam-menanam\n perihal menanam tumbuh-tumbuhan dan lain-lain;\nmenanami\n menanam sesuatu di:\ndi atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan;\ntertanam\n1.\n sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dalam, terbenam:\nbaru ia bertumpu hendak melompat maka ~ ke bumi hingga lehernya; \n2\n. [kiasan] tersemat di hati:\n apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha untuk mendirikan masyarakat\u2026;\ntanaman\n1.\n tumbuh-tumbuhan yang biasa ditanam (seperti ubi, keladi, dan lain-lain), apa yang ditanam:\nsebahagian daripada hasil ~nya dijual;\n~ kontan \ntanaman yang diusahakan dalam sesuatu kawasan tanaman untuk mendapatkan hasilnya sementara menantikan hasil tanaman kekalnya;\n \n~ penutup \n(Biologi) tumbuhan (lazimnya daripada jenis rumput rampai) yang ditanam untuk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelembapan dan kesuburan;\n2.\n sesuatu yang tertanam, pendaman;\ntanam-tanaman\n berbagai-bagai jenis tanaman;\npetanaman\n tempat menanam tumbuh-tumbuhan;\npenanaman\n perihal menanam (menanamkan):\npetani-petani dalam mukim tersebut bersetuju memulakan ~ padi jenis baru itu;\n~ modal \nperihal menanam modal, pelaburan;\npenanam\n orang yang menanam (menanamkan);\n \n~ padi \npesawah;\n \n~ modal \norang yang mengeluarkan modal (wang dan lain-lain) untuk menjalankan perniagaan dan lain-lain, pemodal, pelabur." "tanang I\nmenanang\n menatang, menating." "tanang II\n[Minangkabau] tenang." "tanatologi\nkajian saintifik tentang kematian dan fenomena serta amalan yang berkaitan dengannya." "tanau\nburung ~ \na) sejenis burung, burung serindit, \nPsikologittinus incertus;\nb) sejenis burung, burung nuri, perling, pialin, pulin, serindit gajah, \nPsikologittinus c. cyanurus;\n~ ru \nsejenis burung, burung kutub, \nMegalaima zeylanicus hodgsoni." "tanbiat\n[Arab] ramalan, tenungan." "tancam\n[Minangkabau] tancap." "tancang\n[Jakarta];\nmenancang\n menambat, mengikat, mengebat." "tancap\n~ gas \n[Indonesia], [bahasa percakapan] menekan pedal minyak kereta untuk melajukan jalannya;\nmenancap\n masuk terbenam atau tercucuk (pisau, anak panah, dan lain-lain), menghunjam:\npohon itu masih terikat oleh akar-akarnya yang ~ di tanah;\nmenancapkan\n menusukkan hingga masuk (pisau dan lain-lain), mencucukkan, menghunjamkan:\nkadang-kadang aku ~ tongkatku di sawah dan ikut serta pada pekerjaan memotong rumput dan menggali tanah;\ntertancap\n1.\n masuk terbenam, terpacak, terpancang:\nbelati Pendekar Sutan telah lebih dahulu ~ di lambung kirinya, mengenai jantungnya; \n2.\n [kiasan] tidak bergerak lagi (kuasa dan lain-lain), terhenti, tersangkut;\ntancapan\n tikaman, tusukan." "tanda aras\n1.\n (Tadb) sesuatu (piawai) yang digunakan untuk membandingkan prestasi atau keluaran sesebuah organisasi dengan prestasi atau keluaran organisasi pesaing, dengan tujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi organisasi yang berkenaan;\n2.\n (Geografi) tanda rujuk yang digunakan sewaktu menjalankan tinjau selidik topografi;\npenandaarasan\n perbuatan menentukan tanda aras." "tanda I\n1.\n lambang atau simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai erti tertentu:\nkesilapan yang selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; \n2.\n lambang dan lain-lain yang digunakan untuk mengenali (mengetahui, mengecam, dan lain-lain) sesuatu;\n \n~ pangkat \ntanda yang menunjukkan tingkatan dalam tentera dan lain-lain;\n \npapan ~ \npapan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya);\n3.\n perbuatan (suara dan lain-lain) sebagai isyarat, isyarat:\nia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yang ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; \n4.\n alamat (akan berlakunya sesuatu dan lain-lain):\n jika ada laki-laki yang dapat mengembalikan kepercayaanku yang telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati; \n5.\n barang apa yang menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti:\ntidak ada ~-~ yang boleh dipegang yang menunjukkan ia mempunyai perhubungan dengan Kamal;\n 6.\n hal yang menunjukkan sesuatu (penyakit dan lain-lain), gejala:\nada tiga ~ untuk mengenali penyakit baka sawan ini;\n~ angka ganda \n(Matematik) angka yang menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan;\n \n~ baca\n = \n~ bacaan \ntanda-tanda dalam tulisan (vokal pada huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dan lain-lain);\n \n~ bahagi \ntanda (\u00f7) yang menunjukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi;\n \n~ bahaya \ntanda yang menunjukkan bahawa ada bahaya;\n \n~ bertunang \ncincin dan lain-lain yang menunjukkan seseorang itu telah bertunang;\n \n~ beti \nbukti yang menunjukkan sesuatu kejahatan;\n \n~ bukti \npenyataan telah berbukti;\n \n~ cema \nbukti-bukti untuk menuduh (mengadukan pada hakim);\n \n~ cerai \n[Indonesia] sempang untuk memisahkan suku kata (huruf dan lain-lain);\n \n~ gambar\n [Indonesia] lambang untuk sesuatu parti atau calon dalam pilihan raya;\n ~ hayat \n= \n~ hidup \n= \n~ kenangan\n = \n~ mata \nbarang pemberian untuk peringatan;\n \n~ hormat\n isyarat untuk menghormati seseorang;\n \n~ koma \n(,);\n \n~ kali (darab) \n(x);\n \n~ kurung \n( );\n \n~ kurung dakap \n{ };\n \n~ kurung siku\n [ ];\n~ kutip \n= \n~ petik \n[Indonesia] tanda pembuka kata (dalam tulisan \u2026);\n \n~ lahir \ntompok yang biasanya berwarna merah atau coklat pada kulit seseorang sejak lahir;\n \n~ mati \ntanda \u00ba pada tulisan Arab yang menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati;\n \n~ niaga \nsimbol (logo) atau perkataan yang telah didaftar mengikut undang-undang sebagai tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perseorangan dan sebagainya);\n \n~ panah \ntanda penunjuk (\u00ae);\n \n~ pangkat \ntanda yang menunjukkan pangkat (dalam tentera dan lain-lain);\n \n~ penghubung \nsempang untuk menghubungkan suku kata (kata);\n \n~ peringatan \nbarang yang dipakai sebagai peringatan;\n \n~ perpuluhan \ntanda desimal;\n \n~ pundak \ntanda pangkat pada bahu;\n \n~ selar \ncap besi bakar (pada kulit);\n \n~ serah \nwang perbelanjaan perkara menurut adat;\n \n~ seru\n = \n~ seruan \n(!);\n \n~ tambah\n [Indonesia] = \n~ campur \n(+);\n \n~ soal \n(?);\n \n~ sudut \n(<);\n \n~ tanya\n [Indonesia]\na) tanda soal;\n b) hal yang belum terang lagi (yang masih memerlukan penjelasan);\n \n~ terima (penerimaan) \nsurat tanda telah menerima wang dan lain-lain, resit;\n \n~ tinggi \ntanda yang menyatakan tinggi tempat (dari aras laut) dalam peta;\nbertanda\n1.\n ada tandanya, bercap dengan (tanda nama dan lain-lain):\n penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dengan perkataan yang berbentuk lekuk dan warna-warni; \n2.\n sudah bertunang;\nbertanda-tandaan\n bertukar cincin tanda (sebagai bukti sudah bertunangan);\nmenandai\n1.\n membubuh tanda pada sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dengan tanda dan lain-lain), membubuh cap, dan lain-lain:\nmana-mana yang amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kepada tuannya; \n2.\n membubuhtandatangan, menandatangani (surat dan lain-lain);\n3.\n mengetahui atau mengenali sesuatu (dengan melihat tanda-tandanya), mengecam:\nhal ini boleh ditandai dengan rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki membengkok, dan sebagainya; \n4.\n memerhati (melihat) dengan teliti, mengamat-amati:\nmarilah engkau kutandai supaya engkau kukenal; \n5.\n mencatat supaya diketahui:\npukul lapan pagi, Cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak;\nmenandakan\n1.\n menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan:\nkerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; \n2.\n menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa:\nia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah;\n3.\n memberitahukan dengan menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dan lain-lain):\n panduan jalan raya ditandakan dengan papan-papan tanda; \n4.\n membuktikan dengan:\ntidak ada buktinya ~ ia berdosa;\ntertanda\n1.\n dibubuh tanda;\n2.\n ditandatangani;\npertandaan\n alamat, gelagat, isyarat;\npenandaan\n perihal menandai:\ntitik digunakan untuk menggantikan koma dalam ~ perpuluhan di Indonesia;\npetanda, pertanda\n1.\n tanda, alamat:\npertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; \n2.\n (Palembang) [arkaik] pemberian ketika bertunang;\npenanda\n apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan:\nlepaskan pula air dari dalam buret itu hingga sampai pada paras kertas ~ tabung uji kosong ini." "tanda II\nalgojo;\npertanda." "tanda III\n= tanda-tanda\n sejenis ikan laut,\n Lutianus menostigma;\n~ jalur \nsejenis ikan laut,\n Lutianus fulviflamma." "tandai\n[Minangkabau] tanda." "tandak\n1.\n sejenis tarian Jawa (ditarikan oleh perempuan);\n2.\n = \npenandak\n (perempuan) penari tandak, ronggeng:\nmaka naiklah Raja Haji ke istana itu serta membawa anak gundiknya serta joget ~nya;\nbertandak, menandak\n menari:\nada yang melompat terkinjal-kinjal seperti orang ~." "tandan\n1.\n tangkai pada buah-buahan yang bergugus (pisang, kelapa, pinang, dan lain-lain);\n se~ \nsegugus (pisang, pinang, dan lain-lain);\n2.\n = \n~ ekor \ntempat tumbuh bulu ekor kuda (kerbau):\n ekor kuda putih itu hitam se~nya \nhitam seluruhnya;\nbertandan\n ada tandannya;\nbertandan-tandan\n banyak tandan:\nbuah kelapa keluar ~ di pangkal pelepahnya." "tandang I\nlawatan (ke tempat orang, ke rumah orang, dan lain-lain), kunjung;\n \norang ~ desa \norang yang mengembara atau merayau-rayau ke merata-rata tempat;\nbertandang\n pergi bertamu ke (kepada, di), berkunjung:\nia selalu sangat ~ ke rumah orang;\n~ desa \npergi mengembara atau menjelajah ke merata tempat;\n \n~ diam\n pergi berkunjung dan bermalam beberapa malam;\n \n~ duduk \n[sastera lama] bertamu ke, berkunjung, melawat;\n~ membawa lapik \n(peribahasa) [Minangkabau] berkunjung ke rumah sahabat dengan membawa bekalan dan lain-lain sendiri;\n \nbagai ~ ke surau \n=\n bagai ~ ke rumah meranda \n(peribahasa) berkunjung ke rumah orang dengan tidak dijamu apa-apa;\nmenandangi\n1.\n pergi mengunjungi, melawat, menemui:\ndilihatnya gadis-gadis lain ~ Khadijah; \n2.\n [arkaik] mengembara, menjelajah;\npetandang\n [Minangkabau] orang yang suka bertandang;\npertandang; \norang ~ \n(Palembang) [arkaik] musafir." "tandang II\n~-tanding \n[Jawa] [arkaik] perbuatan (kelakuan, tindakan, dan lain-lain), tindak-tanduk." "tandas I\ntidak ada lagi, habis langsung, hilang kesemuanya:\nhartanya sudah ~; \nlicin ~ \nhabis kesemuanya;\nmenandaskan\n menghabiskan sama sekali;\ntandus." "tandas II\n1.\n bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), bilik air;\n2.\n [sastera lama] tempat mandi (di sungai), permandian;" "tandas III\n[Jakarta] (dengan) jelas, (dengan) pasti dan tegas, nyata;\nmenandaskan\n mengatakan dengan tegas." "tandas IV\n[arkaik];\nmenandas\n memenggal, memotong (kepalanya):\n maka titah Yang Dipertuan Muda suruh tandas kepalanya, ceraikan daripada badannya itu." "tandatangan\nnama (ringkasan nama) yang ditulis oleh orang itu sendiri:\npengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dalam buku Daftar Perkahwinan;\n~ balas \na) tandatangan yang diturunkan pada sesuatu dokumen, kontrak dan sebagainya yang sudah pun ditandatangani oleh orang lain;\n b) (Ekonomi) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans untuk menjadikannya sebuah kontrak yang sah di sisi undang-undang;\n \n~ ringkas \ntandatangan dengan huruf pertama (awal) nama sendiri;\nbertandatangan\n ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan;\nmenandatangani\n menurunkan (membubuh) tandatangan pada:\ndalam bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dengan negeri Johor;\npenandatanganan\n perihal menandatangani (surat, perjanjian, dan sebagainya):\n~ perjanjian persahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur;\npenandatangan\n orang yang menandatangani (surat, perjanjian, dan sebagainya)." "tandau\nsejenis ikan laut,\n Scomberomorus spp." "tandem\nbasikal (sepeda) yang boleh dinaiki dua orang." "tandes\ntandas III." "tandik\n[arkaik] sengat." "tandikat\nsejenis tumbuhan (pokok tempat lebah biasanya membuat sarang),\n Canarium pseudodecumanum." "tandil\n(Tamil)\n1.\n ketua kelasi di kapal, pembantu serang:\nsatu pasukan kelasi yang diarahkan oleh ~ dilihatnya membasuh dek; \n2.\n pengawas atau ketua kuli (di perkebunan dan lain-lain), mandur:\nadat orang Jawa yang suka selamatan itu menjadi adat pula kepada ~-~ kuil Tionghua yang bekerja di perkebunan tembakau;\n~ majahil (manjahil)\n [Minangkabau] ketua biduanda di istana yang membawa cermin kerajaan." "tanding I\n= tandingan\n1.\n sesuatu yang seimbang (sebanding) dengan yang lain, banding, imbang, tara:\ntentera Jepun itu tidak ada ~nya dalam keberanian; \nmemang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; \nsatu nikmat yang belum ada ~nya; \n2.\n jodoh, pasan" "tanding II\n= tandingan\n1.\n setompok barang dagangan (seperti buah-buahan, kacang, dan lain-lain), selonggok, setimbun:\nse~ sampah ada di tepi jalan itu yang belum diangkat; \n2.\n [arkaik] [Indonesia] sejumlah barang dagangan (yang tidak tentu banyaknya);\nmenanding" "tandon\n1.\n (Sunda) barang yang diserahkan sebagai cagaran hutang dan lain-lain, barang tanggungan;\n2.\n [Jawa] barang persediaan." "tandu\n= tanduan\n1.\n sejenis usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil, dan lain-lain) untuk membawa orang, joli:\nmaka menteri keempat pun menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya; \n2.\n usungan untuk mengangkut orang sakit (orang cedera dan lain-lain)" "tanduk I\n1.\n dua benda keras yang tumbuh di kepala binatang (seperti kerbau, lembu, dan lain-lain), sejenis cula:\n~ lembu;\n~ rusa; \n2.\n daripada bahan tanduk (alat perkakas dan lain-lain):\n sikat ~;\n3.\n sesuatu yang berbentuk (berupa) tanduk:\npisang ~;\n~ badur \n= \n~ koyok \ntanduk yang melengkung ke bawah;\n \n~ cakah \n= \n~ empang\n tanduk yang lurus mendatar;\n \n~ capah \ntanduk lurus yang tumbuh mengangkang;\n \n~ julang\n = \n~ tegak \ntanduk yang lurus tegak tumbuhnya;\n \n~ kangkum \ntanduk yang melengkung;\n \n~ ragum\n tanduk yang pendek dan hujungnya hampir bertemu;\n \n~ tendang \ntanduk yang satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah;\n~ di kepala tak dapat digelengkan \n(peribahasa) seseorang itu tidak dapat melepaskan diri daripada kewajiban sendiri;\n \nbagai ~ bersendi gading \n(peribahasa) jodoh yang tidak sepadan;\n \nbagai ~ diberkas \n(peribahasa) amat sukar menyatukan (orang yang berlainan fikiran dan lain-lain);\n bagai kerbau runcing ~\n =\n runcing ~ \n(peribahasa) orang yang terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yang membuat kejahatan orang menyangka dia juga;\n \nmenghendaki (menghendakkan) ~ kuda \n=\n minta ~ kepada kuda \n(peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak akan dapat;\n \nsedepa ~ yang datang, sejengkal ~ yang menanti, payah juga yang datang \n(peribahasa) [Minangkabau] perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri);\n tak (dapat) ~ telinga dipulas \n(peribahasa) sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam;\nbertanduk\n mempunyai tanduk, ada tanduknya;\n(menantikan) kucing ~ \n(peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin;\nmenanduk\n1.\n menyondol dengan tanduk (kerbau, lembu, dan lain-lain);\n2.\n menyondol sesuatu dengan kepalanya, memukul dengan kepala:\npemain itu sedang ~ bola." "tanduk II\n~ batu \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat),\n Gouania javanica;\ntanduk-tanduk\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), lelada,\n Ervatamia cylindrocarpa; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak,\n Evartamia hirta;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang,\n Strophanthus dichotomus." "tandun\n[arkaik];\n zaman ~ \nzaman dahulukala." "tandup\n[Kedah] empangan air (di sungai dan lain-lain)." "tandur I\n[Jawa] tanam;\n \nmusim ~ \nmusim menanam padi." "tandur II\ntali ~\n tali untuk menaikkan bidai." "tanduri\nmasakan ayam, daging dan sebagainya cara India yang dimasak di atas bara arang di dalam ketuhar tanah liat:\nayam ~." "tandus\n1.\n tidak ditumbuhi apa-apa (tanah);\n padang ~ \npadang yang tidak ada tanamannya;\n2.\n sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dan lain-lain);\nmenanduskan\n menyebabkan tandus;\nketandusan\n1.\n perihal tandus, ketiadaan sama sekali:\nDilema Melayu ditulis dalam masa ~ daya dan kepapaan bangsa; \n2.\n telah habis langsung (berkenaan (dengan) idea, modal, bakat dan sebagainya), mengalami keadaan tandus, kehabisan:\nuniversiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; \nbenarkah beliau telah diperalatkan oleh kumpulan serpihan yang sudah ~ idea perjuangan." "tanfiziah\n[Arab];\nlajnah ~\n badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu pertubuhan dan lain-lain, jawatankuasa kerja." "tang I\nbunyi seperti bunyi tin dipukul dan lain-lain;\ndentang." "tang II\n[arkaik] [kependekan] dari tentang (yang dimaksudkan tempat);\n \n~ mana\n di (dekat) mana." "tang III\n[Indonesia-Belanda] sejenis alat penyepit, kakaktua." "tang IV\n[Indonesia-Belanda] kereta kebal." "tangan\n1.\n anggota tubuh dari kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dari pergelangan tangan sampai ke hujung jari:\nperahu sudah di air, pengayuh sudah di ~; \n2.\n [kiasan] sesuatu yang menyerupai tangan atau yang digunakan seperti tangan;\n3.\n [kiasan] kuasa, pegangan, pengaruh, perintah:\nsemua harta di ~ kita; \nkuasa memerintah negeri terletak dalam ~ rakyat;\n~ baju \nbahagian baju yang membalut tangan, lengan baju;\n \n~ besi \npemerintahan yang keras;\n \n~ dingin \nselalu menjadi perbuatannya (seperti menanam pokok, mengubat penyakit, dan lain-lain);\n \n~ jahat \norang yang berbuat jahat (mencuri dan lain-lain);\n \n~ kanan \na) tangan sebelah kanan;\n b) pembantu yang terutama;\n \n~ kosong \n=\n berhampa ~ \ntidak mendapat (membawa) apa-apa;\n \n~ naik \nselalu menang dalam perjudian;\n \n~ panas \nsegala perbuatannya selalu gagal, sial;\n \n~ terbuka \na) suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati;\n b) =\n dengan ~ terbuka\n (dengan) ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dan lain-lain);\n \n~ turun \nselalu mendapat kerugian (dalam perjudian), tidak beruntung;\n \ndari ~ ke ~ \ndari seorang ke seorang;\n~ bagai lipas kudung \n(peribahasa) perihal orang yang tangannya tidak mahu diam (seperti kanak-kanak);\n \n~ kanan jangan percaya ~ kiri\n =\n luka ~ kanan oleh ~ kiri \n(peribahasa) jangan terlalu percaya pada sahabat kerana kerap kali sahabat juga yang mencelakakan kita;\n \n~ mencencang (memetik) bahu memikul \n(peribahasa) kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya;\n \n~ penat memerah, pasu mendapat santannya \n(peribahasa) orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat nikmatnya;\n \n~ yang celaka, kerja jatuh \n(peribahasa) beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yang tidak senonoh;\n \ndalam genggaman ~ orang \n(peribahasa) di bawah kuasa orang lain;\n \ndigenggamnya ~nya \n(peribahasa) perihal orang kikir yang tidak sedikit pun sudi menolong orang yang sengsara;\n \nmakan ~ \n(peribahasa) mendapat rezeki lebih daripada yang diharap-harapkan;\ntangan-tangan\n1.\n kelek-kelek (kerusi);\n2.\n selusur pada tangga;\n3.\n tempat berpegang (pada basikal);\n4.\n palang pada neraca dan lain-lain;\ntangan-menangan\n dari tangan ke tangan, bukan dari asalnya;\nmenangani\n1. .\n mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan:\npekerjaan yang berat-berat pun ditanganinya; \nmasih belum ada sesiapa pun antara kita yang ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; \n2.\n = \nmenangankan\n memukuli (dengan tangan) supaya jera, mengajar:\nkalau tidak mengenangkan ketololan adiknya, tadi lagi sudah ditanganinya; \nsuruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan;\ntanganan\n1.\n tangan-tangan;\n2.\n hasil daripada pekerjaan, buatan;\npenanganan\n perihal (perbuatan, cara) menangani;\npenangan\n pukulan dengan tangan:\nsekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia merasa ~ dari tanganku sendiri." "tangap\n[Minangkabau];\nmenangap\n menahan, menegah, menyekat:\ntiada siapa pun yang boleh ~ kebebasan seseorang." "tangar\n[Jakarta] hati-hati, awas." "tangas\nbertangas\n memanaskan badan (dengan wap), mandi dengan wap (supaya berkeringat);\nmenangas\n mengasapi dengan wap, mengewapi, mengukus:\nbahan-bahan itu dileburkan dan ditangas beberapa kali;\npenangasan\n perihal menangas, pengukusan;\npenangas\n alat untuk menangas atau bertangas." "tangeh\n[Jawa] [arkaik] masih lama, masih jauh." "tangen\n(Matematik)\n1.\n garis sentuh;\n2.\n fungsi trigonometri bagi sudut tirus pada segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah antara sisi-sisi lebih pendek yang bertentangan dan bersebelahan dengan sudut." "tangerin\nsejenis limau kecil yang manis dan kulitnya mudah dikupas, \nCitrus reticulata." "tangga\n1.\n tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat untuk naik turun rumah dan lain-lain:\n~ rumah; \nnaik ~; \n2.\n alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak;\n3.\n [kiasan] bahagian daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, peringkat, skala, tingkatan;\n~ bongsu \nanak tangga yang bawah sekali;\n \n~ gaji \ntingkatan gaji;\n \n~ nada \nsusunan nada yang meningkat naik bunyinya;\n \n~ pilin \n= \n~ sulur batang \ntangga yang berpusing;\n \n~ senigai (sigai) \ntangga daripada sebatang kayu yang diberi bersigai;\n \n~ sulung \nanak tangga yang di atas sekali;\ntolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri \n(peribahasa) baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia;\nsetangga; \norang ~ \norang yang tinggal berdekatan, jiran, tetangga:\nbarangkali engkau bertemu di sana dengan orang ~ kita;\nbertangga\n1.\n ada tangganya, memakai tangga;\n2.\n [kiasan] berperingkat, bertingkat-tingkat:\nkanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; \nberjanjang naik, ~ turun\n (peribahasa) menurut darjat dan kedudukan masing-masing;\nbertanggakan\n menggunakan sesuatu sebagai tangga:\npondoknya yang ~ buluh." "tanggah I\n[arkaik] [sastera lama] mata wang Parsi zaman dahulu." "tanggah II\npenanggah, penanggahan\n [sastera lama] rumah dapur." "tanggak\ntagak." "tanggal I\nterlepas dari tempatnya lalu jatuh atau gugur, lucut, luruh (daun dan lain-lain), terkelupas (keropeng kudis dan lain-lain):\n giginya ~; \nkulit ular ~ sekali setahun;\nmenanggali\n1.\n mengupas, melucuti (baju dan lain-lain):\nia ~ pakaiannya; \nmereka sudah ~ atap rumah itu; \n2.\n membongkar (jentera);\nmenanggalkan\n menjadikan tanggal, membuka (pakaian dan lain-lain), meluruhkan, melucuntukan, mencabuntukan:\nia bangun lalu ~ kemejanya; \nsebelum masuk ia ~ kasut." "tanggal II\npenanggalan\n sejenis hantu yang tidak berkepala (perutnya berjela-jela):\n adapun ~ itu suka meminum darah orang beranak." "tanggal III\n[Indonesia] bilangan yang menyatakan hari keberapa dalam bulan tertentu, tarikh, hari bulan:\nmereka gajian sebagai kuli pengangkat sampah dua kali sebulan, tiap-tiap ~ tiga dan delapan belas; \ndi bawah tandatangan itu dicatat namanya dengan terang, dan ~ hari itu;\n~ muda \nawal bulan;\n \n~ tua \nakhir bulan;\nbertanggal\n ada tanggalnya, bertarikh, berhari bulan:\nberita itu ~ 21 Julai;\nmenanggalkan, menanggali\n [arkaik] membubuh tanggal (tarikh), memberi bertanggal, mentarikhkan;\ntertanggal\n bertanggal, bertarikh, diberi tanggal, dibubuh tanggal;\npenanggalan\n1.\n daftar hari bulan, almanak, kalender, takwim;\n2.\n perihal membubuh tanggal;\n3.\n tarikh." "tanggam\n1.\n sambungan kayu yang bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh;\n2.\n sejenis penyepit (daripada besi);\nbertanggam\n1.\n bersambung rapat (kayu dan lain-lain);\n2.\n [kiasan] berhubungan rapat dan erat;\n \n~ muka \nberhadapan (bertemu) muka;\nmenanggam\n1.\n menyambung kayu dengan takuk-takuk;\n2.\n [kiasan] menyambung atau menghubungkan erat-erat (seperti mengahwinkan dan lain-lain);\n3.\n menyepit dengan tanggam besi." "tanggang\n[Minangkabau];\nbertanggang; \n~ malam \nberjaga, tidak tidur;\nmenanggang\n menahan, mencegah, mengekang;\n \n~ anak \ntidak menyusui anak;\n \n~ mata \nberjaga, tidak tidur;\n \n~ suami (isteri) \ntidak memberi kebebasan kepada suami (isteri);\n \n~ perut\n berpuasa." "tanggap I\nmenanggap\n \n1.\n memerhatikan (melihat, mendengar) dengan teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan;\n2.\n [arkaik] menyuruh memainkan (pertunjukan, wayang gambar, dan lain-lain) di rumah sendiri dengan membayar upahnya;\n3\n. menangkap atau menerima dengan pancaindera (seperti melihat, mendengar, merasai, dan lain-lain), mencerap;\nbertanggapan\n mempunyai tanggapan;\nmenanggapi\n1.\nmenerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dan sebagainya):\n Panitia Ejaan berusaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yang dimuat dalam karangan ini; \n2.\n memahami:\n politik antarabangsa ditanggapi sebagai perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara;\nmenanggapkan\n [arkaik] membayangkan atau menggambarkan dalam hati (fikiran);\ntanggapan\n1.\n apa yang diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dalam hati, cerapan:\nsifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pada suara atau kata; \nsuka saya bincangkan satu persoalan yang menunjukkan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; \n2.\n = \ntetanggapan\n pertunjukan (wayang golek dan lain-lain);\npenanggapan\n perbuatan (cara dan sebagainya) menanggap, pencerapan;\npenanggap\n orang yang membuat tanggapan terhadap sesuatu;" "tanggap II\n[Indonesia] [arkaik] pasif;\n \nkalimat ~ \nkalimat pasif." "tanggar I\n[Johor];\nmenanggar\n memikul, menggalas (beban dan lain-lain);\ntanggaran\n pikulan, beban." "tanggar II\n[arkaik];\nmenanggar\n menyanggupi (pekerjaan dan sebagainya)." "tanggar III\n[Brunei];\nbertanggar\n bergalah ke mudik." "tanggu\n[Jakarta] tangguh." "tangguh I\npengunduran waktu (untuk mengerjakan sesuatu, membayar hutang, dan lain-lain), penundaan waktu;\n \ntenggang-~ \nbatasan waktu;\nbertangguh\n1.\n minta tempoh, minta diundurkan waktu:\nwang bakinya ia ~; \n2.\n berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal:\ndengan tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu;\n3.\n tidak mahu, enggan:\ndia ~ menemui orang tua itu; \n4.\n menunggu hingga ke masa lain, menanti:\nayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda;\n bertangguh\n\u2013\ntangguh\n selalu bertangguh, berlengah-lengah:\ndia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; \nagaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja;\nmenangguhkan, mempertangguhkan\n1.\n mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga):\n Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; \n2.\n sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dan lain-lain), menghulur-hulur (waktu):\n perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan;\ntertangguh\n tertunda, terhalang, terhenti, terlambat;\npertangguhan\n janji (untuk mengundurkan waktu), \n~ waktu bayaran;\npenangguhan\n perihal menangguhkan (waktu dan lain-lain):\n setiausaha pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu." "tangguh II\n1.\n sukar ditewaskan, kuat:\ntenteranya yang ~ serta berani; \n2.\n teguh (pendirian), tabah dan tahan (menderita dan lain-lain), kukuh:\npemimpin yang ~;\nketangguhan\n kekuatan, kekukuhan, keteguhan, keuletan." "tangguk\n1.\n sejenis bakul daripada rotan atau jaring yang berbingkai (untuk menangkap ikan, udang, dan lain-lain):\n ikan di kawasan itu ditangkap dengan tangan atau dengan ~; \n2.\n [kiasan] tipu muslihat (untuk memerangkap, memikat, dan lain-lain);\n~ rapat keruntung bubus \n(peribahasa) perihal suami isteri yang tidak bersetujuan sifatnya (suami banyak mendapat wang tetapi isterinya boros);\n bagai ~ lerak dengan bingkainya \n(peribahasa) suami isteri yang tidak pernah bercerai sampai ajalnya;\nmenangguk\n menangkap (ikan dan lain-lain) dengan tangguk:\nabang ke sungai ~ udang;\n~ hutang \nmenagih hutang;\n~ di air keruh \n(peribahasa) mencari keuntungan dan lain-lain sementara ada kekacauan (perselisihan dan lain-lain);\n hendak ~ ikan, tertangguk akan batang \n(peribahasa) hendakkan laba tetapi jadi rugi;\ntertangguk\n kena ditangguk, tertangkap dengan tangguk;\n~ pada ikan dikeruntungkan, ~ pada ular dikeruntungkan juga\n (peribahasa) buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai;\npenangguk\n1.\n orang yang menangguk;\n2.\n alat untuk menangguk." "tanggul I\nanggul." "tanggul II\n[Jawa] tambak untuk menahan air (di tepi sungai dan lain-lain), permatang:\napakah yang dibuatnya di ~ pada jam itu?\nmenanggul\n membuat tanggul pada, menambak." "tanggulang\n[Jawa] penghalang, penahan;\nmenanggulangi\n1.\n membubuh tanggulang, menahan dengan tanggulang;\n2.\n [kiasan] menghadapi, menyekat, menghalang." "tanggung I\n1. = ditanggung\n dijamin (kebaikannya dan lain-lain), sudah tentu:\npekerjaannya ~ baik; \n2.\n [bahasa percakapan] = \nmenanggung; \n~ badan \n[kata seru] mas kahwin yang belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai);\nmenanggung\n1.\n membawa di atas bahu (barang yang berat-berat), memikul, menggalas:\npelawat-pelawat penuh sesak, ada yang ~, ada yang berjunjung dan ada yang berkelek; \n2.\n mengalami (kesusahan dan lain-lain), menahan, menderita, tertimpa (oleh):\nperusahaan itu ~ kerugian besar; \ntuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu;\n3.\n [kiasan] membawa, memegang, menaruh, menyimpan:\ndapatkah manda ~ rahsia hamba? \n4.\n (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yang tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan:\nmereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; \naku telah ditanggungnya makan minum; \n5.\n memikul, menghadapi, mempunyai:\nkita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun hutang belum lagi selesai; \n6.\n menjaga (keselamatan dan lain-lain), memberi jaminan (akan):\n kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; \n7.\n memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dan lain-lain) sesuatu, menjamin:\nkalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yang ~; \nbarang-barang ini ditanggung baik; \n8.\n memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa \u2026:\n saya berani tanggung dia akan menang; \n9.\n memberi perakuan akan memenuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin:\nsiapa yang ~ pinjamanmu tempoh hari? \n10.\n memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab:\nberani buat tidak berani tanggung;\n~ budi \nmenaruh budi;\n \n~ dendam \nmenyimpan dendam;\n \n~ kasih \nberasa wajib membalas kasih (orang);\n \n~ malu\n merasai malu;\n \n~ ragam \n[Minangkabau] mengalami bermacam-macam percubaan;\n \n~ rahsia \nmenyimpan rahsia;\n \n~ rindu \nmenaruh rindu;\ntanggung-menanggung\n1.\n saling menanggung (menjamin dan lain-lain);\n2.\n semua urusan menanggung;\nmenanggungkan,\n \nmempertanggungkan\n1.\n memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dan lain-lain) kepada, membebankan kepada:\nkerja-kerja yang ditanggungkan kepada baginda itu tersangat berat;\n2.\n menyerahkan barang dan lain-lain sebagai cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan:\ndia terpaksa ~ hartanya untuk membayar hutang;\n tertanggung\n dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul;\n \ntidak ~\na) tidak terderita;\n b) tidak dijamin dan lain-lain;\ntanggungan\n1.\n sesuatu yang mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab:\nhak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; \n2\n. \njaminan:\ndengan ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? \n3\n. \nbarang dan lain-lain yang digunakan sebagai jaminan hutang dan lain-lain, cagaran:\napa ~mu untuk berhutang itu? \n4.\n penderitaan, beban:\nsegala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; \n5\n. \norang yang mesti ditanggung (keselamatannya, nafkahnya, dan lain-lain):\ncukai ini berbeza dari seorang ke seorang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yang mesti menjadi ~nya; \n6\n. \nakibat perbuatan yang mesti dipertanggungkan, risiko:\nkalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri;\n~ jiwa (kebakaran) \n[Indonesia] insurans;\n7.\n (Undang-undang) kewajiban yang dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang;\nketanggungan\n [sastera lama] apa yang ditanggung, tanggungjawab, tanggungan:\njikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kepada kita semuanya;\n berketanggungan\n bertanggungjawab, berkewajiban:\nmarilah kita menuntut kepada pihak-pihak yang ~ dalam agama Islam;\n pertanggungan\n1.\n tanggungan, tanggungjawab;\n2\n. \njaminan;\n3\n. \ninsurans;\npenanggungan\n1.\n apa yang ditanggung, penderitaan, kesengsaraan:\ndia sangat mengambil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; \n2\n. \nperihal menanggung:\nbagaimanakah ~ hati seorang perempuan yang hidup sebatang kara;\n penanggung\n1.\n orang yang menanggung (menjamin), penjamin;\n2\n. \norang yang memegang polisi insurans;\n3\n. \norang yang menderita, penderita;\n4.\n (Ekonomi) organisasi atau orang yang dilantik untuk menguruskan pembubaran sesebuah syarikat." "tanggung II\n1.\n lebih daripada sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dan lain-lain);\n \nanak ~\n anak yang hampir dewasa;\n \n~\n \nbulan \nsesudah pertengahan bulan (untuk menyatakan ketiadaan wang);\n2.\n = \nkepalang ~ \n= \ntangung-tanggung\n tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah:\nbekerja jangan ~." "tanggungjawab\nkewajiban yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib ditanggung:\noleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya;\n bertanggungjawab\n1.\n = \n~\n \natas (terhadap, tentang, dalam) \nmempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, berkewajiban:\nsiapakah yang ~ atas kekalahan kita? \n2.\n = \n~\n \nkepada\n menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kepada:\nkakitangan ~ kepada majikan mereka; \nkedua-dua pihak sama ~;\n mempertanggungjawabkan\n1.\n memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dan sebagainya):\nia mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat, dipertanggungjawabkan; \n2.\n = \n~ kepada \nmemikulkan tanggungjawab (kepada), membebankan tanggungjawab kepada:\npendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kepada guru;\n 3.\n menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dan lain-lain):\nmereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama untuk melaksanakan segala perintah Tuhan;\nkebertanggungjawaban\n perihal (sifat) bertanggungjawab:\n ~ setiap individu dalam membuat kebajikan;\n pertanggungjawaban\n1.\n perihal bertanggungjawab;\n2\n. sesuatu yang dipertanggungjawabkan:\nkita telah sampai kepada ~ tentang pendapat kita;\n penanggungjawab\n orang yang bertanggungjawab." "tangis I\nmencucurkan air mata dengan sedu-sedan untuk melahirkan perasaan sedih (pilu dan lain-lain):\n~nya timbul dengan tiba-tiba;\nbertangisan, bertangis-tangisan\n saling melahirkan perasaan sedih (pilu dan lain-lain) dengan mengeluarkan air mata dan sedu-sedan:\nmereka dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab sukacitanya;\nmenangis\n melahirkan perasaan duka dan lain-lain dengan mencucurkan air mata dan sedu-sedan dan lain-lain:\nia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan;\n~ daun bangun-bangun hendak sama dengan hilir air \n(peribahasa) perbuatan yang sia-sia hendak menyamai orang lain yang lebih daripadanya;\n \ndipujuk ia ~ ditendang ia tertawa \n(peribahasa) orang yang baru bekerja dengan baik dan sempurna sesudah ia dimarahi;\nmenangisi\n1.\n menangis pada, menangis akan:\napakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; \n2\n. \nki menyesali, bersedih hati kerana:\n~\n \nkehormatannya yang telah hilang;\n menangiskan\n1.\n menangis kerana (tentang), menyayangkan, menyesalkan:\njanganlah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yang pergi ke hutan; \n2\n. \nmenyebabkan menangis, sengaja menangis:\napa ditangiskan budak-budak itu?\n mempertangis\n menjadikan menangis (dengan memukul dan lain-lain):\nsayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan;\n tangisan\n apa yang ditangisi (diingini dan lain-lain), tangis:\ndia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya;\n penangis\n (orang yang) mudah atau suka menangis:\n~\n \nbenar budak itu." "tangis II\n~\n(tangisan) burung \nsejenis tumbuhan (pokok renek), akar cincin, akar kuayah, akar membur, akar tulang daeng, akar (se)nyamuk, akar tukar, akar tupai-tupai, hisap nanah,\n Connarus semidecandrus." "tangkai I\n1.\n gagang pada buah (bunga dan lain-lain):\nbuah itu mempunyai ~ yang pendek;\n~ daun; \n2\n. \nbatang pokok tumbuhan yang kecil-kecil:\n~\n \nkecambah; \n3\n. \npenjodoh bilangan untuk bunga:\nse~ bunga;\n4\n. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dan lain-lain), gagang, hulu (pisau dan lain-lain):\n~\n \ncangkul;\n~ bedil \ngagang bedil;\n \n~\n \ncerek \ntampuk cerek;\n \n~\n \ndayung \nbatang dayung;\n \n~\n \nembun \nki sesuatu yang tidak kukuh;\n \n~\n \nhati \nki kekasih;\n \n~\n \njering \n= \n~\n \nkering \nki orang yang kedekut;\n \n~\n \npena \ngagang pena;\n \n~\n \ntimba \npemegang timba;\n \n~\n \ntombak \nbatang tombak;\nbertangkai\n mempunyai atau memakai tangkai:\ndia hanya sempat mengutip buah rambutan yang ~ sahaja; \nsenduk kayu yang ~ panjang digunakan untuk mengacau jem." "tangkai II\ntangkaian\n [arkaik] tempat menyimpan padi, lumbung, rengkiang." "tangkal\n= penangkal\n sesuatu yang digunakan untuk menolak bala (penyakit, hantu, jin, dan lain-lain), azimat:\n~\n \nbisa;\n~ jin;\n~ sawan;\n~ sehari bulan \nazimat yang berbentuk bulan sabit (daripada emas, perak) yang digantungkan di leher kanak-kanak;\n \n~\n \npet" "tangkap\n~ basah\n ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dalam kes khalwat);\n \n~\nbuta \nki menuduh orang dengan sembarangan sahaja;\n \n~ gambar \nmengambil gambar;\n \n~\n \ngunting \nsejenis gerakan untuk mengenakan lawan dalam silat;\n \n~\n \nlelong \nmembeli barang yang dilelong;\n \n~\n \nmuat \nmengambil mana yang sempat (ada) sahaja;\n \n~\n \nwap \ntidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);\nbertangkap\n [sastera lama] berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti:\nkedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah;\n bertangkap-tangkapan\n saling bertangkap (bergelut):\ndua ekor harimau yang tengah ~ dengan hebat;\n menangkap\n1.\n memegang sesuatu dengan tangan atau alat, memegang sesuatu yang bergerak cepat dan lain-lain (dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dan sebagainya:\nsukar untuk ~ harimau; \ntempat ~ ikan; \n2\n. \nmenadah atau menyambut barang yang bergerak cepat atau yang dilemparkan:\nkamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; \n3\n.\n mendatangi (menemui dan sebagainya) dan menahan orang yang berbuat kejahatan (melakukan perbuatan jenayah dan lain-lain), memberkas:\nsebaik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya;\n4.\n mengambil sebagai tawanan, menawan:\nmaka lasykarnya hulubalang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat;\n5.\n menerima atau memetik (siaran radio dan lain-lain)):\npembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yang tersembunyi;\n6.\n menerima atau dapat mengerti (memahami, mengetahui, dan lain-lain):\ndia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu;\n7.\n mencerap (dengan pancaindera), menanggap:\nhanya beberapa orang yang dapat ~ maksud kata-katanya; \n8.\n memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dan lain-lain):\nkailnya tidak ~;\n~ angin \nki tidak mendapat hasil sedikit jua pun;\n \n~\n \nbayang-bayang \nsia-sia sahaja;\nmenangkapi\n menangkap berkali-kali, menangkap banyak-banyak, banyak yang ditangkap:\nsemua penjahat perang ditangkapi;\nmenangkapkan\n menangkap sesuatu untuk orang lain;\ntertangkap\n sudah ditangkap, terdapat, terkena (jerat dan lain-lain), tertahan, tertawan;\n \n~\n \nbasah\n = \n~ tangan \nditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan);\n \n~ muka\n bertemu muka dengan tiba-tiba;\ntangkapan\n1.\n apa yang ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan:\ntelinganya menangkap sesuatu yang menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; \n2\n. \ndalam keadaan tertangkap, dalam tahanan:\nselepas daripada ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja;\n ketangkapan\n (kena) penyakit yang datang dengan mengejut (dan boleh menyebabkan orang yang menghidapinya mati), apopleksia;\npenangkapan\n perihal menangkap, pemegangan, penahanan, dan lain-lain:\npakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalankan;\n penangkap\n1.\n orang yang menangkap;\n \n~\n \nikan \nnelayan;\n2\n. \nalat untuk menangkap;\n \n~\n \nsuara \nalat untuk menerima suara;\nsepenangkap\n sehasta (dari siku hingga ke buku jari)." "tangkar\n[arkaik] tengkar." "tangkas\n1.\n cepat (gerak-geri), cekatan, cergas, cepat, pantas:\nia berjalan dengan ~; \n2.\n gesit, giat, sigap:\nperjuangan antara dua orang pahlawan itu sangat hebat, mereka sama ~ dan sama pandai;\nketangkasan\n perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigapan:\nanak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka." "tangki I\ntempat menyimpan minyak (air dan lain-lain), kolam air, teng;\nkapal ~ \nkapal untuk mengangkut minyak (tanah);\n \n~ najis \ntangki septik;\n \n~ septik \ntempat menakung najis, air kumbahan dan sebagainya (biasanya di bawah tanah) yang dapat diuraikan melalui tindakan bakteria." "tangki II\nsejenis tumbuhan (herba), akar keman hantu, keman air (gajah), kangkung puteri, \nNeptunia prostrata\n." "tangkil I\nmenangkil\n [sastera lama] menghadap (raja dan lain-lain)." "tangkil II\nmenangkil\n [arkaik] mengatur berbanjar-banjar." "tangkil III\nbertangkil-tangkil\n bertindih-tindih, berlapis-lapis, bertindan-tindan." "tangkil IV\n[Johor];\nmenangkil\n mengelakkan tubuh supaya jangan kena pukulan." "tangkis\ntangkisan: \nTerung Pipit pun tersalah ~ penikam Tengku Sultan;\nbulu ~ \nsejenis permainan seperti tenis dan menggunakan sejenis bola daripada bulu ayam, badminton;\nbertangkis-tangkisan\n saling mengelakkan pukulan dan lain-lain daripada lawan:\nmaka kedelapan hulubalang berpalukan cokmarnya ~\n;\nmenangkis\n1.\n menepiskan atau mengelakkan pukulan musuh dengan tangan (alat, senjata, dan lain-lain):\nsegera ditikamnya, maka ditangkis baginda; \nmaka ditangkisnya dengan perisainya; \n2\n. \nmembalas dan melawan serangan, mematahkan serangan musuh:\nmereka akan diberi penerangan oleh pegawai-pegawai untuk ~ serangan musuh; \n3\n. \nmenjawab atau membalas (kritikan, tuduhan, dan lain-lain), membantah, menolak:\ndia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu;\nmenangkis-nangkis\n menangkis berturut-turut atau berulang kali;\ntangkis-menangkis\n saling menangkis:\nmaka kedelapan hulubalang itu bertetakan mata pedang ~ ;\n tertangkis\n dapat ditangkis, terelak:\ndia terpaksa menghadapi pelbagai kritik yang tidak ~ olehnya;\n tangkisan\n gerakan menangkis (serangan dan lain-lain), hasil menangkis;\npenangkisan\n perbuatan menangkis:\n suara sorak-sorai kian gemuruh mengikuti setiap suara ~ yang didengar dari dewan itu;\npenangkis\n alat untuk menangkis:\ndua ketumbukan askar ~ Jepun dengan satu pasukan kereta kebal telah mendarat di utara Tanah Melayu; \nmeriam ~\n meriam untuk menangkis serangan kapal terbang." "tangku-tangku\nsejenis tiram, \nMagnavicula macroptera." "tangkue\n[Cina] sejenis manisan yang dibuat daripada labu dan lain-lain." "tangkuk\n[Minangkabau] [arkaik];\nmenangkuk\n telangkup, menangkup;\n tangkup, tungkup." "tangkul\nsejenis jaring yang berbingkai yang ditahan di dasar sungai atau laut dan diangkat (untuk menangkap ikan);\n \npukat ~\n sejenis pukat yang besar untuk menangkap ikan di laut;\nmenangkul\n menangkap ikan dengan tangkul." "tangkung\n[Brunei] sejenis alat bunyi-bunyian daripada buluh." "tangkup\nsetangkup\n \n1.\n = \n~\n \ntangan \nsebanyak yang dapat diambil dengan kedua-dua belah tangan yang ditangkupkan, seraup;\n2\n. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dan lain-lain) kedua-dua belahnya, simetri;\n3.\n seimbang, selaras:\nmemetik kata-kata Noam Chomsky, supaya ~ perkembangan bahasa dengan kemajuan ilmu;\nbertangkup\n1.\n kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dan lain-lain), bertelangkup;\n2\n. \nbertelangkup, bertelungkup:\natapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah;\n3.\n menjadi rapat bercantum:\nkita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik;\nmenangkup\n1.\n tutup-menutup atau bertaup dengan rapat (berkenaan (dengan) dua benda dan lain-lain), mengatup:\nmulutnya ~; \n2\n. \nmenelungkup, meniarap, tengkurap:\nmaka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; \n3\n. \nmenutupi (dengan sesuatu yang jeluk dan lain-lain), menyungkup, menudungi:\ndengan kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya;\nmenangkupkan\n meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan:\ncangkir itu ditangkupkannya di atas meja; \ndia pun meniarap ~ mukanya ke bantal;\n menangkup-telentangkan\n1.\n meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan;\n2\n. \nki menimbangkan dengan hati-hati;\ntertangkup\n sudah ditangkup, telungkup, tertiarap:\nsebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya;\n~ sama termakan tanah, terlentang sama terminum air \n(peribahasa) orang yang mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara)." "tangkur\n[Jakarta] sejenis binatang laut, kuda laut, unduk-unduk." "tangkut\n[Minangkabau] [arkaik];\nmenangkut\n menangkup, menelungkup." "tanglar\n[Kedah] berbuat sesuatu yang sumbang di hadapan orang (makan di muka khalayak ramai pada siang hari dalam bulan puasa dan lain-lain)." "tanglin\nsejenis tumbuhan (pokok), gapis, talan, tengalan, \nSaraca spp." "tanglung I\n[Cina] lentera kertas, teng:\nbeberapa dian dan kandil ~\n \ntergantung pada penjuru peseban itu;\n~\n \nberjentera \ntanglung yang sentiasa berputar-putar." "tanglung II\n[Brunei] bahagian alat tenun." "tango\n1.\n sejenis tarian (oleh dua orang) yang berasal dari Amerika Selatan;\n2.\n muzik untuk tarian ini." "tangsa\n[Minangkabau] [arkaik] sejenis rebana untuk mengarak tabut;\n= tasa." "tangsel\n[Jakarta] ganjal, baji, sendal, sumbat;\nmenangsel\n membubuh tangsel pada sesuatu;\n membaji, mengganjal, menyendal;\n~\n \nmulut \na) mengisi mulut (dengan makanan);\n b) menyumbat mulut;\n \n~\n \nperut \n[bahasa kasar] mengisi perut, makan." "tangsi I\n1.\n asrama (polis, tentera), berek:\nkira-kira setengah jam kemudian sampailah mereka ke ~ polis; \nanak ~\n anak serdadu;\n2.\n [arkaik] [bahasa percakapan] penjara." "tangsi II\n= \ntali ~ \ntali yang dilumas dengan lilin (untuk tali kail dan lain-lain)." "tangu\n[Perak], [bahasa percakapan] cekap, mahir." "tani I\norang (kaum) ~ \n= \npetani\n orang yang pekerjaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), pekebun, peladang, pesawah;\nbertani\n mengusahakan tanah (tanam-menanam dan lain-lain), bercucuk tanam, berkebun, berladang, bersawah;\nkepetanian\n kedudukan (taraf) petani;\npertanian\n1.\n perihal bertani (tanam-menanam);\n2\n. \nperusahaan bercucuk tanam:\ntanahnya boleh digunakan untuk ~." "tani II\n[arkaik] tali-temali pada perahu untuk meneguhkan tiang, temberang." "tani III\npintu ~\n [sastera lama] pintu gerbang di sebelah luar istana." "tanih\n(Geologi) lapisan tanah yang subur di bawah lapisan tanah yang di atas sekali." "tanin\n(Kimia) sejenis bahan yang diperoleh daripada kulit kayu dan digunakan untuk menyamak kulit dan lain-lain." "tanjak I\n1.\n sejenis destar, tengkolok:\nAnjang memakai ~ seperti pahlawan Melayu; \n2\n. \ntanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (menganjur) ke atas;\nbertanjak\n = \n~\n \nkaki \nberdiri di atas hujung kaki, berjengket;\n~\n \nbaru bertinjau \n(peribahasa) berbuat sesuatu mengikut aturannya yang lazim;\nmenanjak\n1.\n menirus ke atas, meruncing;\n2\n. \nmemanjat (bukit dan lain-lain), mendaki, menaiki:\naku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga\n;\n3\n. \nmenjadi lebih tinggi (jalan dan lain-lain), mendaki:\ndia berjalan menuju tangga yang ~ ke atas anjung; \nmereka mendaki jalan yang ~;\n menanjakkan\n menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan:\ndia ~ layar perahunya;\n~ ilmu \nmengembara ke tempat lain untuk mengajarkan ilmu;\n \n~ silat\n pergi ke tempat lain untuk berlawan atau mengajar silat;\ntak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan \n(peribahasa) menyampaikan maksud dengan pelbagai ikhtiar;\ntanjakan\n jalan yang mendaki, pendakian." "tanjak II\n1.\n cocok, padan, sesuai;\n2\n. \ngaya (tubuh badan), tokoh, watak:\ncincin ini diusul periksa sebagai isyarat menyiasat rupa dan roman tokoh dan ~, kelakuan dan keturunan;\n bertanjak\n bergaya, berpadanan." "tanjap\ntancap." "tanji\n1.\n bunyi-bunyian, muzik, tambur;\n2.\n = \ntukang ~ \nahli muzik, tukang muzik." "tanjidur\ntanji, muzik, tambur." "tanju\n[sastera lama] sejenis lampu dinding." "tanjul\njerat yang berjoran untuk menangkap binatang dan lain-lain, tali yang hujungnya dibuat jerat;\nmenanjul, menanjuli\n menjerat dengan tanjul." "tanjung I\nhujung tanah yang menganjur ke laut (danau, sungai, dan lain-lain):\n~-~ yang datar tanahnya dapat dilihat di kebanyakan kuala sungai;\n menanjung\n1.\n menganjur ke laut seperti tanjung, nampak seperti tanjung;\n2\n. \nbelayar menyusur tanjung:\nmaka Batin Singapura pun keluar dengan tujuh buah perahu ~ pergi ke Bentan; \ntanah ~ \nsemenanjung, jazirah;" "tanjung II\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok dan bunganya), mengkulah, mengkulang, \nMimosops elengi; \npohon ~\n sejenis tumbuhan (pokok), sauh, sawa, \nManilkara kauki." "tanjur\n[Minangkabau] tempurung yang diberi bertangkai (untuk mencedok sesuatu ), senduk, sibur;\nmenanjur, menanjur-nanjur\n1.\n mencedok (menyenduk) dengan tanjur;\n2\n. \nmemancing-mancing perkataan orang supaya keluar." "tanpa\ndengan tiada\u2026, tidak dengan\u2026, tidak ber\n~\n\u2026:\nia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi." "tanpadaksa\n(Sunda) ark\n1.\n cacat (tidak lengkap anggota tubuhnya atau pancainderanya);\n2\n. \npenderita cacat." "tantalum\n(Kimia) sejenis unsur logam yang digunakan untuk membuat radas kimia dan sebagainya." "tantan\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nAmomum xanthophlebium." "tantang I\nmenantang\n mengajak berkelahi (berlawan dan lain-lain), mencabar;\ntantangan\n1.\n ajakan berkelahi (berperang dan lain-lain), cabaran;\n2.\n sesuatu (unsur, faktor, dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), cabaran:\naku ingin menghasilkan insan berkualiti yang mampu menghadapi ~ zaman;\n penantang\n1.\n orang yang menantang;\n2.\nark tantangan." "tantang II\n[Minangkabau] tentang;\nmenantang\n1.\n menghadapi, menentang:\nbeliau berdiri ~ ketuanya; \n2\n.\n melawan, membantah, membangkang:\ndia tetap ~ saran itu dengan tegas;\n tantangan\n1.\n bandingan, imbangan, lawan;\n2\n. \nperbuatan menantang, bantahan, perlawanan;\n3\n. \ndarihal, perihal, tentang;\n tentang." "tante\n[Indonesia-Belanda] emak saudara, mak cik." "tanti I\n[arkaik] nanti." "tanti II\n[Minangkabau] tampal daripada kain benang emas yang dijahitkan pada tepi baju perempuan atau seluar (sebagai perhiasan);\nbertanti\n memakai tanti." "tanur\n[Arab] tempat memasak, keran, perapian;\n \n~\n \ntinggi \nperapian tempat memasak kapur (bijih besi dan lain-lain)." "tanwin\n[Arab] tanda baca berbaris dua, sama ada berbaris di atas, di bawah atau di hadapan, yang terletak pada akhir sesuatu perkataan Arab." "tanya\n1.\n permintaan keterangan (penjelasan dan lain-lain):\n tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; \n2\n. \n[bahasa percakapan] = \nbertanya\n: \npada siapa boleh saya ~ tentang hal ini;\n~ jawab \nsoal jawab, temu ramah, wawancara;\n \ntanda ~ \ntanda soal (?);\nbertanya\n meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dan lain-lain):\nmaka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya;\n~ tahu \nbertanya meskipun sudah tahu;\n \ntumpang ~ \n[bahasa percakapan] kata hormat sebelum meminta keterangan kepada orang lain;\n \nmembunuh tiada\n \n~\n [sastera lama] membunuh orang dengan tiada izin raja;\nbertanya-tanya\n berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dengan yang lain:\nsaya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura;\n bertanyakan\n bertanya berkenaan sesuatu, meminta keterangan mengenai sesuatu:\nmaka aku pun ~lah hal negeri itu;\nmenanya 1. = menanyai\n bertanya kepada:\nseorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; \n2.\n = \nmenanyakan\n meminang, melamar:\ndisuruhnya orang tuanya ~ gadis itu;\n menanyai\n bertanya untuk mengetahui sesuatu, bertanya kepada, bertanya untuk memeriksa:\ntukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya;\n menanyakan\n1.\n bertanya tentang sesuatu kepada, meminta keterangan tentang sesuatu kepada:\ntemuilah doktor untuk ~ apakah berpenyakit atau tidak; \n2\n. \nmeminang, melamar;\nmempertanyakan\n menimbulkan pertanyaan, mempersoalkan:\nkaryanya tidak mengandungi implikasi yang secara radikal ~ peranan penulis;\n tertanya-tanya\n1.\n kehairan-hairanan, dalam kebimbangan:\nia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; \n2\n. \nasyik bertanya, selalu bertanya:\nanaknya yang dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru;\n pertanyaan\n1.\n perihal bertanya, permintaan keterangan;\n2\n. \napa yang ditanyakan, soalan:\nCikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yang kedua; \n3\n. \nki persoalan, masalah:\nmaka timbullah ~-~ kepada seluruh bangsa Melayu;\n~ keliling \nberbagai-bagai pertanyaan yang dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dan lain-lain;\npenanya\n orang yang bertanya (menanyai, menanyakan)." "tanzil\n[Arab] apa yang diturunkan oleh Tuhan (seperti al-Quran dan lain-lain), wahyu;\n \nilmu ~\n ilmu yang diberi khusus kepada rasul-rasul untuk disampaikan kepada umat mereka;\nmentanzilkan\n menurunkan (al-Quran dan lain-lain):\nayat-ayat al-Quran yang ditanzilkan di Mekah;\n tanzilan\n (sesuatu) yang ditanzilkan:\nayat-ayat\n \n~\n." "Taoisme\najaran agama dan falsafah yang berdasarkan doktrin Lao Tze (pada abad ke-6 SM) yang menganjurkan agar manusia menjalani kehidupan yang sederhana dan jujur, bertindak sesuai dengan kehendak alam, dan sebagainya." "tapa I\nusaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, kekebalan, dan lain-lain) dengan cara berpantang makan, mengasingkan diri dan lain-lain;\n \n~\n \nsongsang \ntapa dengan bergantung di dahan kayu (dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah);\nbertapa\n1.\n mengasingkan diri di tempat yang sunyi dan lain-lain (untuk memperoleh kesaktian, kekebalan dan lain-lain):\nmaka kakinya diikatnya, kepalanya ke bawah, dengan demikian dua belas tahun lamanya ~ ;\n2\n. [bahasa percakapan] menjalani hukuman penjara;\n3\n. [kiasan] lama tidak keluar (tidak menampakkan diri);\nmempertapakan\n hendak memperoleh sesuatu dengan jalan bertapa;\npertapaan\n1.\n perihal bertapa;\n2\n. \ntempat (orang) bertapa;\npertapa\n orang yang bertapa, ajar-ajar, resi." "tapa II\n[Minangkabau] [arkaik];\ntahan ~\n tidak berasa sakit kalau dipukul (kebal), tahan pukul." "tapa III\ntapah." "tapa-tapa\nhirisan ikan yang dibubuh garam dan dikeringkan;\n \ndaging ~ \nsejenis dendeng (seperti daging salai, daeng, dan lain-lain)." "tapah\n1.\n sejenis ikan darat, \nWallago ottu; \n2\n. \nsejenis ikan darat, \nWallago tweedier;\n~ lemban \nsejenis ikan darat, \nOmpok bimaculatus." "tapai I\nsejenis penganan yang dibuat daripada beras pulut (ubi kayu dan lain-lain) yang dimasak dan dicampur ragi;\n \nrosak ~ kerana ragi \n(peribahasa) pekerjaan yang dibuat dengan tidak cukup hati-hati itu jaranglah jadi sempurna;\nmenapai\n1.\n membuat tapai;\n2.\n membubuh ragi, meragi;\npenapaian 1. = petapaian\n sejenis periuk besar tempat membuat tapai;\n2\n. \n(Kimia) penguraian benda organik oleh hidupan halus (seperti kuman dan ragi)." "tapai II\ntapaian\n [arkaik] tempayan." "tapai III\n[arkaik];\nkucing ~ \nkelinci." "tapak I\n1.\n bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak;\n2\n. \n= \n~\n \nkaki \nbekas kaki, jejak kaki;\n3\n. \nlangkah:\nbelum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dari belakang;\n4\n. bahagian sebelah bawah dari sesuatu, dasar:\n~\n \npiramid;\n5\n. [kiasan] asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;\n~\n \nani \nbahagian alat tenun yang dihubungkan oleh belebas;\n \n~\n \nbangunan \ntanah tempat membina bangunan;\n \n~\n \nbesi \nladam pada kuku kuda (kasut dan lain-lain);\n \n~ binaan \ntempat akan didirikan bangunan dan sebagainya;\n \n~ cangkir \nalas cangkir;\n ~ catur \npetak-petak pada papan catur;\n \n~\n \ncindai \ncorak selirat yang cerah (pada kain);\n \n~ itik\n [Kedah] roda besi pada traktor membajak sawah yang menghasilkan corak seperti tapak itik apabila digunakan untuk membajak sawah;\n \n~ jalak \ntanda palang yang hujungnya bercabang;\n \n~\n \nkadam \nbekas pijakan kaki;\n \n~\n \nkaki \na) telapak kaki;\n b) bekas pijakan kaki;\n \n~\n \nkasut \nalas kasut;\n \n~ kedidi \nsejenis corak membubuh papan untuk dinding rumah;\n \n~\n \nkek \nbangku tempat duduk (pada alat tenun):\n~ kuku \ntelapak kaki kuda;\n \n~ lawang \ncembul pada buah manggis;\n \n~\n \nrata \n[Indonesia] telapak kaki yang tidak lekuk-lekuk;\n \n~\n \nrumah \ntanah tempat mendirikan rumah;\n \n~ semaian \ntempat menyemai benih atau menanam anak pokok;\n \n~\n \nsulaiman \ngambar bintang yang bersegi enam;\n \n~\n \ntangan \na) telapak tangan;\n b) [Indonesia] tandatangan;\n \n~\n \ntukul \nkesan melakukan sesuatu;\n \ntengah ~ bayang \ntengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala);\n \ntiga ~ bayang-bayang \nwaktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;\ncium ~ tangan, berbaukah atau tidak \n(peribahasa) lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain;\n \nkecil ~ tangan nyiru saya tadahkan \n(peribahasa) menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;\nsetapak\n1.\n sebesar tapak tangan;\n2\n. \nsepanjang tapak kaki:\nalamat akan jauh lakinya yang selama ini belum pernah bercerai dengan dia barang ~ jua; \n3\n. \nki selangkah:\n~\n \ndemi ~ dia undur;\n~ jangan lalu, ~ jangan surut \n(peribahasa) tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian;\ntapak-tapak\n sejenis lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;\nbertapak\n1.\n mempunyai tapak, ada tapaknya:\nkon yang ~ bulat; \n2\n.\n berjejak, berpijak, melangkah:\nseolah-olah kakinya tidak ~;\n~ maju \nmelangkah maju;\n3\n. \nmendapat tempat untuk melakukan sesuatu dan lain-lain:\nDatuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita\n;\n4\n. bermula (melangkah dan sebagainya) daripada sesuatu pangkalan (dasar, asas, dan sebagainya), menjadikan sesuatu asas (dasar dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dan sebagainya);\n5\n. = \nbertapakkan\n mendapatkan sokongan dr:\npemerintahan yang ~ kehendak rakyat; \n6.\n [Melaka] teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dan lain-lain):\n Kamal dan keluarganya itu orang ~;\nmenapak\n1.\n memijakkan kaki pada, mengenakan kaki pada:\nkakinya ~ tanah; \n2\n. \nmengukur dengan tapak (kaki atau tangan);\n3\n. \nmelangkah:\ndengan langkah yang tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk;\n4\n. mengikut jejak (binatang dan lain-lain);\n5.\n berjalan kaki:\ndia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak;\n menapaki\n menyelidiki, mengusuti;\nketapakan\n = \n~\n \nbalai \n= \ntapakan\n [sastera lama] tempat kehormatan di balai penghadapan:\nbentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli;\npertapakan\n1.\n pelan yang menunjukkan susunan bahagian-bahagian daripada sesuatu;\n2\n. \nasas kedudukan, tempat bertapak (untuk melakukan sesuatu dan sebagainya):\nsementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dalam ekonomi pasaran." "tapak II\n~ burung \nsejenis tumbuhan (herba), rumput belangkas, \nMullugo pentaphylla: ~ kuda \nsejenis tumbuhan (pokok di tepi pantai), \nIpomoea pescaprae;\n~ leman \n= \n~ sulaiman \nsejenis tumbuhan (pokok renek), bersih hitam, tutup bumi, \nElephantopus scaber; \n(akar) ~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok), akar serau malam, pokok fatimah, \nPhyllagathis rotundifolia; \nakar ~ kerbau \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), kupu-kupu, \nBauhinia spp.; \n(pokok) ~ harimau\n = \ndaun ~ badak \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pokok daun seredang, daun buka nafsu, \nTrevesia cheirantha." "tapak III\n~ kasut \nsejenis ikan laut, \nEchineis naucrates;\n~ sulaiman \nsejenis binatang laut (berbentuk seperti bintang), \nAsterias rubens." "tapal I\nsejenis ubat cair yang disapukan pada perut;\n \n~ gigi \nubat gosok gigi." "tapal II\n~ kuda\n ladam kuda." "tapal III\n~ batas \nsempadan (negeri, daerah, dan lain-lain), batas:\nilmu hendaklah diakui, tidak mengenal daerah atau ~ batas." "tapang I\n[Jakarta] sejenis balai-balai daripada kayu, tempat duduk-duduk daripada kayu dan lain-lain." "tapang II\nsejenis tumbuhan (pokok), medang sampang, mempelam rimba, \nArtocarpus gomeziana; \n2\n. sejenis tumbuhan (pokok), \nKoompassia excelsa." "tapau\n[Cina] [bahasa percakapan] = \nmenapau\n membungkus (makanan dan sebagainya) untuk dibawa pulang dan sebagainya:\nramai yang ~ untuk dibawa pulang." "tapaut\n[Jakarta] beza, selisih;\n= tepaut." "tapelak\nkain alas meja." "tapestri\ndewangga." "tapi\n[bahasa percakapan] tetapi;\nbertapi-tapi\n memberi alasan untuk menolak, berdalih, berhelah:\n tak usahlah ~, esok kau boleh pergi ke sekolah." "tapian\n[Minangkabau] tepian." "tapih I\nsejenis kain panjang (yang dipakai oleh orang perempuan);\nbertapih\n memakai tapih, bertutup (badan) dengan tapih." "tapih II\nsalut pada sarung keris jawa." "tapin\n~ batu \nsejenis tumbuhan (pokok renek), gelembur hantu, kayu meroyan, kemesak, mawai, melokan (air), tempung, \nCroton griffithii." "tapioka\n[Indonesia-Belanda] tepung ubi kayu." "tapir\nsejenis binatang liar, tenuk, \nTapirus indicus." "tapis I\n1.\n alat untuk menapis;\n2.\n [bahasa percakapan] menapis;\nbertapis\n (telah) ditapis:\nair yang belum ~;\n menapis\n1.\n menuras dengan saringan (barang yang cair seperti minyak, air minum, dan lain-lain), menyaring:\n air yang digunakan di situ telah dibersihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; \n2.\n meneliti serta memilih-milih (untuk mengasingkan yang dikehendaki daripada yang tidak dikehendaki), menyaring:\nia perlu ~ maklumat yang berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yang dapat diterima;\ntapisan\n1.\n sesuatu yang sudah ditapis, hasil daripada menapis;\n2. = penapis\n alat untuk menapis sesuatu:\n~ minyak;\n penapisan\n1.\n perbuatan menapis:\n~ minyak;\n~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatankuasa; \n2.\n (Undang-undang) pemeriksaan yang dibuat terhadap bahan terbitan, filem dan sebagainya dengan tujuan untuk menghalang penyebaran atau pengeluaran bahan yang boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau membahayakan keselamatan;\npenapis\n1.\n alat untuk menapis, penyaring:\nkaca atau filem yang berwarna itu dinamakan ~ warna atau ~ cahaya; \n2.\n orang (badan dan sebagainya) yang menapis:\ndalam negeri kita ini, ada Lembaga P~ Filem, sebuah badan yang bertugas untuk menapis filem yang hendak ditayangkan." "tapis II\nsejenis tumbuhan (pokok), lenggapus, \nMesua ferrea." "taptibau\nsejenis burung, burung tetabu, \nEurostopodus temminckii." "taptu\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n bunyi semboyan pada waktu malam (untuk memanggil perajurit-perajurit pulang ke asrama);\n2\n. berbaris dengan iringan muzik pada waktu malam." "tapu I\n[Minangkabau] penuh." "tapu II\n[Terengganu] mengampu dengan tapak tangan:\nhati-hati, bakul ini berat, kamu hendaklah ~ supaya tidak pecah." "tapuh\nsejenis tumbuhan (herba), jenjuang, juang-juang, lenjuang, \nDracaena congesta." "tapuk I\nbertapuk-tapuk\n bertimbun-timbun dengan banyaknya, berlonggok-longgok (hutang, benda, dan lain-lain)." "tapuk II\nbertapuk-tapuk\n bopeng, berbakat (bekas penyakit cacar)." "tapuk III\ntampuk I." "tapuk IV\n[Jawa];\nmenapuk\n menampar muka, menempeleng." "tapuk V\n[Minangkabau];\ntepuk I." "tapuk VI\nbertapuk\n berselindung supaya tidak kelihatan, bersembunyi:\ndia ~ di bilik mandi." "tapung I\n[Minangkabau] serbuk yang lumat dan halus (kerana ditumbuk dan lain-lain), tepung;\nmenapung\n menumbuk (beras dan lain-lain untuk dijadikan tepung), menepung." "tapung II\nbaju ~ \nsejenis baju (bugis) yang panjang dan sempit." "tapus\nsejenis tumbuhan (pokok, kayunya baik untuk perkakas rumah), buah perah, perah kokong, kedui, \nElateriospermum tapos." "tar I\nkuih ~ \nsejenis kuih." "tar II\nbunyi seperti bunyi cemeti." "tar III\n1.\n = \nminyak ~ \nbenda cair yang hitam warnanya dan didapati daripada arang batu dan lain-lain (biasanya digunakan untuk membuat atau melapisi jalan dan lain-lain);\n2.\n [Indonesia] asfalt;\n \njalan ~\n jalan yang dibubuh asfalt." "tar IV\n[Terengganu] sejenis rebana kecil yang digunakan dalam permainan rodat." "tara I\n1.\n sama (kedudukannya, keadaannya, dan lain-lain), bandingan, imbangan:\nanak raja itu terkenal sebagai ahli bermain pedang yang tidak ada ~nya; \nbukan ~nya \nbukan tandingnya (imbangannya);\n \ntiada ~nya\n tiada bandingannya (toloknya);\n 2.\n [sastera lama] sama dengan (taraf, kedudukan, peringkat):\nmaka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah;\n setara\n1.\n sama (besarnya, kuatnya, dan lain-lain), sejajar:\nkelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dengan kelakuan pemuda-pemuda lain yang ~ dengannya; \ncincin intan dua ~ \nsebentuk cincin dengan berpermatakan dua intan yang sama besarnya;\n2.\n sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dan lain-lain), sedarjat, setaraf:\nmaka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Diraja;\n3.\n sepadan, setimbal, seimbang:\nusahanya tidak ~ dengan hasilnya; \ngajinya tidak ~ dengan kerjanya;\n4.\n sebanding, setanding, selaras:\ntaraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dengan yang telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat;\nmenyetarakan\n menjadikan setara (sebanding, seimbang, setimbal, dan lain-lain);\npenyetaraan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menyetarakan;\nkesetaraan\n perihal (keadaan dan sebagainya) setara;\nketidaksetaraan\n perihal (keadaan dan sebagainya) tidak setara (tidak seimbang);\nbertara\n ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal:\nanak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pada zaman itu;\ntertara\n terbandingkan, ternilai, tertandingkan:\nbarang siapa yang berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yang tidak ~\n;\npenara\n \nbukit ~ \ntanah rata di atas bukit (seperti ditarah rupanya)." "tara II\nselisih atau perbezaan berat kasar dengan berat bersih, potongan harga barang (dalam kiraan peratus) sebagai ganti pembungkusnya." "tara III\n[Minangkabau] sejenis alat daripada kayu yang berpaku untuk menggaris kayu;\n \nmelampaui ~ \nmelampaui garis (aturan, ukuran)." "tara IV\n[Terengganu];\nmentara\n (seseorang) yang mengangkat dan menghidang makanan." "taraf\n1.\n tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan:\nperadaban mereka telah mencapai ~ yang tinggi; \n2\n. tingkatan kedudukan dalam masyarakat, martabat, darjat:\ndi pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menurut ~ masing-masing;\n3.\n batasan waktu, tingkatan masa, peringkat:\nmesyuarat itu masih pada ~ permulaan lagi;\n~ hidup \ntingkat kemewahan hidup;\n \n~ sosial\n kedudukan dalam masyarakat, darjat;\nsetaraf\n sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan:\ntiap-tiap calon mestilah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusanyang ~ dengannya;\n menyetarafkan\n1.\n menjadikan setaraf, menyamakan (darjatnya), menyetarakan (dengan), menjajarkan (dengan):\njawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dengan menteri; \nSijil Pelajaran Malaysia disetarafkan dengan Sijil Persekolahan Seberang Laut; \n2\n. menyepadankan dengan, menyesuaikan dengan:\ndia ~ keperluannya dengan pendapatannya;\n bertaraf\n mempunyai taraf (darjat, tingkatan):\nmasyarakat mereka masih ~ rendah; \nkita ini sebagai bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yang rasmi;\n menarafkan\n menentukan darjat (pangkat dan lain-lain):\npembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yang berbeza-beza;\n penarafan\n1.\n perihal atau perbuatan menarafkan:\n~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala;\n2.\n (Ekonomi) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dan sebagainya yang dibuat oleh agensi bebas dengan memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yang ditetapkan:\n~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut." "taragon\nsejenis herba berwarna hijau dan berbau harum yang daunnya digunakan sebagai perasa masakan, \nArtemisia dracunculus." "tarah\nrata (selepas dipepat, dirimbas, dan lain-lain);\n \n~ kasau \ndiasah supaya rata (gigi);\nbertarah\n sudah diratakan dengan beliung dan lain-lain (batang kayu dan lain-lain);\n \nsudah ~ berdongkol pula \n(peribahasa) [Minangkabau] setelah suatu perselisihan diselesaikan timbul pula perselisihan yang lain;\nmenarah\n meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dan lain-lain) dengan rimbas dan lain-lain:\ndia asyik ~ dan mengukir papan cengal;\n tarahan\n1.\n yang sudah ditarah;\n2.\n cara (kaedah) menarah;\npenarahan\n proses (kerja, perbuatan dan sebagainya) menarah:\n~ bukit itu dijalankan oleh sebuah syarikat yang membekalkan tanah merah;\n penarah\n alat untuk menarah." "tarak I\n[Arab]\n1.\n pengekangan hawa nafsu dengan bertapa (berpuasa, berpantang, dan lain-lain);\n2.\n [Minangkabau] tapa;\nbertarak\n1.\n mengekang hawa nafsu (dengan berpantang, berpuasa, dan lain-lain);\n2.\n [Minangkabau] bertapa, mengasingkan diri;\n3.\n [Minangkabau] berlama-lama di sesuatu tempat, lama menanti (menunggukan sesuatu);\npertarakan\n perihal bertarak, pertapaan." "tarak II\n[Johor];\nbertarak-tarak\n bergerak-gerak, tidak diam." "tarak-tarak\n[Perak] tanda (alamat) akan hujan." "taram I\n[Pahang] jerut, sira." "taram II\n[Pahang] dendam." "taram III\n~-temaram \n= \ntaram-taram\n tidak berapa terang, suram (bulan, bintang, muka), agak redup:\ntiba-tiba sinaran bulan yang indah permai di malam itu telah bertukar kelam ~-temaram, udara laut mulai bertiup dengan kencangnya." "taran\ngagang sesuatu alat (cangkul dan lain-lain), gandar, tangkai (pena dan lain-lain)." "tarang\nsangkar ayam, terak, petarangan." "taranum\n[Arab] kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu:\nkami akan mengadakan kelas ~; \ndengan adanya guru-guru pendidikan Islam, sekolah itu mampu melaksanakan program ~." "taras\n[Minangkabau] teras." "tarasul\n[Arab] (surat) tulisan tangan." "taratai\nteratai." "tarawih\n[Arab] = \nsembahyang ~ \nsembahyang sunat yang dilakukan pada malam hari dalam bulan Ramadan (selepas sembahyang Isyak);\nbertarawih\n melakukan tarawih:\nmalam ini mereka pergi ~ di surau." "tarbiah\n[Arab] pendidikan, pengasuhan;\nmentarbiahkan\n mendidik, mengasuh;\npentarbiahan\n perihal (proses, perbuatan atau usaha) mentarbiahkan:\nia seharusnya mengarah kepada ~ kelompok remaja yang berwawasan dan seimbang." "tarbil\n1.\n [sastera lama] sejenis busur untuk melontarkan anak batu (peluru daripada tanah liat);\n2.\n [arkaik] alat untuk melontar batu kerikil dan lain-lain, lastik." "tarbus\nsejenis kopiah yang tinggi dan diberi berjambul (dibuat daripada lakan merah), kopiah Turki;\nbertarbus\n memakai tarbus." "tarcis\n[Indonesia-Belanda] sejenis kuih, kek." "tarekat\nAr\n1.\n jalan;\n2.\n jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasawuf):\nilmu ~ \nilmu tasawuf, ilmu sufi (suluk);\n3.\n tatatertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan);\n4\n. perkumpulan penuntut ilmu tasawuf." "tarhim\n[Arab] bacaan doa atau ayat-ayat al-Quran yang biasanya dibaca sebelum masuk waktu solat Subuh;\nbertarhim\n membaca atau melagukan tarhim:\naku mudah terjaga apabila terdengar suara orang ~ dari masjid itu." "tari\n= tarian\n gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik;\n~ gambus \nsejenis tari yang diiringi oleh gambus dan rebana;\n \n~ inai\n = \n~ piring \ntari dengan menggunakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis);\n \n~ keris (sewar, sikin) \ntari dengan memainkan keris (sewar, sikin);\n \n~ kipas \ntari dengan memainkan kipas;\n \n~ payung \nsejenis tari dengan menggunakan payung;\n \n~ sapu tangan \ntari dengan melambai-lambaikan sapu tangan;\n \n~\n \nselendang \ntari dengan memakai selendang;\n \n~\n \nserimpi \nsejenis tari yang dipertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo);\nmenari, bertari\n [arkaik] melakukan tari dengan mengikut muzik:\nkakak Ramlah sedang ~\n,\n sedang berlatih ~\n;\n~\n \ndi ladang orang \n(peribahasa) bersuka-suka memakai harta orang lain dengan tidak mengingat kerugian orang itu;\n \n~\n \nyang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat\n = \nsebab tiada tahu ~ dikatakan tanah lembap \n(peribahasa) sebab tidak tahu membuat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yang salah atau tidak cukup;\nmenari-nari\n melompat-lompat (kegirangan dan lain-lain), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (seperti gerakan menari);\nmenarikan\n1.\n melakukan sesuatu tari, menari dengan sesuatu tari:\nmaka pendekar pun menghampiri lalu ~ inai serta memukul rebana lagu ceracap ini; \n2\n. menggerak-gerakkan (jari-jari) dengan pantas dan lancar (seperti gerakan menari):\nperbuatan ~ jari-jari di atas meja semasa bercakap dan lain-lain;\n tari-tarian, tari-menari\n bermacam-macam tari:\npada malam itu telah diadakan suatumajlis~\n;\ntertari-tari\n [sastera lama] menari-nari:\nkijang dua ekor itu datang ke hadapan rumahnya terlompat-lompat dan ~;\n penari\n orang yang pandai menari, tukang tari, anak tari:\ndia seorang ~ joget." "taridra\ndrama yang dipersembahkan dalam bentuk tarian." "tarif\n1.\n cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang, terutamanya yang diimport;\n2.\n senarai harga tetap seperti sewa bilik, makanan, perkhidmatan, dan sebagainya yang dikenakan oleh sesebuah hotel;\n3.\n skala bayaran bagi membekalkan sesuatu perhidmatan awam seperti elektrik dan gas:\n~ elektrik." "tarik\n[bahasa percakapan] = \nmenarik\n~ layar \nmenaikkan layar;\n ~ muka dua belas \n[bahasa percakapan] tidak keruan air mukanya;\n \ndaya ~ \nkeupayaan untuk menarik;\nbertarik-tarik\n [bahasa percakapan] bertarik-tarikan;\nbertarik-tarikan\n saling menarik antara satu sama lain;\n \n~ tali\n [Indonesia] melatih tenaga (menguatkan badan) dengan menarik tali;\nmenarik\n1.\n menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dan lain-lain), menyentak, menyeret:\n~ perahu ke darat; \n2\n. [kiasan] mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dan lain-lain:\nkipas-kipas itu hendaklah dipasang supaya dapat ~ udara yang bersih dari luar masuk ke dalam bilik itu;\n3.\n = \n~\n \nhati \nmemikat hati:\npermainan yang sungguh istimewa dan ~;\n~ akar \na) mencabut akar;\n b) [Indonesia] mencari punca ganda dua seperti \u221a25 = 5, mengorak;\n \n~ balik \nmemanggil pulang (askar, wakil, dan lain-lain), mengambil balik, mencabut balik;\n \n~ bayaran \nmengutip (memungut) bayaran;\n \n~ bea \nmemungut bea;\n \n~ beca \nmengayuh beca;\n \n~ biaya \na) meminta atau memerlukan biaya;\n b) = \n~ ongkos \nbanyak makan ongkos;\n \n~ diri \nmeletakkan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dari perhimpunan dengan kemahuan sendiri;\n \n~ garis \n[Indonesia] membuat garis;\n \n~ hati\na) memikat (menawan) hati;\n b) menyukakan (menghiburkan, menggirangkan) hati kerana cantik dan lain-lain;\n c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dan lain-lain);\n d) = \nmenarik-narik hati\n mempengaruhi (menggoda) hati orang lain;\n e) = \n~ perhatian\n = \n~ minat \nmembangkitkan perhatian (minat) seseorang;\n \n~ hutang \nmenuntut atau menagih hutang;\n \n~ kembali \nmenarik balik;\n \n~ kepada diri\n memakaikan pakaian dan lain-lain kepada diri sendiri;\n \n~ keris (pedang dan lain-lain) \nmenghunuskan keris (pedang dan lain-lain);\n \n~ kesimpulan \nmembuat kesimpulan;\n \n~ keuntungan (untung) \nmengambil untung;\n \n~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) \nmulai bernyanyi (berlagu, berqasidah, dan lain-lain);\n \n~ langkah \na) melangkah (dalam pencak silat dan lain-lain);\n b) = \n~ langkah seribu \nmelarikan diri dari musuh dan lain-lain (kerana ketakutan);\n \n~ layar \nmenaikkan layar;\n \n~ loteri\na) membuka atau mengundi loteri;\n b) menang loteri (undian);\n \n~ modal \nmempelawa orang (negeri lain dan lain-lain) menanam modal;\n \n~ muka \n[bahasa percakapan] berubah air muka;\n \n~ muka dua belas \n= \n~ muka masam \n[bahasa percakapan] bermuka masam;\n \n~ muka panjang \nnampak perasaan kecewa pada air muka seseorang;\n \n~ mundur \nmenarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dan lain-lain);\n \n~ nafas \na) menyedut udara;\n b) = \n~ nafas panjang \nmengeluh, mengesah;\n \n~ nafas yang terakhir (penghabisan) \nmati;\n \n~ nyawa (jiwa) \nsudah hampir mati;\n \n~ ongkos\n banyak menggunakan belanja;\n \n~ otot \nkeras hati, tidak mahu mengalah;\n \n~ pajak (bea, cukai, yuran, dan lain-lain) \nmemungut atau mengutip (cukai dan lain-lain);\n \n~ panjang \na) menjadikan panjang;\n b) melanjuntukan sesuatu perkara ke mahkamah;\n \n~ suara \na) mulai menyanyi dengan suara yang nyaring;\n b) meninggikan suara;\n \n~ surat (tuan tentang \u2026) \n[Indonesia] merujuk surat (tuan tentang \u2026);\n \n~ surut \nmenghela surut, menarik mundur;\n \n~ tali \na) sukan yang mempertandingkan atau menguji kekuatan dua pasukan dengan menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yang bertentangan;\n b) [kiasan] pergelutan antara dua pihak untuk merebut sesuatu (hak dan sebagainya):\nhakikatnya, bekas suaminya masih bermain ~ tali dalam kes penjagaan anak itu;\n~ urat leher \nkeras hati, tidak mahu mengalah;\nditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak \n(peribahasa)\na) orang bodoh yang tidak mahu menurut bicara orang;\n b) orang yang suka mengacau di dalam sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula;\nmempertarikkan\n menyeret, menghela;\ntertarik\n1.\n sudah ditarik (dihela, diseret, diheret);\n2.\n [kiasan] berasa suka (ingin dan lain-lain) kepada, terhibur oleh, terpikat (hatinya) oleh:\nmemang banyak orang yang ~ oleh suara yang lemah lembut;\n tarikan\n1.\n sesuatu yang ditarik, hasil menarik;\n2.\n daya menarik, perihal menarik:\n~ bumi ke atas sesuatu benda yang berdekatan dengannya disebut berat benda itu;\n penarikan\n perihal atau perbuatan menarik;\npenarik\n orang yang menarik, alat (kuasa) yang menarik;\n \n~ beca \norang yang kerjanya menarik beca;\n \nbinatang ~\n binatang (kerbau, kuda, dan lain-lain) untuk menarik bajak dan lain-lain." "tarikh\n1.\n perhitungan tahun:\n~ Hijrah;\n~ Masihi; \n2.\n bilangan (angka) untuk menyatakan tahun:\n~ 1350 Hijrah;\n3.\n hari bulan dan tahun, tanggal:\n tiap-tiap surat mesti dibubuh ~\n:\n~\n \nbagi perundangan selanjutnya akan ditetapkan;\n4.\n kitab sejarah, riwayat, tambo, tawarikh:\nkitab ~ kerajaan Johor; \nahli ~ \nahli sejarah;\nbertarikh\n bertanggal, ada tarikhnya:\nsurat itu ~ 20 Mei 1960;\n mentarikhkan\n1.\n membubuh (menuliskan) tarikh;\n2\n. mencatat tarikhnya;\n3.\n menuliskan dalam buku peringatan (riwayat);\npentarikhan\n perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa:\nciri penulisannya mementingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yang dinilai;\n~ karbon \n(Kimia) kaedah menentukan usia objek organik yang sangat tua, misalnya tulang, kayu dan sebagainya melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dalamnya." "taring I\n1.\n gigi yang runcing dan tajam, caling, gigi asu, saing, siung;\n2.\n [kiasan] kekuasaan (keberanian, kekuatan dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu:\ndia tidak disegani lagi kerana dianggap sudah kehilangan ~nya;\n bertaring\n1.\n mempunyai taring, ada taringnya;\n2.\n berbentuk seperti taring:\nmisainya ~\n misainya tajam dan bentuknya seperti taring;\n3.\n ki mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dan sebagainya):\nbiarlah stesen televisyen lebih ~ daripada pihak penaja." "taring II\n~ pelanduk \na) sejenis ikan laut, \nEuxiphippos sexstriatus;\nb) sejenis ikan laut, \nPomacanthus annularis\n;\n c) sejenis ikan laut, \nChaetodontoplus septentrionalis." "taring III\n~ pelanduk \na) sejenis tumbuhan (pokok), gigi buntal, \nStemonurus capitatus; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), bunga tampang cina, medang beluluk, pokok ikan mati, tuba buah, \nDiospyros wallichii;\n c) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), gadung (lilin, mabuk), gadungan, sulur gadung, ubi akas, \nDioscorea hispida." "taripas\n[Brunei] sejenis burung, serindit, \nLoriculus galgulus\n." "taris I\nlantai (daripada simen dan lain-lain)." "taris II\nikat;\nmenaris\n mengikat dan membungkus." "tarkas, tarkasy\n[sastera lama] lubang tempat menyimpan anak panah:\n~ berisi anak panah." "tarsalgia\n(Perubatan) sakit pada pergelangan kaki dan tapak tangan." "tarsorafi\n(Perubatan) pembedahan untuk menjahitkan kelopak mata atas dengan sebahagian atau seluruh kelopak mata bawah bagi menutup atau memendekkan bukaan kelopak mata." "tart\n= \nkuih ~ \nsejenis kuih:\n~ nanas;\n~ epal." "tartan\ncorak yang berpetak-petak yang berbeza-beza lebarnya dan warnanya (biasanya dikaitkan dengan pakaian tradisi orang Scotland)." "tartar\nbahan keras (seperti kapur) berwarna kekuningan yang melekat pada gigi." "tartil\n[Arab] tertib dan mengikut hukum tajwid dalam bacaan al-Quran:\nsurah itu dibacanya dengan ~ serta diteliti tafsirannya." "tartir\n[Indonesia-Belanda] sejenis asid yang didapati daripada air buah-buahan yang masam (limau dan lain-lain)." "taru\n[Perak] riuh-rendah, bising, hingar:\nkamu semua janganlah membuat ~ sangat di sini." "taruh\n1.\n wang dan lain-lain yang dipasang dalam perjudian, tagan:\ntidaklah berani orang Kemboja melawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; \n2.\n cagaran untuk barang yang digadai dan lain-lain, sandaran, tanggungan:\ndiberikannya gelang emasnya sebagai ~\n;\n3.\n [bahasa percakapan] = \nmenaruh\n menempatkan, meletakkan, membubuh:\ntempat ~ basikal;\n4.\n [bahasa percakapan] = \nmenaruh\n menyimpan:\nsaya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya;\n~ beras dalam padi \n(peribahasa) menyimpan rahsia baik-baik;\n ~ mata \nmelihat, memerhatikan, mengawasi;\n \nada beras ~ dalam padi, ada ingat ~ dalam hati \n(peribahasa) kalau ada sesuatu cita-cita yang diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kepada orang sebelum dikerjakan;\n \ntidak dapat ~ muka\n malu melihat (dilihat) orang;\nbertaruh\n1.\n memasang taruh (dalam perjudian), bertagan:\nadakah orang hendak menyabung ~ begitu kecil? \n2.\n memastikan (menjamin) dengan membubuh taruh:\nsaya berani ~ mereka itu masih bersekolah;\n~ sirih \nmenghantar sirih untuk menempah bidan;\nbertaruhkan\n1.\n bertaruh (bertagan) dengan, memasang taruh dengan:\nmereka ~ wang; \n2\n. [sastera lama] menyerahkan supaya dididik, menyuruh memelihara, mengamanahkan, menitipkan:\nmaka Bendahara pun ~ anak raja itu kepada saudagar itu;\n bertaruhan\n saling memasang taruh (dalam perjudian), saling bertagan:\nmereka secara berkelakar ~ seorang dua puluh lima ringgit;\n menaruh\n1.\n meletakkan, menempatkan:\nada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; \n2.\n membubuh, menambah:\nlemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa;\n3.\n memberi atau membubuh (nama dan lain-lain):\nmaka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir untuk mengambil berkat nama bapanya;\n4.\n menentukan atau meletakkan (harga):\nharga yang ditaruhnya itu terlalu tinggi;\n5.\n memasang taruh, bertaruh:\ndia ~ lima ringgit dengan kawannya dalam perlawanan tinju itu; \n6\n. menyuruh simpan (bela, pelihara), mengamanahkan, menitip:\nmurid-murid boleh ~ basikal mereka di sini;\n7.\n menyimpan (wang dan lain-lain), menabung (wang), menanam (modal):\nmereka digalakkan supaya ~ wang di dalam bank tersebut; \n8\n. memelihara (binatang dan lain-lain), membela:\nadalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; \n9\n. memiliki, mempunyai:\nanakanda hendak mencari orang yang ~ burung borak;\n1.\n menyimpan (dalam hati), merahsiakan sesuatu:\ndia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia;\n1.\n mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dan lain-lain), mempunyai (minat, kepercayaan, dan lain-lain):\nada juga seorang dua yang masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; \n1.\n tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan:\nbagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?;\n~ bimbang \nberasa bimbang;\n \n~ dendam \nberperasaan dendam;\n \n~ fikiran\n mempertimbangkan;\n \n~ hati \nmencintai, suka kepada;\n \n~ kasihan \nberasa kasihan;\n \n~ keberatan \nberasa enggan;\n \n~ mata \nmelihat, memerhatikan;\n \n~ perhatian \nmemberi perhatian;\n \n~ syak \nberasa syak (curiga, waswas);\nmenaruhi\n1.\n menaruh (meletakkan, menyimpan, dan lain-lain) di;\n2.\n memasang taruh pada:\ndia ~ ayam putih itu;\n menaruhkan\n menaruh atau menyimpan untuk orang lain;\nmempertaruhkan\n1.\n menyuruh orang lain menyimpan (menyelenggarakan, menjaga, dan lain-lain), mengamanahkan (kepada), menitipkan:\nia hendak ~ anak cucunya kepada aku; \n2\n. menyerahkan (jabatan, pekerjaan, dan lain-lain) kepada:\nsudah tiba masanya untuk ~ jawatan itu kepada seorang yang lebih muda;\n3.\n mencagarkan, menggadaikan:\nkerismu itu cukup untuk dipertaruhkan dengan rialku seratus ini;\n4\n. memasang sebagai taruhan (dalam perjudian):\nraja itu ~ negerinya dalam persabungan;\n5\n. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dan lain-lain):\ndia sanggup ~ jiwanya untuk menjaga nama baik keluarganya; \n6\n. = \nmenaruh\n menanam modal (dalam pasaran saham):\ndengan ~ RM2000 dalam stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yang banyak; \ntaruhan\n1.\n = \npertaruh, petaruhan\n wang dan lain-lain yang dipasang dalam perjudian, tagan:\n50 sen sahaja ~ saya pada nombor 21\n;\n2.\n sesuatu yang disuruh simpan (selenggara dan lain-lain), titipan;\n3.\n cagaran, gadaian:\nadat orang\n \nberhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikuntukan;\n4.\n simpanan:\nwang ~ ;\n5.\n (barang) yang hanya dipakai untuk sesuatu upacara (seperti pesta, majlis perkahwinan, dan lain-lain):\nayuhai Kembang, inilah kain ~ beta;\n6.\n pengorbanan (nyawa dan lain-lain), sabungan nyawa:\ntermakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya;\n7.\n (anak) yang dicintai (dikasihi):\nsegala anak-anak dara ~ sekaliannya berterpaan hendak melihat Raja Zainal; \nanak ~; \ngadis ~ \ngadis pingitan;\n8.\n hadiah yang ditawarkan (kpada orang yang menangkap pengganas dan lain-lain);\npertaruhan\n1.\n perihal bertaruh;\n2. = penaruhan\n tempat menaruh, tabungan:\nbertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar daripada ~, kadang-kadang untuk belanja ke sekolah;\n3.\n simpanan, titipan;\nberpenaruhan\n [arkaik] berada, berharta, kaya;\npertaruh\n1.\n sesuatu yang dipertaruhkan (cagaran, tanggungan, dan lain-lain);\n2.\n titipan:\nadapun ~ akulah anak kita Hussain kepada Bendahara;\n3.\n nasihat (ajaran) yang baik;\n4.\n amanat, pesanan, wasiat:\nsegala ~nya itu dijalankan;\n petaruh\n orang yang bertaruh;\nberpetaruh\n1.\n memberi petaruh, menasihat;\n2.\n berpesan, berwasiat:\ndia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu." "taruk I\ntunas pada pokok (rumput dan lain-lain), pucuk (pada dahan, batang):\nsekalian itu memakan ~ kayu dan ikan kering;\n~ angsoka \n[sastera lama] telinga yang cantik molek;\n \nseumpama bunga di gaung batu, ~ kaca tangkainya embun \n(peribahasa) perihal gadis cantik terjaga dengan baik dan sangat susah hendak didekati;\nbertaruk\n ada taruknya, bertunas." "taruk II\n1.\n [bahasa percakapan] taruh;\n2.\n [bahasa kasar] pukul, godam, hentam;\nmenaruk\n [bahasa percakapan] menaruh." "taruk III\n[Brunei] ungu." "taruk IV\n~ manis \nsejenis tumbuhan (pokok renek), asin-asin, cekur manis, cekup manis, cermela hutan, \nSauropus androgynus." "tarum I\nsejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat nila), \nIndigofera suffruticosa;\n~ akar\n = \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), tarum hutan, \nMarsdenia tinctoria;\n~ batu \nsejenis tumbuhan (herba), \nLoxocarpus incana;\n~ hutan\na) = \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nMarsedenia tinctoria;\nb) sejenis tumbuhan (pokok renek), \nDidissandra frutescens." "tarum II\n[arkaik] biru tua, hitam:\nharimau ~ ; \npadi ~; \ntalang ~;\n dan lain-lain." "tarum III\nburung ~ \nsejenis burung, \nMonticola solitaria madoci." "taruna\n[bahasa percakapan] teruna." "tarung\nbertarung\n \n1.\n berlanggar, berhantuk;\n2\n. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dan lain-lain:\nsesudah ~ dengan raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga;\n3.\n berlawan (dalam perlawanan sukan dan lain-lain), bertanding:\nramai pelumba motosikal yang terkemuka dari Jepun akan ~ untuk merebut piala kejohanan tersebut;\n4\n. [sastera lama] berbantah, berdebat:\nkedua-duanya ~ di hadapan hakim;\nbertarungan\n berlanggaran, berbenturan;\nmenarung\n menyandung, melanggar, membentur, menyentuh;\nmenarungkan, mempertarungkan\n menjadikan bertarung, membenturkan, memperlagakan, mempersabungkan;\n~ nasib \nmengadu untung;\n \n~ nyawa (jiwa) \na) mempertaruhkan (mengorbankan) nyawa;\n b) berjuang bermati-matian dengan;\ntertarung\n1.\n terlanggar, terhantuk, tersandung, tersentuh:\nkakinya ~ pada batu; \n2\n. [kiasan] mendapat rintangan, tersandung;\nbaru dimulai sudah ~\n (peribahasa) baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan);\n \nkaki ~ inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya \n(peribahasa) hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat sesuatu harus berani menanggung akibatnya);\npertarungan\n1.\n pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan:\nketika itu berlakulah ~ yang mengerikan antara Awang dengan Bacuk;\n~ yang amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; \n2\n. perjuangan:\ndia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dalam ~ hidup; \n3\n. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dan lain-lain):\ndalam ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menyebelahi mana-mana pihak;\n penarung\n1.\n = \nbatu ~ \na) rintangan, halangan;\n b) sesuatu yang menyakiti hati;\n2\n. \n= kaum ~\n [arkaik] yang menjadi perintang, puak reaksioner." "tarup\n1.\n [Jawa] rumah sementara (beratap kajang dan lain-lain), pelampang, sengkuap;\n2\n. [arkaik] atap;\n3.\n ark rengkiang, lumbung." "tas I\nbunyi seperti bunyi letupan mercun (meriam, senapang, dan lain-lain)." "tas II\n[Indonesia-Belanda] tempat menyimpan surat (buku dan lain-lain) yang dibuat daripada kulit dan lain-lain;\n \n~ tangan \nbeg tangan (perempuan)." "tas III\n[arkaik] [sastera lama] cepat, lekas, segera." "tas IV\nsejenis tumbuhan (pokok), benak, biku-biku, buku-buku, medang tanduk (tijuk), sepauh, tampoi kelawar, \nKurrimia paniculata." "tasa\n[Minangkabau] sejenis gendang;\n tangsa." "tasai\nsejenis tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan riba, \nMuschocarpus lessertianus." "tasak\n= penasak\n ubat untuk menghentikan darah keluar dari luka dan lain-lain (penawar, jampi, dan lain-lain);\nmenasak\n menghentikan darah keluar (dari luka) dengan ubat tasak:\nmaka ditasaknya luka itu oleh tabib." "tasalsul\n[Arab] deretan yang bersambung-sambung, runtunan (keturunan, asal usul, dan lain-lain)." "tasamuh\n[Arab] kelapangan dada, keluasan fikiran, kesabaran:\nsemoga Allah menunjuki kita sekalian dan menerbitkan rasa ~ dan hormat." "tasawuf\n[Arab] ajaran (usaha, jalan) untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan;\n \nilmu ~\n ilmu suluk, ilmu tarekat, mistik;\n \nmengaji ~ \nmenuntut atau mengamalkan ilmu suluk (mistik);\n \norang ~\n orang yang menuntut dan mengamalkan suluk." "tasawur\n[Arab] pandangan, gambaran, konsep atau persepsi tentang sesuatu:\njika ditinjau dari segi ~ Islam, ternyata bahasa mempunyai fungsi yang besar dalam proses perkembangan tamadun Islam." "tasbih I\n[Arab]\n1.\n puji-pujian kepada Allah (dengan melafazkan Subhanallah);\n2\n. serantai manik (daripada batu dan lain-lain) seperti kalung untuk menghitung doa (zikir):\nia senantiasa membilang buah ~ sepanjang hari; \n3\n. rosario (dalam agama Kristian);\nsembahyang ~\na) sembahyang sunat yang dikerjakan dengan membaca tasbih sebanyak 75 kali pada setiap rakaat mengikut urutan (dalam agama Islam);\n b) berdoa dengan membilang buah tasbih (dalam agama Kristian);\nbertasbih\n membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian kepada Allah;\n \nmendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid dan berdoa;\n mentasbihkan\n memuji-muji Tuhan, membaca tasbih terhadap (Allah)." "tasbih II\nbuah ~\n = \npisang ~\n sejenis tumbuhan (herba), sebih, sigi-sigi, \nCanna orientalis." "tasdik\n[Arab] pengakuan atau pengesahan bahawa sesuatu itu benar (betul dan lain-lain), keyakinan, kepercayaan:\n~ dalam hati;\n mentasdikkan\n mengakui bahawa sesuatu itu sah." "tashih\n[Arab] pengesahan (pengakuan benar) sesebuah kitab dan lain-lain;\nmentashihkan\n mengaku atau mengesahkan sesuatu itu benar:\nayat ini telah ~ ayat dalam surah al-Baqarah." "tasik I\n1.\n kawasan air yang luas dan dikelilingi oleh daratan, danau;\n2.\n [sastera lama] laut;\n \nmenabur bijan ke ~\n (peribahasa) membuang-buang wang (waktu, tenaga, dan lain-lain) dengan sia-sia." "tasik II\n~ timbul \nsejenis tumbuhan (pokok renek), coreng atap, cucur atap, \nLeucopogon malayanus." "tasik-tasik\nsejenis tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput kucing, rumput talan, \nAdenosma capitatum." "taska\nakronim bagi taman asuhan kanak-kanak (iaitu tempat jagaan atau asuhan kanak-kanak kecil, terutamanya ketika ibu bapa mereka pergi bekerja dan sebagainya)." "taski\nakronim bagi taman asuhan kanak-kanak Islam." "taslim I\n[Arab] perihal menyerah diri kepada perintah Tuhan, kepatuhan kepada perintah Tuhan;\nmentaslimkan\n menyerahkan." "taslim II\n[Arab] pemberian hormat, penghormatan, persalaman." "tasrif\n[Arab] (Linguistik) perubahan bentuk kata kerja;\nmentasrifkan\n mengubah bentuk kata kerja." "taswir\n[Arab]\n1.\n gambaran, lukisan;\n2.\n [kiasan] pidato untuk menggambarkan (menghuraikan) sesuatu." "tasyahud\n[Arab] lafaz dua kalimah syahadah semasa duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir dalam solat." "tasydid\n[Arab] tanda dalam tulisan Arab untuk menyatakan bunyi huruf yang berangkap, sabdu." "tasyhid\n[Arab] pengucapan kalimah syahadat, pengakuan beriman;\nmentasyhidkan\n mengakui, menyaksikan." "tasyrih\n[Arab];\nilmu ~\n ilmu urai, anatomi;\nmentasyrihkan\n menguraikan, mengupas." "tasyrik\n[Arab];\nhari ~ \nhari yang kesebelas dan kedua belas serta ketiga belas dalam bulan Zulhijah." "tat I\ntart." "tat II\n~ sat \n[Kedah] baru sebentar." "tata\n\u2013 \nawalan asing\n peraturan, acara, kaedah, susunan, sistem, misalnya \ntataacara \ndan\n tataetika." "tata I\nperaturan, acara, kaedah, susunan, sistem;\nmenata\n mengatur, menyusun;\npenataan\n penyusunan, pengaturan;\npenata\n orang yang menata sesuatu:\nkami bertindak sebagai ~ tarian dan penyumbang idea." "tata II\n[bahasa percakapan] selamat tinggal atau selamat jalan (biasanya diucapkan oleh kanak-kanak sambil menggamit):\nPak Man mendengar dua orang budak itu menyebut ~, ~ ketika motokar meninggalkan rumah itu." "tataacara\n1.\n susunan acara, agenda;\n2\n. [arkaik] proses dalam perbicaraan (mahkamah)." "tataadab\nadat sopan santun, budi bahasa yang baik, basa-basi." "tataayat\nilmu mengenai susunan kata dalam ayat, sintaksis." "tatabahasa\npengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu;\nketatabahasaan\n (hal) yang berkaitan dengan tatabahasa:\nkertas bahasa Malaysia hendaklah menekankan aspek ~." "tatabuku\nilmu menyimpan kira-kira, urusan menyimpan kira-kira (dalam perniagaan dan perdagangan)." "tatacahaya\nsistem pencahayaan dalam penggambaran filem, pementasan dan sebagainya untuk menghasilkan efek tertentu:\nkesan ~ kelihatan biasa dan kurang membantu menimbulkan suasana yang ceria;\n penatacahaya\n orang yang ahli dalam mengendalikan tatacahaya, terutamanya untuk penggambaran filem, pementasan dan sebagainya:\nnilai artistiknya akan lebih tinggi sekiranya ~ berjaya memanipulasikan warna." "tatacara\n1.\n adat istiadat;\n2.\n adat resam;\n3\n. \ncara dan peraturan, prosedur:\n~ pembentukan istilah;\n~ permohonan." "tataetika\nperaturan pergaulan, budi bahasa." "tatafonem\n(Linguistik) ilmu mengenai bentuk kata." "tatah I\n[Jawa] pahat;\nmenatah\n memahat;\ntatahan\n hasil memahat, pahatan;\n \n~ negara \nark corak dan susunan negara." "tatah II\n~ mutia \nbarang kemas yang dihiasi dengan permata dan lain-lain;\nbertatah, bertatahkan\n [sastera lama] dihiasi dengan permata, berhias dengan permata dan lain-lain:\nmaka diberi baginda persalin pakaian keemasan bertatahkan ratna mutu manikam;\nmenatah\n [sastera lama] menghiasi dengan (permata, intan, dan lain-lain), mengikat (memasang) permata dan lain-lain pada:\nmaka terkembanglah payung kerajaan yang kekuningan berumbaikan emas dikarang ditatah dengan intan pudi manikam." "tatah III\n[Minangkabau] tatih;\ntatah-tatah\n belajar berjalan (kanak-kanak), bertatih-tatih;\nmenatah\n berjalan (kanak-kanak), menatih." "tatah-tatah\n[arkaik] desas-desus, khabar angin." "tatahukum\nperaturan-peraturan dan cara-cara mengenai hukum (dalam sesebuah negara)." "tatai\n[arkaik];\nbertatai-tatai\n berderet-deret dengan teratur." "tatakalimat\nilmu mengenai susunan ayat, sintaksis." "tatakan\n[Jawa] lapik (cawan, gelas, dan lain-lain)." "tatakata\nilmu mengenai susunan kata." "tatakerja\nperaturan (sistem dan sebagainya) bekerja." "tatakrama\n[Jawa] adat sopan santun dan budi pekerti yang baik, tataadab, basa-basi." "tatal I\nsuban yang tipis daripada kayu yang diketam (ditarah dan lain-lain), sempak yang tipis-tipis:\nmaka disuruh buka oleh baginda, maka dilihatnya ~ bergulung seperti subang;\n~ ketam\n tahi ketam, serutan." "tatal II\nmenatal\n (Komputer) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur;\npenatalan\n perbuatan atau proses menatal (berkenaan (dengan) paparan teks pada skrin paparan)" "tatal III\ntertatal\n [arkaik] terhimpit;\n tetal." "tatalaku\nsistem atau peraturan perilaku peribadi seseorang individu, kumpulan dan sebagainya:\nnovel ini mampu menghiburkan dan memberikan kesan positif kepada ~ pelajar itu sendiri; \nbeliau sendiri tidak mengelak daripada ~ yang penuh displin seperti ini." "tatanama\nsistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian nama-nama istilah dan sebagainya berdasarkan kod atau asas-asas tertentu:\npedoman khusus untuk peristilahan ~ kimia serta daftar nama dan lambang unsur kimia." "tatanan\n[Jawa] [arkaik] aturan, sistem, susunan, tatatertib." "tatanegara\nsusunan dan bentuk pemerintahan negara;\n \nhukum\n \n~\n undang-undang mengenai susunan dan peraturan negara;\n \nilmu ~\n ilmu mengenai tatanegara;\nketatanegaraan\n hal yang berkaitan dengan tatanegara (seperti politik dan lain-lain)." "tatang\nmenatang, bertatang\n [sastera lama] membawa sesuatu di atas tapak tangan, menating, menayang:\nseorang budak lelaki belasan tahun keluar dari dalam ~ sedulang kopi hitam;\n~ setahun hujan di langit, air laut masakan tawar\n (peribahasa) nasihat yang baik itu tidak akan dapat mengubah kejahatan yang besar;\n \nditatang bagai minyak yang penuh \n= \nseperti ~ minyak yang penuh \n(peribahasa) sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurnanya;\n \nditatang di anak lidah \n(peribahasa) sangat kasih kepada anak isteri;\ntatangan\n [kiasan] sokongan:\ndia sentiasa memerlukan bantuan orang dan ~ orang." "tataniaga\n= ketataniagaan\n urusan pentadbiran perniagaan (perusahaan dan lain-lain)." "tatap\nmenatap\n \n1.\n memerhatikan dengan teliti, memandang dengan sungguh-sungguh:\nia ~ wajahnya puas-puas di cermin; \ntiap-tiap kepala berita yang berhuruf kasar ditatapnya dengan hati-hati; \n2\n. memandang, merenung, merenungi:\ndia ~ kembali anaknya yang riang bermain itu;\ntatapan\n1.\n hal atau hasil menatap, pandangan:\nbapa mengubah duduknya serta menatap muka ibu, satu ~ yang membawa pengertian yang dalam; \n2\n. sesuatu yang ditatap, pandangan, renungan:\nmenjadi\n \n~\n \norang ramai;\n bertatapan\n saling menatapi satu sama lain:\nmata kami ~;\npenatap\n orang yang menatap(i)." "tatapan\n[arkaik] [sastera lama] tetampan." "tatapraja\npentadbiran (pemerintahan) negara;\nketataprajaan\n perihal pentadbiran negara." "tatar I\nmenatar\n mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain);\npenataran\n proses (usaha, kegiatan, dan sebagainya) menatar:\nkursus ~ hendaklah diadakan dari semasa ke semasa;\npenatar\n orang yang menatar, pembimbing (pengajar dan sebagainya) dalam penataran;\npetatar\n orang yang mengikuti atau menjalani kursus penataran;\ntatar II\n [Minangkabau];\nmenatar\n membidik." "tatarajah\n1.\n susunan pelbagai bahagian atau unsur sesuatu menjadi rupa bentuk atau rajah tertentu:\n~ bagi unsur-unsur ini ditunjukkan dalam Jadual 63; \n2.\n (Komputer) kaedah penyambungan dan kandungan komponen yang terdapat dalam sesuatu sistem pada satu-satu ketika." "tatarakyat\nilmu berkenaan bagaimana orang hidup dalam sesuatu masyarakat, sivik." "tatarias\nusaha (cara dan sebagainya) mengatur atau menyusun hiasan untuk sesuatu yang akan dipertunjukkan, cara dan sebagainya menghias sesuatu (seperti muka, rambut, dan lain-lain)." "tatasuria\n[Indonesia] sistem cakera suria (matahari)." "tatasusila\nadat sopan santun dan budi pekerti yang baik." "tatatertib\nperaturan-peraturan yang mesti dipatuhi, disiplin." "tatatingkat\nhierarki:\nsalah satu peraturan ialah wujudnya ~ dalam hubungan antara individu dalam sesebuah keluarga." "tataurusan\ncara dan peraturan untuk mengurus sesuatu, sistem pengurusan:\n~ syarikat itu akan disusun semula." "tatausaha\nurusan pentadbiran negara;\npenatausaha\n orang yang mentadbirkan tatausaha." "tatera\nburung ~\n sejenis burung, ayam pegar, \nLophura ignita rufa." "tatih\nbertatih-tatih, tertatih-tatih\n \n1.\n berjalan selangkah demi selangkah dengan huyung-hayang (kanak-kanak yang mulai belajar berjalan);\n2.\n [kiasan] baru mencuba-cuba berusaha (perniagaan dan lain-lain), baru belajar:\norang Melayu yang dengan modal sekelumitnya baru hendak ~ dalam bidang perniagaan;\n menatih\n memimpin kanak-kanak untuk belajar berjalan." "tating I\nmenating\n membawa (mengangkat) sesuatu di atas tapak tangan, menatang, menayang;\nmenatingkan\n mengangkatkan sesuatu di atas tapak tangan, menatangkan:\nmaka Poniemlah yang menyenduk, sedang yang ~ ke muka ialah Mariatun;\n tatang, tayang I." "tating II\n1.\n sejenis renda hiasan yang disirat daripada benang:\nbenang itu disirat-siratnya menjadi ~; \n2.\n proses membuat renda hiasan secara menyirat-nyirat benang dengan menggunakan cuban." "tatkala\nketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu):\n~ itu anak miskin itu pun masuklah." "tatu I\ntanda pada badan yang dibuat dengan melarik dan mencucuk dan memasukkan warna, cacah;\nbertatu\n memakai atau mempunyai tatu, bercacah:\nkedua-dua belah lengan penjenayah yang ditembak mati itu didapati ~." "tatu II\npertunjukan muzik dan kawat oleh anggota-anggota keselamatan (polis, tentera, dan sebagainya)." "tau I\n[bahasa percakapan] tahu." "tau II\ndaun ~\n sejenis tumbuhan (palma), \nLivistona tahanensis." "tau III\nhuruf yang ke-19 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol T, \u03c4" "taubat\n1.\n sesal akan dosa (perbuatan jahat dan lain-lain) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi:\n~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi seperti yang telah lalu; \n2\n. kembali kepada Tuhan (dengan meninggalkan perbuatan dan lain-lain yang dilarang dan membuat apa-apa yang disuruh), kembali atau pindah agama kepada agama yang dianggap benar:\ndahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula;\n~ nasuha \ntaubat (rasa kesal) yang sesungguhnya;\n 3\n. [bahasa percakapan] sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera:\n~, aku tak pergi lagi; \n4.\n kata seru untuk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dan lain-lain):\n~, ~, bodoh benar budak ini!\n bertaubat\n1.\n menyesal dan berazam memperbaiki diri, mengaku salah, berasa serik;\n2\n. kembali kepada Tuhan atau agama;\nmenaubatkan\n1.\n membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kepada Tuhan);\n2\n. menjerakan, mengalahkan." "tauci\n[Cina] sejenis makanan Cina, sejenis bubur daripada ikan." "taucu\n[Cina] sejenis makanan yang dibuat daripada kacang kedelai putih (soya) dengan garam." "taufah\n[Arab] lalai, alpa, cuai, malas. \ntaufan\n angin ribut, badai." "taufik\n[Arab] panduan dan pertolongan (Allah):\nkami meminta kepada Tuhan supaya memberi ~ dan hidayat kepada cikgu." "tauge\n[Cina] sejenis sayur dari kecambah kacang hijau." "tauhid\n[Arab] keesaan atau ketunggalan (Allah);\n \nilmu ~ \nilmu berkenaan keesaan Allah;\n \ndengan ~ hati \ndengan sepenuh-penuh hati, dengan bulat hati;\n \nkuat ~nya \nkuat kepercayaannya (imannya) yang Allah itu esa;\nmentauhidkan\n1.\n mengakui bahawa Tuhan itu esa (satu);\n2\n. mengesakan, menyatukan, menumpukan hati, memusatkan (hati);\nketauhidan\n yang berkaitan dengan tauhid, tauhidiah;\n \nilmu ~\n ilmu tauhid." "tauhidiah\n[Arab] (mengenai) keesaan Tuhan." "tauhu I\n[Cina] sejenis makanan yang dibuat daripada pati kacang kedelai (soya)." "tauhu II\npucuk ~ \nsejenis sayuran kering dari kacang kedelai (soya)." "tauk\n[Kedah];\nmenauk\n1.\n membuang (melemparkan, mencampakkan) sesuatu;\n \n~ langkah \nmengangkat langkah, melangkah;\n \n~ sauh\n mencampakkan sauh;\n2\n. menangguk ikan." "tauke\n[Cina] tuan punya badan perniagaan (kedai dan lain-lain), peniaga, saudagar:\n~ Cina tempat aku membeli kipas." "taukua\n[Cina] tauhu." "taul\n[arkaik];\nmenaul\n menambat pengayuh (dayung) pada birai perahu, menggantungkan sauh pada birai perahu." "tauladan\nteladan." "taulan\nkawan, teman, sahabat, rakan, handai." "tauliah\n1.\n pelantikan menjadi wali (wakil dan lain-lain), surat pelantikan (menjadi wali, wakil, dan lain-lain):\nbilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua kampung, mana ~nya?\n 2\n. surat kuasa (sebagai wakil dan lain-lain), surat kepercayaan;\nbertauliah\n mempunyai tauliah, ada tauliahnya:\nhanya amil-amil yang ~ sahaja yang boleh menerima zakat daripada orang ramai;\nmentauliahi\n memberi tauliah kepada;\nmentauliahkan\n memberi tauliah, memberi kuasa:\nadalah yang berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;\npentauliahan\n penyampaian (pemberian) tauliah:\n teman wanitanya tidak dapat bersamanya di majlis ~ pegawai kadet itu." "taun I\n[bahasa percakapan] tahun (masa)." "taun II\n1.\n = \npenyakit ~\n sejenis penyakit muntah-muntah dan selalu buang air, kolera:\nseorang lagi diberitakan telah mati akibat ~ dalam tempoh dua puluh empat jam yang lalu; \n2\n. musim penyakit menular, hawar, wabak." "taung\n[Jakarta];\nmenaungi\n menyelubungi, meliputi (awan dan lain-lain)." "taup\nbertaup\n \n1.\n menjadi rapat (benda yang renggang), bertemu rapat (bibir dan lain-lain):\nmatanya ~ rapat, tetapi bibirnya terbuka sedikit; \n2\n. melekat menjadi satu, berlekatan:\ntangkai-tangkai stamen itu ~ bagi membentuk salur stamen;\ntaut I." "taur\n[Minangkabau] [arkaik];\nmenauri\n menebus;\ntauran\n tebusan." "Taurat\n[Arab]\n1.\n kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa:\nTuhan telah menurunkan kitab-kitab seperti ~ kepada Nabi Musa, Injil kepada Nabi Isa, Zabur kepada Nabi Daud, dan Quran kepada Nabi Muhammad; \n2\n. hukum Nabi Musa yang dianut oleh orang Yahudi." "Taurus\nlambang kedua dalam zodiak, yang berlambangkan lembu jantan." "taut I\nbertaut\n \n1.\n menjadi rapat (berkenaan (dengan) sesuatu yang renggang, bercerai, luka, dan lain-lain), berkatup rapat-rapat:\n kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; \n2\n. bercantum, berpaut (pada, dengan):\n sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangannya diramas;\n~ tangan \nberjabat (berpegangan) tangan;\n3\n. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pada, dengan):\ncorong asap dari rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yang kelabu ~ dengan kabut pekat di udara; \n4.\n berpusat (pada, pandangan, dan lain-lain), bertumpu (pada):\nfikirannya ~ pada soal pelajaran;\n5.\n bertemu (sungai dengan sungai dan lain-lain):\nmata mereka ~ lagi, senyum masing-masing melebar;\n6\n. berhubungan (dengan), bertalian (dengan), berkaitan (dengan):\nkesihatan badan ~ rapat dengan kebahagiaan hidup;\n menauntukan, mempertauntukan\n1.\n menjadikan bertaut kembali;\n \nkaca dengan sekali banting dapat dihancurkan, tetapi mempertauntukannya kembali, tidak semudah itu; \n2\n. memperhubungkan (dengan), mempertalikan (dengan), mempertemukan:\nbilakah akan dapat dipertauntukan dan diperdekatkan perhubungan Amerika dengan Eropah; \n3.\n memusatkan (dengan), menyatukan (dengan):\nperintah itu bertujuan untuk ~ golongan-golongan antara manusia; \n4.\n menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pada;\n tautan\n hasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman:\n kesan yang negatif ini mungkin ada ~nya dengan kejadian yang lalu;\n pertautan\n perihal bertaut, perhubungan, pertalian:\npuisi adalah hasil ~ jiwa penyair dan alam di sekitar;\ntaup." "taut II\nsejenis tali kail untuk menangkap ikan:\nmaka di situ hendak ditahannya ~ itu." "tautofoni\n(Linguistik) pengulangan dua kata berima secara berdampingan, misalnya \nkuih-muih \ndan \nkaya-raya\n." "tautologi\n(Linguistik) pengulangan sesuatu idea (kata, ungkapan dan sebagainya) secara berlebihan tanpa pertambahan kejelasan maksudnya." "tawa\nperbuatan melahirkan rasa suka (dengan suara terkekeh-kekeh dan lain-lain):\nkuat sungguh bunyi ~nya;\n~ orang-orang yang sedang berseloroh itu kedengaran lagi; \nTuan Haji Fuad mendengar deraian ~ ratusan muridnya;\ntertawa\n melahirkan rasa suka (senang hati) dengan suara terkekeh-kekeh, gelak, tergelak:\nkemudian ia ~ kuat-kuat;\n~ kecil \nketawa yang tidak kuat;\n \n~ besar \n= \n~ terbahak-bahak \nketawa dengan keras dan nyaring;\nmentertawai\n1.\n tertawa terhadap;\n2.\n menghina, mengejek;\nmentertawakan\n1.\n ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan:\nmurid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yang ditertawakan oleh gurunya itu; \n2\n. tertawa terhadap sesuatu:\ndia ditertawakan kerana kelucuannya; \n3\n. tertawa kerana melihat sesuatu, mengejek, mencemuh:\nFakar ~nya menjadikan hatinya semakin marah; \ndia memutuskan tidak akan lari kerana takut ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup;\n tertawaan\n bahan ketawa:\nkelakuannya yang kebudak-budakan itu menjadi ~ orang\n.\nketawa\n tawa;\nmengetawai\n mentertawai;\nmengetawakan\n mentertawakan." "tawaduk I\n[Arab]\n1.\n merendahkan diri, tidak angkuh:\nantara sifat-sifatnya ialah sifat ~, tidak haloba kepada kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini; \ndengan khusyuk dan ~ \ndengan sungguh-sungguh (sebulat) hati;\n2\n. patuh, setia, taat (dalam mengerjakan sesuatu):\nsyahadan, ialah yang sangat ~nya akan Allah Subhanahuwataala." "tawaduk II\n[Arab] mengambil wuduk;\n wuduk I." "tawaf\n[Arab] mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat tertentu sambil berdoa (berkenaan (dengan) orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah):\npekerjaan yang berhubung dengan umrah, iaitu ~ dan sai;\n~ berpisah\n = \n~ widak \ntawaf yang dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji ketika hendak keluar meninggalkan Mekah;\n \n~ ifadat \ntawaf rukun dalam ibadat haji dan umrah;\n \n~ qudum\n = \n~ tiba \ntawaf kerana selamat tiba di Kaabah yang dilakukan oleh setiap orang yang baru masuk ke Mekah sebaik-baik sahaja tiba di sana;\n \n~ sunat \ntawaf biasa yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja;\n bertawaf\n melakukan (mengerjakan) tawaf:\nsedang saya ~ di Baitullah dalam orang bersesak-sesak tiba-tiba tangan saya dilanggar oleh orang perempuan yang sama-sama sedang melakukan tawaf." "tawajuh\n[Arab] penumpuan diri (akal, fikiran, perasaan) pada Allah;\n \nhati ~ \nhati yang dihadapkan kepada Tuhan;\nbertawajuh\n memusatkan (menumpukan, mengarahkan) segenap fikiran dan lain-lain pada Tuhan:\naku pernah pula mengunci diriku dalam kamar dengan tidak makan, tidak tidur, melainkan banyak berzikir ~\n." "tawak I\n[arkaik];\nmenawaki\n [sastera lama] melontari dengan batu:\nditawakinya rumah itu." "tawak II\n[arkaik];\nmenawakkan\n menggerakkan (bibir mulut), mengalihkan." "tawak-tawak\n[sastera lama] gong kecil untuk mengerahkan orang (supaya berkumpul dan lain-lain)." "tawakal\nberserah kepada Tuhan setelah berikhtiar, percaya dengan sepenuh hati kepada Tuhan (dalam penderitaan, kesusahan, dan lain-lain):\nfikirannya menjadi amat sabar, ~ dan menyerah; \nhabis akal baru ~ \nsesudah dijalankan ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kepada Allah;\nbertawakal\n berserah kepada Tuhan setelah berikhtiar, tawakal:\nmanusia hanya perlu berusaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin;\n ketawakalan\n keadaan tawakal:\n hal tersebut diandaikan sebagai suatu ~ kepada kekuasaan Allah." "tawan I\nmenawan\n \n1.\n menangkap atau menahan musuh dan lain-lain (dalam peperangan dan lain-lain):\nbapanya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; \n2\n. merampas dan lain-lain harta musuh, menjarah, merebut:\ntentera payung terjun dengan serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dari tangan musuh; \n3\n. = \n~\n \nhati \nki menambat (memikat, mempengaruhi, menarik) hati:\nwajah yang menarik dan budi bahasa yang ~ membuat Badrul ingin meneruskan persahabatan; \nbanyak dia berkorban untuk ~ hati gadis itu; \n4\n. menguasai:\nmereka sentiasa berusaha untuk ~ perhatian negara jiran;\n tertawan\n1.\n dapat ditawan (musuh, penjahat, dan lain-lain), tertangkap:\nanak raja Kelantan yang perempuan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka; \n2\n. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki:\ndengan ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dengan Filipina; \n3\n. = \n~\n \nhati \nki terpikat, terpedaya:\n telah ia memandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya;\n tawanan\n1.\n orang yang ditawan:\nia telah menjadi ~ musuh; \n2\n. apa yang ditawan (daripada musuh), rampasan, jarahan:\nbarang ~\n ;\n \n~\n \nkarang \n[sastera lama] barang-barang (kapal dan lain-lain) yang dirampas kerana terkandas di pantai;\npenawanan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menawan;\npenawan\n1.\n orang yang menawan;\n2\n. alat untuk menawan." "tawan II\nbertawan-tawan\n \nmenangis ~\n [sastera lama] menangis tersedu-sedu." "tawan III\nakar ~ hutan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat) akar larah (jintik), kedunak, pokok keldai, \nFissistigma mabiforme." "tawang I\n[Jawa], [sastera lama] ruang di antara langit dengan bumi, awang-awang." "tawang II\n[Jakarta] sejenis rantai leher daripada emas atau perak." "tawang-tawang\nsejenis serangga." "tawar I\n1.\n tidak berasa apa-apa (makanan, minuman, dan lain-lain), hambar, campah, tidak cukup rasa masinnya atau rasa manisnya:\nbeliau menuang air teh ~ dari teko; \n2.\n tidak masin (berkenaan (dengan) air di tasik dan lain-lain):\nair sungainya itu ~ sampai ke laut; \nair ~\na) air yang tidak masin;\n b) air biasa yang tidak dimasak;\n3.\n tidak manjur (ubat, guna-guna, mantera, dan lain-lain), tidak mujarab, tidak mustajab, hilang kekuatannya (tentang bisa, racun, dan lain-lain):\nsemua mantera dan jampinya ~ belaka; \n4.\n [kiasan] hilang minat, tidak girang (gembira), tidak berkemahuan, tidak bernafsu, dingin, hilang keberanian:\nhatiku ~ benar untuk berbual-bual lagi;\n5.\n hilang kemarahan, tidak marah lagi, sudah sejuk hati;\n6.\n tidak sedap (pada pendengaran dan lain-lain), tidak bersemangat (cerita, pidato, dan lain-lain):\npidatonya ~ dan tidak bersemangat;\n~-hambar (-mawar) \ntawar sekali;\n \n~ hati \ntidak bersemangat (berkemahuan) lagi;\n \n~ hebiak \n[Kedah] terlalu tawar (makanan) sehingga tidak terasa masin atau manisnya;\n \n~ ipuh \njampi untuk menghilangkan bisa ipuh;\n \njika secawan air ~ dibuangkan ke laut, bolehkah air laut itu menjadi ~? \n(peribahasa) bolehkah nasihat atau pertolongan yang sedikit itu menghilangkan kejahatan yang banyak (mengayakan orang miskin);\ntawar-tawar\n setawar, sitawar;\nmenawar\n menghilangkan bisa racun dan lain-lain (dengan jampi dan lain-lain):\ndigunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yang dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu;\nmenawari\n1.\n mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari:\nditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; \n2\n. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan):\ndia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengannya; \n3\n. menghilangkan (menyejukkan) kemarahan dan lain-lain, meredakan (kemarahan dan lain-lain):\nibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi;\n menawarkan\n1.\n menyebabkan (menjadikan) tawar;\n2\n. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dan lain-lain), menjampi supaya hilang kekuatan:\ndihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan; \n3\n. = \n~ hati \nmenjadikan tawar hati;\nketawaran\n perihal tawar;\npenawaran\n perbuatan menawar (menawari, menawarkan);\npenawar\n1.\n ubat dan lain-lain untuk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dan lain-lain):\ncarikan ~ untuk mengubati penyakitnya itu; \n2\n. mantera, jampi untuk menawarkan (penyakit dan lain-lain);\n3\n. (sesuatu) yang menyenangkan hati (yang duka), (sesuatu) yang menghilangkan atau mengurangkan perasaan sedih (dukacita dan lain-lain):\n~ rindu;\n~\n \nhati \nki orang (suami, isteri, anak, dan sebagainya) yang menyenangkan hati;\n \n~ jampi \nubat serabut daripada tumbuh-tumbuhan (paku pakis) untuk menahan darah keluar." "tawar II\n[bahasa percakapan] = \nmenawar; \nbidan ~\n bidan yang diundang (ditempah) terlebih dahulu, lawan bidan terjun;\n \nadat dagang, tahan\n \n~\n barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya;\nbertawar-tawaran\n tawar-menawar;\nmenawar\n1.\n menyebut harga (sewa dan lain-lain) yang berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu):\nsehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; \n2.\n meminta dikurangkan harga dan lain-lain yang ditetapkan oleh penjual:\nPak Dolah tidak ~ lagi, dia mengeluarkan duit dari dalam dompetnya dan membayar; \n3.\n menyebuntukan berapa kurangnya daripada harga yang diletakkan oleh penjual dan lain-lain:\nboleh ~ sedikit;\n tawar-menawar\n saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dan lain-lain):\ndengan tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu;\n \nkuasa ~ mereka lebih kuat lagi daripada seluruh kekuatan negara masing-masing;\nmenawari\n [arkaik] mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dan lain-lain):\nseorang pemuda yang sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya;\n menawarkan\n mengunjukkan (mengemukakan dan sebagainya) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dan lain-lain), menyatakan kesediaan memberikan dan sebagainya sesuatu (seperti pertolongan, khidmat, dan lain-lain):\nseorang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; \nkemudian dia sendiri duduk dan dengan santun ~ rokok kepada tamu-tamunya; \ndalam hal ini Persatuan ~ khidmat pada peringkat permukaan;\n tawaran\n1.\n harga yang dikemukakan oleh pembeli (penyewa dan lain-lain):\n~ dipelawa bagi menyewa gerai menjual minuman; \n2.\n sesuatu yang ditawarkan:\nmendengar ~\n \ngaji tinggi yang dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; \ndia menolak ~ orang tua itu untuk dijodohkan dengan seorang pemuda; \n3.\n sebut harga (upah) untuk membuat sesuatu:\n~\n \ndaripada pemborong untuk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;\n penawaran\n perihal menawar(kan):\nkedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dalam satu perjumpaan; \nsebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menyebabkan ~ beras dunia semakin berkurangan;\n penawar\n orang yang menawar, pemohon, pelamar." "tawarikh\n[Arab] (jamak bagi tarikh) sejarah, babad, riwayat, tambo;\ntarikh." "tawaruk\n[Arab] = \nduduk ~ \nduduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan dan telapak kaki kanan ditegakkan (ketika duduk membaca tahiyat akhir)." "tawas\nsejenis garam galian berwarna putih serta kelat rasanya." "tawassul\n[Arab] perihal berhubung dengan Allah SWT dengan mengamalkan ibadat khusus mahupun umum:\ndalam terminologi Islam, ~ bererti mendekatkan diri kepada Allah dengan mentaati dan beribadah kepada-Nya;\nbertawassul\n melakukan tawassul:\nIslam melarang ~ dengan menggunakan perantara yang ditegah oleh syarak." "tawes\n[Jakarta];\nikan ~ \nsejenis ikan darat, ikan lampam jawa, \nPuntius javanicus." "tawi\n[Negeri Sembilan];\nmenawi\n menebus barang gadaian." "tawon\n[Jawa] lebah." "taya\nmentua-~ \nkeluarga daripada pihak mentua." "tayamum\n[Arab] perbuatan menyapukan debu tanah yang suci pada muka dan dua tangan sebagai ganti wuduk kerana tiada air atau berlakunya halangan menggunakan air, misalnya sakit:\ndiwajibkan ~ sebagai ganti wuduk atau mandi bagi orang-orang yang sakit yang tidak dapat menggunakan air;\n bertayamum\n melakukan tayamum:\nada beberapa sebab yang membolehkan seseorang itu ~." "tayang I\nmenayang\n membawa di tapak tangan, menatang, menating;\nmenayang-nayang\n menunjuk-nunjukkan sesuatu;\nmenayangkan\n1.\n membawa atau menatang sesuatu:\nDolah ~ gelasnya yang berbusa;\n 2.\n mempertunjukkan, mempersembahkan (filem dan lain-lain):\nfilem yang ditayangkan di sana kebanyakannya filem yang tidak sesuai dengan jiwaku;\n tertayang\n telah ditayangkan, terbawakan, telah diperlihatkan;\ntayangan\n1.\n sesuatu yang ditayangkan;\n2.\n persembahan atau pertunjukan (filem dan lain-lain):\n hari itu ada ~ pagi cerita Melayu;\n~ perdana \npersembahan (pertunjukan) kali yang pertama (filem dan lain-lain);\npenayangan\n perihal menayangkan;\npenayang\n1.\n orang atau pihak yang menayangkan sesuatu (seperti filem dan sebagainya):\nnasib filem Melayu bukan sahaja terletak pada pembikinan, tetapi juga merangkumi pihak pengedar dan ~; \n2.\n alat untuk menayangkan sesuatu (seperti filem gambar dan sebagainya):\nskrin ~ filem digital." "tayang II\n[Pahang];\nmain ~ \nmain galah panjang, main tul." "tayar\nlingkaran getah yang dipasang di sekeliling roda (untuk mengurangkan getar);\n \n~ hidup\n =\n ~ angin \ntayar yang diisi dengan udara (angin);\n \n~ mati \n= \n~ padu \ntayar yang pejal (padat) dan tidak berongga;\n \n~ cadangan (ganti, simpan) \ntayar untuk mengganti tayar yang rosak." "tayuban\n[Indonesia] sejenis tarian." "tayum\n~-temayum \nmasa matahari terbenam." "tazkirah\n[Arab] ceramah ringkas tentang agama Islam sebagai peringatan:\nkau memberikan ~ sebagai perenungan dan pedoman untuk menghadapi hidup di bumi ini." "tazkirat\n[Arab] surat kebenaran, surat peringatan, catatan, memo." "Tb I\nsimbol kimia bagi terbium." "TB II\nkep tuberkulosis (penyakit batuk kering), tibi." "Tc\nsimbol kimia bagi teknetium." "TDC\n[kependekan] \nTourist Development Corporation\n (Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia)." "Te\nsimbol kimia bagi telurium." "teater\n1.\n bangunan yang di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dan sebagainya untuk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam;\n2.\n seni pentas:\nmereka membicarakan perkembangan ~;\nberteater\n bergiat dalam bidang teater:\n janganlah asyik ~ sahaja hingga mengabaikan tanggungjawab yang lain;\n penteateran\n segala hal yang berkaitan dengan teater:\n alam ~ menunjukkan bahawa budaya Malaysia bersifat pelbagai bangsa." "tebah I\nmenebah\n \n1.\n memukul sesuatu dengan barang yang pipih:\n~ air dengan dayung;\n~ dada \nmenampar-nampar dada (kerana marah, sedih, dan lain-lain);\n 2.\n membanting (padi):\npadi yang ditebah itu dilonggokkan di suatu tempat;\n penebah\n sesuatu yang digunakan untuk menebah:\n~ belakang." "tebah II\n[Kelantan];\nmenebah\n menangkap (belalang, lalat, dan lain-lain) dengan telapak tangan dan lain-lain." "tebak\nmenebak\n menarah (dengan kapak), menetak, memenggal;\n \n~ tanah \nmenggali tanah dengan cangkul." "tebak I\n[Jakarta];\nmenebak\n1.\n menjawab teka-teki, meneka:\n~ teka-teki;\n2.\n menduga, menelah, mengagak:\nsiapa dapat ~ apa yang kupegang ini?; \nmereka ~ saya akan datang hari itu;\n tebakan\n1.\n teka-teki;\n2.\n dugaan, telahan, tekaan." "tebak II\n[arkaik] sejenis alat untuk memecahkan batu, alabangka, linggis." "tebakang\nsejenis ikan darat, temakang, tembakang, \nHelostoma temmincki." "tebal I\n1.\n tidak tipis (barang yang berkeping-keping atau berhelai-helai, seperti kertas, papan, kain, buku, dan lain-lain):\nkertas ~; \nselimut ~; \ntilam ~;\n2.\n kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dan lain-lain):\ngaris ~; \nhuruf ~; \n3.\n padat (awan, kabus, dan lain-lain), tumpat:\nasap ~; \nawan ~; \n4.\n lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dan lain-lain):\nhutan yang ~; \nrambut ~; \nrumput di situ amat ~;\n5.\n teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dan lain-lain), banyak mengandungi atau berisi dengan (sesuatu), mendalam:\nia tahu betapa ~nya cinta suaminya terhadap dirinya;\n~ bibir \ntidak suka bercakap banyak;\n \n~ hati \nkeras hati;\n \n~ jangat = ~ kulit \ntidak tahu malu, tidak berperasaan;\n \n~ kantung \nbanyak wang (kaya);\n \n~ lidah \nsusah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah;\n \n~ muka \n= \nmuka ~\n tidak tahu malu;\n \n~ telinga \na) tidak menghiraukan (ejekan, makian, dan lain-lain orang);\n b) tidak tahu malu;\nmenebal\n menjadi tebal:\nhujan sudah berhenti betul, hanya asap sabut yang mula ~ semula;\n menebalkan\n1.\n menjadikan tebal;\n2.\n memperkukuh (iman, hati, kepercayaan, dan lain-lain), memperkuat, memperteguh:\nlawatan itu diadakan untuk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak;\n~ muka \nmenghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu;\n \n~ telinga \nmenekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dan lain-lain);\nmempertebal\n menjadikan lebih tebal." "tebal II\n~ bibir \nsejenis ikan laut, \nPlectorhyncidae;\n~ pipi \nsejenis ikan laut, \nPamadasys spp.;\n~ sisik \nsejenis ikan darat, \nPuntius binotatus." "teban\n[arkaik] = \ntebanan\n wang dan lain-lain yang ditagan (dalam permainan judi dan lain-lain), tagan, taruhan;\nmeneban\n bertaruh, bertagan (dalam perjudian), mencagarkan atau menggadaikan hasil (tanah, perniagaan, dan lain-lain)." "tebang I\nbertebang\n sudah dipotong (pokok kayu dan lain-lain);\nmenebang\n memotong pokok kayu dan lain-lain yang besar-besar:\nsegala pegawai mengerahkan rakyat menebas dan ~ segala kayu-kayuan;\n~ tebas\n = \n~ menebas \nmemotong segala jenis pokok untuk bercucuk tanam dan lain-lain;\n \nhendak ~ merebahkan, hendak mencencang memutuskan \n(peribahasa) [Minangkabau] hendak berbuat sesuatu dengan sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yang lain;\ntebangan\n1.\n hasil daripada menebang;\n2.\n apa yang ditebang;\n3.\n cara menebang;\npenebangan\n1.\n perihal menebang;\n2.\n tempat menebang (pokok kayu);\npenebang\n1.\n alat untuk menebang (seperti kapak, beliung, dan lain-lain);\n2.\n orang yang (kerjanya) menebang." "tebang II\nburung ~ mentua \nsejenis burung, burung torak, \nRhinoplax vigil." "tebar I\nI; \nbertebar, bertebaran\n bertabur(an) ke sana ke mari, berhamburan, berserak-serak, terserak-serak:\npengikut Wan Derus ~ di merata-rata pulau yang berhampiran; \nlari bertebaran \nlari lintang-pukang (tidak tentu arah, tidak keruan);\nmenebari\n menaburkan sesuatu pada, menghamburi;\nmenebar, menebarkan\n1.\n mencampakkan (jala dan lain-lain) supaya kembang atau terbentang:\nmaka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu;\n2.\n menaburkan (benih dan lain-lain), menghamburkan:\norang sudah ramai membuat kerja, ada yang ~ padi dan ada yang mencangkul; \n3.\n menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan;\n4.\n [kiasan] menjadikan meluas (merebak), memperluas:\napabila terjadi\n \nperselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu;\n5.\n = \nmempertebarkan\n menyiarkan (agama dan lain-lain) supaya berkembang;\n mempertebarkan kecek \n[Indonesia] menyiarkan khabar palsu;\ntertebar\n telah ditebarkan, terhambur, tersebar, terserak, tersiar, tertabur;\ntebaran\n sebaran, siaran, taburan;\npertebaran\n perihal bertebar:\npada masa itu ~ penduduk begitu jarang;\n penebaran\n perbuatan menebar:\ncorak ekonomi dan ~ sumber-sumber asli;\n penebar\n orang yang menebarkan, pengembang, penyiar:\nDemang Lebar Daun adalah seorang ~ asas demokrasi." "tebar II\n~ layar \nbahagian rumah berbentuk segi tiga yang menutupi ruang di antara dua kasau jantan yang bersilang." "tebas I\nbertebas\n sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil):\n semak-semak itu sudah ~;\n menebas\n memotong atau merambah pokok-pokok kecil:\nia disuruh ~ semak;\n~ hutan \nmenebang pokok-pokok dalam hutan, membuka hutan untuk bercucuk tanam dan lain-lain;\n \n~ jalan \nmerintis (membuat) jalan di hutan;\n \n~ menebang\n = \nmenebang ~ \nmenebang segala pokok (besar kecil), membersihkan daripada pokok-pokok:\nsetelah habis ~ menebang mereka menunggu untuk membakar pula;\n menebaskan\n1.\n [sastera lama] membersihkan daripada pokok yang kecil-kecil:\ntebaskanlah segala semak ini;\n2.\n menebas untuk;\n3.\n memarangkan, menetakkan:\nia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus;\ntertebas\n dapat ditebas: \naku yakin hutan itu akan ~; \ntebasan\n kawasan yang sudah ditebas, cerang, ladang: \nsebelum membakar ~ itu, ia melapor\u00ad\u00ad-kannya dahulu kepada polis;\npenebasan\n perihal (perbuatan, kerja dan sebagainya) menebas atau menebaskan: \n~ semak di bela-kang rumahnya itu masih belum selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar." "tebas II\n[Jawa]; \nmenebas\n memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi, dan lain-lain) sebelum dipetik atau dituai: \ndia ~ padinya; \nmenebaskan\n memborongkan hasil tanaman sebelum dipetik: \nsemua buah-buahan disusun-nya sudah ditebaskan kepada tauke itu; \ntebasan\n1.\n perihal menebas, pembelian hasil tanaman (sebelum dipetik);\n2.\n hasil daripada menebas." "tebat I\n1.\n tambak untuk menyekat pengaliran air, bendung, empang;\n2.\n tempat (kolam dan lain-lain) untuk memelihara ikan, kolam memelihara ikan, balung;\nmenebat\n1.\n membuat tebat pada sungai dan lain-lain, membendung, mengempang;\n2.\n membuat kolam ikan (di sungai dan lain-lain)." "tebat II\n1.\n salut (logam dan lain-lain yang mengalirkan arus elektrik) supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain;\n2.\n benda yang menyekat panas (dingin) keluar dari benda lain;\nmenebat\n menyalut (supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain):\nHenry ialah orang yang pertama sekali ~ dawai untuk gelung magnet;\n penebatan\n perihal menebat, penyekatan;\npenebat\n tebat:\n bahan-bahan berongga seperti kulit dan bulu adalah ~ yang baik." "tebeng I\n[Jawa] kajang (kain, layar, tikar, dan lain-lain) yang digunakan sebagai pelindung cahaya matahari dan lain-lain, pendinding:\n~ jendela;\n~ pintu; \nmain ~ \n[bahasa percakapan] menyembunyikan kejahatan (kesalahan);\nmenebeng\n memaparkan (kajang, layar, dan lain-lain) untuk pendinding, memampangkan (kajang dan lain-lain):\n bangsal itu ditebeng dengan kajang;\nmenebengkan\n membentangkan kain (tikar, permaidani, dan lain-lain) untuk dipertunjukkan;\n \n~ dada \n[sastera lama] memampangkan dada (ketika berlawan)." "tebeng II\n[Jakarta];\nmenebeng\n menumpang (makan, minum, membaca surat khabar, dan lain-lain) dengan tidak membayar wang." "tebeng III\nbertebeng\n bergunting rambut:\ndia sudah ~ untuk menambahkan ketampanan rupanya." "tebeng IV\n[Kelantan], [bahasa percakapan] memaksa-maksa diri untuk melakukan sesuatu." "tebengau\nsejenis tumbuhan (pokok renek), gambak yem, medang seminyak, \nEhretia timorensis." "tebera\nikan ~ \nsejenis ikan darat, tambera, temberih, \nLabeobarbus tambra." "teberau\nsejenis tumbuhan (rumput yang tinggi), tebu salah, \nSaccharum arundinaceum; \ntembarau" "tebing\npinggir sungai dan lain-lain yang tinggi lagi curam, lereng (gunung, bukit, dan lain-lain):\n~ yang tinggi; \nberarak ke ~ \n(peribahasa) orang yang berlumba-lumba melakukan sesuatu yang mendatangkan kecelakaan;\nmenebing\n menyerupai tebing, berbentuk seperti tebing (awan yang tinggi dan tebal)." "tebok\nmenebok\n meninju dengan sekuat-kuatnya, menggocoh, menumbuk." "tebolah\n[Kelantan], [bahasa percakapan] tidak senonoh (kelakuan, perbuatan, dan lain-lain)." "tebu\nsejenis tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yang menghasilkan gula, \nSaccharum officinarum; \njenis-jenisnya:\n~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, \ndan lain-lain;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat yang boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, \nAlbizzia myriophylla;\n~ kera \nsejenis tumbuhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), \nForrestia gracillis;\n~ salah \na) sejenis tumbuhan (rumput yang tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, \nSaccharum arundinaceum; \nb) sejenis tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, \nPhragmites communis; \nakar ~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), \nAcacia pennata;\n~ masuk mulut gajah \n(peribahasa) binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi;\n \n~ seruas berulat pula \n(peribahasa) anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya;\n \n~ setuntung masuk geraham gajah \n(peribahasa) pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tidak dihargainya;\n \nbertanam ~ di bibir\n = \ntanam ~ di bibir mulut \n(peribahasa) mengeluarkan kata-kata yang manis untuk memujuk (memuji dan lain-lain);\n \ndapat ~ rebah \n(peribahasa) mendapat keuntungan dengan tiada bersusah payah;\n \ndiminta ~, diberi tembarau \n(peribahasa) yang diminta dikabulkan tetapi kurang daripada yang diminta;\n \njangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga \n(peribahasa) jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yang jahat itu selamanya jahat;\n \nseliang bagai ~, serumpun bagai serai \n(peribahasa) (orang yang) seia sekata;\n \nseruas ~ yang berulat (sebatangnya dibuang) \n(peribahasa) [Minangkabau] oleh sebab seorang yang bersalah (dalam sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum;\n \nseperti ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang \n(peribahasa) tiap-tiap perkataan yang didengar dari mulut orang hendaklah dipilih yang baik daripada yang jahat;\ntebu-tebu\n1.\n ruas-ruas (berbentuk seperti ruas pada gelang dan lain-lain);\n2.\n gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lain);\nbertebu-tebu\n1.\n beruas-ruas;\n2.\n bergelang-gelang;\nbertebu-tebukan\n [sastera lama] menggunakan sebagai gelang-gelang (tebu-tebu):\n maka baginda pun menganugerahi akan Laksamana keris dari Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatahkan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat;\n menebu-nebu\n menjadikan (membuat) bertebu-tebu." "tebua\n[Kelantan], [Terrenganu] terbuka luas, ternganga:\nbetis dia ~ kena parang." "tebuan\nsejenis serangga yang bersengat (biasanya membuat sarang di pokok), \nGespa tropica;\n~ meminang anak labah-labah \n(peribahasa) jodoh yang tidak sepadan;\n \nsarang ~ jangan dijolok \n(peribahasa) jangan sengaja mencari bahaya (kesusahan);\n \nseperti ~ di dalam tukil \n(peribahasa) percakapan yang kurang jelas." "tebuk I\n1.\n lubang yang tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dan lain-lain);\n2.\n lekuk yang dalam (lubang lesung dan lain-lain);\n3.\n berlubang, tembus, tembuk;\nbertebuk\n (telah) ditebuk:\nbiasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung;\n menebuk\n membuat lubang pada, melubangi, menembusi, menggerek:\n~ lubang butang; \nkelapa ditebuk tupai \n(peribahasa) gadis yang telah hilang daranya;\ntebukan\n hasil daripada menebuk, lubang dan lain-lain yang telah ditebuk:\njalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit;\n penebukan\n perihal (kerja, proses) menebuk;\npenebuk\n alat untuk menebuk:\n~ gabus." "tebuk II\n~ seludang \nsejenis tumbuhan (herba), \nPolyangonum barbatum." "tebus guna\nmenebus guna\n menukar (gurun, paya, dan lain-lain) menjadi tanah yang sesuai untuk tanaman, bangunan, dan sebagainya;\npenebusgunaan\n penukaran (gurun, paya, laut, dan lain-lain) menjadi tanah yang sesuai untuk tanaman, bangunan, dan sebagainya." "tebus I\nbertebus\n (telah) ditebus:\nharta benda yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;\n menebus\n1.\n membayar wang untuk mendapatkan kembali barang-barang yang tergadai:\nbarang-barang yang digadai dahulu sudah ditebus;\n2.\n membeli kembali barang-barang (harta dan lain-lain) yang telah dijual:\nkau mesti mengumpulkan wang untuk ~ kembali segala harta ibu bapamu yang kaujual dahulu itu; \n3.\n membayar wang dan lain-lain untuk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dan lain-lain):\norang Quraisy ~ orang tawanan dengan harta benda yang dibayar kepada orang Islam; \n4.\n menukarkan cek dan lain-lain dengan wang di bank:\nhendaklah sekolah membuat perhubungan dengan bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini daripada guru-guru yang ~nya;\n5.\n [Indonesia] mengambil barang catuan dan lain-lain dengan menyerahkan kupon dan lain-lain;\n6\n. berbuat jasa (kebaikan dan lain-lain) untuk menghapuskan sesuatu kesalahan (dosa dan lain-lain):\ndia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya;\n7.\n membela kekalahan (kegagalan dan lain-lain), memulihkan kehormatan (nama baik dan lain-lain), menutup malu:\ndengan jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yang telah dialaminya dalam bulan September yang lalu; \n8\n. membalas jasa (budi, kebaikan, dan lain-lain) yang diterima:\ntiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak;\n9\n. menepati janji dan lain-lain yang telah dibuat, menunaikan (janji dan lain-lain);\n10\n. menyelamatkan (jiwa, nyawa, dan lain-lain) orang dalam bahaya;\n11\n. mengorbankan (jiwa, harta benda, dan lain-lain) untuk mendapatkan sesuatu:\nkejayaan beliau sekarang ini ditebus dengan pengalaman dan penderitaan hidup yang pahit; \n12.\n mengikat jamin (orang yang ditahan polis dan lain-lain):\nayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mahkamah untuk ~ Mak Jah;\n~ malu\n melakukan sesuatu untuk menutup malu;\n \n~ talak \nmeminta supaya diceraikan dengan membayar kembali mahar kepada suami;\ntertebus\n dapat ditebus;\ntebusan\n1.\n sesuatu yang ditebus;\n2.\n (wang dan lain-lain) untuk menebus:\nkalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yang besar;\n~ darah \nbela, tuntutan bela;\n \nhamba (orang) ~ \norang yang menjadi hamba kerana hutang, budak belian;\npenebusan\n perihal menebus:\nmaka banyaklah harta yang terkumpul hasil daripada ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;\n penebus\n1.\n orang yang menebus;\n 2.\n apa yang boleh atau yang digunakan untuk menebus:\ndarahnya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku; \ntaraf haji mabrur sahaja yang dapat menjadi ~ kepada segala dosa." "tebus II\n[arkaik] tembus." "tedak\n[Jawa] ark\n1.\n turun;\n 2.\n keturunan." "tedas I\n[Jawa] nyata, jelas, terang;\n \nhitam ~ \nhitam benar;\n \nmerah ~\n merah tua." "tedas II\ngelang-gelang atau lingkaran yang terpahat dan lain-lain timbul pada tiang." "tedeng\n[Jawa] benda yang digunakan sebagai pendinding (supaya tidak kelihatan dan lain-lain), tabir, tebeng;\n \n~ aling-aling \nki apa yang digunakan untuk menyembunyikan rahsia (perbuatan buruk dan lain-lain);\n \ndengan ~ aling-aling \ntidak dengan terus terang, dengan diam-diam (berselindung);\n \nmain ~ aling-aling(an) \nmelakukan sesuatu dengan sembunyi-sembunyi;\nbertedengan\n tidak dengan terang-terang, berselindung, bersembunyi-sembunyi." "teduh\n1.\n sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dan lain-lain):\nmaka ribut itu pun ~lah;\n2.\n sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan):\nteman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; \n3.\n terlindung daripada panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap:\njika kita berdiri di tempat yang ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; \n4.\n tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram:\nmatahari sudah mulai ~; \n5.\n [kiasan] aman, tenang;\n \nLautan T~ \nLautan Pasifik;\n \nlagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh \n(peribahasa) memilih yang sebaik-baiknya (memilih menantu dan lain-lain);\nberteduh\n1.\n berlindung daripada panas matahari (hujan, ribut, dan lain-lain), bernaung:\ntatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat;\n2.\n = \nberteduhkan (daripada)\n menjauhkan (daripada), melindungkan (daripada), memeliharakan (daripada):\nSurgiwa berteduhkan dirinya di bawah daun asam itu daripada hujan dan panas; \n3.\n menumpang tinggal, diam, duduk:\naku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku;\nhujan tempat ~, panas tempat berlindung \n(peribahasa) orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang banyak dalam segala hal;\nmeneduh\n [Jakarta] berteduh;\nmeneduhi\n melindungi, menaungi:\nanjung yang terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau;\n meneduhkan\n1.\n meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dan lain-lain);\n2.\n menjadikan terlindung daripada panas matahari:\ndia ~ basikalnya di bawah pokok yang rendang itu; \n3.\n membawa ke tempat yang teduh;\nketeduhan\n1.\n perihal teduh, keredaan, ketenangan, kelindungan;\n2.\n terlindung daripada hujan atau panas matahari:\nsudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula;\n peneduh\n sesuatu yang boleh menyebabkan terlindung daripada panas matahari, hujan dan sebagainya:\nsekitar masjid dihiasi dengan pokok ~ dan bunga-bungaan." "tedung\nular ~ \nsejenis ular yang amat bisa dan dapat mengembangkan tengkuknya, \nNaja spp.; \n(ular) ~ abu \nsejenis ular, \nNaja bungarus; \n(ular) ~ selar \nsejenis ular, \nNaja hannah; \nular ~ senduk \nsejenis ular, \nNaja tripudians; \nayam ~ \nayam sabungan yang merah tua bulunya serta hitam mata dan kakinya." "tega\ntidak menaruh belas kasihan, tidak peduli akan kesusahan dan sebagainya orang, sampai hati." "tegadas\nbedil ~\n sejenis bedil zaman dahulu." "tegah\nsesuatu yang tidak dibenarkan, larangan, lawan suruh (perintah):\ndengan jalan tafsir dapat mengetahui suruh dan ~, halal dan haram;\n~ larang(an)\n barang apa yang terlarang;\n \n~ suruh \nlarangan dan perintah;\n \nmenjauhkan (menghentikan) ~ \ntidak melakukan apa-apa yang terlarang;\nbertegah\n terlarang;\n \ntidak ~ \ntidak dapat dilarang, tidak terlarang;\nmenegah\n1.\n tidak membenarkan (melakukan sesuatu), melarang:\nIslam ~ seorang laki-laki berkhalwat dengan perempuan yang halal nikah dengannya;\n2.\n menahan (daripada melakukan sesuatu), mencegah, menghalang:\nmaka ditegah oleh Bendahara, tiada diberinya melawan;\n tegahan\n apa yang ditegah, larangan, sekatan:\ndi sana tidak ada ~ membuang sampah." "tegak\n1.\n berdiri:\nlambat amat ibu ~\n;\n2.\n lurus ke atas (garisan, tiang, sikap badan, dan lain-lain):\ndia berdiri ~; \n3.\n tidak berbengkang-bengkok, lurus, tepat (pandangan):\ngunakan benang halus dan jarum halus supaya ~ jahitannya; \n4.\n [kiasan] tetap tidak berubah, tetap teguh (pendirian dan lain-lain):\nmereka tetap\n \n~ dengan pendirian mereka;\n5.\n = \nsetinggi ~ \nsama tinggi dengan orang berdiri, sependiri;\n6.\n wujud dan berkembang (sesuatu yang abstrak):\nmereka menganggap bahawa agama itu ~ di atas sangkalan tersebut;\n~ cancang \ntegak lurus (letak telinga binatang dan lain-lain);\n \n~ damar \ntempat memasang damar;\n \n~ duduk \nsekejap berdiri sekejap duduk (gelisah);\n \n~ ekor \nmenunjukkan keberanian dan kegarangan masing-masing;\n \n~ tegun \ntegak dan tidak bergerak-gerak;\n~ pada yang datar \n(peribahasa) tetap berpegang pada kebenaran;\n \n~ sama tinggi, duduk sama rendah \n(peribahasa) dua orang yang sama darjatnya;\n \n~ seroman-roman, duduk serupa-rupa \n(peribahasa) dipandang rupa sebagai orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dalam masyarakat;\n \nyang ~ disokong, yang lemah ditopang \n(peribahasa) orang yang kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yang miskin patut dibantu pula;\nsetegak\n setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya);\ntegak-tegak\n1.\n sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dengan sungguh-sungguh;\n2.\n berdiri (duduk dan lain-lain) lurus-lurus:\nmereka itu disuruhnya berdiri ~ seperti askar; \n3.\n [kiasan] dengan terang-terang, dengan begitu sahaja, mentah-mentah:\ndihalaunya ~ sahaja agaknya; \nkapal musuh yang lengkap dengan senjata itu ditentangnya ~;\n bertegak; \n~ lutut \nduduk dengan lutut ditegakkan;\n \n~ nama \n[Minangkabau] berkenduri untuk memberi nama;\n \n~ penghulu \n[Minangkabau] merasmikan perlantikan penghulu;\nmenegak\n1.\n lurus ke atas, tidak condong atau miring:\nsesuatu garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini; \n2.\n bergerak dari satu tangga gaji dalam sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi dalam tangga yang sama dalam Sistem Saraan Baru (berkenaan (dengan) pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);\n menegakkan\n1.\n meletakkan berdiri tegak (tiang dan lain-lain), mendirikan:\n~ tiang;\n2.\n [kiasan] membina, membangunkan (rumah dan lain-lain), menubuhkan (persatuan dan lain-lain):\n~ rumah;\n~ perkumpulan; \n3.\n menjadikan (menyebabkan) tegak:\n~ bulu roma; \n4.\n mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dan lain-lain), memelihara atau mempertahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dan lain-lain):\nperjuangan untuk ~ bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan; \nberusaha untuk ~ keamanan dalam kawasan ini;\n5.\n memegang teguh (pada pendapat, pendirian, kebenaran, dan lain-lain), mempertahankan (pendapat dan lain-lain):\nTuhan sentiasa berada dengan kita dalam ~ kebenarannya; \n6.\n memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dan lain-lain), memperteguh;\ntertegak\n tiba-tiba berdiri tegak, terdiri:\nbeberapa minit kemudian kereta itu pun ~ di depan pejabat besar; \ndengan ~nya keadilan, seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undang-undang;\n ketegakan\n perihal tegak, kedudukan;\npenegakan\n perihal menegakkan;\npenegak\n1.\n sesuatu yang menegakkan (mendirikan), pendiri;\n2.\n orang (pihak) yang memperjuangkan sesuatu:\n~ kebenaran;\n sepertegak\n [Minangkabau] sepersalinan pakaian:\nsekarang dia hendak pulang, seperti sediakala juga, dengan nasi sebungkus dan kain ~." "tegal I\n[sastera lama] kerana, oleh sebab;\n \n~ itulah \noleh sebab itulah, kerana itulah;\n \nalah bisa ~ biasa \n(peribahasa) kalau selalu diperbuat pekerjaan itu hilanglah ketakutan dan kecanggungannya (pengalaman praktik lebih berguna daripada teori)." "tegal II\n[Indonesia] tanah kering (yang diusahakan), cerang, ladang;\ntegalan; \ntanah ~\n tegal." "tegal III\nsejenis ikan laut, \nMegalaspis cordyla." "tegang\n1.\n sering, cekang, kencang (tali, spring, dan lain-lain), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dan lain-lain):\ntali yang direntang itu mestilah ~;\n2.\n tidak lembut (rambut dan lain-lain), kaku, keras dan liat (daging, otot, dan lain-lain):\nsegala urat dan ototnya telah menjadi ~ dalam masa membuat senaman itu; \n3.\n sangat nyaring, keras, langsing (suara dan lain-lain):\n~ sahaja bunyi suaranya; \n4.\n [kiasan] tidak mesra (persahabatan dan lain-lain), bertentangan, genting (perselisihan dan lain-lain):\nhubungan antara Kemboja dengan Vietnam Selatan telah ~ sungguh; \nsuasana menjadi ~ \n;\n~-magang \nkeras dan liat;\n \n~-teguk \n[Perak], [bahasa percakapan] berkehendak sangat;\n~ dinanti kendur, keras dinanti lunak \n(peribahasa) untuk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak reda kemarahannya;\n \n~ yang berjela-jela, kendur yang berdenting-denting \n(peribahasa) pemerintahan yang baik, di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya;\n \nkendur mengusut, ~ memutus \n(peribahasa), [Minangkabau] perihal pentadbiran yang kurang baik (kelemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan);\nbertegang, bersitegang; \n~ (urat) leher \ntidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot:\naku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu;\n~ urat leher ~ buku lidah \n(peribahasa) tidak ada yang mahu mengaku kalah (dua orang dalam perdebatan);\nmenegang\n1.\n menjadi tegang:\nurat-urat\n \ndi wajahnya ~\n;\n2.\n merentang;\nmenegangi\n menarik supaya tegang:\ntegangilah kail itu;\nmenegangkan\n1.\n menjadikan tegang, menarik dan lain-lain supaya tegang, meregangkan:\nberapakah panjang spring itu jika tidak ditegangkan?;\n2.\n ki menjadikan genting (perhubungan dan lain-lain), meruncingkan (perselisihan):\nperistiwa yang berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut;\nmempertegang\n menjadikan lebih atau bertambah tegang;\ntegangan, pertegangan\n keadaan tegang;\n \n~ permukaan \n(Fizik) sifat permukaan cecair yang bertindak seolah-olah sebagai lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yang berada di permukaan);\nketegangan\n1.\n perihal atau keadaan tegang;\n2.\n pertentangan yang keras, kegentingan, keruncingan:\n~ politik Asia Tenggara sekarang akan dibincangkan selama empat hari;\npenegangan\n proses menegangkan sesuatu:\n~ dan pengenduran otot;\n penegang\n alat (bahan, ubat dan sebagainya) yang digunakan untuk menegangkan sesuatu (seperti tali, kulit, urat dan sebagainya):\nminyak gamat dijadikan ~ urat; \nsedak digunakan sebagai ~ kulit gendang." "tegap I\n1.\n kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan):\nbadannya masih ~, pandangannya masih baik;\n2.\n kuat, kukuh, teguh, utuh:\ngunakan meja yang ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja; \n3.\n kuat atau erat (ikatan dan lain-lain), kukuh (letak sesuatu dan lain-lain);\n4.\n [kiasan] kukuh (keadaan ekonomi atau politik dan lain-lain);\n \n~\n \nhati \nteguh hati;\n \n~\n \nsasa \n= \n~ tegun \n[sastera lama] tegap serta kuat;\nmenegapkan\n menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan:\n akar ~ berdirinya pokok; \npiutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri;\n ketegapan\n perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dan lain-lain)." "tegap II\nsejenis ikan laut, \nChirocentrus dorab." "tegar I\n1.\n tidak dapat dilenturkan, keras kaku;\n2.\n [kiasan] tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dan lain-lain), degil:\nmereka mempunyai pandangan yang ~;\n \n~ hati \n= \n~ tengkuk \ntidak mahu menurut (mengalah dan lain-lain), keras hati, keras kepala, degil;\n \n~ pelupuk mata \nberani;\n \ntanah ~ \ntanah kering yang keras;\nbertegar\n berkeras (berdegil dan lain-lain), berkeras hati;\nmenegarkan\n menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan;\nketegaran\n kekerasan hati, kedegilan:\n kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dengan ~ kerajaan Barat." "tegar II\n[Johor];\nmenegarkan\n \n~\n \nkemudi\n membelokkan kemudi (arah ke kanan) dengan kuat." "tegari\nsejenis tumbuhan (herba yang harum bau akarnya apabila dibakar), benjuang, ciciak, lenjuang benar, meroyan bungkus, senjuang, setagit, siak-siak, siak-siak basya (jantan), \nDianella ensifolia." "tegarun\n[arkaik];\nkain ~ \nsejenis kain sutera yang disulam dengan benang emas." "tegas\n1.\n jelas serta terang (kelihatan dan lain-lain), nyata:\ndengan suara ~ dan jelas ia berkata; \n2.\n tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat:\nhukuman yang ~ mestilah segera dijalankan; \n3.\n kata atau ujar (yang tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dan lain-lain):\nKerajaan akan melancarkan gerakan tentera untuk menghalau komunis-komunis keluar dari Danang, ~ beliau; \n4.\n = \n~nya \nmaksudnya, ertinya, jelasnya:\n~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;\n bertegas\n mengatakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (beria-ia) :\nraja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;\n menegas\n [arkaik] meminta penjelasan (keterangan);\nmenegaskan\n1.\n menerangkan, menjelaskan:\ndi dalam bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar nombor asas dalam kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; \n2.\n mengatakan (menyatakan) dengan tegas:\naku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; \n3.\n memberi ketentuan, memastikan, membenarkan:\nkedudukan yang sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yang berkuasa;\nketegasan\n1.\n perihal tegas, kejelasan, ketetapan:\ndia mengambil suatu ~; \n2.\n apa yang ditegaskan, keterangan:\nia terdiam mendengar ~ Wan Derus;\n pertegasan\n1.\n pembatasan erti, definisi, takrif;\n2.\n penentuan, pemastian;\npenegasan\n penjelasan (yang tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yang nyata):\nberilah ~ kepada aku sama ada engkau hendak pindah dari sini atau tidak." "tegel\n[Indonesia-Belanda] batu ubin (untuk lantai dan lain-lain)." "tegil\n[Jakarta] susuh ayam yang asli (lawan susuh buatan)." "teguh\n1.\n tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain):\njikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakuntukan ribut; \nkainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; \n2.\n [kiasan] kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dan lain-lain), rapat:\ndemikian sekali ~nya tali persaudaraan yang telah diikat antara orang Muhajirin dengan orang Ansar itu; \n3.\n [kiasan] tidak merosot (ekonomi dan lain-lain), kuat:\nkeadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dari segi kewangan mahupun barang-barang; \n4.\n tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dan lain-lain), tetap:\nbeliau mempunyai keazaman yang ~ dan kesanggupan yang kukuh untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup;\n~ hati\n = \nhati ~ \nkuat hatinya;\n \n~\n \nsetia\n tidak berubah-ubah kesetiaannya;\n \nyang ~ disokong, yang rendah ditindih \n(peribahasa) ketidakadilan;\nberteguh\n memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh);\n \n~\n \nhati \nmenguatkan hati, dengan teguh hati;\nberteguh-teguh, berteguh-teguhan\n \n~\n \njanji \nsaling menyatakan setia kepada janji;\nberteguhkan\n sl, \nmeneguhkan\n berpegang teguh (pada janji dan lain-lain);\nmeneguhkan\n1.\n menguatkan, mengukuhkan:\n~\n \nangkatan laut; \n2.\n menyungguhkan, mengesahkan:\nbeliau telah ~ kebenaran berita itu; \n3.\n berpegang teguh (pada janji), tetap memenuhi janji (kata-kata);\n~ janji \nmenepati janji;\n \n~\n \nsetia\n tetap setia;\nmemperteguh\n menjadikan lebih teguh, memperkuat:\nkita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita;\nketeguhan\n perihal teguh (hati, iman, dan lain-lain), kekuatan, ketabahan, ketetapan:\n~ hati dan ketabahan jiwa yang begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu;\n peneguhan\n perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan;\npeneguh\n sesuatu alat (unsur, fakta dan sebagainya) yang meneguhkan atau memperteguh:\n anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri." "teguk\nseteguk\n sebanyak yang ditelan sekali (air):\nminta air barang ~ dan nasi barang sesuap;\n meneguk\n minum (air, ubat, dan lain-lain), menelan (air):\nmereka ~ kopi masing-masing;\n tegukan\n sesuatu yang diteguk;\nketegukan\n [arkaik] tersedak, kesedakan;\ndeguk\n." "tegun\nbertegun, menegun\n berhenti sebentar:\n~ di pintu;\n tertegun\n tiba-tiba terhenti dan terdiam, berdiri tegak (tidak bergerak-gerak), terhenti (kerana hairan, terperanjat, memikirkan sesuatu, dan lain-lain):\n~\n \nsejurus ia di muka pintu kamar itu; \nyang bernyanyi ~ yang bercakap dan tertawa berdiam diri;\n tertegun-tegun\n sebentar-bentar berhenti, terhenti-henti, tertahan-tahan, terputus-putus:\nia melangkah, berjalan lambat-lambat disela-sela tempat yang telah diduduki orang, ~ sambil melayangkan mata kian ke mari." "tegur\n1.\n = \n~\n \nsapa\n kata-kata yang diucapkan untuk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah, dan lain-lain):\nterlalu baik budi bahasanya lagi dengan ~ sapanya; \n2.\n = \n~\n \najar \nkritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar:\nbarang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda;\n bertegur\n = \n~ sapa\n = \nberteguran\n saling menyapa, sapa-menyapa, berbual-bual:\ndua hari kami tidak ~; \ndia bangun dari kerusinya dan ~ sapa dengan teman-temannya; \nberteguran dahulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah\n (peribahasa) setelah dialami barulah diinsafi;\nmenegur\n1.\n = \n~ sapa \nmengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dan lain-lain), menyapa:\nmaka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; \n2.\n mencela, mencerca, mengkritik:\ntidaklah pula menjadi salah kepada seseorang pengarang yang ~ langkah-langkah kerajaan dengan secara patut dan sederhana; \n3. = menegurkan\n memberi nasihat, memperingatkan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar:\nsaudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda bebal; \n4.\n mengganggu (berkenaan (dengan) syaitan, hantu, dan lain-lain), merasuk:\nsakit ditegur hantu;\n meneguri\n menegur (seseorang), menyapa (seseorang);\nmenegur-neguri\n [Minangkabau] memeriksa orang sakit dengan menggunakan kunyit dan lain-lain (untuk mengetahui sebab-sebab penyakit);\nteguran\n1.\n hasil perbuatan menegur, sapa;\n2.\n celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk:\nrencana itu patut dianggap sebagai ~ yang membina untuk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya;\n 3.\n amaran, peringatan;\nketeguran\n1.\n = \n~\n \nhantu\n sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dan lain-lain);\n2.\n [arkaik] termenung-menung kerana bingung dan lain-lain, terkasima." "teh I\n1.\n = \npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek yang daunnya dikeringkan dan dibuat minuman), \nCamelia sinensis; \n2.\n = \ndaun ~ \ndaun daripada pokok teh yang telah dikeringkan (dibuat minuman dengan air);\n3.\n = \nair ~ \nminuman yang dibuat daripada daun teh;\n~\n \nencer \nair teh cair;\n \n~\n \nhutan \n= \n~\n \nkampung \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nAcalypha siamensis, ~ makau \nsejenis tumbuhan (herba), capadang, \nScorpria dulcis;\n~ kosong\n air teh yang tidak dicampur gula;\n \n~\n \nO\n [bahasa percakapan]\na) teh kosong;\n b) air teh yang tidak dibubuh susu (tetapi ada gulanya);\n \n~\n \nO beng\n C, [bahasa percakapan] air teh kosong yang dibubuh air batu;\n \n~ susu\n air teh yang dibubuh susu dan gula." "teh II\n1.\n [Perak] nama timang-timangan bagi anak yang keenam;\n2.\n [Pahang] panggilan untuk anak yang keempat." "teisme\nkepercayaan pada satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan pemerintah alam." "teja I\n1.\n awan merah atau kekuning-kuningan yang kelihatan di kaki langit sebelah barat (ketika matahari masuk);\n2.\n [arkaik] pelangi, bianglala, ula danau, ula daru, benang raja:\n~\n \nkeluang\n cahaya terang yang nampak di langit selepas hujan ribut;\n \n~\n \nmembangun\n teja yang tegak." "teja II\n~\n \nbadak (lawang)\n = \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang akar dan daunnya dibuat ubat), kayu manis hutan, medang kemangi, \nCinnamomum iners;\n~ betina\n = \n~\n \npasir \nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya baik untuk perkakas rumah), medang pasir, \nNeolitsea zeylanica." "teja III\n[Terengganu] membuat bahagian permulaan tikar mengkuang:\nsaya tidak tahu cara ~." "teji\nkuda ~ \nkuda besar lagi tangkas." "tek I\nbunyi seperti bunyi jam (mesin taip dan lain-lain);\ntik I\n." "tek II\n[Minangkabau] kecil." "teka\nmeneka\n menebak, menduga, mengagak:\ndapatkah kamu ~ mengapa orang itu datang menemui kita?; \nbukan semudah itu untuk ~ hati manusia;" "teka-teki\n1.\n soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit yang jawabannya harus diduga, soalan untuk menduga akal:\nkanak-kanak biasanya sangat suka akan ~; \n2\n. sesuatu perkara yang susah atau sulit diselesaikan:\nmanusia itu selalu merupakan ~ yang setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yang tidak terduga-duga;\n~ silang (kata)\n teka-teki dengan mengisi huruf dan lain-lain dalam petak-petak;\n \n~ terbang\n teka-teki dengan menyebuntukan huruf-huruf Jawi yang harus dijawab dengan kata yang dieja dengan huruf-huruf itu;\nberteka-teki\n mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dengan teka-teki:\nbiasanya percakapannya itu dijalankan dengan ~ ." "tekaan\napa yang diteka, dugaan, sangkaan, tebakan;\npeneka\n orang yang meneka:\nhanya empat orang ~ sahaja telah dapat meneka dengan tepat dalam peraduan teka bola itu; \nterka I" "tekad\nkemahuan yang sungguh-sungguh (untuk mencapai sesuatu), kepercayaan yang sungguh-sungguh, kebulatan hati:\nbulatlah sudah ~ nya untuk ke luar negeri; \nmemasang ~ \n[Indonesia] bernazar, berkaul, berniat;\n \nmembulatkan ~ \nmenetapkan kemahuan (untuk berbuat sesuatu);\nbertekad\n bermaksud, berazam, berniat;\nketekadan\n kesungguhan (hati):\n~ untuk bersatu." "tekah\nsejenis kera yang berekor panjang, \nHylobates leuciscus." "tekak I\n1.\n bahagian langit-langit yang lembut (di sebelah belakang mulut);\n2.\n rongga kerongkong;\n3.\n [kiasan] rasa atau alat perasa (pada mulut):\nanak ~ \nanak lidah;\n \nkering ~ \ndahaga, haus;\n \npayau (langu) ~ \ntidak ada selera hendak makan;\n \ntidak sedap ~nya \na) tidak sedap rasanya (makanan);\n b) tidak ada selera untuk makan;\n \numpan ~ \nmakanan untuk membangkitkan selera makan;\nbertekak\n [kiasan] bertengkar, berbalah, berbantah:\nbagaimana akan kita yakinkan umum akan kebagusan faham sosialis ini, jika kita saling ~ tanpa pokok yang hak;\n menekak\n seakan-akan melekat di tekak (rasa):\nmanisnya ~." "tekak II\n[sastera lama] tidak mahu menurut kata, keras kepala, tegar hati, degil." "tekal\n1.\n tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya, tetap, konsisten;\n 2.\n sesuai, selaras sepanjang masa;\n 3.\n [kiasan] teguh, tetap berpegang pada pendirian, pendapat, dan lain-lain;\nketekalan\n keadaan tekal, konsistensi: \n~ tiga ilmu yang sudah ada penting untuk menentukan penerimaan mendidik generasi muda." "tekam\nsejenis tumbuhan (pokok), balau bukit (pipit), damar laut, kuning tengkawang, \nShorea collina." "tekan I\n~\n \nkundai \nsejenis hiasan pada kundai (daripada emas dan lain-lain);\nbertekan\n bertumpu dengan tangan pada, bertelekan:\nBasi membongkok dengan kedua-dua tangannya ~ di meja;\n bersetekan\n [Minangkabau] bertekan;\nmenekan\n1.\n mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat:\nia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; \n2.\n [kiasan] memperkuda, memeras, menggencet, menindas:\nundang-undang yang seperti ini hanyalah sebagai senjata bagi golongan pemodal untuk ~ golongan miskin; \n3.\n [kiasan] menghentikan (sesuatu) dengan paksaan, mencegah, mengekang:\nmatanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; \n4.\n [kiasan] mengadakan desakan yang keras terhadap, mengasak, mendesak (hingga menyusahkan):\naskar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dengan keras; \natas nama keamanan sejagat, yang gagah ~ yang lemah; \n5.\n [kiasan] mendesak keras (supaya), memaksa-maksa:\nWan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menyebelah kepadanya;\n6.\n [kiasan] = \nmenekankan\n mengatakan sesuatu dengan keras (kuat), mengeraskan (pengucapan):\nJali menekan-nekan suaranya;\n7.\n [kiasan] menghimpit-himpit dan menyusahkan, menyesalkan:\nperubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar menekan-nekan hidupnya;\n menekankan\n1.\n menekan dengan sesuatu (pada), menindihkan sesuatu (pada), mendesakkan sesuatu (pada):\nKamal ~ kepalanya pada pintu kuat-kuat; \n2.\n mengucapkan kata (suku kata) dengan keras, mengeraskan suara untuk menegaskan:\nia ~ suku kata yang terakhir; \n3.\n sangat-sangat mementingkan, mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan:\nMenteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat daripada semua lapisan keturunan telah bersatu padu; \ntulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis tersebut dengan masyarakat;\n tertekan\n ditekan, tertindas, tertindih:\npetani-petani yang sentiasa ~, dicukai berlebihan dan ini telah menimbulkan pemberontakan bersenjata;\ntertekan-tekan\n tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut:\nKonah menceritakan lagi dengan suara yang agak ~ pula keluarnya;\n tekanan\n1.\n keadaan atau hasil menekan:\n~\n \ndarah;\n~ udara;\n2.\n sesuatu yang menekan dengan kuat, desakan, paksaan:\nia menarik diri dari ~ politik; \nditimpa oleh ~ emosi yang mengganggu perjalanan fikiran; \n3.\n = \n~\n \nsuara \n= \n~\n \nbunyi \nkata (suku kata) yang diucapkan lebih keras daripada yang lain, pengucapan kata yang dikuatkan:\nguru menggaris dengan kapur warna di bawah perkataan yang menghendaki ~ suara; \n4.\n sesuatu yang dipentingkan (diutamakan);\n~ atmosfera \n(Fizik) tekanan pada suatu titik di permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut;\n \n~ darah \ntekanan pada dinding arteri yang nilainya bergantung pada daya pengepaman jantung, kekenyalan dinding arteri, dan juga isi padu serta kelikatan darah;\nketertekanan\n perihal (keadaan) tertekan;\npenekanan\n perihal menekan (menekankan);\npenekan\n alat dan lain-lain untuk menekan." "tekan II\n[Indonesia-Belanda]\n 1. = tekanan\n [bahasa percakapan] tandatangan;\n2. = menekan\n [bahasa percakapan] membubuh (menurunkan) tandatangan, menandatangani;\n~ kontrak\na) menandatangani kontrak (perjanjian);\n b) menjadi kuli kontrak;\n \n~\n \nmati\n [bahasa percakapan] bersedia mengorbankan nyawa, masuk pasukan berani mati;\n \n~\n \nserdadu \n[bahasa percakapan] masuk menjadi serdadu;\n= teken I." "tekang\npalang kayu dan lain-lain yang dipasang melintang untuk menahan dinding lombong dan lain-lain (supaya tidak runtuh);\nmenekang\n memasang tekang pada, memberi bertekang." "tekap I\npenudung yang pipih atau mungkum (seperti tapak tangan pada mulut, sapu tangan pada muka, dan lain-lain);\n \n~\n \nsampan \npapan (kayu) penutup pada sebahagian daripada haluan dan buritan perahu;\n \nkertas ~ \nkertas tipis yang diletakkan di atas lukisan dan lain-lain untuk menirunya;\nbertekap\n bertudung dengan sesuatu yang pipih atau mungkum:\nmukanya ~ dengan sapu tangan;\n~ mulut \nmenutup mulut dengan tangan;\n menekap 1. = menekapi\n menutup dengan sesuatu yang pipih atau mungkum:\nada lagi yang akan diucapkan oleh Hasan, tetapi tiba-tiba Rohani telah ~ mulutnya;\n 2.\n meniru peta dan lain-lain dengan menggunakan kertas tekap;\nmenekapkan\n menutupkan (melingkupi) sesuatu pada:\nperlahan-lahan dari belakang ia ~ tangannya pada kedua-dua mata Osman;\n tekapan\n penutup yang mungkum;\ntekup." "tekap II\n[bahasa percakapan] pekerjaan lama yang ditinggalkan (berladang dan lain-lain)." "tekar\n= \n~-takih \n[Perak], [bahasa percakapan] halangan, rintangan." "tekat\nsujian, sulaman;\n~\n \nberakam \nsujian dengan benang emas (perak), bersongket:\n~\n \nberawan \nsujian yang merupakan gambar awan;\n \n~\n \nbersuji \nsulaman dengan benang sutera;\n \n~-bertekat \nsujian dengan menampal kain dan lain-lain yang lain;\n \n~\n \ntimbul\n sujian yang bergambar timbul;\nbertekat\n dihiasi dengan tekat, bersuji, bersulam:\nkain sarung ~ emas;\nbertekatkan\n bersuji dengan, bersulam dengan;\nmenekat\n membuat tekat, menyuji, menyulam:\nanakanda telah pandai ~ menyulam berbagai-bagai rupa cara-cara baru belaka;\n tekat-menekat\n ilmu yang berkaitan dengan kerja menekat:\nHajah Habibah bercadang membuka kelas ~ sebagai langkah permulaan mendidik generasi muda;\n tekatan\n hasil menekat, yang ditekat:\nbunga-bunga ~ ini bermutu tinggi." "tekawang\ntengkawang." "tekek\n[Jawa] tokek." "tekek I\n[Minangkabau];\nmenekek\n memukul (mengetuk) dengan buku jari, sekeh." "tekek II\n[Kelantan], [Terengganu] berkembar dan melekat:\npisang ~." "tekelek\n[Jawa] alas kaki yang dibuat daripada kayu, kelum, terompah." "teken I\ntandatangan;\nmeneken\n membubuh tandatangan, menyain:\nkontraknya segera diteken;\npenekenan\n perihal meneken:\npada hari ~ kontrak baru itu, wang permulaan diterima lebih banyak daripada biasa;\ntekan." "teken II\n[Indonesia-Belanda] = \ntekenan\n [bahasa percakapan] gambaran, lukisan." "teker\nbatu ~ \nsejenis batu api (untuk membuat api);\nmeneker\n membuat api dengan memantik besi baja pada batu teker (yang telah dibubuh habuk kayu);\ntekeran\n1.\n batu teker;\n2.\n pemantik api (dengan batu api)." "teki I\nteka-teki\n." "teki II\nsejenis tumbuhan (rumpai yang umbinya boleh dimakan), rumput halia hitam, \nCyperus rotundus;\n~ rawa (bodoh)\n sejenis tumbuhan (herba), rumput butang (teli), \nKyllinga monocephala; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (herba), kancing baju jantan, katub perenggang, rumput sekepit burit, \nKyllingga brevifolia." "tekidanto\n(Jepun) sejenis senjata pelempar bom tangan." "tekis\nhampir sangat pada tepi, nyaris, cemas;\n \n~\n \njatuh ke dalam jurang \nnyaris jatuh ke dalam jurang." "teknetium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif." "teknik\n1.\n pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri (seperti jentera, kenderaan, bangunan, dan lain-lain):\nkita sekarang hidup dalam zaman ~ dan sains; \n2.\n kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dan lain-lain):\n~\n \nmelukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah." "teknikal\n1.\n (yang) berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kerja dan sebagainya (tidak dengan aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri):\npelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; \n2.\n (yang) berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu:\nperkataan ~; \nistilah ~." "teknokrasi\n1.\n sekumpulan ahli sains, jurutera, dan pakar lain yang mempunyai kuasa politik, di samping pengetahuan teknikal;\n2.\n sesebuah masyarakat atau organisasi yang dikuasai oleh ahli sains, jurutera, dan pakar lain." "teknokrat\npakar teknikal (ahli sains dan lain-lain), orang-orang yang mahir dalam bidang teknologi dan lain-lain yang mempunyai kuasa politik." "teknologi\n1.\n aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dan lain-lain, sains gunaan:\nUniversiti Malaya memainkan peranan yang penting untuk melahirkan pakar-pakar ~ kita;\n2.\n kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal;\n \n~ maklumat \ntekonologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik;\n \n~ maklumat dan komunikasi \nteknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi;\n \n~\n \ntinggi\n teknologi yang berasaskan kajian saintifik termaju seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih;\nberteknologi\n mempunyai teknologi:\nmasyarakat ~ tinggi." "teko, tekoan\n[Cina] sejenis cerek daripada tembikar dan lain-lain (tempat air teh dan lain-lain)." "tekoh I\nketua (kepala) gudang." "tekoh II\n[Kedah] kadang-kadang;\ntekoh-tekoh\n tekoh." "tekokak\n(Sunda) sejenis tumbuhan (pokok renek), \nSolanum torvum." "tekong I\nC\n1.\n [arkaik] nakhoda jong, juragan, kapten;\n2.\n [kiasan] ketua (sesuatu rancangan jahat dan sebagainya), kepala." "tekong II\n[Jakarta] \ntikung." "tekong III\n[Minangkabau] ukuran berat." "tekoran\n[Jakarta] sejenis kelongsong yang dibuat daripada daun pisang dan lain-lain, limas, takir." "tekpi\n[Cina] sejenis serampang bercabang tiga, trisula." "tekpo, tekpoh\n[Cina] sejenis permainan judi." "tekpon\n[Kelantan], [bahasa percakapan] oleh kerana, sebab." "teks\n1.\n kata-kata asli oleh pengarangnya (bukan terjemahan, ulasan, ringkasan daripada asalnya):\nhikayat ini dijadikan buku dan dicetak, sehingga dengan jalan demikian ~nya tidak dapat mengalami perubahan lagi;\n2.\n petikan dari sesebuah kitab suci (yang dijadikan bahan rujukan dan lain-lain);\n3.\n kandungan buku yang utama (tidak termasuk catatan dan lain-lain);\n4.\n tulisan yang dijadikan pokok syarahan dan lain-lain:\ndia berpidato dengan memegang ~ di tangannya." "teksi\n1.\n kereta yang membawa penumpang dengan mengambil sewa, kereta sewa;\n \n~ bandar \nteksi yang khusus beroperasi dalam kawasan bandar;\n \n~\n \nsapu \nteksi tidak berlesen;\n2.\n [bahasa percakapan] beca roda tiga, biasanya di Kelantan;\nberteksi\n menaiki teksi:\nwalaupun jaraknya sangat dekat, kami terpaksa ~ pada pagi itu kerana hujan sangat lebat." "tekstil\nbarang tenun (kain putih, sutera, dan lain-lain);\n \nkilang\n \n~\n kilang barang-barang tenun;\n \nkedai ~ \nkedai barang-barang tenun." "tekstur\njalinan bahagian-bahagian yang halus sesuatu benda (seperti jalinan serat pada kain, jalinan butir-butir halus tanah, dan sebagainya), daging (kain, buah, dan lain-lain):\ntanah perlu diadun semula untuk memperoleh ~ dan kesuburan yang sesuai." "tekte\n[Cina] wang kunci, wang pendahuluan." "tektek\n~-bengek;\ntetek II." "teku\ntidak lekas putus asa, rajin, tekun;\n \nsedikit-sedikit ~ , lama-lama menjadi bukit \n(peribahasa) kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga." "tekua\nbaju ~ \nsejenis baju." "tekuk I\nbertekuk\n berlipat (kulit dan lain-lain), berkedut, berkeluk;\n~\n \nlutut \na) berlipat lutut;\n b) [kiasan] tunduk (kpada musuh dan lain-lain), mengaku kalah, tewas;\n \n~\n \ntangan\na) berpeluk tangan (tubuh), berdekap;\n b) [kiasan] tidak berbuat apa-apa;\nmenekuk\n1.\n melipat, melengkungkan, membengkokkan:\n~\n \nrotan; \n2.\n menangkap (pencuri dan lain-lain), membekuk, menewaskan (musuh):\npihak polis berhasil ~ pencuri kereta itu;\n tekukan\n1.\n lipatan;\n2.\n sesuatu yang dibengkokkan (dilengkungkan);\n3.\n alat untuk membengkokkan." "tekuk II\nsejenis ikan laut, \nHalieutia stellata." "tekukur\n~ api \nsejenis burung, punai lembu, \nMacropyangia ruficeps;\n~ api besar \n= \n~ api gunung\n, \nMacropyangia unchall;\n~ jerum \nsejenis burung, ketitir, merbuk, \nStreptopelia chinensis;\n~ merbuk \nsejenis burung, balam, ketitir, merbuk, \nGeopelia striata; \npaksa ~ padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka \n(peribahasa) sesuatu yang selalu dicita-citakan." "tekun\n1.\n = \ndengan ~ \ndengan rajin dan usaha (melakukan sesuatu), bersungguh-sungguh:\nbekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan;\n2.\n tabah hati, keras hati:\ndengan ~ dia bekerja mencari nafkah;\n bertekun\n1.\n rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dan lain-lain), berkeras hati:\nkira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu;\n2. = tertekun\n menumpukan fikiran dan lain-lain pada, sangat asyik (mengerjakan sesuatu):\njangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; \n3.\n sangat-sangat berpegang pada (adat, kepercayaan, dan lain-lain):\nmereka masih ~ pada adat kuno; \n4.\n [arkaik] bertelekan (pada), bertumpu (pada);\nmenekun\n mempelajari dan lain-lain sesuatu dengan tekun:\nLaila sentiasa menghabiskan waktu senggang dengan ~ pelajaran sekolahnya; \nmenekuni\n berusaha sungguh-sungguh untuk sesuatu:\npengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan;\nmenekunkan\n menjadikan (seseorang) tekun:\n~ diri dengan beberapa penelitian;\n ketekunan\n1.\n perihal tekun, kerajinan, kesungguhan;\n2.\n keasyikan (melakukan sesuatu)." "tekung\nruas (buluh, tebu, dan lain-lain)." "tekup\nmenekup\n menutup (sesuatu) dengan tapak tangan atau dengan sesuatu yang pipih atau mungkum;\nmenekupkan\n merapatkan (tapak tangan dan lain-lain) ke muka dan lain-lain sehingga tertutup muka:\nPuan Saidah ~ kedua-dua belah tangannya ke muka; \ntekap I." "tekur I\n[Indonesia-Belanda] = \nketekuran\n [bahasa percakapan] tiada cukup (wang, perbelanjaan, dan lain-lain), kurang, kekurangan:\ntidak akan ~ nanti wang belanja di rumah?;\n menekurkan\n menjadikan kurang, mengurangkan:\npenghulu-penghulu kepala, di sanalah kerap kali ~ kas negeri." "tekur II\n= bertekur\n tunduk;\nmenekur\n1.\n memandang ke bawah, menunduk:\nia ~ ke tanah; \ndia tunduk ~ ke pangkuan silanya yang kemas;\n2.\n [arkaik] tidak mahu mempertahankan pendiriannya (haknya dan lain-lain), mengalah:\nsemenjak itu fikirannya sudah mu" "tekuyung\n[Brunei] sejenis siput." "tekwando\n tae kwan do." "tel I\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] bilangan yang disebuntukan berturut-turut;\n\n\nempat ~ \nsatu-dua-tiga-empat." "Tel. II\n[kependekan] Telefon." "tela\nrumah belakang yang didirikan bersambung dengan istana (tempat perempuan)." "tela I\n[arkaik] dapur-dapur pada senapang kuno." "tela II\nII; \npertelaan\n butir-butir yang tersusun mengenai sesuatu perkara." "telaah\npenilikan, pemeriksaan, penelitian, penyelidikan;\nmenelaah\n1.\n mengkaji semula (mengulang) pelajaran:\nAni maju dalam pelajaran disebabkan dia rajin ~;\n2.\n memeriksai, meneliti, menyelidiki:\nia berhati-hati ~ petanya dengan menentukan haluan dengan kompas itu; \n3.\n menilik, menelah, meramalkan (nasib dan lain-lain):\ndia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pada tahun depan;\n penelaahan\n perbuatan atau proses menelaah:\nterserahlah kepada generasi kita kini untuk melakukan ~ intelektual dan pentafsiran sejarah yang mendalam;\n penelaah\n orang yang menelaah:\ndia seorang pemerhati dan ~ yang rajin; \n= mutalaah." "telabang\n[arkaik] sejenis perisai." "telabat\n[arkaik] [sastera lama] melangkah dengan sangat hormat (untuk menghadap raja dan lain-lain)." "teladan\nperbuatan dan lain-lain yang patut diikut, contoh:\nyang baik buat ~ , yang buruk buat sempadan;\n meneladan\n meniru, mencontoh:\nmereka belajar dan ~ serta menerima perubahan di Barat;\n meneladani\n1.\n memberi teladan kepada, menjadi teladan kepada:\nguru hendaklah ~ muridnya;\n2.\n meniru, mencontohi:\nbeliau berharap agar pengunjung-pengunjung akan dapat ~ pertunjukan itu; \nkita boleh ~ dan belajar daripada negara jiran, iaitu Indonesia yang dapat mengeluarkan filem yang bermutu." "teladas\n[Kelantan] jeram, cegar." "telaga\n1.\n perigi, sumur;\n2.\n tasik, danau;\n3.\n [arkaik] balung, kolam;\n4.\n = \n~\n \ntahi\n jamban, kakus;\n5.\n = \n~\n \nminyak \nperigi tempat penggalian minyak;\n~\n \ndi bawah gunung\n (peribahasa) perempuan yang banyak mendatangkan untung dan bahagia kepada suaminya;\n \n~\n \nmencari timba \n(peribahasa) perempuan mencari laki-laki;\n \nadakah daripada ~ yang jernih itu mengalir air yang keruh?\n (peribahasa) tidak mungkin orang yang bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yang keji-keji." "telagah\nbertelagah\n \n1.\n berlainan pendapat, berselisih faham, bertelingkah:\ndia memberi amaran kepada kedua-dua belah pihak yang ~ itu supaya jangan memainkan api fitnah;\n2.\n bertengkar mulut, berbantah:\nsuami isteri itu mulai ~;\n pertelagahan\n perihal bertelagah, perbantahan, perselisihan, pertelingkahan, pertikaian:\n~\n \nsengit telah berlaku antara guru-guru Melayu dengan Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran menengah Melayu." "telah I\n1.\n kata yang menyatakan perbuatan dan lain-lain yang lampau (sempurna, selesai), sudah:\nmereka ~ menjadi suami isteri;\n2.\n [sastera lama] sebaik sahaja, apabila:\nsyahdan, ~ sampailah surat itu, maka segera dibalasnya;\n setelah\n sesudah, sehabis, selepas:\n~\n \nmakan tengah hari kami pun meneruskan perjalanan;\n~ itu, lori itu melanggar saya." "telah II\nmenelah\n mengatakan apa-apa yang akan terjadi, menenung, menilik, meramalkan:\ntidak dapat dia ~ apa yang akan terjadi pada dirinya;\ntelahan\n sesuatu yang ditelah, agakan, dugaan:\nTuk Guru membuat ~ berkenaan nasib Tengku Long;\n penelahan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menelah, penenungan, ramalan;\npenelah\n orang yang menelah, tukang ramal, penenung." "telak\n[Jakarta] kena benar, tepat." "telakan\ntelekan." "telampung\n[arkaik] kayu dan lain-lain yang mengapung di air, pelampung." "telan\n~ batu \n(peribahasa) menyembunyikan rahsia;\nmenelan\n1.\n memasukkan (makanan dan lain-lain) ke dalam perut melalui kerongkong:\nmakanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya; \n2.\n memakan mangsa dan lain-lain, melulur:\nular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau;\n3.\n [kiasan] memakai banyak-banyak (perbelanjaan dan lain-lain), banyak memakan atau menggunakan:\nuntuk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yang besar juga; \n4.\n [kiasan] mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dan lain-lain):\nsebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam lapangan sosial;\n5.\n [kiasan] menerima sesuatu yang tidak menyenangkan (seperti kekalahan dan lain-lain):\nwalau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yang sebegitu pedas; \n6.\n menguasai (negeri dan lain-lain), menakluki:\ndia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; \n7.\n [kiasan] menguasai, menghapuskan, melenyapkan:\nsesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yang patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman;\nhendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar \n(peribahasa) berhadapan dengan sesuatu masalah yang sangat sulit, berada dalam keadaan yang serba salah;\ntertelan\n1.\n sudah ditelan, dengan tidak sengaja ditelan;\n2.\n dapat ditelan:\nubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit;\n penelanan\n perbuatan (proses dan sebagainya) menelan." "telancang, telancung\nsejenis burung, \nAethostoma rostratum." "telang I\nbuluh ~ \nsejenis buluh yang tipis sekali, talang;\n \nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, kelang (kembang, bunga) teleng, \nClitorea ternatea." "telang II\nbertelang\n berbelang (kulit harimau dan lain-lain), bercoreng, loreng." "telangkai\n1.\n orang yang menjadi perantara dalam perkahwinan (perundingan dan lain-lain):\ntiga hari kemudian ~ itu pun datanglah untuk meminang gadis itu; \ndalam ~ \nsudah dipinang orang (berkenaan (dengan) gadis);\n2.\n orang tengah, wasitah (dalam perniagaan, perundingan, dan lain-lain), wakil:\norang tua tadilah ~ penjualan kerbau itu;\n menelangkai\n menanyakan (meminang, melamar) gadis untuk:\nmaka ada dalam surat menyebuntukan ~ puteri anak Raja Besar di Ujung Tanah;\n penelangkaian\n perihal menelangkai, peminangan." "telangkup\ntertungkup, tertiarap, lawan terlentang;\nmenelangkupkan\n meletakkan telangkup, menelungkupkan, meniarapkan:\nTini berdiri, terduduk lagi, ~ muka pada meja, menangis lagi." "telanjang\n= bertelanjang\n1.\n tidak bertutup tubuhnya (dengan pakaian), berbogel:\ndia membuka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; \napabila ia menoleh kepada tubuhnya barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat; \n2.\n tidak bersarung (keris, pedang," "telanjur I\n1.\n melampaui (melebihi, melewati) had (tujuan dan lain-lain) yang tertentu, terlampau:\ndia pergi ke pekan untuk membeli barang-barang tetapi ~ sampai ke panggung wayang; \n2.\n tersasul, terdorong, terlangsung (perkataan, perbuatan):\nperkataannya sudah ~; \n3.\n sudah terdahulu berbuat sesuatu:\ndia sudah ~ makan sebelum datang ke kenduri; \n4.\n sudah melampaui batas, sudah berlebih-lebih:\nhukuman yang dikenakan itu ~ sangat;\n ketelanjuran\n perihal telanjur, keterlaluan:\ndia menyesal atas ~nya mengeluarkan kata-kata celupar yang tidak selayaknya itu;\nlanjur." "telanjur II\nburung ~ \nsejenis burung, \nMalacocincla r. rostratum\n." "telantar\ntidak terpelihara (anak isteri dan lain-lain), terbiar:\nselepas perang, ramai isteri dan anak yang ~ sebab suami atau ayah mereka meninggal dalam perang;\n= hantar II, lantar II." "telap I\n1.\n dapat menembusi (berkenaan (dengan) senjata seperti keris dan lain-lain), makan, mempan:\nkeris itu tidak ~ pada tubuhnya; \n2.\n dapat dicederakan, dapat dilukai, lut;\n \ntiada ~ oleh senjata \nkebal;\n3.\n dapat ditembusi (air), dapat diresapi:\n tanahnya tanah liat yang tidak ~ air;\n menelap\n makan pada (senjata), mempan pada, melukai, mencederakan, mengena." "telap II\n= telapa\n ark\n1.\n bekas untuk menyimpan sesuatu;\n2.\n bekas daripada tembikar dan lain-lain untuk menyimpan bau-bauan (gambir, tembakau, dan lain-lain)." "telapak, telapakan\n1.\n tapak kaki, tapak tangan:\ndia meletakkan wang itu ke ~ tangannya; \nsujud di bawah ~ \nsujud di bawah kaki (baginda);\n \ndi bawah telapakan (orang)\n diperbudak-budakkan orang;\n \nduli telapakan \nke bawah duli (paduka);\n \ntelapakan kaki\na) tapak kaki;\n b) anak tangga yang di bawah sekali;\n2.\n [Indonesia] lapisan yang tebal pada tayar basikal (kereta dan lain-lain)." "telas\npetelasan\n [arkaik] galang, landasan." "telat\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] terlambat, terlewat:\nhari itu kami bermain ~ daripada biasa." "telatah\ngerak-geri, tingkah laku, kelakuan, perangai:\nmeluat benar perasaan Masri melihat ~ Nisah yang mengada-ngada pada malam itu." "telatai\n[Negeri Sembilan] bidai (daripada bilah buluh, rotan, dan lain-lain)." "telatak\n[Pahang] rakit kecil, jeriau, lanting." "telatap I\npondok untuk bermalam (dalam hutan)." "telatap II\ntelatak." "telaten\n[Jawa] teliti dan sabar (melakukan sesuatu pekerjaan), cermat, hati-hati." "telau\nwarna yang lebih muda pada dasar yang lebih gelap (pada kain, kulit binatang, dan lain-lain), bertompok-tompok (cahaya matahari di bawah pohon-pohon dan lain-lain);\nbertelau-telau\n1.\n berbelang-belang dengan warna yang lebih muda, bertompok-tompok:\nlangit cerah biru pucat dengan awan ~ putih berserakan; \n2.\n [kiasan] belum merata masaknya (padi), bertabur:\npadi masak baru ~;\n~\n \nbagai panas di belukar \n(peribahasa) hukuman atau adat yang tidak sama rata." "tele I\n[Minangkabau];\nbertele-tele\n bercakap dengan tidak tentu hujung pangkal, omong kosong, melantur-lantur:\nperdebatan ~ tanpa hasil." "tele II\ntele-tele\n bodoh, bebal, dungu." "tele III\n[Indonesia-Belanda] sejenis kain kelambu." "teledek\n[Jawa] penari perempuan (yang menari dengan iringan gamelan), ronggeng, tandak." "teledor\n1.\n tidak menjalankan tanggungjawab, lalai, lengah, malas-malas:\nampuni cucumu ini jika dia salah, tegur jika dia ~; \n2.\n tidak berapa tekun bekerja (belajar dan lain-lain), agak mundur (dalam pelajaran):\ntolong nasihati budak ini jika dia ~ dalam pelajarannya;\n3.\n suka berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh (membayar hutang dan lain-lain);\n4.\n [arkaik] bosoh, bengal, degil (makian);\nmeneledorkan\n tidak mempedulikan kewajiban dan lain-lain, mengalpakan, melalaikan, mencuaikan;\nketeledoran\n perihal teledor, kealpaan (dalam pekerjaan, kewajiban, dan lain-lain), kecuaian, kelalaian, kelengahan:\n tidaklah dia sunyi daripada kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan." "telefilem\nfilem cereka yang dihasilkan untuk siaran televisyen." "telefon\n1.\n = \npesawat ~ \nalat untuk bercakap dengan orang yang jauh (dengan menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit);\n \nmembuat panggilan ~ \nmenelefon;\n2.\n percakapan (panggilan) yang menggunakan alat tersebut:\nsuatu pagi Mustapha menerima ~ sewaktu dia baru benar sampai di markas polis;\n~ awam \ntelefon yang terdapat di tempat awam untuk kegunaan orang ramai;\n \n~ bimbit \ntelefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang;\n \n~ selular \ntelefon bimbit;\n \n~\n \ntelinga \nsejenis alat yang dipakai di telinga untuk membolehkan seseorang mendengar siaran radio atau perhubungan telefon;\nbertelefon\n1.\n mempunyai telefon;\n2.\n sedang bercakap melalui telefon;\nmenelefon\n bercakap (memanggil) melalui telefon:\ndia telah ~nya dan menceritakan apa yang terjadi." "telefoni\nsistem komunikasi untuk penghantaran bunyi, suara, atau isyarat melalui telefon." "telefonis\norang yang kerjanya menjawab dan menyambungkan panggilan telefon, operator telefon." "telefoto\nberkaitan dengan sistem kanta fotografi yang digunakan untuk menghasilkan imej besar dan jelas sesuatu objek jauh:\nkanta ~ \nsejenis kanta yang digunakan untuk mengambil gambar secara telefotografi." "telefotografi\nseni mengambil gambar benda-benda yang terlalu jauh bagi kamera biasa dengan menggunakan kanta telefoto." "telegraf\nalat untuk menghantar berita dengan cepat ke tempat yang jauh (dengan kuasa elektrik dan kawat)." "telegrafi\npenggunaan (pengendalian) alat atau sistem telegraf." "telegram\nberita (perkhabaran) yang dihantar dengan telegraf, berita kawat:\n~ itu menyatakan suaminya baru sahaja meninggal dunia;\n menelegram\n menghantar berita dengan telegraf, mengetuk kawat." "telegrapis\n[Indonesia] orang yang kerjanya mengirim telegram, jurutelegraf." "Telegu\nTelugu." "teleinfo\nmaklumat yang dipaparkan pada skrin televisyen sebagai pemberitahuan." "telek\n[Jawa] tepat;\ntelak." "telekan\nbertelekan\n (duduk dan sebagainya) dengan kedua-dua belah siku bertumpu atau terletak pada sesuatu (dan biasanya tapak tangan menopang muka), berteleku:\nPak Amat naik dan duduk di atas anak tangga, ~ sikunya pada ambang pintu;\n~ lutut \n(kedua-dua belah tangannya) bertekan pada lutut;\n \n~\n \npinggang \nbercekak pinggang." "telekap I\n[arkaik];\nubat ~ \nubat plaster, koyok." "telekap II\nmenelekap\n menekap, menekup;\ntekap I\n." "telekom\n[kependekan] telekomunikasi." "telekomunikasi\nsains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit." "teleks\nperkhidmatan perhubungan antarabangsa yang menggunakan kemudahan teleprinter." "teleku\nberteleku\n (duduk dan sebagainya) dengan kedua-dua belah siku bertumpu atau terletak pada sesuatu (seperti meja, riba, dan sebagainya) dan dengan tapak tangan biasanya menopang muka, bertelekan dengan siku:\ndia hanya duduk ~ tidak berkata apa-apa walaupun kawannya sibuk berbual-bual;\n~ (bertopang, bertongkat) dagu \nberteleku dengan tangan ditopangkan pada dagu, duduk bertongkat ruas." "telekung\n= \nkain ~ \nkain selubung untuk menutup tubuh perempuan (ketika bersembahyang), makenah;\nbertelekung\n1.\n mempunyai telekung;\n2.\n memakai telekung." "telekup\nbertelekup\n menutup dengan sesuatu yang pipih atau mungkum;\n tekup." "telemetri\n(Komunikasi) pemancaran, penghantaran dan sebagainya data dari atau ke satelit, stesen angkasa dan sebagainya dengan menggunakan gelombang radio." "telempap\n= setelempap\n selebar tapak tangan, sepelempap, setempap;\nmenelempap\n mengukur dengan telempap." "telempong\n[Minangkabau] sejenis alat bunyi-bunyian (seperti gong kecil), goloneng;\ncaklempong." "telenan\n[Jakarta] sengkalan (daripada papan dan lain-lain) untuk mencencang, landasan;\ntalenan." "teleng\n1.\n miring ke sebelah letaknya (kepala, topi, dan lain-lain), tidak tegak lurus, senget:\nkepalanya masih ~ dan dipukul-pukul dengan tapak tangan kiri; \n2.\n (Sunda, Ph) juling:\nmatanya ~;\n \n~ bagai cupak hanyut \n(peribahasa) perihal orang yang sombong yang tidak sedarkan kekurangan dirinya;\nmenelengkan\n memiringkan ke sebelah, menyendengkan, menyengetkan, mencondongkan:\ndia ~ kepalanya untuk menjengah dan menjenguk orang-orang itu;\n terteleng\n dalam keadaan senget atau miring (kapal, perahu, kepala dan lain-lain);\n \nbiar ~ asal jangan tertangkup\n (peribahasa) tiada mengapa rugi sedikit asal jangan habis semua sekali;\nterteleng-teleng\n terteleng berulang kali:\nkepalanya ~ seperti menahan kemarahan yang tidak terperi." "teleng I\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, \nClitorea ternatea;\ntelang I" "teleng II\n[Indonesia] bahagian mata yang hitam, hitam mata." "telengkoh\nselekoh (jalan, sungai, dan lain-lain), penjuru kota (benteng) yang menganjur keluar, katlum;\nselekoh." "telentang\nterbaring (terletak dan lain-lain) dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas, lawan telungkup:\nSalihin yang mula-mula ~ itu, membalikkan badannya;\n menelentang\n terbaring (tidur, terletak) telentang:\nsekarang dia ~ bujur di atas tilam;\nmenelentangkan\n membaringkan (meletakkan dan lain-lain) telentang:\ndia ~ badannya;\n tertelentang\n terjatuh (terbaring dan lain-lain) telentang;\n \n~\n \nberisi air, tertiarap berisi tanah \n(peribahasa) perihal orang yang terlalu miskin (lemah), tidak berdaya upaya." "telepa\ntelap II." "telepati\nperhubungan fikiran, perasaan, dan sebagainya secara langsung antara minda seseorang dengan minda seorang lain tanpa melalui deria yang biasa." "telepemasaran\nteknik atau kaedah memasarkan barang dan sebagainya yang menggunakan sistem telekomunikasi seperti telefon, mesin faksimile, teleks dan sebagainya." "teleperbankan\nurusan perbankan berkomputer yang dikendalikan melalui telefon." "teleperubatan\nrawatan sesuatu penyakit, kecederaan dan sebagainya dengan menggunakan khidmat nasihat pakar perubatan di tempat yang jauh, biasanya melalui sistem telekomunikasi." "telepok\nsejenis tumbuhan (herba dan bunganya), seroja biru, teratai kecil, tunjung biru, \nNymphaea stellata;\n~ merah\n = \n~ putih \nsejenis tumbuhan (herba dan bunganya), tunjung emas, \nNymphaea lotus; \ntelinga ~ layu\n telinga yang cantik bentuknya." "teleprinter\nalat telegraf untuk menghantar atau menerima berita dan lain-lain dalam bentuk tulisan." "telepuk\n[sastera lama] bunga-bungaan dan lain-lain daripada perada mas (kain dan lain-lain);\n \nkain ~ \nsejenis kain berbunga-bunga tenunan India;\n \n~\n \nserasah\n sejenis kain buatan India;\nbertelepuk\n1.\n memakai telepuk:\ndikenakan pula baju alang sayap layang-layang ~, perbuatan orang dahulu; \n2. = bertelepukkan\n memakai sebagai telepuk:\ndia memakai sapu tangan ~ intan baiduri;\nmenelepuk\n membuat telepuk:\n untuk memastikan perada melekat cantik sewaktu proses ~." "telerang\nbatu ~ \nbatu yang mengandungi logam (emas dan lain-lain)." "teles\ntelesan\n [Jawa] kain basahan." "telesidang\npersidangan yang berlangsung dengan para pesertanya berkomunikasi antara satu sama lain dari tempat-tempat jauh yang berlainan melalui rangkaian televisyen, video, telefon dan sebagainya." "teleskop\nalat yang bentuknya seperti tiub panjang dan mempunyai kanta di dalamnya untuk melihat objek yang sangat jauh, misalnya bintang, dengan terang dan besar, teropong jauh." "teleskopi\ncabang astronomi yang berkaitan dengan penggunaan teleskop." "teletaip\nsejenis teleprinter." "teleteks\nperkhidmatan berita dan maklumat elektronik yang berupa teks dan grafik yang disiarkan di televisyen melalui sistem tertentu, biasanya khusus untuk orang yang melanggan perkhidmatan itu." "teleton\nsiaran khas televisyen yang panjang, bertujuan untuk memungut derma tabung kebajikan dan sebagainya." "televisi\n[Indonesia] televisyen." "televisyen\n1.\n penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen;\n2.\n = \npeti ~ \nalat yang menerima pancaran televisyen;\n \n~\n \nberwarna = ~ warna\n televisyen yang menyiarkan gambar berwarna;\n \n~ litar tertutup \na) sistem televisyen yang dipasang untuk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dalam tempat atau bangunan tertentu;\n b) sistem televisyen yang isyarat videonya dipancarkan daripada satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yang terkawal, untuk kawalan keselamatan dan sebagainya." "telik\n(Sunda) ark\n1.\n tajam pelihatannya, awas;\n2. = penelik\n mata-mata gelap, pengintip, penyuluh;\nmenelik\n memata-matai, mengintip, menyuluh (rahsia dan lain-lain)." "telikung\n[Jawa] [arkaik];\nmenelikung\n mengikat kaki (dan tangan)." "telimpuh\n[arkaik];\nbertelimpuh\n (duduk) bersimpuh, bertimpuh." "telinak\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar putat, akar serobek paya,\n Gnetum tenuifolium." "telinga I\n1.\n pancaindera untuk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping:\naku membisikkan sesuatu ke ~ nya; \n2.\n = \ndaun ~ \nbahagian telinga sebelah luar untuk menangkap suara, kuping:\ndipulasnya ~ budak yang degil itu; \npangkal (pohon) ~\n tempat daun telinga bercantum dengan kepala;\n3.\n sesuatu yang menyerupai telinga (mis pemegang pada barang-barang yang tertentu dan lain-lain);\n~\n \nberuk\n telinga yang rapat pada kepala;\n \n~ biola\n alat untuk menegangkan (mengendurkan) tali biola;\n \n~\n \ngajah (jabing, jobing) \ntelinga yang lebar;\n \n~\n \njebang \ntelinga yang menganjur keluar;\n \n~\n \nkuali\na) tangkai tempat mengangkat kuali;\n b) [kiasan] orang yang tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain;\n \n~\n \nkucing \n(\nkambing, rusa\n) telinga yang tirus ke atas;\n \n~\n \nnipis (tipis)\n orang yang lekas marah;\n \n~\n \ntelepok layu \ntelinga yang cantik bentuknya;\n \n~\n \ntempayan\n [kiasan] orang yang tidak mahu mendengar;\n \n~\n \ntikus \ntelinga yang kecil dan tirus;\n~\n \nbagai ~ rawah\n (peribahasa) [Minangkabau]\na) tidak mengendahkan nasihat dan tunjuk ajar orang;\n b) tidak berasa malu mendengar perkataan yang tajam;\n \n~ rabit, pasang subang di kaki\n = \n~\n \nrabit dipasang subang kaki, untut dipakaikan gelang, jari kontong dimasukkan cincin \n(peribahasa) membuat sesuatu yang tidak layak akhirnya menjadi keaiban;\n \n~ yang lembut itu kerap dipulas, yang bodoh juga yang ditipu orang \n(peribahasa)\na) orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam;\n b) orang yang penurut selalu diperkuda orang;\n \nmasuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri \n(peribahasa) tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yang diberikan;\n \npilin ~ saring-saring \n(peribahasa) [Minangkabau] hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu;\n \nrasa pedih cuping ~ \n(peribahasa) marah kerana mendengar sesuatu yang tidak patut;\nmenelinga\n memasang telinga, mendengar dengan hati-hati (percakapan dan lain-lain):\naku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku." "telinga II\n~\n \ngajah \nsejenis ikan laut, \nPlatax teira (orbicularis)." "telinga III\n~ badak \nsejenis tumbuhan (pokok), \nCrypteronia griffithii;\n~ gajah\n sejenis tumbuhan (pokok), banik, kubang, (se)kubin, mengkubung, selaru, sepedas, \nMacaranga gigantea;\n~ kelawar\n sejenis tumbuhan (pokok), bunga semubut, geroboh, kerubut, se(m)burut, seperuit, \nThottea gradiflora;\n~ kera \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ara batu , akar api-api, dalu-dalu, mendalu (api), pokok sampu, ulat, setebal, \nHenslowia umbellata;\n~ kerbau \nsejenis tumbuhan (pokok), capa, capor, sembang, sembing, sembuh, sembung, \nBlumea balsamifera;\n~ rusa \nsejenis tumbuhan (pokok renek), jangka;\n \ndaun ~ beruang \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nThottea dependens;rumput ~ tikus \nsejenis tumbuhan (herba), kekara, ombak-ombak, peparu bindang, rumput sisik betuk (naga), \nDesmodium heterophyllum." "telingkah\nbertelingkah\n \n1.\n tidak sepakat, berbalah, berbantah, berselisih:\ndua orang tokoh yang sentiasa ~; \n2.\n banyak tingkahnya, banyak olahnya;\nbertelingkahan\n saling bertelingkah:\n pada umumnya kepentingan mereka ~;\n pertelingkahan\n perihal bertingkah, perbalahan, perselisihan, persengketaan, pertikaian:\n~\n \nitu haruslah diselesaikan bersama-sama;\ntingkah I." "telingkuh\n[arkaik] telingkah." "telingkung\n~\n \ndaun \nsejenis tumbuhan (rotan), \nCalamus javensis." "telisik\nselisik." "teliti\n1.\n cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama:\nkumpulan buku yang ada, hendaklah diselidiki dengan ~; \n2.\n dengan sungguh-sungguh, hati-hati, waspada:\ngadis yang manis itu turut memerhati dengan amat ~ benar;\n meneliti\n1.\n memeriksa (mengkaji, menyelidik) dengan cermat:\nmereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yang sudah kulalui; \n2.\n memerhati dengan sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat;\nketelitian\n perihal teliti, kecermatan, kesaksamaan:\ndia sedar tentang ~nya menjalankan tugas sebagai seorang ketua parti;\n penelitian\n perihal (kerja dan sebagainya) meneliti, pengkajian, penyelidikan, pemeriksaan;\npeneliti\n orang yang meneliti, penyelidik, pengkaji, pemeriksa." "telor\ntidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul, pelat:\ndari ~ percakapannya dapat diketahui dari mana dia datang; \nlidahnya ~ \ntidak boleh berkata dengan terang (jelas);\nketeloran\n perihal telor (salah ucapan)." "telotak\nhujung daun." "telu\n[Jawa], [sastera lama] tiga;\n \nsusun ~ \ntiga lapis." "Telugu\nkaum yang berasal dari tenggara India." "teluk I\nbahagian laut yang menganjur masuk ke darat, serokan;\n~\n \nbelanga\n sejenis baju Melayu yang tidak berleher;\n \n~\n \nrantau \na) teluk dan rantau, ceruk rantau;\n b) daerah sekeliling, jajahan;\n \nadat ~ timbunan kapar \n(peribahasa) biasanya orang berpangkat (berkuasa dan lain-lain) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan." "teluk II\nberteluk\n [arkaik] berlutut, bertelut;\ntelut I." "teluki I\nsejenis kain sutera." "teluki II\nbunga ~ \nbunga serunai." "telukup\ntelungkup." "telun\nsetelun\n [Perak] seia sekata, sejalan, setujuan, sesuai." "telung\n[Kelantan] [bahasa percakapan] lubang yang tidak tembus, lekuk." "telungkup\nmenelungkup\n berbaring di atas perut, menangkup, meniarap, tengkurap, lawan menelentang:\ndia berbaring di atas katilnya dengan ~ sambil menangis terisak-isak;\nmenelungkupkan\n menjadikan menelungkup, menengkurapkan, meniarapkan;\nmenelungkup-menelentangkan\n [kiasan] memberi pertimbangan yang saksama, mempertimbangkan;\ntertelungkup\n1.\n (jatuh, terletak, terbaring) menelungkup, tertangkup, tertiarap:\nmukanya ~ ke tanah bermandi darah yang menggenang; \n2.\n [kiasan] (jatuh) bankrap." "telunjuk\n1.\n = \njari ~ \njari antara jari hantu dengan ibu jari:\ntutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dengan ~ tangan kiri; \n2.\n [kiasan] perintah, kemahuan, suruhan:\norang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yang mahu mengikut ~nya;\n \n~\n \nlurus kelengkeng berkait \n(peribahasa) perihal orang yang pada lahirnya kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat;\n \n~\n \nmencucuk (merosok, menikam) mata (jari)\n (peribahasa) orang yang dipercayai berbuat khianat kepada kita;\n \nmenggigit ~ \n(peribahasa) tidak tercapai maksud;\n \nruncing ~ memalit sambal lada \n(peribahasa) perihal hidup miskin dan melarat;\n \nsebusuk-busuk ~ , ~ juga pencolek tahi mata \n(peribahasa) sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya." "telur I\nbenda yang mengandungi lembaga anak (berkenaan (dengan) beberapa jenis binatang seperti unggas, serangga, ikan, reptilia, dan lain-lain) yang umumnya bersaluntukan kulit yang keras:\n~\n \nayam;\n~ ikan;\n~ katak;\n \n~\n \nasin\n = \n~\n \nmasin\n telur ayam (itik) yang diasinkan;\n \n~ belangkas\n sejenis kuih;\n \n~\n \nbungkus \n= \n~\n \nkemungkus\n = \n~\n \ntembelang\n telur yang tidak dapat menetas dan menjadi busuk;\n \n~\n \nbusuk \n= \n~\n \nselasih\n sebarang telur yang busuk;\n \n~\n \ncacak\n = \n~\n \njoran\n = \n~\n \nmerah \nbunga telur (dalam majlis perkahwinan);\n \n~\n \ndadar\n telur (ayam dan lain-lain) yang diaduk lalu digoreng;\n \n~\n \ngabus \na) telur ikan gabus;\n b) sejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras (terigu) dan rupanya seperti telur ikan gabus;\n \n~ kubis (kol)\n bakal bunga yang ada dalam kubis;\n \n~\n \nkemeruk \n= \n~\n \nkemuruk \n= \n~\n \nsembohok \ntelur yang menjadi busuk setelah lembaganya terjadi;\n \n~\n \nmata sapi\n = \n~\n \nmata lembu \ntelur ayam yang digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya);\n \n~\n \nrebus\n telur yang direbus sehingga keras isinya;\n \n~\n \nseparuh masak\n telur yang dimasak dengan cara merendamnya dalam air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras seperti telur rebus);\n \n~\n \nterubuk \ntelur ikan terubuk;\n \nmasih dalam ~\na) masih dalam kandungan ibu;\n b) belum wujud lagi (masih dalam rancangan dan lain-lain);\nibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semuanya\n = \nseperti ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya \n(peribahasa) orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya;\n \nseperti ~ di hujung tanduk \n(peribahasa) orang yang dalam keadaan yang amat sulit (salah sedikit dapat bahaya);\nbertelur, menelur\n ark\n1.\n mengeluarkan telur:\nsungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air untuk mengawan dan ~; \n2.\n [bahasa percakapan] buang air besar, berak;\n3.\n [kiasan] menggugurkan bom (dari kapal terbang), mengebom;\n4.\n [kiasan] mendatangkan hasil (keuntungan);\nmenelurkan\n1.\n mengeluarkan telur, bertelur;\n2.\n [kiasan] [bahasa percakapan] menerbitkan, menciptakan, menghasilkan, mewujudkan:\npercubaannya itu tidak ~ hasil; \nperbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak;\n3.\n menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom." "telur II\n~\n \nayam \nsejenis tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah, jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jantan, \nPsychotria rostrata;\n~ belalang\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nSporobolus dianders;\n~ buaya\n sejenis tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar, \nHomalium longifolium;\n~ cicak\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), gelincik, kesami, keteng, lengketing, \nMyrica farquhariana;\n~ ikan\n sejenis tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, \nPanicum repens;\n~ kodok\n biji daripada sejenis tumbuhan \n(Hyangrophila odorata); \nakar ~ bujuk\n sejenis tumbuhan (akar yang berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk, \nAgelaea vestita; \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nXanthophyllum excelsum." "telurium\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang digunakan untuk membuat aloi." "telus\n1.\n dapat masuk ke dalam lubang dan lain-lain, terus menembus, bulus, celus, lulus;\n2.\n mudah difahami atau diketahui (tiada hal yang tersembunyi, disangsikan dan sebagainya):\nsetiap keputusan hendaklah dibuat secara ~ dan dilaksanakan segera;\nmeneluskan\n menyebabkan telus:\ntidak ada peluang ~ sinarnya ke celah-celah pohon yang rendang;\n ketelusan\n keadaan atau sifat yang terus terang (tiada hal yang tersembunyi, disangsikan dan sebagainya):\nperlunya ~ dalam urusan kewangan negara; \nMalaysia mahu semua negara anggota APEC mengamalkan ~ sebagaimana yang dilaung-laungkan." "telusur, menelusur\n1.\n bergerak atau berjalan sepanjang tepi jalan, sungai, dan lain-lain;\n2.\n menjejaki;\nmenelusuri\n mengikuti jejak perjalanan, langkah, tindakan dan sebagainya:\ntidak ramai pula yang sanggup ~ kejayaan rakan mereka yang telah dan sedang menempa kejayaan." "telut I\nbertelut\n (duduk) berlutut:\nmaka ketiga-tiganya ~ di tanah memanah." "telut II\ndapat melukai (berkenaan (dengan) senjata tajam dan lain-lain), lut, mempan, telap;\n \ntidak ~ \ntidak dapat dilukai, kebal;\nlut I." "telutut\n[arkaik];\nmenelutut\n berlutut, bertelut." "tem\n[Indonesia], [bahasa percakapan] tempoh, masa, waktu." "tema\nsubjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dan sebagainya, tajuk, pokok:\njiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; \nbertemakan\n memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu):\nkebanyakan karyanya ~ percintaan." "temaah\n[Minangkabau] haloba, serakah, tamak;\n= temahak." "temabur\nbertaburan (bintang di langit);\n= tabur I." "temah\ndemah." "temaha I\n(Sunda) salah." "temaha II\n[Jawa] (dengan) sengaja." "temahak\n[Minangkabau] tamak, haloba, serakah." "temak\nsejenis tumbuhan (pokok), \nShorea cochinchinensis." "temakang\nsejenis ikan darat, \nHelostoma temmincki;\ntebakang, tembakang." "temakul\ntembakul." "temalang\n[arkaik] sejenis bakul daripada kulit kayu untuk mengumpul air madu." "temali\ntali-~ \nbermacam-macam jenis tali (di kapal dan lain-lain)." "temalung\n[Terengganu] sejenis bekas untuk mengisi kuih yang dibuat daripada daun pisang dan berbentuk seakan-akan bakul, temilung." "teman\n1.\n kawan, handai, sahabat, taulan:\nmengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; \n2.\n orang yang bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dan sebagainya):\n~\n \nbercakap; \n3.\n sesuatu sebagai pelengkap, jodoh, kawan:\nbuah pinang dimakan orang jadi ~ sirih;\n4.\n [Perak] ganti diri yang pertama, saya, aku;\n~\n \nhidup \norang yang dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami);\n \n~ lelaki \nlelaki yang menjalin hubungan cinta dengan seseorang wanita;\n \n~ sejawat\n kawan sekerja;\n \n~\n \ntetangga \njiran;\n \n~ tidur\n orang yang dijadikan kawan tidur;\n \n~ wanita \nwanita yang menjalin hubungan cinta dengan seseorang lelaki;\n \nusahlah ~ dimandikan pagi\n (peribahasa) janganlah terlalu memuji-muji;\nberteman\n1.\n berkawan, bersahabat:\nsebenarnya kedua-dua orang itu ~ baik; \n2.\n tidak seorang diri, ada kawannya:\nke mana pun pergi jarang-jarang aku ~;\n bertemankan\n mempunyai (seseorang, sesuatu) sebagai teman;\nmenemani\n1.\n turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai:\ndia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; \nmalam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; \n2.\n [kiasan] menjadikan sebagai pemakan (nasi dan lain-lain), melawankan:\nsayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng;\n peneman\n seseorang (sesuatu) yang menjadi teman kepada:\nhanya linangan air mata ~ duka." "temandang\n[sastera lama] kacak, segak (kelihatan)." "temangau\nsejenis tumbuhan (pokok), berabung bunga, campat, hampas tebu, medang gambung, tampang besi, tetepung, \nVernonia javanica." "temara\n[sastera lama] sejenis lembing (tombak)." "temaram\ntaram III\n." "temarang\nterang." "temas-temas\n1.\n mengubati orang sakit (kerana keteguran hantu dan lain-lain) dengan memapas hantu;\n2.\n menilik nasib dengan menggunakan kunyit." "temasya\n1.\n peristiwa yang kelihatan, pertunjukan, tontonan:\nbeliau akan menyampaikan hadiah kepada yang berjaya pada akhir ~ sukan tersebut; \n2.\n pemandangan yang menarik hati, keindahan alam:\nbaginda belayar mengembara ke sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang;\n bertemasya\n pergi mengembara untuk menghiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yang indah-indah dan lain-lain):\n~\n \nke pulau yang indah dan permai.\n \ntemat\n [Kelantan];\nsirih ~ \nsirih sekapur, sirih setampin." "tematu\nsangat keras (buah-buahan), kematu;\ntembatu I." "temayun\nayun-~;\nayun." "temba\n[Kelantan];\nmenemba\n melanggar, merempuh." "tembadau\nsejenis seladang (terdapat di Borneo), \nBos javanicus lowi." "tembaga I\n= \n~\n \nmerah \nsejenis logam berwarna merah dan digunakan untuk membuat dawai (periuk dan lain-lain);\n~\n \nkuning \naloi daripada tembaga dan zink, kuningan, loyang;\n \n~\n \nperunggu \naloi daripada tembaga dan timah, gangsa;\n \n~\n \nputih<" "tembaga II\nbunga ~ suasa \nsejenis tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan (tanah, tembaga), melung, (se)landap, \nCrinum asiaticum; \ndaun ~ suasa\n sejenis tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, dedawai (betina), itah tembaga, rancang besi, tampang besi, tongkat ali, \nSmilax callophylla; \nrumput ~ jantan \nsejenis tumbuhan (rumput), \nIschaemum muticum." "tembak I\n~\n \ngawar \nbedilan yang dilepaskan ke udara (sebagai amaran);\n \nhukum ~ \nhukum bunuh dengan cara dibedil;\n \nkena ~ \nkena bedilan dengan senjata api;\n~\n \nyang beralamat, tujuan yang bermaksud \n(peribahasa) tiap-tiap perbuatan ada maksudnya;\nbertembak-tembakan\n berbalas tembak, saling membedil:\nmaka berperanglah Seri Udara dengan Peringgi terlalulah ramai bunyinya ~, bunyi meriam seperti halilintar membelah;\n menembak\n1.\n melepaskan bedilan dengan senjata api (senapang, pistol, dan lain-lain), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil:\nseorang pun tidak berani ~ harimau yang ganas itu; \n2.\n [Indonesia] menyepak bola ke arah gol (dalam permainan bola sepak);\n3.\n [kiasan] berbuat bohong, membohongi;\n \n~\n \njatuh\n menembak sesuatu (seperti kapal terbang dan lain-lain) dan menyebabkannya jatuh (terhempas dan sebagainya);\n \n~\n \nmati \nmenembak dan menyebabkannya mati;\ntembak-menembak\n saling menembak, bertembak-tembakan:\nmenghentikan ~;\n menembaki\n menembak beberapa kali (pada), sering kali menembak pada;\nmenembakkan\n1.\n melepaskan peluru senjata api, menembak dengan:\nkapal-kapal terbang itu telah ~ roket ke atas askar musuh; \n2.\n menendang bola ke arah gol;\ntertembak\n ditembak, kena tembak:\ndalam pertempuran itu seorang mata-mata telah ~ mati;\n tembakan\n hasil menembak, letusan senjata api dan lain-lain:\nkami telah terbangun kerana ada ~;\npenembakan\n perbuatan menembak:\nlaporan mengenai ~ di masjid al-Aqsa pada bulan April ini memberi bukti lanjut kepada pelaporan yang berat sebelah;\n penembak\n1.\n orang yang menembak;\n2.\n alat (senjata) untuk menembak;\n~ curi \norang yang menembak musuhnya secara sembunyi-sembunyi atau dari tempat yang terselindung, biasanya dari jarak yang agak jauh;\n \n~ tepat \norang yang cekap menembak sesuatu sasarannya dengan tepat." "tembak II\n[Minangkabau] tuju, arah, maksud;\nmenembak\n1.\n mengarahkan kepada, memaksudkan, menuju;\n2.\n [kiasan] menyambar (petir)." "tembakang\nsejenis ikan darat, \nHelostoma temmincki; \ntebakang,temakang" "tembakau\n1.\n sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dikeringkan dan diracik tipis-tipis untuk dibuat rokok, cerut, dan lain-lain), \nNicotiana tabacum; \n2.\n racikan daun tembakau yang telah dikeringkan (untuk membuat rokok, cerut, sugi, dan lain-lain);\n~\n \nbelati \n= \n~\n \ntin \ntembakau yang diimport;\n \n~\n \nhutan \nsejenis tumbuhan (pokok yang daun dan akarnya dibuat ubat), \nSolanum verbascifolium;\n~ Jawa\n tembakau dalam negeri;\n \n~\n \nkerosok\n daun tembakau yang telah dikeringkan;\n \n~\n \nlempeng(an)\n tembakau yang berkeping-keping tipis;\n \n~\n \nsek\n tembakau yang sangat halus hirisannya;\npertembakauan\n perusahaan memproses tembakau." "tembakul\nsejenis ikan laut, belacak, \nPeriophthalmus koelreuteri." "tembam\ngemuk atau berisi (muka dan lain-lain)." "tembang I\n[Jawa]\n1.\n sejenis karangan berangkap (syair dan lain-lain) yang dinyanyikan, nyanyian;\n2.\n puisi;\nmenembang\n menyanyikan (melagukan) tembang." "tembang II\nsejenis ikan laut, \nClupea spp." "tembangau\nsejenis tumbuhan (pokok), teremung betina (jantan), jeruman, kayu tengah, medang kenyat, rosok, samak tebangan, temangau (jantan), tempunai, \nGlochidion superbum." "tembar\nmenembar\n [Perak] menangkap ikan (dengan menebah dan menyauk)." "tembarau\nsejenis tumbuhan (rumput);\nteberau\n." "tembasah\nsejenis tumbuhan (pokok), beberas hutan, dada ruan, cemantung gajah, gumpal benang, kuku balam, mesekam putih, petaling tanduk, rambai kera, sebasah, \nAporosa prainiana." "tembatar\nsejenis kapang, tembeluk, teritip." "tembatu I\n1.\n [arkaik] sejenis buah yang keras (seperti buah nipah);\n2.\n = \npisang\n \n~\n pisang yang bijinya keras seperti batu, pisang kapuk." "tembatu II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), jelawi bukit, \nNeoscortechinia kingii; \n2.\n sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya baik untuk perkakas rumah), bangsa putih, medang kawan (putih), membatu, mempadang, \nAngelesia splendens." "tembek\n[arkaik] hampir mengenai sasarannya (tembakan, pukulan, dan lain-lain)." "tembel I\nbintil kecil seperti bisul pada kelopak mata, ketumbit." "tembel II\n[Jawa] tampal, tambal, tampung;\nmenembel\n menampal, menambal, menampung;\nmenembelkan\n menyuruh orang lain menembel sesuatu;\ntembelan\n tampalan, tambalan." "tembelah\ntabung damak." "tembelang\n1.\n = \ntelur ~ \ntelur yang tidak dapat menetas dan menjadi busuk, telur bungkus, telur kemungkus;\n2.\n [kiasan] keburukan (yang disembunyikan), kejahatan:\nmereka berjaya mendedahkan ~ pihak musuh." "tembelian\nikan ~ \nsejenis ikan darat, temoleh, \nProbarbus jullieni." "tembeliung\n[bahasa percakapan] puting beliung." "tembelok\nsejenis karangan laut, ka(m)pang, \nToredo navalis." "tembera\n[arkaik] sejenis ikan darat;\n= tambera II." "temberak\n~\n \nhutan \nsejenis tumbuhan (pokok renek), daun sekentut, sekentut jantan, kayu buntut baung, \nLasianthus oblongus." "temberam\nsejenis alat menangkap ikan (seperti bubu)." "temberang I\ntali-temali di kapal (perahu) untuk meneguhkan tiang;\n \n~\n \nbelakang\n = \n~\n \nburitan\n = \n~\n \nturut \ntemberang yang di belakang tiang;\n \n~\n \nhaluan\n temberang yang di sebelah hadapan;\n \n~\n \nlenggang\n temberang yang di kiri kanan." "temberang II\npercakapan dan lain-lain yang sedap didengar (umumnya tidak benar), cakap yang muluk-muluk, bual:\nkalau begitu iklan-iklan dalam surat khabar itu ~ sahajalah;\n~\n \nlapuk \nomong kosong;\n \njual ~ \nbercakap bohong;\n \ntukang ~ \norang yang pandai bercakap muluk-muluk (bohong);\nmenemberang\n bercakap yang bukan-bukan, membohong;\nmenemberangkan\n bercakap bohong (yang bukan-bukan) pada, membohong:\nRoslan ~ isterinya." "temberek\n[arkaik] tembikar." "tembereng\n1.\n serpihan tembikar (cawan, mangkuk, dan lain-lain), beling;\n2.\n (Matematik) bahagian daripada sesuatu bulatan (berbataskan sebahagian daripada garis lilit dan satu garis lurus);\n3.\n tembikar, porselin;\n~ besar\n tembereng yang lengkoknya lebih panjang daripada separuh bulatan;\n \n~\n \nkecil \ntembereng yang lengkoknya lebih pendek daripada separuh bulatan;\n \n~ tajam \nbahagian bulatan yang berbataskan garis lilit dan dua jari-jari." "temberih\nsejenis ikan laut, ibu gelama, \nPseudosciaena diacanthus." "tembi\nmenembi\n [Pahang] menyentuh (menggesel) dengan badan, menyinggung." "tembikai\nsejenis tumbuhan (herba memanjat dan buah), betika, semangka, timun cina, \nCitrullus vulgaris;\n= kemendikai, mendelikai, mendikai." "tembikar\n1.\n barang daripada tanah liat yang dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dan lain-lain), seramik;\n2.\n serpihan (pinggan, periuk, dan lain-lain), beling, tembereng;\nditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadinya \n(peribahasa) walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga;\n \nhendaklah seperti ~, pecah semua \n(peribahasa) hendaklah hidup bermuafakat antara satu dengan lain;\n \nmemberi makan anjing di ~, memberi makan gajah dengan alatnya \n(peribahasa) tiap-tiap perbuatan yang dilakukan itu hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaan." "tembilang\nsejenis alat menggali lubang yang bertangkai panjang, penggali;\nbagai ~ bagai penggali, bagai yang hilang begitu pengganti \n(peribahasa) yang hilang sama dengan gantinya;\n \ndi mana ~ terhentak, di situ cendawan tumbuh \n(peribahasa) di mana perselisihan berlaku di situlah diselesaikan." "tembilar\nsejenis alat menangkap ikan (seperti bubu)." "tembis\n[arkaik];\nmenembis\n memarahi dengan kata-kata yang tajam dan keras, membentak, mengherdik." "tembok I\n1.\n dinding yang dibuat daripada batu bata dan lain-lain, benteng daripada batu dan lain-lain;\n2.\n tambak yang dibina daripada batu bata dan lain-lain;\n3.\n [kiasan] sesuatu yang memisahkan atau mengasingkan:\nakhbar dapat memecahkan ~-~ kedaerahan dan kenegerian dan memusnahkan semangat sempit itu;\n~\n \nbeton \n[Indonesia] tembok daripada campuran kerikil, pasir dan simen (untuk tiang rumah, dinding, dan lain-lain);\n \n~\n \nkering \nki orang yang sangat kedekut;\n \n~ penahan \nbinaan, biasanya daripada konkrit, yang dibina di lereng bukit, tebing sungai dan sebagainya untuk menahan tanah, batuan daripada runtuh;\nmenembok\n mendinding dengan tembok, menambak (meninggikan) dengan tembok." "tembok II\nmenembok\n [Jawa] melekatkan lilin pada bahagian kain yang hendak dibiarkan putih (apabila membatik)." "tembok III\nIII; \nmenembok\n menyejukkan air panas dan lain-lain dengan mengacau-ngacaukannya (menuang-nuangkan ke bekas lain)." "tembok IV\n[Kelantan], [Terengganu] jalan besar, jalan raya, jalan bertar." "tembokor\nbokor." "tembolok\n1.\n kantung tempat menyimpan makanan pada leher burung (ayam dan lain-lain):\nkelihatan padi berhamburan di tanah dari ayam tedung, kerana ~nya belah kena taji ayam kurik; \n2.\n [bahasa kasar] perut;\n \nasal berisi ~ senang hati \n(peribahasa) apabila sudah cukup makan dan pakaian, senanglah hati." "tembor\n[Kelantan], [Terrenganu] melanggar:\nkenapa kamu selepas sembahyang terus ~, tidak menunggu sampai habis imam membaca doa?" "tembosa\nsejenis kuih daripada tepung (yang berintikan keledek, udang kering, daging, dan lain-lain)." "tembuk I\n1.\n berlubang (kain, kertas, dan lain-lain), tembus:\ntapak kasutnya telah ~; \n2.\n berongga atau berlubang (gigi, batu, dan lain-lain):\ngiginya ~ dimakan ulat;\n menembuk\n membuat lubang (pada kertas dan lain-lain), menebuk, menembus." "tembuk II\n~\n \ntebing \nsejenis ikan darat, \nLuciocephalus pulchur." "tembuku\n[arkaik] sejenis tombol pada tiang perahu." "tembun\n[Kedah] tambun." "tembung I\nsejenis tongkat (daripada kayu dan lain-lain) yang digunakan sebagai senjata, belantan, gada;\nmenembung\n memukul dengan tembung." "tembung II\nbertembung\n1.\n berjumpa (dengan tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak:\nmereka selalu ~ dengan bapanya yang pulang dari laut; \n2.\n bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dan lain-lain):\nanak-anak sungai itu ~ pula dengan anak-anak sungai yang lebih besar; \n3.\n berlanggaran, bersentuhan:\nkereta yang dipandunya ~ dengan lori balak; \n4.\n [kiasan] saling berpandangan, bertemu (pandangan):\napabila mata ~, pemuda yang berbaju bunga nekat melepaskan senyum;\n \nkicang-kecoh ~ ciak \n(peribahasa) tiap-tiap perkara yang hendak disiasat hendaklah ada buktinya;\nmenembungkan\n menemukan, menyebabkan bersua:\nkedatangan Islam ~ bahasa Melayu dengan bahasa Arab;\n mempertembungkan\n menjadikan (menyebabkan) bertembung, mempertemukan, mempersuakan:\ndi sinilah kelihatan unsur tradisional dan moden itu dipertembungkan melalui para doktor dan pawang bagi mengubatinya; \nperdagangan yang ~ mereka dengan banyak bangsa;\n pertembungan\n perihal bertembung, percantuman, perjumpaan, pertemuan:\nselagi terdapat ~ antara manusia, penyebaran cerita itu tetap terjamin; \nsituasi seperti ini timbul di mana-mana sahaja berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan Barat." "tembuni\nuri (yang keluar sesudah bayi dilahirkan), sampul tian, kakak anak;\n \n~\n \nkecil \nuri yang bersambung dengan tali pusat (tali uri);\n \nselusuh ~ \njampi dan lain-lain untuk memudahkan tembuni (uri) keluar." "tembus\n1.\n berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk:\ndinding papan itu ~ kena peluru; \n2.\n masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke:\ngua itu ~ ke belakang bukit; \njalan ini ~ ke pasar; \n3.\n meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain:\nkertas ini jenis yang tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis;\n 4.\n dapat dilantas terus (barisan pertahanan dan lain-lain), bolos, tobros:\npertahanan musuh telah ~; \n5.\n [arkaik] kena benar (dugaan dan lain-lain), tepat;\nmenembus\n1.\n meresap masuk (ke dalam hati dan lain-lain):\nkata-katanya tadi telah dapat ~ ke dalam hati suaminya; \n2.\n terus sampai ke, terus ke;\n3.\n [arkaik] betul (terkaan dan lain-lain), tepat:\nfirasatnya tidak ~;\n menembusi\n1.\n menusuk (menikam dan lain-lain) sampai tembus, menebuk, melubangi:\nkeris ini dapat ~ badan orang; \n2.\n masuk terus (melalui sesuatu), melantas:\nbeberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; \n3.\n meresap terus ke sebelah yang lain, melantas, merembes:\nmatahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titiwangsa;\n 4.\n [kiasan] meresap masuk (ke dalam hati dan lain-lain);\n5.\n dapat melantas (pertahanan dan lain-lain), menobros, mendobrak:\nkonvoi dikirim untuk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; \nindustri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu untuk ~ pasaran eksport secara besar-besaran;\n tembusan\n1.\n sesuatu (jalan, sungai, dan lain-lain) yang tembus ke;\n2.\n sungai buatan (untuk dilalui kapal dan lain-lain), terusan\n3.\n jalan yang menembusi bukit dan lain-lain, terowong;\n 4.\n = \n~\n \nsurat \nsalinan surat asal;\npenembusan\n perihal menembus atau menembusi, penobrosan." "tembusu\nsejenis tumbuhan (pokok), semensu, temensu, temesu, temusu, \nFagraea fragrans;\n~ bukit \n= \n~\n \nhutan\n = \n~\n \ntalang\n = \n~\n \ntembaga \nsejenis tumbuhan (pokok), meriang, riang-riang, \nFagraea gigantea;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok), sepulih, sepulis, \nFagraea maingayi;\n~ padang \nsejenis tumbuhan (pokok), temusu, \nFagraea lanceolata." "temeh\nremeh-~ \ntidak mustahak (penting), tidak berharga;\n= remeh-temeh\n." "temelung\ntepung ~ \nsejenis kuih." "temen\n[Jawa] benar, sungguh." "temengalan\nsejenis ikan darat, tengalan, \nPuntius bulu." "temenggang\nburung ~ \nsejenis burung, burung kambing, celung, gembala gajah, \nPlatymurus l. leucopterus." "temenggung I\n1.\n pembesar kerajaan Melayu di bawah bendahara (yang menjaga keamanan dalam negeri);\n2.\n [Jawa] gelaran bupati." "temenggung II\nikan ~ \nsejenis ikan laut, \nPriacanthus tayenus." "temenggung III\nsemut ~ \nsejenis semut hitam yang besar, \nCamponotus gigas." "temenggung IV\n~\n \nmelela \nsejenis tumbuhan (pokok renek), gandarusa, kisi-kisi, urat sugi, \nGendarussa vulgaris." "temenung\nsejenis ikan laut, kembung, \nRastrelliger spp." "temeralang\n[Perlis], [bahasa percakapan] tali pada tanduk lembu atau kerbau." "temerang I\n[Kelantan], [bahasa percakapan] sejenis bekas tempat menyimpan ikan." "temerang II\nterang-~ \nterang-benderang, sangat terang;\nterang." "temesar\nsejenis tumbuhan (pokok), balik angin bukit, cenderai (gajah), ceret budak, hamba raja, kemesak, melokang, semangsuk, (se)mengkih, senancung, ubat semelit bayur, \nCroton argyratum." "temetu\nkematu, keras." "temewek\n[Terengganu] senyum simpul:\nMak Wok selalu ~ apabila dipuji." "temi\n[Kedah] tampar." "temiang I\n1.\n sejenis buluh kecil yang tipis (biasanya dibuat sumpitan), buluh aur gading, buluh minyak, buluh sumpitan, \nBambusa wrayi; \n2.\n sumpitan;\n \nberebut ~ hanyut, tangan luka, ~ tak dapat\n = \nmerebut ~ belah \n(peribahasa) perihal dua orang yang berkelahi (sampai luka-luka) merebuntukan sesuatu tetapi barangnya tidak dapat." "temiang II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (herba), akar tapak rusa, lana bulu, ular bukit, \nLettsomia peguensis.\nTemiar\n penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang tinggal di sesuatu tempat yang ditentukan oleh penghulu dengan cara berjampi atau mimpi, yang kebanyakannya terdapat di Perak, Pahang dan Kelantan." "temikai\ntembikai." "temilang\nsejenis tumbuhan (pokok), kenar, keranji bulan, me(r)limau, pasak perahu, pokok rongga, \nAglaia odoratissima." "temilar\n[Kelantan] sejenis alat untuk menangkap ikan." "temilung\n[Kelantan] pembungkus kuih dan lain-lain daripada daun pisang." "temin I\ngelang-gelang daripada logam (untuk mengukuhkan hulu pisau dan lain-lain), simpai." "temin II\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), lelimau, limau hutan (lelang), pokok renjis, semantan, \nTaxotrophis macrophylla." "temoleh\n[Perak] sejenis ikan darat, temelian, \nProbarbus jullieni." "temolok\n[arkaik] \n tembolok." "tempa\nbesi ~ \nbesi yang dapat dibentuk (tidak berapa keras);\n \nkeris ~ Melaka \nkeris buatan Melaka;\nmenempa\n1.\n memukul besi dan lain-lain untuk dijadikan alat (pisau dan lain-lain), menitik:\n~\n \nbesi; \n2.\n membuat (keris, parang, dan lain-lain) daripada logam:\nbersusah payah ~ sebilah pisau; \n3.\n membentuk (bata, wang, dan lain-lain), mencetak:\ntidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri;\n 4.\n [kiasan] mencipta, membuat;\n \n~\n \nsejarah\n membuat sesuatu yang baharu:\nSir Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dengan pihak berkuasa Rusia.\n tempaan\n1.\n yang ditempa, buatan (pisau, keris, dan lain-lain):\nemas ~; \nkeris ~ Melaka; \n2.\n [kiasan] sifat asli (daripada sesuatu), bentuk, potongan;\npenempaan\n perbuatan (kerja dan sebagainya) menempa:\npembentukan atau ~ tembikar dibuat dengan gaya bebas;\n penempa\n orang yang menempa, tukang besi, tukang membuat keris (parang dan lain-lain)." "tempah\n= \nwang ~ \nwang yang dibayar lebih dahulu (untuk membeli barang, upah membuat sesuatu, dan lain-lain), cengkeram:\ntiap-tiap pemesan dikehendaki membayar ~nya;\n menempah\n1.\n memesan dengan memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dan lain-lain) dengan membayar cengkeram:\nwang telah habis ~ peguam;\n~ bidan \nmemesan bidan;\n2.\n menyuruh membuat (pakaian dan lain-lain) dengan ukuran yang tertentu:\nbaju batik yang ditempah di kedainya banyak; \n3.\n [kiasan] sengaja mencari (bahaya dan lain-lain):\norang itu sengaja ~ maut;\nmenempahkan\n menempah untuk seseorang;\ntempahan\n1.\n sesuatu yang ditempah (pakaian, peti, dan lain-lain), pesanan, lawan kodian:\nbaju ~; \nkasut ~; \n2.\n perihal menempah, pesanan:\nmereka telah membatalkan ~ tiket kapal mereka;\n penempahan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menempah, pemesanan (barang);\npenempah\n orang yang menempah (memesan) barang, orang yang membuat tempahan." "tempang\n1.\n cacat yang tetap pada kaki (kaki pendek sebelah dan lain-lain), capik, pincang:\nsegala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; \n2.\n tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dan lain-lain):\nkerusi itu ~ kakinya; \n3. = tertempang-tempang\n incang-incut:\nketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon;\n 4.\n [kiasan] tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (perjalanannya dan lain-lain):\nbukan sedikit jumlah perempuan yang terjerumus ke liang kesengsaraan lantaran kesalahan masyarakat yang selalu ~ ini; \norang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang \n(peribahasa) kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yang serupa;\nmenempang\n berjalan tempang;\nmenempangkan, menempang-nempangkan\n \n~\n \nkaki\n berpura-pura tempang kaki;\nketempangan\n1.\n perihal (keadaan dan sebagainya) tempang, kecapikan, kepincangan;\n2.\n cacat, cela;\n3.\n hal yang tidak wajar (tidak adil dan lain-lain), keadaan tidak wajar:\nbolehkah kita mengatasi ~ musyawarah kita serta kembali ke musyawarah yang sebenar." "tempap\nsetempap\n selebar atau seluas tapak tangan, setelempap;\nmenempap\n1.\n meletakkan tapak tangan pada;\n2.\n = \nbertempap\n mengukur dengan telempap." "tempat\n1.\n sesuatu yang digunakan untuk menaruh (menadah, menyimpan, dan lain-lain), bekas, wadah:\n~\n \nhabuk rokok;\n~ bara; \n2.\n ruang (kawasan dan lain-lain) untuk melakukan sesuatu:\npercakapan terhenti hingga itu, masing-masing berdiri mencari ~ sujud; \n3.\n ruang dan lain-lain yang digunakan untuk menyimpan (menaruh) sesuatu:\nia pun terus menanggalkan tuala yang dipakainya itu dan berjalan menuju ~ gantungan kain bajunya;\n 4.\n kawasan (ruang, rumah, dan lain-lain) yang didiami, kawasan dan lain-lain di mana terdapat sesuatu:\nrumahnya itu rumah batu, bangunannya seperti ~ berhala Cina;\n5.\n bahagian yang tertentu daripada sesuatu:\n~\n \npemegangnya boleh dibalut dengan getah tiub;\n6.\n kawasan yang tertentu, daerah, kampung, negeri:\nayahku tidak duduk di ~ itu; \nia kembali ke ~ lahirnya; \n7.\n orang yang jadi lawan bercakap, orang yang jadi tujuan untuk bertanya dan lain-lain, orang yang diserahi kepercayaan:\norang tua itulah ~ kami bertanya; \n8.\n kedudukan (yang sewajarnya), keadaan, letak (sesuatu):\ndia mendapat ~ yang baik di kementerian itu;\n~nya dalam perusahaan itu telah diambil oleh orang lain; \naspek bahasa perlu diberi ~;\n \n~\n \nasal \nkawasan (negeri, kampung) dari mana seseorang itu berasal;\n \n~\n \nhantu bermain\n = \n~\n \njin bertendang \nki kawasan yang tidak didiami orang (jauh daripada orang);\n \n~\n \nkediaman (tinggal)\n kawasan (rumah) yang didiami (orang);\n \n~\n \nludah \nperludahan, ketur, tempolong;\n \n~\n \nparkir \n[Indonesia] tempat menyimpan kereta;\n \n~\n \nperanginan \ntempat orang bertemasya (berehat);\n \n~\n \ntumpah darah \nnegeri (kampung) tempat orang itu dilahirkan;\n \n~\n \nberpijak sudah terban, ~ bergantung sudah putus\n (peribahasa) kehilangan orang tempat menumpangkan hidup;\nsetempat\n1.\n satu tempat sahaja;\n2.\n = \nsetempat-setempat\n hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh;\n3.\n di tempat itu sendiri:\nhikayat ini tersiar di daerah yang sangat luas biarpun dalam bentuk yang berlainan dan disesuaikan dengan keadaan ~;\n menyetempatkan\n1.\n meletakkan (mengumpulkan dan lain-lain) di satu tempat sahaja, tidak membiarkan berselerakan;\n2.\n mengurung dan lain-lain supaya tinggal di satu tempat (supaya jangan merebak, menjalar, dan lain-lain);\nbertempat\n1.\n mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di \u2026, berlaku (diadakan) di \u2026:\nmesyuarat agung akan diadakan pada 2 April ~ di Balai Rakyat; \n2.\n [kiasan] kena pada tempatnya (masanya, keadaannya, dan sebagainya):\nmengata orang biarlah ~ ;\n bertempat-tempat\n sesuai dengan hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh;\nmenempat\n berada, terletak:\nperkara yang ~ di hati;\n menempati\n1.\n mendiami atau menduduki (rumah dan lain-lain), bertempat di \u2026:\ndia ~ dua buah bilik di rumah itu; \n2.\n memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dan lain-lain), memangku jabatan:\nmudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yang wajar sebagai suatu tenaga yang berasal daripada rakyat; \n3.\n [arkaik] [sastera lama] menjadi tempat, memberi tempat pada;\nmenempatkan\n1.\n meletakkan, menaruh, memasang:\ndia ~ kedua-dua tapak tangannya di atas lutut; \n2.\n memasukkan (dalam):\ndia ~ wang syilingnya dalam sebuah tabung buluh; \n3.\n memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dan lain-lain), menyuruh tinggal (diam):\nBritain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin;\n4.\n [kiasan] memberikan tempat (kedudukan, taraf, dan lain-lain):\nkedua-dua unsur tersebut sama pentingnya dalam ~ Sejarah Melayu sebagai roman sejarah yang baik;\n tempatan\n yang berkaitan dengan tempat tertentu, di tempat itu sendiri:\nkasut hitam, buatan ~ yang dipakainya itu berkilat; \nbuah-buahan ~ \nbuah-buahan dari negera sendiri (bukan buah-buahan yang diimport);\n~\n \nhati \nki buah hati, kekasih;\npenempatan\n perihal menempati atau menempatkan:\nkawasan ini ialah tempat ~ semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil;\n~ kedai-kedai runcit yang besar di pusat membeli-belah." "tempaus\nsejenis bau-bauan (untuk rokok dan lain-lain)." "tempawak\nsejenis tumbuhan (pokok), \nElaeocarpus floribundus." "tempawan\nbesi ~ \nbesi yang dikeraskan dengan ditempa, besi tempa(an);\n \nemas ~ \na) emas (yang baik) yang sudah ditempa;\n b) [sastera lama] kata sanjungan untuk wanita yang cantik." "tempayak\nanak penyengat (lebah, angkut-angkut, semut) yang masih berupa ulat." "tempayan\nsejenis bejana yang dibuat daripada tanah liat untuk menyimpan air dan lain-lain:\nisikan air itu ke dalam ~;\n~ budu \n= \n~\n \npeda \na) tempayan untuk membuat budu;\n b) [kiasan] rahsia busuk seseorang;\n \n~\n \ngumbang \n= \n~\n \ntapak gajah \ntempayan besar yang mulutnya sempit;\n \n~\n \ntaban \ntempayan besar untuk menyimpan air minuman;\n \n~\n \ntelur buaya \ntempayan yang besar perutnya (seperti buyung);\nkalau kubuka ~ budu baru tahu \n(peribahasa) kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu mendapat malu;\n \nmulut ~ bagaimana menjahitnya \n(peribahasa) tidak dapat dilarang seseorang daripada mengatai kita (jika kita berbuat kejahatan);\n \nseperti ~ tertiarap di atas air \n(peribahasa) perihal orang yang bebal dan tidak mahu menurut nasihat yang diberikan." "tempayang\n kepayang." "tempayung\nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput perimping, \nThemeda villosa." "tempe\nsejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya (kedelai) yang diragikan:\njenis-jenis makanan yang dibuat daripada kacang soya ialah tauhu, ~, taucu, dan lain-lain." "tempek\nbertempek-tempek\n1.\n bertepek-tepek;\n2.\n [kiasan] sangat banyak yang belum dijelaskan, seperti hutang, pinjaman dan sebagainya:\nhutang syarikat orang itu ~;\n bertempekan\n melekat di merata-rata tempat pada sesuatu permukaan, bertempelan:\ndia terpandang sesuatu yang pelik berwarna hitam ~ di papan berkenaan;\n menempek\n melekatkan sesuatu pada:\nulangilah ~ kunyit hidup yang ditumbuk pada luka." "tempel\ngambar ~ \ngambar yang dapat dilekatkan pada benda lain kalau dibasahi dengan air;\nbertempel\n1.\n berdamping rapat (dengan), sangat karib dengan, sangat berdekatan:\njangan ~ dengan dia; \n2.\n melekat (pada), berlekat pada:\ngambar-gambar yang ~ di dinding sudah mulai kuning;\n bertempelan\n melekat di beberapa tempat:\nkeping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai;\n menempel\n1.\n melekat (pada), lekat (pada):\nposter pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembokdan tiang telefon; \n2.\n menampal sesuatu dengan:\ndindingnya dibubuh papan, ditempel dengan baldu yang kuning dan merah;\nmenempeli\n1.\n menempel pada, melekati:\nKartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yang penuh ditempeli dengan bermacam-macam gambar; \n2.\n [bahasa percakapan] menumpangi seseorang;\n3\n. merapati seseorang (dengan maksud mencari keuntungan dan lain-lain);\nmenempelkan\n1.\n melekatkan sesuatu pada:\nmereka ~ berita itu di pagar-pagar;\n 2.\n [kiasan] merapatkan (telinga untuk mendengar dan lain-lain), melekapkan:\ndia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; \n3.\n [kiasan] tetap kekal (perasaan dalam hati), melekat, bersebati:\nkepercayaanku pada agamaku makin ~ terus dalam hatiku; \n4\n.\n menumpang (duduk dan lain-lain), menebeng:\ndia ~ di rumah saudaranya;\n5.\n berapat-rapat dengan (dengan maksud mencari keuntungan dan lain-lain), menyobat:\nbeliau sekarang mencuba ~ kepada Presiden;\n6.\n memberi wang suap, menyogok, menyuap;\ntempelan\n1.\n tempat menempelkan sesuatu;\n2.\n sesuatu yang ditempelkan (seperti label dan lain-lain):\ndinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; \n3.\n orang yang ditempeli (ditumpangi dan lain-lain);\n4.\n [Indonesia] cukai pasar (dengan resit yang ditempelkan);\n5.\n [Indonesia] bunga dan lain-lain yang disematkan di baju (sebagai tanda turut menderma kepada badan amal dan lain-lain);\npenempelan\n proses menempelkan sesuatu." "tempelak\ncela atau cerca yang pedas dengan membangkit-bangkitkan keburukan (kesalahan dan lain-lain) yang sudah-sudah:\nhasutan mereka tidak sedikit diendahkannya, sebaliknya ~ yang diberikannya kepada mereka;\n menempelak\n mencerca atau mencela dengan keras (dengan membangkit-bangkitkan hasil yang sudah-sudah), menggusari dan menyesali:\nsudah melampaui batas apabila seorang anak sulung boleh ~ bapanya di hadapan mukanya;\n tempelakan\n tempelak." "tempelas\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nTetracera indica." "tempeleng\npukulan dengan telapak tangan pada muka atau pelipis (telinga), tampar:\ntiap-tiap hari ada-ada sahaja penangan untuk Ani, ~, cubitan, dan lain-lain;\n menempeleng\n menampar pada muka atau telinga:\nraja muda tersebut telah menjadi ganas lalu ~ muka Wan Intan beberapa kali;\n tempelengan\n [Jakarta] pelipis." "temperamen\n[Indonesia-Belanda] sifat batin yang mempengaruhi kelakuan dan lain-lain seseorang (seperti periang, pemarah, dan lain-lain)." "temperas\n[Perak] sejenis serangga yang rupanya seperti tungau." "temperas I\nsejenis ikan darat, cemperas, \nCyclocheilichthys apogon." "temperas II\nbertemperasan\n \n1.\n [sastera lama] lari dan lain-lain bertempiaran, bercerai-berai (ke sana sini):\nlalu lari kian ke mari, ~, diburu oleh serdadu; \n2.\n bertaburan, berhamburan (tentang benih, beras, dan lain-lain)." "temperatur\n[Indonesia-Belanda] suhu." "temperau\nbertemperau\n saling membangkit-bangkitkan keburukan (kesalahan) masing-masing, saling menempelak." "temperek\n[Jawa] rempeyek." "tempiar\nbertempiar, bertempiaran\n \n1.\n berserak-serak tidak keruan, bercerai-cerai, berkucar-kacir;\n bertemperas:\nmereka lari ~ mencari perlindungan; \n2.\n [kiasan] bertaburan (ke sana ke mari), berhamburan (benih dan lain-lain):\nsiapa tahan melihat anak-anaknya ~ ." "tempias\n1.\n percikan air (dari air hujan, ombak yang memukul perahu, dan lain-lain) yang berterbangan:\ntingkap itu berdentum dipukul angin dan ~ hujan masuk ke dalam; \n2.\n [arkaik] pasir dan lain-lain yang bertaburan (berhamburan);\nbertempias\n berpercikan masuk (titik-titik air hujan dan lain-lain);\nbertempiasan\n berpercikan masuk:\n hujan mulai turun dengan titik-titik air ~ ke dalam bilik itu;\nmenempiasi\n terkena pada:\n hujan lebat tidak ~ mereka;\n menempiaskan\n memercikkan:\n angin kuat ~ hujan ke koridor." "tempik\nteriak yang kuat, pekik yang kuat:\nterdengar bunyi ~;\n~ sorak \nbermacam-macam pekik dan sorak (dalam peperangan, pertandingan, dan lain-lain);\nbertempik\n memekik dengan suara yang nyaring, menjerit kuat-kuat:\nsalah seorang ~ kuat;\n menempikkan\n memekikkan, meneriakkan, menjeritkan;\ntempikan\n tempik, jeritan, teriakan:\nSaidina Ali tidak tertahan lagi mendengar ~ yang berulang-ulang itu." "tempilai\nsejenis tumbuhan (pokok), \nUrandra corniculata." "tempinah\nsejenis tumbuhan (herba), temegun, \nHydrocera triflora." "tempinis\nsejenis tumbuhan (pokok yang keras kayunya dan tahan lama), kepinis, \nSloetia elongata." "tempiras\n[Perak] sejenis tungau." "templat\n1.\n bentuk yang dipotong daripada kertas, kayu, dan lain-lain dan digunakan sebagai contoh untuk menghasilkan bentuk yang serupa pada bahan lain;\n2.\n sesuatu yang dijadikan contoh untuk tujuan perbandingan dan sebagainya." "tempo\nukuran waktu (pada muzik dan lain-lain), irama:\ntiap-tiap lagu mempunyai ~ yang tertentu;\n bertempo\n mengikut tempo:\nsebuah lagu joget ~ perlahan." "tempoh I\n1.\n waktu, masa:\nsudah ~nya untuk pulang; \nada ~nya \nada kalanya, kadang-kadang;\n \nmakan ~ \nmemerlukan masa yang banyak;\n \nsekali ~ \na) [bahasa percakapan] sesuatu ketika;\n b) [bahasa percakapan] pada suatu ketika;\n c) sekali sekala, ada ketikanya;\n2.\n pada masa, pada ketika, pada saat:\n~\n \nitu dia tidak ada di rumahnya; \n3.\n kesempatan (untuk berbuat sesuatu), peluang:\njika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; \n4.\n pengunduran waktu, penundaan:\nmereka diberi ~ seminggu untuk menyiapkan kerja itu; \nminta ~ \na) minta tangguh;\n b) minta cuti;\n5.\n batas waktu yang tertentu, janji (waktu yang dijanjikan):\ndia diberi ~ tiga bulan untuk menjelaskan baki hutangnya;\n6.\n jangka masa yang tertentu (berlakunya sesuatu):\ntelur-telur itu menetas dalam ~ sepuluh hari;\n~ dulu\n [bahasa percakapan] zaman dahulu, dahulukala;\n \n~\n \nhari\na) [bahasa percakapan] baru-baru ini, beberapa hari yang lalu;\n b) [bahasa percakapan] pada ketika itu, dahulu;\n \n~ lampau panas \n(Geografi) tempoh cuaca yang luar biasa panasnya, yang berterusan agak lama;\nbertempoh\n dalam tempoh:\nkerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kepada Rusia." "tempoh II\n1.\n berhenti dari melakukan sesuatu (bekerja dan lain-lain), tidak bekerja lagi;\n \ntidak ~ \na) = \ntidak ~nya \ntidak berhenti-henti, sentiasa;\n b) \ntidak ~ lagi \n= \ndengan tidak ~ \ndengan serta-merta, dengan segera;\n2.\n beristirahat, berehat, mengaso:\nbolehlah ~ sebentar, kalau letih; \n3.\n tidak hadir bekerja (bersekolah dan lain-lain), cuti:\ndia dapat ~ sehari; \n4.\n = \nwaktu ~\n = \nhari ~\n waktu (hari) cuti, kelepasan, libur:\nwaktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung;\n5.\n bercuti, berlibur, berpakansi:\npergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut;\n menempohkan\n menghentikan, memerhatikan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat;\n \ntidak ~ tangan \nsentiasa bekerja." "tempoi\n= \n~\n \nbunga \nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dijadikan perkakas rumah dan lain-lain), \nBaccaurea macrophylla." "tempolong\nsejenis ketur tempat berludah, peludahan." "temponek\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya seperti buah nangka kecil), mendeleka, perian, tampang, tampunih, ta(m)punit, tempunai, tunjung, \nArtocarpus rigida." "tempong I\n[arkaik];\nmenempong\n melemparkan sesuatu ke sasarannya, menogan (dalam permainan guli dan lain-lain)." "tempong II\n[Negeri Sembilan];\nmenempong\n menolak perahu dari tebing dengan galah bercanggah." "temporok\nsebelah tempurung (sejenis permainan);\nporok I\n." "tempoyak\nsejenis pekasam daripada durian untuk dibuat sambal dan lain-lain:\nsambal hari itu ialah sambal ~ dan ulamnya buah jering." "tempoyan\nsejenis tumbuhan (pokok), \nRhodamnia trinervia." "tempua\nburung ~ \nsejenis burung, cak raya, \nPloceus philippinus infortunatus; \nkalau tak ada berada (berada-ada), tak akan ~ bersarang rendah \n(peribahasa) tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal." "tempuan\njalan retas." "tempuh I\nbertempuh-tempuh, tempuh-menempuh\n [sastera lama] langgar-melanggar (orang berperang dan lain-lain), serang-menyerang, serbu-menyerbu;\nsetempuh\n \n~\n \nlalu, sebondong surut\n (peribahasa) adat orang bersahabat sentiasa semuafakat dan bersatu hati;\nmenempuh\n1.\n mara melanggar (musuh dan lain-lain), menyerang, menyerbu (ke):\nmaka ia pun ~ ke dalam rakyat Pasai yang seperti laut itu; \n2.\n melanggar (angin, ombak, dan lain-lain), melanda, memukul:\nsebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin; \n3.\n menimpa (kemalangan dan lain-lain):\nmaka ia pun ditempuh kemalangan; \n4.\n melalui (jalan dan lain-lain), mengikut (jalan dan lain-lain):\ninilah kali yang ketiga aku ~ jalan ini;\n5.\n melalui, melintasi:\nketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kepada Dah Jali;\n6.\n berjalan masuk (lalu dan lain-lain) di tempat yang sulit-sulit, mengharung (lautan dan lain-lain), meredah (belukar dan lain-lain):\nselang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yang besar dengan takdir Allah Subhanahuwataala sampailah kepada suatu padang;\n 7.\n sengaja menghadapi bahaya dan lain-lain, menanggung kerugian dan lain-lain, menyongsong (angin, ribut):\ndalam masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk;\n8.\n = \nmenempuhi\n mengalami (kesukaran dan lain-lain), menderita (kesulitan dan lain-lain):\nmereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan;\n~ hidup\n;\n9.\n mendatangi sesuatu tempat (rumah dan lain-lain), masuk ke, memasuki:\nkita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yang tidak berisi;\n10.\n = \nmenempuhi\n memasuki (peperiksaan, ujian, dan lain-lain), mengikuti, menyertai (kursus dan lain-lain):\nMalaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dalam pesta sukan Asia Tenggara; \n11.\n sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dan lain-lain), mengikuti (kursus dan lain-lain);\n12.\n memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dan lain-lain):\nmulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru;\n13.\n melakukan sesuatu yang sukar atau sulit;\npenempuhan\n proses menempuh(i) sesuatu:\n~ berbagai-bagai bala bencana sebagai ujian mematangkan usia." "tempuh II\n[Jawa] sesuatu yang digunakan untuk mengganti barang yang dirosakkan, barang dan lain-lain sebagai ganti;\nmenempuhkan\n menyalahkan dan meminta mengganti atau membayar ganti rugi (kerana merosakkan barang dan lain-lain);\nketempuhan\n1.\n terpaksa memberi ganti atau membayar ganti rugi (kerana merosakkan sesuatu);\n2.\n mendapat celaan (cercaan);\n3.\n mendapat malu kerana kesalahan orang lain." "tempuling\nsejenis lembing (tombak) pendek untuk menangkap ikan yang besar-besar, cempuling." "tempunai, tempuni\nsejenis tumbuhan (pokok), mendeleka (mendeluka), perian, tampang, tampaneh, tampunet, tapuret, \nArtocarpus rigida." "tempur\nbertempur\n \n1.\n berlanggaran, berlaga, bertubrukan:\nombak ~; \n2.\n berkelahi, bergaduh, berjuang, berperang:\nlalu ~lah mereka dan beramuk-amuk dengan lebih hebat lagi;\n menempur\n menyerang, melanggar, menempuh;\nmempertempurkan\n1.\n menjadikan bertempur, memperlagakan, mempertentangkan:\nnegara-negara besar ~ negara-negara kecil untuk kepentingan mereka sendiri; \n2.\n memperjuangkan, berjuang untuk:\nmereka ~ kepentingan bangsa sendiri;\n pertempuran\n perihal bertempur, perkelahian (pergaduhan dan lain-lain) yang sengit, peperangan, perjuangan:\nakhirnya Raja Haji mati dalam ~ ketika menyerang Melaka;\n~ sengit \nperkelahian yang hebat;\npenempur\n alat dan lain-lain untuk bertempur;\n \nkapal ~ \nkapal perang yang besar yang dilengkapi dengan meriam-meriam besar;\n \npesawat ~ \n[Indonesia] kapal terbang yang dibuat untuk bertempur." "tempura\nsejenis masakan tradisional Jepun yang dibuat daripada udang, sotong atau sayur-sayuran yang dicelup dalam bancuhan tepung dan digoreng." "tempuras\n temperas II." "tempurung I\n1.\n kulit yang keras pada beberapa jenis buah (terutama kulit buah kelapa):\nsenduk itu dibuat daripada ~ kelapa; \n2.\n kulit kelapa yang keras yang dibelah dua (untuk bekas air dan lain-lain), batok, geluk:\npengemis-pengemis itu menghulurkan ~ mereka kepada orang-orang yang lalu di depan mereka; \n3.\n sesuatu yang menyerupai tempurung;\n \n~ betina \nbelahan tempurung yang di sebelah bawah;\n \n~\n \njantan \nbelahan tempurung yang di sebelah atas;\n \n~\n \nkepala\n = \n~\n \notak \ntulang kepala yang melindungi otak;\n \n~\n \nlutut\n tulang bulat pada lutut di sebelah depan, \nPatella rotula;\n~ rebab \nbadan rebab (biasanya daripada tempurung)." "tempurung II\nbuah ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya berwarna hijau), buah advokat, \nPersea gratissima." "tempuyung\nsejenis tumbuhan (herba yang dibuat ubat), \nNasturtium indicum." "temu bual\ntemu ramah, wawancara, interviu;\nbertemu bual\n bertemu ramah, berwawancara;\nmenemu bual\n menemu ramah, mewawancara, menginterviu:\nwartawan-wartawan sedang ~ Perdana Menteri;\n penemubual\n penemu ramah, pewawancara, penginterviu." "temu duga\n1.\n tanya jawab antara majikan dengan pemohon kerja dan lain-lain, interviu;\n2.\n [arkaik] tanya jawab antara pemberita dengan seorang tokoh politik dan lain-lain (untuk mendapat berita dan lain-lain), temu ramah, temu bual, wawancara, interviu;\nbertemu duga\n bertanya jawab (antara pemohon kerja dengan majikan, antara wartawan dengan tokoh politik dan lain-lain):\nbila-bila sahaja dia boleh datang ~ dengan penarik-penarik beca yang benar-benar tahan lasak itu;\n menemu duga\n menyoal (pemohon kerja, tokoh politik, dan lain-lain), menginterviu:\nlebih daripada seratus orang pemohon telah dipanggil untuk ditemuduga tetapi hanya tiga puluh orang sahaja yang terpilih;\n penemu duga\n orang yang menemu duga (pemohon kerja dan lain-lain), penginterviu." "temu I\nbertemu\n \n1.\n berjumpa (dengan), bersua (dengan), tersua:\ndia ~ dengan anak muda itu ketika menonton filem; \n2.\n berhadapan muka (dengan), bersemuka (dengan):\nterlebih baik aku ~ dengan harimau daripada ~ dengan bapaku; \n3.\n memperoleh (barang yang dicari dan lain-lain), mendapat, menjumpai:\nia mencari air tetapi tidak juga ~;\n 4.\n = \n~\n \npada (di)\n ada di, terdapat di, kedapatan:\ntidak akan ~ air tawar di kawasan ini;\n5.\n bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dengan sungai dan lain-lain):\nmaka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dengan hulu Sungai Kelantan; \nkain panjang yang tidak berjahit ~;\n6.\n cocok (perkataan dengan perbuatan dan lain-lain), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dan lain-lain), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai:\nakhirnya cita-citanya itu ~ juga;\n7.\n mendapat bahaya dan lain-lain, kena:\ndalam dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah;\n~ dengan maut\n meninggal dunia, mati;\n \n~\n \nketika\n [Kelantan] cukup semusim (sebulan, seminggu);\n \n~\n \nlutut \na) duduk dengan merapatkan lutut;\n b) duduk rapat sekali (kerana ramai orang);\n \n~\n \nmuka \nberhadapan muka, bersemuka;\n \n~\n \nwaktu \ndari satu waktu hingga ke waktu yang sama pada hari yang lain (dalam sembahyang);\nmenemu\n [arkaik] mendapat;\n \ntak ~ \n[Johor] tidak berjumpa;\nmenemui\n1.\n bertemu dengan, berjumpa dengan:\norang-orang yang saya temui semua peramah; \n2.\n pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat:\naku pergi ~ seorang guru pelatih; \n3.\n = \nmenemukan\n berjumpa dengan apa yang dicari dan lain-lain, mendapat, mendapati:\npolis kemudiannya telah ~ kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut; \n4.\n = \nmenemukan\n mengalami (kesulitan dan lain-lain), menderita, merasai:\nperasaannya masih terlalu polos dan kurang mengerti akan kemungkinan halangan-halangan yang ditemui orang lain;\n5.\n mengetahui bahawa ada (apa yang tersembunyi dan lain-lain), mengetahui ada, mendapati:\nkalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dengan syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji;\n6.\n bertemu menjadi satu (bersentuhan dan lain-lain), menghubungi;\n7.\n [arkaik] memenuhi (undangan dan lain-lain), menepati:\nia tidak pernah ~ janjinya;\n menemukan\n1.\n =\n menemui\n mendapati, menjumpai:\ndi seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; \n2.\n mendapati atau menjumpai (sesuatu yang tersembunyi, belum diketahui lagi);\n3.\n mencari sesuatu yang sesuai (cocok, padan): a\npa yang kita perlukan ialah ~ kata yang tepat yang sanggup menjelmakan emosi;\nmempertemukan\n1.\n membawa (menjadikan) supaya bertemu, menyemukakan:\nbiarlah engkau tolong ~ saya dengan dia, supaya saya bermaafan dengannya; \nTuhan yang Maha Pengasih akan ~ aku dengan ayah;\n 2.\n memperhadapkan;\n3.\n memperhubungkan, merapatkan:\nkedua-dua belah hujungnya dipertemukan; \n4.\n menyatukan kembali;\n5.\n = \n~\n \njodoh \nmengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan);\npertemuan\n1.\n perihal bertemu, perjumpaan:\nkenangan beliau kembali kepada ~nya dengan Datuk Bomoh; \n2.\n tempat bertemu (berkumpul dan lain-lain):\nKuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dengan Sungai Kelang; \n3.\n perkumpulan, perhimpunan (mesyuarat dan lain-lain):\ndia mengajak orang-orang yang ada pada ~ itu agar bangkit menentang musuh; \n4.\n pergaulan, persamaan (pendapat dan lain-lain):\naku\n \nperlukan engkau dalam soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat;\n5.\n perjodohan, perkahwinan:\nmaka tidaklah syak lagi yang ~ itu sukar berpanjangan;\n penemuan\n1.\n perihal menemui atau menemukan:\npekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu; \n2.\n sesuatu yang didapati (ditemui):\nbeliau telah membuat beberapa ~ dalam bidang kimia;\n penemu\n orang yang menemui (alat baru dan lain-lain);\nketemu\n." "temu II\nsejenis tumbuhan (herba yang berumbi yang dijadikan ramuan ubat);\n jenis-jenisnya:\n~\n \ngiring \nsejenis tumbuhan (herba), \nCurcuma heyneana;\n~ hitam \n= \n~\n \nerang \n= \n~ ireng \nsejenis tumbuhan (herba), \nCurcuma aeruginosa;\n~ kunci \n= \n~\n \nkecil\n sejenis tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, \nGastrochilus panduratum;\n~ kunyit\n = \n~\n \nkuning \nsejenis tumbuhan (herba), kunyit, \nCurcuma domestica;\n~ lawak\n = \n~\n \nlawas\n = \n~\n \nraya \nsejenis tumbuhan (herba), \nCurcuma xanthorrhiza;\n~ mangga \n= \n~\n \nputih \n= \n~\n \nkuning \nsejenis tumbuhan (herba), kuncur, \nCurcuma zedoaria;\n~ puteri \nsejenis tumbuhan (herba), kencur, \nKaempferia rotunda.\nTemuan\n penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, daerah Muar (Johor) dan Negeri Sembilan." "temu ramah\ntanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain (untuk mendapat berita dan lain-lain), interviu, wawancara;\nbertemu ramah\n bertanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain (untuk mendapat berita dan lain-lain), bertemu bual, berwawancara:\npara wartawan sedang ~ dengan pendaki-pendaki puncak gunung Kala Pattar;\n menemu ramah\n membuat (mengadakan, melakukan) temu ramah, menemu bual, mewawancara, menginterviu:\nwartawan-wartawan sedang ~ Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri;\n penemu ramah\n orang yang menemu ramah, penemu bual, pewawancara, penginterviu." "temucut\nsejenis tumbuhan (rumpai), cemucup, kemu(n)cup, kemucut, \nChrysopogon aciculatus." "temukuap\n[Kedah] genap setahun." "temukus\nkemukus." "temukut\nmelukut, menir, hujung beras." "temulang\ntulang-~ \nseluruh tulang (dalam tubuh);\n tulang I." "temuras\nsejenis tumbuhan (pokok renek), bujang semalam bukit, udang keladi, \nArdisia oxyphylla." "temurun\nturun-~ \ndaripada nenek moyang berpindah kepada anak cucu;\nturun I." "temut-temut\n1.\n bergerak-gerak turun naik, terembut-embut, terkemut-kemut (ubun kanak-kanak dan lain-lain);\n2.\n kumat-kamit (mulut dan lain-lain)." "tenaga\n1.\n kekuatan yang membolehkan seseorang membuat sesuatu (pergerakan dan lain-lain), daya:\nselesai makan, dia kini berenang, seolah-olah dia dapat ~ daripada nasi dan lauk ayam yang telah dijampi oleh neneknya; \n2.\n kegiatan untuk melakukan sesuatu:\nseluruh ~ rakyat disalurkan untuk meninggikan ekonomi negara; \n3.\n = \n~\n \npekerja\n orang yang bekerja, orang yang mengerjakan sesuatu, kakitangan:\nwanita ialah ~ manusia yang merupakan harta terpendam yang belum dihargai sepenuh-penuhnya;\n~ atom = ~ nuklear \n(Fizik) tenaga yang terhasil daripada tindak balas atom atau nukleusnya;\n \n~\n \nbatin \na) keupayaan melakukan hubungan seks;\n b) kekuatan yang timbul daripada wujudnya daya jiwa atau semangat juang dalam diri seseorang, kekuatan batin:\ndengan ~ batin yang baru, mereka sanggup melepaskan diri dari tradisi yang nampaknya semakin kuat mengikat kaum penulis kita;\n \n~\n \nbaru\n orang-orang (yang akan memberi tenaga mereka) baru;\n \n~\n \nburuh \nseluruh pekerja;\n \n~\n \nelektrik \ntenaga yang dihasilkan oleh kuasa elektrik;\n \n~ gerak\n tenaga yang terdapat pada sesuatu yang bergerak (air yang mengalir dan lain-lain);\n \n~ ikatan \n(Kimia) tenaga yang diperlukan untuk memutuskan ikatan dalam molekul;\n \n~ kimia \n(Kimia) tenaga yang dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yang akan dibebaskan semasa tindak balas kimia;\n \n~ kinetik \n(Fizik) tenaga yang ada pada sesuatu jasad akibat pergerakannya;\n \n~ kuda\n [bahasa percakapan] kuasa kuda;\n \n~ nuklear \ntenaga atom;\n \n~ pengajar \norang yang ahli atau berkelayakan untuk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, kemahiran dan sebagainya;\n \n~ pengaktifan \n(Kimia) tenaga yang perlu diatasi oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku;\n \n~ pengionan \n(Kimia) tenaga minimum yang diperlukan untuk menyingkirkan satu elektron dari satu atom atau ion gas;\n \n~\n \nsawat \ntenaga pada sesuatu mesin;\n \n~ sinaran \n(Fizik) tenaga yang dipancarkan dalam bentuk sinaran (terutama sinaran elektromagnet);\n \n~ suria \ntenaga yang diperoleh daripada matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba;\n \n~\n \nwap \ntenaga daripada wap;\nbertenaga\n1.\n mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya:\ndia tidak ~ untuk membuat kerja itu; \npenulis yang dikira kurang ~ dalam penghasilan kreatif; \nmemperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; \n2.\n rajin, giat (bekerja dan lain-lain)." "tenahak\n[arkaik] kecewa." "tenak\nsejenis ikan laut, \nSphyraena spp." "tenam\nsejenis tumbuhan (pokok), damar mata kucing, mersawah merah, \nAnisophyllea costata." "tenang I\nmenenang\n membidik, memitar." "tenang II\n1.\n tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dan lain-lain):\n\n\n~\n \nbagai air dalam kuali;\n\nlaut yang biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; \n2.\n tidak gelisah (runsing dan lain-lain), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dan lain-lain), aman dan tenteram (keadaan):\n\n\n~\n \nfikirannya;\n\nia duduk dengan ~;\n\nsetelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota;\n\n~-lenang \ntenang sekali;\nbertenang, bertenang-tenang\n mengerjakan sesuatu dengan tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa):\n\n\ndia harus ~ untuk menghadapi peperiksaan;\n\nAini yang sedang bertenang-tenang itu tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh ibunya;\n menenangkan\n menjadikan tenang, menenteramkan, meredakan:\n\n\nbeliau mencuba ~ fikirannya;\n\n~ fikiran (perasaan) \n\na) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yang susah;\n\nb) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur;\n\n\n~ hati \nmenenteramkan hati;\nketenangan\n perihal tenang, keamanan, ketenteraman;\npenenang\n (sesuatu) yang menenangkan:\n\n\nubat ~ jiwa." "tenar\n1.\n [sastera lama] huru-hara, gaduh, gempar, hingar bingar, rusuh:\n~lah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir serta dilutunya umpama tebuan pecah sarangnya; \n2.\n terkenal, masyhur, ternama:\nbeliau seorang pengarang yang telah cukup ~ namanya di ibu kota." "tenat\n1.\n letih lesu, penat sekali:\nnafasnya pendek-pendek tanda ~; \n2.\n keras, kuat, teruk (sakit dan lain-lain):\nmereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~; \n3.\n ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yang sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dan sebagainya (berkenaan (dengan) ekonomi, perniagaan, kewangan dan sebagainya):\nkedudukan kewangan syarikat itu masih ~; \nekonomi negara yang ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;\n ketenatan\n perihal atau keadaan tenat." "tenda\n1.\n kain mota untuk membuat khemah di kapal (perahu dan lain-lain), kain kanvas;\n2.\n khemah, ceteri;\n3.\n langit-langit (pada katil dan lain-lain);\n4.\n atap (kap) kereta (beca dan lain-lain):\ntukang-tukang beca menurunkan ~ di depan becanya." "tendang\nsepak (dengan kaki), depak, terajang;\n~ duyung \nkeadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dengan gaya kuak kupu-kupu;\n \n~ pusaka \n[Kelantan] mati (ayam);\n \n~ terajang\n menyepak dengan kedua-dua belah kaki;\n \n~ tumit\n mendepakkan tumit;\nbertendang\n saling menerajang (mendepak):\nbertumbuk ~ seperti anjing dengan kucing;\nmenendang\n1.\n menyepak, mendepak, menerajang:\nditendangnya pintu rumah itu dengan sekuat-kuat hatinya;\n2.\n [bahasa percakapan] mengusir (dari persatuan dan lain-lain), memecat (dari jawatan dan lain-lain):\nmereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti;\n 3.\n mendesak kuat-kuat, menolak-nolak:\nbuah dadanya yang tegang ~ colinya;\ntendangan\n hasil perbuatan menendang, sepakan (bola dan lain-lain):\ndia tercampak ke sudut gelanggang oleh suatu ~ kencang daripada Umbang;\n~ bebas \ntendangan percuma;\n \n~ penjuru\n tendangan dari sudut padang yang dibuat setelah bola disepak melepasi garisan selari dengan pintu gol pasukan lawan (bola sepak);\n \n~ percuma \ntendangan yang diberikan kepada sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dalam bola sepak);\npenendang\n orang yang menendang." "tendas\n[sastera lama] kepala;\nmenendas\n memenggal (memancung, memotong) kepala:\nlalu ditendasnya kepala Merga Paksi\n." "tendens\n[Indonesia-Belanda] kecenderungan, tendensi." "tendensi\nkecenderungan (terhadap sesuatu):\ncerita yang ~nya dikatakan memusuhi rakyat dan memusuhi perdamaian; \nUsman Awang memperlihatkan ~nya ke arah memperkembangkan cerita melalui aksi dramatik;\nbertendensi\n mempunyai atau menunjukkan kecondongan (kecenderungan), berkecenderungan:\nselain daripada itu banyak lagi syair yang ~ seperti itu." "tender I\n[Indonesia-Belanda] gerabak kereta api (untuk membawa minyak, air, arang, dan lain-lain)." "tender II\ntawaran untuk membuat sesuatu pekerjaan atau membekalkan barang dengan menyatakan sekali harga atau bayaran yang dikehendaki:\nsyarikat kerjasama kilang kertas dan baja Malaya telah pun mengeluarkan ~ untuk membuat kilang itu;\n menender\n membuat tender:\nkementerian telah ~ kerja membekalkan perabot pejabat kepada beberapa firma;\n penenderan\n perihal (proses, usaha atau tindakan) menender;\npenender\n orang (pihak dan sebagainya) yang membuat atau memberi tender;\npetender\n orang (syarikat dan sebagainya) yang mendapat tender." "tendon\n(Biologi) serat tisu yang kenyal yang menyambungkan otot dengan tulang." "tener\n[Kelantan] sejenis tumbuhan, petola, \nLuffa spp." "teng I\n[bahasa percakapan]\n1.\n kereta kebal, kereta perisai;\n2.\n [Indonesia] tangki (tempat menyimpan minyak benzin dan lain-lain)." "teng II\ntanglung, lentera." "teng III\nbunyi seperti bunyi loceng dan lain-lain;\n= ting." "teng IV\n[Kedah], [bahasa percakapan] mengatasi, melebihi, menandingi." "tengadah\nmemandang ke atas, lawan tunduk:\nkemudian ~ ia ke langit; \ntunduk ~ \na) sebentar tunduk sebentar memandang ke atas;\n b) berfikir dengan sungguh-sungguh, bekerja dengan tekun;\nmenengadah\n memandang ke atas, mengangkat kepala (tidak menunduk):\naku ~ ke atas ke siling kamar;\n~ matahari \nki menentang pemerintah (pembesar);\n~ membilang layas, menangkup membilang lantai \n(peribahasa) hendaklah difikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu pekerjaan;\nmenengadahkan\n;\n \n~ kepala (muka) \nmengangkat kepala (muka) melihat ke atas, mendongakkan muka (kepala)." "tengah\n1.\n tempat (titik dan lain-lain) yang letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dan lain-lain), bahagian di antara hujung dengan pangkal, lawan tepi (hujung):\nia berdiri di ~ bukan di tepi; \ndi ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari;\n2.\n seperdua dr, separuh:\nhingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam;\n~ dua\n satu satu perdua;\n \n~ dua puluh \nlima belas;\n 3.\n di dalam, di antara (masyarakat dan lain-lain), di kalangan:\nia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai;\n4.\n dalam:\nikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak;\n5.\n (anak dan lain-lain) di antara yang sulung dan yang bongsu:\nyang tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yang ~ Raja Akar Muluk Syah namanya;\n 6.\n sedang (melakukan sesuatu), dalam pada itu, pada waktu (ketika) itu:\nSultan Mahmud pun ~ santap;\n~ berat\n sedang sarat (orang mengandung);\n \n~ hari \nlebih kurang pukul 12 siang;\n \n~ harungan \ndi tengah laut;\n \n~ malam \nlebih kurang pukul 12 malam;\n \n~ naik\na) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi);\n b) sudah mulai besar (anak yang berumur lebih kurang 15 tahun);\n \n~ rumah\n = \n~ ruang \nbahagian rumah yang di dalam;\n \n~ tapak bayang \nketika matahari tepat di atas kepala;\n \n~ tubuh \nseparuh umur;\n \n~ turun \nlebih kurang pukul tiga petang;\nke tengah\n1.\n menuju (menghala, mengarah) tengah;\n2.\n [kiasan] ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai:\ntidak apa-apa pun keterangan yang boleh dibawa ke tengah; \n(boleh) dibawa ~ \na) boleh diadukan;\n b) boleh didengar (dilihat dan lain-lain);\n \n(boleh) ~ ke tepi\n [kiasan] dapat menyesuaikan diri;\n menjadi perantara dalam perselisihan dan lain-lain, mendamaikan (orang yang berbantah, bertengkar, dan lain-lain), mencampuri (perbualan orang dan lain-lain);\nmengetengahkan\n1.\n membawa ke tengah:\n~ perahu\n;\n2.\n memberitahu kepada, mengemukakan (usul, cadangan, dan lain-lain), mengutarakan, memajukan:\nterasa mahu hendak ~ perkara itu;\n 3.\n menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan:\nbeliau sebenarnya seorang pengarah yang boleh diketengahkan;\n4.\n mengadukan kepada (hakim, pengadil, dan lain-lain);\nsetengah\n1.\n separuh, seperdua:\nluasnya tanah itu ~ ekar; \nbekerja ~ hari;\n2.\n tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak \u2026 betul;\n3.\n [bahasa percakapan] kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila:\nbercakap merepek-repek tidak tentu hala seperti percakapan orang ~;\n4.\n setengah-setengah;\n~ hati \ntidak dengan sungguh-sungguh hati;\n \n~ masak\na) belum masak betul (tentang buah-buahan dan lain-lain);\n b) [kiasan] orang yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup atau luas;\n \n~ mati\n hampir akan mati;\n \n~\n \nmengerti \ntidak mengerti betul-betul;\n \n~ rasmi\n tidak rasmi benar;\n \n~ tiang\n [kiasan] agak gila;\n \n~ umur (baya, tua)\n kira-kira berumur 35-40 tahun;\nsetengah-setengah\n1.\n beberapa (orang dan lain-lain), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sesetengah:\nsesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; \ndalam bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sebagai a tetapi yang lain sebagai e pepet; \n2.\n tidak dikerjakan (diselesaikan) dengan sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung:\nkalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~;\nsesetengah\n beberapa (orang dan lain-lain), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah;\nbertengah\n [sastera lama] naik dan lain-lain setengah (gunung dan lain-lain):\nbaru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka;\nmenengah\n1.\n menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah:\ndari pinggir ia ~;\n2.\n yang di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil);\nanak ~\n anak yang di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya);\n \npegawai\n \n~\n pegawai yang pangkatnya antara pegawai tinggi dengan pegawai rendah;\n \nsekolah ~\n sekolah yang peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (seperti universiti dan sebagainya) dan sekolah rendah;\n \n~ tulang bumbungan (punggung) \n(peribahasa) [Minangkabau] mahal tidak murah pun tidak (harga);\nmenengahi\n mengantarai (mendamaikan, meleraikan) perselisihan dan lain-lain, mengetengahi:\nia datang ~ pertengkaran itu;\ntengahan\n = \nwang ~\n [Indonesia] setengah rupiah (suku);\npertengahan\n1.\n tempat (titik waktu dan lain-lain) yang di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah:\nmaka pada ~ jalan itu, bertemulah ia dengan suatu sungai; \npada ~ tahun tujuh puluhan \npada tahun 1975 (mungkin juga pada lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976);\n2.\n setengah atau separuh (melakukan sesuatu):\nhatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang;\n 3.\n [bahasa percakapan] sedang:\ndia ~ makan sekarang;\n 4.\n tidak berapa tinggi dan tidak rendah dan lain-lain, sedang, sederhana:\nbukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah;\n5.\n sama banyak, rata-rata;\npenengah\n1.\n yang terletak di tengah-tengah;\n2.\n perantara, pelerai, pendamai (dalam perselisihan dan lain-lain)." "tengak\n[Minangkabau] hilang akal, bingung." "tengalan\nsejenis ikan darat, temengalan, \nPuntius bulu\n." "tengar\nsejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), \nCeriops tagal;\n \n~ hutan\n sejenis tumbuhan (pokok), medang pengam,\n Ternstroemia bancana." "tengara\n[Jawa] semboyan (bunyi kentungan dan lain-lain), alamat, tanda." "tengari\n[Jakarta] tengah hari." "tengas\nsejenis ikan darat, kejur, \nAcrossocheilus hexagonolepis;\n~ daun\n sejenis ikan darat, daun, \nAcrossocheilus deauratus\n." "tengat\n[Kelantan], [bahasa percakapan] jimat (dalam membelanjakan wang dan lain-lain), cermat, hemat." "tenggak I\nmenenggak\n meneguk (air, ubat, dan lain-lain), menelan (makanan, pil, dan lain-lain)." "tenggak II\n[Kedah] (pada) ketika, (pada) waktu, masa." "tenggala\nsejenis alat untuk menggemburkan dan membalikkan tanah, bajak, luku;\n \ntoleh ~\n [sastera lama] waktu pagi lebih kurang pukul 8-11;\nmenenggala\n membajak (tanah) dengan tenggala, meluku:\npergilah anakku sembunyikan kerbau orang yang ~ di bendang itu barang dua ekor;\n penenggala\n orang yang menenggala, pembajak." "tenggalung I\nmusang ~\n sejenis musang, \nViverra tangalung\n;" "tenggalung II\npagar ~\n pagar yang melengkung di buritan sesetengah perahu." "tenggalung III\n[Kedah] punggai, baling, lontar (orang, dan sebagainya)." "tenggan\nbertenggan\n [Johor] berketak (pada kulit leher) kerana gemuk." "tenggang\n1.\n tempoh atau waktu (yang diberikan untuk berfikir, berikhtiar, berusaha, dan lain-lain), batas waktu;\n2.\n daya upaya (untuk melepaskan diri dari bahaya dan lain-lain), ikhtiar, usaha;\n 3.\n [arkaik] sama bahagiannya;\n~ daya \ntempoh atau waktu yang diberikan untuk berikhtiar (berusaha dan lain-lain);\n \n~ hati, ~ rasa \nmenjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung;\n \n~ tangguh\n waktu yang diberikan untuk bertangguh, tempoh;\n \n~ waktu \n[Indonesia] batas waktu (dalam perjanjian dan lain-lain);\n \nhabis ~ dan (dengan) kelakar\n (peribahasa) [Minangkabau] habis akal dan budi bicara;\nbertenggang\n1.\n berdaya upaya (untuk mendapatkan pinjaman wang, pertolongan, dan lain-lain), berikhtiar, berusaha:\ndia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri;\n2.\n bertolak ansur (dengan kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding:\ndia dapat ~ dengan kawan-kawannya;\n 3.\n beringat-ingat (dalam hal membelanjakan wang), berhemat, berjimat;\nbertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang\n saling mengingati (perasaan, kepentingan, dan lain-lain orang), hormat-menghormati, bertolong-tolongan, bantu-membantu:\n masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dengan tidak ada tenggang-menenggang lagi;\nmenenggang, menenggangkan\n1.\n mempedulikan (perasaan, kepentingan, dan lain-lain orang lain), mengendahkan:\nsi isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya;\n2.\n mengingat atau memandang (akan), menimbangkan, memikirkan:\npelacur juga adalah manusia yang ~ nasib dan takdirnya;\nmempertenggangkan\n1.\n mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mempertimbangkan:\nsegala-galanya harus dipertenggangkan sebelum dibuat keputusan;\n2.\n mencermatkan perbelanjaan dan lain-lain, menyesuaikan pendapatan dengan pengeluaran, menghematkan, menjimatkan:\nkalau pendapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah dipertenggangkan;\n 3.\n menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung:\nanak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan;\ntertenggang\n diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik:\ntidak ~ lagi \nhabis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi)." "tenggar I\n[Jawa] luas, lapang, lebar." "tenggar II\n[Minangkabau] angkat;\nmenenggar\n mengangkat;\n \n~ sauh \nmengangkat sauh." "tenggara\nmata angin di antara timur dengan selatan;\n \nangin ~\n angin yang bertiup dari sebelah tenggara;\n \n(angin) ~ mandi\n angin kencang dari tenggara;\n \nmusim ~\n musim tengkujuh (dari bulan April hingga bulan Oktober);\nmenenggara\n ke sebelah tenggara;\n \nselatan ~\n mata angin di antara selatan dengan tenggara;\n \ntimur ~\n mata angin di antara timur dengan tenggara." "tenggarung\n[Johor] dapur daripada tanah liat, cengkeran, anglo." "tenggat I\n[arkaik] batas waktu, had, hingga." "tenggat II\nmenenggat\n mengganggu, menghalang (pekerjaan dan lain-lain)." "tenggayung\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dijadikan perkakas rumah), \nParartocarpus trianda\n." "tenggek\nmenenggek\n menampi (dengan nyiru dan lain-lain)." "tenggek I\nI; \nbertenggek, menenggek\n1.\n duduk di tempat yang agak tinggi (burung di atas dahan dan lain-lain):\ndia duduk bertenggek di atas anak tangga untuk melepaskan lelahnya;\n2.\n terletak miring (topi di kepala dan lain-lain), teleng, senget:\nsongkok hitam daripada baldu yang mahal harganya menenggek di atas kepalanya;\n 3.\n [kiasan] sentiasa menumpang dan lain-lain pada orang lain, menebeng;\nmenenggekkan\n meletakkan sesuatu di atas tempat yang agak tinggi:\nbalang itu ditenggekkannya di penjuru lambur;\ntertenggek\n1.\n dengan tiba-tiba bertenggek;\n2.\n terletak di tempat yang tinggi;\n 3.\n terletak senget sebelah, terteleng:\ndi kepalanya ~ songkok hitam;\ntenggekan, penenggek\n tempat bertenggek, tenggeran." "tenggek II\nakar ~ kerau\n sejenis tumbuhan (pokok renek), akar merah (sakalat), bunga akar setebal, sembelit jangau, semelit papan, \nConnarus ferrugineus\n." "tenggelam\n1.\n masuk terbenam ke dalam air dan lain-lain, kelelap, lawan timbul:\nperahu itu ~ dipukul ribut;\n2.\n masuk air dan karam (perahu, kapal, dan lain-lain):\ntelah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dengan segala isinya ~;\n 3.\n masuk atau terbenam (matahari):\nsetelah matahari ~ maka mereka pun meneruskan perjalanan;\n 4.\n [kiasan] menusuk masuk (senjata tajam seperti pisau, keris, dan lain-lain), menoblos, membenam:\nseparuh mata parang itu ~ ke dalam lehernya;\n5.\n [kiasan] terjerumus atau termasuk ke dalam (keadaan yang buruk, kesengsaraan, dan lain-lain):\n~ dalam hutang;\nkenyataan itu membuat aku ~ dalam keraguan\n; \n6.\n [kiasan] sangat asyik (hingga terlupa akan yang lain), mabuk:\nmereka ~ di dalam angan-angan dan rungutan hati masing-masing;\n 7.\n [kiasan] hilang atau lenyap (oleh sesuatu):\nsuara pemuda tadi ~ di dalam suasana yang bising di situ;\n~ punca \nmenjadi bingung;\n \n~ timbul\na) sekejap tenggelam sekejap timbul;\n b) [kiasan] sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dan sebagainya) sekejap hilang (tiada, perlahan dan sebagainya):\nsuaranya ~ timbul;\n \nmati ~\n mati lemas (dalam air);\nuntung sabut timbul, untung batu ~ \n(peribahasa) untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa);\n \nyang disuruh ~, yang menyuruh pun ~\n (peribahasa) orang yang lebih malas disuruh mengerahkan orang yang malas (sia-sia belaka akhirnya);\nmenenggelami\n1.\n membanjiri atau menggenangi (tentang air dan sebagainya):\nkawasan-kawasan yang rendah telah ditenggelami air; \n2.\n [kiasan] menyebabkan lenyap atau hilang:\ntempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut;\nmenenggelamkan\n1.\n membenamkan ke dalam air dan lain-lain:\nrakyat Belanda dari abad ke abad berjuang melawan ancaman air laut yang hendak ~ buminya;\n2.\n menjadikan karam (kapal dan lain-lain), mengaramkan, mengelebukan:\ndi Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya;\n 3.\n [kiasan] menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dan lain-lain), menghilangkan, menghapuskan, melenyapkan:\nsuara Kak Putih lantang ~ suara yang lain;\npenenggelaman\n perihal (perbuatan, tindakan) menenggelamkan." "tenggelung\n[Kedah] sejenis hantu yang tidak berkepala, penanggalan." "tengger\nbertengger\n duduk pada tempat yang ketinggian (burung di atas dahan dan lain-lain), bertenggek:\nseekor gagak tua ~ di hujung ranting kering;\ntenggeran\n (bilah dan lain-lain) tempat burung bertengger dalam sangkar;\nsangkar emas ~ suasa\n (peribahasa) laki-laki yang menunggu isterinya (kekasihnya) dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya." "tenggiling\nsejenis binatang yang bersisik dan yang panjang muncungnya untuk memakan semut dan anai-anai, \nManis javanica; \natap batu sisik ~\n atap genting yang susunnya seperti sisik tenggiling." "tenggiri\nsejenis ikan laut, \nScomberomorus spp.; \njenis-jenisnya:\n~ batang \nsejenis ikan tenggiri, \nScomberomorus commersonii;\n~ bunga \n= \n~ papan\n sejenis ikan tenggiri, \nScomberomorus guttatus;\n~ kikus\n = \n~ musang\n sejenis ikan tenggiri, \nScomberomorus lineolatus." "tenggorok, tenggorokan\nkerongkong;\n \nbatang ~\n saluran udara dari halkum ke paru-paru." "tengguk\n[Johor];\nmenengguk\n menyiasat." "tenggul\n[Perak];\nbertenggul\n bertelut, berlutut." "tengguli I\nsejenis tumbuhan (pokok), raja kayu, \nCassia fistula (javanica)." "tengguli II\n[Minangkabau]\n1.\n air gula, gula kelapa yang dicairkan;\n2.\n air tebu yang sudah dimasak, ceng;\n \nbak ~ ditukar cuka\n (peribahasa) [Minangkabau] kejadian yang bertukar daripada suatu keadaan yang menggirangkan kepada yang menyedihkan (yang senang kepada yang susah)." "tenggulung\nsenggulung." "tengik\n1.\n bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan dan lain-lain), pering;\n2.\n [kiasan] berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan dan lain-lain);\n 3.\n [kiasan] sangat tajam (perkataan), sangat kejam (perbuatan), sangat zalim." "tengil\n[Jawa] [arkaik];\nmenengil\n menyembul (menonjol) sedikit." "tengin\n[Perak] sangat bodoh, dungu." "tengit\ntengik." "tengka\n[Pahang] antara, jarak;\nmenengka\n menjadi perantara (orang berunding dan lain-lain), mengantarai." "tengkalak I\nsejenis lukah panjang (bentuknya seperti piramid)." "tengkalak II\nbaluk kayu yang dipasangkan di atas tiang layar." "tengkalang\nsejenis rengkiang kecil yang bertiang tinggi." "tengkaluk\nbiji mangga dan lain-lain yang masih muda dan boleh dimakan." "tengkam I\n[arkaik] ukuran berat emas (6 kupang atau 14.18 gram)." "tengkam II\n[Johor] cengkam." "tengkang I\nsela di antara kedua-dua belah mata." "tengkang II\nakar\n \n~\n \nmerah \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), getah gerip putih, akar segerang, akar tengkah putih, \nWillughbeia flavescens." "tengkar I\nbantah, cekcok, selisih;\n \n~ dan selisih \nberbagai-bagai percekcokan (perselisihan);\n \n~ hati \ndalam perselisihan (percekcokan);\nbertengkar\n berbantah, berbalah, bercekcok, bertaki, bertikai:\ndia selalu mendengar emak dengan abangnya ~ pasal adat;\nbertengkaran\n saling bertengkar, berbantahan, bercekcokan;\nmenengkari\n membantahi (pendapat orang dan lain-lain), menyanggahi;\nmenengkarkan, mempertengkarkan\n memperebuntukan sesuatu dengan bertengkar, memperbantahkan, mempercekcokkan:\napakala tanah itu telah didaftarkan tetaplah tanah itu menjadi hak miliknya dan tiada siapa boleh mempertengkarkannya;\npertengkaran\n perihal bertengkar:\nrundingan telah membawa kepada ~ dan ~ pula membawa kepada perkelahian." "tengkar II\n= penengkar\n [Minangkabau] tidak mahu menurut kata (nasihat orang dan lain-lain), degil,keras kepala, tegar hati;\n \nanak ~\n anak yang keras kepala." "tengkarah\n[Minangkabau] perselisihan (pertentangan) pendapat, pertengkaran." "tengkarap\n[Johor], [Minangkabau] rosak semuanya, binasa (tentang musuh dan lain-lain), jahanam, musnah;\nmenengkarapkan\n1.\n merosakkan semuanya, membinasakan, memusnahkan;\n2.\n [kiasan] menurunkan pangkatnya, menjatuhkan dari kedudukannya (raja, pembesar, dan lain-lain)." "tengkaras\nsejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan kayu gaharu), karas, kekaras, kayu gaharu, \nAquilaria malaccensis\n." "tengkawang\nsejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan minyak tengkawang), membatu sengkawang, damar laut, \nIsoptera sumatrana\n." "tengkek\nsejenis burung (bulunya berwarna biru)." "tengkel\ntahi yang berbutir-butir (tahi kambing dan lain-lain), gentel, pil, untal;\nbertengkel-tengkel\n bergugus-gugus (buah-buahan)." "tengker\n[arkaik] \ntengger." "tengkerong\nsejenis ikan laut, gelama jarang gigi, jegigi, \nOtolithes ruber\n." "tengkes\n[arkaik]\n1.\n bantut (orang, binatang, dan lain-lain), kerdil;\n2.\n kecil sebelah (jika dibandingkan dengan pasangannya)." "tengking\n1.\n bunyi yang nyaring dan keras (seperti bunyi ringkik kuda dan lain-lain);\n2.\n suara yang tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dan lain-lain), bentak:\nabang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia tidak dapat menjawab soalan ayah;\n~ herdik \nbermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan;\nbertengking\n1.\n berkata dengan suara yang tinggi dan keras (membentak-bentak, mengherdik, dan lain-lain);\n2.\n bertengkar, berbantah;\nmenengking\n1.\n berkata-kata dengan suara yang keras;\n2.\n memarahi dengan suara yang keras, membentak, mengherdik:\njanganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yang kecil;" "tengking-menengking\nsaling menengking;\ntengkingan\n kata-kata yang kasar dan keras, bentakan, herdikan." "tengkoh\n[Cina] candu yang dimasak." "tengkolok\n1.\n sejenis kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak;\n \n~ alang\n destar yang lilitnya rendah;\n2.\n sejenis kain penutup kepala atau selubung (daripada sutera dan lain-lain) yang dipakai oleh wanita;\nbertengkolok\n memakai tengkolok:\nkepala yang gondol tidak ~." "tengkorak I\ntulang kepala (yang mengandungi otak), batok kepala, tempurung kepala." "tengkorak II\n~\n \nbiawak \nsejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, jenjagung, ketiak, limau hutan, melaman, memali, mentua kemenyan, rejang, \nAcronychia laurifolia;\n~ lang\na) sejenis tumbuhan (pokok), pokok madu, \nAglaia argentea;\nb) sejenis tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggong, kedondong hutan, kerantai, \nAglaia griffithii; \nc) sejenis tumbuhan (pokok), tengkohalang, \nAglaia kingiana." "tengku I\ngelaran bangsawan Melayu (anak atau keturunan raja);\n \n~ mahkota \nputera mahkota (di Johor dan di Pahang), bakal sultan, raja muda;\nbertengku\n memakai kata tengku." "tengku II\n~ lolah = ~ olah \nsejenis ikan darat, \nMystus wyckii\n." "tengkujuh\nmusim hujan (lebat):\nsegala persiapan telah pun dibuat untuk menghadapi bahaya musim ~ nanti." "tengkuk I\n1.\n bahagian leher yang di sebelah belakang, kuduk;\n \nalur\n \n~\n = \nlubang ~\n lekuk pada kuduk;\n \nbulu ~\na) bulu yang tumbuh pada kuduk;\n b) surai (kuda, singa);\n \npusar ~\n = \nmata punai ~\n kuduk yang di sebelah atas (di bawah rambut);\n2.\n bahagian pada sesuatu benda (tangkai padi dan lain-lain) yang menyerupai kuduk:\nbajunya baldu ~ kuning." "tengkuk II\n~ biawak\n sejenis tumbuhan (pokok renek), keduduk gajah, kerapak rimau, lidah buaya, pakar rimba, panghong, senduduk gajah (hutan), \nAlomorphia malaccensis." "tengkulak\n[Jawa] pedagang yang memborong hasil bumi (buah-buahan dan lain-lain) untuk diperdagangkan, peraih." "tengkurap\nmenelungkup, meniarap, telangkup, telungkup, tertiarap:\njatuh ~;\nmenengkurapkan\n menelungkupkan, meniarapkan." "tengkurup\ntengkurap." "tengkuyung\nsejenis siput yang kulitnya berwarna (biasanya digunakan untuk menggerus kain), \nMurex rarispinus\n." "tengok\ntengok-tengok\n tiba-tiba, tut-tut, tup-tup;\nmenengok\n1.\n pergi atau datang hendak melihat (mengetahui), melihat, memandang:\npada suatu pagi seperti biasa aku pergilah ~ tuar dan perangkap;\n2.\n melihat pertunjukan dan lain-lain, menonton:\nselalu dia mempelawa Ida ~ wayang;\n 3.\n melawat (orang sakit dan lain-lain), menjenguk;\n \nhari-hari dia pergi ~ adiknya di rumah sakit;\n 4.\n melihat buruk baiknya (nasib dan lain-lain), menilik, meramalkan;\n5.\n [bahasa percakapan] berjumpa, bertemu:\nsekarang saya sudah lama tidak ~ dia;" "tengu\n[Jawa] tungau." "tenguh\nbunyi lembu;\nlenguh I\n." "tengung\n~-tenging \nlalai akan kewajiban (tanggungjawab dan lain-lain), pangling." "tenik\nsejenis tumbuhan (pokok), kayas, kenik, ipuh batang, pokok ipuh, ternik, \nAntiaris toxicaria\n." "tenis\nsejenis permainan yang dimainkan (oleh dua atau empat orang) dengan memukul bola dengan raket, permainan bola tampel;\n \n~ meja \n[Indonesia] pingpong." "tenjak I\ntenjet." "tenjak II\n1.\n menirus ke atas, meruncing (tentang destar, tengkolok, dan lain-lain);\n2.\n meningkat naik (jalan dan lain-lain);\n= tanjak I\n." "tenjet\nbertenjet-tenjet\n berdiri (berjalan) dengan hujung jari kaki, berjengket." "tenok\n[Minangkabau];\nmenenok\n membidik, memitar." "tenong I\n[Jawa] sejenis bakul yang bundar bentuknya dan bertutup tempat menyimpan makanan." "tenong II\n[Terengganu] sejenis mangkuk tingkat untuk mengisi makanan." "tenor\n(Seni Muzik)\n1.\n nada suara yang tertinggi bagi lelaki dewasa;\n2.\n nyanyian dengan nada suara yang tertinggi bagi lelaki dewasa;\n 3.\n penyanyi lelaki yang menyanyi dengan nada suara lelaki yang tertinggi." "tension\n[bahasa percakapan] perasaan tertekan yang menimbulkan rasa cemas, bimbang, tidak tenang, dan sebagainya disebabkan faktor tertentu:\nselain dapat melepaskan ~, dapat juga pengalaman baru; \nduduk-duduk begini sambil mendengar cerita dapat juga menghilangkan ~." "tentakel\n(Biologi) cuaran mudah lentur yang terdapat pada tubuh haiwan tertentu seperti siput dan sotong, berfungsi sebagai reseptor deria, penangkap makanan dan sebagainya." "tentamen\n[Indonesia-Belanda] peperiksaan permulaan dalam sesuatu mata pelajaran (untuk mahasiswa universiti dan lain-lain)." "tentampan\ntetampan." "tentang\n1. = di tentang\n berhadapan dengan, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah \u2026, berseberangan dengan:\n~ sebuah potret yang tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang;\n2.\n lurus di atas, tepat di atas:\nsurat daripada Khadijah, yang mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yang meletus di tentang kepalanya;\n 3.\n lebih kurang pada, kira-kira pada (di):\nmaka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya;\n 4. = tentangan\n [Minangkabau] terhadap, berkenaan:\nmereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan;\n5.\n hal \u2026, perkara \u2026:\nkedua-dua syeikh itu berbahas ~\n \nmasalah akyan sabitah;\n 6.\n berkenaan dengan, berkaitan dengan, darihal, mengenai:\nDatuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yang dimaksudkan\n \noleh kata-kata gadis itu;\n 7.\n akan \u2026, dalam hal:\nbuku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ penjelasan isinya; \ndi ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi \n(peribahasa) orang yang lemah sekali dan tiada tempat berharap;\nsetentang\n berhadapan benar dengan, betul-betul di hadapan (di atas):\nrumah dia ~ benar dengan rumah saya;\nbersetentang\n, \nbersetentangan\n berada betul-betul berhadapan (di atas):\nbeliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yang ~ di hadapannya;\nbertentang\n1.\n berhadapan (dengan), bertemu hadap:\ndia berdiri tegak ~ dengan muka pintu yang terkatup rapat itu;\n2.\n menghadap (ke), menghala (ke):\nbuat jalan dari bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu;\n~\n \nmata\na) berhadapan muka, berpandang-pandangan;\n b) bertemu muka;\nbertentangan\n1.\n = \n~\n dengan = \nbertentang-tentangan\n berhadap-hadapan, berhadapan:\ndia duduk ~ dengan aku;\n2.\n [sastera lama] berdekatan dengan:\nsetelah itu maka sampailah kapal itu ~ dengan Gunung Sailan;\n3.\n berlawanan (arah, kedudukan, dan lain-lain):\narah yang ~; \nsudut yang ~;\n4.\n berlawanan, bermusuhan:\nmungkin kita dengan mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dengan mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main;\n5.\n tidak sesuai (cocok, selaras) dengan, bersalahan dengan:\ntiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dengan kebebasan seseorang yang lain;\n6.\n berselisih (faham, pendapat, dan lain-lain):\nkami berdua jarang ~ pendapat;\nmenentang\n1.\n memandang tepat-tepat pada, menatap:\nrupanya pun terlalu amat elok seperti bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata;\n2.\n mengarahkan pandangan kepada, melekatkan pandangan kepada:\nlapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yang selalu tersenyum;\n3.\n memberi perlawanan kepada, melawan, memerangi:\nmereka sedang ~ keganasan;\n4.\n tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dan lain-lain), membangkang, menampik, mendaga, menolak (cadangan dan lain-lain), menyanggah:\ndia menggunakan kesempatan yang baik ini untuk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yang tidak berperikemanusiaan;\n5.\n tidak mematuhi (undang-undang dan lain-lain), menyalahi (aturan):\nbarang siapa yang didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera;\n6.\n menghadapi atau dengan sengaja menjumpai bahaya (bencana dan lain-lain), menempuh (bencana):\n~ marabahaya;\n7.\n menghadapi, menjelang: hidup \n~\n mati;\n8.\n mengarah, menuju:\nbelayar ~ pulau;\n9.\n menyongsong (angin, ombak, dan lain-lain):\nbelayar ~ angin; \njangan ditentang matahari condong \n(peribahasa) jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yang berkuasa;\nmenentangi\n1.\n menjumpai (bahaya, kesulitan, dan lain-lain), menempuh, menghadapi:\nmereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman daripada pihak musuh itu;\n2.\n melawan, memerangi;\nmenentangkan\n menghadapkan, membawa ke muka:\n maka dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya;\nmempertentangkan\n menjadikan bertentangan (berlawanan), menyemukakan:\nBaharum Rangkuti yang ~ seni dengan propaganda;\ntertentang\n1.\n dapat dilihat (dipandang), terlihat, terpandang;\n2.\n dapat dilawan (disanggah), terlawan;\n \ntiada ~ mata \na) tidak dilihat (dipandang);\n b) = \ntidak ~ muka \ntidak berani berhadapan muka;\ntentangan\n1.\n darihal, tentang;\n2.\n apa yang dipertaruhkan (dalam perjudian dan lain-lain), imbangan, padahan, pasangan:\nkalau aku kalah, rumahkulah ~nya;\n3.\n yang menjadi bandingan (imbangan):\nPulau Pinang telah memberikan satu ~ hebat kepada Selangor dalam permainan bola sepak bulan sudah; \n4. perlawanan, penampilan, sanggahan:\najaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat daripada Nuruddin ar-Raniri;\n5.\n (tempat dan lain-lain) yang bertentangan dengan, (di) seberang, hadapan;\npertentangan\n1.\n perihal bertentang, perlawanan:\n~ terhadap penjajahan barat;\n2.\n perihal bertentangan, perselisihan (yang amat sangat), pertikaian (pendapat dan lain-lain):\norang Yunani memang mempunyai ~ politik dengan orang Turki;\npenentangan\n perihal (tindakan dan sebagainya) menentang, penolakan, perlawanan:\ntentera Belgium tidak menerima apa-apa ~ ;\npenentang\n (orang dan lain-lain) yang menentang:\naku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar." "tentatif\n1.\n tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah;\n2\n. buah sementara waktu:\n beberapa langkah ~ diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan." "tentawan\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), ara jangkang, centawan, sentawan, semelit papan, \nConcephalus amoenus;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar murah, mentawan, \nConcephalus suaveolens." "tentayu\n[Kedah] angkuk perahu yang berbentuk jentayu." "tenteng I\nsejenis kuih daripada kacang (bijan dan lain-lain) dengan gula." "tenteng II\n[Jakarta];\nmenenteng\n membawa sesuatu dengan tangan lurus ke bawah, membimbit, menjinjing, menjinjit:\n~ bungkusan;\n~ durian." "tenteng III\nmain jengket-jengket;\n= tingting II." "tentera\n1.\n = \nbala ~\n [sastera lama] seluruh orang yang berperang;\n2.\n pasukan yang terdiri daripada askar dan lain-lain yang dilatih untuk berperang (menjaga keselamatan dan lain-lain);\n3.\n = \nanggota ~\n orang yang menjadi anggota angkatan perang (askar dan lain-lain);\n \nmasuk ~\n menjadi askar;\n 4.\n yang bersangkutan dengan angkatan perang (dalam kata majmuk):\nrumah sakit ~;\n~\n darat bahagian angkatan perang yang bertugas di daratan;\n \n~ gerak cepat \npasukan (askar dan lain-lain) yang mudah dipindah-pindahkan dengan cepat;\n \n~ laut\n angkatan perang yang bertugas di laut;\n \n~ payung terjun \ntentera yang terjun dari kapal terbang dengan payung terjun;\n \n~ pendudukan \ntentera asing yang menduduki sesuatu daerah dan lain-lain;\n \n~ sukarela\n pasukan tentera yang berkhidmat secara sukarela;\n \n~ udara\n angkatan perang yang dilengkapi dengan kapal terbang dan lain-lain;\n \n~ upahan\n askar yang diupah untuk berperang;\n \n~ wataniah \npasukan tentera sukarela untuk mempertahankan negara dalam masa darurat;\nketenteraan\n perihal tentera:\nperjanjian itu melibatkan masalah politik dan ~;\npetenteraan, pertenteraan\n tempat tentera dikumpulkan, urusan mengenai tentera." "tenteram\n1.\n tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa:\nnegeri yang begitu aman dan ~;\n2.\n tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dan lain-lain), tenang:\nbeliau meninggalkan rumah itu dengan hati yang tidak ~;\nmenenteramkan\n1.\n menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan:\npemimpin-pemimpin Perikatan dari Kuala Lumpurlah yang ~ keadaan kacau di Singapura itu;\n2.\n menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan):\ntetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya;\nketenteraman\n1.\n perihal tenteram, keamanan, kesentosaan:\npertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamatan dan pertahanan di Asia Tenggara;\n2.\n ketenangan (fikiran, hati, perasaan), keredaan;\npenenteraman\n perihal menenteramkan;\npenenteram\n orang (atau bahan) yang menenteramkan sesuatu:\n ubat ~." "tentu\n1.\n sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur:\nbelum ~ dia datang hari ini; \nbas itu tidak ~ tibanya, ada kala lambat ada kala cepat;\n2.\n sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang:\n~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza;\n3.\n tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti:\n~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu;\nbertentu\n1.\n [sastera lama] sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap):\nsetelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dalam negeri Biru Hasha Purwa;\n2.\n [sastera lama] yang ditetapkan (dipersetujui):\njika lambat dari empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yang ~ pergi mendapatkan kita;\n3.\n berbincang atau bermesyuarat untuk menetapkan sesuatu, berunding:\nWan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dengan beberapa orang saudagar;\nbertentu-tentu\n jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang;\nbertentukan\n [sastera lama] mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok):\nsetelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat;\nmenentu\n \ntidak ~\n tidak keruan (teratur, tetap, dan lain-lain), tidak tentu;\nmenentui\n [Minangkabau]\n.\n1.\n memeriksa (supaya ketahuan), mengusut, menyelidiki;\n2.\n menanyakan (bagaimana halnya dan lain-lain), mengambil tahu:\n~ nasib anak buahnya;\n3.\n pergi menengok (orang sakit dan lain-lain), menjenguk;\n 4.\n menyelesaikan (hutang), menjelaskan;\nmenentukan\n1.\n menetapkan, memastikan:\nsudah ditentukan demikian oleh Tuhan;\n2.\n memberi kepastian (keputusan), memutuskan:\ndia tidak pernah dibawa mesyuarat dalam hal ~ siapa yang akan menjadi jodohnya;\n3.\n memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan:\nsetiap simbol yang digunakan dalam kamus hendaklah ditentukan maksudnya;\n 4.\n membuat kesimpulan, membuat keputusan daripada:\nkita tidak mempunyai bukti yang cukup untuk ~ dia yang bersalah;\n5.\n memberi keterangan yang tentu, menerangkan, mengesahkan:\njikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada;\n6.\n mewajibkan, memestikan:\nadapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dengan selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit;\n7.\n menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan:\ndia pergi berunding dengan kapten-kapten kapal lainnya di Halifax untuk ~ acara-acara pelayaran kami;\n tertentu\n1.\n sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang):\npolis mempunyai tugas yang ~ dalam masyarakat;\n 2.\n untuk menyatakan sesuatu yang tidak disebuntukan namanya (tempatnya dan lain-lain):\nada golongan-golongan ~ yang mahu memecah-belahkan rakyat;\nketentuan\n1.\n sesuatu yang tentu atau yang telah ditentukan, keputusan yang muktamad, ketetapan:\nsebagai hasil daripada perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah dipersetujui;\n2.\n sesuatu yang sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian:\ndia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya;\n3.\n tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), beraturan:\nkau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga;\nberketentuan\n \ntidak ~ \na) tidak ada ketentuannya, tidak mendapat sebarang keputusan, tidak ada kepastian:\nrundingan kita tadi tidak ~ lagi;\nb) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk:\nbuku-buku tidak ~ ;\nketidaktentuan\n perihal (keadaan dan sebagainya) yang tidak tentu, ketidakpastian:\nini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam;\npenentuan\n perihal menentukan, penetapan, pemastian:\norang masuk syurga atau neraka adalah ~ daripada Tuhan;\npenentu\n yang menentukan:\nAllah sebagai Pencipta dan ~ segala kejadian." "tentuban\nselaput pembungkus bayi dalam kandungan dan tembuni, ketuban;\ntuban-tuban." "tentulang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok renek), kayu patah tulang, \nEuphorbia tirucalli;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), berombong, kurau, merombong, riuh, tabah, \nTimonius penducularis;\n3.\n sejenis tumbuhan (pokok kecil), serapah, \nUrophyllum hirsutum;\n~ jantan\n sejenis tumbuhan (pokok renek), \nPedilanthus tityhmaloides; \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, pial ayam hutan, pecah periuk, penujuh, siantan hutan (jantan), \nIxora chinensis." "tenturun\nsejenis musang (rupanya seperti beruang kecil), benturung." "tenuk I\n= \nbadak ~\n sejenis binatang liar, badak tempung, badak babi, cipan, kuda air, senuk, \nTapirus malayanus\n." "tenuk II\nsejenis ikan laut, \nSphyraena spp\n." "tenun\nbarang ~\n barang-barang yang dibuat daripada benang dan lain-lain (kain , kapas, sutera, dan lain-lain);\n \nabah-abah (alat, perkakas) ~\n alat perkakas untuk membuat kain (cita dan lain-lain);\n \nindustri (perusahaan) ~ \nperusahaan membuat barang tenun;\n \nkain ~\n kain yang dibuat daripada benang;\n \npabrik ~\n [Indonesia] kilang barang tenun;\n \ntukang ~\n orang yang membuat kain (dengan menggunakan alat tenun);\nbertenun\n membuat barang tenun (kain dan lain-lain):\nada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera;\n~ sampai ke bunjainya \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna;\nmenenun\n membuat barang tenun (daripada benang, sutera, dan lain-lain):\ndi kawasan ini ada pelbagai perusahaan seperti ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri;\n menenuni\n menggubah:\naku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;\ntenunan\n1.\n cara menenun:\nkain ini ~nya halus;\n2.\n hasil daripada menenun, barang-barang yang ditenun:\nkain ~ Jawa;\npenenunan\n1.\n perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menenun:\n~ linen dan penjahitan baju;\n2.\n = \npertenunan\n tempat (kilang dan lain-lain) menenun;\npenenun\n orang yang menenun:\nkapas juga ada ditanam untuk kegunaan ~ kain di negeri itu." "tenung\nilmu untuk mengetahui sesuatu yang akan terjadi pada masa yang akan datang (melihat nasib, mencari barang hilang, dan lain-lain), nujum, ramal;\n \nilmu ~ \nilmu tilik-menilik (nasib orang dan lain-lain);\n \njuru~\n = \ntukang ~\n = \npandai ~\n orang yang pekerjaannya menilik nasib orang;\n \nmembaca (membukakan) ~\n = \nmelihat dalam ~\n menengok nasib orang dengan tenung;\nbertenung\n1.\n membaca tenung, meramalkan, menelah:\njikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada;\n2.\n = \n~ kepada\n meminta supaya diramalkan nasibnya pada;\nmenenung 1. = menenungkan\n menilik nasib dan lain-lain dengan tenung, meramalkan, menelah:\nmarilah kita sekalian pergi kepada Pak Belalang minta ditenungkan;\n2.\n melihat tepat-tepat, memandang, memerhati, menatap, merenung:\ndia mengelamun di kerusi ~ rumah depan;\ntenungan\n ramalan (nasib dan lain-lain), telahan;\npenenungan\n perihal menenung;\npenenung\n tukang tenung, jurutenung." "tenusu\n1.\n tempat menyimpan susu dan membuat mentega (keju);\n2.\n perusahaan menyimpan susu dan membuat mentega;\n \nlembu ~ \nlembu yang diternak untuk susunya;\npentenusu\n pekerja tenusu." "tenyeh\nmenenyeh\n menekan-nekan dan memicit-micit sesuatu:\ndia ~ matanya yang gatal dengan jarinya;\nmenenyehkan\n menekankan:\nkemudian ditenyehkannya puntung rokoknya ke tempat abu rokok." "teodolit\n(Kejuruteraan) alat yang digunakan dalam kerja ukur untuk mengukur sudut." "teokrasi\nsistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara." "teokrat\npenyokong (penganut) fahaman teokrasi." "teokratik\nberkenaan teokrasi." "teologi\nilmu berkenaan ketuhanan." "teorem\n(Matematik) prinsip (dalam ilmu geometri) yang telah dibuktikan secara logik;\n~ binomial \nrumus yang membolehkan sesuatu ungkapan binomial digandakan dengan tidak perlu didarab berkali-kali;\n \n~ Pythagoras \nteorem yang menyatakan bahawa pada segi tiga yang bersudut tepat luas segi empat sama pada garisan sendengnya sama dengan jumlah luas segi empat sama pada sempadan-sempadan sudut tepat itu." "teoretikal\nberdasarkan teori (tidak pada pengalaman atau amalan), teoretis." "teoretikus\n[Indonesia-Belanda] orang yang ahli dalam hal teori sesuatu ilmu pengetahuan." "teoretis\nberdasarkan teori, berhubung dengan atau menurut teori, teoretikal." "teori\n1.\n pendapat ( bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain:\nbanyak ~ dikemukakan mengenai kehidupan pada masa prasejarah;\n2.\n prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan:\n~ ekonomi;\n3.\n asas, dasar (bukan amalan atau apa yang biasanya berlaku);\n \npada ~nya raja yang memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya;\n~ atom \n(Fizik) teori yang menganggap bahawa semua jirim terbina daripada atom;\n \n~ domino\n teori sains politik yang beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan kemungkinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis;\n \n~ ion \n(Kimia) teori yang menyatakan bahawa sesuatu bahan yang larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis;\nberteori\n membentuk atau mengemukakan teori:\nsekarang ini terlalu ramai yang suka ~ dan bercakap;\nberteorikan\n berdasarkan sesuatu sebagai teori;\nmenteori\n membentuk suatu teori:\n Fish gagal ~ konvensi pembacaannya;\n penteorian\n proses menghasilkan sesuatu teori." "teosofi\n[Indonesia-Belanda] ilmu kebatinan yang umumnya berdasarkan ajaran-ajaran agama Buddha dan Hindu." "tep I\n[Indonesia-Belanda];\nmesin ~\n mesin tulis, mesin taip.\nmentep\n mengetik, menaip." "tep II\npita bersenggat (dalam ukuran kaki, meter, dan sebagainya) yang digunakan untuk mengukur sesuatu. \n~ rekordar\n [bahasa percakapan] sejenis alat perakam bunyi." "tepak\n1.\n sejenis bekas rokok (tembakau dan lain-lain) yang dibuat daripada daun pandan dan lain-lain, celepa;\n2.\n = \n~ sirih\n sejenis kotak kecil (daripada kayu, logam, dan lain-lain) untuk bekas sirih;\n \n~ jorong\n bekas sirih yang bulat dan panjang." "tepak I\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nFissistigma cyclindricum." "tepak II\nbunyi seperti bunyi orang menampar atau menepuk;\nmenepak\n1.\n memukul (menangkis) dengan telapak atau belakang tangan:\n~ pukulan;\n~ senjata;\n2.\n (Sunda) menepuk, menampar:\n~ muka." "tepam\nmenepam\n \n1.\n menggamak sesuatu dengan telapak tangan untuk mencari (mengetahui sifat sesuatu dan lain-lain), meraba:\n~ susu;\n2.\n menepuk atau menampar (bahu, dada, dan lain-lain):\n~ bahu\n." "tepang\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar darah (kenanga, miriam, pisang, sesugi, singga, sugi-sugi), jari ayam, kenanga hutan, sekencong, sempuh baruk, \nDesmodium chinensis\n." "teparak\n[Kelantan] terkepung, terserempak (dengan musuh dan lain-lain)." "tepas I\nsejenis anyaman daripada bilah-bilah buluh untuk dinding rumah dan lain-lain, sasak:\nsurau yang didirikan daripada kayu-kayu bulat, berdindingkan ~ dan beratapkan daun rumbia; \npenuh ~\n sangat penuh." "tepas II\n(Sunda) serambi, beranda." "tepas III\n[sastera lama] arah, hala, penjuru;\n \nempat ~ dunia\n empat penjuru dunia (timur, barat, utara, dan selatan)." "tepat\n1.\n betul (arahnya, tujuannya), lurus:\nmemang sudah buntarlah bayang-bayang kerana matahari ~ di atas kepala;\n2.\n tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), kena benar:\ntangannya terketar-ketar dan tidak dapat menembak bulan-bulan itu dengan ~;\n3.\n tidak kurang dan tidak lebih (waktu dan lain-lain), tidak berselisih sedikit pun, betul-betul:\n~ pada pukul sepuluh malam, kereta api mel dari Kuala Lumpur ke Singapura mulai bergerak;\n~ tengah hari;\n 4.\n tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok:\nramalannya memang ~ sekali;\n5.\n sesuai dan patut (peraturan, kritikan, dan lain-lain), jitu:\ntindakan yang ~ hendaklah diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi disiplin bekerja;\n6.\n kena benar (jawaban, perkataan, dan lain-lain), betul:\nsaya rasa memang ~ kalau saya mengatakan bahawa kita akan sentiasa kagum apabila berada di Pantai Timur; \n7.\n tidak cakah atau tirus (sudut), betul-betul 90 darjah:\njadikan penjurunya ~;\ntepatnya\n1.\n sesungguhnya, betulnya, sahnya;\n2.\n tegasnya;\nbertepatan\n1.\n bersamaan dengan (waktunya), betul-betul kena waktunya dengan (sesuatu):\nsurat itu sampai ~ dengan kedatangan sahabat-sahabat;\n2.\n sama benar (dengan), tidak bersalahan atau berlainan sama sekali (daripada), cocok (dengan):\nkandungan buku itu ~ dengan sukatan pelajaran;\n3.\n = \nberketepatan\n kebetulan pula, berkebetulan;\nmenepat\n1.\n langsung ke, terus ke, sampai (ke tempat yang dimaksudkan):\njalan ini ~ ke Seremban;\n2.\n = \nmenepati\n menuju ke, pergi ke, menujui;\n3.\n terus pergi ke (untuk bermalam dan lain-lain);\nmenepati\n1.\n berpegang teguh pada (janji, kata, dan lain-lain), tidak memungkiri, menunaikan:\norang yang sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat;\n2.\n bertepatan dengan, tidak bersalahan (berlainan) daripada:\ntulisan-tulisan Ismail Hussein baik yang bersifat kajian sastera mahupun yang memuatkan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dalam kajian ini;\nmenepatkan\n1.\n menjadikan tepat, menyamakan benar, mencocokkan;\n2.\n menujukan tepat-tepat, mengalamatkan (surat dan lain-lain) kepada, mengarahkan;\n3.\n = \nmempertepat\n menjadikan betul, memperbaiki;\ntepatan\n1.\n tempat atau orang yang didatangi (untuk menumpang bermalam dan lain-lain):\nkaum kerabat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman;\n2.\n orang tempat meminta pertolongan (perlindungan dan lain-lain), tempat bernaung;\n3.\n tempat orang datang berkumpul-kumpul dan lain-lain;\n \n~ jiwa\n kekasih, buah hati;\n \n~ pandang\n yang diperhatikan;\nketepatan\n perihal tepat, atau bertepatan dengan sesuatu, kejituan:\n~ ramalannya itu bertanggungjawab menyelamatkan bandar Melaka daripada kepungan tersebut;\n~ semua kajian yang selanjutnya bergantung pada ~ pengklasifikasian;\nberketepatan\n berbetulan, kebetulan;\npertepatan\n persamaan (waktu dan lain-lain):\nterdapat pula oleh kita banyak ~ berlaku dalam cerita ini;\npenepatan\n perihal atau perbuatan dan sebagainya menepatkan (menepat, menepati);\npenepat\n sesuatu yang menjadikan tepat;\n \nsudut ~ \ndua sudut yang apabila dicampurkan merupakan sudut 90 darjah." "tepaut\nbeza, selisih:\n~nya dua puluh sen; \npaut II\n." "tepeh\nsejenis siput (yang boleh dimakan)." "tepek I\nbarang yang tipis yang melekat atau menempel (tanah liat, kapur, koyok, dan lain-lain):\nbeberapa ~ koyok; \nse~ tembakau \nselempeng tembakau;\n \ngula ~\n gula kelapa atau enau (yang dituang dalam acuan yang tipis);\nbertepek\n menempel, melekat:\nusahalah membersihkan arang yang ~ di bawah periuk belanga itu;\nbertepek-tepek\n terpalit oleh lumpur (tanah liat dan lain-lain), comot, kotor:\napabila basah rambut itu ~ seperti ditampal koyok;\nmenepek, menepekkan\n menampalkan, melekatkan:\nkertas itu ditepek di dinding rumahnya;\npenepek\n alat yang digunakan untuk menepek sesuatu:\n~ digunakan untuk menepek bahagian luar bagi menghasilkan bentuk yang dikehendaki;" "tepek II\n[Kelantan];\n~ tangan \ncap jari." "tepen\nmangkuk ~\n mangkuk tingkat (tempat makanan), siya." "teper\nsejenis piring." "tepes\n[Jawa] [arkaik] sabut (kelapa)." "tepet\nmenepetkan\n melekatkan, menempelkan, menepekkan;\n tepek I." "tepi\n1.\n bahagian yang luar sekali (bidang dan lain-lain), pinggir:\n~ meja;\n2.\n sesuatu yang dipasang di pinggir (baju, kain, dan lain-lain), birai:\n~ tabir;\n3.\n tempat (kawasan) yang di pinggir:\nkami pergi berkelah ke ~ laut;\n 4.\n perbatasan (kota dan lain-lain), sempadan di antara satu dengan lain;\n \n~ langit \nperbatasan langit dengan air laut;\n \nmenjaga ~ kain orang \nki mengambil tahu hal orang lain;\nke tepi\n arah ke pinggir, pergi ke pinggir;\nmengetepikan\n1.\n memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi:\nPak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu;\n2.\n tidak mementingkan, mengesampingkan:\noleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia ~ harga dirinya;\n3.\n tidak mengendahkan, tidak mempedulikan:\npengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dalam memberi nilai kepada sesuatu karya sastera;\n 4.\n memencilkan, memulaukan, menyingkirkan:\nsudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara;\n5.\n mengeluarkan (daripada pertandingan dan sebagainya), menyingkirkan, mengesampingkan:\nBelanda dengan Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia;\n6.\n membatalkan (keputusan dan lain-lain):\nmahkamah ini berkuasa ~\n \nkeputusan Mahkamah Tinggi;\n terketepi\n diketepikan, disisihkan:\nsecara umumnya, siswazah tempatan akan ~ dan tersingkir kerana kekurangan kualiti yang dikehendaki oleh pihak swasta;\n pengetepian\n perihal atau perbuatan mengetepikan:\nkeberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila;\nbertepi\n mempunyai tepi, ada tepinya:\nlaut\n \nini tidak ~\n \nnampaknya;\nbertepikan\n memakai tepi (birai dan lain-lain):\nbajunya ~ benang emas;\nmenepi\n1.\n pergi ke tepi, meminggir:\nmaka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu;\n2.\n berjalan dan lain-lain mengikut tepi, menyusur (pantai dan lain-lain);\n3.\n [Minangkabau] terbit sedikit-sedikit (air mata);\nmenepikan\n membawa ke tepi;\ntepian\n tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor):\nsekalian barang itu pun dikumpulkannya untuk dibawanya ke ~;\n~ gelanggang \ndewan tempat diadakan kegiatan kebudayaan sesuatu daerah;\n \n~ ilmu \norang yang banyak pengetahuannya;\n \n~ mata \ntangkai hati, kekasih." "tepinis\ntempinis\n." "tepis I\nmenepis\n mengelakkan pukulan, serangan, dan sebagainya:\ndia mencuba ~ tetapi tidak berjaya; \nkemungkinan untuk ~ tindakan tentera pihak musuh;\nmenepiskan\n1.\n menangkis pukulan (serangan dan lain-lain) dengan belakang tangan:\nFolley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan penumbuk Mohammad Ali yang pantas itu;\n2.\n mengibas dengan tangan:\nWahab menepis-nepiskan habuk dari kemejanya." "tepis II\nmenepis\n melayang (melayap dan lain-lain) menyusur tanah (air dan lain-lain), berjejak sedikit." "tepok\n[Jawa] lapuk (kayu dinding rumah dan lain-lain)." "tepok I\nlumpuh disebabkan oleh sesuatu penyakit (kaki, tangan):\nadapun Bendahara Paduka Tuan itu telah tualah, giginya pun habis, kaki pun telah ~ ." "tepok II\n[Jawa];\ntipu ~\n [Minangkabau] berbagai-bagai tipu daya." "tepos\n[Jakarta] pipih dan tidak berdaging (punggung):\nbadannya kurus dan punggungnya ~ ." "tepu I\n= \npenuh ~\na) penuh sesak, padat, tumpat:\ntempat habuk rokok penuh ~ dengan puntung rokok;\nb) segala layar terpasang (kapal, perahu);\n c) sarat atau penuh:\nseorang ibu yang sentiasa ~ dengan\n \nkasih sayang." "tepu II\n(Kimia) keadaan sesuatu zat atau bahan apabila had keupayaan menampung sesuatu zat atau bahan lain telah tercapai;\nmenepukan\n menjadikan tepu;\nketepuan\n perihal (keadaan dan sebagainya) tepu;\npenepuan\n proses (pembuatan dan sebagainya) menepukan." "tepuk I\n1.\n perbuatan menamparkan kedua-dua tapak tangan (supaya berbunyi);\n2.\n bunyi yang terjadi kerana menamparkan kedua-dua tapak tangan:\nsuara itu diiringi pula oleh ketawa dan ~ budak-budak yang ramai di situ;\n3.\n pukulan yang tidak kuat dengan tapak tangan, tepak;\n~ dada \ntamparan di dada;\n \n~ kuduk \nsanjungan, puji-pujian;\n \n~ sorak (sorai) \ntepuk tangan yang disertai dengan sorak;\n \n~ tari \ntepuk tangan sambil menari \n;\n~ berbalas, alang berjawat \n= \nalang berjawat, ~ berbalas \n(peribahasa) baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat;\n \n~ dada tanya selera \n(peribahasa) sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis;\n \n~ nyamuk menjadi daki \n(peribahasa) melawan orang yang lemah itu akan memburukkan nama sahaja;\nbertepuk\na)\n ~ tampar \nbergurau, bersenda:\ntidak seperti selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah;\nb) bertepuk tangan;\n~ sebelah tangan tiada akan berbunyi \n(peribahasa) tidak mungkin percintaan atau perselisihan terjadi daripada satu pihak sahaja;\nmenepuk\n memukul dengan telapak tangan (tidak berapa kuat):\n dia terkejut ketika isterinya ~ bahunya;\n~ dada \na) menampar dada dengan tapak tangan;\n b) [kiasan] marah, memperlihatkan keberanian (kemegahan);\nmenepuk-nepuk\n menepuk beberapa kali atau berulang kali:\naku tersedar apabila dia ~ bahuku dari belakang;\ntepukan\n perbuatan bertepuk (menepuk)." "tepuk II\n~ lalat \nsejenis tumbuhan (pokok), benitan putih, kecam, kelat lapis (merah, nasi-nasi, paya, putih), sekujah,\n Eugenia longiflora." "tepuk tangan\ntamparan kedua-dua belah telapak tangan hingga berbunyi;\nbertepuk tangan\n mengadakan bunyi dengan menamparkan kedua-dua telapak tangan (tanda gembira, bersetuju, dan lain-lain):\n kanak-kanak boleh disuruh ~ tangan atau menghentakkan kaki mengikut rentak lagu." "tepung I\n1.\n barang yang hancur dan lumat kerana ditumbuk dan lain-lain (beras, gandum, dan lain-lain):\n~ jagung;\n2.\n barang-barang yang sedia lumat, bubukan, serbuk:\n~ sari;\n~ beras \ntepung yang dibuat daripada beras (untuk membuat kuih);\n \n~ berperasa \ntepung yang mengandungi serbuk perasa (seperti garam, rempah, daun perasa, dan sebagainya);\n \n~ berserbuk penaik = ~ naik sendiri \ntepung yang mengandungi serbuk penaik;\n \n~ bungkus \nsejenis kuih yang diberi berinti;\n \n~ cat \nserbuk cat;\n \n~ gandum\n tepung yang dibuat daripada gandum;\n \n~ gomak\n sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan tepung kacang hijau (berintikan kacang dan gula);\n \n~ jagung \ntepung daripada jagung, digunakan untuk memekatkan kuah, membuat kuih dan sebagainya;\n \n~ pelita \nsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras serta gula dan santan yang dikukus;\n \n~ pulut \ntepung daripada beras pulut, digunakan untuk membuat kuih-muih;\n \n~ sagu \ntepung daripada sagu;\n \n~ susu \nserbuk susu;\n \n~ talam\n sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum serta gula melaka dan santan (dimasak di dalam bokor);\n \n~ torak \nsejenis kuih daripada tepung beras, santan dan gula, diberi perasa pandan dan sebagainya;\n \n~ ubi (kanji) \ntepung yang dibuat daripada ubi kayu;\n \n~nya ia mahu, kuihnya pun ia mahu\n (peribahasa) hal orang yang tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua;\nmenepung\n menumbuk atau mengisar (biji-bijian dan lain-lain lumat-lumat) supaya menjadi tepung:\n~ beras (jagung); \n(seperti hendak) ~ tiada berberas\n (peribahasa)\na) pekerjaan yang dibuat dengan tiada cukup syarat, jaranglah boleh menjadi sempurna;\n b) cakap sahaja besar, hasilnya sedikit pun tidak ada;\ntepung-tepungan\n bermacam-macam jenis tepung:\n yang termasuk dalam makanan pemberi tenaga ialah beras, jagung, ~, dan lain-lain." "tepung II\n[Minangkabau];\nmenepung\n menggocoh, memukul." "tepung tawar\ntepung beras yang bercampur dengan air dan daun setawar (untuk menjampi dan lain-lain);\nmenepung tawar\n membaca jampi untuk mengubati penyakit dan lain-lain dengan tepung tawar, menaburkan atau merenjis dengan tepung tawar:\nistiadat ~;\nmenepungtawari\n menjampi (penyakit dan lain-lain) dengan tepung tawar, menaburkan atau merenjis tepung tawar pada seseorang atau sesuatu:\nmudin pun segeralah meramas limau ditepungtawarilah, dibedak, dilimau dan dimandikan akan Awang Sulung." "tepur I\n[Kelantan];\nmenepur\n menggemburkan tanah." "tepur II\nmenepur\n duduk sahaja di rumah (tidak ke mana-mana)." "tepus I\nsejenis tumbuhan (herba), lampoyang, lempoyang,\n Zingiber aromaticum;\n~ belalih \nsejenis tumbuhan (herba),\n Languas spp.;\n~ halia puar\n = \n~ tanah \n= \n~ tunduk\n sejenis tumbuhan (herba), cadak, tepai,\n Zingiber spectabile;\n~ hinggap \n= \n~ lada\n = \n~ terbang \nsejenis tumbuhan (pokok menumpang), ubat cacing,\n Hedychium longecornutum;\n~ huma \n= \n~ kecil\n = \n~ merah\n sejenis tumbuhan (herba), bolai bukit, puar temu,\n Zingiber griffithii;\n~ kijai\n sejenis tumbuhan (herba), puar mengkang,\n Languas raffesiana;\n~ merah\n sejenis tumbuhan (herba), puar gajah, puar hijau, puar hutan,\n Amomum uliginosim." "tepus II\n bijih ~\n bijih timah yang berwarna keputih-putihan." "ter I\n[Indonesia-Belanda];\n1.\n =\n minyak ~\n barang cair berwarna hitam yang diperoleh daripada arang batu dan lain-lain (untuk mengecat rumah dan lain-lain), belangkin, tar;\n2.\n [bahasa percakapan] asfalt;\nditer\n dicat (dilapis) dengan ter." "ter II\n[Indonesia-Belanda] tambahan kepada sesuatu fasal selepas seksyen (dalam undang-undang dan lain-lain), seksyen kecil." "tera\n[Kedah], [Perlis] pandai, bijak." "tera I\n1.\n tanda atau cap yang dicapkan (dengan lak, timah, dan lain-lain) pada surat-surat penting dan lain-lain;\n2.\n rakaman yang dibuat dengan cap;\n 3.\n =\n cap ~ \ncap kerajaan, cap kempa, cap mohor, meterai;\n 4.\n tanda yang menentukan ukuran atau sukatan pada sesuatu alat (dacing dan lain-lain), tanda uji;\n 5.\n alat untuk mengecap (mencetak dan lain-lain);\nmenera\n1.\n membubuh tera, mengecap;\n2.\n membubuh tanda uji (pada alat takaran, timbangan, dan lain-lain);\n3.\n mengecap (buku), mencetak:\n buku ini ditera untuk pertama kali pada tahun 1610;\nmenerakan\n1.\n mengecapkan, mencetakkan;\n2.\n meneladani gambar dan lain-lain (dengan meniru gambar yang asal dan lain-lain), menekap:\n benda itu hendaklah diterakan sebesar saiznya yang sebenar;\ntertera\n1.\n sudah ditera (dicap), tercap, tercatat, tercetak:\nseperti yang ~ dalam rajah 22;\n2.\n tersebut:\nasal ~ dalam hadis yang sahih, mereka terimalah;\nteraan\n1.\n sesuatu yang ditera, cap-capan, cetakan;\n2.\n cap;\nperteraan\n percetakan." "tera II\n[Kedah]\n1.\n sementara;\n2.\n cukup setakat itu." "tera III\n[Terengganu] menggulung benang tenun ke pedati:\n ~ perlahan-lahan supaya tidak putus." "terabait\n1.\n jumlah bait sebanyak 240;\n2.\n unit yang digunakan untuk menyatakan kemampuan storan pukal, seperti cakera optik, yang berada dalam lingkungan trilion bait." "teracak\n[Indonesia] kuku lembu (kuda dan lain-lain)." "terada\n[Jakarta] tidak ada, tiada." "terada II\nsejenis tumbuhan (pokok)." "teradang\nsejenis tumbuhan (pokok), perupuk, ruku-ruku,\n Lapisanthes cuneata." "teraflops\n(Komputer) unit untuk mengukur kepantasan pemprosesan yang digunakan untuk menyatakan jumlah pengendalian titik terapung per saat dalam lingkungan trilion." "teraha\n[Kelantan] halangan, galangan, gangguan, rintangan." "terai\n[bahasa percakapan] mencuba, menguji, merasai." "terajam\nsejenis tumbuhan (pokok), arang para, kelat jantan, kelat layu hutan (laut), kelayu, menterajam, mentajam, rambutan hutan,\n Erioglossum rubiginosum." "terajang\ntendangan (ke bawah atau ke depan) dengan tapak kaki:\n dengan sekali ~ sahaja orang itu pun jatuh tersungkur;\n~ tumit \nmenghentakkan tumit ke tanah;\nmenerajang\n1.\n menendang (ke bawah atau ke depan) dengan tapak kaki:\nkaki kanannya ~\n \nlelaki itu;\n2.\n [kiasan] mengetepikan, mengesampingkan:\ntetapi apabila datang seorang yang berdarjat, apabila datang orang yang lebih berharta aku diterajangnya;\nmenerajangkan\n menendangkan, menyepakkan, mendepakkan:\nmaka anjing perburuan itu pun diterajangkan oleh pelanduk putih, jatuh ke air." "teraju\n1.\n sejenis alat penimbang yang memakai dua buah piring yang digantungkan pada lengannya, neraca;\n2.\n tali untuk merentangkan (meregangkan) khemah, tali (rantai) untuk menggantung lampu dan lain-lain;\n 3.\n tali yang diikatkan pada rangka layang-layang (dari atas ke bawah);\n4.\n [kiasan] kuasa tertinggi, pucuk pimpinan;\n~ pemerintahan\n kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan;\n \n~ pimpinan\n pucuk pimpinan (pimpinan yang tertinggi);\n~ palingan tali, manusia palingan Tuhan \n(peribahasa) perihal hati yang cenderung kepada kebaikan;\n \n~ yang tak palingan \n(peribahasa) hukuman yang adil (saksama);\nmenerajui\n memegang teraju pimpinan, memimpin, mengetuai, mengendalikan:\n usia yang semuda itu dirasakan belum cukup untuk ~ sebuah organisasi yang besar dan penting; \nempat orang yang telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yang ~ pimpinan Barisan Nasional;\npeneraju\n orang yang memegang teraju pimpinan." "terak I\n1.\n tahi bijih, sanga;\n2.\n = \n~ dapur\n sisa bara api." "terak II\n[arkaik] tempat ayam bertelur, sangkar (sangkak) ayam, petarangan." "terak III\npenuh sangat (air dan lain-lain);\nberterak-terak, berterak-terakan\n berasak-asak (kerana penuh dan lain-lain), berdesak-desak:\nmereka ~ menghampiri dinding istana untuk melihat pertarungan antara dua hulubalang yang terbilang itu;\nmenerak\n mengasak atau mendesak (supaya lulus)." "terakup\nsejenis burung, burung bubut, \nCentropus sinensis." "teral\nmeneral\n [sastera lama] memaksa-maksa supaya berbuat sesuatu, memberangsangkan (supaya bekerja), mendesak, mendorong, menggiatkan:\n mandur itu ~ kuli-kulinya bekerja." "terala\n[sastera lama] luhur, Maha Tinggi, Maha Mulia:\n Tuhan yang ~ ." "teralak\n silat ~ \nsejenis silat (pencak);\n= terlak." "terali\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n jerjak, kisi-kisi;\n2.\n pagar atau langkan (pada beranda, jambatan, dan lain-lain) yang berkisi-kisi;\n 3.\n pagar pada tepi kapal:\n tangannya menggenggam dengan kuat besi bulat ~ itu;\nberterali\n ada teralinya:\n sepanjang asrama itu ada serambi muka, lebih kurang dua meter lebarnya dan ~ pinggirnya;\nberteralikan\n mempunyai sesuatu sebagai terali, memakai terali." "teraling I\n burung ~\n sejenis burung, burung nuri, burung tanak, pialing, serindit gajah,\n Psikologittinus cyanurus\n." "teraling II\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), mekedi, \nEngelhardtia nudiflora;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), bolian, kepur, lemak itik, melima, mengkulang, merbaju (membaju), selima, siku keluang,\n Tarrietia simpliciflora." "terambu\n[arkaik] tambo." "terampil\ncekap (dalam melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dan sebagainya), mampu dan cekatan;\nmenerampilkan\n menjadikan terampil:\nkita harus berusaha untuk ~ diri terutamanya dalam bidang tugas yang kita tangani;\nketerampilan\n kecekapan, kemampuan (yang tinggi);\nberketerampilan\n berupaya menjalankan tugas dan sebagainya dengan cekap:\nbeliau adalah antara wanita yang ~ di negara ini yang boleh dibanggakan." "teran\nmeneran\n menahan nafas dan menekan (ketika hendak buang air besar atau bersalin dan lain-lain), merejan, mengejan;\npeneranan\n perihal atau perbuatan meneran:\nposisi begini memudahkan ~ ketika hendak bersalin." "teranak\n[arkaik] ternak." "teranas\n[arkaik] tanah yang keras di dasar laut." "terang\n1.\n keadaan (cahaya atau sinar) yang menyebabkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat:\n tidak akan sama ~ lampu dengan ~ matahari;\n2.\n tidak gelap (berkenaan (dengan) tempat, keadaan sekitar, cahaya, dan sebagainya), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah:\n jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dari mulut dan dilihat di tempat ~;\n 3.\n siang (hari), lawan malam:\n setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka;\n 4.\n bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dan lain-lain):\npagi esoknya pergilah pula mereka ke dalam hutan,\n \ntiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas;\n5.\n tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara):\n malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan;\n 6.\n tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas:\n pada waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~;\n 7.\n tidak kabur (pelihatan, pandangan), jelas:\n monyet dan manusia ialah binatang yang besar sekali otaknya dan yang ~ sekali\n \npelihatannya;\n 8.\n tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebenarannya dan lain-lain), sudah ketahuan, sudah nyata (benar):\n sudah ~ sekarang siapa yang benar dan siapa yang bersalah;\n9.\n jelas (kata-katanya, maksudnya, dan lain-lain), nyata (benar):\nceramah pendek yang diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas;\n \nsebutan bahasanya ~ dan tepat;\n~ akal\n tajam akal, cerdik, pandai;\n \n~-benderang\n terang sekali;\n \n~ bulan\na) cahaya daripada bulan (pada waktu malam);\n b) = \n~ hari\n [Minangkabau] =\n bulan ~ \ntidak gelap pada malam hari kerana ada bulan;\n \n~ cuaca \ncuaca yang baik (tidak redup atau mendung);\n \n~ hati\n = \n~ fikiran\n mudah mengerti (belajar);\n \n~ tanah\n pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30 \u2013 6.00 pagi);\n \n~-temaram (-temarang)\n terang sekali, terang-benderang;\n \n~ terbang lalat\n pagi hari (lebih kurang pukul 6.00 \u2013 6.30 pagi), \n~ terus\n dapat dilalui cahaya, bening (kaca dan lain-lain);\nterang-terang\n tidak berselindung (terlindung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan):\n bukan sedikit pula orang kampung itu yang ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka;\n~ gelap\n = \n~ laras \nagak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul;\n \n~ kain\n [Minangkabau]\na) belum terang betul;\n b) belum mengerti benar;\nberterang-terang, berterang-terangan\n tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dengan terus terang:\n tidak seorang juga yang berani menunjukkan kemarahan mereka ~ ;\nmenerang\n menjadi terang;\nmenerangi\n1.\n memberi terang kepada (berkenaan (dengan) lampu, pelita, bulan, dan lain-lain), menyuluhi:\nlampu\n \nminyak itu ~ biliknya;\n2.\n [kiasan] memberi terang pada hati (fikiran, perkara, dan lain-lain), menunjuki:\n Tuhan akan ~ hati segala manusia;\n 3.\n membersihkan kawasan (daripada semak samun dan lain-lain), menyiangi:\n pada suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi untuk kegunaan pertanian;\n 4.\n [Minangkabau] mencari keterangan (bukti dan lain-lain) supaya jelas, menentui:\nbeliau datang cuma untuk ~ perkara itu sahaja;\nmenerangkan\n1.\n menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dan lain-lain):\n puas sudah ia berubat ke sana ke mari untuk ~ matanya yang kabur, tetapi tidak juga berjaya;\n2.\n menjadikan terang, menghuraikan (menceritakan dan lain-lain) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan:\n Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya;\n 3.\n memberitahu tentang sesuatu (supaya diketahui seseorang atau orang ramai), memaklumkan, menyatakan:\n PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yang berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia;\n 4.\n menentukan (apa yang patut dilakukan dan lain-lain), menetapkan, menegaskan:\nperaturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut\n \nmenghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya;\n 5.\n menunjukkan (menandakan, membuktikan) bahawa:\nkita tidak mempunyai bukti yang cukup untuk ~ bahawa orang yang dituduh itu betul-betul bersalah;\nterang-terangan\n berterang-terang:\n kalau mereka cuba mengganggu hamba dengan ~, hamba tahu pula membalasnya;\nketerangan\n1.\n huraian untuk menerangkan sesuatu, penjelasan:\nsemua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dengan tenang;\n2.\n hal yang menjadikan sesuatu perkara dan lain-lain terang atau jelas, alasan, bukti, tanda:\n dalam tempoh yang ada pada kami, telah kami usahakan sedaya upaya untuk mendapatkan ~ yang difikirkan perlu;\n 3.\n [Indonesia] kata atau kelompok kata yang menerangkan kata yang lain;\npenerangan\n1.\n alat dan lain-lain yang digunakan untuk menerangi (lampu dan lain-lain);\n2.\n perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kepada (lampu dan lain-lain);\n 3.\n perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan:\n~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik;\n 4.\n pekerjaan (jawatan dan lain-lain) yang memberi penjelasan dan lain-lain:\nPak Wir dianggap tenaga ahli yang masih sangat diperlukan dalam bidang ~;\npenerang\n sesuatu yang menerangi (menerangkan);\n \n~ hati \njampi dan lain-lain yang menerangi hati." "terangkera\n(Portugis) benteng." "terangkik\n[Negeri Sembilan] tabung buluh tempat menadah nira dan lain-lain, perian." "terantai\nsejenis tumbuhan (pokok), geronggang semut, kedondong kerut, kerantai (merah), surian, \nSantiria laevigata." "terap\n[Kelantan], [Terengganu] mengemas dan menyusun (pinggan, periuk, dan lain-lain):\ntolong ~ baik-baik sikit." "terap I\nsejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya boleh dibuat tali, cawat, dan lain-lain),\n Artocarpus elasticus; \ngetah ~\n getah daripada pokok terap (untuk menangkap burung);\nmenerap\n menggetah burung." "terap II\n[arkaik] ;\nberterap\n berukir;\nteterapan\n sarung keris yang dilapis dengan emas atau ditatah dengan permata:\n~ keris; \nkeris ~\n keris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya;\nberteterapan\n bertatahkan permata." "terap III\n[Johor] acuan kuih;\nmenerap\n membuat kuih dengan menggunakan terap." "terap IV\n juru~\n tukang yang memasang atau membaiki jentera (kereta dan lain-lain), jurusawat, mekanik;\nberterap\n berukir;\nmenerap\n1.\n mengikat atau memasang permata pada cincin (keris dan lain-lain), mengikat permata pada tempat ikatannya;\n2.\n mengikat bata dan lain-lain (untuk lantai, dinding);\n3.\n memasang enjin (mesin dan lain-lain);\nmenerapkan\n mempraktikkan, mengenakan pada, menyerapkan (memasukkan) ke dalam:\n gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; \nuntuk ~ keenam-enam aspek ini ke dalam sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pentakrifan yang menyeluruh;\n terterap\n (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dan sebagainya):\nkonsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dalam minda masyarakat kita; \ndi sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemikiran, falsafah dan nafas keislaman yang menjadi pegangannya;\nterapan\n1.\n keris yang bilahnya berlekuk panjang pada bahagian tengahnya;\n2.\n penyalut pada sarung keris (daripada emas, perak, dan lain-lain), penduk-penduk;\n 3.\n (sesuatu) yang lain dipraktikkan, (sesuatu) yang digunakan atau dikenakan pada sesuatu lain, aplikasi:\n institusi perguruan mengadakan kursus linguistik asas dengan tumpuan pada tatabahasa ~ untuk memberi pendekatan kepada pelatih tentang aspek-aspek asas dalam ilmu bahasa; \nleksikografi merupakan cabang ilmu linguistik ~;\n keterterapan\n perihal (keadaan atau sifat) dapat diterapkan;\npenerapan\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menerap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain);\n2.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menerapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan dan sebagainya mempraktikkan:\n~ nilai-nilai Islam ke dalam undang-undang dan pentadbiran negara;\n~ corak pendidikan daripada masyarakat lain ke dalam sesuatu masyarakat yang berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan;\n penerap\n1.\n orang yang kerjanya menerap (bata, permata dan sebagainya):\nkita telah agak biasa dengan pekerja am misalnya seorang ~ bata; \n2.\n orang yang menerapkan sesuatu (nilai, ilmu dan sebagainya):\nkita juga harus bertindak sebagai ~ nilai-nilai yang murni dalam kehidupan keluarga dan masyarakat; \n3.\n alat untuk menerap sesuatu (bata dan sebagainya):\nalat ~ bata." "terapai\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kenapih, terapih, \nGlycosmis pentaphylla." "terapeutik\n1.\n berkenaan rawatan penyakit:\n pendekatan ~;\n2.\n berkenaan sesuatu (aktiviti, udara, dan lain-lain) yang membantu menenangkan fikiran seseorang:\n senaman ~ memberi ketenangan; \n3.\n cabang perubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit." "terapi I\nsejenis tumbuhan (pokok renek), nerapi,\n Glycosmis puberula." "terapi II\nrawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan;\n \n~ pekerjaan \naktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang." "teras\n[Indonesia-Belanda] teres." "teras I\n1.\n bahagian yang keras dalam batang kayu, hati kayu:\n Sanah\n \ntidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dengan ~ kayu nangka;\n2.\n bahagian beras dan lain-lain yang sudah dibersihkan;\n 3.\n [kiasan] sesuatu yang terpenting (terutama), isi yang terpenting (terbaik), sesuatu yang menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari:\n pantunlah yang menjadi ~ puisi Melayu lama dalam kesusasteraan Melayu; \norang-orang ini yang akan menjadi ~ negara; \norang-orang Jepun tidak pernah lupa pada ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca;\n~ bumi\n bahagian tengah bumi yang cair;\n~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal \n(peribahasa) orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta;\n meskipun tertimbun dalam tanah, namun ~ timbul juga \n(peribahasa) orang yang berbudi baik itu sekalipun dalam keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia;\n bertemu ~ dengan beliungnya\n (peribahasa) dua orang yang berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah;\nberteras\n mempunyai (ada) terasnya:\n tumbuh-tumbuhan herba tidak ~;\n~ ke dalam \norang yang tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya;\n \n~ ke rusuk \norang yang dikuasai oleh kaum keluarganya;\n~ keluar bagai pimping \n(peribahasa) tampak di luar sahaja bagus (kaya dan lain-lain) tetapi sebenarnya melarat;\n di manakah ~ kayu mahang \n(peribahasa) janganlah diharapkan yang mustahil;\nberteraskan\n [kiasan] mempunyai sebagai teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan:\n Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yang ~ agama Islam;\n menerasi\n menjadi teras kepada:\n Islamlah yang ~ keperibadian Melayu." "teras II\n[Indonesia] simen yang dibuat daripada serbuk tanah yang keras (sejenis batu yang terjadi daripada pasir atau tanah, cadas)." "terasi I\n[Indonesia] belacan." "terasi II\n~ manis\n sejenis tumbuhan (pokok renek),\n Glochidon rubrum." "terasul\n[arkaik] surat-menyurat;\n ilmu ~\n ilmu mengenai surat-menyurat;\n kitab ~\n kitab yang mengandungi peraturan surat-menyurat." "terat\n[Kedah] sempadan, batasan, perenggan;\n batu ~\n batu sempadan." "teratai I\nsejenis tumbuhan (rizom dan bunganya), bunga padam, bunga telepok, padema, seroja,\n Nelumbium nelumbo;\n~ kecil \nsejenis tumbuhan (rizom dan bunganya), kelipuk, seroja biru, telepok, tunjung biru,\n Nymphaea stellata." "teratai II\n burung ~ besar\n sejenis burung,\n Hydrophasianus chirurgus; \nburung ~ kecil \nsejenis burung, \nMetopidius indicus\n." "teratak\n1.\n sejenis rumah kecil di sawah dan lain-lain (untuk tempat tinggal sementara), dangau, gubuk:\n di situ mereka membuat ~ untuk tempat kediamannya;\n2.\n rumah (untuk merendahkan diri):\n tuanku, di ~ patik inilah tuan puteri ketujuh-tujuh beradik itu bermain;\n 3.\n [Jawa] atap tepas yang diberi bertiang (untuk tempat berteduh);\n 4.\n dusun kecil (didiami oleh beberapa keluarga sahaja);\nmeneratak\n [arkaik] mendirikan teratak." "teratologi\nkajian tentang perkembangan embrio yang tidak normal dan kecacatan kongenital." "teratu\n[arkaik] [sastera lama] penganiayaan, penyeksaan;\n \ntempat ~\n tempat menyeksa orang." "terau\nmenerau\n [arkaik] mengambil benang daripada gelendong lalu dipasangkan pada peleting." "terawang\ntenunan atau tekat yang berlubang-lubang, kerawang;\nberterawang\n1.\n berlubang-lubang, bertembuk-tembuk;\n2.\n berkerawang;\nmenerawang\n1.\n membuat lubang-lubang kecil pada (kain dan lain-lain), melubangi, menembuk, menembus;\n2.\n membuat kerawang (pada baju dan lain-lain), mengerawang:\n kain putih yang diterawang denganbunga yang indah-indah;\n 3.\n termenung-menung memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya), mengkhayal:\n tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap malam itu; \nkenangannya ~ ke masa yang lampau;\n 4.\n [kiasan] memandang jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong:\nberjam-jam lamanya aku ~ langit dari jendela melihat burung-burung;\n~ khayal \nmemikirkan yang bukan-bukan, melamun;\n \n~ langit (udara)\n = \n~ langit\n \nmengukir jagat\n mengangan-angankan yang bukan-bukan, menggantang asap;\npenerawang\n orang yang suka menerawang." "terawih\ntarawih." "terazo\nbahan lantai (yang dibuat daripada serpihan batu, marmar dan campuran simen serta digilap) dalam bentuk kepingan." "terbak\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), pisang-pisang, \nAlphonsea elliptica\n;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), mengkudang, pepisang bukit, pisang-pisang batu,\n Alphonsea maingayi\n." "terban\n1.\n runtuh (rumah, tanah, dan lain-lain), roboh:\nhampir semua permatang ~;\n2.\n [kiasan] rosak binasa, musnah sama sekali;\n \n~ bumi tempat berpijak \n(peribahasa) putus harapan kerana hilang tempat bergantung." "terbang I\n1.\n melayang atau bergerak di udara dengan menggunakan sayap (tenaga jentera dan lain-lain):\n beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; \nsebuah helikopter ~ di atas kota;\n2.\n menumpang atau naik kapal terbang:\npetang itu juga beliau ~ ke Singapura;\n 3.\n [Indonesia] mudah meruap (minyak dan lain-lain), mudah kering, mudah menjadi gas:\n minyak ~; \nzat ~;\n 4. = berterbangan\n melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dan lain-lain), berhamburan di udara;\n 5.\n [kiasan] berlari (bergerak dan lain-lain) dengan laju, bergerak dengan cepat, melarikan diri:\n kereta itu ~ bukan main laju; \npencuri itu sudah ~ ;\n 6.\n [kiasan] hilang lenyap, hilang milik, musnah:\ntengok harta kita yang tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu;\n 7.\n [kiasan] melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang:\n semua fikirannya sudah ~ pada orang yang bakal ditemuinya;\n~ arwah (semangat) \na) pengsan;\n b) hilang ingatan, sangat terperanjat;\n \n~ darahnya\n sangat terkejut;\n \n~ fikiran\n hilang fikiran;\n \n~ lalat (langau)\n pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.00-6.30);\n \n~ bertumpu, hinggap mencekam \n(peribahasa) jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya);\nberterbangan\n1.\n terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak:\nunggas ~ dari suatu dahan ke dahan yang lain serta bersiul-siul mencari makanan;\n2.\n berhamburan (bertaburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dan lain-lain):\n debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin;\nmenerbangi\n terbang melalui (menempuh), berpergian dengan kapal terbang di;\nmenerbangkan\n1.\n membiarkan terbang, melepaskan terbang:\nbeberapa ekor merpati telah\n \nditerbangkan untuk memulakan perayaan tersebut;\n2.\n membawa terbang (angin, burung, dan lain-lain):\nbiji buah\n \nini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin;\n 3.\n membawa (mengangkut) dengan kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang:\n askar-askar yang tercedera dalam pertempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching untuk mendapatkan rawatan cemas;\n 4.\n [kiasan] melarikan wang dan lain-lain, melarikan diri:\n orang yang ~ wang syarikat itu telah dihukum;\npenerbangan\n1.\n perihal terbang (menerbangi, menerbangkan);\n2.\n perjalanan dengan kapal terbang, lalu lintas kapal terbang:\n semua ~ dalam negeri telah dibatalkan;\n 3.\n segala yang berkaitan dengan lalu lintas udara;\n~ awam \n= \n~ sipil\n [Indonesia] urusan penerbangan untuk keperluan orang awam (bukan untuk tentera);\n ilmu ~\n pengetahuan atau kepandaian dalam hal terbang (dengan kapal terbang);\npenerbang\n orang yang menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang." "terbang II\n[Jawa] rebana." "terbang III\n ikan ~\n sejenis ikan laut,\n Exocoetidae\n." "terbis\n1.\n [arkaik] runtuh (lereng gunung, tepi jurang, dan lain-lain), roboh, terban;\n2.\n [arkaik] lereng gunung (jurang dan lain-lain), tambak pada tebing parit dan lain-lain." "terbit\n1.\n keluar dari permukaan (air dan lain-lain), keluar dari tempat terlindung (bulan, matahari, dan lain-lain), muncul, timbul:\n bulan sudah ~ ; \nsebelah matahari ~\n sebelah timur;\n2.\n berbangkit (perasaan hati, fikiran, dan lain-lain), lahir, timbul;\n \ndalam hatinya ~ keinginan untuk memilih antara dua orang pemuda itu mana yang lebih baik dan sesuai dengan hatinya;\n 3.\n siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah, dan lain-lain), tersiar (berita, makalah, dan lain-lain):\n~nya kedua-dua antologi ini merupakan satu kemajuan besar;\n 4.\n keluar memancar ( air, cahaya, dan lain-lain), keluar (peluh, air mata, dan lain-lain):\nair yang ~ daripada mata air biasanya jernih;\n 5.\n keluar (dari rumah, persembunyian, dan lain-lain):\n setelah pintu terbuka dia pun ~lah;\n 6.\n tumbuh atau keluar daripada:\nsehelai rambut atau bulu ~ daripada satu liang yang halus di dalam kulit itu;\n 7.\n berpunca atau bermula daripada:\nkebakaran itu\n \n~\n \ndaripada puntung rokok yang dibuang dalam bakul sampah;\nmenerbitkan\n1.\n menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dan lain-lain), membangkitkan (perasaan dan lain-lain):\n kelakuannya yang tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya;\n2.\n mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dan lain-lain):\nkelengahan akan ~ kerugian kepada perusahaan itu;\n 3.\n mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dan lain-lain):\n sebelum Marsden belum ada usaha untuk ~ teks daripada naskhah Melayu lama secara ilmiah;\n 4.\n mengeluarkan (tenaga dan lain-lain):\nbenda-benda hidup menggunakan makanan untuk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya;\n 5.\n mengeluarkan (wang):\n jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu;\n 6.\n menghasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dan lain-lain);\nterbitan\n1.\n sesuatu yang terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dan lain-lain):\n akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang;\n~ berkala\n keluaran (majalah) yang diterbitkan berulang-ulang pada waktu yang tertentu;\n kata ~\n kata yang memakai imbuhan;\n2.\n (Ekonomi) tawaran sekuriti, saham dan sebagainya untuk dijual kepada pelabur;\n~ awam \ntawaran saham sesebuah syarikat kepada orang ramai untuk tujuan mendapat penyenaraian di bursa saham;\n \n~ baru \ntawaran terbitan saham yang baru kepada orang awam;\n \n~ bonus \nterbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yang diberikan percuma kepada pemegang saham yang sedia ada;\n \n~ hak \ntawaran terbitan saham biasa baru syarikat kepada pemegang saham yang sedia ada untuk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kepada awam;\npenerbitan\n1.\n perihal (perbuatan dan lain-lain) menerbitkan:\ndua pola ~ kata yang tidak produktif;\n~ asas ayat; \n2.\n urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dan lain-lain):\n pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut;\npenerbit\n (orang, syarikat, dan lain-lain) yang menerbitkan buku dan lain-lain:\nsemasa di sana banyak juga ia menulis untuk beberapa ~ di Tanah Melayu." "terbium\n(Kimia) sejenis unsur logam." "terbui\nterbul." "terbul\nsejenis ikan darat,\n Osteochilus hasselti\n." "terbus\ntarbus." "terbut\nsejenis paku atau pasak yang besar (untuk membuat kapal), baut yang besar." "teremal\nsejenis tumbuhan (pokok), kayu jeremal, mata peregam, pendarah paya, \nHorsfieldia subglobosa; \ntermal" "terember\n[Kelantan];\nberterember\n bergantungan, bergayutan." "terembesi\nsejenis tumbuhan (pokok renek), senu, tutup awu, \nPipturus nicanus." "terenang\nsejenis kendi air yang bertutup (dibuat daripada tanah liat)." "terendak I\nsejenis penutup kepala atau tudung yang lebar tepinya (dibuat daripada anyaman buluh, rotan, dan lain-lain):\nsebentar-sebentar dia membuang ~ yang menutupi kepalanya dan mengesat-ngesat peluh yang membasahi dahinya;\n~ Bentan\n = \n~ Melayu\n terendak yang merunjung ke atas (seperti bentuk kerucut);\n \n~ Cina\n terendak yang merunjung ke atas dan lentik tepinya;\n \n~ lampu\n tudung lampu." "terendak II\nsiput ~\n sejenis siput, \nXenophora solaris.\nTerengganu\n negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 13 080 km2, Kuala Terengganu sebagai ibu negeri, Darul Iman." "terengkek\nterangkik." "terentang I\nsejenis tumbuhan (pokok), napan, serentang, \nCampnosperma auriculata;\n~ bukit\n sejenis tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, kabau, semincang, \nAllophylus glaber;\n~ jantan\n sejenis tumbuhan (pokok), \nCampnosperma minor;\n~ manuk \nsejenis tumbuhan (pokok), bentangur otak udang, berjagung, habung ayam, katak (keretak) udang, medang ampas (udang), pauh pipit, pokok seudang, rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), \nBuchanania sessilifolia;\n~ tikus \nsejenis tumbuhan (pokok), katak (ketak) udang, otak udang, pauh pipit, puan, \nBuchanania lucida." "terentang II\ndirentangkan;\nrentang\n." "teres\n1.\n kawasan tanah datar yang ketinggian dan bertingkat-tingkat (biasanya ditumbuhi rumput, untuk bercucuk tanam, dan lain-lain), tebing atau pantai yang ketinggian (di sepanjang pantai, sungai);\n 2.\n tanah dan lain-lain yang ditinggikan di depan rumah;\nmeneres\n membuat teres:\nhanya empat belas peratus sahaja negeri Jepun yang boleh ditanam, termasuklah tepi bukit yang diteres." "teret\n[arkaik];\nberteret-teret\n berderet-deret;\nderet\n." "teretet\nbunyi seperti bunyi trompet (mesingan dan lain-lain)." "terhal\nterhalang (kerana sesuatu rintangan), terhenti, tertahan;\nhal I\n." "teri I\n1.\n sejenis ikan laut, \nStolephorus spp.;\n2.\n sejenis ikan laut, \nEugraulis tri." "teri II\n[Johor] tera." "teriak\n1.\n teriakan;\n2.\n [Kedah], [Kelantan] tangis;\nberteriak\n1.\n berseru (memanggil dan lain-lain) dengan suara yang keras dan nyaring, melaung, memekik:\nmaka ~lah kawan bertanya, Perahu dari mana ini?;\n 2.\n [Kedah], [Kelantan] [bahasa percakapan] menangis;\nmeneriak\n memanggil (menyeru, melaung) dengan suara yang keras dan nyaring\n: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh;\nmeneriaki\n [arkaik] memanggil dengan berteriak;\nmeneriakkan\n1.\n menyerukan sesuatu dengan suara yang keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan:\nbudak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas;\n2.\n menyerukan atau menawarkan (dengan berteriak):\nkedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya;\n3.\n = \nmeneriak-neriakkan\n menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dan lain-lain), melaung-laungkan, mempropagandakan:\nsemboyan yang diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana;" "teriakan\nseruan dengan suara yang keras dan nyaring (untuk memanggil, menarik perhatian, dan lain-lain), jeritan, laungan, pekikan." "teriang\n[Perak] buah-buahan yang masih tinggal di pohon (pada penghujung musim)." "teriba\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok renek untuk ubat kurap), \nRhinacanthus nasutus." "terigu\n1.\n biji-bijian yang boleh dimakan, gandum;\n 2.\n = \ntepung\n \n~\n tepung gandum." "terik I\n1.\n tidak mudah terlucut atau terbuka (ikatan), erat, kuat, teguh;\n 2.\n sempit dan mencerut (seluar dan lain-lain), ketat, sempit:\nseluar yang ~;\n3.\n amat sangat (panas matahari):\npanas kian ~ dan kian membakar kulit kepala;\n 4.\n [kiasan] sukar (pekerjaan), sulit;\n 5.\n [Kelantan] tidak kendur (tali dan lain-lain), tegang, sering:\ntali itu diregang dengan ~ ;\nmenerikkan\n1.\n menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan;\n 2.\n menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan." "terik Il\nburung ~ canai\n sejenis burung, burung kuning, burung kunyit-kunyit, burung nangka, kependang, setempukan, \nOriolus chinensis." "terika\n[arkaik];\nmenerika\n menggosok dengan seterika, menyeterika;\nseterika." "teriko\nkain ~\n sejenis kain tenun (daripada bulu binatang atau kapas), tuit." "terima\n[bahasa percakapan] mendapat, memperoleh, menyambut (sesuatu):\nkemudian ia hendak bayar kepada saya separuh, tiadalah saya mahu ~; \n(mengucapkan) ~ kasih\n (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu);\n \n~ nasib\n berserah kepada takdir sahaja;\n \n~ salah\n mengaku akan kesalahan diri;\n \n~ syukur\n bersyukur kepada Tuhan;\nberterima\n [arkaik] (telah) diterima, (telah) dikabulkan;\n \n~ kasih \nmengucapkan syukur;\nmenerima\n1.\n mengambil (mendapat, menadah, dan lain-lain) sesuatu yang diberikan:\nadakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; \n2.\n menyambut kedatangan orang (tetamu dan lain-lain):\nkalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; \n3.\n = \n~ baik\n meluluskan atau mengabulkan sesuatu permintaan (permohonan dan lain-lain), menyetujui (sesuatu usul dan lain-lain), membenarkan, mengesahkan:\nketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah untuk ~nya;\n4.\n mendapat atau menderita sesuatu (dengan berserah sahaja):\n~ nasib;\n5\n. berpendapat bahawa \u2026, memandang (sebagai), menganggap (sebagai):\nia ~ jawabanku sebagai penghinaan;\n 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dan lain-lain), mengizinkan (masuk dan lain-lain):\nmereka pun diterima sebagai anggota masyarakat kota itu;\n 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat:\nbeliau telah ~ tawaran untuk bekerja sebagai pengurus di syarikat itu;\n~ panjang tangan, menghulur sekali belum \n(peribahasa) perangai orang yang tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi;\nmenerimakan\n menyerahkan supaya diterima, memberikan;\npenerimaan\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menerima, penyambutan:\nbayaran dan ~ barang-barang yang dibeli;\n 2.\n sambutan, nilaian, penghargaan:\nbagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara?;\n3.\n keizinan (masuk dan lain-lain), kebenaran:\nbeliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid darjah satu; \n4.\n sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan:\njanganlah tuan takut dan ngeri kepada kakang dan janganlah tuan salah ~;\npenerima\n1.\n orang atau alat yang menerima sesuatu;\n \npesawat ~ \npesawat radio untuk menangkap siaran radio;\n 2.\n mudah menangkap (ajaran dan lain-lain), terang hati;\n3.\n sentiasa berserah (kpada takdir dan lain-lain)." "terima pakai\nmenerima pakai\n mengambil atau menerima sesuatu (idea, keputusan, peraturan, kaedah dan sebagainya) dan menggunakannya atau melaksanakannya untuk tujuan tertentu:\ntujuh buah negeri telah bersetuju untuk ~ Enakmen Pentadbiran dan Hukum Islam; \nkonsep tersebut turut diterima pakai oleh sektor swasta\n. \nterimba; \ntitisan ~\n keturunan, salasilah, susur galur." "tering\n[Indonesia-Belanda] sejenis penyakit paru-paru, batuk kering." "teringkit\nlayar persegi (di haluan perahu)." "teripang I\nsejenis binatang laut yang berkerutu badannya dan berwarna coklat bertapuk-tapuk hitam dan biru (hidup di dalam lumpur laut, biasanya dikeringkan, dimakan untuk memanaskan badan), beronok, \nHolothusia edulis;\n~ bulat \nteripang yang berbentuk seperti bola;\n \n~ panjang \nteripang yang panjang bentuknya." "teripang II\nikan ~\n sejenis ikan laut, \nSaurus indicus." "teris\nkertas ~\n kertas minyak untuk menyalin peta dan lain-lain." "terista\n[arkaik] sedih, dukacita." "teriti\nmeneriti\n [arkaik] berjalan di jalan yang sempit (di atas titian dan lain-lain), meniti;\ntiti." "teritik I\nberteritik\n bertitik-titik;\n titik I." "teritik II\n(Sunda) [arkaik] sejenis tumbuhan (pokok), \nParinarium corymbosum." "teritip I\nsejenis siput laut yang kecil (suka melekat pada perut perahu, tiang-tiang yang terendam di dalam air)." "teritip II\npari ~\n sejenis ikan laut, \nDasyatis africans\n." "teriyaki\nsejenis makanan Jepun daripada ikan atau daging yang diperap dengan kicap dan digril." "terjah\nmenerjah\n1.\n datang atau masuk dengan tiba-tiba:\nguru ~ ke dalam bilik darjah\n;\n2.\n melanggar, merempuh dan sebagainya seseorang dengan kasar:\ndia menerima kad kuning kerana ~ pemain lawan;\n3.\n [kiasan] meniup dengan kuat:\nkertas-kertas usang yang menyelimutinya melayang diterjah angin dan hilang dalam kabus\n;\nterjahan\n tindakan atau hasil menerjah:\nSlovenia gagal menggugat kubu Sepanyol dan mereka hanya berharap menerusi ~ Zlatko Zahovic yang mengharapkan penalti." "terjai\n[Perlis] tepat (ramalan dan lain-lain)." "terjal I\ncuram yang hampir tegak lurus (lereng gunung, jurang, dan lain-lain):\nlereng gunung ~; \njurang ~;\n keterjalan\n perihal terjal:\n~ lereng gunung itu mengerikan." "terjal II\n1.\n [Johor] tidak tetap kedudukannya (layang-layang);\n 2.\n [kiasan] agak kasar (kelakuannya), nakal." "terjal III\n[Kelantan] sama panjang (atas bawah teraju layang-layang)." "terjali\n[arkaik] \ntajalli." "terjang\nserangan, serbuan;\nmenerjang\n menyerang (musuh dan lain-lain), melanggar, menyerbu;\npenerjangan\n perihal menyerang, pelanggaran, penyerangan, penyerbuan." "terjemah\nmenterjemah\n membuat kerja-kerja terjemahan;\nmenterjemahkan\n1.\n memindahkan (karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain, mengalihbahasakan:\nmasalah kekurangan buku dalam bahasa kebangsaan boleh diatasi dengan ~ buku-buku bahasa Inggeris; \n2\n. [kiasan] membawa pengertian, mentafsirkan:\n penguatkuasaan boleh diterjemahkan sebagai langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; \n3.\n menukarkan atau mengubah sesuatu kepada keadaan, bentuk dan sebagainya yang konkrit atau nyata:\nsegalanya akan menjadi kenyataan sekiranya kita ~ impian itu kepada pelan tindakan yang berkesan;\n terjemahan\n1.\n hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) diterjemahkan:\ndi samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~;\n 2.\n cara (gaya, kaedah) menterjemah;\n \n~ bebas\n cara menterjemah yang menunjukkan bahawa penterjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yang diterjemahkan;\npenterjemahan\n perihal (kerja, usaha, dan sebagainya) menterjemahkan;\npenterjemah\n orang yang menterjemahkan sesuatu, juruterjemah." "terjun\n1.\n melompat dari atas ke bawah:\npencuri-pencuri itu pun ~ ke dalam sungai, lalu berenang ke seberang; \nair\n \n~\n air yang mengalir dan jatuh dari tempat yang tinggi;\n 2.\n lebih rendah (jika dibandingkan dengan yang lain);\n3.\n menceburkan diri (dalam sesuatu lapangan), menyertai, turut serta:\nbeliau sudah lama ~ ke dalam gelanggang politik;\nberterjunan\n bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yang terjun:\nsetelah ia mengamuk itu ~lah orang dari balairung;\nmenerjun\n [arkaik] terjun;\nmenerjuni\n1.\n terjun ke (di), terjun untuk (mengambil, menolong, dan lain-lain):\nlurah yang dalam telah kita terjuni dan bukit yang tinggi telah sama kita daki;\n 2.\n [kiasan] memeriksai atau menyelidiki dengan mendalam, menyelami:\nbeliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yang kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru;\n3.\n [kiasan] mematuhi perintah dan lain-lain, mengikut;\n 4.\n [kiasan] mengeluarkan wang untuk menutup kerugian;\nmenerjunkan\n1.\n membiarkan terjun, menyuruh terjun:\ndia ~ anjingnya ke dalam sungai;\n 2.\n menggugurkan (dari kapal terbang dan lain-lain);\n3.\n merendahkan, menghinakan;\n~ diri\n menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dalam sesuatu perkara);\nterjunan\n hasil perbuatan terjun dari kapal terbang (oleh askar) atau dari tempat yang tinggi (oleh ahli renang dan sebagainya):\nkebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi mengkaji setiap ~;\nketerjunan\n perihal ditimpa sesuatu;\n \n~ sawan \nkena penyakit sawan;\npenerjunan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menerjuni atau menerjunkan;\npenerjun\n1.\n orang yang terjun dari kapal terbang (dengan menggunakan payung terjun):\n~ memakai dua payung terjun;\n2.\n ahli renang yang mengambil bahagian dalam acara terjun dari tempat yang tinggi ke dalam kolam air." "terka I\ndugaan, sangkaan, tebakan;\n \nsalah ~\n salah duga;\nmenerka\n mengagak, menduga, menebak, mengira:\ndapat kau ~ siapa saya ini?;\nterkaan\n terka, dugaan, terbakan:\nUmar tersipu-sipu kerana ~ kawannya itu tepat sekali;\npenerkaan\n perihal menerka;\npenerka\n teka-teki;\nteka\n." "terka II\n[Jawa];\nmenerka\n mendakwa, menuduh, menyangka." "terkam\nmenerkam\n \n1.\n melompati (untuk menyerang, menangkap, dan lain-lain), menerkap, menerpa:\nmaka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; \ndengan tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi;\n 2.\n meluru kepada, menyerbu:\nanak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu;\nterkaman\n1.\n hasil menerkam, serangan, serbuan:\ndengan mudah dia dapat mengelakkan ~ itu;\n 2.\n [kiasan] cengkaman, kekuasaan;\nberterkaman\n bersama-sama menerkam, banyak yang menerkam:\nibu dan ayahnya ~ menerpa api yang cuba menjilat dinding." "terkap I\nmenerkap\n menyungkupi (menudungi, menutupi) sesuatu dengan tapak tangan dan lain-lain, menekap, menekup, menyerkup;\nterkup I." "terkap II\nmenerkap\n menyerang dengan tiba-tiba, menerpa, menyerkap;\n terkup I." "terkul\nsejenis senapang kuno yang pendek." "terkup I\nmenerkup\n1.\n menangkap dengan sesuatu yang mungkum, memedap, menerkap, menyerkup;\n2.\n menyerang dengan tiba-tiba, menyerkap;\nterkap I & II." "terkup II\n[arkaik];\nberterkup\n berlaga (biri-biri dan lain-lain), bersabung:\nseperti biri-biri yang amat galak ~;\nmemperterkupkan\n memperlagakan (binatang):\nbeberapa ekor biri-biri itu diperterkupkan orang." "terlak\n[arkaik] sejenis silat atau pencak;\n \ntukang ~\na) tukang silat (pencak), pendekar;\n b) orang yang suka berkelahi, jagoan, samseng;\nteralak." "terlat\ntelat." "terluh\nmenerluh\n [bahasa percakapan]\n1.\n (pergi) tidur;\n 2.\n berdengkur;\nreluh." "terma I\n1.\n unit ukuran haba;\n2.\n berkaitan dengan haba atau suhu." "terma II\n(Undang-undang)\n1.\n peruntukan yang terkandung atau peraturan yang dikenakan dalam sesuatu kontrak:\n~ dalam perjanjian insurans itu mungkin boleh mengehadkan atau menidakkan tuntutan saudara; \n2.\n perkara yang kepadanya tertakluk sesuatu keistimewaan;\n \n~ jawatan \n(Tadb) perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipegang oleh seseorang, seperti faedah persaraan, hak pencen, tempoh jawatan, gaji dan sebagainya." "termal\nsejenis tumbuhan (pokok);\n teremal." "termasa\ntemasya." "terminal\n1.\n yang merupakan batas, yang terakhir, hujung;\n 2.\n stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dan lain-lain tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan);\n3.\n pangkalan tempat barang-barang mentah dipunggah dan disimpan (dan kadang kala diproses):\n~ minyak Iran di Pulau Rharg;\n 4.\n alat atau pesawat komputer yang mempunyai hubungan atau talian menerima dan mengeluarkan data dengan pesawat induk komputer." "terminografi\nproses merakamkan data tentang istilah yang merangkumi konsep, sistem konsep, maklumat linguistik, sumber istilah dan kemungkinan pertambahan atribut pada masa akan datang." "terminologi\n1.\n kajian tentang istilah;\n2.\n kumpulan kata khusus yang berkaitan dengan sesuatu bidang (ilmu)." "termion\n(Fizik) elektron atau ion yang terpancar akibat aruhan haba." "termionik\ncabang fizik yang berkaitan dengan pemancaran elektron pada suhu yang sangat tinggi." "termodinamik\nkajian tentang hubungan antara haba dengan pelbagai bentuk tenaga yang lain." "termoelektrik\n(Fizik) menghasilkan tenaga elektrik melalui perbezaan suhu." "termogandingan\n(Fizik) sejenis alat untuk menyukat suhu (yang terdiri daripada dua dawai logam yang berlainan jenis dan disambungkan pada setiap hujung)." "termograf\nsejenis termometer yang boleh merakamkan suhu secara automatik dan berterusan." "termogram\nrakaman suhu yang dihasilkan oleh termograf." "termokimia\ncabang ilmu kimia yang berkaitan dengan perubahan tenaga semasa tindak balas kimia." "termokoh\n[Kelantan] duduk dengan menundukkan kepala (bertopang dagu)." "termolisis\n(Kimia) penguraian molekul melalui tindakan haba atau secara pemanasan." "termometer\nalat penyukat suhu, jangka suhu." "termometri\nkajian tentang pengukuran suhu dan penetapan ukuran suhu piawai." "termonasti\n(Biologi) pergerakan tumbuhan yang disebabkan perubahan suhu sekitaran (mis sesetengah kelopak bunga terbuka apabila persekitaran suhu meningkat)." "termonuklear\nberkenaan lakuran nuklear:\nperang ~." "termoplastik\n(Kimia)\n1.\n menjadi lembut dan mudah dilentur apabila dipanaskan dan mengeras semula apabila disejukkan tanpa perubahan ketara pada sifatnya (berkenaan (dengan) bahan plastik);\n2.\n bahan plastik yang melembut dan mudah dilentur apabila dipanaskan dan mengeras semula apabila sejuk." "termos\nsejenis balang untuk menyimpan minuman supaya tetap sejuk (panas)." "termostat\nsejenis alat yang mengatur suhu secara automatik." "termoterapi\nperawatan penyakit dengan menggunakan haba." "ternah\n[Johor] jarang ditemui (barang dan lain-lain), luar biasa;\n \nsi ~ \nki orang yang memakai dengan berlebih-lebihan (mengada-ngada)." "ternak\n1.\n [arkaik] yang berasal dr, yang dilahirkan di:\nmereka itu ~ Singapura; \norang\n \n~\n penduduk negeri, anak negeri, bumiputera;\n 2.\n =\n ternakan\n binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dan lain-lain):\nbeliau gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara ~; \ntukang ~\na) orang yang memelihara binatang;\n b) = \ntukang ~ wang \n[bahasa percakapan] ceti, pelepas wang;\nberternak, menternak\n memelihara ternak (kuda, lembu, dan lain-lain):\nperusahaan ~ itu dijalankan secara besar-besaran; \nmereka ~ binatang dan bercucuk tanam;\nmenternakkan\n1.\n memelihara supaya banyak, membiakkan ternak (lembu, ayam, dan lain-lain):\nmereka juga ~ lembu untuk dijual;\n 2.\n membungakan wang:\nhutangnya kepada orang yang suka ~ wang telah dapat dibayar oleh Zainudin;\n penternakan\n perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang;\npenternak\n orang yang menternakkan (binatang)." "terobong\n[arkaik] cerobong." "terobos\nmenerobos\n menembus masuk (barisan musuh dan lain-lain), menembusi, melantasi, merempuh:\nsejalur cahaya dan angin pagi yang dingin ~ masuk lewat jendela; \npada hemat saya orang Melayu sepatutnya ~ bidang perniagaan;\npenerobosan\n perbuatan menerobos:\n prinsip inilah yang menjadi strategi Jepun untuk menjayakan ~ ekonomi;\n = tobros." "terok\n[arkaik];\nmenerok\n menusuk atau menikam (karung beras dan lain-lain) untuk mengetahui kandungannya." "teroka\nmeneroka\n \n1.\n membuka kawasan baru untuk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dan lain-lain) di kawasan baru:\nmenetaplah mereka di sana untuk membuka tanah, ~ hutan belantara untuk dijadikan kampung;\n2.\n [kiasan] menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi), menjelajah:\nperasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dalam jiwa pemuda kita;\n3.\n = \nmenerokai\n menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dan sebagainya yang baru):\nsiswazah-siswazah yang mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan;\npenerokaan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) meneroka atau menerokai:\n~ dalam tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilakukan berdasarkan pengalaman; \nangkasawan-angkasawan yang dipilih untuk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu;\npeneroka\n orang yang meneroka:\n~-~ zaman dahulu membuka tanah dengan menggunakan kuda dan kapak sahaja." "terolak\n[Kedah] \nbertolak." "teromasa\n[sastera lama] telatah." "teromba\nsejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo, riwayat." "teromel, teromol\n[Indonesia-Belanda] sejenis peti kecil daripada tin." "terompah\n1.\n sejenis alas kaki daripada belulang yang tidak disamak;\n 2.\n = \n~ kayu \nsejenis alas kaki yang dibuat daripada kayu, kasut, gamparan;\nberterompah\n memakai atau mempunyai terompah:\n kakinya ~ kayu yang menghasilkan bunyi hentakan yang kuat." "terong\n[Jawa] terung (tumbuhan)." "terongko\n[sastera lama] penjara, jel:\nkalau seseorang itu bersalah besar, ia dimasukkan ke dalam ~;\nmenerongkokan\n memasukkan ke dalam penjara, memenjarakan." "teronok\nsejenis binatang laut (seperti agar-agar), ampai-ampai, ubur-ubur." "teropong\n1.\n tabung kecil daripada buluh dan lain-lain, buluh, pembuluh, torak;\n \n~ api\n sekerat buluh untuk meniup api, salung api;\n 2.\n alat untuk melihat benda yang jauh-jauh atau benda yang halus-halus, keker;\n \n~ asap\n pembuluh tempat asap keluar, corong asap;\n \n~ bintang\n alat untuk melihat bintang, teleskop;\n \n~ corong\n = \n~ hendap\n = \n~ intip\n alat untuk melihat sesuatu yang di atas air (dari kapal selam dan lain-lain), periskop;\n \n~ halus\n = \n~ hama\n = \n~ kuman\n = \n~ tuma \nalat untuk melihat benda-benda halus, mikroskop;\n \n~ hati\n [kiasan] mata;\n \n~ jauh \nalat untuk melihat benda-benda yang jauh, teleskop;\nmeneropong, meneropongi\n1.\n melihat dengan teropong;\n 2.\n [kiasan] menyelidiki, memeriksai, meneliti:\nkita telah ~ apa yang telah terjadi pada bidang agama, politik dan ekonomi;\npeneropongan\n perbuatan meneropong;\npeneropong\n orang yang meneropong." "terowong\n= terowongan\n gua yang dibina menembusi tanah atau bukit dan lain-lain (untuk dijadikan jalan keretapi dan lain-lain), tembusan." "terpa\nberterpaan\n banyak yang menyerbu (menyergap):\nsegala anak-anak dara yang taruhan sekaliannya ~ hendak melihat Raja Zainal;\nmenerpa\n1.\n menyerbu dan menerkam (menyerang dan lain-lain):\nia ~ memeluk pinggang Cik Salmah dari belakang;\n 2.\n meluru masuk, berkejar:\ndia ~ masuk hendak merampas kertas yang berada di tangan Rosnah;\nterpaan\n serbuan, sergapan:\ntembakan meledak bertubi-tubi dan ~ askar Jepun dari dalam gudang sungguh-sungguh menggamatkan\n." "terpal\n= \nkain ~\n sejenis kain kasar dan tebal (untuk kain khemah, layar, dan lain-lain), kain mota." "terpas\ntepas I." "terperelus\n[Kedah] terbolos, tembus." "tertawa\ntawa." "tertengok\nmenengok (melihat) dengan tidak sengaja:\nkalau Cikgu Hamidah ~ lukisanmu itu, macam mana?" "tertib\n1.\n peraturan yang baik dan telah ditetapkan, aturan (yang harus dipatuhi);\n \ntata~\n peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi;\n 2.\n mengikut peraturan, teratur dan rapi:\nsegala sesuatu berjalan dengan ~;\n3.\n dengan sopan santun, dengan majlis, dengan sepatutnya:\nsangat ~nya barang kelakuannya;\n~ acara\na) peraturan mengenai segala sesuatu yang bertalian dengan perbincangan dalam mesyuarat dan lain-lain;\n b) acara, agenda;\n \n~ hukum \n[Indonesia] aturan yang berkaitan dengan undang-undang;\n \n~ nikah \naturan dalam nikah;\n \n~ sembahyang\n aturan dalam sembahyang;\n \n~ sopan \nsopan santun;\nbertertib\n mengikut tertib, teratur, sopan:\napabila sampai ke rumah Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun;\nmenertibkan\n menjadikan tertib, mengatur, merapikan:\nkpada tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum;\nketertiban\n1.\n peraturan (dalam masyarakat dan lain-lain), aturan:\natas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir;\n 2.\n = \nadat ~\n kelakuan yang baik dalam pergaulan, kesopanan:\nperbuatan yang kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini;\n3.\n keadaan yang rapi, kerapian;\npenertiban\n perihal menertibkan." "teruah\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar kepawang (kepayang), kelepayang, pepayang, \nHodgsonia capniocarpa;\n 2.\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nMomordica cochinchinensis." "terubin\nsejenis alat menangkap ikan;\n= tubin II." "terubuk\n1.\n sejenis ikan laut, \nClupea macrura\n;\n 2.\n sejenis ikan laut, \nAlosa macrura;\n3.\n = \ntelur ~\n telur ikan terubuk (biasanya dikeringkan dan diperdagangkan);\n \n~ padi\n sejenis ikan laut, \nClupea sinensis." "terubul\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), pecah payung (piring paya), sampu tikus, segading jantan, \nIxora crassifolia;\n 2.\n sejenis tumbuhan (pokok), belat, jarum hutan, kayu tajam, medang ketukuh, meroyan, segading jantan, \nIxora grandifolia." "terubung\n[Pulau Pinang], [Perak] sejenis tempat menyimpan padi yang dibuat daripada daun pandan atau kulit kayu, kerubung." "terucuk\n[Jawa] pancang-pancang di laut." "terucukan\n[Jakarta] burung merbah." "teruk I\n1.\n amat sangat (berkenaan (dengan) penyakit, keadaan pesakit, dan lain-lain), keras sekali, tenat:\ntiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~;\n 2.\n hebat sekali (perkelahian, pukulan, dan lain-lain), terlalu sangat:\nkalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~;\n3.\n susah, sukar:\nnegeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya;\n 4.\n [bahasa percakapan] amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dan sebagainya sesuatu):\n~ betul tulisannya\n;\nketerukan\n keadaan teruk." "teruk II\nbunyi seperti bunyi kain robek." "terum\n[sastera lama] perbuatan merendahkan badan dengan berlutut (gajah dan lain-lain), derung, derum;\nmenerumkan\n menyuruh merendahkan badan dengan berlutut (gajah dan lain-lain), menderungkan, menderumkan:\ngajah itu diterumkan oranglah di hadapan balai." "terumbu\npermatang batu atau pasir yang terdapat di bawah atau di atas permukaan laut;\n \n~ karang \nterumbu yang terjadi daripada batu karang (biasanya kelihatan ketika air surut dan boleh membahayakan kapal)." "terumbuh\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nMarsdenia thyrsiflora." "teruna\n1.\n [sastera lama] anak laki-laki yang masih muda, pemuda, belia:\nkasih sayang antara ~ dan dara; \nanak ~ = muda ~\n anak muda, pemuda, muda belia;\n 2.\n [Indonesia] pelajar sekolah tentera, kadet." "terung I\nsejenis tumbuhan (pokok renek dan herba yang buahnya boleh dimakan);\n \n~ asam\n sejenis terung, \nSolanum ferox;\n~ bali\n sejenis terung, \nSolanum lyphopesicum\n;\n \n~\n \nbelanda\n = \n~ asam hutan \n= \n~ kapal \n= \n~ perat\n = \n~ piat\n = \n~ pusat\n = \n~ puyuh\n sejenis terung, \nSolanum aculeatissimum;\n~ biru\n = \n~ cina\n = \n~ hijau \n= \n~ manis\n = \n~ ungu \nsejenis terung, \nSolanum melongena;\n~ hitam \n= \n~ meranti \nsejenis terung, \nSolanum nigrum;\n \n~ pipit\n sejenis terung, \nSolanum sarmentosum;\n~ pipit putih\n = \n~ raya wang \n= \n~ rembang \nsejenis terung, \nSolanum torvum;\nlaksana ~ bertunang ikan kering \n(peribahasa) perihal dua benda yang sangat sesuai;\n \ntua-tua ~ asam\n (peribahasa) orang tua yang tingkah lakunya seperti orang muda." "terung II\n[Kedah];\nharimau ~ kasau\n sejenis harimau, \nFelis tigris\n." "teruntum\nsejenis tumbuhan (pokok renek), kuku lang laut, terutum, \nAegiceras corniculatum;\n~ bunga putih \nsejenis tumbuhan (pokok), \nLumnitzera racemosa;\n~ merah \nsejenis tumbuhan (pokok yang tumbuh di tepi-tepi laut), beluntas, \nLumnitzera coccinea." "terup I\nsejenis permainan dengan menggunakan daun pakau;\n \n~ keling\n sejenis permainan terup;\n \ndaun ~\n daun pakau;\n \nmain (bermain) ~\n bermain (berjudi dan lain-lain) dengan daun terup." "terup II\n[bahasa percakapan] kumpulan, pasukan, rombongan;\n \nkuda ~\n kuda untuk pasukan berkuda." "terus\n1.\n menuju ke sesuatu tempat dengan tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas:\ndari kamar tidur dia ~ ke bilik mandi;\n 2.\n tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (berjalan dan lain-lain):\nkereta yang mereka naiki itu ~ berjalan;\n3.\n tidak putus-putusnya, berkepanjangan, berlarut-larut, selalu:\nnegeri ini bergantung ~ pada getah dan timah sahaja;\n 4.\n langsung ke sebelah (apa yang ditikam dan lain-lain), lantas, menembus, tembus:\nditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati;\n 5.\n tidak bertangguh-tangguh lagi, dengan segera, lalu, langsung:\nsesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya;\n 6.\n tidak berwakil kepada sesiapa langsung:\n di samping beberapa jabatan kerajaan yang dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga beberapa lembaga atau perbadanan \u2026 ;\n7.\n tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen;\n \nemas\n \n~\n emas tulen (bukan saduran);\n~ mata (pelihatan, pandang)\n dapat mengetahui apa yang tersembunyi (yang akan terjadi);\nseterusnya\n1.\n selepas itu \u2026 lalu, lantas \u2026:\naku ~ pergi ke rumah Ah Seng;\n 2.\n selanjutnya:\nbiarlah kita terima dulu jaminan tersebut untuk diperhatikan ~;\n3.\n = \ndan ~ \ndan lain-lainnya, dan yang lain-lainnya;\n 4.\n tetap, selama-lamanya:\nbeliau telah mengadakan mesyuarat untuk menentukan ~ langkah-langkah yang diambil mengenai perkara tersebut;\n 5.\n yang berikutnya:\nKhatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu;\n 6.\n sejak dari itu \u2026, mulai sekarang:\ndia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu;\nberterusan\n tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan:\ndia menangis ~;\nmenerus\n1.\n menembus, melantas:\njahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar; \n2.\n meresap (mengalir dan lain-lain) keluar atau masuk;\n 3.\n jauh dari permulaan, lanjut, terus:\nmaka dilihat Bendahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit;\nterus-menerus\n1.\n = \nterus-terusan\n tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan:\nmestikah mereka ~ hidup dalam alam kekolotan?;\n 2.\n secara langsung (siaran televisyen dan lain-lain), bukan pertunjukan filem:\nkira-kira 16,000 orang telah menyaksikan perlawanan yang disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri;\nmenerusi\n1.\n masuk sampai ke, melantas pada, menembus pada:\njahitan yang awal dan yang akhir sahaja yang ~ kain, yang lain itu lalu di bawah urat benang sahaja;\n 2.\n dengan perantaraan, melalui:\nmasukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pada kertas tebal itu; \ndia mengirim buku-buku itu ~ saya;\nmeneruskan\n1.\n menembuskan, melantaskan;\n 2.\n melanjuntukan, melangsungkan, menyambungkan:\ndari situ mereka ~ perjalanan mereka ke arah selatan; \ndia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti;\n 3.\n mengirim terus (kepada), menyampaikan (menyerahkan) terus kepada:\nsurat itu diteruskan kepada ketua rapat yang dengan segera pula ~ kepada Kadir;\nterusan\n1.\n sungai buatan dan lain-lain yang menghubungkan dua lautan (untuk pelayaran), susukan:\nT~ Panama; \nT~ Suez\n;\n2.\n [bahasa percakapan] sambungan, lanjutan:\nini adalah ~ daripada cerita dahulu;\n 3.\n [bahasa percakapan] terus-terusan, terus-menerus;\nkeberterusan\n perihal (keadaan yang) berterusan:\nhasrat terhadap ~ dalam hubungan antara negara\n;\npenerusan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) meneruskan, pelanjutan, kelanjutan:\nmasih ada kekecualian tertentu yang mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris;\npenerus\n1.\n orang (golongan) yang meneruskan (melanjuntukan) sesuatu aktiviti, penyumbang:\n melahirkan titisan zuriat Islam yang murni sebagai ~ generasi Islamiah pada masa hadapan; \n2.\n (Kejuruteraan) peranti elektronik yang digunakan untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik." "terus terang\nberkata (bercakap dan lain-lain) dengan sebenarnya, tidak berselindung, berterang-terang:\nkalau engkau tidak mahu mengaku ~, Bey, engkau aku bunuh;\nberterus terang\n terus terang, berterang-terang:\nia ~ mengatakan bahawa ia bersedia akan menjadi isterinya." "terusi\nsejenis benda berasal daripada tembaga dan berwarna kebiru-biruan (digunakan untuk ubat puru dan lain-lain)." "terutup\n~ batu\n sejenis tumbuhan (herba), kerak merah (nasi), rumput sisik naga, \nTorenia polyangonoides\n." "terwelu\narnab, kelinci." "tes\n[bahasa percakapan] percubaan yang dilakukan untuk menguji, ujian;\nmengetes\n mengadakan percubaan untuk memeriksa keadaan sesuatu, menguji." "tesak\npusat sasaran, mata sasaran, bulan-bulan." "tesaurus\nbuku yang mengandungi senarai kata seerti dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu." "tesis\n1.\n pendapat (kesimpulan) yang dikemukakan untuk dibahaskan, \n2.\n disertasi atau kajian ilmiah yang dikemukakan oleh seseorang calon untuk melayakkannya memperoleh ijazah atau diploma." "tesitura\n(Linguistik) julat nada suara dalam pertuturan biasa." "TESL\n[kependekan] \nTeaching Of English as Second Language\n (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)." "testa\nselaput biji yang biasanya tebal dan keras yang berfungsi untuk melindungi biji." "testamen\n[Indonesia-Belanda] wasiat." "testimoni\npernyataan rasmi oleh saksi kepada mahkamah undang-undang untuk membuktikan kebenaran sesuatu." "testimonial\nsurat perakuan tentang keperibadian, kebolehan, kelayakan, dan sebagainya seseorang, yang biasanya diberikan oleh majikannya." "testis\n(Biologi) buah zakar, buah pelir." "testosteron\n(Biologi) hormon steroid lelaki, yang dihasilkan oleh testis atau dibuat secara sintetik, yang mengaruh dan memelihara ciri-ciri seks sekunder lelaki (seperti pertumbuhan misai)." "teta\nhuruf kelapan dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u0398, \u03b8." "tetabas\n[Perak] sembuh daripada penyakit (kerana diganggu puaka) dengan membuang ancak." "tetabu\nburung ~\n sejenis burung, taptibau, \nEurostopodus temminckii." "tetaguk\n[arkaik] burung pungguk;\n \nseperti ~ di rumah tinggal \n(peribahasa) orang yang bekerja sendirian tetapi riuh bunyinya." "tetak I\nluka ~\n luka kerana diparang (dibacuk);\nbertetakan\n saling mengenakan parang dan lain-lain kepada, saling membacuk, parang-memarang:\nmaka kedelapan hulubalang itu ~ mata pedang, tangkis-menangkis;\nmenetak\n memotong (mengerat dan lain-lain) dengan senjata tajam yang dihayun kuat-kuat, memancung, memarang, membacuk:\npetani itu telah ~ lembu yang memakan padinya;\n~ meramu \nmenebang kayu-kayan untuk membuat rumah;\ntetak-menetak\n saling menetak, bertetakan;\nmenetakkan\n memarangkan;\ntetakan\n hasil daripada perbuatan menetak, pukulan atau ayunan menetak:\nsebatang kayu yang tersadai di tebing sungai menjadi sasaran ~ badik Tun Daik;\npenetakan\n perbuatan menetak, pemarangan, pemancungan, pembacukan;\npenetak\n1.\n orang yang menetak, pemarang, pemancung, pembacuk;\n 2.\n alat untuk menetak." "tetak II\n[Minangkabau] [arkaik];\nmenetak, menetakkan\n menetapkan, memastikan, menentukan;\n \n~ harinya \nmenentukan harinya." "tetal\n1.\n tidak berongga, mampat, padat, pejal, tumpat;\n 2.\n tidak jarang (kain tenunan dan lain-lain), kerap, rapat;\nmenetal, menetalkan\n menekan-nekan supaya padat, memejalkan, menumpatkan;\ntatal III." "tetambak\n(Kejuruteraan) benteng untuk menahan banjir dan lain-lain:\nuntuk mencegah banjir, orang ramai telah membina benteng sungai yang dipanggil ~; \n= tambak I." "tetampah\n[Jakarta] nyiru;\ntampah I." "tetampan I\n[sastera lama] sejenis talam, penampan." "tetampan II\n[sastera lama] sejenis selampai daripada kain sutera kuning (yang disebaikan di bahu ketika menghadap raja atau untuk menudungi barang-barang yang dipersembahkan kepada raja)." "tetamu\norang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain, orang jemputan, jamu, tamu:\ndia sibuk melayan ~ ;\n~ kehormat\n orang yang diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) untuk menghadiri sesuatu majlis atau upacara;\n ruang ~\n ruang untuk melayan tetamu." "tetangga\norang yang tinggal berdekatan atau sebelah-menyebelah, orang setangga, jiran:\nkatanya tak pantas aku memanggil orang itu masuk rumah, hina apabila dilihat ~;\n \ntangga\n." "tetani\n(Perubatan) sejenis penyakit yang dicirikan dengan penggerenyetan dan kekejangan otot, sawan dan spasma otot pada pergelangan tangan dan kaki sehingga boleh menyebabkan tangan dan kaki terbengkok." "tetanus\n(Perubatan) sejenis penyakit kejang urat atau otot, seperti kancing gigi, yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kuman." "tetap I\n1.\n selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak berganjak:\ndi dalam kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yang tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama;\n 2.\n tidak untuk sementara:\njawatan ini adalah ~ dan berpencen;\n3.\n tidak putus-putus, terus-menerus, selalu:\ndunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan untuk tujuan-tujuan damai;\n 4.\n tidak berkesudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi:\nkita di dunia ini tidak akan ~ , mati juga akhirnya;\n 5.\n tidak berubah-ubah (keadaannya dan lain-lain), selalu demikian halnya dan lain-lain, sama (keadaannya) :\nharga getah dan timah bergantung pada pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~;\n 6.\n sudah pasti, tentu, mesti:\ngedung itu ~ akan dirasmikan pada hari itu;\n 7.\n teguh berpegang pada (pendirian, kepercayaan, keyakinannya, dan lain-lain):\ndia ~ tidak mahu berdamai;\n8.\n tidak berubah lagi (niat, keputusan, dan lain-lain):\nniatnya untuk menunaikan fardu haji sudah ~;\n~ hati\n teguh hati, tabah hati;\nmenetap\n tinggal dengan tetap (di), bermukim (di), duduk (di):\n~lah mereka di sana untuk membuka tanah, meneroka hutan untuk dijadikan kampung;\nmenetapi\n1.\n menepati atau memenuhi (janji dan lain-lain), menunaikan (niat, kaul, dan lain-lain):\ndalam janji digaduhkan sampai janji ditetapi;\n 2.\n memenuhi (kewajiban, tanggungjawab, dan lain-lain), menjalankan (perintah), mematuhi;\nmenetapkan\n1.\n membuat supaya tetap (tidak goyah dan lain-lain), menjadikan tetap (kekal, lestari, dan lain-lain), mengekalkan:\nmereka hendak ~ apa yang telah ada;\n 2.\n menjadikan tetap (tidak untuk sementara), melantik (menerima) sebagai pegawai tetap:\nsetelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dalam jawatannya;\n 3.\n memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan:\nharinya mestilah ditetapkan untuk membicarakan kes itu;\n 4.\n membuat keputusan, memutuskan:\nkami ~ hendak memberi bantuan kepada dua orang murid sahaja;\n 5.\n menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dan sebagainya):\n~ harga;\n 6.\n memilih (melantik, mengangkat) jadi:\nmesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut;\n 7.\n meneguhkan (hati, janji, dan lain-lain):\noleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib;\n8.\n memperkuat, memperkukuh:\n fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu;\nmempertetap, mempertetapkan\n menjadikan lebih tetap:\nampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku;\nketetapan\n1.\n perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yang\n sedang berlaku dalam masyarakat kita bukanlah daripada ajaran Islam, malah jauh menyimpang daripada ~ hukum-hukum Islam;\n 2.\n keputusan, ketentuan, pertimbangan:\nMajlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu\n a\nkan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dalam krisis Timur Tengah;\n 3.\n surat pengangkatan (perlantikan);\n 4.\n keteguhan (hati, kemahuan, dan lain-lain), kekukuhan, kecekalan:\nkemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yang mulia;\n~ pajak\n [Indonesia] taksiran pajak (cukai dan lain-lain);\npenetapan\n1.\n perihal menetapkan, pemastian, penentuan:\n~ bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;\n 2.\n perihal menetapkan (harga, keadaan, dan sebagainya);\n 3.\n pelantikan (jawatan dan lain-lain), pengangkatan;\n 4.\n pelaksanaan (kewajiban dan lain-lain), penunaian (janji dan lain-lain);\n 5.\n keputusan (pendapat dan lain-lain);\npenetap\n sesuatu yang digunakan untuk menetapkan (menyelaraskan)." "tetap II\nmenetap\n mengeringkan (air mata dan lain-lain) dengan kain dan lain-lain, mengelap (dakwat, air, dan lain-lain), mengesat:\nditetapnya air matanya dengan sapu tangan;\npenetap\n sesuatu yang dipakai untuk menetap;\n \nkertas ~\n kertas kembang, kertas lap." "tetap III\ntatap." "tetapan\n[arkaik] \ntetampan II." "tetapi\n= \nakan ~\n1.\n kata penghubung untuk menyatakan hal-hal yang agak berlawanan (bertentangan):\nbudak itu pandai ~ pemalas; \ndia pemarah ~ hatinya baik;\n 2.\n (sungguhpun \u2026) namun:\nwalaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi." "tetar I\n[Johor];\n setetar\n sejajar, sederet;\nbertetar\n berjajar, berderet." "tetar II\n[arkaik];\nmenetar\n1.\n mengarahkan, mengacukan (keris dan lain-lain);\n 2.\n mengatur anian (dalam alat tenun)." "tetar III\n[Terengganu] merentang benang loseng (songket atau sarung benang):\nsaya hendak minta tolong ~ loseng." "tetarak\n[Perak] tarak-tarak\n." "tetarap\nsejenis ikan laut, \nLabridae\n." "tetarik\nsejenis alat bunyi-bunyian, akordion." "tetas\nmenetas\n \n1.\n memotong (membelah dan lain-lain) supaya terbuka, meretas:\n~ jahitan;\n 2.\n keluar daripada telur:\nanak-anak ayam yang baru ~ sudah boleh berjalan;\n 3.\n pecah dan terbuka kulitnya (telur yang sudah diram):\ndalam tempoh sepuluh hari telur itu pun ~lah;\nmenetaskan\n1.\n mengeramkan (telur) supaya menetas, menjadikan menetas;\n 2.\n [kiasan] menimbulkan sesuatu perkara dan lain-lain, membangkitkan, menelurkan, menimbulkan;\npenetasan\n proses menetaskan telur:\n~ udang galah;\n penetas\n1.\n alat yang digunakan untuk menetaskan telur:\ntelur burung ini ditetaskan dengan menggunakan alat ~; \n2.\n pihak (orang atau syarikat) yang mengusahakan kerja penetasan:\nanak ayam itu dibawa dari syarikat ~ di Pekan Nenas." "tetawak\n[sastera lama] tawak-tawak." "tetebeng\nbahagian tepi terendak yang lebar." "teteguk\nburung pungguk." "tetek I\nbuah dada, susu;\nmenetek\n menghisap tetek, menyusu;\nmeneteki\n memberi minum air susu kepada, menyusui;\nmenetekkan\n membiarkan menyusu pada, menyusukan." "tetek II\n~-bengek\n segala perkara yang kurang penting atau tidak berguna." "tetekkala\n[bahasa percakapan] tatkala." "tetel\nsisa daging (campuran daging, urat, lemak, dan lain-lain)." "tetemas\ntemas-temas." "tetengah\nbahagian yang di tengah-tengah." "tetepung\nsejenis tumbuhan (pokok), berambung, bunga campaya paya, bunga campat, hampas tebu, kedenuk, medang gambung, mengabung, jangkang paya, tampang besi, temangan, \nVernonia javanica." "teter\nsejenis tumbuhan (pokok renek), tembakau hutan, \nSolanum verbascifolium\n." "teterapan, teterapang\n[arkaik] terapan." "tetes\n[Jawa]\n1.\n titik (air, darah, keringat, dan lain-lain), ketel, titis:\nmereka sedia melawan sampai ~ darah yang penghabisan;\n 2.\n air gula yang dicairkan, ceng:\nalkohol itu dibuat daripada ~;\nbertetesan\n bertitik-titik;\nmenetes\n keluar bertitik-titik, menitik (air, darah, dan lain-lain):\ndarahnya ~;\nmenetesi\n menitikkan (air dan lain-lain) pada, menitiki;\nmeneteskan\n menitikkan, menitiskan (air dan lain-lain);\ntetesan\n1.\n titik, titis:\n~ air hujan (keringat);\n 2.\n keturunan, anak cucu:\n~ darah sultan;\n~ pena\n [kiasan] buah pena, karangan." "tetibar, tetibau\n[arkaik] sejenis burung, tabtibau." "tetikus\n(Komputer) sejenis peranti komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan untuk memilih objek pada tabir paparan komputer;\n \n~ optik \nsejenis tetikus yang menggunakan kaedah optik seperti sinaran inframerah (tidak dengan menggunakan talian dawai) untuk mewujudkan hubungan dengan komputer." "tetingkap\n(Komputer) kawasan bersegi empat pada tabir paparan komputer yang memaparkan sebahagian daripada gambar atau teks terpilih bagi fail tertentu;\n ~ aktif \ntetingkap yang dipaparkan pada tabir yang sedang digunakan oleh atur cara;\n \n~ tak aktif \ntetingkap atur cara atau data pada paparan yang tidak digunakan." "tetirah\n[Jakarta]\n1.\n pergi ke tempat lain (untuk berubat dan lain-lain);\n 2.\n [bahasa percakapan] pergi mengungsi;\n= tirah." "tetiron\n[Jakarta] tiruan, palsu." "tetiruk\nburung ~\n sejenis burung, burung berkik, \nCapella stenura\n." "tetomoih\n[Kedah] tersungkur." "tetrahedron\n(Matematik) rupa bentuk objek yang mempunyai empat muka satah (biasanya segi tiga sama yang serupa)." "tetraklorida\nkarbon ~\n (Kimia) sebatian organik yang mengandungi satu bahagian karbon dan empat bahagian klorin (digunakan dalam alat pemadam api dan lain-lain)." "tetrapod\n(Biologi) ahli kumpulan vertebrat yang mempunyai empat anggota." "tetua\n[Jakarta] bintik-bintik hitam pada kulit muka (pipi), jagat." "Tetuan\npanggilan yang biasa digunakan kepada firma guaman, misalnya \n~ Zainur Zakaria \ndan \n~ Faiz & Co." "tetuang\nsejenis alat bunyi-bunyian (dibuat daripada buluh, tanduk, dan lain-lain) yang ditiup untuk memberi isyarat dan lain-lain;\n \n~ udara\n [arkaik] alat pemancar radio;\ntuang-tuang." "tetuban\nselaput pembungkus bayi semasa bayi dalam kandungan ibunya, tuban-tuban;\nketuban, tentuban." "tetubuh\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar cabai, akar seborek (seburus), seborek paya, \nGnetum kingianum\n." "tetuhu\n[arkaik] sejenis burung, burung tuhu (sejenis burung pungguk)." "tetulang\nrangka bentuk rumah, bahagian rangka sesuatu binaan (barang dan lain-lain)." "tetumpang\nsejenis tumbuhan (paku pakis), sakat batu, \nCyclophorus adnascens." "tetungap\n[Kedah] sejenis pekasam (daripada ikan kecil), budu." "tetupai\ntupai-tupai." "TEVS\n[kependekan] \nTeachers of English in Vernacular Schools \n(Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Bahasa Sendiri)." "tewas\n1.\n menderita kekalahan, kalah (dalam permainan, pertandingan, dan lain-lain):\n~ dalam pertandingan kejohanan badminton;\n 2.\n gugur (dalam peperangan), mati, terkorban:\nmereka telah ~ dalam peperangan itu;\n 3.\n tidak lulus (dalam ujian), gagal, kandas:\ndia telah ~ dalam ujian itu;\n 4.\n [sastera lama] cela, cacat, aib, kekurangan (dalam ilmu dan lain-lain):\nbaiklah hamba pergi berguru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pada ilmu penjurit;\nmenewaskan\n1.\n mengalahkan (musuh dan lain-lain), menundukkan: dia y\nakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dalam pertandingan itu;\n 2.\n membunuh musuh (dalam peperangan, pertempuran), mematikan;\nketewasan\n1.\n kekalahan (dalam permainan dan lain-lain);\n 2.\n kematian (dalam perang dan lain-lain);\n 3.\n kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana;\n 4.\n kalah." "teweng\n[Kelantan] tempang, capik, pincang." "teyan\n[Cina] pemungutan wang dan lain-lain untuk membantu sesuatu." "tezi\nteji." "Th I\n[kependekan] Tahun:\n~ 1989." "Th II\nsimbol kimia bagi torium." "Thaipusam\nsejenis perayaan orang Hindu untuk memuja dewa Subramaniam atau Murugan (biasanya dalam bulan Januari)." "thani\n[Arab] yang kedua;\n \nSultan Iskandar ~\n Sultan Iskandar yang kedua." "ti\n[Pahang], [Perak] kata untuk menegaskan kata yang mendahuluinya, -kan, -lah:\ndengar~; \ntumbuk~.\nTi\n simbol kimia bagi titanium." "tiada\n1.\n tidak ada:\nrumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yang mendiaminya;\n 2.\n tidak:\n~ pernah kudengar;\n~ berapa \ntidak terlalu (banyak, besar, dan lain-lain);\n \n~ dua\n hanya satunya, tiada taranya atau bandingannya;\n \ndengan ~\n tanpa;\ntiadakan\n tiada akan, tidak akan:\njika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar daripada mulut tuan hamba;\nmeniada\n1.\n menjadi tidak ada;\n 2.\n enggan menurut, mengatakan tidak;\nmeniadakan 1. = mempertiadakan\n menganggap (mengatakan dan lain-lain) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri:\nkita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; \nmenentang ajaran-ajaran agama Islam samalah seperti ~ Tuhan;\n 2.\n menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, melupuntukan:\nsudahlah dengan takdir Allah, yang ada ditiadakan dan yang tiada diadakan; \nkerana kekurangan guru beberapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini;\n 3.\n membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dan lain-lain);\n 4.\n mengabaikan, memperkecil:\n~ kebolehan orang lain;\npeniadaan\n perihal meniadakan (menghapuskan, membatalkan, dan lain-lain);\nketiadaan\n1.\n perihal tidak ada (sesuatu):\n ~ vitamin yang perlu dalam makanan boleh mendatangkan berbagai-bagai jenis penyakit; \nsukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yang bertulis;\n 2.\n perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang):\nmenghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang." "tiaga\n[Minangkabau]\n1.\n dagang, dagangan;\n 2.\n urusan berjual beli, perdagangan;\nmeniaga\n berjual beli, berdagang;\nniaga." "tiah\n= \npadang ~\n [sastera lama] padang pasir." "tiak\nsejenis burung yang makan padi di bendang." "tiam\n[Cina] [arkaik] pukulan." "tiamina\nsejenis vitamin B kompleks yang terdapat pada sayuran hijau, jagung, kuning telur dan hati, yang kekurangannya boleh mengakibatkan penyakit beriberi, vitamin B1." "tian I\n1.\n bahagian perut tempat bayi berada semasa dalam kandungan, kandungan;\n \ndalam ~\n mengandung, hamil;\n \nmandi ~\n istiadat mandi waktu sedang mengandung (biasanya apabila kandungan berusia tujuh bulan);\n 2.\n anak (mamalia) yang masih dalam kandungan:\nbagaimanakah caranya ~ binatang mamalia mendapat makanan dan oksigen sebelum ia dilahirkan;\nbertian\n mengandung, hamil;\nmeniani\n membuntingi, menghamilkan." "tian II\n[Kelantan], [Terrenganu] titian (daripada batang pokok dan lain-lain)." "tiang\n1.\n kayu yang dipasang tegak untuk menyokong sesuatu bahagian bangunan (seperti lantai dan lain-lain):\nkesemua ~ rumah itu daripada kayu jati;\n 2.\n tonggak (daripada kayu, besi, dan lain-lain) yang ditanam atau didirikan tegak untuk kegunaan tertentu;\n \n~ bendera\n tiang untuk mengibarkan bendera;\n \n~ telegraf (telefon) \ntiang untuk digantungkan wayar telegraf (telefon);\n \nmengibarkan bendera setengah ~\n menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sebagai alamat berdukacita atau berkabung);\n 3.\n kayu dan lain-lain yang didirikan tegak dalam kapal untuk memasang layar;\n 4.\n [kiasan] orang atau sesuatu yang menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dan lain-lain) sesuatu:\npemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara;\n~ agama \nsolat (dalam Islam);\n \n~ agung \ntiang kapal yang terpenting;\n \n~ balai\n badan penasihat yang terdiri daripada empat orang untuk menasihati Undang di Negeri Sembilan;\n \n~ beralas\n tiang rumah yang berasas (berlapik) batu;\n \n~ gantung\n tiang yang tidak jejak ke tanah (untuk menyambung bahagian tambahan rumah kepada rumah ibu);\n \n~ gol\n satu daripada dua tiang yang dihubungkan dengan kayu palang untuk matlamat tendangan bola;\n \n~ guntung\n tiang perahu yang papak pada puncaknya;\n \n~ kampung \norang yang tertua dalam kampung;\n \n~ negara\n orang dan lain-lain yang menjadi sumber kekuatan negara;\n \n~ seri (tengah, sendi rumah)\n tiang rumah yang mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah);\n \n~ topang\n tiang depan (perahu);\n \n~ pandak hendak menyamai ~ panjang \n(peribahasa) hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar);\nbertiang\n mempunyai tiang, ada tiangnya;\nbertiangkan\n mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sebagai tiang, bertonggakkan." "tiap I\nsetiap, tiap-tiap\n \n1.\n satu-satu daripada banyak, masing-masing:\n~ orang yang diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu;\n~ buah kereta mesti didaftarkan;\n 2.\n berurutan atau yang satu mengikuti yang lain (berkenaan (dengan) masa), saban:\n~ hari\n \n(malam)\n saban hari (malam);\n \n~ ketika (masa, waktu) \nsepanjang masa, sentiasa." "tiap II\n[Cina]\n1.\n sekali makan atau minum (berkenaan (dengan) ubat);\n 2.\n = \nwang ~ \nwang yang dibayar kepada tuan punya rumah supaya boleh menyewa rumahnya, wang kunci, duit kopi;\nmeniapkan\n menyewakan rumah dengan meminta wang kunci." "tiara\nmahkota berbentuk separuh bulat dan bertatah intan permata." "tiarap\nbertiarap = meniarap;\nmeniarap\n berbaring dengan dada dan perut di bawah, menelungkup (lawan menelentang):\nia ~ di katil dan menyembamkan mukanya ke bantal;\nmeniarapkan\n membaringkan (merebahkan, meletakkan, dan lain-lain) dengan bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan:\nPak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para jemputan turut ~ tangan masing-masing; \nia ~ pinggan mangkuk yang baru dicuci supaya kering;\ntertiarap\n jatuh, rebah, dan lain-lain dengan bahagian depan (atas) ke bawah, tertelungkup, tengkurap:\ndia gelisah, kadang-kadang ~, kadang-kadang terlentang memandang bumbung; \nbiar tersenget jangan ~\n (peribahasa) lebih baik rugi sedikit daripada habis semua sekali." "tias\n~ mula \nsejenis tumbuhan (pokok), beberas, kamap, kemap-kemap, pauh kijang jantan, petaling gajah, selimbar, selumar, \nHomalium logifolium." "tiasa\nsentiasa\n." "tib\n[Arab]\n1.\n = \nilmu ~\n ilmu mengenai ubat-ubatan;\n 2.\n = \nkitab ~\n kitab mengenai ubat-ubatan." "tiba\n1.\n sampai (di), datang:\napabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yang turun; \nmereka sedia menerima sebarang bahaya yang akan ~;\n 2.\n sudah sampai (waktu dan lain-lain), sudah mulai:\nsetelah ~lah masanya; \nkalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli;\nsetiba\n sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba:\n~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangunan UMNO;\nketibaan\n perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan:\n~ Nabi di Madinah disambut dengan sangat meriahnya." "tiba-tiba\ndengan tidak disangka-sangka, dengan mendadak, sekonyong-konyong:\nsebuah kereta berhenti dengan ~ di hadapan mereka; \nhujan turun dengan ~ ." "tibai\n1.\n [bahasa percakapan] gasak, hentam, bantai;\n2.\n [Kedah] pukul, balun." "tiban\n[Kelantan];\nmeniban\n memukul, menghentam." "tibi\npenyakit batuk kering, TB." "tibia\n(Biologi) salah satu tulang yang bersendi dengan lutut dan tulang pergelangan kaki." "tidak\ndigunakan untuk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dan sebagainya), tiada, tak:\nrumah saya ~ jauh dari sini; \ncerita itu ~ benar;\n~ alang \ntidak (bukan) sedikit, banyak;\n \n~ apa \na) = \n~ apa-apa \ntidak ada sesuatu;\n b) tidak mengapa;\n \n~ boleh (dapat) ~\n pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dan lain-lain);\n \n~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah)\na) tidak lain daripada \u2026;\n b) hanya;\n \n~ (tak) main \n[bahasa percakapan] tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu\n;\n~ sekali-kali\n sedikit pun tidak;\n \n~ urung\n tidak dapat tiada, tidak boleh tidak;\n \nbaik ~nya \nbaik atau tidak baiknya, baik buruknya;\n \ndapat ~nya \ndapat atau tidak dapatnya;\n \njangan ~\na) tidak boleh tidak, harus;\n b) tidak dengan sungguh-sungguh;\ntidak-tidak\n (yang) bukan-bukan, (yang) ganjil-ganjil (mustahil, tidak dapat diterima akal, dan lain-lain):\nterbitlah berbagai-bagai perkataan yang ~, yang boleh membingungkan dan menyusahkan hati;\nsetidaknya, setidak-tidaknya\n1.\n sekurang-kurangnya:\nkalau tidak dapat memberi berapa yang diminta, setidak-tidaknya berilah berapa yang boleh;\n 2.\n barang sedikit (mesti\u2026);\n 3.\n bagaimanapun (mesti\u2026);\nbertidak\n mengatakan tidak, menafikan:\nanaknya meratap dan ~ akan tuduhan-tuduhan itu;\nmenidakkan, mempertidak, mempertidakkan\n menjadikan (menganggap, mengatakan, dan lain-lain) tidak ada, meniadakan:\nkpada mereka ~ atau melanggar adat resam ini akan menjadi kesalahan besar; \ndipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit maka kita dikirim subang;\nketidak\u2026an\n perihal tidak\u2026;\n \nketidakadilan \nperihal tidak adil;\n ketidakpastian \nperihal tidak pasti;\n \nketidaksungguhan\n perihal tidak sungguh-sungguh;\n \nketidakupayaan\n perihal tidak berupaya." "tidur\n1.\n dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam (kerana berehat):\nsiang bekerja malam ~;\n~ (-tidur) ayam\n tidur yang tidak lena (mudah terjaga);\n \n~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap)\n tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejuntukan);\n \n~ mati \ntidur dengan sangat lenanya;\n \nbaju (pakaian) ~\n baju (pakaian) yang khusus dipakai untuk tidur, pijama;\n \nbilik (kamar) ~\n bilik tempat orang tidur;\n \nkaki (tukang) ~\n [bahasa percakapan] (orang yang) sangat suka atau sangat mudah tidur;\n \npenyakit ~\n sejenis penyakit yang menyebabkan orang yang menghidapnya selalu hendak tidur;\n \ntempat ~\na) bilik (bangunan) tempat orang tidur;\n b) ranjang;\n \nubat ~\n = \npenidur\n ubat yang menyebabkan tidur;\n 2.\n \n= masuk (pergi) ~\n hendak (pergi untuk) berehat dengan memejamkan mata dan tidak sedar diri:\nbiar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ;\n 3.\na) berbaring;\n b) = \ntidur-tidur\n berbaring-baring (kerana berehat dan lain-lain);\n~ tak lelap, makan tak kenyang\n (peribahasa) perihal orang yang tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dan lain-lain);\n \nbagai ~ di atas miang (enjelai)\n (peribahasa) perihal orang yang sangat gelisah (kerana banyak perkara yang difikirkannya dan lain-lain);\nmeniduri\n1.\n tidur (berbaring) di:\ndi atas bangku\n \nyang\n \ndi\n \nkejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya;\n 2.\n bersetubuh dengan, menyetubuhi;\nmenidurkan\n1.\n membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur:\nsesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang;\n 2.\n membaringkan, merebahkan:\nkemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang\n \npokok itu sekarang mengarah ke tepi;\n 3.\n [kiasan] menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dan lain-lain), melalaikan:\njanganlah kita ~ kembali masyarakat kita yang sudah mulai sedar sekarang;\n 4.\n menyembuhkan (menghilangkan dan lain-lain) dengan tidur:\n~ pening kepala;\ntertidur\n1.\n (sudah) tidur:\ndia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~;\n 2.\n mulai tidur:\nkian lama mata bapa kian pudar, dia ~;\n 3.\n dengan tidak sengaja tidur:\nkerana terlalu letih dia ~ di kerusinya;\nketiduran\n1.\n = \ntempat ~\n tempat tidur:\nnasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dari ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya;\n 2.\n tertidur (dengan tidak sengaja), lama sungguh tidur;\nketidur-tiduran\n selalu mengantuk (hendak tidur);\nsetiduran = seketiduran;\nseketiduran\n1.\n setempat tidur, tidur bersama-sama;\n \nselapik ~\n (sahabat) sangat karib;\n 2.\n teman tidur;\nberseketiduran\n1.\n tidur bersama di suatu bilik (katil dan lain-lain);\n 2.\n bersetubuh;\npetiduran\n tempat tidur;\npenidur\n1.\n (orang yang) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur;\n 2.\n = \nubat ~ \nubat (pil dan lain-lain) yang menyebabkan tidur lena." "tifa\nsejenis gendang kecil (Maluku)." "tifoid\n(Perubatan) sejenis penyakit usus yang mudah berjangkit." "tifus\n(Perubatan) demam yang berbahaya disebabkan oleh virus \nRickettsia\n (yang akan menyebabkan penghidapnya meracau dan sakit kepala)." "tiga I\nsatu kurang daripada empat;\n~ belas \ntiga campur sepuluh (13);\n \n~ dimensi \nbentuk yang mempunyai lebar, panjang dan tinggi;\n ~ dalam satu \nterdiri daripada atau mempunyai tiga bahan, fungsi dan sebagainya dalam sesuatu barangan, kegiatan dan lain-lain;\n \n~ puluh \ntiga kali sepuluh (30);\n \n~ pupu\n perhubungan persaudaraan antara orang yang moyang mereka adik-beradik;\n \n~ suku \na) tiga bahagian daripada empat, 75%;\n b) [kiasan] agak gila, gila-gilaan;\n~ sudah berdiri habis\n (peribahasa) sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran;\n \nmasuk ~ keluar empat \n(peribahasa) perbelanjaan melebihi pendapatan;\ntiga-tiga\nsetiap kali (baris, kelompok dan sebagainya) tiga:\nletakkan cawan itu ~;\nbertiga\n berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan:\nmereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; \nmereka tinggal ~ beranak di pondok itu;\nmeniga\n menjadi yang ketiga;\n \n~ hari \nmengadakan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang;\nketiga\n = \nyang ~ \n(yang) nombor tiga:\nanaknya yang pertama menjadi doktor, yang kedua seorang peguam dan yang ~ seorang jurutera;\nketiga-tiga\n \n= ~\nnya = \ntiga-tiganya\n semua seramai atau sebanyak tiga (orang dan lain-lain), kesemua bertiga:\nmaka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa;\n~ orang dalam kumpulan itu serentak mengangguk;\npertiga\n bahagian daripada sejumlah tiga bahagian;\nsepertiga\n satu pertiga, satu bahagian daripada jumlah tiga bahagian, 33% (daripada sesuatu bilangan dan lain-lain);\nmempertiga\n membahagi tiga;\nsepertigaan\n [arkaik] satu daripada tiga bahagian;\n \n~ malam (yang akhir) \nlarut malam (selepas tengah malam)." "tiga II\nakar ~ cabang\n = \ncabang ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lunjung, \nTrichosanthes celebica; \nrumput ~ segi\n sejenis tumbuhan (rumpai), \nCyperus compressus." "tigari\n[bahasa percakapan] tiga hari;\nmenigari\n meniga hari." "tihang\n[arkaik] tiang." "tijak\n[Minangkabau];\nmenijak\n memijak." "tik I\nbunyi seperti bunyi detik jam dan lain-lain;\n \njuru~ \n[Indonesia] jurutaip;\n \nmesin ~ \n[Indonesia] mesin taip;\nmentik\n menaip;\nketik I\n." "tik II\n kain ~\n kain penutup tilam, kain cadar." "tik III\n[Kedah], [bahasa percakapan] cela, cerca, kritik." "tika I\n= \ntika-tika\n penggulung (benang), gelendong (benang), kumparan (benang)." "tika II\nsingkatan bagi ketika:\n ~ kaki melangkah ke dalam." "tikai\nselisih, beza:\nbadannya sendiri belumlah berubah, masih belum banyak ~nya dari dahulu;\nbertikai\n1.\n berbeza, tidak sama (dengan):\nlukisan ini ~ sangat dengan mukanya;\n 2.\n berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham):\nsejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka tidak mesra lagi;\n3.\n bertentangan (dengan), bersalahan (dengan):\ntindakan-tindakan itu ~ dengan peraturan-peraturan yang telah dipersetujui;\nmenikai\n tidak menyetujui, membantahi, menentang;\nmempertikaikan\n1.\n memperbezakan;\n2.\n mempersoalkan, memperbantahkan, memperdebatkan;\npertikaian\n1.\n perselisihan, perbezaan;\n 2.\n pertelingkahan, perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat):\nsegala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu." "tikal\nsejenis wang Siam yang kecil nilainya." "tikam I\nperbuatan menusuk dengan benda tajam (seperti pisau, keris, dan lain-lain);\n~ membunuh\n tusukan yang membunuh;\n \n~ seladang\n [Kelantan] sejenis permainan kanak-kanak;\n \nluka ~\n luka kerana tusukan dengan senjata dan lain-lain;\nbertikam, bertikam-tikaman, bertikaman, tikam-menikam\n saling menusuk dengan senjata (seperti pisau dan lain-lain):\nmaka orang mengamuk itu pun datang, lalu ~ dengan Raden Kelang; \nmereka menaiki perahu lanun itu dan bertikam-tikaman dengan hebat;\n~ lidah \nberdebat, berbahas, berbantah, bertengkar;\nbertikamkan\n sl\n1.\n menikamkan:\nmaka kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ~ tombak;\n 2.\n bertikam untuk:\nkurang ia berlawankan yang dipertuan lebih ia ~ anak isterinya;\nmenikam\n1.\n menusuk (dengan pisau dan lain-lain), mencucuk atau melukai (dengan senjata tajam):\nada orang yang telah mati ditikamnya;\n 2.\n seolah-olah masuk ke dalam tubuh dan lain-lain, menerbitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yang terasa benar:\nangin malam kian ~ ke tulang sumsum; \nhentakan kaki bergema ~ gegendang telinganya;\n3.\n [kiasan] menyakiti, melukai, menyinggung;\n \n~ jantung (hati, perasaan) \nki menyakiti perasaan (fikiran);\nmenikami\n banyak kali menikam:\naku bertikam dengan engkau, kelak orang lain datang ~ aku;\nmenikamkan\n menusukkan (pisau dan lain-lain), membenamkan senjata (ke dalam tubuh dan lain-lain);\ntertikam\n ditikam, telah ditikam, ditikam dengan tidak sengaja;\ntikaman\n hasil menikam (dengan pisau dan lain-lain), tikam, tusukan:\ndengan pantas panglima Hitam melompat mengelakkan ~ itu;\npertikaman\n1.\n pergaduhan dengan tikam-menikam;\n 2.\n [sastera lama] orang yang bersenjatakan tombak:\nada pun orang ~ku yang empat ribu, kusuruhkan mengamuk di dalam negeri Melaka;\npenikaman\n perbuatan menikam;\npenikam\n1.\n orang yang menikam;\n 2.\n sesuatu (senjata) untuk menikam." "tikam II\n~ dadu\n main dadu;\n \n~ ekor\n sejenis judi dengan mempertaruhkan wang pada nombor-nombor terakhir keputusan loteri atau lumba kuda;\nmenikam\n mempertaruh wang dalam perjudian (loteri dan lain-lain), membeli tiket loteri dan lain-lain;\ntikaman\n = \nwang ~\n1.\n (wang) pertaruhan dalam perjudian (loteri dan lain-lain);\n2.\n wang pasangan (dalam permainan meneka sesuatu dan lain-lain)." "tikar\nsejenis hamparan daripada anyaman daun mengkuang dan lain-lain yang dibentangkan sebagai alas duduk (tidur dan lain-lain);\n~ bangkar \nsejenis tikar yang kasar anyamannya;\n \n~ bantal\n tikar dan bantal (segala alat untuk tidur);\n \n~ getah \na) sejenis tikar kecil daripada getah (untuk lapik tidur bagi kanak-kanak);\n b) sejenis tikar yang dibuat daripada bahan buatan untuk melapis lantai;\n \n~ ladang \nsejenis tikar yang kasar anyamannya;\n \n~ pacar \ntikar yang berwarna;\n \n~ putih \ntikar yang tidak berwarna atau bercorak;\n \n~ rumput\n sejenis tikar yang dibuat daripada rami (menerung, pisang, dan lain-lain);\n \n~ sejadah \n= \n~ sembahyang \ntikar (permaidani kecil dan lain-lain) yang digunakan sebagai tempat sembahyang;\n \nganti (menggantikan) ~\n = \nlepas bantal berganti ~ \n(peribahasa) berkahwin dengan adik isterinya (atau saudara suaminya) yang telah meninggal;\nbertikar\n mempunyai atau ditutupi tikar:\nmahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yang tidak ~ itu;\n bertikarkan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai tikar:\nkami ditempatkan di sebuah pondok yang beratap rumbia dan ~ buluh." "tikas\n1.\n deretan sampah-sarap (lumut dan lain-lain) yang ditinggalkan di pantai oleh air pasang;\n2.\n tanda paras air di pantai dan lain-lain:\n~ air didapati pada takat berbahaya selepas hujan lebat selama beberapa jam\n;\n \n~ pasang \n(Geografi) bekas air pasang;\n \n~ surut \n(Geografi) bekas air surut;\n 3.\n bekas, tekanan, kesan." "tike I\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (rumpai), \nEleocharis dulcis (plantaginea)." "tike II\n[Jawa] candu yang sudah dimasak." "tiket\nkertas atau kad kecil bercetak yang diberikan kepada seseorang untuk menandakan pemegangnya telah membuat bayaran untuk sesuatu perkhidmatan, seperti untuk menaiki bas dan menonton wayang, karcis:\n~ kereta api, ~ wayang." "tikim\n[Jakarta] sejenis tumbuhan (herba yang daunnya boleh dimakan), kara-kara, pegaga embun, ulam gunung, \nHydrocotyle sibthorpioides." "tikis\n[Kelantan];\nmenikis\n memangkah (dalam permainan guli, gasing, dan lain-lain)." "tikpi\n[Cina] sejenis senjata yang hujungnya bercabang tiga." "tiku\n[arkaik] liku, tikung." "tikung\n[Jakarta];\nmenikung\n berkelok, berliku;\ntikungan\n kelok (liku) jalan." "tikus I\nsejenis binatang mengerip;\n jenis-jenisnya:\n~ air = ~ lembah, Rattus muelleri;\n~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus;\n~ rumah, Rattus rattus;\n~ sawah\n, \nRattus argentiventer\n, dan lain-lain;\n \n~ belanda \nsejenis binatang mengerip yang rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, \nCavia porcellus; \ndimakan ~\n [bahasa percakapan] diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit;\nawak ~ hendak menampar kepala kucing\n (peribahasa) tidak berdaya mencapai sesuatu yang dicita-citakan atau diharap-harapkan;\n \nbagai ~ membaiki labu\n (peribahasa) orang yang mencuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya;\n \n(labu) ditebuk (dikerebuk) ~ \n(peribahasa) gadis yang sudah dinodai;\n \nmarahkan ~, lengkiang dibakar\n (peribahasa) kerana sakit hati akan sesuatu yang kecil maka melakukan sesuatu yang mendatangkan kerugian besar;\n \nrumah terbakar, ~ habis keluar \n(peribahasa) apabila negeri ditimpa sesuatu malapetaka, penduduknya daripada orang dagang pun keluarlah meninggalkannya;\n \nseperti ~ jatuh ke beras\n (peribahasa) orang yang mendapat kedudukan yang mewah;\n \nseperti ~ masuk roman \n(peribahasa) orang yang berasa kecewa kerana tidak mendapat seperti yang diharapkannya;\nmenikus\n mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dan lain-lain)." "tikus II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar hitam, akar kekala, \nVentilago malaccensis; \nrotan ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), rotan bini (diri), \nFlagellaria indica\n." "tikus III\nburung ~\n sejenis burung, \nLocustella lanceolata; \nlang ~\n sejenis burung helang, lang (helang) sewah, \nElanus c. caeruleus." "tilam\nlapik tidur yang dibuat daripada kain yang diisi dengan kabu-kabu dan lain-lain, kasur;\n \n~ berspring\n tilam yang di dalamnya terdapat lingkaran spring;\n \n~ catur \n=\n ~ cekam (bercengkam) \ntilam yang dijahit pada beberapa tempat supaya padat (mampat);\n \nkain ~ \nkain cadar, kain penutup tilam;\n \njatuh di atas ~ \n(peribahasa) beruntung kerana berkahwin dengan perempuan cantik serta kaya dan lain-lain;\nbertilam\n berlapik (memakai) tilam, berkasur:\nwalaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan;\n~ air mata\n [sastera lama] menangis ketika tidur (orang dalam percintaan);\n \n~ pasir\n (peribahasa) tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat);\nbertilamkan\n mempunyai (menggunakan dan sebagainya) sesuatu sebagai tilam:\n~ susunan surat khabar." "tilan\nsejenis ikan darat, \nMastocembelus spp.;\n~ pasir \nsejenis ikan darat, belacak, \nTrypauchen vagina;\n~ perayo\n sejenis ikan darat, \nKyphosus cinerescens." "tilapia\nsejenis ikan darat, \nMacrognathus aculeatus;\n~ rumput\n sejenis ikan darat, \nTilapia mossambica." "tilawah\n= \n~ al-Quran\n = \ntilawatil Quran\n [Arab] pembacaan Quran dengan suara yang kuat." "tilde\nlambang (\n~\n) seperti yang digunakan di dalam sesebuah kamus sebagai pengganti kata masukan pada bahagian tertentu sesuatu entri." "tile\n[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] sejenis kain kelambu." "tilik\npelihatan (yang teliti dan sungguh-sungguh), tenung;\n \nkurang ~ \nkurang selidik, kurang teliti;\n \npada ~nya \npada pelihatannya, pada fikirannya (pandangannya);\n \ntukang ~\n orang yang meramalkan sesuatu (seperti nasib orang dan lain-lain), jurutenung;\nmenilik\n1.\n melihat (mengkaji) dengan teliti, mengamat-amati:\ndibukanya album itu, ditiliknya gambar-gambar di dalamnya satu persatu;\n 2.\n melihat nasib (untung malang orang dan lain-lain), merenung, meramalkan sesuatu, menelah:\nia konon pandai ~ , kita suruh lihat benarkah khabar orang itu;\n~ ketika\n menelah baik buruk waktu dengan berpandukan sesuatu perhitungan;\n \n~ nujum\n menelah sesuatu dengan berpandukan bintang;\n3.\n mengawal, mengawasi, mengendalikan, menjaga:\nlembaga pengelola ~ perjalanan badan itu;\n4.\n menganggap (sebagai), menyifatkan (sebagai);\n 5.\n = \n~ kepada \n= \nditilik daripada \n(kalau) memandang (mengingat) \u2026, (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) daripada \u2026:\n~ mukanya, begitulah tapi kalau umurnya tidak mungkin; \nkalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi;\n6.\n menengok, mengunjungi:\naku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabarnya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi;\ntilik-menilik\n1.\n saling menilik;\n 2.\n perihal menilik;\n \nilmu ~\n ilmu tenung;\ntilikan\n1.\n pandangan, pelihatan:\nlicin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan;\n 2.\n tenungan, ramalan, telahan:\n~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah berlaku;\n3.\n = \npenilikan\n pimpinan, pengendalian, kawalan, pengawasan:\nMarah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~ nya dan pimpinannya;\npenilikan\n1.\n perihal atau perbuatan dan sebagainya menilik (menenung, meramal):\nbeberapa orang pawang mengatakan dari ~ mereka si Tenggang masih hidup;\n 2.\n tilikan, pengawasan, kawalan:\ndi bawah ~\n di bawah kawalan;\n3.\n pelihatan, pemerhatian, pandangan, penelitian;\n \n~ sains \npenelitian sains;\n \npada ~nya \npada pandangannya (pendapatnya);\npenilik\n1.\n pengawas (sekolah dan lain-lain), pengawal:\nsekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pada waktu-waktu tertentu;\n 2.\n orang yang menilik (menenung, meramal):\ndatuk saya sebenarnya terkenal sebagai ~ barang-barang yang hilang;\n3.\n [sastera lama] tepat tiliknya (tenungnya)." "tim I\nnasi ~\n nasi yang lembik (yang dimasak dengan cara yang tertentu);\nmengetim\n1.\n memasak nasi tim (dengan merebus beras yang diisi dalam suatu bekas dan diletakkan dalam kuali yang berisi air);\n 2.\n merebus (daging dan lain-lain) hingga lembut;\npengetiman\n perbuatan mengetim;\npetiman\n alat untuk memasak nasi tim." "tim II\n[arkaik] \ntin I." "timah I\nsejenis logam yang berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan sebagai sadur bagi besi dan lain-lain);\n~ hitam \nsejenis logam yang agak lembut dan berwarna putih kebiru-biruan;\n \n~ lanar\n timah yang berselaput dengan lanar;\n \n~ putih \nkepingan besi yang disadur dengan timah;\n \n~ sari \nzink;\n \n~ wurung \nbismut;\ndahulu ~ sekarang besi \n(peribahasa) perihal orang yang turun pangkatnya (darjatnya dan lain-lain)." "timah II\n= timah-timah\n sejenis ikan laut, selayur, \nTrichiurus spp.; \nkepala ~\n sejenis ikan darat, mata lalat, \nAplocheilus panchax." "timah-timah\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), titimah, me(n)sirah, mesirah bukit (putih), \nIlex cymosa;\n 2.\n = \n~ bulan\n = \n~ gading\n sejenis tumbuhan (pokok), titimah bulan (gading, jantan), bunga keling padang, medang teluk, \nIlex macrophylla." "timang I\nmenimang, menimang-nimang\n \n1.\n memegang anak dengan kedua-dua belah tangan sambil melambung-lambungkannya sedikit:\nibu itu ~ anaknya; \n2.\n meletakkan sesuatu pada tapak tangan serta menggerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah:\nia menimang-nimang gelang emas itu untuk mengagak beratnya;\n3.\n menimbang-nimbang (mempertimbangkan), memikirkan baik-baik:\n~ buruk baik sesuatu rancangan; \nbelum beranak sudah ditimang, belum duduk sudah berlunjur \n(peribahasa) sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksud;\nmenimangkan\n [sastera lama] mengangkat, mempertimbangkan:\nmaka anakanda baginda Raja Muzaffirlah ditimangkan baginda akan kerajaan;\ntimangan, timang-timangan\n1.\n = \nanak ~\n anak yang sangat dikasihi atau dimanjakan;\n 2.\n = \nnama ~ \nnama lain daripada nama yang diberikan ketika lahir, gelaran:\nnamanya Saliah, juga dipanggil comel sebagai nama timang-timangan sejak kecil." "timang II\n[Jawa] sejenis kepala tali pinggang." "timarah\n[Minangkabau] kertas timah (sebagai pembungkus)." "Timb.\n[kependekan] Timbalan." "timba I\nsejenis bekas untuk mencedok air di perigi dan lain-lain;\n \n~ ruang \na) timba untuk membuang air di perahu;\n b) ruang (petak) di tengah-tengah perahu;\n \ndiperlelar ~ ke perigi, tak sekali, sekali pecah \n= \njangan diperlelar ~ ke perigi, kalau tak putus, genting\n (peribahasa) jangan diulang-ulang perbuatan jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga;\nbertimba\n menggunakan timba, sedang mengambil air dengan menggunakan timba;\n~ karang \nbergaduh (berkelahi), berbuat kecoh (bising);\n \n~ wang \n[Minangkabau] hidup senang (mewah);\nbertimbakan\n menggunakan sesuatu sebagai timba:\nmandi ~ sebiji besen kecil;\nmenimba\n1.\n mencedok air (daripada perigi dan lain-lain) dengan timba:\nkebun-kebun yang hampir dengan tebing sungai boleh diairi dengan ~ air daripada sungai;\n 2.\n membuang (mengeringkan) air di perahu dan lain-lain:\nmaka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti;\n3.\n [kiasan] mengambil, memperoleh (pengetahuan dan lain-lain), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dan sebagainya) daripada sesuatu sumber:\npidatonya sangat meyakinkan, ditimba daripada pengalaman sendiri; \nini adalah sumber-sumber penting yang mesti ditimba; \nmereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan kata-kata bahasa daerah bukan Melayu;\ntertimba\n dapat ditimba;\n \ntiada ~\n tiada dapat ditimba;\npenimbaan\n perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) menimba:\n~ ilmu moden;\npenimba\n1.\n alat untuk menimba;\n2.\n orang yang menimba (air, ilmu dan lain-lain):\n~ ilmu." "timba II\n~ tasik\na) sejenis tumbuhan (pokok belukar), lampin budak, mata kesang, taman (tambun) tasik, tenjal (tinjal) tasik, \nClerodendron serratum;\nb) sejenis tumbuhan (herba), berpulut, gembok, magun jantan, rumput gembut, \nAdenosma caeruleum; \nc) sejenis tumbuhan (herba), rumput kucing-kucing, rumput talan, ruku hutan, tasik-tasik, \nAdenosma capitatum." "timbal\ntimbang, banding, imbang;\n \n~ balik \na) pada kedua-dua bahagian (belah, pihak, dan lain-lain);\n b) daripada kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dan lain-lain), balas-membalas (tindakan, kesan, dan lain-lain):\ncara hidup dan keperluan hidup manusia mempunyai perhubungan ~ balik antara satu sama lain; \nc) [arkaik] terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir:\nbabi menggelupur ~ balik;\nsetimbal\n setimpal, seimbang, sepadan:\nmereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yang ~ dengan kebolehan mereka;\n kesetimbalan\n perihal (sifat atau keadaan) setimbal, keseimbangan, kesepaduan:\nperlu ada ~ antara beban kerja dengan upah yang diterima oleh pekerja;\nbertimbal\n1.\n berpadanan (sama tarafnya dan lain-lain), berimbang;\n 2.\n pada kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi);\n \n~ balik\n timbal balik;\n \n~ jalan\n di kiri kanan jalan (berkenaan (dengan) pokok dan lain-lain);\n \n~ rengka\n duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang;\nbertimbalan\n1.\n berimbangan (dengan), berpadanan (sama taraf atau kedudukannya dengan), beriringan:\nmaka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dengan Raja Muda;\n 2. = bertimbal-timbalan\n balas-membalas (pantun dan lain-lain), bersambutan;\nmenimbal, menimbali\n membuat supaya seimbang (sepadan dan lain-lain), mengimbangi, membanding-bandingi;\ntimbalan\n1.\n penolong ketua dan lain-lain, naib:\n~ ketua pengarang; \nT~ Perdana Menteri;\n 2.\n imbangan, bandingan, tara, padanan;\npenimbal\n pengimbang;\n \ncadangan ~\n (Ekonomi) cadangan (himpunan) bahan mentah untuk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut." "timbang\nsama berat, imbang, timbal;\n \nbatu ~\n benda yang digunakan untuk mengukur berat barang lain;\n \n~ terima \nsaling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggungjawab, dan lain-lain);\n \n~ tunai \npembelian tunai;\nsetimbang\n1.\n sama beratnya;\n 2.\n sama kedudukannya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dan lain-lain):\nmanakan ~ anak raja dengan orang kebanyakan?;\n3.\n seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dan lain-lain), sepadan, sebanding:\npenghormatan yang diberi kepadanya ~ dengan jasanya kepada negara;\n4.\n stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah):\nkeadaan tidak ~ dalam ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah;\nsetimbangan\n sesuai dengan;\nmenyetimbangkan\n menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dan lain-lain);\nkesetimbangan\n1.\n perihal (keadaan) setimbang, keseimbangan;\n 2.\n ketenteraman (fikiran, perasaan, dan lain-lain), kestabilan (keadaan):\n~ keadaan politik dan ekonomi;\nbertimbang\n berimbang, bertimbal:\nkeuntungan itu ~ dengan kerugian;\n \n~ rengka\n bertimbal rengka;\n \n~ tanda \nbertukar tanda (ketika bertunang);\n \n~ tunai\n (peribahasa) menjawab dengan tepat;\nbertimbang-timbang\n berkira-kira atau berfikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu):\nZainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu;\nbertimbangan\n1.\n berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian;\n 2.\n bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar;\n \n~ kata \nberbalas-balas kata, jawab-menjawab;\n \n~ pandang\n bertukar pandang, saling berpandangan;\n \n~\n \nrasa\n bertimbang rasa, bersimpati. \n~ tanda \nbertukar tanda (sebagai tanda sudah bertunang);\n \n~ taruh\n menyamakan taruh (taruhan);\n \n~ terima \nmenjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dan lain-lain);\nmenimbang\n1.\n menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dengan menggunakan dacing dan lain-lain):\npekedai itu ~ gula sebanyak yang dikehendaki pembelinya;\n 2.\n memikirkan (merenungkan) dengan teliti akan baik buruk sesuatu:\njanganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri;\n~ perkara\n meneliti (mengadili) perkara;\n3.\n mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan:\n~ keadaan yang genting ini, tindakan harus diambil dengan tegas; \ntahu ~ rasa \na) halus perasaan hatinya;\n b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil;\n \n~ sama berat \n(peribahasa) menghukum dengan adil;\ntimbang-menimbang\n1.\n memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dan lain-lain), memikirkan berulang-ulang;\n 2.\n dengan memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa;\nmenimbangkan\n1.\n menimbang;\n 2. = mempertimbangkan\n memikirkan untuk membuat kesimpulan (keputusan dan lain-lain):\nkerajaan sedang ~ permintaan orang-orang yang berkehendakkantanah; \nkepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan;\n3.\n menimbang untuk;\nmempertimbangkan\n1.\n memikirkan untuk membuat kesimpulan (keputusan dan lain-lain), menimbangkan;\n 2.\n memberikan untuk ditimbangkan, meminta untuk ditimbangkan:\nperaduan novel itu dipertimbangkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka;\ntimbangan\n1.\n imbangan, banding, tara;\n \n~ badan (nyawa) \nkekasih;\n \n~ kira-kira\n keterangan yang menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira;\n \nbatu ~\n = \nanak ~ \nbatu menimbang, anak dacing;\n 2.\n alat untuk menimbang (seperti dacing dan lain-lain);\n3.\n hasil menimbang, (ukuran) berat:\nharga ditetapkan menurut berat ~ dacing; \nkalau alat menimbang tidak baik, ~ yang tepat tidak akan diperoleh;\n4.\n = \npertimbangan\n fikiran (pendapat) yang memperhitungkan buruk baik dan lain-lain sesuatu:\nundang-undang hanyalah membuat ~ yang adil dan saksama antara hak seseorang dengan hak awam; \nbagaimana ~nya\n apa pendapatnya (nasihatnya);\n \nterserah kepada ~nya sendiri\n ia sendiri yang harus memikirkan dan memutuskannya;\n \n~nya berat sebelah \n(peribahasa) tidak adil;\npertimbangan\n fikiran atau renungan mengenai buruk baik dan lain-lain sesuatu perkara (masalah dan lain-lain), sebagai dasar sesuatu keputusan (tindakan dan lain-lain), timbangan, perhitungan, perhatian (penelitian):\nseseorang pemberita haruslah mempergunakan ~ sendiri untuk menilai sesebuah berita; \npermohonan itu masih dalam ~ kerajaan\n masih dalam perhatian (penelitian) kerajaan;\n \ndewan ~ \ndewan penasihat;\npenimbangan\n1.\n perihal menimbang:\nneraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yang terlalu tepat ~ nya;\n 2.\n tempat menimbang barang;\npenimbang\n1.\n orang yang tugasnya menimbang, tukang timbang;\n 2.\n orang yang mempertimbangkan (meneliti) perkara dan lain-lain, penasihat:\nTok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua;\n3.\n alat untuk menimbang berat sesuatu, timbangan:\nselain daripada dacing digunakan juga alat ~ lain." "timbang rasa\nperasaan kasih (belas kasihan, setuju, berkenan, dan lain-lain), simpati:\nbantuan yang menandakan ~ terhadap orang-orang yang menderita;\n bertimbang rasa\n menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dan lain-lain), bersimpati, berlaku adil." "timbang tara\n(Undang-undang) cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah;\npenimbangtaraan\n penyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak ketiga yang dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah;\npenimbang tara\n pihak ketiga yang menyelesaikan sesuatu pertelingkahan:\nperselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan diselesaikan dengan menggunakan ~." "timbau\nrangka ~\n rangka sambungan (tambahan) pada rangka utama;\nmenimbau\n menyambung (menambah dan lain-lain) untuk memperpanjang atau mempertinggi (rangka perahu dan lain-lain):\nSelampit pun ~lah sebuah penjajap." "timbel\n[Jawa] timah hitam." "timbre\n[Indonesia-Belanda] warna suara." "timbrung\n[Jawa] \nmenimbrung\n campur tangan (dalam hal orang lain), turut serta berdebat (berkelahi dan lain-lain)." "timbuk\n[arkaik];\nmenimbuk\n1.\n menampar, menepuk;\n 2.\n memukul telur dan sebagainya dengan kuat;\n3.\n mengacau masakan berkuah sambil mencedok dan menuangnya kembali (untuk mengelakkannya daripada berketul, pecah minyak, dan sebagainya)." "timbul I\n1.\n naik dari dalam air (lumpur dan lain-lain) hingga tampak pada permukaannya:\nikan itu ~ ke permukaan air dari semasa ke semasa untuk menyedut udara;\n 2.\n terapung-apung pada permukaan air, tidak tenggelam:\nuntung sabut ~, untung batu tenggelam; \nbatu ~ \nsejenis batu yang ringan dan terapung-apung pada permukaan air;\n \nberas ~ \nkulit (kelongsong) padi yang terapung di air;\n3.\n terkeluar (tersembul) sedikit dari permukaan yang rata;\n \ngambar ~\n gambar (lukisan dan lain-lain) yang tersembul pada latar belakangnya (ukiran pada batu dan lain-lain);\n \nhuruf ~ \nhuruf yang menyembul pada permukaan kertas dan lain-lain;\n \npeta ~\n peta yang bahagian-bahagiannya menyembul untuk menggambarkan keadaan yang sebenar;\n4.\n [kiasan] muncul, keluar, kelihatan:\nkuman-kuman ini menyebabkan ~ bengkak-bengkak pada tubuh; \nhilang-hilang ~ \nseketika kelihatan seketika tidak;\n 5.\n terlintas di hati;\n berbangkit, datang:\ndalam hatinya ~ keinginan untuk berumah tangga;\n6.\n berlaku, terjadi:\npendirian yang berlainan ini menyebabkan kerap ~ perbalahan antara mereka; \n7.\n terbit (bulan, matahari);\n \nbulan ~ \na) bulan terbit;\n b) bulan baru (perhitungan kalendar);\n~ tenggelam\n = \ntenggelam ~\na) seketika timbul seketika tenggelam (seperti benda yang diumbang-ambingkan ombak);\n b) [kiasan] terkadang-kadang tidak, hilang timbul (berkenaan (dengan) seseorang, sesuatu kegiatan, dan lain-lain), ada kalanya beruntung (berjaya dan lain-lain) dan ada kalanya malang (kecewa dan lain-lain);\n c) [kiasan] selalu berhutang;\n d) [kiasan] terlalu sibuk (dalam pekerjaan);\nbertimbulan\n timbul merata-rata, banyak yang timbul:\nremis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; \notot-otot ~ di sana sini;\nmenimbulkan\n1.\n menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dan lain-lain):\norang-orang di dalam kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dengan tidak payah ~ kapal itu;\n 2.\n [kiasan] mengemukakan (untuk diperbincangkan dan lain-lain), membangkitkan (perkara, persoalan, dan lain-lain):\nbeberapa perkara telah ditimbulkan dalam mesyuarat agung kesatuan tersebut;\n3.\n [kiasan] menerbitkan (membangkitkan) sesuatu perasaan (seperti benci, cemburu, gembira, dan lain-lain):\nsifatnya yang kasar ~ rasa benci orang terhadapnya;\n4.\n [kiasan] menyebabkan berlaku (terdapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dan lain-lain), mengakibatkan, mendatangkan (mengadakan, menjadikan, dan lain-lain);\n \n~ perang dunia\n menyebabkan berlakunya perang dunia;\n \n~ kerumitan\n menyebabkan terdapatnya kerumitan;\n \n~ kesan buruk \nmendatangkan (mengakibatkan) kesan buruk;\n 5.\n [Minangkabau] menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelanjaan, dan lain-lain), memperbaiki kesalahan (kecuaian dan lain-lain):\nkeuntungan ini digunakan untuk ~ kerugian dahulu;\n timbulan\n (Seni bina) bentuk ukiran yang lebih tinggi daripada permukaan satah sesebuah karya;\npenimbulan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menimbulkan:\ncerita akan terus digerakkan untuk memasuki peringkat ~ krisis." "timbul II\npenimbul\n = \n~ raksa\n = \napung ~ \njampi dan lain-lain untuk menjadikan orang kebal;\n \nilmu ~ \nilmu yang mengebalkan orang (dengan menggosokkan raksa pada badan)." "timbun\nhimpunan sesuatu yang bertindih-tindih, longgok, tompok(an):\nlalat menghurung ~ sampah di tepi parit; \nse~ batu kerikil;\n bertimbun 1. = bertimbun-timbun\n bersusun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun:\n~ sabut di bawah rumahnya; \n2\n. [kiasan] banyak:\nbukunya yang bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibacanya; \n3. = tertimbun\n tertimbus, terkambus;\n \nmati ~ tanah \nmati tertimbus tanah;\n4.\n [sastera lama] berkumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai):\nmaka ~lah Pancagah dengan segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia;\n bertimbunan\n bertimbun(-timbun):\nsebermula bangkai ~ seperti gunung, darah seperti laut;\n menimbuni\n1.\n menimbus (lubang dan lain-lain), menambak, melonggokkan (tanah), menanam (mayat dan lain-lain):\nmereka menggali lubang dan ~ lubang untuk menyudahkan rancangan kerja raya;\n2.\n menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah:\nketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; \naku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; \n3\n. gemuk (berkenaan (dengan) daging), tambun;\ntertimbun\n ditimbun(i), tertimbus (tertanam);\n \n~ dikais, terbenam diselam \n(peribahasa)\na) perihal menyelidiki sesuatu perkara yang tersembunyi;\n b) menolong seseorang yang dalam kesusahan;\nmenimbunkan\n1.\n menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan:\n~ guni berisi pasir hingga merupakan benteng; \n2\n. mengumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak:\n~ keuntungan; \njanganlah suka menimbunkan kerja pada hari esoknya;\n timbunan\n1.\n tompokan, longgokan:\n~ sampah sarap; \n2\n. barang-barang yang ditimbunkan;\n3\n. tempat menimbun;\n4.\n [kiasan] jumlah atau himpunan kerja dan sebagainya yang perlu diuruskan yang sudah terlalu banyak;\npenimbunan\n1.\n perihal menimbunkan, pengumpulan (penghimpunan) barang-barang dan lain-lain:\nbanyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yang dibawa air dari hilir sungai; \n2.\n tempat untuk menimbun;\npenimbun\n1.\n orang (atau alat) yang menimbunkan (melonggokkan) barang;\n2.\n (tanah, pasir, dan lain-lain) untuk menimbun:\nditimpa tanah ~." "timburu\n(Sunda) [arkaik] cemburu." "timbus\nmenimbus\n menimbuni sesuatu dengan tanah dan lain-lain, mengisi (lubang dan lain-lain) dengan tanah dan lain-lain hingga tertutup, mengambus:\nrumah yang buruk tempatnya berlindung itu boleh runtuh dan ~ dirinya anak-beranak; \nsemua lubang tempat air bertakung hendaklah ditimbus supaya nyamuk tidak membiak;\n tertimbus\n ditimbus, tertimbun, terkambus:\nmereka menjumpai tulang gajah yang besar ini ~ di bawah tanah;\n timbusan\n bahan seperti tanah, pasir, batu dan sebagainya untuk menimbus sesuatu:\nmayat itu telah dapat dikeluarkan dari ~ pasir yang tebal;\n penimbusan\n perihal (proses, perbuatan atau kerja) menimbus:\nkerja ~ lombong tinggal itu sedang diusahakan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan." "timpa\nbertimpa-timpa = timpa-bertimpa\n1.\n bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak;\n2.\n berturut-turut datangnya (berlakunya):\npenyakit pun ~lah datang; \nmendapat keuntungan dan kemujuran timpa-bertimpa;\n menimpa\n1.\n menghempap, jatuh meni" "timpal\nsetimpal\n \n1.\n setimpal (seimbang, sepadan, bertimbang), setaraf:\nsetiap orang yang melakukan kekejaman akan mendapat balasan yang ~; \npenghormatan yang diberikan kepadanya ~ dengan kedudukannya dalam masyarakat; \n2\n. sesuai, layak:\npadang itu tidak ~ untuk perlawanan bola sepak;\n menimpali\n1.\n membuat supaya menjadi setimpal, mengimbangi, menimbangi;\n2\n. membalas (perbuatan baik atau jahat);\ntimpalan\n imbangan, banding." "timpani\nsejenis gendang satu muka yang berbentuk pasu, terutamanya digunakan dalam orkestra Barat." "timpanum\n(Biologi) gegendang telinga." "timpas I\n1.\n = \nair ~ \n=\n surut ~ \nair yang paling surut (surut yang paling rendah);\n2.\n kering (perigi, sungai, dan lain-lain);\n3.\n [kiasan] habis sama sekali (wang, tenaga, dan lain-lain):\nkerana terlalu asyik berjudi akhirnya ~ segala harta benda." "timpas II\n[Minangkabau];\nbertimpas-timpas\n bertimpa-timpa, berturut-turut (menghadapi ujian, penderitaan, dan lain-lain)." "timpuh\nbertimpuh\n = \nduduk ~\n duduk dengan melipatkan kedua-dua belah kaki dan dengan punggung di atasnya, bersimpuh:\nNormah ~ di atas tikar, suaminya bersila di hadapannya;\n timpuhan\n keadaan bertimpuh, simpuhan." "timpuk\n[Jakarta];\nmenimpuk\n melempar, melontar;\nmenimpuki\n melempari, melontari." "timpus\nmakin kecil (tirus) ke hujung atau ke bawah." "timu\n[arkaik];\n timu-timu\n yang selayaknya (sebaik-baiknya, sewajarnya)." "timun\nsejenis tumbuhan (pokok menjalar), mentimun, \nCucumis sativus;\n~ cina \ntembikai;\nbagai ~ dendang, di luar merah di dalam pahit \n(peribahasa) mulut manis hati busuk;\nmentimun I." "timun-timun\n1.\n sejenis ikan laut, \nLutjanus decussatus (vitta); \n2.\n sejenis ikan laut, \nScolopsis bilineatus;\n= mentimun II." "timur I\n1.\n arah tempat terbitnya matahari;\n \n~ laut \narah di antara timur dan utara;\n \n~ menenggara \n= \n~ tenggara \n= \n~ padang \narah di antara timur dan tenggara;\n \nangin ~ \n= \nangin timuran \nangin yang bertiup dari sebelah timur;\n \nbintang ~ \nbintang Zuhrah (Kejora);\n2\n. Asia;\n \nbangsa (benua, orang) ~ \nbangsa (benua, orang) Asia:\nbaik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing;\nT~ Dekat \nnegara-negara Asia yang hampir dengan benua Eropah (seperti Turki dan lain-lain);\n \nT~ Jauh \nnegara-negara Asia yang terjauh dari benua Eropah (seperti China, Jepun, dan lain-lain);\n \nT~ Tengah \nnegara-negara yang berhampiran dengan Terusan Suez (seperti Mesir, Jordan, Syria, dan lain-lain);\n \n~ beralih ke sebelah barat \n(peribahasa) laki-laki menurut perintah perempuan;\nketimuran\n yang berkaitan dengan bangsa atau benua Asia, bersifat dan lain-lain Timur (Asia);\n \nadat(budi pekerti) ~ \nadat (budi pekerti) bangsa Asia." "timur II\nkayu ~ \nkulit kayu yang dibuat ubat (daripada pokok \nPeltophorum petrocarpum\n)." "tin I\n1.\n kepingan daripada logam (biasanya berlapis timah):\nbaldi dibuat daripada plastik atau ~\n;\n2.\n bekas yang dibuat daripada logam yang berlapis timah:\n~ minyak tanah;\n~ rokok;\n~ susu; \nbuah ~ \nbuah dalam tin;\n \nsusu ~ \nsusu dalam tin;\nbertin-tin\n beberapa banyak tin:\n~ susu tepung juga telah dihantar sebagai bantuan kecemasan kepada mangsa banjir itu;\n mengetin\n membubuh atau menaruh ke dalam tin:\nkerja-kerja ~ dilakukan oleh mesin;\nmengetinkan\n menyimpan (makanan, buah-buahan) dalam tin yang dipateri supaya tahan lama:\n~ makanan;\n~ nanas;\n pengetinan\n kerja (proses dan sebagainya) mengetin atau mengetinkan:\n~ buah-buahan." "tin II\nsejenis tumbuhan (dan buahnya), ara, \nFicus carica\n." "tinaih\n[Kedah] menindas (kutu, dan lain-lain) dengan menggunakan kuku ibu jari." "tinak I\n= \nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek yang menjalar yang akar dan daunnya dibuat ubat), tenak, \nMyxopyrum nervosum." "tinak II\nmeninak\n [Kelantan] memukul dengan bertubi-tubi." "tindak\n1.\n [Jawa] langkah:\nia bangun sambil berjalan se~ demi se~ kembali ke kerusinya; \n2\n. perbuatan, perlakuan;\n~ pidana \nperbuatan jenayah (kejahatan);\n \n~ -tanduk \na) segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan);\n b) sepak terajang;\nbertindak\n menjalankan usaha (kegiatan dan lain-lain) untuk sesuatu, mengambil langkah-langkah dan sebagainya untuk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dan sebagainya) sesuatu, berbuat, berlaku:\nia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; \nia bersetuju ~ sebagai perantaraan untuk menyelesaikan pertelingkahan itu;\n~ sendiri \nberbuat (melakukan) sesuatu menurut kehendak sendiri;\nmenindak\n [arkaik] melakukan sesuatu terhadap;\nmenindakkan\n melakukan, melaksanakan, menjalankan:\n~ kekerasan;\ntindakan\n1.\n peraturan dan lain-lain (yang dilaksanakan), langkah yang diambil (untuk mengelakkan, mengatasi, dan sebagainya sesuatu):\nperintah berkurung merupakan ~ yang berkesan untuk mencegah merebaknya rusuhan; \nmengambil\n \n~\na) melaksanakan (mengadakan) peraturan-peraturan sebagai mencegah atau menyelesaikan sesuatu;\n b) bertindak;\n2\n. perbuatan, sesuatu yang (telah) dilakukan:\nnegara Komanwel telah membincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris;\n~ pentadbiran \n(Undang-undang) tindakan yang perlu dilakukan untuk melaksanakan dasar dan maksud perundangan;\n \n~ perusahaan \ntindakan seperti mogok dan bekerja lambat-lambat, yang diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yang diterima, suasana kerja dan sebagainya;\n \n~ susulan\n langkah (gerakan dan sebagainya) yang diambil (dilakukan) selepas mendapat maklumat (laporan dan sebagainya) atau berikutan daripada sesuatu;\n \n~ tatatertib \nhukuman yang dikenakan terhadap seseorang yang melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dan sebagainya." "tindak balas\ntindakan yang diakibatkan oleh suatu tindakan lain;\n~ berbalik \n(Kimia) tindak balas kimia yang berlaku mengikut dua arah yang berlawanan;\n \n~ fotokimia \n(Kimia) tindak balas yang disebabkan oleh cahaya;\n \n~ kimia \nperubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penyerapan tenaga);\n \n~ kondensasi \n(Kimia) tindak balas yang berlaku antara satu molekul dengan molekul yang lain untuk membentuk molekul yang lebih besar (dengan menyingkirkan molekul kecil seperti air dan lain-lain);\n \n~ nuklear \n(Fizik) tindak balas yang melibatkan perubahan dalam nukleus sesuatu atom;\n \n~ penambahan \n(Kimia) tindak balas yang melibatkan penambahan molekul pada ikatan berganda tanpa penyingkiran sebarang molekul kecil;\n \n~ penggantian = ~ penyesaran \n(Kimia) tindak balas yang melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dengan unsur atau radikal lain;\n \n~ rantaian \n(Kimia) sejenis tindak balas kimia yang berlangsung mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, dengan setiap langkah menjana bahan reaktif yang menyebabkan langkah seterusnya berlaku;\n \n~ redoks \n(Kimia) tindak balas penurunan dan pengoksidaan yang berlaku serentak dalam sesuatu tindak balas kimia;\n \n~ tak berbalik \n(Kimia) tindak balas kimia yang berlangsung mengikut satu arah;\nbertindak balas\n berlaku tindak balas:\n kalsium karbonat ~ dengan asid hidroklorik untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida;\n menindakbalaskan\n melakukan tindak balas, menjadikan bertindak balas:\n~ asid hidroklorik dengan kalsium karbonat;\npenindakbalasan\n proses menindakbalaskan sesuatu." "tindan\n= tindan-tindih;\nbertindan\n1.\n bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dengan tidak teratur:\npokok-pokok yang ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; \n2\n. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dan sebagainya)" "tindan-tindih\ncakupan atau liputan yang sebahagiannya sama, pertindanan;\nbertindan-tindih\n bertindih-tindih dengan tidak teratur:\n puluhan ribu mati berkaparan ~." "tindas\nmenindas\n \n1.\n menghimpit (menekan) dengan kuat:\n~ kutu; \n2\n. membuat dengan sekehendak hati (dengan kejam dan lain-lain) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya:\nia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dengan berbagai-bagai cara;\n3\n. menumpaskan (pemberontakan dan lain-lain), menguasai (menghapuskan dan lain-lain) dengan kekerasan, menekan:\nparti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin untuk ~ kebebasan peribadi; \npergerakan-pergerakan untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah;\n tertindas\n ditindas, ditekan (dikuasai) dengan kekerasan:\nrakyat yang lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah;\n tindasan\n1.\n hasil perbuatan menindas, tekanan;\n2\n. tembusan atau rakaman surat (stensil dan lain-lain);\npenindasan\n perbuatan menindas:\ndalam pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia;\n penindas\n orang dan lain-lain yang menindas." "tindawan\n[Minangkabau] cendawan." "tindih\nbertindih\n \n1.\n bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis:\nbeberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok;\n~ bangkai (mayat) \nbangkai (mayat) bertimbun-timbun;\n \n~ bersusun \nbertompok bersusun-susun;\n \n~ riba (dengan) \n= \n~ paha (dengan) \nduduk berdekatan (berdampingan) dengan;\n \njatuh ~ \njatuh yang satu menghempap (menimpa) yang lain;\n2\n. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak):\nberkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; \nberjalan ~ \nberjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat;\n \nduduk ~ (bertindih-tindih lutut)\n duduk rapat-rapat;\n3\n. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;\ntindih-bertindih\n saling menghimpit (menghempap);\nbertindihan\n tindih-bertindih;\nmenindih\n1.\n meletakkan sesuatu di atas:\nsurat-surat di atas meja itu ditindih dengan sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; \n2\n. menekan dari atas, menghempap, menghimpit, menimpa:\nahli gusti itu merebahkan lawannya dan ~nya kuat-kuat;\n3\n. [kiasan] menindas, memeras, menganiaya, menyusahkan:\ndi sini ada orang yang hidup dengan keuntungannya dan ada yang hidup terus terlantar, yang satu ~ yang lain; \nyang rebah ditindih \nki yang sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin);\n \nditindih yang berat, dililit yang panjang\n (peribahasa) tidak berupaya melepaskan diri daripada kekuasaan orang (daripada kemalangan dan lain-lain);\ntindih-menindih\n1.\n hempap-menghempap, timpa-menimpa;\n2\n. tindas-menindas, saling menganiaya;\ntertindih\n1.\n menindih (atau ditindih) dengan tidak sengaja:\ndia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; \n2.\n ditindih (ditekan atau diasak dari atas), terhempap:\n dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; \n3.\n [kiasan] mengalami kesusahan, tertekan, terhimpit:\nbarangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluaran syarikatnya ~;\n tindihan\n himpitan, tekanan, tindasan;\n ketindihan\n1.\n tertindih, tertekan;\n2\n. [Jakarta] tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur;\npertindihan\n perihal atau keadaan mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama:\n~ fungsi;\n penindihan\n perihal menindih, penghimpitan, penekanan, penindasan;\npenindih\n alat untuk menindih (kertas, surat, dan lain-lain):\n~ kertas." "tindik\nbertindik\n berlubang atau sudah dibuat lubang halus pada sesuatu bahagian tubuh seperti telinga dan hidung (supaya boleh dipakaikan anting-anting dan sebagainya):\n~ telinga \nistiadat melubangi cuping telinga;\nmenindik\n melubangi (mencucuk) sesuatu bahagian tubuh seperti telinga dan hidung:\nsupaya dapat memakai subang, telinga hendaklah ditindik;\n menindikkan\n membuat supaya seseorang bertindik:\nterdapat kedua-dua istiadat tersebut, iaitu menyucikan Raja Ahmad dan ~ dua orang puteri baginda Sultan Mansur Shah;\n penindikan\n perihal atau perbuatan menindik:\n~ cuping telinga anak perempuannya." "tindis\nmenindis, menindisi\n \n1.\n meletakkan sesuatu di atas, menindih:\n kertas-kertas itu ditindisi dengan sebuah batu; \n2\n. menekan, menimpa, menindas:\ndaripada pandangan yang dilayangkannya itu, aku bisa menangkap kemurungan yang sedang ~ jiwanya;\n tertindis\n tertekan, tertindih:\n~ perasaan." "ting I\nbunyi seperti loceng kecil (wang logam jatuh ke lantai dan lain-lain)." "Ting. II\n[kependekan] Tingkatan:\n\n\n~ 4." "tinga\n[Minangkabau] kurang pendengaran." "tingau I\nsejenis jarum daripada buluh atau tanduk untuk menyirat (merajut) jala, cuban." "tingau II\nsejenis tumbuhan (pokok), ceremai burung (hantu), galan, sekincak, selusuh, tingas, tinjau, \nLeptonychia heteroclita (glabra)." "tinggal I\n1.\n diam (di), menetap:\nsejak dari kecil lagi ia ~ di bandar itu; \nsaya ~ di rumah ayah saudara saya; \n2\n. terus berada di (tidak berundur dr), masih ada (di sesuatu tempat):\nsaya tidak boleh ~ lama di sini kerana banyak kerja di rumah; \nesok siapa mahu ~, ~lah, saya mahu pergi juga;\n3\n. yang ada lagi, bakinya, berbaki, bersisa: s\netelah ditolak segala perbelanjaan ~ tiga puluh ringgit sahaja; \nkuih yang dihidangkan habis dimakannya, tidak ada yang ~\n;\n4.\n terkebelakang (daripada orang lain dan lain-lain), ada di belakang, tidak turut maju (naik darjah dan lain-lain):\nmereka semua terus maju ke hadapan, kita juga yang ~; \nmurid yang lulus dalam peperiksaan dinaikkan darjah, yang gagal ~; \n5.\n sudah berlalu (lampau), tidak berlaku atau kedapatan lagi (berkenaan (dengan) peristiwa, keadaan hidup, dan lain-lain):\ncorak masyarakat yang kuno itu sudah ~, diganti dengan cara hidup yang moden;\n6.\n tetap (kekal, selalu) seperti hal atau keadaannya yang sedia (yang demikian):\nakibatnya yang kaya bertambah kaya dan yang miskin ~ miskin; \ntidak ~ \ntidak selalu (sentiasa);\n7.\n mengabaikan, melalaikan, melupakan, mencuaikan:\n ia sangat beribadat orangnya dan tidak ~ sembahyang; \ntidak ~\n tidak mengabaikan:\n8.\n hanya perlu \u2026, tidak payah membuat apa-apa kecuali \u2026:\npersediaan menyambut hari raya sudah siap, ~ menanti harinya sahaja;\n9.\n terpulang (terserah, terletak) pada, bergantung pada:\nkata putus mengenai perkara ini ~ pada pengurus syarikat; \n10.\n yang didiami (diduduki);\n \nrumah (tempat) ~\n rumah (tempat) yang didiami;\n11.\n yang dikosongkan (ditinggalkan):\nmaka adalah kelakuan negeri itu seperti negeri ~, sunyi tiap-tiap kedai dan pasarnya; \nladang ~;\n~ arwah \nsudah meninggal;\n \n~ baka \nyang ada hanya keturunan;\n \n~ tulang \nsangat kurus;\nbertinggal\n = \n~ kata \nberpesan (sebelum berangkat);\nmeninggal =\n \n~ dunia\n kembali ke rahmatullah, mati:\nayahmu yang telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat;\n meninggali\n1.\n menduduki, mendiami:\nrumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya; \n2\n. membiarkan tinggal sesuatu (untuk), memberi pusaka:\nRaja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati;\n meninggalkan\n1.\n membiarkan (mendiamkan) sahaja pada tempatnya (keadaannya dan lain-lain), tidak membawa pergi:\nmereka terpaksa ~ anak isteri di kampung untuk pergi ke bandar mencari pekerjaan; \n2\n. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr:\nia mula ~ tempat itu; \nkereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur;\n3\n. membiarkan berbaki, menyisakan:\ntidak dihabiskan makanan itu, ditinggalkan sedikit untuk anaknya;\n4.\n memberi (kepada), mewariskan, memberi (bekas-bekas, kesan, dan lain-lain), mengakibatkan:\n~ pesanan;\n~ harta; \nsindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yang dalam di hatinya; \n5.\n membiarkan sahaja (tidak mengambil, mempergunakan, dan lain-lain), melepaskan (peluang, kesempatan, dan lain-lain):\nsekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu\n;\n6.\n sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi):\ndalam banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; \ndalam menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan;\n7.\n tidak memasukkan ke dalam pertimbangan (perkiraan dan lain-lain), mengetepikan, mengesampingkan:\nkerana kesuntukan masa, beberapa acara dalam perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; \nia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yang kurang penting;\n8.\n membuang (adat dan lain-lain), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dan lain-lain), meletakkan (mengosongkan) jawatan dan lain-lain:\npenyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; \npernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita;\n9.\n tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajiban dan lain-lain), mencuaikan (mengalpakan, melalaikan):\n~ kewajiban; \ntertinggal\n1.\n terbiar pada tempatnya dan lain-lain (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dan lain-lain):\nia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yang sudah lama ~ di rumah; \n2.\n terkebelakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir:\ntidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang;\n3.\n terdapat sebagai baki daripada sesuatu, tersisa:\nkerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yang ~ begitu sahaja;\n4.\n terabai, terbengkalai:\nbanyaklah kerja-kerja yang ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya;\n tinggalan\n1.\n sesuatu yang ditinggalkan:\nwang ini sahajalah ~ ayahnya; \n2.\n sisa;\n3.\n [arkaik] = \npeninggalan;\nketinggalan\n1.\n yang tinggal baki, kelebihan, sisa:\nbelum dijelaskan semua hutangnya, masih ada~; \n2.\n tertinggal (dengan tidak sengaja), tidak dibawa dan lain-lain (kerana terlupa, khilaf, dan lain-lain), kelupaan:\nrokokku tidak ada dalam saku, ~ di kereta;\n3.\n terbelakang (dalam pelajaran, kemajuan, dan lain-lain), tercicir:\napabila sudah khayal tentulah mereka akan ~ dalam pelajaran;\n4.\n (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dan lain-lain):\nkami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; \n5.\n = \n~ zaman\n tidak seimbang (sesuai) dengan keadaan (kebiasaan dan lain-lain) zaman:\nsikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; \ntidak ~\n tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang (melakukan sesuatu):\nia tidak pula ~ daripada menolong ibu bapanya;\n peninggalan\n1.\n sesuatu yang ditinggalkan, pusaka, warisan:\n~nya, sebuah buku, sekarang ini terletak di hadapan saya di atas meja; \nharta ~\n harta pusaka;\n2.\n = \nsepeninggalan\n seberangkatan, sepemergian, sesudah matinya:\nsepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra;\n3.\n sesuatu sisa atau bekas dari zaman dahulu (purbakala):\nsaya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya;\npeninggal\n1. = sepeninggal\n setelah (berangkat, berlalu), seberangkat, sepergi:\nadapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; \nsepeninggalnya datanglah adiknya; \n2. = sepeninggal\n setelah meninggal (mati):\nsepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu:\n3.\n [sastera lama] yang ditinggalkan, pusaka:\nmaka datanglah Raja Kida Hindi dengan pelbagai permata ~ datuk neneknya." "tinggal II\nburung ~ anak \nsejenis burung, \nCranorrihunus corrugatus." "tinggam\n[Minangkabau] [arkaik] sejenis ilmu (jampi-jampi) untuk menjadikan orang sakit (bengkak-bengkak dan lain-lain) dengan mencucukkan duri ekor pari pada gambarnya;\nmeninggam\n mengenakan tinggam." "tinggang\nsejenis ikan darat, kenderap, kenjing, \nBagarius bagarius." "tinggi\n1.\n besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lawan rendah:\nbangunan tersebut dibina di suatu tempat yang ~; \nkapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; \ndataran (tanah) ~\n dataran (tanah) yang permukaannya jauh ke atas dari permukaan laut;\n2\n. panjang (berkenaan (dengan) bangun tubuh dan lain-lain), lawan pendek:\nHasan ~ orangnya;\n~ pokok itu 20 kaki;\n3\n. hampir sampai ke tempat yang di atas sekali;\n \nmatahari telah ~ \nsudah hampir setengah hari;\n4.\n luhur, mulia:\nkami berdoa agar tercapai cita-citanya yang ~; \nbudi pekerti yang ~\n;\n5\n. peringkat atau tingkat atas (berkenaan (dengan) pangkat, taraf, dan lain-lain), sangat baik (mutu dan lain-lain):\nmahkamah ~; \njawatan ~; \nmartabat ~; \nsekolah ~; \nbarang-barang bermutu ~;\n6\n. sudah lanjut (umur);\n \nusia\n \n~\n sudah tua;\n7.\n mahal (harga dan lain-lain), besar (perbelanjaan dan lain-lain):\npada masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; \nsara hidup di Eropah lebih ~ daripada di Asia;\n8.\n sudah maju (kecerdasan, tamadun, dan lain-lain), berada pada tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan, dan lain-lain):\nbertamadun ~; \nseni yang ~;\n9.\n angkuh, besar diri, sombong:\ncakapnya selalu ~\n;\n \nhidung ~ \nki bongkak, sombong;\n10.\n halus dan keras (suara), muluk, nyaring:\nlagu yang ~ hendaklah dinyanyikan dengan suara yang ~;\n~ hari\n hampir tengah hari;\n \n~ hati \nmegah, sombong;\n \n~ rezeki \ntidak mudah mendapat rezeki;\n~ disusupi, rendah dilangkahi \n= \n~ disigai, besar ditebang \n(peribahasa) dicari (disiasat) sehabis upaya;\n \n~ kelepur, rendah tikam \n= \n~ gelepur, rendah laga \n(peribahasa) banyak cakap tetapi tidak ada buktinya;\n \n~ lawak-lawak \n(peribahasa) perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasanya);\n \nawak rendah sangkutan ~ \n(peribahasa) besar belanja daripada pendapatan;\n \nhendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah\n (peribahasa) orang yang hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya;\n \n(yang) ~ tampak jauh, yang dekat julung bersua \n(peribahasa) pemimpin yang bertanggungjawab (yang mendapat pujian dan celaan);\nmeninggi\n1.\n menjadi tinggi, naik tinggi ke atas:\npokok itu tumbuh membesar dan ~ dari sehari ke sehari; \n2\n. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara):\nsuara orang mengaji semakin ~;\n3\n. angkuh, sombong:\ncakapnya ~ sahaja; \n4.\n menghampiri atau hampir berada pada waktu tengah hari:\nhari semakin ~;\n~ hari \ntinggi hari;\nsetinggi\n1.\n (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi:\nair di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; \npembangunan itu mengandungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; \n2.\n seberapa tinggi:\nmereka dikatakan lebih berminat untuk mendapatkan tawaran gaji ~ yang boleh; \nmemang saya mahu mencipta nama ~ yang mungkin;\n setinggi-tinggi\n1.\n seberapa banyak yang mungkin, tidak terhingga banyaknya, sebanyak-banyaknya:\nbaginda mengucapkan ~ terima kasih kepada sekalian rakyat; \nbeliau juga mengucapkan ~ tahniah dan penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu; \n2.\n seberapa tinggi yang mungkin, paling tinggi:\n~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga;\n meninggikan\n1.\n menjadikan tinggi, menambahkan (mutu dan lain-lain):\n bangunan itu telah ditinggikan lagi dua tingkat; \nkerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; \n2\n. mengangkat (menyanjung) menjadi tinggi;\n \n~ diri \nmembesarkan diri;\n3\n. mengeraskan atau menguatkan (suara);\nmempertinggi\n menjadikan lebih tinggi;\n \n~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena \n(peribahasa) sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yang lebih berat;\nketinggian\n1.\n perihal tinggi, taraf (keadaan dan sebagainya) yang tinggi:\npendidikan dapat membawa kepada kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dalam masyarakat; \nsastera yang mengagungkan ~ budi; \n2\n. (tempat dan lain-lain) yang lebih tinggi duduknya (letaknya):\npeti yang berisi jenazah itu diletakkan di tempat yang agak ~ di tengah aula;\n3\n. terlalu tinggi:\ndahan itu tidak dapat di\nc\napainya kerana ~;\n peninggian\n perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan, dan lain-lain)." "tinggung\nbertinggung, meninggung\n duduk di atas tapak kaki dengan kaki berlipat dan punggung tidak diletakkan di lantai, bercangkung, berjongkok." "tingi\n[Jawa] sejenis kulit kayu yang dijadikan bahan cat untuk mewarnai kain batik." "tingkah I\nperbuatan yang ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam:\nia teringat-ingat ~ kawannya yang cepat menimbulkan marahnya tadi; \nbanyak ~ \nbanyak ragam;\n \nsalah ~ \nberlaku tidak wajar;\n \n~ laku (langkah, perangai) \ngerak-geri, kelakuan, perbuatan:\nia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya;\n bertingkah\n1.\n melakukan perbuatan yang ganjil-ganjil (buruk dan lain-lain):\nmonyet jenis ini suka ~; \n2.\n berbuat tidak wajar (yang bukan-bukan), berlaku ganjil:\njangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi;\n~ laku \nberbuat berbagai-bagai laku, berlaku;\n3. = bertingkahan\n tidak sekata (seimbang, sehaluan) dengan, tidak sama nadanya dan sebagainya (dengan):\nmemanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dengan dram." "tingkah II\n1.\n sejenis gendang;\n2\n. = \ntingkahan\n a) pukulan gendang dan lain-lain yang mengiringi lagu, tarian, dan sebagainya;\n b) nyanyi (tepuk tangan dan lain-lain) yang menyertai bunyi-bunyian;\nbertingkah-tingkah, tingkah-meningkah\n silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan:\nbunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam;\n meningkah, meningkahi\n1.\n memukul gendang dan lain-lain menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain;\n2\n. mengiringi (menyahut) lagu dan lain-lain dengan bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dan lain-lain):\nsuara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi;\n tingkahan\n pukulan gendang, tingkah." "tingkah III\nmeningkah\n \n1.\n membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang:\nAku tidak percaya, katanya ~; \n2\n. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi:\nmaafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; \nia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya." "tingkal\ngaram ~ \nsejenis garam habluran berwarna putih yang dapat larut dalam air (digunakan untuk pateri), boraks." "tingkalak\n[Minangkabau] sejenis alat menangkap ikan yang bentuknya panjang merunjung, sejenis lukah, tengkalak;\n~ menghadap mudik, lukah menghadap hilir \n(peribahasa) segala sesuatu menurut adat kelazimannya." "tingkap\nlubang angin (di dinding rumah dan lain-lain) yang boleh dibuka dan ditutup, jendela:\njika banyak ~ banyaklah udara yang dapat keluar masuk;\n~ kipas \ntingkap yang memakai ram-ram atau bidai (tabir);\n \n~ magun \na) tingkap pada bahagian atas dinding atau bumbung rumah dan sebagainya untuk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit;\n b) tingkap yang tetap dan tidak dibuka-buka pada perahu, kapal dan sebagainya, jendela langit;\n \n~ panjang \ntingkap di sepanjang serambi (beranda);\n \n~ penangguh \ntingkap di bahagian dapur rumah;\n \n~ peranginan \ntingkap di bumbung untuk dimasuki angin;\n \n~ tela \ntingkap untuk masuk cahaya untuk menerangi tela atau ruang rumah;\nmeningkap\n melihat dari tingkap;\ntingkapan\n tingkap kecil, lubang untuk angin masuk." "tingkar\n(Sunda);\nmeningkar\n mengelilingi, mengepung." "tingkarah\n[Minangkabau] tengkarah." "tingkarang\n[Minangkabau] pecahan (periuk dan lain-lain)." "tingkarap\ntengkarap." "tingkas\nnasi\n \n~\n nasi putih yang dibubuh nasi kunyit (yang berwarna lain) di sekelilingnya." "tingkat\n1.\n lapis daripada sesuatu benda (binaan dan lain-lain) yang berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek (bangunan), tumpuan (tangan dan lain-lain):\nbangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; \nmangkuk ~ \nbekas yang bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya;\n \n~ peraduan \nlantai yang lebih tinggi letaknya untuk tempat tidur;\n2.\n = \ntingkatan\n taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dan lain-lain), darjat, kelas, pangkat, peringkat:\njawatannya sekarang lebih tinggi ~nya daripada jawatan sebelumnya; \nkemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yang agak tinggi;\n~ hidup \ntaraf hidup;\n3. = tingkatan\n batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat:\nrancangan itu masih dalam ~ permulaan;\n setingkat\n1.\n satu tingkat (tingkatan);\n2.\n = \n~ dengan\n sama tingkatnya atau martabatnya dan lain-lain (dengan), setaraf (dengan);\n \n~ demi ~\n sedikit demi sedikit (bertambah dan lain-lain);\ntingkat-tingkat\n [Minangkabau] pemijak kaki;\ntetingkat\n kepingan papan dan sebagainya tempat meletakkan buku (pakaian, kasut, dan sebagainya), rak, para;\nbertingkat\n ada tingkatnya, mempunyai tingkat;\nbertingkat-tingkat\n1.\n berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih:\nbangunan-bangunan lama dirobohkan dan pada tempatnya didirikan bangunan yang ~; \n2.\n berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf:\nkebolehan kanak-kanak dalam pelajaran mereka ~ antara seorang dengan yang lain; \nkedudukan manusia dalam sesuatu masyarakat lazimnya ~; \n3.\n makin tinggi (naik, sukar, dan lain-lain) sedikit demi sedikit:\ndalam tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ daripada askar biasa menjadi kapten;\n meningkat\n1.\n menginjak (tangga dan lain-lain) untuk naik ke atas, memanjat (pokok dan lain-lain), menaiki (basikal dan lain-lain):\nsedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu;\n2.\n mencapai tingkat (angka dan lain-lain), naik (meninggi, mengatas, dan lain-lain), bertambah banyak (hebat, penting, dan lain-lain):\nperbelanjaan untuk pendidikan ~ dari setahun ke setahun; \ndengan ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; \nkeriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan;\n3.\n berubah dalam keadaan (masa dan lain-lain) yang lain:\napabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yang gagah berani;\n meningkat-ningkat\n1.\n terus meningkat (bertambah dan lain-lain):\nkeuntungan yang diperolehnya ~;\n2.\n menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yang satu di atas yang lain);\nmeningkatkan\n meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat:\ndaya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; \nkerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi;\n~ diri\n membesarkan (mengangkat) diri;\nmempertingkat\n menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dan lain-lain), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dan lain-lain), memperhebat:\nperanan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; \nsikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen untuk ~ perjuangan mereka;\n tingkatan\n tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat;\n \n~ gaji \nperingkat (tingkat) gaji;\n \norang ~ atasan \norang kelas (golongan) atasan;\npeningkatan\n perbuatan (usaha dan sebagainya) meningkatkan atau mempertingkatkan:\n~ daya pengeluaran;\n~ hasil jualan;\n~ mutu." "tingkep\n[Jawa] istiadat dan kenduri pada ketika orang mengandung tujuh bulan." "tingkil I\nbertingkil-tingkil\n bergugus-gugus, bergayut-gayut (buah-buahan)." "tingkil II\nbertingkil\n = \n~ hati \nberdendam, berdengki." "tingkir\nbertingkir\n bertenggek, bertengger." "tingkis\n~ hati\n bertingkil hati, berdendam, berdengki." "tingkrang\n[Jakarta] [arkaik];\nmentingkrang\n duduk dengan tidak senonoh (di kerusi dan lain-lain)." "tingkuh\n[Minangkabau];\nbertingkuh\n berbantah, bertengkar." "tingting I\nbunyi seperti bunyi duit syiling berhantukan." "tingting II\nsejenis permainan kanak-kanak yang dilakukan secara melompat-lompat dengan sebelah kaki di petak-petak tertentu yang dilukis." "tingtong\nbunyi seperti bunyi loceng." "tinja\n[Indonesia] tahi." "tinjak\n[arkaik] pijak, hentakan kaki." "tinjau I\n~ karang \nsejenis anjung di perahu (untuk melihat-lihat batu karang di laut);\nbertinjau-tinjauan\n tinjau-meninjau;\nmeninjau\n1.\n memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dari tempat yang tinggi atau dari jauh:\ndari tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yang sedang dirayapi malam; \ndia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan;\n2.\n datang (berkunjung) untuk melihat-lihat (mengamat-amati dan lain-lain), mengunjungi (untuk mengetahui sesuatu), melawat:\nahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; \nibunya selalu ~ ke rumahnya;\n3.\n mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat:\npasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; \n4.\n memeriksa, mempelajari, meneliti, mengkaji:\nmemang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yang akan memudahkan penyelesaian masalah itu; \njika ditinjau dari sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; \npegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya;\n5\n. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dan lain-lain), menduga (hati, perasaan):\ntujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; \nduduk meraut ranjau, tegak ~ jarah \n(peribahasa) tidak berhenti-henti bekerja dengan teliti;\nmeninjau-ninjau\n datang atau berkunjung untuk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dan sebagainya sesuatu yang belum pasti kedapatannya:\nkemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru; \npuas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yang kelihatan;\n tinjau-meninjau\n1.\n saling meninjau (lihat-melihat dan lain-lain);\n2.\n mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada;\ntinjauan\n1.\n perbuatan meninjau:\nsebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ untuk mengetahui pendapat umum;\n2.\n hasil daripada meninjau, pandangan;\npeninjauan\n1.\n perihal meninjau;\n2.\n tempat yang digunakan untuk kerja meninjau;\npeninjau\n orang yang meninjau;\n \npesawat ~\n [Indonesia] kapal terbang pengintip." "tinjau II\n~ belukar\na) sejenis tumbuhan (pokok renek), ulai-ulai, \nGreenia corymbosa; \nb) sejenis tumbuhan (pokok), cemantung jantan, derumun hitam, jambu arang, medang kelawa (mendung, musang), \nElaeocarpus paniculatus; \nc) [kiasan] menarik dipandang dari jauh tetapi tidak menarik jika dipandang dari dekat (berkenaan (dengan) seseorang):\ndia ~ belukar sahaja, apabila dekat tidaklah secantik manapun." "tinju\n1.\n genggaman tangan (seperti hendak menumbuk), penumbuk:\nkalau kau menghina aku, ~ku akan segera tiba di hidungmu; \nadu ~ \n[Indonesia] = \nbermain ~\n = \nperaduan (perlawanan) ~ \nperlawanan tumbuk-menumbuk;\n \nahli (jago) ~ \nahli dalam perlawanan tinju;\n2.\n pukulan (tumbukan) dengan genggaman tangan:\nkepalanya benjol-benjol kena ~ beberapa orang yang menyerangnya;\n bertinju\n bertumbuk;\nmeninju\n memukul dengan tinju, menumbuk:\nsetelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis;\n meninjukan\n \n~ tangan \nmenggenggam (mengepal) tangan;\npertinjuan\n perihal bertinju;\npeninju\n1.\n tinju, penumbuk:\n~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; \n2.\n orang yang meninju;\npetinju\n orang yang berlawan tinju, ahli tinju:\nia bangga benar seperti ~ yang menang di gelanggang." "tinta\ndakwat, mangsi:\ndicecahkannya pena itu ke dalam ~ lalu ditulis namanya pada sekeping kertas;\n~ cetak \nsejenis dakwat untuk mencetak buku dan lain-lain;\n \n~ emas \ndakwat yang berwarna seperti warna emas." "tinting I\nmeninting\n \n1.\n mengetuk (menghempaskan) wang logam hingga berbunyi (kerana hendak menguji palsu atau tidak);\n2.\n menggoncang-goncang nyiru dan lain-lain untuk memilih beras dan lain-lain, mengetuk-getuk ayakan dan lain-lain untuk menapis tepung;\n3.\n [kiasan] meneliti (menapis, menimbang) salah benar atau buruk baik dan lain-lain sesuatu:\nsetelah ~ dan menimbang, ia rasa sudah sampai masanya ia menerangkan segala-galanya;\n tintingan\n tapisan, ayakan (pengayak)." "tinting II\ntingting I." "tinting III\nburung ~ sungai \nsejenis burung, binti-binti, raja udang, \nAlcedo meninting verrauxii." "tintir\nsejenis lampu minyak tanah, pelita:\ncahaya ~ di situ tidak berapa terang.\nTionghoa\n (orang) Cina;\n \nbahasa (bangsa) ~ \nbahasa (bangsa) Cina." "Tiongkok\nbenua China." "tip I\n1.\n sedikit wang atau upah tambahan yang diberikan kepada seseorang, misalnya pelayan hotel, sebagai tanda menghargai khidmatnya:\nbaki wang membeli rokok itu diberikannya kepada budak itu sebagai ~; \n2.\n maklumat dalaman yang sangat berguna, terutamanya berhubung dengan pasaran saham, lumba kuda dan sebagainya;\n3.\n [bahasa percakapan] petua tentang sesuatu seperti kecantikan, kesihatan dan masak-memasak." "tip II\nmesin ~\n mesin taip;\nmengetip\n menaip, mengetik;\n= tik I." "tip III\nmengetip; \n~ bola \n[bahasa percakapan] menumbuk bola." "tipa\nmodel, corak, jenis:\nselalunya yang dibandingkan dalam kajian sastera bandingan ialah karya-karya sastera yang satu jenis atau\n \n~\n." "tipai\nsejenis tiram, \nPinctada margaritifera." "tipak I\n[Minangkabau]\n1.\n giliran;\n2.\n bahagian yang dikhaskan (untuk);\n3.\n karib, erat, rapat;\n4.\n mengenai, berkaitan dengan, tentang;\nbertipak\n1.\n (sudah) dibahagi-bahagi;\n \npusaka itu sudah ~\n pusaka itu sudah dibahagi-bahagi (kpada waris-warisnya);\n2.\n menurut, mengenai;\n \nperaturan bertipak-tipak \nperaturan menurut (mengenai) kaum atau pihak yang tertentu." "tipak II\n[arkaik];\n~ sirih\ntepak." "tipar\n[Jakarta] ladang padi, huma." "tipas\nmenipas\n [Kelantan] menampar." "tipe\n[Indonesia-Belanda] \ntipa." "tipen\n= tepen." "tipikal\nbersifat seperti yang lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dan sebagainya), biasa:\ntokoh Pantalone yang secara ~ mewakili saudagar yang kikir." "tipis\n1.\n tidak tebal, nipis (barang pipih seperti kertas, kaca, dan lain-lain):\nbajunya daripada kain ~;\n2.\n kurang tebal lapisannya (berkenaan (dengan) cat dan lain-lain):\nia memakai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihatan;\n3.\n kurang padat (berkenaan (dengan) asap, awan, dan lain-lain):\ncuaca petang amat baik, awan putih ~ melindungi matahari; \n4.\n kurang terang (tulisan):\ntulisannya ~;\n5\n. sedikit sahaja (tidak besar), hampir tidak ada:\nharapan kita untuk melahirkan penulis-penulis yang agung dengan karya-karya yang besar agak ~ ; \nkemungkinan tercapainya keamanan yang berkekalan sangat ~;\n6\n. sangat sedikit, tinggal sedikit:\ntidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli; \nmendapat keuntungan ~\n mendapat keuntungan yang sangat sedikit;\n~ bibirnya \n= \nbibirnya ~\n ki\na) pandai (suka) berkata-kata;\n b) mudah berkata yang bukan-bukan, lancang mulut, cerewet;\n \n~ telinga\n lekas naik radang (oleh kata-kata yang membangkitkan kemarahan);\nmenipis\n1.\n menjadi tipis;\n2.\n makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dan lain-lain):\nharapannya mencapai cita-citanya makin ~; \nkabus di puncak bukit di kampung itu kian ~;\nmenipiskan\n menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dan lain-lain):\n~ getah dengan mesin; \nperbuatan curangnya ~ kepercayaan orang terhadapnya;\n ketipisan\n perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu:\n ~ minat;\n penipisan\n (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan:\ntetroflurokarbon menyebabkan ~ lapisan ozon." "tipografi\n(Percetakan)\n1.\n kerja atau proses menyusun dan menyediakan bahan bertulis untuk pencetakan;\n2.\n gaya, bentuk susunan, dan rupa sesuatu bahan bercetak." "tipologi\nkajian tentang tipa (model, jenis, golongan, dan sebagainya) atau tentang pertalian antara tipa serta sifat atau perwatakan yang terdapat (pada setiap tipa)." "tipu\nperbuatan curang atau kata-kata dusta untuk menyesatkan orang, kecoh, muslihat;\n \n~ daya (helah, muslihat, belit) \nberbagai-bagai tipu (perbuatan memperdaya);\n \n~ semu \ntipu daya;\n \n~ Acheh gurindam Barus\n (peribahasa) tipu muslihat yang halus dan licin;\nmenipu\n mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh:\nia dituduh ~ orang ramai dengan menjual barang-barang palsu; \nditipu tegak-tegak \nditipu benar-benar;\ntertipu\n (telah) ditipu;\ntipuan\n perihal menipu, tipu:\nbanyak orang yang hidup sengsara akibat kemiskinan dan ~ orang;\n penipuan\n1.\n perbuatan menipu:\nsukatan dan ukuran piawai dapat mencegah ~;\n2.\n perkara (kejadian) menipu:\nberbagai-bagai cerita tentang ~ telah dilaporkan kepada polis;\n penipu\n orang yang menipu." "tipus\nsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), kelumpang, nyamuk, medang berhulu, menggading, \nMeliosma elliptica." "tir\nsejenis buah catur, benteng." "tirah\n1.\n pergi ke tempat lain (untuk berubat dan lain-lain);\n2.\n pergi mengungsi;\npetirahan\n tempat untuk berubat atau untuk beristirahat supaya pulih kesihatan;\n= tetirah." "tirai\n1.\n kain yang berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dan lain-lain):\nkerja menghias pentas persandingan, langit-langit, ~, hamparan sudah siap;\n2.\n kain yang dipasang labuh hingga ke lantai (untuk menutup pintu, menyekat ruang, dan lain-lain), tabir:\n~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua buah bilik;\n~ belakang\n latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dan lain-lain);\n \n~ besi\n garis (sempadan) yang mengasingkan negara-negara blok komunis dengan negara-negara blok lain;\n \n~ kelambu \nkelambu tempat tidur;\n \n~\n \n-mirai \nberbagai-bagai jenis tirai;\nbertirai\n berpasang tirai, bertabir:\npentas itu belum ~;\nbertiraikan\n menggunakan sesuatu (kain dan sebagainya) sebagai tirai, bertabirkan:\nruang itu ~ sehelai kain yang besar." "tirak\nsejenis tumbuhan (pokok), beras-beras, betutu, ceremai burung, jerak, jerak merah (putih), kelantang, \nEurya japonica (acuminata)." "tirakat\n[Arab] memencilkan diri ke tempat yang sunyi, berkhalwat, bertarak." "tiram I\nsejenis lokan (binatang berkulit kapur) yang boleh dimakan isinya;\n jenis-jenisnya:\n~ bakau, ~ batu, ~ kera, \ndan lain-lain;\npetiraman\n tempat longgokan tiram." "tiram II\nsejenis ikan laut, \nClupea kanagurta (Alosa kanagurta)." "tirani\ncorak pemerintahan yang zalim (oleh pemimpin negara, puak, dan lain-lain) yang menggunakan kekuasaan sesuka hati." "tiras\nguntingan benang (kain dan lain-lain), benang yang berjurai-jurai pada tepi kain dan lain-lain;\nbertiras-tiras\n berbenang-benang pada tepinya (kain dan lain-lain yang sudah lama digunakan)." "tirau\n[Minangkabau] sejenis hantu yang jahat." "tiri\n(anak, bapa, ibu) yang tidak ada perhubungan darah, bukan (anak, bapa, ibu) sendiri." "tiris\n1.\n bocor (atap, perahu, bekas air, dan lain-lain):\nbumbung\n \nrumahnya ~; \ndijahit layar mana yang robek, biduk ditambal mana yang ~;\n2.\n meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik:\nair dalam tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; \nair digenggam tiada ~ \n(peribahasa) sangat berhati-hati mengeluarkan wang;\ntirisan\n tempat yang tiris;\nketirisan\n kebocoran:\n~ atap rumah;\n~ rahsia." "tirjup\nburung ~\n sejenis burung, burung balai, burung papak, \nLanius spp.;\n~ rimau, Lanius tigrinus;\n~ rimba, Lanius bucephalus;\n~ tanah, Lanius cristatus." "tirkah\npeninggalan, pusaka." "tiroid\n kelenjar\n~\n (Biologi) organ (terletak di bahagian hadapan leher) yang mengeluarkan sejenis hormon untuk mengawal kadar pertumbuhan badan." "tiroidektomi\n(Perubatan) pembuangan kelenjar tiroid secara pembedahan." "tiroiditis\n(Perubatan) radang pada kelenjar tiroid." "tiroksina\n(Biologi) hormon yang disintesis di dalam kelenjar tiroid, mengandungi iodin, dan diperlukan untuk pertumbuhan tubuh yang normal." "tiru\n~ teladan \n(sesuatu yang menjadi) contoh, teladan;\nmeniru\n1.\n mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dan lain-lain) orang dan lain-lain, mencontoh, meneladan:\nkanak-kanak dengan senang dapat membentuk sesuatu tabiat dengan jalan ~; \nahli kelakar itu berkelakar dengan ~ cara bangsa lain bercakap;\n2.\n membuat sesuatu yang bukan asli (tulen), memalsukan:\norang Jepun dapat ~ berbagai-bagai jenis barang buatan Eropah;\n \n~ tandatangan orang;\n meniru-niru\n mengikut-ikut (perbuatan dan lain-lain orang), menyama-nyamai:\npada sangka mereka itu, sekalian ilmu mengarang itu suatu pekerjaan yang ringan, boleh mendapat dengan mendengar-dengar dan ~ sahaja;\ntertiri-tiru\n terikut-ikut:\n dengan ~ sikap seseorang boleh menjadi kafir;\n tiruan\n1.\n perbuatan meniru;\n2.\n hasil meniru (bukan asli atau tulen), hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli ;\n \ngetah ~ \ngetah buatan (bukan getah asli);\n \nsutera ~\n sutera buatan (bukan sutera asli);\ntiru-tiruan\n suka meniru-niru:\nia mesti berpunca daripada jiwa dan lubuk hati pelakonnya sendiri dan bukan semata-mata ~;\npeniruan\n perihal (proses, perbuatan) meniru:\nkami tidak menggalakkan ~ terus teknik Jepun ataupun falsafah pengurusan dan kebudayaan mereka;\n peniru\n orang yang meniru:\nkita akan menjadi ~ Barat yang sentiasa taat." "tiruk I\nsejenis ikan laut,\n Pellona spp." "tiruk II\nsejenis tombak (tempuling) yang lurus matanya (untuk menangkap ikan)." "tiruk III\nnyamuk ~ \nsejenis nyamuk yang membawa kuman penyakit malaria, \nAnopheles spp." "tiruk IV\nburung ~ \nsejenis burung\n, Capella magala." "tirus\nmakin kecil ke hujung, lancip, runcing:\nkeris ini mempunyai mata yang panjang serta ~ ; \nkaki ~ ;\nmenirus\n menjadi tirus, melancip, meruncing:\ndi bahagian kiri terbentang sebidang sawah yang ~ hilang ke belakang tanjung;\n meniruskan\n menjadikan tirus, melancipkan, meruncingkan;\npenirusan\n perihal meniruskan, pelancipan, peruncingan." "tis\n[Jawa];\npanas ~ \npanas sejuk (penyakit demam malaria)." "tisik\nmenisik, menisiki\n menjerumat (kain dan lain-lain yang koyak);\ntisikan\n1.\n yang sudah ditisik;\n2.\n cara menisik;\n3.\n hasil menisik." "tisu\n1.\n sekumpulan sel pada haiwan atau tumbuhan yang mempunyai bentuk dan struktur yang serupa yang sama-sama melakukan sesuatu fungsi tertentu;\n \n~ badan;\n~ otot;\n~ saraf;\n2.\n = \nkertas ~ \nkertas yang nipis, lembut, dan sangat mudah menyerap, yang biasanya digunakan sebagai sapu tangan dan sebagainya." "titah\n[bahasa dalam] kata (raja), perintah (raja);\n \nmenjunjung ~\n menjalankan perintah (raja);\n \n~ diraja \ntitah Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong dalam Parlimen yang menerangkan dasar pemerintahan dan rancangan kerajaan;\n \n~ perintah \n[sastera lama] berbagai-bagai titah (raja);\nbertitah\n berkata, memberi perintah:\nmaka raja pun ~ kepada segala menteri;\n~ lalu sembah berlaku \n(peribahasa) jika kita turut kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya pula;\nmenitahkan\n memerintahkan, menyuruh:\nmaka raja China pun ~ utusan ke Melaka." "titanium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang berwarna putih, mulur, tahan kakis, dan digunakan dalam pembuatan aloi ringan dan sebagai agen pengoksidaan dan elektrod." "titar\nbertitar-titar\n [sastera lama] bergerak ke sana sini dengan pantas:\nmaka Tun Tuah pun segera berbangkit lalu berdiri ~ di hadapan Taming Sari." "titi\n= titian\n jambatan (daripada batang pokok, papan, dan lain-lain), lorong kecil (sempit) yang dilapiki papan (batu dan sebagainya) tempat berpijak sewaktu berjalan:\nsepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu;\n~ udara \njambatan udara;\nbertiti\n mempunyai (ada) titi:\nlongkang yang besar itu tidak ~;\n bertitikan\n mempunyai sesuatu sebagai titi:\nparit itu ~ batang pokok kelapa;\n meniti\n1.\n berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yang berlapikkan kayu (batu dan sebagainya):\nSaufi ~ batang kayu di atas sungai itu dengan hemat hingga sampai ke tebing;\n2.\n [kiasan] menjalani, mengharungi (perlahan-lahan);\n3.\n [kiasan] menjalar, merebak, meresap:\nperlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dalam dirinya; \ntiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dari satu lidah ke satu lidah anak-anak muda;\n~ buih\na) sudah hampir separas bibir perahu dengan permukaan air (berkenaan (dengan) perahu yang sarat);\n b) [kiasan] membuat sesuatu yang sukar;\ntitian\n1.\n titi;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang menjadi penghubung antara dua pihak dan lain-lain;\n~ berakuk \ntipu muslihat (untuk memperdaya orang);\n~ air polongan asap \n(peribahasa) orang pengantara yang menolong kita mencari keuntungan dan lain-lain;\n \n~ biasa lapuk, janji biasa mungkir \n(peribahasa) janji tidak harus dipercayai kerana boleh dimungkiri;\n \nmembuat ~ berakuk\n (peribahasa) berusaha mengenakan tipu muslihat untuk mendatangkan bencana kepada seseorang." "titiang\n[Jawa] hamba, patik." "titih\npetitih." "titik berat\n1.\n [Indonesia] pusat berat sesuatu benda;\n 2\n. [kiasan] perkara yang sangat penting atau diutamakan;\nmenitikberatkan\n mementingkan, mengutamakan:\nbeliau menyeru rakyat supaya lebih ~ kepentingan negara daripada kepentingan sendiri;\npenitikberatan\n perbuatan menitikberatkan sesuatu\n." "titik I\n1.\n titis, derai (air dan lain-lain):\ndaripada kelopak matanya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; \nhujan masih turun setitik-setitik;\n2.\n = \nbertitik\n keluar atau jatuh berderai-derai:\nhujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; \ndarahnya ~ ke bumi;\n~ buta \n(Perubatan) bahagian retina yang tidak peka terhadap cahaya;\n \n~ lidah \n[sastera lama] perkataan;\n \n~ peluh\n penat lelah (usaha yang bersungguh-sungguh);\n \n~ daripada mulutnya \n[sastera lama] dikatakan (diucapkan, dijanjikan, dan lain-lain);\n \n~ selera \nsangat inginkan (sesuatu makanan);\nbiar ~ jangan tumpah \n(peribahasa) biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar;\n \ntakut ~ lalu tumpah\n (peribahasa) hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar;\n \n~ ditampung, meresap dipalit \n(peribahasa) pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua;\nbertitik, menitik\n menitis, berderai:\nhujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah;\n \ndititik belah, dipalu datar\n (peribahasa) kerosakan yang tidak dapat diperbaiki lagi;\nmenitiki\n menitiskan (air dan lain-lain) pada;\nmenitikkan\n menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dan lain-lain):\ndoktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dalam kelopak matanya;\n titikan\n titisan (air dan lain-lain);\npenitikan\n perihal menitikkan sesuatu, penitisan." "titik II\n1.\n tanda yang bulat halus (untuk menunjukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dan lain-lain), noktah:\ndi hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~;\n2.\n [kiasan] sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dan lain-lain) yang penting (khusus, menarik perhatian, dan lain-lain):\ntidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; \npada satu\n \n~\n,\n pengiktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan;\n~ api\n [Indonesia] tumpuan pertemuan sinar yang dibalikkan atau dipecahkan oleh kanta;\n \n~ bengik \nkecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dengan hal-hal yang \n~\n bengik;\n ~ bertindih \ntanda yang terdiri daripada dua titik bertindih (tanda \ud83d\ude42 digunakan dalam penulisan sebelum memperkenalkan atau menyenaraikan sesuatu;\n \n~ cuali \n= \n~ neutral \n(Fizik) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet;\n \n~ didih \n[Indonesia] tingkat suhu apabila sesuatu cecair mendidih;\n \n~ dua \ntitik (noktah) bertindih (tanda:);\n \n~ kata \nkata pemutus, keputusan;\n \n~ koma \ntanda koma dengan titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;\n);\n \n~ mata\na) titik (tempat) pada sesuatu yang menjadi tumpuan pelihatan mata;\n b) [kiasan] sesuatu yang menarik perhatian (minat) orang ramai;\n \n~ menengah \nark titik pusat;\n \n~ pangkal\n = \n~ tolak \nperkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dan lain-lain) mengenai sesuatu, sesuatu yang menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dan lain-lain);\n ~ peralihan \nsesuatu yang menjadi atau menandakan permulaan sesuatu perubahan atau perkembangan baru;\n \n~ permulaan \nsesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dan lain-lain) yang menjadi punca atau asas untuk mencapai sesuatu yang lebih besar (yang selanjutnya);\n \n~ perpuluhan \ntanda titik di antara dua rangka yang mengasingkan angka se(satuan) dengan pecahan perpuluhan;\n \n~ persamaan \nunsur-unsur (bahagian-bahagian) yang menampakkan persamaan (antara beberapa pendapat dan lain-lain);\n \n~ persilangan \n(Matematik) tumpuan pada persilangan dua garis (tempat bersilang dua garis);\n \n~ pusat \n[Indonesia] titik di tengah-tengah bulatan dan lain-lain;\n \n~ sentuh \n(Matematik) tumpuan (tempat) garis kena (bersentuh) pada sempadan (batas) bulatan;\n \n~ tolak\n = \n~ pangkal; \ntidak tentu ~ komanya\n [kiasan] tidak tentu hujung pangkalnya (berkenaan (dengan) percakapan seseorang);\nmenitik\n membubuh tanda titik." "titik III\nbertitik\n dipukul, ditempa;\n \nemas ~ \nemas yang ditempa;\nmenitik\n1.\n memukuli (besi, emas, dan lain-lain) berkali-kali, menempa:\norang yang hendak dihukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur;\n~ emas;\n2.\n [bahasa percakapan] memukul (kerana mendenda), merotan:\nkalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk." "titik tolak\nperkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dan lain-lain) mengenai sesuatu, sesuatu yang menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dan lain-lain);\nbertitik tolak\n1.\n bermula:\npersoalan itu harus ~ dengan mengenal pasti punca masalahnya;\n 2.\n berpunca:\n pihak polis mendapati bahawa kes pembunuhan tersebut ~ daripada motif yang sama." "titimangsa\n[Jawa] [arkaik] hari bulan, tanggal, tarikh." "titinada\n[Indonesia] tanda nada (lagu), not." "titip\nmenitip, menitipkan\n \n1.\n memberikan sesuatu untuk disimpan (disampaikan kepada orang lain dan lain-lain), mengamanahkan:\nsurat itu tidak kami kirim dengan pos melainkan kami titipkan kepada seorang kenalan; \ndia ~ anaknya kepada jirannya semasa dia ke bandar;\n2.\n menyerahkan (barang dagangan) supaya dijualkan;\ntitipan\n sesuatu yang dititipkan (diamanahkan):\nwang ini ialah ~ ibuku kepada aku." "titir I\nbunyi canang (gendang, ketuk-ketuk, dan lain-lain) yang bertalu-talu yang menandakan ada bahaya dan lain-lain;\nmenitir\n memalu (canang, gendang, dan lain-lain) bertalu-talu:\nmaka orang ~ gendang raya, sekalian orang pun berkampung." "titir II\ntitiran\n [Jakarta] baling-baling, bulang-baling." "titir III\nketitir, ketitiran\n sejenis burung, burung merbuk;\nbertitir, menitir\n berbunyi (berkenaan (dengan) burung ketitir);\nketitir." "titis I\ntitik (air dan lain-lain): \ndengan tidak disedarinya air matanya jatuh beberapa ~;\n bertitis = menitis;\nbertitisan\n menitis dengan banyaknya:\nembun jantan ~ membasahi bumi; \nair matanya dibiarkan ~ membasahi pipi;\n menitis\n jatuh setitik demi setitik (air dan lain-lain), menitik, bertitik(-titik):\nair hujan masih lagi ~ daripada daun-daun kayu di keliling rumah itu;\n menitisi\n menitis pada, menitiki;\nmenitiskan\n menyebabkan (menjatuhkan) bertitis-titis, menitikkan:\n apabila lada dan bawang sudah masak baru dititiskan cuka sekadarnya;\n titisan\n1.\n sesuatu yang menitis:\ndirenunginya ~ air hujan bersambung-sambung turun daripada bumbung biliknya; \n2.\n = \n~ darah \nketurunan;\n \n~ pena \nkarangan, ciptaan (sastera)." "titis II\n[Jawa];\nmenitis\n berpindah ke tubuh manusia (binatang dan lain-lain), menjelma (berkenaan (dengan) jiwa);\ntitisan\n penjelmaan;\npenitisan\n1.\n perihal menitis, penjelmaan (perpindahan) jiwa;\n2.\n ilmu (kepercayaan) mengenai hal menitis." "titisara\n[Jawa] tanah kampung (hasil yang diperoleh digunakan untuk keperluan kampung)." "titit\nbunyi seperti bunyi kod Morse pada radio:\nperisik-perisik itu mendengar-dengarkan bunyi ~ daripada radio yang bererti ada orang yang menerima atau mengirim berita." "tituler\n[Indonesia-Belanda] mempunyai gelaran tetapi tidak menjalankan tugas yang terkandung dalam gelaran tersebut;\n \njenderal ~ \nbergelar jenderal tetapi bukan pegawai dalam tentera." "tiub I\n1.\n benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak:\n~ kaca (getah); \n2.\n sejenis bekas daripada plastik dan lain-lain yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dan sebagainya:\n~ ubat gigi; \n3.\n bahagian dalam tayar basikal dan lain-lain;\n~ Fallopio \n(Biologi) satu daripada sepasang tiub yang membawa ovum dari ovari ke dalam rahim mamalia (termasuk manusia);\n \n~ pengering \n(Kimia) tiub yang diisi dengan bahan pengering seperti kalsium klorida, dan digunakan untuk mengeringkan gas atau wap;\n ~ sinar katod \n(Fizik) sejenis peranti yang digunakan untuk memaparkan data atau maklumat yang terhasil daripada pesongan elektron dalam tiub vakum;\n \n~ vakum \n(Fizik) sejenis tiub yang divakumkan dan mengandungi beberapa elektrod untuk mengawal pengaliran elektron;\nbertiub\n mempunyai tiub." "tiub II\nsistem kereta api bawah tanah, terutamanya di London." "tiung\n1.\n = \n~ mas = ~ bukit \nsejenis burung, \nGracular religiosa; \n2\n. = \n~ belacan\n sejenis burung, burung gua, burung kuborriba, burung siput, gagak gunung, \nMyophoneus caeruleus;\n3.\n = \n~ gajah \n= \n~ batu \nsejenis burung, \nEurystomus orientalis." "tiup\n1.\n hembus, hembusan (angin, udara);\n2.\n [bahasa percakapan] sembur (jampi-jampi);\ntiup-tiup\n sejenis alat bunyian yang dibunyikan dengan meniup, sejenis wisel;\nbertiup\n1.\n bergerak (angin), berhembus, mengalir:\nangin laut ~ dengan kencangnya; \n2\n. [kiasan] merebak (khabar angin), tersebar (berita):\ndengan segera berita yang ~ kencang itu disampaikannya kepada ketuanya;\n3\n. [Minangkabau] berkerumun;\n \n~ orang melihat \nberkerumun orang melihat;\nmeniup\n1.\n mengeluarkan nafas (udara), menghembus:\nlangsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin daripada luar; \ndia memarakkan api dengan ~nya;\n~ belon \nmenggembungkan belon dengan nafas dan lain-lain;\n2\n. membunyikan (alat bunyian dan lain-lain) dengan menghembus udara menerusinya:\ntangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ serunai;\n \npengadil permainan bola memberhentikan permainan dengan ~ wiselnya panjang-panjang;\n 3\n. = \nmeniupi\n [bahasa percakapan] menyembur (bomoh yang memanterai):\n bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; \n4\n. = \nmeniup-niup\n [kiasan] membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dan lain-lain):\nbeliau telah berusaha ~ semangat baru kepada pelajar-pelajar Melayu;\n meniupkan\n1.\n menghembuskan:\nangin ~ debunga itu daripada stamen berpindah ke stigma; \n2\n. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi:\ndibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali;\n3\n. [kiasan] membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (perselisihan, pertengkaran, dan lain-lain):\nkarangannya ~ semangat berkhidmat dengan tidak mementingkan diri sendiri;\ntiupan\n1.\n perihal bertiup, hembusan:\n~ angin pagi itu telah beransur kencang; \n2\n. hasil meniup, bunyi (trompet dan lain-lain) kerana ditiup:\nmalam itu riuh-rendah dengan ~ trompet dan petikan gitar; \n3\n. yang ditiup:\nalat ~ ;\npeniupan\n perbuatan meniup:\n ~ emosi yang kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dengan seruan itu;\n peniup\n1.\n alat yang menerusinya ditiupkan udara;\n2\n. orang yang meniup (alat bunyian):\nia bekerja sebagai ~ trompet di sebuah kelab malam;\n~ kaca \norang yang berkemahiran meniup kaca separa lebur untuk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, seperti botol dan sebagainya." "tiup-tiup\nsejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dibuat papan dan lain-lain),\n Adinandra clumosa." "tiwikrama\n[Jawa] = \nbertiwikrama\n1.\n berusaha sedaya upaya agar tercapai maksud (cita-cita);\n2.\n bertukar (menjelma) jadi raksasa dan lain-lain (dalam cerita wayang):\nrakyat jelata lantas bergerak, bumi dan angkasa Perancis gementar dan pecah seakan-akan Krishna bertiwikrama.\nTj.\n [kependekan] Tanjung." "TKO\n[kependekan] \ntechnical knockout \n(iaitu keputusan memberhentikan perlawanan tinju oleh pengadil apabila salah seorang peserta tidak lagi berdaya untuk meneruskan perlawanan, dan mengisytiharkan kemenangan kepada lawannya):\nbeliau yang tewas melalui ~ dalam pusingan ke-11 kelmarin tetap ghairah untuk menghadapi perlawanan ulangan.\nTl\n simbol kimia bagi talium." "Tkt.\n[kependekan] Tingkat." "Tm\nsimbol kimia bagi tulium." "Tmn.\n[kependekan] Taman." "Tn.\n[kependekan] Tuan." "TNB\n[kependekan] Tenaga Nasional Berhad." "TNI\n[kependekan] Tentera Nasional Indonesia." "TNT\n[kependekan] trinitrotoluena." "toaha\n[Cina] kain kecil yang dililit di lengan baju (sebagai tanda bersedih dan lain-lain)." "tobak\n[arkaik]; \nbertobak\n berpepat atau berkerat kuku (yang pertama sekali);\nmenobak\n memepat (mengerat) kuku." "tobat\n[bahasa percakapan] taubat." "tobji\n[sastera lama] orang yang menembak meriam, penembak meriam." "toblos\n[Jakarta];\nmenoblos\n mencucuk (menusuk) sehingga tembus;\n= tobros." "toboh\n[Minangkabau] kelompok, regu, rombongan, (se)kawan;\nbertoboh-toboh\n beregu-regu, berkelompok-kelompok, berkawan-kawan:\nbermain dengan ~ atau berkumpul-kumpul." "tobralko\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] sejenis cita." "tobros\n[Jakarta] tembus, terobos;\nmenobros\n melantas terus, menembus, menerobos (barisan dan lain-lain):\n~ lapisan orang yang berdesak-desak di depan pintu;\n penobrosan\n perihal menobros, penerobosan;\n= terobos, toblos." "tocang\n[Cina]\n1.\n kepang rambut (anak perempuan dan lain-lain), dandan;\n2.\n [Kedah], [Pulau Pinang] ekor kuda (fesyen rambut);\nbertocang\n1.\n mengepang rambut, mendandan:\nseorang gadis Cina yang ~ panjang; \n2.\n mengikat tocang (ekor kuda)." "toclait\n[bahasa percakapan] = \nlampu ~\n lampu suluh yang menggunakan bateri, lampu picit." "todak\nsejenis ikan laut (bermuncung panjang lagi tajam seperti mata tombak), \nTylosurus spp.; \nyu ~ \nsejenis ikan yu, yu gergaji, \nPristiophorus spp\n." "todang\n[Johor], [Minangkabau];\nbertodang\n berhambus, nyah." "todi\nsejenis minuman yang memabukkan (dibuat daripada nira nyiur yang dimasamkan);\nkaki ~ \norang yang kuat minum todi;\n \nmabuk ~ \nmabuk kerana minum todi." "todong\n[Jakarta];\nmenodong\n mengarahkan senjata kepada (untuk mengancam):\nperempuan itu ditodong dengan pistol oleh laki-laki yang masuk tadi;\n menodongkan\n mengarahkan (senjata seperti pistol dan lain-lain) kepada, mengacukan kepada:\nia ~ pistolnya kepada saya.\nToechew\n suku kaum Cina yang berasal dari selatan Shantou, tenggara China, dan tinggal di merata tempat di dunia." "TOEFL\n[kependekan] \nTest of English as Foreign Language\n (Ujian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing)." "tofi\nsejenis gula-gula keras dan lekit, biasanya berwarna perang yang dibuat daripada campuran gula, mentega dan sebagainya yang dimasak." "toga\nsejenis baju labuh yang lebar lengannya (sebagai pakaian rasmi mahaguru, hakim, dan lain-lain)." "togak\n[Kelantan] sejenis gergaji (tangan) yang pendek." "togal\nsejenis pasak (baji) untuk menetapkan ikatan (tali dan lain-lain)." "togan\n[arkaik];\nmenogan\n melontarkan (guli, gundu, dan lain-lain) menuju ke sasarannya." "togel\ntidak berekor:\nayam ~;\nmenogelkan\n memotong ekor;\n= dogel." "togog\n= togok II" "togok I\n1.\n batang kayu yang sudah dibuang dahan-dahannya;\n2\n. tubuh yang tidak bertangan dan tidak berkaki;\nbertogok\n duduk dengan diam." "togok II\nsejenis lampu (daripada botol dan lain-lain);\n \n~ damar \nkaki pelita." "togok III\nsejenis ikan laut, sebelah, \nPsettodes erumei." "toh I\n[Jakarta] titik atau cacat pada kulit (hitam atau kemerah-merahan warnanya)." "toh II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] kata untuk menguatkan maksud (kadang-kadang sama ertinya dengan namun):\nlihatlah mereka ~ tidak bisa terbang.\nToh III; \n~ Puan \ngelaran atau panggilan kepada isteri seorang yang bergelar Tun." "tohmah\n= tohmahan\n tuduhan yang berdasarkan syak wasangka, tuduhan yang melulu:\ndia tidak terlepas daripada ~ mereka;\n mentohmah\n membuat tuduhan yang melulu:\n Siti Haida menceritakan bahawa dalam masa menjanda dirinya pernah ditohmah dan difitnah." "tohok I\n1.\n sejenis tombak (tempuling) yang dibubuh tali;\n2\n. tusukan tombak yang miring dan arah ke bawah;\n~ tunggang ke baruh (bawah) \n(peribahasa), [Minangkabau] mudah mencelakakan orang yang di bawah perintahnya;\n \n~ raja tiada dapat dielakkan \n(peribahasa) kehendak orang besar tidak dapat ditolak;\nmenohok\n menusuk miring (dengan tombak dan lain-lain) arah ke bawah;\n~ kawan seiring \n(peribahasa) mencelakakan kawan sendiri;\n \n~ sepeninggal ciling \n(peribahasa) sudah selesai pekerjaan baru teringat bagaimana yang baik mengerjakannya;\nmenohokkan\n melemparkan (menusukkan) tombak dan lain-lain arah ke bawah;\n ~ lembing ke semak \n(peribahasa) (pekerjaan yang) sia-sia." "tohok II\nbintang ~ \nbintang pari (gugusan bintang yang merupakan salib di sebelah selatan)." "tohok III\n~ dengkak\n = \n~ langi \nsejenis ikan laut, \nScombero moridae; \npari ~ \nsejenis ikan laut." "tohok IV\n[Kelantan];\nmenohok\n membuang:\nikan buruk jangan ditohok." "tohor\n1.\n tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal:\nsungai yang ~; \n2\n. [Minangkabau] tidak berair kerana ditimba dan lain-lain, hampir kering;\n3\n. [Minangkabau] habis (wang dan lain-lain);\n \nkapur ~ \nkapur hidup;\n ~-~ sealahan \n(peribahasa) tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yang lain);\nbertohor\n [Minangkabau] berkering;\n \ntidak ~ kaki (kain) \nsentiasa sibuk bekerja;\n \n~ air liur\n sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan;\nmenohorkan\n1.\n [Minangkabau] mengeringkan;\n2\n. membawa ke tempat yang tohor (cangkat, cetek);\nketohoran\n1.\n perihal tohor, kekeringan;\n2\n. [kiasan] kehabisan (wang dan lain-lain)." "toi\n[Kedah] main galah panjang." "tojah\n[Kedah];\nmenojah\n menjolok, menikam;\ntertojah\n terjolok, tertikam;\n \n~ duri \nterkena duri." "tojang\n[arkaik] tunjang." "tojeng\n[Perak] kurus tinggi:\nbudak itu tinggi dan ~." "tojin\n[Cina] sejenis penganan yang dibuat daripada kacang." "tojoh\ntojah." "tojok\nbola ~ \nsejenis permainan memukul bola-bola dengan kayu (di atas meja), biliard;\nmenojok\n1.\n menyodok;\n2.\n meninju, menonjok." "tok\ntok-tok\n \n1.\n bunyi seperti bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual mi dan lain-lain);\n \nmi ~ \nmi yang dijaja dengan membunyikan tok-tok;\n2.\n tong-tong." "tokak I\nsejenis penyakit kulit, borok;\nbagai ~ lekat di kening \n(peribahasa) malu yang tidak dapat disembunyikan;\n \nbagai rupa ~ dibasuh \n(peribahasa) sangat buruk rupa;\nbertokak\n menghidap tokak." "tokak II\nmenokak\n menggigit (berkenaan (dengan) anjing, harimau, dan lain-lain)." "tokak III\n1.\n sejenis ikan laut, \nBodianus diana; \n2.\n sejenis ikan laut, \nChoerodon schoenleini." "tokak IV\n~ -takik \nbertakik-takik;\ntakik." "tokca, tokcai\n[Kelantan] sami (Siam)." "tokcan\nmain ~ \nsejenis permainan kanak-kanak." "tokeh\n[bahasa percakapan] saudagar, tauke:\nnak lawan ~ \n[bahasa percakapan]\na) hendak melawan (bersaing atau bertanding dengan ketua atau seseorang yang lebih pandai (cekap dan sebagainya);\n b) hendak menunjukkan kepandaian (kemahiran dan sebagainya)." "tokek I\n[Indonesia] sejenis binatang seperti cicak (besarnya seperti mengkarung) yang kulitnya kasap." "tokek II\ntakik, takuk." "tokek III\nsejenis kudis di kepala." "token\nkepingan logam atau plastik berbentuk duit syiling yang digunakan sebagai bayaran untuk menjalankan mesin tertentu:\nsampai di sana, dia menuruni tangga, memasukkan ~ dan berdiri menanti kereta api." "toko\nkedai tempat dijual barang dagangan;\n \n~ buku \nkedai buku;\nbertoko\n berjual barang-barang di toko." "tokografi\n(Perubatan) rakaman berbentuk graf tentang kekuatan dan kekerapan kontraksi rahim ibu sebelum melahirkan anak." "tokoh I\n1.\n rupa atau keadaan yang tampak pada zahirnya, bentuk dan sifatnya, macam atau jenis:\nmenara masjid yang ~nya seperti payung akan terbuka; \n2\n. = \n~ badan\n bentuk atau keadaan badan, susuk tubuh, perawakan:\n~ badannya seperti orang Arab; \nmacam ~ awak ini sudah patut berpangkat sarjan; \n3\n. gaya, lagak:\n~ pula orangnya; \n4\n. [kiasan] orang yang kenamaan (dalam apa-apa bidang seperti bidang politik, kebudayaan, agama, dan lain-lain), orang yang terkemuka, penganjur:\ndengan kekuatan peribadinya ia menjadi ~ yang berkuasa dan dihormati oleh kawan dan lawan;\n bertokoh\n1.\n berbentuk, berupa, berwujud:\ntidak ada seorang pun antara mereka yang ~ politik; \n2\n. [Kedah], [Perlis] (kelihatan) bergaya, hebat, tampan:\nah, ~ sungguh orang itu dengan pakaian rasminya;\nbertokohkan\n mempunyai seseorang sebagai tokoh:\nkebanyakan novel Pram sebelumnya yang tidak ~ remaja;\n menokoh\n [arkaik] menjadi bertokoh:\n~ benar mereka dengan pakaian itu;\n menokohi\n [arkaik] menjadi tokoh pada (cerita, filem):\nwatak Minah yang ~ cerita itu merupakan simbol wanita Melayu;\n menokohkan\n menjadikan tokoh:\n~ Ibrahim sebagai lambang iman yang menang dalam menghadapi iblis;\n ketokohan\n perihal tokoh:\nTuan Hess mempelajari roman dan perawakan serta ~ si Misai." "tokoh II\nkecoh, tipu;\n \nkena ~\n kena kecoh (tipu), tertipu;\nmenokoh\n mempermainkan, memperolok-olokkan, mengecoh, menipu:\nsi pandai ~ si bingung;\npenokoh\n orang yang suka mempermain-mainkan (memperolok-olokkan), pengecoh, penipu." "tokok I\ntambahan sedikit (sewaktu menimbang, mengukur, dan lain-lain);\nbertokok\n mendapat imbuh, ada ekstra, bertambah:\nia menghidap penyakit demam malaria dan ~ pula dengan sakit perut;\n~ pula \nbertambah pula, tambahan pula;\nmenokok\n memberi tokok, menambah, mengimbuh:\nia ada wang untuk ~ kekurangan itu;\n~ pengetahuan \nmenambah pengetahuan;\ntokokan\n sesuatu yang ditokok, tambahan, imbuhan;\npenokokan\n perihal menokok, penambahan, pengimbuhan;\npenokok\n orang yang menokok, penambah, pengimbuh." "tokok II\n= penokok\n alat menukul paku dan lain-lain, martil, penukul, tukul;\nmenokok\n memalu, memukul, mengetuk, menukul;\n \n~ gamelan\n memalu gamelan;\n \n~ kawat \n[Indonesia] berkirim telegram;\ntokok-menokok\n1.\n ketuk-mengetuk, pukul-memukul;\n2\n. [kiasan] saling mencela (salah-menyalahkan dan sebagainya)." "tokok tambah\ntambahan (yang sedikit-sedikit);\nbertokok tambah\n bertambah-tambah;\nmenokok tambah\n menambah-nambah;\npenokoktambahan\n perihal atau perbuatan menokok tambah:\ndisebabkan kekurangan yang berlaku, maka terjadilah aktiviti ~." "tokol\n[Kelantan] ketul atau buku besar;\ntongkol." "tokong I\n1.\n tidak ada ekornya (ayam dan lain-lain);\n2\n. terkerat rambutnya (orang perempuan sebagai satu hukuman);\n3\n. memakai rambut pendek (orang perempuan)." "tokong II\npulau kecil yang terdiri daripada batu karang (tidak ada tumbuh-tumbuhan);\n \n~ pulau \ngugusan pulau-pulau kecil." "tokong III\n[Minangkabau] jendul, tonjol." "tokong IV\n1.\n [bahasa percakapan] topekong;\n2\n. rumah topekong." "tokpekong\ntopekong." "toksemia\n(Perubatan) keracunan darah, terutamanya yang disebabkan oleh toksin bakteria." "toksik\nberacun:\nbahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yang menyebabkan pencemaran alam;\nketoksikan\n keadaan atau tahap (darjah) beracun:\nlogam strontium dan lantanum mempunyai kelarutan dan ~ yang rendah; \nkomponen virus dalam vaksin influenza mempunyai ~ yang menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam." "toksikologi\nsains perubatan yang mengkaji tabii dan tindakan racun." "toksin\n(Perubatan) bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang boleh menyebabkan penyakit tertentu." "toksoplasmosis\n(Perubatan) sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan parasit \nToxoplasma gondii \nyang boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami jaundis, dan pembesaran hati dan limpa dan badannya menggigil-gigil dan terkejang-kejang." "toktok\nbatang kayu yang diberi berongga (diletakkan di surau dan lain-lain) dan diketuk untuk memanggil orang sembahyang dan lain-lain." "tol\nbayaran yang dikenakan kerana menggunakan jalan raya, jambatan, dan sebagainya." "tolak\n1.\n dorong, sorong;\n \nkereta (gerabak, pedati) ~ \nkereta dan lain-lain sorong;\n \nwang ~ \nwang suap (sogok);\n2\n. kurang, potong;\n \nkira-kira ~\n kira-kira berkenaan mengurangi angka;\n \ntanda ~ \ntanda untuk mengurangkan (-);\n~ ansur \n= \n~ raih \nsaling menuruti (memberi);\n \n~ bahara (bara) \npemberat sebagai pengimbang dalam perahu;\n \n~ bala\n penangkal bahaya (bencana, penyakit, dan lain-lain) dengan doa, kenduri untuk menjauhkan bencana dan lain-lain;\n \n~ balik\na) pulang pergi;\n b) menghantar kembali (barang-barang dan lain-lain);\n \n~ senjata \n[sastera lama] wang atau pemberian-pemberian yang lain yang diberikan oleh penduduk kepada musuh supaya jangan dilanggar (diganggu dan lain-lain);\n \n~ sumpah \n[Minangkabau] sejenis hiasan kalung (dokoh);\n \n~ tepi \nditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira;\nbertolak\n1.\n berangkat, belayar:\nkami ~ dengan perahu besar esok paginya; \n2\n. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat:\ndia ~ petang ini dari Lapangan Terbang Subang\n;\n3\n. bermula (dengan sesuatu sebagai asas), berpunca, berpangkal:\nsistem sosialis ~ daripada pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dalam ekonomi; \ndefinisi pula perlu ~ daripada dua sudut pandangan;\n~ ansur \nsaling menuruti (memberi), berkompromi;\n \n~ belakang (dengan) \nberpisah dan saling membelakangi (seperti seorang ke utara seorang lagi ke selatan);\n \n~ pinggang \n[Jakarta] bercekak pinggang;\n \n~ punggung \nberangkat, pergi;\nbertolak-tolak\n [Minangkabau] saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dan lain-lain), saling melepaskan tanggungjawab;\nbertolak-tolakan\n saling menolak antara satu sama lain:\norang ramai berasak-asakan dan ~ untuk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pada malam itu;\n menolak\n1.\n mendorong, menyorong:\nmereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; \n2\n. mencegah (bahaya dan lain-lain), mengelakkan atau menangkis (serangan dan lain-lain), menangkal (penyakit dan lain-lain):\n~ serangan musuh;\n~ bencana bah; \n3\n. tidak mahu menerima (meluluskan, mengabulkan, membenarkan), tidak membenarkan (pendapat), menampik:\npinangannya ditolak orang; \nrezeki jangan ditolak; \npendirianmu itu saya tolak keras; \nmazhab purisme bahasa memperlihatkan kecenderungan ~ unsur asing; \n4\n. = \nmenolakkan\n menghalau, mengusir:\nisterinya ditolak dari rumahnya; \n5.\n mengurangi, membuang, memotong:\nia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja daripada gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; \nharga ini boleh ditolak sedikit \nboleh dikurangi sedikit;\n \n~ bala \nmenjauhkan bala dengan berdoa dan lain-lain;\n \n~ tuah \nmelepaskan peluang yang baik;\ntolak-menolak\n bertolak-tolakan;\nmenolakkan\n1.\n mendorongkan, menyorongkan:\nmaka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; \n2\n. membebankan pekerjaan (tanggungjawab):\njangan ditolakkan kesilapan itu kepada orang lain, awak sendiri yang bertanggungjawab; \n3\n. mengurangkan, membuangkan, memotong;\ntertolak\n dapat atau berupaya menolak:\ndia tidak ~ seorang diri keretanya yang rosak di tepi jalan;\n tolakan\n1.\n desakan ke depan, dorongan, sorongan;\n2\n. sesuatu yang sudah ditolak, tampikan;\n3\n. potongan, surutan (harga dan lain-lain);\npenolakan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menolak(kan), penampikan, penangkalan, penangkisan, pencegahan, pengurangan:\n~ pemakaian tenaga atom dalam peperangan;\n penolak\n sesuatu yang menolak, alat untuk menolak, penangkal, penangkis, pencegah." "tolap\n[arkaik];\nbertolap\n bersulam, bertekat." "toleh\n~ tenggala \nwaktu antara pukul 8-11 pagi;\nmenoleh\n berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) untuk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang:\ndia berjalan terus dengan tidak ~ ke kiri ke kanan pun;\nmenolehkan\n \n~ muka \nmemalingkan (muka);\ntertoleh-toleh\n menoleh berulang kali:\ndia kelihatan asyik ~ ke kanan dan ke kiri menyoroti orang-orang yang hilir mudik;\n pertolehan; \n~ hari\n [sastera lama] masa pagi (lebih kurang pukul 9) atau petang (lebih kurang pukul 3 petang)." "tolek\nsakit telinga;\ntorek." "toleran\nsedia menghormati atau menerima pendapat (pendirian dan sebagainya) orang lain yang berbeza daripada pendirian (pendapat dan sebagainya) sendiri:\n orang Melayu sangat ~ ." "toleransi\nsifat (sikap) toleran:\nada ~ antara berbagai-bagai keturunan penduduk Malaysia;\n bertoleransi\n mempunyai atau menunjukkan toleransi:\nIslam telah menyediakan garis panduan yang jelas untuk membina suatu masyarakat yang bersatu padu, ~ dan maju; \nkerajaan tidak akan ~ lagi jika masih ada pihak yang cuba mewujudkan kawasan setinggan baru." "tolo\n[arkaik] \n tulu." "tolok I\nbandingan, imbangan (yang sama), tara:\ntidak ada ~ bandingnya; \nalat ~ \nsejenis alat untuk mengukur kuasa atau kuantiti hujan (arus, angin, dan lain-lain);\n \n~ hujan \nalat yang digunakan untuk mengukur banyaknya air hujan;\n \n~ Sulaiman \n[sastera lama] sejenis azimat;\n \n~ tekanan \nalat untuk menguji atau mengukur tekanan sesuatu, misalnya stim;\nsetolok\n sama tingkatnya (kedudukannya dan lain-lain), sebanding, seimbang, setara;\n \ntiada ~ (dengan) \ntidak sebanding (dengan), tidak seimbang (setara) dengan;\n \nkunci ~\n anak kunci yang sesuai dengan berbagai-bagai kunci (mangga);\nbertolok\n berbanding, berimbang;\n \ntidak ~ \ntidak ada yang menyamainya, tiada samanya, tiada dua;\nmenolok\n menyamakan (ukuran, timbangan) dengan ukuran (timbangan) yang sebenarnya;\npenolok\n1.\n imbangan, yang sama;\n2\n. ukuran yang dipakai sebagai piawai." "tolok II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] jurubahasa." "tolok III\nsejenis tumbuhan (pokok kecil yang buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), \nIndocarpus edulis." "tolol\n[bahasa percakapan] bodoh sangat, bebal;\n \nsi ~ \norang yang sangat bodoh;\nketololan\n kebodohan, kebebalan." "tolong\n= \nminta ~ \nminta bantuan (sokongan);\ntolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong\n bantu-membantu, saling membantu;\nmenolong, menolongi\n1.\n membantu (dengan tenaga, wang, fikiran, dan lain-lain):\nsedangkan ke sawah menolongi aku yang hina ini kau tak berasa gentar dan malu; \naku tidak mempunyai wang untuk ~mu; \nsewaktu memunggah barangnya ke dalam lori Wak Seman ditolongi tetangganya; \n2\n. melepaskan diri daripada bahaya dan lain-lain, menyelamatkan:\ndialah yang ~ aku daripada mati lemas; \n3\n. dapat meringankan penderitaan dan lain-lain, dapat menyembuhkan daripada penyakit dan lain-lain, dapat menyelamatkan daripada bahaya dan lain-lain:\nbantuan doktor yang diminta tidak dapat ~nya;\n~ wang (fikiran, tenaga)\n menolong dengan wang (fikiran, tenaga);\n \nmenolongi nyawa \nmelepaskan diri daripada bahaya maut;\ntertolong\n (sudah) ditolong, diselamatkan;\ntolongan\n [arkaik] = \npertolongan;\nketolongan\n beroleh pertolongan hingga selamat:\nagar ibunya ~ ;\npertolongan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menolong, sesuatu (yang digunakan) untuk menolong, bantuan, sokongan:\ndengan rahmat dan ~ Allah;\n~ cemas \npertolongan yang mula-mula dilakukan bagi merawat seseorang yang mendapat kecederaan (akibat kemalangan dan sebagainya);\npenolong\n1.\n orang yang menolong (membantu), pembantu:\nguru ~ ;\n~ pengarah; \n2\n. alat dan lain-lain untuk menolong." "tolor\n[arkaik] tolol." "toluena\n(Kimia) sejenis sebatian organik yang mudah terbakar, tidak berwarna, dan digunakan sebagai pelarut dan bahan untuk membuat sebatian kimia lain." "tom I\n= \ntali ~ \ntali kekang." "tom II\n[Jawa] sejenis tumbuhan, tarum." "toman\n1.\n sejenis ikan darat, \nOphicephalus micropeltes; \n2\n. sejenis aruan, haruan, ruan, \nOphicephalus striatus; \n3\n. = \n~ barung \n= \n~ bunga \nsejenis ikan darat, \nOphicephalus micropeltes; \n4\n. = \n~ ekor kuang\n sejenis ikan darat, \nOphilcephalus melanoptera; \nseperti ~ makan anak \n(peribahasa) orang yang berbuat sumbang." "tomat\n[Indonesia] tomato." "tomato\nsejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh dimakan), ranti merah, terung bali, \nLycopersicum esculentum (Solanum lycopersicum); \nair ~ \nperahan tomato;\n \nsos ~ \nsos daripada buah tomato dan lain-lain." "tombak I\nsejenis senjata seperti lembing yang bermata dan bergagang panjang;\n jenis-jenisnya:\n~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~ serampang, \ndan lain-lain;\nbertombak\n menggunakan atau membawa tombak sebagai senjata, bersenjatakan tombak:\nPanglima segera memekik agar pasukan yang ~ menuju ke hadapan menghalang musuh;\n bertombak-tombakan\n saling bertikam dengan tombak:\nmaka Tun Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun berhadapan dengan Pateh Karma Wijaya ~ , terlalu ramainya;\n menombak, menombaki\n [sastera lama] merodok dengan tombak:\nmaka mereka pun datang lalu ~ Hang Jebat; \nmereka duduk di balai larangan ditombaki orang." "tombak II\nukuran panjang yang bersamaan dengan 12 kaki atau 3.6 meter, cengkal." "tombak III\nsejenis tumbuhan (herba), akar sembuh, \nBlumea chinensis." "tomboi\n[bahasa percakapan] anak perempuan yang berkelakuan kelaki-lakian (mis, suka memakai pakaian lelaki, lasak, dan sebagainya)." "tombok\n[Jakarta]\n1.\n terpaksa menambah wang (kerana kekurangan dan lain-lain);\n2\n. wang yang ditambahkan (kerana kekurangan dan lain-lain);\n3\n. wang upah kepada penari perempuan (tandak) ketika mengebeng." "tombol I\n1.\n benjol, bincul, tonjol (pada kulit orang, binatang, kayu), tonjol pada gong dan lain-lain:\ndi sisi tulang belikat ada suatu ~ ; \n2\n. pemutar atau pembuka (pada mesin, pintu, dan lain-lain);\n \n~ pintu \npemutar atau pemegang untuk membuka pintu." "tombol II\n(ikan) ~ mas \nsejenis ikan laut, \nGermo sibi." "tombola\nsejenis permainan loteri (seperti melepaskan gelang rotan dan lain-lain)." "tombong I\nsombong;\n \nbagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi \n(peribahasa) perihal orang yang bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dalam kehinaan dan kemelaratan." "tombong II\ntomong." "tomigan\nsejenis mesingan kecil yang mudah alih dan ringan." "tomografi\nsejenis radiografi atau teknik yang digunakan untuk menghasilkan gambar foto X-ray keratan satah tertentu tubuh manusia atau objek lain." "tomoi\nsejenis tinju di kalangan masyarakat Siam yang peninjunya boleh menggunakan kaki untuk menendang lawan." "tomong\nsejenis meriam kecil." "tompel\n[Jakarta] bekas luka atau hitam di muka dan lain-lain." "tompok\n1.\n kumpulan yang tidak begitu besar, kelompok kecil;\n2\n. longgokan yang kecil, timbunan:\nse~ rambutan; \n3\n. bintik besar yang bulat (pada binatang dan lain-lain):\natap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya;\n bertompok-tompok\n1.\n berkelompok-kelompok:\nanak-anak muda ~ duduk di atas pasir; \n2\n. bersusun-susun, bertimbun-timbun:\nbuku yang ~; \n3\n. tidak rata (warna dan lain-lain), setempat-setempat, berbintik-bintik besar:\nanak kambing yang berwarna coklat ~ putih; \n4\n. [kiasan] bertimbun-timbun, banyak sekali;\nmenompokkan\n1.\n meletakkan bersusun-susun, melonggokkan;\n2\n. mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan;\ntertompok\n tersusun bertindih-tindih, terkumpul banyak-banyak;\ntompokan\n longgokan, timbunan;\npenompokan\n perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) menompokkan\n." "tomtom\n[arkaik] \ntamtam II." "tomyam\nsup masam pedas daripada aneka campuran daging, udang, sayuran, dan lain-lain yang berasal dari Siam." "ton I\n1.\n (Seni Muzik) laras bunyi;\n2.\n (Seni Muzik) kualiti bunyi;\n3.\n darjah kecerahan warna." "ton II\n[Indonesia-Belanda] satu ratus ribu Rp." "tonceng\n[Minangkabau];\nmenonceng\n melemparkan barang kecil (yang dipegang dengan ibu jari dan telunjuk)." "tondeh\n[Minangkabau] keminting, kemiri." "tonem\n(Linguistik) ciri nada yang membezakan dua bentuk atau kata seiras dalam bahasa nadaan seperti bahasa Cina dan bahasa Thai." "tonetik\nkajian tentang kelangsingan dan nada dalam pertuturan." "tong I\n1.\n tempat (air, padi, dan lain-lain) yang dibuat daripada papan kayu bulat torak bentuknya, tahang;\n2\n. tin atau kaleng yang besar (tempat mengisi minyak dan lain-lain);\n \n~ sampah \ntempat membuang sampah;\n~ kosong nyaring bunyinya\n = \n~ kosong berbunyi nyaring \n(peribahasa) orang yang bodoh itu biasanya banyak cakapnya;\n \nadakah air yang penuh dalam ~ itu berkocak, melainkan air yang setengah ~ itu juga yang berkocak\n (peribahasa) orang yang tidak berilmu juga yang banyak cakapnya;\nbertong-tong\n beberapa banyak tong:\nmereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah untuk menghadapi musim kemarau." "tong II\nbunyi seperti bunyi kelentongan;\ntong-tong." "tong III\n[Jakarta] [kependekan] entong (panggilan kepada anak lelaki)." "tonggak I\n1.\n kayu yang panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf dan lain-lain), pal;\n2.\n tiang rumah (jambatan dan lain-lain);\n3.\n ukuran jauh yang bersamaan dengan 4901 kaki atau 1500 meter, pal;\n4.\n pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri (tunggul), sisa batang kayu yang sudah ditebang atau yang ada dalam air dan lain-lain;\n5.\n [kiasan] orang yang tidak suka bercakap, orang yang sangat pendiam;\n6.\n [kiasan] asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan, dan lain-lain):\nagama Islam sebagai ~ masyarakat; \ntawakal adalah ~ kepercayaan kita;\n~ gantung \ntiang rumah yang hanya sampai ke lantai (tidak sampai ke tanah);\n \n~\n \ntua \ntiang rumah yang mula-mula didirikan;\n \nbagai mengatai ~ \n(peribahasa) perihal memberi nasihat kepada orang yang hanya diam sahaja." "tonggak II\nmenonggak\n menuangkan air dan lain-lain ke mulut dari cerek (kendi dan lain-lain), menuangkan ubat dan lain-lain ke mulut." "tonggak III\n[Perak] dongak." "tonggan\n[Kelantan] dapur yang dibuat dengan mengorek tanah (untuk kawah atau periuk besar)." "tonggek\n1.\n tonggeng;\n2.\n tidak lurus punggungnya apabila berjalan, punggungnya terkeluar ke belakang (apabila berjalan);\n \ntunggang-~ \ntunggang balik;\nmenonggek\n menonggeng;\nmenonggekkan\n menonggengkan, menjungkirkan (kepala ke bawah dan kaki atau ekor ke atas):\nia ~ punggungnya ke muka kipas;\n tertonggek\n jatuh terjungkir." "tonggeng I\nI; \nmenonggeng\n1.\n membongkok dengan kepala ke bawah dan punggung ke atas;\n2.\n tenggelam dengan buritan ke atas (perahu, dan lain-lain) atau bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas;\n3.\n menjunam (kapal terbang dan lain-lain);\n4.\n tertiarap (gelas dan lain-lain);\nmenonggengkan\n1.\n menyebabkan menonggeng, meletakkan (memegang dan lain-lain) sesuatu hingga menonggeng;\n2.\n menjunamkan;\n3.\n [kiasan] menjatuhkan atau menggulingkan (pemerintah dan lain-lain);\ntertonggeng\n (jatuh, terlepas, dan lain-lain) menonggeng (gelas, periuk, dan lain-lain);\n \n~ bagai kodok dalam lubang \n(peribahasa) perihal orang miskin dalam kesusahan." "tonggeng II\n[sastera lama] hari ketiga sesudah esok, tubin." "tonggeret\n[Jakarta] sejenis jengkerik yang berbunyi pada senja hari." "tonggok I\n[arkaik] longgok, tompok." "tonggok II\n[Minangkabau];\nbertonggok, tertonggok\n bertenggek, bertengger:\nMisah tertonggok di depannya;\n menonggokkan\n1.\n menenggekkan, menenggerkan;\n2.\n meletakkan di atas sesuatu atau di tempat yang tinggi." "tonggong I\n[arkaik] tenggek." "tonggong II\n[Minangkabau] besar lagi tinggi, bagur." "tonggong III\n[Minangkabau] benjol, bincul, bonggol, bongkol, jendul, ponok." "tonggos\nmenganjur ke muka (berkenaan (dengan) gigi atas), jongang." "tongkah I\npapan ~ \npapan sebagai titi untuk berjalan di tempat yang berlumpur dan lain-lain;\nmenongkah\n1.\n membubuh papan di tempat yang berlumpur dan lain-lain untuk titi berjalan, berjalan di papan, meniti;\n2.\n menyongsong arus dan lain-lain;\n \n~ air \nmenyongsong air;\n \n~\n \narus\n menyongsong arus;\n \n~\n \npasang (surut) \nmenempuh pasang (surut);\n3.\n melawan, menentang:\ntidak pernah ia ~ perintah;\n \nke hulu\n \n~ surut, ke hilir ~ pasang \n(peribahasa) selalu rugi (sial);\ntongkahan\n landasan, titian, tumpuan (berjalan)." "tongkah II\n= \n~\n \nkain\n kain yang dijahitkan pada bahagian atas kain sarung (batik dan sebagainya) untuk melabuhkannya;\nbertongkah\n ada dijahit tongkah:\nkain sarungnya ~ ;\n menongkah\n menambah panjang pada sebelah atas (kain dan lain-lain) dengan menjahitkan tongkah" "tongkah III\nbongkah, blok, ketul:\nsusu menjadi beku dan boleh dipotong menjadi ~-~ empat persegi." "tongkan\nsejenis lantai (di buritan atau di depan perahu) sebagai tempat duduk dan lain-lain." "tongkang\nsejenis perahu yang agak besar (untuk mengangkut barang-barang);\n \n~\n \nterbalik \nangka 96 dalam permainan loto;\nbertongkang\n menaiki tongkang." "tongkat I\nsekerat rotan (kayu dan lain-lain) yang dipegang ketika berjalan (untuk menyokong dan lain-lain):\napabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~ semambunya;\n~ ampai \nsejenis tongkat yang dipakai untuk mencari mata air (sumber minyak dan lain-lain), joran ampai;\n \n~\n \nkail \nbatang (baur) kail;\n~\n \nmembawa rebah \n(peribahasa) orang yang diamanahkan membuat sesuatu dia sendiri merosakkannya;\n \nlagi ~ lagi senjata\n (peribahasa) perihal seorang yang mendapat dua macam pertolongan dalam satu pekerjaan;\n \npatah ~ bertelekan (berjeremang), habis hulubalang bersiak \n(peribahasa) terus berusaha (tidak pernah putus asa);\nbertongkat\n memakai (membawa, memegang, dan lain-lain) tongkat:\nyang capik datang ~;\n~ lidah \nsumbing dan lebar mulutnya;\n ~ lutut \n(duduk, membongkok) bertelekan, berteleku pada lutut;\n \n~\n \ntangan (ruas) \nberteleku;\n~\n \njarum \n(peribahasa) sesuatu yang mustahil diperoleh (ejekan);\n \n~\n \nsenduk (tempurung) \n[Minangkabau], (peribahasa) sudah tua sekali (orang);\n \n~\n \ntebu \n[Minangkabau], (peribahasa) berjalan bersama-sama isteri atau kekasih;\n \npatah sayap ~ paruh \n(peribahasa) tidak putus asa mengerjakan sesuatu dengan sehabis-habis usaha;\nbertongkatkan\n menggunakan sesuatu sebagai tongkat:\nTuk Penghulu berdiri dengan ~ sebatang kayu panjang sedepa; \ntidak beberapa lama kemudian tampillah seorang lelaki tua yang ~ sebatang lembing;\n menongkat\n1.\n menopang, menunjang:\n~ dagu\n menopang dagu;\n2.\n [kiasan] menganjung-anjung, mempertinggi;\n \n~ langit \na) [kiasan] hidup di dunia seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya:\nmasakan dia hendak ~ langit; \nb) berada dalam kedudukan yang tegak berdiri dan tinggi seolah-olah menopang langit:\npohon-pohon nyiur yang ~ langit kian kabur pada pandangan; \nmenara berkembar Petronas yang terpacak ~ langit; \nmenongkatkan\n menurunkan tongkat sesuatu:\n~ basikal." "tongkat II\n~\n \nali \nsejenis tumbuhan (pokok), \nGrewia umbellata;\n~ baginda \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nEurycoma longifolia." "tongkeng I\npunggung sebelah bawah;\n \ntulang ~ \ntulang punggung di sebelah bawah." "tongkeng II\nbunga ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat dan berteras), melati tongkeng, \nTelosma cordata." "tongkok\npenongkok\n [Kedah] emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris." "tongkol I\n1.\n sepotong kayu yang agak besar, buku (butir) yang besar, gumpal, bongkah, ketul;\n2.\n = \n~\n \njagung \ntempat butir-butir jagung tumbuh atau melekat (pada buah);\n3.\n penjodoh bilangan untuk buah jagung:\nlima ~ jagung;\n4.\n [Kelantan] unting benang." "tongkol II\n= \nikan ~\n1.\n sejenis ikan laut, \nGumo sibi; \n2.\n sejenis ikan laut, \nEuthynnus alleteratus." "tongkong\n[arkaik] sepotong kayu, tongkol." "tongkrong\n[Jakarta];\nmenongkrong\n duduk atau berjongkok, duduk-duduk sahaja dan tidak bekerja." "tongo\n[bahasa percakapan] dungu;\ntongong." "tongol\n[Jakarta];\nmenongol\n menjengukkan kepala, muncul menampakkan diri." "tongong\n[bahasa percakapan] bodoh, bingung, dungu, pandir, tolol;\ntongo." "tongsan\nC;\n \nikan ~ \nikan negeri China;\n \npulang ~ \nbalik ke negerinya (China)." "tongset\n[Cina] [arkaik] sejenis sanggul (kundai):\nmaka dibalas demikian juga terkena pacak ~ tuan puteri lalu jatuh." "tongtong\nsepotong kayu yang diberi berongga yang diketuk untuk memanggil orang berkumpul, kentungan, kelentongan, toktok." "tonik\nsejenis ubat untuk menyegarkan dan menguatkan badan." "tonil\n[Indonesia-Belanda] sandiwara;\nmenonilkan\n melakonkan, menyandiwarakan." "tonjeng\n1.\n tinggi, lampai (orang);\n2.\n [Johor] tinggi (siput rambut di tengah kepala)." "tonjok\n[Jakarta] tinju, tumbuk;\nmenonjok\n meninju, menumbuk." "tonjol\nbengkak (pada kulit, dahi, dan lain-lain), benjol, jendul;\nbertonjol, bertonjol-tonjol\n berbenjol-benjol, berjendul(-jendul):\njerawat bertonjol-tonjol di mukanya;\n menonjol\n1.\n merupakan tonjol, berbenjol, berjendul:\nkelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar;\n2.\n menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul:\ntiba-tiba kepalanya ~ keluar dari tingkap; \nia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang;\n3.\n kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata:\nyang segera\n \n~ ialah sifat sensasi pengarang; \nnasihatnya tidak begitu ~ seperti pengarang-pengarang Melayu; \nkesalahan-kesalahan yang ~;\nmenonjolkan\n1.\n menjorokkan, menyorongkan (ke muka):\nkutonjolkan empu jariku ke atas untuk mengatakan semuanya berjalan baik; \nkeretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena dinding rumahnya;\n2.\n mengeluarkan supaya dilihat (nampak), menampakkan (diri dan lain-lain), menyembulkan, muncul:\n~\n \nkepala melalui tingkap;\n3.\n mengemukakan (supaya diketahui dan lain-lain), menjadikan jelas kelihatan, memperlihat-lihatkan, menyodorkan:\nia seorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya; \nkulit buku DBP juga hendaklah melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat dan kategori buku;\n tertonjol\n teranjur, tersembul:\nperutnya kelihatan ~;\n tonjolan\n sesuatu yang menonjol (ditonjolkan);\npenonjolan\n perihal menonjolkan:\n~nya dalam filem itu sungguh berkesan." "tonometer\nalat untuk mengukur tekanan, terutamanya tekanan dalam biji mata." "tonsil\nstruktur yang terdiri daripada gumpalan tisu yang terletak di bahagian tekak berdekatan pangkal lidah:\nradang ~." "tonsilektomi\npembuangan tonsil secara pembedahan." "tonsilitis\n(Perubatan) radang pada tonsil." "tonto\norang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat dan sebagainya untuk menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya oleh pihak berkuasa:\npenjual terbabit tidak mempamerkan VCD haram kerana mungkin sudah mendapat maklumat daripada ~ yang mengekori pergerakan pegawai penguat kuasa." "tonton\nmenonton\n menengok (pertunjukan, wayang gambar, dan lain-lain):\n~\n \nperlawanan bola; \njangan ~ saja \njangan melihat saja;\nmempertontonkan\n memperlihatkan (sandiwara dan lain-lain), memperagakan, mempertunjukkan, mempamerkan (lukisan dan lain-lain):\ndipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; \nmelihat-lihat barang yang cantik-cantik yang dipertontonkan di kedai;\n tontonan\n pertunjukan (wayang gambar dan lain-lain), sesuatu yang (patut) ditonton:\nfilem-filem Melayu yang menjadi ~ kita;\n penontonan\n perbuatan menonton;\npenonton\n1.\n orang yang menonton (pertunjukan dan lain-lain):\npara ~ bertepuk tangan;\n2.\n [kiasan] orang yang hanya menengok saja (tidak ikut serta):\nbiarlah kita jadi ~ saja." "tonyah\n[Kelantan];\nmenonyah\n memberi atau menghulur dengan kasar (kerana benci dan lain-lain)." "tonyeh\n[Johor];\nbertonyeh\n bercakap-cakap panjang atau meleret-leret (antara lelaki dan perempuan)." "tonyer\n[Kelantan];\nmenonyer\n mengejek (dengan mengerut-ngeruntukan muka dan lain-lain)." "tonyoh\nmenonyoh\n \n1.\n menyentuh dengan hujung jari;\n2\n. menggocoh (meninju) dengan buku jari;\n3.\n [Kelantan] makan dengan biadab sekali;\n4.\n [Kedah] menggosok dengan kuat (untuk mengeluarkan kotoran dan sebagainya):\n~\n \ndaki di badan;\n5.\n menenyeh;\nmenonyohkan\n menonyoh atau menenyeh sesuatu ke:\n~\n \npuntung rokok ke bekas abu;\nmenonyoh-nonyohkan\n menghantukkan sesuatu kepada sesuatu permukaan beberapa kali:\nRohaya meronta-ronta lagi apabila Riad ~ mukanya ke cermin itu;\n tertonyoh\n tersentuh, terkena:\nkadang-kadang mata tenggala ~ perdu jerami." "tonyok\nmenonyok\n menonyoh." "top I\nsejenis perahu (dari Siam atau Kocin)." "top II\nmain ~ \nsejenis permainan judi;\npetopan\n tempat bermain judi." "top III\nbaju ~ \na) baju kebaya;\n b) [Kedah] jubah (orang lelaki)." "top IV\n[bahasa percakapan] yang tertinggi atau teratas, kemuncak, puncak." "top-top\n[bahasa percakapan] alih-alih, sekonyong-konyong, tiba-tiba;\n \n~\n \nkena roboh \ntiba-tiba kena roboh." "topah\ntufah." "topak\n[sastera lama] senapang." "topang I\nsangga (penyokong) yang bercabang;\n \ntiang ~ \ntiang yang di hadapan;\nbertopang\n1.\n memakai topang (sangga), disangga, disokong, ditunjang:\ndahan\n \npokok itu harus diberi ~ kalau tidak nanti patah; \n(duduk) ~ dagu \n(duduk) dengan dagunya disangga dengan tangan;\n2.\n bertumpu (pada), berdasar (pada), bertekan (pada):\ntangannya ~ pada kerusi;\n~ lutut \nduduk dengan meletakkan tangan (siku) pada lutut;\nbertopangkan\n menggunakan sesuatu sebagai topang;\nmenopang\n menyangga (menunjang) dengan kayu dan lain-lain yang bercabang:\nbahagian hadapan rumah itu ditopang dengan dua batang kayu; \ntangannya ~ kepalanya; \nRaja Shahrul Alam ~ dagu seraya mengurut-urut janggutnya; \ntopang-~ \nbantu-membantu, sokong-menyokong, tolong-menolong;\ntopangan\n penopang;\npenopang\n sokong, penunjang, penyangga, penyokong." "topang II\n[Minangkabau];\nbertopang\n1.\n dibantahi, disangkal, ditegah:\nsegala perintahnya tidak ~ ;\n2.\n berbantah, bertengkar:\nsuka ~ dengan sesiapa juga;\n menopang\n membantahi, menegah, menentang." "topaz\nsejenis batu permata yang biasanya berwarna perang kekuningan." "topdal\nbuku peringatan harian dalam pelayaran (mencatatkan laju kapal, keadaan angin, dan lain-lain)." "topek\n[arkaik];\nmenopek\n menghiris (daging) tipis-tipis." "topekong\n1.\n gambar atau patung yang dipuja-puja (disembah-sembah) di rumah berhala, berhala;\n2.\n rumah berhala." "topeng\n1.\n sesuatu yang dipakai untuk menutup muka yang berupa muka orang atau binatang dan lain-lain (dibuat daripada kertas, kulit, dan lain-lain), kedok;\n2.\n penutup muka (supaya jangan dikenali dan lain-lain);\n3.\n = \nmain ~\n sejenis pertunjukan wayang yang seluruh pelakonnya memakai topeng;\n4.\n ki perkataan (perbuatan dan lain-lain) yang muluk-muluk untuk mengabui mata orang:\ndengan ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak menjajah;\n~ gas \nalat bantu pernafasan yang dipakai untuk melindungi seseorang daripada tersedut gas beracun;\nbertopeng\n menutup muka dengan topeng, memakai topeng, berkedok;\nbertopengkan, mempertopeng\n [kiasan] memakai sesuatu sebagai topeng, memperkedok:\ndengan ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung;\n menopeng\n bermain topeng;\nmenopengi\n1.\n memberi (menjadikan) bertopeng;\n2.\n [kiasan] menyelindungkan (menyembunyikan) maksud sebenar." "topes\n[arkaik] lereng (tebing dan lain-lain) yang curam." "topi\n1.\n tutup kepala (model Eropah);\n 2.\n [Pulau Pinang], [bahasa percakapan] songkok;\n~ baja (besi)\n topi yang dibuat daripada besi;\n \n~\n \ncetok\n [Jawa] sejenis cepiau;\n \n~\n \ngabus \nsejenis topi yang bentuknya lonjong;\n \n~ keledar \ntopi yang dipakai penunggang dan pembonceng motosikal;\n \n~\n \npandan (tikar) \ntopi daripada anyaman pandan;\n \n~\n \nkelepet\n songkok (yang boleh dilipat-lipat);\nbertopi\n memakai topi:\naskar yang ~ besi." "topiari\nseni memangkas dan membentuk pokok renek menjadi bentuk hiasan, seperti bentuk binatang dan sebagainya." "topik\nperkara (yang dibincangkan, dipercakapkan, dipelajari, dan lain-lain)." "topo I\n[Jakarta] kain-kain yang sudah tua, kain buruk." "topo II\npeta ~ ;\n= peta I." "topografi\n1.\n kajian atau huraian yang terperinci tentang keadaan rupa bumi sesuatu kawasan;\n2.\n pemetaan yang terperinci tentang keadaan rupa bumi sesuatu kawasan;\n3.\n keadaan rupa bumi sesuatu kawasan;\n4.\n (Biologi) penghuraian sesuatu bahagian tubuh dalam hubungannya dengan struktur lain di sekitarnya." "topoi\n[Kedah] gemuk." "topok I\n[Perak] tepuk." "topok II\n[Kelantan] tompok." "topong I\nsejenis bakul kecil yang kasar buatannya (tempat belacan dan lain-lain)." "topong II\n[arkaik] ketopong." "toponimi\nkajian yang berkaitan dengan nama tempat." "tor I\n[Kedah] mencabar (berlari-lari dan mengejar dalam permainan)." "tor II\n[Kelantan] sejenis permainan kanak-kanak." "torah\ntak ~ \n[Kedah] tidak selesa kerana fikiran terganggu." "torak I\ntabung kecil pada alat tenun yang berisi kumparan benang pakan, teropong;\n \nanak ~ \nkumparan benang pakan yang dipasang pada torak;\n \nbatang ~ \ntangkai torak;\n \nbulat ~ \nbulat seperti torak (bulat panjang), berbentuk silinder;\ntorak-torak\n silinder." "torak II\nburung ~ \nsejenis burung, burung tebang mentua, \nRhinoplax vigil." "torak III\nkuih ~\n = \ntepung ~ \nsejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras yang dikukus (dimakan bersama santan dan air gula)." "toraks\n(Biologi)\n1.\n bahagian badan mamalia (tidak termasuk tangan) yang terletak di antara leher dengan abdomen;\n2.\n bahagian badan serangga yang terletak di antara kepala dengan abdomen." "toreh\nbertoreh\n telah digores dengan agak dalam (pada kulit kayu dan lain-lain):\npokok getah di kampungnya banyak yang tidak ~;\n menoreh\n1.\n menggores dengan agak dalam (pada kulit kayu, badan dan lain-lain):\n~\n \ngetah\n;\n2.\n meretas (membelah) supaya terbuka:\n~\n \nbuah nangka;\n torehan\n1.\n luka yang agak dalam (pada kulit pokok), takik (yang agak dalam);\n2.\n belahan, retasan;\npenorehan\n perihal (proses, perbuatan, usaha dan sebagainya) menoreh:\ndisebabkan tiada pekerja, ~ pokok getah muda di ladang getah itu masih belum dapat dijalankan;\n penoreh\n1.\n alat dan lain-lain untuk menoreh;\n2.\n orang yang menoreh getah." "torek\n1.\n sejenis penyakit telinga bernanah yang baunya busuk dan boleh mengakibatkan tuli;\n2.\n tuli;\n= tolek." "tores\n[Jakarta] toreh." "torium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif, lembut, dan digunakan sebagai bahan api nuklear dan sebagainya." "tork\nkilas (daya motor)." "tornado\nribut angin yang sangat kuat dengan tiupan anginnya kencang berpusar-pusar dan menyebabkan kerosakan teruk, biasanya berlaku di Amerika Syarikat dan Australia." "toro\n[Jakarta];\nbaju ~ \nsejenis baju kurung panjang." "torpedir\n[Indonesia-Belanda];\nmentorpedir\n1.\n menembak dengan torpedo, melepaskan torpedo:\nsebuah kapal musuh\n \ntenggelam kerana ditorpedir oleh kapal torpedo kita;\n2.\n [bahasa percakapan] menggagalkan, mengkhianati, merosakkan (usaha dan lain-lain):\nbanyak rancangan kemajuan pemerintah yang ditorpedir oleh anasir-anasir jahat;\n3.\n [arkaik] [bahasa percakapan] menaikkan pangkat dan lain-lain dengan sesuka hati saja: daripada se\norang pembantu khas dia ditorpedir menjadi seorang pegawai." "torpedo\n1.\n senjata gerak sendiri berbentuk silinder yang membawa bahan letupan yang dilancarkan dalam air dari kapal, kapal terbang, atau kapal selam dan meletup apabila mengenai sasarannya;\n2.\n = \nkapal ~\n kapal perang kecil yang dilengkapkan dengan torpedo;\n3.\n [Indonesia], [bahasa percakapan] bahagian tengah roda basikal (hab) yang dapat memberhentikan basikal;\nmentorpedokan\n menembak dengan torpedo." "torso\n(Biologi) bahagian utama tubuh manusia, tidak termasuk kaki, lengan, dan kepala." "tort\n(Undang-undang) salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi." "tos\n[bahasa percakapan] undian dengan membuang duit syiling dan lain-lain (untuk menentukan kalah menang dan lain-lain);\nditos\n diundi." "tose\nsejenis makanan India yang dibuat daripada beras dan dimakan bersama kuah dal dan sebagainya." "toslet\ntoclait." "totak\n[Kelantan];\nmenotak\n memukul (dengan cepat di kepala)." "total\n1.\n [bahasa percakapan] jumlah;\n2.\n seluruhnya, semuanya;\n \n~ jeneral\n [Indonesia] jumlah semuanya;\n \nperang ~ \nperang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang);\nditotal\n [bahasa percakapan] dijumlahkan, dicampurkan (semuanya)." "totalisator\n[Indonesia-Belanda] (badan) pengumpulan wang taruhan (dalam perlawanan bola sepak, lumba kuda, dan lain-lain)." "totalitarian\nberkaitan dengan sistem pemerintahan yang dikuasai oleh seorang atau satu parti politik sahaja dan kewujudan parti-parti pembangkang yang lain tidak dibenarkan." "totalitarianisme\nfahaman bahawa sistem pemerintahan sepatutnya membenarkan kewujudan satu parti sahaja." "totaliter\n[Indonesia-Belanda] melingkupi seluruhnya (semuanya);\n \nnegara ~ \nnegara yang menggunakan seluruh sumber negara (manusia dan benda) untuk kebaikan negaranya;\n \nperang ~ \nperang total." "totalitet\n[Indonesia-Belanda] keseluruhan, kesemestaan, keseutuhan." "totet\nsetotet\n sedikit sahaja." "toti\n(Tamil) pelayan rumah sakit yang kerjanya mencuci tandas." "totok I\n1.\n bukan peranakan, sejati:\n Melayu ~\n ;\n2\n. [bahasa percakapan] masih belum ada pengalamannya, masih baru, masih mentah:\nia masih ~ dalam pergaulan." "totok II\n[Johor] tekun." "totol\n[Jakarta] bintik-bintik;\nmentotolkan\n menitikkan:\nbulatan pada kaca seperti pupur yang ditotolkan." "toya I\n[bahasa percakapan] kelihatan bodoh, tidak bergaya dan sebagainya:\ndia dulu ~, tapi kini bergaya." "toya II, toyah, toyak\n[Cina] sejenis tongkat panjang digunakan sebagai senjata;\nmenoyakan, menoyahkan, menoyakkan\n memperlakukan (mempermainkan) seperti toya:\ndan terbanyak pula Cina bermain pating, ditoyakannya berbagai-bagai lakunya." "toyoh\nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nGonocaryum longiracemosum." "toyol\n= \nhantu ~ \nsejenis hantu (orang halus yang suka mengganggu orang)." "toyu\n[Kedah] kicap kacang soya." "tra\n[arkaik] [Indonesia], [bahasa percakapan] tak;\n \n~\n \nusah\n tak usah." "tradisi\nsesuatu kebiasaan (adat, kepercayaan, dan lain-lain) yang kekal turun-temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dan sebagainya):\nsuatu ~ orang Islam di Malaysia ketika menyambut Hari Raya ialah saling menziarahi; \nsaya sangat bimbang apabila melihat masyarakat kita yang tidak ada ~ membaca;\n bertradisi\n mempunyai tradisi;\nmentradisi\n menjadi tradisi:\nada pembaharuan itu yang telah ~;\n mentradisikan\n menjadikan sesuatu (fahaman, pemikiran, dan lain-lain) sebagai tradisi:\nIslamlah yang ~ kita;\n pentradisian\n proses mentradisikan sesuatu." "tradisional\nberkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi:\ndalam kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; \nmasyarakat ~ \nmasyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun;\nketradisionalan\n keadaan atau sifat yang tradisional:\n~nya itulah yang dipuji dan dipuja oleh orang asing." "tradisionalis\npendukung fahaman (ajaran, dan lain-lain) yang berdasarkan tradisi:\nreaksi golongan ~ yang mempercayai bahawa ahli hukum Islam telah menyelesaikan masalah sepanjang zaman." "tradisionalisme\nfahaman (pegangan, anutan, dan sebagainya) yang berdasarkan tradisi." "trafik\nlalu lintas (kereta, kapal terbang, dan lain-lain);\n \npegawai kawalan ~ udara \npegawai yang mengawal lalu lintas di udara;\n \npolis ~ \npolis yang mengawal lalu lintas;\n \n~ udara \npergerakan lalu lintas pesawat udara secara teratur dalam sesuatu ruang udara." "tragedi\n1.\n cerita (sandiwara, lakonan) yang mengisahkan peristiwa dan lain-lain yang sedih:\npersatuan drama ini akan mementaskan ~ tersebut;\n2.\n peristiwa (keadaan dan lain-lain) yang sedih atau menyedihkan:\nsajak itu menceritakan suatu ~ tentang pembunuhan dan penderitaan." "tragik\npenuh tragedi, menyedihkan:\nperistiwa ini mengandungi humor dan ~ sekali gus." "tragikomedi\ndrama atau lakonan yang menggabungkan kedua-dua unsur tragedi dan komedi." "tragis\n[Indonesia-Belanda] sangat sedih, sangat menyedihkan:\ncerita itu mengisahkan percintaannya yang ~." "trai\nperbuatan meletakkan bola melewati garisan gol pihak lawan (dalam permainan ragbi)." "trajektori\nlaluan melengkung yang diikuti oleh sesuatu objek, misalnya projektil, yang bergerak di ruang udara atau angkasa." "trak\nlori berat:\nkami mengikutnya keluar stesen besar itu dan melihat beberapa buah ~ tentera menunggu." "trakea\n(Biologi) tiub yang menyalurkan udara masuk ke dalam paru-paru vertebrat, batang tenggorok." "trakeitis\n(Perubatan) radang pada trakea." "trakeostomi\nkaedah membuat bukaan pada trakea melalui leher untuk membantu pernafasan." "trakoma\n(Perubatan) sejenis penyakit mata yang berjangkit (menyebabkan kelopak mata sebelah dalam berbintik-bintik merah)." "traktat\n[Indonesia-Belanda] perjanjian antarabangsa (seperti perjanjian persahabatan dan lain-lain)." "traktir\n[Indonesia-Belanda];\nmentraktir\n [bahasa percakapan] membelanja makan atau minum (di kedai), menjamu (di kedai makan dan lain-lain):\ndia bilang dia mahu ~ bir berbotol-botol." "traktor\nkenderaan bermotor yang mempunyai dua roda belakang yang besar, yang biasanya digunakan untuk menarik beban seperti mesin bajak atau mesin tua:\nsebuah ~ sedang meratakan tanah." "trampil\nterampil." "trampolin\nalat berupa helaian kanvas yang direntangkan dan diikatkan pada pemidang dengan menggunakan spring, terutamanya digunakan oleh ahli gimnastik dan akrobatik untuk melakukan lonjakan, balik kuang dan sebagainya." "transaksi\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n penyelesaian pembayaran dalam perniagaan (perdagangan);\n2\n. persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urus niaga:\nbahasa Inggeris digunakan untuk membuat ~ perdagangan dengan semua provinsi India." "transduser\n(Fizik) peranti atau komponen yang dapat menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain, misalnya daripada tenaga elektrik kepada tenaga mekanik." "transeksual\nseseorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan." "transenden\ndi luar segala kemampuan (kesanggupan dan sebagainya) manusia, sangat luar biasa:\nia perlu mencipta suatu cara baru bagi menggambarkan hal-hal yang bersifat ~." "transendental\nberkenaan sesuatu (idea, fahaman, pengalaman) yang sukar difahami dengan menggunakan pemikiran logik biasa, ghaib, abstrak:\ndeduksi ~ menetapkan kesahan daripada konsep umum tentang objektiviti." "transformasi\nperubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dan lain-lain):\nsatu ~ asas perlu dibuat untuk melaksanakan hukum-hukum al-Quran;\n mentransformasikan\n melakukan (meninggalkan dan sebagainya) transformasi, mengubah bentuk (sifat, rupa, keadaan, dan lain-lain)." "transformer\nsejenis alat untuk mengubah arus elektrik (seperti mengubah voltan dan lain-lain), alat ubah, pengubah." "transfusi\n(Perubatan) pemasukan darah ke dalam badan orang yang kekurangan darah, pemindahan darah." "transisi\n[Indonesia-Belanda] peralihan daripada suatu keadaan (tempat, tindakan, dan lain-lain) kepada yang lain:\n~\n \ndaripada pemerintahan penjajah ke arah pemerintahan sendiri." "transistor\n1.\n (Fizik) peranti elektronik yang digunakan sebagai penguat arus, seperti yang terdapat dalam radio dan televisyen;\n2.\n = \nradio ~ \nsejenis radio yang menggunakan atau mempunyai transistor dan mudah dibawa ke mana-mana." "transit\n1.\n lintasan barang-barang dagangan, pengangkutan (barang, orang);\n2.\n tempat singgah, persinggahan." "transitif\n(Linguistik) kata kerja yang mempunyai penyambut (objek)." "transito\n[Indonesia-Belanda] lintasan pengangkutan barang-barang dagangan, transit;\n \npelabuhan ~ \npelabuhan yang menjadi lintasan pengiriman barang-barang antara dua negeri;\n \nperdagangan ~ \nperdagangan barang-barang yang terus dikirim ke tempat lain." "transkrip\nrekod (catatan) rasmi mengenai pencapaian dan kebolehan akademik seseorang pelajar (di maktab, universiti, dan sebagainya)." "transkripsi\n1.\n (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain;\n2.\n penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (mis yang menggunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain);\n~ fonemik \n(Linguistik) transkripsi yang menggunakan lambang fonem, misalnya \n/pokok/ \ndan \n/nyanyi/;\n~ fonetik \n(Linguistik) transkripsi yang menggunakan lambang fonetik, misalnya \n[poko(];\nmentranskripsikan\n membuat (menyediakan) transkripsi (sesuatu)." "transliterasi\n(Linguistik) penukaran huruf (perkataan dan sebagainya) daripada abjad sesuatu tulisan (mis tulisan Arab) kepada huruf yang selaras bunyinya dan sebagainya dalam abjad sistem tulisan lain (mis Rumi);\nmentransliterasikan\n membuat (menyediakan) transliterasi." "transmigran\norang yang berpindah ke daerah lain." "transmigrasi\nperpindahan penduduk dari suatu tempat ke tempat lain." "transmisi\n(Kejuruteraan) sistem gear, aci dan sebagainya (pada kereta dan sebagainya) yang menghantar kuasa daripada enjin untuk memutarkan roda kenderaan:\nmodel kereta ini dilengkapi dengan sistem ~ gear automatik empat kelajuan." "transmutasi\n(Kimia) perubahan satu unsur menjadi unsur yang lain, misalnya emas menjadi merkuri." "transnasional\nberkenaan sesuatu yang melangkaui sempadan atau kepentingan sesebuah negara:\nperusahaan ~." "transonik\nberupaya bergerak dengan kelajuan yang hampir menyamai kelajuan bunyi:\npada masa depan, kerajaan akan melaksanakan projek pesawat ~." "transparensi\nhelaian (plastik, dan sebagainya) yang lut sinar yang digunakan untuk menayangkan data (tulisan, gambar rajah, dan sebagainya) pada layar projektor\n." "transpirasi\n(Biologi) kehilangan wap air dari permukaan (terutamanya melalui stomata ) secara penyejatan." "transponder\nalat (pada radar atau satelit) yang menerima isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza:\n~ ini merupakan peralatan satelit untuk menerima isyarat dari sesebuah stesen lain ke bumi." "transpor\n[Indonesia-Belanda] pengangkutan;\n \nbarang-barang ~ \nbarang-barang yang diangkut;\n \nkapal ~ \n[Indonesia] kapal pengangkut pasukan (tentera dan lain-lain);\n \nongkos ~ \n[Indonesia] perbelanjaan mengangkut barang-barang dan lain-lain;\n \nperusahaan ~ \nperusahaan pengangkutan (bas, kapal, keretapi, lori, dan lain-lain)." "transvestisme\n(Psikologi) kecenderungan memakai pakaian yang lazim dipakai oleh anggota jantina yang satu lagi, terutamanya untuk rangsangan seks." "trapezium\n(Matematik) (rajah) segi empat yang mempunyai dua sempadan yang selari." "tras\n[Indonesia-Belanda] batu yang ditumbuk halus untuk simen." "trauma\n1.\n rasa terkejut (terganggu fikiran yang amat sangat) yang meninggalkan kesan yang mendalam, menakuntukan dan berpanjangan:\npengalaman pernah dijajah oleh bangsa lain itu merupakan ~ yang tidak hilang daripada ingatan kebanyakan penduduknya; \n2.\n (Perubatan) kecederaan fizikal akibat sesuatu kemalangan." "traumatik\namat mengejuntukan sehingga meninggalkan kesan yang mendalam, menakuntukan dan berpanjangan (berkenaan (dengan) pengalaman, kejadian dan sebagainya):\nkanak-kanak ini biasanya akan mengasingkan diri, muram dan tidak mahu bercakap setelah mengalami peristiwa yang amat ~.\n." "travelator\nlaluan pejalan kaki yang bergerak secara mendatar, biasanya terdapat di terminal lapangan terbang dan sebagainya." "travelog\nsesuatu ceramah, filem, brosur dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan." "trayek\n[Indonesia-Belanda] jarak perjalanan di antara dua tempat (dengan bas dan lain-lain)." "trek\nlorong untuk lumba lari, lumba kereta, dan sebagainya." "treler I\n1.\n sejenis lori panjang yang badannya boleh diceraikan, dan digunakan untuk mengangkut barang:\nbarang-barang itu diangkut oleh dua buah ~; \n2.\n bahagian belakang lori yang boleh diceraikan daripada kepala lori:\n~ itu kemudiannya ditarik oleh kepalalori ke tempat baru." "treler II\nsedutan pendek babak tertentu daripada sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam atau televisyen sebagai usaha untuk mempromosikan atau mengiklankannya." "trem\n1.\n sejenis kenderaan seperti bas atau gerabak kereta api yang berjalan di atas rel dengan kuasa elektrik (atau ditarik oleh sejenis kepala kereta api kecil):\nkereta, ~ dan lanca sudah kelihatan berlari pulang pergi di jalan raya;\n2.\n [bahasa percakapan] troli." "tremolo\n(Seni Muzik)\n1.\n teknik tiupan yang menghasilkan suara atau bunyi bergetar;\n2.\n getaran bunyi dalam nyanyian atau permainan alat muzik seperti biola." "tren\nkereta api." "trend\narah aliran (gerakan dan sebagainya), perkembangan rentetan kejadian (amalan dan lain-lain) yang seolah-olah menuju ke suatu arah:\nlaporan Bank Negara menunjukkan ~ pelaburan swasta yang menurun dari setahun ke setahun." "trengkas\nkaedah menulis dengan cepat dengan menggunakan palitan-palitan yang mudah atau simbol-simbol lain sebagai menggantikan huruf, perkataan atau frasa:\nilmu ~ \npengetahuan mengenai kaedah menulis dengan cepat, stenografi;\n \nmengambil ~ \nmembuat catatan sesuatu yang direncanakan (seperti surat dan sebagainya) dalam tulisan trengkas." "tres\n[Indonesia-Belanda] sejenis sulaman benang emas (perak) di tepi baju atau di lengan baju." "tri\n\u2013 \nawalan asing\n tiga, misalnya \ntribahasa \ndan \ntrilogi." "triatlon\n(Suk) pertandingan olahraga yang menghendaki setiap peserta menyertai tiga acara yang berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh." "triatom\n(Kimia) molekul yang terdiri daripada tiga atom." "tribahasa\n(terdiri daripada, mengandungi, menggunakan) tiga bahasa:\nmalah ada penerbit yang mengusahakan kamus ~." "tribrata\n[Indonesia] tiga dasar kewajiban polis." "tribulan\ntiga bulan (suku tahun);\ntriwulan." "tribunal\n1.\n mahkamah pengadilan;\n2.\n tempat duduk majistret;\n 2.\n lembaga atau badan khas yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu;\n \n~ pentadbiran \n (Undang-undang) badan yang diwujudkan melalui atau di bawah Akta Parlimen untuk menentukan tuntutan dan pertelingkahan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan." "tribune\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n panggung (pentas) tempat berucap:\nbeliau lalu dipersilakan naik ke atas ~ yang telah disediakan;\n2.\n tempat duduk penonton yang lebih tinggi letaknya (di stadium dan lain-lain)." "trica\nbeca." "triftong\n(Linguistik) gabungan tiga bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, misalnya [aie] dalam \nfire." "trigon\n(Matematik) kedudukan atau keadaan dua planet yang berjarak 120 di antara kedua-duanya." "trigonometri\nilmu mengenai sudut dan sempadan segi tiga (digunakan dalam astronomi, ilmu ukur, dan lain-lain)." "trihujung\ntrisula." "trik I\n[bahasa percakapan]\n1.\n tipu muslihat untuk memperdayakan (mengakali dan sebagainya), helah:\nada-ada saja ~nya untuk mengelakkan diri daripada tugas yang berat itu; \n2.\n teknik atau membuat sesuatu dengan cepat dan betul:\nkerja itu mudah dilakukan kalau kena ~nya." "trik II\n[Indonesia], [bahasa percakapan] lori;\ntrak." "trikaki\npenopang kamera yang berkaki tiga." "triko\nsejenis kain cita, tuit." "trikologi\nkajian tentang rambut, termasuklah struktur, fungsi dan penyakitnya." "trikopati\nrawatan bagi penyakit rambut." "trikora\n[Indonesia] [kependekan] Tri Komando Rakyat (tiga arahan untuk pembebasan Irian Barat)." "trikotomi\npembahagian kepada tiga kategori." "trilion\nnombor atau bilangan yang diikuti oleh 18 angka sifar dalam penggunaannya di Britain, Perancis dan Jerman dan diikuti oleh 12 angka sifar dalam penggunaannya di Amerika Syarikat dan Kanada." "trilipat\n[Indonesia] [arkaik] rangkap tiga." "trilogi\nsiri karya sastera yang terdiri daripada tiga buah novel dan lain-lain yang saling berhubungan dan mengembangkan satu tema." "trimaran\nkapal layar laju yang bentuknya seperti katamaran, tetapi mempunyai tiga badan kapal yang bersambung selari antara satu sama lain." "trimatra\n[Indonesia] berukuran tiga, tiga dimensi." "trimurti\n[Indonesia] keesaan dari tiga (wujud, orang, dan lain-lain), tritunggal:\nkeesaan Tuhan, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah ~ orang Kristian." "trindil\n[Jakarta];\nditrindili\n dirampas segala pakaian dan harta benda." "trinitas\n[Indonesia] \ntriniti." "triniti\nkeesaan dari tiga wujud Tuhan (Bapa, Anak dan Roh Kudus) menurut kepercayaan Roman Katolik, tritunggal, trimurti." "trinitrotoluena\n(Kimia) sejenis pepejal kuning yang digunakan terutamanya sebagai bahan letupan." "trinomial\n(Matematik) ungkapan yang terdiri daripada tiga angka atau nilaian." "trio\n1.\n gubahan lagu atau irama untuk tiga suara atau tiga alat muzik;\n2.\n kumpulan daripada tiga orang penyanyi atau pemain muzik;\n3.\n kumpulan daripada tiga orang atau benda." "trip I\n[bahasa percakapan] perjalanan, kepergian:\n~\n \nke Bangkok." "trip II\npotong ~\n [bahasa percakapan] merampas peluang orang lain." "tripleks\n[Indonesia-Belanda] keping (helai dan lain-lain) yang terdiri daripada tiga lapis (papan, kaca, dan lain-lain)." "triplet\n(Seni Muzik) kumpulan tiga not yang mempunyai nilai masa yang sama." "tripod\nalat yang berkaki tiga untuk menopang kamera, teleskop dan sebagainya, kaki tiga." "triprasetia\n[Indonesia] [arkaik] sumpah taat setia atau ikrar yang terdiri daripada tiga perkara." "tripsin\n(Biologi) sejenis enzim yang dikeluarkan oleh pankreas (dalam proses pencernaan)." "trirangkai\n[Indonesia] [arkaik] sajak yang terdiri daripada tiga baris." "triseps\n(Biologi) otot besar di belakang lengan atas yang berfungsi meluruskan lengan." "trisula\n[sastera lama] sejenis tombak atau serampang yang hujungnya bercabang tiga (untuk menangkap ikan dan lain-lain)." "triti\n(Undang-undang) persetujuan secara formal antara dua pihak (negara dan sebagainya) atau lebih, perjanjian:\nkeempat-empat buah negeri itu bersekutu dalam tahun 1895 setelah membuat satu ~." "tritium\n(Kimia) isotop unsur hidrogen yang radioaktif." "tritunggal\nkeesaan daripada tiga (wujud, orang, dan lain-lain), trimurti." "trivia\npelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz:\n~ sains, ~ sejarah." "triwangsa\n[sastera lama] tiga kasta (iaitu Brahman, Kesatria, Waisya)." "triwikrama\ntiwikrama." "triwindu\ntiga windu (24 tahun)." "triwulan\ntiga bulan, satu suku tahun;\ntriwulanan\n tiap-tiap tiga bulan;\n \nmajalah ~\n majalah yang diterbitkan tiap-tiap tiga bulan;\n= tribulan." "trofi\nhadiah seperti mangkuk perak, piala yang dimenangi dalam pertandingan, misalnya sukan dan sebagainya." "troli\n1.\n = \n~\n \nbas \nsejenis kenderaan seperti bas yang dijalankan dengan kuasa elektrik;\n2.\n sejenis meja kecil beroda yang digunakan untuk menyajikan makanan (minuman dan sebagainya);\n3.\n sejenis kereta sorong yang digunakan untuk memuatkan barang semasa membeli-belah di pasar raya." "trombin\n(Biologi) sejenis enzim yang penting dalam proses penggumpalan darah." "trombon\nsejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup." "trombosis\n(Perubatan) pembekuan darah di dalam jantung atau pembuluh darah sehingga boleh menyebabkan kematian." "trombus\n(Perubatan) gumpalan darah yang terbentuk di dalam jantung atau pembuluh darah." "trompet I\n1.\n sejenis alat bunyi-bunyian yang ditiup;\n \n~\n \ntanduk \ntetuang;\n2.\n orang yang mengeluarkan (menyuarakan) pendapat orang lain;\nmentrompetkan\n [kiasan] meneriak-neriakkan, melaung-laungkan, mempropagandakan." "trompet II\nsiput ~\n sejenis siput, \nTriton tritonis." "tropika\n= \nkawasan ~\n kawasan yang letaknya berhampiran dengan garisan Khatulistiwa (antara garisan Jadi dan garisan Sartan)." "tropisme\n(Biologi) pergerakan organisma pada arah tertentu sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan luar, misalnya \nfototropisme." "tropopaus\n(Geografi) sempadan atmosfera di antara troposfera dengan stratosfera." "troposfera\n(Geografi) lapisan atmosfera yang hampir sekali dengan bumi, yang terletak di antara 6 \u2013 10 km." "trotoar\n[Indonesia-Belanda] jalan yang lebih tinggi di tepi jalan raya untuk orang yang berjalan kaki:\nmobil merah itu berhenti dengan kedua-dua rodanya sebelah kiri naik separuh di ~ ." "trout\nsejenis ikan daripada famili Salmonidae yang rupanya seakan-akan salmon tetapi saiznya lebih kecil dan badannya berbintik-bintik." "truk\n[Indonesia-Belanda] lori:\nmobil, ~ , opelet berdempet-dempet di jalan besar itu; \ntrak" "trup\n1.\n sebahagian daripada skuadron, yang terdiri daripada 30 hingga 40 orang anggota;\n2.\n kata arahan yang merujuk kepada kumpulan askar dalam tentera darat." "trusa\n[Indonesia], [bahasa percakapan] [arkaik] tak usah." "tsar\nczar." "tsarina\nczarina." "tsb\n[kependekan] tersebut." "tsetse\n= lalat ~ \nsejenis lalat daripada genus \nGlossina \nyang berasal dari Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur." "tst\n[bahasa percakapan] [kependekan] tahu sama tahu." "tsunami\n(Jepun) ombak laut yang besar yang disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi bawah laut dan sebagainya, biasanya sering menyebabkan kemusnahan teruk kepada harta benda, nyawa dan sebagainya." "ttg\n[kependekan] tentang." "tu I\n[bahasa percakapan] singkatan bagi itu." "tu II\n[bahasa percakapan] [kependekan] satu." "tua I\n1.\n sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur:\nibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; \nanak dara ~\n anak dara yang agak lanjut umurnya;\n \nbujang ~\n teruna yang agak lanjut umurnya;\n \nhari (masa) ~\n masa ketika umur sudah lanjut;\n \norang ~\na) orang yang sudah lanjut usianya;\n b) ayah;\n c) ibu bapa;\n d) kepala keluarga;\n \norang ~-~ \norang yang dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya;\n2.\n lebih umur (daripada):\nia ~ tiga tahun daripada adiknya; \nkakak ~\n kakak sulung;\n \nmak ~\n saudara perempuan ibu atau bapa kita yang tua sekali;\n \npak ~\n saudara laki-laki ibu atau bapa kita yang tua sekali;\n \nsaudara ~\n saudara yang umurnya lebih daripada umur kita;\n3.\n sudah lama (lawan baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno:\nsaya sudah ~ di dalam kesatuan ini; \nBandar Melaka sebuah bandar yang ~; \nbarang-barang ~\n lama (sudah dipakai);\n \nbesi ~\na) besi yang sudah lama (sisa barang-barang;\n b) besi yang mempunyai tuah atau khasiat;\n \nfaham ~\n faham lama (lawan faham baru atau moden);\n \nharta ~\n harta pusaka (warisan);\n4.\n = \ntua-tua\n [kiasan] kepala, pemimpin, penghulu (orang yang tua yang dianggap berpengetahuan dan berpengalaman):\n~\n \nkampung ini menjalankan undang-undang adat sebagai seorang pengadil mahkamah;\n~ dagang \n[Indonesia] kepala pedagang;\n \n~\n \nkampung \npenghulu kampung;\n \n~\n \nrumah \nkepala keluarga (isi rumah);\n5.\n [kiasan] sudah larut (malam):\nmalam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi;\n6.\n bertuah, berkhasiat (berkenaan (dengan) senjata lama dan lain-lain):\nwali ~nya masih kukuh terselit di pinggang;\n7.\n sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dan lain-lain):\njangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~ ; \n8.\n sudah mendidih atau masak (air, minyak, dan lain-lain):\nbiarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasukkan ikan ke dalam kuali; \n9.\n agak kehitam-hitaman (lawan cerah), pekat (warna):\nbiru ~ ; \nmerah ~ ; \nwarna ~\n warna yang tidak cerah;\n10.\n baik mutunya, hampir tulen (emas):\nemas ~;\n~ bangka \n= \n~\n \nbengkok \n[bahasa kasar] (orang yang) sangat tua (tetapi buruk perangainya);\n \n~\n \ncendawan \norang yang berumur tetapi tidak bijak;\n \n~\n \nganyut \nsangat tua;\n \n~\n \nkejemur \n[Jakarta], [bahasa kasar] (orang yang) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk);\n \n~\n \nkeladi \na) orang yang tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dan lain-lain);\n b) [Kelantan] orang tua yang mempunyai banyak anak;\n \n~\n \nkotai \n(orang yang) sangat tua;\n \n~\n \nkutuk \n[bahasa kasar] = \n~\n \nlara \norang tua yang buruk perangainya;\n \n~\n \nleler \n= \n~\n \nlontok \n= \n~\n \nrenta \n(orang yang) sangat tua dan lemah;\n \n~\n \nnipah \n[Kelantan] (orang yang) tua dan bodoh;\n \n~\n \nnyanyuk \nsudah tua dan bercakap yang bukan-bukan;\n \n~\n \nteberau \n[Kelantan] (orang yang) sangat tua dan lemah otaknya;\n \n~\n \ntebu \n(orang yang) semakin tua semakin cergas;\nbandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~\n (peribahasa) sudah terlambat;\n \nberdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema \n(peribahasa) orangyang terlalu marah yang hanya memekik-mekik sahaja (tidak berani memukul dan lain-lain);\n \nsudah ~ dari kakak, sudah cerdik dari mamak \n(peribahasa) anak muda yang takbur (tidak mahu bermuafakat lagi dengan keluarganya dalam sesuatu pekerjaan);\n \norang ~ diajar makan pisang \n(peribahasa) sia-sia mengajar orang yang sudah pandai;\ntua-tua\n1.\n tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dan lain-lain):\nsiapa nama ~ mereka?; \n2.\n= \ntetua\n bintik-bintik hitam pada muka atau pipi;\n3.\n sungguhpun sudah tua, tetapi\u2026:\n~\n \nmasih sihat;\n~ keladi \n= \n~\n \nkelapa \nmakin tua makin baik;\nbertua-tua\n [Minangkabau]\n1.\n = \nbertua-tuaan\n mengikut umur (yang tua dahulu, yang muda kemudian);\n2.\n bersuami isteri sampai tua;\nmenua\n menjadi tua:\nhanya ada pada orang-orang yang telah ~;\nmenuakan\n1.\n menjadikan tua:\n~\n \nbuah di pokok;\n~ diri;\n~ emas;\n~ warna; \n2.\n mengepalai, memimpin;\n3.\n memilih (mengangkat, melantik) sebagai tua-tua (kepala dan lain-lain);\n4.\n menyifatkan (memandang) lebih tua (daripada), mengakui sebagai orang tua (yang perlu dihormati dan sebagainya):\nyang tua kita tuakan, yang muda pula haruslah mengalah; \n5.\n mengahwinkan;\ntertua\n1.\n yang paling tua:\nbentuk puisi bertulis yang ~ sekali dalam bahasa Melayu terdapat pada batu nisan yang dijumpai di Minye Tujuh, Acheh;\n2.\n lebih tua (berumur):\nAbdul Rahim ~ dua tahun daripada Amin;\npengetua\n1.\n tua-tua (pemimpin, kepala, dan lain-lain):\nhambalah ~nya sekalian mereka itu;\n~ Maktab Perguruan; \n2.\n [Minangkabau] penghulu yang paling tua;\nketua\n pemimpin, kepala;\nketuaan\n1.\n sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya);\n2.\n perihal tua (sudah berumur):\ntidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh;\n ketua-tuaan\n seperti seorang tua-tua (ketua):\ndia bercakap dengan gaya ~ menasihati mereka;\npenuaan\n proses menjadi (atau menjadikan) tua." "tua II\nburung ~ pulih \nsejenis burung, \nMalacopteron c. cinereum." "tuah\n1.\n untung (yang berlebihan), bahagia:\nia memikirkan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; \ndi tengah-tengah hidup yang malang kami dilimpahi ~; \nmengadu ~\n mengadu untung (berserah kepada nasib);\n \nmenolak ~\n melepaskan peluang baik;\n \nuntung ada ~ tiada \nada pendapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal);\n2.\n pengaruh (kuasa) yang membawa keuntungan (kebahagiaan dan lain-lain), keramat, sakti:\ntangkal-tangkal itu dikatakan mempunyai ~ yang besar;\n3.\n keistimewaan (kehormatan, kemuliaan, kemasyhuran, dan lain-lain);\n \n~\n \nbadan \nuntung diri seseorang;\n \n~\n \nberma \n[Brunei] tanda merah pada bayi ketika dilahirkan;\n \n~\n \nperiuk \n[Brunei] tompok-tompok biru tua pada bayi ketika dilahirkan;\n~\n \nanjing celaka kuda \n(peribahasa) sesuatu yang menjadi kebahagiaan pada seseorang mungkin menjadi kecelakaan pada orang lain;\n \n~\n \nayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu?\n (peribahasa) tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu;\n \n~\n \nkerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat \n(peribahasa) kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu);\n \n~\n \nmelambung tinggi, celaka menimpa badan\n (peribahasa) orang yang ditimpa oleh kesusahan besar;\n \n~\n \nsebesar bukit, celaka menimpa badan \n(peribahasa) orang yang pandai tetapi tidak tetap pekerjaannya, oleh itu penghidupannya menjadi susah;\n \nmenghijau ~, najis keluar \n(peribahasa) kerana hendakkan kemuliaan (kehormatan) seseorang boleh mendapat kehinaan;\n \ntiada tertikam ~ oleh berani \n(peribahasa) orang yang bertuah itu tidak dapat dialahkan dengan keberanian;\nbertuah\n1.\n mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung:\nia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; \n2.\n mendatangkan tuah, berhikmat, sakti:\nayamnya sangat ~, tiada orang yang berani melawan ayamnya itu; \nkeris ~\n keris sakti;\n3.\n [arkaik] ketulahan, terpesona;\nhendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai \n(peribahasa) jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani;\n \nsudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi \n(peribahasa) sudah mendapat yang lebih baik yang kurang baik ditinggalkan;\nmenuahi\n1.\n mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dan lain-lain), memberkati;\n2.\n mengatakan bertuah;\nmenuahkan\n1.\n menghebah-hebahkan (mencerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang;\n2.\n = \n~\n \nmenjadi..\n. menentukan dan lain-lain menjadi\u2026;\nketuahan\n1.\n memperoleh tuah;\n2.\n kesaktian (keris dan lain-lain), keunggulan (kemuliaan dan lain-lain)." "tuai I\npisau pemotong padi, pengetam, ani-ani;\nbertuai\n (telah) dipotong dengan tuai:\nmasih banyak lagi padi yang belum ~;\nmenuai\n memotong padi dengan tuai, mengetam (padi):\npetani-petani di sini menanam padi dalam bulan Oktober dan ~ atau mengetamnya dalam bulan Februari; \nbagaimana ditanam, begitulah dituai \n(peribahasa) tiap-tiap perbuatan akan mendapat balasan yang wajar;\ntuaian\n yang dituai, hasil menuai:\nkerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama;\npenuaian\n perihal menuai, pengetaman:\n~\n \npadi musim ini sudah dimulakan;\npenuai\n1.\n alat untuk menuai (padi), ani-ani, pengetam, tamin;\n2.\n orang yang menuai." "tuai II\n~ rumah \nketua rumah panjang kaum Iban di Sarawak." "tuak I\nsejenis minuman keras yang dibuat daripada nira (kelapa, enau, dan lain-lain);\n \nkaki ~\n orang yang kuat minum tuak;\n \nmabuk ~\n mabuk kerana minum tuak;\n~\n \nkeras \ntuak yang mudah memabukkan;\n \n~\n \nmanis \ntuak yang tidak keras (tidak mudah memabukkan);\n \n~\n \nterbeli, tunjang hilang \n(peribahasa), [Minangkabau] ditimpa kecelakaan (kekecewaan, kesusahan)." "tuak II\ntahan ~ \nduduk dengan tidak sopan yang menyebabkan kain terselak lalu menampakkan betis atau paha." "tual I\nbatang kayu (balak) yang pendek:\nkayu ini kemudian dikerat menjadi beberapa ~;\nbertual\n ditual:\nbatang getah yang telah ditebang itu kelihatan masih belum ~;\nbertual-tual\n berpotong-potong (batang kayu, balak), berkerat-kerat:\ndia sedang memasukkan kayu yang sudah dipotong ~ ke dalam lori;\nmenual\n memotong (batang kayu dan lain-lain) menjadi pendek-pendek." "tual II\n[Minangkabau] tiang bendera." "tuala\n1.\n = \n~\n \nmakan \nkain kecil untuk membersihkan tangan (mulut) selepas makan dan lain-lain, serbet;\n2.\n = \n~\n \nmandi \nsejenis kain tebal pengesat tubuh selepas mandi, anduk;\n \n~\n \nwanita \nsejenis cawat (yang lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yang dipakai semasa datang haid atau nifas;\nbertuala\n1.\n mempunyai atau ada tuala;\n2.\n memakai tuala:\nketika itu dia hanya ~ mandi." "tualang I\n1.\n berterbangan ke sana sini (lebah dan lain-lain);\n2.\n tidak bertempat tinggal yang tetap (pengembara, pengemis, dan lain-lain);\n3.\n = \norang ~ \norang yang sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara;\nbertualang\n1.\n mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran:\ndia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yang ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; \n2.\n selalu keluar rumah, suka merayau-rayau:\ndia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi;\n3.\n melakukan sesuatu dengan nekad (curang, haram, dan lain-lain):\nbanyak kawannya yang suka ~, berdagang dan sebagainya;\npetualangan\n1.\n perihal bertualang:\nsemakin luar biasa ~nya dan pengalamannya;\n2.\n perbuatan nekad (tidak jujur dan lain-lain);\nberpetualangan\n menjadi petualang:\nmengapa mesti ~? kembalilah bersama anak isteri; \npetualang\n1.\n orang yang bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dan lain-lain);\n2.\n orang yang melakukan sesuatu dengan nekad (curang dan lain-lain) untuk kepentingannya sendiri:\nkerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yang cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; \n3.\n orang yang suka melakukan perkara-perkara yang sukar atau berbahaya untuk pengalaman." "tualang II\nsejenis tumbuhan (pokok), sialang, \nKoompassia excelsa." "tuam\nbarang panas (abu hangat yang dibungkus dalam kain, air panas dalam botol, dan lain-lain) yang ditekankan pada bahagian tubuh yang sakit, demah;\nbertuam\n memanaskan bahagian tubuh yang sakit dengan tuam, berdemah;\nmenuam, menuami\n1.\n menekankan (melekapkan) tuam pada, mengurut (memanaskan) bahagian tubuh yang sakit dengan tuam, mendemah;\n2.\n mengacukan (membidikkan) senapang dan lain-lain:\nseorang askar sedang ~ muncung senapang ke arah perutnya;\n tuaman\n hasil menuam:\n~ air suam pada bahagian yang sengal boleh membantu meringankan kesakitan;\n penuaman\n proses atau perbuatan menuam untuk mengurangkan radang atau rasa sakit." "tuan\n1.\n orang tempat menghambakan diri:\norang kulit putih di Amerika masa itu banyak yang menjadi ~ kepada hamba abdi daripada bangsa Negro;\n~ hamba \n[sastera lama] tuan;\n2.\na) = \n~\n \npunya \npemilik (kedai, perusahaan, dan lain-lain):\njika kereta yang dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa;\nb) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dan lain-lain);\n \n~\n \nkebun \npengusaha (pengurus) kebun;\n3.\n orang laki-laki (yang dihormati):\n~\n \nyang datang semalam datang lagi pagi tadi; \nsepeda ~\n [Indonesia] basikal untuk orang laki-laki;\n4.\na) panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati:\n~\n \ndoktor;\n~ hakim; \nT~ Syed Nasir;\nb) [sastera lama] panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan:\n~\n \nputeri; \nmengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan; \n5.\n kata ganti yang halus bagi orang laki-laki atau perempuan yang dilawan bercakap (engkau atau awak yang lebih halus):\n~\n \nsendiri sudah tahu asal saya dari Kampung Balimbing; \n6.\n panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah:\n~\n \ndan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi;\n~ besar \na) ketua perusahaan (ladang dan lain-lain);\n b) [Indonesia] [arkaik] Gabenor Jeneral;\n \n~\n \nkecil \na) = \n~\n \nmuda \nanak sulung laki-laki dalam sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah;\n b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dan lain-lain);\n \n~\n \nrumah \na) orang yang memiliki rumah, ketua rumah (keluarga);\n b) orang yang meraikan tetamu (biasanya pada majlis yang diadakan di rumahnya atau yang dianjurkannya);\n \n~\n \ntamu \nark tuan rumah;\n \n~\n \ntanah \npemilik tanah;\ntuan-tuan\n1.\n orang laki-laki (sekalian yang hadir):\n~\n \nyang dihormati, silalah duduk;\n2.\n [sastera lama] orang bangsawan, ningrat:\nmaka ~ itu pun nak ke darat dengan segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; \nanak ~\n anak raja-raja;\nbertuan\n1.\n ada tuannya (pemiliknya), mempunyai penguasa:\nsemua tanah yang dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; \n2.\n bertindak (bersikap) sebagai tuan:\nsemenjak kematian bapanya dia ~ di sini; \n3.\n memanggil atau menyebut tuan (kepada):\njanganlah ~ lagi kepada saya, panggillah saya abang sahaja;\nbertuankan\n1.\n mempunyai sebagai tuan, berketuakan:\nkalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dari segi teknologi bahkan juga dari segi pengurusan; \n2.\n menghamba kepada, menganggap sebagai tuan kepada:\npada bicara dindatiada mahu dinda ~ lain daripada Yang Dipertuan; \njanganlah kita ~ anak raja seorang ini;\nmenuani\n menguasai, memiliki;\nmenuankan\n menjadikan tuan, memanggil tuan (kpada orang yang dilawan bercakap):\nTuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak;\nmempertuan, mempertuankan\n menganggap (mengakui) tuan:\nyang mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan;\nYang Dipertuan\n (gelaran kepada) raja atau sultan yang memerintah;\n \n~\n \nBesar; \nbangsa ~\n bangsa yang menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia daripada bangsa lain;\n \nhak ~\n hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri);\nmempertuani\n [arkaik] menguasai;\ntuanan\n bangsawan, ningrat;\n \nanak ~\n anak tuan-tuan;\nketuanan\n hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dan lain-lain), kedaulatan:\n untuk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak;\nketuan-tuanan\n seperti seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dan lain-lain):\nSaya pegawai Kerajaan, Encik Ramli berkata ~;\npertuanan\n1.\n golongan orang bangsawan, kaum ningrat:\ntatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiringkan oleh segala pegawai dan ~; \nDewan P~\n dewan yang dianggotai oleh orang bangsawan dalam parlimen Inggeris;\n2.\n kuasa pemerintahan (ke atas negara dan lain-lain):\ndengan itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf;\n3.\n = \nhak ~\n kedaulatan." "tuang I\nbesi ~\n besi yang dibuat daripada besi yang dicairkan dengan menggunakan acuan, besi cetak;\n \npindah ~ (darah)\n [Indonesia] pemindahan darah, transfusi darah;\nbertuang\n (yang) dicetak (daripada besi yang dicairkan):\ntangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik;\nmenuang\n1.\n mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dalam bekas:\nMahat duduk dan ~ kopi ke dalam cawan;\n2.\n melebur (logam) dengan memanaskannya:\n~\n \nbijih timah;\n3.\n mencetak leburan besi dan lain-lain ke dalam acuan (untuk membentuk sesuatu):\ntembaga yang sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; \nadat diisi, lembaga dituang \n(peribahasa) dilakukan menurut aturan yang biasa;\nmenuangi\n1.\n menuang (air, minyak, dan lain-lain) ke, mengisi (cawan dan lain-lain) dengan barang cair (minuman dan lain-lain):\nmenyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; \nia ~ gelasnya sendiri dan meneguknya dengan lahap;\n2.\n menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan):\ndi Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dengan kata-kata bahawa komunis yang menjadi pokok kekacauan;\nmenuangkan\n mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dalam bekas atau acuan:\nkami pun ~ minuman keras itu ke dalam gelas masing-masing dan mula minum; \nselepas dilebur, timah itu dituangkan ke dalam acuan yang berbentuk bata;\n tuangan\n1.\n (sesuatu) yang dituang;\n \nbesi ~ \nbesi tuang, besi cetak;\n2.\n cetakan, acuan:\npendeknya sungguh cantik ~nya;\npenuangan\n perihal menuang (menuangi, menuangkan);\nketuangan\n \nhari ~ Ruhulkudus \n[Indonesia] hari untuk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian)." "tuang II\n[bahasa percakapan] tidak datang belajar, kerja dan sebagainya (tanpa mendapat izin guru dan sebagainya), ponteng:\nbeberapa orang sahaja yang datang tetap ke kelas malam, yang lainnya selalu ~\n." "tuang-tuang\n1.\n sejenis suling daripada buluh yang ditiup untuk memberi alamat dan lain-lain;\n2.\n [arkaik] corong pembesar suara;\n= tetuang." "tuangku\n[arkaik] tuanku, tengku;\n \n~\n \nkubur \nahli kubur (orang-orang yang telah meninggal dunia);\ntuanku." "tuanku\ntuan yang mulia (dalam percakapan dengan raja):\ntersebutlah konon sebuah negeri bernama Bandar Muar, rajanya bernama T~ Gombong Malim Dewa; \nbaiklah ~ tiada lama patik pergi;\n~ laras \n[Minangkabau] kepala daerah." "tuantu\n[bahasa percakapan] tuan itu." "tuap\nbidai untuk membandut tangan (kaki) yang patah:\nada kalanya mesti digunakan ~ jika kaki telah patah." "tuar I\n1.\n sejenis lukah daripada ranting-ranting berduri (untuk menangkap ikan sungai);\n2.\n [Minangkabau] ranting-ranting kayu dan lain-lain yang didirikan di bendang untuk menakuntukan burung;\n \nbagai haruan di dalam ~\n (peribahasa) tidak tetap keadaannya (selalu sakit atau susah)." "tuar II\nlampu atau api untuk memberi isyarat (tanda);\nsuar." "tuar III\nburung ~\n sejenis burung, merbah kelabu, \nMicroscelis flavalus cinereus." "tuarang\nmusim kemarau:\nmereka tidak peduli ~ sedang menghebat, iklim sedang panas teriknya;\n~ panjang \nmusim kemarau panjang;\n \nsebelum ~ panjang, buah sengkuang sebesar betis \n(peribahasa)\na) sebelum ditimpa kesusahan tidak dapat seseorang itu memikirkan bagaimana kesusahan itu;\n b) berita yang belum sah lagi biasanya sudah diperbesar-besarkan." "tuas I\nsejenis alat untuk mengungkit (mengangkat) sesuatu yang berat, pengungkit, tuil;\nmenuas\n mengangkat (mengungkit) dengan tuas." "tuas II\n[Kedah], [Pulau Pinang] dahan-dahan kayu yang dibenamkan dalam air supaya ikan berkumpul." "tuas III\n[Kelantan];\nmenuas\n1.\n mengikat, menambat (orang salah dan lain-lain);\n2.\n [Perak] cabut lari, melarikan diri." "tuasah\nsejenis tumbuhan (herba), betimun tikus, lipam, sipam, \nGymnopetalum cochinchinense." "tuat I\nbintil pada kulit;\nketuat." "tuat II\n[Kedah] tanda tempat yang banyak ikan (di laut)." "tuau\n1.\n = \nakar patut ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nThunbergia grandiflora; \n2.\n = \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuau, lana, rumput meliau, \nThunbergia laurifolia." "tub-tub\n[bahasa percakapan] tiba-tiba, sekonyong-konyong." "tuba I\nsejenis racun ikan (dibuat daripada bermacam-macam jenis akar yang beracun biasanya akar \nDerris elliptica);\n jenis-jenisnya:\n~\n \njenerak, ~ jemu, ~ kapur, ~ seluang, \ndan lain-lain;\n~\n \ntikus \nracun pembunuh tikus, berangan;\n \nmemecah ~\n menyiarkan khabar hingga mencemaskan orang;\n~\n \nbinasa ikan tak dapat \n(peribahasa) pekerjaan yang sia-sia atau merugikan;\n \nbagai (seperti) ikan kena ~\n (peribahasa) tidak berdaya lagi;\nmenuba\n1.\n meracuni (ikan) dengan tuba:\nmereka pergi ~ ikan di sungai; \n2.\n menyakiti, menyeksa (hati, jiwa, dan lain-lain):\ndia menangis dengan hati yang dituba oleh perasaan cemburu;\n penubaan\n perihal atau perbuatan menuba:\n~ ikan di sungai mestilah dibendung dengan segera;\n penuba\n orang yang menuba:\n masyarakat tidak harus mendiamkan diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu." "tuba II\n~\n \nbenar \n= \nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nDerris elliptica;\n~ buah \nsejenis tumbuhan (pokok), \nDiospyros wallichii;\n~ seluang (seludang)\n sejenis tumbuhan (herba), johong beralih, pancis-pancis, \nPolyangonum barbatum." "tuba III\nsejenis alat muzik tiup daripada kumpulan bras yang lebih besar daripada trompet." "tubagus\ngelaran untuk orang bangsawan keturunan Sultan Banten." "tuban-tuban\nselaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni;\n \nair ~ \nair yang keluar lebih dahulu daripada bayi;\nketuban, tentuban, tetuban." "tuber\n(Biologi) batang bawah tanah atau akar cabang yang membengkak kerana berisi makanan simpanan, misalnya ubi kentang." "tuberkulosis\n(Perubatan) penyakit batuk kering, tibi." "tubi\nbertubi-tubi\n bertalu-talu, berturut-turut, berulang-ulang, berlanjutan (tembakan, pukulan, dan lain-lain):\ntiba-tiba terdengar bunyi tembakan ~; \nditamparnya muka budak itu ~;\nmenubikan\n membuat sesuatu dengan berulang-ulang (bersungguh-sungguh dan lain-lain):\nKarim ~ pertanyaannya tadi;\nmempertubi-tubi, mempertubikan, mempertubi-tubikan\n memperhebat berkali-kali (terus-menerus dan lain-lain):\ndipertubi-tubikan tikaman itu tiada juga kena;" "tubin I\n[sastera lama] hari keempat selepas hari ini (selepas tulat), tonggeng." "tubin II\nsejenis lukah untuk menangkap ikan;\n terubin." "tubin III\n[Perak] nyanyuk, bingung, mamang:\nayah saya sudah ~ ." "tubing I\n= menubing\n miring ke bawah:\ntopinya yang ~ ke depan itu dinaikkannya sedikit untuk menampakkan dahinya; \ntuding I." "tubing II\nikan panggang (dihidangkan dengan bawang dan sambal)." "tubir\n1.\n tebing (jurang dan lain-lain) yang curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai, dan lain-lain) yang dalam:\n~ lurah;\n~ sungai;\n2.\n tepi sesuatu:\nia meletakkan punggungnya di ~ ambin;\n~ tayar kereta; \n3.\n tempat yang paling dalam (di laut dan lain-lain);\n4.\n hampir dengan tepi sesuatu yang dalam:\nduduk terlalu ~ ke pinggir jurang;\n5.\n [kiasan] hampir kepada bahaya (maut dan lain-lain)." "tubruk\n[Indonesia]\n1.\n lompatan untuk menerkam (menangkap dan lain-lain), terpa;\n2\n. langgar, tabrak, tumbuk;\n \nmain ~\n [bahasa percakapan] menangkap (menuduh, menerka, dan lain-lain) dengan membabi buta;\n \ntabrak-~\n berbagai-bagai jenis pelanggaran kereta dan lain-lain;\nbertubrukan\n1.\n saling berlanggar, berlanggaran;\n2.\n [kiasan] tidak secocok, saling bertentangan;\nmenubruk\n1.\n melompat untuk menangkap (menerkam dan lain-lain), menerpa:\nditubruknya orang tua yang sudah lama dirinduinya itu;\n2\n. melanggar, menumbuk:\nperahu motor kami hampir terbalik kerana ~ pulau karang yang rendah; \n3\n. [bahasa percakapan] menangkap (pencuri), memberkas:\nkepala perompak itu sudah ditubruk oleh polis;\n tertubruk, ketubruk\n [Jakarta] terlanggar (oleh kereta dan lain-lain), tertumbuk;\ntubrukan\n1.\n pelanggaran (kereta dan lain-lain), langgaran, tumbukan;\n2.\n = \nbertubrukan\n berlanggaran, bertabrakan, bertumbukan:\nmobil ~ dan hancur, aku dapat celaka enteng." "tubuh\n1.\n =\n ~ badan \nkeseluruhan jasad manusia atau binatang yang kelihatan (terdiri daripada kepala, badan dan anggota):\n makanan yang banyak mengandungi zat perlu untuk membina dan menjaga kesihatan ~; \ndirebahkan ~nya; \nbekas ~\n pakaian yang sudah dipakai;\n 2.\n badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota):\n peluru itu kena ~nya terus ke jantung; \nberpeluk (memeluk) ~ ; \nbatang ~ \na) =\n tubuh badan \nkeseluruhan jasad;\n b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota);\n c) diri (sendiri);\n 3.\n =\n batang ~ \ndiri (sendiri), peribadi;\n tuan ~\n tuan sendiri (bukan wakil dan lain-lain);\n 4.\n bahagian sesuatu yang terpenting, awak:\n ~ perahu;\n~ kapal terbang;\n 5.\n [arkaik] = \npertubuhan;\n \n6.\n jisim, jasad benda;\n~ halus \nroh, jiwa (lw jasad);\n ~ kasar \njasad;\n tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri \n(peribahasa) membuang kehidupan yang senang-lenang;\nsetubuh\n1.\n satu badan, sebadan;\n 2.\n [arkaik] secocok, sejodoh benar, seia sekata;\n 3.\n = \npersetubuhan\n seketiduran, jimak, sanggama;\nbersetubuh\n melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran;\nmenyetubuhi\n melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dengan, menjimak, meniduri;\nbertubuh\n [bahasa percakapan] berbadan sihat, gemuk, tambun:\n anak dia itu ~ benar;\n menubuhkan\n1.\n mendirikan (persatuan dan lain-lain), membentuk (jawatankuasa, badan, dan lain-lain):\nbeliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pada tahun hadapan;\n 2.\n mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dengan):\n bagi keperluan mereka yang tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil;\ntertubuh\n sudah ditubuhkan (diwujudkan dan lain-lain), terwujud, terbentuk:\ndengan ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan untuk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kepada rakyat bumiputera;\n pertubuhan\n badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan:\nP~ Bangsa-Bangsa Bersatu \nbadan antarabangsa yang bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia;\n ~ bukan kerajaan \nbadan atau pertubuhan sukarela yang bergiat dalam bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya dengan matlamat dan fungsinya yang tertentu;\n \n~ sukarela \npertubuhan yang diwujudkan dengan kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya untuk berkhidmat kepada masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau untuk memperoleh keuntungan dan sebagainya);\npenubuhan\n perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dan lain-lain):\n ~ syarikat ini memberi peluang kepada orang Melayu untuk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini\n." "tubul\nikan ~\n sejenis ikan darat, terbul, terbui,\n Osteochilus hasselti." "tuding I\n1.\n tidak mendatar atau lurus tegak (menikam, menombak, dan lain-lain), senget ke bawah, condong, miring;\n 2.\n meruncing dan tajam, lancip (bentuk mata pisau, mata pedang, dan lain-lain);\ntubing I." "tuding II\n[Jawa] tunjuk, penunjuk;" "TUDM\n[kependekan] Tentera Udara Diraja Malaysia." "tuduh\nmenuduh\n1.\n menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dan lain-lain):\n kitalah yang berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yang bukan-bukan;\n 2.\n mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, mendakwa:\n beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan untuk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan;\n tuduh-menuduh\n saling menuduh (menyalahkan satu sama lain):\n mereka ~ sesama sendiri;\n menuduhkan\n melemparkan dakwaan kepada, mendakwakan:\n beliau telah menyangkal keras segala yang dituduhkan kepadanya itu;\ntertuduh\n sudah (telah) dituduh, terdakwa:\n dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dalam masa negeri kita diduduki oleh Jepun; \nyang ~\n orang yang dituduh (didakwa);\ntuduhan\n hasil menuduh, hal yang dituduhkan, dakwaan:\n fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan;\n pertuduhan\n kenyataan yang menuduh atau mendakwa seseorang yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah:\nbeliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; \nmereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim;\n penuduh\n orang yang menuduh, pendakwa." "tudung I\nsesuatu yang digunakan untuk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dan lain-lain), tutup, penutup:\n maka tuan puteri pun segeralah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; \nkain ~ \nkain penutup kepala atau muka perempuan, selendang;\n tali ~\n bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang;\n~ belanga \npenutup belanga;\n ~ kepala \na) penutup kepala (songkok, topi, dan lain-lain);\n b) =\n ~ muka \nkain selubung (untuk menutup kepala atau muka);\n ~ lampu \npenutup lampu, terendak lampu;\n ~ lingkup \nkain penutup kepala dan muka (bagi perempuan);\n ~ meja \nkain alas meja;\n ~ rahap \nkain penutup mayat sebelum ia dimandikan;\n ~ saji\n =\n ~ hidang\n =\n ~ sarang \n[kata seru] =\n ~ tapak \npenutup makanan (daripada pandan dan lain-lain) supaya jangan dihinggapi lalat;\nbertudung\n memakai tudung, bertutup dengan tudung:\n gadis-gadis itu ~ lingkup dengan kain berwarna pinang masak;\n bertudungkan\n memakai atau menggunakan sesuatu sebagai tudung:\nwanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi untuk menyelamatkan diri dari rumah yang sedang terbakar itu;\n menudung\n menutup dengan tudung, memberi bertudung:\n dia ~ mukanya dengan tangannya; \nkeris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dengan tetampan;\n menudungi\n menjadi sebagai tudung pada, menutupi;\nmenudungkan\n menutupkan sesuatu sebagai tudung:\n kain itu ditudungkan pada mukanya;\n tertudung\n tertutup dengan tudung:\n mukanya tidak kelihatan kerana ~ dengan kain;\n penudungan\n perihal menudung (menudungkan);\npenudung\n sesuatu yang dipakai untuk menudung (menudungi), penutup." "tudung II\n ~ periuk \n= \n~ tempayan \nsejenis ikan laut,\n Platacidae." "tudung III\n~ roman\n sejenis tumbuhan (pokok), guriam, lampin budak, penculam, puding, seleguri (betina), selulang bukit, unting-unting, \nClerodendron disparifolium." "tufah\n[Arab] =\n buah ~\n buah epal." "tugal\nbatang kayu dan lain-lain yang tajam hujungnya untuk melubangi tanah untuk ditanami (padi dan lain-lain);\n padi ~\n padi yang ditanam di tanah kering, padi huma;\nmenugal\n membuat lubang dengan tugal di ladang dan lain-lain (untuk menanam padi, jagung, dan lain-lain):\n setelah siap membakar kira-kira dua minggu mulailah~; \nasal ditugal adalah benih\n (peribahasa) sesuatu usahaitu tentu ada hasilnya;\nmenugalkan\n menanamkan benih padi (jagung dan lain-lain) dengan menggunakan tugal:\n demikian cara orang ~ bibit padi ladang;\n tugalan\n =\n padi ~\n padi yang ditanam dengan cara menugal;\n= tukai." "tugar\n[arkaik] tugal." "tugas I\n1.\n =\n ~ kewajiban\n sesuatu (kerja, tanggungjawab, dan lain-lain) yang mesti dilaksanakan, sesuatu yang ditentukan untuk dikerjakan, tanggungjawab:\n ~nya ialah memberi penerangan kepada penduduk; \nsempurnalah ~nya sebagai seorang anak;\n 2.\n suruhan untuk melakukan sesuatu (daripada pihak yang berkuasa), arahan, perintah:\n dia telah diberi ~ untuk memulihkan keadaan huru-hara di tempat itu;\n 3.\n kerja yang dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dan lain-lain), fungsi:\n apa ~ karburetor pada enjin kereta?;\nbertugas\n (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja:\n dia sekarang sedang ~ sebagai seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling;\nmenugaskan\n menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dan lain-lain) kepada, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu:\n ia telah ditugaskan untuk menterjemahkan buku itu ke dalam bahasa kebangsaan;\nmenugasi\n memberi seseorang tugas;\ntugasan\n kerja tertentu terutamanya yang perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dan sebagainya:\n dalam ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri;\npenugasan\n perihal menugas seseorang, penyerahan sesuatu tugas;\npetugas\n orang yang bertugas (untuk melakukan sesuatu), pekerja." "tugas II\n[arkaik];\nmenugas\n menuduh tanpa sebarang bukti yang nyata:\n dituduh akan dia kafir dan ditugas ia mencabul segala gundik ayahnya;\n= tukas I." "tugu\n1.\n sejenis tiang besar dan tinggi yang dibina daripada batu dan lain-lain;\n 2.\n = \n~ peringatan\n tiang batu yang dibina untuk memperingati sesuatu (keguguran pahlawan dalam peperangan dan lain-lain)." "tuha\n[sastera lama] tua." "tuhan I\nsesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa;\nbertuhan\n percaya kepada atau memuja tuhan;\n ~ kepada \nmemuja (mendewakan) sesuatu sebagai tuhan;\nbertuhankan\n bertuhan kepada:\n ~ harta benda;\n mempertuhan, mempertuhankan\n menganggap (memuja) sesuatu sebagai tuhan, memperdewakan sesuatu:\n suatu pemikiran yang ~ harta, seperti pemikiran dan fahaman kapitalis." "Tuhan II\nAllah yang mencipta alam semesta:\n Nabi Musalah yang pertama sekali dapat bercakap dengan ~ di Bukit Tursina;\n~ Yang Esa \nAllah yang hanya satu (tunggal);\nbertuhan\n percaya kepada Tuhan;\n orang yang tidak ~\n orang yang tidak percaya adanya Tuhan;\nketuhanan\n1.\n sifat keadaan Tuhan:\nMaha Suci bagi Allah yang tinggi ~-Nya dan tiada\n \nsekutu bagi-Nya; \nmenunjukkan ~-Nya \nmenunjukkan sifat-sifat keadaan-Nya sebagai Tuhan;\n 2.\n perihal Tuhan;\n \nilmu ~ \nilmu mengenai Tuhan dan agama;\n 3.\n kepercayaan (kebaktian) kepada Tuhan;\n dasar percaya kepada Tuhan yang Maha Esa." "tuhfah, tuhfat\n[Arab] hadiah atau pemberian yang berharga, cenderamata." "tuhfatulajnas\n[Arab] berbagai-bagai hadiah (bingkisan, cenderamata, dan lain-lain) yang mahal-mahal harganya." "tuhu\n[Jakarta];\n burung ~ \nsejenis burung, burung culik-culik." "tuhus\n[Brunei]\n1.\n semakin kempis (bengkak, bisul, dan lain-lain);\n2.\n semakin berkurang (air masakan dan sebagainya)." "tuhut\n[Brunei] lutut." "tui I\nmenumpang modal pada orang yang bermain judi." "tui II\n[Cina] meminta berhenti sebentar, cup (dalam permainan kanak-kanak)." "tui III\nmembaling, melempar, melontar." "tui IV\nmerendam kaki dalam air panas (untuk berubat)." "tui V\nsejenis tumbuhan (pokok), joran,\n Dolichandrone spathacea." "tuidi\n[Jakarta] [arkaik] penolong ketua kampung." "tuil\nsesuatu yang digunakan untuk mengangkat sedikit (menaikkan barang yang berat-berat dan lain-lain), penyungkit, tuas;\nmenuil\n menyungkit (mengungkit) dengan tuil, menuas;\npenuilan\n perihal (proses, perbuatan, kerja dan sebagainya) menuil sesuatu:\n~ bongkah batu besar yang terbenam itu dilakukan secara gotong-royong." "tuisyen\nbimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu:\ndia mencari nafkah dengan memberi ~ kepada pelajar-pelajar sekolah." "tuit\nsejenis kain bulu yang tebal dan lembut, kain teriko." "tuja\n[Johor] tuju." "tujah\nmenujah\n menusuk dengan benda tajam (lembing, tombak, dan lain-lain) dari atas ke bawah, menohok, meradak:\n mata pena itu cuma ditujah-tujah pada kertas;\nmenujahkan\n menusukkan tombak (lembing dan sebagainya) arah ke bawah, merohokkan;\ntertujah\n ditujah oleh, tertusuk, tercucuk:\nkakinya ~ duri nibung;\n tujahan\n hasil menujah, tusukan:\nharimau itu langsung tidak menghiraukan ~ lidi sumpitan yang bertali arus memacak pada tubuhnya." "tujal\ntunjal." "tuji\n[sastera lama] berulang-ulang (melakukan sesuatu), bertubi-tubi, berturut-turut." "tuju I\n1.\n arah, hala, jurusan:\nke mana ~nya?;\n 2.\n = \ntujuan\n maksud, kehendak, sasaran;\nsetuju\n1.\n = \nsetujuan\n sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dan lain-lain):\ndasar\n \nperjuangan kita adalah ~;\n 2.\n = \nbersetuju\n tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain), semuafakat, sependapat:\naku ~ dengan kata-katanya;\n 3.\n =\n bersetuju\n serasi, cocok, sesuai:\njikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dengan tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dengan ertinya;\n 4.\n [arkaik] = \nbersetuju\n tertarik hati kepada, berasa senang akan, berkenan:\njika tuan ~ ambillah;\n5.\n = \nbersetuju, bersetujuan\n berbetulan (dengan), bertepatan (dengan);\nmenyetujui, mempersetujui\n menyatakan bersetuju dengan, tidak menentang atau membangkang (pendapat dan lain-lain), membenarkan, mengiakan:\nrasa berat hati anakanda hendak ~nya; \npermintaan itu dipersetujuinya;\n menyetujukan, mempersetujukan\n menjadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan;\npersetujuan\n1.\n pernyataan setuju (memperkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan:\npernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya;\n 2.\n sesuatu yang telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yang dicapai, perjanjian:\nakhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dengan modal lima puluh ringgit seorang;\n 3.\n perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian;\nmenuju\n1.\n = \n~ ke \n= \n~ arah ke \npergi ke, arah ke:\nmaka kedua-dua hulubalang itu berjalanlah ~ gunung itu;\n 2.\n mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala:\n pembuluh ini masuk ~ ke hati;\n 3.\n membalingkan (melontarkan) kepada:\nmelempar ~ tampuk;\n 4.\n menghendaki, memaksudkan:\nengkau yang ditujunya, tetapi yang lain yang didapatinya;\n5.\n bermaksud untuk mencapai, bertujuan untuk menuntut sesuatu:\nsegala perintah dan hukumnya itu ~ kepada suatu perkara yang besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga;\n menujui\n menuju:\ntidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yang ditujui;\n menujukan\n1.\n membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke:\nkapal itu hendak ~ haluannya ke laut;\n 2.\n mengalamatkan kepada, mengarahkan kepada, menyampaikan kepada:\nRadio Malaysia sedang merancang siaran dalam bahasa Perancis yang ditujukan kepada pendengar di Vietnam;\n tertuju\n1.\n kena tuju, dituju;\n 2.\n = \n~ kepada \ndiarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, ditujukan) kepada:\nkedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani;\n 3.\n [kiasan] tertumpu (pada):\nfikirannya ~ kepada gadis genit itu;\n tujuan\n1.\n arah, hala, haluan;\n 2.\n yang dituju, maksud, matlamat, tuntutan:\ntiap-tiap manusia berusaha untuk mencapai ~ ini;\n~ penderita \n= \npelengkap ~\n [Indonesia] objek (dalam ayat), penyambut (dalam ayat);\nbertujuan\n1.\n mempunyai tujuan, ada yang dituju (dimaksudkan), berhaluan:\nnampaknya\n \ntuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka;\n 2.\n [Indonesia] memakai penyambut atau objek (ayat dan lain-lain);\nketuju; \n~ di hati \na) tertarik hati, terpikat hati, suka;\n b) yang disukai, yang digemari;\ndiketujui\n [arkaik] disukai, digemari;\npenuju; \n~ di hati \nketuju di hati." "tuju II\njampi (mantera dan lain-lain) yang dibaca untuk membuat orang jatuh sakit atau mati:\nayahanda lepaskanlah ~ ini;\n menuju\n menggunakan (melepaskan) tuju pada:\n~ orang sampai mati." "tujuh\nbilangan enam ditambah satu (7), angka 7;\n \n~ belas \n17;\n \n~ puluh \n70;\n bintang ~\n nama gugusan bintang yang tujuh banyaknya, \nPleiades;\n~ keliling \n[Jakarta] sakit kepala yang amat sangat;\n \n~ likur \nmalam yang kedua puluh tujuh (dalam bulan Ramadan);\nketujuh-tujuh\n tujuh-tujuh sekali, tujuh semuanya:\n~ anaknya sudah dewasa dan berjaya dalam hidup masing-masing;\n~ majalah ini mempunyai khalayak sasarannya yang berlainan;\n bertujuh\n tujuh jumlahnya, tujuh (orang dan lain-lain) semuanya;\nmenujuh\n \n~ bulan \nmengadakan kenduri pada ketika orang mengandung tujuh bulan;\n \n~ hari \nmengadakan kenduri pada hari yang ketujuh selepas seseorang meninggal;\npenujuh\n kenduri kerana menujuh hari." "tukah\n[Terengganu] sejenis pari kecil." "tukai\nmenukai\n [arkaik] menugal (ladang dan lain-lain);\ntugal." "tukal I\nukuran banyaknya benang (1 tukal = 16 rian, 16 tukal = 1 bantal)." "tukal II\n[Kedah] tugal." "tukal III\n[Terengganu] sejenis labu yang tebal isinya dan berwarna kuning." "tukam\nmenukam\n menziarahi orang mati, melawat." "tukang I\n1.\n orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, pandai;\n \n~ besi\n orang yang pandai membuat alat daripada besi (parang, pisau, dan lain-lain);\n 2.\n orang yang pekerjaannya membuat (menjual, mengurus, dan lain-lain) sesuatu yang tertentu:\n~ catat;\n 3.\n orang yang suka atau biasa melakukan sesuatu (yang umumnya kurang baik);\n \n~ copet \norang yang gemar mencopet;\n 4.\n ahli (sebagai kata cemuhan);\n ~ kritik\n orang yang gemar mengkritik orang lain;\n~ air\n penjual atau pengangkat air;\n \n~ ampu \norang yang suka mengampu (bermuka-muka dengan ketuanya dan lain-lain);\n \n~ andam \norang yang pandai mengandam pengantin biasanya pengantin perempuan);\n ~ api \norang yang menjaga api (di kapal dan lain-lain);\n \n~ arloji \norang yang pekerjaannya membaiki jam;\n \n~ asah \n[sastera lama] orang yang pandai mengasah gigi;\n \n~ bang \nbilal, muazin;\n \n~ batu\n orang yang pandai membuat perkakas daripada batu;\n \n~ beca \npenarik beca;\n \n~ bendera \n= \n~ kebut \n[Indonesia] penjaga garisan (dalam permainan bola sepak dan lain-lain):\n~ botol \n= \n~ loak \norang yang membeli dan menjual barang-barang lama;\n \n~ canai\n tukang mengasah pisau dan lain-lain;\n \n~ catut \nbroker (cangkau);\n \n~ cerita \norang yang suka bercerita;\n \n~ cetak \norang yang pekerjaannya mencetak (buku dan lain-lain);\n \n~ cuci \ndobi, penatu;\n \n~ cukur \norang yang pekerjaannya mencukur (janggut, rambut, dan lain-lain);\n \n~ daging \npenjual daging;\n \n~ dobi \npencuci kain (pakaian);\n \n~ elektrik\n orang yang memasang dan membaiki alat-alat elektrik;\n \n~ emas \norang yang pandai membuat barang-barang perhiasan dan lain-lain daripada emas;\n \n~ es \n[Indonesia] penjual air batu (aiskrim);\n \n~ gambar \norang yang kerjanya mengambil gambar dengan kamera;\n \n~ gerobak \norang yang pekerjaannya menjalankan gerobak;\n \n~ gunting \norang yang pekerjaannya menggunting rambut;\n \n~ hias\n jurusolek (pesolek);\n \n~ ikan \npenjual ikan;\n \n~ jahit \norang yang pekerjaannya mengambil upah dengan menjahit;\n \n~ karang \norang yang mengarang(kan) sesuatu (lagu, cerita, dan lain-lain);\n \n~ karut \norang yang paling penting dalam persembahan dikir barat yang menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak;\n \n~ kasut\n =\n ~ sepatu \norang yang pandai membuat (membaiki) kasut;\n ~ kayu \norang yang pandai membuat barang-barang (kerusi, meja, dan lain-lain) daripada kayu;\n ~ kebun \norang yang menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dan lain-lain);\n ~ kelarah \norang yang pandai sedikit-sedikit membuat bermacam-macam kerja tetapi tidak mahir betul;\n ~ kereta \norang yang pandai membaiki kereta;\n ~ korek \norang yang suka mengkritik (mencela, mencari kesalahan, dan lain-lain);\n ~ lelucon \npelawak;\n ~ mabuk \npemabuk;\n ~ masak \norang gajian yang kerjanya memasak;\n ~ pangkas\n tukang gunting;\n ~ pedati\n orang yang pekerjaannya menjalankan pedati;\n ~ pidato \norang yang pandai berpidato;\n ~ pos \npenghantar surat-surat pos, posmen;\n ~ rumah \norang yang kerjanya membina atau membaiki rumah;\n \n~ sapu \norang yang kerjanya menyapu sampah;\n ~ sate \norang yang menjual sate;\n \n~ sampah \norang yang mengangkat sampah;\n \n~ sayur\n penjual sayur;\n \n~ sihir \norang yang pandai membuat sihir, \n~ serabot \norang yang suka menyerobot;\n \n~ silap mata \npemain silap mata;\n \n~ sukat \npekerja yang menyukat (mengukur) tanah dan lain-lain;\n \n~ sunat \nmudin;\n \n~ susu \npenjual susu;\n \n~ tadah \norang yang menerima barang-barang curian;\n \n~ tenun \npenenun kain dan lain-lain;\n ~ tenung \nahli nujum;\n ~ ternak wang \norang yang meminjamkan wang dengan mengambil bunga;\n ~ ubat \npenjual ubat;\n \n~ urut\n orang yang pandai mengurut;\n ~ wang \norang yang menjaga urusan wang (di pejabat dan lain-lain);\n ~ warung \norang yang mempunyai warung (tempat menjual barang makanan dan lain-lain);\n \n~ tidak membuang kayu\n (peribahasa) orang yang cerdik sayang kepada sekalian macam orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya;\nbertukang, menukang\n mengerjakan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dan lain-lain):\n aku tahu dia banyak kebolehan, menulis, melukis dan ~ ;\ntukang-menukang\nsegala yang berkaitan dengan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dan lain-lain);\nmenukangi\n mengerjakan sesuatu sebagai tukang:\n ia menyuruh membuat pancapersada tujuh tingkat, lima kemuncaknya, terlalu indah-indah perbuatannya, Batala ~nya;\n ketukangan\n kepandaian bertukang, keahlian bertukang:\nsepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kepada aku;\n pertukangan\n1.\n perihal bertukang;\n \nsekolah ~\n sekolah untuk melatih orang menjadi tukang;\n 2.\n pekerjaan bertukang:\nada baiknya ~ bangsa sendiri itu dihidupkan semula;\n 3.\n persatuan (himpunan) para tukang." "tukang II\nburung ~ \na) = \n~ besi\n sejenis burung takau, \nMegalaima australis;\nb) \n~ malam \nsejenis burung, burung kubur, burung malas, burung segan, \nCaprimulgus asiaticus." "tukar\n[bahasa percakapan] = \nbertukar; \n~ barang \nbertukar barang dengan barang (dalam perdagangan);\n \n~ cincin \nsaling memberi cincin tanda (pada hari pertunangan);\n \n~ ganti \nmemberi ganti (benda yang telah hilang dan lain-lain);\n \n~ tambah \nbertukar barang dengan memberi tambahan wang;\nbertukar\n1.\n memberi dan menerima gantinya, saling memberi:\nkedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; \n2.\n berubah kepada bentuk (rupa dan lain-lain) yang lain:\nmukanya yang jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram;\n~ dari yang sudah-sudah\n berlainan (berubah) dari yang sudah-sudah;\n 3.\n berganti dengan yang lain, bersalin (pakaian dan lain-lain), bersilih (kulit, bulu, dan lain-lain):\ntimbanya yang dibuat daripada upih itu empat hari sekali ~;\n 4.\n berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain (dari kereta ke kereta yang lain dan lain-lain):\n dia sekarang sudah ~ ke Ipoh;\n~ adat \nberubah adatnya (berlainan daripada yang biasa);\n \n~ akal \nmenjadi gila;\n \n~ baju (pakaian) \nbersalin baju (pakaian);\n \n~ bulu \na) berganti dengan bulu yang baru (burung dan lain-lain), bersilih bulu;\n b) [kiasan] berubah pegangan (pendapat, pendirian, dan lain-lain);\n \n~ fikiran \na) berbincang, berbahas;\n b) berubah pendapat (pendirian dan lain-lain);\n c) gila;\n \n~ ganti \nberganti dengan yang baru;\n \n~ haluan\n berubah arah (haluan dan lain-lain);\n \n~ hati \na) sudah berubah perasaan hati;\n b) lain di mulut lain di hati;\n \n~ kulit \na) bersalin kulit (ulat dan lain-lain);\n b) [kiasan] berubah pendapat dan lain-lain;\n \n~ lalu \nbertukar barang dengan tidak menambah wang;\n \n~ sebut \ntidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dan lain-lain);\n \n~ tangan \nberpindah kepada orang lain (pihak lawan dan sebagainya);\n \n~ tempat \na) yang satu berpindah ke tempat yang lain dan kebalikannya;\n b) berpindah tempat;\n \nseiring ~ jalan, seia ~ sebut\n (peribahasa) orang yang setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya;\nbertukar-tukar\n1.\n selalu berganti, berganti-ganti;\n 2.\n saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap);\n3.\n saling memberi:\nmereka dibenarkan ~ hadiah yang kecil-kecil; \nkami sering berbincang dan ~ pendapat;\nbertukaran, bertukar-tukaran\n saling memberi sesuatu, beri-memberi:\n mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yang membawa makna;\n menukar\n1.\n mengganti dengan yang lain:\n~ pakaian;\n 2.\n merubah kepada keadaan yang lain:\nair boleh ditukar menjadi wap jika dipanaskan; \nkemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara;\n 3.\n menghantar (meletakkan dan lain-lain) ke tempat lain, memindahkan;\n 4.\n [Minangkabau] membeli-belah, berbelanja;\ntukar-menukar\n saling memberi, beri-memberi:\npada zaman dulu orang menjalankan perniagaan dengan cara ~ barang;\n menukari\n memberi sesuatu sebagai ganti, mengganti:\n~ wang kertas dengan wang perak;\n menukarkan\n1.\n menggantikan dengan yang lain:\nyang dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yang lemah dengan orang Belanda yang lebih kuat;\n 2.\n mengubahkan kepada sesuatu yang lain (menjadi sesuatu yang lain):\nketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka;\n 3.\n menghantarkan (memindahkan, meletakkan dan lain-lain) ke tempat lain:\naku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan;\n mempertukarkan\n1.\n menukarkan;\n 2.\n menjadikan bertukar(-tukar);\ntukaran\n sesuatu yang ditukarkan, pengganti:\njikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah\n \n~nya;\npertukaran\n perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dan sebagainya bertukar-tukar (pendapat dan sebagainya):\nsebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dari satu jenis ke satu jenis yang lain; \nsuasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor;\n \n~\n \nasing \nwang atau mata wang asing (yang digunakan dalam perniagaan antara negara);\npenukaran\n perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), pemindahan, penggantian, pengubahan:\ndiadakan ~ tandatangan sebagai cenderamata;\n penukar\n orang atau alat yang menukar(kan);\n \n~ wang \norang yang menukar wang (wang dalam negara dengan wang luar negara)." "tukas I\nmenukas, menukasi\n mendakwa tanpa bukti yang cukup, menuduh sembarangan;\ntukasan\n dakwaan yang tidak beralasan;\n= tugas II." "tukas II\n[Minangkabau] kembali semula, ulang;\nbertukas-tukas\n berulang (datang dan lain-lain);\nmenukas\n melakukan sesuatu berulang-ulang, mengulang lagi." "tukas III\nsejenis tumbuhan (palma), \nCaryota mitis." "tukik I\nmenukik\n1.\n turun (terjun, terbang, dan lain-lain) ke bawah dengan kepala dahulu, menjunam:\nkapal-kapal terbang Jerman ~ lurus dari udara menyerang kapal-kapal pihak Berikat di Laut Tengah;\n 2.\n memandang (membidik dan lain-lain) arah ke bawah;\n 3.\n = \n~ api \nark menghidupkan api dengan batu api, mencetus api;\nmenukikkan\n menggerakkan (menerjunkan, melayangkan, dan lain-lain) arah ke bawah dengan kepala dahulu, menjunamkan;\n ~ layang-layang \nmenurunkan layang-layang (dengan menjunamkannya);\n ~ tombak \nmenusukkan tombak ke bawah;\n ~ pandang\n =\n ~ pemandangan \nmenghalakan pandangan ke bawah, melihat (memandang) ke bawah." "tukik II\ntoreh pada kayu dan lain-lain yang agak dalam (pada batang getah yang telah ditoreh dan lain-lain), takik;\nmenukik\n memarang dan lain-lain membuat tukik, menakik, menakuk, menoreh:\nkuli-kuli sedang asyik ~ getah atau memetik buah kelapa sawit;\ntertukik\n1.\n lut (makan) ditukik, boleh ditukik;\n 2.\n berbekas seperti ditukik;\n \n~ jejak mendaki, tersendorong jejak menurun \n(peribahasa) kaum kerabat yang telah jauh itu tiadalah sangat kuat pada hak waris." "tukil I\nsejenis tabung daripada buluh dan lain-lain (untuk mengisi air nira dan lain-lain)." "tukil II\n[arkaik] \nnukil." "tukolit\n(Kimia) mineral uranium yang mengandungi antara 2% hingga 8 % uranium oksida." "tuksedo\nsejenis jaket lelaki berwarna hitam atau putih yang biasanya dipakai dengan tali leher kupu-kupu untuk menghadiri majlis rasmi." "tukul\n= penukul\n pemukul (kecil), martil;\n ~ besi\n tukul yang dibuat daripada besi;\n ~ kayu \ntukul yang dibuat daripada kayu;\n adat ~ lantak\n bayaran untuk menentukan sempadan tanah (memasang pancang dan lain-lain);\n tapak ~ \nkesan daripada melaku" "tukun\nbatu di laut yang tidak kelihatan (berbahaya untuk kapal), batu karang:\n maka Selampit pun jatuhlah di dalam laut lalu tersepit di celah ~ tiga tiada boleh bergerak lagi;\n~ tiruan \nlonggokan tayar buruk dan lain-lain dan lain-lain di dasar laut yang digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak." "tukung\n[Kedah], [Kelantan], [Pulau Pinang] gondol, botak." "tukup\n[Minangkabau] penutup, tudung, tutup." "tukus I\nangin ~ \nangin yang mula-mula selepas musim hujan." "tukus II\ntukas III." "tul\nmain ~ \nsejenis permainan kanak-kanak, main galah panjang." "tulah I\nkemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan (melakukan sesuatu yang kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kepada raja, dan lain-lain), kualat, kutuk:\n ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda;\n~ papa \nkutuk yang mendatangkan kesengsaraan (kepapaan);\n takut ~ \n[Brunei] takut mendapat kecelakaan keranan melawan perintah ibu bapa;\n takut akan ~ baginda \ntakut akan kualat baginda;\nmenulahi\n mengenakan tulah kepada, mengutuki (menyumpahi dan lain-lain) orang supaya mendapat kemalangan;\nketulahan\n mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah:\n baginda telah ~ pada raja Melaka kerana yang sebenarnya raja Melaka itu tiada patut berkirim sembah kepada raja China." "tulah II\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] elaun (belanja hidup dan lain-lain), tambahan (pada gaji)." "tulang I\n1.\n rangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya:\n ~ ayam;\n~ ikan;\n~ dadanya retak akibat kemalangan itu;\n2.\n [kiasan] sesuatu yang menyerupai tulang atau rangka;\n ~ daun \nurat pada daun;\n~ andas \nsalah satu tulang kecil dalam telinga tengah mamalia, yang terletak di antara tulang rakap dengan tulang tukul;\n ~ ari-ari\n =\n ~ som \ntulang pada bahagian ari-ari;\n ~ air mata \ntulang yang \nnipis\n seperti sisik terdapat pada sebelah atas rongga mata;\n ~ belakang \na) =\n ~ punggung \n[Indonesia] =\n ~ ula-ula \ntulang yang beruas-ruas dari tengkuk hingga ke punggung;\n b) [kiasan] orang atau sesuatu yang menjadi sumber atau pusat kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain);\n c) bahagian jilidan buku yang kelihatan apabila buku disusun di rak;\n ~ belikat\n =\n ~ daun\n =\n ~ dayung\n =\n ~ kipas \n=\n ~ tamparan nyamuk \ntulang yang berbentuk seperti kipas pada belikat;\n ~ belulang \ntulang dan kulit sahaja;\n ~ belut \nsejenis jahitan yang umumnya terdapat pada baju teluk belanga;\n ~ benih \n[Kelantan] senjata untuk membunuh;\n ~ bercagak \n=\n ~ pengancing \ntulang rahang atas dan rahang bawah;\n ~ bercerai \n=\n ~ berselisih\n =\n ~ tercabut \n=\n ~ tergeliat\n =\n ~ terkehel \ntulang yang tersalah letak (kerana terseliuh, tergeliat, dan lain-lain);\n ~ betis \na) = \n~ kering \ntulang dari lutut hingga ke pergelangan kaki;\n b) tulang dari lutut hingga ke pergelangan kaki pada sebelah belakang, fibula;\n \n~ buku \nbahagian belakang buku;\n \n~ buku lali \ntulang yang berbonggol hampir dengan pergelangan kaki;\n \n~ bumbung \nkayu yang membujur pada bumbung rumah (untuk menyangga kasau);\n \n~ cagak \n= \n~ pipi \ntulang di antara rongga mata dengan telinga;\n ~ caping\n =\n ~ hulu hati \n=\n ~ sudu hati\n tulang yang lembut pada hujung tulang dada;\n ~ cenak\n tulang yang melintang dari pangkal leher hingga ke pangkal bahu;\n ~ cenonot \n=\n ~ kongkeng\n =\n ~ tongkeng \n=\n ~ sulbi\n tulang di bawah sekali pada bahagian tulang belakang, yang terletak di punggung;\n ~ dada \n=\n ~ papan \n=\n ~ rimau menangis\n tulang yang pipih di tengah-tengah dada (tempat tulang rusuk bertemu), sternum;\n \n~ dahi\n tulang pada bahagian dahi;\n ~ daun\na) tulang belikat;\n b) urat pada daun;\n (dengan) ~ delapan kerat\n [kiasan] hanya tubuh sahaja;\n ~ empat kerat\n anggota badan (kaki dan tangan);\n ~ gigi \n=\n ~ rahang bawah\n tulang yang membentuk dagu (tempat gigi bawah melekat);\n ~ godok kepala\n tulang pada bahagian belakang tengkorak;\n \n~ halus \n=\n ~ ketul\n =\n ~ muda\n =\n ~ rawan\n tulang yang lunak atau lembut;\n ~ hasta\n tulang tangan yang di sebelah dalam;\n \n~ hitam\n [bahasa percakapan] sumsum;\n ~ kamkam\n tulang cagak;\n ~ karang\n tulang yang rupanya seperti karang;\n ~ kelek buyung\n bahagian atas tulang pungkur;\n ~ kemburan\n tulang pada tapak tangan;\n ~ keng \nbahagian hujung tulang rahang;\n ~ kering\n tulang pada bahagian kaki di sebelah hadapan betis, tulang pada bahagian kaki dari lutut ke buku lali;\n ~ ketuk jari\n buku jari (untuk meluku);\n ~ kucing\n =\n ~ lengan atas\n = \n~ pangkal lengan \ntulang dari bahu hingga ke siku;\n \n~ langit-langit \ntulang yang di sebelah atas mulut (pada langit-langit);\n \n~ lebar \n= \n~ ruas \ntengkuk tulang yang beruas-ruas pada leher;\n \n~ lembusir \n= \n~ papan bahu \ntulang belikat dan tulang selangka;\n \n~ mata duli \n= \n~ mata kaki\n = \n~ alah mak \nbonggol tulang betis hampir dengan pergelangan kaki (tulang buku lali);\n \n~ mereh \ntulang seperti tapak kuda yang hampir dengan pangkal lidah;\n \n~ paha\n = \n~ selangka katak \ntulang dari lutut hingga ke pangkal paha;\n ~ pangkal paha\n = \n~ pungkur \n= \n~ punggung \ntulang yang lebar pada bahagian pinggang hingga ke punggung;\n ~ pantat\n = \n~ punggung\n =\n ~ pelana \nbahagian tulang pungkur yang di bawah sekali;\n ~ papan pungkur\n = \n~ ruas pinggang\n =\n ~ ruas\n \npunggung\n bahagian tulang belakang dari pinggang ke punggung, sulbi;\n ~ pelipis\n =\n ~ pelipisan \n=\n ~ tudung \nbahagian tulang tengkorak di antara dahi dengan telinga;\n ~ pemulas\n =\n ~ pengumpil \ntulang di antara siku dengan pergelangan tangan yang di sebelah luar;\n ~ perabung \nkayu palang yang dipasang pada persilangan kasau jantan (untuk menyangga perabung);\n \n~\n \npergelangan kaki \ntulang di antara tulang tumit dengan buku lali;\n \n~ pergelangan tangan \ntulang yang menghubungkan jari dengan lengan, buku tangan, sendi tangan;\n ~ pukang \na) tulang pangkal paha;\n b) tulang paha lembu bahagian atas kaki belakangnya;\n ~ rahang \ntulang tempat gigi melekat;\n ~ rakap \nsalah satu tulang kecil dalam telinga tengah mamalia, yang terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dengan dua tulang kecil yang lain (andas dan tukul);\n \n~ rangka \nsegala tulang yang menjadi rangka tubuh badan, kerangka;\n \n~ rawan \na) tulang muda;\n b) tulang dada (binatang);\n ~ ruas \ntulang yang beruas-ruas (tulang belakang dan lain-lain);\n ~ ruas jari \ntulang yang merupakan bahagian daripada jari;\n ~ rusuk \ntulang yang melingkungi rongga dada;\n \n~ selangka \ntulang cenak;\n \n~ sudu hati \n= \n~ sedu hati \ntulang caping;\n \n~ sumsum\n tulang yang berisi sumsum, misalnya tulang belakang;\n ~ tangan \ntulang dari siku hingga ke pergelangan tangan;\n ~ tengkorak \ndua tulang pada sebelah kiri dan kanan kepala;\n ~-temulang \nseluruh tulang dalam tubuh;\n \n~ tukul \nsalah satu tulang kecil dalam telinga tengah mamalia, yang bersentuhan dengan gegendang telinga dan bersendi dengan tulang andas:\nberatus-ratus tahun lamanya daging, kulit dan ~-temulangnya tertanam di dalam bumi;\n~ teras tentera \n[Indonesia] [arkaik] induk tentera;\n ~ tudung \ntulang di antara tulang tengkorak dengan tulang pelipis;\n ~ tumit\n tulang pada bahagian tumit (os calcis);\n ~ tongkeng \ntulang cenonot;\n ~ tunjang \na) tulang di antara jari kaki dengan tumit;\n b) kaki ayam (burung dan lain-lain);\n ~ tutup dahi \ntulang dahi yang benar-benar di atas mata;\nminta ~ ke lidah \n=\n minta ~ ke lintah \n(peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak akan dapat;\n putih ~ dikandung tanah, budi baik dikenang juga \n(peribahasa) budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang;\n \nringan ~ berat perut \n(peribahasa) orang yang mahu bekerja berat serta dengan rajinnya tentu akan mendapat rezeki;\n tinggal ~ dengan kulit\n = \ntinggal kulit pembalut ~\n (peribahasa) perihal orang yang sangat kurus;\nbertulang\n1.\n mempunyai tulang;\n \nikan ~\n ikan yang mempunyai tulang;\n2.\n mempunyai rangka atau tulang (daripada besi, kayu, dan lain-lain);\n \nbeton ~\n [Indonesia] simen yang dikuatkan dengan besi di dalamnya;\nlidah tiada ~ \n(peribahasa) orang yang mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya;\nmenulangi\n membuang tulang (ikan dan lain-lain);\ntulang-tulangan\n1.\n segala macam tulang (dalam tubuh), rangka tubuh;\n2.\n rangka rumah (daripada kayu dan lain-lain);\nketulangan\n terlekat atau tersangkut tulang ikan dan lain-lain di kerongkong;\npertulangan\n [arkaik] (Bali) tempat mayat dibakar;\npenulangan\n pembentukan tulang atau bahan bertulang." "tulang II\n~ daing \nsejenis tumbuhan (pokok), jenaris,\n Millettia atropurpurea; \nakar ~ daing bukit \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), jenderih,\n Derris thysiflora; \nkayu ~\n sejenis tumbuhan (pokok);\na)\n Arytera littoralis; \nb)\n Memaocylon costatum; \nrumput ~ belalang \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput telur kutir,\n Eragrostis amabilis." "tulang-tulang\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok), tentulang, \nEuphorbia tirucalli;\n2.\n sejenis tumbuhan (pokok), gading-gading,\n Prismatomeris malayana;\n 3.\n sejenis tumbuhan (pokok), berombong, merombong,\n Timonius pendicularis." "tular\nmenular\n1.\n membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit):\npenyakit itu mudah ~; \n2.\n [kiasan] merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yang kurang baik), menjalar:\napabila sikap acuh tak acuh ~ kepada seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan mendapat sambutan;\n menulari\n menular kepada, berjangkit kepada, menjangkiti:\n penyakit malaria yang ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat dihapuskan lagi;\nmenularkan\n menjadikan menular, merebakkan, menjangkitkan:\nada antara kita yang secara sedar atau tidak sedar telah menanamkan dan ~ keresahan sesama manusia;\n ketularan\n dihinggapi penyakit menular, kejangkitan;\npenularan\n perihal menular (menulari, menularkan):\n~ krisis itu hanya berkisar antara beberapa orang anggota yang tertentu;\npenular\n agen (seperti serangga dan sebagainya) yang menularkan penyakit dan sebagainya:\nserangga itu berperanan sebagai ~ penyakit." "tulat\nhari selepas lusa (tiga hari selepas hari ini)." "tulen\ntidak bercampur (dengan yang lain), bukan tiruan, asli, sejati:\nanak Melayu ~; \nemas ~ \nemas yang sejati (bukan campuran);\nketulenan\n perihal tulen, keaslian, kesejatian:\n duit ialah sejenis mata wang yang dibuat daripada logam yang mempunyai timbangan dan ~ yang diakui oleh pihak pengeluarnya;\npenulenan\n1.\n proses menulenkan sesuatu unsur:\nproses ~ silikon;\n2.\n alat untuk menceriakan sesuatu seperti air, udara, dan lain-lain:\n milikilah ~ air Kambrook percuma yang istimewa ini apabila anda membeli mana-mana mesin basuh." "tuli\ntidak dapat mendengar (kerana rosak alat pendengaran), pekak;\n \n~ sebelah\n tidak dapat mendengar dengan sebelah telinga;\n buta ~ \ntidak mempedulikan sesuatu apa;\nmenulikan\n =\n ~ telinga\n1.\n menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya dan lain-lain), memekakkan:\n teriakan penjaja itu ~ telinga;\n2.\n membuat tuli (dengan sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu mendengar dan lain-lain);\nketulian\n perihal tuli, kepekakan." "tuli-tuli\nsejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang." "tulip\nsejenis tumbuhan taman daripada genus \nTulipa \ndi negara beriklim sederhana seperti Belanda, yang tumbuh daripada bebawang, dan bunganya berbentuk seperti loceng yang terdapat dalam pelbagai warna." "tulis\nbatu ~ \na) papan batu (untuk menyurat);\n b) =\n batu bertulis \nbatu bersurat, prasasti;\n bilik ~\n bilik tempat menyurat (membaca dan lain-lain);\n buku\n \n~\n = \nkitab ~ \nbuku kosong untuk menyurat;\n \nkain ~ \nkain batik;\n kapur ~ \nkapur untuk menyurat pada papan hitam dan lain-lain;\n \nmesin ~\n alat untuk menaip, mesin taip;\n \nseperti ~ di atas air\n (peribahasa) nasihat yang baik itu tidaklah berguna kepada orang yang memang jahat;\nbertulis\n ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat:\nsurat yang ~ dengan huruf Jawi; \nbatu ~\n batu tulis;\n \n~ tangan \ndisurat dengan tangan;\nmenulis\n1.\n mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dan lain-lain), menyurat:\n pada masa kanak-kanak berada di dalam darjah satu, mereka mulai belajar\n \n~\n;\n2.\n melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat, mengarang:\ntiada empat orang dalam negeri ini yang tahu ~ seperti tuan ini; \njika yang ditulis olehnya berlawanan dengan yang sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yang amat berbahaya;\n 3.\n [sastera lama] membuat gambar, menggambar, melukis:\nlaksana gambar baru ditulis;\n4.\n membuat kain batik (dengan tangan), membatik;\ntulis-menulis\n perihal menulis (mengarang dan lain-lain), karang-mengarang;\nmenulisi\n menulis (menyurat) pada:\n jangan ditulisi buku ini;\n menuliskan\n1.\n menulis sesuatu di, mencatatkan:\ndia meminta kertas daripada jururawat, lalu ~ namanya;\n2.\n menggunakan sesuatu untuk menulis, menulis dengan (pensel dan lain-lain):\n bagaimana hendak ~ pensel yang tumpul ini?;\n 3.\n menceritakan dengan menulis, mengarangkan, menyuratkan:\n cerita ini kutuliskan secara roman sejarah;\n4.\n menulis (mengarang, menyurat) untuk orang lain:\n dia meminta saya ~nya sepucuk surat;\n5.\n membuatkan gambar (peta dan lain-lain), menggambarkan, melukiskan:\n inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini;\n tertulis\n telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat:\n harga yang ~ pada peti itu ialah $7.50 sen;\n tulisan\n1.\n hasil daripada menulis, sesuatu yang ditulis, cara menulis:\nrupa ~mu seperti cakar ayam; \ndengan ~\n dengan ditulis (tidak dengan kata-kata);\n2.\n hasil sastera (dalam bentuk prosa atau puisi), karangan:\n pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell?\n;\n 3.\n [sastera lama] sesuatu yang digambarkan, gambaran, lukisan;\n4.\n kain yang dibatik (bukan dicetak), batik;\n5.\n sesuatu yang ditakdirkan, nasib, suratan;\n~ cepat\n [Indonesia] trengkas;\n ~ Jawi\n tulisan yang memakai huruf-huruf Jawi;\n ~ nasib \nsuratan takdir;\n ~ Rumi \ntulisan yang memakai huruf-huruf Rumi;\n ~ tangan \ntulisan yang ditulis dengan tangan (tidak ditaip atau dicetak);\npenulisan\n perihal atau kegiatan dan sebagainya menulis (mengarang dan lain-lain), hasil daripada menulis (mengarang dan lain-lain):\n dalam usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yang asal; \nversi 1965 ialah ~ kembali teori asal dengan beberapa pindaan dan tambahan;\n penulis\n1.\n orang yang menulis:\nsiapa ~ surat ini?;\n2.\n pengarang (novel, cerpen, dan lain-lain), penyair, penyajak:\n hampir semua orang yang hadir pada majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; \n3.\n panitera, setiausaha, sekretaris;\n \n~ cepat\n jurutrengkas;\n4.\n [sastera lama] orang yang melukis (menggambar), penggambar, pelukis: s\netelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan;\n~ tamu \ntokoh khas yang diundang oleh sesebuah institusi, badan dan sebagainya untuk menghasilkan karya tulisan yang berupa novel, puisi dan sebagainya." "tulium\n(Kimia) sejenis unsur logam." "tulu\n[arkaik] sangat bodoh, hilang akal, bingung, tolol." "tuluk\n[Kelantan] [kata seru] untuk menyatakan permainan menyorok dimulakan, jadi." "tulur\nsejenis tumbuhan, bereksa,\n Parkia javanica." "tulus\n=\n ~ hati\n =\n ~ ikhlas \nlurus hati, ikhlas, jujur, terus terang:\ndengan rasa ~ ikhlas ia menyambut panggilan orang itu;\n menuluskan\n menjadikan tulus (bersih, suci), membersihkan (niat dan lain-lain):\nhendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebai" "tum I\nbunyi seperti bunyi letupan meriam dan lain-lain, dentum." "tum II\n[Jawa];\nditum\n dimasak atau direbus dengan dibungkus dalam daun (berkenaan (dengan) daging atau ikan)." "tum III\n= \ntali ~ \n[bahasa percakapan] tali kekang kuda." "tuma\nsejenis binatang halus seperti kutu (terdapat pada binatang dan juga manusia);\nperkuda ~\n (peribahasa) sesuatu yang mustahil akan diperoleh;\n sembunyi ~ kepala tersorok ekor kelihatan \n(peribahasa) perihal orang yang berbuat sesuatu yang kurang baik dan menyangka tiada siapa yang mengetahui walhal diketahui semua orang;\n takuntukan ~ dibuangkan kain \n(peribahasa) sebab takut akan rugi yang sedikit lalu mendapat rugi yang lebih besar lagi." "tuman\n[Jakarta] sudah biasa benar dengan, menjadi biasa." "tumandang\n[sastera lama] kacak, segak (kelihatan)." "tumang I\nsejenis pancang untuk menyangga sesuatu (dijadikan tambatan khemah, kerbau, dan lain-lain):\n tercabut ~ disentak oleh kerbau itu;\n~ tungku \nganjal yang diletakkan di atas tungku." "tumang II\nmenumang, menumangkan\n1.\n tidak mahu menerima, menampik, menolak;\n \ntidak ~ lawan\n tidak memilih lawan, sangat berani;\n2.\n berasa takut akan, gentar akan:\napalah ditumangkan akan hal yang sekecil itu;\n3.\n berasa bimbang atau khuatir:\n perkara biasa takkan kita ~kan;\n4.\n [sastera lama] membiarkan (tinggal), meninggalkan:\njangan hamba seorang ditumangkan;\n tumang-menumang, tumang-menumangkan\n1.\n tinggal-meninggalkan, biar-membiarkan:\nsama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan;\n2.\n saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah:\n maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~." "tumbal\n[Jawa] tangkal (azimat dan lain-lain) yang dipakai untuk menolak bala dan lain-lain." "tumbalang\n[arkaik] tembelang." "tumbang I\n1.\n jatuh (benda yang tegak), rebah:\npokok getah yang telah tua itu ~ sebatang demi sebatang;\n2.\n [kiasan] jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dan lain-lain):\nPort Arthur ~ pada hari terakhir tahun 1904;\n 3.\n [kiasan] disembelih (binatang seperti kerbau, lembu, dan lain-lain):\n dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya;\n~ harapan \nputus harapan;\n menumbangkan\n1.\n menjadikan tumbang (pokok yang besar-besar dan lain-lain), meruntuhkan, merobohkan:\n pokok yang akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut;\n2.\n [kiasan] menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dan lain-lain), menghancurkan, memusnahkan:\n pelajar-pelajar yang pada mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; \nberbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan untuk ~nya." "tumbang II\n[Minangkabau] = \n~ keladi (pisang, ubi) \nsejenis makanan daripada keladi (pisang, ubi) yang ditumbuk halus-halus dan digaul dengan gula dan kelapa parut;\nmenumbang\n membuat tumbang (keladi, pisang, ubi)." "tumbas\n[arkaik] tidak bersisa sedikit pun, habis semua sekali;\ntumpas I." "tumben\n[Jakarta]\n1.\n pertama kali, mula-mula sekali;\n2.\n tidak seperti biasa, ganjil benar." "tumbesar\ntumbuh dan membesar (tumbuh-tumbuhan dan lain-lain);\ntumbesaran\n proses tumbesar:\n hormon yang bertanggungjawab ke atas ~ dan fungsi seks\n." "tumbit\n~ kayu \nsejenis tumbuhan, kecapi,\n Allophylus fulvinervis." "tumbu\n[Jawa] sejenis bakul besar yang bertutup (tempat beras dan lain-lain)." "tumbuh I\n1.\n hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dan lain-lain):\nanak kelapa sudah mulai ~\n;\n \njanggutnya ~ panjang;\n2.\n menjadi besar (tubuh badan dan lain-lain), sedang naik:\nperempuan muda yang sedang ~\n;\n 3.\n terbit, terjadi, timbul (perkara):\njika ~ satu-satu hal, aku tidak tahu, aku tidak mahu bertanggungjawab lagi;\n~ di tanah yang gembur\n (peribahasa) anak gadis yang kaya ibunya;\n \ndi mana ~ di situ disiang \n(peribahasa) jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan barulah diperiksa (diselesaikan);\n \nkerambil ~ di matanya\n (peribahasa)\na) perempuan muda yang elok rupa parasnya dan kaya pula;\n b) pembesar negeri yang cerdik lagi berada;\n \ntak ~ tak melata \n(peribahasa) orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya;\nbertumbuh\n hidup, tumbuh:\npokok labu air itu ~ menjalar ke sana ke mari;\n menumbuhi\n tumbuh (hidup) di:\norang yang darahnya kotor selalu ditumbuhi jerawat;\n menumbuhkan\n1.\n menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah:\nbaja ini gunanya untuk ~ benih semaian itu dengan cepat;\n2.\n menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dan lain-lain) dengan sempurna, memperbesar, memperkembang:\ntidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina untuk pindah kepada bahasa Melayu-Indonesia daripada ~ bahasa Filipina itu;\n 3.\n mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dan lain-lain):\npertentangan mata antara gadis dengan pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yang tiada taranya;\n tumbuhan\n1.\n sesuatu yang tumbuh (berkecambah, hidup, dan lain-lain);\n2.\n =\n tumbuh-tumbuhan\n segala yang hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dan lain-lain), pokok:\npaku-pakis mempunyai beberapa sifat yang sama dengan tumbuh-tumbuhan berbunga;\n 3.\n [Jakarta] sejenis bisul dalam daging;\n~ dwimusim \n(Biologi) tumbuhan yang menamatkan kitar hidupnya dalam dua musim, seperti kubis dan lobak merah;\n \n~ saka \n(Biologi) tumbuhan yang hidup lebih daripada dua tahun (biasanya berbatang keras, berbunga serta berbuah pada setiap musim), misalnya pokok jati;\n \n~ semusim \n(Biologi) tumbuhan yang menyempurnakan keseluruhan kitar hidupnya dalam satu musim tanaman (satu tahun), misalnya padi, jagung;\nketumbuhan\n1.\n ditumbuhi oleh:\nhalaman rumah yang dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang;\n2.\n penyakit kulit (yang mudah berjangkit), cacar;\n jenis-jenisnya:\n~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, \ndan lain-lain;\n3.\n (Perubatan) tisu yang membesar atau membengkak secara tidak normal, misalnya tumor;\n4.\n = \ntumbuhan\n [Jakarta] sejenis bisul dalam daging;\npertumbuhan\n perihal tumbuh, perkembangan:\npokok yang tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya;\n penumbuhan\n perihal menumbuhkan:\njaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dengan sewajarnya." "tumbuh II\n~ kelapa \n= \n~ nyiur\n sejenis tumbuhan (pokok), \nArthrophyllum diversifolium." "tumbuk I\n1.\n = \npenumbuk\n alat untuk memukul sesuatu supaya hancur atau lumat (alu, anak gobek, dan lain-lain);\n2.\n sesuatu yang dikuliti dan lain-lain dengan antan atau alu:\nberas ~; \nkacang ~;\n~ bedil\n satu cara meninju (dalam pencak);\n \n~ kasau \npapan yang dipasang selari dengan kasau jantan (untuk menutup bahagian tepi tebar layar);\n \n~ lada \nsejenis senjata tajam Melayu (seperti pisau atau badik);\n \n~ rusuk \n(perbuatan) rasuah;\n \n~ tanak \nsegala pekerjaan rumah tangga;\nsetumbuk\n [kiasan] sepadan, sesuai benar;\n orang ~ bagai gelang \nki orang yang sama padan (suami isteri dan lain-lain);\nbertumbuk\n1.\n saling meninju (antara dua orang yang berkelahi dan lain-lain), bergocoh, bertinju:\n mereka berpandangan seperti ingin ~\n;\n2.\n yang ditumbuk (tidak digiling atau dikisar):\nraja China tiada makan beras ~ sampai sekarang;\n 3.\n berlanggar atau berlaga (dengan), bertubrukan (dengan):\nhampir ~ hidungnya dengan Leman;\n4.\n terlanggar atau terbentur (pada):\nlututnya ~\n \ndengan kaki meja;\n5.\n bertemu (dengan), terjumpa (dengan):\nsuatu hari nanti dia akan ~ dengan beberapa kesulitan yang akan menyusahkan dirinya;\n6.\n bertembung (dengan), bertaut (dengan), bersambung (dengan):\n tiba-tiba\n \n~lah pandangannya dengan pandangan Tuan Direktor yang telah berdiri di pintu\n;\n 7.\n berbetulan dengan (waktunya), bertepatan dengan, bersamaan dengan;\nmenumbuk\n1.\n memukul dengan alu dan lain-lain supaya hancur (terkelupas dan lain-lain):\nia sedang ~ padi; \nberas yang aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk;\n2.\n memukul dengan buku tangan, meninju, menggocoh:\n dia sangat marah lalu ~ muka orang itu;\n 3.\n melanggar akan, membentur kepada, menubruk:\ndia telah mendapat luka-luka apabila kereta yang dipandunya ~ seekor kerbau yang sedang melintas jalan;\n4.\n [Minangkabau] [arkaik] berjalan kaki, menapak;\n~ dalam lesung, bertanam di periuk \n(peribahasa) mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya;\n bagai ~ padi hampa\n (peribahasa) hal seseorang yang terbilang kekayaannya tetapi yang sebenarnya dia miskin;\nmenumbuk-numbuk\n menumbuk beberapa kali atau berulang kali:\ndia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya;\nmenumbukkan\n1.\n menumbuk sesuatu untuk, menyuruh tumbuk pada:\nia ~ ibu sirih;\n2.\n melanggarkan sesuatu pada, melandakan, membenturkan, menubrukkan;\n 3.\n memukulkan buku tangan pada, menggocohkan, meninjukan,\n4.\n menikamkan atau menusukkan pada:\njika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak laki-laki;\n tertumbuk\n1.\n terlanggar (terbentur, tertubruk);\n2.\n sudah ditumbuk (dikupas, dilumatkan, dan lain-lain);\n3\n. terpukul (dengan buku tangan), tertinju;\n4.\n telah sampai ke hadnya, sampai (pada), terbentur, tersuntuk;\n \n~ akal (fikiran)\n sudah suntuk akal (tidak tahu apa yang harus dibuat dan lain-lain);\n5.\n boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dengan, pada);\n6.\n tertumpu pada (pandangan dan lain-lain):\npandangannya ~ pada serumpun pohon mawar yang tumbuh di sela-sela rumput;\n~ bermuka-muka\n bertemu muka, bersemuka;\n \n~ biduk dikelokkan, ~ kata difikiri \n(peribahasa) kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain;\ntumbukan\n1.\n sesuatu yang ditumbuk;\n2.\n perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan;\n3.\n perbuatan memukul dengan buku tangan:\ndengan menggunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yang berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley;\n bertumbukan\n [kiasan] bertentangan dengan, berlawanan:\n mereka menceburkan diri ke dalam pergerakan politik, ~ dengan Secret Service penjajahan dunia;\n penumbukan\n perihal menumbuk, perbuatan menumbuk;\npenumbuk\n1.\n orang yang menumbuk (padi dan lain-lain);\n2.\n alat untuk menumbuk (padi dan lain-lain):\n lesung ~ padi;\n3.\n kepalan tangan (untuk menumbuk orang dan lain-lain), buku tangan:\ndia meronta daripada pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal\n \n~\n;\n \nMuhammad Ali tetap menyukarkan lawannya untuk melepaskan sesuatu ~ kepadanya." "tumbuk II\n~ banir \nsejenis ikan laut, \nHistiophoridae;\n~ ketampi \nsejenis burung hantu, \nKetupa zeylonensis leschenault." "tumbuk III\n= ketumbukan\n pasukan, kumpulan:\n keempat-empat orang muda itulah yang menjadi kepala ketumbukan di bawah baginda sultan." "tumbung\nsesuatu yang membulat dan menonjol keluar;\n ~ dubur \n[Indonesia] dubur yang keluar,\n prolapsus ani;\n~ rahim \n[Indonesia] rahim peranakan yang tertonjol keluar,\n prolapsus uteri;\n~ kelapa (nyiur) \nkecambah di dalam buah kelapa (yang telah tua) yang berwarna putih kekuningan, isinya lembut dan boleh dimakan;\n sakit ~ \nsakit buasir;\nbertumbung\n ditumbuhi atau ada tumbung:\nkami pergi ke kebun untuk melonggokkan buah kelapa yang sudah ~." "tumerang\n[arkaik] \ntemerang II." "tumis\nsejenis masakan (sayur, ikan, dan lain-lain) yang perencahnya direndang dengan minyak atau lemak terlebih dahulu;\n sambal ~ \nsambal yang dimasak dengan minyak dan lain-lain (tidak mentah);\nbertumis\n dimasak (direndang dan sebagainya) perencahnya dengan minyak atau lemak;\nmenumis\n memasak (lauk, sayuran, dan lain-lain) dengan menggunakan minyak atau lemak:\n hari itu dia hendak ~ ikan bilis sama petai;\n menumiskan\n memasukkan sesuatu (lauk, sayuran, dan lain-lain) ke dalam minyak atau lemak yang telah dipanaskan:\n jerangkan periuk ke api, taruhkan minyak kelapa ke dalamnya, apabila sudah panas tumiskan bawang;\n tumisan\n hasil menumis:\napabila nasi hampir kering, masukkan ~ sayuran itu bersama-sama dengan udang dan dikacau rata-rata;\n penumis; \nminyak ~ \nminyak (lemak) yang digunakan untuk menumis." "tumit\n1.\n bahagian yang di belakang sekali daripada tapak kaki (di bawah buku lali);\n ~ bagai lengkuas muda\n =\n ~ seperti pauh dilarik\n =\n ~ telur burung \ntumit (perempuan) yang cantik;\n2.\n bahagian daripada sesuatu yang menyerupai tumit:\ndia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; \ncakap berdegar-degar, ~ di keting \n(peribahasa) orang yang bercakap besar tetapi penakut." "tumor\ngumpalan sel abnormal atau berpenyakit yang tumbuh dan membengkak pada badan manusia atau binatang, ketumbuhan." "tumpah\nterkeluar, keluar dari bekasnya (benda cair, beras, dan lain-lain):\nhendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya; \nmaka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi; \ntanah (tempat, negeri dan sebagainya) ~ darah \ntempat dilahirkan;\n \n~ darah \nkeluar darah dengan banyaknya dari rahim (berkenaan (dengan) perempuan yang baru bersalin, keguguran dan sebagainya), turun darah;\n \n~-ruah\n tumpah banyak-banyak;\nmenumpahi\n tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pada;\nmenumpahkan\n1.\n menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah:\n siapa yang ~ beras dari guni ini?;\n2.\n ki memberi (perhatian dan lain-lain), mencurahkan:\nsemua yang hadir ~ perhatian kepada Amir;\n 3.\n [kiasan] mengeluarkan atau melahirkan (perasaan dan lain-lain):\ndia membiarkan orang tua itu ~ segala yang terbuku di dadanya;\n~ darah \nmelakukan pembunuhan (peperangan dan lain-lain);\ntertumpah\n1.\n telah ditumpahkan atau tumpah:\nair di dalam gelas itu berkocak, malah ada yang ~ ke bawah;\n2.\n ki telah diberikan kepada, tercurahkan:\ndia masuk bilangan anak-anak yang pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya;\n3\n. [kiasan] tertumpu:\ndia memandang ke arah daun tingkap yang kegelapan, tempat ~nya bayangan api pelita;\n tumpahan\n sesuatu yang tumpah (ditumpahkan), curahan:\n terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu;\n~ minyak \ntompokan minyak yang terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat daripada minyak yang tumpah dari kapal disebabkan perlanggaran dan sebagainya;\nketumpahan\n terkena sesuatu yang tumpah:\n bajunya ~ kuah;\n pertumpahan\n perihal tumpah;\n ~ darah \nperihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dan lain-lain);\npenumpahan\n perihal menumpahkan, pencurahan;\n ~ darah \nperihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan)." "tumpak I\n[Minangkabau]\n1.\n kumpulan beberapa benda (tumbuh-tumbuhan, belukar, dan lain-lain), kelompok;\n2\n.\n \nkawasan besar yang terdiri daripada beberapa kawasan yang lebih kecil, bidang (yang terdiri daripada beberapa bidang kecil):\n beberapa ~ sawah, dan sebuah gong pusaka telah tergadai ke tangan orang lain;\n bertumpak-tumpak\n1.\n berkelompok-kelompok (awan di langit dan lain-lain), bertompok-tompok;\n 2.\n \ntidak rata, tidak sekata (warna dan lain-lain):\n padi masak ~;\n 3.\n banyak dan luas sekali (tanah), berkeping-keping:\n kebun kelapanya ~, ternakannya banyak kembang biak." "tumpak II\ntumpakan\n tiang tempat gajah ditambat." "tumpang\n~ sekaki \n[bahasa percakapan] turut sama melakukan sesuatu yang sedang dilakukan oleh orang lain:\nseronok juga mendengar orang mengumpat, bolehlah ~ sekaki;\nbertumpang\n \n~ tindih\n saling tindih-menindih (bersusun-susun, bertompok-tompok):\n beberapa buah buku yang ~ tindih di atas rak disusun semula dengan penuh hati-hati;\n menumpang\n1.\n terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yang lain;\n pokok ~ \ntumbuhan yang hidup pada pokok lain, bendalu;\n ganja ~ \nganja yang melekat (bukan ganja iras);\n2.\n diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (untuk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja:\n buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu;\n 3.\n naik dan berpergian (dengan kereta, kapal, dan lain-lain):\ndari Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dengan selamat; \n4.\n turut berpergian dengan kenaikan orang (dengan percuma), membonceng:\n apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~;\n 5.\n bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta;\n \n~ mati \nbersama-sama mati, ikut mati;\n 6.\n meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dan lain-lain):\n boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?;\n~ hidup\n tinggal bersama supaya dapat hidup;\n ~ makan (tidur\n dan lain-lain\n)\n turut serta makan (tidur dan lain-lain);\nmenumpangi\n ikut tinggal di, menumpang pada atau di, menaiki (kereta, kapal, dan lain-lain) untuk berpergian:\n maka ditumpanginya sebuah bas dari Jogja ke Semarang;\nmenumpangkan\n1.\n meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih:\n sebelah kakinya ditumpangkannya pada lutut kaki lain;\n2.\n menyuruh tinggal (bermalam) di, membiarkan menumpang, menyuruh menumpang:\nanak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang;\n 3.\n menyuruh menaiki kapal dan lain-lain (untuk berpergian), membiarkan menumpang kapal dan lain-lain:\n anak yang cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM untuk dibawa ke Kuala Lumpur;\n 4.\n meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan:\n kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih untuk anak saya;\n 5.\n menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dan lain-lain), mengamanahkan, menitipkan:\n di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya untuk dijual;\n~ diri (hidup, nyawa) kepada \nmenyerahkan diri (hidup, nyawa) kepada seseorang (supaya diselamatkan dan lain-lain);\ntertumpang\n1.\n (telah) ditumpangkan:\nkerana kemiskin\na\nn maka ia ~ di biduk tiris aku di sini;\n2.\n dikembarkan, disertakan:\nbersama surat ini ~ sekeping cek berharga RM45.00 untuk anakanda;\n~ salam daripada\n terimalah salam daripada;\n \n~ salam kepada\n sampaikan salam kepada;\ntumpangan\n1.\n sesuatu yang ditumpangkan (untuk diurus, dikirim, dibawa, dan lain-lain);\n barang ~ \nbarang yang diamanahkan (untuk diurus dan lain-lain);\n2.\n tempat menumpang yang ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dan lain-lain):\n ia sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya; \nenam hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak menantikan kapal ~;\nwang ~\n bayaran kerana menumpang, sewa;\n mencari ~\na) mencari tempat untuk menumpang;\n b) mencari orang untuk ikut serta (berpergian);\npenumpangan\n perihal menumpang atau menumpangkan;\npenumpang\n1.\n orang yang menaiki kereta dan lain-lain (untuk berpergian):\n setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; \nkapal ~\n kapal yang membawa orang (bukan yang membawa barang);\n2.\n orang yang tinggal (menginap, singgah, dan lain-lain) di tempat orang;\n \n~ transit \npenumpang yang singgah sebentar di sebuah lapangan terbang untuk mengambil penerbangan sambungan lain yang berikutnya ke destinasi yang ditujui." "tumpar\n[Perak], [bahasa kasar] mati, mampus." "tumpas I\nhabis sama sekali, binasa, punah:\n tanamkan ke dalam hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dari bumi Asia Tenggara;\n menumpas, menumpaskan\n menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunahkan, memusnahkan:\n mereka memimpin pasukan negeri untuk ~ pemberontakan; \nbeliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya;\n ketumpasan\n perihal tumpas;\n= tumbas." "tumpas II\n[arkaik];\ntumpasan\n bintik-bintik kotor (dari dakwat dan lain-lain), noda." "tumpas III\n[Perak] hilang." "tumpat\n1.\n penuh berisi (ruang, rongga, dan lain-lain), penuh sesak, padat, sendat:\n orang yang menghadap itu hingga bertemu lutut ~ , tiada bersila lagi;\n~ mampat (tumpul) \n=\n penuh ~ \npenuh betul (mampat, sesak);\n2.\n tidak berongga, mampat, padu:\n kayu keras lebih ~ daripada kayu lembut;\n 3.\n [kiasan] tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dan lain-lain), terbuntu (fikiran dan lain-lain), tersuntuk:\n kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~;\n menumpat, menumpatkan\n1.\n mengisi (menimbus dan lain-lain) hingga penuh, memadatkan (lubang dan lain-lain):\n ~ perigi buta;\n2.\n ki menutup (mulut), menyumbat;\ntertumpat\n tertimbus (tertimbun dan lain-lain) hingga penuh, tersumbat;\nketumpatan\n1.\n perihal (keadaan) tumpat, kepadatan;\n2.\n (Matematik) kadar atau nisbah yang didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dengan isi padunya." "tumpeng\n[Jawa] nasi yang dikukus dan dibentuk seperti kerongsong (untuk kenduri dan lain-lain)." "tumper\n[Jakarta] puntung api." "tumpes\ntumpas." "tumpi\nmakanan yang dibuat daripada tepung beras, ditaburi kacang hijau, dicampur dengan jintan putih, dan digoreng berkeping-keping." "tumpil\n[Jakarta] sesuatu yang digunakan untuk menyokong (menyangga, menopang, dan lain-lain), galas, sangga, sokong, tunjang;\nmenumpil\n menopang sesuatu (supaya jangan rebah, runtuh, dan lain-lain), menyangga, menyokong, menunjang." "tumplak, tumplek\n[Jakarta] habis tertumpah (tercurah)." "tumpu\n1. = setumpu\n benda yang digunakan untuk mengampu kaki (tangan dan lain-lain), tempat bertopang (berjejak, berdiri, dan lain-lain);\n2.\n [Kedah], [bahasa percakapan] sampai, hingga ke:\n dari mula matahari timbul hingga ~ senjakala, jejak babi tunggal yang diburunya itu tidak juga bertemu;\n bertumpu\n1.\n berjejak atau bertekan pada (kaki, tangan, dan lain-lain):\n dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja;\n2.\n = \nbersetumpu\n bertekan (berkuat dan lain-lain) dengan telapak kaki pada sesuatu ketika hendak melompat dan lain-lain, menunjal:\nmaka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat;\n 3.\n = \nbersetumpu\n dengan betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dengan segenap tenaga (mengerjakan sesuatu);\n ~ berkelahi \nbetul-betul berkelahi (dengan menumpukan segenap tenaga);\n 4.\n [kiasan] mendapat tempat berpegang, sudah berakar berumbi pada, bertapak dengan kuat:\nkuasa penjajah yang telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dalam tempoh beberapa bulan sahaja;\n 5.\n [kiasan] penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di:\n hampir semua penduduknya ~ di dalam kawasan pertanian;\n 6.\n bertemu di tempat yang sama (garisan dan lain-lain):\ntiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yang sama; \nmencencang berlandasan, melompat bersetumpu \n(peribahasa) jika hendak melakukan sesuatu hendaklah disediakan segala alat syaratnya;\nmenumpu\n1.\n = \nbertumpu\n menekankan (menolakkan dan lain-lain) pada sesuatu:\n tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah;\n2.\n ki memberi sokongan (bantuan dan lain-lain), menunjang, menyokong;\n 3.\n menolak, meniup (angin):\nbukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak\n \nditumpu angin;\n 4.\n [kiasan] memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dan lain-lain):\nmatanya ~ kepada\n \nanaknya sahaja;\n menumpukan\n1.\n menekankan (tapak kaki dan lain-lain) pada, menunjalkan pada:\n ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing;\n2.\n tidak menerima, menolak (permohonan dan lain-lain);\n \n~ permintaan\n menolak permintaan;\n 3.\n meninggalkan (negeri dan lain-lain):\n~ kampung halaman;\n 4.\n menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dan lain-lain) pada, mengasaskan:\n ia ~ pendapatnya itu pada beberapa dalil yang boleh dipercayai;\n 5.\n memberi sokongan kepada, menolong, menumpu, menyokong, menunjang:\n pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia untuk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara;\n 6.\n memberi segenap tenaga (perhatian, minat, dan lain-lain) pada, memusatkan (perhatian dan lain-lain) pada:\n mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kepada pelajaran dan kuliah mereka;\n tertumpu\n1.\n telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima (permohonan dan lain-lain);\n permintaannya ~ \npermintanya ditolak;\n2.\n telah ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pada:\n pandangannya ~ penuh pada daun pintu rumah yang masih tertutup rapat itu;\n tumpuan\n1.\n sesuatu yang dijadikan tempat untuk menumpukan kaki dan lain-lain (ketika hendak melompat dan lain-lain), tempat bertumpu;\n2\n.\n \nbantuan, sokongan, tunjangan:\n dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; \n3.\n pusat atau pangkalan (untuk menyerang dan lain-lain), tempat mengumpulkan kekuatan dan lain-lain:\n Danang, 650 km dari sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika;\n 4.\n bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya):\nmaka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya;\n 5.\n orang dan lain-lain yang menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dan lain-lain):\n beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung;\n 6.\n sesuatu yang menjadi sasaran (tujuan dan lain-lain), sesuatu yang ditujui:\njurutaip yang bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; \nkampung itu terletak tidak berapa jauh dari tempat ~ saudagar-saudagar dari Melaka;\n 7.\n tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dan lain-lain):\n Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dari Tanah Melayu ke Singapura;\n 8.\n pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah melalui sesuatu kanta):\n tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu;\n pertumpuan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) bertumpu:\n bandar Rockhampton ini menjadi tempat ~ segala hasil yang keluar masuk dari bahagian tengah Queensland;\n penumpuan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) menumpu(kan):\n rajah ini menunjukkan ~ tenaga dalam berbagai-bagai cabang pertanian;\npenumpu\n1.\n orang yang menumpu (memberi bantuan, sokongan, dan lain-lain), pembantu, penyokong;\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk menumpu (menumpukan) kaki dan lain-lain, pengampu, penunjang;\n ~ kaki \nbangku kecil untuk menumpukan kaki;\n 3.\n (Fizik) sesuatu yang digunakan untuk memusatkan pancaran cahaya dan lain-lain (kanta dan lain-lain)." "tumpul\n1.\n tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul:\n di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yang agak ~;\n2.\n ki susah mengerti (memahami), agak bodoh:\notakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yang dapat masuk ke dalam benakmu;\n 3.\n [kiasan] tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati:\nperasaanku semakin ~;\n 4.\n [kiasan] sudah berkurang (merosot dan sebagainya), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dan lain-lain) seperti sebelumnya:\nharapan Zizah menjadi ~; \nterdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya;\nmenumpulkan\n menyebabkan (menjadikan) tumpul:\nuntuk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing;\n ketumpulan\n perihal tumpul." "tumpung\n[Brunei], [kata seru] sejenis bekas air daripada buluh." "tumpur\n1.\n habis atau rosak sama sekali, binasa, jahanam;\n2\n.\n \n[bahasa percakapan] kehabisan wang, jatuh miskin, bankrap;\nmenumpur, menumpurkan\n menjadikan binasa (rosak, jahanam) sama sekali, membinasakan, menghabiskan." "tumputinggi\n[arkaik] titik tempat bersilangnya garis tinggi sesuatu segi tiga, puncak." "tumtam\nbunyi gendang dan lain-lain." "tumu\nsejenis tumbuhan (pokok),\n Bruguiera secangula;\n~ mata buaya \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Bruguiera spp." "tumus\ntertumus\n jatuh tersembam, terjerembap, terjerumus, tersungkur:\n Kapten Mamat menolak Mat Piah sampai berpusing dan ~ ke bangku Ketot.\nTun\n1.\n [sastera lama] [kependekan] tuan (gelaran orang besar-besar zaman kerajaan Melayu dahulu yang umumnya diwarisi):\n ~ Tuah, ~ Bijasura;\n2.\n gelaran untuk orang yang dianugerahi bintang Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang di-Pertuan Agong:\n ~ Abdul Razak;\n~ Abdul Malek;\npertunan\n sekalian orang yang bergelar Tun." "tuna\n\u2013 (Sankrit)\n awalan asing \ntidak mempunyai, misalnya \ntunakarya, tunanetra, \ndan\n tunasusila." "tuna I\n[sastera lama] luka, cacat, rosak;\ntertuna\n1.\n kena luka, mendapat luka:\nia berasa tertikam dan ~;\n2.\n ki mendapat sesuatu kecelaan (kecacatan dan lain-lain), menderita (kerana sesuatu yang tidak menyenangkan):\nbanyak antara mereka yang\n \n~ rindu dan renjana, kerana perwira yang muda belia ini." "tuna II\nsejenis ikan laut daripada famili Scombridae yang badannya agak bulat panjang dan muncungnya lancip, biasanya isinya ditinkan sebagai bahan makanan, \nThunnus thynnus." "tunaaksara\n[Jawa] tidak dapat membaca dan menulis, buta huruf." "tunaanggota\ncacat anggota\ntunabusana\n [Jawa] tidak memakai pakaian (berkenaan (dengan) bangsa-bangsa yang masih terlalu rendah peradabannya)." "tunai\n1.\n tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dan lain-lain), kontan;\n ~ runcit \nsejumlah wang yang disimpan di pejabat dan sebagainya, yang sedia digunakan untuk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan;\n \nmembayar ~\n membayar dengan wang pada ketika itu juga (tidak berhutang dan lain-lain);\n wang ~\n wang yang dapat digunakan dengan segera;\n2\n.\n \ntidak bertangguh (dalam mengerjakan sesuatu), pada ketika itu juga:\n sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala;\n menunaikan\n1.\n membayar dengan tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dengan tunai), mengontan:\n ~ hutang;\n2.\n mengerjakan tugas (kewajiban dan lain-lain), melaksanakan (perintah dan lain-lain), mengamalkan (ajaran dan lain-lain):\nmanusia wajib ~ apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yang dilarang-Nya;\n~ rukun Islam \nmengerjakan rukun Islam;\n ~ tugas (kewajiban) \nmenjalankan tugas (kewajiban);\n 3.\n memenuhi (janji, hajat, permintaan, dan lain-lain):\n Yusof juga berucap pada majlis tersebut sebagai ~ permintaan Pegawai Daerah;\n~ ajaran (perintah, pesanan) \nmengerjakan ajaran (perintah, pesanan);\n ~ cita-cita \nberusaha mencapaikan cita-cita;\n4.\n menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dan sebagainya) dengan wang tunai:\nkami tidak dapat ~ cek di bank pada hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer;\n penunaian\n perihal menunaikan, pelaksanaan, pengamalan;\ntertunai\n (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dan lain-lain)." "tunak\n[sastera lama]\n1.\n tidak berhenti-henti (melakukan sesuatu, bekerja, dan lain-lain), berterusan, sentiasa, tekun, tetap:\n ia ~ menulis; \nmatanya ~ memandang Razak;\n2.\n tetap setia, patuh, taat:\nhamba dan sahaya\n \nsemuanya ~." "tunakarya\n[Indonesia] tidak mempunyai pekerjaan, tidak bermata pencarian, menganggur." "tunakerna\npekak, tuli;" "tunam I\ntali api-api daripada sabut (kertas, kain, dan lain-lain) untuk meriam kuno, murang, sumbu:\n Panglima Hassan berkerah mengisi meriam, membakar ~, dan membubuh penggalak." "tunam II\n[Minangkabau];\ntertunam\n terpacak (terpancang) ke tanah, terunjam." "tunanetra\n[Jawa] buta." "tunang\nbakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yang telah mengikat perjanjian untuk menjadi suami isteri:\n dia tinggal tidak berapa jauh dari rumah ~nya;\n bertunang\n mengikat janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin):\n sesudah bekerja baru ~;\nbertunangan\n sudah terikat oleh janji untuk menjadi suami isteri, mempunyai perhubungan sebagai tunang:\nmereka telah ~;\n menunang\n1.\n meminta anak gadis supaya jadi isteri, melamar, meminang:\n orang muda yang kaya itu datang ~ engkau;\n2.\n = \nmenunangi\n mengajak bertunang dengan, meminta bertunang dengan:\n ia sudah ditunangi oleh seorang saudagar kaya;\n menunangkan\n memperhubungkan laki-laki dan perempuan dalam istiadat sebagai tunangan:\n ia tidak mahu ditunangkan dengan anak bapa saudaranya;\nmempertunangkan\n menjadikan bertunang(an):\nanaknya dipertunangkan dengan seorang pahlawan;\n tunangan\n tunang:\nbarangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah kahwin;\n pertunangan\n perihal bertunang (bertunangan): \n~ antara Mahadi dengan Junah telah dirasmikan;\n penunangan\n perihal menunang (menunangkan);\npetunang\n [sastera lama] jampi atau mantera yang dikenakan pada bunyi-bunyian untuk menimbulkan rasa kasih kepada siapa yang mendengarnya;\n peluru ~\n =\n peluru penunang \n[sastera lama] peluru yang berjampi (tetap mengenai sasarannya)." "tunapidana\npenjara." "tunas\nbahagian tumbuhan yang mulai tumbuh (pada batang, dahan yang diparas, dan lain-lain), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk;\n~ baka \ntunas yang menjadi baka bagi sesuatu pokok yang dicantumkan;\n \n~ celah \n=\n ~ ketiak\n tunas yang letaknya di antara daun dengan dahan (ranting dan lain-lain);\n ~ hujung \n=\n ~ pucuk \ntunas yang terdapat pada bahagian hujung ranting;\n ~ padi \nbatang padi yang tumbuh sesudah dituai;\n ~ rasa \n(Biologi) sel di permukaan lidah yang membolehkan seseorang dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, seperti rasa pahit, masin, manis atau masam;\n \n~ sulung \ntunas yang mula-mula sekali bercambah pada biji;\n tidak berasak ~ dari tunggul \n(peribahasa) pangkat dan lain-lain yang diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga);\nbertunas\n1.\n tumbuh tunasnya (pokok dan lain-lain):\nkacang soya yang ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium;\n2.\n ki mempunyai anak cucu, menurunkan zuriat, berketurunan;\n 3.\n [kiasan] tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit:\ndalam tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~;\nbaru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya\n (peribahasa) baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros;\nmenunas\n1.\n cambah atau timbul sebagai tunas (tumbuh-tumbuhan);\n2.\n = \nmenunasi\n membuang (memangkas, memotong) tunas;\nmenunaskan\n menjadikan bertunas, menimbulkan, menerbitkan." "tunasusila\n[Jawa] tidak bersusila;\n wanita ~ \nperempuan jalang, perempuan lacur, pelacur." "tunatertib\npengacau;\ntunawicara\n [Jawa] tidak dapat bercakap, bisu." "tunawisma\n[Jawa] tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yang tetap, gelandangan." "tunda I\nsesuatu yang ditarik dengan tali di belakang perahu;\n kail ~ \nkail yang ditarik di belakang perahu;\n \npukat ~ \npukat yang ditarik di belakang bot dan lain-lain;\n sampan ~ \nsampan yang berisi muatan (ditarik oleh kapal yang kecil-kecil);\n tali ~ \ntali untuk menarik pukat (sampan dan lain-lain);\nbertunda\n1.\n sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dan lain-lain);\n2\n.\n \nki berikut-ikut, berturut-turut:\n beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dengan Saodah;\n bertunda-tunda\n1.\n [sastera lama] berduyun-duyun dengan banyaknya, berbondong-bondong:\n rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu;\n2.\n ki berjalan dan lain-lain berikut-ikut (berturut-turut):\nanjing itu berlari-lari dan di belakangnya ~ anaknya;\nmenunda\n1.\n menarik sampan dan lain-lain dengan tali:\n sebentar kemudian dengan ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai;\n2.\n ki mengikut dari belakang, mengikut, mengiringi:\norang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yang ditunda dengan kematian anak-anaknya; \nPak Sudin masuk ke dalam bilik hadapan dan Yusof ~nya dari belakang;\n penundaan\n perihal (perbuatan atau kerja) menunda:\n~ kereta yang rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kepada sebuah syarikat tempatan;\n penunda\n sesuatu yang digunakan untuk menunda (menarik);\n kapal ~ \nkapal penarik (sampan dan lain-lain);\n \n~\n \nkereta\n orang yang kerjanya menunda kereta yang rosak atau remuk akibat kemalangan;\n tali ~ \ntali untuk menarik sampan dan lain-lain." "tunda II\n[bahasa percakapan] tangguh;\nmenunda\n menghentikan dan meneruskan kemudiannya, mengundurkan waktu, menangguhkan (pelaksanaan dan lain-lain sesuatu):\n mulanya sukan itu hendak diadakan pada bulan Ogos, kemudian ditunda kepada bulan Disember;\nmenunda-nunda\n selalu menunda, menangguh-nangguhkan waktu, memperlama;\ntertunda\n1.\n ditangguhkan, ditunda;\n2.\n sengaja dilambat-lambatkan;\npenundaan\n perihal menunda, penangguhan:\n kepulanganmu cuma bererti ~ waktu, janji memang telah sampai." "tunda III\n[Minangkabau] tolak dari belakang, sorong;\nbertunda\n1.\n berlepas, bertolak;\n2.\n berpanjangan melakukan sesuatu, berlama-lama;\n ~ berkelahi \nberkelahi berlama-lama;\nbertunda-tunda\n berlama-lama, berpanjangan;\n ~ banyaknya \nsangat banyak;\n \n~ berbicara \nlama berbicara;\nmenunda, menundakan\n1.\n menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong;\n ~ pedati \nmenolak pedati;\n2.\n ki meminta supaya melakukan (mengadakan dan lain-lain) sesuatu, mendesak:\n dengan mengumumkan parti politik yang baru, kita dapat ~ pemerintah mengambil suatu keputusan;\n tunda-menunda\n saling menunda (tolak-menolak):\n ombak bergulungan ~;\n tundaan\n hasil perbuatan menunda, tolakan:\n agak cepat juga gerak ~ itu." "tundak\n[Brunei] jambul (di kepala)." "tundan\n[Jawa] [arkaik] tempat pergantian kuda (dalam perkhidmatan pos dan lain-lain)." "tundang\n[Jakarta];\nbertundangan\n bertunangan." "tundra\n(Geografi) kawasan tanah pamah yang luas, sejuk, dan tidak ditumbuhi pokok, yang terletak di bahagian utara benua Eropah, Asia, dan Amerika Utara." "tunduk\n1.\n kepala atau muka condong ke hadapan, lawan mencongak (tengadah):\n suara ketawanya berdekah-dekah, hingga ia ~ menekan perut;\n2.\n tidak tegak (batang padi dan lain-lain), condong, merunduk;\n 3.\n menyerah kalah kepada, mengaku kalah, takluk:\nnegeri Jurjan, telah ~ juga ke bawah pemerintahan Said itu;\n 4.\n menurut perintah (aturan dan lain-lain), patuh, taat:\nHanafi\n \n~ kepada kemahuan atau paksaan kaum keluarganya untuk berkahwin dengan Rapiah;\n~ diam \nduduk diam kerana kecewa dan lain-lain;\n ~ menyembah \nbertekur kerana menyembah;\n ~ tengadah \nsebentar tunduk sebentar tengadah;\nbertunduk\n [sastera lama] mencondongkan kepala (muka) ke hadapan, membongkokkan kepala (muka) ke hadapan:\n maka diamlah jurumudi seraya ~ kepalanya;\n menunduk\n lawan menengadah, tunduk:\n dia ~ mengambil akhbar-akhbar mingguan yang terbiar di atas lantai; \ndalam ~ ia menyonggeng \n(peribahasa) seseorang yang berlainan mulut dengan hatinya;\nmenundukkan\n1.\n menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pandangan ke bawah, menekurkan kepala:\n gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yang hendak dicarinya;\n2.\n mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dalam permainan dan lain-lain):\nNobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun; \nseorang pemain yang masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang;\n ketundukan\n perihal tunduk, kekalahan, kepatuhan, ketaatan, ketewasan;\npenundukan\n perihal menundukkan;\npetunduk, penunduk\n =\n ilmu ~ (musuh) \nmantera untuk menundukkan orang atau musuh (supaya menurut kata atau mengaku kalah);\n tali ~ \ntali yang dipasang pada hujung kayu penegang layar." "tundun I\n[Jawa] tandan (kelapa, pisang)." "tundun II\n1.\n [Brunei], [Minangkabau] tengkuk (orang, kuda):\nrambut Aini potongan pendek, ~nya terdedah;\n2.\n bahagian sebelah atas kemaluan perempuan." "tundung\nmenundung\n menghalau (dari rumah), mengusir: \nmaka sultan pun menyuruh tundung orang itu;" "tundungan\nyang diusir (dihalau), buangan." "tungau I\nsejenis kutu yang halus seperti tuma (biasanya terdapat pada ayam atau kera);\n mati ayam, mati ~nya\n (peribahasa)\na) apabila tuannya atau ketuanya mendapat kecelakaan anak buahnya turut merasainya juga;\n b) hal dua orang yang sangat berkasih-kasihan (mati satu mati kedua-duanya)." "tungau II\n[Minangkabau] [arkaik];\nmenungau\n melihat ke bawah dengan membongkokkan kepala." "tunggak\n1.\n bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul;\n2\n.\n \n= \ntunggakan\n kerja yang masih belum dihabiskan;\n 3.\n [kiasan] asas, tunjangan, penunjang, pendukung;\nmenunggak\n1.\n belum membayar hutang (ansuran dan lain-lain), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dan lain-lain):\n jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik;\n2.\n tidak menghabiskan pekerjaan (masih ada yang belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan:\n kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok;\n tertunggak\n masih belum dijelaskan, dibereskan, diselesaikan dan sebagainya (berkenaan (dengan) bayaran, hutang, pekerjaan dan sebagainya):\nseorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; \nbeliau berpuas hati dengan kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dengan berkesan;\n tunggakan\n1.\n hutang (ansuran dan lain-lain) yang masih belum dijelaskan, baki hutang dan lain-lain (yang seharusnya sudah dibayar):\n sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya;\n2.\n pekerjaan (kerja) yang masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan." "tunggal\n1.\n tidak ada yang lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya:\n bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sebagai Bahasa Kebangsaan yang ~ pada tahun 1967; \nberdiri berkaki~\n =\n berdiri dengan kaki ~ \n[sastera lama] berdiri dengan kaki sebelah;\n anak ~\n anak yang seorang sahaja (tidak beradik berkakak);\n ejen ~\n = \nwakil ~\n wakil yang hanya satu;\n2.\n [Indonesia] bukan jamak;\n kata ~ \nmufrat;\n kalimat ~ \n[Indonesia] ayat selapis;\n 3.\n tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dengan sepenuh-penuhnya, bulat-bulat;\n dengan ~ hati \ndengan sepenuh hati;\nsetunggal\n [arkaik] tidak berbeza, sama\u2026, se\u2026;\n ~ darah\n sama darahnya, seketurunan, sebaka;\n ~ darjat \nsama darjat (taraf);\nmenunggalkan\n1.\n menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya):\nrayuan mereka itu berlawanan dengan perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan;\n2.\n membulatkan (memusatkan) jadi satu, menyatukan;\n \n~ diri \nmenyatukan diri;\n ~ fikiran \nmemusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran;\nketunggalan\n1.\n perihal tunggal, keesaan;\n2\n.\n \nkebulatan (fikiran dan lain-lain)." "tungganai\n[Minangkabau] = \n~ rumah \norang yang berkuasa dalam sesuatu perut (dalam adat perpatih), kepala keluarga." "tunggang I\nterbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, tertonggeng;\n ~-langgang = ~-tenggang\na) berlari pontang-panting (lintang-pukang);\n b) = \n~ balik \njungkir balik, berguling-guling;\n \n~-tunggit \n=\n ~-tonggek \na) tidak rata (permukaan jalan dan lain-lain), lekuk-lekak, berjendul-jendul;\n b) bergerak turun naik (orang berjalan);\n c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dan lain-lain);\n d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (seperti orang sembahyang), tunduk dan tegak semula;\n ~ buyung \npergerakan dalam gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan;\n kuat ~\n kuat minum (minuman keras);\nbersetunggang\n berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir:\n tidur ~ kaki ke atas;\n~ balik \nberputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik;\nmenunggangkan\n1.\n membalikkan (cawan, botol, dan lain-lain) supaya tumpah isinya, menunggitkan supaya tumpah, menuangkan, menumpahkan:\n ia ~ air yang di dalam baldi itu ke dalam tempayan;\n2.\n = \nmempertunggang, mempertunggangkan\n menjadikan bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan:\n di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dari hidung dan mulutnya; \nbudak itu ditunggangkan ke atas asap sabut kering itu;\n tertunggang\n1.\n terbalik (yang di bawah ke atas dan yang di atas ke bawah), terjungkir;\n2.\n tertumpah atau tercurah (sesuatu dari bekasnya);\npenunggangan\n perihal atau perbuatan menunggang (motosikal, kuda, basikal dan sebagainya):\nmotosikal empat lejang dengan tempat duduknya yang rendah memang sesuai untuk ~ yang selesa dan stabil." "tunggang II\nlurus ke bawah, curam (bukit dan lain-lain):\n lereng gunung yang ~ ; \nakar ~ \n=\n urat ~\n [Indonesia] akar yang tumbuh lurus ke bawah, akar tunjang;\n~ hati \ntabah atau tetap hati (dalam mengerjakan sesuatu), tidak berasa gentar atau takut, cekal;\n~ hilang berani mati \ntidak berasa takut akan apa-apa pun, berani;\n ~ hilang, tak hilang \na) yang berani hilang (mati) tidak akan hilang (mati);\n b) siapa yang cekal dan tabah hati akan tercapai maksudnya." "tunggang III\n ~ gunung \nwaktu petang ketika matahari hampir akan masuk;\n kuda ~\n kuda kenderaan;\nmenunggang, menunggangi\n1.\n menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dan lain-lain), mengenderai:\nkemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit; \nberderet-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yang memakai pakaian yang luar biasa;\n2.\n ki mempergunakan sesuatu (orang dan lain-lain) untuk mencapai maksud sendiri:\njanganlah membiarkan\n \ndiri kita ditunggangi oleh perasaan dendam-mendendam yang tidak berkeputusan;\n tunggangan\n sesuatu yang ditunggangi:\n kuda ~;\npenunggang\n orang yang menunggang atau menunggangi sesuatu:\n askar ~ gajah." "tunggang IV\n[Kelantan] sejenis dapur yang dibuat dengan menggali lubang (untuk memasak nira dan lain-lain). \ntunggang balik\n jungkir balik, berguling-guling;\nmenunggangbalikkan\n menjadikan tunggang balik, menjungkarbalikkan (yang di bawah ke atas, yang di atas ke bawah);\ntunggang-langgang\n berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang;\nmenunggang-langgangkan\n1.\n menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, menjungkirbalikkan;\n2.\n menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dan lain-lain);\n 3.\n memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dan lain-lain), memutarbalikkan;" "tungging\ntonggeng I" "tunggit\npunggung terkeluar ke belakang;\ntonggek, tunggang." "tunggu I\n[bahasa percakapan] = \nmenunggu\n \nruang ~ \nruang tempat menanti;\nbertunggu\n1.\n sedang menjaga, berjaga, berkawal:\norang besar-besar sekaliannya ~ negeri;\n2.\n [sastera lama] menanti:\n maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan;\n menunggu\n1.\n = \nmenunggui\n menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dan lain-lain), mengawasi:\nrumah itu\n \ntidak ditunggu orang;\n2.\n menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlangsungnya sesuatu dan lain-lain), menyambut atau menyongsong (tetamu):\n dia ~ kepulangan anaknya di muka tangga;\n 3.\n = \nmenunggukan\n [arkaik] bersabar menanti sesuatu yang akan berlaku, menantikan:\npokok getah itu hendaklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh;\n 4.\n = \nmenunggui\n menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di:\n harimau yang dijumpai mereka itu ialah jin kuning yang ~ kaki bukit selekoh tiga;\n~ angin lalu\n menunggu dengan sia-sia;\n ~ masa \nmenunggu hingga tiba masanya (ketikanya);\n ~ tanduk kerbau goyah \n(peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin (berlaku, tiba, dan lain-lain);\nmenunggu-nungu, tertunggu-tunggu\n asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa menunggu:\n ~ buah yang tidak kunjung jatuh; \nSharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya;\n menunggui\n1.\n menjaga (orang sakit, rumah, dan lain-lain), mengawal:\norang yang ~ orang sakit itu disuruhnya\n \nkeluar semuanya; \nsegala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air;\n2.\n mendiami, menduduki, menghuni:\ntempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dan sebagainya;\npenungguan\n perihal menunggu, penantian:\n apa yang ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma untuk mencari ruang untuk menarik nafas;\n penunggu\n1.\n orang yang menunggu (mengawal, menjaga), pengawal, penjaga:\n~ pintu;\n2\n.\n \norang yang menunggu (kedatangan orang dan lain-lain), penyambut (tetamu):\n bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang;\n 3.\n yang mendiami, penghuni:\nbinatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yang tidak pernah berubah-ubah;\n 4.\n (hantu, puaka, dan lain-lain) yang menunggui atau mendiami:\n seumur hidupku belum aku berjumpa hantu syaitan atau puaka ~nya." "tunggu II\nburung ~ taman \nsejenis burung,\n Terpsiphone incii." "tunggu III\n[Minangkabau];\nmenunggu\n1.\n meminta kembali (barang yang telah diberikan dan lain-lain);\n2.\n meminta supaya dijelaskan hutang, menagih;\n 3.\n menuntut (janji)." "tunggul I\n1.\n pangkal pokok kayu yang masih tertinggal dalam tanah (setelah ditebang):\nia duduk di atas sebuah ~ kayu;\n~ punggur \npangkal batang kayu yang sudah mati;\n2.\n batang padi (lalang dan lain-lain) yang tertinggal setelah dituai atau disabit:\n ~ padi;\n 3.\n pancang, tongkat (untuk menambatkan perahu dan lain-lain);\n~ kayu ditarah pelicin, \n(\ndia\n)\n elok juga, jangankan manusia \n=\n ~ itu kalau dipakai, elok juga \n(peribahasa) perempuan yang buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakaian yang elok;\n ~ terbakar di tengah huma \n(peribahasa) rupa seseorang yang sangat hitam;\n berunding dengan ~ \n(peribahasa) perihal menanyai dan memberi nasihat kepada seseorang yang hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan);\nbertunggul\n ada tunggulnya;\n ~ pemarasan \n(peribahasa) pekerjaan yang tidak sempurna;\npenunggul\n kayu yang agak berat tempat menambatkan kerbau dan lain-lain (supaya jangan pergi jauh);\n ~ gobek \nkayu untuk mengeluarkan sirih dalam gobek;\n kayu ~\n tonggak pada empang." "tunggul II\n[sastera lama] bendera, panji-panji:\n maka Laksamana pun berdirilah di bawah ~ itu;\n~ panji-panji \nbendera dan panji-panji;\n \n~ putih\n bendera putih (tanda menyerah kalah);\n ~ merual \nbermacam-macam jenis bendera." "tunggul III\npenunggul\n pemberian (pembayaran) yang dibuat kerana kalah dalam peperangan, pemberian sebagai tanda sudah ditakluki;\n memberi ~\n = \nmenunggul, menunggulkan\n memberi (membayar) sesuatu setelah dikalahkan." "tunggul IV\nmain ~\n sejenis permainan kanak-kanak." "tungkahan\n[Minangkabau] kayu tempat duduk, kayu penyangga, landasan;\nbagai rupa ~ \n(peribahasa) muka orang yang sangat buruk;\n berunding dengan ~\n (peribahasa) perihal menanyai atau menasihati orang yang hanya mendiamkan diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan)." "tungkai\n[Minangkabau] bahagian badan dari pangkal paha hingga tapak kaki, kaki;\nmenungkai\n1.\n merebahkan kerbau dan lain-lain sesudah diikat kakinya;\n2.\n = \n~ tapak\n [kiasan] mengatur langkah, berjalan." "tungkap\n[arkaik] terdiam sekejap, terkelu." "tungkik\ntukik II." "tungku I\n=\n ~ dapur \n=\n batu ~\n batu dan lain-lain yang diletakkan sebagai tempat memasak (dapur, keran):\n dapur minyak sudah menggantikan\n \n~ dan kayu api;\n~ kera (pelanduk) \nsarang sejenis serangga (kiak-kiak)." "tungku II\n[arkaik] tengku, tuanku." "tungkul I\nmenungkul\n [sastera lama] mengaku kalah, takluk, tunduk;\npenungkul\n pemberian (kpada pihak yang menang) kerana sudah takluk." "tungkul II\n[Minangkabau]\ntongkol I." "tungkum\nmenungkum\n meniarap (dengan muka ke bawah), menelungkup;\nmenungkumkan\n meletakkan menelungkup, meniarapkan, menungkupkan:\ndia pun ~ muka ke bantal dan menangis terus-terusan." "tungkup\n[Minangkabau] telangkup, telungkup;\nmenungkup\n menelungkup, meniarap;\n \n~ menelentangkan \nki menimbangkan (meneliti) dengan sungguh-sungguh;\nmenungkupkan\n menelungkupkan, meniarapkan;\ntertungkup\n1.\n tertelungkup, tertiarap;\n2\n.\n \nki menanggung rugi, mendapat kecelakaan, dan lain-lain." "tungkus I\n= tungkusan\n bungkus atau bungkusan (daripada daun pisang, kertas, dan lain-lain);\n \nnasi ~\n =\n nasi tungkusan \nnasi yang dibungkus dengan daun (untuk kenduri dan lain-lain);\nmenungkus\n membungkus atau membalut (dengan daun dan lain-lain)." "tungkus II\n~ lumus\n =\n bertungkus lumus\n = \ntertungkus lumus\na) asyik atau teruk mengerjakan sesuatu:\nkita bertungkus lumus bekerja, sedang mereka berdengkur tidur; \nb) banyak sekali hutang." "tungkus III\n[Brunei] kain kafan." "tungsten\n(Kimia) sejenis unsur logam yang keras, berwarna kelabu, dan digunakan untuk membuat aloi, filamen lampu elektrik, dan lain-lain." "tunjal\nmenunjal\n \n1.\n menumpukan atau menekankan kaki (ketika hendak melonjak atau melompat), menjejakkan kaki (ketika hendak berdiri);\n2.\n menunjuk dan menyentuh dengan jari (biasanya dengan jari telunjuk):\n jari telunjuknya seperti hendak ~ kepala kawannya; \njauh dapat ditunjuk, dekat dapat ditunjal \n(peribahasa) sesuatu yang diperkatakan dapat dibuktikan kebenarannya." "tunjam\nmenunjam\n jatuh lurus ke bawah, menjunam, mengunjam, menukik:\ngalah itu ~ ke tanah;\nhunjam." "tunjang I\nakar ~ \nakar yang tumbuh lurus ke bawah ke dalam tanah (untuk menguatkan pendirian pokok);\nbertunjang\n1.\n ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan);\n2.\n ki berpegang teguh (pada), berasas (pada), bersandar (pada):\n ajaran mereka itu tidak ~ pada agama, tidak bersandar pada logik;\n~ kayu ara,\n \n~\n \npula mali-mali\n (peribahasa) orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya;\nbertunjangkan\n [kiasan] berasaskan, berdasarkan, bersandarkan:\n Hassan Ali akan mewakili generasinya dalam bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yang ~ jiwa orang Melayu; \nkenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yang dihubungkan dengan suasana rasmi dan formal;\nmenunjang\n1.\n menyokong (menopang, menongkat, dan lain-lain) supaya jangan rebah atau runtuh;\n2. = menunjangi\n memberi sokongan dan sebagainya, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dan lain-lain), membantu:\n semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku itu dengan wang; \ndunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yang telah lama berkarya;\ntunjang-menunjang\n saling bantu-membantu:\n saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dalam setiap gerakan dan kegiatan sasterawan;\ntunjangan\n bantuan (berupa wang dan lain-lain) yang diberikan, pertolongan, sokongan:\n kaum penganggur di sini mendapat ~;\n penunjang\n1.\n orang yang memberi tunjangan (bantuan dan lain-lain), penyokong;\n2.\n orang yang menyokong sesuatu pihak (dalam perlawanan bola sepak dan lain-lain)." "tunjang II\n[Minangkabau] bahagian badan dari lutut hingga ke tapak kaki;\n ~ tonjet \nterlompat-lompat ke sana ke mari;\n panjang ~ \npanjang kaki;\n tuak terbeli, ~ hilang \n(peribahasa) mendapat kecelakaan (kekecewaan);\nmenunjang\n ark\n1.\n menendang, menerajang;\n2\n.\n \n[Jawa] melanggar, membentur, menubruk." "tunjuk\n1.\n [bahasa percakapan] = \nmenunjuk, menunjukkan\n \n~ diri \nmenampakkan diri (menghadap pembesar dan lain-lain);\n2.\n [Minangkabau] jari telunjuk;\n~ ajar \nsegala macam nasihat dan ajaran;\n ~ cara \nmelakukan sesuatu dengan tujuan untuk memberitahu cara-cara membuatnya;\n ~ langit \na) sejenis ikan laut,\n Triacanthus oxycephalus;\nb) kayu yang dipasang tegak dari alang ke bumbung rumah;\n ~ perasaan \nperbuatan menyatakan pendapat (bantahan dan sebagainya) dengan perarakan atau rapat umum dan sebagainya, demonstrasi;\nbertunjuk-tunjukan\n1.\n saling memperlihatkan (diri dan lain-lain), saling mengacukan jari;\n2.\n = \ntunjuk-menunjuki\n saling memberi nasihat, nasihat-menasihati;\nmenunjuk\n1.\n mengarahkan jari telunjuk ke, mengacukan jari telunjuk ke:\nia ~ ke papan hitam;\n2.\n memberitahu dengan mengarahkan sesuatu ke, memberitahu dengan isyarat:\n ia menunjuk-nunjuk dengan kipas;\n 3.\n mengarahkan jari (telunjuk) ke atas, mengangkat tangan;\n4.\n menetapkan atau menentukan (orang yang diangkat, dipilih, dan lain-lain):\n orang kampung telah ~ beliau menjadi ketua mereka;\n5.\n mengemukakan sesuatu sebagai alasan, mengingatkan sesuatu dengan bukti, menyatakan, merujuk;\n ~ perasaan \nmengadakan tunjuk perasaan (dengan berpiket, berarak, dan sebagainya), berdemontrasi;\nmenunjuk-nunjuk\n gemar memperlihatkan kelebihan diri sendiri:\n ancaman besar terhadap perasaan muhibah di negeri ini ialah daripada pemimpin-pemimpin politik perkauman yang cuba ~ pandai dan terlalu bercakap banyak;\n menunjuki\n memberitahu cara melakukan sesuatu, mengajari:\nibu ~ kakak cara membuat kuih itu; \nguru kami telah ~ pendakwah-pendakwah;\n menunjukkan\n1.\n menggunakan sesuatu untuk menunjuk (jari dan lain-lain), menunjuk dengan:\n~ jari;\n2.\n memperlihatkan sesuatu kepada, memberi lihat:\n dia pun naik ke rumah ~ kakinya yang dimakan keri itu;\n 3.\n memberitahu di mana (letak, arah, dan lain-lain):\nmaka datanglah budak-budak ~ masjid;\n4.\n menampakkan (sesuatu yang terpendam di hati dan lain-lain), mendedahkan:\n tidak seorang jua pun yang berani ~ kemarahan mereka berterang-terang;\n5.\n memperkenalkan:\nmaka orang itu ~ anak raja itu dengan isyarat;\n6.\n memberi keterangan (penjelasan), menerangkan, menjelaskan:\n sekiranya ada bukti-bukti yang ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kepada majistret supaya Ahmad ditahan;\n7.\n memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan:\n dikemukakan satu konsep baru yang ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial;\n8.\n menyatakan, menandakan:\nsuhu yang terendah pada hari atau malam itu ditunjukkan oleh besi itu;\n mempertunjukkan\n1.\n memberi lihat (kepada), memperlihatkan (wayang, sandiwara, dan lain-lain):\nmasing-masing bangsa ~ kebudayaan nasionalnya;\n2.\n memperlihatkan (barang-barang dan lain-lain), mempamerkan:\ntiap-tiap bangsal telah dihiasi dengan indah, iaitu menurut jenis barang-barang yang akan dipertunjukkan;\n 3.\n memberikan bukti, membuktikan:\naduhai saudara, pertetapkan iman dan berserah kepada Allah, tiap-tiap yang benar itu akan dipertunjukkan kebenarannya;\n pertunjukan\n1.\n sesuatu yang dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan:\npada suatu malam\n \nrombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung kesenian;\n2.\n apa yang dipertunjukkan;\n 3.\n pameran:\n~ pertanian dan perkebunan;\n4.\n perihal menunjukkan (cara melakukan sesuatu dan lain-lain), pengajaran:\nguru hendaklah sentiasa sedia untuk memberikan ~ dan pertolongan;\n5.\n = \n~\n \nperasaan\n [arkaik] tunjuk perasaan, demonstrasi;\npetunjuk, pertunjuk ark\n1.\n sesuatu yang menunjuk atau menunjukkan (tanda, isyarat, dan lain-lain), tanda dan lain-lain yang memberitahu tentang sesuatu:\npemandu-pemandu kereta sangat sedikit yang mematuhi ~-~ jalan raya; \n2.\n ketentuan yang harus dipatuhi, syarat:\nsebelum memakan ubat ini, ~ yang dikembarkan ini hendaklah dibaca dengan teliti;\n 3.\n ajaran, nasihat, tunjuk ajar:\nesei-esei yang dikumpulkan di dalam Renungan penuh dengan seruan dan ~ untuk menyedarkan dan membangunkan masyarakat;\n4\n. bisikan hati (yang datang daripada Tuhan), ilham:\nmenerima ~ Tuhan;\n5.\n sesuatu yang menjadi panduan (untuk melakukan sesuatu), rujukan:\nbuku ini adalah ~ yang baik bagi penggemar-penggemar kesusasteraan;\n penunjuk\n1.\n alat yang digunakan untuk menunjuk atau menunjukkan:\n~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat daripada kaca atau keluli;\n2.\n orang yang menunjuk atau menunjukkan:\nmahukah kamu menjadi ~ jalan kepada kami?;\n 3.\n sesuatu yang digunakan sebagai panduan (untuk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan:\n kepada pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yang telah lalu untuk menjadi peringatan dan ~ untuk masa hadapan;\n~ jalan \na) orang yang menunjuk jalan, mualim;\n b) tanda panah dan lain-lain untuk menunjuk jalan;\n ~ perasaan \norang yang mengadakan tunjuk perasaan (berdemonstrasi)." "tunjung\n~ biru \nsejenis tumbuhan, kelipuk,\n Nymphaea lotus;\n~ mas \nsejenis tumbuhan, telepok putih,\n Nymphaea stellata." "tuntas\n1.\n tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata);\n2\n.\n \nmeliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif:\nsaya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; \npenyelesaian yang ~;\n \nsecara ~ \nsecara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja);\n 3.\n singkat dan tegas;\nmenuntaskan\n1.\n mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan;\n2.\n menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;\nketuntasan\n perihal (keadaan, sifat) tuntas;\nketidaktuntasan\n keadaan yang tidak tuntas." "tuntun I\n[Jawa];\nbertuntun\n ditarik (pada tangan) ketika berjalan, berpimpin:\nberjalan ~;\n menuntun\n1.\n menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin:\ndia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; \n2.\n menghela (basikal, kerbau, dan lain-lain), mengheret;\ntuntunan\n1.\n perihal menuntun, bimbingan, pimpinan;\n2.\n ki ajaran, petunjuk, tunjuk ajar:\nguru saya banyak memberikan ~ kepada saya;\n penuntun\n orang yang menuntun, pembimbing, pemimpin." "tuntun II\n[Minangkabau] tutup muka atau mata;\nbertuntun\n bertutup muka atau mata;\n \nmembeli kerbau ~ \n(peribahasa)\na) membeli sesuatu dengan tidak melihat dahulu;\n b) berkahwin dengan gadis yang belum dikenali;\nmenuntun\n menutup muka atau mata dengan sapu tangan dan lain-lain." "tuntung I\nhujung yang runcing (jarum, keris, dan lain-lain):\n ~ keris;\n~ lembing; \nseperti mengadu ~ jarum \n(peribahasa) menyatakan fikiran yang sukar-sukar itu terlalu susah." "tuntung II\n[Minangkabau] sejenis tabung kecil (untuk bekas garam dan lain-lain);\n tebu se~\n tebu sekerat yang kecil;\nmenuntung\n mengerat kecil-kecil (tebu)." "tuntung III\n[Minangkabau];\nmenuntung\n menterbalikkan bekas supaya tumpah (keluar) isinya:\n dia mengambil tabung sambal itu, diketuk-ketukkan pada tepi sampan dan dituntung-tuntung;\n menuntungkan\n1.\n membalikkan letak sesuatu (mulutnya ke bawah dan dasarnya ke atas), menjungkirkan, menunggitkan, menunggangkan;\n2\n.\n \nmenuntung;\n 3.\n [kiasan] mengeluarkan (perasaan hati dan lain-lain), mencurahkan;\ntertuntung\n1.\n tertonggeng atau terbalik (letak sesuatu), terjungkir;\n2.\n tertumpah, tercurah." "tuntung IV\nsejenis penyu,\n Batagur baska." "tuntut\nmenuntut\n \n1.\n meminta dengan mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dan lain-lain):\npekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji;\n2.\n meminta supaya dijelaskan (hutang dan lain-lain), menagih hutang:\npekedai-pekedai tidak berani\n \nlagi ~ hutang daripada pelanggan-pelanggan mereka;\n 3.\n hendak memulangkan kembali perbuatan yang telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dan lain-lain), melakukan sesuatu yang setimpal:\n perbuatan si dajal itu mesti dituntut;\n4\n. mempertahankan(hak atas sesuatu), menjaga, memelihara:\nhak\n \npengarang dituntut;\n5.\n berusaha dengan keras (untuk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (untuk mencapai tujuan dan lain-lain):\n mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dalam perjuangan mereka ~ kebebasan itu;\n6.\n berusaha untuk mencari ilmu (pengetahuan dan lain-lain), mempelajari:\nanak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yang lebih maju;\n 7.\n mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dan sebagainya sesuatu):\n kita hendaklah menunaikan kewajiban kita seperti yang dituntut oleh agama kita; \nisinya tidak ~ kita berfikir jauh;\n8.\n membawa perkara ke mahkamah (untuk diadili), mendakwa:\n mereka yang melanggar undang-undang negara akan dituntut;\n 9.\n [sastera lama] menuju ke, menghala ke;\n~ balas\na) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam;\n b) (Undang-undang) membuat sesuatu tuntutan yang menentang tuntutan lain, terutamanya dalam tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif;\n \n~ bela \nmembalas dengan membunuh seseorang yang telah membunuh orang lain;\n \n~ dakwa \nmengemukakan pengaduan kepada hakim;\n ~ janji \nmeminta supaya menepati janji;\n \n~ maaf \nmeminta maaf;\n ~ malu \nmembalas sesuatu perbuatan jahat yang memalukan;\ntuntutan\n sesuatu yang dituntut, permintaan dengan mendesak (supaya dilakukan sesuatu dan lain-lain), dakwaan, gugatan:\n badan itu seharusnya berhak berunding terus dengan kerajaan mengenai semua ~ daripada persatuan tersebut;\n~ balas \n(Undang-undang) tuntutan yang dibuat bertentangan dengan suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap plantif dalam sesuatu tindakan sivil;\npenuntutan\n perihal menuntut (meminta):\n ~ gaji sama, perbaikan nasib wanita-wanita yang malang, semuanya harus mendapat perhatian yang lebih berat daripada pemerintah;\n~ darah \npenuntutan bela;\npenuntut\n1.\n orang yang menuntut (perkara), pendakwa:\n~ takhta\n;\n \n~ umum\n [Indonesia] pegawai undang-undang yang mendakwa, pendakwa raya;\n2\n.\n \norang yang belajar (mencari ilmu), murid, pelajar:\n ~ sekolah menengah." "tunu\n[sastera lama] dimakan api, terbakar;\nmenunu\n1.\n = \nmenunukan\n membakar, menyalakan (api):\ndia tidak mempedulikan api yang hendak ~ rumahnya lagi;\n2.\n tampak apinya, berkobar, menyala;\n \n~ hati\n [kiasan] memanaskan (menyakitkan) hati;\ntertunu\n terbakar;\npenunuan\n perihal menunu, pembakaran;\npenunu\n alat yang digunakan untuk menunu, pembakar;\n \n~ Bunsen \npenunu yang bahan bakarnya merupakan campuran gas bahan api dan udara, biasanya digunakan di makmal sains untuk membuat uji kaji dan sebagainya;\n \n~ gas \nbahagian yang bermuncung atau berlubang tempat keluarnya gas yang menjadi bahan bakar, misalnya pada dapur gas dan sebagainya." "TUOS\n[kependekan] \nTrained Under Other Schemes \n(terlatih di bawah skim-skim lain, berkenaan guru)." "tup-tup\n[bahasa percakapan] tiba-tiba, tengok-tengok." "tupai I\nsejenis binatang yang mengerip (mengunggis), bajing;\n jenis-jenisnya\n: ~ akar \nsejenis tupai ,\n Tupaia ferruginea;\n~ belang \n=\n ~ galang perahu, Lariscus spp.\n;\n ~ biji nangka\n =\n ~ naning \nsejenis tupai,\n Rhinosciurus laticaudatus;\n~ gading \nsejenis tupai,\n Callosciurus prevostii;\n~ kampung \n=\n ~ kelapa \n=\n ~ merah = ~ nyiur \nsejenis tupai,\n Callosciurus notatus;\n~ kerawak hitam\n =\n ~ janjang\n =\n ~ nandung \nsejenis tupai, \nRatufa bicolor;\n~ kericik\n =\n ~ lengkuas \nsejenis tupai,\n Nannosciurus exilis;\n~ tanah belang pendek \nsejenis tupai, \nTupaia tana;\n~ tanah belang panjang \nsejenis tupai, \nTupaia dorsalis;\nbagai ~ bergelut\n (peribahasa) rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang;\n \nsepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga \n(peribahasa) sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya." "tupai II\nekor ~ \nsejenis tumbuhan (herba),\n Justicia betonica; \nsarang ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit,\n Aneilema nudiflorum." "tupai-tupai\nkeratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu." "tupuk\n~ lemah \n[Kelantan] serba kekurangan (lemah)." "tura\n[Minangkabau];\nbertura-tura\n1.\n marah-marah, bersungut-sungut, mengomel-ngomel;\n2.\n berkata yang bukan-bukan, meracau, merepek." "turang\n[Minangkabau];\n ~ atap \ntambahan pada bumbungan yang berkeluk seperti tanduk kerbau;\n ~ jala \ntambahan pada mata jala (supaya elok kembangnya apabila ditebarkan)." "turap\ncampuran simen dengan pasir dan lain-lain yang digunakan untuk melekatkan bata (tembok dan lain-lain), lapisan simen pada tembok dan lain-lain, lepa, salut;\nberturap\n bersalut (berlapis) dengan sesuatu yang ditampalkan, berlepa:\nbulu ~ dengan air mas;\n menurap\n menampalkan sesuatu (lapisan dan sebagainya) pada bahagian luar, melepa, melapis, menyalut:\n pagarnya daripada batu putih dirapat, diturap dengan kapur yang amat bersih;\nturapan\n hasil menurap;\npenurapan\n perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menurap:\n penggunaan simen dalam proses ~ permukaan jalan;\n penurap\n1.\n orang yang menurap:\ndia anak kepada seorang ~ bata di daerah itu; \n2.\n alat (bahan dan sebagainya) yang digunakan untuk menurap:\nkerja menurap jubin memerlukan bahan ~ khusus; \njalan kampung yang sempit sukar dilalui jentera." "turas I\nalat untuk menapis, tapisan;\n kertas ~ \nkertas untuk menyaring barang-barang cair;\nmenuras\n menapis (dengan turas), menyaring;\nturasan\n hasil yang diperoleh daripada menuras;\npenurasan\n proses menuras.\npenuras\n alat untuk menapis, penapis." "turas II\n[Negeri Sembilan] turus (untuk pagar dan lain-lain), tiang, tonggak." "turbin\nmesin atau enjin yang menggunakan arus gas, air, udara atau stim untuk memutar roda bagi menghasilkan tenaga." "turi I\nsejenis tumbuhan (pokok)\na)\n Sesbania cannabina; \nb) geti,\n Sesbania grandiflora;\n~ hutan \nsejenis tumbuhan (herba), amin buah, dukung(-dukung) anak, rami buah,\n Phyllanthus niruri; \nrumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), beluntas padi,\n Clitorea laurifolia." "turi II\n= turi-turi\n (Batak) cerita dongeng berdasarkan kejadian zaman dahulu." "turis\ntoreh." "turit\n[Kelantan] bunyi yang sangat kuat." "turnamen\n[Indonesia-Belanda] (Suk) pertandingan untuk merebut kejohanan (tenis, ping pong, dan lain-lain) oleh beberapa orang." "turne\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] berpergian untuk melakukan sesuatu tugas (melawat daerah dan lain-lain)." "turnip\nsejenis lobak bulat berwarna putih yang digunakan sebagai sayur, \nBrassica rapa." "turpentin\nsejenis minyak (daripada damar sejenis pokok) untuk membancuh cat dan varnis." "tursi\n[bahasa percakapan] terusi." "turu\n[Jawa] tidur." "turuk-turuk\n[Brunei] caping." "turun I\n1.\n dari tempat yang lebih tinggi ke tempat yang lebih rendah, dari atas ke bawah, lawan naik;\n 2.\n (datang) dari hulu ke hilir atau dari daerah atas angin ke bawah angin:\n ia baru ~ dari merotan; \nmaka iaitu ~ dari Yaman ke bawah angin, maka singgahlah ia di Tanah Keling;\n3.\n (pergi) dari pedalaman (kampung dan lain-lain) ke bandar:\n terpaksa juga saya ~ ke bandar hari ini;\n 4.\n mengendap ke bawah (keladak dalam air dan lain-lain), surut (air), hampir terbenam (matahari, bulan, dan lain-lain), jatuh:\n hampas kopi itu telah ~; \nmatahari ~ \nmatahari sudah hampir terbenam;\n \n(matahari) tengah ~ \nwaktu petang (lebih kurang pukul 3.30);\n 5.\n [kiasan] telah berkurang (marah, nafsu, dan lain-lain), reda:\nkemarahannya tidak juga ~-~ lagi;\n6.\n keluar atau meninggalkan kenderaan ke bawah, keluar dari perahu dan lain-lain dan naik ke darat:\n maka ~lah orang sekoci pergi mengambil air; \nmaka lalu ~lah sahaya berjalan-jalan melihat-lihat kampung dan pasar di situ;\n 7.\n dari darat pergi naik ke kapal (perahu dan lain-lain), menaiki kapal (perahu dan lain-lain):\n maka ~lah ia ke sampannya lalu berkayuh;\n8.\n keluar dari rumah, pergi atau pulang (tetamu):\n lebih kurang pukul sebelas malam barulah kami ~ dari rumahnya;\n9.\n menjadi kurang atau rendah daripada biasa (harga dan lain-lain), jatuh, merosot, susut (hasil dan lain-lain):\n naik dan ~nya jualan tuan pada tiap-tiap bulan, terpulanglah kepada kecekapan tuan menguruskan perniagaan;\n 10.\n datang dari sesuatu yang dianggap tinggi (di atas), mewarisi sesuatu (perangai dan lain-lain) daripada datuk nenek dan lain-lain, memasuki (roh, orang halus, dan lain-lain):\n semua sekali ayat yang terhimpun di dalam Quran sekarang ini ~nya dalam waktu dua puluh tiga tahun;\n11.\n datang jatuh (hujan, salji), datang bertiup (angin ribut):\n tiba-tiba ~lah hujan rintik-rintik; \npada pagi itu ~lah pula ribut serta dengan hujannya;\n 12.\n hilang warnanya (kain dan lain-lain), luntur (warna kain dan lain-lain):\ncorak yang tidak ~, iaitu warnanya tidak berubah apabila dibasuh;\n~ darah\na) keluar darah dengan banyaknya (perempuan yang telah bersalin atau keguguran);\n b) sudah reda (berkurangan) marahnya;\n ~ haji \nkembali selepas mengerjakan haji (di Mekah);\n ~ harga \nmenjadi lebih rendah harganya;\n ~ ke sawah \npergi bekerja di sawah;\n \n~ main \n[Jakarta] berehat (bagi kanak-kanak sekolah) separuh waktu;\n ~ makan \n[Jakarta] berhenti bekerja untuk makan (pekerja);\n ~ mandi\n =\n ~ ke air \nupacara memandikan bayi untuk pertama kali;\n ~ merek\n [Indonesia]\na) mendapat nama buruk;\n b) sudah tidak megah lagi;\n ~ minum \n[Jakarta] berhenti bermain untuk minum (pemain bola sepak dan lain-lain);\n ~ minyak \nmenjadi berang atau ganas (binatang seperti gajah dan lain-lain);\n ~ naik\n =\n naik ~ \na) tidak sama atau tidak rata (jalan dan lain-lain), tinggi rendah;\n b) sekejap turun sekejap naik (nafas dan lain-lain), sentiasa bergerak-gerak;\n c) sentiasa berubah-ubah, tidak tetap (ekonomi sesebuah negara dan lain-lain);\n ~ padang \npergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dan sebagainya) ke sesuatu tempat untuk menyiasat (meninjau, melihat dan sebagainya) sesuatu keadaan, masalah dan sebagainya;\n \n~ ranjang \n[Jakarta] mengahwini saudara atau sanak isteri yang telah meninggal;\n \n~ takhta \n=\n ~ dari takhta kerajaan \n=\n ~ dari kebesaran \nmeninggalkan takhta (tidak menjadi raja lagi), makzul;\n ~ tangan \na) turut mencampuri sesuatu hal dan lain-lain;\n b) turut menyiapkan sesuatu pekerjaan dan lain-lain;\n c) turut memberikan pertolongan (kpada orang miskin dan lain-lain);\n ~ tangga \na) turun melalui tangga;\n b) bertingkat-tingkat (pangkat, tinggi, umur, dan lain-lain) dan hanya sedikit sahaja bezanya;\n c) [kata seru] istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan);\n ~-temurun \n=\n ~-menurun \nberpindah-pindah daripada bapa kepada anak, daripada anak kepada cucu dan seterusnya, daripada nenek moyang turun kepada anak cucu dan lain-lain;\n sama ~ dengan malim \n(peribahasa) perempuan yang dalam tempoh sebulan sahaja sesudah kahwin diceraikan oleh suaminya;\nberturun\n turut mengeluarkan wang sebagai derma (yuran, sokongan, dan lain-lain):\n mereka ~ lima ringgit seorang untuk menolong mangsa banjir di Kelantan;\n menurun\n1.\n agak miring (tanah, pantai, dan lain-lain), landai ke bawah:\ngunung itu ~ dengan curamnya arah ke timur;\n 2.\n pergi dari atas ke bawah (bukit dan lain-lain), pergi melalui lereng bukit dan lain-lain ke bawah:\n ia bergegas melangkah ~ bukit yang curam menjunam itu;\n3.\n menjadi kurang daripada biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarahan dan lain-lain), berkurang, surut, susut:\ndebar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; \nmereka ditangkap kerana dituduh menjalankan sabotaj yang menyebabkan penghasilan kilang itu ~;\n 4.\n berpindah kepada (daripada bapa kepada anak, daripada anak kepada cucu, dan lain-lain), turun kepada:\nia benar-benar ~ kelakuan bapanya;\n 5.\n kemasukan roh halus ke dalam tubuh (pawang, bomoh, dan lain-lain), berada dalam keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (berkenaan (dengan) bomoh, pawang, dan lain-lain), bersawai:\n cara mengubat penyakit kadang-kadang dilakukan dengan cara ~; \nsaya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu;\n~ hujan \nmendatangkan hujan;\nmenuruni\n1.\n turun melalui (tangga, lereng bukit, dan lain-lain):\nkemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu;\n 2.\n turun untuk mengambil dan lain-lain sesuatu, turun ke;\n \n~ telaga\n turun ke dalam telaga;\n3.\n keluar dari rumah untuk menghadap (menangkap, mengejar), turun untuk menyambut (kedatangan orang dan lain-lain):\n jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka dituruninya;\nmenurunkan\n1.\n membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan:\ndilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; \nmaka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat;\n 2.\n mengeluarkan dari kenderaan (kereta, perahu, dan lain-lain), menyuruh turun:\nsetelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan;\n3.\n menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dan lain-lain), memakzulkan (raja dan lain-lain):\n setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik;\n 4.\n menjadikan kurang (harga dan lain-lain), mengurangkan, menyusuntukan (hasil dan lain-lain), memerosotkan:\nia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai;\n 5.\n menjadikan perlahan (suara), merendahkan;\n6\n.\n \nmemindahkan sesuatu kepada (anak, cucu, dan lain-lain), mewariskan sesuatu kepada, meninggalkan (harta, ilmu, dan lain-lain) kepada:\n harta si mati itu mesti diturunkan kepada warisnya; \ndia akan ~ ilmunya kepada orang yang hanya betul-betul hendak belajar sahaja;\n~ baka \nmemindahkan baka;\n ~ kuasa \nmemindahkan kuasa (kepada orang bawahan dan lain-lain);\n 7.\n menternakkan, menggembalakan (lembu dan sebagainya);\n8.\n mendatangkan (wahyu dan lain-lain) kepada, menyampaikan (ilham dan lain-lain) kepada, mewahyukan, mengilhamkan:\n wajib kita percaya kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada rasul-rasul;\n9.\n memulakan menanam (padi dan lain-lain):\nmaka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk\n \nBidan Raja datang menugal dan ~ benih;\n 10.\n menyebabkan turun, mengggugurkan, menjatuhkan:\n kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yang ~ sampai 30 cm dalam sehari;\n11.\n menjadikan turun (warna kain dan lain-lain), melunturkan (warna), memudarkan:\n serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu;\n 12.\n [Indonesia] membentuk kata terbitan daripada kata pokok yang diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran):\n dengan bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap;\n13.\n memilih atau meletakkan pemain dalam pertandingan (bola sepak dan lain-lain), memilih pemain untuk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dalam sesuatu perlawanan):\n mereka telah ~ pemain-pemain yang handal untuk menentang pasukan dari luar negara itu;\nmemperturun\n \n~ hari\n mendatangkan hujan dengan doa dan lain-lain;\nturunan\n1.\n = \nketurunan\n anak cucu, baka, zuriat:\nbetapa senang dan gembira hati Pak Long Karim melihat usahanya dan jasanya untuk anak dan ~nya masa akan datang;\n2.\n peranakan, kacukan:\n dekat baginda kelihatan perajurit pilihan, iaitu perajurit Daengan dan Bugisan ~ Mengkasar dan Bugis;\n3.\n sesuatu yang dipusakai daripada nenek moyang, sesuatu yang turun-temurun:\n ayahnya sendiri seorang tua model lama, amat kukuh memegang kebiasaan\n \n~, tetapi tidak pandai menjaga anaknya;\n 4.\n \n= kata\n \n~\n [Indonesia] (Linguistik) kata yang dibentuk daripada kata pokok, kata terbitan, kata bersambungan;\n 5.\n [bahasa percakapan] penurunan;\nketurunan\n1.\n yang diturunkan daripada, anak cucu kepada, turunan, zuriat:\ndalam bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperuntukkan bagi anak laki-laki ~ raja;\n 2.\n sesuatu yang diwarisi:\n dia memang orang biasa yang tidak mempunyai gelar ~ apa-apa;\n3.\n menderita (sakit dan lain-lain) yang turun-temurun, mendapat sesuatu yang menurun;\n 4.\n perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus;\nberketurunan\n mempunyai keturunan (zuriat);\npenurunan\n1.\n bahagian bukit (lereng, jalan, dan lain-lain) yang menurun, lawan pendakian:\nakhir sekali, akan berhenti pendakian dan ~ itu di satu padang yang luas terbentang;\n 2.\n perihal menuruni atau menurunkan (dalam berbagai-bagai makna), pembongkaran (barang dari kapal dan lain-lain);\n3.\n perihal merendahkan (harga, nilai, dan lain-lain), pengurangan, penyusutan:\n ~ nilai mata wang Sterling akan membaiki keadaan ekonomi British yang sedang merosot;\n 4.\n (Kimia) proses mengeluarkan oksigen daripada sebatian atau memasukkan hidrogen ke dalam sebatian." "turun II\nmenurun\n1.\n meniru (tulisan dan lain-lain) daripada yang lain, menulis semula, menyalin;\n 2.\n meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain;\nmenurunkan, memperturunkan\n1.\n menulis kembali, menyalin (daripada sesuatu yang lain):\n di bawah ini kita turunkan lima rangkap permulaan daripada Syair Perahu; \nayat yang diperturunkan di bawah ini mengandungi beberapa kekurangan tentang jalan bahasanya;\n 2.\n membuat karangan dan lain-lain dengan memadankannya dengan yang lain, mencontohi (karangan dan lain-lain) yang lain:\n Hikayat Ken Tambuhan naskhah ini telah diperturunkan daripada Syair Ken Tambuhan;\n3.\n menulis (dengan lengkap), mencatatkan:\ndi bawah ini diturunkan dengan ringkas cara-cara yang digunakan oleh penyair Melayu untuk mendapatkan rima;\n 4.\n membubuh (tandatangan, cap, dan lain-lain) pada sesuatu:\npengantin lelaki itu ~ tandatangannya ke dalam Buku Daftar Perkahwinan kerajaan;\n turunan\n sesuatu yang diturunkan (surat dan lain-lain), salinan." "turus\n1.\n tiang daripada kayu dan lain-lain (untuk mengukuhkan pagar, belat, dan lain-lain), tonggak:\ndicabutnya ~ pagar yang terpacak itu;\n 2.\n kayu atau buluh yang digunakan untuk penjalaran kacang (sirih dan lain-lain), junjungan;\n3.\n =\n ~ negeri \n[sastera lama] pembesar negeri (penghulu dan lain-lain), pasak negeri:\n betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kepada aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; \nketua ~ \npegawai yang tertinggi dalam tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara);\n pegawai ~ \nkumpulan pegawai kanan (dalam tentera) yang membantu pegawai pemerintahnya;\n~ belat\n tiang atau tonggak yang menahan belat;\n ~ dayung \nkayu yang dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pada perahu dan lain-lain);\n ~ empang \ntiang yang menahan empang (supaya jangan runtuh);\nmenurus\n tegak seperti turus;\nmenuruskan\n [sastera lama] mengikatkan seseorang pada turus (sebagai hukuman)." "turut\n1.\n pergi bersama:\nsaya ~ ke mana dia pergi;\n 2.\n bersama-sama melakukan (ditimpa dan lain-lain) sesuatu, tidak terkecuali daripada (sesuatu kejadian, perbuatan, dan lain-lain), ikut serta:\n Ahmad yang ~ terbunuh oleh serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya;\n~ serta \nbersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dan lain-lain) sesuatu;\n3.\n patuh kepada (undang-undang, janji, dan lain-lain), taat kepada:\n sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu;\n~ campur \nmencampuri urusan atau hal orang lain;\n ~ serta \nikut serta (melakukan sesuatu dan lain-lain);\n \npak ~\n orang yang sentiasa mengikut (meniru dan lain-lain) orang lain;\nseturut\n1.\n sepanjang (yang dihebahkan, diceritakan, dan lain-lain);\n 2.\n tidak bersalahan dengan, sesuai dengan (adat dan lain-lain), selaras dengan;\n3.\n langsung selepas, sebaik sahaja:\nBujal menggeleng kepala ~ dengan keluhannya;\nberturut\n bersusun mengikut peraturan, berikutan dengan teratur (tidak ada antara):\n cari dua angka ganjil yang ~ dengan syarat selisih di antara ganda dua satu angka dengan yang lain itu 48;\n berturut-turut, berturutan\n1.\n tidak berantara antara satu dengan lain, lepas satu-satu, terus-menerus dengan teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersambung-sambung:\n beliau telah kalah dalam tiga pilihan raya kecil kepada parti lawannya secara ~\n;\n 2.\n terus melakukan sesuatu dengan tiada hentinya, bertubi-tubi, berulang-ulang:\nmaka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~;\n berturuti\n [Minangkabau] dipercayai dan dipakai (percakapan dan lain-lain), diikuti (nasihat dan lain-lain), dipatuhi;\nmenurut\n1.\n berjalan dan lain-lain mengikut jalan (garis, hala, dan lain-lain) yang tertentu, tidak menyimpang dari jalan dan lain-lain yang tertentu:\n~ jalan yang benar;\n 2.\n mencontohi (perbuatan orang lain dan lain-lain), meneladan, meniru:\n telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang;\n3.\n mengikut apa yang disuruh (diperintah dan lain-lain), tidak melawan, patuh kepada:\n maka segala orang itu pun semuanya ~ seperti kata penghulunya;\n 4.\n meluluskan (permintaan, kehendak, dan lain-lain), memenuhi (syarat, ketentuan, dan lain-lain), menyampaikan (harapan dan lain-lain):\n Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yang agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya untuk bertugas sebagai seorang ahli undang-undang;\n 5.\n mengikut (berjalan dan lain-lain), mengekori (dari belakang):\n dia berjalan menuju ruangan yang di sebelah barat bangunan, aku ~nya dari belakang;\n6.\n seperti yang dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dan lain-lain), sepanjang (berita dan lain-lain):\n~ yang diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual;\n 7.\n sesuai dengan, tidak bertentangan dengan, tidak melanggar (syarat dan lain-lain), selaras dengan:\n hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yang baik;\n8.\n tidak bersalahan daripada, serupa dengan:\nrupanya ~ rupa neneknya;\n9.\n ikut serta (melakukan sesuatu dan lain-lain), turut serta:\nSultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana;\n 10.\n bergantung pada:\n maju mundurnya dalam pelajarannya ~ kerajinannya;\n~ lagu \nmengikut irama atau rentak lagu;\n \n~ pusingan jam \nmengikut arah pusingan jarum jam;\nturut-menurut\n1.\n saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang;\n 2.\n [arkaik] menurut sahaja (fikiran orang dan lain-lain), ikut-ikutan;\nmenuruti\n1.\n mengikut dari belakang, mengekori, mengikut:\n Ismail berganding dengan Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dari belakang dengan wajah usang;\n 2.\n tidak menegah (melarang), meluluskan (pemberian dan lain-lain), memberi:\n diturutinya sahaja kemahuan cahaya matanya yang tunggal itu;\n3.\n menurut akan (nasihat dan lain-lain), tidak menentang, mematuhi:\n ia ~ kehendak suaminya;\n 4.\n menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), mencontohi:\njangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu\n \nbahasa;\nmenuruntukan\n1.\n mengikut (berjalan dan lain-lain) di belakang sesuatu, mengiringkan:\nmereka berjalan ~ orang tua mereka;\n 2.\n tidak menegahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dan lain-lain), melayani, memberi:\n dari satu bandar ke satu bandar yang lain dia berpindah-pindah ~ hati;\n3.\n mendasarkan pada, menjadikan sebagai dasar:\nkerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ pertimbangan yang adil;\n memperturut\n [sastera lama] mengejar dari belakang, menghambat:\n berundurlah mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera Kembayat;\nmemperturuntukan\n1.\n membiarkan bersama-sama (melakukan sesuatu dan lain-lain), membiarkan turut, tidak mengecualikan;\n 2.\n tidak melarangkan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, kehendak, dan lain-lain), mematuhi, menuruntukan:\n sekali-kali jangan diperturuntukan rasa kecewa, yang mungkin menjadikan orang putus asa;\n3.\n = \nmemperturut-turuntukan\n melakukan sesuatu berkali-kali, mempertubi-tubi:\n perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta menikam dada Tun Tuah, diperturut-turuntukannya tikaman itu;\n turutan\n1.\n = \nturut-turutan\n sesuatu yang diturut (dicontohi, diikuti, dan lain-lain), contoh, teladan:\nmaka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yang terkemudian;\n 2.\n yang berturut-turut (berikut-ikut);\n 3.\n yang ikut atau turut (bersama);\n \norang ~ \norang yang turut (ikut);\nturut-turutan\n1.\n sesuatu yang diturut, contoh, teladan, turutan;\n 2.\n selalu menurut (kata dan lain-lain) orang lain, ikut-ikutan:\ndia tidak mahu menjadi petani ~;\nperturutan\n1.\n perihal berturut-turut (beruntun-runtun);\n 2.\n kelanjutan;\nseperturutan\n [sastera lama] sama perbuatan (kelakuan dan lain-lain) dengan, mengikut-ikut orang lain: \njika engkau ~\ndengan dia, engkau pun terbawa-bawa;\npenurut\n1.\n tidak membantah (melawan dan lain-lain), suka menurut, patuh, taat;\n 2.\n orang yang mengikut, pengikut." "tus I\nbunyi seperti bunyi air menitik;\n mengetus\n mengetuskan;\nmengetuskan\n mengeringkan (beras yang dibasuh dan lain-lain) dengan membiarkan airnya menitik:\n agar-agar dibasuh dan direndamkan sebentar, kemudian barulah dituskan airnya;\n pengetus\n alat untuk mengetuskan (pinggan mangkuk dan lain-lain)." "tus II\nbunyi seperti bunyi senapang (mercun dan lain-lain), detus." "tusam\n=\n kayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok),\n Pinus merkusii; \nminyak ~ \nminyak turpentin (yang diperoleh daripada pokok tusam)." "tuslah\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] bayaran tambahan (untuk tiket kereta api dan lain-lain)." "tusuk\nbarang yang runcing lagi tajam untuk mencucuk (penyemat, jarum, dan lain-lain), cucuk, pencucuk;\n ~ kundai \ncucuk (penyemat) sanggul;\nmenusuk\n1.\n mencucuk dengan barang yang tajam, mencucuk hingga tembus:\nmereka harus menurut sahaja seperti unta yang telah ditusuk hidungnya;\n 2.\n melukai dengan senjata tajam, menikam:\n tiba-tiba ditusuknya dengan pisau yang putih matanya;\n3.\n = \nmenusuk-nusuk\n menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut:\n menusuk-nusuk orang;\n 4.\n [kiasan] masuk ke dalam, meresap:\nkesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat;\n~ hati\n [kiasan] menyakiti (menyakitkan) hati;\n menusukkan\n1.\n mencucuk sesuatu pada, menembuskan (dengan barang yang tajam);\n 2.\n menanamkan sesuatu (yang tajam) pada, menikamkan:\nsecepat kilat puntung itu ditusukkannya ke\n \nmuka Pandekah;\ntertusuk\n tertikam, tercucuk:\n besi tajam yang terpasang itu ~ pada perut kerbau itu;\n~ hati \nberasa tersinggung atau sakit hati;\ntusukan\n1.\n hasil atau akibat menusuk, tikaman:\nia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya;\n~ jarum-jarum halus ini sebenarnya tidak sakit;\n 2.\n hasutan:\nmasakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais!" "tut\nhasil daripada mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok yang lain yang sama jenisnya (supaya menjadi pokok yang lebih baik):\nrambutan ~;\nmengetut\n mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok yang lain (untuk mendapatkan baka yang lebih baik);\npengetutan\n perihal (kerja) mengetut;\npengetut\n orang yang menjalankan kerja mengetut." "tut-tut I\n[bahasa percakapan] tiba-tiba, tengok-tengok." "tut-tut II\nkenderaan beroda tiga dan berbumbung yang digunakan sebagai pengangkutan awam di Thailand." "tuter\n[Indonesia-Belanda] hon (kereta)." "tutor\npembimbing mahasiswa dalam mata pelajaran tertentu di universiti." "tutorial\nkelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor." "tutu I\nbertutu\n berbunyi (burung ketitir)." "tutu II\n1.\n pakaian sendat yang dipakai bersama skirt pendek yang keras oleh penari balet wanita;\n2.\n sejenis skirt pendek dan keras yang dipakai oleh penari balet wanita." "tutuh\nmenutuh\n1.\n memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas:\nia sedang ~ dahan-dahan nangka;\n 2.\n [sastera lama] memecahkan perahu dan lain-lain untuk diambil kayunya:\nmaka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang;\n3.\n [bahasa kasar] melakukan sesuatu yang umumnya kurang baik (makan suap dan lain-lain);\n 4.\n [bahasa kasar] memukul, menumbuk;\n rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi \n(peribahasa) barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat." "tutuk I\nmenutuk\n mengetuk atau memukul perlahan-lahan." "tutuk II\nsejenis tumbuhan (pokok), kangsar,\n Hibiscus fioccosus." "tutul I\n[Jawa];\n macan ~ \nharimau bintang." "tutul II\nmain ~ \n[sastera lama] sejenis permainan kanak-kanak (ketika bulan terang)." "tutup I\n1.\n = \ntertutup\n tidak terbuka, terkatup:\nsemua kedai kecuali kedai makanan ~ pada hari Ahad;\n \nbaju jas ~\n;\n 2.\n = \ntutupan, penutup\n sesuatu yang digunakan untuk menudungi (menyelubungi dan lain-lain) sesuatu;\n ~ botol \nsumbat botol (daripada gabus dan lain-lain);\n~ bantal \nbahagian hujung dan pangkal bantal yang dihiasi dengan sulaman;\n \n~ kepala \ntudung kepala (songkok, terbus, dan lain-lain);\n ~ malu\n sesuatu yang dipakai dan lain-lain supaya jangan mendapat malu;\n ~ meja \nkain alas meja;\n ~ mulut \na) tinggal diam membisu, tidak berkata-kata;\n b) [bahasa percakapan] rasuah, wang suap;\n ~ pintu \na) [bahasa percakapan] menutup pintu;\n b) daun pintu;\n ~ sanggul \nsejenis cucuk sanggul;\n ~ tiang \nalang rumah yang dipasang dari tiang ke tiang;\nbertutup\n ada tutupnya, memakai tutup (tudung):\nmangkuk ~; \nperempuan Islam bukannya demikian, mereka ~ kepala dan berbaju;\nmenutup\n1.\n tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dan lain-lain), merapatkan tutupnya, mengatup:\nia ~ pintu rumahnya;\n 2.\n memberi bertutup (bertudung), menudungi:\n kita hendaklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat;\n3.\n [kiasan] tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan:\n mereka tahu ~ rahsia;\n 4.\n menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dan lain-lain), menimbus supaya buntu, menyekat, menyumbat:\n semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi;\n 5.\n mematikan nyala lampu dan lain-lain, lawan memasang:\ndia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu;\n6.\n memasukkan ke dalam penjara, memenjarakan;\n 7.\n menjadikan cukup (wang perbelanjaan dan lain-lain), mencukupkan, menggenapkan;\n8.\nmengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dan lain-lain):\n Ali ~ cerita dan meraba bibirnya;\n9.\n tidak melanjuntukannya lagi (tempoh), habis tempohnya:\ntarikh permohonannya ditutup pada\n \n10 Julai yang akan datang ini;\n~ buku \na) mengatup buku;\n b) memasukkan ke dalam buku kira-kira (wang keluar masuk);\n ~ jalan \na) tidak membenarkan lalu;\n b) menyekat daripada melakukan sesuatu;\n ~ mata \na) memejamkan mata;\n b) melekapkan sesuatu di mata supaya jangan dapat melihat;\n c) sengaja tidak mahu mengambil tahu:\n seseorang tidak harus ~ mata kepada ilmu-ilmu yang berasaskan sains;\n d) mati, meninggal;\n \n~ muka \nmelindungi muka dengan sesuatu;\n ~ mulut \na) diam sahaja;\n b) tidak mahu memberitahu;\n ~ pintu \ntidak atau enggan menerima (pengaruh, ajaran, dan lain-lain);\n tidak mahu menyambut atau melayani (sesuatu);\n \n~ telinga\na) melekapkan sesuatu pada telinga supaya tidak mendengar;\n b) sengaja tidak mahu mendengar;\nmenutupi\n1.\n banyak yang ditutup, berkali-kali menutup;\n \n~ pintu \nbanyak pintu yang ditutup;\n 2.\n memberi bertutup, melindungi:\ndisentaknya kain untuk ~ pusatnya; \nrambutnya yang jatuh ~ dahinya;\n 3.\n [kiasan] melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dan lain-lain), merahsiakan:\n ia ~ isi hatinya yang sebenarnya;\n menutupkan\n1.\n menggunakan sesuatu untuk menutup, menutup untuk:\nmaka disuruhnya ambil batu yang besar-besar maka ditutupkannya pada pintu gua itu;\n 2.\n mengatupkan:\nmaka pukul tujuh malam ditutupkannya pintu itu dan pukultujuh pagi dibukanya;\n3.\n ki menghabiskan (puasa), membuka (puasa):\n ia mesti ~ puasanya;\n tertutup\n1.\n tidak terbuka, terkatup, terkunci:\nsehari-hari ini pintunya ~ sahaja;\n 2.\n [kiasan] tidak bebas lagi, tidak terbuka untuk mendapat atau menerima sesuatu:\nmalangnya ketika demikian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; \nbersikap ~ \nbersikap tidak sama sekali rela atau bersedia menerima sesuatu (pengaruh dan lain-lain);\ntutupan\n1.\n alat untuk menutup, tudung;\n2.\n sesuatu yang ditutup;\n \norang ~\n orang yang dihukum penjara;\n \nrumah ~\n penjara;\npenutupan\n perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan:\n beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia;\npenutup\n1.\n alat yang digunakan untuk menutup, penudung;\n 2.\n sesuatu yang (dipakai untuk) mengakhiri (surat, karangan, ucapan, dan lain-lain), pengunci, penyudah:\nsebagai ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan;\n~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya." "tutup II\n~ bumi \nsejenis tumbuhan (herba),\n Elephantopus scaber;\n~ bumi rimba \nsejenis tumbuhan (herba), kerakap rimau,\n Phyllagathis griffithii." "tutur I\napa yang diucapkan, kata, perkataan, ucapan;\n~ bahasa \n=\n ~ cakap \n=\n ~ kata \nbahasa percakapan;\n ~ dan kata \nucapan dan kata;\n ~ nista \nkata-kata yang menista (mencemuh dan lain-lain);\n ~ sepatah \nkata sepatah;\n bahasa ~ \nbahasa percakapan;\n \nbuah ~ \napa yang diperkatakan, buah mulut, bahan percakapan;\n bertutur\n bercakap, berbicara, berkata:\n calon-calon hendaklah boleh ~ dalam bahasa kebangsaan dengan fasih;\n bertutur-tutur\n bercakap-cakap, berkata-kata:\nsetelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang;\n menuturkan\n1.\n mengeluarkan kata-kata, melafazkan, mengatakan, mengucapkan;\n 2.\n mengucapkan (nama dan lain-lain), menyebuntukan:\nadapun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yang ada itu dengan pelbagai nama yang berlainan;\n3.\n = \nmempertuturkan\n mengisahkan, menceritakan:\nada antara tukang cerita ini yang masih ~ beberapa cerita dalam majlis perkahwinan di kampung;\n pertuturan\n1.\n cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan:\nkata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demikian;\n 2.\n apa yang dituturkan, percakapan:\nperkataan yang dipinjam ini bukan hanya tersimpan dalam kamus tetapi digunakan dalam ~ sehari-hari oleh orang ramai;\n penuturan\n perihal menuturkan, pembicaraan, percakapan:\n cerita-cerita ini diabadikan melalui ~ sahaja walaupun pada adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah;\n penutur\n orang (kaum dan sebagainya) yang menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yang menggunakan sesuatu bahasa (sebagai kelaziman):\n ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yang baru ini dalam bahasa Melayu;\n~ asli \npenutur sesuatu bahasa yang sudah menjadi bahasa ibundanya." "tutur II\ntuturan;\n \n~ atap \ncucuran atap;\npenuturan\n1.\n tuturan:\n~ atap;\n2.\n = \npetuturan\n [sastera lama] keturunan:\nakan Hang Nadim itu sedia asal anak Melaka, menantu kepada Laksamana ~ keluarga kepada Bendahara Seri Maharaja." "tuwu\nburung ~ \nsejenis burung, tahu, \nEudynamys scolopacea malayana." "TV\n[kependekan] televisyen." "twiter\nsejenis alat pembesar suara bersaiz kecil untuk menghasilkan frekuensi audio yang tinggi." "u\nhuruf ke-21 abjad Rumi." "U I\nsimbol kimia bagi uranium." "U II\n[bahasa percakapan] [kependekan] universiti:\nbudak ~; \nmasuk ~." "u.u.\n[Indonesia] [kependekan] undang-undang." "u.u.d.\n[Indonesia] [kependekan] undang-undang dasar." "u.u.d.s.\n[Indonesia] [kependekan] undang-undang dasar sementara." "ua\n1.\n singkatan bagi tua;\n2.\n singkatan bagi pak tua atau mak tua;\nwa II." "uai\n[arkaik] emak, ibu." "uaian\nurian." "uak I\nwak I." "uak II\nbunyi seperti bunyi kerbau (katak dan lain-lain);\nmenguak\n mengeluarkan bunyi seperti bunyi kerbau (katak dan lain-lain):\n kambing mengembek, kerbau~;" "uak-uak\nburung ~ \nsejenis burung, ayam-ayam, \nAmaurornis pheonicurus chinensis." "uakan\nbunyi uak:\nseekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu." "uan I\nwan." "uan II\n[arkaik] uban." "uanda\n[arkaik] [bahasa halus] pak tua atau mak tua." "uap I\nwap." "uap II\nmenguap\n membuka mulut luas-luas dengan mengeluarkan udara (kerana mengantuk dan lain-lain);\nkuap I." "uar\nuar-uar\n pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat;\nmenguar,\n \nmenguar-uar\n berteriak-teriak memberitahu kepada orang ramai;\nmenguarkan,\n \nmenguar-uarkan\n1.\n meneriak-neriakkan sesuatu untuk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dengan suara yang kuat;\n2.\n [kiasan] menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dan lain-lain):\nsejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yang diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi;\npenguaran\n pengumuman (pemberitahuan) kepada umum." "uba\n[arkaik] sejenis pasu untuk (mengendapkan bubur sagu)." "ubah ansur\n[arkaik] evolusi." "ubah I\nkelainan (dengan yang lain), beza, lain;\n \ntak ~ \nsama benar dengan, tidak ada bezanya;\nberubah\n1.\n berbeza (daripada keadaan dan sebagainya yang asal atau yang semula jadi), menjadi lain:\ndia telah ~ daripada seorang yang gembira menjadi seorang yang pendiam; \npenghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka;\n2.\n tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar:\nsuhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap\n;\n3\n. tidak seperti biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dan lain-lain):\n~ air mukanya apabila dia mendengar pertanyaanku itu\n;\n4\n. = \n~ menjadi \n= \n~ jadi \n= \n~ kepada \nbertukar menjadi (sesuatu yang) lain:\nkertas akhbar yang lama ~ menjadi kuning;\n5.\n [Perak] beralih (tempat dan lain-lain), berpindah (dari yang dahulu), bertukar (arah dan lain-lain):\n~ dari sini kamu, Mat Som;\n~ akal\n = \n~ fikiran \n= \n~ ingatan \nmenjadi gila;\n \n~ hatinya (pendapatnya, niatnya)\n tidak seperti biasa atau seperti dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya);\n \n~ muka\n bertukar air muka(nya);\nberubah-ubah\n sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dan lain-lain):\ncerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si penceritanya;\nmengubah\n1.\n berubah, menjadi lain:\ncara hidupnya telah ~ daripada cara hidup nenek moyangnya;\n2.\n menjadikan berlainan atau berbeza daripada yang asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kepada yang lain:\nkejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; \nChomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu;\n3\n. menjadikan lebih baik (daripada yang semula jadi, yang asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yang kurang baik dan lain-lain):\nTuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; \nkanak-kanak yang baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dengan tiba-tiba;\n4\n. menyusun semula (cerita, karangan, dan lain-lain), mengolah kembali;\n5.\n tidak menepati (janji, sumpah, dan lain-lain), tidak mematuhi (peraturan, adat, dan lain-lain), melanggar (adat dan lain-lain), menyalahi:\nsekalian adat dan pekerjaan ini semuanya daripada adat purbakala, jikalau barang siapa ~ atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yang tua-tua;\n6.\n [bahasa percakapan] memindahkan ke tempat lain (benih semaian dan lain-lain), mengalihkan:\nbenih padi disemai dalam bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dalam bulan Ogos;\n7\n. mengalih (arah dan lain-lain) dari yang asal atau semula, menukar arah dan sebagainya:\npandangan itu kemudiannya diubah ke muka bapanya;\n~ setia \nmengalih kesetiaan kepada orang lain;\n \n~ janji \nmemungkiri janji;\n \n~ langkah \nki menukar cara hidup;\nmengubahkan\n menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (daripada yang asal atau sebelumnya), menukarkan:\nhendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kepada anakku berdua;\nmemperubahkan\n menjadikan berlainan, memperbezakan, memperlainkan;\nterubah\n sudah (dapat) diubah;\nubahan\n (sesuatu) yang sudah diubah atau berubah, (sesuatu) yang berlainan daripada yang asal atau semula;\nketakberubahan\n keadaan yang tidak berubah;\nperubahan\n perihal berubah, peralihan, pertukaran:\ndalam jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yang telah berlaku;\npengubahan\n perihal mengubah (mengubahkan), pengalihan, penukaran (kpada sesuatu yang lain):\nbegitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yang negatif;\npengubah\n orang dan lain-lain yang mengubah (mengubahkan)." "ubah II\n~ paya\n = \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok renek), pokok kerenam, \nGlochidion arborescens;\n~ putih \nsejenis tumbuhan (pokok), gedari rawang, hujan panas putih, pokok mancung, \nGlochidion glomerulatum." "ubah suai\nmengubah suai\n membuat perubahan dan sebagainya pada sesuatu supaya menjadi sesuai dengan sesuatu keadaan (keperluan, kegunaan, dan sebagainya):\n~ bangunan lama;\n~ sistem dan kaedah lama supaya dapat memenuhi keperluan keadaan sekarang;\n ubah suaian\n sesuatu yang telah diubah suai, hasil daripada mengubah suai;\npengubahsuaian\n perihal (perbuatan, kerja, proses, dan sebagainya) mengubah suai:\nbiasanya beberapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya persoalan baru dalam menangani kata masukan tertentu, yang tidak terduga atau tertelah pada pringkat awal penentuan sistem; \npenyusunan semula dan ~ istilah-istilah yang telah digubal dan dicipta pada tahap awal perkembangan bahasa;\n pengubah suai\n bahan atau alat untuk mengubah suai sesuatu:\n~ yang biasa dicampurkan untuk memelihara kekerasan permukaan tuangan ialah fluorida dan siliko-fluorida." "ubai\n~ itik \n= \nubai-ubai\n sejenis tumbuhan (herba), daun balam, gubai, pokok kedudu paya, rubai, \nPouzolzia zeylanica." "ubal-ubal\nubel-ubel." "uban I\nrambut yang sudah putih (atau mulai menjadi putih):\norangnya sudah tua juga, ada ~ sedikit di kepalanya;\n \n~ tahi harimau \nrambut uban yang berbelak-belak hitam;\nberuban\n1.\n mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (berkenaan (dengan) rambut seseorang):\nlama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab membaca buku saja;\n2.\n [kiasan] sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pada rambut):\ndari muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau;\n3.\n [kiasan] sudah lama dalam sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan;\n \nsudah ~ baru berguam \n(peribahasa) perihal orang tua yang tingkah lakunya seperti orang muda;\nmenguban\n1.\n menjadi uban, memutih (rambut);\n2.\n menyerupai uban;\n3.\n = \nmengubani\n mencabut uban;\n4.\n sudah usang (pakaian dan lain-lain);\nubanan\n [Jakarta]\n1.\n ada ubannya, beruban;\n2.\n dalam kesusahan, kesempitan;\npengubanan\n proses terbitnya uban, proses (rambut) menjadi uban:\nbahan itu boleh me ngelakkan ~ sebelum matang." "uban II\n~ kayu \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nCardiospermum halicacabum." "ubang\nmengubang\n [arkaik] membuat takuk pada batang kayu yang ditebang (supaya ia tumbang ke arah yang tertentu)." "ubar I\n1.\n sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya dibuat celup), \nEugenia densiflora;\n2.\n sejenis bahan pewarna (cat) yang dibuat daripada kulit ubar;\n3.\n [Minangkabau] cat;\nmengubar\n1.\n mencelup dengan ubar (jala, jaring, dan lain-lain);\n2.\n [Minangkabau] menyapu cat, mengecat." "ubar II\nmengubar\n [arkaik] membentangkan benda-benda yang bergulung (seperti layar dan lain-lain), mengorak." "ubar III\nuber\n." "ubat I\n1.\n benda yang digunakan (dimakan, disapukan, dan lain-lain) untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan:\njangan makan apa-apa ~ yang lain, melainkan jika disuruh oleh doktor; \nahli ~ \norang yang mahir dalam (membuat) ubat;\n ilmu ~ \npengetahuan berkenaan ubat;\n \nkedai ~ \n= \nrumah ~\n tempat menjual ubat;\n2.\n bahan kimia untuk sesuatu atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sebagai racun serangga dan lain-lain):\nair mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh kuman;\n3.\n =\n ~ bedil = ~ pasang\n [arkaik] mesiu:\nkehabisan ~ dan peluru\n;\n4.\n jampi, guna-guna, mantera;\n5.\n [bahasa percakapan] = \n~ lampu picit\n bateri kering (untuk lampu picit dan lain-lain);\n~\n \nangin \nubat untuk menyembuhkan penyakit masuk angin;\n \n~ basah\n [kiasan] khabar yang tidak dipercayai orang;\n \n~ batuk \nubat untuk menyembuhkan batuk;\n \n~ bedil \na) peluru;\n b) bahan ledakan untuk peluru senapang, meriam dan lain-lain;\n ~ bius \n= \n~ lali \nubat untuk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit (sewaktu menjalani pembedahan);\n \n~ dalam \nubat yang ditelan atau dimakan;\n \n~ getah \nsejenis cuka untuk membekukan susu getah;\n \n~ gigi \nbahan yang seperti krim, biasanya berwarna putih yang digunakan semasa menggosok gigi;\n \n~ guna \nsesuatu yang dijampi untuk menawan hati seseorang, pengasih;\n \n~ hati \npelipur hati;\n \n~ jerih \na) upah yang diberikan, dalal;\n b) = \n~ pelerai demam \nbuah hati, kekasih;\n \n~ kampung \nubat yang dibuat daripada berbagai-bagai ramuan (berlainan daripada ubat yang diberikan oleh doktor di hospital);\n \n~ kelat \nbermacam-macam ubat;\n \n~ kuat \nubat untuk menguatkan badan;\n \n~ lelah \na) ubat untuk menghilangkan lelah;\n b) [kiasan] upah, dalal;\n \n~ luar \nubat yang disapukan (tidak dimakan);\n \n~ mata\n ubat untuk menyembuhkan sakit mata;\n \n~ nyamuk \nubat untuk membunuh atau menghalau nyamuk;\n \n~ pekasih\n = \n~ pengasih \nbahan berjampi dan sebagainya untuk menawan hati seseorang, pengasih;\n \n~ peluru \nbahan ledakan untuk peluru;\n \n~ periuk \nubat kampung untuk perempuan yang baru lepas bersalin;\n \n~ rumah \nubat-ubat yang tersedia di rumah;\n \n~ sedut \nubat mudah meruap yang disedut untuk melegakan penyakit lelah, selesema dan sebagainya;\n \n~ tasak \nubat (jampi dan sebagainya) untuk menahan darah;\n \n~ tidur \na) ubat untuk menidurkan orang yang susah hendak tidur;\n b) ubat bius;\n \n~ jauh, penyakit hampir \n(peribahasa) dalam kesusahan sukar mendapat pertolongan;\nubat-ubatan\n1.\n bermacam-macam ubat:\n~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya;\n2.\n ramuan untuk membuat ubat;\nberubat\n1.\n memakai (menggunakan dan sebagainya) ubat:\nbagaimana hendak sembuh kalau tidak ~?\n2\n. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kepada:\npada doktor mana engkau hendak ~?\n3\n. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati:\nsesudah lama ~, baru dia sembuh;\n~ hatiku \nki sudah terhibur hatiku;\nmengubati, mengubat\n1.\n memberi (membubuh dan sebagainya) ubat supaya sembuh, menyembuhkan dengan ubat:\npenyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; \nkalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya;\n~ orang sakit;\n2.\n menghibur, menyenangkan:\ncuma ini yang akan ~ hatiku apabila maut menjemput;\n3.\n membetulkan, memperbaik:\nkepincangan dalam masyarakat yang perlu diubati; \nbagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; \n4.\n memulihkan:\n untuk ~ keraguanku;\nmengubatkan\n1.\n menggunakan sesuatu sebagai ubat, menggunakan sesuatu untuk mengubat(i);\n2\n. = \nmemperubatkan\n menyembuhkan (mengubati) dengan;\nterubat\n1.\n dapat diubat (disembuhkan, dipulihkan dan sebagainya):\npenyakit mereka itu tidak ~; \n2.\n [kiasan] dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dan sebagainya), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dan sebagainya setelah memperoleh sesuatu:\nkerinduan pada ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; \nkuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dengan keluarga nanti;\nterubati\n [sastera lama] dapat diubati, sanggup diubati:\nadapun penyakit kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian;\nubatan\n jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir:\nadapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; \norang ~ \norang yang pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna, dan sebagainya):\nada seorang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa;\nperubatan\n perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati:\nilmu ~; \njabatan ~; \npakar ~;\npengubatan\n perihal mengubati (menyembuhkan penyakit, pesakit, dan sebagainya);\n \nbalai ~ \ntempat mengubat orang sakit, klinik;\npengubat\n sesuatu yang digunakan untuk mengubat(i);\n \n~ hati \nki penghibur hati." "ubat II\n~ barah \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nLasianthus stipularis;\n~ kurap \nsejenis tumbuhan (pokok renek), \nRhinacanthus nasutus." "ubaya\nhubaya-hubaya." "ubel-ubel\n[Jakarta] sejenis kain ikat kepala, serban (orang Sikh dan lain-lain)." "uber\n[Jakarta];\nmenguber,\n \nmenguber-uber\n mengikut dari belakang, memburu, mengejar:\nsetiap opelet yang berhenti, diuber oleh lima orang, biarpun yang turun cuma satu;\npenguberan\n perihal menguber, pemburuan, pengejaran." "ubi I\n1.\n umbi atau akar (pada tumbuh-tumbuhan tertentu) yang biasanya boleh dimakan;\n2.\n sejenis tumbuhan yang menghasilkan umbi;" "ubi II\n1.\n sejenis ikan laut, \nGobius giuris\n;\n2\n. = \n~ bujuk\n sejenis ikan darat, \nOphicephalus lucius." "ubin\n1.\n = \nbatu ~ \nsejenis batu (daripada simen dan lain-lain) untuk membuat lantai, jubin;\n2\n. sejenis daun terup yang besar, daiman;\n berubin\n dibubuhi atau dipasang ubin:\nlantai ~ lama memberi sentuhan klasik kepada ruang makan yang dihiasi perabot kayu." "ubit\n[arkaik];\nmengubit-ubit\n bergerak-gerak (berkenaan (dengan) benda kecil-kecil, api pelita, dan lain-lain)." "ubrak\n~-abrik \n[Jawa];\nmengubrak-abrik\n menjadikan porak-peranda (kucar-kacir, tidak tersusun), menjadikan berantakan:\n pada waktu Jepun, masyarakat diubrak-abrik, ekonomi kalang-kabut, dengan sendirinya fikiran orang pun tidak tenteram." "ububan\n[Jawa] sejenis alat untuk menghembus api, hembusan, puputan." "ubun-ubun I\n1.\n bahagian kepala yang hampir dengan dahi (masih lembut dan nampak bergerak-gerak pada bayi), bubun-bubun;\n 2\n. bahagian puncak kepala, mercu kepala." "ubun-ubun II\n[sastera lama] pertapa perempuan." "ubur-ubur\n1.\n sejenis binatang laut yang badannya seperti agar-agar dan berjurai-jurai (berjumbai-jumbai tepinya), ampai-ampai;\n \npayung ~ \nsejenis payung yang berumbai-umbai bahagian tepinya (tanda kebesaran raja-raja);\n 2\n. [Minangkabau] [arkaik] cukai yang dikenakan atas hasil laut (seperti ikan, garam, dan lain-lain)." "ucah-acih\n[Kelantan], [Pahang] terhinggut-hinggut (orang berjalan dan lain-lain), tergoyang-goyang." "ucang\nuncang I." "ucap\napa yang dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar;\n~ jasa \nkenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang:\nEncik Arthur Tanner, dari Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dalam majlis itu\n;\n ~ selamat \nkata-kata yang disampaikan sebagai mendoakan supaya selamat (untuk menyatakan tahniah);\n \n~ habis, niat sampai \n(peribahasa) hasil yang diperoleh (dicapai) dengan segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan);\nberucap\n1.\n mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai;\n 2\n. bersyarah, berpidato:\nbeliau akan tiba esok dan ~ dalam satu rapat raksasa di padang Istana Maziah;\nmengucap\n1.\n [bahasa percakapan] = \n~ dua kalimah syahadat \nmenyebuntukan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yang mengakui bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah):\n~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan\n \nmelindungi kita;\n 2\n. = \nmengucapkan\n menyebuntukan, melafazkan (kata-kata tertentu):\ntiba-tiba datang seorang yang tidak dikenali dan ~ salam padanya; \nkotor seperti babi, adalah satu perumpamaan yang diucapkan orang;\n3\n. = \nmengucapkan\n menyebuntukan sesuatu (kata, huruf, dan lain-lain), melafazkan, melisankan:\nkata ini diucapkannya dengan penuh perasaan;\n4\n. = \nmengucapkan\n mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dan lain-lain), memberi syarahan:\nseorang pelajar yang tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato;\n5. = mengucapkan\n melahirkan perasaan dan lain-lain dengan kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dan lain-lain):\nmereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ;\nmengucapi\n [sastera lama] menyebuntukan (melaungkan, memanggil) nama orang;\nterucapkan\n dapat diucapkan;\nucapan\n1.\n apa yang diucapkan, perkataan (kata-kata) yang diucapkan:\naku seolah-olah terpesona dengan segala ~nya itu;\n 2.\n cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan:\n~ setiap kata haruslah jelas;\n3.\n syarahan, pidato:\ndia telah memberi suatu ~ pendek;\n4\n. kata-kata yang mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dan lain-lain), kata-kata yang menyatakan terima kasih dan lain-lain:\nYang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kepada Presiden India;\n5.\n = \n~\n \nbahasa \nsejenis peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;\npengucapan\n perihal mengucap (mengucapkan), pelahiran:\n~ dua kalimah syahadah; \nkita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyairnya;\n~ mantera sakti;\npengucap\n orang yang berucap:\n ~nya benar-benar mengetahui apa yang dikehendaki." "ucaptama\nucapan penting yang mengandungi sesuatu soal dasar atau perkara pokok yang disampaikan terutamanya oleh pemimpin atau tokoh dalam sesuatu persidangan, seminar dan sebagainya:\nPerdana Menteri dijemput menyampaikan ~ dalam satu majlis jamuan tengah hari esok." "ucek\n[Jawa] [arkaik];\nmengucek, mengucekkan; \n~ mata \nmenggosok-gosok mata." "uci-uci\n[Jawa] daging berbelulang pada kulit, ketuat." "ucis\nbahagian peluru yang meletup kalau terhantuk, penggalak." "ucok\n[Minangkabau] [arkaik] berunding dengan damai, berbaik-baik, berdamai;\n \nhendak ~ dilawan damai, hendak perang giling peluru\n (peribahasa) tidak menolak kehendak musuh atau lawan." "ucu\n[arkaik] bongsu." "ucul\n[Jawa] tidak terikat (terkurung dan lain-lain), lepas, bebas;\ndiucul\n dibebaskan, dilepaskan;\nterucul\n sudah dibebaskan (dilepaskan)." "ucus\n[Jakarta] usus." "UDA\nakronim bagi \nUrban Development Authority \n(Perbadanan Pembangunan Bandar)." "uda I\nsingkatan bagi muda:\npak ~; \nmak ~." "uda II\n[Minangkabau] kakak, abang, udo." "udah\n[Jakarta] sudah." "Udai\nHudai." "udak\n[Jakarta];\nmengudak\n mengikut dari belakang, memburu, mengejar, menguber." "udam\n[arkaik] muram, suram:\nsari merah yang sudah ~ coraknya." "udang I\nsejenis binatang yang hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor);\n jenis-jenisnya:\n~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, \ndan lain-lain;\n \n~ kering \nudang yang dikeringkan;\nkepala ~ \nki bodoh benar;\n \nbongkok ~ \nmelengkung badannya seperti udang;\n \nkeropok ~ \nkeropok yang dibuat daripada udang;\n \npulut ~ \nsejenis makanan daripada pulut yang berintikan udang yang bercampur dengan kelapa yang diparut;\n~ hendak mengata(i) ikan \n(peribahasa) kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari;\n \n~ merentak dalam tangguk \n(peribahasa) orang yang tidak tetap laku dan kedudukannya;\n \n~ tak tahu dibongkoknya \n(peribahasa) orang yang tidak insaf dengan kekurangan diri sendiri;\n \nbagai ~ dalam tangguk \n(peribahasa)\na) menggeletek-geletek kerana kesukaan;\n b) dalam kesukaran;\n \nbagai ~ tahi di kepala \n(peribahasa) banyak hutangnya;\n \nbanyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya \n(peribahasa) kegemaran (kemahuan, fikiran, dan lain-lain) tiap-tiap orang itu tidak sama;\nberudang\n ada udang, terdapat udang;\n \n~ di balik batu \n(peribahasa) ada sesuatu yang tersembunyi daripada yang dilahirkan dengan mulut atau dengan perbuatan." "udang II\nburung ~ \nsejenis burung, \nTotanus spp.; \nburung raja ~\n sejenis burung\na) \nAlcedo atthis bengalensis; \nb) \nAlcedo meninting verrauxii." "udani\nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, akar puntianak, (ara) dani, redani, selimpas, \nQuisqualis indica." "udap\nudap-udapan\n sejenis makanan seperti rojak atau gado-gado;\nkudap." "udar I\n[Jawa] [arkaik] terurai;\nmengudar\n mengurai atau menguraikan (tali dan lain-lain)." "udar II\n[Brunei] mengikat tegang-tegang tali kapal (yang berlabuh)." "udara\n1.\n campuran berbagai-bagai jenis gas yang terdapat di atas muka bumi, hawa:\noleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yang tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu;\n 2.\n ruang yang di atas muka bumi yang berisi hawa, angkasa, awang-awang:\ndebu berterbangan di ~;\n3.\n berkaitan dengan penerbangan atau pergerakan menerusi udara;\n \nangkatan ~ \npasukan tentera yang menggunakan kapal terbang;\n \nkapal ~ \n= \npesawat ~ \n[Indonesia] kapal terbang;\n \npelabuhan ~ \nlapangan terbang;\n \npos ~ \nkiriman (surat, bungkusan, dan sebagainya) yang dibawa dengan kapal terbang;\n \ntetuang ~ \nark radio;\n4.\n keadaan hawa (cuaca, hari):\nindah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman; \n5.\n [kiasan] keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dan lain-lain, suasana:\nhati manusia\n \ndi seluruh dunia berdebar-debar apabila melihatkan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah;\nmengudarakan\n memberi (memasukkan) udara;\npengudaraan\n perihal menggantikan udara lain." "udarakasa\n[arkaik] lapisan udara yang meliputi bumi, atmosfera." "udat\nsejenis tumbuhan (pokok), api-api daun lebar (ludat, putih), ludat, \nAvicennia officinalis." "udeh\n[Jakarta] sudah." "udek\n[Jawa] \nmengudek\n mengacau (gulai dan lain-lain), mengaduk." "udeng\n= udeng-udeng\n [Jakarta] sejenis ikat kepala, serban, ubel-ubel." "udet\n[Jawa] sejenis kain pengikat pinggang, bengkung, sabuk." "udi\n[Minangkabau] sial, malang." "udik\n1.\n kawasan (daerah) hulu sungai, bahagian hulu sungai;\n 2.\n kampung, desa, dusun, lawan kota:\nkampung kami di ~ sekali, jauh dari kota;\n3.\n [kiasan] tidak tahu adat, tidak sopan santun, tolol;\n \norang ~ \na) orang dari hulu (kampung, dusun);\n b) orang yang tidak tahu adat, orang bodoh;\nkeudikan\n [kiasan] perihal udik, kebodohan, kedusunan, kekampungan:\nputerinya cepat mengerti ~ pandangan sang bapak." "udo\n[Minangkabau] kakak;\nuda II." "udu I\nmusuh, seteru;\nberudu\n bermusuhan, berseteru." "udu II\n= wuduk I." "uduh I\nhodoh." "uduh II\nsejenis tangkal atau azimat yang menghalang pencuri masuk ke kebun dan lain-lain." "uduk I\n= wuduk I" "uduk II\n[Jakarta];\nnasi ~ \nnasi yang ditanak dengan santan, nasi lemak;\nwuduk II." "udul-udulan\nudulan." "udulan\nsejenis tumbuhan (herba), rumput butang, rumput teki, teki rawa, \nKyllinga monocephala." "udut\nmengudut\n menghisap rokok (candu dan lain-lain):\nsambil ~ rokok, Kalisang meneruskan ceritanya;\npengudut\n1.\n penghisap rokok, pemadat;\n 2\n. = \nudutan\n sejenis paip untuk menghisap candu." "UFO\n[kependekan] \nunidentified flying object \n(objek terbang yang tidak dapat dikenal pasti dan kononnya datang dari planet lain)." "ufti\npersembahan (wang, emas, dan lain-lain) yang wajib dibayar kepada raja atau negara yang berkuasa (menaklukkan):\nmaka segala negeri takluk pada tanah Melaka itu pun sekaliannya memberi ~ kepada Melaka pada tiap-tiap tahun." "ufuk\n[Arab] kaki langit:\napabila matahari terbenam di ~ barat, maka gelap gelitalah alam ini;\nmengufuk\n melintang rata, mendatar, lawan menegak." "ugah\n[Kelantan] berubah (rupa dan lain-lain)." "ugahari\n[sastera lama] sederhana, sedang, pertengahan:\nangin paksa pun turunlah dengan ~ kencangnya;\n= gahari." "ugal-ugalan\n[Jawa] berkelakuan tidak senonoh (tidak sopan), kurang ajar." "ugam\n[Sarawak];\nberugam\n melihat ketika (sebelum melangsungkan perkahwinan)." "ugama\nagama." "ugem\n[Jawa];\nmengugemi\n berpegang teguh pada (kata-kata dan lain-lain)." "ugeran\n[Jawa] peraturan, kaedah, norma." "ugut\nmengugut\n menakut-nakuntukan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), mengancam:\nkami datang ini kerana kewajiban, bukan ~, bukan menakut-nakuntukan kakak;\n ugut-mengugut\n saling mengugut antara satu sama lain:\npihak yang berbalah sering ~ untuk mempertahankan kebenaran masing-masing;\nugutan\n kata-kata dan sebagainya yang bertujuan untuk menakut-nakuntukan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), ancaman:\njangan-jangan ini surat ~;\npengugut\n orang yang mengugut, pengancam." "UI\n[kependekan] Universitas Indonesia." "UIAM\n[kependekan] Universiti Islam Antarabangsa Malaysia." "uik\nmenguik, menguik-uik\n mengeluarkan bunyi wek wek seperti itik dan lain-lain." "uir-uir\nsejenis serangga seperti belalang atau cengkerik yang berbunyi nyaring (suka hinggap di pokok-pokok kayu);\n \n~ minta getah \n(peribahasa)\na) mencari-cari;\n b) perempuan yang suka menarik perhatian laki-laki." "uis\nmenguis-uis\n [arkaik] mengais-ngais;\nkuis." "uit\nmenguit\n menggerakkan sedikit (dari tempat asalnya), mencungkil, mengumpil;\nteruit\n dapat diubah (digerakkan dan sebagainya);\n \ntidak ~ hatinya \ntidak dapat diubah hatinya." "UiTM\n[kependekan] Universiti Teknologi Mara (dahulunya Institut Teknologi Mara)." "uja\nmenguja\n \n1.\n menaikkan semangat (ayam dan lain-lain) supaya menyerang lawan, memberangsangkan, menggalakkan:\nmaka Awang Sulung pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya; \n2.\n [kiasan] membangkitkan hati orang supaya marah dan lain-lain, memberangsangkan, memberanikan, menghasut;\n \nsungguh diuja, dipegang ekor \n(peribahasa) walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya;\nteruja\n timbul minat (keinginan dan sebagainya) yang kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang:\nSaya berasa seronok dan ~, kata seorang pemuda yang menyertai tunjuk perasaan itu;\nketerujaan\n perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) teruja:\nprogram yang bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya; \n= oja." "ujan\n[bahasa percakapan] hujan." "ujana I\n[arkaik] [sastera lama] \nyojana." "ujana II\n[sastera lama] taman." "ujang\npanggilan anak laki-laki;\nbujang I." "ujar\n1.\n apa yang diucapkan, kata, perkataan:\nbersinar matanya ketika mendengar ~ drebar itu;\n 2.\n = \nujar-ujar, ujar-ujaran\n [Jakarta] segala ajaran dan nasihat yang diwarisi (daripada nenek moyang dan lain-lain), pepatah, peribahasa:\nkata-kata yang dipakai dalam karangannya merupakan ujar-ujaran orang-orang pandai Islam, hadis Nabi, dan Quran;\nmengujarkan\n mengatakan, mengucapkan, menuturkan, menyebuntukan;\nujaran\n sesuatu yang diucapkan atau disebuntukan (mis perkataan):\nbunyi-bunyi ini tidak boleh dihubungkan dengan sebarang ~; \nalat ~ \nalat atau bahagian dalam rongga mulut dan kerongkong yang dapat menyebuntukan perkataan atau mengeluarkan bunyi;\npengujaran\n perbuatan mengujarkan sesuatu, pengucapan, pengungkapan:\nbahasa sebagai lambang cetusan rasa dan alat ~ idea." "uji\npercubaan untuk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dan lain-lain);\nbahan ~ \nbahan kimia yang digunakan untuk menguji;\n \nbatu ~ \nsejenis batu yang digunakan untuk mengetahui mutu emas;\n \ntabung ~ \nsejenis alat atau bekas daripada kaca yang digunakan dalam makmal (untuk melakukan percubaan kimia dan lain-lain);\n \ntahan ~ \n(akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikannya dan lain-lain kalau dicuba atau diperiksa), terjamin;\nberuji\n mengadakan percubaan untuk menentukan mana yang lebih baik (handal, kuat, dan lain-lain), mengadu kekuatan (kepandaian dan lain-lain);\nmenguji\n1.\n memeriksa mutu emas dengan menggunakan batu uji;\n 2.\n memeriksa sesuatu untuk mengetahui keadaannya yang sebenar (kekuatannya, kebaikannya, dan lain-lain):\ndia mengambil lading pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dengan belakang kuku; \ndia benar-benar hendak ~ cakap saya; \n3.\n menduga kepandaian (kecekapan, kecerdasan, dan lain-lain), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan seseorang dan lain-lain):\nmemberikan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dalam sesuatu perkara; \nakhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yang agak berani; \ndiuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat \n(peribahasa) sudah sepadan benar (suami isteri);\nteruji\n (telah) diuji untuk mengetahui kemampuannya dan sebagainya:\npemain-pemain muda yang belum begitu ~;\nujian\n1.\n pemeriksaan untuk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dan lain-lain);\n 2.\n percubaan untuk memeriksa (mengetahui, memastikan, dan sebagainya) sesuatu hal dan lain-lain (dalam bidang sains dan lain-lain):\nmembuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; \n3.\n pemeriksaan untuk mengetahui kebijakan (kecerdikan dan lain-lain), peperiksaan:\napabila dia lulus dalam ~ yang berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yang dikehendakinya; \n4.\n sesuatu yang dilakukan untuk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dan lain-lain), cubaan:\n~ kesetiaan; \n5.\n yang digunakan untuk atau ketika menguji;\n \nbahan ~ \n[Indonesia] soalan untuk peperiksaan;\n \nbatu ~ \nbatu uji;\n~ darah \nanalisis sesuatu sampel darah sebagai diagnosis (penyakit), untuk menentukan kumpulan darah, paras alkohol dan sebagainya;\n \n~ iodin \n(Biologi) ujian untuk mengesan kewujudan kanji pada sesuatu, misalnya pada daun;\n \n~ kimia \npemeriksaan dengan menggunakan bahan kimia dan kaedah tertentu (biasanya di makmal);\n \n~ lisan \nujian yang berupa tanya jawab secara lisan (tidak bertulis);\n \n~ masuk \n[Indonesia] peperiksaan untuk masuk ke sekolah lanjutan dan lain-lain;\n \n~ nuklear \npercubaan meledakkan bom nuklear;\n \n~ nyala \n(Kimia) ujian untuk menentukan jenis garam melalui warna nyala yang dilihat apabila garam tersebut dibakar (mis garam kalium menghasilkan warna ungu lembut, natrium warna kuning, dan lain-lain);\n \n~ tertulis \n[Indonesia] peperiksaan bertulis;\nkeujian\n1.\n [Minangkabau] telah diketahui (kejahatannya dan lain-lain), kelihatan, ketahuan;\nsekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya \n(peribahasa) sekali ketahuan perangai yang tidak baik, selama-lamanya orang tidak percaya;\n 2.\n [sastera lama] gagal dalam sesuatu ujian, mendapat kekalahan dalam pertandingan dan lain-lain:\nmaka sangatlah sukacita baginda mendengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya;\npengujian\n perihal menguji, pemeriksaan;\npenguji\n1.\n orang yang menguji, pemeriksa;\n 2.\n alat untuk menguji;\n 3\n. sesuatu yang menguji:\nhijrah adalah ~ iman yang sebenar." "uji bakat\nproses pemilihan calon dengan melihat dan menilai kebolehannya atau bakatnya dalam bidang seni (lakonan, nyanyian, penyiaran dan sebagainya):\npihaknya akan menjalankan sesi ~ untuk memilih pelakon baru bagi menjayakan drama itu;\n menguji bakat\n melakukan uji bakat (biasanya ke atas bakal pelakon, penyanyi dan sebagainya):\nP. Ramlee ~ pelakon baru untuk watak Marjina dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk." "uji kaji\nujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen:\n~ sains;\nmenguji kaji\n melakukan uji kaji, mengeksperimenkan;\npengujikajian\n proses menguji kaji;\npenguji kaji\n orang yang melakukan uji kaji." "ujrah, ujrat\n[Arab] (wang) upah, gaji, sewa." "uju\n[Minangkabau] pongah, sombong." "ujub\n[Arab] kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak, ego:\nikhlas akan tumbuh dan meruncup, menghilangkan perasaan ~." "ujud\n[Minangkabau] yang dikehendaki, maksud, tujuan:\nada saja alasannya untuk ke pekan, dengan ~ untuk memperlihatkan baju baru guntingan moden pada tetangga;\nberujud\n mengandungi maksud (tujuan), bermaksud, bertujuan;\nmengujud, mengujudkan\n memaksudkan, menghendaki." "ujul\nakar getah ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar garuk, akar getah gaharu (jela, menjawa), \nWillughbeia coriacea." "ujung\n[bahasa percakapan] hujung." "ujur\n= uzur." "ukas\nsejenis siput." "ukhrawi\n[Arab] berkaitan dengan akhirat:\njangkauan Islam itu ialah kehidupan lahir dan batin, duniawi dan ~." "ukhuwah\n[Arab] persaudaraan:\nmereka bekerja seolah-olah dalam satu keluarga besar, sentiasa bertolak ansur dan menjalin tali ~ antara satu dengan yang lain;\n~ Islamiah \npersaudaraan dalam Islam." "ukik\nsejenis permainan kanak-kanak dengan buah keras atau duit syiling." "ukir\nlukisan yang dibuat dengan memahat (menggores, menoreh, dan lain-lain) pada barang-barang perhiasan dan lain-lain;\n~ benam \nlukisan tenggelam (pada barang-barang perhiasan dan lain-lain);\n \n~ kencana \nlukisan pada barang emas;\n \nseni ~ \nseni membuat gambar dan lain-lain dengan pahat, seni pahat;\n \ntukang (juru, pandai) ~ \norang yang pandai membuat (membentuk dan lain-lain) sesuatu dengan pahat;\nberukir\n1.\n berhiaskan lukisan-lukisan dan lain-lain yang dibuat dengan cara memahat (menggores, menoreh, dan lain-lain):\nkerusi yang ~;\n 2.\n bergambar pada kulit tubuh dan lain-lain (digores-gores dan diwarnai), bercacah;\n \nmukanya ~ \nmukanya bercacah;\nmengukir\n1.\n membuat lukisan dan lain-lain dengan cara memahat (menggores, menoreh, dan lain-lain):\ndia asyik menarah dan ~ papan cengal tebal;\n 2.\n [kiasan] membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum dan lain-lain):\nmulutnya ~ senyuman;\nukir-mengukir\n perbuatan (kerja dan sebagainya) mengukir;\nmengukirkan\n1.\n melukiskan sesuatu dengan memahat (menggores, menoreh, dan lain-lain), melukiskan dengan mengukir:\ndia sedang ~ lambang negara pada pintu besar bangunan itu;\n 2.\n menggambarkan sesuatu (peristiwa dan sebagainya) dengan indah:\nsejarah telah ~ kisah-kisah penting apabila masyarakat Islam mula dibangunkan di Madinah;\n 3.\n [kiasan] melekatkan (menyimpan) dalam hati:\nkenang-kenangan manis itu akan diukirkan dalam hati;\nterukir\n1.\n sudah diukirkan:\ngambar pagoda Siam ~ di situ;\n 2.\n [kiasan] terbentuk, nampak, terdapat:\ndi mukanya ~ senyum lebar menyambut kedatangan Mak Siti;\nukiran\n1.\n = \nukir-ukiran\n sesuatu yang telah diukirkan, lukisan dan lain-lain yang terukir:\nbangunan itu agak muram, dihiasi dengan ~ timbul yang tidak teratur letaknya;\n 2.\n hasil daripada mengukir, cara mengukir:\nbangsa Melayu mempunyai keseniannya sendiri seperti ghazal, dondang sayang, barang-barang ~ emas, perak, tembaga, dan kayu;\npengukiran\n perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) mengukir;\npengukir\n1.\n orang yang mengukir, juruukir;\n 2.\n alat yang digunakan untuk mengukir (pahat dan lain-lain)." "UKM\n[kependekan] Universiti Kebangsaan Malaysia." "uktab\n[Arab] burung rajawali." "ukulele\nsejenis alat muzik kecil bertali empat yang rupanya seperti gitar dan popular di Hawaii." "ukup\n1.\n barang-barang harum (seperti kemenyan, setanggi, dan lain-lain) yang dibakar untuk mengasapi pakaian supaya berbau harum;\n 2.\n [Jakarta] membakar kemenyan (setanggi dan lain-lain);\n3.\n [arkaik] bunga-bungaan (seperti melati, mawar, dan lain-lain) yang digunakan untuk mengharumkan teh;\n4.\n bau-bauan yang wangi;\n \nair\n \n~\n air wangi (untuk mengharumkan pakaian):\nminyak ~ \nminyak wangi;\nberukup\n1.\n mengasapi diri dengan asap kemenyan (setanggi dan lain-lain) yang dibakar;\n 2.\n sudah diukup dengan asap kemenyan (setanggi dan lain-lain);\nmengukup, mengukupi\n mengasapi pakaian dan lain-lain dengan asap kemenyan (setanggi dan lain-lain), mendupai:\nAmpu Jatmaka memerintah supaya berhala gangsa itu dilulur, diukup, dan dihias;\nukupan\n1.\n barang-barang yang wangi (seperti kemenyan, setanggi, dan lain-lain) untuk mengukup;\n 2.\n = \nperukupan\n bekas tempat membakar ukup, ceraka, pedupaan;\n3.\n = \npengukup\n sejenis sungkup daripada rotan dan lain-lain tempat meletakkan pakaian yang hendak diukup (di bawah sungkup itu diletakkan pedupaan)." "ukur\n1.\n alat yang digunakan untuk menyukat (untuk mengetahui panjang, lebar, dan sebagainya sesuatu), sukat (dalam kata majmuk);\n \nilmu ~ \npengetahuan berkenaan sukat-menyukat tanah dan lain-lain;\n \npita ~ \npita yang digunakan untuk menyukat (untuk mengetahui panjang, lebar, dan sebagainya sesuatu);\n 2.\n [Minangkabau] layak, padan, patut;\n \n~ mata dengan telinga \nki menurut apa yang didengar dan dilihat;\n \n~ alit \n[sastera lama] aturan, tindakan;\n \n~ jangka \njangka waktu yang tertentu;\n \n~ tanah \nmenyukat tanah (untuk menentukan atau mengetahui panjangnya, luasnya, dan sebagainya);\ntukang ~ jalan\n [kiasan] orang yang kerjanya berjalan-jalan sahaja dengan tidak menentu;\nseukur\n1.\n sama besarnya;\n 2.\n [Minangkabau] secocok, sepadan;\n \ntelah ~\na) sepadan dengan;\n b) sama dengan;\n c) sepatutnya, selayaknya;\n d) sefaham (dengan), seia sekata;\n~ berbaur, bertopang bercerai \n(peribahasa) jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu bercerai;\nmengukur\n1.\n mencari luas (besar, lebar, dan lain-lain) sesuatu dengan menggunakan alat-alat, menyukat:\nmaka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu;\n 2.\n [kiasan] menilai dengan membandingkannya dengan yang lain, mencuba, menguji, memeriksa:\ndari jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; \nmak tidak harus ~ segala-galanya daripada pandangan diri mak sahaja;\n \n~ jalan \nki berjalan mundar-mandir di jalan raya;\nukur baju di badan sendiri \n(peribahasa) tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita;\nukuran\n1.\n alat yang digunakan untuk mengukur (seperti kayu skala, pita, dan lain-lain);\n2.\n satuan atau unit kiraan untuk mengukur (menyukat), sukatan:\nberapa panjang jalan itu dalam ~ kilometer? \n3.\n hasil daripada mengukur, perolehan daripada mengukur;\n4.\n besarnya (panjangnya, lebarnya, dan lain-lain), saiz:\nkasut ~ besar; \n5.\n [kiasan] sesuatu yang digunakan sebagai bandingan (pegangan, nilaian, dan lain-lain):\nsastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dengan ~-~ moden;\npengukuran\n perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) mengukur, penyukatan:\n~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yang sama;\npengukur\n1.\n orang yang kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat;\n 2.\n alat yang digunakan untuk mengukur atau menyukat (seperti kayu skala dan lain-lain)." "ula-ula\n[arkaik] secarik sutera (kertas dan lain-lain) yang panjang, ular-ular." "ulak\n[Jakarta];\nmengulak\n melumatkan cabai (lada) dengan lesung batu." "ulak-ulak\n~ pinggang \nlekuk (keluk) di atas pinggang." "ulam I\n1.\n daun-daunan atau buah-buahan mentah (seperti daun pegaga, petai, dan lain-lain) yang dimakan dengan nasi, lalap:\nkami di rumah makan ~ pucuk janggus dengan sambal belacan;\n 2. = ulam-ulam, ulaman\n [kiasan] perempuan simpanan, gundik;" "ulam II\n~ raja \nsejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ulam), \nCosmos caudatus." "ulama\norang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam:\nImam Abu Hanafiah ialah seorang ~ Islam yang terkenal; \nmengulamakan\n menjadikan seseorang (golongan) ulama:\n ~ intelektual;\n alim I." "ulan\n~ bukit \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nLettsomia peguensis;\n~ gajah \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nLettsomia maingayi;\n~ jantan \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nErycibe princei;\n~ pelanduk \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nMerremia hederacea;\n~ putih\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nAniseia martinicensis;\n~ raya\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nMerremia vitifolia;\n~ susu \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nPueraria phaseoloides;\n~ tapak pelanduk\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nMerremia umbellata.\nUlanda\n [arkaik] Belanda." "ulang\nbalik pula, kembali dari permulaan, kembali semula;\n \ncetak ~ \ncetak kembali, cetak sekali lagi;\n~-aling \na) bolak-balik, mundar-mandir, ulang-alik;\n b) tidak tetap letaknya (perahu dipukul gelombang dan lain-lain), terumbang-ambing;\n \n~ bicara \npembicaraan yang diadakan sekali lagi (di mahkamah yang lain);\n \n~ tahun \na) hari jadi (lahir);\n b) hari perayaan (tiap-tiap tahun) untuk menyambut kemerdekaan negara (sesuatu peristiwa penting);\nseulang\n sekali (lagi);\n \n~ tayang \ntayangan atau pertunjukan (filem di TV dan sebagainya) yang diulang;\nulang-ulang\n sejenis hiasan sanggul (daripada rangkaian bunga);\nberulang\n1.\n kembali (ke), pulang (ke):\nkami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi;\n 2.\n dilakukan dan lain-lain sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi:\nkita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi;\n~ kali \nkerap kali, berkali-kali;\n \n~ kata\n selalu mengatakan apa-apa yang telah dikatakan;\n \n~ kembali \nberlaku (terjadi dan lain-lain) lagi;\n \n~ tahun \nmerayakan hari ulang tahun;\nberulang-ulang\n1.\n selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir):\nsahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu;\n 2.\n kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali:\nlagu yang baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu;\nmengulang\n1.\n melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yang telah dilakukan):\nyang salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahannya;\n 2.\n mempelajari kembali apa-apa yang telah diajarkan, menghafal pelajaran:\ntolong perhatikan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah;\n 3.\n pergi mendapatkan, mendatangi:\nterpaksalah datuk ~ isterinya yang baru itu beberapa kali dalam seminggu;\n~ jejak \na) kembali melakukan apa-apa yang telah dilakukan dahulu, berbalik mengerjakan yang dahulu-dahulu;\n b) berbalik kepada isterinya yang dahulu, rujuk kembali;\n \n~ tayang \nmenayangkan (filem di TV dan sebagainya) buat kali kedua (ketiga dan sebagainya);\nmengulangi\n1.\n = \nmengulang-ulang, mengulang-ulangi\n selalu benar melakukan (sesuatu), kerap kali mengulang:\ndia ~ pertanyaannya yang masih belum berjawab;\n 2. = mengulang-ulangi\n selalu pergi ke (untuk menengok, menziarah, dan lain-lain), kerap kali mendatangi:\nsejak dia menanamtebu, pegawai-pegawai pertanian selalu ~ ladangnya; \n3.\n mempelajari kembali (apa-apa yang telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran):\nsetelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah;\nterulang\n sudah diulang(i), kembali (terjadi) lagi;\nulangan\n1.\n sesuatu yang dilakukan lagi, sesuatu yang berlaku berkali-kali, sesuatu yang diulang (diulangi):\ndalam bait syair ini, penyair mem buat permainan suara yang berupa ~ suara ut;\n 2.\n [Indonesia] sejenis ujian untuk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran yang sudah-sudah;\n \n~ umum \nujian berkenaan semua mata pelajaran;\n3.\n perbuatan datang lagi kepada, perbuatan mengulangi:\ndia terus-menerus juga mengulangi gadis itu dan setiap ~nya mendapat sambutan yang memuaskan; \n4.\n yang diulangi, yang dilakukan (disiarkan dan lain-lain) untuk kali keduanya dan seterusnya:\nlatihan ~ ; \nsiaran ~ Puspawarna;\n keberulangan\n keadaan berulang;\nperulangan\n1.\n perihal berulang (berulang-ulang);\n 2.\n (sesuatu) yang berulang atau diulang-ulangi:\n satu contoh ialah penggunaan ~;\npengulangan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengulang (mengulangi):\nada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yang dalam ~nya mengalami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan;\n~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja;\npengulang\n1.\n orang yang mengulang (mengulangi);\n 2.\n [Indonesia] orang yang membantu memberi pelajaran kepada mahasiswa di luar kuliah." "ulang kaji\nkajian semula (kembali);\nmengulang kaji\n1.\n mengulangi kajian, mengkaji semula, mempelajari kembali:\nkamu hendaklah ~ pelajaran kamu dengan memakai buku-buku panduan yang lain;\n 2.\n [kiasan] meneliti kembali, memeriksai kembali:\nkedua-duanya telah ~ perhubungan antara kedua-dua buah negeri;\n~ dasar luar negara." "ulang-alik\nkerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir:\nempat kali Pak Pandir dengan Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya;\nberulang-alik\n berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang:\naku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam;\n pengulang-alik\n (Kejuruteraan) peranti elektrik yang menukarkan kuasa mekanik kepada kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik." "ulap-ulap I\nsejenis pengat keladi (pisang) dengan santan." "ulap-ulap II\n1.\n [Jakarta] melambai-lambaikan tangan untuk memanggil dan lain-lain;\n 2.\n [Jawa] meletakkan tangan pada paras kening mata seperti hendak melihat jauh (gerak-geri dalam tarian dan lain-lain)." "ular I\nsejenis binatang menjalar yang tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yang berbisa dan ada yang tidak);\n~ belerang \nsejenis ular laut yang berbisa, \nPelamis platurus;\n~ cincin emas \nsejenis ular, \nBoiga dendrophila;\n~ cindai\n [sastera lama] sejenis ular;\n \n~ kapak bakau \nsejenis ular, \nTrimeresurus purpureomaculatus;\n~ katam tebu \nsejenis ular, \nBungarus fasciatus;\n~ kepala aruan \nsejenis ular, \nXenopeltis unicolor;\n~ kepala dua \na) sejenis ular, \nCylindrophis rufus; \nb) [kiasan] orang yang munafik;\n \n~ lidi\n = \n~ tambang \nsejenis ular yang kecil dan berbisa, \nAhaetulla ahaetulla;\n~ matahari \nsejenis ular, \nMaticora intestinalis\n;\n \n~ minum\n = \n~ mengiang \n[Minangkabau] = \n~ danu \n[Kedah] pelangi;\n \n~ sawa \nsejenis ular, \nPython reticulatus;\n~ selimpat = ~ laut biasa \nsejenis ular, \nEnhydrina schistosa;\n~ sinar matahari = ~ matahari biru\n sejenis ular, \nMaticora bivirgata;\n~ tedung \nsejenis ular, \nNaja naja;\n~ tedung abu (selar) \nsejenis ular, \nOphiophagus hannah;\n~ bukan, ikan pun bukan\n (peribahasa) seseorang yang tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya;\n \n~ kepala dua \n= \nsekerat ~ sekerat belut \n(peribahasa) orang yang tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dan sebagainya), orang yang munafik;\n \n~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang \n= \nseperti memalu ~ dalam benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak \n(peribahasa) menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dengan seadil-adilnya;\n \nbagai ~ dengan legundi \n(peribahasa) perihal seseorang muda yang sangat lekat hatinya pada kekasihnya;\n \nbagai ~ dengan orang \n(peribahasa) perihal dua orang bersaudara yang tiada mahu berkenalan;\n \nbiar ~ mati dan kayu tiada patah \n(peribahasa) binasakanlah musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri;\n \njika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya\n (peribahasa) orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun;\n \nkerosok ~ si rumpun bambu\n (peribahasa) jangan takut akan ancaman orang;\n \nmacam ~ kekenyangan\n (peribahasa) perihal seseorang yang buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul;\n \nmelangkahi ~ \n(peribahasa) melakukan sesuatu yang sangat berbahaya;\n \nnaga ditelan ~ lidi\n (peribahasa) anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan;\n \nseperti ~ kena palu\n = \ncengkeling bagai ~ dipukul\n (peribahasa)\na) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah;\n b) bengkang-bengkok tidak beraturan (seperti jalan atau jahitan yang tidak lurus);\n \nsudah tampak kaki ~ \n(peribahasa) telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui);\nular-ular\n1. = ularan\n sejenis pembuluh daripada getah, salur getah, hos;\n 2.\n carik kain (kertas, sutera) yang panjang-panjang;\nmengular\n1. = mengular-ular\n bengkang-bengkok (berkenaan (dengan) keadaan jalan dan sebagainya):\nada jalan yang ~-ular tetapi kemudiannya lurus seperti jalan ke kampung saya; \n2.\n [kiasan] bersikap malas, suka ponteng kerja dan sebagainya:\nada segelintir pekerja yang suka ~." "ular II\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nFreycinetia angustifolia; \nkayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nStrychnos ligustrina; \npaku ~ \nsejenis tumbuhan (pakis), \nPleopeltis phymatodes;\nular-ularan\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nTinospora coriacea." "ular-ularan\n[Minangkabau] kejang atau tegang (urat betis dan lain-lain)." "ulas I\n1.\n kain yang dijadikan sampul, sarung (bantal, tilam, dan lain-lain), kelubung:\nbeberapa jenis kain ~ tiang yang indah-indah;\n 2.\n kulit buah (biji dan lain-lain):\npada masa padi itu direndam dan diwapkan, setengah daripada vitamin B1 yang mudah larut itu serap masuk ke dalam ~ beras;\nberulas\n ada ulasnya, bersarung (bantal dan lain-lain), bersampul;\nmengulas, mengulasi\n memberi bersarung (bersampul), menyampul, menyaluti;\nulasan\n sarung (bantal dan lain-lain), sampul." "ulas II\n1.\n isi buah, biasanya berbiji, yang bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, misalnya buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat:\nsetiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya;\n2.\n penjodoh bilangan untuk bahagian buah yang berbiji dan lain-lain:\nlalu dipinta se~ nangka pada penghulu istana itu; \nbeberapa ~ bawang;\nlimau masak se~ \n(peribahasa) kepandaian yang melebihi kepandaian saudara-saudaranya yang lain;\nberulas\n berbentuk atau menyerupai ulas:\nisi buahnya putih, ~, lembut dan manis;\nberulas-ulas\n timbul ketul-ketul yang menyerupai ulas (berkenaan (dengan) otot badan dan sebagainya): \ndaging pada bahagian lengannya kelihatan ~; \nbadannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat." "ulas III\njuru~ \norang yang menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir;\nmengulas\n memberi tafsiran (penerangan lanjut, pendapat, dan lain-lain) tentang sesuatu, mengupas, mentafsir:\nmajalah itu telah ~ filem Penarik Beca sebagai filem yang terbaik dalam tahun 1955;\nulasan\n huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran;\n~ buku\n kupasan isi sesebuah buku (oleh pengkritik buku);\n \n~ selari \nhuraian yang dibuat ketika sesuatu kejadian (upacara, pertandingan, dan lain-lain) sedang berlangsung;\npengulasan\n perbuatan mengulas:\n ~ dan penjelasan tentang karya sastera;\npengulas\n orang yang mengulas, juruulas." "ulas IV\n[Minangkabau] penghubung, sambung, sambungan;\nberulas\n ada ulasnya, bersambung, bersambungan;\n \ntangannya ~ \nki ada yang membantu atau menolong;\nmengulas\n menjadikan berulas, menyambung, melanjuntukan, memanjangkan:\nsingkat diulas, panjang dikerat;\n~ kayu \nmenyambung kayu (supaya menjadi panjang);\n \n~ tali \nmenyambung tali;\n~ bicara \nki terus berbicara;\n \ntanganku diulas olehnya \nki aku dibantu (ditolong) olehnya;\nulasan\n sesuatu yang diulas, lanjutan, sambungan;\n \n~ lidah \nki orang yang jadi perantara untuk menyampaikan pesan orang dan lain-lain, jurubicara;\nperulasan\n tempat pertemuan sesuatu yang disambung." "ulas tangan\n1.\n [kiasan] pembantu dalam sesuatu hal;\n 2.\n [kiasan] kakitangan, pekerja;\nberulas tangan\n [kiasan] ada yang membantu (menolong), mempunyai pembantu;\n \n~ dan lidah \nki mendapat bantuan tenaga dan tunjuk ajar;\nmengulas tangan\n [kiasan] memberi pertolongan kepada, membantu, menolong." "ulat I\n1.\n sejenis binatang kecil yang umumnya lembut dan banyak kakinya (akan menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu);\n 2.\n segala macam anak serangga yang masih lembut badannya (seperti berenga, lundi, dan lain-lain);\n \nmacam ~ \nki terlalu banyak (berkenaan (dengan) orang yang berhimpun di sesuatu tempat dan sebagainya);\n3.\n (Komputer) sejenis atur cara yang memadamkan data daripada ingatan komputer secara perlahan-lahan;\n~ bulu \na) ulat yang berbulu badannya;\n b) orang (lelaki) yang gatal\n;\n~ bulu laut \nsejenis ulat yang digunakan untuk racun, \nChloeria flava;\n~ daun \nsejenis ulat yang memakan daun-daunan;\n \n~ gading \n= \n~ layar \nsejenis ulat yang merosakkan batang padi;\n ~ kecar lotong\n sejenis ulat, \nAtopos maximus;\n \n~ ratus \nsejenis ulat yang memakan daun dan batang padi, \nSpodoptera spp.;\n~ sutera \nsejenis ulat yang mengeluarkan benang untuk dijadikan sutera, \nBombyx mori;\nbagai ~ nangka terhempas ke batu \n(peribahasa) orang yang jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan daripada kejahatannya;\n bagai melihat ~ \n(peribahasa) sangat benci (meluat) melihat sesuatu;\n \nkorek lubang ~ \n(peribahasa) sengaja mencari perselisihan;\n \nmenggeletik-geletik bagai ~ nangka \n= \nmenggeletik-geletik bagai ~ cempedak \n= \nterloncat-loncat bagai ~ pinang \n(peribahasa)\na) orang yang gelisah;\n b) perangai yang tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan);\n c) anak gadis yang lincah perangainya;\nberulat\n ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat:\nbuah yang manis itu acapkali ~;\n~ mata melihat \n(peribahasa) sangat benci atau meluat melihat sesuatu." "ulat II\nulet." "ulayah, ulayat\n[arkaik] daerah, kawasan (yang sudah dimiliki);\n \ntanah ~ \ntanah yang sudah tentu pemiliknya tetapi belum dikerjakan;\nwilayah." "ulekan\n[Jakarta] air berpusing, pusaran (kisaran) air;\nolak I." "ulem\n[Jawa];\nmengulemi\n menjemput, mengundang;\nuleman\n jemputan, undangan." "ules\n[Jakarta];\nmengules\n menumbuk dan lain-lain hingga lumat, melumatkan, menghancurkan." "ulet\n1.\n tidak mudah patah (putus, pecah), tidak getas, kuat, liat:\ntali ini kurang ~;\n 2.\n [kiasan] berusaha dengan giat dan tabah untuk mencapai sesuatu:\nmereka sangat ~ dalam berniaga;\nkeuletan\n1.\n ketabahan hati (dalam menghadapi sesuatu), kecekalan;\n 2.\n usaha yang giat, kecekapan, kegiatan (yang bersungguh-sungguh)." "uli I\nsejenis kuih yang dibuat daripada beras pulut;\nberuli\n (sudah) diramas-ramas dan ditekan-tekan (adunan roti, kuih, dan lain-lain) dengan tangan untuk menyebatikannya:\ndia menarik mangkuk tepung yang sudah ~ ke hadapannya;\nmenguli\n meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dan sebagainya) dengan tangan untuk menyebatikannya:\ntepung itu dicampur dengan air dan diuli sehingga lembut;\n ulian\n sesuatu yang diuli;\npengulian\n perbuatan (proses atau kerja) menguli:\ndengan adanya mesin baru, kini ~ tepung dapat dibuat dengan cepat, banyak dan bersih;\npenguli\n1.\n orang yang (kerjanya) menguli:\ndua ~ roti, Mahmud dan Muhamad; \n2.\n alat untuk menguli:\npengeluaran roti dan kek syarikatnya telah meningkat dengan penggunaan mesin ~ tepung yang baru dan canggih." "uli II\n[sastera lama] baik atau elok (untuk nama timang-timangan)." "uli-uli\nsejenis ikan laut, \nHarpodon nehereus." "ulik I\nulak." "ulik II\n(Sunda);\nmengulik\n mengusut, menyelidiki." "ulik III\n~\n \nmayang\n persembahan tradisional dalam bentuk tarian, nyanyian, dan lakonan." "ulin\n[Brunei] \npengulin\n bidan." "uling I\n= \n~ anjing \nsejenis ikan laut (belut) yang besar, \nAnguilla bicolor." "uling II\n[Kelantan] alat penggulung layar." "ulir\nalur-alur pada skru, bebenang skru;\nberulir\n mempunyai ulir, ada ulirnya:\nsesendal yang amat anjal serta tudung yang ~." "ulit I\nberulit\n \n1.\n sedang bernyanyi untuk menidurkan anak, berdondang untuk menidurkan anak;\n 2.\n =\n ~ dengan \ntidur bersama-sama, tidur dengan:\ndia ~ dengan anaknya;\nmengulit, mengulit-ulit, menguliti, mengulitkan\n1.\n menidurkan anak dengan menyanyi, mendodoikan anak, mendondong;\n 2.\n [Minangkabau] memeluk, memangku, merangkul:\ndia rela tubuhnya diulit\n \noleh pemuda itu;\npengulit\n1.\n lagu atau nyanyian untuk menidurkan (anak dan lain-lain), dodoi, dondong:\nmaka biduanda yang baik suara pun menyanyilah lagu ~ putera raja beradu;\n 2.\n penghibur (hati), pelipur:\nceteranya dipindahkan daripada bahasa Jawa kepada bahasa Melayu, akan penghibur hati yang masyanghul, akan ~ hati yang dendam." "ulit II\n[Minangkabau] tidak mudah (membayar hutang dan lain-lain), liat." "ulna\n(Biologi) tulang terbesar pada lengan bawah manusia (yang terletak pada sisi lengan yang bertentangan dengan ibu jari) atau pada anggota vertebrat yang sepadan." "ulser\n(Perubatan) kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang mengakibatkan luka yang lambat pulih." "ultimatum\namaran yang terakhir yang mesti dipatuhi dalam tempoh tertentu, kata dua." "ultra vires\n(Latin) (Undang-undang) melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yang sah seseorang, sesebuah badan dan sebagainya:\nsebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~, maka pihak yang terjejas akan mendapat penghakiman yang sewajarnya." "ultra-\nawalan asing \nteramat sangat, keterlaluan, terlampau, berlebih-lebihan, misalnya \nultrakonservatif \ndan \nultramoden." "ultrabunyi\ntenaga pancaran mekanik yang digunakan semasa mendiagnosis pelbagai jenis penyakit:\nujian ~ dilakukan untuk menilai pertumbuhan bayi di dalam kandungan." "ultrakonservatif\nterlalu konservatif." "ultralembayung\nultraungu." "ultramoden\nterlalu moden." "ultrasonik\nberkaitan dengan atau menghasilkan gelombang yang sama sifatnya dengan gelombang bunyi tetapi frekuensinya lebih daripada frekuensi audio." "ultrasonografi\n(Perubatan) penggambaran struktur dalaman tubuh dengan menggunakan pantulan gelombang ultrabunyi." "ultraungu\nlingkungan spektrum elektromagnet yang terbentuk antara gelombang 10 hingga 380 nm (lebih pendek daripada gelombang cahaya tetapi lebih panjang daripada gelombang sinar-X)." "uluh\n~ ulai \nsejenis tumbuhan (pokok), celeguri, lampin budak, seleguri, tudung roman, \nClerodendron disparifolium." "uluh-uluh\nsejenis tumbuhan (pokok), \nDiplospora malaccense." "ululazmi\n[Arab] yang memiliki keteguhan hati (iaitu gelaran yang diberikan kepada Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW kerana paling banyak mengalami penderitaan dan ujian dalam berdakwah, namun begitu mereka telah menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran)." "ulun\n[sastera lama] hamba, abdi, sahaya." "ulung I\n[bahasa percakapan] sulung." "ulung II\n1.\n (yang) telah lama melakukan sesuatu (pekerjaan dan lain-lain), telah lama berkhidmat (berbakti):\nAllahyarham Tun Razak negarawan ~ ;\n 2. = terulung\n banyak pengalamannya, cekap, mahir, pandai, terbaik:\nbeliau seorang tokoh kebangsaan yang ~, anak Melayu yang disegani, dan disanjung tinggi; \nprojek ini adalah langkah ~ yang amat membanggakan; \n3.\n cerdik lagi sangat licin (berkenaan (dengan) pencuri dan lain-lain), banyak tipu muslihatnya, pintar:\nbeliau dianggap sebagai ejen mereka yang ~ dan dipercayai sepenuhnya dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan;\nkeulungan\n perihal ulung, kebijaksanaan, kecerdikan, kepintaran:\n~nya terletak pada ketajaman penanya dalam berpolemik." "ulung-ulung\n[Jakarta] sejenis burung helang." "ulup\nlubang tempat rantai sauh (jangkar) di haluan kapal." "UM\n[kependekan] Universiti Malaya" "uma\n[arkaik] huma." "umah\n[arkaik] rumah." "umak\n[arkaik] emak." "uman\n[Jawa] [arkaik];\nmenguman, menguman-uman\n mengata-ngatai, mencerca, mengumpat." "umanah, umanat\n[Arab]\namanah." "umang-umang\n1.\n sejenis ketam laut yang kecil (umumnya bersarang di kulit siput);\n 2.\n [kiasan] orang yang suka bergaya atau berlagak dengan pakaian orang lain;\nbagai ~ \n(peribahasa) orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjam;\n \nlaksana bintang ~, di mana sarang udang, di situ tempat menumpang \n(peribahasa) perihal kemiskinan seseorang yang bergantung hidup pada orang lain;\n \nsarang unam dimasuki ketam menjadi ~ \n(peribahasa)\na) orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat;\n b) barang yang sama jika berlainan keadaannya maka berlainanlah pula namanya." "umapodi\n(Tamil) sejenis kudap-kudapan (makanan ringan) India yang agak pedas rasanya." "umara\n[Arab] jamak bagi amir." "umarak\n[Arab] para pemimpin atau golongan pemerintah." "umat\n1.\n para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi:\n~ Islam terdiri daripada bermacam-macam bangsa dengan berbagai-bagai bahasa;\n 2.\n seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai;\n \n~\n \nAsia-Afrika; \n3.\n segolongan manusia, bangsa:\nayuhai kaum bangsaku, cubalah kita renungkan kedudukan ~ kita, Melayu! \n4.\n = \n~ manusia \nseluruh bangsa manusia, sekalian manusia:\nNabi bagi segala~." "umbai I\nrumbai I." "umbai II\n= \n~ usus \nsejenis usus yang kecil pada usus buntu." "umbai III\numbuk." "umbai IV\nrumpai ~ \nsejenis tumbuhan (rumpai), \nThoracostachyum hypolytroides." "umbalan\n[arkaik] wang tambang atau sewa (bas, perahu, dan lain-lain)." "umbang I\nmengumbang\n ark\n1.\n timbul terapung-apung di permukaan air, mengapung (di laut dan lain-lain):\nsebuah perahu yang ~ di tengah laut;\n 2.\n belayar ke kapal dan lain-lain):\nseketika geliung pun ~ ke tengah lautan serta diiringkan oleh penjajap;\nterumbang-umbang\n terapung atau terkatung-katung (seperti dipermain gelombang), terayun-ayun ke kiri ke kanan, turun naik di permukaan air (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain):\nibarat perahu yang ~ dibuai ombak." "umbang II\n[arkaik] kelihatan besar dan menakuntukan (menggerunkan)." "umbang-ambing\nmengumbang-ambingkan\n \n1.\n menggerak-gerakkan turun naik (kapal dibuai ombak dan lain-lain), mengapung-apungkan turun naik;\n 2.\n [kiasan] menjadikan tidak tenang (fikiran dan lain-lain), menjadikan bergelora (perasaan):\nsementara aku diumbang-ambingkan perasaan kacau, terdengar bunyi pintu diketuk orang;\nterumbang-ambing\n1.\n bergerak-gerak turun naik (terenjut-enjut), timbul atau hanyut terapung-apung turun naik di permukaan air (berkenaan (dengan) perahu dan lain-lain yang dibuai ombak):\nperahu yang diusung ribut ke tengah samudera ~ menunggu kapal besar datang menolong;\n 2.\n [kiasan] dalam keadaan yang berkecamuk (tidak tentu tujuan), gelisah atau bergelora, berkacau-bilau (fikiran dan lain-lain):\nDahlan sendiri sedang ~ dalam kebimbangan; \ndi sana hatinya ~;\nketerumbang-ambingan\n keadaan yang terumbang-ambing:\nmalah mereka sendiri menghadapi krisis ~ budaya dan krisis identiti;\nperumbang-ambingan\n perihal terumbang-ambing." "umbar\nmengumbar\n1.\n membiarkan lepas atau bebas, membebaskan (dari kurungan):\n~ ayam dari reban;\n2.\n [kiasan] menuruntukan hawa nafsu, melepaskan (keinginan), menghulur." "umbara\nmengumbara\n mengembara;\n kembara." "umbi I\n1.\n sejenis akar yang menjadi gemuk dan berisi (keledek, kemili, dan lain-lain);\n2.\n perdu batang yang menjadi gemuk dan berisi (keladi, talas);\n3.\n pangkal pokok yang berdaun tunggal (seperti pokok kelapa, pisang, dan lain-lain);\n4.\n = \nakar ~ \nakar daripada batang yang terus masuk lurus ke dalam tanah, akar tunjang;\n5.\n bahagian yang tertanam (tiang, pancang, dan lain-lain);\n6.\n [kiasan] punca atau asal daripada sesuatu, asal, mula, pokok, pusat:\nsemua ini, jika kita berbalik kepada ~ dan niat, adalah bertolak daripada kekosongan iman dalam diri;\nberumbi\n ada umbinya, berisi;\n \nberurat ~ \nsudah terlalu mendalam dalam hati (perasaan dan lain-lain), sudah kukuh;\numbi-umbian\n segala jenis umbi (keladi dan lain-lain)." "umbi II\numbuk-~ \nark berbagai bujukan dan belai;\numbuk." "umbisi\njenis batang bawah tanah yang berbentuk seperti bebawang, dilapisi kulit nipis dan tumbuh menegak." "umbra\n(Fizik) bahagian bayang yang sangat gelap (bayang bumi atau bulan)." "umbuk\nkata-kata yang manis atau janji yang muluk-muluk (untuk memujuk, memperdaya, dan lain-lain);\n \n~-umbai \n= \n~-umbi \nberbagai-bagai pujuk dan rayu;\nmengumbuk\n1.\n memujuk dengan kata-kata yang manis (janji yang muluk-muluk), memperdayakan orang dengan kata-kata yang manis:\noleh sebab itu, kelak akan diumbuknya Encik Yatim supaya dia meninggalkan pekerjaannya yang sekarang ini;\n2.\n memujuk supaya senang hati, menyenangkan (menghibur) hati:\ntenang hatinya setelah diumbuk oleh kakaknya;\npengumbuk\n orang yang memujuk dengan kata-kata yang manis (untuk menipu, memperdaya, dan lain-lain)." "umbul\n[Minangkabau] lekas menjadi besar, subur, umbur." "umbul-umbul\n[Jawa] sejenis bendera yang panjang, kalimantang, ular-ular." "umbun-umbun\n[arkaik] ubun-ubun." "umbur\n[Minangkabau] lekas menjadi besar, subur, umbul." "umbut I\npangkal pucuk batang pokok palma (kelapa, pinang, dan lain-lain) yang lembut dan boleh dimakan:\nmencari ~ untuk dimakan;\ncari ~ kena buku \n(peribahasa) mencari yang baik, mendapat yang buruk;\n \nmencari ~ dalam batu \n(peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia;\nmengumbut\n mencari (mengambil) umbut (daripada pohon kelapa, enau, dan lain-lain)." "umbut II\nmengumbut\n \n1.\n menarik kembali (tali yang dihulurkan dan lain-lain), membongkar (sauh):\nmaka jurubatu pun ~ sauh langsung berdayung;\n2.\n mencabut;\n \n~ hati \nmengambil hati;\n \n~ nyawa \nmencabut nyawa, membunuh." "umbut-umbut\nsejenis ikan darat, \nBarynotus microlepis, \numut." "umi\n[Arab] ibuku." "umm\n[Arab] ibu (dalam kata majmuk);\n \n~ ulbuldan \nibu kota." "ummah\n[Arab] umat (biasanya dimaksudkan umat Islam):\nsistem dan ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dalam diri individu tetapi juga di kalangan ~ kerana Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama daripada kehidupan sekular." "ummi I\numi." "ummi II\n[Arab] tidak berpendidikan (orang yang buta huruf):\nNabi Muhammad ialah seorang ~\n;\nammi." "UMNO\nakronim bagi \nUnited Malays National Organisation\n (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)." "umpak I\n[Jakarta] batu alas tiang rumah, batu sendi;\nmengumpak, mengumpak-umpak\n memberi puji-pujian, memuji(-muji), mengangkat(-angkat), menyanjung(-nyanjung)." "umpak II\n[arkaik];\n mengumpak-umpak\n menyuruh mengerjakan sesuatu lekas-lekas, menggesa-gesa(kan)." "umpama\n1.\n (sesuatu yang dijadikan) perbandingan, ibarat, misal:\nyang disebutnya tadi hanya sebagai ~ sahaja;\n2.\n = \n~nya \nsesuatu yang dijadikan contoh, misalnya:\nbanyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet;\n3.\n = \nseperti ~ \n= \nseumpama\n sama halnya dengan, tidak ubahnya seperti, misalnya, sebagai:\nbudak-budak ~ rebung, boleh dilentur dan dibentuk;\n4.\n sesuatu yang hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai:\nitu hanya ~, bukan sungguh-sungguh;\n5.\n = \n~ kata \n= \n~nya \n= \nseumpama, umpamakan\n jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata:\n~ engkau banyak wang, apa yang hendak kaubuat?; \nseumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; \numpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dengan masyarakat asing?; \nbukan (tidak) ~ lagi \nberlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kepada;\nseumpama\n1.\n sama seperti (sesuatu yang telah dinyatakan), serupa dengan:\nkehidupannya bergantung pada susu ibu ataupun cecair yang ~nya; \n2.\n= umpama;\nberumpama\n menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dengan umpama;\nmengumpama\n [sastera lama] menaruh hormat (kepada), menghormati:\njangan diperbuat segala pekerjaan yang tidak berbahasa dan tiada ~ kepada segala indera dan dewa;\nmengumpamai\n1.\n [sastera lama] sama dengan, menyamai, menyerupai;\n2.\n =\n mengumpamakan\n memberi hormat kepada, menghargai, menghormati;\nmengumpamakan\n1.\n menganggap sama dengan, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), mengibaratkan, membandingkan (dengan):\nmata manusia bolehlah diumpamakan sebagai sebuah kamera;\n2.\n melakukan atau mengatakan sesuatu sebagai contoh (sebagai ulangan daripada yang telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dengan gaya dan lain-lain):\nbeliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri daripada tikaman pencuri itu;\n3.\n menganggap sebagai misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifatkan:\naku umpamakan kau dikahwinkan dengan seorang pemuda dari bangsamu sendiri;\n4.\n menunjukkan hormat (menghargai) seperti yang selayaknya, menghormati (sebagaimana mestinya):\nsegeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku;\nterumpamakan\n dapat disamakan atau dibandingkan dengan yang lain yang sepertinya:\npantai putih bersih tak ~;\nperumpamaan\n1.\n = \numpamaan\n sesuatu yang dianggap sama dengan, ibarat, misal:\ndengan menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yang banyak dan berlapis-lapis pada ungkapan-ungkapan katanya;\n2.\n sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran);\n3.\n sesuatu yang dijadikan contoh (mis hal-hal yang telah berlaku dan lain-lain)." "umpan\n1.\n sesuatu yang dilekatkan pada kail (di bubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk memikat atau menangkap ikan (binatang dan lain-lain):\nkalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga;\n2.\n makanan (beras, padi, dan lain-lain) untuk binatang ternakan;\n \n~ apa yang engkau berikan kepada ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk;\n3.\n makanan yang diberikan kepada orang lain;\n4.\n habuan, mangsa:\ntinggallah bangsa kita yang tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun;\n5.\n [kiasan] sesuatu yang dilakukan untuk memerangkap (memperdaya) orang:\nlangkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengelirukan lawan;\n~ alir \numpan yang digunakan untuk menangkap buaya;\n \n~ api \nsesuatu yang mudah terbakar digunakan untuk menyalakan api;\n \n~ golok (keris, peluru) \n(akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru);\n \n~ harimau\n mangsa harimau;\n \n~ hawa nafsu \nsesuatu untuk memuaskan hawa nafsu;\n \n~ tekak \nmakanan untuk membangkitkan selera makan;\n~ habis, ikan tak dapat \n= \nhabis ~ kerong-kerong tak dapat \n(peribahasa) perbuatan atau usaha yang tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja;\n \n~ seumpan, kail sebentuk \n(peribahasa) perbuatan yang sia-sia (kerana tidak mempunyai persediaan yang cukup);\nberumpankan\n menggunakan sesuatu sebagai umpan:\ntaburan berbagai-bagai janji manis yang semuanya ~ wang;\nmengumpan\n1.\n memikat binatang dengan menggunakan umpan:\napa yang elok digunakan untuk ~ ikan haruan?\n2.\n = \nmengumpani\n memberi umpan (makanan dan lain-lain) kepada;\n3.\n [kiasan] melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, terpedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dengan sesuatu:\norang itu mudah disuap dan diumpan dengan barang-barang mewah;\n mengumpankan\n menggunakan sesuatu sebagai umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pada:\napa yang engkau umpankan dalam jebak itu?" "umpat I\n= umpatan\n1.\n kata-kata yang bermaksud untuk menodai nama orang (merugikan orang), fitnah:\naku dibuang negeri ini kerana ~ orang;\n2.\n kata-kata mengeji (mengejek) kerana marah (menyesali sesuatu dan lain-lain) terhadap orang yang bersalah dan lain-lain, c" "umpat II\numpet" "umpau\n[Johor] tempat menyimpan wang, pundi-pundi." "umpet\n[Jakarta];\npetak ~ \nbermain cari-carian, bermain bersembunyi dan mencari;\nmengumpet\n menyembunyikan diri (supaya jangan kelihatan), bersembunyi;\numpetan\n perihal mengumpet (bersembunyi)." "umph\n[bahasa percakapan] rasa ghairah (bertenaga, hebat, menarik dan sebagainya):\nmerekakatamereka suka watak itu dan mereka rasa ada ~!; \nkopi yang dibancuhnya itu tak ada ~!" "umpil\nmengumpil\n \n1.\n mengangkat (mengalih, menggerakkan, dan lain-lain) benda berat dengan menggunakan tuas dan sebagainya, mengungkil, menuil;\n2.\n menanggalkan (mencabut dan sebagainya) sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dengan tuil dan sebagainya:\nkerja ~ tutup tong yang rapat itu tidak juga berhenti-henti;\n3.\n mengayuh dengan dayung yang dilekatkan pada bibir perahu dan lain-lain (seolah-olah mengungkit air):\nkeenam-enam orang itu masuk ke dalam kolek dan sesaat lagi kedengaranlah bunyi orang ~ dan berdayung;\npengumpil\n alat untuk mengumpil, tuil, tuas." "umpuk\n1.\n [Minangkabau] longgok, timbun, tompok;\n2.\n [Kedah], [Pulau Pinang] bahagian (habuan) seseorang (berkenaan (dengan) kerja dan lain-lain);\nberumpuk\n berlonggok, bertimbun, bertompok;\nmengumpukkan\n1.\n meletakkan berumpuk, melonggokkan, menimbunkan, mengumpulkan:\nbanyak daripada wang itu diumpukkan untuk membuat rumah dan lain-lain;\n2.\n menguntukkan, membahagikan." "umpun\n[arkaik] rumpun." "umrah\n[Arab] ibadat yang mengandungi beberapa perbuatan (ihram, tawaf, sai, dan tahalul) tanpa wukuf dan wajib-wajib haji, haji kecil;\nberumrah\n mengerjakan umrah:\n~ ke Mekah." "UMS\n[kependekan] Universiti Malaysia Sabah." "umu\nakar ~ \nsejenis tumbuhan (pokok memanjat), ara nasi, \nConcephalus scortechinii." "umuk\n[Jawa] congkak, pongah, sombong." "umulbuldan\n[Arab] ibu kota (negeri);\nbuldan" "umum I\n1.\n secara keseluruhan (tidak pada atau mengenai yang tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lawan khusus (khas):\nperbualan kami bersifat ~ belaka; \npenjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahannya; \npemandangan ~ \npemandangan mengenai keseluruhan soal;\n \npada ~nya \npada keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya;\n2.\n khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja):\nsebagaimana yang diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yang menyebarkan siarannya dalam Bahasa Kebangsaan; \nkepentingan ~\n kepentingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kepada orang atau golongan tertentu);\n \nrapat ~ \nrapat untuk orang ramai;\n3.\n berkaitan dengan orang ramai, untuk orang ramai;\n \npilihanraya ~ \npemilihan (dengan cara mengundi) yang dilakukan oleh semua orang;\n \nrumah sakit ~ \nrumah sakit untuk sekalian orang (bukan untuk orang tertentu sahaja);\n4.\n sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana:\ncerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi;\n5.\n biasa terdapat (digunakan dan lain-lain) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi:\nsudah banyak perkataan Indonesia yang ~ dipakai di sini;\nseumumnya\n1.\n sekaliannya, seluruhnya, semuanya:\npendeknya perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kepada kerajaan pusat;\n \nketenteraman yang amat dihajati oleh manusia ~; \n2.\n pada kebiasaannya, pada lazimnya, pada umumnya;\nmengumumkan\n1.\n memberitahu kepada orang ramai, memaklumkan, menyerantakan:\nbeliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen;\n2.\n menyiarkan (dalam akhbar dan lain-lain), menyebarkan:\nkeputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan diumumkan dalam akhbar-akhbar tempatan;\n3.\n menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan;\nkeumuman\n perihal (sifat dan sebagainya) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kepada sesuatu):\n~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama;\n~ fasal-fasal yang terkandung dalam syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu;\npengumuman\n1.\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, pemakluman:\nkerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; \n2.\n yang diumumkan:\n~ dalam akhbar itu ringkas sahaja." "umum II\n[sastera lama]\n1.\n tidak terang, gelap;\n2.\n sukar difahami, sulit: \numun." "umun\n[Minangkabau] masih belum terang atau jelas, masih samar-samar, masih rahsia;\nberumun\n mempercakapkan (membicarakan, mempersoalkan) sesuatu rahsia;\nmengumun, mengumunkan\n menyimpan sebagai rahsia, merahsiakan;\n= umum II." "umur\n1.\n jangka masa hidup atau hayat seseorang (sesuatu) mulai dilahirkan (diadakan dan sebagainya), jangka waktu sejak dilahirkan (diadakan dan sebagainya), usia:\n~ budak ini baharu enam tahun; \ncukup (sampai) ~ \nsudah dewasa;\n \ndi bawah ~ \nbelum dewasa;\n \ndimakan ~\n sudah tua;\n \ndalam ~ tuanya\n pada ketika dia telah tua;\n \nlanjut (lewat) ~ \nsudah tua;\n \npanjang ~ \nlama hidupnya;\n \npendek (singkat) ~ \ntidak lama hidupnya (mati semasih muda);\n2.\n [kiasan] hidup, hayat, nyawa:\nkalau ada ~, kita akan bertemu lagi;\n~ setahun jagung (darah setampuk pinang)\n (peribahasa) seseorang yang masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat;\nseumur\n1.\n sama umurnya (dengan), sama tua, sebaya:\nbudak itu ~ dengan adik saya;\n2.\n sama lamanya, sama lama adanya, selama;\n \n~ hidup \nselama hidup;\n \n~ jagung\na) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan;\n b) tidak lama, sekejap sahaja;\nberumur\n1.\n mempunyai umur, berusia:\ntiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang daripada tiga puluh tahun; \npuisi Melayu moden telah ~ lima dekad;\n2.\n sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi;\n \npenuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yang sudah ~, dan daripada berbagai-bagai lapangan hidup." "umut\nsejenis ikan darat, umbut-umbut, \nBarynotus microlepis." "unam\nsejenis siput laut, \nMurex ternispina." "uncak\nkemuncak." "uncang I\nsejenis pundi-pundi kecil atau karung (daripada kain dan lain-lain) untuk mengisi barang-barang yang dibawa dan lain-lain:\nwang itu dikiranya dengan ~, tiap-tiap satu ~ ada lima puluh ringgit." "uncang II\n~-uncit\n1.\n tidak tetap pada sesuatu (tempat dan lain-lain), selalu bertukar (membuat kerja), gelisah, lincah;\n2.\n membayar dengan sedikit-sedikit dan tidak tentu masanya, beruncit-runcit, ansur-ansur." "uncang III\npokok ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru, kangsar, tutuk, tutur, \nHibiscus floccosus." "uncit\nmembayar ~ \nmembayar beransur-ansur;\nberuncit-uncit\n sedikit demi sedikit (membayar, datang dan sebagainya):\ntentunya pekerjaan itu lambat selesai kalau dilakukannya ~; \ndatang ~." "UNCTAD\nakronim bagi \nUnited Nations Conference on Trade and Development \n(Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan)." "uncu\n[bahasa percakapan] bongsu." "uncue , uncui\n[Cina] sejenis paip tembakau." "unda\n[bahasa percakapan] bonda." "undak I\nmengundak, mengundak-undak\n menyebabkan tidak dapat bergerak maju (kapal, perahu, dan lain-lain), terkatung-katung (kerana angin sakal, gelombang besar, dan lain-lain):\npintalah turun angin dua muka, dari darat mengundak-undak geliung panjang ini ke laut;\npengundak\n penghalang atau penahan." "undak II\nundak-undakan\n [Jawa]\n1.\n tangga di depan pintu (rumah);\n2.\n bertingkat-tingkat, berlenggek-lenggek." "undan I\nberundan, berundan-undan\n sengaja berlama-lama mengerjakan sesuatu, berlengah-lengah." "undan II\n1.\n sejenis burung;\n \n~ putih, Pelecanus onocrotalus;\n \n~ gangsa, Pelecanus crispus." "undang I\nmengundang\n mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dan sebagainya):\ndia ~ beberapa teman sekerja ke rumahnya;\nundangan\n1.\n orang yang diundang, jemputan;\n2.\n panggilan (untuk datang), jemputan:\npada suatu hari, dia menerima ~ untuk menghadiri satu pesta di rumah temannya;\n pengundang\n pihak atau orang yang mengundang:\nsetiap tetamu undangan perlulah memberikan jawaban kepada ~ sama ada ia dapat menghadiri majlis itu atau sebaliknya." "undang II\nundang-undang\n \n1.\n sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan:\ndalam sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yang mesti diikut oleh setiap orang;\n2.\n peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu:\ntiap-tiap ahli hendaklah patuh kepada ~ persatuan ini;\n3.\n [Indonesia] rumusan yang dibuat berdasarkan hukum alam (dalam ilmu sains dan lain-lain), hukum:\n~ Boyle;\n~ Newton\n;\n~ adat \namalan yang diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dalam sesuatu masyarakat, yang diterima sebagai undang-undang di kawasan atau dalam masyarakat tersebut;\n \nU~ Anak Negeri \nundang-undang yang berkaitan dengan peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan;\n ~ antarabangsa \nundang-undang yang mengatur perhubungan antara negara;\n \n~ awam \nundang-undang yang berlaku untuk seluruh rakyat (tidak berkaitan dengan jenayah);\n \n~ darurat \nundang-undang yang dikuatkuasakan dalam masa berlakunya keadaan darurat sahaja;\n \n~ dasar\n [Indonesia] perlembagaan;\n \n~ hukum pidana \n[Indonesia] undang-undang yang menentukan hukuman untuk perbuatan jenayah;\n \n~ jenayah \nundang-undang mengenai perbuatan jenayah (seperti berkenaan perbuatan merompak, membunuh, dan lain-lain);\n \n~ kecil \nundang-undang atau peraturan yang dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, misalnya pihak berkuasa tempatan, perbadanan dan sebagainya, yang diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang;\n \n~ pentadbiran \nundang-undang yang berhubungan dengan kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran;\n \n~ tubuh \nperaturan dasar yang mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dan lain-lain;\nberundangan; \npandai ~ \n[Minangkabau]\na) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat;\n b) pandai berbicara;\nmengundangkan\n1.\n menjadikan sebagai undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang;\n2.\n mengumumkan undang-undang kepada orang ramai, menyerantakan undang-undang;\nmemperundangkan\n menjadikan sesuatu undang-undang:\n segala hukum yang diperundangkan oleh Allah ke atas hambanya;\nundangan; \nmajlis (dewan) ~ \nmajlis (dewan) yang menggubal undang-undang;\nperundangan\n1.\n yang berhubungan (berkaitan) dengan atau berasaskan undang-undang:\nmenggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; \nsuatu sistem ~, ekonomi, dan politik yang menyeluruh; \nIslam ialah agama~;\n2.\n kumpulan undang-undang, keseluruhannya yang berkaitan dengan undang-undang:\nYang di-Pertuan Agong sebagai lambang sumber segala ~ Malaysia; \nsikap sedemikian adalah bertentangan dengan ~ Islam;\nperundang-undangan\n perundangan;\npengundang-undang\n orang yang menggubal undang-undang." "undang III\n[Negeri Sembilan] pembesar adat yang empat di Negeri Sembilan." "undi\n1.\n sesuatu untuk memilih atau menentukan sesuatu (mis siapa yang akan mendapat sesuatu, memulakan sesuatu permainan, dan lain-lain);\n \nbuah ~ \nark dadu;\n \nbuang ~ \n= \nmembuang ~ \nmenentukan (memilih) dengan undi;\n \nkena ~\n menang dalam undi (terpilih dan lain-lain);\n \nkertas ~ \nkertas yang ditandakan sebagai menunjukkan pilihan;\n \nmain ~ \na) main loteri;\n b) [arkaik] bermain dadu;\n \nmencabut ~ \nmenentukan sesuatu dengan mencabut atau menarik kertas dan sebagainya undi;\n2.\n =\n undian\n pemilihan seseorang atau penentuan sesuatu dengan penandaan pada kertas undi (pungutan suara dan sebagainya):\n~ kaum wanita merupakan 50% daripada seluruh ~ negara; \nkertas ~ \nkertas yang disediakan untuk seseorang mengundi dalam sesuatu pemilihan (pilihan raya dan sebagainya);\n \nsurat ~ \n[Indonesia] tiket loteri;\n~ mogok \nundi untuk menentukan sama ada akan mogok atau tidak;\n \n~ pemutus \nundi yang menentukan sesuatu (apabila undi-undi yang lain sama banyak menyokong dan tidak menyokong atau menentang);\n \n~ percaya \nundi yang menunjukkan majoriti menyokong seseorang, pemimpin dan sebagainya;\n ~ pos \nundi yang dihantar melalui pos apabila pengundi, terutamanya anggota tentera dan polis, berada di luar kawasan undi pilihan raya yang berkenaan;\n \n~ sulit \nundi (pemilihan, penentuan, dan sebagainya) secara sulit (biasanya dengan menandakan pilihan atau keputusan seseorang pada kertas undi;\n \n~ tidak percaya \nundi yang menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang, pemimpin dan sebagainya;\nberundi\n sedang memilih (menentukan dan lain-lain) dengan undi;\nmengundi\n1.\n menentukan (memilih dan lain-lain) dengan membuang undi;\n \nbaiklah kita ~ siapa yang memusingkannya dahulu;\n2.\n = \n~ suara \nmemutuskan sesuatu dengan mengira undi (memungut suara dan lain-lain), memilih (menentukan dan lain-lain) sesuatu dengan membuang undi:\nsetelah diundi, beliau telah terpilih menjadi Yang Dipertua Persatuan itu lagi; \nPeguam Negara boleh dilantik menjadi ahli jawatankuasa Parlimen, tetapi dia tidak boleh ~;\nmemperundikan\n menentukan (membahagikan, memberikan, menetapkan, dan lain-lain) dengan cara diundi:\nlapangan tempat meletak kereta akan diperundikan antara mereka yang berkereta;\nundian\n1.\n sesuatu yang diundi, loteri;\n \n~ wang \nloteri (wang);\n \nmenarik ~ \nmendapat hadiah dalam undian wang dan lain-lain, menang loteri;\n2.\n hasil mengundi, pemilihan undi:\npada hari ini, terpaksalah wakil-wakil dilantik dengan ~ ramai;\n3.\n [kiasan] cubaan (untuk menentukan sesuatu), ujian;\npengundian\n perihal (perbuatan, proses, dan sebagainya) mengundi, pemilihan dengan cara mengundi:\npengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO;\npengundi\n1.\n orang yang mengundi:\nbilangan ~ yang berdaftar di seluruh Tanah Melayu dijangka meningkat hingga tiga juta orang\n;\n \n~ hantu \npengundi tidak berdaftar yang muncul dengan tiba-tiba saja dalam sesuatu pengundian (pilihan raya dan sebagainya);\n2.\n sesuatu yang digunakan untuk mengundi (kertas, surat, dan lain-lain)." "undil\ntempat menyimpan wang, pundi-pundi." "unduk-unduk\nsejenis ikan laut (kepalanya menyerupai kuda), \nMicrophis boaja." "undung\nundung-undung\n [Minangkabau] kain tutup kepala (supaya jangan kena panas atau hujan), tudung:\ndengan segera dia naik tangga dan baharu tiba di atas rumah, dia pun mengeluh kepanasan serta mencampakkan ~nya;\nberundung-undung\n memakai (menggunakan) undung-undung:\nitu ada orang berjalan di permatang, menyandang kain sembahyang dan ~ kain putih;\nmemperundungkan\n menutup (menyelubung) kepala dengan undung-undung." "undung-undung\nberundung-undung\n teresak-esak atau tersedu-sedu (menangis)." "undur\n= berundur\n berjalan ke belakang, surut ke belakang, lawan maju:\ndia ~ dan menjatuhkan dirinya ke atas kerusi;\n2.\n = \n~ dari \npergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr);\n \nseorang demi seorang ~ dengan hormat meninggalka" "undur-undur\n[Jawa]\n1.\n sejenis binatang kecil yang gemar makan semut;\n2.\n sejenis ketam kecil di pantai." "UNESCO\nakronim bagi \nUnited Nations Educational Scientific and Cultural Organisation\n (Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu)." "ungah-ungah\n[arkaik] bergoyang (gigi, tiang, dan lain-lain), goyah." "ungam\n[arkaik];\nmengungam\n mengigau." "ungap\nungap-ungap\n \nhungap." "ungar\n1.\n sejenis ikan laut, \nLutjanus argentimaculatus;\n2.\n sejenis ikan laut, \nLutjanus johni." "unggal\n[arkaik] [bahasa percakapan] tunggal." "unggang\n~-unggit \nbergerak-gerak (tergoyang-goyang) turun naik, jungkat-jungkit." "unggas\nsegala jenis burung:\nsekalian ~ yang terbang pun habis menaruh sayang kasihan belas akan Raja Jawa itu;\n~ angkasa \nburung yang terbang tinggi di angkasa;\n \n~ dewata \nburung di syurga;\n \n~ puding \nsejenis burung;\n \nlepas ~ \nbesar sekali;\nmengunggas; \n~ puding \n[Minangkabau] lari (kerana ketakutan)." "unggat\n~-unggit\n bergerak-gerak turun naik, jungkat-jungkit." "unggis\nmengunggis\n menggigit sedikit-sedikit (berkenaan (dengan) tikus, arnab, dan lain-lain), mengerip, mengerumit:\ntikus itu ~ roti yang ditinggalkan di atas meja." "unggit I\nunggang-~, unggat-~;\nunggang, unggat." "unggit II\n= ungkit." "ungguk\n= onggok." "unggul I\nmelebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dan lain-lain), terbaik, teristimewa, terutama:\ndia seorang ahli olahraga yang ~; \nahli sains yang ~;\nmengungguli\n mengatasi, melebihi (pihak lain):\ntiap-tiap golongan cuba ~ yang lain;\nkeunggulan\n perihal unggul, kelebihan (daripada yang lain), keistimewaan, keutamaan:\nseniman harus juga berlatih dengan sabar, ~nya sebahagian besar adalah berkat latihan dan kesabaran." "unggul-unggul\n[sastera lama] panji-panji." "unggun\n1.\n longgokan kayu dan lain-lain, timbunan, tompokan:\nketika petang, mereka membakar ~ dan keluarlah asap yang berkepul-kepul dari daerah itu;\n2.\n = \n~ api\n = \napi ~ \nlonggokan kayu dan lain-lain yang terbakar, api longgokan kayu dan lain-lain:\ndi bawah penyalai itu hidup ~ batang manggis dan batang rambutan; \nmereka kelihatan duduk berbual-bual di tepi ~ api;\nberunggun\n1.\n = \nberunggun-unggun\n berlonggok-longgok, bertimbun-timbun, bertompok-tompok;\n2.\n sedang membuat api unggun, sedang membakar kayu dan lain-lain yang dilonggokkan;\n3.\n masih menyala (longgokan kayu yang dibakar dan lain-lain);\nmengunggunkan\n1.\n meletakkan (menyusun dan lain-lain) kayu dan lain-lain supaya bertimbun-timbun, melonggokkan;\n2.\n menimbunkan kayu dan lain-lain dan dibakar;\nunggunan\n1.\n longgokan kayu (sampah dan lain-lain);\n2.\n api unggun:\nbeberapa orang anak kecil dan orang tua sedang duduk-duduk di keliling ~ api." "unggut\nberunggut-unggutan\n saling menarik, bertarik-tarikan, sentak-menyentak;\nmengunggut\n menarik kuat-kuat, menyentak, merenggut." "ungka\nsejenis kera yang panjang tangannya tetapi tidak berekor, wakwak;\n \n~ kelabu, Hylobates muelleri;\n~ tangan hitam, Hylobates agilis;\n~ tangan putih, Hylobates lar." "ungkah\n[Minangkabau] [arkaik];\nmengungkah\n menguraikan (simpulan tali dan lain-lain), membuka (belenggu dan lain-lain), membongkar, mengungkai." "ungkai\nmengungkai\n \n1.\n menghuraikan simpulan tali dan lain-lain, mengorak, membuka (ikatan dan lain-lain):\ntali yang memperhubungkan aku dengan engkau telah tersimpul mati, tidak dapat diungkai lagi;\n2.\n membuka atau menanggalkan (baju dan lain-lain), membongkar (rumah), merombak;\n3.\n menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dan lain-lain), memansuhkan;\n4.\n mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuk menyelidiki (memeriksa dan lain-lain), menggugat perkara yang sudah-sudah;\nterungkai\n telah (dapat) diungkai, terbongkar, terbuka, tertanggal, terurai:\ndia membetulkan kutangnya yang hampir ~ itu;\npengungkaian\n proses atau perbuatan mengungkai:\n~ simpulan;\npengungkai; \n~ rantai \nguna-guna (jampi, mantera) untuk melepaskan gari." "ungkak\nsela-sela atau lubang antara dua pancang tempat rantai sauh." "ungkal\ntidak mahu menurut, keras kepala, degil:\njika terdapat orang-orang itu disuruh halau, dan jika ~, ditangkap." "ungkang I\nungkang-ungkang\n \nongkang I." "ungkang II\n~-ungkit \nunggang-unggit." "ungkap I\nmengungkap\n mengangakan mulut untuk bernafas (berkata-kata), ngap-ngap;\nterungkap-ungkap\n sekejap terbuka sekejap terkatup mulut (seperti hendak bernafas), terngap-ngap." "ungkap II\nmengungkapkan\n \n1.\n mengeluarkan atau melahirkan isi hati dan lain-lain (dengan kata-kata, air muka, gerak-geri, dan lain-lain), memaparkan (perasaan hati dan lain-lain):\nsampai di mana dia berhasil dalam ~ persoalan-persoalan yang menggoncangkan kalbunya; \nbibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yang menggunakan bahasa Melayu dengan baiknya untuk ~ buah fikiran dan perasaan;\n 2.\n mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir):\nusaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yang moden yang boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yang sentiasa berkembang;\n terungkap\n dapat diungkapkan:\n sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dalam pemikiran kita;" "ungkapan\n1.\n susunan kata yang digunakan dalam percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yang tertentu susunan katanya:\nkemarahannya sering tenggelam dalam ~ yang indah dan sedap-sedap; \n2.\n gabungan (kelompok) kata yang khusus (tertentu) untuk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa;\n3.\n = \n~ muka \nperubahan air muka (menggambarkan perasaan hati);\n4.\n (Matematik) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dan lain-lain;\n5.\n (Komputer) rumusan matematik yang dikodkan dalam bentuk suruhan atur cara;\npengungkapan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengungkapkan:\ndilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yang fasih dan lancar;\n pengungkap\n1.\n orang yang mengungkapkan sesuatu:\ndialah yang harus menjadi pencetus dan ~ bicara itu; \n2.\n alat atau medium yang mengungkapkan sesuatu:\nbahasa, sastera dan budaya sebenarnya merupakan ~ wadah pemikiran seluruh anggota masyarakat; \nbahasa ~ kebudayaan yang dominan pada zaman itu ialah Sanskrit." "ungkat\n[Jakarta];\nmengungkat-ungkat\n suka menimbul-nimbulkan perkara dan lain-lain yang telah lalu." "ungkau\nsejenis burung helang malam." "ungkil\nmengungkil\n mengangkat atau menaikkan sedikit dengan tuas dan lain-lain, mengumpil;\npengungkil\n alat yang digunakan untuk mengungkil, pengumpil, pengungkit, tuas." "ungkir\n[arkaik];\ndiungkiri\n dinafikan, dimungkiri;\nmungkir." "ungkit\nungkang-~ \n= \nungkit-ungkit\n bergerak-gerak turun naik, jungkat-jungkit;\nmengungkit\n1.\n mengangkat (menaikkan) dengan hujung tuas dan lain-lain, mengumpil, mengungkil:\n~ pintu; \n2.\n = \nmengungkit-ungkit\n menimbul-nimbulkan (perkara yang telah lalu), membangkitkan-bangkitkan, mengungkat-ungkat:\njangan ~ perkara lama; \nsudah suratan takdir, sudah nasib diri, tak guna diungkit lagi; \ntidak dapat diungkit dengan besi hangat\n (peribahasa)\na) perihal dua orang yang amat berkasih-kasihan yang tidak dapat dicerai-ceraikan;\n b) perihal orang yang tidak mahu berpisah dari temannya kerana seronok bercakap-cakap;\nungkit-mengungkit\n saling mengungkit (menimbul-menimbulkan perkara yang telah lalu):\ndemi keharmonian dan perpaduan keluarga, janganlah kita ~ lagi perkara yang telah berlalu itu;\npengungkit\n alat yang digunakan untuk mengungkit, pengumpil, tuas;\npengungkit-ungkitan\n perbuatan mengungkit-ungkit:\nsering berlaku perdebatan dan ~ mengenai bangsa yang ingin dibangunkan\n." "ungku\ngelaran untuk orang yang berketurunan raja." "ungkul\n[Jakarta];\nungkulan\n lebih unggul (daripada)." "ungkur\n[Jawa];\nberungkur-ungkuran\n mundur (lari) ke merata arah, pergi belakang-membelakangi;\npungkur." "ungsi\nmengungsi\n berpindah ke tempat lain supaya selamat:\ntukang gunting di sebelah kedai kami telah ~ sejak bom yang pertama dijatuhkan;\nmengungsikan\n memindahkan ke tempat yang lebih selamat, membawa mengungsi:\nisteri saya dan anak-anak diungsikan dan tidak ada orang tinggal dengan saya;\npengungsian\n1.\n perihal mengungsi (mengungsikan);\n2.\n tempat mengungsi;\npengungsi\n orang yang mengungsi." "ungti\n[Cina] sejenis patung yang besar (digerak-gerakkan dari dalam)." "ungu\nmerah bercampur biru (seperti warna biji kundang dan lain-lain);\nkeungu-unguan\n agak ungu, kelihatan ungu." "unguh\n[arkaik] tua renta, sangat tua." "uni I\n[Minangkabau] kakak (perempuan)." "uni II\n[Indonesia-Belanda] syarikat, ikatan, persatuan." "UNICEF\nakronim bagi \nUnited Nations International Children\u2019s Emergency Fund\n (Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu)." "UNIDO\nakronim bagi\n United Nations Industrial Development Organization\n (Pertubuhan Pembangunan Industri Bangsa-Bangsa Bersatu)." "uniform\npakaian seragam (dipakai oleh askar, polis, dan lain-lain):\npelajar-pelajar sekolah kerajaan dimestikan memakai ~ sekolah;\nberuniform\n memakai uniform, berpakaian seragam." "unik\ntidak sama dengan yang lain, lain daripada yang lain, tersendiri, luar biasa, istimewa:\njusteru inilah yang membuat revolusi Indonesia itu satu revolusi yang ~; \ndalam setiap tamadun ini, terdapat cara-cara yang ~ bagaimana manusia pada zaman itu menyimpan akaun dan membuat aritmetik;\nkeunikan\n perihal unik, sifat unik:\nsalah satu ciri kegemilangan tamadun Islam ialah ~ sistem ekonomi Islam." "unilateral\n1.\n melibatkan sebelah pihak (satu kumpulan, negara dan sebagainya) sahaja dan tidak yang lain (berkenaan (dengan) tindakan, keputusan, pernyataan dan sebagainya):\nDewan Rakyat menyatakan kekesalan terhadap tindakan ~ negara tersebut; \nnegara itu tidak patut mengambil keputusan ~ tanpa melihat konteks hubungan dua hala dengan negara jiran; \n2.\n berdasarkan satu garis keturunan sahaja, iaitu sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu):\nciri terpenting dalam sistem adat perpatih ialah susunan masyarakat yang bersendikan tradisi ~; \nadat temenggung menarik garis keturunan secara ~ patrilineal." "unilateralisme\ndasar atau prinsip yang membolehkan satu pihak (sebuah negara atau satu kumpulan) sahaja mengambil tindakan atau membuat keputusannya sendiri tanpa persetujuan pihak (negara atau kumpulan) yang lain:\n~, perlindungan dagangan dan liberalisme politik adalah alat yang digunakan untuk mempromosikan konsep globalisasi; \npenjajah Inggeris sememangnya mengamalkan ~ semasa memerintah negara ini dengan matlamat mahu orang Melayu kekal sebagai petani." "UNIMAS\nakronim bagi Universiti Malaysia Sarawak." "uniporem\n[Indonesia-Belanda] uniform." "uniseks\nberkaitan dengan pakaian, dandanan rambut, dan sebagainya yang boleh dipakai, digunakan, atau dilanggani oleh orang lelaki dan juga perempuan:\nseluar ~; \nkedai rambut ~." "unisel\n(Biologi) satu sel (merujuk pada organisma seperti ameba)." "unit\n1.\n kuantiti tertentu yang dijadikan sebagai piawai ukuran (sukatan):\nRinggit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia;\n2.\n sesuatu yang dianggap sebagai entiti tunggal yang lengkap:\nsebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina; \n3\n. \nbahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi:\n~ rawatan jantung;~\n \npemprosesan pusat \n(Komputer) bahagian komputer yang berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer;\n \n~ rawatan rapi \nunit di hospital yang memberikan rawatan dan penjagaan rapi yang berterusan kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal." "UNITAR\nakronim bagi Universiti Tun Abdul Razak." "unitarisme\n[Indonesia-Belanda] fahaman yang cenderung kepada negara yang berupa kesatuan." "UNITEN\nakronim bagi Universiti Tenaga Nasional." "universal\nmeliputi seluruhnya atau semuanya (di dunia ini), sejagat:\nsebenarnya seni itu ~ dan seniman itu hidupnya tidak berdaerah;\nkeuniversalan\n perihal (sifat dan sebagainya) universal:\nsejarah tetap memberi perhatian kepada aspek-aspek yang lebih individualistik, ~ dikaji bersama-sama dengan keindividualan." "universalitet\n[Indonesia-Belanda] keuniversilan." "universil\n[Indonesia-Belanda] universal;\nkeuniversilan\n perihal universil." "universitas\n[Indonesia] universiti:\nU~ Indonesia." "universitet\n universitas." "universiti\ninstitusi atau pusat pengajian tinggi yang memberikan ilmu dalam pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah." "UNIX\n(Komputer) sejenis sistem pengendalian berbilang tugas yang digunakan oleh kebanyakan minikomputer dan stesen kerja komputer." "unjam I\nhunjam." "unjam II\ndaun-daun kelapa yang diikat dengan rotan dan dilabuhkan ke dalam laut (supaya menjadi tempat berkumpul ikan yang hendak ditangkap)." "unjap\npintu lukah yang berbentuk corong, injap." "unjuk I\n~ beritahu \n[bahasa percakapan] memberitahu atau memaklumkan;\n~ yang tidak diberikan \n(peribahasa) berjanji akan memberikan sesuatu tetapi hanya tinggal janji sahaja;\nmengunjuk\n1.\n mengangkat serta menghulurkan tangan (ke atas atau ke hadapan), mengunjurkan tangan;\n2.\n memberi kepada (seseorang) dengan tangan:\n Ini surat daripada abang, Samad ~;\nmengunjukkan\n1.\n mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kepada):\nsampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; \n2.\n memberikan sesuatu dengan tangan yang terhulur (terunjur), menyerahkan (kepada):\ndia ~ sehelai kain batik kepadaku;\n~ tangan;\npengunjukan\n perihal mengunjukkan, pemberian;\nsepengunjuk\n = \n~ tangan \nsetinggi orang berdiri dengan menghulurkan tangan ke atas." "unjuk II\ntunjuk;\nmengunjuk\n menunjuk;\nmengunjukkan\n memberitahu dengan menunjuk, memperlihatkan, menunjukkan:\nPenghulu ~ tempatnya dan tempat ibu bapanya berkedai itu;\npengunjukan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengunjukkan (menunjukkan), sesuatu yang memberitahu atau yang menunjukkan, petunjuk." "unjun\n[sastera lama];\nmengunjun\n menghulurkan (tangan, tali, dan lain-lain) dan menariknya kembali kuat-kuat, menarik (menyentak) kuat-kuat, merentak." "unjung I\n[arkaik]\nkunjung I." "unjung II\n[arkaik];\nmengunjungkan\n mengunjukkan, memberikan (kepada), menghulurkan." "unjur\nmengunjur\n \n1.\n duduk (berbaring) dengan meluruskan kedua-dua belah kaki;\n2.\n menonjol atau menjulur ke luar dari sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur:\nbinaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; \ndilihat dari arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yang ~ dari bumbung;\nmengunjurkan\n1.\n meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), membaringkan dengan meluruskan kedua-dua belah kaki:\ndia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; \n2.\n meramalkan atau menganggarkan sesuatu situasi (hasil, keputusan dan sebagainya) yang akan datang berdasarkan data, fakta dan sebagainya yang sedia ada, memprojeksikan:\nbank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM 85 juta bagi tahun 2003 ini; \nkami ~ 30 peratus pendapatan daripada pendapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005;\nterunjur\n terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki:\nduduk dengan kaki ~;\npengunjuran\n1.\n perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dan sebagainya pada sesuatu permukaan:\nprojektor menayangkan imej ke skrin secara ~; \n2.\n peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu:\npengurusan terutamanya melibatkan perancangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan;\nunjuran\n1.\n bahagian sebelah kaki orang yang sedang berbaring, bahagian tempat kaki mengunjur (pada petiduran), tumpuan kaki:\nanaknya yang tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; \n2.\n anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dan sebagainya masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dan sebagainya yang berlaku sekarang, projeksi:\n~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; \npakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; \n3.\n sesuatu yang mengunjur ke luar dari sesuatu permukaan:\ndi kepalanya terdapat ~ yang kelihatan seperti dua mata kapak; \ndibiarkan ~ kayu atau buluh yang sama panjang di kedua-dua hujung rumah;\nlunjur." "unjut\n[Minangkabau] bungkusan daripada kain empat persegi yang keempat-empat puncanya disimpul sekali;\nmengunjuntukan\n membuat unjut (daripada sapu tangan dan lain-lain)." "unsat-unsat\nsejenis ikan laut, \nPlotosus anguillaris." "unsur\n1.\n bahagian (yang terkecil) daripada sesuatu benda, bahagian benda yang tidak dapat dibahagi-bahagikan lagi (dengan sebarang proses kimia), bahan (zat) asal:\n~ boleh dibahagi kepada dua kumpulan utama, logam dan bukan logam;\n~ nadir bumi \n(Kimia) unsur dalam siri lantanid;\n \n~ surih \n(Kimia) unsur dan sebatiannya yang diperlukan oleh organisma hidup pada kadar yang sangat kecil;\n 2.\n [kiasan] bahan, anasir:\nbuku-buku sejarah yang ada masih penuh dengan ~-~ subjektif yang kurang penting; \nbeliau juga membawa ~-~ yang memberi semangat kepada rakyat di samping lagu cinta dan kasih sayang;\nberunsur\n mempunyai unsur, bersifat:\ncerita pendek dan rencana Salim ~ cercaan dan sindiran;\nberunsurkan\n mengandungi (mempunyai, berasaskan, dan sebagainya) unsur-unsur tertentu:\npandangan-pandangan mereka yang ~ Barat." "unsuri\n[sastera lama] berkaitan dengan unsur (asal mula dan lain-lain)." "unta\nsejenis binatang besar yang lehernya panjang (kuku berbelah dan belakangnya berbonggol satu atau dua), \nCamelus spp.; \nburung ~\n sejenis burung besar yang boleh berlari dengan tangkas, \nStruthio camelus;\nbagai ~ menyerahkan diri \n(peribahasa)\na) orang yang sangat patuh menurut perintah;\n b) mengaku salah serta bertaubat daripada kesalahan itu;\n c) orang yang bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang yang cerdik." "untai\n1.\n benang atau tali yang digunakan untuk mencucuk buah tasbih (manik dan lain-lain);\n2.\n penjodoh bilangan untuk rangkaian benda yang dicucuk (seperti rantai manik, kalung mutiara, dan sebagainya), utas:\ndua ~ kalung mutiara;\n3.\n = \nuntaian\n karangan, rangkaian;\n4.\n serangkap (pantun, sajak, dan lain-lain), serangkai:\nsajak empat se~ ini barangkali memang agak umum sedikit;\nberuntai, beruntaian, menguntai\n tampak menjuntai, berjuntai-juntai;\nberuntai-untai\n banyak untainya, beberapa untai (kalung dan lain-lain), berangkai-rangkai:\nmaka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yang berjuntai ~ ;\nteruntai\n tergantung beruntai-untai;\nuntaian\n1.\n sesuatu yang bersambung-sambung seperti rantai, karangan, rangkaian;\n2.\n sesuatu yang berturutan (berkenaan (dengan) peristiwa dan lain-lain), rentetan:\nhidup kita ini adalah ~ perubahan, tidak ada yang diam, tidak ada yang kekal; \nkenapa ~ katanya tidak begitu kemas dan teratur lagi?" "untal\nbutir atau biji (seperti pil), gentel;\nmenguntal\n membuat berbutir-butir (seperti pil), menggentel." "untang\n~-anting \ntergoyang-goyang atau terayun-ayun (berkenaan (dengan) benda yang tergantung)." "until I\nbutir yang kecil-kecil seperti pil;\nseuntil\n sebutir kecil, sedikit sekali;\nuntal." "until II\nmenguntil\n1. = teruntil-until\n terayun-ayun (berkenaan (dengan) barang-barang yang tergantung);\n2.\n mengerjakan sesuatu sedikit-sedikit (dengan berdikit-dikit)." "unting I\nseikat atau segabung (berkenaan (dengan) tali, benih padi, dan lain-lain), seberkas;\nunting-unting\n rumbai-rumbai pada layang-layang;\nberunting\n merupakan unting (berkas)." "unting II\nunting-unting\n = \ntali ~ \ntali yang berbandul untuk mengukur tegak tidaknya sesuatu benda (seperti tiang dan lain-lain);\nmengunting\n mengukur lurus tidaknya sesuatu (seperti tiang dan lain-lain) dengan menggunakan unting-unting." "unting-unting\nsejenis tumbuhan (pokok), kelumpang, perupuk, rongga jantan, \nSterculia maingayi." "untir\n[Jawa] [arkaik];\ngelang ~ \nsejenis gelang yang berbentuk tali dipulas (dipintal), gelang yang berpilin;\nmenguntir\n menjadikan berpulas (berpilin), memilin, memulas." "untuk\n1.\n ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dan lain-lain):\ntanah getah yang lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yang dua ekar itu ~ adikmu; \n2.\n guna, bagi, buat:\nwang ~ membeli makanan; \nruang ~ bekerja;\n3.\n (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan:\nditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; \ndibawanya buluh rencong ~ senjata;\n4.\n (bermaksud) hendak:\nsaya terlalu takut ~ lari; \n5.\n (diberikan, dihantar) kepada:\nbeliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; \n6.\n (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat:\n~ melihat dengan jelas penyimpangan dari segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta;\n~ memahami keadaan yang berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkembangan sebelumnya;\nberuntuk\n1.\n (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing;\n2.\n sudah ditetapkan bahagian masing-masing:\npusaka itu belum lagi ~;\nmemperuntukkan, menguntukkan\n menetapkan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dan lain-lain):\nperbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; \nmaka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang untuk pertahanan dan keselamatan negara;\nteruntuk\n1.\n sudah ditetapkan sebagai bahagian seseorang (sesuatu keperluan dan lain-lain);\n2.\n ditetapkan (dikhususkan) bagi seseorang;\nperuntukan\n1.\n sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dan lain-lain) yang ditetapkan (ditentukan) untuk:\nDewan Rakyat telah meluluskan ~ untuk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; \n2.\n syarat atau ketentuan (dalam undang-undang dan sebagainya):\n~ undang-undang untuk membataskan poligami." "untung\n1.\n apa yang telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib:\nbukan sebab keberanian dan kegagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~; \n2.\n tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur:\n ~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis;\n3.\n = \nkeuntungan\n hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan (seperti perusahaan, perniagaan, dan lain-lain) yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba:\nberdagang dengan tidak mendapat ~;\n4.\n faedah, guna, manfaat:\ncuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yang tidak mengasihi kita;\n~ atas kertas \n(Ekonomi) untung yang belum nyata yang diperoleh pelabur disebabkan kenaikan harga asal saham yang dimilikinya, dan keuntungan sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual;\n \n~ baik (buruk) \nnasib baik (buruk);\n \n~ batu \nki nasib yang buruk (sial);\n \n~ bersih \nlaba yang diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dan lain-lain);\n \n~ besar \nlaba yang banyak;\n \n~ kasar \nlaba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dan lain-lain);\n \n~ malang \na) nasib yang buruk (sial, celaka);\n b) nasib;\n \n~ modal \n(Ekonomi) laba modal;\n \n~ nasib \nnasib badan;\n \n~ rugi \na) laba atau rugi;\n b) manfaat atau mudarat;\n \n~ sabut \nki nasib yang selalunya baik (mujur);\n \n~ sebelum cukai \n(Ekonomi) keuntungan yang diperoleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yang berkaitan;\n~ ada, tuah tidak \n(peribahasa)\na) pulang pokok sahaja;\n b) seseorang yang mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dengan segera juga balik menjadi rugi dan hilang pendapatannya;\n \n~ melambung, malang menimpa \n(peribahasa) seseorang yang mengalami kemalangan dan hilang pengharapan serta beroleh kesusahan pula;\n \n~ sabut timbul, ~ batu tenggelam \n(peribahasa) jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah;\n \n~ sepanjang jalan, malang sekejap mata \n(peribahasa) kemalangan itu datangnya dengan tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati);\n \n~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak \n(peribahasa) nasib seseorang itu tidak dapat diubah;\n \nharapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan \n(peribahasa) kerana mengharapkan laba yang besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan;\nuntung-untung\n1.\n barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau:\ncubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yang buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; \n2.\n ada juga baiknya (barangkali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan:\nbiarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku;\nuntung-untungan\n jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kepada nasib, nasib-nasiban:\n~ mengerjakan pekerjaan yang besar bahayanya; \nkasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang, Kamal bersuara ~;\nberuntung\n1.\n memperoleh untung, mendapat laba:\nbukan dia sahaja yang ~ begitu, banyak lagi orang kita yang lain-lain; \n2.\n bernasib baik, bahagia, mujur:\nsiapa ~, dialah menang;\n3.\n berjaya, berhasil;\nmenguntungkan\n1.\n mendatangkan untung (laba), memberi untung (kepada):\nperniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yang paling ~ atau merugikan; \n2.\n menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan:\nkalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat;\n3.\n memberi faedah, berguna, bermanfaat:\nkeadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yang lebih ~ untuk mengadakan revolusi;\nkeuntungan\n1.\n = \nkeberuntungan\n perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujuran:\ntidak ada apa-apa lagi yang menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; \n2.\n laba, untung:\ntakkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~;\n3.\n (sesuatu) yang mendatangkan untung, manfaat:\ndengan itu, berakhirlah istiadat yang telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yang tidak memberi apa-apa ~;\nperuntungan\n untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang:\nmenitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya;\nseperuntungan\n sama peruntungan, senasib:\nCik Yon yang telah dipandangnya sebagai belahan dirinya, yang dianggapnya sebagai kongsi ~, akan bercerai daripadanya." "untut\n1.\n penyakit bengkak pada kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dan lain-lain);\n2.\n (Perubatan) penyakit yang menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkitan cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis;\nharapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan \n(peribahasa) percaya kepada orang yang malas;\n \nkaki ~ dipakaikan gelang \n(peribahasa) maksud hendak memperelok tetapi menjadi bertambah buruk;\n \nlain yang bengkak, maka yang bernanah lain, yang ~ lain, yang mengisut lain\n (peribahasa) lain yang bersalah, lain yang kena hukum." "unyai\n[Minangkabau];\nberunyai, berunyai-unyai\n sengaja membuat sesuatu lambat-lambat, sedikit demi sedikit, berlambat-lambat, berlengah-lengah;\n \n~ bak hujan pagi \n(peribahasa)\na) mesyuarat atau percakapan yang tidak penting tetapi berpanjang-panjang;\n b) pekerjaan yang dikerjakan lambat-lambat dan terhenti-henti pada hal dapat dikerjakan dengan lekas;\nmengunyai\n mengerjakan sesuatu dengan lambat-lambat." "unyi\nhuni." "upa-\n[Indonesia] \nawalan asing \nyang di bawah, pembantu, misalnya \nupaduta." "upacara\n1.\n alat kerajaan, tanda kebesaran (pedang, payung, dan lain-lain);\n2.\n majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat):\nseisi negeri menyaksikan ~ perkahwinan tersebut;\n3.\n seluruh perbuatan yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu (untuk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik, dan lain-lain):\n~ penobatan;\n~ perasmian persidangan;\n4.\n [sastera lama] perihal menghormati dengan rasmi (tetamu dan lain-lain), penghormatan rasmi." "upaduta\n[sastera lama] penolong (naib, timbalan) duta besar." "upah\nwang dan lain-lain yang diberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan:\naku diberi ~ seringgit untuk mengangkat beg;\n~ bidan \nupah yang diberikan kepada bidan;\n \nmakan (mengambil) ~ \na) bekerja dengan mendapat upah;\n b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu;\n c) [kiasan] menerima rasuah, makan suap;\nberupah\n (melakukan sesuatu) dengan mendapat upah, menerima upah, dengan upah:\ndia sendiri juga membawa makanan dan segala perkakas itu dengan tiada ~;\nmengupah\n menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dengan membayar upah, menyuruh bekerja dengan memberi upah:\nmaka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran;\nmengupahi\n membayar upah kepada:\nmereka telah diupahi membakar rumah itu;\nmengupahkan\n menyuruh orang mengerjakan sesuatu dengan membayar upah:\nkpada siapa engkau upahkan menjahit baju engkau?\nupahan\n1.\n = \norang ~ \norang yang bekerja dengan mendapat upah, orang gaji;\n2.\n orang yang diupah;\n \naskar (tentera) ~ \naskar yang berkhidmat kerana upah;\n3.\n upah;\npengupah\n orang yang memberi upah:\nmaka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya." "upak\n[arkaik];\nmengupak\n1.\n menyalakan kembali api yang hampir padam, memarakkan api;\n2.\n [kiasan] membangkitkan kemarahan, menghasut." "upam\nmengupam\n menjadikan berkilat (emas dan lain-lain), menggilapkan, mengilatkan, mengilaukan:\nSeri Bija Diraja juga yang tiada bergerak dari tempatnya, duduk ~ hulu kerisnya;\nterupam\n sudah diupam, berkilat:\npada lehernya penuh genta daripada suasa yang ~;\n upaman\n1.\n yang sudah diupam, barang yang diupam;\n2.\n cara mengupam;\npengupam\n1.\n alat yang digunakan untuk mengupam;\n2.\n orang yang mengupam." "upan\nsejenis burung, serai-serai, \nMelanochlora sultanea flavocristata." "upar\nmengupar, menguparkan\n menggenteli dengan telapak tangan." "upas I\nracun yang berasal daripada pokok (ipuh dan lain-lain);\n \npohon ~ \nsejenis tumbuhan (pokok yang menghasilkan racun), \nAntiaris toxicaria;\nmakan ~ berulam racun \n(peribahasa) sentiasa hidup dalam kesusahan." "upas II\nopas." "upat I\numpat I." "upat II\nsejenis tumbuhan (rumpai), kerunung padi, metubung, telur ikan, \nPanicum repens (trigonum)." "upau\nC\npau II." "upaya\nusaha untuk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar:\nkalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~;\nseupaya-upaya, seupaya-upayanya\n setakat mana yang terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya;\nberupaya\n1.\n berusaha dengan sekuat tenaga, berdaya upaya;\n2.\n berkebolehan, berkemampuan, mampu, dapat, sanggup:\nmenteri yang berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari;\nmengupayakan\n1.\n mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan;\n2.\n mengambil tindakan (supaya);\n3.\n menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dan sebagainya) mencapai sesuatu, membolehkan:\npenerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sebagai wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; \nstrukur organisasi yang ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif;\nterupaya\n sanggup, mampu;\n \ntidak ~ \ntidak sanggup (mampu);\nkeupayaan\n kesanggupan (kebolehan) untuk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampuan:\nkanak-kanak mempunyai perangai, kecenderungan, dan ~ yang berbeza; \nbahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ untuk menjadi sebuah bahasa moden;\nberkeupayaan\n mempunyai keupayaan:\nsatu variasi yang lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dalam masyarakat kita;\nketidakupayaan\n perihal (sifat dan sebagainya) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan:\n~ penulis untuk menjadi tokoh atau pemimpin politik;\n pengupayaan\n perihal (perbuatan, tindakan, usaha dan sebagainya) menjadikan berupaya (berkemampuan, berkebolehan dan sebagainya) untuk mencapai sesuatu:\nsistem yang lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kepada pembinaan keusahawanan; \nisu yang lebih penting ialah ~ golongan miskin ini untuk mempunyai pendapatan yang lebih tinggi." "upet\n[Jawa] tali api-api (daripada sabut dan lain-lain), tunam." "upeti\nufti." "upholsteri\nfabrik dan bahan-bahan lain untuk membalut kerusi, sofa dan sebagainya." "upiah\nburung ~ \nburung upih." "upih I\npangkal pelepah yang lebar dan tipis (pada pokok palma seperti pinang dan lain-lain);\n \nrupa ~ disiat\n [kiasan] pucat benar;\nmengupih\n [kiasan] sudah tua benar (pakaian dan lain-lain)." "upih II\nburung ~ \n= \nupih-upih\n a) sejenis burung, burung upiha, \nIbis cinereus; \nb) sejenis burung, \nIbis leucocephalus." "upik\n[Minangkabau] = \nsi ~ \npanggilan kepada anak perempuan:\nhai ~, baru kelmarin kau memakan garam dunia, kau belum tahu belit-belitnya; \nsi ~ jantan \nperempuan yang berkelakuan seperti lelaki;\nbelum tentu si ~ si buyungnya \n(peribahasa) belum tentu keputusan (kesudahan) sesuatu perkara." "UPKO\nakronim bagi \nUnited Pasok-Momogun Kadazan Organisation\n (Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu)." "UPM\n[kependekan] Universiti Putra Malaysia (dahulunya Universiti Pertanian Malaysia)." "UPP\n[kependekan] Unit Pencegah Penyeludupan." "UPSI\nakronim bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (dahulunya Maktab Perguruan Sultan Idris)." "upsilon\nhuruf ke-20 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u03a5, \u03c5." "UPSR\n[kependekan] Ujian Penilaian Sekolah Rendah." "ura-ura\n1.\n [sastera lama] mesyuarat, perbincangan, perundingan, pembicaraan;\n2.\n cadangan, usul:\nada ~ persatuan itu mahu menubuhkan kedai syarikat kerjasama;\nberura-ura\n1.\n [sastera lama] bermesyuarat, berbincang, berunding;\n2.\n merancang-rancang, bercadang, bermaksud, bertujuan:\npernah juga dia ~ hendak menulis cerita berdasarkan percintaan guru sama guru; \nnegara-negara di rantau ini tidak ~ hendak menubuhkan pakatan tentera;\nmengura-urakan\n1.\n = \nmemperura-urakan\n membicarakan, membincangkan:\nakan pekerjaan ini jangan kita perura-urakan kerana rakyat yang mengeliling kota ini suka juga; \n2.\n merancang-rancangkan, mencadangkan, mengusulkan:\npersidangan itu diura-urakan oleh Parti Rakyat." "urah\n[Minangkabau];\nmengurah\n1.\n meruntuhkan (merombak, membongkar) timbunan dan lain-lain;\n2.\n membuka ikatan dan lain-lain, menguraikan;\n3.\n menceritakan sesuatu, mengisahkan, meriwayatkan." "urai\n1.\n tidak pukal atau padat, berbutir-butir;\n \nemas ~ \nemas yang berbutir-butir halus;\n2.\n lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dan sebagainya), bercerai-cerai;\nilmu ~ \n[Indonesia] kaji bina tubuh, anatomi;\nberurai\n1.\n (menjadi, dalam keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dan sebagainya), bercerai-cerai;\n2.\n = \nberuraian\n berderai-derai, bercucuran:\n~ air matanya; \nkeringatnya beruraian;\nmengurai\n1.\n menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dan sebagainya), berurai, menghurai;\n2.\n (menjadi) mekar terbuka:\nrambut yang ~; \nmayang ~;\n3.\n = \nmenguraikan;\nmenguraikan\n1.\n membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dan sebagainya), menghuraikan;\n2.\n menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dan sebagainya);\n \n~ janji \nmembatalkan janji (perjanjian);\n \n~ nikah \n[Minangkabau] menceraikan isteri;\n3.\n memecahkan kepada unsur atau juzuk yang menjadi bahagian-bahagian sesuatu (seperti sebatian dan lain-lain):\nair boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen;\nterurai\n1.\n sudah diuraikan (ikatan, rambut, dan lain-lain), terhurai;\n2.\n sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dan sebagainya):\nikatan janji setia yang tersimpul dengan teguh dan tidak akan ~;\n3.\n sudah dipecahkan kepada atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yang kecil-kecil);\npenguraian\n perihal menguraikan, perbuatan dan sebagainya memecahkan kepada unsur-unsur dan sebagainya sesuatu;\nhurai." "uran-uran\n[Jawa] sejenis nyanyian, tembang." "urang\n kayu ~ \nsejenis tumbuhan (pokok), \nErythroxylon cuneatum." "urang-aring\norang-aring." "uranium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang radioaktif, berwarna putih keperakan, dan digunakan untuk menghasilkan tenaga nuklear, senjata nuklear, dan lain-lain." "Uranus\nplanet yang ketujuh jauhnya dari matahari." "urap I\nsejenis bedak cair yang kuning warnanya dan berbau harum, bedak wangi yang cair, boreh;\nberurap-urap, berurap-urapan\n berpupur dengan urap, berlumas dengan urap:\nia berkain segara kuning, bersunting bunga semandarsah, berurap-urapan hingga leher;\nmengurap, mengurapi\n memupurkan badan dengan urap, melumasi badan dengan urap;\nmengurap-urap\n menggosok-gosok, menyapu-nyapu akan:\ntidak ada lagi yang akan ~ kepalaku yang telah beruban dengan tangan yang lembut;\nmengurapkan\n menyapukan, menggosokkan:\nmaka sapu tangan itu diurapkan ke muka perempuan itu;\nurapan, urap-urapan\n (sesuatu) yang digunakan untuk mengurap:\nkelembak kesturi urap-urapan." "urap II\nkelapa yang diparut serta dirempahi (untuk dimakan dengan ubi dan lain-lain);\n \npulut ~ \npulut yang dibubuhi (dicampuri) urap;\nmengurap\n mencampuri (membubuhi) urap." "uras\n1.\n [Minangkabau] sejenis ubat yang dilumas pada tubuh, air ubat, param;\n2.\n sihat, sembuh (daripada sakit);\nberuras\n1.\n menggunakan uras sebagai ubat, mengubati dengan uras;\n2.\n [kiasan] dihiburkan atau dipersenang (hati dan lain-lain);\nbagai ~ katang-katang \n(peribahasa) perihal orang yang sedang panas hati (hendak berkelahi);\nmenguras, mengurasi\n1.\n melumas badan dengan uras, mengubati (dengan uras);\n2.\n menyembuhkan, mengubatkan;\nmenguraskan\n melumaskan uras, menggunakan sesuatu sebagai uras (ubat)." "urat I\n1.\n = \n~ darah \nsaluran kecil-kecil dalam tubuh yang membawa (mengalirkan) darah, pembuluh darah;\n2.\n = \n~ daging \ntisu pada daging yang halus seperti benang;\n3.\n gumpalan daging yang menggerakkan bahagian badan, otot;\n4.\n = \n~ saraf \ntisu yang menjadi alat perasa, asabat;\n5.\n garisan-garisan yang kelihatan pada permukaan kayu, (batu marmar dan lain-lain);\n6.\n serat yang terdapat pada kayu, tisu pada tumbuh-tumbuhan;\n7.\n tulang daun:\ndaun pokok ini mempunyai ~ yang selari antara satu sama lain; \n8.\n akar (pada tumbuh-tumbuhan);\n9.\n penjodoh bilangan untuk gelang atau benda yang kecil (halus) dan panjang (seperti rotan dan lain-lain):\ndi pergelangan tangannya membelit dua ~ gelang halus diperbuat daripada emas; \n10.\n [kiasan] asal mula (sesuatu hal), pokok pangkal;\n \n~ amris \nurat di kiri kanan batang leher;\n \n~ benang \njalur benang (pada jahitan);\n \n~ belikat \notot pada belikat;\n \n~ daun \ntulang-tulang daun;\n \n~ daya \ngarisan (titik-titik, jaluran) yang menunjukkan aliran tenaga dan lain-lain;\n \n~ kata \nakar kata;\n \n~ keting \notot di atas tumit;\n \n~ leher \notot pada leher;\n \n~ nadi \nsaluran darah yang berdenyut pada pergelangan tangan;\n \n~ pengetul \notot pada lengan (atau kaki) untuk melipatkan lengan (atau kaki);\n \n~ tendon\n sejenis tisu yang menghubungkan otot dengan tulang;\n \n~ tunggal \n= \n~ tunggang \nakar tunjang (pada tumbuh-tumbuhan);\nmenghendaki ~ lesung\n (peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak mungkin akan dapat;\n \nnan berseluk ~, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk \n(peribahasa) [Minangkabau] orang yang berkaum menurut adat;\nberurat\n1.\n mempunyai urat;\n2.\n mempunyai akar, berakar:\nke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~;\n~ berakar \na) sudah mendalam benar (perasaan dan lain-lain);\n b) sudah lama (di sesuatu tempat dan lain-lain);\nberhati baja, ~ kawat \n(peribahasa) orang yang tabah serta keras hati." "urat II\ndaun ~ \nsejenis tumbuhan (herba), \nPlantago major." "urat III\nbahagian tubuh yang haram didedahkan (menurut agama Islam);\n \ngila ~ \nlelaki yang gila perempuan;\naurat." "urat IV\nmengurat\n mengusik-ngusik perempuan (untuk memikat), mengganggu perempuan:\nburuh-buruh yang ramai turun dari lori bersiul-siul ~ Rokiah" "urat-urat\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sagu paya, bunga petaya, \nDalbergia stercoracea." "uraturia\n(Perubatan) kehadiran asid urik yang berlebihan dalam air kencing." "urbanisasi\nproses, usaha, dan sebagainya menjadikan sesuatu keadaan, kawasan, dan sebagainya bersifat bandar, pembandaran:\nbegitu juga hasil daripada industrialisasi dan ~, berlakunya perhijrahan dari desa ke kota;\nmengurbanisasikan\n menjadikan sesuatu kawasan itu bandar, membandarkan." "urdi\nperintah;\nordi, rodi." "Urdu\nbahasa rasmi di Pakistan, yang juga merupakan bahasa utama terutamanya di kalangan penduduk Islam di India." "urea\n(Kimia) sejenis sebatian berhablur yang mengandungi ammonia dan karbon dioksida (biasanya terdapat dalam air kencing);\n \nbaja ~ \nsejenis baja buatan daripada urea dan lain-lain." "uremia\n(Perubatan) keadaan apabila kepekatan urea dalam darah melebihi paras normal." "ureter\n(Biologi) saluran yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing." "ureterektomi\n(Perubatan) pembuangan seluruh atau sebahagian ureter secara pembedahan." "uretra\n(Biologi) saluran yang menyalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh, salur kencing." "uretritis\n(Perubatan) radang pada uretra." "uri I\ntembuni." "uri II\nmenguri\n berpusing ligat (berkenaan (dengan) gasing)." "urian\n[Arab] [sastera lama] telanjang bulat, bogel." "uribang\n[Jakarta];\nkembang ~\n bunga raya." "urik\n[Jakarta];\nmengurik, mengurik-urik\n mengorek-ngorek dengan benda yang kecil." "urin\n(Perubatan) air kencing." "uring I\n[Jakarta];\nuring-uring, uring-uringan\n marah-marah (dengan mengomel dan lain-lain)." "uring II\n[Minangkabau] alur yang letaknya di antara bibir atas dengan hidung, oreng." "urip\n[Jawa], [sastera lama] hidup." "uris\n[Minangkabau] baris, garis, gores;\nberuris-uris\n berbaris-baris, bergaris-garis, bergores-gores." "urit, urita\n[arkaik] berita, warta:\n~nya baginda beristerikan puteri bongsu." "uritan\n[Jawa] ibu (bakal) telur." "urna\n[sastera lama] warna." "urologi\ncabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan fisiologi, penyakit, dan rawatan saluran kencing." "urtikaria\n(Perubatan) tindak balas alergi pada kulit yang ditandai dengan letusan bintat merah yang gatal." "uruk\n[Jakarta];\nmenguruk\n1.\n menimbun atau menimbus (dengan tanah dan lain-lain):\nburung itu mengangkut kayu dan batu dari Bukit Barat untuk ~ laut; \n2.\n membumbun atau menambun (pangkal pokok)." "urung\ntidak jadi (permainan dan lain-lain), batal:\nmaka ~lah maksud orang itu daripada memiliki tanah itu;\n \ntidak ~ \ntidak boleh tidak;\nmengurungkan\n menjadikan tidak jadi, membatalkan (maksud, tujuan, dan lain-lain):\nmaksud hendak berjalan keluar diurungkan." "urup\nurup-urup\n \nkedai ~ \nkedai tempat menukar wang;\nmengurup\n1.\n [sastera lama] menukar wang (wang besar dengan wang kecil dan lain-lain);\n2.\n menukar barang dengan barang (dalam perdagangan dan lain-lain);\nurup-urupan\n berniaga dengan menukar-nukar barang dagangan;\npengurup\n penukar wang." "urus\n~ janji\n hal yang berkaitan dengan urusan perniagaan;\n \nsalah ~ \ntidak dikelolakan (diselanggarakan) dengan baik atau teratur;\n \ntidak ~ \ntidak terpelihara (teratur);\nberurus\n1.\n berhubungan untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan lain-lain:\nPak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yang baru itu; \n2.\n dijaga (terpelihara) dengan baik, tersusun rapi:\ntidak ~ kamar ini; \nrambutnya tidak ~;\nmengurus\n1.\n menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun:\nrambutnya jarang diurus baik-baik; \n2.\n mengatur (menyelenggarakan) sesuatu supaya sempurna;\n =\n menguruskan\n mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dan lain-lain):\ndia sudah tua, tidak ada siapa yang ~ kebun getahnya; \npenduduk kampung yang masih hiduplah yang ~ mayat itu; \n3.\n menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dan lain-lain), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dan lain-lain):\nanaknya yang tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yang kecil di rumah; \nanak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; \n4.\n = \nmenguruskan\n menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan, perdagangan, dan lain-lain), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dan lain-lain), mengelolakan, menjalankan:\nsuami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; \npermintaannya itu tidak diuruskan oleh ibu bapanya; \npegawai-pegawainya ramai untuk ~ hal-hal seperti itu; \n5.\n menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dan lain-lain):\nhal pembunuhan itu sedang diurus oleh polis;\nterurus\n sudah diurus, terjaga (terpelihara) dengan baik:\nmereka melihat rambut yang tidak ~; \nkesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik;\n teruruskan\n dapat diuruskan:\nkalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui P[Indonesia-Belanda]G;\nurusan\n1.\n sesuatu yang diurus, pekerjaan dan sebagainya yang harus diuruskan:\nMuluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; \nIslam membebaskan juga perempuan memegang sebarang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; \n2.\n hal (perkara, soal, dan lain-lain) yang perlu diberi perhatian atau diuruskan:\nsaya datang ke mari kerana ada ~ penting;\n 3.\n sesuatu yang ada kaitannya dengan (pekerjaan, tugas, dan lain-lain), segala yang bersangkut paut dengan (sesuatu):\nguru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; \n4.\n pengelolaan, penyelenggaraan:\nkerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap;\n~ peribadi \nhal-hal yang berkaitan dengan diri seseorang;\n \n~ rumah tangga \nsegala sesuatu yang mengenai rumah tangga;\n \n~ umum \nurusan mengenai berbagai-bagai hal;\nberurus; \nberurusan\n1.\n mengadakan hubungan (dengan), berhubungan (dengan):\nnegara itu tidak akan ~ lagi dengan badan-badan khusus Bangsa-Bangsa Bersatu seperti UNICEF, FAO, dan UNESCO; \nini orang Afrika Selatan yang pertama kali ~ dengan aku; \n2.\n turut campur (dalam sesuatu hal), ikut serta (mencampuri):\naku tidak mahu ~ dengan hal keluarga engkau;\n 3.\n mempunyai urusan (dengan), ada kaitannya (dengan), ada sangkut-paut (dengan), bersangkut-paut (dengan):\nmereka telah terbukti ~ dengan penyeludupan candu itu; \n4.\n mempunyai sesuatu perkara dan lain-lain yang harus diselesaikan (dengan sesuatu pihak dan lain-lain):\ndia segan ~ dengan polis mengenai perkara itu; \n5.\n mengelolakan (memberi perhatian kepada) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dan lain-lain):\nmereka ~ dengan hal masing-masing;\nkeurus, keurusan\n [Jakarta];\ntidak ~ \ntidak terpelihara (dijaga, diurus) dengan baik;\npengurusan\n perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dan lain-lain):\npentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;\nkepengurusan\n (\nhal-hal) yang berkaitan dengan cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus:\nkerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dengan kemajuan teknologi;\npengurus\n1.\n (orang dan lain-lain) yang mengurus, (orang dan lain-lain) yang menjalankan pengurusan:\ndia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; \n2.\n orang yang mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dan sebagainya:\npentadbiran syarikat diserahkan kepada seorang ~ dan sebuah jawatankuasa;\n~ agung \n= \n~ besar \npengurus yang tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dan lain-lain);\n \n~ harian\n pengurus yang menjalankan tugas hari-hari;\n \n~\nlini \npengurus yang bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi:\nperancangan merupakan fungsi utama ~ lini;\n~ syarikat \norang yang menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat." "urus niaga\nurusan perniagaan, kegiatan jual beli;\nberurus niaga\n berurusan jual beli:\nkecemerlangan\n \n~; \npeniaga Jerman dikehendaki mendapatkan lesen untuk ~ dengan firma asing;\nmengurusniagakan\n menjalankan kegiatan jual beli (perniagaan dan sebagainya):\n sejumlah 9000 unit saham Metrojaya diurusniagakan sebaik sahaja pasaran dibuka." "urus setia\n1.\n = \npejabat ~ \npejabat yang bertanggungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antarabangsa, sekretariat;\n2.\n kakitangan pejabat urus setia, sekretariat;\n 3.\n bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat;\nberurus setia\n mempunyai urus setia (sekretariat);\nkeurusetiaan\n (segala hal) yang berkaitan dengan tugas, fungsi, aktiviti dan sebagainya urus setia:\nuntuk membincangkan dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ~ sidang MABBIM yang akan datang." "urus-urus\n[Jawa]\n1.\n sejenis ubat pencuci perut, ubat pencahar;\n2.\n mencuci perut dengan minum ubat pencahar;\npurus II." "urut I\nminyak ~ \nminyak angin dan lain-lain yang digunakan ketika memicit atau menggosok badan;\n \nrumah ~ \nrumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya;\n \ntukang ~ \ntukang picit (badan), orang yang memicit-micit (meramas-ramas dan sebagainya) badan seseorang atau tempat-tempat yang bengkak (terseliuh dan lain-lain);\nberurut\n (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan):\nbarangkali sudah tidak banyak orang yang ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi;\nmengurut\n1.\n memicit-micit dan menggosok-gosok (badan orang) dengan tangan, mesin dan sebagainya (untuk menyegarkan, menyembuhkan, dan lain-lain), menekan-nekan dan menggosok dengan jari:\norang yang diurut itu berasa segar; \n2.\n menggosok perlahan-lahan dengan tangan (untuk membelai dan lain-lain), mengelus-ngelus, mengusap-usap:\ndia ~ bahu anaknya, membetulkan rambut panjangnya, dan menasihatkan lagi;\n 3.\n memicit dengan tangan dan kemudian melurut;\n~ dada \nki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dan lain-lain);\n \n~ kuduk \nki membujuk-bujuk;\nmengurut-urut\n mengurut berulang kali:\ntangannya pula turut ~ dada ibunya;\nmenguruntukan\n menggosokkan, mengusapkan:\nia minta hamba ~ lengannya yang terseliuh;\nurutan\n1.\n gerakan tangan, mesin dan sebagainya untuk mengurut bagi melegakan rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dan sebagainya:\ndia melakukan ~ uk merangsang peredaran darah;\n2.\n hasil mengurut:\n~nya melegakan rasa lenguh;\npengurutan\n perbuatan dan sebagainya mengurut:\n~ pada otot-otot, bermula dari ibu kaki;\n pengurut\n1.\n orang yang mengurut, tukang urut:\ndia ~ yang berpengalaman; \n2.\n alat untuk mengurut (anggota badan dan sebagainya):\nsetiap bilik itu dilengkapi ~ kaki untuk melegakan badan." "urut II\nangka (nombor) ~ \nangka (nombor) yang berturut-turut;\nberurut-urut, berurut-urutan\n berturut-turut (nombor, bilangan, dan lain-lain), beriring-iringan, beruntun-runtun;\nurutan\n susunan (kejadian) yang berturut-turut, susunan yang teratur, rentetan:\n~ peristiwa dalam T.N. kadangkala mengelirukan kerana susunannya tidak teratur; \nmenghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan, mengalami bermacam ~ peristiwa serta menerima berbagai-bagai perubahan." "usah\n1.\n mustahak, perlu:\ntak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; \n2.\n jangan:\n~ menangis, bawalah bertenang;\n~ dibimbangkan hal itu;\nusahkan\n1.\n jangankan:\nwahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar\n \nnamanya baru inilah; \n2.\n bukannya, jangankan, tidak pula:\nmakin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh;\n 3.\n daripada, dari." "usaha\ndaya upaya (ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dan lain-lain) untuk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu:\nrajin dan ~ adalah tangga kejayaan; \nsebelum Marsden, belum ada ~-~ untuk menerbitkan teks dari naskhah Melayu lama secara ilmiah;\nbadan ~ \nbadan yang melaksanakan sesuatu (usaha) untuk memperoleh hasil;\n \n~ bersama \npekerjaan yang dilakukan bersama;\n \n~ campuran \nusaha oleh beberapa pihak yang tergabung;\n \n~ kerajinan tangan \npekerjaan tangan (seperti membuat tikar, mengukir, dan lain-lain);\n \n~ niaga\n usaha atau kegiatan perniagaan;\n \n~ perladangan (perlombongan) \npekerjaan perladangan (perlombongan);\nberusaha\n bekerja dengan giat untuk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (untuk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha:\nmereka ~ dengan sungguh-sungguh untuk mencapai matlamat mereka; \nkerajaan ~ untuk menambah hasil pengeluaran getah;\nmengusahakan\n1.\n melakukan (membuat) segala yang perlu (seperti pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dan lain-lain) untuk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dan sebagainya) sesuatu, mengerjakan sesuatu dengan sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan:\ndia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; \nkemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; \n2.\n mencari jalan (daya usaha dan lain-lain) untuk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dan sebagainya), mengikhtiarkan, mengupayakan:\nkita tidak lama lagi akan hidup seperti orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya;\n 3.\n = \n~ dirinya \nbekerja (bergiat) dengan sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras:\ndia terlalu sangat rajin ~ dirinya dalam pelajaran;\n4.\n mengurus sesuatu (pertubuhan dan lain-lain) supaya berjalan dengan baik, menyelenggarakan:\njikalau perkara itu berkenaan dengan cukai maka Kementerian Kewanganlah yang akan ~nya; \n5.\n menghasilkan, membuat, mengarang (buku dan lain-lain), menyelenggarakan sehingga (selesai):\nterjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri;\nperusahaan\n1.\n pekerjaan (kegiatan dan sebagainya) secara besar-besaran untuk membuat (menghasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri:\n~ batik di Kelantan;\n~ gula; \n2.\n pekerjaan berniaga secara besar-besaran, pekerjaan yang dilakukan untuk mencari keuntungan:\noleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yang lebih besar;\n~ berat \nperusahaan secara besar-besaran yang menghasilkan barang berat-berat seperti bahan dasar untuk perusahaan-perusahaan lain dan lain-lain;\n \n~ kecil \nperusahaan yang dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yang banyak dan sebagainya);\npengusahaan\n perihal mengusahakan, pengerjaan, penyelenggaraan:\n~ tanah;\npengusaha\n1.\n orang yang mengusahakan sesuatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dan sebagainya):\n~-~ barang-barang kecil akan dapat menjual barang-barang mereka dengan harga pasaran yang agak lumayan; \n2.\n = pengurus (sekolah dan lain-lain), pengelola." "usaha sama\nperusahaan (kegiatan, penghasilan, perniagaan, dan lain-lain) yang diusahakan bersama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat dan lain-lain) sebagai suatu perkongsian." "usahawan\norang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha;\nkeusahawanan\n (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan:\nkita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pembangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; \nkursus ~; \nsikap dan tabiat ~." "usai\n1.\n sudah selesai (perayaan dan lain-lain), berakhir, bubar:\norang yang berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; \n2.\n tidak tersusun rapi, terurai (rambut dan lain-lain):\ndia membetul-betulkan rambutnya yang ~ dan sudah banyak putihnya;\n 3.\n sudah selesai (dikerjakan), beres, siap:\nSaufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dengan melurus-luruskan kaki; \n4.\n sudah lampau, sudah berlalu:\nsuara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~;\nmengusai\n1.\n menjadi usai (perkumpulan dan lain-lain), bercerai, bersurai, bubar:\nsekalian hadirin pun ~; \n2.\n = \nmengusaikan\n menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dan lain-lain):\ndibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yang ada di dalamnya." "usak\nmenjadi kurang (berkurang), susut:\ncintanya kepada gadis itu masih belum ~, walau sebesar rambut sekalipun;\nmengusaki\n menjadikan usak, mengurangi, menyusuti:\n~ harta \nmenyusuntukan (menghabiskan) harta." "usali\nyang mula-mula, yang asli:\nmeskipun adat nan ~ tidak boleh menerima menantu di luar kampung sendiri, aturan ini dikecualikan kepada menantu orang berasal usul." "usalli\n[Arab] aku bersembahyang (niat yang dilafazkan pada permulaan sembahyang):\nhilang saja gema takbir imam itu maka menderulah suara orang-orang ikut membaca ~ dengan kuat;\nberusalli\n menyebuntukan niat pada permulaan sembahyang, menyebuntukan usalli." "usam I\nhampas kelapa." "usam II\n[arkaik] kusam, suram." "usang\n1.\n kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dan lain-lain);\n2.\n sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan:\ntikar mengkuang yang sudah begitu ~;\n 3.\n sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dan lain-lain), kuno:\nkata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; \npendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang;\n4.\n tidak subur lagi (berkenaan (dengan) tanah), kehabisan baja (berkenaan (dengan) tanah);\n~-~ dibaharui \nki membaharui adat lama yang sudah lemah dengan menyesuaikannya dengan keadaan baru;\n \nadat lama pusaka ~\n [Minangkabau] adat yang sudah turun-temurun;\nmengusang\n menjadi usang;\nmengusangkan\n membiarkan sesuatu menjadi usang (tidak subur lagi dan sebagainya):\nkatanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada kelapa import;\nkeusangan\n perihal (keadaan, sifat) usang." "usap\nmengusap\n \n1.\n menyapu (menyeka) supaya kering, menghapuskan:\nair matanya masih kelihatan bergenang di kelopak matanya, tidak diusap; \n2.\n = \nmengusapi\n menggosok perlahan-lahan, membelai, mengelus-elus:\nsuamiku menyambut pemberian anak sulung kami sambil ~ pipinya; \nperlahan-lahan tangannya mengusapi dahi Karim;\n~ dada \nki menggosok-gosok dada kerana kecewa dan lain-lain;\n 3.\n melumas (dengan cat dan lain-lain), menyapu (dengan cat dan lain-lain), menyelaputi:\n~ keris dengan pamor." "usar\nsejenis tumbuhan (rumpai yang tinggi), \nAndropogon zizahioides." "USDEK\n[Indonesia] akronim bagi Undang-Undang Dasar 45, Sosialisme ala Indonesia, Demokrasi terpimpin, Ekonominomi terpimpin, Keperibadian Indonesia (dasar-dasar politik bekas Presiden Soekarno)." "user-user\n[Jakarta] pusar kepala, pusar-pusar;\nuser-useran\n user-user." "usia\numur:\nsudah lanjut pula ~nya; \nUtusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok;\n~ mental \n(Perubatan) tahap kecerdasan seseorang berdasarkan peringkat umurnya(diketahui melalui ujian kecerdasan);\nberusia\n1.\n mempunyai usia, berumur:\nbeliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; \n2.\n = \n~ lanjut \n(sudah) agak tua:\npengadil biasanya terdiri daripada orang-orang yang telah ~." "usik\n1.\n perbuatan mengganggu (mengacau) orang lain, gangguan:\njangan peduli sangat ~ orang itu; \n2.\n [arkaik] tidak tenang, bergerak-gerak, lasak;\nberusik\n dilakukan sesuatu padanya, diganggu, disentuh (dipegang, dijamah, dan sebagainya), dialihkan:\nhutan di pantai Timur hampir tidak ~;\nmengusik\n1.\n = \nmengusik-usik\n mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dengan sungguh-sungguh):\nia ~ dengan gurau jenaka; \n2.\n \n= \nmengusik-usik\n menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung:\njangan bagi orang ~ barang ini;\n 3.\n mengganggu (dengan maksud jahat), mengacau:\ntidak tahu isteri orang yang diusik; \n4.\n menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit:\ndalam kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; \n5.\n mengkritik, mengecam;\nusik-mengusik\n saling mengusik antara satu sama lain:\nkami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu;\nterusik\n1.\n telah diusik (diganggu, dicemari dan sebagainya):\ndi kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yang belum ~; \n2.\n [kiasan] tersentuh (terharu dan sebagainya) perasaan:\nperasaannya mudah ~ apabila mendengar lagu itu;\nusikan\n1.\n gangguan, ejekan, gurau senda:\nia tidak peduli akan ~ dan gurau senda kawan-kawannya; \n2.\n celaan, kritikan;\npengusik\n orang yang (suka) mengusik, pengganggu." "usil\n[Jakarta] suka mengusik (mengganggu), gemar turut campur dalam hal orang lain, suka menjaga tepi kain orang;\n \ntak mahu ~ \ntidak mahu masuk campur, tidak mengendahkan;\nusilan\n suka mengusik (mengganggu)." "usir\nmengusir\n \n1.\n mengikut, memburu, mengejar:\nbonda hamba pun tiada sempat naik ke sampan, sekaliannya berenangan ~ perahu yang lain; \ntiadalah diusirnya orang Melayu yang lari itu; \n2.\n menyuruh pergi dengan paksa, menghalau:\nengkau usir aku seperti ~ seekor anjing yang berkurap layaknya;\n~ asap, meninggalkan api \n(peribahasa) melepaskan keuntungan kecil yang sudah tentu kerana mengharap keuntungan besar yang belum pasti;\nterusir\n (telah) diusir:\nperistiwa itu telah menyebabkan dia ~ dan terpisah daripada keluarganya;\nusiran\n1.\n (orang dan lain-lain) yang diusir:\norang ~; \n2.\n sesuatu yang digunakan untuk mengusir:\nsurat ~;\npengusiran\n perbuatan mengusir (menghalau):\ndalam cerita ini, terdapat cerita yang sama tentang ~ anak tiri dan kepulangannya dengan membawa hadiah-hadiah;\npengusir\n orang yang mengusir, penghalau." "USIS I\nakronim bagi \nUnited States Information Service\n (Perkhidmatan Penerangan Amerika Syarikat)." "usis II\nucis." "uskup\npaderi Kristian yang mengawasi sesuatu kawasan, wali gereja;\n \n~ besar (agung) \nketua dari segala paderi, paderi besar;\nkeuskupan\n kawasan pegangan uskup." "uslub\n[Arab] kaedah, cara:\nberkhidmat untuk kebenaran ialah ~ atau kaedah yang diperjuangkan oleh Islam." "USM\n[kependekan] Universiti Sains Malaysia." "USNO\nakronim bagi \nUnited Sabah National Organisation \n(Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu)." "usrah\n[Arab] perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama, dan sebagainya:\ndi kilang ini segala keperluan seperti kenderaan untuk mengikuti kuliah, ~, dan mendengar ceramah telah disediakan;\n berusrah\n mengikuti, mengadakan atau menyertai usrah:\nmanusia dikatakan akan lebih matang dan berwibawa jika rajin berbincang dan ~." "usta\n[sastera lama] tukang cukur." "ustaz\n[Arab]\n1.\n tuan;\n2.\n guru agama (lelaki)." "ustazah\n[Arab] guru agama (perempuan)." "usuk\n[Jawa] (kayu) kasau." "usul I\n1.\n mula, asal mula, asal;\n \nbangsawan ~ \nbangsawan yang diwarisi (daripada nenek moyang);\n2.\n yang semula (sejati), yang asli:\nditanggalkannya baju panjang yang dipakainya itu, maka nampaklah ~ tubuhnya;\n 3.\n [kiasan] sifat yang semula, kelakuan, perangai, tabiat;\n~ asal \n= \nasal ~ \nasal keturunan, salasilah;\n \n~ bangsawan (budiman)\n yang bersifat bangsawan (budiman);\n \n~ fikiran \npokok (isi, asas) fikiran;\n~ menunjukkan asal \n(peribahasa) perangai menunjukkan bangsa (darjat);\n \n~ ~, asal asal, asal jangan ditinggalkan\n (peribahasa) dalam mengerjakan sesuatu patutlah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan;\nberusul\n bermula (dr), berasal." "usul II\npendapat dan lain-lain yang dikemukakan untuk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran:\nmereka menerima segala ~ yang dikemukakan;\n~ balasan \ncadangan sebagai ganti cadangan yang telah lebih dahulu dikemukakan, cadangan balas;\nmengusulkan\n mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjurkan, mencadangkan, menyarankan:\naku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam;\npengusul\n orang yang mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran." "usul III\n~ periksa \npenyelidikan yang cermat, soalan untuk mengetahui (menyelidiki) sesuatu:\ndengan tidak ~ periksa, ia mempercayainya;\nmengusul, mengusuli\n memeriksai (dengan cermat), mengusut, menyelidiki;\npengusulan\n perihal mengusul (dengan hati-hati), pemeriksaan, penyelidikan." "usul IV\nilmu ~ \nusuluddin." "usuluddin\n[Arab] suatu ilmu yang membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian, dan perkara-perkara yang ghaib (seperti qadak dan qadar, hari akhirat, syurga, neraka, dan sebagainya), ilmu tauhid. \nusung; \nberusung\n1.\n pergi dengan ditandu, naik tandu, bertandu:\napabila raja berangkat hari raya ~, penghulu bendahari memegang kepala usungan yang di kanan; \n2.\n dipikul (diangkat) beramai-ramai;\nmengusung\n1.\n membawa (orang) dengan menggunakan tandu, menandu:\nSeri Udani pun diusung orang, dibawa kembali ke rumahnya; \n2.\n mengangkat (membawa) beramai-ramai:\nbaginda bertemu dengan si pencuri lima orang ~ satu peti berdua, yang tiga orang itu mengiringkan dia;\nusungan\n1.\n alat untuk mengusung (tandu dan lain-lain):\norang besar-besar dibawa dalam ~ dan dikelilingi oleh pengiring-pengiring; \n2.\n benda yang diusung;\n3.\n alat yang terdiri daripada dua batang kayu, kanvas dan sebagainya untuk mengusung orang yang sakit, cedera dan sebagainya dalam keadaan terbaring;\nberusungan\n menggunakan usungan (ketika berjalan-jalan dan lain-lain):\nLaksamana dianugerahi usungan, ~ ia ke sana ke mari;\npengusungan\n perihal mengusung;\npengusung\n orang yang membawa usungan." "usus\ntali perut (dari perut hingga ke pelepasan), perut muda\n; \npanjang ~\n [bahasa percakapan] [kiasan] sabar;\n \n~ besar\n bahagian tali perut yang menyalurkan sisa-sisa makanan untuk dikeluarkan (sebagai najis), perut tua;\n \n~ buntu \nbahagian tali perut (pada tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yang berbentuk pundi-pundi atau kantung;\n \n~ kecil \nbahagian tali perut (di antara perut dengan usus besar) yang menghadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dalam badan, perut muda." "usut I\n[Jakarta];\nusut-usut, mengusut\n meraba-raba, merabai." "usut II\nmengusut\n mencari keterangan (bukti dan lain-lain), memeriksa (supaya ketahuan segala-galanya), menyelidiki:\nbarang siapa dicurigai, segera ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dengan tidak diusut dan diperiksa lebih dahulu;\npengusutan\n perihal mengusut, pemeriksaan, penyelidikan." "uswah\n[Arab] teladan, contoh (ikutan):\nsetiap apa yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as adalah ~ kepada kamu;\n~ hasanah \nteladan yang baik." "usyar\n[Pulau Pinang], [bahasa percakapan] memerhati (biasanya buat beberapa ketika)." "usyur\n[Arab] sepersepuluh daripada harta dan lain-lain." "utama\n1.\n penting sekali, terpenting:\nbeliau sering diberi peranan ~ dalam cerita-cerita sandiwara;\n~ jiwa \n[sastera lama] jiwa, sukma;\n \nair ~ jiwa \n[sastera lama] air yang boleh menghidupkan orang-orang yang mati ;\n \nsyarat ~ \nsyarat yang terpenting;\n2.\n paling baik, amat baik, terbaik:\nkebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~;\nmengutamakan\n1.\n menganggap lebih penting daripada yang lain, menganggap utama, mementingkan:\nsistem ekonomi telah mula berubah daripada memiliki tanah kepada ~ wang; \n2.\n menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dan lain-lain kepada:\nseseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain;\nterutama\n1.\n utama sekali, terpenting:\nHamzah menulis karangan-karangannya ~ untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; \n2.\n pertama sekali, asas (pokok):\ntujuan kita yang ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dalam bidang perniagaan;\n 3.\n lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula:\nmustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yang lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik;\n4.\n lebih baik\u2026 (daripada), biarlah, remak:\nmaka ~ mati dengan nama yang baik daripada hidup dengan nama yang jahat;\nkeutamaan\n1.\n kelebihan daripada yang lain-lain tempat yang utama:\nmasalah menjaga keamanan negeri hendaklah diberi ~ dalam persidangan itu; \n2.\n perihal utama, keistimewaan, keunggulan:\nkalau manusia itu tidak mempunyai fikiran, hilanglah ~nya sebagai makhluk yang tinggi;\n 3.\n kebaikan budi pekerti;\npengutamaan\n perihal mengutamakan:\n~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan." "utar-utar\nsejenis perisai kecil yang bulat bentuknya." "utara I\narah hadapan kalau kita berdiri dengan kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yang bertentangan dengan selatan;\n \nangin ~ \nangin yang bertiup dari sebelah utara;\n \nbintang ~ \nbintang kutub utara;\n \nmusim ~\n musim tengkujuh yang dibawa angin dari timur laut;\n~ barat laut \nmata angin antara utara dengan barat laut;\n \n~ semata timur =\n \n~ timur laut \nmata angin antara utara dengan timur laut;\n \n~ tepat \nutara betul." "utara II\nmengutarakan\n \n1.\n melahirkan apa yang tersemat di hati (pendapat, fikiran, dan lain-lain), mengatakan, menyatakan:\nbanyak sekali yang dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; \n2.\n mengemukakan (cadangan dan lain-lain), membentangkan, mencadangkan:\ndia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang;\n 3.\n menunjukkan (berkenaan (dengan) jarum jam);\npengutaraan\n perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan." "Utarid\nplanet yang paling dekat dengan matahari." "utas I\n1.\n tali untuk merangkaikan (manik, buah tasbih, dan lain-lain), tali perangkai;\n2.\n penjodoh bilangan untuk benda yang berurai (seperti benang, tali, rantai, dan lain-lain):\ndi lehernya tergantung se~ rantai suasa;\nberutas; \n~ permata \nbergantungan dengan permata, beruntai permata." "utas II\n[arkaik] pandai, tukang." "utau\n[Kedah], [Perlis] isyarat dengan menggunakan tangan." "uterus\n(Biologi) tempat kandungan anak, rahim, peranakan." "utih\n1.\n [Pahang] panggilan untuk anak yang keempat;\n2.\n [Perak] nama timang-timangan untuk anak yang keenam." "utilitarian\n1.\n bersifat membawa manfaat yang paling besar kepada seberapa ramai orang yang mungkin;\n2.\n lebih bertujuan untuk kegunaan daripada sebagai kemewahan, hiasan dan sebagainya (berkenaan (dengan) barang, karya seni, dan sebagainya):\nkarya-karya yang dipamerkan termasuklah yang bersifat ~ dan bukan ~, yang berfungsi sebagai hiasan dan alat kegunaan harian; \n3.\n orang yang berpegang atau menyokong utilitarianisme." "utilitarianisme\nteori politik dan moral yang menyatakan bahawa matlamat semua peraturan hidup yang baik ialah untuk mencapai kebahagian hidup yang paling tinggi bagi seberapa ramai orang yang mungkin, dan tindakan yang dianggap benar atau salah adalah atas dasar sama ada tindakan itu membantu atau menghalang pencapaian matlamat ini, faham utilitarian." "utiliti\n(Komputer) perkakasan atau atur cara sampingan yang membantu dan memudahkan penggunaan sesebuah komputer atau atur cara." "uting I\n[Kelantan];\nmenguting, mengutingkan\n menghalakan (laras senapang dan lain-lain), membidik." "uting II\n[Terengganu] anak padi yang dicabut dari tapak semaian dan diikat-ikat:\ndia mencedung lapan ~ sepanjang pagi." "utit\nmengutit\n meniup (serunai, seruling):\nmaka nobat pun dipalulah dan nafiri pun diutitlah terlalu merdu bunyinya." "utk\n[kependekan] untuk." "UTM\n[kependekan] Universiti Teknologi Malaysia." "utopia\nmasyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dan lain-lain) yang ideal atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yang tidak mungkin dapat diwujudkan):\njusteru itu amat tidak wajar dikejar dan dipertahankan suatu ~ kehidupan dalam lingkungan budaya kecil yang asing dan palsu." "utuh\n1.\n tidak rosak (kemik, retak, sompek, dan lain-lain), sempurna:\nmeja yang masih ~; \n2.\n tidak berpecah-pecah, bulat, lengkap:\nnegara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus;\nseutuh\n lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah);\nkeseutuhan\n kesatuan;\nmengutuhkan\n menjadikan utuh (lengkap, sempurna);\nkeutuhan\n perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan:\nmenjaga ~ negara Malaysia;\n~ bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan memang jelas kelihatan pada hari ini." "utus I\n[sastera lama] suruhan, wakil:\nadik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Shah ~ ke benua China;\nberutus\n berkirim surat (berita, khabar):\nlama kita tidak ~ ;\nberutus-utusan\n saling berkirim surat, (berita, khabar, dan lain-lain):\nsentiasalah ~ antara satu sama lain;\nmengutus\n1.\n menyuruh orang pergi (sebagai ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dan lain-lain):\ndalam tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat; \n2.\n mengirim (surat dan lain-lain), menghantar:\nmereka tidak pernah ~ surat; \nsetinggi terima kasih kepada tuan kerana ~ kawat kepada saya;\nutusan\n orang (kumpulan orang) yang diutus, suruhan, wakil:\nkeempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam;\nperutusan\n1.\n kumpulan wakil (kerajaan dan lain-lain), beberapa orang yang diutus, delegasi;\n2.\n berita (khabar dan lain-lain) yang diutus:\nPerdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kepada Tuan Harold Wilson;\n 3.\n sesuatu yang (hendak) disampaikan atau dilahirkan:\nsebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yang terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yang penting; \n4.\n ucapan orang besar pada hari-hari penting, pesan, amanat:\nperkara ini telah disentuh oleh PM dalam ~ tahun barunya;\npengutusan\n perihal (perbuatan dan sebagainya) mengutus." "utus II\n[sastera lama]\n1.\n mahir (dalam pekerjaan tangan), pandai;\n2.\n = \norang ~ \n= \nutusan\n orang yang pandai bertukang, tukang:\nmaka dikirim oleh Sultan Rom daripada jenis ~ dan pandai yang tahu menuang bedil; \nyang pekerjaan ~, bukan pekerjaan kera \n(peribahasa) orang yang suka mempedulikan pekerjaan orang lain itu biasanya akan ditimpa bencana kerana perangainya yang tidak baik." "UUM\n[kependekan] Universiti Utara Malaysia." "uvula\n(Biologi) anak tekak." "uzlah, uzlat\n[Arab] pengasingan diri daripada orang banyak;\nberuzlah\n mengasingkan diri, berkhalwat:\n hidup ~ adalah hidup yang penuh dengan kegembiraan untuk bermunajat kepada Allah." "uzur\n1.\n lemah badan, berpenyakitan, sakit:\nia tidak dapat berjalan kerana ~; \norang tua ~ \norang yang sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit);\n2.\n sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan:\nkalau tidak ~, saya akan datang juga;\n 3.\n ki\na) datang bulan, haid;\n b) mengandung, hamil;\n4.\n ki, [bahasa percakapan] terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi:\njala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dengan yang baharu, tidak ada modal pula;\n~ syarii \nuzur yang dibenarkan oleh syarak dalam melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dan sebagainya;\nmenguzurkan\n membuat halangan, menghalangkan (diri);\n \njangan hendaknya encik ~ diri\n jangan hendaknya encik berhalangan;\nkeuzuran\n perihal uzur:\nkalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya." "v I\nhuruf ke-22 abjad Rumi." "V II\nsimbol kimia bagi vanadium." "va\nhuruf ke-31 abjad Jawi." "vadei\nwade." "vagina\n(Biologi) liang peranakan, faraj." "vaginitis\n(Perubatan) radang pada faraj yang ditandai rasa sakit dan keluarnya sejenis lelehan yang biasanya bernanah." "vak\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n mata pelajaran;\n2.\n kecekapan yang khusus tentang sesuatu (pekerjaan dan lain-lain), kejuruan, kemahiran." "vakbond\n[Indonesia-Belanda] kesatuan sekerja." "vaksin\nsediaan bakteria, virus, dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu;\nmemvaksin\n menyuntik vaksin ke dalam tubuh seseorang atau haiwan untuk melindunginya daripada sesuatu penyakit:\nbaru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah melakukan kempen ~ penduduk di kampung itu;\npemvaksinan\n proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin, vaksinasi." "vaksinasi\nproses menyuntikkan vaksin ke dalam tubuh seseorang sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit, pemvaksinan." "vaksinologi\nkajian tentang vaksin." "vakum\n1.\n ruang yang tidak mengandungi jirim (terutamanya ruang yang udaranya telah dikeluarkan), hampa gas;\n2.\n ruang yang gasnya wujud pada tekanan yang rendah;\n3.\n [kiasan] kekosongan (berkenaan (dengan) perasaan dan sebagainya);\n4.\n = \npembersih ~\n alat elektrik yang digunakan untuk membersihkan lantai (permaidani, perabot, dan sebagainya) dengan cara sedutan, pembersih hampa gas;\n5.\n berkenaan (mengandungi, menghasilkan, dijalankan dengan, dan sebagainya) tekanan gas yang rendah:\npengering ~; \npam ~;\nmemvakum\n membersihkan lantai (permaidani, perabot, dan sebagainya) dengan menggunakan pembersih vakum (hampa gas):\nibu sedang ~ bilik tidurnya." "valensi\n(Kimia) kuasa berpadu suatu atom, jumlah atom hidrogen yang berpadu dengan (dapat menggantikan) satu atom sesuatu unsur." "valium\nubat penenteram." "valkani\n[arkaik] vulkan." "valuta\n[Indonesia-Belanda] mata wang (yang terjamin dengan persediaan emas atau perak), nilai wang." "valvulitis\n(Perubatan) radang pada sesuatu injap, terutamanya injap jantung." "van\nsejenis kenderaan bermotor (biasanya bertutup) untuk mengangkut barang dan lain-lain." "vanadium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang keras dan berwarna kelabu (digunakan untuk menguatkan keluli)." "vandalisme\nperbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian:\n ~ yang berleluasa beberapa bulan yang lalu haruslah dikikis\n." "vanila\n1.\n sejenis tumbuhan tropika, \nVanilla planifolia, \nyang buahnya menghasilkan biji harum yang dijadikan pengharum makanan;\n2\n. bahan perisa (pengharum) makanan yang diperoleh daripada biji tumbuhan ini." "vanilin\n(Kimia) sejenis sebatian berhablur yang berwarna putih atau kekuningan yang didapati dalam buah vanila dan resin (digunakan sebagai bahan perisa dan penyedap bau)." "varia\nberaneka, berbagai-bagai, atau bermacam-macam (terutamanya karya sastera)." "variabel\nsesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dan sebagainya) yang tidak tetap (yang perlu diambil kira dalam sesuatu perhitungan)." "varian\n1.\n sesuatu yang menyimpang atau berlainan daripada yang lazim atau standard, kelainan;\n2.\n bentuk atau ejaan yang berlainan bagi perkataan yang sama." "variasi\n1.\n penyimpangan atau sesuatu yang menyimpang daripada keadaan (sifat, ciri-ciri, dan sebagainya) yang lazim atau standard, kelainan:\n~ bahasa; \n2.\n bentuk dan lain-lain yang tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dalam bentuk, reka cipta, dan lain-lain):\n~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; \n3.\n penyimpangan pada ciri-ciri organisma daripada yang biasa bagi kumpulannya;\nbervariasi\n berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dan sebagainya):\nkehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; \nlatihan selalunya dijalankan dalam bentuk permainan kecil yang ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan;\n memvariasikan\n menjadikan bervariasi:\n~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar." "variola\n= cacar." "variometer\n(Fizik) sejenis alat untuk mengukur perubahan dalam medan magnet, digunakan terutamanya bagi mengkaji medan magnet bumi." "varnis\nsejenis cat berminyak yang terdiri daripada campuran pelarut dan bahan perekat (digunakan untuk memelihara dan mengilatkan perabot kayu dan rotan);\nbervarnis\n disalut, disapu, atau digilap dengan varnis:\nlantai yang ~;\nmemvarnis\n menyapu varnis pada sesuatu:\ntukang kayu itu sedang ~ almari;\n pemvarnisan\n perbuatan (proses, kerja dan sebagainya) memvarnis:\n~ perabot itu memerlukan ketelitian dan kemahiran untuk memperoleh hasil kerja yang baik;\n pemvarnis\n1.\n orang yang memvarnis;\n2.\n sesuatu (alat) yang digunakan untuk memvarnis:\nberus lembut ~ perabot." "varsiti\n[bahasa percakapan] singkatan bagi universiti." "vas\nbekas yang digunakan untuk mengisi bunga sebagai hiasan dan dipamerkan sebagai barang perhiasan, jambangan." "vasektomi\n(Perubatan) pembedahan untuk membuang sebahagian atau seluruh salur mani, sebagai satu cara merancang keluarga." "vaselin\nbahan seperti lemak (kuning) yang dibuat daripada minyak tanah dan tar." "vaskulitis\n(Perubatan) radang pada pembuluh darah." "VAT\nakronim bagi \nvalue added tax \n(cukai nilai tambah, iaitu cukai yang ditambah pada harga barang atau perkhidmatan)." "vatikan\ndaerah dan tempat kediaman Paus di Rom." "VB\n[kependekan] \nVeskigings-Bewijs\n (surat kebenaran mendiami rumah, yang diberikan oleh pejabat perumahan)." "VCD\n[kependekan] \nvideo compact disc \n(cakera padat video, iaitu cakera yang boleh menyimpan filem atau muzik secara digital)." "VCR\n[kependekan] \nvideo cassette recorder \n(perakam kaset video, iaitu alat yang digunakan untuk merakamkan rancangan televisyen atau filem di dalam pita video yang boleh dimainkannya semula dengan menggunakan skrin televisyen)." "VD\n[kependekan] \nvenereal disease\n (penyakit berjangkit seperti siflis dan gonorea yang dijangkiti melalui persetubuhan)." "Veda\nkitab suci Hindu." "Vedda\nsejenis bangsa primitif yang tinggal di hutan-hutan Sri Lanka." "vegetarian\norang yang tidak makan daging, ikan, dan sebagainya tetapi hanya memakan sayur-sayuran atas sebab-sebab peribadi, kepercayaan, dan lain-lain." "vegetarianisme\namalan tidak memakan daging, ikan, dan sebagainya berdasarkan kepercayaan agama, kepentingan kesihatan, dan lain-lain tetapi sebaliknya memakan sayur-sayuran sahaja." "vegetasi\nsemua tumbuhan hidup di sesuatu kawasan." "vektor\n1.\n (Biologi) haiwan (mis serangga) yang mengandungi parasit berbahaya yang memindahkan parasit tersebut kepada organisma lain (manusia dan sebagainya) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kepada organisma lain itu;\n2.\n (Biologi) serangga, unggas, angin, dan lain-lain yang membawa debunga dari stamen ke stigma bunga;\n3.\n (Matematik) kuantiti yang dapat berubah (mis daya) yang mempunyai magnitud dan arah." "velar\n(Linguistik) berkenaan bunyi suara yang keluar apabila bahagian belakang lidah mengenai langit-langit lembut seperti dalam penyebutan bunyi \nk\n, \nkh\n, \ng\n dan \nng\n:\nbunyi ~." "velkro\nkancing untuk pakaian, kasut, langsir dan sebagainya yang berupa dua jalur fabrik nilon yang melekat pada satu sama lain apabila ditekan." "velodrom\ngelanggang (arena) yang balapannya dimiringkan untuk perlumbaan basikal." "vena\n(Biologi) salur darah yang membawa darah (terutamanya darah yang rendah kandungan oksigennya) dari pelbagai tisu dan organ badan ke jantung;\n \n~ kava \nsatu daripada dua vena yang membawa darah (yang rendah kandungan oksigennya) ke jantung;\n \n~ portal \nvena yang menghubungkan dua rangkaian salur kapilari (terutama dalam hati);\n \n~ pulmonari \nvena yang membawa darah (yang kaya dengan oksigen) dari paru-paru ke jantung." "vendor\npenjual atau pembekal barangan (perkhidmatan)." "venereologi\ncabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan kajian tentang semua jenis penyakit kelamin." "venir\n1.\n lapisan kayu atau plastik tipis yang digunakan untuk melapisi permukaan sesuatu supaya kelihatan kemas, halus atau cantik;\n2.\n lapisan dalam papan lapis." "venoklisis\n(Perubatan) penyuntikan cecair ke dalam vena." "ventilasi\n1.\n sistem (proses) peredaran atau pertukaran udara bersih di dalam sesebuah ruang (bilik, bangunan, dan sebagainya);\n2\n. lubang (seperti tingkap dan sebagainya) yang membolehkan udara keluar masuk secara bebas." "ventilator\nalat untuk menyegarkan udara (dalam ruangan dan lain-lain)." "ventral\n(Biologi) berkaitan dengan bahagian depan atau bahagian anterior tubuh atau sesuatu struktur tubuh." "ventrikel\n(Biologi) rongga kecil seperti yang terdapat pada otak dan di bahagian bawah jantung." "ventrilokuisme\nseni atau kemahiran bercakap tanpa menggerak-gerakkan bibir sehingga bunyi suara kedengaran seolah-olah datang dari tempat lain." "verba\n[Indonesia] kata kerja." "verbal\n[bahasa percakapan] secara lisan:\nramai yang menguasai bahasa isyarat dan dapat berinteraksi dengan baik walaupun tidak banyak interaksi ~." "verbatim\nkata demi kata (mengikut betul-betul apa yang dituturkan atau dituliskan)." "verifikasi\npemeriksaan tentang kebenaran laporan (kira-kira wang dan lain-lain)." "vernakular\n(Linguistik) berkenaan penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat:\nsistem pendidikan ~; \nsekolah ~; \nbahasa ~ \nbahasa yang dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu." "vernakularisme\npenggunaan bahasa vernakular:\nSabah dan Sarawak yang terpisah daripada Malaya dari segi politik, ekonomi dan pentadbiran juga mempunyai dasar polarisasi Inggeris serta ~ yang hampir sama." "vernier\n(Fizik) alat untuk mengukur dengan tepat pecahan senggatan skala (jangka tekanan, barometer, dan lain-lain)." "versatil\nberkeupayaan atau dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan (tujuan, fungsi, dan lain-lain), serba boleh:\nini menjadikan seni Islam sesuatu yang padu serta mantap namun tetap kreatif dan ~ pada setiap masa." "versi\n1.\n buku dan lain-lain yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain, terjemahan:\nbuku Sebelum Dan Selepas 13 Mei ~ bahasa Inggeris; \n2.\n corak atau bentuk tertentu (sesuatu karya, cerita, dan lain-lain):\nhikayat Inderaputera juga terdapat dalam satu ~ lain yang lebih pendek." "verso\n(Percetakan) halaman (buku) di sebelah kiri." "vertebra\nruas tulang belakang." "vertebrat\n(Biologi) = \nhaiwan ~ \nhaiwan yang bertulang belakang (termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia)." "Vertebrata\n(Biologi) kumpulan haiwan yang bertulang belakang." "vertikal\ntegak lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya." "vestibul\n(Biologi) rongga atau ruang yang berhampiran dengan bukaan pada sesuatu rongga lain, misalnya hidung, telinga dalam, faraj, dan lain-lain." "veteran\n1.\n bekas askar (perajurit, pejuang);\n2.\n jaguh lama (sukan dan lain-lain);\n3.\n orang yang telah banyak pengalamannya (dalam sesuatu perkara);\n \n~ perang \naskar yang pernah terlibat dalam sesuatu peperangan." "veterinar\nberkenaan dengan rawatan penyakit atau kecederaan pada haiwan:\ndaging lembu Australia disediakan di bawah pengawasan kesihatan dan ~ yang bertaraf tinggi; \npakar ~." "veto\npernyataan menolak (membatalkan) keputusan;\n \nhak (kuasa) ~\n hak (kuasa) menolak keputusan (undang-undang);\nmemveto\n menolak (membatalkan) keputusan;\npemvetoan\n perihal (perbuatan atau tindakan) memveto:\n~ keputusan itu akan dibuat tidak berapa lama lagi;\n pemveto\n pihak (negara, orang dan sebagainya) yang memveto:\nnegara-negara ~." "via\n[bahasa percakapan] melalui, menerusi:\nberbicara ~ telefon; \nke Johor Baharu ~ Melaka." "viagra\nsejenis ubat berbentuk pil yang dikatakan berupaya mengatasi masalah lemah syahwat atau mati pucuk." "vibrato\n(Seni Muzik) kecepatan turun naik nada (pic) muzik." "vide\n(Latin) lihat (supaya merujuk kepada tempat tertentu dalam teks dan sebagainya)." "video\n1.\n = \nalat ~ \nalat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen);\n2.\n = \npita ~\n pita bermagnet yang digunakan untuk merakamkan gambar dengan suaranya sekali dari televisyen;\n3.\n = \nfilem ~ \nfilem yang telah dirakamkan pada pita video dan hanya sesuai untuk ditayangkan dengan menggunakan alat video;\nmemvideokan\n merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dan sebagainya) dalam pita video:\nfilem-filem Melayu telah divideokan." "videofon\nsejenis peranti telefon yang dapat menghantar dan menerima suara dan juga imej visual antara pihak yang berkomunikasi." "videografi\nseni atau proses membuat filem video." "videografik\nimej visual yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer." "videogram\nvideo yang dirakamkan terlebih dahulu tentang sebuah filem komersial atau program televisyen." "videoteks\nsistem maklumat elektronik interaktif yang mengandungi perkhidmatan seperti berita, mel elektronik, perbankan, cuaca dan laporan saham." "Vietkong\nbarisan pembebasan rakyat Vietnam (organisasi politik di Vietnam Selatan)." "vikariat\n[Indonesia-Belanda] jawatan atau daerah uskup (Roman Katolik)." "vila\nrumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan." "vilus\n(Biologi) cuaran pada dinding bahagian dalam usus kecil yang berfungsi untuk menyerap nutrien dan cecair." "vinil\n(Kimia) bahan plastik yang boleh dilentur, berkilat, dan kuat (digunakan sebagai bahan untuk membuat perabot dan lain-lain, dan ada juga yang digunakan untuk membuat pakaian)." "vinometer\n(Fizik) hidrometer yang digunakan untuk menentukan peratus alkohol di dalam wain." "vintaj\ndibuat antara tahun 1917 dan 1930 (berkenaan (dengan) kereta):\nkereta ~." "viola\nsejenis alat muzik bertali empat yang bentuknya seperti biola tetapi lebih besar." "violet\nlembayung (warna)." "VIP\n[kependekan] \nVery Important Person\n (orang penting atau orang kenamaan)." "viremia\n(Perubatan) adanya virus dalam darah, biasanya dicirikan oleh keletihan, demam dan lenguh serta sakit di belakang tubuh dan anggota." "virginia\nsejenis tembakau yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat." "Virgo\nlambang keenam dalam zodiak, yang berlambangkan perempuan muda." "virilisme\n(Perubatan) perkembangan sifat kelelakian yang muncul pada perempuan, biasanya akibat aruhan hormon seks lelaki." "virologi\nkajian tentang virus dan penyakit-penyakit yang disebabkan virus." "virus\n1.\n sejenis kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan, atau tumbuhan;\n2.\n (Komputer) atur cara asing yang menerobosi sesuatu sistem komputer sehingga dapat mengganggu, mengubah, merosakkan, atau memusnahkan maklumat yang tersimpan di dalam sistem berkenaan;\n 3.\n [kiasan] pengaruh yang buruk, jahat, atau merosakkan." "virusid\nagen yang memusnahkan pertumbuhan virus." "vis-a-vis\n(Perancis) dalam hubungannya (pertaliannya) dengan, berbanding dengan:\nbudaya Baba (dan Nyonya) ini ~ budaya Cina." "visa\nkebenaran yang berupa cap pengesahan rasmi pada pasport seseorang yang membolehkannya memasuki atau melalui negara asing yang memberikan kebenaran itu." "visi\ntanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya, wawasan:\npemimpin yang mempunyai keperibadian yang utuh serta ~ dalam kepimpinan; \nPak Arena menganggap ~ itu penting dalam penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;\n bervisi\n mempunyai visi:\n pemimpin negara yang ~ tinggi dan jauh." "visiun\n[Indonesia-Belanda] wahyu, wahi." "viskometer\nalat untuk mengukur kelikatan bendalir." "visual\nberkenaan atau berdasarkan pelihatan, dapat dilihat:\ndalam penulisan kata serapan ini, bentuk ~ diutamakan; \nkeistimewaan yang memberikan kesan ~ yang menggunakan teknologi yang semakin hari semakin baik." "vital\npenting atau perlu sekali untuk hidup, tidak dapat tidak mesti ada, yang amat penting atau amat diperlukan:\nperusahaan ~ \nperusahaan yang sangat penting untuk orang ramai." "vitalitas\n[Indonesia] daya hidup, tenaga hidup." "vitalitet\nvitalitas." "vitamin\nbahan organik yang sangat penting yang diperlukan oleh badan dengan jumlah yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit;\n jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dan lain-lain;\n \n~ A \nsejenis vitamin larut lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dan lain-lain (banyak terdapat dalam minyak ikan, hati, telur, susu, dan lain-lain) ;\n \n~ B1\n salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan penyakit beriberi;\n \n~ B2\n salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan penyakit pelagra;\n \n~ B12\n salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan sejenis penyakit anemia. ;\n \n~ B kompleks \nsekumpulan vitamin larut air yang terdiri daripada vitamin B1, B2, B6, B12, dan lain-lain (banyak terdapat dalam bijirin, yis, hati, dan lain-lain);\n \n~ C\n sejenis vitamin larut air yang kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren dan sesetengah sayuran);\n \n~ D \nsejenis vitamin larut lemak yang kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pada kanak-kanak dan kelembutan tulang pada orang dewasa (banyak terdapat dalam minyak ikan, mentega, kuning telur, dan lain-lain);\n \n~ K\n sejenis vitamin larut lemak yang yang diperlukan untuk meningkatkan daya penggumpalan(pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dalam kubis, bayam, dan lain-lain)." "vitikultur\nkajian atau sains tentang penanaman pokok anggur." "viva\npeperiksaan lisan yang berkaitan dengan penyelidikan atau tesis yang dibuat, yang dilalui oleh seseorang untuk memperoleh kelayakan akademik, biasanya pada peringkat universiti." "vivarium\ntempat buatan yang menyerupai lingkungan semula jadi binatang (untuk tujuan penyelidikan dan lain-lain)." "viviparus\n(Biologi) berkenaan haiwan yang melahirkan anak (seperti kebanyakan mamalia)." "vodka\nsejenis arak yang berasal dari Rusia." "voil\nsejenis kain yang halus, nipis, dan agak jarang yang diperbuat daripada kapas, sutera, dan sebagainya." "vokal\n1.\n = \n~ tulen \n(Linguistik) huruf hidup atau huruf saksi (a, e, , i, o, u);\n2.\n lantang bersuara, berani menyuarakan pendapat, perasaan, dan sebagainya dengan terus terang:\nsuara beberapa orang daripada golongan minoriti yang ~ boleh mempengaruhi majoriti yang berdiam diri;\nbervokalkan\n mempunyai sebagai vokal:\nsaya menganggap suku-suku kata yang ~ a,i,u merupakan asas utama dalam mengenali lambang bacaan bahasa Inggeris." "vokalis\npenyanyi, terutamanya yang biasa muncul bersama dengan pancaragam jaz atau kumpulan pop." "vokasional\n1.\n berkenaan pekerjaan (profesion dan sebagainya) yang tertentu;\n2.\n berkenaan kursus (latihan, dan sebagainya) pendidikan amali yang menitikberatkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan (profesion dan sebagainya):\nbimbingan ~ ; \nsekolah ~." "volenter\n[Indonesia-Belanda] sukarelawan." "voli\n(Suk) tendangan atau pukulan balik (dalam bola sepak, tenis dan sebagainya) yang dilakukan sebelum bola menyentuh tanah:\nseseorang pemain dikira membuat ~ jika ia memukulnya sebelum bola itu menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan." "volkano\ngunung berapi." "volt\n(Fizik) unit tenaga elektrik yang diperlukan untuk mengalirkan satu ampere arus elektrik melalui rintangan satu ohm." "voltan\n(Fizik) beza keupayaan elektrik atau daya gerak elektrik (diukur dalam unit volt);\n~ rendah \nvoltan yang tidak melebihi 250 volt, digunakan untuk membekalkan kuasa elektrik ke bangunan (kilang, rumah dan sebagainya);\n \n~ tinggi \nvoltan yang melebihi 650 volt, digunakan untuk membekalkan kuasa elektrik dari pencawang ke pencawang." "voltmeter\n(Fizik) alat untuk mengukur voltan." "volum\n(Ekonomi) banyaknya atau kuantiti sesuatu:\npada hujung tahun, ~ jualan sebenar akan dibandingkan dengan apa yang ternyata dalam belanjawan; \nsatu daripada caranya adalah melalui carta harga dan ~ sesuatu saham." "volumeter\nalat untuk mengukur isi padu sesuatu pepejal, cecair atau gas." "volumetri\n(Kimia) kaedah penyukatan mengikut isi padu;\n \nanalisis ~ \n(Kimia) kaedah analisis cecair atau gas mengikut isi padu." "voluntari\n(Perubatan) dikawal oleh kemahuan (berkenaan (dengan) otot);\n \notot ~ \notot yang dapat dikawal oleh kemahuan atau otak." "vonis\n[Indonesia-Belanda] hukuman, keputusan (hakim)." "voodoo\nkepercayaan yang melibatkan ilmu sihir yang diamalkan oleh sesetengah penduduk di Hindia Barat, terutamanya di Haiti." "vot\namaun wang yang diperuntukkan bagi sesuatu projek atau aktiviti." "votum\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n suara (dalam pengundian);\n2.\n hari mengundi, hari pengundian;\n~ kepercayaan \n[Indonesia] penyataan percaya kepada kebijaksanaan atau kemampuan dan sebagainya (pemerintah, kerajaan)." "voyeurisme\namalan mengintai orang lain bertelanjang, melakukan aktiviti seks dan sebagainya untuk memperoleh keseronokan atau kepuasan seks." "vs\n[kependekan] \nversus\n (iaitu lawan, terutamanya dalam undang-undang dan sukan, melawan, menentang):\nkes Mariam ~ Muhammad Ariff." "vulkan\nloji ~\n loji tempat memasak getah;\nmemvulkankan\n memasak getah dengan sulfur (belerang) untuk membuat tayar dan lain-lain;\npemvulkanan\n proses pengolahan getah dengan sulfur (belerang) pada tekanan dan suhu tinggi untuk menghasilkan getah yang lebih kuat dan kenyal." "vulkanisme\nproses pembentukan (fenomena, letusan dan sebagainya) gunung berapi." "vulkanologi\nkajian tentang gunung berapi dan fenomenanya." "vulva\n(Perubatan) bahagian luar alat jantina perempuan." "vulvitis\n(Perubatan) radang pada vulva." "w I\nhuruf yang ke-23 abjad Rumi." "W II\nsimbol kimia bagi tungsten." "wa I\n1.\n dan (disebut dalam beberapa ungkapan Arab);\n \nwallahuaklam \ndan Allah Yang Lebih Mengetahui;\n2." "wa II\n= \npak (mak) ~ \n(a) pak (mak) tua (panggilan kepada ibu atau bapa saudara yang tertua);\n b) [bahasa percakapan] kekasih (lelaki atau perempuan);\nwak I." "waad\n[Arab]\n1.\n janji:\ntiadalah kami kedua-dua ini mengubah ~ kami dan setia kami; \nmelupakan ~ \nmengingkari janji;\n \nmengubahkan ~ \nmemungkiri janji;\n2.\n sampai janjinya (ajalnya);\n \ndatang ~ Allah atasnya \nsampai janjinya, mati;\nberwaad\n membuat (mengikat) perjanjian, berjanji:\njikalau tuanku mahu anak patik itu, mahulah Duli Yang Dipertuan ~ dengan patik." "waadah\nwaadat." "waadat\n[Arab] perjanjian;\nberwaadat\n berjanji, membuat perjanjian:\nperjanjian atau ~ itu semacam bertentangan dengan asas keutuhan asal-usul raja itu." "waang\n[Minangkabau] engkau:\n dah lama kami menunggu ~." "wabah\nwabak." "wabak\n1.\n sejenis penyakit menular, (berjangkit) yang merebak:\n~ cacar;\n~ taun; \n2.\n kejadian atau perbuatan buruk (seperti penagihan dadah, perbuatan jenayah, dan lain-lain) yang merebak ke merata tempat:\n~ dadah perlu dibanteras;\n~ kepincangan yang melanda koperasi;\n mewabak\n merebak dengan cepat:\nruapan itu ~ hingga memenuhi setiap ruang tanah itu; \nbayangan hitam itu ~ ke hati Raid yang memaksanya mengasak terus;\n mewabakkan\n menyebabkan merebak, merebakkan\n: aku tahu jawaban itu akan ~ suasana tegang ke seluruh pelosok rumah kami." "wabakdahu\n[Arab] dan kemudian daripada itu, dan sesudah itu." "wacana\n1.\n keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan;\n2.\n perbincangan atau pertukaran idea secara lisan:\nmereka mengadakan ~ ilmu; \n3.\n kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen):\nkita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak;\nmewacanakan\n menjadikan sesuatu sebagai wacana:\npara ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yang dipilih untuk diwacanakan secara objektif." "wad\nbilik atau bahagian di sesebuah hospital yang menjadi tempat tinggal para pesakit, biasanya mereka yang mengalami penyakit yang sama, untuk menjalani rawatan:\n~ kecemasan;\n~ ortopedik;\n~ bersalin;\n mengewadkan\n memasukkan seseorang ke dalam wad:\nSelvamuthu telah diwadkan selama tiga minggu\n." "wadah\n1.\n [Jawa] bekas (tempat) untuk mengisi atau diisi sesuatu;\n2.\n alat, asas, medan, saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu):\npihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; \nada orang melihatnya berfungsi sebagai ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran untuk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi;\n berwadahkan\n menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wadah:\nkita telah dapat mengemukakan penyelesaian agama dengan ~ ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah;\nmewadahi\n menjadi wadah kepada (atau bagi):\nkebosanannya sudah lama ~ kekecewaan untuk mendapatkan sebarang kerja." "wadai\nwade." "wadar\npegawai yang mengawal orang tahanan di penjara, pegawai penjara, pengawal orang tahanan di penjara." "wadas\n[Jawa] lapisan tanah yang keras seperti karang;\ncadas." "wadat\n[Jawa] tidak berkahwin, membujang." "wade\nsejenis makanan tradisional masyarakat India yang diperbuat daripada tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya." "wadheh\n[Arab] \n wadih." "wadi I\n[Arab] sungai yang tidak berair di padang pasir (berisi air apabila turun hujan), lembah." "wadi II\nsejenis air putih (pekat) yang keluar dari zakar atau faraj ketika badan penat bekerja." "wadih\n[Arab] [sastera lama] jelas, terang dan nyata (berkenaan (dengan) khabar dan lain-lain), sahih:\nsupaya boleh ~ dan selesai perkhabaran kita." "wadon\n[Jawa] [sastera lama] perempuan." "waduh\n[kata seru] untuk menyatakan kehairanan (rasa sakit dan sebagainya), aduh." "waduk\n[Jawa]\n1.\n perut besar (tempat mencernakan makanan);\n2.\n = \n~ air \nsejenis kolam tempat mengumpul dan menyimpan air untuk digunakan pada musim kering;\n3.\n = \n~ air \nsejenis tangki air yang tinggi." "wadung\n[Jawa] beliung." "wafak\n[Arab]\n1.\n waktu yang pasti (berlakunya sesuatu);\n2.\n setuju dengan, menurut." "wafat\n[Arab], [bahasa halus] meninggal dunia (digunakan untuk nabi dan rasul):\nsetelah Nabi ~, Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah;\nkewafatan\n kematian (nabi dan rasul):\n selepas ~ Rasulullah, sayidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama." "wafel\nsejenis pankek yang tebal dan rangup, biasanya dimakan dengan madu dan sebagainya." "wafer\nsejenis biskut yang nipis, agak manis dan rapuh, biasanya dimakan dengan aiskrim." "wagon\ngerabak kereta api, gerbong." "wah\n[kata seru] untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan lain-lain):\n~, dahsyat sungguh!;\n~, bukan main banyaknya wang masuk!" "wahadah\nwahdah." "wahadaniah\nwahdaniah." "wahadat, wahadiah, wahadiat\nwahdah." "wahah\nkawasan yang agak subur di padang pasir (berair dan ada tumbuh-tumbuhan)." "wahai\n[kata seru] kata untuk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian, memperingatkan, dan lain-lain):\n~, tidak ada pertolongan lagi, tidak ada harapan lagi!;\n~ kawan, berhati-hatilah sedikit!" "waham\nsangkaan atau alasan yang samar-samar (jauh daripada yakin), was-was:\ntiga kali saya mengangkat takbir barulah berasa betul bersih dan tidak ada syak dan ~;\n mewahamkan\n1.\n menduga, menyangka-nyangka;\n2.\n mencurigakan, meragu-ragukan, mengesyaki;\nkewahaman\n sesuatu yang diwahamkan (dicurigai):\nilmu al-Yaqin itu tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~." "wahana\nsaluran atau perantaraan (yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai):\nbahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu untuk ~ pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa; \nlukisan kartun sering digunakan orang sebagai ~ propaganda; \nRTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan sekali gus ~ komunikasi budaya yang berkesan;\n berwahanakan\n menggunakan sesuatu (seperti bahasa) sebagai wahana:\n keperluan khusus yang ~ bahasa asing." "wahdah\n[Arab] keesaan (Tuhan)." "wahdaniah\n[Arab] keesaan, ketunggalan." "wahi\n[Arab] \nwahyu\n." "wahid\n[Arab] yang esa (sifat Tuhan), tunggal." "wahmi\ndianggap tidak wujud, agakan atau sangkaan belaka:\nsungguhpun pada zahirnya dia wujud tetapi ~ jua." "wahon\nwagon." "wahyu\nfirman (kalam) Allah yang dibacakan kepada nabi dan rasul-Nya yang disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya:\nNabi Muhammad SAW menerima ~ untuk mengembangkan agama Islam;\nmewahyukan\n menurunkan wahyu kepada, menyampaikan petunjuk (pengajaran dan lain-lain) dengan wahyu:\nwahyu disampaikan kepada Nabi oleh Jibril, dan segala apa yang diwahyukan kepadanya itu disampaikannya pula kepada sahabat-sahabatnya;\n pewahyuan\n proses menyampaikan wahyu:\n ~ dan penyebaran al-Quran." "wai I\n[kata seru] untuk menyatakan rasa terkejut (hairan dan sebagainya)." "wai II\nbatang air, kali, sungai." "waiduri\nbaiduri." "wailol\n[Perlis] bodoh, bahlul." "waima, waimma\n[Arab] sama ada, walaupun:\napa pun yang dibuat manusia, ~ dengan perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan." "wain\nminuman keras yang dihasilkan daripada peraman air anggur." "waisya\n[sastera lama] kasta yang ketiga dalam agama Hindu (terdiri daripada golongan pedagang, petani, dan tukang)." "waizuri\nraja muda;\nwizurai." "waja\n1.\n = \nbesi ~ \nsejenis besi yang keras dan kuat, baja;\n \nhati ~ \nki hati yang keras:\nsemangat ~ \nki semangat yang kuat;\n 2.\n (berkenaan (dengan) semangat, cita-cita, dan sebagainya) kuat:\nAfifi berani dan punya cita-cita ~\n;\nberwaja\n menjadi teguh:\nkeyakinan ~ di hatinya;\n kewajaan\n sifat atau keadaan waja, kekuatan:\nyang penting ialah ~ semangat kaum tani dalam menghasilkan tuaian mereka." "wajah\n1.\n air muka, muka paras, roman muka:\n~ ibunya di rumah mula terbayang;\n~nya sungguh-sungguh menyenangkan; \n2.\n keadaan luaran (seperti pemandangan dan lain-lain), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yang dapat dilihat:\n~ kampung itu sudah berubah sekarang; \nsekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan;\n berwajah\n1.\n mempunyai (menampakkan) wajah;\n \n~ sedih (suka, lesu, dan sebagainya); \n2.\n mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yang dapat dilihat):\nsesuai dengan struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yang dikehendaki oleh tuannya; \nbuku lama ~ baru;\n berwajahkan\n menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah:\nmasyarakat gempar apabila menjumpai ikan yang ~ manusia;\n mewajahi\n memberikan keadaan atau rupa luaran kepada:\nbegitulah sastera hipermodenisme yang akan ~ sastera dunia." "wajan\n[Jawa] kuali tempat menggoreng, bajan." "wajar\n1.\n memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dan lain-lain);\n \nnasi ~ \nnasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dan lain-lain);\n2.\n sebagaimana yang sepatutnya (bersesuaian, kena pada tempatnya, dan sebagainya), dapat diterima atau dipertahankan sebagai munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya:\nkaum wanita harus mendapat tempat yang ~ dalam masyarakat; \ntuntutan rakyat yang ~ untuk keperluan hidup;\nsewajar; \n~ dengan \nsama halnya dengan, selaras dengan, setimbal dengan, sesuai dengan;\nsewajarnya\n1.\n memang begitu halnya (keadaannya dan lain-lain), sebenarnya (demikian), sememangnya:\nsebagai seorang yang dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dengan perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; \n2.\n memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu:\npertengkaran antara puak pembangkang dengan puak kerajaan yang berlaku dalam parlimen itu sudah ~; \n3.\n dengan begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dengan sendirinya:\njangan dihalang fikiran kanak-kanak yang tumbuh dengan ~; \n4.\n sesuai dengan yang seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagaimana patut:\nkandungan Quran itu harus difahami dengan ~;\n mewajarkan\n menjadikan dapat diterima atau dianggap sebagai sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dan sebagainya) wajar:\nfilem ini tidak berusaha untuk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; \nsaya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yang kuat yang dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi;\n kewajaran\n perihal wajar:\nperbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; \napakah ada ~ atau tidak untuk bertindak sedemikian?" "wajib\n[Arab]\n1.\n hukum suruhan (dalam Islam) yang apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, misalnya sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat:\nada lima rukun Islam yang ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; \n2.\n tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dan sebagainya), mesti, perlu:\norang tua ~ memberikan asuhan yang cukup kepada anak mereka; \n3.\n sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya):\nkita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada orang yang telah menolong kita;\n~ belajar \nkemestian menuntut ilmu (belajar);\n \n~ pajak \n[Indonesia] orang yang wajib membayar cukai;\nsewajibnya\n semestinya, sewajarnya, seharusnya:\n~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama untuk mencapai kemajuan;\nberwajib\n bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (berkenaan (dengan) orang, institusi, dan lain-lain yang):\nbantahan itu sudah disampaikan kepada yang ~; \nbidang ini juga melibatkan DBP, pihak-pihak yang ~, dan orang ramai dalam menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini;\nmewajibkan\n1.\n menjadikan wajib (dilakukan, diamalkan, dan lain-lain), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan:\nIslamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yang diwajibkan ke atas seorang Islam? \n2.\n menyerahkan tugas (kerja dan lain-lain) kepada, memestikan sesuatu kepada:\nkerajaan ~ suntikan cacar;\nkewajiban,\n \nkewajipan\n1.\n sesuatu yang diwajibkan, kemestian, keharusan:\nia setia kepada suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; \n2.\n tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah:\nkami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut;\nberkewajiban, berkewajipan\n mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggungjawab:\nsuamilah yang ~ mencari sara hidup." "wajik\nsejenis penganan yang dibuat daripada beras pulut (gula, santan), nasi manis, pulut kacau;\n~ takik \nwajik yang dibuat keras (supaya tahan lama);\n \npotong ~ \npotongan (kuih dan lain-lain) yang berbentuk empat persegi menyerong." "wak I\npanggilan kepada bapa atau ibu saudara yang tua (atau orang yang boleh dianggap bapa);\nwa II." "wak II\nbunyi seperti bunyi itik dan lain-lain." "wak III\n[sastera lama];\nSeri W~ Raja \n[sastera lama] gelaran untuk pembesar (kerajaan Melaka)." "wakaf I\n[Arab]\n1.\n sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma), sesuatu yang diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dan sebagainya yang berkaitan dengan agama Islam;\n \nsumur (telaga) ~ \nsumur (telaga) yang dibuat untuk orang ramai;\n \ntanah ~ \ntanah yang diuntukkan bagi keperluan agama (untuk perkuburan, mendirikan masjid, dan lain-lain);\n2.\n badan (institusi) yang dibentuk yang ada kaitan dengan agama Islam;\nberwakaf\n memberikan sesuatu (tanah, harta, dan lain-lain) untuk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan;\nmewakafkan\n memberikan (tanah, harta, dan lain-lain) untuk kegunaan orang ramai, memberikan sesuatu untuk hal atau keperluan yang berkaitan dengan agama:\npokok manggis itu diwakafkan kepada sesiapa yang tidak mempunyai pokok manggis dalam paraknya;\npewakaf\n orang yang mewakafkan sesuatu:\n~ berkuasa menentukan orang yang bertanggungjawab sebagai pentadbir harta wakafnya." "wakaf II\n[Arab] tempat berhenti sebentar (membaca dan lain-lain), jeda." "wakalah\n[Arab] perwakilan." "wakil\n1.\n orang yang diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, pengganti, sulih:\nia dihantar sebagai ~ ayahnya untuk menyelesaikan hutang-piutang itu; \n2.\n orang yang dilantik sebagai utusan atau untuk bertindak dan sebagainya bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dan lain-lain), utusan:\nbeliau dihantar sebagai ~ Malaysia ke persidangan B.B; \n3.\n orang (syarikat dan lain-lain) yang menjalankan urusan perniagaan dan sebagainya untuk orang atau pihak lain, ejen:\nsyarikat itu telah dilantik sebagai ~ General Motors di negeri ini; \n4.\n [Indonesia] jawatan yang kedua tingginya (di bawah jawatan yang disebuntukan berikutnya), naib, penolong, timbalan:\n~ kedua;\n~ presiden;\n~ dagang \norang yang dilantik untuk mengurus perdagangan;\n \n~ mutlak \nwakil yang diberi kuasa (hak dan lain-lain) yang penuh;\n \n~ nikah \norang yang menjadi wakil pengantin dalam pernikahan;\n \n~ (pejabat) pos \npejabat pos kecil (yang biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yang khas);\n \n~ rakyat \nseseorang yang telah dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dalam parlimen dan sebagainya), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri;\n \n~ tetap \norang dan lain-lain yang dilantik menjadi wakil untuk waktu yang berpanjangan;\n \n~ tunggal \nwakil perdagangan yang satu-satunya (tidak ada wakil yang lain);\nberwakil\n mempunyai (memakai) wakil, melantik (memberi kuasa dan sebagainya kepada) seseorang untuk berlaku sebagai wakil:\nmasalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~;\nberwakilkan\n menggunakan (melantik dan lain-lain) sebagai wakil:\npelabur-pelabur yang ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dari Ibu Pejabat ASNB;\nmewakili\n menjadi wakil kepada, bertindak sebagai wakil atau pengganti kepada atau bagi pihak (seseorang dan lain-lain), menyulihi:\npeguam yang telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah untuk ~ orang;\n mewakilkan\n1.\n memberi kuasa kepada seseorang untuk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain untuk mewakili:\nsemua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; \n2.\n menyerahkan kepada orang yang dipercayai untuk diurus dan sebagainya, mempercayakan (mengamanahkan) kepada:\nperahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kepada orang di situ;\nperwakilan\n1.\n segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili:\nsoal ~ pelajar untuk duduk bersama dalam parlimen telah dibincangkan dalam mesyuarat itu; \n2.\n beberapa orang utusan (pemerintah dan lain-lain), perutusan:\nmenteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang untuk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonominomi Asia Tenggara; \n3.\n para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil-wakil:\n dewan (majlis) ~ rakyat; \n4.\n wakil (pejabat yang mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta:\nia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi duta-duta atau ~ negerinya di negeri itu; \n5.\n wakil (pejabat yang mewakili) perdagangan:\nmajalah ini dapat dibeli melalui ~nya." "waktu\n1.\n rangkaian atau rentetan saat (yang telah berlalu dan yang akan datang), masa:\nsecara rohaniah manusia itu bebas, bebas untuk bergerak, baik dalam ruang mahupun dalam ~; \n2.\n ukuran masa yang tertentu, jangka masa:\ndalam ~ dua jam lagi, dia akan sampai; \n3.\n saat (masa) tertentu untuk melakukan sesuatu atau sesuatu yang telah ditetapkan, seperti sembah\u00adyang dan lain-lain: \n~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; \n4.\n saat, kala, ketika: \npada ~ itu dia tiada di rumah; \n5.\n masa yang memberikan kesempatan untuk (berbuat sesuatu, berehat, dan lain-lain), kesempatan, peluang, tempoh: \n~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; \n6.\n keadaan hari dan lain-lain, suasana: \ntubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pada ~ malam; \nW ~ Min Greenwich\n waktu piawai di Great Britain yang digunakan sebagai asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; \n~ pejabat\n waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; \n~ perdana\n waktu penyiaran yang mempunyai jumlah penonton yang paling ramai, yang dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; \n~ puncak\n waktu lalu lintas yang paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yang paling tinggi, dan lain-lain; \n~ tempatan\n waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dengan waktu di tempat lain; \n~ utama\n waktu perdana; \nhabis ~ kerana bang\n (peribahasa) terlalu lanjut membicarakan sesuatu yang tidak perlu sehingga yang perlu tertinggal;\nsewaktu\n dalam waktu yang sama, pada masa (ketika), semasa: \nnelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; \nsewaktu-waktu\n bila-bila sahaja, sebarang waktu: \n~ kami dapat ditangkap; \nberwaktu\n mempunyai waktu yang tertentu, memakai waktu; \nsembahyang diberi ~, janji diberi berketika\n (peribahasa) sesuatu pekerjaan hen\u00addaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna." "wakwak\nsejenis kera, ungka, wawa." "walabi\nsejenis marsupial daripada famili Macropodidae, yang serupa dengan kanggaru tetapi saiz tubuhnya lebih kecil, mempunyai kaki belakang yang besar dan ekor yang panjang." "walad\n[Arab] anak (laki-laki)." "walah\nkewalahan." "walak\n[Minangkabau] [arkaik];\nmewalakkan\n menaruh, meletakkan;\nterwalak\n terletak." "walakin\n[Arab]\n1.\n meskipun, walaupun, sungguhpun:\nkehendak yang suci itu diperkenankan oleh kepala kantor itu, ~ dengan hati berat; \n2.\n akan tetapi, namun (demikian)." "walang I\n= \n~ hati = berhati ~ \nbersusah (bersedih) hati, dukacita, gelisah, khuatir;\nberwalang; \n~ hati \nwalang hati." "walang II\n[Jawa] sejenis belalang;\n \n~ sangit \nsejenis serangga, cenangau, pianggang." "walaru\nsejenis kanggaru besar yang terdapat di kawasan berbatu-batan di Australia, \nMarcopus robustus.\nwalau\n1.\n dan sekiranya, dan jika:\n~ ke laut sekalipun, adinda akan ikut juga; \n2.\n = \nwalaupun\n biar(pun), kendati(pun), meski(pun):\n~ sudah lewat tengah malam, ia akan pergi juga memanggil doktor; \nlau I." "waledan\n[Jawa] gaji (kenaikan atau tambahan gaji) yang belum dibayar." "waleh\n[Jawa] tidak berselindung lagi, berterus terang, mengaku." "walet\n[Jawa] sejenis burung layang-layang." "walhal\n1.\n padahal, sedangkan, dalam pada itu:\nsehingga hari itu, zakat harta dikenakan pada petani sahaja ~ yang wajib mengeluarkannya bukanlah petani sahaja; \n2.\n meskipun, sungguhpun:\nbelum puas lagi Ani melihat gambar yang tertera di muka itu, ~ sudah sekian kali dia melihatnya." "walhasil\n1.\n dan hasilnya, kesudahannya, kesimpulannya:\nmaka panjanglah borak dan bual kedua-dua orang perempuan itu, ~ apabila perempuan berjumpa sama-sama perempuan macam-macamlah jadi; \n2.\n sebenarnya, pada hakikatnya:\npada namanya saja mereka itu Islam, ~ pada amalannya mereka menyimpang daripada ajaran Islam." "wali hakim\norang yang bukan waris (mis raja, kadi, dan lain-lain) yang boleh menikahkan pengantin perempuan jikalau ketiadaan walinya (seperti bapanya, datuknya, abangnya, dan lain-lain);\nberwalihakimkan\n menggunakan seseorang sebagai wali hakim:\n pernikahannya ~ kadi daerah." "wali I\n1.\n orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yang boleh menikahkan pengantin perempuan:\nCik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yang kuat, iaitu bapanya sendiri; \n2.\n orang yang diberi kuasa (dalam Islam) untuk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa;\n3.\n = \n~ Allah = waliullah \norang yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat pertolongan-Nya dengan dirapatkannya pada kehadiran-Nya:\nsaya ini bukannya keramat atau ~ Allah; \n4.\n orang yang memerintah sesebuah daerah (negeri dan lain-lain);\n~ akrab, ~ ikrab \na) orang yang layak menjadi wali yang sangat rapat hubungannya dengan pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yang sulung, atau ayah saudara;\n b) ayah atau ibu kepada anak yatim yang layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa;\n \n~ kota \n[Indonesia] datuk bandar;\n \n~ negara \n[Indonesia] ketua negara bahagian (pada zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat);\n \n~ negeri \n[Indonesia]\na) ketua negeri;\n b) Gabenor Jeneral;\n \n~ rumah \nmamak yang berkuasa dalam rumah adat, tungganai;\nberwalikan\n mempunyai seseorang sebagai wali;\nmewalikan\n bertindak sebagai wali, menjadi wali untuk;\nmemperwalikan\n menjadikan seseorang (sebagai) wali, menunjuk seseorang sebagai wali;\nkewalian\n darjat sebagai seorang wali:\nsesiapa yang menafikan ~nya dituduh jahil;\nperwalian\n1.\n perihal wali;\n2.\n pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya;\n3.\n pengasuh negara yang belum boleh berkuasa sendiri." "wali II\n[sastera lama] sejenis kain kuning yang disampaikan di bahu pegawai istana yang membawa alat kerajaan." "wali III\n= \npisau ~ \nsejenis pisau kecil untuk mengukir (kayu dan lain-lain)." "walid\n[bahasa percakapan] ayah, bapa:\nperkahwinan kita mendapat restu ~, dan telah berlangsung dua puluh tahun genap." "walikukun\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok), \nActinophora buurmani." "walimah\n= walimat." "walimana\n[sastera lama] sejenis burung yang besar untuk kenaikan (kenderaan);\nwilmana." "walimat\n= walimatulurus." "walimatulurus\n[Arab] kenduri perkahwinan." "waliullah\nwali Allah;\nwali I." "walkie-talkie\nsejenis alat komunikasi kecil mudah alih yang membolehkan dua pihak atau lebih berkomunikasi secara langsung, biasanya pada jarak yang dekat." "wallah, wallahi\n[Arab]\n1.\n demi Allah (waktu bersumpah):\n~, saya tidak bermain-main; \n2.\n [kata seru] untuk menyatakan terperanjat (kehairanan dan lain-lain), ya Allah." "wallahuaklam\n[Arab]\n1.\n dan Allah jua yang lebih mengetahui;\n2.\n [kata seru] untuk menyatakan keraguan (tidak mengetahui), entah;\n \n~ bissawab \ndan Allah sahaja yang mengetahui sebenarnya." "walmana\n= walimana." "walnat\n1.\n sejenis pokok daripada genus \nJuglans \nyang mempunyai daun yang wangi, biasanya ditanam untuk menghasilkan kacang yang boleh dimakan dan kayu yang boleh dibuat perabot dan sebagainya:\n kayu ~;\n2.\n kacang berwarna perang dan berkedut-kedut, yang boleh dimakan begitu sahaja, dijeruk atau dibakar untuk dicampurkan ke dalam aiskrim, biskut, kek dan beraneka jenis pencuci mulut." "walrus\nsejenis mamalia laut (seperti anjing laut), biasanya di laut utara, yang diburu untuk mendapatkan kulitnya." "waltz\n1.\n sejenis tarian Barat yang dua orang penarinya menari (biasanya sambil berpimpin tangan) dengan langkah tertentu mengikut rentak muziknya;\n2.\n muzik untuk tarian ini." "waluku\n[Jakarta] bajak, luku, tenggala." "wam\n~ panas \nruam atau guam (yang timbul kerana panas)." "wan I\nakhiran asing \n1.\n orang yang ahli (atau pelaku) dalam sesuatu bidang pekerjaan atau tugas, misalnya \nangkasawan, sejarawan \ndan\n pustakawan; \n2.\n orang yang memiliki sesuatu sifat atau kepunyaan, misalnya \nhartawan, ilmuwan, jutawan \ndan \ndermawan." "wan II\n1.\n gelaran untuk suatu bangsawan Melayu:\nW~ Andak; \nW~ Empuk; \nW~ Malini; \n2.\n [Perak] panggilan untuk ibu saudara;\n3.\n [Pahang], [Negeri Sembilan] panggilan untuk nenek perempuan;\n4.\n [Kedah] panggilan untuk datuk lelaki." "wanara\n(Sanskrit) [sastera lama] kera." "wandu\n[Jawa] banci, pondan." "wang I\n1.\n alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit:\nsatuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; \n2.\n [kiasan] gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah;\n \n~ buta \nwang yang diberikan kepada orang yang tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta;\n3.\n [sastera lama] duit yang bernilai satu pertiga tali:\npada masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah;\ntiga\n \n~\n setali;\n \n~ adat \n[Indonesia] wang untuk perbicaraan di mahkamah;\n \n~ bandar \nwang yang dipertaruhkan dalam perjudian;\n \n~ belanja \na) wang untuk kegunaan hari-hari;\n b) [arkaik] gaji;\n \n~ cengkeram (muka, pendahuluan) \nwang yang dibayar dahulu untuk menandakan setuju membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar;\n \n~ duduk (sidang) \n[Indonesia] wang upah untuk anggota dewan dan lain-lain ketika menghadiri persidangan;\n \n~ duka (sungkawa) \n[Indonesia] wang yang diberikan kepada ahli waris yang meninggal semasa mengerjakan tugasnya;\n \n~ hangat \n(Ekonomi) wang yang beredar (dari negeri ke negeri) kerana kadar bunga yang rendah;\n \n~ hantaran \nwang yang dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan (dalam perkahwinan);\n \n~ jaga-jaga (cadangan) \nwang persediaan untuk digunakan apabila diperlukan;\n \n~ jantan \n[Indonesia] wang yang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan;\n \n~ jalan \nwang untuk bekal dalam perjalanan;\n \n~ jasa \na) wang yang diberikan sebagai pembalas jasa;\n b) bunga wang, faedah;\n \n~ kancing \nsejenis wang untuk jaminan;\n \n~ karun \na) wang yang terjumlah dalam harta karun;\n b) wang yang diperoleh secara haram;\n \n~ kecil (pecah-receh) \nduit yang rendah nilaiannya (sen dan lain-lain);\n \n~ keras \nwang yang tetap nilaiannya (dalam pertukaran antarabangsa);\n \n~ kertas \nwang yang berupa kertas;\n \n~ kontan \n[Indonesia] wang tunai;\n \n~ kopi (jerih, sirih, teh) \nwang yang diberi sebagai hadiah (kerana mengerjakan sesuatu);\n \n~ kuliah \n[Indonesia] wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi;\n \n~ kunci (tiap) \nwang yang dibayar kepada tuan rumah yang disewa rumahnya;\n \n~ lembur \n[Indonesia] wang upah kerana kerja lebih masa;\n \n~ logam (emas, perak, \ndan lain-lain);\n \n~ luar \nwang (pendapatan) yang diterima hasil membuat kerja luar;\n \n~ mahar \n(wang) mas kahwin;\n \n~ makan \nwang bayaran makan (semasa menjalankan tugas);\n \n~ meja \n[Indonesia] wang pembayaran perbicaraan di mahkamah;\n \n~ panas \na) (Ekonomi) wang yang dipindahkan dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain, atau dari satu jenis pelaburan yang lain, untuk mendapatkan kadar pulangan yang terbaik;\n b) [Indonesia] wang pinjaman dengan bunga yang banyak;\n c) [Indonesia] wang yang berlebih-lebih (dalam peredaran);\n d) [Indonesia] wang yang senang dapat dan senang habisnya;\n \n~ pangkal \nwang yang harus dibayar dahulu ketika mula-mula masuk persatuan dan lain-lain (bayaran masuk);\n \n~ perlindungan \nwang yang dibayar oleh seseorang kepada kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dan sebagainya tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng;\n \n~ pertaruhan \nwang yang dibayar sebagai tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dan lain-lain);\n \n~ plastik \nki kad kredit\n;\n~ poket \n[bahasa percakapan] \n= ~ saku \nwang yang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan;\n \n~ pokok \nwang yang menjadi modal dalam perniagaan;\n \n~ pos \nkepingan kertas yang mempunyai nilai tertentu yang boleh ditunaikan, yang dijual kepada pelanggan oleh pejabat pos dengan mengenakan komisen;\n \n~ ringgit \na) [sastera lama] sejenis mata wang daripada perak;\n b) satuan mata wang Malaysia;\n c) segala macam kekayaan;\n \n~ sagu hati \na) wang yang diberikan sebagai membalas jasa;\n b) wang yang diberikan kepada ahli waris anggota (polis, tentera, dan lain-lain) yang meninggal semasa bertugas;\n \n~ sekolah \nwang bayaran sekolah;\n \n~ sembah \n[Jakarta] wang yang diberikan oleh pihak laki-laki kepada bakal mentua sesudah pinangan diterima;\n \n~ syiling \nduit kecil yang dibuat daripada logam;\n \n~ simpanan \nwang yang disimpan untuk masa depan;\n \n~ sogok (sorok, suap) \nwang yang diberikan untuk menyogok (menyuap);\n \n~ songsongan \nwang berlebih yang dikembalikan selepas membayar (sesuatu):\n~ sumbangan \nwang yang diberikan sebagai hadiah (sumbangan);\n \n~ tambang \nwang untuk membayar sewa atau tambang (kenaikan);\n \n~ tegur (penegur) \n[Jakarta] wang yang diberikan kepada isteri untuk memulakan pergaulan sebagai suami isteri;\n \n~ tengahan \n[Indonesia] setengah rupiah, suku (50 sen);\n \n~ terjun \n[Indonesia] wang tambahan untuk ahli pasukan payung terjun;\n \n~ tinta \nwang upah kepada orang yang membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dan lain-lain);\n \n~ tunai \nwang yang boleh digunakan pada bila-bila masa;\nada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~ abang melayang \n(peribahasa) orang yang disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja;\n \nsetali tiga ~ \n(peribahasa) sama sahaja keadaannya (halnya);\nwang-wangan\n mata wang tiruan, wang palsu;\nberwang\n1.\n mempunyai wang:\ndia tidak ~, satu sen pun tidak ada; \n2.\n [kiasan] kaya, berharta;\nmengewangi\n memberi modal kepada, membelanjai, membiayai;\nmengewangkan\n menukarkan kiriman wang dan lain-lain dengan wang;\nkewangan\n perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yang berkaitan dengan wang;\n \nKementerian K~ \nkementerian yang menguruskan wang negara;\n \nkesukaran ~ \nkesukaran (kekurangan) wang dan lain-lain;\nperwangan\n keadaan dan pengurusan wang." "wang II\n[Kedah];\n~-wing \nberjalan mundar-mandir tanpa tujuan." "wang III\n[sastera lama];\n~ hati \nsedih (pilu) hati." "wang IV\nsingkatan bagi awang." "wangi I\n1.\n sangat sedap baunya, harum;\n \nair (minyak) ~ \nair (minyak) yang harum baunya;\n \nserai ~ \nserai yang harum baunya;\n2.\n [kiasan] terkenal, harum:\nnamanya menjadi ~ di seluruh negeri;\n berwangi-wangian\n memakai wangi-wangian:\nsi isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah;\nmewangi\n berbau harum, semerbak harum:\nsebagai batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya;\n mewangikan\n menjadikan wangi, mengharumkan:\nteh ini dibubuh sehiris limau nipis yang bertikam cengkih, bukan untuk menghiasnya tetapi untuk ~nya;\nwangian\n bau (minyak) wangi:\n lebih semerbak daripada ~ kasturi;\n wangi-wangian\n segala sesuatu yang harum, bau-bauan yang harum;\nkewangian\n perihal wangi, bau wangi, keharuman;\npewangi\n sesuatu yang mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum:\ndi Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dengan penggunaan ~;" "wangi II\nakar ~ = rumput ~ \nsejenis tumbuhan (rumput), naga setu, narwastu, \nVetiveria zizanioides." "wangkang\nsejenis jong yang kecil, perahu besar." "wangsa\n(Sanskrit) bangsa, keluarga (raja, keturunan raja);\n \nmuda ~ \nmuda bangsawan;\n \n~ Shailendra \nkeluarga raja-raja Shailendra." "wani\n[Jawa] berani." "wanita\n[bahasa halus] orang perempuan, lawan lelaki:\nfikirannya tertumpu kepada ~-~ genit sahaja; \nkaum ~ \nkaum ibu, kaum puteri;\nkewanitaan\n perihal wanita, sifat-sifat wanita, keputerian:\nRohaya mempunyai sifat ~ yang cukup lemah-lembut serta paras yang cantik;\npewanitaan\n (Biologi)\n1.\n perkembangan ciri-ciri kewanitaan;\n2.\n pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pada lelaki." "wanti-wanti\n[Jawa] berulang kali (melarang, memesan, dan lain-lain), bersungguh-sungguh." "wap I\ngas yang terjadi daripada air (cecair) yang dipanaskan;\nberwap\n mengeluarkan wap:\nmenghirup teh yang ~;\n mengewap\n menjadi wap, meruap:\n air dalam belanga sedang ~;\n mengewapi\n mengasapi dengan wap, mengukus;\nmengewapkan\n1.\n memanaskan (memasukkan) dengan wap air panas, mengukus:\nsegala pakaian orang itu hendaklah direbus atau diwapkan supaya mati segala hama; \n2.\n menjadikan berwap, mengeluarkan wap:\n~ sesuatu bererti menukarkan bentuknya daripada cecair menjadi gas;\n pengewapan\n proses mengewap (mengewapi, mengewapkan)." "WAP II\nakronim bagi \nWireless Application Protocol \n(Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yang membolehkan pengguna mengakses internet dengan menggunakan telefon bimbit)." "war\n[Kelantan] berasa dahaga kerana makan kacang (kuih dan lain-lain)." "wara\nwara-wara\n pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan." "warak I\n[Arab] taat dan patuh kepada Allah, tidak melanggar larangan agama;\nkewarakan\n sifat warak:\nagar kehidupan setiap manusia terisi dengan kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk." "warak II\nbadan." "warakatulikhlas\n[Arab] surat yang dikirimkan dengan tulus ikhlas (dalam surat-menyurat cara lama)." "waran\n1.\n surat kuasa yang dikeluarkan oleh majistret, biasanya kepada pegawai polis untuk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dan lain-lain:\n~ telah dikeluarkan untuk menangkapnya; \n2.\n surat kebenaran yang membolehkan sesuatu pembayaran atau penerimaan wang dibuat;\n~ geledah \nperintah bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada polis atau pihak berkuasa lain untuk menggeledah sesuatu tempat bagi mencari barang curi, dadah, dokumen dan sebagainya;\n ~ pencen \nsurat yang membolehkan bayaran pencen dibuat;\n \n~ tangkap \nsurat kuasa yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pihak polis untuk menangkap seseorang kerana tidak hadir di mahkamah dan sebagainya." "warangan\n[sastera lama] racun tikus dan lain-lain:\n~ kuning;\n~ merah;\n~ putih." "warangka\n[Jawa] bahagian sarung keris yang di atas, sampir." "waranti\njaminan secara bertulis yang diberikan oleh syarikat kepada pembeli untuk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yang dibeli jika barang itu rosak atau tidak berfungsi dalam tempoh masa tertentu." "waras\n1.\n sihat, sembuh (jasmani): \ndia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; \n2.\n sihat rohani (mental, ingatan);\n kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) \n[bahasa percakapan] gila;\n \nfikiran yang ~ \nfikiran yang sihat dan sempurna (dapat berfikir dengan baik);\n3.\n berdasarkan taakulan (berkenaan (dengan) pertimbangan, keputusan dan sebagainya), menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, rasional:\nkeputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yang saksama dan ~;\n mewaraskan\n mewajarkan tindakan, emosi dan sebagainya dengan memberikan penjelasan, fakta dan sebagainya yang logik atau dapat diterima akal, merasionalkan:\nsambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; \ndia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yang dikemukakan dalam rencananya;\nkewarasan\n perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (berkenaan (dengan) otak atau fikiran);\nketidakwarasan\n perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak)." "warasa\n[Arab] pewarisan." "warawiri I\n[Jawa];\nkembang ~ \nbunga raya." "warawiri II\n[Jawa]\n1.\n [bahasa percakapan] berjalan ke sana ke mari dengan tiada tujuan, mundar-mandir;\n2.\n tidak tetap (pendirian dan lain-lain)." "warden\n1.\n orang yang bertanggungjawab menjaga seseorang atau sesuatu;\n2.\n pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang atau peraturan tertentu:\npermit sementara itu hendaklah dikemukakan kepada polis, para pegawai JPJ atau ~ lalu lintas apabila dikehendaki berbuat demikian." "wardi\n[arkaik] perintah;\nordi." "warga\n1.\nahli (suatu keluarga, syarikat, dan lain-lain), anggota;\n \n~\n \ndalam \nkerabat raja yang tinggal dalam istana;\n \n~\n \ndunia\n orang yang bukan rakyat sesuatu negara;\n \n~ jagat\n ark warga dunia;\n \n~ kota\n penduduk kota;\n \n~\n \ntua\n [bahasa halus] orang tua:\nHari W~ Tua Sedunia disambut pada 1 Oktober;\n2.\n [arkaik] tingkatan masyarakat dalam agama Hindu, kasta;\nkewargaan\n keanggotaan." "warganegara\nrakyat sesebuah negara (yang terdiri daripada penduduk asli tempatan ataupun orang asing yang telah diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang):\n ~\n \nMalaysia;\nmewarganegarakan\n menjadikan warganegara;\nkewarganegaraan\n perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara:\ntidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenang-wenang;\npewarganegaraan\n perihal mewarganegarakan." "wari\n[Minangkabau];\nberwari\n [sastera lama] maka (tersebutlah);\nberwari." "warid I\n[Arab] menurut yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW (berdoa, sembahyang, dan lain-lain)." "warid II\nurat nadi." "waringin\n[Jawa] beringin." "waris I\n[Arab]\n1.\n orang atau pihak yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal:\napabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kepada ~nya; \nahli ~\n orang yang menjadi waris;\n2.\n penjaga atau wali (kanak-kanak):\napakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yang berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kepada kanak-kanak tersebut? \n3.\n = \nwarisan\n harta pusaka, harta peninggalan:\nanak cucu akan menerima ~ ayah bondanya;\n~ ahli \nwaris yang sebenarnya (anak dan lain-lain);\n \n~\n \nkuat (yang karib) \nwaris yang hampir sekali (anak, cucu, dan lain-lain);\n \n~\n \nnegeri \n[sastera lama] waris yang bakal menggantikan sultan;\n \n~\n \nsah \norang yang berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dan lain-lain);\nberwaris\n meninggalkan waris, ada warisnya:\nbagi orang mati yang tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kepada pemerintah;\nmewarisi\n1.\n menerima harta pusaka daripada, mempusakai:\ndia telah ~ tanah getah ibunya; \n2\n. \nmenurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dan lain-lain) orang tua dan lain-lain, mengikut jejak orang dan lain-lain yang sebelumnya (dalam pekerjaan dan lain-lain):\nMartinah ~ muka ibunya; \nSemaun ~ sifat-sifat Pak Kasa; \nayah seorang lelaki yang ~ zamannya; \n3.\n [kiasan] menerima apa yang ditinggalkan:\npegawai-pegawai tinggi Melayu yang sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisa-sisa nikmat menjadi tuan yang ditinggalkan oleh pegawai kolonial;\nmewariskan\n1.\n meninggalkan harta pusaka kepada, memberikan pusaka atau peninggalan kepada:\naku akan ~ hasil-hasil seni ini kepada rakyatku; \n2.\n menjadikan seseorang sebagai waris;\n3.\n [arkaik] mewarisi;\nwarisan\n1.\n harta peninggalan, harta pusaka:\nMimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan ~; \n2.\n sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan:\nkata jongos merupakan kata ~ kolonial;\nkewarisan\n mendapat warisan;\nperwarisan\n hal yang berkaitan dengan berwaris:\nundang-undang ~; \nhak ~;\npewarisan\n perihal mewarisi (mewariskan):\npenyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik;\npewaris\n orang (pihak) yang mewarisi, waris:\nkita adalah ~ kebudayaan yang terkaya dalam dunia;\n~ ilmu Yunani; \nbeliau muncul sebagai ~ jawatan Perdana Menteri." "waris II\n[Jakarta] = \nwarisan\n selalu bernasib baik (dalam perniagaan dan lain-lain), beruntung, mujur." "warita\n[arkaik] [sastera lama] berita, cerita, khabar, warta;\nurit." "warkah, warkat\n[Arab]\n1.\n surat:\nsenang sungguh hatinya menerima ~ itu; \n2.\n kandungan (isi) surat." "warna\n1.\n kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya, rona:\n~\n \nmerah;\n~ hijau: ~ cempaka;\n~ tua;\n~ muda; \n2.\n bermacam-macam, berbagai-bagai (dalam kata majmuk):\n~\n \nsari; \n3.\n ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu):\npekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; \n4.\n [arkaik] kasta atau golongan (dalam masyarakat):\nmasyarakat Hindu mempunyai empat ~;\n~ biji remia \n[Kedah] warna ungu;\n \n~ dasar (utama) \nwarna iaitu merah, biru dan kuning, yang menjadi dasar untuk memperoleh warna lain;\n \n~\n \nkarat\n warna coklat gelap dengan campuran warna merah atau kekuningan;\n \n~ primer \nwarna dasar (utama);\n \n~ sekunder \nwarna yang terhasil daripada dua warna primer;\nberwarna\n1.\n mempunyai warna (seperti merah, hijau, dan lain-lain), ada warnanya:\nkain tabir ~ biru tua; \nbangsa (kulit) ~ \nbangsa yang kulitnya hitam (coklat dan lain-lain), bukan bangsa kulit putih;\n2.\n menarik, istimewa, berlainan daripada sesuatu yang biasa:\npelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik;\nberwarna-warna\n =\n berwarna-warni.\nmewarnai\n1.\n = \nmewarnakan\n memberikan berwarna (bercorak), menyapu dengan warna:\nkanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; \n2.\n [kiasan] meragamkan, mencorakkan, memberikan corak (yang tertentu) kepada:\nkedua-dua ciri inilah yang ~ sesuatu budaya;\npewarnaan\n perihal atau proses mewarnakan (mewarnai):\nmulakan dengan ~ pipi;\npewarna\n bahan untuk mewarnakan (mewarnai)." "warna bunyi\n[arkaik], [Indonesia] fonem." "warna nada\n[Indonesia] warna suara." "warna sari\n1.\n berjenis-jenis bunga, bermacam-macam;\n2.\n kumpulan bermacam-macam karangan yang penting-penting (indah dan lain-lain), antologi, bunga rampai." "warna warta\nbermacam-macam berita (khabar)." "warna-warni\n1.\n berbagai-bagai warna(nya) (seperti biru berserta merah dan warna-warna lain):\nbangunan yang dihiasi bendera ~; \n2.\n berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam:\n ~\n \ndalam puisi Malaysia mutakhir;\n berwarna-warni\n1.\n mempunyai warna yang berbagai-bagai, bermacam-macam warnanya, beraneka warna:\nhulu keris itu dihiasi dengan permata yang ~; \n2.\n mempunyai atau menunjukkan ragam atau corak yang berbagai-bagai, beraneka ragam:\ntiga belas esei dalam terbitan ini membicarakan tiga belas bidang budaya yang ~ dan beragam;\nmewarna-warnikan\n menjadikan berwarna-warni." "warta\nberita, khabar:\ntidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia menjadi binatang; \njuru~ \njurukhabar, wartawan;\n~\n \nberita \nberbagai-bagai berita;\n \n~\n \nharian \nsurat khabar yang diterbitkan setiap hari;\n \n~\n \nkerajaan \nrisalah yang diterbitkan oleh kerajaan untuk menyiarkan undang-undang (pelantikan dan lain-lain) yang telah disahkan oleh kerajaan;\n \n~\n \nsepekan \n[Indonesia] majalah yang dikeluarkan seminggu sekali;\n~\n \ndibawa pikat dan langau \n[sastera lama] perkhabaran yang belum sah, khabar angin;\nmewartakan\n memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan:\npemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri itu telah selesai;\nterwarta\n telah diwartakan:\n teks ~;\npewartaan\n perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran, pemberitahuan;\npewarta\n orang yang memberitakan, pemberita." "wartawan\norang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah;\n \n~\n \nbebas \nwartawan yang bebas menulis untuk sebarang akhbar (majalah);\nkewartawanan\n yang berkaitan dengan bidang tugas (kegiatan dan lain-lain) wartawan, segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah:\nsaya memilih jurusan ~ ; \nserentak dengan perkembangan pesat media elektronik, timbul pula tuntutan supaya wartawan generasi sekarang tidak semata-mata terlatih dalam bidang komunikasi biasa tetapi perlu juga dilatih dalam disiplin ~ penyiaran." "wartawati\n[arkaik] wartawan wanita." "wartel\n[Indonesia] akronim bagi warung telekomunikasi (iaitu tempat yang menyediakan khidmat telefon)." "waru\nsejenis tumbuhan (pokok kecil), baru-baru, baru laut, buah keras laut, \nThespesia populnea.\nwarun\n (Sanskrit) [sastera lama] sejenis dewa laut." "warung\nkedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, lepau:\n~\n \nmakan;\n~ kopi;\nberwarung\n mempunyai (berniaga) di warung, berlepau." "wasak\n[Arab] kemampuan yang terbawa oleh unta (lebih kurang 180 kati atau 109 kilogram)." "wasangka\n= \nsyak ~\n syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bimbang, ragu-ragu), sangsi:\ntegur sapa orang dijawabnya dengan tulus dengan tiada menaruh syak ~ sedikit jua;\n berwasangka\n menaruh syak wasangka:\njanganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain." "wasap\nwap yang terbebas daripada cecair mudah meruap yang kelihatan seperti asap, biasanya beracun dan kuat baunya;\nmewasapi" "wasi\n[Arab] orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat." "wasiat I\nkehendak yang penghabisan yang disampaikan oleh orang yang hampir meninggal (berkenaan (dengan) harta benda dan lain-lain), pesan yang terakhir:\naku telah satukan kamu semua dengan seberapa daya yang boleh seperti ~ ibu engkau itu; \nsurat ~ \nsurat yang menyatakan kehendak orang yang meninggal;\nberwasiat\n membuat wasiat, berpesan:\ndia ~ kalau dia mati segala hartanya diberikan kepada isteri dan ibunya; \nKhalifah Abu bakar telah ~ kepada Usamah dan tenteranya;\nmewasiatkan\n memberi wasiat, menentukan orang sebagai waris, mewariskan:\nmaksud hamba yang kedua ialah hendak ~ sekalian harta;\npewasiat\n orang yang membuat (meninggalkan) wasiat." "wasiat II\n1.\npusaka;\n \nkeris ~\n keris pusaka;\n2.\n yang bertuah, yang dapat membuat sesuatu yang ganjil dan lain-lain, yang aneh, yang ghaib:\ntongkat ~." "wasiat III\n[Indonesia] ;\n \nKitab W~ Baru (Lama) \nKitab Perjanjian Baru (Lama) dalam agama Kristian." "wasilah, wasilat\n[Arab] ikatan, perhubungan, pertalian:\napa yang jelas dan nyata ialah ilmu yang dituntut oleh manusia hanyalah sebagai ~ dan jalan untuk mengenal Allah." "wasir\nsingkatan bagi bawasir." "wasit\n[Arab]\n1.\n [sastera lama] orang tengah (dalam perniagaan dan lain-lain), pengantara;\n2.\n orang yang meleraikan (orang berkelahi dan lain-lain), pelerai, pendamai;\n3.\n pengadil (dalam pertandingan bola sepak dan lain-lain)." "wasitah\n[Arab]\n1.\n wasit perempuan;\n2.\n pengantara (dalam perkahwinan), telangkai;\n3.\n orang perempuan yang boleh berhubung dengan orang halus;\n \nilmu ~\n ilmu pengetahuan yang boleh menghubungkan diri seseorang dengan roh." "waskita\n[arkaik] awas, berjaga-jaga, waspada." "waslah\n[Arab] tanda dalam tulisan Arab yang menunjukkan penyambungan yang menghilangkan bunyi huruf alif (hamzah), penghubungan, perangkaian." "waspada\n= berwaspada\n tidak cuai, berawas-awas, berhati-hati, berjaga-jaga, beringat-ingat:\ndia selalu ~ dan berhati-hati benar;\nkewaspadaan\n perihal atau keadaan waspada:\n~\n \ntentera kita diperhebat lagi." "wassalam\n[Arab]\n1.\n selamatlah, sejahteralah;\n2.\n hormat dan takzim daripada (biasanya pada penutup surat)." "waswas I\n1.\n (perasaan) sangsi:\ndia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; \n2.\n (perasaan) curiga, kecurigaan:\ndaripada perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya; \nseorang babu yang tidak pernah aku lihat yang berwajah samseng mengerling aku dengan ~ dari pintu; \n3.\n khuatir:\njanganlah Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba;\n mewaswaskan\n menyebabkan berasa waswas:\nsaya ingat tidak ada apa-apa lagi yang boleh ~ hati;\n kewaswasan\n rasa (keadaan) waswas:\n dalam dirinya ada ~ tentang kesahan sembahyangnya;" "waswas II\n[Arab] sangkaan buruk yang merunsingkan hati (fikiran dan lain-lain), godaan batin." "wat\nrumah berhala Buddha, kuil, tokong:\nmereka bersoal jawab dengan salah seorang sami di ~ tersebut.\nwatak\n1.\n sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dan sebagainya):\nkesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yang berpendidikan; \n2.\n tokoh atau pelaku dalam karya sastera atau seni (seperti novel, cerpen dan drama, dan sebagainya):\npenulis itu memberikan personaliti kepada tiap-tiap ~nya;\nberwatak\n mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian:\ndia sendiri memang sudah ~ seniman;\n berwatakkan\n mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai watak:\nnama Parameswara tidak pernah disebut dalam Sejarah Melayu, tetapi yang disebut ialah Raja Iskandar Syah yang tentunya ~ Islam;\nperwatakan\n1.\n watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak:\n~\n \nPanji Semirang pada keseluruhannya tidak lari daripada sifat asasinya sebagai seorang perempuan; \n2.\n pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dan sebagainya) watak." "watan\n[Arab] tanah air, tanah tumpah darah:\nrela berkorban untuk berbakti kepada ~;\nkewatanan\n semangat untuk membela nasib bangsa dan negara:\n faham kebangsaan Melayu berdasarkan ~, rasa kemanusiaan, dan persaudaraan." "watang\n[Jawa], [sastera lama] batang (pohon kayu)." "wataniah\n[Arab] perihal tanah air, yang berkaitan dengan tanah air;\n \ntentera ~\n tentera sukarela." "watas\n[Jawa] batas, perenggan, sempadan:\nsebatang sungai mengalir dekat ~ kebun itu;\nberwatas, berwatasan\n berbatasan, berperenggan, bersempadan:\ndi sebelah utara Tanah Arab, ~ dengan daerah Kerajaan Rom;\nmewatasi\n membatasi, menyempadani;\nperwatasan\n perbatasan." "watek\n[Jawa] watak." "watermantel\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] sejenis senapang mesin besar yang larasnya berselongsong yang diisi dengan air." "waterpas\n[Indonesia-Belanda],\n1.\n [bahasa percakapan] sejenis alat untuk menentukan rata tidaknya (permukaan dan lain-lain);\n2.\n rata (permukaan dan lain-lain)." "waterpruf\n[bahasa percakapan] tidak masuk air, kalis air, kedap air:\njam tangannya ~." "wates\nwatas." "wati\n[arkaik]\n1.\n [sastera lama] alam, angkasa, langit (dalam kata majmuk);\n2.\n bentuk yang menyatakan perempuan (seperti yang digunakan dalam perkataan \nperagawati\n dan \nseniwati\n)." "watikah\nsurat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, dan sebagainya) yang diberikan kepada seseorang:\npengisytiharan itu telah dibacakan oleh Menteri Besar Perak sebaik-baik sahaja beliau menerima ~ daripada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan." "watt\n(Fizik) unit ukuran kuasa elektrik." "watt-jam\nunit kerja atau tenaga yang bersamaan dengan 1 watt kuasa elektrik yang digunakan selama 1 jam." "wattan\njumlah kuasa elektrik yang diukur dalam nilai watt." "wau I\nlayang-layang yang dibuat daripada kertas dan buluh:\n~\n \nbulan;\n~ kapal;\n~ kemetek;\nbagai ~ putus teraju \n(peribahasa) putus harapan dan berserah kepada nasib;\n \nlaksana ~ melawan angin \n(peribahasa) membuat pekerjaan yang tidak mungkin terkerjakan." "wau II\n1.\n huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam);\n2.\n huruf ke-30 abjad Jawi;\n tahun ~ \ntahun yang ketujuh dalam satu windu:\n pada tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~\n." "wau III\n[kata seru] untuk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok:\n ~, besarnya ikan ini!" "wawa, wawak\nwakwak." "wawancara\nsoal jawab antara wartawan dan sebagainya dengan orang yang terkemuka dan lain-lain untuk mendapatkan keterangan (pandangan dan sebagainya) untuk disiarkan, temu ramah, temu bual, interviu;\nberwawancara\n bersoal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka dan lain-lain, bertemu ramah, bertemu bual;\nmewawancara, mewawancarai\n mengadakan (melakukan) wawancara, menemuramah, menemu bual, menginterviu:\ndari siang tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata memeriksa sambil mewawancarai diriku; \nsebuah akhbar mingguan telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu;\npewawancara\n orang (wartawan dan sebagainya) yang mewawancara, penemu ramah, penemu bual, penginterviu." "wawansabda\n[arkaik] wawancara;\nberwawansabda\n berhubung:\nmemungkinkan insan ~ dengan pencipta-Nya." "wawas\n; \nmewawaskan\n menghasilkan wawasan:\njika mahu membentuk masyarakat Malaysia yang bertaraf maju seperti yang diwawaskan, sembilan cabaran hendaklah diatasi;\nwawasan\n1.\n fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi:\npola penceritaannya lebih kelihatan seperti main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; \n2.\n pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi:\nW~ 2020; \nkita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dengan cemerlang;\nberwawasan\n mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu:\nagama Islam berjaya membentuk tamadun yang harmoni, merdeka dan ~ tinggi; \nsememangnya dia seorang pemimpin yang ~." "wayang\n1.\npatung dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain untuk mempertunjukkan sesuatu cerita:\nkita adalah ~ di tangan dalang; \n2.\n pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dan lain-lain);\n \nanak ~\n orang yang berlakon dalam pertunjukan pentas (sebagai profesion);\n3.\n = \n~\n \ngambar = ~ gelap \npertunjukan gambar hidup yang berupa cerita dan sebagainya (yang ditayangkan pada layar putih):\nbudak-budak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan;\npanggung ~\n tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan);\n \n~\n \nbangsawan \nsejenis pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi-nyanyian);\n \n~\n \nCina = ~ potehi \nsejenis permainan pentas orang Cina;\n ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol \nwayang yang dibuat daripada kayu (berupa anak-anakan dan lain-lain);\n \n~\n \nkulit = ~ purwa \nwayang daripada patung-patung yang diperbuat daripada kulit;\n \n~\n \norang \nsejenis sandiwara Jawa dengan tarian yang diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yang berasal daripada kitab Mahabharata);\n \n~\n \nsuluh \n[Indonesia] wayang kulit yang dimainkan dalam bahasa Indonesia;\nmewayangkan\n memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang, melakonkan, mendalangkan." "wayar\ndawai, kawat:\n~ elektrik;\n~ telefon." "wayarles\n1.\n tidak melalui kawat tetapi melalui gelombang elektrik di udara (untuk menghantar berita);\n2.\n alat yang digunakan untuk menghantar atau menerima berita dan lain-lain tanpa melalui kawat." "wayu\n[sastera lama] angin, bayu." "wayuh\n[Jawa] beristeri lebih daripada seorang." "wazir\n[sastera lama] menteri, perdana menteri." "we\nweh." "Weda\nkitab suci agama Hindu (dalam bahasa Sanskrit)." "Wedam\n Weda." "wedana\n[Jawa] ketua daerah;\nkewedanaan\n pejabat (tempat kediaman atau daerah) wedana." "wedani\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok memanjat), \nQuisqualis indica." "wede\n[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] wakil, paltu." "weduk\n[Jakarta] kebal;\nkewedukan\n ilmu kekebalan." "wegah\n[Jawa] rasa tidak suka melakukan apa-apa, enggan, malas, segan." "weh\n[kata seru] untuk menarik perhatian orang:\nadinda ~, dengar kekanda bermadah; \nawak nak minum juga ~?\n." "weharima\n(Sumbawa) [arkaik] gotong-royong." "wejang\n[Jawa];\ndiwejang\n diberi nasihat (tunjuk ajar dan lain-lain);\nwejangan\n1.\n ajaran, nasihat, tunjuk ajar:\ndemikianlah ~ ayah yang tidak pernah kulupakan; \n2.\n pidato yang bertujuan untuk menyampaikan pengajaran:\nsetiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh pemimpinnya, mendengarkan ~nya." "weker\n[Indonesia-Belanda] jam untuk menjagakan, jam gerak, beker." "welahar\n[arkaik] tasik kecil." "welas\n[Jawa] belas, kasihan;\n \n~\n \nasih \nbelas kasihan." "welasan\n(Palembang) tambahan (tiap sepuluh ditambah satu), imbuh." "weling\n[Jawa] pesan, wasiat." "welirang\n[Jawa] belerang." "Weltanschauung\n(Jerman) pandangan menyeluruh, terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat." "wenang\n[Jawa] wewenang;\nberwenang\n mempunyai hak (untuk berbuat sesuatu):\n ketua regu itu ~ untuk menuntut ketaatan anggota regu;\nsewenang-wenang, bersewenang-wenang\n1.\n (membuat sesuatu) dengan sekehendak hati sahaja, dengan semahu-mahunya:\nkita tidak boleh membiarkan kaum bapa ~ sahaja bertindak terhadap kaum ibu; \n2.\n bermaharajalela (melakukan sesuatu), kejam, zalim:\ntawanan mereka telah disakiti dengan cara yang kejam dan ~; \n3.\n melakukan sesuatu tidak dengan teliti (dengan sembarangan sahaja, tidak dengan usul periksa):\nkata nasional yang digunakan dengan ~ itu sangatlah mengelirukan;\nkesewenang-wenangan\n perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;\nkewenangan\n hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu." "werak, werek\n[Jawa], [bahasa percakapan] orang yang mencari-cari buruh kontrak (biasanya dengan menggunakan tipu helah)." "Wesak\nHari W~ \nhari perayaan keagamaan yang dirayakan oleh penganut agama Buddha pada bulan Mei setiap tahun." "wesel I\n[Indonesia-Belanda]\n1.\n = \npos ~\n surat untuk mengirim wang kepada seseorang (syarikat dan sebagainya) yang dikeluarkan oleh pejabat pos;\n2.\n \nsurat ~\n surat yang membolehkan seseorang mengambil wang yang dikirimkan (di pejabat pos)." "wesel II\n[Indonesia-Belanda] alat untuk mengalihkan rel kereta api di persimpangan (persambungan) rel;\n \nsalah ~\n [bahasa percakapan] salah faham, salah pengertian, keliru." "weskot\n[arkaik] sejenis baju dalam yang tidak berlengan, labuhnya hingga ke pinggang, berbutang depan, dan dipakai di bawah kot atau jaket, rompi." "wet I\n[Indonesia-Belanda] undang-undang, hukum." "wet II\n[Kelantan];\nmengewet\n membengkokkan (benda yang keras dan panjang)." "wetan\n[Jawa] timur." "wewangian\n[arkaik] wangi-wangian." "wewenang\n[Jawa] hak dan kekuasaan (untuk berbuat sesuatu):\neh, kalau aku punya ~, aku juga ingin punya duit banyak-banyak." "WHO\n[kependekan] \nWorld Health Organisation\n (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)." "wibawa\n= kewibawaan\n1.\n kekuasaan, hak, atau keupayaan yang membolehkan seseorang dan lain-lain menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yang kuat:\nkewibawaannya sebagai pemimpin persatuan itu dipertikaikan; \nmemang benar pemimpin yang dikurniai daya penarik dan ~ untuk menggerakkan rakyat itu seorang diktator;\n~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; \n2.\n sifat atau keistimewaan sesuatu, seperti sesebuah institusi atau terbitan yang menjadikannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan:\n~ Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa;\nberwibawa\n = \nberkewibawaan\n mempunyai wibawa (kewibawaan):\npenggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; \nuntuk menjadi media massa yang ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pada manusia dan permasalahannya yang sebenar; \npemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif." "widara\nbidara." "widuri\n[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok renek), \nCaloptropis gigantea." "wig\nsejenis rambut palsu berkeriting berwarna putih, yang dipakai oleh hakim dan sebagainya semasa perbicaraan di mahkamah." "wih\nweh." "wijaya\n(Sanskrit) [sastera lama] kemenangan, menang;\n \n~\n \nmala (mulia, kesuma) \n[sastera lama] sejenis bunga sakti yang dipercayai boleh menghidupkan orang mati." "wijen\n[Jawa] bijan." "wijil\n[Jawa] jalan keluar, pintu." "wikalat\n[Arab] jawatan (sebagai) wakil, perwakilan." "wiket\n(dalam permainan kriket) tiga kayu pancang yang dipacak dengan dua anak pancang melintang di atasnya, yang ditujui oleh bola yang dibaling oleh pihak lawan, dan yang dihadang oleh pemukul." "wiku\n[sastera lama] pendeta yang bertapa." "wila\norang ~\n suku bangsa orang asli di Kedah." "wiladah\n[Arab];\nmandi ~\na) mandi yang diwajibkan bagi ibu yang baru bersalin (dalam agama Islam);\n b) upacara mandi bagi perempuan hamil (7 bulan), mandi lenggang perut, mandi tian." "wilangon\n[Jawa], [sastera lama] asyik berahi, dendam berahi." "wilangun\n[Jawa], [sastera lama] wilangon." "wilayah\n[Arab] jajahan, daerah, kawasan, negeri, provinsi:\n~\n \nJawa Barat;\n~-~ Afrika Tengah; \nhak ~ \n[Indonesia] hak untuk menguasai tanah dan lain-lain (tetapi tidak memiliki);\nkewilayahan\n sifat yang mementingkan wilayah atau daerah sendiri." "wilayat\n[Arab] wilayah." "wilis\n[Jawa], [sastera lama] biru kehijau-hijauan, hijau tua, \nratna ~ \n[sastera lama] permata yang hijau." "wilmana\n(Sanskrit) [sastera lama] kereta, kenderaan." "windu\njangka waktu yang lamanya lapan tahun, daur kecil;\nberwindu-windu\n beberapa windu (lamanya)." "wineka\n[arkaik] sangat hati-hati (terhadap sesuatu)." "wingit\n[Jawa] suci dan keramat, muhtasyam;\nkewingitan\n keadaan wingit, kekeramatan:\nmalam terus bening, disepuh ~ yang turun bersama rintik-rintik pawitera dari puncak wisesa." "wira\n[sastera lama] pahlawan, lelaki;\nkewiraan\n sifat-sifat sebagai seorang wira:\nternyata bahawa ~ Benjamin tidak sama dengan ~ Ratu Bongsu." "wirama\nirama." "wirang\n[Jawa] aib, malu;\n \nmembalas lara ~\n membalas dendam kerana diberi malu." "wiraswasta\norang yang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan aktiviti perniagaan atau perdagangan secara profesional, seperti mengenal pasti, menentukan keluaran baru, dan sebagainya:\nusahawan Melayu bukan sebagai kapitalis yang berwatak binatang ekonomi, tetapi sebagai ~ Muslim yang terikat dengan norma dan etika agamanya." "wirawan\n[sastera lama] gagah berani, gagah perkasa:\nkenapakah kamu menanyakan yang serupa itu, wahai anak muda yang ~?" "wirawati\nperempuan yang gagah berani (gagah perkasa):\nFlorence kini muncul sebagai ~ olahraga Amerika Syarikat bagi era 1988." "wirid\n[Arab]\n1.\n petikan daripada Quran yang ditentukan untuk dibaca (dipelajari dan lain-lain);\n2.\n zikir yang dibaca selepas sembahyang;\nberwirid\n membaca wirid, berzikir:\nlepas sembahyang, mereka ~ membilang tasbih." "wirit\nwiritan\n [bahasa percakapan] amalan, kelaziman, kebiasaan." "wiron\nwiru." "wiru\n[Jawa] lipatan (pada kain dan lain-lain);\nberwiru-wiru\n berlipat-lipatan (kain dan lain-lain)." "wisata\n(ber)darmawisata." "wisatawan\norang yang berdarmawisata, pelancong." "wisel\nsejenis alat berupa tiub kecil dan sebagainya yang mengeluarkan bunyi siulan yang nyaring apabila ditiup:\nsebaik-baik ~ berbunyi mengisyaratkan kereta api itu akan bertolak, Ramlan dengan segera turun mencium tangan ibu bapanya." "wisesa\n[arkaik] kekuasaan yang tertinggi." "wiski\nminuman keras yang diperbuat daripada bijian, seperti barli, oat, rai, dan lain-lain." "wisma\n1.\n rumah;\n2.\n bangunan yang di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dan sebagainya:\nW~\n \nPersekutuan; \nW~ Yakin." "wit\n[Kelantan], [Perak];\nmengewit\n mengarahkan (perahu dan lain-lain) ke tempat yang dituju." "witir\n[Arab] ganjil (bilangan);\n \nsembahyang\n \n~ \nsembahyang sunat yang bilangan rakaatnya ganjil dan dikerjakan antara selepas sembahyang isyak dengan waktu subuh." "wiyata\n[Jawa] [arkaik] pengajaran:\n~\n \npraja \njawatan urusan pengajaran di Yokyakarta." "wizurai\n[sastera lama] naib raja, gabenor jeneral;\n waizuri." "woksyop\n[bahasa percakapan] bengkel." "wolanda\n[arkaik] Belanda." "wolfram\nsejenis logam yang tahan dibakar, tungsten." "wong\n[Jawa] orang." "wongweng\n[Perlis] mundar-mandir, ulang-alik, bolak-balik." "worawari\n[Jawa] bunga raya." "wortel\n[Indonesia-Belanda] sejenis lobak merah." "writ\n(Undang-undang) perintah atau proses yang dikeluarkan oleh mahkamah atau pegawai kehakiman meminta mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, dan yang mengandungi arahan tentang apa yang patut dibuat;\n \n~\n \nhabeas corpus \nwrit yang boleh membebaskan seseorang daripada tahanan yang tidak sah;\n \n~ pilihan raya \nwrit yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang." "WTO\n[kependekan] \nWorld Trade Organization \n(Pertubuhan Perdagangan Dunia, iaitu pertubuhan antarabangsa yang menggalakkan dan mengawal selia perdagangan antara negara-negara anggotanya)." "wuduk I\n1.\n[Arab] perbuatan menyucikan diri dengan air (sebelum beribadah, seperti bersembahyang):\nsudahkah engkau mengambil ~?; \n2.\n air sembahyang;\n \nada ~ \nada air sembahyang atau berada dalam keadaan yang membolehkan seseorang beribadah, seperti bersembahyang, membaca al-Quran, dan lain-lain;\nberwuduk\n menyucikan diri (sebelum sembahyang), mengambil air sembahyang:\ntidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; \ntawaduk II." "wuduk II\n[Jawa];\nnasi ~ \nnasi yang dimasak dengan santan dan bumbu;\n uduk II." "wujud\n1.\n ada (sesuatu), sedia ada;\n2.\n sesuatu yang ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dan lain-lain);\n3.\n benda yang nyata (bukan roh dan lain-lain), rupa dan lain-lain yang dapat dilihat;\nberwujud\n1.\n memang ada (boleh dipandang, dipegang, dan lain-lain), berupa benda yang nyata;\n2.\n konkrit, maujud, nyata;\nmewujudkan\n1.\n menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dan lain-lain), mengadakan:\nkadang-kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; \n2.\n melaksanakan (cita-cita dan lain-lain);\n3.\n menerangkan (memperlihatkan) dengan benda yang nyata;\nterwujud\n sudah diwujudkan (dilaksanakan):\n ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~;\nkewujudan\n perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu);\nperwujudan\n1.\n bentuk atau rupa (yang benar-benar dapat dilihat dan lain-lain);\n2.\n sesuatu yang berwujud (kelihatan dalam mimpi dan lain-lain);\n3.\n sesuatu yang konkrit (maujud, nyata);\n4.\n pelaksanaan (cita-cita dan lain-lain);\npewujudan\n perbuatan atau proses mewujudkan." "wul\n~ kaca \nserat kaca yang dipintal halus seperti kapas;\n \n~ kapas \nkapas yang diolah menjadi putih dan bersih (biasanya digunakan untuk tujuan perubatan);\n \n~ keluli \ngumpalan serat keluli yang halus (biasanya digunakan untuk menggilap)." "wuquf\n[Arab] berhenti:\n~ di Arafah \nberhenti (hadir) seketika di Arafah pada 9 Zulhijah antara ketika gelincir matahari hingga ketika terbit fajar hari kesepuluh (salah satu rukun haji)." "wusyu\nseni mempertahankan diri orang Cina." "wuwungan\n[Jawa] bumbungan." "x\nhuruf ke-24 abjad Rumi." "X-ray\n1.\n bsinar elektromagnet yang dapat menembusi pepejal (gas berion dan plat gambar foto yang terdedah), sinar-X;\n2.\n pemeriksaan bahagian dalam badan seseorang atau bahan legap dengan sejenis alat yang menggunakan sinar-X: \nsudahkah ~ dibuat pada paru-paru kamu yang sakit itu? \n3.\n = \ngambar ~\n gambar yang dihasilkan dengan mendedahkan filem gambar foto kepada sinar-X (digunakan dalam perubatan sebagai salah satu cara untuk mengesan keadaan bahagian tertentu dalam badan, seperti tulang yang dapat menyerap sinar-X dan kelihatan sebagai kawasan yang legap pada gambar);\nmengx-ray\n1.\n mengambil gambar X-ray (sebahagian daripada badan dan sebagainya) dengan menggunakan sinar-X;\n2.\n merawat atau memeriksa dengan menggunakan sinar-X." "xantina\n(Kimia) hablur berwarna kekuning-kuningan yang larut dalam eter dan larut sedikit dalam air dan alkohol, biasanya digunakan sebagai racun kulat dan bahan perantara untuk bahan kimia lain." "Xe\nsimbol kimia bagi xenon." "xenofobia\n(Psikologi) perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing." "xenolit\n(Geologi) serpihan batuan yang berbeza dari segi asal usul, komposisi, struktur, dan sebagainya daripada batu igneus yang melitupinya." "xenomorf\n(Geologi) (berkenaan (dengan) batu igneus) tidak mempunyai ciri bentuk hablur disebabkan tekanan daripada mineral yang berdekatan:\nbentuk ~." "xenon\n(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang berbentuk gas, sangat stabil, dan digunakan dalam tiub pendar cahaya dan laser." "xerofit\n(Biologi) tumbuhan yang dapat hidup atau tumbuh di persekitaran yang kering." "xeroftalmia\n(Perubatan) kekeringan konjunktiva dan kornea disebabkan oleh kekurangan vitamin A." "xerosis\n(Perubatan) kekeringan tidak normal pada mata, kulit ataupun mulut." "xerostomia\n(Perubatan) kekeringan pada mulut disebabkan kekurangan rembesan air liur." "xi\nhuruf ke-14 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u039e,\u03be" "xilem\n(Biologi) tisu tumbuhan yang membawa air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan." "xilena\n(Kimia) sebatian organik berbentuk cecair, tidak berwarna, dan larut dalam alkohol dan eter tetapi tidak larut dalam air, biasanya digunakan sebagai pelarut, bahan api pesawat terbang dan bahan perantara dalam penyediaan sebatian organik lain." "xilofaj\n(Biologi) serangga pemakan kayu." "xilofon\nsejenis alat muzik yang terdiri daripada bar-bar kayu (biasanya dibunyikan dengan menggunakan dua batang pemukul kayu yang kecil)." "xilolarium\nkoleksi sampel kayu zaman silam dan kayu yang masih wujud dengan dinyatakan nama biasa, nama tempatan, nama saintifik dan asal usul kayu tertentu, biasanya digunakan sebagai bahan rujukan untuk pengecaman dan pemiawaian nama." "xilosa\ngula yang terdapat dalam tumbuhan, khususnya di bahagian yang berkayu." "y I\nhuruf ke-25 abjad Rumi." "Y II\nsimbol kimia bagi itrium." "Y2K\n(Komputer) gangguan pada sistem komputer disebabkan oleh kegagalan komputer mengenal pasti data menjelang tahun 2000 sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna komputer, pepijat alaf." "YA\n[kependekan] Yang Arif." "ya I\n1.\n huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10);\n2.\n huruf ke-34 abjad Jawi." "ya II\n1.\n [kata seru] kata untuk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul:\n~\n, \nsaya ada dua orang anak;\n~kah engkau ini yang bernama Tuanku Malim Deman?;\n~ tak ~ (juga) \n[bahasa percakapan] memang benar (betul), benar (betul) juga;\n2.\n [kata seru] kata untuk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dan lain-lain), baiklah:\n~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; \n3.\n kata untuk menyahut panggilan orang, saya:\n~\n \npak cik;\nmengeyakan\n mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan:\nlebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; \n= ia II" "ya III\n[kata seru] kata untuk memanggil (menarik perhatian dan lain-lain), hai, wahai:\n~\n \nAllah, ~ Rabbi, ~ Saidi." "ya IV\n1.\n kata yang digunakan pada hujung ayat sebagai bertanya atau untuk mendapatkan kepastian, \u2026 bukan?:\ndia orang kaya ~? \n2.\n kata tambahan yang merupakan atau menguatkan pertanyaan kepada diri sendiri, agaknya, gerangan, tah:\nsiapa ~ yang berjalan itu? \n3.\n kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya:\nbesok kita jumpa lagi ~." "YAA\n[kependekan] Yang Amat Arif." "YAB\n[kependekan] Yang Amat Berhormat." "yad\n[Arab]\n1.\n tangan (orang);\n2.\n kaki yang di hadapan (bagi binatang yang berkaki empat);\n3.\n sayap (burung dan lain-lain)." "YADIM\nakronim bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia." "Yahudi\n= \norang ~\n bangsa yang berasal dari Israel (keturunan Yuda);\n \nagama ~\n agama yang dianuti oleh orang Israel;\nmeyahudikan\n menjadikan seseorang Yahudi:\nsetiap anak yang dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya;\nmemperyahudikan\n [kiasan] memandang hina (rendah, keji, dan lain-lain), mengejikan." "Yahudiah\ngolongan Yahudi, orang-orang Yahudi." "yahum\nangin ~\n angin yang berpuput dari buritan kapal dan lain-lain." "yais\n[Indonesia] peringkat mulai tidak datang bulan lagi (bagi perempuan yang berumur di antara 45 dengan 50 tahun), mati (habis, putus) haid." "yak I\nbelacak ~, melacak ~ \nterlalu banyak hingga bertimbun-timbun (buah-buahan, ikan, dan lain-lain);\nberyak-yak, teryak-yak\n terlalu banyak." "yak II\nsejenis lembu yang bertanduk panjang, berbulu tebal dan berjumbai-jumbai, yang terdapat terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya dan di Tibet, \nBos grunniens\n." "yakin\nbetul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dan lain-lain sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar:\ndia masih tetap ~ bahawa jalan yang ditempuhnya bukanlah jalan yang salah; \nmengetahui dengan ~ akan arah kiblat; \nkami ~ dia akan berjaya dalam pertandingan itu; \nberkata dengan ~ \nberkata dengan sungguh-sungguh;\nmeyakini\n1.\n yakin (akan), mempercayai benar-benar (akan):\nsetelah ~ bahawa tidak ada orang yang mengintip, barulah dia membuka peti itu; \ndia ~ kesanggupannya melawan musuh; \n2.\n =\n meyakin-yakini\n menyelidiki dan sebagainya supaya yakin;\n3.\n menaruh keyakinan pada;\nmeyakinkan\n1.\n menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan:\ndia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dalam perkara itu; \n2.\n menyebabkan yakin, menjadikan yakin:\nmereka tidak membawa apa-apa senjata untuk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; \n3.\n dengan bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius:\npelukisan masyarakat dalam kesusasteraan yang bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng-dongeng daerah; \n4.\n menimbulkan keyakinan:\nhujah yang ~;\nkeyakinan\n perihal yakin, kepercayaan yang sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan:\nkita akan menjalankan semula kewajiban kita dengan penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita;\nberkeyakinan\n mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar:\nia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat;\n~ dalam apa jua bidang;\nketidakyakinan\n perihal (sikap, pendirian, dan sebagainya) tidak yakin:\n~\n \nterhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dalam masyarakat yang mendapat pendidikan Inggeris." "yakis\nsejenis kera besar yang hidup di tanah." "Yakjuj wa Makjuj\n[Arab] dua suku bangsa yang dipercayai akan membinasakan dunia apabila hampir kiamat." "yakni\niaitu (diikuti oleh kalimat yang menjelaskan lagi maksud kalimat sebelumnya):\nmajlis itu berhak bertindak dengan sendirinya, ~ dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa." "yakut\nsejenis batu permata." "yakuza\n1.\n pertubuhan jenayah Jepun yang terlibat dalam perjudian haram, peras ugut dan sebagainya;\n2.\n ahli kegiatan haram atau samseng Jepun." "yakyung\nsejenis kumbang yang bertanduk, kumbang gajah, kumbang kelapa." "YAM\n[kependekan] Yang Amat Mulia." "Yamtuan\nYang Dipertuan, baginda." "yamyuh\nsejenis unggas kacukan ayam dan puyuh." "yang I\n1.\n (Linguistik) kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan:\nrumah ~ besar itu; \norang ~ sakit itu; \n2.\n (Linguistik) kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata-kata (ayat) berikutnya ialah penjelasan untuk kata-kata sebelumnya:\nbanyak orang ~ ingin bersalam dengannya; \n3.\n kata yang digunakan sebagai kata penyerta, kata yang menentukan kata benda, kata sandang:\n~\n \npenting bagi kita ialah mengenai dasar;\n~ kaya sama kaya; \n4.\n [sastera lama] ada pun akan:\n~\n \nhutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; \n5.\n [bahasa percakapan] kata penghubung untuk menyatakan isi atau huraian kata (ayat) sebelumnya, bahawa:\nmengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat;\nY~ Amat Arif \nrujukan kehormat untuk Ketua Hakim Negara (dalam situasi formal, seperti di mahkamah dan sebagainya);\n \nY~\n \nAmat Berhormat \nrujukan kehormat yang digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar;\n \nY~\n \nAmat Berbahagia \nrujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan;\n \nY~ Amat Mulia \nrujukan kehormat yang digunakan untuk Undang (luak di Negeri Sembilan);\n \nY~\n \nArif \nrujukan kehormat yang digunakan untuk Hakim (pada situasi yang formal seperti di mahkamah dan sebagainya);\n \nY~\n \nBerbahagia \nrujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato\u2019, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat);\n \nY~\n \nBerhormat \nrujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri;\n \nY~\n \nBerhormat Mulia \nrujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berketurunan raja;\n \nY~\n \nDipertua \norang yang dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dan lain-lain);\n \nY~\n \nDipertua Negeri \ngelaran untuk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak;\n \nY~\n \nDipertuan \ngelaran untuk raja yang memerintah, sultan, tuanku;\n \nY~\n \ndi-Pertuan Agong \ngelaran untuk Ketua Negara Malaysia;\n \nY~\n \nMaha Kuasa \nTuhan, Allah;\n \nY~\n \nMaha Mulia \nrujukan kehormat untuk sultan atau raja yang memerintah;\n \nY~\n \nMulia \nrujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu;\n \nY~\n \nTeramat Mulia \nrujukan kehormat untuk keluarga diraja yang terdekat." "yang II\n= yang-yang\n dewa;\nberyang-yang\n membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa:\nmaka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; \nTuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dalam taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat;\nkayangan\n tempat kediaman segala dewa, keinderaan." "yang-yang\nakar ~\n sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar kerayung, \nVitis hastata." "Yangki\n1.\n orang Amerika umumnya;\n2.\n [bahasa percakapan] pemuda yang terikut-ikut dengan gaya (yakni pakaian, kelakuan, dan sebagainya) pemuda Amerika;\n \nseluar ~\n seluar potongan seluar gembala lembu di Amerika." "yarmulka\nsejenis tutup kepala kecil bulat yang dipakai oleh lelaki Yahudi, terutamanya apabila bersembahyang." "yas\nhias." "Yasin\n= \nsurah (surat) ~\n surah ke-27 di dalam Quran." "yatim\n1.\n anak yang kematian ibu atau bapanya;\n2.\n = \n~\n \npiatu \nanak yang kematian kedua-dua ibu bapanya;\nkeyatiman\n keadaan yatim (kematian ibu atau bapa)." "yaum\n[Arab] hari;\n \n~uddin \nhari dipertimbangkan kebaikan dan kejahatan (dosa dan pahala) seseorang;\n \n~\n \nul-akhir \nhari yang kemudian;\n \n~\n \nul-kiamati \nhari kiamat;\n \n~\n \nul-Mahsyar \nhari dikumpulkan segala manusia (untuk diperhitungkan segala dosa dan pahalanya)." "yayasan\n1.\n pertubuhan yang dibentuk untuk mengusahakan sesuatu (seperti sekolah, badan penyelidikan, badan yang mengeluarkan biasiswa, dan lain-lain):\nUniversiti Harvard dan Yale di Amerika dibiayai oleh satu ~; \n2.\n bangunan khas untuk tujuan tertentu (seperti rumah sakit, rumah anak yatim, dan lain-lain)." "yayi\n[Jawa], [sastera lama] adik, adinda." "Yb I\nsimbol kimia bagi iterbium." "YB II\n[kependekan] Yang Berhormat." "YBhg\n[kependekan] Yang Berbahagia." "YBM\n[kependekan] Yang Berhormat Mulia." "ye\nhuruf ke-35 abjad Jawi." "yen\nunit mata wang Jepun." "yeti\nsejenis makhluk besar yang berbulu lebat, seakan-akan manusia, yang dikatakan wujud di pergunungan Himalaya." "yg\n[kependekan] yang." "yis\n1.\n sejenis kulat satu sel dalam kelas Ascomycetes yang dapat menapaikan gula dan kaya dengan vitamin B kompleks;\n2.\n sejenis bahan yang digunakan untuk menaikkan adunan roti dan sebagainya, dan untuk menapaikan bir, wiski, dan sebagainya, ragi." "YM\n[kependekan] Yang Mulia." "yoga\n1.\n sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan Tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur, dan sebagainya) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran;\n2.\n = \nsenaman ~\n berbagai-bagai cara untuk mengheningkan (menenangkan) fikiran, seperti dengan bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat;\nberyoga\n melakukan (senaman) yoga." "yogi\n1.\n orang yang mahir tentang yoga, ahli yoga, guru yoga." "yogia\nberpatutan, padan, layak;\nseyogia\n sepatutnya, selayaknya, semestinya:\njikalau tuan hendak belayar, ~nya hamba dibawa." "yogurt\nmakanan separa pejal yang disediakan melalui penapaian susu oleh bakteria (biasanya dibubuh perisa buah dan lain-lain)." "yoi\n[Kedah] tanah lembut." "yojana\n[sastera lama] jarak (ukuran) jauh, jauh:\nbeberapa ribu ~ jauhnya;\nseyojana; \n~ mata\n(memandang) \nsejauh mata memandang;\nsaujana." "yolka\n(Biologi) bahan nutrien yang terdiri daripada protein dan lemak yang terdapat di dalam ovum atau telur, dan merupakan simpanan makanan bagi embrio yang akanberkembang." "yong\n1.\n [Perak] nama timang-timangan untuk kakak yang sulung;\n2.\n [Johor] panggilan untuk ibu saudara yang tertua." "yongyat\n[Kedah], [Pulau Pinang] terhuyung-hayang (perahu dan lain-lain), olang-aling." "yop\n[Perak] nama timang-timangan untuk abang yang sulung." "you\n[bahasa percakapan] ganti nama diri kedua, awak, kamu, engkau, anda:\n~\n \nhendak ke mana?" "yoyo\nsejenis mainan kanak-kanak yang berbentuk bulat pipih, menyerupai gelendong benang yang mempunyai lilitan benang kasar pada alurnya, dan jika dimainkan menyebabkan mainan itu berputar turun naik." "YPEIM\n[kependekan] Yayasan Pembangunan Ekonominomi Islam Malaysia." "yu I\nsejenis ikan laut, jerung;\n~\n \nbelak \n= \n~ pokah \n= \n~\n \nrimau = ~ tembaga \nsejenis yu, \nCheiloscyllium indicum;\n~ belangkas \nsejenis yu, \nNarke dypteryangia;\n~ bengkong \na) = \n~\n \nmata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk \nsejenis yu, \nSphyrna blochii; \nb) = \n~\n \nmata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk \nsejenis yu, \nSphyrna zyangaena; \n= ~ berui = ~ gergaji = ~ parang = ~ todak \nsejenis yu, \nPristis cuspidatus;\n~ bodoh \nsejenis yu, \nCheiloscyllium indicum;\n~ cermangi = ~ kia = ~ pengajam \nsejenis yu, \nRhonibatidae;\n~ cercak = ~ cicak = ~ tokeh = ~ pendek \nsejenis yu, \nAtelomycterus marmoratus;\n~ giling = ~ manis = ~ tenggiri \nsejenis yu, \nGaleocerda cuvieri;\n~ jaras \nsejenis yu, \nMustelus manazo;\n~ jerih = ~ pasir \nsejenis yu, \nScoliodon sorrakowah;\n~ jerung = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sambaran = ~ sanggul = ~ sanggul lintang = ~ tanduk \nsejenis yu, \nSphyrnidae;\n~ kabut \nsejenis yu, \nStegostoma fasciatum;\n~ kecil \nsejenis yu, \nScyllium spp.;\n~ kemejan (kemenyan, kumian\n) sejenis yu\na) \nRhinobatis djeddensis; \nb) \nRhinobatis granulatus;\n~ kepak hitam = ~ nipah = ~ pulah = ~ punai = ~ sirip hitam \nsejenis yu, \nEulamia melanoptera;\n~ paus \nsejenis yu, \nRhinodon typicus;\n~ putih \nsejenis yu, \nCarcharodon carcharias;\nseperti ~ kia-kia, kepala ~ ekor pari \n(peribahasa) orang yang tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah)." "yu II\n[Jawa], [bahasa percakapan] kakak (perempuan)." "yuan\nunit mata wang utama Republik Rakyat China." "yuda\n[sastera lama] perang, peperangan." "yuk\n[kata seru] kata untuk mengajak dan lain-lain, ayuh:\nminum ~!" "Yunani\nnegara Greece (di Eropah);\n \norang (bahasa, bangsa) ~\n orang (bahasa, bangsa) Greek." "yunda\nkekanda (untuk menyebut orang perempuan);\nayunda." "yuran\nwang yang dibayar tiap-tiap bulan atau pada waktu-waktu yang ditetapkan (kpada persatuan, kesatuan, sekolah, dan lain-lain), wang sokongan (kpada parti politik dan lain-lain):\nahli persatuannya banyak yang tidak membayar ~." "yuyu\n[Jakarta] ketam." "z\nhuruf ke-26 abjad Rumi." "za\n(zO)\n1.\n huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900);\n2.\n huruf ke-18 abjad Jawi." "zabad\n[Arab] sejenis musang." "zabah\n[Arab] sembelih, menyembelih;\ndebah." "Zabaniah\n[Arab] malaikat yang menjaga neraka (menyorongkan orang ke dalam neraka)." "zabarjad\n[Arab] sejenis batu berhablur yang dipakai sebagai permata, nilam." "zabib\n[Arab] buah anggur kering, kismis." "Zabur\n= \nal-~ \n= \nKitab ~\n kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Daud." "zadah\nharam ~ \nanak yang dilahirkan di luar nikah, anak haram;\njadah\n." "zahid\n[Arab] (orang yang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia;\n= zuhud." "zahir\nkelihatan di luar, tampak dari luar, nyata:\npada pandangan ~, dia begitu lemah lembut orangnya; \nmaaf ~ dan batin;\n= lahir." "zai\n1.\n huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh);\n2.\n huruf ke-12 abjad Jawi." "zait\n= zaitun." "zaitun\nsejenis tumbuhan (pokok yang buahnya dibuat minyak), \nOlea europaea." "zakar\n[Arab] kemaluan laki-laki, pelir;\n \nbuah ~ \nbuah pelir;\n \nanak buah ~ \nsaluran panjang yang bergulung-gulung pada permukaan belakang buah zakar tempat spermatozoa disimpan." "zakat\n[Arab] rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya (seperti fakir miskin), mengikut syarat-syarat yang ditentukan;\n~ fitrah \n= \n~ badan\n zakat yang wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pada bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa);\n \n~ harta\n zakat yang diwajibkan ke atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan yang cukup nisab dan haul;\n \n~ pendapatan \nzakat yang diwajibkan ke atas pendapatan seseorang pada kadar 2.5% setelah cukup nisab dan haulnya;\n \n~ rikaz \nzakat yang dikenakan ke atas harta terpendam termasuk bahan galian;\nberzakat\n membayar (memberi) zakat;\nmenzakatkan\n mengeluarkan zakat bagi (harta dan sebagainya):\n~ hartanya." "zakiah\n[Arab] bersih, murni, suci." "zakum\n[Arab]\n1.\n pokok yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka yang disifatkan oleh Allah sebagai pokok yang terkutuk;\n2.\n sejenis pokok yang pahit dan busuk buahnya yang terdapat di Semenanjung Arab." "zal\n1.\n huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700);\n2.\n huruf ke-10 abjad Jawi." "zalim\ntidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam:\nraja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah;\nmenzalimi, menzalimkan\n [arkaik] berbuat sewenang-wenang (kepada), menganiaya, menindas:\nsuaminya benar-benar ~nya;\nterzalim\n dizalimi:\n umat Islam yang teraniaya dan ~;\nkezaliman\n perihal (keadaan) zalim, perbuatan yang tidak adil, kebengisan:\nkekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidak manusia sendiri mengadakannya;\npenzaliman\n perbuatan menzalimi." "zaman\n1.\n jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yang ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa:\n~ pemerintahan British di Malaya; \nakhir ~ \npenghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini;\n \nketinggalan ~ \nsudah tidak sesuai lagi dengan keadaan;\n \nmeninggalkan ~ \n[sastera lama] mati;\n2.\n kala, ketika, waktu:\nsemenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kepada kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; \n3.\n = \numur ~ \nark umur;\n~ atom \nmasa orang menggunakan tenaga atom untuk bermacam-macam keperluan atau tujuan;\n \n~ air batu = ~ ais\n masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yang terletak di utara garisan khatulistiwa;\n \n~ bahari (kawi, kuno)\n masa yang telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala;\n \n~ batu \nzaman ketika manusia menggunakan batu sebagai senjata atau alat;\n \n~ dahulu \n(jangka) masa yang telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau;\n \n~ depan (muka) \nmasa yang akan datang;\n \n~ gangsa = ~ perunggu \nzaman selepas zaman batu (pada masa senjata dan lain-lain dibuat daripada gangsa);\n \n~ gemilang \nmasa yang makmur, masa terdapatnya kemajuan yang luar biasa (dan kemakmuran);\n \n~ gerhana = ~ malap \nki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dan sebagainya);\n ~ jahiliah \nmasa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab);\n \n~ meleset \nmasa susah (barang-barang dagangan tidak laku dan sebagainya);\n \n~ pendudukan\n masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing;\n \n~ pertengahan \nzaman antara zaman purbakala dengan zaman baru (dalam sejarah Eropah);\n \n~ puntung berasap \nzaman kuno;\n \n~ purbakala\n zaman dahulukala;\n \n~ sekarang \n(pada) masa sekarang ini;\n \n~ beralih, musim bertukar \n(peribahasa) sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah);\nsezaman\n pada zaman yang sama;\nberzaman-zaman, berzaman\n (meliputi jangka masa yang) sangat lama;\nzaman-berzaman\n (berterusan, berpanjangan) dari suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yang sangat lama:\nmotif Islam yang telah wujud ~, iaitu geometri; \nbanyak negara lain yang telah lama menjalankan usaha demikian ~;\n penzamanan\n perbuatan (proses) membahagikan sejarah kepada beberapa zaman;" "zamin\n[arkaik] [sastera lama] negeri, tanah." "zamindar\n[arkaik] [sastera lama] tuan tanah." "zamrud\nsejenis batu permata yang hijau warnanya." "zamzam\n1.\n = \ntelaga ~ \nsejenis telaga di Mekah;\n2.\n = \nair ~ \nair dari telaga zamzam;\n3.\n [bahasa halus] air;\n \n~ durja \nair muka." "zan\n[Arab] curiga." "zanggi\norang Habsyi." "zapin\n[Arab] sejenis lagu dan tarian yang berasal dari Tanah Arab." "zarah\n1.\n habuk yang halus sekali, hama;\n2.\n (Fizik) bahagian kecil sesuatu jirim, seperti atom, molekul, elektron, dan lain-lain;\n \n~ subatom \n(Fizik) zarah seperti proton, elektron, dan neutron yang terdapat dalam atom;\nsezarah\n halus sekali, sedikit sekali, sebesar zarah;\nmenzarah\n \npecah ~ \nhancur lebur (menjadi zarah), hancur luluh." "zat\n1.\n sesuatu yang menyebabkan wujudnya sesuatu benda;\n2.\n bahagian daripada sesuatu benda, pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain);\n~ Allah \nwujudnya Allah yang berdiri dengan sendirinya;\n \n~ hijau\n klorofil;\n \n~ makanan \nvitamin;\nberzat\n mengandungi zat:\nmakanan ~." "zati\nhakiki;\njati I." "zaujah\n[Arab] isteri." "zawiat\n[Arab]\n1.\n sudut;\n2.\n surau." "zebra\nlintasan ~\n lintasan belang." "zeroks\nproses membuat salinan foto (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerja-kerja grafik;\n \nmesin ~ \nmesin yang digunakan untuk membuat salinan foto (fotokopi), mesin fotokopi;\n \nsalinan ~\n salinan foto, fotokopi;\nmenzeroks\n membuat salinan foto, (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerja-kerja grafik dengan menggunakan mesin zeroks (mesin fotokopi):\n~ beberapa makalah dalam majalah itu." "zeta\nhuruf keenam dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol \u0396,\u03b6" "ziadah\n[Arab] tambahan (pada), bubuhan." "ziarah\n[Arab]\n1.\n lawatan, kunjungan:\nsetelah sudah ~ di makam itu, maka kembalilah aku; \n2.\n perkunjungan ke rumah kawan, ke sesuatu tempat, dan lain-lain;\nberziarah\n1.\n berkunjung ke tempat keramat (perkuburan dan lain-lain):\nbeliau telah ~ ke Taman Makam Pahlawan Kalibata; \n2.\n berkunjung ke rumah (tempat dan lain-lain):\nseorang pun teman-temannya tidak ada lagi yang sudi ~ kepadanya;\nmenziarahi\n1.\n mengunjungi (kuburan, tempat keramat, dan lain-lain):\nMuhammad diajar oleh bondanya ~ makam ayahandanya; \n2.\n melawat:\nselalu juga kami ~ ibu;\n ziarah-menziarahi\n saling menziarahi antara satu dengan yang lain, kunjung-mengunjungi:\n~ sangat digalakkan untuk memupuk tali persaudaraan yang berpanjangan;\nziarahan\n kunjungan, lawatan;\npenziarahan\n perihal menziarahi seseorang atau sesuatu;\npeziarahan\n tempat yang dikunjungi orang (keramat, kuburan, dan sebagainya);\npenziarah\n orang yang menziarahi seseorang atau sesuatu." "zib\n[sastera lama] sejenis serigala." "zigot\n(Biologi) sel yang terbentuk hasil daripada persenyawaan benih jantan dan benih betina." "zihar\n[Arab] perbuatan suami melafazkan kata-kata yang menyamakan salah satu anggota isterinya dengan ibunya atau mahramnya sehingga haram suami tersebut menyetubuhi isterinya dalam keadaan demikian, (si suami wajib membayar kifarat zihar);\nmenziharkan\n melakukan zihar terhadap isteri:\napabila si suami ~ isterinya, maka tercerailah suami isteri itu; \nAllah tidak menjadikan isteri yang diziharkan itu sebagai ibu kamu." "zikir\n[Arab] perbuatan mengingati Allah dengan menyebut kalimah seperti astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dengan lidah (zikir jali/jahri), atau dalam hati (zikir sirri/khafi);\nberzikir\n menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah;\ndikir." "zikra\n[Arab] tazkirah." "zikrullah\n[Arab] amalan mengingati atau menyebut nama Allah (sama ada dalam hati atau dengan lidah):\nbeliau membahagikan ~ itu kepada tiga bahagian." "zillullah\n[Arab] bayangan Allah." "zilofon\n= xilofon." "zimase\n(Biologi) enzim yang diperoleh daripada yis dan berupaya memecahkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida." "zimmi\n[Arab];\nkafir ~ \norang kafir yang tunduk (patuh) kepada pemerintahan Islam, seperti dengan membayar cukai (nyawa, harta, dan kehormatan diri mereka dilindungi serta mendapat keadilan)." "zimogen\n(Biologi) bahan tidak aktif yang boleh diubah menjadi enzim." "zimologi\nkajian saintifik tentang penapaian (fermentasi)." "zina\npersetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), mukah:\njangan kamu melakukan ~;\nberzina\n melakukan zina, berbuat zina, bermukah;\nperzinaan\n perihal atau perbuatan berzina;\npenzina\n orang yang berzina." "zindik\n[Arab] orang yang imannya telah terpesong, orang yang sesat (tidak percaya akan agama Allah yang sebenarnya);\nberzindik\n bertindak menyimpang daripada suruhan agama, berbuat zindik:\nmereka yang murtad, yang rajin ~." "zink\n(Kimia) sejenis logam berwarna biru keputih-putihan (banyak digunakan untuk atap dan lain-lain);\n \n~ kromat \npewarna cat yang berbentuk pigmen berwarna kuning yang beracun dan digunakan untuk mengurangkan kesan hakisan pada keluli atau untuk menghalang karat." "Zionis\nanggota (pengikut atau penyokong kuat) Zionisme:\nmereka menentang kezaliman yang dilakukan oleh Amerika yang didalangi oleh pihak ~." "Zionisme\ndasar atau pergerakan politik yang bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin." "zip\nsejenis alat untuk mengancing (baju dan lain-lain) yang terdiri daripada dua bahagian yang bergerigi;\nberzip\n1.\n mempunyai (dipasang) zip:\nbajunya ~ di belakang; \n2.\n telah dipasang (ditarik) zipnya:\ndia tidak menyedari yang seluarnya tidak ~;\nmengezip\n memasang (menarik) zip (supaya tertutup pakaian, beg, dan lain-lain);\nmengezipkan\n memasangkan zip (pada pakaian, beg, dan lain-lain)." "zirafah\nsejenis binatang yang tinggi dan panjang lehernya, dengan warna badan yang bertompok-tompok, \nGiraffa cameopardalis\n." "zirah\nbaju ~ \nbaju besi, baju rantai;\ndirah." "zirbad\n[sastera lama] negeri di bawah angin." "zirkon\nsejenis batu permata yang jernih dan terdapat dalam pelbagai warna seperti biru, hijau, kelabu dan perang." "zirkonia\npepejal berwarna putih yang digunakan dalam sepuh seramik, dan sebagai pengganti sintetik bagi berlian dalam barang kemas." "zirkonium\n(Kimia) sejenis unsur logam yang tahan kakis dan digunakan untuk membuat aloi dan sebagainya." "zirnikh\n[Arab] sejenis racun tikus, warangan." "ziter\nsejenis alat bunyi-bunyian bertali banyak yang dipetik." "Zn\nsimbol kimia bagi zink." "zodiak\n1.\n garisan melengkung khayalan di langit yang terbahagi kepada 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, mintakulburuj;\n2.\n gambar rajah mintakulburuj yang digunakan dalam ilmu nujum." "zohor\n= zuhur." "zon\n1.\n salah satu daripada lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yang terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat:\n ~ sederhana;\n~ sejuk;\n~ panas;\n2.\n kawasan yang mempunyai sifat tertentu untuk tujuan tertentu, daerah, mintakat:\n~ pengaruh;\n~ damai; \nletak harga mengikut ~; \n3.\n lapisan atau kawasan batu-batan yang dicirikan dengan fosil, kecacatan struktur, dan sebagainya tertentu:\n~ air tanih;\n~ air ampai; \n4.\n bahagian sfera di antara dua satah yang selari yang memintasi sfera;\n5.\n kawasan atau daerah yang berada di bawah sekatan atau peraturan tertentu dan sebagainya:\n~ letak kereta bermeter;\n~ tentera;\n~ perdagangan bebas \n(Ekonomi) kawasan yang disediakan khas untuk pembinaan kilang yang mengeluarkan barangan untuk dieksport;\nmengezonkan\n membahagikan kepada zon;\npengezonan\n perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dan sebagainya." "zonder\n[Indonesia-Belanda] \nsonder." "zoo\nkawasan (taman) tempat berbagai-bagai jenis binatang dipelihara untuk dilihat oleh orang ramai, taman haiwan, kebun binatang." "zoobentos\n(Biologi) haiwan yang hidup di dasar laut dan tasik." "zooekologi\ncabang ekologi yang berkaitan dengan hubungan antara persekitaran dengan haiwan." "zoofili\n(Biologi) pendebungaan oleh haiwan, seperti kumbang dan burung." "zoofit\n(Biologi) haiwan yang menyerupai tumbuhan, misalnya buran laut." "zoofobia\n(Psikologi) rasa takut yang keterlaluan pada binatang." "zoogeografi\ncabang zoologi yang berkaitan dengan taburan haiwan dari segi geografi." "zoologi\nkajian tentang haiwan, termasuk pengelasan, kehidupan, tabiat, dan strukturnya." "zoonosis\n(Perubatan) penyakit haiwan yang boleh menular kepada manusia, misalnya penyakit anjing gila." "zooparasit\n(Biologi) parasit yang menghabiskan seluruh masa hidupnya pada haiwan, misalnya \nTrypanosoma \nyang berhabitat di dalam darah tikus." "zooplankton\n(Biologi) plankton yang terdiri daripada haiwan, seperti krustasea kecil, yang merupakan sumber makanan ikan dan sebagainya." "zoospora\n(Biologi) sejenis spora yang boleh bergerak yang terdapat pada kebanyakan kulat akuatik, alga, dan protozoa." "ZOPFAN\nakronim bagi\n Zone of Peace, Freedom and Neutrality\n (Kawasan Aman, Bebas, dan Berkecuali)." "Zr\nsimbol kimia bagi zirkonium." "Zu al-Jalal wa al-Ikram\n(Zul-Jalali wal-Ikram) [Arab] Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan (satu daripada 99 nama Allah)." "Zuhal\n[Arab] sejenis planet yang terletak keenam jauhnya dari matahari." "Zuhara\n= Zuhrah." "Zuharah\n= Zuhrah." "Zuhrah\n[Arab] sejenis planet yang terletak kedua jauhnya dari matahari." "Zuhrat\n= Zuhrah." "zuhud\n[Arab] (berkenaan (dengan) seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia;\nberzuhud\n mengamalkan sifat zuhud:\nperbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang daripada melakukan dosa dan menjadikannya ~\n \ndalam urusan dunia;\nmenzuhudkan\n menjadikan seseorang zuhud:\nmereka hanya mahu ~ diri kepada Allah;\nkezuhudan\n sifat zuhud:\ncinta kepada IIahi terbit daripada ~ jiwanya." "zuhur\n[Arab]\n1.\n = \nwaktu ~\n waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dan sebagainya sama panjang dengan kayu dan sebagainya yang menjadi pengukurnya;\n2.\n =\n sembahyang ~ \nsembahyang fardu pada waktu zuhur." "Zulhijah\n[Arab] bulan ke-12 (mengikut perhitungan tahun Hijrah)." "Zulkaedah\n[Arab] bulan yang kesebelas (mengikut perhitungan tahun Hijrah)." "zulmat\n[Arab]\n1.\n gelap (kerana ribut), kegelapan;\n2.\n keadaan sesat tanpa hidayah." "zum\nkaedah menukar jarak tumpu subjek untuk mendapatkan saiz imej yang besar atau kecil dengan menggunakan kanta zum;\n~ dekat \nzum yang dibuat dengan menggerakkan kanta zum ke hadapan untuk mendapatkan imej yang lebih besar dan jelas;\n \n~ jauh\n zum yang dibuat dengan menggerakkan kanta zum ke belakang untuk mendapatkan imej yang lebih kecil dan jauh;\n \nlensa ~ \nkanta zum." "zuriat\n[Arab] keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu;\n \nmeninggalkan (menurunkan) ~ \nmempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka;\nsezuriat\n sama zuriat:\nantara definisi saudara yang dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan ~;\nberzuriat\n mempunyai zuriat:\n orang yang tidak ~."